Kedah · 15 March 2023

14th Assembly, 6th session, 1st meeting · 270 turns · 33,228 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Dewan disambung semula dengan bacaan doa.

Setiausaha Dewan

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbusama Wa’tiwal Ardh’ Wa Rabbul A’lamin Washolatu Wassalamu’ala Sayyidina Muhammadin Sayyidil’ Mursalin Wa'ala Alihi Wa’sohbihi Aj’main.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang memerintah langit dan bumi dan Tuhan sekalian Alam, Selawat dan salam atas Rasul kami, Nabi Muhammad Penghulu sekalian Rasul dan di atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa engkaulah Tuhan yang maha adil bijaksana dan pemurah Tuhan yang telah mengaturkan kewajipan Sultan pemerintah dan meletakkan tanggungan pertubuhan Dewan untuk keselamatan pemerintah dan kesejahteraan rakyat. Kami hamba-hambamu yang kau telah perkenan meletakkan tanggungjawab bagi menyempurnakan segala pekerjaan di dalam Dewan ini memohon dengan limpah kurniaanmu berkatilah apa jua kiranya amalan-amalan pekerjaan kami di dalam Dewan ini. Sesungguhnya kami menjunjung perintah dan kebesaran mu maka anugerahkanlah kepada kami Taufik dan Hidayat mu yang menyeluruh bagi memimpin kami ketika berunding dan menimbang segala perkara yang didatangkan di hadapan kami dan kekalkanlah di hati kami sifat amanah, jujur dan bertanggungjawab bagi menegakkan syariatMu dan menambahkan kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Kedah Darul Aman dan sekalian penduduknya.

Rabbana A’tina Fiddun’ya Hasanah Wa Fil Akhira’ti Hasanah Waqi’na Azabann’ar Amin Ya Rabbal Alamin.

Speaker

Urusan seterusnya setiausaha.

I. Sambungan Kepada Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Setiausaha Dewan

Sambungan Kepada Pertanyaan-Pertanyaan Mulut

Speaker

Mesti kena mula dengan pantun:-

Makan tengah hari di Restoran Pumpong, Tersadung gelas baju basah, Pagi ini kita berkampung, Petang nanti kita berpisah.

Pak tani menebang buluh, Tolak buluh di tepi jalan, Kelmarin berhenti nombor 10, Jitra dijemput kemuka soalan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi YB. Dato’ Speaker, saya mohon jawapan untuk soalan nombor 11.

11. Pohon dinyatakan:-

a) Apakah perkembangan terkini pelaburan-pelaburan yang telah diluluskan sejak tahun 2020?

b) Adakah sudah dibangunkan dan beroperasi?

c) Berapakah peluang kerja yang telah diisi, dan oleh siapa?

d) Berapakah jumlah rakyat Kedah yang telah mengisi peluang kerja yang diwujudkan sejak tahun 2020?

Speaker

YB. Guar Chempedak, jangan panjang sangat!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh YB. Dato’ Speaker, untuk soalan nombor 11, mula-mula saya nak jawab a, b dan bersekali. Tentang pelaburan 2020 sehingga 2022 , bagi sektor pembuatan 2020 pelaburan yang masuk ialah RM4.06 billion, jumlah semua sekali RM5 billion tahun itu termasuk perkhidmatan. Tahun 2021, RM66.2 billion, pembuatan jumlah keseluruhan RM68.3 billion, Tahun 2022 RM12 billion bagi perkhidmatan, jumlah keseluruhan RM13.1 billion. Mengenai peluang kerja yang telah diisi oleh siapa? Tahun 2020, 7,813-86.1% orang Kedah. Tahun 2021, 11,703 orang Kedah 91.7% ertinya orang Kedah ramai kita kerja kuat untuk masukkan pelaburan. Tahun 2022, 3,158 tapi yang itu setakat Januari hingga September itu pun 90% orang-orang Kedah.

Soalan (b) adakah sudah dibangunkan dan sudah beroperasi. Pada tahun 2020, projek yang telah diluluskan oleh MIDA ialah 75, beroperasi 57 syarikat dan peratusnya ialah 76%. Tahun 2021, projek yang diluluskan ialah 48 beroperasi 33 iaitu 69%, tahun 2022 projek yang diluluskan ialah 31 beroperasi 4 sahaja. Memang kita tengok yang tinggi peratusnya ialah tahun 2020, sebab nak buat kilang bukan macam nak buat kilang beras. Kalau APNS itu dia mula masuk suku pertama bulan Mac dan April buat tapi lani tak siap lagi, dia sampai suku tahun pertama 2024 baru boleh mula beroperasi. Dia tak ada 10 bulan kalau syarikat-syarikat yang besar. Itulah secara keseluruhannya yang tahun 2022 baru masuk kalau 4 beroperasi itu adalah satu pencapaian.

Untuk jawapan soalan (d) Berapakah jumlah rakyat Kedah yang telah mengisi peluang kerja yang diwujudkan sejak tahun 2020? Rakyat Kedah kalau tengok secara keseluruhan Taman Teknologi Park, orang Kedah 82%, saya bagi contoh syarikat-syarikat yang lain yang saya sendiri bertanya orang yang bekerja di situ, ACM 92% orang Kedah daripada jumlah 900 orang. Ada lah orang Perlis sikit di situ sebab orang Perlis tak jauh. Kalau Kulim Hi-Tech Park, ada orang Penang, Bukit Mertajam dan sebagainya. Kemudian, Minebea, syarikat Jepun di Sungai Petani 82% orang Kedah. Syarikat Nichias yang beroperasi di Bandar Darulaman, daripada jumah 1,037, 95% adalah anak Kedah. Syarikat Inokom yang buat kereta berjenama di Kulim, daripada lebih 2,000 tenaga kerja 90% adalah anak-anak Kedah.

Kita perlu lihat sekarang ialah kita nak lebih ramai anak-anak Kedah ini memegang jawatan di peringkat pertengahan dan atas sebab kalau atas tu banyak expestriated dan orang-orang lain ya! Tapi yang pertengahan dan atas itu kita boleh isi dengan anak Kedah. Macam engineers, jurutera dalam pelbagai disiplin, elektronik, elektrikal, mekanikal dan sebagainya. Itu sahaja jawapan saya Dato’ Speaker.

Soalan tambahan Dato’ Speaker! Apakah perancangan Kerajaan Negeri Kedah untuk memastikan bahawa bekalan pekerja-pekerja daripada Kedah untuk industri yang berteknologi tinggi mencukupi. Kalaulah kita ada satu perancangan jangka masa panjang, apakah jenis industri yang kita nak Tarik? Antara perkara yang mereka akan tanya ialah bekalan tenaga kerja yang mahir. Jadi, adakah pihak kerajaan negeri berbincang ataupun memadankan antara industri dengan Institut Pengajian Tinggi supaya graduan-graduan khususnya daripada Kedah ini memenuhi permintaan yang bakal wujud apabila industri itu mula beroperasi di Kedah.

YB. Dato’ Speaker ini adalah salah satu perkara yang penting yang perlu kita lakukan, dia sebenarnya bukan sahaja di peringkat Pengajian Tinggi, Universiti, Politeknik dan juga macam TVET, Kolej ADTEC dan sebagainya tapi dia kena bermula daripada sekolah terutamanya sekolah menengah yang saya sebutkan dalam jawapan soalan nombor 5, dua hari sudah! Kita sekarang menghadapi satu cabaran yang amat besar kerana anak-anak kita di sekolah tak suka buat sains terutama sains tulen, kita perlukan ramai jurutera dalam pelbagai bidang, Dato’ Speaker. Nak menjadi jurutera, orang yang buat sains dia tahu lah! Bakar Arang dia tahu! Tingkatan 4 dia kena ambil sains tulen, dia tak boleh buat yang vokasional dan sebagainya. Vokasional itu dia pi direction lain lah! Sekarang seluruh negara, kita hanya mencapai 20% lebih.

Di Kedah pun kita capai dalam percentage yang begitu sikit dan kita perlu pertingkatkan dalam kita buat program STEM ini untuk anak-anak kita yang belajar di sekolah rendah lagi depa suka pada sains, lepas tingkatan 3 dia buat sains tulen. Itu amat penting! Itu peringkat engineer, kalau kita nakkan negara kita menjadi sebuah negara maju, berteknologi tinggi, negara industri kita tak ada pilihan kecuali anak-anak kita kena buat kejuruteraan dan senang dapat kerja! Kalau tanya Syarikat Kulim Hi-Tech Park, senang saja! Kalau you nak senang dapat kerja, you kena belajar tu susah sikit, sains tapi kalau you nak senang belajar tapi susah lah nak dapat kerja.

Di peringkat diploma level, tak sains tulen pun boleh masuk, macam matematik dapat kredit dan sebagainya, yang itu dia cover di peringkat lower middle, tachnical assistant, kalau kita tengok macam piramid structure, the top engineer, bawah itu ada skill tenaga kerja berkemahiran teknikal yang perlu diisi.

Yang ini kita laksanakan banyak program dengan Politeknik dengan ADTEC, ILP dan juga peringkat KISMEC, K-TECHNO, yang dibawah anak syarikat Kulim Hi-Tech Park ini bukan sahaja mengambil pelatih-pelatih yang tak ada degree, yang ada degree pun dia ambil untuk buat data analytics dan sebagainya di peringkat yang lebih tinggi, ini semua sedang berjalan dan pandangan saya ialah kita tidak mencukupi, kita perlukan satu bilangan yang ramai untuk mengisi jawatan-jawatan yang kita ada dalam Negeri Kedah ini. Kalau diikut penganjuran kita, daripada sekarang sehingga 2025, Kulim Hi-Tech Park, kita perlukan lebih daripada 24,000 tenaga mahir yang berteknikal ini. Ini perkara-perkara yang sedang dalam pelaksanaan kita YB. Dato’ Speaker, terima kasih.

Speaker

Lambat! Tak apa teruskan YB. Bandar Baharu.

Dato' Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Dato’ Speaker, YB. Guar Chempedak, kita tau segala pelaburan yang masuk memang makan masa untuk dibangunkan dan terus beroperasi terutamanya pelaburan-pelaburan yang berteknologi tinggi masuk 2021 belum tentu lagi 2023 boleh beroperasi tetapi ada juga pelaburan yang ditempatkan di tempat Teknologi Tinggi yang agak kurang berkualiti yang terus beroperasi dan tidak membanggakan kitalah.

Jadi, bolehkah YB. Guar Chempedak memaklumkan kepada kita dan berkongsi di sini, apakah proses pemilihan pelaburan tersebut kerana pemilihan pelabur-pelabur pun bukanlah mudah dia ‘due diligence’ (dengan izin) technical, financial dan sebagainya bukan saja boleh pilih-pilih yang mudah dan berapa lama duration dia, macam mana kita tempatkan 13 ‘targeted industry’ itu dengan izin Di Kulim Hi-Tech Park dan memastikan kualiti dan kuantiti pada pelabur-pelabur tersebut diteruskan di Kedah. Terima kasih.

Speaker

YB. Guar Chempedak tunggu sat, kita teruskan dengan YB. Bayu!

YB. Dato’ Speaker, kalau kita lihat tadi laporan daripada jaga YB. Exco tadi tentang pencapaian pelaburan kita cukup memberangsangkan, cukup hebat, cukup menggalakkan seperti 2021 RM6.8 billion, tahun 2022 RM13.1 billion, pencapaian yang tinggi, mungkin YB. Exco dapat kongsi dengan kita bersama tentang pencapaian ini, mungkin ada faktor-faktor samada faktor dalaman ataupun faktor luaran yang boleh dikongsi bersama tentang kejayaan pencapaian ini.

Yang kedua, mungkin dalam usaha kita untuk meningkatkan pelaburan ini mungkin ada cabaran, kekangan yang yang dihadapi oleh khususnya pihak kerajaan untuk menyelesaikan dan untuk meningkatkan lagi dan mungkin ada solution dan kaedah pencapaian yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat kita. Satu lagi yang saya sebutkan tadi ialah penyediaan pusat latihan yang kita perlu sangat untuk menyediakan peluang pekerjaan, adakah kerajaan berhasrat untuk meningkatkan industri atau pusat-pusat latihan perindustrian yang sedia ada untuk kita tampung keperluan sumber manusia di kilang-kilang kita yang kita dapat wujudkan sebelum ini? Terima kasih.

Saya nak menyentuh tentang hang apa yang ditanyakan oleh Bandar Baharu sebenarnya dalam ucapan perbahasan Bandar Baharu pun dia dah sebut benda ni dan saya berhasrat untuk membuat respon kepada persoalan itu dalam penggulungan saya. Kalau kita nak jawab sini dah lama sangat nak guna baru we don’t mind (dengan izin).

Tentang soalan yang kedua iaitu berhubung dengan apa yang disebutkan oleh Bayu, pencapaian pelaburan di Kedah khususnya industri pembuatan amat berjaya sekali. Saya nak sebutkan juga bahawa mungkin ada orang yang tertanya-tanya tahun 2021 sampai RM68 billion mai tahun 2022 tinggal RM13.1 billion. Saya nak fokus kepada industri pembuatan even jumlah keseluruhan pun Kedah ni dia tak jatuh, dia hanya ‘top five, kita sekarang ini ‘top five state’ dalam pelaburan. Ini satu pencapaian yang cukup hebat bagi saya, sebuah negeri yang ekonominya berasaskan pertanian masih lagi pertanian kita buat bendang, buat padi bagi orang di negeri Malaysia ini makan beras, makan nasi tapi kita maju dalam industri pembuatan. Ini satu kejayaan yang boleh semua kita di sini dan seluruh rakyat Kedah berasa bangga. Kita ambil industri pembuatan, saya tengok secara detail dia punya nilai pelaburan, industri perubatan kita dapat RM12 billion di atas kita Selangor hanya RM12.2 billion sahaja, RM200 juta saja lari, kalau tidak kita pi nombor 3, sekarang kita nombor 4, kemudian, satu lagi Pulau Pinang, Pulau Pinang

hanya dapat RM13 billion. Jadi, sungguhpun kita nampak kita jatuh dari segi jumlah sebelum ini tetapi sebenarnya pencapaian kita tahun 2022 ini boleh kita banggakan! Macam mana ini berlaku dan pencapaian ini macam mana kita boleh dapat? Banyaklah faktor kalau nak cerita. YB. Bayu, saya akan sebut dalam ucapan penangguhan saya nanti kan dah tulis dah pun tapi tak boleh baca lagi. Kena tunggu giliran saya baru saya boleh baca. Sekian, YB. Dato’ Speaker!

Speaker

Soalan nombor 12.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker mohon jawapan untuk soalan nombor 12.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

12. Pencemaran oleh kilang beras. Pohon dinyatakan:-a) Berapakah aduan yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar berkait dengan pencemaran dari kilang beras sepanjang tahun 2022? b) Kilang beras Jasmine di Batu 18 Jalan Kodiang dilaporkan sering menyebabkan pencemaran berkait dengan habuk/miang. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak JAS mengenainya?

Terima kasih, YB. Dato’ Speaker. Terima kasih Adun Ayer Hitam! Soalan nombor 12 yang ditanya oleh YB. Adun Ayer Hitam Berapakah aduan yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar berkait dengan pencemaran dari kilang beras sepanjang tahun 2022? Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar terdapat 5 aduan yang diterima berkaitan dengan pencemaran dari kilang beras sepanjang tahun 2022. Yang pertama adalah nama kilang adalah Kilang Beras Rajan Sdn. Bhd. Alor Setar.

Jenis pencemaran adalah habuk, tarikh aduan 13 Mei 2022 iaitu isu adalah habuk dan debu yang berterbangan ke udara sehingga menyebabkan kekacauan di kawasan perumahan yang terdekat so tindakan JAS adalah bagi notis arahan Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Nombor dua adalah Jabi Rice Mill Sdn. Bhd, Pokok Sena iaitu jenis pencemaran adalah asap hitam bertarikh 6 Februari 2022. Pelepasan asap hitam ke udara notis arahan Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kilang yang nombor tiga adalah Kilang Beras Sukaramai Sdn.Bhd,Yan iaitu pembakaran terbuka dari tarikh 23 Januari 2022. Pembakaran terbuka sekam padi di belakang premis. Notis arahan Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Nombor empat ialah Jasmine Rice Mill Tunjang Kubang Pasu. Jenis pencemaran adalah asap hitam so tarikh aduan 23 Januari 2022, pelepasan asap hitam ke udara notis arahan Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Nombor lima ialah Kilang Beras Mihoda, Pokok Sena. Jenis pencemaran adalah asap hitam, tarikh aduan 9 dan 8 Ogos 202,2 pelepasan asap hitam ke udara. Tindakan JAS - notis arahan Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. So untuk jawapan untuk soalan-soalan (b) Kilang Beras Jasmine di Batu 13 Jalan Kodiang dilaporkan sering menyebabkan pencemaran berkaitan dengan habuk dan miang. Adakah tindakan yang telah diambil oleh Pihak Jabatan Alam Sekitar mengenainya sama ada JAS Kedah telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Kilang Beras Jasmine di Batu 13 berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tindakan ini pernah diambil oleh JAS Kedah adalah nombor satu notis arahan sebanyak empat kali telah dibuat dari tarikh 4 Jun 2018 dan 19 September 2021. Nombor 2, kompaun bagi kesalahan di bawah peraturan-peraturan kualiti alam sekeliling buangan terjadual 2005 berjumlah RM4,000, tarikh 14 Oktober 2020. Nombor 3, penahan operasi kelengkapan iaitu boiler pada 15 Oktober 2020 di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih 2014 pada tarikh 15 Oktober 2020. Yang ke-4, khidmat nasihat yang berterusan berkaitan dengan pengurusan abu sekam padi dan pemantauan peralatan Smoke Density Meter / Smoke Alarm Recorder pada 24 januari 2022. So JAS Kedah sentiasa menjalankan penguatkuasaan secara berterusan ke atas kilang tersebut yang mana kilang yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dari semasa ke semasa dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar demi kesejahteraan rakyat di Negeri Kedah.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Sidam atas jawapan. Saya cuma nak tanya tentang soalan 12 (b) tentang Kilang Beras Jasmine yang ada empat kali notis yang telah dikeluarkan.

Baru-baru ini di awal tahun ini masalah yang sama terus berlaku di mana orang kampunglah, kilang itu kilang yang dibina sejak tahun 1976 bukan baru lama, kilang datang daripada pendebatan orang kampung walaupun masa itu ada bantahan dan sebagainya tapi dah diluluskan tu kita terimalah kilang tu cuma masalah berterusan sehingga sekarang! Habuk hitam dan juga miang. Habuk ini berkaitan Sebabnya ada pembakaran pembakaran sekam dalam kilang tu yang dilepaskan melalui serombong besar tu cuma bila ada masalah serombong tu, kesannya agak tinggi lebih-lebih lagi pada musim kemarau sekarang ini. habuk tu dia berterbangan dalam udara, bila mai masa dia turun dekat rumah-rumah! Kalau musim hujan ok sikit dia boleh serap dengan air dan boleh kurang. Kemudian, masalah miang yang berlaku sebab lori-lori yang bawa padi mai tuang di tempat terbuka, berbumbung, terbuka, tidak ada dinding. Jadi, miang tu dia terbang masuk ke rumah orang kampung sekeliling tulah. Masalah ini dah lama, tindakan dan bantahan pun dah di buat tapi tindakan agak slow! Bila kita lapor dia ada perubahan, kemudian dia ulang balik masalah tu cuma pihak kilang itu ada juga cuba nak cover dengan bagi bila musim dua tiga kali beras, bila nak raya depa bagi hamper tapi orang kampung bukan nak itu! Dia nak masalah berterusan tu selesai, masalah miang habuk selesai bukan masalah depa nak dapat sikit imbuhan daripada kilang tu! Saya minta pandangan daripada pihak YB. Sidam dalam memastikan benda ini berhenti setakat ini sajalah dan tidak ada timbul lagi masalah tentang habuk dan juga miang di kawasan Kilang Padi Jasmin itu. Terima kasih.

Ok terima kasih YB. Ayer Hitam. Saya rasa yang pertama adalah kita bila dapat aduan macam ini. Yang pertama kita kena nasihatkan kilang-kilang, yang pertama kita kena ada premis yang tertutup terutamanya macam ada jaring atau net untuk menghalang habuk atau miang untuk tiup ke taman-taman yang tersebutlah dan premis yang tertutuplah. Maksud saya tanked! Kedua, adalah kita kena nasihatkan kilang untuk 1 kolam bila kenderaan ada lori terutamanya bila nak masuk ke kilang tersebut, sekurang-kurangnya dia punya tayar ke kena basahkan! Kalau tak dia akan jadi miang ke habuk ke macam-macam untuk terbang terutamanya semasa musim panas. Ketiga, saya rasa kita kena cadang kepada kilang apa yang sepatutnya terutamanya dia kena ada jaring ada atau net untuk terlindung. Jangan bagi dia angin dia tu tiup pada miang kepada tempat yang perumahan yang sedia ada dan nasihat saya adalah kita kena buat proses dalam premis yang tertutuplah, itu lebih elok dari apa yang sedia ada, setakat lani!

Kalau you nak moved kilang yang sedia ada untuk pergi ke tempat lain, saya rasa pun tak sesuai juga so tempat macam mana untuk menjaga kilang sendiri, itu saja saya boleh nasihatkan. Itu saja. Terima kasih.

Speaker

Anak bukit, silakan!

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, Sidam tolong tengok sat Kilang Batu 18 tu tak jauh daripada rumah YB. Ayer Hitam tu kesian nanti prestasi sebagai Adun terganggu dok kena miang selalu kan. Soalan saya YB. Dato’ Speaker ialah apakah pendirian kerajaan negeri sekarang terhadap kilang-kilang yang wujud dah lama dan kilang-kilang yang nak baru wujud ni bolehlah kita kawal tempat dia kena sesuai dan sebagainya. Tapi depa dah wujud lama kemudian rumah mai duk buat dekat pulak dengan depa kan dan kemudiannya menimbulkan kacau ganggu lah. Jadi, saya nak tanyalah pendirian kerajaan negeri sekarang terhadap kes-kes yang seumpama ini, adakah kita nak minta kilang ini keluar pi tempat lain ataupun dia nak kena buat perkara-perkara yang boleh memitigasikan kacau ganggu itu yang menyebabkan dia pun boleh terus beroperasi di situ, rumah-rumah orang kampung yang dok ada keliling tu pun boleh terus duduk di situ! Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap kes-kes yang seumpama ini, terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Sekali boleh kut!

Speaker

Silakan YB. Sungai Limau

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik, terima kasih YB. Dato’ Speaker, di kawasan saya pun ada isu yang macam ni cuma soalan saya dari sudut garis panduan, jarak antara kilang dengan penempatan sudah pasti diambil kira oleh pihak Kementerian ataupun penguatkuasa undang-undang tapi sejauh mana jarak itu dipatuhi untuk bila tindakan laporan dibuat, tindakan diambil tapi langkah susula,n mai pula tengok kilang patuh ataupun tidak sebab mungkin dari sudut ada kita katakan kaedah untuk nak halang daripada habuk terbang dan sebagainya tapi dari sudut bau, bau yang kalau dekat tu dia akan ganggulah.

Kalau dalam kawasan saya itu, satu hak yang berkaitan dengan padi tu pun miang tu pun ada! Satu lagi bila proses untuk kilang tu buat baja jadi sisa-sisa yang terbang dn bau yang kurang enak oleh penduduk sekeliling. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Kalau untuk soalan yang ditanya oleh Anak Bukit, saya rasa kilang yang sediada, saya rasa kita kena nasihat apa yang sepatutnya. Kalau you nak move kilang yang sedia ada saya rasa memang susahlah tapi kita kena nasihat apa yang sepatutnya kena buatlah terutama teknologi dan selepas ini jangan ada habuk ke miang yang sedia adalah dan lori untuk masuk, saya rasa kita kena basahkan tayar-tayar yang sepatutnya. Untuk jawapan yang nombor 2, garis panduan adalah untuk bersama dengan kilang dengan jarak yang sediada. Kalau you nak you nak pinda yang kilang-kilang yang sedia ada, saya rasa tak ada tempatlah actually dia tak ada tempat untuk kita nak ‘move’ a kilang padi yang sediada ke satu industry punya area sedia ada. So pandangan saya adalah sebagai Exco Alam Sekitar dan Pegawai Alam Sekitar, kita kena bagitau kepada pegawai kita, kita kena sentiasa pantau terutamanya semasa musim kemarau, habuk-habuk kita, miang-miang kita, kita kena macam mana untuk menjaga, untuk try to jangan bagi orang ada banyak aduan yang terdapat di taman-taman yang sedia ada. Itu saja saya boleh sampaikan, Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan nombor 13

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

13. Projek Mega Aerotropolis di Sidam dan KXP Kulim.

Pohon dinyatakan:-

a) Apakah status terkini projek?

b) Apakah status kelulusan dari Ministry of Transport?

c) Syarikat Usahasama yang terlibat?

Dato’ Dr.Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Terima kasih YB. Dato’ Speaker Bukit enggang pohon Inas, Pohon jawapan soalan nombor 13

Speaker

Silakan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ada signifikan tak dengan pantun itu? Perli ka apa?

Speaker

Pantun sekadar pantun!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Dak, dia peril! Dia peril! Semua orang tau! Memang dia suka siniskan! Dengar jawapan saya. Ini jawapannya sebab kita ada waktu yang singkat, saya akan mengulas panjang tentang KXP di dalam penggulungan! KXP ni dia jadi popular selepas dua pihak iaitu menteri pengangkutan dan perdana menteri mengulas dalam parlimen tetapi kedua-duanya tersasar kerana mereka tidak dapat maklumat yang penuh kepada kepad kerajaan negeri yang menggagaskan projek ini daripada 2013 bukanlah projek zaman Sanusi pun projek ini sejak 2013. Soalan daripada Pengkalan Kundor, Projek Mega Aerotropolis di Sidam dan KXP. Pertama sekali, Kedah Aerotropolis bukan Projek Aerotropolis. Aerotropolis satu istilah yang bermaksud perbandaran baru di sekitar lapangan terbang. Aerotropolis, jadi yang kita nak buat ini ialah Kedah Aerotropolis bukan Aerotropolis saja. Untuk makluman Ahli Dewan juga saya difahamkan Aerotropolis juga sedang diusahakan di beberapa negeri lain antaranya Negeri Pahang tapi Kedah Aerotropolis ni jauh berada di depan kerana telah dimulakan lebih awal dan persiapan-persiapan yang telah dibuat oleh Kedah jauh lebih ‘advanced’ tetapi tetap menjadi satu saingan. Jadi, projek-projek yang macam ini memerlukan kepada perjuangan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan apa yang telah kita siapkan dan mempertahankan hala tuju yang kita letak untuk ke depan walaupun apa halangan sekalipun kita kena hadapi. Walaupun orang kata kita ini tak jaga keharmonian.

Tetapi kalau orang bedai kita, orang katuk kita macam kita orang bodoh, kita mesti berdiri untuk bercakap apa yang benar tak kira siapa ada depan kita. YB. Dato’ Speaker, boleh tera tu?

Speaker

Kemas lah!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Status terkini projek. Pembangunan Kedah Aerotropolis di Sidam Kiri, daerah Kuala Muda ini ada tiga komponen terutama sekali Airport City, yang kedua Business Park, yang ketiga Sidam Logistik Aerospace & Manufacturing (SLAM) yang akan dibangunkan oleh NCIA, sebuah agensi Persekutuan. Itu saya hairan tu agensi Persekutuan nak bangunkan salah satu komponen dalam Kedah Aerotropolis tapi Kerajaan Persekutuan tak tau dimana SLAM akan dimajukan oleh NC IA,Northern Corridor Implementation Authority dan cadangan pembangunan SLAM telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan. Ada peruntukan RM700 juta cuma kita suruh dia tunggu kita pasal nak buat pengambilan balik tanah untuk SLAM dan Kedah Aerotropolis ni kalau kita buat berasingan, dia akan memberi kesan kepada pengambilan yang berikutnya. Jadi, kita kata pengambilan perlu dibuat sekali jadi Seksyen 8 tu, dia tunggu sehingga benda yang sedang diuruskan diselesaikan. SLAM dok tunggu sebab tu yang kita nak cepat tu bukan kita kalut tera mana pasal kita nak elak berlaku pengambilan tanah dua kali mengakibatkan harga yang kedua tu dia berlaku peningkatan. Konsep utama pembangunan adalah membangunkan sebuah pembandaran moden berasaskan penerbangan dengan mensasarkan pasaran untuk Asia Pasifik. Ia adalah pembangunan berteraskan Jelapang Hijau atau ‘Greenfield’ dengan izin iaitu pembangunan projek yang holistik bersepadu di atas sebidang tanah yang luas. Lapangan Terbang Kulim hanyalah salah satu sub komponen dan berperanan sebagai ‘enabler’ atau pemboleh kepada keseluruhan pembangunan Kedah Aerotropolis yang akan bermula dengan Integrated Logistics Hub tanpa memerlukan lapangan terbang penumpang di mana ia akan dibangunkan pada masa depan sekiranya terdapat permintaan. Dari segi perkembangan terkini projek kerajaan negeri melalui KXP Airport City Holding ni nak kena dibezakan KXP Airport City Holding ni anak syarikat PKNK sebuah GLC, syarikat ini ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu untuk membangunkan projek ini, telah memeterai perjanjian melalui Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pemain-pemain industri di dalam Projek Bangunan Kedah Aerotropolis pada 20 Oktober 2022 yang lalu.

