Kedah · 28 November 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 368 turns · 40,268 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Kita mulakan dengan bacaan doa.
BACAAN DOA
Amin amin ya rabbal alamin. Untuk makluman ahli-ahli dewan, pada pagi ini kita telah menerima kunjungan pemerhati seramai 40 orang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik, Alor Setar. Selamat datang diucapkan. Urusan seterusnya Setiausaha.
I. Sambungan Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions
Sambungan Pertanyaan-Pertanyaan Mulut.
Soalan nombor 6, dipersilakan ADUN Kota Darulaman.
YB. Speaker, Saya pohon jawapan bagi soalan nombor 6.
6. Sungai Kedah khususnya Anak Bukit berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang utama di Bandaraya Alor Setar.
Pohon dinyatakan:-
a) Insiatif-insiatif yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk membangunkan dan mempromosikan lokasi tersebut dari tahun 2020 sehingga 2023.
b) Jumlah bajet yang diperuntukan untuk pembangunan Sungai ini dari tahun 2020 sehingga 2023.
Baik, terima kasih Kota Darulaman, Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan daripada Kota Darulaman adalah berkisah tentang Sungai Kedah khususnya Sungai Anak Bukit berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang utama di Bandaraya Alor Setar.
Yang Berhormat Kota Darulaman mohon nyatakan:
a) Insiatif-insiatif yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk membangunkan dan mempromosikan lokasi tersebut dari tahun 2020 sehingga 2023.
b) Jumlah bajet yang diperuntukan untuk pembangunan Sungai ini dari tahun 2020 sehingga 2023.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar sentiasa mempromosikan Sungai Kedah khususnya Sungai Anak Bukit sebagai salah satu daripada produk pelancongan ikonik yang terdapat di Negeri Kedah.
Sebenarnya, promosi ini bukan sahaja dilakukan pada tahun 2020 hingga tahun 2023 tetapi sejak sebelum Discover Kedah 2016 lagi. Ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa serius dalam mengangkat Sungai Kedah sebahagian daripada satu produk pelancongan dalam negeri kita dan antara inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan negeri adalah saya sebutkan yang pertama
i. Program explorasi Sungai Anak Bukit ii. Fun Race RC Power Boat di Sungai Anak Bukit iii. Program Kayuhan Basikal di sepanjang Sungai Anak Bukit iv. Program Gotong-Royong di Sungai Anak Bukit
Selain itu, Kerajaan negeri malalui Majlis Bandaraya Alor Setar telah mewujudkan satu Master Plan Pembangunan keseluruhan pembangunan Sungai Kedah ini untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi memastikan segala perancangan pembangunan itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Untuk tahun ini, tahun 2023 kerajaan negeri telah melantik satu syarikat bagi menjadi operator bot untuk dan Alhamdulillah sambutan yang diterima agak menggalakkan. Dan ini juga dibantu boleh pihak JKR dan JPS dalam kerja-kerja pembersihan Sungai, kerja kerja pencahayaan sungai dan juga pembinaan tembok di sepanjang tembing sungai. Dan banyak aktiviti yang dijalankan di sekitar Sungai Anak Bukit ini termasuklah aktiviti memancing. Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mengangkat permohonan Pembangunan Sungai Kedah ke peringkat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) melalui Rolling Plan 5, RMK-12.
Seterusnya untuk b) jumlah bajet sepanjang tahun 2020 sehingga 2023 sebanyak 7 projek yang dijalankan di sepanjang Sungai Anak Bukit yang melibatkan kos sebanyak RM 1,466,290. Suka saya bacakan ketujuh-tujuh projek yang saya nyatakan tadi:-
i. Cadangan Sistem Pencahayaan di Sungai Anak Bukit (Masjid AlHussin)
- RM 198,000.00
ii. Kerja-kerja Penanaman Pokok Hiasan bagi tujuan pengindahan Sungai Anak Bukit, Alor Setar Kedah - RM71,040.00
iii. Kerja-kerja Penanaman Pokok Hiasan bagi tujuan pengindahan Sungai Anak Bukit, Alor Setar Kedah - RM108,200.00
iv. Kerja-kerja Penstabilan Tebing Sungai Anak Bukit dan Pembaikan Jeti Muzium serta Kerja Berkaitan di Kampung Seberang Pumpong Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman - RM380,000.00
v. Kerja-kerja Elektrik di Sungai Anak Bukit - RM498,000.00
vi. Pemasangan Papan Tanda Arah Bagi Laluan Basikal di Sekitar Sungai Anak Bukit, Bandar Alor Sertar, Kedah - RM44,000.00
vii. Pemasangan Pintu Gerbang serta Papan Tanda "SUNGAI ANAK BUKIT" di Jambatan Tambang Badak, Alor Setar - RM167,050.00
Dan keseluruhan kos ini adalah seperti mana saya nyatakan tadi. Terima Kasih Tuan Speaker.
Terima kasih, soalan tambahan.
Okay Tuan Speaker, penduduk di tepi sungai di sepanjang Sungai Anak Bukit mengadu bahawa operator bot iaitu ‘river cruise’ di jeti Muzium Negeri membawa bot dengan kelajuan yang melampau sehingga tercetusnya ombak besar dan juga hakisan tanah, jadi saya minta apakah SOP yang digunakan untuk mengawal selia operator bot tersebut. Terima kasih.
Okay terima kasih Kota Darulaman, sebenarnya saya pihak kerajaan tak pernah mendapat aduan tentang syarikat operator bot bawa laju ni, saya nak maklum sikit syarikat yang dilantik itu adalah MZ Berkat Niaga Malaysia Sdn. Bhd. tapi tak pa saya ambil makluman tentang benda ini dan kita akan buat pemantauan dan kita akan tengok balik SOP yang telah ditetapkan untuk menjalankan untuk menjadi operator bot di sungai tersebut. Terima kasih Kota Darulaman.
Speaker!
Baik, silakan!
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Exco.
Selain daripada Sungai Kedah, kita ada Sungai Merbok yang menjadi tumpuan pelancong juga ada tempat memancing, rumah-rumah tepi Sungai Merbok. Jadi saya rasa ini merupakan satu potensi lagi lah untuk kita majukan sebagai tarikan pelancong, kalau kita lihat di Kemboja ataupun di Laos, dia ada satu laluan bot melalui paya-paya bakau khasnya alur-alur di dalam bakau yang kita boleh kayuh bot atau perahu, kayuh lah bukan pakai motor, dia tak laju kalau kayuh kan, dia punya ombak tak kuat macam Kota Darulaman kata tadi, kita kayuh melalui lorong-lorong, alur-alur di antara pokok-pokok bakau. Saya rasa di Sungai Merbok tu banyak pokok bakau, jadi ini boleh menjadi satu potensi tarikan pelancongan disamping kita memajukan aktiviti memancing kerana memancing ni dia mengalakkan ketakwaan seseorang itu, dia letak pancing tu ketakwaan dia kepada Allah tu cukup hebat la, dia tunggu ikan tu makan tu.
Jadi, saya nak tanya kepada Suka Menanti apakah ini termasuk di dalam, ‘sorry’ silap Kubang Rotan adakah termasuk di dalam Program Promosi Tahun Melawat Kedah nanti. Terima kasih.
Baik, Terima kasih Tokai. Pertamanya terima kasih atas cadangan dan juga pandangan yang diberikan. Untuk makluman semua, EXCO yang dilantik baru 3 bulan lebih, okay pertama, yang keduanya Tahun Melawat Kedah 2025, masa kata kita ada setahun lagi untuk buat promosi untuk membangunkan produk-produk pelancongan yang terdapat dalam negeri kita dan saya sendiri sebenarnya Yang Berhormat Speaker, turun sendiri ke setiap daerah ini untuk melihat dengan mata kasar sendiri, apa yang boleh kita bangunkan di setiap daerah itu.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan di hari ini juga apa ni Yang Berhormat Tokai dan juga Yang Berhormat Speaker dan Dewan yang mulia ini, kita terbuka untuk menerima sebarang cadangan dan sebarang pandangan, kita memerlukan kerjasama. Pertamanya dari semua Adun-Adun yang ada dalam ni dan orang ramai dan juga masyarakat kita di luar sana untuk sama-sama beri pandangan, beri idea dan kita akan ambil bend aitu dan kita akan mengkaji seandainya benda itu berpotensi, kita akan buat penambahbaikkan dan InsyaAllah Sungai Merbok ini kita akan masuk dalam kita punya perancangan Tahun Melawat Kedah 2025. Terima kasih Tuan Speaker.
YB. Speaker, tambahan.
Silakan.
Assalamualaikum, kita berbincang berkenaan Sungai Kedah, Sungai Merbok dan sebagainya. Jadi, ini adalah cadangan saya ataupun pandangan saya, janganlah kita lupa kita ada satu lagi sungai ataupun terusan yang menjadi ikon dulunya untuk Kerajaan Negeri Kedah iaitu Terusan Wan Mat Saman, yang mana sampai hari ini saya rasa generasi muda tak tahu menahu ataupun tak tau kewujudan bagaimana, macam mana Terusan Wan Mat Saman ini, diadakan ataupun digali. Jadi, saya berharap Terusan Wan Mat Saman ini juga dimasukkan dalam agenda ataupun dalam warisan untuk Kerajaan Negeri untuk dimajukan di masa-masa hadapan. Sekian.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Guar, saya terima pandangan itu dan pihak Kerajaan akan mengkaji. Seterusnya kita akan buat tindakan yang sepatutnya berkaitan dengan Terusan Wan Mat Saman ini. Terima kasih Tuan Speaker.
Habis. Seterusnya kita ke soalan nombor 7. Yang Berhormat Lunas.
Pergi Langkawi mandi telaga tujuh, Kulim sila jawab soalan tujuh.
7. Pohon dinyatakan :-
Apakah inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menyediakan penempatan khusus (CLQ) bagi pekerja asing yang sah di Kulim Hi-Tech dan bagaimana ianya mempengaruhi kualiti kehidupan penduduk tempatan?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Lunas, soalan nombor 7, Apakah inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menyediakan penempatan khusus (CLQ) bagi pekerja asing yang sah di Kulim Hi-Tech dan bagaimana ianya mempengaruhi kualiti kehidupan penduduk tempatan? Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker CLQ iaitu ‘Centralized Labour Quarter’ didefinisikan sebagai satu kemudahan tempat tinggal pekerja yang berbentuk secara berpusat atau berkelompok di sesuatu kawasan dan bangunan khas, yang dilengkapi pelbagai oleh kemudahan asas dan dapat sokongan yang teratur dan terancang.
Jadi dengan itu, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia menguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446]. Akta 446 ini mewajibkan mana-mana majikan atau penyedia penginapan yang menyediakan penginapan pekerja supaya mematuhi standard minima yang telah ditetapkan di bawah undang-undang. Selain daripada itu, penguatkuasaan akta ini juga bertujuan untuk menyediakan persekitaran tempat tinggal yang selamat, bersih dan kondusif kepada pekerja. Majikan dan penyedia penginapan sangat digalakkan untuk menyediakan penginapan berpusat berbentuk CLQ (Central Labour Quarter) bagi memudahkan pengurusan penginapan pekerja yang lebih teratur dan terkawal sekaligus memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
Justeru, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan menggalakkan inisiatif bagi pembangunan penginapan berpusat berbentuk CLQ di mana Majlis Perbandaran Kulim telah meluluskan projek pembinaan CLQ berjumlah 3,669 unit yang boleh menampung sebanyak 30,541 pekerja warga asing di daerah Kulim dan sekitar Kulim Hi-tech Park. Manakala, pihak Kulim Technology Park Corporation iaitu KTPC anak syarikat Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk menyediakan penginapan berpusat berbentuk (CLQ). PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim telah meluluskan pembangunan CLQ ini yang dijangka siap pada April 2024 dan dapat memuatkan sejumlah 1,500 pekerja warga asing.
Oleh yang demikian, kebaikan dan kelebihan CLQ yang mempengaruhi kualiti hidupan penduduk tempatan dengan penyediaan penginapan berpusat berbentuk CLQ sebagai kuarters pekerja warga asing ini merupakan satu inisiatif bagi mengawal pergerakan dan aktiviti penempatan pekerja asing di kawasan perumahan tempatan. Disamping itu, ianya dapat memastikan keselamatan dan keselesaan komuniti penduduk tempatan lebih terjamin, pengawalan penyakit berjangkit dan kesesakan lalulintas menjadi lebih terkawal.
Selain itu, dengan penyediaan CLQ ini juga dapat mengurangkan isu dan masalah sosial serta pertembungan budaya antara pekerja warga asing dan penduduk tempatan. Justeru itu, dengan penyediaan CLQ (Central Labour Quarter) yang teratur dan terkawal secara tidak langsung akan memberi impak yang positif kepada kualiti kehidupan harian penduduk tempatan dan juga kepada kehidupan pekerja warga asing. Terima kasih.
Soalan tambahan, Lunas.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim. Soalan tambahan saya, bagaimana jawatankuasa kejiranan merancang untuk mengatasi isu jenayah dan rusuhan yang mungkin timbul akibat ketidaktenteraman kesan daripada lambakan pekerja asing dan bolehkah kongsi langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pekerja asing tidak mengambil alih peluang perniagaan yang sepatutnya yang menjadi atau dimiliki oleh penduduk tempatan.
Terima kasih Yang Berhormat Lunas. Soalan cukup panjang, okay Tuan Yang Berhormat Speaker, jawatankuasa kejiranan perlu merancang pelaksanaan program kesedaran keselamatan dengan kerjasama pihak berkuasa serta melibatkan semua komuniti tempatan untuk terus serta bagi menjaga kebajikan dan keselamatan bersama.
Selain daripada itu, rondaan operasi secara berkala antara kerjasama penduduk setempat dan pihak berkuasa juga dapat membantu mengurangkan isu jenayah dan rasuah yang mungkin timbul akibat ketidaktenteraman yang berkaitan dengan pekerjaan asing.
Tambahan pula, dengan kemudahan penginapan berpusat berbentuk Central Labour Quarter (CLQ) sebagai kuarters pekerja warga asing di luar kawasan penduduk tempatan juga dapat memastikan keselamatan, keselesaan komuniti penduduk tempatan lebih terjamin dan dapat secara berkesan mengurangkan isu jenayah serta masalah sosial serta seperti yang saya sebutkan tadi pertembungan budaya antara pekerja warga asing dan juga penduduk tempatan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk memastikan pekerja asing tidak mengambil alih peluang perniagaan yang sepatutnya dimiliki oleh penduduk tempatan. Beberapa inisiatif dan langkah yang boleh kita ambil termasuk iaitu dengan memperkasakan menguatkuasaan dan pematuhan terhadap undang-undang buruh dan imigresen bagi memastikan syarat-syarat kerja pekerja asing sentiasa dipatuhi. Seterusnya, melalui memperkasakan penganjuran program pembangunan kemahiran dan usahawan bagi pekerja dan peniaga tempatan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan dan juga pasaran perniagaan.
Seterusnya, selalu mengutamakan kepada penduduk tempatan dalam pemberian peluang pekerjaan dan peluang perniagaan terutamanya yang berkaitan dengan sektor-sektor penting dalam ekonomi. Pada masa yang sama, kita boleh bekerjasama dengan pihak swasta okay berkolaborasi dengan syarikat-syarikat tempatan dan sektor swasta untuk memastikan peluang perniagaan tidak dikuasai oleh pekerja asing dan selalu mengutamakan peniaga-peniaga tempatan. Dan inisiatif seterusnya mengadakan dan melaksanakan kempen kesedaran masyarakat untuk menyokong pembelian tempatan dan memberi tumpuan kepada perniagaan yang dimiliki oleh penduduk tempatan.
Selain daripada itu, melalui dasar memperkasa dasar pemulihan ekonomi yang memberi sokongan kepada perniagaan tempatan seperti pembiayaan dan kaedah insentif kewangan dan kombinasi langkah-langkah ini boleh membantu untuk mengekalkan keseimbangan peluang pekerjaan dan perniagaan antara pekerja asing dan penduduk tempatan. Terima kasih.
Silakan Derga.
Bilakah projek CLQ yang diluluskan dibawah MPKK dan PBT Kulim Hi-Tech Park boleh disiapkan dan berapa unit lagi yang diperlukan lagi bagi menampung keperluan pada masa hadapan?
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Derga. Seperti yang saya sebutkan tadi MPKK telah meluluskan projek pembinaan CLQ yang berjumlah 3,669 unit untuk kapasiti 30,541 orang pekerja warga asing dan sehingga kini sebanyak 911 unit baru yang boleh menampung seramai 8,919 pekerja asing sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2024. Manakala, PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim telah meluluskan pembangunan CLQ ini yang dijangka siap pada April 2024.
Di samping itu, terdapat sebuah penginapan berpusat berbentuk (CLQ) sementara di tapak pembinaan di kawasan Zon Industri Fasa 4 Kulim Hi-Tech Park yang memuatkan sejumlah 1,200 orang pekerja warga asing.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pembinaan bagi projek pembangunan dan pembinaan CLQ ini akan semakin bertambah mengikut permohonan dan keperluan industri. Dan pertambahan pekerja asing ini juga di seluruh negeri Kedah akan bertambah dari semasa ke semasa. Itu jawapan saya untuk soalan tambahan Yang Berhormat Derga, Terima Kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya soalan 8. Dipersilakan Yang Berhormat Belantek.
Yang Berhormat Speaker, Tuan-tuan dan Puan puan yang saya hormati sekalian. Sudahkah tuan-tuan sarapan? Soalan saya nombor lapan.
8. Pohon dinyatakan:-
a) Apakah yang terjadi kepada beberapa Pusat Latihan Pertanian dibeberapa daerah dalam Negeri Kedah?
b) Adakah Pusat Latihan Pertanian Carok Padang masih berfungsi dan membantu memberi latihan kepada petani-petani muda yang ingin menceburi bidang pertanian secara aktif?
Terima kasih Yang Berhormat Belantek, Yang Berhormat Speaker, bagi soalan Yang Berhormat Belantek yang pertama apakah yang terjadi kepada beberapa Pusat Latihan Pertanian dibeberapa daerah dalam Negeri Kedah? Dan soalan kedua adakah Pusat Latihan Pertanian Carok Padang masih berfungsi dan membantu memberi Latihan kepada petani-petani muda yang ingin menceburi bidang pertanian secara aktif?
Untuk jawapan bagi soalan yang pertama Yang Berhormat Speaker, Jabatan Pertanian Negeri Kedah mempunyai 2 pusat latihan yang menjalankan kursus-kursus pertanian kepada pegawai dan petani-petani. Pusat Latihan tersebut ada di Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah dan yang kedua Pusat Latihan Pertanian Charok Padang, Sik Kedah.
Pusat Latihan Pertanian Charok Padang ni dia mengendalikan program-program Latihan untuk kawasan Zon Tengah dan Selatan iaitu Sik, Pendang, Baling, Kulim, Bandar Baru dan sebagainya. Sebanyak tujuh (7) kursus telah dilaksanakan di Pusat Latihan Pertanian Charok Padang diantaranya Pengurusan Perosak Penyakit Padi, Kursus Teknologi Pengurusan Tanaman Padi, Kursus Teknologi Pengurusan Tanaman Durian, Kursus Cantuman Tanaman Buah-buahan Durian, Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi, Hands On Kaedah Penggunaan Hygrowpot Link Technique dan Kursus Pengurusan Tanaman Pisang. Ini program-program latihan yang dijalankan sepanjang tahun 2023. Sebanyak sejumlah 229 peserta yang telah menjalani kursus yang dianjurkan di Pusat Latihan Pertanian Charok Padang.
Manakala di Pusat Latihan Pertanian Telok Chengai sebanyak dua puluh (20) kursus latihan telah dijalankan sepanjang tahun 2023. Yang antaranya Kursus Pegawai Pembimbing Pensijilan myGAP, Kursus Penyiasatan Pengeluaran Hasil Tanaman Padi
(CCS), Pengenalan dan Pengurusan Premis Pemprosesan Makanan, kursus Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran, Kursus Pengurusan Tenaga Kerja & Kebajikan Pekerja, Kursus Online Marketing – Kaedah Pemasaran dan Copywriting, kursus Pakej Teknologi Tanaman Melon Secara Fertigasi, Kursus Protokol Etiket Sosial dan Ketrampilan Diri, Pengurusan Aset Kerajaan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah Kursus Integriti dan Rasuah di Kalangan Penjawat Awam, Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Kursus Hasilan Berasaskan Beras, Kursus Hasilan Cili, Pemprosesan Suliri Cili, Kursus Pemilihan Asas Pembungkusan Produk, Kursus Pemprosesan Minima Produk Hasilan Buah – Buahan, Kursus Pengurusan Perosak dan Penyakit Tanaman Padi, Kursus Diagnostik Kekurangan Nutrien Dalam Tanaman, Kursus Teknologi Pengurusan Fertigasi Meja Untuk Tanaman Sayuran Berdaun, Kursus Kawalan Penyakit & Perosak Bersepadu (IPM), Pakej Teknologi Pembangunan Tanaman Kopi dan Pengurusan Fertigasi Meja Untuk Sayuran Berdaun.
Bagi soalan kedua, Yang Berhormat Speaker, Pusat Latihan Pertanian Negeri Kedah, Charok Padang masih berfungsi namun beberapa penambahbaikan perlu diadakan kerana ianya berhampiran dengan Kuari Batu. Namun semenjak seperti yang dimaksudkan tadi setelah tahun 2023 akhir, tujuh (7) jenis kursus telah dijalankan di Pusat Latihan Pertanian Charok Padang. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Soalan tambahan daripada saya Yang Berhormat Speaker. Apakah ada galakan atau insentif yang akan diberikan kepada petani-petani muda untuk menarik minat mereka untuk menjadikan pertanian satu kerjaya ataupun pertanian sebagai satu perniagaan? Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Belantek, Yang Berhormat Speaker bagi tujuan untuk menarik minat petani-petani muda atau bakal-bakal petani muda, kita sentiasa berbincang dengan pihak Jabatan Pertanian untuk mempromosikan penggunaan teknologi-teknologi terkini seumpamanya penggunaan drone di dalam sawah-sawah padi dan sebagainya juga kita memperkasakan Jabatan Pertanian dengan memperkenalkan alat-alat teknologi tinggi yang terkini untuk diperkenalkan kepada bakal-bakal usahawan
dan juga Kerajaan Negeri berbincang dengan beberapa pemain industri, syarikat swasta yang mempunyai ladang sendiri, depa sanggup memberi latihan kepada anak-anak muda secara percuma, contoh ada satu syarikat swasta memberi latihan percuma selama enam (6) bulan di Selangor, makan ‘free’, tempat tidur ‘free’, tapi tak dak elaun la, nak bagi belajar ‘free’ ini percuma, nak tarik anak muda untuk belajar pertanian dengan teknologi terkini, latihan sambil bekerja, itu lah antara insentif ataupun usaha-usaha Kerajaan Negeri bersama dengan syarikat swasta untuk menggalakkan anak-anak muda kita ni mai minat dalam bidang pertanian, anak muda la ni kurang minat sikit, jadi kita kena bagi insentif lebih, kita bagi tempat tinggal ‘free’, makan ‘free’, lepas enam (6) bulan di Selangor balik mai di Kedah ni, kita bagi kursus ‘free’ lagi lepas itu kita lepas la minat masing-masing, kita akan cari tempat untuk depa mengusahakan secara sendiri itu lah antara insentif kita.
Tuan Speaker, boleh saya mencelah.
Silakan.
Kita bersetuju bahawa apa yang disediakan oleh Kerajaan untuk kemudahan anak-anak muda dan sebagainya. Tapi masalahnya maklumat itu sampai atau tidak kepada mereka-mereka yang terlibat ini. Jadi, saya rasakan bahawa pihak Kerajaan harus mempromosi cara yang lebih aktif lagi dari masa ke semasa bagi menarik anak-anak muda kita supaya terlibat secara langsung dalam pertanian. Sekian terima kasih.
Speaker boleh jawab sekali, okay terima kasih Yang Berhormat Speaker, kita lihat tadi apa dijawab oleh EXCO kursus sayur, padi, pisang apa durian, melon, kopi disebut fertigasi lah teknik-teknik baru AI kemudian mungkin bila dah ada teknik baru, anak-anak muda ni esok bawa trektar pakai ‘kot’ pakai ‘tie’ dalam ‘aircond’, ni ada teknik baru.
Jadi, saya nak tanya kepada EXCO, apakah pemantauan selepas bagi kursus ni kepada mereka-mereka yang turut serta dalam kursus yang kita berikan kerana setakat kursus kemudian depa balik pi dok kampung sebab kita ada banyak tanah-tanah terbiar,
kawasan-kawasan ini boleh dimajukan oleh peserta kursus tersebut. Jadi, sepatutnya apabila selesai saja kursus pihak pegawai pertanian di daerah-daerah ni ‘follow up’ mereka ini apabila kursus durian pi cantum durian dak ataupun pi cantum pokok lain. Jadi, itu soalan saya Yang Berhormat Speaker, Terima kasih.
Silakan Suka Menanti.
Baik, Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Tokai, nak kena ‘kot’ ni jadi petani-petani moden, terima kasih di atas, baik untuk soalan pertama tadi Yang Berhormat, kita sedang merancang dengan pihak Jabatan Pertanian dan juga pihak swasta, kita akan menjalankan program-program ini mulai tahun depan, program latihan kerjasama dengan pihak swasta mulai tahun depan dan juga dengan keadaan kewangan yang diperuntukan kepada Jabatan Pertanian agak terhad maka kita amat berharap pihak swasta memberi keutamaan dan kerjasama yang baik untuk Kerajaan Negeri untuk kita jalankan program-program latihan menggunakan teknologi terkini. Buat masa ini kita telah pun memberi latihan kepada beberapa orang di dalam bidang penanaman padi. Tapi dalam kelompok yang kecil lagi dan kita juga telah berusaha dengan pihak LPP, PPK, wakil-wakil petani dan peladang.
Di sini kita adakan sesi-sesi libat urus perbincangan dan idea-idea ni kita telah sampaikan kepada pihak-pihak LPP, PPK dan juga wakil-wakil petani dan peladang untuk diuar-uarkan kepada masyarakat yang berminat terutamanya anak muda. Juga kita telah uar-uarkan program-program ini kepada Majlis Belia Negeri untuk diuar-uarkan kepada golongan anak muda. Inilah antara usaha Kerajaan Negeri dan Insya-Allah dengan belanjawan yang akan datang ini kita cuba mendapatkan lebih banyak lagi alat-alat terkini dapat kita bekalkan kepada jabatan-jabatan pertanian untuk kita beri kursus yang lebih baik kepada bakal-bakal petani dan pesawah dari golongan anak muda. Sekian, Terima kasih YB Speaker.
Guar Chempedak, silakan!
Terima kasih YB Speaker, latihan dan sebagainya untuk anak-anak muda yang berminat dalam bidang Pertanian memang kita dapat jalankan kita dapat adakan ramai anak-anak muda yang begitu berminat tetapi penghujungnya adakah mereka ini mempunyai tanah ataupun Kawasan untuk mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari. Ha ini masalah yang dihadapi. Pi ‘training’, pi ‘training’, balik nak tanam tang mana? Adalah Kawasan sikit belakang rumah tapi kalau saya nak cadangkan boleh tak kita sediakan kawasan untuk percubaan untuk praktikal kepada golongan ini supaya hands on apabila selepas belajar dan sebagainya teknik-teknik ini dapat dipraktikkan dan akhirnya barulah kita boleh lepas depa ni bagi cari tanah sendiri. Sebenarnya anak-anak muda yang berminat ramai anak-anak muda yang berminat pertanian ka, perniagaan dan sebagainya tetapi penghujungnya itu, penyediaan daripada kita. Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Dalam isu ini kita dah bincang dengan pihak Jabatan Pertanian dan juga MADA untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang terbiar. Dalam kawasan-kawasan inilah yang kita akan gunakan nanti untuk memberi penyediaan kepada bakal-bakal usahawan ataupun petani muda nanti selepas menjalani kursus dan pihak Jabatan Pertanian juga berserta dengan pihak swasta akan menjalankan susulan kepada peserta-peserta yang telah mengambil latihan yang diberi secara percuma oleh swasta dan juga pertanian ini selepas depa tamat Latihan. Terdapat banyak juga tanah-tanah terbiar dan kita akan menjalani ujian akan kesesuaian tanah-tanah itu untuk kita berikan kepada bakal-bakal petani dan pesawah. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Boleh lagi YB Speaker.
Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Speaker. Nak sambung yang Guar tadi ni. Dia sebut hujung dah. Tapi ada satu lagi hujung apabila kita tanam semua sampai ke dapat hasil tu pasaran tu. Siapa yang nak mencari untuk membantu petani-petani muda? Sekian terima kasih.
Silakan Yang Berhormat!
Terima kasih Speaker. Terima kasih Pedu, diantara usaha kita jalankan adalah program-program penjajah daerah untuk kita mempromosikan segala jenis hasil tanaman di seluruh negeri Kedah. Kita secara mulanya kita dah mulakan di daerah Bandar Baharu, contoh juga di Langkawi baru-baru ini kita berbincang di daerah Ayer Hitam. Ini adalah antara usaha-usaha kita untuk mempromosikan hasil-hasil tanaman pertanian tempatan di dalam rancangan ataupun program jelajah daerah kita, kita akan buat mini festival pertanian mengikut kesesuaian daerah tertentu. Contoh di Bandar Baharu terkenal dengan tanaman durian. Kita buat festival durian kawasan Bandar Baharu dan begitulah seterusnya di daerah-daerah seluruh negeri Kedah ini. Itu antara usaha-usaha kita untuk mempromosi dan kerjasama ini kita adakan juga bersama dengan pihak FAMA. FAMA adalah agensi pemasaran pertanian negara kita ni. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih, Suka Menanti. Okay ada tak lagi? Okay takdak dah. Soalan nombor 9 dipersilakan ADUN Bakar Arang.
Tuan Speaker mohon jawapan untuk soalan nombor 9.
9. Pohon dinyatakan apakah perkembangan terkini projek Kedah Rubber City di Negeri Kedah?
Silakan Yang Berhormat Jitra.
Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Bakar Arang. Bismillah hirrahman nirrahim, terima kasih di atas soalan yang dikemukan untuk makluman, Kedah Rubber City adalah satu lagi game changer yang dibangunkan oleh negeri kita dan negara bagi membolehkan kisah dan kesinambungan kejayaan kita di Kulim Hi-Tech Park dapat diteruskan. Dalam konteks negeri kita, pelaburan dan perkara yang berkaitan akan menyumbang kepada hasil negeri dan kita menganggarkan pendapatan negeri kita daripada total anggaran hasil 2024 sebanyak 748 juta. Jadi, untuk itu kita dapat melihat betapa pentingnya pelaburan dijadikan sebagai pemacu kepada pendapatan negeri kita. Secara khususnya dalam konteks Kedah Rubber City, kita telah mengusahakan sedaya mungkin namun demikian dalam usaha bersama kita dengan NCIA iaitu ‘authority’ yang bertanggungjawab untuk memastikan kelangsungan projek ini, kita telah mengenal pasti beberapa perkara yang harus kita lakukan bagi membolehkan KRC ini menjadi sepertimana KHTP secara khususnya keluasan keseluruhan Pembangunan Kedah Rubber City (KRC) ini ialah 1,248 ekar, 1244.88 ekar dan untuk fasa pertama keluasan seluas 504 ekar dan fasa kedua seluas 740.88 ekar.
Untuk makluman sidang dewan, perkembangan semasa di KRC ini kita dapat melihat bahawa perubahan ataupun iklim pelaburan dunia dan juga permintaan dalam sektor getah pada dasarnya memberi kesan kepada potensi untuk mengembangkan KRC ini. Namun demikian kita tahu bahawa prospek dan potensi untuk sektor getah ini berkembang masih ada dengan pendekatan-pendekatan strategik yang harus kita lakukan. Untuk makluman, antara komponen utama pembangunan KRC kita memfokuskan kepada produk lateks termaju, tidak hanya mahu untuk menghasilkan getah sebagai komoditi tetapi kita mahu melihat sektor ini berkembang dan pelaburan dalam konteks ‘high end industri development’ ataupun ‘engagement’ itu, activities berlaku dan masa yang sama kita berusaha untuk memperkasakan sektor tayar dan produk berkaitan juga menjadi sebahagian daripada kekuatan kita dan KRC harus menjadi sebahagian daripada cerita ini, apa yang saya ingin katakana datuk nenek kita, ibu ayah kita penoreh getah dan menghasilkan getah itu, menoreh getah itu dan kita sebahagian kita ahli dewan ini juga, YB. Speaker pernah menoreh getah.
Namun demikian, syarikat-syarikat tayar besar dunia tidak berada di negera kita. Dan ini satu perkara yang sangat ironi, sangat pelik dan hari ini kita melihat bahawa perlu ada satu kesungguhan dalam konteks kita, negeri kita secara khususnya untuk melihat bagaimana ianya boleh dibangunkan, dikembangkan.
Pertamanya dengan membawa syarikat-syarikat besar dalam industri tayar ke negeri kita untuk berlaku knowledge transfer dengan anak-anak bangsa kita bagi membolehkan syarikat-syarikat tempatan juga bekerjasama dengan mereka mungkin punya ekuiti dan seumpamanya maka insya-Allah boleh dibangunkan industri ini dan industri berkaitan getah termasuklah produk kejuruteraan getah yang perlu kita lihat, dulu kita ada RRI ‘Rubber Research Institut’e di mana Rubber Research Institute ini? Ini adalah satu isu di peringkat nasional yang harus kita lihat kembali untuk menangani isu ini dan kita harus mungkin di Kedah ini boleh dibangunkan. Begitu juga kita berusaha untuk menjadikan dalam aspek getah termaju dan bahan getah yang berkaitan termasuklah komponen getah automotif bioteknologi dan perkhidmatan serta sokongan.
Dalam konteks ini YB Speaker, boleh saya katakan usaha-usaha kita untuk membangunkan KRC ini berjalan seperti dirancang di mana pada peringkat untuk fasa satu ini, usaha-usaha berkaitan dengan pembangunan fizikal yang telah siap atau hampir siap di mana dalam konteks tangki simpanan air telah disediakan kerja-kerja tanah telah dilakukan, kerja naik taraf jalan K sebelah K20 dan persimpangan telah diusahakan, rumah pam, LRA Padang Sanai, perparitan dan seumpamanya telah giat diusahakan.
Izinkan juga saya untuk menyentuh dalam konteks bekalan elektrik. Ini adalah antara isu, utiliti isu yang perlu diberi perhatian oleh kita semua dan saya percaya kita semua agensi-agensi kerajaan baik negeri dan juga persekutuan dan juga Kerajaan Negeri secara khususnya dan NCIA berusaha sedaya upaya untuk memastikan bekalan elektrik juga dapat dibekalkan sepertimana dikehendaki oleh industri.
Dalam perkara ini tuan yang dipertua, sukacita saya memaklumkan Tuan Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa bekalan elektrik TNB melibatkan komponen talian rentas sejauh 38.97 kilometer dari PMU Tanjung Pauh ke KRC dan pembangunan pencawang masuk utama PMUKRC. Jadi, usaha ini di peringkat akhir insya-Allah pada suku ketiga tahun 2024 akan siap. Jadi, pada dasarnya kita bergerak dalam kerangka sepertimana kita usahakan sedikit delay tetapi saya yakin isu-isu ini adalah isu-isu berkaitan pengambilan tanah dan seumpamanya. Dan ianya dalam kawalan kita.
Suka juga saya menyatakan bahawa secara keseluruhannya usaha-usaha kita untuk memastikan bekalan air terawat juga dapat disediakan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada SADA dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi yang terlibat yang mana telah melakukan dan mengusahakan segala usaha berkaitan dengan pembekalan air seperti diperlukan oleh industri dapat direalisasikan di mana bagi bekalan air terawat buat masa kini pihak SADA telah pun membekalkan bekalan air terawat ke KRC dengan jumlah sebanyak 4 juta liter a day.4 MLD. Jadi, ini satu perkara yang mana untuk fasa satu sekiranya diperlukan oleh industri yang masuk ke tapak pelaburan ini, bekalan air tiada menjadi isu ya. Jadi, itu satu perkembangan yang baik dan saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada YB. Exco yang menjaga air dan juga di bawah kepimpinan MB kita.
YB. Tuan Speaker, izinkan juga saya untuk mengambil sedikit masa ini untuk menjelaskan akan perkembangan dalam konteks apakah yang berlaku dengan pelabur-pelabur yang berhasrat untuk melabur di KRC seperti yang kita tahu iklim pelaburan dunia berubah selepas covid-19, sebelum covid-19 satu fenomena permintaan bahan berteraskan getah dan berkaitan meningkat dengan begitu luar biasa. Kita melihat potensi-potensi itu mampu untuk menjadi lonjakkan dan KRC satu manifestasi terbaik Kerajaan Negeri untuk membolehkan kita mengambil manfaat daripada perkembangan industri getah itu khususnya sarung tangan.
Namun demikian, selepas covid-19 berakhir kita dapat melihat permintaan kepada sarung tangan ini berkurangan. Jadi, kita tahu dalam konteks perniagaan setiap pelabur, setiap ‘shareholders’ mereka memikirkan tentang keuntungan di atas pelaburan mereka. Jadi, dalam perkara ini pastinya syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri getah khususnya sarung tangan telah membuat pilihan ataupun pendekatan untuk melihat kembali ‘business’ modal mereka.
