Kedah · 18 July 2022

14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 277 turns · 19,755 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Dimulakan dengan bacaan Doa.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

DOA

Speaker

Pada hari ini saya mendapat surat daripada YB. Alor Mengkudu yang beliau tidak dapat hadir kerana sedang mendapat rawatan.

Yang kedua, saya mendapat makluman daripada YB. Merbau Pulas dan YB. Pedu yang mereka tidak sempat hadir kerana baru pulang daripada luar negara dan baru sampai di KLIA pagi ini, jadi, tak sempat hadir. Dalam pegetahuan saya seorang lagi, YB. Kulim juga memaklumkan bahawa beliau ada 2 garis saliva test tu, jadi beliau tidak mahu ambil risiko dan beliau tidak hadir juga pada pagi ini. Jadi, 4 orang yang tidak hadir bersebab.

Yang ketiga, nak maklumkan bahawa pada petang ini jam 2.30 semua Ahli Dewan ini dijemput ke majlis penerangan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang akan diadakan di Blok B, Aras 4, pukul 2.30 petang. Semua tu hampir-hampir wajiblah untuk hadir kerana penerangan ini adalah berkenaan dengan DUN-DUN kita, banci tahun 2020 spesifik kepada DUN masing-masing. Jadi, ada butiran yang nak disampaikan kepada kita.

Yang keempat, saya ada menerima macam cadangan usul tergempar yang dikemukakan oleh YB. Pengkalan Kundor tetapi memandangkan tempoh notis yang diberi itu terlalu singkat, sepatutnya kita ada 14 hari untuk usul peribadi, usul persendirian 14 hari. Kemudian, kalau usul melalui Menteri Besar 7 hari tapi kalau ada ‘urgent’ dan boleh ‘kautim’ dengan Menteri Besar boleh dikeluarkan usul dalam tempoh 1 hari. Jadi, kita kena ingat ada usul biasa-biasa 14 hari, kalau boleh ‘kautim’ dengan Menteri Besar 7 hari, kalau ‘urgent’ lagi, dibawa oleh Menteri Besar dalam tempoh 1 hari. Jadi,tengok tempoh.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Dato’ Speaker, boleh sikit minta penerangan sebab usul saya asalnya adalah berkenaan isu banjir kepala air di Baling yang berlaku dalam tempoh lebih kurang tulah, 2 minggu. Setelah saya nak buat usul, pada masa tu tempoh tu tak sampai 14 hari dah. Akhirnya, pilihan apa yang saya ada?

Speaker

Pilihannya kena pergi ke Pejabat Menteri Besar berbincang, “tolong ni nak bawa usul ni”. Kalau Menteri Besar kata ok, 7 hari, kalau ‘urgent’ lagi, kena ‘kautim’ dengan Menteri Besar juga dalam tempoh 1 hari. Itu pilihan yang ada.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Dato’ Speaker, kita tengok Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah, perkara 18….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Boleh buang sekejap ‘mask’ tu.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih. YB. Dato’ Speaker, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Perkara 18(1) Siapa-siapa ahli selain daripada ahli kerajaan pada waktu yang ditetapkan menurut peraturan mesyuarat 14 bolehlah berdiri di tempatnya dan meminta kebenaran hendak mencadangkan supaya ditangguhkan Dewan dengan tujuan hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang hendak disegerakan. Saya memang bawa usul dan saya telah hantar semalam secara whatsapps kepada YB. Dato’ Speaker dan pada hari ini saya ambil perkara ini merujuk usul ini supaya dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini sebab perkara ini bagi kita adalah memang perkara yang tertentu dan perlu disegerakan dan berkenaan kepentingan orang ramai. Saya minta YB. Dato’ Speaker luluskan usul tersebut. Terima kasih.

Speaker

Yang YB. Derga ni lebih daripada itu. Tadi minta usul, yang ini menangguhkan Dewan. Beliau meminta dalam peraturan 18 tu untuk menangguhkan Dewan kerana isu ini terlalu penting, terlalu besar, sehinggakan Dewan ini pun, mesyuarat Dewan ini pun tak berapa penting, jadi nak didahulukan. Jadi, dia kata, “ikut pertimbangan Speaker”. Jad,i Speaker timbang perkara yang nak dibawa ialah perkara banjir yang telah ditangani 10 hari dah dengan baiknya. Jadi, pada pendapat Speaker tidak ada keperluan untuk ditangguhkan Dewan untuk membincangkan isu banjir ini saja. Jadi, saya tolaklah.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Dato’ Speaker, saya masih ‘refer’ kepada perkara 27(1) (2) (3) yang juga disebut dalam jawapan balas YB. Dato’ Speaker kepada saya. Saya pohon kalau di atas pertimbangan Speaker menolak sebagaimana surat ini, saya pohon paling-paling kurang sebelum atau selepas usul kerajaan sekarang ni yang ada tu untuk sekurang-kurangnya membaca apa yang saya usulkan, sekurang-kurangnya untuk memastikan bahawa sekurang-kurangnya Dewan memahami apakah yang diusulkan oleh Pengkalan Kundor untuk….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Sekali lagi YB, tolong ulang apadia… sebelum apa yang tadi ni.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Selepas ini kita ada sesi soalan 1 jam kemudian ada sesi-sesi lain oleh YAB. Menteri Besar. Tapi kita ada satu Rang Undang-Undang Pindaan Umur. Jadi, saya cadang supaya kalau pun usul saya ini ditolak sebagaimana di kertas hadapan ini, sekurang-kurangnya membaca usul tergempar saya itu sebelum Rang Undang-undang ini ataupun selepas Rang Undang-undang ini. ‘At least’ Dewan kita dimaklumi, selepas itu kalau tolak pun ok lah. Sebab saya bimbang masalah banjir ini telah berlaku 2 kali lebih kurang satu masa tak pernah berlaku dalam sejarah pun. Dan kita bimbang masih ada lagi tempat-tempat lain, di Bukit Kachi contohnya. Inilah yang kita nak bincang supaya benda ini tak berlaku sebab apabila berlaku menyebabkan kematian, melibatkan rumah, melibatkan kehilangan harta benda yang besar. Apakah kita sebagai Ahli-ahli Dewan untuk nak diam sahaja. Jadi, saya rasa ini perkara yang sepatutnya dibincang perkara tertentu, ‘urgent’ dan melibatkan orang ramai. Saya pun tak faham mengapa akhirnya usul ini ditolak. Itu saja YB. Dato’ Speaker.

YB. Dato’ Speaker, izinkan saya….

Speaker

Duduk dulu! Ringkasnya, usul ini ditolak kerana tidak mengikut peraturan masa 14 hari tu. Yang kedua, sebagai jalan keluar bolehlah dipertimbangkan cadangan YB. Pengkalan Kundor selepas daripada pembentangan pindaan undang-undang nanti kita akan bagi ruang sedikit untuk dinyatakan oleh YB. Pengkalan Kundor.

YB. Dato’ Speaker, izinkan saya sikit ya. Yang dibangkitkan oleh….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

YB. Anak Bukit, minta duduk!

Ni Peraturan Dewan! Peraturan Dewan 14 dan 18! Peraturan Dewan 14, Urusan-urusan Mesyuarat. Apa yang dibangkitkan oleh YB. Pengkalan Kundor dan juga YB. Derga tadi adalah merupakan perkara yang dibangkitkan di bawah Perkara 18 dan “Peraturan 18 ini sepatutnya kalau Speaker nak buat apa-apa ‘ruling’ mengikut urusan mesyuarat yang ada selepas daripada pertanyaan bagi jawab mulut oleh Menteri Besar kemudian barulah permintaan untuk menangguhkan Dewan kerana perkara kepentingan kepada orang ramai yang berkehendak disegerakan”.

Itu perkara yang dibawa oleh YB. Pengkalan Kundor dan YB. Derga. Jadi, kalau ikut aturan, nak tolak pun selepas kita selesai yang lain, kalau nak tolak lah. Tapi, nak tolak pun saya ingat perlu dengan secara spesifik YB. Dato’ Speaker menyatakan elemen mana yang YB. Dato’ Speaker tolak? Dia bukan perkara tertentu ka? Dia tidak melibatkan kepentingan awam ka? Atau ianya tidak perlu disegerakan? Jadi, saya mohon supaya YB. Dato’ Speaker tengok dan pertimbangkan balik di bawah perkara ini. Terima kasih.

Speaker

Diambil maklum. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha!

II. Pembentangan Kertas-Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Pembentangan Kertas-kertas Dewan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Speaker

Silakan YAB. Menteri Besar!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato’ Speaker, dengan ini saya pohon membentangkan Kertas-kertas Dewan yang berikut seperti di meja Ahli-ahli Yang Berhormat.

Kertas Dewan Bil. 10 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Sukan Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Lembaga Tabung Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Kertas Dewan Bil. 12 Tahun 2022 - Laporan Ketua Audit Negara 2020 Siri 1 Aktiviti

Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah.

Kertas Dewan Bil. 13 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

[Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Langkawi, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap dan Majlis Daerah Bandar Baharu].

Sekian, terima kasih.

Speaker

Urusan seterusnya. Setiausaha!

III. Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Setiausaha Dewan

Sesi pertanyaan-pertanyaan mulut.

Speaker

Sesi pertanyaan mulut. Soalan pertama, YB. Sungai Limau!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker.

Buah jambu buah rambutan, soalan nombor 1 kami mulakan untuk persidangan pada pagi ini, terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

1. Pohon dinyatakan berapakah jumlah projek naik taraf infra yang telah diluluskan kerajaan negeri bagi tahun 2021 sehingga Jun 2022 dan jumlah perbelanjaan dikeluarkan?

Speaker

Silakan YAB. Jeneri!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Dato’ Speaker, YB. Sungai Limau, terima kasih. Jawapan ni agak panjang kerana banyak yang dibuat. Bagi menjawab soalan YB. Sungai Limau, kerajaan negeri menjadikan agenda senggara dan naik taraf infra di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sebagai keutamaan bagi tahun 2021 dan 2022. Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM261,487,384.00 pada tahun 2021 dan sehingga Jun 2022 berjumlah RM237,768,722.00 bagi kerja-kerja penyenggaraan dan naik taraf infra di seluruh Negeri Kedah. Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh JKR, JPS dan Pejabat Daerah. Skop tafsiran definisi kerja-kerja penyenggaraan jalan adalah merangkumi kerja-kerja pemeliharaan, pemulihan, penggantian, pengubahsuaian serta pembaikan sesuatu binaan dan sistem atau peralatan supaya beroperasi mengikut fungsi yang ditetapkan selaras dengan perubahan teknologi semasa selagi ia tidak mengubah kategori jalan tersebut.

Manakala skop tafsiran kerja-kerja taik taraf adalah melibatkan kerja-kerja pelebaran atau pembinaan jalan baru yang akan mengubah kategori jalan tersebut. Izinkan saya menyenaraikan projek penyenggaraan dan naik taraf infra bagi tahun 2021 dan 2022. YB. Dato’ Speaker, projek senggara infra tahun 2021. Pada tahun 2021 sebanyak 1,391 projek penyenggaraan infra jalan negeri dengan nilai keseluruhan berjumlah RM230 juta telah dilaksanakan. Daripada jumlah ini, RM59 juta dibelanjakan bagi kerja-kerja menyenggara 621 jalan kampung di seluruh negeri. Antaranya adalah kerja-kerja menyenggara jalan Masjid Kuala Sungai Daun, Daerah Yan, kerja-kerja penyenggaraan jalan kelasiaran di Batu 14, Simpang Sungai Limau, kerja-kerja menyenggara jalan Kampung Pida 14 Baru, Kubang Pasu, kerja-kerja menyenggara jalan ban kanan terusan selatan dari Kampung Chegar ke Lubuk Ular, Daerah Pendang.

Bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan di bawah JKR, sebanyak RM116 juta atau 593 projek disiapkan pada tahun lalu. Antara projek penyenggaraan jalan negeri yang telah disiapkan termasuk kerja-kerja pembaikan cerun Kampung Perigi di jalan Yan Kecil, Kampung Perigi, Daerah Yan. Kerja-kerja membaru muka, regulate dan kerja-kerja yang berkaitan di Jalan Sungai Limau, Daerah Yan. Kerja-kerja mengganti longkang yang sedia ada yang telah rosak di Jalan Bukit Hantu, Langkawi. Kerja-kerja menyenggara, menurap semula di Jalan Sik, Weng, K10 Daerah Sik, kerja-kerja menyenggara pembentung dan sistem perparitan di Jalan Balung Ayam, Chepir, Daerah Sik.

JPS pula diberi tanggungjawab menyelaras dan menyelenggara jalan perbandaran dan jalan pertanianp pada tahun lalu telah merekodkan sebanyak 177 projek dengna nilai RM54 juta. Projek yang telah dilaksanakan oleh JPS adalah termasuk kerja penyenggaraan Jalan Pertanian Jalan Ladang Line C-E1, Line E-F dan Line Q1-Q2 Skim Singkir Darat/Singkir Laut, Daerah Yan. Kerja penyelenggaraan Jalan Pertanian Jalan Ban RTB Kampung Berjaya/Sungai Serdang, Daerah Bandar Baharu. Kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Taman Perumahan Pantai Murni, Daerah Yan, banyak di Yan na? Kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Kawasan Perindustrian Bandar Darulaman, Daerah Kubang Pasu. Kerja-kerja penyelenggaraan Longkang di Taman Mahsuri Fasa 2D, Daerah Kubang Pasu.

Bagi tahun 2022, sehingga Jun tahun ini sejumlah RM214 juta ataupun sebanyak 1,415 projek telah diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan jalan negeri. Daripada jumlah ini, sebanyak 604 projek bernilai RM60 juta telah dibelanjakan bagi menyenggara 604 jalan kampung. Sebanyak RM102 juta bagi menyenggara 320 jalan raya negeri di bawah JKR dan sejumlah RM51,577,652 bagi menyenggara jalan perbandaran dan jalan pertanian di bawah kawalan JPS dengan bilangan 491 projek.

Antara projek-projek penyenggaraan jalan yang telah diluluskan setakat Jun 2022 adalah termasuk menyelenggara Jalan Kampung Pulau Tuba dan Kampung Rangkaian, Daerah Langkawi. Kerja-kerja menyelenggara Jalan Kampung Pida 3 Padang Kelang, Daerah Kubang Pasu. Kerja-kerja menyelenggara Jalan Kampung Pida 8 Siam, Daerah Kubang Pasu. Kerja-kerja penyenggaraan Jalan di Kampung Sungai Limau Dalam, Daerah Yan. Kerja-kerja penyenggaraan Jalan di Kampung Titi Bakong ke Kampung Tohor, Daerah Yan. Kerja Kecemasan Pembaikan Sistem Saliran Dan Pembaikan Tebing Runtuh di Jalan Bt. 42/Asam Jawa/Parit Panjang (K15), Daerah Baling. Kerja-kerja menyenggara dan menurap semula Jalan Kuala Kedah -Yan, Daerah Kota Setar. Kerja-kerja Kisar & Turap (Mill & Pave) di Jalan Kuala Nerang/Kilang Gula Padang Terap/Padang Sanai (K11), Daerah Padang Terap. Kerja-kerja Penyenggaraan Sistem Perparitan di KM 0 hingga KM 5, Jalan Kampung Kubu/Naiteh/Kamgpung Tengah (K124), Daerah Padag Terap.

Kerja-kerja Pemasangan Box Culvert Menggantikan Culvert Sedia Ada yang rosak di Jalan K161 Jalan Tanjung Dawai/Singkir di Daerah Kuala Muda, Kedah. Menurap Semula Permukaan Jalan di Jalan Kuala Ketil/Kampung Kalai (Central Spine) (K17), Daerah Kuala Muda. Kerja-kerja Kecemasan Penyelenggaraan Membaik pulih dan menggantikan Corrigated Metal Pipe (CMP di Jalan Begia/Kubang Lintah/Nami (K155), Daerah Sik. Kerja-kerja Kecemasan Membaik pulih Jalan di Jalan Kampung Kubang Betong/Kampung Kangar (K107) di Daerah Kubang Pasu. Kerja-kerja Mill & Pave, Membarumuka, Regulate dan Kerja-kerja Yang Berkaitan di (KM 1- KM3) Guar Chempedak, (KM 6-KM 10)Teroi di Jalan Guar Chempedak/ Yan Kechil (K146), Daerah Yan. Ada sampai 25, kalau baca sampai petang.

YB. Dato’ Speaker, soalan dia kalau tengok…Mintak maaf Yang Amat Berhormat, soalan dia tanya, berapakah jumlah projek naik taraf yang diluluskan dan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan, dia tak mintak ‘detail’ pun. Mintak maaf sebab kita ada sejam saja, banyak soalan yang nak dijawab. Jadi, kalau ‘just’ jawab yang tu pun saya ingat ok dah. Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Sat lagi soalan tambahan dia mai nak ‘detail’ tu. Ada banyak lagi YB. Anak Bukit, saya berhenti setakat nombor 11. YB. Dato’ Speaker, saya kongsikan di Dewan yang mulia ini mulai tahun 2020 kerajaan negeri telah memulakan perancangan bagi mengambil alih dan menyenggara bagi jalan-jalan kampung dalam kawasan MADA. Projek penyenggaraan jalan kampung dalam MADA telah dimulakan pada tahun 2021 sehingga Jun 2022 sebanyak 31 projek telah dilaksanakan di 5 daerah iaitu Daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang dan Yan.

Terdapat 137 jalan didaftarkan sebagai jalan kampung iaitu sepanjang 416 km. Daripada jumlah tersebut, 31 jalan telah mula disenggara melibatkan 56.24 km dengan jumlah peruntukan RM7.2 juta. Bagi tahun 2021, projek naik taraf infra sebanyak RM31 juta telah dibelanjakan bagi melaksanakan 100 projek menaik taraf infra di Kedah (senarai dia tak payah baca lah).

