Kedah · 13 March 2023

14th Assembly, 6th session, 1st meeting · 265 turns · 37,268 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Kita mulakan dengan bacaan doa.

Setiausaha Dewan

DOA

Speaker

Bismillahirrahmanirahim saya ada beberapa pemakluman, itu yang pertama. Sukacita saya umumkan Ketua Pembangkang sekarang ialah YB. Suka Menanti, berkuat kuasa 1 Februari 2023. Yang kedua, saya nak maklumkan kerusi Gurun telah kosong setelah mantan YB. Gurun telah meletak jawatan pada 12 Disember 2022. Kerusi Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini. Yang ketiga, berlaku pertukaran tempat duduk YB. Sungai Tiang dan YB. Bandar Baharu dari sebelah kanan bertukar sebelah kiri mulai 20 Februari 2023 (ada di sana). Yang keempat, adalah dimaklumkan ADUN Alor Mengkudu yang dulunya adalah ADUN Amanah dan telah menjadi ADUN Bebas. Mulai 11 Mac 2023, ADUN Alor Mengkudu adalah ADUN PH (Pakatan Harapan) iaitu ahli parti PKR. Saya ada nombor ahlinya apa semua, tak payah cerita. Jadi, YB. Alor Mengkudu bukan calon bebas sekarang dia adalah ADUN PKR. Mana dia taktau YB. ADUN Alor Mengkudu? Haa..Dia lompat sebelum 1 haribulan April, kalau 1 haribulan April, tak boleh lompat! Yang kelima, kita memperuntukkan masa untuk membahaskan titah ucapan Tuanku Sultan, peruntukan masa ini kita beri kepada Ketua Pembangkang dan Ketua ‘back benchers’ 30 minit.

Ahli-ahli Yang Berhormat, seorang 15 minit, penggulungan oleh Exco 20 minit, penggulungan oleh MB 45 minit atau sehingga habis dan yang terakhir di atas galeri sana ada rombongan dari Terengganu, kita mengalu-alukanlah kedatangan rombongan dari Terengganu dan yang di hujung sekali tu ADUN lantikan wanita. Rupa-rupanya di Terengganu, selain daripada ADUN yang dipilih ada ADUN lantikan lima enam kerusi. Jadi, Kedah kalau nak fikir-fikirkan dari segi itu, Sabah pun ada, Pahang ada, kalau Kedah nak fikir, fikirlah. Tamat bahagian pemakluman.

Urusan seterusnya setiausaha!

Setiausaha Dewan

Pembentangan Kertas-kertas Dewan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.

I. Pembentangan Kertas-Kertas Dewan Oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.

Speaker

YB. Guar Chempedak, ada apa cerita tentang YAB. Jeneri ni? On the way?!’

MB dia cedera main bola, jadi dia lambat sikit. Sampai dah, duk ada di bawah dah.

Bila masa yang kita peruntukkan itu pendek, jadi diminta Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap ‘direct to the point’, tak perlulah mukadimah yang panjang-panjang sangat ataupun tak perlulah mukadimah, ‘direct to the point’.

YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, saya nak mempersilakan Yang Amat Berhormat untuk membentangkan Kertas-kertas Dewan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato Speaker, saya mohon membentangkan Kertas-kertas Dewan seperti di meja Ahli- ahli Yang Berhormat.

Kertas Dewan Bil. 1 Tahun 2023

Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Kedah Tahun 2021.

Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 2023

Penyata Kewangan Yayasan Islam Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021.

Kertas Dewan Bil. 3 Tahun 2023

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah ke atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Kedah Siri 1 Dan Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Jabatan Negeri Kedah Siri 2 Tahun 2018.

Kertas Dewan Bil. 4 Tahun 2023

Penyata Kewangan Perbadanan Pepustakaan Awam Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021.

Kertas Dewan Bil. 5 Tahun 2023

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

Kedah Bagi Tahun 2021.

Kertas Dewan Bil. 6 Tahun 2023

Penyata Kewangan Pihak Berkuasa

Tempatan Negeri Kedah Bagi Tahun

Berakhir 31 Disember 2021.

[Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Langkawi, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap dan Majlis Daerah Bandar Baharu].

Terima kasih.

Speaker

Urusan seterusnya.

Setiausaha Dewan

Sesi Pertanyaan-pertanyaan Mulut.

Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Mulut.Questions

Speaker

Setiap pagi menyorok pulut, Makan bersila di bawah khemah, Sekarang tiba sesi pertanyaan mulut, Tanya dan jawab secara berhemah.

Selepas menyorok berehat di titi, Melihat arnab berlari-lari, Soalan pertama dari Suka menanti, Harap dijawab oleh Jeneri.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Speaker. Saya mohon komitmen kerajaan ke atas mangsa-mangsa bencana kepala air di Yan dan juga Kampung Iboi diberikan penjelasan pada hari ini. Terima kasih.

Dato' Hj. Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

1. Berdasarkan komitmen Kerajaan Negeri dan Persekutuan, berapakah bilangan rumah yang akan dibaiki dan dibina ganti untuk mangsa kepala air di Yan dan Kg Iboi? Apakah status pembinaan? Bilakah tarikh boleh dimasuki?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Lambat sikit nak bangkit YB. Dato’ Speaker, pasal ‘injured’.

Speaker

‘Take your time’!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Main bola! Terima kasih ADUN Suka Menanti, tahniah kerana telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah (kena tepuk meja sikit). Berdasarkan komitmen kerajaan negeri dan Persekutuan berapakah bilangan rumah yang akan dibaiki dan dibina ganti untuk mangsa banjir kepala air di Yan dan Kampung Iboi, status pembinaan dan tarikh dimasuki. Berdasarkan kelulusan peruntukan Persekutuan yang direkodkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kedah yang telah dikemas kini pada 16 Februari 2023, status bantuan bina baharu dan baik pulih rumah kepada mangsa bencana kepala air di Yan tahun 2021 dan Kampung Iboi, Baling pada tahun 2022 dan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah adalah seperti berikut.

Di Yan, baik pulih 55 unit rumah, status pelaksanaan 100% siap, semua rumah telah diduduki. Peruntukan Kerajaan Persekutuan agensi pelaksana Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dikemas kini pada 16 Februari 2023 di Kampung Iboi, Kupang, bina baharu, 8 unit rumah melalui surat arahan pelaksanaan, baik pulih 50 unit melalui surat arahan pelaksanaan PPRT, KKW. Status pelaksanaan bina baharu 4 unit siap 100% dan telah diduduki. Peruntukan Kerajaan Persekutuan status pelaksanaan ada lagi 4 unit dalam pelaksanaan 70% siap, tarikh dijangka siap 28 Februari. Baik pulih rumah 34 unit siap 100%,16 unit dalam pelaksanaan tarikh jangka siap 16 Mac.

Kampung Iboi, Kupang Fasa 1, 12 unit rumah ganti bagi Fasa 1, 43% sehingga 30 Januari. Fasa 2, 17 unit pembinaan rumah baharu. Proses pemgambilan tanah oleh pihak kerajaan negeri di Bukit Batu Kawi, Mukim Kupang Baling, peruntukan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3 juta, agensi pelaksana Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah. Terima kasih.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih YB. Dato Speaker untuk peluang yang kedua dan terima kasih kepada YA. Jeneri dengan komitmen kerajaan negeri bagi yang dah siap. Cuma, bagi saya ialah saya ingin mohon komitmen lagi kepada baki yang sedang dalam proses melibatkan pengambilan tanah selepas sudah lebih setahun kepada penduduk ini bila pula yang dijangka mereka boleh duduki?

Bahagian kedua ialah saya mohon supaya diberikan satu perbincangan dengan pihak Kesihatan dan sebagainya kerana Klinik Desa Kampung Iboi masih lagi ditutup, jadi klinik desa tak terlibat mungkin pada masa itu dianggap tak selamat dan sebagainya tapi sampai sekarang tak terlibat dalam banjir ni. Tapi Klinik Desa Kampung Iboi masih ditutup dan ibu-ibu dan anak-anak yang mendapatkan imunisasi masih kena pergi ke klinik yang terdekat. Yang terdekat tu bukan dekatlah, tetapi klinik seterusnya iaitu klinik di Kampung Hangus dan Klinik Kuala Kuang. Jadi, mohon supaya diadakan satu komitmen supaya dapat dibincangkan balik dan dipulihkan balik Klinik Desa Kampung Iboi.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Suka Menanti, dia prihatin pasal klinik ibu. Untuk 17 unit yang diputuskan untuk dibina bagi mangsa-mangsa yang berada di dalam zon kuning, dia ada zon merah. Zon merah ni kerajaan negeri bina 12 unit, 4 unit telah siap ada lagi 8 yang dalam pembinaan, KEDA bina 8 unit rumah dalam Rumah KEDA Kampung Sadek, yang tu telah siap. Untuk para mangsa dalam zon kuning kita dah senaraikan 17 rumah tapi kita buat pengambilan lebih sikit, kemungkinan ada insiden-insiden lain yang perlu kepada penempatan ataupun pemindahan,kita akan tempatkan di tempat yang sama. Jangka masa siap belum diketahui lagi kerana proses pengambilan tanah sedang dilakukan. Untuk klinik, sekejap lagi saya harap Exco Kesihatan boleh jawablah. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan di sebelah sana dulu!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Selain daripada komitmen kerajaan negeri untuk menyiapkan rumah-rumah kepada mangsa puing Iboi ini, boleh YAB. Dato’ Seri kongsikan dalam Dewan ini sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa-mangsa yang terlibat di Iboi termasuklah nak mendalamkan sungai.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Kuala Ketil. YB. Dato’ Speaker, banyak sekali yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri antaranya ialah sampai sekarang kita masih memberi bantuan sewa rumah bagi penduduk yang terpaksa berpindah dan rumah mereka belum siap.

Jadi, kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan bayaran sewa rumah dan utiliti kepada penduduk-penduduk yang terlibat.

Yang kedua ialah pembaikan rumah yang rosak, kerosakan kecil juga dibuat baik pulih. Sampai hari ini pun, untuk pelebaran dan mendalamkan Sungai Iboi masih lagi dilaksanakan oleh PKB, mengeluarkan sisa hanyut termasuklah batu dan pasir, cumanya pasir menjadi hasil negeri. Adalah pendapatan daripada itu untuk menampung kos untuk melurus dan mendalamkan sungai. Masalah yang kita hadapi sikit ni YB. Dato’ Speaker ialah sungai itu dia ‘qedah’ geran, bila airnya laju, dia masuk duk luar geran, geran duk dalam sungai hat asal, pun jadi sungai juga, sungai yang baru jadi pun di dalam geran tanah. Jadi, perkara ini sedang diteliti oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Daerah Baling untuk kita tentukan berdasarkan undang-undang apakah tindakan yang patut diambil, sama ada kalau ikut undang-undang geran tanah yang jadi sungai tu dia ‘mantain’ sungai atau diganti tanah yang lain. Perkara itu akan dikaji oleh PTG dan Pejabat Tanah Daerah Baling .

Speaker

Soalan nombor 2!

Bismillahirahmanirahim. YB. Dato’ Speaker, mohon penjelasan kepada soalan nombor 2.

2. Projek Tebatan Banjir di Daerah Baling

a) Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan?

b) Kawasan-kawasan yang manakah terlibat?

c) Apakah kemajuan projek tersebut setakat ini?

Bismillahirrahmanirrahim YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Bayu atas soalan yang ringkas dan jawapan pun ringkas. Mengenai Projek Tebatan Banjir Daerah Baling (a) Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan? Jawapannya, jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling Fasa 1 adalah sebanyak RM15 juta.

Soalan (b) Kawasan-kawasan manakah yang terlibat? Jawapannya kawasan-kawasan terlibat adalah tertumpu di kawasan Sungai Kupang.

Dan yang ketiga (c) Apakah kemajuan projek tersebut setakat ini? Jawapannya ialah projek dalam peringkat penyediaan reka bentuk akhir di mana lantikan perunding reka bentuk telah dibuat dengan harga kontrak sebanyak RM1.2 juta kepada perunding tersebut. Fasa pembinaan dijangka akan bermula pada awal tahun 2024 di mana sekarang ini dalam proses penyediaan tender. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

YB. Dato’ Speaker, soalan tambahan saya berhubungan dengan, yang pertamanya tahniah dan terima kasih di atas bantuan segera ataupun projek tempatan banjir yang menjejaskan kawasan tepi sungai di Daerah Baling. Cuma saya nak tanya di sini projek tempatan banjir yang telah diluluskan sebelum ini ada atau tidak ianya dibatalkan ataupun ditangguhkan disebabkan pertukaran kerajaan di peringkat Federal.

Yang kedua berhubung dengan perancangan penyelesaian jangka panjang yang telah dilaksanakan oleh sama ada di peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku begitu lama, penyelesaian jangka panjang. Kalau boleh nak sebut sikit tentang yang disebut tadi kawasan-kawasan terlibat, kalau tadi disebut di Sungai Kupang.

Untuk makluman Dewan, YB. Exco kawasan-kawasan lain terutamanya di kawasan Mukim Siung perlu diberikan perhatian, perlu dibuat tindakan segera kerana banjir juga berlaku di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, YB. Bayu. Berhubung dengan soalan ini, setakat ini projek-projek yang telah diluluskan sama ada oleh kerajaan negeri ataupun Kerajaan Pusat tidak ada yang dibatalkan ataupun ditarik balik dan kita berharap tidak ada penarikan. Untuk mengatasi dan juga perancangan masa depan InsyaAllah pemohonan selanjutnya telah pun dimasukkan dalam RM15 billion peruntukan itu….YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

RM15…

RM15 billion yang masuk dalam Fasa 2….

Speaker

M ka B?

Billion! Jadi, kita harap itu juga akan diluluskan dan kita akan terus mendesak supaya diluluskan dan boleh selesai masalah sungai atau banjir ditempat lain selain daripada di Sungai Kupang. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sebelum itu, saya minta maaf na saya tidak memperkenalkan Exco baru kita dari Kuala Nerang yang menggantikan Exco dari Sungai Tiang. Selepas tu, nak tanya?

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Cuma saya rasa YB. Kuala Nerang sebut RM15 bilion itu salah. Sebenarnya ada satu peruntukan khas yang diturunkan di bawah projek RM15 bilion seluruh negara tetapi sedikit daripadanya adalah RM150 juta diturunkan ke Baling melalui projek khas tebatan banjir.

Tetapi yang saya ketahui, RM150 juta ke Baling itu telah ditunda dan ditarik keluar daripada RM15 bilion tersebut dan dihantar kepada Rancangan Malaysia RP4. Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan sama ada kerajaan boleh memohon dan merayu kembali kepada Kerajaan Persekutuan agar RM150 juta peruntukan untuk mengatasi banjir Baling secara keseluruhannya dapat dipohon kembali daripada Rancangan Malaysia RP4 ke Projek Khas Tebatan Banjir dan disegerakan. Terima kasih, itu saja.

Terima kasih YB. Sungai Tiang, terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengisi kekosongan. Terima kasih kepada YAB. Menteri Besar yang memberi kepercayaan, kalau tidak saya tak boleh duduk di sini. Sepatutnya YB. Sungai Tiang boleh terus sahaja ni (sambal ketawa). Untuk penjelasan, RM15 bilion yang saya maksudkan ialah yang diluluskan oleh kerajaan pusat RM15 bilion itu untuk Rancangan Tebatan Banjir dan saya tidak maksudkan RM15 bilion itu untuk diberikan kepada Kupang ataupun Baling. Betul yang disebut oleh YB. Sungai Tiang tadi RM15 juta dan itu telah dimasukkan dalam ‘rolling plan’ yang ke 4 untuk dibuat Projek Tempatan Banjir dan saya bersama-sama dengan JPS memang tengah berusaha keras dan baru-baru ini kita pergi ke Kuala Lumpur berjumpa dengan YB. Menteri NRECC (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan Alhamdulillah sambutan yang baik dan kita berharap mudah-mudahan projek itu diluluskan dan usaha kita berterusan untuk rakyat di Kupang dan Baling. Terima kasih YB. Sungai Tiang.

Speaker

Sekali sekala YB. Kuala Nerang jemputlah pi ke bilik sembang-sembang, minum kopi.

Boleh! Boleh! InsyaAllah.

Speaker

Soalan nombor 3!

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Dari Yan ke Tanjung Jaga, pohon jawapan soalan nombor 3.

3. Mohon dinyatakan kejayaan baru yang ditempa oleh UniSHAMS setelah dinaiktaraf dari Kolej Universiti ke Universiti (penuh)?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato’ Speaker, terima kasih bertanya daripada Anak Bukit iaitu mohon dinyatakan kejayaan baru yang ditempa oleh UniSHAMS setelah dinaik taraf dari Kolej Universiti kepada Universiti (penu). Betul ka tu? Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima kelulusan naik taraf sebagai sebuah Universiti (penuh) pada 5 Februari 2018. UniSHAMS telah mengharungi tempoh lima (5) tahun, iaitu Fasa Pertama sebagai sebuah Universiti dengan beberapa pencapaian yang sangat positif. Klasifikasi kejayaan baru bagi UniSHAMS adalah berkenaan pemerkasaan pengurusan dan pentadbiran dalam aspek-aspek seperti yang berikut:

Yang pertama ialah Governan UniSHAMS. Pencapaian terbesar UniSHAMS adalah dengan memperolehi kelulusan pembaharuan Perakuan Pendaftaran untuk tempoh lima (5) tahun bermula 5 Februari 2023 hingga 4 Februari 2028. Ini juga telah membuktikan bahawa, UniSHAMS berjaya memenuhi kriteria-kriteria penting dalam Audit Universiti yang telah ditetapkan oleh pihak KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) demi memastikan kelangsungan pentadbiran dan operasi berada pada piawaian terbaik sebagai sebuah Universiti (penuh). UniSHAMS telah berjaya membuat semakan semula terhadap keperluan untuk memenuhi isu governan Universiti berdasarkan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) dan Kriteria Naik Taraf IPTS Bertaraf Kolej Universiti kepada Universiti.

Proses ini dilihat amat penting dalam peringkat transisi naik taraf Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) kepada UniSHAMS untuk memenuhi kriteria seperti yang telah ditetapkan oleh pihak KPT serta menjamin kelangsungan operasi UniSHAMS secara lebih sistematik. Proses pengukuhan governan ini melibatkan perkara-perkara seperti; penyelesaian penemuan audit oleh Jabatan Audit Negara, pengukuhan Unit Perundangan & Integriti, mewujudkan pengasingan kuasa Lembaga Pengelola Universiti & Lembaga Pengarah Syarikat, penyusunan semula fungsi dan keahlian jawatankuasa-jawatankuasa utama UniSHAMS, melengkapkan Key Performance Indicator (KPI) untuk MyRA dan SETARA, penstrukturan semula Centre of Excellent (CoE).

Dalam Perundangan, selain itu, UniSHAMS juga telah memperkenalkan Limit of Authority (LoA) yang lebih jelas demi memastikan perjalanan pentadbiran dan operasi berjalan dengan lancar. UniSHAMS juga telah membangunkan Deklarasi Korupsi (Anti Corruption Declaration melalui Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah (OACP).

Dalam Pemerkasaan Hal Ehwal Akademik, UniSHAMS telah mencatatkan peningkatan Geran Industri yang mendadak pada tahun 2022, di mana terdapat sebanyak 17 Geran Industri berjaya dijana dengan nilaian terkumpul berjumlah RM265,000.00. Peningkatan ini jauh jika dibandingkan pada 2019 dengan hanya 1 Geran Industri (RM5,600.00), 2020 tiada Geran Industri, dan 2021 dengan 3 Geran Industri (RM142,972.00). Selain itu juga, UniSHAMS turut merekodkan 45 Geran Universiti dan 2 Geran KPT dengan jumlah geran terkumpul berjumlah RM537,420.00 pada tahun 2022.

Selain itu, UniSHAMS juga telah berjaya menyediakan garis panduan dan membetulkan inisiatif Pegawai Akademik terhadap penerbitan jurnal dalam bidang berkaitan sahaja. Ini antara usaha untuk mengurangkan penerbitan jurnal luar bidang dan jurnal-jurnal palsu (predatory journal). Berdasarkan rekod, jurnal palsu (predatory journal) telah berjaya dikurangkan pada tahun 2021 dengan hanya 20 jurnal palsu dan pada tahun 2022, telah berjaya dikurangkan kepada 1 jurnal palsu.

UniSHAMS juga telah menerima kelulusan sijil profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) yang bakal memberikan nilai tambah terhadap program perkaunan yang ditawarkan. Sehingga kini, UniSHAMS menawarkan Diploma Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Sistem Pintar sedang dalam peringkat akhir yang akan digunakan untuk tujuan permohonan kemasukan pelajar baru ke UniSHAMS. Sisitem yang bersifat mesra pelanggan ini adalah sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, UniSHAMS dijangka akan memudahkan urusan permohonan, penapisan serta penawaran kepada pelajar baru untuk sesi ambilan yang seterusnya. Mengenai Pemerkasaan Hal Ehwal Pelajar, UniSHAMS juga telah berjaya menduduki tempat ke-16 terbaik dari kalangan IPTS bertaraf Universiti apabila mencatatkan 94.1% Tahap Kebolehpasaran Graduan pada tahun 2021. Untuk tahun 2022, UniSHAMS berjaya mencatatkan 90.3% Tahap Kebolehpasaran Graduan, berdasarkan data yang telah dikeluarkan oleh pihak KPT sehingga tarikh 16 Februari 2023.

YB. Dato’ Speaker, apa yang telah dijelaskan adalah merupakan satu petunjuk positif di mana UniSHAMS berjaya mengekalkan kualiti penawaran program yang mampu untuk memenuhi permintaan dan keperluan pasaran kerja hari ini. Untuk makluman, pihak KPT juga telah menetapkan bahawa, Tahap Kebolehpasaran Graduan bagi sesebuah IPTS bertaraf Universiti hendaklah melebihi 85% setiap tahun sebagai satu kriteria pemantauan terhadap kualiti penawaran program. Sehingga tahun 2022, UniSHAMS telah pun berjaya mengeluarkan kira-kira 18,183 orang graduan dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian. Sekian, terima kasih.

Terima kasih YB. Kupang di atas jawapan yang diberikan. Di samping perkara-perkara yang disebutkan sebagai pencapaian oleh YB. Kupang tadi ialah isu governan dan sebahagiannya ini adalah merupakan perkara-perkara dalaman yang saya kira sangat penting untuk kita lihat dan yang lebih penting ialah untuk kita lihat apakah ianya kemudian menyebabkan UNISHAMS ini menjadi universiti pilihan ramai. Soalan saya ialah, setelah dinaik taraf kepada universiti penuh pada 5 Februari 2018, pada tahun 2018 jumlah ‘enrolment’ pelajar sekitar 4,500 lebih, 2023 tahun semasa ‘enrolment’ telah turun kepada lebih kurang 3,000 sahaja.

Jadi, apakah yang menyebabkan ini berlaku, adakah kerana UniSHAMS tidak lagi mendapat tempat dikalangan mereka yang ingin meneruskan pengajian di universiti ataupun bagaimana? Dan juga kita lihat dari segi infrastruktur di kampus tetap di Kuala Ketil itu asrama siswa siswi yang kita bersembang sejak tahun 2013 hari tu masih tidak kelihatan saya kira. Begitu juga masjid masih belum lagi dibina, jadi saya mohon penjelasan dan satu lagi apakah kursus yang menjadi ‘niche’ (relung) yang mana ini menjadi jurusan pilihan di luar kerana kecemerlangan UniSHAMS dalam mempromosikan jurusan- jurusan berkenaan.

Terima kasih kepada YB. Anak Bukit. Sebenarnya kalau kita lihat bahawa penurunan pelajar daripada 4,500 tahun 2018 dan kini lebih kurang 3,000 lebih pada 2023 ini adalah disebabkan oleh antaranya, apa yang saya bincangkan dengan pihak universiti ialah kebimbangan ataupun pihak ibu bapa yang ingin memilih UniSHAMS ini melihat kepada infrastruktur terutamanya masalah asrama. Jadi, inilah yang dapat dikenal pasti bahawa mengapa kekurangan ini berlaku dan saya kira bahawa projek untuk membangun asrama dan masih dalam rundingan sekarang di mana kita bercadang untuk membuat secara

PFI dengan pihak-pihak yang menawarkan projek ini dan sekarang ini dalam proses rundingan dan juga untuk tindakan-tindakan selanjutnya, InsyaAllah. Jadi, itulah di antara penyebab kekurangan ini berlaku dan selain daripada itu apa yang disebutkan bahawa soal masjid ini adalah merupakan satu projek dan juga termasuk di dalam pihak PFI dan masih lagi dala m pihak perundingan.

Selain daripada itu, bagi soalan yang seterusnya ialah kursus yang menjadi tarikan ini pihak universiti sedang mengambil tindakan untuk memperkasakan Fakulti Perubatan. Tahun 2022 dan 2023, bilangan pelajar telah penuh kuota yang ditetapkan iaitu 50 orang setahun. Ini di fakulti perubatan. Dan ini kita rasakan bahawa ia dapat memberi satu tarikan pada UniSHAMS dalam meneruskan dan menawarkan kursus-kursus ataupun program-program yang ditawarkan InsyaAllah. Bagi merancang membina asrama secara Build Operate Transfer (BOT), penelitian sedang dijadualkan. Jadi, saya kira bahawa 2023 ini dapat memacu tindakan-tindakan bagi menyempurnakan hasrat pihak ibu bapa dan juga pihak pentadbir universiti sendiri di dalam memperkasakan dan menarik supaya universiti UniSHAMS ini menjadi pilihan utama pada masa-masa akan dating, InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Soalan tambahan, tadi juga disebut oleh YB. Kupang tentang geran-geran. Adakah UniSHAMS ini sebagai aset pendidikan kerajaan negeri? Jadi, untuk kita manfaatkan aset yang ada khususnya dari sudut kajian akademik bagi membantu pihak kerajaan, kajian-kajian mungkin di peringkat barisan Exco ataupun usaha-usaha yang sedang dilaksanakan kerajaan untuk mensejahterakan rakyat Negeri Kedah ini geran-geran yang boleh kita berikan kepada pensyarah-pensyarah dan juga kepada mereka yang membuatkan peperiksaan di peringkat Phd dan Master untuk kita angkat ia sebagai satu kajian dan juga kajian akademik membantu kerajaan negeri.

Terima kasih YB. Sungai Limau. Sebenarnya apa yang telah dibangkitkan itu memang menjadi rancangan pihak UniSHAMS di dalam memperkasakan dengan cara yang berbagai-bagai antaranya ialah seperti membangkitkan iaitu mengeluarkan geran-geran dalam meningkatkan, apa yang yang disebutkan sebagai pencapaian yang lebih tinggi dalam memberi galakan kepada pensyarah-pensyarah supaya mereka berada dalam zon yang selesa dan memperkemaskan kaedah pengajaran dan sebagainya.

Sebenarnya YB. Dato’ Speaker, usaha telah disiapkan kajian di mana ia terbantut sedikit dengan covid-19, jadi kewangan kerajan negeri di mana geran kerajaan sebanyak RM50,000 telah diberikan pada tahun 2022 dan ini akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memperkasakan lagi apa yang telah dirancangkan itu. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan nombor 4!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

UniSHAMS, soalan tambahan!

Speaker

Silakan YB. Bandar Baharu!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Alhamdulillah!!! Terima kasih YB. Dato’ Speaker yang kusayangi...

Speaker

Tu yang bagi tu!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Kupang, saya memang ….. (YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Ringkas dan padat!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

UniSHAMS ini memang mercu tanda lah pendidikan bagi Negeri Kedah dan ianya merupakan satu IPTS yang saya jangkakan ianya ‘profit oriented’. Sekiranya tidak ada keuntungan, tidak ada ‘environment’, tidak ada ‘intake’ pelajar yang ramai, jadi kita tidak dapat menampung perbelanjaan pengurusan dan juga segala operasi UniSHAMS.

Jadi, yang pertamanya saya ingin bertanya, satu adakah infrastruktur seperti asrama, masjid dan sebagainya tidak boleh dibuat kerana kekangan kewangan daripada geran kerajaan dan juga perolehan daripada luar dan juga bermasalah daripada pendapatan daripada UniSHAMS itu sendiri. Yang keduanya, adakah ini berpunca daripada masalah urus tadbir UniSHAMS itu sendiri seperti yang ada dalam laporan audit dan yang ketiga adakah benar belanja mengurus UniSHAMS ini, gaji-gaji dan sebagainya lebih daripada 85% daripada pendapatan yang diperolehi oleh UniSHAMS? Terima kasih.

Terima kasih YB. Bandar Baharu, banyak soalan dia. Yang pertama ialah mengenai punca....(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

YB. Kupang! Kupang 3 kali dah bercakap tak ‘adress’ kat Speaker.

Mintak maaf YB. Dato’ Speaker. Musim-musim la ni kena maaf banyak-banyak la.

Speaker

Speaker bilang tu….

YB. Dato’ Speaker, jadi adakah punca urus tadbir menyebabkan kemerosotan yang berlaku kepada UniSHAMS ini? Sebenarnya nak dikatakan sepenuh 100% kita ‘perfect’ dalam pengurusan memang tak dapat walaupun di universiti mana sekali pun. Namun ada sedikit sebanyak tetapi itu bukan punca utama, punca utama ialah persaingan yang hebat dengan universiti-universiti yang lain di mana mereka juga mempunyai program kursus yang sama dan seterusnya juga kita lihat bahawa pihak-pihak yang menawarkan selain kursus dengan pembiayaan dari pihak-pihak tertentu. Jadi, ini di antara halangannya iaitu persaingan. Selain daripada itu ialah apa yang saya sebutkan tadi lah dari segi infrastruktur itu adalah antara punca kekangan yang berlaku kepada kemerosotan itu.

Mengenai adakah benar belanja mengurus lebih 85% daripada pendapatan? Nanti saya jawab dalam pergulungan, InsyaAllah. Mengenai dengan perkara –perkara lain yang dibangkitkan, saya lihat bahawa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim (UniSHAMS) ini ialah sebuah universiti swasta masuk di dalam kategori IPTS. Jadi, ia ditadbirkan oleh anak syarikat kerajaan negeri. Maka pihak kerajaan sentiasa menggalakkan supaya UniSHAMS bergerak sendiri, berdikari di mana kita hanya ‘sapport’ geran RM10 juta setahun dan bagi tempoh 2028, kita telah memberi insyarat kepada UniSHAMS bahawa selepas daripada tempoh itu kerajaan tidak akan memberi lagi geran sebanyak RM10 juta itu dan sekarang ini pun kita buat pengurangan sedikit demi sedikit untuk memastikan pengurusan di UniSHAMS itu lebih mantap dan sebagainya. Jadi inilah langkah-langkah yang kita buat, maknanya dalam tempoh yang kita beri itu InsyaAllah selepas dari 2025 atau 2028 UniSHAMS akan bergerak sendiri InsyaAllah, tanpa bergantung kepada geran kerajaan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan nombor 4!

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan nombor 4.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

4. Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Pohon dinyatakan:-

a) Sejauh manakah projek ini telah mengoptimumkan penggunaan infrastuktur yang sedia ada?

b) Berapakah menara telekomunikasi baharu yang telah dibina sepanjang tahun 2022?

c) Berapa dan di kawasan manakah akan dibina menara telekomunikasi baharu pada tahun 2023?

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

YB. Dato’ Speaker,

Dari Bukit Kayu Hitam singgah di Bukit Pinang, Kalau Ayer Hitam dan Bukit Kayu Hitam ke Langkawi, Singgah ke Bukit Pinang, Kalau Ayer Hitam ke Langkawi InsyaAllah saya akan jawab dengan tenang.

Speaker

Tu pantun ka?

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

(Sambil ketawa) Pasal mukadimah YB. Dato’ Speaker pantun, saya pun pantun jugak lah...

Speaker

Ya lah! Pantun Bukit Pinang hat tu orang panggil.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Jadi, soalan Ayer Hitam ada 3 soalan (a), (b) dan (c). Soalan (a) Sejauh manakah projek ini telah mengoptimumkan penggunaan infrastuktur yang sedia ada? (b) Berapakah menara telekomunikasi baharu yang telah dibina sepanjang tahun 2022?

(c) Berapa dan di kawasan manakah akan dibina menara telekomunikasi baharu pada tahun 2023? Saya akan merangkumkan ketiga soalan itu ke dalam satu jawapan.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memahami keperluan internet untuk semua rakyat dan ini telah mendorong Kerajaan untuk membuat menaik taraf pelan jalur lebar di seluruh negara termasuklah di Negeri Kedah merangkumi kawasan luar bandar dan pedalaman yang sedang diperluaskan secara berperingkat melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 (2020-2022) dan Fasa 2 (2023-2025).

Antara inisiatif-inisiatif yang telah disedia dan sedang dijalankan di bawah pelan JENDELA bagi Fasa 1 di Negeri Kedah adalah seperti berikut iaitu perancangan menara keseluruhannya 158 yang telah siap 75 dan perancangan seluruh menara yang berada di seluruh Kedah iaitu 2,098. Bagi suku tahun 2022 sebanyak 2,098 yang saya sebut tadi, alat-alat pemancar komunikasi distructure komunikasi sedia ada telah siap dinaik taraf kepada teknologi 4G manakala sebanyak 75 buah menara telah siap beroperasi bagi sebanyak 83 dalam peringkat pelaksanan daripada jumlah keseluruhannya 153 menara kita dalam pelan jendela. Pecahannya saya boleh sebut satu per satu, Daerah Baling 12 Menara, Bandar Baru 3 Menara, Kota Setar 1 Menara, Kuala Muda 8 Menara, Kubang Pasu 3 Menara, Kulim 7, Langkawi 1, Padang Terap 17, Pendang 5, Pokok Sena 5 (kawasan saya pun lekeh juga), Sik 20, Yan 1. Jumlah semua sedang dibina iaitu 83. Sekian, YB. Dato’ Speaker.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Soalan tambahan. YB. Dato’ Speaker, terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh pihak Exco. Kita nampak ada perkembangan yang sihat, InsyaAllah hasrat kita untuk meliputi seluruh Kedah ini dengan liputan internet akan berjaya InsyaAllah. Saya suka kata-kata YAB. Perdana Menteri dalam ucapan Perbentangan Budget 2023 sebelum ini disebut, apa yang mustahak adalah untuk mencapai liputan 5G yang menyeluruh dan pada harga yang berpatutan untuk rakyat. Soalan saya, adakah dengan siapnya binaan menara seluruh negeri ini akan memungkinkan peningkatan harga ataupun ‘charge’ kepada pengguna? Terima kasih.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih YB. Dato’ Speaker dan YB. Ayer Hitam. Untuk memberi impak kepada rakyat itulah hasrat kerajaan negeri dan pada 28 Februari yang lepas saya telah turun berjumpa dengan syarikat telco-telco untuk memastikan kita memberi pengurangan harga unifi bagi seluruh Negeri Kedah, InsyaAllah. Tapi Fasa pertama kita akan lancar, mungkin YAB. Menteri Besar akan lancarkan di 5 kawasan, Kota Setar, Sungai Petani, Alor Setar dan Kubang Pasu. 5 kawasan ini kebanyakan boleh dikata ‘percent’ tinggi telah dilengkapkan dengan ‘fiber optic’. Jadi, pihak telco telah diberi POP pihak Kementerian, di mana satu telco kita akan dapat, kita akan lancarkan bagi seluruh Negeri Kedah bagi 4 kawasan saya sebutkan tadi, harga unifi akan diturunkan dari RM89 30mgb akan turunkan kepada harga RM45. Insyallah akan dilancarkan oleh YAB. Menteri Besar dalam masa terdekat ini dengan 10 ribu pelanggan seluruh Kedah bagi fasa pertama. Sekian, terima kasih.

