Kedah · 27 November 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 324 turns · 38,513 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Dewan disambung semula. Bacaan Doa.
DOA
Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, saya telah menerima pemakluman secara bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Kota Siputeh, Encik Mohd Ashraf Mustaqim bin Badrul Munir berkenaan dengan ketidakhadiran beliau ke mesyuarat pada hari ini.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
I. Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions
Sesi Pertanyaan-pertanyaan mulut.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon jawapan nombor 1.
1. Agihan pembangunan di Kedah masih tidak seimbang antara daerah.
Pohon dinyatakan:-
Apakah rancangan kerajaan untuk menjadikan daerah mundur seperti Baling dapat dilonjak supaya setanding dengan daerah-daerah lain?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Kupang, Ahli Dewan sekalian. Soalan nombor satu ni berkaitan dengan agihan pembangunan di daerah-daerah yang tidak seimbang. Jadi, Kupang telah bertanya rancangan kerajaan untuk menjadikan daerah mundur seperti Baling. Ini Kupang yang kata bukan saya (sambil ketawa), dapat dilonjak setanding dengan daerah-daerah yang lain.
Pertama sekali, dalam mazhab pembangunan ni kalau kita pakai mazhab kontemporari, daerah-daerah yang tidak ada bangunan, tidak ada LRT, tidak ada bangunan pencakar langit ni dikatakan mundur. Tapi kalau pakai mazhab pembangunan yang lain, ada juga daerah yang tidak perlukan semua perkara itu dan mereka menjadi daerah yang maju kerana kaedah mengukur pembangunan sekarang ini pakai KDNK, pakai pendapatan per kapita. Ada kaedah baru yang diguna pakai iaitu kadar ‘happiness’, kebahagiaan. Saya rasa orang Baling lebih bahagia daripada orang Alor Setar dalam sesetengah aspek. Betul Kota Darul Aman? Jadi kalau dikira pakai kaedah pengukuran itu, saya fikir Baling bukan daerah yang mundur. Termasuklah Lunas, banyak kilang-kilang industri di Lunas tidak semestinya menjamin pembangunan hebat dan kebahagiaan orang Lunas. Mungkin orang Sik lebih bahagia daripada orang Lunas lagi. Yan? Yan didapati daerah yang bahagia dan Baling pun dalam draf rancangan struktur yang dirasmikan beberapa hari lepas, Baling pakai daerah yang bahagia. Saya rasa itu patut diambil kira dalam menentukan corak ataupun bentuk pembangunan yang nak dibawa ke sesuatu daerah.
Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan pembangunan ‘material’ disedari oleh kerajaan yang tidak seimbang berlaku di antara daerah. Oleh yang demikian, Pelan Pembangunan Kedah 2035 telah menetapkan identiti mengikut kekuatan dan potensi setiap daerah.
Dalam konteks Baling, Daerah Baling adalah daerah yang dari sudut KDNK, pendapatan per kapita termasuk antara daerah miskin di Kedah dan di seluruh negara. Pelan Pembangunan Kedah 2035 menetapkan identiti Baling sebagai Daerah Pelancongan Eko dengan mengambil kira rupa bumi, hutan, guna tanah terbesar yang kita dapati sangat kaya dan berpotensi untuk dibangunkan produk-produk pelancongan semula jadi.
Dalam hal ini, kerajaan telah merancang untuk memperkasakan produk pelancongan yang bersifat eko di Daerah Baling, contohnya Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Di daerah lain tak dak Bayu! Baling ja ada, “A panas”. Kawasan Perkelahan Lata Bayu,
Kawasan Perkelahan Lata Hijau dan Gunung Baling, sekarang ni diberi perhatian oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai tarikan pelancongan.
Kajian Pelan Pembangunan Pelancongan Rangkaian Gua di Gunung Pulai melibatkan Gua Sireh, Gua Badak, Gua Landak, Gua Air di Bukit Wang, Daerah Baling telah dilaksanakan oleh PLANMalaysia@Kedah adalah salah satu usaha untuk mempelbagaikan dan menambah nilai produk-produk pelancongan yang telah mula mendapat perhatian para pelancong. Kerajaan Negeri merancang untuk memohon peruntukan bagi menyediakan infrastruktur pelancongan yang bersesuaian.
Selain tumpuan kepada sektor pelancongan eko, sektor pembuatan juga diberi perhatian khususnya di Kuala Ketil. Kuala Ketil, Kuala Ketil ni Baling tau. Jangan perasan sangat! (sambil ketawa). Kuala Ketil serta Kupang, Kupang sendiri seperti yang diperincikan dalam Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 melalui penetapan berikut: Kuala Ketil, Daerah Baling sebagai Kluster Industri Pembuatan dan Perkhidmatan Serta Kluster Industri Tenaga Boleh Diperbaharui. Ada ladang solar yang besar di Kuala Ketil. Mukim Kupang, Daerah Baling ditetapkan sebagai Hub Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS).
Pembangunan Pusat Ekonomi dan Komuniti Bersepadu (iCON) di Baling oleh NCIA juga dapat membantu mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan landasan kepada usahawan dan komuniti luar bandar dengan pasaran di bandar yang lebih luas. Projek iCON Baling yang dijangka siap pada 2025 bakal memanfaatkan pengusaha kecil dan sederhana dan meningkatkan nilai produk tempatan dan menjadikan kawasan tarikan baharu di Baling. Daerah Baling turut dijangka mendapat limpahan ekonomi melalui kewujudan kawasan perbandaran yang baharu khususnya di Kuala Ketil, hasil pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi seperti Pembangunan Kedah Aerotropolis di Sidam Kiri dan Lebuhraya Koridor Utara (NCH) menerusi jajaran serta pembangunan interchange yang berhampiran.
Selain itu, Projek Pembinaan Rancangan Tebatan Banjir Baling Fasa 2 yang telah diluluskan oleh Persekutuan dalam Belanjawan 2024 adalah projek infrastruktur penting yang dirancang untuk bantu mengurangkan beban ekonomi penduduk yang terjejas akibat banjir.
Dari segi usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk Daerah Baling, Kementerian Ekonomi dan NCIA dengan kerjasama kerajaan negeri telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan tegar keluarga Malaysia yang pada masa ini, melibatkan 7
peserta manakala 68 orang peserta telah disenarai pendek untuk Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri terus komited untuk memastikan keseimbangan pembangunan di setiap daerah dapat dicapai berdasarkan kerangka yang telah disediakan dalam Pelan 2035. Saya juga ingin memaklumkan bahawa oleh kerana Baling ni kita telah tetapkan sebagai Daerah Eko Pelancongan, maka program-program ataupun projek-projek yang boleh menjejaskan rancangan itu seperti permohonan kuari, Baling ni kaya dengan permohonan kuari, kuari batu kapur banyak di Baling, kuari granite, permohonan kawasan-kawasan kuari pasir darat semuanya di Baling ini kita pertimbang dan kita tangguhkan. Kalau permohonan baru kita tolak. Yang telah diluluskan ditangguh untuk dicari ganti di tempat lain khususnya yang melibatkan kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan seperti di gua-gua di sepanjang Gunung Baling itu, kita nak pastikan semua tarikan pelancong yang kita senaraikan ini tidak terjejas dengan projek-projek ekonomi pihak-pihak perseorangan ataupun syarikat yang boleh memberi kesan negatif kepada Baling.
Saya berharap Pelan Kedah 2035 ini akan membangunkan setiap daerah di Kedah dengan identiti masing-masing walaupun jika diambil kira satu kayu ukur sahaja dalam aspek pembangunan maka pada pandangan orang nampak tidak seimbang tapi sebenarnya telah seimbang berdasarkan kekuatan dan identiti masing-masing. Saya harap orang Baling dapat menerima keadaan dan kedudukan, saya nampak jauh Baling lebih baik daripada Sik dan Padang Terap, malah lebih baik daripada Pendang dari sudut pembangunan kemanusiaan, dengan banyaknya pondok-pondok, banyaknya pusat-pusat pengajian, terbukanya pemikiran orang Baling dan kepimpinan masyarakat di Baling jauh lebih terkedepan daripada penduduk daerah lain. Syabas! Tahniah Baling! Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Soalan nombor 2, dipersilakan Yang Berhormat ADUN Kots Darul Aman. (YB. Kupang mencelah)
YB. Speaker, ada soalan tambahan!
Ada soalan tambahan.
Soalan tambahan, Baling ni kita kenali sebagai kawasan pengeluaran getah. Jadi, rata-rata pengusaha-pengusaha kebun-kebun kecil ramai di Baling. Jadi kalau kita lihat, perusahaan getah ini dikawal oleh agensi, tiga empat agensi, antaranya ialah RRI, kemudian Lembaga Getah Malaysia, RISDA, FELCRA dan sebagainya. Tapi sejak daripada berapa lama dulu, saya rasa dah kira puluhan tahun dulu sampai sekarang ni, pengusaha-pengusaha getah ni, taraf hidup mereka amat mendukacitakan. Tak berubah daripada dulu sampai la ni.
Jadi, soalan saya relevankah lagi getah itu dianggap sebagai komoditi utama negara di mana masa kini kita dapat pengusaha-pengusaha ini tidak boleh bangkit melepaskan mereka daripada kepompong kemiskinan itu? Jadi, adakah kerajaan berusaha ataupun ada rancangan untuk mengubah getah ini kepada suatu perancangan lain bagi meningkat ekonomi rakyat Baling? Sekian, terima kasih.
Dipersilakan!
Terima kasih Kupang. Ada getah ni Bayu. Yang Berhormat Speaker, sama ada hala tuju industri getah ni mampu menyara kehidupan pekebun kecil khususnya penduduk di luar bandar, itu kena ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan kerana getah adalah komoditi yang walaupun pada suatu ketika Malaysia jadi pengeksport terbesar getah dunia ini tapi sekarang ni telah jatuh ke nombor lima. Walaupun begitu, kita masih memiliki ramai pekebun kecil khusnya di daerah di pedalaman Kedah ini dan komoditi getah ini tertakluk kepada harga pasaran. Bagi Kerajaan Negeri yang tidak ada bidang kuasa dalam industri getah, kita harap Kerajaan Persekutuan membuat satu polisi bagi kerajaan negeri jika ada permohonan untuk menukar tanaman getah di tanah-tanah yang diluluskan untuk pekebun kecil, mereka mohon untuk tukar tanaman sawit, buat masa ini belum ada lagi permohonan yang ditolak. Saya pikir tanaman sawit kalau diusahakan lebih daripada lima relung sudah ekonomik pada waktu ini tapi kalau getah belum kerana ditimpa hujan.
Saya banyak bercakap tentang industri getah ini pada ketika dulu dan masih lagi komoditi ini tertakluk kepada Kerajaaan Persekutuan. Saya pikir hala tuju ini perlu diletakkan oleh Kerajaan Persekutuan sama ada masih berharap pekebun kecil terus bergayut kepada komoditi getah untuk hidup ataupun kita beri mereka kebebasan untuk mengusahakan kebun mereka itu dengan tanaman yang lain yang lebih ekonomik pada waktu ini. Terima kasih.
YB. Tuan Speaker. Soalan tambahan.
Kota Darul Aman
Saya setuju dengan Menteri Besar, Jeneri berhubung dengan indeks kebahagian sangat penting sebab kalau kita lihat Daerah Baling antara kelahiran yang tertinggi di Negeri Kedah. Ya, jadi kebahagian itu sangat penting. Jadi, soalan saya ialah keseimbangan pembangunan hutan adalah penting untuk pembangunan Daerah Baling sebagai Daerah Eko Pelancongan tapi jika kita mengikut auditan khas Ketua Audit Negara pada 2021, ia telah menunjukkan bahawa aktiviti pembalakan untuk pembangunan ladang hutan serta pembukaan jalan hutan dan pengubah guna tanah menyumbang hakisan dan kelodakan di sepanjang Sungai Kupang. Jadi, saya minta pencerahan dari segi tentang bagaimana untuk mengembalikan, memelihara hutan dan juga kita pelihara hutan kita. Terima kasih.
Terima kasih Kota Darul Aman. Saya bersetuju bahawa pemuliharaan hutan penting untuk mewujudkan kebahagian (sambil ketawa). Kelahiran bukan kerana…kadang-kadang lepas geram kan na?. Dia tak bahagia, dia geram ja, maka berlakulah kelahiran. Saya mengakui bahawa penting untuk kita mengekalkan jumlah keluasan hutan di Kedah dan khususnya Daerah Baling dan Sik adalah dua daerah yang dilitupi oleh rangkaian hutan di Rimba Teloi dan Ulu Muda. Dan di sanalah sumber air kawasan tadahan untuk pertanian dan minuman rakyat Kedah diambil. Kalau hutan-hutan kita dimusnahkan maka kita akan menghadapi masalah pada masa depan.
Walaupun demikian, kita telah mewarisi kelulusan kawasan pembalakan yang begitu luas di Ulu Muda dan di Gunung Inas dan di Gunung Bongsu yang terdiri beberapa banjaran yang membentuk Daerah Baling. Kalau kita nak batal, kita kena bayar pampasan kepada pemegang konsesi. Maka kita minta Jabatan Perhutanan memproses lesen tebangan berdasarkan kuota catuan tebangan tahunan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini, Kedah diberi CTT (Catuan Tebangan Tahunan), 4,200 hektar setahun. Maka itu, proses yang perlu dipatuhi. Tak ada lagi sebarang kelulusan ladang hutan sejak 2020 sampai sekarang, kelulusan ladang hutan tak ada. Mana-mana ladang hutan di kawasan Ulu Muda dibatalkan. Kita buat rundingan dengan pemegang konsesi suruh dia pergi camkan kawasan lain dan dibuat pembalakan secara ‘tagging’. Tak ada lagi pembangunan ladang hutan.
Saya dah maklumkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara bahawa kelulusan ladang hutan sewaktu kerajaan berubah pada tahun 2020 ialah 28,000 hektar. Padahal kuota yang diberikan untuk tiap-tiap negeri di seluruh negara adalah 15% daripada jumlah hutan simpan kekal yang diwartakan. Kita ada 107 yang diwartakan. Bermaksud kalau 15%, lebih kurang 15,000 hektar sahaja kuota ladang hutan untuk Negeri Kedah. Tetapi kelulusan sudah ada, 28,000 hektar. Macam mana kita nak hadapi? ‘Double’!. Maka kita panggil setengah-setengah pemegang konsesi yang diberikan kelulusan ladang hutan, kita buat rundingan, “Encik turunlah pi cari kat tempat lain, camkan tempat lain. Ulu Muda tidak dibenarkan untuk ladang hutan. Kawasan-kawasan sensitif pun tak boleh untuk ladang hutan. Pergi cam tempat lain, buat pembalakan secara ‘tagging’”. Tapi prosesnya begitu lambat. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Yang tak setuju pun kita tangguh lagi sampailah kita dapat penyelesaian.
Saya pun dah maklum pada kementerian, dilema yang kita hadapi kerana kelulusan ladang hutan yang terlalu luas di Kedah ini, 28,000 hektar. Dalam Ulu Muda saja ada kelulusan pembalakan 78,000 hektar yang saya pernah sebut di luar atau di Dewan ini, untuk dibuat lesen tebangan kawasan kelulusan sedia ada di Ulu Muda, perlu 18 tahun untuk dihabiskan kelulusan yang sedia ada sahaja iaitu 78,000 hektar. Setahun kalau boleh tebang 4,200 hektar, 18 tahun baru habis! Jadi, kerajaan negeri tersepit di antara kelulusan sedia ada, bayaran yang telah dibuat pemegang konsesi tiap-tiap kawasan pembalakan dengan keperluan untuk kita pulihara hutan kita sebagai kawasan tadahan dan kawasan flora dan fauna, alam semula jadi yang penting untuk kita litupi muka bumi Kedah ini dengan 50% kawasan hutan.
Walau bagaimanapun, kita sentiasa berusaha untuk pastikan hutan-hutan kita khususnya di Daerah Baling, Daerah Sik dan Padang Terap ni dapat dikekalkan. Kita nak elaklah daripada kelulusan-kelulusan yang sensitive, kita sentiasa panggil kawasan yang telah lulus itu untuk berunding. Pi cari tempat lain, tolonglah cam tempat lain, tempat ni tak boleh, sensitif. Ada ganggu tasik, ada ganggu Sungai, ada ganggu kehidupan orang kampung, ganggu tanda air masyarakat orang ramai. Benda-benda itu menjadi keutamaan kerajaan negeri pada waktu ini. Kalau perlu kepada 18 tahun untuk buat perundingan, kalau perlu kepada 20 tahun, kita tunggulah 20 tahun itu habis untuk kita pastikan hutan-hutan kita dapat dipelihara. Terima kasih YB. Kota Darul Aman.
Satu lagi?
Soalan tambahan!
Okey! Okey!
Okey.Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya bersetuju dengan pendapat Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi bahawa aspek ‘material’ bukanlah satu-satunya ‘indicator’ untuk mengukur kesejahteraan rakyat. Namun, saya ingin bertanya berkenaan dengan pembangunan tidak seimbang, mohon nyatakan tentang status pembangunan di kawasan Kuala Kedah khususnya Pengkalan Kundor, adakah ada pembangunan baru yang dirancang atau bakal dilaksanakan dalam masa terdekat sama ada di pihak kerajaan negeri ataupun Persekutuan? Terima kasih.
Silakan YAB. Jeneri!
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih YB. Pengkalan Kundor ya. Soalan mengejut ni dinda! (sambil ketawa). Bagi notis awal sikit boleh lah saya baca sikit. Walau bagaimanapun, Kuala Kedah ni antara projek-projek baru ialah Jeti Kuala Kedah. Walaupun kita menghadapi ‘sediment’ mendapan yang saban tahun perlu digali, dikorek tapi pada suatu ketika dulu, tahun 2020, ‘tender’ telah dikeluarkan untuk membangunkan jeti baru Kuala Kedah. Tapi saya dipahamkan ‘tender’ itu telah dibatalkan apabila Kerajaan Pusat bertukar dan ‘tender’ baru telah dibuat. Jeti itu pada pengetahuan saya bernilai RM240 juta. ‘Design’ pun dah tengok dan bentang, JKR pun dah bentang, kita pun dah tengok. Jeti yang saya pikir nampak macam KLIA. Oh! Hebat Kuala Kedah ni! Nanti orang semua pakat pi di Kuala Kedah la kalaulah projek itu diteruskan. Saya pikir telah di ‘tender’ semula dan akan dibina jeti baru di tempat yang sama. Ada juga rancangan-rancangan ataupun permohonan-permohonan tanah pinggir laut. Depa nak ‘reclaim’ untuk dibangunkan projek-projek ‘commercial’ dan ‘residential’ di Kuala Kedah. Saya harap perkara ini dapat berlaku. Kebanyakan projek-projek ini adalah projek swasta. Tapi bagi pihak kerajaan, setakat ini yang terkini dan terbaru adalah jeti Kuala Kedah. Saya harap Pengkalan Kundor, Anak Bukit, Kubang Rotan nanti akan lebih baiklah pada masa depan dengan projek-projek yang dirancangkan ini. Terima kasih.
Soalan nombor 2. dipersilakan Yang Berhormat Sidam!
Selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mohon jawapan kepada soalan nombor 2. Terima kasih.
2. Bazar Pekan Rabu di Pekan Lama, Sungai Petani kini sudah hampir terbiar. Banyak lot-lot perniagaan ditinggalkan kosong menjadikan kawasan tersebut muram dan tidak bermaya untuk menarik pelanggan.
Pohon dinyatakan adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menceriakan semula bazar berkenaan dan bagaimanakan caranya?
Silakan YB. Kuala Ketil!
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sidam. Soalan nombor 2 adalah Bazar Pekan Rabu di Pekan Lama, Sungai Petani kini sudah hampir terbiar. Banyak lot-lot perniagaan ditinggalkan kosong menjadikan kawasan tersebut muram dan tidak bermaya untuk menarik pelanggan. Pohon nyatakan adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menceriakan semula bazar berkenaan dan bagaimana caranya?
Yang Berhormat Speaker, untuk makluman Speaker dan juga Yang Berhormat Sidam, Bazar Pekan Rabu ni memang dah lama ada di situ dan dia agak terlindung dengan bangunan kedai yang di hadapan dia. Bangunan kedai yang pada amnya diadakan kalau Thaipusam dan Deepavali, memang depan tu agak meriah jadi agak terlindunglah bangunan Pekan Rabu ni sebab dia ada sebelah belakang. Betul noh Sidam noh? Sidam banyak kali pergi kot noh?
Mengikut MPSPK, kita sudah ada dua ‘proposal’ lah untuk bangunkan Arked Pekan Rabu tersebut dan kita sedang menelitinya dan kita akan tengok bagaimana ‘proposal’ tersebut boleh bantu untuk membangunkan Arked Pekan Rabu tersebut. Di samping tu, di kawasan ‘parking’ tu, kita pun sudah ada satu syarikat yang akan mengambil alih ‘parking’ tersebut digunakan secara berpalang yang akan memudahkan orang ramai atau Masyarakat, ‘parking’ sebab Arked Pekan Rabu ni dia bersebelahan dengan UTC Sungai Petani. UTC Sungai Petani ni dia tempat tumpuan dan kebanyakan ‘parking-parking’ tu boleh sebahagian daripada pelanggan UTC akan menggunakan ruang ‘parking’ di arked tersebut. Dan Arked Pekan Rabu ni juga ia berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia dan juga Stesen Kereta Api Sungai Petani. Ini semua juga akan berikan kemudahan lah untuk pengunjung-pengunjung ataupun masyarakat menggunakan kawasan tersebut. Di samping itu, dengan ‘proposal’ tersebut, kita yakinlah kalau ia akan diterima, dibangunkan dan selepas ini InsyaAllah arked tersebut akan kembali ceria dan boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat setempat. Itu saja Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Ketil. Soalan tambahan?
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan ialah jika dua ‘proposal’ itu diluluskan, apakah kriteria-kriteria untuk peniaga-peniaga masuk? Adakah akan dilihat daripada segi pengalaman ataupun dari segi modal ataupun dari segi kaum ataupun lagi satu, adakah dia mengikut kepada kabel-kabel dan sebagainya? Terima kasih.
Berhormat Sidam sampai pi kabel nuh. Kabel elektrik ka kabel apa? Dia lebih bersifat teknikal Yang Berhormat Sidam tanya ni. Kita serahkan pada MPSPK lah untuk nilai dia punya ‘proposal’ tersebut asalkan dia boleh membangunkan arked tersebutlah. Kita juga merancang ke depan kalau andainya ‘proposal’ tu tidak menepati syarat kita dan sebagainya, kita juga akan ubah suai menjadi macam pasar raya ataupun ‘emporium’. Kita akan ubah suai supaya dia boleh memberi manfaatlah pada bangunan yang sedia ada dan kita yakin kita tak bagilah kepada berdasarkan apa yang YB. Sidam kata kaum tu tadi noh?
Walaupun komuniti perniagaan depan tu memanglah dimonopoli oleh kaum Cina dan India tapi Arked Pekan Rabu ni bukanlah kita kata kepada Melayu semua, tapi berdasarkan kepada apa yang dia minat dia nak berniaga dalam tu, kita bagi ruang lah kan. Bukan kita nak spesifik untuk Melayu saja kan, walaupun di depan tu dimonopoli oleh Cina, India sebab perniagaan tu lebih kepada bersifat perayaan. Di situ ada kuil yang besar situ dan bila musim perayaan Deepavali ataupun Thaipusam memang akan meriah dengan kaum India di situ lah. Dan kita juga meneliti andai kata ke depan ni, selepas ni ‘proposal-proposal’ tersebut tidak dapat dipatuhi dan dipenuhi, kita boleh juga ‘offer’ untuk dijadikan hotel sebab dia ada di tengah-tengah ‘town’, tengah bandar, dia berdekatan dengan Seri Malaysia, berdekatan dengan stesen keretapi, rasanya boleh dibangunkan untuk ke depan ni. Itu yang saya dok bincang dengan MPSPK lah. Okey. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan nombor 3, dipersilakan Yang Berhormat Tanjung Dawai.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB. Dr. Haim ADUN Jitra, mohon jawapan soalan nombor 3.
3. Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar, Kedah berjaya mengekalkan prestasi cemerlang berada pada kedudukan kedua dengan nilai pelaburan sebanyak RM14.6 billion bagi separuh penggal 2023?
Pohon dinyatakan:-
a) Kategori pelaburan yang diterima?
b) Kawasan industri yang menjadi pilihan pelabur?
c) Jumlah jangkaan keseluruhan pelaburan bagi 2023?
Silakan!
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih atas soalan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam konteks pelaburan di negeri kita, ianya menunjukkan satu perkembangan yang cukup positif dan ini adalah satu hasil ataupun kerjasama erat di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih secara khususnya kepada MIDA yang mana dalam konteks di belah utara ini telah memainkan peranan dan juga KTPC serta Majlis Perbandaran Kulim dan yang berkaitan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, secara khususnya kita telah berjaya menarik pelaburan dalam kategori perkilangan, perkhidmatan dan juga primer. Izinkan saya untuk memberikan sedikit maklumat yang mana pada dasarnya kita telah berjaya mengumpul sebanyak RM14.6 billion pelaburan pada tahun ini sehingga bulan Jun 2023 dan kejayaan ini pada dasarnya ditunjangi oleh keterbukaan kita dalam konteks Negeri Kedah yang mana kita memberikan komitmen yang begitu tinggi bagi membolehkan Kulim menjadi tempat yang menjadi destinasi pilihan utama para pelabur di belah utara sepertimana yang pernah dinikmati oleh Pulau Pinang.
Dan di samping sektor perkilangan yang mana kita berjaya menarik RM13.2 billion, sektor kedua terbesar ialah sektor perkhidmatan iaitu dengan RM1.3 billion dan juga sektor primer sebanyak RM1 juta lebih kurang. Dalam kata lain Yang Berhormat Tuan Speaker, kita berada di kedudukan ketiga tertinggi di negara kita. Ini suatu pencapaian luar biasa kita dan kita akan terus usahakan bagi membolehkan kita kekal kompetitif. Pada masa yang sama, kita menyumbang kepada 11% kepada ‘total’ pelaburan negara iaitu sebanyak RM132.6 billion dan ini adalah menunjukkan bahawa kita mempunyai potensi yang cukup besar dengan kawasan-kawasan pelaburan yang kita buka dari semasa ke semasa dan telah pun dibuka dan saya secara khususnya ingin nyatakan di sini bahawa Kulim Hi-Tech masih menjadi pilihan utama para pelabur khususnya syarikat-syarikat MNC. Dan kita rasa gembira kerana mereka melihat prasarana yang disediakan oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam konteks agensi Kerajaan Pusat dan Negeri telah membolehkan Kulim Hi-Tech ‘remain competitve’ dan menjadi rujukan utama kepada banyak pusat-pusat pembangunan pelaburan di negara kita yang mana dijadikan ‘benchmark’.
Pilihan kedua dalam konteks pelaburan tertinggi di negeri kita adalah Kulim sendiri, Daerah Kulim di Padang Meha dan seumpamanya. Ini adalah satu lagi gambaran bahawa perkembangan pelaburan ini berlaku di selatan Negeri Kedah dan kita harus menyusun strategi kita secara komprehensif bagi membolehkan peningkatan ini berterusan secara konsisten. Tempat ketiga yang menjadi tarikan pelaburan utama adalah Bakar Arang Industrial Park yang membawa pelaburan lebih RM200 juta ringgit diikuti oleh Sungai Petani dan juga Gurun. Jadi, dengan kata lain Yang BerhormatTuan Speaker, izinkan saya untuk merumuskan bahawa dalam konteks pelaburan ini, kita telah berjaya menepati sasaran kita iaitu untuk mencapai RM10 billion pada tahun 2023 hanya pada enam bulan pertama kita. Dan ini pada dasarnya akan membawa kita kepada pencapaian yang lebih tinggi pada hujung tahun ini dan InsyaAllah kita akan berjaya memperoleh sekitar RM20 billion. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Soalan tambahan!
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya yang pertama, apakah faktor penarik yang sedia ada sehingga pelabur berminat untuk datang ke Kedah? Dan yang keduanya, adakah halangan ataupun sekatan daripada pihak Persekutuan agar pelabur tidak datang ke Kedah? Terima kasih.
Silakan!
Yang Berhormat Speaker, faktor penarik pertamanya kita mempunyai kelebihan yang sangat ketara iaitu nilai tanah kita yang jauh lebih murah daripada Pulau Pinang. Kita tidak menafikan bahawa Pulau Pinang adalah, ‘spill over’ dari Pulau Pinang yang membawa pelabur ini datang ke negeri kita Kedah khususnya di selatan Kedah. Dan faktor penarik yang kedua adalah di mana kita mempunyai satu agensi yang mengelola kawasan pelaburan kita iaitu KTPC yang telah menjadi ‘benchmark’ kepada negara kita dalam kejayaan mereka untuk menguruskan ‘industrial zone’ ini. Jadi ini adalah satu perkara yang pastinya menjadi kebanggaan kita semua dan yang ketiga ialah komitmen Majlis Perbandaran kita. Kita ada mengkhususkan iaitu Majlis Perbandaran khusus untuk Kulim Hi-Tech Park. Ini adalah suatu pendekatan ke hadapan yang sangat baik yang harus dicontohi oleh ‘industrial zone’ yang lain sekiranya ia berkembang pesat bagi membolehkan segala usaha-usaha yang dilakukan itu berjalan dengan lancar dan teratur.
Dengan kata lain Yang Berhormat YB. Speaker, izinkan saya, ‘ease of doing business’ adalah tunjang kepada kekuatan kita hari ini dan ianya perlu dibangkitkan dan diperkasakan di mana kita mempunyai E10 yang mana dalam konteks kemudahan untuk merancang dan segalanya itu dilakukan dengan begitu baik dan usaha ini perlu dipertingkatkan agar ianya boleh diringkaskan lagi, dipercepatkan lagi, mungkin A8, mungkin A7 dan seterusnya. Jadi dengan kata lain, faktor-faktor menarik ini banyak disamping juga keterbukaan kepimpinan negeri kita. Kita ingin menzahirkan bahawa kerajaan kita, Perikatan Nasional bukanlah kerajaan yang tidak melihat kepada masa depan. Kita terbuka dan bersaing kompetitif dengan siapa juga. Dan kita yakin kita boleh berjaya dengan ketulusan kepimpinan kita bahawa kita boleh menarik lebih ramai pelabur dengan kerjasama erat dengan agensi-agensi Kerajaan.
Yang Berhormat Speaker, dalam konteks adakah Kerajaan Pusat memberi halangan, saya ingin menyatakan di sini pada pagi ini, mereka memberi khususnya MIDA, mereka memberi komitmen yang tinggi dan penuh bagi membolehkan kita maju dan berjaya seperti mana negeri-negeri lain. Di sini kita tidak memihak daripada sudut kesempitan politik tetapi kita melihat bagaimana kita, sebagai sebuah negeri boleh membangunkan negeri dan negara kita bersama. Terima kasih.
Terima kasih.
YB. Speaker. Soalan tambahan
Soalan tambahan. Silakan. Kanan, Tokai!
YB. Kota Darul Aman. ‘sorry’ ya?
Kerajaan boleh tanya selepas ni la.
Nampak dulu!
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin bertanya kepada ADUN Jitra ni, Exco. Berhubung dengan apa, dalam ucapan MB menyebut 34,000 pekerja yang berada di KHTP. Jadi saya nak bertanya, adakah statistik yang kita jalankan menunjukkan jumlah pekerja-pekerja tempatan atau pun rakyat Negeri Kedah yang bekerja di situ atau pun pekerja-pekerja import daripada negeri lain, Perak ka Pulau Pinang ka yang datang bekerja di KHTP? Senang ja nak jawab noh. Terima kasih.
Silakan!
Selit sekali lah, sebab melibatkan pekerja kan? Saya selitkan sekali.
Sekali ya? Silakan!
Kita nampak kita bawak begitu banyak pelabur masuk ke KHTP, tapi adakah kerajaan negeri menterjemahkan bilangan pekerja yang mencukupi untuk sektor industri tersebut? Terima kasih. Jumlah pekerja yang mencukupi.
Silakan!
Yang Berhormat Speaker, dalam konteks tenaga buruh atau tenaga kerja kita hari ini, pada dasarnya kerajaan negeri mempunyai dasar yang sangat jelas iaitu kita ingin mengutamakan anak Kedah untuk mendapatkan nikmat daripada pelaburan-pelaburan yang datang ke negeri kita. Namun demikian, pada masa yang sama kita bersikap terbuka seperti mana negeri-negeri lain terbuka kepada rakyat Negeri Kedah ketika mana negeri mereka membangun dalam konteks industri dahulu. Namun demikian, usaha-usaha akan diteruskan bagi membolehkan peratusan anak-anak Kedah yang bekerja di Negeri Kedah ini dapat dipertingkatkan bukan sahaja yang hari ini berada di Negeri Kedah malahan yang berada di negeri lain akan pulang ke negeri kita dengan kepakaran yang mereka ada, pengalaman yang mereka ada, bekerja di sektor-sektor industri ini, di MNC-MNC dan semuanya, jadi kita akan usahakan.
Secara spesifiknya, dalam konteks jumlah itu, InsyaAllah saya akan bekalkan maklumat yang terperinci bagi membolehkan kita melihat ‘trend’ peningkatan ini dapat diusahakan dan strategi dapat diperhalusi, inisiatif dapat dibangunkan bagi membolehkan mereka ini dapat dibawa pulang dan memberi khidmat ke negeri kita, Kedah, InsyaAllah. Terima kasih YB. Speaker. Cuma tadi soalan YB. sedikit tentang?
Sediakan pekerja teknikal ataupun pekerja ‘expert’ untuk menghadapi bilangan pelabur yang semakin bertambah.
Kita sedang menggerakkan usaha secara menyeluruh dan InsyaAllah kita akan terus membangunkan KISMEC (Kedah Industrial Skills and Management Development Centre) yang menjadi sebagai agensi ataupun entiti yang mempunyai kekuatan untuk melahirkan kepakaran-kepakaran khusus ataupun kemahiran-kemahiran khusus. Di masa yang sama, kita mempunyai K-Techno yang juga di bawah KTPC yang juga melahirkan para pekerja industri yang kompetitif. Tidak dilupakan juga, sumbangan daripada agensi-agensi institut pengajian tinggi yang ada di negeri kita Kedah dan di seluruh negara yang mana kita akan gerakkan usaha agar mereka melihat bahawa potensi besar yang diwujudkan di negeri kita Kedah ini tidak akan terganggu kerana kurangnya tenaga kerja, kerana kurangnya mereka yang berkemahiran. Kita akan usahakan pembangunan sumber manusia negeri kita dapat diangkat ke tahap tertinggi, InsyaAllah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jitra. Soalan nombor 4 dipersilakan Yang Berhormat Gurun.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Empat-empat siku lipat, Soalan saya nombor empat.
4. Pohon dinyatakan:-
a) Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk melahirkan bintang dalam pelbagai bidang sukan terutamanya bola sepak dan sepak takraw?
b) Apakah langkah serta strategi kerajaan bagi mengembalikan kegemilangan sukan pelbagai bidang di Negeri Kedah?
Dipersilakan!
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Gurun. Alhamdulillah. Soalannya berbunyi, dua soalan. Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk melahirkan bintang dalam pelbagai bidang sukan terutamanya bola sepak dan sepak takraw? Dan yang kedua, apakah langkah serta strategi kerajaan bagi mengembalikan kegemilangan sukan? Saya rasa kedua-dua soalan ni ada jawapan yang sekali lah sebab ada konteks dia. Jadi dari sudut kerajaan negeri, untuk makluman YB. Gurun dan juga YB. Speaker, telah melalui Majlis Sukan Negeri Kedah mempunyai beberapa perancangan khusus untuk melahirkan bintang dalam pelbagai sukan dengan merancang beberapa program.
Yang pertamanya, program TID (Talent Identification & Development) (dengan izin) iaitu program pengenalpastian bakat bagi menilai dan mengenal pasti kecenderungan bakat atlet tersebut ke bidang sukan yang sepatutnya. Program ini kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengenal pasti murid-murid sekolah yang mempunyai bakat dalam bidang sukan tersebut.
Yang kedua, program Klinik Sukan bagi memupuk minat rakyat kepada sukan tersebut. Program ini dilaksanakan secara terbuka di suatu tempat hasil dengan kerjasama pejabat-pejabat daerah dan lain-lain agensi. Klinik Sukan ini ialah klinik pengenalan sukan secara umum dan spesifik. Ia memberikan pengetahuan kepada subjek pelajar berkenaan sukan tersebut sebelum pelajar terpilih untuk menyertai sukan tersebut. Klinik Sukan secara ‘general’ lebih kepada pengetahuan berkenaan sukan dan spesifik lebih kepada teknikal dan ‘tactical’ sukan tersebut. Latihan, pertandingan, peraturan dan sains sukan terlibat dalam sukan, klinik spesifik sukan tersebut diamalkanlah.