Jadi, dalam konteks itu, pelabur-pelabur yang mana sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk melabur dalam sektor sarung tangan di KRC kita sedang dalam proses untuk melihat kembali business model mereka. Mereka tidak menarik diri secara keseluruhannya tapi menyemak kembali akan usaha-usaha berkaitan pelaburan mereka. Di masa yang sama, sukacita saya memaklumkan di dewan ini bahawa terdapat enam lagi syarikat yang sedang dalam perbincangan kita dalam proses untuk merumuskan atau memuktamadkan hasrat pelaburan mereka di KRC ini dan sekiranya ini dapat direalisasikan dengan komitmen kita semua yang terlibat baik ‘state government’ mahupun agensi-agensi di bawah state dan juga agensi-agensi lain dan syarikat-syarikat yang lain yang terlibat dalam pembangunan ini secara langsung atau tidak langsung dapat memainkan peranan kita insya-Allah kita akan dapat untuk menarik pelaburan berjumlah 3 billion dan ini akan mencipta peluang pekerjaan yang banyak buat anak
bangsa kita. Dan usaha ini harus kita lakukan bersama dan saya yakin dan percaya Kerajaan Pusat juga harus memainkan peranan mereka dengan konteks yang lebih dinamik dengan mengupayakan NCIA bagi NCIA ini dapat mengangkat agenda ini sebaik mungkin dan kita di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan sentiasa komited dalam usaha untuk memastikan apa jua berkaitan dengan tanggungjawab Kerajaan Negeri melakukan tugas kita, kita lakukan dengan komitmen yang tertinggi insya-Allah.
Jadi, tuan-tuan dan jadi Yang Berhormat semua apa yang boleh saya katakana di sini dan boleh saya rumuskan di sini usaha kita untuk menarik pelabur ini adalah satu usaha bersama dan menyeluruh. Dan KRC adalah satu manifestasi kebangkitan negeri kita Kedah, dalam usaha kita untuk mengangkat satu industri yang mana industri ini mungkin orang mungkin kata sunset industri kerana perubahan-perubahan semasa tetapi kita yakin dan percaya kita boleh mengangkat agenda ini dengan teknologi tinggi.
Namun demikian, Kerajaan Negeri lebih pragmatik dalam usaha untuk membangunkan industry ini dan melihat KRC tidak hanya untuk rubber sahaja tetapi kita membuka sektor-sektor lain yang kita percaya boleh dimanfaatkan di atas luasan tanah lebih 1,200 ekar tersebut. Jadi, kita telah memberi penekanan empat kluster baru untuk membolehkan KRC ini terus maju iaitu pertama produk berasaskan kedua industri hijau dan green technology, ketiga, tenaga boleh diperbaharui dan keempat, mesin dan jentera. Ini adalah satu strategik ‘move’ yang dilakukan oleh Kerajaan negeri bagi membolehkan KRC ini mungkin penjenamaan akan dilakukan bukan lagi sebagai Kedah Rubber City mungkin kita boleh panggil Kedah Razing Centre ataupun Kedah Razing City. Insya-Allah, terima kasih.
Terima kasih Jitra, jelas sepanjang lebar. Soalan tambahan.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Tuan Speaker, berapakah anggaran cukai yang dapat dijanakan oleh Kerajaan Negeri, hasil daripada pelaburan di Rubber City?
Silakan Jitra.
Terima kasih YB, dia pada dasarnya cukai ini kita akan peroleh daripada tanah yang kita akan dapat. Dan dalam konteks ini kalua boleh saya katakan, secara khususnya kita tahu bahawa pembangunan industri zon ini akan menyumbang menjadi penyumbang besar kepada pendapatan negeri kita iaitu dalam kata lain kalau kita ambik contoh hasil tanah yang kita anggarkan adalah sebanyak RM501 juta ‘half of billon’ yang kita ingin usahakan jadi daripada kedatangan pelabur-pelabur ini pengambilan tanah dan seumpamanya jadi ini akan membolehkan pendapatan negeri kita ditingkatan termasuk juga hasil-hasil lain yang berkaitan yang kita selesaikan sebanyak 203 juta.
Jadi, secara khususnya di KRC ini saya boleh beri maklumat itu apabila pelabur-pelabur masuk mengikut keluasan tanah dan itu boleh kita bekalkan. Namun demikia,n buat masa ini secara khususnya pelabur itu yang enam pelabur yang akan masuk itu mereka belum memuktamadkan tetapi berminat untuk melabur. Once kita dapat maklumat yang tepat, keluasan yang mereka ‘acquire’, itu akan memberikan kita jumlah yang tepat tentang kadar pendapatan kita daripada hasil tanah. Terima kasih.
Terima kasih Jitra. Silakan Lunas.
Speaker, soalan tambahan, Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor-sektor terutamanya produk yang berasaskan getah di apa Kedah Rubber City?
Silakan.
Terima kasih YB Speaker, YB Lunas. Usaha-usaha yang kita lakukan adalah bersifat komprehensif yang mana kita berusaha untuk memastikan segala komitmen yang diberikan oleh federal dan juga state adalah selari. Jadi, usaha-usaha ini bersifat insentif di mana kita, kita akan bekalkan mereka dengan insentif-insentif yang bersasar dalam konteks sebagai contohnya ‘tax exemptions’. Mereka boleh mendapat setiap pelabur
yang melabur di KRC ini mendapat ‘tax exemptions’ sehingga 15 tahun ataupun kadar pelaburan mereka, pihak kapital mereka di mana mereka boleh mendapat sehingga jumlah yang mereka laburkan. Dan ini adalah satu usaha bersepadu yang dilakukan oleh kerajaan pusat dan negeri dalam usaha untuk kita melihat bagaimana mereka boleh terus komited untuk melabur di tempat kita. Dan insentif-insentif lain yang kita usahakan adalah dalam bentuk usaha-usaha atau pendekatan-pendekatan contohnya usaha-usaha bagaimana kita memastikan pembekalan tenaga kerja yang kita akan lakukan dan yang ini adalah juga pendekatan ‘it can be directly’ tetapi dengan kata lain ia menyumbang kepada komitmen mereka untuk melabur kerana mereka melihat adanya ‘human capital supply’ pembekalan tenaga kerja yang diperlukan itu dapat dilakukan.
Jadi, dengan kata lain kita usahakan dalam kerangka-kerangka yang menyeluruh komprehensif bersesuaian dengan keperluan-keperluan. Dan usaha ini juga sebenarnya dari segi latihan untuk para pekerja ini juga ada insentif disediakan oleh pihak NCIA di mana mereka memberikan tawaran dari segi pembiayaan, latihan dan seumpamanya. Jadi, secara keseluruhannya insentif ini menyeluruh dari pembangunan infrastruktur dan juga dari segi ‘tax exemptions’, juga dalam konteks pembangunan sumber manusia untuk dibekalkan bagi membangunkan industri tersebut. Terima kasih Jitra.
Terima kasih Jitra. Soalan nombor sepuluh dipersilakan Yang Berhormat Pedu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih YB. Speaker, dari Pedu ke Sungai Limau singgah sat di Bukit Buloh. Mau ka takmau? Mohon jawapan nombor sepuluh.
10. Pohon dinyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membimbing mualaf di Negeri Kedah?
Sungai Limau silakan.
Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahhirobbil Alamin Wabihi Nasta'in. Yang Berhormat Tuan Speaker, jawapan untuk soalan Pedu berkaitan dengan Program Kerajaan bimbingan kepada mualaf khususnya di negeri Kedah. Kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan bahawa mualaf ataupun saudara baru ini sentiasa kita santuni dan untuk menjaga akidah mereka secara khusus yang baru memeluk agama Islam.
Pertamanya, Majlis Agama Islam Negeri Kedah melalui Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ataupun kita sebut PUSBA nah semua orang biasa dengar PUSBA dia ringkasan kepada Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang terletak di Sungai Petani, telah mengambil langkah ini untuk menyediakan penginapan dan juga kelas bimbingan kepada saudara baru sejak daripada 1999, pengajian Al-Quran dan asas fardu ain sepenuh masa selama empat bulan untuk tahap pertama dan empat bulan bagi tahap kedua kepada kita panggil sebagai pelajar-pelajar mualaf ini yang mereka menginap di PUSBA ini mereka akan diberikan penginapan, makan minum, pakaian, alat tulis serta dibayar elaun selama 4 bulan itu setiap bulan RM300.00 bagi saudara baru melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah. Dan bagi pelajar-pelajar yang tidak berpeluang untuk mengikuti pengajian sepenuh masa mungkin kerana dia bekerja di tempat yang jauh daripada PUSBA ataupun sebagainya kita akan galakkan mereka dan bimbing mereka untuk mengikut kelas bimbingan yang diadakan secara mingguan di lapan daerah dalam negeri Kedah di daerah Kuala Muda, di Kota Setar, di Kubang Pasu, Baling, Kulim, Pendang, Padang Terap dan juga Langkawi.
Insya-Allah pada tahun depan akan kita adakan lagi di daerah Sik untuk satu lagi pusat pengajian kelas mingguan. Kelas ini diadakan bersesuaian dengan waktu orang bekerjalah, maksudnya dia cuti mungkin bagi beberapa daerah diadakan Jumaat dan Sabtu dan ada daerah yang diadakan kelas pengajian selama tiga jam itu pada Sabtu dan juga Ahad.
Seterusnya Yayasan Islam Negeri Kedah menerusi Pusat Dakwah Islam (PIDK) sentiasa menyokong dan meletakkan keutamaan tinggi untuk perancangan program dan aktiviti anjuran Majlis Agama Islam Negeri Kedah berkaitan bimbingan mualaf di negeri Kedah bagi tahun 2023, Pusat Dakwah telah berapa kali menjalinkan kerjasama bersama PUSBA untuk menyediakan kursus kepada para mualaf khususnya yang berada di sekitar bandar Alor Setar. Yayasan Islam bersedia menawarkan kemudahan ini kepada pihak PUSBA atau mana-mana pihak sekiranya diperlukan pada masa yang akan datang.
Di samping itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah juga telah mengeluarkan kad identiti kepada mualaf di samping memantau perjalanan kelas-kelas yang dilaksanakan di setiap daerah supaya memastikan bahawa mereka yang menjadi saudara baru ini dapat mengikuti kelas pengajian dengan sempurna.
Di samping itu, kursus insentif saudara baru selama tiga hari dua malam kursus sembelihan yang diadakan kolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga diadakan serta menerbitkan risalah bimbingan kepada mualaf. Insya-Allah untuk pada tahun 2024 di peringkat jabatan dan kerjasama agensi-agensi telah merancang untuk mengadakan tahun depan Program Mahabbah saudara baru bersama orang asli Baling, Seminar Pemantapan Saudara Baru Siri Satu, Program Tingkatan Kesedaran Masyarakat Dalam Dakwah dan Santuni Mualaf. Hat ini kita buat kepada pimpinan pertengahan masyarakat kepada Guru KAFA, Guru Takmir kepada MKK, insya-Allah supaya masyarakat tidak mempunyai pandangan negatif dan kepada mereka yang baru memeluk Islam ni para saudara baru kita ni kerana fasa perubahan mereka daripada budaya kehidupan yang lama untuk menyesuaikan diri dengan kita panggil apa kefarduan nah dan juga adat tatasusila sebagai seorang muslim kursus metodologi dakwah, kursus pengurusan jenazah, majlis penyampaian sumbangan, majlis penyampaian konvensyen mualaf Negeri Kedah. Insya-Allah yang telah dirancang untuk tahun 2024 dan di peringkat Lembaga Zakat Negeri Kedah, Alhamdulillah telah pun menubuhkan 20 orang Da’i di peringkat yang telah pun dilatih dan usaha untuk tahun 2024 nanti untuk capai 40 orang Da’i yang akan menjadi pembimbing kepada mualaf ini dan mereka setiap bulan akan turun ke lapangan untuk menyantuni golongan mualaf dan insya-Allah boleh kita kembangkan pada golongan-golongan sasaran yang lain. Da’i yang akan diwujudkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah ini. Insya-Allah sekian.
Terima kasih Sungai Limau. Soalan tambahan.
Terima kasih. Ada tak NGO-NGO yang turut serta dengan Jabatan Agama untuk menyantuni mualaf-mualaf ni?
Baik, ada 8
NGO yang telah pun menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama dan juga khususnya Lembaga Zakat Negeri Kedah dan 8 NGO ini telah pun diberikan geran bantuan kepada mereka oleh Lembaga Zakat untuk bimbingan mualaf kelas-kelas yang dilaksanakan dan kalau saya boleh sebut NGO-NGO ini, sat yang Berhormat Speaker noh.
Sila-sila.
Okay, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, PERKIM, Hidayah Centre Foundation, Persatuan Bimbingan Saudara Baru, Malaysian Chinese Muslim Association, Pertubuhan Dakwah Islamiah dan Kebajikan Saudara Baru Islam, Saudara Baru India se-Malaysia, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Prihatin Kedah, Pertubuhan Budi Prihatin Malaysia, hat ni khusus di Langkawi dan Insya-Allah perbincangan telah pun kita adakan dengan bahagian dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan juga Lembaga Zakat Negeri Kedah supaya bukan hanya melibatkan program-program dengan NGO dan pemantauan ini juga dilaksanakan khususnya di peringkat bawah pegawai-pegawai agama di peringkat daerah dengan kerjasama masjid-masjid. Sebab masjid ni lebih dekat dengan segmen yang paling bawahlah yang boleh untuk menyantuni mualaf ini supaya tidak ada yang kita ketinggalan daripada menyantuni saudara baru kita ini untuk menjaga akidah mereka, Insya-Allah sekian terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Sungai Limau.
Assalamualaikum Yang Berhormat Speaker, boleh soalan tambahan? Soalan saya Yang Berhormat Sungai Limau, tadi Yang Berhormat sebut 20 orang da’i itu jadi siapakah mereka? Kita pun nak tau lah da’i ini ‘qualified’ macam mana dia punya ‘qualification’ kan supaya yalah nak bimbing ini bukan senang nah sebab kita dah tengok banyak dah mualaf-mualaf ini setelah mereka dibebaskan makna kadang-kadang sembahyang pun dak kita tahulah tuan-tuan. Ini cuma nak tau la qualification 20 orang da’i ni daripada mana? Adakah mereka ini secara full time ataupun part time? Terima Kasih.
Terima kasih kepada Pantai Merdeka. 20 orang da’i yang telah pun ada di peringkat Lembaga Zakat Negeri Kedah yang telah pun dilatih kursus-kursus yang mereka ikuti. Sebahagian mereka di kalangan mualaf juga. Tapi kita yang sebut mualaf sebenarnya bila saudara baru ni tapi mereka dah belajar lama dah faham dan mereka ini boleh memahami kita punya budaya, perubahan yang berlaku dan penambahan kepada da’i ini juga akan diteruskan khususnya di peringkat Lembaga Zakat pada masa yang akan datang kalau perbincangan saya dan Lembaga Zakat sasaran tahun depan untuk kita 40 orang dan da’i ni diberikan elaun khas oleh Lembaga Zakat RM1500 na supaya mereka ni dapat memberikan fokus kepada tugasan mereka dan ada KPI KPI yang perlu mereka laksanakan. Maksud dia dalam tempoh sebulan berapa orang saudara baru yang mereka kena ziarahi, santuni, tanya khabar, pengajaran mereka di pusat-pusat pengajian ini semuanya itu akan menjadi KPI supaya kita dapat pantau da’i-da’i ini dan keberkesanan hasil bimbingan mereka itu dapat kita terjemahkan kepada seluruh saudara baru kita ini. Baik, terima kasih.
Terima kasih, silakan. Belantik dulu!
Terima kasih Tuan Speaker, kita dengar tadi daripada Yang Berhormat Sungai Limau membentangkan perancangan yang cukup baik untuk para mualaf di peringkat awal. Enam bulan pertama, setahun pertama, soalan saya apakah langkah jangka panjang untuk memastikan semua mualaf ini kekal untuk jangka panjang mereka bertambah ilmu agama mereka. Dan di akhir 10 tahun, 20 tahun, kita jamin juga mereka kekal sebegitu. Sebab apa dari segi faktor ekonomi, tak ada pekerjaan, tidak ada sumber-sumber kewangan membuatkan mereka keseorangan dan kadang-kadang mereka tidak ada ilmu dan tertinggal dengan ajaran ataupun kursus yang diberikan di peringkat awal tadi. Jadi, apakah langkah jangka panjang untuk melihat mereka terus kekal istiqamah dalam agama Islam? Terima Kasih.
Silakan Sungai Limau.
Terima kasih kepada Belantek, Yang Berhormat Tuan Speaker untuk langkah jangka masa panjang, maknanya untuk kita memastikan bahawa akidah kitalah bukan kata saudara baru saja termasuk kitalah yang kita sebut kita dilahirkan muslim ini pun kan untuk kita memperkemaskan ilmu kita na pemahaman kita tentang Ad-Din agama kita, Islam sebagai cara hidup bukan hanya sekadar ibadah-ibadah khusus tetapi kita terjemahkan Islam itu sebagai keseluruhan hidup kita yang ada perintah ada larangan daripada Allah SWT yang perlu kita jaga.
Jadi, itulah kalau kita nak pastikan kita semua ni terus istiqamah bukan hanya saudara baru tapi juga kepada kita semua untuk kita sentiasa mendalami ilmu. Dan usaha yang telah dilaksanakan di peringkat jabatan di peringkat NGO langkah yang amat baik dan insya-Allah kita di peringkat Kerajaan akan cuba pertingkatan lagi dan memastikan bahawa saudara baru kita ini tidak ada yang kita panggil apa tercicir na. Dan bagi mereka yang menghadiri kelas, kita sebut tadi bantuan untuk 4 bulan pertama itu, RM300 selepas itu tak adalah bantuan cuma bagi mereka yang mengikuti kelas mereka akan diberikan wang saguhati kehadiran RM35. Dan bagi semua mualaf yang tergolong, tergolong dalam kategori miskin mereka juga akan dibantu dengan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah macam biasalah na, siapa saja yang miskin di peringkat kita ada Lembaga Zakat dan untuk rakyat kita dan juga JKM tanpa kita kira muslim dan juga bukan muslim. Dan Insya-Allah kita di peringkat jabatan dan kerajaan akan memastikan bahawa usaha-usaha, kelas-kelas pengajian itu sentiasa dihadiri dan kita harapkan da’i yang kita akan latih dan telah pun latih itu akan berperanan bersungguh-sungguh di samping pemantauan daripada Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama di peringkat daerah yang juga usaha daripada masjid-masjid. Kita minta selepas daripada ini supaya data yang ada di peringkat Jabatan Agama khususnya dapat diperturunkan sehingga masjid nah siapa yang ada sekitar qariah itu mualaf supaya pihak Jabatan Agama dan Majlis juga dapat membuat pemantauan kepada saudara baru kita insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Sungai Limau, kita akan masuk ke perbahasan bajet. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
II. Sambungan Perbahasan Ucapan Bajet 2024 Secara DasarAddress / budget
Sambungan Perbahasan Ucapan Bajet 2024 secara dasar sehingga selesai.
Kelmarin Bandar Baru dah bercakap lebih kurang 3 minit, dan hari ini kita sambung dengan Bandar Baru, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillahirobbil alamin Washolatu Wassalamu 'Ala Asrofil Ambiya Iwal Mursalin, Wala Alihi Wa Sahbihi Ajmain, Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad, Robbisrohli Sodri, Wayassirli Amri, Wahlul 'Uqdatammil Lisani Yafqohu Qouli. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhoramat Jeneri seterusnya barisan EXCO, rakan-rakan penyokong dan juga pembangkang, wakil-wakil rakyat seterusnya rakan-rakan daripada jabatan-jabatan dan tidak kecuali kepada pelawat-pelawat daripada para pelajar. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyambung ucapan perbahasan berkaitan dengan bajet 2024. Pertamanya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan bajet pada dua hari kelmarin dan saya melihat bahawa bajet ini merupakan satu bajet yang menyeluruh dan sempurna dan melibatkan pelbagai polisi dan dasar-dasar Kerajaan dan saya dapati sepanjang perbahasan semalam tidak ada bantahan ataupun bangkangan dalam perkara-perkara dasar dan juga polisi-polisi Kerajaan, apa yang saya lihat di sini bahawa perbahasan ataupun pembentangan bajet kita pada kali ini menuntut kepada semua yang ada di sini ahli-ahli yang berhormat, jabatan-jabatan Kerajaan dan juga jentera-jentera yang ada di seluruh peringkat Kerajaan negeri untuk melaksanakan apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri. Kita lihat bagaimana perancangan untuk membangunkan negeri Kedah untuk memartabatkan sebagai negeri yang dihormati dan juga disanjungi, perkembangan pembangunan negerinya melibatkan semua Masyarakat.
Tuan Speaker, saya mengambil kesempatan ini juga untuk memperingatkan bahawa maklamat pembangunan negeri ini adalah untuk kebaikan semua orang. Tidak ada satu pun apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri, mendatangkan keburukan kepada yang lain. Semuanya mendatang kebaikan kepada rakyat dan juga masyarakat yang baik di peringkat bawahan ataupun di peringkat atasan sama ada di bandar, luar bandar dan juga di kampung. Dan inilah yang menuntut kepada kerja kita semua untuk menjadi seorang pekerja dan petugas. Dan bagi kita khususnya di peringkat pentadbiran dan juga di peringkat pelaksanakan perlu melaksanakan segala arahan-arahan dan juga perancangan yang telah disusun atur ini untuk menghormati ‘government of the day’ ataupun kerajaan sekarang ini untuk kita bekerja bersungguh-sungguh bagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri, sebagaimana Allah Taala sebagaimana sabda nabi sebagaimana Allah Taala berfirman َّإ ن َ َّاللّ َّعَز َّوَ جَل ُّيُح ب إ ذَا َعَم ل أَحَدُكُم عَمَال أَن ُيُت ق نَه Sesungguhnya Allah Taala suka kepada seorang itu bekerja melaksanakan satu amalan melaksanakannya dengan penuh tekun. Tuan-tuan hadirin hadirat sekalian, Tuan Speaker, kita alhamdulillah bagaimana Allah Taala berfirman yang berbunyi, وَ لَو َّأَن َأَه ل ٰٰٓٱل قُرَى ءَامَنُوا وَ ٱتَّقَو ا لَفَتَح نَا عَلَي ه م بَرَكَـٰت َم ن ٱلسَّمَآٰء وَ ٱأل َر ض ٦٩ -Surah al-Araf ayat 96-Allah Taala berfirman Allah Taala berkata dan sekiranya penduduk satu negeri itu, beriman serta bertaqwa, maka aku akan limpah berkat ini daripada langit dan bumi. Alhamdulillah daripada pembentangan Yang Amat Berhormat Jeneri, apa yang dinyatakan tentang hasil negeri iaitu REE yang telah di mendapat kelulusan sebagai negeri yang akan mendapatkan projek rintis kedua. REE ini sebagaimana yang telah kita ketahui, telah kita bincang dan dimaklumi oleh semua orang di seluruh negara dan juga di seluruh dunia bahawa REE di Negeri Kedah ini terdapat satu deposit simpinan yang sangat tinggi yang mendatangkan hasil berbilion berbilion ringgit dan ini lah saya sarankan agar kita mengambil kesempatan ini yang pertamanya untuk membentuk satu jawatankuasa ataupun organisasi yang mengurus khusus untuk REE ini agar kita dapat manipulasi, manfaatkan mineral REE ini untuk kita bangunkan negeri kita dan sayugia saya sarankan agar kita mengambil manfaat daripada apa yang telah dibentuk SG4, ‘State Gorvement 4’ yang melibatkan gabungan daripada negeri Perlis, Kedah, Kelantan
dan Terengganu agar satu gabungan yang mantap kerana daripada gabungan inilah kita dapat menjanakan pendapatan yang maksima kepada negeri. Kemudian, saya melihat kepada proses yang ada sekarang ini kebanyakan di negeri baik di Perak yang telah mereka ada satu projek rintis di Perak mereka mengambil teknologi daripada negara China, bukan hanya teknologi tetapi kepakaran dan tenaga pekerja, segala pengurusannya ambil daripada negara China. Oleh sebab itu, saya mengharapkan agar kita di Kedah ini dapat melahirkan pakar-pakar untuk mengekstrak REE ini dan juga proses aliran projek-projek hiliran yang berkaitan dengan REE termasuklah pengekstrakan pemprosesan dan juga proses-proses penghasilan produk yang lain. Kita dapati bahawa 15% royalti yang disebut di dalam bajet di dalam bajet yang lepas hanya untuk mendapatkan karbonat tapi tuan-tuan sebenarnya hasil daripada REE ini bukan sekadar karbonat. Kita juga akan boleh mendapatkan outside, outside ini merupakan proses yang seterusnya daripada hasil karbonat yang kita dapat hasil listing proses di bawah institusi di bawah projek ataupun proses institusi itu, kita akan dapat karbonat, daripada karbonat ini boleh terproses untuk mendapatkan outside yang mana hasilnya lebih tinggi harganya lebih tinggi daripada karbonat. Oleh sebab itulah saya mengharapkan teknologi ini dapat dikembangkan dan saya yakin sudah ada pakar-pakar daripada universiti-universiti yang mempunyai kemahiran untuk mengurus dan mengekstrak REE ini. Tuan-tuan, Tuan Speaker dan juga rakan-rakan sekalian, deposit yang paling tinggi di Negeri Kedah ini kebanyakannya berada di dalam hutan simpan. Oleh sebab itulah, saya mengharapkan agar pengesahkan ataupun mencari galian REE ini dapat mematuhi segala SOP peraturan-peraturan yang ada di negara kita ini. Dan insya-Allah segala SOP dan juga pematuhan itu boleh kita penuhi, boleh kita laksanakan dengan baik. Hadirin hadirat sekalian di antara kawasan-kawasan yang mempunyai REE yang tinggi ini, di kawasan sekitar Empangan Ahning, Empangan Muda, Empangan Pedu, Empangan Beris dan kawasan tadahan mereka. Ini di antaranya, kita lihat bagaimana yang berada di Bukit Enggang. Itu semua kawasan-kawasan, kawasan-kawasan tanah apa hutan simpan. Hutan simpan kekal dan satu deposit yang besar yang tinggi yang saya dapat satu laporan yang terkini. Di sekitar Gunung Bongsu satu kawasan boleh kita katakan keseluruhan sekitar Gunung Bongsu itu kawasan simpan kekal dan di situlah di antara deposit yang tinggi. Boleh kita buat satu proses ataupun projek pencari galian untuk lihat sejauh manakah jumlah deposit REE yang ada. Begitu juga kita ada mineral yang lain yang perlu kita lihat bersama yang semakin meningkat harganya iaitu bijih timah ada di beberapa tempat termasuklah di kawasan.
Mohon mencelah.
Ya silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru, saya rasa Bandar Baru maklum saya telah mendapat jawapan bertulis daripada pihak berkenaan atas soalan, adakah Kerajaan sudah bersedia untuk mengeluarkan unsur nadir bumi REE dari DUN Belantik? Jawapan diberi Ya dan saya bertanya lagi berapakah anggaran hasil yang dijangka diperolehi? Jawapan diberi Kerajaan Negeri akan menikmati hasil daripada kadar royalti 15% daripada harga jualan REE karbonat. Saya rasa jawapan ini boleh membantu Bandar Baharu. Terima kasih.
Terima kasih, sebagaimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet ini memang nyata ianya 15% daripada karbonat. Kalau kita proses dengan lebih panjang lagi kita akan dapat outside. Outside ini hasilnya lebih daripada itu lagilah, ni setakat ni yang diproses di Malaysia, di peringkat Malaysia hanya sekadar karbonat dan dihantar karbonat ini ke Negara China. Dan di sana mereka proses outside dan depa dapat hasil yang lebih baik, lebih tinggi. Sebab itu bagi kita elok kita karbonat itu kita proses di sini di dalam negara kita dan kita eksport ke negara-negara yang lain untuk mendapatkan hasil yang lebih tinggi. Itu saya punya saranan. Terima kasih Belantik.
Ya Langkawi, di Langkawi ada try juga?
Di Langkawi tak ada. Dia ada dolomite.
Terima kasih.
Aaa minyak gamat, itu dolomite! Minyak gamat, dolomite ini dia sesuai untuk proses membaja, memproses baja, itu jadi hasil yang deposit yang lumayan di Langkawi itu dolomite dan saya rasa ada satu pulau di Langkawi itu penuh dengan dolomite, boleh proses untuk buat baja hasil kepada Langkawi lah insya-Allah.
Terima kasih. Teruskan.
Okay yang lain-lain kita ada tungsten bijih besi, inilah kayanya khazanah negeri Kedah ini. Yang selama ini nampak kita bergantung kepada padi tapi hasil bumi yang lain masih belum kita masih lagi saya kata virgin mentah ataupun beliau virgin masih lagi di peringkat awal walaupun kita suatu masa ketika dulu sangat tinggi dengan hasil besi sekitar di sekitar Gunung Jerai. Tuan Speaker, saya mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan negeri khususnya Yang Amat Berhormat atas inisiatif bantuan pendidikan yang diberikan kepada rakyat negeri Kedah dan termasuklah air baki tabung Tengku Mahmud dan inilah bagi saya satu pelaburan ataupun investment untuk menjana sumber manusia bagi membangunkan negeri ini yang ianya wajar kepada kita untuk melahirkan pakar-pakar ataupun bakat-bakat atau intelek ataupun modal insan bagi membangun negeri Kedah kita ini. Kita tak perlu import pakar-pakar daripada luar khususnya daripada luar negara untuk membangun ataupun mengeksploitasi hasil bumi di negeri Kedah ini. Inilah satu pelaburan yang saya yakin pelaburan ini bukan hanya sekadar pelaburan di atas muka bumi tapi juga pelaburan akhirat. Oleh sebab itu, saya menganjurkan agar semua di kalangan kita di sini ataupun siapa saja mengambil kesempatan ini untuk menambahkan dana dalam tabung Tengku Mahmud ini dan kita boleh mengorak langkah bagi membina hala tuju pembangunan insan bagi menyokong ‘The Greater Kedah’. Dan saya yakin ‘The Greater Kedah’ ini masih belum cukup tenaganya untuk kita bangun, untuk kita serlahkan kelebihan kebaikan dan kehebatan Negeri Kedah ini dan begitu juga bagaimana sebelum daripada yang kita mendengar apa yang dikatakan sebagai ‘Cordoba of Kedah’, dimana medan ilmu, gudang ilmu di negeri Kedah ini untuk kita jadikan sasaran ataupun tumpuan kepada para pelajar di seluruh dunia dan bagi juga kita untuk nak membangunkan kepakaran di negeri kita ini!
Memang negeri Kedah satu yang hebat satu ketika dulu, ketika sebelum daripada masihi lagi telah terkenal dengan teknologinya dengan kehebatan ilmunya sebelum daripada masihi lagi, kita gembar-gemburkan perkara ini tapi kalau pepatah Arab dia kata, kata apa ذ أنا ها الفتى ولكن ،أبي كان يقول من الفتى ليس
“Laisal fata man yaqulu kana abiy, wa lakinal fata man yaqulu ha ana dza”.
Bukanlah seseorang pemuda itu dia mengatakan dia menunjukkan itulah datuk aku ataupun nenek aku ataupun nenek moyang aku tentang kehebatan-kehebatan mereka tapi tunjuklah sesungguhnya seorang pemuda itu ‘hak anazah’ inilah aku, kita gembira kita rasa megah dengan kehebatan orang dahulu tapi di manakah kita ini untuk membangunkan negeri Kedah. Oleh sebab itu, saya yakin dengan kepimpinan baru dan sokongan daripada wakil rakyat-rakyat, wakil rakyat yang ada di sini. Kita boleh bangunkan negeri Kedah ini insya-Allah sebagai satu negeri yang masyhur setanding dengan negeri-negeri yang lain tuan-tuan. Di kesempatan ini juga saya ingin mencadangkan kepada portfolio yang mengendalikan pendidikan ini agar kita memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh pendidik dan juga kepada pelajar-pelajar kita, anak-anak Kedah yang belajar di universiti bukan hanya kita tertumpu kepada UniSham tetapi juga universiti-universiti yang lain di seluruh negara dan juga di seluruh dunia. Kita lihat bagaimana anak Kedah ini telah mendapat kelulusan yang baik telah mendapat pengiktirafan di peringkat dunia tapi kita di negeri Kedah ini sewajarnya mengiktiraf mereka ini dengan memberi penghargaan oleh negeri. Kalau kita lihat di universiti-universiti mereka ada anugerah pingat emas, anugerah tokoh pelajar dan sebagainya di universiti-universiti. Oleh sebab itulah saya menyarankan agar kita menghargai mereka ini pelajar-pelajar Kedah ini di universiti setelah mereka mendapat CGPA yang tinggi, ‘first class’ dan sebagainya untuk kita menghargai mereka ni satu ‘recognition’ kepada mereka yang agar mereka pulang berbakti kepada negeri Kedah, tak kiralah waktu hari penyampaian hadiah, hari konvokesyen dan sebagainya. Dan dalam konteks portfolio akademik ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri dan telah memperuntukkan 28 juta peruntukan 2024 untuk Maktab Mahmud. Satu nilai yang tinggi dan saya mengambil ingin mengambil perhatian satu Maktab Mahmud di kawasan saya Maktab Mahmud Bandar Baharu SABK.
Yang keadaannya daif, kalau kita lihat bangunan asramanya yang sesak kerana apa sambutan yang hebat. Bandar Baharu ini berada di sempadan Perak bukan hanya sekadar pelajar-pelajar daripada Kedah, pelajar-pelajar daripada Perak juga datang untuk belajar di Maktab Mahmud ini. Iaitu sambutan tahniah kepada Maktab Mahmud. Tetapi kita mengharapkan ‘facility’ ataupun kemudahan untuk Maktab Mahmud Bandar Baharu ni dipertingkatkan, tiap-tiap tahun mereka ini dilanda di mana banjir kilat ini biasa, tiap-tiap tahun, saya mesti akan sampai di situ untuk operasi cuci dan bersih. Jadi, saya mengharapkan bagi pihak portfolio pendidikan cuba perhatikan kerajaan ini. Kemudian, saya masuk kepada isu tempatan di kawasan saya. Bagaimana yang tuan-tuan ketahui Bandar Baharu ini di ‘recognize’ ataupun diiktiraf sebagai zon durian, Suka Menanti yang ‘highlight’ tadi zon durian, zon durian ini terkenal dengan durian duri hitam dan musang king. Paling hebat memang diakui di seluruh negara durian duri hitam yang terbaik adalah daripada duri hitam Bandar Baharu.
Musim dia ka lani.
Haa?
Belum musim dia?
Sekarang musim dia, kena pergi ke sana mari sini tak sedap.
Terima kasih.
Cuma yang saya nak highlightkan di sini, yang memonopoli industri durian duri hitam ini adalah bukan di kalangan bumiputera aa itu. Saya mengharapkan Suka Menanti khususnya dapat melihat bagaimana kaedah cara supaya durian ini duri hitam ini dapat juga dinikmati bukan rasanya, dapat juga ditanam oleh penduduk-penduduk di Bandar Baru.
Menjadi industri kepada mereka yang saya yakin kita banyak bahas tentang-tentang apa nama tentang getah, kita boleh tukar getah ini kepada duri hitam sebab itu perlukan bajet, perlukan peruntukan khusus kepada mereka pekebun-pekebun kecil ini untuk menggantikan getah yang sudah dikatakan tidak ekonomik oleh Bayu semalam ini itu jadikan digantikan untuk kita buat penanaman secara kelompok dan sebagainya, yang duri hitam ini memang mahal sebab perniagaannya sangat tinggi kos dia. Bukan boleh tanam, tinggal, tuai, tinggal tak jadi hmm tanam tunggu itu sampai dia dapat hasil dan suka saya nyatakan bahawa durian duri hitam ini sudah sampai ke peringkat dia berubah sepanjang tahun. Sepanjang tahun ini saya boleh dapat duri hitam tapi kena sayalah. Di antara dan begitu juga industri hiliran yang berkaitan dengan duri hitam ini perlu diperkemaskan daripada masa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kemudian tentang pembangunan Bandar Baharu ini kita lihat tidak ada satu industri yang besar di Bandar Bahahru ni, tidak ada dan dalam buku bajet tak dak disebut dengan nyata tentang industri-industri di dalam daerah Bandar Baharu ini. Saya ingin sarankan khususnya kepada Ayer Hitam kepada Jitra dan juga Kuala Ketil dapat diusahakan Bandar Baharu ni dijadikan sebagai hub industri kesihatan, hub industri Kesihatan bagi kita menangani apa masalah-masalah kesihatan di seluruh negara khususnya di kawasan Kedah, Perak dan juga Pulau Pinang. Itu sebab Pulau Pinang telah tepu pembangunan mereka. Oleh sebab itu, perlu dibawa ke Bandar Baru, hadirin-hadirat sekalian, Tuan Speaker, prasarana seterusnya di Bandar Baharu ini berkaitan dengan jalan kampunglah, jalan kampung memang biasa, kali terakhir saya tanya baru ini saya, saya rajin masuk kampung. Nak tanya orang kampung, Tuan Speaker, saya tanya berapa kali terakhir jalan ini diturap sejak zaman bila, mereka menjawab sejak zaman Datuk Kadir, zaman Datuk Kadir ini saya sekolah rendah lagi, lama tak lama itu keadaannya, silih ganti pimpinan dan juga Kerajaan tapi jalan masih begitu, jalan masih berombak. Tuan-tuan, saya berharap aaa khususnya kepada Exco dapat melawat Bandar Baru ini dan saya dalam analisa saya ada di kalangan Exco ini yang dah sampai lima enam kali ke Langkawi tapi tak pernah sekalipun ke Bandar Baharu, tuan-tuan. Mungkin jalan di mana Bandar Baharu ini, dia berombak-ombak, macam jalan pi Langkawi juga. Hadirat sekalian, keadaan di Bandar Baharu ini dari segi penduduknya saya cuba, saya cuba jelaskan di sini, penduduk daerah Bandar Baharu ini perlu perhatian, mereka ini bekerja mencari pendapatan di luar daerah Bandar Baharu. Mereka menjadi punca pendapatan mereka di Kulim di daerah Kulim, di industri-industri di Kulim dan juga di Pulau Pinang dan mereka berbelanja di mana? Mereka berbelanja juga di Kulim, di Pulau Pinang dan di Perak, itu mereka mencari pendapatan di luar, mereka juga berbelanja di luar. Mereka hanya kembali ke daerah ini untuk keluarga dan tidur.
