Kedah · 14 March 2023
14th Assembly, 6th session, 1st meeting · 243 turns · 38,188 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Kita mulakan dengan bacaan doa.
DOA
Saya mendapat maklum daripada YB. Sungai Tiang yang beliau tidak hadir pada hari ini kerana ada urusan di Selatan Malaysia. Yang lain saya tak dapat makluman. Urusan seterusnya
Urusan seterusnya.
I. Sambungan Kepada Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions
Sambungan kepada pertanyaan-pertanyaan mulut.
Kita mulakan dengan pantun juga lah.
Tuanku bertitah makan kuih lama, Jangan dilupakan makan buah nam nam, Kelmarin berhenti soalan nombor lima, Pagi ini kita mula soalan keenam.
Dipersilakan! Kalau boleh dimulakan dengan pantun lagi baik.
Allah! Lupa dah YB. Dato’ Speaker. YB. Dato’ Speaker, mohon menjawab soalan nombor 6.
6. Kerajaan Negeri telah mengetengahkan pelaksanaan Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) bagi industri tanaman padi.
Pohon dinyatakan:-
a) Jumlah keluasan kawasan yang terlibat dengan SMART SBB.
b) Jumlah pendapatan hasil sekarang berbanding sebelum SMART SBB.
c) Permasalahan yang berlaku.
d) Penentangan dari beberapa NGO sebelum ini.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker. YB. Dato’ Speaker, buah kulim buah nam nam, ini jawapan saya nombor 6.
Bagus! Bagus!
Kerajaan Negeri telah mengetengahkan pelaksanaan Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) bagi industri penanaman padi. Jawapan bagi a, jumlah keluasan kawasan yang terlibat dengan SMART SBB. Agensi yang terlibat Lembaga Zakat Negeri Kedah, luas 185 hektar, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA Kawasan Mada 166.49 hektar. Jumlah keseluruhan sehingga hari ini 351.9 hektar.
Jumlah hasil bagi pelaksanaan sebelum dan selepas projek adalah seperti berikut, Syarikat Peneraju Bernas - Projek di SMART SBB Tok Jering, purata hasil sebelum projek 95.48, jumlah pendapatan 8,548.80 selepas projek SMART SBB purata hasil selepas 6.02 metrik tan, jumlah pendapatan 9,391 dan peratus peningkatan ialah 9.9%.
Syarikat Peneraju Bernas di SMART SBB Selarong Batang, purata sebelum 4.28 hektar per tan. Purata selepas 4.57 tan. Peratus peningkatan 6.8%. SMART SBB Bukit Besar juga Syarikat Peneraju Bernas, purata sebelum projek 4.23 selepas projek 4.90 peningkatan 15.8%. Syarikat peneraju kedua Advansia Sdn. Bhd. SMART SBB Sungai Baru tengah, purata hasil sebelum 5.50 tan per hektar dan SMART SBB Tempayan Pecah 5.40 jadi, selepas projek sebab projek ini baru bermula pada musim 2 tahun 2022.
Yang ketiga, syarikat peneraju Lembaga Zakat Negeri Kedah, SMART SBB Asnaf Padang Lumat Yan, purata hasil sebelum projek tiada data kerana tanah sebelum ini disewakan kepada pelbagai individu, tapi selepas projek purata hasil 5.44 dan jumlah pendapatan RM8,486.
Isu dan kekangan yang berlaku dalam pelaksanaan program SMART SBB adalah seperti berikut iaitu yang pertama kurang sambutan daripada pesawah, Cadangan penyelesaian memperbanyakkan hebahan berkenaan projek kepada pesawah bagi menarik penyertaan pesawah. Syarikat peneraju juga hendaklah menawarkan pakej-pakej menarik yang akan memberikan kelebihan ataupun situasi menang-menang di kalangan pihak yang terlibat.
Yang kedua, kurang keyakinan bersawah ke atas penglibatan syarikat swasta, menonjolkan pencapaian kisah-kisah kejayaan bagi projek yang telah dilaksanakan. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) juga boleh menawarkan diri sebagai salah satu syarikat peneraju memandangkan kelebihan sebagai organisasi peladang yang hampir dan lebih memahami keperluan pesawah.
Kekangan yang ketiga kekurangan tanah bagi meluaskan projek SMART SBB. Cadangan penyelesaian mengadakan perjumpaan serta melakukan rundingan bersama pemilik-pemilik tanah sawah yang terbiar antaranya di Daerah Sik sebagai salah satu projek rintis bagi mengambil alih tanah-tanah tersebut dan dibangunkan sebagai tapak padi organik untuk manafaat asnaf tempatan dalam satu eko-sistem SMART SBB yang sama. Penentangan daripada beberapa NGO sebelum ini iaitu kumpulan berkepentingan telah bertemu dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi memohon penjelasan sebelum ini dan cadangan penyelesaian telah pun mendapat jawapan serta taklimat yang menyeluruh daripada pihak Lembaga Zakat termasuk pembentangan berkaitan Smart SBB ini kepada 27 orang Pengerusi Pertubuhan Peladang PPK Mada seluruh Negeri Kedah pada 20 Februari 2022 dan juga kepada semua Ahli Majlis Daerah Yan pada 27 Oktober 2022. Melakukan rundingan bersama penyewa-penyewa tanah sawah dan tapak rumah milik Lembaga Zakat Negeri Kedah sebelum ini untuk mereka menyerahkan semula tanah tanah yang disewa bagi tujuan pelaksanaan SMART SBB ini.
Yang ketiganya, sekiranya penyewa tersebut tergolong dalam kategori asnaf fakir dan miskin setelah dibuat proses penilaian maka pihak Lembaga Zakat menawarkan untuk mereka didaftarkan sebagai peserta SMART SBB Lembaga Zakat.
Yang keempat bagi penyewa tanah sawah yang bukan di dalam kategori fakir dan miskin pihak Lembaga Zakat telah berunding supaya mereka menyerahkan semula semua tanah yang disewa kepada Lembaga Zakat dalam satu tempoh notis yang sesuai. Dengan penyerahan ini para penyewa tersebut juga telah mendapat pengecualian dari membayar sewa untuk musim terakhir iaitu percuma kepada Lembaga Zakat. Perubahan status tanah ataupun tanah milik pesawah akan dibuat oleh syarikat peneraju.
Ini antara perkara dibangkitkan oleh NGO. Konsep sebenar pelaksanaan program ini tidak melibatkan perubahan hak milik sebaliknya hanya melibatkan penyatuan pengurusan tanah secara perladangan kontrak dengan menyerahkan pengurusan tanah kepada syarikat peneraju untuk diusahakan dan boleh turut melibatkan diri sebagai operator bagi aktiviti-aktiviti penanaman padi. Terima kasih Dato’ Speaker.
YB. Dato’ Speaker seperti mana yang dititahkan oleh Tuanku Sultan pada 12hb baru ini, usaha seperti yang dijalankan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam memperkenalkan kaedah pertanian padi berskala besar boleh diperluaskan ke kawasan-kawasan lain. Soalan tambahan saya YB. Lunas, adakah SBB ini dirancang untuk ke kawasan-kawasan luar skim yang mungkin berada di kawasan Baling, Sungai Petani mungkin di Kuala Muda untuk diperluaskan skim tersebut.
Terima kasih YB. Kuala Ketil. YB Dato’ Speaker, seperti yang saya sebut tadi memang syarikat-syarikat peneraju memilih kawasan-kawasan yang mempunyai sistem pengairan yang lengkap dan cekap tapi macam saya sebut tadi telah pun dibuat perjumpaan serta melakukan rundingan bersama pemilik-pemilik tanah sawah yang terbiar antaranya di Daerah Sik sebagai salah satu projek rintis bagi mengambil alih tanah-tanah tersebut dan dibangunkan sebagai tapak padi organik untuk manafaat asnaf tempatan dalam suatu ekosistem SMART SBB yang sama.
Jadi, memang kawasan parcel padi di Kawasan Muda ada 80 ribu hektar, kawasan bertanam dan ini juga adalah satu kawasan yang menjadi tumpuan syarikat peneraju. Syarikat-syarikat peneraju sentiasa memainkan peranan untuk berjumpa dengan pihak petani bagi menjelaskan konsep sebenar. Memang ada tentangan, sebelum ni daripada NGO dan sebagainya, mungkin mereka tidak faham dan sebagainya.
Alhamdulillah daripada kerajaan yang lalu yang memperkenalkan SMART SBB kerajaan yang ada pada hari ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berjanji projek ini akan diteruskan dan seperti yang diminta oleh Kuala Ketil tadi supaya juga diperluaskan di kawasan Luar Mada bermakna luar skim, usaha-usaha itu juga akan dijalankan sebab sudah tentu syarikat-syarikat Melayu ni akan memilih kawasan-kawasan yang mempunyai skim pengairan yang lebih baik supaya hasil yang nak didapati itu lebih baik bila diusahakan secara penyatuan tanah SMART SBB ini akan lebih baik.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Ada dua Yang Berhormat Lunas. Yang pertama berkait dengan syarikat peneraju tadi, beberapa syarikat peneraju sebagai ‘pioneer’, saya cadang supaya cadangan yang diberi tadi itu PPK untuk diberi peranan yang lebih besar untuk menjadi syarikat peneraju kerana merekalah orang yang secara langsung direct berada di lapangan utama.
Yang kedua, SMART SBB ini bertujuan untuk meningkatkan hasil tetapi ada mekanisme dan kaedah lain selain SMART SBB ini adalah dengan cara tidak ada modal pun iaitu menjadualkan secara ikut jadual, contohnya baja disampaikan pada jadual yang betul, racun. Jadi, saya kira jadual ini sangat penting sebab sekarang apabila jadual yang tidak sampai pada waktu yang diperlukan, racun contohnya, masa diperlukan racun rumput tak sampai, baja masa baja kacang yang diperlukan itu patut sampai tak sampai. Inilah apabila saya turun di Dun saya, mereka kata hari ini dia faham konsep apa yang disebut pertanian itu sebahagian daripada perniagaan. Rupa-rupanya contoh baja kacang tadi apabila sampai dah lewat dia beli baja lain dan dah boh baja tu sendiri dan apabila padi itu dah berbuah baja itu dan pada masa tu dia jual. Dia kata dia faham inilah konsep sebenar pertanian itu sebahagian daripada perniagaan. Jadi 2 soalan tambahan, terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Kundor, seperti yang Pengkalan Kundor sebut tadi tentang PPK itu memainkan peranan. Sepatutnya PPK ini telah pun berperanan lama untuk melibatkan diri, benar-benar membantu petani-petani di sekeliling PPK tersebut bagi mengusahakan sawah padi ini secara penyatuan tanah supaya dapat dijalankan secara cekap dan sebagainya. Dan projek SMART SBB ini bermula dengan 9 syarikat peneraju sekarang ini dah lebih daripada 12, saya kira dan PPK juga antara syarikat-syarikat yang dipelawa untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk menjalankan projek SMART SBB ini.
SMART SBB ini antara KPI nya ialah dalam masa 3 tahun pendapatan ataupun hasil per hektar itu mesti mencapai 7 tan per hektar. Baru dalam peringkat setahun dua seperti yang saya sebut tadi. Jadi, itu antara perkara-perkara yang menjadi KPI. Jadi, kalau PPK boleh melaksanakan program SMART SBB ini yang diperkenalkan oleh kerajaan yang lalu dan diteruskan oleh kerajaan yang pada hari ini, kita sangat-sangat mengalukan.
Yang kedua tentang jadual membaja. Memang tahun lepas memang ada masalah baja, Syarikat Pengedar Baja NAFAS sudah memaklumkan kepada kita ada masalah “raw material” dan saya ketika tahun lepas telah pun bermesyuarat dengan MPB supaya jadual-jadual benih dan baja itu mesti sampai tepat pada masanya, sebab itu selain daripada PPK, syarikat-syarikat lain juga, PPK adalah agensi yang mengedarkan baja.
Jadi, yang mana yang order melalui PPK insya-allah kita minta disampaikan baja itu tepat pada jadual bila sampai musim nak padi tu nak besar dan sebagainya mesti ikut jadual. Saya setuju dengan Pengkalan Kundor, itu sahaja. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.
YB. Dato’ Speaker soalan tambahan boleh? Satu ja? Boleh?
Ok, boleh!
Terima kasih YB. Dato’ Speaker saya cuma ingin bertanya Lunas tadi berkenaan dengan 12 syarikat di bawah Program SMART SBB ini oleh kerana kita tahu rata-rata petani padi di Kedah, petani orang bumiputera bukanlah saya nak bangkitkan bukan perkara yang lebih kepada bumiputera dan bukan bumiputera tapi saya ingin tahu di kalangan 12 syarikat ini berapa banyak yang syarikat bumiputera dan berapa yang bukan bumiputera?
Untuk makluman Jitra, kalau di Kedah ini yang terlibat Lembaga Zakat yang sedang mengusahakanlah Lembaga Zakat dan juga BERNAS ini syarikat bumiputera. Ada satu lagi tu syarikat Advansia daripada Sarawak, ada 12 dan saya tidak ada maklumat yang lengkap tentang mana bumiputera dan bukan bumiputera tetapi untuk makluman Jitra dan semua ahli dewan ini syarikat- syarikat peneraju SMART SBB ini yang mahu mengusahakan SMART SBB mengadakan kerjasama dengan petani- petani tidak ada pengalihan milik tanah itu tidak ada, yang penting adalah saya maklum syarikat peneraju itu akan mengeluarkan semua modal penanaman dan modal tuaian dan subsidi itu dipulang. Petani tetap dapat subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Jadi maklumat tentang berapa bumiputera dan berapa bukan bumiputera saya akan dapatkan jawapan bertulis daripada MADA.
Soalan nombor 7.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Kota Darulaman mohon jawapan soalan nombor 7.
7. Anggaran perbelanjaan mengurus bagi pengoperasian Rumah Transit 6 pintu di Changlun adalah berjumlah RM130,000.00 setahun dan hanya menempatkan 20 orang dari Januari 2022 hingga Oktober 2022 manakala purata perbelanjaan adalah sebanyak RM6,500.00 seorang.
Pohon dinyatakan:-
a) Adakah perbelanjaan RTNK tersebut wajar?
b) Apakah tindakan kerajaan negeri dalam menjimatkan perbelanjaan tersebut?
Terima kasih YB. Kota Darulaman,
Main bola sampai jatuh, Ini soalan nombor 7.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, anggaran perbelanjaan mengurus bagi pengoperasian Rumah Transit 6 pintu di Changlun adalah berjumlah RM130 ribu setahun dan hanya mendapatkan 20 buah daripada Januari 2022 hingga Oktober 2023 manakala purata perbelanjaan adalah sebanyak RM6,500 seorang.
Pohon dinyatakan a) Adakah perbelanjaan RTNK tersebut wajar? b) Apakah tindakan kerajaan negeri dalam menjimatkan perbelanjaan tersebut?
Jawapannya ialah di Negeri Kedah, terdapat sebuah Rumah Transit Negeri Kedah yang beralamat di No 340 hingga No 345, Jalan Pulasan 6, Taman Pulasan 06000 Jitra, Kedah telah beroperasi pada Januari 2020 yang diurus tadbir oleh Majlis Kebajikan Negeri Kedah. Rumah Transit ini bertujuan untuk memberi perlindungan sementara kepada gelandangan, pengemis, kanak-kanak jalanan, kes-kes keganasan rumahtangga, tersisih daripada keluarga, pengemis dan kutu rayau. Tempoh intervensi di Rumah Transit adalah selama dua (2) minggu bagi setiap penghuni.
Perbelanjaan bagi menguruskan pengoperasian tersebut adalah sangat wajar memandangkan peruntukan yang diterima pada setiap tahun tersebut selain daripada perbelanjaan menguruskan penghuni, ianya turut melibatkan peruntukan setiap bulan untuk perbelanjaan berikut iaitu peruntukan tahunan RTNK adalah sebanyak RM150 ribu setahun dan anggaran peruntukan setahun bagi RTNK berjumlah RM157,851.00 adalah wajar. Anggaran perbelanjaan Rumah Transit terutamanya belanja mengurus, elaun saguhati pekerja untuk 12 bulan, penyelia kita bayar RM1,500 x 12 bulan iaitu RM18,000. Penolong Penyelia - RM1,200 x 12 = RM 14,400.00. Sewaan dan Utiliti (12 bulan) iaitu Sewa Premis (6 buah) - RM 6,000.00 x 12 = RM 72,000.00, Bil Elektrik - RM 300.00 x 12 = RM 3,600.00, Bil Air - RM 200.00 x 12 = RM 2,400.00 dan Bil Telefon - RM 100.00 x 12 = RM 1,200.00.
Untuk makan minum penghuni iaitu sarapan pagi - RM3.00 x 30 orang x 30 hari = RM2,700.00, Makan Tengahari - RM6.00x30 orangx 30 hari = RM5,400.00, Minum Petang - RM3.00 x 30 orang x 30 hari = RM 2,700.00, Makan Malam - RM 6.00 x 30 orang x 30 hari = RM 5,400.00. Belanja Pelbagai pula iaitu Bayaran Pengawal Keselamatan - RM9,900.00, Perbelanjaan pembelian peralatan - RM14,861.00, Perbelanjaan minyak kenderaan - RM1,290.00 dan Perbelanjaan runcit - RM4,000.00 Peruntukan untuk pengoperasian Pusat Jagaan Rumah Transit Negeri Kedah (PJRTNK) perlu diteruskan seperti biasa bagi memastikan perkhidmatan kepada golongan gelandangan dapat dilaksanakan di dalam proses untuk membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan, kemudahan tempat tinggal sementara dan perkhidmatan kaunseling serta pusat intervensi awal bagi mereka yang perlu ditempatkan di institusi pemulihan.
PJRTNK ini juga dijadikan sebagai pusat transit bagi mereka yang memerlukan dan memantapkan proses intervensi, kemudahan tempat tinggal dan makan minum disediakan untuk tempoh satu (1) hingga dua (2) minggu sebelum tindakan lanjut di ambil untuk membantu mereka supaya dapat berdikari dan ditempatkan di institusi pemulihan. Langkah-langkah penjimatan juga di ambil maklum oleh pihak pengurusan dan ahli jawatankuasa PJRTNK dari segi pengurusan pelaksanaan program-program, penggunaan utiliti serta lain-lain keperluan yang dirasakan bersesuaian untuk penjimatan. Kalau boleh sidang dewan lulus banyak lagi bukan RM150 ribu sahaja YB. Terima kasih.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, soalan saya kenapa saya tanya soalan ni disebabkan apabila kita kira dari segi perbelanjaan dari kerajaan dengan kemasukan 20 orang jadi kos itu sangat tinggi dan ada ramai yang komen kata kenapa dalam daerah Kota Setar tak ada rumah transit dan kena pergi jauh ke Jitra baru dapat tinggal dekat rumah transit. Jadi, adakah kerajaan berhasrat untuk memindahkan semula ke rumah transit yang sebelum ini ada di Kota Setar dan pindah ke Jitra untuk pindah balik ke Daerah Kota Setar, terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan Kota Darulaman. Untuk makluman Kota Darulaman saya telah pun memperincikan perbelanjaan Rumah Transit RM150 ribu yang diberikan bukan hanya mengurus penghuni sahaja, kita bayar sewa rumah. Kalau dulu di rumah transit di di Alor Setar, satu buah rumah RM6,000 YB Kota Darulaman. Jadi, keadaan rumah itu pun tidak memenuhi syarat, bila kita dapatkan rumah di Taman Pulasan, 6 biji dengan harga RM6,000 adalah sangat wajar. Untuk makluman YB. Kota Darulaman, InsyaaAllah kita pun nak panjangkan juga kepada pihak kerajaan supaya kalau boleh tiap-tiap daerah ada Rumah Transit ini supaya mudah untuk kita ada proses intervensi tapi memandangkan dengan peruntukan yang diberikan kepada MKMK adalah sedikit yang mana MKMK merupakan payung kepada Rumah Transit ini. Jadi, kita akan mohon dalam mesyuarat bersama Pihak JKM, adakah wajar kita wujudkan ia bukan di Kota Darulaman saja, bukan di Alor Setar saja tapi di tiap-tiap daerah Insya-Allah.
Silakan Ayer Hitam
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Exco, saya cuma nak dapatkan pandangan daripada Exco, adakah kita perlu perkembangkan lagi penggunaan pusat transit ini supaya taklah hanya cuma untuk tidak tentu saja ia dibuka kepada yang lebih luas seperti mangsa kebakaran, mangsa banjir dan sebagainya yang mana rumah mereka mungkin hilang ataupun terbakar sepenuhnya sementara nak buat rumah baru, kita mungkin boleh buka perkara ini dan juga apakah perancangan kerajaan untuk digunakan rumah transit ini sepenuhnya tidak hanya kepada hal-hal tertentu sahaja? Terima kasih.
Terima kasih Ayer Hitam. Dalam mesyuarat baru-baru ini kita pun telah mencadangkan beberapa perancangan-perancangan yang akan diambil yang disandarkan oleh Majlis Kebajikan Negeri Kedah, yang bekerjasama dengan pihak JKM memastikan penggunaannya dapat dilaksanakan secara optimum. Di antara perancangan-perancangan yang kita cadangkan iaitu kita akan perbanyakkan operasi bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti PDRM, Imigresen dan juga Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangani dan membanteras gelandangan dan pengemis-pengemis di seluruh Negeri Kedah. Penempatan gelandangan dan pengemis warganegara Malaysia diletakkan di rumah transit ini tapi kalau lain tu kita tak bolehlah kita tangkap teruslah bagi pihak imigrisen.Untuk itu juga Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah akan bekerjasama dengan Pejabat Agama di setiap daerah untuk mengenal pasti kes-kes keganasan rumah tangga yang memerlukan perlindungan bagi tujuan penepatan segera di rumah transit ini. Kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bagi mengenalpasti kanak-kanak jalanan yang tidak bersekolah dan diabaikan oleh keluarga sendiri untuk mereka mendapat perlindungan di rumah transit ini seterusnya dirujuk dengan kes mereka kepada agensi berkaitan untuk tindakan seterusnya.
Untuk makluman semua, Pejabat Daerah dan juga Pejabat Penghulu Mukim di Negeri Kedah ini juga boleh merujuk ataupun kes-kes atau mangsa bencana alam ataupun yang seperti yang kata tadi kebakaran ke untuk tinggal di penempatan rumah transit ini. Insya-allah yang itu kita akan sama-sama bermesyuarat nanti untuk kita mendapatkan keputusan untuk penambahbaikan penggunaan Rumah Transit ini. Terima kasih.
Soalan nombor 8
YB. Dato' Speaker, Bolehkah kita pertikai titah Tuanku Sultan, pohon jawapan soalan nombor 8.
8. Adakah ada usaha dari pihak kerajaan untuk memartabadkan semula sukan sepak takraw dan basikal yg pernah menjadi antara sukan nombor satu Negeri Kedah disamping sukan-sukan yang lain?
Pantun pun sakit dah. YB. Dato’ Speaker, Jem terus nak jawab pantun ini. Anak kuda anak lipan, ini jawapan nombor 8.
Untuk memartabadkan semula sukan sepak takraw dan basikal yang pernah menjadi antara sukan nombor satu Negeri Kedah yahng ditanyakan oleh YB. Bukit Lada.
Untuk kita memartabatkan lagi sukan berbasikal di Negeri Kedah, dan juga sepak takraw, beberapa siri program Klinik Sukan Berbasikal telah dijalankan di beberapa daerah utama di Negeri kedah. Tujuan utama Klinik Sukan Berbasikal ini adalah untuk mempromosikan sukan berbasikal diperingkat akar umbi dimana untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam usaha menyediakan satu pasukan pelapis untuk Negeri Kedah bagi memperkuatkan pasukan sedia ada. Majlis Sukan Negeri Kedah telah membelanjakan sejumlah peruntukan sebanyak RM1 Juta untuk pembayaran gaji jurulatih sepenuh masa dan separuh masa, penyediaan peralatan sukan berbasikal, penyertaan ke kejohanan-kejohanan dalam dan luar negara dan untuk perbelanjaan latihan pasukan. Hasilnya, di mana pasukan berbasikal Negeri Kedah telah pun berjaya meraih dan menyumbangkan 5 Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa di Temasya Sukan Malaysia 2022 yang lalu. Untuk sukan sepak takraw pula di mana ianya adalah salah satu sukan pilihan yang dipertandingkan di Sukan Malaysia. Namun, prestasi sukan sepak takraw di SUKMA 2022 adalah kurang memberangsangkan.
Dimana kita mengambil beberapa inisiatif dan usaha-usaha untuk memartabadkan semula sukan sepak takraw dimana kita melantik seorang jurulatih daripada Thailand untuk sepenuh masa dan Persatuan Sepak Takraw Negeri bersama Majlis Sukan Negeri Kedah akan membayar gaji untuk jurulatih tersebut. Jurulatih tersebut akan bertanggungjawab bagi melatih pasukan senior dan Pasukan SUKMA Kedah. Selain itu juga, MSNK akan turut melantik 2 orang jurulatih separuh masa bagi melatih pasukan sepak takraw lelaki dan 2 orang jurulatih lagi untuk sepak takraw wanita.
Bagi penyediaan pasukan pelapis, kita membariskan satu pasukan elit untuk menghadapi SUKMA 2024. Dan yang terakhirnya, pihak persatuan dan juga Majlis Sukan Negeri Kedah bercadang untuk menganjurkan beberapa program ataupun kejohanan iaitu di peringkat negeri iaitu pertama Piala YAB Menteri Besar (Tertutup Kedah). Kejohanan ini adalah platform bagi mengenalpasti pemain-pemain yang akan mewakili Kedah ke Kejohanan Sepak Takraw League (STL) dan Piala Emas Khir Johari. Kedua, Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (Bawah 20 tahun Tertutup Kedah). Kejohanan ini adalah platform bagi mengenal pasti pemain yang akan mewakili Negeri Kedah di SUKMA 2024. Dan yang terakhirnya Piala SUK (Antara Jabatan). Kejohanan ini adalah platform bagi mengaktifkan kembali permainan sepak takraw di dalam jabatan-jabatan kerajaan dan seterusnya merancakkan kembali sukan sepak takraw ini di Negeri Kedah. Terima kasih.
Soalan tambahan YB. Dato’ speaker. Alhamdulillah saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan di atas tindakan yang telah diambil sehingga kita berjaya mendapat 5 emas dalam basikal. Kita ada atlet-atlet yang berprestasi tinggi untuk menuju ke tahap professional. Jadi, apakah ada tindakan daripada kita untuk menuju kepada profesional ini daripada prestasi tinggi kepada profesional.
YB. Dato' Speaker, beberapa perancangan untuk kita mengangkat sukan ini ke tahap profesional di antaranya kita melakukan program-program pembangunan atlet yang perlu kita beri nafas baru dan kerajaan melalui Jabatan Belia dan Sukan dan juga MSN perlu menyediakan peruntukan yang agak besar sikit untuk kita melaksanakan semua program ini dan para atlet yang berprestasi tinggi ataupun yang mempunyai bakat ataupun apa skill yang tinggi, kita perlu dedahkan dengan perlawanan-perlawanan yang agak luas di antaranya perlawanan antarabangsa yang lebih kerap dan yang paling penting YB. Dato’ Speaker, adalah pemilihan-pemilihan atlet yang kita kenal pasti dalam SUKMA yang lepas. Kita buat pilihan atlet yang yang agak kurang baik di mana ada yang atlet ataupun ada yang player-player yang memenangi pertandingan di peringkat daerah ataupun yang lebih mempunyai skill yang tinggi namun tak dipilih ke SUKMA kerana ini adalah tanggungjawab Persatuan. Jadi, apa yang kita lakukan untuk SUKMA yang akan datang nanti, kita menilai dan kita memilih atlet-atlet yang lebih mempunyai skill ataupun yang menang di peringkat daerah untuk kita bawa ke SUKMA 2024. Terima kasih
Saya duk agak dah mesti kubang rotan tanya punya. Silakan.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker dari segi sukan sepak takraw saya lihat bahawa ada kemunduran dalam sepak takraw di Negeri Kedah cuma saya nak tanya YB Kuah berkenaan dengan kita sebenarnya di Negeri Kedah ni ada Raja Libas' Dunia, Adnan Saidin tapi kita tidak pernah pun mengangkat ataupun bagi pengiktirafan kepada beliau, apa-apa pengiktirafan sebabnya dia dilupakan dan saya harap pemain-pemain sepak takraw Kedah dahulu yang kebanyakkannya berjaya di peringkat dunia, peringkat asia mahupun peringklat Malaysia sudah tentu daripada Negeri Kedah. Jadi, kita mohon supaya kerajaan negeri melihat dan buat perbincangan dengan lagenda-lagenda sepak takraw. Untuk sukan basikal itu semenjak-menjak Anak Bukit jadi presiden kut boleh kut, itu yang boleh banyak emas. Saya mengucapkan tahniah kepada YB. Anak Bukit. Terima kasih.
Silakan YB. Anak Bukit!
Terima kasih YB. Dato’ speaker, pertamanya saya rasa agak musykil sama ada jawapan RM1 juta diperuntukkan untuk sukan berbasikal sahaja pengurusan dan sebagainya Itu untuk setahun tu sejak berbincang dengan mereka ini saya rasa peruntukan tu agak tinggi dah tak sampai banyak tu tapi yang yang saya nak tanya ini ialah sementara mereka yang yang ada potensi untuk kita ketengahkan yang kita kenal pasti daripada daerah-daerah dan sebagainya. Kemudian MSN ambil alih mereka ditempatkan di Pusat Latihan yang berpusat yang saya nak tanya ini ialah ada sebahagian dan tahniah kerana program ini kita berjaya melahirkan Nurul Izzah Izati, pelumba basikal wanita kita yang bukan sahaja baru-baru ini di SUKMA memenangi, saya ingat dia seorang sahaja tiga pingat emas dan dia juga telah berjaya satu-satunya atlet wanita Malaysia yang memenangi pingat emas di Kejohanan di New Delhi dan beliau juga bersaing di Sukan Komanwel di Birmingham baru-barui ni cuma dia habaq dia kata, saya dah kayuh di Birmingham, dia kata main dengan hat lain semua badan – badan jenis shendo-shendo ni, kena angin depa pun saya dah terpelanting keluar dalam acara kirin.
Direct to the point, please?
Tak pa! Tak pa! Terima kasih! Terima kasih! Thank you very much (dengan izin). Yang saya nak tanya ini ialah mereka yang late bloomer (dengan izin) semasa bawah MSN dia 21 tahun ke bawah lah SUKMA cuma masa itu dia tak menyerah lagi dan biasanya yang berlaku Dato’ Speaker, lepas 21 mereka ni dah tak tak ke mana lagi dah! Mak ayah sebahagiannya tu kata ‘now it’s time for you to concentrate to your studies’, sebahagiannya. Dan sebahagiannya dah tak dak apa! Lepas itu, hilang macam tu saja padahal mereka mungkin ‘late bloomer’ (dengan izin). Kami di persatuan tak mampu untuk nak terus bawa mereka ini. Jadi, apa cadangan yang boleh kerajaan negeri bantu pihak persatuan dalam kita nak memastikan bahawa ‘the late bloomer’ (dengan izin). Kita di persatuan ada coach yang bertauliah, yang ‘late bloomer’ (dengan izin) ini kita akan bloom dan kita dapat kita ketengahkan di peringkat elit dan juga senior nanti. Terima kasih.
YB. Dato' Speaker, bila dengar soalan daripada Anak Bukit, lupa soalan Kubang Rotan panjang sangat dia punya ni tak tahu kat mana point. YB. Dato’ Speaker berkenaan dengan Kubang Rotan untuk kita memperkasakan kembali. Sukan sepak takraw ni bukannya sekarang ini saja mundur ataupun yang suram juga. Jadi, perbincangan di peringkat daripada dulu lagi zaman yang berhormat Kubang Rotan jadi Exco pun suram juga jadi perbincangan untuk sepak takraw ini untuk…(YB. Kubang Rotan mencelah)
Yang Berhormat lompat!
Cara Yang Berhormat cakap itu boleh bangun! Silakan!
Teruskan YB. Kuah!
YB. Dato’ Speaker, saya dalam Parlimen Belia dulu aturan untuk bercakap ini tekan tunggu speaker bercakap, itu adab untuk bercakap dalam Dewan lah! Jadi, untuk kita memperkasakan Kembali, kita berbincang, Pihak MSN berjumpa dengan persatuan dan berbincang dengan orang-orang yang berpengalaman sebab itu saya katakan tadi untuk kita kembali memberi nafas baru, kita akan lakukan beberapa program ataupun untuk memperkasakan kembali sepak takraw ini dalam Negeri Kedah.
Untuk soalan berkenaan RM1 juta itu peruntukan yang diberikan kepada MSN untuk keseluruhan bukan spesifik untuk berbasikal dalam RM1 juta tu ada pecahan-pecahan, peralatan dan sebagainyalah. Yang saya boleh detailkan mungkin dalam penggulungan ataupun dalam bertulis nak detailkan RM1 juta terlalu banyaklah. Dan juga untuk mana-mana atlet ataupun yang mempunyai bakat selepas umur 21 baru kita nampak bakat dia, sebelum itu kita tak nampak sebab itu kita lakukan beberapa siri mengenalpasti bakat-bakat baru ini. Kalau kita tengok sekarang ini pun kita dah lakukan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah untuk kita mencari bakat-bakat ini. Kalau kita tengok di MSN dia lakukan minggu lepas, kita turun ke sekolah sukan di mana kita buat apa Program Mencari Bakat dan daripada situ kita dapatkan dan kenalpasti kita mungkin dahulunya selepas umur 21 tu nampak bakat baru dan tak bolehlah duduk di bawah MSN tapi sekarang ni kita lakukan pencarian bakat dari peringkat sekolah rendah lagi. Terima kasih.
Soalan nombor 9.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, pergi Bukit Kayu Hitam berjalan-jalan, pohon jawapan soalan nombor 9.
9. Sampah terlalu padat dan berselerak di tepi tong sampah menyebabkan anjing-anjing berkeliaran mengotorkan di semua kawasan Dun Kubang Rotan dan Pekan Kuala Kedah.
Pohon dinyatakan berapa kali sampah dikutip setiap minggu dan kenapa tidak disediakan tong yang lebih besar?
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih Kubang Rotan.
Sorong papan tarik papan, Kubang Rotan ni jawapan.
Kubang Rotan tanya berapa kali kutip sampah setiap minggu terutama di Dun Kubang Rotan dan Pekan Kuala Kedah. Frekuensi bagi kutipan sisa pepejal bagi kawasan perumahan adalah dua (2) kali bagi sisa domestik dan satu (1) kali bagi kutipan sisa pukal, manakala bagi kutipan di tong-tong berpusat, di jalan-jalan utama adalah tujuh (7) kali seminggu iaitu dikutip secara harian. Berkenaan isu janaan sisa yang melebihi tong yang disediakan, janaan terbabit adalah merupakan sisa-sisa yang dijana oleh penduduk sekitar dan ditambah dengan janaan daripada penjaja-penjaja kecil yang menjalankan perniagaan di tepi jalan.
Peningkatan kehadiran penjaja-penjaja kecil selepas pembukaan sektor ekonomi sebaik saja tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak menyebabkan peningkatan janaan sisa pepejal di tong-tong berpusat ini. Bagi penjaja kecil di pinggir jalan, perkhidmatan kutipan sisa pepejal tidak diberikan secara khusus dan penjaja menjadikan pusat tong di pinggir jalan utama sebagai lokasi melupuskan sisa pepejal yang dijana oleh perniagaan mereka tersebut.