Yang ketiganya, mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk menghantar lebih ramai atlet-atlet Negeri Kedah ke Sekolah-sekolah Sukan Malaysia. Untuk makluman YB., tahun 2023, seramai 83 orang pelajar di Negeri Kedah telah berada di sekolah-sekolah sukan terpilih di Malaysia iaitu sukan-sukan berprestij tinggi lah. Iaitu Sukan Sekolah Terengganu, iaitu di Terengganu, Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang dalam pelbagai bidanglah termasuk iaitu olahraga, skuasy, sepak takraw, hoki, boling padang dan lain-lain lah.
Dan yang keempat, iaitu meningkatkan pengetahuan aspek sains sukan serta kemajuan dan kecemerlangan sains sukan, perubatan & teknologi sukan. Pendidikan sukan amat penting kerana di setiap peringkat adalah wajar bagi mempertingkatkan prestasi atlet dan ia perlu dimanfaatkan bagi mencapai kecemerlangan sukan di setiap peringkat bermula akar umbi ke peringkat yang lebih tinggi. Bidang sains sukan terkini perlu diguna pakai bagi membantu meningkatkan prestasi atlet di tahap yang optimum. Bidang sains sukan menjadi kejurulatihan sains fizikal, pemakanan sukan, psikologi sukan, fisiologi senaman, kecederaan sukan dan ‘anti-dopping’. Itu termasuk dalam sains sukan lah.
Dan yang kelima, memastikan jurulatih dan pihak pengurusan memahami bidang tugas kejurulatihan dan pengurusan sukan dengan baik. Ini, kita dedahkan jurulatih-jurulatih ni dengan mendapat kelayakan sijil-sijil yang orang kata apa, yang berkelayakan. Contohnya macam dunia bola sepak, kita adakan sijil ‘license D, license C, license A’ dan ini menentukan kelayakan sepatutnya yang perlu ada pada pihak jurulatih.
Dan yang keenam, penambahbaikan dan pembinaan prasarana serta infra sedia ada dan baru. Pembinaan gelanggang skuasy baru di Suka Menanti yang baru siap, iaitu yang akan diserahkan secara pindah milik kepada Majlis Sukan Negeri dan ini adalah satu gelanggang yang orang kata, orang kata apa, suatu yang amat berguna untuk ahli-ahli sukan kita di Kedah lah. Cadangan yang keduanya, cadangan mewujudkan sebuah gelanggang sepak takraw. Ini adalah dalam perhatian kita sebagai orang yang nak mengenang jasa tokoh ‘legend’ sepak takraw kita iaitu Adnan Saidin maka kita merancang untuk membina satu gelanggang khusus sebagai mengenang jasa dan itu satu tempat untuk anak-anak kita mempraktikkan sukan sepak raga lah.
Dan yang ketujuhnya, memperbanyakkan penganjuran siri kejohanan sukan yang berkaitan bagi mendapatkan bakat-bakat baru. Ha, itu lah jawapan saya untuk soalan YB. Gurun.
Soalan tambahan, YB. Gurun?
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya, berapa lama tempoh masa untuk mengembalikan kegemilangan sukan di Negeri Kedah?
Tempoh lama tu. Untuk makluman Tuan Speaker, dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035, selain kita membangunkan pembangunan yang lain, sukan juga turut kita letakkan dalam ‘target’ yang sama lah. Tapi untuk makluman YB. Tuan Speaker, sehingga hari ini, walaupun kita letak ‘target’ 2035, tetapi Kedah telah melahirkan bakat yang cukup cemerlang. Antaranya, dalam Sukan Asia yang terbaru di Hangzhou, 21 atlet daripada Kedah telah mewakili negara. Ini satu perkembangan yang baik. Untuk makluman, bukan sekadar kita hadir di Hangzhou tetapi kita telah membawa pulang dua pingat emas, tiga perak dan dua gangsa. Ini satu orang kata apa, satu kejayaan yang cemerlang, dan antara nama-nama seperti yang disebutkan oleh YAB. Jeneri kemarin, Sivasangari, skuasy dengan mendapat emas dan yang terbaru di Hong Kong baru-baru ni, dia juga mendapat pingat emas. Dan ini satu kejayaan besar dan saya rasa 2035 tu, kemungkinan kita akan melahirkan banyak lagi bakat-bakat yang saya rasa boleh mengharumkan nama Negeri Kedah dan juga Malaysia. lah. InsyaAllah.
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan!
Ada lagi? Silakan!
YB. Tuan Speaker, diingatkan situasi terkini yang melibatkan Kedah Darul Aman FC di mana gaji pemain, jurulatih dan pegawai pasukan telah tertunggak sejak Ogos 2023. Apakah faktor utama yang menyebabkan masalah aliran tunai ini dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak pengurusan pasukan dan kerajaan negeri untuk mengatasi isu ini dan juga masa depan akan datang? Terima kasih.
Terima kasih YB. Bakar Arang. Untuk makluman Bakar Arang, sehingga hari ini, untuk makluman, KFA dan juga KDAFC adalah dua entiti yang berbeza. Jadi, saya tak boleh jawab. Bukan saya tak boleh jawab, saya boleh jawab soalan tu tapi sebenarnya itu adalah urusan syarikat jadi kita di pihak negeri melalui KFA sahaja kita mohon masukkan secara dalam peringkat pembangunan jadi data-data tu saya rasa perlu rujuk kepada syarikat KDAFC lah. Itu ja, terima kasih.
Terima kasih. Kita ada 10 minit lagi masa. Kita teruskan kepada soalan nombor 3. Dipersilakan Yang Berhormat Kuah. Nombor 5.
Yang Berhormat Speaker. Soalan saya adalah nombor 5.
5. Penduduk Langkawi terutamanya di bawah kategori B40 sering terbeban dengan kos yang perlu ditanggung untuk mendapatkan rawatan di hospital luar. Antara kos yang terlibat adalah kos pengangkutan dan tempat tinggal.
Pohon dinyatakan:-
Adakah Kerajaan Negeri Kedah menyediakan peruntukan khas kepada penduduk Langkawi bagi menampung kos perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital luar?
Silakan!
YB. Kuah jangan ‘serious’ sangat! Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuah. Dia tanya soalan tu macam ‘serious’ sangat. Soalan Kuah
berbunyi begini. Penduduk Langkawi terutamanya di bawah kategori B40 sering terbeban dengan kos yang perlu ditanggung untuk mendapatkan rawatan di hospital luar. Antaranya kos yang terlibat adalah kos pengangkutan dan tempat tinggal. Pohon nyatakan adakah Kerajaan Negeri Kedah menyediakan peruntukan khas kepada penduduk Langkawi bagi menampung kos perjalanan mendapatkan rawatan di hospital luar?
Yang Berhormat Speaker, bagi jawapan kepada soalan Kuah ni, kita ada tiga skim lah. Yang pertama kita ada Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera. Itu adalah peruntukan kerajaan negeri. Boleh mohon di Hospital Sultanah Maliha, untuk pengangkutan tu kita sedia lebih kurang RM200. Mohon. Mesti dapat rawatan pakarlah di Hospital Maliha dan kalau perlukan pi tempat luar, boleh mohon melalui pegawai khidmat sosial di Hospital Maliha tersebut.
Yang keduanya adalah Skim Peduli Kesihatan ataupun Kumpulan B40 atau PeKa B40 yang mana di situ ada manfaat saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan juga insentif tambang pengangkutan. Ulasannya panjang tapi dua skim tu yang sedia ada oleh kerajaan dan yang ketiga tu melalui B02 ADUN sendiri. Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Silakan soalan tambahan Yang Berhormat Kuah. Tak dak? Ada, ada. Silakan!
Kuah tak tak mau tanya? Okey, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Berhubung dengan pengangkutan dari Langkawi ni kita pernah ada helikopter ambulan, kita pernah ada bot ambulan dan ada pihak swasta yang pernah ‘offer’ untuk buat bot ambulan secara swasta tapi bila perbincangan kita lakukan, kos untuk ‘maintanencenya’ terlalu tinggi. Jadi, kita telah berhubung dengan kementerian, ni bukan jawapan na, ni nak tanya. Kementerian Kesihatan telah meng’upgrade’kan Hospital Sultanah Maliha tu dengan beberapa kepakaran. Jadi saya ingin nak bertanya kepada Exco Kesihatan lah na, bekas saya yang lama dulu ni. Apakah ‘progress’ kita kepada bot kesihatan yang pernah disuarakan, bot kesihatan, bot ambulan, maaf, bot ambulan yang pernah kita suarakan suatu ketika dahulu. Itu soalan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Silakan Yang Berhormat!
Terima kasih Yang Berhormat Tokai. Soalan tu soalan kementerian pusat. Yang Berhormat Speaker, setakat sekarang ni saya tak dapat maklumat terperinci tentang status tersebut. InsyaAllah saya akan dapatkan maklumat tersebut, saya akan berikan jawapan selepas ni. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan!
Dah habis? Ada lagi?
Ada lagi.
Silakan!
YB. Tuan Speaker, memandangkan kita banyak orang di Langkawi ni menghadapi cabaran kos perjalanan lah terutama untuk mendapatkan rawatan di sebelah sini, Kedah, ‘so’ adakah kerajaan negeri juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan kemudahan dan kapasiti rawatan kesihatan di Langkawi sendiri sehingga mengurangkan keperluan penduduk untuk mencari rawatan di tempat lain? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bakar Arang. Untuk maklumat YB. Speaker, memang Hospital Sultanah Maliha ni sedang dinaik taraf akan siap dalam beberapa masa sikit lagi dan banyak kepakaran yang ada di situ yang membolehkan rakyat Langkawi untuk dapatkan perkhidmatan. Antaranya adalah mendapatkan rawatan ke ‘dental’, entimologi, dan juga OMF. Itu yang dah ada kepakaran tambahan. Di Hospital Maliha sendiri pun ada perubatan am, pembedahan am, anestologi atau bius atau pediatrik, ENT, ortopedik dan ONG. Sudah ada sebelas kepakaran yang ada di Hospital Maliha. Saya rasa yang ni pun mampu untuk membantu rakyat Langkawi amnya untuk dapatkan rawatan kecuali lah mereka ada tentang kes jantung ataupun kanser ataupun strok ataupun buah pinggang dan sebagainya tapi setakat rawatan lain dengan tambahan di hospital yang baru ini, saya rasa memang rakyat Langkawi boleh mendapatkan rawatan tersebut.
Terima kasih YB. Kuala Ketil. Untuk pertanyaan-pertanyaan mulut kita sudah pun cukup masanya sehingga pukul 10.00. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
II. Perbahasan Ucapan Bajet 2024 Secara DasarAddress / budget
Perbahasan di atas ucapan Bajet 2024 secara dasar.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekali lagi saya nak mengingatkan perbahasan di atas Ucapan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman, saya pohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat agar dapat merangkumkan sekali Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri 2024, Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2024, Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan 2024 dan Anggaran Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri Tahun 2024 serta perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah sahaja.
Sekarang dibuka untuk perbahasan!
Terima kasih.
Ya. Silakan!
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Selamat pagi dan salam sejahtera, Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian. Bersyukur kita hari ni, bersyukur kita ke atas rahmat Tuhan, kita mempunyai kesempatan dan juga kesihatan untuk kita sama-sama berada di Dewan yang mulia ini, untuk berbincang dan berbahas bagi menyelesaikan masalah-masalah demi kepentingan rakyat dan masyarakat di kawasan masing-masing.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk memberi ucapan sempena pembukaan sidang DUN kali ini. Peluang ini juga saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak kerajaan yang telah dapat memenangi PRN baru-baru ini dan juga berjaya membentuk kerajaan di peringkat Negeri Kedah. Tahniah! Tahniah juga di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, ADUN Jeneri atas lantikan sebagai Menteri Besar pada penggal kali ini. Tahniah juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Tahniah sekali lagi kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Timbalan Tuan Speaker, atas lantikan ke jawatan masing-masing. Selamat maju jaya saya ucapkan. Saya juga mengambil kesempatan hari ini mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada saya punya bos, pucuk pimpinan bagi pihak Pakatan Harapan kerana menamakan saya dulu sebagai calon di Sidam untuk bertanding dan seterusnya mencalonkan lagi, menamakan lagi saya sebagai ketua pembangkang untuk penggal kali ini.
Walaupun kerajaan negeri masih kekal di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu, namun kita tidak boleh sesekali lupa bahawa kemakmuran dan kesejahteraan yang dinikmati oleh negara Malaysia hari ini adalah terhasil daripada keikhlasan dan perancangan daripada pentadbiran Kerajaan Perpaduan juga. Walaupun terdapat desakan dan juga tohmahan khususnya berkaitan dengan ekonomi negara, Malaysia tetap utuh mendepani pelbagai cabaran dan tekanan semasa.
Penambahbaikan dan penyelesaian teliti terus dilakukan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan kita berada di landasan yang betul.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi membolehkan rakyat di Kedah turut sama–sama menikmati limpahan daripada kebaikan ini, seperti juga negeri-negeri lain, adalah diharapkan kerajaan negeri yang tertubuh pada hari ini dapat bersama-sama menggembleng tenaga, mencari titik persamaan untuk mampu ‘duduk semeja’ bagi membolehkan langkah proaktif dan progresif dapat diambil bagi mengimbangi pembangunan dan susun atur antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan. Saya yakin kerajaan negeri mampu untuk berusaha bagi merealisasikan hubungan baik dengan Kerajaan Pusat. Mungkin sebelum ni tak berapa nak baik, mungkin lepas ni kita bagi elok balik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai Ketua Pembangkang pada hari ini di Dewan yang mulia ini, sudah tentu saya dan rakan-rakan sebelah sini faham akan kuantiti kami yang ada sini hanya tiga, dan jumlah kerusi yang kami miliki ini, sudah pasti tidak akan mampu mengubah ataupun merubah apa jua keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan negeri selepas ini. Walau macam mana pun, walaupun sedikit, kami berikar dan berusaha serta mencuba menjadi pembangkang yang konstruktif dan dinamik. Kami akan membawa suara rakyat dari peringkat akar umbi serta bertindak sebagai ‘check and balance’ dalam Dewan ini (dengan izin) kepada kerajaan negeri demi kebaikan seluruh rakyat Negeri Kedah. Kami menyahut cabaran untuk menjadikan Dewan ini sebagai tempat perbincangan yang baik. Namun, perbezaan pendapat dan pandangan adalah satu perkara yang positif yang harus dan perlu kita terima dengan hati yang terbuka.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan Bajet Tahun 2024 ini, saya mengambil kesempatan juga untuk memohon daripada pihak kerajaan untuk melihat dan memberi perhatian kepada beberapa sektor untuk dilihat atau diambil perhatian dan jika perlu mungkin juga harus dibuat kajian semula dalam beberapa sektor. Antaranya ialah Sektor Perindustrian & Pendidikan. Ini saya rangkumkan untuk satu sebab ada perkaitan yang sangat rapat. Yang Berhormat Tuan Speaker, aktiviti perindustrian seperti yang dicerminkan oleh prestasi Indeks Pengeluaran (IPP) Malaysia bertambah baik kepada 3.6 peratus pada Februari 2023 berbanding dalam tempoh yang sama tahun 2022. Ia selepas mencatat pertumbuhan sederhana 1.8 peratus pada Januari 2023. Ini mengikut perangkaan Jabatan Perangkaan. Dapatan data ini dapat dijadikan indikator bahawa Kerajaan Pusat telah beransur–ansur berjaya membawa masuk dan menarik masuk pelaburan dari luar.
Berikutan itu saya mohon supaya kerajaan mengambil kesempatan dan peluang ini, Kerajaan Negeri Kedah mengambil peluang untuk menarik pelabur-pelabur tersebut untuk turut serta masuk melabur di Negeri Kedah.
Merujuk kepada pembentangan Yang Amat Berhormat Jeneri semalam, melalui kerjasama Firma Tahira Air Sdn. Bhd. dengan PKNK, KXP berjaya mewujudkan dan akan mewujudkan 45,000 peluang pekerjaan bagi anak-anak Negeri Kedah. Sesuatu yang sangat dibanggakan lah. Tetapi persoalannya, sejauh manakah persediaan kita untuk menerapkan anak-anak Kedah ini bagi mengisi kekosongan yang akan diadakan dan adakah penggunaan tenaga import masih diperlukan seperti sekarang? Oleh itu, saya memohon dan mencadangkan agar kerajaaan berganding bahu dengan pihak-pihak universiti, pihak-pihak IPT dan juga ‘industry playmaker’ dengan izin, untuk melahirkan graduan-graduan yang berkualiti terutama dari kalangan anak-anak negeri Kedah agar mereka ini dapat menyahut dan menampung keperluan perkembangan industri yang disebutkan.
Umumnya kita pun tahu, di Kedah mempunyai beberapa universiti-universiti yang terkemuka seperti yang kita tahulah, UniSHAMS, UUM dan sebagainya yang berpotensi untuk melahirkan graduan-graduan berkualiti, graduan-graduan yang baik dan salah satu manfaat utama hasil dari kolaborasi antara kerajaan dan juga universiti dan juga IPT-IPT dan sebagainya, adalah melahirkan graduan yang kompeten selepas diberi pendedahan yang lebih mendalam terhadap teknologi terkini sekali gus membantu mereka supaya lebih ‘relevan’ ke dalam dunia pekerjaan dan terus berkembang terutamanya kelulusan yang mengikut platform industri terkini yang mana penggunaaan High Tech dan AI (Artificial Intelligance), (dengan izin) sangat-sangat diutamakan. Oleh itu, anak-anak Kedah tidak akan terkebelakang dan ketinggalan serta bakal mendapat limpahan daripada manfaat dari segi peluang pekerjaan dan selain itu mendapat tangga gaji yang lebih lumayan bagi menampung keperluan dan kehidupan mereka kelak.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya adalah kepada sektor kedua, sektor pertanian. Merujuk kepada pembentangan Yang Amat Berhormat Jeneri kemarin, mengenai Kedah sebagai “jelapang padi”, di mana Kedah adalah pengeluar utama padi ataupun beras. Namun begitu, permintaan sekarang semakin meningkat dan Kedah sudah tidak berapa mampu untuk menampung keperluan seperti ini dan sudah pasti, permintaan semakin tinggi. Oleh itu, kita mohon kerajaan memberi bantuan dan juga sokongan daripada segi meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran padi dan beras. Diharapkan Kerajaan dapat menambah sokongan dan bantuan kearah kecekapan, maksud saya adalah kecekapan terhadap pembekalan benih.
Mungkin benih dibekalkan oleh satu pihak tetapi kecekapan untuk sampai kepada petani itu perlu dilihat di mana ada berlaku kelewatan dan sebagainya lah yang kita pun tak perlu sebut banyak-banyak ni mungkin terlibat dengan mana-mana agensi. Jadi, dilihat perlu ada sedikit kecekapan dan juga pembekalan baja yang sesuai dan bermutu tinggi. Mungkin sekarang baja-baja pun tak berapa nak cukup dan juga penambahbaikan sistem pengairan yang teratur dan berjadual, penyelenggaraan tali air dan parit yang konsisten. Yang ini memang kerap berlaku di mana petani-petani merungutlah apabila dah sampai musim padi tapi parit-parit belum, bukan tidak tapi belum, tak siap sepenuhnya untuk penyelenggaraan.
Dan seterusnya ialah pembekalan ubat dan racun serangga yang paling sesuai dan akhir sekali ialah memohon kerajaan juga menjamin harga padi yang setimpal lah melalui perbincangan antara kerajaan negeri dan juga pembeli-pembeli serta pengilang-pengilang dan sebagainya. Ini sejajar dengan fokus kerajaan yang mahu melaksanakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun di mana peruntukan RM3 billion menerusi konsep kerjasama awam dan swasta bagi menaik taraf sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ataupun MADA. Selain itu, berkaitan juga dengan pertanian, di Kedah ini masih terdapat banyak tanah-tanah terbiar yang boleh diusahakan untuk menampung dan menambah pengeluaran makanan. Oleh itu, saya mencadangkan untuk kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan melihat dan berusaha kearah itu, ke arah menambah pengeluaran bahan makanan sampingan seperti ubi-ubi agar masyarakat kita tidak hanya bergantung kepada satu jenis sumber kabohidrat sahaja. Mungkin petang ni kita makan ubi goreng, jadi malam kita tak makan nasi. Ini suatu kaedah lah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya berkenaan dengan Pelancongan. Seperti yang kita maklum, Kedah bakal menganjurkan Tahun Melawat Kedah Tahun 2025, sejajar dengan apa yang dibentangkan Yang Amat Berhormat Jeneri. Oleh itu, Negeri Kedah yang kebetulan terletak di sempadan Pulau Pinang dan juga sempadan Negara Thailand, memang banyak pelancong yang lalu-lalang jadi kerajaan dimohonlah, mohon kerajaan ambil peluang ini, di mana pelancong-pelancong dari Negeri Kedah yang pergi ke Thailand ni perlu kita bawa dan singgah di Negeri Kedah. Begitu juga sebaliknya, pelancong-pelancong dari Thailand yang akan masuk ke Malaysia, sekurang-kurangnya singgah dan membeli-belah dahulu di Kedah.
Memetik laporan laman web Thaiger iaitu laman web terkenal dan terkemuka di Thailand menyatakan bahawa lebih dari 1.8 juta pelancong dari Malaysia ke Thailand, yang memasuki Thailand sepanjang tahun 2022. Jadi, limpahan pelancong Malaysia yang begitu ramai sepatutnya dimanfaatkan oleh kerajaan negeri. Jadi, saya mencadangkan
supaya Kerajaan dapat membina lebih banyak pusat hentian untuk pelancong-pelancong ini sebelum masuk Thailand, berhenti dulu di tempat kita, membeli-belah sebelum masuk terus ke Thailand. Jadi kita rasa rugi juga. Hal ini boleh berlaku jika kerajaan berganding bahu dengan agensi-agensi dan juga syarikat-syarikat pelancongan, mengenal pasti juga dan menyediakan tempat-tempat yang menarik, hebahan-hebahan iklan dan juga promosi, menyediakan juga pakej-pakej menarik dengan harga tawaran yang berpatutan.
Amatlah rugi bagi kita, jika berduyun-duyun orang melalui tempat kita, menjadikan Kedah ini sebagai suatu tempat laluan sahaja. Jadi, sekurang-kurangnya kita dapat duit dalam poket depa, barang hat kita. Sekurangnya-sekurangnya kita dapat bertukar-tukar macam tu. Sebagai contohlah, ini berkenaan dengan promosi dan iklan. Sebagai contoh di Thailand, mereka mempromosikan hanya pergi tengok lautan embun yang mana embun di Malaysia pun ada, di Kedah pun ada, kita pun lagi banyak. Jadi, mereka mempromosikan pelancong naik ke suatu tempat yang tinggi pagi-pagi dan tengok lautan embun. Promosi cukup hebat di Thailand! Satu lagi promosinya ialah melihat matahari terbenam. Dipromosikan berduyun-duyun orang kita pi tengok matahari terbenam di Phuket sedangkan matahari yang sama, tempat lebih kurang ja dengan kita jadi bolehkah kita menyediakan dan juga mempromosikan pakej-pakej macam ini. Jadi rasa rugilah, mungkin otak depa bijak sikit, depa dapat mempromosikan dengan baik. Berduyun-duyun orang pergi tengok. Matahari yang sama ja bukan yang lain.
Seterusnya mengenai kaum minoriti. Minta maaf Tuan Speaker. Mengenai kaum minoriti. Kaum saya lah kot noh. Jika disesuaikan dalam konteks Malaysia, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan semua warga adalah sama di sisi undang-undang. Mereka berhak mendapat perlindungan secara saksama dan adil. Diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, warna kulit atau tempat lahir mahupun jantina. Hal yang demikian merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang diperuntukkan dalam perkara 8 iaitu hak terhadap layanan secara sama rata di sisi undang-undang dengan tujuan untuk menegakkan keadilan dan hak asasi manusia. Oleh itu, saya mohon juga kerajaan melihat dan memberi perhatian terhadap kebajikan dan pembangunan kepada kaum minoriti ini. Mungkin orang Cina juga dan orang India termasuk orang Siam. Mungkin ada lagi Iban dan sebagainya. Dan hari ini saya berkesempatan berdiri di sini lah, berdiri dan merayu kepada kerajaan memberi perhatian untuk kaum minoriti seperti kaum Siam ini di mana agak ketinggalan di dalam Negeri Kedah ini. Saya berharap agar disediakan sedikit peruntukan untuk tujuan pembangunan, pendidikan dan kebajikan kaum-kaum ini. Selain itu, diharapkan agar kerajaan dapat memberi perhatian dan juga berusaha untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh kaum-kaum minoriti ini.
Tuan Speaker, seterusnya ialah mengenai Perumahan Mampu Milik. Mohon juga dipertimbangkan kerajaan untuk melihat dan berusaha ke arah menyediakan perumahan mampu milik dan juga sistem yang baru iaitu sistem sewa beli, sewa dan beli melalui gandingan kerjasama antara pemaju dan juga kerajaan agar rumah tersebut akan berada di paras yang lebih kompetitif serta boleh mencapai tahap mampu milik oleh golongan-golongan B40 dan M40 dan secara langsung dapat mengurangkan kes yang selama ini terbelenggu iaitu kes sewa sepanjang hayat. Benda ni berlaku banyak mungkin di tempat saya lah, banyak lah. Dah tua dah, kita tanya, “macam mana rumah?” “Duk sewa lagi”. Macam ni. Jadi, inilah masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kita. Dengan itu rakyat khususnya dari golongan B40 dan M40 akan menerima lebih banyak peluang memiliki rumah sendiri di kawasan yang lebih bersesuaian dan juga harga yang berpatutan yang disediakan oleh kerajaan negeri.
YB. Tuan Speaker, seterusnya berkenaan dengan DUN Sidam, termasuk Sungai Petani lah. Berkaitan DUN Sidam dan kawasan Sungai Petani, kawasan ini sangat padat lah dengan penempatan baru, peningkatan jumlah penduduk yang sangat pesat dan ini perlu diseimbangkan dengan penyediaan kawasan perniagaan kepada golongan-golongan muda. Perniagaan yang dimaksudkan mungkin perniagaan keperluan harian dan juga makanan. Penjualan makanan adalah sesuatu yang sangat penting dalam satu-satu kawasan. Oleh itu, selain menitikberatkan tambahan nilai kepada pembangunan infrastrukur, saya juga memohon pihak kerajaan dapat menyediakan dan dapat membuka premis-premis perniagaan baru untuk mencipta peluang-peluang perniagaan kepada golongan-golongan muda. Yang penting adalah kelulusan lesen yang mudah, tapak-tapak yang sesuai dengan kemudahan air dan elektrik yang sedia ada dan ini penting untuk memacu kebolehupayaan anak-anak muda dalam perniagaan. Jadi, kadang-kadang anak muda kita sukar untuk mendapatkan lesen-lesen perniagaan.
Apa yang lebih baik adalah, golongan anak muda ini berpeluang menjana pendapatan sendiri dan mampu keluar daripada paras kemiskinan. Merujuk kepada pembentangan Yang Amat Berhormat Jeneri, mengenai pembangunan kemudahan tapak niaga sebanyak RM1.2 juta diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Kedah bagi memperkasakan gologan muda ini. Oleh itu, diharapkan kerajaan dapat melonggarkan syarat-syarat untuk memudahkan golongan-golongan ini mendapatkan lesen perniagaan mereka supaya mereka dapat mengembangkan perniagaan daripada tempat-tempat kecil seperti di tepi-tepi jalan dan juga kaki lima dikembangkan kepada premis yang lebih sempurna dan lebih elok. Yang ini memerlukan lesen yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya ialah mengenai kami, tiga ADUN Pembangkang. Saya dengan rendah diri memohon perhatian supaya disediakan sedikit peruntukan untuk kami tiga ADUN pembangkang. Buat masa la ni tak dak kan? Mohonlah, mohon daripada mungkin Yang Amat Berhormat Jeneri memberi sedikit peruntukan dan peruntukan khas ini bertujuan untuk program-program kemasyarakatan, kebajikan serta untuk kami menghadapi masalah-masalah seperti kebakaran, bencana dan sebagainya, banjir, ribut. Bolehlah kami bergerak sebelum tindakan-tindakan selanjutnya diambil. Jadi, kebajikan seperti yang kita tahu, bencana seperti banjir dan ribut kerap berlaku pada akhir-akhir ini. Dengan peruntukan yang sebegini, sekurang-kurangnya kami dapat menyalurkan bantuan segera sebelum tindakan lanjut dan juga tindakan susulan dapat diambil. Saya yakin peruntukan kepada tiga ADUN kami ini tidak akan mengganggu gugat pentadbiran dan kestabilan kerajaan pada hari ini. Semoga kami dapat juga bersama-sama membantu merancakkan pembangunan ekonomi mahupun menjaga kebajikan penduduk dan rakyat kawasan masing-masing.
Dan akhir sekali, saya memohon tambahan peruntukan bagi pengurusan pejabat yang sekarang dikhabarkan dapat RM2,000. Dimohon untuk dapatkan, dimohonlah, dimohon juga nah, dimohon kepada RM3,000 lah sekarang memandangkan peningkatan kos yang sangat ketara dalam semua aspek termasuk ‘utilities’. Mohon juga agar tunggakan itu dimulakan dari bulan lapan, bulan Ogos. Jadi memandangkan kami juga menanggung kos yang agak besar selama ini. Okey. Itu sahaja. Sekian, Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sidam sebagai ketua pembangkang memberikan ruang masa yang banyak kepada kawan-kawan yang lain. Untuk makluman pada pagi ini, kita telah pun menerima kunjungan pemerhati seramai 43 orang pelajar dan pensyarah daripada UiTM Seri Iskandar Perak. Pelajar ‘course’ Pengurusan Hartanah. Selamat dating!
Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam sebagai ‘backbenchers’, 40 minit!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamina, Washolatu Was Salaamu ‘Ala Asyrofil Anbiyaa-I Wal Mursaliin, Wa ‘Ala Aalihi Wa Shohbihi Ajma’iina. Robbish Rohlii Sodrii Wayassirlii Amri Wahlul Uqdatam Millisaani Yafqauhuu Qaulii. Subhanaka La ‘Ilma Lana ‘Illa Ma
‘Allamtana ‘Innaka ‘Antal-‘Alimul Hakim. La Haula Wa La Quwwata Illa Billahi 'Aliyyil Azhim. Amma Ba’du.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, mungkin sedang mengikuti di bilik dia kot. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha, Yang Berbahagia Ketua-ketua Jabatan, Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Yang dihormati para Pegawai Dewan, seterusnya yang dikasihi para pemerhati yang ada dalam Dewan daripada UiTM Seri Iskandar Perak ataupun yang sedang mengikuti sidang ini secara atas talian di luar sana.
Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan rasa syukur kita yang tidak terhingga terhadap Allah S.W.T kerana dengan izinnya kita dapat bersama-sama lagi pada pagi ini dan hari ini untuk meneruskan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-15 untuk hari yang kedua. Setelah kita pada semalam, semalam lah noh. Kemarin? Semalam, orang Ayer Hitam semalam. Orang Sidam sebut kemarin. Telah menghadiri mesyuarat ini untuk mengikuti pembentangan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dari Jeneri. Dan kita berdoa semoga hari esok, lusa dan tulat, Allah Ta’ala terus mengizinkan kita hadir ke Dewan ini untuk kita meneruskan, menunaikan amanah yang dipikulkan kepada kita sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka bersuara di Dewan yang mulia ini, InsyaAllah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengajak semua yang hadir di sini atau di luar sana untuk merasa bersyukur di atas nikmat keamanan yang Allah Ta’ala kurniakan kepada kita di Negeri Kedah Darul Aman ini dan juga di Negara Malaysia yang kita cintai ini. Berbanding dengan ujian kepayahan dan kezaliman yang dialami oleh saudara mara kita di Palestin seterusnya di bumi Gaza. Suasana kita berasa dingin, sejuk, ada yang menggeletar dalam Dewan ini disebabkan oleh suasana yang aman, suhu yang sejuk. Saudara-saudara kita di sana bukan kata dalam Dewan, dalam rumah, di hospital pun berasa tidak keselesaan kerana mereka dizalimi, dibom hari-hari oleh kafir, zionis, yahudi laknatullah. Rumah-rumah dibom, sekolah-sekolah dibom, seluruh bandar dibom menjadikan bumi Gaza umpama padang jarak padang tekukur yang sudah tentu memerlukan masa yang panjang, yang lama dan perbelanjaan yang besar untuk Gaza kembali manjadi seperti mana Gaza yang ada sebelum dibom pada 7 Oktober yang lalu sehingga ke hari ini walaupun sudah ada sedikit usaha gencatan senjata di kedua-dua belah pihak. Kita bersyukur kerana kita berada dalam keamanan.
Kita juga patut berdoa agar keganasan di sana akan segera tamat dan rakyat Palestin diberi pertolongan oleh Allah Ta’ala untuk kembali menguasai serta mendiami keseluruhan tanah Palestin serta mengembalikan Baitul Maqdis yang di dalamnya ada Masjid Al Aqsa kepada umat Islam dalam masa yang terdekat. InsyaAllah.
Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri yang telah berjaya menganjurkan Program Himpunan Solidariti Untukmu Palestin pada 12 November yang lalu di Perkarangan Stadium Darul Aman. Kehadiran puluhan ribu rakyat dalam program tersebut tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan sebagainya menunjukkan betapa prihatinnya kita rakyat Kedah terhadap nasib yang menimpa saudara mara kita. Manusia seperti kita! Bukan binatang. Manusia seperti kita, anak Adam! Rakyat Palestin khususnya penduduk Gaza pada masa ini. Jumlah sumbangan yang dikutip pada masa atau program tersebut dan hari-hari selepas itu dah mencapai lebih RM2 juta. Menjadi satu manifestasi kebersamaan kita rakyat Kedah membantu mereka sekadar yang kita ada. InsyaAllah sumbangan ini akan menjadi sebahagian daripada hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk melihat terbinanya sebuah hospital baharu menggantikan hospital di Gaza yang telah dirobohkan oleh musuh dunia, musuh umat Islam, musuh manusia keseluruhannya, kafir zionis yahudi laknatullah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi laluan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Sebelum saya meneruskan ucapan saya bagi pihak ADUN-ADUN kerajaan, ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan Yang Berhormat Haji Zubir Ahmad, Tuan Speaker, sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 ini. Orang Langkawi ni, ganti orang Langkawi jugak. Tapi bukan orang Kuah, orang Ayer Hangat kot. Orang Ayer Hangat noh? Orang Ayer Hangat ganti orang Ayer Hangat, InsyaAllah.
Dan juga tahniah kepada Yang Berhormat Sungai Tiang, belakang saya ni di atas pelantikan sebagai Timbalan Speaker. Kami yakin dan percaya serta berharap kedua-dua Yang Berhormat Speaker dan Timbalan Speaker akan dapat memberikan khidmat yang cemerlang dalam memastikan perjalanan DUN kali ini dan yang akan datang berada di landasan dan hala tuju yang betul. Mewakili ADUN kerajaan juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Sidam di atas pemilihan dan pelantikan sebagai ketua pembangkang untuk sesi ini. Semoga Yang Berhormat Sidam akan dapat memainkan peranan dengan baik, sebaik mungkin bagi memastikan proses demokrasi dalam Dewan berjalan dengan baik.
Melihat kepada ucapan beliau sebentar tadi, saya yakin dan percaya beliau merupakan seorang yang lemah lembut macam saya juga, yang boleh memainkan peranan yang produktif, progresif dan juga dinamik seperti disebutkan beliau memastikan kerajaan ataupun perjalanan pentadbiran kerajaan dan juga sidang ini berjalan dengan baik dan lancar, InsyaAllah. Dan sudah tentu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana memberi kepercayaan dan mencadangkan saya sebagai ketua ‘backbenchers’ kepada ADUN-ADUN kerajaan.
Senangin tidak berlata pun tidak, Ikan duri di atas raga, Teringin tidak minta pun tidak, Bila diberi ku galas juga.
YB. Tuan Speaker, walaupun tidak ada dalam Dewan, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan Bajet 2024 pada pagi semalam. Walaupun tiada tema khusus yang diberikan dan disebut YAB. Menteri Besar, namun kita yakin pembentangan Bajet 2024 ini akan menjurus kepada merealisasikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan wawasan untuk meletakkan, menjayakan The Greater Kedah pada suatu masa nanti.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengambil masa sekitar 1 jam 20 minit, saya rasa yang terlama sejak beliau menjawat jawatan Menteri Besar dalam 4 tahun yang lepas, membentangkan bajet, untuk membentangkan satu bajet yang melibatkan RM748 juta, hasil yang disatukan dan RM852,102,133.00, anggaran belanjaan mengurus. Angka-angka ini menghasilkan defist bajet sebanyak kurang lebih RM104 juta ataupun 13.7%. Berkurang sikit daripada defisit tahun lalu iaitu kurang lebih 14.17%. Sasaran kutipan hasil sebanyak RM748 juta menampakkan sedikit penambahan sekitar RM13 juta berbanding anggaran tahun lalu. Begitu juga dengan anggaran belanja mengurus juga meningkat kurang lebih RM13 juta berbanding dengan anggaran tahun lalu yang berjumlah RM899.12 juta.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya telah meneliti secara sepintas lalu dalam Buku Bajet yang dibentangkan ni. Saya dapati bahawa sehingga 31 Oktober 2023, kutipan hasil kita adalah sekitar 74.5% iaitu sebanyak RM547,676,021.83. Melihat kepada anggaran kutipan 2023, kita masih mengalami ‘shortage’ ataupun kekurangan kutipan sekitar RM187,323,098.17. Soalannya adakah baki dua bulan, November dan Disember tahun ini kekurangan sebanyak RM187 juta itu akan berjaya dikutip? Jika dilihat pada anggaran pecahan kutipan, kategori hasil tanah menyumbang kepada kekurangan kutipan sebanyak RM181.8 juta ataupun 90% daripada jumlah yang belum dikutip.
