Kedah · 25 September 2023
15th Assembly, 1st session, 1st meeting · 33 turns · 2,232 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Penyata Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Kelima Belas [Angkat Sumpah Speaker Dewan Undangan Negeri,
PERKARA
MUKA SURAT
Kehadiran Ahli-Ahli Dewan I. Bacaan Doa 1
II. Perisytiharan Memanggil Dewan 2 - 3 III. Pemilihan Speaker Dewan Negeri 4 - 6
IV. Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri 7 - 10
V. Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Negeri 11 - 13
VI. Tangguhan Sidang Dewan Negeri 14 - 15
KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KELIMA BELAS [ANGKAT SUMPAH SPEAKER, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN PELANTIKAN TIMBALAN SPEAKER]
WISMA DARUL AMAN HARI ISNIN JAM ALOR SETAR 25 SEPTEMBER 2023 9.00 PAGI
SENARAI KEHADIRAN ADUN
BIL
KAWASAN 1. YB. Encik Zubir bin Ahmad (Speaker) Ayer Hangat
2. YAB. Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, SPMK., AMK. (Menteri Besar) Jeneri
3. YB. Dato’ Ustazah Hjh. Siti Ashah Binti Hj. Ghazali, DSDK., AMK. Merbau Pulas
4. YB. Ustaz Mohd Azam Bin Abd. Samat, SDK., PJK. Sungai Limau
5. YB. Dr. Haim Hilman Bin Abdullah, AMK.
6. YB. Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah Binti Saad, DSSS., SSS., BKM. Bukit Kayu Hitam
7. YB. Tn. Haji Mohamad Yusoff Bin Zakaria, SSS., AMK., BKM. Kuala Nerang
8. YB. Mejar (B) Mansor Bin Zakaria, AMK., PCK., PNBB., PJM., PPS. Kuala Ketil
9. YB. Tn. Haji Dzowahir Bin Haji Ab. Ghani Suka Menanti
10. YB. Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Saidin, DIMP., DPSM. Kubang Rotan
11. YB. Tn. Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din, SDK., AMK., ASK., PJK. Alor Mengkudu
12. YB. Encik Wong Chia Zhen Kulim
13. YB. Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman, DSDK., AMK. Tokai
14. YB. Brig. Jen (B) Dato’ Haji Najmi Bin Haji Ahmad, DSDK., PAT., JSM., KAT., KMN. Kupang
15. YB. Dato’ Romani Bin Wan Salin, DSSS. Bukit Pinang
16. YB. Ustaz Salim Bin Mahmood, PJK. Bukit Lada
17. YB. Ustaz Haji Hanif Bin Haji Ghazali Tanjung Dawai
18. YB. Encik. Azhar Bin Ibrahim, PJK., BKM. Ayer Hitam
19. YB. Encik Mohd Radzi Bin Md. Amin Pedu
20. YB. Encik Abdul Ghafar Bin Saad Guar Chempedak
21. YB. Encik Ahmad Bin Sulaiman Belantek
22. YB. Encik Baddrol Bin Bakhtiar Gurun
23. YB. Encik Abdul Razak Bin Khamis (Timbalan Speaker) Sungai Tiang
24. YB. Encik Azizan Bin Hamzah Bukit Selambau
25. YB. Puan Shamsilah Binti Siru Ayer Hangat
26. YB. Puan Mardhiyyah Binti Johari Pengkalan Kundor
27. YB. Ts. Dr. Mohd Suffian Bin Yusoff Bandar Baharu
28. YB. Encik Mohd Ashraf Mustaqim Bin Badrul Munir Kota Siputeh
29. YB. Encik Amar Pared Bin Mahamud Kuah
30. YB. Encik Khairul Anuar Bin Ramli Lunas
31. YB. Encik Muhamad Amri Bin Wahab Derga
32. YB. Encik Sharir Bin Long Pantai Merdeka
33. YB. Encik Mohd Taufik Bin Yaacob Bayu
34. YB. Encik Rashidi Bin Razak Anak Bukit
35. YB. Encik Teh Swee Leong Kota Darul Aman
36. YB. Encik Loh Wei Chai Bakar Arang
37. YB. Encik Bau Wong A/L Bau Ek Sidam
Ahli-Ahli Rasmi
(YB. Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, SSDK., DSDK., AMK., BCK)
PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI
(YB. Dato’ Nik Azhan Hakim Bin Nik Mahmood, DSDK.)
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
(YB. Dato’ Wira Haji Isahak Bin Murat, DGWK., DSSS., SDK., AMK., BCK)
Pegawai Kanan Dewan
(Encik Mohamad Azlee bin Ahmad, AMK., BCK.)
PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI
(Puan Nor Hafizah Binti Md. Rejab)
BENTARA MESYUARAT
(Encik Abdul Halim bin Md. Daud)
PETUGAS-PETUGAS DEWAN
Encik Zaidi bin Ahmad [ Setiausaha Pejabat N30 ]
Puan Nor Amira binti Ghazali [ Setiausaha Pejabat N29 ]
Puan Siti Rohani binti Md Isa [ Pembantu Tadbir P/O N19 ]
Encik Badrul Hisham bin [ Pembantu Operasi N11 ]
Encik Md. Sharib bin Din @ Saaidin [ Pembantu Operasi N11 ]
[Dewan bersidang pada jam 9.00 pagi]
Mengumumkan Yang Berbahagia Tuan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah.
I. Bacaan Doa
ِِبِسْم ِاللَّـه ِِالرَّحْمَـٰن ِِالرَّحِ يم
العلمين ورب األرض ورب السماوات رب هلل الحمد المرسلين سيد محمد سيدينا على والسالم وصلة أجمعين وصحبه آله وعلى
“Dengan nama Allah , Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Segala pujian bagi Allah Tuhan yang memerintah sekalian langit dan bumi dan Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam atas Rasul kami Nabi Muhammad, Penghulu sekalian Rasul dan di atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah Yang Maha Berkuasa; Engkaulah Tuhan Yang Maha Adil, Bijaksana dan Pemurah, Tuhan yang telah mengatur kewajipan Sultan Pemerintah dan meletakkan tanggungan pertubuhan Dewan untuk keselamatanMu yang Engkau telah perkenan meletakkan tanggungjawab bagi menyempurnakan segala pekerjaan di dalam Dewan ini, memohon dengan limpah kurniaanMu berkatilah apa jua kiranya amalan-amalan pekerjaan kami dan kebesaranMu yang menyeluruh bagi memimpin kami ketika berunding, dan menimbang segala perkara yang didatangkan di hadapan kami, dan kekalkanlah di hati kami sifat-sifat Amanah, jujur dan bertanggungjawab bagi menegakkan syariatMu dan menambahkan kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Kedah Darul Aman dan sekalian penduduknya.
النَّار َعَذَاب وَّ ق نَا حَسَنَة اآلخ رَة وَ ف ى حَسَنَة الدُّن يَا ف ى آت نَا رَبَّنَا نْيِمَلاَعْلا َّبَر اَي نيِمَا
Perisytiharan Memanggil Dewan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan izinya kita dapat mengadakan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Kelima Belas yang diadakan pada pagi yang mulia ini.
Sepertimana yang dikehendaki oleh Perkara 1 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, maka sekarang saya akan bacakan Perisytiharan memanggil Dewan yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah seperti berikut :-
Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Perisytiharan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman Dan Segala Daerah Takluknya, Sultan Dan Raja Pemerintah.
BAHAWASANYA Dewan Undangan Negeri Yang KEEMPAT BELAS telah dibubarkan pada 28 Jun 2023:
DAN BAHAWASANYA Fasal (4) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri yang baharu hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada sembilan puluh hari dari tarikh pembubaran itu:
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL AMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, D.K., D.K.H., D.M.N., D.U.K., D.K. (Kelantan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak)., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Perlis)., D.K (Pahang)., D.M.K.., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Kedah Darul Aman dan segala Daerah Takluknya, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah DENGAN INI MEMANGGIL Dewan Undangan Negeri bagi mengadakan mesyuaratnya dan menetapkan 25 September 2023 bersamaan 09 Rabiulawal 1445H pada waktu pukul 9.00 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang KELIMA BELAS yang akan diadakan di Dewan Undangan Negeri Wisma Darul Aman di dalam Ibu Negeri BETA di Alor Setar.
Diperbuat di Istana BETA, Anak Bukit, di Ibu Negeri BETA di Alor Setar pada 12 September 2023 bersamaan 26 Safar 1445H.
Pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menurut Perkara 54(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman, Dewan Undangan Negeri dari semasa ke semasa perlu memilih mana-mana orang untuk menjadi Ahli atau layak menjadi Ahli Dewan Negeri sebagaimana ditentukan oleh Dewan Negeri sebagai Speaker.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat saya telah menerima satu (1) sahaja nama calon daripada pihak Kerajaan untuk dicadangkan menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Oleh yang demikian saya pohon mendapat cadangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk membuat cadangan.
Tuan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, saya pohon mencadangkan Encik Zubir bin Ahmad dipilih menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Kelima Belas ini.
Tuan Setiausaha Dewan, saya pohon menyokong cadangan yang dibuat oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima surat persetujuan secara bertulis daripada calon yang dicadangkan.
Dengan ini saya mempersilakan Encik Zubir bin Ahmad bangun dan memperkenalkan diri kepada Dewan.
( Encik Zubir bin Ahmad bangun dan memperkenalkan diri )
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana seorang sahaja calon yang dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4(5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, maka saya dengan ini mengisytiharkan YB. Encik Zubir bin Ahmad dipilih menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kelima Belas ini.