Penetapan saiz tong yang diletakkan di pinggir jalan adalah berdasarkan kepada penetapan asal bersama pihak Majlis Bandaraya Alor Setar. Bagi pusat-pusat tong di jalan-jalan utama, tong bersaiz 1,100 Liter dibekalkan dengan bilangan yang dipersetujui oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Walau bagaimanapun, peningkatan janaan dari semasa ke semasa akan menyebabkan limpahan sisa pepejal hingga sampai ke luar tong. Saya juga ingin menyeru kepada penduduk sekitar supaya jangan kita lempar sampah di luar tong, kalau tong tu masih kosong. Kita lihat banyak tempat dia naik motor baling macam itu saja, naik kereta dia sua kut tingkap, baling macam tu saja walhal tong tu masih kosong. Jadi, kita nasihatkan supaya benda ini tidak berlaku. Menyedari berlakunya kerancakan sektor ekonomi di kalangan penjaja kecil di pinggir jalan, SWCorp telah mula melaksanakan kajian ke atas pusat-pusat tong yang dikenalpasti mampu berlaku limpahan bermula 1 Februari 2023 hingga 28 Februari 2023. Kajian ini meliputi 60 pusat tong yang dikenalpasti berkemungkinan menjadi tumpuan lambakan sisa pepejal yang dijana peniaga dan penduduk sekitar. Melalui kajian tersebut, pihak SWCorp akan menilai semula kapasiti pembekalan tong bagi kawasan terbabit bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat akan mencapai sasaran yang lebih efektif. Terima kasih Kubang Rotan dan YB. Dato’ Speaker.
Soalan tambahan, terima kasih YB.Dato’ Speaker, kadang-kadang saya bila saya lihat di kepadatan populasi di Kuala Kedah tu ramai orang dengan kapisiti tong tu tak baik tong tu sekadar berkata sebab tu dia kalau betul tong kecil sampah tu melimpah-limpah dia akan turun ke bawah yang sikap tu untuk baling tu lain ceritalah YB Tokai, saya pun tak setuju dengan sikap tersebut tetapi oleh kerana kepadatan di pekan Kuala Kedah tambahkan orang nak pi Langkawi dan sebagainya. Selain pada masyarakat itu yang hampir dekat 20 ribu orang di kawasan Kuala Kedah. Jadi satu saya minta YB. Tokai mungkin boleh tengok kembali saiz-saiz tong yang berada di kawasan perkampungan dan juga di taman-taman.
Yang kedua, tentang tong-tong sampah yang berada di sepanjang jalan Kuala Kedah tu dia letak di bahu jalan selalu berlaku kemalangan jiwa. Saya sendiri yang melihat apabila hujan lebat, hujan lebat malam hari kadang-kadang tong sampah tu dia duduk masuk sikit dalam jalan lepas tu kebanyakkannya langgar tong sampah menyebabkan mati ramai, tiga orang ke atas. Saya sendiri tengok 2,3 kemalangan jiwa saya harap ambil perhatian. Terima kasih YB Tokai.
Boleh tambah sikit YB. Dato’ Speaker?
Ya..ya..silakan!
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, masalah sampah ni saya pernah bangkitkan isu masalah sampah ini pada sidang dun yang lepas dan saya dapati seperti di Pekan Jitra lah yang saya selalu dok pi sebab klinik saya dekat situ, masih sama Pekan tu memang tak bersihlah, sampah macam dulu juga itu satu. Dan satu lagi di kawasan pida-pida kita dapati penduduk masih lagi melongokkan sampah di tepi-tepi perparitan mada di kawasan muda lah jadi apa cadangan kerajaan untuk membantu orang kampung ni kan mungkin korek lubang kau satu tempat ni di kampung kat mana-mana untuk mereka buang sampah kat situ daripada mereka longgok di nampak pun tak cantik dan bila air memenuhi apa tepi perparitan sampah termasuk dalam perparitan Mada dah tu soalan saya. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.
Dato' speaker, terima kasih Kubang Rotan dan juga Kota Siputeh. Berhubung dengan isu tong tadi saya dah bagi jawab, kajian telah dibuat oleh SWCorp kita berhubung dengan keperluan-keperluan tong yang lebih besar dan juga lebih banyaklah. Jadi, tong ni dia ada saiz dia kalau besar dengan lori angkut tu mungkin masalah pada tong tersebut ya ia boleh pecah ka mungkin akan berlaku pertambahan tong-tong dan tempat letak.
Yang keduanya, tentang tong yang letak tepi jalan ni hari ini merupakan salah satu daripada yang termasuk dalam kajian inilah kita akan cari tempat-tempat yang lebih cerah dan juga mungkin lebih tepi sedikit kalau ada ruang-ruang dan ada setengah tempat yang di buat simen khusus untuk letak tong -tong sampah ini dan mungkin masa berlalu jadi simen tu kadang kala pecah menyebabkan tong tu bila hujan lebat dia akan berlaku pergerakan dan juga sampah-sampah yang dibuang di luar tu akan masuk ke jalan raya dan ini menyebabkan kemalangan seperti yang disebut oleh Kubang Rotan. Terima kasih di atas keprihatinan Kubang Rotan dalam isu ini.
Yang keduanya, tentang Kota Siputeh walaupun dalam sidang yang lepas kita pun dengar MB kata jangan jadi mata lalat no! Diluar kawasan PBT memang kita tidak dapat mengadakan servis macam kawasan PBT lah tetapi kita memberikan CSR juga meletakkan tong- tong sampah yang besar di tempat luar bidang kuasa PBT.
Ini hasil daripada perbincangan kita dengan SWCorp tapi mereka terpaksa menggunakan dana yang lain untuk kes-kes yang sebegini ya Kota Siputeh. Walau macam mana pun nasihat-nasihat kita kepada penduduk-penduduk di kawasan yang luar PBT ni dia ada kaedah-kaedah yang tu kan tok wan kita duk guna dululah boleh buat lubang sendiri dia nak harapkan PBT nak pi buat lubang tu kalau ada program gotong-royong tu mungkin kita boleh pergilah kalau tak ada tu mereka kena buat sendirilah itu harapan kita. Tapi Insya-Allah benda ini masa akan berlalu kita sentiasa berbincang dalam Mesyuarat MNKT di peringkat pusat untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh Kota Siputeh terutama di luar kawasan PBT. Terima kasih.
Soalan no 10. Silakan!
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, dulu ‘back benchers’ ada 10 tapi tinggal 8, soalan nombor 10 saya tunggu jawapan
10. Pohon dinyatakan:-
a) Apakah usaha kerajaan negeri untuk membangunkan rakyat yang sejahtera dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan tema Kedah Sejahtera?
b) Apakah perancangan kerajaan untuk program pembangunan insan bagi tahun 2023 dan bagaimanakah kejayaan pencapaian ini diukur?
Mari makan putu buluh, ini jawapan nombor 10. Terima kasih Sungai Limau dan YB. Dato’ Speaker. Soalan ini agak panjang jawapan kerana soalan dia merangkumi kehidupan seorang insan atas muka bumi ini. Jawapan yang saya berikan untuk soalan (a) dan (b) sekalilah.
Pihak kerajaan negeri melalui Pelan Strategik Pembangunan Insan Negeri Kedah telah menggariskan pelbagai usaha dan inisiatif untuk membangunkan rakyat sejahtera yang bersifat holistik dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan berteraskan 9 teras utama, pelbagai inisiatif bakal dan yang telah dilaksanakan bagi tujuan pembangunan insan sesuai dengan tema Kedah Sejahtera. Melalui teras 4 kewibawaan, pendidik dan pendakwah sebuah buku telah di terbitkan dan diedarkan kepada masyarakat awam. Buku yang digariskan 40 hadis bertemakan pembangunan insan, banyak telah digunapakai di tempat kuliah-kuliah yang telah dilaksanakan di seluruh Negeri Kedah.
Yang kedua program merentas Qowiy untuk remaja yang berumur 19 hingga 25 tahun kita telah mengadakan program bersama dengan mereka mewakili parlimen. Seramai 75 orang peserta yang telah mengikuti program yang kita telah laksanakan ini. Program sebegini bagi mendapat membangunkan rakyat sejahtera dan juga sudut sosial ekonomi dan intelek dan mereka boleh turun ke Parlimen dan membantu anak-anak di Parlimen bagaimana untuk mengadakan program-program yang berunsurkan pembangunan insan ini.
Ketiga, Program Semarak Ar-Rayyan sudah masuk ke fasa ketiga, pada tahun ini setelah kita bermula pada 2021, 2022 dan 2023 pada kali ini dan program ini kita menjurus ke arah penafsiran ayat Al Quran di bulan Ramadhan dengan surah yang tahun yang pertama kita gunakan surah Al Hujurat tahun yang kedua kita gunakan surah As-Saff dan pada tahun ini kita akan gunakan surah Al-Mukminun dalam Program Semarak Rayyan ini di beri kerjasama pihak Pejabat Agama dan juga NGO yang terlibat di kawasan-kawasan, di daerah-daerah yang akan mengendalikan Program Semarak Rayyan ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, dari sudut emosi dan rohani Program Pembangunan Jatidiri bersama warga KEDA pun kita laksanakan juga bagi tujuan membangunkan jati diri dan spritual dan memberi kemahiran pengurusan disiplin diri dan perancangan masa depan. Kita juga ada Slot Femina di Radio Kedah FM yang sebelum ini pada hari Jumaat bermula 12.15 hingga 12.45 tengah hari tetapi sekarang kita tidak tahulah adakah program itu telah dilaksanakan tetapi program ini telah kita laksanakan sebelum ini. Dari sudut intelek Program Pembangunan Insan melalui Program Techno Usahawan Tahfiz untuk Pusat Pengajian Maahad Tahfiz Daerah Sik yang telah mengadakan kolabrasi dengan IKM dan kita mengambil pelajar tahfiz untuk belajar dari segi kemahiran untuk mereka keluar daripada Maahad Tahfiz mereka ada kemahiran teknikal dan Vokasional.
Selain it,u semasa negara sedang berjuang dengan wabak covid, Program Webinar Vaksin Rohani juga diadakan secara online. Seterusnya program pada tahun 2023 ini kita telah menampilkan beberapa tokoh dan ilmuan agama tersohor diadakan untuk membangunkan rakyat dari sudut intelek.
Ia juga menggalakkan rakyat Kedah untuk berlumba-lumba menuntut ilmu dari para pendakwah Serampang Dua Mata, program sebegini turut menyediakan peluang perniagaan kepada para peniaga kecil serta mampu merancakkan ekonomi di sekitar kawasan terlibat meskipun hanya dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat.
Pihak Kerajaan Negeri memberi fokus kepada penjawat awam selaku tulang belakang pentadbiran negeri dengan berteraskan teras satu kesiagaan tadbir urus. Pelbagai inisiatif diambil bagi memperkasakan urus tadbir penjawat awam Program Perkongsian Ilmu dan Bual Bicara seperti Bicara Nur Ala’ Nur yang telah dimulakan pada tahun 2021 merupakan platform bagi sesi perkongsian ilmu melalui para asatizah yang bertauliah kepada para penjawat awam di seluruh Negeri Kedah.
Program yang berteraskan pembangunan rohani ini diperlukan supaya kehidupan seseorang itu lebih seimbang dari segi rohani dan duniawi. Program ini juga boleh diakses oleh masyarakat umum melalui siaran langsung di beberapa halaman milik kerajaan negeri serta pimpinan negeri. Jadi, program khairiah Ramadhan juga telah kita laksanakan dah dua tahun berturut-turut dan program ini juga untuk sampai Program Qaryah Ramadhan kita ada Program Istiqbal Ramadhan yang diadakan iaitu Adakah Ramadhan Terakhir Bagiku bersama dengan seorang yang hebat daripada luar negara yang telah kita laksanakan baru-baru ini.
Yang kedua juga untuk melahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah kita adakan juga Program Bingkisan Nota Cinta juga daripada seorang selebriti yang jauh daripada luar negara yang datang memberi pandangan dan beberapa perkara yang telah diucapkan supaya memberi keseimbangan kehidupan kita mencintai Rasulullah dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan untuk seterusnya program-program tahun 2023 juga kita telah meletakkan Program Pembangunan insan belia berumur 16 hingga 18 tahun akan kita laksanakan di semua daerah dan juga Program Rentas Minda untuk anak-anak berusia 9 hingga 12 tahun juga akan diadakan di semua daerah termasuk program yang ketiga Kem Bina Insan untuk golongan remaja ini bakal memberi pendedahan mengenai pembangunan remaja-remaja awal, selain itu dapat memberi kesedaran kepada anak-anak mengenai pengalaman pengurusan kehidupan harian serta bakal membina sifat ihsan dalam diri kanak-kanak melalui hubungan sosial dan masyarakat sekeliling, sekian terima kasih.
Terima kasih pada YB. Dato’ Speaker, terima kasih kepada Merbau Pulas buat pula dengan jawapan yang diberikan dan dari kita lihat pelaksanaan program-program yang dilaksanakan dalam portfolio. Jadi, sudah pasti pembangunan insan ni dia akan merentas bukannya portfolio bawah Merbau Pulas. Jadi, apakah secara menyeluruh agenda negeri ini untuk membangunkan insan sejahtera Rakyat Negeri Kedah itu yang pertama.
Keduanya tadi juga ada jawapan ada sebut tentang penghasilan buku 40 hadis iaitu insan sejahtera 40 hadis yang berkaitan dengan hadis-hadis nabi, pembentukan manusia insan yang sejahtera. Jadi, apakah usaha kerajaan bukan hanya menjadikan buku ini sebagai cenderamata, buku ini didiskusikan, di bengkelkan sampaikan kepada rakyat seluruhnya kandungan hadis-hadis tersebut dah adakah akan ada siri yang seterusnya. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan. Saya jawab soalan nombor dua dulu iaitu buku Hadis 40 . Buku Hadis 40 ni kita telah melancarkan di tiga daerah Daerah Kota Setar dan Daerah Kulim termasuk Daerah Sik. Jadi, buku ini kita lancarkan dan kita beri kepada pengkuliah- pengkuliah di peringkat masjid dan juga pengkuliah wanita, kita bagi buku ini sebagai bahan kuliah mereka. Bagaimana hasrat kerajaan untuk melahirkan insan sejahtera seperti mana disebutkan dalam Buku Kedah Sejahtera itu.
Soalan yang kedua itu, iaitu kita juga berhasrat untuk mencetak buku 40 ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan soal pembangunan insan. Seterusnya, mengenai program yang holistiknya, kerajaan negeri melaksanakan pelbagai program yang bersifat menyeluruh dalam membangun insan sejahtera ini bukan terletak kepada portfolio pembangunan insan sahaja sebenarnya kepada menyeluruh kepada seluruh semua portfolio yang terlibat.
Pelaksanaan program ini oleh pelbagai portfolio Exco dan Jabatan secara tersusun kita adakan. Berikut adalah inisiatif utama yang dilaksanakan. Pertama kita memperkasakan institusi Pendidikan, UNISHAMS, IQDAR, Maktab Mahmud Sekolah-Sekolah Agama Rakyat. Ini juga membantu kita untuk membangunkan pembangunan insan di peringkat Negeri Kedah ini secara tidak langsungnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengkuliah-pengkuliah di masjid, para guru-guru pondok yang telah mengorbankan masa mereka memberi kuliah, memberi kefahaman tentang Islam ini setiap malam kita boleh lihat beratus-ratus kuliah seluruh Negeri Kedah ini di masjid dan
di surau-surau. Itu ada juga adalah untuk membangun pembangunan insan di peringkat masyarakat di bawah. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengkuliah ustaz dan ustazah yang telah beri kuliah di masjid-masjid kerana membantu kerajaan untuk mendidik masyarakat supaya mengenal,i mendekatkan diri dengan Allah dan mengenali bagaimana kita sebagai insan yang perlu melihat SOP Allah dalam urusan pentadbiran, urusan harian kita di Negeri Kedah ini dan juga kita di sini juga kita adakan melalui penyaluran bantua-bantuan kewangan setiap tahun dan kerajaan negeri dan Lembaga Zakat meningkatkan tadbir urus setiap institusi ini mengadakan pelbagai program seperti kerohanian, sukan, kurikulum di kalangan pelajar. Pemberi pinjaman kepada siswa, dermasiswa kepada pelajar, sekolah menengah bagi memastikan pembangunan jasmani rakyat Kedah, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM3.3 juta bagi bantuan beras sejahtera kepada keluarga miskin, ini juga jasmani untuk mereka dapat bahan makanan. Kerajaan negeri melalui peruntukan khas Pejabat YAB. Menteri Besar juga memberi pelbagai bantuan tunai kepada ahli masyarakat kita yang kesempitan sama ada untuk melanjutkan pelajaran, rawatan perubatan, bantuan modal memulakan perniagaan kecil dan lain-lain. Itu sebahagian daripada program yang telah dijalankan di pihak kerajaan.
Kalau dah ketua pembangkang bangun takkan bagi orang lain!
Terima kasih YB. Dato’ speaker, terima kasih kepada Merbau Pulas. Saya cukup tertarik dah dengan soalan yang dibawa oleh Sungai Limau ni. YB. Dato’ Speaker, saja nak tengok depa sedar ka dok ralit. Nampak gaya ok lah! Jadi, alhamdulillah Dato’ Speaker, saya tengok jawapan tadi, saya menantikan jawapan yang ditanya oleh Sunai Limau sebab ini pembangunan insan memang merentasi portfolio. Program kalau nak senarai mungkin 3,4 slides pun tak habis. Jadi, kita tengok jawapan yang kedua ialah bagaimana kita nak ukur pencapaiannya. Jadi, saya minta supaya selain kita senaraikan program-program alhamdulillah banyak program tapi kita kena sukat akhirnya pencapaian kita teramana selepas kita laksanakan 1 hingga 3 tahun dan apa yang kita jangkakan 3 hingga 5 tahun dalam kita menangani gejala-gejala negatif di Kedah ini. Antara gejala anti dadah yang laporan yang merata-rata berada di mata mata dan walaupun tak banyak tapi terlibat juga dalam beberapa kategori dan beberapa jabatan dan agensi .
Kemudian, tentang anti rempit, tentang gejala negatif lain tentang ketagihan ketum modified, ketum yang mereka modified macam-macam, ketum original kita bincang di luar.
Yang ketiga tetang gejala bunuh diri ataupun cubaan bunuh, ini antara sema kemurungan yang berlaku akibat kurangnya pembangunan insan. Jadi, saya minta supaya diadakan kayu ukur supaya akhirnya ada meter untuk kita sukat, berapa meter kita capai dalam pembangunan modal insan ini. Terima kasih.
Speaker sikit tambah lagi!
Rigkaskan!
Ringkas iaitu dari segi dat. Tahun 2021 data penagihan dadah di Kedah ni jadi nombor satu dalam Malaysia. Nombor satu penduduk sudah tentu akan lebih jauh lebih tinggi daripada Johor sebab Johor nombor dua. Penduduk dia ramai, penduduk dia sikit itu nombor satu dari segi data! Yang kedua, dari segi data perceraian ini Kedah juga merekodkan di antara yang tertinggi jadi soalan saya menyokong soalan ketua pembangkang tadi ukuran. Apakah keberkesanan ini diukurnya bagaimana? Terima kasih.
Boleh sikit!
Bubuh lah!
Terima kasih YB. Dato’ Speaker, dana untuk biro modal insan ini, adakah RM300 ribu sahaja setahun, adakah cukup dengan kita tahu banyak masalah sosial rakyat ni dan siapakah yang turut sama membantu dan berperanan untuk main peranan sama dan adakah mereka juga diberi peruntukan lah untuk bantu Biro. Terima kasih.
Terima kasih kepada Suka Menanti, pencapaian untuk kita ukur apakah hasil kepada pembangunan modal insan. Ramai orang baik itu, pencapaian kita, ramai orang baik maknanya masjidnya penuh, suraunya yang penuh, program-program yang penuh, kalau di dataran baru ini kita buat Karnival Kedah Sejahtera, kehadiran yang ramai bermakna kita telah memulakan bagaimana kehadiran yang ramai ini membuktikan apa yang kerajaan buat itu telah menghasilkan orang yang ramai boleh hadir mendengar program-program agama. Itu pencapaian kita yang kita dapat dan kita akan cuba ukur dan program-program kita Program Bersama Anak-Anak Muda dan perancangan kita ke depan setiap anak-anak yang ikut program kita, kita akan buat sekali, kita akan bermalam dan kita akan buat sampai 3 kali. Kita akan keluarkan buku kepada warisnya supaya dia mencatit apa yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan, adakah anak-anak dilaksanakan contohnya solat lima waktu, tinggal tak tinggal kita minta ibu bapa itu catit dan kemudian ada program kemudian lepas pada tu dia kena cerita dia kena buku tu nak sampai kepada kita untuk kita tengok pencapaian ini berlaku ini kita yang kita hasrat yang kita akan buat pada masa depan.
Data yang saya beri tadi tu macam mana pula?
Data dadah ini kita akan serahkan kepada Exco Kesihatan sebab beliau adalah PEMADAM dan Bahagian Penagihan Dadah dan kiita akan cuba untuk kita laksanakan tapi kita nak laksanakah proses penagihan dadah ini bukan proses modal insan yang kecil yang bermula daripada awal. Sekarang kita cuba mendidik anak-anak muda yang awal untuk mereka cuba menjauhi perkara-perkara yang menyalahi kepada peraturan hidup manusia ini.
Itu kita sedang dilaksanakan dan dana RM300 ribu ini memang tak cukup tapi kami ada kolaborasi dengan masjid dengan pelbagai NGO yang mereka sendiri berkorban dengan program yang tak perlu banyak yang belanja kurang RM5,000 kita boleh buat program yang besar. Ini sebahagian yang telah kita keluarkan dan kerjasama yang baik dan sokongan daripada pihak masyarakat kepada program ini. Sekian wassalamualaikum.
Terima kasih. Tamatlah sesi pertanyaan mulut. Mungkin orang hairan juga kenapa Speaker tak bagi orang nu bercakap, orang ni bercakap! Tak boleh kita ada terhad 1 jam saja untuk pertanyaan mulut dan kita tak bolehlah nak ambil satu soalan ja bercakap sampai habis satu jam. Jadi kita nak masuk tajuk yang lebih banyak, hari ini kita dapat lima soalan, kemarin kita dapat lima. Jadi, kalau kita tak control boleh jadi kita dapat dua soalan sahaja. Jadi Itulah constraint Speaker.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha!
Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar
II. Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara DasarMotion
Dalam ucapan bahas ini pun bila kita peruntukkan masa, kita bagi seorang 15 minit. Kalau lajak jadi 16 minit tu tak pa lah, ni lajak sampai 22 minit. Jadi, bila kita termakan masa, ‘timing’ yang kita susun tu dia lari, lari sikit, lari sikit, jadi hat kita nak balik pukul 1.00 tu kena balik pukul 5.00. Teruskan dengan YB. Kota Darul Aman. 15 minit!
Akan laju! Terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada Kota Darul Aman untuk berbahas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Sebelum berbahas, izinkan saya mulakan dengan serangkap pantun.
Salam perpaduan Malaysia Madani, Pembuka kata lidah bicara. Negeri Kedah sahabat Kerajaan Perpaduan, Elak bertengkar peruntukan mesti ada.
Pada pagi yang mulia ini Kota Darul Aman akan membawa isu-isu yang perlu diberi perhatian dan penambahbaikan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada bulan lepas kawasan Kota Darul Aman dikejutkan dengan hamper 60 kes kecurian meter air di hadapan premis kedai di sekitar Alor Setar. Mangsa kecurian terpaksa ganti meter air yang baru dengan ‘charge’ RM109.40 iaitu RM69.40 dan RM40.00 untuk pemasang semula.
Ada mangsa kecurian yang mengadu bahawa semasa tukar meter air yang baru, tukang paip minta bayaran tambahan RM50.00 untuk kos pemasangan. Persoalan saya ialah, adakah tindakan kecurian ini berunsurkan sabotaj dan semata-mata untuk mencari rezeki tambahan kepada tukang paip berlesen seperti apa yang berlaku di Selangor. Kenapa mangsa kecurian perlu menanggung kos pemasangan meter air baru sedangkan SADA juga berkewajipan dalam kejadian ini? Adakah siasatan kes dibuka dan penangkapan pencuri meter air dibuat? Sehubungan dengan itu, saya mohon penjelasan berhubung perkara ini.
YB. Dato’ Speaker, Kota Darul Aman ingin menarik perhatian kerajaan negeri untuk menambahkan peruntukan tambahan kepada SUK Perumahan untuk menampung kos-kos penyelenggaraan rumah perumahan awam di Negeri Kedah. Dalam tempoh seminggu ini krisis air telah berlaku melibatkan 8 blok dan lebih 1,000 penghuni di Rumang Pangsa Simpang Kuala. Kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam dan pelampong air yang hanya memerlukan RM10,000 sahaja tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan kewangan pihak SUK Bahagian Perumahan. Telefon Tanya, jumpa pegawai akan beri jawapan yang sama iaitu peruntukan telah habis YB. Kami tunggu, tunggu dan tunggu, sampai hari ini kerja pembaikan masih belum siap dan ada penghuni yang berumur lebih kurang 70 tahun masih lagi tunggu air untuk datang dan perlu naik tangga 5 tingkat setiap hari untuk angkut air.
Jadi, ada yang terpaksa “mandi kerbau” tepi rumah pum sebab tak daka air kan, semua kena tunggu dekat sana. Penduduk minta perumahan hantar air, air juga tidak ada. Selain itu, ada juga aduan bumbung zink yang telah hamper terbang tetapi apabila aduan dibuat juga jawapan yang sama, “peruntukan tak dak YB., bila ada peruntukan baru boleh buat”. Jadi, ini perkara serius. Jaka bumbung itu jatuh dan terbang dan meragut nyawa, siapa yang harus dipersalahkan? Saya berharap kerajaan negeri mengambil serius perkara ini dan dapat mengambil tindakan segera menyelesaikan isu ini.
YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, berkenaan penempatan polisi atau garis panduan pemantauan papan iklan di seluruh Negeri Kedah. Pada 14 Oktober 2020, pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dalam perkara-perkara berbangkit 7.16 Kertas No. 7F386/2020 yang bersidang telah melantik Menteri Besar Kedah Incorporated sebagai ‘one stop agency’ bagi tujuan bagi tujuan menguruskan pembinaan papan iklan luar ‘billboard’ dan MBI pula lantik syarikat luar Darul Aman Media & Event Sdn. Bhd. Untuk urusan tersebut dan surat lantikan ada di sini.
Persoalan yang timbul bagi pelantikan ini ialah, yang pertama, kenapa semua pihak Kerajaan Tempatan (PBT) di seluruh Negeri Kedah perlu serahkan kuasa penetapan polisi, garis panduan serta pemantauan kepada satu syarikat GLC yang baru ditubuhkan pada tahun 2021.
Apakah manfaat yang PBT dapat dengan penyerahan kuasa tersebut dan kenapa perlu wujudkan satu entiti tambahan ataupun badan perhubungan antara pemohon dengan PBT untuk urusan permohonan ‘billboard’? Kami difahamkan jika ‘billboard’ dipasang, pihak swasta atau pemohon perlu membuat bayaran beribu-ribu untuk kos siasatan keselamatan dan pemantauan ‘billboard’ kepada Syarikat Darul Aman Media & Event setiap tahun dengan kos-kos yang meningkat selepas penswastaan. Ianya bakal menghadkan pihak swasta untuk membuat iklan luar, untuk buat ‘billboard’. Semakan dalam web Syarikat Darul Aman Media & Event Sdn. Bhd. tersebut, billboard yang dikawal selia sekarang di Alor Setar, Kubang Pasu, Pendang, Sungai Petani, Kulim dan Yan cuma ada nampak billboard YAB. Jeneri dengan Exco dan Ahli Parlimen Pas sahaja, Mohon penjelasan daripada pihak kerajaan tentang penswastaan ini.
YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kota Darul Amana mat tertarik dengan titah ucapan Tuanku berkaitan dengan pendigitalan perkhidmatan kerajaan secara tanpa tunai ataupun secara atas talian. Kita semua sedia maklum bahawa semua parker tempat letak kereta di Daerah Kota Setar dan Pokok Sena akan beralih sepenuhnya ke aplikasi teksi parkir berkuatkuasa pada 1 April 2023. Kota Darul Aman
ingin membangkitkan kebimbangan pelaksanaan tranformasi ini bagi rakyat yang tidak mempunyai akses kepada internet dan peranti mudah alih khasnya golongan warga emas yang tidak fasih teknologi. Adakah penggunaan kupon masih sah pada 1 April 2023 dan berapakah tempoh yang sah penggunaan kupon diberi kepada rakyat yang memiliki kupon parkir? Adakah mereka akan dibayar pampasan ataupun ganti rugi jika kaedah penggunaan kupon dimansuhkan sama sekali. Berkaitan parker tempat letak kereta juga, saya ingin membangkitkan isu penutupan sebahagian jalan pintu utama di City Plaza Alor Setar iaitu ‘Star Walk’ Jalan Tuanku Ibrahim.
Penutupan sebahagian jalan dalam tempoh 3 bulan ini telah menyebabkan ratusan peniaga dalam City Plaza dan sekelilingnya mengalami pendapatannya terjejas teruk dan mengalami kerugian. Ruang penutupan jalan yang besar tersebut telah menyebabkan tempat parkir sangat terhad, jalan menjadi sempit dan pengunjung tidak lagi membeli belah dikawasan berkenaan.
Semalam saya telah menghadiri tanyangan skrin besar perlawanan bola sepak antara Kedah dengan Kelantan dan ‘kot-kot’ kita nak bagi sokongan untuk ‘team’ Kedah tetapi kehadiran tidak memberangsangkan dan hanya sebahagian ruang kecil digunakan di Dataran ‘Star Walk’. Kota Darul Aman mohon Majlis Bandaraya Alor Setar untuk mempertimbangkan kaedah penutupan jalan secara berjadual di mana kita boleh ikut macam ‘Jonker Walk’, pada jam 6.00 petang baru tutup jalan dan pada hari kebiasaan jalan itu tidak ditutup dan dibuka untuk kegunaan ‘public’. Saya percaya zon perniagaan tersebut akan kembali meriah dan dinamik jika dibuka semula dengan kawalan berjadual.
YB. Dato’ Speaker, baru-baru ini juga Kota Darul Aman menerima aduan daripada peniaga-peniaga di hadapan premis Star Walk bahawa warden MBAS membuat rondaan sepenuh masa menghalang orang ramai meletakkan kenderaan dan mengunci kenderaan yang diletakkan di sepanjang jalan tersebut. Juga dimaklumkan tempat letak kereta sewaan akan tamat pada bulan April 2023. Ini merupakan gambar di mana kita nampak warden MBAS mengambil tindakan sepanjang masa untuk jaga Star Walk sebab tidak mahubagi orang parkir (sambal menunjukkan sekeping kertas). Kota Darul Aman telah turun dan membuat siasatan dan mendapati kebanyakan kenderaan yang terletak di sepanjang Star Walk 70% adalah kenderaan staf MBAS, semua ada pelekat MBAS. Jadi, mereka akan meletakkan kenderaan dari awal pagi iaitu jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Ini menyebabkan peniaga-peniaga di hadapan premis tersebut tiada tempat meletak kereta untuk ‘customer’. Jadi, bagaimana peniaga boleh berniaga apabila sebahagian tempat letak kereta ini dipenuhi oleh staf MBAS.
Selain itu, Kota Darul Aman difahamkan semua tempat letak kereta di sekitar pasar Teluk Wanjah telah diswastakan dengan ‘charge per entry’ RM2.00 dan minggu lepas semasa saya turun untuk beri bunga kepada wanita, dimaklumkan semua peniaga sangat terjejas dengan kadar RM2.00 tersebut. Dengan ekonomi yang begitu lembab sekarang dengan kos barangan begitu tinggi, kenapa PBT sanggup swastakan semua tempat TLK di pasar kepada satu syarikat swasta? Kenapa tidak kawal harga tersebut dengan parkir kupon ataupun dengan harga contohnya RM1.00 bagi membolehkan lebih ramai orang mengunjungi pasar awam tersebut. Jadi, saya minta supaya MBAS kaji semula ‘charge’ tambang tersebut dan parkir tersebut.
Yang Berhormat, boleh?
Tak bagi celah sebab nak habis 15 minit!
Janganlah zalim sangat tak bagi celah…
Tak! Tak! Tak bagi celah. YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang dibahas oleh YB. Kota Seputih, “keciciran pelajar satu kerugian besar kepada Negeri Kedah”. Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda, kajian di lapangan mendapati semakin ramai pelajar sekolah tercicir dalam system pendidikan dan ia realiti yang amat membimbangkan. Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan sebanyak 40,000 murid cicir setiap dan mereka tidak layak masuk memohon 86.8% pekerjaan di Malaysia dan ini mencenderung mereka kepada jenayah, kemiskinan, penyakit kronik, kehamilan remaja dan juga kematian. Apakah usaha kerajaan dalam membantu golongan belia ini apabila mereka dapat menyumbang kepada sektor-sektor ekonomi negeri khasnya dalam projek berimpak tinggi. YB. Dato’ Speaker, perubahan iklim dunia yang kini kian tidak menentu menyebabkan kekerapan bencana alam dan segala bencana berlaku bertambah teruk seperti yang dititahkan dalam titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Penebangan hutan penyumbang utama perubahan iklim. Rekod CTT (Catuan Tahunan) dari tahun 2005 hingga tahun 2022 merekodkan seluas 40,961 hektar kawasan hutan di Negeri Kedah telah ditebang. Jadi, bagaimanakah kerajaan negeri menghidupkan semula hutan-hutan yang telah dibalak.
Yang kedua, bagaimanakah kerajaan negeri mempertahankan eset semulajadi anugerah tuhan serta melindunginya agar khazanah ini dapat menjana sumber pendapatan ekonomi melalui permintaan ‘credit carbon’ yang tinggi di dunia sekarang. Dan yang sangat penting dalam ucapan saya, saya ingin masukkan satu perkara yang sangat penting iaitu statistik penyalahgunaan dan penagih dadah serta bahan mengikut daerah pentadbiran Negeri Kedah dan pecahan kes jenayah bagi tahun 2022, Kuala Muda mencatatkan 1,756 kes yang paling tinggi, yang kedua Kota Setar dan Pokok Sena 3,356 kes. Kota Setar dan Pokok Sena paling tinggi dalam kes penyalahguaan dadah dan Kuala Muda yang kedua iaitu 1,756, Kubang Pasu nombor 3,616 dan seterusnya sampai ke Daerah Yan.
Semua kes semakin bertambah dan bila kes penyalahgunaan dadah meningkat, kes jenayah juga meningkat. Dicatatkan lain-lain kecurian sebanyak 1,358 kes pecah rumah 1,128 kes, curi motorsikal 1,065 kes dan banyak lagi seperti kes rompakan, mencederakan, curi motokar, rogol, curi van/lori/jentera berat, bunuh juga ada, 16 kes tahun lepas. Jadi, kita nampak statistik ini semakin meningkat, contohnya bagi statistik tangkapan Polis Diraja Malaysia bagi umur di bawah 18 tahun mencatatkan 146 kes tahun lepas yang merangkumi 7.2% melibatkan golongan remaja dan umur 19 hingga 30 tahun 686 kes melibatkan 34%. Jadi, keseluruhannya yang melibatkan golongan di bawah 30 tahun sebanyak 41.2% kes.
YB. Kota Darul Aman, sila buat penutup!
Ok! Kita minta supaya pihak kerajaan perhalusi bagaimana solusi untuk mengurangkan penyalahguaan dadah dan juga mengurangkan kes jenayah. ‘Last’! Kota Darul Aman inign merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan, YAB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinet yang prihatin menambah pemberian dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada negeri pembangkang dalam Belanjawan 2023 berbanding ketika pentadbiran yang terdahulu. Kedah dapat RM1.5 billion, Kelantan RM2.5 billion, Perlis RM570 juta. Yang mengatakan Kerajaan Perpaduan ini zalim dan mengamalkan “political vendetta” adalah tidak berasas dan merupakan satu pertuduhan yang tidak berasaskan fakta dan angka seperti yang disaran dalam titah ucapan Tuanku.
Jadi, bacalah buku Belanjawan 2023 dan jangan temberang sana sini. Elakkan berpolitik secara berlebihan dan sentiasa berusaha untuk menjaga perhubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Sudah tentu limpahan rezeki akan datang ke Kedah. Sebelum mengakhiri perbahasan saya, izinkan saya sampaikan hubungan Negeri Kedah dan juga Pulau Pinang dengan serangkap pantun pendek,
Kedah besar, Pulau Pinang kecil, Rezeki Kedah berlambak-lambak, Bua tapa buli negeri kecil, Stabil negara kerana Perlembagaan Malaysia.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan menjunjung kasih titah ucapan Tuanku Sultan. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Kota Darul Aman. Silakan YB. Belantek! Ha! Nak lawan, lawan waktu ni semasa orang bagi berucap, nak berhujah balaskah, silakanlah!
