Kedah · 29 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 481 turns · 45,405 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Dewan disambung semula. Bacaan doa, dipersilakan Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

BACAAN DOA

Speaker

Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, pada pagi ini kita telah menerima kunjungan pemerhati daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik seramai 50 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Selamat dating!

Speaker

Urusan seterusnya. Tuan Setiausaha.

III. Sambungan Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Setiausaha Dewan

Sambungan pertanyaan-pertanyaan mulut.

Speaker

Sambungan pertanyaan mulut, dipersilakan soalan nombor 11.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Speaker, Daun dedap daun palas, mohon jawab soalan nombor 11.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

11. Kedah telah disenaraikan sebagai negeri tertinggi yang terdapat ladang solar.

Pohon dinyatakan:-

a) Sejauh manakah ladang solar ini mendatangkan faedah kewangan kepada pendapatan negeri?

b) Bagaimanakah perladangan solar di Kedah mendatangkan manfaat kepada golongan B40?

Speaker

Silakan YB.!

Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bandar Baharu. Buat ketupat daun palas, ini jawapan soalan sebelas. Boleh ka tara tu?

Speaker

Boleh! Boleh!

Soalannya berbunyi, Kedah telah disenaraikan sebagai negeri yang tertinggi yang terdapat ladang solar. Pohon dinyatakan, sejauhmanakah ladang solar ini mendatangkan faedah kewangan kepada pendapatan kerajaan negeri. Alhamdulilah, Yang Berhormat Speaker, inilah satu nikmat kurniaan Allah di mana Kedah merupakan negeri yang dianugerah oleh Allah di Malaysia ini mendapat sumber cahaya matahari yang paling tinggi dan itu antara sebab ramai pelabur, ramai pengusaha solar menjadikan ladang solar ataupun solar untuk individu di Negeri Kedah. ِتُكَذ ِبَان رَب ِكُمَا ِءَاَلَ ٓء ِ بِأَى َف , “nikmat tuhan

yang manakah lagi kamu nak dustakan”. Jadi, setakat ini kalau mengikut rekod kita, lebih daripada 222 syarikat yang mengusahakan dan kerajaan negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan mendapat hasil daripada kaedah berikut: Yang pertama dia dapat melalui permit penggunaan sementara tanah, yang kedua cukai tanah dan yang ketiga Pihak Berkuasa Tempatan dapat hasil daripada bayaran kebenaran merancang terhad atau kebenaran merancang penuh. Untuk makluman Dewan, pendapatan daripada ladang solar mengikut rekod yang disediakan sejak 2016 hingga 2022, pada yang diluluskan sebanyak RM1,387,597.00 setahun. Sementara bagi bahagian (b) yang ditanya tentang apakah yang golongan B40 dapat daripada projek-projek solar ini. Pertama, ladang solar ia mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pembinaan dan penyelenggaraan projek. Di samping itu, sebenarnya bila ada projek ladang solar ini dia perlu ada ‘buffer zone’ 30 meter atapun lebih kurang 100 kaki daripada panel solar yang paling tepi dan di ‘buffer zone’ ini dibenarkan untuk ditanam, tanaman-tanaman kontan seperti nanas dan seumpanya. Begitu juga ada setengah tempat kalau panel solar itu ditinggikan, di bawah itu pun boleh diusahakan pelbagai aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, Ladang Solar Edra di Kuala ketil, ‘buffer zone’ dia lebih kurang 40 ekar dengan 30 meter ‘buffer zone’, pusing sekeliling 40 ekar yang diusahakan oleh PPK, ini Yang Berhormat Kuala Ketil boleh mengesahkan. Selain daripada itu, syarikat-syarikat solar ini juga difahamkan membuat CSR ya, khidmat sosial kepada masyarakat ada yang bagi bantuan bakul prihatin, ada yang bagi solar secara percuma di masjid, di bangunan-bangunan sekolah dan ini merupakan salah satu khidmat sosial mereka kepada masyarakat terutamanya golongan B40.

Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyebut bahawa Kerajaan Negeri Kedah juga sebenarnya terlibat memberikan khidmat kepada rakyat ini melalui satu projek solar sebenarnya, yang terbaru yang baru siap semalam di mana di jalan Padang Sanai dekat sampai Durian Burung di sana, tapi itu bukan untuk menghasilkan solar dibekalkan kepada TNB tapi dia buat ‘road line’ buat garisan tengah jalan di mana cahaya matahari dikumpulkan dan apabila waktu malam, lebih-lebih lagi bila malam yang gelap pekat, dia akan nampak satu garisan yang terang menerang. Kita boleh pakat pi tengok lepas ni, noh? Dan saya mengucapkan terima kasih banyak kepada YB. Pegawai Kewangan Negeri kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000.00. Yang paling istimewa ialah projek ini projek yang pertama di Kedah dan terpanjang di Malaysia, sepanjang 3 kilometer. Sebelum ini dibuat di Hulu Langat ya, kali ini dibuat 3 kilometer. Jadi, ini merupakan satu kejayaan bagi kita untuk memberikan keselesaan, keselamatan kepada pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Soalan tambahan!

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Boleh Tokai noh?

Speaker

Ya, sila! Sila!

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Okay, terima kasih. Soalan tambahan yang pertamanya berkaitan dengan sejauh manakah ataupun berapa banyak ‘share’ kerajaan negeri ataupun GLC dalam projek solar ini? Yang kedua, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Nerang tadi berkaitan dengan penggunaan ataupun utilize solar ini di jalan–jalan pedalaman khususnya. Jadi, bagi saya kawasan saya kawasan luar bandar ini banyak kawasan-kawasan yang memerlukan lampu-lampu jalan yang setakat ini masih lagi bergelap kalau masuk malam saja memang gelap lah kawasan-kawasan saya. Jadi, saya mohon penjelasan atau pencerahan daripada Yang Berhormat Kuala Nerang kalau sekiranya ada peruntukan-peruntukan yang lain daripada solar ini untuk menerangi jalan-jalan luar bandar ini, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Sila YB. Kuala Nerang!

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Bandar Baharu. Soalan pertama berhubung dengan ekuiti kerajaan negeri sama ada melalui GLC dan sebagainya. Setakat ini, kerajaan negeri tidak melaksanakan satu dasar untuk mempunyai apa-apa ekuiti dalam syarikat-syarikat yang melabur untuk projek solar walaupun ada MBI buat projek solar, tetapi itu atas nama MBI secara bersendirian. Apapun pihak kerajaan telah pun berbincang untuk selepas ini, kalau ada syarikat-syarikat yang ingin melabur untuk projek solar ini, dia dimestikan bekerjasama, kolaborasi

dengan GLC anak syarikat kerajaan negeri yang mana di sana mesti ada ekuiti saham tertentu, jumlah tertentu yang dimiliki oleh anak syarikat tersebut yang menjaga kepentingan kerajaan negeri. InsyaAllah akan dilaksanakan selepas ini.

Yang kedua, lampu jalan, lampu solar. Setakat ini tidak ada lah peruntukan untuk lampu solar dan lampu jalan ini. Lampu jalan ini sebenarnya di bawah KKDW. Cumanya kalau yang duk buat dah la ni, Yang Berhormat-Yang Berhormat ni pun buat menggunakan peruntukan B.02 masing-masing lah. Pasang lampu solar, lampu solar hat tu pun tak berapa duit pun, tak berapa ringgit, jadi boleh kita pasang. Saya baru-baru ni bila buat permukiman, bila buat satu sesi permurnian bengkel strategik di mana ada beberapa kumpulan pemikir daripada beberapa universiti. Dia memberikan beberapa cadangan bahawa lampu solar sebenarnya tidak memakan belanja yang begitu besar. Saya pun terkejut dengar harga tu, dia kata lebih kurang RM500 boleh dapat untuk satu tiang. Tiang, termasuk dengan lampu! Saya sedang menunggu kertas kerja tu dan bukan teori tapi memang dah buat. Jadi saya rasa benda ini memang boleh dibuat oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat terutamanya pihak ADUN kerajaan untuk kita manfaatkan ruang ini ya, menggunakan tiang solar, lampu solar dengan kos lebih kurang RM500. Untuk menunggu lampu KKDW ini memang saya faham, sangat-sangat lambat, panjang masa. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Silakan YB.Tokai!

Yang Berhormat Speaker, terima kasih. YB. Kuala Nerang, kita tau bila nak buat ladang solar ni kita kena ‘clear’kan kawasan tu dan kawasan cukup luas lah untuk mendapat cahaya matahari bagi membekalkan tenaga kepada ‘gradline’ ni. Adakah ada dasar daripada kerajaan sekarang untuk mewajibkan ataupun mengharuskan la kot noh? Kepada syarikat-syarikat ini supaya mereka kena tanam pokok juga di tempat lain ka ataupun bagi kredit karbon untuk memulihkan kembali kehijauan di kawasan yang di ‘clear’kan untuk ladang solar tersebut.

Yang keduanya, apakah kita ada perancangan untuk macam disebut oleh YB. Kuah untuk ladang solar di tasik ataupun laut, ladang solar terapung dan saya nak tanya, dalam minggu ni kita tengok matahari redup tak dak. Jadi, berapa lama agak-agaklah tenaga solar yang disedut daripada matahari ni oleh disimpan untuk dihantar kepada grad yang

memberikan kuasa elektik yang ‘economical’ kepada ‘gradline’ TNB kit ni? Terima kasih YB. Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Tokai. Setakat yang saya maklum memang kita ada garis panduan untuk syarikat-syarikat solar untuk buka ladang solar. Bahkan dia perlu membayar beberapa bayaran tertentu untuk dia mulakan projek. Setakat yang saya maklum tidak ada satu dasar setakat ni, dia mesti tanam pokok di tempat lain kecuali di tempat ‘buffer zone’ tersebut dia boleh menanam beberapa pokok-pokok kontan.

Yang kedua, ditanya tadi berhubung dengan… Oh, ya! Kelebihan kita di Kedah ini, kalau di negeri lain perlu 6 jam untuk simpan tenaga solar tetapi di Kedah dia perlu lebih kurang 4.8 jam sahaja untuk dia simpan solar yang boleh digunakan untuk tempoh yang panjang umpamanya sehari semalam selepas itu, ya. Matahari tak dak pun tak pa InsyaAllah dia boleh ‘cover’. Lagi satu ada lagi satu soalan, saya dah terlupa dah! Aah, terapung! Ya, ‘floating solar’! ‘Floating solar’ setakat ni untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli Dewan, kita belum laksanakan. Banyak syarikat-syarikat masuk, dah masuk dah, masuk mai masuk meminang nak buat di Ahning, di Pedu Lake dan sebagainya, tetapi belum ada lagi yang dilaksanakan dan memang kita kerajaan berhasrat dan terbaru ni pun ada syarikat yang berminat dan telah pun berunding dengan kita dan juga GLC yang berkenaan untuk cuba dilaksanakan, dan pihak MADA sendiri pun telah maklumkan bahawa banyak syarikat yang turun pi tengok di tasik, di sana tapi akhirnya balik senyap begitu ja, tak jadi, nah? Mungkin dia kaji nampak tak sesuai atau ada isu-isu lain yang berbangkit yang tak boleh dibuat. Walau macam mana pun, kita masih terus berusaha sebab ia memang satu potensi yang sangat baik. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih. Sila YB. Belantik!