Bandar Baharu, saya nak bagitau saya dah ada. Ya, silakan.
Ya, Terima kasih.
Faham ya.
Terima kasih YB Speaker, tuan-tuan di antara point-point saya yang terakhir saya, saya juga bersetuju dengan pandangan daripada Bayu semalam tentang pembukaan pintu baru di Baling, Betong. Saya balik mengkaji, malam tadi tuan-tuan di antara pintu-pintu di sebelah Thailand yang maju. Di antaranya Betong, Betong tuan-tuan saya maklumkan ada dua lapangan terbang dan lapangan terbang yang terbaru adalah lapangan terbang antarabangsa Betong yang lebih hebat dan jarak daripada baling ke Betong ini berapa minit? Dua puluh minit, sepuluh, setengah jam itu kita lama, ha okay, kalau diringkaskan kalau dibuat satu laluan baru, pintu baru ke Betong saya rasa lebih singkat daripada itu lagi. Lebih singkat daripada ke KXP ke Bayan Lepas lebih singkat daripada itu lagi. Oleh sebab itu, pintu baru kita kalau sekiranya kita dapat buat laksanakan khususnya perlu bantuan daripada pusat sebenarnya untuk buka laluan baru daripada baling ke Bentong untuk kita eksport keluaran hasil kita terus ke timur ke apa port di Narathiwat. Itu di antara benda-benda yang perlu kita lihat dan saya kaji benda ini lebih ringkas, lebih cepat, lebih dekat kita melalui pintu Betong itu bukan untuk kita nak tarik pelancong saja, YB. Speaker, kita juga tarik pelabur daripada luar untuk masuk ke Malaysia ini, ke KXP melalui pintu Betong, Baling insya-Allah suatu masa nanti kalau sekiranya diizinkan. Tuan-tuan hadirat sekalian, Tuan Speaker. (YB. Bayu mencelah)
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker, saya nak merakamkan terima kasih kepada Bandar Baharu yang mana amat penting sekali, pintu sempadan itu dibuka sebab dia pada waktu dulu, sebelum merdeka, tok nenek kami memang laluan utama daripada Betong Thailand ke Malaysia adalah daripada situ, bukan daripada Keruh. Jadi sebab itu kita boleh imbau balik nostalgia lama itu dan laksanakan, Insya-Allah perkembangan ekonomi akan memberi keuntungan kepada negeri Kedah dan juga masyarakat setempat. Terima kasih YB.
Terima kasih Bayu, yang terakhir daripada saya, kita dalam isu Palestin ini dan memang ada akan dibentangkan usul pada hari terakhir kalau sekiranya ada masa tapi saya timbulkan sekarang ini. Palestin menyatukan semua orang, ini di antara kehebatan yang Allah Ta’ala letakkan Palestin ini di dalam dairi kehidupan kita, isu Palestin ini ada dalam dairi kehidupan kita sejauh manakah kita boleh menyumbang, memberi bantuan kepada Palestin ini dan Palestin ni menyatukan seluruh umat tak kira bangsa, tak kira warna kulit, tak kira bahasa dan kita lihat bagaimana cekalnya rakyat Palestin ini, mereka boleh bangun dengan keupayaan mereka sendiri telah diroboh, diruntuh, dihancurkan bangunan rumah-rumah mereka, mereka bangun daripada kepakaran mereka sendiri. Mereka mempunyai fakta-fakta yang lebih hebat daripada kita menggunakan ‘waste’ atau sisa-sisa runtuhan itu, mereka bangunkan kembali masjid, hospital dan sebagainya. Kelengkapan hospital di sana ada yang sebahagiannya hebat daripada kelengkapan hospital kita, kita di sini. Saya ingin sarankan agar UniSHAM dapat mengambil para pelajar daripada Palestin ini untuk belajar di UniSHAM ini secara percuma, saya yakin Pusat Zakat mempunyai dana untuk membiaya pelajar-pelajar daripada warga Palestin ini. Di kesempatan ini saya sebagai kakitangan pengajar sebelum daripada ini sudah melatih dan membimbing, menyelia beberapa pelajar Palestin untuk mereka kembali ke negeri mereka menggunakan kepakaran keturunan awam, kepakaran pengurusan air dan juga pengurusan sisa dan sebagainya, mereka bangunkan negara mereka. Inilah sumbangan yang kita boleh berikan kepada mereka. Saya berharap UniSHAM dapat offer ataupun membuka ruang peluang kepada pelajar-pelajar untuk datang ke sini belajar ini secara percuma dan pengalaman saya ada Palestin ini belajar secara percuma. Mereka datang kasi makan, minum percuma, yuran percuma. Itu di antara benda yang kita boleh usahakan di sini. Bukan hanya sekadar kita memberi sumbangan derma, saya yakin semua oleh semua di kalangan kita boleh memberi sumbangan derma wang ringgit dan sebagainya tapi tidak ramai di kalangan kita ini yang boleh menyumbangkan apa ilmu kepada mereka inilah kelebihan yang kita ada. Saya berharap perkara yang dapat dipertimbang untuk agenda-agenda kita khususnya kepada rakyat dan pelajar Palestin ini, kita boleh membangun, kita bukan hanya memberi ikan tapi kita memberi joran kepada mereka untuk mereka bangun sendiri dan mereka apa yang saya dapati apa yang saya berkawan dengan mereka, pelajar-pelajar Palestin kita, saya nak bagi derma kat mereka ini, mereka tak mahu, sebab apa?
Kami dah dapat ilmu daripada tuan, kami gunakan ilmu ini untuk bangun negeri Palestin dengan kelebihan-kelebihan dan juga inisiatif mereka sendiri. Sekian daripada saya dengan serangkap pantun Semai Padi Benih Malinja, Tepi Batas Tanam Kangkong, Sampai Di Sini Ucapan Saya, Ucapan Mb Saya Sokong.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Okay terima kasih Bandar Baru, saya bukan nak puji Bandar Baru tetapi saya suka sebab yang pertama dia memenuhi kriteria yang diperlukan sebagai seorang pembahas. Dia tidak terlalu memandang kepada teks dan sering senyum kepada Speaker. Terima kasih, sebab itu saya bagi lebih sikit jadi seterusnya kita menjemput ADUN Gurun dipersilakan ADUN Gurun.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahhirobbilalamin Wassola Tuwassalam Walaasrofil Ambia Hewalmursalin Waala Alihi Wasohbihi Ajmain Allah Hummasolliala Saiyidina Muhammad Waala Alihi Wasohbihi Ajmain Robbilyasir Wala Tuassir Robbit Tammin Bil Qoir.
Terima kasih YB. Speaker, Jutaan terima kasih kerana memberi peluang dan kesempatan kepada Gurun untuk bersama-sama menyertai sesi perbahasan pada kali ini, pertama kali Gurun berada di dalam dewan yang mulia ini, ingin mengucapkan tahniah di atas perbentangan bajet yang telah di sampaikan dengan jayanya oleh kekanda panglima perang YAB Jeneri, Dato’ Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. Sebelum memulakan perbahasan pada hari ni, tuan speaker izinkan Gurun meluahkan dan memulakan dengan serangkap pantun :
Pergi ke pasar membeli ikan Singgah sebentar beramah mesra Bangun berbahas isu sukan Kebajikan rakyat lebih utama
Silakan, tapi speaker minta maaf sebab speaker tak pandai nak berpantun dalam Bahasa Melayu, hmm dalam Siam saja.
Tuan speaker, Pertama sekali Gurun mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Jeneri di atas peruntukkan kepada pengurusan sukan di negeri Kedah, melihat kepada bajet tersebut, kerajaan negeri begitu komited untuk membangunkan pembangunan sukan didalam negeri kedah dan melahirkan bintang-bintang seperti ADNAN SAIDIN (Sepak takraw) ROMZI BAKAR (400 M sea Game 2001) SIVASANGARI dan dua beradik iaitu AIFA dan AIRA AZMAN (skuasy) ABD GHAFAR BIN ABD MAJID-MUHAMMAD WAHAB (juara silat dunia) KHOHARULLAH BIN ABD MAJID (silat sukma dan Malaysia)
Gurun ingin bertanya kepada YB Alor Mengkudu, kita sedia maklum kedah diantara salah satu negeri yang akan ke sukan sukma pada tahun hadapan di Sarawak, dengan peruntukkan yang telah disediakan apa perancangan kerajaan bagi memastikan atlet-atlet yang akan bertanding di dalam perbagai ketegori membawa pulang pingat, dan adakah kerajaan telah menetapkan sasaran pingat serta berapa ketegori sukan yang dijangka di sertai oleh Kedah.
Tuan speaker, melihat kepada keadaan pada hari ini, selain dari sekolah-sekolah sukan dan kelab-kelab di negeri Kedah ini, sumber mana lagi yang YB Alor Mengkudu rasakan sesuai untuk mencungkil bakat-bakat sukan di negeri Kedah, kita semua sedia maklum yang perbagai sukan semakin ketandusan pelapis yang mampu membawa nama negeri kedah ke persada antarabangsa, jika di lihat pada masa dahulu kita mempunyai perbagai atlet yang mampu mengharumkan nama kedah di persada antarabangsa, maaf saya ulang, bolehkah YB Alor Mengkudu nyatakan kenapa ini berlaku, atau disebabkan kekurangan fasarana atau sememangnya minat untuk bersukan itu semakin kurang, selain dari bola sepak, badminton,sepak takraw dan silat, Gurun melihat sukan hoki, pimpong,bola baling,bola tampar,dan beberapa lagi sukan seumpama hilang dari rada, apakah rrancangan Alor Mengkudu berkaitan dengan sukan-sukan tersebut.
Gurun mencadangkan pihak exco sukan mempertimbangkan sukan-sukan yang di lihat semakin suram sambutannya, dan mencadangkan Alor Mengkudu mempertimbangkan kalau boleh di wujudkan satu daerah satu sukan, yang mana kita menetapkan KPI utk setiap daerah dan kita tidak hanya begantung harap kepada sekolah-sekolah sukan dan kelab-kelab sukan semata-mata.
Dalam peruntukkan 10 juta ringgit Malaysia yang diperuntukkan untuk MSN, boleh Alor Mengkudu nyatakan berapa imbuhan yang akan diperolehi oleh atlet-atlet sekiranya membawa pulang emas kepada negeri kedah, agar menjadi pembangkin semangat kepada mereka, dan Gurun juga mencadangkan Alor Mengkudu bersama-sama MSN membincangkan peruntukkan untuk setiap kategeri sukan supaya mereka dapat berlatih di tempat-tempat yang bersesuaian, dan menyediakan pakar-pakar psikologi bagi membangkitkan semangat dan jati diri Kedah itu sendiri.
Tuan speaker, Jutaan terima kasih di atas keperihatinan Y.A.B jeneri kerana telah memperuntukkan sejumlah 4 juta ringgit Malaysia bagi membaik pulih trek di dalam stadium darulaman,trek tersebut telah lama dalam keadaan uzur semenjak zaman saya bermain bola lagi, Gurun juga berharap dengan peruntukan baik pulih ini dapatlah sekolah-sekolah dan kelab-kelab sukan tersebut mengguna kan bagi melahirkan pelari-pelari pecut negeri betaraf antarabangsa, besar juga harapan agar selepas ini pendekatan baik pulih trek dapat di selenggara mengikut kesesuaian , gurun juga mencadangkan kepada Alor Mengkudu mengenal pasti daerah-daerah yang bersesuain bagi memperbanyakkan trek-trek sukan di negeri kedah, bagi melahirkan pelapis pelari pecut yang betaraf antarabangsa, Gurun juga mencadangkan agar kedah juga dapat mengujudkan trek basikal bagi melahirkan jaguh basikal sehebat Azizul Hasni Awang. Silakan YB. (YB. Pedu mencelah)
Terima kasih Gurun dan terima kasih Yang Berhormat Speaker, mohon mencelah apa adakah Gurun setuju untuk kita, orang panggil apa ambil kembali sukan-sukan tradisional ni untuk dijadikan aktiviti tahunan dalam negeri Kedah?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pedu, memang itu saya cadangkan untuk sukan di negeri Kedah ini sebab kita kena utamakan juga sukan warisan rakyat ini dan apa yang dicadangkan oleh YB Pedu tadi memang akan dimasukkan dalam text ucapan saya untuk dibahaskan pada pagi ini. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan speaker masa masih ada lagi, sebab sebelum ni pun saya bermain banyak masa tambahan.
Saya faham.
Tuan sperker, Gurun mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana begitu perihatain dengan pekembangan sukan demi memastikan kemajuan sukan untuk negeri kedah dan besarlah harapan kami agar barisan exco kerajaan negeri yang ada pada hari ini dapat membelanjakan segala peruntukkan yang telah di sediakan secara bijaksana demi rakyat negeri kedah yang kita sayangi.
Tuan speaker yang dikasihi,
Pisang emas di kedai abu Hendak di jual tak laku-laku Sungguh banyak masaalah lalu Tidur tak nyeyak makan tak lalu
Sebelum mengakhiri perbahasan pada hari ini,izinkaan untuk menyatakan sedikit berkaitan dengan kawasan gurun sendiri, tuan speker selama 4 bulan menjadi adun, antara masalah yang paling utama adalah sistem peparitan yang telah lama tidak di baik pulih, mohon exco terbabit untuk melihat semula kewajaran tersebut, Gurun juga memohon kepada exco terbabit berkaitan dengan pokok-pokok besar di sepanjang jalan utama yang menghubungkan Gurun ke Sungai Petani, Gurun ke Alor Setar serta jalan utama Gurun ke Sik, terutama pokok-pokok dihadapan sekolah-sekolah agar dapat di selenggara supaya tidak membahyakan penduduk dan pelajar,gurun juga memohon pihak exco terbabit dapat melihat kembali kewajaran masa bagi lampu-lampu isyarat yang mempunyai AES, kerana sudah ramai yang di saman kerana tempoh masa lampu kuning yang terlalu singkat.
Depa duk mai minta bagi YB bayar saman kah macam mana?
Insya-Allah akan ditengahkan YB Speaker,
Ya, tambah lagi.
Gurun juga ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk melihat kembali berkaitan dengan penyelarasan,pada hari ini jika dapat dilihat fasarana-fasarana tidak di selenggara dengan begitu teratur kerana perbagai pihak akan menolak kepada pihak yang lainnya, gurun ingin mencadangkan diantara langkah-langkah yang boleh di ambil, jika fasarana berkaitan dengan longkang-longkang dan rumput-rumput di serahkan kepada PBT, berkaitan jalan dan lampu di serahkan kepada JKR, berkaitan dengan sungai di serahkan kepada JPS, gurun mencadangkan agar menetapkan siapa yang sepatutnya, bagi memudahkan urusan aduan dari rakyat, masaalah akan berterusan jika tidak di selaraskan dengan baik, Gurun mohon jasa baik kerajaan untuk mempertimbangkan apa yang telah gurun suarakan.
Tuan speaker yang manis lagi segak bergaya, Sebelum mengakhiri perbahasan pada hari ini, gurun ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih terutamanya pegawai daerah Kuala Muda dan jabatan di daerah kuala muda JPS, JKR, SADA, MPSPK dan lain-lain agensi kerajaan kerana telah banyak membantu Gurun menjalankan tugas sebagai wakil rakyat selama 4 bulan ini. Gurun mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan speaker kerana memberi peluang untuk bersama-sama dalam perbahasan menyokong bajet pada kali ini, besarlah harapan gurun agar kita sama-sama berusaha demi kesejahteran penduduk di Kedah, demi merialisasikan The Grater Kedah, Gurun dengan ini menyokong penuh bajet yang telah di bentangkan. Wabilahhitaufik walhidayah assalammualaikum w.a.t
Terima kasih.
Tuan Speaker, tambahan. Terima kasih Tuan Speaker, saya begitu bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Gurun sebentar tadi berkenaan dengan perparitan sebab Gua Chempedak juga mengalami masalah yang sama pada September yang lalu mengalami banjir kilat.
Guar Chempedak nah, patutnya tak boleh tetapi takpalah dah bangkit berdiri dan kita duduk sajalah.
Terima kasih. Kerana apa yang saya nak nyatakan di sini sebenarnya apabila berlaku banjir kilat ini selepas kita turun melihat dan menganalisa punca yang utamanya adalah pembangunan yang dibangunkan tidak selari dengan perparitan yang ada. Ha itu saja. Jadi saya berharap agensi-agensi yang berkenaan dan yang berkaitan dapat melihat kembali apabila kita merancang untuk pembangunan-pembangunan yang baru. Dah jadi menggeletar dah. Terima kasih Yb Speaker.
Okay Guar Chempedak, suka saya nak mengingatkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat semua supaya kalau nak mencelah sebelum daripada pembahas menghabiskan ucapan dia. Jadi bila dia dah habis dah itu dia terima kasih kat speaker dia itu dia jadi payah dah, yang ini untuk ingatan kepada semua YB-YB kalau nak mencelah boleh saya akan membenarkan tuan-tuan mencelah berapa banyak tuan-tuan nak mencelah pun tak apa. Saya akan tengok tetapi mesti mengikut peraturan yang telah pun ditetapkan oleh Dewan. Minta kerjasama semua YB-YB, satu lagi saya nak maklumkan juga hari ini saya teruja, teruja sebab saya jumpa anak muda yang cukup orang kata apa orang kata menghormati kita tengok cara dia, ooh sopan budak ini sopan nah YB-YB nah. Jadi ini satu contoh YB-YB muda yang patuh kita contohilah. Terima kasih Gurun, kekalkan apa dengan yang itu begini anak muda. Satgi kita tengok lagi macam mana cara dia. Saya menjemput ADUN Bakar Arang untuk memberi pembahasan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Speaker yang dihormati, ahli-ahli yang berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai yang dikasihi dan semua pelajar yang hadir, Selamat Sejahtera dan Salam madani. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi DUN Bakar Arang kerana memberikan kepercayaan kepada saya pada PRN yang lalu. Kepada anda semua, saya akan melunaskan tanggungjawab yang telah dipikul ini dengan penuh dedikasi dan integriti untuk masa hadapan, untuk rakyat sepanjang lima tahun akan datang. Di kesempatan ini, saya juga ingin menyatakan solidariti saya bagi rakyat Palestin, semoga ketabahan dan kekuatan selalu bersama mereka dalam menghadapi cabaran yang sedang dialami.
Dan terima kasih.
Sebagai wakil rakyat yang baru dan juga sebagai ADUN pembangkang. Ini merupakan kali pertama saya berdiri di depan sidang dewan yang mulia ini untuk menyuarakan pandangan dan harapan rakyat yang saya wakili. Saya mengakui bahawa masih banyak perlu saya pelajari dan saya dengan rendah diri, rendah hati memohon tunjuk ajar dari ahli-ahli Yang Berhormat, disebelah sana terutama daripada Kerajaan yang sedang memerintah.
Bakar Arang, maka di antara perkara yang Bakar Arang kena belajar juga, yalah text itu di bawah sikit, lepastu pandang ke muka Speaker. Itu pun di antara perkara yang perlu belajar.
Okay Tuan Speaker, so Tuan Speaker, pertama saya ingin membawa perhatian kepada suatu isu penting disebut di dalam belanjawan tahun lalu iaitu mengenai projek litar lumba Sungai Petani. Apa yang menarik perhatian saya ialah kekurangan sebarang rujukan terhadap projek ini? Dalam belanjawan terkini yang sangat bertentangan dengan apa yang diumumkan dalam belanjawan 2023. Dalam ucapan Menteri Besar tahun lalu, ada janji besar yang dibuatkan untuk menyiapkan sukan permotoran khususnya di kalangan belia, meneruskan projek litar lumba Sungai Petani yang melibatkan pembinaan drag racing trek telah dijanjikan untuk dimulakan pada akhir November dan selesai dalam tempoh tiga bulan. Ini yang dibagitahukan dalam belanjawan yang tahun lalu, ini adalah komitmen yang tidak hanya berpotensi meningkatkan sukan permotoran di negeri kita tetapi juga memberi manfaat ekonomi melalui tarikan pelancongan sukan, namun pada berita 16 Ogos 2023 menyatakan Kedah bakal memiliki litar lumba antarabangsa di sini bernilai 75 juta, sementara di Harakah Daily, MB berkata mempromosikan berita ini berkata berharap litar lumba bertaraf antarabangsa di Ambangan Height ini dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan namun pada laporan Berita Harian yang 1 November 2023 yang menunjukkan bahawa projek ini masih belum siap. Tinjauan dapati tapak litar seluas 40 ekar itu, sekarang ditemui dengan samun dengan laluan masuknya dijadi tempat pembuangan sampah.
So ini menimbulkan banyak tanda tanya, so sebenarnya apa yang berlaku tentang status litar lumba ini. So pertanyaan, pertanyaan yang mendesak sekarang adalah sama ada Kerajaan negeri masih berkomitmen untuk meneruskan projek ini mengapa terdapat perbezaan yang signifikan denga napa yang dijanjikan dan apa yang sedang berlaku dan apakah cabaran dan halangan yang dihadapi yang menyebabkan kelewatan ini. Mula-mula cakap enam bulan siap, lepas itu dalam ucapan cakap tiga, tiga bulan untuk disiapkan tetapi sampai hari ini satu tahun sudah lepas litar lumba masih disiap tidak disiapkan lagi, so saya ingin bertanya memang apakah status dan apakah langkah strategi yang akan diambil untuk memastikan kelancaran dan keberhasilan projek ini. Bagaimana Kerajaan negeri mengatasi masalah ini dan apakah rancangan yang untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi projek ini untuk kebaikan rakyat dan negeri? Adakah ini menunjukkan kegagalan Kerajaan negeri?
Yang kedua saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada satu isu yang serius dan penting yang timbul dari belanjawan 2023, ini bukan sekadar soal angka dan peruntukan tetapi ini tentang kejujuran, integriti dan komitmen Kerajaan negeri dalam janji kepada rakyat. So dalam ucapan tahun lalu ada janji yang diberikan iaitu sebanyak 300 ribu untuk 3 buah sekolah persendirian, cina persendirian. Namun apa yang berlakunya pada kenyataannya sangat berbeza selepas ditanya oleh media, dua hari lalu dari terbitkan dalam akhbar, MB menjawab hanya sebahagian kecil dari janji tersebut yang menjadi realiti dengan hanya 60 ribu sahaja yang diperuntukkan so 300 ribu dengan 60 ribu, perbezaan jualan yang cukup besar antara janji realisasi ini menimbulkan banyak soalan, mengapa terdapat perbezaan yang drastic ini? Adakah ini mencerminkan polisi dasar yang dipengaruhi oleh factor politik atau halangan lain yang kita tidak ketahui ini bukan hanya persoalan anggaran ini adalah persoalan bagaimana Kerajaan negeri memenuhi janji-janji dalam belanjawan 2023 dewan ini dan yang lebih penting adalah rakyat yang kita wakili kita berhak mendapatkan jawapan yang jelas bagaimana kita dapat memastikan bahawa situasi seperti ini tidak akan berulang lagi.
Apa langkah-langkah kontrik yang akan diambil untuk memperkuatkan system kita agar janji yang dibuat itu dalam belanjawan benar-benar ditepati. Yang Berhormat Tuan Speaker perkara yang ketiga yang saya ingin mengutarakan adalah beberapa aspek yang dari analisis bajet negeri kita iaitu dari buku ini khususnya dalam konteks cukai pelancongan dan penerimaan daripada Syarikat GLC, saya merujuk kepada tajuk anggaran hasil yang tercatat dalam buku bajet ini khususnya di muka surat ke 7 bilangan ke 47, disana saya kita dapat lihat anggaran hasil cukai pelancongan adalah sebanyak 5 juta. (YB. Belantek mencelah)
Terima kasih kepada Bakar Arang, sebahagian dari ucapan Bakar Arang tadi menyebut banyak janji-janji yang tidak dibuat oleh Kerajaan negeri, saya rasa komitmen Kerajaan negeri untuk melaksanakan, menunaikan janji-janji ini adalah amat komited sekali dan juga disebut dalam belanjawan yang 2024, kalau kita merujuk pada Kerajaan Madani sendiri puan Tuan Speaker di peringkat Persekutuan, banyak janji-janji lagi yang belum ditunaikan. Terima kasih. (YB. Kota Siputeh mencelah)
Saya ingin menyentuh berkenaan dengan apa yang dikatakan janji-janji tadi juga, banyak sebenarnya janji di bawah Kerajaan pentadbiran negeri Kedah ni yang telah dilaksanakan tapi berbalik kepada apa yang telah digagaskan oleh Kerajaan Madani, Kerajaan Persekutuan sebagai contoh kita tengok dalam aspek KXP sebagai contoh. KXP merupakan satu janji yang mana tertakluk di bawah wawasan kemakmuran bersama, asalnya Yang Berhormat Speaker, yang mana juga ada dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, tapi manakah janji sebuah pihak Kerajaan pusat yang mana untuk peduli tentang aspek pembangunan negeri Kedah selain daripada menyalahkan bahawa rakyat dalam negeri Kedah ni ataupun negeri Kedah ni adalah sebuah negeri yang miskin sedangkan agenda KXP adalah merupakan satu game changer untuk mengubah gemografi dalam ekonomi dalam negeri Kedah itu sendiri. Jadinya itu adalah berkenaan dengan janji madani.
Terima kasih. So untuk ADUN tadi yang pertama Belantek, saya rasa untuk itu adalah sebab perbezaan sekarang kita ada lihat ialah untuk Kerajaan negeri bukan Kerajaan persekutuan kita bandingkan adalah belanjawan dalam kerajaan negeri, so untuk ADUN Kota Siputeh saya lihat sebegini sebab tadi berkata adalah di bawah masalah itu masalah adalah Kerajaan masa kemakmuran itu. So ada perbezaan adalah Kerajaan bertukar-tukar dalam lima tahun ni, so menjadikan KXP itu. (YB. Kota Siputeh mencelah)
Saya mohon mencelah lagi, bagaimana?
Beri laluan, minta maaf Kota Siputeh.
So, mana pula tadi, okay saya merujuk kepada tadi iaitu kepada tajuk anggaran hasil diletak dalam buku bajetlah, iaitu muka surat 7 bilangan ke 47, so cukai pelancongan dalam buku ini dia tulis anggaran adalah sebanyak 5 juta tetapi dalam penerimaan sekata 31 Oktober jumlahnya hanya 43,631,67. So ini menunjukkan bukan sekadar satu perbezaan, ini adalah jurang yang sangat besar. So saya nak tanya apakah yang menyebabkan ini perbezaan yang begitu ketara ini? Sebab kita lihat di negeri Kedah kita ada tempat pelancongan yang bertaraf antarabangsa seperti Pulau Langkawi. Dan tahun ini kita juga menganjurkan acara yang LIMA 2023 yang acara yang begitu berprestij so kenapa kita boleh dapat satu nilai yang begitu beza banyaknya di atas cukai pelancongan ini dan saya nak tanya ialah apakah faktor yang menyebabkan kita gagal mencapai sasaran dan anggaran cukai pelancongan dan bagaimana Kerajaan merancang untuk mengatasi kekurangan ini.
Selanjutnya saya juga terpanggil untuk membincangkan tentang penerimaan daripada anak Syarikat GLC walaupun anggaran yang ditetapkan adalah 15 juta royalti yang kita saksikan adalah jauh berbeza dengan hanya 10 ribu saja yang diterima. Ini menimbulkan kebimbangan serius terhadap pengurusan dan keberkesanan operasi syarikat-syarikat tersebut dan bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan kerja-kerja kewangan menguruskan kewangan yang lebih baik dalam anak syarikat dan GLC tersebut. So Tuan Speaker yang dihormati, keempat saya ingin membawa perhatian kita kepada ini, ini berkenaan masalah kawasan DUN Bakar Arang, saya ingin membawa perhatian kita kepada situasi yang kritikal akibat situasi akibat musim monsun yang akan melanda negeri Kedah dalam November dan Disember ini. Khususnya beberapa kawasan di DUN Bakar Arang seperti Kampung Bakar Arang, Penghulu Him dan kawasan Sungai Pasir dia telah menjadi satu hotspot ataupun kawasan yang mudah terkena banjir. Kondisi ini bukan hanya mengganggu kehidupan harian penduduk tetapi juga menimbulkan masalah besar dalam aspek keselamatan dan infrastruktur. Dalam bayangan Belajawan 2024 ini saya melihat ada peruntukan sejumlah 4.29 juta yang disediakan bagi projek pemilihan dan pemulihan. Namun saya mendapati tidak jelas apakah kawasan-kawasan yang tadi saya sebutkan tadi termasuk dalam projek pemulihan tersebut, ini adalah soalan penting yang perlu dijawab mengingat keseriusan masalah banjir yang kita hadapi setiap tahun. (YB. Kupang mencelah)
Tuan Speaker, boleh saya mencelah, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa antara kemerosotan punca pelancongan Yang Berhormat sebut mengenai dengan LIMA di Langkawi, LIMA di Langkawi ini jangan jadi lain makan langkah lain kena getah betul tak? Yang buat bising buat kecohnya ialah Kerajaan Persekutuan sampai MB sendiri tak dijemput dalam pada mulanya dalam LIMA ini pada mulanya lah selepas bising-bising barulah jemput apa makna Madani ni keadaan yang tak tak seimbang.
Tetapi tadi isu yang saya bawakan adalah berkenaan dengan cukai pelancongan, so tadi itu saya rasa tidak relavan dengan tapi yang apa yang saya bahaskan, terima kasih, so saya teruskan Tuan Speaker.
Ya silakan.
Saya memohon pihak-pihak di EXCO sana kepada yang semua yang bertanggungjawab atas pengurusan dan pelaksanaan projek memberikan penjelasan tadi kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi adakah tersenarai dalam senarai projek pemulihan dan pemuliharaan yang telah dirancang dan jika tidak apakah langkah-langkah khusus yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan ini. Akhir sekali, saya nak sentuh tentang inisiatif i kalafah yang menyediakan bantuan RM 500. (YB. Pengkalan Kundor mencelah)
Berkenaan dengan cukai pelancongan adakah Yang Berhormat sedar bahawa tanggungjawab cukai pelancongan ini juga adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan?
Tetapi ini saya nak jawab ini saya rasa cukai pelancongan ini adalah di dalam bajet buku negeri so apa yang saya bincangkan adalah negeri. Okay terima kasih. Saya teruskan, ‘last’ sekali saya nak sentuh adalah tentang inisiatif I-Kalafah Kerajaan Negeri Kedah yang menyediakan bantuan RM 500 kepada keluarga yang khairat kematian. So saya rasa inisiatif yang memiliki niat yang bagus dan baik sekali untuk terutamanya untuk rakyat negeri Kedah tetapi saya menerima banyak aduan penduduk dari penduduk yang mengalami kesulitan dalam memohon bantuan ini. Banyak di antara mereka yang memohon bantuan ini menghadapi rintangan biografi dan kesulitan dalam proses permohonan sebab mereka tak tahu siapa sebab kita kalau kita bandingkan dengan Kerajaan sebelum ini bantuan surat khairat kematian dia kalau sesiapa yang membawa sijil kematian itu datang terus mohon dia akan dapat dalam masa sebulan atau dua tapi kali ini saya dapat banyak aduan ialah mereka sudah mohon tetapi ada yang sampai 4 bulan, 5 bulan pun tak dapat lagi. So itu yang menjadi satu, so mereka pun tanya adakah ini adakah yang ada tetap apa-apakah syarat untuk mereka yang memohon ini. (YB. Pantai Merdeka mencelah)
Boleh mencelah sikit YB boleh nah? Sebenarnya kita nak bagi dah ini. ‘You have to be patient’, you know ha nah ya memang ada peruntukan baru masuk. ’So you have to be patient nah anything’ tak boleh ‘on the spot to pay you’, sorry nah. Terima kasih. (YB. Kota Darulaman mencelah)
Minta celah sikit, jadi untuk bantuan ini memang kita nampak satu yang baiklah Cuma bila berlaku pembubaran DUN maka untuk tempoh itu berlaku satu tempoh di mana orang yang mati dekat tempoh itu tidak dapat terima sumbangan tersebut. Jadi saya minta Kerajaan supaya tengok balik sama ada kita boleh re imbas kepada semua yang mati dalam tempoh bulan. (YB. Pantai Merdeka mencelah)
Izin mencelah, mungkin YB Kota Darulaman silap.
Pantai Merdeka, kita bagi Darulaman habis sat. (YB. Kota Darulaman mencelah)
Ini betul-betul berlaku setiap kali kita pembubaran DUN, masa peralihan Kerajaan juga sama di mana untuk satu tempoh di mana bayaran tidak dapat dibuat disebabkan peralihan Kerajaan dan juga pembubaran DUN. Jadi saya minta Kerajaan untuk tengok balik sama ada boleh bayar untuk yang mati dalam tempoh yang meninggal dalam tempoh itulah. Jadi itu saja dari saya. Terima kasih. (YB. Bukit Lada mencelah)
Sedikit tambahan boleh? Terima kasih Speaker, saya setuju dengan cadangan daripada Bandar Darulaman tadi iaitu kalau boleh sebelum 14 hari bulan itu makna 15 hari bulan pelantikan MB, jadi Bukit Lada saja 50 orang yang tak dapat ‘claim’, jadi saya setujulah, jadi kalau boleh Kerajaan setuju dengan pandangan itu jadi kalau bolehlah kita hara papa nama-nama yang dihantar kepada kita itu untuk diproseskan. Jadi macam mana disebutkan oleh YB tadi iaitu berkenaan dengan tak dapat itu kerana proses sampai 14 hari bulan itu, ini menyebabkan lambat jadi alhamdulillah kita di peringkat DUN Bukit Lada dan semua DUN ini sudah dua kali kita dah dapatlah. Terima kasih.
Terima kasih, saya setuju sangat dengan Bukit Lada dan juga Kota Darulaman, di mana tentang permohonan i-Kafalah ini saya harap pihak Kerajaan dapat, kalau boleh.
Sebutan itu tak berapa betul kut cuba, cuba sebut sekali lagi.
Ya Kalafah ha saya spelling Kafalah, saya spelling silap saya tulis di sini so khairat kematian sorry, khairat kematian saya rujuk kepada khairat kematian so saya rasa Kerajaan memang dalam belanjawan 2024. Kita lihat dalam ucapan Menteri Besar, beliau berkata salurkan kepada orang yang memerlukan. Tapi saya nak kita lihat untuk orang yang memerlukan itu kita kena ada satu matlamat yang lebih jelas, satu piawai sama ada
kalau dia dari golongan B40 ke atau macam manakah kita kena ada satu matlamat yang ‘clear’ supaya orang yang itu dia tahu sama ada dia lulus atau tidak lulus dan juga perlu saya rasa juga untuk surat khairat kematian permohonan ini kalau boleh dilakukan secara atas talian, mereka boleh bagikan satu perkhidmatan fasiliti, ini juga selaras dengan Kerajaan di mana semua nak ‘digitalisation’. So mereka boleh ‘apply through online’ untuk surat khairat kematian ini dan juga mereka boleh semak status tahu status sama ada mereka dilulus sebab selalu berlaku selalu mereka nak memohon surat khairat kematian mereka datang ke Pusat Khidmat kita dia terus nak tahu aa macam mana ‘apply’ dan ‘apply’ di mana, macam mana saya tahu status walaupun di saya, saya adalah di DUN Bakar Arang, Kerajaan sudah melantik penyelaras di sana tetapi sebelum ini saya pernah menjadi pegawai kepada ADUN sebelum ini. Jadi saya tahu kekangan itu. So, kita perlu adakan satu system yang senang dan senang supaya penduduk tak perlu mai ‘office’ beberapa kali, itu yang saya nampak fasiliti itu. Saya juga lagi satu isu-isu yang saya ingin.
Yang ni isu yang terakhirlah kut na.
Ha, Lagi dua isu.
Kalau boleh cuba ringkasan. (YB. Bakar Arang mencelah)
Boleh celah sikit, okay terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Bakar Arang, mengenai dengan i-Kafalah ini di sini seperti dalam buku belanjawan itu. Ada tulis jugalah RM500 kepada aaa kepada setiap kematian kepada mereka yang layak. Jadi adakah perkataan yang layak itu mempunyai apa-apa syarat untuk kita nilaikan ataupun kita nak bagitahu kepada penduduk-penduduk? Terima kasih.
Ya betul, saya hanya perlu saya rasa ada perkataan itu memang perlu dilihat oleh Kerajaan sama ada macam mana nak buat itu. So last isu yang saya ingin bangkitkan
adalah masalah trafik di Sungai Petani, so kita pun tahu di Sungai Petani, daerah Kuala Muda sudah 500 ribu penduduknya. Dan sekarang sedang berkembang dengan besar banyak projek-projek perumahan dibangunkan dan saya lihat banyak sebenarnya sekarang masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di sana adalah kesesakan lalu lintas, ah kalau kita lihat di Bandar Puteri Jaya nak masuk ke pekan ataupun dari Laguna Merbok yang lot 88 saat nak masuk ke pekan Sungai Petani sana kadang-kadang satu jalan tak sampai satu kilometer boleh ‘jam’ sampai setengah jam. Lagipun sana kita kena lihat ialah jalan di situ adalah jalan yang boleh belok sebelah kiri dari lot 88 boleh belok sebelah kiri adalah masuk ke hospital ke Sungai Petani. Bayangkan kalau ada kecemasan di mana keluarga kena bawa aaa rumah ada keluarga yang dalam kecemasan ke hospital dia ‘jam’ di sana. Kalau ada ambulans masih okay. Kadang yang situasi yang kita tidak dapat di luar jangkaan di mana mereka bawa keluar yang keluarga begitu macam mana. So kesesakan trafik lalu lintas ini saya rasa Kerajaan negeri harus memikirkan satu pelan ataupun apa bekerjasama dengan ke JKR atau Kerajaan Persekutuan untuk sama-sama menyelesaikan masalah lalu lintas, kesesakan lalu lintas di Sungai Petani.
