Kedah · 22 March 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 197 turns · 36,767 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-ahli berhormat sekalian dewan disambung semula.Kita mulakan dengan bacaan doa.
DOA
Ahli-ahli YB. pagi ini, YB. Bukit Kayu Hitam dia datang seperti biasa tapi pihak KKM dapati beliau Nampak bergejala jadi tidak dibenarkan masuk dan beliau di minta untuk membuat test RTK kalau negative baru akan dibenarkan masuk. Itu adalah prosedur kita kalau siapa-siapa pun bergejala maklumlah di kaunter KKM. Kalau KKM mintak kita pergi buat test, pergi buat test dulu jangan dok buat tak tau ja. Ia boleh menyebarkan penyakit itu kepada orang lain. Urusan seterusnya Setiausaha.
Pertanyaan – Pertanyaan MulutQuestions
Sesi pertanyaan mulut
Silakan nombor 6!
Assalamualaikum apakah jawapan soalan no.6?
6. Pohon dinyatakan :-
a) Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan pelan strategik Pembangunan Insan Negeri Kedah?
b) Bagaimakah bentuk dan sasarannya sekiranya ada?
Terima kasih Datuk Speaker, untuk jawapn soalan no.6 (A) adalah YA ada (B) Pihak kerajaan negeri sentiasa meletakkan keutamaan kepada pembangunan insan bagi rakyat Negeri Kedah. Selaras dengan Pelan Kedah2035 yang dilancarkan oleh YAB. Dato Seri Menteri Besar Kedah, pelbagai strategi dan inisiatif yang telah dirancang dalam Teras 4: Keseimbangan Modal Insan & Bakat bagi membangunkan insan secara holistik. Memandangkan perancangan pembangunan insan telah menjadi salah satu teras keutamaan, kerajaan negeri melihat kepada wujudnya keperluan untuk menyediakan satu pelan strategik yang memberi fokus kepada pembangunan insan di Negeri Kedah.
Cadangan pelan yang bertemakan Insan Sejahtera ini bakal merangkumi sekurang-kurangnya 9 teras utama yang melihat pelbagai aspek kehidupan masyarakat yang boleh dibimbing secara holistik merentasi sempadan sempit ideologi, agama, politik & bangsa. Bakal berpandukan misi: Memperkukuh agenda pembangunan insan melalui penyediaan strategi pemerkasaan kepimpinan & modal insan setiap peringkat komuniti berteraskan pendekatan Kedah sejahtera nikmat untuk semua, cadangan pelan ini dilihat mampu meletakkan haluan yang tepat untuk pembangunan insan kepada rakyat Kedah.
Pelbagai cadangan teras telah dirangka yang bakal memberi penekanan khusus kepada golongan sasar. Antaranya adalah cadangan Teras 1: Kesiagaan Tadbir Urus yang meletakkan sasaran untuk memperkasa urus tadbir pembangunan modal insan dengan kualiti perkhidmatan terbaik bagi pelbagai agensi/jabatan penggerak. Selain itu, cadangan Teras 4: Kewibawaan Pendidik & Pendakwah bakal memberi penekanan untuk memperkasa pendidik & pendakwah sebagai qudwah & ikon masyarakat yang menyasarkan golongan sasar guru kafa, guru takmir & para pengkuliah di seluruh Negeri Kedah. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada EXCO yang mengjawab. Gemar saya ada sedikit soalan tambahan iaitu kita melihat bahawa terdapat 9 teras utama yang dibentuk untuk mewujudkan pelan strategik modal insan ini. Jadi, saya nak tanya kunci ataupun asas utama yang sebenar dalam pelan dalam pembentukan pembangunan modal insan ini, apa yang menjadi kunci utama itu?
Terima kasih YB. Bukit Lada. Untuk menjawab soalan tambahan ini asas kepada kunci untuk pelan strategik pembangunan modal insan ini kita menggunakan ayat Al-quran Surah At-Tin “Laqodqo’laq nal’insa nafi’ ah sani’taqwiim” “Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. Kita gunakan perkataan “ahsani taqwiim” diinspirasikan dari firman Allah ayat Surah 4 tadi, konsepnya sebaik-baik kemenjadian ini mengangkat makna “taqwiim” dengan kemenjadian fitrah potensi dan fungsi modal insan yang dicipta oleh maha pencipta.
Syeikh Syed Al-Tantawi menghuraikan kemuliaan kemenjadian insan ini dalam tafsirnya Al-Wased sebagai suatu anugerah ter-istimewa daripada Allah kepada manusia dengan upaya kefasihan bicara, minda yang rajih, ilmu yang luas serta keinginan dan kemampuan merealisasikan keperluan manusiawi menuju kebitaraan duniawi ukhrawi. Konsep Qulran ni serba indah dan sempurna inilah yang cuba digarap dan dirumus bersama kearah modal insan Kedah “Ahsaani Taqwiim” yang bermanfaat dan berprestasi dan lestari. Berupaya mencurah khidmat bakti buat bumi pertiwi menjunjung madhat rabbani insani.
Seterusnya kita namakan insan di kedah ini insan sejahtera. Kita gunakan insan sejahtera ini perkataan “sejahtera”. Sejahtera ni adalah selamat, emosi seimbang, jasmani sihat, amal akal cerdas, harmoni, tekun, empati tinggi, rohani mantap, akhlak mulia dan kita rangkumkan sekali nama pada insan sejahtera. Apa pun atas modal insan, ataupun modal insan di Kedah kita letak tagline kita “insan sejahtera”, terima kasih.
Terima Kasih YB. Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya, apakah fokus sebenar pembangunan insan sebab kita tengok sebab golongan yang apa berhadapan dengan pelbagai masalah di negeri Kedah ini berbagai msalah sosial dan sebaginya, bermula daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa. Apakah fokus sebenar pembangunan insan negeri Kedah? Tadi diberitahu kepada apa agensi-agensi, pendidik, Guru Kafa Guru-Guru. Itu soalan pertamalah, dan adakah peruntukan diberikan juga kepada pelbagai NGO untuk membantu pembangunan insan Negeri Kedah sebab saya rasa apa nama perlu pelbagai agensi, pelbagai NGO yang turut serta untuk membantu, sebab masalah sosial ni banyak di negeri kedah ni, dan apakah ukuran kejayaan yang telah dan akan dicapai oleh pembangunan insan Negeri kedah? Sekian terima kasih.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker dan YB. Kota Siputeh, sebenarnya teras yang kita ada 9 teras saya cuma sebut dua teras sahaja. Untuk golongan yang seterusnyan adalah golongan sasar ini kita teras ketiga saya sebut ketrampilan kepimpinan masyarakat. Golongan sasar kita penjawat awam, penghulu, JPKK dan imam dan teras seterusnya adalah teras guru kafa saya dah sebut tadi. Keberhasilan inidividu berpengaruh iaitu “influnecer” golongan sasar kita untuk menjadikan ikon kepada masyarakat. Kemenjadian pelajar dan mahasiswa dan golongan sasar kita teras 6, dan teras 7 kemenarian golongan rentan ini juga golongan OKU, LGBTQ. B40 dan warga emas. Kita ada teras dan kita ada pelan strategik kita dan seterusnya kebitaraan minda barakah golongan sasar kita di sini adalah usahawan, peniaga, petani, peladang, nelayan dan buruh dan seterusnya teras 9 keutuhan jati diri anak muda, golongan anak muda, kanak-kanak remaja semua ni dah ada pelan strategik yang kita akan gunalah sampaikan kepada masyarakat dan jugak pihak unit pengguna insan Negeri Kedah sedang peringkat akhir untuk mencetak buku 40 hadis pembangunan insan peringkat akhir dah untuk kita cetak buku 40 hadis pembangunan insan yang kita akan edarkan di jabatan-jabatan kepada pihak kepada teras-teras sasaran yang telah kita sebutkan nanti.
Soalan yang kedua iaitu, ada ke peruntukan? Ya ada peruntukan untuk NGO dan kebetulan pulak kita ada kan program nak masuk ramadhan ini, pihak unit pembangunan insan mengadakan Program Semarak Ar-Rayyan Dua, kalau tahun lepas ada Semarak Ar-Rayyan Satu iaitu dengan kita huraikan surah Al-Hujurat sekurang-kurang kita dapat bawak balik dalam Semarak Ar-Rayyan ini masyarakat dapat ambik intipati dari perakuan itu dari surah Al-Hujurat.
Pada tahun ini ada suruh lain yang kita sajikan untuk bagai panduan untuk kita hadam tadabbur surah ini untuk masyarakat dapat mengaplikasikan apa yang kita baca dalam Al-Quran itu. Untuk sumbangan pada OKU, NGO semua ada dah, saya juga berbincang denga pihak agensi agensi yang terlibat dengan modal insan untuk kita sama-sama menggunakan modul yang telah di buat oleh Unit Pembangunan Insan di Kedah kepada semua agensi dan juga yang ada di Negeri Kedah ini. Mengenai ukuran, kita kena melihat ke hadapan, ukuran tidak boleh hari ini kita bagi sekadar kita berusaha untuk melahirkan insan sejahtera di Negeri Kedah. Wallahualam.
Soalan no.7
Salam sejahtera, selamat pagi dato speaker, mohon jawapan untuk soalan no.7.
7. Pohon dinyatakan :-
a) Kawasan yang sentiasa mengalami bekalan air terputus dan tekanan air rendah di Negeri Kedah. b) Nyatakan langkah penyelesaian jangka pendek dan panjang untuk selesaikan masalah ini bagi setiap kawasan.
Terima kasih Dato Speaker, terima kasih Bakar Arang, untuk jawapan no.7 kita perlu definasikan dulu bekalan air putus dan tekanan air rendah di Negeri kedah. Terdapat beberapa faktor yang bekalan air putus dan tekanan air rendah di Negeri Kedah. Terdapat beberapa faktor air putus dan tekanan air rendah. Pertama, gangguan operasi loji disebabkan oleh kekeruhan air mentah yang tinggi dan kekurangan air mentah. Yang kedua, masalah bekalan elektrik. Yang ketiga, masalah mekanikal dan elektrikal loji. Keempat, reserve margin yang rendah iaitu kapasiti loji tidak dapat menampung keperluan semasa bekalan air.
Kelima, kebocoran pada sistem paip pengepam utama dan gangguan sistem agihan disebabkan oleh kejadian paip pecah, masalah gangguan bekalan elektrik di rumah pengepam, masalah sistem elektrikal di rumah pam, kapasiti sistem agihan sediada tidak mampu menampung keperluan semasa dan kawasan bekalan penghujung sistem agihan di kawasan tinggi dan kawasan-kawasan yang mengalami ataupun menerima bantuan bekalan air daripada lori tangki secara tahun ini dianggarkan 3,800 akaun yang terdiri dari 0.59% daripada keseluruhan 630,569 akaun dan kawasan utama yang terjejas ataupun dipanggil hotspot disebabkan oleh musim kering terutamanya di kawasan Merbok, Tanjung Dawai, Semeling, Singkir, dan sekitarnya serta di kawasan Gurun dimana berlakunya penyusutan sumber air mentah yang ketara telah menjejaskan pengoperasian loji rawatan air Headwork Merbok, Gurun dan Tupah.
Walaubagaimanapun, sekiranya keadaan cuaca panas kering berpanjangan dijangka bertambah kawasan terjejas seperti Ayer Hitam, Kodiang, Padang Terap, Daerah Pendang , Daerah Sik , dan bahagian utara Baling dimana buat masa ini kawasan-kawasan ini masih dalam kawalan dan stabil kerana hujan masih ada. Untuk projek ataupun cara untuk mengatasi masalah dalam jangka masa pendek dan sederhana SADA telah mengadakan projek dalaman kerja-kerja berbentuk bypass ataupun pengagihan semula dan juga memeriksa kembali kawasan-kawasan yang terkesan keminugkinan ada air blockages di tempat-tempat penduduk mereka terkesan dan mengadukan aduan.
Selain pada itu, KPLB telah membantu KPLB bekalan air luar Bandar dengan membantu sistem alternatif untuk tahun 2020 peruntukkan sebanyak RM2.3 juta diberikan untuk sistem alternatif dan kemudiannya untuk sistem retikulasi BALB RM5.37 juta, untuk tahun 2021 sistem alternatif peruntukan sebanyak RM3.9 juta kemudiannya retikulasi oleh BALB RM2.53 juta dan untuk tahun ini Kementerian Luar Bandar telah memberikan indikasi untuk sistem alternatif BALB 2.5 juta di Kedah dan retikulasi sebanyak RM3.372 juta dan selain dari itu projek-projek penyelesaian jangka panjang termasuklah LRA yang telah dicadangkan dan termasuk juga Loji Tupah yang telah diberikan kebenaran ataupun untuk dilaksanakan oleh Kementerian Luar Bandar . Selain dari itu juga, menaik taraf loji Jeniang baru di daerah Kuala Muda akan dilaksanakan oleh KPLB juga itu sahaja.
YB. Dato Speaker terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Sungai Tiang, soalan saya kenapa bukan sahaja kawasan-kawasan yang disebut oleh Sungai Tiang sering berlaku terputus bekalan air atau tekanan air rendah tetapi dalam tahun ini atau 3-4 bulan lepas saya juga telah menirama banyak aduan daripada kawasan-kawasan di Sungai Petani di taman-taman perumahan khususnya seperti Taman Keladi, Taman Ria, Taman Intan dan Taman Angsana Sari dan beberapa tempat lagi di mana kawasan perumahan mereka juga mengalami putus air dan juga sering berlaku tekanan air rendah, kenapa berlaku dan juga apakah populasi ataupun penduduk di Kedah sudah bertambah ka dan sekarang berapa NLD yang diperlukan untuk seluruh di Negeri Kedah dan berapa yang kita bekalkan sekarang dan juga masalah-masalah yang diberitahu tadi khususnya benda-benda seperti kebocoran ataupun paip rosak sebab bila kita membuat aduan kepada SADA kadangkala jawapan yang diberi adalah peruntukan tidak cukup. So adakah peruntukkan untuk maintainace dan sebagainya mencukupi untuk daripada kerajaan negeri ataupun SADA untuk mengambil tindakan dengan segera dan bukannya kita kena selalu tunggu dengan sangat lama. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan Bakar Arang, kebanyakan soalan mengenai berapa kita keluarkan dan proses pemintaan, saya akan buat dalam sesi pergulunggan nanti dan tetapi untuk masalah di Sungai Petani yang seperti saya katakan gangguan operasi telah menyebabkan bekalan air agak kritikal pada tahun ini di Sungai Petani lah dan kita berharap kita telah melakukan intenvensi yang sepatutnya dan sepatutnya tidak berlaku lagi InsyaAllah dan untuk jawapan seperti kita tidak ada peruntukan adalah saya rasa yang dimaksudkan oleh pegawai SADA adalah pada masa itu maksudnya ia tidak boleh dilakukan sebegitu segera dan ia memerlukan kelulusan oleh pentadbiran untuk melakukan projek-projek yang besar tetapi untuk mengatasi masalah paip pecah, masalah gangguan operasi loji ia dilakukan seberapa segera oleh pentadbiran SADA, saya rasa itu sahaja.
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih YB. Sungai Tiang, berkaitan dengan air dan saya nak tanya soalan berkaitan dengan aktiviti korek telaga tiub dikawasan saya pun banyak yang dibuat dan saya pun ada buat. Bagaimana pandangan pihak kerajaan bekaitan dengan projek-projek telaga tiub ini dan adakah dari segi kualiti air itu dijamin dan adakah bumi Kedah ini mengandungi air yang banyak dan boleh dimanfaatkan untuk rakyat. Terima kasih.
YB. Dato’ Speaker sikit sahaja….
Ok, silakan!
Sambungan dari soalan, adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan telaga tiub sebagai suatu alternatif secara mungkin besar-besaran bagi kawasan-kawasan yang menghadapi masalah air ini, di Padang Terap pun sama tempat-tempat yang tekanan rendah, tempat-tempat yang mungkin agak tinggi. Jadi adakah ini akan menjadi dasar baharu kerajaan bahawa telaga boring ini akan diperbanyakkan lagi di seluruh Negeri Kedah. Sekian terima kasih.
Terima kasih soalan-soalan dari Yb. Tanjung Dawai dan juga Yb. Kuala Nerang. Sungguh air bawah tanah merupakan alternatif yang terbaik untuk Negeri Kedah dan Jabatan Mineral dan Geo Sains Malaysia (JMG) mengesyorkan sumber air bawah tanah sebagai sumber alternatif yang terbaik untuk Negeri Kedah dan JMG mempunyai tiga projek pembangunan yang berjalan sesuai dengan fungsi jabatan dan antara yang sedang dibuat ialah pembangunan penilaian Result Air Tanah Negara ataupun RAT pembangunan sumber air tanah di kawasan-kawasan yang bermasalah bekalan air bersih water stress dan projek penggunaan air bawah tanah sebagai sumber air di loji-loji lawatan air yang menghadapi kekurangan sumber air LRA dan penyelesaian jangka pendek beberapa telaga tiub telah dibuat pada tahun 2020 seperti di Jerlun, Baling, Sik dan paling penting di Loji Rawatan Air Merbok, Loji Rawatan Air Tupah dan Loji Rawatan Air Gurun bagi mempastikan tube well tersebut dapat menampung kekurangan air di loji-loji headwork ini dan selain daripada itu, 21 telaga telah dibina antara dan 9 dari projek itu, 21 telaga antara 2011 hingga 2020 dan 9 telaga di bawah projek resort air tanah tahun 2017 hingga 2020 dan untuk jangka panjang projek yang telah diluluskan pada tahun ini adalah Projek Pemetaan Dan Pembangunan Sumber Air Tanah Negara Negeri Kedah 2021/2025 dan antara objektifnya adalah pemetaan hidrologi di Negeri Kedah secara komprehensif bagi menilai menentusah fungsi sumber air bawah tanah untuk diusaha hasilkan sebagai kawasan medan telaga ataupun well fee yang perlu diberi keutamaan untuk pembanguan sumber air bawah tanah dan
antara output projek adalah penerbitan peta hidrologi, mengemaskinian pengkalan data dan model 4D simulasi sumber air penilaian impak pembangunan sumber air bawah tanah, analisis unjuran permintaan bagi tempoh 2020 hinga tahun 2030, pembinaan telaga eksflorarasi telaga pantau dan telaga pengeluaran pembinaan kerangka pelan induk pembangunan sumber air bawah tanah dan tadbir urus pembinaan kerangka cadangan penubuhan pusat sumber air bawah tanah. Diharapkan dengan adanya projek ini ia dapat memberikan harapan bahawa sumber air bawah tanah akan memberikan air di Negeri Kedah terutamanya di Langkawi telah dicadangkan satu empangan bawah tanah yang menggunakan air bawah tanah sebagai sumbernya. Itu sahaja Dato’ Speaker.
Soalan no. 8
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, saya mohon jawapan bagi soalan no. 8.
8. Pohon dinyatakan bagaimanakah sambutan rakyat terhadap Karnival Jualan Keluarga Malaysia yang dianjurkan kerajaan dan apakah manfaat yang mereka terima?
Dari Sungai Limau ke Bukit Pinang,laluan dari Wisma Darul Aman Sungai Limau seorang YB. yang tenang itulah tanda seorang yang beriman.
YB. Dato’ Speaker, bagi jawapan no.8. Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama erat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah mendapat sambutan yang menggalakkan, apabila seramai lebih 1,181,376 pengguna di seluruh Malaysia telah menerima manfaat daripada program yang dilaksanakan sejak awal Disember 2021 yang lalu.
Sebanyak RM22.85 juta nilai jualan juga telah direkodkan daripada Disember 2021 sehingga 14 Februari 2022. Bagi Negeri Kedah, PJKM telah dilaksanakan secara mingguan di 58 buah lokasi (data sehingga 13 Februari 2022) yang melibatkan 15 buah Parlimen di seluruh Negeri Kedah. Berdasarkan statistik yang direkodkan, seramai 40,789 orang pengunjung telah hadir ke Program Jualan Keluarga Malaysia dan jumlah jualan yang terkumpul adalah sebanyak RM1,212,581.68. Melalui penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia, barang keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta barangan proses ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 30% daripada harga pasaran semasa.
Seterusnya, maklum balas positif telah diterima berkenaan penganjuran program jualan ini terutama dalam meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutama golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) mendepani situasi harga barangan yang tidak stabil mutakhir ini. Program Jualan Keluarga Malaysia juga menjadi pemangkin kepada pengguna untuk merancang pembelian dan membantu mereka untuk membuat pilihan bijak serta berbelanja secara berhemah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Exco atas jawapan yang diberikan tentang Karnival Jualan Keluarga Malaysia dan memang kita nampak pelaksanaan program ini boleh untuk meringankan bebanan khususnya bagi B40. Soalan saya, adakah program ini akan terus dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk 2021 ini sekarang ini kita telah memasuki bulan mac. Berapakah yang telah dilaksanakan dan apakah cadangan pelaksaaan keseluruhan bagi tahun 2022 ini.
Keduanya, sasaaran tempat kadang-kadang kita nak buat tu sudah pasti yang banyak B40 ni banyaknya dikawasan-kawasan luar Bandar. Jadi, dimanakah sasaran tempat akan dilaksanakan program ini. Terima kasih.
YB. Dato’ Speaker, terima kasih Sungai Limau, bagi Negeri Kedah Program Jualan Keluarga Malaysia telah dilaksanakan secara mingguan iaitu 78 lokasi datanya sehingga 13 Mac 2022 yang melibatkan 15 parlimen di seluruh Negeri Kedah. Berdasarkan statistik yang direkodkan 49,511 orang pengunjung yang telah hadir Program Jualan Keluarga Malaysia, jumlah jualan terkumpul adalah RM1,648,000 itu jualan di seluruh Kedah yang kita buat di 78 lokasi dan InsyaAllah program ini akan diteruskan.
Buat masa terdekat, iaitu di 3 parlimen iaitu di Parlimen Jerlun, Kubang Pasu dan Padang Terap yang diadakan pada 25 hingga 26 Mac kita bermula dari 8 pagi hingga tengah hari kecuali di supermarket contohnya Lotus di Kubang pasu kita ada Sk Press Supermarket dia lajak sampai 9 malam. Itulah pilihan-pilihan yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Perdagangan di seluruh parlimen seminggu 2 kali. Terima kasih.
Silakan Suka Menanti.
Terima kasih Yb. Dato’ Speaker dan Bukit Pinang yang cukup tenang, jadi saya ingin bertanya tentang jualan ini kalau kita bahagi balik maksudnya dalam setiap orang itu berbelanja RM20 sekali dia pi ke program ini. Itu menandakan bahawa kos kemampuan agak rendah la maknanya menepati sasaran. Jadi, saya nak tanya lagi tentang selebihnya 78 lokasi yang diadakan program mingguan ini kalaulah kementerian atau kerajaan negeri rasa program ini berjaya, kalaulah rasa berjaya bagi 5 bintang dan sebagainya sepatutnya lebih dirancang rancak lagi oleh Sungai Limau untu pra Ramadhan dan Ramadhan kerana keperluan itu sangat mendesak ketika ini.
Kalaulah dirasakan berjaya 78 lokasi migguan itu bergerak tapi sepatutnya di semua tempat itu. Yang kedua, saya juga nak mencadangkan fikirkan balik sebab program itu dari 8 pagi hingga 12 tengah hari memang sasaran untuk suri rumah time beli sayur la tapi barang yang dijual itu kebanyakkannya barang macam-macam kecuali sedikitlah ayam, bahan-bahan mentah sedikit sangat. Kalaulah dibuat pada waktu petang contohnya dari 12 tengah hari sehingga 7 petang saya rasa akan mendapat lebih sambutan dan manfaat untuk orang ramai. Minta untuk dipikirkan.
Terima kasih Yb. Dato’ Speaker dan Suka Menanti, dia sebab jualan ini dia ada berbagai-bagai kaedah lah ikut situasi setempat dan parlimen masing-masing saya boleh katakana 90% tempat saya turun juga untuk membuat pemantauan. Contohnya, parlimen Alor Setar di 2-3 tempat sepatutnya lah di kawasan perumahan awam di Taman mergong sepatutnya Berjaya tapi mungkin kerana kekangan-kekangan yang dihadapi sebab itu kita buat di Lotus Mergong.
Sambutan itu pada peringkat awalnya di luar tapi kadang-kadang pengunjung dia masuk ke Supermarket tapi last sekali kita bekerjasama dengan supermarket buat di dalam supermarket jadi depa bagi subsidi ayam pun memang murahla ada RM8-RM9 dan saya turun di Kuala Ketil contohnya, Kuala Ketil buat di dewan adalah kelebihan terbaik kerana dekat dengan padang awam dia buat dari 8 pagi hingga 6 petang sebab ia di dewan dan berbumbung jadi salah satu tempat yang terbaiklah tapi InsyaAllah pihak kementerian akan teruskan mengikut lokasi-lokasi yang tidak sesuai kita akan berpindah contohnya kita buat bahagian Pendang pada peringkat awal dapat sambutan yang kurang berjaya tapi kita telah ubah ke lokasi yang lain kita dapat sambutan yang menggalakkan dan akhirnya sampai pukul 12 barang dah habis sebab ada kekanggan-kekanggan yang didorong ini satu pemborong di Kuala Ketil ni dia salah satu pemborong Hypermarket dia bawak semua barang-barang dia dan ia dapat.
Saya tanya dia macam mana dapat cabai murah dapat RM13 dia dapat jual saya dapat cabai di peringkat awal RM19 jadi dia kata dia ambik direct daripada ladang dan contohnya macam telur ayam dan minyak masak saya tanya dia, dia kata dia ada pembekal pemborong-pemborong kerjasama dengan kementerian itulah keadaan situasi sekarang tapi InsyaAllah sebelum kita laksanakan program ini sebelum ada hari itu promosi akan dilaksanakan perluaskan di masjid-masjid melalui melalui RTM dipromosi dengan sebaik mungkin. Sekian terima Kasih.
Kota Darulaman soalan nombor 9
Terima kasih Dato’ Speaker, saya mohon jawapan untuk nombor 9!
9. Isu rumah kediaman tidak berpenghuni dan tanah kosong terbiar yang menjadi semak dan pokok liar masih tiada kaedah penyelesaian yang berkesan. Pohon dinyatakan:-Apakah kaedah penyelesaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi terlibat dalam menangani isu ini supaya tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada jiran sebelah?
Terima kasih Kota Darul Aman diatas soalan yang dikemukakan jawapan kepada soalan tersebut ….(YB. Speaker mencelah)
YB. Tokai, address dekat Dato’ Speaker dulu!.
YB. Dato’ Speaker ini adalah jawapan yang akan saya kemukakan. Kaedah penyelesaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi terlibat dalam menangani isu ini ialah mengambil tindakan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Seksyen 80 dan Seksyen 74) dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Seksyen 37) di mana notis perlu dikeluarkan dalam tempoh yang munasabah dan sekiranya arahan notis tidak dipatuhi, PBT boleh melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan membuat tuntutan kos pembersihan kepada pemilik premis.
Selain itu, antara kaedah lain yang dibuat ialah sebagai contoh, oleh kerana Kota Darulaman duduk di MBAS. MBAS mewujudkan unit lot kosong bagi menangani masalah berkaitan rumah kosong yang menjadi semak dan menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam. Setiap aduan yang diterima akan disiasat dan pemilik akan dikenalpasti. Notis akan dikeluarkan kepada pemilik premis untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan. Walaubagaimanapun, bagi rumah kosong, PBT perlu berkerjasama dengan pihak Polis untuk masuk ke premis berkenaan, namun tiada kuasa untuk memecah buka premis. Kalau premis berkunci kita tiada kuasalah! Di bawah Seksyen 110, akta yang sama tidak memperuntukan kuasa pecah masuk yang bermaksud jika premis berkunci, undang-undang tidak membenarkan PBT untuk pecah masuk premis tersebut. Sekian jawapan Dato’ Speaker. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan saya sebab semalam masa kita di dalam dewan telah berlaku pokok runtuh di Jalan Langgar yang melibatkan bangunan lama sebab di Jalan Langgar ni ada pekan melayu dan pekan cina disana ada banyak bangunan yang lama dan telah ditumbuh pokok-pokok yang besar dan bila tidak diuruskan maka macam semalam dia tumbang nasib baik tidak kena orang jadi boleh tak mintak MBAS untuk ambil tindakan supaya pokok-pokok yang besar dibuang dari sana supaya bila pelancong mai mereka akan rasa selamat. Terima kasih.
Terima kasih Kota Darul Aman, Dato Speaker. Terima kasih atas maklumat yang diberikan oleh Kota Darul Aman InshaAllah saya akan panjangkan isu ini kepada MBAS begitu juga dengan bangunan lama di jalan Tunku Ibrahim banyak bagunan lama. Jadi, kita kena ambil perintah mahkamah untuk masuk ke dalam premis tersebut. Terima kasih Kota Darul Aman, Dato Speaker.
Silakan YB. Sungai Limau!
YB. Dato’ Speaker, YB. Tokai. Berkaitan dengan ini kita bincang rumah-rumah yang ditinggalkan tiada penghuni. Keduanya, antara isu yang juga pernah kita bincangkan pula sebelum ini tentang kuartes-kuartes hak kerajaan sama ada di peringkat persekutuan yang kadang-kadang tidak diurus dengan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Jadi, adakah ada mekanisma yang boleh di peringkat negeri untuk dengan agensi-agensi tersebut supaya kalaulah kuartes-kuartes itu tidak digunakan di peringkat persekutuan boleh diserahkan untuk kerajaan negeri untuk kita olah dan boleh kita berikan kepada rakyat sebagai contoh kuartes guru dan ada juga kuartes agensi-agensi lain mungkin MADA ataupun JKR dan sebagainya. Jadi, mungkin ada perancagan dari peringkat negeri.
Boleh saya tambah sedikit, terima kasih YB. Dato’ Speaker.
Silakan YB. Kota Siputeh!
Soalan tambahan mengenai pekan-pekan atau bandar-bandar contohnya pekan Jitra, saya dapati sangat kotor tidak dijaga kebersihan dengan ada bangkai kucing dan saya dapati hari-hari. Kalau sebelum ini semasa kerajaan Pakatan Harapan, sentiasa bersih tapi dalam hal-hal ini apa masalahnya sebenarnya?
Silakan jawab Tokai, jawab bagi keras sikit Tokai.
YB. Dato’ Speaker terima kasih Sungai Limau dan Kota Siputeh, doktor ni dia tak boleh keras jarum ja dia boleh keras. Terima kasih kepada soalan tambahan yang ditimbulkan. Berkenaan dengan Sungai Limau tadi, dia memang kalau bangunan-bangunan tersebut berada dalam kementerian-kementerian tertentu kita boleh berbincang dengan kementerian tersebut cumanya samada dipersetujui kementerian tersebut ataupun tidak itu isu yang lain. Contohnya, isu kuartes guru memang banyak nampak kuartes guru, kita dah banyak kali berhubung dengan kementerian pelajaran dan pendidikan tetapi tidak mendapat respon yang positif contohnya, tengok di tempat saya sendiri di Kubur Panjang kemudianya di jalannya di Tajar, jadi pokok sampai boleh jadi balak dah dalam kawasan tu, itu di pihak Sungai Limau.
Untuk Kota Siputeh, saya rasa isu ini akan sentiasa kendalikan oleh pihak kosensi yang terlibatlah Idaman. Apabila berlaku perubahan pembersihan di jalan protokol, jalan persekutuan kepada JKR ini yang menjadi masalah dari segi kebersihan, dari segi wang potong rumput. Kalau kita tengok di Alor Setar sekalipun ada masalah yang timbul berapa kali kita dah bawak masuk dalam mesyuarat Negara kerajaan tempatan isu ini akan diselesaikan oleh pihak kemeterian KPKT dengan JKR bersabarlah sedikit Kota Siputeh sat no kalau nampak ada bangkai tu mintak depa suruh pi buang la noh. Terima kasih Dato’ Speaker.
Soalan no. 10, Belantek
Assalamualaikum wbt. Dato’ Speaker saya pohon soalan nombor 10.
10. Bagi penoreh getah musim hujan, kemarau dan monsun yang tidak menentu menjadikan situasi sekarang kerap berlaku daun hijau pokok getah akan luruh dan mengakibatkan pokok tidak sihat dan susu amat berkurangan. Adakah kerajaan sedar ini berlaku dan apakah tindakan yang di ambil oleh kerajaan?
Assalamualaikum YB. Dato Speaker, terima kasih Belantek atas soalan yang dikemukakan, bagi penoreh getah musim kemarau dan monsun tidak menentu menjadikan situasi kerap berlaku daun hijau pokok getah akan luruh dan mengakibatkan pokok tidak sihat dan susu amat berkurangan yang digambarkan dalam soalan di atas kemungkinan besar merupakan simptom serangan kulat dikenali kulat Pestalotiopsis sp yang menyerang daun-daun tanaman getah terlibat dan menyebabkan penyakit dikenali Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (singkatannya, LDP).
Penyakit ini pertama kali dilaporkan di Labis dan Kluang Johor pada tahun 2017 dan mengalami luruhan daun yang teruk (50 – 90% daun gugur) dan menyebabkan pengeluaran hasil menurun dengan mendadak.
Di Kedah pada tahun 2020 seluas 329.69 hektar direkodkan telah diserang penyakit LDP ini. Untuk mengurangkan risiko dan kesan serangan adalah amat digalakkan peladang dan pekebun kecil getah memastikan tanaman getah mereka senantiasa dalam keadaan subur dan sihat dengan mengamalkan amalan pertanian baik (GAP) – pembajaan, kawalan rumpai, kawalan penyakit dan makhluk perosak mengikut pengesyoran LGM.
Bagi tanaman getah yang telah terkena serangan, keamatan serangan boleh dikawal dan kesan serangan boleh diminimumkan dengan melakukan semburan racun kulat seperti propiconazole dan propineb dengan kekerapan antara 3 hingga 6 kali pusingan semburan dengan sela masa seminggu antara pusingan semburan. Lembaga Getah Malaysia telah menyediakan satu dokumen monograf menerangkan simptom dan langkah pencegahan penyakit ini untuk rujukan dan tindakan estet dan pekebun kecil getah. Edaran telah dibuat kepada semua ketua agensi. Pembelian online juga boleh dibuat melalui laman web dengan harga RM20.00 senaskah. Latihan kepada agensi juga telah dijalankan untuk usaha kenalpasti dan kawalan serangan.
Dimaklumkan bahawa satu jawatankuasa peringkat kebangsaan dipanggil Jawatankuasa Pestalotiopsis Kebangsaan telah ditubuhkan pada tahun 2020 bagi menangani masalah ini. Agensi dan badan terlibat termasuklah semua agensi kerajaan (yang terlibat dengan pembangunan tanaman getah) dan syarikat perladangan, agensi penyelidikan kerajaan dan swasta. Jabatan Pertanian juga terlibat selaku agensi yang mengawal selia racun makluk perosak.