Speaker

Silakan!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YB. Dato’ Speaker dan YB. Bukit Pinang. Soalan tambahan saya, seperti yang kita tahu jendela ini adalah untuk melaksanakan satu gentian optik atau peluasan jalur lebar untuk kita masuk ke fasa 5G, pelan jalur lebar ini dan daripada tadi YB. Bukit Pinang bagitahu semuanya adalah menara, 83 menara dan kalau boleh apakah status gentian optik itu sebab kita tak akan dapat capaian, sebab baru-baru ini banyak sangat ganguan. Kalau tengok Celcom, Maxis banyak sangat gangguan sampai tak boleh telefon perlu ‘whatsapps call’ maksudnya menggunakan data dan bagaimana progress gentian optik ini untuk menghubungkan antara menara ke menara supaya baru kita boleh dapat masuk ke 4G dan 5G. Bagaimana progress dan pelaksanaannya di Negeri Kedah dan juga bagaimana sekarang ini senergi MCMC sebagai pelaksana ataupun ‘owner’ jendela ni bagaimana senergi dia dengan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini. Adakah masih sama, jawatankuasa tetap yang sama, masih lagi ada dalam jendela dan bagaimana untuk ‘working commity’ tersebut (dengan izin) YB. Dato’ Speaker. Terima kasih.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Sikit saja!

Speaker

Haa… Silakan!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Cuma saya ingin bertanya sedikit tambahan iaitu ‘structure’ dia, ia masih menara ataupun sekarang ini di bawah jendela digital Negara ‘structure’ ataupun dia pergi dah ‘advanced’ macam di negara-negara lain macam Liverpool dan sebagainya. Itu sahaja, terima kasih.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

YB. Dato’ Speaker, Bandar Baharu kawasan berbukit, ia selalu tak ‘cashless’ lah, saya harap Anak Bukit jangan ‘jealous’.

Masuk kursus buat pantun dulu lah kot selepas ni…

Speaker

Kita akan buat satu kursus berpantun nanti!

Syair Arab apa semua tu!

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

YB. Dato’ Speaker, memang hasrat kita kalau ‘upgrade’ kepada 4G dia mesti ‘fully hundred percent fiber optic’ dan sekarang kita memang telah ‘upgrade’kan 1,295 kepada fiber optic dan Alhamdulillah, hasrat Kedah kita nak laksanakan 5G awal Januari tetapi pada 14/11/2022 saya telah pergi ke Kulim Hi-Tech dan merasmikan 7 menara 5G yang enam lagi memang secara ‘sharing’lah cuma satu sahaja menara 5G. Itu perkembangan yang terbaik dan saya haraplah Menteri Komunikasi & Multimedia sekarang ini mesti bersikap professional, janganlah walaupun kerajaan Pusat tak sama pentadbiran dengan kerajaan negeri, kalau dia tidak bersikap professional, nak kata tak cerdik pun tak tau lah. Walau bagaimanapun, hasrat saya dan harapan kitalah, supaya biarlah sikap yang terbaik untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Walau bagaimanapun, saya mendengar desas-desus di bawah kementerian dan agensi saya termasuklah Kementerian Komunikasi, Penerangan RTM telah bertemu dengan menteri dan menteri sebut, “cool down”. Tapi InsyaAllah saya akan utus surat kepada Menteri Komunikasi untuk berjumpa bagi memastikan kita bergerak antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mestilah, pertamanya perkhidmatan kita kepada rakyat. Menara di Kedah sepertimana YB. Kubang Rotan sebut sebab 5G memang menara rendah dan dekat, ia berbeza dengan 4G, lagi “G” banyak, lagi menara kena dekat. Itu kelemahan-kelemahan yang ada dan menjadi masalahnya.

Tetapi Alhamdulillah saya ucap syabas untuk pelancaran LIMA di Langkawi, ‘fully fiber optic’ dan semasa saya turun ke Kuala Lumpur kita berbincang bagaimana untuk memastikan PIOC di belakang Pejabat Daerah Langkawi tu, pihak telco telah melabur RM50 juta, kita tak mau projek tu sebagai projek gajah putih untuk memberi servis kepada rakyat 5G di Langkawi ini.

Sepatutnya di Langkawi boleh lancar 5G ke seluruh agensi, tetapi ada kekangan kekangan di situ oleh kerana kerajaan negeri tidak mampu untuk biayai keseluruhan. Saya berjumpa dengan telco untuk memastikan banyakkan untuk gunakan 5G di Langkawi itu terlibat dengan agensi Pusat contohnya PDRM, Angkata Tentera, Angkatan Pertahanan Awam, Merin dan juga LADA. Dia mesti mahukan 5G, kerajaan negeri mungkin Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain. Tapi kalaulah pihak agensi-agensi di Pusat tak akan biayai pusat di belakang Pejabat Daerah Langkawi itu tentulah tak dapat beroperasi dengan baik. Sebab itu saya minta supaya telco untuk memastikan berapa kos keseluruhan untuk penyelenggaraan 5G disitu, baru kita boleh agihkan kepada keseluruhan agensi. Ada lagi? Sila-sila YB. Bandar Baharu.

Speaker

Speaker tak mau bagi dah, yang duk kata sila pulak!

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Dak! Kalau saya tak bagi sat gi dia balik tak lena!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Dato’ Speaker, terima kasih banyak YB. Bukit Pinang sebab satu silaturrahim yang hebat bersama Kerajaan Persekutuan setakat ini tapi kemuskilan saya itu YB. Dato’ Speaker dan YB. Bukit Pinang, soalan saya ni menara kita tau, kita bina menara yang 60 meter atas yang besar-besar tu, yang macam YB. Kubang Rotan kata tu tetapi kita sekarang teknologi 5G bukan menara bertambah dekat bertambah dekat ka tidak sekarang ni nanti penuh keliling Kedah dengan menara-menara ni memang tak elok. Tapi gentian optic ni adalah solusi untuk kita capai capaian internet tu supaya ‘inter connection’ dari menara ke menara dengan fiber optic tu. Samalah dia punya ‘solution’ daripada Langkawi yang kita pernah buat Kerajaan Persekutuan ‘spend’ RM200 juta untuk 156km gentian optic orang kata dah ‘cover’ Pulau Langkawi tu.

Jadi saya nak Tanya, gentian optic di dalam ‘main land’ Negeri Kedah dah berapa kilometer dan di mana pelaksanaanya 83 menara yang bina dah ada ka belum ‘fiberrazation’ tu antara menara ke menara, menara ke menara. Jadi tak perlu dah menara dekat-dekat, jenuh nanti banyak menara daripada rumah orang. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, YB. Bandar Baru secara ‘detail’ sebab menara kita memang fiber optic itu pilihan pertama untuk memastikan ‘signal’ yang baik. Kalau tak guna fiber optic signal kurang baik seperti kita menggunakn microve dan measat, sekejap ada sekejap putus. Yang pentingnya untuk perkhidmatan yang terbaik mestilah fiber optic tapi InsyaAllah saya berkeyakinan apabila menara itu siap keseluruhannya fiber optic akan disiapkan tetapi menjadi kekangan-kekangan kita sekarang ni ada dua tiga daerah ada kekangan sebab masing-masing daerah kadang dia ‘charge’ terlalu tinggi kepada telco. Telco pun kalau duit sampai dua tiga ratus ribu nak ‘burn’, ia pun bermasalah juga. Saya bimbang kalau pihak PPT ambil tindakan yang tak selaras bagi seluruh Kedah, saya bimbang pihak telco ni tarik balik menara di Kedah ini dia bawa ke negeri lain.

Contoh saya nak sebut baru-baru ini iaitu menara USP dia nak dirikan di satu Kem Kenari Di Yan, dia tiada pilihan lain Kem Kenari di Yan telah ada jalan masuk tapi dia nak dirikan menara di kawasan paling tinggi di kawasan itu untuk ‘coverge’ semua kesuluruhan Sekolah Agama Maktab Mahmud, Yan. Tapi oleh kerana tidak mendapat kebenaran PBT ia tidak dapat diluluskan. Saya pergi berjumpa tuan tanah, saya rasa kesal sangat sebab tanah itu ditinggal oleh mak bapak 30, 40 tahun dahulu, sekarang anak-anak duk berebut harta sikit sahaja 2 relong lebih. Sedangkan laluan nak ke Kem Kenari tak jauh mana. Saya sebut kepada dia, “malanglah mak bapak kita telah mati, anak-anak berebut harta, mak bapa duk dalam kubur pun tak tenang’’.

Jadi, oleh kerana tak dapat kebenaran tuan tanah PBT tak bagi kelulusan inilah, inilah kekangan-kekangan untuk mendirikan menara keseluruhan Negeri Kedah ni yang terbantut. Saya bimbang kalau terbantut kerana telco tak boleh dibiarkan, dia akan bawa kelulusan menara keluar dari Negeri Kedah, yang rugi rakyat Negeri Kedah. Sebab itu kerajaan negeri komited untuk memberi servis kepada rakyat dan berusaha kesuluruhan biarlah keselarasan PBT itu mengikut apa yang ditetapkan oleh OSP. InsyaAllah, sekian terima kasih.

Speaker

Soalan nombor 5!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

YB. Dato’ Speaker, mohon jawapan nombor 5. Semangat!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

5. Bidang STEM memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah Negara.

Pohon dinyatakan:-

a) Bagaimanakah penglibatan pelajar-pelajar di Kedah dalam bidang ini?

b) Apakah usaha kerajaan negeri untuk memberi galakan kepada pelajar yang minat dalam bidang ini?

c) Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan pelajar kita memilih bidang STEM?

Speaker

Bersemangat nak jawab tu, haa…. Ka di Parlimen macam tu ka…takdan tanya jawab dulu?

Dak! Dak! Di Parlimen dia baca. Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kota Siputeh yang bertanya soalan ni. Soalan dia mengenai STEM, saya nak sentuh yang pertama dulu iaitu bagaimanakah penglibatan pelajar-pelajar Kedah dalam bidang STEM ini. YB. Dato’ Speaker, pembelajaran STEM khususnya pemilihan sains tulin kimia fizik biologi dan matematik tambahan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 berkait rapat dengan hasrat kerajaan negeri untuk mentransformasikan Kedah menjadi negeri industri yang berteknologi tinggi dan rakyatnya berpendapatan tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035. Untuk itu, kita perlukan ramai jurutera dan saintis.

Seterusnya jawapan kepada soalan (a) itu, penglibatan pelajar-pelajar Negeri Kedah dalam bidang sains atau bidang STEM secara umum masih rendah iaitu 33.2%, ini ‘enrollment’ tingkatan 4 dan tingkatan 5 pun sama juga. Tetapi bila kita ambil kira STEM A dan Stem B, STEM A ni buat sains tulen sepenuhnya. Jika subjek sains tulen biologi, chamistry, fizik dan matematik tambahan, dicampur dengan B, B ni matematik tambahan ada tetapi sains tulen 2 subjek, tetapi kita kira yang tu mereka akan ‘qualified’ seterusnya pergi buat degree dalam enginering dan sebagainya, kita hanya mencapai 23%.

Yang ni dia memang kita jauhlah daripada dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013/2025 yang mensasarkan mata pelajaran sains ini 60% berbanding dengan sastera 40%, jadi kita ketinggalan jauh. Kerajaan negeri kita ada banyak perancangan dan langkah tindakan yang kita laksanakan dan untuk itu saya nak menjawab soalan (b) dengan (c) bersekali sebab dia berkait rapat YB. Kota Siputeh.

Kerajaan melalui Jawatankuasa Tetap Sains Teknologi dan Inovasi bersama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi telah menggariskan beberapa strategi dan tindakan untuk memberikan galakan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah supaya mereka berminat dalam bidang sains ataupun STEM dan sekaligus meningkatkan peratusan pelajar memilih aliran sains khususnya di peringkat tingkatan 4. Jawatankuasa Sains Teknologi Maklumat dan Inovasi telah menganjurkan ‘’STEM Fair 2023’’ pada Januari yang lalu 8 hingga 10 dan ‘’Kedah STEM Fair’’ ini ialah bertemakan ‘’Natureing Future Scientists and Engineers’’ yang diadakan di Taman Teknologi Tinggi Kulim Sport Complex dan telah menerima ramai pengunjung, murid-murid sekolah dan juga budak sekolah yang terlibat dalam pertandingan iaitu 4,000 pengunjung termasuk 3,000 pelajar sekolah daripada 50 buah sekolah dan sekolah ini memang kita ‘sponsor’ dan saya sebagai Exco yang menjaga Sains dan Teknologi, saya menggunakan peruntukan portfolio saya untuk sponsor projek ini. Dan STEM Fair juga akan kita adakan sebab STEM Fair yang kita laksanakan baru-baru ini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan dan dia mendapat kerjasama yang cukup baik daripada kilang-kilang, syarikat-syarikat di Kulim Teknologi Tinggi dan kita akan adakan sekali lagi InsyaAllah pada bulan Jun atau Julai yang bertemakan ‘’Chemical’’. Kita hendak anak-anak kita balik dari sekolah faham pasal chamical, apa kepentingan chamical, apa kepentingan chamical, kita mengaji supaya menjadi sebuah negara maju. Seterusnya kita juga menganjurkan STEM Fair, Grooming Camp 2022, yang ini kerjasama dibuat dengan Jabatan Pendidikan kemudian STEM Grooming Camp kedua dan seterusnya kita juga mewujudkan Pelan Penasihat STEM Kedah bagi memantau serta memastikan kesinambungan ini secara berterusan.

Panel nasihat ini terdiri daripada pakar-pakar industri yang bertapak di Negeri Kedah First Solar, Osram, Selterra, ATNS, Stereotipe Infineon Technologies dan sebagainya. Di samping itu, KISMEC juga memainkan peranan dalam hal ini.

Seterusnya Pusat Sains Negara Wilayah Utara, ini adalah satu-satunya pusat sains yang ada di negara kita, negeri lain tak dak lagi ya. Kita kena ucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Beliaulah yang membina Pusat Sains Negara di ialah penganjuran Bengkel Inovasi dan sepanjang tahun 2022 ia menganjurkan 16 bengkel yang berkenaan melibatkan 958 orang peserta. Seterusnya mereka juga melaksanakan program ‘outreach’ sebab Pusat Sains yang ada di Negeri Kedah ni dia duk jauh sikit di Gunung Keriang.

Jadi, tempat-tempat lain seperti orang Baling, Sik tak dapat tapi nak pi tapi depa turun ke bawah untuk laksanakan program ‘outreach’ ini. Pada tahun 2023, sebanyak 9 program ‘outreach’ telah dilaksanakan dengan penglibatan 19,129 pelajar sekolah. Seterusnya mereka juga mengadakan ruangan pameran sains dan fasiliti yang kondunsif. Ini cukup hebat, di Pusat Sains Wilayah Utara ini dan saya ingin menyarankan supaya kita bawa anak-anak, cucu-cucu kita dan sekolah menganjurkan program di sana. Di sini kita mempunyai 254 bahan pameran interaktif dan secara purata Pusat Sains ini menerima 150,000 pelawat setiap tahun dan setakat bulan Disember 2022, seramai 175,134 pelawat.

Seterusnya pembangunan galeri pameran terbaru iaitu “Galeri Cybernatic” iaitu membangunkan galeri pameran terbaru berkonsepkan robotic dan industri pintar. Galeri ini menempatkan sebanyak 16 bahan pameran interaktif terbaru dan bahan pameran dan persekitaran galeri ini direka bentuk bagi membolehkan pelawat, pelajar, khususnya murid-murid sekolah sambil bermain di samping dapat mempelajari konsep sains dan inovasi yang diketengahkan.

Itulah beberapa langkah tindakan yang kita lasanakan dan seterusnya ada satu lagi, pembangunan ruang ‘thinking station’ bagi membudayakan masyarakat supaya lebih berinovasi dan berkreativiti. Pusat Sains ini telah mewujudkan sebuah ruangan khas di premis Pusat Sains iaitu ruang thinking station. Modul-modul pembelajaran khas juga telah dirangka oleh Pusat Sains ini bagi tujuan menggalakkan program inovasi dan ber kreativiti. Itu saja YB. Dato’ Speaker, terima kasih.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih YB. Guar Cempedak dan YB. Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya, dengan pelbagai program outreach galeri dan macam-macam yang sedang dan akan dibuat, ini sepatutnya memberikan galakan lagilah kepada pelajar-pelajar kita untuk menceburi bidang STEM ini. Jadi soalan saya, apakah ada inisiatif daripada pihak kerajaan sama ada biasiswa dan sebagainya untuk membantu pelajar-pelajar kita terutama yang B40 lah untuk mereka mengambil bidang STEM. Berapa banyakkah peluang-peluang pekerjaan yang perlu diisi di Negeri Kedah ini sendiri yang berkait dengan bidang STEM supaya ada ‘mix match’ di antara industri dan pendidikan IPT untuk memastikan industri-industri kita diisi oleh pelajar-pelajar kita, terima kasih.

YB. Dato’ Speaker, mengenai peluang-peluang pekerjaan ini sememangnya kalau pelajar-pelajar sekolah masuk bidang STEM peluang mereka untuk mendapat pekerjaan adalah amat tinggi. Sebab, kita hari ini ada masalah dari segi untuk mendapatkan tenaga kerja yang teknikal terutama di Taman Teknologi Tinggi Kulim, sebenarnya kita ada shortage dan bidang STEM ini membantu, dia banyak peringkat YB. Dato’ Speaker. Di peringkat atas kita memerlukan jurutera-jurutera, jadi kita perlukan pelajar-pelajar kita di peringkat tingkatan 4 untuk ambil bidang sains tulen dan STEM B, yang sains tulen 2 subjek campur matematik tambahan, itu dia boleh pergi buat engineering dan kita kalau nak jadi negeri pencipta negara pencipta buat kereta sendiri tanpa kita hanya memasang saja, kita kena tumpukan STEM A dan STEM B supaya kita boleh mengeluarkan ramai jurutera. Kemudian di bawah, kita ada STEM C1, C2, depa ni dia campur-campur. Jadi, mereka ini boleh pi buat diploma di politeknik dalam bidang-bidang elektrikal, elektronik, megatronik dan juga mekanikal. Mereka boleh buat diploma dan boleh menjadi ‘technical assistance’ (technition). Hari ini kilang-kilang yang berteknologi tinggi ini depa perlukan tenaga kerja di peringkat bawah sekali pun yang ‘very skill’ tenaga kerja yang ada asas yang kukuh dalam bidang STEM yang saya sebutkan tadi.

Dari segi program outreach memang kita memberikan tumpuan yang lebih kepada pelajar-pelajar daripada keluarga B40 dan saya nak sarankan supaya wakil-wakil rakyat Negeri Kedah boleh ‘sponsor’ pelajar-pelajar sekolah ini untuk pergi kepada Pusat Sains kita di Gunung Keriang, saya pun buat banyak juga untuk orang Yan ke situ, sebab ini akan membuka mata bukan hanya pelajar malah ibu bapa yang pergi mengiringi mereka. InsyaAllah dengan cara ini Kedah satu hari nanti akan menjadi sebuah negeri yang berjaya dalam bidang ni.

Sebenarnya kita punya peratus dari segi sains tulen ni kita hanya sampai ‘national average’. National everage yang buat sains tulen hanya 18%, kalau campur dengan dengan yang B tu kita capai hanya 20% hingga 23% tapi yang kita perlu 60% by 2025 masa dah tak banyak, tinggal lagi dua tiga tahun sebab itu kita perlu memperkasakan program ini untuk kita capai matlamat itu. Sekian, Assalamualaikum.

Speaker

YB. Bukit Lada!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Soalan tambahan, Alhamdulillah saya melihat apa yang dikemukakan oleh YB. Guar Chempedak tadi berkenaan dengan inisiatif-inisiatif yang dilakukan untuk bagi semangat kepada pelajar-pelajar kita minat dalam bidang STEM dan saya melihat di Negeri Kedah ini pun banyak sekolah-sekolah rakyat yang sudah buka lama dah, Tahfiz-tahfiz Sains yang ada di Yayasan Khairiah, kemudian di ABIM, kemudian yang kita punya di Tahfiz Kulim kemudian beberapa buah lagi sekolah yang buka aliran sains di sekolah. Saya melihat di peringkat sekolah ni apa yang kekurangan yang ada pada mereka ialah dari segi nak menyediakan bahan-bahan, alat-alat dan sebagainya. Apakah inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk bantu sekolah- sekolah ini?

YB. Dato’ Speaker, menjawab kepada soalan itu, saya percaya kita boleh membuat perancangan yang rapi supaya sekolah-sekolah ini diberi perhatian seperti mana juga dengan sekolah-sekolah lain. Sebenarnya dalam program kita STEM Fair tu pun kita ada bawa pelajar daripada sekolah-sekolah yang berkenaan. InsyaAllah, ini akan kita ambil perhatian yang serius dan kita tentukan iadapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Sekian.

Speaker

Terima kasih kepada semua pihak kerana kita dapat menyelesaikan soalan mulut sebanyak 5 soalan dan kita masuk ke agenda seterusnya. Tuan Setiausaha!

Setiausaha Dewan

Pemilihan Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

III. Pemilihan Ahli Dewan Negara Yang Dilantik Oleh Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suka saya maklumkan di sini bahawa saya telah menerima surat daripada Pejabat kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bertarikh 28 Februari 2023 berkenaan pelepasan dua orang Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Dewan Undangan Negeri Kedah pada 25 Ogos 2020 yang lalu. Kedua-dua Ahli Dewan Negara melepaskan keahlian mereka pada 1 November 2022 dan menyebabkan kekosongan keahlian Dewan Negara bagi Negeri Kedah di bawah perkara 54 perlembagaan persekutuan. Oleh yang demikian, pemilihan baru hendaklah dijalankan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah mengikut kehendak kehendak perlembagaan untuk mengisi kekosongan tersebut dalam Dewan Negara. Oleh yang demikian, hari ini saya mohon cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian berkenaan cadangan dua nama yang perlu dilantik oleh Dewan yang mulia ini. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar membuat cadangan

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya membuat cadangan bagi pemilihan Ahli Dewan Negara untuk mengisi kekosongan-kekosongan tersebut, saya mewakili rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang tercinta mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua Ahli Dewan Negara atas khidmat yang telah diberikan kepada Kedah Darul Aman.

Dengan ini YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan kepada Dewan yang bersidang pada hari ini dengan sukacitanya mencadangkan dan memilih yang berhormat Tuan Haji Abdul Nasir Bin Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi kawasan Bayu menjadi Ahli Dewan Negara yang baharu untuk menggantikan tempat YB. Datuk Ahmad Yahya yang telah meletakkan jawatan pada 1 November 2022.

YB. Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima surat persetujuan yang telah ditandatangani oleh YB. Tuan Haji Abdul Nasir Bin Idris. Dengan segala hormatnya saya mempersilakan YB. Tuan Haji Abdul Nasir Bin Idris untuk memperkenalkan diri kepada Dewan. Bangun… Tuan-tuan, di sana tu Adun Bayu dicadangkan sebagai calon Senator. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya hanya menerima satu cadangan untuk pemilihan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan rasminya telah mengesahkankan bahawa mengikut Kehendak Jadual Ketujuh Kebangsaan Malaysia Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada hari ini bersetuju memilih YB. Tuan Haji Abdul Nasir Bin Idris menjadi Ahli Dewan Negara mulai 20 Mac 2023.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bagi mengisi kekosongan yang berlaku disebabkan tamat tempoh perkhidmatan YB. Datuk Wira Othman bin Aziz sebagai Aahli Dewan Negara yang telah meletak jawatan pada 1 November 2022 saya pohon mendengar cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Dengan itu saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar membuat cadangan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan pada Dewan yang bersidang pada hari ini dengan sukacitanya mencadangkan dan memilih Yang Bahagia Encik Musadad bin Haji Ahmad menjadi Ahli Dewan Negara yang baru menggantikan YB. Dato’ Wira Othman Aziz yang telah meletakkan jawatan pada 1 November 2022. Terima kasih.

YB. Dato’ Speaker, saya menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang telah menerima surat persetujuan yang telah ditandatangani oleh Yang Berbahagia Encik Musaddad bin Haji Ahmad. Dengan hormatnya dipersilakan Yang Berbahagia Encik Musaddad bin Haji Ahmad untuk memperkenalkan diri kepada Dewan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya hanya menerima satu cadangan untuk pemilihan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan rasminya mengesahkan bahawa mengikut kehendak Jadual Ketujuh Perlembagaan Malaysia Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada hari ini bersetuju memilih Yang Berbahagia Encik Musaddad bin Haji Ahmad menjadi Ahli Dewan Negara mulai 20 Mac 2023.

Bagi pihak Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas pemilihan Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Nasir Bin Idris dan Yang Berbahagia Encik Musaddok bin Haji Ahmad sebagai Ahli Dewan Negara bagi Negeri Kedah Darul Aman mulai 20 Mac 2023. Semoga mereka akan berada dalam keadaan sihat untuk terus berkhidmat bagi membangunkan Negara Malaysia dan Negeri Kedah Darul Aman tercinta ini. Dewan yang mulia ini dan seluruh rakyat negeri menaruh harapan yang tinggi kepada Yang Berhormat berdua. Sekian, terima kasih. Urusan seterusnya setiausaha!

Setiausaha Dewan

Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah

IV. Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan KedahMotion

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar untuk memberi usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya mencadangkan usul ini saya ingin memberi ingatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menjaga tutur katalah berkaitan dengan ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang dizahirkan di Dewan ini. Semalam, sebelum kita bercakap di media sosial tapi janganlah kita membuat tuduhan-tuduhan seolah-olah titah yang dizahirkan oleh Tuanku itu telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Perkara yang sedemikian itu merendahkan institusi sultan. Saya tengok di tiktok semalam YB. Kubang Rotan ada menyebutkan perkara tersebut dan pagi ini saya tengok sebab perkara ini telah dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini, menjadi perbahasan yang panas kerana ada bekas menteri yang menyebutkan titah perasmian oleh Yang Dipertuan Agong itu adalah ditulis oleh kerajaan tetapi diulang lagi di peringkat DUN. Saya melahirkan rasa kecewa di atas kurang cermat YB. Kubang Rotan dalam tiktok semalam. Mintak beringat lain kali ya?

YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan satu usul yang berbunyi seperti berikut,

“Bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman persembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ucapan yang berbunyi patik-patik sekalian, Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman di dalam persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenannya Tuanku menyampaikan titah ucapan Sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-14.

Sekian, terima kasih.

YB. Dato Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Urusan seterusnya Setiausaha!

Setiausaha Dewan

Perbahasan di atas usul ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar.

V. Perbahasan Di Atas Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar.Motion

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, perbahasan di atas Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat agar menumpukan ucapan-ucapan Yang Berhormat kepada perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah sahaja. Saya juga berharap Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mengulangi perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, kita tak mau berulang-ulang. Dengan itu kita nak mulakan dengan menjemput Ketua Pembangkang untuk menggunakan 30 minit. Dipersilakan!

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

YB. Dato' Speaker dan seluruh Ahli Dewan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih diberikan ruang untuk mengambil bahagian pada hari ini bagi menjunjung kasih di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang hadir dan menyampaikan titah Perasmian Sidang Dewan Undangan pada kali ini.

Saya harap, kita di Dewan Undangan Negeri mengambil iktibar di atas teguran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang secara serius perhubungan Alor Setar dan Putrajaya mesti dieratkan bagi memastikan pembangunan dapat berjalan dengan lancar, hubungan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Saya mengambil pengalaman ini YB. Dato’ Speaker ialah ketika pengalaman saya duduk di sini dalam tahun 2018 hingga tahun 2020 bila kita ada kerjasama yang erat bersama dengan Kerajaan Persekutuan, kita dapat berunding banyak perkara, dapat berbincang banyak perkara.

Di antara yang boleh saya nukilkan beberapa point sini antaranya ialah pada ketika itu kita sedang menanggung hutang bekalan air sebanyak RM1.8 bilion untuk projek-projek bekalan air sebelumnya dan hasil rundingan setelah dibahagikan, diperhalusi dan dibincangkan maka Alhamdulillah, dapat dihapus kira sebahagian daripada hutang tersebut sekitar RM700 juta itu menjadikan bakinya hanya RM1.1 bilion. Bukan hanyalah masih banyaklah RM1.1 bilion, harapnya boleh diteruskan perbincangan.

Rundingan pada ketika itu juga berjaya menghasilkan satu usaha supaya mendapat pakej lengkap urusan bekalan air di Kedah ni dan juga sumber air yang sebelumnya kita bercadang untuk berhutang lagi RM1 bilion bagi membina 5 loji air tapi hasil rundingan yang dibincangkan secara bersama secara telus dan berkali-kali membolehkan kita mendapat geran pembinaan untuk beberapa projek bekalan air di Kedah ini sebanyak RM1.2 billion. Ini antara kerjasama yang perlu kita giatkan dan di mana hasilnya kalau sebelum itu 5 logi bekalan air semuanya hutan, hasil rundingan tersebut 4 loji bekalan air menjadi geran ditambah dengan 2 projek NRW, 1 di Langkawi dan 1di ‘mainland’ pun dijadikan geran dan kita berjaya juga mendapat satu komitmen bagi membina bekalan air untuk Langkawi sekitar RM600 juta.

Hasil perbincangan tersebut juga dapat menyelesaikan masalah migrasi bekalan air Kedah dan juga yang bagusnya dalam projek NRW tadi termasuklah dimasukkan 120 ribu meter air bagi menggantikan meter-meter yang telah pun agak usang di Negeri Kedah. Jadi saya harap, urusan kerjasama baik di antara Alor Setar dan Putrajaya ini diteruskan sama ada dalam bentuk kerjasama politik ataupun yang lebih-lebih lagi bagi pihak kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan kita yang sememangnya mempunyai kebolehan diplomatik yang cukup tinggi.

Yang keduanya saya ingin menyebut tentang bekalan air ni YB. Dato’ Speaker, saya ingin bangkitkan tentang keluhan daripada masyarakat akhir-akhir ini lebih kurang dalam setahun dua ini selepas PKP bila banyak menggunakan air balik. Rakyat Kedah sedang mengeluh dengan keadaan bekalan air yang mula banyak mendapat notis gangguan bekalan air dan juga setengah-setengah notis itu disebut tentang tidak dapat ditentukan jangka waktu pemulihan. Jadi saya harap, ini perkara-perkara yang perlu ditangani segera kerana kita akan menghadapi banyak perkara khususnya di Langkawi akan berdepan dengan LIMA pada tahun ini. Yang keduanya ialah saya ingin bangkitkan juga berkenaan dengan status pembinaan, tadi saya dapat jawapan tentang status pembinaan Loji Rawatan Air yang disebut dalam Dewan ini berkali-kali.

Kalau dulunya diserang saya pada akhir 2020 kerana banyak perkara tersebut dan saya nak sebut di sini bahawa sejak kita buka tender pada 9 Januari 2020, keempat-empat Loji Rawatan Air ni projek tersebut telah pun dilantik namun sampai ke hari ini selepas sekitar 3 tahun ini projek ini berjalan agak sangat perlahan dari segi kemajuannya. Tetapi belum lagi dia disenaraikan sebagai projek sakit namun bagi orang yang biasa dengan kejuteraan projek ini yang telah pun diubah tarikh siapnya tu sebenarnya bolehlah dikategorikan projek yang perlu perhatian serius kerana kalau tidak, kita titak boleh menjangkakan bila akan siap dan bila boleh beroperasi keempat-empat loji yang dibuka sebagai tender terbuka.

Satu lagi loji yang disebut logi ke 5 iaitu Logi Pelubang adalah logi yang telah diputuskan pada awal Januari 2020 lagi supaya diberikan secara rundingan terus kepada GLC kita, Bina Darulaman Berhad (BDB) untuk membolehkan kita mengawal 3 perkara. Pertamanya mengawal kos silingnya, kedua mengawal kualiti pembinaan dan ketiga boleh mengawalkan tempoh pembinaan kerana ‘direct’ perbincangan dan kita meletakkan beberapa perkara penting dalam projek tersebut, itu sejak Januari 2020. Jadi sayangnya sampai ke hari ini bila kita lihat di seluruh Negari Kedah walaupun ‘signboard’nya banyak, namun pemasangan paip utama daripada Peubang ke Kuala Kedah masih lagi sangat perlahan walaupun boleh nampaklah paip-paip ada di tepi lebuh raya tapi saya dapat banyak maklumat tentang tak mungkin boleh berjalan dengan lancar kerana banyak lagi gangguan dan juga halangan termasuklah pengambilan tanah berapa lot persendirian. Begitu juga paip dari Pelubang ke Jerlun, itu lebih rendah prestasinya, paip Pelubang ke Bukit Kayu Hitam lebih rendah lagi dan keseluruhannya menjadikan keempat-empat projek ini yang prestasinya setakat ini hanyalah kalau Pelubang tu baru 9% untuk tempoh ini untuk siapkan lagi 90% kita tak dapat menjangkakan bila tarikh siapnya walaupun dah dipinda tarikh siap asal. Bagi Jenun Baru, 24% juga dah dipinda tarikh siap asalnya, Lubuk Buntar pun dah dipinda siap asalnya dan Bukit Selambau juga telah dipinda tarikh siap asalnya. Jadi, pindaan telah pun berlaku, kemajuan hanya di bawah 10% dan kita harapkan komitmen yang lebih jelas lah. Saya minta kerjasama pihak Pegawai Tadbir juga tolong berikan perhatian kerana masih terdapat beberapa tempat yang tidak boleh diteruskan kerana memerlukan urusan pengambilan tanah. Jadi, saya harap ini berikan satu kerjasama yang baik supaya dapat kita selesaikan, dapat kita berikan satu tempoh bila boleh siap bila boleh siap dan bila boleh mula beroperasi loji-loji air ini.

Walaupun ini bukanlah keperluan sekarang tetapi pemasangan tiga batang paip tadi sangat kritikal, sangat penting untuk kegunaan sekarang berdasarkan kapasiti yang memang dah tinggi pun. Kapasiti di Kedah telah pun lebih daripada 1,500 milion liter yang ada sekarang ni.

Seterusnya YB. Dato’ Speaker, saya ingin menyebut juga tentang rungutan daripada pihak pengendali restoran dan juga industri kecil dan sederhana yang mengatakan bil air mereka pada bulan Januari ini lebih tinggi daripada bulan Disember dan bil bulan Februari lebih tinggi daripada Januari. Jadi saya nak tau, dalam kes ini apakah pihak kerajaan telah pun menaikkan tarif air bagi pengguna komersial di Kedah. Jika berlakulah, jika tak berlaku kita akan jumpa balik restoran ni mungkin dia yang pakai banyak. Tetapi rungutan yang kita terima seolah-olah macam berlakunya kenaikan tarif air sejak Januari 2023. Apakah benar atau tidak?