Berbanding dengan kutipan hasil daerah, hasil hutan dan hasil pelbagai. Malah hasil daerah kutipannya sehingga Oktober 2023 melebihi sasaran 2023 sebanyak kurang lebih RM1 juta. Alhamdulillah. Yang tu Alhamdulillah lah, yang lain tu kita, MasyaAllah. Kita nak fikir cara untuk kita dapat kutip.
Mungkin dalam sebulan dua ini atau hujung tahun ni, angka ini akan menyusut dan kita dapat mencapai angka yang lebih kurang tahun lepas. Jadi kutipan yang belum dikutip, dikutip pada penghujung tahun ini. Walaupun kita ada anggaran untuk kutipan, tapi kekurangan atau pun kelewatan mengutip hasil cukai ini akan memberi impak yang sedikit sebanyak akan merencatkan perancangan kita untuk pembangunan dan kebajikan rakyat di Negeri Kedah. Di samping kita mengucapkan tahniah kepada usaha-usaha pihak kerajaan yang telah memudahkan cara pembayaran cukai khususnya cukai tanah seperti melalui aplikasi iBayaq atau sebagainya. Namun usaha yang lebih dan pelbagai perlu digerakkan untuk mengutip cukai semasa dan cukai tunggakan khususnya daripada pihak yang liat untuk menjelaskannya. Saya rasa orang-orang biasa, orang kampung yang ada tanah serelung dua, sehektar dua tidak ada masalah untuk menjelaskan cukai. Mereka antara orang yang awal menjelaskan cukai pada hari atau masa yang ditetapkan. Saya yakin dan percaya juga yang agak liat untuk membayar cukai ni ialah pemilik-pemilik tanah industri, perkilangan atau seumpamanya yang berskala besar. Pendekatan yang berhemah dan tegas perlu diambil pihak kerajaan agar mereka berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai pada masa yang ditetapkan demi faedah kita bersama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Pembentangan Bajet 2024 semalam juga turut menyentuh berkenaan dengan projek berimpak tinggi iaitu Kedah Aerotropolis yang sedang memasuki fasa pembangunan dan pembinaannya. Saya yakin projek yang merangkumi beberapa komponen pembangunan ini iaitu hub, hub noh, hub. Yang Berhormat Pantai Merdeka, hub. Bukan Wahab. Hub noh, hub. Hub Sidam Logistik, Aerospace and Manufacturing (SLAM), Hub Maintenance Repair and Overhaul (MRO), tapak perniagaan atau ‘business park’ dan Kulim International Airport (KXP) ini akan menjadi kenyataan melalui beberapa perkembangan yang merangsangkan sejak akhir-akhir ini.
Minggu lepas kita disajikan dengan majlis menandatangani perjanjian di antara YAB. Menteri Besar yang mewakili pihak kerajaan atau lebih tepat mewakili KXP Airport City Holdings dengan pihak Tiara Air, tadi disentuh oleh Yang Berhormat Sidam bagi memungkinkan sebuah lapangan terbang atau terminal lapangan terbang kargo akan dapat dibina.
Walaupun kebenaran untuk membina lapangan terbang ini belum diperolehi daripada pihak Kerajaan Persekutuan, namun kita yakin usaha yang bersungguh-sungguh dan penuh perancangan seperti ini akan menghantar isyarat yang jelas kepada pihak Kerajaan Persekutuan untuk membuat pertimbangan serta memberikan kelulusan dengan kadar segera bagi membolehkan projek ini dilaksanakan. Kajian-kajian telah dibuat, pakar-pakar yang berkait dengan lapangan terbang telah dilibatkan. Malah pelabur-pelabur yang berpengalaman dari seluruh dunia, serata dunia telah menunjukkan minat yang cukup tinggi untuk melabur dalam industri ini. Semua ini adalah isyarat yang jelas, yang wajar menjadi kayu ukur kepada pihak Kerajaan Persekutuan untuk memberikan pertimbangan yang tepat dan segera.
Kita menuntut sikap yang matang dan berjiwa besar daripada pimpinan Kerajaan Pusat, khususnya daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walaupun kelulusan projek ini di bawah Kementerian Pengangkutan, untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada permohonan kita kerana projek ini bukan hanya memberi manfaat kepada negeri dan rakyat Kedah tapi juga akan memberi kesan secara langsung kepada peningkatan kemajuan dan pembangunan Negara Malaysia yang kita cinta ini, amnya. Usahlah permainan politik sempit dan dendam berpanjangan menjadi sebab kepada kelewatan untuk mendengar penjelasan, pandangan daripada pihak kerajaan negeri akan kenapa pentingnya projek yang dirancang kurang lebih sejak hampir 10 tahun yang lalu perlu disokong dan diberi kelulusan yang segera oleh pihak Kerajaan Pusat. Sejak hampir 10 tahun yang lalu, pihak kerajaan negeri telah membuat penyelesaian dan penambahbaikan kepada beberapa aspek dalam projek ini bagi memenuhi tuntutan beberapa dan kehendak beberapa pihak yang berkaitan.
Projek ini sama sekali tidak akan memberikan kesan yang negatif kepada bangunan dan kemajuan negeri-negeri jiran bahkan kita yakin projek ini akan memberi kesan dan sokongan kepada pembangunan di negeri-negeri tersebut. Pulau Pinang boleh terus dengan projek pembesaran lapangan terbangnya bahkan kebenaran telah pun dapat, diberikan lampu hijau oleh pihak Persekutuan dalam Bajet 2023 awal tahun lalu. Dengannya, memungkinkan Pulau Pinang dapat membesarkan lapangan terbang sehingga boleh menampung penumpang sehingga 20 juta orang setahun. Projek KXP ini ialah projek lapangan terbang kargo bukan lapangan terbang penumpang seperti di Pulau Pinang, di Bayan Lepas. Kita tidak nampak bagaimana dengan pembinaan sebuah lapangan terbang kargo akan memberikan kesan negatif kepada lapangan terbang penumpang yang sedia ada.
Yang Berhormat Tuan Speaker, yang kita minta ialah kelulusan. Kelulusan lesen kebenaran bukannya pembiayaan pembangunannya. KXP yang akan dibangunkan secara ‘public funding initiative’ iaitu penglibatan pihak swasta sepenuhnya termasuklah kos pengambilan tanah. Sudah ada syarikat yang bersetuju dan telah pun menandatangani perjanjian pada minggu lepas. Dalam masa 90 hari dari hari itu, akan mendepositkan sejumlah RM2.5 billion untuk proses pengambilan tanah. Marilah kita berdoa moga-moga Allah Ta’ala memberkati usaha kita dan menjayakan hasrat kita untuk mewujudkan sebuah lapangan terbang kargo di Kedah Aerotropolis yang nanti akan memberi manfaat yang besar kepada negeri dan negara ini. Siapnya projek ini, InsyaAllah akan melonjakkan 4.5% keluaran dalam negeri kasar dan menyediakan 45,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Kedah khususnya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berkait dengan REE (Rare Earth Elements), bahasa Melayunya Unsur Nadir Bumi (UNB). Tak sedap UNB ni, sebut REE jugak noh? Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut dalam pembentangan bajet semalam, bahawa Negeri Kedah terpilih sebagai negeri yang kedua, negeri perintis yang kedua selepas Negeri Perak yang dilihat berpotensi untuk melaksanakan pelombongan REE. Kedah dianggarkan mempunyai simpanan 1.196 juta tan, 1.196 juta tan, juta tan metrik bahan REE. Satu jumlah yang cukup lumayan untuk kita jadikan sumber hasil yang baharu pada masa hadapan. Walaupun REE ini merupakan sumber yang baharu ditemui dan hendak diusahakan di negara kita, kita berharap pihak kerajaan sama ada kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan, memberikan perhatian yang khusus supaya galian yang bernilai tinggi ini dapat memberi pulangan yang besar kepada negeri dan negara kita.
Kita menyambut baik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2024 Oktober lalu, yang memutuskan untuk tidak mengeksport REE ni secara mentah ke luar negara. Kita yakin kerajaan negeri bersedia untuk menyediakan kawasan yang sesuai dan mencukupi untuk pihak pelabur membangunkan industri berkenaan, berteraskan REE ini khususnya di sektor industri hiliran di negeri ini bagi memaksimumkan hasilnya pulang kepada negeri dan negara kita. Pun begitu kita berharap kerajaan mencari kepakaran dan mempertimbangkan teknologi yang terbaik bagi memastikan industri memproses REE ini tidak memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar amnya dan kepada manusia khususnya. Jika usaha kita ini tercapai dengan izin Allah, kita yakin hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memungkinkan kutipan hasil dalam negeri mencecah RM1 billion pada masa akan datang akan tercapai. Tiada yang mustahil dalam dunia ini.
Jika ada usaha yang bersungguh-sungguh dan tersusun serta doa yang tidak putus-putus, InsyaAllah, keadilan Allah Ta’ala akan memihak kepada kita. Dengan hasil yang banyak, sudah tentulah program bangunan dan kebajikan rakyat dapat diusahakan dan dijalankan dengan lebih banyak lagi, InsyaAllah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga tertarik dengan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkait dengan program tanah rakyat. Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memberi pemilikan tanah sebanyak 6,939 hak milik sejak Mei 2020. Jumlah ini adalah satu angka yang cukup besar dari segi angka dan nilai kemanusiaan. Mereka yang mengusahakan tanah puluhan tahun lalu terbalaslah sudah penat lelah mereka selama ini apabila mereka memperoleh hak milik yang dapat mereka nikmati dan diwariskan kepada keturunan mereka pada masa akan datang. Kita percaya keazaman yang tinggi daripada pihak kerajaan untuk menyediakan tapak rumah kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan akan memberi kelegaan besar kepada mereka untuk mendirikan rumah di tapak sendiri. Kita berharap kelulusan atau pemberian lot tapak rumah kediaman yang dicadangkan oleh kerajaan ini akan diiringi oleh bantuan pembiayaan pembinaan rumah juga oleh pihak-pihak lain sama ada oleh agensi kerajaan, pihak swasta ataupun pihak NGO. Kita tidak mahu apabila tapak rumah sudah diberi, rumah tidak dapat didirikan atas sebab ketidakmampuan penerima lalu pemberian tanah tapak itu tidak membawa apa-apa makna kepada mereka. Mungkin pihak Jabatan Zakat melalui usaha pembiayaan pembinaan rumahnya, pihak ICU (Jabatan Pembangunan Persekutuan) melalui program kasihnya atau lain-lain pihak boleh bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri untuk menjayakan program tanah rakyat ini dengan sebaiknya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menggariskan 3 strategi, 12 fokus dan 50 inisiatif untuk memastikan peruntukan yang diletakkan dalam Bajet 2024 dapat direalisasikan prasarannya semaksima mungkin demi kepentingan dan faedah rakyat. Saya nampak apa yang digariskan ini adalah selari dengan strategi, fokus dan initiatif yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035. Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam usaha memastikan pelan tersebut dapat dijayakan yakni mencapai objektif dan matlamatnya menjelang 2035.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan khususnya kepada Yang Berhormat Jitra, tak dak eh? Yang memimpin pemukiman wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan pada 4 hingga 6 Oktober lalu bagi mencerakin dan memberi nilai tambah kepada Pelan Pembangunan Kedah 2035 mengikut portfolio para EXCO.
Lanjutan daripada itu, difahamkan semua EXCO dan saya pun terlibat dengan salah seorang dua orang EXCO telah membuat bengkel ataupun mesyuarat susulan dengan jabatan dan agensi yang berkaitan di bawah portfolio masing-masing bagi memurnikan lagi perancangan dan membuat tindakan ikut yang bersesuaian.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada yang berusaha, tak dak bos saya harini, tak mai ka hari ni? Yang Berusaha Tuan Haji Mahazi bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu. Tadi ada, keluar minum kut. Yang telah mengadakan bengkel khusus di Raia Hotel pada 14 September yang lalu bagi menghasilkan Pelan Pembangunan Kubang Pasu 2035 yang mengambil intipati Pelan Pembangunan Kedah 2035. Saya yang hadir pada sesi pembentangan hasil bengkel berasa amat teruja dengan kesungguhan para peserta bengkel yang terdiri daripada ketua, pegawai jabatan dan agensi kerajaan yang berada dalam Daerah Kubang Pasu dalam menghasilkan strategi, fokus dan inisiatif dalam bidang masing-masing. Saya tak tahu di daerah lain, tapi saya yakin langkah yang sama turut diambil atau akan diambil oleh daerah-daerah lain bagi memastikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dapat dipacu di atas landasan yang betul bagi mencapai wawasan mewujudkan negeri yang sejahtera dan berdaya huni pada tahun 2035.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya rasa sekadar itulah ucapan saya berkaitan dengan bajet. Yang lain-lainnya akan disentuh oleh sahabat-sahabat saya lah, InsyaAllah. Ramai sahabat-sahabat daripada pihak kerajaan ni, 21 orang. Kalau saya ambik semua, depa tak dak apa nak cakap. Tapi sebelum saya habiskan ucapan saya ni, saya nak sebutlah satu dua perkara tentang Ayer Hitam. Ha… satgi orang Ayer Hitam tengok, cakap panjang tak dak sentuh pasal Ayer Hitam pun. Kan? Ha… tak kena jugak. Yang pertama, Ayer Hitam ni kawasan MADA. 80% kawasan Ayer Hitam ni kawasan MADA, bendang sama Sungai Limau, sama dengan Anak Bukit lebih kurang, Kubang Rotan lebih kurang tu jugak kan, Tokai dan sebagainya. Masalah biasa lah! Tadi Yang Berhormat Sidam sebut masalah yang berlaku di bawah sana. Masalah perparitan MADA yang tidak diselenggara dengan sempurna menyebabkan masalah-masalah berkaitan dengan itu timbul seperti masalah padi tenggelam. Bila parit tak dijaga dengan elok, tak diselenggara dengan elok, air tak boleh keluar, tabur padi, tumbuh tapi tenggelam. Sehari okey, dua hari okey. Seminggu? Mampus padi tu. Kena tabur semula. Jenaka! Ha jenaka, jenaka di Ayer Hitamlah disebut, “YB., kami bukan takat buat padi 5 kali 2 tahun, kami buat 5 kali semusim”. Tabur 5 kali, baru terpakai. Kubang Rotan tau lah sebab dia buat bendang, dia tau. Dan juga masalah kelewatan, kekurangan benih padi. Hari tu pun kelam kabut. Kelam kabut, menyebabkan jadual penanaman padi itu, dia dengan sendirinya terkesan, ‘terganjak’.
Dibuat di luar jadual yang akan mendatangkan masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Jadi, kita haraplah perkara ini, walaupun bukan dalam bidang kuasa kita sepenuhnya, tapi harap EXCO daripada kita, Yang Berhormat Suka Menanti, terima kasihlah Suka Menanti, terima kasih YB. Suka Menanti turun ke bawah dan minggu lepas ke Ayer Hitam berjumpa dengan wakil-wakil pesawah Ayer Hitam ni dan juga nelayan Ayer Hitam, mendengar sendiri keluhan di peringkat akar umbi, pengusaha-pengusaha industri padi dan nelayan. Banyak yang ditimbulkan, ada yang berapi, disebut. Tapi Alhamdulillah, Yang Berhormat Suka Menanti, EXCO kita ni dia orang yang ‘cool’, jawab rileks saja. Boleh menangani lah persoalan itu dengan baik, cuma penyelesaian itu belum tentu dapat dilaksanakan.
Saya tertarik dengan cadangan Yang Berhormat EXCO supaya kita wujudkan atau keluarkan benih padi sendiri. Itu yang EXCO sebut dan para pendengar ataupun para perserta yang hadir itu pun boleh bersetuju. Cuma langkah-langkah lain, seterusnya langkah susulan kita perlu ambil untuk memastikan hasrat kita ni dapat dilaksanakan tidak bertentangan dengan akta-akta yang ada. Sebab tak boleh kita buat benih padi untuk jualan kan? Sekadar untuk sendiri boleh. Nak buat perseorangan mungkin memerlukan kos yang tinggi kan? Jadi kena ada suatu persetujuan di antara penanam-penanam padi, cara yang elok, cara selamat supaya tidak melanggar akta dan kita pun boleh keluarkan hasil ataupun padi benih sendiri, kita boleh tentukan harga kita sendiri ataupun nilai yang rendah yang mampu kita milik berbanding dengan harga sekarang walaupun Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanann meletak harga siling RM50 kot sekampit, RM45 sekampit. Tetapi di pasaran tak begitu. Habis murah RM50 sampai RM70 pun ada sekampit, padi sah tu ada. Kalau nak, ada RM70. Petani-petani yang nak buat ikut jadual ni, terpaksa. Cari duit, hutang duit, ambil duit pi beli, sekampit RM50. Tabur dua hari, tenggelam, mampus. Beli sekampit lagi. Serelung tiga kampit, dua kampit, tiga kampit. Jadi kos yang dialami oleh petani itu, sentiasa tinggi menyebabkan mereka rasa susah hati lah untuk mengusahakan sawah pada masa sekarang dan masa akan datang. Tu yang pertama tentang masalah yang ada di Ayer Hitam.
Yang kedua masalah jalan kampung. Ada MB sebut dalam bajet kemarin tentang peruntukan MARRIS digunakan untuk menyelenggara ataupun membaiki jalan kampung. Terima kasihlah banyak peruntukan disebutkan. Banyak, Alhamdulillah, dah buat pun. Cuma masalah jalan kampung di kawasan Ayer Hitam ni asalnya jalan ladang. Sebahagiannya ada diberi izin oleh MADA untuk jadikan jalan kampung, boleh menggunakan peruntukan MARRIS. Tapi masih banyak lagi yang belum diberikan izin, atas sebab-sebab tertentulah yang terpaksa kita lihat untuk kita tangani supaya jalan kampung ni juga diberi perhatian yang khusus oleh pihak kerajaan, peruntukan yang ada supaya rakyat di sana yang sekarang ni makin ramai duduk di sepanjang jalan pida tu,
jalan ladang tu. Berbeza dengan Sungai Limau. Sungai Limau dia tak ada kampung di sepanjang pida. Tak banyaklah, ada tak banyak. Ayer Hitam tu sepanjang pida, sepanjang jalan-jalan tu ada kampung, ada rumah orang dan makin bertambah. Mereka ada kereta sebiji dua kat rumah, semuanya perlu guna jalan tu. Jalan yang dibina, dibuat jalan ladang ni, ‘standardnya’ cuma batu cuma hari tulah zaman awal 2000 dulu ni, bila NCIA, NCR nak wujudkan Koridor Utara, dia buat secara ‘one-off’, tar atau permit jalan tu, kemudian dibiarkan kepada ‘owner’ jalan tu untuk menjalankannya. MADA? MADA tidak ada peruntukan khusus untuk permit tar. Dia cuma ada batu yang boleh digunakan. Sekarang pun MADA ada kekurangan peruntukan. Jadi kita, wakil rakyat ni terpaksalah menyelesaikan masalah tu dengan peruntukan yang sikit daripada kerajaan. Kita haraplah agar jalan ladang ni diangkat semuanya kalau boleh sebagai jalan kampung yang boleh menggunakan peruntukan MARRIS untuk diselesaikan masalah yang sentiasa dibangkitkan dari semasa ke semasa.
Saya juga suka cadangkan jugalah supaya satu kaedah baru lah dilihat untuk membaiki jalan ni. Kalau guna jalan ‘style’ lama bubuh tar premix ini, tak tahan lama. Habis lama 2 tahun. Sebab kiri kanan jalan tu ialah parit, sungai, air. Dia tak boleh menekan menjaga tanah ataupun tar premix itu dengan lama. Dua tahun habis lama. Dia akan turun, dia akan terbenam, meninggalkan bonggol yang tinggi di tengah. Kereta lalu sangkut, InsyaAllah. Saya cadangkan dulu juga supaya kita fikir cara membuat jalan menggunakan konkrit. Ada dah, sudah ada contoh di kawasan saya tu. Cuma sebatang tu lah, tu pun tak habis tapi bertahan sampai sekarang. Dibuat awal tahun 1980-an sampai sekarang masih utuh, kukuh. Dilanda oleh mesin padi pun tak pa, oleh lori berat 5, 6 tan pun tak ada masalah apa. Cuma mungkin kos tinggi sikit tapi walaupun kos tinggi, tahan lama, saya rasa lebih untung daripada kos yang murah tahan setahun dua. Tak begitu, Kuala Ketil? Kuala Ketil taulah sebab dulu dia dapat projek untuk buat jalan di MADA tu, di bawah PKB Builders.
Ketiga masalah, satu lagi yang terakhir, masalah bot ataupun pukat tarik ni, pukat tunda yang sentiasa dikeluh-kesahkan oleh nelayan-nelayan persisir pantai ni. Baru ni pun dalam dialog yang sama, Yang Berhormat Exco turut pun bangkitkan hal ni lah. Masih berlaku. Bukan masih, kerap berlaku bot pukat tarik, pukat tunda ni langgar Zon A ni. Depa tak boleh masuk Zon 5 batu nautika ke pantai. Tak boleh masuk. Tapi itulah yang depa buat. Masa yang mereka set, yang tidak memungkinkan penguatkuasaan daripada LKIM untuk ambil Tindakan, Maritim ambil tindakan. Ataupun, depa dakwalah, depa dakwa macam ada satu signal di antara penguatkuasa dan geng pukat tunda ni. Penguat kuasa mai tidak ada tindakan. Dan menyebabkan rakyat-rakyat persisiran pantai ni menghadapi masalah untuk mereka meneruskan kehidupan mereka seharian. Dahlah mereka ni nelayan kecil, kawasan mereka pula dilanggar oleh bot tunda yang besar tu.
Jadi mereka berasa sedih. Di samping itu juga, mereka bangkitkan tentang masalah minyak subsidi diesel ni. Di Ayer Hitamlah, mungkin tempat lain tak berlaku. Di Ayer Hitam ni, sekejap ada, sekejap tak ada. Dia sebut sebagai ‘chipsmore’. Yang Berhormat Exco noh? Disebut sebagai ‘chipsmore’. Ada, sat tak dak. Masa nak guna, tak dak. Tak dak, pi dekat Petronas tu tak dak. Tidak bekalkan, harga diesel subsidi. Terpaksa beli dengan harga biasa yang sudah tentulah memberi kesan kepada usaha mereka untuk mencari rezeki yang dah pun kecil disebabkan oleh masalah-masalah yang lain.
Tuan Speaker, Timbalan noh. Akhirnya, akhirnya saya sukalah….. (YB. Tuan Speaker mencelah)
Pembahas ada 4 minit lagi ya. Tolong habiskan.
Takpa, dua minit saya bagi peluang kepada orang lain nak ambil. Sedekah kepada Yang Berhormat sebelah ni lah. Saya mohon untuk menyokong penuh Bajet 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam. InsyaAllah, saya yakin dan percaya segala yang dirancangkan itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan pada penggal ini dan InsyaAllah akan memberi kemudahan, keuntungan kepada rakyat banyak di luar sana. Dengan itu, sekian Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Okey. Terima kasih kepada YB. Ayer Hitam. Saya kejut sikit saja noh 4 minit, tengok awal lagi habis dah tu. Tapi terima kasihlah noh. Saya nak mengingatkan kepada semua Yang Berhormat tentang Perkara 35(1) Peraturan Dewan, seorang-seorang Ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh pengerusi maka hendaklah dia berdiri mengarahkan ucapannya kepada pengerusi. Seorang Ahli tidak boleh bercakap melainkan setelah dipanggil oleh pengerusi. Jadi, apa yang saya nak ringkaskan ialah kalau semasa YB. berbahas, jadi pandangannya tertumpu kepada saya lah noh YB. Kak Ton noh, YB. Bukit Kayu Hitam. Jadi, kita jemput pembahas yang seterusnya iaitu YB. Tokai. Dipersilakan YB. Tokai.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamina, Washolatu Was Salaamu ‘Ala Rasulilamin, Wa ‘Ala Aalihi Wa Shohbihi Ajma’iina. Terima kasih Tuan Speaker yang telah memberikan ruang kepada saya untuk berbahas pada kali ini dan juga saya mengucapkan tahniah kepada YB. Speaker, YB. Timbalan Speaker dan juga kepada sahabat-sahabat MMK dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih semula dan juga yang baru dipilih ke dalam Dewan ini.
Saya ingin membahaskan beberapa perkara lah berhubung dengan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari semalam. Yang pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang telah berjaya mengutip hasil sehingga 31 Oktober 2023 sebanyak RM547.68 juta iaitu 74.51% daripada anggaran Bajet 2023. Begitu juga dengan usaha daripada jabatan-jabatan, hasil kutipan cukai tanah dan tunggakan cukai tanah. Tahniah kepada jabatan yang membuat kutipan lebih tinggi daripada tahun 2022 iaitu sebanyak RM14.1 juta. Melalui pembayaran iBayaq yang telah memberikan suatu kemudahan kepada rakyat untuk membuat bayaran cukai tanah dan lain-lain hasil, mereka boleh membayar bila-bila masa, di mana saja. Dalam kereta boleh, atas katil boleh, dalam kebun boleh, di bendang boleh, sehingga 31 Oktober. Merbau Pulas gelak pasaipa? Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Sehingga 31 Oktober 2023 seramai 58,000 pengguna telah menggunakan perkhidmatan ini. Termasuk saya lah noh. Yang menghasilkan kutipan sebanyak RM273.04 juta iaitu 49.85% kutipan melalui iBayaq ini sahaja. Hasil dalam usaha ini, kerajaan negeri telah menerima ‘Special Recognition Award Leadership in State’ dalam Majlis Malaysia e-Payments Excellence Awards (MEEA) 2023.
Tahniah kepada semua, daripada SS sampailah kepada Pejabat Daerah. Di dalam urusan pembayaran bil, juga saya mengucapkan tahniah kepada pentadbiran, jabatan-jabatan yang telah melaksanakan pembayaran yang cepat iaitu sebanyak 99.9% dalam masa 14 hari daripada 63,761 transaksi selepas menerima permohonan lengkap. Dan cukup membanggakan kita, 0% selepas 14 hari. Maknanya sebelum 2 minggu, semua ‘settle’ dibayar oleh pihak negeri. Tahniah! Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama daripada kontraktor yang submit depa punya bil dan juga kepada pegawai yang telah memberi ataupun menjalankan tugas dengan efisien dalam masa 14 hari. ‘Keep it up’!
Dikesempatan ini, saya juga mengucapkan tahniah kepada MDP, wakil Pendang ada tu, yang telah memperolehi sijil pengiktirafan pematuhan SAGA, (Standard Accounting System for Government Agency) 2023. Kepada MBAS yang mendapat anugerah penarafan “Bandar Pintar Malaysia”, (Smart City) yang diperkenalkan oleh KPKT melalui Pelan Malaysia sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2023. Juga tahniah kepada MPKK (Majlis Perbandaran Kulim, Kedah) yang berjaya memperolehi tempat kedua anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (IPSA) 2023 melalui e-TEN. Kuala Ketil, orang yang perosok masuk gol itu yang dapat nama. Tapi usaha ni dilakukan semasa saya duk tempat tu! Gurau ja. Dikesempatan ini, saya juga mengucapkan terima kasih lah kepada kerajaan negeri yang telah melaksanakan ataupun sedang melaksanakan projek menaik taraf Jalan Kota Sarang Semut, Pendang, K133 noh Timbalan Speaker, dan juga Jambatan Sungai Pendang, Jalan Tokai, Tanah Merah, K130. Terima kasih. Semoga ianya dapat berjalan dengan lancar.
Di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tajuk Menerus Kemajuan Menzahir Impian semalam, terdapat 17 tawaran kepada rakyat meliputi pelbagai aspek. Saya nak bercakap dalam dua tiga tajuk ja lah noh. Yang pertama sekali tentang banyak disentuh oleh sahabat-sahabat iaitu pelancongan. Memang saya cukup suka bercakap pasal pelancongan ni. Alhamdulillah sejak tak jadi Exco ni, banyak tempat dah kita boleh pi berjalan lah. Langkawi merupakan tempat yang cukup ‘famous’ lah. Tetapi kita merasa sedih baru-baru ni, sampai ke Menteri pun menjadikan sebagai suatu bentuk berita yang tidak menyenangkan kita lah. Kes seluar pendek ja bukan apa. Pasal seluar pendek saja Langkawi menjadi suatu isu yang diwar-warkan di dalam media-media massa. Sebenarnya Langkawi mempunyai banyak potensi pelancongan yang boleh dibangunkan. Ia tidak kalah kalau dibandingkan dengan Ha Long Bay di Hanoi, Vietnam. Ia mempunyai sebanyak 99 buah pulau, Speaker tak dak noh. Betul ka 99? Saya pun tak berapa jelas. Tapi Ha Long mempunyai 1,600 pulau. Percutian ‘Island Hopping’ boleh dipelopori sebagaimana di Ha Long juga. Kalau tak besar pun, sekadar yang dibuat di Tasik Kenyir dan juga Tasik Banding sebagai permulaan.
Promosi cuti keluarga sambil bermalam di atas bot ataupun ‘houseboat’ ini, semalam atau dua di sekitar laut di antara pulau-pulau di Langkawi. Pi berlabuh di tepi mana-mana pulau, misalnya pulau Pulau Tuba. Pi pekena kerabu beronok ka ataupun Kuah, kerabu beronok. Sedap! Tapi musim-musim lah, dia tak sepanjang tahun. Dan juga pi candat sotong ka, mengail ikan ka, berlabuh di tepi-tepi pulau. Dengan adanya program-program begini, saya rasa ia boleh menarik kehadiran pelancong-pelancong untuk menyantai di atas bot melihat apa yang disebutkan oleh YB. Sidam, ‘sea sunset sunrise’. Dok atas kapal, kita boleh lihat semua itu.
Dan juga promosi terbaru di Langkawi ialah Eagle Nest. Sebut Eagle Nest iaitu sebuah ‘freestanding skywalk’ yang terpanjang di dunia. Ini kena promosi di dalam Tahun Melawat Kedah nanti. Ia berada 600 meter di atas paras laut. ‘Skynet’ kalau di Jerman, di Burnstage Garden iaitu Rumah Kopi Hitler, kita kena naik lif sampai ke atas. Boleh lihat Banjaran Alps di atas sana. Tapi sejuklah noh, salji sedia ada di situ.
Kita mempunyai gua yang berpotensi. Kalau diperindahkan dengan cahaya lampu, tak kalah Gua Sireh berbanding dengan Gua Batu Kapur di Guilin, China dan juga gua di Hangzhou ataupun ‘wooden state cave’ di Hanoi. Semua ni kita mempunyai aset dan aset ni boleh kita majukan dan promosikan. Di Gunung Keriang pun kita ada gua. Gua ini kalau kita beri lampu pencahayaan yang baik, InsyaAllah akan menarik pelancong dan juga mereka yang cinta kepada alam sekitar.
Kita mempunyai sungai, Sungai Kedah boleh diperbaiki, Exco Pelancongan. Sungai Kedah kita telah buat haritu bot ‘cruise’. Kita tanam pokok bunga di tepi, ada masjid tepi tu. InsyaAllah kita boleh menandingi sungai di Kampung Morten di Melaka, negeri isteriku lah. Kampung Morten dulu menjadi air acaq saja sungai dia. Tapi sekarang ni ribuan pelancong sampai ke situ disebabkan oleh pembangunan ataupun kreativiti yang dilaksanakan di sungai di Kampung Morten tersebut. Kalau kita pi ke Khlong Hae di Hatyai ataupun Ban Phru di Danok, kita boleh jumpa ‘floating market’ mereka dan ini sudah dilaksanakan di tempat kita iaitu di Kelantan dan juga di Perlis. Negeri Perlis, depa kata besar kelemboi tapi dia punya pelancongan sekarang bertambah disebabkan oleh kreativiti yang dilaksanakan. Kita boleh InsyaAllah.
Walaupun kita tengak di Khlong Hae tu, kalau siang hari penuh dengan lumut tapi malam hari, dia buh cahaya, dia buh suasana penjualan perahu-perahu di tepi sungai tu, ramai pelancong. Banyaknya orang Malaysia lah. Tadi disebut sejuta lebih yang pi. Kita ada ‘hotspring’, disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu air panas di Ulu Legong. Saya tak nampak masyarakat di situ ambil bahagian di dalam mempromosi air panas. Kita boleh jual telur puyuh, telur ayam, di situ ada apa orang yang buat, madu kelulut. Ha, YB. Kuala Ketil, boleh buat promosi telur puyuh. Buat jaras ataupun raga daripada empulur buluh oleh orang asal ataupun orang asli di Ulu Legong tu, jual kepada pengunjung-pengunjung di situ. Boleh pendapatan kepada mereka. Kita dah ada restoran dalam sungai. Itu suatu tarikan kepada Ulu Legong.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga menyentuh tentang Sungai Batu. Bila sentuh Sungai Batu ni, saya amat tertarik lah kerana kita pernah berjumpa dengan Professor Mukhtar Saidin. Satu tamadun yang cukup hebat, 788 tahun sebelum Masihi iaitu 2,800 tahun dari sekarang. Ia mendahului Tamadun Rom kuno, penubuhan Kota Putra,
pembinaan Colosseum di Rom pada 111 Masihi, pembinaan Hagia Sofia, 600 selepas masihi, pembinaan Borobudur, 800 selepas Masihi, Angkor Wat, 1,200 tahun selepas Masihi, Kerajaan Majapahit, 1,300 selepas Masihi, Kerajaan Melayu Melaka, 1,500 selepas Masihi. Ini kita ada di Sungai Batu, 788 tahun sebelum Masihi. Banyak artifak-artifak yang ditemui dan dibuktikan dan telah diakui dan ditandatangani oleh lima pakar arkeologi yang mewakili lima tamadun dunia, Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan juga Greek Rome. Jadi tamadun Sungai Batu ini perlu diwar-warkan, dipromosikan dengan begitu hebat kerana ia InsyaAllah akan mendapat menarik lebih ramai pelancong luar negara ke dalam negara kita. Dengan menggunakan teknologi satelit…(YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Tokai boleh siap kot nak balik dah. Kita ada 2 minit lagi saja.
Kita ada satelit jumpa 100 kapal di situ tapi tak boleh nak korek pasai belanja yang tinggi. Sebelum saya nak mengundurkan diri, isu di tempat saya ni. Saya bawak 18 pucuk geran. 18 pucuk geran, di dalam satu pucuk geran ni ada 90 nama dan di dalam 18 pucuk geran ni, semua nama daripada geran nombor satu sampai nombor 20, ada dalam geran ni. Ini menjadi isu kepada masyarakat di tempat saya sekarang ni, kita nak perbesar jalan masuk ke Hospital Pendang. Ada yang tanah dia keluasan 0.0192 hektar, ada 94 nama, dapat sorang RM51.50. Nak buat apa RM51 ni? Poket atas Speaker pun saya rasa ada 4, 5 ratus kot. Ini lah isu yang saya harap dapat kita tubuhkan satu ‘task force’ untuk menyelesaikan isu geran tanah di Kampung Batu Hampar, Pendang ini. Saya rasa kita boleh selesaikan ini. Kes ini pernah berlaku di Negeri Perlis dan saya tanya Pejabat Tanah. Mereka telah dapat menyelesaikan isu ini di Negeri Perlis.
Jadi, saya harap 20 geran ini, kita tubuh ‘task force’, kita semak tengok, cari jalan macam mana kita nak keluarkan nama-nama mereka yang tidak mempunyai nama hak milik dalam geran tersebut supaya dikeluarkan. Yang ada hak milik saja ada dalam geran ini. Saya sedih lah kerana saya ada juga ni kepentingan dalam ini. Bukan sebab kepentingan saya, saya bawak isu ini, tetapi kepentingan penduduk di situ. Bila kita nak ubah nama, kita kena masuk nama dalam semua 20 pucuk geran ini. Jadi, itulah yang menyebabkan mereka mempunyai masalah dari segi hak milik walaupun tanah tidak diambil tetapi mereka dapat pampasan. Satu lagi, saya pernah mesyuarat dengan Perdana Menteri berhubung dengan isu ini tapi tak sempat nak keluarkan masalah ini. Masalah tanah diambil, kena ubah dia punya perenggan.