Bancian kewujudan, perebakan, kesan serangan dan sebagainya telah dimulakan dalam tahun 2020 dan masih berjalan sehingga kini. Aktiviti ini melibatkan semua agensi, badan, organiasi estet dan syarikat swasta yang menjadi ahli Jawatankuasa Pestalotiopsis Kebangsaan. LGM terlibat menjalankan bancian ke atas tanaman getah milik kebun pekebun kecil individu yang bukan di bawah naungan mana-mana agensi seperti RISDA dan FELDA. Tinjauan dengan kaedah remote sensing juga dibuat. Terima kasih Dato’ Speaker.
YB. Dato’ Speaker, saya ada soalan tambahan harini isu yang disebut daun getah hijau tu dia kalau musim kemarau baru daun dia tukar warna kuning dan merah tetapi kalini dia warna hijau, daun hijau tu bukan turun sehelai-sehelai dia turun setangkai-setangkai. Masalahnya hari ini, apakah rawatan yang perlu dibuat oleh penoreh-penoreh khususnya penoreh kecil. 3 tahun dah berlaku tapi hasil rawatan atau rawatan untuk ditunjukkan oleh penoreh-penoreh saya rasa yang tula masalahnya tak sampai kaedah cara bagaimana hendak menyelesaikan masalah-masalah dan penyakit apa puncanya dan tindakan yang perlu dibuat kepada pokok-pokok terlibat. Ia melibatkan banyak dalam kebun tu kadang-kadang 3 pokok ja yang boleh ditoreh yang lain daun hijau semua luruh.
Jadi, saya nak tengok kalau boleh rawatan mesti sampai kepada penoreh-penoreh supaya depa faham apa yang perlu dilakukan oleh EXCO tadi supaya kita dapat menampakan kerja buat kita terhadap rakyat. Persoalannya, adakaha kalian bersedia untuk menyampaikan apa-apa bentuk yang boleh menyelesaikan masalah kepada rakyat kerana jawapan tadi untuk saya tapi tindakan itu mungkin tidak sampai ke peringkat penoreh. Kalau boleh saya ingin percepatkanlah rawatan bagi setiap penoreh-penoreh di kampung. Sekian terima kasih.
Terima kasih YB. Belantek atas soalan tambahan, memang kita sedari daun luruh selalunya musim luruh kalini bukan musim luruh pun dia luruh daun-daun warna hijau. Jadi, saya menjangkakan ini mungkin akibat perubahan iklim kita sekarang ni dan kaedah rawatan yang dicadangkan oleh LGM ialah saya nak sebut disini adalah kaedah rawatan bagi serangan penyakit luruhan daun hijau adalah dengan penyemburan racun kulat semburan canopy daun getah, pokok getah dengan menyembur semburan kabus dengan kekerapan 3-6 pusingan bagi daun yang telah gugur di atas tanah pula semburan dengan 1 pusingan dengan penyembur galas. Berdasarkan kajian yang dilakukan di makmal pengurusan Unit Perosak Dan Bersepadu UPPBLGM racun kulat yang boleh digunakan untuk menghalang pertumbuhan dan membunuh dalah racun kulit jenis sistemik serta racun kulat jenis sentuh. Kadar dan kekerapan sembura racun-racun tersebut di nyatakan dalam jadual 1 pihak pengurusan boleh untuk memilih salah satu racun yang disenaraikan di bawah. Saya akan bagi kepada Belantek nanti. InshaAllah saya akan mintak LGM dengan kerjasama agensi-agensi khususnya RISDA yang menjaga perkebun-perkebun kecil ini untuk memberikan maklumat kaedah rawatan yang sepatutnya dan membuat penerangan detail kepada pekebun-pekebun kecil getah ini. Terima kasih Dato’ Speaker.
Suka menanti !
Terima kasih Dato’ Speaker kerana bagi peluang untuk soalan tambahan ini, jadi saya ingin bertanya tentang bancian atau serangan akan mengambi masa yang panjang saya boleh faham apa yang disebutkan Belantek tadi. Anak pekebun kecil ini kita faham bancian dan serangan ini mengambil masa khususnya penyakit yang disebut ini sama dengan penyakit tahunan biasa yang daun luruh masa disember-januari tumbuh balik febuari-mac jadi penyakit itu lebih kurang akhirnya seperti yang disebutkan Belantek tadi kajian punya kajian orang kampong tidak Nampak kesan lagi. Jadi, mintak tolong dalam kes ini RISDA ada segala data lengkap yang mana pekebun kecil yang sedang beroperasi bukan sahaja geran tanah getah tetapi yang sedang lagi beroperasi pekebun dan juga orang-orang yang menoreh kebun kawan-kawan ni sebab depa ni perlu diberi bantuan segera racun ataupun bantuan sewajarnya.
Yang kedua soalan saya adalah, mungkin pendapatan penoreh getah akan juga bekurangan akhir-akhir ini kerana kita melihat kesan positif covid-19 yang telah kena 280,000 di Kedah ini sebahagianya dari penoreh getah. Rata-rata saya semak balik dengan orang-orang yang positif ini mereka rasa dia semakin kurang ‘energy’ kesungguhan komitmen ataupun kata mudahnya peratus mala itu meningkat jadi dia mencari alasan untuk kurangkan kerja tidak kira kerja di pejabat ka kebun getah ka menyebabkan pendapat berkurangan mungkin dalam kes ini kerajaan dapat membantu macam bagi beras tadi Jeneri bagi beras tu kepada yang positif dan dia telah ambik vaksin bagi lebih sikit yang positif takmau ambik vaksin tu kena pi bincang lain di belakang. Mohon dipertimbangkan. Terima kasih.
Terima kasih Suka Menanti, seperti yang Suka Menanti sebut RISDA telah pun ada data-data tersebut kajian telah di buat oleh LGM seperti yang saya sebut tadi. Saya akan berusaha supaya agensi-agensi yang terlibat ini akan melibat gandakan usaha membantu pekebun-pekebun getah kecil yang terkesan dan yang kedua pendapatan sumber kekurangan memang kalau kena covid-19 ni akan jadi urat malas situ berlebih saya pun ambil masa 3 bulan untuk pulih ni barulah okay InsyaAllah kita akan bincang dengan kerajaan negeri supaya bantuan-bantuan ini boleh kita salurkan kepada yang memerlukan khususnya yang positive covid sebab kesannya agak lama dan kesan-kesan yang kena covid tu menyebabkan dia ‘slow’ malas dan sebagainya dan inshaAllah kita akan teruskan. Terima kasih Sukan Menanti.
Ahli-ahli Yang Berhormat saya ni bukanlah seronok sangat orang duk hormat Dato’ Speaker ka apa ka tapi kita ni rakaman ni di tengok oleh seluruh Malaysia. Sabah Sarawak pun tengah tengok kita bersidang. Di Kedah mereka cakap tak gaduh address kat Speaker noh. Jadi, nak mengelakkan dari tomahan macamtu la yang saya dok mintak tu address la sikit.
Silakan nombor 11 oh tak ada. Saya pun tidak dimaklumkan yang tak ada. Dia bukanlah suruh buat surat sekajang tu nak habaq tak hadir, mesej saja noh. Orang lain pun kalaulah tak hadir just masej saya terima ni kadang-kadang kita panggung eh tak ada. Jadi nombor 12.
Terima kasih Dato’ Speaker, pecah kaca pecah gelas, mohon jawapan no.12.
12. Pohon dinyatakan :-
a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri Kedah bercadang bagi meningkatkan pelaburan hijau dan ekonomi hijau?
b) Apakah langkah yang telah dijayakan di Pulau Langkawi?
Silakan wakil kepada Guar Cempedak.
YB. Dato Speaker, assalamualaikum wbt ada 2 soalan (a) dan (b). a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri Kedah bercadang bagi meningkatkan pelaburan hijau dan ekonomi hijau? b) Apakah langkah yang telah dijayakan di Pulau Langkawi? Saya faham yang minat orang kepada hijau ini sedang meningkat dan saya berhasratlah untuk menjawab dengan tenang Kerana Negeri melalui Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035) merancang untuk membangunkan Negeri Kedah secara holistik dan mampan khususnya melalui Teras 1: Kemakmuran Ekonomi dan Teras 6: Kemampanan Alam Sekitar.
Antara strategi yang digariskan di bawah Teras 1: Kemakmuran Ekonomi adalah untuk menarik masuk pelaburan dalam industri teknologi tinggi, ekonomi digital, penyelidikan & pembangunan (R&D) serta memacu revolusi industri 4.0. Kluster teknologi tinggi, R&D, ekonomi digital dan IR4.0 adalah kluster ekonomi yang bercirikan ekonomi hijau serta mesra alam memandangkan kluster tersebut menggalakkan penggunaan tenaga yang cekap serta penggunaan sumber yang efisien. Bagi menjayakan strategi ini agensi kerajaan negeri seperti BPEN dan Invest Kedah serta agensi di peringkat persekutuan seperti MIDA sedang dalam tindakan mempromosikan kawasan-kawasan pelaburan baharu yang menerap dan menyokong pembangunan mesra alam dan bersifat hijau.
Antaranya adalah Projek Impak Tinggi Negeri Kedah yang sedang dalam pelaksanaan seperti Kedah Rubber City (KRC), Kedah Science & Technology Park (KSTP) dan Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone (BKH SBEZ).
Selain itu, bagi mengukuhkan lagi pelaburan hijau dan ekonomi hijau di dalam industri pelancongan, Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan menjayakan satu projek rintis untuk menjadikan Pulau Langkawi yang menjadi produk pelancongan utama negeri bertaraf antarabangsa sebagai sebuah Pulau Rendah Karbon. Tindakan ini adalah bertetapan dengan Pelan KEDAH2035 melalui Teras 6: Kemampanan Alam Sekitar yang menetapkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Rendah Karbon menjelang tahun 2035. Antara usaha yang dilakukan pada masa kini oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan (MPLBP) adalah dengan memastikan pembebasan gas rumah hijau yang rendah serta usaha memastikan alternatif aktiviti bersifat mesra alam didokong.
Untuk masa kini, Kerajaan Negeri menggalakkan penggunaan kenderaan bersifat mesra alam di Pulau Langkawi khususnya kenderaan hybrid dan elektrik. Port Pengecasan Kenderaan Elektrik telah dipasang di beberapa tempat untuk kegunaan awam dan kenderaan MPLBP. Bagi merintis dan mendidik masyarakat setempat kearah penggunaan kenderaan elektrik, MPLBP turut mengambil langkah dengan menggunakan kenderaan elektrik dalam melakukan rondaan di kawasan MPLBP. Pihak MPLBP telah menyediakan kenderaan elektrik kepada beberapa jabatannya iaitu Jabatan Penguatkuasaan, Unit Tempat Letak Kereta dan Jabatan Perlesenan. MPLBP juga telah menggunakan lampu jalan ‘smart system’ di Jalan Persiaran Putra ke jeti Kuah.
Melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) dan Kedah Economic Council (KEC), dasar menarik pelaburan bersifat mesra alam ke Pulau Langkawi telahpun diterapkan di dalam prosedur permohonan Kelulusan Dasar bagi permohonan membangunkan tanah kerajaan oleh pihak swasta.
Kini, pelaburan dan cadangan pembangunan yang bakal diluluskan di Pulau Langkawi haruslah selain menepati syarat-syarat teknikal daripada Jabatan Teknikal seperti JPS, JAS, JKR dll mestilah menerapkan elemen mesra alam dan konsep hijau yang bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjayakan Pulau Langkawi sebagai Pulau Rendah Karbon. Terima kasih Yb. Dato’ Speaker.
Terima kasih Yb. Dato’ Speaker, memang warna hijau memang warna kegemaran tetapi warna biru menjadi pilihan. Negeri Kedah sejak 2015 telah melancarkan 14 agenda hijau Kedah ataupun dengan izin Kedah Green Agenda tetapi selepas bertukar kerajaan tinggal 4 sahaja amalan hijau iaitu tiada straw,tiada polistrene, tiada plastik yang telah dibuat jadi sebab itulah saya suka dengan jawapan kerajaan tadi dan saya mohon apakah statistik secara based line datanya kalau kata Langkawi dah jadi Langkawi Low Carbon Island apa measurementnya dengan izin apakah kayu pengukurnya dicapai oleh kerajaan negeri dan apakah perancangan selepas ini? Berapakah agenda adakah diteruskan 14 agenda yang terdahulu itu di mana selepas kerajaan selepas itu diubah menjadi 4 sahaja dan apakah perancangan selepas ini untuk menjayakan agenda hijau Negeri Kedah ini? Terima kasih.
Yb. Speaker oleh kerana jawapan ini memerlukan statistik hari ini saya tiada la jawapan itu saya pun pak sanggup nak jawab soalan ini yang patut jawab soalan tu dia sakit kuarintin. Jadi, saya harap Bandar baharu dapat menerima jawapan secara bertulis. Secara umumnya untuk mngekalkan kehijauan dan konsep hijau ini diterapkan dalam semua aktiviti agensi kerajaan dan swasta di peringkat antarabangsa telah diperkenankan SDG ‘Sustainable Development Gold’ yang menggariskan 17 langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh agensi kerajaan dan swasta dan agensi-agensi pembangunan untuk mencapai SDG yang akan menjadi praktis bagi semua kerajaan di dunia bagi kita menghadapi cabaran-cabaran semakin hari semakin mencabar khususnya menghadapi perubahan iklim untuk statistic yang diminta oleh Bandar Baharu tadi saya harap saya dapat membekalkan beliau dengan jawapan bertulis terima kasih Dato’ Speaker.
Silakan Yb. Gurun.
Terima kasih Dato’ Speaker, dilihat sekarang ini solar pengunaan solar ini bukan lagi suatu yang aneh di Kedah kita ada investment dan didapati temperature di Kedah ini diantara yang terbaik untuk Solar.
Adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan pengunaan solar secara skala besar di Langkawi dan sekaligus bukan sahaja menyelesaikan masalah environment tetapi juga menyelesaikan masalah kos yang ditanggung oleh agensi-agensi khususnya yang melibatkan peruntukan kerajaan, adakah kerajaan mempunyai hasrat itu? Terima Kasih Dato Speaker.
Terima kasih Dato’ Speaker, saya nak tanya ialah dato Speaker ialah kita bincang tentang pelaburan hijau ataupun ekomnomi hijau so tadi yang jawapan Jeneri ialah lebih kepada benda besar. Saya nak tanya apakah platform ataupun peluang untuk peniaga-peniaga di Kedah terlibat dalam peluang peniagaan dalam ekonomi hijau ini seperti yang dikatakan oleh Gurun tadi. Adakah peniaga daripada Kedah mereka dapat menyertai?
Soalan kedua ialah setakat ini berapa lampu-lampu jalan di seluruh Negeri Kedah telah pun kita bertukar kepada LED light ataupun solar light yang lebih energy efficency konsep hijau dan juga bagaimana bangunan-bangunan kerajaan telah pun bertukar kepada sistem yang lebih jimat tenaga. Terima kasih.
Terima kasih Gurun dan Bakar Arang, untuk Bakar Arang jumlah lampu yang kita telah pun tukar kepada LED untuk kita gunakan green energy itu sedang dalam perancangan pihak kerajaan akan dilaksanakan. Detail jumlah lampu tu saya akan bekalkan nak kena pi kira dulu berapa yang telah ditukar kepada LED kalau dah siap kira nanti saya maklum kat Bakar Arang.
Untuk peluang kepada peniaga-peniaga terlibat dalam industri hijau, Bakar Arang kena lebih spesifik perniagaan business jenis apa depa jual apa terlibat dalam perniagaan jenis apa, perniagaan ini banyak. Jual burger pun berniaga juga.
Maksud saya, kerajaan membekalkan apakah jenis perniagaan, tenaga kerja boleh terlibat dalam ekonomi hijau example ada pembangunan di mana? Dan bukan sahaja peniaga di KL, China boleh terlibat tetapi peniaga ada projek-projek kerajaan kedah yang berkaitan dengan ekonomi hijau.
Saya kurang faham dengan soalan nanti tolong bagi spesifik sedikit. Untuk Gurun mintak terima kasih keatas keperihatinan Gurun kepada Kedah memang suatu ketika dikatakan cahaya matahari yang boleh di haverst untuk green energy khususnya melalui solar memang Kedah terbaik tetapi apabila model business solar berubah. Dulu depa buat melalui solar farm maka jual tenaga itu dengan agreement selama 21 tahun kepada TNB dengan harga yang agak menarik dan ROI nya cepat dan pelaburannya juga agak tinggi tetapi apabila model business telah berubah melakukannya melalui tender, bila tender syarikat-syarikat yang masuk tawar harga yang jauh sangat rendah. Apabila dah dapat tender Kementerian KETSA di Kuala Lumpur, mereka balik ke Kedah baru nak mencari tanah bila diukur dengan modal yang terpaksa dikeluarkan untuk membangunkan solar farm dan kos yang terpaksa dibayar untuk penggunaan sewa tanah walaupun kerajaan negeri telah meringankan beban supaya industri ini dapat berjalan iaitu tanah-tanah tidak perlu ditukar kepada industry, cukup dibayar, cukai kerana langgar syarat. Itupun dengan proses bidaan harganya tinggal 24 sen, 22 sen memang ROI pulangan pelaburan itu dan menyukarkan para pelabur, banyak sekali kebenaran-kebenaran kelulusan yang diberikan oleh kerajaan khususnya tanah PKNK di Sungai Petani, kita pernah melalui PKNK meluluskan permohonan 300 hektar untuk solar farm tetapi apabila pelabur memerlukan proses dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh PBT, cukai tanah yang perlu diabayar walaupun bukan cukai indsutri dengan jumlah pelaburan yang perlu untuk dibangunkan solar farm akhirnya mereka mengundurkan diri. Demikian juga di Bukit Kayu Hitam, ada syarikat memohon 1000 ekar tanah untuk dibangunkan solar farm tetapi oleh kerana bidaan yang dibuat itu terlalu rendah kerana berlaku pesaingan maka projek itu pun tertangguh sampai ke hari ini. Kemudian, oleh kerana model juga berubah sekarang ini TNB tidak membeli secara langsung tetapi pelabur mesti mengadakan perjanjian jual beli dengan syarikat yang lain, yang nak beli tenaga itu tetapi dia punya ‘transmission power’ itu melalui gred TNB dan greed itu mesti perlu dibayar. Jadi, walaupun syarikat itu mendapat persetujuan ada pembeli di Kuala Lumpur dan kos untuk lalu sistem ataupun greed Tnb ini adalah kosnya 10sen beberapa sen yang ditentukan TNB mensyaratkan untuk lalu di greed itu mesti di stabilkan dahulu oleh kerana solar ini ada fluctuate, kadang-kadang matahari panas solar dia banyak hari redup dia turun jadi power dia bekurangan dan tidak stabil.
Untuk menstabilkan elektrik melalui greed TNB itu kena buat bateri, bateri itu pula memerlukan size tanah transmission line TNB, ia memerlukan 500 ekar tanah untuk buat bateri, untuk menstabilkan. Dia macam absorber kereta supaya dia tidak melambung-lambung, dia kena da absorber supaya power itu stable.
Jadi, dia terpaksa cari lagi tanah kita da tanah yang begitu terhad juga kerana tanah itu akan bertemu dengan rancangan kita untuk membangunkan Kedah Sains Technology Park. Jadi dia sedang mencari alternatif lain untuk menyediakan stabilizer untuk power yang dihasilkan di solar farm mereka itu. Saya rasa ini cabaran-cabaran yang kita kena hadapi oleh pemain-pemain industri green energy di Kedah dan di seluruh Negara dan kita harapkan dengan kemajuan teknologi yang sedang membangun di seluruh dunia terutamanya di Kedah telah menjadi hub pengeluar besar solar terbesar dunia dan akan membantu kita dalam membangun green energy di Negara kita. Terima kasih Gurun dan YB. Dato’ Speaker.
Urusan seterusnya Setiausaha!
Sambungan Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Sambungan Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.Motion
Kelmarin kita terhutang dengan YB. Bakar Arang, 5 minit ka 10 tak tau? Hutang 5 minit tapi bunga 5 minit jadi 10 minit.
Ok, terima kasih YB. Dato’ Speaker. Salam sejahatera kepada semua rakan-rakan dalam Sidang Dewan. Ya, dua kali berturut-turut dalam Sidang DUN saya diberi peluang untuk berbahas 2 hari, mungkin YB. Dato’ Speaker boleh masuk dalam rekod Sidang DUN, sejarah lah, ialah satu perbahasan dipecahkan 2 hari. Saya menyambung kepada perbahasan saya semalam, setiap kali ada Sidang DUN sebenarnya saya juga melibaturuskan penduduk dan pengundi saya dengan bertanya apakah masalah mereka yang ingin saya bawakan ke dalam Sidang DUN, dalam facebook juga kita menerima ‘feedback-feedback’ dan antara ‘feedback-feedback’ yang paling banyak dalam komen-komen ialah berkenaan dengan air lah, semalam saya sudah bangkitkan
dan pagi tadi juga kita bangkitkan. Ini harap kerajaan memberi perhatian yang serius sebab tidak ada air ini satu keperluan yang sangat-sangat asas sampai mereka kena sambung paip dari depan sampi ke belakang untuk simpan air, tidak ada air khususnya mereka yang ada bayi, dalam rumah, ini sangat susah kepada mereka, tambahan lagi mereka kadangkala bekerja. Waktu tengah malam, awal pagi kena bangun buka air untuk simpan dalam tong baru boleh ada air untuk guna, jadi saya harap ini perlu diberi perhatian.
Isu kedua ialah…(YB. Derga minta laluan)
YB. Dato’ Speaker, boleh? Tumpang sat isu air ni.
Ya!
Tadi ada nak mintak soalan tambahan tapi tak sempat. Saya rasa apa yang berlaku di Bakar Arang tu sama juga di Alor Setar. Dalam beberapa bulan ni memang masalah bekalan air tu selalu terganggu, jiran saya mengadu, isteri saya mengadu, kawasan-kawasan DUN Derga lagi banyaklah sebab mungkin banyak taman lama, taman tua-tua, paip pun tua lah, kena bypass kut, semua tersumbat. Sebelum Sidang kali ini saya maklumkan kepada YB. Exco dan aduan dibuat kepada SADA tapi pegawai SADA kata yang ni mereka tiada bajet seperti jawapan tadi dari YB. Sungai Tiang dan minta penduduk buat sendiri paip yang di luar meter yang tersumbat dan list kontraktor itu kena dapatkan daripada list kontraktor SADA, beribu terlibat. Tapi masalahnya semua paip itu tersumbat, nak buat macam mana, pasang pam pun tak keluar air. Contohnya di Taman Nakisyah, Taman Datuk Kumbar dan baru-baru ini Taman Derga Jaya. Ini mungkin berlaku juga lah di Bakar Arang, saya difahamkan Taman Intan pun berlaku sebab itu taman lama. Jadi mohon YB. Bakar Arang boleh tak minta YB. Dato’ Speaker masukkan dalam perbahasan supaya pihak SADA ataupun pihak berkaitan kelaurkan bajet untuk pertukaran paip ini kena buat ‘bypass’, tak buat ‘bypass’ matilah. Satu lagi, tangki air pun rosak, tangki air yang tak terurus, rosak, pump rosak, yang tu pun salah satu yang dikatakan tak dak bajet. YB. Bakar Arang bersetujukah masalah ini sama sahaja walau di mana.
Terima kasih masuk dalam ucapan tetapi masa saya tolong ‘adjust’ balik (sambil ketawa). Seterusnya saya nak bangkitkan berkenaan dengan isu ‘congest’ telekomunikasi lah, jalur telekomunikasi. Dalam titah ucapan pun ada sebut dan saya nak katakan bukan saja di luar bandar ‘panitration’ itu perlu ditambah baik tapi dalam bandar juga kita mengalami masalah komunikasi yang semalam saya cakap bukan sahaja internet tetapi sampai basic internet punya line yang sangat basic iaitu telefon punya line pun sangat-sangat lemah macam saya kata semalam di rumah saya sampai tidak ada ‘coverage’, dulu ada dan dalam satu tahun ini menjadi tidak ada.
Saya rasa kerajaan juga patut mengkaji adakah selepas pandemik ini lebih ramai anak-anak Kedah yang mungkin tinggal di Kuala Lumpur atau di tempat lain telah pun dan mungkin telah hilang kerja di sana dan balik ke Kedah untuk menetap di Kedah dan menjadikan populasi kita di tempat ini semakin bertambah sehingga line komuniksi juga menjadi ‘congested’ sebab kalau ‘congested’ saya rasa SKMM patut mengarahkan telco-telco ini untuk menambah baik, tambah telco tower ka sebab hidup sekarang ini sangat bergantung kepada telekomunikasi maka tidak boleh tunggu lama sangat lah.
Seterusnya satu isu lagi ialah saya rasa kuatir mungkin juga berkaitan dengan populasi kita adakah bertambah ataupun efisiensi. Satu lagi isu yang berlaku serius di Sungai Petani ialah traffic jam, kesesakan jalan raya di banyak tempat selepas PKP, semasa PKP tak dak masalah, tak dak traffic jam kerana kereta tak dak, tetapi selepas pembukaan semula, tidak ada PKP dan sekarang di mana-mana saja, bukan saja hari kerja, hari minggu lagi traffic jam di kawasan Amanjaya Mall dan kalau hari kerja, hari sekolah di banyak tempat, di Lencongan Timur Bandar Puteri Jaya ke Sejati, di Taman Kempas dari Pinang Tunggal nak ke Taman Kempas nak pergi ke Lencongan Timur dan banyak tempat lagi lah di sekitar Bandar Sungai Petani mengalami kesesakan jalan yang sangat-sangat teruk di mana tempat yang hanya 5 minit boleh sampai sekarang perlukan 30 minit baru sampai.
YB. Dato’ Speaker, minta pencelahan. Adakah YB. Bakar Arang bersetuju dengan saya di mana sekarang kesesakan lalu lintas disebabkan pemilikan kenderaan persendirian yang tidak terkawal dan kemudiannya pengangkutan awam yang tidak baik? Terima kasih.
Lain kali kalau nak celah tu buat soalan ‘simple-simple’ macam tu lah padat, kalau duk ambik masa orang lama-lama orang marah jugak.
Betu! Betul! ‘Good example, short and nice’. Saya rasa itu salah satu sebab tetapi saya rasa mungkin yang lagi simple kadang kala ialah ‘timing’ traffic light sahaja, banyak kereta yang panjang bagilah hijau lama sikit, ini sat saja sudah merah orang dah nak stop dan mula panjang.
Saya rasa itu perlu segera dikaji dan segera di’tuning’ balik supaya lebih cepat tapi yang lain mungkin nak lebarkan jalan yang tu ambil masa tetapi untuk traffic light ataupun ada ‘smart system’ bila kereta banyak boleh bagi lampu hijau lama sikit dan saya rasa boleh selesai banyak masalah. Saya rasa saya tak dak masa yang banyak kecuali YB. Dato’ Speaker nak bagi masa ‘extent’…,,(YB. Sungai Limau mencelah)
YB. Dato’ Speaker, kita setuju “hijau” tu bagi lama sampai PRU 15 ni, InsyaAllah!
Tak dengar, sorry. Tak pa saya teruskan, itu satu bab kesesakan jalan. Saya harap kerajaan boleh mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah kehidupan rakyat biasa.
Seterusnya isu alam sekitar, masih lagi kita terima banyak aduan tentang pembakaran terbuka jerebu, bau kebakaran di sekitar Sungai Petani. Saya nak tanya kerajaan berapa kekerapan untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan ataupun berapa kompaun yang telah pun dikeluarkan atas pembakaran terbuka pada tahun 2021(tahun lepas) dan juga tahun ini untuk 3 bulan yang pertama. Adakah apa-apa tangkapan yang dibuat untuk mereka yang membuat pembakaran terbuka ataupun kompaun yang dikenakan kepada mereka.
Juga seterusnya nak ‘follow up’ juga isu kilang-kilang haram, kilang-kilang tidak berlesen yang berkaitan dengan kitar semula. Kita tau ada satu kilang yang tidak berlesen di Kedah Halal Park di Taman Ria Jaya mungkin 300 ke 500 meter sahaja dari
rumah YB. Sidam yang dulunya telah dibuat penguatkuasaan dan nak tutup tetapi sehingga hari ini selepas beberapa tahun masih lagi beroperasi, masih lagi banyak sisa-sisa plastik berada dalam kilang itu walaupun kilang itu tidak ada signboard, macam sudah tutup tetapi di dalamnya banyak lagi bekalan material sisa pepejal dan masih berjalan. Saya rasa kerajaan perlu memberi satu jawapan apakah status yang dikatakan nak pindah ke Bukit Selambau dan apakah status kilang-kilang yang berada di Sungai Petani yang dikatakan nak tutup dan nak pindah.
Seterusnya yang akhir sekali juga alam sekitar di mana dalam titah ucapan Tuanku Sultan juga mengatakan perlindungan terhadap kawasan hutan dan juga kita degar sebelah sana (kerajaan) juga kata banyak polisi-polisi, kalau boleh jangan ada polisi ‘scrape off’, ada kesinambungan.
Saya nak tanya, semasa zaman Pakatan Harapan kita telah berusaha untuk nak mengadakan pindaan ataupun akta baru untuk Akta Perlindungan Hutan ataupun Akta Taman Negeri khususnya untuk Hutan Simpan Ulu Muda, semasa itu kita bekerjasama dengan UMDP untuk draf satu akta baru supaya kita boleh dalam penggal ini juga kita boleh luluskan satu akta untuk perlindungan kawasan hutan ini. Tapi, sehingga sekarang sudah hampir 2 tahun kita sudah pun tukar pemerintahan kita tidak dengar apa-apa perkembangan terbaru untuk Akta Taman Negeri Ulu Muda ataupun Akta Perlindungan Hutan ini. Saya minta nanti dalam penggulungan ada satu ‘update’ kepada kita supaya kita boleh sama-sama lindungi khazanah hutan di Negeri Kedah.
Saya rasa lebih kurang itu sahaja sebab bila kita punya penduduk bagi ‘feedback’ kita kena sampaikanlah. Yang akhirnya ialah ada aduan bahawa banyak jalan raya di Kedah ini iaitu line putih sudah pudar, mintaklah bagi cat semula. Walaupun saya rasa ini isu yang bukan besar tetapi apabila orang mintak saya sampaikan dalam SIdang DUN saya tetap perlu melaksanakan tugas saya maka harap kerajaan boleh jaga keselamatan pengguna jalan raya kita, mana lubang-lubang jalan tampal dan turap dengan lebih segera. Itu saja ucapan perbahasan saya, saya menyokong titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Terima kasih.
Terima kasih. YB. Bayu!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, dan selamat pagi. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin, Wassola Tuwassala Mu’ala Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in.
YB. Dato’ Speaker, YAB. ADUN Jeneri, teman-teman ADUN, ketua-ketua jabatan dan saudara saudari yang sedang mengikuti Persidangan kita pada hari ini sama ada secara fizikal mahupun atas talian. Mudah-mudahan kita semua diberkati Allah s.w.t. YB. Dato’ Speaker, terima kasih kerana diberikan peluang untuk sama-sama membahaskan titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-14 pada hari Ahad yang lalu.
YB. Dato’ Speaker, saya meneliti, menghayati titah ucapan Tuanku ianya sarat dengan pengharapan dan nasihat kepada kita bersama sebagai panduan untuk kita sama-sama melaksanakan dan memikul amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk sama-sama membangunkan Negeri Kedah di atas tapak demokrasi bermusyawarah. Mudah-mudahan berkat bermusyawarah ini mampu menjadikan Kedah sebuah negeri sejahtera dan nikmat kesejahteraan ini dapat kita kongsi, dapat kita manfaatkan kepada seluruh rakyat Negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya.
YB. Dato’ Speaker, usia tempoh kerajaan yang ada pada hari ini di bawah pimpinan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, ADUN Jeneri masih muda, masih baru, sekitar usia 1 tahun 10 bulan 6 hari, maknanya masih bayi. Tetapi jika dinilai, diukur, pencapaian prestasi, kejayaan-kejayaan yang ditunjukkan adalah sangat membanggakan kita semua. Hasil negeri meningkat sehingga RM688.04 juta pada tahun 2021. Ia melepasi unjuran yang telah dibuat sebelum ini. Semua ini merupakan hasil komitmen, ketegasan, kecekapan, ketelusan dan proaktif semua pihak Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN, juga Pegawai-pegawai Tadbir KCS di semua peringkat sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat daerah yang bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengira masa dan waktu, tanpa mengira siang dan malam. Tahniah diucapkan. YB. Dato’ Speaker, tidak dapat dinafikan kestabilan politik adalah rumus kepada kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara ataupun negeri. Justeru, kita sangat mengharapkan kestabilan yang ada pada hari ini dapat dikekalkan sehingga tamat tempoh pada Julai 2023. Masa yang masih berbaki setahun lebih ini dapatlah kita sama-sama menyelesaikan, melaksanakan agenda rakyat yang masih belum selesai ada di man-mana di sekeliling kita yang perlu kita berikan perhatian, perlu kita berikan pembelaan.
YB. Dato’ Speaker, kita masih bergelut berkaitan dengan infrastruktur seperti jalan-jalan kampung, perparitan, titi, jambatan, jalan putus, banyak lagi kemudahan-kemudahan infrastruktur yang belum dapat kita selesaikan. Di sana masih ada rumah-rumah rakyat yang terlalu uzur, yang perlu kita lihat, perlu kita perbaiki. Kerosakan infrastrur akibat bencana masih belum dapat kita pulihkan sepenuhnya.
Masalah bekalan air masih belum dapat kita selesaikan, kita belum lagi dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang kita sebut dalam pelaburan kita belum jelas, peluang-peluang pekerjaan untuk kita berikan kepada rakyat dan program-program yang boleh kita laksana dan kita rancang dalam tempoh ini ke arah untuk kita nak memakmurkan, mensejahterakan kehidupan rakyat Negeri Kedah. Alhamdulillah, berteras kerajaan yang stabil ini, ianya telah mampu membina iklim pelaburan yang kondesif, yang mampu menarik pelabur-pelabur luar dari seluruh dunia dalam usaha untuk memajukan negara kita, negeri kita bagi merancakkan putaran ekonomi di negeri kita.
YB. Dato’ Speaker, pelaburan sebanyak ini sudah pasti membuka peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat dan InsyaAllah ia dapat memberikan pulangan hasil kepada kerajaan negeri melalui cukai-cukai yang kita kenakan, yang kita kutip. Semua kejayaan-kejayaan ini adalah atas kebijakasanaan, atas kecekapan memimpin dan mengurus negeri yang mengamalkan tadbir urus yang cekap, transparens, berintegriti, tiada karenah birokrasi, dasar kerajaan negeri memperkenalkan e-Tend, permit pembinaan ekspres sesuatu yang baik yang boleh merancakkan, yang boleh menyegerakan sesuatu projek yang kita rancangkan.