Bagi meneruskan momentum promosi dan pemasaran di Kedah Aerotropolis, KXP Airport City sedang giat melakukan aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran bagi memastikan pembangunan projek ini dapat menarik minat pemain-pemain industri Antarabangsa dan tempatan untuk beroperasi di Kedah Aerotropolis. Beberapa syarikat tempatan telah menunjukkan minat untuk melebarkan sayap ke Kedah Aerotropolis dan akan menandatangani perjanjian persefahaman dalam masa terdekat ini. Selain itu, KXP Airport City sedang giat mengadakan perbincangan lanjut dengan UUM dan KISMEC serta beberapa institusi pendidikan bagi menjayakan hasrat kerajaan negeri mewujudkan Universiti Teknikal yang menjadikan aeroangkasa sebagai teras di masa depan yang merangkumi bidang pengajian dan kursus-kursus teknikal berkaitan dengan aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat bagi memastikan penyediaan tenaga mahir yang mencukupi. Soalan (b), bagi cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) belum diperolehi berikutan kajian Nasional Airport Strategy Plan NASP masih berjalan dan di jangka siap pada September 2023, ini yang di nyatakan dalam MPFN. Antara 8 nasihat yang diberikan oleh MPFN ialah tunggu NASP siap, untuk lapangan terbang sahaja. Dalam pada itu, kerajaan negeri melalui KXP Airport City terus melakukan sesi libat urus dengan pelbagai agensi berkaitan susulan daripada kelulusan dasar yang telah diperolehi dalam Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 27 Oktober 2020 yang lalu. Draf laporan akhir Pelan Induk Utama yang disediakan oleh perunding dahulu telah dikemukakan kepada MOT bagi mendapat ulasan-ulasan awal, teknikal pada 8 Julai 2021.Selaras dengan itu, penambahbaikkan draf laporan Pelan Induk Utama telah dilakukan dengan mengambil kira semua ulasan yang telah diberikan. Draf laporan Pelan Induk terkini adalah bagi pelaksanaan konsep pembangunan Kedah Aerotropolis. Laporan disediakan dengan mengambil kira dengan mengadakan sesi libat urus bersama penggiat-penggiat industri berkaitan termasuk di MOT, CAAM, MASSCOM, TUDM dan lain-lain agensi bagi mendapat input yang berkaitan. Satu sesi bengkel telah diadakan pada 29 Mac 2022 bagi mendapatkan pandangan dan ulasan daripada stakeholder yang terlibat hasil dari libat urus draf laporan akhir Pelan Induk Utama Kedah Aerotropolis ini telah dibentangkan kepada Setiausaha Bahagian Udara MOT bagi mendapat ulasan awal pada 10 Jun 2022 yang lalu. Lanjutan daripada itu, satu sesi libat urus telah diadakan bersama kerajaan negeri KXP Airport City dan perunding NASP pada 6 September 2022 yang lalu seperti mana yang telah ditetapkan oleh Pihak MOT bertujuan untuk perkongsian dapatan dan maklumat berkenaan Pelan Induk Utama dan kajian kebolehlaksanaan yang telah dijalankan terdahulu serta

perkongsian berkenaan evidence-based dengan penggiat-penggiat industri bagi pembangunan projek bagi melengkapkan kajian laporan NASP tersebut. Setelah membuat semua penambahbaikan dan mengambil kira semua ulasan yang telah diperolehi terdahulu, kerajaan negeri akan mengemukakan versi akhir laporan Pelan Induk Utama Kedah Aerotropolis dalam masa terdekat ini iaitu pembangunan bandar raya baru yang berasaskan penerbangan menggabungkan pengangkutan darat, laut dan udara terutamanya bagi menjadikan Wilayah Utara sebagai Hub Multimodal Logistik dan Kargo dan memfokuskan Pembangunan Industri Aeroangkasa untuk pertimbangan dan ulasan MOT. Bagi soalan (c), kerajaan negeri melalui KXP Airport City kini dalam proses untuk memuktamadkan pemilihan pelabur atau master developer bagi pembangunan projek Kedah Aerotropolis tetapi salah satu Master Developer yang mengemukakan permohonan melalui RSP dan telah dipanggil untuk sesi temuduga beberapa sesi, dan bersetuju untuk terlibat dalam Kedah Aerotropolis ini, tiba-tiba telah diumumkan di Parlimen bahawa mereka tidak bersetuju. Ini yang mengelirukan orang ramai pasal dia yang submit RSP, tapi dia yang nak terlibat, dia yang hadir interview bersama 20 syarikat yang lain. Untuk maklumat Ahli Dewan ini, syarikat-syarikat yang berminat untuk membangunkan Kedah Aerotropolis masih menghantar permohonan sampai hari ini dan ada lagi syarikat yang memohon untuk terlibat cuma bila sampai pejabat saya minit pergi KXP Airport City, sila uruskan pasal kita dah tamat tempoh untuk kita panggil RFP dah tamat, tempoh MTP pun dah selesai. Pemilihan akhir pun sudah dibuat dan surat tawaran telah dikeluarkan kepada dua untuk di JV, satu dah jawab, satu lagi orang lain tolong jawab. Saya pun nak gelak ka nak teriak pun saya tak tau! Orang lain mohon, orang lain interview, orang lain berjaya, orang lain tolong jawab! Saya kata ini apa ni, jenis apa ni, memerintah apa lagutu, tak kan lagutu, dia mohon, orang lain mai interview, orang lain setuju, tau-tau orang lain tolong jawab! Apa bentuk kerajaan yang sedang kita ada? Jadi, depa kata kita tak mementingkan keharmonian, tak harmoni tang mana kita ni, kita bukan duk buat apa kat orang? Orang yang duk buat kita, saya rasa ini adalah salah satu daripada trend ataupun keutamaan untuk mencari kelemahan-kelemahan, cari kelemahan orang, cari buruk orang, tang mana hampa lekeh, aku nak dedah! Jadi, bila dedah-dedah, sadung-sadung, kena-kena Kedah. Ha..hang tunggu sat! Lagutu lah jawapan saya untuk soalan nombor 13 ini dan ada lagi dalam sesi penggulungan akan datang.

Speaker

Solan tambahan?

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Terima kasih YB. Jeneri atas soalan tambahan,

Speaker

Speaker dulu lah!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Dato’ Speaker, terima kasih lah!

Speaker

Sat! Yang saya suruh sebut Speaker ni bukan pasal apa supaya temperature masing-masing di turunkan! Pasal peluru tu mai kat saya, bukan direct! Tembak-tembak saya, jangan tembak direct! Tembak speaker dulu!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Soalan-soalan tembahan saya YAB. Jeneri adalah saya kira projek ini sebagaimana yang kita maklum bermula daripada 2013 sehingga sekarang bermula dengan KXP, selepas tu Kedah Aerotropolis dan kami menjadi sebahagian daripada proses itu. Jadi, sudah tentu kami dengan daya upaya kami juga menyokong projek ini, sangat-sangat bersetuju dan menyokong sepenuhnya cuma dalam isu ini, saya rasa ada dua isu utama lah! Yang pertama, isu kelulusan tadi daripada 8 nasihat yang telah dikemukakan oleh NASP, MOT, berapa nasihat telah dipenuhi dan apakah halangan dalam memenuhi nasihat itu untuk memastikan bahawa ianya diluluskan? Itu yang pertama. Yang kedua, saya kira perkara yang asas juga adalah keupayaan kewangan dari segi ‘investor’ itu sebab pengalaman yang dulu ada investor yang telah sanggup tapi akhirnya apabila diminta satu jumlah duit untuk buat pengambilan tanah maka dia tak mampu memenuhi. Jadi, saya kira kukuhnya kewangan investor itu juga adalah menjadi syarat yang sangat penting untuk memastikan bahawa ianya lulus segera dan dapat dilaksanakan dengan segera. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang paling berat daripada 8 nasihat itu ialah tunggu keputusan NASP (National Airport Strategic Plan) ini pun di luar bidang kuasa ataupun di luar kawalan kita kerana NASP akan dibuat oleh MOT. Pada masa MPFN dijalankan pada Oktober 2020, kemasukan pertama Ogos, oleh kerana MOT tak bersedia pada masa itu untuk membuat ulasan-ulasan, maka saya kata saya perlu kepada kesegeraan kerana Kerajaan Persekutuan

dalam projek yang begitu lama dicadangkan dan diumum dah kepada 2019 oleh Menteri MITI, projek berimpak tinggi dan KXP kini telah diluluskan pada 2019, Menteri MITI umum pada masa itu termasuklah komponen pada masa itu ialah Jajaran Highway North Corridor Highway daripada Changkat Jering sampai ke KXP. Lepas tu mai ke Sungai Petani pula ada jajaran highway baru daripada KXP pi Jambatan Kedua Pulau Pinang. Kemudian, ada jajaran landasan kereta api daripada Tasik Gelugor masuk ke KXP. Kemudian tulah dislotkan masuk SLAM. Jadi, semua komponen ini telah integrated dan telah diumumkan pada 2019, mai 2023 ini Menteri kata tak dak permohonan, tidakkah ini satu lawak jenaka! Lawak ni YB. Dato’ Speaker! Tak ada permohonan, kalau ada permohonan sila bawa investor datang jumpa kita! Mana boleh jawab lagu tu, kita uruskan projek ini ada jabatan teknikal ada maam-maam agensi, mana boleh bawa investor jumpa Menteri. Kena melepasi 8 nasihat ni antaranya menentukan kawasan tanah rizab melayu yang boleh dikekalkan untuk pemilikan kepada orang Melayu dalam mengenai Aerotropolis antara nasihat-nasihat tu! Ini sedang diuruskan dan macam mana nak ganti balik nak ‘swapping’ tanah begitu luas rizab melayu antaranya kita pertimbangkan kawasan dibangunkan dengan infra, terminal, runway itu tidak menjadi hak milik siapa-siapa! Itu boleh dikekalkan sebagai tanah rizab melayu, jika tanah rizab melayu hendak diteruskan penggantian tanah rizab melayu, tentukan dia sama ciri similar in character, ini pun antara syaratnya menyediakan mekanisme penyelesaian, penempatan semula penduduk. Ini ada dalam akta pengambilan kita akan tentukan. Pekerja-pekerja ladang, ada kuarters pekerja ladang, dalam kawasan yang akan dibuat pengambilan itu, kalau ditentukan penempatan. Memastikan penjajaran semua rentis di dalam tapak cadangan tidak menjejaskan kestabilan bekalan elektrik. Yang ini aspek teknikal yang akan dibuat, menjajarkan semula Sungai Jerung, dia ada sungai di situ, Sungai Jerung ini kampung kawan sayalah! Sungai kena dijajarkan semula dan kos untuk penjajaran sungai ni boleh melibatkan ratusan juta! Hat ni kos yang tersembunyi dalam KXP yang hanya akan diketahui oleh orang yang akan bangunkan! Ada orang minta, minta di Tik Tok saja lah, tapi saya perhati juga media sosial ni pun, dia suruh dedahkan semua kajian-kajian ini untuk pengetahuan umum. Tuan-tuan sekalian, Ahli-Ahli Dewan, projek ini business oriented, tiap-tiap kajian yang dihasilkan, dibayar upah, semua itu adalah hak cipta kepada syarikat tu! Macam mana kita nak dedahkan kepada orang ramai? Berniaga kedai runcit pun, kita tak habaq kat orang, tahu-tahu buka, takut ada saingan, tak pun orang mencuri maklumat pasal semua maklumat tu dibayar untuk dibangunkan, dibuat kajian tiba-tiba orang suruh dedahkan! Saya rasa nak cakap pun kena ada asas-asas, ilmu sikit Ada orang cakap tak ada asas pengambilan balik tanah bercakap seolah-olah dia alim sangat kan, hurai macam-macam seolah kita tak buat apa, tuan-tuan sekalian, pengambilan balik tanah ini dia ada akta, dia ada dua seksyen yang perlu di dilepasi dan tujuan pengambilan pun kena ditentukan Seksyen 31(a) ka (b) ka (c) ka.

Kita sedang mempertimbangkan oleh kerana akta pengambilan balik tanah Seksyen 4 ini, kita pilih 31 (a) dan dia telah menjadi satu senjata sekarang ini di mahkamah untuk kes di tempat lain kerana dia kata bila kerajaan buat pengambilan untuk pembangunan ekonomi oleh kerana seksyen 31 (a) ini adalah untuk kegunaan awam maka dia kata tujuan pengambilan tu telah tersasar, salah, tak betul patut 31(b). Jadi, ini pun menjadi pertimbangan pihak kerajaan sekarang ini kerana kita takut kalau kita gazetkan di bawah Seksyen 8 31(a), nanti dia buat review dia kata kita nak bangunkan sektor ekonomi kenapa diletakkan untuk kemudahan awam? Jadi, itupun menjadi pertimbangan! Apa dia lagi Pengkalan Kundor? Tap-tiap syarikat yang mengemukakan proposal mereka dalam RFP yang dipanggil oleh Kedah Airport City ini, kita nak syarat kan dia tunjukkan keupayaan kewangan! Siapakah bank yang akan backing untuk sediakan fasiliti kewangan dia, semua syarikat kemukakan! Ada syarikat yang kalau saya cerita pun mungkin orang gelak, dia kata dia duit banyak, dalam bentuk euro, ada dalam satu bilik kebal, duit tu dok atas pallet. Saya kata hang keluar lah! Ada macam-macam jenis orang dan kita pun tahu, saya mengaji tak pandai sangat tapi saya tengok orang saya boleh tahulah! Hang ni auta yang lebihkan mana ada orang bawa masuk cash bertindan-tindan duk atas bilik, dalam palet bilik kebal! Lani orang pakai digit nombor, digital semua! Duit siap ni orang tak bawa masuk lah! Tapi dia habaq duit dia siap du katas palet, saya kata saya nak satu palet boleh dak? Saya kata tok sah lah, hang keluar lah, hang mengarutlah! Jadi, kita tak maul ah orang mam tu tapi masih lagi ada banyak syarikat yang ada kekuatan masing-masing. Oleh kerana benda ni ‘PNC’ ‘private and confidental’ milik syarikat! Dia pun PNC saya pun PNC. Saya tak boleh cakap rata lagu tu! Tak tau macam mana orang boleh cakap di parlimen tak tau! Boleh dedah nama orang, nama syarikat apa semua kan.

Speaker

Jeneri, pasal kawan tu call kut!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Saya hairan hari itu dia nak gulung, hari itu orang tu call. Hebat betul depa ni chemistry! Saya nak kata hang bohong ka hang cakap betul saya pun tak tau! Hari nak gulung, hari itu orang tu call. Dia memang terkenal dengan call, tengah-tengah PC pun orang call. Saya tak tau siapa, saya tak rujuk sapa-sapa. Tuan-tuan sekalian, benda-benda macam ni PNC, sekarang ini kawan tu tersipu, dia menyatakan minat, hantar proposal, datang interview, saya kata sanggup tak JV dengan orang ini? Dia ada kepakaran bilang kargo, you ada kepakaran dalam bidang development, dia kata mau sanggup, lagumana pun tak pa!

Saya kata saya ada dua model, you bangun terminal, you bangun kawasan industri, saya kata sanggup? Dia sanggup! Kalau campur dua-dua bangunkan sekali, sanggup! Tau-tau ada orang jawab di parlimen lain, tak sanggup. Kalau dia sanggup sekarang dah ada kesipuan, ada orang lain yang ada kuasa begitu power di negara ini bercakap bagi pihak dia kata, dia tak mampu! Walaupun dia mampu! Kalau dia tak mampu pasaipa dia hantar proposol? Kenapa dia menyertai RFP itu? Yang kita hantar surat tawaran kat dia, kita bagi tempoh untuk dia jawab, model mana hang nak? Berapa ekuiti hang nak masuk dalam SPV ini? Dia kena jawab benda-benda itu. Sebelum dijawab telah dijawab oleh orang lain. Saya kata naya lah kita. Saya pilih kita ada ciri kriteria untuk buat pemilihan! Nak jawab soalan lain lagi ka? Saya sebut dalam penggulungan insyaallah benda-benda maca mini, oleh kerana semua menyatakan sokongan, kalau ada ruang dengan pihak-pihak yang ada kuasa di Persekutuan, Bolehlah tolong cakap dah ada sokong kan! Semua kata sokong! Yang baru duduk di belah sana pun kata sokong. Kemarin kata KTPC tak bagus, macam-macam tak bagus! Dia Board KTPC. Baru pindah 2 hari, cakap macam lain dah! Saya tahan fee! Tunggu lah!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Kena buang! Kena buang!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Fee tak dapat lagi kan! Saya tahan, kalau nak pi mahkamah!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Board dah kena buang!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Masa jadi board semua elok! Pindah belah sana semua jadi tak elok! Orang lain jangan buat perangai macam tu?

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Kita cakap dalam board sebab itu kena buang tu!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Kita jawab dalam peggulungan lah Pengkalan Kundor! Ada banyak lagi saya nak baca kronologi supaya orang faham, apa yang telah kita buat, bandingkan dengan jawapan yang diberi parlimen. Kalau jawapan diberi parlimen itu salah sama sekali dengan apa yang telah kita lakukan, bertimbun-timbun kerja syarikat kita buat, tau-tau depa kata kita tak mohon! Tentulah kita kena bertegas untuk mempertahankan hak kita, bukan kita menghalang keharmonian, mempertahankan kebenaran tula asas kepada keharmonian. Keharimonian tidak boleh diasaskan kepada kebatilan! Itu palasu semua! Akan runtuh kemudian! Keharmonian hanya boleh diasaskan dengan fakta-fakta dan kebenaran. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Speaker

Soalan nombor 14.

Dato' Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

14. Apakah pelan pembangunan modal insan dan sumber manusia Kedah?

a) Nyatakan perbezaan terma pekerja tetap dan kontrak kerajaan Negeri Kedah.

b) Adakah pekerja ini tertakhluk dalam pakej insurans, PERKESO atau KWSP?

c) Bagaimana kerajaan membuat padanan pekerjaan bersama semua institusi pengajian?

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Pecah kaca pecah gelas, Mohon jawapan no 14.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato’ Speaker dan Sidang Hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Bagi jawapan nombor 14. Pertama apakah plan pembangunan modal insan dan sumber manusia Kedah dengan menyentuh nyatakan perbezaan terma pekerja tetap dan kontrak Kerajaan Negeri Kedah. Pekerja kontrak boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu Contract of Service (COS) dan Contract For

Service (CFS). Berikut merupakan jadual perbezaan antara COS & CFS serta penambahbaikan berkaitan kemudahan dan faedah Contract for Service (CFS) yang mula dilaksanakan kepada pekerja kontrak (CFS) di negeri Kedah mulai Ogos 2021

Pertama ialah gaji bagi Contract Of Service, gaji yang sedia ada ialah mengikut gaji pokok. Gaji pokok mengikut skim perkhidmatan’ terms of service’. Bagi Contract For Service (CFS) pula gaji pokok campur dengan elaun dan penambahbaikan yang telah dibuat ialah gaji mengikut skim perkhidmatan, kita samakan balik dengan COS.

Bagi kenaikan gaji tahunan ‘contract of service’ di mana kenaikan gaji tahunan mengikut skim perkhidmatan setiap tahun manakala ‘contract for service’ mengikut skim perkhidmatan untuk setiap tempoh kontrak yang diperbaharui.

Jadi, sekarang ini penambahbaikan nya ialah kita mengikut prestasi setiap tahun manakala elaun ‘contract of service’ yang sedia ada memang ada elaun dan ‘contract for service’ tiada dikira bersama gaji pokok, takda kerana dia dikira bersama dengan gaji pokok tetapi sekarang ini penambahbaikan memang diadakan sama dengan ‘contract of service’. Tuntutan kerja lebih masa bagi ‘contract of service’ memang ada, yang sedia ada ni memang ada dan ‘contract for service’ ada jadi penambahbaikan, memang tak ada apalah semua sama saja.

Kemudian, caruman KWSP kalau ikut yang sedia ada bagi contract of service ada. Bagi contract for service tidak ada dan selepas penambahbaikan memang sama dengan COS ada! Caruman Perkeso, COS ada mengikut yang sedia ada contract for service tidak ada dan sekarang ditambah pembaikan memang diadakan sama dengan COS. Bagi cuti rehat memang COS ada! ‘Contract For Service’ ada tiada perubahan cuti sakit bagi COS 15 hari setahun dan CFS 15 hari setahun dan tidak ada perubahan.

Cuti kuarantin bagi COS ada CFS tidak ada dan sekarang penambahbaikan memang disamakan memang adalah! Cuti bersalin ataupun isteri bersalin. Jangan confius pula cuti bersalin ialah perempuan, isteri bersalin maknanya pekerja lelaki isteri bersalin jadi dia dapat cuti! Jadi, COS memang ada dan CFS tidak ada, ikut yang sekarang ni tidak ada tetapi dalam penambahbaikan kita ada kan. Jadi, banyak lagilah antaranya cuti haji, cuti umrah, cuti tanpa rekod cuti, separuh gaji, cuti tanpa gaji, dan semua ni apa nama ni tidak ada perbezaan banyak sangatlah tentang tu! Itulah di antara perbezaan ataupun penambahbaikan yang telah ada pada servis itu.

Bagi soalan (b), pekerja kontrak tertakluk caruman Perkeso dan KWSP manakala pekerja tetap dibawah skim berpencen dan KWSP. Jadi, sebagai tambahan pekerja yang dikecualikan daripada liputan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau dalam erti kata lain tidak boleh mencarum di bawah akta ini terdiri daripada pertama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Bertaraf Tetap. Yang kedua, pekerja sendiri dan yang ketiganya pemilik tunggal ataupun perkongsian suatu perusahaan. Bagi soalan (c) di peringkat negeri, Kerajaan Negeri Kedah telah bekerjasama, agensi seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dan agensi berkaitan telah melaksanakan beberapa program yang memfokuskan kepada padanan pekerjaan terutama dalam kalangan para graduan. Antara program yang dilaksanakan adalah Ekspo Pengajian Tinggi dan kerjaya. Konsep program secara tahunan ini adalah menjadi platform kolaborasi antara institusi Pengajian Tinggi, pemain industri dan juga graduan. Program ini bertujuan memberi pendedahan dari segi hala tuju pendidikan serta padanan pekerjaan bersama institusi pengajian yang terlibat kepada para pengunjung iaitu graduan yang hadir. Jadi turut dilaksanakan sesi temuduga langsung bersama syarikat serta agensi yang membuka peluang pekerjaan. Selain itu, program Jom Balik Kedah yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Industri Pelaburan, Sains dan teknologi dan Inovasi dan Pengajian Tinggi dengan kerjasama agensi seperti Jabatan Pendidikan, Politeknik dan juga Kolej Komuniti merupakan salah satu usaha mengenal pasti para pelajar kelahiran Kedah yang hampir menamatkan pengajian atau sedang menjalani latihan industri untuk pulang berkhidmat di Negeri Kedah sesuai dengan penamatan pengajian. Jadi, dengan mendapatkan dan menghantar senarai nama pelajar ini kepada syarikat-syarikat yang berkolabrasi dengan kerajaan negeri, para pelajar ini akan dipadankan mengikut bidang masing-masing dan ditawarkan bekerja setelah melepasi tapisan temuduga dan sebagainya. Jadi, kebanyakan mereka adalah merupakan graduan sektor kemahiran. Program ini juga dari segi jangka panjang memfokuskan kepada mewujudkan lebih banyak jurusan atau kursus yang lebih ‘high demanding’ dalam pasaran pekerjaan Malaysia. Itu antara jawapan yang dapat saya berikan, terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kupang atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, berapakah bilangan pekerja yang berstatus sementara dan juga sambilan di dalam Kerajaan Negeri Kedah yang mana adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mencarum dan memperuntukkan belanjawan kepada pekerja-pekerja ini kerana sekiranya dibandingkan untuk kita bayar insuran lebih tinggi daripada Perkeso tetapi manfaat Perkeso kepada pekerja-pekerja ini waima pekerja kontrak

‘service of contract’, ‘service for contract’ (dengan izin) sambilan atau sementara manfaatnya sangat banyak dan ini adalah patutnya kontribusi daripada kerajaan kepada semua pekerja-pekerja di dalam Negeri Kedah, apa juga sektor pun saya harap bermulanya di dalam kerajaan negeri tersebut. Yang keduanya, soalan tambahan saya berkenaan dengan padanan. Saya melihat kita belum dapat capai padanan pekerjaan antara industri dan juga IPT, kolej kemahiran yang ada di seluruh Negeri Kedah. Kalau tidak silap saya, kita ada lebih kurang dalam 26 institusi kolej, kolej kemahiran dan sebagainya, seluruh Negeri Kedah tidak dapat menampung akan pekerjaan-pekerjaan yang ditawarkan di dalam seluruh industri seluruh dari Kedah di mana kita nak dapat tenaga-tenaga mahir, profesional engineer contohnya dengan izin untuk dipadankan dan ditempatkan di Kulim Hi-Tech Park di mana IPT kita, di mana kolej kemahiran kita, yang boleh mengeluarkan talent-talent ini. Jadi, apakah usaha kerajaan terhadap perkara. Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

YB. Dato’ Speaker, yang pertama mengenai dengan jumlah. Saya rasa saya akan bagi jawapan bertulis. Mengenai dengan padanan yang dikira sebelum sampai kepada apa yang telah kita cadangkan dimana saya rasa kita akan mengambil teguran ini dan juga pandangan ini untuk kita selesaikan ataupun untuk kita usahakan supaya padanan ini lebih cepat diadakan dan sekarang ini kita lihat bahawa institusi-institusi pengajian pun menghadapi masalah antaranya seperti mana yang sebut semalam bahawa tidak minatnya pelajar-pelajar kita untuk menyambung kepada pelajaran yang lebih tinggi di mana mereka ada berlaku keciciran disitu disebabkan oleh tawaran kerja grab food dan sebagainya. Ini di antara masalah yang sedang dihadapi. Walau bagaimanapun ,apa yang disuarakan insya-allah kerajaan akan memberi perhatian yang serius InsyaAllah.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

YB. Dato’ Speaker, soalan tambahan saya adalah pada 2019 kita dapati pekerja-pekerja yang kontrak ini diberhentikan seperti kontrak di sekolah-sekolah dan terdapat pelbagai bentuk perjumpaan-perjumpaan yang dilakukan oleh yang menyokong ataupun yang bersama dengan pekerja-pekerja yang penting ini tapi kita lihat sampai hari ini keadaan itu tidak ada perubahan contohnya di sekolah-sekolah kalau dulu ada lapan orang pekerja itu akan jadi lebih kurang empat orang saja. Kemudian, kita lihat ada berapa dasar-dasar yang baru yang dilakukan oleh pihak kerajaan seolah-olah macam kita tidak melihat kepada kepentingan orang-orang bawah ini contoh kita buat satu bayaran road tax dan secara mudah dan sebagainya.

Akhirnya, kita ada runner-runner orang yang kerja hari ini kerja mereka runner untuk pergi renew road tax dan sebagainya. Akhirnya, mereka ini tidak ada pekerjaan tapi apa yang yang kita boleh fikir untuk bantu mereka-mereka sebegini, mereka tak bercakap, mereka tak boleh menyebut, mereka tak boleh nak sebut macam kita dan sebagainya tapi kita lihat mereka sendiri sudah tidak ada pekerjaan. Jadi, adakah dasar-dasar yang kita buat ini seolah-olah kita tidak mengambil tahu hati perasaan orang-orang bawah, yang jadi guard, orang kampung duk lena di kampung. Saya tanya hang buat apa lani, dia kata tak bua tapa! Bila dia dibuang daripada kerja dia tak dak kerja akhirnya orang-orang kampung yang lemah ini tidak ada pembelaan! Apa yang kita boleh lakukan untuk mereka ini?

YB. Dato’ Speaker, terima kasih kepada Bukit Lada. Sebenarnya, soal pekerjaan ini antara yang menjadi masalahnya ialah salah sikap orang ramai tu sendiri . Kalau sekiranya kita melakukan pekerjaan sendiri sama ada dia petani ke ataupun peniaga-peniaga kecil ka dan sebagainya di mana di bawah skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri, iaitu di bawah peruntukan akta keselamatan sosial pekerjaan sendiri 2017. Ini bukan di bawah akta keselamatan sosial pekerja 1969 dimana pekerja yang bekerja sendiri ini boleh mencarum dengan Perkeso. Jadi, dengan ada caruman Perkeso ini, mereka lebih terjamin dari segi dalam kehidupan mereka. Jadi, untuk pekerja sendiri ni Perkeso mengenakan caruman ini 0.40 sehari sebulan RM13, mereka akan menerima faedah-faedah dari segi kecacatan dan sebagainya, ada kemalangan dan sebagainya. Dalam bekerja sendiri sama ada dia menoreh ka, dia buat apa pun kalau dicarumkan maka dia akan dapat faedah itu. Ini adalah usaha untuk pembelaan kepada masyarakat yang sedang berhadapan dengan masalah ekonomi terutama B40 dan sebagainya dan saya rasa kalau sekiranya kesedaran ini ada, maka bolehlah terbela sedikit nasib mereka dengan persiapan waktu menghadapi masalah-masalah kecemasan dan sebagainya. Saya kira kesedaran ini perlu dimainkan oleh semua pihak agensi kerajaan dan juga ketua-ketua kampung, imam-imam memberi kesedaran ini supaya mereka bangun bekerja sendiri maknanya banyak tanah terbiar pun ada, boleh diusahakan dan ini kalau sekiranya dilakukan maka boleh mencarum dengan Perkeso dan saya rasa ini adalah peluang yang perlu diambil pada masa ini, saya rasa itu di antaranya tuan-tuan sekalian. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Kupang, kita telah tamat sesi jawapan mulut. Urusan Seterusnya Setiausaha

Speaker

Terima kasih YB. Kupang! YB. Kupang kita telah tamat sesi jawapan mulut. Urusan seterusnya, setiausaha!

Setiausaha Dewan

Sambungan Penggulungan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar oleh pihak kerajaan.

II. Sambungan Penggulungan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar Oleh Pihak Kerajaan.Motion

Speaker

Bersambung lagi Kupang, Kupang ada lagi 10 minit! Dipersilakan!

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat penggulungan sebagai sambungan daripada semalam. Jadi, dalam masa 10 minit insya-allah saya akan memberi penekanan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai dengan portfolio saya antaranya ialah dari segi pendidikan. Jadi, saya ingin menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam perbahasan berkaitan dengan portfolio ini iaitu mengenai dengan kompas. Ini ditimbulkan oleh Kota Siputeh. Pertama ialah Program Penyelidikan Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPaS) adalah program penyelidikan di Universiti Utara Malaysia bersama rakan strategik iaitu Kerajaan Kedah, Yayasan Sime Darby (YSB) dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Program ini adalah kajian bagi mengenal pasti punca murid berisiko tercicir daripada persekolahan dalam konteks tempat dan mencari intervensi yang bersesuaian bagi mengurangkan kadar keciciran murid di sekolah menengah di Negeri Kedah. Ini ialah jawapan kepada soal keciciran ya! Jadi, kadar keciciran murid sekiranya tidak ditangani dengan usaha strategik bakal mengakibatkan kerugian jutaan ringgit hasil Kerajaan Negeri Kedah pada masa hadapan. Jadi, malah boleh merencatkan usaha kerajaan negeri untuk melahirkan generasi intelektual bagi merealisasikan konsep Qordoba Of Kedah iaitu satu konsep baru yang kita perkenalkan dan dalam tindakan Insya-Allah.