Encik Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Kuala Nerang. Tadi YB. Kuala Nerang ada menyebut tentang lampu jalan yang menggunakan solar. Adakah sudah sampai kepada pengetahuan YB. Kuala Nerang bahawa ‘test’, cubaan telah dibuat di satu daerah telah

memasang lampu jalan dan selamat dipasang tetapi umur dia tak panjang, sampai dua tiga bulan saja dia dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Lampu solar, tiang solar, lampu jalan, tumbang! Mungkin mereka potong dan mereka mengambil sesuatu yang berharga. Jadi, cubaan kena tengok keberkesanan lampu jalan ini gagal. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Kuala Nerang!

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima Kasih Yang Berhormat Belantek. Saya pun tak pernah dengar lagi la kata ada curi lampu solar ni kan, mungkin dia pasang rendah sangat kot, ataupun mungkin dia pasang pakai kayu atau benda yang mudah dicuri. Tapi kalau umumnya di Kuala Nerang tak pernah jadi lah, tak pernah jadi lah. Mungkin di Sik, di Belantek ja kot noh? Tapi tak pa InsyaAllah kita… tak dak lagi, harap-harap tak dak lah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih. Cuma Speaker tertarik dengan soalan daripada Tokai tadi yang mengatakan bahawa untuk solar terapung ni mungkin di tasik-tasik sesuai tapi kalau di laut terbuka tu dia risiko ribut, ombak besar dan sebagainya. Mungkin boleh untuk dinilai balik.

Dipersilakan soalan nombor 12, Yang Berhormat ADUN Anak Bukit!

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Yang Berhormat Speaker, saya mohon jawapan untuk soalan 12. Terima Kasih.

Speaker

Silakan!

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

12. Pohon dinyatakan apakah status terkini Projek Jeti baharu Kuala Kedah bagi kemudahan feri penumpang Kuala Kedah - Langkawi seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini?

Tuan Haji Dzowahir bin Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih YB. Anak Bukit di atas soalan. Soalan berbunyi apakah status terkini projek Jeti Kuala Kedah? Untuk makluman, proses perolehan kontraktor bagi projek ini secara tender terbuka telah selesai dilaksanakan dan kontraktor yang berjaya akan dilantik dalam masa terdekat. Kerja-kerja fizikal projek dijangka bermula pada suku tahun pertama tahun 2024 bagi tempoh pelaksanaan selama 36 bulan. Bagi projek ini, iklan tender telah dibuka pada 6 Jun 2023, tarikh tutup tender pada 20 Julai 2023. Itu yang asal dan dilanjutkan pada 9 Ogos 2023, penilaian tender telah pun bermula dilakukan pada 11 Ogos sehingga 22 September 2023. Lembaga Perolehan Kementerian Pengangkutan telah membuat penilaian pada 10 Oktober 2023, permohonan kenaikan kos kepada Kementerian Ekonomi kerana dia ada peningkatan kos ‘burden material’ (dengan izin) telah dibuat pada 2 November 2023. Permohonan Kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) selaku pihak berkuasa melulus tender, sekarang telah dalam proses. Lantikan kontraktor dijangka pada suku tahun pertama 2024 tertakluk kepada keputusan MOF ataupun Kementerian Kewangan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri hanya membantu sekadar yang diperlukan. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan. Ada dak? Tak dak tak pa la. Okay, untuk soalan 13. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih Tuan Speaker. Kota Darul Aman pohon jawapan untuk soalan 13.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

13. Pohon dinyatakan:-

a) Jumlah perbelanjaan pengurusan sisa pepejal dan hutang kepada SWCorp bagi setiap PBT pada tahun 2023.

b) Peningkatan berat sisa pepejal dan purata berat sehari bagi setiap PBT pada tahun 2023.

c) Solusi jangka pendek dan panjang bagi kaedah pelupusan sampah yang lebih efektif dan lestari.

Speaker

Silakan YB. Kuala Ketil!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kota Darul Aman. Soalan 13 berbunyi begini, jumlah perbelanjaan pengurusan sisa pepejal dan hutang kepada SWCorp bagi setiap PBT pada tahun 2023. Yang keduanya peningkatan berat sisa pepejal dan purata berat sehari bagi setiap PBT pada tahun 2023 dan yang ketiga solusi jangka pendek dan panjang bagi kaedah pelupusan sampah yang lebih efektif dan lestari.

Bagi menjawab soalan YB. Kota Darul Aman iaitu soalan pertama, jumlah perbelanjaan pengurusan sisa pepejal dan hutang kepada SWCorp bagi setiap PBT pada 2023, jumlah perbelanjaan sisa pepejal keseluruhan perbelanjaan bagi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam bermula pada bulan Januari 2023 sehingga bulan Oktober 2023 adalah sebanyak RM235,112,264.05. Jumlah tunggakan PBT Negeri Kedah kepada SWCorp. Berdasarkan terimaan Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (KWPSPPA) berakhir 31 Oktober 2023, jumlah tunggakan PBT setiap Negeri Kedah kepada SWCorp adalah berjumlah RM89,582,875.95. Berikut adalah ringkasan tuntutan SWCorp berbanding terimaan daripada PBT. Daripada Majlis Bandaraya Alor Setar sebanyak RM23,276,112.00, daripada Sungai Petani RM2,382,554.30, daripada Kulim RM8,611,208.68, daripada Langkawi RM8,466,709.76, daripada Baling RM6,697,208.08, Bandar Baharu RM6,283,189.10, banyak Yang Berhormat, kecik ni, tempat kecik saja, RM6 juta! Kubang Pasu RM12,690,627.14, Padang Terap RM2,044,419.23, Pendang RM5,316,114.52, Sik, Sik lagi banyak, RM3 juta… ni Belantek buang sampah banyak sangat ni, RM3,867,910.64, Yan, Yan lagi kecik, Ustaz Azam lagi banyak RM9,645,403.20 dan Hi-Tech RM301,409.30. Keseluruhannya berjumlah RM89,582,875.95, itu bagi soalan (a).

Bagi soalan (b), peningkatan berat sisa pepejal dan purata berat sehari bagi setiap PBT pada tahun 2023. Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui perbadanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ataupun SWCorp, bertanggungjawab mengawal selia 3 tapak pelupusan di Negeri Kedah iaitu Tapak Pelupusan Sanitari Jabi (Mukim Jabi, Daerah Pokok Sena), Tapak Pelupusan Belanga Pecah (Mukim Kuah, Daerah Langkawi) dan Tapak Pelupusan Padang Cina (Mukim Padang Cina, Kulim Kedah). Purata berat penerimaan sisa pepejal bagi Negeri Kedah pada tahun 2022 adalah 1,649.77 tan/hari berbanding 1,675.46 tan/hari berakhir Oktober 2023. Ini bermaksud berlaku peningkatan sisa pepejal sebanyak 1.53% pada tahun 2023 berbanding tahun 2022. (c) tak jawab lagi, sabar dulu!

(c), solusi jangka pendek dan panjang bagi kaedah pelupusan sampah yang lebih efektif dan lestari. Pada masa ini, terdapat 3 buah tapak pelupusan yang saya sebutkan tadi iaitu di Jabi, Alor Setar, Pokok Sena, Alor Setar, yang keduanya ada di Padang Cina Kulim, yang ketiganya di Belanga Pecah, Langkawi dan terdapat 1 isinerator di Pulau Langkawi. Kesemua fasiliti tersebut di atas adalah hak milik Kerajaan Persekutuan di mana tapak pelupusan sanitari menyediakan kemudahan pusat perolehan bahan yang berfungsi untuk mengasingkan bahan-bahan kitar semula sebelum dilupus di tapak pelupusan. Proses ini bagi memastikan jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal dapat bertahan lebih lama.

Antara langkah jangka panjang yang diambil untuk memastikan pelupusan sisa pepejal yang lestari adalah seperti berikut: Membudayakan amalan kitar semula melalui pendekatan kreatif dan inovatif di peringkat sekolah mahupun pendedahan dan pendidikan awal yang bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan. Saya ambil contoh di Teloi Kanan, mereka buat pertandingan perbuangan kitar semula iaitu buat 2 tong, satu untuk bahan makanan yang dibuang satu lagi minyak masak kemudian ada syarikat dia akan ambil benda ni dan bagi sumbangan peruntukan kepada yang telah buat. Yang keduanya, saya mengambil contoh yang dibuat oleh Sekolah Kebangsaan Pida 3, Sekolah Kebangsaan Pida 3 yang buat pelancaran kumpul 1 juta botol sempena Sambutan Hari Kitar Semula. Dia buat, mintak maaf di Ayer Hitam. So dia buat macam ni lah, kumpul semua botol-botol ni membuat pertandingan, yang ni SWCorp akan buat penilaian dan akan beri hadiah lah kepada sekolah yang terlibat. Bagi dua contoh la kot banyak sangat. YB. Kota Darul Aman okay noh? Okay nah. Yang kedua, mengadakan program-program seperti ‘Trash To Cash’ iaitu mengumpul barang-barang kitar semula diserahkan kepada satu agensi yang akan ambil barang-barang tadi yang akan berikan kembali pulangan wang ringgit kepada yang berjaya menghantar barang-barang kitar semula. Yang ketiga, menguatkuasakan peraturan-peraturan pengasingan sisa pepejal iaitu sekarang ni SWCorp membuat arahan kepada orang yang nak buang

sampah tu asingkan botol, kertas dan kaca. Itu pengasingan, kalau rumah taman ni dia buat dah pengasingan dah dan kemungkinan siapa yang tak pengasingan tersebut akan dikenakan denda. Yang keempat adalah pengurangan penggunaan beg plastik di pasaraya ataupun supermarket-supermarket dan juga kedai-kedai runcit. Sekarang ni kita pi pasaraya nak ambil beg plastik kena bayar 20 sen. Arahan ini kita akan kuatkuasakan ke depan kepada semua premis termasuk kedai-kedai runcit di kampung-kampung juga akan membudayakan aktiviti ini.