Terima kasih YB. Dato’ Speaker kerana benarkan saya bercakap. Auzubillahiminassyaitonirraim, Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil A’lami Wassola Tuwassala Mu’ala Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. Robbishrohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul ‘Uddatan Millisani Yafkhohu Khauli.
YB. Dato’ Speaker, yang dihormati keseluruhan ahli-ahli yang berada dalam Dewan semua peringkat pengurusan pentadbiran dan adun-adun keseluruhan. Alhamdulillah, kali ini bangkit bukan nak bercakap tentang hal buah kulim ini. Minta maaflah apa yang saya ingin sampaikan sedikit tentang kedudukan titah ucapan Tuanku sempena dengan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam yang mana saya rasakan dalam pentadbiran kerajaan dah 3 tahun kali ketiga yang dinyatakan dalam perasmian oleh baginda Tuanku yang kita rasakan bahawa satu penekanan yang perlu disedari oleh semua rakyat tentang apa yang berlaku hari ini dan juga apa yang akan berlaku. Maka kita sebagai orang yang dipertanggungjawabkan dalam tugasan sebagai pimpinan pengurus dan pentadbiran mesti peka dengan keadaan. Mesti peka dengan suasana dan apa tindakan yang perlu kita buat. Kalau hanya sekadar bangkit kita mendapatkan isu yang negatif sahaja dan tidak nampak hal-hal yang positif di dalam pentadbiran selama ini maknanya kita tak ke mana. Kemarin banyak yang dicakap, Alhamdulillah saya ucapkan tahniah kepada
Anak Bukit dan juga Jitra yang menyampaikan dan membahaskan tentang kedudukan apa yang disebut oleh baginda Tuanku dan mengajak bersama keseluruhan kita ini berperanan untuk menentukan hasrat yang disampaikan oleh Tuanku itu dijayakan. Kita berbahas dan mencari kaedah apa yang perlu sama dalam bentuk untuk menokok tambah yang terbaik apa yang disebut supaya kita jangan mudah dapat melaksanakan kejayaan tersebut dengan lebih.
Saya nak sebut, apabila disebut di dalam peringkat awal selepas muqaddimah. Yang mana Baginda Tuanku telah berpuas hati dengan pentadbiran di bawah pimpinan Mamanda Menteri Besar yang telah memperolehi banyak pencapaian membanggakan seperti berjaya menarik masuk pelaburan yang tinggi ke Negeri Kedah.
Apabila ditetapkan satu tempat yang awal di dalam titah ucapan, ini satu penekanan bahawa yang wujud yang berlaku satu realiti, satu keadaan sebenar hari ini. Kita tidak boleh menafikan apa yang disebut oleh Baginda Tuanku, iaitu kalau nak dibandingkan saya duduk bekerja di bawah 4 orang Menteri Besar di dalam Dewan bermula dari tahun 1999 tetapi catatan sejarah dalam menentukan kedudukan pembangunan Negeri. Begitu juga dalam keadaan hari ini apa yang telah terbentuk dengan tindakan dan perancangan-perancangan yang akan buat dan sedang dibuat sekarang, menandakan itu satu kejayaan mutlak yang tak boleh dinafikan. Dan kita tidak boleh meremehkan apa yang kita lakukan kita nampak apa yang positif hari ini kita bandingkan. Inilah saya rasakan bahawa satu tindakan kerja kita yang cukup berat. Kalau kita masih menampakkan nilai yang negatif dalam kedudukan apa yang sedang dan akan dibuat, maka itu tidak salah satu unsur seolah-olah yang boleh memberikan kegagalan ataupun lewat ataupun lambat untuk mencapai kejayaan dan sebagainnya.
Oleh yang demikian, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas ucapan yang diberikan bahawa di dalam keadaan nilai pelaburan hari ini pun dalam tahun 2022 yang dijangkakan kita boleh dapat nak dapat RM10 billion pun telah diberikan Allah eh RM13.1 billion dan ditambahkan dengan RM12 billion lagi. Yang mana ini wang untuk meletakkan permudahkan usaha kita dan membangunkan Negeri. Alhamdulillah kita dengan ikhlasnya sedar bahawa hari ini satu bentuk sumbangan ataupun apa yang diberikan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang tidak sebelum ini ada hikmahnya yang cukup besar yang harus kita sedar. Hikmah yang pertama sekali apabila Kerajaan Negeri telah membatalkan ataupun mengharamkan premis-premis perjudian kita tutup. Ini satu kebanggaan yang cukup besar, kalau kita orang Islam dan tidak kira bangsa lain yang mana satu kemungkaran atau satu kedudukan yang merosakkan masyarakat dan umat kita berusaha untuk menghentikan Masya-Allah satu benda yang akan dinikmatkan oleh Allah dengan begitu hebat sekali.
Nyatalah hari dengan kedudukan kita sampai mendapatkan hasil atau pelaburan tertinggi dalam negara tak pernah berlaku dalam sejarah, kita tak pernah dapat mengatasi Pulau Pinang, Selangor mahupun Sarawak tetapi dalam melaksanakan penghayatan pentadbiran kita ini, kita diberikan satu bentuk nilaian yang cukup tinggi sehingga kita mendapat apa yang telah diberikan oleh Baginda Tuanku ataupun disebut di dalam penyampaian terakhir ucapan perasmian Baginda.
Yang keduanya, saya ingin sebutkan sedikit, Baginda Tuanku juga menyebut bahawa keprihatinan beliau keperihatinan terhadap Mamanda Menteri, kepada rakyat Negeri Kedah khususnya dan menyentuh dan menyegerakan proses pemberian hak milik kepada rakyat yang tidak ada tanah misalnya, rakyat yang tidak ada rumah dan baru bulan lepas kita beri kepada 100 dekat 150 orang di Sik, geran.
Kampung Sejahtera, kampung tu yang boleh letak sejahtera bukan pasaipa dulu dinamakan Kampung Dacing lepas tu PAS menang dia mai Kampung Bulan. Umno menang dia ubah balik, kita hari ni letak balik Kampung Sejahtera. 150 orang yang diberikan dengan usaha Pejabat Daerah untuk menentukan kedudukan keseluruhan itu walaupun bertahun.
Zaman saya wakil rakyat pada tahun 1999, mereka datang ke rumah untuk mendapatkannya. Tapi hari ini Alhamdulillah dan dan saya minta usaha-usaha begini yang disebut juga oleh Tuanku Titah Baginda mestilah diteruskan, diteruskan kepada keseluruhan rakyat hari ini yang mana ada ruang untuk dimasukkan atau dibenarkan dalam keadaan-keadaan tertentu. Kita bukan boleh pi redah ikut dan macam tu saja tapi usaha kerajaan untuk menentukan mereka-mereka yang tidak ada tanah dan rumah ini di bela lebih utama.
Syabas dan tahniah dengan apa yang dibuat dan mungkin berterusan yang kita hajatkan dalam kedudukan kita pada hari ini yang mana buat kemampuan boleh dengan cabaran-cabaran yang hari ini saya rasakan bahawa Kedah 2035 Insya-Allah akan berjaya. Insya-Allah akan berjaya Kedah 2035, kalau setiap orang dalam dewan ini tidak ada rasa apa itu kepentingan 2035 maka program atau hasrat 2035 itu tidak akan bergerak. Maka seluruh kita hari ini disentuh oleh baginda Tuanku tentang program tersebut persediaan yang menentukan kejayaannya adalah kita, adalah kita semua bermula daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sampai kepada keseluruhan pentadbiran pengurusan, daripada SUK dan sebagainya bertanggungjawab untuk menentukan hasrat yang telah diletakkan oleh baginda ini dijayakan.
Kemampuan saya rasakan Insya Allah, tetapi kalau kita tidak ada satu bentuk yang khusus untuk menjayakan hasrat itu mungkin tujuan tadi dia akan jadi lemah. Inilah satu penekanan yang saya rasakan 2035 yang mana 100 hari pun kita buat matlamat mari peringkat setahun kita buat hasrat sampai 2035. Jangkaan kita untuk memastikan bahawa Kedah ini tidak dicengkam dengan kemiskinan dan sebagainya. Insya-Allah kita akan berada dalam suasana memperjuangkan hak tersebut.
Saya hanya sekadar bercakap, kalau sekadar tenaga tu memang tak berapa nak larat dah, tetapi hati dan keikhlasan kita walaupun kita tidak hulur tangan sebagai tenaga untuk membentuk kebangkitan atau bermasyarakat atau membangunkan Kedah. Jiwa dan hati menetapkan doa dan Hasrat, bermunajat untuk menentukan kebahagiaan. Ini berperanan. Sebab itu peranan kita, peranan kita inilah yang harus kita sedarkan. Kita tidak boleh meletakkan satu perkara apabila satu pihak pentadbir habis dipandangkan secaranya ialah negative.
Yang positif bagaimana sekalipun tidak dirasakan oleh kita amat malanglah dalam menentukan keadaan pengurusan dan pentadbiran Negeri Kedah. Sebab itulah dalam titah-titah Baginda, saya mengharapkan bahawa benda ini kalau diikhlaskan kita akan berjaya. Kita berjaya melaksanakan projek tersebut dan kita berjaya dalam menentukan kebahagiaan untuk rakyat keseluruhan.
Bukannya nak cari untung sebagai pengundi-pengundi tetapi ialah membangunkan peranan tersebut adalah kerja yang kita laksanakan tanggungjawab kerana diletakkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Saya pernah sebut dalam dewan ini, kita diletakkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai ADUN, sebagai jawatan lain dalam menentukan urusan pentadbiran ini, kita diberi rezeki dalam bentuk begitu, rezeki yang dilimpahkan kerana jawatan kita. Kalau kita meninggal pun hari ini kita diberi pencen dapat dekat isteri pencen, diberi lagi dengan keadaan gaji dan elaun kita beli tanah, beli rumah dan harta dan sebagainya. Maka kita menjawat jawatan ini dan kita duduk sebagai seorang pemimpin ataupun pengurus. “Kullukum Ra'in Wa Kullukum Mas'ulun An Ra'iyyatihi “ Makna setiap pemimpin itu akan dipersoalkan oleh kita ni apa yang kita uruskan ataupun tidak, kita akan disoal jawab oleh Allah SWT. Jadi inilah tujuan dan matlamat penekanan-penekanan yang diberikan untuk melaksanakan tanggungjawab adalah benda yang cukup berat dan cukup penting dalam memastikan kejayaan itu matlamat atau nawaitu kita insya-Allah. Dan saya ingin disebutkan sedikit dalam masalah KXP.
Belantek, ada 1 minit lagi!
1 minit! Kalau orang lain lajak sampai 20 minit, ni last ni! Mungkin habis bercakap tak mai dah dewan ini.
Orang lain pun tak tentu lagi tu!
Saya nak cakap dalam masalah KXP sekalian, dalam usaha untuk membangunkan KXP hari ini jadi agak dalam keadaan yang agak kelam-kabut tapi saya rasa ia satu kekuatan yang memberikan kita untuk menjayakan. Ini harus kita ingat. Seruan daripada Jitra, seruan daripada Anak Bukit kemarin untuk semua peringkat bersepadu menjayakan matlamat ini kerana dia cukup penting dalam membangunkan ekonomi Negeri Kedah. Kita jangan pandang remeh sehingga dibekukan, bukan dibekukan tapi tidak diluluskan. Perdana Menteri pun tak luluskan, orang tanya pasal apa tak lulus? Dia kata kerana dia kata kerana ia dibuat oleh syarikat swasta tak ke bohong sampai tahap macam tu! Mai seorang Menteri lagi, dia sebut dia kata tak ada permohonan.
Isu KXP ini bermula daripada zaman UMNO dulu lagi. Telah diluluskan mai seorang-seorang sampai kita bila benda tu kita usaha untuk menjayakannya. Kalau ada yang gagal kita usaha cari kaedah macam mana nak menjayakan, baru betul! Kalau dia memberikan satu keuntungan yang cukup hebat. Makna kata dalam 26 tahun duk kerja tu, sampai tak dapat bonus pun ada tapi dalam Covid yang lalu MAB bayar dekat kakitangannya 4 peringkat, satu dia bagi 6 bulan gaji, kedua, dia bagi 4 bulan setengah, 3 bulan gaji dan 2 bulan gaji. Anak saya dapat 4 bulan setengah. Masa duk kerja askar maknanya bila dia buatkan kita tak boleh fokuskan kepada Airline sahaja tetapi kawasan yang luas 6,000 hektar saya rasa kita jadikan satu bandar raya lapangan terbang. Saya sebut dulu, hasrat dia supaya rakyat dapat tahu apa dia bukan tujuan hanya sekadar untuk naik kapal terbang saja tapi dia boleh santai di situ dia boleh pergi bawa keluarga dan sebagainya. Kita wujudkan pusat perniagaan besar-besar apa yang kita nak buat masa sampailah orang jual laksa kita bagi, beribu gerai. Kalau di Turkiye ada satu bazar 4,000 gerai kita cuba tiru Turkiye.
Belantek, masa dah habis!
Kita minta seminit saja lagi! Hat tambah extra!
Seminit tu kita bagi lah!
Kita jangan jadi dalang pula untuk menggagalkan kedudukan yang menguntungkan Negeri. Kita berusaha dan berdoa dan inshaa- Allah sehari dua akan berjaya. Saya mengharapkan bahawa dalam melaksanakan tanggungjawab, saya diberi kuasa bagi DUN Belantek apabila disebutkan dari Baginda Tuanku supaya mewujdkan ke pelancongan di kawasan-kawasan tertentu disebut nama Beris, Tasik Beris, Tasik Gubir saya pun walaupun saya sebut dalam Dewan yang lalu, yang nak wujudkan satu pusat pelancongan itu dah ada aset pelancongan cukup hebat dah ada sedia ada! Hanya kita nak promote kan jalan itu sampai Durian Burung. Dari Gurun orang nampak ke Durian Burung, Thailand. Orang akan masuk melalui Sik, melalui tiga buah tasik, Tasik Beris Tasik Gubir dan Tasik Pedu dan bukit sekeliling itu cukup hebat dan boleh dibuat kat RNR, tempat berkelah tempat rekreasi dan sebagainya. Aset dah ada cuma tambah sikit dimana semoga orang Kampung Belantek ni belah atas nu orang susah belaka kalau ada ruang dia boleh letak meja untuk jual jagung ka jual kacang ka untuk jual buatan asli daripada kampung. Jadi tidaklah laluan tadi akan terbuka rezeki.
Saya meletakkan hasrat yang disebut oleh Baginda Tuanku ini akan dilaksanakan secepat mungkin. Inilah harapan saya yang terakhir dalam Dewan ini dan begitu juga saya ucap terima kasih kepada Dato’ Kewangan kita yang telah hadir bersama turun ke Belantek tunjuk yang tak nampak sampai 4 buah titi, satu titi tu tak sempat buat apa, titi pun ada bekas saja, hat nak runtuh lagi tu 3. Disebutkan ini ialah untuk kawasan Belantek dan telah pun membuat lawatan saya hanya harapkan bahawa itu diluluskan segeralah dalam bentuk untuk menyiapkan titi dan sebagainya.
Dengan itulah terima kasih harap maaf jika tinggi nada tu tak larat dah kalau slow tak boleh dan saya sebagai muntakhirnya kemungkinan ucapkan mohon maaf kepada semualah kalau ada tersilap marah. Memanglah dalam Dewan ini bergaduh macam ini lah lepastu keluar dia tepuk bahu. Saya mohon maaf atas kesilapan tertinggi nada suara dan sebagainya sekadar itulah saya dengan ini menyokong apa yang dihasratkan dalam ucapan titah Baginda Tuanku bagi perasmian dan juga untuk kita sama-sama tentukan nilai untuk meletakkan apa yang dihasratkan.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Belantek sekarang saya jemput Bakar Arang.
Terima kasih YB. Dato' speaker kerana memberi peluang kepada Bakar Arang untuk membahaskan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Tuanku Sultan.
Sembang santai di halaman, Kopi cicah bahulu sebagai sarapan, Bakar Arang tampil berkongsi pandangan, Menjunjung Kasih Titah Tuanku Sultan.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tuanku Sultan kerana sudi menyampaikan titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Keenam dan Salam Sejahtera dan Selamat Pagi kepada semua ahli-ahli yang berhormat juga dan juga semua yang berada dalam dewan yang mulia ini.
YB. Dato’ speaker kita tahu dalam zaman sekarang adalah kita sudah dua tahun dalam pendemik covid dan satu tahun dalam pemulihan ataupun post pendemik covid ini dan saya rasa sekarang adalah satu keadaan dimana dunia berubah dengan cepat dan sekarang juga satu peluang yang sangat bagus untuk seluruh dunia bersaing untuk majukan negara, mereka majukan ekonomi kita dan juga pasaran yang baru untuk sesiapa saja yang sudah bersiap sedia, berkebolehan untuk menggerak peluang ini untuk menjadi lebih majulah.
Semua negara selepas covid ini banyak perubahan telah berlaku, banyak benda semua pergi kepada apa digitalization ataupun information dan tapi pada masa yang sama juga kita mempunyai cabaran pelbagai cabaran termasuk cabaran perubahan iklim yang telah pun dibangkitkan oleh banyak pihak. Disebabkan perubahan iklim juga kita mempunyai cabaran tentang menghadapi bencana, kita juga menghadapi jaminan makanan ataupun food security yang akan kita menghadapi risiko mungkin satu hari nanti kita tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Akan tetapi walau bagaimanapun kita di Negeri Kedah, satu negeri yang bagus, satu negeri yang mempunyai potensi yang baik sebagaimana kita bersama-sama untuk bukan sahaja meneruskan segala usaha daripada pelbagai kerajaan yang sebelum ini untuk kita nak menjadi rakyat di Negeri Kedah ini lebih sejahtera sebab saya rasa hasrat rakyat itu sangat mudah ataupun simple sahaja . Mereka nak satu kehidupan yang baik kalau boleh kita nak membasmi kemiskinan kita nak pendapatan rakyat menjadi lebih baik dan lebih kepada kesejahteraan dan juga persekitaran yang lebih baik.
Saya rasa apa yang telah pun dititahkankan oleh Tuanku dalam ucapan perasmian sangat tepat sangat ‘spot on the point’ di mana banyak isi kandungan ataupun cadangan ataupun teguran itu sangat tepat pada masa tepat pada isunya. Salah satu yang telah pun dibangkit oleh Tuanku adalah tentang pelancongan bukan sahaja isu feri di Langkawi tetapi juga isu pelancongan tarikan di Tanah Besar termasuk bangunan lama dan juga tempat-tempat dalam persekitaran ataupun tempat semula jadi. Apa yang saya nak bangkitkan di sini ialah sebenarnya kita dalam dewan ini dalam perbahasan yang satu tahun yang lalu 2 tahun yang lalu ataupun 3 tahun yang lalu dalam khususnya pendemik ini kita telah pun berkali-kali menyebut bahawa walaupun dalam pendemik tak boleh nak melancong tetapi persiapan untuk bersiap sedia infrastruktur ataupun bersiap sedia untuk tempat-tempat pelancongan itu sangat penting tu sebab selepas pembukaan selepas ada pergerakan selepas PKP ini semua orang bukan saja orang Malaysia tetapi seluruh dunia akan datang, semua orang akan pergi melanconglah dan kalau pada tiga tahun yang ini dua tahun yang lepas ini kita telah pun membuat persiapan yang mencukupi di Negeri Kedah. Kita akan merasai hasil limpahan ekonomi daripada pelancongan itulah kalau kita sudah pun bersiap sedia ada. Tetapi kadang-kadang kita pun kuatir apakah para Exco dan juga MB telah pun melakukan untuk mensiap siagakan benda-benda ini.
Kita kata Ulu Muda, ramai orang sekarang pergi camping dan sebagainya tetapi adakah infrastruktur ataupun persediaan sebagai kemudahan dan juga tarikan kita sebenarnya banyak ruang lagi boleh di ‘maximise’ kan lagi sebelum tu ada usaha untuk membangunkan Taman Negeri Ulu Muda.
Adakah program-program di sana sebab saya rasa penduduk ataupun usahawan mereka telah pun melakukan apa yang mereka yang terbaik untuk membekalkan suasana untuk pelancong untuk pergi tetapi kerjasama daripada kerajaan juga sangat penting untuk memberi tambah nilai kepada tempat-tempat itu sama juga di Lembah Bujang, di Sungai Batu sebelum ni juga kita nak bangunkan galeri, nak membangunkan pameran di situ. Apakah yang berlaku dalam dua tiga tahun ini? Apakah perkembangan terbarunya untuk kita menyambut lebih ramai pelancong ke tempat itu? So saya rasa eko-pelancongan ni kita sudah banyak kita sebut tetapi kita perlu pelaksanaan yang betul-betul boleh memberi satu tempat yang selesa supaya pelancong boleh datang ke sini dan bila mereka datang ke sini peniaga kecil kita yang berniaga dan sebagainya mereka akan mendapat limpahan ekonomi daripada itu.
Seterusnya, bukan sahaja kerana bukan sahaja pelancongan tetapi untuk menghadapi cabaran ataupun perubahan dunia yang begitu rapid ini, saya rasa pilihan untuk kita mengambil pelabur juga sangat penting. Apabila saya telah meneliti pelaburan yang masuk ke Negeri Kedah ini, saya rasa bersyukurlah juga sebab saya mendapati dalam tahun 2022 RM8 bilion pelaburan di Negeri Kedah out of daripada RM11 bilion pelaburan di Kedah ini RM8 bilion itu adalah di sektor elektrikal dan elektronik so saya rasa ini adalah satu benda yang baik lah sebab yang datang ini adalah industri yang berteknologi tinggi dan bukannya industri-industri yang hanya label intensif mean bergantung kepada pekerja buruh ataupun industri-industri yang mencemarkan persekitaran kita sahaja. Kalau terlalu banyak industri yang seperti yang saya bangkitkan dalam sidang yang lepas kalau semua industri untuk kitar semula bahan buangan ataupun sisa tak kiralah plastik apa ataupun kertas yang sebelum ni yang besar-besar yang mungkin Negara China sudah tak mahu tapi semua datang ke Malaysia tapi saya rasa lebih baik kita memilih industri-industri yang berteknologi tinggi yang berasaskan pengetahuan dan juga skill-skill yang lebih tinggi. Jadi, saya rasa ini sangat penting dan kalau kita bukan sahaja tidak bergantung kepada industri sama penting juga sektor pertanian dan juga sektor-sektor ekonomi yang lain yang di mana kita boleh menarik balik anak-anak Kedah ini yang bekerja di tempat lain untuk balik ke Kedah untuk kerja di sini.
Saya rasa ini sangat penting dan juga rasa sama penting juga kerajaan boleh fokus untuk mengadakan training center kerana banyak cakap tentang TVET, kemahiran TVET so saya rasa boleh mengadakan program-program yang boleh matching dengan keperluan pekerjaan yang berada di Kedah terutamanya di pertanian kita perlu pertanian yang berteknologi tinggi iaitu Agrotek kita ada industri EnE. Saya rasa TVET juga boleh membekalkan program latihan yang berkait dengan hala tuju ekonomi di Negeri Kedah supaya kita boleh melahirkan talent ataupun tenaga kerja yang boleh matching dengan keperluan pasaran inilah.
Saya rasa kita perlu lakukan dengan cepat sebab kita mempunyai segala apa, strategik perniagaan, dari segi geografically ataupun ada apa-apa apa asas yang kita telah pun bina sebelum ini apa yang penting ialah kita perlu buat benda yang betul dan juga ada pelaksanaan yang lebih lebih baik.
YB. Dato’ Speaker, seterusnya saya ingin bangkitkan sedikit tentang isu di kawasan saya di Bakar Arang dan Sungai Petani. Ada beberapa isu dalam isu yang lama tetapi sehingga sekarang masih lagi sama, tidak ada perubahan yang banyak termasuk masalah air, masalah kesesakan lalu lintas, tapi satu lagi isu yang baru-baru ini penduduk mengadu kepada saya adalah lebih spesifik mengenai satu tempat iaituTaman Sinar Intan 3, 1 Taman yang baru yang dibina atas tanah bendang, tanah sawah padi lah sebelum tu sawah padi tapi itu telah pun menjadi satu taman kediaman.
So, penduduk di sana mengadu bahawa tanah di sana telah pun runtuh ataupun mendap semakin hari semakin mendap so dia telah pun menjejas struktur-struktur rumah itu dan menjadi risiko untuk mereka terus menduduki sebab dinding mula ‘cracking’ dan juga dan sangat jelas dan seluruh tanah di situ semakin hari semakin mendap so mereka sebenarnya telah pun membuat aduan kepada MPSP (Majlis Perbandaran Sungai Petani) dan juga ada pelbagai apa Consultant, Engineer ataupun pihak untuk pergi turun ke padang untuk membuat semakan dan juga kajian tetapi sehingga kini pemaju masih enggan untuk melakukan apa satu penyelesaian kepada mereka. Walaupun pada masa itu sudah ada dua buah rumah pemaju telah pun robohkan rumah dua buah rumah itu disebabkan dikatakan tidak selamat. Tapi sekarang rumah-rumah yang lain, penduduk-penduduk yang lain masih dapat berurusan dengan dengan pemaju dan juga in MPSPK tetapi mereka masih tidak menerima satu penyelesaian yang yang baiklah di mana ada ganti rugi ataupun roboh dan bina semula.
Saya rasa itu satu aduan daripada penduduk di Taman Sinar Intan 3, satu perumahan yang baru I think dalam 4 tahun macam itu, mereka menghadapi satu risiko ke atas keselamatan mereka untuk terus menduduki satu tempat, rumah baru mereka sebab di bawah tanah itu ada ‘movement’ ada pergerakan sebab dulu ialah bendang dan mungkin apa ataupun tak cukup kukuh. Speaker telah tengok saya!
Tak, you ada lagi 2 minit!
Oh..ada lagi 2 minit. Oklah, so saya rasa tak banyak lagi yang saya nak cakap. Saya sangat menghargai dapat peluang untuk berada di sini, sudah 10 tahun saya menjadi ADUN, Ya..sekejap saja masa berlalu sangat berterima kasih kepada yang mengundi saya di Bakar Arang dan juga semua kawan-kawan di sini. Sama-sama saya belajar dengan semua rakan-rakan di sini termasuk penjawat-penjawat awam, saya banyak belajar dan menjadi saya lebih handal dalam semua sektor. Tahniah juga kepada Dato’ Ketua Pembangkang kita..ya..silakan! (YB. Suka Menanti mencelah)
YB. Dato’ Speaker, saya mohon pandangan daripada Bakar Arang saya mohon sekiranya Bakar Arang berpeluang berada di Putrajaya harap boleh bantu Kedah ni supaya hubungan kita jauh lebih baik daripada semasa ini yang saya lihat waktu ini kita agak tegang sikit Kerajaan Kedah bersama dengan Perdana Menteri pun agak tegang juga hubungannya, masih lagi ada isu kes mahkamah dan sebagainya. Kemudian dengan Menteri Ekonomi pun ada banyak masalah, itu satu lagi aspek yang cukup penting dalam kerajaan. Kemudian Menteri Pengangkutan pun dah mula ada ketegangan Jadi, saya harap Menteri MOSTI ni akan jadi satu benchmark kalau sampai MOSTI pun jadi masalah kalau dah habis semua masalah. Jadi saya harap Bakar Arang yang berada di Putrajaya tu boleh membantu hubungan hubungan menjadi lebih baik dengan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.
Terima kasih suka menanti dan tahniah atas perlantikan sebagai Ketua Pembangkang Negeri Kedah. Ya..kita pun mengambil berat tentang titah ucapan daripada Tuanku Sultan mengenai hubungan yang baik antara negeri dan juga Persekutuan dan saya rasa ini usaha sama-sama kita untuk mengeratkan lagi tujuannya hanya adalah untuk kebaikan Negeri Kedah supaya Kerajaan Persekutuan juga ni kita sama-sama berusaha untuk membawa pembangunan di Negeri Kedah. Sudah tentu saya akan berusaha di mana apa yang saya boleh lakukan dengan peranan yang saya ada, saya akan usaha untuk kita mengadakan satu jalinan hubungan yang baik dan khususnya dalam Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta juga akan menitik berat tentang Kedah untuk supaya membawa lebih banyak kemajuan dalam sektor ini di Negeri Kedah so itu sahaja daripada saya Dato’ Speaker, Saya menyokong penuh dan juga Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan sebentar perasmian Dewan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah. Terima kasih.
Terima Kasih Bakar Arang, seterusnya Kubang Rotan
YB. Dato’ Speaker, saya ingin bertanya Dato’ Speaker, kelayakan Kubang Rotan untuk berbahas Titah Tuanku dengan apa yang diucapkan dalam Tik Tok dalam dua hari lepas.
Saya tak baca Tik Tok, silakan YB. Kubang Rotan!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah Rabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Asrofil Ambiya Iwal Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain Amma’ Baq. Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih kerana tiada juga dan mengambil bahagian dalam Menjunjung Kasih kepada Titah Ucapan Diraja Tuanku Sultan Kedah dalam Pembukaan Sidang DUN kelmarin. Ucapan petikan daripada Bacharuddin Jusuf. Mutiara kata daripada BJ Habibie “Demokrasi pada dasarnya berkaitan dengan kualitas sumber daya manusia. Semakin baik kualitas sumber daya manusia, semakin terbuka untuk menyebarluaskan dan mempraktikkan gagasan demokrasi” – Bacharuddin Jusuf Habibie.
YB. Dato’ Speaker, sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah masukkan dalam ucapan saya tahniah kepada Yang Berhormat Suka Menanti Ketua Pembangkang yang baru dan juga sahabat saya YB Senator, Ustaz Mussodak Ahmad dan YB Bayu sebagai Senator dan juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Polis Negeri Kedah dan juga anggota PDRM, IPK dan IPD yang mana telah pun melakukan serbuan OPS Khas dalam ‘House Storming’ pada hujung tahun lepas 86 buah rumah premis, 253 individu diperiksa berkaitan dengan isu dadah di Kuala Kedah. Terima kasih dan kedua dalam ucapan saya juga saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar yang begitu prihatin dan juga berjaya menyelesaikan isu penjaja dan peniaga kecil di pasar - pasar Billion terima kasih banyak.
YB. Dato' Speaker, saya ingin masukkan sikit dalam isu pertanian apa yang disentuh oleh Tuanku Sultan menyedari Negeri Kedah adalah negeri pertanian, kerajaan negeri perlulah menumpukan perhatian ke arah membuka tanah-tanah terbiar untuk diusahakan agar kita mampu mengekalkan negeri jelapang padi negara ini untuk apa yang telah diusulkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah berhubung dengan padi lima kali dalam tempoh dua tahun berkisar kekerapan pengeluaran padi. Namun, sedarkah kita bahawa kemampuan untuk melaksanakan amat terhad berdasarkan kos dan faktor alam sekitar terutamanya apabila bercakap mengenai’ follow period’ ataupun tanah jerlus. Negara yang maju seperti Jepun memerlukan waktu rehat bagi tanah setelah dua musim melakukan penanaman sebelum melaksanakan pertanian yang musim yang ketiga ataupun musim yang keempat.
Cadangan daripada pihak kita menebus tanah yang terbiar di kawasan pedalaman rumahnya di Pendang, di Padang Terap, Sik, Baling ada lebih munasabah berbanding dengan saranan menggunakan tanah seliaan Mada untuk menghasilkan padi lima kali dalam masa dua tahun. Ini lebih praktikal serta produktif selaku negeri pertanian supaya bersesuaian dengan kawasan berkenaan benih yang bersesuai hendaklah dicari serta diperkenalkan oleh pihak Mardi atau mana-mana agensi yang dipertanggungjawabkan agar bersesuaian dengan tanah di kawasan pedalaman berbanding dengan benih yang digunakan di kawasan Mada berbanding benih benih yang digunakan oleh kawasan mada. Mungkin jumlah penggunaan padi di kawasan pedalaman adalah kurang berbanding daripada kawasan bandar namun jumlah pengeluaran berkadar langsung dalam jumlah tanah akan menokok-tambah jualan secara langsung.
YB. Dato’ Speaker, berkenaan dengan kediaman orang miskin sepatutnya Kerajaan Negeri haruslah berusaha untuk memperjuangkan perumahan mampu milik rakyat negeri ini. Dasar dan polisi saya tidak nampak hampir 3 tahun ini yang berlaku kami selaku penduduk di kawasan Kuala Kedah yang mana penduduk miskin terpaksa tinggal di kawasan setinggan ini bukan Rohingya, bukan isu Burma dan sebagainya ini anak-anak orang-orang tempatan dan juga generasi kita. Saya menyarankan agar kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah dana bagi membaik pulih rumah setinggan di Kuala Kedah dan kawasan yang seumpamanya ekoran kegagalan negeri yang membina perumahan untuk orang miskin.
YB. Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan hutan simpan Ulu Muda yang telah pun disentuh dalam titah Tuanku Sultan. Untuk maklumat Hutan Simpan Ulu Muda membekalkan kira-kira 96% air mentah untuk Kedah 70% untuk Perlis 80% untuk Pulau Pinang bagi tujuan kegunaan domestik pertanian dan juga perindustrian.
Dan ia juga melibatkan 27 pertubuhab PPK dan hasil tanaman padi berjumlah RM1.4 bilion pendapatan sawah di seluruh Kedah dan Perlis. Penghasilan 40% daripada beras negara daripada jumlah tersebut 70% dari pihak mana yang harus diambil kira, sawah bendang boleh terancam kerana sumber air dari hutan ini kini digunakan bagi pengairan 96,558 hektar sawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda atau MADA. Jika sumber air dari Hutan Sungai Ulu muda tergugat bagaimana kita mahu memastikan pengairan sawah tidak terganggu pada masa depan sedangkan kita tahu peranan Ulu Muda dan menyumbang kepada jaminan keselamatan makanan melalui industri padi. Kita telah pun pernah mensarankan mewartakan keseluruhan Hutan Hutan Simpan Ulu muda yang menempatkan empat Empangan penting iaitu Empangan Pedu, Muda, Ahning, dan Beris sebagai Taman Negara atau Taman Negeri bersifat kekal dan tiada siapa pun boleh menyentuh kawasan itu meskipun berlaku pertukaran kepimpinan ataupun kerajaan negeri.
Sepertimana yang disarankan oleh Ke Bawah Duli Tuanku Sultan juga iaitu mempromosikan hutan simpan Ulu Muda dalam bidang pelancongan seperti di Borneo tempat pelancongan dan research center, kajian flora dan fauna di dalam hutan, di peta dunia contoh Danum Valley di Sabah, Maliau Basin di Sabah, United Nations Development Program (UNDP), World Life Fun (WWF), Malaysia Nature Society (MNS) terlibat dengan agensi kerajaan untuk usaha alam sekitar serta khususnya di Hutan Ulu Muda yang mana pernah didokumentarikan di dalam National Geographic. Perancangan jangka panjang dalam bidang pelancongan dan kajian hutan menjadikan Ulu Muda sebagai Wild Life dan National Park atau State Park untuk digazetkan dalam enakmen kerajaan negeri di masa hadapan. Hutan Simpan Ulu muda merangkumi kawasan 100 ribu hektar di kawasan Ulu Muda dan kaya dengan hidupan flora dan fauna dan lebih 100 spesies mamalia, 50 spesies reptilia. Kesemuanya apa yang saya perkatakan di atas adalah tertakluk kepada Hutan Simpan Ulu muda malah melibatkan hutan simpan di seluruh Negeri Kedah.
YB.Dato’ Speaker, saya ingin sentuh tentang sedikit pandangan saya amat bersetuju dan seikhlas hati dan sependapat dengan titah Diraja yang menekankan tentang pentingnya keharmonian hubungan di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Baginda juga bertitah supaya di elakkan politik secara berlebihan dan sentiasa berusaha menjaga hubungan di antara satu sama lain khususnya antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Ini adalah fokus kerajaan terhadap penyelesaian isu dan permasalahan rakyat. Rakyat tidak terjejas.