Saya tidak mahu perkara ini disebut ataupun jika dinaikkan hanya kerana kononnya untuk menampung kerugian kepada operator air Kedah iaitu SADA Sendirian Berhad kerana sejak tahun 2020 YB. Dato’ Speaker, Kedah telah pun terlepas ikatan dua konsensi yang sebelum ini terikat sepanjang 30 tahun dengan tanggungan sekitar RM30 juta kepada konsensi ini. Kita dapat lihat dalam jawapan nombor 17 Sidang Dewan yang lepas, disebut bagaimana selepas tamatnya dua konsensi ini syarikat SADA dapat menjana keuntungan sekitar RM29.9 juta pada tahun selepas daripada tamatnya konsensi. Jadi kita harap, tidak dijadikan alasan sekiranya nak dinaikkan tarif lebih baik saya harap jawapan itu nanti kata, “tidak ada naik tarif”, lagi ‘best’ tak payah jawab kepada pihak restoran. Maknanya saya akan bagitahu bahawa depa yang guna banyak.

Seterusnya berkaitan tajuk air dia juga, saya ingin sebut sikit tentang Rancangan Tebatan Banjir yang menarik minat ramai bila berlaku banjir. Sekarang ini di Johor Melaka dan juga Pahang, sebelum ini beberapa negeri lain ialah projek-projek ini sedang berada di Kedah dan diletakkan dalam peruntukan yang begitu tinggi untuk Belanjawan 2023 tetapi projek-projek ini masih berjalan dalam keadaan yang tidak dapat ditentukan tarikh siap yang mungkin akan berlaku nanti. Contohnya saya sebut di sini adalah RTB Sungai Kedah, Anak Bukit. Pakej 3 ini yang sekarang telah mencapai 52% berbanding jadual 48% tetapi sebenarnya sebab kita telah pun ubah tarikh siap sudah empat kali dari tarikh siap pertama, kedua dan ketiga dan akhirnya kita dah tolak daripada bulan Mac 2023 kepada akhir tahun 2024. Sebab tu kita boleh dapat satu kemajuan yang masih nampak macam elok tapi tidak disedari secara senyap-senyap ia merupakan projek yang perlu perhatian sebagai projek sakit.

Kalau dah projek RTB Pendang memang itu yang pakej satu sangat seriuslah keadaan yang ada pada hari ini yang kalau ubah tarikh siap pun tak mungkin boleh capai, RTB 2 Sungai Pendang 2, agak di atas landasan namun telah pun dialih tarikh siap yang dijangka nanti, begitu juga RTB Jitra Selatan.

Yang saya sebut di sini bukan kerana projek itu lewat, projek lewat boleh kita lewatkan, projek tu boleh kita tangguh tapi kerana kelewatan itu dikaitkan dengan ‘land acquisition’ ataupun pengalihan utiliti. Jadi, yang ini melibatkan pihak kerajaan, kalau lambat salah kepada kontraktor kita boleh ‘blame’ kita boleh ‘cherge’ dia kita boleh kenakan LED dan sebagainya. Tapi kalau kelewatan kepada pihak kerajaan itu memalukanlah. Jadi, kalau kita tengok di Jitra Selatan masih ada lagi 2 lot dalam kolam, 27 lot dalam sungai yang masih lagi prlukan tindakan segera dari segi pengambilan. Kita harapkan satu komitmen yang lebih tegas, lebih serius dan penglibatan langsung pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini kerana kalau tengok RTB Sungai Kedah, Anak Bukit yang melibatkan melintasi jalan tu FT3007 dan juga Jalan Gunung, tidak boleh diselesaikan kerana tak boleh disiapkan jalan lencongan.

Kalau boleh buat jalan lencongan pun tak boleh disiapkan bina jambatan hanya kerana ada satu struktur yang tidak layak dibayar pampasan tetapi layak untuk menghalang pembinaan. Jadi, saya harap ini kita ambil perhatian serius dan kita tengok balik apa tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan supaya tidak menjadikan alasan kepada penangguhan projek yang mendapat perhatian umum daripada terus tergendala. Projek-projek seperti ini kerana bila projek tidak dapat ditetapkan tarikh siap ini YB. Dato’ Speaker, masalahnya ialah untuk kita berunding dengan Federal bagi mendapatkan projek baru. Projek baru tidak boleh dilancarkan kerana projek lama masih lagi ‘drag’, masih lagi berlanjutan, masih lagi perlu dibuat bayaran dan masih lagi tidak boleh ditetapkan tarikh siap projek sedia ada.

Seterusnya YB. Dato' Speaker, sedikit saya ingin menyentuh tentang tuntutan hak ke atas Pulau Pinang yang selalu disebutkan oleh YAB. Menteri Besar dalam beberapa hal. Jadi saya harap, perkara ini diperhatikan betul-betul kerana kita boleh bercakap menuntut dalam banyak perkara sebelum ni menuntut tentang bekalan air, penggunaan air dan sebagainya tetapi bila kita bila kita sebut sampai tajuk isu-isu melibatkan asas-asas kepada undang-undang ni yang mungkin kita tidak ada ‘local standard’ dalam dalam hal yang kita disebutkan ini ia boleh menyebabkan satu penghinaan kepada Perlembagaan Malaysia kerana ia terlibat secara langsung terletak dalam pPerlembagaan kewujudan Pulau Pinang yang kita harus tanganinya dengan cara lebih lebih teratur dan tidak sampailah melibatkan perkara itu melibatkan undang-undang. Kalau kita ada hak, biarlah undang-undang itu dipihak kita dan kita yang bawa kes itu ke mahkamah jangan sampai orang bawa kita ke mahkamah kerana kita mempertikaikan satu perkara yang telah pun termaktub dalam Perlembagaan.

Kerana dalam urusan Sungai Muda ini YB. Dato’ Speaker, ialah Sungai Muda ataupun Ulu Muda Sekitar 380,000 hektar itu sebenarnya kepentingannya banyak, kepentingan kita sendiri kepentingan untuk Negeri Kedah bukan sekadar kepentingan Pulau Pinang kerana saya melihat kajian yang telah dibuat oleh pihak konsultan kepada JPS, Sungai Muda itu sendiri mengandungi kandungan kapasitinya lebih daripada 6,000 juta liter sehari daripada segi kapasitinya. Kita duk guna pakai termasuk pertanian dan juga air hanya sekitar 2,000, lagi 4,000 tu sebenarnya dah jadi ‘overflow’ sama ada banjir ataupun ‘overflow’ ke laut dengan Jeniang Transfer pun boleh ambil lagi 1,000 yang lebihnya hanyalah air ‘overflow’. Setakat hari ni boleh kata senang kiranya, Pulau Pinang tu pakai air lebihan yang hanyut daripada kita, yang memang kita pun tak tahan ataupun tak sekat dalam penggunaan. Jadi saya harap, teguran saya ni bukan pasali air tapi teguran saya pasal bila kita mengambil bahagian dalam perbincangan yang melibatkan Perlembagaan ini bahayanya takut kita sendiri diseret ke mahkamah.

YB. Dato’ Spekaer, yang keduanya ialah saya ingin sebut dalam urusan menangani kos sara hidup di peringkat Federal pada kali ini banyak diperkenalkan beberapa perkara di bawah payung Rahmah itu termasuk salah satunya “Menu Rahmah” yang disebut dalam banyak hal menjadi tarikan ramai orang menyebabkan ramai orang nak bercakap. Jadi saya harap, sepertimana tadi kalau ditegur oleh YAB. Jeneri di sini jangan kita bangkitkan isu tenang benda yang telah pun berulang yang dah berlaku di Parlimen yang perlu teguran di sini pun janganlah sampai ada nanti orang yang menghina Menu Rahmah di Kedah ni. Pakat makan pi lah, tak lalu makan kalau dah duit banyak pun pi makanlah di tempat yang mahal tapi jangan jadikan benda tu olok-olok kerana saya faham sebagai kita orang kampung, kita asalnya orang susah, kita tahu kita nak tahu sekali kenyang tu berapa duit, kita nak tentukan harga dan lama dah kita buat konsep supaya barang di pasaran tu ada harga dia, jadi senang kita nak merancang.

Dalam kes ini, walaupun Menu Rahmah di Kedah ni tak banyak sangat pun sebab memang di Kedah kita boleh dapat banyak lagi makanan yang di bawah RM5 kut tepi jalan, nasi tomato RM4 pun ada, nasi goreng kunyit RM4.50 pun ada, jadi tak perlu sampai yang RM5 tapi yang saya nak sebut ialah kita janganlah sampai kenyataan-kenyataan kita terutamanya Ahli-ahli Dewan dalam keadaan nampak seolah-olah macam menghina makanan itu yang secara langsung menghina sajian dan juga rezeki yang sesuai kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah.

Point yang keempat ialah saya nak sebut tentang pengawalan kawasan pembalakan di Kedah. Mengikut jawapan yang saya dapat daripada soalan yang telah saya kemukakan, ialah tahun 2021 masih berlaku pembalakan untuk kawasan sekitar 10,000 ekar ataupun 4,000 hektar yang berlaku di Kedah dan tahun 2022 juga hampir sama kawasan tu, jadi saya hanya nak ingatkan pastikan supaya lesen membalak yang diberikan kepada kawasan-kawasan yang sesuai tidak boleh menyebabkan banyak gangguan kepada urusan-urusan alam sekitar dan sebagainya. Namun, sebagai secara ringkas saya nak sebut di sini ada beza kelulusan kawasan membalak dengan kelulusan lesen mengeluarkan balak. Jadi saya harap kita boleh jelas di sini Ahli-ahli Dewan dan juga pegawai-pegawai yang terlibat, kelulusan kawasan membalak boleh dikeluarkan sepanjang masa oleh pelbagai Menteri Besar yang mungkin berhimpun dah sampai 15,000 ke 20,000 hektar yang dalam kelulusan kawasan membalak namun lesen mengeluarkan balak hanya boleh dikeluarkan oleh Menteri Besar pada tahun semasa. Jadi, janganlah kita sebut, “ini semua kelulusan zaman dulu, kelulusan zaman dulu, yang kelulusna kawasan balak hanya mendapat premium sekitar 10% tapi kelulusan untuk lesen mengeluarkan balak kita boleh mengutip sekitar 90% lagi premium. Jadi saya harap, ini satu benda yang saya nak minta ialah supaya pastikan kawasan yang terlibat itu betul-betul kawasan di bawah kawalan lah bukan kawasan yang boleh menjejaskan alam sekitar.

Seterusnya ialah sikit tentang sukan yang diminati paling ramai di Kedah iaitu sukan bola sepak yang Menteri Besar kita sangat aktif dan pagi ni pun dia jalan terhenjut ‘injurt’ pasal bola sepak. Saya nak tanya ialah apakah sasaran kita pada tahun ini sebab peminat-peminat duk tanya juga, jadi saya pun tak tahu nak jawab apa sasaran kita nak capai pada tahun ini kerana kalau tahun lepas kita kata seolah-olah kita macam tak boleh mengalahkan JDT kerana JDT belanja besar belanja mewah jadi dia kuat kita mungkin tak boleh kalahkan dia tapi. Tapi keputusan tahun lepas bukan kita hanya belakang dia tapi kita di belakang daripada 6 pasukan yang lain lagi, kita duduk nombor 8. Saya harap tahun ni kita ada satu sasaran baru, apa sasaran kita untuk tahun 2023.

Seterusnya dibangkitkan juga disebut oleh kawan-kawan kita tentang “Beras Sejahtera”. Tak kisahlah Beras Sejahtera ni bukan pasal urusan Beras Sejahtera tu sangat tetapi sebab urusan ini kita telah membincangkan dan diluluskan di Dewan ini satu belanjawan, satu jumlah kewangan dan diperuntukkan untuk sediakan Beras Sejahtera untuk diedarkan kepada semua Pusat Khidmat termasuk ADUN-ADUN daripada pembangkang. Jadi yang ini saya mehonkan penjelasan apa status sebenarnya? Bila kita dah luluskan di sini tetapi terdapat ura-ura katanya ia tak boleh diteruskan kerana memang diberhentikan, jadi kita pun pohon penjelasan ke atas perkara ini.

YB. Dato’ Speaker, seterusnya juga saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pihak MIDA (Malaysian Investment Development Authority) atau Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia yang bekerja rapat dengan YB. Guar Chempedak ni kerana mengikut rekod Approve Investment untuk 2022 bernilai RM264,000 bilion untuk seluruh Malaysia bagi approved investment untuk 2022 mereka bekerja kuat dan China menyumbang 33%, USA menyumbang 18%, Belanda menyumbang 12%, Singapore menyumbang 8% dan Jepun menyumbang 7% dengan temanya “sustainable investment for grows”. Jadi saya sebut terima kasih di sini kerana dalam ucapan Tuanku juga mengucapkan tentang pelaburan yang masuk ke Negeri Kedah jadi saya ucapkan penghargaan di atas kerja kuat ini dan saya lihat di situ melibatkan 4,454 projek dan peluang pekerjaan kepada 140,370 individu bagi seluruh Malaysia. Penerima terbesar pelaburan ia adalah Johor 70.6 billion, Selangor 60.1 billion, Sarawak 28.2 bilion, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 25 billion, Penang 16.3 bilion yang kelima dan Alhamdulillah, Kedah seperti disebut oleh Tuanku dalam Dewan dalam ucapan Tuanku 13.1 billion. Jadi kita ucap penghargaan dalam hal ini khususnya dalam MIDA mempromosi dan menggalakkan pelaburan dari luar negara ke Malaysia termasuk Negeri Kedah dan Kulim Hi-Tech menjadi lokasi pilihan dan lebih daripada 90% pelaburan masuk ke Kedah adalah untuk kawasan Kulim Hi-Tech.

YB. Dato’ Speaker, isu yang seterusnya adalah tentang KXP Aerotropolis ataupun Lapangan Terbang Kulim yang saya rasa nanti kita mungkin akan mendengar huraian lebih panjang dalam jawapan nanti kerana kita nak dengar ialah sepanjang tempoh KXP ini mula disebut di Kedah ini sampai ke Pusat, beberapa perbincangan teknikal telah pun dijalankan. Beberapa perbincangan itu melibatkan urusan-urusan memenuhi prasyarat kepada pembinaan KXP. Jadi kita nak tahu juga sampai sekarang ni apakah status aasih di peringkat prasyarat sehingga membolehkan rundingan seterusnya ataupun apakah projek di bawah PFI ini dan halangannya kepada KXP bagi membolehkan ianya dilancarkan berbanding dengan apa yang disebut di dalam Dewan Rakyat, kita nak tahu juga di sini penjelasan sebab kita di sini rata-rata hampir keseluruhan 36 ADUN ini antara yang menyokong pelaksanaan KXP sebelum ini sampai ke hari ini saya rasa tidak ada yang tidak sokong tapi kita nak tengok apa lagi yang menjadi halangan kepada pelancaran projek yang dikendalikan secara PFI ini.

YB. Dato' Speaker, sedikit juga saya ingin menyentuh tentang “Membina Malaysia Madani” di Negeri Kedah ini. Saya rasa ini terkait rapat dengan titah Tuanku yang menjaga keharmonian, menghormati semua pihak di antara kita, menjaga nilai hubungan antara kita Alor Setar dan Putrajaya, nilai sesama kita.

Saya harap nilai-nilai yang dibawa oleh Malaysia Madani ini tidak menjadi satu perkara yang samping dan kita sepatutnya seiring dengan Malaysia Madani ini agar tidak terus ketinggalan dan mendapat tempat dalam perbelanjaan yang disediakan oleh pihak Persekutuan. Berhubung dengan Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan yang sedang dibahaskan di Parlimen pada ketika ini, kita melihat Belanjawan 2023 memperuntukkan RM97 bilion untuk pembangunan dan setakat ini kita nampak Kedah diperuntukkan RN1.5 billion sahaja untuk 2023, jadi saya rasa kita masih berpeluang untuk mendapat lebih ruang bagi menyenaraikan pembangunan baru andai mampu mengurus projek sedia ada tadi. Projek-projek sedia ada yang saya sebutkan tadi eloklah dalam masa segera setingkat boleh kita uruskan projek ini supaya kita dapat tetapkan tarikh siap projek-projek tersebut supaya kita layak untuk memohon projek-projek baru bagi mendapatkan projek itu sampai ke Negeri Kedah dalam masa 2023 seperti yang dijangkakan sekarang.

Jadi, saya cadang supaya wakil-wakil Negeri Kedah yang ada dalam Dewan Rakyat mengambil peluang untuk membangkitkan projek-projek yang perlu dibawa ke pengetahuan Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan keutamaan untuk Negeri Kedah dan juga kedua-dua Ahli Dewan Negara yang kita cadangkan tadi yang akan mula masuk ke Dewan Negara ini, saya ada pengalaman pernah berada di Dewan Negara memang di situ tidak ada pembangkang yang ada dalam tu semua kerajaan sama kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan, boleh bincang banyak perkara, boleh bangkit banyak perkara dan biasanya Menteri ataupun Timbalan Menteri yang hadir di Dewan Negara tersebut memberikan kerjasama sepenuhnya kerana dia datang dengan satu minda yang bersedia untuk mendengar sebab semua yang ada dalam Dewan Negara adalah wakil-wakil Federal ataupun negeri. Jadi kita boleh bincang banyak perkara, maka kita harapkan dua wakil kita yang akan kita hantar itu…. (YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Suka Menanti ada lagi 5 minit!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Suka Menanti. Di hujung-hujung bagi peluang YB. Suka Menanti minum air, 20 minit pucat tu! Disebut oleh YB. Suka Menanti wakil-wakil kerajaan perlu untuk tampil sekali lagi buat pemohonan kepada kerajaan yang baru, cuma kita duk bincang lama dah YB. Dato’ Speaker tentang budaya “scrape off”, yang mana hat perancangan dulu tinggai, hampa nak nak, mai semula.

Jadi, adakah budaya ini kita nak teruskan dalam Kerajaan Madani yang disebut oleh YB. Suka Menanti dan peruntukan bangunan Kedah RM1.1 bilion lebih daripda RM97 bilion, negeri kita negeri yang disebut negeri yang termiskin, tiba-tiba Kerajaan Persekutuan yang ada tak memberikan peruntukan untuk negeri kita berdiri seiring dengan negeri-negeri lain yang telah pun terkehadapan. Adakah ini satu bentuk kezaliman baru yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan kerana perbezaan parti memerintah?

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Ketua Pembangkang yang baru dilantik. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan Malaysia Madani yang dikemukakan oleh PM ke 8 ini. Saya melihat ada beberapa perkara, yang pertama berkenaan dengan isu peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Parlimen. Kalau dulu RM3.8 juta sekarang ini RM1.3 juta sahaja dan kemudian diberikan kepada ADUN-ADUN, di bawah ADUN-ADUN pun juga diberikan peruntukan pada masa dahulu. Jadi saya mengharapkan kalau boleh peruntukan-peruntukan itu diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen yang sepatutnya diberikan, kalau tak diberikan kepada pembangkang di negeri beri kepada pihak kerajaan tapi saluran itu mesti diberikan kepada rakyat. Kalau dulu RM3.8 juta dan sekarang RM1.3 juta sangatlah, kalau peruntukan itu tidak dapat. Jadi, saya mengharapkan pihak pembangkang Negeri Kedah ini menjadi kerajaan di Pusat itu boleh memberi pandangan kepada pihak Pusat.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih yang pertama kepada YB. Dato’ Speaker, YB. Sungai Limau dan YB. Bukit Lada atas pandangan mereka. Saya menyentuh tentang.....(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

YB. Suka menanti, boleh ‘landing’!

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Dalam melaksanakan membina Malaysia Madani ni memang harus diteruskan dengan penuh sifat-sifat ehsan dan sifat hormat, berkayakinan dan sebagainya. Jadi, sebab itu saya rasa memang peruntukan itu saya sebut supaya dibangkitkan dan kita harus teruskan dan setakat ‘contact’ yang kami ada pun akan cuba berhubung berbincang banyak perkara melibatkan program-program sukan, program-program remaja, program seperti isu-isu di bawah payung rahmah ini perlu dikembangkan kerana Kedah (rakaman suara tidak memuaskan di minit 2.14.14 hingga 2.17.01).

Speaker

Terima kasih kepada YB. Suka Menanti. Sekarang saya menjemput YB. Sungai Limau, 30 minit!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassala tuwassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Subha nakala ‘ilmalana illa ma ‘allamtana innakaan tassami ‘ul’alim. La haulawala quwatailla billa hil ‘ali yilazim. Ammabaq. Kholallahu ta’ala kitabil karim, Auzubillhiminassyaitonirrojim;

Terima kasih kepada YB. Dato' Speaker kerana memberi peluang untuk saya turut serta dalam ucapan menjunjung kasih atas Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah Negeri Kedah di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan titah ucapan bersempena Pembukaan DUN setelah dua kali kita mendengar ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku hanya melalui alam maya. Jadi, patik-patik sekalian menjunjung kasih atas limpah perkenan Tuanku dan Tuanku Sultanah mencemar duli bersama dengan Tuanku Raja Muda dan isteri Putera Mahkota dan isteri sudah pasti menyuntik semangat kepada kepimpinan negeri dan pegawai kerajaan baginda Tuanku Sultan. Kita doakan semoga Allah kurniakan kesihatan dan kebaikan kepada Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah serta seluruh keluarga Diraja dan terus dipelihara Allah di singgahsana memerintah Negeri Kedah yang tercinta.

YB. Dato’ Speaker, dalam ucapan menjunjung kasih ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kami barisan ‘back benchers’ kerajaan daripada YB. Sungai Tiang dan YB. Bandar Baru yang seketika lamalah juga YB. Sungai Tiang itu, 2 tahun jugalah, 2 tahun lebih bersama-sama dengan kami di sebelah sini, tau-tau mai minggu ni beralih sebelah sana. Kita doakanlah semoga kebenaran yang dicari akan ditemui sepertimana yang sering kali kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala “Allahumma arinal haqqa haqqa warzuqnat tiba'ah waa arinal bathila bathila warzuqna tijanabah”.

Jadi, doa yang kita mohon supaya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa memberikan kepada kita berada bersama-sama dengan kebenaran dan kita akan mengikut kebenaran tersebut. Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada YB. Kuala Nerang yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah selepas Persidangan Bajet kita yang lepas lebih kurang bulan November yang lalu dan kita doakan semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan membantu dan mempermudahkan segala urusan beliau untuk melaksanakan tugasan membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat serta semua yang dilaksanakan akan menjadi bekalan akhirat InsyaAllah. Dan tak dilupakan juga kepada YB. Suka Menanti yang telah pun menjadi Ketua Pembangkang menggantikan ADUN Gurun yang telah pun meletak jawatan. Rasanya ADUN Gurun takdan nak bahas sebagai Ketua Pembangkang tapi moga-moga ADUN Gurun yang sekarang ni kita tahu telah pun melaksanakan suatu tugasan baru sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, sudah pasti juga tanggungjawab yang lebih mencabar di Dewan Rakyat. Jadi tahniah kepada semua yang telah pun kita sebutkan tadi.

YB. Dato’ Speaker, YAB. Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan semua hadirin hadirat sekalian, titah ucapan Tuanku Sultan telah menunjukkan keprihatinan baginda dan ambil berat kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat serta baginda mengikuti secara dekat pentadbiran YAB. Besar Jeneri. Kita juga tahu setiap minggu YAB. Menteri Besar akan mengadap Tuanku Sultan untuk ‘update’ (dengan izin) memaklumkan pembangunan dan apa yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang baginda merupakan ketua pemerintah. Tahniah juga kita rakamkan kepada YAB. Jeneri yang telah berusaha gigih bersama-sama dengan seluruh ketua-ketua jabatan dan pegawai kerajaan sehingga banyak kejayaan, banyak isu-isu yang telah lama dapat diselesaikan malahan nama Kedah sering diingati disebut-sebut. Bila orang sebut nama kita sama ada secara baik ataupun ada yang yang secara iri hati atapun sebagainya menunjukkan kita telah pun berada di depan mereka, InsyaAllah.

Antaranya yang dititahkan oleh Tuanku Sultan, pelaburan Kedah tahun 2022 berjumlah RM13.1 bilion dan kita juga masih ingati rekod yang telah pun kita berjaya capai iaitu RM68.3 bilion pelaburan pada tahun 2021. Tuan-tuan, RM13.1 bilion ini masih lagi berada dalam kerangka pencapaian yang telah pun diletakkan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang telah pun menetapkan bahawa untuk setiap tahun pelaburan yang akan kita capai adalah berjumlah RM10 bilion pelaburan masuk. Jadi usaha gigih seluruh kepimpinan negeri dan pegawai-pegawai, kita amat hargai dan InsyaAllah kita yakin usaha bersungguh-sungguh ini akan dipermudahkan Allah Subhanahu Wa Taala. Yang kedua, peluang pekerjaan daripada pelaburan yang masuk…..(YB. Pengkalan Kundor minta laluan)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Sungai Limau, minta laluan sikit!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yaa….Takdan… baru nak…

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Masih nak bertanya tentang pelaburan takut tertinggal, lepas ni ubah topik lain. YB. Dato’ Speaker, soalan saya adalah kita ucap tahniahlah kerana 2021, 2022 pelaburan yang masuk tu agak luar biasa. Saya nak tanya macam ni, dalam ucapan semalam Tuanku menyebut bahawa 90% lebih yang masuk itu adalah di Kulim Hi-tech Park. Maksudnya hanya sedikit sahaja di luar daripada Kulim Hi-Tech Park. Jadi soalan saya, sepanjang pihak kerajaan yang ada sekarang ni, berapa peratus peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan yang membawa masuk pelaburan sebab Kulim Hi-Tech Park itu siapa yang memerintah pun dia berada di situ. Maknanya infranya telah berada di situ, siapa yang memerintah pun dia akan masuk di situ. Jadi, berapa peratus daripada keseluruhan pelabur masuk 2021, 2022 yang disumbang oleh kerajaan yang ada sekarang? Itu soalan.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik. Terima kasih kepada Pengkalan Kundor. Saya yakin perkara itu akan dapat dijawab oleh YB. Guar Chempedak yang kita difahamkan beliau memang bersungguh-sungguh untuk bertemu dengan para pelabur sehingga ke luar negara dan juga pelabur yang sedia ada mungkin InsyaAllah akan dijawab oleh beliau tapi YB. Pengkalan Kundur jangan lupa

walaupun Kulim Hi-Tech tu sedia ada, dah pun ada pelaburan tapi dengan sistem E-10 yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk proses nak bina bangunan kilang mengambil tempoh hanya 10 bulan berbanding 24 bulan, 36 bulan sebelum daripada ini, itu juga merupakan salah satu perkara yang menggamit pelabur-pelabur untuk masuk ke Negeri Kedah khususnya di Kulim Hi-Tech dan tempat-tempat yang lain, InsyaAllah dan kita yakin usaha oleh pegawai-pegawai kerajaan kita ni kita patut berikan kredit kepada mereka. Ya,YB. Bandar Baharu. Sila!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Dato’ Speaker, YB. Sungai Limau, betul kita sangat faham dan sangat berterima kasih kepada MPKK (Majlis Perbandaran Kulim, Kedah) dengan kejayaan E-TEN tersebut di mana saya ambil satu contoh dalam Sidang DUN sebelum ni kita meraikan kejayaan E-TEN dengan Aspen Glove iaitu pelabur kita yang berjaya kita cepatkan dengan proses 9 bulan ke 10 bulan siap dia punya kilang dan juga operasi. Tetapi kualiti pelabur tersebut, saya bagi contoh Aspen Glove ini kerana bila dia beroperasi berapa bulan tiba-tiba tutup kilang. Jadi, bagaimana kita kerajaan negeri dan juga pihak Kulim Hi-Tech Park memilih dan melihat kualiti pelabur-pelabur yang masuk untuk menyumbang dalam Kedah ini. Terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik, terima kasih kepada YB. Bandar Baharu. InsyaAllah saya yakin perkara itu akan dijawab nanti oleh YB. Exco. YB. Dato’ Speaker…. Haa… ada lagi YB. Jitra? Sila! Sila!

Terima kasih. Saya cuma perlu kepastian sebab kalau kita mendengar titah Tuanku semalam bahawa pelaburan ni bernilai RM 13.1 billion dan memang betul saya semak dalam portal MIDA mengesahkan perkara tersebut. Tetapi pada 23 haribulan Ogos tahun lepas telah diumumkan oleh kerajaan negeri bahawa Kedah telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM20 bilion dalam tempoh hanya dua suku pertama tahun lepas iaitu sampai pertengahan tahun lepas, jumlah pelaburannya RM20 bilion. Jadi, saya cuma nak minta pengesahan angka mana yang sebenarnya tepat. Kalau nak ikutkan tu pelaburan yang dilaporkan oleh MIDA cuma RM13.1 bilion sepertimana yang telah dititahkan oleh Tuanku semalam.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih kepada YB. Jitra. Kita tunggu pengesahan daripada pihak kerajaan. Saya lanjutkan, kalau daripada pelaburan-pelaburan yang masuk akan menjana peluang pekerjaan kepada rakyat. Disebut kelmarin tahun 2022 daripada pelaburan masuk telah menyediakan 6,072 peluang pekerjaan dan kita juga ingat pelaburan yang masuk tahun 2021 telah pun menyediakan 11 ribu peluang pekerjaan di KHTP saja dan rekod-rekod ni sebenarnya peluang pekerjaan daripada pelaburan ini kita dapat sediakan khususnya untuk rakyat di Negeri Kedah. Sebab itulah apabila kerajaan negeri dengan memberi penekanan kepada projek-projek berimpak tinggi, projek-projek baru yang telah pun dan sedang dirancang oleh kerajaan sepertimana disebut Delapan SBEZ dahulunya dikenali sbagai Kota Perdana, kemudian KRC Fasa 1 berkeluasan 496 ekar yang telah pun siap dan menggalakkan limpahan pembangunan luar bandar, kemudian perancangan untuk KXP dan juga Kedah Aerotropolis yang ada dalamnya merangkumi perkhidmatan kargo yang lebih komprehensif yang disokong dengan pembangunan hub Maintenance, Repair and Operation (MRO) (dengan izin) merangkumi komponen Sidam Logistic Aerospace dan Manufacturing Hub (SLAM), Business Park dan Pembangunan Airport City. Jika semua ini dapat dilaksanakan, sudah pasti ia akan mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Negeri Kedah.

Sebagai contoh, saya ambil daripada yang kita ada, Kedah Rubber City dalam tempoh sehingga menjelang 2030 mampu menyediakan peluang pekerjaan 15,000 kepada rakyat Kedah khusus dan pada rakyat Malaysia amnya, Kota Perdana FBZ dalam tempoh 20 tahun mampu menyediakan peluang pekerjaan 21,000 dan KXP secara khusus apabila ia mampu dilaksanakan dapat menyediakan peluang pekerjaan 18,000 tak termasuk lagi dengan kargo, tak masuk lagi dengan SLIM, Business Park dan Airport City.

Ini menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan projek-projek ini demi untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat yang semuanya PFI, daripada swasta yang akan melabur sepatutnya. Sebab itulah kita mengharapkan Kerajaan Persekutuan memberikan pertimbangan kelulusan. Silakan YB. Derga.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Sungai Limau. YB. Dato’ Speaker, saya mohon YB. Sungai Limau kalau boleh perjelaskan peluang-peluang pekerjaan yang disebut itu sebegitu banyak. Berapakah sebenarnya anak Kedah yang betul-betul bekerja di situ khususnya seperti yang dikatakan oleh Bandar Baharu, OSRAM.

Contoh berapa ramai di situ dan bagaimana pula peluang pekerjaan dan pelaburan ni menambahkan nilai hasil kerajaan seperti yang dititahkan oleh Tuanku dan juga menaikkan pendapatan perkapita setiap rakyat yang hidup di Negeri Kedah. Saya pohon data tersebut, terima kasih.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Dato’ Speaker, nak tanya sekali boleh?

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Ya, sila!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tadi dengar tentang peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh kerajaan….. (YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Kota Darul Aman haaa…..!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Dato’ Speaker, terima kasih. Saya ingin bertanya tentang peluang pekerjaan yang diwujudkan melalui pelaburan asing. Persoalan saya ialah, bagaimana kita ‘mix and match’ dengan tumpuan dekat Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan adakah peluang pekerjaan ni melimpah ke semua daerah ataupun tempat lain sebab kalau kita cuma tumpu kepada KHTP yang saya tahu banyak yang di Alor Setar semua dah berhijrah ke Pulau Pinang ataupun ke Singapura dan tidak kembali. Jadi, dengan peluang pekerjaan yang begitu banyak, adakah rakyat kita betul-betul mendapat limpahan ekonomi tersebut? Terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih kepada YB. Kota Darul Aman. Banyak sangat YB. Dato’ Speaker, celahan-celahan ni, tak layan kawan-kawan belaka, tapi banyak benda. Dia tak boleh lebih dari Ketua Pembangkang, kalau nak tambah masa tak dak masalah YB. Speaker, InsyaAllah.

Timbalan Speaker

Boleeehh…!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Dari sudut data saya yakin pihak kerajaan ada dan untuk YB. Kota Darul Aman tentang tumpuan ke KHTP. Kalau Kota Darul Aman amati titah ucapan Tuanku dan perbahasan saya tadi kita ada 8 SBEZ di Bukit Kayu Hitam, kita ada KRC (Kedah Rubber City) di Padang Terap, kita ada KXP dan Kedah Aerotropolis di Sidam berdekatan dengan Sungai Petani. Itu juga menunjukkan usaha kerajaan bukan hanya tertumpu kepada KHTP semata-mata tetapi untuk kita lebar luaskan, yang penting sokongan daripada semua pihak untuk kita jayakan perkara ini kerana yang kita fikirkan adalah hasil dinikmati oleh rakyat dari sudut peluang pekerjaan, dari sudut limpahan ekonomi. Sudah pasti bila ada orang kerja akan ada perumahan, rakyat setempat mungkin boleh dapat limpahan ekonomi, kedai, gerai-gerai dan sebagainya. Semua itu sebenarnya penting untuk kita membangunkan Negeri Kedah dan juga memberikan nilai tambah ataupun pendapatan tambahan kepada rakyat di Negeri Kedah.