YB. Dato’ Speaker, dalam mengisi kemajuan ini, penyediaan sumber manusia, tenaga pakar, tenaga mahir, separuh mahir, adalah sangat penting dan sangat perlu bagi mengisi permintaan tenaga kerja. Di samping itu, ia menjadi keperluan kepada institusi-institusi tertentu di universiti umpamanya, sekolah-sekolah vokasional, pusat-pusat latihan perindustrian seumpamanya bagi merancang untuk memenuhi permintaan tenaga kerja yang bakal tercipta untuk diisi, untuk sama-sama kita bangunkan Kerajaan Negeri Kedah yang kita kasihi.
Alhamdulillah, seperti yang dimaklumkan, sehingga September 2021, 11,030 pekerjaan baru berjaya diwujudkan melalui 7 projek melibatkan kawasan perindustrian yang baru-baru ini diluluskan oleh kerajaan negeri. YB. Dato’ Speaker, seperti yang diunjurkan, pelaburan besar di Kulim Industry Corridor, Kedah Rubber City, Sidam Logistics Aerospace and Manufacturing hub (SLAM), Kedah Sciens and Technology Park (KSTP) dan Pusat Ekonomi dan Komuniti Bersepadu (iCON) mampu menjana
peluang pekerjaan hampir 1 suku juta, 214,185 tenaga kerja, InsyaAllah. InsyaAllah ia mampu direalisasikan, InsyaAllah ia mampu dijayakan sekiranya kerajaan di bawah pimpinan YAB. ADUN Jeneri yang ada pada hari ini kita beri mandat dan kita beri kepercayaan pada PRU Ke-15, InsyaAllah.
YB. Dato’ Speaker, perancangan terbaik, tersusun dengan limpahan rahmat dan manfaat yang diperolehi oleh rakyat Kedah seharusnya diseimbangkan tidak hanya tertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja, konsep “Kedah Serata-rata” yang kita lafazkan janji kita dalam lagu negeri kita. Diharapkan tiada kawasan di dalam negeri ini, tiada rakyat dalam negeri ini terpinggir, tidak diberikan peluang untuk menikmati kemakmuran, kejayaan yang kita sedang usahakan, sedang kita laksanakan. YB. Dato’ Speaker, saya tak nampak jam, sebab tu saya duk jenguk ke situ. Tolong peringat saya, nak tengok jam kena sengetkan sikit badan saya.
YB. Dato’ Speaker, dalam titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, sektor pelancongan menjadi muram dek Pandemik Covid-19. Ianya perlu dipulihkan segera, usaha memajukan perlu segera dilaksanakan. Saya mengharapkan agensi-agensi yang berkaitan seperti Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Tourism Malaysia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Kedah Tourism, perlu membantu pemain-pemain industri pelancongan ataupun penggiat-penggiat industri pelancongan untuk memajukan produk mereka melalui pemberian geran, pinjaman mudah dan apa yang sepatutnya boleh kita bantu pengusaha-pengusaha industri pelancongan di sana.
Kebetulan DUN Bayu beridentitikan ekopelancongan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan kelebihan DUN Bayu yang Allah kurniakan seperti gunung ganang yang tersergam indah, gua-gua cantik dan menarik, keindahan dan kedamaian alam semulajadi di sepanjang jajaran sungai-sungai, flora dan fauna, air terjun yang indah dan semua ini InsyaAllah mampu menggamit pelancong-pelancong daripada luar. Dan hutan-hutan yang luas berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan melalui aktiviti-aktiviti riadah, rekreasi, perkhemahan, penyelidikan dan seumpamanya dan ianya menepati hasrat usaha kita untuk pemeliharaan alam, mengekalkan kelestarian alam seperti yang digariskan dalam Teras 6, Kemampanan Alam Sekitar dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035.
YB. Bayu, ada 5 minit lagi!
Ada 5 minit lagi? YB. Dato’ Speaker, di Bayu juga terdapat tempat-tempat yang menarik dan juga mempunyai nilai sejarah yang boleh kita berikan perhatian umpamanya Terowong Komunis di Weng. Nampaknya Terowong Komunis sekarang ini, memang wujud tapi tidak dapat dibangunkan, salah perancangan di mana-mana pihak wallahua’alam. Tapi hakikatnya sudah ada peruntukan sebelum ini untuk majukan Terowong Komunis, tapi nampaknya barangkali tidak cukup peruntukan atau salah di mana jadi kedudukan Gua Komunis tadi masih perlu diberikan perhatian, perlu dibangunkan semula.
Begitu juga Pusat Perundingan Baling yang terletak di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera yang semuanya menceritakan sejarah perjuangan Komunis di negara kita, Tanah Melayu untuk satu tempoh pada tahun 1944, 1940-an dulu. Tempat-tempat ini boleh dimajukan sebagai salah satu tarikan pelancongan sama ada pelancongan luar ataupun domestik.
Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB. ADUN Jeneri atas kunjungan ke Daerah Baling pada 27 Februari yang lalu bagi merasmikan Majlis Pelancaran Buku Liku-liku Pertemuan Baling yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan kita merasakan bahawa ianya merupakan titik mula, permulaan kita ke arah untuk kita merealisasikan cita-cita kita untuk meletakkan tempat Pertemuan Baling itu sebagai suatu tempat yang boleh kita lawati.
YB. Dato’ Speaker, kalau kita merujuk kepada titah Tuanku pada muka surat 4, para yang ke 4, saya petik ya, “gangguan manusia secara keterlaluan terhadap sifat-sifat semulajadi alam serta aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam untuk kepentingan perniagaan secara rakus menyebabkan dunia pada hari ini menghadapi pelbagai bencana yang kian meningkat. Perlindungan dan kelestarian alam sekitar mestilah diutamakan bagi menjaga ekosistem untuk pelbagai spesis dan fauna”. Kesempatan ini saya ingin mengingatkan semua pihak supaya sama-sama kita memelihara kelestarian alam, projek-projek tertentu seperti kuari umpamanya, penebangan hutan yang tidak terkawal walaupun kerajaan hari ini belum meluluskan walau sebatang pokok satu hektar tanah untuk penebangan balak tetapi penebangan hutan terpaksa dilakukan untuk memenuhi apa yang telah diluluskan sebelum ini. Jadi, kita minta pengawalan penebangan harus diberikan perhatian, boleh memberikan musibah kepada rakyat di kawasan berdekatan.
Kejadian banjir yang teruk pada bulan September 2021 baru-baru ini amat-amat memeritkan kita. Sejumlah 136 infrastruktur seperti jalan, jambatan rosak dan runtuh, tebing sungai yang runtuh, rumah rakyat yang rosak dan ianya memberikan impak yang besar untuk pemulihan seperti yang disenaraikan daripada 136 infra yang rosak ini kita memerlukan hampir lebih RM21 juta untuk kita proses pembaikan.
YB. Bayu, masa sebenar sudah tamat. Bolehlah ‘landing’ pulak!
Ha, ‘landing’. Begitu juga dengan 1,500 keluarga Daerah Baling yang terjejas teruk dengan banjir baru-baru ini. Saya menyokong penuh usaha kerajaan negeri yang diumumkan oleh YAB. Menteri Besar untuk mengawal lesen-lesen perjudian dan menghadkan penjualan arak di negeri ini. Saya merasakan semua kita dalam Dewan ini bersetuju bahawa penjualan arak merupakan impak yang tidak baik kepada pengamalnya. Kes-kes penjeraian, pergaduhan dan keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat akibat perjudian dan arak. Ianya merosakkan kita semua.
YB. Dato’ Speaker, di akhir perbahasan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa prihatin dengan masalah-masalah rakyat di bawah dan memberikan perhatian khusus kepada golongan miskin. Program membantu golongan miskin diteruskan pada tahun 2022 dengan ada sikit penambahan. Program seperti Anakku Sejahtera, pinjaman dan bantuan kepada peniaga-peniaga kecil, bantuan pembaikan pembinaan rumah asnaf, bantuan IPT dan sebagainya telah memberi manfaat kepada rakyat Negeri Kedah.
Saya juga melahirkan penghargaan kepada ‘frontliners’ kita dan pelbagai agensi yang memberikan komitmen kerajaan membantu mengekang penularan Covid-19. Juga kepada seluruh rakyat yang sentiasa bersama-sama berjuang untuk mengekang penularan Covid-19 dengan sama-sama kita mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kementerian. Mudah-mudahan usaha kita ini Allah berkati. Akhirnya YB. Dato’ Speaker,
Bayu hijau nan indah, Ayuh sama-sama kita berkunjung, Kata sudah, bahas pun sudah, Titah Tuanku saya menyokong.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Bayu.
Sekarang saya menjemput YB. Kota Siputeh! Oh! YB. Derga belum bercakap lagi? Silakan YB. Derga.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Semalam tak sempat berucap.
YB. Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, hadirin dan hadirat sekalian. Pertamanya izinkan saya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas titah Perasmian sempena Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-14. Terima kasih juga kepada YB. Dato’ Speaker atas peluang diberikan kepada saya untuk turut berbahas titah Tuanku dalam Sidang Dewan ini.
Tema untuk perbahasan saya ialah “Keluarga Malaysia Sihat, Rakyat Kedah Sejahtera”, itu satu agenda rakyat atau satu cerita politik? Tema ini merupakan tajuk utama antaranya ialah satu ancaman Covid-19 dan ancaman endemik. Apa yang YB. Bayu cakap tadi memang kerajaan baru ini baru setahun lebih mungkin bayi lagi dan perlukan masa. Saya percaya sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diteruskan di Negeri Kedah kita akan mencapai pencapaian yang lebih baik. Kita tengok balik tahun 2019 sebenarnya hasil kutipan sebenar oleh Kerajaan PH adalah RM778.26 juta iaitu melebihi anggran hasil. Ini sebenarnya lebih baik daripada apa yang dikutip pada tahun 2021. Tapi apa-apa pun saya ucapkan tahniahlah di atas hasil kutipan yang tinggi dan hasil kutipan yang tinggi patut digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan rakyat. Pada awal tahun 2020, tanpa disedari wabak Covid-19 telah memasuki Malaysia. Pada masa yang sama juga pintu belakang Kerajaan PH telah dipecah dan berlakunya peristiwa “Langkah Sheraton”.
Ini merupakan tirai tragedi kepada rakyat Malaysia akibat daripada pergolakan politik yang tidak stabil sehingga membawa kepada krisis kesihatan, masalah ekonomi dan juga sosial di negera ini. Pertukaran pimpinan politik kerajaan dan gabungan kerajaan rojak yang tidak sehaluan bagi agenda rakyat dan negara telah menyebabkan tidak tentu haluan pembangunan negara dan ternyatalah kerajaan gagal untuk menangani masalah Covid-19 yang telah membawa banyak malang kepada rakyat Malaysia.
Ada di kalangan mereka yang kehilangan pekerjaan, ada yang kehilangan sumber pendapatan harian, ada juga yang kehilangan insan yang tersayang. Jadi, ada yang telah menjadi anak yatim, anak yatim piatu, ada juga ibu bapa tua yang kehilangan tempat bergantung sebab anaknya telah meninggal, kehilangan pasangan suami atau isteri akibat Covid-19. Saya pohon tanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan ada maklumat berkaitan supaya kita mulakan inisiatif yang bersesuaian untuk membantu rakyat yang memang terkesan dengan Covid-19 ini dan kita bolehlah gunakan duit hasil kutipan yang tinggi ini untuk mereka.
YB. Dato’ Speaker, kalau mengikut jawapan kepada soalan bertulis soalan nombor 59, muka surat 205, untuk maklumat, jumlah kematian individu yang berumur dari 40 hingga 45 tahun adalah 749 orang pada tahun 2019, 739 orang pada tahun 2020, tapi pada tahun 2021 meningkat 1,074 orang iaitu lebih kurang 29.38% berbanding dengan tahun-tahun sebelum lebih kurang 16% atau 17%. Jadi, antara penyebab yang diberikan oleh jabatan tersebut, ini soalan daripada YB. Pengkalan Kundor, adalah ‘diseases of despiroldiaris system Covid-19’ yang ini penyakit tersebut (dengan izin). Kita nampak memang Covid ini membawa kesan dan peningkatan umur 40 hingga 45 biasanya adalah ketua isi rumah yang ada ibu bapa yang jaga anak, sekarang mereka sudah meninggal siapa yang akan membantu keluarga mereka. Jadi, saya pohon tanya kerajaan sekiranya krisis ini bertambah, apakah yang kerajaan akan buat dan adakah tindakan proaktif ataupun inisiatif kerajaan untuk mereka yang kurang bernasib baik ini, yang kurang sejahtera ini.
Sebenarnya rakyat sudah hidup merana selama 2 tahun dengan tekanan jiwa dan tekanan mental dan sebagainya, menaikkan bendera putih atau tidak, kita jaga kita, keperitan hidup ini dan memori hitam memang tidak dapat dilupai tetapi kehidupan kita masih perlu diteruskan YB. Dato’ Speaker, susah, kaya pun perlu diteruskan. Tapi, saya nampak kerajaan ini gagal dan ketandusan idea. Jadi, saya pohon supaya kita ada hasil kutipan yang tinggi RM688.04 juta ini tolonglah, pohon keluarkan sikit untuk bantu rakyat-rakyat yang terkesan.
YB. Dato’ Speaker, kes yang kedua ini kes BID. Kes BID di Kedah membimbangkan. Yang ni ‘headline’ dalam Akhbar Free Malaysia Today. Apa itu BID? Brought In Death, maksud secara hafiahnya ialah bila dibawa ke hospital dan sebelum sampai ke hospital sudah meninggal, jadi kesan tu tak tau. Dalam liputan tersebut, kenyataan Exco berkaitan mengatakan bahawa 82% daripada jumlah BID ni kerana tiada dos penggalak. Jadi, bila kita rujuk balik, setakat CovidNow punya portal 20 haribulan Mac 2022 peratusan yang menerima dos penggalak hanya 32.3% dengan 708,000 orang sahaja di Kedah yang terima dos.
Di sini saya minta YAB. Jeneri ambil tindakan tegas untuk membantu dan menggesa orang ramai menerima suntikan dos penggalak ini demi menyahut titah Tuanku, Agenda Nasional Malaysia Sihat. Janganlah pula sekali-sekali pergi hutan berjoli beriadah di hutan ataupun menangkap puyu sebagai hobi YAB. Jeneri. Sekali lagi saya cadangkan YB. Dato’ Speaker supaya jentera kerajaan negeri ini, semua pemimpin masyarakat seperti dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat ini ketua-ketua kampung, tok imam kita, ketua-ketua NGO dan sebagainya bersama-sama merealisasikan niat sebenar agenda Malaysia sihat ini supaya kita boleh pastikan rakyat kita betul-betul sihat dan sejahtera.
YB. Dato’ Speaker, topik yang ketiga kemudahan asas yang tidak sejahterakan rakyat. Tadi sudah banyak kita berhujah tentang tekanan air, saya nak ambil sikit masa YB. Sungai Tiang, paip yang saya hantar gambar tu sebenarnya berlaku di banyak taman, Taman Datuk Kumbar, Taman Nakisyah dan Taman Derga Jaya, semua banyak berlaku yang itu, bukan satu rumah sahaja. Tapi jawapan yang kita terima dari SADA memang isu itu. Jika boleh adakan satu rancangan jangka pendek atau ‘immediate plan’ untuk bantu tukar paip tersebut dan apa yang dijawab tadi bahawa tukar paip contoh Taman Tiong dan Taman PKNK, bila paip salur ke Taman Tiong, Taman PKNK tak dak air, seolah-olah catuan yang berlaku. Memang SADA nak usaha selesaikan masalah ini tapi ia soal catuan. Yang ni boleh tak kerajaan ambil tindakan yang lebih baik untuk pastikan air itu boleh dibekalkan dengan ‘more stable’ lah. Kadang-kadang malam ada air, siang, petang memang tak ada air di Taman Tiong. Saya rasa rakyat pun merujuk kepada YB. Sungai Tiang. Di satu rumah di Lorong Sharif, 5 tahun tak dak air masuk rumah, tekanan tendah. Permohonan masih tak dak jawapan, terpaksa guna air rumah jiran, ia banyak menyusahkan. Kita tau air ni kegunaan seharian juga untuk beribadat pun kita perlukan air dan sebagainya. YB. Dato’ Speaker, pohonlah air ni tak tau, Langkawi mungkin banyak air tapi kita memang ada masalah. Banyak tamanlah, Taman Nuri, Taman Derga Jaya, Taman Setia Jaya, Taman Nakisyah, Taman Datuk Kumbar, Taman Intan dan sebagainya.
Yang kedua isu lampu. Banyak kali kita minta sehingga Penyelaras DUN pun minta dan saya bagitau pihak TNB, tiang lampu di Jalan Langgar, Batu 1 selalu rosak dan gelap. Beberapa persimpangan di Lorong Keriang, Taman PKNK, Kompleks Alor Malai pun perlukan tiang lampu supaya ceriakan tempat itu dan bagilah rasa selamat di tempat tersebut. Saya nampak ada jawapan tentang soalan pusat digital ekonomi keluarga Malaysia. Di Derga kita tak dak maka saya nak pohonlah jika boleh tengok apa yang boleh dibuat supaya bagilah rakyat sejahtera di Derga juga bukan hanya sejahtera di Jeneri sahaja.
Yang keempat, kegagalan pengurusan kelestarian persekitaran. Yang ini saya ingat Tuanku sudah bertitah bukan saja pada kali ini, sebelum ni dalam Sidang DUN pun pernah betitah. Bila kita turun ke kawasan Derga, kawasan Alor Setar, kita nampak di tepi Jalan Datuk Kumbar, Jalan Teluk Wanjah, Jalan Langgar dan juga dalam padang-padang banyak rumput tumbuh melata dan tidak dipotong. Pokok-pokok ada yang sudah kering dan luruh juga tidak dipangkas dan ditebang sehingga ada kes di mana insiden berlaku pokok tumbang rosakkan kereta dan rosakkan bumbung rumah. Jadi, saya minta pihak kerajaan atau PBT, Majlis Bandaraya Alor Setar supaya bergerak untuk pastikan masalah ini ataupun keselesaan kawasan ini dipercepatkan. Selain itu berkenaan dengan jalan. Ada jalan memang turapan baru dibuat tapi bila siap turapan saja jalan sudah ditakungi air bila hujan.
Jadi, saya tidak tahu piawaian jalan ini, adakah memang disiasat ataupun hanya dibuat begitu saja di taman-taman, di lorong-lorong kadang-kadang dibuat separuh ataupun dibuat secara pilih kasih, ke rumah Speaker ada jalan, rumah Derga tak dak jalan, buat jalan ke situ, masuk ke rumah sini, situ tak pergi. Adakah ini secara pilih kasih. Sebenarnya rumah di Lorong Haji Baharom, jalan sebelah sini dia buat tapi separuh, jalan ni tak buat nak masuk ke masjid. Adakah ini pilih kasih yang tau masjid ini masjid siapa punya, mungkin sampai separuh tak sampai masjid. Ini contoh-contoh bajet tak cukup ka atau macam mana? Saya tau yang ni ada kiraannya. Ada beberapa jalan lagi lah, Lorong Haji Baharom, Lorong Seri, banyak lopak-lopak, minta dipertingkatkan lagi demi kesejahteraan rakyat. Juga parit-parit yang sudah rosak sekian lama seperti Taman Nuri, Taman Derga Jaya, Taman Muhibbah yang runtuh dan menyukarkan air dan tidak terurus, ini masalahnya.
Satu lagi saya nak mohon tanya, bilakah projek sistem pembentungan berpusat akan siap? Tengok di tepi-tepi jalan, mungkin YB. Dato’ Speaker kurang berjalan di Alor Setar, semua kerja-kerja menyekat jalan. Ini yang berlaku dan saya ingat titah Tuanku kita kena junjung dan perlulah minta pihak PBT supaya pastikan perkara ini berlaku.
Yang keempat, MBAS selalu keluarkan surat untuk langgar syarat kepada bangunan lama yang menjalankan perniagaan. Sebenarnya mereka minta untuk jumpa dan berbincang sebab masalah ini YB. Dato’ Speaker. Ini rumah kenangan penyewa yang sewa rumah tu buat perniagaan, memang ada permohonan dibuat. Tetapi disebabkan rumah ini telah lama dibina dan tiada piawaian perancangan baru jadi kadang-kadang tak dapat ikuti sepenuhnya. Jadi, pohon adakah kerajaan ada dasar pemutihan supaya membantu, rakyat memang nak mematuhi syarat tersebut tapi apakah dasar pemutihan tersebut yang boleh membantu mereka.
Saya berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Kubang Pasu yang bersedia berjumpa dengan kilang-kilang beras untuk mendengar masalah mereka sebab mereka pun nak mohon tapi ialah kilang beras dibina di tepi bendang jadi banyak syarat yang mungkin kena dilonggarkan supaya diluluskan dan juga memohon supaya cukai taksiran mereka dikurangkan untuk memapar kesesuaian penggunaan tapak mereka. Jadi, saya percaya YAB. Jeneri ni dia pun seorang penilai, dia tau semua masalah ini patutlah dia berjuang untuk pastikan supaya kita mendapat menang-menang, ‘win-win situation’ (dengan izin) YB. Dato’ Speaker untuk isu seperti ini. Saya ingat ini kena lebih bermesyuarat, saya tak faham adakah tekanan daripada pihak kerajaan bahawa jangan berjumpa dengan pihak pembangkang dan sebagai sebab banyak kali kita nak minta jumpa pegawai ada pegawai takut untuk berjumpa dengan kita.
Bila nak bincang termasuk kes yang saya sebutkan tadi di mana MBAS keluarkan surat langgar syarat kepada penduduk di Jalan Langgar dan beberapa kawasan di Alor Setar, saya memang menulis surat untuk berjumpa dengan Datuk Bandar untuk berbincang tentang hal ini tetapi ‘of course’ dia kata dengan SOP, itu saya faham SOP tapi SOP pun kita kena ‘move on’ juga hidup kita (dengan izin). Saya tak pasti, kadang-kadang ada ramai pegawai yang respond, yang itu saya nak ucapkan terima kasih dan tahniah tapi ada juga satu dua orang mungkin tak tau, terkesan ka tertekan ka dan sebagainya. Jadi, saya berharap ini tak dak ‘back hand’ ya (dengan izin).
Satu lagi, saya nak ucapkan tahniah dengan e-Tend tu untuk pelabur asing tapi pelaksanaan e-Tend tu bagaimana pula untuk kita punya pemaju, penduduk, rakyat kita di sini. Adakah proses juga lambat? Yang ini pun saya rasa kita kena jaga supaya orang-orang tempatan dapat proses yang cepat supaya mereka pun boleh menikmati kecekapan tersebut.
Di sini, kami difahamkan juga pihak yang tertentu mengatakan mereka kena melantik konsultan untuk buat kerja perancangan tapi konsultan tersebut bukan orang di sini, alamat di Kuantan atau di Shah Alam yang tu lebih kuat lagi, lebih cepat prosesnya di MBAS. Jadi saya pohon mungkin YB. Tokai adakah ini dasar baru supaya kita tak galakkan ataupun tak beri keutamaan kepada anak Kedah untuk jadi konsultan dan berikan kepada orang luar. Adakah YB. Speaker bersetuju orang luar yang buat dan bukannya anak Kedah? Saya rasa kena jaga rakyat Kedah dulu dan beri keutamaan kepada rakyat Kedah seperti kita kurangkan pekerja asing dan utamakan anak Kedah.
Bab yang kelima perumahan rakyat. Kita nampak ada beberapa isu di sini, ya kita tahu kes di Pulau Tiga, kes setinggan dan sebagainya kena halau keluar, memang kita tak boleh campur tangan sebab ini swasta dan juga antara kes mahkamah. Saya pernah bertanya di sini proses kita untuk siasat sebab kita ada rumah-rumah PPR yang kosong contohnya PPR Paya Nahu yang tak diduduki. Apakah progress tersebut untuk kita dapatkan rumah ini balik untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan? Ketiganya yang ni rakyat dipindah ke sini dan di sini mereka nak pergi ke mana, mereka juga akan jadi setinggan di tempat yang lain.
Yang ‘last’, ini tentang pengeksportan ketum. Pada….(YB. Dato’ Speaker mencelah)
Time sebenarnya telah habis.
Ya, saya tau, bagi sikit. Pada 19 Mac 2022 YAB. Menteri Besar membuat kenyataan untuk memohon kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan kerajaan negeri mengeksport daun ketum ke Thailand. Saya ucapkan syabaslah atas betapa geliganya pemikiran YAB. Menteri Besar kita. Saya percaya “geliga akai” YAB. Menteri Besar ini berdasarkan data yang sahih dan setelah mendapat taklimat daripada semua agensi berkaitan kerana YAB. Menteri Besar menyebutkan, “sekiranya permohonan eksport ketum dibenarkan, ianya boleh membanteras kegiatan penyeludupan haram ketum ke Thailand”. Saya nak petik laporan The Star (dengn izin) YB. Dato’ Speaker, “the issue of migring ketum leaf can be old come if there are special but nice to unable the community to be exported legally. The wise migring activities along the border of the state with the Thailand was because of live of hiring demanded in the neighbouring country”
Apa yang saya hairankan kenapa Yang Amat Berhormat boleh menggunakan kaedah ini untuk membendung dan membanteras penyeludupan daun ketum tetapi dalam isu lain Yang Amat Berhormat gunakan pendekatan berlainan. Rakan Muafakat YAB. Jeneri dari PN (Pakatan Nasional) yang merupakan Menteri Dalam Negeri dalam responnya jelas bahawa permintaan daripada Yang Amat Berhormat jika ada, ’is a big no’ (dengan izin) kerana ianya jelas bertentangan dengan Akta Racun. Setakat hari ini jelas jika sebarang pindaan Akta Racun, daun ketum atas apa alasannya adalah salah. Ini fakta, tapi YAB. Jeneri boleh dan bergeliga mencadangkan untuk membenarkan undang-undang melalui peraturan khas dan sebagainya.
Saya bagi contoh begini, judi adalah haram bagi semua orang Islam, ini adalah fakta dan tiada siapa yang boleh mempersoalkannya. Kami dari Parti DAP juga faham dan pertahankan bahawa judi adalah haram bagi orang Islam. Tetapi bagi bukan Islam, malah dalam negara kita Malaysia, judi bagi orang bukan Islam bukan satu kesalahan melainkan ianya judi haram ataupun judi tanpa lesen. Untuk mengawal judi haram, maka dilesenkan judi dan dihadkan sesiapa yang boleh masuk ke premis judi di samping itu kita menyediakan pendidikan supaya menjauhkan anak-anak kita untuk pergi berjudi.
Dalam isu judi di Kedah, Yang Amat Berhormat menghentikan lesen judi atas alasan judi bukan sesuatu yang baik dan untuk mengawal rakyat dari budaya judi sedangkan asalnya semua premis judi di negeri ini berlesen. Sekarang bertambah pula judi tak berlesen kerana judi berlesen akan dihentikan. Tahniah Yang Amat Berhormat. Mengikut undang-undang, nombor lesen dihentikan tetapi yang bertentangan dengan undang-undang YAB. Jeneri mohon dibenarkan. Akal geliga Yang Amat Berhormat memang hebat, ‘salute’ YAB. Jeneri.
Saya pohon penjelasan Yang Amat Berhormat jika sekiranya dibenarkan atas peraturan khusus seperti YAB. Jeneri cadangkan untuk mengeksport daun ketum. Apakah jaminan tidak salah guna daun ketum di kalangan masyarakat? Apakah jaminan penyeludupan boleh dibanteras? Saya faham, Yang Amat Berhormat memikirkan untuk ekonomi negeri tetapi tidakkah lebih baik beri tumpuan kepada apa yang telah Yang Amat Berhormat umumkan sebelum ini. Pada tahun 2020, sudah hampir 2 tahun YAB. Jeneri umumkan kerajaan telah meluluskan permit meneroka mineral baru Rare Earth Mineral (REE) di Sik, kawasan Yang Amat Berhormat sendiri yang Yang Amat Berhormat sebutkan dianggarkan bernilai RM62 billion. Sudah berapa kupang kerajaan negeri dapat?
Bagi ruang tak YB. Derga?
Nak bagi?
YB. Derga sudah makan masa 3 minit dah!
Ok, I just nak landed dah, tak perlu lah. Jadi, apa beza geliga dengan yang ini walaupun Yang Amat Berhormat bukan dari parti kami tapi YAB. Jeneri adalah Menteri Besar kami, janganlah buat malu Negeri Kedah dengan kelaku YAB. ini. Last i rasa….(YB. Sungai Limau minta laluan)
YB. Derga!
Tak pa, nanti kita bincang kat luar, YB. Dato’ Speaker tak bagi. Saya hanya nak ‘landed’ bahawa PRN ini… tak pa lah nanti kita bincang di luar.
Saya nak sentuh sikit…ada yang tak betul tu.
YB. Dato’ Speaker tak bagi, kecuali YB. Belantik mintak YB. Speaker bagi i masa 2 minit lagi tambahan, ‘injured time’. Boleh?
Tak boleh!
Ha, tak boleh! Ok. PRN akan menjelang, secepat mungkin. Satu lagi kita nampak ialah apa yang berlaku di PRN Melaka, PRN Johor, keluar mengundi kurang khasnya di Johor, undi secara automatik mendaftar pun kurang keluar dan tak disedari. Apakah kerajaan akan buat untuk pastikan PRN yang akan datang pada bila-bila masa akan pastikan majoriti pengundi keluar supaya kerajaan yang dapat dibentuk secara demokrasi mempunyai majoriti yang betul-betul mewakili rakyat dan bukan majoriti yang hanya suku peratusan yang menjadi kerajaan negeri.
Akhirnya,
Dari Bandar Baharu ke Langkawi, Singgah sebentar di Derga, Rakyat mengeluh di bawah pentadbiran Jeneri, PRU depan ubahlah ke Harapan pula.
Sekian, terima kasih. Saya turut menyokong usul titah Tuanku Sultan. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.
Terima kasih. Kalau kita buka panjang, dia jadi panjang lagi. Jadi, minta maaf lah. Saya menjemput YB. Kota Siputeh!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih YB. Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Terima kasih kerana telah memberi peluang untuk Kota Siputeh berbahas pada persidangan kali ini. Pada persidangan kali ini saya ada beberapa isu yang berkaitan dengan masalah rakyat marhain di bawah. Kita tahu bahawa masalah rakyat di bawah ini sangat terkesan dengan kehidupan mereka yang sangat susah. Saya rasa kita semua wakil rakyat tahu di kawasan masing-masing rakyat di bawah sana sangat terkesan dengan kehidupan sekarang ini sebagaimana yang disebut juga oleh YB. Jitra, ada penduduk pergi mengail untuk makan ikan tersebut, bukan sekadar hobi. Maksudnya rakyat di bawah sana sangat susah dan mereka memerlukan bantuan terutama daripada kerajaan sendiri dan saya percaya setiap wakil rakyat akan dihubungi oleh penduduk masing-masing.
Saya sendiri pun dihubungi oleh pelbagai kawasanlah bukan DUN saya sahaja, Parlimen lain pun malah DUN berdekatan dengan saya pun mohon sumbangan. Saya kata, “minta maaf lah, saya jaga DUN Kota Siputeh, saya tak jaga kawasan lain, carilah wakil rakyat di kawasan masing-masing”. Ada juga penduduk yang ‘whatsapp’ kat saya, “saya nak YB. jadi Menteri Besar”. Bagus juga no kalau wanita jadi Menteri Besar. Kan, YB. Merbau Pulas, YB. Bandar Baharu no? Bagi wanita pula jadi Menteri Besar, kita bantu wanita-wanita terutama ibu-ibu tunggal di Kedah ni kan? Melawak saja…
Saya nak bangkitkan isu pertamanya mengenai isu pesawah. Bayaran pampasan yang dijanjikan kepada petani yang padi rebah yang berlaku pada Ogos 2021 masih belum dibayar dan padi benih akibat banjir, tenggelam beberapa kali dan saya ada bangkitkan isu ini di Persidangan yang lalu pada November 2021 dijanjikan untuk dibayar 1 hektar RM800 kepada para pesawah tetapi sampai sekarang pesawah-pesawah ini belum mendapat pembayaran yang dijanjikan. Jadi, mohon pencerahan daripada Exco yang berkaitan. Kita tahu bahawa banjir sering berlaku terutama di Kodiang, ada kawasan-kawasan yang terlibat dan mengharapkan pihak kerajaan mengambil tindakan berbuat sesuatu untuk memastikan bahawa padi tenggelam ini tidak berlaku lagi. PPK mohon supaya padi benih diberi semula kepada NAFAS, bukan diswastakan kerana harga yang tidak boleh dikawal dan harga tinggi dan PPK tidak boleh berperanan untuk membantu petani.
Jadi, petani mohon supaya subsidi padi benih ini diberi kepada petani bukan saja kepada kilang-kilang sebab ada petani yang buat sendiri padi benih dan ada yang beli di tempat lain. Jadi mereka syorkan supaya subsidi padi benih ini diberikan kepada pesawah. Ini di antara rungutan-rungutan yang telah saya dapat di kawasan saya. Kemudian duit subsidi mengala traktor yang serelung RM28.30 NAFAS bagi lambat, dah masuk musim kedua baru nak bagi. Ini adalah hak petani, kenapa dilambat-lambatkan. Kemudian mereka juga menyebut tentang ladang berskala besar, sawah yang berskala besar ini yang dicadangkan hanyalah memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat yang tertentu sahaja, bukan kepada pesawah. Harga-harga barang makanan lain semua naik harga tapi harga padi tak naik-naik sedangkan harga baja, racun naik dan ini membebankan para pesawah kita, potongan pula sampai 20%. Kerajaan perlu dengar cadangan-cadangan daripada PPK kerana mereka ini adalah wakil petani yang lebih rapat dengan petani di bawah dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pesawah ini. Jadi, ini saya mohon pencerahan lah daripada Exco yang berkaitan.
Seterusnya saya masuk kepada isu jalan tar di Pida 4 Baru. Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah beri jalan tar baru kepada Pida 4 Baru ini setelah 25 tahun penduduk menunggu akhirnya dapat jalan ini. Tetapi yang menyedihkan, selepas 2 bulan sahaja jalan tar ini siap ada berlaku jalan berlopak, retak di sana sini sedangkan kerajaan telah membelanjakan hampir RM800 ribu untuk buat jalan yang berkepanjangan lebih kurang 4.7 kilometer dan kita dapati ketebalan tar itu hanyalah 1 inci, tidak mengikut spek yang sepatutnya 2 inci. Kerajaan dah belanja banyak duit, nak buatnya bukan senang tetapi masalahnya tak sampai 2 bulan dah rosak. Itu adalah jalan utama sebenarnya, jalan laluan penduduk dari Sanglang ke Alor Setar, ke Jitra dari Alor Setar - Jitra – Sanglang, memang kenderaan cukup banyak di jalan tersebut dan saya mohon jalan ini dijadikan jalan utama untuk pergerakkan penduduk.
Alhamdulillah, penduduk berusaha untuk buat pula jalan baru di sebelah perparitan MADA itu, jalan kampung, tebang pokok-pokok sekelilingnya supaya jentera-jentera berat boleh lalu. Jentera mesin yang berat-berat ini boleh lalu di jalan tersebut supaya tidak merosakkan jalan tar ini.