YB. Dato’ Speaker, tahun 2022 sehingga Jun sebanyak RM20 juta telah dibelanjakan bagi melaksanakan 58 projek menaik taraf infra termasuk projek menaik taraf 5 Loji Rawatan Air di Negeri Kedah. Bagi tahun 2021, projek senggara 1,391 dengan nilai RM230,457,316.19. Bagi tahun 2022 bilangan projek 1,415 dengan nilai RM213,873,683.32. Projek menaik taraf tahun 2021, 102 projek dengan kos RM31,299,924.96. Bagi tahun 2022 projek naik taraf 59 dengan kos RM23.895 juta. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik. Terima kasih kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Memang cadangan asal soalan tambahan pun hat yang YB. Anak Bukit sebut tadi lah, nak minta beberapa pendetaillan supaya yang pertamanya YAB. Menteri Besar bila sebut banyak projek-projek menaik taraf ini mungkin contoh yang boleh diberikan supaya….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Soalan? Soalan tambahan!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Soalan tambahan, contoh yang menunjukkan keadilan kerajaan membahagikan projek itu tanpa mengira kawasan ADUN ataupun Ahli Parlimen kerajaan ataupun pembangkang, semua dilaksanakan secara adil.

Kedua, apakah langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi memastikan projek yang diagihkan itu dilaksanakan secara telus dan ketiga, disebutkan juga tentang naik taraf Loji Rawatan Air. Orang duk faham, siap loji tu baru semua infra akan baik. Kita mengharapkan supaya salah satu daripada pelaksanaan naik taraf ini iaitu sistem piping diganti. Jadi, mungkin pihak kerajaan boleh mendahulukan di samping menyiapkan naik taraf loji untuk penggantian ini dapat disegerakan. Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Sungai Limau. Kalau saya baca sampai habis senarai tadi kita akan temui banyak projek-projek tersebut dilaksanakan di Daerah Kubang Pasu di mana Ahli Parlimen Kubang Pasu pun ada dalam Dewan ini. Bermaksud, kita tidak melaksanakan dasar diskriminasi ataupun pilih kasih kepada pelaksanaan projek-projek kerajaan kerana kita berpandangan projek-projek senggara dan naik taraf di seluruh kawasan yang telah dirancang sebelum daripada ini maka kita laksanakan saja rancangan yang telah dibuat.

Untuk soalan yang kedua, projek-projek kita ini diagih secara kerja undi. Untuk tahun 2021 kita buat 3 kali proses cabutan undi, bagi tahun 2022 sudah 2 kali cabutan undi tapi ada sedikit masalah apabila berlaku kenaikan haraga ini ada projek-projek yang diundi sebelum ini memerlukan sedikit perundingan semula dengan kontraktor-kontraktor yang telah berjaya dalam proses cabutan undi kerana kenaikan harga bahan-bahan binaan telah memberi masalah kepada kontraktor. Sama dengan projek LRA, kesemua projek LRA yang sedang dinaik taraf atau dibina baru ini sedang berjalan dengan baik cuma, oleh kerana berlaku kenaikan harga dalam beberapa bahan binaan tertamanya besi yang melibatkan paip maka kita telah memohon VOP kepada Kerajaan Persekutuan khususnya MOF untuk menilai semula kadar harga yang ada sewaktu proses tender dibuat dan apabila berlaku kenaikan harga sehingga 200%, ada bahan yang naik 200% maka kita memohon Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula harga tender yang di’award’kan sebelum daripada ini.

InsyaAllah YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mungkin akan berlaku masalah kepada pembinaan kerana pada waktu ini banyak negeri sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf infra khususnya bekalan air maka bekalan paip yang bersaiz besar di kilang-kilang utama telah berlaku ‘cram’ sikitlah sebab banyak tempahan tetapi kita harap tempahan yang dibuat oleh kontraktor-kontraktor yang telah memenangi tender dan pihak BDB yang telah diberi ‘award’ oleh kerajaan negeri untuk projek Pelubang dapat dipercepatkan mengikut jadual. Sekian, terima kasih.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Dato’ Speaker, soalan tambahan.

Speaker

YB. Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Perdana Menteri semasa lawatan ke Gurun/Yan yang dilanda banjir kilat fenomena air pasang, semasa itu Perdana Menteri telah memperuntukkan RM75 juta untuk bencana banjir di Kedah dan projek yang diumumkan melibatkan RM50 juta menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27km Fasa 1, membina 2 jambatan baru JKR, penambahbaikan dan menaik taraf intake Loji Rawatan Air di Gurun dan Tupah. Apakah status perlakasanaan tersebut? Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Kota Darul Aman dan YB. Speaker. Semua projek-projek yang telah diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri berjumlah RM73 juta sedang dilaksanakan. Terima kasih.

Speaker

Soalan nombor 2!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu. Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Mai Dewan naik kereta, pohon jawapan soalan nombor 2.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

2. YAB. Menteri Besar berhasrat untuk melihat penanaman padi 5 kali dalam dua tahun.

Pohon penjelasan:-

a) Apakah usaha MADA untuk menyambung semula projek parit tersier yang tergendala di banyak tempat?

b) Apakah usaha yang telah diambil oleh MADA untuk memastikan bekalan benih, baja dan racun mengikut jadual?

YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Pengkalan Kundor di atas soalan yang dikemukakan. Berkenaan apakah usaha MADA untuk menyambung semula projek parit tersier yang tergendala di banyak tempat dan apakah usaha yang telah diambil oleh MADA untuk memastikan bekalan benih, baja dan racun mengikut jadual.

Pembangunan sistem pengairan tersier dilaksanakan bagi meningkatkan kepadatan infrastruktur pengairan di Kawasan MUDA ke arah meningkatkan hasil tanaman padi. Projek ini dilaksanakan di bawah Projek Pemacu Pertanian (sebelum tahun 2018 dikenali sebagai Projek NKEA EPP 10) bermula pada Rancangan Malaysia Ke

Sepuluh (RMKe-10) sehinggalah kini. Pelaksanaan projek ini melibatkan skop kerja seperti kerja ukur, rekabentuk, pengambilan tanah dan pembinaan. Kerja pembinaan infrastruktur akan dilaksanakan setelah pengambilan tanah melebihi 80% kemajuan. Sehingga kini, 14 buah blok pengairan telah selesai dibangunkan sistem pengairan tersier oleh MADA di dalam tempoh yang dinyatakan.

Pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan kewangan dan juga kemajuan pengambilan tanah. Secara umumnya tidak berlaku situasi projek tergendala memandangkan projek ini masih menjadi agenda utama pembangunan infrastruktur di Kawasan Muda. Pada tempoh semasa, kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan di enam (6) blok pengairan MADA iaitu tiga (3) blok di Negeri Kedah dan tiga (3) blok di Negeri Perlis. Sehingga 30 Jun 2022, status fizikal bagi pembinaan projek ini telah mencapai 30% kemajuan. Iklan bagi pembangunan sistem pengairan tersier di dua (2) blok iaitu Blok ACLBD 7 (PPK E-II Kubang Sepat, Wilayah II) dan Blok ACLBD 8 (PPK E-II Kubang Sepat, Wilayah II) juga telah dibuat bagi pelaksanaan projek tahun ini yang dijangka ditawar pada bulan November 2022.

Pihak MADA komited untuk meneruskan pelaksanaan projek ini bagi blok-blok yang belum dilengkapi dengan sistem pengairan tersier di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan rancangan lima tahun seterusnya.

Bagi soalan (b) Agensi MADA menyelia seramai 57,635 orang pesawah di Kawasan MUDA. Di keseluruhan rantaian industri padi terdapat pelbagai pemain seperti pesawah, pembekal perkhidmatan serta pengilang yang memainkan peranan masing-masing. Dalam aspek pembekalan benih dan baja pihak MADA turut tertakluk kepada pihak pembekal yang telah dipersetujui di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Walau bagaimanapun, peranan dan langkah berikut telah dilaksanakan oleh MADA sebagai usaha menambah baik proses pengedaran dan pembekalan input pertanian berkaitan. Pembekalan benih padi, MAFI telah melantik 12 pengeluar benih melalui pengeluaran lesen borong oleh kerajaan mulai 12 Jun 2021 bagi pembekalan benih padi. Menetapkan jadual bekalan air dan permulaan musim penanaman bersama pemimpin peladang dengan mengambilkira situasi bekalan benih. Mesyuarat pelarasan bersama semua pihak yang terlibat di dalam rantaian bekalan benih padi sah. Mesyuarat ini akan membincangkan isu-isu melibatkan keperluan benih mengikut fasa, varieti, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai pengedar dan sebagainya pada awal musim. Pihak MADA turut mencadangkan agar dibuat pelarasan fasa pengedaran benih padi untuk PPK bagi mempercepatkan proses pengedaran kepada pesawah. Pemantauan dari semasa ke semasa oleh pegawai MADA bagi mengenal pasti isu berbangkit di peringkat lapangan.

Pihak MADA mengambil pesanan awal melalui PPK beserta tarikh keperluan benih untuk dikemukakan kepada pihak pengeluar bagi penetapan komitmen pembekalan pada masa diperlukan bertepatan dengan jadual tanaman padi MADA.

Baja dan racun Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP). MADA mengadakan mesyuarat bersama pembekal pada awal musim penanaman. Membuat pesanan awal kepada pembekal sebelum musim bermula sebagai langkah memohon komitmen awal daripada pihak pembekal. Penyelarasan dan perbincangan bersama pemimpin peladang di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penapis peringkat MADA. Menjalankan proses bancian baja sebelum bermulanya musim penanaman padi. Semakan dan penyelarasan dari semasa ke semasa bersama pihak pembekal bagi mendapat gambaran status pembekalan. Mengemaskini maklumat status pembekalan kepada pesawah dari semasa ke semasa. Penghantaran terus kepada pesawah sebaik sahaja baja diterima oleh PPK. Itu saja YB. Dato’ Speaker.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Soalan tambahan saya, soalan saya sebenarnya berbunyi, hasrat YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk tanam 5 kali 2 tahun. Jadi, untuk memastikan bahawa perkara ini berlaku, soalan saya ada 2 benda, satu parit tersier, “parit gila” saya sebut. Saya ambil contoh di DUN saya, dari Tandop sampai ke Simpang Empat, korek 2 tahun lepas, tinggal. Jadi, dalam keadaan yang macam ni bagaimana untuk melaksanakan hasil maksimum dan juga tempoh tadi ni tempoh 5 kali 2 tahun. Yang kedua adalah daripada segi jadual, penerimaan, ialah kita sebut cantiklah tetapi realiti di bawah, baja contohnya, pada masa padi memerlukan baja tak sampai lagi. Benda-benda yang macam ni saya rasa harus ditangani segera untuk memastikan bahawa hasrat nak buat 5 kali itu berjaya, kalau tidak saya rasa ini tak berjaya. Itu soalan tambahan saya.

Ok, terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Saya ambil maklum tentang rancangan kerajaan negeri, YAB. Menteri Besar mencadangkan supaya penanaman padi 5 kali 2 tahun. Jadi, projek tersier yang dirancangkan itu mengikut bajet yang telah saya sebutkan tadi keperluan bila sampai bajet kita teruskan saja projek yang telah pun dirancangkan genai tersier itu.

Yang kedua berkenaan baja tadi YB. Pengkalan Kundor. Memang ada masalah sebab perang Ukraine dengan Rusia itu menyebabkan ‘raw material’ daripada Belarus tu sampai lambat. Jadi, memang kita tekan kepada Kilang NAFAS di Gurun tu supaya disegerakan dan mereka pun memang ada masalah dan memang ada berlaku kelewatan dan akhirnya semua telah dihantar kepada petani-petani yng memerlukan.

Berkenaan dengan penanaman padi 5 kali 2 tahun ini, banyak benda yang kita perlu tengok. Memang ini sebagai hasrat kerajaan untuk meningkatkan ‘security’ makanan. Saya telah pun melawat ke Vietnam pada bulan lalu, melihat bagaimana pengurusan padi di Vietnam tanamannya adalah 3 kali setahun, maknanya 2 tahun 6 kali. Jadi, banyak benda yang kita tengok dan diperlukan. Antara isu pertama adalah seperti YB. Pengkalan Kundor sebutlah tentang pengairan kita, air mesti cukup, yang keduanya variety benih. Variety benih yang ditanam di Vietnam itu umur 100 hari sahaja sudah boleh ‘harvest’ dan yang mengkagumkan kita ialah di Vietnam ini tidak ada sesen pun subsidi daripada kerajaan tetapi boleh dilaksanakan. Jadi, semua perkara ini kita akan tengok dan Mesyuarat Jawatankuasa ‘Food Security’ Negeri yang akan dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar pada hujung bulan nanti (31 Julai 2022) kita akan adakan mesyuarat supaya cadangan-cadangan yang kita tengok, yang YB. Pengkalan Kundor sebutkan tadi mesti kita selesaikan supaya ada kawasan-kawasan yang ada masalah air boleh kita tambah baik dan hasrat kita untuk menanam padi 5 kali 2 tahun ini dapat kita laksanakan. Itu saja.

Speaker

Saya bagi sebelah nu sat dulu, YB. Ayer Hitam. Dia pun banyak juga “parit gila” tempat dia.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Soalan saya berkaitan dengan racun, racun siput gondang. Di kawasan Ayer Hitamlah saya rasa di tempat lain kawasan MADA pun sama, racun siput gondang yang halal ni dia kurang berkesan. Petani-petani lebih suka kepada racun siput gondang yang haram, yang tak halallah maksudnya yang tidak dilesenkan.

Speaker

Ni halal apa ni, halal JAKIM ka halal apa ka?

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Halal lesen! Halal import. Dari China ada sejenis racun yang sangat berkesanlah untuk siput gondang ni yang digunakan secara cukup meluas walaupun tidak dijual di kedai secara halal tetapi mereka boleh mendapatkan juga bekalan daripada pihak-pihak yang membekalnya dengan harga berpatutanlah dan kesannya pun cukup baik.

Adakah pihak kerajaan mahupun pihak MADA sendiri mempunyai satu inisiatif untuk kita menghalalkan maksudnya memberikan lesen kepada pihak pengimport untuk mengimport racun ini dengan kawalan dan prosedur yang ketat untuk memastikan bahawa keharamannya yang melibatkan kesihatan dapat kita ‘controle’ dan juga petani mendapat faedah yang besar daripada racun yang haram ini.

Terima kasih YB. Ayer Hitam. Racun siput gondang yang haram ini memang banyak digunakanlah. Jadi racun siput gondang emas haram dari Negara China sekarang ini digunakan secara meluas oleh petani kerana dikatakan lebih berkesan untuk kawalan siput gondang. Namun begitu, Jabatan Pertanian tidak meluluskan penggunaannya kerana racun ini mempunyai bahan aktif fantin, astet yang sangat toksid kepada manusia dan alam sekitar. Fantin, astet ini adalah sejenis racun siput yang mempunyai logam yang sangat tinggi dan boleh memberi kesan buruk kepada sistem imunisasi pengguna dan juga tanah. Selain Malaysia yang mengharamkan penggunaan racun ini, kerajaan China juga mengharamkan penggunaan racun ini di negara mereka. Racun siput ini di seluruh dunia hanya satu kilang saja yang mengeluarkan iaitu Zhejiang Heben Pesticide & Chemicals Co.,Ltd. yang berpusat di Negara China.

Walaupun syarikat ini berpusat di Negara China tetapi kerajaan China juga mengharamkan penggunaan produk ini di negara sendiri, hanya memberi lesen sahaja kepada syarikat-syarikat ini untuk eksport dan mengharamkan penggunaan di negara sendiri kerana kerajaan China tahu betapa bahaya dan toksidnya bahan ini kepada manusia dan alam sekitar. Jadi, racun alternatif kepada racun yang sering digunakan oleh petani ini ada beberapa racun yang dikeluarkan oleh Syarikat Bio Sdn. Bhd., Belusite, Agundan, Syarikat Avansia, Siputeck, Syarikat BRT Sdn. Bhd. dan Can Siput dan Syarikat Cansu Sdn. Bhd. Untuk makluman YB. Ayer Hitamlah, memang walau kita kata haram pun dia duk guna jugak, tapi kita menasihatkan cuba menggunakan racun-racun yang dibenarkan supaya kesan dia tadilah, mungkin kesannya tak nampak jangka pendek tapi jangka panjang kepada manusia dan tanah tu boleh mengakibatkan kerosakan dan sebagainya. Itu saja YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Ya YB. Anak Bukit, ringkas!

Terima kasih. Cadangan untuk tanaman pad 5 kali dalam 2 tahun….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Tuan Speaker….

YB. Dato’ Speaker, soalan tambahan saya, dah suruh cepat dia ‘gabra’ sikit lah. Cadangan untuk tanaman padi 5 kali 2 tahun ni saya ingat seawal pertengahan 80-an, saya pun baru ‘join’ MADA pada waktu itu dan antara ‘considerations’ pada waktu itu ialah pertamanya sumber air, dalam duk buat 2 kali setahun ni pun kita mempunyai masalah sumber air, yang Jeniang Transfer pun tak selesai-selesai lagi untuk nak tambah air. Yang keduanya YB. Dato’ Speaker ialah tentang nak memulihkan balik ‘bearing capacity’ tanah tu supaya bila mesin padi masuk nak ambil padi tu dia tak tenggelam. Mungkin kalau 5 kali dalam 2 tahun ni masa untuk bendang kita tu berehat, dikeringkan supaya ‘bearing capacity’ dia tu kuat balik dan boleh terima mesin besar masuk mungkin tak dak. Jadi, saya nak tanya pandangan YB. Lunas, adakah benda-benda ni dibincang dan dilihat semua. Saya ingat kita punya benih yang ada ‘average’nya saya ingat dalam ‘hundred, hundred and five days’ saya ingat itu tak dak masalah dah, cuma hat dua tadi, pohon pandangan daripada YB. Lunas.Terima kasih.

Ok, sebab tu lawatan ke Vietnam itu memberi inspirasi lah sebab variety benih dia 100 hari saja, lepas 2 minggu terus dia buat proses tanam semula. Jadi, perkara ini kita akan tengoklah. Yang keduanya, mesin padi di sana digunakan ang kecil-kecil tu, kita di sini masih lagi guna yang besar-besar tu, yang boleh merosakkan tanah. Itu juga menjadi pertimbanganlah supaya kawasan-kawasan yang dilakasanakan 5 kali 2 tahun ni kita mesti gunakan mesin-mesin ‘harvest’ yang kecik-kecik, yang ringan supaya tak merosakkan tanah. InsyaAllah, YB. Anak Bukit memang hasrat ini kita nak laksanakan di Negeri Kedah. Secara ‘detail’nya kita di kerajaan negeri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Food Security yang akan dipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar kita akan tengok dan kita akan angkat perkara ini kepada MAFI supaya dapat kita laksanakan di Negeri Kedah sebagai “Negeri Jelapang Padi”. Itu saja, InsyaAllah.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Penting ni YB. Dato’ Speaker.