Jadi, kita di peringkat Tuanku Sultan juga kita yakin baginda Tuanku amat mengambil berat tentang projek-projek berimpak tinggi yang telah pun dirancang dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri termasuklah, walaupun tak disebut, tadi disebut oleh YB. Suka Menanti tentang naiktaraf LRA, 5 Loji Rawatan Air dan juga untuk mengatasi NRW dengan penggantian paip-paip. Semua itu dilaksanakan secara serentak oleh pihak kerajaan dan juga kalau kita lihat tadi semua YB. Suka Menanti sebut pada zaman dia buat, tapi dulu YB. Sungai Tiang… tak dak dah! YB. Sungai Tiang sebut ditangguhkan pada masa tu 2018, tangguh 2018, buat kajian balik kemudian barulah dimulakan balik. Selepas daripada tu 2020 dan dilaksanakan 2021 maknanya kalau 2018 buat, siap dah tu YB. Suka Menanti. Kalau kita dah buat dah daripada perancangan 2017 pemohonan daripada Kerajaan Persekutuan, maknanya isu air ni kita tak bincang dah, YB. Kuala Nerang tak payah dah jawab. Tapi kalau itu berlanjutan kerana berlaku ‘drag’, buat kajian semula daripada 2018 sehinggalah kita hanya mampu laksanakan pada 2021. Semua YB. Suka Menanti kata dia buat belaka. Silakan YB. Suka menanti.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

YB. Speaker, sikit saja. Saya cuma nak sebut 2018, 5 logi tu dalam permohonan dan dia punya jumlah loan pun belum diluluskan dan kajian pada masa tu hanya persiapan ‘design’ oleh pihak konsultan pun hanya separuh jalan yang dilantik oleh SADA sendiri pada ketika itu. Jadi, apa yang kita perbetulkan keadaan sehingga boleh dilaksanakan dilantik agensi pelaksana dan akhirnya semua siap dan boleh ditender pada Januari 2020. Itu kedudukan yang ada pada ketika itu, bukan tangguh pun. Tapi siapa yang nak laksana? Melainkan buat cara lama lah iaitu buat sendiri-sendiri, bayar sendiri-sendiri.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik. Yang ni kita tunggu sungai tiang cerita. Tang mana dah ni nak jadi maknanya usaha-usaha untuk kita menambah baik infra juga diberikan pertimbangan perhatian oleh kerajaan negeri dan tadi kita bincang tentang LRA, naik taraf, ‘drag’ masa (dengan izin) YB. Speaker, sehingga 2021 baru boleh mula buat. Kemudian bila berubah kerajaan pula pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk nak batalkan tebatan banjir peringkat awal tadi, kita pun bimbang. Adakah budaya ‘scrape off’ saya tanya tadi tu akan kembali berulang sedangkan kajian-kajian telah pun dilaksanakan laporan telah pun dibuat, permohonan yang lama, perancangan-perancangan tu bukannya hanya masa, bukan hanya melibatkan pegawai-pegawai tapi juga melibatkan duit rakyat daripada kajian-kajian yang dilaksanakan kalau tak diteruskan sudah pasti ia akan merugikan dan sudah pasti masalah yang ingin kita atasi itu akan berlanjutan sepertimana yang telah pun kita lalui pada hari ini, Kedah sepatutnya kita dah boleh selesai isu air ni tapi berlanjutan sampai ke hari ini dan InsyaAllah kita yakin dengan apa yang sedang diusahakan mampu untuk laksanakan 2024 untuk kita selesaikan masalah ni. Tunggu! Tunggu sat YB. Pengkalan Kudor, banyak lagi ni….

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Masih isu yang sama, isu air tadi…

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yaa… Yaa…

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Tuan Speaker, tadi YB. Sungai Limau menyebut tentang LRA, NRW dan satu lagi adalah servis operator tu sendiri (SADA). Saya nak bangkitkan sekarang ini, masa sekarang ini di beberapa kampung di DUN saya, DUN kita berjiran di Kampung Padang Raja dan juga Tepi Laut. Sehingga sekarang saya ingat dah 3 minggu tidak ada langsung bekalan air bersih ke lebih daripada 100 buah rumah di kampung-kampung yang disebutkan tadi ni. Jadi, isunya adalah, saya telah telefon YB. Kuala Nerang sekali tetapi tidak berjawab pada masa tu, saya berada di lokasi beberapa kali dan lori SADA masuk, keluar, masuk, keluar, masuk. Apabila saya tanyakan terus, dia kata dihantar kepada rumah-rumah tertentu yang secara tidak sistematik yang akhirnya ada yang dapat, ada yang tak dapat. Jadi soalan saya adalah, servis yang saya rasa amat lemah, dihantar tidak sama rata dan sampai hari ini ada rumah yang lebih dari 2 minggu tak dapat langsung pun daripada lori-lori SADA tadi. Cuma mereka dapat daripada rumah jiran-jiran, keluarga dan sebagainya. Jadi, soalan saya adalah kalau projek-projek tadi ada sebab-sebabnya tapi yang ni servis. Apakah servis yang jadi begitu, bukan baru dari dulu sampai sekarang.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor. Tadi pun YB. Pengkalan Kundor sebut ada lori SADA hantar air, maksudnya ada sampai lah, mungkin yang hat tak sampai tu YB. Pengkalan Kundur boleh bagi senarai nama-nama yang mungkin tercicir atau sebagainya. Tapi tulah YB. Suka Menanti, hat kita duk sembang tu kalau terus dulu boleh dah elok dah, jadi kita beralih kepada hat lain pula. Kita tahu projek ini dah dirancang lama tapi bila berlaku perubahan pimpinan kerajaan tu, ‘drag’ masa menyebabkan isu, masalah itu berlanjutan, tebatan banjir pun macam tu. Jadi, kita tak mahu berlaku isu yang sama, kita minta perhatian daripada Kerajaan Persekutuan dan perancangan-perancangan itu sebenarnya dibuat oleh pegawai-pegawai, pegawai-pegawai ni tak berubah dan kajian-kajian tu. Jadi, perancangan yang sedia ada projek untuk mengatasi isu-isu masalah rakyat ini mesti diteruskan supaya kita dapat memberikan bukan hanya kepuasan sebenarnya kepada rakyat tetapi membela nasib mereka yang ditimpa dengan pelbagai musibah. Contoh Tebatan Banjir, kalau kita hentikan Tebatan Banjir di Baling macam kita sebut, kalau nak kena mohon pula nak kena ambil masa pula, berhenti, masalah akan berlaku banjir selepas ni.

Di Pendang juga, walaupun sebut Tebatan Banjir Pendang tapi masuk juga dalam DUN Sungai Limau, hampir 500 orang, 100 relong yang terlibat bila menyebabkan Tebatan Banjir tu tak berlangsung dengan elok, sungai jadi cetek, air daripada bendang tak boleh nak pergi ke sungai, sawah sentiasa tenggelam. Kita dah bincang dah, ada kaedah daripada JPS (Jabatan Paritt dan Saliran) dan sebagainya supaya perkara ini dapat diatasi. Kemudian di Dulang, begitu juga fasa 2. Kalaulah projek-projek ni dihentikan, biar macam tu saja, sudah pasti ia bukan hanya memberikan impak kepada masalah banjir tapi juga kesan kepada pesawah-pesawah yang menyebabkan sawah mereka itu tak boleh untuk nak menghasilkan ataupun mereka tak boleh nak usahakan secara yang lebih tertip.

Jadi, sebab itulah kita mohon supaya pihak Kerajaan Persekutuan, disebut oleh Tunku “lebih profesional” dalam menangani isu-isu ini. Apa yang telah pun dirancang kita teruskan kerana ia memberikan impak yang besar kepada rakyat. Sudah pasti, Tuanku Sultan menyeru supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan kelulusan untuk pelaksanaan projek KXP, ini juga kita dah sebut PFI. Projek ni projek yang swasta yang akan laburkan dana daripada swasta tak, Kerajaan Persekutuan hanya perlu berikan kelulusan kepada pihak kerajaan, kajian-kajian telah pun dibuat. YB. Jitra tentu bersetuju dengan saya, sejak dari 2013 disebut oleh YB. Jitra dan beberapa kajian, 5 kajian telah pun dilaksanakan dan telah pun disebut oleh YAB. Jeneri dalam Mesyuarat Majlis Fizikal Negara untuk dibentangkan bulan Ogos tak dapat bentangkan bulan Oktober 2020, ada rekod di peringkat MOT.

Kemudian, tiba-tiba bila berubah kerajaan kata tak ada permohonan. Itu yang menyebabkan kita rasa…Aih!? Saya rasa YB. Suka Menanti, Pengkalan Kundur, Derga, semua kita tau perkara ini dan kita telah pun berbahas berulang kali, tiba-tiba Menteri kata tiada permohonan. Ini merupakan apa yang yang kita bimbang, “political vendetta” ada sebut juga tu, politik dendam, politik kebencian kerana berlainan parti menyebabkan apa yang sedang diusahakan oleh pihak kerajaan negeri untuk membangunkan negeri disekat. Kita dah nak naik keluar daripada kemiskinan tiba-tiba ada orang tarik pula. Jadi, bila masa kita akan mampu untuk bersaing ataupun memastikan Kedah ini maju dan membangun.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Sikit laluan YB. Sungai Limau.

Timbalan Speaker

YB. Sungai Limau, sebelum tu saya nak ingatkan YB. Sungai Limau ada 2 minit saja lagi. YB. Sungai Limau terlalu pemurah jadi….

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Ya…Ya! Ya! Tak pa YB. Pengkalan Kundor, tinggal 2 minit lagi. Saya ni memang pemurah, tadi pun banyka kali tanya dah. Tak pa, banyak lagi benda, hat kawasan tak masuk lagi ni…

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Last! Last! KXP! Terima kasih YB. Speaker.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Makan masa banyak dak? Kalau panjang tanya YAB. Menteri Besar.

Timbalan Speaker

Terus kepada soalan YB. Pengkalan Kundor!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Soalan saya simple, adalah saya memetik laporan oleh Wee Ka Siong iaitu Datuk Seri yang menjadi Menteri Pengangkutan sebelum ni. Beliau masih menunggu kepada satu laporan Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara. Jadi, selepas ‘study’ itu dibuat, selepas itulah dia akan melihat kepada KXP. Jadi, bukan isu kerajaan yang ada sekarang yang baru 3 bulan tapi isunya adalah pelan strategik yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan pada masa itu masih tak lengkap.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Ok, baik. Maknanya Menteri Pengangkutan la ni kena baca jugalah laporan-laporan yang lama tu supaya dia lebih tahu, jangan dia kata tak tahu apa hat perancangan negeri ni. YB. Speaker, tuanku itu juga menyebut tentang pelancongan…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Sungai Limau, masa sebenar sudah cukup!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Tambah sikit lagi.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat perlu berapa minit lagi agak-agak yang sesuai?

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Saya atak mau mintak banyak, 10 minit boleh kut, InsyaAllah. (seluruh hadirin ketawa). Tak pa lah, ikut, satgi saya berhenti. Kalau YB. Speaker kata berhenti, InsyaAllah saya berhenti.

Timbalan Speaker

Bagi 6 minit!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik. Terim aksih YB. Speaker. Biasa 40 minit, tu yang kita rai sahabat-sahabat tu kan? Pelancongan juga telah disebut dalam titah ucapan dan banyak benda yang disebut oleh Tuanku Sultan. Jadi, saya tak mau pi yang lain lah, Langkawi, tentang feri dan sebagainya. Nak masuk dalam Daerah Yan, takut takdan. Pegawai Daerah saya pun duk bincang bagaimana kita nak majukan Daerah Yan. Jadi, secara lebih khusus saya ingin memohon agar Daerah Yan juga mendapat perhatian kerajaan negeri selain daripada Langkawi dengan tema, “Yan Daerah Pelancongan Desa, Yan Lestari”.

Sudah pasti banyak aset yang terdapat di Yan yang boleh kita angkat untuk menjadi tarikan pelancong, Gunung Jerai kita ada, Terusan Wan Mat Saman kita ada, satu terusan yang menjadi sejarah bagaimana dengan memajukan teknologi khususnya sawah pada masa itu, korek secara manual dan sebagainya. Kemudian kawasan air terjun dan rekreasi yang cantik, sawah yang terbentang luas mata memandang, jeti-jeti nelayan, kami ada lebih kurang 10 jeti dalam Daerah Yan.

Alhamdulillah, YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri pun bila permohonan untuk naik taraf, Alhamdulillah ada berapa jeti yang diluluskan. Jeti ni kalau kita pi YB. Speaker, petang-petang Allah…!! ‘Sunset’nya cukup lawa. Jadi, kita cadang kalau boleh kerajaan negeri pilih salah satu daripada jeti-jeti ini untuk kita majukan sebagai tarikan pelancong, orang nak mai makan ka di situ, rekreasi keluarga kat situ sebelah petang sebab dengan suasana yang ada, angin mendayu-dayu, Allah….!!! Kalau pi duduk di situ boleh lena di situ.

Jadi, kesemuanya ini dengan makanan yang dihidangkan air nira, makanan-makanan yang lain, semua kita yakin mampu untuk menjadi tarikan. Cuma kita harap, sudah pasti bila kita sebut perkara ini aset yang kita ada tapi kalau tak di’polish’ (dengan izin) takdak bajet untuk kita nak angkat perkara ini, kita ada Jerai Geopark tetapi sejauh mana Jerai Geopark ini mampu untuk memelihara kawasan persekitaran dan juga dimajukan untuk kita tarik pelancong-pelancong mai ke Yan. Kita juga mencadangkan supaya di peringkat kerajaan negeri adakan semula Kalendar Pelancongan selama setahun supaya pelancong-pelancong daripada luar negeri, luar daripada Kedah ataupun luar negara dia tahu apa ‘event-event’ yang akan kita adakan supaya mereka juga boleh buat jadual yang nak mai Kedah musim ni pasal, apa kerana ada jerami gulung, orang nak mai waktu ni pasal apa.

Jadi, semua itu perlu kita berikan perhatian dan juga perhatian juga boleh diberikan kalau tadi tarikan kepada tempat, tarikan kepada jenis makanan, tarikan kepada ‘event’ hiburan keluarga, saya rasa ‘event’ baru yang Alhamdulillah dalam dua tiga bulan ini malah dua tiga hari ini, keagamaan, ceramah daripada Yang Bahagia Ustaz Azhar Idrus yang mampu menarik puluhan ribu untuk berkampung berada di hadapan Masjid Zahir. Kemudian Alhamdulillah, Festival Sunnah yang berlangsung 3 hari dapat sambutan, hari terakhir tu saya difahamkan jem sehingga beberapa kilometer. Ini juga perkara yang perlu untuk kita angkat, kita semarakkan majlis-majlis ilmu bahkan “Pelancongan Pondok”, kita pernah cadangkan perkara tersebut sebelum ni. Kesemuanya ini menjadi aset yang ada pada Negeri Kedah untuk kita adakan kalendar tahunan supaya kita dapat menarik minat pelancong hadir ke Kedah mereka boleh berbelanja dan rakyat kita boleh mendapat manfaat daripada perbelanjaan tersebut.

YB. Speaker dan Ahli Sidang sekalian, baginda Tuanku juga meminta agar pihak kerajaan negeri, ini penting meneliti dan mengkaji semula dasar dan polisi berbentuk fiskal mahupun undang-undang yang telah lapuk untuk diangkat ke pengetahuan Kerajaan Persekutuan. Baginda mengambil contoh tentang pemberian mengikut bilangan orang iaitu pemberian Persekutuan kepada negeri di bawah Fasa 1A Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan yang dipinda 20 tahun yang lepas.

Ada lagi yang telah pun diangkat oleh kerajaan, hari ini disebut dan bukan hanya kerajaan kali ini, saya yakin sebelum ni YB. Jitra pun pernah sebut, Datuk Seri Almarhum Ustaz Azizan pun pernah sebut iaitu tentang royalti pemberian yang kerajaan patut bagi kepada Kedah pertamanya kerana menjaga kawasan tadahan air. Kita pelihara hutan yang banyak Negeri Kedah dan kawasan tadahan air itu tuan-tuan bukan hanya untuk Kedah tapi kita juga berikan jaga untuk negeri-negeri jiran. Pemohonan daripada kerajaan RM100 juta, jadi negeri-negeri jiran hat guna air tu pun faham-faham jugalah. Bila tuntutan yang telah pun surat dihantar untuk balas balik berikan kerjasama, sebab sumber air tu kita jaga, depa boleh jana untung macam tu saja dan kita minta pun kepada negeri yang untung, bukan negeri yang rugi. Menjana keuntungan berkongsi bersama hasil air sumbernya yang dijaga oleh kerajaan Negeri Kedah. Kita mohon daripada Pulau Pinang kemudian kita juga mohon daripada Kerajaan Persekutuan untuk Pemberian Khas Kedah kita jaga kawasan sawah padi sebagai kawasan ‘Jelapang Padi Malaysia”. 130,000 ekar lebih yang kita jaga kawasan sawah padi ni sebab kita nak jaga sumber padi yang berasnya menjadi makanan ruji rakyat Malaysia.

Jadi, pemberian sepatutnya kalau kos lepas daripada kita jaga kawasan padi itu menyebabkan kita tak boleh membangun kawasan tu, menyebabkan kita boleh dapat hasil cukai yang tinggi kalau kita ‘convert’ kepada tanah yang lebih komersial, tapi oleh kerana tanah hanya tanah bendang cukai paling murah di dunia berbanding dengan tanah-tanah komersial yang lain. Jadi, itu yang dipohon oleh pihak kerajaan termasuklah saya yakin kalau kajian-kajian yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri balik untuk lihat balik perjanjian-perjanjian lama kalau kita ada, pajakan Pulau Pinang, dulu bayar RM10,000 kemudian ditingkatkan zaman YAB. Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri kepada RM10 juta kerana ada pajakan. Takkan RM10 juta untuk dinilai kembali dan kalau ada penemuan-penemuan terbaru sebab ada dibangkitkan dalam Sidang Parlimen dan mungkin ada penulisan-penulisan kata tak sah perjanjian itu dan sebagainya tapi kita minta pihak kerajaan negeri lah, pihak Pegawai Undang-Undang untuk buat kajian. Mungkin kalau tak sah, kita boleh ambil balik Pulau Pinang sebagai Negeri Kedah, kedaulatan Negeri Kedah, kajian yang boleh dibuat. Jadi, penemuan-penemuan ini penting kajian-kajian ini untuk kita memastikan bahawa hasil Kedah dapat kita manfaatkan dan kita angkat untuk manfaat rakyat Negeri Kedah secara seluruhnya. Isu kawasan YB. Speaker tentang sawah padi. Dua tiga musim ni pesawah padi kita merungut hasil yang kurang, kemudian belanjaan lain juga meningkat, kos untuk upah kos mesin padi pun dia kata kos nak nak tukar ‘sparepart’ tu pun semakin tinggi. Jadi dengan hasil ataupun harga RM1,200 untuk 1 tan padi tu perlu kita angkat kepada perhatian pihak Kerajaan Persekutuan untuk dikaji semula supaya kita dapat memberikan yang lebih kepada rakyat kita dan juga mengawal kenaikan barangan-barangan yang lain.

Isu nelayan, jeti nelayan yang tadi pun saya sebut perlu kita tambah baik di samping lesen bot. Kalau sekarang ni bot nelayan nak kata bot, sampan lah sebelum ni hanya dibenarkan satu sampan dua orang tapi dibenarkan pula untuk sampan diperbesarkan. Kita juga harap agensi-agensi yang terlibat untuk kaji semula supaya awak-awak ataupun yang berada dalam bot untuk pergi ke laut tu boleh ditingkatkan, ditambah di samping kita boleh menyediakan peluang untuk sama-sama cari makan dan juga aduan penguatkuasaan. Kuatkuasa ni kadang-kadang hat duk mai ni duk tepi persisir pantai, nelayan-nelayan kecil. Nelayan besar yang masuk dalam kawasan yang dia tak sepatutnya masuk ni kadang-kadang nelayan-nelayan kita kata tak diambil apa-apa tindakan. Jadi kita harap khususnya tindakan penguatkuasaan yang lebih fokus kepada nelayan-nelayan atau bot-bot besar yang menceroboh ini dan kita berilah secara ehsan dan nelayan-nelayan pantai ini supaya mereka juga dapat mencari makan waktu-waktu yang tertentu supaya mereka boleh beroperasi untuk mencari sesuap nasi nak menyara keluarga dan sebagainya.

Seterusnya tentang projek-projek yang dilaksanakan di Yan tadi saya dah sebut Tebatan Banjir Pendang yang merangkumi Daerah Yan, kemudian projek Pulau Bunting yang juga Ship to Ship Transfer kemudian Gas yang akan dibangunkan di situ supaya dapat dilaksanakan dan tidak ada apa-apa tegahan daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan selagi mana ia dapat memberikan kebaikan dan manfaat dan juga menjaga keselamatan rakyat, kita harap projek-projek yang dirancang dapat kita teruskan.

YB. Speaker, saya juga nak mencadangkan, kami dulu ada 10 orang sekarang tinggal 8 orang ‘back benchers’ tapi kerajaan kita masih lagi kuat dengan 21 orang. Bila YB. Sungai Tiang dengan YB. Bandar Baharu pi sebelah sana kami kurang tinggai 8 orang saja. Jadi, untuk nak imbangi supaya ada perbahasan daripada kerajaan dan pembangkang di kedua-dua hari perbahasan ini supaya kita jadual ataupun giliran tu selepas daripada ini dua orang pembangkang, seorang daripada kerajaan, dua orang pembangkang seorang kerajaan supaya kita dapat imbangi jumlah pembahas itu bagi kedua-dua hari kita berbahas. Jadi, itulah cadangan dan seterusnya usul menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Tuanku atas titah ucapan untuk Perasmian Sidang Dun yang berlaku kelmarin maka kita menyokong usul titah ucapan tersebut. Sekian, terima kasih mohon maaf jika ada terkasar bahasa. Akholu lihaza astaqfirullahalazim hiwalakum.

Haa….ada satu lagi, hat ni kena sebut juga lah sebab saya dah minta hat ni. Tak jadi ‘landing’ lagi, ni ‘landing’. Maklumat untuk ketelusan kerajaan bila kita buat cabutan undi untuk projek-projek. Kita pun dah sebut sebelum ni bahawa projek-projek kerajaan untuk infra ni kita tak kira kawasan kerajaan, kawasan pembangkang, semua kita agih, kerajaan negeri agih secara yang yang adil dan laporan-laporan pun boleh tengok daripada

soalan-soalan daripada Yang Berhormat Pembangkang, projek-projek dibuat kawasan masing-masing. Kalau kita tengok projek-projek yang dilaksanakan khususnya Jalan Negeri untuk 2018 perbelanjaan RM191.8 juta lebih, 2019 RM214.38 juta lebih, 2020 kerana covid turun jadi RM186.1 juta, 2021 peningkatan meningkat secara menyeluruh RM245.2 juta, tahun 2022, RM255 juta. Kita melihat ‘trend’ yang sebegini jalan-jalan yang diselenggara Jalan Kampung, Jalan Pertanian, Jalan perhubungan, Jalan PBT dan Jalan JKR ini menunjukkan bahawa kesungguhan pihak kerajaan negeri untuk menyediakan infra yang terbaik kepada rakyat dan peningkatan setiap tahun tanpa kita mengira kawasan-kawasan kerajaan atau pembangkang sebab saya difahamkan kontraktor lantik secara undi kemudian kita juga melihat bahawa agihan mengikut mukim. Peruntukan ini peruntukan Persekutuan, memang kita akui.

Jadi, sebab itulah kita nak supaya Kerajaan Persekutuan walaupun berbeza, kerajaan negeri berbelanja betul-betul untuk manfaat rakyat walaupun berbeza bendera tapi peruntukan-peruntukan ini perlu sampai supaya kita dapat membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat. YB. Sungai Tiang tentu setuju dengan saya. Baik, terima kasih. Setakat itu, saya ‘landing’ betul-betul. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada YB. Sungai Limau yang mengambil masa 46 minit, melebihi peruntukan masa yang sepatutnya diperuntukkan kepada YAB. Menteri Besar. Cadangan yang dikemukakan oleh YB. Sungai Limau akan dilaksanakan sekarang, InsyaAllah. Itu daripada sudut pergiliran berbahas. Dua di sebelah sini satu di sebelah sini, 2 di sebelah bukan kerajaan 1 di pihak kerajaan. Seterusnya saya persilakan YB. Derga. Sila!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Speaker, salam muhibbah, salam perpaduan, Salam Malaysia Madani. YAB. Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, hadirin dan hadirat sekalian. Saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih di atas kemangkatan hadir Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah Negeri Kedah ke Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-6 ini dan juga menyampaikan titah Diraja kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini.

Pada 5 hari yang lepas kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang tokoh iaitu Mantan Menteri Besar Kedah yang ke 8, sorang yang peramah, berjiwa rakyat dan juga sentiasa mendekati rakyat. Beliau ialah Dato' Seri Syed Razak bin Syed Zain Barakbah. Sebagai mengenang khidmat bakti beliau, saya mohon YB. Speaker supaya kita sama-sama merakamkan takziah dan menghadiahkan bacaan Al-Fatihah bagi yang muslim dan bagi yang bukan muslim kita bertafakur sebentar. Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker. Melati kuntum tumbuh melata, Sarang merbah di pohon cemara, Salam Muhibbah pembuka kata, Izinkan saya berbahas titah Diraja.

Saya nampak mungkin ni adat mengatakan kita ni persidangan terakhir sebab Sidang DUN ini akan dibubarkan kerana tamat tempohnya untuk diadakan pilihan raya yang akan datang. Saya ingat dalam penggal ini nak mengambil peluang untuk mencatatkan beberapa peristiwa di mana Kerajaan Pakatan Harapan pilihan rakyat pada pilihan raya 5 tahun yang lalu telah diambil oleh kerajaan semasa tanpa melalui pilihanraya demokrasi selepas 23 bulan pentadbiran Pakatan Harapan. Seperti yang YB. Sungai Limau katakan banyak berlakulah yang ni tak selari, yang tu tak tentu sebab sudah berubah, kerusi pun sudah berubah. Setiap kali Sidang baru, pasti ada pindaan kerusi juga.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Derga, kita bincang lama dah hat tu. La ni pun kita tengok Sungai Tiang, Bandar Baharu pi belah nu kami tak kata apa pun.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Ya, ya, ya. Itu yang masalah. Jadi kita berharap kerajaan yang dipilih ini biar bagi tetap 5 tahun, jangan pergi kacau untuk menstabilkan politik. Kestabilan politik untuk kita memastikan pembangunan ekonomi, tarikan pelabur dan juga untuk pastikan rakyat betul-betul hidup aman dan damai dan sejahtera. Jadi, saya nak simpulkan selepas melihat titah Tuanku Sultan, ada satu kepujian tapi ada 12 teguran yang saya rasa kita perlu bincangkan di sini. Bila kita tengok balik, kerajaan yant “tebuk atap” atau kerajaan yang mentadbir negeri yang baru ini seolah-olah mungkin tidak ada satu amanah atau tanggungjawab……(YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Derga, kerajaan ini kerajaan yang sah. Task payah lah sebut tebuk atau atau pun apa, kerajaan yang sah. Perlembagaan ada, hormat Tuanku. Tuanku pun mai titah, takkan kerajaan….

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Kerajaan semasa lah, kita pun tak kata tak sah. Cara tu…cara ambil tu lain, kaedah pengambilan tu lain tapi kita tak mau berlaku pada masa akan datang…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Derga, sila teruskan perbahasan dengan kemukakan cadangan-cadangan yang bernas.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Kerajaan semasa ni kita nampak mereka seperti tidak mengikut prinsip rukun negara dan juga menjaga kesejahteraan rakyat, keharmonian masyarakat dan juga kemakmuran negeri. Apa yang kita nampak, pemimpin kerajaan semasa ni selalu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati rakyat di luar sana, mengeluarkan isu-isu dengan lantang, sembang deras tanpa data dan fakta, menyebabkan rasa tak puas hati, menyusahkan rakyat dan juga mencari gaduh dengan negeri jiran ini, yang berlaku di luar. Itulah teguran Tuanku dalam itatah untuk mengelak politik yang berlebih-lebihan, buatlah kerja kita.

Adakah semua ini dilakukan YB. Speaker untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan dan kegagalan pentadbiran negeri ini? Di manakah kemajuan negeri ini dalam 3 tahun ni? Apakah kesejahteraan yang dinikmati semua yang saya rasa memang tidak ada. Permainan sentimen dan emosi sebegini untuk mengalihkan fokus rakyat dari kelemahan pengurusan dan pentadbiran seperti ini tidak akan kekal lama dan taktik politik murahan sebegini hanya akan menyemarakkan api kebencian dan permusuhan sesama rakyat. Masalah rakyat tidak akan selesai malah rakyat akan terus di kepompong dengan angan-angan yang tidak ada kesudahannya. Kita Negeri Kedah Darul Aman…. (YB. Sungai Limau minta laluan)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Derga, YB. Speaker, bila YB. Derga sebut tak dak kemajuan, kita pun duk bentang banyak, kesian juga kepada pegawai-pegawai kerajaan yang duk buat kerja ni, seolah-olah kita tidak tak dak pengiktirafan apa yang telah mereka lakukan. Jadi, minta YB. Derga bercakap tu hati-hati sikitlah supaya kita tidak menimbulkan suasana yang tak elok seperti YB. Derga sebut di luar sana. Jadi, kena jaga bahasa dan adab tu. Terima kasih YB. Speaker.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih. Biar saya ulang sekali yang ni, di luar tu memang berlaku begitu, kan? Jadi, apa yang kita nak minta, nak peringatkan bahawa Kedah ini negeri majmuk, Malaysia pun negara majmuk, ini kita semua faham. Saya nak ingatkan, cukuplah, jangan timbulkan isu-isu perkauman dan keagamaan di di luar sana. Saya rasa sakit hati sebab saya anak Kedah khususnya di PRU, itu yang tak patut berlaku tapi apa yang telah berlaku kepada pemimpin kita? Jadi kebangkitan ini merosakkan keamanan kita oleh itu, di dalam Dewan mulia ini saya nak sebut di sini supaya kita bersama-sama mengingatkan seperti yang dititahkan oleh Tuanku…. (YB. Kuala Ketil minta laluan)

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih YB. Speaker dan YB. Derga. Saya tengok daripada mula tadi YB. Derga bangun hanya bagi kenyataan-kenyataan dan mungkin ‘hearsay’. Boleh buktikan tak, bagi bukti, dalam Dewan ni, bercakap tentang benda-benda yang mungkin tak sepatutnya. Yang Tuanku titah semalam saya ingat 100% kepada kerajaan ini baik tapi YB. Derga lebih daripada Tuanku pulak, kata semua tak bagus. Jadi, saya nak YB. Derga kena bagi bukti, jangan cakap ‘hearsay’ dalam Dewan. Terima kasih YB. Speaker. Panas sikit no?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Tuanku kata elakkan berpolitik keterlaluan, itu memang satu politik keterlaluan yang dibuat oleh pihak kerajaan, itu satu teguran la bagi saya….(YB. Kuala Ketil mencelah)

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bukti! Bukti! YB. Derga buktikan apa benda yang…

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Speaker, kita baca teguran Tuanku, jadi titah Tuanku ini bagi saya teguran untuk memperingatkan kita untuk sama membangunkan negeri. Kita berharap supaya kita boleh seiring dengan Kerajaan Persekutuan supaya kita boleh membawa kemajuan dan membuat ‘progressive’ kepada Negeri Kedah ni. Saya dibesarkan di kampung, guru saya, Kak Timah mengajar saya, mungkin bila kita berjumpa kita kena minta ataupun kita kena sembang, adakah YAB. Menteri Besar kita berjumpa dengan Dato’ Seri Perdana Menteri untuk bincangkan semua tersebut untuk fahamkan. Saya ingat satu proses yang selalu kita lihat bila kita nakkan satu projek kita kena ada satu ‘follow up’, itu biasa. Jadi bila isu KXP ini sama juga, kita perlu untuk pastikan kita ‘follow up’. Jadi mungkin kita selalu dibanggakan dengan kemasukan pelaburan, saya nak tegaskan lagi mengikut data yang disebutkan tadi 2022 mengikut laporan MIDA memang kita terkeluar dalam Top 5. Yang pertama adalah Johor RM70.6 bilion, Selangor RM60.1 billion, Sarawak RM28.2 billion, Kuala Lumpur RM25 billion dan Pulau Pinang RM16.3 billiion, jadi kita sebenarnya terkeluar daripada Top 5 tu. Apa-apa pun yang kita dapat tu saya ucapkan tahniah dan persoalannya adalah apa-apa hasil yang dibawa kepada Negeri Kedah ni, itu yang penting. Bagaimana ia meningkatkan KDNK Negeri Kedah sebab kita bukan lagi terletak jauh di bawah nombor 2 nombor 3 seperti yang tertulis dalam Kedah 2035 kita meningkatkan dan juga peluang pekerjaan dihasilkan. Adakah itu betul-betul memanfaatkan anak muda kita, anak Kedah kita?

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Terima kasih YB. Derga. Adakah YB. Derga bersetuju sebab kita tengok sikap kita punya YAB. Jeneri kita, kadang-kadang sikap kita, sebabnya saya tengok negeri jiran kita Perlis pergi berjumpa dengan Perdana Menteri, akhirnya ada perbincangan yang baik, diplomasik, diplomatik.

Jadi saya rasa itulah G to G sama ada kita berbeza mungkin kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan tetapi oleh kerana kita pergi mengadap jumpa orang, kita kalau bersikap sedemikian rupa saya rasa orang akan membantu. Sebagai contoh tentang KXP punya projek, tadi kita dibangkitkan isu KXP, adakah YB. Derga bersetuju sebabnya kadang-kadang kita nak pergi bincang nak minta tolong orang kadang-kadang kita bersikap hentam orang tu dulu, hentam, hentam, lepas tu kita tak nak pi minta tolong orang. Saya rasa adakah sikap sedemikian?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Kubang Rotan. Saya akan masukkan kita pun ditegur oleh tuanku supaya kita lebih bersopan santun dan menyatakan fakta untuk kita berunding dan berbincang. Ini yang patut kita belajar dari situ jangan perli-perli, jika perli-perli siapa lagi nak dengar. Berbalik kepada projek-projek yang diagung-agungkan oleh YAB. Menteri Besar, beliau pernah berkata Projek Litar Lumba Sungai Petani akan siap sepenuhnya dalam masa 6 bulan. Saya hanya nak tanya bagaimana progres tersebut sebab saya difahamkan mungkin YB. Bukit Kayu Hitam ataupun YB. Kubang Pasu pun nak bina satu lagi litar lumba di Langkawi. Jadi, bagaimana progress tersebut dan satu lagi Projek Langkasuka di langkawi.

Isu seperti sungai, kita kena berbalik kepada sejarah. Sejarah tetap sejarah tetapi sejarah mengikut perkembanga. Dari dulu sebelum ni sampai tahun 1957 kita sudah tubuhkan Persekutuan Malaysia dan di bawah tu ada perlembagaan. Apa yang termaktub dalam perlembagan adalah kita kena meluhurkan itu rukun negara kita, prinsip tu. Jika kita sendiri pun tak nak meluhurkan perlembagaan, tak nak luhurkan kedaulatan undang-undang apa kita kena buat? Jadi, sebagai pihak kerajaan yang selalu tuduh DAP tak ikut perlembagaan, sebenarnya DAP meluhurkan perlembagaan dan kita rasa ini penting sebab memang dalam perlembagaan tersebut jelas Perkara 1 Fasal 2. Pulau Pinang satu buah negeri, negeri Kedah satu buah negeri sama adil pun adil, kenapa kita nak kacau? Sebenarnya kita boleh mendapat pendapatan lebih lagi jika ikut laporan di sini…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Derga, saya nak ingatkan masa ada 2 minit!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Hah! 20 minit?

Timbalan Speaker

2 minit!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Hah! Berapa? 2 Minit? Mana 2 minit, tadi….

Timbalan Speaker

Ya! Peruntukan sebenar yang diberikan kepada Yang Berhormat adalah 15 minit.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Tadi kita mula 11.55 kan?