Orang yang tanah tak diambil dapat pampasan. Ini dalam Akta Tanah 1960. Jadi saya harap kerajaan negeri kena bawa benda ini ke atas supaya mereka yang tanahnya diambil sahaja dibayar pampasan. Kita ada bicara tanah, kita sebut bicara tanah jadi saya rasa semasa bicara tanah itulah kita tahu siapa punya hak milik ini yang diambil. Dia bagi kos ukur semula. Kos ukur semula ni, bila kita nak ukur semula, tuan tanah kata, “ha ni parang dok ada. Hang mai kacau perenggan tanah aku, hah, ni parang dia!” Itu masalah yang penduduk kampung hadapi. Jadi, saya rasa oleh kerana Speaker dok tengok-tengok saya, kami balik jalan yang sama. Takut dia ‘cut’ tengah jalan, tak sampai rumah saya. Jadi saya ucapkan terima kasih, menyokong usul Bajet 2024 yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum.
Okey, terima kasih YB. Tokai. Saya suka nak mengingatkan kepada YB.-YB. semua yang akan membahaskan, masa yang diberi cuma 10 minit. Jadi YB.-YB. ‘adjust’ lah tengok macam mana. Jadi, seterusnya kita menjemput YB. Guar Chempedak. Dipersilakan YB. Abdul Ghafar.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamina Washolatu Was Salaamu ‘Ala Ashrafil Anbiya’ Iwal Mursalin, Sayyidina Muhammadin Sollallahu Alaihi Wasallam, Wa ‘Ala Aalihi Wa Shohbihi Ajma’iina. Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai yang dihormati dan tetamu, pelajar-pelajar daripada UiTM yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah. Ucapan tahniah ke atas Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang membentangkan bajet pada kemarin, Bajet 2024 Negeri Kedah dan tahniah juga kepada ‘team’ Pejabat Kewangan Negeri dan Yang Berhormat Pegawai Kewangan atas persediaan rapi yang dilakukan bagi penyediaan Bajet 2024. Kalau dilihat daripada pembentangan bajet kemarin, Negeri Kedah kekal di tangga teratas dalam sektor pelaburan, dengan pelaburan keseluruhan dalam semua sektor sebanyak RM14.57 billion manakala khusus bagi sektor pembuatan, pelaburan masuk dicatatkan adalah berjumlah RM13.25 billion. Pencapaian ini tidak lain tidak bukan adalah hasil komitmen kerajaan negeri dalam melaksanakan agenda pelaburan berkesan di Negeri Kedah. Dalam Bajet 2024, terbukti komitmen kerajaan negeri terhadap agenda pelaburan negeri kekal tinggi melalui item-item yang dibentangkan di dalam Ucapan Bajet 2024. Dalam Ucapan Bajet 2024 kemarin juga, Yang Amat Berhormat memperuntukkan
RM3 juta kepada Invest Kedah Berhad yang merupakan ‘investment promotion’ agensi utama Negeri Kedah. Peruntukan ini adalah bagi tujuan pengurusan IKB dan program misi pelaburan untuk dijalankan pada 2024. Pada pandangan saya, kerajaan negeri khususnya Jawatankuasa Tetap Industri dan Pelaburan perlu merancang dengan baik aktiviti promosi pelaburan yang bakal dijalankan kelak. Misi pelaburan harus bersasar dengan fokus kepada segmen yang dapat menyumbang kepada pemerkasaan ekosistem pelaburan di Negeri Kedah seperti semikonduktor, ‘advance material’ dan ‘green energy technology’ di samping elektronik dan sebagainya. Kerjasama perlu diadakan dengan pejabat MIDA luar negara yang bertindak sebagai duta pelaburan negara di luar negara. Perlu pastikan bahan promosi pelaburan Negeri Kedah di edar kepada pejabat-pejabat yang berkenaan. Selain itu, sesi libat urus dan promosi pelaburan turut perlu digiatkan dengan ‘business chamber’ negara luar yang berada di Malaysia, lebih kos efektif berbanding diadakan ‘trade mission’ ke luar negara. Utama ‘trade mission’ ke luar negara kepada ‘company’ yang sudah menunjuk minat dan sudah ada ‘communication’, yang sudah ada ‘engagement’, yang menunjuk begitu bersungguh-sungguh untuk melakukan pelaburan di Negeri Kedah. Kerajaan negeri turut perlu memberi perhatian kepada pesaing seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia. Perlu ada penelitian terhadap kekuatan dan kelemahan negara jiran dalam merancang pembangunan pelaburan di Nnegeri Kedah agar kita sentiasa menjadi pilihan terbaik khusus dari segi insentif, birokrasi, infrastruktur dan lain-lain. Dalam masa yang sama terdapat keperluan untuk selarikan pengembangan kilang dan pertambahan tenaga kerja dengan penyediaan ‘centralized labor quarters’ (dengan izin) kepada pekerja-pekerja kilang. Ekosistem pelaburan negeri perlu dibangunkan dengan lebih holistik dengan memberi penumpuan pada aspek kebajikan pekerja dan keselamatan persekitaran. Kawasan pelaburan utama seperti Sungai Petani dan Kulim perlu adakan ‘centralized labor quarters’ ini. Di dalam pembangunan ‘town ship’ di Kulim Hi-Tech dan kawasan baharu perindustrian di bawah projek impak tinggi, terdapat keperluan untuk integrasikan bandar Kulim Hi-Tech dengan elemen komersial dan perumahan bagi menarik lebih ramai pekerja menetap di Kedah berbanding di Pulau Pinang. Ini adalah bertujuan untuk memastikan limpahan ekonomi hasil daripada pelaburan, masuk memberi manfaat kepada ekonomi Negeri Kedah. Pertambahan ruang niaga dan perumahan turut akan membantu meningkatkan hasil negeri secara tidak langsung melalui pertambahan hasil cukai tanah dan lain-lainnya. Elemen pembandaran inklusif, ‘leisure commercial areas’ dan ‘housing’ perlu diterapkan di dalam pembangunan projek impak tinggi seperti KRC, Delapan SBEZ, Special Border Economy Zone dan Kedah Science dan Technology Park.
Terdapat 15 projek pembangunan yang telah dikategorikan sebagai projek berimpak tinggi dan harus dipantau secara khusus, senarai-senarai projek yang berimpak tinggi tersebut seperti yang dinyatakan dalam bajet kemarin. Pemantauan khusus ini perlu kerana kesemua projek ini bersifat ‘game changer’ dalam merubah landskap ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi. Yang Berhormat Timbalan Speaker, pada November 15 yang lalu, berdasarkan kepada ‘press release’ Petronas, terdapat potensi penemuan sumber hidrokarbon di Langkasuka Basin iaitu Blok PM 320 dan PM 321 berdekatan perairan Negeri Kedah. Ini satu lagi berkah yang diberikan kepada Negeri Kedah selain daripada REE. Di sini kerajaan perlu bersedia meneliti kerangka perundangan sedia ada sekiranya aktiviti cari gali minyak atau gas ditemui dan dijalan kelak di kawasan tersebut. Kerana apa? Kita perlu memastikan bahawa kerajaan negeri juga turut dapat manfaat bukan hanya dapat melihat kerana ianya jangan sampai hasilnya dibolot oleh Kerajaan Persekutuan. Ini yang telah berlaku, jadi saya berharap kita ada agensi, ada kerajaan di bawah pemantauan mencari jalan ataupun memastikan bahawa kita juga mendapat impak hasil daripada cari gali ini. Dalam masa yang sama, pemerkasaan dasar negeri ke atas GLC. Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada November yang lalu telah memberi sumbangan sejumlah RM500,000 kepada kerajaan negeri. Insentif ini wajar dipuji dan dijadikan amalan oleh semua GLC kerana GLC di Kedah perlu memain peranan dengan membayar dividen kepada kerajaan negeri sebagai salah satu sumber baharu kepada kerajaan negeri dalam usaha untuk mengukuhkan fiskal kerajaan negeri. Cadang supaya Jawatankuasa Tetap berkaitan kerajaan negeri meneliti dasar-dasar untuk mewajibkan GLC kerajaan negeri memberi dividen secara tahunan kepada kerajaan negeri dan ini secara tidak langsung memberi impak kepada pendapatan Negeri Kedah.
YB. Guar Chempedak, ada dua minit lagi noh. Walaupun panggil saya YAB. tadi tapi saya tak boleh nak tambah.
Cepat sangat ni! Okey, dua minit yang terakhir saya gunakan untuk isu-isu yang berkaitan di kawasan DUN Guar Chempedak. DUN Guar Chempedak khususnya Daerah Yan mempunyai potensi untuk produk pelancongan di mana DUN Guar Chempedak mempunyai Gunung Jerai dan beberapa pulau yang masih belum benar-benar diterokai. Dan juga di samping itu, kalau kita lihat ada kumpulan nelayan di persisiran pantai yang mengambil kesempatan dan inisiatif sendiri untuk memajukan industri pelancongan.
Merekalah yang selama ini yang membawa pelancong-pelancong ke tiga-tiga pulau, keempat-empat pulau yang berada di sekitar pantai Yan, Kedah. Jadi, di samping itu nelayan-nelayan ini juga dihimpit oleh masalah yang mana dinyatakan oleh YB. Ayer Hitam tadi iaitu aktiviti pukat tunda. Mereka ini lah yang merosakkan persisiran pantai dan mereka ini juga lah yang memberi masalah kepada nelayan-nelayan tepi pantai. Masalah yang dihadapi kerana apa? Seperti kita tau, apabila penguatkuasa sampai, mereka dah hilang. Ini seolah-olah ada ‘connection’. Dan saya berharap pihak-pihak yang tertentu dapat mengambil tindakan untuk memberi jaminan supaya nelayan-nelayan tepi pantai mendapat hasil yang jauh lebih baik.
Di samping itu juga, di dalam tahun kita merancang 2025 adalah Tahun Melawat Negeri Kedah. Dalam waktu yang sama kita haruslah tidak meminggirkan pengusaha-pengusaha pelancongan, pelancong-pelancong yang ada sekarang ini diketepikan. Mereka haruslah diberikan peranan yang jauh lebih besar untuk memajukan. Dalam waktu yang sama juga puncak Gunung Jerai sekarang menjadi tumpuan pelancong-pelancong daripada luar tapi kita mempunyai masalah apabila ramai pelancong yang datang, kita kekurangan tempat meletak kereta baik di bawah ataupun di atas. Ini haruslah kita lihat dengan segera supaya 2025 tidak menjadi halangan untuk pelancong-pelancong menikmati keindahan puncak Gunung Jerai.
Masa dah cukup YB. Guar.
Dalam masa yang sama juga, tadi YB. Tokai ada menyebut dapat melakukan pembayaran melalui ‘online’ di dalam kebun. Tapi saya minta maaf, ada kawasan-kawasan kebun kami tak dak talian. Ini juga harus diberi perhatian yang ‘serious’. Akhir kata, saya memohon menyokong penuh bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Sekian, terima kasih.
Okey. Terima kasih kepada YB. Guar Chempedak. Seterusnya kita menjemput YB. Kupang. Dipersilakan!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kemarin. Di samping itu, saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah dilantik sekali lagi memimpin kerajaan negeri bagi penggal ini. Semoga Allah memudahkan segala urusan. Dalam pembentangan kemarin, saya amat tertarik dengan 17 tawaran yang diberikan di mana dalam usaha kerajaan memenuhi komitmen “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”, di mana tawaran itu sudah menjadi asas kepada rancangan Pembangunan Kedah 2035. Namun, ianya tidak terhenti disitu sahaja malah akan menjadi cabaran kepada semua agensi kerajaan di semua peringkat. Yang Berhormat Speaker, oleh itu ‘sustainable development goal’ ataupun matlamat pembangunan mampan seperti yang menjadi kerangka holistik dengan 17 matlamat itu di mana 17 itu ialah tadbir urus, penyampaian perkhidmatan yang efisien, pendidikan holistik, amar makruf dan nahi mungkar, pelaburan berimpak tinggi, peluang pekerjaan, kebajikan rakyat, wanita dan keluarga, belia, NGO dan sukan, kelestarian bekalan air, hub pengeluaran makanan, hak milik tanah rakyat, kediaman mampu milik, baik pulih kediaman, keusahawanan, pelancongan dan warisan dan kebersihan alam sekitar. Jadi, saya kira 17 itu adalah amat memerlukan kepada ramainya “Rijalud Daulah” iaitu kelompok pemikir dan pelaksana yang mampu mengolah peluang dan masa ke arah merealisasikan kerangka tersebut. The Greater Kedah yang diimpikan bukanlah lagi suatu hipotesis tetapi telah menjadi kerangka besar yang akan direalisasikan, InsyaAllah. Oleh itu, apa yang disebutkan itu tadi, Rijalud Daulah itu adalah suatu yang amat penting bagi mengolah masa depan yang cemerlang. Tumbuk pulut di lesung tinggi, Anak kecil menangkap belalang, Subur rumput dari padi, Alamat hasil tak sampai segantang.
Tuan Speaker, mari kita imbau kembali kisah Saidina Umar ketika baginda berkata kepada sahabatnya, “mari kita bercita-cita”. Seorang sahabat menjawab, “kalau aku kaya, aku akan gunakan seluruh kekayaan itu untuk jihad fisabilillah”.
Orang yang kedua juga begitu. Tetapi Saidina Umar menginginkan, dia kata, “saya amat menginginkan ramai orang seperti mana Abu Ubaidah Ibnu Jarrah” iaitu seorang sahabat nabi yang memberikan segala usahanya dalam meningkatkan jihad fisabilillah.
Yang Berhormat Speaker, dalam perbahasan ini, rasanya tidur tak lena kalau saya tak bawa isu dalam kawasan saya ke dalam persidangan ini untuk perhatian kerajaan. Yang pertama, di kawasan saya ada seorang pengusaha kopi iaitu Kopi Cap Gantang. Saya kira beliau seorang usahawan yang berjaya di mana beliau dapat menghasilkan 91 metrik tan sebulan atau 1,094 metrik tan setahun. Akan tetapi keperluan biji kopi berjumlah 691.2 metrik tan setahun, beliau perolehi daripada Indonesia. Sedangkan di Baling, khususnya di Kupang, banyak tanah-tanah terbiar milik individu dan milik agensi. Jadi elok saya kira jika initiatif diambil untuk mengusahakan ladang kopi bagi menyediakan bekalan biji kopi mentah tempatan. Jadi tak payah lagi kita pi ke Starbuck dan sebagainya. Kopi Cap Gantang juga istimewa.
Yang kedua, saya masih lagi menerima rungutan daripada penduduk Kampung Bukit Hijau dan sekitarnya mengenai dengan status tanah yang didiami sejak puluhan tahun tapi masih lagi belum selesai. Jadi eloklah kiranya rungutan-rungutan ini dapat kita selesaikan dalam masa yang singkat, InsyaAllah.
Yang ketiga, jambatan di Kampung Tanjung. Saya dan Yang Berhormat Ustaz Hassan Saad, Ahli Parlimen Baling sentiasa dihujani soalan-soalan, bila lagi? Bila lagi? Jumpa tempat kenduri, bila lagi? Jumpa tempat orang mati, bila lagi? Jadi saya harap jabatan berkenaan dapat memberi sedikit perhatian. Dan seterusnya sepertimana yang saya sebutkan tadi, kita memerlukan suatu kemampuan kita dalam menangani persoalan-persoalan yang dibangkitkan tadi. Jadi saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama yang telah berjaya mengumpul RM700,000 derma untuk Palestin. Tahniah! Tapi terkilan sikit, semasa penyampaian ‘check’ pada malam perhimpunan itu, wakil jabatan tak dak. Jadi, ‘check’ ja sampai. Seelok-eloknya kalau kita dalam berkobar-kobar menyokong perjuangan Palestin, patut kita tampil lah dalam majlis yang amat bererti dan memberi makna yang besar itu.
Selain daripada itu, saya ingin mengingatkan juga bahawa pemantauan-pamantauan daripada jabatan-jabatan kepada projek-projek yang berjalan di daerah-daerah hendaklah ditingkatkan kerana ada projek-projek yang dibuat umpamanya satu projek di Kampung Landak Hilir, dibuat oleh kontraktor untuk pengairan sawah. Tapi malangnya bendang duk atas daripada parit. Jadi macam mana parit tu nak mengalirkan air dalam bendang. Ini pun satu hal jugak tuan-tuan sekalian. Ini adalah kurang pemantauan sebenarnya. Kurang pemantauan.
Jadi, saya minta supaya perkara-perkara yang seumpama ini tidak berulang dan kalau sekiranya kontraktor itu terpaksa buat pulak, punggah yang ada, buat pulak. Jadi ini memakan masa dan juga merugikan duit kerajaan. Dan itu lah di antara perkara-perkara yang dapat saya sampaikan di dalam ucapan ringkas ini walaupun saya tahu bahawa saya ada 40 minit, maaf. Maklumlah orang tua. (YB. Speaker mencelah)
Satu minit ja lagi.
Ya?
Satu minit saja lagi.
Ada satu minit lagi?
Ya!
Jadi walaupun ada 1 minit lagi, tapi saya ambiklah satu minit ini untuk memberi sokongan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga ingin menyokong bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat semalam. Semoga Kedah terus maju jaya di dalam menghadapi cabaran-cabaran yang cukup perit pada hari ini tetapi kita akan terus berusaha membuktikan bahawa The Greater Kedah itu bukan lagi impian tetapi suatu kenyataan dalam masa yang terdekat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Kupang. Terbaik! Menepati masa, sepuluh minit. Sekarang kita menjemput ADUN Ayer Hangat. Dipersilakan!
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamina Washolatu Was Salaamu ‘Ala Ashrafil Anbiya’ Iwal Mursalin, Wa ‘Ala Aalihi Wa Shohbihi Ajma’iina.
Makan ketupat diwaktu petang, Ketupat dibeli di Kampung Bayas, Bajet 2024 sudah dibentang, Ayer Hangat mohon berbahas.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Sebagai pembuka bicara, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri yang telah dipilih sebagai Menteri Besar untuk menerajui pentadbiran Negeri Kedah sekali lagi.
Yang Berhormat Speaker, dalam usaha memenuhi mandat rakyat Negeri Kedah, penetapan 3 strategi dengan 12 fokus dan 50 inisiatif yang telah digariskan ini dilihat dapat memacu ekonomi dan kesejahtaraan rakyat bagi tahun 2024 dan juga untuk jangka panjang. Saya ingin menyentuh beberapa bab yang pada pandangan saya perlu diberi perhatian. Yang pertama adalah daripada aspek kebajikan rakyat. Kebajikan rakyat ini adalah tumpuan kepada isu kos sara hidup, kesihatan dan rawatan, wanita dan juga keluarga. Bila harga barang meningkat tetapi pendapatan tak meningkat, ini akan menyebabkan rakyat menjadi semakin tertekan dan mereka mengharapkan lebih banyak bantuan daripada kerajaan. Tambahan pula, jika dalam sesebuah keluarga itu terdapat seorang pesakit terutamanya ketua keluarga sama ada si suami atau si isteri maka tekanan atau kesempitan itu akan bertambah yang akan membawa kepada hilangnya keharmonian dan seterusnya meragut kegembiraan dalam keluarga tersebut.
Sehubungan dengan itu, saya ingin menekankan kepada pentingnya kesedaran menjaga kesihatan kepada rakyat negeri Kedah yang perlu diberi tumpuan dalam setiap program yang dilaksanakan oleh semua pihak. Bertambahnya hospital, bertambahnya bantuan rawatan, bertambahnya klinik kesihatan adalah baik untuk kemajuan sesuatu kawasan tetapi tidak baik kepada negeri dalam melahirkan generasi yang sihat dan produktif untuk masa akan datang dan merealisasikan The Greater Kedah.
Menyentuh tentang rawatan kesihatan terutamanya di Langkawi, kos untuk pesakit berulang alik ke tanah besar agak tinggi yang meliputi tiket feri, kereta sewa, rumah tumpangan dan sebagainya. Apatah lagi jika pesakit itu perlu berulang alik setiap bulan. Kami berharap sangat agar pembinaan bangunan tambahan Hospital Sultanah Maliha seperti yang telah kita sebutkan tadi dapat disiapkan mengikut jadual dan segera diisi dengan kemudahan doktor-doktor pakar.
YB. Ayer Hangat, sekali-sekala kerling kat Speaker sikit.
Apa dia?
Speaker dok sorang atas ni. Kerling sikit tengok Speaker.
Okey (sambil ketawa). Boleh! Boleh! Ingatkan Speaker nak tolong ambik gambar. Okey. Ini termasuk untuk melakukan ‘post mortem’ kepada jenazah yang hanya memakan masa sejam di Hospital Sultanah Bahiyah tetapi akan mengambil masa hampir 8 hingga 10 jam untuk keluar dan masuk semula ke Langkawi.
Yang kedua adalah program pembangunan modal insan. Program modal insan adalah suatu yang sangat perlu diberi perhatian dalam melahirkan ‘The Greater Generation’ (dengan izin) untuk masa akan datang. Peruntukan RM300 ribu haruslah dimanfaatkan sepenuhnya agar jumlah ini memberi impak yang berkesan kepada jiwa dan rohani generasi baru.
Masalah sosial, dadah, ponteng sekolah, kurangnya kesedaran dikalangan anak-anak sekarang dalam menjaga ahli keluarga yang sakit terutama ibu dan bapa, bukanlah sesuatu bentuk generasi yang kita inginkan pada masa akan datang. Janganlah sampai suatu masa ke depan kita terpaksa bina lebih banyak rumah orang tua-tua ataupun pusat jagaan warga emas untuk menempatkan orang tua kita di sana akibat tidak lagi mahu dijaga oleh anak-anak generasi akan datang.
Begitu juga kurangnya semangat gotong royong, kerjasama dan sukarelawan dikalangan rakyat. Maka generasi sekarang perlu disedarkan tentang ini dengan membanyakkan program-program yang meningkatkan kasih sayang dalam sesebuah keluarga, program-program keagamaan dan kerohanian dan juga program-program yang dapat mengisi masa lapang mereka untuk menjauhkan mereka dari ketagihan gajet dan perkara-perkara lain yang negatif. Saya mengharapkan agar setiap peruntukan yang diberikan kepada NGO-NGO di seluruh Negeri Kedah harus dipastikan mendapat impak yang baik pada akhir program yang akan meninggalkan kesan yang positif kepada jati diri peserta yang terlibat.
Isu ketiga yang ingin saya tekankan adalah dalam tajuk belia, NGO dan sukan. The Greater Kedah lebih mudah dicapai jika anak mudanya sihat dan aktif serta bebas dari masalah sosial. Sehubungan dengan itu, suka saya sarankan agar program-program mencungkil bakat-bakat baru dari pelbagai bidang sukan dimulakan dari usia yang muda. Di Langkawi contohnya ada banyak persatuan dan kelab-kelab sukan yang aktif seperti badminton wanita, bola jaring, bola sepak, memanah, olahraga dan sebagainya. Tetapi potensi dan bakat mereka ini menjadi terbatas kerana kurangnya dana, kos yang tinggi dan kurangnya peruntukan untuk keluar menyertai kejohanan di tanah besar. Semoga peruntukan RM10 juta yang diperuntukkan di bawah Majlis Sukan Negeri Kedah ini tidak mengenepikan atlet-atlet dan bakat terpendam di Pulau Langkawi dan membantu mereka mengembangkan dan mengharumkan nama Negeri Kedah ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya nak memperingatkan sekali lagi kepada YB. Ayer Hangat nah, tolong kalau boleh kurangkan sikit teks. Baca teks.
Okey, maaf. Tak dan hafal, baru buat tadi. ‘First time’, bagi ‘chance’ lah Timbalan Speaker. Okey. ‘Point’ yang keempat adalah pelancongan dan warisan. Saya juga ingin memohon kepada pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan agar memberi tumpuan dalam menjaga tanah-tanah di sekitar pantai di Langkawi. Bagi kawasan Ayer Hangat, hanya Pantai Pasir Tengkorak, Pantai Tanjung Rhu dan Pantai Kok yang masih boleh dikunjungi orang awam. Semakin hari semakin banyak permintaan untuk mendirikan hotel-hotel mewah di sepanjang pantai yang menyebabkan kawasan pantai ini menjadi ‘private’ dan ‘exclusive’ (dengan izin) yang menyebabkan kawasan ini tidak boleh lagi dikunjungi oleh orang awam pada masa akan datang. Satu pantun nah YB. Speaker.
Menyerkap ikan tertangkap ular, Ular pulak membelit tangan, Ghairah menarik pelancong luar, Rakyat tempatan dilupa jangan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Di bawah tajuk pelancongan juga, saya juga mengimpikan agar suatu hari nanti Ayer Hangat ni akan menjadi pusat Pelancongan Pengajian Islam ataupun Pusat Pelancongan Islamik seperti Lombok yang mana ada banyak tahfiz-tahfiz didirikan di kaki gunung dan kawasan-kawasan yang sesuai untuk belajar agama. Tak perlulah terlalu banyak pembangunan moden tetapi pelihara lah anugerah Tuhan ini untuk menjana pendapatan kepada Negeri Kedah, InsyaAllah.
‘Point’ yang terakhir ialah kebersihan dan alam sekitar. Peruntukan berjumlah RM4.29 juta yang disediakan bagi kerja-kerja menyelenggara sungai dan tali air secara berkala amatlah bermanfaat kepada para nelayan yang mencari rezeki di laut. Semoga sebahagian daripada peruntukan ini dapat diberikan untuk mendalamkan Muara Sungai Teriang, Muara Teluk Yu, Muara Pengkalan Besar bagi DUN Ayer Hangat. Selain itu, ada juga jeti2 nelayan yang perlukan pemulihan dan sebagainya.
Yang keenam yang terakhir adalah saya mengucapkan terima kasih untuk bajet Tabung Usahawan Wanita Sejahtera sebanyak RM500 ribu dan juga Program Pembangunan Usahawan Muda selain pinjaman Mikro Kredit sebanyak RM1.5 juta di bawah UPUK. Suka saya sarankan agar agensi-agensi kerajaan menjalankan program-program yang lebih bersepadu dan ada impak yang berterusan kepada para peserta. Kebanyakan agensi yang ada ini banyak buat program usahawan tetapi di penghujungnya peserta masih tak dapat menjanakan ekonomi untuk diri sendiri dan juga keluarga mereka.
Di Pulau Langkawi kita ada ramai usahawan muda dan usahawan wanita yang telah mendapat kursus terutamanya usahawan makanan, pelancongan dan juga usahawan online. Bilangan peserta ini semakin ramai selepas Covid. Semoga dengan bantuan geran dan dana ini mereka dapat membantu menjanakan lebih banyak pendapatan untuk memulihkan semula ekonomi keluarga mereka yang terkesan selepas pandemik. Yang Berhormat Speaker dan sidang dewan yg dihormati sekalian, nak ‘landing’ dah ni. Awal lagi kot noh. Boleh?
Setuju!
Semoga setiap sen yang diperuntukkan dalam bajet bagi tahun 2024 ini mendapat timbal balas yang bermanfaat kepada setiap seorang dari 2.2 juta rakyat Negeri Kedah tanpa ada yang tertinggal di belakang.
Ayer Hangat kawasannya indah, Namanya hangat walaupun hujan, Kubangga menjadi rakyat Negeri Kedah, Negeri makmur pemimpin berwawasan.
Saya dengan ini menyokong bajet yang telah dibentangkan ini demi kesejahteraan rakyat Negeri Kedah. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Okey. Terima kasih YB. Ayer Hangat. Menepati masa, 10 minit. Suka juga saya nak mengingatkan sekali lagi kepada YB.-YB. semua, apabila berbahas tu tolong-tolong tengok Speaker sama, jangan baca teks sangat. Kalau nak baca teks pun boleh, sembunyi daripada Speaker. Boleh, boleh baca, biar Speaker tak nampak. Jadi, untuk seterusnya saya menjemput ADUN Bukit Pinang. Dipersilakan!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi Wassolatu Wassalamua’la Rasulillah. Waman Tabia’hum Bil Ihsani Ila Yaumiddin. Qola Rabissyrahli Sodri Wayassirli Amri Wahlul Ukhdatam Milisani Yafqauhu Qauli.
Pantai Merdeka ke Teluk Ewa, Ikan tenggiri ditangkap oleh si Nyonya, Sudahlah Yang Berhormat Speaker dipandang lawa, Manis pula orangnya.
Kita tambah, kita bincang!
Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berbahagia Ketua Jabatan, Tuan-tuan dan Puan-puan serta adik-adik yang saya kasihi sekalian. Pertama sekali saya bersyukur dan terima kasih kepada YB. Speaker kerana memberi izin kepada saya untuk berucap, membahas ucapan bajet yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Di mana kemarin Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentang selama sejam 25 minit ikut jam saya lah. Jam ‘backbenchers’ sejam 20 minit, saya sejam 25 minit. Dengan 54 muka surat dan 17 tawaran dan isu-isu daripada 167 bilangan dan juga fokus isu-isu, 16 isu. Yang saya nak sentuh di sini, dua tiga isu saja.
Dalam DUN Jeneri terdapat Teloi Kiri dan Teloi Kanan. Ketua jabatan dia panggil bos, semasa PRN Jeneri diserang atas bawah, depan belakang, kiri kanan, keputusan menang hampir 18,000 bos. Yang saya nak sentuh di sini pertama kali iaitu mengenai promosi Tahun Melawat Kedah 2035. Di sini saya minta lah Exco yang berkenaan…2025? Minta maaf. Supaya kita guna lah kemudahan ataupun yang ada pada Langkawi iaitu tidak ada di negeri lain di Malaysia ni kecuali Langkawi saja iaitu ‘Command Centre’ 5GCC iaitu pusat ‘centre’ 5G yang belakang Pejabat Daerah tu, kita gunalah di mana sebelum ini saya telah berunding dengan BPEN, bertemu di ibu pejabat Kuala Lumpur dengan telco-telco memastikan 5G itu beroperasi dengan sepenuhnya tetapi dia melibatkan banyak agensi-agensi.
Saya minta supaya Exco berkenaan bincanglah supaya kita nak TM (Telekom Malaysia) itu letak berapa harga dan boleh dia melibatkan semua agensi termasuklah Pertahanan Awam, LADA, Pejabat Daerah, PBT, Polis Diraja Malaysia, share lah sorang sikit supaya 5G itu beroperasi dengan sepenuhnya. Sebab kita sayanglah benda tu tak boleh guna dengan sebaik mungkin sebab 5G ni amat penting sebab saya buat lawatan di Langkawi sendiri, sedangkan untuk menanam anggur di Langkawi, dia guna sistem 5G. Dia boleh ‘monitor’ sepokok buah anggur cukup baja ataupun tak cukup bagi. Sebab 5G ni amat penting daripada segi keselamatan untuk Langkawi apabila Tahun Melawat Malaysia 2025.
Sebab dulu pihak polis cuba nak menangkap seorang pelancong yang telah mencuri ‘handphone’ tapi pihak polis tidak dapat ‘monitor’ sampai di saat akhir. Dia masuk hotel mana sebab tidak ada ‘centralized’ di antara agensi-agensi berkenaan sebab ‘last’ sekali pencuri tersebut tidak dapat ditangkap, sama ada dia keluar ataupun tak keluar. Sebab daripada situ dia dapat monitor kemasukan pelancong di Langkawi sama ada dia wanita ataupun lelaki, berapa ribu orang sehari, boleh monitor semua keseluruhannya.
Tapi kalau kita tak guna sistem 5G yang ada, yang dilabur oleh telco hampir RM50 juta di Langkawi, boleh dikatakan ‘fully fiber optic’. Itu satu.
Yang kedua iaitu kita gunalah untuk memakmurkan agensi masjid. Kalau boleh kita gunalah wifi di setiap masjid. Saya telah berbincang dengan pihak telco dulu tetapi pihak telco sama ada dia bentang kepada pejabat agama ataupun tidak, memastikan masjid itu mesti ada wifi. Biarlah guna duit masjid tu boleh bayar wifi, sebulan tak sampai dua tiga ratus. Untuk kemudahan anak-anak kita boleh belajar melalui internet di masjid-masjid membudayakan pendekatan remaja kita di masjid. Itu yang kedua.
Yang ketiga iaitu internet kelajuan tinggi, muka surat 48 iaitu Metro E. Dengan meletakkan 66 lokasi dengan perbelanjaan dibajetkan RM2.4 juta, tetapi saya yakin kalau pihak TM contohnya, dia boleh menukar daripada ‘cooper fiber’ kepada ‘fiber optic’. Kalau lah ada internet dengan sebaik-baik, kalau tak ada ‘fiber optic’, saya yakin internet ataupun mana-mana, dia tak akan dapat sebaik mungkin. Sebab itulah tuan-tuan kita minta supaya memastikan kabel yang ada di seluruh Kedah ni tukar, ‘replace’ kepada fiber ‘optic’. Kita sayanglah kalau 570 masjid lebih tidak ada wifi, bagaimana kita nak menggalakkan anak-anak remaja kita mendekati masjid. Itu yang ketiga.
Yang seterusnya iaitu PBT. Sebelum ini, kita telah berbincang dengan pihak PBT supaya menyeragamkan atau menyelaraskan kutipan ataupun hasil pihak-pihak telco, digital untuk mendirikan menara ini, sayangnya di daerah tersebut kadang-kadang caj tidak sama di seluruh PBT di seluruh Kedah. Biarlah kita ada satu bengkel untuk memastikan penyelarasan caj terhadap telco-telco ini. Kita sayanglah, bimbang kalau di kawasan Sik contohnya pihak PBT dia caj pada telco, akhirnya kawasan itu nak mendiri menara dan akhirnya dia keluar ke daerah yang lain. Sedangkan di kawasan tersebut amat perlu talian kelajuan tinggi ini.
Dan seterusnya saya nak sebut sikit satu iaitu isu Palestin. Isu Palestin ni semua kita terasa.
ْمِنْهُم َفَلَيْس َالْمُسْلِمِين ِبِأَمْر َّيَهْتَم ْلَم ْمَن
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa tidak mengambil tahu tentang umat Islam, maka dia bukan di kalangan kami.
Itu disebut, kita rakyat Kedah ni telah menyumbang RM2.8 juta yang disebut oleh Yang Amat Berhormat kemarin iaitu muka surat 7. Di Palestin, setiap hari umat Islam ataupun rakyat Palestin dibunuh, dibom. Sedangkan dalam Islam, kita tidak boleh bunuh kanak-kanak, tidak boleh bunuh orang tua-tua, tidak boleh bom tempat-tempat ibadah, masjid ataupun gereja ataupun kuil-kuil. Di larang dalam Islam. Tetapi yahudi laknatullah ni, dia tak kira. Asalkan kalau boleh dia nak menghalau semua penduduk Palestin keluar daripada Palestin. Yang saya rasa kesal ada juga di kalangan pemimpin-pemimpin negara nak mengesyor supaya rakyat Palestin keluar daripada Palestin sedangkan kita pertahankan bumi Palestin adalah syahid. Barang siapa mempertahankan negara ni, syahid! Barang siapa mempertahankan agama, mati syahid! Barang siapa mempertahankan harta ni, mati syahid! Ada di kalangan pemimpin negara mengesyorkan supaya rakyat Palestin keluar daripada Negara Palestin. Ini kenyataan yang kurang ajar lah terhadap Islam. Yang kita rasa kesal sekali, jangan kita alpa dalam negara kita ada kuncu-kuncunya cuba merosakkan Perlembagaan Malaysia iaitu fasal 153, perjanjian kontrak sosial iaitu mempertahankan sistem raja-raja.
Yang kedua, iaitu istimewa hal agama Islam, agama rasmi negara. Yang ketiga bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara. Dan juga hak istimewa anak orang Melayu ini kontrak sosial yang ditandatangani oleh semua bangsa, dipersetujui semua bangsa! Tapi kita malangnya, di saat-saat akhir ini, mereka cuba meluluskan satu room, mereka cuba meluluskan action dan banyak lagi. Ada deklarasi, dalam perhimpunan telah meluluskan Malaysian-Malaysian yang bercanggah dengan perlembagaan. Dalam perhimpunan juga mereka telah mengadakan untuk mengadakan pilihan raya PBT. Ini bercanggah dengan perlembagaan!
Okey. YB. Bukit Pinang boleh bersedia untuk berhenti. Boleh bersedia dah.
Lagi sikit tak palah. Saya nak balik ke kawasan-kawasan sikit. Banyak lagi sebab isu Palestin ni kalau nak bahas, sehari semalam tak habis. Semalam saya dengar satu daripada wakil Palestin, isteri dia, dia kahwin orang Palestin, dia orang Malaysia. Dia kahwin dengan janda anak lima. Suami janda itu telah diletup, hancur badan dia! Dia pelajar sana kahwin dengan janda anak lima. Semalam dia bawa mai anak dia umur 23 tahun, lelaki. Dia kahwin janda anak lima dan dia telah kahwin dengan janda itu, sekarang dia dapat anak tiga dengan janda. Jadi anak dia lapan. Janda anak lima….. (YB. Speaker mencelah)
Tajuk tu syok jugak Bukit Pinang tapi kesuntukan masalah masa tu. Tajuk tu saya pun berminat.