Speaker

YB. Bandar Baharu, sila kemukakan soalan nombor 3.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bapaku pulang dari Jitra, pohon jawapan soalan nombor 3.

Dato' Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

3. Pohon dinyatakan:-

a) Jumlah pelaburan yang telah berjaya pada tahun 2020–2021.

b) Berapakah sumbangan peratusan dari Kulim Hi-Tech Park dan jumlah janaan peluang pekerjaan?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya nak menjawab soalan nombor 3 daripada YB. Bandar Baharu. Pertama….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

YB. Guar Chempedak!

Tak dengar ka?

Speaker

Dato’ Speaker…

YB. Dato’ Speaker, maaf. Pasal apa hari ni duk qeja lupa tak tau…

Speaker

Tak laqat teqoq dah aih!

Ada 2 soalan yang dikemukakan oleh YB. Bandar Baharu. Pertamanya Yang Berhormat bertanya jumlah pelaburan yang telah berjaya pada tahun 2020–2021. Kedua, berapakah sumbangan peratusan Kulim Hi-Tech Park dari jumlah jumlah itu. Jadi, saya jawab sekali lah ya. Untuk yang pertama, jumlah pelaburan bagi tahun 2020 dan 2021. Tahun 2020 jumlah pelaburan RM4.1 billion sahaja, kemudian bilangan projek untuk tahun 2020 ialah 75 projek, jumlah pekerjaan yang diwujudkan daripada pelaburan berkenaan ialah 8,876 orang, pelaburan domestik RM1.8 billion, pelaburan asing RM2.6 billion. Jadi, jumlah tahun tu RM4 billion lebih.

Bagi tahun 2021 jumlah pelaburan, ini setakat hanya dalam industri pembuatan tak termasuk semua pelaburan, kalau masuk semua lebih tinggi. 2021 angka daripada MIDA mengenai pembuatan RM66.2 billion, pekerjaan yang diwujudkan 12,733 orang, domestik hanya 386 juta, pelaburan asing RM65.833 billion, jumlah semua RM66.22 billion. Angka ini adalah angka yang paling tinggi yang kita pernah capai dalam sejarah. Dan sebenarnnya sehingga suku tahun ketiga kita duk ‘reading’ jauh tinggi daripada Penang tapi bila masuk suku tahun keempat, entah mai kut mana Penang potong kita kat kona. Tapi walau bagaimanapun, jumlah adalah jumlah yang amat besar.

Berhubung dengan soalan kedua iaitu peratusan dari Kulim Hi-Tech Park daripada jumlah pelaburan berkenaan, tahun 2020 Kulim Hi-Tech Park hanya menyumbangkan 24.5% sahaja dan tahun 2021 ia naik begitu mendadak iaitu 99.1%. Jadi, kita sebenarnya amat bertuah kerana kita ada 2 permata (crown dual) (dengan izin). Daripada segi industri pembuatan kita ada Taman Teknologi Kulim dan untuk pelancongan di Langkawi. Inilah sebenarnya yang membuatkan Negeri Kedah begitu berjaya pada hari ini dan kalaulah kita bayangkan Kulim Hi-Teck Park ni tak dak, saya ingat pelaburan kita tak setinggi itu. Jadi, kita ucap terima kasih kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang membangunkan Taman Teknologi Kulim kepada kita. Saya ingat saya sudah menjawab soalan dan sebenarnya saya menjawab soalan juga termasuk soalan 38, soalan nombor 9 juga saya rangkumkan sekali. Itu saja YB. Dato’ Speaker.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Guar Chempedak. Tahniah saya ucapkan kepada ‘team’ pelaburan Negeri Kedah, terima kasih kepada PBT Kulim Hi-Tech Park, MPKK yang membantu mempercepatkan pengurusan Kulim Hi-Tech Park dan sebagainya.

Mohon makluman daripada YB. Guar Chempedak berkenaan dengan kejayaan sekiranya ada setakat ini untuk pelaburan tahun 2022 yang saya jangka mungkin ada penambahan sekiranya dibandingkan pada tahun 2020 hingga tahun 2021 dan apakah langkah kerajaan selain memastikan Kulim Hi-Tech Park terus maju, terus berkembang tetapi bagaimana untuk membantu pembangunan dan juga pemasaran di kawasan-kawasan industri yang lain juga yang agak ketinggalan. Terima kasih.

Jawapan kepada soalan tambahan daripada YB. Bandar Baharu. Jumlah pelaburan yang kita terima setakat ini iaitu suku tahun pertama bagi tahun 2022 ini ialah RM8.55 billion dan Negeri Kedah berada pada kedudukan yang pertama berbanding semua negeri-negeri dalam Malaysia. Pulau Pinang RM6.33 billion, selepas tu mai Negeri Sabah RM3 billion lebih dan kita berharap momentum ini dapat kita teruskan dan saya percaya tahun ini kita juga akan mencapai jumlah pelaburan yang memberangsangkan lagi tetapi tak lah sama banyak dengan tahun 2021. 2021 ni dia istimewa sedikitlah berbanding dengan tahun-tahun yang lain. Kebanyakan ‘investment’ bagi suku tahun pertama 2022 ini adalah dalam bidang electrical electronic sebab selepas tahun 2020, 2021 Covid-19 dan sebagainya seluruh dunia sedang menghadapi kekurangan cip semikonduktor, jadi semua company-company rem dia punya production meningkatkan production yang begitu tinggi. Ini juga jawapan kepada YB. Tanjung Dawai yang bertanya tentang pelaburan 2022.

Tadi YB. Bandar Baharu juga bertanya tentang kawasan-kawasan lain, apa yang kita laksanakan untuk membangunkan kawasan perindustrian dan membawa masuk pelaburan, bukan hanya Kulim Hi-Tech Park kita tumpukan itu memang kita beri banyak usah dan juga ‘effort’ tapi kita juga perlu pastikan tempat-tempat lain juga kita boleh bangunkan dan mendapat pelaburan. Pertamanya kita lihat di kawasan Inokom, Kulim, Kawasan Industri Kulim, Inokom ni pun banyak pelaburan yang masuk. Sebenarnya tahun 2019, pelaburan yang tinggi masuk ke situ dan jumlah pada tahun 2019 ialah RM11 billion lebih jadi 80% pelaburan adalah di Padang Meha, kilang kertas dari Negara China. Itu banyaklah, pelaburan lain macam Inokom, kereta porsche yang masuk baru-baru ini dan sebagainya.

Kemudian kita juga memberi tumpuan kepada Bukit Selambau di bawah Majlis Perbandaran Sungai Petani satu daripada projek kita untuk membawa kilang-kilang plastik kitar semula ke situ dan juga ada company seperti JCT dan sebagainya membuat barangan plastik di situ dan kita akan berikan tumpuan di tempat itu. Kemudian, sepertimana kita sedia maklum kita juga ada Kedah Rubber City, saya faham setakat ini dia tak mau nak laju sangat lagi tapi YAB. Perdana Menteri dah pi lancarkan.

Saya percaya kita akan mendapat sokongan yang lebih kuat daripada Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam bekalan tenaga lektrik dan juga bekalan air yang kita perlukan sumber kewangan yang lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan, InsyaAllah kita akan bangunkan.

Lagi satu di Bukit Kayu Hitam, Special Border Economy Zone (SBEZ), Northern Getway, Kedah Science Technology Park dan sebagainya, yang ini sedang dilaksanakan. Kita tahu Northern Getway kiata ada projek-projek logistik dan sebagainya, KSTP pun sedang rancak dimulakan pelaksanaan dan baru-baru ini ada majlis menandatangani perjanjian antara NCIA dan PKNK untuk kita bangunkan Kedah Science Technology Park itu bersama supaya kalau kita buat kita saja mungkin dia mengambil masa lebih lama, kita nak percepatkan kita gunakan katalis-katalis yang ada, pemangkin-pemangkin yang kita ada untuk kita bangunkan projek-projek di kawasan Bukit Kayu Hitam khususnya KSTP (Kedah Sciense Technologi Park). Saya harap ia menjawab soalan daripada YB. Bandar Baharu. Lagi satu…Ok, silakan!

Speaker

Silakan YB. Derga!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Dato’ Speaker, terima kasih di atas ruang yang diberikan. Saya ada soalan tambahan berkenaan apakah progress pembangunan KHTP fasa yang terbaru, bilakah akan siap dan berapa jangkaan pelaburan yang akan masuk sebab semasa tahun 2019 semasa YB. Jitra kita memang tau kita boleh jangkakan dalam tempoh 5 tahun ini kita punya ‘target’ RM100 billion dan kita boleh meningkatkan.

Jadi, dalam tempoh 5 tahun ini saya nak tau berapakah jangkaan pelaburan yang akan masuk pada 2022, 2023 dan 2024 nanti.

Yang kedua, saya mendapat rungutan mengenai isu infra di Bukit Selambau tentang masalah air, masalah internet dan juga isu mengenai jalan-jalan yang tak dibaiki. Jadi, minta jawapan daripada pihak kerajaan, terima kasih.

Speaker

YB. Dato’ Speaker, YB. Derga tanya KSTP ya, bukan KHTP?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Tak! Kulim Hi-Tech Park (KHTP) fasa yang terbaru.

Bunyi belakang nak sama. Ok, mengenai Taman Teknologi Tinggi Kulim, kita ada 2 fasa yang sedang kita laksanakan, sekali ya Fasa A dan Fasa 5, Fasa 4A dan Fasa 5. Fasa 4A ni sebenarnya ia ‘very advance’, jumlah semua keluasan 250 ekar, tanah Sime Darby 214 ekar. Perbelanjaan ataupun bajet untuk melaksanakan projek Fasa 4A ni RM250 juta dan kita gunakan ‘internal fund’ kita punya sendiri sebab nak tunggu Kerajaan Persekutuan lambat sedangkan permintaan tanah daripada pelabur-pelabur terutama daripada syarikat-syarikat multi nasional luar negara amat aktif sekali. Jadi, kita guna ‘internal fund’ kita ambil skop dan kita taklik semua, boleh menguntungkan. Tapi kita ada isu sedikit mengenai Fasa 4A YB. Derga, ini tak pernah berlaku, berlaku baru-baru ini, kita pun terkejut juga tapi inilah realiti semasa dan perlu kita tangani dengan sebaik mungkin. 2014 ekar tanah yang kita ambil daripada tanah Sime Darby itu, saya ingat tak pa saya umumkan di sini kerana semua telah dimaklumkan YAB. Menteri Besar, saya pun berjumpa mereka 2 kali pengurusan Sime Darby, saya minta mereka bantu sebab yang ni adalah untuk pembangunan ekonomi negeri dan juga negara. Selama ini pun memang itulah yang dilakukan oleh kerajaan kalau kita nak bangunkan projek-projek ekonomi kita perlu tanah dan tak semestinya semua tanah tempat yang kita perlukan tanah kerajaan ya, kadang-kadang kita perlu juga buat pengambilan tanah daripada pihak swasta dan sebagainya. Ada sedikit ‘injunction’, jadi tak boleh diteruskan. Sebenarnya kita dah sampai ke peringkat yang cukup-cukup ‘advance’lah sehingga kita dah luluskan perbelanjaan untuk infrastruktur, YAB. Jeneri Pengerusi KTPC dah maklum juga dan memang kalau sekarang ini jika tidak kerana ada masalah itu, infrastuktur dah ‘halfway through’ dan memang dah ada pelabur-pelabur, tanah tu dah ‘booking’ dah YB. Derga. Itulah betapa sukanya pelabur-pelabur luar negara terutamanya untuk melabur di Taman Teknologi Kulim ini. Jadi, yang itu kita tak boleh cerita panjang-panjang dan langkah sedang diambil untuk kita selesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin.

Seterusnya Fasa 5 YB. Derga, ia melibatkan pengambilan tanah 450 ekar. Pewartaan Seksyen 4 dan 8 Akta Pengambilan Tanah telah selesai, bayaran pampasan kepada pemilik tertangguh sedikit menunggu urusan perjanjian pinjaman penyaluran dana oleh Kerajaan Persekutuan untuk ditandatangani. Kerajaan Persekutuan dia bagi peruntukan untuk Fasa 5 ini dalam RM345 juta dan RM195 juta untuk pengambilan tanah. Yang ni Kerajaan Persekutuan telah lulus cuma nak tandatangan, dulu ni ada masalah sikit sebab Kerajaan Persekutuan pun masa tu belanja banyak pasal Covid-19 dan kita pun membuat banyak kali rayuan kepada mereka dan sekarang sedang berjalan. Urusan penyaluran dana pinjaman ini dijangka akan selesai sebelum hujung bulan Julai (akhir bulan ini), InsyaAllah oleh Kerajaan Persekutuan.

Seterusnya bicara tanah dan proses pembayaran pampasan kepada pemilik tanah dapat diselesaikan selepas ini. Kerja-kerja fizikal pembangunan dijadualkan sebelum akhir tahun ini. InsyaAllah saya yakin kita akan mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan daripada segi perbelanjaan untuk infrastruktur, InsyaAllah mungkin dia bagi kita sumbangan daripada mereka untuk kita majukan Fasa 5 ini, InsyaAllah. Tadi saya sebut Fasa 5 sebenarnya jumlah semua sekali yang kita dapat keputusan daripada Kerajaan Persekutuan ialah RM324 juta. Itu saja YB. Dato’ Speaker, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih. Soalan nombor 4 YB. Kulim tak hadir.

Nak tanya soalan tambahan boleh?

Speaker

Ada soalan tentang tu? Ringkas dan padat.

Ok, terima kasih. Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Berkenaan dengan angka-angka pelaburan tadi, saya tengok soalan-soalan yang berkaitan dengan pelaburan tak menggunakan istilah sepertimana yang digunakan oleh MIDA. MIDA menyebut pelaburan yang “diluluskan”, “diluluskan”. Soalan daripada YB. Bandar Baharu tak sebut adakah lulus ka, masuk ka. Soalan daripada YB. Pengkalan Kundor ialah jumlah pelaburan yang masuk ke Kedah, soalan daripada YB. Sungai Limau saya ingat ialah berapa yang diperolehi.

Jadi, istilah diluluskan penting untuk kita fahami kerana kalau kita tengok jumlah yang begitu besar yang berjaya diperolehi oleh Kedah, untuk tahun lepas sahaja RM66 billion. Saya faham apa yang nak ditanya oleh YB. Pengkalan Kundor ialah daripada RM66 billion itu berapa banyak yang dah masuk ke Negeri Kedah dalam bentuk pelaburan yang fizikal. bukan kelulusan. Kelulusan ni kalau saya faham daripada MIDA, kelulusan ni untuk 15 tahun, untuk 5 tahun, tak semestinya masuk pada tahun pertama itu. Itu yang saya nak tanya.

YB. Dato’ Speaker, mudah saja nak jawab ni. Daripada dulu sampai sekarang ni bila kita sebut mengenai angka pelaburan pembuatan khususnya, kita pakai angka daripada MIDA. Ya, memang betul ada perbezaan di antara yang diluluskan dan yang telah dilaksanakan. Itu memang kita semua faham, YB. Jitra pun tahu benda ni, beliau pernah menjadi Timbalan Menteri MITI dan pernah menjadi Menteri Besar Negeri Kedah dan saya lihat soalan nombor (a) ni daripasa YB. Bandar Baharu beliau menanyakan pelaburan yang telah berjaya bukan cerita dilaksanakan dan berjaya masuk, itulah maksudnya YB. Bandar Baharu ya, tak dak lebih tak dak kurang jadi, kita bagi ‘figures’ MIDA. Tapi untuk pengetahuan YB. Jitra dan YB. Speaker, dulu-dulu ni mungkinlah ada perbezaan di antara projek yang diluluskan oleh MIDA khususnya dalam bidang pembuatan ini berbeza dengan projek yang telah kita jayakan yang betul-betul buat kilang, cukup jauh beza. Kadang-kadang tak dak langsung, tak jadi. Tapi akhir-akhir ini YB. Dato’ Speaker, khususnya tahun 2021 dan 2022 ini apa yang diluluskan sekarang ini sedang dilaksanakan 100%. Itulah perbezaan yang besar antara dulu dan sekarang. Kalau tak percaya kalau ambil satu contohlah Syarikat ATNS yang melabur dekat RM10 billion kalau angka sebenarnya RM8.8 billion, projek itu sedang dilaksanakan secara aktif. Setiap kali CEO dia mai berjumpa Menteri Besar bagi ‘breaffing’, saya sendiri pun bagi ‘breaffing’, saya juga dijemput untuk melihat sendiri kemajuan pembangunan, ni pun dia jemput lagi pula YAB. Dato’ Seri, saya pi tengok sendiri baru saya bagitau YAB. Dato’ Seri macam mana, depa mai jumpa Dato’ Seri kemudianlah, sedang berjalan dengan rancak. Kemudian daripada Ostram, Intel, Infineon, baru-baru ini YAB. Jeneri pi macam pecah tanahlah tapi tak dak tanah lah. Semua ni saya kalau tak kata 100%, 99.99% sedang dilaksanakan, dimajukan inilah pelaburan yang sebenar masuk ke Negeri Kedah dan juga projek yang dilaksanakan yang berjaya mewujudkan begitu ramai pekerjaan dan tak cukup pada hari ini. Itu saja YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Hat tadi cakap pelaaann saja, mai tang pengabis tu dia nak ‘impress’ betul-betul tu cakap suara baru kuat.

Soalan nombor 4 ni YB. Kulim tak hadir, jadi kita skip kita pergi ke soalan nombor 5. Silakan!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Pohon jawapan untuk soalan saya nombor 5. Terima kasih.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

5. Pohon dinyatakan jumlah permit atau lesen yang dikeluarkan oleh setiap daerah bagi peniaga-peniaga kecil di seluruh Negeri Kedah mengikut kawasan Majlis Perbandaran masing-masing mulai Januari - Jun 2022.

Speaker

Silakan!

Terima kasih YB. Dato’ Speaker dan YB. Bukit Selambau. Jawapan kepada soalan YB. Bukit Selambau adalah seperti berikut. Jumlah permit dan lesen majlis perbandaran mulai Januari hingga Jun 2022. Pertama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) 474, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) 1,683, yang ketiga Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) 675, Majlis Perbandaran Kulim (MPK) 170, Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKK) 284. Jadi, jumlah semua adalah 3,286. Itu saja jawapan kepada soalan tersebut.