Ini usaha penduduk untuk memastikan jalan tar itu masih elok setelah 25 tahun penduduk menunggu, jadi mereka sayang jalan itu maka mereka usahakan jalan di sebelah itu untuk dibuat laluan jentera berat. Itu usaha penduduk. Jadi, saya mohon pencerahan kenapa jadi macam tu kan, ini sebagai peringatanlah kepada kita supaya bila dibuat jalan-jalan tar yang baru di kawasan-kawasan yang lain janganlah sambil lewa, tidak bersungguh-sungguh untuk memastikan jalan itu bertahan sampai bertahun-tahun. Setelah kita berbelanja duit yang banyak dan berlaku kerosakan di sana sini, baru 2 bulan sahaja.
Saya dimaklumkan penduduk bahawa tidak dibuat dengan baik, ‘steamroll yang keluarkan air semasa letak tar tu tidak digunakan, di parkir saja dekat tepi tu, jalan pula tidak diratakan betul-betul, saya dah lalu jalan tu terasa macam naik kuda. Saya bangkitkan isu ini supaya perkara ini tidak berlaku di kawasan-kawasan yang lain. Apabila kita buat jalan tar baru ini buatlah dengan sebaiknya kerana kita membelanjakan duit kerajaan, duit kerajaan yang kita gunakan ini hasil cukai kepada rakyat, kita tidak buat dengan sebaik-baiknya, seperti hanya “melepaskan batuk di tangga” saja.
YB. Dato’ Speaker, saya masuk kepada isu air. Di kawasan saya ni masalah daripada Kodiang sampai ke Kuala Sanglang dan Pida-Pida semua ada masalah air. Boleh kata setiap hari ada aduan berkenaan dengan air ni. Ada yang sampai terpaksa ambil air ban tuntuk mandi, terpaksa beli air, terpaksa angkut air terutama di kawasan-kawasan Guar Batu Hitam, kawasan yang lebih tinggi walaupun ada juga telaga tiub tetapi tidak mencukupi.
Ada juga SADA letak tangki air yang hitam tu tapi juga tidak mencukupi, aduan-aduan yang dibuat kepada SADA lambat diambil tindakan, lambat hantar air, ini masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk dan saya percaya masalah ini dihadapi oleh kebanyakan kawasan di Negeri Kedah ini. Jadi, kerajaan kena ambil berat tentang perkara ini, kena usahakan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Nak tunggu loji yang nak siap 2024, dikatakan 2024, bayangkan berapa tahun lagi rakyat terpaksa menanggung masalah ini. Carilah pakar-pakar yang boleh untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Saya percaya boleh selesai tapi mungkin kita kena berfikir di luar kotak bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Penduduk juga menyebut bahawa air kotor, berkarat, saya rasa mesti berlaku kebocoran di paip-paip yang lama ini. Paip-paip ini mesti ditukar, kalau buat loji baru pun tapi paip tak ditukar, tak sampai juga kepada penduduk. Loji yang ada sekarang ini mungkin cukup air yang ada, tapi masalahnya sebab NRW ni banyak di mana-mana kan.
Mungkin berlaku kebocoran di sana sini dan air yang sampai kepada penduduk air yang kotor, air seperti teh susu, berkarat. Jadi, mesti berlaku kebocoran dan perlu dicari di mana kebocoran tersebut. Ada juga SADA kata suruh penduduk cari sendiri, takkan penduduk nak cari kat mana kebocoran itu, takkan tak dak teknikal SADA buat kerja-kerja ini yang lebih tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah ini. Saya mengharapkan sangatlah pihak kerajaan untuk melihat perkara ini, masalah rakyat sebenarnya rakyat bukan nak dengar sangat pelaburan yang billion-billion kan tapi masalah mereka mesti diselesaikan. Apa peranan kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah rakyat ini.
Masalah macam nil ah, masalah air, masalah jalan, jalan yang berlubang sana sini, banyak yang menyebabkan kecederaan, jalan-jalan di Pida, kampung, ada yang kemalangan berlaku, ada kematian disebabkan kecederaan sebab lubang jalan-jalan ini. Perkara-perkara macam ni perlu diambil berat oleh kerajaan.
YB. Timbalan Speaker, saya masuk pula mengenai UniSHAMS. Saya ada soalan tapi saya takut tak sampai esok ni berkaitan dengan UniSHAMS. Berkenaan dengan asrama UniSHAMS, rasanya dah 4 tahun yang lalu dah ada cadangan untuk buat asrama baru kerana pelajar-pelajar kita memerlukan asrama baru ini sebab ramai yang duduk di luar. Waris nak hantar anak ke UniSHAMS pun duk pikiaq sebab anak ni terpaksa tinggal di luar, sewa di luar, ada yang tak mau hantar ke UniSHAM jadi perkara ini perlu diselesaikan. Saya mendapat maklumat kata ada syarikat yang nak membina asrama ni cukup modal apa semua, tetapi masalahnya kerana pengurusan UniSHAMS melantik konsultan yang mintak sampai RM3 hingga RM4 juta kepada syarikat ini untuk dibayar kepada mereka.
Ini yang menyebabkan syarikat ini tidak mahu membina asrama ini sedangkan mereka dah cukup dah, mereka dah ada pelan semua, cukup modal semua, dah propose dah pun kertas kerja mereka dan bayaran asrama tersebut sehingga 23 tahun selesai, yuran pelajar boleh membayar hutang pembinaan asrama tersebut tetapi masalahnya sekarang ini konsultan mintak sampai RM3 hingga RM4 juta daripada syarikat-syarikat ini. Jadi, mohon penjelasan tentang perkara ini.
YB. Timbalan Speaker, saya masuk kepada isu pendidikan. Pendidikan sangat penting untuk masa depan sesebuah negara dan saya sangat mengharapkan pihak kerajaan mengambil berat dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga institusi pendidikan di Kedah ini sama ada sekolah tersebut di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri ataupun swasta. Bertanyalah tentang permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk membantu mereka meningkatkan mutu pendidikan di Negeri Kedah begitu juga institusi pendidikan tinggi kerajaan dan swasta serta institusi berkemahiran. Perkara ini penting untuk memastikan pelajar-pelajar di Negeri Kedah ini mendapat pendidikan yang terbaik. Mohon diberi penjelasan, apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu sektor pendidikan Negeri Kedah ini mencapai tahap kemajuan yang membanggakan bermula dari sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Begitu juga institusi kemahiran pada tahun ini apakah skala yang diguna pakai untuk melihat pencapaian pendidikan di Negeri Kedah ini. Ada beberpa perkara yang perlu diberi perhatian seperti peruntukan daripada kerajaan negeri, adakah untuk membantu pelajar-pelajar SPM kita mendapat tuisyen dan lain-lain untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan peperiksaan mereka.
Yang keduanya keciciran pelajar dalam penguasaan 3M, membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh PKP bagi para pelajar tahun 1 dan 2 ini perlu dilakukan fasa pemulihan kepada pelajar-pelajar ini. JPN perlu melakukan sesuatu untuk membolehkan pelajar-pelajar ini menguasai semula kebolehan membaca, menulis dan mengira.
Kemudian, kebolehan membaca Al-Quran juga di kalangan pelajar-pelajar ini merosot. Ini juga perlu dilihat, diambil tindakan bagaimana untuk memperbaiki kelemahan ini dan saya juga mendapat tahu tentang apabila berlakunya Covid-19 baru-baru ini sekolah-sekolah disuruh buka tirai di sekolah semua sebab takut jangkitan Covid. Sebenarnya tak dak tirai pun jangkit juga Covid kan sehingga 700 buah sekolah ini semua tirai-tirai dia suruh buka, dah belanja banyak mana dah buat tirai sekolah ni disuruh buka, ini sangat merugikanlah sebab tidak dibuat kajian dulu adakah sebab tirai ni yang menyebabkan jangkitan Covid. Dalam keadaan sekolah yang panas, yang tidak selesa untuk guru kita, pelajar kita ini sepatutnya perlu difikirkanlah kerana ia akan merugikan. Sebelum membuat sesuatu perkara itu perlu dibuat kajian terlebih dahulu.
Saya juga mohon penjelasan adakah peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada sekolah-sekolah berkurangan sehingga guru terpaksa cari duit untuk cat bangunan sekolah, perbaiki bangunan sekolah sebab perkara ini penting untuk memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar kita, keceriaan kepada pelajar-pelajar kita sebagai tempat untuk mereka menimba ilmu.
Saya mengharapkan juga ada silibus kepada pelajar-pelajar kita ni pendidikan kewarganegaraan perlu ditekankan, bab yang berkaitan politik supaya pelajar-pelajar dididik untuk memahami maksud hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama dan ditanamkan sifat kasih sayang anatara satu sama lain bukan kebencian kepada pelbagai kaum dan bangsa yang ada di negeri kita ini dan memahami pentingnya perana politik dalam sesebuah negara kerana setiap perkara dalam ini ditentukan oleh politik. Jadi, anak-anak ini perlu dididik untuk memahami perkara-perkara sebegini seperti kewarganegaraan dan juga sistem politik. Sebab anak-anak kita setelah berumur 18 tahun mereka akan mengundi, jadi mereka perlu diberi kefahaman dan perkara-perkara ini perlu dididik dari peringkat persekolahan lagi. Pendidikan yang berterusan boleh juga……(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Kota Siputeh, saya nak ingatkan masa tinggal 2 minit lagi.
Ok, baik! Penjelasan tentang bahayanya dadah, judi, ketum, pornografi sangat perlu kepada pelajar-pelajar kita supaya mereka ini tidak terlibat dengan penagihan ini.
Ok, baik. Saya masuk kepada isu kawasan saya iaitu Kota Siputeh. Masalah di kawasan saya ni ramai di antara penduduk yang belum ada rumah, masih duduk rumah sewa, tanah tak dak, tumpang duduk rumah orang, memang ramai. Saya mengharapkan ada lah perumahan yang mampu milik bagi penduduk-penduduk di sini untuk mereka membeli rumah yang bersesuaian untuk mereka tinggal. Ada tanah, saya dimaklumkan tanah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Kuala Sanglang, tanah KBS ini dirancang untuk dibina Kompleks Sukan Jerlun tapi kompleks tersebut telah dibina di Kampung Sanglang jadi tanah ini sekarang dibuat bendang, saya tak pasti berapa hektar. Kalau kerajaan boleh ambil tanah ini dibuat perumahan kos rendah terutamanya untuk nelayan-nelayan di Kuala Sanglang yang banyak tak dak rumah, mereka duduk di tanah-tanah ‘reserve’, mungkin mereka boleh membeli sebagai rumah sendiri untuk mereka duduki. Sekarang mereka duduk di tanah ‘reserve’, masalah rumah yang bocor dan sebagainya kerajaan tak boleh membaiki rumah tersebut sebab mereka duduk di tanah ‘reserve’ kerajaan.
Rasanya itu saja yang ingin saya sampaikan. Akhir sekali patik menjunjung kasih ucapan Tuanku Sultan sempena persidangan pada kali ini. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih YB. Kota Siputeh dengan cadangan yang baik dan menepati masa yang diperuntukkan.
Seterusnya saya persilakan YB. Tanjung Dawai.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wassola tuwassala muala rasulillah wa’ala alihi wasohbihi waman walah.
Yang dihormati YAB. Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, hari ketiga kita bersidang dan hari ni kita masih dalam Dewan untuk menunaikan kewajipan kita dan moga-moga apa yang kita bicarakan dan apa yang kita luahkan membawa kesan dan impak yang baik kepada rakyat di luar sana, InsyaAllah. Saya juga ingin menjunjung kasih ke atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini. Titah ucapan Tunku Sultan ada menyebut Pelan Pembangunan Kedah 2035 sebanyak 3 kali, membuktikan keprihatinan Tuanku Sultan dan baginda mengikuti secara dekat.
Sekalung tahniah juga turut dititahkan oleh Tuanku Sultan atas kejayaan merealisasikan tema Belanjawan 2021 iaitu “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Perkara pertama yang ingin saya sentuh sepertimana yang termaktub dalam titah Tuanku ialah nasihat supaya kita sentiasa bermusyawarah, bermesyuarat. Dalam kitab Al-Quran ada surah yang bernama surah Asy-Syura, surah mesyuarat dan saya yakin Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan sebelum tu Pelan Transformasi Kedah adalah hasil daripada gembelingan tenaga, idea yang dibuat oleh pihak kerajaan dan Pegawai-Pegawai Tadbir Kedah bagi melihat kegemilangan Kedah pada suatu ketika nanti dan hidup kita ini dengan mesyuarat saja.
Tak mesyuarat di Dewan ini, mesyuarat di dewan makan, kedai kopi pun kita mesyuarat, nak kenduri mesyuarat, semua mesyuarat. Bahkan untuk memastikan kerajaan ini berjalan dengan baik dan dapat melaksanakan tanggungjawab, mesyuarat mingguan Exco bahkan YAB. Menteri Besar juga bermesyuarat terlebih dahulu dengan Tuanku Sultan. Moga-moga, Dewan kita ini yang rekodnya Alhamdulillah tidak pernah tercemar sepertimana yang berlaku di dewan-dewan negeri lain moga-moga dapat untuk dipertahankan. Mungkinlah berlaku semasa perbahasan panas sikit tapi di luar Dewan kita selesai seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Yang kedua ialah berkaitan dengan apa yang diisytiharkan oleh kerajaan, hari Jumaat sebagai Hari Kebersihan Negeri Kedah. Saya ingin untuk mengambil apa yang telah digagaskan oleh kerajaan melalui Cordoba Of Kedah. Bukan sekadar pembangunan dan ilmunya tetapi bila kita melihat dan membaca sejarah Cordoba kita akan melihat bagaimana Cordoba terkenal sebagai satu kota yang sifar ataupun bebas sampah dengan satu bandar yang bersih sehingga disebutkan Kota Cordoba ini mempunyai 900 bilik mandi awam. Orang Cordoba bersih, sampah tidak ada. Eropah bilamana nak hantar orang mengaji di Cordoba, mereka perlu dikuarantin terlebih dahulu di sempadan kerana ketika itu penganut agama di Eropah berpegang bahawa adalah suatu dosa besar bila mandi dalam seharian, tak boleh mandi.
Disebutkan Ratu Isabella mandi dalam sejarah hidupnya mandi 2 kali sahaja tetapi bilamana orang-orang datang nak menuntut ilmu dan melihat kehebatan yang ada di Kota Cordoba mereka perlu dikuarantin terlebih dahulu maka semangat itu perlu diambil untuk Negeri Kedah. Kalaulah hari Jumaat adalah Hari Ilmu juga, hari Sabtu adalah Hari Keluarga, moga-moga ilmu yang dikutip dapat diamalkan. Cuma saya minta supaya pihak e-Idaman, kalau hari cuti nampak sampah menimbun, mungkinlah ada satu sistem untuk angkut sampah, ambil sampah walaupun pada hari cuti supaya tak kelihatan longgokan sampah yang tak sepatutnya.
Yang ketiga berkaitan dengan hasil kutipan yang berjaya dikutip bagi tahun 2021 sebanyak RM688.04 juta. Dan Tuanku telah memberi peringatan supaya berbelanja dengan cara betul dan berhemah sepertimana peribahasa sebut “sempit bertelempu, lega berlunjur” iaitu belanja ikut pendapatan. Saya ingin untuk memohon kepada pihak kerajaan, dengan peruntukan yang diberikan kepada ADUN melalui Pejabat Daerah berilah peluang dan juga ruang untuk ADUN bersama-sama mengemukakan pandangan, cadangan untuk pembangunan di DUN masing-masing supaya pembangunan yang dibuat tu benar-benar sampai kepada rakyat kerana ADUN tentunya dekat dan mengetahui apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh penduduk di kawasan masing-masing.
Seterusnya iaitu Kedah Aerotropolis. Saya ingin untuk berkongsi dengan apa yang pernah disebutkan oleh seorang alim yang terkenal iaitu Tok Kenali. Ketika Tok Kenali sedang menyempaikan kuliah kepada anak muridnya, dia menyebut “sesiapa yang panjang umur dia akan tengok bumi akan menjadi rata, pasir akan terkambus, rumah akan teruntuh, manusia berjalan dengan terbang, manusia makan dekat jamban taik, manusia tidur dekat dengan tandas, ilmu tersebar di merata kedai kopi”. Sidang hadirin sekalian, firasat Tok Kenali menyebut bahawa manusia akan berjalan dengan terbang, kita maklum tiket kapal terbang murah lagi daripada bas kalau nak pi Kuala Lumpur, murah lagi. Dan apa yang dihasratkan oleh kerajaan sebelum ini untuk ada lapangan terbang penumpang di Sidam itu.
Walaupun hasrat itu tidak tercapai dan dibuat bahagian MRO dahulu, tapi yakinlah Pulau Pinang tidak akan dapat menampung keperluan yang ada di kawasan ini. Suatu ketika nanti mungkin ketika kita sudah tidak ada di dalam Dewan ini, ketika itu keperluan untuk menyediakan apa yang patut di tempat tersebut projek itu perlu untuk dilaksanakan juga maka kita perlu untuk bersabar dan yakin bahawa itu akan menjadi milik kita suatu ketika nanti. Hasil pelaburan 2021 sebanyak RM68.3 billion YB. Tuan Speaker, saya ingin juga menyebut juga peribahasa “bukan menguningkan kunyit sendiri”, bukan nak puji sendiri, tapi apa yang telah dicapai ini adalah hasil daripada kerjasama semua pihak dan kita bersyukur kerana Allah s.w.t memberikan kita merasakan sesuatu yang luar biasa dan moga-moga tidak hilang sifat syukur kita dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Cuma saya ingin untuk menyebut seperti apa yang disebutkan oleh YB. Bayu bahawa pihak kerajaan melalui IPT dan juga pusat-pusat latihan perlu untuk bertindak bagi memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh pihak pelabur supaya nikmat yang disediakan ini yang ada, yang boleh diambil yang ada di Kedah hasil daripada kemasukan pelabur itu dinikmati semaksimumnya oleh rakyat Negeri Kedah sendiri. Kita tak mau jadi “bagai si kudung mendapat cincin”, tak ada nikmat, tapi tak dapat untuk dimanfaatkan.
Seterusnya berkaitan isu air. Saya mendengar banyak DUN-DUN yang memperkatakan tentang isu air, ingatkan DUN Tanjung Dawai saja teruk, rupanya DUN lain pun teruk. Tapi, sepertimana yang disebutkan oleh YB. Sungai Tiang dalam sesi Sidang yang lalu, kalaulah suatu tindakan yang tegas dibuat oleh kerajaan yang terdahulu dalam tempoh 23 bulan tentunya permasalahan yang berlaku di beberapa DUN terutama di Tanjung Dawai yang melibatkan 5 loji rawatan air telah pun selesai pada tahun lepas, tapi perkara itu tidak berlaku. Saya juga ingin menarik perhatian bahawa projek loji rawatan air yang nak dinaik taraf itu dan sudah bermula sejak bulan Jun yang lalu. Mohon supaya diberikan perhatian agar projek itu berjalan dengan sewajarnya mengikut sepertimana yang diharapkan.
Jangan diberikan peluang sehinggakan kita tak boleh nak jawab kepada rakyat atas kelewatan. Signboard dah naik dah, kalau di Pekan Tanjung Dawai tarikh siap Loji Rawatan Air Bukit Selambau untuk menyelesaikan masalah air di DUN Tanjung Dawai adalah pada 2 Disember tahun 2023. Moga-moga sebelum 2 Disember tu air memancut keluar daripada paip orang-orang di DUN Tanjung Dawai, InsyaAllah. Saya juga ingin memohon sepertimana yang pernah saya luahkan sebelum siap Loji Rawatan Air di Bukit Selambau yang nak dinaiktarafkan itu proses seperti pemasangan paip baru dan juga pembinaan tangki baru perlulah juga dijalankan sekali dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak SADA dan kerajaan negeri kerana telah pun selesai berkaitan dengan pengambilan tanah, satu tanah sahabat saya, tanah yang duduk jalan nak ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Tuan tanah ni cerita kepada saya sendiri dengan tawaran daripada pihak kerajaan 1 kaki dengan harga sekian-sekian dan dia boleh untuk menuntut ataupun minta lebih daripada harga yang ditawarkan oleh pihak kerajaan tetapi dia sebut kepada saya, dia kata, “saya tak mau nak mintak lebih ustaz kerana kalau saya minta lebih daripada apa yang ditawarkan, prosesnya akan jadi lambat dan orang Mebok, orang Tanjung Dawai akan lama lagi hadapi masalah air, saya tak mau jadi macam tu”.
Jadi, persoalan ini bukan persoalan yang kecil dan semua pihak sebenarnya mengambil tahu dan berusaha untuk menyelesaikan dengan segera. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Luar Bandar yang telah pun meluluskan peruntukan untuk pembinaan projek loji air di Tupah sebanyak RM35 juta dan dijangkakan akan siap nanti pada 2024. Kalau lah Loji Rawatan Air di Bukit Selambau siap, yang di Tupah pun siap nanti, maknanya di Tanjung Dawai ini makmur air lah. Kalau la ni orang yang duduk di perumahan dalam DUN Tanjung Dawai ni ada jual rumah pasal masalah air, mungkin lepas ni perumahan naik berlambak pula di DUN Tanjung Dawai bilamana siap loji rawatan air tu. Saya ingin berkongsi, bila masalah air berlaku, kita bekerjasama dengan masyarakat. Alhamdulillah, dalam tempoh dari 2018 hingga ke hari ini Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjung Dawai bekerjasama dengan masyarakat, dengan pihak masjid, ada yang surau dan juga sekolah, kita telah pun membuat, menggali telaga tiub sebanyak 27 telaga dengan kita menampung kos itu sendiri dan ada kerjasama daripada pihak tertentu membantu sehinggakan kita boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh rakyat di DUN Tanjung Dawai berkaitan dengan air. Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan hak kita berkaitan air dengan Pulau Pinang. Apa yang disebutkan kelmarin berkaitan dengan penolakan Kerajaan Perak yang beberapa hari lalu, awal bulan ni juga dengan rasminya menolak permintaan Kerajaan Pulau Pinang untuk mereka beli air dari Perak.
Menteri Besar Perak telah secara rasmi menyatakan bahawa mereka tak dapat memenuhi permintaan tersebut dengan alasan mereka pun tak cukup air. Kalau kita Negeri Kedah saya sebut kelmarin, kalau Kerajaan Pulau Pinang sanggup nak beli air dari Kerajaan Perak maka mereka sepatutnya menjaga apa yang mereka ada sekarang. Menteri Alam Sekitar dan Air telah menyatakan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang paling banyak ada simpanan air di Malaysia, 30% berbanding dengan kita 2.3% kalau tak silap, kalau salah tolong perbetulkan YB. Sungai Tiang. 2.3% saja simpanan air Negeri Kedah. Kalaulah 5 loji rawatan air itu siap akan naik jadi 10% saja, Pulau Pinang ada 30% simpanan air tapi dia tak pernah rasa kesusahan kita, tidak membantu kita untuk memastikan bekalan air itu terjamin pada masa hadapan. Dan berkaitan dengan Pulau Pinang juga sepertimana disebutkan dalam Persidangan sebelum ini tuntutan kita yang berkaitan dengan air RM50 juta saja setahun dan tuntutan pajakan sebanyak RM100 juta ke atas Pulau Pinang itu bahkan yang menuntut bukan dalam Dewan ini semata bahkan telah dikemukakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu dengan penyerahan dokumen bukti kepada Kerajaan Persekutuan bahawa Pulau Pinang adalah milik Negeri Kedah maka perlu untuk dibayar pajakan yang sepatutnya dan sekitar RM400 atau RM500 ribu. Jadi, saya harap Pulau Pinang jangan bermuka papan dalam isu ini. Seterusnya…..(YB. Sungai Limau minta laluan).
Mintak laluan YB . Tanjung Dawai. YB. Tuan Speaker dan YB. Tanjung Dawai, kerajaan negeri telah pun membuat tawaran kepada Pulau Pinang untuk penjualan air itu pada nilai RM50 juta setahun dengan keperluan Pulau Pinang kepada air dia terpaksa nak beli di Perak. Adakah untuk kita mendesak Pulau Pinang bagi tempoh tawaran kita RM50 juta ni setakat hujung tahun, lebih daripada tu kita akan tuntut RM100 juta sama dengan kita minta pajakan Pulau Pinang. Mungkin dia akan pikiaq 2 kali, dia nak ambik hat RM50 juta ataupun tuntutan kita pada RM100 juta yang memang itulah nilai air yang kita alirkan ke Pulau Pinang dari Ulu Muda. Apa pandangan YB. Tanjung Dawai?
Saya setuju, semua setuju demi Kedah YB. Tuan Speaker, saya setuju. PasaI kita lama dah kita buat baik tapi orang tak hargai. Kita korban tenaga pegawai-pegawai kita peqah otak, rakyat Kedah bantu untuk mereka boleh hidup senang, pelaburan mereka masuk banyak tapi apa yang mereka bagi kepada Kedah, perkara ini perlu untuk dipertegaskan kepada mereka.
YB. Tuan Speaker dan Ahli Sidang sekalian, berkaitan dengan Projek Sawah Smart, Smart Sawah Berskala Besar (ASB) dan berkaitan dengan estet padi juga yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah. Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Dato’ Paduka SS dan juga CEO yang saya tak taulah dalam kepala Dato’ CEO Zakat ni ada apa lagi tak tau. Tapi apa yang dibuat itu memberikan pengaruh besar kepada orang-orang yang bergelar sebgai asnaf. Saya rasa projek estet padi ataupun Smart Sawah ini yang baru melibatkan 100 relung daripada 700 relung tanah milik Zakat, saya yakin antaranya akan menyebabkan orang yang selalu mengambil untung atas angin iaitu golongan orang tengah akan terhapus, InsyaAllah dan saya yakin kalaulah projek ini dikembangkan di luar dari kawasan MADA dengan puluhan juta tiap-tiap bulan Zakat memberikan bantuan kepada golongan asnaf antaranya kena bagi beras melalui Amil masjid yang duk ada di Kedah ini, lebih kurang 500 buah masjid.
Pihak Zakat suatu ketika nanti saya yakin mereka boleh membina kilang beras mereka sendiri untuk menampung keperluan mereka, untuk membantu golongan asnaf dan asnaf yang ditargetkan ini saya yakin mereka letakkan target dalam beberapa tahun golongan itu mesti keluar dari kepompong golongan asnaf dan membantu pihak lain pula.
Maka, projek-projek sebegini perlu untuk diberikan perhatian dan dokongan yang besar dan pihak Zakat juga telah pun membuka satu skim bantuan perumahan untuk rakyat yang bergaji antara RM1,200 ke RM1,500. Tak cukup syarat untuk buat permohonan di bank yang isi pendapatan rumahnya tak lebih daripada RM3,000 dengan rumah yang akan dibiayai separuh oleh pihak zakat dan separuh lagi pinjaman daripada Bank Islam yang akan membantu orang-orang yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah dan ini antara kerja-kerja yang dibuat oleh pihak Zakat. Saya sokong dan saya ucapkan tahniah kepada pihak Lembaga Zakat atas keprihatinan mereka untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YB. Kupang yang bertanggungjawab bahagian agama atas pelaksanaan Program Khariah Ramadhan yang akan berlangsung pada bulan Ramadhan nanti di Dataran Zero, Sungai Petani. Satu program yang terhenti akibat daripada Covid-19 yang InsyaAllah moga-moga akan menceriakan kembali dan akan mengembirakan kembali perniagaan-perniagaan dan orang ramai yang hadir ke Khariah Ramadhan nanti. Tentulah ada program sembahyang terawih di situ, tadarus Quran, tazkirah, ada amil zakat dan sebagainya. Yang pentingnya orang yang berniaga, orang yang jadi pengunjung, yang ada di kawasan tu pun boleh untuk merasai suasana Ramadhan, mereka tak akan melepaskan kewajipan mereka di bulan Ramadhan walaupun berada di Dataran Zero pada ketika itu di waktu malam.
YB. Tuan Speaker, saya juga ingin untuk menyebut tentang caruman PERKESO. Caruman PERKESO yang saya maksudkan ini ialah bagaimana PERKESO melalui hubungan mereka dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Peserta ataupun nelayan yang ada kad, mereka dipotong bantuan bulanan yang mereka dapat secara automatik dipotong oleh LKIM untuk bantuan caruman PERKESO daripada bantuan yang mereka dapat sepatutnya. Tapi ramai lagi orang yang tak dak kad nelayan maknanya yang tak dak bantuan tetap tersebut tapi mereka susah. Maka saya mencadangkan kepada pihak Zakat contohnya golongan asnaf yang duk dapat bantuan daripada Zakat tiap-tiap bulan bentuk kewangan, bantuan daripada JKM yang ada peruntukan tiap-tiap bulan kepada orang-orang yang memerlukan, mungkin-mungkin boleh untuk dipotong untuk dijadikan caruman PERKESO kepada golongan ini. Caruman PERKESO paling rendah untuk pekerjaan sendiri ni ialah RM13.10 sebulan. RM13.10 sebulan kalau dipotong tak terasa mana pun mereka yang dapat bantuan JKM ataupun Zakat. Kalau mereka tu dah terkeluar daripada orang yang layak dapat bantuan Zakat, JKM dan sebagainya, mungkinlah, kalau mereka nak sambung, mereka boleh sambung sendiri.
YB. Tuan Speaker, saya ingin mengesyorkan kepada Jabatan Agama berkaitan dengan masjid lah, pasai saya dengar daripada YB. ADUN Sungai Limau, masjid di Bukit Besar Tok Imam dia cukup egresif, petang-petang kayuh ‘gerek’ pi tengok anak khariah, yang perlukan bantuan dia akan bagi. Rumah dia pun macam store pusat bantuan. Haa…dia pun mengai ikan jugak. Bagaimana Tuan Imam, Bukit Besar ni dia bekerjasama dengan ADUN yang ada di Parlimen Jerai. Kalau ada khariah dia rumah yang daif, rumah yang perlu dibaiki, dia akan bekerjasama dengan ADUN antaranya YB. Sungai Limau berkongsi bantuan modal untuk membaiki rumah anak khariah.
Saya suka mencadangkan agar perkara ini disampaikan kepada masjid-masjid yang ada di Kedah supaya pihak masjid, tok imam, mereka juga ada usaha sebegitu untuk bantu anak khariah supaya anak khariah ni tak nampak muka ADUN dia semata-mata. Kalau muka YB. Tuan Speaker tak palah segak, nampak muka Tok Imam sama. Kalau nak berjaya ni saya rasa Tok Imam muda-muda boleh buat kerja, kalau Tok Imam hat lama –lama ni dia tunggu masa saja, kalau di DUN Tanjung Dawai ni satu masjid yang menjadi sebutan orang, orang luar Kedah pun duk mai melawat, hat mesjid dalam Kedah pun pi buat lawatan dan masjid ni buat konsep Masjid R&R, Masjid Al-Bushra Pekan Merbok. Tok imam dia, setelah dia berjaya mengubah keadaan fizikal masjid, orang puji semua, dia juga mengubah fizikal diri dia, dulu sebelum ni bulat, la ni slim elok saja, dia berjaya. Tok Imam ni berTikTok, saya yang kagumnya AJK hat orang lama sampai umur 72 tapi boleh berTikTok sekali dengan dia, boleh sekali. Mereka bersatu tenaga, bersatu fikiran sampai masjid tu jadi sebutan sungguh-sungguh.
Saya tau susah nak dapat tok imam muda ni, payah, tok imam muda rasa tak bebaslah kalau jadi tok imam, dia nak main stok harga pun berasa tak berapa nak kena, tambah nak pi mengai ikan puyu, eh! Payah jugak la. Tuan-tuan, usahakan moga-moga dapat hat muda-muda dan membantu untuk mengaktifkan masjid dan bagi elok. Saya juga ingin mengulangi masalah hakisan di pantai Kampung Huma yang sudah pun terlalu dekat dengan rumah orang, dengan jalan raya ni tak sampai 100 meter dah, terlalu dekat. Jadi, saya rasa lapang bila Dato’ SFO kelmarin bagitau Ramadhan nak pi tengok. Cuma saya bagitau kalau mai Ramadhan tak boleh jamu apa lah. Tu pun besaq rahmatlah bila Dato’ bagi tau akan pi turun tengok dan dalam jawapan bertulis YB. Sungai Tiang pun ada menyebut bahawa pihak beliau pun telah memohon kepada pihak Kerajaan Pusat untuk buat tembok untuk halang ombak yang semakin mengganas.
Akhir sekali saya ingin untuk menyampaikan….(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Tanjung Dawai, masa sebenar dah habis…
Saya nak tambah hat DUN Pantai Merdeka, boleh tambah masa sikit?
Saya bagi 2 minit!
Saya ingin berkongsi lah YB. Tuan Speaker apa yang diluahkan oleh ADUN Pantai Merdeka, sebagai mewakili dia dan perkara ini pihak kami sendirilah di Tanjung Dawai dengan Pantai Merdeka ni macam 2 beradik, selang dengan laut saja tapi masalah yang sama iaitu antaranya berkaitan dengan jambatan Tanjung Dawai – Pantai Merdeka, Pantai Merdeka – Tanjung Dawai. Kalau tanya kat peniaga Tanjung Dawai, mereka tAk setuju YB. Tuan Speaker, mereka tak setuju. Pasal apa? Kalaulah buat jambatan tu depa kata, Tanjung Dawai sebagai pusat produk laut ni terjejaslah, tah-tah jadi macam Pekan Bedong, bila Jambatan Semeling buat, pekan Bedong pun jadi macam “Pekan Koboi”.
Tapi, masa kedepan kita tak tau, keperluan la ni pun terasa dah dan kita yakin bilamana jambatan itu dibuat ia akan memberikan kebaikan kepada banyak pihak, bukan kepada peniaga saja dan membantu untuk mendekatkan perjalanan. Berkaitan dengan jeti penambang ataupun jeti bot penambang yang ADUN Pantai Merdeka sering sebut, bila penumpang nak naik ke bot daripada Pantai Merdeka ataupun nak turun di Pantai Merdeka daripada bot, jadi dia terpaksa terjun dalam air, kena selak, hat tu yang masalahnya tu kena selak pasal tak dak jeti. Jadi, mohon supaya diberikan perhatian dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana Alhamdulillah, mini-mini tar di Tanjung Dawai la ni ‘meqelit’ banyak, Alhamdulillah. Diturap baru, dibuat baru dan permohonan yang sering saya sebut dari 2018 berkaitan dengan titi depan Masjid Pengkalan Kakap, Ahlhamdulillah baru-baru ni telah mendapat jawapan, baru-baru ini dilulus oleh pihak JKR untuk menyelesaikan masalah yang sering menyebabkan banjir di kawasan tersebut.