Tuan Speaker yang dihormati dan ahli-ahli Yang Berhormat tadi melalui ucapan saya hari ini saya telah menyentuh pelbagai isu penting dan berkaitan dengan pelaksanaan belanjawan dan inisiatif Kerajaan negeri dan dari ketidakjelasan status projek litar lumba Sungai Petani dan perbezaan signifikan antara janji dengan realisasi dalam belanjawan hingga kepada isu banjir di kawasan saya DUN Bakar Arang dan kesulitan yang dihadapi penduduk dalam memohon bantuan surat khairat kematian. Pada intinya saya melihat keperluan mendesak untuk peningkatan dalam transpirasi, akauntabiliti dan keaktifan dalam pengurusan dan pelaksanaan projek serta inisiatif Kerajaan. Ini bukan hanya soal anggaran ataupun projek tetapi tentang bagaimana kita sebagai wakil rakyat berkomitmen terhadap kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Saya memohon kepada pihak Kerajaan untuk memberikan penjelasan yang jelas dan menyeluruh mengenai isu-isu yang tadi saya telah bangkitkan di dewan ini, jawapan dan tindakan dari pihak Kerajaan adalah penting bagi memastikan bahawa setiap inisiatif dan peruntukan belanjawan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Dengan itu saya berharap setiap pandangan dan persoalan yang saya kemukakan itu akan mendapat perhatian serius dari pihak Kerajaan dan membawa perubahan yang baik untuk kesejahteraan rakyat negeri Kedah. Sekian, terima kasih.
Ya terima kasih YB Bakar Arang. Seterusnya saya menjemput ADUN Bukit Selambau. Yang Berhormat Bukit Selambau dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai tak ketinggalan kepada pelawat kita pada hari ini daripada pelajar, Yang Berhormat Speaker, bila mana perbahasan ini dia berlaku di akhirnya maka banyak benda sudah pun disebut yang menyebabkan akhirnya ketandusan sedikit. Jika ada kesilapan ada kelemahan mohon maaf daripada Yang Berhormat Speaker, senyum sikit, alhamdulillah mudah-mudahan pada tengahari ini masih lagi pagi, pagi ini saya ucap ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, dia memberi laluan untuk Bukit Selambau bersama.
Nampak macam jet awal ni noh. Bukit Selambau nak apa apa kah?
Ohh. Satgi kita bagi keputusan. Saya bagi peluang kepada Bukit Selambau untuk membahas pembentangan bajet 2024. Untuk maklumat sama-sama kita tahu bahawa bajet yang sudah pun disampaikan pada dua hari yang lepas memberi gambaran kepada kita semua bahawa itulah matlamat dan hasrat Kerajaan bagi memperlihatkan bagaimana Kedah sejahtera nikmat untuk semua itu dapat dicapai, dibentuk realisasinya insya-Allah apa yang ada dalam bajet tersebut, maka itulah rangkanya untuk kita dengan situasi bagi masyarakat dan rakyat negeri Kedah bagi tahun ini. Insya-Allah. Jadi apa pun saya mengambil kira di dalam bajet tersebut. Sudah tentulah mencakupi semua bidang bagi melihatkan kesanggukan aaa kesanggupan kerajaan pada hari ini. Insya-Allah akan memperkenalkan suatu pemerintahan yang kita rasa memberi kesaksamaan dan keadilan kepada semua masyarakat pada hari ini.
Dan kita faham bahawa Kedah mempunyai penduduk sejumlah 2.19 juta yang di mana di dalamnya merangkumi beberapa kaum yang mana kalau kita bahagi kepada peratus kaum sudah tentulah kita dapat kaum yang ada dalam negeri Kedah terbilang daripada satu di antaranya Melayu, yang kedua yang Tionghoa, yang ketiga adalah India dan yang keempat adalah lain-lain bangsa termasuk Siam. Dan kita kalau kita tengok kepada pembahagian peratus Melayu sejumlah 80.5% peratus yang mana tengzhou merupakan 11.9% peratus dan lain-lain kaum 1.2% peratus termasuklah Siam yang mana Siam sudah pun diberi dan diiktiraf sebagai warganegara Malaysia warganegara aaa apa sebagai bumiputera di negeri Kedah dan termasuk ada seorang yang di depan saya di
kalangan Siam yang merupakan YB dan juga ketua pembangkang yang ada di depan saya insya-Allah. Ini benda-benda yang kita nampak ketiga-tiga kaum termasuknya kaum ini sudah pun dinyatakan dalam pembelanjaan di antaranya, bantuan-bantuan yang boleh dilakukan oleh Kerajaan sudah pun disebut dalam bajet-bajet, bajet dua hari lepas. Tuan Speaker yang Berhormat Speaker yang saya hormati sekalian ha tak senyum pun. Yang ni masalah nak bagi saya berapa minit ni dalam kira-kiralah, nyatakan minit untuk saya ‘stop’ insya-Allah. Okay ini sudah cukup kalau kita melihat dari sudut teramat yang menunjukkan Kerajaan negeri cukup komited dengan usaha bahawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat, kepada ke Kedah tanpa mengira latar belakang agama, kaum malah ideologi politik atau sebagai perbezaan yang lain.
Yang ni kita dapat lihat insya-Allah. Inilah Kedah yang sebenarnya. Inilah warganegera Kedah yang sebenarnya, Inilah kerajaan yang kita harapkan untuk menerajui kita pada hari ini, insya-Allah. Kekalkan kerajaan yang duk ada untuk melihat fit Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua apatah lagi slogan, “Orang susah berteduh, Orang kaya menabur bakti”. Maka hat susah boleh meminta, hat kaya sanggup memberi, maka zakat dalam konsep tersebut, zakat dapat kita laksanakan insya-Allah dengan secara baik. Ni dia duk jadi orang susah pun minta, orang kaya pun minta. Ha sebagai satu contoh i-Kafalah senang dah pun. Pi pi tengok kereta di rumah ada tiga biji tengok-tengok itu dia belanga atas atas atas apa? Atas bumbung pun minta Kafalah lagi. Ini nak kira macam mana, kalau kita sebut minta sumbangan kematian khairat kematian sudah tentulah tidak layak. Jadi untuk nak menilai layak ataupun tidak dari sudut situ sudah pun cukup untuk kita meletakkan mampukah mereka memohon dan layakkah mereka memohon dan bolehkah kita nak bagi duk kat kita? Jadi Yang Berhormat yang saya hormati sekalian apatah lagi Yang Berhormat Speaker, insya-Allah mudah-mudahan ya.
Beri laluan ka. (YB. Tokai mencelah)
Okay Terima kasih Bukit Selambau. Tuan Speaker, berhubung dengan penyerahan borong khairat kematian ni nah. Mai hantar kat kita itu naik Vellfire tapi bila kita tanya ai anak Vellfire ha dia kata pinjam. Eh kalau apa Vellfire boleh pinjam maknanya sahabat-sahabat orang yang berduitlah, berwang bukan beruang, berwang aaa maknanya inilah jenis-jenis ramai, maknanya kita lah di bawah ni kena tengok dia itu adakah keluarga dia itu layak ataupun tidak? Aa habis itu kita di bahagian apa pusat khidmat ni kita kena siasat dululah nah. Kalau hantar mai boring itu tak boleh kata kita nak ‘key in’ terus kata dia ni
boleh dapat nah, itu aa salah satu panduan kepada inilah ahli-ahli dewan undangan negeri, terima kasih Bukit Selambau.
Terima kasih Tokai. Saya bersetuju, kita ada jentera pangkat bawa. (YB. Ayer Hitam mencelah)
Saya nak sambung sikit kut yang ni. Terima kasih Tuan Speaker, tanya Yang Berhormat Selambau saya pun aa setuju dengan yang Berhormat Tokai masalah orang kita ni yang suka mai mohon bantuan yang kerajaan sediakan. Yang terbaru ini tentang tabung Tengku Mahmud, kalau kita lihat dari segi penjelasan Yang Berhormat Menteri Besar, tabung Tengku Mahud ini khusus untuk anak yatim atau yang mereka betul-betul miskin. Yang jika tidak ada bantuan itu tak boleh pi universiti, asalnya begitu dia anak yatim yang tidak ada apa nama sumber kewangan dan orang miskin yang tidak dibantu tidak boleh pi university. Asalnya gitu cuma bila sampai pada kita buat permohonan berapa banyak permohonan yang sebahagiannya bukan dia miskin pun ha tapi dia nak ambik kesempatan itu melahirkan seolah dia miskin dan dia minta YB ni pula sokong dia kata dia tu miskin. Itu masalah yang kita hadapi di peringkat apakah umbir ini. Cuma kita haraplah masyarakat di luar sana faham fasal awal yang amat besar itu supaya orang yang benar-benar perlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran jika tak dapat tak boleh pi. Bantuan lain ada, pihak lain ada, zakat pun ada bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Aaa pihak apa nama kerajaan bantukan apa nama melalui IBA KT itu ada kan, semuanya ada bantuan yang lain yang boleh mereka mohon. Tapi untuk tabung Tengku Mahmud ni saya ingat kita rasa perlukanlah mereka yang betul-betul perlu sahaja yang mohon, kita mohon kepada kita supaya senang kita proses dan senang diluluskan oleh pihak Pejabat Menteri Besar. Apa pandangan Yang Berhormat Bukit Selambau.
Ya saya bersetuju jika sekiranya layak untuk menerima kita boleh rekomen dengan secara ‘direct’ kalau layak atau tidak layak untuk menerima sumbangan maka kita di antara yang menentukan insya-Allah. Oleh kerana mengenal pasti mereka layak ataupun tidak susah ataupun kaya, kita ada jentera di peringkat bawah iaitu peringkat kampung MKK, mereka akan selidik buat kajian sama ada benar ataupun tidak mereka yang memohon itu dalam kategori susah. Jadi yang itu di antara membantu dan memudahkan urusan di peringkat Pusat Khidmat wakil rakyat dan PKWR. (YB. Kupang mencelah)
Tuan Speaker boleh saya mencelah.
Silakan. (YB. Kupang mencelah)
YB. BRIGEDIER. JENERAL (B) DATO' HAJI NAJMI BIN HAJI AHMAD (Mencelah)
Tuan Speaker, saya rasa kalau kita saya rasa kena semak semula cara pembahagian kepada bantuan i-Kafalah ini berdasarkan kepada peruntukkan khas dan kita buat melalui masjid-masjid. Katakan sebuah masjid itu sekarang ni Kedah ada 587 buah masjid. Jadi kita khaskan kepada qariah-qariah itu melalui masjid sekian-sekian banyak, kalau tidak, dan masjidlah akan menentukan kelayakan-kelayakan itu. Kalau tidak tuan-tuan apa nama ni Yang Berhormat sekalian, kematian ni dia tidak terhad kadang-kadang itu sampai satu minggu sampai lima puluh orang pun ada. Jadi kalau kita nak agihkan kepada setiap kematian, saya rasa ini akan membebankan kewangan kerajaan. Jadi kalau kita hadkan tahun ini berapa jumlah dan diserahkan kepada masjid-masjid untuk agih mengikut apa nilaian tuan Imam ataupun ahli jawatankuasa masjid tentang kelayakan, itu sebagai cadangan.
Okay, terima kasih.
Terima kasih Kupang. Bagi saya ada sedikit perbezaan ataupun benda yang perlu saya sebut, kalau kita secara ‘direct’ menyeluruh bila berlaku kematian kita berurusan dengan masjid-masjid yang kemungkinan jumlah anak kariah terlalu sedikit mampu untuk menyelesaikan masalah tetapi bagi Bukit Selambau satu qariah mempunyai sehingga lima dan enam ribu orang agak sukar untuk kita kenal pasti. Cuma apa yang saya sebut kita guna MKK yang ada bersebelahan bagi mengenal pasti bentuk-bentuk yang sedemikian, tapi walau bagaimanapun sebahagian saya bersetuju dengan Kupang, insya-Allah. Cuma kita tak mahu jadi macam mana dulu punya pengalaman peruntukan yang diberi kepada bantuan kematian terhad kepada mereka yang mati sekadar kalau tak silap ingat saya takat lapan puluh orang habis. Mati lepas pada itu tak boleh bagi.
Tapi kita punya kerajaan mana yang dikategori sebagai susah layak untuk menerima kita jangan haling mereka untuk menerima bantuan tersebut. Itu di antara benda yang saya rasa boleh bersetuju dengan saya dalam dewan ini insya-Allah. Apatah lagi dalam suasana kedudukan masyarakat dan rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan sudah pun kita kenal pasti insya-Allah di dalam DUN masing-masing jadi Yang Berhormat Speaker, jadi sudah tentulah apa yang saya sebut tadi bila mana kerajaan prihatin kepada kaum-kaum yang ada dalam negeri Kedah terbukti pada baru ini sambutan Deepavali yang sudah pun diraikan oleh kaum India, saya mengucap tahniah kepada Kulim yang memilih Bukit Selambau sebagai tuan bagi meraikan kaum India menyambut Deepavali, tahniah Kulim! Kalau ada bagi lagi sehingga saya diletakkan di bawah beliau, di bawah Kulim untuk bersama menyantuni kaum India. Ustaz tapi boleh dengan India.
Ada lagu Hindustan ka?
Jadi kalau nak pengalaman sila ke Bukit Selambau macam mana nak bergaul dengan India. Insya-Allah.
Bukit Selambau, ada lagu Hindustan apa semualah saya pun nak terima kasih juga dekat Kulim. Saya semalam dijemput ke satu majlis yang saya rasa hebat juga, sambutan peringkat negeri Kedah. Kebetulan dibuat di Sungai Tiang. Jadi terima kasihlah Kulim.
Takkan puji saja kut noh. Ha okay. Jadi terbukti bila mana Deepavali sudah pun diraikan maka sudah tentulah daripada kaum India rasa mereka dihormati sehingga kalau kita tengok perbezaan tahun sudah, ulang apa hari Deepavali, sambutan Deepavali kerajaan memberi peruntukan sumbangan kepada mereka agak kurang tapi pada tahun ini sejumlah 1300 orang yang menerima sumbangan daripada kerajaan. Ini menunjukkan prihatinnya kerajaan kepada mana bangsa yang ada dalam Negeri Kedah. Kita tengok secara lebih teliti. Oleh kerana mereka merupakan pengundi, mereka merupakan orang yang menyokong kita khusus di Bukit Selambau sehingga kemenangan dapat kita cipta dengan sokongan yang cukup ramai di kalangan pengundi India dan juga pengundi Tionghoa, aa ini benda yang kita nak anda kembalikan insya-Allah maka kesejahteraan
rakyat dapat kita rasai maka mudah untuk kita laksana tanggungjawab dan amanah ini insya-Allah, ini cukup jelas terhadap kerajaan negeri Kedah tidak ada diskriminasi sama sekali kepada kaum-kaum lain apatah lagi pada tahun 2021 kerajaan negeri Kedah telah memberi kelulusan kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil, Sungai Ular, Kulim. Sungai Ular, Kulim tahun 2021 menduduki tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, PKNK secara percuma. Sudah cukup prihatinnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri kita ini nak cari Menteri Besar tera mana langsung? Cuba sebut sat, kalau ada tera ni punya prihatin. Kalau kita yang tidak menyokong, sapa yang akan menyokong? Kalau kita tidak membela siapa yang akan bela maka di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada MB kita khususnya ADUN Jeneri yang menerajui kerajaan pada hari ini. Dan tidak ketinggalan mengucapkan ribuan terima kasih dalam masa ini kepada ADUN Jeneri yang dilantik dipilih semula sebagai Menteri Besar Kedah, insya-Allah akan membawa satu perubahan kepada kerajaan negeri Kedah, insya-Allah. Yang ini semuanya kalau kita tengok dan juga cuba saya mengambil kesempatan dalam dewan yang mulia ini. Terima kasih kepada yang amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Sanusi bin Mohd Nor, Mat Nor, Menteri Besar Kedah yang mengumumkan peruntukan yang berjumlah RM 300 ribu untuk bantuan kepada sekolah-sekolah Cina, jenis Cina kebangsaan jenis kebangsaan Cina dan juga Tamil yang terpilih. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri Kedah memberi penekanan dalam bidang pendidikan tanpa mengira kaum dan masa yang sama, agenda social serta Kebajikan, semua kaum di negeri Kedah terus diperkasakan, slogan, Kedah Sejahtera, Nikmat untuk semua yang dijunjung kerajaan negeri adalah bukti komitmen kerajaan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat Kedah tanpa meminggirkan mana-mana kaum, agama ataupun latar belakang masing-masing. Jadi akhir pun kalau kita tengok sudah pun insya-Allah.
Puji-pujian yang telah diberikan kepada speaker, speaker boleh tambah lagi, silakan.
Terima kasih YB Speaker. Jadi akhirnya saya nak balik kepada kawasan ataupun DUN saya. Di antara apa yang saya nak sebut peruntukan daripada kerajaan, kepada YB-YB boleh dikatakan sama dan adil jumlahnya tetapi ketidakadilan berlaku dalam pemikiran dan pendapat saya. Oleh kerana perbezaan kepada pengundi yang cukup jauh bagi Bukit Selambau dengan DUN yang lain perlu kepada peruntukan tambahan. Apa dia? Pertama, pengundi bagi DUN Bukit Selambau sejumlah tujuh puluh sembilan ribu. Mungkin bagi Guar, 33,000 perbezaan separuh lebih sekali ganda yang menyebabkan kami sukar
untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas. Kalau dari sudut perbezaan, satu depa boleh, depa boleh jumpa pengundi, saya terpaksa tiga orang dalam masa yang sama. Kalau satu ringgit saya bagi peruntukan atau derma, saya memerlukan tiga ratus dalam masa yang sama. Perbezaan yang cukup ketara, mohon, atas sifat rendah diri, DUN mewakili DUN Bukit Selambau timbang semula untuk peruntukan tambahan kepada DUN yang mempunyai pengundi yang lebih daripada orang lain. Di sini aa eh jiran jiran.
Boleh beri laluan? (YB. Lunas mencelah)
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker atas laluan diberikan, saya apa Lunas dengan Bukit Selambau ni depa bagi duk sebelah-sebelah sebab dari segi pengundi paling ramai Lunaslah johan, 82 ribu, apa nama Bukit Selambau 79 ribu. Beza tiga ribu kami boleh bahagi dualah, kalau ada peruntukan yang lebih, saya setuju dengan apa nama kenyataan dibuat oleh sahabat saya daripada Bukit Selambau dari segi keadilanlah bukan parti keadilan eh. Dari segi keadilan ni kepada masyarakat khususnya rakyat di kawasan kami. Aaa betul peruntukan diberikan oleh kerajaan sama rata. Tapi kalau diambil kira dari segi jumlah kepadatan pengundi ataupun rakyat di kawasan tersebut dia rasa macam kurang adil. Kawasan ADUN ataupun pengundi yang jumlahnya 30, 40 ribu juga menerima peruntukan yang sama dan kawasan yang pengundi 82 ribu juga menerima peruntukan yang sama. Jadi dari segi keberkesanan kita sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut saya rasa tak sampai kepada sasaran kita untuk membantu lebih ramai memandangkan jumlahnya agihan itu tidak orang kata apa? Ambil kira jumlah pengundi. Jadi saya minta supaya kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri yang amat prihatin dalam soal Kebajikan rakyat, peruntukan kepada kawasan-kawasan ataupun DUN yang melibatkan pengundi yang ramai ini dilihat kembali dan ada peruntukan tambahan yang diberikan dalam waktu yang sama Yang Berhormat daripada Bukit Selambau bagitahu kawasan dia banyak pengundi bukan Melayu. Kawasan saya pun banyak, pengundi bukan Melayu, sebab itu kami dua dibahagi jaga portfolio India, Cina, masyarakat Siam, Siam tak ada yang Berhormat Speaker. Jadi saya minta bend aitu diteliti semula supaya keadilan dapat diberikan kepada rakyat khususnya di kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat yang punyai pengundi yang ramai. Terima kasih.
Terima kasih kepada Lunas yang sama pandangan pendapat bagi Bukit Selambau. Insya-Allah terima kasih Lunas. Jadi yang Berhormat DUN lain jangan cemburulah kes ini. Kalau nak nak lebih juga jika lulus kena cari pengundi bagi lebih pada kami. Insya-Allah setuju dak? Okay dan bersekitar dalam kawasan saya DUN Bukit Selambau di antaranya sama juga bagaimana sahabat-sahabat Yang Berhormat ah sebut berkaitan dengan banjir kilat di Bukit Selambau ini, dia sebahagiannya bandar, sebahagiannya kampung. Ada sebahagiannya taman, apa yang berlaku dalam kawasan ah taman ah selalu berlaku di antaranya banjir kilat. Oleh kerana sistem perparitan yang kita nampak diluluskan ketika mana berapa 20 tahun yang lepas? Dengan penambahan perumahan-perumahan, air lalu dalam satu saliran satu tempat mana-mana, mana-mana taman yang berada di sekitarnya, bergerak dan satu akhirnya satu perparitan saja yang menerima kesan daripada banjir tersebut. Jadi, saya mohon supaya yang berkenaan tengok semula, teliti dan kaji semula bagaimana untuk mengelak walaupun tidak secara seratus peratus sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kesan daripada banjir tersebut. Itu di antaranya, dalam taman dan juga dari kampung. Satu lagi di kampung. Di kampung bila kita dapat lihat sebelah Bukit Selambau sendiri kampung Bukit Selambau, Kampung Haji Safar perparitan yang ada di dalam kampung sudah tidak mampu untuk mengalirkan air oleh kerana parit tanah, tanah di reban, bila di reban, runtuh tahu dak reban tahu dak runtuh. Bila runtuh tanah itu dia parit akan dia jadi cangkat sudah tentulah air nak pi dengan laju tak dapat. Jadi di situ sebaknya air tersebut berlakulah banjir kilat. Yang menyebabkan kesan kepada penduduk kampung tenggelam tak lama tapi rugi itu sama macam tenggelam lama. Itu supaya dia bagi perhatian dan insya-Allah. Dan yang seterusnya berkaitan dengan apa yang saya nak sebut di sini di antaranya jalan-jalan di dalam DUN Bukit Selambau ini ada di antaranya bahu-bahu jalan yang sudah pun dalam. Bukan di dalamkan dengan sendiri dia jadi dalam yang menyebabkan kenderaan sama ada motor dan kereta bila jatuh dalam itu kesannya kerosakan kepada motor sehingga amat malang kepada penunggang motor jadi dapat apa kemalangan tersebut. Jadi supaya diperhatikan semula berapa tempat insya-Allah, jadi saya pada, pada tengah hari ini mengucap ribuan terima kasih dan tahniah kepada di antaranya di bawah PBT dan juga pegawai-pegawai daerah, JPS dan juga SADA yang sentiasa mendengar rungutan dan rayuan kita bagi menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku dalam DUN Bukit Selambau sekali lagi kita akan bekerjasama insya-Allah supaya apa yang saya sebut akan dapat kita lihat kesempurnaan dan bagi DUN Bukit Selambau ini tercapai dalam erti kata sesungguhnya. Jadi, akhirnya saya mengambil kesempatan menyokong Bajet 2024 yang sudah dibentangkan oleh DUN Jeneri. Wallahualam. Aqulu Qauli Hadza Wa Astaghfirullahal 'Adzim BI Walakkum, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Bukit Selambau. Insya-Allah. Saya mendoakan supaya permohonan Bukit Selambau untuk mendapat peruntukan yang lebih itu dimakbulkan. Insya-Allah. Untuk seterusnya kita menjemput Kota Siputeh. Yang Berhormat Kota Siputeh dipersilakan.
Bismillahhirrahmannirrahim, terima kasih Yang Berhormat Speaker yang amat Berhormat Menteri Besar Kedah, barisan EXCO dan ADUN negeri Kedah Sejahtera yang dirahmati Allah SWT sekalian, tak dilupa pelawat kita yang hadir dari sekolah lama saya Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Malik. Baik, hari ini baru dan buat teks, fasal kelmarin konvo dan saya mohon maaflah.
Tahniah.
Terima kasih. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wash Shalatu Wassalamu 'Ala Asyrafil Anbiya-I Wal Mursalin, Sayyidina Wa Nabiyyina Muhammadin Wa 'Ala Alihi Wa Shahbihi Ajma'in, Wa Yassirli Amri. Wah Lul Uqdatan Min Lisaani. Yaf Qouhu Qauli. Setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker atas keizinan untuk turut serta dalam sesi perbahasan sempena bajet Kedah 2024, firman Allah SWT dalam surah Al-Imran terjemahannya
“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu bersyukur akan kemenangan itu.”
Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah dan kurnianya iltizam Kedah Sejahtera, Nikmat untuk semua, untuk fasa seterusnya melalui agenda ‘the Greater Kedah’ 2035 dapat digagaskan setelah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Jeneri kembali menerajui kepimpinan negeri. Tahniah dan Syabas Yang Amat Berhormat Menteri Besar. YB Speaker, kita telah lihat dalam fasa perubahan telah banyak inisiatif demi rakyat negeri Kedah yang tercinta telah digagaskan. Di bawah
pentadbiran Yang Amat Berhormat Jeneri dan barisan, barisan EXCO Kedah. Pelbagai inisiatif yang berkebajikan telah dimangkin malah inisiatif yang pernah digagaskan demi mengubah nasib pendidikan anak Kedah seperti Tabung Tengku Mahmud yang merupakan gagasan bernas mantan Menteri Besar Kedah, Almarhum Ustaz Azizan bin Abdul Razak telah diwujudkan kembali. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Yang Amat Berhormat Almarhum Ustaz Azizan bin Abdul Razak serta mantan Menteri Besar Kedah lainnya yang telah meninggalkan kita dan juga para pembangun Kedah yang telah pergi, Al-Fatihah.
Ameen. Maka kalau kita lihat bukan sekadar Tabung Tengku Mahmud sahaja. Kita juga ada banyak inisiatif yang telah digagaskan oleh pihak kerajaan negeri. Sebagai contoh kita ada juga beras sejahtera, kita ada air bakit, kita juga ada i-kafalah. Cakap tentang i-kafalah ini yang Berhormat Speaker, saya ambil contoh dalam kawasan saya sendiri, alhamdulillah atas inisiatif kerajaan negeri Kedah ini dapatlah kita membantu orang dalam kawasan dan kita sepertimana yang dijelaskan oleh pembahas sebentar tadi sebelum saya, yang mana turut menyatakan bahawa kita dibantu. Bukan kira orang Melayu sahaja yang beragama Islam, menerusi i-kafalah ini kita bantu orang tak kira Melayu, Cina, India. Kita bantu tak kira agama dan inilah merupakan tanda kesejahteraan nikmat untuk semua yang mana digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri, kerana itu pengalaman saya sendiri sebagai contoh bila saya turun ke dalam kawasan saya baru-baru ini yang mana kita bantu bukan sahaja orang Melayu Islam ada juga orang bukan Islam, bangsa Tionghua sebagai contoh bila kita turun kita maklumkan tentang i-Kafalah cuma yang satu hal yang mengejutkan adalah apabila masih ada lagi dalam kalangan orang yang bukan Islam yang tidak mengetahui tentang hal ini. Kan? Yang mana pergi kepada para masyarakat ataupun warga Tionghua bila kita bantu, alhamdulillah telah diluluskan dalam-dalam seramai tiga orang yang mana kita turun yang mana dimaklumkan dan kita jumpa mereka pun terkejut.
Rupanya ada produk i-Kafalah sebegini dan ini adalah merupakan satu tekadlah, yang perlu orang kata kita sama mainkan oleh segenap ADUN Kedah Sejahtera ini dan untuk kita memastikan bahawa kita dapat membantu segenap masyarakat dalam kawasan kita tak kira apa pun dan sesiapa pun ya kerana itulah juga bila kita cakap kita bantu tak kira siapa kita bantu pun tak kira orang, kita harap sebegitu juga pegawai kerajaan di bawah agensi pusat yang mana bila berkhidmat itu kita harap amanah yang dijalankan itu atas dasar orang kata amanah yang diberikan oleh Allah SWT, janganlah disebabkan kita ini ada beza kepimpinan federal dengan izin kepimpinan pusat dengan juga pihak pentadbiran negeri, maka kita dibeza banding maka kita tak dibantu. Kerana apa? Kerana perbezaan politik, yang akhirnya yang akan menanggung beban ini tak lain tak bukan adalah rakyat negeri Kedah itu sendiri. Yang Berhormat Tuan Speaker, menyentuh dalam
aspek pembangunan negeri adalah diharapkan pentadbiran negeri Kedah demi mencapai kejayaan pembangunan yang holistic dapat meninjau pembangunan yang seimbang dalam pembangunan wilayah serta kawasan-kawasan dalam negeri Kedah setelah sebilangan kepimpinan yang terdahulu tidak menetapkan wawasan yang jelas untuk dicapai. Pembangunan infra adalah penting apabila pengurusan pembangunan banyak diberikan fokus dalam kawasan parlimen Kubang Pasu itu sendiri sebagai contoh, saya ambil contoh dalam kawasan parlimen Kubang Pasu bila kita cakap kita tengok data, kita tengok data waktu awal-awal saya duduk dalam orang kata atas kerusi ni kita tengok pada pembentangan ditunjukkan aliran pembangunan itu banyak dalam daerah Kubang Pasu itu lebih kepada parlimen Kubang Pasu saja. Mohon maaf tapi kita harap pembangunan yang seimbang turut dirasai oleh kami dalam kawasan parlimen Jerlun meliputi Ayer Hitam dan juga Kota Siputeh kan saya ambil contoh dekat sini kerana kita telah banyak ketinggalan kan bukan sahaja pembangunan ini sebab kalau kata kita tengok dibangunkan projek-projek mega untuk pembangunan negeri untuk menaik taraf, meningkatkan ekonomi negeri tapi kami dalam kawasan yang terpaksa berkorban lebih dalam aspek pertanian sebagai contoh di Kota Siputeh. Kita tahu 43% hasil pertanian ataupun padi negeri Kedah ni, berani saya katakana kawasan Jerlun kami adalah merupakan yang paling luas sekali yang menyumbang hasil pertanian padi dalam negeri Kedah.
Maka bila bercakap tentang hal itu, bila tak ada projek-projek sebab tanah kami ni lebih kepada tanah guna pakai. Aaa bukan ada orang kata tanah-tanah tak guna pakai ni. Maka kami memohon agar dalam kawasan Kota Siputeh, Ayer Hitam, Jerlun ini kami dapatlah untuk kita menjaga infra jalan-jalan kami, ni kalau kata jalan kalau duduk dalam kawasan macam sebagai contoh saya pi kat Pida 15 ka, pi kat Pida 12 kah, jalan-jalan Pida ini sebagai contoh orang kalau kata bawa wanita yang tujuh bulan, enam bulan, doctor beranak ini boleh terberanak dalam itu juga kan tapi persoalannya banyak jalan-jalan ini adalah jalan-jalan yang mana termasuk adanya di bawah pengurusan, pihak yang bukan sekadar di bawah urusan negeri. Sebegitu adalah pihak-pihak persekutuan, maka kerana itu kita memohon untuk peduli tentang keadaan keberadaan masyarakat rakyat dalam kawasan kami baik, bercakap juga sebagai contoh. Bicara juga tentang perihal Kubang Pasu lagi tadi itu, bila cakap contoh pembangunan cakap tentang bandar ilmu. Daerah Kubang Pasu ini diterjemahkan sebagai bandar ilmu tapi bayangkan daerah Kubang Pasu yang meliputi dua parlimen dalam parlimen Kubang Pasu ada universiti, tapi kami dekat Jerlun ni satu universiti pun tak dak, macam mana kami boleh macam mana Kubang Pasu itu nak dipanggil sebagai bandar ilmu. Jadinya insya-Allah UniSHAM ni bolehlah mai buka dekat daerah kota kawasan Kota Siputeh tak pun Ayer Hitam Insya-Allah. Yang Berhormat Speaker, sekitar pembangunan juga ingin saya zahirkan, penghawat, pengharapan mewakili rakyat negeri Kedah, kepada kepimpinan pusat untuk
tidak mengenetepikan konsep Federalisme dengan memastikan segenap hasrat kemajuan negeri Kedah dapat direalisasikan. Sebagai contoh KXP yang mana merupakan ‘game changer’ yang bukan sahaja memanfaatkan anak negeri Kedah sebegitu negeri sekitar termasuk Pulau Pinang. Bagaimana ADUN pembangkang di sini sebentar tadi boleh nyatakan apa yang terkait dalam agenda RMK 12 adalah satu hal yang tak ada kena mengena dengan tekad pembangunan negeri sedangkan kita tahu di sini bahawa apa perkara pun yang mana mengalir dalam hasrat contohnya Kedah Aerotropolis, dalam hasrat ke KXP yang digagaskan yang mana telah termaktub di bawah RMK ke 12 tapi perkara ini apabila sering diperkatakan, andai kata pembangunan itu tak berlangsung disalahkan sedangkan tanggungjawab kewajipan kita kebanyakan orang Kedah ni, rakyat Kedah ni kerana kita tertakluk di bawah perlembagaan persekutuan untuk….. (YB. Bukit Lada mencelah)
Boleh mencelah, nampak semangat itu mungkin disebabkan ada di belakang, jadi berkenaan dengan sikap federalism yang sepatutnya ada di peringkat kerajaan pusat jadi kita mengharapkan supaya kerajaan berusaha untuk meluluskan Kedah Aerotropolis itu dan kita melihat seolah macam ada satu aa satu sikap yang tidak baik iaitu kita boleh luluskan 10 billion untuk apa Pulau Pinang tapi kenapa permohonan nak lulus, nak permohonan saja. Bukan kita nak ambil geran dan sebagainya, tapi perkara itu pun sangat mendapat satu sikap yang tidak baik di peringkat pusat lah.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lada. Yang Berhormat Speaker setuju dengan apa yang…... (YB. Sidam mencelah)
Minta celah. Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Kota Siputeh ingin mencelah sikitlah. Kalau kita rujuk balik kepada perbahasan saya yang pertama itu saya ada juga cadangkan supaya kalau boleh kita duduk semeja berbincang dan sebagainyalah. Jadi kalau kita ada kemahuan dan sebagainya, mungkin kita ada masa dan ada ruang untuk kita duduk semeja dengan kerajaan pusat, mungkin bukanlah saya nak pi duduk kan? Mungkin Menteri Besarlah pi duduk denga napa itu pihak di kerajaan pusat. Jadi saya harap ini adalah satu ada ruanglah, ada ruang saya rasa ada ruang walaupun bukan di tangan kami tetapi saya rasa ada ruang untuk aa perbincangan untuk sebagainya seperti yang di, dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.
Aaa saya nak jawab dengan mudah je soalan itu…. (YB. Ayer Hitam mencelah)
Speaker, tambah sikit. Terima kasih Kota Siputeh dan Tuan Speaker terima kasih. Saya pun asalnya SMK Tengku Malik juga, tahun 80an. So abang senior kepada Kota Siputeh la, aaah alumni SMKTM, insya-Allah. Tuan speaker saya setuju dengan apa nama yang disebut oleh ah Kota Siputeh tadi cuma saya nak tag sikit apa yang disebutkan oleh apa nama Sidam, tentang ah perlu duduk satu meja berunding dengan Persekutuan. Saya rasa Sidam boleh setuju kut kita punya Menteri Besar kita dah 3 kali hantar surat kepada PM kita untuk berjumpa, bincang tentang KXP minta ruang, minta peluang perjelaskan apa itu KXP dan kenapa Persekutuan perlu sokong? Jadi tak timbul kita tidak ada kerjasama dengan pusat lah ini. Apa pandangan kata-kata Speaker? (YB. Kota Darul Aman mencelah)
Tuan speaker minta celah. Persoalan saya kepada Kota Siputeh, adakah Kota Siputeh sedar bahawa penemuan antara Menteri Ekonomi dan juga Menteri Besar telah dibuat dan kita perlu tengok dari segi satu spec yang besar di mana setiap negeri juga nak bina kapal lapangan terbang. Bila kita tengok lapangan terbang Alor Setar tak ada orang pun. Jadi, adakah kesesuaian bila kita perlu menjana satu, satu kewangan yang tinggi dan bila satu syarikat yang kita sign on MOU tapi mengalami kerugian dan adakah berkemampuan dan berkeyakinan untuk melaksanakan pembiayaan tanpa memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Jadi yang itu yang persoalan yang saya nak tanya tentang bagi Kota Siputeh. Terima kasih.
Baik. Soalan yang ditanyakan oleh ADUN pembangkang sebentar tadi, yang pertama telah dijawab oleh ADUN Ayer Hitam, saya yang mana jelas, pertama sekali kita tahu bahawa pihak Yang Amat Berhormat Jeneri memang telah pun menghantar tapi tak dilayan sendiri oleh pihak pentadbiran Persekutuan di bawah Yang Amat Berhormat Menteri tapi disini apa yang saya perlu saya jelaskan berkenaan dengan orang kata isu KXP tadi ataupun isu Aerotropolis. Bagaimana menjadi seorang ADUN negeri Kedah, sekiranya tak tahu tentang hasrat apa yang nak dibangunkan dalam negeri Kedah sendiri
sedangkan kita ni bangunkan sebuah agenda orang kata tekad, sat floor saya yang mana sebuah tekad kita di sini adalah untuk membangunkan sebuah lapangan terbang tanpa penumpang. Yang mana kita nak bangunkan untuk kawasannya kalau dibangunkan dengan ada ‘hanger-hangernya’, dengan izin dengan orang kata untuk nak bawa barangan-barangan logistik, logistik… Kita menjadi satu hab untuk kita pastikan supaya segala aspek contohnya untuk kalau kata kita ambil contoh pelabuhan kita ada di port, port Klang dan sebagainya. Ini adalah satu kawasan yang mana tak perlu pun kalau macam di Pulau Pinang ada barang-barang nak masuk nak pi malah kalau kita tengok di Pulau Pinang kilang-kilang di kawasan pulau pun dah tutup. Akhirnya semua dah pindah, pi ke Kulim ataupun pi kawasan Batu Kawan kerana itu yang kita hari ini bila kita wujudkan kita boleh orang kata menaikkan lagi, menambahkan lagi ekonomi dan akhirnya manfaat itu adalah kepada rakyat negeri Kedah untuk dapat lebih banyak peluang pekerjaan untuk hanya kita tak sekadar bergantung kepada pertanian yang mana akhirnya dikecam oleh Perdana Menteri, PMX sendiri bahawa rakyat dan juga orang-orang Kedah ni adalah merupakan orang-orang miskin amat memalukan silakan.