Sebagai contoh, kita membangkitkan isu pertikaian pajakan Negeri Pulau Pinang Negeri Kedah dengan menyebut beberapa surat dan dokumen di antara Sultan Abdullah dengan Francis Light. YB. Dato’ Speaker, sesungguhnya isu yang berbeza sepatutnya dibangkitkan di dalam gelanggang yang berbeza. Saya ngin membawa sidang ada Ahli Yang Berhormat sekalian untuk merujuk kepada pindaan perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang Pulau Pinang Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu manakala perkara 71 memperuntukkan jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri. Ketatanegaraan Malaysia yang perlu difahami ialah sebuah pemersekutuan 9 kerajaan Melayu berdaulat dengan 2 negeri selat yang diikat melalui Perjanjian Persekutuan pada 21 Januari 1948. Kemudian, diikat pula dengan Persekutuan Tanah Melayu Sabah dan Sarawak melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Saya merujuk kepada senarai Persekutuan dan senarai bersama yang menyatakan tentang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan serta hak kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan seperti diperuntukkan dalam fasa satu Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Sudah semestinya terdapat banyak ruang kita berhujah tentang sejarah perjanjian Negeri Kedah dan pihak Inggeris yang sudah kita tahu ianya kaya dengan pelbagai rahsia dan terbuka kepada pelbagai kupasan dan juga tafsiran. Walaupun apa jua hujahan masing-masing, ianya terbatal selepas terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu melalui perjanjian dan perlembagaan yang saya sebutkan sebentar tadi dia yang menjadi counter productive kepada usaha kita.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk membahaskan yang lebih mendesak iaitu berkaitan Pelan Pembangunan Kebajikan Rakyat Negeri Kedah yang harus kita perjuangkan, yang kita cintai dan kita sayangi. YB. Dato’ Speaker di dalam usaha kita untuk merangka pelan penurunan yang bersaiz Mega seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, (KXP), Kedah Rubber City (KRC) mahupun Hub Logistik Special Border Economic Zone (SBEZ) yang telah disentuh dalam titah ucapan Tuanku sudah tentunya kita memerlukan gandingan yang harmoni di antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan dengan mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dan mengurangkan kegiatan politik yang berlebihan harap ianya akan menurun suhu yang panas di antara Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan lantas dapat usaha-usaha kerajaan negeri dapat diteruskan serta perbincangan dalam menjayakan agenda pembangunan dapat digiatkan demi kebaikan bersama seluruh rakyat negeri Kedah.
Sikit saya nak sentuh tentang sejarah! Tuanku Sultan amat cintakan sejarah Negeri Kedah terutamanya di Kota Kuala Kedah. Saya ingin menceritakan sikit sejarah untuk perhatian sebab Tuanku pernah titah kepada saya dulu pergi belajar tentang sejarah. Kita pun dalam bidang finance dan kewangan tak pandai. Satu sejarah apabila pintu kacapuri terbuka, jarang didapati pintu ini terbuka melainkan pada saat-saat tertentu malah pintu kacapuri ini akan sentiasa tertutup satu benteng pertahanan ampuh Negeri Kedah. Pintu akan buka ketika menerima kedatangan Sultan dan pembesar. Pada tarikh 12 November 1821 ia pernah terbuka hingga mengundang padah dalam catatan sejarah nama Raja Ligor, Nakhon Si Thammarat sekarang ini nama wilayah dia. Phya Buri Sakhmuton adalah helah mencari bantuan beras kerana sedang berperang dengan Bruma telah memperdayakan Datuk Bendahara. Inilah di antara saat-saat kecewa apabila pintu kacapuri terbuka, isu pengkhianatan.
Kedah berperang dengan Siam dan British bermula tahun 1821 dan 1842 melalui Perang Musuh Bisik. 21 tahun kita berperang di Kedah, di Kota Kuala Kedah sepatutnya kita angkat Kota Kuala Kedah sebagai Dataran Pahlawan yang mengorbankan ramai pejuang-pejuang Fisabilillah. Selama 21 tahun tanpa jemu Sultan Ahmad Tajuddin berjuang akhirnya mendapat kembali kedaulatan Negeri Kedah sehingga kini salah silah keturunan Diraja Kedah tidak pernah putus dan yang paling lama dalam dunia. Kota Kuala Kedah, hasil seni reka pada ketika itu memegang jawatan Datuk Maharaja Khadi selaku anak tempatan berbanding dengan Kota A Famosa, hasil ciptaan perbuatan Portugis. Jadi, beri perhatian kepada Kota Kuala Kedah di dalam bidang pelancongan. Panglima Perang Kedah mengambil contoh nama Tengku Kudin, Tengku Muhammad Saad, Datuk Laksamana Wan Muhammad Ali, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dan lain-lainnya tercatat dalam tulisan masyarakat antarabangsa. Ia diiktiraf kewujudannya dalam bentuk dokumen lengkap melalui catatan British mahupun Thailand. Ini termasuklah dalam buku At-Tarikh Salasilah tulisan tempatan oleh Datuk kerani Muhammad Hassan iaitu Muhammad Arsyad berbanding dengan cerita panglima perang Melaka seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir lebih bersifat legend dan tidak boleh disahihkan dalam bentuk dokumen dan kita sejarah Negeri Kedah ini memang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Kubang Rotan, sila buat penutup!
Baik…Mana-mana catatan pengenalan Antarabangsa seperti nama Alfonso de Albuquerque dan Diogo Lopes de Sequiera, kisah mereka tercatat dalam tulisan Sulalatus Salatin oleh Tun Sri Lanang. Terlalu banyak persoalan berkenaan nama-nama panglima-panglima Melaka.
Sebelum saya landing Dato’ Speaker, untuk maklumat isu di dalam kawasan saya yang telah dibangkitkan dan dihantar kepada saya. Sistem perparitan di sepanjang jalan Kuala Kedah yang gagal diselenggarakan oleh pihak agensi, saya minta perhatian menyebabkan masalah banjir kilat dan aliran masuk ke dalam rumah air yang banjir kilat ini di kawasan area Taman Seri Marina.
Yang kedua adalah Kampung Laksamana isu air yang masih lagi berlaku sampai sekarang ni yang kadang kita kita kita dah selesai kan banyak itu tapi itu isu masih berlaku sentiasa berlaku di Kampung Tengku Laksamana, Kampung Tepi Laut, Kampung Tok Pasai, Lorong 3, Lorong 8, Lorong 9, Taman Selat, Taman Desarina, Taman Sri Putra Kampung Tengah dan isu kerajaan negeri untuk memberikan yang terakhir masuk dalam ucapan saya kerajaan negeri sepatutnya memberi sumbangan one-off kepada Petani pesawah di negeri. Dan yang terakhir masuk dalam ucapan saya, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi sumbangan one off kepada petani dan pesawah di negeri ini seperti Pulau Pinang yang mana telah diberi RM500 kepada setiap ahli petani, (YB. Bukit Lada mencelah)
Boleh sikit kut! Sikit Kubang Rotan?
Tak pa saya tak bagi, duduklah tak payah berdiri, letih tu!
Tadi kata nak bagi, janjir macam mana ni?
Jadi saya mohon supaya Kerajaan Negeri Kedah juga mengikuti kerajaan Pulau Pinang yang memberi one-off sebanyak RM500 walaupun ada duit sumbangan daripada kerajaan persekutuan baru-baru ini termasuk dalam bajet tetapi kita lebih prihatin kepada Negeri Kedah dan negeri jelapang padi. Terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker saya dengan ini menjunjung kasih dan menyokong titah ucapan tuanku sultan sekian terima kasih dan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Kubang Rotan, Ahli-Ahli Yang Berhormat dia kalau nak mencelah pun kita celah di tengah-tengah Janganlah kawan tu nak turun bas sangat dah kita pun nak pergi percui kot itu juga dia duk reling mata speaker pun kena tengok juga! Tengok masa yang sesuai nak celah, kita celah. Kalau ending orang kita nak p celah tu tak sesuailah silakan Pedu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Rahmanir Rahim Alhamdulillahi Rabbil Alamin Washolatu Wassalamu Ala Asrofil Ambiya Iwal Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Terima kasih YB. Dato’ Speaker yang telah memberi peluang kepada saya untuk membahas titah ucapan Tuanku pada hari pembukaan. Yang Dihormati YAB Jeneri, Yang Dihormati Barisan Exco, Adun-Adun, Ketua-Ketua Jabatan, Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Jadi, pada hari ini peluang untuk saya berucap untuk bahasa usul ini, jadi banyaklah Adun-Adun telah berucap dengan apa yang telah diterjemahkan oleh ucapan titah Tuanku Sultan cumanya pada tengah hari ini saya nak ambil sikit lah apa yang telah dititah oleh Tuanku mengenai warisan budaya seperti wayang kulit, tarian tradisional, permainan rakyat, makanan tradisional. macam YB. Dato’ Speaker sebut tadi buah nam-nam, makanan eksotik buah keranda lagi, buah seralat. Jadi, nama-nama buah ni dah lama tak timbul cumanya kalau kita lihat la ni buah nam-nam tu masih banyak lagi ada di kampung-kampung. Kalau buah seralat tu ada juga tapi budak-budak la tak tak teringin nak makan dah, nak buang bulu dia tak reti dah jadi dia busuk bawah pokok. Di sini saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kedah ambil sedikit saranan daripada tuanku untuk kita bermula projek perintis di tempat arwah ustaz Azizan buat dulu ni di Carok Kaki Bunga, masih lagi ada tapak yang boleh buat projek perintis untuk menanam pokok-pokok yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan.
Jadi, apabila kita tanam di Carok Kaki Bunga ini bolehlah teruskan dengan projek pelancongan yang telah di titah oleh Sultan diteruskan apabila disebutkan di Tasik Pedu dengan ada gajah dia, dengan ada harimau, dengan ada macam-macam binatang di Tasik Pedu itu. Jadi, disekalikan dengan satu tempat untuk dijadikan satu projek pelancongan di Tasik Pedu. Di Tasik Pedu sekarang ni ada beberapa pegawai daerah bertukar 5 tahun ini 4 orang dah, setiap pegawai daerah merancang untuk buat pusat pelancongan di Tasik Pedu, elok nak jadi sikit tukar DO lain pulak, elok nak jadi sikit tukar,
Alhamdulillah walaupun bertukar orang tapi perancangan itu masih lagi bergerak untuk menuju ke cadangan yang telah dirancang pada awal dulu. Jadi sedikit lah buah mula untuk pelancongan. Jadi, buah nam-nam tu takpalah lepas ini kita buat cicah dengan dengan garam belacan. Jadi, sampai sana sat gi kita bolehlah jumpa untuk projek-projek ini.
Yang keduanya, saya nampak apabila Tuanku sebut benda-benda tradisional. Saya nampak di Padang Terap ini ada projek apa, orang sana panggil tajuk padi huma. Kalau orang nak tau tanam dak padi huma ini dia tak guna benih dia mengajuk, Bahasa buku panggil apa tak tau, kita tak mengaji Bahasa buku ini. Bukan menabur! Padi huma ini dia tajamkan kayu, dia pacak dia bubuh biji dalam lubang itu. Lani, di Padang Terap khususya di Kg. Kubang Bemban, Kg. Bogas dan Kg. Bukit Buluh sedang rancak musim menanam padi huma. Jadi, ada potensi untuk membangun sektor ekonomi masyarakat khasnya di Padang Terap. Jadi, di sana ada banyak kebun getah yang buat semula, jadi pada hari ini saya nak mcencadangkan supaya jabatan-jabatan berkenaan contohnya RISDA. RISDA ini dia ada projek penanaman semula getah berkelompok. Kalau sorang-sorang tu payah nak jaga tapi kalau kelompok tu kita jadikan padi huma ni sebagai projek perintis untuk menambah pendapatan ahli-ahli pekebun kecil di Daerah Padang Terap.
Jadi, padi huma ni dia kos rendah pasai dia tak tengah duk tunggu air masuk tak kena meracun, banyak benda yang tak perlu cuma rumput dan racun serangga. Jadi, yang buat lepas dah ni kalau satu relung tu dia lebih kurang pendapatan dia tinggi juga, pendapatan dia kalau kasarnya 200 kilo beras, sekarang ni harga dia RM18 ke RM20, 1 kilo kalau RM20 satu kilo, kalau 200 kilo satu relung RM4,000 pendapatan dia. Jadi, tanah semula ni selalunya 3 ke 5 relung habis sikit kalau maknanya 5 relung serelung dapat RM4,000 satu musim dapat pendapatan RM20,000 pekebun kecil yang buat apa padi huma ini cuma sekarang ini yang orang tak berusaha dengan cara besar-besaran kerana kerumitan dia untuk mendapatkan menjadikan beras tu….(YB. Pengkalan Kundor mencelah)
YB. Dato’ Speaker, padi huma satulah tetapi Padang Terap juga terkenal dengan padi wangi. Saya duk nampak padi wangi ini sekarang ini tak berapa nak wangi nak dia jadi makin merosot ataupun macam mana? Keluasannya adakah semakin berkurang hasilnya macam mana? Ataupun apakah usaha-usaha tambahan yang telah diberikan dalam usaha untuk memastikan bahawa padi wangi di Kuala Nerang itu dapat diteruskan dengan cara yang baik?
Terima kasih hat tu cerita padi wangi saya dok cerita padi huma jadi cerita wangi tak wangi ni sat gi sampai tang wangi dia, lambat sikit nak wangi ini. Jadi, cerita padi huma ini orang tak berapa nak buat kerana cara untuk mendapatkan dan nak proses mendapatkan hasil dia tu susah dan lambat dan menggunakan banyak tenaga. Jadi boleh ceritalah takut tak faham tapi kena cerita juga proses membuat padi huma.
Jadi, padi huma ini dia nak kena selepas dapat buah, kita kena mengetam, kena mengirik lepas mengirik, kena mengurui, lepas mengurui, kena jemur selepas jemur kena tumbuk. Jadi, proses tradisional dia tu lambat. Jadi orang-orang yang nak buat ni dia mungkin dia rasa keberatan tu jadi benda tu tak tak dikomersialkan untuk semua cuma la orang duk buat ni orang yang paling rajin kalau malas tak boleh! Dia nak mengetam, nak balik mengirik, mengurui dia lambat proses dia! Tapi apabila saya mencadangkan ada jabatan yang ambil inisiatif ini supaya kita dapat proses pengambilan dia ada mesin untuk pukul padi ka, la mesin proses beras itu ada dah, cuma daripada mengirik nak kepada memukul itu, kalau proses itu kita dapat memberi kepada masyarakat insya-allah projek padi huma ini akan dapat diperluaskan. Tadi kita kira Smart SBB yang ni SBK pula secara kecil untuk memproses makanan tradisional yang telah dititahkan oleh Tuanku.
Jadi, padi huma yang nak wangi, dia kena tempat pembakaran pokok-pokok, tempat bakar tu lepas tu dia akan menjadikan proses mewangikan beras tu. Kalau tanah tu tanah rang dia tak akan timbul wangi tu dia, dia kena tanah pembakaran sebab tu beras dulu dia wangi sebab apa pasal proses bakar hutan, tanah macam tu dia akan jadi wangi kepada beras itu tapi apabila tanah ini dah di gunakan baja-baja kimia, dia hilang asli dia tu, cerita asli tradisional tu . Yang tu sikit bab padi huma itu.
Yang keduanya saya nak masuk mengenai masalah tanah wakaf. Jadi, tanah wakaf ini di mana-mana pun banyak tanah wakaf, masjid dan surau. Jadi apabila tanah wakaf masjid dan surau ini tidak ada geran, tidak ada pagar, tidak ada pengusaha. Jadi apabila berlakunya tanah wakaf ini banyak hak masjid, hak surau, hak kubur macam-macam hak! Apabila tanah ini tak dak geran, dan tak dak pengusaha tadi ini apabila orang masuk contohnya buat dangau tak pa lagi boleh usung dangau tu. Tapi apabila orang itu tanam pokok getah, tanam sawit, buat rumah, rumah tu harga ratus ribu selepas itu akan berlaku perpindahan antara tanah wakaf dan tuan yang masuk pengusaha di situ. Jadi, sini saya mengharapkan kepada Jabatan Agama untuk ambil tindakan untuk mempercepatkan proses tanah wakaf ini.
Cerita tanah wakaf ni macam-macam ada tanah wakaf asal, ada tanah wakaf mulut daripada Tok,Tok Wan ada dulu. Jadi duk bunyi wakaf-wakaf tapi geran tak ada tiba-tiba anak dia duk ingat tanah pak dia, dia pergi buat rumah lepas tu dia jadi lah sedikit pertelingkahan apabila berlaku tidak ada geran untuk menandakan bahawa tanah yang telah diwakafkan oleh keluarga dia kepada surau,masjid ataupun kubur...(YB. Sungai Limau mencelah)
YB. Dato’ Speaker mungkin boleh dicadangkan jika setuju pada Majlis Agama untuk mengeluarkan arahan kepada pihak masjid seluruh Kedah supaya pastikan masjid dan khususnya tanah perkuburan yang sedia ada tu ada pemilikan pada masjid mungkin kalau tunggu masjid nak mohon mungkin jawatankuasa tu rajin bertukar, orang dok harap ada kan. Jadi, satu arahan supaya semua masjid dah dapat alert dan pastikan benda itu berlaku, kalau tak ada geran buat permohonan dalam tempoh yang segeralah untuk diproses. Adakah Yang Berhormat Pedu setuju?
Terima kasih kepada Sungai Limau. Saya setuju dengan cadangan yang telah diberikan Seterusnya saya mencadangkanlah kepada semua tanah-tanah wakaf yang masih kosong terbiar sahaja. Jadi, di situ ada kadang-kadang sampai 5 relung10 relung 20 relung lebih pun ada tanah-tanah wakaf. tanah kubur yang lama-lama jadi ambillah inisiatif daripada tak kiralah jabatan mana-mana pun buat program asnaf jadi dalam kawasan tu takkan tak dak langsung asnaf, ada asnaf kita ambil dia, kita tanamlah apa-apa benda yang boleh mendapat pendapatan, pendapatan yang mudah dan tak kalut, jagung dia rajin gak.
Kalau hat mula, buah mula kita tanam lab,u tanam kundur hat tu kita tanam tak payah kawin bunga, kalau tembikai kena kawin bunga, pukul 7 nak kena kawin bunga dah takut nanti tak besar, tapi kalau labu dan kundur jadi bolehlah untuk bagi pendapatan kepada asnaf yang berada di kawasan tu. Jadi, kalau selepas itu kita adalah kita lantik kepala untuk jaga satu-satu daerah untuk memberi panduan dan perkhidmatan kepada asnaf ini untuk mencari makan di tanah-tanah yang diwakafkan itu untuk menjadi dana, kita sewa ka ikutlah yang mana kedah diluluskan oleh syarak. Yang itu, biar Pejabat Agama lah yang fikir.
Jadi, iniah satu-satu tapak yang kita rasa kena ambil satu pendekatan apabila duduk dalam hutan tak ada manfaat jadi rugilah kepada tanah yang tidak diusahakan itu. Jadi Kalau dah berebut dengan adik-beradik lagi apa semua ia akan jadi masalah sehingga bila-bila.
YB. Pedu, masa dah lebih dah!
Terlebih dah! Kata tak mau cakap banyak! Yang kawasan tak cerita lagi. Jadi, nak mintak sikit di kawasan cumanya nak sebut masalah titi di Kampung Padang Setoi dulu di bawah KPLB laa di bawah KKDW. Jadi, titi tu dah bergoyang 4 5 tahun jadi masa la ni pun dah tiang ditengah dah jadi tapak terapung, terhakis dibawah cuma la nih kalau benda berat lalu sikit dia akan bergoyang. Kita takut jadi macam titi Kampung Nahan. Titi Kampung Nahan dulu pun semasa kita mohon tiang tengah tu dah goyang tapi apabila tersilap langkah lori lalu lani runtuh terus. Jadi, dua titi inilah yang perlu dipercepatkan proses pembinaan. Yang lain-lain tu insya-allah semua dah ada dapat dilaksanakan.
kasih kepada pegawai kewangan negeri dan Kerajaan Negeri Kedah yang telah memberi dan meluluskan projek-projek kritikal yang tertinggal 10 ke 20 tahun dulu. Alhamdulillah semua telah selesai dan insya-allah kita akan usaha yang ke depan- kedepan ini untuk membantu orang panggil apa nikmat untuk masyarakat di Pedu khasnya. Jadi, setakat itulah yang saya sampaikan hari ini. Jadi, saya menyokong penuh ucapan perasmian KDYMM Tuanku Sultan. Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Pedu seterusnya silakan Yang Berhormat Bandar Baru.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, YB. Dato’ Speaker, YAB. Datuk Seri jener, rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua jabatan, pentadbiran kerajaan negeri serta persekutuan, pihak media dan seterusnya kepada semua sidang hadirin yang saya hormati sekalian.
Ke Kuala Ketil Membeli Baja, Singgah Sebentar Di Kampung Jeneri, Tiba Giliran Bahas Titah Diraja, Bersama Kita Berpakat Membantu Negeri Insya-Allah.
YB. Dato’ Speaker, terima kasih kerana memberi ruang kepada Bandar Baru yang juga akan membahaskan usul Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Sidang Dun kita yang ke-14 ini. Dan saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan perpaduan, Kerajaan Persekutuan kerana dalam Bajet Negara 2023 baru-baru ini telah memperuntukkan RM1.5 bilion kepada Negeri Kedah bagi pembangunan negeri dan kita pun bersyukur atas peruntukkan itu kerana sektor pendidikan juga dan kesihatan ditambah lebih 35% oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Kedah kerana nampak kita memang memerlukan fasiliti dalam dua sektor ini yang maknanya daripada bajet terdahulu memang kita akan dapat limpahan kepada sekolah, kepada klinik kepada hospital di seluruh Negeri Kedah ini akan pertambahan fasiliti dan juga infrastruktur tapi bagai duk katalah 10 tahun dalam Dewan ni Hospital Bandar Baru tak ada lagi insya-allah kerajaan perpaduan kena buatlah lepas ini dan kita pun tau kita pun tahu hubungan kita untuk membantu negeri dalam pembangunan ini mestilah ada kebergantungan yang penting kepada kerajaan persekutuan tak boleh dinafikan! Federal and State relations should compliments each other not compete one another dengan izin YB. Dato’ Speaker
Dalam amalan federalisme Malaysia kita pun memang kita perlukan Kerajaan Persekutuan tak kira siapa kerajaan negeri itu untuk membantu dalam pembangunan dan juga membangunkan negeri.
Lantas kepentingan kerajaan persekutuan dalam menjayakan projek-projek mega kita terutamanya dalam Negeri Kedah ini sangatlah penting dan melihat kepada apa yang dititahkan berkenaan dengan politik vendetta. Jadi, janganlah kita amalkan politik vendetta ini yang mana hanya mencetuskan kontroversi yang mana untuk mencapai political mileage dengan izin YB. Dato’ Speaker di mana pembangunan kita gagal kemajuan kita tak tercapai tetapi akhirnya kita hanya menang sorak saja. Itu saya juga ingin berbahas berkenaan dengan pembangunan dan juga pembesaran Kulim Hi-Tech Park yang mana kita tahu sejak 1996 Kulim Hi-Tech Park pada master plan yang pertama dan kini dah masuk master plan yang kedua daripada kajian JAIKA lagi, pembesaran Kulim Hi-Tech Park ni sebenarnya sampai ke 12 ribu ekar patutnya dan sekarang ini dah sampai ke fasa keempat yang saya anggarkan dalam lebih kurang 4,800 ekar dah dibangunkan dan perlu lagi keluasan untuk pembangunan yang lebih hebat lagi dalam teknologi pelaburan-pelaburan yang berteknologi tinggi ini dan kita tahu sejak dulunya Kerajaan Persekutuan memang memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan Kulim Hi-Tech Park lebih 60% lebih 70% inisiatif di Kulim Hi-Tech Park itu ada adalah daripada Kerajaan Persekutuan dari segi promosi dari segi pemasaran mendapatkan pelabur dan infrastruktur geran dan sebagainya adalah daripada Kerajaan Persekutuan.
Jadi, jangan kita tersangat bangga dengan Kulim Hi-Tech Park ini atas inisiatif kita. Saya juga ingin bertanyakan kepada kerajaan berapakah belanja, berapakah usaha kerajaan negeri untuk menarik pelabur yang banyak di Kulim Hi-Tech Park setakat ini. Saya anggarkan lebih kurang ada 41 MNC, syarikat pelabur yang besar dah ada di Kulim Hi-Tech Park dan lebih pada 74 pelabur-pelabur yang sokongan yang ada dan lebih 34,000 pekerja yang dah bekerja di Kulim Hi-Tech Park itu mungkin dah ada penambahan sekarang ini dan di mana nilai saya anggarkan setakat kuarter ketiga 2022 ini sebanyak RM126.4 bilion pelaburan nilainya dah ada di Kulim Hi-Tech Park.
Jadi, setakat ini berapakah perbelanjaan dan usaha kerajaan negeri yang telah ditaburkan di Kulim Hi-Tech Park itu yang mana saya sangat kuatir ke atas pelan pembesaran Kulim Hi-Tech Park ini kerana kita sekarang ini menghadapi beberapa masalah di Kulim Hi -Tech Park, tanah pun dah tak cukup dah, pengambilan tanah pun ada masalah mungkin kerajaan boleh kongsi apakah status yang sekarang pasal ke 4A fasa ke 5 sepatutnya dah siap, sepatutnya dah mulakan infrastruktur tetapi pengambilan tanah lagi masih belum selesai. Bagaimana nak jual dari masa ke depan ini? Macam mana nak lebih besar dan lebih ramai lagi pelabur-pelabur akan datang kalau tak ada tanah di Kulim Hi-Tech Park tersebut?
Ke mana pembesaran, ke mana master plan kedua, ke mana Kulim Hi-Tech Park, the greater Kulim Hi-Tech Park ke yang dalam masa yang akan datang bukan kita tengok dalam masa sekarang saja ini di masa yang 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun yang akan datang ini di mana Kulim Hi-Tech Park dan apakah perancangan kerajaan?
Saya juga sangat berterima kasih kepada MPKK dan tahniah kepada MPKK kerana benchmark E-10 yang telah dijalankan dan telah berjaya membantu pelabur-pelabur mewujudkan fasiliti, mewujudkan kilang-kilang dengan cepat di mana semua pelan-pelan pembangunan dicepatkan dalam proses E-10 ini tetapi sedihnya saya bila proses cepat, tanah pula tak cukup! Bila proses cepat, kualiti pelabur pun tak berapa nak bagus! Saya bagi satu contoh Aspen Glove, saya rasa saya memang bagi benchmark Aspen Glove ini sebagai satu syarikat pelabur yang hebat di mana berjaya dalam proses E-10 tetapi tiba-tiba dah tutup dah, tinggal sign board saja, tinggal hutang saja kepada KTPC. Apakah yang dibuat oleh kerajaan dan bagaimana kerajaan membuat pemilihan terhadap pelabur ini? Ini yang saya kata kita perlukan pelaburan yang berkualiti! Jangan kita ligan kuantiti, berapa pelabur nak mai di Kedah, berapa pelaburan nak mai di Kedah tetapi kualiti pelabur itu kita tak tengok! Kulim Hi-tech Park ini adalah hanya untuk ‘targeted’ industri sahaja, 13 target sektor sahaja yang dibenarkan masuk dalam Kulim Hi-Tech Park yang lain tu pi lah tempat perindustrian yang lain.
Contoh kalau semua pakat lalu kot Simpang 4 Kulim Hi-Tech Park tu signboard Kulim Hi-Tech Park tiba-tiba ada sign board besar EB Frozen Food mana teknologi tinggi sangat EB Frozen Food ni tapi saya sangat bangga lah bila saya pergi ke Jaya Jusco, AEON Big saya pergi ke tempat frozen.
YB. Dato’ Speaker saya dengan anak-anak tiba-tiba anak saya tegur dah ada produk baru di AEON yang itu EB Frozen. Baru saya perasan mungkin ini dan adalah dikeluarkan oleh produk Kulim Hi-Tech Park. Adakah lebih kita bangga sekiranya frozen food ini diletakkan di Halal Park kita, satu signature pendustrian yang mengeluarkan produk-produk makanan halal, ubatan halal dan sebagainya di Sungai Petani. Dah masuk fasa kedua tetapi diletakkan di Kulim Hi-Tech Park mana relevennya kan dan saya juga melihat kepada kualiti-kualiti pelabur yang saya rasa perlu dilihat semula, dibuat pemetaan semula, kerana kita ada banyak lagi kawasan industri yang baru dan lama di dalam Kedah ini. Saya takut nanti semua akan caca marba KHTP nya SBEZ nya semuanya akan bercampur aduk Kedah Rubber City nya dan dan saya juga mohonlah Kulim Hi-Tech Park ini di buat ‘realignment’, ‘segmentation’ semula’ pemertaan semula tentang 13 target industri tu YB. Dato’ Speaker.
Kita perlukan ‘wafer fab, advanced technology, medical, proses automation, optical industry, auto-electronic industry, bio-technology industry, advanced material, aerospace yang duk masuk pelaburan di Kulim Hi-Tech Park bukan yang biasa-biasa ada di Kulim Hi-Tech Park.
Kemudiannya YB. Dato’ Speaker, saya ingin menarik perhatian berkenaan dengan pelancongan yang saya rasa dulu kita bagi alasan pelancongan ini suram, malap disebabkan oleh pandemik PKP dan sebagainya tetapi sampai la ni pun duk suram juga! Orang ramai pelancong tapi duk suram juga! Peniaga duk merungut juga tak tingkat-tingkat pun pendapatan! Di manakah silapnya dan inilah puncanya titah Tuanku supaya kita wujudkan Signature Kedah tersebut.
Saya ambil contoh di Bandar Baharu saya tak nak pergi jauh yang mana Pelan Pembangunan 2035 Kedah yang mana telah bagi penjenamaan ‘branding’ kepada bandar baru ini ada durian, saya bangga dengan durian sampai orang tengok saya pun macam berduri-duri dah kan nampak saja , bila musim durian? nampak saja bila nak makan durian kan tapi durian yang premium lah dekat Bandar Baharu kan! Kalau kat Jeneri mungkin durian yang best di kampung yang pahit-pahit tu kan. Jadi, penjenamaan daerah ini untuk durian yang mana saya tak nampak apakah usaha kerajaan untuk membantu kami durian ni? Tak ada lagi kawasan yang memang orang kata dibangunkan betul-betul apa dia nak buat industri durian dekat Bandar Baharu ni!
Semuanya inisiatif swasta yang dah sedia ada! Inisiatif baru, pelabur baru tak ada pun, masih belum ada lagi! Kalau boleh mailah bawa tanah-tanah KEDA tu buat IKS, pusat pemprosesan Produk hiliran durian ke kan? Memanglah ada satu kilang yang sedang dibangunkan tetapi belum cukup di mana di Bandar Baharulah dan signature Bandar Baharu juga contohnya udang galah, ikan baung, tapi pengkalan pengkalan masih teruk lagi kepada nelayan-nelayan darat! Nelayan-nelayan darat, signature saya udang galah ini pun sampai orang nak beli pun saya tak tahu nak habaq nak beli di mana? Merata nak kena cari udang galah ini, tak ada tempat spesifik pusat jualan yang mana ]saya memang duduk selalu mengadu kepada Pegawai Daerah sekarang ini…(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Bandar Baharu, saya nak ingatkan ada 2 minit lagi!
Baru topik kedua! Saya ingin berterima kasih kepada Dato’ Pegawai Daerah yang saya selalu duk buat aduan pasal Bandar Baharu. Macam mana kita nak bangun ni? Ramai yang bertanya macam mana nak membangunkan Bandar Baharu ni? Bila Bandar Baharu nak maju? Bila Bandar Baharu ni nak dibangunkankan? Saya mohon supaya pegawai-pegawai daerah yang mai ke Bandar Baharu tu, dia akan menjadi satu driver pembangunan kepada daerah tersebut dan janganlah pinjamkan sat-sat saja pegawai-pegawai daerah ni dan saya berharap Dato’ Pegawai Daerah yang saya ni akan lebih lama lah! Sebab saya nampak usaha tu hebat dia akan berdiri teguh di belakang saya duduk lah bukan berdiri duduk-duduk! Terima kasih Dato’ Pegawai Daerah sebab saya nampak banyak yang kerajaan boleh buat untuk membangunkan negeri bila ada signature -signature itu boleh dikomersilkan, diketengahkan dan yang penting akan menambah pendapatan rakyat. Kuih dangai cara kuih dangai, cucur peneram cara cucur peneram, dan di Bandar Baharu saya harap lebih banyak eko pelancongan, Islamic Tourism, ‘package durian stay’ yang mana ‘local content’ inilah yang patut kita bangun dan kita komersialkan di setiap negeri supaya pendapatan negeri juga akan ditambah. Saya nak cerita sikit pasal Kedah Aerotropolis boleh tambah sikit tak masa?
1 minit!
Kedah Aerotropolis! Kita jangan duk sebut dan fokus KXP tolonglah! Kita habaq satu perancangan yang sangat besar dalam Negeri Kedah ini ada Kedah Aerotropolis, besar perancangan kita jangan fokuskan kepada yang kecil tu KXP, tak! Jangan! Jadi, untuk Kedah Aerotropolis ini saya tengok semua statement, Titah Tuanku, statement daripada kerajaan, semua sama sahaja ditulis economic game changer’ dengan izin ‘economic game changer’ dengan izin, yang tu kita tahu dah kan sampai sekarang ni kita dah kena game dah pun kan sampai sekarang ‘the game has been change’ sudah pun kan sebab kita dah banyak kali dah bentang! Dah dekat beberapa Perdana Menteri bentang, berapa Menteri kita dah bentang dah kan! So ‘the game has been change now’ dengan izin so sekarang ini saya berharap macam Anak Bukit kata kita ni sokong menyerit nih, terpacak! Betul tak Anak Bukit?
Kita sokong Kedah Aerotropolis ni, satu orang kata katalist, pembangunan ekonomi bagi Negeri Kedah dalaman Negeri Kedah dan seluruh Wilayah Utara ini akan berubah dengan Kedah Aerotropolis ini Insya-allah tapi perlulah yang tu yang saya kata tadi tu nak kena ubah game sikit! Kita perlu baliklah buat sebab kita tahu kajian kebolehlaksanaan Kedah Aerotropolis ini dah dibuat banyak sejak 2014 sampai sekarang dan kita tahu keputusan kajian kebolehlaksanaan itu adalah sangat positif!
Memang boleh jadi katalis Kedah Aerotropolis ini tetapi ada dua komponen dialah teknikal dan kewangan. Kebolehupayaan kewangan, bab teknikal semua dah KXP Airport City Holding dah buat dah! Dh terbaik jawatankuasa teknikal tersebut! Dia dah bentang! Dia dah buat libat urus semua kita tahu dah kajian-kajian itu tetapi lani keupayaan kewangan tu kita kena tahu, kita kena tengok kita kena buktikan kepada Kerajaan Persekutuan di samping kita nak kena full fill dan kita kena bantu untuk kajian pelan strategik Lapangan Terbang Kebangsaan tu! Itu yang NASP itu! Jadi, kita ni berharap kita akan bersama-sama lah berganding bahu tak kisah pihak belah sini atau belah sana untuk sama-sama pastikan! Kalau boleh belah sini duduk belah sana rasanya lagi cepat Kedah Aerotropolis ni akan dibangunkan dalam Negeri Kedah ini Insya-Allah! The game has been changed Insya-Allah!
Akhir sekali, YB. Dato’ Speaker berkenaan dengan digitalization! Saya punya ucapan ni sebenarnya berlandaskan prospek Kedah yang dalam dunia digitalisasi dan demokrasi!.
Yang Berhormat Bandar Baharu, saya dah bagi ruang yang lama dah!