Speaker

Soalan tambahan!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Soalan tambahan saya adalah, apakah insentif atau kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Perbandaran dalam proses pengeluaran lesen atau permit kepada peniaga-peniaga kecil tempatan?

YB. Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan oleh YB. Bukit Selambau. Pada tahun 2022 ini kita sudah pun, kita kata terkeluar dari kekangan Civid-19 walaupun masih menuju ke arah daripada pandemik ke endemik. Kalau sebelum ini kita mengadakan diskaun kepada cukai-cukai yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran tetapi pada tahun 2022 ini tidak banyak yang kita telah berikan kepada peniaga-peniaga dan kita melihat kepada suasana tahap perniagaan mereka bagaimana.

Walau macam mana pun kalau ada peniaga-peniaga yang mempunyai masalah, kita boleh berhubung terus dengan majlis perbandaranlah untuk diberikan insentif tetapi secara dasarnya memang sudah tidak ada sepertimana yang kita berikan pada tahun lepas kerana perniagaan mereka pun nampak sudah berjalan. Nak kata pulih betul-betul ‘hundred persent’ belum, tapi menuju ke arah pemulihan. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Sebelah sini tak dak, kita pulang sebelah sini pula.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya, sebenarnya saya nak kenal pasti adakah fi penjaja dikecualikan dan saya difahamkan ada PBT yang meningkatkan kadar sewa tapak dan kalau dulu dari RM5 kepada RM10, ada RM20 sampai RM100 yang dikenakan kepada penjaja. Jadi, minta penjelasan perkara ini.

Yang kedua, apakah perancangan PBT sebab kita nampak selepas Covid-19 ini ramai penjaja di sepanjang jalan atau tepi jalan, selalu kita minta supaya sediakan tempat yang lebih sesuai dan bersih untuk mereka menjaja. Jadi, apakah cadangan dan tindakan pihak PBT terhadap masalah ini. Khususnya pihak Gurun telah banyak kali mengusulkan perkara ini. Mintak penjelasan bagi pihak PBT, terima kasih.

Speaker

Silakan!

Terima kasih YB. Derga dan YB. Dato’ Speaker. Memang itulah perancangan yang sedang dilaksanakan oleh PBT. Memang kita tidak secara drastiknya menamatkan lesen-lesen sementara mereka ini. Kita tengok di jalan menujuk Pokok Sena, masih ada lagi penjaja-penjaja yang berniaga di situ memang kita tidak ambil tindakan secara drastik lagi lah. Tetapi kita telah memberikan penerangan kepada mereka. Memang suatu masa nanti lesen-lesen sementara ini akan ditarik balik. Kita sedang menyediakan, MBAS pun sedang mencari lokasi-lokasi yang sesuai dan juga mudah dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung untuk penjaja-penjaja ini menjual bahan-bahan mereka. Bukan saja di MBAS ini tetapi di semua PBT kita sedang mencari tempat-tempat untuk mengadakan kemudahan kepada penjaja-penjaja yang saya maksudkan tadi. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Soalan nombor 6. YB. Derga!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Dato’ Speaker, terima kasih di atas peluang yang diberikan. Saya pohon jawapan untuk soalan nombor 6.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

6. Dalam Pelan Kedah 2035, Daerah Pokok Sena diklasifikasikan sebagai Daerah SME (Small Medium Enterprise).

Pohon dinyatakan:-

a) Butiran mengenai konsep daerah Small Medium Enterprise (SME). Perincikan.

b) Keluasan kawasan yang telah dan akan diambil bagi maksud tersebut.

c) Pelan tindakan dan insentif kerajaan untuk mencapai hasrat tersebut.

YB. Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan nombor 6, dalam Pelan Kedah 2035 Daerah Pokok Sena diklasifikasikan sebagai Daerah SME (Small Medium Enterprise) (dengan izin). Bagi menjawab soalan ini, konsep Daerah Small Medium Enterprise (SME) adalah bertujuan untuk memacu Agenda Pelan Kedah 2035 bagi pembangunan sektor ekonomi yang komprehensif dan selaras dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan untuk mencapai status negeri yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2035. Konsep ini akan mengambil kira faktor-faktor ekonomi setempat, rakyat dan alam sekitar ke arah menjadi sebuah daerah kecil yang mampu menjana pendapatan perkapita yang tinggi dan pembangunan ekonomi yang mampan khususnya dalam kalangan penduduk di kawasan lokaliti tersebut.

Secara umum, Daerah Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi, getah dan dusun buah-buahan. Kerajaan negeri akan melaksanakan konsep 5P bagi bidang pertanian iaitu penanaman, pengumpulan, pemprosesan, pemasaran dan penyelidikan.

Bagi kawasan yang dipilih untuk dilaksanakan Projek 5P ini telah dicadangkan di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Gajah Mati yang berkeluasan 55.2 Hektar. Konsep 5P ini akan menjadi satu projek bukan sahaja memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri Kedah, malah akan turut akan dirasai oleh penduduk setempat dan para usahawan sekitar khasnya. Projek ini akan memberi impak dan menjadi contoh SME yang berjaya pada masa hadapan selaras dengan cadangan kerajaan negeri dan pusat di mana akan bersama – sama membangunkan supaya ianya menjadi projek berskala besar dan menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain. Itu saja YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Soalan tambahan.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Solan tambahan saya ialah yang dikatakan Taman Kekal di Gajah Mati ni, adakah projek itu sudah bermula, berapa perbelanjaan yang terlibat, berapa orang yang terlibat dan siapa yang terlibat serta apakah industri yang telah dijalankan?

Soalan kedua ialah, berapakah SME sekarang ini yang berada di Pokok Sena dan apakah jenis SME yang ada di Pokok Sena dan berapakah hasil keluaran atau sumbangan kepada KDNK atau kerajaan negeri atau apa-apa sumbanganlah kepada ekonomi negeri. Terima kasih.

YB. Dato’ Speaker, kalau nak spesifik macam mana YB. Derga mohon saya rasa banyak dan panjang. Saya boleh hantar secara ‘detail’ mungkin saya akan minta BPEN untuk siapkan. Buat masa sekarang ini ‘detail-detail’ yang ditanya menyumbang kepada KDNK dan sebagainya tu tak daklah dekat saya. Tapi kalau kita lihat untuk kita mencapai apa yang dinyatakan oleh YB. Derga. Kita tengok dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 di mana kemakmuran ekonomi iaitu untuk meningkatkan pertumbuhan melalui ekosistem perniagaan dan industri yang lebih komprehensif, strategi yang dilaksanakan ialah di mana kita melaksanakan projek-projek yang berimpak tinggi serta memperkasakan infrastruktur, sokongan projek dan memodenkan industri pertanian, perikanan dan penternakan dengan melaksanakan insentif projek yang berimpak tinggi iaitu dengan kewujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) ini.

Speaker

Awat, YB. Derga tak puas hati lagi?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Sebab jawapan yang bawah YB. Dato’ Speaker. Bila kita letakkan konsep Daerah Pokok Sena sebagai SME, mesti kita ada data asas, data SME. Soalan ni juga jelas tanya pasal yang tu…..(YB. Dato’ Speaker mencelah.

Speaker

Tak pa! Yang tu YB. akan bagi jawapan bertulis.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Dalam tempoh berapa, 1 minggu, 2 minggu?

Speaker

Dalam tempoh seminggu!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Ok ya, jika tak dapat?

Speaker

Bagitau Speaker!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Ok, terima kasih.

Speaker

YB. Gurun!

Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Gurun! Gurun! Mintak maaf, kita bagi sebelah ni dulu satgi saya bagi kepada Gurun. YB. Bukit Lada!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Bukit Lada. Terima kasih kepada soalan yang dikemukakan itu YB. Dato’ Speaker, khususnya di kawasan Pokok Sena lah dan Pokok Sena ini boleh kata keseluruhannya di DUN Bukit Lada. Untuk TPKM di Bukit Lada ini pun kita dah melihat perkembangan yang semakin hari semakin baik. Cuma kita mengharapkan pihak kerajaan boleh lagi berikan pengkhususan yang lebih khusus lagi untuk kita ubahkan sekarang ini daripada pertanian kepada produk-produk hasil daripada pertanian. Kita mengharapkan kepada pihak kerajaan untuk memastikan Projek SME yang dicadangkan ini akan memberi impak yang terbaik dan saya mencadangkanlah kepada pihak kerajaan kalau boleh bukan setakat di Pokok Sena tapi kalau boleh di daerah-daerah lain termasuk di Pendang pun kita ada juga PTKM ini.

Speaker

YB. Kuah tunggu sat, kita bagi YB. Gurun.

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Seperti tercatat dan kita semua sedia maklum Pelan Kedah 2035 seperti di Pokok Sena telah pun di’declare’kan untuk SME. Isu yang ingin saya tanya di sini ialah adakah ‘local players’ itu dilibatkan, yang penting kerajaan pelan, nak melaksanakan kerajaan tapi kita harus juga mendapat maklumat dan juga bantuan daripada pemain-pemain sendiri. Kalau dia kata orang yang terlibat dalam SME, peniaga-peniaga, adakah pandangna mereka ini diterima ataupun adakah satu majlis consult yang melibatkan mereka ini dibentuk supaya kita dapat timbal balik dan akhirnya kita dapat ‘the best productivity’. Maknanya input daripada rakyat yang melalui consult ini kerajaan yang akan melaksanakan supaya kita tidak buat kadang-kadang kesalahan-kesalan yang kita sendiri bulan bidang tertentu itu. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Silakan YB. Kuah.

YB. Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan daripada YB. Bukit Lada, buat masa sekarang ini kerajaan menumpukan sepenuhnyalah perancangan di Daerah Pokok Sena sebagai Daerah SME kerana banyak lagi yang perlu dilakukan untuk kita pastikan projek ini betul-betul berjaya di Pokok Sena barulah kita akan bawa konsep tersebut ke daerah-daerah yang lain. Buat masa sekarang ini memang perancangan kita ditumpukan sepenuhnyalah untuk pembangunan ataupun untuk kita jayakan projek ini di Pokok Sena.

Bagi soalan daripada YB. Gurun, kita tidak ada rujukan sebarang majlis ataupun consult untuk membincangkan khusus perkara ini tetapi penglibatan daripada ‘local-local player’ penduduk-penduduk setempat, usahawan-usahawan setempat memang dilakukan. Cadangan yang agak baik kalau sekiranya kita boleh wujudkan dan InsyaAllah saya akan berbincang dengan pihak BPEN sekiranya kita boleh wujudkan satu majlis ataupun consult yang kita boleh berbincang lebih khusus dan spesifik untuk perkara yang akan kita lakukan, supaya kesalahan-kesalahan seperti yang dimaklumkan oleh YB. Gurun kita tidak lakukan pada kali ini, InsyaAllah. Terima aksih YB. Gurun di atas cadangan.

Speaker

Terima kasih. Dalam sesi pertanyaan mulut kita cuma sempat dapat 5 soalan saja.

Urusan seterusnya, Setiausaha.

IV. Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah Darul Aman Pindaan 2022Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah Darul Aman Pindaan 2022

YB. Dato’ Speaker, peraturan Dewan.

Speaker

Ya, silakan!

Saya mohon yang telah saya bangkitkan tadi supaya ada satu ‘ruling’ daripada….. (YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Selepas daripada ini, selepas daripada sesi ini.

Perkara 14 YB. Dato’ Speaker, “selepas daripada pertanyaan bagi jawab mulut oleh YAB. Menteri Besar ataupun yang diwakilkan kepada Exco, perkara (h) ialah permintaan hendak menagguhkan Dewan kerana perkara kepentingan kepada ramai yang berkehendak disegerakan”. Jadi, inilah masanya selepas soalan untuk YB. Dato’ Speaker membuat ‘ruling’, itu ada nota dah tu.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Itu YB. Dato’ Speaker. Jadi, mengikut peraturan mesyuarat perkara 14 tu.

Speaker

Jadi, kalau…duduk sat! Ok… kita terima perkara 14 iaitu kalaulah ada keperluan yang amat mendesak, kita dahulukan. Siapa yang nak cakap ni, YB. Derga ka YB. Pengkalan Kundor?

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Usulnya adalah usul saya, jadi Pengkalan Kundor yang minta untuk bercakap. YB. Dato’ Speaker….(YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Dato’ Speaker, makluman awal YB. Dato’ Speaker, usul yang dikemukakan tak memenuhi syarat untuk kita bahaskan pada pagi ini.

Speaker

Betul! Hat tu saya dah jawab dah. Cuma,atas perundingan, kita tak mau kecoh-kecoh, kita beri laluan atas Perkara 14. Tak palah kita beri laluan atas Perkara 14 ini untuk dikemukakan, bukan kita nak begaduh apa, kita nak tunjuk keseriusannya Ahli Dewan ini tentang perkara-perkara yang telah berlaku. Jadi, jangan buat kecoh lah, kita buat cara elok-elok.

Silakan YB. Pengkalan Kundor!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Saya ucapkan terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker…

Speaker

Na Sungai Limau na?

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Yang telah memberikan keizinan dan laluan kepada saya untuk sekurang-kurangnya saya membaca dan selepas itu saya nak juga jawapan daripada YB. Dato’ Speaker sebab saya menyatakan alasan-alasan perkara tertentu untuk permaslahan orang ramai dan juga satu lagi adalah perkara-perkara yang perlu disegerakan. Jadi, saya kira kesemua kriteria itu dalam usul saya ini dipenuhi. Jadi, saya akan membaca usul saya. Usul saya berbunyi adalah, “alamat di atas, YB. Dato’ Haji Juhari Bin Bulat, Speaker Dewan Undangan Negeri, Kedah Darul Aman bertarikh 17 Julai 2022, itu kelmarin. Pasal kelmarin di atas alasan tadi. Saya telah bertanyakan YB. Dato’ Speaker sebelum itu untuk mengusulkan dalam masa 14 hari tu tetapi tempoh itu sudah berlalu disebabkan ‘event’ yang berlaku itu di saat sebegitu, lebih kurang 2 minggu macam tu.

YB. Dato’ Speaker, notis mengemukakan isu tergempar “isu banjir kepala air di Kedah”. Merujuk kepada peruntukan peraturan mesyuarat Perkara 27(1) (2) (3) dan (4), dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Nombor 2, sejak Perikatan Nasional dan Barisan Nasional mengambil alih kerajaan negeri, telah 2 kali berlaku bencana kepala air yang menyebabkan kematian dan ramai lagi kehilangan rumah dan kemusnahan harta benda.

Nombor 3, ia akan terus belaku jika tiada langkah khusus diambil memandangkan perubahan iklim yang tiada menentu sekarang ini.

Nombor 4, oleh itu saya mengesyorkan agar isu bencana kepala air ini dibincang dalam Sidang DUN kali ini kerana ianya menepati kriteria seperti berikut. Pertama ianya perkara tertentu, yang keduanya ia perlu disegerakan. Disegerakan bermaksud akan datang ini saya sangat bimbang melihat beberapa tempat lagi kemungkinan berlaku. Jadi, disegerakan bincang sekarang supaya yang berlaku kita tak boleh nak buat apa, tapi yang akan datang, ada beberapa lagi tempat yang saya sebutkan tadi diantaranya Bukit Kachi contoh telah beberapa kali berlaku banjir lumpur dan seumpamanya. Jadi, perlu disegerakan sekarang….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

YB. Pengkalan Kundor, sekejap YB. Pengkalan Kundor. Usul yang YB. Pengkalan Kundor sebutkan sekarang ini telah saya tolak. Saya tolak ada sebab juga, 27(3) juga iaitu tidak mematuhi tempoh masa. Jadi, bila YB. Derga mintak bangun bercakap bab Perkara 14, tu yang saya ‘kendoq’ sikit tu. Hat usul YB. Pengkalan Kundor tu ‘totally’ saya tolak dah kerana tak mematuhi masa. La Pengkalan Kundor bangkit Perkara 14 iaitu perkara yang dirasakan amat penting dibicarakan. Sebab tu saya tanya yang nak bercakap la ni Pengkalan Kundor ka Derga? Pasal, yang Pengkalan Kundor ni tak boleh guna 27(3), kita nak guna yang Perkara 14 ni…(YB. Pengkalan Kundor mencelah)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

18(1)! Yang ketiga, ia melibatkan kepentingan awam. Jadi saya kira, kriteria ketiga-tiga itu dipenuhi untuk usul ini dibincang pada hari ini. Nombor 5, saya mengharapkan kebijaksanaan dan keprihatinan YB. Dato’ Speaker dalam menilai dan memberi kebenaran usul ini untuk dibahaskan. Sekian, terima kasih. Yang benar, tandatangan saya.

Jadi, itulah usul saya ditolak disebabkan oleh tempoh masanya tidak memenuhi disebabkan alasan-alasan yang saya berikan tadi ni. Tapi di atas Peraturan Mesyuarat 18(1) maka saya diberi untuk menyatakan usul saya dan saya harap usul ini boleh dibahaskan. YB. Tuan Speaker, sekian terima kasih.

Speaker

Ok. Seperti…(YB. Bandar Baharu minta laluan)

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Dato’ Speaker, Peraturan Mesyuarat 18 Perkara 1. Kita melihat cadangan daripada salah seorang ahli untuk membuat rayuan dan berunding berkenaan dengan usul yang ingin dibawa dan saya juga ingin menyatakan bahawa perkara yang nak dibawa ini telah berlaku pada 18 Ogos 2021 dan juga 6 Julai 2022 iaitu telah lama berlaku dan telah diambil tindakan oleh kerajaan dengan baik, diuruskan dengan baik. Jadi, saya rasa tidak ‘relevent’ usul ini untuk kita bincangkan yang mana mengubah tangguhan mesyuarat kita pada hari ini. Terima kasih.

YB. Dato’ Speaker, minta laluan sikit.

Speaker

Ya, YB. Anak Bukit!