Yang Berhormat Kota Siputeh boleh bersetuju dengan saya, tak berbangkit isu seperti Kota Darulaman bangkitkan berkenaan dengan tak ada orang sebab KXP itu untuk port kargo.
Itu yang seperti yang dikatakan tadi ialah Port Kargo. Okay baik, Yang Berhormat Speaker kerana itu meninjau juga dalam aspek kawasan sepertimana anjuran pembangunan negara WKB 2030 adalah amat berharap dapat dibangunkan potensi pembangunan untuk menyayangi jiran kita di Perlis sebab kalau kita tengok banyak sangat benda yang diputuskan ada dalam RMK ke 12 ni. RMK ke 12 ni bukan orang kata satu laporan yang buat main je macam contohnya laporan kat untuk pengawas sekolah orang kata tulis ataupun buat main sahaja sebagai contoh ini adalah merupakan satu laporan untuk benda yang serius untuk pembangunan negeri Kedah tapi bayangkan kita telah disekat, kita tak ada agenda untuk nak membangunkan maka meninjau hal ini juga kita juga nak tanya dalam aspek berkenaan dengan Jeti Kuala Sanglang kerana adalah penting dalam kawasan sendiri di Kota Siputeh itu sendiri. Jika ada potensi untuk pengurusan logistik kerana di Kota Siputeh sebagai contoh kawasan Kota Siputeh ini adalah merupakan satu kawasan yang mana laluan KTM ataupun Kereta Api Tanah Melayu ni adalah merupakan yang terakhir sekali. Jadinya kalau sinergi daripada laluan laut daripada jalan laut di Kota Siputeh membawa sehingga ke jalan darat di kawasan
Bukit Kayu Hitam dalam kawasan Bukit Kayu Hitam maka ianya adalah merupakan satu sinergi yang baik untuk nak membangun ekonomi dalam konteks logistik dalam kawasan negeri Kedah itu sendiri. Maka perlu juga diberikan fokus agar tidak segenap aliran itu mendapat manfaatnya terhadap jiran kita di Perlis. Kenapa saya perkatakan berkenaan dengan Perlis ini tuan-tuan?
Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Speaker, maaf kita tinjau dalam konteks pembangunan di Kota Siputeh juga sebagai contoh kerana banyak aliran kewangan, sumber-sumber ekonomi, orang-orang Kedah ni banyak pi mengalir kesemuanya dalam kawasan negeri Perlis. Tambah pula saya duduk di sempadan. Orang-orang yang duduk di sempadan Perlis ini orang-orang yang mana duduk dekat dalam Kota Siputeh ini depa nak beli barang depa pi ke Arau, depa nak beli barang, depa pi ke Kangar. Jadinya duit semua pi ke Kangar, pi ke Arau. Kita bayangkan di Kota Siputeh itu tak banyak hanya ada kedai-kedai kecil, kedai-kedai persendirian. Kalau depa nak syok sikit, depa tak pi kalau dan pi Alor Setar, depa pi Alor Setar pi Aman Central, tapi depa sanggup lebih banyak berbelanja di kawasan Arau dan juga Kangar. Maka hasil disebabkan tak ada pembangunan fokus pembangunan aaa komersial-komersial hub yang ada dengan izin dalam kawasan Kota Siputeh kerana itulah di banyak aliran kewangan yang pergi ke belah sana. Malah aspek pembangunan untuk memastikan lebih ramai orang datang ke Kota Siputeh banyak duit dibelanjakan dalam kawasan Kota Siputeh itu boleh kita tengok dengan juga menerokai aspek pelancongan kerana itu kalau boleh saya berharap mewakili Kota Siputeh berharap dapatlah dibangunkan pelancongan dengan konsep pelancongan diraja dalam kawasan Kota Siputeh kerana Kota Siputeh dalam dari segi persejarahannya adalah merupakan kota ketiga pentadbiran kerajaan-kerajaan Kedah tua dan juga kota tertua yang masih wujud dalam negeri Kedah malah tahukah semua Yang Berhormat, ADUN-ADUN yang ada dalam kawasan ini bahawa bukti persejarahan orang kata betapa hubungan diplomasi antara Aceh dengan juga Kota Siputeh suatu masa ada sebuah pokok iaitu pokok lockcan. Pokok lokcan itu hanya ada dekat dalam Negeri Kedah ni hanya ada dekat kampung saya di kampung Siputeh dan juga ada di Aceh.
Maka sebenarnya itu satu tarikan orang-orang Kedah kah, orang-orang mana nak mai, boleh pi tengok ooh ni ada sekian, sekian perkara yang ada dalam Kota Siputeh termasuk aspek pelancongan lain. Bukan itu sahaja, dalam cerita Kedah versus Perlis ni, saya perlu juga katakan antara satu lagi kerisauan saya adalah bila ramai aaa, Yang Berhormat Speaker, orang-orang yang lahir, depa nak beranak ni depa pi beranak dekat Hospital Kangar. Depa nak bersalin ni, depa nak pi bersalin ni depa pi bersalin kat Hospital Kangar. Bila pi depa bersalin kat hospital Kangar, Kangar masalahnya ni saya perlu tegur, saya mohon jadi medan untuk nak menegur juga apabila servis di Hospital Jitra
dimaklumkan sangat-sangat teruk servisnya, prasarana, fasilitinya sangat-sangat teruk menyebabkan orang-orang kami yang duduk dalam Kota Siputeh ni pi beranak kat, bersalin dekat Jitra, bila depa pi kat Jitra, apa yang akan jadi masalah? Masalah dalam konteks negeri bila mereka lahir IC mereka kosong sembilan (09), satu hari nanti bila depa nak tuntut berkenaan dengan isu-isu tanah, isu-isu perkara yang di bawah urusan kerajaan negeri jadi terlalu banyak perkara-perkara birokrasi. Maka satu perkara yang perlu kita tengok dan nilai perkara-perkara yang lebih aaa tuntas bagaimana kita nak memastikan tak banyak aliran ekonomi sampai orang pun orang duk Kedah tapi IC kosong sembilan (09). Baik. Maka termasuk juga di sini.
Kota Siputeh, boleh cuba-cuba ringkasan.
Baik.
Bukan suruh berhenti, tak berhenti lagi. (YB. Tokai mencelah)
Kota Siputeh, terima kasih Tuan Speaker, boleh? Apabila Kota Siputeh sebut tentang Sejarah Kedah tua ni, bila saya baca buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Aaa saya tengok dalam muka surat roman apa yang ke lapan ni, kita dapati satu, dua, tiga, enam makam ah sultan-sultan Kedah dulu berada di Langgar Diraja Kota Siputeh, Sultan Ibrahim Shah, Sultan Sulaiman Shah, yang pertama Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah, yang pertama. Sultan Mahmud Shah Sultan Muzaffar Shah yang kedua semua berada di Langgar diRaja Kota Siputeh. Apakah ini boleh jadikan sebagai satu sumber rujukan Sejarah untuk Kota Siputeh ini? Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Tokai, saya amat bersetuju apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Tokai, aaa semestinya kita berharap ada langkah dan tindakan oleh pihak kerajaan negeri untuk kita nak memastikan supaya hasrat dan juga agenda pembangunan sejarah negeri Kedah ini untuk ditengahkan kerana jati diri anak Kedah ni
penting untuk kita membangunkan negeri Kedah ni perlu ada kembali dan perlu di diceritakan kembali kisah-kisah persejarahan untuk meningkatkan semangat dan jiwa nasionalisme anak Kedah itu penting. Terima kasih Yang Berhormat Tokai. Saya juga masih nak berbalik dalam isu nasionalisme Kedah ni juga tapi versi Perlis ini kerana lagi satu masalah pula terkait di bawah MADA. Di bawah MADA ni tuan-tuan aa Yang Berhormat sekalian Yang Berhormat Speaker, dalam soal pertanian, daripada Pida 1 sampai ke Pida 15 dalam kawasan Kota Siputeh ini, pengurusannya semua jatuh di bawah pengurusan MADA Perlis jadinya depa jaga hanya dengan elok semua jalan-jalan dan juga aa jalan-jalan bendang ini jalan-jalan MADA ini semua ataupun tali-tali air ini semua dengan elok bagi dalam kawasan Perlis tapi tak sampai meliputi dalam kawasan di Kota Siputeh kerana itu jadi payah sebab kami terpaksa untuk nak turut dan juga berhubung dengan pihak dengan MADA dalam kawasan Perlis. Jadinya, kerana itulah penting untuk kita untuk disorotkan segenap hal ini dan dalam soal pertanian sini, ingin disentuh adalah penting untuk ada pusat pengumpulan buahan kerana terdapat kelompongan peranan agensi persekutuan untuk tambah baik demi bawa ke dalam pasaran. Kita dalam Kota Siputeh ni juga adalah merupakan harum manis yang paling besar sekali dalam negeri Kedah, jagung malah yang paling luas sekali dalam negeri Kedah adalah di Kota Siputeh, ‘sweet corn’ yang paling manis sekali sepertimana manisnya Yang Berhormat Speaker kan.
Besok bawa sikit.
Kemudiannya tapi malangnya kita tak ada, ada banyak hari itu saya dibawa untuk pi tengok ada dusun, ada pokok muktan dan sebagainya, habis tak petik pasal apa tak ada orang nak beli, tak ada orang nak beli kerana tak ada pusat pengumpulan, tak ada pusat untuk nak jual, nak dibawa keluar pasaran. Jadinya amatlah saying, aaa sebegitu juga di sini dalam isu kebajikan negeri, saya juga memohon isu tiada geran ini perlu ditinjau sama ada di, dipergiatkan lagi pemberian geran atau hasrat bangunkan penempatan khas. Saya ambil contoh Kuala Sanglang, dekat Kuala Sanglang ni amat-amat menyedihkan sebab depa ni duduk di atas geran tanah rizab. Saya nak cerita sikit bagaimana pengalaman bila kita turun ke kawasan dalam satu kawasan bukan dalam Kuala Sanglang pi kat satu rumag orang ni bila kata dia minta bantuan kewangan bila kita bagi ini, kita bagi sekali dua seratus, lima puluh ringgit ini kita boleh bagi tapi tiba-tiba sampai ketiga kali, empat kali minta lepas itu orang lain pun nak juga kita tanya dia lagu mana, boleh dak kami tolong perkenalkan amanah ikhtiar kah perkenal kat manakah kita
bagi nak bantu ekonomi dia supaya dia usaha sendiri bagi joran tapi sayangnya apa yang berlaku tak mahu orang ini tapi pengalaman dekat dalam dekat Sanglang dekat Kuala Sanglang rumah dah nak reban. Rumah dia dah nak reban punyalah teruk tapi orang hat kerja kat rumah itu betul-betul bersungguh. Dia cari tapi dia tak dak rezeki, dia tak ada peluang untuk nak apa kembang ekonomi tak kenal kan jadinya kita bantu daripada sudut ekonomi tapi rumah nak reban tak boleh nak perbaik rumah dia sebab apa tak dak gerai. Jadinya saya memikirkan apakah mungkin kitab oleh fikirkan secara bersama inisiatif yang dapat kita bantu juga orang-orang yang tak ada geran ini supaya apatah di bawah geran negeri untuk kita sama-sama dapat memudahkan urusan mereka. Yang Berhormat Speaker. (YB. Belantek mencelah)
Belantek mencelah.
Ya ya boleh. (YB. Belantek mencelah)
Boleh, terima kasih Kota Siputeh, tadi Kota Siputeh menyebut tentang pemberian geran kita tengok dalam bajet yang dibentang cadangan untuk menyediakan kampung tersusun dan dikenal pasti ada lima belas (15) lokasi dan saya ini mungkin merangkumi beberapa daerah. Tuan Speaker dan kita harap hasrat ini sepertimana penduduk-penduduk miskin di DUN Belantek sendiri pun ramai dan kita akan menyediakan sebanyak 939 plot kediaman mungkin boleh bagi tanah dan cara nak, nak, nak buat rumah itu kita boleh bincang balik dan seluas 3500 hingga 4000 kaki persegi. Dengan hasrat ini saya ingat memenuhi hasrat Siputeh tadi untuk memenuhi semua miskin, kita ada di semua ADUN, di semua DUN, Ya? Terima kasih.
Setuju. Terima kasih Yang Berhormat dan Yang Berhormat Speaker adalah penting untuk kita mencipta ekosistem ekonomi khusus negeri Kedah atau bersinergi dengan negeri-negeri SG4, gagasan persis BRICS ini moga dapat memacu pembangunan dengan kemasukan lebih banyak FDI. Antara lain adalah berharap kerajaan negeri dapat menerokai pembangunan ekonomi dalam konteks SDG cabang ‘blockchain’ dengan ‘reward’ sistem token atau ‘complimentary currency’. Dengan izin, seperti caring
relationship token mahupun program time banking yang boleh dibangunkan melalui Kedah invest atau MBI dan sinergi dan SG4. Contoh ini saya ambil contoh, sebagai contoh dalam konteks isu pengurusan aa sisa pepejal ataupun sampah-sampah yang ada kerana kita boleh ambik contoh, kita boleh bagi reward dah ada dibangunkan melalui orang kata pengurusan sampah dalam negeri Kedah ini sendiri tapi pengurusan itu mungkin kita dapat meliputi mewujudkan ekosistem yang lebih holistic contohnya bila orang bawa masuk simpan buang orang kata botol-botol, barang-barangan yang mana terkait-kait dengan pengurusan sampah ini dapat dijadikan satu token.
Kita ada kad khusus di bawah negeri Kedah kita dah adakan token maka token ini dapat ditukar dengan makanan-makanan di bawah ataupun beras sejahtera itu sendiri yang mana orang kerja dia boleh bertukar yang mana dia boleh dapat dia boleh claim hasil daripada dia menguruskan sisa pepejal sampah dan sebagainya maka kita tak perlu untuk nak membazir lagi daripada segi mungkin kalau kita ambil pekerja-pekerja luar untuk kerja dalam kawasan dalam negeri Kedah tapi kita boleh gunakan inisiatif daripada pihak kita sendiri. Maka daripada itu juga saya ingin nak mengucapkan setinggi tahniah kepada DO Kubang Pasu kerana beliau juga titik beratkan isu kebersihan alam sekitar ni dan juga kebersihan persekitaran. Bicara terakhir atas perihal IR 4.0 di atas saya suka nak juga nak sentuh pelan memadani, adalah satu hal yang pelik bila dicanang satu perancangan yang tak ada kejelasan tentang agenda pembangunan maka demi keterjaminan makanan kita harap pembangunan IR 4.0 ni dapat juga menyentuh aspek IOT dan sebagainya ke dalam kawasan, dalam aspek pertanian sebab selain daripada mereka menyekat sekat dalam agenda KXP dan sebagainya, kita berharap supaya bila tengok pelan Madani ni, tak ada perancangan sebab kit ani tak menuju, kita ni tak ada R&D, ha dalam perancangan itu tak nampak kejelasan nak bangunkan, menjadi menyayangi R&D sepertimana negeri-negara lain.
Akhirnya mungkin dapat kita letak fokus kepada agenda IR 4.0 itu untuk pembangunan IOT dalam konteks pertanian. Kita berharap perkara ini dapat juga kita terokai dan dari itu terakhir sekali saya juga mohon mencadangkan kepada atas Tabung Tengku Mahmud ini kita bangunkan satu kita juga telah dengar hasrat ini di bawah Yang Berhormat Jitra juga yang mana sekolah kepimpinan negeri yang mana kita boleh menggunakan senarai daripada Tabung Tengku Mahmud itu untuk kita tarik mereka untuk bekerjasama untuk berkhidmat di bawah kerajaan negeri Kedah dan juga kita padankan padanan kerja sepertimana akademi ‘infectory’ mungkin sebab ada syarikat-syarikat, kilang-kilang yang berada di bawah di Kulim Hi-Tech dan sebagainya kita boleh padankan kerja orang-orang dekat sekitar anak negeri Kedah ni yang mana duduk di kampung-kampung dan juga mungkin senarai daripada Tabung Tengku Mahmud ni juga untuk mereka kembali berkhidmat padanan kerja itu kita boleh laksanakan hasil inisiatif kerajaan negeri Kedah
itu sendiri maka satu hal sepertimana saya kata tadi adalah demi mencapai segenap kejayaan ini kita perlu membangkitkan kembali semangat negeri Kedah. Maka Syabas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Jeneri keran tak putus dalam tekad dan usaha beliau untuk membangkitkan nasionalisme negeri Kedah dan penting untuk sama kita menjayakan dan kita membangunkan jati diri, rakyat Kedah ni sendiri dari itu Kota Siputeh menyokong penuh bajet yang dibentangkan. Terima kasih.
Okay terima kasih Kota Siputeh kalau ada lima orang speaker pun lemah jantung juga. Seterusnya saya menjemput ADUN Derga. Orang muda juga ni. Dipersilakan ADUN Derga.
Bismilllahirrahmannirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, Yang saya hormati, yang saya hormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli yang berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai pegawai yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersidang, moga-moga apa yang kita bincangkan ini akan membawa kebaikan bersama, terutamanya kepada rakyat jelata Insyaallah. Hadirnya saya di sini untuk membawa suara pengundi Derga. Saya ingin mengucapkan tahniah, kepada Yang Amat Berhormat Jeneri, di atas lantikan menjadi Menteri Besar Kedah bagi penggal kedua. Saya percaya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat, Negeri Kedah akan terus berdaya maju memacu ekonomi ke arah “The Greater Kedah”. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, sekali lagi, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Bajet 2024 Negeri Kedah yang mengutamakan agenda rakyat yang mana ianya bermula dari usia bayi yang baru lahir hingga setinggi-tinggi umur.
Yang berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli yang berhormat, Kesiapsagaan kerajaan negeri dalam menghadapi peralihan monsun wajar diberi pujian, mana tidaknya, fenomena ini akan memberikan impak yang besar kepada rakyat. Dengan wujudnya Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah yang sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi apa jua permasalahan yang bakal muncul akibat bencana banjir yang melanda wajar dipuji dan diberi perhatian. Selain itu, saya amat berharap agar kerajaan negeri dapat meningkatkan usaha dalam pembinaan infrastruktur yang lebih baik bagi
mengurangkan risiko banjir dan menyediakan rancangan jangka panjang yang lebih berkesan memandangkan isu ini juga melibatkan beberapa lokasi yang telah dikenalpasti kerap berlaku banjir di seluruh Kedah khususnya di Derga la noh.
YB. Derga jangan baca banyak sangat noh.
Terima kasih dan syabas kepada kerajaan negeri Kedah atas inisiatif meneruskan ‘Program Tanah Rakyat’ yang menyasarkan warga miskin atau golongan asnaf untuk memiliki tanah sendiri sekurang-kurangnya tapak rumah, tu yang YB Kota Siputeh sebut tadi ni. Namun begitu saya ingin menyatakan kebimbangan saya, apalah nasib mereka yang menduduki tanah rezab kerajaan, sebagai contoh jika kerajaan mengambil semula tanah-tanah ini, lambat laun mereka terpaksa berpindah keluar. Justeru itu saya amat berharap Derga turut diberi perhatian mengenai isu perkampungan tersusun ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Dalam sesi pembentangan Bajet Kedah 2024 Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyatakan, sebagai persediaan ke arah penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Negeri Kedah mengambil langkah ke hadapan dengan menganjurkan Tahun Melawat Kedah 2025. Peruntukkan sejumlah RM 3 juta bagi tujuan program dan promosi pelancongan untuk persediaan menyambut pelancong dilihat akan lebih memberi impak positif kepada sektor pelancongan negeri Kedah ini sendiri. Disini, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu Kebudayaan yang menjadi aspek kepada pelancongan budaya Sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Pelancongan budaya bukan hanya dapat memberikan peluang ekonomi yang penting tetapi juga dapat mempromosikan keindahan dan keunikkan budaya Kedah kepada dunia luar. Pembangunan destinasi pelancongan budaya, promosi festival seni tempatan, dan penyediaan infrastruktur yang menyokong pelancongan seperti pusat seni dan galeri boleh menjadi aspek penting dalam membentuk strategi pelancongan budaya di negeri Kedah. Sebagai contoh, Pelayaran River Cruise yang menyusuri sungai Derga merangkumi Sungai Kedah boleh dijadikan satu tarikan baru kepada pelancong disamping menikmati kafe kafe ditepi sungai yang menjadi satu trend dan kian mendapat sambutan orang ramai. Kalau boleh duk cuci Sungai Derga itu eloklah. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan… kejayaan Kedah seharusnya memanfaatkan….
Mohon mencelah sikit… boleh Tuan Speaker. Dan terima kasih Tuan Speaker iaitu berkenaan dnegan tahun melawat Kedah ini saya merasakan bahawa kita perlu tanam semangat orang-orang Kedah ni untuk melawat tempat dia sendiri. Kadang-kadang kita suka pergi ke tempat lain sedangkan di Kedah ini adalah tempat yang menarik yang kadang-kadang orang pergi Cameron Highland tapi cadangkan supaya kita boleh pergi ke Gunung Jerai sebab di Gunung Jerai kita ada sky bike yang baru siap 10 Disember. Seorang 20 ringgit ja, kemudian kita ada Jerai Walk untuk makan malam, naik motor, geng-geng motor boleh naik kereta dan boleh makan di sana, kemudian kita ad ataman dinosaur, saya rasa tak dak, rasa orang tak tau lagi kata ada dinosaur di Gunung Jerai ni kan 10 Mei 2023 dah siap berada di atas dan kemudian kita ada yang terbaru iaitu sky view iaitu 1 Disember 2023, sorang 8 ringgit je boleh naik dan boleh lihat di atas Gunung Jerai, apa pandangan Derga?
Okay saya bersetujulah dengan pendapat Bukit Lada memang banyak tempat untuk kita lawati di Kedah ini memang banyak sangat tapi nak berkenaan dengan Gunung Jerai itu memang saya pun pertama kali baru sampai baru ini tapi nak naik itu cabaran di aitu memang, memang banyak cabaran sikitlah kalau kena dengan hujan pula memang banyak lagi cabaran dia okay saya setuju sangat tu. Okay Kerajaan Kedah seharusnya memanfaatkan peluang untuk menghidupkan semula dan mempromosikan sukan tradisional seperti layang-layang, sukan bendang, dan aktiviti sukan yang memainkan peranan penting dalam mencerminkan budaya negeri Kedah. Sukan-sukan ini tidak hanya menyediakan hiburan yang unik bagi pelancong, tetapi juga mengekalkan dan mewarisi warisan budaya kita. Dengan memfokuskan kepada sukan-sukan ini, Kerajaan Negeri Kedah bukan saja dapat menghidupkan semula warisan budaya, tetapi juga memupuk minat dalam kalangan generasi muda terhadap warisan tradisional. Melalui inisiatif ini juga, Tahun Melawat Kedah 2025 boleh menjadi platform untuk memperkukuhkan identiti budaya negeri dan menyemarakkan daya tarikan pelancongan dalam dan luar negeri.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan dan agensi agensi yang komited dalam mengekalkan seni warisan budaya untuk lebih dikenali dan kekal dipelihara. Sebagai contoh pertama, Festival Merakyatkan Seni Budaya : Mek Mulung, ‘Warisan Akar Umbi’ yang julung-julung kali diadakan di Dataran Kampung KEDA Wang Tepus baru baru ini, Jitra pada hujung bulan Oktober yang lalu, membuktikan pihak
kerajaan negeri Kedah mengambil tanggungjawab serius bagi kembali mengangkat dan martabatkan kesenian tradisional “Mek Mulung” ini agar terus kekal terpelihara untuk tatapan dan tontonan generasi akan datang. Bak kata pepatah, “Jika Menebang Menuju Pangkal, Jika Melanting Menuju Tangkai”. Keistimewaan yang terdapat di dalam kesenian tradisional ini adalah ia merupakan adunan daripada unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik yang digabungkan dalam satu persembahan. Meskipun seimbas lalu, persembahan Mek Mulung kelihatan mudah, tetapi ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya. Namun, saban hari kesenian Mek Mulung ini sudah lama menyepi dan tidak lagi se gah dahulu terutamanya di Negeri Kedah ini sendiri. Ianya tidak lagi diangkat seperti zaman kegemilangannya dahulu kala ibarat, “Bermata Mata Kayu, Bertelinga Telinga Kuali”.
Minat sungguh noh Mek Mulung.
Ha baru duk praktis saya bolehlah pakat-pakat merasailah lepas ni ya Mek Mulung nah. Okay kesenian yang kedua pula, Kesenian tradisional Jikey (GK) adalah sejenis teater rakyat terkenal dalam kalangan penduduk utara semenanjung khususnya di negeri Kedah dan Perlis. Jikey amat popular dalam sekitar tahun 1960-an menampilkan ciri-ciri tempatan dalam persembahannya dengan menggabungkan muzik, nyanyian, tarian dan lakonan yang menghiburkan disulami dialog-dialog lucu. Kesenian ini hampir pupus kerana pelakon dan pendukung kesenian ini tergolong dalam golongan warga emas dan kesenian tidak mendapat perhatian dan sokongan daripada kalangan generasi muda. Jadi nak pupus dah Jikey pun, Jabatan Kebudayaan Negeri perlu ambil berat lah memastikan Jikey dan seni warisan budaya kita ini tidak pupus sebagai khazanah budaya bangsa khususnya masyarakat Kedah. (YB. Lunas mencelah)
Okay Yang Berhormat Speaker, terima kasih yang Berhormat apa nama Derga setuju tak saya katakana bahawa sebenarnya negeri Kedah ini kaya dengan budaya kaya dengan apa warisan lama dan juga kita banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik dan masih belum kita komersialkan. Sebagai contoh banyak rakyat Malaysia khususnya di Kedah ni minat untuk pergi ke Thailand sebagai contoh ke Hatyai, pergi melawat pasar terapung sedangkan pasar terapung tu, kalau kita biasa pergilah. Saya rasa Yang Berhormat Speaker, selalu pergi ke sana untuk meninjau keadaan.
Ya setuju. (YB. Lunas mencelah)
Jadi saya tengok macam floating market itu, di sana itu dah lah tempatnya kurang bersih, ada becak, anjinglah lalu apa semua, kemudian dari segi makanan ataupun penyediaan makanan yang diletak dalam sampan-sampan di tepi Sungai itu kalau kita tengok air sungainya dah lah berbau, kan? Tapi ramai orang kita yang pergi sana. Tak ada siapa pun yang complaint kata tempat itu tak elok dan sebagainya. Jadi kenapa tidak kita, saya rasa di bawah EXCO pelancongan, Kubang Roban memikirkan ataupun membuat satu kajian yang lebih terperinci untuk mengetengahkan ataupun komersialkan di setiap daerah kita tempat-tempat pelancongan yang mana kita boleh mengurangkan dari segi rakyat kita keluar ke Thailand dan dari segi tukaran yang merugikan negara kita sendiri dan sepatutnya pelancongan itu rakyat kita lebih tertumpu kepada daerah-daerah yang ada sektor-sektor pelancongan yang boleh kita kembangkan. (YB. Ayer Hitam mencelah)
Mohon Tuan Speaker.
Derga, boleh? (YB. Ayer Hitam mencelah)
Berkaitan juga dengan apa budaya atau pelancongan budaya ni, saya nak tanya pendapat Derga lah tentang satu lagi budaya ataupun mainan lama orang kita, orang Kedah, orang utara ialah wau, layang-layang, wau, layang-layang noh saya mencadangkan supaya kita angkatlah mainan wau ini, layang-layang ni supaya menjadi satu mainan yang dikembalikan kegemilangannya. Dulu-dulu ni masa musim kemarau lepas mengerat itu belah yang hitam dah, dah putih sama juga wau ni sentiasa dilambung secara persendirian ataupun kumpulan yang kecil, jadi kita angkat menjadi satu pesta ataupun kita buat karnivalkah apakah saya rasa boleh menjadi satu sumber kepada kemasukan pelancong tempatan dan luar ke negeri Kedah ni. Kita mengambil contoh pesta Wau di Pasir Gudang, Johor dan juga di Kelantan yang diadakan saban tahun pada
musim yang tertentu. Sambutan cukup menggalakkan pesta wau antarabangsa Pasir Gudang dan juga di Kelantan. Kalau kita buat di Kedah ni saya rasa mungkin dapat sambutan yang sama jugalah. Saya biasa buat peringkat DUN Ayer Hitam yang biasa dari oleh Alor Mengkudu masa itu belum jadi EXCO lagi. Kita buat pesta Wau juga secara kecil-kecilan. Tenang, memang dapat sambutan, dia ada peminat sendiri, pemain sendiri yang suka hadir dan walaupun makan masa 3, 4 hari depa sangguo tunggu, lambung dan tunggu dan tengok dan ramai juga mai untuk bersama-sama dan kita boleh dapat juga bina sedikit pendapatan pada penduduk setempat dengan kedai-kedai makan sebagainyalah. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Derga?
Saya bersetujulah dengan apa yang disoalkan oleh Ayer Hitam tadi berkenaan Wau ini kita buat macam tradisilah noh tiap-tiap tahun. Tiap-tiap tahun boleh buatlah sukan wau ini cuma kita di Pantai timur nu berkenal dengan apa? Wau bulan. Kedah ni yang saya tak pasti pula wau apa taktau. Tuan Speaker tahu kut apa belah Kedah ni.
Kita cari nama dia.
Okay kita teruskanlah. Sikit lagi nah hujung dah hujung noh.
Hujung? Ya.
Berkenaan dengan sukan sikit, kalau tadi saya ada menyentuh tentang mempromosikan sukan tradisional, terdetik di sanubari hati saya untuk turut serta mengikuti arus semasa. Apa yang cuba saya maksudkan ialah tentang sukan serba moden, maju serta mengikut trend semasa anak-anak muda iaitu Esports lah game noh game PUBG apa semua atau kalau dalam Bahasa Melayunya kita sebut Sukan Elektronik. Sukan arus semasa ini harus kita berikan perhatian terhadapnya. Untuk makluman ahli-ahli yang berhormat, negeri Kedah melahirkan ramai attlet-atlet yang berjaya di peringkat yang tertinggi, seperti di kejohanan SUKMA 2022 dan Sukan Sea 2023. Jadi ini membuktikan sukan
elektronik ini tidak disisihkan di dalam negeri Kedah. Derga amat mengalu-alukan Yang Amat Berhormat Alor Mengkudu sekiranya ada perancangan untuk menyediakan fasiliti untuk sukan ini di kawasan kami, mana tidaknya, 2 daripada 3 jurulatih untuk sukan elektronik ini menetap di Derga, bak kata pepatah “Besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan ”.
YB Tuan Speaker, tapi sebelum nak landing, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kedah kerana telah meluluskan permohonan bagi kerja-kerja peneyelenggaraan jalan di kawasan saya wang amanah MARRIS tahun 2023 dengan pecahan sehingga penyelenggaraan. 15 jalan untuk kerja-kerja Terima kasih kepada Pejabat Daerah Kota Setar, Tuan DO tapi masa dia lulus mungkin dia dah pencen dah. Dah pencen dah?
Tak pa dia dengar.
Dengar nah, sehubungan dengan itu, diharapkan pihak kerajaan negeri terus menitikberatkan soal kesejahteraan penduduk samada di kampung ataupun di kawasan bandar dalam memastikan jalan-jalan lama yang telah rosak dibaik pulih demi keselesaan rakyat sejagat.
Akhir sekali, Sebagai wakil rakyat yang dipilih, kita bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyat serta kepentingan Negeri kita diutamakan. Saya berharap agar isu-isu dan cadangan ini dipandang serius serta diambil tindakan dengan sewajarnya demi kesejahteraan bersama. Sebelum saya menamatkan perbahasan saya, ingin saya menyeru kesemua ahli-ahli yang Berhormat termasuk dari ahli-ahli yang berhormat pembangkang untuk bersama sama saya menyokong penuh Bajet 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Terimalah serangkap pantun daripada saya…..
“Dari Derga Saya Melangkah, Langkah Membawa Segunung Harapan, Andai Ada Bicara Yang Salah, Mohon Maaf Setiap Kesilapan “
Sekian, Wabillah hitaufik Wal hidayah. Assalamualaikum WBT..
Terima kasih Derga. Jadi ingat speaker tak payah jawab kot noh pantun tu. Kita simpan dulu, kita ada seorang lagi pembahas terakhir kita. Jadi saya dengan ini menjemput ADUN Anak Bukit dipersilakan ADUN Anak Bukit.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wabihi Nasta'in Waala Umuriddunya Waddin Wassalatu Wassalamu Ala Asrofil Ambiya'i Wal Mursalin Waala Alihi Wasohbihi Ajma'in Ama Ba'du.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, Yang Berhormat ahli-ahli dewan undangan negeri, Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan, Tuan-tuan, Puan-puan, muslimin muslimat yang dihormati sekalian, pertamanya saya nak ucap terima kasih kepada Tuan Speaker kerana menjemput saya untuk berbahas dalam bajet 2024 iaitu lah meneruskan kemajuan, menzahir Impian dan saya juga nak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah dipilih dan telah dilantik menjadi Menteri Besar yang ke 15 untuk meneruskan lagi negeri Kedah ni dalam slogan ‘Kedah Sejahtera, Nikmat untuk semua’.
Yang berhormat Speaker, kalau kita tengok daripada kerja buat yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat daripada tahun 2020 sampailah kepada sekarang ni kita tengok dia mempunyai satu pasukan yang mantap dan kemas dan di antara pasukan-pasukan yang mantap itu jugalah, terdirinya daripada pasukan-pasukan yang terdiri daripada pegawai kerajaan yang membantu siang dan malam untuk meneruskan lagenda ataupun inspirasi Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. Jadi dalam tempoh ini, dalam masa ini saya ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah dan juga kepada pihak kerajaan yang telah menyediakan platform terima hasil secara atas talian yang dikenali sebagai i-bayar sehinggalah pada 31 Oktober 2023 jumlah pengguna telah mencecah 58 ribu orang yang melibatkan nilai kutipan berjumlah 34.97 juta. Hasil daripada itu mereka dianugerah ‘"Special Recognition Award: Leadership" anjuran Payment Network Malaysia Sdn Bhd ataupun PayNet.
Yang kedua, saya nak ucapkan tahniah juga kepada Majlis Daerah Pendang yang telah mendapat sijil pengiktirafan Pematuhan Saga tahun 2023 dan yang ketiganya juga saya nak ucapkan tahniah juga kepada Majlis Pembandaran Kulim Kedah yang telah mendapat tempat kedua bagi Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam 2023. Yang ke
empat saya nak ucapkan tahniah kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, MBAS yang telah berjaya mendapat anugerah Penarafan Baja Pintar Malaysia oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Kalau tidak ada depa ni siapa lagi yang kita bantu pada kerajaan Kedah ini. Saya ucapkan tahniah kepada warga rakyat semua.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah bajet rakyat sesuai dengan slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua, bajet yang melibatkan semua peringkat dan golongan dalam Negeri Kedah ini, ia melibatkan Program Pembangunan Usahawan Muda, Tabung Usahawan Wanita Sejahtera, Pembangunan Usahawan Tani, Program Pembangunan Industri Ternakan Tanaman dan Ladang, i-BAKIPT ataupun bantuan awal kemasukan IPT Tabung Tengku Mahmud, bantuan beras sejahtera, i-Kafalah bantuan khairat kematian, bantuan pesakit terlantar, anakku sejahtera, peruntukan desa Sejahtera, bantuan perubatan, Program Masyarakat Insan. Semua ini adalah untuk melibatkan semua rakyat yang ada, melibatkan semua kaum iaitu lah Melayu, Cina dan juga India. Tidak ada satu kaum pun yang kita asingkan dalam masyarakat di negeri Kedah ini. Tuan-tuan, Yang Berhormat Speaker yang saya hormati kalau kita tengok lagi dalam Kedah, kita tengok Kedah ini adalah satu negeri yang bersejarah, sejarah Kedah ini tolong adalah satu sejarah dalam Kedah tua yang mempunyai empayar yang cukup besar. Dalam sejarahnya yang lampau, satu keluasan tanah ataupun keluasan negara yang luas daripada bermulanya Pulau Pinang sampailah kepada wilayah Ranong di Thailand. Itulah di antara nama dia empayar Kedah, satu masa dulu yang kita tengok hari ni bagaimana kita batu sempadan.
Anak Bukit? Tolong bagi laluan dekat YB Jeneri sekejap.