Last! Last! ICT! ICT! Kalau saya tak sebut ICT ini dia macam lain sikitlah! So ICT ni saya mohon YB. Dato’ Speaker, terima kasih banyak-banyak! Kedah Digital saya cukup terima kasihlah kepada bahagian IT Kerajaan Negeri Kedah sampaikan kita punya buku soalan bertulis dan jawapan bertulis kita punya Titah Tuanku pun semua dah guna QR code dah ‘paperless’ ini sangat baiklah untuk Kedah Digital ini dan untuk merealisasikan ‘cashless’ ka Kedah Digital ke apa semua ni last YB. Dato’ Speaker, kita perlukan infrastruktur ICT kita! Saya cadangkan supaya kita betul-betul guna OSA, kita gunakan untuk dia menjadi One Stop center betul-betul One Stop Agency betul-betul untuk pastikan semua telco, semua penyedia perkhidmatan, semua infra ni jendela kah apa, apa yang nak mai pun melalui OSA ini! Satu kerajaan negeri akan dapat pendapatan! Yang kedua, kita boleh mapping infra tu ikut kehendak kita!
Jadi, kerajaan negeri, semua agensi, semua badan, semua kampung, semua tempat yang kita nakkan coverage, kita nakkan jalur lebar, kita nakkan liputa,n dan capaian Internet, kita yang tentukan bukan depa yang tentukan! Kalau kat situ kampung tu yang perlukan Internet ramai orang, jadi kita cepatkan di situ! Jangan biar penyedia perkhidmatan tu yang tentukan! Kita melalui OSA akan tentukan keperluan kita di mana untuk capaian internet dan yang akhir sekali saya nak tanya kerajaan bagaimana pelan gentian optik dan kesalinghubungan negara NSCP? Sebab melalui fiber optik punya ‘Fibratation interconnection’ ini sangatlah penting untuk kita capai 4G dan 5G di luar bandar atau pun di mana sahaja yang kita berada di seluruh Negeri Kedah.
Kalau boleh ‘networking’ itu digabungkan dengan ‘networking backbone’ yang sedia ada kita iaitu Kedah Net supaya semua kawasan daerah kita mendapat liputan. Jadi, saya rasa terima kasih banyak YB. Dato’ Speaker kerana memberi masa kepada saya dan saya juga turut berterima kasih kepada semua pimpinan kerajaan negeri, semua pentadbir-pentadbir kerajaan negeri kerana membantu Kerajaan Negeri Kedah dalam feasibility agar Kedah dihormati dan yang terakhir sekali dua pantun daripada saya :
Terbangun Pesat KHTP, Tempat Industri Teknologi Bermutu, Majukan Negeri Satu Yang Pasti, Perlukan Tindakan Pemikiran Yang Jitu.
Duri Hitam di Bandar Baharu, Rasanya Enak Jadi Buruan, Kedah Perlukan Lembaran Baru, Agar Kembali Gema Kemajuan.
YB. Dato’ Speaker, Bandar Baharu mahu menyokong Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sekian Wabillahi Taufik Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih yang berhormat Bandar Baharu! Seterusnya dipersilakan yang Berhormat Alor Mengkudu. Silakan!
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillhi Robbil ‘Alamin Wabihi Nasta’in Wassola Tuwassala Muala Saidin Mursalin Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. YB. Dato’ Speaker, YAB. Menteri Besar, Exco-Exco, ADUN –ADUN, ketua-ketua jabatan, seluruh pegawai kerajaan, hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Pertama saya ucap terima kasih kepada YB. Timbalan Speaker kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian dalam ucapan membahas usul menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada kelmarin dulu. Oleh kerana masa pun agak terhad memandangkan Sidang DUN ini saya kira sidang yang terakhir untuk penggal ini. Mungkin bagi setengah orang tu mungkin terakhir sugguh, bukan setakat terakhir. Jadi saya sendiri pun telah pun gitu lama berada di DUN ini dan berasa macam nak ‘compile’ balik seluruh ucapan saya tu, daripada mula dulu 1999 berada dalam DUN dekat 20 tahun lebih. Kalau boleh ‘compile’ balik saya ingat jadi satu buku ucapan ni. Tidak lama lagi kita akan adakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan ini kali pertama dalam sejarah PRN dan PRU ni tak sekali. Jadi, kalau kita lihat Pilihan Raya Umum 15 (PRU-15) yang lepas adalah pada 19 November 2018, sementara Sidang DUN pada 4 Julai 2018, ertinya mandatori DUN ini akan tamat saya kira kena 5 tahun, pada 3 Julai ini tamat. Ertinya kalau tak dibubarkan pun dia akan bubar dengan sendiri, DUN kita akan bubar dengan sendiri. Rasa cepat na 5 tahun, ertinya masing-masing akan tak menjadi lagi ADUN selepas daripada inilah, kecuali menang dalam pilihan raya. Saya difahamkan akan dibubarkan pada Jun, jangkaan. Kalau bubar pada Jun itu mungkin akan berlaku selepas daripada Raya Haji lah, selepas Hari Raya Haji mungkin akan diadakan dibubarkan DUN jadi, kita akan hadapi pilihan raya. Dalam pengalaman saya, selepas sesuatu bubar DUN ni kita 70% akan berubah dalam DUN ni, 70% tak ada lagi, muka baru nak tinggalkan dalam 30% 40% tu pun cukup banyak, dia berubah, ia akan berlaku perubahan, itu perkara biasalah. Akan ada yang tak ada di sini, akan ada lagi akan sambung, mungkin dia tak sambung kerana dia tak dicalonkan oleh parti dia, boleh jadi. Macam YB. Guar Chempedak tu dah jadi Ahli Parlimen ni tak masuklah kut, dah jadi Ahli Parlimen… Jadi, ini dia berlaku. Yang kedua mungkin dia masuk, mungkin dia kalah, tak dak juga. Jadi, kebiasaan perubahan dalam DUN ini memang berlaku. Kalah dan menang macam dalam Al-Quran kata, ‘watilka ayyamu nuda wiluha bai nannas’. Surah ‘Ali Imran Ayat 140 sebahagian daripada ayat iaitu demikian, “pada hari itu dalam dunia ni peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan kami gilirkan di antara sesama manusia”. Ada masa
menang, ada masa kalah, itu satu perkara biasa dan tidak boleh ada satu jaminan dan dia berlaku perubahan sebenarnya, adangkala kita tak boleh jangka satu-satu tu. Macam pilihan raya yang lepas, hat Parlimen lepas. Sebenarnya semua orang terperanjat dengan putusan pilihan raya, orang yang menang sendiri pun terkejut, Aish! Dasyat kemenangan ni, tetapi dia tak boleh kekal, dia tak mungkin kekal, ia boleh berlaku perubahan dalam politik. Kecenderungan rakyat seperti angin dan rebut, siapa pun tak boleh kawal, itu Allah s.w.t yang boleh kawal. Jadi, itulah yang berlaku.
Dalam politik yang disebut oleh Tuanku adalah perlu kepada kestabilan politik. Politik ni sebenarnya nak stabil tak stabil terletak kepada ahli-ahli politik lah, kalau dah menang, duduk cara menang, kalau dah kalah, duduk cara kalah. Kalau dah duduk menang sebagai kerajaan duduklah sebagai kerajaan, duduk pembangkang duduk sebagai pembangkang yang masalah dia duduk tak senang. Dia nak duduk jadi kerajaan dia tak mahu jadi pembangkang itu pun satu masalah, bila dia jadi pembangkang dia kacau kawan yang menang tu. Bila dia kacau duk pi hinggut, ia jadi tak stabil. Tapi kalau kita menghormati satu keputusan, kalau dah mana-mana pihak jadi kerajaan bagi dia selesai jadi kerajaan satu penggal, lepas tu nilailah semula, tak payahlah kita duk hinggut, kacau kami tak mahu terima. Itulah demokrasi. Esok kita akan bahas satu Bil. Rang Undang-undang mengenai Anti Lompat, tak dibenarkan lompat lagi, isu tu, isu pasal dia tak bersedia untuk menerima kekalahan, dia tak bersedia untuk menerima dia jadi pembangkang, dia tak boleh nak duduk macam tu, dia bila-bila pun dia nak jadi duduk sebelah pihak yang menang, itu tak boleh berlaku. Kalau itu boleh diterima sebagai satu perkara atau keputusan kehendak rakyat, kita terima lah kehendak rakyat maka politik pun menjadi stabil. Yang kerajaan jalankan tugas sebagai kerajaan, pembangkang ‘check and balance’ sebagai pembangkang, semak dan imbang, masing-masing ada tugas masing-masing. Jadi, saya rasa selepas ada Bil. itu untuk sesi akan datang tidak berulang lagi penggal yang sekarang ni, yang sebelum ini Parlimen lah, tak jadi lagi huru-hara politik InsyaAllah, supaya ahli-ahli politik ini lebih menghormati satu keputusan rakyat.
Ini berkaitan dengan pilihan raya nak bagi negeri dengan Pusat selaras, senang memerintah ni sebenarnya rakyat buat keputusan lagi senang, kalau rakyat nak lah rakyat faham, ubah saja kerajaan negeri ini sama macam Kerajaan Pusat, pilihan raya empat lima bulan lagi senang. Tapi orang sana kata, “tak boleh lah”. Jadi, rakyat buat keputusan ubah, sebab pilihan raya terdekat ini bagi sama, bagi sama selesai masalah, tapi itu rakyat kan, terpulang kepada rakyat nak buat.
Saya nak sebut satu lagi pasal ‘reform’. Saya tengok sejak dari dulu DUN kita tak berlaku satu ‘reform’, sama walaupun saya dah 20 tahun lebih berada di DUN. Sebenarnya kita ni Dewan Undangan Negeri ialah ‘lagislative body’ (badan perundangan) sementara ada pihak nu adalah ‘executive’. ‘Lagislative’ ni sebenarnya ia perlu diberi satu peranan yang lebih luas sepertimana di Parlimen sudah dibuka peranan. Kita kurang ada ‘selective committee’ iaitu jawatankuasa khas. Kalau kita nak jadikan betul-betul kita tak boleh saja bergantung kepada mari masa ni lah baru nak berucap, jadi kita mempunyai peluang yang sangat terhad untuk kita berucap. Yang kedua, kita berucap tanpa satu maklumat yang lengkap. ‘Why not’ selain daripada kita ada PAC, kita ada satu jawatankuasa-jawatankuasa ‘selective committee’ (Jawatankuasa Khas Yang Dipilih), pertanian, ada ADUN yang bukan menjadi eksekutif, Exco sudah ada pertanian, ada yang bahagian pelaburan, ada yang bahagian lain, ‘selective committee’, jadi barulah mula peranan ‘check and balance’ tu bukan saja nak tunggu dalam Dewan tetapi ADUN-ADUN semua mempunyai maklumat bercakap pasal KHTP contohnya, tak apalah macam YB. Bandar Baharu dia pernah terlibat di situ tetapi kita semua kita bukan tahu duk sebut saja lah. Ada lawatan untuk ADUN-ADUN dibuat? Ada taklimat diberi kepada semua ADUN mengenai KHTP? Tak da kita tak tahu apa, apa yang berlaku di KHTP, apa masalah. Ada kita ada maklumat pasal mengenai pertanian MADA buat macam mana dan sebagainya, isu-isu yang berkaitan, tak dak.
Walaupun kita tak perlu tahu semua, tapi ADUN tu mengikut bahagian masing-masing boleh diberi, dimaklumkan. Jadi, barulah pandangan itu boleh diberi dengan begitu baik oleh oleh ADUN-ADUN. mIni berlaku di Amerika Amerika, negara yang maju. Mereka ada ‘committee’ di peringkat sana, dasar luar, satu ‘commette’, pembangkang pun ada, kerajaan pun ada, ada dalam satu dasar luar. Ada dasar mengenai sekian-sekian, ada dalam tu ‘selective committee’, ini ‘reform’ yang perlu dibuat. Sekarang ni di Parlimen kita sudah mula dibuat ‘reform’, committee-committee yang akan memanggil kementerian-kementerian untuk bentang kepada mereka untuk semua Ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang. Ada kadangkala pihak pembangkang jadi pengerusi ‘sellective committee’ ada tu kerajaan jadi barulah ADUN yang dibayar dengan gaji yang agak baik itu ada tugas. Apa tugas KPI wakil rakyat? KPI saya, saya makan kenduri, banyak setiap bulan saya ada kenduri. Takkan itu KPI, makan kenduri bukan KPI, pi ziarah orang mati bukan KPI, itu sampingan sosial saja. Tetapi yang berkaitan dengan kerajaan, itu sebenarnya pengetahuan kita tentang perjalanan negeri, itu KPI. Pandangan-pandangan yang diberi oleh kita KPI, tapi setengah ADUN nak cakap apa kita pun tak ada maklumat, akhirnya tanya soalan, jawab, habis, selesai.
Jadi, kalau kita nak pergi lebih jauh, saya berbalik kepada kita punya Dewan ini, Dewan ini kita mula pindah di sini 15 April 1993, dekat 30 tahun dah duk guna Dewan ini. Pada ketika saya masuk tahun1999 Dewan ni dah ada dah di sini, lama. Sekarang kita sudah kembang, keperluan kita sudah mula berkembang. Dulu ada dengar ura-ura nak buat satu kompleks dewan yang baru, ada dengar! Ada dengar! Tapi sekarang ni sampai masa perlu difikir oleh kerajaan akan datang dan juga pentadbir walaupun kita tak boleh nak guna lagi bukan macam kita, kita dah besara mungkin.
Sekarang nak kena fikir bahawa kita perlu ada satu Dewan Undangan, Kompleks Dewan Undangan sepertimana di Sarawak dan juga di Sabah, negeri lain saya tak pasti. MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) tu sebenarnya dah kecil tu, dah kecil MMK, perlu ada satu kompleks yang tersendiri yang mana keperluan-keperluan yang ada untuk urusan ini sudah boleh diperluaskan lagi. Pertama, kerusi-kerusi atau kawasan pilihan raya akan bertambah, dah cukup masa dah. Kita 36, negeri-negeri lain berapa puluh dah, kita perlu pergi ke 48 dah DUN ni baru boleh sebab sorang DUN ini lah nak ahli 50, 60 ribu orang dah tak boleh. Ertinya kalau sekiranya kita lihat sikit ke hadapan, DUN akan bertambah, pegawai-pegawai juga nak kena ada dalam DUN, Dewan ni dah perlu jadi lebih besar sekarang dengan pertambahan kawasan Dewan Undangan Negeri dan kita perlu bilik-bilik mesyuarat yang yang tersendiri. Sekarang yang ada di MMK tu kecil, nak buat aktiviti apa pun tak boleh. Kita perlu ‘library’, kita perlu kakitangan yang yang boleh membantu, bahkan ADUN-ADUN ni kalau boleh sampai peringkat boleh ada ‘room’ ka untuk ‘share’, ni duk lepak rata.
Jadi, ini yang saya rasa keperluan yang perlu difikir sekarang sebab kalau kita fikir sekarang sebenarnya 10 tahun lagi baru boleh kita masuk. Itu biasa dah ‘development’ kita ni. Sekarang kita mula ‘start’ berfikir tentang keputusan untuk kata ok, kita ada satu kompleks baru. Sebenarnya yang akan berlaku adalah lagi 10 tahun, baru boleh masuk. Nak rancang, nak bina, nak itu ini, cari duit dan sebagainya, 8 ke 10 tahun lagi. Tapi kalau sekarang ni kita tak bercakap, 20 tahun lagi kita tak dak lagi. Itu yang saya nak sebut di sini supaya kita boleh fikirkan bersama.
YB. Alor Mengkudu, masa sebenar telah tamat!
Aih! Baru…..
Jadi, saya bagi 2 minit!
Ok, tak pa. Saya nak ambil sikit-sikit saja. Baru-baru ini di Malaysia di peringkat Persekutuan, Malaysia Madani. Di negeri ni terima tak terima saya tak tahu lah ada sesetengah tu, jadi ‘straight forward point’ ya. Baru-baru ni saya lalu dekat kuil Hindu tu tengok naik satu ‘signboard’ Malaysia Madani, sebelah gambar Perdana Menteri, sebelah gambar Ketua Pembangkang, 23 Februari 2023. Mari 26 Februari 2023 depa kata buang. Aih! Adakah Malaysia Madani diharamkan di Kedah ni? Ada perang dingin ka antara Kerajaan Negeri Kedah dengan Kerajaan Persekutuan ini? Ini menimbulkan satu persepsi, pasang naik Malaysia Madani dengan gambar Perdana Menteri, duk 3 hari pi buang! ‘Whats wrong with the our’ pentadbiran, sapa yang pasang, saya pun tak tau, minta kebenaran ka, tak minta kebenaran ka, apa yang tak kena? Itu satu tanda tanya kepada saya. jadi itu diantara yang saya nak tanya di sini lah.
Kemudian saya sentuh juga pasal nak tanya juga sebab masa dah habis. Apa jadi dengan kes isu tuntutan air ke Pulau Pinang? Dengar kata tubuh panel peguam. Panel peguam tu dah mula ka, apa dia punya statusnya? Bagi saya wajar Pulau Pinang bayar duit kat kita sebab hutan nak kena jaga, sungai nak kena di’maintain’, ia melibatkan kos, tapi saya tahu dari segi perundangan tu tak dak. Patut kena bayar sebab kita belanja hutan tu, kita belanja jaga sungai, bukan ‘free’. Rakyat kita yang nak ambil air pun kena bayar, rakyat kita, SADA nak ambil air kena bayar, tiba-tiba ada pihak tak bayar. Jadi, apa jadi dengan panel yang cerita air ni?
Seterusnya saya nak tambah sikit saja, nak sentuh sikit pasal isu tekanan rendah. Isu tekanan rendah SADA ni, bila kita tidak ada ‘elevated tank’, semua air yang diambil ‘direct’ daripada ‘main pipe’ utama, tekanan tak boleh dia kena ada’ elevated tank’ dan masing-masing pasang pam. Bila pasang pam dia sedut, kalau semua orang pasang pam, dia sedut apa YB.YB., YB. Speaker? Dia sedut anginlah. Bila dia sedut angin, bil lektrik dia mahal, meter dia naik kerana angina, jadi ini masalah yang menyebabkan mungkin bil itu naik. Jadi, saya rasa ini perlu dibaiki.
Satu lagi cadangan, ini cerita cadangan saja, tak mau cakap banyak. Kita hadapi masalah kepupusan pokok-pokok ni, tadi YB. Pedu ada sebut sikit. Kita hadapi masalah pokok-pokok yang sudah pupus. Pokok keranda, anak kita tak kenai, pokok goncaq, anak kita tak kenai, pokok cenerai, anak kita tak kenai, pokok ketapang, dah tak dak, pokok qeyang, tak dak. Saya nak cadang supaya PBT ini ambil sat inisiatif tu buat semaian, buat ‘nursery park’ tanam pokok, buh nama, semua menghilang tak dak, ini kepupusan yang berlaku dan jadi produk pelancongan juga buh nama, ini pokok ketapang, ni pokok qeyang yang kita duk makan dulu semasa budak-budak, la bukan ada. Pokok goqah, siapa kenal pokok goqah? Tak dak pokok goqah ni, di mana pun tak tau, pokok pukul lima pun dah tak dak, dah pupus. Jadi, saya harap ini di antara perkara yang saya ingat hat tu cadangan-cadangan lah.
Satu lagi bab sampah, saya tambah saja hat duk sebut tadi. Sampah ni di antara masalah yang perlu nak tengok, kadang kala orang buh sampah dalam tong tu elok dah YB. Speaker, tapi kawan hat duk kutip sampah tu, ‘private’ ni, dia pi ‘kecaq’ sampah tu, dia duk pi cari kutip sampah, dia susah, dia pi ‘kecaq’ sampah bukan dia buh balik, dia biar sekeliling. Hat ni pun nk kena tengok, kadang-kadang duk dalam raga elok, dia mai kutip hat persendirian ni. Ini satu masalah yang perlu dilihat.
Akhir sekali, tak dah dah, YB. Speaker pun duk ‘jegey’ kat saya tu. Pertama saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan, kita dah nak penghujung ni, yang telah memberi khidmat yang baik sepertimana Tuanku titah, keselamatan tentera, polis, bomba, semua pegawai-pegawai tadbir, khusus pasal kita ni berurusan dengan MMK, khususnya kakitangan MMK ni di bawah Setiausaha iaitu Setiausaha ini memberi khidmat bagi saya agak baik, cemerlang lah, dalam menjalankan tugas, semasa menjalankan Sidang, tak ada kecacatan, kita boleh menjalankan Sidang dengan baik. Saya dengan ini menyokong usul menjunjung kasih kepada titah ucapan Tuanku Sultan sempena merasmikan Pembukaan Mesyuarat penggal ini. Sekian, Wabillahitaufik, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Terima kasih kepada YB. Alor Mengkudu. Saya bagi ruang tu nampak macam nak beralah nak berundur dah. Jadi saya bagi laluan dengan cadangan-cadangan yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak lah. YB Tanjung Dawai bisik kat saya tadi 15 minit tanpa celahan. Saya persilakan!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. YB. Speaker, YAB. Menteri besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan yang dikasihi sekalian. Terima kasih kerana membenarkan saya untuk turut terlibat membahaskan titah ucapan Tuanku dan dengan berbesar hati kerana Tuanku Sultan sudi untuk berangkat hadir menyampaikan ucapan di Dewan yang mulia ini sempena Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Yang Keenam di Dewan Undangan Negeri Kedah ini. Ramai Ahli Yang Amat Berhormat sebut seolah-olah ini adalah mesyuarat kali terakhir dan kita pun tak pasti adakah dapat bertemu selepas daripada PRN. Tapi walaupun kita berada di dalam Dewan ini ataupun tidak selepas ini, seseorang yang pernah menjadi pemimpin kepada masyarakat, dia perlu untuk meneruskan kerja khidmat dia kerana seorang sahabat Nabi pernah bertanya kepada Baginda, “Aayunnas ahabbu ilallah”. Siapakah orang yang paling Allah Ta'ala suka? Lalu Nabi menyatakan, “anfa'uhum linnas”, orang yang boleh bagi manfaat kepada orang. Berkhidmat bukan ketika mana ada ‘title’ sebagai YB. sebagai wakil rakyat, sebagai Exco ataupun Menteri Besar. Bila-bila masa sahaja kita boleh untuk menambah kebaikan sebagai bekal untuk kehidupan di akhirat nanti. YB. Speaker, melalui titah ucapan Tuanku, bagaimana Tuanku telah membuka ucapan titah baginda Tuanku dengan simpati dan juga doa untuk rakyat Turkiye dan juga Syria. Suatu keprihatinan yang tinggi daripada pihak Tuanku Sultan dan juga membanggakan kita NGO yang pertama sampai di bumi Turkiye untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi adalah daripada Yayasan Amal cawangan Negeri Kedah. Hari kelima daripada peristiwa itu berlaku, di ketika pengangkutan tidak dapat untuk menyampaikan mereka ke tempat kejadian, mereka mampu untuk sampai ke Wilayah Kateya pada hari yang kelima bagi menyalurkan bantuan yang disalurkan oleh rakyat Kedah melalui mereka. YB. Speaker, ucapan saya berkaitan dengan pujian dan juga puas hati Tuanku terhadap pentadbiran YAB. Menteri Besar dan juga kerajaan negeri kerana pelaburan yang tinggi sebanyak RM13.1 billion pada tahun yang lalu dan juga menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 6,072 peluang adalah suatu pencapaian yang boleh untuk dibanggakan walaupun ada pengurangan berbanding dengan 2021 tetapi ia masih dalam sasaran berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang mensasarkan jumlah pelaburan setahun sebanyak RM10 billion. Walaupun begitu, saya ingin menyatakan kebimbangan saya dengan perkembangan ekonomi negara kita ini walaupun bertukar kerajaan, walaupun bertukar Perdana Menteri, lagu Oh! Azizah itu rupanya tidak mampu untuk menarik pelabur datang bahkan mengeluarkan pelabur-pelabur dari negara ini sebagaimana yang telah pun kita maklumi kelmarin seperti yang disiarkan dalam media bahawa jualan bersih, pelabur yang buat
jualan bersih makna keluar daripada Malaysia pada kelmarin adalah RM556.8 juta dan itu lebih tinggi sebanyak 64% berbanding minggu lepas di mana jualan bersih pelabur asing meninggalkan Malaysia ini pada hari Isnin minggu lepas sebanyak RM183 juta. Ini perkembangan yang membimbangkan ekonomi kita yang tentunya akan memberi kesan langsung kepada Negeri Kedah yang perlu kita berikan perhatian. Jadi, saya merasakan apa yang sedang dihadapi dan akan dihadapi melibatkan semua pihak rakyat termasuklah di Kedah ini dan kita sama-sama membantu untuk menanganinya InsyaAllah. Yang ketiga berkaitan dengan apa yang juga disebutkan oleh Tuanku dengan pujian kepada YAB. Menteri Besar dan juga kerajaan negeri dengan sebab telah pun mempermudahkan permohonan tanah kepada rakyat Kedah sehinggakan 2,075 permohonan telah pun diluluskan dan diberikan geran dan juga lesen pendudukan sementara. Jadi, saya rasa ini antara perkara yang baik setelah puluhan tahun ada orang kampung yang duduk rumah pusaka tapi tanah tak dimiliki lagi, tak dak pemilikan lagi. Dengan usaha yang kerajaan lakukan ini mempermudahkan bahkan di pihak pejabat daerah sendiri mereka bertungkus-lumus untuk meluluskan ataupun permudahkan urusan pemberian hak milik ini patut untuk diberi pujian dan diteruskan oleh mana-mana kerajaan sekali pun. Jadi, bila kita bagi satu jengkal tanah saya yakin tak kiralah siapa sekali pun pegawai ataupun pihak kerajaan akan mendapat saham yang yang amat berguna di akhirat nanti. Tapi kalau sejengkal tanah dizalimi, diambil dengan cara yang tak betul dengan sebab kuasa yang ada pada kita, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menyatakan “man zholama qidash syibrin thohithohush min sab'i arodhin”. Siapa yang mengambil sejengkal saja daripada tanah hat orang dengan cara zalim, ambil secara zalim, sejengkal sahaja bukan banyak mana pun buat pagar atas tanah orang, atas tanah kebun orang, sejengkal saja… tapi kesannya akan dipikulkan tujuh lapis bumi di akhirat nanti. Hadis riwayat Imam Bukhari dan muslim. Yang keempat Kedah Aerotropolis. Saya berminat dengan apa yang dibicarakan oleh Ahli-ahli Dewan berkaitan dengan tajuk ini bagaimana ianya adalah suatu projek perancangan yang begitu lama sejak daripada 2013 dan Tuanku menyentuh bahawa projek ini wajar dipertimbangkan setelah lima kajian kebolehlaksanaan telah pun dibuat. Satu perkara yang tak patut dibuat oleh pihak Kerajaan Pusat seolah-olah Kerajaan Kedah ini tidak ada perancangan yang teliti macam seolah halai balai yang dibuat dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam Dewan Parlimen sendiri ada sesuatu yang tidak wajar dibuat. Saya ulang tuan-tuan, tidak wajar untuk dibuat sebegitu terhadap Negeri Kedah yang kita yakin projek ini akan memberikan impak bukan sekadar di Negeri Kedah bahkan di kawasan utara ni untuk masa depan.
Walaupun mungkin ketika mana projek ini telah berjaya dilaksanakan nanti ketika itu mungkin bertukar kerajaan, mungkin bertukar pegawai-pegawai tapi kesannya ataupun positifnya adalah untuk rakyat di masa depan untuk anak-anak kita generasi yang ke depan nanti, InsyaAllah.
Yang seterusnya SADA dan air. SADA dan air pun disentuh banyak dan saya di kawasan yang sering menghadapi masalah air, DUN Tanjung Dawai. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan dan juga pihak SADA yang telah pun memulakan pemasangan paip di DUN Tanjung Dawai di mana projek sejauh 57.7 +kilometer daripada Bukit Selambau menuju ke Tanjung Dawai telah pun dimulakan pemasangan paip-paip yang paling kecil 300mm, paling besar, besar kereta kancil. Saya tak boleh nak bayangkan projek pemasangan paip itu yang akan bermula daripada Sungai Lalang nanti sebesar kereta kancil paip tu yang akan melintas landasan kereta api, yang akan melintas Lebuhraya Utara Selatan, satu perkara yang patut untuk kita kita renungkan. Kalau kritikan yang diberikan tidak akan menyelesaikan masalah, kita kena tolong sekurang-kurangnya meringankan apa yang sedang dihadapi. Saya rasa masalah air di DUN Tanjung Dawai ini puncanya adalah seperti dimaklumi, sumber air maka projek LRA di Bukit Selambau telah pun dimulakan setelah daripada tidak dapat dilaksanakan awal sebelum ini. Kalaulah dibuat saya yakin, kalau dibuat 2018 ataupun 2020, saya rasa tak boleh selesai juga sampai sekarang dengan masalah covid dan macam-macam masalah. Saya kadang duk lepak pi tengok depa pasang paip saya tanya kontraktor, apa masalah? Masalah kerana ada kabel Telekom, kabel Maxis, ada paip lama, jumpa pokok besar, tuan-tuan pun tahu pokok besar, besar pemeluk ke atas tak boleh tebang sembarangan sekarang ni.
Tuan-tuan, permasalahan-permasalahan yang berlaku tu tak kira lagi dengan rumah orang yang dibina atas rezab jalan, ada kontraktor kata kat saya, “siap projek ni Ustaz suruh tuan rumah ni buat kenduri kambing”. Pasal apa? “Kami pindahkan pemasangan paip daripada sebelah rumah dia mai ke sebelah lain. Kalau kami nak ikut apa yang dirancang awai, kami belah tengah-tengah rumah dia, pasai rizab bahu jalan. Tapi kita pertimbangkan banyak perkara untuk memastikan projek ini berjalan”. Saya ingin menarik perhatian, ‘Secretariat’ Pas Wakil Rakyat Kedah dengan kutipan duit tiap-tiap bulan sejak 2018, kami kutip tiap-tiap bulan ratus ringgit dan kami sewa lori hantar air SADA kepada orang yang memerlukan, yang telefon SADA, SADA bagitau di mana nak perlu dihantar lori dihantar.
Saya mengalu-ngalukan dan saya minta SADA juga menyokong, kalaulah Bukit Selambau contoh, ataupun bahagian pembangkang di sebelah sana berkongsi untuk sewa lori, air tetap ambil air SADA, contoh hantar air di Bukit Selambau, nak boh banner boh la kot, YB. Bukit Selambau na, boh gambar YB. Bukit Selambau besar-besar, boh lambing parti pun saya rasa tak dak masalah, “INGAT AIR, INGAT YB.”. Boleh dak YB. Bukit Selambau? Ni dekat pilihan raya ni. Saya fikir, yang masalah utamanya menyelesaikan masalah rakyat, rakyat nak air, sapa hantar dia tak peduli walaupun parti-parti. Saya rasa pilihan raya dah dekat ni, parti-parti sewa lori hantar air lah, tak kira, hantar! Kalau dekat pilihan raya nanti jampi air tu pun boleh aih, bagi lembut pengundi, untuk sokong dia. Yang penting air mesti sampai kepada orang yang minta, yang menghadapi masalah. Mai macam-macam…. “Ustaz…. masalah ni… mandi junub tak boleh….” Hat tu perkara pertama sekali disebut hat tu, Allah… Itu masalah-masalah yang berlaku. Nak buka sekolah minggu depan, saya tak boleh bayangkan, dekat raya, bulan puasa, raya, anak-anak berkira-kira dah nak balik tak balik raya nanti dengan air tak. Jadi, bagi saya tak perlu berkira. Saya di Tanjung Dawai dalam tempoh 5 tahun ni kita korek telaga tiub, 30 telaga tiub dengan kerjasama orang kampong, dengan bentuk bentuk wakaf dan sebagainya, ada yang masih digunakan, ada yang tak diguna, tapi kita usaha untuk biar ada sumber air walaupun tak keluar melalui paip di rumah dia. Jadi, saya rasa kalaulah ada menyatakan ketidakprihatinan SADA, mengikut rekod SADA dari 2018 sampai 2022, kos hantar air SADA ni ke rumah-rumah kawasan-kawasan terjejas ni YB. Speaker, “I have the numbers”, saya ada nombor. 2018 RM580,000, 2019 RM1.9 juta, 2020 RM3.8 juta, 2021 RM5.2 juta, 2022 RM6.6 juta dibelanjakan oleh SADA, kos sewa lori dan hantar air kepada rumah-rumah yang berkaitan. YB. Speaker dan Ahli Dewan, saya tak dibayar, sekarang ni air masih ada cumanya sumber perlu untuk dicari dan juga disampaikan air tu. Masa depan anak-anak kita, tuan-tuan Ahli Sidang sekalian, kita orang Islam terutamanya mengaji berkaitan dengan dajjal. Dajjal bila mari nanti hujan tak turun bertahun, air tak dak, makanan tak dak, minuman tak dak, hari ini masa air pun kita tak boleh nak bayangkan orang marah kepada kita, bayangkan ketika dajjal mari air tak dak, makanan tak dak, ketika tu mak, ketika tu suami ataupun ayah akan berusaha bukan fikir bab makan, nak pertahankan iman anak-anak dan juga isterinya. Seorang pemimpin ketika itu bukan fikir bab makan minum air dah kepada rakyat, nak bekal iman rakyat dia ketika itu kerana siapa beriman dengan dajjal hujan turun mencurah-curah, makanan menggunung, tapi yang menentangnya akan kenyang hanya dengan zikir sepertimana disebutkan oleh Nabi.
Seterusnya hubungan kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat. Saya rasa apa yang disebut oleh YB. Bukit Selambau kita berurusan dengan Pusat jangan ego, kena sopan apa semua. Saya rasalah bila kita nak menuntut hak kita, ada tahap-tahap dalam membuat tuntutan, ada ketika tuntutan tu dengan cara yang lembut, cara yang baik, ada sampai satu peringkat bila dia tak layan, hak kita dia buat macam hak dia, kita berkorban tapi dia tak hargai, ada ketika kita kena bertegas kerana kita nak hidup berjiran dalam keadaan yang baik. Seolah-olah sepertimana peribahasa menyebut, “memekik di padang yang luas”, teriakan kita, apa yang kita minta tu tak dilayan. Saya nak bagi contoh sepertimana dalam Dewan ini juga saya pernah bagi contoh dulu, bila Kerajaan Pulau Pinang merayu kepada Kerajaan Perak untuk beli air, Kerajaan perak tak layan dengan sebab keperluan di sana pun terjejas dah. Kalaulah mereka boleh dapat air selama ini di Kedah, tiba-tiba kita minta sedikit bayaran mereka tak layan, itu tak sepatutnya berlaku. Sepertimana yang YB. Alor Mengkudu sebut, apa yang kita perjuangkan hari ini untuk generasi ke depan. Hari ini di Pulau Pinang mereka jual air, jual di pelabuhan harga lain, mereka kaut keuntungan tapi kita guna apa yang kita dapat untuk memastikan sumber air itu terpelihara dan dapat untuk memenuhi keperluan hidup. Saya ingin menarik perhatian sepertimana disebutkan bahawa Kerajaan Pusat telah membuat satu tindakan yang positif terhadap Kedah dengan memperuntukkan projek-projek sebanyak 443 projek dengan nilai RM1.45 billion di Kedah tahun. Tapi kita kena sedar, bila Menteri Ekonomi mengumunkan dalam Sidang Parlimen baru-baru ini baru 50% daripada projek pembangunan untuk 6 negeri pembangkang, rupa-rupanya pembangkang itu disebut sekali dengan Sabah dan Sarawak. Bila ditengok daripada apa yang disebutkan oleh Menteri Ekonomi itu mendapati Kedah hanya dapat 4% saja, Kelantan 7%, Terengganu dapat 4% dan juga Perlis 2%, Sabah dapat 18%, Sarawak dapat 15% daripada projek pembangunan. Kita bangga kata kita dapat RM1.45 bililon, tapi nilainya hanya 4% sahaja, satu jumlah yang sedikit, tak patut yang berlaku bagi saya. Jadi, saya juga berharap dengan apa yang dibuat sekarang ni tuan- tuan. Mungkin tuan-tuan di Sidang belum mengetahui, Radio Kedah telah pun menyekat beberapa orang pengkuliah, sekitar 10 orang daripada berkuliah di radio. Saya tak pasti, ni Kerajaan Madani. Moga-moga dapat untuk membuat satu keputusan yang waras, InsyaAllah. Yang seterusnya saya rasa apa yang disebutkan oleh YB. Kota Siputeh berkaitan dengan pemuda yang katanya terdedah dengan fitnah dan sebagainya setelah daripada Perdana Menteri PMX dan juga Menteri KDN baru-baru ini yang berkunjung ke Kedah memperkatakan sesuatu tentang anak muda, tentang anak muda yang tak wajar disebut, beberapa bulan sebelum ni disebut anak muda yang mak, ayah beli seluar dalam lagi untuk depa, tak matang, tak boleh fikir lagi. Lepas tu disebut tentang pendidikan anak-anak muda yang kurang berpendidikan, kurang pendapatan menyebabkan tak dapat sokongan.