Timbalan Speaker

Kita mulakan 11.50!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Saya nak ingatkan di sini, ini laporan Ketua Audit Negara mengatakan bahawa hanya 50.1% sahaja peruntukan digunakan untuk pembangunan Negeri Kedah ni. Jadi, ini adalah satu urus tadbir yang kurang bagus jika kita boleh gunakan semua maka ia akan membantu membawa limpahan ekonomi ke Negeri Kedah, ini yang berlaku. Di samping, dalam jurnal audit ini ada 3 perkara yang telah diusulkan. Antaranya yang pertama ialah pihak audit mendapati pelaburan Unit Amanah Saham berjumlah RM50 juta ini adalah bertentangan dengan perenggan 6.25 PPK6 83b(4) Akta 61. Pelaburan ini tidak mendapat kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia.

Jadi, saya mohon penjelasan terhadap isu ini. Audit ini ada 3 perkara yang penting yang telah disebut di sini dan saya pohon lah jika boleh kerajaan menjelaskan kenapa berlaku isu-isu seperti ini. Bagaimana kita nak pastikan urus tadbir yang bagus untuk membawa peningkatan pembangunan ekonomi di Negeri Kedah. Kita tak perlu pergi kacau orang. Sebenarnya kita mempunyai…..(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Derga, masa bebahas sudah habis, saya bagi 2 minit. Sebab itu saya minta supaya fokus dan memberikan tumpuan kepada perbahasan yang boleh memberikan suasana yang harmoni dan berhemah.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Ok, saya faham. Jadi, apa sebenarnya yang kita nak fokus sebab selain mempunyai kawasan yang luas kita mempunyai sumber-sumber alam semulajadi yang banyak dan kita boleh perkembangkan seperti titah Tuanku kita mempunyai pelancongan yang boleh kita fokuskan dari segi alam sekitar. Jadi, untuk kita menjaga ‘catchment area’, menjaga tadahan air ni bukan untuk kebaikan Pulau Pinang, sebenarnya lebih kepada kebaikan Negeri Kedah. Jadi, kenapa kita nak cari pasal? Fokus balik dan kita ada juga Kedah Tamadun Tua di Sungai Batu yang boleh kita perkembangkan menjadi satu tempat pelancongan yang boleh menarik lebih ramai pengunjung bukan sahaja ‘local’ malah antarabangsa ke sini. Kedah Tamadun Tua ini lebih tua daripada Angkor Wat untuk makluman YB. Tuan Speaker.

Selain daripada itu saya ingat sebuah negeri yang membangun dan maju saya rasa muzium menjadi satu tempat utama untuk kita membawa, menunjukkan dan mempaparkan sejarah, budaya Negeri Kedah ni kepada orang ramai kerana kita mempunyai budaya yang unik. Jadi, saya nak mencadangkan untuk memastikan rakyat lebih faham daripada segi Islam dan bukan Islam kita boleh adakan satu institusi atau muzium yang memaparkan Tamadun Islam. Kita tengok Turkiye, dengan Masjid Birunya yang kita boleh lawat dan kita hayati nilai-nilai tersebut. Jadi, bila kita letakkan Islam yang sederhana ni yang selalu mengajar yang bagus dan bukan Islam untuk membawa kita bersama-sama mencatat titik persamaan di dalam Negeri Kedah ni.

Selain daripada itu, untuk menambahkan ilmu, saya rasa kita juga perlu menambah perpustakaan awam. Kita tidak ada perpustakaan yang bagus, kita hanya siap ‘digital library’, selepas ni ada apa lagi. Walaupun mungkin semua pakai e-book tapi saya nampak kita masih perlukan perpustakaan awam ini untuk menggalakkan rakyat kita lebih membaca untuk mendapatkan ilmu sebab ilmu ini “jambatan” untuk kita bergerak ke hadapan. Itu untuk memenuhi hasrat kita bersama-sama mendidik modal insan yang bagus sebab masalah di Negeri Kedah, antaranya satu laporan mengatakan kita mempunyai kes AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) yang paling tinggi di Malaysia. Jadi ini yang patut kita cuba selesaikan mungkin melalui modal insan yang lebih meluas supaya mereka mempunyai pandangan lebih bagus.

Timbalan Speaker

Yang terakhir ya YB. Derga. Saya dah bagi tambahan masa 3 minit lebih!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Yang terakhir sekali. Ini adalah laporan dari akhbar Utusan Malaysia di mana warga asing kuasai ekonomi di bawah PBT. Kita terkejut bila difahamkan bahawa banyak kedai-kedai milik PBT di Sungai Petani dikuasai dan diniaga oleh orang asing. Bukan kita nak tolak orang asing tetapi kenapa peluang ini diberikan kepada orang lain. Juga yang diagungkan oleh e-Ten ni adakah e-Ten juga dipraktiskan di semua PBT untuk membantu peniaga atau pengusaha tempatan selain daripada beri kemudahan kepada yang dikatakan pelabur asing saja.

Saya ingat itu saja, saya mengambil peluang ni dan juga saya nak minta sama-sama kita menyokong Perdana Menteri dalam soal untuk membanteras rasuah, ini usaha kita. Akhir sekali saya ingin mengucapkan penghargaan kepada YAB. Perdana Menteri di atas peruntukan pembangunan sebanyak RM1.5 bilion kepada Negeri Kedah. Saya berharap duit ini dapat digunakan dengan bagus dan serius untuk pastikan tiada ketirisan berlaku supaya kita boleh memanfaatkan rakyat. Akhir sekali saya ingin mohon maaf kalau ada salah silap untuk tempoh 5 tahun ni dan saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai jabatan, KCS dengan kerjasama yang diberikan kepada saya semasa tempoh 5 tahun saya menjadi ADUN. Akhir sekali saya minta undur diri dan patik memohon menyokong titah ucapan Tuanku Sultan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih kepada YB. Derga yang mengambil masa 20 minit , lebih masa 5 minit lebih. Saya cuba untuk luaskan ataupun selesakan YB.-YB. supaya banyak cadangan-cadangan dan syor dapat dimanfaatkan oleh semua yang berkaitan.

Seterusnya saya persilakan YB. Kulim!

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Terima YB. Tuan Speaker. Selamat tengahari dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Pembukaan Rasmi Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-14. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana sudi menyampaikan titah baginda kepada Dewan yang mulia ini pada 12 Mac 2023.

YB. Tuan Speaker, sejak kepimpinan yang ada sekarang mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah pada bulan Mei 2008, krisis bekalan air di Negeri Kedah didapati semakin meruncing malah tidak mendapatkan sebarang penyelesaian jangka panjang. Hampir setiap hari kita ada mendengar dan melihat keluhan dan kekecewaan daripada rakyat jelata mengenai kekerapan bekalan air terputus di kawasan-kawasan kediaman mereka. Laporan akhbar minggu lepas bertarikh 6 Mac 2023, “kami penat menunggu air”, alami gangguan bekalan air sejak 2 tahun lepas. Kira-kira 600 penduduk Fasa 2A Taman Universiti Jaya, Semeling dekat sini mengeluh kerana sudah penat menunggu bekalan air yang sering terputus tidak kira musim hujan atau kemarau sejak Februari lalu.

Jika bukan berlakunya kekerapan keputusan bekalan air maka akan juga berlaku tekanan air ke kawasan-kawasan kediaman menjadi semakin rendah atau pun kalau ada bekalan air rakyat terpaksa berhadapan dengan kualiti air yang begitu rendah akibat dari kadar kekeruhan air yang begitu membimbangkan. Apakah yang menyebabkan kekerapan bekalan air terputus, tekanan air yang rendah dan kadar kekeruhan air yang tinggi selama ini? Kononnya penyelenggaraan loji-loji rawatan air yang semakin kerap. Selain daripada itu kerosakan dan paip-paip bekalan air bawah tanah yang pecah juga dilaporkan sering berlaku di sekitar kawasan-kawasan kediaman serta kerja-kerja pembaikan kerosakan dan paip-paip pecah dilihat lembap dan kurang efisien. Perkara ini juga telah mengakibatkan kadar air tidak terhasil atau ‘Non Revenue Water’ kini telah mencecah lebih 51%.

YB. Tuan Speaker, sebelum ni Kerajaan Negeri Kedah juga telah mengumumkan projek-projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) akan dilaksanakan bagi menampung peningkatan penduduk yang padat, pembangunan sektor perumahan dan pembangunan sektor perindustrian khususnya di kawasan-kawasan dalam Kedah Selatan. Persoalannya, adakah pembinaan TAPS ini benar-benar dapat menampung keperluan para penduduk yang sedang meningkat dan pembangunan sektor perindustrian serta pertambahan kawasan-kawasan perumahan? Apakah kapasiti dan saiz yang sebenarnya TAPS tersebut sehingga ke hari ini projek pembinaan TAPS yang dicadangkan oleh kerajaan negeri sebelum ni belum mendapatkan sebarang hasil mahupun laporan perkembangan projek tersebut serta jumlah peruntukan khas yang sebenarnya telah diperolehi daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air pada tahun 2021 yang lalu.

YB. Tuan Speaker, selain daripada krisis bekalan air di Negeri Kedah, kegiatan pembalakan yang semakin berleluasa di negeri ini juga telah menyebabkan berlakunya malapetaka alam di beberapa kawasan. Ya, kegiatan pembalakan ini telah banyak membawa keuntungan kepada pihak-pihak tertentu tetapi apakah keuntungan lumayan ini mengatasi segala-galanya sehingga nyawa manusia tidak diendahkan lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pembalakan berleluasa ini telah banyak mengakibatkan berlaku banjir besar di hampir seluruh Negeri Kedah apabila tibanya musim hujan. Akibat banjir, rumah dihanyutkan, mangsa-mangsa pula mati lemas, kemusnahan dan kehilangan harta benda awam yang menjangkau jutaan ringgit. Kerosakan infrastruktur, terputusnya bekalan air elektrik dan lebih membimbangkan mungkin akan menyebabkan jangkitan penyakit dan wabak denggi. Pembalakan yang berterusan ini juga mencemarkan air sungai, membantut arah aliran sungai, kerosakan ekologi dan kawasan tadahan air yang semakin kurang. Kemusnahan habitat flora and fauna ini juga telah menyebabkan peningkatan suhu kerana tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok yang berperanan menyerap gas karbon dioksida sudah ditebang akibat kegiatan pembalakan yang berterusan.

Peningkatan suhu ini akan menyebabkan kemarau yang berpanjangan dan juga mengakibatkan air sungai dan kolam susut dengan mendadak. Oleh itu, kerajaan negeri perlu menjawab beberapa soalan mengenai tindak balas akibat daripada pembalakan berterusannya iaitu bagaimana kerajaan negeri akan menghadapi masalah tekanan haba (heat stress) dan strok haba (heat strock) yang mungkin akan berlaku sekiranya musim kemarau berpanjangan benar-benar berlaku. Bagaimana pula dengan kesediaan kerajaan negeri mengenai rancangan adaptasi dan mitigasi perubahan iklim bagi menghadapi kebahayaan sering banjir dan musim kemarau yang dibimbangi akan mengancam dan menjejaskan kesejahteraan, keselamatan dan nyawa rakyat jelata serta pembangunan ekonomi di negeri ini.

YB. Tuan Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Kedah mengenai pembangunan tidak seimbang khususnya di kawasan-kawasan di Kedah Selatan di mana ianya banyak bertumpu di sebelah barat manakala kawasan-kawasan di sebelah timur iaitu kawasan pedalaman didapati agak terpinggir daripada arus pembangunan. Saya juga telah memerhati dan mengkaji beberapa kawasan di bawah DUN Kulim khususnya di pemukiman Karangan, Sedim, Terap dan Mahang yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan ekopelancongan bagi meningkatkan purata pendapatan para penduduk di kawasan tersebut.

Untuk ini, saya ingin menggesa Kerajaan Negeri Kedah agar memberi tumpuan yang seimbang terhadap kawasan-kawasan tersebut dengan menyediakan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif kepada para peniaga dan pengusaha kecil yang berkaitan dengan ekopelancongan. Di samping itu, mempermudahkan proses-proses perlesenan, pembinaan, kemudahan penginapan dan lain-lain kemudahan agar pendapatan para penduduk di kawasan tersebut dapat dipertingkatkan.

YB. Tuan Speaker, di sini saya juga mengalu-alukan pihak pentadbiran kerajaan negeri yang telah mengambil langkah yang sepatutnya dalam pembentangan enakmen untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah agar kegiatan melompat parti dapat dibendung dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana kegiatan melompat dari satu parti ke parti yang lain dalam masa yang singkat boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik dan pentadbiran. Ini akan mengganggu pelaksanaan dasar dan kepentingan rakyat. Kesannya semestinya usaha membela rakyat akan terbentut, akhirnya yang rugi adalah juga rakyat dan negara pada keseluruhannya. YB. Tuan Speaker, jika kita lihat Pelan Pembangunan Kedah 2035….. (YB. Kuala Ketil minta laluan)

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Kulim, mohon mencelah sikit boleh?

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Nanti selepas ini.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Hat tadi, pasal hat enakmen tadi tu.

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Pelan Pembangunan Kedah 2035 mencapai sasarannya, kepimpinan kerajaan Negeri Kedah pada hari ini harus berubah sikap berani menghadapi teguran, persaingan sihat dan cabaran seterusnya agar dapat membawa negeri ini ke arah kemakmuran ekonomi, kecemerlangan infra, keterangkuman sosial dan budaya, keseimbangan modal insan dan barat, kompetensi tadbir urus dan kemampanan alam sekitar.

YB. Tuan Speaker, sekiranya YB. Kulim tak sentuh “Buah Kulim” memang Dewan akan senyap. YB. Tuan Speaker, memang sejak 5 tahun dulu 2018 saya angkat buah ni kita tunjuk kepada semua Ahli Dewan. Selepas 5 tahun, dulu dijual sebiji RM1, sekarang 3 biji boleh jual RM10. Saya banyak kali memohon geran untuk kaji selidik buah kulim untuk pemakanan bagi rawatan anti diabetic (kencing manis) dan kidney dialysis. Sedihnya pihak PH (Pakatan Harapan) tak sokong, pihak sana pun tak sokong saya. Sampai sekarang kaji selidik belum dibuat. Sekiranya Exco Kesihatan, ambillah kesempatan ini buatlah kajian, jadikan buah kulim identiti produk Negeri Kedah. Saya nak minta YB. Belantik, ini kisar benar-benar berlaku dalam Sidang Dewan ini saya dimaklumkan oleh YB. Belantik tentang buah kulim boleh ubati kidney dialysis. Saya nak jemput YB. Belantik kongsi sikit pengalaman….. (YB. Kuala Ketil mencelah)

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Saya minta dulu tak bagi pun!

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Orang tua dulu, orang tua dulu! Ok YB. Belantik tentang kisah benar berlaku tentang buah kulim.

Timbalan Speaker

YB. Kulim….

Boleh YB. Tuan Speaker? Saya rasa tak berapa sesuailah dalam Dewan. Kalau nak tau apa khasiatnya InsyaAllah, berjumpa di luar lah. Sekian.

Timbalan Speaker

Saya rasa YB. Kulim, untuk penambahan daripada YB. Belantik, beliau akan masukkan dalam ucapan beliau. Itu yang lebih baik kerana masa ada lagi 3 minit.

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Ok, tak pa. Memang saya berasa bangga sebab YB. Belantek sendiri yang cakap dengan saya, sakit pinggang dia baik setelah mengambil minum air buah kulim. Ini saintifik saya tak dapat tapi dari orang tua, dari seorang Ustaz cakap benda ni. Saya nak masukkan perkara ini dalam ucapan saya. Daripada segi Sedim dan Gunung Bintang, pasti ada dalam ucapan saya. Untuk makluman, biasanya pada hujung minggu saya dimaklumkan sekurang-kurangnya 500 biji kereta masuk ke Sedim. Sekiranya sebiji kereta dia belanja RM100, hari tu RM50 ribu sudah masuk ke Sedim, saya berasa bangga. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada kerajaan negeri, memang YB. Kulim terus mempromosi Sedim, Gunung bintang.

Seterusnya bina empangan takungan air di Kedah Selatan. Kerajaan Negeri Kedah harus peka, proaktif dalam merancang pelan tindakan bekalan air di negeri dengan lebih efisien dan memenuhi keperluan jangka panjang. Inilah adalah kerana krisis air di negeri telah berlarutan sejak dua dekad yang lalu dan sehingga pada hari ini masih belum mendapatkan sebarang penyelesaian yang menyeluruh. Sebaliknya terus bertelagah dengan negeri jiran dalam isu pengambilan air dari Sungai Muda. Kerajaan negeri juga tidak seharusnya lupa bahawa air merupakan aset kehidupan manusia dan jika aset ini berkurangan atau tidak dapat dibekalkan sudah pasti manusia tidak akan dapat melangsungkan hidupannya. Kesimpulannya, adakah hat ke atas bekalan air bersih adalah hak asasi manusia yang juga termasuk di dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga telah diiktirafkan dan dimeterai oleh negara kita ini. Dalam Al-Quran juga menyatakan bahawa air merupakan sumber penting bagi kelangsungan….. (YB. Kuala Ketil mencelah)

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Kulim, masa nak habis dah ni. Bila nak bagi?

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Nanti, nanti, saya nak baca ini.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Ermm! Habis, habis teruslah!

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Bagi kelangsungan hidup semua umat manusia dan lain-lain. Makhluk di muka…. Salah baca, saya baca lagi. Dalam Al-Quran juga menyatakan bahawa air merupakan sumber penting bagi kelangsungan hidup semua umat manusia dan lain-lain makhluk di muka bumi ini. Dalam Surah Al-Aqla 1665 memetik, “Allah menurunkan air dari langit dan dengannya menghidupkan bumi setelah dia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mendengar”. Dipersilakan!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Hilang idea dah YB. Kulim. YB. Tuan Speaker dan YB. Kulim, saya nak mencelah sikit apa yang YB. Kulim sentuh tadi tu 3 perkara, yang pertama pasal pembangunan yang rakus tentang hutan contohnya balak di Kulim. YB. Kulim ada merungut pasal hal tuu kan? YB. Kulim juga mencadangkan pembangunan di kawasan Kulim Selatan, Kulim Selatan tu di kawasan Sedim. Sedar atau tidak YB. Kulim bahawa Sedim itu adalah kawasan hutan simpan di bawah Jabatan Perhutanan yang telah digazetkan untuk ekopelancongan ataupun pelancongan dalam hutan, menggunakan arus deras dan sebagainya. Tidak boleh dibangunkan, mungkin YB. Kulim mintak untuk pembangunan yang lain, tidak boleh, memang dikhaskan untuk projek itu sahaja.

Yang ketiganya ialah YB. Kulim kata tiada peruntukan kerajaan untuk bantu kawasan tersebut. Sedar tak YB. Kulim bahawa ‘tree talk walk’ itu projek kerajaan dan juga sukan arus deras tu yang digunakan oleh orang Malaysia pi ke di situ pun adalah projek kerajaan yang dibuat di situ untuk membangunkan kawasan Sedim. Bermakna ada lah program-program kerajaan di situ na? Buah kulim pun kalau kita buat pembangunan di Kulim sekali pokok kulim pun kita tebang jugak. Ok, boleh? Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Ok, terima kasih. Memang dalam kawasan perhutanan kita tak kacau, cuma jalan masuk ke ke Sedeim kita mesti lebarkan, lampu awam mesti dipasang. Sekarang sesat tau dak, memang sesat. Saya minta kerajaan negeri buat sesuatu lebarkan jalan, tambahkan lampu jalan. Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun….(YB. Kuala Ketil minta laluan)

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Satu lagi! Satu lagi YB. Kulim, tertinggal. Pasal enakmen…. YB. Speaker, boleh bagi?

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Ok!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Pasal Enakmen Lompat Parti tadi tu ada disertakan dalam buku kita ini untuk dibentangkan.

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Ya, saya mengalu-alukan… Saya akhiri ucapan saya dengan 2 rangkap pantun;

Pagi-pagi makan roti, Makan bersama Pak Ali, Rukun Negara wajar dipatuhi, Meningkatkan kecintaan kepada negeri.

Masuk ke hutan mencari rotan, Untuk dijual di pekan sehari, Saling memahami jadikan amalan, Agar negara makmur dan harmoni.

YB. Tuan Speaker, saya ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan dan saya turut menyokong sepenuhnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Kulim. Saya menghargai ucapan terutamanya pada penghujung ucapan YB. Kulim kerana mengambil sistem nilai yang diperakukan secara universal oleh masyarakat. Sebab itu saya selesa ataupun kita boleh menerima sebab pembudayaan YB.-YB. sama ada di pihak bukan kerajaan atau pihak kerajaan mengambil sistem nilai yang diiktiraf bersifat universal kepada Islam dan sebab tu saya tidak teragak-agak tadi apabila YB. Derga minta supaya kita baca Al-Fatihah tadi kita meraikan ataupun kita terimalah cadangan ataupun syor supaya baca Al-Fatihah.

Saya nak sebutkan bahawa inilah merupakan keunikan dan juga kebaikan dalam DUN Kedah ni jadi saya ucapkan tahniah kepada YB. Kulim dan juga YB. Derga kerana mengambil inisiatif yang sangat baik dan harmoni untuk kita sama-sama bermuafakat secara yang memang betul, muafakat dengan cara yang betul, mengambil sistem nilai yang cukup universal. Seterusnya saya persilakan YB. Bayu!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh, selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Terima kasih kepada YB. Speaker yang memberikan ruang dan peluang untuk saya sama-sama menjunjung kasih membahaskan titah ucapan Tuanku sempena majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah.

YB. Tuan Speaker, memulakan bicara, menyusun kata-kata melahirkan apa yang dirasa, saya ingin mengambil kesempatan ini ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih atas kepercayaan Dewan yang mulia ini khususnya Yang Amat Berhormat Jeneri yang mencalonkan dan seterusnya melantik saya sebagai Ahli Dewan Negara untuk memainkan peranan membawa suara Negeri Kedah ke Dewan Negara sebagai Senator bagi mewakili salah seorang Ahli Dewan Negara mewakili Kedah ke Dewan Negara kelak. Patik menjunjung kasih atas titah dan saranan serta harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya peranan Senator membawa suara Negeri kedah ke Dewan Negara serta memainkan peranan semak dan imbang yang berkesan di Parlimen nanti. InsyaAllah, saya akan berusaha sebaik mungkin sedaya upaya saya menunaikan tanggungjawab besar ini dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan bimbingan YAB. Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat serta sokongan dan dokongan daripada semua pihak bagi merealisasikan peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai Senator dapat diperkasakan.

YB. Tuan Speaker, sebenarnya banyak isu-isu besar yang melibatkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dan mungkin negeri-negeri jiran. Perjuangan ini perjuangan yang dibawa iaitu perjuangan rakyat Kedah khususnya perjuangan seluruh rakyat Kedah seharusnya mendapat dokongan daripada semua pihak sama ada kita di peringkat kerajaan mahupun peringkat pembangkang, kita melihat kepentingan negeri, kita melihat kepentingan rakyat Negeri Kedah secara menyeluruh. Banyak isu-isu, saya nak timbulkan beberapa isu yang boleh kita ketengahkan dan bawa ke peringkat yang lebih atas.

Umpamanya isu tuntutan nilai pajakan Pulau Pinang yang menjadi tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang sejak 2018 lagi. Tuntutan RM100 juta setahun adalah sangat munasabah dan perlu ia dipertimbangkan di peringkat Pusat.

Yang kedua, bayaran bagi Kerajaan Negeri Kedah sebagai kos melepas atas komitmen kerajaan memelihara lebih 341,000 hektar hutan simpan sebagai kawasan tadahan air yang mengairi kawasan pertanian dan bekalan air mentah kepada seluruh rakyat Kedah dan negeri-negeri yang berjiran seperti Perlis dan Pulau Pinang. Yang ketiga, Kedah berkorban untuk mengekalkan 130,000 hektar tanah sawah bagi menjamin bekalan yang menyumbang 43 % bekalan beras negara yang menjadi makanan asasi 34 juta penduduk negara ini. Yang keempat, penyelesaian segera di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri berhubung dengan pembinaan projek-projek besar yang berimpak tinggi bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri, menjana pendapatan kepada rakyat, membuka peluang dan pekerjaan kepada rakyat, umpamanya projek KXP (Kedah Aerotropolis) merangkumi komponen Sidam Logistics Aerospace and Manufacturing hub, pembangunan Airport City. Ianya disebut dengan jelas dalam titah ucapan Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ketika merasmikan Sidang DUN kita pada kali ini.

YB. Tuan Speaker, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan mengingatkan supaya konsep federalisme yang menjadi amalan dan persetujuan bagi pembentukan kerajaan supaya ianya dihormati dan cadangan pemberian peruntukan kepada negeri-negeri mengikut bilangan orang dikaji semula setelah ianya tidak pernah sejak tahun 2002 lagi seperti yang termaktub dalam Akta 622 dan kita mengharapkan penyelesaian segera. Kebawah Duli Tuanku menyarankan supaya kita mengelakkan ‘politicking’ yang berlebihan di dalam hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat supaya tahap profesionalisme di antara kedua-dua pihak dapat diperbaiki, dapat diteruskan demi kebaikan semua, demi kebaikan kerajaan negeri, demi kebaikan Kerajaan Pusat dan akhirnya demi kebaikan rakyat seluruhnya.

YB. Tuan Speaker, Alhamdulillah usaha berterusan kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri terus disokong bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat seperti yang digariskan dalam Strategi 2 Pelan Pembangunan Kedah 2035 melalui program-program kebajikan yang telah kita laksanakan seperti Khairat Kematian, Bantuan Beras Sejahtera, Bantuan Anakku Sejahtera, Bantuan Sakit Terlantar dan lain-lain program yang boleh membantu meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan rakyat.

Semua ini bagi merealisasikan ‘tagline’ “Kedah Sejatera Nikmat Untuk Semua” menepati konsep Negeri Kedah sebagai tempat “Orang Miskin Berteduh Dan Orang Kaya Berbakti”. YB. Tuan Speaker, usaha bersungguh-sungguh dari kerajaan negeri bagi pemberian tanah hak milik kepada penduduk Kedah yang layak seharusnya diberikan pujian, seharusnya diberikan sokongan. Terima kasih kepada kerajaan negeri di atas pemberian hak milik tanah kepada 77 orang penerima di Daerah Baling pada 29 haribulan Julai 2021 yang lalu. Juga pada tarikh 30 Jun 2022 yang lalu seramai 119 menerima hak milik kekal tanah telah disampaikan pada hari tersebut. Ianya amat bermakna kepada peneroka tanah terbabit yang telah mengusahakan tanah-tanah mereka sejak 30, 40 tahun yang lalu dan pada hari kejadian kita dapati ganerasi pertama pun dah dah meninggal, penerokaan tanah, yang datang generasi kedua generasi ketiga. Kesempatan ini saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tuan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Datuk Suhaimi dan Tuan Pegawai Daerah Baling yang banyak membantu dan mempermudahkan urusan kerja-kerja pemberian milikan tanah. Inilah yang menjadi hasrat dan disebut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam perbahasan semalam. Mudah-mudahan…….(YB. Pengkalan Kundor minta laluan)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Pencelahan YB. Bayu, Pengkalan Kundor ingin mencelah. Terima kasih YB. Tuan Speaker, ada dua yang ingin saya dapatkan kepastian lah. Yang pertama bantuan kepada pesakit terlantar melalui JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) yang saya dapat maklum daripada pesakit sendiri telah ditangguh ataupun dihentikan, itu satu. Yang kedua, saya dimaklumkan juga bahawa di antara geran-geran yang telah diberi itu adalah geran-geran yang terlibat dengan Jeniang Transfer, laluan untuk membina sebahagian daripada Jeniang Transfer itu tanah kerajaan yang gerannya telah diberi di situ. Saya kira kalau ini bentuk pemberian maka ia akan membantut usaha untuk projek Jeniang Transfer. Jadi, saya ingin kepastian itu. Terima kasih.

Terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Yang pertamanya ialah peruntukan untuk pesakit terlantar. Peruntukan itu saya difahamkan diturunkan di bawah YB. Exco kita, InsyaAllah kita ADUN-ADUN pun dapat peruntukan secara sumbangan daripada YB. Exco kita. Kepada soalan yang kedua berhubung dengan…. Saya tak berapa jelas tadi. Haaa…nanti pemberian tanah kita kena orang yang berautoriti untuk jawab saya takut nak jawab takut tak kena dari segi peraturan akta tanah, kanun tanah dan sebagainya, pihak yang berkenaan akan jawab.

YB. Tuan Speaker, sepanjang tempoh YAB. Menteri Besar, ADUN Jeneri memimpin Kerajaan Negeri Kedah, kalau kita tengok dari segi rakyat merasai nikmat perubahan walaupun tempoh 3 bulan kita mengambil alih tentang program-program yang saya sebutkan tadi di samping kalau boleh kita tengok dari segi sistem pengurusan kewangan negeri yang saya nampak telus, berhemah dan berakauntabiliti. Bila sistem ini berhemah, berakauntabiliti, telus dan sebagainya sudah pasti ia memberikan impak hasil ‘reserve’ tunai kepada kerajaan bertambah baik dari tahun ke tahun. Kalau mengikut rekod yang kita ada daripada jawapan yang kita dapat pada tahun 2020, ‘reserve’…… (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Bayu, masa berbahas sudah tamat. Saya bagi masa 2 minit lagi.

YB. Tuan Speaker, 3 minit boleh kot no?

Timbalan Speaker

Boleh! Boleh!

‘Reserve’ tunai kerajaan negeri bertambah dari setahun ke setahun. Suka saya sebutkan di sini, pada tahun 2020, RM324.3 juta, tahun 2021 meningkat kepada RM464.34 juta, tahun 2022, RM549.3 juta sehingga September 2022 dan InsyaAllah saya yakin dan kita percaya pada tahun 2023 unjuran yang boleh kita buat hampir kepada RM700 juta. YB. Tuan Speaker, apabila Daerah Baling dinobatkan sebagai daerah ekopelancongan, sudah ada sedikit kemajuan dan peningkatan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan di situ. Terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan berkaitan yang banyak membantu dan menyalurkan peruntukan melalui Pejabat Daerah Baling, Majlis Daerah Baling, Kedah Tourism, NCER (Northern Corridor Economic Region) dan Kementerian Desa dan Wilayah dan lain-lain. Usaha kita ini memajukan menaik taraf produk pelancongan yang melibatkan gua-gua di sepanjang Gunung Baling dan juga Gunung Pulai sudah di peringkat Pelan Malaysia untuk dilaksanakan. Begitu juga dengan Galeri Rundingan Baling sudah di peringkat terakhir untuk dilaksanakan.

YB. Tuan Speaker, kesempatan ini juga saya mencadangkan pembangunan produk pelancongan baru di Jajaran Sungai Ketil dan Sungai Siuang supaya ia diperkemaskan dan lebih teratur. Peraturan daripada segi ‘legal’ tanah-tanah kerajaan ataupun ‘reserve’ sungai boleh diberikan kepada penduduk-penduduk yang berminat mungkin secara pajakan, sewaan ataupun bayaran tol supaya ianya dapat didaftarkan memenuhi peraturan perniagaan di samping aspek keselamatan yang tidak kita abaikan. Pihak JPS, pejabat daerah, pejabat tanah, pemilik-pemilik tanah boleh berkolaborasi bagi meningkatkan produk berkenaan untuk menyediakan kemudahan infra ke arah menyediakan tempat pelancongan yang lebih menarik dan terbaik serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan boleh memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman mudah kepada pemain-pemain industri berkenaan.

YB. Tuan Speaker, ada seminit lagi. Di hujung perbahasan saya ini, di hujung perkhidmatan saya sebagai wakil rakyat di DUN Bayu untuk kali ini, sukalah saya menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada semua pihak daripada Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, pejabat daerah dan agensi-agensi kerajaan yang begitu banyak, tak mampu nak sebut satu-satu, juga JPKK, penduduk di ADUN saya yang selama ini sentiasa menyokong dan membantu saya untuk melaksanakan tanggungjawab saya. Tak sedih puuuunnn….. Nak juga memohon ampun dan maaf khususnya penduduk-penduduk di DUN saya, sudah pasti banyak kelemahan, kealpaan, kecuaian saya sepanjang tempoh 5 tahun saya berkhidmat sebagai wakil rakyat mungkin tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Sesungguhnya saya sudah cuba melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin sehabis daya upaya saya. Demi Allah, sesungguhnya saya takut saudara-saudara menuntut keadilan di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada suatu hari nanti di atas kegagalan saya menunaikan tanggungjawab ini, menunaikan amanah ini.

Dengan ini saya menyokong menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di atas Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah pada kali ini.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada YB. Bayu. Silakan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari. Terima kasih.

Saya pohon menyokong cadangan itu.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dicadangkan oleh YAB. Menteri Besar tersebut. Seterusnya kita ada baki 9 minit, jadi untuk YB. Bukit Selambau ada 9 minit nanti kita sambung pada sesi petang.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih YB. Speaker. Assalam, Salam Malaysia Madani, salam sejatera, ta cha hao, vanakam. Sebagai menyahut titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, saya ada beberapa perkara penting untuk dibahaskan pada tengahari ini untuk kepentingan bersama rakyat di Negeri Kedah bab 17 hingga 19 titah Tuanku menyatakan peri pentingnya persahabatan, silaturahim di antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Perpaduan supaya peruntukan-peruntukan dari Kerajaan Pusat sampai kepada kerajaan negeri mengikut kadar yang ditetapkan.

Pada bajet yang lalu, bajet tahun ini jumlah hasil negeri yang di anggarkan adalah RM735 juta dan anggaran perbelanjaan adalah RM839 juta, maksudnya defisit RM104 juta. Pada masa yang serupa Negeri Kedah Darul Aman perlukan banyak dana untuk kita melaksanakan kerja-kerja pembangunan khasnya pembangunan yang utama yang melibatkan krisis air di Negeri Kedah. Semua maklum bahawa semenjak 33 bulan yang lalu krisis air tak dapat ditangani dengan berkesan. Mungkin ada banyak sebab, salah satu sebab yang penting mungkin adalah sebab dana ataupun masalah-masalah teknikal atau masalah-masalah ketiadaan pekerja dan sebagainya.

Tuan-tuan maklum 20 tahun yang lalu di benua kecil Negeri India ada sebuah negeri, nama negeri tersebut Tamil Nadu. Negeri tu tumbang kerana krisis air tuan-tuan, kerajaan negeri Tamil Nadu dekat mana pada ketika itu tumbang kerana rakyat memberontak, kerana rakyat tidak ada hasil ataupun tidak ada satu benda yang boleh menyelesaikan masalah air di negeri itu. Rakyat memberontak dan menunjukkan kekuatan rakyat melalui peti undi mereka. Jadi, mereka menumbangkan kerajaan Tamil Nadu pada ketika itu. Tuan-tuan yang saya hormati sekalian, kita tidak boleh sombong, kita tidak boleh angkuh, kita tidak boleh degil bila bermasalah dengan rakyat. Masalah rakyat adalah masalah yang sangat penting untuk setiap orang terutamanya pemimpin-pemimpin negeri yang ada di sini. Semangat toleransi, semangat ‘give and take’ itu adalah sangat penting supaya kita dapat memajukan negeri ini, supaya rakyat hidup dalam keadaan harmoni, rakyat hidup dalam keadaan sejahtera, kedaulatan dipertahankan, kesenangan dan sebagainya, itu yang penting.