Macam mana dia boleh kahwin. Saya pun tengok-tengok janda anak lima macam kalau dia tak kenal betul-betul, tak kahwin. Saya bagitau kat isteri saya, “nak kena pi Palestin jugak nampaknya (sambil ketawa). Tak pa. Jadi saya balik pada kawasan saya. Saya mintak lah supaya pihak kerajaan, pertama sekali, banjir kilat, iaitu bila berlaku hujan sejam, di Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang sentiasa masuk air. Tambah-tambah siapnya perumahan kerajaan, air di situ tinggi, semua Taman Mas Merah, Taman Pinang Jaya, hujan sejam! Banjir. Memang jalan tu tak boleh lalu. Naik motor kapcai punya mampus.
Yang keduanya iaitu simpang tiga, simpang empat bucu. Lama dah benda ni dok bangkit. Saya telah bincang dengan pihak JKR, Pengarah JKR Kedah. Dia pun tak tau. Ada yang kata simpang, nak sebut kasar sangat lah. Saya pi sepak mulut dia, “Simpang pukimak”. Dia pi sebut lagu tu! Saya pi sepak mulut dia. Jangan cakap macam ni depan-depan saya. Walaupun saya DUN di sini. Jangan, cakap elok-elok sikit kata. Dia pi sebut lagu tu. Saya dah bincang sebab dulu kita buh cermin tapi kena ada simpang jugak sebab dulu jalan tu jalan utama sekarang ni. Banyak daripada Jitra nak pi ke Padang Terap, Pokok Sena. Masa, YB. Tuan Speaker duk kerling-kerling saya, tak boleh cakap banyak dah. Dengan itu, saya menyokong Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, Wabillahitafik, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Kadang-kadang bahasa isyarat ni pun faham mudah jugak noh? Saya menjemput ADUN Bukit Lada. Dipersilakan!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamina Washolatu Was Salaamu A’la Rasulill Amin, Wa ‘Ala Aalihi Wa Shohbihi Ajma’iina. Subhanakala I’lmalana Illa Ma A’lam Tana Innaka Antal A’limul Hakim. Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil A’liyyil Azim.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, pada pagi ini saya daripada Bukit Lada ingin mengutarakan beberapa perkara berkenaan dengan ucapan yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat dalam Ucapan Bajet pada kali ini. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri yang telah diberikan amanah untuk kali yang kedua sebagai Menteri Besar Negeri Kedah ini untuk memacu kejayaan membawa Negeri Kedah walaupun mungkin nampak seolah-olah dianak tirikan oleh ayahnya sendiri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ucapan yang dikemukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan tersebut, pada awalnya kita nampak macam dengan nada yang sebak yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat, kerana ucapan ataupun bajet yang dikemukan ini melihat kepada kesusahan rakyat, yang dilalui oleh rakyat. Walaupun tak sampai pada isu-isu yang tertentu tapi Menteri Besar kita sudah pun nampak sebak ditambah lagi dengan ucapan untuk Palestin dan sebagainya. Jadi, kejayaan yang telah kita kecapi dalam pelaburan di Negeri Kedah ini semakin membanggakan kepada kita dan InsyaAllah kita harap kejayaan-kejayaan ini akan terus dikecapi dengan tindakan dan usaha yang dilakukan oleh Exco-Exco yang baru, yang nampak ‘fresh’, Dr. Haim yang nampak hebat nak cari Pegawai Khas pun, jenuh cari ni cara tu. Jadi, kalau kita dapat Exco-Exco yang hebat-hebat macam ni, yang baru yang ‘fresh’, InsyaAllah ia akan membawa kemajuan kepada Negeri Kedah ini.
Saya nak sebutkan tentang beberapa kejayaan di peringkat kita ini, yang perlu kita lihat dan kita beri perhatian. Sebelum itu saya nak sebutkan juga apa yang dirasai oleh Menteri Besar kita ini tentang kesusahan rakyat. Saya dah bertemu dengan TNB beberapa kali dan begitu lah juga dengan pihak SADA untuk membantu rakyat. Walaupun saya lihat ada kalangan YB.-YB. kita ni menganggap tak perlu lah, biarlah sebab mereka ni yang buat sendiri. Ada yang lima tahun tak bayar bil, ada yang empat tahun tak bayar bil. Jadi, saya pun dapatkan maklumat daripada TNB berapa orang yang sepatutnya, berapa orang yang tak bayar bil? Rupanya dalam sebelas daerah yang di bawah TNB punya, lebih kurang 156,461 orang yang tak bayar bil. Akaun, yang tak bayar. Dan yang paling banyak, Jitra. Mungkin ‘aircond’ dia guna banyak, iaitu 151,000 di Jitra. 151,000. Dan di Alor Setar 2,368. Kemudian di Sungai Petani, 1,138, Langkawi 941, Sik, Alhamdulillah 434 akaun. Tapi di Bukit Lada saja, saya dah berjumpa dengan 56 pemilik akaun yang kebanyakan mereka ini tiga empat ribu, hutang. Dan Bukit Lada saja untuk 56 orang itu, hampir RM80,000 yang, ha dia punya bayaran yang mereka tak bayar. Jadi, Pendang pun saya tak taulah. Jadi begitu banyak dan jutaan ringgit.
Dan hari ni mereka dah dipotong. Bila di potong, menyebabkan mereka ada yang pi sambung sendiri. Bila sambung sendiri, mereka kena saman pulak. Bukan sikit, RM7,000. Saya sembang dengan TNB, kalau hampa saman RM7,000 campur dia hutang RM2,000, sampai kiamat dia tak bayar. Dia memang tak bayar! Sebab dia tak boleh nak bayar, sebab dia susah. Saya ada rakaman ‘voice’ suara yang setiap hari boleh kata dia hantar “suara” dekat saya. Saya pun tak tau nak jawab, tak tau nak kata. Dia kata, “ustaz nak buat macam mana ni, tak larat angkut air dah ni”. Ada ni, saya pun tak dan nak buka. “Huai mai nam medey” (sambil ketawa). Saya mengharapkan kalau boleh lah, kita sebagai kerajaan melihat kesusahan yang dihadapi ini, kesusahan yang dihadapi rakyat kita ini yang merisaukan kita.
Tu kalau dari segi bil elektrik, tak bil air lagi. Bil air RM2 juta lebih yang tak dibayar kepada SADA pada tahun ni, dalam soalan lisan saya. Jadi saya mengharapkan kita menjiwai rakyat. Saya dah jumpa dengan pihak zakat dan Alhamdulillah pihak zakat bercadang untuk membantu dan saya mengharapkan sungguh-sungguh kalau pihak zakat ni boleh berjaya membantu mengeluarkan mereka. Kita jangan meletakkan hukum kepada mereka. Tapi saya mencadangkan kita menggunakan satu ayat yang diulang-ulang oleh Nabi SAW selepas sembahyang Isyak. Nabi sembahyang daripada sembahyang Isyak sampai sembahyang Subuh. Membaca dalam rukuk dan sujud ayat yang sama.
Nabi SAW membaca ayat ini daripada waktu Isyak sampai Subuh. Mengulangi dalam sembahyang nya.
Ya Allah sekiranya Engkau mengazab mereka, mereka hambamu Ya Allah.
Tapi sekiranya Engkau mengampunkan mereka Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.
Maka Nabi membaca ayat ini sampai ke Subuh. Ditanya oleh Abu Dzar. Ya Rasulullah, pasaipa kamu baca ayat ini? Saya membaca ayat ini kerana memohon syafaat daripada Allah. Semoga Allah Ta’ala mengampunkan dosa-dosa umat. Maka Allah Ta’ala mengabulkan doaku. Allah Ta’ala ampunkan segala umat kecuali dosa orang yang syirik kepada Allah SWT.
Maka kita sebagai Kerajaan, saya mengharapkan daripada zakat, dia ada gharimin, orang-orang yang hutang. Boleh kita jelaskan dan saya bincang dengan TNB, bayar setengah pun tak pa. Bayar setengah pun tak pa dah untuk melepaskan mereka supaya mereka dapat disambung kembali bil elektrik dan bil SADA mereka. Itu yang pertama.
Yang keduanya ialah, tentang kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh pihak kita iaitu saya bertanya tentang GLC-GLC kita yang berjaya, Alhamdulillah. Yang pertama ialah tentang Kumpulan Ladang (KLPK) yang keluasan tanah mereka lebih daripada 10 ribu ekar untuk tanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya serta sektor peladangan dan penternakan dan boleh menjana peluang pekerjaan. Hari ini sudah ada 1,200 orang bekerja di bawah KLPK ini dan pendapatannya ialah RM80 hingga RM100 juta setiap tahun. Ini suatu perkembangan yang sangat baik dan sekarang ni kita lihat mereka telah melaksanakan lapan bidang perniagaan mereka dan antaranya ialah ladang baja, ternak lembu, nanas dan sebagainya. Lembu saja untuk tahun 2022, mereka berjaya menjual hamper-hampir 2,000 ekor lembu.
Saya pun dah pi ke kawasan untuk ternak lembu ini dan Alhamdulillah kita lihat suatu perkembangan yang baik dan sekarang ini, mereka berusaha untuk 2024 ini untuk pembiakan lembu baka ‘premium’ yang dikenali dengan “Kedah Black”. Ini suatu baka yang baik, kacukan daripada beberapa baka dan InsyaAllah saya mendoakan semoga mereka dapat berusaha dengan lebih maju lagi dan satu yang saya seronok ialah Kedah Agri Safari. Ini suatu pelancongan yang dirancang dan InsayaAllah kita harap dengan keluasan tanah 248.5 ekar ini, sekarang ini sudah ditanam dengan 70 ekar bijirin jagung, rumput napier 25 ekar, kenaf 40 ekar, rumput guinea 30 ekar. Dan akan dipelihara binatang-binatang yang akan menjadi seperti zoo lah di kawasan itu. Jadi akan mensasarkan pelancongan, orang boleh datang dan boleh beli di kawasan tersebut dan InsyaAllah kita doakan semoga ia berjayalah. Dan yang terakhirnya… (YB Timbalan Speaker mencelah)
YB. Bukit Lada boleh bersedia, sebab masa dah cukup.
Ya, ya. Saya dah habaq tadi iaitu berkenaan dengan ketua ‘backbenchers’ tadi. Saya ambil dia 4 minit yang dia tak cukup tadi ni. Jadi, saya tambah…..(sambil ketawa)
Cekap sungguh depa noh?
Berkenaan dengan isu di kawasan saya ini ialah yang saya nak sebut iaitu berkenaan isu masalah lebihan dan kurangan air. Ini yang berlaku lah. Bila musim banjir dia jadi air lebih. Bila jadi air lebih menyebabkan jalan-jalan jadi rosak. Bila jalan jadi rosak, saya pun tak tau nak buat macam mana. Terlalu banyak jalan yang rosak. Tapi Alhamdulillah, tadi saya dapat berita yang gembira lah bila YB. Dato’ Syed Khairol Anuar dah meluluskan lima projek yang baru, Alhamdulillah. Terima kasih kepada YB. kita yang empat projek baru yang saya pohon untuk perbaik jalan-jalan yang rosak. Sebelum ni pun saya minta, waktu MB nak bagi pun dia Alhamdulillah meluluskan.
Sebelum ini pun Dato’ Wira Haji Isahak Murat pun dah meluluskan beberapa permohonan, 95 buah rumah yang rosak kena ribut kerana semua kawasan-kawasan yang kena ribut ni ialah kawasan orang susah. Jadi saya mengharapkan YB. Kewangan Negeri ini tengok kalau kawasan tu kena ribut, maknanya rumah dia ni sebenarnya bukan rumah yang perlu ribut pun. Kalau pi hembus pun silap-silap reban dah dia punya bumbung tu. Bukan pasal ribut. Dia memang kalau kawasan itu rosak rumah, kita tau dah ini maknanya rumah ini ialah orang-orang yang susah. Jadi saya mengharapkan pihak boleh tengoklah pasal air. Sebab di taman-taman Puteri dan sebagainya, bila buat projek bangunan baru menyebabkan air semakin naik, hujan tak sampai sejam, naik dah di Taman Puteri tu. Jadi, kita harap pihak kita dapat mengambil perhatian dan tengok. Itu berkenaan dengan air lebih.
Ni air kurang pula di beberapa tempat. Saya mengharapkan pihak SADA juga boleh ambil perhatian. Hari tu nak masuk tv dah, nak masuk tv. Saya habaq kata, “janganlah hampa panggil”. Panggil jugak, tapi tak masuk tv. Alhamdulillah, pihak Exco kita dapat kendalikan, bawa lori, bawa apa semua ni, depa tengok, selesailah. Alhamdulillah.
Boleh tolong habis dah kot noh?
Okey, yang terakhir. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan DO kami lah. Tuan DO yang baru, orang muda. Dia buat kerja, MasyaAllah hebat! Jadi, lawatan pi masjid ni saya rasa habis dah perasan masjid, tiap-tiap minggu pi sembahyang masjid. Turun pi tengok dan kawasan-kawasan, Alhamdulillah lah. Jadi kita mengharapkan semua lah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak. Saya rasa itu saja yang dapat saya sampaikan. Saya menyokong bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Okey, terima kasih YB. Bukit Lada. Saya dengan orang lembut ni, saya pun letih. Duk cadang nak bagi berhenti awal dah tadi tapi dia lembuuuut sangat. Kata biar pi lah. Kan? Jadi, YB. Kuah jangan buat macam tu tau? Seterusnya saya jemput ADUN Kuah.
Bismillahirahmanirahhim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet Negeri Kedah 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah semalam. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada YAB. Jeneri atas pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah bagi penggal yang seterusnya.
Pertamanya, saya ingin menzahirkan di Dewan yang mulia ini solidariti dan sokongan Komuniti DUN Kuah kepada saudara-saudara kita di Palestin yang sedang berjuang untuk memerdekakan tanah air daripada penjajahan regim Zionis Israel. Kami mendoakan agar rakyat Palestin akan mencapai cita-cita untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas dan merdeka serta mempertahankan hak-hak mereka sebagai bangsa yang bermaruah. Kami mengutuk sekeras-kerasnya keganasan regim Zionis Israel dan kegagalan kuasa-kuasa besar dunia yang menjadi sekutu Israel untuk menamatkan penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin.
Semalam Yang Amat Berhormat Jeneri selaku Menteri Besar telah membentangkan Bajet Negeri Kedah 2024. Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri, Pasukan Penyediaan Bajet Negeri Kedah 2024, Pegawai Kewangan Negeri dan Agensi-Agensi Kerajaan yang telah betungkus-lumus untuk menyiapkan Bajet Negeri Kedah 2024 ini. Terima kasih juga diucapkan kerana telah memperuntukkan sejumlah RM1.41 billion bagi perbelanjaan pada tahun hadapan. Walaupun terdapat sedikit defisit sebanyak RM104.1 juta, saya yakin dengan amalan pengurusan kewangan negeri yang berhemah, defisit ini akan dapat diatasi.
Yang Berhormat Speaker, sektor pelancongan merupakan antara penyumbang kepada pendapatan ekonomi rakyat dan kerajaan negeri. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri semasa pembentangan Bajet 2024, kerajaan negeri akan menganjurkan Tahun Melawat Kedah 2025 iaitu satu langkah kehadapan daripada Kerajaan Persekutuan yang telah melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026. Yang Amat Berhormat Jeneri juga telah memaklumkan bahawa pelancaran Tahun Melawat Kedah 2025 dijangka akan diadakan pada awal tahun 2024. Sesuai dengan jolokan “Langkawi Permata Kedah”, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengwar-warkan kesediaan Pulau Langkawi untuk menjadi Tuan Rumah kepada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kedah 2025 nanti. Pulau Langkawi bukan sahaja menjadi nadi utama pelancongan di Negeri Kedah, bahkan pulau lagenda ini adalah sebuah “Permata” kepada pelancongan pulau dan pantai di Malaysia
Bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk memberi fokus kepada Konsep Geotourism melalui Program Jejak Geopark Global UNESCO Langkawi dan Jerai Geopark, maka Kerajaan Negeri Kedah melalui Tourism Kedah perlu merancakkan lagi program-program dan aktiviti pelancongan dengan konsep Geotourism di Pulau Langkawi dan kawasan sekitar Jerai. Program konservasi tapak Arkeologi Sungai Batu di Merbok juga contoh berpotensi untuk digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia dan dikomersialkan menjadi tarikan pelancongan baharu di Negeri Kedah. Tidak mustahil, tapak arkeologi ini akan setanding dengan Candi Borobudur di Yogyakarta, Indonesia.
Yang Berhormat Speaker, pengumuman peruntukan sebanyak RM4.3 juta bagi Tahun Melawat Kedah 2025 yang melibatkan kos bagi program dan promosi pelancongan, projek pembangunan, kerja baik pulih dan menaik taraf kemudahan pelancongan serta geran kepada usahawan pelancongan adalah satu inisiatif yang baik untuk memastikan sektor pelancongan terus berkembang di Negeri Kedah. Namun, untuk menjayakan pelancongan Negeri Kedah ke tahap yang lebih baik dan mendapat tempat di peringkat antarabangsa, Kerajaan Negeri Kedah perlu menarik minat pihak swasta untuk sama-sama mengambil bahagian mempromosikan pelancongan Negeri Kedah.
Sebagai contoh, jalinan usahasama bersama syarikat penerbangan antarabangsa perlu dilakukan segera. Pulau Langkawi dengan kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa yang mampu menampung sekitar 4 juta penumpang setahun seharusnya boleh menarik minat syarikat penerbangan antarabangsa dari Timur Tengah seperti Qatar Airways dan syarikat penerbangan dari Eropah seperti EasyJet dan RyanAir untuk mengadakan penerbangan terus Timur Tengah dan Eropah agar setanding dengan pulau peranginan Asia Tenggara yang lain seperti Bali dan Phuket di Thailand.
Sebagai persediaan Tahun Melawat Kedah 2025, Kerajaan Negeri Kedah perlu mewujudkan ekosistem pelancongan yang mesra pelancong. Segala limitasi yang telah menjadikan sektor pelancongan negeri ini ditangani dengan segera. Sebagai contoh, masalah feri yang menghubungkan Langkawi dan Tanah Besar melalui Jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis telah menjadi satu masalah yang tiada penghujungnya. Pelancong dan komuniti setempat terus dihimpit dek percaturan dan monopoli pengusaha yang mengejar keuntungan semata-mata. Polemik dan masalah feri yang membelenggu sektor pelancongan di Langkawi ini harus ditamatkan segera. Kerajaan Negeri Kedah dan Persekutuan harus segera duduk semeja kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab dan bidang kuasa yang berbeza. Saya ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini untuk Kerajaan Negeri Kedah melalui anak-anak syarikat untuk memperkenalkan Feri Kedah Sejahtera, di mana peranan pengoperasiannya boleh diletakkan di bawah mana-mana GLC milik Kerajaan Negeri Kedah. Dengan wujudnya satu konsortium alternatif baharu ini, perkhidmatan feri sedia ada akan bertambah baik kerana ada persaingan sihat diantara operator-operator feri selain mewujudkan harga tambang, servis perkhidmatan yang lebih bermutu dan lebih kompetitif.
Bagi memastikan pusat-pusat pelancongan di Negeri Kedah terus mendapat di hati pelancong, pusat-pusat pelancongan ini haruslah sentiasa diselenggara dengan baik untuk menyambut kedatangan pelancong. Peruntukan RM1 juta bagi projek pembangunan, kerja baik pulih dan menaik taraf kemudahan pelancongan di Negeri Kedah diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kerajaan Negeri Kedah juga perlu memastikan negeri ini terus menjadi lokasi penganjuran acara-acara utama antarabangsa. Suatu ketika dahulu, pulau pelancongan Langkawi pernah menganjurkan Dialog Antarabangsa Langkawi, selain penganjuran LIMA, Ironman Langkawi dan Langkawi International Marathon. Kini, Pulau Langkawi tidak lagi menjadi destinasi pilihan bagi penganjuran acara terkemuka negara dan antarabangsa termasuklah berbasikal bertaraf Pro Tour, Le Tour De’ Langkawi.
Segmen pelancongan yang berasaskan pameran dan persidangan yang telah terbukti memberi impak signifikan kepada sektor pelancongan negeri ini harus diberikan perhatian. Selain promosi pelancongan, kerajaan negeri juga harus memastikan holistik pelancongan Negeri Kedah sentiasa dalam keadaan positif. Isu-isu negatif terkait pelancongan Negeri Kedah yang sentiasa berlegar di media sosial harus ditangani dengan segara seperti “menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerakkan”. Baru-baru ini, terdapat usaha sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah meresahkan dalam kalangan pelancong yang ingin melancong ke Pulau Langkawi. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej pelancongan di Pulau Langkawi.
Yang Berhormat Speaker, sektor sumber asli juga menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri Kedah. Terkait isu ‘Rare Earth Element’ atau REE yang telah menjadi perhatian ramai, kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat amatlah diperlukan. Dengan penerokaan REE ini, kerajaan negeri dapat meningkatkan hasil melalui kutipan royalti yang akan disalurkan kepada pendapatan negeri. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Jeneri atas kelulusan oleh Kerajaan Pusat melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi Projek Rintis Penerokaan REE di Negeri Kedah selain di Perak. Bagi mengimbangi perkembangan ekonomi berasaskan sumber asli di negeri Kedah, kerajaan negeri harus meneroka potensi sumber-sumber asli yang lain. Saya ingin menarik minat Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini dengan inisiatif memajukan industri solar.
Di kebanyakan tempat, industri solar telah berkembang dengan pesat menjadi salah satu alternatif keupayaan penghasilkan tenaga bagi kegunaan komersial. Pulau Langkawi menerima cuaca panas terik hampir sepanjang tahun. Iklim sebegini mewujudkan satu potensi baharu bagi industri solar. Industri Ladang Solar atau ‘Solar Farm’ boleh diwujudkan di pulau ini. Ladang-ladang solar ini boleh diusahakan secara terapung di atas empangan atau laut di sekitar Pulau Langkawi selain di atas fizikal bangunan. Mengambil contoh kejayaan Solar Terapung Cirata di Jawa Barat Indonesia. Kerajaan melalui agensi kerajaan negeri dan GLC negeri diharap dapat meneroka industri berasaskan sumber asli seperti ladang solar berskala besar yang berpotensi memberi impak kepada usaha mewujudkan tenaga solar bersih dan peluang pekerjaan kepada penduduk di Pulau Langkawi, khasnya. Sumber air merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nnegeri Kedah. Saya ingin menyinggung berkenaan masalah bekalan air di Pulau Langkawi.
Selain cuaca panas, Pulau Langkawi juga menerima taburan hujan yang agak tinggi sepanjang tahun. Dengan kepelbagaian sumber air asli seperti air terjun dan sungai, saya ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya aliran-aliran air disalurkan ke satu kawasan tadahan air yang dibina sebuah pusat rawatan air berskala sederhana bagi menampung keperluan bekalan air di Pulau Langkawi yang semakin meningkat. Jika tidak, sumber-sumber air ini hanya rugi mengalir di kawasan laut.
Terkini, Petronas sedang melakukan satu kajian pemetaan berkenaan potensi sumber hydrocarbon di Selat Melaka. Menurut laporan, plot sebesar 38 ribu kilometer persegi yang dinamakan sebagai Langkasuka Basin ini menjangkau sehingga perairan Pulau Langkawi, Kedah. Perkembangan ini perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri Kedah walaupun masih diperingkat awal. Penyertaan kerajaan Negeri Kedah dalam eksplorasi sumber asli seperti hydrocarbon ini sedikit sebanyak akan mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri untuk meneroka sumber-sumber asli yang terdapat di negeri ini yang berpotensi untuk dikomersialkan dan seterusnya menjana pendapatan baharu kepada kerajaan negeri.
Yang Berhormat Speaker, ada lagi dua point. Bajet Negeri Kedah 2024 mengesahkan usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk mensejahterakan rakyat. Bertepatan dengan slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”, inisiatif-inisiatif kerajaan negeri ini untuk membangunkan perlu dipikul oleh semua pihak, sekecil-kecil pentadbiran di peringkat kampung, mukim, daerah, wilayah sehinggalah ke peringkat negeri. Seluruh jentera kerajaan negeri perlulah sentiasa beristiqamah dalam setiap tindakan agar pembangunan dan kebajikan yang direncanakan melalui Bajet Negeri Kedah 2024 ini dapat mencapai sasarannya. Aspirasi The Greater Kedah yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri perlu menjadi panduan utama dalam perjalanan menuju Kedah Maju 2035. Akhir kata, saya mohon menyokong penuh Pembentangan Bajet Negeri Kedah 2024 oleh Yang Amat Berhormat Jeneri, Menteri Besar Kedah Darul Aman. Sekian, terima kasih.
Okey, terima kasih kepada ADUN Kuah dan seterusnya kita menjemput ADUN Kota Darul Aman. Dipersilakan!
Salam Malaysia MADANI diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai dan kakitangan kerajaan serta sidang hadirin Dewan yang dikasihi sekalian. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker atas ruang yang diberikan untuk sesi perbahasan Bajet 2024. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya memulakan ucapan, izinkan saya mula dengan serangkap pantun.
Alor Setar ibu negeri, Negeri Kedah Negeri Beraja, Pendapatan kurang belanja tinggi, Manfaat kepada rakyat tidak serata.
Merujuk kepada Pembentangan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Jeneri, saya berasa terkilan dan terkejut dengan defisit kewangan yang melebihi RM100 juta. Kita sedar bahawa defisit tahun 2023 dianggarkan dalam RM104.12 juta atau 14.17% dan defisit tahun 2024 adalah sebanyak RM104.10 juta atau 13.92%. Setiap tahun kita buat anggaran yang besar dan hebat, tapi adakah bajet ini boleh dicapai dengan keupayaan hasil kewangan yang begitu terhad dengan purata hasil RM610 juta setahun sejak tahun 2020? Kita ambil prestasi kewangan 2022, anggaran perbelanjaan kerajaan adalah sebanyak RM1.3 billion tetapi jumlah sebenar yang telah dibelanjakan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM781.07 juta atau 57.25% berbanding dengan anggaran perbelanjaan keseluruhan kerajaan negeri sebanyak RM1.36 billion. Jumlah tersebut telah mewujudkan varian sebanyak RM583.2 juta atau 42.75%.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian berhubung bab ini adalah kerana jika jangkaan bajet kita kurang tepat, maka ianya tidak dapat mencerminkan dengan tepat prestasi kewangan negeri sehingga menyebabkan kerajaan akan berdepan masalah krisis kewangan dan terpaksa sekat perbelanjaan serta tidak dapat menguruskan sumber hasil dengan berkesan. Kita ambil teguran ataupun penegasan Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan 2022 sebagai contoh. Pada 31 Disember 2022, baki defisit RM66.83 juta dalam Kumpulan Wang Pembangunan telah dibiayai sebahagiannya daripada Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaran Jalan Raya Negeri Kedah (MARRIS). Tahun 2023, kita letak anggaran terimaan daripada anak syarikat ataupun GLC sebanyak RM15 juta tetapi sehingga 31 Oktober 2023, terimaan sebenar hanya RM50,000. Beza sebanyak RM14.95 juta. Adakah ini patut berlaku? Ini jelas menunjukkan kita sentiasa ‘over projections’ dan ‘poor forecasts’ (dengan izin) dalam
Bajet Negeri. Kerajaan patut kaji dan menunjukkan terimaan hasil yang lebih realistik dan mempunyai kebolehcapaian yang tinggi dalam Bajet 2024.
Yang Berhormat Tuan Speaker, perlindungan khazanah alam dan pembangunan hutan penting untuk pertumbuhan ekonomi. Mengikut laporan Auditan Khas Ketua Audit Negara 2021, pengurusan hutan di Negeri Kedah adalah kurang cekap dan tidak berkesan khususnya dalam Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH). Sehingga September 2021, seluas 26,095 hektar kelulusan oleh kerajaan negeri melebihi kuota Majlis Tanah Negara (MTN) tetapi tiada pengeluaran kayu. Saya ingin mencadangkan kerajaan negeri menyahut inisiatif Kerajaan Persekutuan yang akan mempelopori penerbitan sukuk biodiversity sebingga RM1 billion yang melibatkan penanaman semula hutan terosot bagi menjana karbon kredit. Selain itu, meningkatkan peratusan kawasan perlindungan dan pengukuhan habitat hidupan liar serta menanam semula PPLH bagi meningkatkan pemberian peruntukan Ecobiological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) yang berjumlah RM200 juta dalam Belanjawan MADANI 2024.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kita berada di sini untuk meluluskan Rang Undang-undang Perbelanjaan yang angkanya… YB. Tuan Speaker, saya tidak bagi celah sebab masa sangat terhad.
YB. Kota Darul Aman, Nak bagi ka dak?
Tak!
Tak bagi noh?
Ha.
Tak, kalau bagi, satgi saya bagi lebih masa
Boleh! Boleh!
Boleh ya? Ha, bagi sikit.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kota Darul Aman sedar tak apa yang dibuat oleh kerajaan sekarang ni adalah untuk memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh kerajaan dulu, hutan. Yang Berhormat juga menyentuh berkaitan dengan hasil dan juga kerajan negeri tadi. Saya rasa muka surat 13 dan muka surat 15 menjelaskan jumlah kutipan kerajaan tahun 2023 dan juga perbelanjaannya. Bagaimana berhemahnya kerajaan negeri membelanjakan walaupun kutipan RM547.68 juta, tapi belanja RM466. Terima kasih.
Saya berpendapat bahawa pertukaran kerajaan di Kedah bertukar alih banyak kali jadi kita tidak dapat salahkan siapa yang buat keputusan untuk membuka tanah untuk itu. Dan seterusnya untuk perbelanjaan, yang tu yang saya kata tadi adalah teguran daripada audit dan bukan saya. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita berada di sini untuk meluluskan Rang Undang. Eh! Sudah sampai mana tadi? Kita berada di sini untuk meluluskan Rang Undang-undang Perbelanjaan yang angkanya lebih RM1 billion, tetapi apa yang kita luluskan tak semestinya menjadi realiti. Tahun lepas kita lulus begitu, tahun hadapan kita kata begitu. Itu sangat mengecewakan khususnya dalam isu pemberian sumbangan RM300,000.00 kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina yang sehingga kini tidak dibayar dan semalam bila ditanya oleh media, sumbangan ini susut nilai. RM300,000.00 jadi RM60,000.00. Saya berasa kecewa kenapa MB yang sama tapi keputusan kerajaan lain-lain. Kita ni penggubal dasar kerajaan, heboh kata nak bagi, tapi janji tidak ditepati di penghujung jalan. Siapa akan percaya kat kita? 2011, Harakah Daily kata kerajaan Perikatan Nasional Kedah adil kepada semua kaum di negeri ini. Tuduhan kerajaan sekarang mendiskriminasikan atau bersikap tidak adil kepada semua kaum lain tidak benar sama sekali. Saya nak tanya adakah kerajaan … (ADUN Kupang mencelah)
Minta laluan!
Mengalami krisis kewangan sehingga tidak mampu bayar sumbangan demi pendidikan masa depan anak kita?
YB. Kota Darul Aman, YB. Kupang minta laluan!
Tak bagi ‘chance’ lah. Bagi saya habiskan.
Tak pa. Satgi saya tambah lagi.
Terima kasih.
Saya cukup toleransi punya.
Bila bercakap mengenai dengan keadilan, dari segi pembahagian dan sebagainya. Kerajaan MADANI adil ka, yang menafikan semua peruntukan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat dari pembangkang?
Tuan Speaker, setakat ni pembangkang di sini juga tidak menerima apa makluman tentang pemberian peruntukan kepada ahli pembangkang. Jadi, saya rasa yang tu adil lah. Tapi pagi tadi memang saya dengar kata Kerajaan MADANI tidak mengabaikan peruntukan kepada Ahli Parlimen. Tapi peruntukan akan terus kepada rakyat di peringkat kawasan. Jadi, saya rasa yang tu juga membantu dari segi tu. Sudah sampai mana?
Yang Berhormat Tuan Speaker, pada 22 November 2023, satu perjanjian MOU KXP Airport City Holdings antara Tahira Air Sdn. Bhd. untuk menubuhkan satu Syarikat Bertujuan Khas (SPV) Aerotropolis Holdings telah ditandatangani. Bolehkah kerajaan bagi pencerahan tentang kandungan perjanjian tersebut? Apakah keyakinan yang mendorong kerajaan negeri menandatangani perjanjian dan bekerjasama dengan Syarikat Tahira Air Sdn. Bhd. yang ‘paid up capital’ nya hanya RM2 juta untuk membayar deposit RM2.5 billion ataupun 125% anggaran kos pengambilan tanah dalam 90 hari? Yang sebelum ni gagal, saya tak nampak yang ni ada cahaya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, penamatan pengeluaran lesen urut baru memberi impak negatif kepada program “Mai Singgah Alor Setar 2024”. Sekarang MBAS memang kerap dan duk sibuk ‘promote’ gaya hidup sihat untuk jalan kaki dalam bandar. Tapi bila kaki letih dan sakit, nak urut kat mana? Takkan pergi Thailand? Bila tanya pasal urut, kepala kita duk fikir kegiatan tidak bermoral atau ‘extra services’ (dengan izin). Jika begitu, sampai bila baru kita boleh bangunkan industri urutan tradisional ataupun pelancongan di Kedah. Pohon kerajaan negeri kaji balik sekatan lesen baru urut ini, lokasi di kompleks perdagangan, kompleks membeli-belah dan kedai pejabat patut dibenarkan dan tidak patut disekat semata-mata untuk kegiatan tidak bermoral.
Yang Berhormat Tuan Speaker, perobohan Pasar Awam Kuala Sungai untuk kerja-kerja menaik taraf laluan 7 telah menyebabkan 12 peniaga Melayu hilang sumber pendapatan. Adakah pihak MBAS akan menawarkan tempat baru untuk peniaga-peniaga tersebut? Seterusnya pelaksanaan Program Lepak @ Santai di Lorong Setar Medan Seni, Pekan Melayu, Alor Setar, Kedah mendapat bantahan daripada pihak peniaga ataupun pemilik premis. Tetapi sehingga kini, mereka tidak dipanggil oleh MBAS untuk lontarkan cadangan penambahbaikan untuk penganjuran program tersebut. Dan saya difahamkan MBAS telah menandatangani satu perjanjian selama 3 tahun bersama dengan pihak penganjur. Pohon penjelasan tersebut.
Saya juga ingin memohon JKR untuk melukis lintasan belang di jalan Pekan Simpang Kuala menghala ke Alor Mengkudu yang menghubungkan Rumah Pangsa Simpang Kuala dan juga Pasar Simpang Kuala bagi mengurangkan kemalangan maut dan menjamin keselamatan warga emas ataupun penduduk yang menyeberangi jalan tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak ‘landing’ dah. Saya ingin mencadangkan bilangan hari persidangan Dewan Negeri patut dinaikkan agar ADUN dapat membahas bajet dan juga dasar kerajaan lain serta isu-isu kawasan dengan lebih efisien. Hari ni saya nampak semua sangat dalam gementar sebab cuma ada 10 minit. Jadi, saya minta supaya kerajaan negeri mempertimbangkan untuk tambah sehari dua pada penggal yang akan datang. 10 minit tak cukup untuk bahas Tuan Speaker.
Akhir sekali, saya ingin mencadangkan kerajaan negeri menerbitkan jadual sesi dan penyata rasmi (Hansard) di dalam sesawang MMK. Ini bukan sahaja bantu mengecilkan saiz beg ADUN yang seberat 5kg masa kita ambil dan juga membolehkan pengaksesan maklumat oleh orang awam dan menaikkan kesedaran berhubung bajet dan perlaksanaan negeri. Dan sehingga kini masih belum dilaksanakan. Jadi saya pohon kerajaan untuk laksanakan dengan agenda digital. Yang Berhormat Tuan Speaker,
Pergi Langkawi dengan feri, Ada cadangan nak bina LRT, Perbahasan ini untuk negeri, Mohon MB tolong teliti.
Sekian, terima kasih untuk perbahasan ini. ‘Thank you’.
Okey. Terima kasih Kota Darul Aman. Saya duk tunggu duk minta kot-kot lah minta masa lebih pasal tak mau bagi pencelahan. Saya kata bagilah, saya nak bagi tadi ni. Tak minta tapi berhenti. Kalau minta, saya bagi. Saya memang cukup professional punya. Lain kali minta.
Okey, terima kasih YB. Kota Darul Aman. Jadi, seterusnya kita menjemput ADUN Tanjung Dawai. Dipersilakan ADUN Tanjung Dawai. ADUN Tanjung Dawai, Tanjung Dawai, minta laluan sat untuk Merbau Pulas bawa usul.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a), Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya sidang dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh ADUN Merbau Pulas tersebut. Sekian. terima kasih.
Kemudian kita menjemput ADUN Tanjung Dawai. Cuma saya nak bertanya jugalah kepada ADUN Tanjung Dawai ni, boleh perabih ka pukul 1.00 tu ataupun satgi nak sambung lagi sikit lagi? Masa saya pun duk tengah ‘mood’ elok.
Kita perabih sampai pukul 1.00 dah la. Satgi nasi sejuk.
Okey, okey. Lepas tu tak sambung dah lah, pukul 2 satgi tak sambung dah noh?
Dak dah!
Okey. Terima kasih.