Dan yang terakhir yang kelima, mewujudkan lebih banyak insinerator di Negeri Kedah ini. Isinerator ni mahal Yang Berhormat kan, tapi cadangan kita macam tu la sampai satu tahap tempat nak buang sampah ni dah tidak ada akan melibatkan alam sekitar sebagainya, kita terpaksa kembali kepada insinerator. Kos insinerator ni mahal, jutaan ringgit, baiki dia pun mahal, saya dah lawat di Langkawi memang nampak bermanfaat, bagus tapi masalah kos yang tinggi untuk sebuah incinerator. Tapi, untuk menjamin kelestarian alam persekitaran kita ke depan esok, kemungkinan besar terpaksa kita pergi kepada insinerator untuk nak elakkan perbuangan sampah yang tidak terancang dan sebagainya. Sekian, Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Soalan tambahan YB. Kota Darul Aman!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tuan Speaker, saya ingin bertanya tentang penggunaan insinerator di tapak perlupusan sampah di Jabi, Pokok Sena sebab kita bila dengar tentang tunggakan PBT, MBAS mengambil lebih kurang RM23 juta berbanding dengan RM89 juta iaitu sebanyak 25% daripada keseluruhan hutang PBT kepada SWCorp. Jadi, apakah rancangan kerajaan untuk mempercepatkan sedangkan kita tau bahawa tapak perlupusan Jabi dah semakin bertambah dan sehingga bila ia boleh bertahan untuk mengambil sampah yang begitu banyak? Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Silakan YB. Kuala Ketil!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Ada lagi yang nak tanya soalan dak? Bagi saya himpun soalan!

Speaker

Ada lagi? YB. Tokai!

Terima kasih YB. Speaker. Yang pertamanya disebut ‘separation outsource’ iaitu kita pisahkan di sumber, nampaknya kita telah jalankan program ini lama dah nah, tetapi masih belum mendapat kejayaan berbanding negara-negara lain. Tapi InsyaAllah, saya rasa kita boleh teruskan apa ‘separation outsource’ ni. Kemudian 3R, 3R pun saya tengok banyak tong-tong yang diletakkan tetapi sampah-sampah yang diletakkan di dalam kotak-kotak tu sehingga bertimbun-timbun, ada ketika kita terpaksa telefon suruh depa mai ambil. Haa.. jadi ini satu masalah juga, bila orang tengok tempat ‘recycle’ tu dah penuh depa pun malas nak pi buh dalam tong tu lah. Yang ketiganya berhubung dengan di Semeling ni setakat mana tempat perlupusan di Semeling ni yang progress dia, kami duk bincang-bincang dulu tak bertemu dia dia punya hujung dia tu. Kalau tak boleh jawab hari ni, jawab bertulis pun tak pa lah noh YB. Exco. Terima kasih!

Speaker

Ayer Hitam! Ada satu lagi. Silakan Ayer Hitam!

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Ketil. Saya tertarik dengan kempen yang dibuat oleh Sekolah Kebangsaan Pida Tiga di Ayer Hitam tu lah, tentang nak kitar semula sebagainya. Melihatkan bahawa pihak sekolah, pihak bawah, pihak kampung pun ada kesedaran ke arah untuk menjaga kebersihan ataupun melupus sampah-sampah ni. Cuma di peringkat luar bandar, PBT dia ‘cover’ dalam bandar Sahaja, luar bandar ni kita ada masalah juga lah. Saya bangkitkan di daerah juga tentang cara penyelesaian tetapi masih lagi kita tak dapat cara yang betul-betul dapat memastikan bahawa masalah sampah di luar bandar ni ditangani sebaiknya lah.

Saya suka dengan cadangan untuk mengadakan insenirator tu. Kalau kita boleh buat di luar bandar, saya cadangkanlah kita mula di Ayer Hitam tengok, try tengok sebab di Ayer Hitam ni mereka sebahagian lah daripada orang kampung ni dia tak dak tempat untuk buang sampah,

duk jauh. Nak pi buang sampah di Ayer Hitam, di Tunjang ni jauh. Pilihan meraka ialah buang di tepi-tepi pida, tepi-tepi sungai dan sempadannya dalam sungai dalam parit tu. Jadi mengakibatkan sampah pun nampak banyaklah menyebabkan ada sekatan kepada terusan dan sebagainya. Jadi saya nak tanya, apa pandangan Yang Berhormat Kuala Ketil tentang cadangan saya supaya adakan percubaan final projek di Ayer Hitam, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Pedu, jawab sekali lagi ya YB.!

Assalamualaikum, terima kasih apa YB. Speaker, Yang Berhormat Kuala Ketil. Nak sambung yang Ayer Hitam tadi, pasai sampah ni dia berserabut. Jadi pertamanya di tong-tong tu lah, tong sampah yang tak mencukupi untuk orang nak buh sampah tu, jadi sampai satu tahap melimpah apa semua, tauk kat tepi apa semua… kecil lagi tak celuih! Jadi keduanya, apabila bertimbun tu anjing pula bawa lari, berselerak dekat tengah padang tu. Keduanya apakah perancangan Kuala Ketil untuk mengatasi masalah pembuangan sampah tepi-tepi jalan ni? Jadi naik kereta naik motor, minum apa semua tauk tepi jalan, sampai satu tahap kontraktor tebas rumput tepi jalan tu nampak berserabut tepi jalan tu dengan sampah dengan botol dengan apa semua. Apakah kaedah untuk memberi kesedaran kepada pengguna-pengguna jalan raya ni? Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. YB. Bandar Baharu pun bangun, boleh YB. jawab sekali la noh? Silakan Bandar Baharu!

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Kuala Ketil. Berkaitan dengan soalan daripada Kota Darul Aman tadi tentang hutang tersebut, hutang yang berjumlah RM80 juta lebih tersebut. Hutang apa sebenarnya? Saya nak tau, hutang apa kutipan, hutang perlupusan ataupun hutang pengangkutan ataupun fasiliti-fasiliti yang lain dalam aliran pengurusan sisa pepejal ini? Dia mula daripada pengutipan, pengangkutan, perlupusan dan juga fasiliti kenderaan dan sebagainya. Saya nak tanya apakah hutang berkenaan daripada sumber, daripada proses yang mana satu?

Yang kedua…. Ada lagi, boleh? Yang kedua berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal. Ia sebenarnya di bawah Akta 672 dan 673 yang telah dikuatkuasakan pada tahun 2011. Dan kerajaan Negeri Kedah telah menandatangani, saya rasa lebih kurang dalam tahun 2012, sebab tu Tan Sri Ustaz Azizan sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika itu. Mengikut Akta 672, apabila kerajaan negeri menandatangani akta tersebut, bermakna urusan pengurusan sisa pepejal ini khususnya pengutipan dan juga pelupusan ini diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Sebab tu saya hairan bagaimanakah hutang-hutang ini timbul?

Begitu juga pengurusan di tapak-tapak perlupusan dan saya melihat satu perkara lagi berkaitan dengan potensi oleh kerajaan Negeri kalau sekiranya kuasa kerajaan negeri masih ada untuk melibatkan syarikat-syarikat ataupun syarikat-syarikat kerjasama untuk menguruskan sisa pepejal khususnya di tapak-tapak perlupusan. Ini di antara peluang yang harus kita ambil kerana saya pernah berkhidmat dengan syarikat tapak perlupusan ini dengan janaan 2,000 tan 1 hari di sebuah negeri, syarikat ini memperolehi ‘tipping fee’ sehari RM30 lebih, 1 tan dan jumlah satu hari dia dapat ‘income’ RM60 ribu satu hari, satu bulan, satu perpuluhan berapa? RM1.8 juta satu bulan. Jadi, sebab itu lah saya mengharapkan kalau sekiranya ada usaha inisiatif daripada kerajaan khususnya portfolio, Yang Berhormat Kuala Ketil kita akan dapat ‘income’, itu daripada pengurusan tapak perlupusan dan belum lagi masuk barang-barang kitar semula yang lain, itu di antaranya. Jadi, saya nak tanya apakah usaha-usaha, portfolio Yang Berhormat Kuala Ketil untuk kita nak eksploitasi hasil daripada pembuangan sisa pepejal ini untuk pendapatan negeri? Terima kasih.

Speaker

Satu lagi, Bakar Arang dulu, Bakar Arang dulu!

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Terima kasih kepada Tuan Speaker, soalan saya rinkas sahaja. Caj 20 sen untuk bayaran plastik dibayarkan kepada kerajaan negeri ataupun pihak swasta sendiri? Itu sahaja.

Speaker

YB. Pengkalan Kundor, Pengkalan Kundor dulu!

Puan Mardhiyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak mencadangkan, untuk menjaga alam sekitar dengan kos yang lebih rendah libatkan masyarakat. Saya pernah dijemput untuk saja lah saya ambil peluang untuk berkongsi, saya pernah dijemput untuk merasmikan Program Alam Sekitar oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, program Toyota Ecouse, yang mana mereka

kreatif, tempat-tempat yang jadi longgokan sampah ni yang mana orang buang sampah secara tak bertanggungjawab ni mereka bersihkan dengan kerjasama agensi SWCorp pada masa itu. Kemudian mereka bangunkan tempat lain yang menarik, bila dah ada tempat lain yang menarik mereka letak tayar-tayar, cat warna-warni, jadikan taman, tanam pokok bunga, orang tak buang dah sampah di situ. Jadi, ‘point’ saya adalah untuk menjaga alam sekitar dengan lebih berkesan dan lebih murah ataupun lebih menjimatkan kos, libatkan masyarakat dan sektor pendidikan.

Speaker

Boleh bagi satu lagi, YB.? YB. Guar Chempedak!!

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih YB. Speaker. Sebenarnya ini bukan saya nak tujukan kepada YB. Kuala Ketil Sahaja. Sebenarnya berkenaan dengan sampah ini adalah tanggungjawab kita Bersama. Semua YB., semua agensi yang ada dan pelajar-pelajar keseluruhannya, secara amnya keseluruhan masyarakat. Apa yang perlu kita lakukan adalah aktiviti, bukan aktiviti kita balik kepada ‘basic’, balik kepada asas. Yang mana dalam agama kita juga menyatakan, “kebersihan ini adalah sebahagian daripada iman, separuh daripada iman”. Tapi, apa yang kita lihat la ni, tak dak orang kata tidak ada kempen-kempen ataupun penyedaran kepada masyarakat berkenaan dengan kebersihan. Sebab kita lihat saja hari ini kita bincang berkenaan dengan kos dan sebagainya yang mengakibatkan banyak kerugian yang dialami disebabkan bukan hanya disebabkan oleh agensi atau sebagainya tapi disebabkan oleh kita sebagai masyarakat yang tidak mempedulikan kebersihan. Jadi, balik kepada asas. Terima kasih, itu saja.