Jadi, program ini menggabungkan tiga bidang kepakarannya iaitu psikologi pendidikan, komunikasi dan teknologi pengkomputeran. Jadi, program ini bersifat jangka masa panjang iaitu 3 tahun dan bukan bersifat touch n go. Hasil daripada program penyelidikan ini, akan membangunkan satu indeks pengesanan awal, murid berisiko tercicir. Jadi, modul intervensi, penggunaan, komunikasi strategik dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan dalam membantu mengesan dan menentukan intervensi terbaik bagi golongan sasar. Jumlah pembiayaan daripada Kerajaan Negeri Kedah adalah sebanyak RM300 ribu meliputi tempoh program selama 3 tahun iaitu Disember 2020 hingga November 2023. Jadi, program ini menyasarkan murid berisiko tercicir daripada 6 buah sekolah, sekolah menengah kebangsaan dalam tiga daerah yang terpilih iaitu Kubang Pasu, Baling dan Langkawi. Sekolah-sekolah ini adalah dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, murid permata KOMPaS atau murid berisiko tercicir dipilih seramai 30 orang daripada setiap sekolah dan membawa jumlah keseluruhan ialah seramai 180 orang murid yang berisiko tercicir yang disantuni bermula daripada mereka tingkatan 3 sehinggalah ke tingkatan 5 antara aktiviti mengikut tahun yang dilaksanakan sepanjang kelangsungan program kompas ini adalah tahun pertama iaitu tahun 2021. Pertama, kita menganalisa dan punca-punca kawal murid berisiko tercicir daripada pengkalan data jurnal-jurnal ilmiah daripada seluruh dunia. Yang kedua, menganalisa data awal murid berisiko tercicir daripada pengkalan data Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bagi tempoh 2017 dan 2019. Yang ketiga, libat urus bersama dengan Pejabat Exco Kerajaan Negeri Kedah Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bagi merangka aktiviti penyelidikan. Yang keempat kajian lapangan terhadap 123 orang responden terdiri daripada pentadbir sekolah, guru bimbingan dan kaunseling, guru kelas, murid berisiko tercicir, murid cemerlang, waris murid yang berisiko tercicir serta wakil-wakil komuniti setempat. Jadi, jumlah keseluruhan responden yang terlibat adalah seramai 1,730 orang. Itu aktiviti yang kita laksanakan pada tahun 2021. Bagi tahun 2022, kita teruskan pertama menentusahkan peramal-peramal terhadap tingkah laku murid yang berisiko tercicir berdasarkan kepada instrumen yang telah dibina dan diuji secara sistematik. Yang kedua, membangunkan modul intervensi iaitu i-Move berdasarkan punca masalah yang dikenalpasti untuk diberi intervensi yang lebih tepat dan yang ketiga membangun kerangka aplikasi ‘my buddy’ dengan berasaskan teknologi kecedrasan perbuatan. Tahun ketiga iaitu tahun ini, tahun akhir dalam kajian ini iaitu pelaksanaan intervensi untuk murid yang berisiko tercicir menggunakan modul i-Move yang kita bangunkan.

Seterusnya ialah pengujian aplikasi ‘my buddy’, aktiviti yang dijalankan sehingga ini ialah libat urus bersama semua pemegang taruh iaitu Kerajaan Negeri Kedah, Yayasan Sime Darby, Jabatan Pendidikan Kedah dan semua sekolah yang terlibat. Yang kedua, Wacana Hari Guru 2022 bersama dengan Akademik Profesor Malaysia Yayasan Sime Darby dan juga sekolah terlibat dalam program penyelidikan KOMPaS. Yang ketiga ialah Program Building of Rapport bersama murid bersiko tercicir di 6 buah sekolah terlibat. Yang keempat Program Jalinan Harapan Permata KOMPaS bersama murid dan guru setiap sekolah yang terlibat dan Program Jalinan Harapan Permata KOMPaS 1.0 di Universiti Utara Malaysia pada 20 Ogos 2022. Jadi yang ke-6, Seminar KOMPaS 1.0 di Wisma Darul Aman. Pada Disember 2022. Yang ke-7 ialah train for trainers menggunakan modul i-Move dan yang ke-8 ialah Program Back to School di 6 buah sekolah terlibat dengan sumbangan bernilai RM360,000 daripada Yayasan Sime Darby kepada 1,800 murid daripada kumpulan B40 pada bulan Februari 2023. Town Hall bersama pasukan pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Itu di antara perkara yang kita lakukan di dalam mengenalpasti sebab-sebab keciciran di mana ini adalah isu yang membimbangkan masyarakat tentang peningkatan keciciran murid daripada arus perdana kepada pembelajaran di sekolah-sekolah. YB. Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, selain daripada itu ialah mengenai dengan apa yang dibangkitkan ialah mengenai dengan kedudukan tanah wakaf. Sebenarnya, pihak pentadbiran wakaf mempunyai SOP yang digunakan di peringkat pengurusan bahagian wakaf di setiap pendaftaran tanah wakaf di Negeri Kedah. Jadi, maknanya saya rasa kalau kita ikutkan prosedur ini di mana pihak-pihak yang terlibat terutamanya masjid ya, yang ini dibangkitkan oleh Pedu semalam, saya rasa dengan panduan ini kalau diikutkan urutannya maka soal perkara-perkara yang berbangkit di sekolah dapat diselesaikan. YB. Dato’ Speaker, dalam SOP ini banyak yang ditimbulkan ialah mengenai dengan bagaimana pengurusan wakaf ini agak lambat kerana terlibat dengan soal perwarisan jadi berlaku sesuatu kematian sedangkan si mati telah berikrar untuk mewakafkan tanahnya dan apabila berlaku kematian, mereka tidak meneruskan untuk membuat kuasa. Selepas itu, berlaku kematian yang kedua jadi akhirnya bertindih kematian ini menyebabkan tanah yang diwakafkan terpaksa ditentukan kedudukannya dan kadang-kadang terpaksa dibawa ke mahkamah. Ini di antara perkara-perkara yang sering berlaku dan masih berlaku dan saya rasa sikap kesedaran masyarakat kita mengenai dengan pengurusan pembahagian faraid itu kalau tidak diselesaikan dengan segera maka pengurusan tanah-tanah wakaf ini akan berlarutan.

Timbalan Speaker

YB. Kupang, masa sebenar telah lajak seminit!

Ok, kira dah habis lah no! Jadi, sebagai penutup lah bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya ini, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan jawatankuasa tetap agama, pendidikan dan sumber manusia juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ketua-ketua jabatan dan agensi yang banyak membantu dalam menjayakan dasar di bawah portfolio saya khususnya dan Kerajaan Kedah amnya. Saya turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan kepada semua penjawat awam di negeri ini tidak kira daripada kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan. Jadi, perkara-perkara yang telah dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigih! Itu pun kalau ada kalau ada lagilah, kalau lepas ni tak ada tak ada lah! yang lebih keras dan gigih dan menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio agama, pendidikan dan sumber manusia agar dapat merealisasikan aspirasi Menteri Besar ke arah Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Jadi, sebagai mengakhiri terimalah dua rangkap pantun daripada saya

Bunga Dedap Di Atas Para, Anak Dusun Pasang Pelita, Kalau Tersilap Kupang Berbicara, Jemari Disusun Maaf Dipinta.

Tanam Sirih Dalam Taman, Air Dia Ambil Dari Perigi, Terima Kasih Ahli Dewan Sekalian, Insya-Allah Ada Rezeki Bersua Lagi

Dengan ini saya menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Kupang, seterusnya saya persilakan YB. Bukit Pinang.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, Wassola Tuwassala Muala Rasulillah Waman Tabi’ahum Biihsani Ila Yaumiddin. Khola robbish rohli sodri Wayarsirli Amri Wahlul ‘Uddatan Millisani Yafkhohu Khauli. Firman Allahu Ta’ala,

Auzubillahiminashaitanirrajim “Al Yauma Akmaltu Lakum Dinakum Wa Akmaltu‘Alaikum Nikmati Wardi Tulakumul Islamadina” Surah Al-Maidah Ayat 3 yang bermaksud; kata Allah, “pada hari telah Aku sempurnakan agama bagi kamu, Aku cukupkan nikmatku ke atas kamu, aku redho Islam itu sebagai cara hidup ke atas kamu”

Yang Berhormat Dato’ Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman, YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Ketua Pembangkang, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Pergi Pantai Merdeka naik sampan, Oleh seorang anak nyonya, YB. Speaker orangnya segak dan tampan, Serta pula manis orangnya.

YB. Dato’ Speaker, saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam mengetengahkan soalan lisan dan bertulis. Penghargaan juga saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam mengemukakan saranan yang bernas walaupun sedikit seorang dua yang meyentuh portfolio saya. Tahniah saya ucapkan. YB. Dato’ Speaker, mengenai portfolio Komunikasi Multimedia, walaupun saya pegang 3 portfolio Penerangan, Komunikasi Multimedia dan juga Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Kedah 2035 telah pun menggariskan kepentingan akses jalur lebar mudah alih, mempunyai dua teras iaitu kecemerlangan infra dan utiliti, strategi 5 perkasa, memperkasakan pencapaian infrastruktur serta jaringan telekomunikasi dan digital bagi membangunkan Negeri Kedah dan budaya huni menjelang tahun 2035. Merujuk Titah Tuanku Sultan kelmarin itu disebut, muka surat 4, muka surat 7, muka surat 17, mengenai digital disentuh begitu banyak oleh KDYMM Tuanku. Kerajaan Kedah amat komited ‘do it something, do it now and tomorrow and tomorrow cannot finish’. Kalau kita nak buat apa, buat sekarang kerana esok tak kan habis, ‘tomorrow and tomorrow’. Kerajaan telah menjalankan Program Kedah Cashless yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 19 Februari 2023. Kerajaan Negeri Kedah telah menyediakan pelbagai platform atau kaedah pembayaran kepada rakyat bagi memudahkan pembayaran hasil kerajaan negeri seperti platform terimaan hasil secara dalam talian iBayaq, Kiosk tanpa tunai 16, dan juga pembayaran tanpa tunai di kaunter melalui kad debit ataupun kredit. Pelaksanaan inisiatif ini telah bermula sejak tahun 2020 di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah. Isu status terkini Plan Jalinan Digital Negara iaitu JENDELA. Pelaksanaan dalam program digital pihak kerajaan memastikan disokong dengan kemudahan infrastruktur yang baik seperti yang dibangkitkan oleh pertanyaan lisan dari Adun Ayer Hitam dan juga perbahasan Adun Bandar Baharu. Kerajaan Negeri dengan kerjasama erat bersama pihak SKMM telah dan sentiasa memberi tumpuan kepada penambahbaik komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar kelajuan tinggi untuk membolehkan rakyat khususnya di kawasan luar bandar menikmati akses kepada perkhidmatan jalur lebar yang lebih menyeluruh. Perkara ini merupakan salah satu penghargaan bagi pihak kerajaan dan SKMM dalam JENDELA Fasa 1 iaitu bermula pada tahun 2020 hingga 2022 dan Fasa 2 bermula pada tahun 2023 hingga 2025. Fokus utama menyediakan liputan 4G secara menyeluruh di Negeri Kedah. Infrastruktur komunikasi sedia ada di Negeri Kedah sebelum Projek JENDELA II, jalur lebar mudah alih pada keseluruhannya 1,959 stesen pemancar sedia ada dan jalur lebar tetap 198,807 buah premis mempunyai sokongan dan gantian fiber optic. Melalui Pelan Jalinan Digital Negara sehingga Disember 2020, sistem jalur lebar mudah alih 4G di kawasan penduduk telah mencapai 98.88%. Selain itu, melalui Pelan Jalinan Digital Negara tambah kepada infra sediada sehingga Disember 2022 sebanyak 158 buah lokasi yang baru, yang sedang dibina telekomunikasi dengan teknologi 4G dirancang untuk dibina. Daripada jumlah tersebut 75 telah siap dan beroperasi pada tahun 2022 dan bakinya masih ada 83 lagi InsyaAllah akan dibina beroperasi pada hujung tahun 2023.

Sebanyak 2,098 buah stesen pemancar, struktur komunikasi sedia ada telah siap dinaiktaraf kepada 4G untuk meluaskan liputan 4G meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih, peningkatan sebanyak 139 buah stesen pemancar. Selanjutnya, Adun Bandar Baharu membangkitkan mengenai status gantian fiber optic. Keseluruhannya fiber optic, yang sekarang ini keseluruhannya 321,758 premis yang sedia ada yang telah diganti dengan fiber optic. Sebanyak 1,114 premis di Dun Bandar Baharu sahaja dan sebanyak 1,065 premis masih dalam peringkat pelaksanaan di Dun Bandar Baharu. Banyak Dun Bandar Baharu ini, sebab dia di Kulim Hi-Tech Park, pertama kali kita lancar 5G di Kulim Hi-Tech lah. Selain itu, sebanyak 598 daripada 1,680, 35.6% struktur komunikasi di Negeri Kedah mengguna pakai kabel gantian fiber optic sebagai rangkaian terus bagi penyediaan perkhidmatan jalur lebar, mudah alih 4G dan 5G. Lebih banyak lagi struktur komunikasi yang akan menggunapakai gantian optik sebab rangkaian teras pada masa akan datang menyokong penyediaan perkhidmatan 5G di Negeri Kedah. Di bawah Pelan JENDELA, Kerajaan Persekutuan mensasarkan 7.5 juta premis bagi seluruh negara akan diliputi gantian fiber optic. Sehingga suku ke-4, 2022 sebanyak 7.74 juta premis di seluruh negara dan tersedia dengan gantian fiber optic di bawah Pelan JENDELA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan negeri mefokuskan sasaran terdapat penggunaan fiber optic di premis-premis di seluruh Negeri Kedah dan penggunaan sebagai gantian teras bagi penyediaan perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih 4G dan 5G oleh itu kayu ukurnya adalah impak penggunaan dan gantian optik terhadap ketersediaan gantian optic di premis-premis dan kesediaan struktur komunikasi yang menggunakan gentian optik sebagai rantai teras berbanding jumlah panjang kabel gentian optic itu sendiri. Seterusnya, Adun Ayer Hitam membangkitkan berkenaan kenaikan kos kepada rakyat apabila beralih kepada 5G. Secara amnya, harga langganan perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna ditentukan berdasarkan persaingan dan kuasa pasaran namun begitu pihak Digital Nasional Berhad selaku penyedia rangkaian borong 4G negara telah menawarkan perkhidmatan borong 5G dengan kadar kurang 20% per gb. Ini jauh lebih rendah berbanding dengan kadar 4G sekitar 1.68 for gb. Berdasarkan harga borong ini, yang ditawarkan pihak pemberi perkhidmatan mudah alih dijangka boleh menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna pada kadar yang berpatutan atau menawarkan jumlah data yang lebih tinggi tanpa perubahan harga langganan. Setakat Februari 2023, semua pelan langganan yang menawarkan akses 5G telah mengenakan caj tambahan kepada pengguna dan terdapat juga beberapa pelan langganan yang lebih ditingkatkan kuota data bulanan dan saya nak sentuh sikit la di mana dalam keadaan ini kita telah menaiktarafkan bagi memastikan Titah Tuanku plan

digital ini sebagai tambahan rangkaian Kedah ini telah di intergasi dalam projek rangkaian metro-e iaitu kita akan sasarkan dan telah siapkan 66 jabatan agensi bagi menambahkan sebelum ini pejabat daerah semua dah siap di seluruh Negeri Kedah dan kita tambahkan 66 agensi termasuk Jabatan Kehakiman, Mahkamah Syariah, JKR, Jabatan Agama, JPS Jabatan Pertanian dan keseluruhannya 66 tempat. Selain daripada itu bagi tahun 2023 kerajaan negeri akan meneruskan pemasangan rangkaian internet kelajuan tinggi Iaitu metro-e yang tidak ada fiber optic untuk kegunaan pejabat penghulu bagi seluruh Negeri Kedah melibatkan 38 buah Pejabat Penghulu di seluruh Negeri Kedah. Pakej jalur lebar sejahtera seperti yang sedia maklum dalam sesi pertanyaan mulut sebelum ini saya telah mengadakan perbincangan dengan Telco termasuklah Telekom Malaysia, Celcom dan sebagainya. Dengan pihak Telekom untuk mengadakan Pakej Jalur Lebar Sejahtera di mana caj bulanan yang akan dikenakan RM45 sebelum ini RM89 iaitu Unifi kita akan lancarkan bagi 4 daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu dan Kulim bagi melibatkan 10 ribu buah rumah. Ini untuk memperkasakan keadaan yang berlaku di Negeri Kedah, Insya Allah. Seperti yang dibangkitkan oleh Adun Bandar Baharu, saya mengambil maklum cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kulim, YB. Bandar Baharu berkait memperkasakan OSA. Pada masa kini OSA bertindak sebagai penyelaras kepada semua permohonan kepada PBT memang di sini kita ada kekangan-kekangan permintaan 2, 3 menara yang tertangguh oleh kerana mestilah mendapat kebenaran PBT dan juga caj-caj yang tidak sama bagi seluruh PBT dan insya-allah Pihak OSA akan pastikan dapat dilaksanakan semua telco-telco untuk pasang di Negeri Kedah. Saya bimbang kalaulah keselarasan ini tidak berlaku, jadi menara yang sebelum ini nak diluluskan di Kedah, saya bimbang selepas ini oleh kekangan-kekangan yang sulit bagi mereka dengan caj yang tidak munasabah bagi mereka tapi ikut PBT memang nak caj tinggilah tapi kita bimbang kalau mereka tidak mampu yang ditetapkan Menara di Kedah dan akan dibawa di keluar daripada Negeri Kedah. Inilah yang menjadi kekangan kekangan. Yaa.. silakan YB. Tanjung Dawai.

Ustaz Hj. Hanif bin Hj. GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih YB. Bukit Pinang, nak tanya di Kampung Hutan Gelang, Mukim Merbok ada satu pencawang yang dibina tapi tak siap jadi lama dah nampak projek itu tapi tak siap jadi ada orang tanya saya lah, ka nak buat menara boh tangki air, tak siap, siap separuh sahaja! Kut-kut lah Pihak Exco ada maklumlat kenapa projek itu tergendala. Terima kasih.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih kepada YB. Tanjung Dawai. Saya ambil maklum semua aduan-aduan bagi seluruh Negeri Kedah, terdapat ada tiga empat tempatlah! Pertama, di Kuala Lanjut, Pokok Sena oleh kerana menara telah didirikan lebih kurang 48% last sekali besi itu dicabut semua tempat ke tempat lain oleh kerana peraturan yang ada mestilah mendapat kebenaran lot sebelahan. Bila lot sebelahan ini tak dibenarkan, pihak Telco tak dapat berdiri. Insya-Allah, selepas ini bagi Negeri Kedah ada peraturan itu tapi insya-allah selepas ni saya nak selaraskan, Negeri Kelantan lot kebenaran telah dibuang, di Kedah masih ada kebenaran lot sebelahan jadi nak berdiri di situ terpaksa kena bawa dan satu lagi yang saya jadi rasa kesal sangat di Kem Kenari, Yan. Di Kem Kenari, Yan projek USP, menara telah dah minta satu kebenaran tuan tanah sahaja bila mendapat kebenaran tuan tanah menara itu akan disiapkan lebih kurang dalam tiga, empat bulan mungkin disiapkan dengan segera tetapi oleh kerana laluan ke Kem Kenari itu adalah tanah yang ditinggal oleh keluarga, bapaya telah meninggal 30 tahun lebih dah! Dulu memang duk lalu macam tu saja, duk lalu macam tu, jalan tak besar, bukan jalan mini tapi oleh kerana sekarang ini anak-anak berebut harta sedangkan tanah daripada 2 relung sahaja tapi nak lalu Kem Kenari itu, untuk laluan jalan sahaja tetapi oleh krana anak ini tak sepakat di antara satu sama lain, semua dalam enam empat ke lima orang saya tak pasti yang jadi bantahan saya jumpa tuan tanah, yang saya amat kesal sekali, bila Telco telah pi jumpa tuan tanah tersebut, tuan tanah angkat senapang nak tembak Telco tu, tak berani pi. Oleh kerana adik yang kecil ini daripada tuan tanah tersebut tak bersetuju dengan kakak kakak yang lain sedangkan tanah tu saya kata, saya turun jumpa dengan YB. Speaker sekali untuk memastikan dapat kebenaran tuan tanah tapi saya nampak itu bila jumpa dia mai duk depan, sila panggung depan saya nampak susah, saya sebut kat dia sebab kita malanglah mak bapak kita tinggal harta sikit, apabila kita berebut harta, saya sebut kat dia lah, malanglah kalau anak macam ni patutnya kita buat wakaf kepada mak bapa kerana mak bapa kita telah masuk dalam kubur dan tinggal harta sikit, jadi malanglah kita mak bapak kita susah oleh kerana anak yang macam ini! Yang jadi susah punya mak bapak, kesian! Sepatutnya kita wakaf setiap bulan yang nak bagi sewa setiap tahun yang nak bagi sewa wakaflah kepada mak bapa kita apa salahnya.

Tapi oleh kerana bila tak bagi kebenaran kepada tuan tanah, menara itu kalau kata Telco, besard kemungkinan akan dicabut keluar daripada Negeri Kedah tapi saya berjumpa dia kalau bolehlah saya carilah alternatif yang dia lain untuk masuk dapat kebenaran tuan tanah, barulah PBT boleh bagi kelulusan insya-allah dalam masa terdekat ni berusaha dapat kebenaran tuan tanah, PBT akan memberi kebenaran menara itu dikekalkan di situ sahaja. Mungkin di Merbok itu dalam proses ataupun dalam proses membuat mohon lot berjiran ataupun dalam proses mendiri sebab mendirikan menara ianya mengambil masa sehingga 4,5, 6 bulan baru nak siap satu menara. Silakan YB. Bandar Baharu… (Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, sebelum tu Yang Berhormat Bukit Pinang ada baki seminit saja. Ok, ringkaskan YB. Bandar Baharu!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Speaker, terima kasih YB. Bukit Pinang, terima kasih kerana telah membuat pelbagai inisiatif lah berkenaan dengan digital ini. Soalan saya ini pertamanya berkenaan dengan OSA. OSA sebenarnya berperanan boleh menambah pendapatan kerajaan negeri, boleh menambah pendapatan semua PBT di mana OSA, kita berharap boleh menjadi jawatankuasa teknikal dalam memantau, meluluskan serta menguatkuasakan undang-undang untuk segala pembinaan infrastruktur bukan sahaja menara tetapi fiber optic, ampoules dan apa jugalah infrastruktur-insfrastruktur, sekecil-kecil mana atau sebesar-besar mana yang berkaitan dengan telekomunikasi. Jadi, kita harap perlu ada satu perancangan daripada kerajaan negeri yang lebih besar terhadap peranan OSA ini supaya dapat dibendung masalah pembaziran yang seperti tadilah, bila dah Telco bina tak boleh pakai, tak dapat kebenaran jadi sebenarnya perlu diselaraskan dalam OSA itu sendiri, dah dapat kebenaran tuan tanah ke belum? Jadi, kalau tak dapat tak boleh bina, Telco tak boleh bina, Telco tak boleh bina dulu! Kemudian, pemutihan mana yang tak bayar yang buat terus tak bayar kepada PBT itu adalah kerugian kepada Kerajaan Negeri. Jadi, OSA itu untuk berperanan dan kemudiannya saya nak bertanyakan berkenaan dengan Metro-E tersebut. Adakah Metro-E dibawa bersama dengan Kedah Net yang sedia ada dan siapakah penyedia perkhidmatannya? Terima kasih YB. Speaker.

Timbalan Speaker

Bukit Pinang, 2 minit!

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih pada YB. Speaker dan YB. Bandar Baharu. Insya-Allah, OSA ini iaitu One Stop Center, untuk menyelaraskan saya pasti semua PBT-PBT yang terbuktinya kita sekarang dalam kebenaran mendiri menara kita telah memberi kerja awalan. Ini mestilah kita telah diluluskan oleh OSA iaitu kerja awalan supaya mempercepatkan menara komunikasi itu, yang pertama sebab itulah ada kekangan-kekangan di seluruh PBT kita akan selaraskan supaya dapat mempercepatkan mendirikan menara ini untuk memberi servis kepada rakyat sebab kerajaan Negeri kita letakkan memberi servis kepada rakyat. Kita sebagai kerajaan negeri memberi servis kepada rakyat, kita sebab kerajaan negeri, kita letakkan memberi servis kepada rakyat itu diberi keutamaanlah. Insya-Allah kita akan selaras, yang lain itu Metro-E dalam proses 66 tempat yang tidak ada fiber optic, kita serah kepada pihak tersebut untuk menentukan tempat-tempat yang di mana kita nak fokus yang utama iaitu I-Bayaq, itulah sebab kita pastikan kiosk ini akan ada di tempat-tempat lokasi yang saya sebutkan. Yang keduanya, saya amat kesal sikitlah yang saya jadi kekangan-kekangan saya ni agensi-agensi di bawah portfolio saya termasuk penerangan, RTM Kementerian Perdagangan (KPHNEP) sebab di bawah kerajaan madanni ini saya tak pasti macam mana sebab saya amat kesal sangat apabila menterinya turun di Kedah sedikit pun tak dapat maklum pada Exco, tak maklum pada Exco, sedangkan dia buat program bersama-sama dengan Adun-Adun Pembangkang, saya tak kisah nak bersama dengan Adun pembangkang ka, nak bersama dengan Adun tempat itu ka tapi maklum pada Exco, kalau kita jadi menteri madani jangan jadi madanon, kalau betul-betul madani mestilah hubungan kasih sayang itu, syarat dan pra syarat madani ini mestilah hubungan silaturrahim sebab itulah saya minta supaya yang saya amat kesal ialah staff penerangan, RTM mereka jumpa dengan saya, mereka tak seronok, sebelum ini mereka kerja dengan Kerajaan Negeri Kedah mudah pengurusan dengan YAB. Menteri Besar dan juga Exco tambah-tambah mereka sukalah pada Exco yang duk ada ini, sebab depa kata lawa tu tiada tapi manjs tu ada. Inilah komunikasi-komunikasi mereka dan mereka pun maka rindu sangatlah dengan Exco duk ada ini itu yang saya nak sebut sebab kerajaan yang ada ini bagi profesional lah, kalau nak ada hubungan sebab syarat madani ini Rasullullah saw. Hijrah daripada Mekah ke Madinah, 4 Rasullullah pesan yang pertama hubungan sillaturrahim, yang kedua doa muslimin dan muslimat, yang ketiga iaitu infaq dan yang keempat jaga malam, ini syarat madani. Kalaulah tak patuhi syarat, kasih sayang, hubungan silaturrahim kalau sampai Exco ataupun Menteri turun ke Kedah, sepatah haram tak bagitau Exco, ini madani apa?

Timbalan Speaker

Boleh perabih dah kut tu?

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Sikit ja lagi! Saya ingat itu lah yang saya dapat sebut supaya pihak kerajaan dan pihak sahabat saya dari pembangkang bagi tahulah kepada YAB. Perdana Menteri. Perdana Menteri saya nak sebut sikitlah pada tahun 1999, sayalah orang yang pertama sekali bawa isteri beliau dan anak-anak berceramah seluruh Kedah ni! Saya nak sebut masa tu macam mata lebam tu, kalau turun Kedah ini, maka kereta sayalah menjadi dan saya lah tukang bawa depa! Anak PM10 tak tahu cakap apa lagi, bawa naik kereta sayalah, saya driver, sebelah itu isteri PM10 dan belakang adinda saya dan saya lah orang yang bawa mereka untuk berceramah merata di seluruh Kedah ini untuk memastikan reformasi berjaya, mai jadi PM10 janganlah bersikap tak baik ataupun jangan sikap sillaturrahim kita direnggangkan. Ucapan-ucapan beliau saya perhati, sampai sebut sampai boleh kadang-kadang kalau niat kita menghina sunnah Rasullullah saw tersebut, rang pakai serban pakai jubah, ini apa tersebut kalau kita hina orang serban dan jubah, batal syahadah. Kalau kata niat untuk menghina orang pakai serban dan jubah, natal syahadah kita. Dia sebut, saya nak sebut sikitlah supaya kita sama-sama hubungan kasih sayang dan sillaturrahim kita kena jaga, kadang-kadang percakapan kita boleh merosakkan akidah kita. Batal akidah inji, percakapan, tingkah laku, perbuatan kita dan atikad kita. Salah satu perkataan kita. Perkataan yang boleh kita dengar semua orang, perbuatan dan atikad kita, kita tak tau. Tapi perbuatan kita duk pi sembah sana, sembah sini, boleh batal akidah kita. Setakat ini sajalah untuk makluman YB. Speaker, yang baik daripada Allah swt, yang kurang baik daripada kelemahan diri saya sendiri. Patek dengan menyokong dan menjunjung kasih Titah Ucapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, Wabillahitaufik Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Speaker

Terima kasih YB. Bukit Pinang, tak sat saya nampak Pengarah Jabatan Pertanian keluar, saya dapat maklum ada kematian Timbalan Pengarah Pertanian, jadi saya rasa eloklah sebagai menghargai, kita bila kita berkhidmat dengan sektor awam ini, sumbangan yang paling besar kita boleh bagi kepada penjawat-penjawat awam kita yang ada kematian, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah, Puan Hafizah. Saya biasa berurusan dengan beliau dan beliau merupakan pegawai yang sangat berdidikasilah.

Jadi, dengan penuh rasa kecintaan, kita hadiahkan Al Fatihah kepada Almarhumah. Al-Fatihah (dengan bacaan). Seterusnya saya persilakan YB. Merbau Pulas.

Terima kasih YB. Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin Wabihi Nasta’in Wala’udwa Nalailladdholimin. Subhanakala ‘Ilmalana Ma ‘Allamtana Innakaantal ‘Ali Mulhakim. Khola Robbish Rohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul ‘Uddatan Millisani Yafkhohu Khauli.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, rakan- rakan Yang Berhormat daripada Pihak Kerajaan, Barisan Pembangkang, Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan seterusnya Ahli-Ahli Dewan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman diatas Titah Ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-14 pada 12 mac 2023 yang lalu. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah agar dapat bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan berhubung isu-isu serta memberi pandangan dan cadangan berkaitan dengan portfolio saya bagi membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Negeri Kedah khususnya. Saya amat menghargai dan mengambil serius setiap perkara yang diusulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat demi penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang. Sekiranya ada lagi lah di sini.