Bismillahirahmanirahhim. Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh. Alhamdulillah Washolatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah Wa ‘Ala Alihi Wa Shohbihi Wa Man Waalah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai yang dirahmati oleh Allah Ta’ala sekalian. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih melalui PRN baru-baru ini untuk memikul amanah daripada rakyat dan moga-moga amanah itu kita dapat melayakkan untuk kita bersama di tempat yang termulia di akhirat nanti. Saya di dalam Dewan ini pernah menyebut dalam penggal yang lalu bahawa seorang pemimpin kalau dia kedekut sekalipun dengan elaun dia, 5 sen pun dia tak keluar bagi kat orang. Kedekut sungguh. Tapi dia tak pecah Amanah, tak khianat walaupun 5 sen, dia selamat berbanding dengan khianat 5 sen duit rakyat yang akan dia jawab di akhirat nanti berdepan dengan rakyat semuanya.
YB. Tuan Speaker, dengan pembentangan Bajet 2024 semalam oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah untuk menggambarkan bagaimana hasrat kerajaan negeri untuk meneruskan kemajuan dan menzahir impian. Dan hasil kutipan yang dijangkakan bagi 2024 adalah sebanyak RM748 juta dan anggaran pembelanjaan RM852.1 juta. Walaupun sepertimana yang saya sebutkan dalam soalan kepada Kota Damansara tadi. Kota Darul Aman. Minta maaf! Dulu duk pi kuliah di Kota Damansara, la ni tak boleh pi kuliah dah, tauliah tak dak. Walaupun hasil yang dikutip itu tidak sampai sepertimana yang di ‘target’kan, tapi dengan perbelanjaan secara berhemah oleh kerajaan, membuktikan bahawa kerajaan berjalan dengan lancar, pentadbirannya sepertimana yang telah pun diharapkan.
Saya ingin untuk menyentuh yang pertama, bagaimana kesungguhan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kerajaan negeri membantu anak negeri ini untuk mendapat pendidikan yang terbaik walaupun ada dah bantuan yang telah disediakan oleh iBAKIPT dan juga bantuan melalui zakat dan sebagainya. Terbaru, bagaimana kerajaan negeri telah pun mengaktifkan kembali Tabung Tengku Mahmud yang telah pun dilumpuhkan, boleh saya sebut sebagai lumpuhkan, selepas daripada pemergian Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan. Diaktifkan kembali dan bagaimana seperti yang dibentangkan semalam, 506 penerima dan sekitar RM1 juta telah pun dibelanjakan oleh Tabung Tengku Mahmud ini.
Satu inisiatif yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan negeri dan saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri bagi DUN Tanjung Dawai. Bagaimana penyumbang yang saya dapati, penerima sumbangan paling sikit RM1,000 dan paling banyak bernilai RM2,900. Satu jumlah yang besar selain daripada iBAKIPT, mereka juga boleh untuk mohon.
Saya juga ingin untuk bertanya berkaitan dengan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman yang memperlihatkan prestasi yang amat-amat memberangsangkan. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk membina Maahad Tahfiz Sains kedua mungkin di daerah-daerah lain untuk kita sediakan peluang pendidikan yang kolektif kepada anak-anak Kedah kerana sambutan yang begitu hangat kepada Maahad Tahfiz ini. Dan saya ingin untuk mengucapkan tahniah juga selain daripada kerajaan negeri, khusus kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah atas keprihatinan. Bagaimana Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi tahun 2023, telah membiayai anak-anak miskin dan asnaf seramai 878 orang pelajar, anak miskin. Diletakkan di sekolah agama berasrama dan dibiayai pada tahun ini, sebanyak RM3.65 juta, kos yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Zakat. Dan dalam soalan bertulis saya, jawapan yang saya dapat ialah dijangkakan bagi tahun 2024 nanti, jangkaan adalah 1,693 pelajar yang akan dibiaya oleh Lembaga Zakat dengan kos sebanyak RM9.693 juta akan dibelanjakan oleh pihak zakat, membiayai pengajian anak-anak asnaf miskin di sekolah agama berasrama.
Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan juga terima kasih atas keprihatinan bila mana jumlah bantuan untuk sekolah agama dipertingkatkan, ditambah sebanyak RM500,000 lagi daripada RM1 juta bagi tahun 2023. Jadi RM1.5 juta. Tapi nak dibandingkan dengan jumlah sekolah agama, pondok tahfiz yang ada di Kedah ini, jumlah tu kalau dapat sorang sikit, ya lah, tak banyak mana walaupun bunyi juta. Tapi sekolah agama banyak. Jadi, terima kasih atas keprihatinan tersebut. Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pemberian geran, 6,039 geran tanah diserahkan dan atas projek kampung tersusun di 15 lokasi terpilih nanti dengan 939 plot kediaman. Rakyat yang dalam kesusahan, dengan pendapatan yang berkurangan, dengan apa yang dijanjikan ini satu perkara yang besar bagi rakyat dapat lot tanah untuk tapak rumah. Satu benda yang besar. Patut untuk diucap syabas dan terima kasih.
Dan saya Alhamdulillah, kali ni walaupun saya tak perlihatkan simpati saya tapi saya simpati kat kawan-kawan di DUN lain. Yang kena ribut, ribut mai jugak Tanjung Dawai tapi tak seribut di DUN lain, kan? Dulu DUN saya duk kena saja, dengan banjir. Tahun ni banjir tak kena, Alhamdulillah! Dengan sebab titi di Pengkalan Kakap yang tiap kali sidang saya akan sebut. Titi tu dah siap dibina dan titi tu walaupun sebelum siap telah pun menyebabkan dua penunggang motorsikal melayang atas titi tu.
Pasal dia buat bengkok kan? Jadi anak-anak muda, depa nak ‘test’ boleh terbang tera mana. Jatuh! Alhamdulillah dia buat elok dan hasil daripada titi tu siap, banjir tak berlaku. Hujan lebat walaupun tera mana kuat, Alhamdulillah air tak naik. Kalau sebelum ni, rumah pertama yang akan menjadi mangsa adalah tok imam Masjid Pengkalan Kakap tu sendiri. Jadi, tidoq lena tok imam la ni. Alhamdulillah. Dan saya la ni kalau projek perbaik jalan mini tar kut kampung, saya tak ‘share’ dah dalam facebook saya. Saya seriau. Pasai bila ‘share’, satgi orang kampung ni bunyi, “banyak sungguh projek buat jalan ni”. Kira ‘steam roll’ tu duk dalam DUN tak keluar-keluar. Banyak sungguh! Sepertimana projek buat jalan seperti yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ni. Kalau dari 2021 sampai tahun ni RM700 juta telah pun dibelanjakan dan bagi tahun 2023 saja, RM272 juta telah dibelanjakan untuk jalan-jalan. MasyaAllah! Jadi bila dah buat banyak ni, kalau saya ‘share’ dalam Facebook, satgi kampung ni, “hat kami bila pulak”? Kampung nu pun, “kami bila pulak”?. Depa tak sabar. Jadi, macam saya pulak jadi kontraktor. Payah! Tuan-tuan, terima kasih banyak dan satu pencapaian dibuat cukup membanggakan dengan keprihatinan yang dibuat oleh kerajaan negeri.
Dan saya juga ingin menarik perhatian bila kerajaan negeri berubah pada tahun 2020, Wang Kafalah yang sebelum itu, RM250 atau RM300 dinaikkan kembali menjadi RM500. Bila naik RM500, kadar kematian pun bertambah. Walaupun si mati tak boleh hasil pun. Dan saya dimaklumkan bahawa peruntukan Wang Kafalah 2023 ni dah licin habis dah! Dan ditambah pulak daripada duit dia. Jadi mungkinlah, saya tak lah nak cadang tapi kut tambah lebih daripada RM500 koi ramai mati, kurang rakyat Kedah. Tapi kalau tambah lagi elok daripada RM500 ni untuk penggal yang akan datang, InsyaAllah atau tahun yang akan datang.
Ada dua minit lagi ya!
Dua minit lagi? Tahun Melawat Kedah 2025. La ni Merbok, Semeling, DUN Tanjung Dawai ni susah Tuan Speaker, jem selalu. Hari hujung minggu, cuti sekolah, cuti perayaan, Allah jem! Dulu ni Merbok orang habaq Merbok, orang tak kenal. La ni, jem! Daripada MADAD di Sungai Jagung terutama hari Sabtu. Daripada MADAD tu orang boleh mai ke Semeling untuk makan satay. Boleh jadi pekan satay Semeling ni. Daripada Semeling tu boleh pi singgah di Tapak Warisan Tertua Asia Tenggara, Sungai Batu dan juga tengok Lembah Bujang.
Daripada Lembah Bujang boleh singgah naik tengok Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Bukit Batu Pahat. Turun daripada muzium, singgah di Masjid Busyra pulak. Semua punca jem tu lah semua. Allah!....(YB. Timbalan Speaker mencelah)
Boleh ‘ready’ untuk nak ‘landing’ dah tu.
Sat, tak habis lagi Tuan Speaker. Sat! Sat!
Ha.
Lepas tu pi Tanjung Dawai. Pi Tanjung Dawai ni minta maaf, saya nak mintak dan Alhamdulillah saya dah bercakap dengan Tuan DO Kuala Muda dan juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, mintak izin untuk Pusat Khidmat dan juga Masjid Haji Zainuddin Tanjung Dawai untuk perbesar laluan masuk ‘parking’ bas. Bas tak boleh masuk Tanjung Dawai la ni pasal jem terutama Jumaat, Sabtu, Ahad dan menyebabkan peniaga-peniaga di arked di Tanjung Dawai ni terjejas hasil pendapatan pasal bas tak boleh turunkan penumpang dia. Tak boleh ‘parking’. Jadi, nak minta izin dan juga demi untuk membantu peniaga-peniaga di Tanjung Dawai. Dan bila sebut ‘jem’ ni jugak berpunca di Titi Semeling… (YB. Tuan Speaker mencelah).
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Dawai.
Saya nak sokong ni, tapi saya nak sebut satu saja Tuan Speaker. Bagi sebut DUN, dalam DUN. La ni DUN Tanjung Dawai ni macam dimaklumi masalah air sebelum ni dan saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat tau isu berkaitan perkembangan ‘upgrade’ naik taraf logi air di Bukit Selambau ini terganggu menyebabkan kelewatan. Jadi, paip air di kawasan DUN Tanjung Dawai ni lama-lama, 30 tahun lebih kurang, tembak sana, tembak sini.
Jadi mohon untuk kerajaan negeri ada satu keputusan bagi mempercepatkan pembinaan loji rawatan air di Bukit Selambau … (YB. Tuan Speaker mencelah).
Okey, terima kasih Yang Berhormat DUN Tanjung Dawai.
Dan saya menyokong Bajet 2024 dan moga-moga tempoh perbahasan untuk Sidang DUN yang akan datang dipertimbangkan untuk lebih panjang. Sekian, terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari. Sambungan persidangan Dewan pada jam 2.30 petang.
[Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]
[Sidang Dewan pada 27 November 2023 – Hari Kedua Persidangan] [Sidang Dewan disambung pada jam 2.30 petang]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula.
Sekali lagi saya nak mengingatkan kepada Yang Berhormat sekalian, semasa membahas Yang Berhormat diminta untuk memandang kepada Speaker. Jangan terlalu mengikut skrip yang ada tu. Boleh tengok, bukan tak boleh tengok. Tetapi pasal Speaker pun hari ni dia bubuh minyak apa muka elok semua, jadi pandanglah. Kemudian yang keduanya, waktu ni waktu kritikal. Jadi, akan ada orang yang akan terlelap sendiri. Kita maafkan, tak pa. Jadi saya mintak kalau boleh, kalau ada YB.-YB. kita yang ingin membuat pencelahan tu, saya galakkan lah. Jadi taklah kata mengantuk sangat.
Jadi seterusnya kita pergi kepada, saya akan pertimbangkan tengok siapa yang pandai ambik hati saya lah. Sebab kuasa ada di tangan Speaker. Jadi kalau kata pandai ambik saya, InsyaAllah saya akan bagi masa lebih. Kalau tidak, saya akan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Okay, kita pergi kepada yang seterusnya. Saya menjemput Yang Berhormat ADUN Pedu. Dipersilakan!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker yang memberi peluang kepada Pedu untuk membahas Bajet 2024 iaitu “Menerus Kemajuan, Menzahir Impian”. Ni impian untuk Negeri Kedah maju di masa hadapan. Bermula pada hari ni lah. Dan yang dihormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco-Exco, ADUN-ADUN, ketua-ketua jabatan, pemerhati tak dak dah, dan kepada semua yang ada di dalam Dewan yang mulia ini.
Jadi dalam Bajet 2024 ni, banyak yang telah dibicarakan oleh Yang Amat Berhormat kepada kita pada kemarin. Jadi, banyak tadi dia sebut semalam. Semalam ni dia orang sebelah nu. Jadi orang belah Pedu ni dia sebut kemarin. Jadi, banyak fokus dan benda-benda yang telah ditawarkan kepada rakyat Negeri Kedah khasnya. Saya nak fokuskan kepada fokus yang ketiga lah, pasal ketiga ni tak dak sapa bawak lagi tadi. Pakat duk bawak pelancong, jadi banyak nak melancong pasal ada promosi 2025. Jadi mula hari ni pakat duk promosi lah untuk rakyat luar di sana mari ke Negeri Kedah untuk melancong. Ada gua lah, ada apa semua tadi ni. Jadi di sini kita ketahui bahawasanya Negeri Kedah ini adalah negeri yang kebanyakan pendapatan melalui penoreh, petani dan sebagainya. Jadi saya nak sebut di sini bahawasanya keadaan monsun sekarang ni, kira tahun ni lah. Tahun ni orang yang menorah getah ni amat terasa lah pasal boleh menoreh 2 hari, cuti 5 hari. Jadi pokok getah ni, dia kalau nak ada susu, dia kena toreh hari-hari. Tapi kalau toreh sehari dua hari, berhenti seminggu pulak nak toreh, maka menyebabkan susu tu berkurangan. Bercampur dengan hujan apa semua, pendapatan yang begitu kritikal lah kepada penoreh-penoreh terutamanya penoreh yang menoreh di kebun pawah.
Jadi di sini saya mencadangkan dan tahniah. Sebelum saya tahniah lah kepada CEO Zakat. Jadi penggal yang dulu ni saya pernah sebut bahawa padi huma ni memberi pendapatan yang baik kepada petani-petani di sebelah sana, sebelah hulu lah. Padang Terap, Sik, Baling, apa semua. Alhamdulillah, Pejabat Zakat telah ambil seruan yang telah dicadangkan pada penggal yang lepas, jadi dah bermula buat di Sik. InsyaAllah dalam perancangan Jabatan Zakat ni, dia akan membuat serata tempatlah untuk menampung pendapatan petani-petani di sebelah sana. Jadi sehubungan dengan itu, saya juga mencadangkan lah kepada semua agensi yang terlibat dengan pertanian ini supaya kita mengambil cakna di tanah-tanah yang terbiar di daerah-daerah yang banyak. Kalau sebelah Merbok pun ada juga ustaz, tanah-tanah terbiar ni supaya masyarakat yang orang panggil apa, kurang berkemampuan dalam pendapatan, mengambil mereka ni sebagai ahli kelompok dan sebagainya untuk menjadi satu kumpulan yang boleh mengusahakan tanah-tanah yang terbiar ataupun tanah-tanah yang ada di setiap tempat itu.
Kita ambil contoh di Padang Terap, kawasan-kawasan tanam semula getah. Di celah-celah ladang getah kita tu, kita boleh tanam apa benda yang mendapatkan hasil pulangan kepada masyarakat setempat. Kita ambil dia jadi pekerja ka, jadi pengusaha ka, apa ka, secara yang bersistematik. Jadi kalau kita serah bulat-bulat kepada pengusaha ni, mungkin dengan pengalaman, modal dan sebagainya, dia tak mampu untuk membina kehidupan yang lebih baik dengan kaedah-kaedah yang baru.
Jadi kawan biasa duk memotong, tiba-tiba suruh tanam pokok tebu, jadi kerja tu berbeza dengan kerja dia. Maknanya kita kena ada satu kumpulan ataupun satu pegawai yang menjaga program-program yang telah dirancang ni supaya mereka dapat menambah pendapatan. Jadi kalau di Padang Terap saja pun rasanya ratus-ratus relung setahun yang buat tanaman semula. Jadi tanam semula ni selepas tanam pokok getah, hanya tinggal tanah yang lapang. Jadi, ambil lah kesempatan tanah yang lapang itu untuk mengusahakan berbagai tanaman untuk menambah pendapatan isi rumah yang dalam kalangan yang miskin ni lah. Hat senang tu tak pa lah, kebun dia bagi kat orang tanam pun tak pa. Tapi kalau orang-orang yang miskin ni, carilah tapak-tapak yang sesuai untuk membina kehidupan mereka yang lebih baik.
Dato’. ‘Sorry’. Maaf. Tuan Speaker.
Pedu, bagi ka Pedu?
Boleh! Boleh! Pasal dah Speaker kata akan tambah lagi 10 minit!
Okay. InsyaAllah!
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah sebab-sebab yang menjadi kekangan kepada pekebun-pekebun, pesawah dan sebagainya? Adakah mereka ini tidak mempunyai pengetahuan bagi memacu usaha-usaha yang mereka lakukan, ataupun kerana tidak mempunyai modal ataupun sikap? Maknanya buat kerja tu tak pa lah, kais pagi makan pagi, rasa rajin turun, rasa malas tak payah, bini tolong cari dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Kupang yang bertanya. Jadi nak jawab tu Exco kena jawab kan? Cumanya saya berpandangan begini, rakyat ni kadang-kadang dia tak dak kemampuan walaupun dia ada pengalaman. Jadi, nak buat program-program pertanian ni memakan modal yang banyak. Pertamanya pam, keduanya kolam, ketiganya baja. Banyak benda yang perlu untuk menjadikan satu tapak itu menjadi pusat pertanian. InsyaAllah, Exco yang berkenaan akan tambah.
Yang seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Kedah yang telah banyak membantu dari segi inisiatif yang telah dikeluarkan untuk membantu rakyat-rakyat Negeri Kedah ni. Contoh, Tabung Tengku Mahmud. Tabung Tengku Mahmud ini boleh membantu sedikit sebanyak pelajar-pelajar kita untuk melanjutkan pelajaran. Jadi kesempatan ucapan saya pada petang ni, sungguh-sungguh saya mengharapkan lah kepada kawan rakan di luar sana supaya dapat memberi sedikit sumbangan untuk Tabung Tengku Mahmud ini. Jadi, apabila pakat bagi sorang sikit, sorang sikit, InsyaAllah benda tu akan jadi jutaan ringgit. InsyAallah kerajaan negeri dapat meneruskan program-program membantu anak-anak kita di Negeri Kedah ini untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Jadi, kadang-kadang budak-budak ni mengaji pandai, tapi kerana kewangan yang terhimpit, jadi ‘mood’ dia hilang. Sampai-sampai tawaran kena mengaji, tengok-tengok kena ada tiga empat ribu, sepuluh ribu. Mak pak memotong dah tak boleh, YB Speaker noh? Lepas tu terbantutlah angan-angan dia untuk menyambung pelajaran. Tapi InsyaAllah apabila ada di kalangan korporat dan sebagainya membantu dalam Tabung Tengku Mahmud ni, InsyaAllah anak-anak kita Negeri Kedah ni dapat meneruskan pembelajaran dia sehingga ke menara gading. InsyaAllah, pakat doa-doakan supaya Tabung Tengku Mahmud ini dapat dilaksanakan sehingga bila-bila.
Saya nak tambah sikitlah Pedu.
YB. Speaker nak tambah apa?
Saya nak tambah sikit. Tadi Pedu mintak kata yang di luar tu suruh tambah… Dalam Tabung Tengku Mahmud ni. Jadi kita boleh dak dalam Dewan ni pun kita mintak macam tu jugak. Kot-kot lah ada lagi yang tak bagi lagi ka. Kita dulu! Kita buat dulu, lepas tu baru kita suruh hat depa di luar. Boleh kot macam tu?
Okay, terima kasih YB. Timbalan Speaker. Sebelum ni kita dah ada pengurusan yang telah beri borang. Semua pakat isi dah InsyaAllah, dan semua pakat sumbang dah kot kepada Tabung Tengku Mahmud. Di situ pun ada borang untuk bagi sedikit zakat daripada semua ADUN yang ada di dalam Dewan ni. InsyaAllah benda ni akan berterusan. Speaker potong, nak kena mula balik.
Yang keseterusnya, “Beras Sejahtera” yang telah dilancarkan pada 2020. Itu juga memberikan sedikit orang panggil apa, nyawa kepada masyarakat di luar sana yang kurang berpendapatan. Jadi Alhamdulillah, setiap DUN dapat RM10,000 dan beras tu 200 ke 400 beg. Jadi Alhamdulillah, itu boleh dapat membantu sedikit sebanyak, macam musim-musim la ni memanglah benda-benda ni cukup ketara untuk masyarakat yang tak dapat mencari nafkah yang sebaiknya. Jadi benda-benda ni kita doakan supaya kerajaan dapat meneruskan sehingga sampai bila-bila, jadi orang miskin ni dia takkan hilang di dunia ni. Mungkin orang yang fakir boleh kita membantu untuk mengeluarkan daripada fakir kepada miskin. Tapi miskin sampai bila-bila tak dapat kita selesaikan.
Yang terakhir sekali, sekali lah bukan dua kali nah. Sekali lagi na … (YB. Tuan Speaker mencelah).
Sila! Sila! Boleh!
Di DUN Pedu ada berapa-berapa benda yang perlu disebut. Pertamanya macam banyak yang sebut tadi, banjir. Kita menghadapi masalah banjir kilat ni berlaku apabila zaman dulu, orang buat rumah di bawah hanya sama dengan tanah. Tapi zaman sekarang ni, orang nak buat tapak rumah, dia tambun tiga kaki, lima kaki tinggi. Jadi di sekeliling rumah dia tu, orang duk bawah.
Apabila hujan lebat, dia akan berlaku lah banjir kilat apabila sekatan-sekatan yang telah berlaku dengan penambakan yang tinggi ini. Jadi, di sinilah saya mengharapkan kepada jabatan yang dapat mencari jalan penyelesaian, banyakkan perparitan lah supaya benda-benda ni dapat kita, tak boleh selesai pun, boleh mengurangkan. Jadi banyak berlaku bukan kerana hujan tu terlalu lebat tapi kerana perparitan yang tak dak.
Yang keduanya, masalah Titi Kampung Nahan. Hat ni di bawah FELCRA Berhad. Jadi FELCRA Berhad ni melantik kontraktor-kontraktor, satu kontraktor buat sepuluh kerja. Yang menyedihkan ni di Titi Kampung Nahan, runtuh lama dah. Tapi kerana dia sepuluh projek yang ada berdekatan, dia pi buat, buat beam apa semua lebih kurang sikit-sikit, tinggal. Sampai ke hari ni dah lebih kurang dua bulan tinggal. Titi yang sebelah sana pun nak runtuh pulak. Jadi kepada Jabatan FELCRA supaya ambil satu inisiatif yang baik lah untuk selesaikan masalah titi di Kampung Nahan. Jadi, SU Padang Terap (Setiausaha) pun ada sini kan. Jadi, titi tu lulus lama dah tapi Surat Setuju Terima (SST) dapat belakang. Dia buat dulu sebelum dapat SST. Jadi dengan cara tu dia boleh rehatlah pasal ‘progress’ dia tinggi, dia buat dulu. Surat la dia duk pegang surat tu lah, surat baru. Jadi tempoh dia bulan 4 tahun depan, jadi tak dak loghat apa. Yang duk loghat ni orang kampung tu lah nak seberang ke sana. Kontraktor tak dak masalah siapa nak marah dia. Surat belakang, buat dulu. Jadi benda tu lambat pun, dia tak dak masalah dari segi ‘progress’ kerja buat dia. Hat ni kena ambik tengok jugak, pasal satu kontraktor dia buat sampai sepuluh tempat yang menggunakan pekerja yang sama jadi yang jadi mangsanya masyarakat di kampung.
Yang terakhirnya, pelancongan juga lah sikit. Pasal pakat sebut pelancongan tadi, jadi tahniah lah kepada SU Padang Terap dan Pegawai Daerah Padang Terap yang telah berusaha untuk memajukan Tasik Pedu. Tasik Pedu ni tasik yang tercantik di Kedah ni. Tapi setakat la ni, kita tak nampak satu program yang boleh menarik pelancong ke situ. ‘Boathouse’ tu cakap orang putih, orang Melayu cakap apa Kuala Ketil? Haa.. Rumah bot! Jadi rumah bot pun ada sebiji saja. Tapi bila kita tengok di Kenyir pasal apa dia boleh buat berbagai-bagai inisiatif untuk menarik pelancong. Jadi di Pedu ni bukan kurang, lebih dari tu pun boleh buat InsyaAllah, pasal dia di tepi ‘highway’ TEKIH. Duk sebut dah tiap-tiap tahun dia sebut jugak Pedu ni. Jadi Alhamdulillah, ada lah sedikit sebanyak telah diambil inisiatif oleh Pegawai Daerah Padang Terap. InsyaAllah benda-benda ni kita akan bawa supaya Tasik Pedu ni dapat merealisasikan apa yang dihajati oleh masyarakat di Daerah Padang Terap.
‘Last’ sekali…. YB. Kuala Ketil potong pulak nak kata apa tah tadi. Tang mana lah tulis tadi tak tau. Cari tak jumpa dah!
Bagi tanda-tanda nak berhenti tu.
Hah?
Tanda-tanda nak berhenti tu….
Tanda nak berhenti, kita berhenti. Jadi setakat itu lah ucapan yang dapat saya sampaikan pada hari ni dan saya menyokong penuh Ucapan Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Okay, terima kasih Pedu. InsyaAllah, kita yang ada dalam Dewan ini sama-sama mendoakan supaya Tasik Pedu akan menjadi pusat pelancongan yang terkenal nanti, InsyaAllah.
Untuk seterusnya, saya menjemput ADUN Lunas. Dipersilakan ADUN Lunas!
Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah Tsumma Alhamdulillah Wama Taufiqi Waqtu Suhaimi Illah Billah A’laihi Tawakkaltu Wailahi Munib. Assalamualaikum Warahmatuhi Ta’ala Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi, Girang rasa tidak terperi, Misai Speaker terpasak di hati.
Bahaya, tapi bukan Wahab!
Alhamdulillah, pertama sekali syukur terhadap Allah SWT kerana ini adalah persidangan pertama bagi kami wakil-wakil rakyat baru yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri yang lepas. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah daripada Jeneri yang telah dipilih sekali lagi untuk mengepalai jentera kerajaan negeri. Saya juga ucapkan syabas dan tahniah kepada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipilih untuk bersama dalam pasukan ini dan juga syabas dan tahniah kepada barisan Yang Berhormat yang diberikan mandat oleh rakyat untuk mewakili kawasan masing-masing. Tersedak sikit, tadi makan nasi banyak YB. Speaker.
Berkenaan dengan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri, yang mana bajet yang dibentangkan ini saya lihat bajet ini amat menekankan kepentingan rakyat. Bertepatan dengan slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Sudah sampai masanya Negeri Kedah keluar daripada ‘level’ negeri yang dikatakan negeri miskin, selaras dengan peningkatan nilai pelaburan yang masuk dalam negeri kita sejak daripada tahun 2020 iaitu peningkatannya luar biasa sejak daripada pemerintahan Yang Amat Berhormat Jeneri. Saya melihat pelbagai projek berimpak tinggi di beberapa lokasi ataupun dipecahkan mengikut zon bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Kedah.
Antara projek yang turut melibatkan kawasan Lunas itu sendiri adalah Kulim Hi-Tech Park dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ataupun KXP. Saya agak hari tu kita dah boleh guna lapangan terbang ni tapi masalah tak boleh nak buat sebab kerajaan di peringkat Persekutuan tak mau lulus. Jadi, saya mintak yang ada sahabat-sahabat tiga ADUN daripada pembangkang ni tolong bagitau PMX, permudahkan kelulusan untuk nikmat rakyat Negeri Kedah. Tadi saya dengar juga ucapan perbahasan pada awal tadi oleh wakil rakyat daripada Sidam. Dia mintak peruntukan pejabat dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000. Kalau tak silap saya lah. Betul? Betul YB.? Jadi, ini petandanya bahawa beliau sendiri mengakui bahawa pentadbiran Yang Amat Berhormat Jeneri lebih baik daripada PMX. Sebab Yang Berhormat Sidam sendiri pun tahu, wakil rakyat daripada Perikatan Nasional ataupun pembangkang di Parlimen sendiri tidak dibagi peruntukan walaupun satu sen.
Tapi Alhamdulillah, di bawah kerajaan ataupun pemerintahan Yang Amat Berhormat Jeneri, dia tak kira walaupun pembangkang, atas nama tanggungjawab sebagai pemimpin kepada sebuah kerajaan, tetap diberikan peruntukan. Terima kasih Yang Berhormat Sidam mengakui kehebatan Yang Amat Berhormat Jeneri.
Saya juga nak sentuh sikit berkenaan ucapan Yang Berhormat Kota Darul Aman yang mengatakan soal penjagaan hutan. Mungkin Yang Berhormat Kota Darul Aman tidak mendapat maklumat sepenuhnya bahawa kerajaan negeri tidak diberikan sebarang peruntukan untuk menyelenggara atau memelihara hutan yang ada di negeri kita. Sebab itu kelulusan-kelulusan balak yang diberikan sebelum ini, bukanlah kelulusan yang dibuat oleh kerajaan yang ada hari ini. Jadi untuk meletakkan kegagalan ataupun kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dari segi pengurusan hutan kepada kita itu adalah satu andaian yang kurang tepat.
Tuan Speaker, boleh celah?
Boleh. Silakan!
Boleh, bagi laluan?
Saya nampak untuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat sekarang berbeza dengan yang dulu, di mana kalau kita lihat dalam anggaran bajet kita untuk pembangunan hutan memang bertambah jadi RM13 juta berbanding dengan 2 tahun lepas baru RM4.5 juta kalau tak silap saya. Jadi, pertambahan itu menunjukkan keikhlasan Kerajaan Perpaduan untuk membantu Kedah dalam menambah rezeki dari segi hutan. ‘Thank you’.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Darul Aman. Kita harap angka yang dibentangkan di peringkat Persekutuan tu benar-benar sampailah kepada kerajaan negeri. Dia dari awal
bagitau dah sampai YB. Speaker, tapi saya pun tak tau bila mau sampai. Baik, kemudian disentuh juga tadi berkenaan dengan defisit perbelanjaan Kerajaan Negeri Kedah RM100 juta lebih. Ini pun kadang-kadang kita kena sedar juga bahawa kerajaan ataupun pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang juga, defisitnya lebih daripada RM500 juta. Sedangkan dikhabarkan inilah negeri yang maju berbanding Negeri Kedah. Sekurang-kurangnya adalah usaha ke arah mengurangkan defisit tersebut yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah sekarang memandangkan kita mewarisi satu zaman yang gelap. Zaman ini dipenuhi dengan hutang dan juga hasil tinggalan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri.
Yang Berhormat Speaker, tulis banyak sangat ni. Berkenaan dengan pembangunan yang saya sebutkan pada awal perbahasan tadi, pembangunan yang nak kita laksanakan ini perlulah ataupun mestilah mengambil kira kepentingan rakyat. Penyediaan jaringan jalan raya yang baik ataupun sistem pengangkutan ini perlu dilaksanakan segera agar aliran trafik keluar masuk ke kawasan industri berjalan dengan lancar. Ini fokus ucapan saya kepada Kulim Hi-Tech Park. Masalah kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak. Ini bukanlah perkara yang biasa kerana ianya amat membebankan pengguna kerana kebanyakan yang bekerja di kawasan KHTP ini bekerja 12 jam. Jadi, apabila keluar daripada rumah waktu pagi, dah kena keluar awal dari kebiasaan dan bila balik ke rumah juga terpaksa mengambil masa yang lebih. Jadi, ada masa yang dibazirkan begitu saja kerana terpaksa melalui kesesakan lalu lintas. Dalam waktu yang sama, keadaan jalan utama keluar masuk ke Daerah Kulim juga perlu diberikan perhatian segera. Banyak jalan-jalan yang rosak dan berlubang serta mendatangkan bahaya kepada pengguna. Jangan kita tunggu berlaku kemalangan atau kehilangan nyawa, baru kita nak bertindak. Nyawa insan itu amat berharga dan bukan untuk dibuat ujian.
Yang Berhormat Speaker, dalam waktu kita mengejar pelaburan, ada juga perkara yang perlu kita berikan perhatian. Iaitu jenis industri yang diterima masuk khususnya di kawasan Kulim Hi-Tech Park. Kita dimaklumkan Kulim Hi-Tech Park ini, industri yang masuk adalah industri yang berteknologi tinggi. Kita juga perlu mengambil kira kesannya kepada alam sekitar sama ada untuk jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Kerana kita tidak mahu rakyat khususnya di kawasan Lunas tidak mahu industri yang masuk itu dalam waktu kita mengejar jumlah pelaburan yang tinggi tapi kesannya untuk alam sekitar, kesannya kepada ekosistem alam untuk satu tempoh masa yang panjang akan merugikan masyarakat khususnya di kawasan Lunas itu sendiri. Kerana apa yang kita faham, bila berlaku kerosakan alam ini, ianya mengambil masa puluhan tahun, malahan ratusan tahun untuk dipulihkan balik semula.
Sebab itu suka saya tegaskan bahawa industri yang masuk di kawasan ini perlu diteliti secara ‘detail’, diteliti terlebih dahulu sebelum diberikan kelulusan dalam masa kita juga mengejar jumlah ataupun angka pelaburan yang besar. Pembangunan ini mestilah membawa nikmat untuk rakyat khususnya di kawasan setempat dan sekitarnya. Tak guna kalau kita membangun di kawasan yang pesat, Kulim Hi-Tech itu tetapi peluang-peluang ataupun pelaburan yang masuk itu gagal dipenuhi oleh masyarakat tempatan ataupun rakyat negeri kita sendiri. Sebaliknya pekerja dari luar yang terpaksa dibawa masuk untuk mengisi kekosongan yang ada.
Yang Berhormat Speaker, yang seterusnya berkenaan dengan masalah penempatan pekerja asing. Bila ada pembangunan suatu kawasan industri, kita tidak dapat nafikan kemasukan ataupun lambakan pekerja asing ke sesuatu tempat. Dalam masa kita menerima kemasukan pekerja asing ini, perlu diletakkan satu SOP yang jelas untuk penyediaan tempat penginapan kepada mereka. Pekerja asing ini tidak boleh bercampur dengan komuniti setempat kerana kesan buruknya lebih banyak daripada kesan positif. Pertama, kita akan mengundang masalah sosial dan jenayah. Masyarakat ataupun rakyat khusus di kawasan Lunas sampaikan banyak aduan kepada saya tentang masalah-masalah yang ditimbulkan oleh buruh-buruh asing ini. Buruh asing ni pulak ada dua kategori. Satu yang masuk ke dalam negara kita secara sah dan satu lagi pulak yang masuk secara haram. Ini kebanyakan adalah pendatang asing daripada Myanmar.
Jadi bila mereka duduk dalam kejiranan ataupun penempatan kita, masalah sosial ini salah satunya ialah gangguan. Mereka tidak sepatutnya dibenarkan tinggal di taman-taman, bercampur dengan masyarakat setempat. Itu yang saya katakan SOP ni perlu jelas supaya ada pengasingan penempatan di antara buruh asing ini dengan rakyat kita. Baru lah rakyat rasa selamat dan kita boleh mengawal agensi ataupun pihak penguatkuasaan sendiri boleh mengawal kadar jenayah daripada berlaku. Saya dikhabarkan jumlah pekerja asing yang ada di kawasan Kulim Hi-Tech ini yang mana sebahagiannya melibatkan DUN Lunas dan DUN Merbau Pulas, lebih daripada 50,000 orang. Ramai, dan amat ramai sekali.
Dan selain daripada masalah ataupun gangguan dari segi sosial ataupun kepada penduduk, masalah penguasaan ekonomi juga dipelopori oleh orang-orang asing ini. Bayangkan ada kedai yang beroperasi, bukan ada kedai, banyak kedai khususnya di kawasan DUN Lunas itu sendiri, banyak kedai peniaganya adalah daripada pendatang asing. Saya turun sendiri untuk bertemu dengan mereka setelah mendapat aduan daripada rakyat dan apabila kita tanya, dia kata dia ada lesen.
Persoalannya, bagaimana pihak PBT boleh memberikan lesen tanpa ada pemantauan. Ini suatu perkara yang kita kena ambik serius. Sudahlah masuk secara tidak sah, menguasai sektor ekonomi di kawasan kita dan yang pelik, orang kita pulak pergi beli dekat dia.