Saya melihat sedikit laporan SADA iaitu Buletin SADA. Loji Rawatan Air Bukit Selambau seperti diberitahu oleh YAB. Menteri Besar pada Sidang DUN yang lalu dijangka siap pada bulan September tahun ini tetapi tidak mustahil dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana kekangan-kekangan seperti yang dimaklumkan oleh Ahli-ahli Dewan sebentar tadi. Tapi apakah langkah yang harus kita buat untuk memastikan masalah krisis air ini dapat ditangani khasnya di Kuala Muda dan di DUN Bukit Selambau? Taman Bandar Baru di mana mempunyai penduduk lebih kurang 12,500 orang tiap-tiap hari telefon saya dan ada yang kata, “kami mau buat protes secara besar-besaran di hadapan Pejabat SADA’’. Saya kata, “jangan buat macam ini, apa saja kita boleh berunding”. “Kalau YB. tak bagi kami boleh pergi ke Pejabat MB, mau protes”. Ini cerita betul. Baru-baru ini saya menghantar satu surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif SADA yang menyatakan mereka memberi cadangan, idea, Ustaz Masjid Muhajirin Taman Bandar Baru datang bersama rombongan ke ‘office’ saya yang terletak hampir 5KM. Ustaz kata, “YB. senang ceritanya, ‘we go to basic’”. Saya tanya, “apa itu basicnya?” Dia kata, “YB., dulu ada jalan besar masuk ke Tamana Bandar Baru, kenapa pihak SADA tidak dapat gunakan?” Saya tanya, “apa cadangan?” Cadangannya adalah kita buat ‘section pump’. 10 orang, 20 orang beri cadangan yang serupa. Di sana ada satu ‘section pump’, di dalam surat ini saya ada sisipkan kepada YAB. Jeneri dan menghantar kepada Ketua Pegawai Eksekutif SADA. Jadi, Loji Rawatan Air tak dapat siap. Macam mana kita menangani masalah projek terutamanya Taman Bandar Baru dan taman yang berdekatannya. Oleh kerana ada section pup ini, Taman Lembah Permai tak ada masalah, Taman Lembah Permai adalah berhampiran dengan Taman Bandar Baru.

Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, tamadun manusia bermula di tempat yang ada air. Lembangan Ganges, Hwang Ho dan sebagainya adalah bermula dengan air. Kalau taka da api boleh hidup, kalau tak ada air susah tuan-tuan dan puan-puan, itu yang penting.

Timbalan Speaker

YB. Bukit Selambau, ada 1 minit saja!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Jadi saya pohon supaya kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat seperti yang saya tukis dalam surat ini. Point yang berikutnya Ahli-ahli Yang Berhormat, pelancongan….. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Bukit Selambau, point tu sambung selepas jam 2.30 petang.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Ok, saya akan sambung selepas itu. Jadi, saya mohon yang penting tolong selesaikan krisis air khasnya di Daerah Kuala Muda dimana mempunyai 173,000 pemegang akaun SADA dengan kadar segera walaupun Loji Rawatan Air Bukit Selambau tidak dapat disiapkan buat masa ini tetapi mesti ada kaedah dan alternatif lain untuk selesaikan masalah ini lebih-lebih lagi sekarang ini menjelang bulan Ramadhan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Bukit Selambau, Dewan ditangguhkan dan akan disambung pada jam 2.30 petang ini. Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]

[Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang – 13 Mac 2023]

Speaker

Dewan disambung semula. YB. Bukit Selambau, berapa minit lagi YB. Bukit Selambau? Berapa minit lagi ‘balance’? Semua 15 minit, pakai 9 minit sudah, ada lagi 6 minit. Silakan!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Kita rujuk kepada titah ucapan Tuanku muka surat 13, Tapak Arkeologi warisan sejarah geologi turut boleh diperkasakan sebagai satu produk pelancongan negeri. Ahli-ahli Dewan, Lembah Bujang, Sungai Batu dan kawasan sekitarnya bolehlah dijadikan sebagai produk pelancongan iaitu ecotourism, archeological tourism dan historical tourism. Baru-baru ni saya melawat ke negara India di mana saya pergi ke satu tempat yang diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO iaitu Taj Mahal dan juga Karajo tempat-tempat itu adalah tempat yang mempunyai monumen-monumen dan candi-candi yang lebih dari 1,000 tahun. Kalau kita melawat ke yogjakarta dijawab bodoh bodoh menjadi tempat mereka menjadi satu produk pelancongan terkenal di dunia dan juga dijawab juga Jawa Tengah iaitu Jalan Suluk ke Jogjakarta, di Jawa, Borobodur menjadi satu produk pelancongan yang terkenal di dunia dan juga di Jawa Tengah iaitu jalan Solo ke Jogjakarta kita nampak satu Candi Prambanan yang telah didirikan pada tahun 1850 sebelum Masihi dan kalau kita pergi ke Angkor Wat, Kampuchea, ia juga mempunyai monumen-monumen, candi-candi yang menjadi produk utama menarik pelancongan dari seluruh dunia di mana banyak peluang pekerjaan diwujudkan, peluang pekerjaan dari segi penerbangan, peluang-peluang business dan sebagainya.

Jadi, kita mempunyai warisan yang begitu kukuh dan lama iaitu sejarah tamadun kerajaan kita di Lembah Bujang dan juga Sungai Batu di mana pada kurun ke-9 banyak pedagang-pedagang dari India dan juga dari Negara Arab dan China datang ke sana untuk membuat urus niaga perdagangan mereka seperti rempah ratus dan sebagainya. Candi-candi tu memang ada di sana, jadi saya mohon kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat supaya memastikan Lembah Bujang dijadikan produk pelancongan yang terkenal di mana mempunyai potensi yang luar biasa untuk menjana pekerjaan dan pendapatan khasnya kepada penduduk-penduduk di sekitar Daerah Kuala Muda, Semeling Merbok dan sebagainya, itu adalah sangat penting.

Pada bulan lalu juga saya pergi ke India dan memberi satu ucapan khas di Jawaharlal Nehru University kenaan dengan Lembah Bujang. Saya hanya menyentuh berkenaan dengan perspektif politik iaitu negeri kita dan juga negara mesti mempunyai ‘political will’ untuk menjadikan Lembah Bujang, Sungai Batu sebagai United Nations UNESCO punya produk atau ‘heritage’. Jadi, ‘finding’ kita boleh dapat dari luar negara, cuma kita boleh uruskan saja. Kita mesti mempunyai ‘political will’ untuk mempertahankan ‘heritage’ kita iaitu di Lembah Bujang dan juga Sungai Batu, itu adalah sangat penting dan juga laut dari Sungai Merbuk mempunyai banyak potensi untuk ecotourism dan di sana juga saya lihat sekarang ini Satay Smeling menjadi paling terkenal dan banyak orang, ramai pengunjung dari luar datang untuk makan satay dan sebagainya. Ini adalah sangat penting Ahli Yang Berhormat sekalian.

YB. Dato’ Speaker, seterusnya saya telah menulis surat pada tahun lalu iaitu ada satu jambatan yang lama di mana menghubungkan Selambau Vision dengan Bukit Selambau iaitu jalan pintas lebih kurang 20km. Jawapan yang saya dapat adalah serupa macam jawapan pada Sidang yang lalu. Pembinaan jambatan yang sudah runtuh untuk penduduk-penduduk luar bandar yang menggunakan dari Selambau Vision Kongsi 14 ke Bukit Selambau dan juga ke Kuala Ketil. Ini adalah kepentingan rakyat, kepentingan penduduk di luar bandar khasnya di sana haruslah diperbaiki dengan segera. Sudah 9 bulan tak ada apa-apa perkembangan malah dalam jawapan yang ditulis, dikatakan Pejabat Daerah Kuala Muda sudah hantar surat bertarikh 4 Julai tahun lalu ke Pejabat Pembangunan Negeri Kedah tetapi setakat ni tidak ada apa-apa perkembangan. Perkara ini tidak wajar berlaku kerana ini kepentingan perhubungan, sangat penting.

Seterusnya pada 2019, MPSPK (Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah) membuat satu projek kedai-kedai kecil, gerai di Taman Bandar Baru sebanyak 10 unit. Pada ketika itu Datuk Syed Khairul adalah YDP di sana dan beliau bersetuju untuk memberikan 3 lot kepada peniaga-peniaga kecil yang ada di sana yang memang asal dari Taman Bandar Baru bukan orang luar. Dukacita saya maklumkan di dalam Dewan yang mulia ini 3 orang tersebut yang menjalankan perniagaan sendiri tidak mendapat gerai tersebut. Ini satu perkara yang serius sebab ketegangan berlaku di Taman Bandar Baru di mana mereka yang telah menjalankan secara kecil-kecilan lebih dari 10 tahun tapi hak mereka dinafikan. Ini satu perkara yang harus diambil kira dan mesti diambil perhatian yang segera supaya mereka mendapat keadilan yang sepatutnya.

Berbalik kepada soalan saya tadi, Dewan kita ini mempunyai 3 orang yang penting iaitu Setiausaha Politik kepada YB. Dato’ Azalina Othman Said iaitu ADUN Sungai Tiang, YB. Encik Simon Ooi (ADUN Bakar Arang) iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Sains,

Teknologi dan Inovasi dan seterusnya bekas ADUN Gurun adalah Speaker Dewan. Mereka mempunyai satu silaturrahim yang begitu rapat dengan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan sebagainya. Saya pohon kepada kerajaan negeri agar membuat satu rombongan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri dan ‘Cabinet Minister’ berbincang hal-hal yang berlaku, keperluan yang kita sebab kita punya peruntukan RM150 juta. Mungkin kalau kita jumpa, YAB. Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan mungkin akan beri RM10 bilion untuk negeri kita ini. Ini untuk kepentingan rakyat! Silakan YB. Sungai Limau, saya bagi ruang.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih YB. Bukit Selambau. Tidakkah YB. Bukit Selambau menyedari YAB. Menteri Besar dan juga BPEN (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri) telah menghantar surat untuk bertemu dengan YAB. Perdana Menteri pada awal pemerintahan tetapi sehingga ke hari ini surat tersebut masih lagi belum dijawab.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Saya pohon YAB. Jeneri kena ‘follow up’. Sekarang sidang untuk perbincangan Bajet sedang berlaku mungkin kena ‘follow up’, ‘follow up’, kita punya wakil tadi sila hubungi YB. Dato’ Johari Abdul (Speaker), senang cerita kerana ini untuk kepentingan negeri kita ini. Kita mungkin dapat RM10 bilion untuk perbelanjaan pembangunan luar bandar, untuk penoreh getah, nelayan dan peniaga-peniaga kecil kita boleh dapat. Jadi, manfaatkan kemudahan ini, kita ‘join together’ kita jumpa Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk dapatkan dana, itu sangat penting. Itu yang saya cakapkan, kita ada peluang di sini, YB. Bakar Arang ada, YB. Sungai Tiang ada, YB. Gurun ada, jadi gunakan persahabatan mereka, silaturrahim mereka untuk memastikan kita dapat dana yang mencukupi. Inisiatif ini mesti datang daripada Yang Amat Berhormat Jeneri, itu adalah sangat-sangat penting buat masa ini.

Saya juga dalam Dewan yang mulia ini memohon kepada semua, budaya tiktok kalau boleh stopkan saja dengan serta merta sebab ini takkan membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapa saja. Mungkin kepentingan itu mendapat faedah dalam masa singkat sahaja tetap dalami masa panjang boleh memecahbelahkan rakyat, boleh menjadikan ketegangan kaum dan agama di negeri ini. Kita hidup dah aman damai dan harmoni dalam 100 tahun lebih dah, kita mesti kekalkan mantapkan silaturrahim perpaduan antara kaum. Itu adalah sangat penting, kita mahu hidup dalam keadaan aman, harmoni, damai, sejahtera dan sebagainya.

Melalui budaya tiktok ini kita tidak boleh pergi ke mana-man, cuma tegang antara kita lama-lama porak-peranda. Malaysia adalah salah satu negara di dunia yang rakyatnya berbilang kaum, majmuk agama berlainan, budaya berlainan tetapi hidup bersama-sama. Satu keluarga, keluarga besar di bawah naungan Tuanku Sultan di negeri ini. Itu adalah sangat penting tuan-tuan .

Sebelum saya tamatkan ucapan saya ini saya ada satu slogan yang penting untuk kita renungkan bersama. YB. Dato’ Speaker, pohon saya bacakan, slogan kata-kata keramat ini adalah yang diucapkan halal haram iaitu seorang negarawan, seorang saintis angkasa lepas yang pernah menjadi, beliau bukan dari mana-mana parti politik, pernah menjadi Presiden Benua Kecil India. Nama beliau adalah Avul Pakir Jainulabdeen Abdul Kalam. Beliau menyatakan, “where there is righteousness in the heart, there is beauty in the character. When there is beauty in the character, there is harmony in the home. When there is harmony in the home, there is order in the nation. When there is order in the nation, there is peace in the world.” ini kata-kata yang diberikan oleh Allahyarham Abdul Kalam sebagai seorang pemikir, seorang presiden dan tokoh yang tak pernah Benua Kecil India dapat. Saya kongsi bersama-sama kerana ini adalah sangat penting, beliau menyatakan harmoni, ‘characters’, ‘peace’ dan sebagainya. Dengan ini saya menyokong titah ucapan Tuanku Sultan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Bukit Selambau yang saya kira dari pagi hingga sekarang ini merupakan pembahas terbaik lah sehinggakan Speaker pun terpukau, terlajak bagi masa sampai 12 minit. Saya menjemput YB. Jitra!

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu wassala mu’ala asyrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma’in. YB. Dato’ Speaker, saya turut membahaskan usul menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang telah menyampaikan titah ucapan perasmian bagi Sidang DUN kali ini, kelmarin. Di antara banyak-banyak perkara yang Tuanku telah titahkan, yang paling saya tertarik ialah berkenaan dengan hubungan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Tentunya mana-mana kerajaan pun mestilah mempunyai hubungan yang baik ini supaya kita dapat memanfaatkan bagi rakyat.

Kita lihat bukan kebelakangan ini saja tapi agak lama dah hubungan antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri itu bagi kita yang melihat dari kaca mata negeri mungkin terlihat seolah-olah berat sebelah, memihak kepada Kerajaan Pusat. Saya lihat cukai yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan tentulah datang daripada rakyat yang berada di negeri-negeri, tetapi setiap tahun kita lihat negeri-negeri ini terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan geran ataupun pemberian daripada Kerajaan Pusat. Kadang-kadang tu sampai tahap macam kita ni terpaksa mengemis meminta peruntukan yang secukupnya dan saya juga melihat seolah-olah ada ketidakadilan di antara negeri-negeri yang sudah jauh maju ke hadapan berbanding dengan negeri-negeri yang jauh ketinggalan di belakang.

Saya bagi satu contoh, apabila Kerajaan Pusat bersetuju dengan kerajaan negeri untuk melabur sejumlah wang kalau tak silap saya lebih kurang RM600 juta untuk membangunkan Taman Teknologi Tinggi Kulim pada tahun 1996, ianya dianggap sebagai satu pinjaman daripada Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri. Kita membangun KHTP (Kulim Hi-Tech Park) sehinggakan lebih RM31 bilion telah dilaburkan oleh pelabur-pelabur asing dan tempatan, begitu banyak sekali peluang pekerjaan kalau tak silap lebih kurang 26,000 peluang pekerjaan di sediakan di Kulim Hi-Tech Park itu dan kadar gajinya agak lumayan. Maka sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi bukan hanya bagi Negeri Kedah sahaja tetapi Wilayah Utara ini sangat besar dan lebih penting daripada itu ialah syarikat-syarikat ini membayar cukai.

Saya faham bahawa ada juga syarikat asing yang datang melabur dan mendapat pengecualian cukai yang diberikan oleh MIDA. Tetapi setelah mereka beroperasi beberapa tahun, pengecualian itu akan berkurangan dan akhirnya mereka terpaksa juga membayar cukai kepada Kerajaan Pusat. Selain itu, pekerja-pekerja membayar cukai pendapatan dan sebagainya.

Jadi, saya menganggarkan bahawa dengan RM600 juta yang dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat itu, Kerajaan Pusat telah mengutip cukai yang jauh lebih besar sehinggakan pelaburan awal mereka di Kedah itu sangat berdaya maju iaitu berbaloi. Kenapa tidak Kerajaan Pusat memperuntukkan bajet seperti itu kepada negeri-negeri yang agak tercorot ke belakang seperti Kedah ni kerana kita mempunyai potensi yang begitu besar untuk menjana pendapatan sendiri, merancakkan ekonomi dan akhirnya dengan pertumbuhan ekonomi itu cukai dapat dikutip oleh Kerajaan Pusat. Saya lihat, contohnya apa yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam berkenaan dengan ‘capitation grant’ kita istilah “pemberian ikut kepala”, itu satu.

Yang keduanya pemberian penyenggaraan jalan negeri iaitu MARRIS, ada juga pemberian dari Kumpulan Wang Rizab Negeri dan macam-macam pemberian yang lain, pemberian bagi membiayai perbelanjaan mengurus bagi jabatan di bawah senarai bersama khususnya agensi Kerajaan Pusat. Soal ‘capitation grant’ ia tentulah mengikut satu formula berkaitan dengan jumlah penduduk yang ada dalam negeri tersebut. Bayangkan negeri macam Kedah ni di mana mungkin peluang pekerjaannya tidaklah sebanyak negeri-negeri yang jauh lebih maju daripada kita seperti Pulau Pinang, Johor, Selangor, maka berlakulah penghijrahan penduduk dari Kedah ke negeri-negeri yang maju itu yang menawarkan peluang pekerjaan. Saya tak pasti tapi anggaran saya tadi pun sudah bincang dengan YB. Anak Bukit, duk rasa-rasa macam pengiraan jumlah penduduk itu berdasarkan kepada bancian yang dibuat dan bukannya berdasarkan kepada angka 02 dalam nombor kad pengenalan itu.

Maka kalaulah anak Kedah ni banyak berhijrah ke Pulau Pinang, Selangor, Johor contohnya untuk mencari pekerjaan dan bancian dibuat di negeri-negeri itu sudah tentulah mereka mempunyai penduduk yang ramai dan mendapat manfaat yang lebih daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan kepada ‘capitation grant’ yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi saya ini satu ketidakadilan. Kenapa tidak diberikan peruntukan yang lebih kepada negeri-negeri yang kerana kurang maju atas sebab-sebab tertentu maka jumlah penduduknya berkurangan kerana penghijrahan yang berlaku. Janganlah atas sebab itu kita dihukum dengan pemberian yang kurang berbanding dengan negeri-negeri yang maju berbanding dengan kita. Jadi saya mohon supaya satu perbincangan diadakan di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Zaman saya menjadi Menteri besar kali pertama dulu, saya telah berusaha untuk berbincang dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang lain supaya sekurang-kurang kita boleh berpakat sebelum kita menghadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Saya mengharapkan di dalam mesyuarat itulah kerajaan-kerajaan negeri ini boleh menekankan kepada Kerajaan Pusat untuk lihat semula formula-formula yang dipakai entah dari zaman merdeka lagi, ada yang sepatutnya diubah suai kerana kenaikan inflasi dan dengan formula itu bersikap adil terhadap negeri-negeri yang miskin. Kalau betul tafsiran saya, itulah yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan kelmarin.

Seterusnya saya nak sentuh sedikit berkenaan dengan projek. Daripada pengalaman saya sendiri, memang mudah untuk kita bersikap sedikit ghairah untuk melancarkan projek demi projek dalam satu-satu negeri itu. Saya sendiri sewaktu membentangkan Bajet 2015 mengumumkan sampai 6 projek ikonik termasuk KXP, Rubber City dan sebagainya dengan harapan semua projek-projek ni akan betul-betul terlancar dan berjalan maju dan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk Negeri Kedah

kita dan sekelilingnya. Rupa-rupanya projek-projek ini tak mudah untuk dilaksanakan walaupun kita mempunyai azam politik yang kuat. Antara lain perkara-perkara yang luar kawalan kerajaan negeri khususnya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kalau Kerajaan Pusat itu tidak bersetuju ataupun tidak memberi prioriti kepada projek-projek yang nak dilakukan oleh kerajaan negeri itu maka ia susah nak jalan. Daripada 6 projek ikonik yang saya lancarkan tahun 2015 iaitu lebih 8 tahun yang lepas, hanya satu saja, Kedah Rubber City yang nampaknya berjalan sikit, itupun yang dilaporkan dalam laporan kerajaan negeri berkenaan dengan infrastruktur, yang lain ni sangkut semuanya. Itu bermakna bahawa kita nak kena kerjasama lebih erat dengan kerajaan-kerajaan yang ada, Kerajaan Persekutuan dan khususnya agensi kerajaan untuk menjayakan satu-satu projek itu. Tidak cukup sekadar kita berazam sahaja, keinginan tu sangat tinggi tetapi nak melaksanakannya suatu perkara yang susah.

Mungkin ada kesilapan yang telah saya lakukan sewaktu dulu lagi kerana ada azam itu, tapi kalau ikut ‘pragmatisme’nya ataupun kita nak lebih realistik mungkin lebih baik kalau kita mengenal pasti satu dua projek, kemudian memberi tumpuan kepada keberhasilan (outcome). Melancar adalah satu perkara yang mudah nak dibuat tetapi nak memastikan semua ‘pieces of the puzzle’ (dengan izin) semuanya cantik untuk menjayakan satu-satu projek itu bukan satu perkara yang boleh diambil remeh dan perlu diberi perhatian sehinggalah benda tu menjadi. Saya menyarankan kerajaan negeri pilihlah satu dua projek yang kita rasa sangat penting untuk dilaksanakan boleh memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, mungkin ada ruang yang kita nampak di peringkat Kerajaan Pusat dan kita fokus saja untuk projek-projek tersebut. Salah satu perkara tentulah berkenaan dengan KXP. Walaupun ada komen-komen yang agak mengecewakan kita datang daripada Kerajaan Pusat tetapi saya kira ini satu perkara yang perlu kita pertahankan juga bagi menyokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kelmarin.

Satu perkara juga yang telah dititahkan oleh Tuanku ialah berkenaan dengan peringatan supaya kerajaan negeri teliti dan kaji semula dasar dan polisi berbentuk fizikal mahupun undang-undang yang lapuk, ini telah dititahkan oleh Tuanku Sultan. Saya ingin bangkitkan berkenaan dengan satu perjanjian yang telah dimeterai di peringkat Kerajaan Pusat yang bersifat antarabangsa yang nama singkatannya CPTPP (Comprehensive And Progressive Agreement For Trans-Pacific Partnership). Perjanjian ini kononnya satu perjanjian perdagangan melibatkan kalau tak silap saya lebih 12 negara. Malaysia antara negara yang menandatanganinya, ianya diratifikasi dan katanya diluluskan di Parlimen tetapi waktu darurat sebenarnya.

Saya ingin bertanya, adakah kerajaan negeri sudah bersedia untuk menghadapi CPTPP ni? Soalan ini telah saya kemukakan sebelum ini, kalau tak silap saya ada tak kurang daripada 7 undang-undang negeri yang perlu dipinda kalau kita betul-betul nak mematuhi semua perkara yang diperuntukkan dalam CPTPP. Antara lain ialah berkenaan dengan perolehan kerajaan. Bila kerajaan negeri nak buat sebarang perolehan contohlah kalaulah kita nak buat tender terbuka untuk projek Loji Rawatan Air, maka kita terpaksa membuka tender itu untuk syarikat-syarikat luar negara, bukan hanya yang dalam Negara. Dan kalau kita tidak melakukannya dan kalau ada syarikat di luar negara itu yang mengadu, yang ‘complain’ kepada sekretariat CPTPP ini, silap-silap kerajaan negeri boleh didapati bersalah dan ditekan untuk membuka ruang ataupun disaman oleh syarikat asing itu. Ini telah pun berlaku di beberapa negara seperti Pakistan, Australia pun dah kena, kalau tak silap New Zealand pun kena. Jadi, ini satu perkara yang saya ingat perlu kita ambil perhatian. Kalau ikut pandangan saya sendiri, kita tidak sepatutnya meratifikasikan perjanjian CPTPP. Kami antara orang yang kuat membantah berkenaan CPTPP ini dan kalau ada ruang kerajaan negeri juga menolak CPTPP itu lebih baik. Ada masa berapa banyak lagi YB. Dato’ Speaker?

Speaker

Masa sebenar dah habis, kita bagi 2 minit lagi.

2 minit, ok 2 minit. Terima kasih banyak-banyak. Akhir sekali YB. Dato’ Speaker saya nak bertanya berkenaan dengan apa yang saya dapati mungkin ada sedikit perbezaan angka ataupun saya nak minta sedikit penjelasan berkenaan dengan permohonan untuk hak milik tanah yang telah di diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kelmarin iaitu, kalau menurut jawapan yang telah diberikan secara bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh YB. Bayu, kalau ikut muka surat 25 dalam buku jawapan soalan tulis ini. Pemberian hak milik tanah bagi tahun 2020 - 2022 di mana 120 pemberian diluluskan pada tahun 2020, tiada kelulusan pada tahun 2021, tak disebut sebab apa dan 465 pada tahun 2022. Kalau ikut apa yang telah dititahkan oleh Tuanku kelmarin, jumlah antara tahun 2020 - 2022 tu ialah 2,075 permohonan hak milik tanah dan lesen pendudukan sementara atau LPS. Jadi soalan saya, adakah boleh saya rumuskan bahawa LPS di antara tahun 2020 hingga 2022 ini berjumlah 1,490? Maksudnya yang betul-betul pemberian hak milik tanah ni hanyalah lebih kurang 585 sahaja di antara 3 tahun itu Akhir sekali berkenaan dengan Langkawi. Perkara ni memang banyak kali sudah dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan tapak pelupusan sampah di di

Kilim. Jadi, saya ingat YB. Dato’ Speaker pun lebih tahu perkara ini. Kalau sesuatu tidak dibuat untuk menyelesaikan masalah pelupusan sampah di Langkawi ini kita mungkin akan menghadapi masalah dengan status Geopark Langkawi yang menjadi satu tarikan bagi pelancongan Langkawi. Jadi saya tahu daripada dulu lagi kita bermasalah dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk selesaikan masalah ini daripada zaman-zaman YB. Zuraida lagi, kemudian Datuk Reezal Merican dan sekarang ni YB. Encik Nga Kor Ming, menteri yang berkenaan. Jadi, saya ingin tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk meyakinkan Kerajaan Pusat ataupun mendesak Kerajaan Pusat untuk melakukan sesuatu selesaikan masalah ini segera kerana bayangkanlah kalau longgokan sampah di tapak pelupusan sampah di Kilim itu tak ditangani dengan baik maka kita ada masalah kebocoran ‘leachate’ masuklah ke dalam Sungai Kilim dan tentunya ini akan menjejaskan status Langkawi sebagai Geopark. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak dan menyokong usul menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang telah menyampaikan titah Pperasmian Sidang Dewan kelmarin. Terima kasih, Assalamualaikum.

Speaker

Terima kasih. YB. Ayer Hitam!

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassala Mu’ala Asyrofil Ambiya Iwal Mursalin Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in Robbisrohli Sodri Wayasirli Amri Wahlul Uqdatan Millisani Yafqahu Qauli. ‘Ammabaq.

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ahli-ahli Dewan Negeri, Yang Berusaha, Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan, ageni kerajaan pusat dan negeri seterusnya para petugas Dewan dan juga pemerhati sama ada secara bersemuka ataupun atas talian. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam ucapan perbahasan titah ucapan Tuanku semalam. Tuanku menyentuh beberapa perkara yang agak besar dan juga penting dalam ucapan Baginda kurang lebih 42 minit semalam dan berapa pujian diberikan kepada YAB. Menteri Besar di atas kejayaan YAB. Menteri Besar pemimpin kerajaan dalam masa kurang lebih 3 tahun dengan penuh cemerlang.

Saya bersetuju dengan titah Tuanku dan kita rasa dan percaya di antara sebab kemenangan besar PN (Perikatan nasional) dalam PRU-15 di negeri-negeri, Kedah terutamanya merupakan ‘andikator’ yang besar daripada rakyat terhadap kebolehan, kecemerlangan Menteri Besar dalam mentadbir negeri pada masa kini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan YB. Suka Menanti sebagai Ketua Pembangkang yang baru menggantikan YB. Gurun yang tak sempat untuk berucap sebagai Ketua Pembangkang yang sebelum itu didahului YB. Alor Mengkudu dan YAB. Jeneri. Bermaksud kita sudah ada 4 Ketua Pembangkang dalam tempoh 5 tahun kerajaan di Negeri Kedah ini. Ini melambangkan betapa dinamiknya politik semasa selepas PRU-14 yang melihat tumbangnya Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang memerintah di peringkat Persekutuan dan juga negeri.

Kedinamikan politik ini harus kita jaga supaya ia terus mencorak kedudukan kita di dalam negeri dan negara ini supaya kita boleh bangkit sebagai sebuah negeri yang maju Insya Allah menjelang tahun 2035 dan menjadi negara yang kembali ‘mengaum’ yang dikatakan sebagai “Harimau Asia” sekitar tahun 1990an dahulu. Kita haraplah seperti yang dititahkan oleh Tuanku tidak akan ada political vendetta sama ada pihak Kerajaan Persekutuan yang baharu ini melalui PMX ataupun PM Ke-10 yang kita lihat ada berapa perkara yang disebut oleh beliau dalam konteks Negeri Kedah ni nampak macam ada unsur-unsur begitu. Cuma kita harap perkara ini bila disebut oleh Tuanku hal-hal yang sebegitu dapat dikurangkan dan InsyaAllah kita berharaplah kerajaan Madani di peringkat Persekutuan itu akan dapat memberi peluang dan ruang kepada kerajaan negeri mencorak pembangunan kerajaan negeri seiring ataupun selaras dengan kehendak rakyat di negeri ini dengan memberikan peluang kepada perancangan yang telah dibuat untuk diluluskan peringkat Pusat yang bersangkut dengan peruntukan di peringkat Pusat.

Tahniah juga kepada YB. Bayu, Tuan Haji Abdul Nasir bin Idris dan YBhg. Senator Encik Musaddaq bin Haji Ahmad atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara yang mewakili Negeri Kedah yang baharu. Saya yakin dan percaya kedua-dua mereka mampu untuk mewakili Negeri Kedah selaras dengan kehendak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk membawa suara Kedah di peringkat Persekutuan InsyaAllah di Dewan Negara. YB. Bayu seorang yang ‘cool’, seorang yang terkenal dengan ‘gajah’nya InsyaAllah akan meneruskan kebolehan, kemahiran beliau di sana dan saudara Encik Musaddaq pun seorang yang pada sayalah lahir dalam keluarga politik, 2 orang abangnya merupakan Ahli Parlimen (mantan), 2 orang abangnya juga merupakan Ahli Dewan Negeri, mantan dan sekarang serta beliau orang yang kelima dalam keluarga Haji Ahmad menjadi ahli ataupun Yang Berhormat, InsyaAllah keluarga mereka ni keluarga yang hebat dan sudah tentulah warisan atau legasi mereka InsyaAllah akan memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada Negeri Kedah di peringkat Dewan Negara.

YB. Dato’ Speaker, saya suka menyentuh dua tiga perkara yang disentuh oleh Tuanku yang hampir dengan Ayer Hitam. Pertama tentang penanaman padi berskala besar. Walaupun Tuanku sebut contoh kepada Lembaga Zakat yang sekarang ini sedang membuat SmartSBB ini bersama dengan MADA di Yan, kurang lebih 200 hektar. Tetapi kita boleh kembangkan lagi ke kawasan-kawasan lain diseluruh Negeri Kedah ini untuk kita menjamin food security dan juga meningkatkan hasil dan kualiti padi sebagai jaminan kepada adanya makanan ruji kita yang cukup untuk rakyat Malaysia umumnya. 200 hektar yang dilaksanakan di Yan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah itu kita boleh terikat sebagai satu kayu ukur untuk kembangkan lagi berdasarkan kepada kehendak ataupun keperluan setempat. Cuma ada kerisauan di peringkat bawah lah peringkat rakyat, peringkat petani-petani di bawah sana jika dijalankan Smart SBB ni kerisauan kepada petani-petani kecil atau petani muda baru yang mengusahakan sawah padi. Mereka risau bila mana dikembangkan atau diadakan Smart SBB ini syarikat atau korporat yang besar akan menelan mereka. Pastinya petani-petani kecil yang baru-baru ni akan terkesan dengan syarikat yang mengambil alih usaha untuk penanaman padi ini.

Kita perlu adakan satu perbincangan ataupun satu tindakan yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak. Saya suka mencadangkan supaya syarikat ataupun pihak yang akan mengambil peranan memainkan peranan yang besar dalam Smart SBB ini memberi diberi peluang kepada PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) atau Koperasi Pesawah ataupun pihak-pihak lain yang ada kepentingan dengan pesawah yang tidak memikirkan, mementingkan keuntungan semata-mata. Syarikat-syarikat perniagaan ataupun syarikat-syarikat yang mementingkan keuntungan yang besar mungkin mereka berjaya untuk menawarkan harga sewa yang banyak, yang besar kepada petani-petani yang ada sawah.

Dengan itu, petani-petani ini akan berlumba-lumba ataupun akan memberi sawah mereka untuk diurus oleh syarikat yang besar ini. Sudah tentulah syarikat yang mementingkan perniagaan akan memikirkan keuntungan tidak kepada kebajikan yang besar. Dengan petani-petani yang kecil, petani-petani yang muda yang ada di pedalaman dan kampung-kampung tentulah akan berasa terkesan dan berasa mereka dipinggirkan oleh syarikat yang besar.

Kita memberi peluang kepada PPK ataupun kepada Koperasi dan sebagainya InsyaAllah, perkara ini akan dapat memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak sama ada pihak Koperasi ataupun syarikat itu dan juga pihak petani-petani yang mengusahakan pertanian.

YB. Dato’ Speaker, saya juga terkesan dengan ucapan Tuanku menyentuh tentang kekerapan feri ke Langkawi yang dikurangkan, kian merosot. Dua minggu dan seminggu lepas saya ada ke Langkawi, pada awal 23 dan 24 bulan Februari saya ke Langkawi melalui Kuala Perlis yang mengambil masa kurang lebih 2 jam perjalanan, berbeza dengan sebelum ini yang kita pergi ke Langkawi melalui Kuala Perlis kurang lebih 45 minit ke sejam sahaja. Mengikut alasan ataupun sebab yang diberikan oleh kapten feri itu, laluan mereka agak sukar kerana kecetekan laluan itu menyebabkan mereka tak boleh laju, mereka bawa secara perlahan. Kemudian pada 1 hingga 3 Mac, dibatalkan dan ditangguhkan feri ke Langkawi melalui Kuala Perlis dan semuanya berbalik ke Kuala Kedah dan saya pergi kali kedua pada 2 dan 4 haribulan Mac melalui Kuala Kedah walaupun masanya sama kurang lebih sejam lebih tetapi jadualnya, kekerapannya dikurangkan. Sepatutnyalah bila kita tutup di Kuala Perlis, ada penambahan jadual di Kuala Kedah untuk menampung kekurangan di Kuala Perlis itu. Perkara ini tetap berlaku menyebabkan ramai yang tak boleh pi dan saya pun ‘booking’ tiket secara online dapat malam saja yang ‘free’, siang dah penuh.