Tidak dilupakan juga, saya ingin memberi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai- pegawai kerajaan negeri dan persekutuan yang selama ini banyak membantu dan bertungkus lumus memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi demi memastikan rakyat Negeri Kedah mendapat bantuan dan manfaat yang sewajarnya yang disalurkan oleh kerajaan negeri mahu pun kerajaan persekutuan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya untuk memberi maklumbalas terhadap pertanyaan, aduan atau cadangan berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli- Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan portfolio saya. Pertamanya saya akan bangkitkan mengenai pembangunan insan. Sepertimana soalan tambahan semalam daripada Adun Ketua Pembangakang, Adun Suka Menanti, Apakah ukuran kejayaan pembangunan insan Negeri Kedah ini? Saya memberi jawapan ukuran kejayaan adalah apabila kita adakan program-program yang membuka ataupun meningkatkan keimanan seseorang itu, kita panggil ukuran kejayaan tetapi beliau telah membuat satu kenyataan akhbar dan yang Kerajaan Negeri buat program syok sendiri. Saya nak sebutkan di sini kita buat Program Karnival Kedah Sejahtera, kehadiran 30 ribu orang, parking kereta berkilometer, orang duduk atas tikar, mai ramai-ramai, bawa anak pinak semua, adakah syok sendiri program itu? Kita habis duit, kita boleh melihat bagaimana orang rasa nak hadir dalam program tu? Boleh dia sebut program syok sendiri, kita buat Program Festival Sunnah kehadiran lebih 50 ribu orang dengan pelbagai agensi membantu kita untuk meningkatkan pembangunan insan ini. Dia kata syok sendiri juga! Adakah ini syok sendiri program kita buat? Inilah program yang membantu bagaimana nak melahirkan Kedah Sejahtera Nikmat Nikmat Untuk Semua. Insan sejahtera kita nak lahirkan, yang ketiga contoh kita bagi ada konvoi dengan Menteri Besar.

Orang mai naik motor konvoi dan saya berjumpa dengan anak muda ini di tepi jalan, saya tanya datang daripada mana? Dia kata kami ni ikut MB, konvoi dengan MB, Saya tanya dengar tak MB cakap? Dia kata dengar, MB pesan apa? Jangan tinggal solat! Itu suatu yang kita lahirkan insan yang Menteri Besar sebut, jangan tinggal solat, nak bua,t buatlah apa pun tapi jangan tinggal solat. Itu salah satu program yang besar takkan program ini program syok sendiri juga! Saya rasa ini sesuatu yang tak adillah, yang disebut kerajaan negeri buat program syok sendiri. Kita lihat lagi disebut oleh Tanjung Dawai orang mai sembahyang subuh sampai YB. Tanjung Dawai yang duk pi masjid sekarang ini pun kena duduk sampai luar. Adakan program ini program syok sendiri juga? Saya rasa ini satu yang salah dan tanggapan yang tidak baik kepada Kerajaan Negeri. Saya bagi contoh YAB. Menteri Besar, dia main bola, kebiasaannya orang main bola ada yang pakai seluar atas lutut tapi MB pakai seluar bawah lutut dan orang nampak bagaimana akhlak yang ditunjukkan pemakaian Menteri Besar. Orang lain nak main bola dengan Menteri Besar pun sekurang-kurangnya dia rasa malu dan pakai juga lah di bawah itu. Ini kejayaan-kejayaan yang kita buat.

Bagaimana kita buat konvoi motor anak muda, kita buat selepas selepas zohor, kita berhenti solat Asar di masjid-masjid ini yang kita buat bukan semestinya program pembangunan insan ini kena ada ukuran nak ukur. Saya nak tanya pengukuran kita bagaimana kita nak ukur pembangunan insan ini? Nak ukur macam mana? Kita tak tahu nak ukur yang bagaimana lagi yang kita perlu ukur.

Yang paling besar pengukuran yang saya bagi bagaimana anak-anak muda ini boleh memilih satu kepimpinan mewakili mereka pada pilihanraya yang lalu sampai kita menang 14/15 pada pilihan raya lalu. Keputusan mereka,mereka berani buat keputusan, mereka adalah menilai siapa pemimpin yang mereka nak hantar dalam parlimen dan saya yakin penuh keyakinan 100% dan 120%, mereka akan buat keputusan yang sama pada PRN negeri akan datang insya-allah.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Celah sikit? Adik beradik ni!

Bila adik beradik? Terengganu kut?

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Terima kasih YB. Merbau Pulas, terima kasih YB. Speaker, Saya ucap Tahniahlah atas apa yang telah diusahakan oleh pembangunan insan, dengan menjadi ukuran angka-angka tadi maknanya dari segi sambutan, dari orang ramai, cuma kita rasa mungkin ada satu benda-benda lain yang menjadi indicator. Contoh macam saya tanya semalam kalaulah dia telah melebar luas kesannya sudah tentu angka-angka dari segi keruntuhan sosial contohnya dapat kita turunkan. Kecurian, penagihan dadah, penceraian contohnya. Jadi, kita nak angka-angka macam itu yang boleh dalam konteks sekarang ini yang boleh diuukur. Itu maksud kita adakah indikator-indikator tentu yang boleh diukur untuk menandakan keberkesanan program dalam membentuk pembangunan insan? Itu soalan saya.

Ok, saya dah faham! Saya dah faham! Kita sedang berusaha kea rah nak menurunkan semua indikator itu, jika saya tak jawab tentang dadah, saya nak bagi jawapan saya ini satu ketika dahulu ada seorang anak orang ‘have have’ daripada Terengganu, saya

duduk di pondok, saya dibesarkan di pondok. Satu hari dia hantar anak dia ke pondok yang kami duduk ini, ayah dia mai, keluarga diam ai bawa duit hantar bagi kepada keluarga saya, tolong masak untuk anak dia makan. Kami protes masa tu, saya belum kahwin, masih belajar, saya protes kenapa masak untuk budak ini?

Budak ini dihantar ke pondok kerana di sana dah tak mampu nak jaga dah kerana terlibat dengan penagihan ini, 20,30 tahun yang lalu di tempat saya akhirnya kita kepong budak ini, kita jaga budak ini, dia mengaji pondok dia dengar kuliah yang dibuat, kita kahwinkan dia dengan orang Kedah dan baru 2,3 tahun lepas dia meninggal, dia duduk dalam keluarga yang Bahagia. Ini kerjasama semua pihak bukan kerajaan saja, kalau kita dengar rumah itu ada penagih dadah, tunggulah kerajaan buat program, bukan macam tu, kita mengambil tindakan apa yang perlu buat, report polis, hantar ke pusat latihan, perlu ada bagaimanakah nak synchronized kerajaan dengan masyarakat, itu perlu kita buat! Bukan kita kata tunggu kerajaan buat program, nak tengok indicator bagaimana nak turun pembangunan insan, tidak! Walmukminu Na’wal Mukmina Baqduhum Auliya Ulbaq’ Yakmuru Nabil Ma’ruf Wayanhau Nahi Munkar.

Kalau kita kata kita orang yang beriman, lelaki dan perempuan pertamanya mesti mengajak perkara-perkara yang Makruf dan mencegah perkara kemungkaran kita kalau lihat perkara ini masalah ini adalah masalah negara, bukan masalah Kedah saja masalah seluruh negara tentang dadah ini. Begitu juga dengan apa-apa yang merosakkan. Yang ini, dia kata tak jawab pula tentang penceraian. Penceraian ini kita buat diantaranya kenapa berlaku penceraian adalah kerana kurang kefahaman agama. Kita bantu masyarakat kita di Kedah ini dengan kita tidak menyambung lesen perjudian, kita tutup premis judi, kita tahu itu juga salah satu punca berlaku penceraian.

Yang keduanya, di antara punca penceraian ialah kewangan. Kewangan juga merupakan punca perceraian tak ada duit, bila tak ada duit memanglah berlaku macam-macam. Rakyat minta nak keluar KWSP kita letak cagaran pula, ini salah pula. Rakyat Minta keluar KWAP bagi lah duit depa! Tak kan depa nak cagar duit depa pada bank, nak berhutang pula. Ini satu yang tak kena, kita dah cakap gitu gini, berlaku penceraian. Penceraian ini proses dia panjang, bukan proses dia hari ini, bukan proses dia panjang ada pelbagai unsur-unsur boleh berlaku perceraian itu. Saya mohon kemaafan terpaksa sebutkan benda ini untuk memberi jawapan kepada yang kerajaan yang disebut dalam Sidang Kosmo ini dimana kerajaan buat program syok sendiri.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Gambar siapa tu? Dak, saya nak tanya macam ni!

Dak, dak! Saya tak bagi laluan, saya nak jawab terus. Sudahlah saya dah bagi jawapan dah tadi. Cukuplah! Duduklah, masa pun tinggal 20 minit saja! Yang Berhormat Suka Menanti dan Kota Siputeh telah membangkitkan isu pemberian bantuan beras sejahtera. Beras sejahtera ini memang kita bagi awal sebulan selepas itu kita tak sambung kepada pembangkang. Beras sejahtera itu ada kepada penyelaras dun. Kalau Dun Pembangkang rasa perlu beras ini boleh berjumpa dengan penyelaras dun. Yang penting rakyat dapat.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Dato’ Speaker, saya minta laluan!

Saya tak bagi dah, saya nak sambung lagi! Disebut oleh Kubang Rotan, kita perlu ..

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Saya minta laluan Dato’ Speaker!

Timbalan Speaker

Bergantung kepada YB. Merbau Pulas!

Saya tak bagi! Nanti dulu! Nanti dulu!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Ini bukan sebab bajet tapi surat rasmi daripada kerajaan, maklum kata bagi 6 bulan. Jadi, jika jawab macam ini, memang tak tepat memang surat rasmi jawab 6 bulan, dari Disember sampai bulan Mei dalam bajet. Jadi, kenapa bagi kepada penyelaras? Sila jawab!

Duduk dulu! Nanti saya bagi jawapan. Peringkat awal, surat pertama kita bagi sampai enam bula,n kami mesyuarat dalam Mesyuarat MMK bersetuju semua ini untuk memberhentikan pada bulan Januari 2023.

Bulan Januari kita berhentikan! Setuju semua. Sepertimana JPKK juga telah kita ‘terminated’ kan, kita bagi pada peringkat wal memang nak bagi enam bulan tetapi disebabkan tekanan apa yang berlaku sebab beras itu kita kena report kepada kewangan. (YB. Kubang Rotan mencelah)

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Tapi kita cakap bab keadilan, tak kan cakap keadilan macam tu? Kata adil!

Tunggu dulu! Tunggu dulu! Saya nak sebut bab keadilan!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Setuju! Setuju! Kata adil!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Kata adil! Di federal cakap sama rata, minta sama rata! Digunakan sama rata! Macam mana?

Kubang Rotan tunggu dulu! Ini flow saya tau! Ini flow saya tau!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Kita tunggu pusat bagi dulu, baru kita bagi!

Kubang Rotan sebut, Bukit Selambau saya tak bagi! Ini flow saya, saya nak jawab dulu, Kubang Rotan sebut kelmarin, dia ada dalam sidang ketika mencelah daripada Kota Siputeh. Kena ada keadilan bagi. Saya jadi pembangkang dari 2013 hingga 2020. Saya tak pernah dapat kategori pembangkang wang selain daripada peruntukan kerajaan negeri. Termasuk kerajaan di situ pada tahun 2020 tapi Kerajaan Kedah sekarang ini bagi untuk pengurusan RM2,000 bagi untuk sumbangan RM50,000. Ada di kalangan Ahli Yang Berhormat kami yang lama jual barang emas, jual tanah (YB. Kota Siputeh mencelah)

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Siapa yang mulakan? PH yang mulakan!

Kita bagi! Kita yang bagi!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Salah tu! Salah tu!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

YB. Speaker, kita kena clarify, let me talk!

Speaker

YB. Kota Siputeh, YB. Bukit Selambau, sila duduk!

Duduk! Saya tak dapat pun zaman PH bagi. Bila bagi? Tak bagi masa itu?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Kami yang mulakan!

Tak dapat! Cuma ketua pembangakang saja yang dapat! Kena faham, ketua pembangkang saja yang dapat itu pun dia kata dia tak guna! Saya pun tak dapat! Nak sebut keadilan! YB. Speaker, ini flow saya!

Timbalan Speaker

YB. Merbau Pulas teruskan ucapan! Berbaki 5 minit lagi!

Saya tak duduk pun! Seterusnya, soal beras minta kepada penyelaras dun boleh ambil kepada penyelaras dun. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Selambau memaklumkan berkenaan jambatan runtuh di kawasan Bukit Selambau yang telah dikemukakan permohonan ke PejabatDaerah Kuala Muda.

Seperti yang berhormat sedia maklum, pejabat daerah kuala muda telah mengemukakan permohonan peruntukan ke pejabat pembangunan negeri kedah. Susulan dari permohonan tersebut, lawatan tapak telah dijalankan oleh Pihak Pejabat Pembangunan Negeri Kedah bersama Pejabat Daerah Kuala Muda pada Jun 2022 bagi mengenalpasti status jalan dan pengiraan anggaran permohonan peruntukan. Untuk makluman yang berhormat, saya difahamkan permohonan tersebut telah dipanjangkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri serta Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya untuk perhatian dan tertakluk kepada sebarang pertimbangan.

Seterusnya, Yang Berhormat Kota Siputeh memohon jalan baru di Pida 4 Lama dan Jalan Kuala Kerpan Yang berlopak untuk diturap semula. Untuk makluman Yang Berhormat, Pejabat Daerah Kubang Pasu telah mengambil maklum berkenaan permohonan Jalan Pida 4 Baru dan akan dimasukkan dalam senarai cabutan kerja undi fasa seterusnya dibawah Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Manakala jalan kuala kerpan telah diluluskan dan sudah selesai cabutan kerja undi fasa 1 dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Seterusnya, Yang Berhormat Pedu telah memohon untuk dipercepatkan pembinanaan titi yang uzur di Kampung Nahan dan juga Kampung Padang Setol. Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan permohonan projek pembinaan jambatan di Kampung Nahan dengan anggaran kos sebanyak RM350,000 melalui Program Ameniti Sosial (Pams) dan akan dilaksanakan pada tahun ini, manakala pembinaan jambatan Kampung Padang Setol dianggarkan

akan melibatkan kos projek berjumlah RM2 juta. Oleh itu, dicadangkan agar projek tersebut dimohon melalui rolling plan oleh Pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) kepada pihak Kementerian.

Bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung perkara- perkara yang telah dibangkitkan akan saya berikan sepenuh perhatian bersama tindakan yang sewajarnya bagi menangani setiap permasalahan dan mengambil langkah yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Kedah di bawah kepimpinan YAB. Menteri Besar.

Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif kerajaan terutamanya dalam mengendalikan isu- isu berkaitan kesejahteraan rakyat diharap dapat memberikan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya. Semoga setiap niat dan tugasan yang kita laksanakan mendapat keberkatan dan balasan yang baik dari Allah SWT.

Saya dengan ini menjunjung kasih dan menyokong penuh Usul Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 14.

Sedap Sungguh Minuman Soya Sedap Lagi Si Air Kelapa Selesai Sudah Penggulungan Saya Janganlah Koyak Panas Tak Apa

Merdu Bertingkah Alunan Suara Kadang Tak Sedar Tersilap Kata Andai Terlanjur Pantas Bicara Serendah Hati Kemaafan Dipinta

Dari Kedah Ke Pekan Sari Beli Suasa Di Kota Tinggi Selesai Sudah Tugas Diberi Di Lain Masa Bersua Lagi

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Timbalan Speaker

Terima Kasih Yang Berhormat Merbau Pulas!

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Sikit saja YB. Speaker!

Timbalan Speaker

Ya..silakan!

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

YB. Tuan Speaker, saya mohon sedikit saja cadangan! Nampak gaya kita dengan kekangan masa apa yang kita bangkitkan telah pun disediakan jawapan tapi terpaksa di langkau sebab nak save masa kan, saya mohon jawapan itu diberikan secara bertulis, pegawai dah sediakan dan pas kepada kita secara bertulis. Contoh kelmarin Kuala Nerang, banyak dia langkau jadi kita minta berikan secara bertulis kepada kita. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Kepada semua Exco-Exco yang terlibat supaya sampaikan jawapan yang tak sempat diterangkan secara bertulis! Sila Derga!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Speaker, nak tanya apa yang diputuskan di Dewan ini contoh bajet pada sidang Dewan yang dulu, bajet-bajet semasa dalam sidang dewan ini, bila jawab kata bajet ini akan diperuntukan untuk Adun-Adun, boleh tak keputusan di Sidang Dewan ini ditarik balik oleh MMK dan ditukar. Minta pandangan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Yang Berhormat Lunas!

Dari Merbau Pulas Ke Sungai Karangan, Kini Giliran Saya Membuat Pergulungan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih YB. Dato’ Speaker. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbusama Wa’tiwal Ardh’ Wa Rabbul A’lamin Washolatu Wassalamu’ala Sayyidina Muhammadin Sayyidil’ Mursalin Wa'ala Alihi Wa’sohbihi Aj’main. Robbishrohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul ‘Uqdatan Millisani Yafkhohu Khauli.

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih YAB. Jeneri, rakan-rakan Exco, ahli-ahli yang berhormat ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Sidang Dewan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah saya mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah swt. kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat kita bersama-sama berkumpul di dalam dewan yang mulia ini untuk Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-14. Saya juga ingin mengambil kesempatan menjunjung kasih dan merafak sembah pada di bawah Duli Yang Maha Mulia Al aminul Karim Sultan sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas perkenan Tuanku merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-14. Semoga Allah Subhanahu Wa Taala memberkati Tuanku dan mengurniakan kesihatan yang baik untuk terus mentadbir Negeri Kedah yang tercinta.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan kerajaan di bawah Portfolio Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat di Kedah yang memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugas di bawah portfolio-portfolio tersebut.

YB. Dato’ Speaker telah dibangkitkan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan berkenaan dengan perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi yang kurang memuaskan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, Pulau Langkawi adalah mercu tanda permata Kedah, destinasi percutian dan destinasi berbulan madu. Kerajaan Negeri sentiasa peka tentang isu dan mengadakan mesyuarat secara berkala bagi mengatasi masalah ini. Antara agensi melibatkan Jabatan Laut dan pengusaha feri. Dengan satu pameran terbesar di Malaysia amnya dan Negeri Kedah khususnya iaitu Pameran Antarabangsa Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi atau dikenali sebagai LIMA23 yang akan berlangsung pada bulan Mei ini.

Kerja pengerukan untuk keselamatan pelayaran bagi alur pelayaran Kuala Kedah telah siap sepenuhnya pada 26 Disember 2022 manakala kerja pengerukan untuk keselamatan pelayaran bagi alur pelayaran Kuala Perlis dijadualkan siap pada 15 Mei 2023.

Oleh kerana kerja pengurusan alur pelayaran Kuala Kedah telah siap sepenuhnya akhir tahun lepas, pihak operator dapat memenuhi obligasi minimum mereka untuk menyediakan jadual perjalanan atau trip sebanyak 5 trip sehala sehari di laluan pelayaran Kuala Kedah - Langkawi dan serta sebaliknya.

Bagi jadual perjalanan feri Kuala Kedah Langkawi oleh kerana kerja pengerukan telah siap, jadual perjalanan atau trip mencukupi telah diberikan kepada operator feri sedia ada dengan mengambil kira keupayaan Terminal Feri penumpang Kuala Kedah dalam menerima kemasukan feri dalam satu-satu masa serta keupayaan ruang menunggu di dalam Terminal untuk menampung kemasukan penumpang sebelum dialirkan ke dalam feri.

Berikut adalah jadual yang telah diberikan kepada Konsortium Langkawi Ferry Line Venture Sdn Bhd iaitu 9 trip dari Kuala Kedah ke Langkawi serta 9 trip dari Langkawi ke Kuala Kedah. Masa kini pihak operator feri mempunyai keupayaan feri sebanyak 12 buah feri pelbagai kapasiti yang beroperasi. Jumlah ini mencukupi dan operator feri boleh memohon trip tambahan sehingga maksimum 12 trip sehala berdasarkan permintaan penumpang dan Jabatan Laut Malaysia tiada ketegangan dalam memberi kebenaran bagi merancakkan lagi sektor ekonomi pelancongan di Kuala Kedah dan Langkawi.

Masa kini, tentang permintaan penumpang hanyalah sekadar 5 trip sehala sahaja setiap hari. Sekiranya terdapat permintaan penumpang sepertimana semasa musim perayaan Tahun Baru Cina 2023 iaitu di antara 20 hingga 25 Januari 2023 yang lalu telah ditambah sehingga 9 trip sehala sehari.

Seterusnya, YB. Dato’ Speaker saya ingin menyentuh isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Dewan berkaitan portfolio saya, berkenaan isu padi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Limau, Ayer Hitam, Sungai Tiang, Kubang Rotan,Pengkalan Kundor, Jitra dan Kuala Ketil. Saya rangkumkan kesemua isu yang dibangkitkan seperti berikut yang pertama yang seperti bangkitkan tentang itu penanaman padi lima kali dua tahun. Berdasarkan perancangan awal sejumlah 1,220 hektar sawah padi di Kawasan Muda berpotensi menyertai Program Peningkatan Intensiti Tanaman Padi, tanaman padi lima kali dua tahun. Daripada jumlah tersebut sebanyak 952.35 hektar merupakan kawasan sawah di Negeri Kedah.

Sehingga kini, sejumlah 169.12 hektar telah pun memulakan aktiviti awal penanaman padi bagi musim tambahan ini. Bagi kawasan awal penanaman padi ini, variati yang ditanam oleh pesawah adalah MR220, MR297, dan CL2. Perincian kawasan yang telah melaksanakan projek ini adalah seperti berikut, semuanya 169.12 untuk projek rintis ini.

Bagi pelaksanaan projek di kawasan yang berpotensi ini, bekalan air daripada Empangan dan juga infrastruktur adalah mencukupi memandangkan pemilihan awal kawasan tersebut telah mengambil kira kriteria tersebut. Dalam tempoh jangka panjang yang akan melibatkan keluasan yang lebih besar kajian dan penelitian perlu dilaksanakan untuk memastikan bekalan air, infrastruktur yang menyeluruh, variati serta teknologi bersesuaian boleh diaplikasikan. Pihak MADA menyedari kepentingan fallow period untuk memastikan kelestarian tanaman padi Kawasan Muda yang meliputi komponen pengurusan ‘hard pan’, tanah sawah, pengurusan perosak padi, dan penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur.

Walau bagaimanapun dalam konteks perancangan Program Peningkatan Intensity Tanaman Padi MADA ini projek lima kali dua tahun. Penanam padi hanya melibatkan tambahan musim pada tahun pertama sahaja dan tanah mempunyai masa rehat iaitu fallow period pada tahun kedua sebelum memulakan sebelum memulakan musim berikutnya. Kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti oleh Mada juga adalah kawasan yang tidak bermasalah, yang kita nak buat tambahan kepada lima kali dua tahun ini. Dalam tempoh jangka panjang, langkah pemulihan tanah menggunakan bahan pemulih serta pembaikan berterusan akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Itu dalam kawasan Mada. Kawasan di Luar Mada ada 100 hektar di kawasan Rantau Panjang yang melibatkan 104 hektar di Kuala Muda, itu kawasan Luar Mada.

Kemudian, berkenaan soalan yang dipertanyakan oleh YB. Pedu. Apakah teknologi yang boleh digunakan untuk menuai padi huma kerana petani yang menanam padi Huma masih lagi menuai secara manual. Sehingga kini penuaian padi Huma masih dituai secara kaedah manual. Ini disebabkan penggunaan ‘mini harvester’ kurang sesuai memandangkan permukaan sawah padi huma ini tidak rata dan lot-lot berskala kecil.

Walau bagaimanapun, sawah padi huma kini sudah boleh menggunakan mesin pelerai padi untuk memudahkan kerja-kerja merelai padi dibuat. Berkenaan dengan keluasan padi wangi di Padang Terap seperti dibangkitkan oleh Pengkalan Kundur. Sehingga tahun 2018, keluasan padi wangi di Daerah Padang Terap adalah seluas 118 hektar dengan penglibatan petani seramai 85 orang di Kampung Padang Balai, Kampung Bukit Andin, Kampung Kuala Pai, Kampung Charok Kecai dan Kampung Sireh.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2022 keluasan padi wangi di Daerah Padang Terap telah berkurangan jadi 21 hektar dan melibatkan 25 orang peserta sahaja di Kampung Padang Balai. Pengurangan ini disebabkan oleh penarikan diri kilang beras untuk membeli hasil tuaian padi wangi. Sehubungan itu, Jabatan Pertanian telah mengambil inisiatif membantu pesawah di Kampung Padang Balai untuk membina pusat pemprosesan padi wangi berskala kecil di Kampung Padang Balai yang diuruskan oleh Koperasi Sawah Gemilang Kampung Padang Balai. Bagi mengembangkan semula industri padi waktu ini, perlu ada ke company atau kilang yang bekerjasama untuk memajukan penanaman padi wangi terutamanya dari teknologi pemprosesan serta pemasaran. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mengembangkan industri padi wangi walaupun tumpuan kini adalah kepada SSL padi menjelang tahun 2025.

Kemudian, bakar arang membangkitkan tentang pertanian teknologi yang dibangunkan Negeri Kedah. Salah satu pertanian berteknologi tinggi di Kedah adalah penanaman buah rock melon secara vertical farming, vertical farming ini menggunakan sistem Palong Hidroponik yang dikawal pembajaan secara automasi, penggunaan internet of things (IOT) sepenuhnya. Kerajaan negeri merancang untuk menjadikan rock melon sebagai tanaman high value crop di Kedah. Untuk makluman semua kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian telah bekerjasama dengan Special Vehicle Purposed (SVP) dalam membangunkan tanaman ini dan menyasarkan pengeluaran melon sebanyak 1 juta pokok pada penghujung Rancangan Malaysia Ke-12. Pada tahun ini kerajaan negeri juga bercadang untuk melancar melancarkan jenama Melon Kedah dan penumbuhan hak Melon Negeri Kedah. Sehingga tahun 2022, jumlah penanaman rock melon di Negeri Kedah adalah sebanyak 380,00 pokok dan pada tahun ini beberapa kawasan baru untuk penanaman melon’s sedang dibuka di daerah Pokok Sena, Kulim dan Padang Terap dengan sasaran penambahan untuk tahun ini sebanyak 100 ribu pokok.

Kemudian, Bandar Baharu tentang Industri Hiliran Durian di Daerah Bandar Baru. Pewujudan kluster durian dibuat untuk memudahkan fokus kepada pembangunan tanaman sesuatu kawasan. Fokus pembangunan durian terbahagi kepada dua iaitu pembangunan durian klon tinggi bernilai seperti Duri Hitam dan Musang King dan pembangunan semula durian kampung premium yang melibatkan penjenamaan durian kampung yang bernilai tinggi. Bagi Daerah Bandar Baharu fokus utama dalam pembangunan durian klon yang bernilai tinggi. Penanaman Klon seperti duri hitam banyak di tanam di sana. Kerajaan melalui Jabatan Pertanian dan FAMA sentiasa bekerjasama dengan syarikat swasta sebagai anker company untuk memasarkan durian bernilai tinggi ke pasaran dalam dan luar negara.

Sebelum YB. Lunas masuk tajuk yang lain. Balik pada padi tadi. Jadi, YB Lunas ada sebut berkenaan dengan 5 musim 2 tahun seperti mana yang kita tahu kalau nak buat 5 kali ni maksudnya padi kita ni nak kena berbuah dalam tempoh yang singkat

Jadi, spesies benih yang kita nak pakai tu mestilah paling lama pun 80 hari saja, dia dah kena berisi. Jadi, adakah apa-apa usaha dilakukan bersama dengan MARDI dengan pihak UPM kan siapa ka agaknya universiti yang mengeluarkan benih ini untuk memastikan bahawa jenis benih yang kita gunakan adalah yang cepat berhasil kalau kita benar-benar serius nak melakukan 5 musim dalam 2 tahun.

Terima kasih YB. Jitra, baik berkenaan ‘variety’ kalau 5 musim ni masih lagi boleh ditanam dengan ‘variety’ sedia ada. Jadi, MADA mencadangkan variety sedia ada iaitu MR220, CL 2 yang jumlahnya 100 hari dan juga MR297. Tapi untuk makluman Jitra lah seperti yang kita pernah sebut dalam Dewan ini, kerajaan negeri melalui MADA ketika itu telah membuat lawatan ke Jawa untuk melihat benih padi yang kini syarikat Mada Corp telah pun menandatangani MOU dengan pengeluar benih di Jawa Barat itu yang hasilnya 75 hari. Insya-Allah itu sedang dikenal pasti oleh Kementerian dan Mardi supaya kesesuaian benih itu dapat kita laksanakan di Negeri Kedah ini.

Jadi, YB. Dato’ Speaker saya nak sebut sikit lagi tentang pengangkutan tadi tentang pelabuhan baru di Sanglang yang telah dicadangkan. MMC Port Holdings Berhad telah merancang untuk membangunkan sebuah pelabuhan baru dengan pengkhususan bagi kargo cecair pukal seperti produk petroleum dan juga Hub bagi tenaga baru berasaskan ammonia dan hidrogen. Kargo pukal, kargo am serta Kargo Land Bridge Gulf Of Thailand. Cadangan pelabuhan di Sanglang yang merupakan pelabuhan laut dalam serta pembinaan Land Bridge yang diantara Sanglang dan Pelabuhan Songkhla Thailand akan memendekkan masa penghantaran kargo dari Selat Melaka ke timur terutamanya ke China, Jepun dan Korea.

Pihak MMC Port telah pun melantik perunding pakar dalam pembangunan pelabuhan iaitu HBC Amber Court Consulting and Terminal Sdn. Bhd. untuk memperhalusi cadangannya. Di sini ada kronologi- kronologi projek yang telah dirancangkan itu. Hasil kajian yang dibuat oleh perunding yang dilantik oleh MMC Port telah pun siap.

Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan pada BPEN Kedah, lokasi yang dikenal pasti sesuai adalah berdekatan kawasan Kerpan daerah Kubang Pasu. Bagi isu cadangan membina dua buah jeti baru di Kuala Jerlun dan Kuala Kerpan yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam cadangan tersebut masih di peringkat kajian yang melibatkan beberapa faktor yang terpaksa dikaji secara menyeluruh sebelum apa-apa keputusan dibuat di peringkat dasar. Seterusnya,, buat fallow Pengenalan Perladangan dan Komoditi seperti dibangkitkan oleh…..(YB. Jitra mencelah)

YB. Speaker, saya tidak membantah projek di Sanglang itu kerana tentunya ianya mempunyai banyak kajian yang menunjukkan bahawa sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi kawasan setempat itu tentulah besar. Walaupun begitu adakah penyelidikan impak kepada sektor perikanan dibuat kerana seperti mana yang kita sedia maklum kawasan Kuala ni memang ramai nelayan yang walaupun menghadapi macam-macam masalah pada ketika ini tapi kalau buat projek macam tu tentulah akan lebih menjejaskan mata pencarian mereka.