Speaker

Silakan YB. Kuala Ketil!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Ingatkan nak tanya soalan!

Mintak celah boleh? Mintak celah lagi sikit boleh?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Haa…. Okay! Okay! Sebab Ketua Pembangkang kita bagi!

YB. Tuang Speaker, soalan ini berkenaan dengan tempat yang dekat dengan Kuala Ketil lah iaitu saya dapati di tempat litar lumba tu telah jadikan tempat pembuangan sampah, tepi-tepi jalan tu. Jadi, adakah apa-apa perancangan daripada pihak PBT yang berkenaan yang dekat-dekat tu untuk mengambil tindakan dekat ataupun membuat pemantauan kepada aktiviti pembuangan sampah kat situ, okay. Terima kasih.

Speaker

Okay. Silakan YB. Kuala Ketil, banyak tu!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Jawab mudah ja…..

Speaker

Sila!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Speaker, ni jawab Panjang ni kira sebahagian daripada pergulungan nanti boleh dak?

Speaker

Ya YB…

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanya dan beri pandangan kepada soalan yang cukup popular ini, soalan pembuangan sisa pepejal. Nak cerita, saya ni bahagian sisa pepejal, alam sekitar sebelah ni. Jangan duk pajak tapak orang lain. Duk pajak tapak orang lain… Tapi boleh jawab noh? Boleh jawab kot noh? Soalan daripada Kota Darul Aman tentang kos insinerator tu memang cadangan baik Yang Berhormat, kita memang setuju, tapi nak bina dia pun dia akan melibatkan alam sekitar juga sebab perlepasan asapnya tu adalah mengambil kira daripada Jabatan Alam Sekitar. Tapi kos tu lebih kurang RM68 juta, kos dia, nak senggeraan dia lagi.

Saya difahamkan semasa saya melawat di Langkawi tu, nak order dia punya skru tu ambil masa tiga empat bulan, kos ‘maintenance’nya tu, syarikat yang kendalikan. SWCorp ni dia hanya tapak tu saja tapi yang kendali tu adalah operator. Operator lain yang kita lantik yang diberi kebenaran oleh KPKT lah, dia tender dengan KPKT. KPKT yang bagi membenarkan dia untuk beroperasi. Kos dia begitu. Memang kalau kita boleh buat ni, memang kita boleh buat. Kita pernah dibentangkan dan dipertunjukkan dulu di KEDA Tok Pawang. Di KEDA Tok Pawang satu insinerator yang kecil, yang boleh gunakan oleh komuniti di KEDA tersebut, masa tu di bawah Kementerian Alam Sekitar kot, kos yang kecil tapi boleh buat tapi nak mengendali dia tu melibatkan individu yang kena upah nak kendali tu, jadi payah juga lah.

Yang keduanya yang dibangkitkan oleh Tokai tentang Semeling. Semeling sekarang ni kita tutup dulu sebab nak buat kajian balik sebab dia ada isu kebakaran satu ketika dulu. Jadi kita tutup buat sementara dulu.

Yang ketiganya, YB. Tokai juga adalah pengasingan bahan buangan. Ya betul, memang kita dah galakkan dari awal lagi pengasingan bahan-bahan buangan ini. Tapi kebanyakan orang, dia ambil mudah, dia buh dalam satu beg plastik, semua sekali duk dalam tu. Mudah yang dikatakan tadi ialah mudah untuk kita kitar semula lah. Plastik cara plastik, botol dengan botol, kertas dengan kertas. Memang kita menggalakkan begitu.

Yang seterusnya, pembuangan sampah di kampung. Ni YB. Ayer Hitam noh? Pembuangan sampah kampung. Kita sekarang ini tumpu kepada pengurusan sisa pepejal adalah di kawasan yang di bawah pentadbiran PBT. Di kampung kita tak termasuk dalam pembuangan sampah yang kita kata tadi untuk urusan PBT ataupun urusan SWCorp. Walau bagaimanapun, kita ada kesedaran, kita ada kempen. Kempen-kempen kesedaran ni yang kita telah buat macam yang saya cerita tadi lah, kita telah buat dan kita pun sedang berbincang semalam dengan Exco Alam Sekitar kita, YB. Exco Kuala Nerang untuk membuat satu program Gotong-Royong Perdana, Kempen Alam Sekitar yang bersama pada tahun depan untuk memberikan kesedaran kepada cara-cara ataupun kaedah-kaedah pembuangan sampah yang lebih bersistem.

Daripada YB. Pedu, tong sampah tepi jalan tak muat! Ini makna orang Pedu buang sampah banyak la ni, kan? Jadi, tong tu memang lah dibekalkan untuk buang sampah di kawasan tu. Tapi kalau orang kampung mai buang semua reba kayu, batu, semua dalam tu memang tak muat. Tapi apa pun, saya akan ambil maklum perkara ini, saya akan semak dengan SWCorp nanti.

Daripada YB. Bandar Baharu, hutang yang ditanggung. Hutang yang ditanggung adalah hutang sampah tadi tu. SWCorp melantik Idaman, Syarikat Idaman tu yang akan buat kutipan sampah, hasilnya berdasarkan timbangan sampah tadi tu lah, lagi dia berat lagi dapat banyak lah kan! Jadi, sumbangan sampah tu. Jadi, bila dia kutip dia akan caj kepada SWCorp, SWCorp akan serah kepada PBT. Yang ni lah kos-kos yang yang ditanggung tadi lah.

Dan perkhidmatan syarikat yang dimaksudkan oleh YB. Bandar Baharu tadi untuk kerjasama dalam urusan usahasama ni saya amat alu-alukan. Memang ada satu syarikat yang datang dah jumpa saya untuk buat kerjasama, dia bagi konsep pembuangan sampah secara yang terancang dan dia akan ambil sampah tu dia akan berikan bayaran secara insurans ataupun bayaran ‘cash’ kepada orang yang buang tadi. Itu InsyaAllah kita akan laksanakan dalam tahun depan lah, nak cadang di semua di peringkat ketua-ketua kampung untuk laksanakannya. Daripada YB. Bakar Arang, 20 sen noh? 20 sen tu masuk dalam PBT, memang dikutip oleh pasar raya tadi dan dia akan bayar keppada PBT.

Dan yang seterusnya dari alam sekitar libatkan masyarakat, YB. Pengkalan Kundor noh? Pengkalan Kundor! Haa, ya betul setuju ni kempen kesedaran itu tadi, kita akan buat beberapa program berkaitan untuk kesedaran alam sekitar dan Guar Chempedak, ‘’kebersihan sebahagian daripada Islam’’. Haa… betul la tu, masukkan sebahagian daripada ucapan saya.

Daripada YB. Sidam, litar lumba tempat buang sampah! Mereka berlumba-lumba buang sampah kot noh? Saya akan ‘check’ dengan PBT perkara ini dan kalau betul berlaku kita akan ambil tindakan lah. Saya rasa itu lah jawapan saya Yang Berhormat Speaker, sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Kuala Ketil. Dipersilakan soalan 14, Yang Berhormat Ayer Hitam!

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih Tuan Speaker, mohon jawapan nombor 14. Saya dituju khas kepada Yang Berhormat Jitra lah untuk menjawabnya dengan panjang lebar.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

14. 'The Greater Kedah' diyakini boleh menjadi game changer kepada pembangunan ekonomi utara Semenanjung.

Pohon dinyatakan sejauh manakah kerajaan negeri menggunakan platform Indonesia - Malaysia - Thailand Growth Triangle (IMT-GT) untuk menjayakannya?

Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Silakan!

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam dan selamat datang kepada anakanda pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Malik. Alhamdulilah, seperti apa yang telah ditanyakan sesuatu yang cukup berharga hari ini berada di hadapan kita, Yang Berhormat Speaker. Di mana IMT-GT ini telah memberi ruang pasaran yang besar kepada negara kita dan juga negara jiran kita di mana dalam ‘triangle’ ini iaitu melibatkan Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan juga Sumatera, Indonesia menawarkan peluang pasaran sebanyak 94 juta penduduk di tiga negara ini atau sub-region ini. Growth Triangle ini memberi ruang kepada kita dalam konteks peluang perniagaan dan seumpamanya dan ‘trade balance’ ialah US538.6 billion dan jumlah ini terus meningkat kepada US727.2 billion dan daripada sini berlaku atau sedang dibangunkan 61 ‘connectivity’ projek bernilai US57 billion. Apakah yang kita dapat lihat di sini, kesungguhan negara-negara terlibat

dan sub-region ini untuk membangunkan prasarananya dan kita tahu di Selatan Thailand sebelum ini prasarananya tidak lah berada dalam kedudukan yang baik tetapi hari ini kerajaan Thailand telah mengusahakan untuk memastikan prasarana di Selatan Thailand itu berada dalam kedudukan terbaik dan kita harus memanfaatkan peluang yang ada bagi membolehkan kita dapat menguasai sub-region ini, ini satu usaha yang perlu digembleng!

Untuk makluman juga dalam IMT-GT ini, kita adalah pembekal 60% latex dunia! Kita adalah pembekal 60% getah dunia! Dan ini adalah satu lagi ‘indicator’ yang harus dimanfaatkan untuk kita sama-sama usahakan agar industri getah kita tidak berada dalam keadaan ‘sunset’ sedangkan Negara Thailand, di Selatan Thailand memanfaatkan sepenuhnya akan permintaan getah dunia dan 88% Yang Berhormat Speaker, iaitu kita adalah pembekal kepada minyak sawit dunia. 88% minyak sawit dunia datangnya daripada sub-region ini! Jadi, ini juga menunjukkan bahawa ada potensi cukup besar dalam aspek pembekalan minyak sawit dan ianya sepatutnya tidak dilihat dalam bentuk komoditi sahaja tetapi ‘the extended industry’ (dengan izin) iaitu industri hiliran berkaitan minyak sawit harus dibangunkan. Dan dalam perkara ini kita harus melihat ianya sebagai satu ‘strategic move’ (dengan izin) untuk membolehkan kita bersaing dan memanfaatkan ruang dan peluang yang wujud.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan, Selat Melaka juga merupakan sebuah ‘gateway’ tanpa kita sedar atau kita sedar. Selat Melaka adalah ‘gateway’ kepada Eropah dan Asia! Dan ini adalah satu jalan laluan yang harus kita pastikan ianya memberi pulangan yang terbaik kerana ia menjadi laluan kepada 15.5 billion barrels ya, 15.5 billion barrels minyak yang diangkut melalui Selat Melaka. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah tentang isu-isu yang mungkin menjadi cabaran dalam konteks geopolitik kita. Walaupun kita telah mengusahakan sesuatu yang terbaik dalam konteks negeri kita Kedah, di mana kita telah membangunkan Kedah Rubber City dengan harapan kita dapat memanfaatkan iaitu peluang yang diwujudkan di mana sub-region ini membekalkan 60% bekalan getah dunia dan 88% bekalan minyak sawit dunia, kita harus melihat Kedah Rubber City harus diperkasakan dan diusahakan untuk menjadi satu hub pembangunan yang hebat dan kompetitif. Kalau tidak, kita akan tercicir dengan agresifnya tindakan-tindakan dari pihak Thailand khususnya di mana mereka telah mengusahakan untuk membangunkan kawasan di Selatan Thailand secara lebih kompetitif.