Dan ada juga saya tidak nafikan, segelintir daripada masyarakat kita sanggup menjadi Alibaba. Menggunakan nama mereka dengan diberikan sejumlah bayaran untuk mendapatkan lesen. Jadi saya mempertikaikan sejauh mana agensi yang terlibat dalam membendung perkara ini terutama sekali Pihak Berkuasa Tempatan, agensi penguatkuasaan seperti Polis dan Imigresen dalam membiarkan sahaja ‘wewenangnya’, (saya pinjam bahasa PMX), wewenangnya aktiviti ekonomi ini berlaku dalam kawasan kita.
Yang saya kesalkan, ada juga suara-suara yang disampaikan kepada saya, ada kalangan agensi penguatkuasaan yang menerima habuan daripada pendatang-pendatang asing ini untuk memastikan mereka boleh terus tinggal, terus boleh berniaga. Jadi, saya minta agensi yang terlibat mulai daripada saat ini untuk ambil berat perkara ini. Jangan ada lagi kita terlepas pandang dalam soal kita mengejar negeri maju, “The Greater Kedah” tapi kalau jadi The Greater Bangla, The Greater Myanmar, itu tak guna. Kerana sebahagian tempat di kawasan saya, dah jadi macam “Mini Dhaka”. Yang Berhormat Speaker saya jemput sendiri untuk mai melawat tempat saya. Boleh tengok sendiri, pasar malam dikuasai mereka, gerai-gerai peniaga dikuasai mereka. Seolah-olah macam bebas. Sebab itu kalau kita, Yang Berhormat Speaker sendiri selalu ke Thailand, sebab dia ada perniagaan di sana. Kita pergi Thailand, adakah kita sebagai bangsa asing yang datang daripada Malaysia boleh untuk berniaga secara mudah macam tu saja? Saya rasa awal lagi kena angkut, dengan kita-kita sekali duk dalam. Jadi saya mintak agensi penguatkuasaan yang terlibat untuk memberikan perhatian yang serius dalam soal pendatang asing ini.
Yang Berhormat Speaker, bercakap berkenaan dengan elemen-elemen yang perlu ada dalam pembangunan ataupun persiapan Kulim Hi-Tech ini untuk menjadi sebuah kawasan industri yang hebat. Satu benda yang saya rasa kita mungkin kurang beri perhatian ataupun kita terlepas pandang. Persiapan dari segi kesihatan. Hospital Kulim hari ini beroperasi di luar daripada kemampuan dia. Dia tak mampu dah untuk tampung jumlah pesakit yang begitu ramai. Ada di kalangan kita tahu Hospital Kulim ini dibina pada tahun 90-an. Waktu itu mungkin perancangannya untuk kapasitinya dalam tempoh 30 tahun.
Namun yang berlaku sekarang, tempoh itu sudah jauh, lepas. Hospital yang sepatutnya dinaik taraf ataupun ditambah katilnya ataupun bloknya, sampai hari ini tidak ada pun dibuat penambahan. Kita sedih dan kita simpati kepada perjuangan rakyat Palestin. Kita sedih melihat prasarana hospital yang ada di Palestin. Tapi dalam waktu yang sama, hospital di tempat kita, hospital yang menjanjikan penjagaan ataupun perkhidmatan kesihatan untuk rakyat di kawasan khususnya Kulim ini, fasilitinya jauh ketinggalan zaman. Saya nak jemput juga Ahli-ahli Dewan. Saya nak jemput juga Yang Amat Berhormat Jeneri untuk pergi tengok sendiri unit kecemasan di Hospital Kulim. Katil sepanjang-panjang Lorong, dah macam kita kena perang. Nak pergi melawat jangan bagitau, terus turun dan tengok sendiri. Jadi baru kita tau apa sebenarnya yang terjadi.
Kebetulan ada tiga Yang Berhormat daripada pembangkang yang ada ‘link’ dengan kerajaan di peringkat Pusat. Saya mintak bawak isu hospital ni, bukan bawak isu Bajet Negeri Kedah tak cukup. Bawak kepada Kerajaan PMX, Kerajaan Mahaldahni supaya melihat kebajikan rakyat terutama sekali dari segi pembinaan hospital ini perlu dititikberatkan. Ini soal kesihatan rakyat, kebajikan rakyat. Kalau hospital kita, seolah-olah macam negara dunia ketiga, macam mana kita nak menyediakan ataupun meyakinkan orang di luar untuk masuk di kawasan kita dan nak dapat perkhidmatan yang terbaik dari segi kesihatan. Kulim tidak ada hospital swasta, yang ada, hospital kerajaan. Jadi saya mintak supaya perhatian khusus diberikan dari segi menambah kapasiti katil yang ada di hospital, tambahan blok yang baru supaya ianya seiring dengan hasrat kita untuk menjadikan Kulim Hi-Tech Park kawasan selatan, Koridor Selatan Kedah ini sebagai kawasan yang menjadi tumpuan kepada para pelabur ataupun kepada industri yang lain untuk masuk ke kawasan tersebut.
Yang Berhormat Speaker….
Ya…. Boleh pelan-pelan dah noh!
Boleh noh!? Dalam usaha kita juga nak capai sasaran “The Greater Kedah” ini, budaya kerja kita kena ubah. Bukan sahaja di kalangan kita sebagai wakil rakyat, agensi-agensi juga perlu berubah. Kita kena peka kepada aduan rakyat. Jangan kita hanya menunggu rakyat buat aduan untuk selesaikan aduan tersebut. Kadang-kadang ada aduan rakyat yang berpuluh-puluh aduan, kita tak selesai pun.
Jadi kita kena ingat budaya baru yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Jeneri ini, bekerja untuk rakyat ini, bekerja siang dan malam untuk rakyat ini, perlu kita terapkan bersama kerana kita kena ingat. Amanah yang kita terima ini, amanah daripada Allah SWT. Semua kita ada satu masalah yang sama. Kita tahu tarikh kita dilahirkan tapi kita tak tahu bila tarikh kita nak dimatikan. Kalau kita tau tarikh mati senang. Tiga tahun ni buat tak berapa elok, hujung tahun nak mati buat bagi elok. Senang kalau kita tau. Jadi saya mengingatkan diri saya sendiri dan semua rakan-rakan Yang Berhormat dan juga daripada agensi-agensi supaya kita mengambil ini sebagai satu perkara yang penting kerana bukan soal kita berkhidmat hari ni, bukan hanya untuk mendapat gaji semata-mata. Tapi kerja yang kita buat ini juga satu ibadah dan kita lah akan dipertanggungjawabkan. Bukan sahaja di dunia ini tapi bila kita kembali kepada Sang Pencipta. Mudah-mudahan apa yang kita bahaskan, disuarakan oleh para pembahas yang lain itu membawa mesej yang jelas dan sama-sama lah kita berusaha bersama dengan Yang Amat Berhormat Jeneri untuk memastikan hasrat menjadikan “The Greater Kedah” ini tercapai dalam wawasan ataupun masa yang telah digariskan. Jadi, saya dengan ini menyokong sepenuhnya bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri dan InsyaAllah, mudah-mudahan segala usaha, niat baik semua Allah berkati dan permudahkan urusan kita. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih kepada YB. Lunas. Sekarang saya menjemput ADUN daripada Belantek. ADUN Belantek, dipersilakan!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Washolatu Was Salaamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Asyrofil Mursaliina Wa ‘Ala Aalihi Wa Shohbihi Ajma’iina. Rabish Rah Li Sadri Wa Yassirli Amri Wah Lul Uqdatan Min Lisaani, Yaf Kahu Kauli. Wala Hawla Wala Quwwata İlla Billahil Aliyyil Azeem. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, ADUN Jeneri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berbahagia anggota-anggota pentadbiran, Ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Orang kampung bela ayam itik, Terima kasih beri peluang kepada Belantek.
InsyaAllah, kita tambah!
InsyaAllah saya akan memfokuskan ucapan saya pada petang ini, pertama pada fokus tiga sepertimana yang termaktub dalam Buku Ucapan Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri. Seterusnya saya akan fokus di kawasan Sik sendiri dan kalau sempat saya akan tengok Draf Rancangan Tempatan di kawasan Sik dan selepas itu lain-lain hal yang kalau sempat. Agak-agak sempat dak Tuan Speaker?
Buat bagi sempat!
Okay, baik. Terima kasih Tuan Speaker. Kita tengok dalam ucapan bajet, fokus ketiga program Keterjaminan Makanan dan Industri Pertanian. Belantek tidak dapat dipisahkan dengan suasana pertanian, tanah pertanian, hujung bandar, luar bandar, memang ramai. Tadi disebut oleh sahabat saya ADUN Pedu dengan suasana kami tak boleh motong, kalau hujan tak dak pendapatan yang lain. ‘So’ fokus ucapan saya pada hari ini dan juga untuk perhatian kepada semua untuk memberi satu penekanan yang lebih fokus, lebih teliti, lebih terperinci untuk memajukan pertanian yang telah dibuat, sedang dibuat di Daerah Sik sendiri khususnya bagi DUN Belantek. Walaupun Yang Berhormat Speaker, saya berjiran dengan DUN Jeneri. Jadi bila Belantek nak mintak lebih sikit depa kata tak boleh, tu kawasan MB, mintak kat MB lah. Pasal kami dekat-dekat. Ha… Ada kelebihan lah tu Tuan Speaker noh.
Fokus ketiga ni kita ada peruntukan yang disebut semalam ialah RM9.52 juta Tuan Speaker. RM9.52 juta, angka ni tepat, kita dapat semalam. Tapi RM9.52 juta ni akan diagihkan ke 11 daerah Tuan Speaker. 11 daerah noh. Kita tengok di sini pun ada pertanian, ada bendang. Tapi Sik pun kita kena tengok ada pertanian, ada padi huma yang tak dak tempat lain. Jadi kita mintak agihan RM9.52 juta ni oleh jabatan berkenaan akan dapat diberi penekanan yang lebih. Mungkin dapat dipertingkatkan lagi noh, RM9.52 juta yang diagihkan mungkin diberikan lebih kepada kami di kawasan luar bandar khususnya di DUN Belantek. Baik.
Selaras dengan RM9.52 juta tu juga sepertimana yang disebut Yang Amat Berhormat semalam, dalam suasana teknologi yang baru ni, yang canggih ni Tuan Speaker, kita kena pertingkatkan internet kita, kita kena pertingkatkan Internet of Things (IoT), kita kena pertingkatkan IPM (dengan izin), Intergrated Pest Management. Saya pun tak berapa tau Tuan Speaker, mungkin ini racun ka dari segi itu dari segi ini. Dan juga kita ada Farmer Field School, Pembangunan Usahawan Padi. Dengan peruntukan yang banyak Tuan Speaker, dengan peningkatan teknologi yang seiring dengan kemajuan teknologi dunia sekarang ini, maka dis ini di sebut semalam, kita boleh meningkatkan hasil pertanian ataupun pendapatan petani-petani, pendapatan pengusaha-pengusaha sebanyak 25% Tuan Speaker. Saya harap ini akan menjadi realiti dan berjaya dilaksanakan khususnya bagi seluruh kawasan-kawasan DUN di Negeri Kedah ini dan di DUN Belantek khususnya.
Dan yang terakhir dalam fokus ini dia menyebut tentang pembangunan produk organik, khidmat teknikal dan pembangunan usahawan tani Tuan Speaker. Ini adalah elemen sokongan. Tadi yang ‘main’, yang utama. Tapi elemen sokongan sektor pertanian seperti padi, buah-buahan, penternakan, melibatkan peningkatan produk organik kepada usahawan pertanian. Yang ini Tuan Speaker, diperuntukkan RM2.6 juta. Alhamdulillah. Dan dengan peningkatan ini, kita harap kita dapat membangunkan pembangunan kompetensi, penyelidikan, R&D dia, bimbingan usahawan ke arah pensijilan, myGAP, HALAL, MESTI, GNP dan lain-lain. Kita harap fokus ini akan dapat dipertingkatkan dan direalitikan, direalisasikan dengan pembentangan bajet ini. InsyaAllah.
Saya nak tengok yang kedua, apa yang telah diberi oleh peruntukan kepada Jabatan Pertanian Sik sendiri dalam Bajet 2023 dulu, Tuan Speaker. Kita dapati ada beberapa item yang memang disentuh oleh Jabatan Pertanian untuk meningkatkan, untuk menarik minat orang menceburi kegiatan pertanian di Sik. Pertama saya sebut sambil lalu tuan-tuan, fokus kelulusan permohonan bajet pertanian kepada Sik ini meliputi peningkatan hasil padi, peningkatan kemudahan jalan ladang, kawasan buah-buahan, pembangunan industri, jagung segar, pembangunan usahawan, sayuran, sayuran komersial, industri cendawan, komoditi herba, pemprosesan makanan, kawalan mutu, pengedaran produk, projek pertanian secara organik, pembangunan produk-produk organik. Ini adalah peruntukan yang telah diberi kepada jabatan sebelum ini dan saya rasa mungkin bajet tahun ini pun tak lari daripada ni Tuan Speaker. Cuma kita harap, apa yang saya sebut tadi lebih kurang RM500,000 diperuntukkan mungkin selepas ini kita nak mempertingkatkan lagi dengan bajet yang tinggi, kita mintak dipertambahkan lagi.
Dan daripada apa yang saya sebut tadi, telah dapat dikongsi oleh 123 peserta meliputi 35 projek. Itu bagi 2023. Dan kita mengharapkan InsyaAllah dengan Bajet 2024 ini, peserta ni yang terlibat, 123 peserta dan 35 projek ini dapat dipertingkatkan lagi, ditambahkan lagi penyertaannya. Orang kampung dapat maklumat, dapat Jabatan Pertanian masuk ke kampung-kampung mempromosikan apa yang kita boleh buat dan boleh mempertingkatkan lagi pendapatan kepada semua tuan-tuan. InsyaAllah.
Saya nak memfokuskan pula kepada Draf Rancangan Tempatan yang disebut dalam Majlis Daerah Sik, juga khusus kepada pertanian, Tuan Speaker. Walaupun kita tengok ini ‘plan’ ini adalah ‘plan’ sampai 2035, 2035 kita pun tak tau, wallahualam, yang dalam Dewan ni kita ada tak dak lagi. Tapi apa pun hari ni kita dah mula jejak dan saya ada di sini, di hadapan saya ni ialah rancangan-rancangan yang telah di ‘plan’, di rangka untuk memastikan perjalanan khususnya di kawasan Sik ini berjaya, InsyaAllah. Dengan izin Tuan Speaker, saya nak baca satu-satu. Antaranya, Cadangan Pembangunan Pusat Kecemerlangan Pertanian, Cadangan Pembangunan Pusat Pemasaran Agro Sik, Cadangan Pusat Agro Satelit Daerah Sik, Cadangan Pembangunan Kluster Durian, Durian Kampung Premium, Projek Pembangunan Buah-Buahan Komersial, tanaman ladang herba, memperkukuhkan zon tanaman padi, mini estate, projek pembangunan industri kelapa, potensi buluh dan rotan Tuan Speaker, pembangunan tanaman kopi, pengukuhan industri getah, taman kekal pengeluaran makanan, pembangunan tanah terbiar, ternakan kelulut, industri ternakan ayam daging dan ayam kampung, industri ruminan dan bukan ruminan. Tuan Speaker tau apa ruminan dengan bukan ruminan ni, Tuan Speaker?
Sikit!
Ya.
Saya dulu bidang pertanian!
Ya, ya, Alhamdulillah! Jadi kita tengok industri ruminan ni, saya pun sempat merujuk dengan Jabatan Veterinar tadi. Rupanya bersangkut dengan haiwan. Saya ingat Tuan Ketua Jabatan ada di sini, InsyaAllah. Pengeluaran industri ikan ternakan air tawar, ikan hiasan, tumbuhan akuatik, pengurusan ladang dan menaik taraf pusat latihan dan pemprosesan hasil pertanian Pekan Charok Padang. Ini adalah semuanya yang telah termaktub dalam draf bagi satu jangka masa yang cukup panjang. Dan kita harap dengan peruntukan ini, kita akan dapat melihat satu kemajuan dan menjadi satu kejayaan kepada penduduk-penduduk Sik sendiri ataupun khususnya kepada DUN Belantek sendiri, Tuan Speaker.
Itu yang saya sebut dan untuk lain-lain hal, perkara-perkara lain saya nak menyebut juga apa yang sebenarnya terdapat di DUN Belantek ini yang pernah tuan-tuan dengar ialah berlakunya banjir. Banjir ataupun orang Sik kata ‘A bah’. Di Sik sendiri, baru-baru ni di kampung, beberapa kampung, Kampung Lubuk Tualang, Kampung Jerai dan kita dimaklumkan semalam, kita ada 259 ‘hotspot’ banjir di Negeri Kedah. 259 ‘hotspot’. Jadi saya rasa inisiatif mungkin boleh diambil untuk memastikan bahawa terdapatnya usaha-usaha untuk memastikan kita kena korek sungai tengok, duk korek sungai dah kan? Itu Jabatan Pengaliran dan Saliran mungkin ada inisiatif dia. Kemudian dari segi tebatan banjir pula. Apakah ada peruntukan untuk memastikan ada peruntukan yang boleh mengurangkan kesan? Dan la ni pun Tuan Speaker, kalau kita duk tengok gelap-gelap ni, hujan di belah Sik tu, jadi Yang Berhormat dia pun duk risau, tidoq pun tak lena. Nak tengok balik ada panggilan, bagaimana berlakunya kesan-kesan yang ada di sana.
Dan yang kedua tuan-tuan yang saya hormati sekalian, ialah yang disebut tadi, Kampung Tersusun yang disebut akan diadakan sebanyak 939 plot kediaman yang berkeluasan antara 3500 hingga 4000 kaki persegi. Jadi, kita mengharapkan InsyaAllah untuk kita saring seberapa ramai penduduk-penduduk miskin melalui carta eKasih sekali pun melalui cara sebagaimana supaya semuanya mendapat manfaat daripada cadangan Kampung Tersusun yang diletakkan ini. Jadi, saya rasa initiatif ini telah diambil kira dan akan dapat dilaksanakan, akan dapat disaring dan kita buat yang terbaik untuk manfaat khususnya kepada penduduk-penduduk di DUN Belantek sendiri.
Seterusnya, saya ingin menyebut di sini tentang gangguan hidupan liar yang juga berlaku di DUN Belantek sepertimana juga berlaku di DUN sahabat saya, DUN Pedu dan juga sahabat saya di DUN Bayu ialah gangguan gajah liar. Saya rasa kena sebut jugak tu Tuan Speaker noh?
Tu produk pelancongan!
Saya Alhamdulillah dah 3 bulan ni menjalankan tugas sebagai ADUN di kawasan berkenaan, saya ingat empat lima kali dah pi tengok kesan daripada masuknya gajah liar malam-malam Tuan Speaker. Jadi berbalik kepada isu pertanian tadi ni, kita rasakan bahawa hasil-hasil pertanian mereka telah dirosakkan oleh gajah-gajah liar ni, Tuan Speaker. Habis! Pokok pisang ka, pokok jagung ka, habis semua. Jadi, kita mengharapkan supaya ada peruntukan yang diberi kepada petani-petani ataupun penduduk-penduduk yang hasil mereka rosak. Setahu saya setakat ini mungkin, perbetulkan saya, tidak ada peruntukan yang diberi kepada mereka yang telah rosak, habis, kerosakan mereka yang berlaku. Baru-baru ini saya sempat bersama-sama dengan kakitangan Jabatan Perlihitan sendiri untuk hadir ke kampung-kampung, di Kampung Bukit Batu dan juga Kampung Bukit Berangan yang mana serangan gajah masuk, masuk dan kita tengok apa yang dibuat ialah dipasang pagar elektrik. Pagar elektrik. Pagar elektrik ni dia, adalah dia dengan sukatan voltan yang tertentu yang boleh menyebabkan gajah terpelanting apabila dia langgar.
YB., sajalah saya nak berkongsi. Kira sebenarnya gajah ni kalau dia pi Belantek, kira Belantek tu kawasan terpilih. Macam kami di Pendang, kera. Jadi lekeh lah sikit kami tu.
Ya, ya. Jadi dia … (YB. Tuan Speaker mencelah)
Kera ada dak di Sik?
Ada! Ada! Ada jugak!
Ada juga.
Ada juga, ada. Saya faham Tuan Speaker, sebab ada DUN berhampiran dengan saya DUN Belantek, DUN Bayu dan DUN Pedu. Ni saya rasa untuk DUN-DUN berkenaan ni, gajah-gajah pun kenal Tuan Speaker, ni DUN Pedu, ni DUN Belantek dan DUN Bayu. Jadi, kalau kata nama dia Awang tu, Awang tu duk masuk DUN Belantek, ha Awang tu yang duk masuk, nama dia. Jadi walaupun kita tau itu habitat yang asal Tuan Speaker, memang dok situ, gajah kita tak boleh halang, kita tak boleh nak ‘control’, orang kata nak halau dia terus. Apa yang kita boleh buat sekarang ni, kita cadangkan lah supaya menambahkan peruntukan untuk itu lah. Tambahkan peruntukan. Tadi saya sebut menambahkan peruntukan kepada mereka yang terkesan dengan pokok-pokok pisang depa, tanaman mereka. Sebab, peruntukan YB. tak cukup tu YB. Tuan Speaker.
Saja saya nak tanya ni….
Ya.
Habis-habis cerita gajah ni, kita berhenti boleh kot noh?
Ya! Ya! Ya! Saya nak berhenti dah, saya nak ‘landing’ dah! Tapi tengok Tuan Speaker pun minat dengan gajah ni. Isu ni Tuan Speaker, InsyaAllah diperkemaskan. Kita kesian tengok kepada sahabat-sahabat kita, Jabatan Perhilitan yang bekerja siang malam meliputi Daerah Padang Terap, Daerah Baling sendiri saya rasa, Mereka ‘cover’ tiga daerah. Siang malam Tuan Speaker. Mereka kerja bukan macam kita, kita ni dengan ‘aircond’ semua, tapi mereka mula dengan saya hari tu di pagi hari pukul 9.00 pagi sampai tengah hari dengan orang kata apa, ‘berlemuih’. Itulah kerja mereka Jabatan Perhilitan.
Dia kata, “lepas ni kami nak pi tembak burung pulak, tembak gajah pulak, tembak babi pulak, tembak, banyak kerja”. Jadi, saya mohon dalam Dewan yang mulia ini supaya agensi berkenaan atau pihak yang berkenaan tolong tengok-tengok juga Jabatan Perhilitan ini, berilah sedikit kebajikan kepada mereka supaya mereka dapat bertindak, berkerja dengan bersungguh. Memang mereka bekerja siang malam. Jadi saya rasa itulah hasrat saya dengan apa yang saya fokus tadi supaya peruntukan ini dapat diagihkan, diberi lebih kepada DUN Belantek. Walaupun saya duduk sebelah DUN Jeneri, katanya dapat banyak. ‘PM’ tepi hari-hari dah, tengah malam pun ‘PM’ tepi jugak. Jadi InsyaAllah, dengan itu saya menyokong penuh Ucapan Bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi. Terima kasih semua. Assalamualaikum.
Terima kasih YB. Belantek. Terhibur kita dengan cerita gajah ni. Kita pun lama tak dengar cerita gajah. Jadi, seterusnya saya menjemput ADUN Pantai Merdeka. Silakan Pantai Merdeka!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli EXCO dan semua ADUN serta ketua-ketua jabatan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT. Saya ni kalau sejuk payah nak cakap sikit. Izinkan saya Tuan Speaker, mulakan dengan pantun dulu. Duk dengar depa saja. Tak jadi.
Silakan! Kalau boleh pantun Arab sebab kita jarang dengar.
Ha… Mai duk tang ni!
Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya ADUN baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.
Saya ringkas saja pasal tadi cerita gajah lama sangat. Saya tengok beberapa banyak tentang agama Islam itu sendiri. Sebab ada tiga orang sahabat daripada Pakatan Harapan. Jadi saya ingin mulakan, ada yang nombor 7 tu, “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Dalam Quran, dalam Surah Saba’, Surah ke-34, dipertengahan ayat ke-15. Allah SWT berfirman:
بَل دَة طَي بَة وَّ رَب غَفُو ر
Maksudnya: “Negeri kamu ini negeri yang baik. Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun”.
Di antara ciri-ciri sebuah negara atau negeri yang baik, disebut oleh ulama ialah makmur di mana kemakmuran ini diagih-agihkan kepada seluruh rakyat. ‘Fair distribution of country’s wealth’ (dengan izin). Kot depa tak faham Melayu, cakap orang putih lah sikit. Sebab ustaz ni sekolah orang putih. ‘For your information’. Jadi apa … (YB. Tuan Speaker mencelah)
Hebat! Saya bangga.
Tapi Tuan Speaker dengan saya, muka lebih kurang tu. Depa kata dua beradik. Jadi, saya setengah jam nah?
Boleh. InsyaAllah, boleh! Boleh! Boleh!
Baik. Nampak tuan-tuan semua mengantuk dah. Jadi itu di antara ciri-ciri lah, kemakmuran. Saya difahamkan 17 Mei 2020, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengambil alih. Dalam tempoh tiga tahun, banyak yang telah dilaksanakan yang kami sebagai rakyat sebelum ni memang kagum untuk pengetahuan 3 lah, minta maaf parti pembangkang. Di antaranya geran tanah. Dalam tempoh 3 tahun, 7,000 yang telah diluluskan.
Kemudian saya difahamkan Kedah Football Association yang mengalami hutang RM16 juta, kan? Telah dibayar. Begitu juga SADA. Tuan CEO ada, boleh ‘confirm’ sikit kot. Yang saya baca, kerugian RM36 juta dan hutang-hutang tu ada dah duk tengah bayar dan kemudian untung RM30 juta. Saya difahamkan begitu ada fakta di rumah saya lah. Sebab saya tak sangka boleh bahas benda-benda yang lama. Bukan lama, ‘just for your information’. Kalau tadi seolah-olah YB. Kota Darul Aman kata, “Yang Amat Berhormat ni seolah-olah tak pandai mentadbir”. Minta maaf. ‘Maybe I’m wrong’, tapi macam tu lah. Jadi diantaranya lagi dalam buku ni disebut tentang amar makruf nahi mungkar. Tadi YB. Kota Darul Aman sebut tentang ‘massage parlour’, rumah urut. Tak payah lah. Itu semua buat naik semangat ja. Dalam Islam, dalam buku ni pun ada,
ب ال مَع رُو ف وَ اَمَرُو ا َالزَّكٰوة وَ اٰتَوُ ا َالصَّلٰوة اَقَامُوا اْل َر ض ف ى مَّكَّنّٰهُم ا ن َاَلَّذ ي ن اْل ُمُو ر ُعَاق بَة ّٰ وَ لِل ال مُن كَر عَن وَ نَهَو ا Suratul Hajj, surah ke-22, ayat 41. Tuan-tuan boleh rujuk tafsir Pimpinan Ar-Rahman, keluaran Jabatan Perdana Menteri pada muka surat 852. Jelas! Salah satunya ialah amar makruf nahi mungkar. Jadi disebut tu saya amat menyokonglah tindakan-tindakan sedemekian kerana ini juga di antara ciri-ciri sebuah negeri yang baik. Dan saya yakin dan percaya yang bukan Islam pun tak suka benda-benda yang baik.
Boleh mencelah tak YB.?
Siapa dia?
YB. Pantai Merdeka, YB. Bukit Lada nak mencelah sikit boleh?
Ha… Boleh, boleh. Sila!
Silakan Bukit Lada!
Saya tertarik dengan amar makruf nahi mungkar ni. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan konsert yang dilakukan baru-baru ini dalam keadaan rakyat di Palesin, dengan apa yang berlaku seolah-olah tidak menghormati apa yang berlaku ini menyebabkan kita lihat seolah-olah rakyat kita ini dihidangkan dengan suatu hiburan yang daripada kumpulan yang tidak membawa akhlak yang baik. Jadi bila mufti dah mengeluarkan suatu hukum dan sebagainya, tapi seolah-olah tidak mendengar pandangan daripada para ulama. Apa pandangan “Baldatun Thoyyibatun Wa Robbun Ghofur” tu macam mana?
Terima kasih ADUN Bukit Lada. Saya jawab dengan hadis … (YB. Tuan Speaker mencelah).
Yang Coldplay, Coldplay tu ka YB. Bukit Lada?
Ya, ya. Coldplay!
Coldplay.
Saya jawab dengan hadis, kita orang Islam. Hadis ni termaktub dalam kitab Riyadhus Solihin. Nabi SAW bersabda, Wallazi Nafsi Biyadihi La Ta’muruna Bil Ma’ruf Wa La Tanhauna Anil Munkar Au La Yushikkana Allah Aiya Azabalaikum Iqaban Minhu Tsuma Tadu’nahu Fala Yustajabulakum. Ringkasnya Nabi mengajar kita, ‘our prophet Muhammad, peace be upon him’, dua perkara. Dalam kehidupan tuan-tuan, tidak dikatakan kebaikan. Kebaikan kena tengok di antaranya Ali-Imran 104, 110. Saya baca 110.
ال مُن كَر عَن َوَ تَن هَو ن ب ال مَع رُو ف َتَأ مُرُو ن ل لنَّاس اُخ ر جَت اُمَّة َخَي ر كُن تُم ّٰب الِل َوَ تُؤ م نُو ن Ada seorang ulama, 20 tahun belajar di Mekah. Saya hadir ceramah beliau di Sungai Petani. Beliau tanya kepada jemaah. Kenapa dalam ayat ini, Allah meletakkan, beriman kepadanya di penghujung ayat? “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia. Kamu menyuruh kepada yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”. Siapa nak jawab, tok guru tanya. Tanda berimannya kita kepada Allah, jawapan beliau apabila kita buat dua kerja. Bukan satu kerja saja tuan-tuan. Menyuruh kepada yang makruf memang orang boleh buat. Tapi nak mencegah kemungkaran bukan semua orang sanggup. Tetapi itulah tanda kita beriman. Hadith yang saya baca tadi, kita sedang mengundang bala Allah. Kalau kita hanya sekadar suruh orang buat baik tapi kemungkaran kita besar-besarkan, kita biar berleluasa. Ini tak betul. Jadi cerita Coldplay mudah-mudahan itu jawapan saya noh ADUN Lada. Boleh noh?
Baik. Seterusnya tentang pelancongan ni saya nak sebut sikitlah. Banyak kali dah tanya Dato’. Dia buat tak tau ja, tapi dia nak pi tempat saya. Sebab di tempat saya ni DUN Pantai Merdeka, tuan-tuan sedia maklum pernah berlaku tsunami, 2004, 26 Disember 2004. Jadi kita ada Dataran Tsunami Yang Berbahagia Exco Kubang Rotan, yang boleh menarik pelancong dan ada peninggalan sisa-sisa yang berlaku tsunami tu, rumah-rumah tu masih ada. Jadi saya harap lah boleh lah pi tengok-tengok sebab kita ada Pantai Merdeka dan kita ada Dataran Tsunami dan di kampung jiran saya pun sebagaimana saya sebutkan kepada YB., memang hari ni MasyaAllah membangun. Dengan chalet, dengan saya nak sebut macam bukan lah ‘waterpark’, bawah sikit pada ‘waterpark’ lah. Jadi kalau kita boleh promosi Sungai Petani sebagai salah satu tempat pelancongan. Dan seterusnya saya ringkas saja. Yang ke-8 tu, Islam sebagai Ad-Deen, ‘way of life’. Kita orang Islam, Allah berfirman tuan-tuan, boleh rujuk dalam Surah Al-Baqarah ayat 208. Rujuk kitab tafsir Professor Mahmud Yunus, ayat ni ipada muka surat 44.
لَكُم ا نَّه الشَّي طٰن خُطُوٰ ت وَّ ْلَ تَتَّب عُو اۖ كَاۤفَّة الس ل م ف ى اد خُلُو ا اٰمَنُوا َالَّذ ي ن يٰٰٓاَيُّهَا مُّب ي ن عَدُو
Minta maaf suara kuat, pasal kawan ni penceramah. Sebelum jadi YB. dia penceramah. “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan. Dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata”.
Cuma saya nak bagitau pada tiga sahabat DUN kita ni, orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan ajaran Islam kerana kita ada dalil tuan-tuan yang agama kita ajar dalam Surah Al-Baqarah, ayat 256.
الد ي ن ف ى َا ك رَاه ٰٓ َْل ‘There is no compulsion in religion’, Mr. Teh. Tak ada paksaan. ‘You’ dengan agama ‘you’ lah, kami dengan agama kami. ‘There is no compulsion’. Kita tak boleh paksa orang bukan Islam. Jadi Islam sebagai satu cara hidup itu tuntutan kepada kita tuan-tuan. Jadi saya amat bersetujulah kalau sesebuah negeri yang menitikberatkan soal-soal ini dan keduanya disebut supaya apa yang kita buat di dunia ni, kita akan mendapat balasan di akhirat. Tadi YB. Lunas sebut tentang kewajipan menunaikan amanah. Bukan saya saja, tuan-tuan semua yang ada di hadapan saya. Saya nak baca firman Allah.
َتَع لَمُو ن وَ اَن تُم اَمٰ نٰت كُم وَ تَخُو نُو ٰٓ ا َوَ الرَّسُو ل َ ّّٰللا تَخُو نُوا َْل اٰمَنُو ا َالَّذ ي ن يٰٰٓاَيُّهَا
Suratul Anfal, surah 8 ayat 27. Amanah ni tuan-tuan dan puan-puan, semua orang kena. “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan amanah Rasul. Dan janganlah kamu mengkhianati amanah yang diamanahkan kepada kamu sedangkan kamu mengetahuinya”. Berdosa tuan-tuan mengkhianati amanah. Bukan ADUN saja, bukan EXCO, pegawai-pegawai kerajaan. Sebab tu kadang-kadang, minta maaf dah saya duduk dalam Dewan kena bercakap. Dulu tak dak. Ceramah orang tak boleh dengar harap khutbah Jumaat saja lah. Laa imaana Liman Laa Amaanata Lahu Rowahul Ahmad. “Tak dak iman orang yang khianat. Dan percaya lah, tak dak keberkatan dalam hidup”. Sebab itu InsyaAllah saya yakin dan percaya, Kedah ni tak dengar lagi lah hat yang pelik-pelik. Mudah-mudahan kesemua kita kena tanam, kalau terlepas hukuman di dunia, kita tak akan terlepas hukuman di akhirat.
ُّكُل نَف س ب مَا كَسَبَت رَه ي نَة
Al-Muddassir, surah ke 74 ayat 38. “Setiap manusia dengan apa yang dia lakukan akan dipertanggungjawab”. Jadi Islam, ‘way of life’ itu satu cara hidup amat menepati khususnya kita sebagai orang Islam. Akhir sekali, ada disebut tentang Tabung Tengku Mahmud. Itu pun saya baru tau bila dah jadi YB. Satu usaha yang baik. Tadi YB. mana syorkan supaya kita pakat potong. Untuk pengetahuan, saya dah buat dah, dua bulan dah. Zakat pun nak mula potong dah. Hidup kita tuan-tuan, kita orang Islam lah tok sah bimbang. يُخ ل فُه َفَهُو شَي ء م ن اَن فَق تُم ٰٓوَ مَا Surah Saba’ ayat 39. Apa saja yang kita sumbangkan di jalan Allah apatah lagi nak menolong mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Allah pasti ganti. Ada hadith Imam Bukhari. Lain kali lah saya ceramah untuk tuan-tuan. Kita buat satu kursus jemput saya InsyaAllah. Ni nak ambil peluang ni, bukan senang YB. Sungai Limau. Dulu orang tak bagi. Jadi kesimpulannya sedikit lah yang saya sentuh, mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita bersama khususnya dalam soal amanah. Jadi, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya menyokong penuh bajet yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada ADUN Pantai Merdeka. Seterusnya saya menjemput ADUN Bayu. Bayu ni pun dekat dengan Belantek, tapi tak dak cerita gajah kot. Tak dak noh?
Tak dak!
Dipersilakan YB. Bayu!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wassolatu Wassalamu Ala Asyrafil Anbiya’ Iwal Mursalin Wa Ala Alihi Wassohbihi Ajmain. Subhanakala Ilma Lana Illama Alam Tana Innaka Antal Alimul Hakim. Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Azim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat DUN Jeneri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berbahagia Ketua Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan seterusnya kepada petugas-petugas Dewan dan juga para pemerhati dalam dan luar Dewan. Yang mengikuti sidang Dewan ini sama ada mengikuti secara bersemuka ataupun atas talian. Juga penghargaan kepada pengundi-pengundi DUN Bayu yang telah memberi peluang kepada saya untuk berada di sini. Sebenarnya Tuan Speaker, saya ambil tempat yang YB Derga.
Sekali-sekala pandang Tuan Speaker sama.