Terima kasih Jitra, ya.. saya bersetuju dengan pandangan Jitra. Sebab itu kajian sedang dibuat, belum ada keputusan cuma cadangan telah dibuat dan kajian-kajian seperti disebut di Jitra itu akan diambil kira AIA, TIA dan sebagainya sudah tentu akan diambil kira jika ada impak yang mengakibatkan kemerosotan tangkapan kepada nelayan dan sebagainya.

Jadi, YB. Dato’ Speaker saya pun dah habis penggulungan saya kalau ada yang belum dijawab nanti boleh minta saya untuk saya bagi jawapan bertulis sebab jawapannya terlalu panjang. YB. Dato’ Speaker, saya juga ingin mengambil peluang dalam Dewan yang mulia ini, ini adalah sidang terakhir bagi penggal PRU-14. Terima kasih kepada YAB. Menteri Besar yang lalu dan Menteri Besar yang ada pada hari ini yang memberikan peluang untuk saya memikul tanggungjawab bagi Portfolio Perladangan, Pertanian dan Pengangkutan.

YB. Dato’ Speake, saya juga kini adalah Alhamdulillah dalam PRU15 yang lalu saya telah diberikan tanggungjawab untuk bertanding di Parlimen Padang Serai dan alhamdulillah dengan izin Allah Perikatan Nasional menang di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260.

Walaupun ketika berubah kerajaan itu, saya dan kawan-kawan yang lain di tuduh pelbagai. Jadi, saya nak jawab pada hari ini keputusan 16,260 itu yang mana pada PRU-14 di Lunas saya menang majoriti tertinggi dalam PRU-14 13,000 lebih. Baru ini mengikut keputusan PRU15 di Parlimen Padang Serai untuk kawasan Lunas saya menang di Lunas itu dengan 820 undi. Alhamdulillah, tuan-tuan dan puan-puan sebenarnya dalam kita nak sebut bawa anak muda ini mudah dipengaruh, anak muda itu, anak muda ini tidak ada ilmu dan sebagainya, anak muda itu, anak muda ini, itu adalah satu tuduhan yang jahat saja.

Jadi, mereka ini orang muda yang telah pun terbuka dengan dunia tanpa sempadan, ada ilmu mereka boleh mendapatkan maklumat di pelbagai tempat. Jadi, alhamdulillah Insya-Allah PRN Negeri pada bulan Julai atau Jun ini Lunas itu Perikatan Nasional akan tawan daripada pihak yang berkenaan.

Jadi, dengan ini saya menyokong ucapan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena Sidang Undangan Negeri Kedah bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam ini. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam Lunas. Silakan YB. Tokai!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB.Dato’ Speaker, terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk menggulung perbahasan. YAB. Menteri Besar, sahabat-sahabat Exco, sahabat-sahabat Adun yang dihormati sekalian, pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri seterusnya para-para pemerhati dan juga yang mendengar melalui online pada tengah hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Speaker terutamanya serta pengamal-pengamal media yang berada di luar sana. Saya juga ingin merakamkan menjunjung kasih ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang telah mencemar duli untuk merasmikan persidangan kita pada 12 hari bulan yang lepas.

YB. Dato’ Speaker, saya ingin mengajak kepada kita semua untuk meneliti sebuah firman Allah Subhanahu Wa Taala dari Surah Al-Anfal: Ayat 27

يَـ ٰٓأَيُّهَا ٱ َلَّذِين ءَامَنُوا َل تَخُونُوا ٱ َ َّّلل َٱو َلرَّسُول وَ تَخُونُوٰٓ ا أَمَـ نَـ تِكُم وَ أَنتُم َتَع لَمُون ٧٢

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui kesalahannya.

YB. Dato’ Speaker, Tuanku Sultan telah mengambil berat perihal kerajaan negeri dan baginda telah memberikan suasana senang hatilah dengan apa yang telah dilakukan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya juga bila merenung titah ucapan baginda itu terutamanya di muka surat yang kelima berhubung dengan pemberian tanah kepada rakyat terutama di kawasan Pendang lah. Pada ketika kami memberi hak milik tanah kepada 220 orang secara geran dan juga 110 orang secara LPS. Ada seorang makcik umur dah 70 tahun terjumpa dia, saya tanya mak cik sejak bila lagi, dia kata mak cik mai tebang pokok besar pemelok dengan pak cik hang buat sawah sampai lani. Lani masih lagi mengerjakan sawah di Paya Serdang tersebut. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato’ Fauzi dan juga Dato’ Suhaimi yang menjadi Pengarah Tanah dan Galian sekarang ini yang telah menyegerakan proses-proses untuk kita memberikan geran-geran tersebut dan juga LPS tersebut. Begitu juga dengan DO kami, Yang Berbahagia Encik Nasrun yang hadir pada ketika ini dan juga membantu kami banyak untuk menyegerakan pemberian geran kepada mereka-mereka di Paya Serdang yang sudah pun 50 hingga 60 tahun kerjakan sawah tersebut sekarang baru dapat Alhamdulillah mereka datang dengan satu perasaan yang cukup gembira lah apabila kita telah memberikan tanah yang dipugar daripada pokok sebesar pemeluk tersebut menjadi sawah padi. Kalau kita nak halau mereka begitu tanpa pampasan esok rasa sedih jugalah mereka-mereka ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada SFO kami ini Dato’ Isahak yang telah banyak membantu saya terutama sekali dalam menyelesaikan masalah titi-titi yang roboh, Titi Titi yang roboh di Dun Tokai 3 titi yang kami telah baiki secara gotong-royong mendapat dana kewangan daripada SFO iaitu Titi di Batu 8, di Kubang Jelai dan di Pekan Kobah. Yang Pekan Kobah ni sedih naik motor titi patah jatuh sekali dengan motor dalam sungai nasib baiklah tuan dia tak meninggal dunia dan juga kepada Pengarah ICU, Puan Zaitun sebelum ni Dr. Megat yang telah juga banyak membantu kami di dalam menyelesaikan masalah di peringkat kawasan dan juga di bawah portfolio saya Kesihatan dan juga Kerajaan Tempatan.

Kerajaan Tempatan ini YB. Dato’ Speaker, dia bukan setakat macam portfolio, saya ada macam 12 negeri di bawah saya ini Yang Dipertua dan Datuk Bandar ni macam Menteri Besar di PBT tersebutlah. Depa ada bajet tersendiri jadi, kita kena menyelesaikan masalah di peringkat PBT, bukan PM lah kita sebagai Exco saja. Saya mengucapkan tahniah kepada semua Yang Dipertua-Yang Dipertua Dato’ Bandar yang telah menguruskan PBT masing-masing dengan berjaya dan ada juga PBT yang banyak duit ada juga PBT yang banyak hutang, kaya dengan hutang, dan kaya dengan duit. Itulah puncanya kita ada masalah dengan SW Corp iaitu pengurusan sampah setelah kita tandatangani Akta 672 ya.

Saya nak menggulung perbahasan berhubung dengan Portfolio Kesihatan dan juga Kerajaan Tempatan. Sebelum saya nak jawab soalan-soalan yang ditimbulkan oleh para-para sahabat, Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian saya nak menyusuri kajian yang telah dibuat National Health & Morbidity Survey (NHMS) yang telah dijalankan kali terakhir 2019 dan pada tahun ini merupakan kajian yang akan berlaku 5 tahun sekali. Itu masalah yang sedang kita hadapi di Negeri Kedah ini pada hari ini pada masa sekarang ini adalah masalah denggi. Denggi merupakan penyakit-penyakit yang perlu kita atasi segera iaitu peningkatan kes sebanyak 259.9% berbanding dengan 2022 iaitu pada tahun ini. 5 daerah utama menghadapi masalah denggi ini adalah Kuala Kedah, Kota Setar, Langkawi, Kulim dan juga Kubang Pasu dan kita juga menghadapi 47 episod wabak yang dilaporkan dan alhamdulillah 45 episod adalah terkawal. Jadi, bagi daerah-daerah yang saya sebutkan tadi tu kita kena memberi perhatian yang cukup teliti dan beratlah. Apabila kita buat kajian terhadap punca-punca kepada merebaknya kes-kes nyamuk dan juga virus ini disebabkan oleh masalah kami melibatkan PBT jugalah! Yang DiPertua-Yang DiPertua PBT, rumah-rumah yang lama, pembinaan lebih daripada lima tahun, mempunyai binaan-binaan yang kita kata terbengkalai dan juga kawasan-kawasan takungan air yang tidak mengalir itu perhatian perlu diberikan oleh semua YDP PBT-PBT dan di kawasan-kawasan inilah yang menjadi tempat banyaknya nyamuk yang seterusnya banyaknya kes-kes denggi.

Yang keduanya, masalah penyakit yang tak berjangkit ini iaitu hipertensi ataupun darah tinggi. Kita merupakan negeri yang kelapan 28.3%, satu daripada tiga penduduk berumur lebih daripada 18 tahun mengidap hipertensi ataupun darah tinggi. Jadi, ini juga perlu kita berikan perhatian di dalam kehidupan kita dan punca kepada masalah ini adalah dari segi pemakanan kita dan juga aktiviti harian kita iaitu exercise. Kemudian yang keduanya adalah satu daripada empat penduduk di Negeri Kedah ini menghadapi masalah kencing manis iaitu 24.9% peratus. Ini juga berpunca daripada makanan yang memberikan kesan kepada masalah kencing manis ini.

Yang ketiganya ini adalah berlebihan berat badan obesiti mungkin YB.Dato’ Speaker tak ada masalah ini tetapi ada mereka-mereka yang lain menghadapi masalah ini puncanya juga kurang aktiviti dan juga masalah pemakanan. Oleh itu, Kementerian Kesihatan keluar satu panduan iaitu suku-suku setengah, bukan tiga suku, suku suku setengah, suku karbohidrat, suku protein, setengah tu sayur-sayuran dan juga vitamin. Insya-Allah, kalau follow yang tu kita akan diberi satu kesihatan oleh Allah swt. dengan kesihatan yang baik. Dan yang ini, orang kata nak telan mati emak, diluah mati bapa ni. Almarhum Ustaz Azizan dulu kata macam kambing makan buah macang, nak telan takut sangkut nak luah sedap iaitu bilangan perokok yang paling tinggi dalam Malaysia ini adalah Negeri Kedah dapat Johan iaitu 27.8 %. Ini kajian 2019, kita harap kajian pada tahun ini akan berkuranglah kut sebab ini masalah yang juga memberi masalah kesihatan yang cukup hebat pada masa kini.

Kemudian, untuk masalah covid misalnya. Walaupun kita sekarang ini, kes-kes kita single digit di bawah daripada 10 tetapi kita kena juga memberi perhatian kerana kita belum lagi masuk kepada fasa endemik. Kita masih lagi fasa peralihan daripada pandemik ke endemik walaupun ada negara lain sudah masuk ke fasa endemik dan kita jangan lupa kaedah TRIIS yang di war-warkan di dalam media-media ini kena teruskan iaitu test - ujian, inform - maklum, seek - dapatkan rawatan, report - lapor, dan isolate – pengasingan. Ini kena kita lakukan sentiasa untuk kita maintain kes-kes kita ni supaya tidak naik. Kemudian, untuk kesihatan ini saya juga ingin menjelaskan dalam penggulungan ini walaupun ramai yang tak berminat dengan isu kesihatan dalam perbahasan kecuali saya nampak yang saya catit adalah Suka Menanti dengan Kuala Ketil yang ada cakap isu kesihatan dalam perbahasan ini. Berhubung dengan Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera Negeri Kedah untuk tahun 2022, tahun lepas kita telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat di luar sana untuk membantu mereka mendapatkan sumbangan perubatan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan saya Pengkalan Kundor dulu duduk Alor Mengkudu yang duduk di sini dan juga kepada Jitra yang telah memulakan inisiatif ini. Terima kasih dan kita meneruskan inisiatif ini dan alhamdulillah antara bantuan-bantuan yang telah kita berikan sepanjang 2022 adalah yang pertamanya implan plat skru dan juga mesin 63 permohonan, glucometer set 40 permohonan, alatan perubatan bermacam-macam lah alatan perubatan ni 30 permohonan, susu khas bukan susu biasa-biasa yang baby minum tu, susu khas iaitu 28 permohonan, kerusi roda 28 suction pump, pump sedut kahak, sedut apa yang mereka ‘bed ridden’ yang tak boleh bergerak ini, 19. Ripple Mattress, tilam yang bergerak tu yang ada angin tu supaya tidak jadi ‘bed sores’ 19, blood pressure set 14, bantuan pendengaran 13, lampin pakai buang ini mereka yang benar-benar tidak mampu nak beli lampin pakai buang pun kita terpaksa bantu mereka

13, tambang hospital ke hospital, mereka yang ada penyakit barah, penyakit yang memerlukan rawatan di hospital, tak ada duit YB.Dato’ Speaker kita juga terpaksa membantu mereka, kanta untuk mereka yang ada katarak 11, intraocular lens 10, katil hospital 9, desferal infusors pump untuk penyakit talasemia 7, pusat jagaan 6, ini mereka-mereka yang tua, tidak ada penjaga, tidak ada waris, kita terpaksa hantar ke pusat penjagaan, tidak ada wang langsung untuk pi ke pusat penjagaan kita bantu untuk beberapa waktu supaya lepas ini mungkin zakat ataupun institusi lain yang akan membantu mereka, stoma beg yang tebuk perut untuk najis ini 5, cermin mata pun ada minta bantuan daripada kita walaupun harganya kadang-kadang RM200 atau RM300 kita juga memberi bantuan juga ujian darah dan ujian genetik dua pesakit yang tidak mampu untuk membayar kos-kos tersebut terpaksa juga kita membantu mereka ini. Jadi, itu di antara ulasan yang saya beri untuk penggulungan portfolio kesihatan dan saya nak meneruskan..

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Tokai, sikit saja Tokai!

Ada masa banyak ka? Kira injury time boleh tambah lepas ini kut!

Speaker

5 minit lagi!

Ohh..5 minit lagi, tak pa la! Silakan!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Ada dua soalan. Pertamanya, daripada peruntukan yang telah diperuntukkan, berapa peratus yang telah digunakan dalam tabung tadi dan apakah di masa-masa akan datang untuk keperluan untuk menambah peruntukan itu?. Yang kedua tadi disebut bahawa peratusan perokok yang paling tinggi di Kedah. Apakah peratusan penagihan itu berkait dengan peratusan dadah yang juga paling tinggi pada tahun 2021.

Terima kasih Pengkalan Kundor. Setiap penagih yang kita jumpa, depa hisap rokok tapi setiap orang hisap rokok tak semestinya jadi penagih maknanya mungkin ada hubungkait, saya tak mau cakap banyak bab itu bahaya. Kemudian, untuk apa isu-isu yang dibangkitkan Ahli-Ahli Yang Berhormat, untuk Adun Derga, di daerah Sungai Petani premis perniagaan yang dikuasai oleh warga asing. Untuk makluman Yang Berhormat yang membangkitkan isu premis perniagaan yang dikuasai oleh warga asing, gerai milik Majlis Perbandaran Sungai Petani hanya disewakan kepada warganegara dan pemantauan dibuat secara berkala bagi mengelakkan kes sewa atas sewa namun sekiranya berlaku gerai akan ditarik balik mengikut prosedur bagi memberi peluang kepada individu lain yang lebih berminat. Bagi premis perniagaan yang lain mPSPK hanya mengeluarkan lesen premis perniagaan kepada warga negara sahaja. Lawat siasat berdasarkan 15 aduan orang awam sepanjang 2022 mendapati bahawa premis yang dikatakan beroperasi oleh warga asing adalah kepunyaan warganegara atau dimiliki oleh pasangan warganegara Malaysia. Namun demikian, Yang Berhormat kalau sekiranya ada maklumat terperinci sila lah kemukakan kepada kami ataupun MPSPK.

Yang kedua, E-10 diperluas ke semua PBT di Negeri Kedah. Untuk maklumat pihak Yang Berhormat pelaksanaan E-10 telah diperluas untuk diguna pakai oleh semua PBT Kedah sejak 7/2/2021. Sebagai makluman juga, pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah menganjurkan program sebaran pelaksanaan E-10 kepada semua PBT Negeri Kedah dan Majlis Perbandaran Kulim adalah sebagai fasilitator. Tahniah kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Tuan Nadzman.

Untuk E-10 Daerah Sik, Yang Dipertua Majlis Daerah Sik, projek perintis adalah MRSM Ulul Albab di Caruk Tala, rundingan awal dibuat sebelum permohonan rasmi kepada OSC, permohonan KM - 11/5/2021, KM penuh diberi pada 21/12/2021. MRSM tersebut telah dikeluarkan tender untuk pembinaan. Tahniah MDS.

Soalan Adun Jitra apakah langkah kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah longgokan sampah di Langkawi tu terutamanya kawasan dekat dengan Kilim Geopark. Bermula 1 Mac 2023, tapak pelupusan belanga pecah akan menerima semua sisa pepejal Pulau Langkawi dengan anggaran 120 tan sehari. Tapak pelupusan beroperasi bermula 8 pagi hingga 7 petang pihak JPSPN, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal juga dalam proses membuat pengambilan tanah tambahan di Belanga Pecah untuk tujuan pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik dan cekap di Pulau Langkawi. Isu tapak pelupusan sampah, apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mengesan?

Memang kerajaan negeri telah beberapa kali membangkitkan isu pelupusan sampah di Pulau Langkawi kepada Kerajaan Persekutuan. YAB. Menteri Besar sendiri telah membangkitkan isu ini kepada Yang Berhormat Menteri KPKT.

Untuk makluman daripada KPKT bahawa pengambilan tanah di kawasan sebelahan tapak pelupusan yang ada sekarang di Belanga Pecah itu sedang dalam proses peringkat akhir untuk diselesaikan. Pengambilan ini penting bagi memastikan keluasan tapak pelupusan bertambah bagi menampung sisa pepejal. Pihak Majlis Bandaraya Langkawi Bandaraya Pelancongan mengambil inisiatif daripada 15 Mac 2023. Terima kasih Tengku bagi menjemput semua agensi yang terlibat dengan pengambilan bagi mendapatkan status semasa berhubung proses terkini permohonan Seksyen 8. Adun Kota Siputeh. Untuk makluman Yang Berhormat juga (YB. Jitra mencelah).

Boleh YB. Tokai?

Ya…ya..boleh! injury time ya!

Ya..ya..pendek sahaja! YB. Dato’ Speaker, sebelum ini memang ada satu usaha untuk menaik taraf dan juga membaiki insinerator yang sepatutnya beroperasi di Kilim itu. Jadi, apa perkembangan terkini kerana sebelum ini perbincangan saya dengan menteri-menteri yang berkaitan sebelum ini, selalu mereka memberi alasan, peralatan dalam perjalanan daripada Korea lah macam-macam lah tapi sampai ke la ni tak sampai-sampai dan tak dibaiki.

Terima kasihlah Jitra!

Speaker

Ada seminit lagi!

Tadi kata nak bagi injury time. ‘Insinerator’ ini sebenarnya memang saya pun dah dua kali pergi melawat, mula ok dah jalan sekejap lepas itu terbakar, kemudian repair,kemudian terpaksa ditamatkan kontrak tersebut dan akan dibuka tender semula untuk operasi oleh syarikat yang lain. Banyak juta jugalah dicurahkan ke situ!

Untuk YB. Kota Siputeh, 9 Januari 2023 satu mesyuarat penyelesaian peruntukan kemudahan tapak niaga telah diadakan bersama Pegawai Kewangan Negeri di Menara MBAS. Hasil mesyuarat pada 11 Januari 2023 telah memutuskan bersetuju cadangan pembangunan tapak niaga zon bebas niaga di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan MBAS tahun 2023 bersetuju cadangan Fasa 1 bermula di Bandaraya Alor Setar, dua lokasi iaitu Taman Pandan dan Jalan Langgar ini untuk MBAS dululah! Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Kerajaan Tempatan serta PBT yang terlibat akan menyelaras cadangan pembangunan tapak niaga untuk fasa-fasa tersebut.

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh PBT antaranya kita menerima pakai keputusan MMK pada 26 Oktober 2022 dalam hal-hal berhubung dengan gerai-gerai ini dan kita Negeri Kedah masih lagi membenarkan peniaga-peniaga yang berniaga di tepi-tepi jalan untuk meneruskan perniagaan mereka sehingga 31 Disember 2023 yang mana masih berniaga ini teruskan perniagaan mereka dan ada yang diberi lesen sementara untuk meneruskan perniagaan.

Adun Kota Darul Aman, penutupan Jalan Star Walk. Untuk makluman Yang Berhormat Pihak MBAS telah membuat penutupan sementara bagi penganjuran program pada hari itu dan telah dibuka semula. Mengikut perjumpaan MBAS dengan peniaga di Kompleks MBAS pada 5 Mac 2023, mereka mengakui penganjuran program di Star Walk telah menambah bilangan pengunjung ke kompleks berkenaan.

Pada masa yang sama MBAS mempunyai perancangan untuk membuka food truck dan gerai jualan kuih bagi menambah kemeriahan Dataran Star Walk. Antara program yang telah MBAS buat bagi menambahkan kemeriahan adalah seperti berikut Program Food Republic, Tayangan Live Big Screen untuk World Cup AFF Suzuki Cup dan Malaysia Super League, Karnival Usahawanita, Program Weekend Foodtruck, Alor Setar International Half Marathon.

Untuk kupon letak kereta flexiparking akan bermula pada 2/4/2023, kupon lama tidak boleh digunakan lagi tetapi mereka yang ada kupon boleh menukar di Pejabat MBAS untuk mendapat kredit ke dalam telefon bimbit! Kemudian tentang 70% parking digunakan oleh pegawai-pegawai memang pegawai-pegawai ini dia bekerja di situ, letak kereta di situlah. Kita ada di MBAS ini ada 4,000 tempat parking jadi 4,000 tempat parking ni pengunjung Alor Setar ni boleh parking di mana-mana tempat parking yang disediakan. Kemudian, Bakar Arang tadi pun saya dah sembang dengan Bakar Arang dan insya-allah MPSPK akan menyelesaikan isu tanah yang mendap di Taman Sinar Intan ini dan dengan membantu untuk kes ini dimahkamah. Kes ini dah dibuat di mahkamah sebenarnya. MPSPK akan memberi kerjasama penuh membantu peguam-peguam mereka itu.

Alor Mengkudu pokok-pokok nadir saya nak sebut pun tergeliat lidah ini, euginea sulul subtilis, pokok keriang. Bouea macrophylla pokok star, Tamarindus Indica pokok asam jawa, Garcinia atroviridis asam gelugur, pokok-pokok ini dimasukkan contoh-contoh pokok yang projek-projek perumahan kena tanam di kawasan-kawasan lapang di projek-projek mereka. Itu antara perkara yang telah dibincangkan!

Speaker

YB. Tokai, sila berhenti!

Untuk Anak Bukit, KHTP. KHTP, kita memang sedang luaskan kawasan KHTP. Oleh kerana YB.Dato’ Speaker sudah memberi warning yang keras kepada saya, saya Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan menjunjung kasih kepada Tuanku sultan yang telah mencemar duli merasmikan persidangan kita dan saya mohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan kemungkinan berlaku semasa saya memegang portfolio ini dan juga menjadi YB. Tokai dan juga saranan dan juga teguran yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita akan ambil maklum dan Insya-Allah, kita akan perbaiki dimasa akan datang. Sekian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih banyak YB.Dato’ Speaker.

Speaker

Sama-sama tokai, saya jemput Guar Cempedak 20 minit.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

YB. Dato’ Speaker, sikit saja!

Speaker

Ya..apadia tu?

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Cuma saya nak minta sikit sebelum pergulungan daripada Yang Amat Berhormat Jeneri nanti sebab kita telah pun buat RUU Perbelanjaan untuk bajet pada baru-baru inilah, yang tahun lepas yang telah diumumkan beras sejahtera dan juga barangan dapur kepada B40 kepada Adun-Adun Pembangkang.

Jadi, saya nak tanya dan minta penjelasan YAB. boleh lebih fokus mungkin boleh tanya Penasihat Undang-Undang Negeri mungkinlah last sekali untuk pergulungan nanti sama ada Peraturan Dewan, kalau kita nak menarik apa-apa membatalkan sesuatu, sama ada MMK yang lebih tinggi ataupun Dewan yang lebih tinggi. Itu saja sebab benda ini kita tak dapat surat dan kita minta ‘black and white’ lah nak bagi kalau tak bagi nak batal pun tak apa tapi kena bagi ada black and white lah kepada pembangkang tapi kita nak tengok bila ada RUU, perbelanjaan! Minta penjelasan. Terima kasih.

Speaker

Baik dan Insyaallah ianya akan disentuh oleh Jeneri dalam penggulungan. Silakan Guar Cempedak.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato’ Speaker, YAB. Jeneri Menteri Besar, rakan-rakan Exco, ni kali terakhir dah saya nak kata, lepas ni tak dak dah, seterusnya Yang Berhormat-Yang Berhormat ADUN di sebelah sini dan di sebelah sana, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan khususnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Sebelum saya nak memulakan ucapan ini YB. Dato’ Speaker, saya mohon Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian termasuk YAB. Menteri Besar dan semua yang berada dalam Dewan yang mulia ini untuk kita bersama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Syed Razak Bin Zain, bekas Menteri Besar Kedah 1999 sampai 2006, 7 tahun beliau menjadi Menteri Besar. Boleh no sama-sama kita baca Al- Fatihah (Al-Fatihah dibaca sambil bertafakur).

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana saya berpeluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Menjunjung kasih Tuanku. Selepas berita gempa bumi di Turkiye perkara yang disebutkan dalam titah ucapan Tuanku ialah mengenai kejayaan pelaburan Negeri Kedah. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang portfolio ini terutamanya industri dan pelaburan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan ialah Suka Menanti, Anak Bukit, Sungai Limau, Bakar Arang, Pengkalan Kundor, Kuala Ketil, Bandar Baharu, Belantik dan Kota Siputeh. Pertama sekali saya hendak menyentuh tentang pelaburan terutama sekali sektor pembuatan. Sungguhpun pelaburan termasuk juga sektor perkhidmatan dan juga ‘primary’ tapi saya nak khusus kepada pembuatan. Sejak akhir-akhir ini, khususnya tahun 2021 Kedah mencapai nilai pelaburan yang amat memberangsangkan sekali khususnya dalam sektor pembuatan. Nilai pelaburan industri pembuatan sejumlah RM62.22 bilion adalah yang tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana negeri. Alhamdulillah syukur, lebih-lebih lagi pencapaian ini berlaku sewaktu negara dan dunia berdepan dengan pandemik covid-19 dan PKP dalam suasana yang sukar dengan pelbagai cabaran. Ramai Ahli Yang Berhormat yang gembira dan menerima kerajaan ini dengan begitu positif sekali. Rakyat Kedah seluruhnya amat seronok kerana banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Namun ada juga di kalangan Ahli Yang Berhormat yang menerima kejayaan ini dengan sinis. Antara yang disebut ialah kejayaan dicapai atas usaha Kerajaan Persekutuan khususnya MIDA bukan kerajaan negeri, macam kita buat apa. Apa usaha dan sumbangan kerajaan negeri? Kerajaan mana pun yang memerintah pencapaiannya pelaburan ni sama saja tak kira negeri mana. Tapi kebetulan kerajaan sekarang ni yang buat. Ingin saya menarik perhatian terhadap insan-insan yang sinis ini bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha yang gigih seluruh pemegang taruh (stakeholders). Kita tidak menafikan Kerajaan Persekutuan khususnya MIDA memainkan peranan yang penting dalam menarik pelaburan bukan Malaysia khususnya Negeri Kedah sememangnya MIDA diberi tanggungjawab sedemikian dan mereka dibantu oleh dasar pelaburan yang baik termasuk insentif-insentif dan pejabat-pejabat di luar negara. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan ini adalah mereka boleh juga kepentingan-kepentingan yang tertentu, termasuk mendapat cukai korporat, cukai individu, mewujudkan pekerjaan yang sememangnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Namun, bagaimana kuat sekali pun usaha yang dibuat oleh Kerajaan Pusat tapi jika tidak disambut dengan positif oleh kerajaan negeri tak mungkin usaha ini boleh membuahkan hasil yang lumayan. Kalau tepuk sebelah tangan saja dia tak bunyi dia kena kedua-dua belah baru dia bunyi. Kejayaan Kedah hari ini ialah kita mempunyai pemegang taruh pasukan pasukan pelaburan yang cukup cemerlang, daripada Menteri Besar, Exco

Pegawai Tadbir Negeri yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Invest Kedah, KTPC dan juga agensi-agensi Kerajaan Pusat seperti MIDA, JKR, JPS, Bomba dan sebagainya. Antara strategi dan pendekatan yang dibuat ialah pertamanya kita buat ‘handholding’ (dengan izin). Handholding’ ni kita pegang tangan dia, mula-mula dia putus nak buat pelaburan apa juga masalah raripada A sampai Z sampai dia ‘start’ pengeluaran kita tolong, kita bantu dia, dengan cara ini dia pun seronok lah melabur dan dia akan cerita kepada kawan-kawan dia yang lain nak mai. Itu pertama yang kita buat. Seterusnya kita ada dasar yang kita buat pendekatan intervensi. Saya sendiri sebagai Exco akan duduk bersama industri dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan untuk menyelesaikan apa-apa juga masalah yang timbul. Saya boleh bagi contoh ada syarikat dia beli tanah PKNK, YAB. Dato’ Seri pun tau dia beli tanah tapi bayar berjuta tinggit, sekali dia tak boleh buat jalan, tanah tinggi tak boleh buat jalan nak masuk. Jadi, saya panggil Pengarah JKR, sebelum tu buatlah cara-cara yang biasa ni. Tak selesai dan tak selesai berbulan-bulan dan saya minta tolong panggil Pengarah JKR dan yang lain termasuk syarikat itu dan juga konsultan macam mana kita nak selesaikan masalah ini, kalau tidak tak boleh buat. Saya ingat Pengarah JKR pun ada sini atas perasaan yang ingin membantu nak menjayakan pelaburan, masalah ini dapat diselesaikan YB. Dato’ Speaker dan ini sudah pun berjalan apa yang akan dilaksanakan oleh Adapt Care. Sama juga dengan Syarikat Jinjing, masalah dengan Jabatan Alam Sekitar contoh ini bukan yang ni saja yang lain-lain pun sama lah. Jabatan Alam Sekitar tak boleh selesai dengan Syarikat Jinjing, dia punya ‘design’ macam mana, tak boleh setuju. Tulis surat, balas, tulis surat, balas tak selesai, buat macam tu juga. Alhamdulillah, ia dapat diselesaikan. Banyak lagi lah termasuk Risen dan sebagainya. Kita juga sentiasa mengadakan perjumpaan dan berdialog dengan pihak industri bersama agensi kerajaan. Esok petang saya ada perjumpaan dengan semua CEO Taman Teknologi Tinggi Kulim bersama dengan agensi-agensi kerajaan untuk berdialog tentang apa juga masalah mereka hadapi. Petang ni saya balik pi Parlimen patah esok petang balik masuk balik, balik ke Kedah balik. Kalau kita nak buat kerja nak bagi berjaya ni kita kena buat macam tu lah kan, nak buat macam mana kan tak dak cara lain, saya buat, tak dak masalah. Seterusnya, kita berpegang kepada Negeri Kedah ni sebagai ‘investment friendly state’, negeri mesra pelabur. Bukan orang kata cakap mesra tapi tak mesra, tak ‘fiendly’, dengan erti kata, ataupun ‘in every sense of the word’ (dengan izin) YB. Dato’ Speaker, bahasa orang putih sikit. Boleh kut no?