Saya rasa Jitra, Anak Bukit, Sungai Tiang, adakah anak-anak muda di kawasan Yang Berhormat kurang matang, kurang cerdik sepertimana yang didakwakan itu, saya rasa tak patut. Jadi, saya melihat di kawasan DUN Tanjung Dawai, 150 meter dari rumah saya ada Masjid Al-Busyra yang “meletop”, tok imam dia lompat, lari. YB. Menteri Besar kita pun lompat, lari, terjun, rugby dan macam-macam, dia pun macam tu juga, meletup Masjid Al-Busyra ni. Bila buat pagi Jumaat, makan pagi percuma, saya melihat dalam tempoh cuti ini, hari Jumaat sembahyang Subuh macam sembahyang Jumaat tuan-tuan. Cerita niat mai nak sembahyang Subuh ka nak makan percuma tu, hat tu kita letak ke tepi lah, tapi tarikan yang dibuat itu, anak muda. Saya melihat bila saya pi sembahyang Subuh nak tengok, pi tu kena duk saf belakang sekali pasal ramai, muslimat duduk dia ruang lain pula pasal ramai. Hat mai sembahyang tu naik bas, mai dari negeri lain nak tengok Masjid Al-Busyra ini. Tapi yang ramai dalam majlis ilmu dan juga sembahyang-sembahyang terutama Subuh bila pagi Jumaat adalah anak muda. Adakah anak muda sebegitu tak berfikiran waras lagi ataupun kurang cerdik? Saya rasa dalam menghadapi anak muda ni kita jangan koyak lah, kita kena terima mereka sekarang ni di era mereka, di zaman mereka, bukan macam kita dulu, mereka tak boleh terima bila Facebook mereka disekat, tiktok mereka dihalang, maka mereka akan buat tindakan-tindakan yang tak yang lebih keras sepatutnya terhadap orang bertindak demikian terhadap mereka. Akhir sekali isu Dun Tanjung Dawai. Ada berapa minit lagi YB. Speaker?
Ada 3 minit lagi!
Saya ingin memohon kepada pihak Pejabat Tanah dan Galian berkaitan dengan Masjid Fatimah, Sungai Pial yang bercadang untuk membina masjid baru, majid dah lama dah dan ada masalah berkaitan dengan status tanah. Jadi, mereka mengharapkan moga-moga dapat diselesaikan dengan segera bagi memulakan proses mencari dana dan sebagainya untuk pembinaan masjid baru Fatimah di Sungai Pial. Yang kedua, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan- mantan Pegawai Daerah Kuala Muda dan juga Pegawai Daerah yang sekarang ini atas keprihatinan sehinggakan Projek Pemecah Ombak di Kampung Huma yang kita sebut dalam persidangan sebelum ni sedang dilaksanakan dan saya rasa mungkin dalam 80% sudah pun hampir siap, InsyaAllah yang akan menyelamatkan rumah-rumah yang berada di tepi pantai di Kampung Huma tu yang terjejas sehinggakan ombak sampai dua tiga meter sahaja daripada rumah tapi Alhamdulilah, projek itu telah pun dimulakan hampir siap.
Juga terima kasih kerana projek titi baru yang juga kita bangkitkan dalam Dewan ini iaitu di Kampung Pengkalan Kakap depan Masjid Pengkalan Kakap dan saya rasa 80% dah pun siap. Moga-moga kalau tak sempat siap waktu nak sambut Ramadhan ini raya moga-moga siap untuk senang jalan sebagai perhubungan. Ucapan terima kasih juga kepada Pejabat Daerah, MPSP, SADA dan sebagainya, agensi-agensi yang terlibat dengan penempatan semula rumah kediaman penduduk di Pantai Rhu ke Kampung Bagan Belat baru-baru ni yang telah pun diserah kunci dan saya rasa benda ni saya alami sendiri dan banyak disebut dan kelmarin pun ada sebut semasa dDuk makan di kafe kelamrin iaitu suka pihak kami mencadangkan agar pihak JKR untuk melihat adakah sesuai lampu lampu isyarat di jalan raya itu, di simpang itu, laluan yang sama ada hijau sebelah lagi merah, maknanya biarlah, kalau berjalan, berjalan semua line, hat hijau, hijau, tak dak yang tunggu sebelah. Boleh faham kut no? Saya pernah dalam beberapa bulan lepas hampir dilanggar dengan kereta yang cukup lajulah. Saya rasa lah, kalau saya kena hari tu, saya bukan lagi Yang Berhormat, Yang Berhormat Almarhum saya rasa. Pasal jalan ‘traffic light’ dekat UITM tu dah pun merah tapi menuju ke MRSM itu hijau. Jadi, kereta yang datang daripada arah bertentangan dia nampak yang hijau yang patut nak pi MRSM, jadi saya nak menuju ke UITM, sikit lagi, kalau kena saya rasa Innalillah dengan kelajuan kereta tu dia mengajar lampu hijau yang bukan lampu dia pun. Yang terakhir sekali, kepada pegawai-pegawai terutama YB. Pegawai Kewangan Negeri dan pegawai-pegawai yang mungkin akan menamatkan perkhidmatan dalam tempoh ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa-jasa yang telah pun diberikan khususnya di DUN Tanjung Dawai dan juga pegawai-pegawai yang mungkin juga akan mengikut jejak yang sama mengakhiri perkhidmatan dalam Kerajaan Kedah ini. Moga-moga apa yang dilakukan, disumbangkan itu diterima oleh Allah Ta'ala sebagai amal yang bermanfaat, boleh dibawa sampai akhirat, InsyaAllah. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan oleh YB. Speaker dan akhir sekali saya menyokong titah ucapan Tuanku. Wallahu’alam, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih YB. Tanjung Dawai.
YB. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.
YB, Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Terima kasih. Saya bersetuju dengan usul yang dikemukakan. Kita ada baki 6 minit lagi, jadi YB. Pengkalan Kundor ada 6 minit sekarang dan akan sambung selepas jam 2.30. Silakan!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Rahmah. Yang saya muliakan YB. Tuan Speaker, YAB. Jeneri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan ADUN, pegawai-pegawai kerajaan, pemerhati, para media, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Pertama saya ucap terima kasih kepada YB. Timbalan Speaker dan juga memberi laluan kepada saya sebagai pembahas yang terakhir. Saya kira tidak mudah untuk menjadi pembahas yang terakhir sebab semua point orang ambil dah. Jadi, saya nak cakap apa kan? Saya juga mengambil sempatan ini untuk menjunjung kasih di atas titah ucapan perasmian oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada dua hari yang lepas. Jadi, saya kira banyak titah Tuanku di awal-awal ucapan memberi pujian kepada kerajaan negeri termasuklah yang telah disebut oleh ramai pembahas iaitu daripada segi pelaburan yang masuk dalam Negeri Kedah, RM13.1 billion pada tahun 2021, 2022 dan pada tahun sebelum itu lebih banyak iaitu RM68.3 billion. Tuanku juga menyebut bahawa 90% daripada jumlah itu adalah di tapak yang telah sedia ada iaitu di Kulim Hi-Tech Park. Jadi, soalan saya kepada kerajaan yang juga kelmarin saya sebut, berapakah jumlah pelaburan yang diusahakan atas inisiatif kerajaan negeri untuk menarik pelaburan dan daripada jumlah itu berapa yang sebenarnya atas usaha inisiatif kerajaan negeri? Pasal apa, dengan mengetahui jumlah itu usaha-usaha yang lebih gigih perlu dilakukan untuk menjadikan Kedah ini sebagai tempat yang menjaga kepada pelaburan. Walaupun pelaburan kalau 2021 itu paling tinggi RM68.3 billion tidak pernah berlaku dalam Negeri Kedah tapi saya melihat kepada jumlah KDNK kepada perkapita, Kedah masih lagi berada di bawah, dengan Perlis pun kita kalah, kita berada nombor dua di bawah iaitu selepas Kelantan. Saya kira mungkin ada benda yang tidak ‘tally’, pelaburan masuk banyak tetapi hasil yang diperolehi tidak sebagaimana pelaburan yang masuk.
YB. Pengkalan Kundor!
Saya harap YB. Timbalan Speaker kita akan bagi banyak masa selepas…
Bergantung kepada YB. Pengkalan Kundor.
Ya, saya bagi sebab masa ada 3 minit lagi, jadi selepas itu saya sambung selepas 2.30 nanti. Bagi masa yang lebih sikit.
Nak tanya sikit, pendek saja. Saya tak tanya panjang-panjang macam YB. Pengkalan Kundor tanya. Adakah YB. Pengkalan Kundor bila kita sebut KDNK ia juga bergantung pada hasil-hasil Kedah dan sebenarnya tujuan pembinaan Kedah Aerotrpolis untuk kargo dan sebagainya bagi memastikan hasil-hasil kilang-kilang di Kedah ni berdaftar di Kedah Kastamnya supaya ia menjadi hasil negeri, kalau sebelum ni Penang yang akan dapat nama. Jadi, itu merupakan antara kaedah kerajaan berfikir untuk meningkatkan KDNK.
Saya faham tu, tetapi saya banding dengan negeri-negeri yang tak dak lapangan terbang, tak dak pelabuhan pun, Perlis contohnya lebih tinggi daripada kita. Jadi, di mana tak kenanya angka tu, adakah angka tu tak kena ataupun bagaimana? Saya terus pergi kepada beberapa teguran yang dititah oleh Tuanku. Antaranya adalah teguran bagaimana Tuanku nak supaya hubungan yang harmoni di antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Saya kira titah Tuanku itu adalah sangat ‘releven’ berdasarkan kepada kalau ikut kronologi bagaimana hubungan yang tidak harmoni ini bermula sebelum pilihan raya lagi. Dalam kempen pilihan raya lagi kita melihat bagaimana, betullah YAB. Jeneri sebagai individu tetapi apabila dia membawa institusi Menteri Besar itu menjadikan seolah-olah hubungan yang tak harmoni yang bermula sebelum pilihan raya dan saya tak nak ulas apa yang diperkatakan sebab ia telah menjadi kes mahkamah. Jadi, saya kira tidak ada dalam negara kita sekarang ini seorang Menteri Besar yang disaman oleh PM, satu-satunya Kedah kita. Jadi menunjukkan bagaimana tidak harmoninya hubungan itu sebelum pilihan raya dan….(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Pengkalan Kundor, kita sudah sampai kepada jam 1.00, nanti sambung.
Ok, terima kasih YB. Timbalan Speaker.
Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Dewan ditangguhkan sementara dan akan bersambung pada jam 2.30 petang ini. Terima kasih
[Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]
[Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang – 14 Mac 2023]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Dewan disambung semula, silakan YB. Pengkalan Kundor.
Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Tadi point saya adalah menasihati supaya hubungan harmoni di antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Saya menyebut tadi bagaimana hubungan ini yang sebenarnya sebelum pilihan raya lagi, sebelum PRU telah bermula bagaimana dalam kempen di Tambun, YAB. Jeneri bukan sebagai individu semata-mata tetapi sebagai institusi Menteri Besar telah membuat tuduhan fitnah kepada Yang Amat Berhormat pada masa itu belum lagi menjadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tuduhan yang sama telah masuk ke mahkamah beberapa orang dan telah diputuskan di mahkamah bahawa itu adalah fitnah. Jadi, saya kira tuduhan yang sama dan keputusan yang sama juga akan dibuat oleh mahkamah dalam konteks pertuduhan yang sama itu. Selepas itu… saya tidak benarkan YB. Sungai Limau sebab banyak lagi ni.
Kira YB. Pengkalan Kundor bagi keputusan awal sangat sebelum mahkamah.
Selepas PRU kita tengok bagaimana selepas itu pun dalam beberapa ucapan, di Sik contohnya….. (YB. Bukit Lada mencelah)
Peraturan… Peraturan Dewan. YB. Dato’ Speaker, 8(c).
Peraturan berapa tu?
Peraturan 9(c) Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati dan bermusuh-musuhan. Jadi, saya harap tidak ada wujud tuduh menuduh sebab ini perkara mahkamah, jadi tak perlulah kita nak pi tuduh kawan ni betul siapa betul siapa salah lagi kan? Agak-agak boleh terus!
Rolling! Saya akan terus. Bukan saja sebelum pilihan raya tetapi selepas pilihan raya pun beberapa ucapan di Sik contohnya bagaimana YAB. Jeneri kondem Kerajaan Madani secara ‘destructive’, yang saya tidak perlu ungkapkan di sini, saya akan berikan selepas ini kalau mahu. Pada masa yang sama dalam ucapan lain pula bagaimana suatu mesyuarat bersama dengan Perdana Menteri dibocorkan juga. Jadi keseluruhan peristiwa itu menampakkan, mewajahkan bagaimana hubungan yang sangat tegang di antara individu sama individu tetapi membawa institusi Menteri Besar tu sendiri, bermakna juga mengheret 2.2 juta orang rakyat Kedah. Jadi, atas alasan itu saya kira Tuanku telah menegur.
Yang kedua, hubungan yang tidak harmoni juga dengan Perlembagaan Persekutuan. Bagaimana YAB. Dato’ Seri MB telah kondem ataupun membuat provokasi kepada perlembagaan itu sendiri, Perlembagaan Persekutuan negara kita Malaysia dengan cara mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang. Mempertikaikan kedaulatan itu adalah sesuatu yang seolah-olah mempertikaikan perlembagaan itu sendiri sebab Perlembagaan Persekutuan sebagaimana disebut oleh YB. Sungai Limau tadi telah memberi hak, telah memberi ‘right’, telah memberi….. (YB. Sungai Limau mencelah)
Peraturan Dewan. Peraturan berbahas muka surat 31, 8(6) Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat… muka surat 31. 36(6). Jadi, minta YB. Pengkalan Kundor yang menuduh YAB. Jeneri mempertikai Perlembagaan Persekutuan. Yang kita tuntut daripada Pulau Pinang, Pulau Pinang perlu bayar….
Saya nampak bahawa itu suatu sangkaan jahat kerana memang beliau mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang dan kewujudan Pulau Pinang itu adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan yang telah diberi hak dalam perlembagaan itu sebagimana perlembagaan itu juga memberi ‘right’ kepada Negeri Kedah, Johor dan seumpamanya. Tiba-tiba ada manusia pertikai perlembagaan itu. Jadi, kita nak kata apa? Pertikai perlembagaan itu kita nak kata apa?
YB. Pengkalan Kundor, YB. Dato’ Speaker, tak dak siapa yang mempertikaikan perlembagaan. Kita dengan Pulau Pinang kita menuntut bayaran…..(YB. Pengkalan Kundor mencelah)
Nak suruh saya pasang ni ka, video ka?
Menuntut bayaran tentang air, kita jaga air dan kita minta daripada Kerajaan Persekutuan untuk bayaran macam royalty lah pajakan dipertingkatkan. Itu yang berkaitan dengan apa yang telah pun kita tuntut.
Itu point saya yang ketiga. Saya ada video di mana YAB. Jeneri mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang.
Jadi, kalau ada benda yang dipertikai itu ia bergantung kepada siasatan di luar dan sebagainya. Bukan kita bersangka jahat di dalam Dewan ini, peraturan sedia ada. Itu suatu tuduhan.
Saya nak ‘rolling’ daripada Speaker. Saya tidak pernah bermaksud membuat tuduhan ataupun berniat jahat, ini adalah ucapan daripada beliau yang saya rasa rakyat Kedah mesti pertahan kedaulatan kita dan juga negeri-negeri lain.
Ya, kita pertahankan!
YB. Pengkalan Kundor, rasanya itu kenyataan daripada YAB. Jeneri pun bukan dia berniat jahat, sekarang ni YB. Pengkalan Kundor yang berniat jahat….(YB. Dato’ Speaker mencelah)
YB. Kuala Ketil… address kat Speaker dulu!
Minta maaf YB. Dato’ Speaker.
Jadi kita minta YB. Pengkalan Kundor tarik balik kata YAB. Jeneri mempertikaikan perlembagaan sebab perkara itu bukan sepertimana yang telah pun kita bahas dalam Dewan ini tentang Pulau Pinang dan sebagainya. Tuntutan kita kepada Pulau Pinang berkaitan dengan air, khusus kepada Pulau Pinang dan juga tentang pajakan itu kepada Kerajaan Persekutuan.
Tak pa, YB. Pengkalan Kundor dah bawa keluar isunya, masanya akan sampai bila YAB. Jeneri akan memberikan jawapan nanti. Tak pa, point itu sudah difahami boleh masuk point lain pula.
Jadi saya kira inilah sikap harmoni yang disebut oleh Tuanku Sultan supaya dengan perlembagaan mesti dihormati, dengan Perdana Menteri Persekutuan mesti dihormati. Perkara yang ketiga adalah berkait dengan tuntutan tadi yang kita sebut ‘riparian right’. Ini juga saya kira bukan perkara yang berkait dengan politik semata-mata tapi berkait dengan undang-undang. Jadi, kita nak supaya Penasihat Undang-undang dan lain-lain yang berkait dengan undang-undang memberi nasihat yang betul. ‘Riparian right’ ni sejauh mana sejauh mana? Apakah yang telah dibuat itu maksudnya mengira sampai ‘catchment area’. ‘Catchment area’ Kedah katanya 90%, ‘catchment area’ Pulau Pinang 10%. Apakah itu benda yang betul, sesuatu yang betul? Saya kira ini tidak perlu politikkan. ‘Riparian right’ ini seluruh dunia memahami ‘right’ ini, ‘right’ untuk guna air di kawasan lembangan masing-masing. Jadi kita harap ini juga perlu diselesaikan melalui undang-undang jadi kita rasa tidak perlu dipolitikkan.
Yang seterusnya adalah nasihat Tuanku adalah supaya mengelak daripada berpolitik secara berlebihan, ini juga nasihat Tuanku. Saya ‘refer’ kepada satu Muzakarah Ulama Kedah pada 17 haribulan November 2022, dua hari sebelum pilihan raya dan ianya dibaca, ianya disebut sehari sebelum pilihan raya di hari Jumaat itu resolusi yang ke 6 menyebut bahawa “mesti, pengundi-pengundi ini mesti menyokong Pekatan Nasional, mesti” dan di antara ahli-ahli yang membuat resolusi itu adalah 2 daripada Ahli Majlis Fatwa. Lalu berhubung dengan itu kami telah berjumpa dengan Dato' Mufti dan secara verbal Dato’ Mufti memberi pandangan beliau kepada kami bahawa apabila wujud beberapa pilihan, parti ini memilih, ada PN ada PH ada lain-lain. Bila wujud banyak pilihan Mufti kata apa, “yang terbaik adalah sembahyang istiqarah”. Jadi, tak timbul perkataan mesti yang ada di dalam resolusi tu. Jadi kita nak supaya Pejabat Agama, Pejabat Mufti untuk mengambil ini kerana ini merupakan fatwa politik yang mempengaruhi pengundi-pengundi dan ianya akan berterusan. Ianya akan berterusan….. (YB. Dato’ Speaker mencelah)
YB. Pengkalan Kundor, ada seminit lagi! Lebih dah! Lebih 3 minit dah!
Dia bukan fakta Majlis Fatwa…
Fatwa politik? Fatwa politik?
Tak pa YB. Pengkalan Kundor, buat penutup!
Habis dah?
Ha, lebih 3 minit dah.
Tak syok la!
Tak syok, memang tak syok.
Saya menghormati YB. Dato’ Speaker lalu saya ‘landing’ saya sebut macam ni. Saya ajak semua kita untuk mewujudkan suatu bentuk kerajaan yang sangat harmoni yang diungkapkan sebagai konsep Malaysia Madani. Malaysia Madani adalah suatu konsep yang diambil namanya daripada Madinah di mana pembentukan Negara Madinah berasaskan kepada suatu Ppiagam Madinah. Dalam piagam itu ada 47 fasal, 23 fasal berkait dengan hal ehwal orang Islam sesama orang Islam, Ansar dan Muhajirin. Manakala 24 lagi lebih satu adalah berkait dengan antara orang Islam dengan orang non-muslim.
Jadi saya ajak untuk kita sama-sama membina Masyarakat Madani ini, sama-sama kita menghormati antara satu sama lain, sama-sama membina suatu suasana harmoni, rahmah, rahmah untuk semua dan kita juga harus bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menokhtahkan kemiskinan tegar dalam negeri kita dan seterusnya
menyusun semula pembahagian agihan kekayaan kepada semua rakyat dalam negara kita yang akhirnya untuk kita melihat Negeri Kedah negeri yang bukan berada pada tahap hari ini, dalam masa dua tiga tahun yang akan datang InsyaAllah kita akan melihat Negeri Kedah ini jauh lebih maju daripada apa yang kita ada sekarang.
Jadi, saya ucapakan terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker, semua rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sebab ini mungkin yang terakhir, saya juga tak tahu lepas ni ada di mana. Kalau nampak macam kasar tadi saya minta maaflah. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya juga menyokong usul yang dititahkan oleh Tuanku dua hari yang lepas.
Terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Semua pakat habaq mungkin terakhir, mungkin terakhir. Siapa nak duduk dalam Dewan ni pula tak tau. Silakan yang terakhir YB. Kuala Ketil!
Mungkin terakhir juga kut.
Terakhir jugak? Jangaann…Muda belia lagi tu.
Nak jadi Ahli Parlimen Kuala Ketil pulak lepas ni. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu wassalamu ala asyrofil ambiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. YB. Dato’ Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, tak lupa kepada Tuan Pegawai Daerah saya Baling, 2 hari dah duk sini tengok kita. Seterusnya tak lupa juga kepada sahabat saya Senator YB. Cikgu Nasir mewakili Daerah Baling yang akan membawa…….(YB. Dato’ Speaker mencelah)
Mewakili Negeri Kedah!
Ok, tarik balik mewakili Negeri Kedah dan Daerah Baling untuk menyuarakan suara-suara di peringkat negara dan juga tak lupa kepada Senator YB. Ustaz Musoddak bin Ahmad yang juga dilantik sebagai Senator bagi penggal ini dan tidak lupa juga kepada sahabat YB. Sungai Tiang dan YB. Bandar Baharu yang baru saja berhijrah ke sebelah sana, tak jauh la, baru 2 hari. Tapi tak dak pula petang ni, nak hentam depa ni. Terima kasih di atas pelantikan YB. Suka Menani sebagai Ketua Pembangkang pada sesi kali. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian.
Pertama dan selamanya kita panjatkan sepenuhnya kesyukuran kepada Allah s.w.t atas limpah kurnia serta izinnya dan rahmat kasih sayang Allaht dapat kita dipertemukan pada Sidang kali ini walaupun ada yang dah bersungut mungkin Sidang yang terakhir bagi mereka sebab saya jangkakan selepas PRN nanti yang sebelah sana dah tak dak, sebelah sini semua pi sebelah sana dan semua jadi kerajaan, habis dah sana. Tapi saya ada 13 perkara YB. Dato’ Speaker, kalau lebih sikit-sikit saya ingat tak pa kut? Yang pertama, “beta mengambil berat perihal kerajaan beta, beta berpuas hati dengan pentadbiran di bawah pimpinan Mamanda Menteri Besar”. Ini kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Tuanku sewaktu titah pada 12 Mac 2023. ‘Cashless’ ini Ahli-ahli Yang Berhormat dan tuan-tuan sekalian, besar maknanya, maknanya satu penghargaan daripada Tuanku kepada kepimpinan yang ada pada hari ini, tak perlulah kita nak pertikaikan titah ini ditulis oleh siapa sekalipun. Kalau kita Yang Berhormat pun pi buat ucapan di majlis, yang karang tu kerani, kita tak kata jawapan ni dikarang oleh kerani, tidak! Kita kata jawapan ni daripada kita sendiri, ucapan daripada kita, yang ini adalah lahir daripada diri Tuanku sendiri.
Yang nilah kita kena ambil maklum bahawa Tuanku amnya sangat rapat dengan kerajaan, berpuas hati dengan pelaksanaan apa yang berlaku dalam kerajaan pada hari ini. Tetapi saya pun hairan, semua Yang Berhormat di sana semua duk bersyarah satu benda saja, tajuknya “kerjasama yang baik, hubungan yang baik antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri”, yang tu saja duk pusing, ada 2 atau 3 Yang Berhormat saja yang yang bersyarah tentang perkara-perkara lain. Banyak perkara yang dinukilkan oleh Tuanku dalam titah ini yang banyak mendatangkan positif kepada kerajaan hari ini. Jangan ambil yang negatif saja, kita kena mencadang juga. Kalau yang positif kita ucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan yang buat kerja ni. Yang Berhormat ni buat kerja saja sebagai dasar dan polisi tetapi yang buat kerja adalah kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan.
Kena bagi “thank you” kepada mereka semua, terima kasih kepada mereka sebab mereka yang buat kerja, buat kertas kerja, bentang, pi taklimat, pergi mesyuarat dan sebagainya. Itulah kejayaan pada hari ini, kena bagi penghargaan.
Yang keduanya adalah sistem E-10 yang diperkenalkan oleh MPKK (Majlis Perbandaran Kulim, Kedah), satu benda yang positif perlu dilaksanakan oleh semua PBT. Saya harap perkara ini boleh dilaksanakan pada semua PBT, paling cepat supaya urusan tanah itu lebih awal, barulah kita dapat laksanakan kepada semua PBT.
Kita lihat, Aspen Glove telh mencapai tahap yang terbaik daripada 24 bulan kepada 10 bulan dan kita nak minta daripada YB. Guar Chempedak mungkin ada lagi industri-industri lain yang telah mencapai tahap ini. Kalau tercapai lagi baik dan kita nak ulas balik apa yang YB. Bandar baharu kata tadi, kita jangan pilih kualiti, nak pilih kualiti, siapa nak pi tanya kilang tu hang buat ni macam mana kualiti, siapa nak nilai dia sebelum dia beroperasi. Dia belum operasi lagi kita nilai kualiti dia macam mana. Orang nak mai melabur di tempat kita, kita panggil mai lah, kita panggil mai melabur, buat produk, kalau dia tak capai, dia pun ada ISO dia, dia boleh buat peningkatan kualiti dia. Siapa kita untuk menentukan kualiti dia dulu, teruklah YB. Exco nak pi tanya hat kualiti dulu. Kita nak alukan sebab kita perlukan pelaburan untuk anak-anak Negeri Kedah khasnya yang bekerja dalam sektor tersebut.
Sedikit pencelahan YB. Kuala Ketil!
Saya tak bagi, tadi pun Yang Berhormat tak bagi kepada saya. Yang ketiga, saya bawa kepada program ‘cashless’, tiada tunai. Program ini kalau Ahli-ahli Yang Berhormat dan tuan-tuan semua tengok, ini adalah hasil pemikiran strategik YAB. Menteri Besar kita, Menteri Besar yang pertama melancarkan program ini, tapi tak dak siapa ulas. Kita buat tanpa tunai, kita mula pada tahun 2020 sebab ada covid, pembayaran ditak boleh di kaunter, kita buat secara online. Kemudian, 2021 kita buat i-bayaq, tambah dia punya peranan. 2022 kita dah pi kepada Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan Pejabat Hutan, Pejabat Agama, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Vetarinar, JKR, JPS dan Pejabat SUK. Sambutannya amat menggalakkan dan kita kena bersetuju ini menjadi satu mercu tanda ke arah yang lebih baik. Sistem ini bukan kita ‘copyright’, ia di’design’ orang Kedah sendiri, pegawai kerajaan kita yang ‘design’, buat dan kita laksanakan. oleh negara kita hasil ni yang saya maklumat tentang segala yang boleh kita laksanakan.
Hasilnya dengan sistem ini, 2020 kita dapat RM18.9 juta, 2021 kita dapat RM27.3 juta, 2022 dapat RM54.7 juta dan Februari 2023 saja kita dah dapat RM26.2 juta. Maknanya hari ini dan saat ini, YB. Bukit Lada ‘bank in’, Pegawai Kewangan dah tau dah ‘income’ masuk di mana, dah dapat.
Tentang segala sistem ini yang boleh kita laksanakan dengan lebih baik. Kita minta perkhidmatan ini menyeluruh dalam semua sektor, semua jabatan di dalam Negeri Kedah ini supaya lebih baik. Saya ambil pengalaman sewaktu misi di Turkiye bulan lepas, saya baru balik saja.
Maknanya kita pergi di kiosk yang paling atas bukit sekali pun nak beli satu benda dia bagi untuk kita buat secara menggunakan ‘debit card’ kita. Dalam debit card tu ada ditulis siap-siap dah nak guna lira, nak guna USD atau Euro. Kita tekan semasa itu, kita boleh check Maybank kita boleh keluarkan transaksi, gunakan duit ringgit kita. Kalau 1,000 lira, dia akan keluar dah berapa ratus duit kita dah dikeluarkan. Maksudnya perkhimatan yang mudah, yang cepat, termasuk inisiatif kerajaan nak buat di masjid-masjid. Orang nak derma, tak perlu buka tabung derma. Buka tabung orang curi, tutup pagar orang tak boleh derma, la buat QR Code bagi orang derma. Bermakna bila dia gunakan sistem, guna kad, derma RM100 pun tak terasa, tapi kalau bawa keluar dari poket, ketaq tangan-tangan nak bagi RM100, banyak ni, sampai tahap itu lah. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang buat pelancaran ‘cashless’ ini dan boleh dilaksanakan kepada semua jabatan dan agensi.
Seterusnya yang keempat ialah tentang tanah, tentang pelaksanaan memberi geran tanah kepada rakyat. Memang sahabat-sahabat dah bahaskan ya. Perkara ini sesuatu yang positif, yang baik yang rakyat sudah berapa lama tunggu untuk dapat geran ini, tiba-tiba hari ini kerajaan har ini boleh buat Yang Amat Berhormat kita atur setiap daerah buat program bagi. Ada makci-makcik tu yang mai teriak. Dia kata, “tanah ini dimohon oleh tok dia, tok dia dah mati, pak dia mati dah, ni saya yang tukang terima, saya pun 3 selenden dah (maksudnya uzur)”. Mai, teriak waktu terima. Maksudnya tempoh masanya cukup panjang. Saya nak ucapkan tahniah kepada Pejabat Daerah Baling (Tuan DO kita ada di sini), kita wujudkan Jawatankuasa Tanah untuk selesaikan kes-kes sebegini ternasuklah tanah-tanah penempatan dari Jabatan Hutan, tanah-tanah RV Jabatan Vetarinar dan juga pertanian. Kita wujudkan Jawatankuasa dan banyak kes dapat diselesaikan. Tahniahlah untuk Pejabat Daerah Baling.
Jawapan macam YB. Exco saja…pasal apa?
Ada harapan kut no? Hilang point dah.
Dak! Saya berasa macam Exco yang duk berucap tu.
Macam MB. Bukan no? Seterusnya perkara kelima tentang KXP. Tak palah depa sebut Aerotropolis ka, KXP ka, cerita dia lebih kurang dalam kawasan tu lah. Panjang cerita tak mau, semua dah cerita, semua faham. Tapi saya nak ingatkan janganlah kita kerana nak bagi Pulau Pinang besarkan airport dia, kita sekat peruntukan di Kedah. Nak buat Pulau Pinang saya tau, saya pernah terlibat dalam isu alam sekitar di situ. Nak tambak laut sampai 3 pulau, tambaklah, tak dak masalah nak bagi pun tapi janganlah sekat hat Kedah, bagilah apa salahnya. Kenapa kita bagi alasan utamakan Pulau Pinang dan Subang, kita tangguh sat hat Kedah. Kenapa? Jangan ada perasaan dendam itu, nak bagi, itu duit kerajaan bukan duit PMX, duit kerajaan, bagilah. Sejarah ni dah panjang cerita dah. Kalau PMX nak maklumat lengkap, boleh taip untuk mendapatkan maklumat daripada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar kita, tak perlu telefon kontraktor dan sebagainya. Saya dengar ini sewaktu YAB. Menteri Besar buat siding media semalam. Ini suatu kekesalanlah apa yang berlaku. Perkara yang keenam adalah bersetuju dengan titah Tuanku tentang meningkatkan taraf Jeti Kuala Kedah untuk lebih efisien pergerakan feri ke Langkawi. Saya pun tak mau hurai panjang tetapi saya bersetuju untuk dikekalkan Kuala Kedah kerana ia adalah satu lambang ikonik kepada kawasan tersebut dan kalau ditingglkan dan kita bergerak ke tempat lain kemungkinan kawasan Kuala Kedah akan mati. Biarlah di situ, naikkan taraf sebab sekarang ini kalau orang parkir di situ silap-silap haribulan air pasang besar, kereta tenggelam. Jadi, biarlah naik taraf kepada parkir dan sebagainya untuk kemudahan orang ramai pergi ke Langkawi.
Seterusnya perkara ketujuh. Saya bersetuju dengan Tuanku berkenaan warisan budaya seperti wayang kulit, tarian tradisional termasuk Tuanku sebut “buah khanda”, buah khanda ni budak-budak kena demam campak boleh guna, nam nam, buah nam nam ni orang makan duk menyicah garam lagutu lah dah buah seqalat, buah seqalat ni kalau orang perempuan duk tengok waktu bulan puasa boleh meleleh ‘ayaq lioq’, sedap buah dia tapi susah nak tanam. Ini benda-benda yang istimewa termasuk warisan-warisan lama.
Memang ada sebahagian daripada Yang Berhormat mencadangkan supaya dibukukan dan sebagainya. Saya tunjuk kepada Ahli Yang Berhormat semua ada ni buku dia, “Kedah Dulu-dulu”, hasil sumbangan Perpustaan Negeri kepada saya. Di dalam ni ada semua gambar raja dulu-dulu naik tongkang di pelabuhan dulu, bab Pulau Pinang pun ada dalam ni, semua ada dalam ni.
Pasal nak bercakap petang ni orang bagi buku satu?
Allahuakbar! Tunjuk dulu, tebal. Semua warisan Kedah ada dalam ni.
Tapi masa dah cukup dah YB. Kuala Ketil!
Sat sikit lagi…last dah. Tak jumpa dah tahun depan. Perkara kelapan, isu SADA. Memang sahabat kita menyentuh tentang isu SADA pasal air dan sebagainya, tempat kita pun ada masalah tetapi kita kena bagi satu penghargaan kepada SADA kerana telah membelanjakan RM175 juta untuk kos pengangkutan air, satu benda yang diusahakan cukup banyak untuk bantu rakyat dan 2022 saja telah mencapai kos RM6.6 juta, kos yang tinggi. Walaupun kita faham mereka ada kekangan dan sebagainya tapi mereka juga telah berusaha bukan duduk diam, tengok saja termasuklah kita daripada sekritariat juga nak bantu rakyat.
Perkara kesepuluh…….(YB. Dato’ Speaker mencelah)
Yang terakhir, yang terakhir!
Dan perkara yang kesepuluh, isu tuntutan Pulau Pinang panjang! Boleh tak?
Tak payahlah, Pulau Pinang tu semua dah selesai dah tu.
Saya bersama semua ADUN Kerajaan menyatakan sokongan penuh kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam isu tuntutan Pulau Pinang, tuntutan air di Pulau Pinang. Dah YB. Dato’ Speaker tak bagi ulas, saya boh tajuk tu saja lah. Boleh?