Seperti yang saya sebutkan di sini supaya kita mengambil satu pendekatan ataupun peluang ini untuk kita meningkatkan lagi jadual ataupun perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi selaras dengan titah Tuanku dan juga InsyaAllah jika kita diberi peluang untuk kita memikirkan untuk melaksanakan atau membina sebuah ataupun dua buah lagi jeti baharu di Kedah ini untuk menampung keperluan ini. Saya ada terbaca satu cadangan dibuat oleh YB. Menteri, Dr. Wee Ka Siong tahun lepas tentang cadangan dan kajian yang dibuat oleh pihak Institut Maritim Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia berbincang untuk mengadakan sebuah lagi Jeti baharu di Kedah ini ataupun di Perlis. Saya suka mencadangkan supaya kita lobi supaya diadakan di Kedah dan saya menawarkan kawasan Ayer Hitam, Kuala Jerlun atau Kuala Kerpan sebagai destinasi yang baru untuk dibina jeti baru bagi menampung keperluan pengangkutan daripada tanah darat ini ke Langkawi. Kuala Jerlun merupakan tempat yang sesuai pada pandangan saya, disokong oleh infra yang lain kita sedang membina atau menaik taraf Jalan Putra daripada Simpang Kuala akan berakhir di Kemboja. Kemboja tu satu tempat yang sangat dekat dengan Kuala Jerlun. Jadi dengan itu, infra untuk jalan raya dah ada, cuma kita lobi untuk buat pelabuhan ataupun jeti di Kuala Jerlun, InsyaAllah dengan itu mungkin boleh memberi ruang ataupun hujah kita yang besar kepada Kerajaan Pusat untuk membina jati baharu di Kedah, bukan di Perlis sebab kita nak pi Langkawi, Kedah bukan nak pi Langkawi, Perlis supaya pulangannya akan dapat kepada Negeri Kedah, InsyaAllah. Juga di Kuala Jerlun ataupun Kuala Kerpan jika difikirkan sesuai dan merupakan kuala-kuala yang dalam airnya, InsyaAllah yang tak perlu dilakukan proses pengerukan lagi dah.

Sekarang ini kita perlu keruk 2 tahun sekali, perlu koreklah atau mendalamkan kuala itu 2 tahun sekali, belanja RM50 juta. Belanja untuk korek keruk Kuala Perlis dan Kuala Kedah, kalau kita guna duit itu untuk buat Jeti di Kuala Jerlun atau Kuala Kerpan, sudah tentulah diselamatkan RM50 juta dibangunkan kawasan Kuala Jerlun dan Kuala Kerpan dengan lebih maju.

YB. Ayer Hitam, minta laluan sikit boleh tak? terima kasih YB. Ayer Hitam, terima kasih YB. Dato’ Speaker. Saya orang kuala, orang Kuala Kedah. Setuju atau tidak YB. Ayer Hitam, ya, betul duk habis RM50 juta duk nyah enap keruk apa tadi tu, kalau kita buat pemilihan tapak jeti ni daripada duk belah dalam yang kena duk buat nyah enap tiap-tiap dua tahun sekali ni kita buat Jeti kita tu keluar pi di luar ,dia pun nampak cantik daripada luar apa semua tu dan kita tidak ada lagi masalah nyah enap setiap 2 tahun sekali dan ia tetap kekal di Kuala Kedah dan tak pi Kuala Jerlun.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Saya bersetuju, cuma perlu ke Kuala Jerlun lah. Kita perbanyakkan jeti, Kuala Kedah pun dah tepu dah, kita perbanyakkan jeti itu lagi baik, pilihan untuk rakyat untuk pilih yang mana yang memberikan perkhidmatan yang terbaik, InsyaAllah ada saingan di situ. Terima kasih YB. Anak Bukit....(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

YB. Ayer Hitam ada tanah di Kuala Jerlun tu?

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Tak dak! Tak dak! Tapi kalau setuju nak buat tu kita boleh beli sikit-sikit kot tu kan sebagai persediaan....

Speaker

Ada 2 minit lagi!

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Pelan Bangunan Kedah 2035 seperti disebutkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam muka surat 6. Kajian yang dijalankan dalam masa terdekat ini terhadap tempoh 3 tahun perjalananny, saya harap memberikan impak yang baik lah InsyaAllah, jika ada kekurangan kita betulkan kita tambahkan jika ada kebaikan kita teruskan perkara itu. Cuma saya berharaplah pihak-pihak yang berkepentingan ini terutamanya di peringkat daerah untuk menyediakan satu pelan, pelan bangunan peringkat daerah masing-masing. Terima kasih dan tahniah kepada DO saya lah, DO Kubang Pasu yang telah memulakan dan merangka Pelan Pembangunan Daerah Kubang Pasu 2035 yang juga dia menjemput kami sebagai rakyat dan juga pihak-pihak berkepentingan di Daerah Kubang Pasu untuk memberikan input-input yang perlu untuk dimasukkan dalam Pelan Bangunan itu. Dengan itu kita rasa Pelan Pembangunan Kedah 2035 akan lebih berjaya untuk dilaksanakan di mana peringkat bawah membuat perancangan menepati ataupun menuruti dasar ataupun perancangan di peringkat negeri. Saya yakin yang lain pun akan ada, InsyaAllah merupakan satu tindakan yang elok, yang baik untuk kita menjayakan Kedah 2035 supaya kita dapat merealisasikan hasrat kita meletakkan Negeri Kedah sebagai negeri maju setanding negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Sikit lagi YB. Dato’ Speaker berkenaan dengan tempat sayalah. Terima kasih kepada pihak SADA melalui BDB yang telah mula melaksanakan pakej “Skim Pida” iaitu memasang paip-paip yang besar jugalah yang panjang, sekarang dah korek dan pasang, siap dah. Ada Pida 3 Tunjang sehingga Pida 3 Manggol Bongor, InsyaAllah akan diteruskan lagi dari Pida 3 Tunjang ke Pida 3 sebelah Sungai Korok, untuk melengkapkan Skim Pida dengan itu pakej LRA Pelubang yang dijadualkan siap pada tahun hadapan, jika ada perubahan sedikit sebanyak mungkin sedikit sebanyak ada perubahan anjakan daripada tarikh itu akan mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Kubang Pasu, Jerlun dan juga kawasan saya, Ayer Hitam. Dengan itu InsyaAllah rakyat yang selama ini dan sekarang musim panas ini memang agak sedikit kritikal, di mana setiap hari adalah rakyat yang telefon kita tolong sampaikan kepada SADA untuk mereka hantar air ke rumah. Jangka panjang kita dah buat, jangka pendek kita harap pihak SADA dapat menangani masalah ini dengan lebih berhemah dan dapat menyantuni rakyat yang berkehendakkan air dihantar ke rumah bila keputusan dan sebagainya supaya mereka dapat hidup dengan lebih ceria lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadhan dan Syawal yang akan datang merupakan kemuncak ramai yang balik kampung untuk berhari raya di mana keperluan semakin meningkat.

Terima kasih, saya mohon untuk menyokong penuh ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Pembukaan Sidang DUN pagi semalam. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam. Atap genting si atap bertam, Minum kopi bersama bertih, Selepas ucapan ADUN Ayer Hitam, Dijemput pula ADUN Kota Siputeh.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Sedap! Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil ambiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma'in. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uqdatan millisani yafkhohu khauli. Terima kasih kerana membenarkan Kota Siputeh untuk berbahas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Sidang DUN pada kali ini. Saya memulakan perbahasan saya pada kali ini dengan mengambil ucapan titah Tuanku. Tuanku ada menyebut tentang peri pentingnya keharmonian hubungan di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Ini agar fokus kerajaan terhadap penyelesaian isu dan permasalahan rakyat tidak terjejas. Kiita lihat Perdana Menteri kita pada kali ini sangat menekankan tentang Malaysia Madani, Masyarakat Madani.

Jadi, saya nak bawa ucapan titah Tuanku ini dalam isu pendidikan kerana isu pendidikan ni sangat penting untuk membentuk peribadi mulia di kalangan kanak-kanak, pelajar-pelajar kita. Merekalah yang akan mencorakkan masa depan negara terutama apabila kita menyahut seruan Perdana Menteri untuk menuntut sebuah Negara Madani yang kita cita-citakan. Matlamat Malaysia Madani adalah untuk merubah Malaysia menjadi sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta bersikap ehsan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain. Tentunya ianya bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak di bangku sekolah lagi untuk memahami kehendak Perdana Menteri kita dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh pihak KPM, JPN, PPD, guru-guru, PIBG dan pelajar-pelajar. Apa yang membimbangkan kita semasa Pilihan raya Parlimen baru-baru ini, kita dapati pengundi muda terpengaruh dengan hasutan fitnah di dalam media sosial malah kita dapati ada penglibatan sebahagian guru yang menghasut anak murid sehingga timbul kepada “kalau undi Pakatan Harapan nanti kamu

kena pakai ‘skirt’”, isu perkauman, isu masuk neraka dan banyak lagi isu-isu fitnah yang sepatutnya tidak berlaku di dalam dunia pendidikan dan dalam minda anak-anak kita. Sepatutnya mereka ini perlu dididik dengan sifat “rahmah”, kasih sayang sesama insan yang berlainan agama dan bangsa bukan membenci bangsa yang lain yang tidak seagama dengan kita, saling menghormati, fahami sistem Demokrasi Berpelembagaan negara mereka, perlu diberi kepahaman yang jelas tentang pilihan raya dan lain-lain yang berkaitan, bukan dengan budaya fitnah.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Boleh YB. Kota Siputeh? YB. Dato’ Speaker, iaitu berkenaan dengan sikap anak-anak muda yang YB. Kota Siputeh sebutkan tadi iaitu tidak menyokong kepada pihak pembangkang dan sebagainya. Saya merasakan bahawa bukan ada hasutan daripada sesiapa kerana kita ingat lagi waktu dahulu, waktu anak muda menyokong PH, semua nak minta supaya anak muda ni mengundi, tiba-tiba anak muda mengubah dan mengalih kita pula menyalahkan pihak lain pula. Sebenarnya ini adalah rakyat lebih faham, rakyat lebih tahu. Apa pandangan YB. Kota Siputeh sebenarnya semua ini terletak kepada rakyat, rakyat tahu siapa yang “hoi ya hoi” sebenarnya.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Kota Siputeh, boleh mencelah sikit?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Habis masa saya sat gi. Kena tambah lagi.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Kota Siputeh. YB. Dato’ Speaker, kita ni bahas titah ucapan Tuanku berkisarkan tentang negeri Kedah tetapi cerita tentang pilihan raya ni pasal apa? Saya rasa dah lari daripada tajuk dia dah YB. Dato’ Speaker.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

YB. Dato' Speaker, sebab perkara ini beredar di media sosial kan, banyak perkara yang bukan-bukan, fitnah dan kita nak sebuah masyarakat yang kita inginkan, sebuah masyarakat Madani sebagaimana yang dikehendaki oleh Perdana Menteri kita, jadi saya fokus kepada pendidikan.

Pendidikan daripada peringkat awal kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT. Mereka inilah yang akan membentuk masyarakat kita, saya nak sebutkan peranan guru dan saya bagi contoh apa yang berlaku baru-baru ini dan benda-benda ini berlegar di media sosial ia tak boleh tolak perkara itu. Jadi, pentingnya peranan guru ini, kita berharap perkara ini tidak berlaku untuk pilihan raya- pilihan raya seterusnya PRN yang akan datang. Perlunya guru-guru ini diberi kursus profesionalisme dan juga anak-anak murid pula diberikan kem bina insan untuk pelajar-pelajar ini memahami yang kita nak bentuk Masyarakat Madani tu bagaimana yang kita inginkan. Jadi, apakah cadangan pelaksanaan yang akan diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan pendidikan ini daripada pihak kerajaan sendiri untuk mencapai hasrat Perdana Menteri kita untuk menjadikan Malaysia ni sebagai sebuah Negara Madani.

Seterusnya saya masuk kepada isu pekerjaan dan juga pendidikan. Kita tahu bahawa kita sedang membangunkan pelbagai industri di Negeri Kedah ini dan peluang-peluang pekerjaan yang banyak. Pada tahun 2021 sahaja terdapat 12,733 pekerjaan yang belum lagi diisi yang berkaitan dengan pelaburan RM66.2 bilion. Belum lagi termasuk dengan projek-projek berimpak tinggi di bawah kerajaan negeri seperti KRC, KXP, SBEZ dan lain-lain dan jumlah keseluruhannya hampir 80,000 peluang pekerjaan yang perlu diisi untuk tahun-tahun yang akan datang.

Diharapkan peluang-peluang pekerjaan ini diisi oleh anak-anak Kedah itu sendiri, setiap tahun hampir 30,000 pelajar kita yang menduduki peperiksaan SPM dan mereka sebahagiannya akan keluar melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi kemahiran, peringkat yang lebih tinggi. Jadi, mereka inilah yang kita harapkan untuk mengisi peluang-peluang pekerjaan ini. Jadi, saya mencadangkan supaya ada kerjasama di antara JPN dengan pihak industri untuk mengenal pasti keperluan bidang-bidang pekerjaan tertentu yang perlu dipelajari oleh anak-anak kita yang berkaitan dengan keperluan industri dan diberi galakan kepada mereka untuk mengambil pengajian ini, menyambung pengajian yang berkaitan dengan industri industri daripada mereka sekolah menengah lagi supaya bila mereka keluar nanti mereka boleh mengisi peluang-peluang pekerjaan tersebut. Diharapkan pusat pengajian perkaitan TVET menjadi pilihan anak-anak kita serta dibantu oleh kerajaan terutama anak-anak yang daripada golongan B40 untuk membolehkan mereka dapat mengisi peluang-peluang pekerjaan yang berkaitan.

YB. Dato’ Speaker, seterusnya saya pergi kepada keciciran pelajar. Saya masukkan isu pelajar yang tidak ke sekolah, banyak ya pelajar yang tidak dapat ke sekolah. Masalah pengenalan diri, masalah tidak ada surat beranak, ramai yang tidak dapat belajar tidak boleh masuk sekolah.

Jadi, apakah penyelesaian daripada pihak kerajaan dan keciciran pelajar juga banyak sekolah yang menghadapi masalah pelajar yang tidak pergi ke sekolah, ada yang bekerja, memilih untuk bekerja sebelum habis mereka mengambil peperiksaan SPM. Walaupun pihak sekolah mengambil pendekatan ziarah cakna, turun dari rumah ke rumah tapi masalah masih ini masih berlarutan. Jadi mungkin pihak sekolah menghadapi pelbagai kekangan masa, kewangan, tenaga kerja dan lain-lain.

Jadi, apa cadangan pihak kerajaan lah untuk berhadapan dengan masalah ini supaya tiada pelajar yang tercicir daripada pendidikan di sekolah kita di Kedah ini. Mereka perlu belajar sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat mendapat Sijil Pelajaran Malaysia. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan memperuntukkan peruntukan yang mencukupi untuk membantu pihak sekolah berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tercicir daripada pendidikan di sekolah dan melibatkan semua sekolah di Negeri Kedah. Kita boleh tengok data lah, data keciciran pelajar kita, kita boleh dapatkan senarai ini daripada JPN, Data Keciciran Pelajar di Negeri Kedah itu sendiri. Saya mencadangkan juga pihak institusi Pengajian Tinggi untuk turut memainkan peranan dengan membantu pihak sekolah dengan bekerjasama dengan pihak institusi Pengajian Tinggi untuk turun ziarah rumah ke rumah untuk mendekati ibu bapa yang berhadapan dengan pelbagai masalah hidup dalam mendidik anak-anak mereka. Saya juga ingin tahu sejauh manakah peranan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam program Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPaS). Berapa sekolah yang terlibat? Berapa pelajar yang telah disantuni dan adakah kejayaan yang dicapai melalui program ini? Pihak NGO juga perlu berperanan untuk membantu pihak sekolah tapi peruntukan kewangan perlu diberikan kepada pihak NGO ini untuk mereka bergerak menyantuni masyarakat, untuk kita hadapan dengan masalah keciciran pelajaran ini supaya perkara ini tidak berlaku untuk tahun-tahun yang seterusnya supaya kita boleh mengurangkan masalah keciciran pelajar ini.

YB. Dato’ Speaker, saya masuk kepada isu wanita dan kanak-kanak. Ucapan Tuanku ada menyebut, “kesejahteraan rakyat adalah matlamat utama sesebuah kerajaan dan Tuanku sentiasa cakna dengan pelbagai isu di media sosial”. Antaranya adalah isu eksploitasi ke atas wanita dan kanak-kanak terutamanya dalam konteks perkahwinan dan rumahtangga. Dalam Malaysiakini 22 Julai 2022 ada disebut, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengakui Kedah telah mengambil langkah tepat menaikkan umur sah untuk berkahwin bagi orang Islam daripada umur 16 ke 18 tahun melalui pindaan terhadap Enakmen Keluarga Islam Negeri. Dalam isu ini, kehamilan awal dan melahirkan anak boleh membawa kepada risiko kesihatan yang serius dan keganasan rumah tangga serta eksploitasi seksual lebih berkemungkinan terjadi dalam perkahwinan awal kanak-kanak.

Kita mengharapkan data perceraian yang berlaku di Kedah ni dapat dikurangkan sekiranya ada kaitan dengan perkahwinan di bawah umur ini selepas enakmen ini diluluskan. Mengikut statistik kadar perceraian di Kedah pada bulan Mac 2020 hingga Ogos 2021, Kedah berada di tempat kedua tertinggi di Malaysia iaitu lebih kurang 5,985 kes, ini menunjukkan kadar perceraian yang sangat tinggi. Pada tahun 2022, ada sedikit penurunan iaitu 3,873 kes perceraian. Antara punca utama yang dikenal pasti adalah tiada persefahaman antara pasangan, faktor kewangan, gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah, pasangan curang, campur keluarga, terdapat juga faktor keganasan, penderaan fizikal, emosi dan perkahwinan awal kanak-kanak.

Saya mencadangkan supaya pelajar sekolah menengah lagi diberikan silibus khas yang berkaitan dengan kehidupan berumahtangga supaya mereka ini benar-benar faham tanggungjawab kehidupan dalam alam rumahtangga sebelum mereka merancang untuk berkahwin apabila keluar daripada alam persekolahan nanti. Kursus-kursus dan seminar yang berkaitan dengan rumahtangga, kehidupan suami isteri perlu sentiasa diadakan dan diperbanyakkan terutama kepada penjawat awam, tempat- tempat mereka bekerja, di kilang-kilang kerana kebahagiaan rumahtangga akan melahirkan anak-anak yang berjaya dalam hidup mereka dan ini penting untuk mencapai hasrat Perdana Menteri kita untuk membentuk sebuah Negara Madani. Keperluan kepada sebuah rumahtangga bahagia amat-amat diperlukan, daripada sebuah keluarga yang bahagia inilah yang akan melahirkan individu-individu yang akan membina sebuah Negara Madani yang kita impikan.

YB. Dato' Speaker, saya masuk kepada isu rumah mampu milik. Masih banyak lagi rakyat Kedah terutama anak-anak muda yang baru berkahwin belum memiliki rumah sendiri dan kerajaan kena fikirkanlah untuk mengadakan rumah-rumah kos rendah ni bagi setiap Parlimen, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka ini memiliki rumah sendiri sebab dalam sebuah rumah tu ada yang tinggal beberapa keluarga kerana tiada kemampuan untuk memiliki rumah sendiri, terpaksa menumpang dengan keluarga. Jadi, apakah cadangan kerajaan dalam perkara ini bagi mengatasi masalah ini untuk membantu anak-anak muda kita yang baru mendirikan rumahtangga supaya mereka juga dapat memiliki rumah sendiri? Di kawasan saya sendiri, DUN Kota Siputeh juga memerlukan rumah mampu milik ini. Diharapkan pihak kerajaan dapat membantu untuk buat satu program Perumahan Rakyat PPR rumah mampu milik di Kota Siputeh daripada mereka sewa rumah baiklah mereka beli dan bayar setiap bulan akhirnya akan menjadi milik mereka sendiri.

Isu penoreh getah. Pada musim kemarau ni ramai di antara penoreh yang tidak dapat menoreh kerana pokok tidak dapat mengeluarkan susu kerana kekurangan air, daun kering, luruh dan ini memberi kesan kepada penoreh, kehilangkan sumber pendapatan mereka bukan sahaja di musim tengkujuh tetapi juga di musim kemarau ini. Pada waktu ini juga mereka sebenarnya perlu dibantu dan baru-baru ini kerajaan ada memberi “Beras Sejahtera” jadi sempatlah saya bantu penoreh getah dalam 100 keluarga dengan 100 bungkusan beras dan barang runcit yang diberikan. Setakat itu sajalah, katanya nak bagi selama 6 bulan tetapi tidak sambung. Jadi, soalan saya, kenapakah sumbangan yang janjikan oleh pihak kerajaan ini tiba-tiba dihentikan? Kalau boleh saya nak bantu lagi lah penoreh-penoreh getah ini.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

YB. Kota Siputeh, minta laluan sikit. YB. Speaker, terima kasih. Kadang-kadang YB. Kota Siputeh selalu diberitahu keadilan, keadilan dalam peruntukan kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Kalau di Parlimen disebut oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah kalau tak silap saya dan juga Parlimen Jerlun berkenaan dengan keadalan dan juga peruntukan di peringkat Persekutuan mesti sama rata di antara pembangkang dan juga kerajaan. Tapi saya tanya, adakah di Negeri Kedah macam tu yang kita tahu bahawa Negeri Kedah RM200 ribu kepada pihak kerajaan hanya RM50 ribu kepada pihak pembangkang, begitu juga Beras Sejahtera, sebulan saja 5 bulan lagi pakai “lup” belaka. Saya nak tanya YB. Kota Siputeh, tolong beri penjelasan sedikit.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Haa... tu kita tengok keadilan di mana? Sepatutnya pemberian tu mestilah pihak ADUN Pembangkang pun dapat ADUN Kerajaan pun dapat. Bukanlah sebelah ADUN Kerajaan sahaja, nak Kerajaan Persekutuan bagi kepada kita tetapi kita sendiri pun tak nak bagi kepada ADUN Pembangkang. Jadi, fikir-fikirkanlah ya.

Speaker

Banyak lagi ka YB. Kota Siputeh?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

YB. Dato’ Speaker, saya masuk ke kawasan saya... surat ni program bantuan Beras Sejahtera Negeri Kedah Darul Aman kepada ADUN Pembangkang, kata nak bagi sampai 6 bulan kan, tapi tulah memanglah kita semua dapat surat ini tapi tiba-tiba dihentikan. Jadi kita mohonlah jawapan. Masalah di Kota Siputeh, biasalah masalah jalan, banyak sebab di situ kawasan pida. Saya mengharapkan jalan tar baru lah, bagi jalan Pida 4 Lama pula sebab sebelum ni buat masjid baru jadi tidak dibaiki jalan tersebut tapi sekarang masjid tu dah siap, kita harap jalan tar baru di jalan Pida 4 Lama sebab jalan tu dah sangat teruk. Begitu juga dengan Jalan Kuala Kerpan teruk juga, berlopak dan baru-baru ni saya bantu dengan bagi beberapa lori tanah untuk tampung lopak-lopak di situ sebab berlaku kes kemalangan motor eksiden. Jadi, diharapkan pihak kerajaan dapat membantu.

Tentang jalan-jalan yang rosak teruk ni kita dapati tidak ada peruntukan daripada pihak kerajaan untuk bantu buat sementara bagi selesaikan masalah tampung jalan-jalan yang rosak ni dengan batu-batu kerikil, batu-batu reput ka supaya kita nak mengelakkan daripada berlaku kemalangan. Kita nak ambil peruntukan daripada RM50 ribu tu pun tak dapat, tidak disenaraikan untuk beli batu-batu kasaran untuk tutup lubang-lubang yang berlopak ini, kita terpaksa keluarkan duit sendiri untuk tampung jalan-jalan yang berlopak ini. Mohonlah pihak kerajaan untuk mengambil maklum tentang perkara ini supaya ada peruntukan untuk beli batu-batu sementara nak dapat tar kos tinggi dan lambat. Kadang-kadang penduduk terpaksa keluar duit sendiri untuk tampung jalan-jalan yang berlopak ini, kadang-kadang sampai beribu-ribu, jadi tak mampulah sebenarnya. Ini untuk makluman kerajaan bagaimana cara untuk memudahkan peruntukan diberikan kepada ADUN-ADUN untuk berhadapan dengan masalah ini.

Masalah air, biasalah di kawasan-kawasan yang tinggi di kawasan-kawasan pida, Kampung Guar Batu Hitam, dah lama sebenarnya, tak ada air, bila waktu tengah malam baru datang, kadang-kadang tengah malam sampai ke pagi pun tak dak, ada rumah tu sampai dah bertahun dah tak dak, di Kampung Guar Batu Hitam. Tetapi aduan diajukan kepada pihak SADA tapi tidak ada jalan penyelesaian. Jadi, kita haraplah ada jalan penyelesaian daripada YB. Exco.....(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Speaker duk ketuk ni..

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Duk cari jugak, ingat siapa dia. Penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang bagaimana untuk berhadapan dengan masalah yang ni, kesianlah dengan rakyat di bawah.

Kemudian tentang gerai peniaga. Saya juga ingin bertanya tentang gerai peniaga di mana kerajaan pada Sidang yang lalu pernah menyebut tentang nak bina gerai kepada peniaga-peniaga di tepi jalan ni. Jadi saya nak tahu lah, sudah berapa tempat yang telah dibuat gerai-gerai ini untuk peniaga-peniaga kecil ni untuk meniaga di tepi jalan. Saya juga memohon supaya ada juga peruntukanlah untuk bina kedai-kedai di tepi jalan di Kota Siputeh.

Speaker

Sekian, terima kasih!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Akhir sekali patik dengan ini menyokong dan menjunjung kasih titah ucapan Tuanku Sultan pada Sidang kali ini. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumsalam. Silakan YB. Anak Bukit. Hat ni janganlah lama sangat....

Dak aih! Dak aih! Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah solatu wassalamu ala rasulillah. Terima kasih YB. Dato’ Speaker seterusnya semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan semua yang mengikuti lah Sidang DUN kita kali iniTerima kasih kerana saya juga diberi peluang untuk turut berbahas bagi menyokong usul menjunjung kasih atas titah Tuanku pada Perasmian Persidangan Dewan kali ini dan saya duk ‘go through’ titah ucapan Tuanku tu memang saaangat banyak ‘point’ pada kali ini, bukan nak ‘habaq’ nak minta panjang, dak! Point sangat banyak mungkin Tuanku pun dah 2 tahun tak mai ke Dewan, tahun 3 mai ‘pedqaih’ banyak pointlah yang ada. Ya, semuanya sangat ‘relevent’.

Saya juga dalam kesempatan ini Wallahu’alam, mungkin setelah 22 tahun duduk dalam Dewan ni mungkin juga yang ni perbahasan titah ucapan yang terakhir ka apa ka kan? Ia sangat-sangat sentimental lah, sangat sentimental kerana di Dewan yang mulia kita ni di Kedah ni, saya mula masuk pun Dewan ni dah, awal sikitlah daripada Sungai Tiang. Jadi, cara kita di Negeri Kedah ni memang sedikit berbeza daripada negeri lain. Ya, kita berbahas, kita ada benda yang kita bangkitkan yang kita tak setuju apa tapi, decorum kita tu saya rasa di Kedah ni sangat-sangat kita jaga dan hormati.

Semoga InsyaAllah apa yang kita bangkitkan itu yang pentingnya kita dapat ketengahkan point yang kita nak bawa itu dan diberi perhatian oleh pihak kerajaan untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi memberi manfaat kepada suruh rakyat Kedah.

YB. Dato’ Speaker, saya mulanya nak nak pilih point yang ketiga yang saya catat yang Tuanku titah iaitu tentang pemberimilikan tanah dan TOL yang rakan saya daripada Jitra juga sentuh. Ia lah, kalau saya bangkit ni nak tanya pasal pemilikan tanah atau TOL ni ingat rasanya tau dah kut nak tanya hat mana, apa perkembangannya iaitu di Wang Tepus lah. Alhamdulillah katanya dah ada cara macam mana untuk benda tu diselesaikan, dulunya adalah merupakan ‘reserve’ Padang Ragut katanya nak bagi kepada KEDA dulu dan kemudian KEDA akan uruskan. Apa-apa pun, pohon jawapan dan setakat ni proses tu sampai tang mana dah? Kesian dekat orang kampung kita ni, itulah tanah “sekangkang kera” yang depa nak dapat pun bukan besaq teqa mana YB. Dato’ Speaker dan bila diberikan depa pun kena bayar premium dan selepas itu kerajaan negeri pun boleh kutip cukai tanah berulang. ‘It's a win-win situation’ untuk semua orang. Kemudian saya nak sentuh tentang pembangunan DELAPAN SBEZ, saya dengar Tuanku bertitah semalam, saya ingat apadia ni, rupa-rupanya ooo.... ada signifikan di sebalik “LAPAN” itu yang dikatakan merupakan Kota Darul Qiyam itu diasaskan di atas 8 paksi dan sebagainya. Maka nak tukar nama daripada Kota Perdana kita tukar kepada DELAPAN SBEZ.

Yang saya nak tanya ni bukan hat di SBEZ tetapi yang dimajukan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah iaitu KSTP Halal Hub dan Logistics Centre iaitu Fasa 1A kalau tak silap saya yang telah pun disiapkan yang menempatkan 34 lot SME dan 30 lot industri. Jadi, saya nak tanya apa perkembangannya di dalam hal ini dari segi membawa masuk pelabur ke situ dan sebagainya sebab kalau kita tengok sejarah kawasan industri di Bukit Kayu Hitam ni, hat ada sebelum ni yang pernah ada dulu dipanggil Pana Homes ka apa yang pernah berada di situ kebanyakannya “bungkus” dan yang mengambil tempat tu ialah pemain-pemain logistik yang berada di situ.

Ya, kalau dinamakan KSTP Halal Hub dan Logistics Centre, syarikat logistics ni mungkin DELAPAN SBEZ ataupun SBEZ ni memang dah pun memainkan peranan itu. Jadi, bagi KSTP Fasa 1 yang dimajukan oleh PKNK ini industri yang seumpama mana disebut Halal Hub jadi industri yang seumpama mana. Sebab kalau kita tengok di Sungai Petani pun PKNK sebelum pernah memajukan kawasan dipanggil Halal Park yang suatu ketika nampak macam nak ok, kemudian tak taulah saya rasa tak seberapa mana. Jadi, mohon penjelasan bagaimana KSTP Halal Hub ini akan dapat dengan 30 lot industri dan 30 lot SME ini akan dapat dimajukan dengan sebaik mungkin. Dan kita harap Hartalega lepas ni lega lah kut bila permintaan kepada ‘glove’ di situ semakin meningkat.

Tapi yang kita nak tekankan adalah data centre dan internet ‘exchange’ itu, harap-harap dapat kita ‘push’ untuk segera dimajukan dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah yang berada di situ. Kemudian tentang KHTP. Alhamdulillah permintaan semakin baik dan kebanyakannya kalau disebutkan FDI yang masuk RM13.1 billion pada 2022, manufacturing saja daripada RM13.1 bilion itu adalah RM12 bilion yang kita jangka majoritinya adalah di Kulim Hi-Tech Park. Kawasan yang nak ditambah ini adakah kita boleh sebab kita duk nampak macam kita duk ambil “module of four hundred to five hundred acres” dan kita tahu semakin kita tambah tu harga hat kemudian tu koi duk naik. Jadi, kalau dapat dibuat unjuran yang lebih panjang dan mungkin dapat kita buat pengambilan dengan harga yang jauh lebih rendah dan bila dipasarkan kemudian margin untuk pemaju iaitu KTPC akan menjadi lebih baik dan bukan saja itu maknanya kita sudah tersedia dengan kawasan yang dapat kita bawa masuk dan seterusnya sudah tentulah yang selalu kita duk bincang dan YB. Guar Chempedak pun selalu duk sebut benda ni, ya lah, kita nak pastikan kita nak “go one step further” nak pastikan bahawa biarlah anak-anak Kedah yang dapat mengisikan pekerjaan yang memberikan pulangan yang sangat baik ini di Kulim itu dengan kita mengadakan usahasama dengan apa IPT, IPTA dan sebagainya untuk mengisi mereka itu di tempat tersebut.

Kemudian, juga sikitlah saya pun rasa nak sebut jugalah tentang KXP ini. Saya ingat ini salah satu projek yang saya rasa unik, saya rasa 36 orang ADUN hak duk ada dalam Dewan ini saya rasa semuanya guna istilah dah ‘menyerit’ terpacak menyokong projek ini kerana ia dimulakan ketika hat sebelah saya jadi Menteri Besar, saya jadi Ketua Pembangkang, kemudian diteruskan apabila Dato’ Bashah ambil alih, kemudian sambung balik dengan ADUN Jitra jadi Menteri Besar, kemudian sambung balik apabila YAB. Jeneri jadi Menteri Besar. Maknanya kita semua sepakat di sini bahawa projek ini sememangnya “an economic game changer” bagi Negeri Kedah.

Dan kita nampak sebenarnya tak berlaku pun maknanya usaha untuk nak kita berlawan dengan International Airport Bayan Lepas kerana hak ni dia lebih kepada logistik dan juga MRO dan kita tahu bahawa kita Malaysia ni kita pernah berada di ‘tier one’ untuk MRO ni suatu ketika sebelum adalah masalah sikit yang dia ‘melorot’ turun tapi kita memerlukan infrastruktur yang contohnya lapangan terbang yang nak buat MRO ni dia nak kena membolehkan kapal terbang yang kapasiti besar boleh turun, dia nak kena ada kawasan parkir yang luas, yang sewa dia tak berapa mahal pasal bila buat MRO ni memang dia mai letak kereta kita pun kalau buat ‘overhaul’ kurang sikit dari ‘overhoul’ orang Kedah panggil “grandbal (grind-valve)”. Kalau ‘overhaul’ ni memang ambil masa lama, tambah-tambah kapal terbang. Jadi, dia nak parkir di situ mestilah tempat itu tak berapa mahal.

Contohnya kalau ada di Singapura mereka antara kawasan MRO yang cekap tetapi masih ada orang duk pertimbang lagi pasal dia punya sewaan dia tu mahal, jadi kita perlukan benda-benda yang macam tu dan kita nampak KXP sekiranya ia berlaku akan menjadi suatu yang dapat memenuhi perkara ini. Subang yang ketika ini merupakan pusat MRO kita yang ada kriteria-kriteria yang kita sebutkan tadi tapi ‘position’ Subang tu pun dia sangat terhad dah, tak boleh nak “expand” lagi dah. Jadi, kalau berlakulah KXP ini dan kita mohonlah sepertimana dititahkan oleh Tuanku supaya Kerajaan Pusat memberi pertimbangan semula terhadap perkara ini kerana ia adalah suatu yang kita nak bawa bukan saja untuk Negeri Kedah tetapi menjadikan ia sebagai ‘aviation hub’ untuk MRO bagi kawasan sini yang MIDA pun di dalam kajian dia meletakkan bahawa kita nak ambil ‘fifty percent’ daripada kerja-kerja MRO untuk rantau Asia ini supaya datang ke Malaysia dan dia punya ‘spin off’ tu YB. Dato’ Speaker, tak palah kena sebut sikit takut dia boleh bagi masa lebih sikit.