Speaker

Boleh!

Buat betul-betul orang rasa kita mesra, buat betul-betul bagi depa seronok, syok dan banyak lagi depa buat pembesaran dan juga membawa kilang-kilang yang baru. Saya berharap agar saya dapat menjawab dengan adil terhadap apa yang disuarakan oleh YB. Pengkalan Kundor. Walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada YB. Bakar Arang yang menghargai apa yang dilakukan oleh pasukan pelaburan Negeri Kedah. Terima kasih YB. Bakar Arang, sebab itu dia menjadi Setiausaha Politik Menteri MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) sekarang ini. Tahniah! Nilai pelaburan 2022 sungguh pun nampak macam jatuh berbanding 2021 tetapi pencapaian RM13.1 bilion diluluskan oleh MIDA pada keseluruhannya meletakkan Kedah di tangga ke-6 mengatasi Sabah, mengatasi Melaka yang dulu memang hebat dalam pelaburan, mengatasi Negeri Sembilan, mengatasi Perak dan sudah pasti mengatasi Perlis. Tapi jika dilihat angka pelaburan dalam industri, kita duduk nombor 4, RM12 billion kita berjaya selepas Johor, Pulau Pinang dan Selangor. Ini negeri-negeri besar, negeri-negeri yang sudah berjaya lama, negeri-negeri yang ekonominya tinggi, kita duk di bawah daripada mereka dengan Selangor pun kita hanya RM200 juta saja kurang, saya sebut tadi. Sebenarnya nilai pelaburan Kedah 2022 adalah melebihi dari sasaran purata kita RM10 bilion yang kita sasarkan setahun dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035, kita capai sasaran. Mengenai KHTP, disebut oleh Bandar Baharu dan juga lain-lain ADUN, KHTP ‘is a three the crown jewel of Kedah for investment and manufacturing’ dan Langkawi ‘is the crown jewel of Kedah dalam pelancongan. Kita ada dua ‘crown jewel’, kalau kita buat betul-betul kita akan menjadi negeri yang termaju di Malaysia, InsyaAllah. Kulim Hi-Tech Park ini dari tahun 1996 sehingga sekarang jumlah pelaburan dia YB. Dato’ Speaker, ialah RM126.6 bilion. Bukan kecil, bukan lama tera mana pun, 20 tahun lebih saja, memang hebat hebat kita mesti terima yang ni dan KHTP menyumbang 15% kepada KDNK Negeri Kedah. Bayangkan 15%, kalau RM100 juta ertinya RM15 bilion dan industri pembuatan menyumbang 30% kepada ekonomi Negeri Kedah. Cabaran utama sekarang ialah bekalan tanah disentuh oleh YB. Anak Bukit dan Bandar Baharu. Kenapa dia jadi begini saya nak kena cerita sejarah ni. Kenapa ia jadi begini? Saya nak kena cerita sejarah kenapa ia jadi begini, tak patut jadi macam ni. Pertamanya kita terlepas peluang untuk mengambil alih tanah untuk pembesaran KHTP dalam Rancangan Malaysia Ke-11. 5 tahun seekar tanah pun kita tak dapat, selalunya kita dapat peruntukan Kerajaan Pusat sama ada pinjaman ataupun geran. Tak dapat, 5 tahun tak dak apa-apa. Permohonan Pengerusi KTPC pada ketika itu untuk RMK-11, RM 217.8 juta pada tahun 2015 untuk Fasa 5, 500 ekar ditolak oleh MOF (Kementeran Kewangan Malaysia).

Sebab apa tolak saya tak taulah, pi la tanya. Tapi pengurusan sekarang ini saya tau, tolak dia pi balik dengan CEO sekarang ni. Kadang-kadang dia ajak saya sama pi. Haa…itulah sebabnya. Mengambil iktibar dari kegagalan-kegagalan RMK-11, pihak pengurusan KTPC dengan sokongan dan penglibatan lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar telah berjaya mendapatkan kelulusan MOF dalam RMK-12 dengan pinjaman RM195 juta untuk pembangunan 445 ekar tanah untuk Fasa 5. Kini di peringkat akhir siasatan tanah di mana kerja infrastruktur dijangka akan dimulakan tahun ini, InsyaAllah. Seterusnya sementara menunggu untuk mendapatkan peruntukan Kerajaan Pusat dalam RMK-12, pihak KTPC dengan kelulusan lembaga pengarah, yang ni YB. Bandar Baharu pun ada pada masa itu, telah mengambil langkah positif menggunakan ‘internal fund’, tak pernah berlaku KTPC guna ‘internal fund’. Nak guna ‘internal fund’ apa, duit tak dak pada masa itu, tak macam sekarang ini duit banyak. Jadi kita ambil langkah itu, RM250 juta kita nak beli tanah Sime Darby Plantation 425 ekar untuk Fasa 4A. Setelah proses-proses, duit cengkeram bayar, dia mai hantar, dipanggil ‘judicial review’ (semakan kehakiman) dan ‘court injunction’, tak boleh buat apa. Sebenarnya dia nak harga tanah lebih tinggi, bukan dia tak mau bagi. Dia tau tempat tu dah maju. Tempat tu maju bukan kerana Sime Darby, tempat tu maju kerana Kulim Hi-Tech Park, kerana KTPC, kerana Kerajaan Negeri Kedah. 245 ekar pun tak boleh bagi, apa jenis syarikat. Saya dalam Parlimen baru-baru ini semasa ucapan Menteri MITI saya bangun, saya minta YB. Menteri untuk bawa perkara ini, Sime Darby Plantarion punya isu ke dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Dia ka, “yes! Saya akan bawa”. Kita tak boleh duduk diam, itu cara dia kita duk buat bukan tak dapat RMK-11 senyap. YB. Dato’ Speaker, kena bagi panjang lagi masa, saya last ni, kesian kat saya.

Speaker

Ada lagi 6 minit!

YAB. Kata ok. Saya nak perabis ni. KTPC tak berpeluk tubuh…duk saja, tak dapat nak buat macam mana? Tidaaakk…KTPC yang sekarang ini berlainan, dia tak dak berpeluk tubuh mengenangkan nasib, usaha gigih diteruskan. Tanah tersepit tang nu tang ni, ‘pocket land’ 37 ekar dipajak kepada pelabur, 14 unit kilang berkembar untuk SME Park sedang dalam pembinaan. Dijangka siap dalam masa terdekat.

Untuk KHTP juga saya ingin menyentuh perkara-perkara lain yang disebut oleh Bandar Baharu. Pertamanya mengenai master plan KHTP 2. Cadangan perluasan tambahan 7,299 ekar menjadikan jumlah keseluruhan 12,128 ekar telah diluluskan pada tahun 2017. Tapi lulus saja, duit tak dak. Takkan Kerajaan Pusat nak bagi duit bilion-bilion kat kita, negeri lain pun hendak juga. Tak jadi apa, RMK-11 pun terlepas 500 ekar, tak dapat apa-apa sungguhpun kita dah buat ‘master plan’. Usaha dilakukan untuk pengambilan tanah seluas 1,000 ekar, sedang berjalan sekarang ini, pasal kita ada duit kita boleh buatlah benda ni untuk kita beli tanah bukan Sime Darby Plantation tetapi plantation yang lain untuk memastikan KHTP terus berdaya maju. Mengenai Aspen Glove, pasal apa bawa masuk Aspen Glove ni, dia bukan teknologi tinggi. Aspen Glove ini sebenarnya dia terlibat dalam industri peralatan perubatan, mengeluarkan sarung tangan pembedahan getah nitrile dan getah asli. Ia bukan biasa-biasa punya. Pemilihan aspek adalah kerana ia sektor industri dipromosi ataupun ‘promoted industry’ bagi peranti perubatan. Ia selaras dengan keperluan dunia ketika itu covid-19. Yang ni pun MIDA bersetuju untuk kita terima mereka. Ada kilang yang bukan hi-tech diterima KHTP contohnya Eva Best Biotech pada tahun 2018. Sebenarnya ni memanglah kilang buat makanan tapi dia ada biotech teknologi dan ia juga ada kerjasama buat reaserch development dengan USM dalam bidang biotech ni, sebab tu kita bagi. Tapi dia mintak nak sambung beli tanah lagi nak perbesarkan kilang kita tak dak dah tanah. Jadi, dia buat keputusan perge ke Selangor dan melabur di sana RM400 juta. Ahli-ahli YB. Sekalian, KTPC disaran membuat penyusunan semula ‘this is an ongoing strategy’ YB. Dato’ Spekaer (dengan izin). Baru-baru ini perancangan strategik 5 tahun KTPC telah diluluskan oleh lembaga pengarah. Rumusan mengenai KTPC, ‘so far the best management team ever’ pernah saya lihat. Kalau tak percaya tanya pengerusi dia, Yang Amat Berhormat kita, ‘the best’. Tidak pernah KTPC membuat untung sampai RM100 juta 2 tahun berturut-turut. Saya duduk dalam lembaga pengarah tu lama dari tahun 2013, RM20 juta, RM30 juta, kali RM100 juta 2 tahun berturut-turut. Sebab tu kita boleh pi sembang dengan ladang-ladang ni, kita nak beli tanah dengan duit kita sendiri kalau hampa tak mau tolong, tapi dengan Kerajaan Pusat kita mintak juga la. Bukannya dia rugi, dia pun untung. Setakat ini sedang berjalan KTPC, 11 pelabur sedang membina kilang dengan pelaburan RM34.8 bilion akan mewujudkan 11,000 lebih pekerjaan, banyak. Ada lagi YB. Dato’ Speaker, nipis saja, nipis. Tadi tebal, sekarang ni tinggal nipis dah. Tapi dengan ucapan ni nak buka muka surat pun jadi lambat.

Speaker

Saya pun tengok buku tu habis dah tu.

Jangan duk kacau sangat, jangan duk kacau. Mengenai STEM saya nak sebut satu sahaja. Perancangan dan strategi pelaksanaan STEM amat penting untuk masa depan khususnya Kedah. Usaha ke arah menjayakan matlamat STEM perlu diteruskan dengan lebih gigih dan diperkasakan lagi. Perancangan dan pelaksanaan STEM di Kedah melalui FDI telah membuahkan hasih yang amat menggalakkan YB. Dato’ Speaker. Pada awal Februari 2023, Sekolah Menengah Sains Sultan Muhamad Jiwa… Siapa alumni sekolah ni? YAB. Jeneri alumni… kira boleh tahan juga YAB. Jeneri, sekolah menengah sains ni. Sungai Petani telah mendapat keempat daripada 28 finalis dalam pertandingan Enovasi Sains dan Teknoli dan Kejuruteraan 2023 peringkat kebangsaan dan pelajar-pelajar ini akan mewakili negara di pertandingan Regeneron International Science and Engineering Fair di Dallas, United State. Jangan main dengan budak-budak Kedah ni, Sekolah Sains Muhamad Jiwa pulak. Ni kena penaik lagi lah sebab bos kita. Dalam pertandingan pilampik, macam olampik orang lari tu la YB. Dato’ Speaker pada tahun 2022 di peringkat kebangsaan pasukan pelajar-pelajar telah memenangi 13 hadiah daripada sejumlah 25 pertandingan, lebih separuh orang Kedah dapat YAB. Dato’ Seri. Bukan kita buat ni tak dak hasil, kita buat ada hasil, tapi lepas ni siapa jaga teruskanlah jangan duk berhenti pulak. Tu nak habaq ni, kalau tidak kecewa kita duk Parlimen tengok-tengok, apa ni, tak dak apa berjalan.

Speaker

YB. Guar Chempedak, masa sebenar sudah tamat!

5 minit saja!

Speaker

2 minit!

Aish! Berkira sampai macam tu. Ni saya nak jawab yang KHTP…..(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Bertulis boleh?

Siapa tanya KHTP? Saya boleh bagi kepada YB. Jitra kalau tambah 5 minit saya bagi.

Takkan tak boleh, satu soalan saja.

Speaker

2 minit!

2 minit tak boleh lah. Pasal KHTP ni, pasala KHTP ni ya? Status sekarang Fasa IA 240 ekar. Sudah ada 513 syarikat, dia buat pajakan. Syarikat-syarikat itu ialah syarikat kilang luar, gudang 4, logistik 5, sewaan dan seterusnya. Nak habis dah, saya nak bagi ucapan terakhir….(YB. Jitra mencelah)

Saya cuma nak menyokong saja YB. Dato’ Speaker, bukan nak bagi nasihat.

Kita nak bangunkan lagi ‘smart park’, industry park di Gurun, YAB. Dato’ Seri pun tahu, kita dah lulus perancangan untuk ‘zoning’ dan smart park Gurun ini memang tempat yang strategik, kita akan adakan industri solar komponen untuk salar farm dan panel dan lain-lain indstri termasuk hi-tech, elektrikal, elektronik dan juga green solar panel dalam group top semua kilang-kilang. Saya tak mau cerita, ada 8 ni. ‘Moving forword’ (dengan izin) YB. Dato’ Speaker, Kedah berpotensi besar untuk cemerlang dalam bidang….(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

YB. Guar Chempedak, tak pa saya tambah lagi masa. Bagi….

Haaa…. Macam tu boleeehhh…Kalau tidak tak dak chance!

Saya nak membantu sebenarnya. Saya tekun mendengar penjelasan daripada YB. Guar Chempedak tadi berkenaan dengan jumlah pelaburan yang masuk di Taman Teknologi Tinggi Kulim. Angka yang saya berikan dulu agaknya silap lah kalau bila YB. Guar Chempedak menjelaskan tadi RM126 bilion, kalau tak silap yang telah dilaburkan, satu angka yang sangat membanggakan begitu tinggi. Jadi, soalan saya ialah adakah kita tahu berapa banyak cukai yang dibayar oleh pelabur-pelabur ini termasuklah yang makan gaji di KHTP ini yang dimanfaatkan oleh Kerajaan Persekutuan supaya kalau kita tahu angka itu bolehlah membantu untuk kita meyakinkan Kerajaan Persekutuan untuk melabur di Kedah. Nak beli tanah takkan tak boleh mohon, jadi dia nampak pulangan tu sebagai satu yang berbaloi untuk Kerajaan Pusat.

YB. Dato’ Speaker, respon kepada persoalan Jitra. Pertama saya nak sebut kepada YB. Jitra, kita semualah cukup termakan budi dan cukup terima kasih kepada ayahanda YB. Jitra, orang yang bertanggungjawab menubuhkan Kulim Hi-Tech Park. Kalau tak kerana beliau tak jadi, beliau sendiri Pengerusi Jawatankuasa itu. Kalau negeri lain nak buat setakat menteri dia tak jadi. Mengenai ‘income tax’ semua sekala lah, ‘everage’ dia YB. Jitra ‘RM1 billion a year’ korporat dan individu yang kita berikan kepada Kerajaan Pusat. Jadi kalau setakat dua tiga juta patut mereka beri terus kepada kita, toksah duk fikir-fikir panjang, pasal banyak benda yang depa dapat daripada kita. Saya juga nak sebut tadi pasal YB. Pengkalan Kundor dia kata, GDP perkapita Perlis bagus daripada kita. Ish! Saya ada data ni, Kedah RM23,575, Perlis RM21,000. Tapi yang saya sebut ini ialah sebenarnya kita ni Kedah Perlis, Kelantan, Kedah ni Kerajaan Pusat kena bagi banyak peruntukan terutama pembangunan. Negeri-negeri lain seperti Sarawak duk bagi berbilion-bilion tu, dia dah masuk negeri maju, ‘above national everage RM47,000, Sarawak ni RM65,971 perkapita ‘income’. Tetapi oleh kerana negerinya besar, berselerak rata, pedalaman banyak yang perlu dibuat infrastuktur, dia dapat. Kita nak ke ‘fight’ habis-habisan untuk bawa peruntukan pembangunan Negeri Kedah. Kita ni negeri miskin, dah la bukanlah miskin, berada juga, orang lain pula ambil DGP kita. YB. Dato’ Speaker tau sapadia? Pulau Pinang! Kita buat barang di Kedah Kulim Hi-Tech bilion-bilion kita hantar masuk pi kapal, Kastam duk situ dia masuk Penang punya ‘figures’. Penang ni nampak banyak hal ni dengan kita ni.

Speaker

YB. Guar Chempedak, sila buat penutup! Sat lagi dia kena macam YB. Tokai jugak.

Saya ni duduk sebelah YAB. Dato’ Seri MB, dia pun tak kata apa pun, dia kata “tak pa, cakap lama mana pun asalkan itu benda baik untuk negeri”.

Speaker

Tolong buat penutup!

Ok. Ucapan penggulungan saya kali ini adalah terakhir bagi saya. Saya berkhidmat di Negeri Kedah sejak 2001 sebagai Pengarah Urusan Bina Darul Aman, selepas itu ke Taiwan sebagai di Head Omission di Factor Ambassador sehingga 2007. Selepas tu dengan izin Allah s.w.t saya amat bersyukur saya kembali di Kedah dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada 2008 tapi saya duk sbelah sana, majoriti duduk di sebelah sini dulu ni. Tapi tak apa, tak ada masalah kita kerja macam biasa kita berkawan macam biasa dan saya menjadi ADUN campur dengan Bina Darul Aman saya dah berkhidmat di Kedah ni dah 20 tahun. InsyaAllah jadi Ahli Parlimen Kubang Pasu saya akan terus memberi khidmat bakti saya yang terbaik untuk negeri yang saya cintai ini. Di kesempatan yang amat berharga ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pertamanya YAB. Menteri Besar, Jeneri, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah, Bekas Menteri Besar, YB. Jitra yang memberikan peluang kepada saya untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri, 8 tahun sehingga hari ini dan saya amat berterima kasih dan mengenang budi semua yang memberikan peluang kepada saya untuk melaksanakan tugas. Juga kepada semua pegawai-pegawai kerajaan negeri, state secretary yang ada sekarang dan bekas-bekas state secretary, SFO dan juga bekas SFO, PTG pun yang dulu dan sekarang, pegawai-pegawai daerah, Yang Dipertua Perbandaran dan daerah-daerah, semua ini tolong saya dalam pelaburan, Datuk Bandar Alor Setar, dan bekas-bekas Datuk Bandar dan semuanya yang telah secara langsung dan tidak langsung membantu saya melaksanakan tugas saya dengan baik. Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, JKR, Pengarah JKR, Pengarah JAS, Pengarah Kesihatan, Pengarah Bomba, ICU. Pengarah Kesihatan ni penting semasa pandemik covid-19 banyak tolong saya, habis kilang kena tutup. Syarikat ni semua mai jumpa saya ‘qeyau’, bila nak buka depa tak habaq. Depa tutup, nak buka tak habaq. Minta tolonglah Pengarah Kesihatan, tolonglah PDRM, minta tolong semualah dan saya mendapat kerjasama dan pertolongan yang amat baik. Saya mohon maaf banyak-banyak kalau ada salah dan silap saya selama saya berkhidmat sebagai ADUN dan Exco Kerajaan Negeri.

Apa juga yang kita buat yang baik datang daripada Allah s.w.t yang tidak baik itu adalah tanggungjawab kita sendiri. Saya dengan ini menyokong titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada YB. Guar Chempedak. Sekarang saya menjemput YAB. Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang BerhormatAhli-ahli Exco, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ketua-ketua jabatan agensi negeri dan Persekutuan. Terima kasih kerana dijemput untuk turut terlibat dalam perbahasan dan giliran saya ini untuk buat penggulungan. Mungkinlah penggulungan ini pegunungan yang terakhir di Dewan bagi penggal ini, saya harap ada peluang lagi untuk berkhidmat di sini pada lepas PRN (Pilihan Raya Negeri) nanti lah. PRN nanti InsyaAllah akan diadakan sekitar bulan Julai atau Ogos. Jadi, pakat-pakat ‘ready’lah siapa-siapa nak bertanding nak jadi ADUN lagi, siapa yang dah jadi Ahli Parlimen tu tak payahlah (sambil ketawa). YB. Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, dalam urusan kerajaan sama dengan urusan perniagaan pun ada perkara yang menjadi rahsia kerajaan dirahsiakanlah, apa yang boleh diumumkan, diumumkanlah. Tidak bolehlah kita melayani semua permintaan orang ramai untuk mengetahui semua urusan. Kalau tidak tak guna ada Akta Rahsia, Akta Sulit Tak Sulit, semua kan, apa yang tak culik boleh disebutkan. Ada orang sebut saya membocorkan mesyuarat bersama Perdana Menteri. Saya pun tak tau apa yang dibocorkan, polis mai jumpa saya apa yang saya bocorkan tengok transkrip, dia kata, “tak dak apa pun”. Tak dak apa macam mana kata saya bocor? Saya pun hairan. Lepas tu adalah orang mai sebut dalam Dewan ni saya membocorkan mesyuarat dengan Perdana Menteri. Apadia yang saya sebut, YB. Pengkalan Kundor kata saya bocorkan Mesyuarat dengan Perdana Menteri. Tak dak apa pun saya sebut, saya berceramah di Selangor saya kata, Perdana Menteri membentangkan sendiri yang sepatutnya dibentangkan oleh pegawai-pegawai. Biasanya SUB ataupun KKSU atau KSU yang akan membentangkan ‘paper-paper’ dalam mesyuarat PM dan Menteri-menteri Besar. Tapi hari itu oleh kerana KSU tak dak lagi, jadi PM bentang sendiri jadi saya cerita lah PM bentang sendiri. Takkan hat tu bocor? Itu bukan perkara sulit. Siapa yang bentang tidak di’classified’, maklumat bukan ’classified’. Oleh kerana mereka tak dak modal, hat tu jadi modal jugaaakkk. Saya berasa sedihlah dengan depa ni. Berkenaan dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan di sini dan di sana kebanyakannya telah digulung Ahli-ahli Yang Berhormat Exco-Exco. Saya diambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Exco yang telah berkhidmat dengan baik sepanjang kita jadi kerajaan ini, orang kata kita “tebuk atap” lah, masuk pintu belakang lah, macam-macam tapi ternyata mujur kita ambil alih kerajaan ni, kalau tidak, mampuih! YB. Suka Menanti, perangai dia apa yang baik semua diambil kat dia, semua dia buat, duk tengok dia habaq, migrasi dia selesai zaman dia, padahal 3 Mac 2021 baru selesai proses migrasi. 3 Mac 2021 dia duduk di sebelah sana.

Sepanjang dia duk sebelah sini jaga air, saya tanya dia tiga kali Sidang DUN berkenaan air, nak ambil alih dak AUI, dia tak berani jawab, sekali tak jawab soalan saya berkenaan bekalan air. Hari ni ‘claim’ kat dia semua, semua hat benda baik semua dia buat, semua benda buruk semua bagi kat orang. Semalam dia buat tiktok, oleh kerana banyaknya pelaburan masuk ke Kedah ini dia habaq, “terima kasih MIDA”, kerajaan negeri dia tak iktiraf langsung. Bila hat elok longgok kat kita semua, bila hat buruk bagi kat orang lain, hat ni manusia… saya tak tahulah, nak sebut nama apa tapi mungkinlah karaktor dia jenis. Isu geran dan pinjaman LRA ini bermula sejak tahun 2010. Apabila dibuat Akta Wasia 2006, dibuat Enakmen Syarikat Pengganti ditubuhkan SADA pada 2010 maka bermulalah proses panjang ini sampai dah diselesaikan zaman kita. Tak bolehlah hat dulu pun ambil kat kita, hat kemudian pun ambil kat kita, dak! Saya ucap terima kasih kepada semua pemimpin-pemimpin yang berada dalam kerajaan ini yang telah bertungkus-lumus sejak 2010 untuk menyelesaikan isu bekalan air di Negeri Kedah. Saya tak ambil kat saya semua walaupun kebanyakannya berlaku di zaman saya, tapi saya tak kata saya seorang saja yang buat. Dak! Berlaku sejak 2010 termasuklah YB. Alor Mengkudu yang masa tu jadi ‘board’ juga dalam SADA, termasuk YB. Pengkalan Kundor pada masa itu ada dalam kerajaan. Semua tu terbabit dalam apa yang telah kita jalani sekarang ini. Jangan nafikan kerja orang, sebab itu kita tak boleh buat ‘scrape off’, YB. Anak Bukit pun banyak sampai teriak-teriak buat kerja. Saya ucapkan terima kasih, tak bolehlah ambil hak elok kita semua, kan? Bagus tak buat ‘scrape off’ dan kita tak lemparkan keburukan kepada orang untuk kita menjadi mulia. Kita jadi mulia kerana kerja buat kita, bukan kerana orang buruk. Kalau ada usaha untuk memburukkan orang supaya kita menjadi mulia, itu tak ‘genuine’, akhirnya orang akan tau. Tarif air dinaikkan, dia buat soalan seolah-olah ada tarif air dinaikkan. Sekarang ni Kerajaan Persekutuan telah menetapkan satu mekanisme Penetapan Tarif Air Kebangsaan, hanya Kerajaan Pusat boleh menentukan satu mekanisme saja seluruh negara kalau berlaku kenaikan tarif air, sama dengan tarif TNB yang telah dinaikkan baru-baru ini dipilih sektor komersial untuk diletakkan beban lebih sikit kepada sektor domestik tapi saya telah bercakap mewakili operator-operator di seluruh negara apabila tarif TNB turut dikenakan kepada operator-operator air, SADA saja tanggung RM118 juta setahun untuk bil elektrik, tak dak diskaun langsung. Jadi bila dinaikkan lagi 20% kepada SADA, semua operator air seluruh negara ini akan ‘bankrupt’ kerana kena bayar tarif air yang mahal. Saya dah bercakap dengan menteri yang bertanggungjawab baru-baru ini dia kata, “dalam tempoh 6 bulan ni dia akan ‘review’ untuk mengecualikan syarikat-syarikat utiliti seperti SADA ini daripada kenaikan tarif”.

Saya nak maklum juga di Dewan yang mulia ini apabila dia kata dia buat semua. Zaman YB. Suka Menanti jadi Exco Air, SADA telah mencatat kerugian RM36 juta 2019, akaun beraudit RM36 juta rugi! SADA ni dia kena ‘generate’ untung walaupun kita ada berlaku masalah air di sana sini. Tetapi SADA apa jadi sekali pun dia mesti catat untung pasal semua beban bekalan air, hutang bekalan air RM1.9 billion semua dilonggok ke atas SADA, dia yang kena bayar. Sekarang ini dah disusun 45 tahun dia kena bayar RM45 juta setahun. Kalau dia tak untung dia nak bayar dengan apa? Jadi, SADA kena untung. Tapi zaman YB. Suka Menanti jaga dia rugi RM36 juta. Bukan itu saja, akaun tetap kita ada simpanan tetap di bank, dicairkan daripada RM100 juta kita simpan dicairkan RM35 juta tinggal RM65 juta. Sekarang kita kumpulkan balik simpanan tetap di bank naik balik RM80 juta, ini zaman kita. Kalau saya habaq semua jenuh lari. Pengambilalihan dua konsesi AUI di Pelubang dan juga di Langkawi, Taliwork, ini akan mati pada 2020. Itu yang saya ulang soalan tu dia tak berani menjawab tapi bila kita ambil alih kerajaan, kita buat keputusan yang tuntas kita akan ambil alih memang ada keuntungan daripada pengambilalihan AUI kita untung RM1.5 juta daripada pengambilalihan Taliwork kita untung RM250 ribu. Bukan kita ambil alih loji sahaja tetapi kita ambil sekali dengan kakitangan depa, semua tu boleh kerja balik di loji itu dan kita catat untung. Dengan keuntungan itulah kita mula catat balik tahun 2020 untung RM100 ribu lebih, RM149 ribu, tahun 2021 SADA mula catat untung semula melalui penjimatan sebanyak RM29 juta, tahun 2022 ni akan dibentangkan tidak lama lagi dalam Lembaga Pengarah dekat-dekat RM40 juta untung SADA. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, daripada angka-angka fakta-fakta ini kita dapat lihat dan kita dapat tunjukkan bahawa siapa yang lebih pentadbiran kalau nak ikut daripada fakta-fakta yang saya sebutkan tadi. Nak baca usul dulu ka macam mana? Yang Berhormat Dato' Speaker saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a) dan dibaca dengan ‘provisor’ di bawah Peraturan 12 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang pada tengahari ini diteruskan sehingga selesai aturcara Dewan.

YB. Dato’ Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Usul diterima.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tu agak-agak sampai pukul berapa?