Sekarang dipersilakan YB. Encik Zubir bin Ahmad untuk tampil di meja khas bagi mengangkat sumpah dan menandatangani Buku Sumpah seperti yang dikehendaki oleh Peraturan 5(4) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman dan Perkara 55(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman.
[Setelah selesai mengangkat sumpah dan menandatangani buku sumpah]
Dengan hormatnya dipersilakan Yang Berhormat Adun Sungai Limau untuk mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bagi memakaikan JUBAH Rasmi Speaker kepada YB. Encik Zubir bin Ahmad dan seterusnya mengiringi YB. Encik Zubir bin Ahmad ke tempat duduk Yang Berhormat Speaker di atas Astaka.
Dipersilakan YB. Encik Zubir bin Ahmad untuk naik ke astaka.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya menyerahkan perjalanan Mesyuarat seterusnya kepada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassolatu wassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbhi ajma’in. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul ‘uddatan millisani yafghohu khauli.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian kerana memilih saya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Kelima Belas ini. Bagi melicinkan perjalanan persidangan Dewan ini dari semasa ke semasa, kerjasama yang padu daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian sangatlah saya harapkan.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha!
Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.
Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, atur cara seterusnya ialah majlis Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Buku Sumpah oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri mengikut kehendak Perkara 55(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman.
Dipersilakan Tuan Setiausaha.
Dipersilakan dengan segala hormatnya :-
36. [Selepas Selesai majlis angkat sumpah Adun-Adun]
Pemilihan Jawatan Timbalan Speaker
Tuan Setiausaha Dewan atur cara berikutnya.
Pemilihan jawatan Timbalan Speaker.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, menurut Perkara 54(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman dan Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Dewan Undangan Negeri dari masa ke semasa hendaklah memilih seorang daripada Ahlinya untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Timbalan Speaker.
Mengikut rekod Tuan Setiausaha Dewan, hanya ada satu (1) nama calon yang telah dicadangkan di Dewan ini iaitu daripada pihak Kerajaan. Sehubungan itu, saya pohon mendapat cadangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk membuat cadangan.
YB. Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan YB. ENCIK ABDUL RAZAK BIN KHAMIS [Adun Sungai Tiang] dipilih menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Kelima Belas ini.
YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan yang dibuat oleh YAB. Datuk Seri Menteri Besar.
Dipersilakan YB. ENCIK ABDUL RAZAK BIN KHAMIS untuk memperkenalkan diri kepada Dewan.
Terima kasih YB. ENCIK ABDUL RAZAK BIN KHAMIS
Bagi mematuhi Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, maka saya mengisytiharkan YB. ENCIK ABDUL RAZAK BIN KHAMIS [Adun Sungai Tiang] telah dipilih menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, setakat inilah sahaja urusan Persidangan Dewan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 ini. Sebelum saya menangguhkan persidangan pada pagi ini, sukacita saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terpilih menganggotai Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Kelima Belas ini.
Marilah sama-sama kita berdoa agar kita dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya sama ada di dalam Dewan ini ataupun di luar Dewan.
Bagi memberkati Mesyuarat Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kelima Belas ini, saya dengan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Sohibus Samahah Dato’ Paduka Mufti Negeri Kedah Darul Aman untuk bacaan Doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
[Selepas Bacaan Doa oleh Dato’ Paduka Mufti Negeri Kedah]
Urusan Seterusnya Tuan Setiausaha Dewan.
Tangguhan Sidang Dewan
Tangguhan Sidang Dewan.
Dipersilakan dengan segala hormatnya YAB Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul penagguhan dewan.
YB. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan-urusan bagi Mesyuarat Pertama telah pun selesai, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya “Persidangan Dewan ini ditangguhkan sekarang”.
Sekian, terima kasih.
YB. Tuan Speaker, saya menyokong cadangan itu.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan Persidangan Dewan ini, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telahpun dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi kali yang Ke-15 ini dan saya mengalu-alukan Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada yang lama atau yang baru semoga dapat kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab kita kepada Dewan Yang Mulia ini dan juga rakyat di Negeri Kedah.
Suka saya memperingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian berkenaan ketidakhadiran tanpa kebenaran Speaker mengikut Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.
“Jika Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak hadir Sidang Dewan melebihi 2 kali berturut-turut maka tempatnya akan menjadi kosong dan sebarang ketidakhadiran Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah dimaklumkan kepada YB. Speaker sama ada melalui surat atau pemberitahuan secara mulut”.
Saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat membaca buku Peraturan-Peraturan Dewan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.
Satu perkara lagi yang saya nak beritahu kepada pihak pembangkang ialah pemilihan Ketua Pembangkang untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan datang. Saya pohon dikemukakan secara bersurat kepada saya sebelum persidangan kedua mesyuarat akan datang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sekarang sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sekian, Wabillahitaufik Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada jam 10.25 pagi]