Terima kasih. Saya ingat YB. Bandar Baharu ‘is missing the whole point altogether’. Usul yang dibawa oleh YB. Pengkalan Kundor untuk membincangkan tentang insiden kepala air ini yang telah berlaku di Yan telah berlaku di Iboi, Baling dan mungkin berlaku di tempat-tempat yang lain seperti disebut di Bukit Kachi, di Kubang Pasu. Bukan nak bincang benda hat lepas YB. Bandar Baharu, ‘possibility’ boleh berlaku di tempat-tempat yang lain kerana kita bercakap tentang benda yang mungkin akan berlaku dan menyebabkan nauzubillah tidak melibatkan lagi kehilangan nyawa dan sebagainya dapat kita lihat dengan baik dan mengambil tindakan ‘mitigation’ yang sebaiknya untuk mengelakkan daripada perkara ini berulang. Terima kasih.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Dato’ Speaker, YB. Anak Bukit, perkara yang telah berlaku dan perkara yang akan datang telah diurus oleh kerajaan dan telah mempunyai pelan tindakan pembaikan dan apa yang akan berlaku untuk merawat ataupun mencegah. Jadi, mohon Ahli-ahli Yang Berhormat mohon cadangan kepada kerajaan untuk untuk dibentangkan tindakan tersebut kemudian, bukan dibincangkan untuk mengatakan kita yang kononnya buat kerja sebab kita ada jentera kerajaan yang menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

Speaker

Tapi Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ambil satu pendekatan sekejap lagi kita dengar apadia orang ni nak usul lepas tu kita fikir, kita angkat tangan berapa orang setuju dengan usul itu, berapa orang tak setuju. Kalau tak setuju habislah, habis ceritalah na? Ni sapadia yang nak bawa usul…”usul saya yang berbunyi”, pup! Pup! Pup!...Apadia? Usul tu kena ada perkataan isi usul tu. Apadia isi usul yang nak disampaikan. Kalau kita bincang, bincang, bincang, terima… terimalah. Kalau bincang, bincang, bincang, tolak…tolaklah. Jadi, la kita nak tanya, apakah usul, ‘statement’ usul kita tu.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Peraturan Dewan juga YB. Dato’ Speaker, kita pun tak pasti YB. Pengkalan Kundor ka YB. Derga nak ambik Perkara 18 ka, ataupun hat 14 tadi ka, kan? Sebab perkara 18 ni pun dia mesti bersurat, sebelum persidangan dan adakah benda tu dah pun sampai. Yang YB. Pengkalan Kundor merujuk kepada peraturan yang lain. Jadi, kita bukannya sama ada terima ataupun tak terima. Adakah mengikut peraturan yang telah pun disediakan?

Speaker

Sebab tu saya nak dengar apakah usul tu berasas. Masalah sebenarnya tuan-tuan kalau nak bawa usul kena bawa mai kepada Speaker, “nindia ni usul. Saya pun bukan tau lagi ni, apa benda sat lagi “sila beri RM5 juta kepada setiap kematian”, kalau kita kata lulus, ha, jadi undang-undanglah. Saya nak dengar dulu apadia orang ni sepatutnya kena bawa mai dah kat saya apa benda yang nak kemuka ni.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

YB. Dato’ Speaker saya cadang, benda tu tak dak apa lagi daripada YB. Dato’ Speaker sendiri. Jadi, lebih baik kita tak terima lepas ni sebab apa yang disebutkan kita boleh nampak dah apa yang disebutkan oleh pihak pembangkang tadi sebut tentang banjir dan sebagainya dan ini saya rasa tindakan kerajaan dah pun diambil jadi tidak perlu kita ubah sebab YB. Dato’ Speaker pun tak tau sat lagi keluar benda yang pelik-pelik sat lagi, itu yang tak perlu tau tu, tak perlulah.

Speaker

Itu yang saya duk bimbang lagi ni, nak dengaq pelik ka tak pelik ni.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tak perlu lah, lebih baik…tak perlu lah sebab….

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Tuan Speaker, bagi peluang sebab seperti yang dikatakan bencana ini dia datang bila-bila masa. Tadi YB. Bandar Baharu sudah cakap yang pihak kerajaan sudah ambil tindakan dan kerajaan sudah ada perancangannya. Jadi, saya ambil Perkara 18(1) ni saya minta bersama Perkara 14 ni saya Tan Kok Yew, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Derga pohon perkara ni, saya baca ni….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Ha! Yang you pun saya tak boleh terima, dia nak minta tangguh….(YB. Derga mencelah)

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Dato’! Dato’! Itu maksudnya, you tengok YB. Dato’ Speaker, Peraturan 14. Dia memang guna perkataan tangguh, kita hanya ikut apa yang tercatat dalam Peraturan Mesyuarat, kita bukan tukar lain. YB. Dato’, tengok baca balik, (h) ni permintaan hendak menangguhkan Dewan kepada perkara berkepentingan kepada orang ramai yang berkehendakkan disegerakan yang ni dibaca bersama Perkara 18. Perkara 18 berbunyi, itu yang saya minta “dengan tujuan hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai, yang ni runding.

Jadi, ini saya kemukakan nak minta runding untuk kita mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan seperti yang dikatakan oleh YB. Bandar Baharu apa yang kerajaan telah buat dan apa yang kerajaan akan bertindak dan seperti yang diutarakan oleh YB. Pengkalan Kundor mungkin apa yang akan berlaku di tempat lain lagi. Adakah kita nak orang Kedah ni masih lagi berkorban nyawa disebabkan bencana-bencana akan berlaku yang kita tak tau Dato’! Itu saja YB. Dato’ Speaker kita minta ‘atleast’ ada penjelasan ataupun keterangan daripada pihak kerajaan dalam Dewan yang mulia ini. Di Parlimen kita ada “kertas putih”, di sini kita tak dak perundangan tertentu, ‘atleast’ kita minta ruang hari ini selepas usul kerajaan, yang tu usul kerajaan, Rang Undang-Undang. Selepas itu diberi ruang ini untuk penjelasan ataupun atau penerangan daripada pihak kerajaan. Sebab di luar situ banyak tularan yang berlaku dan dalam sejahtera ini sampai sekarang apa yang berlaku kita tak tau, rakyat nak tau apa yang berlaku. Ini kepentingan orang ramai YB. Dato’ Speaker! Saya minta untuk rundingkan perkara ini mengikut peraturan Perkara 18(1) dibaca bersama dengan Perkara 14 saja YB. Dato’ Speaker. Jadi, saya pohon YB. Dato’ Speaker tengok balik, bukan tangguhkan Dewan kata sambung besok, tak! Ini yang digunakan perkataan ini. Itu saja YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Apadia yang awak nak minta rundingkan tu?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Ok! Pasal isu bencana banjir di Daerah Baling khususnya di Kampung Iboi, Kupang yang menyebabkan kematian dan ramai lagi kehilangan rumah dan juga kemusnahan harta benda. Yang ni, saya nak baca semua Dato’ atau nanti?

Speaker

Isi dia!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Isi dia, itu yang tadi kata ‘point’nya. Apakah punca yang berlaku? Kerajaan boleh bagi satu jawapan yang jelas. Apakah tindakan kerajaan membantu rakyat sekarang dan apakah cadangan dan tindakan kerajaan yang telah diutarakan oleh YB. Bandar Baharu pada masa depan untuk tempat-tempat yang lain yang kemungkinan juga berlaku isu ni selepas tak terjaga, pembalakan dan sebagainya. Itu saja YB. Dato’ Speaker.

YB. Dato’ Speaker, kalau saya boleh membantu. Amalan di Parlimen YB. Dato’ Speaker, apabila usul dibangkitkan dan Speaker menerima usul itu apa yang berlaku ialah, dia tak tangguh, dia kata ok usul ini akan dibincangkan pada suatu masa, pada hari yang sama, mungkin ‘break’ 15 minit lepas tu menteri akan jawab bahawasanya kita telah ambil tindakan, 1, 2, 3, 4, 5. Sebab YB. Dato’ Speaker, kalau usul ini tidak dibahaskan dan tidak dijelaskan dalam Dewan, di luar sana spekulasi macam-macam, Menteri Besar kata macam ni, jurnalis kata macam ni, aktivis kata macam ni. Jadi, ‘the best place’ ialah Menteri Besar bangun, ini adalah hakikat sebenarnya. Bila Menteri Besar sebut, maknanya ia menjadi ‘official’, makna kita semua terlibat. Kita bagi pandangan, mungkin YB. Pengkalan Kundor nak bagi pandangan supaya pada masa depan…itulah maksudnya, tangguh ni maksudnya memberikan masa kepada kerajaan, 15 minit, 20 minit bersedia lepas tu datang. Sementara persediaan berlaku, kita debitlah, kita bagi pandangan, itu saja yang kita mintak, supaya apa juga yang berlaku itu jadi ‘official’. Maknanya jawapan Menteri Besar nanti jawapan yang ‘official’ berlaku dalam Dewan, ‘period’, orang lain tak boleh persoalkan. Itu yang dimaksudkan oleh kami YB. Dato’ Speaker, terima kasih.

Speaker

Sebab itulah, bila dikatakan ada usul, kena bawa mai usul untuk kita berbincang awal, bukan boleh mai bincang dalam Dewan secara ‘on the spot’. Perkara ini melibatkan undang-undang, bukan boleh pi sembarangan saja yang kita bercakap. Sat gi apa yang kita cakap ni jadi peraturan, jadi undang-undang. Tak adil kepada Menteri Besar, tak adil bagi semua kerana kita dengan spontan nak kena selesai masalah yang panjang tu. Masa depan pula apa yang nak buat. Bukit apa tu? Bukit Kachi pula. Jadi, bukan senang tau ‘statement yang kita nak kena masuk, masuk, masukkan tu.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Dato’ Speaker, ganggu sat na? Semalam semasa perasmian untuk penanaman pokok telah diumumkan dalam akhbar bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Kedah hari ini telah bentangkan laporan kajian tentang perkara yang berlaku banjir kepala air tersebut telah diserahkan kepada YAB. Menteri Besar hari ni dan kita minta supaya laporan tentang kajian tersebut dibentangkan dalam Dewan ini agar Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini dapat tau apa yang berlaku atas bukit tersebut. Sebab di Yan telah kehilangan 6 nyawa dan 1,000 buah rumah serta kehilangan harta benda manakala di Baling pula 800 penduduk yang terjejas. Jadi, kita minta supaya perkara ini dirunding dan dibincang agar kita dapat mencegah supaya perkara ini tidak berlaku pada masa hadapan. Semasa Raja Muda….(YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Dato’ Speaker, ini pun peraturan Dewan. Macam tadi 18(1), dia kena baca dengan 18(2) juga sekali. “Seseorang Ahli yang hendak minta izin mencadangkan supaya Dewan ditangguhkan hendaklah mengeluarkan pemberitahuan bersurat kepada Speaker berkenaan, bersurat kan. Tapi Speaker pun tak tau apa yang nak dibawa, makna dia adakah perkara itu telah pun dirundingkan iaitu 14(8) yang YB. Pengkalan Kundor bawa dalam perkara yang lain.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Adakah YB. Sungai Limau jadi Speaker ataupun Speaker jadi Speaker? Sebab surat itu telah diterima oleh YB. Speaker.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Sebab itu kita mohon penjelasan daripada YB. Speaker sebab Speaker kata tadi dia tak tau nak bawa apa oleh YB. Derga ka, YB. Pegakalan Kundor ka?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Ini perkara, perkara hanya dirundingkan dengan YB. Dato’ Speaker, bukan untuk…

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Kita pun bersetuju untuk perkara ini mungkin kita bahas dalam Persidangan yang akan datang bila kerajaan dah pun menerima laporan-laporan daripada agensi-agensi yang ada Jabatan Hutan, ada daripada…..(YB. Kota darul Aman mencelah)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Dalam kenyataan semalam sudah tulis dengan jelas, hari ini akan bentangkan kepada YAB. Menteri Besar. Jadi, kita minta supaya laporan itu dibentangkan. Itu saja permintaan daripada kami.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Ya! Kita setuju supaya laporan itu dibentangkan pada Persidangan yang akan datang yang mungkin kerajaan boleh tentukan supaya kita boleh menerima laporan yang konkrit, laporan yang betul untuk kita bahas secara betul, maklumat yang tepat yang boleh kita bahas secara matang dan baik untuk kepentingan rakyat. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, boleh tak seperti yang dicadangkan oleh YB. Sungai Limau tu? Benda ni tak boleh selesai hari ni punya, tak boleh! Saya pun tak akan boleh beri jaminan kata boleh selesai. Boleh tak kita bawa benda ni ke satu persidangan yang ke hadapan supaya kita boleh buat dengan secara yang teratur?

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

YB. Dato’ Speaker, saya mohon sedikit laluan tentang Perkara 18 ini. Pendapat ataupun cadangan yang dibawa oleh YB. Dato’ Speaker adalah benda yang cukup jelas dah. Tuan Speaker tolak usul yang sebelum ni, sekarang ni bila kita bincang tentang Perkara 18(1) Tuan Speaker nak dengar tengok, nak dengar dulu apa usul yang nak dibawa oleh YB. Pengkalan Kundor. Jadi, YB. Dato’ Speaker dan pilih laluan tu, jadi kenapa selepas dicelarukan balik tentang perjanjian sebelum ini untuk menolak peraturan itu, Tuan Speaker tidak membenarkan balik YB. Pengkalan Kundor untuk membacakan usul yang dibuat 18(1) tu memang usul tu sekarang bukannya usul….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Jalan ada dua, satu kita berunding kita buat kemudian boleh teratur, yang kedua kita boleh minta betul-betul saya minta apadia usulnya tu. Usul ni boleh jadi orang terima, boleh jadi orang tolak, jadi kita ada dua pilihanlah sama ada terima atau tolak. Mau yang mana?

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Dato’ Speaker, kalau kita hanya bentang kemudian tolak, seolah-olah nampak kita ni tidak menyokong untuk membantu rakyat. Jadi, perkara itu perlu kita berfikir secara matang, lengkap laporan barulah kita boleh berbahas dengan cara yang terbaik demi kepentingan rakyat. Kalau satgi bentang, terus kita kata kita tak dak maklumat, terus tolak jadi perkara tu memberikan suatu gambaran yang tak elok kepada Ahli-ahli Dewan untuk berbahas. Jadi, kita cadang supaya dikemukakan pada persidangan yang lain bila laporan-laporan telah pun diterima oleh pihak kerajan supaya lebih matang perbahasan kita.

Speaker

Anak Bukit!

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Saya rasa sangat jelas di sini, saya tak merujuk kepada YB. Pengkalan Kundor, saya merujuk kepada YB. Derga. Dia telah kemukakan satu usul di bawah Perkara 18(1) dan telah diterima di Pejabat YB. Speaker. Saya pun agak musykillah bagaimana YB. Speaker tak tau pula kata ada usul…..(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Pejabat Speaker tu di mana YB. Anak Bukit?

Jangan tanya saya lah, tanya YB. Derga lah. Kami dimaklumkan dia telah hantar. Betul dak YB. Derga?

Speaker

Saya terima di jalan taksat nak masuk mai tu.

Dia tak kira, terima di jalan ka, ni dia sebut sebelum mesyuarat dimulakan, kita ada peraturan, ha…. boleh lah tu. Sebelum nak masuk boleh lah kan?

Speaker

Haa.. tak pa lah. Boleh lah tu. Hat ni yang duk bercakap ni.

Ok! Ok! Sekarang ni bila dah ada Perkara 18(1) mudah, baca di sini keputusannya berada di tangan Speaker, Speaker buatlah keputusan nak tolak ka, nak terima ka. Kalau nak tolak sebab apa nak tolak, ada 3 kriteria di situ. Ia perkara tertentu atau tidak? Sudah tentu perkara tertentu. Adakah ia melibatkan kepentingan awam? Sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Dan yang ketiga adakah ia perlu disegerakan? Speaker buatlah keputusan, kalau Speaker kata “ya…ia perkara tertentu yang melibatkan kepentingan awam tetapi oleh kerana kita…taktaulah apa benda pun dengan ini saya menolak”. Speaker ada kuasa itu semua.

Jadi, buatlah keputusan tersebut dan saya ingat cukup ‘respect’ dekat Speaker sebab Speaker sangat demokratik dalam hal ini. Speaker kata nak dengar pandangan apa dulu semua sebelum Speaker buat keputusan sebab akhirnya ‘the ball is at your feet’ (dengan izin) YB. Dato’ Speaker, nak benar ataupun tidak di bawah 18(1) ni. Sekian, terima kasih.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Setelah mendengar percakapan, hujah…tak pernah berlaku dalam Dewan negeri lain pun tak pernah berlaku macam kita ni. Jadi, memang perkara itu perkara tertentu, ‘urgent’, tetapi masa tak sesuai, tak boleh dibuat dalam masa tergesa-gesa. Tak adil kepada kerajaan, tak adil kepada Speaker. Jadi, sebab itu cadangan daripada YB. Sungai Limau tadi supaya kita bawa perkara ini ke masa depan siap dengan laporan-laporan, siap dengan apakah cadangan-cadangan untuk masa depan, lebih teratur saya rasa. Kita faham, mesej yang nak disampaikan oleh YB. Pengkalan Kundor, YB. Derga itu kta dah faham dan ambil maklum dan kita akan pergi menyelesaikan ke arah itu. Jadi, oleh kerana masa yang itdak begitu sesuai Speaker buat keputusan tolak. Marilah kita masuk balik ke agenda kita.

Silakan Setiausaha!

V. Rang Undang-Undang Enakmen Keluarga Islam Kedah Darul Aman Pindaan 2022 Dibacakan Bagi Kali Yang PertamaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022, dibacakan bagi kali yang pertama.

Speaker

Silakan YAB. Jeneri!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 30 Jun 2022 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon mencadangkan rang undang-undang bernama “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Setiausaha!

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008”. Bacaan Kali Pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

Silakan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 seperti berikut :-

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No.11 Tahun 2008] yang memperuntukkan mengenai hal-hal berkaitan kekeluargaan Islam yang sedang berkuat kuasa sehingga kini.

Enakmen ini telah lama digubal dan dikuatkuasakan di Negeri Kedah dan setelah dikaji, didapati peruntukan sedia ada perlu dipinda bagi memenuhi keperluan semasa. Pindaan ini adalah melibatkan had umur minimum perkahwinan Seksyen 8 dan berkaitan, Seksyen 124 bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah dan Seksyen 135.

Had umur minimum perkahwinan bagi perempuan adalah dinaikkan daripada 16 tahun kepada tidak kurang 18 tahun. Manakala bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah dinaikkan hukuman denda daripada tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya kepada denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Pindaan terhadap seksyen 135 juga dipinda untuk memasukkan peruntukan fi yang tercicir dalam teks bahasa kebangsaan.

Rang Undang-Undang ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Disamping itu, Rang Undang-Undang ini telah ditafsirkan dengan peruntukan yang lebih jelas, tepat ke arah menjaga kepentingan kanak-kanak yang masih belum matang sebelum mencapai umur dewasa untuk berkahwin dan hukuman denda bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah dinaikkan adalah untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat supaya mematuhi undang-undang sekiranya berpoligami.