Jadi, terima kasih dan saya ingin menyebut bahawa kerajaan ini bukan kerajaan yang gagal YB. Derga, kalau dulu semasa kami duduk di sebelah sana (pembangkang), Wang Khairat tak dak kedengaran, bila dengar, katanya 80 orang untuk 1 DUN, lepas tu dengar tak dapat kat orang, orang tertentu saja mati katanya. Sekarang ni daripada RM300 naik ke RM500, saya pun bila kita umumkan perkara itu di DUN Tanjung Dawai, kalau rasa-rasa yang nak meninggal akhir tahun 2021 tu tangguh sat, 2022 jadi RM500. Tahniah di atas keprihatinan kerajaan dengan apa yang dibuat dan juga saya rasa apa yang diusahakan ini dalam tempoh yang singkat kita sedang melaksanakan kewajipan kita dan saya yakin bahawa kewajipan tak kiralah di pihak sahabat-sahabat di sana ataupun di sebelah sini menjadi kerajaan, peluang untuk kita untuk mendapat pahala, pahala yang cukup banyak lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan air, setiap titisan air itu adalah pahala untuk kita, tak kiralah dia Exco ka, dia Menteri Besar ka, dia pegawai SADA ka, pekerja SADA ka, tak kira, bila dibuat penuh kejujuran ia adalah titisan pahala untuk kita. Tapi kalau dicemar dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya maka dosa itu akan membakar semua pahala-pahala yang sepatutnya kita dapat. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ini dan sekali lagi saya menjunjung kasih di atas titah ucapan Tuanku. Wallahu’alam, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Tanjung Dawai, mengambil masa 28 minit. Saya lebihkan masa kerana sedikit isu melibatkan Pantai Merdeka.
Seterusnya saya persilakan YB. Kota Darulaman.
Salam muhibbah kepada YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai dan kakitangan kerajaan serta sidang hadirin sekalian. Terima kasih YB. Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas titah ucapan Tuanku Sultan sempena Istiadat Pembukaan Persidangan DUN Kedah. Berpandukan kepada titah ucapan Tuanku Sultan, ingin saya menarik tumpuan kepada beberapa perkara berikut. Yang pertama fasa peralihan ke endemik, sempena Malaysia akan di buka semula kepada dunia pada 1 April 2022 bagi merancakkan pembangunan dan pemulihan ekonomi negara, adakah kita semua bersedia, apa yang akan berlaku selepas pembukaan sempadan ini, kita semua masih tidak tahu.
Data terkini dari Kedah mencatatkan sebanyak 65 kematian di luar fasiliti hospital (BID) bagi tempoh 1 Januari hingga 12 Mac lalu adalah pada tahap yang menakutkan kerana kes BID (Broad In Death) tidak patut berlaku setelah 2 tahun kita lawan Covid-19. Ini bermakna kita masih gagal menyampaikan mesej yang tepat kepada rakyat jelata kerana hampir 90% daripada yang meninggal tidak tahu mereka dijangkiti Covid-19.
Justeru, saya ingin menyeru kerajaan untuk membuat segala yang boleh dalam menyampaikan maklumat dan kesedaran tentang kepentingan membuat ujian saringan kesihatan selepas individu tersebut mengalami simptom seperti demam, selsema dan sakit tekak. Kita tidak boleh ambil ringan sehingga ramai terkorban dengan Varian Omicron selepas pembukaan sempadan negara. Setahu kita sekarang ini test kit RTK sangat murah tetapi bila dibandingkan dengan RTPCR yang mencecah ratusan ringgit untuk sekali test, keupayaan untuk menentukan sama ada seseorang terjebak dengan Covid adalah kurang tepat di mana kita mungkin boleh beli banyak brand RTK tapi bila kita buat ujian tak semestinya bila dia positif tapi dalam keputusan RTK itu masih negatif. Jadi, adalah penting supaya kos ujian saringan untuk RTPCR diturunkan dari sekarang ini lebih kurang RM200 ataupun RM160 diturunkan kepada harga siling yang lebih rendah agar dapat meringankan beban rakyat untuk menjalani ujian saringan yang lebih tepat.
YB. Tuan Speaker, seterusnya kami sering menerima pertanyaan daripada ramai waris simati yang meninggal akibat Covid-19 pada tahun 2021 bahawa pihak NADMA masih belum menyalurkan bantuan khas kematian Covid-19 NADMA yang berjumlah RM5,000 one/off dan juga bantuan khas Covid-19.
Saya mohon bantuan YB. Bukit Kayu Hitam untuk meneliti isu dan memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan untuk segerakan bayaran ini kerana ramai yang hidup sengsara selepas kehilangan ahli keluarga. Kita tahu untuk tahun 2021 hampir 2,000 orang yang terkorban akibat Covid dan bayaran ini tidak patut lagi ditangguh dan perlu disegerakan.
Yang kedua, saya ingin menyentuh tentang kemudahan infrastruktur dan utiliti kepada rakyat seperti titah ucapan Tuanku. YB. Tuan Speaker, berdasarkan tinjauan baru-baru ini, saya mendapati ada beberapa kerja-kerja penurapan jalan-jalan raya di Bandaraya Alor Setar seperti tadi yang dikatakan oleh YB. ADUN Derga mendatangkan kesan sampingan di mana penurapan tar jalan yang terlalu kerap dan semakin tebal telah menyebabkan penyingkiran air hujan dari jalanan tersekat dan air hujan bertakung di atas permukaan jalan terutamanya di persimpangan Pekan Simpang Kuala dan Kuala Kedah.
Saya ingin memohon pihak MBAS dan JKR untuk menyemak perkara ini dan melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem penyingkiran air hujan berfungsi selepas penurapan jalan demi keselamatan pengguna jalan raya dan piawaian perlu ditetapkan kerana mudah untuk kita turap jalan tapi berapa tebalnya yang boleh kita turap supaya lubang-lubang untuk menyingkirkan air hujan tidak ditutup.
Menyentuh tentang utiliti, saya ingin menyentuh tentang lanjutan tempoh masa untuk kerja-kerja pemasangan meter SIV dan injap bersaiz besar SADA yang telah dilaksanakan pada 22 hingga 25 Februari yang lalu. Pengalaman untuk kerja naik taraf ini telah menyebabkan lanjutan tempoh selama 2 hari, di luar jangkaan dan ini telah menyebabkan penduduk-penduduk di sekitar Rumah Pangsa Simpang Kuala dan Taman BB Park berada dalam keadaan yang stress kerana tidak dimaklumkan terlebih awal untuk menyimpan air dan pada masa itu juga saya menerima banyak aduan yang mengatakan talian aduan SADA tidak dapat disambung dan bila kita minta lori untuk hantar bekalan air sangat susah, saya minta 3 hari, 3 hari pun tak hantar. Untuk dapatkan maklum balas daripada SADA bila rakyat telefon, whatsapp semua tidak ada maklumbalas.
Jadi, pada pendapat saya, dengan CEO yang baru ini saya rasa pihak SADA patut membuat perancangan awal dan membuat persediaan yang terbaik dalam sistem aduan dan memberi maklum balas atau notis awal sebelum melaksanakan kerja-kerja naik taraf bagi menangani isu teknikal di luar jangkaan.
Selain itu, segala portal atau talian aduan SADA perlu diperbanyakkan bagi menerima aduan ataupun permohonan daripada rakyat. Selain itu, pihak SADA juga perlu mamastikan apabila ataupun sebelum melaksanakan kerja naik taraf, pastikan SADA telah beli lori yang cukup ataupun sewa lori yang cukup untuk hantar bekalan air. Kalau tidak kita pergi Lotus kita tengok semua air mineral habis sebab rakyat beli mineral water untuk balik mandi ataupun minum sebab tempoh 3 hari tu sangat panjang. Dan bila saya tanya pegawai SADA dia kata sebab sumber terhad dan mereka dalam usaha untuk beli lori. Tapi yang saya tau sekarang ini nak beli lori pun susah, boleh dapatkan sebut harga tapi lori tak dak stok. Jadi, itu yang saya minta supaya diperhalusi.
YB. Kota Darul Aman, boleh celah?
Ya… Boleh, silakan! Nanti minta YB. Tuan Speaker tambah masa.
Terima kasih YB. Kota Darul Aman, Terima kasih YB. Tuan Speaker. Memang banyak kita bincang isu air, cuma hat tu hat yang terkeluar dari mulut, mungkin hat tak terkeluar dari mulut YB. kota Darul Aman, ni Suka Menanti, Jitra, masa hampalah 2017 dulu kelulusan dah ada tapi tak mau teruskan. Sepatutnya siap 2021, kalau siap tu satu tak dak masalah. Jadi, mungkin hat tu hat tak terkeluar dari Kota Darul Aman jadi boleh luahkan. Terima kasih.
Tak betul tu, tak betul!
Saya rasa saya perlu perbetulkan yang YB. Sungai Limau. Kita tidak boleh tuju menuju sebab mungkin hari ini kamu kat sana, tahun depan kita berada kat sana. Jadi, sekarang ini perubahan kerajaan singkat, jadi kita kalau ada macam tadi YB. Tanjung Dawai kata, “sekadar kita ada kat sini sebagai kerajaan ada cara untuk buat pahala”. Jadi, saya rasa kalau sekarang ni berkuasa, buatlah kerja anda.
Kemudian pulangan wang cagaran. Bila kita nak buka akaun SADA, SADA akan minta wang cagaran mungkin RM300 untuk buka satu akaun. Tapi apabila kita tutup akaun, mula-mula saya pergi tanya SADA berapa lama untuk pulangan wang cagaran tersebut. SADA jawab mungkin dalam tempoh 1 minggu, 2 minggu bayaran itu akan dipulangkan. Selepas 1 atau 2 minggu pergi SADA dia kata kena tunggu lagi mungkin 2, 3 bulan. Jadi saya rasa ini merupakan satu prestasi yang tidak baik bagi SADA sebab bila nak buka akaun nak minta cepat-cepat, bila nak bayar balik dia lambat.
Kenapa ini berlaku? Ini tidak patut berlaku kepada rakyat bawahan walaupun wang cagaran RM300 tu tak banyak dan penutupan akaun boleh dilakukan bila-bila masa tapi kenapa bayaran wang cagaran tu lambat dan saya minta supaya perkara ini perlu ditambah baik.
YB. Tuan Speaker, menyentuh topik kemudahan infrastruktur dan utiliti, saya ingin menyuarakan keresahan rakyat berhubung isu naik taraf infrastruktur bahagian perumahan. Pelbagai aduan telah dihantar ke Bahagian Perumahan namun tiada tindakan yang diambil.
Saya mengambil contoh pada Sidang DUN yang lepas saya telah mengadu tentang lampu koridor yang menyala 24 jam untuk satu blok bukan untuk satu rumah dan telah hampir 6 bulan sampai sekarang. Simple saja cuma nak tukar satu sensor yang kosnya tidak sampai RM100 tapi perumahan juga tak buat dan lampu sehingga sekarang masih menyala lagi. Saya minta yang ni siapa yang akan mengambil tindakan, siapa nak tanggung bayaran bil elektrik tersebut.
Di Blok D pula 4 tingkat kita maklumkan kepada Perumahan bahawa ada paip pecah dekat bawah tanah disebabkan lori e-Idaman yang mengumpul sampah menyebabkan paip bocor bawah tanah dan pihak Perumahan telah baiki tapi selepas dibaiki paip masih tetap bocor. Pada akhir tahun lepas penurapan jalan walaupun dalam keadaan paip bocor, Perumahan juga pergi turap jalan dan sekarang ini kebocoran itu telah menyebabkan takungan air dan kini menjadi kolam renang burung sebab cuaca panas, burung tiap-tiap hari pergi singgah sana berenang, minum air. Jadi, kenapa kita perlu bazirkan duit yang beratus ribu untuk buat jalan tapi kita tak buat kajian teknikal ataupun perbaiki apa yang patut dulu sebelum kita turap jalan. Saya harap perkara di atas dapat diambil perhatian oleh YB. Exco Perumahan dan turun untuk bantu menyelesaikan masalah yang berbangkit ini.
Kemudiannya tentang bangunan, struktur bangunan perumahan. Kita tau Flat Simpang Kuala khasnya lah dan Flat Tongkang Yard, kebanyakan bangunan tersebut telah mencecah hampir 40 tahun dan kita nampak sekarang ini telah berlaku rekahan dalam bangunan tersebut. Bila konkrit jatuh dalam tu kita nampak besinya telah karat dan saya minta kerajaan supaya sediakan satu bajet untuk kajian teknikal sama ada bangunan-bangunan ini masih sesuai untuk dihuni atau tidak. Ya, YB. Bandar Baharu, silakan!
Terima kasih YB. Speaker dan YB. Kota Darul Aman. Saya nak tanya satu saja, semua masalah-masalah yang dibawa daripada YB. Kota Darul Aman ni nak menunjukkan Yang Berhormat gagal menyelesaikan masalah rakyat atau apa? Itu saja saya nak tanya, terima kasih.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya rasa yang ni bukan saya gagal menyelesaikan masalah sebab saya rasa kerajaan yang besar ini patut ada cara untuk menyelasaikannya. Bila kami buat aduan perkara remeh ini patut telah diambil tindakan, yang tu saja.
Saya ingin teruskan dengan isu tong sampah kitar semula yang telah diletakkan di sekitar kawasan perumahan atau taman. Sejak kebelakangan ini kita dapat tahu bahawa kebanyakan bahan ‘recycle’ ataupun sampah-sampah dibuang ke dalam tong-tong sampah recycle ini dan tidak diselenggarakan ataupun dikutip oleh pihak pengurusan dan aduan ini telah dimajukan kepada pihak e-Idaman tetapi masih tiada tindakan diambil. Saya mohon keterangan lanjut berhubung perkara ini.
Untuk tahun ni sebenarnya saya ingin minta Pegawai Kewangan ataupun YAB. Jeneri untuk kurniakan mungkin satu buah ‘sky lift’ kepada pihak Majlis Bandaraya Alor Setar kerana bila kita buat aduan tentang pokok contohnya pokok tinggi yang sangat lebat kita minta untuk pangkas. Kebanyakan masa dia akan tolak mai, tolak pi, seperti baru-baru ini satu pokok di di hadapan ABC kita minta untuk pangkas tapi MBAS kata, “ini bukan milik saya, dia kata milik JKR” sebab di bawah tu ada lektrik JKR yang dibuat kabel. Bila kita buat aduan kepada JKR, JKR pula kata, “yang ni bukan di bawah tanggungan JKR, ini di bawah MBAS”.
Saya rasa dengan sistem yang sedia ada dengan ICT, kita patut tau dengan senang yang itu di bawah seliaan siapa, bawah selenggaraan siapa dan tidak patut saling menolak kepada mana-mana pihak, tindakan perlu diambil dan saya minta YAB. Jeneri untuk kurniakan ‘sky lift’ sebab setiap kali aduan dia akan kata, sky lift rosak, tak cukup kakitangan, nak kos ‘maintenance’ untuk sekali tu sangat mahal. Jadi, saya minta supaya permohonan ini dapat diluluskan.
YB. Tuan Speaker, golongan belia adalah antara yang kurang diberi perhatian oleh semua pihak dalam Sidang DUN ini. Pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik jelas menunjukkan bahawa golongan belia memainkan peranan penting untuk membawa agenda transformasi negara. Namun, apabila saya turun ke Johor saya dapati pada pilihanraya di Johor kita nampak dengan jelas bahawa penglibatan golongan ini untuk keluar mengundi adalah rendah dan perlu diberi perhatian sebelum Pilihanraya Umum ataupun PRN Negeri Kedah sekiranya berlaku. Pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta pihak bertanggungjawab perlu melaksanakan langkah proaktif untuk meningkatkan kefahaman politik dan mencari jalan keluar untuk menarik golongan ini untuk keluar mengundi pada PRU akan datang. Selain itu, saya berharap pihak kerajaan dapat menyediakan peruntukan khas dalam melaksanakan program-program dengan jalinan SPR dan parti politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelbagai agensi dalam meningkatkan kesedaran demokrasi bagi membina satu momentum dan memahami aspirasi tanggungjawab untuk turun mengundi di negeri ini sebab generasi muda penentu masa depan negara.
Kita berharap pihak YB. Exco Kuah dapat berusaha untuk meningkatkan kesedaran sebab semasa di Johor memang kita nampak anak muda kita yang berjumpa umur 18 hingga 20 bila kata, “hang boleh keluar mengundi tak”? Dia kata, Oh! Tak maulah, segan, ikut ibu bapa. Jadi, kita kena tingkatkan kefahaman dan kepentingan mengundi.
Dalam Sidang DUN ini saya mendengar ramai yang teruja dengan pengeluaran wang KWSP seperti yang saya bahas pada Sidang Bajet 2022 rakyat telah membuat pengeluaran khas KWSP Negeri Kedah berjumlah RM7.1 billion melalui Skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra bagi yang berumur 55 tahun ke bawah. Tindakan pengeluaran terdesak simpanan KWSP tidk mampu merangsangkan ekonomi sebab yang kita tau memang sebahagian besar yang dikeluarkan tu hanya untuk kecemasan ataupun bayaran pinjaman.
Dengan pengeluaran skim-skim ini, sebanyak 492 ataupun 91.7% bilangan ahli KWSP tiada simpanan asas yang kurang daripada RM10,000. Ini menunjukkan jumlah ahli yang layak membuat pengeluaran untuk kali ini yang telah diumumkan akan tidak layak. Maknanya, bila kita simpan KWSP, gaji minimum RM1,200 kita simpan setiap bulan cuma RM100 kita simpan, simpan dan ia akan ambil untuk kumpulkan RM10,000 dengan pembahagian akaun 1 dan akaun 2 yang akan mengambil masa 12 tahun untuk tampung balik. Jadi, soalan saya ialah kenapa rakyat perlu mengorek duit persaraan sendiri dan bukannya kerajaan bantu salurkan peruntukan untuk bantu rakyat?
YB. Kota Darul Aman, masa sudah melebihi 1 minit!
Saya nak ‘landing’ dah, ok. YB. Tuan Speaker, saya memang menyambut baik kenaikan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 yang diumumkan oleh Perdana Menteri tetapi bukannya pada fasa pemulihan ekonomi. Peningkatan semata-mata sebanyak 25% ke atas gaji pokok akan memberi kesan ke atas kos keseluruhan gaji dan memberi kesan kepada kos perniagaan dan berpotensi menjejaskan perniagaan dan pemulihan ekonomi khasnya dalam konteks Negeri Kedah. Pendamik Covid-19 yang berlarutan sepanjang 2 tahun ini telah menyebabkan peningkatan kos perniagaan dan memberi kesan yang mendalam terhadap setiap aspek perniagaan. Risiko berterusan ini akan menyebabkan keupayaan syarikat pulih daripada pandemik terjejas tambahan pula dengan rakaian bekalan global dan logistik yang tidak menentu.
Dengan keadaan ini, syarikat-syarikat mikro yang kurang pusingan modal perniagaan akan menghadapi tekanan besar dan memilih untuk menutup perniagaan atau pindah ke luar negara yang lebih murah kos pekerjanya. Saya merayu kerajaan negeri untuk mengambil langkah proaktif mengkaji kesesuaian pelaksanaan kenaikan serta merta gaji minimum kepada RM1,500 pada bulan Mei ini. Adakah wajar pendekatan kenaikan progresif secara berfasa dilaksanakan dan bukan serta merta naik 25% ataupun kenaikan RM300.
Akhir sekali itulah yang ingin saya sampaikan dan saya menjunjung kasih titah ucapan Tuanku Sultan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Seterusnya saya persilakan YB. Jitra.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Jitra turut membahaskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah tempohari dengan bermula berkait dengan tajuk kos sara hidup yang semakin meningkat. Kita lihat bahawa di serata negara kita ini termasuk di Negeri Kedah harga barang yang meningkat naik, harga barang pembinaan pun meningkat naik yang tentunya membebankan masyarakat kita dalam keadaan pendapatan tidak berubah ataupun menurun akibat daripada kesan Pandemik Covid-19 baru-baru ini dan ini tentunya mencemaskan rakyat dan mereka mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan saya harap bahawa kerajaan negeri boleh memberi perhatian dalam hal ini lebih-lebih lagi dalam soal bagaimana kita boleh meletakkan siling kepada harga barang-barang asas.
Sudahnya ada cara untuk kita lakukan termasuklah di peringkat kerajaan negeri sekalipu. Saya tahu bahawa KPDNKK saya tak pasti namanya sekarang mungkin KPDNHEP yang mengawal harga barang ini biasanya akan melakukan tindakan-tindakan tertentu untuk memastikan harga barang itu tidak melambung terlalu tinggi. Walaupun begitu, saya kira masih ada ruang untuk kerajaan negeri juga menyumbang ke arah ini supaya rakyat Negeri Kedah ini dapat mengurus hal kehidupan mereka itu tanpa dikekang dengan macam-macam masalah kekurangan wang dan pendapatan.
Berkait dengan perkara itu saya juga mendengar apa yang telah disebut oleh YB. Kota Darul Aman berkenaan dengan gaji minima. Ini telah diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri baru-baru ini RM1,500 sebulan. Ianya akan memberi impak yang sangat besar tentunya kepada pekerja tetapi ianya akan memberi kesan kepada pengusaha-pengusaha yang tidak mampu untuk membayar gaji minima tersebut bagi pekerja-pekerja mereka. Saya tahu bahawa asas sebenar yang kita perlu beri perhatian ialah kemampuan seseorang itu untuk menyara hidup. Kalaupun kadar gajinya meningkat tetapi inflasi naik secara mendadak dan kita dapat lihat kadar inflasi yang diumumkan oleh kerajaan kita nampak macam berbeza dengan apa yang kita hadapi setiap hari apabila kita membeli barang-barang makanan. Jadi, tekanan yang dihadapi oleh warga kita ini walaupun dengan gaji minima masih tidak menyelesaikan masalah. Jadi, saya harap kedua-dua ini dapat diimbangi iaitu kalaupun nak dinaikkan kadar gaji tapi pada waktu yang sama harga barang pun perlu dikawal.
Antara yang paling terkesan akibat daripada gaji minima ini ialah sekolah-sekolah agama rakyat di Negeri Kedah. Mereka sekarang ini dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan akibat daripada PKP selama 2 tahun ini, banyak bulan jugaklah tak bukak, kalau tak silap tahun 2020, 3 bulan dan 2021 ada sebulan saja. Maka tunggakan yuran yang tidak berbayar oleh ibu bapa ada di kalangan mereka yang sampai RM70,000, ada yang sampai RM100,000. Bantuan yang mereka terima daripada kerajaan yang dianggap sangat-sangat tidak cukup. Kini kita lihat bahawa ada sumbangan RM10 per kapita setahun yang dianggap terlalu sedikit dan tak semua sekolah-sekolah agama rakyat ini dapat sebenarnya. Walhal survival sekolah-sekolah ini bergantung kepada batuan per kapita. Daripada 900 guru-guru sekolah agama rakyat di Kedah, dulu Majlis Agama Islam Kedah pernah membiayai 450 iaitu separuh daripada jumlah mereka itu tetapi kini dah turun sehingga 200 orang sahaja. Mereka juga saya kira perlu disahkan dalam jawatan kerana pada waktu ini walaupun dibiayai oleh Majlis Agama Islam yang 200 yang saya sebutkan tadi, mereka ini diletakkan di bawah status guru sementara. Kalau guru sementara ni faham-faham sajalah, dia nak buat pinjaman bank pun payah.
Jadi, saya ingin mengesyorkan kalau boleh seramai mungkin lah di antara guru-guru sekolah agama rakyat ini diletakkan di bawah Majlis dan disahkan dalam jawatan ataupun sekurang-kurangnya diletakkan di bawah status guru-guru kontrak sepertimana yang telah kami lakukan sebelum ini. Jadi, kalau guru kontrak ni sekurang-kurangnya mereka bolehlah membuat pinjaman bank dan sebagainya. Saya tahu pada 9 Oktober tahun lepas kerajaan negeri telah mengumumkan mengenai… Ya…sila!
Alhamdulillah, terima kasih kepada YB. Jitra, YB. Tuan Speaker. Tadi YB. Jitra ada sebut tentang guru-guru Majlis, pengurangan daripada 400 kepada 200 lebih kurang sekarang ini dan untuk makluman itulah yang kami pernah bangkitkan dulu semasa kami duduk sebelah sana (pembangkang). Pengurangan ini berlaku apabila penarikan per kapita sekolah-sekolah agama mulai 2003 lagi dan kita rayu supaya ditambah tetapi ia kekal, 200 tu sudah lama bukan baru dan kita juga sedang mohon kepada pihak kerajaan untuk pertimbangkan pertambahan jumlah ini paling kurang kembali kepada asal dan cadangan YB. Jitra itu kita pun telah kemukakan kepada YB. Exco dan InsyaAllah kita harap kita pakat sama-samalah membela nasib sekolah-sekolah agama, InsyaAllah. Terima kasih YB. Jitra.
YB. Jitra, saya bagi laluan kepada YAB. Menteri Besar. Silakan!
YB. Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1a) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.
Sekian, terima kasih.
YB. Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Silakan YB. Jitra!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya ucapkan terima kasih di atas pencelahan daripada YB. Sungai Limau tadi bersetuju dengan cadangan saya supaya lebih ramai lagilah di kalangan guru-guru sekolah agama rakyat kita ini boleh diletak di bawah Majlis.
Soal keduanya ialah mengenai bajet baik pulih Sekolah Agama Rakyat. Saya tahu bahawa pada bulan Oktober tahun lepas kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa sudah membelanjakan RM12.3 juta bukan hanya untuk baik pulih tapi untuk pelbagai bagi membantu sekolah-sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan pondok-pondok, tapi saya kira kalau boleh lah diminta daripada pihak JAKIM. Saya tahu bahawa JAKIM ada peruntukan, maksimanya RM70,000 bagi setiap sekolah tapi untuk tujuan baik pulih. Tapi kalau boleh lah diminta daripada pihak JAKIM pertimbangan mereka untuk membenarkan peruntukan itu dibelanjakan untuk pengurusan sekolah termasuklah membayar gaji yang dah lama tertunggak ini.
Tadi saya sebut mengenai gaji minima. Gaji guru sekolah agama ni antara RM700, RM800 ada juga yang mencecah RM1,100, itu pun tak ramailah, guru lantikan jabatan ada yang sampai RM1,100, itu pun lagi tak ramai dan ianya bukanlah di bawah pembiayaan sekolah. Tapi kalaulah gaji minima ini dilaksanakan pada kadar RM1,500 saya bimbang kebanyakan ataupun kesemua daripada sekolah agama rakyat kita ini terpaksa gulung tikar. Jadi, ini satu keadaan yang sangat-sangat menyukarkan kita, ini pun berkait dengan ‘survival’ sekolah agama kita yang sudah menjadi institusi bagi Negeri Kedah kita yang mana Kedah menjadi tersohor di serata negara kita ini kerana sekolah-sekolah agama kita.
Jadi, saya kira perkara ini perlu diberi perhatian yang serius. Apa agaknya yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri supaya institusi sekolah agama rakyat ini tidak terkubur kerana kekangan kewangan. Salah satu perkara yang saya ingin cadangkan agar semua pengetua-pengetua sekolah agama rakyat ini diletakkan di bawah Majlis supaya gaji mereka itu tidak menjadi satu masalah kerana saya bimbang ada pula di kalangan pengetua sekolah agama yang dah boleh dianggap sebagai asnaf kerana sedikit yang mereka terima itu dia belanja untuk bayar gaji guru-guru yang lain dan sebagainya.
Saya telah menerima jawapan secara bertulis untuk Sidang Dewan kali ini berkait dengan pertanian. Jadi, saya nak ubah topik kepada pertanian pula. Saya nak bangkitkan mengenai harga benih padi sah, itu pun telah dijawab.
Walaupun begitu, jawapan yang telah diberikan itu yang sebenarnya secara keseluruhannya berkait dengan jaminan bekalan makanan yang menjadi salah satu tanggungjawab berat yang dipikul oleh Kedah. Dalam soal benih padi, mungkin kerana penguatkuasaan agak lemah, kawalan harga maksima iaitu RM31.00 di pintu kilang bagi pengeluar dan pemborong maksima RM32.00 kepada peruncit termasuk pengangkutan dan RM32.00 hingga RM35.00 kepada pesawah. Saya lihat tidak dipatuhi sebenarnya di mana kesemua pihak-pihak ini terpaksa beli pada kadar harga lebih daripada RM35.00. Mungkin juga kerana pengeluar benih ini diberi kuota yang telah disahkan akan dapat ‘claim’ subsidi maka mereka tak bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan benih padi ini pada kualiti yang sepatutnya yang menepati piawaian dan mereka juga mengenakan harga yang begitu tinggi. Jadi, kadang-kadang mereka beri kata putus kepada pembeli ini terima atau tinggal iaitu ‘take it or leave it’ (dengan izin). Jadi, mengapa tiada tindakan diambil terhadap pengeluar-pengeluar benih ini yang tidak langsung menepati kadar harga maksima.
Mengenai racun pula, tambahan RM100 untuk SIPP itu hanya untuk tahun 2022, jadi bagaimana dengan tahun depan dan tahun-tahun seterusnya. Nampaknya pilihan racun pun agak terhad, kenapa tidak diberi kupon atau baucer supaya petani boleh pilih input pertanian mereka sendiri mengikut kesesuaian tanah dan lebih jimat dan juga berkualiti. Pasaran yang lebih terbuka akan wujudkan saingan yang sihat yang mana dengan sendirinya akan mengawal harga. Saya juga lihat kerana saya di antara orang yang merasakan bahawa estet padi adalah satu pendekatan yang perlu kita buat tetapi saya agak tertarik dengan penolakan oleh banyak pihak termasuk daripada NAFAS, persatuan-persatuan seperti pesawah terhadap ‘SMART SBB’ yang mana mereka menyatakan hujah-hujah yang saya nampak agak perlu kita ambil kira betul-betul dan cadangannya ialah untuk dibenarkan koperasi tertubuh untuk menguruskan Jelapang Padi ataupun satu estet yang lebih luas untuk diusahakan bersama dan daripada situ mungkin boleh mencapai skala ekonomi. Jadi, saya lihat mungkin sistem itu masih belum lagi terurus dengan baik yang akan memberi manfaat kepada semua pihak termasuk petani-petani mereka sendiri.
Seterusnya YB. Tuan Speaker, saya ada berapa minit lagi tak tau? Oh! 5 minit lagi? Saya kena sampaikan permintaan, hari tu bersama dengan YB. Anak Bukit saya pergi KEDA Malau, KEDA saya taulah satu agensi Persekutuan tetapi ada permintaan-permintaan mereka saya ingat kerajaan negeri pun boleh beri perhatian. Antara lain ialah ‘signal’ telekomunikasi yang terlampau rendah. Hari tu pun YB. Anak Bukit dah sebut perkara ini dia kata, “seketoi saja yang dia nampak dalam telefon dia”. Kita harap boleh naiklah sampai dua tiga ketoi. Minta supaya syarikat-syarikat telekomunikasi ini menggunakan dana USP untuk tujuan tersebut. Dana tu dah ada boleh kita pakai di bawah SKMM dan kalau boleh dipohon bagi pihak KEDA Malau supaya signal tu ditingkatkan kerana pelajar-pelajar semasa PDPR hari tu masalah dia tak dapat signal.
Yang keduanya ialah geran tanah, ada 56 pintu di situ. Saya tahu ini di bawah skim KEDA, tetapi sejak sekian lama penghuni-penghuni di situ dah minta geran tanah tapi selalu disebut bahawa ia sedang diuruskan, sedang diuruskan tapi dah 30 tahun saya ingat, tak dapat- dapat juga. Jika boleh, gunakan azam politik daripada YAB. Jeneri saya ingat boleh lulus dengan serta merta benda ni. Takkan nak ambil dah tanah tu, memang dia dah duduk dah pun. Kemudian, tanah perkuburan. Tanah itu ialah tanah Veterinar sebenarnya yang tak digunakan. Maklumlah, kalau ada kematian di kalangan warga di KEDA Malau tu dia terpaksa minta izin daripada masjid di Malau untuk mengkebumikan di situ, tapi kalau boleh disediakan tanah perkuburan mereka sendiri dalam kawasan sebelah itu saja iaitu kepunyaan pihak Veterinar maka selesailah masalah mereka. Dan yang terakhir sekali berkait dengan KEDA Malau ini……. (YB. Sungai Limau mencelah)
YB. Jitra, saya nak celah sikit!
Ya… Sila!
Bersesuaian dengan tajuk YB. Jitra, tanah perkuburan tu mungkin untuk perhatian kepada Jabatan Agama Islam dan mungkin YB. Jitra boleh bersetuju supaya tanah-tanah yang orang nak wakaf tu disegerakan pengurusannya oleh Jabatan Agama, tidak tertangguh begitu lama sebab kalau tertangguh begitu lama orang hat nak wakaf tu meninggal, dia akan jadi lebih bermasalah. Jadi, kita harap perkara itu mungkin termasuk dalam tanah perkuburan, tanah masjid apa semua supaya di peringkat Jabatan Agama kalau untuk perindustrian kita ada e-Tend mungkin boleh proses mempercepatkan tanah-tanah yang ingin diwakafkan oleh pewakaf supaya dapat disegerakan. Terima kasih YB. Jitra.
Saya pohon supaya ucapan YB. Sungai Limau dimasukkan dalam ucapan saya. Akhir sekali ialah mengenai tiang lampu sepanjang jalan masuk, 600 meter saja dan saya harap tiang lampu boleh dipasang dan jalan tersebut boleh dilebarkan.
Akhir sekali YB. Tuan Speaker, ialah mengenai Akta Anti Lompat Parti. Saya tahu perkara ini dah dibincangkan di peringkat Parlimen tapi tak diusulkan pun, tak dibentangkan dalam Parlimen. Tapi saya kira di peringkat negeri pun boleh kita pertimbangkan kalau kita serius mengenai gejala lompat parti ini. Kalau kita anggap ianya suatu perkara yang memudaratkan dan saya kira mungkin kerajaan sekarang pun sangat-sangat bimbang kalaulah berlaku sebelah-sebelah sana nak lompat ke sebelah sini (sambil ketawa) tumbang kerajaan dan kita rasa itu akan tidak menstabilkan keadaan. Kita harap sudah-sudahlah dengan lompat-lompat parti ini dan kita ok saja kalau nak biarkan kerajaan sedia ada ni terus saja rapat hingga habis penggal. Tadi pernah dicadangkan, saya tak ingat YB. Sungai Limau ka tadi yang mencadangkan supaya kerajaan ni dibiarkan mentadbir.
Sorry, YB. Bayu yang bangkitkan perkara ini dan saya bersetuju dengan perkara itu, tak payah kacau-kacau lagi. Kami yang ada di sini 13 ka, kami lompat pun takkan jadi apa, (samabil ketawa) pasal kalau kami jatuh pun kami bukan kerajaan jadi yang bimbang lompat ni adalah sebelah sana lah. Jadi saya rasa tak salah kalau di peringkat negeri pun kita mengusulkan satu akta baru “Anti Lompat Parti” tapi nak kena fikir betul-betullah apa impaknya tapi tujuan dan niatnya itu jelas untuk menstabilkan politik negeri dan menghormati mandat rakyat sewaktu pilihanraya.