Yang Berhormat Tuan Speaker saya pohon mencadang di bawah Peraturan Dua Belas Satu 12 (1) (a), Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, persidangan dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2:30 petang selapas ditangguh pada jam 1:00 tengahari.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli yang Berhormat, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh ADUN Merbau Pulas oleh ADUN Jeneri. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Kedah ini adalah satu negeri yang cukup sejarah. Sejarah melalui Kedah tua yang mempunyai kelulusan yang cukup luas bermula daripada Seberang Perai, Pulau Pinang sampailah ke Wilayah Ranong di Thailand. Itulah di antara gambaran sejarah lama dulu, yang dinamakan Kedah tua sampailah sekarang ni pengalaman saya berada di sana di Wilayah Ranong, masih lagi ada batu sempadan yang di Wilayah Ranong itu sendiri. Di situ ditulis sinar sempadan antara kerajaan Burma sebarang Sungai, Kerajaan Siam dan kerajaan Kepulauan Melayu Kedah batu sempadan itu masih lagi berada di wilayah Ranau dan kalau dalam dewan yang berbahagia ini kalau pi ke sana boleh jumpa lagi orang-orang Melayu Kedah yang fasih berbahasa Kedah. Kalau pi di Ranong memang ramai lagi orang Melayu Kedah. Kalau pi di Pulau Pingai satu pulau itu semua cakap Kedah. Kalau Kawthoung wilayah Burma itu sendiri memang ramai dan juga Pulau Tentong bermaksud kata ke Kedah, Kedah ni cukuplah luas wilayah dia, daripada Ranong sampailah kepada Pangau, sampai ke Krabi sampai terang, sampailah kepada wilayah Satun. Itulah di antara Kedah dan Kedah ni sejarah ni kita nak kena cerita kepada anak-anak muda bahawa supaya tak timbul lepas ni, depa tak tahu tentang sejarah Kedah itu sendiri sebab kita tak tau benda ni semua, sedangkan kadang-kadang sejarah telah dilupakan oleh golongan muda.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam sejarah ini juga dalam keadaan negeri Kedah kita di Kedah kita jangan lupa berbagai sejarah berlaku dalam Negeri Kedah. Banyak kita tengok kesan-kesan sejarah yang ada. Salah satunya ialah kita tengok bagaimana berlakunya satu perang bisik antara kerajaan Siam dengan kerajaan Kedah yang ni juga telah dilupakan oleh golongan muda. Bagaimana kerajaan Siam serang pada 1821 di Kota Kuala Kedah. Yang ada yang serang daripada di peringkat apa ni apa laut dan di peringkat darat oleh tentera bergajah. Berlaku perang dan perang yang paling banyak sekali ialah di antara yang berlaku pergaduhan di Sungai Anak Bukit itu sendiri. Ini di antara sejarah yang berlaku dan kesan sejarah itu sekarang ini berada lagi masih ada lagi di antaranya ialah telaga racun yang berada di padang sejana mukim naga di sempadan antara Kota Setar juga di Kubang Pasu, ada dan banyak lagi ataupun…. (YB. Bukit Lada mencelah)
Mohon mencelah, terima kasih Tuan Speaker iaitu berkenaan dengan Kedah, sejarah Kedah tua ini jadi saya mengharapkan bahawa kita juga jangan lupa kita masih memaja Pulau Pinang itu, jadi kita mengharapkan bahawa semangat walaupun apa sejarah yang berlaku kita harap bila sebut pajak ini maksudnya dia masih lagi milik Kedah dan kita berhak untuk kita sewa tanah pun kalau hari ini berapa ratus takkan pajak Kedah sepuluh ribu je, jadi mungkin kita boleh pohon sampai ke seratus juta dan sebagainya apa pandangan?
Saya setuju dengan pandangan YB Bukit Lada, penaik lagi harga pajak itu, la ni sikit sangat kena penaik. Yang Berhormat Tuan Speaker, sejarah sekarang ni kadang-kadang telah dilupakan oleh golongan muda. Sebab itulah kadang-kadang kita kena timbulkan semangat sebagaimana yang telah ditimbulkan oleh Kota Siputeh kita nak kena balik, kembali balik kepada sejarah supaya golongan muda ingat bahawa inilah di antara perjuangan orang lama dulu nak memartabatkan di peringkat Kedah itu sendiri sebab itulah saya mohon kepada pihak khususnya kepada apa ni apa ni apa ni EXCO warisan dan juga kebudayaan apa semua itu. Lihatlah balik tentang sejarah-sejarah yang ada dalam negeri Kedah ini. Kita kaya dengan sejarah yang ada dalam negeri Kedah ni.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau kita tengok pada hari ini fenomena hujan ataupun ribut memang berlaku dalam Kedah cukup banyak di mana-mana tempat berlaku termasuklah dalam DUN saya sendiri di Anak Bukit, kalau mai hujan berlaku banjir kalau mai hari ribut habis semua bumbung terbang di rumah, di antaranya memang berlaku macam itu dan di antara tekan terkesannya ialah di peringkat Anak Bukit itu sendiri. Kita tengok hari ni sejak daripada saya berada di kerusi-kerusi dalam orkid 4 bulan dah, dua kali dah banjir, dua kali dah semua nak kena pindah pi pada pusat pemindahan sementara bermaksud kata bila berlaku banjir itu bukannya benda yang kita nak kena tengok biasa-biasa dah. Yang ni kita nak kena perhati dengan luar biasa, bila berlaku banjir dia banyak kita tengok perpindahan ke pusat-pusat pemindahan. Itu yang pertama, dan yang kedua bila berlakunya banjir kita tengok sungai-sungai yang ada di Anak Bukit itu sendiri daripada bermulanya Kepala Batas sampailah kepada Suka Menanti nanti itu sendiri tebing-tebing mula runtuh, bila tebing-tebing mula runtuh itu kita tengok jalan-jalan utama kampung itu amat membahayakan sebab itulah saya mohon kepada pihak yang berkenaan tengoklah sama jalan-jalan kampung khususnya di tabung di tebing-tebing yang telah runtuh, tebing yang runtuh tu di Alor Ganu, Alor Madi di Pulau Rengga, di Sungai Baru apa semua itu kita tengok banyak.
Yang Berhormat Speaker, boleh saya mencelah.
Anak Bukit boleh nah?
Boleh. (YB. Kupang mencelah)
Yang Berhormat Speaker, saya ingin menarik perhatian bahawa peristiwa-peristiwa ribut yang selalunya lah. Apabila berlakunya ribut, maka kerosakan yang besar. Bila kerosakan yang besar itu kalau kita ikut prosedur kewangan, sama ada melalui jabatan apa nama ni DO dan sebagainya maka dia makan masa, makan masa. Begitu juga kalau dengan bantuan daripada pejabat zakat juga makan masa. Jadi dalam masa proses itu sebulan dua. Jadi kalau rumah itu satu rumah itu dah terpelahang macam itu, jadi sampai dua bulan dia terpaksa duduk dalam keadaan macam tu, jadi saya ingin apa pendapat kalau sekiranya pihak yang berkenaan memperuntukkan peruntukan kontingensi di mana jabatan-jabatan ini akan boleh mengeluarkan peruntukan secara kecemasan. Apa pendapat?
Yang Berhormat Speaker, saya setuju dengan Kupang supaya ada satu kontingensi lah pada kami. Kadang-kadang nak turun tu kadang-kadang kita tengok, sekali saya kena ada teruk. Jadi kadang-kadang nak pi bagi sikit-sikit tak berbaloi. Kan? Jadi kita kena tengok ja lah rumah-rumah yang kena tu sendiri, banyak tempat kita tengok boleh kata Anak Bukit ni berada di lembangan sungai. Sungai Anak Bukit, sungai itu memang tepi semua tu, jadi bila berlaku mai air bah berlakulah banjir. Bila mai angin, berlaku lah ribut, terbanglah. Kita tengok bumbung rumah, itu di antara yang berlaku kalau air banjir. (YB. Kota Siputeh mencelah)
Mencelah, YB Anak Bukit, hmm YB Speaker, ingin bertanyakan adakah bersetuju untuk kita ditambahkan jumlah sepertimana kita tahu sekarang ni jumlahnya adalah 6000 ringgit adalah untuk bantuan jadinya kita tambah kepada 10,000 ringgit untuk sebagai persediaan dan dalam pada itu kita juga ingin mencadangkan bagaimana pula pandangan sekiranya kita meletakkan perbelanjaan P04 ini di bawah JKM di bawah JKM untuk diuruskan oleh pihak JKM supaya kita tak menunggu lama sepertimana tadi dinyatakan kita ambil masa sampai 3 4 bulan untuk baru nak ada, ada bantuan itu tapi kira kita boleh dapatkan terus sekiranya JKM turun ke lapangan jadi kita boleh berurusan pada jumlah yang lebih-lebih orang kata besar.
Anak Bukit boleh bersedia untuk membuat pergulungan ada dua minit lagi.
Ada banyak lagi ni. Yang Berhormat Speaker, Anak Bukit ini berada di pinggir bandar, banyak taman-taman yang wujud di pinggir bandar. Sekarang ni apa yang berlaku di pinggir bandar ni taman-taman perumahan, bila hujan saja sampai dua jam penuhlah air dalam taman itu. Taman Aman, Taman Lumba Kuda, Taman di sebelah Mergong apa semua itu. Ni saya mohonlah kerana pihak yang berkenaan tolonglah selesai, tolonglah bantu kami untuk menyelesaikan masalah ni. Antara jangka pendek ataupun jangka Panjang kesian sebab kalau dulu ini.
Anak Bukit mencelah.
Boleh bagi laluan lagi?
Bagi, bagi.
Tadi Anak Bukit menyebut banjir. Banjir bukan saja di Anak Bukit lah. Semua semua tempat terkena banjir dan saya rasa Anak Bukit dah maklum kita ada dua ratus lima puluh sembilan (259) hotspot banjir. Dan kita tengok dalam peruntukan 4.1 juta di bawah GPS akan digunakan untuk program tebatan banjir. Kita harap ini akan menjadi kenyataan dan dapat dilaksanakan pada masanya dan saya
Okay Belantek, saya ingat okay la tu. Okay dah?
Okay dah. Saya nak sebut sikit lagi boleh?
Tak boleh dah.
Terima kasih.
Saya tegas sikit, Anak Bukit? Anak Bukit banyak lagi ka point-point tu ya?
Sikit lagi ya
Dan kalau banyak saya ini hari ini tak tahu dia pemurah, jadi kalau kata ada banyak lagi.
Ada sikit lagi.
Sat lagi pukul satu kita berhenti ini nak berhenti dah, kita sambung balik 2:30 satgi. Dah kena berhenti dah. Kita sambung pukul 2:30 satgi nah.
Ahli-ahli yang berhormat sekalian, dewan ditangguhkan pada jam 1:00 tengahari.
[Sidang Dewan pada 28 November 2023 – Hari Ketiga Persidangan pada jam 2.30 petang]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, pada petang ini kita telah menerima kunjungan pemerhati daripada Persatuan Gabungan Guru Sekolah Islam Selangor (GASIS) seramai 40 orang. Selamat datang, aik belum, belum masuk atas dari Tawar. Apa pun kita ucapkan selamat datang. Seterusnya sambungan perbahasan ucapan bajet oleh YB Anak Bukit yang tadi separuh jalan dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Speaker, semua maklum bahawa fenomena iklim memang berlaku dalam negeri Kedah, angin, hujan yang ni memang ketara dan bila berlaku macam ni banyaklah berlaku kita kata banjir ataupun bah dan kita tengok hari ni. Dan di antaranya berlaku pada lembangan sungai, Sungai Kedah, dan berbagai lagi tempat sungai. Jadi bila berlaku macam itu, maka berlakulah tebing-tebing runtuh, yang mana tebing-tebing runtuh itu kebanyakannya adalah laluan utama orang kampung. Jadi sekarang ini kita mohonlah kepada pihak yang berkenaan supaya tengok balik tebing-tebing runtuh itu tentang keselamatan penduduk kampung yang mengambil laluan utama kepada kampung-kampung. Macam kami di Anak Bukit ni Alor Ganu, Alor Madi kan lepas itu hanya Pulau Rengga, Sungai Baru, Kampung Cegar ini semua adalah tempat-tempat yang tempat yang memang tebing runtuh dan keselamatan di peringkat orang kampung tu bahaya. Tuan speaker, bila berlaku macam ni kita tengok saban tahun boleh katakan kerap berlaku. Bila kerap berlaku tu, tepi sungai tu dia ada alor, alor. Alor yang menghubungkan kampung-kampung. Dalam alor tu pulak ada titi. Sambungan titi-titi. Titi-titi di kampung menjadi laluan utama di kampung-kampung yang panjangnya lebih kurang 3 hingga 15 meter yang kita tengok hari ini. Kebanyakan titi dah uzur, memang tersangat uzur. Ada yang titi telah berusia lebih 50 tahun dan yang tu tu telah menjadi laluan utama kepada penduduk kampung. Contoh yang berlaku di titi Alor Melintang. Titi di pondok tanjung bedil, titi di sungai baru kan kampung sungai baru. Dan juga titi di tempat-tempat lain.
Yang ni adalah titi yang uzur dan titi ni jugak kita tengok hari ni membahayakan penduduk kampung. Tambah-tambah pulak titi tu bila berlaku kebakaran atau pun kecemasan memang pihak bomba tak boleh lalu. Jadi yang ni lah diantara yang kita hadapi diantara yang berlaku yang ada yang saya hadapi diperingkat DUN Anak Bukit itu sendiri.
Yang berhormat Speaker dalam anak bukit ini jugak dia ada taman sebab anak bukit ni dia pinggir bandar. Taman banyak, taman aman taman, laman kuda, taman di mergong. Bila berlaku hujan saja, bah. 2 jam saja bah. Dulu ni kita dengar luar biasa sekarang jadi biasa. Di antaranya semua bukan takat di badar alor setar, bahkan kita dengar di sungai petani, di kulim dan juga di tempat lain. Jadi air bah ni bila masuk dalam taman ni jadi satu perkara yang menyulitkan bagi pihak penduduk. Saya mohonlah kepada jasa baik pihak-pihak yang berkenaan JKR, JPS Majlis Kerajaan Tempatan dan agensi-agensi yang berkaitan tolonglah duduk sekali. Bincanglah tengok macam mana nak menyelesaikan masalah ni untuk jangka pendek dan juga jangka panjang. Inilah diantara kita mohon pada agensi-agensi kerajaan. Yang berhormat tuan speaker, kita sebagai mana yang amat berhormat telah bentang tahun melawat kedah tahun 2025. Kita banyak ada tempat-tempat sejarah. Kita ada banyak tempat-tempat yang perlu dilawati dan kita kena tau bahawa bandaraya alor setar ni adalah ibu kota kepada negeri kedah. Dalam ada ibu kota tu ada tersergam sebatang sungai yang menjadi laluan utama pada masa yang lalu. Jadi saya mohonlah kepada pihak yang berkenaan, kalau kita tengok hari ini di sungai anak bukit tu di sungai kedah. Tak kiralah di suka menanti ka sungai kepala batas ka saban minggu kita tengok pemancing, peminat-peminat pemancing tegar hadir untuk mai memancing dalam sungai tu.
Bukan kata dalam kedah bahkan diluar kedah, saban minggu secara tak langsung kita telah mempromosi tahun melawat kedah tahun 2025. Jadi secara tak langsung sapa yang menghidupkan pemancing-pemancing ni. Diantaranya dalah pengusaha-pengusaha bot yang kita pun taktau. Kami besa buat program dengan YB Suka Menanti iaitulah tentang kita buat sambutan kemerdekaan baru-baru ni. Kita panggil pengusaha bot saja dalam sungai tu. Rupanya yang hadir dok ada lebih kurang 100 buah bot. Mai tang mana banyak sangat ni. Barulah kita tau bahawa inilah diantara orang-orang ataupun pembantu-pambantu kita yang mempromosikan pelancongan di negeri kedah ini. Yang berhormat Speaker, dalam kita keghairahan, kita kena ingat dalam sungai itu banyak, rupanya dalam itu ada nelayan-nelayan sungai yang memang cari makan sepanjang sungai itu sendiri daripada muara-muara di apa ini apa ampang jajar sampailah ke hujung di sebelah kita tengok kepala batas, ramai, bila ramainya kita tengok nelayan sungai. Adanya menjala ikan, ada yang menjala udang. Saya mohonlah kepada pihak pertanian atau perikanan berilah benih-benih ikan kepada, bubuhlah benih-benih ikan dalam sungai itu supaya jadi satu pendapatan kepada pihak nelayan dalam sungai itu sendiri. Dalam
masa sama kita mempromosikan apa ni sungai-sungai ini untuk di peringkat orang luar mai mengail di sungai kita itu sendiri. Yang Berhormat Speaker, dalam kita keghairahan kita nak sambut tahun melawat Kedah ini juga dalam sungai. Saya nak sebut sikit bila kita orang panggil kita mai, panggil mai. Di antaranya ialah sikit kelemahan kita yang ada dalam sungai iaitu lah sampah, sampah banyak dalam sungai kalau kita naik bot itu kita tengok sampahlah ish tak tahulah. Mai kot mana, berketul-ketul dalam plastik itu memang kita nampak kotor. Kita nak mempromosikan sungai tapi kotor, ha jadi saya haraplah kepada agensi macam kita kata di peringkat Alor Setar ini MBAS tolonglah tengok macam mana nak selesaikan masalah sampah yang ada dalam sungai ni noh. Buatlah tak kiralah gotong-royongkah macam manakah, terpulang. Ha itu, sampah memang banyak kalau speaker pi YB Speaker pi naik bot itu tengok daripada mula daripada kita tengok daripada suka menanti itu sampai ke dalam itu memang sampah cukup banyak. Tambah-tambah kalau kita tengok pi belakang istana kan? Allah sedih tengok, tempat istana kita.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam perbahasan ini juga saya mohon kepada pihak yang berkenaan di antaranya ialah orang pakat mai Alor Setar mai melancong, antaranya depa mai pi Pekan Rabu. Selepas Pekan Rabu lepas pi naik Menara Alor Setar, selepas pada itu depa pi Muzium Padi melihat lukisan yang cantik. Tapi sedar dak? Di sebelah muzium tadi ada Gunung Keriang itu keliling itu sawah padi apa manfaat Gunung Keriang itu pada kita dalam pelancongan? Kalau kita tengok Gunung Keriang itu, dengan keadaan semak, dengan keadaan tak terjaga jadi kita nak kena manfaatkan balik Gunung Keriang itu sendiri. Selain daripada kita mempromosikan di peringkat Gunung Jerai itu sendiri, ha inilah di antara sebab di peringkat Gunung Keriang ni banyak kita tengok gua-gua yang ada dalam itu dan mempunyai kesan sejarah yang cukup nah Tuan Yang Dipertua eh Tuan Speaker, dalam Gunung Keriang ini juga saya nak mohon berlaku masalah yang paling ketara sekali di Gunung Keriang banyaknya monyet, kera yang hidup di peringkat Gunung Keriang itu sendiri sampai tak cukup makan, tak cukup makan, turun mai daripada Gunung Keriang itu bukan kata setakat di keliling kampung itu sampai ke Pantai Johor cari makan.
Yang ini satu masalah kepada orang kampung, orang keliling dan depa turun ini pula bukan turun dalam seekor dua, berkumpulan sampai salah satunya di antara rungutan yang orang kampung mai ialah di antaranya bumbung kami rosak, kera dengan monyet duk main loncat atas, rosak habis bumbung, itu yang pertama saya mohonlah kepada perhilitan tolong tengoklah tentang apa yang berlaku. Memang banyak sungguhlah la la ni. Ha? Kera dan juga monyet. Yang keduanya ialah tentang anjing liar, anjing liar ni memang banyak di perumahan-perumahan awam di Mergong. Rungutan cukup banyak, siang depa tak dak, malam depa keluar mai, keluar mai dan juga satu masalah kepada anak-anak takut dengan penyakit yang ada anjing liar. Saya mohonlah kepada pihak
perhilitan tolong tengok lah tentang monyet, kera dan juga anjing-anjing liar ini. Yang Berhormat Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Amat Berhormat kerana bagi peluang kepada saya sambung dalam perbahasan ini. Dan akhir kata saya menyokong penuh bajet yang telah dibentang oleh Yang Berhormat sekian wallahualam assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Anak Bukit, seterusnya Tuan Setiausaha.
Sesi penggulungan ucapan bajet 2024 oleh pihak kerajaan.
Dipersilakan YB Kulim
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Jeneri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan seterusnya siding hadirin yang dikasihi sekalian, Selamat Petang dan Salam Kedah Sejahtera, NIkmat Untuk Semua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi ruang untuk saya membuat ucapan penggulungan di sidang mesyuarat kedua penggal pertama Dewan Undangan Negeri Kedah ke 15 pada petang ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Kedah untuk penggal yang kedua dan juga atas pembentangan bajet 2024. Yang mana saya melihat bahawa bajet ini adalah bersifat holistik demi kesejahteraan rakyat negeri Kedah. Bajet 2024 ini merangkumi pelbagai penambahbaikan polisi dan dasar-dasar kerajaan yang terbahagi kepada 3 strategi utama, 12 fokus dan 50 inisiatif yang seiring dengan pelan pembangunan Kedah 2035 bagi mencapai matlamat kerajaan Negeri ke arah The Greater Kedah. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Encik Zubir bin Ahmad sebagai Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman ke-15 dan juga kepada Yang Berhormat Sungai
Tiang sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah. Saya yakin dan percaya bahawa kedua-dua Yang Berhormat Speaker dan Timbalan Speaker akan memberi khidmat yang cemerlang dalam memastikan perjalanan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman akan berada pada landasan dan hala tuju yang betul. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Sidam atas pelantikan sebagai Ketua Pembangkang dan merupakan Ketua Pembangkang pertama dalam sejarah Dewan Undangan Negeri Kedah daripada masyarakat Siam diharapkan semoga Yang Berhormat Sidam dapat memainkan peranan yang baik dalam memastikan proses demokrasi di dalam dewan yang mulia ini berjalan dengan baik dan lancar.
Tidak lupa, tidak dilupakan juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan bajet dan mengemukakan soalan lisan dan bertulis serta mengemukakan saranan yang bernas untuk dijadikan sebagai nilai tambah bagi penggubalan dasar-dasar kerajaan negeri untuk jangka masa panjang terutamanya yang melibatkan portfolio pengurusan sumber manusia hal ehwal masyarakat Cina, India, Siam dan NGO. Yang Berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli yang berhormat, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Sidam di atas pertanyaan berkenaan sejauh manakah persediaan kerajaan negeri untuk diserapkan anak-anak Kedah untuk mengisi kekosongan peluang pekerjaan dalam industri dan adakah tenaga luar, tenaga import masih diperlukan. Untuk maklumat Yang Berhormat seperti yang kita sedia maklum peluang pekerjaan bagi sumber manusia cenderung untuk meningkatkan apabila projek-projek berimpak tinggi dilaksanakan oleh kerajaan negeri khususnya peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian. Projek-projek kerajaan tersebut akan mencipta banyak permintaan untuk pelbagai bidang kemahiran dan pekerjaan yang merangkumi dari sektor pembinaan hingga kepada perkhidmatan sokongan.
Projek-projek berimpak tinggi dari kerajaan negeri ini boleh menjamin peluang pekerjaan dengan beberapa cara, pertama projek-projek yang melibatkan pelbagai sektor seperti pembinaan, infrastruktur dan perkhidmatan akan membuka pelbagai peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran dan professional, kedua pihak kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan bagi meningkatkan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat dan dalam erti kata lain anak-anak negeri Kedah. Selain daripada itu pembiayaan dan sokongan kerajaan juga dapat mencipta kestabilan dalam peluang pekerjaan. Justeru itu kerajaan negeri tidak memandang enteng akan perlaksanaan projek-projek yang berimpak tinggi bagi meningkatkan peluang pekerjaan yang banyak khususnya kepada anak-anak tempatan, anak-anak negeri Kedah.
Yang berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli yang berhormat untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sidam berkenaan adakah penggunaan tenaga luar, tenaga import yang perlu dan masihkah diperlukan di negeri Kedah. Untuk makluman Yang Berhormat penggunaan pekerja tenaga import, tenaga luar dalam pelaksanaan projek kerajaan masih diperlukan di negeri Kedah terutamanya jika terdapat kekurangan Kemahiran atau tenaga tempatan yang sesuai faktor seperti keperluan untuk kepakaran khusus atau tahap kemahiran tertentu menyebabkan pihak kerajaan memilih untuk membawa masuk tenaga dari luar. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai usaha daripada kerajaan negeri untuk memastikan bahawa keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi tempatan dan keseimbangan antara kerap tenaga tempatan dan tenaga import selalu menjadi keutamaan untuk memastikan perlaksanaan projek kerajaan dapat memberi manfaat yang maksimum yang maksimum kepada rakyat negeri Kedah.
Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan tentang permohonan daripada Yang Berhormat Sidam kepada kerajaan negeri supaya memberi perhatian kepada kaum minority untuk disediakan peruntukan untuk tujuan pembangunan untuk disediakan peruntukan untuk tujuan pembangunan pendidikan dan kebajikan. Untuk makluman dewan yang mulia ini kerajaan negeri sentiasa mengambil cakna akan keperluan dan hak setiap lapisan masyarakat khususnya kepada kaum minority seperti kaum Cina, India dan Siam di negeri Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut dalam ucapan bajet beliau untuk menjadikan Kedah sebagai satu tempat orang miskin berteduh, orang kaya berbakti. Dasar kerajaan negeri menumpu kepada keperluan yang dikenal pasti tidak kira agama, kaum, budaya dan latar belakang iaitu dengan izin ‘needs-based policy’ mengikut dasar berasaskan keperluan, kerajaan negeri sentiasa peka terhadap keperluan rakyat contohnya dari aspek pendidikan seperti Tabung Tengku Mahmud, inisiatif seperti Tabung Tengku Mahmud untuk membantu rakyat khususnya anak-anak yatim, anak-anak miskin yang tidak berkemampuan melanjutkan pengajian. Dan seterusnya seperti bantuan awal kemasukan ke IPT, iBAKIPT dan juga penawaran pinjaman pendidikan untuk anak-anak negeri Kedah dan semua pemohon permohonan ini boleh dipohon oleh anak-anak Cina, anak-anak India, anak-anak Siam tanpa mengira latar belakang okay dan semua boleh mohon dan akan dilulus dan akan memperolehi ha, jika penuh dengan syarat permohonan.
Daripada aspek kebajikan seperti beras sejahtera yang diberi melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat yang diberikan setiap bulan dan juga khairat kematian semua ini diberikan kepada golongan yang memerlukannya tanpa kira bangsa. Siapa-siapa yang memerlukan bantuan yang mempunyai masalah boleh sahaja melawat ke Pusat Khidmat
Wakil Rakyat di kawasan DUN masing-masing. Dari aspek usahawan kerajaan negeri juga mengumumkan bajet 2024 untuk Program Pembangunan Usahawan Muda Dan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera (USAHANITA) seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat kita, sejumlah sejuta disediakan untuk Program Pembangunan Usahawan Muda Negeri Kedah dan sejumlah 500 ribu dikhaskan kepada usaha wanita, usahawan wanita yang dikenali dengan Program Tabung Usahawan Wanita Sejahtera. Jadi kalau anda merupakan anak muda Kedah, wanita negeri Kedah tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan budaya anda boleh mohon sahaja melalui inisiatif yang ditawarkan daripada Kerajaan Negeri ini. Selain daripada itu kerajaan negeri telah memperuntukkan 840 ribu ringgit Malaysia untuk program integrasi kaum termasuk aktiviti dan program kaum bukan Melayu dan juga bantuan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah-sekolah jenis Tamil. Program-program ini termasuk Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung, Hari Deepavali, Hari Thaipusam, Pesta Songkran dan Pesta Loy krathong yang baru disambut pada hari semalam sahaja.
Perayaan-perayaan ini merupakan wadah yang berimpak untuk merapatkan perpaduan antara kaum sepertimana yang juga dilihat dan disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Selambau dan juga Yang Berhormat Sungai Tiang tadi. Contohnya kita boleh lihat Pesta Tanglung yang baru lepas ini yang dianjurkan di kawasan DUN Kulim, kami Berjaya menarik hadirin seramai 8 ribu orang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan juga kepada musim perayaan Deepavali. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 100 ribu dan mengagihkan sebanyak 1200 hamper Deepavali kepada hamper semua seluruh kawasan DUN yang mempunyai komuniti India di negeri Kedah ini serta menganjurkan rumah terbuka Deepavali di Dewan Hock Teik Soo Sungai Lalang di kawasan Bukit Selambau dan semalam baru kita sama-sama dengan YB Sidam, YB Derga, YB Kuah, kita sama-sama meraikan dan menyambut Pesta Loy Krathong di Wat Chindaram di Kampung Senara di tempat Yang Berhormat Sungai Tiang sebagai tuan rumah dan projek tersebut, program tersebut saya lihat sendiri berjaya menarik seramai 3 ribu orang daripada kawasan penduduk di sana dan perayaan-perayaan ini terus menjadi identiti kepada negeri Kedah dan symbol kepelbagaian masyarakat kita dari segi agama, kepercayaan, kaum, adat, budaya dan cara hidup masing-masing, mudah-mudahan menerusi kepelbagaian perayaan ini juga kita dapat menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara bagi memangkinkan ekonomi negeri Kedah ini, boleh ah EXCO Pelancongan? Boleh? Setuju? Terima Kasih.
Seterusnya, kerajaan negeri mengambil maklum bahawa sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil turut menghadapi masalah kekurangan dana dan peruntukan perubahan dasar ini bertujuan untuk memanfaatkan komuniti lebih luas termasuk juga murid-murid yang berkaum Melayu atau Siam yang belajar di sana, tidak
tertakluk kepada hanya beberapa buah sekolah yang ditetapkan sahaja. Walaupun, kerajaan kali ini tidak memperuntukkan dana bantuan kepada sekolah persendirian Cina, ini tidak bermaksud kerajaan negeri tidak lagi memberi perhatian kepada pendidikan sekolah.
Kulim, ada pencelahan. Darulaman.
Tuan Speaker, saya ingin minta laluan untuk pencerahan seperti yang dalam ucapan saya, saya telah bertanya kepada kerajaan tentang pemberian sumbangan 300 ribu untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina yang telah diluluskan pada tahun 2023 yang sehingga kini tidak dibayar dan apa yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Jeneri bahawa peruntukan dari 300 ribu menjadi 60 ribu bagi 3 buah sekolah. Jadi saya minta bantuan daripada EXCO Kulim supaya memberi keterangan tentang perkara ini ataupun kita faham yang ini peruntukan yang diluluskan pada 2023 dan beliau baru masuk sahaja. Jadi yang itu kita perlu tanya kepada kerajaan yang kepala yang sama Menteri Besar yang sama tapi kenapa susut nilai 300 ribu jadi 60 ribu yang itu persoalan dari saya. Terima kasih.
Silakan Kulim.
Terima kasih, soalan jangkaan daripada Yang Berhormat Kota Darulaman. Saya telah ambil maklum tentang perkara ini dan 60 ribu yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar itu saya akan menguruskan pembayaran tersebut pada bulan depan nanti kepada tiga sekolah persendirian Cina di sana dan seperti yang saya tekankan tadi walaupun untuk bejet 2024 kerajaan kali ini tidak memperuntukkan dana bantuan kepada sekolah persendirian Cina tetapi itu tidak bermakna. Itu tidak bermaksud kerajaan negeri tidak lagi memberi perhatian kepada pendidikan sekolah Cina, saya ulang untuk bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sebanyak 300 ribu, kerajaan negeri akan dari semasa ke semasa mengkaji peruntukan ini dan sekiranya perlu akan mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlah tersebut pada masa depan nanti.
Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada itu ada berita baik lagi daripada kerajaan negeri, kerajaan negeri turut memperuntukkan dana sebanyak 13.3 juta ringgit Malaysia untuk memperkasakan institusi Majlis Ketua Kampung (MKK) dan pemerkasaan ini dibuat menerusi penambahan jumlah bilangan MKK daripada 1025 kepada 1240 jumlahnya termasuk juga Kampung Baru Cina. Selama ini bab Kampung Baru Cina ini hanya disebut di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dan ini adalah kali pertama dalam sejarah kerajaan negeri Kedah MKK, Majlis Ketua Kampung diperluaskan kepada kampung-kampung baru Cina ini.
Yang Berhormat Speaker, mohon celah.
Baik, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat ADUN Kulim. Dalam pembentangan bajet ini fokus 7 dinayatakan bab agama dan sosial ni melibatkan perhubungan kaum dan dinyatakan di sini peruntukan sebanyak 840 ribu disediakan oleh kerajaan, yang mana melibatkan 540 ribu untuk program kaum dan 300 ribu untuk bantuan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Soalan saya, kita di negeri Kedah ini terutama di kawasan Selatan mempunyai jumlah ataupun orang Cina dan India yang ramai, adakah peruntukan yang disediakan ini boleh ditambah lagi untuk dimanfaatkan aktiviti orang Cina dan juga orang India sebab daripada 840 ribu ni saya rasa satu jumlah yang tidak mencukupi untuk agenda pembangunan orang bukan Islam. Terima kasih.
Silakan Kulim.
Terima kasih daripada Yang Berhormat Lunas, ya saya setuju juga yang 840 ribu itu perlu ditambahbaikkan dan perlu ditingkatkan ikut keperluan dari semasa ke semasa. Dan saya ada 4 tahun lagi berkhidmat di sini dan saya akan usahakannya. Terima kasih Yang
Berhormat Lunas. Okay, so seterusnya sampai mana, okay ini berkenaan bab MKK Kampung Baru Cina ini memperlihatkan sekali lagi komitmen kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan kepada semua kaum yang selari dengan slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam pengagihan sumber dan manfaat yang dapat diberikan kepada semua kaum di negeri Kedah. Ahli-ahli dewan sekalian, walaupun saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal masyarakat minoriti dengan kudrat saya seorang tidak mungkin saya boleh jaga semua, saya ingin menyeru kepada semua dan berharap kepada rakan-rakan sekerja saya, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri sekalian supaya sama-sama kita memberi perhatian kepada kebajikan dan keperluan masyarakat minoriti, masyarakat Cina, masyarakat India dan masyarakat Siam di kawasan masing-masing. Mudah-mudahan kita dapat merealisasikan slogan kerajaan negeri kita iaitu Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.
Tuan Speaker saya juga ingin ambil peluang, ambil kesempatan ini untuk menyuarakan sokongan daripada penduduk di konstitusi DUN Kulim saya terhadap rakyat Palestin yang kini sedang dibunuh oleh kerajaan Israel, tidak ada sebuah negara pun dengan apa-apa alasan jua boleh menyerang mana-mana negeri yang berdaulat paling sakit hati hamper semua negara-negara barat yang utama menyokong tindakan Israel dan Zionis atas alasan ini adalah untuk mempertahankan diri. Ini adalah satu sikap hipokrit yang terang-terang mengabaikan pendudukan Israel ke atas tanah Palestin yang membuat orang Palestin menjadi pelarian di atas tanah mereka sendiri. Jadi saya ingin mengulangi bahawa kami mengutuk sekeras-kerasnya setiap tindakan perang dan pencabulan terutamanya perampasan hak dan tanah Palestin oleh rejim Zionis ini dan untuk menyokong dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin saya bersama dengan beberapa persatuan-persatuan dan NGO-NGO Cina telah memberi sedikit sumbangan dan menyerahkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Ketika perhimpunan solidarity yang dianjurkan di Stadium Darul Aman hari itu. Sebelum saya mengakhiri penggulungan saya pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan DUN Kulim kerana anda sudi memberi sokongan kepada saya untuk mewakili anda semua untuk berada di sini. Saya berharap prestasi saya dalam dewan ini pada masa akan datang bermula dari hari ini boleh membanggakan anda sebagai orang Kulim. Tuan Speaker, saya tengok semalam dengan hari ini juga ramai yang gunakan pantun untuk buat permulaan dan pengakhiran juga. Jadi saya nak ikut jugalah hoh dengan izin…
Silakan.
Saya ingin mengakhiri penggulungan saya dengan dua rangkap pantun,
Negeri kedah jelapang padi, Berpadu rakyat hidup terbela, Yang kaya teruskan berbakti, Yang miskin kita akan jaga.
Melayu dan Cina bangsa berjaya, India dan Siam warga cemerlang, Perpaduan kaum tetap dijaga, PN terus unggul Kedah kekal gemilang.
Akhir sekali saya menyokong penuh pembentangan bajet 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah kita pada 26 hari bulan November 2023 yang lalu. Sekian terima kasih.
Terima kasih Kulim. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Alor Mengkudu.
Bismillahirrahmanirrahiim, Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamina, Washolatu Was Salaamu ‘Ala Asyrofil Anbiyaa-I Wal Mursaliina Sayyidina Wa Maulaana Muhammadin, Wa ‘Ala Aalihi Wa Shohbihi Ajma’iina. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah tak ada pada petang ini. Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikkan sebagai MB untuk penggal yang kedua begitu juga untuk YB speaker Yang Berhormat Speaker dan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan tadi dimaklumkan ada pelawat kita tak dak lagi noh. Tak dak lagi. Seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah, pertama sekali saya nak ucapkan penghargaan kepada rakaman terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan mengemukakan soalam-soalan yang bernas secara bertulis dan secara lisanlah. Penghargaan juga diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam mengemukakan saranan bernas untuk dijadikan penambah nilai bagi dasar-dasar negeri jangka Panjang terutama melibatkan jawatankuasa penggunaan kos sara hidup dan belia
dan sukan lah, cuma kesempatan pada petang ini saya agak terkejutlah dan sebenarnya terima kasih juga untuk kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat penggulungan cuma pada petang ini saya nak fokus kepada soalan-soalan. Saya tak ada pantun Yang Berhormat saya tak ada pantun, saya teruskan kepada soalan lah, saya nak jawab soalan ini.
Tak pa, tak pa.
Termasuk soalan ini mai daripada anak didik saya sendiri.
Hahaha, silakan, silakan.