Jadi, IMT-GT ini memberi ruang sebenarnya, bukan untuk bersaing secara tidak sihat, tetapi memberi ruang dan kelebihan kita ialah kita diambil ‘the entire’ Semenanjung Malaysia (dengan izin) sedangkan Thailand hanya memfokus kepada Selatan Thailand dan Indonesia hanya memfokus kepada Sumatera, kita ‘the entire’ Semenanjung itu

berada dalam IMT-GT. Jadi maksudnya, fokus dan hala tuju negara patutnya sangat kuat untuk memastikan kita menguasai ‘region’ ataupun ‘sub-region’ ini. Begitulah usaha yang telah kita lakukan dengan kerjasama erat dengan agensi Federal iaitu Persekutuan dengan membangunkan DELAPAN SBEZ yang mana ianya adalah satu inisiatif yang sedang digerakkan, Kedah Science & Technology Park (KSTP) di Bukit Kayu Hitam, Langkawi UNESCO Global Geopark, Jerai National Geopark dan Pulau Bunting Integrated, LNG Hub. Ini antara projek-projek yang telah kita bentangkan di Mesyuarat IMT-GT. Tujuan kita membentangkan adalah untuk memberi signal kepada rakan ‘strategic’ kita di dua negara tersebut mengenai apa yang sedang kita usahakan di negara kita khusunya di belah utara ini. Jadi, apa yang ingin saya sampaikan di sini, apabila kita membuka kawasan-kawasan perindustrian ini, pastinya semua agensi, semua agensi kita baik Kerajaan Tempatan mahupun agensi-agensi Persekutuan yang ada di negeri kita dan kerajaan negeri kita sendiri harus melipatgandakan usaha agar apa yang kita tawarkan ini benar-benar menjadi tarikan kepada mereka untuk datang melabur dan inilah suatu usaha yang harus digembleng bersama dalam pelbagai aspek.

YB. Tuan Speaker, izinkan saya juga untuk mengaitkan sedikit perkara berkaitan dengan peluang iaitu hari ini dalam konteks IMT-GT telah diwujudkan 53 projek dan program pembangunan pelancongan dan ini boleh YB. Kubang Rotan melihat perkara ini di manakah kita berada hari ini dalam 53 projek yang dibangunkan di sub-region ini dan kita berada di kedudukan mana dan bagaimana kita dapat memanfaatkannya. Ada 16 projek berkaitan ‘agriculture’ yang sedang dibangunkan di sub-region ini yakni YB. daripada Suka Menanti mungkin boleh lihat berkaitan dengan pertanian, ada 61 projek ‘connectivity’ yang ini mungkin YB. daripada Kuala Nerang boleh lihat di mana IMT-GT hari ini sedang bergerak dengan 61 projek yang melibatkan nilai berbillion ringgit yang harus kita bersama dalam inisiatif-inisiatif dibangunkan dan ada 45 projek ‘environment and energy’ ini juga mungkin YB. Kuala Nerang boleh lihat bersama dan ada 30 projek ‘trade and investment’, yang ini saya lihat dalam konteks ‘trade and investment’ dan ada 2 projek berkaitan ‘human recourse development’. Jadi ini antara yang saya ingin sampaikan pada pagi ini.

Seterusnya YB Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, satu perkara yang harus kita beri perhatian dan ini sebenarnya sesuatu yang menggusarkan kita apabila kerajaan Thailand telah membawa usaha untuk melakukan ‘landbridge’ dari Ranong Port Ke Chumphon Port. Kalau ini berlaku dan mereka sedang mencari dana 28 billion us dollar untuk membina ‘landbridge’ ini dan kalau ianya berlaku ia akan memotong atau memutuskan laluan Melaka Street dan terus daripada laut Andaman itu ke Chumphon Port yang mana ini akan memberi kesan besar kepada ekonomi kita, kepada kompetitif kita dalam usaha itu, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah perlu mempunyai inisiatif-inisiatif

untuk melihat perkara ini. Ini satu cabaran besar kepada kita. Sebelum ini, mereka berhasrat untuk membangunkan Port Pak Bara dan ke Songkhla, itu ‘advantage’ kepada kita sebab Pak Bara tidak jauh daripada kita dan kita boleh memanfaatkan Bukit Kayu Hitam ‘industry zone’ untuk eksport melalui Pak Bara dan di bawa ke Port of Songkhla, itu ‘advantage’! Tetapi kalau dipotong jauh di sebelah utara, ini satu perkara yang sangat-sangat perlu diberi perhatian dalam aspek geopolitik dan sekiranya dapat kita lakukan perkara ini sesuatu perlu diusahakan bersama di antara kerajaan negeri dan pastinya Kerajaan Pusat harus melihat perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Jitra. Soalan tambahan, YB. Ayer Hitam!

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Speaker, terima kasih Yang Berhormat Jitra atas penjelasan yang cukup jelas lah pada kita dan saya tertarik dengan kemungkinan Thailand buat jambatan darat tu lah di utara dia, bukan selatan lagi di Segenting Kra akan menyebabkan kita agak ketinggalan lah rasanya walaupun kita dah bina, cadangan Malaysia nak buat jambatan darat menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Kuantan melalui ECRL (Jambatan Darat Laluan Rel Pantai Timur) tu kan? Jadi, apakah yang kita boleh dapat, Kedah lah satu langkah yang proaktif supaya kita boleh memanfaatkan juga. Walaupun di Utara Thailand, tapi kita ada peluang untuk kita mengambil kesempatan jambatan darat Thailand tu untuk kita ‘boost’ kita nak capai kita punya The Greater Kedah yang kita canangkan lah dalam kerangka IMT-GT ini.

Speaker

Silakan YB. Jitra!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Boleh tambah sekali, tanya sekali! Terima kasih Tuan Speaker. Sebelum saya bertanya, saya ingin mengucapkan terima kasih lah kepada YAB. Perdana Menteri Malaysia yang dua hari lepas menjemput YAB. Menteri Besar Kedah dan juga Perlis untuk hadir bersama untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Thailand bagi membincang isu-isu antara dua hala. Saya tidak bimbangkan tentang pelaksanaan projek jambatan Thailand di mana dibangkitkan oleh YB. Jitra tadi sebab mungkin habis penggal ni projek itu masih belum berjalan sebab kita tau yang ni dah berpanjangan lama tapi untuk yang jangka

pendek boleh tak kita ada satu perbincangan sebab saya difahamkan semalam, dua hari lepas ada akan berlakunya satu pembentukan jawatankuasa untuk bersama antara Thailand dan Malaysia untuk perbincangan dua hala tentang empat bidang iaitu perdagangan dan pelaburan, perlancongan, pertanian dan keterjaminan makanan dan juga keselamatan negara. Jadi, kita ingat bahawa promosi Tahun Melawat Kedah 2025 akan berlangsung pada masa terdekat dan juga “Mai Singgah Alor Setar” akan berlaku pada masa terdekat. Jadi, apakah rancangan yang boleh dibawa dalam jawatankuasa tersebut yang akan diadakan pada tahun depan untuk membaik hubungan antara dua hala, contohnya pengecualian visa bagi rakyat Thailand untuk datang ke sini. Jadi, apakah pandangan YB. Jitra tentang perkara tersebut?

Tambahan! Pohon Soalan!

Speaker

Silakan YB. Kota Siputeh!

Bismillahhirrahmanirrahim. Pertanyaan untuk Yang Berhormat Jitra. Berkenaan dengan apa yang berlaku di Segenting Kra ini, adakah potensi untuk kita di Kedah ni sendiri membangunkan sebuah jeti yang ‘integrated’ (dengan izin) di Kuala Sanglang seperti mana perancangan yang pernah wujud sebelum ini, maka itu bagi kita ‘integrated’ ini bererti bukan sahaja pelabuhan untuk nelayan tapi juga adalah untuk tujuan import dan juga eksport. Itu adalah sebagai contoh untuk laluan bagi pengukuran logistik di penghujung ataupun Utara Malaysia. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Jitra!

Saya jawab dulu, nanti banyak sangat…

Speaker

Bagi jawab dulu haa...

Terima kasih kepada YB. Ayer Hitam tadi yang bertanya. Saya tidak berniat untuk membawa satu perasaan kita harus gerun dan gentar untuk menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku. Ini biasa dalam geopolitik sebab setiap negara punya perancangan strategik mereka. Berbalik kepada apa yang YB. Ayer Hitam katakan tadi, adakah kita bersedia untuk memanfaatkan apa yang sedang diusahakan sekiranya menjadi kenyataan? Walaupun YB. Kota Darul Aman kata mungkin lambat lagi, tetapi lambat sekiranya diusahakan tetap akan memberi kesan. Lambat tidak diusahakan langsung, itu cerita lain. Tapi ini lambat yang mungkin diusahakan. Apa yang diusahakan oleh Kerajaan Thailand ini bukanlah seperti membina Terusan Suez Canal, bukan itu! Dia ‘landbridge’, dia akan hanya membuat laluan jalan darat yang boleh melancarkan daripada Ranong kepada Chumphon Port. Jadi ini satu perkara, apa yang boleh kita manfaatkan? Kalau dari segi jaraknya daripada kita Bukit Kayu Hitam, kalau ingin memanfaatkan Ranong Port ini ke Chumphon Port, jauhnya daripada Bukit Kayu Hitam ke sana ialah 563 km. Kalau jalan hari ini mengambil masa 8 jam untuk sampai. Jadi dari segi logistiknya eksportnya dan seumpamanya mungkin kita tidak nampak ‘advantage’nya.