Rang Undang-Undang ini mempunyai 11 Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan ini saya pohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan. Jadi, siapa yang nak berhujah silakan! YB. Derga nak….

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Speaker, boleh ka? Boleh tanya lah sebab saya ingat beberapa persoalan yang saya menjumpai khususnya isu poligami. Saya nak tau, dalam rang undang-undang ini adakah merangkumi jika mereka berkahwin di Siam….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Nanti sekejap, saya pun nak catat jugak.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Yang berkahwin di Siam, berkahwin Indon yang tak sah ini. Apakah tindakan kerajaan dalam isu ini dan yang berkahwin tak cukup umur, umur kurang daripada 18 tu di 2 tempat, di 2 negeri dan di 2 negara tu adakah juga termaktub dalam undang-undang ini sebab kita nampak banyak isu yang yang berlaku dan ini adalah isu kekeluargaan, isu anak-anak yang tak dak kelayakan, ini yang meningkat dan menyusahkan semua orang. Jadi, saya mita YB. Dato’ Speaker tengok ada penjelasan dalam isu ini dan jika boleh menambah baik lagi lah. Mungkin hukuman tu tak cukup kuat kut, mungkin nak pertingkatkan. Juga, adakah ini hanya di tahap mahkamah rendah syariah saja ataupun kena naik sampai mahkamah tinggi jika kelulusan untuk dapatkan kes-kes sebegini. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Nanti kita bagi jelas satu-satu, kita minta YB. Kupang jawab.

YB. Dato’ Speaker, peraturan Dewan lah. Sekarang dalam peringkat kita perbahasan….

Speaker

Ha, perbahasan!

Dia bukan boleh bangkit sorang bahas pastu jawab, duduk orang ni bangkit. Tak boleeehhh….!!! Habis semua tu barulah dirumuskan oleh pihak kerajaan tentang perkara ni. Itu peraturan dia….

Speaker

Bukan, kita spesifik nak bagi selesaikan satu-satu. Ni yang hat Derga orang yang bukan Islam, terlibat ka tak terlibat ka, sat lagi kita tak gaduh nak guna tajuk yang sama. Silakan YB. Kupang jawab sat yang YB. Derga tanya ni.

YB. Dato’ Speaker…(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Ringkas-ringkas sudah Dato’ ya?

Dalam masalah kekeluargaan ini keadaan yang ada di mana masyarakat kita cenderung melakukan sesuatu di luar undang-undang. Jadi, antara perkara yang selalu berlaku ialah perkahwinan tanpa kebenaran mahkamah di mana kesalahannya dah dihadkan sekian-sekian banyak. Jadi, antara perkara yang sedang banyak berlaku ialah perkahwinan di Siam. Jadi, bagi mengawal keadaan itu maka kita akan menaikkan atau ada sedikit pindaan dalam enakmen ini.

Yang keduanya berkenaan dengan had umur. Begitu juga di mana had umur wanita sekarang ini hanya dihadkan kepada 16 tahun dan oleh kerana dalam perhitungan kita bahawa umur 16 tahun itu ialah umur yang masih belum matang maka cadangan kerajaan supaya dinaikkan kepada 18. Itu saja pokok yang hendak dibahaskan dalam pindaan.

Speaker

Masih dalam perbahasan, YB. Anak Bukit!

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, “Wassola Tuwassala Muaála Rasulillah Wa’ala Alihi Wasohbihi Waman Nasorohu Wawalah”. Kita sekarang ini dalam sesi perbahasan iaitu satu rang undang-undang yang dikemukakan kepada kita untuk membuat pindaan dan pokoknya tu adalah seperti yang diterangkan oleh YAB. Jeneri dan diulang balik oleh YB. Kupang tadi.

Pertamanya, kita perbahasan di peringkat dasar ni, jadi bila peringkat dasar ni boleh meqewang qatalah, yang berkenaan dengan yang ni lah, bukan semua-semua benda kita nak masuk ke dalam sini.

Pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada negeri yang telah pun membawa rang undang-undang ini ke Dewan kita untuk dibahaskan dan kemudiannya untuk diluluskan kerana saya difahamkan perkara ini walaupun telah dibincangkan agak lama di peringkat Federal tetapi oleh kerana perkara yang berkaitan dengan agama ni di bawah bidang kuasa negeri maka negerilah yang patut mengambil tindakan. Di Federal tu dia boleh sentuh setakat Wilayah Persekutuan, kemudian Pulau Pinang, Melaka dan negeri-negeri yang tidak ada raja-raja Melayu lah. Saya difahamkan Kedah adalah negeri yang kedua membawa perkara ini iaitu tentang had umur, definisi had umur, bawah umur tu bagi wanita dicadang untuk dinaikkan daripada 16 kepada 18 tahun sama seperti lelaki. Kalau tidak sebelum ini had bawah umur itu 16 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki.

Jadi, sekarang ini disamakan dan tujuannya adalah untuk memastikan bahawa mereka yang nak berkahwin, orang Islam ni yang nak berkahwin yang di bawah umur ini bukan tak dibenarkan langsung. Mula-mula tengok yang ni saya kata, “eh! Adakah kita nak bercanggah dengan kebenaran syarak. Syarak membenarkan, maknanya bila dia akil baligh maka dia dah boleh berkahwin. Tetapi di sini diletakkan kerana ada maslahat yang nak kita pastikan bahawa yang nak berkahwin itu dari segi kesediaan dia, mental dan juga rohaninya serta fizikalnya juga untuk berkahwin itu dan diletakkan, bukan tak bagi langsung tapi maknanya perlu memohon kebenaran. Macam istilah poligami tadi lah, syarak membenarkan tapi dalam pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam ini boleh tetapi kena mintak kebenaran nak pastikan bahawa yang nak berpoligami itu maknanya daripada segi syarat dia, dia sendiri boleh bagi nafkah ataupun akan berlaku kezaliman kepada isteri sedia ada sebab hat ni nafkah tak boleh nak bagi tiba-tiba nak pi tambah lagi dan sebagainya. Ini sesuatu yang saya kira sangat baik untuk memastikan bahawa keharmonian yang nak kita wujudkan tu berlaku. Jadi, Kedah selain tu saya ingat Selangor pun dah luluskan, Kedahlah negeri kedua yang membawa perkara ini. Saya ingat ini satu perkara yang baik untuk kita tengok perkara ini.

Secara umumnya YB. Dato’ Speaker, saya nak sebutkan tentang Undang-Undang Keluarga Islam 2008 yang ini sekarang kita buat pindaan 2022 ini saya ingat secara keseluruhan yang merangkumi dia ada fasal-fasal bawah perkahwinan, pendaftaran perkahwinan, penalti behubung akad nikah dan pendaftaran perkahwinan, pembubaran perkahwinan, nafkah isteri dan anak, hadanah ataupun penjagaan anak-anak, sah taraf anak, perintah hidup bersama semula, pembahagian harta sepencarian dan juga penalti.

Ini Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam secara keseluruhannya dan kita ambil beberapa bahagian untuk kita buat pindaan pada hari ini. Jadi, secara umumnya kita nak pastikan di Negeri Kedah ini supaya kalau ada kes-kes yang timbul berkenaan dengan faraid, perceraian, nafkah, hadanah, poligami, harta sepencarian dan juga wali hakim ini dapat kita segera selesaikan supaya yang timbul masalah-masalah ini dapat ada keputusan dan mahkamah boleh beri suatu penghakiman dan dapat kita ‘enforce’ kan penghakiman itu dengan baik supaya ianya tak timbul suasana-suasana yang sangat tidak diingini. Saya ingat YB. Kupang dalam menjawab soalan YB. Alor Mengkudu pada 18/11/2021 ketika Sidang Bajet kita ada menyebutkan pada ketika itu kita masih lagi ada kes sebanyak 2,736 kes-kes yang saya sebutkan tadi yang masih tertunggak. Saya yakin Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie dan team beliau memang berusaha untuk memastikan bahawa tunggakan kes-kes ini dapat kita minimakan seminima mungkin kerana yang menjadi isu dalam masyarakat kita sekarang ini contohnya bila isteri yang ditinggalkan oleh suami tanpa memberi nafkah dan sebagainya dan bila kes ini dibawa masuk ke mahkamah dan sebagainya tak hadir. Maknanya timbullah istilah “gantung tak bertali” tu dan ia mengambil masa yang sangat panjang.

Jadi, ini kita harap pihak mahkmah syariah kita di Negeri Kedah ini dapat lihat dan pastikan ini dapat kita minimakan seminima mungkin apatah lagi apabila ia melibatkan kes-kes perceraian, dah tak boleh duduk bersama, yang bekas isteri dan bekas suami tak palah, jodoh depa setakat tu saja. Yang lebih penting lagi untuk kita lihat kesejahteraan anak-anak yang ditinggalkan itu, itu yang lebih penting dan cara kita ‘handle’ kes-kes di mahkamah pun sangat memberi kesan kepada anak-anak ini. Jadi perlu pendekatan, saya ingat tak perlulah pendekatan-pendekatan biasa yang perlu kita buat tapi pendekatan-pendekatan yang sebenarnya boleh memberikan kesan yang sangat minima kepada anak-anak yang menjadi mangsa akibat penceraian suami dan isteri ini. Jadi, kes-kes yang tertunggak ini perlu kita minimakan seminima mungkin dan sudah tentulah ada maknanya peranan yang perlu dimainkan di pihak kerajaan negeri pun untuk melihat perkara ini berlaku. Contohnya sama ada kita mempunyai personel yang cukup untuk ‘handle’ kes-kes yang sebegini.

Saya mendapat maklum bahawa untuk mengurangkan kes-kes ini bagi daerah-daerah yang kesnya kurang dilantik “hakim bantu”, ini untuk Kupang kut no, istilah yang digunakan hakim bantu dari daerah yang kurang kes membantu untuk menyelesaikan di daerah-daerah yang banyak kes. Tapi, bantu pun ialah Alhamdulillah, dia ‘willing’ untuk bantu tapi saya ingat kena ada bagi ‘compensation’ yang bersesuainlah. Saya difahamkan hakim bantu ni hanya dapat ‘mileage claim’ duk di Yan mai bantu di Kuala Muda dia kena ‘travel’ pi mahkamah di Kuala Muda, itu saja yang dia dapat.

Tapi oleh kerana dia menjalankan kerja di luar daripada bidang tugas dia yang biasa saya rasa patut dipertimbangkan kepada mereka ini hakim-hakim bantu ini elaun-elaun yang tertentu bagi memastikan bahawa mereka juga terlibat dalam mengurangkan ‘backlog of cases’ (dengan izin) yang ada ini dan ini macam saya sebutkan tadi memberi kesan yang sangat besar terutamanya kepada anak-anak yang ditinggalkan disebabkan oleh kes-kes penceraian ini.

Kemudian, selain daripada personel saya ingat kita mungkin ada masalah daripada segi tempat, mahkamah itu sendiri. Jadi, bagi kawasan-kawasan atau daerah-daerah yang belum ada lagi mahkamah syariah ini mungkin kerajaan negeri dapat segera pertimbangkan dan kita tak payah duk pikiaq kalau bangunan ni mesti nak berkubah-kubah, ‘spend’ duit yang banyak. Dak! Kita nak tempat yang orang kata ‘workable’lah, yang sesuai untuk dijadikan mahkamah tanpa perlu kita berbelanja besar tapi ianya ‘functional – the key word is functional’ (dengan izin) untuk memastikan bahawa ini dapat berlaku dengan baik.

Kemudian, saya difahamkan Bandar Baharu, Sik, maknanya memerlukan mahkamah yang baru dan juga ada cadangan untuk ‘stages of’ mahkamah-mahkamah syariah ini juga ditingkatkan sepertimana yang berlaku di Perak, bermula daripada mahkamah rendah kemudian mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan di sana diwujudkan mahkamah utama dan semuanya ini adalah untuk memastikan bahawa pengurusan kes-kes ini dapat berjalan dengan baik dan lancar dan dapat segera ada keputusan dan kita ‘enforce’kan keputusan itu supaya perkara-perkara polemik yang berlaku dalam masyarakat ini dapat kita kurangkan dengan sebaik mungkin.

Saya ingin menarik perhatian apa yang berlaku baru-baru ini di Wilayah Persekutuan. Bagaimana kita ‘handle’ kes di mahkamah syariah ini sangat memberi kesan dan imej kepada Islam itu sendiri. Islam yang ‘compassionate’ (dengan izin), Islam yang sangat mementingkan mawadah dan rahmah dan sebagainya ini dapat dilihat apabila mahkamah itu berfungsi dan memberikan hukuman-hukuman yang kemudiannya dapat kita memberikan impak yang minima kepada imej Islam itu sendiri. Dalam satu kes baru-baru ini di Wilayah Persekutuan bagaimana seorang ibu dikenakan perintah komital, penjara 9 hari yang dia lalui (dengan izin) walaupun 9 hari tapi diceritakan balik tu bagi kita sangat megaibkanlah dan bagaimana kesalahan dia ka atau apa untuk menangguhkan memberi masa untuk bekas suaminya berjumpa dengan anaknya tu oleh kerana ia melibatkan personaliti yang tinggi menyebabkan ia dilihat seolah-olah kita tidak memberi sesuatu jalan keluar yang sangat positif dan kesannya itu sangat dirasai oleh anak-anak yang ditinggalkan.

Saya ingat pendekatan-pendekatan yang sebegini perlu kita lihat dan kita gunakan untuk memastikan bahawa sementara kita nak ada suatu penyelesaian tetapi biarlah dalam kita mencari penyelesaian itu impak kepada ‘all parties’ (dengan izin) yang terlibat ini adalah sangat minima dari segi kesan psikologinya dalam meneruskan kehidupan mereka pada masa hadapan.

YB. Anak Bukit, boleh celah sikit Anak Bukit? YB. Dato’ Speaker, boleh celah sikit dak?

Speaker

Dia nak habis dah!

Saya benarkanlah.

YB. Anak Bukit sebut tadi bagaimana impak kepada anak-anak apabial berlaku penceraian. Soalan saya kepada YB. Anak Bukit, adakah YB. Anak Bukit bersetuju dengan saya kalau saya katakan bahawa kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap keputusan bercerai atau tidak yang lambat itu juga memberikan impak yang luar biasa. Sebagai contoh, ada satu kes di kawasan saya 9 tahun mintak bercerai sebab suaminya kular masuk, keluar masuk penjara kerana drug. Akhirnya mahkamah kata tak pa, kaunseling dulu, pergi pejabat kadi pun kata kaunseling dulu. 9 tahun ibu ini terpaksa menanggung penderitaan untuk nak mintak cerai sedangkan dia tak boleh kahwin dengan orang lain, dia juga terpaksa tanggung ‘family’, anak-anak sedang membesar, kemiskinan. Jadi, apa Anak Bukit merasakan harus ada penekanan terhadap keputusan-keputusan apabila buat keputusan untuk bercerai atau tidak ini. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Terima kasih YB. Gurun. Saya ingat itulah ‘gist’ perbahasan saya yang awal tadi iaitu untuk segera ada keputusan. Sangat-sangat tidak adil dalam kes isteri ini ditinggal begitu saja tapi nak mintak cerai pun tak boleh kan? Bila tidak ada keputusan lagi, ialah suami tinggalkan, anak-anak dia nak kena jaga, tanggungan dia nak kena bagi, padahal nafkah tadi si bapa lah yang berikan.

Ya, saya sangat bersetuju YB. Gurun, sebab itu dalam cadangan saya tadi walaupun yang ni kita hanya bincangkan tentang had umur dan juga denda kepada kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan sebagainya. Tetapi kita kena lihat secara umum sebab kita pun dalam perbahasan bacaan kali kedua inilah perbahasan peringkat dasar, kita lihat secara keseluruhannya dan ianya dapat memberikan sesuatu keadilan dan kesejahteraan kepada semua orang dalam masa itu. Jadi YB. Dato’ Speaker, saya rasa itu yang saya nak sentuhkan dalam perbahasan di peringkat dasar ini dan pada dasarnya saya bersetuju dengan cadangan pindaan enakmen ini.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Sebelah kanan ada? YB. Suka Menanti na bagi Sungai Limau.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera YB. Dato’ Speaker. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassa muaála rasulillahi amin wa’ala alihi wasobihi ajma’in. ‘Ammabaq

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kedah Darul Aman 2008 ini yang telah pun dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar dan sudah pastu fokus perbahasan adalah berkaitan had umur perkahwinan yang akan dipinda bagi perempuan serta hukuman khususnya bagi poligami yang tidak berdaftar dan tidak mendapat keizinan daripada mahkamah.

Tadi lanjutan daripada apa yang disebut oleh YB. Anak Bukit, Kedah merupakan negeri yang kedua dan beliau merakamkan ucapan tahniah. Untuk pengetahuan YB. Anak Bukit, sebenarnya secara adillah kita berkongsi tahniah tersebut sebab perkara ini bukan dimulakan oleh kerajaan hari ini tetapi juga telah pun dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Agama Islam, negeri yang sebelum ni pun YB. Pengkalan Kundor berada pada Februari 2020 dan di peringkat perbahasan ini kerajaan telah merangka dan menerima serta membuat sedikit pindaan daripada apa yang dicadangkan di peringkat awal semasa persetujuan tersebut untuk kita bawa dan di bentangkan pada kali ini.

Pertamanya tentang pindaan usia berkahwin bagi perempuan 16 tahun kepada 18 tahun sepertimana yang telah pun disebut oleh YAB. Menteri Besar, YB. Anak Bukit dan YB. Kupang kita melihat tahap kematangan pada hari ini usia 18 tahun itu merupakan usia yang baik, bila nak mengundi pun 18 tahun sekarang ini. Daripada kes-kes yang berlaku perkahwinan yang berlaku di usia yang muda boelh membawa kepada kes penceraian yang tinggi. Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w menyebut

“abkhadul hala lu’in dallah attolaq. “Perkara yang halal Allah tak suka”, benda tu boleh, jalan keluar kepada perkahwinan, masalah iaitu talak tetapi ia merupakan perkara yang dibenci oleh Allah s.a.w. Dan bila usia kita tingkatkan ini dengan harapan kita memberi ruang dan peluang kepada anak-anak remaja kita khususnya lelaki dan perempuan untuk memperolehi ilmu tentang perkahwinan. 18 tahun tu YB. Dato’ Speaker, kiranya lepas SPM lah. Di peringkat SPM tu pun Pendidikan Islam telah ada pengajian tentang perkahwinan, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri, jadi mungkin boleh ditambah dengan lain-lain program dan kursus-kursus perkahwinan yang dijayakan oleh Jabatan Agama untuk melengkapkan pengantin-pengantin kita ini untuk mereka masuk kepada alam perkahwinan yang mempunyai tanggungjawab yang besar bukan sekadar tanggungjawab untuk hubungan suami isteri tetapi lebih daripada itu tanggungjawab untuk membina generasi yang akan datang, anak-anak, keluarga yang baik, yang soleh, ia merupakan suatu tuntutan daripada Islam membentuk keluarga mawaddah, rahmah.