Yang pertama sekali, saya nak merakamkan penghargaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta pasukan yang telah membentangkan suatu bajet yang bagi saya cukup baik serta menyeluruh dan bagi memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat Negeri Kedah ini atau dalam erti kata lain membawa Negeri Kedah kepada “negeri orang miskin berteduh dan orang kaya menabur bakti”. Pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga menampakkan akan terus memberi peluang kepada golongan B40 untuk terus membangun, menambah baik kedudukan ekonomi serta kehidupan mereka.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak ucap tahniah kepada ADUN-ADUN yang telah pun membangkitkan isu yang cukup baik yang melibatkan penoreh getah dan juga golongan B40 yang di peringkat pedalaman kampung. Tahniah! Terima kasih banyak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Negeri Kedah merupakan negeri yang mempunyai kepelbagaian dalam banyak segi untuk menjanakan lagi ekonomi terutama kepada golongan B40, miskin tegar yang terdiri daripada penoreh getah, petani, pekebun serta nelayan. Oleh itu, pelbagai kaedah boleh membantu mereka ini keluar daripada kesempitan yang mana semua maklum dalam keadaan ekonomi yang begitu mencengkam.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya amat bersetuju yang mana Yang Berhormat Bukit Lada, Bukit Pinang, Pedu dan juga Kupang termasuklah Belantek, kawasan kami ni yang telah membangkitkan, saya ni pertama kali jadi wakil rakyat.
Bayu!
Bayu. Jadi apabila saya buka pusat khidmat tu yang pertama…. (YB. Timbalan Speaker mencelah).
YB. Bayu, bila pertama kali ni Speaker nak nasihat bila Bayu berucap, Bayu tengok Speaker.
InsyaAllah!
Tak payah tengok Tok Leh. Tak payah tengok YB. Kubang Rotan. Tak payah!
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, minta maaf.
Pasal Bayu, baru!
Ha baru, kami baru belajar. Jadi saya tertarik yang melihat yang mana hari-hari buka pintu pejabat, orang hulur bil elektrik, orang hulur bil SADA. Apakah tindakan? Adakah kita hanya nak mintak JKM Kak Ton, JKM Kak Ton nak bagi bantuan ataupun yang lain-
lain agensi kerajaan nak bagi bantuan? Bagi saya, saya turun ke lapangan melihat sendiri kehidupan masyarakat di kampung terutamanya penoreh getah. Penoreh getah ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dalam 12 bulan Yang Berhormat Speaker, minta maaf saya nak kena ‘control’ semua. Minta maaf. Jadi dalam 12 bulan ni, penoreh getah hanya boleh menoreh hanya 3 bulan sahaja. Lagi baki 9 bulan, dia gulung kain pelikat, dia buh rokok daun. Jadi mengapakah kita tengok hari ni, pendapatan yang hanya 3 bulan akan menampung kos sara hidup selama satu tahun (12 bulan). Apakah tindakan kerajaan? Jadi apabila kita bangkit berkenaan dengan isu getah komoditi, tadi saya sembang dengan YB. Jitra. Apabila kita bangkit di Sidang DUN ataupun di peringkat negeri, jawapan yang diberi oleh kerajaan negeri ataupun pihak yang saya tanya soalan tapi tak jawab lagi. Pertanian yang menjaga kepentingan komoditi. Jadi soalan yang kita ajukan daripada dulu, sebab saya sebagai Pengerusi PERGETAH iaitu Pengerusi Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah Negeri Kedah yang rata-rata ahli di bawah saya, satu Kedah hampir 29,000 yang terlibat bukan hanya pekebun tetapi terlibat adalah penoreh getah.
Apabila harga getah jatuh, yang sengsara hari ni Yang Berhormat Speaker, bukan pekebun sahaja, penoreh getah pun sengsara juga. Tapi apabila kita aju pelbagai soalan ataupun pandangan kepada pihak kerajaan negeri, jawapan yang diberi, “ini adalah kuasa di peringkat Pusat, kuasa di peringkat komoditi”. Tapi bagi saya ini jawapan yang kurang ‘relevan’. Yang saya maksudkan hari ni, kita tengok apabila golongan penoreh getah ni tidak boleh menorah. Apakah tindakan kerajaan kita untuk membantu mengeluarkan penoreh getah ni kepada miskin tegar kepada golongan yang berkemampuan? Ekonomi tambahan yang berasas kepada pertanian, penternakan dan juga pelancongan ni, cukup banyak. Apakah tindakan hari ni apabila saya duduk di sini mewakili juga masyarakat penoreh getah dalam Negeri Kedah ini, mohon supaya satu kaedah penyelesaian ekonomi tambahan masyarakat luar bandar yang terdiri daripada penoreh getah ini dapat diatasi dengan segera.
Jadi Yang Berhormat Speaker, lari tajuk sikit. Teks tak baca. Tu la, apabila saya baca, Yang Berhormat Speaker suruh tengok sana. Jadi lari sikitlah. Minta maaf nah. Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak untuk menggembling tenaga dan idea dalam membantu mengeluarkan golongan ini daripada keadaan miskin tegar atau miskin ke arah yang lebih baik. Jadi hari ni saya amat-amat menyokong bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri MB yang mana melibatkan banyak golongan B40 yang akan beri manfaat yang berasas kepada pertanian dan juga pelancongan.
Dan kebetulan di kawasan saya DUN Bayu dan juga di kawasan Baling ni merupakan ekopelancongan. Jadi sudah tentulah saya akan mengambil peluang ini untuk bersama dengan pengerusi pelancongan untuk memastikan bahawasanya di kawasan Daerah Baling terutamanya di kawasan DUN Bayu ni akan mendapat kemasukan pelancong yang lebih banyak pada masa akan datang.
Kita tengok hari ini, saya nak ulas sedikit berkenaan dengan macam manakah kita nak minta golongan B40 yang tak mampu nak bayar bil elektrik ni boleh diberi latihan di bawah kementerian ataupun di bawah agensi Kerajaan, beri latihan untuk nak keluarkan mereka ini kepada golongan yang berkemampuan. Contoh Yang Berhormat Speaker, saya pun biasa jugalah gi ke Betong, sebelah Thailand sana lah. Jadi saya … (YB. Timbalan Speaker mencelah).
Pi balik hari la? Pi balik hari?
Balik hari sebab bini tak bagi!
Ha…. Okay.
Jadi apabila saya duduk di sana, minum di warung lah, makan tomyam sedikit. Saya tengok satu kampung tu, dua tiga ‘trailer’ keluar. Saya tanya Pak Long, “Pak Long, adakah di kampung ni ladang”? Dia kata, “tak dak”. Minta Yang Berhormat Pertanian ambik fokus benda ni yang mana kita tengok apabila dua tiga ‘trailer’ keluar, saya dapati dalam ‘trailer’ tu ada berpuluh-puluh tan durian Belanda. Durian Belanda ka orang panggil? Durian Belanda. Jadi saya tanya, “adakah di dalam ada ladang”? Tak dak! Benda ni kalau boleh kita kena buat di kawasan Kedah kita yang mana satu kampung, satu produk. Di sana Jabatan Pertanian memberi satu rumah 20 pokok durian Belanda. Dalam satu kampung tu duk ada 100 rumah. Daripada satu rumah kalau kita darab 100 darab 20, dia ada 2,000 pokok durian Belanda.
Jadi dia akan jadi satu ladang yang besar. Jadi apabila kita buat latihan dan kita kemaskini, kita hadir beri taklimat dan sebagainya, ia akan menjana pendapatan golongan B40 dan sudah tentulah bil elektrik dan bil api ni tak akan sampai ke Pejabat DUN.
Jadi satu lagi contoh Yang Berhormat Speaker, saya nak mencelah ni sebab saya orang kampung, pertama kali duk sini. Dulu arwah abang saya pernah duk sini. Saya duk sini ni saya nak bawak hari ni walaupun bagi saya kadang-kadang, mungkin Yang Berhormat Speaker dan juga rakan-rakan daripada DUN ni, apa Taufik, YB. Bayu ni, cerita benda yang lekeh-lekeh kot kampung. Jadi saya berpendapat, hari ni kita tengok kalau satu rumah Kementerian Pertanian ataupun Pengerusi Biro Pertanian memberi sejumlah 20 pokok cabai. Satu rumah untuk golongan B40 ni kita bagi 20 pokok cabai. Bukan cabai-cabai. Kacau hero ni ha. Jadi satu rumah kita bagi 20 pokok cabai. Satu kilo cabai duk ada RM25, satu kilo. Dalam satu bulan, Yang Berhormat Speaker makan cabai berapa kilo satu bulan? Nak tanya sikit Yang Berhormat.
Saya tak makan cabai!
Yang saya dapati, yang saya buat kajian, satu keluarga akan makan cabai 2 kilo ataupun 3 kilo satu bulan. Dan hari ni kita tengok satu bulan cabai harganya RM25 ke RM30. Bermakna satu rumah tu dia boleh menyimpan satu bulan RM50. Apabila boleh menyimpan RM50, duit yang sepatutnya beli cabai tu kita gunakan untuk membayar bil elektrik. Sebab Itu perancangan saya di DUN Bayu, saya tak mampu nak bagi semua orang kampung ni jadi jutawan Yang Berhormat Speaker. Saya hanya mampu supaya golongan B40 dan juga golongan yang tidak berkemampuan ini boleh hidup dalam keadaan sempurna, tidak kena potong bil elektrik, tidak kena potong bil air SADA dan sebagainya. Jadi, pejabat YB. pun kami rehatlah sikit. Samalah tempat-tempat lain pun, bil-bil elektrik ni. Saya nak cerita kat YB. Sungai Limau. Satu hari saya dapat … (YB. Bukit Lada mencelah).
Nak mencelah sikit boleh? Pasal sebut Bukit Lada tadi ni.
YB. Bayu, boleh ka? Beri laluan ka?
Boleh! Boleh!
YB. Bukit Lada silakan!
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kita ada satu rebat yang diberikan oleh pihak Kerajaan Pusat iaitu sebanyak RM40. Dan saya mendapat maklumat daripada TNB, keseluruhan nama yang layak untuk dapat rebat RM40 ni ialah 15,000 orang lebih. Tetapi yang hanya mendapat rebat itu ialah 6,409 orang ja. Jadi baki lagi 9,165 orang ini yang tidak mendapat dan mereka ini layak untuk dapat. Jadi saya mengharapkan bahawa selepas ni mungkin perbincangan yang lebih lanjut macam mana untuk kita nak dapatkan 9,000 orang ni supaya mereka lepas daripada bayaran bil elektrik. Kebanyakan yang saya sebutkan tadi, mereka-mereka yang tak bayar bil itu, sebenarnya mereka bukan mahal sangat, bil depa dalam RM30, RM40 tapi lima tahun tak bayar. Jadi, kalau kita usahakan supaya 9,000 lagi ni supaya mereka mendapat rebat yang diberikan oleh kerajaan dan saya pun tak tau lah sebab apa yang depa ni tak boleh dapat ni. Bila kita tanya, rupanya dia kena daftar dulu dengan TNB, barulah mereka ini layak untuk dapat. Cadanganlah.
Jadi YB. Bukit Lada, saya sambung sikit yang tu. Jadi kita nak mintak bantuan lah daripada YB.-YB. kita supaya memaklumkan. Sebab saya difahamkan oleh TNB, setengah tu depa tak tau. Jadi kita mintak bantuan YB.-YB. kita ni supaya maklumkan kepada MKK kita di peringkat kawasan supaya mendaftar. Mendaftar dengan TNB.
Okay. Terima kasih YB. Bukit Lada. Jadi saya sambung lagi. Lari tajuklah YB. Speaker. Jadi berkenaan dengan ekonomi masyarakat penoreh ni, saya juga nak cadangkan supaya diadakan satu sesi dialog di antara kalau boleh Kerajaan Kedah kita ni di bawah Pengerusi Pertanian ni kena jemput. Tidak sampai bila pun tidak akan ada satu penyelesaian sebab saling menyalah antara satu sama lain. Boleh tak kalau kita jemput satu, buat forum di antara LGM, RISDA dan juga pihak kita. Bincang macam mana lah ke arah penyelesaian untuk jangka masa panjang bagi masyarakat golongan penoreh ni akan mendapat peluang yang disediakan.
Jadi Yang Berhormat Speaker, saya juga nak maklum mengenai di kawasan Bayu saya ni kalau kata lah “Kempen Tahun Melawat Kedah” iaitu 2025 akan dilaksanakan. Saya nak mohon, nak bagi pandangan. Kita tidak ada kuasa cuma nak bagi pandangan apakah Kerajaan Negeri Kedah bersetuju atau tidak jikalau kita buka satu lagi ‘border’ sempadan. Di kawasan DUN Bayu saya ni, di Pusat Reakreasi Air Panas Ulu Legong, saya akan bawa YB. Kubang Rotan hadir dan jikalau kita masuk di kawasan pusat reakreasi tu, dia memang pusat pelancongan. Naik atas bukit ni YB. Sungai Limau, naik atas bukit ni, malam ni kita dengar kenderaan daripada Thailand. Menunjukkan kata cukup dekat. Cukup dekat sangat pintu sempadan yang lebih kurang 2km Yang Berhormat Speaker. Jadi saya mohon, saya mohon, dulu semasa Perikatan Nasional menjadi kerajaan, saya telah pun berjumpa dengan Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah, KDN (Kementerian Dalam Negeri) masa tu, maklum kepada beliau dan beliau mengatakan tidak ada halangan jikalau memenuhi syarat dan juga prosedur.
Sekarang ni saya minta supaya kita kemukakan kepada Kerajaan Pusat, buka pintu sempadan yang baru yang mana kita hari ni kempen untuk rakyat luar daripada Pulau Pinang, daripada Perak untuk masuk ke Kedah sebagai pelancong. Dan jikalau kita ada pintu sempadan yang baru di Bayu, sudah tentulah pelancong daripada Pulau Pinang, Prai, Sungai Petani dan Lunas. Lunas rajin masuk Betong. Dia akan menghala ke Baling dan sudah tentu lah limpahan ini akan mendapat faedah kepada Negeri Kedah. Dan Pusat Reakreasi Air Panas, YB. Kuala Ketil, dia jaga pusat reakreasi air panas, sudah tentu lah pelancong akan bertambah dan kutipan tiket untuk orang Baling pun akan meningkat. Walaupun benda macam ni, Taufik, dia kata tak dak kerja lain ka? Banyak yang kata tak dak kerja lain, minta benda-benda yang merapu. Bagi saya untuk jangka masa panjang kita perlu sebab kita tengok hari ni kita melihat pelancong daripada Malaysia yang banyak sangat masuk ke Thailand.
Tapi mengapakah kita tak boleh nak menarik pelancong daripada Thailand masuk ke Malaysia? Ini satu faktor yang akan memberi pulangan ekonomi terutamanya kawasan saya lah, kawasan yang gajah tu. Tapi gajah dah tak dak dah hari ni. Gajah tu dah masuk ke Belantek dah. Kami dah jampi dengan ustaz tadi, halau dia keluar. Dia takkan masuk dah. Jadi hari ni … (YB. Timbalan Speaker mencelah).
Ni YB. Bayu, saya nak tanya satu. Saya pun berminat juga yang tu. Kalau kita buka jalan tu, yang hat kita nak keluar ni banyak ka, hat nak masuk mai banyak? Saya tengok daripada sudut ekonomi.
Dia sebenarnya Yang Berhormat Speaker, dia ada dua-dua. Banyak juga yang ke sana dan juga banyak juga yang ke sini.
Jadi kalau macam tu, saya ingat YB. Bayu kena buat sikit kajian yang mana yang menguntungkan kita. Kalau agak nak rugi, kita tok sah buat YB. Bayu!
Pandangan saya akan menguntungkan sebab kita tengok hari ni kita nak pelancong masuk ke kawasan Kedah. Hari ni kita tengok rata-rata pengunjung, pelancong daripada Pulau Pinang, dia mengambil jalan pintas terus masuk ke Negeri Perak iaitu Betong, Kroh. Tapi hari ni apabila kita buka satu lagi ‘border’ ni dia akan membawa masuk banyak pelancong daripada Pulau Pinang ke arah Negeri Kedah. Ia akan menguntungkan Negeri Kedah.
Dia terus, dia tak berhenti!
Okay Abang Razak. Jadi sekarang ni, uih, minta maaf! Minta maaf! Minta maaf! Saya duk biasa Abang Razak, jadi minta maaf Tuan Speaker, YB. Speaker minta maaf noh?
Ampunkan!
Satu lagi berkenaan dengan kawasan saya. Kawasan saya ni lepas angkat sumpah di sini, saya balik-balik tu terus redah dengan bah, banjir. Jadi dia duk kata saya dosa banyak. Bahaya tu Khairul, tarik balik. Saya minta Tuan Speaker, minta dia tarik balik. Dia kata saya dosa (sambil ketawa)
Tarik balik la Lunas. Tarik balik!
Tak minta maaf. Tak pa lah. Jadi hari ni apabila saya … (YB. Lunas mencelah).
Tak kata pun.
Masalah banjir. Masalah banjir ni yang mana kita tengok dan Negeri Kedah kita ni bukan semua, ada lah dua tiga tempat DUN yang paling-paling cukup teruk. Dua belas bulan kawasan saya ni Tuan Speaker, banjir satu tahun … (YB. Timbalan Speaker mencelah).
Yang Berhormat Speaker!
Yang Berhormat Speaker, satu tahun tujuh lapan kali kena banjir. Jadi bajet Yang Amat Berhormat Dato’ Seri MB bagi pun habis dah. Sebab tempat lain saya rasa macam YB. Derga dia boleh lagi, tapi tempat saya memang habis dah, tak dak dah. Kering! Jadi saya
minta kalau boleh Yang Berhormat Speaker, minta kerajaan negeri terutama Yang Amat Berhormat Dato’ Seri MB kena buat, beri perhatian kepada kawasan-kawasan yang kerap dilanda banjir. Berilah peruntukan tambahan kat kami, Yang Berhormat Speaker. Jadi kalau tempat lain dapat banyak tu, RM100,000 ataupun RM200,000, kami kena lebih sikitlah sebab kawasan banjir. Jadi saya juga nak menyeru kepada kerajaan negeri kalau boleh mengurus banjir ataupun penyelesaian banjir yang kekal. Manakah yang lebih baik Yang Berhormat Speaker? Untuk mengurus banjir dengan menyelesaikan banjir dalam jangka masa yang panjang. Manakah yang lebih baik kepada kerajaan Negeri Kedah kita?
Boleh saya celah?
Boleh, boleh, boleh. Bagi!
Adakah YB. Bayu setuju dengan saya bahawa pemuliharaan hutan adalah sangat penting untuk Baling bagi memastikan banjir tidak terus berlaku? ‘Thank you’.
Saya amat setuju tetapi salah satu faktornya bukan berkenaan pengurusan hutan. Yang saya nak maksud tadi ni banjir ni berlaku pada tahun 60-an dulu pun dah berlaku dah di kawasan saya. Sebab tu lah saya mari sini saya nak sungguh-sungguh yang mana kawasan yang cukup panas, kawasan yang bagi saya seminggu dua kali Yang Berhormat Speaker. Sampai saya pernah seminggu dua kali banjir berlaku. Bukan asas yang utama lah Yang Berhormat Kota Darul Aman bagitau tadi sebab yang saya nak bangkit ni banjir di kawasan yang memang tak boleh buat apa dah. Bukan sebab hutan, bukan sebab apa-apa. Jadi hari ni kita tengok di kawasan belah Bayu saya. YB. Kuala Ketil dia tak nak tengok sebab dia pun tau kawasan dia banjir banyak kan?
Jadi kawasan saya, DUN Bayu ni ada satu kampung di Weng, Merbau Pulas pun tau. Di Weng ni, dia buat rumah memang di tepi sungai sungguh-sungguh. Kita nak minta dia pindah tak boleh. Dia kata, “aku ni Taufik, dia kata tujuh keturunan dah aku duk sini”. Nak halau dia pindah tak boleh. Melainkan dia kata kalau beri penempatan baru.
Jadi, untuk dua tiga buah kampung yang saya maksudkan ni, kalau bolehlah dan kita pun tengah usaha dan Yang Berhormat pun sedia maklum dia akan membantu, kena buat pemindahan. Dan saya pun telah berbincang dengan mangsa banjir, mereka bersetuju untuk pindah ke tempat baru jikalau pihak kerajaan negeri menyediakan tanah dan juga rumah yang disediakan. Jadi saya harap benda ni akan dapat dilaksanakan di bawah kerajaan kita sekarang ni.
YB. Bayu boleh habiskan. Boleh dah!
Yang Berhormat Speaker, tadi, sebab tu saya nak baca teks. Kalau saya baca teks ni, cepat habis. Tapi apabila Yang Berhormat Speaker suruh tengok sana, teks lari. Lari saya keluar dalam kepala saya saja. Tu sebab tu… Jadi kalau nak baca teks ni kena masuk baliklah. Boleh Yang Berhormat Speaker noh?
YB. Bayu, kita pi kepada hari-hari lain yang ada peluang. Sebab kita masih ada lagi satu pembahas yang akan membahas. Jadi, saya nak kena berlaku adil kepada semua. Jadi saya minta … (YB. Bayu mencelah).
Saya sebagai nak mengakhiri ucapan saya ni, saya juga nak pantun lah. Orang lain semua duk pantun takkan tak bagi Bayu pantun? Boleh Yang Berhormat Speaker noh?
Pantun boleh!
Tauke balak curi kayu, Semua kayu depa sebat, Terima kasih pengundi Bayu, Bagi saya jadi Yang Berhormat.
Boleh?
Boleh!
YB. Bayu, YAB. Jeneri, Kami bukan orang kenamaan, Mari kita bangunkan negeri, Kebajikan rakyat jadi keutamaan.
Orang kaya menabur bakti, Orang miskin tumpang berteduh, Ramai rakyat sedang perhati, Kita berbahas jangan bergaduh.
Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Okay, terima kasih YB. Bayu. Panjang juga pantun noh? Tapi okay lah. Jadi untuk seterusnya, dan saya menjemput ADUN Pengkalan Kundor. Dipersilakan!
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, agensi-agensi kerajaan serta pemerhati. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pertama sekali tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat daripada Jeneri yang sekali lagi dilantik untuk mentadbir Negeri Kedah sebagai Menteri Besar dan YB .Speaker, Kedah patut berbangga kerana memiliki Menteri Besar yang sangat popular. Paling popular di Malaysia ini.
Setuju. Satu tepukan!
Populariti MB kita mengatasi populariti Wahab, YB. Speaker. Saya ingin ucapkan tahniah atas pembentangan Bajet 2024 yang saya sifatkan sebagai bajet pro rakyat YB. Tuan Speaker, yang mana kebajikan rakyat dari segi menguruskan kemiskinan, pendidikan, infrastruktur seperti bekalan air dan pembaikan jalan, penjagaan hutan diberi peruntukan dan keutamaan. Malah aspek moral tidak diabaikan. Dalam soal moral termasuk YB.-YB. rakan saya daripada pembangkang, soal moral ini bukan hanya penting untuk orang Islam tetapi juga saya yakin penting juga untuk orang bukan Islam. Jadi inilah yang diberi perhatian dalam Bajet 2024 ini.
Tahniah juga saya ucapkan atas pembentangan Bajet 2024 ini walaupun disebut oleh pembangkang berkenaan dengan jangkaan defisit sebanyak RM104 juta, namun jika dilihat Negeri Selangor, defisit RM330 juta dalam Bajet 2024 mereka. Juga disebut oleh ADUN mana tadi? Berkenaan dengan Bajet 2024 jiran kita, Pulau Pinang, defisit RM514.53 juta. Jadi, saya fikir penghargaan ataupun pengiktirafan patut diberikan oleh pembentangan Bajet 2024 yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
YB. Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan atas usaha kerajaan negeri melalui bajet ini yang memfokuskan kepada pembangunan bekalan air yang komprehensif bagi menampung keperluan industri untuk memastikan pelaburan berimpak tinggi. Malah untuk Bajet 2024 ini, kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan projek menaik taraf LRA Pelubang, LRA Jenun Baru, LRA Lubuk Buntar Lama yang dijangka siap bermula 2024 hingga 2026. Antara lain, usaha yang dilakukan bagi menambah baik bekalan air kepada rakyat adalah projek Pengurangan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) yang telah dimulakan sejak 1 Januari 2023 bagi menyelesaikan masalah tekanan air rendah dan bekalan air tidak stabil berpunca daripada kebocoran paip yang telah lama dan uzur.
Terima kasih saya ucapkan atas usaha kerajaan negeri yang telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah air di Negeri Kedah ini yang telah pun berlarutan lama. Yang mana kita tau masalah air di negeri ini berlaku semenjak sebelum tahun 2020 lagi. Namun, saya ingin memberi pandangan bahawa perhatian utama perlu diberi kerajaan kepada keperluan domestik berbanding keperluan industri agar bekalan air kepada rumah-rumah rakyat tidak terjejas seiring dengan kemasukan pembangunan. Perlu ada polisi yang jelas kepada pemain industri dan pemaju agar pembangunan yang masuk tidak menjejaskan keperluan asas rakyat seperti air.
Saya ingin menarik perhatian Dewan dan mengucapkan terima kasih atas jawapan bertulis yang saya terima berkenaan dengan projek paip Permatang Buloh yang beberapa kali saya bangkitkan sebelum ini di medium yang lain yang mana saya dapat jawapan bahawa kerja-kerja penanaman paip di Permatang Buloh dijangka siap dan dapat beroperasi sepenuhnya pada 31 Disember 2023. Ini akan dapat menyelesaikan masalah air di kawasan Sungai Nonang dan sekitar yang mana kawasan ini dalam DUN saya, Pengkalan Kundor.
YB. Tuan Speaker, seterusnya saya menyambut baik berkenaan “Tahun Melawat Kedah 2025” yang telah dinyatakan dalam pembentangan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang mana saya yakin ia akan membawa manfaat ekonomi kepada rakyat Kedah. Kita lihat dalam Bajet 2024 ini, sebanyak RM3 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan promosi pelancongan serta RM1 juta disediakan untuk projek pembangunan, kerja baik pulih dan naik taraf kemudahan pelancongan. Malah peruntukan dalam bentuk geran turut disediakan untuk usahawan pelancongan bagi mempromosi Negeri Kedah.
Namun, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan sekalian akan pentingnya peruntukan yang wajar diperuntukkan untuk menjaga dan mengekalkan kebersihan negeri kita sebagai satu persediaan menyambut pelancong. Aspek kebersihan perlu kita beri keutamaan. Tahun 2025 Tahun Melawat Kedah. Kita menjangkakan akan ramai pelancong masuk ke negeri kita. Apa fokus dan apa perancangan kita untuk memperbaiki status kebersihan dalam negeri kita terutamanya bandar-bandar utama? Janganlah Januari 2025 Tahun Melawat Kedah, Disember 2024 baru kita kalut nak menjaga kebersihan bandar dan negeri ini.
Antara yang perlu diberi perhatian adalah usaha menyelenggara Terusan Wan Mat Saman. Terusan ni masuk dalam DUN saya YB. Speaker. Yang mana longgokan sampah dalam saliran air tidak hanya mencacatkan pemandangan malah menimbulkan masalah banjir kilat dan isu kesihatan. Saya puji usaha-usaha agensi yang telah pun dilakukan setakat hari ni dalam usaha menyelenggara Terusan Wan Mat Saman. Tetapi saya fikir usaha-usaha selenggara yang sedia ada boleh ditambah baik lagi. Dalam jawapan bertulis yang saya dapat, perkara ini ataupun selenggara Terusan Wan Mat Saman ini bawah ‘jobscope’ MADA. Namun, saya nak mengajak supaya kerajaan negeri perlu memberi perhatian. Juga ingin saya mencadangkan agar kerajaan negeri merancakkan kembali kempen-kempen “Menjaga Kebersihan”. Lama dah tak dengar kempen-kempen Jaga Kebersihan ni.
Atas apa sahaja nama kempennya, kita mesti bangkitkan kesedaran rakyat untuk menjaga kebersihan negeri ini kerana usaha menjaga kebersihan ini memerlukan kerjasama rakyat dan agensi. Kalau agensi bersihkan sampah tetapi masih ada yang membuang sampah di merata-rata tempat, maka usaha untuk menjaga kebersihan bandar, kampung dan di seluruh negeri ini tidak akan berjaya. Sedih, bila saya turun ke kawasan melihat macam mana ramai penduduk yang tergamak untuk buang sampah dalam saliran-saliran air, dalam kawasan-kawasan yang menjadi saliran air tidak sepatutnya berlaku. Jadi saya ingat kalau kita boleh, sempena Tahun Melawat Kedah 2025 ini, sepanjang tahun 2024 ini kita rancakkan kempen-kempen Menjaga Kebersihan melibatkan kerjasama agensi dan rakyat.
YB. Tuan Speaker, seterusnya fokus saya berkenaan dengan alam sekitar. Saya menyambut baik peruntukan pembangunan hutan yang mana kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM14.75 juta, peningkatan sebanyak RM5.79 juta untuk tujuan pelaksanaan ’Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation’ (EFT) bagi memulih dan memelihara sumber biodiversiti Negeri Kedah. Di mana usaha menjaga hutan adalah sangat penting dalam menangani fenomena pemanasan global pada masa ini. Walau bagaimanapun saya berpandangan, Kerajaan Negeri Kedah perlu diberi peruntukan sewajarnya untuk usaha pengekalan hutan iaitu Yang Amat Berhormat Menteri Besar pernah sebut sebelum ini. Kedah sepatutnya dapat RM100 juta yang mana jumlah yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan masa ini terlalu kecil dari jumlah yang sepatutnya diperlukan.
Dalam keadaan pengorbanan Kedah menyebabkan Kedah kehilangan hasil demi menjaga sumber air. Malah kawasan tadahan Kedah, khususnya Hutan Simpan Hulu Muda seluas 163,000 hektar turut membekalkan air kepada Pulau Pinang di mana negeri itu mengekstrak 1,100 juta liter air sehari dari Sungai Muda berbanding rakyat Kedah sendiri menggunakan hanya sekitar 800 juta liter sehari. Namun, sehingga kini ‘with due respect’ (dengan izin) Tuan Speaker, Pulau Pinang tidak pernah membayar caj air kepada Negeri Kedah. Ini bukan isu politik, namun isu hak dan kepentingan Negeri Kedah yang wajar dikembalikan manfaatnya kepada rakyat Negeri Kedah kalau sekiranya Pulau Pinang membuat bayaran. Saya mencadangkan agar kerajaan negeri meneruskan usaha untuk berunding agar setidak-tidaknya Kedah mendapat bayaran yang munasabah atas bekalan air dari negeri ini yang kita berikan kepada negeri-negeri jiran.
Seterusnya YB. Tuan Speaker, berkenaan dengan isu Pengkalan Kundor. Pengkalan Kundor adalah kawasan pertanian dengan latar belakang ekonomi yang memprihatinkan. Ramai orang susah di DUN saya ini, DUN Pengkalan Kundor.
Namun saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan sumbangan Beras Sejahtera, bantuan pendidikan seperti iBAKIPT yang diberi oleh kerajaan negeri yang sangat membantu rakyat miskin dari aspek keperluan makanan dan pendidikan yang mana pendidikan ini saya percaya adalah satu solusi yang paling tepat untuk mengeluarkan rakyat daripada lingkaran kemiskinan. Jadi saya ucapkan terima kasih atas usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri yang melakukan usaha yang begitu agresif dalam usaha menyelesaikan ataupun menguruskan kemiskinan rakyat negeri ini.
Namun, usaha untuk mengurus kemiskinan dalam DUN Pengkalan Kundor ini secara agresif dan berskala besar agak terganggu dengan masalah-masalah infrastruktur. Jadi, kita banyak dapat aduan-aduan berkaitan infra ini menyebabkan kita nak laju bab-bab menyelesaikan, menguruskan kemiskinan ni agak terencat. Jadi, saya mengiktiraf dan memuji usaha kerajaan negeri yang telah melaksanakan projek pembaikan jalan di banyak tempat di seluruh Negeri Kedah sebagaimana disebut oleh YB. Tanjung Dawai tadi. Dah terlalu banyak jalan yang dibaiki oleh kerajaan negeri namun, saya memohon agar perhatian khusus diberikan kepada jalan-jalan rosak dan daif di Pengkalan Kundor sama ada jalan kampung atau jalan utama kerana ia melibatkan keselamatan penduduk. Ia membahayakan penduduk.
Juga antara isu yang sering dibangkitkan oleh penduduk setempat ataupun rakyat kepada saya adalah berkenaan isu ketiadaan lampu jalan. Banyak tempat sangat. Saya dapat banyak aduan berkenaan dengan lampu jalan ini jadi di pihak wakil rakyat, kita boleh usahakan pemasangan lampu-lampu solar namun ia tidak mencukupi. Saya mohon agar tindakan pemasangan lampu jalan boleh segera dilakukan oleh pihak bertanggungjawab apabila sahaja permohonan dibuat. Saya juga merayu ..…(YB. Timbalan Speaker mencelah).
Pelan-pelan sikit pun tak pa. Saya tengok macam mengah saja!
Ya!
Haaa…Pelan sikit tak pa. Kita jaga kesihatan pasal kita baru lagi…
Menghormati masa Yang Berhormat!
Ya.
Saya juga merayu Yang Berhormat, merayu kepada kerajaan negeri dalam usaha kita merealisasikan “The Greater Kedah”, pembangunan haruslah seimbang. Saya ingin mencadangkan, memberikan penekanan bahawa dalam soal kita nak membangunkan Negeri Kedah ini sebagai The Greater Kedah, kita perlu lihat kepada semua daerah, semua DUN. Janganlah sampai ada DUN ataupun ada kawasan yang terlalu maju, dipuji-puji, disebut-sebut tetapi ada DUN-DUN, ada kawasan-kawasan yang di takuk yang sama sekian lama. Jadi, dalam pada membawa masuk pembangunan menuju The Greater Kedah, pandang-pandang lah sama Pengkalan Kundor. Bawa masuklah sama ke Pengkalan Kundor. Sebabnya besar pengorbanan Pengkalan Kundor ni dalam membekalkan padi kepada Kedah dan Malaysia. Jadi, bagi menghormati YB. Speaker yang begitu menjaga masa, saya berhenti setakat ini dahulu dan menyokong … (YB. Timbalan Speaker mencelah).
Boleh lagi! Boleh lagi! Kalau ada apa-apa benda nak bercakap, boleh lagi. Saya hari ni memang hari yang cukup baik.
Baik.
Saya jarang bagi masa macam ni.
Sebab saya … (YB. Timbalan Speaker mencelah).
Hari ni saya cukup baik. Boleh lagi kalau nak bercakap.
Tak aci Speaker, tak aci!!
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, cuma saya tak dak cerita gajah hari ni. Jadi saya menyokong Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan terima kasih banyak YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum.
Jadi… saya dok ingat kot tadi saya boleh sampai pukul 4.30, tapi rupanya teknik saya tak berapa berjaya. Saya kena belajar balik lagi esok. Jadi saya nak minta sorang lagi pembahas tetapi pembahas ni kena berjanji kat saya lah dia bercakap hari ni esok sikit lepas tu esok dia bercakap pulak. Saya tak buat naya, saya bagi masa macam tu juga. Cuma hari ni saya tak boleh nak perabih apa yang ada dalam kotak fikiran dia. Boleh macam tu noh?
Jadi, oleh itu saya menjemput ADUN Bandar Baharu untuk membuat perbahasan. Kemudian suka saya nak mengingatkan apabila tepat saja 4.30, saya akan menghentikan sesi ini dan Yang Berhormat boleh buat sambungan balik pada esok pagi. Jadi dijemput Yang Berhormat ADUN Bandar Baharu!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolatu Wassalamuala Asyrafil Anbiya’ Iwal Mursalin Wa Ala Alihi Wassohbihi Ajmain. Rabbisyrahli Sodri Wayassirli Amri Wahlul Uqdatam Millissani Yafqahu Qauli. Qala Allahu Taala:
الرَّحيم الرَّح مٰ ن للا ب س م
وَ لَو َّأَن َأَه ل ٰٰٓٱل قُرَى ءَامَنُوا وَ ٱتَّقَو ا لَفَتَح نَا عَلَي ه م بَرَكَٰت َم ن ٱلسَّمَآٰء وَ ٱأل َر ض Sodaqallahul Azim. Yang Berhormat Speaker, terima kasih kerana menjemput saya untuk membahas pada petang ini sebagai pembahas yang terakhir. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Jeneri, seluruh EXCO, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri. Pertamanya saya mengucapkan tahniah bagi pihak diri saya sendiri khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah dilantik untuk penggal kedua ini dan juga kepada YB. Speaker dan Timbalan Speaker yang telah dilantik. Tahniah dan harapan saya mudah-mudahan penggal kali ini akan mendatangkan satu penggal yang bermanfaat, dapat berkhidmat dengan baik kepada seluruh warga khususnya Negeri Kedah ini dan dapat memberi input-input yang sangat berguna dalam membangunkan masyarakat dan juga rakyat Negeri Kedah ini. Saya yakin keseluruhan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dilantik ini sedar tanggungjawab masing-masing bahawa kita akan ditanya oleh rakyat dan juga akan ditanya oleh Yang Maha Berkuasa nanti. Tuan-tuan, Yang Berhormat Speaker, saya sekadar itu sahaja sebagai muqaddimah untuk petang ini. Boleh? Jadi muqaddimah untuk petang ni saya bagi satu minit untuk YB. Timbalan Speaker untuk membuat ulasan, terima kasih. InsyaAllah, saya tak ponteng esok. Saya akan teruskan lagi dengan hujah-hujah saya dan juga perbahasan saya esok hari. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang Dewan ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi esok.
[Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]