Speaker

Kita cubalah habis sebelum pukul 2.00!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

InsyaAllah, saya akan pendekkan. Saya rasa hari ini orang nak dengar pasal KXp saja, pasal KXP agak panas, orang lain tak boleh jawab saya saja boleh jawab. Hubungan dengan Pulau Pinang pun saya ada kronologi yang panjang, satu fail saya kena baca. Boleh baca lah tapi saya rasa itu akan dijawab pada forum yang lain. Sungai Tiang tadi disebut sakit oleh YB. Tokai pasal dia pertikai kita bagi geran di Paya Serdang. Paya Serdang ni ada pemohon 500 orang lebih, semua kaum ada di situ, Melayu ada, Siam ada dan dikatakan tanah itu akan terlibat dengan Projek Jeniang Transfer. Kita pun tak tau laluan Jeniang Transfer ni sebab dia nak buat ‘tunnel’. Jeniang Transfer ni. Fasa 1 dia buat belat di Kuala Ruman dalam DUN Jeneri, Fasa 2 buat ‘tunnel’. ‘tunnel’. ini akan memindahkan air Sungai Muda ke Pendang untuk masuk ke kawasan MADA. Bukan nak buat empangan pun Jeniang Transfer Fasa 2, ‘tunnel’. inilah yang akan jadi ‘stor’ air. Jadi kalau kita nak tunggu Jeniang Transfer ni sampai dia jadi selesai, 500 orang yang usahakan tanah tu nak pi mana? Lebih baik kita bagi depa geran, depa tu rakyat kita. Saya kata, keutamaan kita ialah rakyat, kalau siapa nak buat projek di Kedah ni lah, nak tanam padi, nak banyakkan hasil padi, orang Kedah bukan makan banyak tu, padi kita ni untuk negara. Kalau kepentingan negara, kepentingan rakyat Kedah perlu diutamakan, bagi depa geran dulu. Kalau berlaku pengambilan, depa dapat pampasan. Kalaulah depa tak ada geran, berlaku pengambilan di tapak tu, dia nak pi kerja tang mana, dia nak pi duk di mana, nak pi buat bendang tang mana? Saya duk fikir 500 orang ni kita nak pi letak di mana? Oleh kerana kita nak bagi laluan kepada Jeniang Transfer Fasa 2, projek besar, saya tak taulah projek tu siapa dapat, saya tak tau. Fasa 1 saya tak tau, Fasa 2 saya tak tau. Tapi bila nak lalu situ ada kepentingan orang duk buat bendang di situ bagi depa geran nanti depa boleh dapat pampasan, dengan pampasan itu depa pi cari tanah lain, boleh beli buat bendang balik. Kalau tak dapat pampasan? Saya rasa dasar ini dasar yang tak betul, kena utamakan rakyat dulu barulah beri laluan kepada projek. Projek pun boleh berjalan, orang sini pun selamat harta benda dia yang diusahakan berpuluh-puluh tahun lamanya. Ada 40 tahun kan YB. Merbau Pulas? 40 tahun lebih usaha, takkanlah kita tak bagi geran dekat dia kerana nak bagi laluan projek tu jadi murah. Projek murah pun penting tapi kehidupan rakyat lebih penting daripada itu.

KXP, mari aku ceritakan satu persatu. Saya duk ulang ayat tu kan na? Saya ucapkan terima kasih kepada semua para pemimpin, para pegawai kerajaan yang telah mengusahakan KXP ini pada 2013. Bukan zaman saya saja, daripada 2013, saya dah sebutkan sedikit tadi dalam jawapan soalan di sebelah pagi, sejak 2015 ada 5 kajian kebolehlaksanaan, ada 3 komponen Airport City Business Park, Sidam Logistics Alor Setar and Manufacturing akan dibangunkan oleh NCIA. Keutamaan kita ialah Terminal Kargo sekarang ini diubah konsep ini selepas kita dapat komen yang terlalu menyakitkan daripada Pulau Pinang. Semua yang kita nak buat dalam Kedah ni semua dia komen, hat ni tak boleh, hat tu tak boleh, Ulu Muda tak boleh, sungai tak boleh, dia kata hak ni pun tepi sungai esok air… Dia kacau semua. Negeri Kedah ni negeri berdaulat, ada kerajaan, ada sultan, ada rakyat, ada undang-undang. Hang kacau apa? Saya tak sebut pun pasal Pulau Pinang, tapi bila komen dia terlalu banyak tentang usaha-usaha kita untuk membangunkan negeri kita, saya pun sebut perkara yang sama lah, “hang tu negeri pajakan”. Saya bukan mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan, 167(7) ada orang cakap dalam Dewan ni bagi pihak Pulau Pinang, saya tahu siapa. Dia jadi ADUN di Kedah tapi bercakap bagi pihak Pulau Pinang. Terima kasihlah, bagi orang kenai saja. 1 hingga 29 September 2013, satu makmal Transformasi Kedah bagi sektor Kerja Raya diadakan di mana platform ini mendapati bahawa terdapat keperluan untuk membina sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di utara tanah air. 2013, masa tu saya pun muda lagi, tak kahwin lagi… yang kedua lah. Disember, surat daripada YAB. Menteri Besar kepada YAB. Perdana Menteri untuk cadangan pembinaan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan 2 projek lain dibentang dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi. Haaa… 2013 lagi ada dah, dah tak baca fail! Kata tak mohon. 2 September 2014 pembentangan cadangan pembinaan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. 8 September 2014, pembentangan cadangan pembinaan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia. 11 mei 2015, Mesyuarat ‘Kickoff’ mengenai kajian pembangunan bagi cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa baru di utara Malaysia diadakan di EPU, Jabatan Perdana Menteri. KPMG telah dilantik oleh JPM untuk melaksanakan kajian. 29 Mei 2015 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 1/2015 mengenai kajian pembangunan bagi cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa baru di Utara Malaysia diadakan di EPU, Jabatan Perdana Menteri, KPMG telah membentangkan ‘inception report’. 4 Jun 2015, Bengkel ‘Introductory Briefing and Group Interviews’ bagi Kajian Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Baru di Utara Malaysia. 16 Jun 2015, pembentangan draf laporan akhir kajian komponen pelengkap kepada projek KXP kepada UPEN Kedah oleh KLIA Consultancy Services Sdn. Bhd., KLIA Consultancy Services ini adalah perunding yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Jun 2015, sesi pembentangan KXP kepada perunding KPMG dan sesi perkongsian maklumat oleh agensi di Kedah dan seterusnya lawatan ke tapak cadangan projek. Oktober 2015, Bengkel Strategik bersama pihak berkepentingan bagi kajian pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa baru di utara Semenanjung Malaysia diadakan di Hotel Marriott Putrajaya. Tujuan bengkel untuk menilai pilihan-pilihan atau ‘option’ di dalam kajian yang telah dikemukakan oleh KPMG. Bengkel tersebut merumuskan seperti berikut; lapangan terbang di Langkawi, Alor Setar dan Ipoh akan menjadi ‘standalone airport’ dengan perkembangan dan kemajuan yang tersendiri. Yang kedua, ‘option’ yang akan dikaji secara terperinci adalah ‘option’ 5, KXP akan menjadi hab bagi wilayah utara dan Penang akan dinaik taraf sehingga 10 juta penumpang setahun. Ni dah ada keputusan, ‘option’ 8 Penang Airport akan terus menjadi hab bagi wilayah utara dan KXP akan menjadi pelengkap kepada Penang Airport. Tahun 2015 dah sebut dah. November 2015, Draf Laporan Akhir dibentang oleh pihak KPMG kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 3 mengenai kajian pembangunan bagi Cadangan Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Baru di Utara Malaysia diadakan di EPU, Jabatan Perdana Menteri, Jawatankuasa bersetuju menerima draf laporan akhir berkenaan. Disember 2015, laporan akhir kajian pembangunan bagi Cadangan Pembangunan Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Baru di Utara Malaysia telah dibentang oleh KPMG kepada Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia. 1 Mac 2016, kunjungan hormat Datuk Haji Tajul Urus Mat Zain, Exco Pengangkutan ke atas Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Dalam pertemuan tersebut, dimaklumkan beberapa mesyuarat susulan mengenai cadangan KXP telah diadakan melibatkan agensi berkaitan, EPU, MOT, MAHB dan NCIA selepas kajian dibentang kepada ‘economic consul’. 10 Mac 2016, pembentangan kajian projek KXP KLIA Consultancy Services Sdn. Bhd., perunding yang dilantik oleh kerajaan negeri kepada Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Datuk Seri Abdul Wahid Omar meminta pihak EPU, MOT dan lain-lain agensi berkaitan mengambil kira kajian yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kedah dalam mesyuarat susulan di peringkat EU. Datuk Seri Abdul Wahid Omar turut memaklumkan bahawa cadangan pemindahan Pengkalan Tentera Udara Butterworth dan cadangan Projek KXP adalah dua cadangan yang berbeza dan tumpuan buat masa ni adalah cadangan projek KXP. Julai 2016, lawatan kunjungan rasmi ke atas YAB. Menteri Besar Kedah oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, Menteri Besar mengutarakan hasrat kerajaan negeri agar KXP diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan YB. Timbalan Menteri Kewangan akan bawa perkara tersebut kepada YB. Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Oktober 2016, surat daripada Menteri Besar Kedah kepada Perdana Menteri Malaysia memohon supaya cadangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa KXP dan 5 projek lain dimasukkan di dalam Bajet 2017. Oktober 2016, tarikhnya 24 haribulan surat daripada Ketua Pengarah EPU, nombor fail, ‘gedebuk gedebak’, ‘gedebuk gedebak’… (panjang) kepada YB. kepada SUK Kedah menyatakan projek KXP masih lagi di peringkat semakan kesesuaian berasaskan kajian yang dikemukakan oleh perunding dan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Januari 2017, surat Menteri Besar Kedah kepada Perdana Menteri Malaysia memohon supaya cadangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan 4 projek lain dipertimbangkan dan diluluskan oleh Persekutuan. 15 Jun 2017, sesi perbincangan antara NCIA, wakil kerajaan negeri, PBEN, KTPC dan pihak perunding KLIA Consultancy dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bertemu di EPU, Jabatan Perdana Menteri berkenaan dengan KXP. Mesyuarat cadangan pembangunan KXP bersama Dato' Alaudin Bin Haji Anwar, Timbalan Ketua Pengarah Sektoral Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di Bilik Mesyuarat Timbalan Ketua Pengarah Sektoral, EPU, Putrajaya dihadiri oleh NCIA, BPEN Kedah, MOT dan DCA, ni pada Julai 2017. 2017 lagi pada 5 Oktober taklimat teknikal cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Baru di Utara Malaysia kepada Ketua Pengarah DCA di bilik Mesyuarat KP DCA, Jabatan Penerbangan Malaysia, Putrajaya. November 2017, taklimat tertutup Kedah kepada Perdana Menteri Malaysia sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Kedah di Bilik Gerakan Negeri, Aras 6, Blok E, Wisma Darul Aman di mana kerajaan negeri meminta Perdana Menteri memberi keutamaan dan 5 projek lain termasuk KXP. Januari 2019, surat kepada Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB. Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kedah mengenai cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa di Sidam. Menerusi surat tersebut, dinyatakan surat jawapan daripada Menteri Kewangan Malaysia bertarikh 19 Disember 2018 kepada YAB. Perdana Menteri bahawa tiada halangan dan menyokong cadangan pembangunan KXP yang akan dibiayai secara pembiayaan swasta. 19 March 2019, Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah mengumunkan bahawa Kerajaan Persekutuan meluluskan 7 projek dan program impak tinggi di Kedah bernilai RM3.6 billion termasuk KXP. November 2019, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mesyuarat kali ke-22 bersetuju agar Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan pengambilan balik tanah bagi pembangunan Aerotropolis dengan ‘back to back agreement’ di antara kerajaan negeri dan pelabur swasta.

Januari 2020, permohonan pengambilan balik tanah bagi projek KXP ini dan lain-lain pembangunan yang berkaitan di Mukim Sidam Kiri, Mukim Sungai Petani dan Bandar Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Negeri Kedah Darul Aman telah diwartakan di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Februari 2020, surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MOF) telah dikemukakan bagi memohon peruntukan pengambilan balik tanah berbentuk pinjaman RM2.5 billion bagi tanah 9,800 ekar bagi maksud Pembangunan Kedah Aerotropolis, tapi ini dijawab tidak dapat dipertimbangkan. April 2020, surat kepada Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mengenai status pelaksanaan Cadangan Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman. 4 Jun, ni masuk zaman sayalah, surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan mengenai permohonan peruntukan RM2.5 billion bagi pengambilan tanah 9,841 ekar untuk maksud pengambilan balik tanah Daerah Kuala Muda, kita hantar pi. 6 Julai, surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan permohonan peruntukan RM2.5 billion bagi maksud pengambilan tanah itu tidak dapat dipertimbangkan. Januari hingga Julai 2020, permohonan dan kelulusan telah diperolehi dalam Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri SPC yang diurus seliakan oleh Pelan Malaysia. Jawatankuasa Kawal Selia MPFN dan Jawatankuasa Kerja MPFN. 13 Ogos, Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara MPFM Ke 35 Bilangan 2/2020, Projek KXP tidak dibentangkan kerana MOT belum bersedia. 21 Ogos, sesi libat urus kerajaan negeri dengan Kementerian Pengangkutan yang masing-masing diketuai oleh YAB. Datuk Seri… Aih! Saya lah… yang diketuai oleh saya dan Datuk Dr. Wee Ka Siong bagi mendapatkan kelulusan pembangunan projek, libat urus di MOT kita pi, ramai… 27 Oktober 2020, Masyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara MPFN Ke-36 Bilangan 3/2020 dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri memperolehi kelulusan dasar dengan 8 nasihat untuk dipatuhi bagi tujuan kelulusan akhir. 10 November 2020, surat keputusan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara MPFN yKe-36 tadi memaklumkan ulasan dan 8 nasihat yang perlu dipatuhi, surat menyatakan YB. Menteri MOT memaklumkan bahawa pihaknya MOT tidak pernah menghalang cadangan pembangunan ini dan tidak mahu dilihat sebagai menghalang pembangunan tersebut. MOT memberi jaminan bahawa kedua-dua cadangan lapangan terbang baharu iaitu di Negeri Pahang dan di Kedah akan diberi keutamaan di dalam kajian NASP (National Airport Strategic Plan) tersebut. 19 Januari 2021, dekat nak habis dah, surat Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan di item nombor 9, kementerian ini dimaklumkan bahawa pembangunan KXP akan dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta dan tidak melibatkan sebarang peruntukan Kerajaan

Pusat dalam hubungan ini setelah dipertimbangkan dan diberikan kelulusan sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat pihak kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembinaan projek termasuk menanggung semua kos pembangunan tersebut. 7 hingga 8 April, bengkel untuk Sesi Pembentangan Draf Laporan Akhir Pelan Induk Utama Bengkel diadakan di Star City Alor Setar dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan seperti MOT, CAAM, RMAF, NCIA dan lain-lain. 6 Julai 2021, ulasan Kementerian Pengangkutan berhubung pembangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan Kedah Aerotropolis semasa pembentangan oleh ADPI pada 7 dan 8 April. 9 Julai, surat KXP Airport City kepada MOT bahagian utara mengemukakan laporan daf cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan Kedah Aerotropolis untuk penilaian pandangan dan ulasan MOT.

30 September 2021, surat KXP Airport City kepada MOT bagian utara, ulasan untuk Draf Laporan Akhir Pelan Induk Utama oleh Perunding ADPI. 13 Oktober 2021, surat MOT kepada KXP Airport City ulasan untuk draf laporan akhir Pelan Induk utama oleh perunding ADPI. 21 November 2021, surat Menteri Besar Kedah kepada Perdana Menteri memohon supaya cadangan pembangunan Kedah Aerotropolis dipertimbang dan diluluskan oleh Persekutuan. 16 Disember 2021 libat urus bersama Unit Kerjasama Awam/Swasta Jabatan Perdana Menteri. 22 Disember libat urus bersama EPU Jabatan Perdana Menteri. 2 Januari 2022, surat daripada Menteri Besar Kedah kepada Perdana Menteri Malaysia mohon supaya cadangan pembangunan Kedah Aerotropolis dipertimbangkan dan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Ni pasal Perdana Menteri bertukar, hantar sekali lagi. Tu saya kata saya hantar 2 dah surat kepada Perdana Menteri, takkan kedua-dua bawa balik ke rumah kedua-dua fail tu, mesti ada di Pejabat Perdana Menteri…. Dah tak baca! Bila tak baca, dia merawit rata lah. 29 hingga 30 Mac 2022, bengkel mendapatkan ulasan terhadap Draf Laporan Pelan Induk Utama Kedah Aerotropolis. Bengkel diadakan di Hotel Raia Alor Setar dihadiri oleh agensi seperti MOT, CAAM, RMAF, NCIA dan lain-lain. Nampak dak YB. Dato’ Speaker? Agensi-agensi ni duk berjalan dari 2013, tapi bila menteri jadi menteri, tak tanya pegawai, tak tanya agensi, lepas tu buat ulasan ikut suka, nampak macam pegawai-pegawai tak buat kerja apa. Saya ada pegawai-pegawai kerajaan negeri ini, ada BPEN, ada SUK, ada KXP Airport City, ada PKNK, ada Lembaga Pengarah, buat macam-macam hari-hari, merah biji mata depa buat. Tapi jawapan menteri di Parlimen macam kita tak buat apa. Mana boleh biaq! Mesti dipertahankan kakitangan saya. Apa yang telah kita buat mesti kita tunjukkan. Jangan buat lebih kurang dekat kita… Mentang-mentang kita kerajaan negeri, orang miskin, depa buat lebih kurang, lepas tu depa kata kena “harmoni”.

Nak harmoni apa hampa duk peluku kepala aku. Harmoni mesti mai daripada kedua-dua belah pihak. Mana boleh dia suruh kita tunduk kepada benda-benda yang tak betul! Saya takkan tunduk dekat sapa pun kalau dia tak betul! Hampa mai! Mai! Sapa pun, kalau hampa tak betul sorry! Saya tak akan tunduk, saya akan bercakap benda betul sampai hampa terima. Kalau nak lawan, kita lawan sampai saya menang! Takkan aku lawan nak bagi aku kalah! Lawan mesti sampai menang.

Speaker

Lawan untuk kebaikan…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Dak! Memang untuk kebenaran ditegakkan, jangan ditindas-tindas kita kerana kita halus, jangan! Tebuan pun ‘ketit’ ooo… kalau tecepit! Katak kobok kalau tercepit dalam kasut pun dia kembong, inikan orang. Betuk katak kobok, hang pi try pijak dia duk dalam kasut, kembooong… Katak kobok, inikan orang. KPH Synergy, perunding kepada MOT Transmittal pada 7 April menghantar Laporan Pembangunan Kedah Aerotropolis ‘hardcopy’. Pembentangan Projek Pembangunan Kedah Aerotropolis kepada KXP Airport City oleh KXP dan konsultan kepada MOT Bahagian Utara. Mesyuarat fiadakan di MOT Putrajaya dan dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Udara MOT. Ni duk berjalan… Agensi, pegawai duk bertemu. Sesi-sesi yang melibatkan undang-undang berjalan, boleh menteri kata, “tak dak permohonan”. Sapa tak sakit? Pedih kita! Takkan oleh kerana dia duk dalam parti kita, dia jadi pimpinan kita, dia cakap tak betul, kita kata betul. Tak boleeehhh!! Hat orang pedih ni lagi lah tak boleh, dia jawab balik la. Haa… aku jawab balik hang tunggulah! Hang nak lari mana? Hang jawab aku dengaq, aku jawab hang dengaq. Kemudian 2 September 2022, pembentangan Projek Pembangunan Kedah Aerotropolis oleh KXP kepada perunding yang dilantik oleh MOT untuk National Airport Strategic Plan. Punya baiknya kita ni, kita lantik konsultan buat kajian untuk kita, EITA, macam-macam, konsultan peringkat antarabangsa punya kajian kita suruh depa buat, itu jadi ‘intelektual right’ kita, hak kita. Tapi oleh kerana kita nak tolong MOT, kita kata, “kami dah ada kajian, kami ada data, kami ada dapatan yang telah dihasilkan oleh konsultan yang kami dapat, kami nak kongsi dengan MOT supaya MOT tak payah buat banyak sangat kerja, NASP nanti boleh pakai data kami”. Baiknya kita. Dia kata kita tak mohon, siapa tak marah! Parti apa tak tau…

18 Januari, awal tahun ni, surat KXP Airport City kepada MOT Bahagian Utara mengemukakan Laporan Pelan Induk Utama Kedah Aerotropolis bagi mendapatkan ulasan persetujuan dan sokongan MOT. MPT Bahagian Utara menerima laporan ‘hardcopy’ pada 31 Januari 2023. 25 Januari, lepas pilihan raya dah, tukar kerajaan, tukar Perdana Menteri dah pun, surat kepada Menteri Besar Kedah kepada Perdana Menteri Malaysia memohon untuk mengadakan sesi taklimat berkenaan Projek Kedah Aerotropolis. Saya hantar 25 Januari, dia jawab dia baru terima surat saya dua tiga hari yang lepas. Oooiii… tiga bulan hantar pergi Kuala Lumpur, takkan kut… Pasal apa lama sangat baru baca surat saya, apa salah saya? Kan Pos Laju la ni, “hantar hari semalam sudah sampai….” (sambil ketawa). Pasal apa Perdana Menteri baru baca? Melalui siri-siri kronologi ini, permohonan serta Laporan Pembangunan Kedah Aerotropolis termasuk KXP telah pun dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan. Selain itu, telah banyak sesi libat urus telah dijalankan bersama agensi Kerajaan Persekutuan seperti MOT, CAAM, RMAF, NCIA dan lain-lain termasuk sesi libat urus dengan perunding yang dilantik oleh MOT untuk melaksanakan NASP. Aerodrome Operator Licence (LOL) hat ni teknikal sikitlah, mengikuti SOP, Aerodrome Operator Licence (LOL) mesti dipohon oleh Airport Operator. La ni airport tak siap lagi, operator pun tak dak, depa duk persoal kita tak mohon aerodrome. Aerodrome Licence ni kena dimohon oleh operator. Kita tak duduk lagi dia suruh bersila dah. Nak bersila lagu mana kita duk berdiri. Faham dak YB. Dato’ Speaker?

Speaker

Faham!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Haaa…Kena duduk dulu baru boleh kita bersila. Nak habaq lagutu lah, hampa tafsirlah sendiri. Airport Operator akan ditentukan oleh kerajaan negeri melalui SPV yang akan ditubuhkan bersama dengan pelabur. Negeri berhasrat menawarkan ‘first right of refusal’ kepada Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) sebagai operator. Hasrat kita, baiknya kita. Kerajaan negeri akan memohon melalui airport operator yang akan dilantik kelak, Aerodrome Operator Licence (LOL) tadi secara formal hanya boleh dikemukakan setelah mendapat kelulusan awal pihak Kerajaan Persekutuan, baru boleh mohon lesen tu. Depa duk persoal kita tak mohon lesen tu. Nak mohon lagu mana hang tak lulus-lulus! Lulus lah dulu. Kabinet, kertas cadangan permohonan Kedah Aerotropolis telah diserah kepada Perdana Menteri Ke-9 oleh kerajaan negeri melalui Menteri Besar Kedah.

Saya, saya bawa pi, saya bawa pi pada 23 November 2021. Perdana Menteri menyokong penuh kerana ia dilaksanakan melalui PFI dan konsep pembangunan berteraskan kargo dan MRO. Perdana Menteri meminta kertas kerja ini diangkat melalui Menteri EPU untuk tujuan kelulusan di Kabinet, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Kerajaan negeri menyalurkan maklumat bagi tujuan penyediaan kertas kabinet kepada agensi-agensi Persekutuan khususnya di UKAS untuk penelitian Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sebelum kerajaan negeri mengemukakan permohonan rasmi bagi tujuan memperoleh kelulusan penuh MPFN atau kabinet, kerajaan negeri telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri yang Ke-10 (PMX) sebanyak dua kali bagi tujuan pembentangan dan kelulusan. Dua kali bos, hantar surat, hari nak gulung tulah baru dia baca surat saya, hari nak gulung tulah barulah operator master developer baru telefon. Memerintah apa niii…? Dak! Saya hairan, lagu tu punya pemerintahan ada orang duk ‘defense’ dia, ada orang ‘defense’ atas alasan ni perpaduan la, Madani la apa semua. Ni kalau buat kerja tak betul tu bukan Madani, tu permaidani. Tak boleeehhh… Tuan-tuan sekalian, kalau salah dia boleh minta maaf. Tak dak minta maaf apa pun. Kita buat macam-macam dah seolah-olah Perdana Menteri menganggap Kedah ni ‘ceroi’, tak tau buat kerja. Dia kata swasta yang cadangkan tu SEK, dia kata SEK dah tarik diri SEK batalkan projek itu. Mana betul… Projek ni kerajaan negeri punya, SEK tu kita lantik pasal semasa RFP dia kemukakan keupayaan dia, kita terima dengan syarat sebelum tamat Akta Pengambilan Balik Tanah Seksyen 4 pada Januari hang mesti depositkan anggaran kos pengambilan balik tanah, kalau hang tak boleh, aku ‘terminate’ hang. Saya cakap macam tu. Depa kata kasar! Kasar apa? Sampai hasrat saya dengan tegas. Sampai tempoh dia gagal depositkan 125%. 125% ini bukan permintaan saya. ia permintaan undang-undang, Akta Pengambilan Balik Tanah. Anggaran kos katalah RM100 juta, dia kena deposit RM125 juta, 125% kehendak Akta Pengambilan Balik Tanah, bukan saya reka. Saya kata, RM2.3 billion, depa kata pakai hentam, bukan boleh hentam lagutu, JPPH pi buat kerja. Seksyen 4 ini dia gazet area kawasan ini kita nak buat pengambilan untuk projek sekian-sekian, bawah Seksyen 3(1) a, b, c. Hat mana satu a, b ka c ka? Yang tu kita pilih a - untuk kepentingan awam. Bila Sesyen 4 gazet, kena keluar satu anggaran kos sebelum masuk ke Seksyen 8 Akta Pengambilan, dia kena deposit 125% ini. Kalau dia fail kita terminated dia! Dan dia fail, kita terminated bukan dia tarik diri. Kerajaan negeri terminated dia, dia bukan tarik diri. Dia cakap syarikat itu tarik diri kerana dia nak beri persepsi buruk kepada kita. Bukan saya tak tau tujuan dia. Tujuan dia saya tau untuk memberi persepsi buruk, syarikat itu pun tak mau kat hang, hang yang terhegeh-hegeh. Bukan! Kita tak pernah terhegeh-hegeh dalam urusan kerajaan, hang tak boleh, hang keluar! Kita cari orang lain, kita buka RFP baru, RFP baru berpuluh syarikat submit permohonan, nak terlibat dengan projek ini, orang confident dengan kerja ini, daripada pross 20 lebih itu kita panggil interview.

Yang mengarut kita tolak, senarai pendeklah 5 termasuklah Kumpulan Al-Bukhary, senarai pendek lagi 5, tinggal 2. Satu lagi saya tetap takkan sebut pasal PNC oleh kerana Perdana Menteri sebut di Parlimen, saya ulang sebut Kumpulan Al-Bukhary, tak PNC dah la pasal dia umum cuma secara formal surat tawaran kita kepada Kumpulan Al-Bukhary dia belum jawab, macam mana dia boleh umum. Kumpulan tu tak jawab lagi, tempoh dia ada lagi! Kita bagi macam-macam syarat kelulusan tawaran bersyarat, nak bangunkan secara separeate antara terminal dengan kawasan industri ataupun nak SPB ditubuhkan dan bangunkan bersama dengan satu lagi syarikat. Masa interview dia setuju semua! Dia setuju semua kalau dia tak setuju saya tak bagi surat tawaran tu! surat tawaran bersyarat itu dikeluarkan kepada syarikat setelah dia bersetuju untuk terbabit dalam projek tu dia yang mai hantar RFP, dia yang mai interview tiba-tiba orang lain pi umum! Saya hairan ni! Fikir tak temuih ni! Orang Jeneri kata fikir tak temuih lagumana kawan ni boleh umum, orang lain punya kerja, orang lain pi umum? Memerintah lagumana ni? Pi duk cross lagu tu? Mana boleh dia pi terus kat syarikat tu, syarikat tu habaq kat kita, bukan habaq kat dia! Yang kita nak daripada kerajaan persekutauan ialah kelulusan-kelulusan daripada agensi-agensi persekutuan terutamanya MOT kerana bidang pengangkutan ini di dalam bidang tugas Menteri MOT, itu yang kita nak! Bukan kita suruh dia interfere dalam semua proses ini. Kalau nak interfere semua dalam proses orang lain, esok kita interfere proses dia pula! Berselerak habis kerajaan ini! Tak boleh macam tu, hang duduk di petak hang, aku duduk petak aku, baru boleh kerja dengan selamat dan harmoni. Ini harmoni dia suruh kita pi tunduk saja dekat kawan tu. Mana boleh macam tu, dunia tidak boleh dibentuk untuk kita jadi penunduk. Kita mesti berdiri untuk perjuangkan hak kita. Harmoni! Harmoni! Hampa ingat kerajaan persekutuan kena bagi duit kepada kerajaan negeri kerana harmoni, dak! Ada undang-undang, kerajaan persekutuan bagi bayaran wajib kepada negeri berasaskan undang-undang harmoni ka tak harmoni ka dia ada undang-undang mengikat Persekutuan mengikat negeri. Depa kata kalau sebulu, jadi PRN ini undilah Pakatan Harapan pasal kami tubuh kerajaan persekutuan, esok kerajaan negeri Pakatan Harapan + BN juga baru dapat peruntukan persekutuan. Tak betul ayat politik tu sesat dan menyesatkan! Kerajaan persekutuan dia ada tanggungjawab untuk memberi peruntukan berdasarkan undang-undang, pemberian wajib kepada negeri, cari tak jumpa dah! Tau dah! Esok hampa kata bantuan kerajaan persekutuan kena undi PH, Undi PH+BN (UMDAP)! Baru dapat peruntukan persekutuan. Tak betul! Undilah parti apa pun rakyat Kedah sekalian. Kerajaan Negeri yang ditubuhkan kemudian daripada undi-undi tuan-tuan, seluruh rakyat negeri ini akan dapat bayaran Persatuan berdasarkan undang-undang! Tuan-tuan jangan takut! Undilah sapa pun yang penting undi kita lah! (YB. Jitra mencelah)

Boleh Dato’ Speaker? Ini berkenaan dengan KXP. Bab politik tu saya tak sentuh lah! Pertamanya saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada YAB. Jeneri kerana dengan panjang lebar menceritakan kronologi daripOada tahun 2013 lagi tu. Maksudnya libat urus antara kerajaan negeri, agensi-agensinya dengan Kerajaan Persekutuan dan juga agensi sangat banyak. Maka dengan itu tak benarlah dakwaan daripada seorang YB. belah sana yang mai belah sini ini, katanya kami tak buat kerja daripada tahun 2013 itu. Saya juga berterima kasih kepada YAB. Jeneri kerana dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa proses untuk memilih pelabur, proses untuk memilih consultant, ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk dilakukan secara yang telus dan sistematik kerana ini bukannya projek biasa-biasa, ini projek untuk membuat lapangan terbang. Jadi, pada tahun 2019, KXP Airport City ini telah buka satu tender. Tender ini bertujuan untuk memilih consultant untuk Pelan Induk Aerotropolis Antarabangsa. Dalam masa 4 bulan lebih 28 syarikat telah mohon, daripada 28 itu, 6 syarikat telah disenarai pendek dan akhirnya syarikat daripada Perancis yang diberi nama Aeroport de Paris Ingenierie (ADPI) telah dipilih dan Majlis Menandatangani Pelantikan itu telah berlangsung pada 9 Februari 2020. Siapa ADPI ini? Saya nak cerita sikit saja! ADPI ini adalah sebuah syarikat yang sangat berpengalaman dalam membangunkan 750 lapangan terbang di seluruh dunia dan merupakan pakar yang terulung dalam bidang rekabentuk, pembinaan dan kejuruteraan airport. Group ADP ini pula merupakan pemilik dan pengurus airport tersohor di dunia seperti Charles de Gaulle dan Orly di Perancis. Kebanyakan lapangan terbang di India, di Turkiye dan di Jordan malah lapangan terbang Madinah pun dia yang bangunkan dan dia yang menguruskan. Malangnya consultancy itu telah dibatalkan! Dibatalkan walhal syarikat ini adalah syarikat yang paling layak untuk menjadi consultant kita dan walaupun ADPI itu menang tender, ada proses yang sangat telus dan bukannya rundingan terus. Dia menang tender. Ada proses yang sangat telus tapi ianya dibatalkan. Dan akhirnya ECK telah dipilih untuk mengganti. Jadi, saya ingin faham lebih dalam lagi apa sebab pembatalan ADPI itu? Selain daripada consultant, kalau kita tengok laman web dia, dia juga merupakan pelabur! Ada beberapa lapangan terbang di dunia ini yang mana dia bukan setakat mengurus tapi dia jadi pemilik. Saya tahu dia sangat berminat dengan KXP. Dia sangat teruja dengan cadangan kita itu dan dia nak terlibat sama. Jadi, saya nak tahu sejarah di sebalik pembatalan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih. Baik, ringkas sahaja! Walaupun kita telah melantik ADPI, tempoh yang diberikan ruang untuk jadi ADPI melaksanakan kajian-kajiannya, masa tu dia tak boleh pi merata, masa tu covid, maka report yang disediakan oleh ADPI ketika itu tidak memberi unjuran kargo, dia failed, dia bagi kargo kat kita 300 tan sahaja setahun sebab dia tak boleh ke tapak untuk buat kajian, Berdasarkan itu, MOT telah mempertikaikan kalau consultant hag lantik pun 300 tan sahaja macam mana hang nak lantik untuk kargo. Jadi, kita pun terima, sehebat-hebat ADPI yang telah buat 750 airport pun kita teliti, kalau dia tak boleh comply dengan apa yang kita nak, maka kita tamatkan dan satu rundingan telah dibuat untuk menamatkan ini dan ganti dengan consultant lain anak -anak tempatan, yang terlibat dalam industri dan kajian barulah boleh dijalankan dengan terperinci, sekarang ini kita pakai consultant baru bukan lagi ADPI tetapi bayaran ADPI setakat yang dia buat kerja. Jadi, dia pun telah bersetuju untuk menamatkan lantikan dia dengan bayaran yang setakat dia buat lah. ECK ini kita lantik sebagai developer, dia bukan consultant tapi dia pelabur dan developer. Oleh kerana dia failed untuk deposit, kita tamatkan. Sekarang ini oleh kerana ada orang bercakap bagi pihak orang lain, maka saya anggap orang tu tak bersedia untuk melaksanakan maka kita ada lagi ‘spare’ 18 syarikat lain yang telah mengemukakan minat dan bukti-bukti keupayaan mereka maka kita akan pilih dari 18 itu satu dan akan interview untuk JV dengan satu syarikat yang telah pun menjawab mereka bersedia untuk laksanakan ini. Masalah syarikat, masalah ni tak dak timbul apa, kita perlu kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi, bertindak di atas petak masing-masing sudah, jangan qedah pi petak orang lain pi duk meqedak dalam tu, lepas tu pi duk habaq kata kelambu kawan tu carik, tilam tak boh cadar, macam-macam. Ikut suka aku bilik aku. Kan? Aku boleh tidoq situ, anak pun berbeqeh-beqeh keluaq. Hang kacau apa? Contoh! Contoh!