Yang seterusnya ada dua perkara lagi, mendesak Pulau Pinang jangan campur tangan dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, termasuk tinjauan mereka dalam kawasan Ulu Muda, ini berlaku. Kita minta mereka jangan campur tangan kerana Negeri Kedah adalah negeri yang berdaulat, ada pemerintahnya. Kalau sebelah sana duk marah kita sebab duk marah Pulau Pinang, kena buka sejarah balik dan kita minta sejarah Pulau Pinang dengan Kedah ini dirungkai semula supaya kalau sekalipun selepas PRN nanti, Pulau Pinang ditadbir oleh PN, isu tuntutan ini tetap akan kita buat juga, kita akan teruskan sama ada Pulau Pinang pajakan ataupun isu air.
Dan yang terakhir. Banyak sebenarnya tapi YB. Dato’ Speaker tengok macam sedih saja. Yang terakhir, saya juga ingin menyuarakan untuk isu-isu di Kuala Ketil. Yang pertama ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, Pegawai Kewangan, JKR dan Pegawai Daerah kerana siapnya Titi Kampung Kuala Sedim, titi yang bernilai hampir RM2 juta, titi kampung yang termahal dalam Negeri Kedah dalam tempoh yang cepat, 6 bulan. Yang kedua, dengan kepadatan penduduk di Kuala Ketil, kemajuan yang cukup besar dengan kawasan industri yang sedang berkembang kita minta dipercepatkan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat yang sekarang berusaha untuk cukai tanah dan sebagainya, balai polis dinaikkan taraf kerana ada 20 orang anggota sahaja dan Klinik Kesihatan Kuala Ketil juga dinauk taraf kerana kepadatan penduduk yang cukup ramai. Jadi, itulah perkara-perkara yang sempat saya rungkaikan dalam perbahasan bagi saya pada petang ini. Cuma terkilanlah YB. Bandar Baharu tak dak, sepatutnya saya nak ulas YB. Bandar Baharu tadi, dia kondem kita tadi tu, dia baru hijrah 2 hari saja, dia kata dekat KHTP buat tak betul, hat ni tak betul, hat nu tak betul. Saya kata, “dulu dia pun duk di situ!” baru 2 hari saja dia hijrah, dah ubah dah. Kena hati-hati, nak berkawan pun kena hati-hati jugalah.
Oleh itu, saya dengan ini menjunjung kasih di atas titah ucapan Tuanku dan menyokong titah ucapan Tuanku pada 12 haribulan Mac 2023 yang lalu. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Waalaikumsalam.Terima kasih YB. Kuala Ketil. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini saya dimaklumkan oleh YB. Belantik, YB. Bandar Baharu, YB. Kota Darul Aman dan YB. Alor Mengkudu yang mereka tidak dapat hadir kerana ada urusan yang amat penting dan diluluskan.
Urusan seterusnya Setiausaha!
Penggulungan di atas Usul Menjunjung Kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar oleh Pihak Kerajaan.
III. Penggulungan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar Oleh Pihak Kerajaan.Motion
Sekarang kita masuk ke acara penggulungan oleh Exco. Kalau ADUN pun 15 minit tak cukup, saya rasa Exco ni lagi la tough kerana perkara soalan itu bertubi-tubi, banyak yang nak kena nak kena jawab balik. Hari ni kita tengoklah Exco nak jawab secara sulung ni Exco yang baru dan saya jemput YB. Kuala Nerang untuk menggunakan 20 minit.
Auzubillahiminasyaitonirrojim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrohim. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil ambiya iwal mursalin saidina muhammad waála ali wasohbihi ajma’in. Subhanaka ‘ilmalana ma’allamtana innaka antal ‘ali mulhakim. Lahaulawala khuwa tailla billa hil ‘ali yilazim. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uqdatan millisani yafkhohu khauli. ‘Ammabaq.
YB. Dato’ Speaker, terima kasih memberi peluang kepada saya, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan atau wakil dan seterusnya para pemerhati.
Alhamdulillah, pertama sekali saya ambil kesempatan ini untuk merakamkan dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah atas dua sebab, yang pertama kerana telah menyampaikan titah ucapan Perasmian Sidang DUN pada kali ini dengan ucapan yang begitu baik dan yang kedua kerana telah memperkenankan pelantikan patik untuk menjawat amanah yang berat ini. Saya juga merakamkan terima kasih kepada YAB. Menteri Besar kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab yang saya kira sangat besar yang merangkumi portfolio kerja raya, tenaga, bekalan air, sumber air, pengairan dan saliran yang melibatkan 6 agensi itu JKR, TNB,SADA, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) JPS, dan JPP.
YB. Dato’ Speaker, saya sebenarnya sangat bimbang dan sangat takut terhadap pesanan Baginda Rasulillah s.a.w yang menyebut yang selalu kita dengar yang rasanya semua orang dah hafal, dah faham.
“Apabila satu urusan itu dikurniakan atau diberikan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran”.
Saya berdoa dan mohon sahabat-sahabat sekalian berdoa moga-moga kita tidak termasuk kalangan orang yang sedemikian. YB. Dato’ Speaker, saya telah meneliti, menyemak dan mencatat semua isu-isu yang berkaitan dengan portfolio ini, saya perhatikan tidak kurang daripada 27 point yang dibangkitkan dan ada setengahnya berulang dan saya rasa sangat bimbang tidak dapat mengulas, menjawab kesemua sekali satu persatu sebab seperti jawapan yang disediakan oleh agensi di bawah saya ni memang sangat banyak dan memerlukan masa yang panjang sepertimana yang YB. Speaker sebut tadi. YB. ADUN pun tak sempat dalam masa 15 minit, yang ini lagi tak sempat. Saya harap dan saya mohon tidak ada pencelahan, bukan kerana tak mau nak jawab tapi kerana masalah masa. Saya percaya adil bagi kita kerana ketika mana ADUN berbahas Exco tidak diberi peluang untuk mencelah, (betul kot no, saya baru lagi ni). Jadi, bila Exco menjawab atau menggulung, saya kira tidak perlu pencelahan dan ini menjimatkan masa. Jadi banyak yang saya boleh menjawab dan mudah-mudahan persoalan itu diperhalusi. Saya menjawab berdasarkan kepada apa yang disediakan kepada kita oleh agensi kerajaan dan pegawai yang professional, bukan jawapan politik.
Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang Dewan sekalian, ada 11 ADUN yang membangkitkan, Suka Menanti, Pengkalan Kundor, Kulim, Bukit Selambau, Kota Siputeh, Sungai Tiang, Bukit Lada, Tanjung Dawai, Kota Darul Aman, Kubang Rotan, Alor Mengkudu dan terkini terakhir 12, Kuala Ketil.
Secara keseluruhan, saya juga ambil kesempatan ini untuk memohon supaya sebahagian ucapan yang disebut oleh YB. Bukit Lada dan YB. Tanjung Dawai dimasukkan sebahagian daripada ucapan atau jawapan penggulungan saya. Antara yang disebut oleh Tanjung Dawai bahawa kita sebagai wakil rakyat kita sama-sama kena berperanan setakat mana yang kita boleh. Sebagai ikhtiar telah disediakan lori tangki tambah bantu kepada SADA dan juga telaga boring. Telaga boring Ahli-ahli Yang Berhormat sekalain, disediakan secara percuma walaupun dana dikutip ataupun dana daripada Yang Amat Berhormat sendiri tetapi disediakan untuk rakyat. Demikian juga Lembaga Sumber Air Negeri Kedah juga ada menyediakan, Jabatan Mineral pun ada menyediakan. Jadi kita nak kena guna kesempatan dan peluang ini untuk membantu sebagai satu usaha jalan keluar kepada permasalahan air.
Saya mendapat jawapan daripada JKR berhubung dengan sebutan banyak pihak kelewatan sedikit. Tetapi hakikatnya apabila telah diberikan sedikit lanjutan masa, izinkan saya sebut tentang kemajuan terkini Loji Rawatan Air sebab ini ada kaitan dengan sistem bekalan air kita yang ramai orang sebut sebelum ni kalau disiapkan lebih awal InsyaAllah masalah air sebagian besar boleh selesai. Tapi bilamana projek ini tergendala atas beberapa sebab yang InsyaAllah saya akan sebutkan nanti. Yang pertama Loji Rawatan Air Pelubang naik taraf, kemajuan mengikut jadual adalah 9.88% dan kemajuan semasa setakat ini ialah 10.49% dengan telah diberikan lanjutan masa, lambat lagilah 28 haribulan Mei 2025. Kemudian Loji Rawatan Jenun Baru, yang ni sedikit kelewatan jadual 35.6% dan kemajuan semasa 28.2%, Bukit Selambau 11.82%, semasa 11.42%, ini pun ada EOT (lanjutan masa) sehingga 28.6.2024. Sungai Limau 7.54%, semasa 7.47% lanjutan masa 25.4.2024, Lubuk Buntar, yang ni kelewatan banyak sikit, 98% ikut jadual, semasa 54%. Semua ini antara lain berpunca daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3) seluruh negara dulu yang mana semua sektor dibenarkan beroperasi semasa pelan pemulihan negara 4.0 bermula 8 November 2021.
Jadi, semasa PKP tu kilang kebanyakan tak buka, kilang buat paip ni pun tak banyak, ada empat lima lebih kurang. Jadi, ketika mana dibuka semula untuk operasi, bekalan paip itu tidak mencukupi menyebabkan kelewatan bahan binaan terutamanya paip tersebut. Lagi satu masalah yang menyebabkan kelewatan ialah kesukaran pihak kontraktor untuk mendapatkan tenaga-tenaga mahir dalam sektor pembinaan 3D ini (Dirty, Dangerous and Difficult).
Kerja pasang paip tu termasuk juga kerja-kerja di loji rawatan tempat-tempat aspek-aspek yang tertentu. Dengan tidak menafikan bahawa pengambilan balik tanah juga menjadi satu isu di peringkat awal. Tapi Alhamdulillah, hari ini sebahagian besar telah dapat diselesaikan.
YB. Dato' Speaker, izinkan saya menyentuh satu persatu setakat mana yang boleh, setakat mana yang sempat yang diizinkan. Yang pertama ADUN Suka Menanti menyebut, keluhan masyarakat yang sering mendapat notis gangguan bekalan air yang mana ada dia hantar notis yang dikeluarkan tidak ditentukan masa sampai bila. Jawapannya ialah notis gangguan ada 2 kategori, 2 jenis. Yang pertama notis kecemasan, kecemasan ni tak ada tempoh masa gangguan akan tamat kerana ia melibatkan waktu pemulihan yang tidak dapat dijangkakan, tak dapatlah jangka kebiasaannya bekalan akan pulih secara berperingkat. Yang kedua notis berjadual, yang ni ada masa yang ditentukan, boleh jadi yang YB. Sua Menanti sebutkan yang tidak dipanggil kecemasan. Hat Suka menanti pun dah tiga empat helai nak jawab ni. Apakah tindakan kerajaan bagi menghadapi LIMA, Langkawi? Tindakan kerajaan dalam menghadapi isu bekalan air semasa program LIMA di Langkawi adalah antaranya pembaikan paip besar dasar laut, ‘submarine pipeline’ secara berterusan, kedua menambah baik sistem inline booster pump di rumah pam Lanai bagi meningkatkan tekanan ayat di kawasan Hotel Resort World dan sekitar, ketiga operasi LRA Kemboja daripada 10mld kepada 12mld dan pemasangan paip outlet LRA Padang Saga 2 ke LRA Padang Saga 3 pum ping men dan diagih terus ke agihan tangki Kuah, Dundung dan Nibong dan terakhir sektor semula outlet tangki Padang Saga sedia ada ke agihan tangki Dundung dan juga Nibong. Di samping itu, juga SADA akan mengambil bahagian dan langkah yang segera untuk tambah logistik lori tangka, kemudian penempatan awal tangki statik, pembukaan bilik gerakan, hebahan awal kepada pengguna berkenaan untuk jimat air dan mengadakan libat urus dengan sasaran penting seperti hotel dan penganjur.
Satu lagi dibangkitkan berkenaan dengan tarif air. Tarif air ini untuk domestik tidak dinaikkan cuma Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya pelarasan kadar tarif bekalan ayat dilaksanakan seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sehubungan itu, pada yang menjalankan kuasa yang diberi di Bawah Seksyen 84, Ceraian 2 Cerai A, dan 179 Ceraian 1, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, menteri atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Ringkas ni panjang nak baca, mulai 1 Ogos 2022 sektor yang bukan domestik. Mungkin hat tadi ni dia restoran perniagaan agaknya, memang ada perubahan kadar itu.
Saya langkau ni. YB. Pengkalan Kundor ada bangkit masalah Padang Raja. Padang Raja ni pun jawapannya panjang juga, boleh berjumpa dengan saya selepas ni InsyaAllah. Masalah gangguan air di bandar Padang Raja, langkah segera ialah penghantaran air lori tangki secara berjadual 2 hingga 3 hari sekali kepada pengguna yang terganggu. Cuma saya juga dapat aduan ‘direct’ daripada pengguna kadang-kadang sampai 3 hari tak sampai dan terlewat.
Kita harap dapat menghubungi SADA dan berulang kali kita tegaskan supaya dapat dibekalkan. Kemudian kerja agihan segera pemasangan paip secara terus paip utama 600mm telah dijalankan. Pemasangan paip air ini siap pada 28 Februari yang lalu. Tapi kita faham, memang tak dapat mengatasi semua kerana kerja ni dibuat secara berperingkat, berfasa dan antaranya ialah pembinaan Rumah Pump Booster yang telah siap pada 5 Mac yang lalu dan menunggu bekalan elektrik. Jadi kalau dapat bekalan elektrik ini InsyaAllah saya rasa boleh selesai banyak masalah di sana. Sementara langkah jangka panjang, ini ialah berkaitan dengan Loji Pelubang juga, kena siap Loji Pelubang supaya kerja-kerja bekalan air ini dapat disempurnakan dan disampaikan kepada kawasan yang terlibat.
Seterusnya YB. Dato’ Speaker, ADUN Kulim ada bangkitkan berkenaan dengan bekalan air semakin meruncing. YB. Dato’ Speaker, mutakhir ini kita sedar bahawa musim kemarau ia menjejaskan bekalan air, sumber air kita kurang, sikit. Sikit inilah yang menyebabkan simpanan tangki air kita pun kurang daripada setengahnya ada 3 meter asal tangki dia turun tinggal 1 meter. Bila air semakin sedikit tekanan pun semakin perlahanlah tambah-tambah tempat yang jauh sebelah Tanjung Dawai termasuk juga di Padang Raja dan beberapa tempat yang lain. YB. Kulim bangkitkan ni jawapannya ialah Taman Kulim Utama Fasa 2A mempunyai purata tekanan dalam sistem antara 2 hingga 3 bar yang mana telah melebihi tahap yang ditetapkan oleh SPAN. Program NRW bermula tahun ini akan melihat secara keseluruhan masalah kerosakan paip air termasuk merancang kerja pembaikan. NRW ini Sidang DUN sekalian bahawa projek ini baru dimulakan, 1 Januari yang lepas dan memakan masa yang panjang 15 tahun. Jadi, setakat ini memanglah susah untuk dinilai kejayaannya kerana ia perlukan masa yang yang panjang untuk melihat kesannya.
YB. Kulim juga membangkitkan tentang projek TAPS (Takungan Air Pinggiran Sungai) bagi menyediakan sumber air di kawasan Kedah Selatan. Jawapan kita ialah berdasar kepada kajian terdahulu untuk meningkatkan kapasiti air mentah cadangan bagi pembangunan kolam Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) ini telah dikenal pasti melibatkan 27 lokasi di Lembangan Sungai Muda dan perkara ini pun telah kita angkat naik dan baru-baru ni pun pada 16 Februari saya telah membuat kunjung hormat kepada Menteri dan YB. Menteri untuk memohon supaya dua projek pembangunan TAPS ini dapat dilaksanakan dan InsyaAllah akan dapat membantu sumber bekalan air kita di Negeri Kedah ini.
Kemudian disebutkan juga apa perancangan dan tindakan jangka masa panjang. Perancangan tindakan jangka masa panjang bagi menangani isu bekalan bekalan air di Negeri Kedah ini ialah pertama pelaksanaan Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air di Negeri Kedah yang disebut tadi, kemudian pelaksanaan projek di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) iaitu menaik taraf LRA Jeniang Baru, projek menaik taraf LRA Jenun Lama dan sebagainya, perancangan projek berimpak besar iaitu pembinaan LRA Sidam, Fasa 1 di Daerah Kuala Muda dan SADA juga sedang dalam pelaksanaan program pengurangan NRW yang saya sebutkan tadi secara holistik di seluruh Negeri Kedah dalam tempoh 15 tahun. ADUN Bukit Selambau juga bangkitkan tadi dan SADA sedang mengambil langkah untuk menangani krisis ini melalui program pengurangan NRW tadi.
YB. Kuala Nerang, masa ada 4 minit lagi!
Baik! Baik! Nak hujung dah ni. YB. Dato’ Speaker, saya lompat-lompat ya. YB. Kota Siputeh…. (YB. Anak Bukit minta laluan)
YB. Kuala Nerang, minta penjelasan sikit boleh tak? Yang NRW sehingga 15 tahun tu, boleh dapat tahu nama syarikat itu dan bila ianya akan bermula seperti yang disebut oleh YAB. Jeneri semalam maknanya ‘profit sharing’ depa bawa keluar semua kos itu kemudian ada ‘saving’ kemudian buat ‘profit sharing’ itu, nama syarikat dan bila ianya akan bermula. Terima kasih.
Terima kasih YB. Anak Bukit, tadi kata tak mau bagi peluang tapi bagi jugak. Last dah no! Syarikat yang berkenaan ialah RAI Utility Sdn. Bhd., tempoh projek ini ialah 15 tahun dengan kos projek RM967.4 juta. Tarikh siap dijangka pada 31 Disember 2037, InsyaAllah. Bermula 1 Januari, itu yang saya sebutkan tadi ni, ianya baru mula sangat. Kalau diikut daripada segi peratusnya yang ditanya oleh YB. Anak Bukit tadi ialah 65.35%. Baik, saya teruskan dengan Kota Siputeh membangkitkan bekalan air di kawasan pida. Bagi memastikan kelangsungan bekalan air ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di Kota Siputeh, bantuan bekalan air telah digerakkan secara rutin,
ini yang yang disebut tadi dan pemasangan paip yang sedang dibuat yang baru ni pun saya turun, YB. Kota Siputeh pun turun, InsyaAllah akan dapat membantu, cuma nak kena ‘sabaq’ sat lah sementara paip itu siap dan InsyaAllah akan dapat selesai.
YB. Dato’ Speaker, nak celah sikit.
Nak celah juga, boleh ka YB. Dato’ Speaker?
YB. Kuala Nerang, saya ada hantar satu surat cadangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif SADA untuk pelaksanaannya di Taman Bandar Baru dan juga Taman Sri Bayu. Adakah projek ini dilaksanakan dalam masa yang singkat untuk menangani krisis air di kawasan tersebut?
Terima kasih YB. Bukit Selambau. Sebenarnya di sana sudah ada ‘suction tank’ ataupun dipanggil pam menyedut itu dan tidak semua tempat yang boleh kita bina sepertimana yang dicadangkan oleh YB. Bukit Selambau dalam surat kepada SADA. Walau macam mana pun, ada pilihan atau alternatif lain yang sedang diuruskan dan dibuat untuk mengatasi masalah tekanan air di Bukit Selambau yang disebutkan tadi.
Seterusnya…. jawapan panjang-panjang ni, saya ambil ringkas-ringkas saja. Adun Kubang Rotan juga membangkitkan masalah tekanan air dan isu bekalan ini akan dapat diminimakan InsyaAllah dengan siapnya Projek Naik Taraf LRA Pelubang dan YB. Kubang Rotan juga membangkitkan isu status panel bagi tuntutan ‘charge’ air kepada Pulau Pinang, InsyaAllah akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. YB. Dato’ Speaker, saya kira jawapan saya secara ringkas walaupun mungkin banyak benda lagi yang saya tak sentuh, kalau nak sentuh dia jadi panjang sangat.
Tapi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian yang telah memberikan pandangan, teguran dan cadangan dan semua ini InsyaAllah akan diperhalusi dan akan diambil tindakan segera. Mudah-mudahan dapat memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat.
Saya juga ambil kesempatan ini untuk merakamkan sekali lagi menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas titah ucapan yang menekankan tentang keharmonian dan menjaga hubungan negeri dengan Kerajaan Pusat.
Sebab itulah antara tindakan yang kita ambil kita membuat kunjung hormat kepada Yang Berhormat Menteri dan dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa Kedah adalah negeri yang pertama buat kunjungan hormat kepada beliau dan kita berharap permohonan yang kita angkat itu akan dipertimbangkan dengan sewajarnya untuk memberikan hasil yang baik kepada Negeri Kedah. Saya juga berharap usaha untuk mewujudkan hubungan yang harmoni ini bukan hanya di satu pihak tetapi juga di kedua-dua pihak sepetimana Yang Amat Berhormat kita sendiri telah pun turun pergi ke Majlis Pelancaran Malaysia Madani yang dijemput beliau hadir dan ini menunjukkan sikap kesediaan untuk kita sama-sama bekerjasama dan beliau pun telah menghantar surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk berjumpa, untuk berbincang, membincangkan masalah rakyat di Negeri Kedah dan juga kita harap mendapat layanan yang sewajarnya. Tapi setakat ini kita belum lagi mendapat, menerima tarikh tersebut dan saya kira amat wajar untuk menjaga hubungan ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menunjukkan contoh yang baik supaya dapat menarik balik saman yang dikemukakan kepada YAB. Menteri Besar, mudah-mudahan dengan itu hubungan bertambah baik dan InsyaAllah kita sama-sama membina negeri dan negara kita yang dikasihi. Sekian, menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan terima kasih kepada YB. Speaker.
Terima kasih YB. Kuala Nerang, kira tepat masa. Tahniahlah kerana tak curi masa. Curi masa ni tak taulah berdosa ka tidak tak taulah. Silakan YB. Sidam!
Terima kasih YB. Dato' Speaker, YAB. Menteri Besar Kedah, YB. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan, terusnya sidang hadirin yang dikasihi sekalian. Salam sejahtera dan Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Terima kasih kepada YB Dato' Speaker kerana memberikan ruang untuk saya membuat penggulungan pada Sidang Mesyuarat Pertama Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-14. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah menjunjung kasih di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tunku menyampaikan titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Sidang
Dewan Undangan Negeri Kedah serta keprihatinan yang diberi oleh Tuanku Sultan kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Kita doakan semoga Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah serta seluruh kerabat Diraja diberikan kesihatan yang baik oleh Tuhan dan terus memerintah Negeri Kedah yang tercinta.
YB. Dato' Speaker, saya juga ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada YB. Kuala Nerang dan yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah serta pelantikan dua orang Senator Dewan Negara yang akan membawa suara Negeri Kedah ke Dewan Negara. Kita doakan semoga mereka dipermudahkan segala urusan untuk melaksanakan tugasan untuk membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat. Saya juga mengambil kesempatan untuk bertanya kepada YB. Exco, ADUN Guar Chempedak dan ADUN Lunas di atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen. Penghargaan juga diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan soalan lisan dan bertulis yang turut terlibat dalam perbahasan serta memberikan saranan bernas untuk pertimbangan kerajaan negeri serta menambah baik bagi dasar-dasar negeri untuk jangka panjang terutama untuk melibatkan sektor Perumahan, Aman Sekitar dan Perpaduan Hal Ehwal Masyarakat Cina/Siam di Negeri Kedah.
YB. Dato' Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sempena Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-14 pada 12 Mac 2023 yang lalu. Tunku Sultan menitahkan agar Kerajaan Persekutuan dapat menyokong dan memberikan pertimbangan bagi melaksanakan pembangunan Projek Aerotropolis Sidam memberi manfaat menyeluruh kepada negara dan Negeri Kedah khususnya. Patik menjunjung kasih di atas titah Tuanku tersebut dan patik selaku Wakil Rakyat di kawasan Sidam iaitu kawasan yang akan dibangunkan projek KXP atau Aerotropolis tersebut turut berharap agar projek KXP ini akan diberikan pertimbangan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini dapat membantu merancakkan pembangunan dan limpahan ekonomi kepada kawasan tersebut iaitu kawasan patik di DUN Sidam dan Negeri Kedah khususnya.
Patik yakin dengan kepimpinan YAB. Menteri Besar Kedah dalam merancang pembangunan Negeri Kedah untuk ke arah status negeri maju seiring dengan negeri-negeri yang lain. Selain itu, titah Tuanku turut menyentuh mengenai Taman Negeri Ulu Muda dan Jerai Geopark. Pihak kerajaan negeri menyokong penuh hasrat tersebut dan sentiasa mengambil tindakan secara berterusan di atas Pelan Pembangunan Kedah 2035 di bawah Teras 6, kemampuan alam sekitar turut dinyatakan inisiatif pewartaan kawasan Ulu Muda sebagai Taman Negeri dan Persekutuan Pembangunan Geopark Negeri Kedah.
YB. Dato' Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, isu yang dibangkitkan oleh YB. Kota Siputeh, isu Rumah Mampu Milik dan Rumah PPRT Kota Siputeh. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB. Kota Siputeh di atas pertanyaan berkenaan Rumah Mampu Milik dan Rumah PPRT di Kota Siputeh. Soalan nombor 1 adalah Rumah Mampu Milik untuk golongan muda dan nombor 2 adalah PPR di Kota Siputeh. Jawapannya adalah untuk pihak pemaju swasta dan menyediakan perumahan rumah kos rendah swasta. Syarat permohonan rumah kos rendah swasta ia adalah terbuka kepada semua golongan termasuk pemohon yang belum berkahwin. Borang permohonan bolehlah dibeli Bahagian Perumahan dengan harga RM2 sahaja. Bahagian Perumahan yang mengambil maklumat cadangan bagi pihak YB. bagi membangunkan PPRT Kota Siputeh namun begitu maklumat tanah negara atau mana-mana tanah yang bersesuaian masih diperolehi. YB. Dato' Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, suka saya kongsikan di dalam Dewan yang mulia ini pada 6 Mac 2023 yang lalu saya telah dijemput oleh Menteri KPKT untuk menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Secara Sewa untuk milik iaitu RTO, ‘rent to own’ Program Perumahan Rakyat di Langkawi yang melibatkan 2 PPR iaitu PPR Anggerik Lestari di Kuah dan PPR Indra Mahsuri di Ulu Melaka, Langkawi yang melibatkan seramai 445 orang pemohon yang berjaya di PPR Anggerik Lestari, Kuah dan seramai 422 orang pemohon yang berjaya di PPR Indra Mahsuri Ulu Melaka. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemohon yang berjaya mendapat surat tawaran untuk memilih rumah kita kedua-dua PPR yang tersebut.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua barisan pengurusan yang bertungkus-lumus untuk menguruskan proses pengisian peserta-peserta yang berjaya di PPR ini terutamanya pihak KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara serta pihak negeri menerusi Bahagian Perumahan dan juga Pejabat Daerah. Saya berharap ada kerjasama yang baik antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam memastikan setiap rakyat negeri ini dapat memiliki rumah sendiri.
YB. Dato’ Speaker, untuk YB. Kota Darul Aman, isu rumah PPR Simpang Kuala. Untuk maklumat YB. berkenaan isu air longkang yang rosak, pembaikan tersebut tidak boleh dilakukan dalam masa yang segera kerana Bahagian Perumahan perlu melalui proses dan prosedur kewangan kerajaan dan Bahagian Perumahan tetap membaiki serta prihatin dengan kesusahan rakyat. semua aduan kerosakan akan diambil tindakan, cuma cepat atau lambat sahaja. Ia disebabkan oleh prosedur kewangan, kekangan peruntukan, Bahagian Perumahan akan mengutamakan aduan dan masalah yang paling kritikal dan kita mengurus tadbir jumlah peruntukan yang diluluskan kepada Bahagian Perumahan dengan sebaik mungkin.
YB. Dato’ Speaker, berkenaan dengan bumbung yang rosak di PPR Simpang Kuala yang dibangkitkan oleh YB. Kota Darul Aman, Bahagian Perumahan yang mengambil maklumat berkenaan perkara ini maka pihak Bahagian Perumahan akan mengambil tindakan untuk perkara tersebut.
Untuk makluman, kelewatan untuk mengambil tindakan ke atas aduan-aduan ini adalah kerana mengambil masa untuk dibaiki dan proses serta prosedur kewangan kerajaan. Walau bagaimanapun, Bahagian Perumahan tetap akan menyelesaikan aduan-aduan orang yang kita terima dari penduduk cuma cepat atau lambat sahaja kerana prosedur dan kekangan peruntukan pihak Bahagian Perumahan atau utamanya aduan dan masalah yang paling kritikal dan tadbir urus jumlah peruntukan yang diluluskan kepada Bahagian Perumahan.
Boleh tanya sikit Sidam? YB. Dato’ Speaker, minta tanya sikit YB. Sidam, jika tak ada air tu ada atau tidak? Itu yang kritikal. Yang ini saya rasa peruntukan jika diperlukan pun tak sampai RM20,000 kut untuk tukar paip saja. Takkan yang itu pun ambil prosedur kewangan yang begitu lama untuk ‘sattle’ isu yang bagi saya jika tak ada air itu memang kritikal. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.
Ok, tak pa, saya akan ambil maklum dan saya akan maklum kepada Setiausaha Bahagian Perumahan untuk menyegerakan apa yang sedia ada lah, untuk mempercepatkan. Saya pun faham juga kalau nak ambil air untuk naik atas pun susah juga. Baik, terima kasih.
YB. Dato’ Speaker, boleh saya celah? Untuk krisis air tu rasa satu peristiwa yang sangat kritikal sebab apabila tak ada air tu dia bukan 1 hari sebab dia lanjut 6 hari. Jadi bila penduduk yang tua-tua nak minta untuk dapatkan sumber air, makluman dari Setiausaha Bahagian Perumahan ialah SADA juga tak boleh hantar air sebab kekangan lori penghantar air. Jadi, ‘charge’ tu kalau nak SADA hantar akan ‘charge’ kepada Perumahan. Jadi, yang itu satu isu yang perlu kita selesaikan sebab pada masa akan datang akan berlaku lagi kerana perumahan kita memang dah uzur dan sudah perlu ‘maintenance’ yang tinggi.
Maka adalah perlu cari satu jalan untuk selesaikan isu ini pada masa akan datang jika berlaku, tak perlu lanjut sampai 6 hari sebab memang nak mandi makcik mandi dekat rumah pam, pakai paip saja, sangat kasihan. Jadi, saya minta supaya kerajaan teliti tentang perkara. Terima kasih.
Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Saya akan maklumkan apa yang sepatutnya kepada Setiausaha Perumahan. Saya pun faham juga kalau you nak ambil air untuk atas tingkat 3 atau 4 saya rasa susah juga. Selain daripada itu, YB. Kota Darul Aman mencadang untuk memohon tambahan peruntukan kepada Bahagian Perumahan. Bahagian Perumahan akan menyokong dan ingin membantu rakyat namun tidaklah sehingga rakyat menyalah guna kebaikan kerajaan sehingga ada yang tidak menjejaskan bayaran ansuran pula. Bahagian Perumahan akan cuba membentangkan di dalam Bajet 2024 untuk memohon peruntukan yang lebih banyak bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan aduan kerosakan. Saya berharaplah dapat peruntukan yang lebih banyak, siapa dekat sini YB. Exco ka atau sesiapa ka mintalah peruntukan yang lebih, memang tak banyak peruntukan yang sedia ada.
YB. Dato’ Speaker, untuk YB. Kubang Rotan cadangan kerajaan negeri untuk memperuntukkan dana untuk membaik pulih rumah setinggan di Kuala Kedah dan kawasan seumpamanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB. Kubang Rotan yang memberikan cadangan untuk kerajaan negeri memperuntukkan dana untuk membaik pulih rumah-rumah setinggan di Kuala Kedah dan kawasan seumpamanya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Bahagian Perumahan tidak mempunyai peruntukan untuk membaiki rumah setinggan kerana sehingga setinggan tersebut membina rumah dan menduduki rumah di atas tanah kerajaan, tanah rizab kerajaan iaitu sebagai rizab sungai dan rizab laut. Penduduk setinggan sehingga ini adalah secara haram dan sekiranya kerajaan memberikan peruntukan untuk membaiki rumah mereka ianya adalah salah dari segi Kanun Tanah Negara.
Namun, kerajaan telah mengambil tindakan untuk membantu penduduk setinggan dengan memindahkan mereka ke Rancangan Perumahan Awam iaitu RPA Kota Nelayan. Tetapi wujud pula generasi ketua dan generasi ketiga yang kembali memilih untuk menjadi penduduk setinggan dan isu yang tidak akan dapat diselesaikan. Kerajaan tetap merancang untuk membantu rakyat mendapat rumah yang lebih selesa dan sesuai sebagai contoh kerajaan ada Dasar Perumahan untuk menetapkan bahawa pemaju swasta mesti membina rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah yang dikenali sebagai nama Rumah Kasih Kedah, Rumah Makmur Kedah dan Rumah Aman Kedah
untuk rakyat Negeri Kedah termasuk penduduk setinggan yang memerlukannya. Selain itu, terdapat RPA Kuala Kedawang, Kuala Kedah 1, Kuala Kedah 2 dan Kuala Kedah 3 yang secara keseluruhan berjumlah 1,440 unit rumah.
Jadi YB. ADUN Kubang Rotan, kerajaan telah membantu rakyat sehingga menyebabkan ada yang kerajaan pindahkan dan memberikan wang sagu hati untuk mereka berpindah daripada kawasan tanah rizab sungai milik kerajaan apabila adakan projek tebatan banjir yang dilaksanakan oleh JPS.
YB. Dato’ Speaker….Sila! Sila!
YB. Dato’ Speaker, daripada data yang YB. Sidam beri itu, itu cerita lama dah RPA Taman Kota Nelayan puluhan tahun. Sekarang ini polisi yang saya maksudkan kita tidak ada polisi perumahan rakyat termiskin ataupun nelayan untuk masa sekarang, itu zaman Dato’ Seri Syed Razak bagi semasa menjadi Menteri Besar. Sekarang ini polisi dah kita tak ada, kita mampu jadi kita bantu sikit sebanyak dari segi kemanusiaan. Saya tahu kawasan setinggan ini bukannya orang luar, rakyat Kuala Kedah dah berpulun tahun dah ada di sana yang tak dapat. Dulu Taman Kota Nelayan sebahagian saja kerajaan dapat membantu, sebab itu saya masukkan supaya dimasukkan dalam ucapan, siapa jadi kerajaan selepas ini kena memikirkan untuk rakyat termiskin untuk kita tengok benda-benda ini kerana terlalu ramai. Terima kasih.
Terima kasih YB. Kubang Rotan. Saya akan ambil maklum dan akan panjangkan kepada Setiausaha Perumahan apa yang patut kita kena bantu. YB. Dato’ Speaker, saya ingin menzahirkan setinggi penghargaan saya kepada seluruh pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan negeri yang di bawah portfolio saya iaitu Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Jabatan Perpaduan Negeri Kedah, Bahagian Perumahan Negeri Kedah dan BPEN (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri) di atas komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam membantu saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Exco untuk memberikan diperkhidmatan yang terbaik untuk memajukan Negeri Kedah dan menjaga kebajikan rakyat di negeri ini. Jalinan kerjasama yang baik dari semua jabatan dan agensi yang terlibat secara komuniti amatlah diharapkan untuk memakmurkan Negeri Kedah. Akhir sekali saya dengan ini menyokong dan menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Terima kasih.
Terima kasih yb. Sidam. Sidam bagi balik dekat saya 2 minit jadi, untung balik lah. Saya menjemput YB. Kuah untuk membuat penggulungan!
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato' Speaker, YB. rakan-rakan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya Sidang Dewan yang dihormati. Di dalam Dewan ini izinkan saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah tahniah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang Ke-29 semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah agar dapat bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan.