Tetapi sekiranya ia benar-benar direalisasikan, hari ini mungkin jalan itu akan ditambah baik, Kerajaan Thailand buat jalan highway yang lebih baik dari Bukit Kayu Hitam mungkin sampai ke sana, ke Ranong Port itu jaraknya boleh disingkatkan dan dari Ranong Port ke Chumphon Port itu hari ini kalau jalan hari ini mengambil masa selama 2 jam iaitu sejauh 127 km. Kalau itu dapat dibaiki, mungkin daripada 2 jam tinggal 45 minit atau 1 jam saya tidak pasti, kalau itu berlaku mungkin kita boleh mengambil manfaat iaitu ada alternatif pergi ke sebelah sana dunia melalui Chumphon Port itu. Jadi, kita ‘to certain extend’ kita mungkin merasakan YB. Speaker, ianya seperti ‘disadvantage our state’ tetapi mungkin juga lah itu yang membolehkan meningkatkan ‘competitiveness’ kita apabila barangan kita ‘goods’ kita ‘trades’ kita boleh dieksport dengan lebih dekat ke sebelah sana dunia melalui ‘connectivity’ yang diwujudkan oleh Thailand, ‘we take advantage on them’. Itu cara positif, tapi kalau kita nak lihat pula apa jadi dengan pelabuhan-pelabuhan kita yang ada dan ini suatu isu geopolitik yang harus duduk sama atas semangat ASEAN bagaimana perkara ini perlu dimanfaatkan yang kita harus sama-

sama lihat dan kita sama-sama berikan tumpuan lah, InsyaAllah. ‘Development’ ini sesuatu yang menarik untuk kita sama-sama perhalusi.

Berbalik kepada pertanyaan YB. daripada Kota Darul Aman iaitu tentang jawatankuasa yang ditubuhkan. Pastinya, walaupun ia di luar daripada portfolio saya, tapi saya melihat dari sudut pelaburan YB., pastinya kita boleh manfaatkan. Thailand ini adalah sahabat baik kita walaupun kita punya sejarah yang panjang, peperangan dan seumpamanya dulu. Tetapi hari ini kita adalah rakan strategik yang membolehkan rantau ini menjadi tarikan utama kepada pelabur-pelabur besar dunia. Kerana apa? Kerana ‘political stability’, geopolitik yang stabil. Itu lah yang membuatkan ramai, banyak syarikat MMC datang ke ‘region’ kita termasuklah manfaatnya kepada Malaysia. Jadi, kita akan pastinya memanfaatkan segala aspek berkaitan perdagangan dan pelaburan dan juga berkaitan dengan perlancongan yang kita boleh jadikan satu pakej perlancongan berbentuk 3 negara, contohnya ada mungkin kita boleh buat pakejkan 7 gunung di IMT-GT. ‘So’ siapa yang suka panjat gunung, dia mesti ‘complete’ di ‘seven mountains’, contoh kalau ada. Aataupun kita ada 7 ‘waterfall’, ‘something’ lah, ‘if we use the word’. Macam mana nak ‘promote region’ 7 air terjun paling cantik di Southeast Asia ini berada di 3 negara ini sebagai contoh. ‘We can do that, a lot of things’! Okay?

Begitu juga dengan pertanian, pastinya kita boleh manfaatkan kepakaran mereka. Sepertimana yang kita tahu, Thailand lebih ke hadapan dalam sektor pertanian mereka dan juga berkaitan keselamatan. Ini tidak dapat dikompromi, kita harus bekerjasama secara strategik dengan jiran-jiran kita, bukan untuk kita, tetapi untuk ‘region’ kita ini, YB. Speaker kita memerlukan kerjasama strategik dari aspek keselamatan negara kita dan negara serantau.

Kembali kepada soalan YB. Kota Siputeh, berkaitan dengan pelabuhan atau jeti di Kuala Sanglang. Ianya adalah satu usaha yang baik tetapi sejauh manakah impaknya. Saya nampak ada potensi dan ianya perlu diberi kajian menyeluruh dan kita harus mengambil ruang dan peluang. Di sini lah sebenarnya cabaran terbesar kita ialah dari segi pendanaan, kita perlu mendapatkan, mungkin projek-projek berbentuk PFI yang mana mempunyai dana-dana luar yang boleh membangunkan ‘infrastructure’ kita. Hari ini ‘is about speed’ (dengan izin), kelajuan dan kepantasan untuk bertindak menjadi sesuatu yang perlu diberi perhatian. Kalau tidak, orang lain akan mengambil kesempatan yang wujud. Jadi, saya harap apa yang saya sampaikan ini dapat sama-sama kita perhalusi bagi membolehkan negeri kita Kedah, ‘remain competitive’ dalam usaha meletakkan kita negeri yang terbaik dan termaju di negara kita Malaysia, Insya Allah. Terima kasih.

Speaker

Bayu! Boleh bagi YB. Bayu, YB.?

Boleh! Boleh!

Speaker

Baik, silakan!

Okay Yang Berhormat Speaker, saya amat tertarik yang mana YB. Jitra memaklumkan bahawasanya Malaysia merupakan pengeluar getah 60% dunia. Jadi, apakah tindakan usaha pihak kerajaan negeri kita Kedah, untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat iaitu dipPihak RISDA, LGM dan pengilang untuk pertahankan industri getah yang semakin kurang akibat daripada kejatuhan harga getah? Terima kasih.

Speaker

Silakan YB!

Mohon mencelah!

Speaker

Satu lagi YB, YB. Lunas!

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Jitra. Soalan saya, apakah strategi yang telah diambil ataupun yang dirancang ataupun dikatakan strategi terbaik

dalam kita memastikan keterlibatan komuniti tempatan di Kedah dalam inisiatif The Greater Kedah melalui platform IMT-GT? Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Jitra

Okay. ‘After this’ YB. ya? Dia kalau banyak sangat dia lupa. Terima kasih YB. Bayu. Pastinya kita anak-anak penoreh getah. 50 tahun dahulu kita berada di kebun getah itu dan kita membesar dengan duit getah, kebanyakan kita yang mana dari kampung dari desa. YB., pastinya kita ingin melihat satu komitmen dan usaha bersepadu di antara kerajaan negeri dan Pusat perlu dibangunkan dan perlu diketepikan sentimen politik sempit yang mana tidak membawa keuntungan kepada bangsa kita, negari dan negara kita. Kita harus letakkan ‘full stop’ kepada segala pendekatan yang tidak adil, mari kita sama-sama bangunkan satu gerak kerja dan gerak usaha yang membawa kepada hari-hari yang lebih baik buat para petani kita buat para penoreh getah kita. Jadi RISDA, LGM, ‘State Government of Kedah’ (dengan izin) dan semua agensi perlu duduk semeja melihat kembali ruang-ruang penambahbaikan harus dibangunkan dan saya yakin dan percaya kita akan memberi komitmen terbaik kepada Kerajaan Pusat dalam usaha untuk memastikan kelangsungan harga getah dan produktiviti para penoreh getah kita dapat ditingkatkan dengan penggunaan teknologi-teknologi baru. Yang ini kita akan usahakan YB., InsyaAllah kita boleh bekerja, YB. pun dalam Persatuan Pekebun Getah Negara, kita boleh lihat perkara ni. ‘Let us’, sama-sama bangunkan industri ini bukan hanya komoditi tetapi juga industri hilirannya dan juga huluannya bagi membolehkan para petani kita menjadi mereka yang mendapat pulangan pendapatan yang tinggi hasil daripada penoreh getah mereka, InsyaAllah YB.

Berkaitan dengan strategi yang diambil dalam konteks YB. Lunas tanyakan tadi, izinkan saya menyatakan di sini pastinya kalau kita ambil contoh paling mudah pelancongan, kita boleh memanfaatkan masyarakat kita untuk bersama membangunkan produk-produk pelancongan kita. Hari ini kita rasa sedikit kecewa, bukan marah, ribuan jutaan rakyat Malaysia menyeberangi sempadan untuk menikmati apa yang ditawarkan di Selatan Thailand dan kita tak perlu mengeluh. Apa yang kita perlu bangunkan di sebelah kita bagi membolehkan rakyat negara kita singgah dahulu di Jitra, di Bukit Kayu Hitam atau di Alor Setar dan seluruh Kedah sebelum mereka ke Thailand. Kita tak bolehkan ‘stop’kan mereka membawa sentimen kita tak galakkan pelancong kita, rakyat kita ke Thailand. Tapi bagaimana kita nak memastikan mereka singgah di negeri kita, itu sangat penting dan ini boleh kita bangunkan bersama dalam usaha untuk memasarkan produk-produk

pelancongan tempatan kita dan pada masa yang sama menarik para pelawat atau pelacong dari Thailand singgah di negara kita.

Hari ini kita lihat mereka masuk di Bukit Kayu Hitam terus sahaja, lalu sahaja negeri kita mungkin singgah di Pulau Pinang ataupun berhenti di Gurun menunaikan hajat lepas tu jalan terus.

Jadi, mereka tidak membelanjakan apa-apa di negeri kita. Ini perlu diusahakan dan dari sudut pelaburan pastinya kita boleh membina kerjasama strategik di antara usahawan-usahawan yang ada di negeri kita dengan usahawan-usahawan yang ada di Thailand. Kita telah lama berhubungan mungkin perlu dibangunkan, dibugarkan, didatangkan insentif-insentif, kerjasama strategik para pelabur Negeri Kedah dan Selatan Thailand. Ini mungkin satu inisiatif boleh dibangunkan, bagaimana ‘if we establish’ (dengan izin) YB., kalau kita establish katakan kerjasama strategik antara syarikat Malaysia dan Thailand ada insentif-insentif tertentu mungkin boleh diberikan oleh negara bagi menyuburkan ataupun memanfaatkan ‘subregion development’ yang ada di rantau kita ini iaitu IMT-GT. Terima kasih.

Speaker

Tak dak dah ka? Okay masa sudah pun cukup, kita beralih kepada urusan seterusnya.

Tuan Setiausaha!

Sambungan Pergulungan Ucapan Bajet 2024Address / budget

Setiausaha Dewan

Sambungan pergulungan ucapan bajet 2024 oleh pihak kerajaan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Suka Menanti!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, ‘ni hao ma’.

Assalamualaikum dan salam Sejahtera, Pembuka kata lidah bicara, Izinkan saya mula berbahasa, Semoga penggulungan memberi seribu makna.

Ada satu pantun lagi Yang Berhormat Speaker,

Roti canai nasi lemak, Kena dengan kuah kari, Kalau salah jangan lah duk lanyak, Saya baru saja jadi ahli.

Speaker

Ramai yang baru YB….