Speaker

YAB. Jeneri nak buat ‘landing’ ka?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Nak landing dah! Nak landing dah! Saya nak jawab keharmonian. YB. Pengkalan Kundor bangkitkan saya kena saman, “satu-satunya Menteri Besar yang disaman oleh Perdana Menteri”. Saya perlu maklumkan kepada tuan-tuan bahawa kita kena bezakan, pada waktu ucapan kita buat, apa-apa tindakan yang kita buat kita pakai topi apa? Pada masa itu kempen pilihan raya. Kawan hat saman saya pun dia duk menyanyi “hoi ya hoi” lagi, dia pun tak jadi PM lagi. Hoi ya hoi ni satu Malaysia duk menyanyi, last-last dia pakat dengan hoi ya hoi tubuh kerajaan.

Ha! Teruk daripada saman mahkamah lagi hat tu! Hang langgar prinsip, hang langgar semua hat hang menyanyi tu, hang pakat dengan kawan tu. Saya kata, “saman tak sampai teqa tu, saman tu tak tentu dia menang lagi, pi, mahkamah esok saya menang macam mana?”. Hai, mahkamah tu saya boleh kemuka semua benda, ceramah saya berkaitan dengan sejarah, apa yang saya sebutkan adalah kes mahkamah. Esok keluar balik semua tu. Aih! Takut sangat aku! Saya tak bimbang saman itu sebab saya sebut tentang fakta kes yang telah berlaku dalam mahkamah di negara ini. Saya ulang balik, ramai yang bersedia untuk menjadi saksi saya dan saya tidak ada sedikit pun rasa gentar kepada saman itu. Dia saman saya sebagai Sanusi Md Nor, bukan Menteri Besar Kedah dan saya tak mintaklah semua tuan-tuan ni malu bagi pihak saya kerana saya disaman. Saya tak malu pun, saya sebut tentang fakta! Tak payah dah duk malu bagi pihak saya, tak dialu-alukan langsung! Dia saman saya, semasa tu saya ceramah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya, saya pakai topi Pengarah Pilihan Raya semasa ceramah tu, bukan topi Menteri Besar, baju saya tulis “Perikatan Nasional”. Jadi, apa masalahnya? Dia saman saya, dia bukan saman sebagai Perdana Menteri, dia saman sebagai penyanyi hoi ya hoi. Saya tak taulah sapa menyanyi lagu hoi ya hoi tu pun. Duk pakat sekali, ‘defense’ pulak tu la ni, tibai kita balik. Untuk keharmonian baru nak dapatkan duit ni tak betul, harmoni mesti datang dari kedua belah pihak. Nak suruh saya saja bersikap baik, depa tibai kita macam-macam benda hat tak betul nak suruh saya duk diam, mana betul. Pemberian wajib Persekutuan kepada negeri diikat oleh Perlembagaan Persekutuan Perkara 109. (1) Pemberian mengikut ramai penduduk. Tahun 2021 kita dapat RM30.6 juta, 2022 kita dapat RM31.015 juta, tahun ni baru dia bagi RM15.6 juta, separuh. (2) Pemberian pertambahan hasil. 2021 tak dapat, 2022 dapat RM7.8 juta kerana federal kutip hasil yang banyak di Kedah ni, jadi dia kena bagi dekat kita berdasarkan undang-undang. (3) Pemberian 50% kos pengurusan jabatan negeri. Tahun 2021 RM39 juta, tahun 2022 RM4.16 juta. Ini ada dalam undang-undang, bukan dia boleh pilih nak bagi ka, tak bagi kerana parti tu parti lain, parti aku parti lain. Tak boleh, Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan. (4) Pemberian kos perkhidmatan. Tahun 2021 dia bagai RM24.5 juta, 2022 RM22.1 juta. (5) Pemberian Khas Pulau Pinang. Ha! Nama saja tu pajakan, RM10 juta! RM10 juta! RM10 juta! Pemberian Khas Pulau Pinang, dua tajuk, RM10 ribu! RM10 ribu! RM10 ribu! 2021, 2022, 2023. 2023 bayar dah oooo… bayar awal ooo…pajakan, takut kita ambil balik. (6) Pemberian pelancongan. Tahun 2021, oleh kerana ramai orang masuk tahun 2020 kita dapat RM2.5 juta, tahun 2022 kerana covid kita dapat RM35,416.20. Tuan-tuan sekalian, kita nak main politik tak pa, mainlah tapi jangan kempen oleh kerana kita nak menang pilihan raya kita kata parti kena sama dengan Persekutuan baru boleh dapat duit ini semua, tak betul.

Kena mendidik masyarakat, kita ni diikat oleh undang-undang termasuklah saya, semua kita ini diikat oleh undang-undang negeri dan Persekutuan pun dibina di atas undang-undang, federalisme, bersikap profesionallah. Kalau kita tak ada Ahli Parlimen di Kedah ini nasiblah na, orang tak mau, macam mana nak buat? Dapat seoranglah kan? Saya harap kita terus memberikan khidmat yang baik kepada negeri dan peranan yang masih ada berbaki sebagai wakil rakyat sebelum DUN di bubarkan. Saya mencadangkan untuk membubarkan DUN ini minggu ketiga atau keempat bulan Jun. Punya ‘gentlemen’ habaq siap-siap untuk tuan-tuan semua buat persiapan, siapa yang kalah boleh bertanding DUN balik, boleh, bukan salah. Kalau nak dapat kerusi Bandara Baharu pun bodek depa ni kuat-kuat sikit, mungkin boleh dapat kerusi Bandar Baharu. Tu yang tibai kita pedih ni, saya pedih YB. Bandar Baharu, pasal kita lantik dia semasa dia duk dengan kita, lantik atas cadangan parti dia. Kita tamatkan dia sebagai Ahli Lembaga Pengarah atas parti dia pi pakat dengan depa ni (parti pembangkang). Bila parti dia tak pakat dengan kita dah, di peringkat Persekutuan parti dia tubuh kerajaan dengan Pakatan Harapan, takkan dia nak duduk situ lagi. Kita tak dak pilihan kerana bapa mu telah melarikan rumah ke kampung lain maka saya tak ada pilihan, terpaksalah berpisah walaupun tak berapa sedih. Susahlah, bukan saya punya pilihan.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Dato’ Speaker, peraturan mesyuarat. YB. Dato’ Speaker, saya merujuk kepada peraturan mesyuarat Perkara 35(4) (5) (6), adalah salah pada peraturan mesyuarat bagi seseorang ahli menggunakan bahasa biadap, seseorang ahli tidak dibenarkan menyebut nama ahli lain, seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ada lain, Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ada yang jahat tu sapa tak tau? Sangkaan jahat tu apa?

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Yang kata lah.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ha? Kata apa, yang saya kata tu semua betul. Bila BN pi pakat dengan PH, Bandar Baharu BN, nak duk dengan saya macam mana? Pak lari dah, anak terpaksa ikut lah. Jadi, bila anak ikut, takkan nak duduk dalam ‘board’ lagi, maka kita buat penamatan dengan sempurna dan mengikut undang-undang. Mana ada jahat!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Masa tu belum lagi, belum jadi pembangkang masa tu.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Disember! Bandar Baharu ditamatkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah KTPC Disember 2022, pilihan raya November 2022.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

September!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Berkuatkuasa sehingga Disember 2022, pi baca balik surat, saya ‘sign’ surat tu, saya tau! Haaa…. Mengelirukan Dewan ni, ada peraturan mesyuarat jugak! Tapi tak pa lah, biaq pi lah.

Speaker

YAB. Jeneri nak landing dah ka?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Saya ucap terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sini dan sebelah sana yang memberi kerjasama yang baik sepanjang saya menjadi Menteri Besar, selepas ni tak tau di mana kita akan berada. Saya menghargai semua teguran. Bila tegur saya, saya ‘reply’ biasa saja, itu karektor saya, hati baik, mulut saja kasaq sikit. Walaupun saya kena saman, kena macam-macam, saya tulis surat saya pi jumpa tau. Saya duk pi bisik di telinga, nak jumpa nak bentang apa-apa, dia saman saya, masa tu saman dah tapi saya tak dak masalah. Atas profesionalime saya sebagai Menteri Besar, saya pi jumpa sebab dia Perdana Menteri, saman itu isu lain. Jadi, janganlah lagi melaga-lagakan, saman tu kerana kami nak berjumpa dan selesaikan di mahkamah, urusan negeri terus berjalan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya turut merakamkan junjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah merasmikan Persidangan Dewan pada kali ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi perhatian. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Tepat satu jam YAB. Jeneri menggulung. Ahli-ahli Yang Berhormat, agenda penggulungan oleh Exco telah pun tamat. Ahli-ahli Yang Berhormat, persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah suatu usul yang berbunyi, “Patik-patik sekalian, Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman di dalam persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenan Tuanku menyampaikan titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-14”. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan minta kata setuju yang tidak katakan tidak! Usul ini diluluskan.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha!

III. Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2023.Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2023.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2023 dibacakan bagi kali yang pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Bacaan Kali Pertama

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 23 Februari 2023 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama “Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah”.

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah”.

Bacaan Kali Pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

SILAKAN

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2023 seperti berikut :

Kerajaan Persekutuan telah membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 [Akta A1663] pada 11 April 2022 dan telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022 bertujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan (“PP”) berhubung dengan larangan lompat parti di kalangan Ahli Parti Politik. Sehubungan dengan pindaan tersebut, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan (“PP”) turut dipinda bagi tujuan penyelarasan.

Jadual Kelapan menyenaraikan peruntukan-peruntukan penting (essential provisions) yang perlu dimasukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Selepas pindaan Seksyen 7A Jadual Kelapan, kekosongan luar jangka akan berlaku sekiranya terdapat pertukaran parti politik oleh mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri.

Selain peruntukan berkenaan larangan pertukaran parti politik, pindaan seksyen 7A Jadual Kelapan turut memotong peruntukan yang melarang mana-mana Ahli Dewan Negeri yang meletakkan jawatan daripada bertanding semula sebagai Ahli Dewan Negeri dalam tempoh lima (5) tahun. Peruntukan tersebut terdapat dalam Fasal (3) Perkara 47 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Melalui pindaan ini, maka mana-mana ahli yang meletakkan jawatannya layak bertanding semula di negeri tanpa terikat dengan larangan untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun itu.

Sehubungan dengan itu, Rang Undang-Undang yang saya bentangkan adalah bertujuan untuk meminda Perkara 47 dan memasukkan perkara baharu 48A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah selaras dengan pindaan terhadap Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat bagi tujuan penyeragaman.

Rang undang-undang ini mengandungi 3 fasal.

Fasal 1 memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen ini.

Fasal 2 bertujuan untuk memotong Fasal (3) Perkara 47. Pemotongan ini akan membolehkan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri yang melepaskan keahliannya untuk bertanding semula dalam pilihan raya pada bila-bila masa selepas dia melepaskan keahliannya dalam Dewan Undangan Negeri dan dengan demikian kehilangan kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi tempoh lima tahun tidak lagi terpakai. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan Perkara baharu 48A ke dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah untuk memperuntukkan bahawa seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Speaker Dewan Negeri di bawah Fasal (3) Perkara baharu 48A jika setelah dipilih ke Dewan Undangan Negeri sebagai anggota suatu parti politik, dia melepaskan keanggotaan atau terhenti menjadi anggota parti politik itu. Perkara yang sama juga terpakai bagi calon bebas yang setelah dipilih ke Dewan Undangan Negeri, menyertai suatu parti politik, Perkataan “anggota suatu parti politik” yang disebut di dalam Perkara baharu 48A hendaklah termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri yang bukan anggota mana-mana parti politik yang membentuk suatu gabungan parti politik tetapi ialah anggota gabungan itu.

Bagi memudahkan kefahaman Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang telah menyatakan misalan-misalan berkenaan pindaan yang berkenaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan ini saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan.

(Perbahasan!)

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih YB. Dato’ Speaker yang memberikan ruang untuk kita sama-sama terlibat sini saya ingin menyatakan sokongan saya kepada rang undang-undang ini yang merupakan enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah kerana ia merupakan satu permulaan yang sangat bermakna dan bersejarah bagi kita kerana dengan kita menggubalkan undang-undang anti lompat ini ianya bukan sahaja kesannya dari segi undang-undang perlembagaan negeri. Kita tengok daripada kesan ini ia akan memberikan kesan kepada pengertian dalam bentuk moral dan juga integriti kepada Adun ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri kerana tidak lagi dianggap boleh tolong melompat, menjual maruah dan khianat sesuka hati. Ini antara yang terbawa ataupun secara langsung di bawa dalam pindaan ini dan kita juga melihat pindaan ini secara langsung juga telah menyekat ataupun mengisi kelompongan kerana sebelum ini dia ada satu ruang memberikan kepada sesiapa yang agak berkuasa. Kekuasaan dan juga kekayaan boleh menentukan corak pentadbiran dan pemerintahan. Dengan adanya undang-undang ini saya lihat maknanya dari segi politik itu kembali sebagai satu penghormatan dan ia merupakan satu lagi yang membolehkan ahli-ahli politik itu akan daripada menjadi bahan dagangan sebelum ini walaupun tidak secara langsung tetapi pindaan ini membantu untuk mengatasi persepsi itu. Jadi, keadaan sedia ada ini menyebabkan kadang-kadang terhakis sebelum ini keyakinan orang ramai khususnya anak muda dan juga working-class kepada ahli politik yang melompat ke sana ke mari atas pendirian sendiri.

Jadi, oleh itu YB. Dato’ Speaker, saya yakin undang-undang sebegini telah mencipta satu sejarah untuk kita dan juga untuk negara. Saya yakin dengan ini generasi ke depan ataupun generasi seterusnya akan lebih percaya kepada sistem politik negara dan kita akan juruskan kepercayaan ini untuk kita pulihkan sistem demokrasi dan juga kita menangani secara langsung menangani gejala rasuah yang menjadi punca kepada beberapa perkara yang lain. Jadi, saya harap dengan kita menyokong undang-undanga ini kita dapat melaksanakan satu sistem demokrasi yang lebih baik.

Speaker

Terima kasih. Silakan Jitra!

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, saya juga menyumbang kepada perbahasan berkenaan dengan rang undang-undang ini. Saya juga bersetuju dan menyokong bahawa rang undang-undang ini perlu kita luluskan kerana ini sebahagian daripada proses penambahbaikan demokrasi yang kita amalkan dalam negara kita ini lebih-lebih lagi apabila amalan lompat-melompat ini makin menjadi-jadi bukan hanya di peringkat parlimen tetapi juga di beberapa negeri dan ianya membantu untuk meningkatkan keyakinan orang ramai khususnya anak-anak muda yang baru mengenali politik ini kepada sistem demokrasi yang kita amalkan tetapi selain daripada rang undang-undang anti-lompat parti, salah satu lagi rang undang-undang yang yang dianggap sebagai yang menyempurnakan sistem yang kita amalkan ini ialah soal pendanaan politik.

Jadi, sewaktu saya masih lagi Ahli Parlimen saya menyertai jawatankuasa apa ini rentas parti di Parlimen untuk bincang perkara ini. Yang saya dengar di Parlimen pun ianya masih lagi di peringkat perbincangan dan mungkin bakal dikemukakan usulnya di Dewan Rakyat tetapi saya ingin menyarankan agar di peringkat negeri ini pun kita mula fikirkan berkenaan dengan isu pendanaan politik kerana bila digandingkan dengan RUU yang hendak kita luluskan hari ini barulah dia lengkap. Kita ada rang undang-undang anti-lompat parti tetapi pada waktu sama ada rang undang-undang baru berkenaan dengan pendanaan politik. Terima kasih.

Speaker

Penggulungan daripada sebelah kanan!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih YB. Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk menyokong rang undang-undang yang telah dibentang ini dan saya yakin kita semua sedia maklum ia sebagai untuk menyelaraskan undang-undang yang telah pun sedia ada di peringkat Persekutuan dan ia juga sebenarnya dalam tempoh lima tahun ini perkara yang berlaku itu, huraian-huraian yang telah pun diceritakan, kita boleh nampak maknanya tak boleh lompat, beralih secara bersendirian tapi kalau blok sebagai satu parti walaupun tadi Suka Menanti kata supaya tak berlaku dagangan tapi bila dibuat keputusan itu dibuat di peringkat parti yang berada dalam gabungan. Sebagai contohlah, PH hari ini contoh BN dah buat keputusan sebagai parti tak nak sama-sama dengan PH untuk bersama-sama dengan PN, dibolehkan! Contoh! Itu sebagai perkara yang ada dalam perlembagaan macam Bandar Baharu hari ini beralih sebelah sana kalau menurut perlembagaan masih sah tidak terlucut.

Jadi, segala yang berlaku ini saya rasa telah memberi suatu kematangan kepada kita untuk menilai dan moga-moga apa yang kita pindakan hari ini Insya Allah akan diberikan kestabilan supaya tak berlaku secara bersendirian yang boleh untuk merencatkan kepercayaan masyarakat kepada ahli-ahli politik.

Jadi, kita di peringkat ‘backbenchers’ menyokong rang undang-undang ini dan semoga diberikan kebaikan kepada perjalanan pentadbiran negara dan juga negeri Insyaallah pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Dato’ Speaker, satu sahaja! Wakil Tunggal!

Speaker

Kalau saya buka akan dilanjut Panjang ini!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Sikit saja YB. Dato’ Speaker!

Speaker

Semua orang rasa sikit! Ha..cakap! Apa nak cakap! Cakap!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YB. Dato’ Speaker yang semua kita sayangi. Inilah tak boleh dibeli sesuatu kesetiaan begitulah juga kepada saya, kesetiaan saya kepada parti dan saya menyokong RUU yang kita bawa ini kerana kesetiaan itu adalah lebih tinggi nilainya daripada apa juga cercaan, kejian dan apa juga yang dikenakan kepada seseorang. Jadi, untuk kita capai kestabilan politik, capai kestabilan ekonomi, capai kestabilan apapun yang kita perjuangkan kepada rakyat atau ini sangatlah penting, balik-balik pun kepada kesetiaan. Dulu BN juga bertiga di dalam Sidang DUN ini tapi kami tinggal berdua, dah tak dak pilihan bila ketua parti yang buat keputusan, kami pun beralih ke sini. Tetapi kawan-kawan kita tetap di sana, itu mungkin sebab sebelum kita adapt dan adopt untuk akta ini.

Jadi, saya yakin dan percaya kita semua menyokong akta ini pun dibawa dan dibahaskan di Parlimen oleh wakil daripada Barisan Nasional. Saya berterima kasih kepada Menteri Undang-Undang yang sekarang ini dan semoga mandat rakyat tidak kita nafikan, mandat rakyat tidak kita cabuli untuk kepentingan diri kita sendiri. Terima kasih saya menyokong Akta RUU Anti Lompat ini. Terima kasih.

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Jangan buat muka….(sambil ketawa)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, dia ada satu implikasi yang Ahli-ahli Yang Berhormat tak sedar. Kita minta kebenaran sambung masa, kita terhad kepada pukul 2.00. Sekiranya selepas dari pukul 2.00, yang kita putus nanti tidak akan sah!

Tidak! Tidak! ‘Back to defer’ Dato’ Speaker. Dato’ Speaker kata tadi usul kita sehingga selesai urusan mesyuarat. Bila YB. Jeneri tanya tadi kata pukul 2.00.

Speaker

Silakan! Silakan!

Ok, terima kasih. Tak banyak pun YB. Dato’ Speaker, saya berdiri untuk turut menyokong pindaan Rang Undang-Undang kita ini. Cuma ada satu perkara yang saya rasa saya nak kena sebut supaya ‘quition’ kita ni ‘clear’. Walaupun kita cuba nak buat dengan premisnya itu ialah supaya mana-mana wakil rakyat yang dipilih di peringkat DUN atau Parlimen, rakyat pilih dia kerana parti yang dia wakili waktu itu katalah waktu itu dia bersama parti dia dalam satu gabungan dan rakyat pilih dia kerana yakin dengan gabungan itu. Maka setelah dia dipilih sama ada secara individu yang berlaku sebelum ini ataupun selepas ini dikatakan boleh seperti YB. Sungai Limau sebutkan tadi, satu parti buat keputusan untuk membelakangi mandat yang rakyat berikan ketika mana waktu itu pun dalam hal ini sah! Dalam hal ini sah. Saya ingat ini suatu yang kita nak kena fikirlah walaupun mungkin duk cari macam mana nak selesaikan perkara itu tak dapat tapi masih lagi ada kemungkinan berlakunya suatu yang kita membelakangi mandat yang rakyat berikan kepada kita apabila keputusan parti membuat keputusan yang sedemikian walaupun ianya membelakangi mandat yang diberikan oleh rakyat.

Sebab itu di dalam ini dia kata, “akan hilang kelayakan seseorang itu jika dia setelah dipilih sebagai anggota satu parti politik dia melepaskan keanggotaan parti politik itu”. Maknanya dia sendiri, “dengan ini saya mengisytiharkan keluar daripada parti saya”, maka habis dah, dia kena kosongkan jawatan.

Ataupun yang keduanya disebut, “dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu”. “He ceased to be a member of that political party” (dengan izin) dan ini hanya boleh berlaku apabila di dalam perlembagaan parti dia ada menyebut perkara-perkara yang menyebabkan dengan automatik dia tidak lagi menjadi anggota kepada parti itu. Contohnya, saya difahamkan dalam UMNO, “mana-mana ahlinya yang membawa urusan partinya itu ke mahkamah, secara automatik ‘he or she ceased to be a member’. Habis! Dan dalam hal ini, dia dengan sendirinya kena hilang kelayakan dia sebagai seorang anggota DUN atau Parlimen. Jadi, dalam hal ini kalaulah contohnya saya sebutkan tadi tu parti dia semasa masuk bertanding yang dia minta mandat kepada rakyat untuk bersama dengan gabungan. Kemudiannya ‘the hold party’ itu buat keputusan, tidak! Tidak! Tidak! Kita payah pilih yang ni, kita buat yang baru maka tertubuhlah kerajaan baru, keseluruhan parti. Jadi, kalaulah ada seorang individu dalam parti tersebut tak bersetuju, dia kata, “mandat rakyat bagi kat kita untuk bersama dengan yang ini, kenapa kita tukar yang ni?”. Jadi, kalau tidak ada ‘provision’ dalam perlembagaan parti dia yang kalau dia buat sesuatu perkara yang membelakangi keputusan parti dia, walaupun kita nampak macam tu teraniayalah dia.

Tapi kalau tak dak dalam tu masih lagi ada ruang untuk dia tidak bersama dengan keputusan parti dia dan kalau dia dipecat kerana tak ikut pun tak pa sebab pecat tak berlaku di situ, dia tak hilang tapi ‘ceased to be a member’ tidak berlaku kalau dalam perlembagaan parti dia tidak ada peruntukan yang sedemikian. Saya nak bangkit hat tu sajalah tapi secara keseluruhannya….(YB. Bakar Arang minta laluan)

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Saya nak mencelah sikit boleh?

Ok, silakan!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Satu persoalan sajalah sebab….. (YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

Tengok, sampai dekat Speaker pun depa tak sebut dah!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Oh! Sorry. YB. Dato’ Speaker…. Saya rasa satu persoalan juga untuk lebih stabil atau ‘clear’kan apabila sesuatu berlaku. Seperkara lagi ialah apabila kita interpretasi anggota kepada sesuatu parti, sebagai contoh macam saya dari Parti Keadilan, tapi bila saya bertanding atas tiket Pakatan Harapan ataupun Parti Pas tapi bertanding atas tiket Perikatan Nasional, maka interpretasi anggota kepartian itu atas parti yang dia sendiri menyertai sendiri ataupun parti yang bertanding, gabungan itu atau parti yang bertandinglah. Itu akan berlaku sebab rakyat atau pengundi yang mengundi atas logo parti itu. Tapi nanti selepas pilihanraya contohnya Pas bergabung dengan parti lain, adakah ini dimasukkan walaupun meninggalkan parti itu? Itu persoalan saya.

Speaker

Ini pun bukan…. (YB. Anak Bukit mencelah)

Ya! Ya! Betul, saya pun tak mau jawab. Ia akan menjadi suatu yang mungkin kalau ada penggulunganlah selepas ini, mungkin perkara itu boleh disentuh. Jadi YB. Dato’ Speaker, saya rasa itu saja yang saya nak bangkitkan supaya ‘cuention’ kita sangat ‘clear’ apabila kita meluluskan ini walaupun harapan kita ialah untuk memastikan bahawa berlaku keadilan kepada mana-mana anggota itu yang setia kepada mandat yang rakyat berikan kepada dia pada ketika itu. Tapi ada kemungkinan dia dihukum dengan kesetiaan dia kepada mandat rakyat pada ketika itu, ketika mana parti membuat keputusan yang sebaliknya. Saya turut menyokong, terima kasih.

Speaker

Semua sokonglah na?

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipertsetujui)

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah”. Bacaan Kali Kedua.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada Persidangannya.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali ketiga.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2023.

Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut. Bacaan Kali Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

IV. Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Kedah Tahun 2021 Kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman.

Speaker

_____

Setiausaha Dewan

Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Kedah Tahun 2021.kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon mencadangkan suatu Usul yang berbunyi:-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Kedah Tahun 2021 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 1 Tahun 2023 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi :-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Kedah Tahun 2021 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 1 Tahun 2023 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui )

Speaker

Usul ini diluluskan.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

V. Usul Pembentangan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang NegeriMotion

Setiausaha Dewan

Pembentangan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman untuk membentangkan laporan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya mencadangkan usul ini, terlebih dahulu saya ingin memberi sedikit penjelasan mengenainya. [Laporan Akan dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri] [Selepas selesai Pembentangan Laporan] Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan ini saya pohon mencadangkan satu usul yang berbunyi :-

“Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah di atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Kedah Siri 1 Dan Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Jabatan Negeri Kedah Siri 2 Tahun 2018 seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 3 Tahun 2023 adalah dibentangkan”.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abdul SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata ‘setuju’, yang tidak kata ‘tidak’. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

Speaker

Tuan Setiausaha urusan seterusnya

VI. Tangguhan Sidang Dewan

Speaker

(Selepas semua urusan mesyuarat dijalankan bagi persidangan kali ini)

Setiausaha Dewan

Tangguhan Sidang Dewan

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian, Oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang begini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi di masa-masa yang akan datang. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

[Sidang Dewan tamat pada jam 2.30 petang]