Jadi, kita mengharapkan dengan peningkatan dari 16 kepada 18 dan bagi lelaki sebelum ni pun dah memang 18 tahun supaya dapat kita memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak ini untuk mereka mendalami ilmu perkahwinan yang secukupnya supaya dapat melayari bahtera perkahwinan, kekeluargaan dengan cara yang terbaik. Dan YB. Dato’ Speaker, ia juga tidak menafikan jika ada keperluan mungkin matang awal, mungkin waris kepada lelaki dan perempuan ini dah bersetuju untuk mengahwinkan anak-anak mereka yang bawah daripada 18 tahun, di sana ida ada jalan keluar iaitu dengan cara memohon kepada mahkamah untuk memberikan kebenaran dan saya pun difahamkan bagi yang bukan Islam, yang berikan kebenaran tu YAB. Menteri Besar, kami pun baru tau, rupa-rupanya YAB. Menteri Besar ni jadi “wali besar” bagi yang bukan Islam untuk berkahwin bawah daripada umur yang dibenarkan. Bila tanya MB dia kat, “dia duk signlah, nak kata wali hakim ka apa tak taulah tapi bagi bukan Islam pun ada ruang-ruang yang telah pun disediakan oleh udang-undang dan perlembagaan. InsyaAllah kita juga mengharapkan bila meningkatkan umur ini ia sebagai sesuatu yang memberikan tempoh yang matang untuk wanita dan juga anak-anak kita untuk meneruskan perkahwinan.

Yang keduanya YB. Speaker,….(YB. Pengkalan Kundor minta laluan)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Sedikit pencelahan.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Ya… Silakan!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Saya nak minta pandangan daripada YB. Sungai Limau. Adakah YB. Sungai Limau bersetuju dengan apabila kita meningkatkan umur daripada 16 kepada 18 bukan saja daripada segi persediaan, bukan saja daripada segi mental tapi daripada segi fizikal ataupun daripada segi perubatandan kesihatan dia. 16 ni daripada segi tumbesaran dia, dia masih membesar dan dia berhenti sekitar 21 tahun baru kita tak membesar. Jadi, maknanya cuba bayang pada masa umur 16 dia kahwin, 17 tahun dia mengandung. Pada masa dia mengandung pada waktu itu apa juga yang masuk, apa juga yang dia makan perlu untuk syer bersama, syer untuk baby dan syer untuk dia sebab dia masih membesar. Jika berlaku kekurangan daripada segi zat dan seumpamanya kedua-duanya akan terjejas. Sebab itu kita melihat hat kahwin awal-awal, hat mengandung banyak ni tanpa pemakanan yang baik akhirnya luruh gigi, luruh rambut dan seumpamanya.

Jadi, apakah YB. Sungai bersetuju bahawa dengan menaikkan umur daripada 16 kepada 18 tadi kepada wanita, kepada lelaki dah dinaikkan kepada 18, akan juga memberi kesempatan daripada segi fizikal dia sekurang-kurangnya walaupun matang fizikal ni 21, walaupun masih ada 3 tahun tapi sekurang-kurangnya meningkatkan kematangannya untuk memastikan bahawa kesejahteraan diri dia dan anak dia apabila mengandung dan seumpamanya. Adakah YB. Sungai Limau bersetuju?

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Dato’ Speaker, tentang kajian-kajian perubatan tu tak taulah saya pun tak baca. Tapi, kalau kita nak kata benda tu menjejaskan, ada sahaja yang berkahwin kurang daripada umur 18, keadaannya biasa. Maknanya kalau kita nak menyebut secara yang tuntas bawah 18 ni akan merosakkan tubuh badan itu sesuatu yang tak adillah secara macm tu. Jadi, mungkin dari segi perubatan lain orang lain dia punya kesihatan dan sebagainya. Jadi, kita melihat secara keseluruhannya yang kerajaan hasil daripada apa yang kita dibincangkan 18 ni sebagai satu usia yang terbaik tapi kalau nak bawah daripada tu ada jalan keluar yang lain.

Mungkin ibu ayah bila ada anak yang lelaki perempuan yang tengah ambik SPM pun duk tengah bercinta dah, kemudian ayah perempuan pun bersetuju, ayah lelaki pun bersetuju tapi anak tak cukup umur lagi, maka boleh berjumpa dengan hakim dan kita pun harap hakim pun akan beri pertimbangan yang sewajarnya kepada kes-kes yang bila waris pun bersetuju dan sebagainya. Jadi, bab perubatan tu mungkin mereka yang lebih arif boleh komen perkara tersebut sebab Islam membenarkan, bukan hanya tadi YB. Anak Bukit sebut akil baligh, tak akil baligh pun boleh kahwin. Jadi, itu merupakan suatu yang ada dalam syarak.

Perkara yang kedua berkaitan dengan hukuman yang telah pun dibentang untuk dinaikkan daripada RM1,000 ataupun 6 bulan penjara kepada RM3,000 dan 1 tahun penjara. Yang ni YB. Dato’ Speaker, kalau sebelum ni kita boleh sebut lah minta maaf tu lebih mudah daripada minta izin tapi kalau YB. ADUN-ADUN kami difahamkan dan kita semua pun faham, YB. Gurun, YB. Dato’ LA ada sebut dia kata, “kalau kena kepada Yang Berhormat ni tak boleh bertanding dah la”. Sebab hukuman tu menyebabkan kelayakan seseorang ADUN gugur. Macam tu YB. Dato’ LA kan? Tapi, untuk kita memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya kita dapat memberikan keadilan, kalau nak kahwin nak poligami, tak payah pi Siam lah, ada jalan keluar dia iaitu dengan cara memohon di mahkamah. Kalau sebelum ni mungkin orang menganggap RM1,000 tu sikit, kita harap dengan peningkatan hukuman ini kita dapat memberikan kesedaran kepada rakyat ataupun masyarakat kita supaya mereka mengikut jalan yang betul. Dan cadangan untuk menaikkan kepada RM5,000 sebelum ni YB. Pengkalan Kundor, kita merasakan ia seolah-olah sama dengan hukuman kepada mereka yang zina. Jadi, kita nak samakan kes-kes itu sebab tu meletakkan kepada yang pertengahan kepada RM3,000 sebagai hukuman.

Seterusnya YB. Dato’ Speaker, perkara ini pun telah dibincangkan dan dicadangkan dalam Jawatankuasa agama, tentang tadi pun YB. Anak Bukit sebut penambahan untuk kita memastikan kes-kes yang berada di mahkamah syariah ini dapat kita pendekkan. Kita pernah mencadangkan dan akan terus mencadangkan untuk kita menambah hakim-hakim syarie ni di beberapa daerah yang mempunyai kes yang tinggi, jadi tak perlu kongsi, tak perlu hakim daripada yang kurang kes untuk ke daerah yang banyak kes. Kita menambahkan hakim-hakim ini dan InsyaAllah kita harap dengan penambahan hakim-hakim ini dapat mengurangkan tempoh bagi sesuatu perbicaraan. Yang keduanya, kita juga mencadangkan mungkin boleh difikirkan di peringkat jabatan agama supaya ada di peringkat jabatan ni peguam, penasihat guaman macam tu lah, kalau ibu-ibu khususnya wanita lah yang masalah rumah tangga ni nak dapat khidmat bantuan guaman tu kadang-kadang bila sebut peguam dia duk bayangkan kos yang tinggi. YB. Sungai Taing kan, kalau pi jumpa ada kos, sembang ada kos.

Jadi, mungkin di peringkat jabatan agama untuk kita adakan sama ada nak namakan penasihat guaman untuk ibu-ibu yang kita panggil B40 dan sebagainya supaya mereka boleh mendapat nasihat guaman yang terbaik. Kalau tadi YB. Gurun sebut, ada kes yang dah panjang, mungkin cara permohonannya tu tak betul, dia boleh mintak fasak, dia boleh minta ruang-ruang yang lain yang mungkin boleh diberikan oleh peguam-peguam yang terlatih ini yang diberikan secara percuma khidmat mereka mungkin ada di jabatan agama ataupun di Sungai Petani dan Alor Setar supaya ibu-ibu ini boleh mendapat khidmat guaman yang terbaik. Jadi, InsyaAllah kita mengharapkan pindaan yang dibuat ini adalah untuk memberikan kesejahteraan kepada khususnya warga muslim dalam negeri kita dan kita juga mengharapkan supaya kes-kes yang dibicarakan di mahkamah syariah ini apabila diputuskan ia tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah yang lain. Jadi, perkara ini perlu untuk diteruskan bagi kita memastikan bahawa undang-undang kekeluargaan Islam ini dapat dimantapkan dalam negeri kita. Sekian, terima kasih YB. Dato’ Speaker di atas ruang yang diberikan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam. YB. Suka Menanti!

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Dato’ Speaker memberikan ruang untuk terlibat sama dalam pindaan kepada enakmen undang-undang keluarga Islam pada kali ini. Alahmdulillah YB. Dato’ Speaker pada kali ini saya akan bawa kita akan tengok dalam 3 sudut tentang isu ini, tidak semudah potong 16 ganti 18. Bagi saya kita kena tengok daripada beberapa sudut supaya kita dapat lakukan keadilan. Yang penting kita berikan keadilan ini kepada masyarakat dan juga ahli masyarakat khususnya pada zaman ledakan informasi sekarang ini dengan ‘exposure’ kepada ‘modern live staile’ sekarang ini kita kena tengok dengan lebih baik tentang pindaan ini sebab kita nak buat pindaan ataupun kita nak gubal undang-undang ini yang kita nak adalah keadilan kepada masyarakat dan juga ahli masyarakat semuanya terpelihara. Jadi YB. Dato’ Speaker, antara yang saya nak tengok dalam isu ini adalah kalau dahulunya disebut kenapa dihadkan 16, saya buat sedikit kajian kenapa dihadkan 16, kerana dianggap 16 adalah tempoh yang sesuai bagi seseorang perempuan, wanita muslimat itu mencapai tahap kematangan supaya dia boleh buat keputusan dengan diri sendiri ataupun kalau sebelum 16 disebut sebagai ‘incapable to be concern’ (dengan izin) maksudnya sebelum 16 itu seolah-olah mereka belum mencapai kesempurnaan kematangan ataupun dalam bahasa yang lebih spesifik disebut ‘they cannot comprehend the nature, quality and consequences of the act institution’ (dengan izin).

YB. Dato’ Speaker, yang saya nak sebut di sini ialah apabila kita ubah 16 kepada 18, kita tidak boleh hanya berdasarkan persepsi ataupun andaian ataupun mungkin dan sebagainya. Kalau daripada segi Islamnya apa pandangan jumhur ulamak, kenapa sebelum ini diambil 16 dan kenapakah ulamak kontemporari ini membenarkan kita untuk mengubah kepada 18. Jadi, dengan sebab itu saya berharap untuk membentangkan pindaan ini pihak kerajaan telah melakukan ‘homework’ telah berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri atau mendapat pandangan mufti dan sebagainya supaya pandangan ulamak kontemporari ini benar-benar bersetuju bahawa tahap kematangan untuk mendirikan rumah tangga ini bagi seorang perempuan wanita muslimat ini adalah 18, itu satu yang sangat penting bagi saya. Yang pastinya perlu diadakan satu kajian atau muzakarah yang menentukan mereka ini telah pun hanya 18 lah baru mereka mencapai ‘complete competency’ (dengan izin).

YB. Dato’ Speaker, yang keduanya saya nak mengajak kita melihat satu lagi sudut bila kita nak pinda ‘Islamic Family Law’ ini ataupun Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ini, masih lagi dalam isu 16 kepada 18 ini tentunya kita berdasarkan fakta-fakta yang jelas. Maksud saya kita mesti ada data untuk 10 tahun terakhir ini di Negeri Kedah sebab yang kita nak pinda ini untuk Kedah bukan buat untuk negeri lain. Maksudnya di Kedah untuk 10 tahun terakhir kita ada data, berapa orang yang minta nak kahwin bawah umur 16 tahun, berapa orang kahwin pada ketika 16 tahun bagi perempuan, berapa orang kahwin ketika 17 tahun, itu penting sebab berdasarkan data ini untuk kita berdepan dengan masyarakat warganegara muda yang kita tahu sekarang ini mereka sangat terdedah kepada teknologi maklumat ini dengan ‘live staile’ hari ini mereka nak tau apakah kita benar-benar waras dalam menentukan perlembagaan dan juga pindaan pada kali ini. Jadi YB. Dato’ Speaker, saya harap ada kalian kalau boleh dikongsikan dengna kita di dalam Dewan ini. Berapa kadar pendaftaran pernikahan yang berlaku di Negeri Kedah yang berusia 16 tahun yang perlukan kebenaran, berapa yang 16 tahun, berapa yang 17 tahun yang berlaku di Kedah yang berlaku dalam tempoh 10 tahun yang terakhir, cukup sebab kita nak pinda yang 2008.

Kalau tidak kita kata wanita ni, oh! Tak matang, wanita tak boleh buat keputusan, kita kata kat sapa kan? Adakah berlaku pernikahan itu? Dan lebih besar lagi untuk kita buat keputusan ini ialah bila kita nak kata dia tak matang, bila nak kata dia tak mampu membuat keputusan sendiri, betulkah maknanya ada satu lagi akta yang boleh kita lihat, data penceraian yang disebut oleh Yb. Sungai Limau atadi adakah ada penceraian ataupun krisis keluarga, krisis rumah tangga yang berlaku kepada keluarga muda 16 tahun ini? Kahwin umur 16 tak berapa matang akhirnya 17 bercerai. Ada ka? Dan berapa? Benda ni berdaftar dan kita tau YB. Dato’ Speaker.

Kalau yang kahwin umur 17 tahun, ok tak cukup matang, tak boleh buat keputusan, akhirnya dia bercerai pada awal 18 tahun. Ada ka? Jadi, kita nak tau yang tu berapakah bilangan, berapakah kadar yang berlaku dan kita cuba bandingkan hat 18 tahun adakah sudah selesai masalah? Seolah-olah kita buat pindaan ini kita kata kalau kita hadkan kepada 18 tahun dan ke atas, mereka ini telah pun lengkap, mereka boleh buat keputusan dan akhirnya tidak berlaku lagi perkara-perkara yang kita bimbangkan berlaku kepada keluarga muda 16 hingga 17 tahun. Ini penting data ini kalau boleh dikongsikan di sini dan saya harap data ini menjadi satu bahan asaslah dalam kajian muzakarah perbincangan untuk menentukan untuk dibawa pindaan ini, takkan main andaian dan persepsi. Tapi kalau mungkin tidak ada, buat-buat kata nak bagitau bertulislah senang ataupun buat-buat senyap teruslah, tak payah jawab kalau kita tak dak data-data itu dalam kita membuat pindaan pada kali ini.

Sudut ketiga yang saya nak bawa juga untuk kita kongsikan di Dewan ini YB. Dato’ Speaker ialah 16 tahun itu adalah sangat signifikan disebut bukan saja dalan enakmen undang-undang keluarga tapi 16 tahun juga sangat signifikan dalam undang-undang sivil. Dalam panel code undang-undang sivil ini disebut sangat jelas. Kenapa 16 tahun, kenapa bukan 16 tahun dan kenapa selepas 16 tahun khususnya yang melibatkan ‘statutory rape law in Malaysia’ (dengan izin). Ini YB. Dato’ Speaker yang saya nak bawa cerita kenapa 16 tahun disebut dengan jelas dalam panel code itu kerana dikategorikan di bawah 16 tahun itu tak mampu, tak matang dan sebagainya. 16 tahun dia boleh buat satu keputusan tersendiri dan sebagainya jadi, kalau di sini kita pinda Rang Undang-undang Enakmen Islam, cantik dah untuk dijadikan 18 tetapi di sana, dibawah sivil law, perempuan muslimat 16 dan 17 ini tidak dilindungi, YB. Gurun, mereka tidak dilindungi di bawah panel code sivil law sebab di situ mereka dah dibebaskan 16 dan 17 ini boleh buat apa sahaja tetapi nak kahwin tak boleh.

Dalam kes ini bukanlah saya bela ataupun nak galakkan orang kahwin umur 16, 17 tetapi saya nak sebut ialah bila kita sebagai Ahli Dewan Undangan, kita sebagai pembuat undang-undang, ‘law maker’ bila nak buat keputusan kita mesti jelas. Pertama tadi kita selesaikan tadi masalah dari segi sama ada jumhur ulamak bersetuju atau tidak kita pinda daripada tahap nak membuktikan kematangan wanita itu kena selepas 18. Yang kedua, mesti data yang jelas tentang kenapa menunjukkan 16 dan 17 ini memang dia ‘create’ banyak ‘problem’, sampai bergegar arash. Adakah dibuat oleh orang 16, 17 ataupun dibuat orang 60, 70? Jadi, jangan kita salahkan semua anak-anak muda ni sebagai, “depalah orang yang tak matang, depalah orang yang tak boleh buat keputusan, itu tak betul kita kena buat keputusn ynagn cukup jelas kenapa dan ‘background base’ yang kita pegang itu adalah benar untuk membuktikan, ini pindaan dan kita tak menghalang pun sebab kita tau tadi kalau kata ada beberapa orang akhirnya mintaklah, kalau dia rasa-rasa dia ‘speacial’ daripada orang lain dia nak kahwin minta kebenaran, Cuma dipersulitkan sikit sebab tak mau bagi.

Dipersulitkan sikit tak diberikan secara mudah jadi, dia kena mintak. Dalam kes ini, 2 aspek YB. Dato’ Speaker yang pertama ialah apakah benar-benar ulamak kontemporari ketika ini khususnya Majlis Fatwa Negeri Kedah sebab ini untuk Kedah, bersetuju dalam tindakan ini dan yang kedua adakah kajian-kajian ini berdasarkan fakta yang betul, yang jelas yang menunjukkan ini puncanya kita sebagai pihak law maker ni nak buat keputusan supaya nak menyekat risiko tentang krisis rumah tangga yang mungkin berlaku kepada ibu muda dan sebagainya.