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin Washolatu Wassalamu Ala Asrofil Anbiya Iwal Mursalin Wa’ala Alihi Wasoh Bihi Ajmain. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, adik-adik selaku tetamu kita pada hari ini, anak-anak la kot pangkat dan Sidang Dewan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul di dalam Dewan yang mulia ini bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 (Mesyuarat Bajet 2024). Di kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri atas pembentangan bajet dan juga pelantikan semula sebagai Menteri Besar Kedah pada Penggal Kali Kedua. Bajet Tahun 2024 ini boleh dikatakan suatu belanjawan yang mencakupi keseluruhan aspek bagi Negeri Kedah Darul Aman yang dicintai. Setinggi terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan penjawat awam yang bertungkus lumus membantu dalam penyediaan Belanjawan 2024 yang merupakan manifestasi kepada kesungguhan kerajaan negeri dalam merealisasikan hasrat “The Greater Kedah”. Biarpun pelbagai halangan yang mendatang, biarpun onak duri ditempuhi, ayuh “Kita Buat Sampai Jadi”, InsyaAllah.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi soalan-soalan tambahan dikemukakan semasa sesi sidang, saya akan simpulkan di dalam penggulungan dan memberi maklum balas sewajarnya serta suka saya nyatakan di sini, saya amat terbuka dalam menerima, memperhalusi akan cadangan-cadangan demi kesejahteraan dan kenikmatan semua rakyat Negeri Kedah yang di cintai. Sistem makanan memainkan peranan yang penting dalam masyarakat manusia yang berfungsi, kerana ia memenuhi kehendak pengambilan pemakanan harian yang merupakan satu daripada keperluan fisiologi asas manusia. Sebagaimana negeri atau negara lain, sistem makanan negeri beroperasi berdasarkan asas sektor agromakanan yang bercirikan jaringan interaksi yang kompleks di antara pelbagai pihak yang berbeza dari segi profil, tanggungjawab, kepentingan dan kepakaran. Peranan sektor agromakanan dalam pengeluaran makanan memberi impak yang tinggi kepada aspek ekonomi, sosial, dan alam sekitar sesebuah negeri atau negara.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ekonomi dunia beralih kepada landskap yang sentiasa dinamik lagi kompetitif, ketika mengalami tekanan pandemik global yang seterusnya akan mengganggu aktiviti ekonomi dan juga mata pencarian individu. Keadaan sekuriti makanan kini merupakan satu daripada tumpuan utama yang akan sangat mempengaruhi pembangunan sesebuah negeri atau negara. Dengan itu, Kerajaan Negeri Kedah telah merangka dan merencana bagi mempertingkat tahap sekuriti makanan dengan membangunkan selanjutnya sektor agromakanan, daripada sudut pandangan yang pelbagai, ekonomi, sosial dan alam sekitar. Berbalik kepada beberapa soalan tambahan Ahli-ahli Yang Berhormat, iaitu daripada YB. Sidam yang menyentuh mengenai input padi (benih, baja dan racun), kelewatan memenuhi jadual penanaman padi dan kos input tinggi. Daripada YB. Ayer Hitam, pengairan dan saliran sawah padi, 5 kali 2 tahun, input padi, jalan pertanian atau ladang. YB. Kupang, yang menyentuh pengairan dan saliran sawah padi serta tanaman kopi. YB. Belantek yang menyentuh pusat penyelidikan padi, kopi, insentif pertanian akibat kerosakan hidupan liar. Daripada YB. Pedu, tanah terbiar, kos input bagi pertanian. Daripada YB. Bayu, harga getah, cadangan 1 kampung 1 pertanian. Daripada YB. Kota Siputeh, pewujudan Pusat Pengumpulan dan Jualan Hasil Tani. Hendaklah kita semua memahami bahawa Kedah serta akyatnya tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti pertanian dan tidak dinafikan bahawa ia merupakan punca pendapatan bagi kebanyakan rakyat di Kedah ini. Kita perlu terima dan akur serta berusaha bagi membantu golongan-golongan petani, pesawah, penternak, nelayan dalam membina kehidupan yang lebih baik. Rata-rata yang terlibat dalam sektor pertanian atau agromakanan merupakan golongan B40 dan hanya sebilangan kecil yang tergolong dalam pengkelasan M40 dan T20.

Sehubungan itu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Perladangan, kita menzahirkan kesungguhan serta memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam mewujudkan kenyataan Dasar Revolusi Pertanian Negeri Kedah iaitu pertanian sebagai sektor yang stabil, relevan dan berinovasi yang menjadi katalis kepada revolusi dan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat mencakupi pemerkasaan sekuriti dan nutrisi makanan.

Yang Berhormat Speaker, dalam tempoh yang singkat ini, pelbagai usaha dan tindakan telah diambil serta perancangan dalam membantu bagi meminimakan isu-isu yang telah dibangkitkan. Pemerkasaan serta pelaksanaan ini juga telah kita masukkan di dalam Pelan Strategik Pertanian Kedah. Suka saya kongsi di sini, bagi meminimakan atau menyelesaikan isu pengairan dan saliran bagi fokus subsektor padi dan beras. Melalui usaha-usaha pentadbiran Negeri Kedah terdahulu serta kesinambungan pentadbiran Negeri Kedah sekarang, kita berjaya mendapatkan peruntukan Persekutuan sebanyak RM3 billion melalui pihak MADA bagi mengatasi masalah pengairan dan saliran sawah padi terutamanya di kawasan Jelapang. Tempoh Request For Proposal (RFP) bagi maksud berkaitan telah ditutup dan kini dalam proses penilaian oleh pihak Persekutuan. Kita harapkan pelaksanaan projek ini dapat dilaksanakan secara fizikal dalam masa yang terdekat dan mengambil kira pendapat petani tempatan. Selain daripada itu, melalui Bajet 2024 Kedah ini dapat dilihat komitmen kerajaan negeri dalam kesungguhan menyelesaikan isu ini. Sebanyak RM5.12 juta diperuntukkan bagi pembangunan kemudahan sistem pengairan dan saliran pertanian memfokuskan kawasan Jelapang dan luar Jelapang. RM24.2 juta juga diperuntukkan bagi penyelenggaraan pengairan sungai dan tali air. InshaAllah, dengan terlaksananya perancangan ini, kita dapat perluaskan projek atau program penanaman padi 5 kali 2 tahun.

Sebagai tambahan, pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama MADA dan JPS dalam tindakan bagi menyerapkan beberapa kawasan luar Jelapang yang dikenal pasti berpotensi bagi diletakkan di bawah seliaan MADA dan program berfasa ini dikenali sebagai MADA+. Dianggarkan keluasan terlibat adalah seluas 10,038.4 hektar di mana fasa pertama adalah seluas 2,213.4 hektar. Ini membolehkan pihak kerajaan negeri mendapat ‘spill over effect’ (dengan izin) daripada peruntukan pihak MADA.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, subsektor padi dan beras ini juga terkesan dengan kenaikan harga kos input dan seterusnya memberi kesan domino kepada pengurangan pendapatan pesawah serta harga jualan atau harga output yang meninggi lantas memberi kesan kepada kita semua sebagai pengguna. Alhamdulillah, beberapa siri perjumpaan atau sesi dialog bersama pesawah, persatuan dan pemain industri, termasuk pengilang telah diadakan dan mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Merujuk

kepada data keperluan benih yang diperolehi daripada pihak Jabatan Pertanian Negeri Kedah, dimaklumkan keperluan benih bagi maksud penanaman padi di kawasan MADA Fasa 1/2023 dan Fasa 2/2023 adalah sebanyak 437,780 beg atau bersamaan 8,755.6 metrik tan. Manakala keperluan di kawasan luar MADA adalah sebanyak 182,000 beg atau bersamaan 3,640 metrik tan. Pengesahan benih padi sedang rancak dijalankan oleh pegawai-pegawai di Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan pengeluaran benih padi dijangkakan pada musim penanaman ini adalah melebihi 20,000 metrik tan. Kerja-kerja pengesahan benih padi juga masih dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah kerana pengeluar benih masih lagi memohon untuk Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman membuat pengambilan sampel untuk dibuat pengesahan dan ianya adalah mencukupi bagi maksud pasaran (termasuk kawasan MADA) Negeri Kedah Darul Aman.

Yang Berhormat, minta mencelah.

Speaker

Silakan Lunas!

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Suka Menanti, tadi Yang Berhormat ada sebut dalam ucapan tentang masalah perubahan iklim yang mendatangkan kesan kepada pertanian dan semestinya kalau kita di Negeri Kedah ni, sektor yang terlibat adalah pertanian padi, perladangan padi. Jadi soalan saya, apakah perancangan yang dibuat oleh jawatankuasa Yang Berhormat untuk mengatasi masalah ataupun isu-isu yang melibatkan perubahan iklim khususnya memberi impak kepada penanaman padi khususnya Negeri Kedah? Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Suka Menanti!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Lunas. Untuk menjawab soalan itu kita telah pun berbincang dalam Jawatankuasa Tetap Pertanian Negeri dan kita telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk kita merancang bagaimana kita menghadapi perbezaan ataupun iklim yang berbeza yang dijangka akan bermula pada 2025 nanti dijangka musim kemarau yang panjang dan kita telah pun berbincang dengan pihak Pertanian dan pihak

MADA terutamanya selepas mendapat kelulusan bajet daripada kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Bagaimana kita dapat memperluaskan lagi kawasan-kawasan pengairan dan kawasan-kawasan tadahan air untuk kita berdepan dengan musim kemarau yang dijangka tiba nanti. Itu jawapan saya. Izinkan saya teruskan.

Speaker

Teruskan YB!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Penetapan, pemantauan dan kawalan di atas harga dan aktiviti pengedaran benih padi adalah di bawah tanggungjawab pihak Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Berpandukan kepada data atau fakta Jabatan Pertanian Negeri Kedah, boleh dikatakan bahawa keperluan benih padi sah adalah mencukupi bagi pasaran atau keperluan Negeri Kedah Darul Aman. Adalah diharap, Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan bagi penguatkuasaaan dalam memastikan benih sah yang diluluskan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman dapat dijual dan diedar dengan harga atau tatakelola yang sewajarnya. Pihak Kerajaan negeri juga melalui Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Perladangan sedang merencana program-program penghasilan benih padi atau input berkaitan sektor padi dan beras secara ‘in-house’ dalam erti kata lain kita nak buat sendiri Tuan Speaker, atau ‘locally produced’ dan cadangan paparan ‘dashboard’ berkaitan sektor padi dan beras bagi mengelakkan berlaku ‘miscommunication and manipulation’ dan menjadikan sektor padi dan beras bagi Negeri Kedah Darul Aman ini lebih telus dan terjamin.