YB. Dato’ Speaker, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bertitah mengenai Pulau Langkawi dalam pucapan ataupun dalam titah Tuanku yang menjadi destinasi pelancongan utama dan berharap agar urusan kemasukan pelancong melalui feri dapat diberi keutamaan oleh kerajaan demi keselesaan rakyat dan pelancong. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menzahirkan agar produk pelancongan tanah besar di negeri ini diberi keutamaan dan berdasarkan warisan sejarah serta budaya negeri terutamanya bagi Jerai Geopark yang sarat dengan peninggalan arkeologi warisan dan juga geologi. Kerajaan negeri menjunjung kasih titah dan sentiasa memastikan kelestarian khazanah warisan anak cucu ini sentiasa terpelihara dan memberi perhatian khusus dan serius bagi aspek pembangunan ekopelancongan warisan terutamanya di Daerah Yan dan Baling serta laluan kemasukan pelancong melalui feri ke Pulau Langkawi.
YB. Dato’ Speaker, ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat menggunakan ucapan atau menggunakan point daripada titah Tuanku berkenaan dengan pelancongan. Oleh itu, dengan masa yang diberikan InsyaAllah saya cuba rangkumkan semuanya dan kalau tidak sempat boleh bertanya di luar ataupun boleh minta secara bertulis. YB. Sungai Limau ada membangkitkan berkenaan dengan pelancongan di Yan di mana Daerah Yan merupakan Daerah Pelancongan Desa yang bertemakan di dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035. Yan merupakan satu daerah yang punyai banyak tempat-tempat pelancongan yang sedang viral dan yang paling penting adalah Daerah Yan ataupun produk-produk pelancongan di Daerah Yan antara yang mendapat ‘view’ yang tertinggi berbanding daerah-daerah yang lain.
Oleh itu, sudah semestinya kerajaan memberi memberi penumpuan khusus buat Daerah Yan dan InsyaAllah kita boleh berbincang dengan Pegawai Kewangan. Memandangkan Pegawai Kewangan tak ada kat sini tapi InsyaAllah dia dengar untuk kita menambahkan lagi bajet-bajet ataupun peruntukan khusus untuk kelestarian dan juga pembangunan pelancongan di Daerah Yan.
Dimaklumkan juga 10 jeti di Daerah Yan yang boleh dijadikan sebagai produk pelancongan, terdapatnya ‘view’ yang cantik serta produk makanan yang enak dan sedap. Untuk makluman YB. Dato' Speaker serta YB. Sungai Limau, kita tidak boleh menjadikan keseluruhan jeti tu adalah jeti pelancongan kerana terdapat beberapa jeti ataupun jeti-jeti yang tidak memenuhi kriteria daripada segi aspek kedalaman serta keselamatan. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut lebih mendalam, lebih ‘detail’ untuk kita mengangkat sesuatu produk pelancongan. Untuk produk-produk pelancongan YB. Dato’ Speaker, kita bukannya boleh menganggap semua produk yang kita ada tu adalah produk pelancongan, kita perlu mendapat kajian macam mana kita nak mempromosikan, memasarkan dengan keselamatan, banyak ‘angle’ yang kita perlu lihat sebelum kita mengangkat produk tersebut menjadi salah satu produk pelancongan untuk Negeri Kedah. Oleh itu, kita akan membuat kajian, cadangan yang baik yang diberikan kepada pihak kerajaan dan kita akan masukkan untuk kita bincangkan dalam Jawatankuasa Pelancongan yang akan kita adakan selepas Dewan ini berakhir.
Berkaitan dengan bajet untuk Jerai Geopark, di mana satu permohonan ataupun perbincangan telah pun kita lakukan bersama dengan Pegawai Kewangan. Namun begitu, belum lagi kita mendapat bajet yang khusus lebih spesifik untuk Jerai Geopark ini.
Walau bagaimanapun, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN), Majlis Daerah Yan dan Majlis Perbandaran Sungai Petani mempunyai bajet namun bajet yang ada bukanlah bajet yang besar yang boleh digunakan dengan skala yang besar, boleh menganjurkan ataupun boleh menggerakkan program-program yang berskala kecil sahaja. Selain daripada agensi kerajaan, agensi Persekutuan juga turut membantu menjalankan aktiviti-aktiviti di kawasan-kawasan yang terbabit.
Dibangkitkan juga berkenaan dengan produk pelancongan ataupun pelancongan pondok yang pernah dibangkitkan dan pernah saya gulung pada Sidang sebelum ni iaitu “Islamic Tourism” di mana perkara itu memang dalam perbincangan, memang kita nak buat cuma untuk kita laksanakan belum lagi sampai ke tahap untuk kita laksanakan sebab seperti saya katakan tadi setiap produk pelancongan kita perlu ada kajian, perlu kita tengok dari banyak ‘angle’ supaya kita tidak buat perkara-perkara yang sia-sia dan juga merugikan.
YB. Dato’ Speaker, YB. Bayu ada juga membangkitkan agar cadangan Sungai Ketil dan juga Sungai Siong dibangunkan sebagai produk pelancongan. Ini seperti yang saya katakan tadi, ya betul cadangan boleh kita ambil, boleh kita ……. (YB. Kuala Ketil minta laluan)
Boleh mencelah sikit? Terima kasih YB. Kuah, YB. Dato’ Speaker. Bila sebut Sungai Ketil dengan kampong saya sebab tu saya nak mencelah sikit tu. Terdapat pakej-pakej yang menarik di sepanjang sungai tersebut, contoh depa buat makan dalam sungai, tebing sungai, atas bukit dan macam-macam. Kebanyakannya adalah mungkin kita boleh katakan buat secara tak sah kerana menggunakan tanah Jabatan Hutan, tanah JPS. Jadi, ada tak perancangan daripada kerajaan negeri untuk memikirkan bagaimana untuk nak buat bagi mereka ini laksana secara sah sebab ini ialah juga sumber kepada tarikan pelancong di kawasan sebut. Terima kasih.
Terima kasih YB. Kuala Ketil. YB. Kuala Ketil, sebenarnya ini antara perkara yang paling utama ataupun paling besarlah dalam melaksanakan produk pelancongan. Rata-ratanya produk pelancongan yang dilaksanakan ataupun dibuat akan ada masalah dengan banyak agensi, Jabatan Hutan, sungai dan sebagainya.
Oleh itu, dalam Dewan ini juga saya memohon YB. Dato' Speaker agar untuk kita melaksanakan ataupun kita memajukan pelancongan di negeri kita. Perkara-perkara seperti inilah yang sepatutnya kita lihat supaya kita mempermudahkan produk-produk ‘owner’ ataupun usahawan-usahawan di luar sana dapat melaksanakan produk-produk pelancongan kita dengan baik dan juga dengan teratur, tidak dilaksanakan secara haram dan sebagainya.
Saya faham di mana banyak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian membangkitkan berkenaan dengan pelancongan, idea itu, idea ini. Betul semuanya Ahli-ahli Yang Berhormat lontarkan semua idea-idea itu kita ambil, memang dah ‘list down’kan semua daripada awal Sidang sampailah hari ini semua idea tu kita ambil. Cuma, untuk melaksanakannya, saya rasa sebelah sana pun faham pernah jadi kerajaan, pernah duduk dalam pentadbiran, kita faham dengan keadaan negeri dan juga kekangan kewangan yang kita hadapi.
Oleh itu, kita akan laksanakan selepas covid ini seperti yang dikatakan mengambil masa 2 tahun untuk memulihkan tapi bukan pulih sepenuhnya, kita memulihkan keadaan pelancongan secara perlahan. Oleh itu YB. Dato’ Speaker, saya teruskan…. Sat lagi sampai kepada YB. Anak Bukit masuk mencelah, sikit saja, saya nak habiskan point saya.
YB. Dato’ Speaker, juga dibangkitkan berkenaan dengan kemudahan infra dan pinjaman mudah kepada pemain-pemain industri pelancongan. Untuk makluman, pihak MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) pernah menawarkan pinjaman kepada pemain-pemain industri melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad tetapi memandangkan jumlah yang ditawarkan agak tinggi iaitu RM5 juta menyebabkan pemain-pemain industri yang kecil dan pertengahan tidak yakin untuk membuat pinjaman. Perkara ini saya pernah juga berbincang sebelum ini bersama dengan YB. Menteri Pelancongan untuk kita kurangkan ataupun kita memohon apa saja kaedah yang kita boleh laksanakan. Namun, itulah ketetapan yang telah pun dilakukan dan kita tidak boleh mengubah dan saya juga berharap mungkin rakan-rakan yang di sebelah sana yang boleh berbincang dengan Kementerian Madani yang boleh kita memberi pinjaman kepada produk-produk owner ini InsyaAllah kita bersama-sama ke Putrajaya untuk kita membuat perbincangan. Jadi, kita sama-sama membangunkan pelancongan kiita bukan sahaja di pihak kerajaan tetapi semua kita untuk kita bangunkan secara lestari.
YB. Bukit Selambau membangkitkan berkenaan dengan mengangkat Lembah Bujang, Sungai Batu sebagai Pelancongan Warisan. Untuk makluman Yang Berhormat, Lembah Bujang dan Sungai Batu merupakan salah satu GeoTapak Warisan. Bagi membangunkan kawasan-kawasan ini, pembangunan secara menyeluruh sedang dirangka oleh Pelan Malaysia dan Jabatan Warisan Negara. Bagi pembangunan Lembah Bujang, kerajaan negeri telah pun menerima satu permohonan baru dari sebuah syarikat untuk memajukan Lembah Bujang, Sungai Batu.
Oleh itu, penelitian lebih mendalam sedang dilakukan namun bagi saya yang menjaga pelancongan, hingga kini kita tidak boleh menjual produk tersebut sebab kajian-kajian sedang dilakukan. Kalau ikutkan kajian pernah saya cakapkan sebelum ini, betul kita ada Sungai Batu kita banyak warisan-warisan di situ tetapi tidak ada benda yang kita boleh jual lagi, kita tidak ada benda untuk kita jual lagi. Kalau kita tengok di Thailand semasa saya buat lawatan sebelum ini, mereka ambil satu batu yang tak tahu mai daripada mana tapi mereka bagitau batu ini adalah daripada perut bumi.
Diletakkan dalam satu tempat, dengan kita-kita sekali pi tengok, bayar 10bath pi tengok juga batu itu walaupun batu tersebut bukanlah batu yang yang betul. Tapi di negeri kita di Sungai Batu kita jumpa banyak benda-benda tapi sampai ke hari ini belum lagi kita boleh jual sebagai produk pelancongan. Ini juga kita sedang rangka supaya kita boleh segera menjadikan Sungai Batu dan juga Lembah Bujang sebagai salah satu produk yang baru ataupun ‘income’ untuk pelancongan yang baru pada masa akan datang.
Dibangkitkan juga oleh YB. Anak Bukit berkenaan dengan pelancongan tanah besar kena lebih agresif. Untuk makluman YB. Anak Bukit, kerajaan negeri sebenarnya dah lama kita fokus kepada tanah besar ini di mana kita mempromosikan banyak berkenaan dengan tanah terbesar. Bagi tahun 2023, penganjuran aktiviti pelancongan lebih tertumpu kepada tanah besar di antaranya Kedah International Marathon yang dijadualkan akan diadakan pada 23 Oktober 2023 di Alor Setar dan kita mensasarkan lebih kurang 6,000 peserta termasuk penyertaan antarabangsa. Yang keduanya “The Macnificent Baling 100” diadakan pada 14 Oktober 2023 yang melibatkan 1,500 orang peserta larian dalam dan luar negara. Yang ketiga acara kayuhan jarak jauh ‘’Kedah Century Ride’’ (dengan izin) dijadualkan pada 12 ogos 2023 di mana bertempat di Daerah Sik dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pemain-pemain industri seperti seminar, ekspo dan sebagainya. Dibangkitkan juga berkenaan dengan perlu ada “kalendar”, betul cadangan itu memang daripada awal kita ambil dan kita akan dilaksanakan cadangan untuk diadakan “Kalendar Pelancongan Negeri Kedah”. Turut dibangkitkan oleh YB. Anak Bukit berkenaan dengan ‘River Cruise’ di Sungai Kedah.
Kerajaan negeri telah pun menerima kertas cadangan bagi permohonan untuk membangunkan produk pelancongan di Sungai Kedah antaranya termasuk aktiviti menyusuri Sungai Kedah dan kerajaan negeri menyambut baik permohonan tersebut dan diharap pihak pemaju mempunyai kriteria yang lengkap untuk meneruskan projek tersebut sepertimana sebelum ini pernah ada syarikat yang menghantar permohonan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan pelancongan di Sungai Kedah itu namun ianya tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, pemilihan yang betul, yang baik, perbincangan yang lebih teliti barulah kita boleh adakan supaya tak jadilah macam kita nak umum tapi tak buat tapi kita nak pilih betul-betul InsyaAllah kita boleh laksanakan. YB. Anak Bukit, sila!
Terima kasih YB. Kuah. Tadi saya nak minta respon yang tadi tu Yang Berhormat sebut kata kerajaan negeri mempunyai kekangan kewangan dan sebagainya dan perkara ini seperti juga macam River Cruise tadi yang disebut maknanya kita boleh libatkan pihak
swasta. Buat RFP dan umumkan supaya siapa yang boleh bagi proposal dan kita boleh nilaikan benda tu. Jangan kita jadikan kita ada kekangan kewangan semua mesti kerajaan nak kena buat baru boleh kita laksanakan. Tengok contoh Sungai Batu, berapa lama dah benda tu duk ada, tadi Yang Berhormat sebut had batu dia ‘mohong’ pun dia boleh bayar seorang 10bath, hat kita ni nak tunggu apa lagi kan? Dah sudah terlalu lama dan berpusu-pusu orang duk pi ke Perlis, lalu kut Kedah, maknanya Perlis tu menjadi destinasi orang duk pi cari makan dan sebagainya lalu kut Kedah dan kita terlepas. Sangat mendukacitakan, jadi kita harap perkara ini dapat diselesaikan. Saya harap ada juga jawapan pasal Gunung Keriang kut no sat gi. Terima kasih.
YB. Dato’ Speaker, untuk YB. Anak Bukit, baru saja saya bagitau tadi bahawa kerajaan negeri menerima kertas kerja bagi permohonan untuk membangunkan produk pelancongan di Sungai Kedah, ini bermakna syarikat swasta yang memohon kepada kerajaan negeri untuk membangunkan Sungai Kedah tersebut. Kita menyambut baik permohonan tersebut dan diharap pihak pemaju mempunyai kriteria yang lengkap, bukan kata kerajaan yang nak kena buat. Sebelum ni betul kerajaan yang buat tapi sekarang ni kita kita bagi kepada syarikat-syarikat swasta. Jadi, janganlah kita nak tengok semua daripada kerajaan, yang saya maklumkan ini kena tengok juga poket kerajaan bukan semua tempat kita boleh bangunkan, kita juga buka kepada syarikat-syarikat luar. Sebab itu kita dapat kertas kerja daripada syarikat luar untuk bangunkan projek tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, Sungai Batu yang saya sebutkan tadi, Sungai Batu terletak di bawah Jabatan Warisan jadi Jabatan Warisan sedang merangka pelan untuk buat galeri lah untuk buat itu, buat ini untuk kita dapat produk itu untuk kita jual untuk pelancongan Negeri Kedah.Juga dibangkitkan berkenaan dengan Gunung Keriang. Kompleks Gunung Keriang perlu diadakan pelbagai aktiviti dan perlu ‘master plan’. Gunung Keriang akan dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama MBAS, JBS dan beberapa agensi swasta. Kawasan ini dijadikan sebagai kawasan ‘Sport Tourism’ dan Majlis Bandaraya Alor Setar telah pun menyediakan master plan bagi kawasan Gunung Keriang dan kawasan sekitarnya. Juga seperti yang saya sebutkan tadi semasa menjawab soalan nombor 8 tadi berkenaan dengan bajet yang diberikan untuk sukan berbasikal. Sukan berbasikal untuk elit, bajet keseluruhan….. (YB. Anak Bukit mencelah)
Sebelum masuk basikal minta sat Yang Berhormat. Yang Gunung Keriang tadi tu saya pun dah berbincang dengan Majlis Bandara Alor Setar. Pelan pembangunan yang mereka nak buat tu hanya tertumpu di kawasan rekreasi di situ saja, tidak melibatkan
kawasan lain yang lebih luas termasuk kawasan tanah yang ditinggalkan oleh Syarikat Ekran sekian lama di situ dan juga macam saya sebutkan seperti lift dan sebagainya. Jadi MBAS hanya ‘a small portion of the whole area’. Jadi hat lain macam mana, berapa lama lagi kita nak tunggu? Terima kasih.
Baik, terima kasih Anak Bukit……(YB. Dato’ Speaker mencelah)
Tapi Anak Bukit, Speaker dia jauh hati juga pasal….
YB. Dato’ Speaker, jadi saya bangkit itu dengan minta maaf!
YB. Dato’ Speaker, ya, Gunung Keriang akan kita bangunkan dan kita akan libatkan dengan semua agensi.
YB. Kuah! Sat lagi tak tegur depa kata sebab satu pulau tak tegur. Masa cukup dah!
YB. Dato’ Speaker, mohon sikit lagi sebab terlalu banyak isu pelancongan yang disentuh. Oleh itu YB. Bukit Selambau, masa tak cuku nanti kita sembang kat luah lah no?
YB. Dato’ Speaker, saya terpaksa lompat-lompat sikit tapi bukan lompat parti no YB. Kubang Rotan, masih lagi dalam Bersatu. YB. Dato’ Speaker, YB. Kubang Rotan ada membangkitkan berkenaan Kota Kuala Kedah yang patut diangkat sebagai Dataran Pahlawan sebab perang musuh bisik berlaku di situ dan ramai pahlawan yang terkorban dan cadangan ini akan kita terima, memang kita terima pun dan kita bincangkan dan mungkin YB. Kubang Rotan boleh bersama-sama dengan jawatankuasa untuk membincangkan untuk kita bangunkan di kawasan tersebut. Juga dibangkitkan untuk memberi perhatian supaya dapat tarik lebih ramai pelancong di kawasan Kota Kuala
Kedah. Kota Kuala Kedah menerima ramai pelancong saban hari dan data yang direkodkan oleh Muzium Kota Kuala Kedah bagi tahun 2022 adalah seramai 114,772 dan pada tahun 2023 sehingga 11 Mac adalah seramai 22,919.
Jadi, pihak muzium juga telah pun mengadakan banyak program-program dan juga festival Kota Kuala Kedah bagi memperingati sejarah Perang Musuh Bisik dan pelbagai aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut.
Untuk yang terakhir YB. Dato’ Speaker, untuk Bandar Baharu, Bandar Baharu tak dak. YB. Dato’ Speaker, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang memberi pandangan dan juga idea. Saya terima baik cadangan dan idea tersebut serta saya ingin memohon kemaafan sekiranya portfolio ataupun yang telah pun diamanahkan kepada saya tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Oleh itu YB. Dato’ Speaker, saya menjunjung kasih titah ucapan Tuanku Sultan pada 12 Mac 2023.
Saya akhiri ucapan penggulungan saya dengan Wabillahitafik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam, terima kasih YB. Kuah. Dipersilakan YB. Bukit Kayu Hitam!
Auzubillahissami hil’ali minasyaitonirrajim, bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin washolatu wassalamu ‘ala asyrofil ambiya iwal mursalin sayyidina muhammadin wa’ala alihi wa sohbihi ajma'in. Subhanakala ‘lmalana ma ‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim. Robbishrohli Sodri Wayasirli Amri Wahlul ‘Uqdatan Milisaani Yafqahu Qauli. Robbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bilkhoir. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.
Terima kasih YB. Dato' Speaker. YB. Dato' Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan dan rakan-rakan media serta hadirin sekalian. Terlebih dahulu marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala ke atas nikmat dan rahmatnya dapatlah kita berada di Dewan yang mulia ini.
Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini memberi ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua anggota penjawat awam dan anggota-anggota petugas barisan hadapan yang menjadi ‘frontliner’ yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam tragedi bencana, tragedi banjir yang terjadi di Negeri Kedah ini di mana mereka telah berkorban masa dan tenaga bertungkus-lumus memerah keringat siang dan malam bagi memastikan kebajikan mangsa-mangsa bencana tidak diabaikan. Dan salam takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa yang terkesan dalam bencana ini.
Keduanya saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ADUN Jeneri yang mana telah menjadi figura kepada semua ribuan, puluhan pengikutnya di media social. Tahniah! Kepada rakan-rakan barisan Exco, YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan, YB. Dato’ Pegawai Kewangan, pegawai-pegawai daerah, Ahli-ahli Yang Berhoramt daripada ADUN kerajaan dan ADUN pembangkang yang bekerja keras memastikan Negeri Kedah dipandang tinggi di mata seluruh rakyat Malaysia. Tahniah juga diucapkan kepada semua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah yang menjadi hero dan heroin “jeket oren”. Hero jeket oren ni bukan Parti Amanah YB. ADUN Pengkalan Kundor. Yang mana mereka membantu golongan sasar tanpa mengira masa dan tenaga.
YB. Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhoramat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, berdasarkan soalan yang dilontarkan oleh YB. ADUN Pengkalan Kundor berkenaan dengan peruntukan bantuan keperluan khas pesakit terlantar yang ditangguhkan dan diberhentikan.
Untuk makluman Yang Berhormat, inisiatif Kerajaan Negeri Kedah bagi peruntukan bantuan keperluan khas pesakit terlantar Negeri Kedah ini telah bermula pada tahun 2021 dan sehingga tahun 2023. Inisiatif bantuan ini masih diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta setahun. Bantuan ini merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan pesakit terlantar OKU terlantar yang sedia ada. Kadar bantuan ini terbahagi kepada tiga kadar iaitu RM100 untuk bantuan peralatan sokongan, RM200 untuk bantuan pembelian lampin pakai buang dan RM300 untuk bantuan pembelian susu. Pada tahun 2021, bantuan keperluan khas pesakit terlantar Negeri Kedah ini telah diluluskan kepada 5,972 orang penerima. Peruntukan bantuan adalah sebanyak RM1,417,600 setahun.
Manakala pada tahun 2022 pula telah menunjukkan peningkatan di dalam kelulusan permohonan bagi bantuan keperluan khas pesakit terlantar sebanyak 13,323 orang penerima dengan peruntukan bantuan sebanyak RM3,126,700 setahun. Justeru itu, ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Kedah amat prihatin dan mengambil cakna dalam aspek kebajikan bagi membantu untuk meringankan bebanan keluarga ataupun penjaga yang menjaga ahli keluarga yang sakit terlantar dan sentiasa memastikan kebajikan keluarga tidak diabaikan.
YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan dan hadirin sekalian, berdasarkan soalan yang dilontarkan oleh YB. ADUN Kota Siputeh berkenaan isu eksploitasi ke atas wanita dan kanak-kanak terutamanya dalam konteks perkahwinan dan rumahtangga. Untuk makluman Yang Berhormat, kes penceraian yang berlaku di Negeri Kedah pada tahun 2022 telah menunjukkan peningkatan berbanding 2021.
Pada tahun 2021 seramai 2,586 kes manakala peningkatan pada 2022 sebanyak 3,245 kes. Oleh yang demikian, di bawah Portfolio Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan program “Raikan Cinta” yang khususnya kepada pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga dan mengeratkan semula tautan kasih dan kasih sayang di antara suami dan isteri. Selain itu, program ini dapat memberi pendedahan kepada pasangan tentang ilmu perkahwinan, ilmu keagamaan dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang suami dan isteri bagi mengekalkan keharmonian dan keutuhan rumahtangga. Program Raikan Cinta ini juga telah dilaksanakan sebanyak dua kali dan akan diteruskan lagi berikutan mendapat sambutan penyertaan yang diterima adalah sangat tinggi. Ini adalah menunjukkan bahawa matlamat program ini telah tercapai bagi membantu pasangan dalam membina keluarga sakinah warahmah dan mawaddah.
Selain daripada itu juga terdapat pelbagai usaha kerajaan yang telah dilaksanakan di mana Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah telah merancang pelbagai program bagi membantu wanita yang terkesan dalam masalah penceraian. Antaranya adalah program meningkatkan daya tahan dan psikologi wanita atau lebih dikenali dengan program “Matahari” yang bertujuan membantu masyarakat khususnya wanita untuk memahami aspek kesihatan mental dan kaedah mengendalinya. Program ini membantu peserta untuk memahami teknik berfikiran positif, bermotivasi dan tahu bagaimana untuk mengatasi cabaran hidup dengan cara yang betul selain tahu bagaimana cara mendapatkan bantuan.
Selain daripada itu, program Lestari Perundangan dan Hak-hak Wanita dikenali dengan Program Iris adalah satu program advokasi bagi meningkatkan pengetahuan para wanita berkenaan hak-hak pembelaan dalam undang-undang. Penambahan ilmu pengetahuan dalam undang-undang dapat menghindarkan individu daripada menjadi mangsa dan menggunakan saluran undang-undang yang betul serta jelas sebagai medium untuk menegakkan keadilan selain menjamin kebajikan dan kesejahteraan wanita.
Di samping itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) melalui Bahagian Undang-undang Keluarga Islam juga menawarkan khidmat nasihat, sesi kaunseling dan motivasi secara awal untuk membantu wanita yang terkesan di dalam masalah penceraian. Tambahan pula sukarelawan Skuad WAJA (Wanita Anti Jenayah) yang juga merupakan inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Masyarakat (KPWKM) bagi memastikan golongan wanita terutamanya dilindungi dan sekaligus mewujudkan komuniti yang prihatin dan peka terhadap persekitaran yang berlaku.
Skuad WAJA juga merupakan agen perkhidmatan psikologi dalam dalam komuniti dalam usaha meningkatkan pengetahuan wanita berkaitan dengan undang-undang serta menjadikan mereka lebih berani untuk melaporkan sebarang bentuk jenayah dan keganasan yang berlaku. Program-program yang dirancang ini melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi daripada kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan seperti Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Bantuan Guaman, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain.
YB. Dato’ Speaker, tuan-tuan dan puan-puan yang yang dirahmati Allah sekalian, akhir sekali saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil cakna dan prihatin di atas segala inisiatif dan keprihatinan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan terutamanya agensi di jabatan di bawah Portfolio Pembangunan Wanita Keluarga Masyarakat Dan Kebajikan Negeri Kedah. Saranan bernas dan pandangan Daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menjadi penambah nilai bagi dasar-dasar negeri jangka panjang terutamanya yang melibatkan portfolio saya. Selain daripada itu, jalinan kerjasama yang baik daripada kesemua jabatan kerajaan, agensi-agensi dan pertubuhan bukan kerajaan terlibat serta komuniti amatlah diharapkan untuk memastikan kesejahteraan Negeri Kedah.
Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini saya menyokong penuh ke atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Kalau semua duk pantun, kali ini saya juga nak pantun YB. Dato’ Speaker.
Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Beribu maaf Kak Ton ucapkan.
Negeri Kedah indah berseri, Terbentang luas sawah dan padi, Selesai sudah kali ini, Sehingga kita berjumpa lagi.
Sekali lagi kepada semua perwakilan, Sidang Dewan pada kali ini merupakan Sidang Dewan yang terakhir sebelum kita Pilihan Raya Negeri. Mminta maaf banyak-banyak kalau ada salah dan silap sekali lagi. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam. Kita ‘reserve’ semasa banyaklah kepada YB. Bukit Kayu Hitam, apanya dia berhenti awal. Ustaz Azhar Idrus kata, “balik awal”. Masa masih ada lagi 11 minit tak palah, YB. kupang walaupun 11 minit kira 10. Esok kita jawab lagi 10!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato' Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya pegawai-pegawai kerajaan dan hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah pada petang ini dapat kita meneruskan amanah bermusyawarah untuk terus memajukan Kedah Darul Aman di mana kita berusaha untuk menampilkan Kedah sebagai sebuah negeri maju yang berdaya saing menjelang tahun 2035, InsyaAllah. Dan saya ucapkan syabas kepada semua pembahas-pembahas membahas di dalam membahaskan ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan saya mengambil kesempatan ini menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang telah menyampaikan satu ucapan yang menjadi sesuatu hikmah untuk kita melaksanakan tugas-tugas kita sebagai wakil rakyat.
Namun demikian, dalam ucapan-ucapan tersebut apa jua yang disebut adakalanya berlaku “telunjuk lurus kelingking berkait” dalam membahaskan dan penghujahan-penghujahan yang telah dikemukakan. Kononnya hendak menjunjung Perlembagaan tapi dalam masa yang sama tidak pun ada semangat untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan itu sendiri. Kadang-kadang kita lihat bahawa tujuannya ialah seolah-olah
kata pepatah Melayu, “nak berhujah tetapi nak melindungi apa yang telah dilakukan seolah-olah nak berlindung, berteduh daripada cahaya matahari dengan seurat rambut”, jadi tak akan ke mana. Jadi itulah hakikat yang berlaku dalam perbincangan kita.
YB. Dato’ Speaker, walau apa pun dalam kita nak membangun Kedah, nak membangun negara, hendak meMadanikan negara kita ini, berdasarkan kepada pengalaman Malaysia dan juga situsi dan realiti di Malaysia, ada 3 perkara yang perlu kita jaga yang menjadi asas kepada pengukuhan pembinaan sama ada Madani ka Hadari ka, banyaklah sebelum daripada ini tetapi asas ini kadang-kadang disentuh secara sengaja, kadang-kadang dijadikan sebagai asas untuk nak menimbulkan ketegangan, wallahu’alam iaitu tiga perkara dalam konteks Malaysia iaitu Islam, Melayu, beraja. 3 perkara ni kena ambil perhatian betul-betul oleh semua pihak, Islam jangan disentuh, jangan cuba menggoyakkan keharmonian, jangan cuba melontar batu dalam air yang tenang. Negara ini ialah sebuah negara Islam, kalau kita nak membahaskan Perlembagaan itu pun, Perlembagaan telah memberi peruntukan yang jelas, Perlembagaan telah memberikan satu peruntukan di mana ianya perlu dijaga. Sebab itulah apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melakukan sumpah sebagai pelantikan maka digunakan “wallahi wabillahi watallahi”. Apa makna itu? Ini kena dihayati, kena difahami bahawa kemudian dituruti dengan ‘wording-wording’ di dalam sumpah itu iaitu memelihara agama, itu ketua agama.
Jadi, mana-mana pihak pun dalam membahaskan ataupun membicarakan ataupun mewacanakan perkara ini harus dipelihara dengan sebaik mungkin. Tapi apa yang kita lihat bahawa suara-suara sumbang di dalam, menyindir tentang perkembangan Islam melalui kadang-kadang tindakan undang-undang dan sebagainya berlaku secara berleluasa. Jadi, manakah Madaninya Malaysia ini kalau itulah yang menjadi fokus perbahasan oleh setengah-setengah pihak yang tertentu. Itulah harus kita jelaskan. Seterusnya ialah bagaimana hak-hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan itu cuba disentuh dan dijadikan satu bahan untuk perbahasan yang tidak bermoral kadang-kadang.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah, saya tidaklah berhajat melanjutkan perbincangan dalam isu-isu itu dan sekarang saya cuba nak menyentuh isu-isu yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat mengenai portfolio saya. Pertama ialah mengenai dengan perbelanjaan UniSHAMS yang telah dibangkitkan oleh YB. Bandar Baharu yang saya janji dalam jawapan kelmarin untuk perlengkapkan di dalam jawapan penggulungan ini. Pertanyaan yang dibangkitkan ialah adakah perbelanjaan pentadbiran UniSHAMS melebihi 80% daripada pendapatan yang diperolehi. Di sini saya suka memberi sedikit laporan di mana laporan prestasi kewangan UniSHMAS Sdn. Bhd. bagi
tahun 2018 hingga 2022. Pendapatan iaitu yuran bagi 2018 ialah RM28,195,092, 2019 RM31,166,590, 2020 RM35,184,908, 2021 RM35,101,860 dan 2002 RM 38,246,212. Itu ialah yuran pengajian. Hasil sewaan tahun 2018 ialah RM187,046, 2019 RM183,550, tahun 2020 RM69,865, 2021 RM135,428 dan 2022 RM165,757. Saya rasa kalau saya nak sebutkan ini adalah terlalu ‘detail’ sangat maka InsyaAllah saya akan beri dalam jawapan bertulis. Jadi rumusan daripada apa yang telah disebutkan tadi di mana peratusan belanja pentadbiran UniSHAMS untuk gaji staf terhadap pendapatan UniSHAMS tanpa geran kerajaan bagi tahun 2022 adalah di bawah paras 80% iaitu sebanyak 79.91%.
Pendapatan tersebut adalah termasuk yuran pengajian, aktiviti program francais iaitu UnIPSAS dan KIAS serta hasil sewaan. Namun peratusan belanja pentadbiran UniSHAMS iaitu gaji staf berbanding dengan yuran pengajian pada tahun 2022 adalah di bawah paras 85% iaitu 83.33%. Data yang direkodkan daripada tahun 2018 telah menunjukkan bahawa hanya pada tahun 2018 dan 2019 belanja pentadbiran UniSHAMS iaitu gaji staf melebih paras 85%. Namun sejak 2020 sehingga 2022 belanja pentadbiran UniSHAMS adalah di bawah paras 85% seperti yang telah saya nyatakan tadi.
Selain itu, data menunjukkan bahawa tahun 2020 UniSHAMS hanya menggunakan di bawah 45% peruntukan geran kerajaan untuk belanja operasi dan kemudahan kecairan manakala baki 45% peruntukan geran kerajaan kebiasaannya digunakan untuk belanja Pembangunan iaitu untuk pembaikan dan penyelenggaraan bangunan yang mencecah usia 10 tahun. Sepertimana kita sedia maklum, bila barang lama ni ‘maintenance’ dia tinggi sikit, begitulah, kalau kereta pun macam tulah. Kalau isteri pun lama-lama dah tua pun kena masuk hospital lah, begitulah tuan-tuan sekalian. Yang kita sendiri ni pun dalam umur yang 60 tahun ke atas tu faham-faham sajalah, situ tak kena, sini tak kena, buah pinggang la, darah tinggi la, semuanya naik belaka.
YB. Kupang nak teruskan ka nak berhenti dulu, esok nak sambung?
YB. Dato’ Speaker, kalau YB. Dato’ Speaker benarkan saya teruskan saja lah.
Berapa minit lagi ada?
Banyak juga lah. Tapi tak pa…
Haaa…..tak pa, esoklah kalau macam tu.
Cuma nak habiskan satu lagi. Walau bagaimanapun, UniSHAMS sedang memantau kesan pasca pandemik covid-19 terutamanya berkaitan isu pelajar lepasan SPM yang lebih memilih untuk tidak menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini adalah satu masalah yang besar bukan sahaja untuk Kedah tetapi untuk keseluruhan terutamanya ialah pelajar-pelajar di peringkat lepasan SPM, kemudian mereka sudah tak berminat.
Ada dilaporkan bahawa ada setengah-setengah sekolah terutamanya sekolah menengah agama, tingkatan 6 ditutup kerana tidak ada pelajar disebabkan kurang minat untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Ini ialah antaranya dan termasuk juga ialah daya tarikan gig ekonomi iaitu kecenderungan anak muda menceburi bidang perniagaan secara dalam talian sepertimana grab food, tiktokers, youtubers dan lain-lain. Ini menyebabkan berlaku kemerosotan minat anak-anak muda kita dalam menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Jadi, UniSHAMS memandang kehadapan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menyegerakan pembinaan asrama pelajar memandangkan pertambahan 1,000 orang pelajar akan memerlukan tidak kurang daripada 100 buah rumah. Sekiranya pelajar tinggal di luar, keadaan ini juga dilihat akan menyumbang kepada peningkatan mendadak kadar sewaan rumah di kawasan Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.
Jadi, pihak UniSHAMS yakin dengan pembinaan asrama untuk kapasiti 3,000 pelajar akan dapat menangani isu kemasukan pelajar serta mampu untuk melonjakkan jumlah kemasukan pelajar baru ke UniSHAMS. Sekadar itu saja untuk petang ini, kalau ada masa sambung esok InsyaAllah.
Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumusalam. Kalau buka dengan pantun, tutup pun dengan pantun juga.
Pergi ke Jeneri dengan bas, Bila sampai berehat diperigi, Sehari suntuk kita berbahas, Besok kita berjumpa berbahas lagi.
Dengan itu saya menangguhkan Sidang hari ini sehingga pukul 9.00 esok pagi.