Tadi yang ketiga ialah saya nak ingatkan bahawa di sana bahawa panel code tu dalam keadaan yang masih tidak diadjust malah kalau saya baca di bawah code kajian tu saya lagi takut. Mereka nak cadangkan nak turunkan umur tu daripada 16 kepada 13 sebab dia rasa dengan ledakan informasi sekarang ini, remaja ini boleh buat keputusan lebih awal dalam isu-isu begini. Mereka mencadangkan untuk menurunkan kepada 13 bukan 16 dalam isu panel code begitu juga tentang statutory rape itu. Saya bimbang lebih besar kelompok yang tak dilindungi dalam masyarakat ini sedangkan kita mengambil kepada andaian. Dengan itu YB. Dato’ Speaker, bagi saya untuk part yang kedua tadi tentang pindaan kepada hukuman poligami yang tidak mendapat kebenaran itu bagi saya juga kajain kita mesti jelas makna RM1,000 yang diletakkan di situ pada 12 tahun yang lalu pada nilai ringgit dan sebagainya berapa nilai yang sebenar pada hari ini. Kalau tadi Yb. Sungai Limau kata pakai nak ambik jalan tengah saja, dah RM1,000 letak RM5,000 ambik RM3,000 lah, jadi macam tu lebih kurang. Tapi sebenarnya kita kena buat kajian apakah hukuman itu boleh benar-benar menjamin supaya tujuan kita nak menghalang daripada seseorang terus melanggar peraturan itu. Kalau dia rasa ringan sangat RM1,000, RM3,000 baru dia takut, RM3,000 lah. Kalau RM3,000 pun dia tak takut, dia ada RM3 juta, takut apa dengan RM3,000 kan? Siapa yang melanggar undang-undang ini, siapa yang akan bayar hukuman ini? Kita kena ada base yang cukup jelas bila kita nak buat satu-satu keputusan. Begitu juga dengan penjara, apakah selama ini hukuman penjara selama 6 bulan ini tidak dapat menghalang daripada kesalahan tersebut terus berulang. Apakah hanya dengan 12 bulan baru kita boleh menghalang kesalahan ini dari terus berulang di Negeri Kedah ini, bukan negeri lain tapi Negeri Kedah.

YB. Dato’ Speaker, saya tiada masalah dalam isu ini, saya boleh bersetuju dengan syarat yang pertama rujukan telah dibuat kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah dan juga mendapat ‘concern’ mufti bahawa inilah wakiat semasa di Negeri Kedah, maksudnya kita di Negeri Kedah disyorkan supaya hanaya dibenarkan kahwin selepas 18 tahun supaya akhirnya bukan saya tanggung tapi keputusan Majlis Fatwa yang telah menetapkan undang-undang sebegitu sebab saya tengok jumhur ulamak sebelum ini sangat jelas.

Yang keduanya ialah realiti dan kenyataan yang dipaparkan oleh data statistic menunjukkan bahawa benar-benar berkahwin 16, 17 ini ada masalah, berlaku penceraian, krisis dan sebagainya dan 18 hingga ke depan itu sebenarnya telah pun agak selamat untuk kita berikan kebenaran. Diharap 2 perkara ini menjadi faktor asas kuat dalam kita membuat keputusan bersama ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Kalau dah tak ada saya minta YB. Kupanglah untuk menggulung!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang dihormati Allah sekalian. Sesungguhnya semangat daripada pindaan ini adalah menjurus kepada pengawalan ke atas kecenderungan sebahagian orang yang boleh dikatakan tergesa-gesa mengahwini anak-anak apabila mereka melakukan keterlanjuran dan sebagainya juga kepada remaja yang belum bersedia daripada aspek emosi, mental serta kemampuan mengurus perkahwinan selepas akad diadakan. Ini bererti pindaan ini bukan bermaksud menyekat perkahwinan tetapi sebagai penimbangtara daripada pihak berwajib kepada masyarakat dengan maksud mengharmonikan keadaan yang melibatkan golongan remaja ini. Rasanya sesuai kalau saya ibaratkan macam polis membuat sekatan jalan raya dengan tujuan keselamatan dan bukan menutup terus jalan tersebut.

Jadi dalam konteks ini, pihak mahkamah mempunyai kuasa kewalian dalam menentukan kelangsungan perkahwinan itu kerana pihak yang boleh membuat timbang tara tentunya pihak mahkamah dan pihak yang berwajib melalui mahkamah dan dalam konteks ini mahkmah syariah. Adapun daripada segi proses ini berlaku seperti yang dibangkitkan oleh YB. Suka Menanti tadi di mana kalau kita lihat dalam dipanggil sebagai ‘uruf syarak, ada juga proses peiktibaran ataupun proses ujian perlu diadakan dalam konteks umpamanya saya petik

“Wabtalul Yata Mahatta Iza Balakhul Nikah Wa In A Nastun Minhun Rushdan Far Fa’uilal Amwa Lahum”.

Maknanya buatlah ujian kepada anak-anak yatim yang tidak mempunyai wali sehinggalah dia menyampai kepada umur baligh, umur nikah dan kalau kamu yakin bahawa mereka itu sudah ada “rushdan” maknanya kematangan maka bolehlah serahkan harta itu kepada mereka. Jadi, maknanya di sini proses ujian untuk anak-anak unuk diberikan tanggungjawab itu berlaku dalam konteks kanak-kanak.

Jadi, sebab itulah dalam soal baligh dan rush diambil diambil kira dalam pertimbangan ini. Jadi ada orang yang umurnya sudah baligh tapi tidak ada arrush, maknanya kematangan, hanya baligh tetapi tidak matang. Ada yang tak baligh tetapi matang, ada jugak. Tapi secara umumnya kematangan itu ialah berada selepas kita mencapai umur baligh.

Jadi, apa yang dibangkitkan dalam menetapkan umur 18, sebenarnya perkara ini telah melalui proses perundangan dan juga kita telah adakan perbincangan melalui Jawatankuasa Penggubalan di mana di dalam Jawatankuasa Pengubalan ini ada anggota-anggota yang pakar dalam syarak iaitu para ulamak. Jadi, perkara ini sudah pun dibahaskan ya dan saya rasa tidak lagi menimbulkan keraguan dan antara perkara atau kaedah yang dipakai ialah “al ‘adah muhakkimah”. Sebenarnya secara umumnya dalam masyarakat Malaysia walaupun tidak keseluruhan tapi pada masa-masa yang kita boleh ukur berdasarkan kepada tempat umpamanya, saya minta di sini saya sebut Pulau Tuba iaitu masyarakat nelayan yang terbiar, yang agak ketinggalan. Di sini maknanya perkahwinan dan perceraian umur 16 ini adalah biasa saja. Di sinilah timbulnya masalah-masalah yang berbangkit. Jadi, dalam mengatasi masalah ini maka kita melihat bahawa “al ‘adah muhakkimah” itu ada yang berlaku di sesuatu tempat itu boleh dikira sebagai suatu hukum untuk kita memberikan suatu jawapan kepada persoalan yang timbul dalam masyarakat. Untuk menentukan perlukah data berapakah kadar berlaku di bawah umur di dalam keputusan kita membuat satu-satu perundangan dan sebagainya, saya rasa perkara ini juga kita ambil secara umumnya berdasarkan kepada kes-kes yang berlaku di mahkamah, jumlah perceraian dan sebagainya menjadi asas kepada penggubalan ini.

Statistik yang berlaku di mana statistik Kes Perkahwinan Bawah Umur Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008, bagi tahun 2017, lelaki 96, perempuan ada 85, jumlah ialah 181. Bagi tahun 2008, lelaki 115, perempuan 107 dan jumlahnya 222. Bagi tahun 2019, lelaki 95, perempuan 68, jumlah 163. Bagi tahun 2020, lelaki 102, perempuan 62, jumlah 164. Bagi 2021, lelaki 101, perempuan 77, jumlahnya 178. Jadi, keseluruhannya ialah 908. Data ini diperolehi daripada Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam (SPPIM) pada tarikh 23 Mei 2022. Jadi, ini diantara perkahwinan yang berlaku. Jadi dalam keseluruhan ini telah dikenal pasti bahawa kes-kes perceraian yang berlaku kebanyakannya berdasarkan kepada kedudukan perkahwinan awal iaitu umur di bawah 16. Oleh itu, kita membuat kesimpulan ini bahawa pada dasarnya apa yang berlaku itu boleh dijadikan sandaran bagi menentukan kes-kes perceraian ini tidak berlaku berleluasa dan juga dalam masa yang sama kita melihat bahawa kes-kes perceraian di bawah umur ini disebabkan oleh banyak faktor antaranya ialah faktor-faktor camputangan keluarga, faktor-faktor ekonomi, faktor-faktor moral, sepertimana penagihan dadah dan sebagainya yang menyebabkan perceraian itu.

YB. Speaker, mengenai dengan apa yang dibangkitkan YB. Anak Bukit tadi iaitu menyelesaikan kes gantung tidak bertali mengambil masa yang panjang. Sebenarnya kes ini telah pun dikesan, akan tetapi langkah-langkah yang sedang kita ambil ini nampaknya mempunyai permasalahan-permasalan yang berkaitan. Permasalahn pertama sekali ialah tentang bagaimana sesuatu perjawatan itu agak sukar diluluskan dalam masa terdekat ataupun mengambil masa yang panjang umpamanya. Jadi maknanya sesuatu perjawatan itu nak diluluskan terpaksa kita berhubung dengan pihak agensi pusat, JPA dan sebagainya, prosesnya terlalu panjang. Walau bagaimanapun, perkara ini memang kita terus mengusahakannya dan juga melalui langkah-langkah yang sedang kita ambil antaranya ialah melalui “hakim bantu”. Walaupun ianya tidak menyelesaikan secara tuntas masalah-masalah yang berbangkit, tetapi sekurang-kurangnya hakim bantu ini dapat mengecilkan bilangan kes-kes yang tertangguh. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk penambahan hakim dan tempat penghakiman ataupun bangunan mahkamah. Memang di Negeri Kedah ini ada beberapa kawasan lagi yang kita anggapkan bangunan mahkamah ini agak uzur. Antaranya ialah Pokok Sena yang sekarang ini terpaksa menyewai lot kedai dan kita telah pun melaksanakan proses untuk menaik tarafkan mahkamah syariah di daerah-daerah, InsyaAllah.

YB. Dato’ Speaker, boleh saya bertanya YB. Kupang sikit. YB. Kupang, ini bukan masalah tak cukup staf di pejabat agama ni, masalah ‘attitude’. ‘Attitude’ nya ialah bila orang perempuan dating dia kata, “boleh dak balik rujuk dulu”. Kadang-kadang sampai 9 tahun nak rujuk, sedangkan dia tahu latar belakangnya cukup jelas. Jadi, apa yang menyebabkan pegawai-pegawai ini cukup susah nak memberikan kebenaran sedangkan fakta di depan ini cukup jelas bahawa kalau dia ‘extention’ pun dia tak boleh selesai masalah, tapi lebih baik dia failkan perceraian. Ini saya ingat masalah ‘attitude’, adakah dia tak mau buat kerja lebih ka, ataupun ada hukum syarak ka sebab saya tak tau. Mungkin memberi nasihat yang memanjangkan keadaan itu lebih baik daripada memendekkan atau apadia. Tapi saya rasa masalah ‘attitude’. Pegawai-pegawai mengambil masa yang amat panjang kerana mereka tidak mahu membuat keputusan dan sebaliknya. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Terima kasih YB. Gurun. Sebenarnya kalau kita nak longgokkan kepada pegawai-pegawai yang mengatakan mereka lemah, saya rasa tidak adil kerana kadang-kadang pasangan itu sendiri yang menimbulkan masalah. Apabila pihak mahkamah ataupun pihak bahagian syariah di jabatan agama Islam minta supaya suami datang untuk kita memberi kaunseling dan juga untuk melaksanakan perintah mahkamah terhadap kes

yang sudah dibicarakan, dia tak datang. Saya tidak mengatakan bahawa semua pegawai-pegawai itu ‘perfect’, tapi nak longgokkan kesalahan, kelemahan mereka saya rasa tidak adil dan masyarakat harus fahamlah bahawa kadang-kadang suami yang tidak bertanggungjawab itu tidak akan mempedulikan hak-hak isterinya sampai menghadir diri ke mahkamah pun mereka tak sanggup datang. Itulah dianta sikap yang terdapat dalam masyarakat kita.

Selain daripada itu, kegagalan terhadap mengambil keputusan kes dan kesan kepada kanak-kanak. Jadi, saya merasakan bahawa memang daripada kes yang sedang berlaku di mahkamah itu menyebabkan kes-kes yang melibatkan anak-anak antaranya masalah pendaftaran. Banyak kes-kes yang dikesan bahawa apabila berlaku perceraian, anak-anak sedang membesar dan bila sampai umur 7 dan 8 tahun masih tidak mendapat kad pengenalan dan juga menghadapi maslaah dalam pendaftaran di sekolah-sekolah dan sebagainya. Maka itulah saya merasakan bahawa soal undang-undang keluarga ini perlu dikemaskinikan dan hendaklah kita melaksanakan tanggungjawab kita di mana ruang-ruang yang boleh kita lakukan maka terpaksalah kita lakukan antaranya ialah untuk meminda undang-undang ini. Saya berpendapat bahawa pindaaan undang-undang ini bukan boleh menyelesaikan keseluruhan masalah yang timbul tetapi kita ada kaedah dia, ‘ma la yud rakulluh la yud rakulluh’. Benda yang kita tak boleh buat semua maka jangan kita tinggal semua, buat apa yang kita boleh buat. Sekarang ini sedang kita jalankan perkara-perkara seperti tindakan-tindakan telah kita jalankan sebaik mungkin.

Saya mengambil perhatian lagi kepada soal tugas ‘stagest’ mahkamah sedang diusahakan, bagaimana kita akan meningkatkan mahkamah-mahkamah yang sedia ada itu setra dengan mahkmah sivil, InsyaAllah kerana kita nak belihat bahawa proses perundangan itu dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

Jadi, YB. Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya rasa itu saja penggulungan saya……(YB. Suka Menanti minta laluan)

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Sedikit penjelasan!

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

YB. Dato’ Speaker, mohon sedikit penjelasan. Tadi disebut tentang daftar nikah di bawah umur lah, maksudnya yang itu adalah di bawah 16 tahun, yang saya minta ialah bawah 16 tapi kita nak tengok 16 dan 17 apakah kesannya kepada tuduhan yang dilemparkan kononnya mereka inilah yang banyak berlaku krisis keluarga dan sebagainya. Jadi, kalau 908 tadi tu untuk tempoh 5 tahun mesti dibelakang ni adalah berapa juga kes perceraian dan tadi disebut dengan faktor-faktor berlaku perceraian itu adalah campur tangan keluarga, ekonomi, moral dan faktor ini bukan terjadi hanya untuk orang berumur 16 tahun, orang 60 tahun pun kalau dibelengu isu-isu ini ia akan melibatkan perceraian. Bagi saya mudah saya mudah saja sebab itu saya nak diletak satu titik yang jelas, saya tidak mahu menuduh remaja-remaja ini tidak matang, remaja ini sebagai tidak mampu berfikir, tidak mampu buat keputusan, cuma kita di pihak kerajaan harus meletakkan sikap bahawa kita nak menjaga kemaslahatan secara umum masyarakat dan ahli masyarakat, jadi biarlah benda itu benar-benar membuktikan kedudukannya.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Dato’ Speaker, kita pun tak sebut tak matang benda ni, meningkatkan kematangan di usia 18.

Speaker

YB. Kupang, sila teruskan!

Terima kasih. Sebenarnya apa yang kita lakukan ini melihat kepada perkara-perkara yang sedang berlaku di hadapan kita. Masalah kebanyakannya ialah masalah remaja. Kes-kes yang berlaku, jenayah juga banyak melibatkan remaja. Perkara-perkara ini berlaku ialah berpunca daripada perubahan umur, daripada umur baligh kepada umur dewasa itu dan masa inilah masa yang kritikal dan pengalaman ini dilalui oleh semua orang terutama sekali ibu bapa. Ibu bapa dapat memerhatikan anak-anak mereka. Kita sebagai seorang bapa kita boleh mengenal pastilah proses-proses yang sedang berjalan dan bagaimana kita nak menghadapi masalah ini. Bahkan ramai di kalangan kita bila anak melangkau ke remaja kita rasa susah hati, kita rasa bimbang dan sebagainya lebih-lebih lagi dalam era teknologi moden ini yang didedahkan dengan pelbagai maklumat yang negatif, yang boleh merubah pemikiran dan golongan mudalah antara golongan yang mula-mula menerima kesan daripada perubahan dan ledakan teknologi maklumat ini.

Inilah boleh dijadikan kesimpulan walaupun kita tidak mempunyai data secara detailnya tetapi boleh kita buat kesimpulan bahawa dalam ‘period’ remaja inilah suatu ‘period’ yang cukup kritikal dalam pendidikan sama ada di kalangan remaja lelaki mahupun remaja perempuan. Kita lihat juga bagaimana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menangani persoalan ini dan mereka dibeban dengan kes-kes yang cukup berat untuk menangani persoalan ini. Saya rasa tidak salah kalau kita jadikan persoalan ini sebagai landasan walaupun kita tidak dapat menentukan secara ‘detail’nya yang melibatkan remaja ini.

Jadi, saya rasa itu saja yang dapat bagi penggulungan, Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih kepada YB. Kupang.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipertsetujui)

Speaker

Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

-FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 4

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 4 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 5

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 5 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 6

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 6 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 7

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 7 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 8

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’.. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 8 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 9

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 9 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 9 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 10

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 10 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 10 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 11

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 11 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 11 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022”. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

VI. Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara 2020 Siri 1 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman.

Setiausaha Dewan

Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara 2020 Siri 1 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon mencadangkan suatu Usul yang berbunyi:-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2020 Siri 1 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 12 Tahun 2022 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abdul SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi :-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2020 Siri 1 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 12 Tahun 2022 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

VII. Tangguhan Sidang Dewan

Setiausaha Dewan

Tangguhan Sidang Dewan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Sekian, terima kasih.

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang begini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi di masa-masa yang akan datang. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.