Noh, saya pun tak tahu pasal apa, marah pasal kita dok buat training teruk dekat dia ka ataupun tadi saya nampak ada peminat dia ramai di atas itu. Jadi saya tak tahu la petang ni dia tak adalah, nah apa pun saya nak jawab soalan dia teruslah na. sasaran pingat berkenaan dengan kategori sukan yang akan disertai oleh negeri Kedah yang pertamanya kerajaan negeri Kedah melalui Majlis Sukan Negeri Kedah telah menetapkan untuk SUKMA di Sarawak ini kesemuanya untuk makluman, di Sarawak ini adalah penglibatan jenis-jenis sukan yang paling banyak berbanding dengan sukan-sukan yang sebelum ini kerana penambahan dalam saya ingat dalam lima sukan lain di situ, menjadikan keseluruhannya 37 berbanding dengan sebelum ini di KL di Kuala Lumpur sebanyak 32 sahaja. Tujuan-tujuannya adalah untuk memastikan kontinjen yang mukim Kedah ini adalah benar-benar berkualiti sebab kita terpaksa menghadkan untuk menentukan atlet-atlet yang akan ke Sarawak. Untuk makluman di Sarawak untuk kejohanan SUKMA pada kali ini dan saya tahu nah Sarawak ini memerlukan kos yang terlalu tinggi jadi kita harap walau macam mana pun kesempatan ini juga saya nak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutamanya Datuk Seri Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah melulusan tambahan 2 juta menjadikan 10 juta untuk peruntukan sukan pada kali ini. Alhamdulillah saya dimaklumkan katanya 8 juta sebelum ini saya tak tahulah. Ha ini nak kena tanya orang-orang lama yang duduk ada di sinilah ha. Saya mengambil contoh untuk semua supaya kita menghantar wakil bagi
kesemua sukan namun hanya separuh daripada acara yang dipertandingkan pulang dengan kejayaan dengan pingat. Saya dimaklumkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri daripada 32 sukan yang dipertandingkan di SUKMA yang lepas cuma 15 sukan sahaja yang mencapai membawa pulang pingat. Jadi atas inisiatif itulah mengambil kira kos maka di Kedah telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan kaedah ‘benchmark’. ‘Benchmark’ ini bermaksud dalam usaha untuk memastikan bahawa atlet yang mewakili Kedah ini benar-benar layak dan mempunyai peluang dalam acara yang dipertandingkan. Itu antara apa garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak apa Majlis Sukan Negeri dan pihak negeri supaya atlet-atlet yang lahir ataupun mewakili Kedah ini kita mengharapkan sesuatu yang orang kata apa pingat dapat dibawa pulang ke negeri Kedah. Insya-Allah. Dari segi sasaran jadi kita belum meletakkan lagi sebarang sasaran kerana sukan yang akan dipertandingkan masih belum melepasi ‘benchmark’. Untuk makluman Yang Berhormat apa Gurun dan juga Yang Berhormat Speaker pada bulan Februari ini kita meletakkan sebagai apa ‘benchmark’ secara memanjang secara total ‘benchmark’, insya-Allah dalam bulan 5 insya-Allah kita akan menetapkan ‘benchmark’ yang terakhir sebelum kita membawa atlet-atlet ke Sarawak sebagai usaha yang lebih tersasar saya merasmi, aaa saya minta maaf, sat….
Jadi sebagai itulah antara sasaran yang telah ditanya oleh dibangkitkan oleh apa DUN Gurun. Cuma sebagai usaha yang lebih bersasar untuk makluman di apa Majlis Sukan Negeri itu saya telah merasmikan bilik operasi SUKMA negeri Kedah sebagai satu pelancaran sebagai menggerakkan daya inisiatif utama peringkat awal untuk menjadikan digunakan sebagai ruang operasi dan kerja sepanjang tempoh persediaan kontijen SUKMA 2024 inilah. Untuk makluman juga saya nak selitkan juga untuk makluman bilik itu sebenarnya adalah bilik Yang Amat Berhormat Datuk Ahmad Basri dulu arwah seorang daripada tokoh Bapa Pembangunan bola speak di negeri Kedah dan juga seorang yang agak terkenal dalam dunia bersukan ini jadi kita guna bilik itu sebagai bilik operasi dan insya-Allah nah bilik itu kita akan gunakan sepanjang kempen untuk SUKMA ini dan insya-Allah kita mengharapkan ha keberkatan bilik itu dan keberkatan ketokohan yang ada pada Datuk Basri itu, insya-Allah kita mengharapkan SUKMA 2024 di Sarawak ini kita akan pulang dengan satu pulangan yang cukup bergayalah. Insya-Allah.
Tuan Speaker saya ingin mencelah.
Ya silakan.
Yang Berhormat Speaker untuk pengetahuan Yang Berhormat Alor Mengkudu eh ya baling ini kalau dia dari segi hujung ke hujung dia boleh jamak sembahyang daripada Batu Lapan pergi Sedim itu boleh jamak sembahyang makna dekat-dekat sama dengan Gaza itu dia punya keluasan Baling ni, jadi cuma di sana ada apa nama ni di pekan Baling itu sendiri dia ada Stadium Tun Abdul Razak untuk kemudahan sukan dan juga kompleks sukan di Batu 42 sedangkan mereka-mereka yang tinggal di kawasan Sedim iaitu Kuala Nau langsung tidak ada kemudahan sukan jadi mereka telah mencadangkan supaya pihak kerajaan mengadakan kemudahan sukan di sana, kebetulan mereka sekarang menggunakan tanah kerajaan sebagai padang bola, jadi saya mengharapkan kiranya setuju atau tidak 10 juta yang diperuntukkan itu dibawa ke sana untuk meningkatkan sikit kemudahan suka, sekian.
Terima kasih Kupang. Silakan Alor Mengkudu.
Terima kasih kepada YB Kupang, 10 juta ni YB Kupang sebenarnya tidak mencukupi untuk nak buat padang bola. Ya, Tambahan pula kalau mini stadium tapi walaubagaimanapun cadangan itu kita boleh ambil maklum dan insya-Allah demi untuk orang-orang Kupang dan juga di bahagian Sedim itu kita cuba orang kata apa cuba laksanakanlah. Hasrat itu dan insya-Allah sebagai orang yang agak prihatin di peringkat negeri ini saya sebagai EXCO yang barulah YB minta padang bola terus ini. Ini faktor macam jawab apa ni YB Kulim tadi jawab 4 tahun lagi. Saya tak berani kata yang itu 4 tahun. Tapi insya-Allah kita cuba usahakan sebab padang bola ini satu memakai kos yang agak tinggi dan peruntukan 10 juta tadi rasa tak dak kut yang itu tapi insya-Allah kita cuba-cuba dapatkanlah ini wakil apa pengarah MSN ada di sini dan JBS pun ada di sini. Insya-Allah kita cuba dapatkanlah peruntukan yang betul. Insya-Allah untuk makluman lagi sebenarnya. (53:00)
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih apa nama Alor Mengkudu. Saya tertarik dengan apa nama satu ‘benchmark’ yang akan tetapkan supaya pemilihan atlet untuk ke SUKMA 2024 ini menepati kehendak kitalah supaya kita dapat capai pingat yang kita sasarkan
cuma saya harap kita pertimbangkan juga bakat-bakat baru yang belum mungkin, belum mencapai tapi depa ada bakat mungkin usia masih muda. Kalau kita boleh beri peluang kepada mereka juga bersama menyertai itu sebagai satu latihan awal, pendedahan awal dua tahun ke depan lagi, mereka tidak ada kekok ataupun mereka bersedia untuk bertanding di peringkat SUKMA 2028 atau 2026 nanti. Apa pandangan apa Yang Berhormat Exco?
Okay baik, terima kasih YB Ayer Hitam. Sebenarnya untuk SUKMA kali ini melibatkan kosnya agak tinggi sebab kita terpaksa bertanding di Sarawak dan dimaklumkan oleh pihak MSN bukan sekadar kita bertanding di kawasan Kuching yang melibatkan banyak tempat-tempat tertentu yang melibatkan kos penerbangan dan kos pengangkutan ataupun kos-kos yang terlalu banyak. Jadi disebabkan itu mungkin untuk SUKMA kali ini, saya ingat saya bagi jawapan yang agak teruslah. Kemungkinan kita akan lebih tumpu kepada yang melepasi ‘benchmark’ lah. Untuk makluman YB Ayer Hitam jugalah YB Speaker, saya dimaklumkan setakat hingga sekarang, 14 jenis sukan telah melepasi ‘benchmark’ jadi ini satu, satu yang baik dan insya-Allah kita mengharapkan kalau kata 14 jenis sukan ini saya ingat 14 itu dah dalam genggaman kita insya-Allah dan mengharapkan macam itulah insya-Allah nah okay, YB….
Alor Mengkudu ada pencelahan.
Ada lagi banyak ni.
Terima kasih YB Speaker saya mohon jika boleh dipertimbangkan untuk peruntukan kepada rakyat ataupun orang muda untuk fasiliti sukan mereka bukan atlet contohnya macam di komuniti kampung untuk gelanggang sepak takraw, gelanggang futsal dan sebagainya, mereka bukan atlet tapi mereka bersukan. Yang mana sukan ni kita tahu boleh orang kata apa aktiviti bermanfaatlah daripada aktiviti-aktiviti yang tak gejala social dan sebagainya. Jadi kalau boleh dipertimbangkan untuk peruntukan disediakan juga untuk rakyat biasa yang bukan atlet ini bagi untuk depa beraktiviti sukan di tempat merekalah.
Kepada Pengkalan Kundor, alhamdulillah satu cadangan yang baik dan insya-Allah kita juga akan untuk makluman semua ahli-ahli dewan dalam bajet yang terbaru ini pun ada dalam buku bajet kita program pembangunan sukan ini 1,48 juta diperuntukkan untuk perlaksanaan sukan untuk itulah jadi kita kata kita ada bajet tapi tak tahulah nak turunkah tak turunkah Pengkalan Kundor itu hat itu atas kelebihan Pengkalan Kundor lah kena mai berjalan di Wisma Darul Aman insya-Allah na. okay untuk sumber, untuk mencungkil bakat ha ini yang ditanya oleh YB nak kena jawab hat YB Gurun lagi ini. Banyak sangat ini, nah. Okay, saya ingat yang itu boleh refer kepada jawapan yang telah saya, dia tanya pada soal jawab hari itu. Walaubagaimanapun hmm tengok tak perlu jawab lah kut nah, ha dah ada dalam jawapan dah. Pada hari pertama itu ini jadi saya nak terus kepada untuk makluman lagi, sumber pencarian bakat-bakat sukan negeri Kedah sudah semestinya bermula di sekolah. Ha ini kita tak boleh nafikan dan pihak kerajaan melalui MSK, MSNK bertanggungjawab menggabung jalinkan mengikut kesesuaian bakat dan bidang sukan. Kita mempunyai satu landasan atau platform yang sesuai namun kita tidak menggabung yang lain kan dengan betul maka sekolah merupakan sumber asas dalam usaha mencari bakat yang terbaik, jadi hat ni kita tak boleh nafilah. Jadi kita mengharapkan sangatlah ada ni part-part yang saya bercakap di belakang ni tapi dah masuk dalam sesi ni saya ingat saya nak bercakap secara terus teranglah. Bila apa dibangkitkan oleh Kota Siputeh tadi, kita mengharapkan noh jalinan perhubungan di antara Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan juga Kementerian Sukan, Kementerian Pelajaran ni dapat kita eratkan, kita gabungkan dan kita ketepikanlah soal-soal politik, soal warna kala ni saya harap tidak berlaku lagi sebab sukan adalah bersifat survival jadi kita mengharapkan apabila kita laksanakan sebab maruah sukan ini, maruah kita bersama macam contoh macam saya nak cakap hari inilah, kita duk bercakap macam isu Bakar Arang bangkit isu pasal bola ni, pasal isu ini.
Isu maruah bola ini, isu maruah kita bersama. Saya ingat pun saya boleh tanya dalam tuan-tuan dalam semua ni bila bola kalah ni kalau nak mai mesyuarat hari ini pasal ingat tak mai, pasal isu bola tapi dalam keadaan yang macam itu Bakar Arang noh sambil-sambil lah saya jawab sekali noh Bakar Arang walaupun kita ada masalah tapi kita bagi satu tepukan gemuruh kalau boleh. Tepuk meja kuat sikit saya nak habaq pasal apa? Pasal dalam keadaan kita ada masalah gaji yang kemungkinan tak dapat dibayar penuh tapi kita boleh mengatasi Kelantan dalam dua tiga hari lepas. Dengan agregat 6-1 ini satu semangat yang saya rasa tak pernah ada pada team lain nah orang yang bayar gaji tinggi pun kalau tak boleh, kedudukan sekarang dia kedudukan kita dalam, dalam ranking bola
sepak Malaysia ni, kita nombor tiga dan kita sedang mengejar dalam kedudukan nombor dua. Ini satu suasana satu, pengiktirafan yang saya rasa pemain-pemain ni kita patut nagi pujian lah. Tak bayar gaji, kereta nak kena bawa lari apa makan tak cukup, tapi main bola tetap bagi dengan sebab atas dasar negeri Kedah untuk apa membangunkan negeri Kedah untuk nama negeri Kedah. Ha jadi kita bagi tepukan untuk mereka lah. Jadi itu yang itu sambil-sambil lalulah. Bakar Arang jangan tanya dah jadilah. Yang itu…
Kota Darul Aman.
Speaker saya ingin mencelah, cuma saya memang menghargai jasa pemain-pemain bola kita. Cuma dari segi jangka masa panjang untuk bayaran gaji kepada pemain bola, apakah rancangan kerajaan dalam perkara itu? Terima kasih.
Itu saya dah jawab untuk Kota Darul Aman kelmarin, tapi tanya la lagi. Jadi saya jawab la…
Saya tahu jawapan itu sebab dia, syarikat kan cuma dari segi kerajaan inisiatif kerajaan untuk bantu mereka.
Untuk makluman kerajaan melalui KFA lah noh kerajaan tidak membantu secara direct sebab kita ada KFA, Persatuan Bola Sepak Kedah, jadi Persatuan Bola Sepak Kedah lah yang membantu sedikit sebanyak untuk apa KDFC bergerak, jadi soal gaji ini sebenarnya terlibat secara di pihak pengurusan KDFC. Walaubagaimanapun di pihak MB, di pihak apa KFA ada jugalah bukanlah kata, ada juga sumbangan-sumbangan yang berbentuk orang kata apa untuk membantu sedikit sebanyak dari sudut KFA lah. Tapi secara direct daripada negeri kita tak bagi sebab kita rasa banyak lagi keperluan-keperluan yang patut kita bagi di situ. Insya-Allah nah. Terima kasih kepada Kota Darul Aman, saya teruskan lagi dengan punca antara alasan apa ditanya oleh YB Gurun ialah kita ketandusan, punca ketandusan kita tak ada atlet-atlet baru. Jadi yang ni pun saya ingat saya nak
menafikanlah sebab mungkinlah YB Gurun kita ini YB Speaker lama di Sabah. Jadi paling dia tak tahu kata kita duk kita duk ‘build up’ kita punya dengan izin noh, bakat-bakat baru kita banyak ni tapi dia yang tiga bulan duk sini tak apa insya-Allah.
Untuk makluman, apa YB Gurun, kita telah menghantar atlet-atlet kita ke sekolah-sekolah sukan di peringkat nasional, di peringkat kebangsaan dalam lima buah sekolah yang kita ada di situ Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Bandar Penawar dan adalah dua tiga sekolah lagi sekolah saya pun nak tak mahu tak mahu cari dah nah dan atlet-atlet kita seramai 109 orang bukan satu jumlah yang kecil jadi bila kata ketandusan, ketandusan atlet itu satu benda yang saya rasa saya nafikan di situ sebab di situ ada pelbagai atlet-atlet kita yang memang ada kebolehan dan mereka peringkat prestasi tinggi noh berada di peringkat yang tinggi di sekolah-sekolah sukan. Yang ada di Malaysia inilah, ha jadi yang itu kita nafikanlah termaksuklah-termasuklah sukan renang dan juga olahraga. Ini melibatkan semua sukan, bukan kata bola sepak dan apa sepak raga saja, jadi seterusnya. Baik sila.
Tanjung Dawai kut.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Mungkin maksud Gurun pretasi yang dia maksudkan itu prestasi sepertimana dia main dulu. Terima kasih.
Ni orang dekat Tanjung Dawai. Terima kasih Tanjung Dawai, itulah sebenarnya kita dalam usaha melahirkan, sebenarnya seperti yang saya jawab kelmarin 2035 antara kita punya targetlah untuk melahirkan tokoh-tokoh sukan yang berwibawa. Tapi sebagaimana yang saya maklum tadi seperti yang diucap dalam pembentangan bajet kelmarin, kita dah ada di Kedah ni na contohnya Muhammad Aznil bin Bidin, atlet angkat berat, dah sampai ke peringkat Komanwel, sampai ke peringkat antarabangsa dalam bidang badminton Sivasangari Subramaniam ni antara atlet yang paling cemerlang pada hari ini dan kita rasa inilah antara atlet yang bakal menganti ni apa ni Nicole David ni antara atlet yang cukup cemerlang pada hari ini dan yang seterusnya ialah kembar dua beradik itu, Aifa dan apa satu lagi itu di apa di Hangzhou baru ini jadi yang itu pun saya rasa antara atlet-atlet yang telah kita lahirkan dan insya-Allah banyak lagi bakat-bakat yang kita rasa yang ada di sekolah-sekolah sukan di peringkat negeri, di peringkat apa daerah, di
peringkat nasional dan kita rasa nama-nama ni bakat menjulang nama di peringkat antarabangsa lah. Insya-Allah nah, isu seterusnya dibangkitkan oleh apa YB Gurun ialah kekurangan prasarana dan kekurangan minat, hat ni pun berkenaan pembinaan prasarana baru yang memerlukan bajet dan kita di pihak kerajaan sentiasa memastikan bahawa perkara ini akan menjadi keutamaan kita juga untuk makluman dalam bajet yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri MB telah meluluskan untuk bajet prasarana ini sebanyak 5.48 juta. Itu antara inisiatif kerajaan dan keprihatinan kerajaan untuk membantu dalam sudut prasarana.
Silakan.
Yang Berhormat Speaker, kalau Alor Mengkudu kita lihat berhubung dengan prasarana ni di banyak tempat aaa banyak tempat yang saya dah pi tengok, gelanggang-gelanggang futsal yang dibina oleh Persatuan Belia ataupun Kementerian Belia dan Sukan terbiar tak digunakan bilangan futsal yang swasta itu memang apa maju atau orang selalu guna macam di kilang kecil di Pendang eh ooo Sungai Tiang tak ada di kilang kecil ada satu baru ni saya pi Kulim pun macam itu juga terbiar tak terjaga jadi apakah saya rasa kita boleh berunding dengan belia-belia di daerah itu supaya kerajaan negeri bagi inisiatif dan juga insentif kepada belia-belia di situ untuk menghidupkan kembali gelanggang futsal ini untuk kita mencungkil bakat apa belia-belia di situ. Terima kasih Speaker.
Silakan.
Terima kasih kepada YB Tokai, sebenarnya untuk makluman YB Tokai kita dah ada dah ni ada soalan dah soalan yang ke 24 nanti saya jawab kut tapi walau macam mana pun untuk jiran ini kita jawab juga. Kita jawab sikit, jawab sikit untuk makluman. Dato untuk pengetahuan di Kedah ni kita ada 119 kalau tak silap saya, macam itu nah, 26, 36 daripadanya kalau mungkin saya mungkin perbetulkan dalam jawapan saya pada dalam soal-soal apa soalan daripada hari hari kedua, hari ketiga hari seterusnya ni sebab
daripada itu cuma 36 saja yang diurus oleh kerajaan negeri. Jadi yang lain itu diurus oleh agensi-agensi seperti apa KEDA, diurus oleh FELDA dan juga apa pihak-pihak tertentu yang ada tanah itulah. Jadi yang ini, ini kita mungkin boleh tengoklah apa yang dimaksudkan oleh YB apa Tokai ini dan kita mungkin kita kalau kata masuk dalam di bawah kerajaan negeri insya-Allah kita cuba bagi kita perbaikilah gelanggang-gelanggang yang dimaksudkan itu. Saya sambung balik nah.
Mohon celah.
Sila-sila.
Okay terima kasih Tuan Speaker, nak tanya sikitlah berkenaan dengan mungkin adakah apa-apa cara untuk pihak kerajaan untuk menambat hati maksud saya ialah dalam team bola sepak sebagai contoh menambat hati atlet-atlet kita yang baru yang kita latih teruk-teruk ni tidak dipancing oleh team-team yang kaya macam JDT dan sebagainya, macam mana kita nak, nak tambat hati mereka supaya mereka lebih setia dengan team Kedah Darul Aman? Terima kasih.
Terima kasih Sidam. Sila Alor Mengkudu.
Nak tambat hati macam mana YB Sidam. Saya ingat kita tak banyak orang macam sebab apa YB Badrul lah. Tapi walau macam mana pun hmm yalah macam saya kata tadi no hmmm dengan dunia professional yang duk ada hari ini kan dunia yang penuh dengan penuh tawaran duit-duit, duit kupang inilah, jadi saya meletakkan masih untuk makluman YB Sidam dan juga ahli-ahli dewan semua. Saya duduk dalam pasukan bola sepak Kedah ni hamper 25 tahun dan 15 tahun saya berkhidmat untuk negeri dan saya antara orang yang tak pernah keluar daripada negeri Kedah, bukanlah nak nak angkat diri tapi nak cerita kata apa. Duit satu benda tetapi maruah diri dan juga kesetiaan kepada negeri itulah, kita letak sebagai satu ‘priority’ ha jadi saya mengharapkan yang itulah saya
mengharap sebab saya nak bercakap saya tak boleh sebab dunia hari ini dunia tawaran terutama dari pasukan sebelah Selatan itu, yang dia ingat Yang Amat Berhormat Datuk Seri MB kita lebih kenal yang itu kan, tapi walau macam mana pun, kita cuba, kita cuba nah melalui kepakaran dari segi kejurulatihan, dari segi kepakaran yang duk ada di sini dan saya rasa saya banyak juga menasihat pemain-pemain. Saya juga seorang jurulatih dulu, jadi antara benda yang saya selalu perkatakan kepada pemain ialah kita dah selesa dengan diri kita dan kita berbaktilah untuk diri kita dan saya mengharapkan itulah antara benda yang boleh kita orang kata apa jadi pengubat kepada apa pemain-pemain ataupun atlet-atlet sukan kita yang rasa berminat nak berhijrah sebab kita rasa di sini pun dah selesa dah noh gaji pun dah banyak, suasana di sini pun saya ingat suasana yang lebih baik kalau nak banding dengan tempat-tempat lainlah. Itulah jawapan ringkas, saya pun Sidam.
Ada tambahan, jadi melihat kepada apa yang disebutkan oleh Alor Mengkudu tadi iaitu berkenaan dengan semangat yang perlu ada dalam diri kita dan apa yang dikemukan oleh EXCO baru ini mungkin kita boleh adakan satu program yang sesuai yang yang mungkin Tanjung Dawai boleh hadir bagi semangat dan sebagainya untuk menambahkan semangat jiwa untuk semangat ke Kedahan ini, insya-Allah.
Silakan Alor Mengkudu.
Terima kasih guru saya di apa di Bukit Lada. Terima kasih. Untuk makluman ahli-ahli dewan semua sukan sebagai satu ibadah ni adalah satu daripada salah satu dari perancangan di peringkat portfolio sukan, portfolio sukan masih dalam perbincangan dan saya telah bentangkan perkara ini di Majlis Pemukiman pada hari itu di Bukit Tinggi dan masih dalam peringkat perancangan kita telah sources-sources tertentu yang membolehkan sebab untuk melaksanakan sebab ada pandangan-pandangan yang agak negatif bila bercakap soal sukan satu ibadat ni bila sukan ni kita rasa kita lupakan terus tanggungjawab kita dengan Allah SWT tapi kita yakin noh kita yakin dan insya-Allah tuan-tuan tolong bagi apa? Tolong bagi sokongan termasuk juga di apa pihak pembangkang kita, tiga ADUN yang duk ada ni tolong bagi sokongan sebab kita di peringkat orang-orang Islam ni atlet-atlet kadang-kadang kita, kita lupa bila kita bersukan ni kita rasa sukan itu tak ada kaitan dengan agama, jadi saya memang dalam cadangan untuk kita
bentangkan selepas ini, kita nak jadikan sukan sebagai satu ibadah sebab kita nak rasa sukan itu kita nak jadikan kita bersukan kemudian kita jadikan dia sebagai satu benda yang berpahala nah kita jadi ibadat ha kita tak mahu bila sukan itu kita lupakan kita ada gap di celah-celah itu. Jadi saya terima kasih kepada YB Ustaz Bukit Lada, kerana saya ingat dengarlah kut noh cadangan kita duk sembang antara Bukit Lada dengan Alor Mengkudu.
Boleh mencelah sikit, ADUN saya ni bola ni rajin tengoklah tapi hat Malaysia saya tak berapa minat sebab depa tak pandai main tapi cuma nak bagi tahulah saya duk perhati tak bolehkah kalau kata macam dah kita kata sukan ibadah macam final kah, kita buat lepas isyaklah main bola selalu buat pukul 8, tak bolehkah kita tukar. Kalau di England kan cuba tengok time depa main kan pukul 8, 9 sampai pukul 11 jadi saya ingat benda itu tak ada masalah kalau kita buat 8 banyak yang tak sembahyang Maghrib. Itu pandangan saya lah noh. Boleh? Nak panggil saya jadi coach pun boleh. Insya-Allah.
Terima kasih Pantai Merdeka. Silakan Alor Mengkudu.
Terima kasih Pantai Merdeka, cuma saya nak perbetul sikitlah sebenarnya untuk makluman Pantai Merdeka rasanya Pantai Merdeka tengok juga bola ini, bila tahu bukan rasanya tetap tengok di sini tengok hat di sebelah England itu liga Eropah hebat lagi pada kita di sini. Walau macam mana pun saya ucap terima kasih sebenarnya untuk makluman Pantai Merdeka dan juga ahli-ahli dewan semua perlawanan sebenarnya kita mula 8:45 PM, jadi kita tak dak masalah untuk kita nak melaksanakan Maghrib, aa aini boleh tanya YB Badrol ini eh YB Gurun ini nah, dia sewaktu saya jadi jurulatih kita arahkan, kita pastikan semua pelatih-pelatih kita semua pemain-pemain kita dan juga semua pasukan kita akan berada dalam surau untuk kita melaksanakan tugas maghrib kita sebelum kita turun ke padang, itu insya-Allah nah. Jadi saya ingat bukan satu halangan sebenarnya sebab itu sebab itulah saya kata bila balik pada soal isu sukan satu ibadah ni sebenarnya kita nak jadikan sukan itu sesuatu benda yang berpahala, sukan sebagai satu benda yang kita ada garis panduan kita noh sebab kita nak rasa, kita tak mahu sebab seperti yang YB kata tadilah apa Islam is the way of life? Jadi kita tak mahu pahala itu pi dekat apa Prof, apa YB Jitra kita saja, kita tak mahu, dia duk bercakap pasal pelaburan, dia dapat pahala pi dekat Ustaz bahagian agama depa, kita pun di sudut sukan, kita nak
pahala, jadi insya-Allah pendekatan-pendekatan yang kita rasa, kita cuba lontarkan selepas ini dan mungkin kita boleh perbincangkan selepas ini dan saya mendoakanlah di peringkat semua peringkat khususnya di peringkat pejabat agama, tolong lontarkan pandangan-pandangan yang positif supaya selepas ini, kita nak jadikan sukan itu sebagai satu sukan yang ibadat, sukan yang ada ikatan, peruntukan yang ada hubungan kita dengan Allah SWT. Ha ingat, boleh, boleh, boleh noh?
Mencelah. Terima kasih kepada Alor Mengkudu dan saya dengar dalam perbahasan dan juga banyak penerangan-penerangan berkaitan bola. Dititikberatkan bola sebagai sukan yang terutama tapi bila dia meletakkan sukan sebagai satu ibadat saya nampak dari sudut sukan, satunya memanah dan juga berkuda. Dia merupakan fardu ain, kalau yang ini diletakkan keutamaan sama dengan sukan-sukan yang lain sekaligus ianya akan menampakkan ibadat dan mendapat pahala di sisi Allah SWT pasal dia fardu ain. Apakah rancangan dari pihak kerajaan untuk menaiktarafkan sukan-sukan yang tersebut.
Terima kasih Bukit Selambau. .
Bukit Selambau, Alhamdulillah sebenarnya tadi kita fokus kepada bola sepak lah. Sebenarnya bila saya duduk di portfolio sukan ni memang kita akan fokus kepada semua sukan dan sebenarnya Bukit Selambau ni saja nak jolok saya untuk makluman semua, hari Sabtu lepas saya dah hadir ke Bukit Selambau dah tengok dah apa program memanah dia, sukan memanah dia dan setuju insya-Allah, insya-Allah saya setujulah pandangan itu insya-Allah dan kita akan angkat semua sukan-sukan ni sebagai satu sukan yang ada kaitan dengan Allah SWT. Insya-Allah. Baik, saya sambung balik nah. Ada lagi satu lagi jawapan lepas ni. Lepas ni insya-Allah. Okay untuk satu daerah satu sukan yang dicadangkan oleh YB Gurun, satu cadangan yang baik oleh YB Gurunlah, kita untuk makluman ya, saya jawab serta sekalilah dengan apa satu cadangan baik dan insya-Allah kita cuba praktikkanlah. Insya-Allah yang itulah, untuk ADUN Ayer Hangat, Ayer Hangat bangkitkan bahawa Langkawi ni terpinggir, saya ingat macam-macam itulah lebih kurang macam itulah, Ayer Hangat tang mana, oh ya ya duk depan kita nah, sebenarnya tak berlaku seperti yang dijangka seperti yang untuk makluman di Langkawi ini adalah antara pusat orang kata pusat sukan yang hebat. Ha contohnya kita ada pusat pelayaran negara di Langkawi noh, kita ada lown ball di tanah milik LADA, ha jadi tak tak
timbullah kalau kata kita mengenepikan apa di Langkawi ini dan untuk makluman baru-baru ini saya bersama dengan YB Kuah, kita hadir dalam program dan final bola sepak di Langkawi, jadi insya-Allah noh kita rasa kita boleh bagi tumpuan dan ada apa-apa yang kita rasa dan untuk makluman juga noh kalau di Langkawi ni kita ada Pegawai Majlis Sukan Daerah yang ditempatkan di Pejabat Daerah jadi kalau kata ada rasa-rasa yang nak boleh berhubung sila berhubung dengan apa pegawai daerah kita di sanalah noh melalui di pejabat-pejabat daerah, bagi menjawab soalan, habis dah rasa yang apa YB Gurun ni habis dah. Untuk soalan Kuah lah nah bagi menjawab isu Le Tour de Langkawi oleh ADUN Kuah isu ke Langkawi tidak dimasukkan sebagai ‘venue’ perlumbaan bukan satu perkara baru nah untuk makluman Kuah Le Tour de Langkawi ini dah kali kedua dah tak dijalankan di Langkawi, pihak penganjur iaitu Majlis Sukan Negara memaklumkan ia adalah kerana isu kekangan kewangan di mana pihak penganjur perlu menambah peruntukan sebanyak 2 juta setiap kali kita nak menganjurkan untuk especially tahun inilah. Ha jadi pihak-pihak Majlis Sukan Negara tak mampu untuk nak, nak urus kewangan itu jadi terpaksa dan pada tahun ini tempat apa stesen kita ialah di Baling, saya turut hadirlah dalam, dalam, ya di baling, saya hadir di situ nah bawa ada lagi ni aa YB Gurun ada lagi ni, imbuhan atlet bagi yang bawa keluar emas, kita mempunyai peruntukan untuk atlet bawa pulang, pingat emas, gangsa apa perak dan gangsa. Sebagai contoh jumlah keseluruhan ganjaran dibayar oleh kerajaan negeri Kedah pada atlet-atlet merangkumi 161,000 hingga 200,000 yang mana 127,000 kepada atlet dan 33,500 kepada jurulatih. Jadi ganjaran itu adalah ada, ganjaran juga akan dibayar berdasarkan pingat yang dimenangi, peruntukan setiap kategori sukan, untuk makluman seperti yang telah dimaklumkan dalam bajet ini, kita kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 10 juta. Kita mempunyai peruntukan secara tahunan dan peruntukan ini juga dipecahkan kepada setiap kategori sukan, ni Majlis Sukan Negeri Kedah kita bagi letak pada negeri Kedah lah, Majlis Sukan Negeri Kedah memang menggunakan peruntukan tersebut untuk setiap kategori sukan dalam usaha pembangunan untuk setiap sukan-sukan tersebut, jadi tak wujudlah kalau kata apa mohon ataupun kita nak klasifikasi peruntukan tersebut memang ada untuk trek sukan kalau dibangkitkan. Untuk makluman, trek sukan kita ada 3 trek utama di Kedah ni iaitu Stadium Darul Aman, Stadium UUM dan stadium aa trek Sekolah Menengah Tunku Anum di Jitra itu dan peruntukan untuk pada tahun ni dalam pemulihan kerja-kerja menaiktaraf dan baik pulih Stadium Darul Aman ni kerajaan telah memperuntukan sebanyak 4 juta untuk pencahayaan lampu stadium dan juga baik pulih trek Stadium Darul Aman lah. Jadi ada peruntukan di situ untuk golongan futsal saya ingat saya dah jawab dan saya akan jawab seterusnya pada soalan nanti, jawapan untuk soalan yang ke 24 inilah…
Banyak lagi YB?
Ada lagi? Sikit lagi, sikit lagi. Untuk e-sport, Derga ada soalan ni, permainan elektronik dimonopoli oleh golongan belia terutamanya di kawasan bandar. Untuk makluman, Derga, Majlis Sukan Negeri Kedah mempunyai tiga jurulatih separuh masa yang dilantik untuk memundikan sukan elektronik ini dari tahun 2019 yang mana rata-rata mereka mempunyai pengalaman dalam dalam tiga platform iaitu permainan mobile, computer dan juga konsol bagi menghadapi temasya sukan. Jadi ini membuktikan bahawa sukan elektronik ini memang tidak disisihkan dalam negeri Kedah ini dan juga untuk makluman juga Derga, pusat latihan SUKMA ini adalah di kawasan Derga sendiri jadi tak payahlah kalau kata Derga nak tubuh yang baru itu tapi walau bagaimanapun kita di peringkat negeri kita mengalu-alukan sokongan daripada Derga dan juga kalau kata ada hubung orang kata apa kerjasama lain yang kita rasa kita bagi manfaat untuk atlet dan juga kategori kita alu-alukanlah noh. Saya ingat yang itulah kut, ada lagikah sukan tradisional, aaa sikit lagi, YB Ayer Hitam duk perhati nak tak jawab yang dia punya nah. Insya-Allah nah untuk insya-Allah kita akan masukkan sebagai perancangan untuk 2024 ini dan untuk makluman ahli-ahli dewan sekalian saya pun pernah hadir dah di kawasan Ayer Hitam untuk perasmian sukan Wau ini dan insya-Allah kita rasa sukan wau ini kitab oleh martabatkan cuma YB Bukit Kayu Hitam tadi kata hujan dia kata, dak kita cuba pelan kut itu nah tak tahu bagi Bukit Kayu Hitam kita nak habaq kata lepas ni kita main wau dalam hujan. Ha kita cuba tengok main wau dalam hujan tengok nak naikkah tak naik ha itu nah. Ha insya-Allah nah.
Jadi kesempatan sekali lagi nah. Sekali lagi saya nak ucap terima kasih, habis dah kut masa na YB Speaker. Cuma untuk yang terakhir inilah. Untuk yang terakhir ini saya ingat untuk saya nak jawab sikit pasal hat apa saya tak mahu jawab Bakar Arang itulah. Cuma saya jawapan apa-apa orang kata apa sebagai satu orang kata apa galakan sebagai satu orang yang pernah duduk di situ. Untuk makluman sebagai ‘encourage’ kepada pasukan Kedah, untuk makluman sahabat-sahabat yang ada dalam dewan ni YB-YB semua, pada 2 disember ini lah perlawanan Kedah menentang pasukan Selangor untuk menentukan kalau Kedah menang kedudukan sekarang Kedah ada 53 mata, Selangor ada 55 mata, kalau kita menang game itu dan insya-Allah nah kita akan memintas pasukan Selangor dalam kedudukan nombor dua. Jadi kita mengharapkanlah kita mengharapkanlah di dalam dewan yang mulia ini, saya mengajak ini peminat-peminat saya duk ada sini,
terutama Bakar Aranglah. Tolong hadir ke stadium tengok pretasi anak-anak kita, tengok prestasi atlet-atlet kita dan insya-Allah kita bagi sokongan sebab nama ni, nak atas nama Kedah bukan, bukan atas nama siapa-siapa atau kelab. Jadi mengharapkanlah jadi saya uar-uarkan pada hari ini. Dua, jangan lupa dua hari bulan dua belas ini Selangor lawan Kedah, Kedah lawan Selangor di Stadium Darul Aman dan insya-Allah kalaulah kita berada dalam kedudukan nombor dua, kita akan ‘qualified’ automatik kita akan ‘qualified’ ke apa AFC ha jadi, tolong mail ah Dato Dato ni Datuk Kubang Rotan, ha duk perhati lama, mai nah, bayar beli tiket, beli ticket jangan free nah, jangan free. Ha, jadi sebagai penutup untuk hari ini, pihak kerajaan negeri sentiasa siap siaga dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam pelbagai aspek termasuklah perkembangan sukan di negeri Kedah serta pelbagai rangka strategi dan kaedah dan akan dilaksanakan bagi menangani bagi masalah dan merealisasikan langkah yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
Pihak saya juga sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan ahli-ahli yang Berhormat untuk memajukan negeri Kedah yang tercinta ini. Jalinan kerjasama yang baik di semua jabatan dan agensi persekutuan terutamanya adalah sangat penting dan dalam usaha menterjemahkan kejayaan dan kegemilangan dalam usaha untuk memakmurkan negeri Kedah ‘The Greater Kedah’ bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan dengan kerancakan ekonomi, pelaburan yang masuk ke negeri ini, pelaksanaan projek berimpak tinggi malah bidang sukan perlu diangkat semula kegemilangannya. Sebagai semua pihak negeri Kedah perlu menyambut dasar ini sebagai pemangkin semangat untuk terus mencapai kegemilangan jika “The Greater Kedah” ini terletak di atas semua bahu tuan-tuan. Jadi akhir sekali saya ucap terima kasih kepada semua yang termasuk agensi-agensi yang duk ada hari ini, Kementerian JBS, MSN, JPN yang telah memberi sumbangan yang besar kepada atlet-atlet kita, kepada negeri Kedah dalam memastikan sukan di negeri Kedah ini dalam sudut keadaan yang sentiasa cemerlang. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk nak mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah meluluskan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak 2000 ringgit kepada 5600 penjawat awam di Kedah Darul Aman wallahuaklam. Akhir sekali saya dengan ini menyokong penuh pembentangan bajet 2024 di Kedah Darul Aman. Wallahuaklam Assalamualiakum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih Alor Mengkudu, panjang lebar sesi penggulungan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Kubang Rotan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahi rabbil 'alamin wash shalatu wassalamu 'ala asyrafil anbiya-i wal mursalin, sayyidina wa nabiyyina muhammadin wa 'ala alihi wa shahbihi ajma'in. Yang berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Yang Berhormat Setiausaha Negeri Kedah, Pegawai Kewangan, Penasihat Undang-Undang dan Ketua-ketua Jabatan dan hadirin yang dihormati sekalian. Izinkan saya memulakan penggulungan ini dengan memetic firman Allah dalam surah Asyura, ayat 38 yang bermaksud
“Dan lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan dengan secara musyawarah antara mereka dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.”