Dengan itu saya ingin menyokong usul menjunjung kasih titah Tuanku Sultan baru-baru ini. Terima kasih.
Terima kasih YB. Jitra yang sarat dengan saranan yang baik kepada pihak kerajaan dan juga menepati masa yang diperuntukkan. Secara sedar dan tidak sedar, itulah keunikan DUN Kedah kerana ‘consensus’ juga boleh berlaku dalam Dewan melalui perbahasan-perbahasan secara langsung dan tak langsung.
Seterusnya saya persilakan YB. Belantek! YB. Belantek diberi masa sehingga jam 1.00 dan yang kurang tu kita akan tambah selepas jam 2.30. Jadi, tepat jam 1.00 minta ‘landing’. Silakan!
Auzubillahiminassyaitonirrojim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul ‘uddatan millisani yafkhohu khauli. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
YB. Speaker, yang dihormati dan dikasihi YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, Tuan Haji Mohammad Sanusi bin Mohd Nor dan keseluruhan Ahli-ahli Dewan, juga pengurusan pihak pentadbiran, ketua-ketua jabatan yang ada dalam Dewan hari ini, Alhamdulillah. Saya bila masa untuk membahaskan titah ucapan KebawahDuli Yang Maha Mulia Tuanku Tuanku yang pertama sekali dalam pengalaman saya masuk Penggal Ketiga ini, titah ucapan Tuanku dia ada berlapik asas sebagai satu asas dalam menentukan gerak kerja dia, gerak kerja yang diamanahkan yang ditentukan kepada kita untuk melaksanakan yang mana di dalam peringkat awal lagi dalam titah ucapan Tuanku disebut, “melangkah ke hadapan, beta ingin menasihatkan kepada semua pihak untuk mengamalkan demokrasi masyarakat”. “Menasihatkan”, bila kita faham
pengertian menasihat, menandakan satu tautan yang perlu kita faham bahawa baginda Tuanku begitu prihatin di dalam menilai apa saja perkembangan pentadbiran kerajaan negeri lebih-lebih lagi mereka yang diletakkan oleh Allah s.w.t sebagai pimpinan pentadbiran kerajaan negeri dan keseluruhan kita ada tanggungjawab dan peranannya. Peranan dan tanggungjawab inilah yang menghasilkan kejayaan dalam pentadbiran.
Maka mesyuarat dalam bentuk untuk meletakkan Negeri Kedah sebagai negeri yang berjaya yang kita sandarkan sebagai “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” merupakan suatu benda yang cukup hebat. Kewarasan kita untuk menerima agenda ini, peranan dan tanggungjawab yang kita ketahui bahawa kita dilantik oleh Allah s.w.t ditakdirkan oleh Allah s.w.t berada di dalam Dewan ini. Saya nak sambung sikit apa yang telah saya sebut dalam ucapan saya yang lepas kerana ada kaitan dengan tanggungjawab dan peranan. Kita ditakdirkan oleh Allah s.w.t bekerja dalam Negeri Kedah sebagai Kerajaan Negeri Kedah maka di sini kita diberikan gaji, dibayar untuk kita bertugas untuk memajukan Kedah yang dibayar gaji ini bukan sekadar pihak yang menang atau pihak yang mentadbir termasuk pembangkang pun sama diberi gaji. Dengan gaji inilah kita mencari rezeki untuk membela keluarga, untuk jaga anak bini, untuk jaga cucu cicit kita, darah daging kita disalurkan dengan duit kita bekerja sebagai pentadbiran ataupun apa sekalipun di dalam Kerajaan Negeri Kedah. Kerajaan negeri yang membayar duit tetapi takdir Allah yang menentukan kita keadaan yang macam tu, ini harus kita faham.
Kalau habis kerja pun kita dapat pencen, diberi oleh kerajaan negeri, kita nak beli kereta, kita nak beli tanah, kita nak beli rumah, apa pun hari ini ada duit yang disalurkan oleh Allah melalui pentadbiran kerja kita hari ini. Sehinggakan kalau kita mati pun diberi lagi, pencen diberikan kepada kita diserah kepada isteri, menandakan peranan dan tanggungjawab itu selama hayat. Sebab itu apabila kita meletakkan diri kita sebagai pentadbir dan pengurusan untuk menentukan kejayaan di Kedah ini, kesedaran inilah yang mewujudkan mesyuarat-mesyuarat hari ini untuk menentukan kejayaan pentadbiran negeri. Kita tidak boleh masuk ke Dewan hanya sekadar untuk membahaskan tentang kedudukan suara atau membincangkan tentang kesilapan dan sebagainya. Tetapi kita masuk ke dalam Dewan adalah untuk menentukan kejayaan tidak kira siapa bersama dalam arus untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Kedah. Ini yang dihajatkan oleh baginda Tuanku sama ada kerajaan dan pembangkang kita bersedia untuk membantu membangunkan Negeri Kedah.
Alhamdulillah, itu peranan yang ada kaitan kita dengan Allah s.w.t. Sebab itulah apa yang kita fahamkan hari ini dalam amanat awal baginda menasihati dalam masyarakat makna terima titah Tuanku ini, baru kita faham bahawa ada peranan dan bebanan yang perlu ditanggung untuk melunaskan tanggungjawab kita sebagai pentadbir sama ada peringkat tinggi ataupun peringkat rendah, YB-YB. dan sebagainya, ketua-ketua kerajaan dan sebagainya, Allah telah menentukan kedudukan kita hari ini. Bila kita faham begitu, maka apabila disarankan dan dinasihati bagi kita sebagai seorang pentadbir atau keseluruhan kita ini dalam menentukan pentadbiran maka di sini kita dapati ia membentuk apa saja yang wujud hari ini dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan kita terhadap negeri disebut dalam titah ucapan ini menandakan keprihatinan baginda Tuanku terhadap pengurusan dan pentadbiran. Ia meletakkan pengurusan dan pentadbiran ini untuk menentukan bahawa yang di bawah pentadbiran dan pengurusan ini ialah rakyat mendapat infak apa yang akan kita laksana ataupun yang telah terlaksana. Ini benda yang sebenar yang diberikan contoh di dalam mesej ini disebut, “tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri kerana berjaya memperoleh kutipan hasil terbanyak RM688.04 juta”.
Jadi, maknanya, di dalam menentukan ia menilai apa yang kita buat. Kalau dinampakkan bahawa ini satu benda yang telah berjaya yang boleh sampai ke tahap “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”. Tahniah!! Baginda mengucapkan tahniah kepada pengurusan dan pentadbiran. Di dalam ini juga disebut, “baginda amat menghargai kepada segala usaha oleh pihak kerajaan negeri, keprihatinan dan pemerhatian baginda. baginda bangga dengan apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran, baginda bangga dengan keseluruhan ketua-ketua jabatan dan semua Ahli-Ahli Dewan. Ini yang ada dalam jiwa Tuanku yang melafazkan hari perasmian, maknanya kita harus faham. Yang telah kita dapat hari ini, apa yang telah dilaksanakan hari ini bukan saya nak kata pujian, maksud saya Tuanku telah nampak apa yang telah dilaksanakan. Sebab itu diulang ayat dalam buku ini lebih 18 kes ataupun isu, “Ahli-Ahli Yang Berhormat, beta menyambut baik komitmen Kerajaan Negeri memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan sebagainya” dan disebut lagi, “kejayaan-kejayaan ini adalah hasil jalinan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan lain-lain agensi”. Walaupun banyak saya baca petikan, tapi bila disebut macam tu saya mengharapkan hari ini pada kita semua yang punyai tanggungjawab sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun ketua kerajaan dan sebagainya, yang melaksanakan pentadbiran Negeri Kedah, ingatlah bahawa kita ini dalam perhatian untuk mencari keredaan Allah s.w.t. Sebab itu saya sebut kita ini tak boleh lari daripada keikhlasan, tak boleh lari daripada amanah, tanggungjawab dan upahan yang diberikan kepada kita. Bila kita faham macam tu, kita minta bahawa satu mesyuarat yang ada perpaduan boleh meletakkan kejayaan.
Tapi Alhamdulillah bila saya nilai tengok antara dua tiga hari ataupun dalam mesyuarat yang lepas-lepas, sama ada ahli-ahli daripada pembangkang dengan kita ini dia nampak ada satu rumpunan kasih ataupun mesra dengan memberikan respon-respon yang baik. Ada respon yang baik yang diberikan oleh pembangkang, dia bersetuju dengan apa yang telah dijalankan, ada respon yang baik disebut dengan pembangunan yang ada, dengan pelaburan yang ada ini boleh Kedah diletakkan sampai hasrat ataupun kejayaan untuk “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”. Jadi bila saya tengok macam ni Alhamdulillah, sebab itu saya berani cakap bahawa kita mesti letakkan matlamat itu sebagai panduan dan hala tuju kita dalam musyawarah. Nak perang macam mana peranglah dalam Dewan ini tapi bila keluar tugas dan peranan kita untuk mentadbir Kedah walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan dan sebagainya. Tapi jiwa kita hari ini ialah meletakkan matlamat lebih-lebih lagi kita orang Islam bersangkut dengan Allah s.w.t dalam kerja buat kita, itu yang pertama.
Yang kedua, saya nak sebutkan di sini kalau baca pun banyak sangat lah, saya nak sebut di sini keprihatinan kita ini. Apabila kita telah membuat suatu keputusan di dalam Dewan, contohnya kita telah buat satu keputusan, “judi”. Judi telah diletakkan satu keputusan dalam perbincangan Dewan yang lepas iaitu satu masa yang baik, ketika yang baik, ruang yang ada, peluang yang wujud, orang Belantek kata ‘excellence’. Ini yang berlaku dan telah pun dilakukan kita lihat mungkin dalam Dewan sahaja kita berperang dan bertikam lidah dengan isu ini tetapi bila keluar Dewan, tidak ada manusia yang mai jumpa YB. “kami tak setuju gitu-gitu”, Alhamddulillah. Di Sik, tempat saya Belantek ada orang Cina sendiri pun kemari dia kata, “baguslah, kalau tidak saya punya depan rumah hari-hari mari”.
Bukan dia jual pun, sebelah dia. Maknanya, saya nak sentuh sedikit kepada YB. Derga tadi, waktu saya bangkit tadi tidak diberi ruang, YB. Derga sebut, “haram bagi orang Islam dengan minum arak atau berjudi”, itu baguslah tetapi yang bukan Islam maknanya tak betul. Bagi orang Islam tak bolehlah buat macam tu, saya nak jelaskan di sini kita tidak mengharamkan orang bukan Islam minum arak atau berjudi tetapi kita mengharamkan tu supaya premis perjudian kita tidak keluarkan lesen. Bukan kita nak haramkan dia main judi, nak larang dia, dia nak pergi di Penang ada, Genting Highland ada, di mana pun ada. Harus faham bahawa kita berperanan apabila ruang ada hari untuk menentukan pentadbiran kita itu bersih dan diredai oleh Allah, kita telah berjaya. Kita tak larang kalau nak main judi, tak larang minum arak. Kalau nak balas balik hat tadi tak bagi saya pun tak bagi tapi saya kesian tengok…
Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih YB. Speaker. Tadi YB. Belantek kata di Sik ada judi ya, ada premis judi kalau tak salah saya lah. Yang tu satu nak tanya. Yang kedua, saya hanya nak bandingkan ketum tu haram sekarang tapi nak minta pula dikeluarkan untuk dieksport. Sebenarnya kita tau ketum tu ia lebih merbahaya dan juga merosakkan sebab kawalan terhadap ketum lagi susah untuk dikawal, itu maksud saya berbanding dengan premis judi yang jelas, yang ni sesuatu tempat untuk sesiapa yang nak saja, itu perbandingan. Memang kita tau apa yang dimaksudkan itu YB. Belantek, saya nak perjelaskan yang itu. Saya hanya nak minta YB. Belantek tarik balik jiran yang Cina tu…(YB. Timbalan Speaker mencelah)
Terima kasih YB. Derga. Saya rasa YB. Belantek dah faham.
YB. Belantek, saya hentikan setakat ini dulu, kita akan sambung jam 2.30 petang.
Naik keta buruk petang ni nak buh gear payah ooo…
Terima kasih YB. Belantek. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan dan akan disambung pada jam 2.30 petang ini. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]
[Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula.
Urusan seterusnya. Setiausaha.
Oh! YB. Belantek, sila ‘landing’!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato’ Speaker, terima kasih di atas pemberian sambungan ucapan perbahasan. Saya ingin menjelaskan kembali apa yang telah disebut, ketika terputus tadi saya pun tak sedar tang mana. Tapi apa yang kita membicarakan tentang masalah keputusan bahawa kita tidak melarang sesiapa lebih-lebih lagi orang yang bukan Islam kerana kita tahu. Jadi, isu yang kita buat ini adalah keputusan yang diambil iaitu tidak membenarkan premis perjudian dilaksanakan dalam Negeri Kedah. Kalau dia nak berjudi apa boleh keluar dari Kedah ni pergi Penang ka pergi mana, itu kita tak larang kerana kita bertanggungjawab, pentadbiran atau kerajaan negeri bertanggungjawab di atas premis tadi. Kita menjadikan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua semoga kerja baik kita ini akan diberi Allah s.w.t nikmat yang berganda. Sebab itu YB. Dato’ Speaker, saya terangkan perbezaan antara benar tak benar tu bukan tak benar, hanya premis sahaja yang berkaitan bukan orang, itu yang kita perjelaskan dalam masalah judi.
Saya ingin menyambung sedikit lagi dalam bentuk pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini. Saya nampak satu peningkatan pelaburan yang cukup hebat. Jadi, apabila berlaku begini, bagi saya satu tambahan rezeki oleh Allah kepada rakyat Negeri Kedah. Walaupun kita tidak nampak lagi hasil daripada apa yang dibangunkan, tetapi pelaburan yang masuk ke dalam Negeri Kedah ini satu benda yang jika dibandingkan dengan sebelum ini kita rasa pelik lah. Kita letak satu keberkatan daripada Allah s.w.t terhadap pentadbiran kita. Jadi, tak kiralah pada tahun ni ka 15 tahun akan datang ka, maknanya kita mendapat peruntukan pelaburan itu, itu yang sebenarnya. Jadi, kita harapkan bahawa dalam masa terdekat ini dilaksanakan kalau dalam masa 15 tahun lagi pun tak pa, kita rasa kebahagian akan memberi ruang kepada kita hari ini dapat membantu mengagihkan sedikit sebanyak tentang kedudukan pentadbiran kita ini terhadap rakyat.
Masalah perumahan yang disebut oleh keseluruhan YB., masalah pekerjaan, pelbagai masalah yang kita hadapi ini InsyaAllah ada ruang ke depan. Apabila kita perhatikan pelaburan yang masuk dan pendapatan kerajaan negeri sendiri yang ditahniahkan oleh baginda Sultan pada 2 hari lepas dan kita bersyukurlah. Jadi kita semua ini sama ada daripada kalangan Ahli Dewan ataupun ketua jabatan bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan kewajipan atau tugasan terhadap pentabiran ini kita dapat infak dengan keikhlasan inilah yang meletakkan kejayaan, InsyaAllah. Pasai ini bukan kerja murah, kerja mahal, bukan semua orang boleh buat, bukan semua boleh menutup keburukan. Saya kalau masuk-masuk dulu, kalau kata nak mari RM65 billion saya rasa macam tak masuk akal dalam kepala, tetapi kerja Allah. Sebab itu keikhlasan dalam menentukan kerja buat hari ini biarlah kita berperang dalam ni, tapi dalam keadaan suasana yang lain kita menjadi suara pembina di dalam kejayaan Negeri Kedah. Ini yang disebut baginda Tuanku bahawa dalam memberi peghormatan dan ucapan tahniah di atas skejayaan, 2 kali. Jadi, kita pun mengharapkan begitulah urusan dalam keadaan berterusan lagi mungkin perkara-perkara yang bersangkutan dengan benda yang akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Yang kedua saya ingin sebutkan sedikit, kalau dia sampai boleh cakap kut. Apabila dibangkitkan oleh YB. Jitra tentang kedudukan KXP… tak dak juga. Memanglah keadaan di lapangan terbang ini ia bukan bersangkutan dengan agensi Penerbangan Awam di Malaysia sahaja bahkan ia melibatkan dengan ICAO (International Civil Aviation Organization). Jadi, masalah tu akan datang lagi dalam apa yang kita usahakan ini. Jadi, saya nak sarankan kita ada jaguh atau pakar (specialist) dalam bidang lapangan terbang. Anak Kedah terima Dato’ daripada Kedah, Dato’ Azmi Murad. Dulu dia mulakan kerja sebagai Pusat Kawalan Trafik Udara (controller) di Alor Setar, kemudian jadi Airport Manager, selepas itu bertukar ke Penang menjadi Airport Manager Penang, saya berkhidmat di bawah beliau. Lama di Penang kemudian bertukar bila MAB mengambil beliau dalam KLIA, pembinaan KLIA sebelum tu. Dia pakar, dia buat lapangan terbang di India ada satu lapangan terbang, di Vietnam termasuk Lapangan Terbang Dubai, yang terbaru dan terbesar airport yang dibuat ialah di Turki, baru habis dalam 3 bulan siap dan dia pun balik sekarang ni dia tak kerja dah, umur 70 lebih tak pencen lagi dan sekarang dah tak bekerja, berehat sekarang. Dalam menentukan pembinaan lapangan terbang orang dah panggil beliau dalam tempoh 3 tahun sebelum pembinaan, begini, begini, begini kaedah dia, sampailah siap dia pergi lagi duk bertugas iaitu nak cari kapal masuk ke lapangan terbang itu pun dia buat. Berlaku juga keadaan sepertimana yang berlaku di Sinai Airport bilamana nak buat dulu, dia bertelagah dengan Changi Airport, dilihat sepertimana disebut tadi iaitu kargo boleh bawak sekian-sekian, Changi Airpot lebih kurang macam tu menghadkan kepada Sinai Airport.
Jadi di situ timbul masalah kerana kita pun nak tarik juga dalam segala bentuk kedua-dua belah selatan kita, maka semasa itulah peranan Dato’ Azmi Murad ni sampai ke peringkat ICAO dapat semula kebenaran bukan sahaja sekadar kargo bahkan penumpang dan sebagainya. Maknanya ada channel yang boleh kita berjumpa. Anak Kedah dan duduk di Kedah, saya bercakap dengan dia pada suatu malam tu dia kata, “InsyaAllah Ustaz, Kedah punya kita turun”. Saya rasa kita dalam keadaan yang tak dak pengalaman dalam pembinaan tersebut kita akan tempuh liku-liku yang cukup berat dalam pembinaannya dan saya rasa kalau ada orang yang berpengalaman boleh tunjuk ajar dan beri pandangan dan sebagainya, itulah yang kita hendak. Kita bukan tunggu konsultan, tak semua konsultan tahu undang-undang kapala terbang, maknanya dia hanya pembinaan saja tapi pelaksanaan kerja buat tu kena teliti. Saya 26 tahun pengalaman bekerja dengan airport saya rasa, ehh! Orang yang pakar sekali ialah dia lah, dalam menentukan kerja buat sampai ke Turkey.
YB. Belantek, sila ‘landing’.
Tunggu sat, saya nak tutup sikit lagi saja.
Dah lebih!
Saya nak mintak sikit saja kalau dalam tu iaitu nak cakap hal DUN Belantek sikit lah. Saya nak minta satu jalan raya. Jalan raya ni dari Pekan Sik sampai dekat IPD tu memang hebat luasnya, selepas IPD sampai ke Telaga Batu jalan sempit, banyak kemalangan berlaku di situ, lebih kurang 5 kilometer. Bila habis Beris dia mai jalan besar nak sampai Gulau tu jalan semakin kecil lebih kurang 5 kilometer juga. Jalan tu ada titi kecil satu, yang besar ada satu. Jadi kalau boleh minta selesaikan kerana kalau dari Durian Burung orang keluar masuk jalan tersebut daripada melalui jalan lain. Itu satu.
Yang kedua, saya mintalah sumbangan penoreh getah tu kalau kajian dibuat bahawa keperluan hari ini kerana mereka tidak menoreh, kalau menoreh pun tiada hasil yang mencukupi untuk mereka kita minta sedikitlah. Kalau ada perbincangan dengan orang-orang tertentu supaya keperluan sumbangan, sekarang hujan hari-hari.
Dan yang ketiganya saya menhasratkan bahawa apabila kita dalam Persidangan hari ini belum tentu akan berakhir ataupun tidak. Tetapi apa yang kita berteras kepada titah ucapan baginda Tuanku iaitu kita berpolitik ialah berteraskan kepada perlembagaan, satu. Yang keduanya disebutkan juga di sini yang panjang lebar untuk kita iaitu, “hormatilah prinsip demokrasi raja berperlembagaan”. Saya nak hurai pun pakat cerdik belaka. Tapi apa yang disebutkan itu ialah satu nasihat supaya kita dapat kaji benda ni ada kebenarannya disebut supaya kita tidak terganggu dengan keadaan-keadaan yang akan menjejaskan.
Dengan itu saya menyokong penuh dan menjunjung kasih di atas nasihat beliau dalam titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Dan sebagai penutupnya YB. Dato’ Speaker, depa pakat duk pantun belaka, hari ni saya tak mau pantun saya nak buh satu tafsiran ayat. Ni cerita saja, saya nak sebut judi, ekor. Ekor ni kalau dia tulis jawi, alif ya kaf wau ro, kalau kena taik judi, alif tu apadia, alif tu sebenarnya angan-angan, bangkit tidur semalam dia mimpi gajah cakap Melayu (cerita YB. Bayu), duk reyuh di Parlimen gajah cakap Tamil. Mai hari ni saya tak mau buh dah Melayu, gajah cakap Siam. Bila dia bangkit pagi dia angan-angan nombor apa duk panggil, rupanya dia mimpi gajah dia buka kitab dia. Kitab ekor ni kala merah depa cerita, buka-buka tengok ada nombor, ada nombor dia kata angan-angan, yakin, kena, alif ya kaf. Hat nak labur 30, 40 jadi 100. Bila dia labur-labur 100 hat angan-angan, yakin, kena tadi dekat maghrib mai wau, was-was. Bila dia mai was-was tu, tadi yakin, bila mai maghrib keluar keputusan, ro, ro, rugi. Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Sekarang saya menjemput YB. Bukit Selambau.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ahli-Ahli Yang Berhormat, semua ketua-ketua jabatan dan semua jemputan khas ke majlis yang mulia ini. Salah sejahtera, da jia hao, vanakkam, sawadikhap.
Tajuk perbahasan saya hari ini merangkumi 4 perkara yang penting yang melibatkan isu-isu liputan jalur lebar, isu krisis air khasnya di kawasan DUN Bukit Selambau, Projek Estet Padi oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan lain-lain rojek infra di kawasan DUN Bukit Selambau.
YB. Dato’ Speaker, pada 9 haribulan Mac lalu saya menziarahi kawan saya, beliau adalah Cikgu Khalizan iaitu pesara guru besar dari kawasan Merbok. Nama kampung beliau adalah Kampung Pengkalan Langgar, Mukim Bujang dan saya dapat bersemuka dengan kebanyakan penduduk di sana, rata-rata mereka kata liputan telekomunikasi di kawasan itu yang merangkumi 6 kampung iaitu Kampung Bujang, Kampung Pengkalan Langgar, Kampung Langgar, Kampung Sungai Batu Besi, Kampung Tebuk Cik Lela, Kampung Sungai Gelang. Kira-kira 7,000 isi rumah keluarga terlibat dalam masalah ketiadaan liputan telekomunikasi. Ini bukan di DUN Bukit Selambau, ini adalah di kawasan Tanjung Dawai. Mereka maklumkan masalah ini kepada saya dan saya terus bagitau mereka agar menghubungi YB. Tanjung Dawai, kawan saya supaya perkara ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Masalah jalur lebar liputan komunikasi yang kurang memuaskan ini sudah lama berada di sana.
Pada Sidang DUN yang lalu saya pernah mengutarakan soalan berkenaan dengan liputan yang kurang di kawasan saya iaitu di Kampung Kongsi 5 di mana kira-kira 92 buah rumah mereka tidak mendapat liputan Celcom, DiGi dan Maxis. Begitu juga pada penghujung tahun 2020 saya pernah ‘hilight’kan soalan yang serupa dalam Dewan yang mulia ini iaitu masalah liputan komunikasi yang kurang di Kampung Kongsi 16 iaitu masalah liputan komunikasi yang kurang iaitu di Selambau Vission, nama lain bagi Kampung Kongsi 16 dan juga di Kampung Batu Belacan. Untuk Kampung Kongsi 16 iaitu di Selambau Vission pihak Kerajaan Negeri dengan pihak swasta berkenaan dapat menaikkan satu menara dan mereka mendapat liputan yang agak memuaskan walaupun menara itu bukan menara ‘permanance’ tetapi mereka bersyukur dan berterima kasih kepada kita.
YB. Dato’ Speaker, saya pohon kepada kerajaan negeri kita sekarang ada cadangan dan rancangan untuk implementasikan 5G dan sebagainya tetapi kita harus menyelesaikan masalah liputan telekomunikasi yang kurang khasnya di kawasan-kawasan yang saya sebutkan dalam masa yang singkat. Ini penting kerana pada masa covid ini ia melibatkan pembelajaran dari rumah, kerja dari rumah yang melibatkan pelajar-pelaja dan pekerja-pekerja kilang, pekerja bank dan sebagainya. Ini adalah satu isu yang penting yang harus kita tangani dalam masa yang singkat. Saya pohon kepada kerajaan negeri khasnya kepada YAB. Jeneri, ambil kira perkara ini.
Perkara yang berikutnya adalah dalam tempoh 2 hari ini yang kita bincang iaitu berkenaan krisis air yang berterusan khasnya di kawasan Bukit Selambau. Kampung-kampung yang sering mendapat panggilan kepada saya pada sepanjang masa jam 1.00 pagi, 2.00 pagi dan sebagainya mereka terus jemput saya ke tempat mereka untuk tengok apa masalah air yang sebenarnya. Kampung-kampung yang sering tidak mendapat bekalan air SADA yang berterusan adalah dari Kampung Tanah Licin, Kampung Kuala Sin, Kampung Jerung, Kampung Sungai Parau, Taman Bandar Baharu, Taman Lembah Permai, Sungai Lalang, Ambangan Heights, Kawasan Rusa, Kawasan Taman Ria, Taman Ria Jaya, Kawasan Kelisa dan kawasan Kelisa Ria. Kebanyakan tempat itu mereka kata ada tekanan, ada masa terus bekalan air terputus, ‘water supply disconnected’. Jadi, ini menyebabkan mereka susah untuk bertugas, sukar untuk mereka membasuh, memasak dan sebagainya.
Jadi, saya pohon kepada pihak SADA dan kerajaan negeri mengkaji semula apa masalahnya yang menyebabkan masalah air ini makin lama makin serius di negeri kita walaupun negeri kita dikurniakan dengan hujan yang mencukupi malah banjir merata-rata tapi masalah air ini menjadi masalah yang serius, masalah yang nombor satu. Walaupun kita tak ada elektrik (api) tetapi jika tidak ada air, kehidupan kita akan sengsara, susah. Jadi saya pohon, dalam soalan saya pun saya bertanya soalan berkenaan apakah tindakan ataupun rancangan jangka pendek dan panjang untuk menyelesaikan masalah ini. Jangka pendek saya mencadangkan pihak SADA bekerjasama dengan kerajaan negeri harus menyediakan lori-lori kecil untuk hantar air ke tempat-tempat yang betul-betul perlukan bekalan air. Kadang-kadang di Sungai Para dia kata jam dua tiga pagi air datang sikit saja mereka kena tunggu, kena simpan air dan sebagainya. Ini adalah satu perkara yang harus diberi perhatian yang serius sebab air adalah satu barangan asas yang diperlukan, kalau tidak ada air macam mana kita nak menyelesaikan masalah-masalah yang lain.
Pada tahun 80-an, saya ada banyak pengalaman tinggal di Papua New Guinea dan Sarawak, saya kongsi sedikit saja pengalaman saya, di sana pihak Kerajaan Negeri Sarawak mereka tidak mempunyai bekalan air JKR ataupun SADA dan sebagainya. Mereka kebanyakannya mengharapkan air sungai dan air hujan. Jadi kawasan perkampungan Negeri Sarawak Bumi Kenyalang mereka hantar tangki air yang besar pakai helikopter hantar dekat kampung-kampung. Satu tangki air muat lebih kurang 250 gelen dengan 500 gelen, jadi air itu mencukupi untuk lebih kurang 2 minggu dan sebagainya. Air ini khasnya untuk mencuci pakaian, membersih rumah, mencuci dan lain-lain.
Air minuman akan dapat air yang dirawat, itu adalah satu kaedah yang kita boleh gunapakai, kita pun boleh cuba sebab air itu kita panggil ‘rain ours’ maksudnya kita gunakan air hujan itu untuk kerja-kerja yang lain macam cuci baju, pakaian dan sebagainya, untuk makan minum kita gunakan air yang ‘tratted’ punya. Itu adalah satu cadangan, saya pohon kepada kerajaan negeri cuba di kawasan-kawasan pedalaman. Lagi satu, cadangan yang saya ingin berikan adalah tiub telaga, Kampung Kuala Sin sampai Kampung Jerung adalah kampung yang berdekatan dengan Sungai Muda, lebih kurang 500 meter hingga 1 kilometer sahaja. Jadi, saya pohon kerajaan negeri selesai satu kampung contohnya Kampung Jerai, Kampung Kuala Sin, Kampung Pokok Machang, Kampung Sungkup dan sebagainya, buatkan satu projek di sana, projek itu projek tube well dan telaga boring di kawasan berkenaan. Orang-orang kampung yang saya bincang terutamanya Kampung Kuala Sin, Kampung Jerai, Kampung Sungkup dan sebagainya bersetuju kalau pihak kerajaan untuk mengadakan boring di kawasan-kawasan berkenaan. Saya ada pernah jumpa seorang yang pakar dalam….Silakan!
Terima kasih YB. Dato’ Speaker dan YB. Bukit Selambau. Dikemukakan cadangan untuk telaga tiub di Bukit Selambau. Apa yang dibuat oleh YB. Bukit Selambau sebelum ada tindakan daripada kerajaan negeri? Mungkin kut dah korek dah berapa lubang yang dibuat.
YB. Tanjung Dawai, rata-rata masyarakat di kampung sana mereka bersetuju untuk memberikan premis untuk kita buat ‘drilling’ dan solusinya saya beritahu mereka air hujan simpan dalam tangki-tangki kecil untuk menyelesaikan masalah sementara menunggu dari kerajaan. Itu cadangan saya kepada mereka sebab saya sendiri mengalami pengalaman semasa saya tinggal di Limbang, Sarawak. Kita gunakan air hujan saja, sana tak dak air JKR, tak ada air SADA, air sungai jauh dari penempatan, saya duduk di Sungai Lalang, Limbang tahun 80-an.
YB. Bukit Selambau, boleh?
Silakan!
Ok, minta sikit laluan YB. Bukit Selambau. YB. Dato’ Speaker, mohon sedikit laluan. YB. Bukit Selambau bangkitkan isu-isu tak cukup air, tekanan air, seolah-olah YB. nak bagitau kata kapasiti pengeluaran air di Kedah ini tak cukup, tak sampai ke kawasan tu sampai kena cari macam-macam cara. Untuk makluman, mungkin boleh dapat komen daripada YB. Bukit Selambau nanti ialah mengikut statistik Jabatan Perangkaan Kedah, penduduk Kedah dah 5 tahun dah lebih kurang statik antara 2.1 hingga 2.2 juta tolak mati campur lahir, migrasi keluar, migrasi masuk lebih kurang 2.2 juta. Jadi, kita kata lah 2.2 juta penduduk Kedah ni dengan penggunaan air memang statistik adalah 200 liter perpeson perday, itu penggunaan. Kalau 2.5 juta penduduk Kedah, 200 liter perperson perday adalah keperluan kita 500 juta liter sehari, 500 million liter perday itu penggunaan domestik. Kata lah di Kedah ni pun industrinya sibuk macam Penang yang memerlukan 40% supply maka industri dan komersial juga memerlukan 200 million liter perday. Maksudnya total keperluan Kedah ini adalah 700 juta liter sehari. Jadi, adakah YB. Bukit Selambau tahu berapakah kapasiti pengeluaran loji-loji yang ada di Kedah ni dan adakah cukup dengan keperluan 700 million liter perday? Adakah tak cukup ataupun kita kena buat loji lima enam lagi sekarang ni untuk kapasiti bagi cukup?
Saya kurang pasti berapa yang SADA ‘produse’ untuk setiap hari. Itu kena dapat jawapan daripada Exco yang bertanggungjawab lah sebab saya tidak pasti berapa banyak yang keluar dan kehilangan air melalui paip bocor pun itu saya kurang pasti, saya kena dapat respond dariapda YB. Exco yang bertanggungjawab.
Untuk pengetahuan semua, saya ada berjumpa dengan seorang kawan saya semasa saya menghadiri majlis perkahwinan pada bulan lalu namanya Dr. Yong Uzir Samad. Beliau adalah Project Director, companynya adalah Water Camelong Holdings Sdn. Bhd. Beliau adalah pakar dalam kerja-kerja ‘drilling’ air untuk kawasan perkampungan di sini. Beliau dan teamnya pernah ke Tanjung Dawai untuk kerja-kerja ‘sampling’, kerja-kerja drilling dan sebagainya. Kepakaran ini boleh digunakan atau kita boleh buat beberapa percubaan di kawasan Bukit Selambau dan ini boleh memanfaatkan rakyat. Itu perancangan jangka pendek untuk kita memastikan sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit air, Kampung Sungai Para, Kampung Bukit Selambau, Kampung Jerai, kampung Jerung dan banyak kampung di sana sebenarnya.
Jadi, kita boleh cuba, usaha ini mungkin akan berjaya dan rakyat akan tengok kita buat sesuatu untuk mereka bukan sekadar bagitau air SADA bocorlah, tekanan kurang lah, penggunaan lebih dan sebagainya tapi yang penting kita buat sesuatu, tangki air satu dan drill satu, kita harus usahakan benda-benda ini untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan lega, sekarang bila tak dak air rakyat dalam keadaan stress tambahan pula dengan Covid, kenaikan harga barangan dan sebagainya, banyak masalah yang dihadapi oleh oleh rakyat Negeri Kedah ini. Jadi, itu adalah cadangan saya.