YB. Dato’ Speaker, bila ada spin off dia yang lain tu ialah ia akan ada contohnya beberapa syarikat Malaysia, Sapura dan yang lain kalau kita pergi ke Subang tu, ini adalah syarikat-syarikat yang ‘support’ dan kita ada syarikat-syarikat bumiputera, Nadicorp contohnya yang juga dalam bidang ini, MIAT sebuah universiti di bawah UniKL juga sangat spesifik di dalam bidang ini dan ini semua akan dapat memberi sokongan ke arah mewujudkan sebuah MRO yang akan menjadi di kawasan ini.

YB. Dato’ Speaker, saya nak beralih kepada apa juga yang telah dititahkan oleh Tuanku iaitu tentang pelancongan Tanah Besar Kedah. Saya baca jawapan kepada soalan yang saya tanya dan sebagainya, kita rasa kita perlu lebih agresiflah untuk ‘promote’ pelancongan di Tanah Besar Kedah ni. Saya ingat produk kita tak kurang, banyak maksudnya, tetapi kita perlu ‘package in such a way’. Macam ni lah YB. Dato’ Speaker, contoh macam kita selalu duk sebut River Cruise ni, Melaka punya River Cruise ni “with all due respect” kat kawan-kawan kita di Melaka “they have done a good job”.

Kalau River Cruise di Melaka tu waktu siang tu kita bayar kalau tak silap RM15 River Cruise tu, saya ingat sudah habis River Cruise tu kita menyumpah tak kira lah pasal tak dak apa. Ya lah, lalu kut Sungai tu lah, habis kuat dia akan sebut tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kalau kita bernasib baik kita akan melihat di sini adanya sepasang biawak. Biawak? Saya joging waktu pagi, bukan joging, ‘brisk walk’ orang tua-tua ni, saya dapat rakam bukan sepasang, saya ingat 4 atau 5 ekor, kebetulan depa ‘cross’ dan berenang apa semua duk ada dalam kamera ni, tak dak apa tapi depa boleh buat waktu malam lah orang pi situ waktu malam, Kampung Morten itu yang dinyalakan lampu apa semua boleh menarik pelancong. Dan Melaka ni, ni orang yang duk dalam negeri Melaka sendiri kata, “depa sangat ‘fedup’ bila ‘weekend’ sebab depa sendiri akan terperangkap dalam trafik yang sangat teruk.

Speaker

YB. Anak Bukit, tak apa saya bagi masa tapi berhenti tepat pukul 4.00 sat gi.

Ya! Ya! 4.00 jam saya atau 4.00 jam yang tu? Ingat jam saya, kalau jam saya ada lagi 10 minit. Kita nak kena buat bagi..... saya pun tak tahulah, saya bukan nak kata hangat hati, tapi tak berapa nak seronok, contohnyalah di Gunung Keriang tu, Kompleks Gunung Keriang tu, kalau kita pi di Selangor, kampung di belakang Batu Caves, Batu Caves di depan, dia di belakang tu, ‘weekend’ ni YB. Dato’ Speaker pelancong luar negara, tempatan duk pi ‘abseiling, rock climbing’ apa semua ni dan saya tengok dari segi cantik, elok apa semua, jauh lebih elok hat kita di Gunung Keriang ini. Tapi kita ada cubalah buat dulu lift zaman saya ingat Ng Yen Yen menjadi Menteri Pelancongan dulu. Lift pun naik elok apa semua sampai ‘sut’ orang Kedah kata, sampai la ni masih tak boleh diguna tapi katanya ada usahalah sedang dilihat untuk nak baiki dan sebagainya.

Saya ingat di situ kita boleh bawa cara hidup orang Kedah ni dan dipamerkan kepada orang ramai dari segi ‘a day in the life of paddy planter’, ha... cakap orang putih sikit (dengan izin). Kita dah ada dah Keriang Hill Resort di situ, kita ada muzium dah depan tu dan di dalam Keriang Hill Resort tu sendiri YB. Dato’ Speaker, ada kawasan yang memang dibiarkan sebagai bendang. Maknanya pelancong yang mai ‘this is a real homestay’ duduk di situ dia boleh merasai tanam padi pakai kuku kambing apalah semua ni boleh kita buat belaka dan ada penduduk berdekatan di kampung besar dekat situ yang buat di rumah dia yang kemudiannya dia boleh bawa daripada France daripada apa semua ni untuk menikmati cara hidup orang kampung dan sebagainya.

Jadi kita boleh buat ‘abseiling’ di situ, kita boleh buat ‘rock climbing’. Jadi, saya ingat sangat banyak aktiviti-aktiviti yang boleh kita buat di situ cumanya kita perlu satu master plan, saya tengok Majlis Bandaraya Alor Setar pun katanya ada master plan, saya pun nak duduk nak tengoklah dengan apa Datuk Bandar kut-kut ia melibatkan semua ataupun hanya kawasan rekreasi dalam tu sahaja. Ok baik, terima kasih.

Jadi YB. Dato’ Speaker, saya ucapkan terima kasihlah banyak-banyak walaupun ada perkara-perkara lain lagi yang perlu nak disebutkan di sini tetapi masa tidak mengizinkan. Jadi, saya mengucapkan terima kasihlah kepada YB. Dato’ Speaker yang telah memerikan ruang dan juga terima kasih kepada semua rakan-rakan dalam sesi ini dapat kita duduk bersama berbahas dengan satu niat dan tujuan kita untuk membawa Kedah ke suatu tahap yang jauh lebih baik yang bukan sahaja dari segi ekonomi kerana nak duduk di suatu tempat tu bukan hanya ekonomi itu sahaja walaupun ia penting tetapi maknanya kesejahteraan kita itu akan lebih dapat kita rasai apabila kita berada dalam suasana masyarakat yang penyayang, saling tolong- menolong, toleransi dalam perkara-perkara yang dibenarkan dan sebagainya dan ini akan menyebabkan bahawa Kedah ini akan menjadi suatu tempat untuk orang datang menikmati keadaan persekitarannya dan ia juga akan dapat menjadi suatu tempat bagi 2.2 juta rakyat Kedah merasai kebahagiaan berada di sini. Jadi saya turut menyokong usul menjunjung kasih di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumsalam. Berasa sebak pula dengan nada YB. Anak Bukit berucap ni, jadi saya pun tak tahu nak komen lah. Saya menjemput YB. Bukit Lada!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Rasulil Amin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker, YAB. Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, serta pegawai-pegawai kerajaan, tuan-tuan yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada petang ini dapat bersama-sama membahas titah ucapan Tuanku yang menyebutkan tentang kepuasan hati dengan pentadbiran di bawah kepimpinan YAB. Jeneri dan kepuasan ini bukanlah dizahirkan dengan ucapan sahaja bahkan kerjasama daripada semua pihak walaupun ada di sana yang menyatakan bahawa yang ditegurkan oleh YAB. Jeneri tadi bahawa

ucapan teks ini dibuat oleh pegawai kerajaan tetapi yang berucap itu bukan pegawai kerajaan, yang berucap itu adalah Tuanku sendiri yang berucap dan ucapan itu atas kesedaran Tuanku sendiri bahawa itulah ucapan yang diungkapkan untuk menggambarkan kegembiraan apabila pentadbiran itu ditadbir dan dipimpin oleh pemimpin yang memberi keuntungan kepada rakyat. Apa yang disebutkan oleh Tuanku sendiri iaitu berkenaan dengan beberapa perkara yang menjadi kegembiraannya ialah pelaburan-pelaburan yang masuk ke dalam Negeri Kedah bermula daripada dulu 2021, 2022, RM68.3 bilion, kemudian RM13.1 bilion. Ini menunjukkan bahawa kesungguhan untuk mencari kewangan untuk membawa, memajukan Negeri Kedah. Sebenarnya kejayaan ini adalah kejayaan daripada pihak kita sebagai wakil rakyat dan pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerajaan kemudian daripada pegawai-pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus memberikan komitmen untuk membawa pelaburan dan sebagainya.

Begitulah juga kerjasama daripada “payung kuning” daripada pihak Sultan dan sebagainya. Daripada tiga inilah yang menyebabkan kita membawa kepada kejayaan. Saya nak sebutkan kepada kita semua bahawa kejayaan adalah hasil daripada kerjasama kita semua. Bagi kami di peringkat Pokok Sena kita bekerjasama dengan semua pihak termasuklah yang paling baik yang kita bekerjasama ialah dengan pihak pegawai pejabat daerah, dengan DO, daripada semua agensi-agensi. Kalau berlaku bencana maka kita akan bagi kerjasama dengan Zakat, kerjasama dengan JKM.

Baru-baru ini ada 4 buah rumah yang terbakar, maka kita bincang macam mana nak selesaikan isu rumah yang terbakar. Alhamdulillah bincang-bincang, pihak MBAS bagitau ada yang mereka boleh bantu, JKM boleh bantu, maka Alhamdulillah kita boleh bantu. Jadi, saya pun hairan jugalah di peringkat sahabat-sahabat kita di sebelah sana yang menyatakan bahawa mereka terpaksa guna duit sendiri. Tak perlu, kita tak perlu guna duit kita, kita sebutkan saja, walaupun saya pernah jadi pembangkang, kita pernah jadi pembangkang dan kita pergi ‘hemoi’ jumpa DO bincang supaya kita tak perlu guna duit kita, kerajaan nak bantu semua rakyat. Jadi lebih baik kita jumpa dan kita bincang macam mana DO kami di satu tempat ada satu, bulan 11 lagi ada satu rumah bulan 11 lagi kena dan perlukan kos sampai RM20 ribu lebih, bincang macam mana nak selesaikan isu rumah ni dan Alhamdulillah kita dah bawa perkara ini kepada YB. Dato’ Pegawai Kewangan, tunggu dia lulus sajalah. Dia dengar kut no? Dari bulan 11 lagi rumah tu, kawan tu duduk dalam keadaan hujan. Jadi, InsyaAllah saya rasa dah pun lulus dah sebab BQ sudah pun diberikan kepada Pejabat Kewangan Negeri.

Kemudian saya nak sebutkan juga ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang baik, Alhamdulillah Pokok Sena ni 2009 sampai hari ini 2022 baru dapat dewan, Alhamdulillah baru dapat masuk dewan dan InsyaAllah kalau ada pilihan raya yang akan datang mungkin akan diguna dewan itu, kata DO. Alhamdulillah, 2009 jadi daerah, 2022 baru dapat dewan. Tiap-tiap tahun kalau ada Sidang kita akan sebut dan saya pun jumpa dengan pihak polis, pihak bomba, jadi mereka pun sebut kepada saya supaya mereka kalau boleh ‘upgrade’ bomba ni depa gred D lagi, kalau boleh ‘upgrade’ jadi gred C, pegawai boleh ramai sebab Pokok Sena ni dia besar, bukan kecil no, Bukit Lada tu adalah Pokok Sena sebenarnya, tinggal sikit saja di bawah Bukit Pinang, yang lain semua adalah di bawah Bukit Lada. Nama sajalah Bukit Lada tapi sebenarnya satu Pokok Sena itu dan penduduknya 60,000 dah, polis ada 13 orang. Saya jumpa Ketua Balai baru ni dan dia bukan daerah lagi, Ketua Balai saja. Jadi, kalau boleh ‘upgrade’lah. Bayangkan nak jumpa orang 60,000 hat dadah sana, hat dadah sini, Ketua Balai tu pening kepala, 13 orang yang ada pegawai Balai Polis Pokok Sena.

Yang seterusnya iaitu berkenaan dengan krisis air, SADA. Saya sangat baik dengan SADA dan saya akan telefon dan kami Pokok Sena ni antara kawasan yang ada masalah. Ada beberapa kawasan yang daripada dulu lagi memang tak ada air, di Kuala Lanjut, Gulau, ni kawasan yang memang tak ada air dan kita pun jumpa, bincang dengan pihak SADA yang pentingnya pihak SADA kena hantar air. Saya habaq derang orang kampung, “hampa kalau depa tak hantaq air hampa habaq”. Alhamdulillah, paling kurang dua hari sekali pihak SADA hantar air, hantar air pergi ke rumah sebab masalah dia ialah masalah lama, bukan masalah baru. Kalau hampa tukar kerajaan manapun duk teqa tulah LRA tak siap, sampai bila pun takkan siap. Jangan main isulah kata kalau mai PRU ni ooo...... nak bawa keluar isu kata kerajaan lemah, air tak dak. Kalau siapa naik pun lepas ni mesti air tak dak. Nu, bagi contoh sampai India jatuh kerajaan la apa semua kan?

Sebenarnya isu lama dan pihak SADA mengambil tindakan. Bagi kami, kami saya masakan bawa kerja yang dilakukan oleh pihak SADA siang malam tak tidur, yang sebelah sana kira duk hentam SADA saja. Saya tau geng-geng SADA lori ni, tahun ni saja 5, 6 juta bayar duit lori saja, duit lori hantar air dan mereka memang hantar air di tempat-tempat kami ada dua, tiga tempat iaitu di Empa. Di Empa, Alhamdulillah bila saya adukan kepada mereka ada berapa kampung yang tak ada air, depa kata, “tak pa ustaz, kami akan pi pasang 2 biji ‘vave’ berserta dengan 2 kotak ‘chamber heavy duty’. Saya pun tak tengok menatang apa pun tak taulah.

Jadi, depa kata depa akan buat dan Alhamdulillah depa dah pi buat dan depa dah pasang. Di Kuala Lanjut di kawasan Tobiar ini iaitu mereka akan membina rumah pam di Tobiar yang menyebabkan boleh di kawasan Gulau dan kawasan-kawasan Kuala Lanjut yang tak ada air ni. Lepas tu depa tanya, “bila ustaz?” Kita pun tanya, tanya-tanya dia kata 7 haribulan 5 baru siap, hampa jenuh tunggu. 7 haribulan 5 baru nak siap rumah pam tu, jadi dari la ni sampai bulan 5 tu memang kena tunggu air SADA lah hantar air, jadi yang tulah yang kita harap. Saya ucap terima kasih kepada pihak saja yang siang malam bantu rakyat di kawasan saya dan di seluruh kawasan untuk berikan air kepada rakyat kita. Kalau kita nak main isu politik pakat-pakat boleh main semua.

Kemudian, yang seterusnya iaitu berkenaan dengan bantuan “Beras Sejahtera”. Bantuan Beras Sejahtera Alhamdulillah, saya tengok ada jawapan yang diberikan iaitu hampir RM3.03 juta yang turun kepada 59,400 yang mendapat bantuan Beras Sejahtera. Daripada RM100 kerajaan naik beri RM150 kerajaan naik pula jadi RM200. Saya tiap-tiap minggu hari Rabu saya akan turun di setiap cawangan, di Bukit Lada kita ada 103 kampung, setiap minggu kita turun kita beri 50, 50, 50 pek yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat. Alhamdulillah, kita turun dan berikan bantuan tersebut dan begitulah juga dengan saya nak sebut tentang Khairat Kematian.

Saya ucapakan terima kasih kepada pihak kerajaan yang memberikan bantuan RM3 juta pada tahun lepas tapi kami sedihlah, bulan 10 habis dah, orang mati ramai. Dulu bagi RM300, la ni bagi RM500, orang orang pakat seronok, dapat RM500. Jadi, menyebabkan bulan 10 habis RM3 juta tu. Saya harap YB. Dato’ Pegawai Kewangan boleh tambah lagilah supaya kami ni bila orang mai mintak daripada bulan 1 sampai bulan 3 ni tak dapat lagi duit. Yang puak-puak tu kata, “hang sembang kemaih, duit mana duit Khairat Kematian?” Haa... Jenuh! Harap YB. Dato boleh bagi segerakan, kalau boleh macam Beras Sejahtera tiap-tiap bulan tu berjalan sebab bagi kami di Bukit Lada ni sebulan lebih kurang 40 orang akan meninggal. Ya! Dia punya purata dia purata dia sebulan 40 orang maknanya sebulan 20,000 purata kematian. Kalau dulu kurang sikit, mungkin pasal covid dan sebagainya, wallahu’alam.

Kemudian berkenaan dengan.......Habis dah ka? Habis dah ka?

Speaker

2 minit lagi. Nu ada seorang lagi duk tunggu tu!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Allahuakbar! Saya nak sebut banyak juga ni.

Speaker

Sebut yang terakhir!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Seterusnya sikit saja! Sikit saja iaitu satulah kalau boleh iaitu berkenaan dengan satu sifat yang saya lihat dalam Sidang DUN pada kali ini nampak Ketua Pembangkang yang baru ni lain sikit cara ucapan dia, jadi Alhamdulillah cara-cara ucapan. Saya tulis apa yang dia sebut tu dia sebut dia kata, RM1.8 bilion isu air, kemudian dapat RM700 juta hasil daripada kerjasama yang baik di anatara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Semua, saya tengok YB.-YB. daripada peringkat Madani ini semua cakap tajuk yang sama, kerjasama yang baik. Jadi, saya mengharapkan kerjasama yang baik ini iaitu atas dasar keKedahan ataupun ‘ansobiah’ orang Kedah.

Saya mengharapkan kerjasama ini walaupun duduk di peringkat pembangkang dan sebagainya di sebelah sana, jadi bila isu Kedah kita kena naik angin tu bagi kita orang Kedah tak kira orang kerajaan ka hang pembangkang. Bila sebut KXP saja semua kita ni kena setuju dan Alhamdulillah, Ketua Pembangkang kata, “kami setuju”. Betul kan? Ketua Pembangkang sebut tadi, saya tulis ni, kalau dia kata dak, dia nafi sat gi. Begitu juga dengan YB. Jitra, semuanya menyebut tentang perkara ini dan saya mengharapkan sifat keKedahan ini perlu ada kepada kita untuk semangat apa yang memberikan keuntungan kepada Kedah kita kena tengok. Kemudian iaitu berkenaan dengan KXP tadi ni, kalau boleh semua kita setuju dan kalau boleh ada resolusi daripada kita semua setuju supaya KXP ini diteruskan dan minta pihak Kerajaan Madani ini akan membantu kita.

Seterusnya, tuntutan. Tuntutan kita berkenaan dengan pajakan Pulau Pinang. Bukan isu kita perkauman atau isu apa, dak! Dak! Kita orang Kedah bila orang sebut pajak, orang pajak bendang kita, bukan benang dia, hang pajak bendang aku saja. Haa...nampak dak? Bila sebut pajak tu maksud dia kita ni milik cuma kita bagi dia pajak saja. Kalaulah ada apa-apa bukti dan sebagainya yang boleh kita bincang untuk kita nak ambil balik ka, kalau tak ambil balik pun hang bayarlah lebih sikit.

Mana ada orang bagi RM10,000, pajak bendang pun orang tak pernah bagi RM10,000 aih 10 relong. Itu 10 relong, ni negeri kaya, nampak macam dia bukan pajak lagi negeri kita bahkan dia sudah menjadi pemilik. Pelik lah tuan-tuan. Sebenarnya saya nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berani menyebut perkara ini dan InsyaAllah kalau tak setahun, 10 tahun mungkin bila-bila dan kita harap ia akan menjadi kenyataan. Sekarang ini kita tuntut RM100 juta dulu kalau boleh bagi kepada kita. Terima kasih, banyak lagi nak bercakap ni, dan saya menjunjung kasih ucapan titah Tuanku Sultan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam. YB. Sungai Tiang, silakan dan kita akan berhenti ukul 4.33 petang.

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah tuhan Yang Maha Esa Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w utusan Allah yang membawa kasih sayang bagi setiap umat manusia. Terima kasih YB. Dato' Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. YB. Dato’ Speaker, saya ingin memulakan ucapan perbahasan saya dengan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas kesudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat untuk bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Keenam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-14 Tahun 2023. Titah nasihat serta keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap kesejahteraan ekonomi dan rakyat Negeri Kedah amatlah dihargai oleh rakyat. Sesungguhnya rakyat keseluruhannya menyanjung tinggi keprihatinan Kebawah Duli Tuanku.

YB. Dato’ Speaker, saya tertarik dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenaan harapan yang tinggi diletakkan terhadap Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha melaksanakan projek berimpak tinggi di bawah agenda Pelan Pembangunan Kedah 2035. Begitu banyak projek berimpak tinggi termasuklah Delapan SBEZ, Kota Perdana SBEZ, Hab Logistik Darat, Bukit Kayu Hitam, Kedah Rubber City yang kesemuanya akhirnya akan memerlukan peningkatan permintaan terhadap bekalan air dan tenaga di tempat yang strategik berikutan ketibaan pelaburan asing untuk melabur di kesemua tempat-tempat seperti KHTP, SBEZ, KXP, Kedah Rubber City dan sebagainya. Akan tetapi mengikut perkhabaran yang menyedihkan adalah antara kadar kemajuan pembinaan dan naik taraf projek Loji Rawatan Air Sungai Limau dan Loji Rawatan Air Bukit Selambau.

Kalau diikutkan rekod Bukit Selambau 9.98% dana Sungai Limau 7.41%, sepatutnya kedua-dua ini melangkaui 20% dan kalau dibandingkan dengan satu loji yang lain yang menaik taraf sahaja adalah 50%. Ini sangat rendah dan berhubung perkara tersebut dikesempatan ini saya ingin mendapatkan kepastian tentang kadar kemajuan projek sebenar pembinaan dan naik taraf Loji Rawatan Air yang masih perlahan ini. Saya juga ingin mendapat kepastian adakah kemajuan pembinaan dan loji naik taraf rawatan air tersebut adalah disebabkan keterbatasan kemampuan Syarikat Widad yang telah mendapat sebegitu banyak projek di dalam Negeri Kedah? Ini kerana seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa selain daripada projek LRA Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau, saya juga diberitahu bahawa Syarikat Widad dikurniakan Projek Langkasuka RM40 bilion yang juga terbaru Syarikat Widad juga melalui anak syarikat telah dianugerahkan sebuah projek penukaran paip enap di bawah program LRA yang mencecah RM1 bilion.

YB. Dato’ Speaker, saya ingin menjelaskan bahawa kegusaran ini bukanlah terhadap Syarikat Widad, akan tetapi apabila melihat kembali kepada prestasi kadar kemajuan projek yang terlalu perlahan seperti LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau menampakkan kerisauan itu benarlah belaka. Saya ingin mendapatkan jawapan daripada pihak Kerajaan Negeri Kedah, adakah kadar kemajuan pembinaan Loji Rawatan Air yang perlahan ini disebabkan oleh kerana terlalu banyak projek yang telah dipertanggungjawabkan kepada Widad.

Bukan itu sahaja, malah juga difahamkan bahawa projek pertukaran air paip di bawah program air tanpa hasil ataupun NRW sedang menderita akan masalah yang sama iaitu kadar kemajuan yang sangat perlahan. Projek NRW yang dijadualkan bermula 20 Januari 2023 masih belum dapat diukur secara jelas kadar kemajuannya walaupun telah masuk operasi bulan yang ketiga. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan jawapan daripada pihak kerajaan secara terperinci tentang kadar kemajuan projek NRW di bawah SADA ini.

YB. Dato’ Speaker, saya juga ingin merujuk satu teori, “jangan meletakkan semua telur di dalam satu bakul”. Mungkin dalam situasi ini lebih tepat jika kita sebut jangan kita letakkan terlalu banyak projek kepada satu syarikat. Tambahan pula ianya adalah projek-projek yang kritikal berkaitan dengan perbekalan air terawat. Jika syarikat Widad mengalami masalah, pastinya ia akan merisikokan seluruh pelan pembangunan aset air Negeri Kedah yang melibatkan pengguna domestik dan juga industri dan juga pelaburan-pelaburan yang akan datang.

Bagaimanapun, saya berharap pihak Kerajaan Negeri Kedah dapat mencari jalan penyelesaian bagi merungkaikan permasalahan ini secepat mungkin bagi memenuhi keperluan industri dan rakyat Negeri Kedah sehingga tahun 2040. Kalau disebutkan mengenai banyak kelewatan LRA ataupun projek-projek ini mungkin disebut mengenai pengambilan tanah yang lambat mungkin dengan kemajuan e-10 ataupun kejayaan e-10 kita boleh kembangkan seperti e-10 dalam program-program ataupun projek-projek kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Mungkin dinamakan e-4, maksudnya untuk empat bulan sahaja untuk disesuaikan pengambilan-pengambilan tanah. Saya kira kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif untuk mempercepatkan proses- proses pengambilan tanah di Negeri Kedah.

YB. Dato’ Speaker, saya juga ingin menjunjung titah nasihat serta keprihatinan Kebawah Duli Tuanku terhadap aspek pembangunan industri padi di Kedah. Negeri Kedah mempunyai peranan yang penting dalam memastikan bekalan beras negara mencukupi serta mengurangkan kadar kebergantungan negara terhadap import beras luar. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan kepastian daripada kerajaan negeri tentang sejauh manakah kadar kemajuan kajian berkenaan cadangan penanaman padi 5 kali dalam 2 tahun sebagaimana yang disebut oleh kerajaan negeri. Sidang Dewan dan Ahli Yang Berhormat sekalian telah dimaklumkan sebelum ini bahawa sebuah lawatan ke Vietnam telah dilakukan pada tahun lepas bagi melihat sendiri teknik penanaman padi 3 kali setahun yang dilakukan di negara terbabit. Selain itu, kita juga telah dimaklumkan tentang usaha baik kerajaan negeri dalam memulakan tanaman padi 5 kali dalam tempoh 2 tahun pada musim penanaman November atau Disember 2022 yang melibatkan keluasan sebanyak 1,240 hentar sawah, projek rintis di bawah MADA.

Saya juga ingin mendapat maklum tentang adakah sudah dikenal pasti varien benih padi tertentu yang dikatakan dapat dituai dalam masa 100 hari yang telah dipilih untuk dibuat kajian. Apakah pihak kerajaan telah mengenal pasti secara spesifik jenis dan saiz infrastruktur yang perlu dinaik taraf dan teknologi IOT (artificial intelligence) yang tertentu dipilih dalam projek rintis tersebut. YB. Dato’ Speaker, bagi tujuan menambahkan kadar pengeluaran beras, Negeri Kedah tidak mempunyai pilihan untuk memperbesarkan kawasan penanaman padi melainkan melalui penerokaan kaedah penanaman baru dan penggunaan teknologi yang lebih moden. Selain daripada kita mahu memastikan jaminan keselamatan makanan negara, jika pengeluaran padi dapat ditingkatkan hasilnya lumayan kita juga berharap ianya dapat menarik penyertaan golongan muda Negeri Kedah untuk berkecimpung dalam sektor pertanian serta membantu petani sedia ada meningkatkan padi.

YB. Dato’ Speaker, selain itu saya ingin mendapat kepastian tentang adakah kajian sudah dilakukan terhadap ketiga-tiga empangan sama ada mampu atau tidak untuk terus menyalurkan air sekiranya padi hendak ditanam sebanyak 5 kali dalam tempoh 2 tahun tersebut. Berkaitan dengan perbincangan tentang bekalan air sumber air mentah yang hendak diproses untuk kegunaan domestik dan juga pertanian, saya juga ingin mendapat maklumat terperinci tentang projek skim pemindahan air Jeniang ataupun Jeniang Transfer sama ada ia masih dalam radar bajet yang sedang diluluskan di Parlimen. Setahu saya, Jeniang Transfer tersebut hanya akan diberi pertimbangan sekiranya geran-geran ataupun tanah-tanah kerajaan itu tidak diberi milik kepada mereka yang memohon di kawasan tersebut.

Tetapi baru-baru ini Yang Amat Berhormat Janeri telah meluluskan dan mengeluarkan geran-geran hakmilik kepada pemilik-pemilik yang memohon dana. Saya kira ini merupakan satu perkara yang perlu dirujuk kembali kepada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Skim Jeniang Transfer Fasa 2 dapat kita teruskan. Kalau tidak Fasa 1 akan jadi satu projek RM1,001 juta gajah putih terbesar di Negeri Kedah lah, ia akan duduk satu struktur tanpa apa-apa dapat digunakan struktur tersebut. Bekalan air Jeniang Transfer mengairi selatan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda seluas 39,000 hektar melalui terusan sepanjang 19.8 km. Projek ini sangat kritikal kerana kajian Sumber Air National Water Resources 2005 hingga 2050 merumuskan kawasan utara Semenanjung Malaysia akan mengalami kekurangan air ketara menjelang 2050 dan penduduk-penduduk yang akan menghadapi air kritikal ini berada di Bukit Raya semuanya di dalam kawasan Pendang.

Selain daripada menyebutkan mengenai padi saya ingin menyebut apa yang disebut oleh YB. Sungai Limau mengenai tuntutan kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan kerana kita menanam ataupun menyimpan kawasan padi sebanyak 130,000 hektar dan perkiraan kita, kita tidak majukan tanah-tanah tersebut dan Kerajaan Persekutuan perlu membayar ganti rugi kerana kita tidak majukan tanah-tanah tersebut.

Yang saya tahu, Kerajaan Persekutuan tidak mahu menimbangkan, kalau itulah cara perkiraan kita sebab tanah-tanah tersebut ialah tanah-tanah individu yang sebenarnya individu-individu sendiri tidak disekat pun untuk memajukan tanah mereka. Kalau mereka mohon, kerajaan terpaksa beri, sebab itu mereka punya. MADA walaupun dia tulis tidak disokong, Majlis Tindakan akan terus sokong, ‘ignore’ saja ataupun biarkan saja MADA yang tidak menyokong pembangunan dibuat di tanah-tanah kawasan bendang ini. Perkara yang perlu diambil pengikirafan ataupun pengiraan adalah berapa Kerajaan Persekutuan jimat sebab kita tanam padi 130,000 hektar itu.

Betul tak? Berapa Kerajaan Persekutuan tidak perlu import sebab rakyat Kedah tanam padi di Negeri Kedah, itu perkiraan sebenar. Bukan perkiraan kalau kita buat kawasan industri di kawasan 130,000 hektar, kita dapat teks yang lebih tinggi, teks itu kita letakkan kepada Kerajaan Persekutuan, memang tidak akan dapat kelulusan sampai bila-bila. Ia mesti berdasarkan kepada apa yang ddilepaskan oleh Kerajaan Persekutuan kerana memberi sesuatu kepada kerajaan negeri. Perkiraan tersebut masih belum dapat dicapai kerana belum dapat pun jumlah macam mana kita boleh buat perkiraan tersebut untuk dapatkan jumlah yang sesuai daripada Kerajaan Persekutuan dan saya kira ia bukan sesuatu yang akan ditolak ‘hundred percent’, ia boleh dibincangkan. Perkara yang kedua adalah berapa banyak hutan yang kita simpan kerana kita buat takungan air, itu adalah ‘carbon credit’ yang perlu diambil kira dalam perkiraan bersama dengan kawasan-kawasan. Saya ingat tahun lepas, tahun ini ada dalam ‘carbon credit’ yang diberikan walaupun tidak banyak dan tidak mengikut perkiraan yang diberikan.

YB. Dato’ Speaker, saya menyanjung tinggi titah ucapan dan saya amat bangga lah kerajaan negeri telah meluluskan Akta Keluarga dan Kanak-Kanak yang meningkatkan umur seorang wanita daripada 16 tahun ke 18 tahun. Kelulusan tersebut merupakan kelulusan oleh negeri yang kedua di dalam negara selepas Selangor dan kemudiannya Kedah dan ini merupakan satu pengiktirafan kepada semua wanita-wanita muda kerana diberikan sedikit halangan untuk mereka mudah berkahwin pada usia yang begitu muda. Tetapi pada masa yang sama kerajaan negeri perlu juga melihat mengenai satu lagi isu yang sangat penting dalam membina satu masyarakat yang sihat.

Dari tahun 2017 hingga tahun 2022 terdapat 304 kes jenayah seksual kepada kanak-kanak dan kebanyakan kes-kes ini masih belum dapat diselesaikan di mahkamah-mahkamah kerana berlaku begitu banyak ‘postponement’ (dengan izin) dan mahkamah di Kedah tidak ada pun mahkamah yang bersesuaian untuk kanak-kanak saksi, kanak-kanak yang didera ataupun yang menjadi ‘victim’ ini tidak ada bilik mahkamah yang bersesuaian. Jadi, kita memohon kepada kerajaan negeri untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk dibina satu mahkamah kanak-kanak yang memungkinkan testimoni kanak-kanak ini diberikan ‘in camera’ dan digunakan sebagai saksi dan juga digunakan oleh mahkamah sebagai ‘evidence’. Kita belum ada, sekarang ini kalau kanak-kanak itu berumur 10 tahun dia perlu berikan testimoni tersebut ‘openly’, maksudnya kita semua boleh dengar apa yang sedang diperlakukan oleh dia ataupun pernah diperlakukan kepada seorang kanak-kanak. Jadi, ini yang melambatkan kes-kes dan saya mohon kerajaan negeri untuk memohon secara spesifik kerana ada peruntukan yang agak besar untuk pembinaan mahkamah-mahkamah khas kepada kanak-kanak ini. Selain daripada itu saya ingat kita telah bercakap mengenainya..... (YB. Dato’ Speaker mencelah).

Speaker

YB. Sungai Tiang, semua orang duk tengok jam dah!

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Habis dah? Tapi ada cerita lebih menarik selepas ini (sambil ketawa). Sikit lagi! Sikit lagi! Saya ingin menyeru kepada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan proses mengenai menentu sah perkahwinan-perkahwinan di sempadan. Kalau didengar, saya pun tak tahu sama ada tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat pernah mempunyai adik, keluarga yang terpaksa bernikah di sempadan, sama ada mereka mengetahui akibat daripada perkahwinan tersebut dan kemudian ingin mengesahkan perkahwinan tersebut kerana ia melalui proses yang sangat rumit dan sangat susah. Kalau pun ia didenda beribu-ribu ringgit saya rasa duit tu bukan masalahnya. Masalahnya proses yang sangat susah yang kemudiannya akan melibatkan anak-anak yang tidak sah taraf kewarganegaraannya.

Jadi dalam pertikaian kita, saya mohonlah selama ini sama ada ia diberikan satu ‘education’ kepada orang umum perkahwinan itu mudah, pendaftarannya agak susah, ataupun diberikan cara untuk kita mendaftarkan. Kita tolak orang Bukit Malut, kita tengok orang-orang di Tanah Besar ini dulu, saya rasa kita bercakap begitu lama tapi tidak dapat melaksanakan cara untuk mengesahkan anak-anak ini supaya mereka dapat bersekolah dan kemudiannya masuk ke universiti dengan baik tanpa membebankan rakyat dan juga negara pada akhirnya.

Selain daripada itu, saya masuk ke kawasan saya adalah mengenai Kedah 2035, saya menyanjung tinggi program Kedah 2035 tetapi pada masa yang sama dalam Kedah 2035 ini meletakkan Pendang Keusahawanan. Jadi, saya tak berapa nak nampak KPI apa, KPI usahawan yang bertambah ka? Saya ingat selepas ini dalam proses memperhalusi Kedah dan kejayaan 2035 ini kita lihat kembali apa yang ingin kita isikan, berapa bajet diberikan, kalau keusahawanan mungkin bagi lebih peruntukan untuk rumah-rumah kedai, saya tak nampak kriteria nak diletakkan di dalam mencapai keusahawanan di dalam satu Daerah Pendang lah. Saya tak tahu apa lagi nak cakap, tak pa lah, dah jadi kelam kabut dah. YB. Dato’ Speaker, saya dengan ini menyokong titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan mesyuarat pada hari ini sehingga pukul 9 besok. Sekian, terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada jam 4.33 minit petang]