Alhamdulillah Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatnya dan juga dengan izinNya dapat kita semua pada petang ini dapat sama-sama berada dalam dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu izinkan saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman dan saya penuh yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri akan memacu negeri Kedah ini ke tahap yang lebih tinggi lagi, insya-Allah. Saya juga ingin menzahirkan di sini rasa terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri atas peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada portfolio yang saya terajui ini sebagaimana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Menteri Besar semasa pembentangan bajet Kedah 2024, dua hari lepas insya-Allah. Peruntukan-peruntukan itu akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya berpandukan prinsip tadbir urus yang cekap, tata kelola yang baik dan visi serta misi yang jelas, tahniah setinggi-tingginya juga atas pembentangan belanjawan yang kandungannya jelas mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri dalam mengangkat sektor pelancongan negeri Kedah, kebudayaan dan juga keusahawanan dan juga hal-hal yang menyangkuti kebajikan rakyat dan kecekapan tadbir urus pentadbiran awam Yang Berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli yang berhormat, pada kesempatan ini juga izinkan saya ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat, ahli-ahli berhormat yang telah mengajukan soalan-soalan lisan dan juga soalan bertulis kepada saya.
Mudah-mudahan jawapan-jawapan lisan yang saya berikan tadi menepati kehendak soalan-soalan tuan-tuan semua sebelum saya meneruskan penggulungan saya ingin memberi respon kepada perkara-perkara yang disentuh atau dibangkitkan oleh rakan-rakan yang berhormat semasa sepanjang sesi perbahasan Bajet Kedah 2024 mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio yang diamanahkan kepada saya untuk menerajuinya. Pertama, cadangan daripada Yang Berhormat Kuah yang meminta kerajaan negeri memperkenalkan feri sejahtera, tidak diragukan ia satu cadangan yang bernas dan mempunyai banyak sebab untuk dipertimbangkan. Walau bagaimanapun ia memerlukan kajian serta perancangan rapi bagi memastikan keberadaannya nanti menepati maksud cadangan. Pagi tadi juga saya sentuh, kita nak bangunkan negeri kita ini, kita sebagai wakil rakyat yang nak berikan perkhidmatan yang terbaik yang manfaatnya kepada rakyat. Kita terbuka untuk menerima semua cadangan-cadangan, semua pandangan-pandangan daripada ADUN-ADUN dan juga semua rakyat di seluruh Kedah. Saya masih yakin dan saya pasti seandainya cadangan-cadangan itu sudah diteliti dan didapati betul-betul memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya dan tidak menyalahi syarak insya-Allah kepimpinan yang ada pada hari ini yang dipimpin oleh Datuk Seri MB yang ada hari ini saya yakin ianya akan dilaksanakan dengan jayanya insya-Allah. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pedu berkaitan dengan cadangan memandukan Tasik Pedu.
Kerajaan negeri komited untuk membangunkan semula tasik tersebut dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri Kedah. Alhamdullilah pada tahun hadapan dengan usaha Majlis Daerah Padang Terap serta kerjasama pihak berkuasa perlaksanaan Koridor Utara NCIA akan melaksanakan satu projek peningkatan kemudahan pelancongan Mong Gajah Tasik Pedu yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 dan dijangka siap pada awal tahun 2025. Insya-Allah sempat Tahun Melawat Kedah 2025, mulai komponen projek ini akan diwujudkan satu dataran terbuka untuk tapak Caravan, tapak perkhemahan dan rekreasi keluarga selain itu juga melalui Majlis Daerah Padang Terap sedang dalam perancangan untuk membangun kemudahan rekreasi Gunung Kerengga dan juga di kawasan rekreasi tapak operasi Majlis Daerah Padang Terap di Tasik Pedu. Seterusnya berkaitan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Guar Chempedak berkaitan sektor pelancongan di daerah Yan pada 19 November 2023, saya berkesempatan bersama-sama dengan Majlis Daerah Yan yang juga sebenarnya di turut serta oleh yang Berhormat Guar Chempedak dan juga Bukit Kayu Hitam berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke pulau-pulau ke Pulau Bidan dan juga ke Pulau Songsong. Untuk makluman dewan yang mulia ini dan juga yang Berhormat Guar Chempedak, ada beberapa cadangan yang telah dimasukkan dalam draf rancangan tempatan daerah Yan 2035.
Antaranya mewujudkan kemudahan asas pelancongan untuk aktiviti pelancongan seperti perkelahan, perkhemahan, snorkeling, memancing dan sebagainya. Dan juga ada cadangan untuk pembinaan jeti apa ni pendaratan, kaunter informasi, wakaf, tandas, surau dan sebagainya dan difikirkan perlu dan kerajaan juga untuk makluman berhasrat untuk menaiktaraf apa ni bekalan air di Pulau Bidan dan juga Pulau Songsong. Selain itu ada tadi sentuhkan dengan isu pukat tunda yang berlaku di perairan Yan kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Perikanan bagi membendung isu ini serta menghalang kerosakan ekosistem yang terdapat di persekitaran pulau tersebut. Seterusnya bagi mengatasi masalah tapak parking di puncak Gunung Jerai perlu melibatkan berapa langkah proaktif bagi masyarakat institute tersebut antaranya penyediaan dan perancangan trafik, pengangkutan awam dan sistem pengurusan tapak parking. Bagi menjawab soalan yang Berhormat Pantai Merdeka berkenaan promosi serta tarikan pelancong yang boleh dibangunkan di kawasan Pantai Merdeka. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga dewan yang mulia ini, kerajaan negeri sentiasa positif untuk mempromosikan kawasan yang berpotensi untuk jadikan tempat tumpuan pelancong terutamanya Pantai Merdeka dan juga Datar Tsunami.
Antaranya tahun ini kerajaan negeri dengan kerjasama Puspanita Kuala Muda dan geliga akan mengadakan tsunami walk, fun and ride 2023 yang akan diadakan pada 23 Disember ini. Acara-acara seperti itu tentunya akan dapat mempromosikan kawasan Pantai Merdeka serta keistimewaan dan keuniknnya. Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Sidam serta Yang Berhormat Bayu, insya-Allah kerajaan negeri sentiasa optimis dalam perancangan rapi akan dibuat secara menyeluruh pada tahun hadapan iaitu persiapan untuk kita menerima pelancongan pada tahun 2025 yang akan menjadi tahun bersejarah buat Kedah iaitu tahun melawat Kedah 2025. Kerajaan negeri akan meningkatkan infrastruktur dan fasiliti pelancongan pada tahun hadapan secara menyeluruh melalui peruntukan yang telah disediakan iaitu sebanyak 1 juta ringgit untuk kerja pembangunan baik pulih dan menaiktaraf kemudahan demi keselesaan dan tarikan pelancong, membuka satu lagi pintu sempadan di daerah Baling.
Bayu ada bangun?
Celah sikitlah?
Ha baru sampai Baling dah ni.
Yang berhormat YB Speaker, saya nak ingin bertanya berkenaan dengan bagi menjayakan misi Kedah 2030. Adakah memadai sekadar tempat pelancongan yang sedia ada untuk menarik pelancong masuk ke dalam negeri Kedah terutamanya di kawasan Baling yang mana kawasan Baling tempat saya ni ada produk baru yang boleh diketengahkan yang akan menjadi eko-pelancongan yang amat penting iaitu terowong komunis dan juga gua komunis. Tempat ini adalah berhampiran dengan Pusat Peranginan Rekreasi Air Panas Ulu Lengong yang mana pengunjung dah ada sentiasa dah. Dah hadir dan jikalau kita majukan lagi dua tempat ini sudah tentulah akan menggamit pelancong masuk ke daerah Baling seterusnya kepada negeri Kedah. Terima kasih.
Terima kasih Bayu. Silakan Kubang Rotan.
Terima kasih YB Bayu. Pertama saya nak bagi tahu selama satu hari. Ha satu hari kerja saya ni pi pusing satu Kedah, tengok lokasi-lokasi yang boleh dibnagunkan sebagai satu produk pelancongan dalam negeri Kedah. Itu yang pertama. Yang kedua, kita juga dalam masa terdekat ini akan mewujudkan secretariat Tahun Melawat Kedah 2025 dan yang ketiganya, kita juga akan melibatkan semua agensi-agensi kerajaan, kita juga akan melibatkan semua PBT untuk sama-sama bersama dengan kerajaan untuk apa ni menyenaraikan tempat-tempat yang boleh dibangunkan dan dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan dan untuk kita bawa kepada 2025. Saya sebenarnya YB Bayu saya sangat yakin kalau semua orang bagi kerjasama dan insya-Allah kita juga dalam secretariat kita nanti insya-Allah kita juga akan menguar-uarkan kepada masyarakat di luar. Rakyat kita sendiri boleh memberi pandangan boleh bagi idea, cadangan-cadangan di mana tempat ataupun lokasi-lokasi yang menarik yang kita mungkin tak tahu yang boleh dipanjangkan kepada kita dan insya-Allah dengan peruntukan yang ada itu kita akan guna semaksimumnya untuk bangunkan tempat baru itu, insya-Allah saya yakin dengan satu tahun yang diberikan untuk kita anjurkan Tahun Melawat Kedah 2025 mencukupi dengan bajet yang sedia ada. Insya-Allah terima kasih Bayu. Seterusnya saya nak sambung sikit tadi ni.
Ayer Hitam bangun.
Tuan Speaker dan juga saya cuma nak sambung apa yang disebut oleh Bayu tentang terowong komunis ni. Memanglah kita boleh jadikan produk pelancongan atau tempat pelancongan cuma kita nak kena terapkan juga kepada generasi kita supaya tak menganggap ni sebagai satu bahan yang boleh kita banggakan sebab komunis ni jahat kan, kita pi tengok kita kena didik orang pi tengok itu supaya benci komunis dan dia kagum pulak dengan komunis, terowong yang buat elokkah apa dia kagum noh hebatkah komunis ni rupanya? Nak harap di sebalik kehebatan mereka buat terowong itu ada kejahatan mereka yang lebih besar lagi, jangan sampai kita nak jaga pelancongan, kita mengguris hati para prajurit kita yang mati disebabkan oleh komunis. Apa pandangan apa nama Kubang Rotan?
Terima kasih Ayer Hitam. Saya sangat setuju walau bagaimanapun kita setuju kita nak bangunkan tempat pelancongan itu yang ada sejarah yang menyakitkan untuk seluruh rakyat dalam negeri Kedah ini tetapi kita akan bangunkan tempat itu insya-Allah. Okay apabila Bayu bagitahu tadi tempat itu memang kita rasa kita fikir memang patut kita tunjukkan kepada rakyat keseluruhannya, inilah kerja-kerja komunis, inilah habuan depa tinggal kepada kita untuk anak cucu tengok inilah kerja-kerja dep aini sejarah itu membuktikan kesungguhan komunis itu untuk terus menjajah kita dan juga kerja buat komunis ini mudah-mudahan akan menjadi satu semangat kepada anak bangsa kita nanti orang kata apa terus bersemangat untuk membela negara ini membela rakyat dan sebagainya, membela kaum sendiri insya-Allah.Yang Amat Berhormat Jeneri ni saya gugup sikit, okay tadi tang mana taktauBayu tadi yang sampai ke Bayu dekat ni eh? Baling eh.
Tokai bangun.
Kubang Rotan. Kita heret sampai empat setengahlah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Kubang Rotan kalau kita pi ke Betong, nah. Dia ada terowong komunis ini telah di apa dihidupkan oleh Thailand lah nah. Saya bimbang kalau macam Bayu sentuh tadi ini nah. Kita dah bincang dua tiga kali dah sebelum ni dalam mesyuarat EXCO, dia duk jauh dalam Baling dengan tempat kita ni dia jauh, berapa belas kilometer takt ahu. Maknanya kita terpaksa membelanjakan banyaklah boleh kalau kita nak buat, tetapi kita jangan sambung dengan hat ada di Betong itu, kita takut hat ni orang pergi melawat itu terus, dia pergi ke Betong sana, ha tak ada imigresen, tak ada apa dalam terowong itu. Jadi itu kita kena hati-hati juga noh. Ha? Betong memang dah ada terowong itu. Itu pencelahan sayalah kepada apa ni Kubang Rotan, terima kasih.
Terima kasih Tokai.
Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian juga mengenai dengan terowong komunis ini. Apa yang disebutkan oleh Ayer Hitam tadi bahawa kita tak sedar proses normalisasi itu sedang berjalan jadi kalau sejarah-sejarah yang macam itu atau tempat-tempat yang macam itu kita ‘highlight’ kan nanti proses normalisasi ini akan lebih merebak, sekarang ini pun kita tengok pengalaman 22 bulan dulu sewaktu PH memerintah Timbalan Menteri Pertahanan telah menghighlightkan niali-nilai komunis itu sehingga kita merasakan benda itu biasa sedangkan kami ini dalam tentera ini menghadapu keadaan yang cukup kritikal dan cemas dalam menghadapi insurgensi komunis itu. Jadi saya rasa kita kena hati-hatilah dalam perkara ini, tutup segala apa-apa yang boleh memberi kredit kepada musuh itu sendiri, kita lihat sekarang ni bahawa generasi yang ada sekarang ini nampak benda itu biasa. Benda itu biasa sedangkan perjuangan yang telah dilakukan oleh apa nama ini wira-wira kita adalah kalau kita nak kenangkan balik adalah amat menyedihkan dan kita amat simpati kepada mereka yang kehilangan kaki, kehilangan tangan, kehilangan isteri apa nama ni anak dan sebagainya. Jadi ini perlu dijadikan sebagai asas untuk kita meletakkan sesuatu nilai dalam masyarakat kita. Sekian.
Terima kasih Kupang. Silakan Kubang Rotan.
Terima kasih kepada Kupang, terima kasih kepada Ayer Hitam. Saya nak kupas macam mana eh, dia macam ni tahu, sejarah itu tetap sejarah kan? Tetapi dalam kita dalam, dalam, dalam orang kata bersemangat untuk bangunkan pusat-pusat ataupun produk-produk pelancongan dalam negeri kita pendekatan yang saya akan ambil nanti apa Yang Berhormat Kupang dan Ayer Hitam dan juga Bayu sendiri kita akan minta pandangan pelbagai pihak. Okay? Kita tidak akan buat satu benda yang terus buat keputusan dan akhirnya memberi kesan yang jangka kesan negative jangka masa panjang. Saya bagi jaminan kepada dewan yang mulia ini kita boleh senaraikan macam yang saya cakap tadi tempat-tempat yang boleh diangkat sebagai produk pelancongan, tetapi dalam masa yang sama untuk kita laksanakan projek itu untuk mengangkat satu-satu benda itu kita akan minta pelbagai pandangan pikiaq masak-masak sebelum kita angkat benda itu. Itu jaminan daripada saya Inshaa Allah. Boleh saya teruskan eh?
Tuan Speaker, minta maaf.
Belantek, Belantek.
Terima kasih Kubang Rotan, saya nak merujuk kepada Kupang tadi, sebenarnya signboard ataupun tanda jalan menunjukkan menyebut bahawa ada dah terowong Komunis ni di Baling sana sudah ada di Sik, jadi kalau kita balik satgi lepas Jeniang kita nampak terowong Komunis lima puluh kilometer. Ni seolah-olah mempromosi dah, dari dulu lagi. Jadi adakah nak kena padam itu Tuan Speaker?
Silakan Kubang Rotan.
Boleh celah lagi tak Yang Berhormat Speaker? Boleh?
Bayu satu lagi.
Yang Berhormat Speaker, sebenarnya berkenaan Komunis ni tak asing bagi daerah Baling. Yang Berhormat Datuk Seri MB pun tau Baling dengan Sik ni tak jauh. Sebab kita dah ada satu galeri rundingan Baling yang menceritakan sejarah perjuangan Komunis bersama dengan kerajaan kita di bawah Tengku Abdul Rahman. Bukan maksud saya untuk nak promosi Komunis. Tak. Tetapi satu produk pelancongan yang kita kena kenal pasti dan juga buat kajian macam manakah jika kita ketengahkan produk ini ia boleh menarik pelancong masuk dan masa yang sama kita boleh tangkis ataupun sekat apa ni sejarah Komunis itu kepada pelawat-pelawat. Itu yang saya maksudkan.
Baik, terima kasih Bayu. Saya setuju dengan Bayu, saya setuju dengan apa Kupang, saya setuju dengan Ayer Hitam. Haa. Jadi saya setuju semua. Saya setuju semua.
Tuan Speaker, saya boleh celah sikit lagi, sikit lagi.
Ada Kupang bangun.
Kita jangan buat kerja untung sekarung rugi seguni. Kita nakkan promosi ni, tapi di sebalik promosi yang kita buat itu ialah kita telah mengekalkan satu nilai yang sangat-sangat sensitif kepada umat Islam khususnya dan rakyat ni. Jadi kita jangan untuk sekarung rugi seguni lah. Ada lah untungnya, tapi ruginya besar.
Mencelah.
Pantai Merdeka celah.
Minta izin ah.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, tadi Kubang Rotan ada baca ayat Quran terjemahlah kan, jadi senang ja ikut ayat Quran itu jalan penyelesaian.
وَ أَمرُهُم شورىٰ بَينَهُم
Itu jalan penyelesaian. Surah Asy-syura ayat 38 tadi itu mereka bermesyuarat di dalam urusab mereka. Jangan buat kepala kita seorang nah sebab lagi banyak pandangan itu yang terbaik bukan kata kat Dato lah. Tapi nak habaq ja lah nah, itu yang terbaik. Jalan penyelesaian boleh Kupang. Saya ingat itu kita mesyuarat dululah. Banyak pandangan mungkin dia berbeza pandangan kita tengoklah yang mana paling banyak yang bersetuju, itu saya punya pandangan. Terima kasih.
Terima kasih Pantai Merdeka.
Minta maaf.
Kota Siputeh sila.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sedikit pandangan yang mana kita ni di tanah pusaka kita ni banyak kita selalu berbangga dengan sejarah-sejarah yang tak sewajarnya kita angkat. Sebagai contoh kita buat pelancongan walaupun di negeri lain tapi kita bangga dengan A'Famosa, kita bangga dengan bangunan-bangunan yang Belanda. Penjajahan-penjajahan yang bagi kesan yang buruk kepada kita ianya adalah satu penghinaan maka kita ada lebih banyak sejarah yang utama dalam konteks negeri Kedah, sejarah Kedah tua yang tadi kita bincang daripada awal tadi kan yang mana sejarah perang bisik dan sebagainya itu adalah merupakan sejarah-sejarah yang perlu kita angkat dan kita ketengahkan. Mungkin setelah kita habis selesai untuk kita ketengahkan sejarah-sejarah lama dalam negeri Kedah dalam mengangkat jati diri anak bangsa Kedah sendiri daripada itu mungkin baru kita boleh menyingkap sisi sejarah lain itu sedikit pandangan.
Terima kasih Kota Siputeh. Silakan Kubang Rotan.
Tambah sikit lagi, bahas sungguh-sungguh nah.
Bayu, Bayu silakan.
Okay, saya setuju pandangan daripada rakan-rakan Yang Berhormat. Jadi memandangkan kami ni daerah Baling ni merupakan daerah eko-pelancongan, satu faktor yang kerajaan bagi pengiktirafan bahawasanya kawasan Baling adalah eko-pelancongan, saya bersetuju dengan apa ni Kupang, Ayer Hitam dan rakan-rakan yang lain yang mana memang satu faktor yang kita akan ketengahkan ideologi perjuangan komunis masa dulu. Tetapi adakah kita boleh buat kajian macam ap aini ADUN Pantai Merdeka ini bagitahu kita bermesyuarat dan bincang mana yang terbaik bukan soal saya menyuara ini atas diri peribadi saya, saya juga berbincang dengan Pejabat Daerah Baling, Majlis Baling, Kuala Ketil pun ada bersama kadang-kadang. Jadi rakan-rakan daripada Majlis yang ketengahkan supaya kita kena promosi tempat-tempat yang boleh menarik minat orang ramai masuk. Contohnya kata Terowong Komunis itu menghala ke Betong, Thailand jadi mengapakah kita menganggap kita satu benda ni yang tidak boleh
dipromosi. Jikalau kita promosi dengan cara yang baik saya rasa boleh menangkis anak-anak muda bahawasanya perjuangan komunis itu adalah perjuangan yang baik. Tak! Kita kena letak inilah orang tua-tua dulu tok nenek kita dulu, kena zalim dengan komunis, kena jajah dengan komunis tapi apa pun saya bukanlah 100 peratus bersetuju cuma bagi saya, saya bercakap atas mewakili rakyat Baling dan juga mewakili Pejabat Daerah Baling yang memaklum kepada saya bahawasanya perlu dipromosi tempat-tempat yang begini kerana Baling merupakan kawasan eko-pelancongan. Terima kasih.
Terima kasih Bayu.
Terima kasih kepada Bayu atas minat yang tunjukkan untuk mengangkat tempat sendiri sebagai salah satu tempat wajib dikunjungi oleh pelancong nanti. Dia bila bercakap soal komunis ni, benda itu sejarah. Kita ni, kita ni nak, nak tunjuklah kepada generasi yang hat nak mai ni dan juga pelancong ni. Inilah kerja buat komunis ni. Dan juga dalam masa yang sama, dalam masa yang sama, dia ada sensitif tajuk ni. Pejuang-pejuang negara ni, yang tentera, polis dan sebagainya ni. So kita akan ambil pendekatan yang mana yang telah diberikan nasihat oleh Pantai Merdeka berbalik dengan ayat Quran saya sebut tadi. Kerja buat ini kita akan buat pemesyuarat Inshaa Allah. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, membuka satu lagi pintu sempadan di daerah Baling. Saya baca dak lagi tadi? Dak lagi kan? Yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bayu merupakan satu cadangan yang bernas untuk jangka masa panjang tetapi buat masa terdekat ini ianya memerlukan kerajaan negeri mengadakan kajian dan perbincangan lebih lanjut berkaitan perkara ini bersama kerajaan persekutuan dan diharamkan agar perkara ini dapat disaksikan bagi memberi limpahan ekonomi kepada rakyat di sekeliling Baling dan Kedah amnya melalui pembukaan pintu sempadan baru tersebut. Benda ni cadangan itu kita nampak bagus. Okay. Kita tak boleh tolak bulat-bulat macam tu. Tetapi dalam masa yang sama dia ada proses dia. Kerajaan juga kerajaan negeri memerlukan kajian dan duduk semeja bersama dengan persekutuan untuk merealisasikan benda tu. Sebarang pandangan, sebarang idea, benda itu kita akan jadi kita punya jawapanlah. Inshaa Allah. Seterusnya, Okey. Kepada, saya ingat masa pun dah nak habis.
Bayu nak mangkit.
Sikit ja. Baru tahan sikit ja. Jadi saya berkenaan dengan isu cadangan pintu sempadan baru itu. Yang mana jikalau kita buat juga memang bukan kuasa daripada kerajaan negeri Kedah. Memang kerajaan pusat yang berkuasa. Sebab pada waktu itu pun saya dah pun adalah berbincang dengan Yang Berhormat Datuk Seri Hamzah pada ketika itu sebagai Menteri KDN. Pada waktu itu beliau bersetuju jikalau memenuhi prosedur yang ditetapkan. Memandangkan hari ini kita tengok kita nak gamit pelancong masuk ke Kedah. Jikalau kita buka sempadan baru di Baling, di Baling ni memang daripada asal dulu pun laluan sempadan yang mula-mula dulu ni sebelum Merdeka memang di situ orang tua-tua dulu bawa masuk kerbau, lembu melalui jalan situ daripada Betong, Thailand ke Baling. Jadi ada eloknya jikalau benda ni diteruskan apani permohonan kepada kerajaan pusat. Jikalau benda ni berlaku, ia sudah tentulah pelancong daripada Pulau Pinang, Seberang Perai, Sungai Petani, Kulim akan masuk ke Baling dan seterusnya pelancong Pulau Pinang akan masuk ke negeri Kedah. Akan meningkatkan jumlah pelacong di dalam negeri Kedah dan juga di kawasan Baling.
Terima kasih Bayu.
Terima kasih Bayu, saya semalam saya teringat apa ni Sidam bagitahu dalam satu artikel 1.8 juta rakyat negeri ini pergi ke Thailand, itu Bayu ada satu pintu hat buka sana. Saya takut itu. Saya takut buka lagi satu pintu jadi tiga perpuluhan enam juta. Itu satu, kita boleh pikiaq begitu juga tetapi macam saya kata tadi di dewan ini kita tidak boleh, saya tidak akan kata tak boleh terus benda itu, kita kena buat kajian, kita kena buat penelitian. Cadangan yang baik, begitu juga dengan feri tadi, cadangan yang baik, semua cadangan yang baik. Ini semua ni semua ni kerajaan, cadangan yang baik semua. Kita akan angkat, kita akan tengok, kita akan bagi jawapan yang terbaik kepada Bayu Inshaa Allah. Kepada semua rakan-rakan, saya tadi perbahasan tentang bajet yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kebanyakkan ada sentuh tentang pelancongan, Alhamdulillah. Saya duk nampak 2025 ni ramai sungguh orang nak mai ni, Inshaa Allah dengan kerjasama semua. Jadi, kepada semua rakan-rakan yang menyentuh soal pelancongan yang saya tidak sebut satu persatu, okey. Saya Inshaa Allah lepas pada ni kita akan ambil tindakan yang sewajarnya, kita akan mengkaji setiap kali setiap apa yang dilontarkan, pandangan, cadangan daripada Yang Berhormat Yang Berhormat sekalian termasuklah daripada Kota Siputeh nak buat pelancongan diraja, termasuklah juga Ayer Hitam yang mencadangkan untuk rancakkan sektor pelancongan ini mengadakan carnival wau dan sebagainya. Juga kita tidak tolak benda itu kita akan masuk dalam cadangan dan juga idea untuk program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun
2025 dan yang juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tokai dan Yang Berhormat Kuah berkenaan isu Pulau Langkawi yang baru-baru ini panas di media massa. Saya suka menyifatkan sebagai satu episod yang menarik kerana ia bersifat happy ending. Saya katakan begitu kerana pada mulanya kita digemparkan dengan kisah-kisah kurang menarik dengan Langkawi termasuknya Langkawi jadi pulau hantu, pekan hantu disebabkan ketiadaan pengunjung sekali gus mengakibatkan ramai peniaga dan pengusaha gulung tikar yang kita dengar macam itu. Untuk seketika ada yang percaya sekaligus terpedaya tetapi matahari tidak boleh disekup dengan baldi. Selaju mana pun pembohongan berlari, kementerian pasti dapat memintas, itulah yang berlaku dalam masa yang singkat, dongeng mengenai kemurungan Langkawi, mati dengan sendiri. Yang terjadi adalah sebaliknya, berita-berita buruk itu membawa rahmat sebenarnya. Lepas tu berita-berita itu menarik pelbagai kalangan terutamanya pihak media untuk meninjau keadaan sebenar. Hasilnya terbitlah pula pelbagai berita di media konvensional dan media atas talian yang menunjukkan bahawa Langkawi ni sebenarnya masih menjadi tumpuan para pelancong. Saya senaraikan sebahagian daripada contoh-contoh berita baik tersebut. Contoh ha nah, mesti siasat Pulau Hantu gagal, “Langkawi Meriah Macam Biasa”, mStar.com.my 22 November 2023. “Still A Paradise of Cheap and Delicious Seafood”, The Star 18 November 2023. Kan cantik tu owner tengok. Over Ten Thousand Tourist arrive in Langkawi during Deepavali Holiday. Ha sepuluh ribu, 12 November 2023, NST. “Pelancongan di Langkawi tak lumpuh, tempahan hotel lebih lima puluh 50%”, Sinar Harian 10 November 2023. Jelaslah bahawa jika ada pihak yang mahu merosakkan reputasi Langkawi dengan cerita-cerita buruk, mereka kini boleh menghantuk kepala ke dinding kerana tindakan mereka rupa-rupanya telah menyebabkan Langkawi lebih popular pada masa kini. Namun begitu, rakan-rakan, Yang Berhormat, dewan yang mulia ini, kita tidak boleh leka. Okey. Usaha berterusan akan dibuat bagi memastikan Langkawi kekal menjadi antara destinasi utama pilihan pelancong di rantau ini. Saya sentiasa berusaha mengenal pasti seberapa banyak produk pelancongan yang berpotensi untuk digilap selain menyelesaikan isu berbangkit berkaitan pelancongan. Antaranya isu feri yang sering berlaku dengan mengadakan pertemuan bersama konsortium Ferryline Sendirian Berhad dan juga Jabatan Laut Malaysia. Saya dah panggil, saya dah jumpa mereka. Dalam pertemuan tersebut konsortium dengan pengesahan Jabatan Laut Malaysia mengesahkan isu kelewatan feri adalah berpunca daripada masalah paras air laut di Terminal Kuala Kedah dan juga Terminal Kuala Perlis, namun konsortium tetap menjalankan trip pengangkutan sebanyak lima trip sehari kebiasaannya, dan tujuh trip setiap hari ketika permintaan, permintaan tinggi.
Untuk makluman, saya dah tengok sendiri jadual yang telah ditunjukkan kepada saya oleh konsortium feri dan juga Jabatan Laut. Memang sebenarnya feri ni, sebab itu tadi YB Kuah, kita kena buat kajian sedalam-dalamnya. Dan saya nak berbalik situ sebab feri isu feri kan. Sebenarnya memang jadual itu dua tahun lepas memang ada masalah feri. Sidam, ada masalah feri dan juga konsortium feri ni berjanji dengan Kementerian Pengangkutan, mereka nak naik harga tiga ringgit pun mau tak silap saya. Okey. Jadi, syarat daripada Kementerian Pengangkutan mesti minimum lima trip satu hari, dan mereka menjalankan apabila harga mereka boleh dinaikkan tiga ringgit itu, minta maaf, dua ringgit ataupun tiga ringgit. Jadi mereka jalankan satu hari lima trip. Itu yang saya difahamkan. Dan saya baru-baru ni saya pergi masa time Deepavali, ketika Deepavali. Ketika itu daripada Kuala Kedah ke Langkawi ada pertambahan trip. Daripada lima trip jadi tujuh trip. Daripada Kuala Perlis ke Langkawi, daripada lima trip jadi lapan trip. Keseluruhan yang masuk pada hari itu hampir lapan ribu orang. Jadi saya menampakkan bahawasanya benda ini kita kena tengok secara menyeluruh untuk sebarang komen, sebarang tindakan kepada kita dan saya rasa semua orang pun bersusah payah. Saya rasa ramai orang untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan servis yang terbaik. Kan? Itu yang pandangan sayalah.
Di samping itu juga, pelbagai, ada dua tiga minit lagi. Di samping itu juga, pelbagai program dijangka untuk merancakkan lagi sektor pelancongan yang akan digerakkan secara berperingkat selepas melalui proses pengertian. Tahun ini Langkawi menjadi tuan rumah dua, dua acara antarabangsa iaitu Langkawi International Maritim and Exhibition (LIMA) dan Ironman Malaysia. LADA turut mempromosikan Langkawi melalui sembilan program antaranya ITB Berlin, German, Routes Asia Chiangmai, Thailand dan serta Tourism Expo Japan sebanyak 19 pelancongan dirancang bagi tahun 2024, LADA juga turut menyelaras lawatan familiarization FAM trip media dan agensi pengembaraan dari dalam dan luar negara termasuk syarikat penerbangan ke Langkawi. Okay, banyak lagi noh. Sat, Tuan Speaker, sebagaimana dewan yang mulia ini telah dimaklumkan melalui ucapan pembentangan Bajet Negeri Kedah 2024 dua hari lalu, kerajaan negeri akan menganjurkan Tahun Melawat Kedah 2025, setahun lebih awal daripada Tahun Melawat Malaysia yang dijadualkan pada tahun 2026. Penganjuran ini merupakan satu inisiatif besar oleh kerajaan negeri untuk melonjakkan industri pelancongan yang selama ini sememangnya menjadi antara segmen terpenting dalam pembangunan ekonomi negeri.
Dua minit lagi YB.
Dua minit lagi, secara peribadi saya mengibaratkan Kedah umpama harimau yang tidur dalam sektor pelancongan. Ia membolehkan mempunyai potensi besar yang belum kita gilang sepenuhnya dan insya-Allah menjelang Tahun Melawat Kedah 2025, kita akan gilap asset-aset dan produk pelancongan yang ada dengan sebaik-baiknya selain berusaha membina dan mewujudkan produk-produk baru.
YB Kubang Rotan, ha tak perlu kalut, kalau ada banyak lagi esok kita sambung. Bermakna tapi boleh-boleh dua minit lagi.
Dia kata bagi lama sikit boleh tak?
Boleh, boleh.
Okay, sikit lagi saja Yang Berhormat Speaker, saya minta maaf semua, sikit lagi nah, hat perabis benda ini. Saya tak jangan manyampuk. Dalam usaha menarik seramai mungkin pelancong ke Kedah, kerajaan negeri akan memastikan tumpuan kerajaan turut terarah ke tanah besar, Kedah. Ini bermaksud di samping melonjakkan lagi kegemilangan Langkawi, kita juga mahu dataran negeri Kedah ini mampu menarik kedatangan pelancong dan juga pengunjung. Untuk itu strategi promosi akan dilakukan secara seimbang supaya seboleh-bolehnya setiap daerah mendapat limpahan manfaat daripada Tahun Melawat Kedah 2025. Ahli-ahli Yang Berhormat, tumpuan kepada sektor pelancongan ini tidak bermakna kerajaan negeri meremehkan perhatian terhadap bidang kebudayaan dan keusahawanan. Tak apa satu page lagi noh, malah pihak kerajaan negeri akan menggerakkan kedua-dua bidang tersebut supaya bergerak seiring dengan usaha mengangkat industry pelancongan Kedah. Ada sebab itu langkah akan diambil bagi memulihara, menjaga, mengekalkan bentuk dan amalan budaya dan kesenian tradisional serta seni rakyat Kedah. Pembangunan industry kebudayaan seperti pementasan, persembahan dan pameran akan diberi galakan dan sokongan tapak-tapak warisan akan terus dipelihara begitu juga dengan warisan budaya dan akan terus digilap
dan dijaga. Dalam hubungan yang sama, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana memperuntukan 1 juta mulai Unit Permohonan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) dalam usaha untuk membangunkan usahawan melalui sistem mikro kredit sejahtera. Sejumlah 1.5 juta disediakan untuk program penggunaan usahawan negeri Kedah bagi menyediakan peruntukan dalam bentuk geran pembangunan modal awalan, kemudahan platform jualan atas talian dan kursus permohonan usahawan. Daripada jumlah itu 500 ribu dikhaskan kepada usahawanita yang dikenali sebagai Program Tabung Usahawan Wanita Sejahtera. Sikit lagi berkenaan cadangan Yang Berhormat Ayer Hangat berkaitan cadangan program yang lebih bersepadu dan mempunyai impak bagi mencapai objektif kerajaan negeri dalam bentuk usahawan yang berdaya saing dan komprehensif, kerajaan negeri komited membantu usahawan negeri agar mencapai matlamat. Di samping itu, fokus kita bukan sahaja melahirkan usahawan yang Berjaya tetapi usahawan yang jujur dan amanah. Dan yang kejayaan yang boleh menjadi contoh integritinya pula menjadi ikutan. Saya percaya dengan semua inisiatif ini insya-Allah kita akan mencapai apa yang kita sasarkan iaitu dalam meraikan kejayaan Tahun Melawat Kedah 2025 nanti, kita juga akan meraikan sumbangan segmen seni budaya dan status keusahawan terhadap pembangunan negeri yang kita cintai ini. Saya sebelum saya mengakhiri uacapan saya okay, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan saya ambik kesempatan ini untuk ucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga saya kepada seluruh penghuni Kubang Rotan kerana membolehkan saya berada di sini dan saya berkhidmat untuk rakyat Kubang Rotan itu juga kepada negeri Kedah keseluruhannya insya-Allah saya akan cuba menjalankan tugas saya sebagai wakil rakyat dengan sehabis baik dengan penuh amanah dan tanggungjawab, jawab sudah bertanya pun sudah. Tuan Speaker, terasa juga lenguh berdiri. Harap dimaaf, silap dan salah. Mohon saya mengundur diri, akhir kata daripada saya, saya dengan ini menyokong penuh pembentangan Bajet 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Menteri Besar. Sekian, terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Rotan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dewan ditangguh sehingga jam 9 pagi esok.