Perkara berikutnya adalah Lembaga Zakat Negeri Kedah telah membuat satu estet padi yang berkonsepkan dari asnaf kepada asnaf. Ini lebih kurang macam satu koperasi punya program di mana 100 relung lebih kurang 28 hektar sawah padi telah dibuat projek penanaman padi di Daerah Yan. Ini adalah satu projek yang sangat bagus, satu perancangan yang baik dan harus ditambah di lain-lain tempat dan saya mempunyai banyak kepakaran dalam perladangan, sebelum saya masuk ke dalam Dewan ini saya pernah bertugas dalam sektor perladangan. Saya cadangkan kalau boleh oleh kerana Lembaga Zakat Negeri akan usahakan lebih banyak tanah, saya cadangkan alangkah baiknya kita tanam pokok kelapa jenis matag, mawar dan pandan. Sebab kalau kita tengok sekarang hasil untuk 1 hektar kelapa sawit berbanding kelapa muda adalah 4 kali ganda. Keuntungan untuk 1 hektar yang kita tanam kelapa sawit adalah lebih kurang lingkungan RM3,000 1 tahun berbanding dengan tanam kelapa muda dekat RM12,000 1 tahun. Ini statistik yang saya ambil dari satu syarikat koperasi yang saya pernah bekerja dulu. Saya pergi ke Ambangan Height dekat SP Saujana dekat pejabat saya, saya tengok ada makcik dan pakcik yang jual air kelapa muda, saya tanya, “kelapa ni dari mana”? “YB., kelapa ini dapat dari Bagan Datoh”, dia kata. Berapa jauh Bagan datoh sampai sini? Beli berapa harga saya tanya. 1 biji RM2.80 dan jual dekat saya RM5.00, 1 biji kelapa muda. Kelapa muda lebih mahal dari kelapa tua, jadi saya cadangkan kepada pihak Lembaga Zakat Negeri cuba usahakan projek ini sekali sebab permintaan lebih-lebih lagi dalam tempoh 10 hari lagi kita akan berpuasa dan bulan Ramadhan permintaan untuk kelapa muda adalah sangat tinggi dan ada yang mengatakan mereka minum air kelapa muda kadar jangkitan Covid akan berkurangan. Ini boleh kita usahakan untuk buat projek penanaman kelapa muda dan seperti yang selalu diberitahu oleh YB. Gurun penanaman pokok nangka, itu pun sepanjang masa kita boleh dapat hasil. Padi mungkin 3 kali atau 4 kali hasil tapi kelapa muda ini sepanjang tahun dan sepanjang hari. Sepokok kelapa boleh dapat hasil dekat 100 biji kelapa muda dalam setahun, berbanding kalau RM2.00, dekat RM2,000 sepokok saja, 1 hektar kita boleh tanam dekat 150 hingga 160 pokok.
Saya cadangkan kepada pihak Zakat juga supaya memperbanyakkan projek-projek baik pulih rumah di kawasan Bukit Selambau. Baru-baru ini dalam 2 bulan yang lalu di Kampung Tengkerap Batu ada seorang makcik dia ada sebidang tanah tapi rumahnya usang dan sebagainya dan kami telah pun hantar surat untuk mereka membaiki. Setakat ini saya pun tidak tahu apakah perkembangan, saya sendiri ada buat surat kepada pihak Zakat supaya tengok rumah-rumah yang usang perlu dibaik pulih, ‘repair’ dan sebagainya. Ini macam kita beri bantuan kepada fakir-fakir miskin yang rumah mereka berada dalam keadaan agak baik.
Selanjutnya perbahasan saya….(YB. Dato’ Speaker mencelah)
YB. Bukit Selambau, ada 2 minit lagi!
Ada satu perkara lagi yang ingin saya beritahu. Saya pohon kepada pihak JKR khasnya kepada YAB. Jeneri, ambil tindakan segera. Di simpang tiga selepas Balai Polis Bukit Selambau, simpang ke Teluk Keri, simpang ke Baling dan satu jalan ke Bukit Selambau sering berlaku kemalangan maut terutamanya pada waktu pagi, waktu senja dan semasa hujan lebat disebabkan oleh jalan dari Baling turun ke Bukit Selambau dia tidak ada signboard, tidak ada lampu amaran, zebra crossing langsung tidak ada. Tiap-tiap minggu ada seorang meninggal di sana terutamanya orang yang pergi menoreh pada waktu pagi. Saya telah menghantar surat kepada JKR dan Pegawai Daerah di Daerah Kuala Muda. Ini adalah penting, bila saya pergi kampung di daerah sana mereka beritahu, “YB., apa sudah jadi ni, sudah 3 bulan dekat lima enam orang sudah meninggal”. Walaupun jalan raya itu bagus tapi tidak ada lampu jalan, atau traffic light, signboard-signboard yang berkaitan dekat sana. Saya kepada pohon YAB. Jeneri, tolong lihat perkara ini sebab mereka beritahu, “ini hal mesti bincang dalam Dewan, kalau tak ada, jangan jumpa saya”. Ayat itu mereka bagitau saya dari Bukit Selambau. Jadi saya pohon untuk lihat perkara ini.
Ada juga saya buat permohonan dekat satu kampung dalam bandar, Kampung Pinang Dalam iaitu terletak di belakang perumahan Laguna Merbok perlukan turap jalan semula, ada satu surau kena ‘upgrade’ dan juga tiang-tiang lampu. Kami dah buat surat kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, pihak-pihak berkenaan tolong ambil perhatian dan kalau boleh perbaiki. Kampung dalam bandar, iaitu Kampung Pinang Dalam.
Saya juga pohon Exco Masyarakat India, YB. Lunas berikanlah sedikit sumbangan kepada sekolah-sekolah Tamil walaupun jawapan yang saya terima ada peruntukan daripada Kerajaan Pusat, itu memang dapat lah, tahun lepas RM2 juta juga, tahun 2019 kita dapat RM4.9 juta. Jadi, selaku Exco Masyarakat India, ‘please consider give some contribution’ kepada sekolah-sekolah Tamil untuk kerja-kerja baik pulih, aktiviti, program dan sebagainya.
Sebelum saya mengakhiri, bulan depan 2 haribulan bulan Ramadhan, jadi kita sama-sama berpuasa, saya pun berpuasa Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang mulia dalam kalender Takwim Islam dan bulan yang penuh dengan berkat, bulan itu adalah bulan kita memberi sedekah kepada orang-orang yang memerlukan, fakir miskin, asnaf, OKU, warga emas dan keluarga miskin. Saya pohon kepada YAB. Jeneri berilah sedikit sumbangan ataupun peruntukan khas kepada semua ADUN-ADUN supaya dana itu disalurkan, kita akan memberikan buah kurma, kita akan berikan bubur lambuk, kita akan berikan barangan dapur kepada mereka yang memerlukan khasnya tempat saya pengundi yang paling tinggi dalam Negeri Kedah adalah DUN Bukit Selambau, 87,000 orang termasuk yang berumur 18 tahun. Paling tinggi, paling luas, paling besar dan paling banyak populasi. Jadi saya pohon kerjasama ataupun pertimbangan dan keprihatinan YAB. Menteri Besar kita ‘consider’ dan mungkin ini Sidang DUN yang terakhir untuk kita, kita tidak tahu perkembangan politik tanahair, boleh jadi macam-macam. Sebelum pilihanraya mungkin Parlimen akan bubar serentak, kemungkinan akan berlaku. Saya pohon eratkan silaturrahim perpaduan antara kita untuk kepentingan rakyat, mungkin kita akan bentuk satu kerajaan campuran, sana dengan sini boleh campur, boleh terjadi untuk kepentingan rakyat, untuk masa depan rakyat negeri kita, ini boleh jadi.
Saya ucapkan terima kasih YB. Dato’ Speaker kerana memberikan ruang yang lebih dan kepada semua yang ada di sini supaya kita bersama-sama berganding bahu untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat terjaga sepanjang masa. Sekian, terima kasih. Dengan ini, saya menyokong titah ucapan Tuanku Sultan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Bukit Selambau. Tadi dia nak cerita pasai Mr. Kalam Presiden India, tak sempat masa.
Sekarang saya menjemput YB. Pengkalan Kundor untuk 20 minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih YB. Dato’ Speaker kerana mengizinkan saya untuk sama-sama berbahas usul titah ucapan Tuanku beberapa hari yang lalu. Beberapa hari yang lepas saya menziarahi satu keluarga dalam DUN saya, saya diminta oleh orang-orang tertentu untuk melihat keluarga tersebut kerana berlaku kematian kepada ahli keluarga tersebut, umurnya 43 tahun, duda anak 3. Beliau meninggal dirempuh oleh sebuah kereta depan Pejabat Pas Teluk Bagan, di selekoh itu dirempuh di situ dan meninggal di situ pada 12 haribulan lalu, 12.3.2022. Pada sebelah pagi, pemandu yang sama juga telah merempuh orang lain di DUN Sungai Limau dan patah. Siapa beliau, yang merempuh tu siapa? Beliau adalah penagih tegar ketum. Haa… ini tajuk pertama saya yang saya nak bicarakan. Saya kira semua orang tahu dan YB. Bandar Baharu semalam juga menyebut komponen apa yang ada dalam ketum. Banyak alkoloid dalam tu, bahan kimia dan bahan kimia utama dalam ketum adalah mitragynine dan kualiti daun ketum ini bergantung kepada jumlah berapa peratus mitragynine yang ada dalam tu. Jadi, sebab itu YB. Pedu mitragynine ketum di Pedu yang paling tinggi dalam dunia, ia mempunyai kualiti yang paling tinggi dalam dunia. Tetapi apakah mitragynine? Mitragynine ini adalah bahan kimia yang mempengaruhi otak kita, yang disebut ‘psychrotrophic’.
Jadi, bila masuk dalam badan kita dia pergi kemana? Dia pergi ke saraf tunjuang, pergi ke otak kita dan pergi juga ke salur makan kita dan ia akan mempengaruhi ‘opioid receptor’, orang perubatan YB. Tokai tahu. Maknanya receptor yang sama kepada morfin, heroin, mitragynine dan juga sintetik-sintetik daripada group yang sama, fentanyl dan sintetik lain yang apabila dia masuk ke dalam badan kita ia mengikat receptor ini dan akhirnya terdapat tindak balas. Ini berlaku dalam otak kita dan dalam otak kita ni ada trillion, bukan billion, trillion saraf-saraf tadi yang bersambung antara satu sama lain dan ia dikawal oleh receptor ini. Dalam konteks mitragynine, apabila dalam dos yang rendah masuk ke dalam otak kita, masuk dalam badan kita pergi ke otak, ia mempunyai kuasa merangsang (estimulen), kita rasa bertenaga, rasa ceria, rasa mesra, rasa seronok, nak pi kerja dengan lebih bertenaga dan masa rehat pun kita tak berhenti. Pasal apa? Pasal kita dapat estimulen itu daripada mitragynine dalam ketum tadi. Tapi dalam dos yang tinggi dia mempunyai fungsi yang berbeza ataupun peranan yang berbeza, ia akan memberi perasaan lali, mengantuk ataupun ia khayal yang disebut sedative.
Jadi, dalam dos yang tinggi inilah yang selalu diambil oleh mereka-mereka yang melakukan salah guna dan juga ketagihan ketum. Pasal apa? Pasal mereka nak ‘kick’ tadi tu, depa nak perasaan seronok tadi tu. Ini yang berlaku dalam masyarakat kita. Jadi, isu utama dalam kes mitragynine atau ketum ini adalah penyalahgunaan dan juga menagihan ataupun ketagihan. Dan dalam satu study disebutkan bahawa mitragynine mempunyai 13 kali lebih potten daripada morfin. Morfin ni popi, sintetik daripada itu adalah heroin. Dalam satu study menyebut bahawa 13 kali lebih potten daripada morfin. Mempunyai effect yang sama, opioid receptor tadi, jadi apa yang saya nak sebut adalah heroin sintetik daripada morfin dan juga mitragynine ini adalah daripada kumpulan yang sama, group yang sama saja. Dan kalaulah popi diharamkan di bawah Akta Dadah Merbahaya, cannabis juga termasuk di bawah akta yang sama, tetapi mitragynine ini diletak dalam akta yang berbeza daripada segi pengawalannya, diletak di bawah Akta Seksyen 30(3) Akta Racun Berbahaya 1952. Jadi, kalau popi boleh kita controle, pasal apa? Pasal salah bermula daripada menanam dan seterusnya. Cannabis juga macam tu, salah bermula daripada tanam dan seterusnya. Tapi dalam konteks akta racun ini, dia tanam tak salah, haaa… salah bila import, eksport, proses, bekal, salah di situ. Jadi, apabila ini berlaku maka penanaman ketum ini berleluasa dan tidak ada satu akta yang bertujuan untuk mengawal tanaman ini. Lalu apabila perkara ini berlaku dalam konteks negara kita, kita faham bahawa penagihan ini bukan perkara yang baru, saya ingat lebih daripada 40 tahun ataupun hampir 40 tahun, 1983 negara meletakkan penagihan sebagai musuh nombor 1. Musuh nombor 1, 40 tahun dan musuh nombor 1 kalau dulu-dulu ni itulah morfin, heroin, cannabis, tapi sekarang banyak sintetik baru, dadah-dadah baru dan dalam konteks mitragynine juga masuk dalam golongan yang sama, masuk dalam group yang sama.
Ya.. sila!
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Saya nak tanya, adakah YB. Pengkalan Kundor bersetuju bahawa morfin telah menjadi satu ubat tahan sakit kepada kanser yang baik dan potensi mitragynine menjadi ubat tahan sakit kepada sakit saraf dan sebagainya dan kita tahu antara 25 sebatian alkaloid iaitu aktif kompaun dalam ketum hanya 3 yang bersifat psychrotrophic. Jadi, kalau kita bangunkan ataupun kita buat secara baik, maksudnya kalau Akta Racun, Akta Racun, Akta Dadah, Akta Dadah, tetapi kita ada satu agensi yang mengawal untuk penanaman, proses, penyalahgunaan dan sebagainya ia akan menjadi potensi yang baik, kalau kita bawa ke arah baik ia akan menjadi baik dan kalau ke arah tidak baik dan memudaratkan ia akan menjadi mudarat.
Akta Dadah Berbahaya membenarkan YB. Tokai untuk menggunakan morfin, membenarkan YB. Sidam untuk menggunakan morfin. Pasal apa? Pasal pengamal perubatan dibenarkan, lalu kepada pesakit-pesakit untuk menahan sakit contohnya, untuk penyakit kanser, pesakit-pesakit yang berada di fasa-fasa akhir, maka digunakan morfin. Jadi, akta tadi membenarkan digunakan oleh orang-orang tertentu, begitu juga dengan mitragynine. Tapi benda tu sekarang ini mitragynine dalam konteks sekarang ini daripada segi penggunaannya masih belum ada. Jadi, ia berleluasa dalam bentuk daun macam tu dan penyalahgunaan berlaku dalam bentuk daun yang sedemikian rupa. Jadi, saya nak sebut satu, bagaimana kita melihat mitragynine (ketum) ini daripada segi perubatan daripada segi akta yang mengawal tadi. Jadi sebab itu saya menyebut, saya tanya juga kelmarin YB. Bandar Baharu bahawa dalam proses di Parlimen telah ada cadangan untuk menukar akta ini daripada Akta Racun kepada Akta Dadah Berbahaya tetapi ditolak disebabkan oleh beberapa faktor tertentu dan dikembalikan semula kepada KKM untuk dibuat perubahan, pindaan semula, saya rasa dikekalkan masih dalam Akta Racun tetapi dengan penalty yang berbeza, satu.
Yang kedua, kalau kita lihat daripada aspek agama, pasal apa agama, hampir semua Majlis Fatwa yang saya baca meletakkan akan ketum ini sebagai haram kerana ia merosakkan otak. Penagihan adalah disebabkan oleh receptor opioid tadi ni rosak di situ dan ianya kekal, craving ataupun perasaan nak kepada dadah itu kekal sampai mati. Jadi sebab itu, Islam melarang apa juga bentuk yang saya sebut kelmarin ni, menjaga agama, menjaga nyawa dan akal ni di tempat yang ketiga daripada segi maqasid agama itu sendiri, Islam itu sendiri. Jadi, atas dasar ini saya baca lagi sekali Jawatan Kuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang Kali Ke 76 pada 21 – 22 November 2006 menyebut bahawa “Syabu dan rakan-rakan sebaya termasuk mitragynine hukumnya haram dan siapa-siapa yang bersubahat juga hukumnya haram”. Bersubahat ni maksud mula daripada tanamlah. Jawatankuasa Fatwa Kedah 2005 juga menfatwakan mitragynine ni haram dan diperbaharui saya ingat beberapa tahun yang lepas juga meletakkan mitragynine ini sebagai hukumnya haram. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis 2013 juga sama menjadikan mitragynine ni haram. Kesan yang sangat ketara ketara kita tengok sekarang ni, di akhir-akhir ini apabila morfin semakin susah, heroin semakin susah dan harganya semakin mahal, dadah sintetik juga semakin mahal maka penagihan yang semakin membesar adalah penagihan daun ketum. Sangat berleluasa, berlaku juga di kalangan murid-murid sekolah, tanyalah mana-mana PPD terutamanya di Kubang Pasu, Padang Terap, di sebelah Jerlun, anak-anak sekolah seawal darjah 6, ada satu kes berlaku di Pulau Tuba bagaimana anak sekolah digunakan oleh datuk dia untuk tiap-tiap minggu turun ambik daun ketum bawa balik.
Jadi saya nak sebut, kalau di peringkat sekolah ini anak-anak kita terlibat, apa nak jadi masyarakat generasi yang akan datang Negeri Kedah kita. Terlibat dengan ketum, terlibat dengan masalah penagihan dan pada saya sebab itu kita kena controle, kena ada satu akta, saya sangat bersetuju dengan Akta Racun diperketatkan untuk mengawal apa juga bentuk penagihan kerana tanpa akta ini kita tidak mampu untuk nak mengawal. Macam Akta Dadah Berbahaya tu morfin, heroin, masih dijual, masih berlaku penagihan di kala akta tetap begitu pun apatah lagi akta yang ringan sebegini rupa. Sebab tu saya rasa cadangan daripada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mengkomersial ketum ini saya rasa boleh, tetapi bermula dengan ketatkan akta tadi, tebang semua dulu, Jawatankuasa di bawah KKM bagaimana cadangan untuk kita nak buat ladang hemp hari tu, KKM melantik orang-orang tertentu sebagaimana KKM melantik doktor-doktor, pengamal-pengamal perubatan mereka diberi kuasa untuk ‘risk cut’ morfin, agensi-agensi tertentu contohnya lantik MBI, KKM melantik MBI untuk menguruskan bukan saja ladang ketum tapi juga hemp contohnya secara besar-besaran dan ianya dikawal 100%, tidak siapa pun boleh masuk dalam tu dengan pagar elektriknya. Inilah yang boleh kita ambil untuk buat bahan-bahan perubatan tadi, ekstrak. Banyak agensi kata yang kata dia mampu ekstrak mitragynine dan semua tadi termasuk ubat batuk, ubat cirit, ekstrak bahan-bahan tadi, bahan ini dijadikan bahan perubatan. Haa… kalau nak jadi macam tu tak payah eksport ke Thailand pun, kita mampu buat sendiri dan ini menjadi bahan perubatan kepada negara kita kepada negeri kita. Kalau buat macam tu saya setuju tapi dalam keadaan sekarang saya rasa untuk kita longgarkan saya tak setuju sebab ia kita membuka pintu kefasadan, kerosakan kita buka pintu, buka pintu, apabila kita nak eksport ke Thailand sudah tentu ia akan menjadi penanam-penanam tu berasa seronok, dia pakat tanam, tanam, tanam lagi dan menjadi ruang pintu untuk berlaku penagihan yang lebih teruk di kalangan anak-anak sekolah kita lah dan di kalangan orang ramai.
Ahli-Ahli Dewan yang dirahmati Allah sekalian,….(YB. Sg. Limau minta laluan)
YB. Pengkalan Kundor, nak tanya soalan sikit. Adakah apabila kita mengadakan kawalan, contohlah ada akta membenarkan untuk mengeksport…. Minta maaf YB. Dato’ Speaker. Apabila penanam sedia ada dibenarkan untuk eksport, kita kawal eksport, penggunaan domestik berkurangan kerana harga di luar itu lebih tinggi. Adakah andaian sebegitu boleh kita andaikan?
Tak setuju 100%. Sebab apabila kita membenarkan eksport, akan lebih ramai, padi pun tak buat dah, pasal petak untuk ketum ni adalah petak padi juga, dia sesuai tanah yang macam tu. Saya ingat di Padang Terap nu tak dak lah padi-padi wangi apa tak dak lah, semua tanam ketum. Jadi, dalam akta yang sekarang ni yang tidak dipinda apabila itu berleluasa, maka berleluasalah penagihan. Akta tu kena pinda, akta tu kena perketatkan dulu, perkemas akta lepas tu controle sebagaimana Kementerian Kesihatan controle yang boleh guna morfin adalah, bukan boleh pi ambil macam tu saja, tanyalah YB. Tokai, YB. Sidam, sangat ketat kami pun, kena tulis rekod satu-satu, siapa guna, alamat apa semua tu sebab akan di check sebab untuk nak elak penyalahgunaan tadi. Saya kira kita faham dan selepas ini Dewan ini saya juga memberi saranan ini untuk sama-sama kita menilai nanti, kita nak buat ka, kita tak nak buat ka kita sama-sama nilai, itu yang pertama. Yang kedua, YB. Dato’ Speaker saya minta masa lebih sikit.
Lebih tu banyak mana?
Sebab YB. Kubang Rotan tadi dia telefon saya ambik masa dia.
Nak mintak lebih tu banyak mana?
Saya ada dua tiga lagi yang saya nak bahas tapi pendek-pendek saja.
Haa…. Saya lebih 5 minit bagi kat…..
Haaa…Saya nampak YB. Dato’ Speaker pun tadi bila saya bercakap tengok kat saya, jadi…
Ya…. Saya belajaq dah!
Yang kedua Covid lah. Covid kalau kita buka peta Kedah sekarang ni tinggal Padang Terap juga lah sikit-sikit lagi yang ada oren, ada kuning tu, hat lain semua merah dan merah kali ini lebih pekat daripada merah yang hat awal hari tu. Nak tunjuk bahawa Covid sekarang dalam konteks negara dan Negeri Kedah ini teruk. Apabila kita masuk ke fasa endemik kita tidak lagi bercakap tentang herd community ini, komuniti kelompok ini kita tak bercakap lagi dah, kita bercakap tentang vaksinasi individu, setiap individu, kita bercakap tentang kita test sendiri. Dalam konteks Negeri Kedah ini saya mendapat maklumat ada sekitar 150,000 hingga 160,000 orang dewasa yang masih tidak divaksin satu pun. Jadi, saya rasa Jabatan Kesihatan Negeri Kedah tidak mampu lagi tanpa dibantu oleh kerajaan negeri. Jadi, saya pohon kerajaan negeri, saya pohon YB. Tokai ataupun YAB. Jeneri untuk memastikan bahawa jumlah yang ramai tadi ni sangat signifikan dalam konteks negara, saya ingat Kedah ini di antara yang tinggi juga, maaf saya juga dulu hijau, sebahagian besarnya adalah orang hijau, data yang saya dapat, betul tak betul wallahu’alam. Jadi sebab itu, peranan tuan-tuan Ahli Wakil Rakyat dari Pas ini sangat diperlukan untuk memastikan bahawa pengikut-pengikut tadi sama-sama, mereka bukan anti vaksin, tapi mereka tak mau atas sebab-sebab yang lain. Jadi, saya rasa tuan-tuan boleh mempengaruhi mereka untuk pastikan bahawa kejayaan fasa endemik ini di sini, fasa endemik ini berjaya apabila kita membina imuniti kita dan kita sendiri mampu buat test. Lagi sekali saya nak pihak kerajaan untuk memastikan perkara ini berlaku.
Yang seterusnya ialah hospital Pendang. Hospital Pendang ni saya nak tanya jalan saja lah, K151, K544 Jalan Pendang ke Sungai Tiang dan juga jalan masuk itu dari segi statusnya macam mana, pengambilannya macam mana sebab baru-baru ini saya lalu kut situ ada kedai tu beritahu saya bahawa daripada segi pampasan dan seumpamanya, benda-benda yang macam tu lah. Jadi, saya ingin bertanya sama ada JKR ataupun YB. Tokai. Dan yang terakhir, ini dalam DUN saya lah dari segi “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Bersama”. Saya nak sebut “Nikmat Untuk Bersama” tu dalam kes ni tak sampai. Pada Sidang yang lalu saya telah bawa beberapa kes iaitu kes ribut yang sampai hari ini masih lagi tidak dibaiki rumahnya. Saya buat ‘follow up’ beberapa buah rumah, salah satu daripada rumah hat dulu ni yang saya kata tidak dibaiki itu di Padang Jambu telah dibaiki tapi oleh NGO.
Lagi sekali saya nak sebut dalam kes saya ini ada 2 rumah, 1 di Kampung Teluk Bulang, yang ni dekat dengan rumah keluarga YB. Sungai Tiang, dia asal dekat-dekat situ lah. Rumah tu kebakaran berlaku pada 25.12.2020, setahun lebih, ibu tunggal, 3 orang anak, ada adik dia seorang lagi duduk dengan dia. Kalau pergi ke rumah dia kita tak lalu lah nak tengok, jadi “Nikmat Untuk Bersama” tu memang tidak dapatlah kepada beliau. Apabila saya turun beberapa hari lepas dan saya ‘push’, baru saya dapat jawapan baru lulus daripada ICU hari ini, saya baru dapat jawapan ni jadi saya bersyukur tetapi setahun lebih la sengsara. Satu lagi Kampung Kuala Sala, ribut 11.11.2021 baru beberapa bulan lah, 4 bulan macam tu, masih lagi tidak dibuat apa-apa. Apa yang saya nak sebut adalah saya rasa ‘delivery system’ kita dengan rakyat ni perlu dipertingkatkan, delivery system maknanya bermula dari JKPP, Penghulu, naik kepada jabatan yang terlibat untuk percepatkan benda ni sebab benda ni melibatkan tempat duduk, makan pakai, tempat duduk ni saya rasa sangat penting untuk kita ambil kira.
YB. Dato’ Speaker, saya rasa 5 minit telah saya gunakan, saya ucapkan terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker kerana juga sama-sama memberi keizinan kepada saya untuk membahas usul titah Tuanku. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Hampir tamat dah, hampir. Cuma ada seorang saja lagi iaitu YB. Kuala Nerang. Silakan YB. Kuala Nerang, 20 minit! Ni saya bagi siap-siap 22 minit, sat ni kacau mintak pulak, bagi dadah.
Hat bagi, bagi, hat mitak, mintak.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wassolatu wassala muala rasulillah waman tabi’ahu wanasorohu mawalah. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul ‘uddatan millisani yafkhohu khauli, ‘ammabaq.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, YB. Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat Exco-Exco, Ahli-Ahli yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan para pemerhati yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, saya turut menyokong usul menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan atas titah ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke 14.
Menjunjung kasih Tuanku. Saya menekuni baris-baris ayat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sangat cermat dan sangat berhemah. Umpamanya pada muka surat 1 teks ucapan ini baginda menasihatkan supaya bermusyawarah. Kemudian pada muka surat 2, Ahli Sidang Mesyuarat sekalian boleh buka, baginda menghargai kerajaan negeri menangani Covid. Baginda menyeru jangan leka dan cepat berpuas hati, baginda seterusnya mengucapkan tahniah kerana kerajaan negeri hari ini berjaya mengutip hasil RM688.04 juta bagi tahun 2021. Seterusnya pada muka surat yang sama baginda mengakui hasrat “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua” telah berjaya direalisasikan, Alhamdulillah dan baginda berharap pencapaian cemerlang ini diteruskan pada tahun ini bagi mencapai RM725 juta, InsyaAllah. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB. Menteri Besar, YB. Datuk Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Pegawai Kewangan, YB. para Exco dan semua kakitangan kerajaan negeri atas kejayaan ini. YB. Dato’ Speaker, baginda juga telah mengingatkan agar berbelanja dengan betul dan berhemah. Menjunjung kasih Tuanku. Saya percaya dan sangat yakin peringatan ini sentiasa dalam ingatan YAB. Mneteri Besar, YB. kepimpinan kerajaan negeri. Seterusnya pad muka surat 2 juga baginda menyebut, “menyambut baik komitmen kerajaan negeri untuk memacu negeri”. Alhamdulillah, tahniah kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar kerana telah berjaya memacu ekonomi dengan menerus dan merancakkan projek-projek mega sedia ada tanpa membatalkan atau ‘scrape off’ projek-projek terdahulu.
YB. Dato’ Speaker, seterusnya pada muka surat 3 baginda berbangga kerana kerajaan negeri telah berjaya mencatat pelaburan tertinggi dalam sejarah, RM68 billion, walaupun ada pihak yang cuba mempertikai, meragui angka ini padahal angka ini sebenarnya dikeluarkan oleh MIDA, satu-satunya agensi kerajaan yang berautoriti dan berwibawa dalam meluluskan pelaburan di Malaysia. YB. Dato’ Speaker, sebenarnya dalam titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku saya meneliti tidak ada perkataan atau teguran-teguran daripada baginda Tuanku. Sebaliknya yang ada ialah nasihat, peringatan, harapan, menyambut baik, terima kasih, berbangga, tahniah, kesimpulannya memuji kepimpinan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar dan saf kepimpinan hari ini. YB. Dato’ Speaker, pada muka surat 3 juga baginda sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri. Sesungguhnya YB. Dato’ Speaker, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ini adalah satu pengiktirafan terhadap usaha gigih yang telus dan serius oleh kepimpinan kerajaan negeri yang menyebabkan pelabur-pelabur percaya dan yakin untuk melabur di Negeri Kedah.
YB. Dato’ Speaker, faktor lain iaitu faktor politik yang stabil di Kedah menjadi penyumbang utama yang besar untuk menarik keyakinan pelabur. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, ADUN-ADUN, baik pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang yang sentiasa dan terus memberikan kerjasama yang baik ke arah perpaduan yang mengutamakan rakyat yang memang seharusnya menjadi agenda utama kepada kita semua tanpa meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan peribadi atau kepentingan parti masing-masing. Faktor kerja kuat dan kerjasama erat antara kepimpinan kerajaan negeri, para pgawai kerajaan menjadi sebab yang sangat penting sehingga kita berjaya ke tahap ini, Alhamdulillah.
YB. Dato’ Speaker, saya melihat kali ini sekali lagi kita menyaksikan perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri sangat baik dari kedua-dua belah pihak, sama-sama menyumbang idea, memberikan cadangan-cadangan yang membina ke arah mamajukan Negeri Kedah bagi merealisasikan hasrat “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”. Dan saya percaya, inilah yang menjadi sebahagian daripada maksud musyawarah yang menjadi ‘intoduction’ atau mukadimah kepada titah ucapan baginda Tuanku Sultan.
YB. Dato’ Speaker, izinkan saya menyentuh beberapa lagi isu. Yang pertama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bertitah supaya kerajaan negeri memberikan tumpuan kepada soal untuk menaik taraf jalur lebar. Saya berharap kerajaan negeri berjaya menyahut titah tersebut dan saya berdoa, kita semua berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t permudahkan urusan YAB. Menteri Besar, urusan para Exco kita dan para pegawai kerajaan bagi merealisasikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Cuma persoalan saya YB. Dato’ Speaker ialah apakah usaha dan pelan tindakan kita pihak kerajaan hari ini kerajaan negeri khususnya untuk mengatasi dan juga menyahut seruan ini, mengatasi banyak masalah yang selalu kita bangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri ini, soal internet yang lemah, capaian yang lemah, kalau di Kuala Nerang tu di Kampung Kubu, di Tualak, Bukit Nambua, Lubuk Labi, Perik dan banyak kampung lagi. Jadi ini perlu kepada penyelesaian segera kepada YB. Exco kita.
Yang kedua YB. Dato’ Speaker, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga telah menyebut dalam bentuk harapan untuk kerajaan negeri memberikan perhatian serius kepada pemulihan industri pelancongan kerana kedatangan pelancong menurun sebanyak 71.5% berbanding tahun 2020. Sama juga persoalan kita semua, apakah persediaan kita, apakah langkah kita, apakah tindakan kita untuk menyahut dan menjawab harapan dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk kita mempertingkatkan, memulihkan industri pelancongan nanti.
Yang ketiga YB. Dato’ Speaker, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah, terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah yang telah banyak melakukan pembaharuan dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini di mana melalui jawapan bertulis 6 helai atau lebih kurang 11 muka surat disebutkan bahawa banyak pembaharuan yang telah dibuat antaranya ialah pembayaran elaun guru-guru KAFA yang telah dibuat secara online yang sebelum ini bila dibayar secara tunai dan seumpamanya ada yang lambat lebih daripada 2 minggu, hari ini dibuat secara online. Kemudian, Alhamdulillah hasil daripada mungkin usaha daripada semua pihak dan saya sebut dalam Dewan pada sesi yang lepas minta bagi SOCSO kepada guru-guru ini, guru Sekolah Agama Rakyat, Alhamdulillah hari ini mereka telah menikmati dan dapat SOCSO, sebelum ni tak dak SOCSO.
Satu lagi YB. Dato’ Speaker, saya menyokong penuh satu lagi permintaan daripada kalangan guru Sekolah Agama Rakyat, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah sebagai satu lagi pembaharuan. Kita berharap diberikan satu hadiah atau imbuhan kepada mereka sebagaimana kerajaan negeri memberikan wang saguhati ataupun hadiah apabila Pegawai Masjid berpencen atau bersara kerana uzur dan sebgainya, dia bagi kadarnya RM100 untuk 1 tahun. Maknnaya kalau berkhidmat 10 tahun dia akan dapat RM1,000, tak banyak pun, RM1,000 saja, jika 20 tahun dia dapat RM2,000 sebagai hadiah kepada mereka yang berkhidmat mendidik anak-anak bangsa Melayu orang Islam kita sendiri. Mudah-mudahan dapat pertimbangan dan dapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri.
YB. Dato’ Speaker yang keempat, isu salah guna ketum yang selalu saya bangkit tiap-tiap Sidang. Sidang ni pun saya bangkit, dalam ucapan saya kali ini saya berucap sebelum ni pun saya bangkit dalam soalan bertulis di mana saya tanya berapa luas ladang ketum. Dijawab dalam soalan itu ialah jumlahnya 140 hektar di Negeri Kedah tidak termasuk Kubang Pasu, Pokok Sena dan Kuala Muda, itu jawapan yang terbaru. Jawapan hat dulu saya pernah tanya, Kubang Pasu merupakan daerah yang paling banyak, paling luas menanam ketum. Kalau Padang Terap 110 hektar, bayangkan kalau campur lagi Kubang Pasu kata 111 hektar pun duk ada 200 lebih hektar penanaman yang melibatkan lebih 177 petani dan 84,577 pokok ketum di Negeri Kedah pada hari ini. Pada Sidang 20 hingga 23 haribulan 9 yang lepas, Penggal Keempat, saya bangkit dalam soalan bertulis dan saya kira inilah yang menjadi mungkin sebab YAB. Dato’ Seri Menteri Besar mengeluarkan cadangan untuk mengeksport ketum bagi tujuan perubatan, ini kena jelas, bagi tujuan perubatan. Di mana data menunjukkan 2012 hingga 2021, saya tak baca semua, masa suntuk, saya ambil 2012, 2012 rampasan daun ketum 1,565.34 kilogram ataupun ringkasnya 1.5 tan.
Kemudian pada tahun 2021 Januari hingga Ogos sahaja jumlahnya meningkat, melonjak berganda-ganda menjadi 49,236.58 kilogram atau mudahnya kita sebut hampir 50 tan yang dirampas. Hat tu hat berjaya dirampas, hat lalu kut lorong tikus tak kira YB. Dato’ Speaker dan ini sebenarnya menambahkan tugas bebanan kepada pihak keselamatan kita yang bekerja keras untuk memerangi soal rampasan ini dan pada masa yang sama YB. Dato’ Speaker, kita sangat bersetuju bahawa memerangi penyalahgunaan ketum ini semestinya menjadi agenda utama kita semua. Saya bersetuju dengan YB. Pengkalan Kundor tadi cuma tak bersetuju yang kata pemimpin Pas tak vaksin ataupun tak kempen vaksin tolong betulkan. YB. Tan Sri Presiden awal-awal lagi semasa kerajaan lancarkan kempen vaksin telah mengarahkan, menyuruh ahli-ahli Pas, penyokong Pas supaya mengambil vaksin. Ini pendirian jelas yang menyokong hasrat Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu untuk sama-sama mengambil vaksin.
Baik, berbalik kepada soal ketum, Akta Racun 1952 yang disebut oleh YB. Pengkalan Kundor tadi tak benarkan eksport, tak benar import, tak benar mengilang, tak benar memiliki, tak benar membekal, menjual, membeli, mengguna tetapi dibenarkan menanam, akta yang pelik. Tanam buat apa kalau tak boleh ambil manfaat? Takkan nak buat teduh saja, buat ladang ni, kalau buat teduh mungkin tanam tepi jalan sikit-sikit saja. Jadi pada saya, saya bersetuju sangat supaya akta ini dipinda, diperketatkan, bahkan pada saya ketum ini dimasukkan dalam Akta Dadah Terkawal. Majlis Fatwa, mana-mana negeri pun dah fatwa penyalahgunaan ketum, haram. Jadi, ini bukan soal yang kecil tapi sebaliknya soal yang besar yang melibatkan anak bangsa kita yang pada masa yang sama kita nak mengekang dan kita harap kalaupun berjaya dieksport, pihak kerajaan perlu untuk menghadkan kawasan-kawasan yang tertentu, memperketatkan undang-undang, diberi lesen kepada peladang orang tertentu saja boleh tanam. Kemudian jual pula kepada orang tertentu, pihak tertentu saja yang dilantik oleh kerajaan supaya tidak berleluasa dan tidak jadi orang kata ketum ni ganti tanaman padi pula. Jadi kesimpulannya, untuk ketum ini saya berharap mudah-mudahan isu penyalahgunaan ketum ini diperangi secara habis-habisan sama macam kita memerangi isu dadah YB. Dato’ Speaker.
Yang kelima…(YB. Pengkalan Kundor mencelah)
Sedikit pencelahan YB. Kuala Nerang. Saya tak faham, satu segi…(YB. Dato’ speaker mencelah)
Tuan Speaker!
Minta maaf YB. Dato’ Speaker, minta laluan. Saya tak faham, dari satu aspek nak eksport dan satu aspek lain nak perangi habis-habisan. Jadi, nak buat lagu mana tu?
Terima kasih YB. Pengkalan Kundor. YB. Dato’ Speaker, dieksport yang sedia ada ataupun yang dilesenkan untuk mengawal penyeludupan, untuk tujuan perubatan, bukan bermaksud kita menggalakkan dan saya bersetuju dengan cadangan YB. Pengkalan Kundor tadi kalau kita boleh buat sendiri kilang kita boleh ekstrak, ambil manfaat daripada ketum di negara kita, tak perlu pun kita eksport, tapi buat masa ini negara kita belum bersedia, kita tidak ada lagi kilang-kilang-kilang memproses ketum secara yang halal, secara yang sah untuk dibuat minuman isotonik umpamanya. Yang menjadi masalah sekarang Yang Berhormat, penyalahgunaan ketum. Kalau YB. Dato’ Speaker tambah masa saya, saya bagi kalau tak tambah cukup, tak bagi, minta maaf YB. Pengkalan Kundor. Saya ada 1, 2, 3, 4 helai lagi lah.
Yang kelima KRC, Alhamdulillah, terima kasih YAB. Perdana Menteri dan YAB. Menteri Besar yang telah menyempurnakan majlis perasmian Projek Strategik NCER iaitu KRC pada 7 haribulan Februari 2022 yang lepas. Sekarang ini untuk makluman YB. Dato’ Speaker, infrastruktur sedang rancak dibuat, sudah 73.08% sehingga 17.3.2022, ini infrastruktur. Cuma, yang menjadi isu yang tertinggal dulu adalah PMU (Pencawang Masuk Utama) yang tertinggal semasa perancangan kerajaan dulu-dulu. Hari ini Alhamdulillah, PMU sekarang ini sedang dalam proses tender oleh TNB. Satu kejayaan yang telah dibuat oleh kerajaan hari ini dan menunggu masa untuk dibina. Bukan itu saja, untuk merancakkan lagi dan menarik pelabur ke KRC ini, Majlis Daerah Padang Terap juga melaksanakan inisiatif e-Tend iaitu permit pembinaan ekspres, kelulusan yang cepat, yang segera, permohonan kebenaran merancang untuk membina bangunan dan juga kilang. Alhamdulillah, terima kasih kepada YAB. Menteri Besar yang telah pun secara terbuka dalam ucapan di majlis perasmian tersebut mohon diperbesarkan jalan dari Pokok Sena pergi ke KRC dan saya menyokong penuh permohonan tersebut, mudah-mudahan YAB. Perdana Menteri meluluskan untuk dibesarkan, dilebarkan jalan tersebut sebab pengambilan tanah semua dah selesai, tinggal nak buat jalan saja.
Berhubung dengan KRC ini ada sedikit isu berbangkit yang biasalah bila buat projek pembangunan ada korek sana, korek sini dia akan ada banjir lumpur dan seumpamanya, bila ada pembangunan tak dapat dielakkan. Pagi ini Alhamdulillah, Majlis Daerah Padang Terap, KRC, JPS dan JKR sudah turun buat lawatan tapak akibat daripada aduan orang ramai yang terpaksa bergelut dengan banjir, 6 haribulan banjir, ada air sampai 3 kaki, 18 haribulan baru-baru ini banjir lagi yang sebelum ini tak pernah kena banjir, Sekolah Menengah Daril Al-Iktisam, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan tak pernah naik air sejak dibina banyak tahun yang lepas tapi baru-baru ini air nak sampai sekaki. Yang menjadi soalnya dan menjadi masalah sekarang ialah alor limpah air keluar dari KRC, daripada segala sumber di sana masuk lalu ikut ke kawasan persendirian Sekolah Daril Iktisam ini, tanah begeran milik sekolah.
Bila JPS nak buat longkang dan seumpamanya tak boleh pasal tanah tu kawasan persendirian. Jadi bila itulah keadaannya, ini memerlukan kerjasama semua pihak, mungkin kerajaan negeri nak kena buat pengambilan dan seumpamanya. Hatta sampai satu peringkat pihak sekolah membuat ancaman kalau tak boleh selesai depa tutup, depa blok terus air tak boleh lalu, lagi celaru. Air dari KRC, dari segalanya tak boleh lalu melintasi kawasan-kawasan persendirian milik dia. Jadi, saya harap mudah-mudahan dapat penyelesaian yang terbaik berhubung dengan isu banjir yang bukan saja melibatkan sekolah tetapi juga orang-orang kampung di sana. Demikian juga seperti saya sebutkan dalam Sidang yang lepas banjir di Kampung Sena, Pokok Macang, Padang Lalang dan Perik, mohon sungguh-sungguhlah banyak kali mintak banyak kali hantar surat dah ni dari Kuala Nerang supaya kerajaan memberi perhatian yang serius, kesian kat depa, sana lagi banyak rumah yang tenggelam termasuk di Perik.
Yang keenam YB. Dato’ Speaker, saya juga mengambil kesempatan ingin merakamkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri dan Pusat yang telah pun menyempurnakan hasrat selama lebih 20 tahun penantian warga khariah Masjid Mu’adzam Shah, Kuala Nerang, tunggu masjid baru. Hari ni Alhamdulillah, telah rancak dan sedang rancak dibuat mendahului kemajuan yang sepatutnya 6% la ni dah buat 7% yang bernilai RM6.65 juta harga kontrak masjid tersebut.
Dan yang ketujuh Alhamdulillah, terima kasih Kerajaan Pusat dan negeri, Jambatan Kubu yang duk mintak lama dah saaaampailah runtuh, tapi Alhamdulillah kita hantar surat mintak dah dapat dan hari ni Alhmdulillah dah nak siap. Terima kasih YAB. di atas keprihatinan ini. Kampung Parit yang baru-baru ni viral, nak runtuh juga. Tapi Alhamdulillah, Pegawai Kewangan Negeri memaklumkan telah dikeluarkan sebut harga, proses tender hari dan kita harap dapat berjalan dengan sempurna.
2 jambatan yang runtuh juga di Kampung Bokas difahamkan dah diluluskan dan diharap mudah-mudahan dapat disempurnakan secepat mungkin. Cuma, 2 jambatan yang baru runtuh pasal banjir dan sebagainya di Kampung Perupuk, Kuala Pai, hat ni pun nak runtuh dah ni, hat ni pun minta segera, hat ni tak runtuh lagi, setakat hari ni tak runtuh lagi tapi tak taulah duk hujan ni. Kampung Perupuk dan Kampung Acheh, kalau sebut Kampung Perupuk ni teringat satu lagi projek yang patut diberi keutamaan….(YB. Dato’ Speaker mencelah)
YB. Kuala Nerang!
Nak ‘landing’ dah YB. Dato’ Speaker, tak dak dah tinggal hat ni saja, 1 saja, hat ni pun tinggal sekerat muka saja. Jalan Perupuk ni jalan laluan utama dari Kuala Pai nak pi ke Nai Teh dan pi ke Kuala Nerang. La ni jalan tu sempit dalam lebih kurang 10 kaki gitu saja. Laluan utama memang sibuk dan saya telah berhubung dengan pihak JKR telah pun dihantar kertas ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk diperbesarkan jalan ini. Jadi, harap YB. Merbau Pulas tolong ‘follow up’, tolong dapatkan kelulusan dari KPLB mudah-mudahan projek pembesaran jalan ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat khususnya dalam DUN Kuala Nerang.
Dan yang terakhir yang kelapan YB. Dato’ Speaker, dalam Sidang DUN yang lepas saya telah minta, saya mohon dipercepatkan proses pemilikan hakmilik geran 275 orang pengusaha tanah. Isu lama 50 tahun, 275 orang ni berjuang bergelut nak dapat hakmilik berkelai dengan Tradewins dan sebagainya, tetapi hari ini Alhamdulillah, kerja-kerja sukat daripada 6 buah kampung telah selesai 5 buah kampung, tinggal 1 saja kampung tu pun pasal hat duk sukat tu dia kena Covid, tak boleh pi, kalau tidak saya ingat kertas ni dah angkat pi ke MMK dah untuk kelulusan. Terima kasih banyak kepada YAB. Menteri Besar, PTG, Pejabat Tanah Daerah dan semua yang terlibat dalam menjayakannya.
Akhirnya sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan cemerlang YAB. Dato’ Seri Menteri Besar dan seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah hari ini dan melihat kepada prestasi cemerlang selama 22 bulan, saya mengajak dan menyeru seluruh rakyat Kedah, seluruh kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan supaya kita terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar hari ini supaya terus memimpin Kedah selepas DUN dibubarkan nanti, InsyaAllah.
Saya juga menyokong penuh hasrat YAB. Menteri Besar supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri sehingga Mei 2023. Saya menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Kuala Nerang. Saya pun hairan juga apa pasal Kuala Nerang ni projek tempat dia lulus banyak sangat, tempat lain tak berapa banyak macam tu. Di Langkawi tu titi roboh 2 taun dah tak boleh-boleh buat, di Kuala Nerang takdan roboh nak buat dah. Speaker dia tak boleh mintak, itu masalah dia.
Baiklah, terima kasih kerana kita telah pun melengkapkan semua Ahli-Ahli Dewan telah dapat bercakap dalam membahas titah ucapan Tuanku Sultan. Jadi, kita akan masuk fasa lain pula.
Silakan Tuan Setiausaha!
III. Penggulungan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar Oleh Pihak KerajaanMotion
Penggulungan di atas usul menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar oleh pihak kerajaan.
Penggulungan oleh Exco. Dipersilakan YB. Sidam, 25 minit!
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kerajaan Negeri Kedah, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media dan hadirin yang dihormati sekalian. Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.
Di dalam Dewan yang mulia ini izinkan saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah tahniah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Semoga tuhan memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan agar dapat bersemayam di atas tahta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kedaulatan dan kebesaran. Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga telah bertitah mengenai perpaduan. Tuanku juga menekankan bahawa perpaduan yang utuh merupakan aspek dan kekuatan sesebuah ketamadunan melalui perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagi sebuah keluarga akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi. Kerajaan negeri menjunjung kasih titah ucapan Tuanku melalui Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional (PNIN) Negeri Kedah akan sentiasa memastikan perpaduan rakyat di Negeri Kedah dijaga dan disemai di kalangan rakyat Negeri Kedah dengan melaksanakan aktiviti dan program-program kemasyarakatan yang telah dirancang melalui mekanisme perpaduan yang sedia ada contohnya Kawasan Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan, Kelab Rukun Negara, Sekretariat Rukun Negara dan sebagainya bagi memastikan perpaduan rakyat di Negeri Kedah itu kekal dan mampu menggeratkan silaturrahim pelbagai kaum di Negeri Kedah Darul Aman. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya soalan secara lisan berkenaan portfolio di bawah saya.
YB. Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sidang Dewan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Bakar Arang yang bertanyakan mengenai aduan pembakaran terbuka atau bau asap di Sungai Petani. YB. Bakar Arang juga bertanyakan kekerapan tindakan penguatkuasaan dan berapa kompaun yang dikeluarkan untuk kesalahan pembakaran terbuka di Sungai Petani untuk tahun 2021 dan 2022. Untuk makluman YB. Bakar Arang dan Sidang Dewan, berdasarkan data dari Jabatan Alam Sekitar, aduan berkenaan pencemaran udara di Sungai Petani memang menurun dengan drastik bagi tahun 2018 berbanding tahun 2020. Pada tahun ini umumlah untuk pencemaran di Sungai Petani. Pada tahun 2018 memang ada 170 aduan, tahun 2019, 390 aduan, untuk tahun 2020, 497 aduan, bagi tahun 2021 hanya 215 aduan. Sampai sekarang tahun 2022 sehingga 23 Mac 2022 hanya ada 88 aduan saja dalam tempoh 4 bulan ini. Untuk tindakan penguatkuasaan berkenaan pencemaran udara di Sungai Petani berdasarkan data dari JAS untuk program operasi pencegahan pembakaran terbuka, pada tahun 2021 ada sebanyak 481 operasi telah dijalankan dan pada tahun 2022 sehingga bulan Mac sebanyak 109 operasi pencegahan pembakaran telah dilakukan oleh JAS Sungai Petani.
Dan untuk pertanyaan berapakah kompaun yang dikeluarkan oleh JAS Sungai Petani berkenaan kesalahan pembakaran terbuka di Sungai Petani untuk tahun 2021 dan 2022 adalah dalam tahun 2021 ada 2 kompaun yang telah dikeluarkan, lokasinya jalan Sungai Lalang, Bukit Selambau dan Tupah, kompaunnya sebanyak RM200 hingga RM3,000. Tahun 2022 satu kompaun saja dan lokasinya Kampung Haji Wahab, saya punya kawasan. Setakat ini tiada apa-apa tangkapan yang telah dibuat maka saya maklum kepada semua pihak walaupun penduduk ka, NGO ka atau persatuan mana-mana untuk alam sekitar tak pa, you sama-sama bekerjasama dengan kita, tempat, di mana dan bila kita akan semak. Kita pun faham juga Jabatan Alam Sekitar kakitangan pun tak mencukupi, pegawai pun tak cukup maka kita akan buatlah apa yang sepatutnya kita buat lah.
Seteruanya saya ingin respond kepada perkara yang dibangkitkan mengenai sebuah kilang di kawasan perindustrian PKNK, Sungai Petani yang YB. dakwa berdekatan dengan rumah saya. Lebih daripada 3 kilometer lah YB., saya selalu pergi ke kilang itu tengok terutamanya pada waktu hampir malam apabila ada penduduk yang membuat aduan dalam group-group. Untuk makluman sidang media, kilang yang disebutkan oleh YB. Bakar Arang tadi adalah sebuah kilang kitar semula plastik import yang mempunyai lesen daripada MPSPK sejak sekian lama dari era PH (Pakatan Harapan) YB. sendiri jadi Exco juga dari 2018 hingga pertengahan 2020 kerana sewaktu kerajaan meluluskan pemindahan industri plastik kitar semula ke Kawasan Perindustrian Bukit Selambau yang dibuat pada tahun 2020 dengan syarat selepas 2 tahun lengkap naik taraf infrastruktur seperti jalan raya, telekomunikasi dan air. Sewaktu tempoh ini kilang yang beroperasi di kawasan Sungai Petani yang mempunyai lesen PBT telah bagi kelonggaran untuk kekal di tapak sedia ada sehingga kemudahan infra telah lengkap di Bukit Selambau. Ya…Silakan!
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Sidam. Saya rasa YB. Sidam telah pun tersilap dengar kilang yang saya sebut dalam perbahasan saya. Kilang yang saya sebut ialah kilang yang berada di Halal Park yang berdekatan dengan rumah YB. Sidam, saya rasa tak ada AP dan tidak ada lesen lah. Terima kasih.
Ok, terima kasih YB. Bakar Arang. Dekat Halal Park kalau tak silap saya setakat ini tak ada apa-apa operasi lagi, ada setengah yang hantar gambar kepada saya mungkin dia akan ‘apply’ untuk buat kertas ‘recycle’ ka atau apa lah tapi saya tak dapat maklumat apa lagi.
Kalau nak maklumat yang lebih lengkap saya rasa mungkin kita boleh tanya kepada PBT yang berkenaanlah. Respond daripada JAS, saya tak payah sebut nama kilang lah. Bagi maklumat untuk YB. Bakar Arang, untuk status kilang-kilang kitar semula Sungai Petani kilang yang disebutkan memang kita kena berhubung kerana masih ada 2 kilang yang masih belum berpindah ke Bukit Selambau sepertimana keputusan mesyuarat pada tahun 2020 yang mana memberi tempoh 2 tahun bagi kilang untuk berpindah ke Bukit Selambau apabila kesemua persiapan infra dan kelengkapan di Kawasan Industri Bukit Selambau siap sepenuhnya. Satu lagi, secara keseluruhannya kita boleh melihat dengan jelas bahawa laporan oleh pihak JAS melaui gambarajah iaitu IPU aduan alam sekitar menurun dengan mendadak pada tahun 2021, memang aduan tak banyak lah kalau berbanding dengan kemuncaknya adalah pada tahun 2019 dan 2020. Ini menunjukkan kerja kuat pasukan Alam Sekitar bersama dengan PBT dan agensi-agensi lain dalam menambah baik kerja buat di lapangan. Tahniah diucapkan kepada semua.
Seterusnya saya ingin respond berkenaan dengan soalan daripada YB. Derga mengenai isu Pulau Tiga, perpindahan penduduk ke Flat Paya Nahu, PPR Paya Nahu 2. Untuk makluman Sidang Dewan, pihak SUB Perumahan mengatakan bahawa ramai penduduk dari Pulau Tiga yang memang tidak berminat untuk berpindah ke Flat PPR Paya Nahu 2 disebabkan oleh tak ada lif lah dan selepas ini macam-macam isu lah. Dari pihak SUB kita mendapati hanya beberapa orang sahaja, kalau tak silap saya hanya 3 orang saja penduduk yang berminat namun pihak SUB Perumahan memaklumkan masih menunggu maklumat yang lengkap pemohon dan pihak SUB Perumahan akan membuat tawaran kepada penduduk yang berminat untuk berpindah ke PPR Flat Paya Nahu 2. Untuk makluman Sidang Dewan, kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak 30 buah pintu rumah di PPR paya nahu bagi mengisi keperluan penduduk Pulau Tiga yang memerlukan. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM150,000 bagi tujuan membaik pulih rumah bagi persediaan di atas.
Seterusnya saya ingin respond tentang perkara yang dibangkitkan oleh YB. Kota Darul Aman berkenaan isu lampu, paip pecah di RPA Simpang Kuala dan juga berkenaan struktur bangunan PPR Tongkang Yard. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak kerajaan negeri melalui SUB Perumahan telah membaiki paip yang bocor pada 28 Disember, 2020 namun begitu mendapati paip tersebut kembali bocor selepas pembaikan jalan siap dilakukan. Sehubungan dengan ini, Unit Teknikal Bahagian Perumahan telah membuat siasatan berkenaan aduan lampu koridor dan paip yang bocor bawah tanah. Untuk makluman Dewan yang mulia, semua kerja-kerja baik pulih aduan ini akan bermula pada 28 Mac 2022 dan dijangka akan siap pada 3 April 2022.
Seterusnya untuk isu struktur bangunan PPR Tongkang Yard yang dibangkitkan oleh YB. Kota Darul Aman, saya mohon kepada YB. Dato’ Speaker dan Sidang Dewan ini untuk memberi jawapan bertulis kepada YB. Kota Darul Aman berkenaan perkara ini. Ada banyak lagi beberapa peruntukan kita sudah bahagi untuk Flat Setia Jaya, Alor Malai, Tongkang Yard, semua ada tapi dia tebal nanti saya bagi secara bertulis ya.
Jawapan untuk YB. Kota Siputeh, yang mencadangkan untuk projek PPR di kawasan Kota Siputeh. Kita ambil maklum dan akan panjangkan kepada Bahagian Perumahan cadangan daripada pihak YB. bagi membangunkan PPR di kawasan Kota Siputeh. Walau bagaimanapun, Bahagian Perumahan akan mendapatkan maklumat berkenaan tanah terlebih dahulu sebelum merancang pembinaan dilaksanakan.
Dengan ini, saya menjunjung kasih dan menyokong titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sempena Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah 20 Mac 2022 yang lalu, Sekian, terima kasih YB. Dato’ Speaker.
Terima kasih. Saya ingat YB. Sidam nak joli masa sampai 4.30. Sekarang ini baru 4.12, jadi kita ada lagi 18 minit, separuh jawapan penggulungan itu boleh dibuat pada hari ini. Silakan YB. Kuah! Separuh saja, esok lagi separuh.
Boleh buka ‘mask’ ya YB. Dato’ Speaker?
Ya, sila buka ‘mask’!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dalam Dewan yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semoga Allah s.w.t mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di mana baginda juga telah bertitah mengenai sektor pelancongan yang terkesan akibat penularan Pandemik Covid-19 dan penutupan pintu sempadan serta sekatan perjalanan yang memberi impak yang cukup besar kepada sektor pelancongan dan menyebabkan indeks kemasukan pelancong mengalami penurunan sebanyak
71.5% pada tahun 2021 berbanding tahun 2020. Saya melihat banyak Ahli-Ahli Yang Berhormat baik dari sebelah sini mahupun sebelah sana menyentuh satu portfolio iaitu pelancongan dan juga turut menyentuh portfolio berkenaan dengan belia dan sukan dan InsyaAllah saya cuba rangkumkan seberapa ‘detail’ kerana kekangan masa yang diberikan untuk penggulungan merencatkan sikitlah pernggulungan pada hari ini.
Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan negeri senantiasa memastikan aspek pemulihan sektor pelancongan dipandang serius serta pelbagai inisiatif dilakukan demi meningkatkan semula kedatangan pelancong domestik serta antarabangsa kelak apabila pintu sempadan dibuka secara rasmi pada 1 April 2022. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Sungai Limau, YB. Gurun, YB. Bandar Baharu, YB. Bukit Lada, YB. Kulim dan YB. Bayu yang menyentuh beberapa isu dalam perbahasan semalam dan juga hari ini. YB. Sungai Limau menyentuh berkenaan dengan promosi di mana di peringkat kerajaan negeri kita ada satu agensi iaitu Kedah Tourism yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti promosi serta merancang program-program pelancongan untuk Negeri Kedah.
Namun, beberapa faktor telah pun membataskan kerja buat Kedah Tourism iaitu di antaranya beberapa peruntukan yang kekurangan kerana kita juga mengharapkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut memperuntukkan sejumlah RM50,000 bagi tujuan promosi melalui media sosial untuk kita ‘tackle’ lebih ramai di mana sekarang ini semua medium yang agak popular iaitu media-media sosial dan juga kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk menaik taraf beberapa pusat-pusat pelancongan yang utama seperti Sedim Rainforest di Kulim, Gua Sireh dan beberapa tempat yang kita rancang. Turut menjadi kerisauan beberapa Ahli Yang Berhormat baik di sebelah sini dan sebelah sana berkenaan apabila kita buka pintu sempadan nanti pada 1 April 2022. SOPnya macam mana, apa persediaan kerajaan negeri, apa yang perlu kita lakukan? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, penjagaan dan SOP yang lebih ketat serta perlu dipertingkatkan di mana ‘bassic’ yang telah diterapkan kepada kita iaitu memakai pelitup muka, memakai hand sanitizer dan menjaga penjarakan ianya mampu untuk mengelakkan daripada seseorang itu ataupun merebaknya penyakit Covid-19 berjangkit di mana semua premis-premis pelancongan dan juga pengendali-pengendali tempat-tempat pelancongan telah pun bersedia sepenuhnya dengan nak masuk kena pakai hand sanitizernya, kena pakai pelitup muka, SOPnya telah pun disediakan dan sekarang ini semua pengendali-pengendali pelancongan hanya menunggu untuk pintu sempadan dibuka sahaja. Ada yang menyokong pintu sempadan ini dibuka dan ada juga yang tidak menyokong pintu sempadan ini dibuka.
Namun, untuk kita merancakkan ekonomi, kita meningkatkan ekonomi, kita perlu menerima dan kita perlu bersetuju untuk pintu sempadan dibuka kerana inilah yang akan meningkatkan ekonomi dan daripada situlah kita dapat membantu rakyat-rakyat yang terjejas di mana hampir 2 tahun, mungkin boleh pergi ke 3 tahun rakyat terkesan dengan Covid-19. Oleh itu….Silakan!
YB. Dato’ Speaker, YB. Kuah, berkenaan dengan pelancongan bila buka sempadan ini saya nak tanya, bagaimana kerajaan memainkan peranan bersama agensi yang menjaga SOP ini kerana kita mempunyai pintu sempadan yang agak besarlah akan dibuka yang mana orang yang nak masuk ni kita tau membawa limpahan ekonomi yang amat hebatlah untuk Negeri Kedah dan seluruh negara. Adakah orang yang nak masuk tu kita kenakan PCR test ka, RTK ka, atau cukup saliva test ka atau YB. Dato’ Speaker, hanya lalu saja ataupun tak perlu kuarantin atau kuarantin. Bagaimana pendirian kita kerajaan negeri ke atas perkara ini? Terima kasih.
YB. Dato’ Speaker, sikit laluan.
Silakan!
Saya kira isu tourism ni sangat penting dalam konteks Negeri Kedah apatah lagi apabila hasrat kerajaan untuk membuka semula sempadan. Kita sebelum buka sempadan pun semasa sebelum Covid pun tourism Negeri Kedah ni tidaklah terbaik tetapi apabila kena Covid tu lagi lah. Saya nak tanya tadi dari segi promosi, di antara isu utama kita adalah saya kira kurang sangat daripda segi promosi. Apakah website yang kita ada sekarang? Apakah page yang kita ada sekarang? Apakah IG TikTok yang kita ada sekarang untuk memastikan apabila kita buka tu dengan penjagaan SOP tu orang masuk dan akan memastikan bahawa kita mendapat manfaat apabila kita buka semula sempadan. Promosi media baru.
Terima kasih YB. Bandar Baharu dan YB. Pengkalan Kundor. Untuk menjawab soalan YB. Bandar Baharu, sememangnya agensi daripada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan memang kita bekerjasama dengan rapat untuk memastikan bahawa bila kita buka nanti kluster-kluster baru ni tak dak, tak wujud apabila kita buka pintu sempadan dan juga apa pandangan-pandangan dan cadangan daripada KKM, cadangan daripada MKN, semestinya pihak kerajaan negeri mengambil berat dan memperincikan dengan lebih terperinci. Namun, SOP yang telah ditetapkan ataupun yang bakal dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan apabila 1 April 2022 ini dibuka pintu sempadan belum lagi diterima oleh pihak kerajaan negeri. Jadi, untuk kita membincangkan dan membuat satu ketetapan daripada pihak kerajaan negeri kita tak dapat lakukan sebab SOP itu belum lagi sampai kepada pihak kerajaan negeri.
Bagi menjawab soalan YB. Pengkalan Kundor, sebenarnya Kedah kita mempunyai banyak prasarana, tempat-tempat menarik namun betul, kita agak kekurangan daripada segi promosi. Disebabkan itu Kedah Tourism diwujudkan dan kita mengharapkan Kedah Tourism dapat menjalankan promosi yang lebih agresif dan InsyaAllah saya pun berbincang dengan YB. Dato’ Pegawai Kewangan untuk kita melihat sekiranya ada keperluan untuk kita menambah ataupun memperuntukkan peruntukan khas lebih spesifik kepada promosi ini, InsyaAllah kita akan bangkitkan dan buat masa sekarang ini website-website, media sosial, boleh dilawati ataupun boleh masuk untuk Kedah Tourism. Kesemuanya ada di situ, kita ada website, ada TikTok, kita ada IG, kita ada twitter, facebook dan sebagainya.
Oleh itu YB. Speaker, saya juga mendapat satu cadangan yang bagi saya agak menarik daripada YB. Gurun di mana beliau mencadangkan sekiranya pihak kerajaan negeri boleh menjadikan Negeri Kedah ini sebagai “Negeri Pokok Bunga Kertas”. Kita tanam pokok bunga kertas mungkin di kawasan Alor Setar ini buat pokok bunga warna kuning, nak masuk ke daerah lain warna merah, warna hijau, jadi dia akan nampak ‘colour full’ disetiap kawasan dalam negeri. Saya rasa satu cadangan yang baik di mana pokok kertas ni kos murah dan juga senang untuk kita buat ‘maintenance’ daripada kita membazirkan duit kerajaan kita tanam pokok-pokok bunga yang hari ni tanam esok mati dan menggunakan kos yang tinggi, kita boleh cuba dengan pokok bunga kertas ini. Satu cadangan yang baik mungkin pihak pelancongan nanti boleh berbincang dengan pihak kewangan, pihak kerajaan negeri untuk kita pertimbangkan.
YB. Bandar Baharu juga telah pun membangkitkan bagaimana kita nak menjana hasil pendapatan pelancongan serta konsep ‘forest school’. Bagi menjana hasil pendapatan daripada sektor pelancongan di mana saya ada buat satu lawatan ke Negeri Sabah dan terus berjumpa, berbincang bersama dengan Sabah Tourism Board, agak mengejutkan dan kagum dengan pentadbiran badan pelancongan tersebut di mana mungkin model Sabah Tourism Board ini kita boleh jadikan contoh untuk Negeri Kedah. Eset pelancongan di Negeri Sabah diletakkan di bawah Sabah Tourism Board, kalau kita di sini kita ada Kedah Tourism dan mereka mengutip hasil-hasil pelancongan seperti Gunung Kinabalu, Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan lain-lain. Tiket-tiket itu dikutip oleh Sabah Tourism Board dan ‘maintenance’ pun diuruskan oleh Sabah Tourism Board. Ini juga boleh melonjakkan hasil pendapatan bagi pelancongan Negeri Kedah. Bagi cadangan ‘forest school’ pula, untuk makluman Jabatan Perhutanan diberikan tanggungjawab untuk menyelia kawasan hutan lipur di Negeri Kedah. Beberapa perbincangan telah pun telah diadakan bagi memurnikan kesemua kawasan-kawasan hutan lipur dalam Negeri Kedah. Jabatan Perhutanan juga sedang dan dalam proses melantik operator bagi tujuan menguruskan kawasan-kawasan tersebut serta dengan kerjasama IPT-IPT tempatan dan pihak sekolah bagi mendidik pelajar tentang kepentingan hutan lipur. Oleh itu, Majlis Daerah Baling telah mengadakan aktiviti gotong royong di Lubok Pedati dan kawasan perkelahan sepanjang Sungai Ketil. Bagi merancakkan konsep ‘forest school’ seperti yang dicadangkan oleh YB. Bandar Baharu, saya berpendapat bahawa pihak Kementerian Pelajaran boleh memasukkan subjek ini ke dalam silibus pendidikan.
Selain itu, YB. Kulim turut membangkitkan isu Gunung Bintang. Saya rasa daripada awal persidangan sampailah hari ini YB. Kulim selalu menyentuh berkenaan dengan Gunung Bintang. Untuk makluman YB. Kulim dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bersama agensi-agensi bertanggungjawab bagi melihat serta mengkaji keperluan menaik taraf fasiliti di gunung tersebut dan seterusnya akan menjadikan ianya salah satu tempat pelancongan yang wajib dilawati di Daerah Kulim bagi peminat sukan lasak ini. Kawasan perkelahan Sedim juga sedang dalam perhatian Jabatan Perhutanan bagi menaik taraf dan membaik pulih fasiliti dan eset-eset pelancongan. Kerajaan negeri sedia maklum tehadap kemudahan-kemudahan yang rosak dan tidak terurus, InsyaAllah kita akan segerakan untuk membaik pulih.
YB. Bayu juga turut menyentuh dalam perbahasan berkenaan dengan “Rundingan Baling” dan “Terowong Komunis Weng”. Saya mengucapkan ribuan terima kasih YB. Bayu di mana tempat tersebut adalah satu tempat yang cukup bersejarah iaitu “Bilik Rundingan Baling”.
Untuk makluman Yang Berhormat, ianya sedang dan dalam tindakan Pejabat Daerah Baling dan Jabatan Warisan Negara. Kerja-kerja menaik taraf galeri pameran tetap dan Bilik Rundingan Baling serta kerja-kerja berkaitan di Galeri Putra, Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, Baling telah pun diluluskan oleh MoTAC sebanyak RM250,000 dan ianya akan diuruskan oleh Lembaga Muzium Negeri Kedah.
YB. Dato’ Speaker, dah pukul 4.29, pukul 4.30 nak kena berhenti. Jadi, saya ‘landing’ setakat hari ni dan InsyaAllah esok saya akan sambung, kalau boleh 20 minit lagi YB. Dato’ Speaker. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaiku Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih kita ucapkan kepada YB. Kuah.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga pukul 9.00 pagi besok.
[Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]