Speaker

YB. Tokai bangun YB., bagi laluan?

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Ya, silakan!

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Suka Menanti. Yang Berhormat sebut tentang memastikan benih padi mencukupi. Itu satu komitmen yang saya rasa cukup menyenangkan hati para petani kita lah. Tetapi apabila Pengarah, Pusat Kawalan Padi Beras mengatakan petani kita ni membazir benih, itu sesuatu yang tak dapat diterima oleh petani kita, suatu tomahan yang begitu dahsyat kepada petani kita. Membazir benih padi, tadi kita kata cukup, Alhamdulilah. Kita tau di tempat kita ni kadang-kadang tabur 3 kali tak tumbuh lagi, terpaksa kena cari benih lain. Ini lah yang mungkin menyebabkan kita menggunakan benih padi yang lebih. Jadi, saya harap boleh kita bagitau kepada Pengarah, Kawalan Padi Beras Negara ni kut, turun mai ke lapangan ni tengok, nah? Kadang-kadang putaq, benih tak dak, kena putaq sekali lagi, tabur mai banjir tenggelam tak tumbuh, kena beli benih lagi. Ha… itu lah yang menyebabkan kita menggunakan benih padi yang lebih. Jadi, jangan mulut tu celupar sangat duk kata petani ni membazir benih padi. Sekian, terima kasih.

Speaker

YB. Ayer Hitam, bangun!

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Suka Menanti. Saya tertarik dengan cadangan lah oleh kerajaan negeri melalui YB. Suka Menanti untuk ada ‘in-house’ nak keluarkan benih padi kira sendirilah, maksudnya orang kampung atau pesawah tu dia buat sendiri padi benih. Di tempat saya Ayer Hitam tu ada dua tiga pengusaha la setakat la yang buat, cuma mereka terikat dengan Akta 352 ka apa tak tau, ada akta tu yang tak boleh jual padi benih, cuma untuk buat sendiri boleh. Tapi permintaan kepada benih yang meningkat ni menyebabkan orang atau pesawah-pesawah ni nak cari orang yang boleh sediakan benih kepada mereka ni. Saya nak tanya YB. Exco adakah kira kita boleh atur satu cara yang boleh kita tak langar akta, tapi kita boleh sediakan benih yang mencukupi kepada permintaan pesawah-pesawah yang perlukan benih seperti kata Tokai tadi yang terpaksa kadang-kadang dua tiga kali buat semusim, bukan lima musim dua tahun, ni satu musim tiga kali buat, tapi hasilnya tak tara mana, bahkan merugikan petani tersebut. Yang Berhormat Suka Menanti, mohon penjelasan.

Speaker

Celahan Tanjung Dawai, YB.!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih YB. Speaker. Soalan saya ialah berkaitan dengan projek Smart Sawah Berskala Besar. Di Kedah kita ni, Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan projek itu. Adakah selain daripada Lembaga Zakat, ada pihak ataupun syarikat yang melaksanakan projek Smart Sawah ini? Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. YB. Kota Siputeh bangun, nak bagi laluan YB., ka nak jawab dulu ?

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Tuan Speaker, minta izin untuk saya jawab dulu. Saya takut banyak sangat, saya tak tau hat mana satu. Terima kasih.

Speaker

Okay, YB. nak jawab dulu!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Minta izin, terima kasih. Bagi soalan daripada YB. Tokai tadi mengenai dengan tuduhan yang mengatakan petani pesawah ni sengaja guna benih yang berlebihan. Saya rasa benda ni adalah tidak benar sama sekali kerana saya sendiri telah pun turun bersama dengan petani pesawah. Keluhan daripada petani pesawah adalah masalahnya untuk mendapatkan benih, itu masalah utama. Sebab itulah dalam rancangan bawah Exco Pertanian kita ni, kita nak buat benih sendiri supaya ini dapat menjamin bekalan benih kepada petani pesawah terutamanya Negeri Kedah ni dapat terjamin. Bayangkan kita Tuan Speaker, YB, Tokai dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita Negeri Kedah ni adalah pengeluar padi utama negara tetapi kita duk harap nak beli benih daripada orang lain. Masuk akal ka dak? Kita nombor satu pengeluar padi negara tapi benih kita duk harap kat orang, tak masuk akal!

Oleh itu, kita mencari pendekatan ataupun kaedah bagaimana kita Negeri Kedah ni akan menjadi pengeluar benih utama negara kita ni! InsyaAllah, perbincangan akan dijalankan dan usaha-usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai yang mana kita boleh jadikan kawasan-kawasan penanaman ataupun pengeluaran benih untuk kita bekalkan kepada petani pesawah di Negeri Kedah ni. Kita sedang usahakan

untuk dapat kawasan, kita zonkan kepada tiga zon di Negeri Kedah ni, InsyaAllah iaitu zon utara, zon tengah dan zon selatan. Usaha-usaha mengenal pasti kawasan ini sedang kita buat perbincangan dengan pihak-pihak jabatan tertentu, InsyaAllah.

Speaker

Oh, YB! Bukan sahaja untuk benih sendiri tapi difahamkan di luar negara ada banyak benih yang daripada semua keadaan dalam perang pun dia boleh hidup, dalam bom pun dia boleh hidup, kemarau pun dia boleh tumbuh dan haa.. yang tu, kalau boleh bagi lagi kebal.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Yang Berhormat Tuan Speaker, itulah yang harapan kita sebab kita tak mau lagi seboleh-bolehnya kita tak mau lagi duk bergantung kat orang sebab benih ni penting, tak dak benih ‘you’ nak tanam apa? ‘Mengala’ sekali, benih tak sampai lagi, dua minggu rumput naik dah!

Minta Mencelah sikit!

Speaker

YB. Sidam bangun. Nak bagi laluan dak?

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Sat ada soalan lagi, saya tak jawab lagi ni. Saya tak jawab lagi 2 soalan.

Speaker

Tak pa, bagi YB. jawab dulu!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Yang tu soalan daripada YB. Tokai. Soalan daripada YB. Ayer Hitam, buat benih untuk petani. Macam saya katakan tadi, kita kena usaha dan daripada hasil perbincangan yang telah kita adakan di beberapa tempat dengan petani, pesawah dan juga bersama dengan ADUN Tokai sendiri maaf, YB. Ayer Hitam sendiri. Petani pesawah secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan kita mengadakan atau membuat benih sendiri tetapi mestilah mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kementerian. Itu, InsyaAllah kita ada cara sebab salah satu syarat dia kita boleh buat benih tapi tak boleh jual kat orang. Kita boleh guna untuk diri sendiri ja Tuan Speaker, senyum sikit masuk pagi-pagi ni.

Speaker

Haa.. Speaker!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Speaker, maaf la noh, senyum tu la cantik. Untuk soalan daripada YB. Tanjung Dawai, selain daripada Lembaga Zakat, adakah agensi-agensi lain ataupun pemain-pemain industri lain yang berminat untuk mengurus padi secara skala besar. Sehingga hari ini, telah ada beberapa syarikat yang berminat yang telah berjumpa dengan saya sendiri untuk mencari peluang menjadi sebagai pengurus dalam usaha kita untuk menjadikan kawasan-kawasan padi yang kecil-kecil ni dikumpulkan sebagai mini estet diusahakan dalam skala yang besar sebagai mini ataupun estet yang besar kerana daripada kajian yang telah kita dapati bahawa pengurusan estet ataupun padi ini skala mini estet ataupun skala besar, lebih memberi pulangan yang baik daripada kita usahakan secara kecil-kecilan ini. Serelung, dua relung, tiga relung ni. Kalau kita pi skala besar, sekurang-kurangnya mini estet pulangannya adalah lebih baik. Itulah yang kita usahakan dan ada pun syarikat-syarikat yang telah datang untuk bersama dengan Negeri Kedah bagi mengusahakan mini estet ataupun estet yang lebih besar. Izinkan Tuan Speaker, saya sambung.

Speaker

Boleh bagi laluan YB. Suka Menanti? Bayu dulu, boleh ka?

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Saya mintak sambung dulu.

Speaker

Mintak sambung dulu, YB. Bayu sabaq sat. Tetapi rasa-rasanya Speaker akan bermurah hati kita akan bagi nanti.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Lepas ni InsyaAllah saya bagi laluan, terima kasih Bayu. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan ketidakpatuhan harga, aduan sewajarnya boleh dibuat kepada agensi di bawah KPKM seperti Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras. Tindakan pembatalan lesen juga telah dilaksanakan kepada peruncit yang gagal mematuhi harga yang telah ditetapkan. Sehingga kini, sejumlah 15 peruncit telah dibatalkan lesen oleh Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Dewan Yang Dihormati sekalian, langkah berikut telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membantu meringankan bebanan kos pesawah padi. Di antaranya, meneruskan pemberian bantuan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), menaikkan kadar subsidi harga padi daripada RM 360/ tan kepada RM 500/ tan, menetapkan harga lantai jualan padi daripada RM 1,200/tan kepada RM 1,300/tan dalam pengumuman Belanjawan Persekutuan 2024. Usaha ini adalah sebagai langkah mengawal kenaikan harga bagi input dan barangan dalam rantaian nilai pengeluaran padi dan beras, juga ada Bantuan Khas Pesawah sebanyak RM 200/bulan selama tiga (3) bulan sementara menunggu musim menuai.

Yang Tuan Berhormat Speaker, bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri iaitu “The Greater Kedah” dalam sektor agromakanan dalam keadaan tanah adalah sangat ‘limited’ dan pendapatan negeri yang tidak tinggi seperti negeri yang mempunyai banyak kawasan industri, sebagai abang yang berkorban untuk adik-adik negeri lain, perancangan gunatanah bagi maksud pembangunan, pengekalan kawasan tadahan air, pengekalan kawasan subur tanaman, pemerkasaan tanah pertanian sedia ada seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), pemerkasaan tanah ladang atau padang ragut. Dalam hal ini, penggunaan tanah terbiar sama ada milik agensi atau perseorangan perlu diteliti dengan sebaiknya dan ianya perlu memberi manafaat yang besar buat Negeri Kedah dan rakyat Kedah. Jabatan Pertanian Negeri Kedah dengan kerjasama Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dalam proses mengenal pasti tanah-tanah terbiar yang berpotensi bagi pertanian. Namun, ianya masih terdapat pemilik atau waris yang gagal ditemukan.

Justeru itu, melalui Jawatankuasa Tetap Pertanian yang dianggotai pelbagai agensi negeri dan persekutuan, suatu gerak kerja sedang direncana dan diperhalusi bagi menyediakan medium memudahcara dan menggalakkan penglibatan pihak individu atau syarikat atau konsesi peneraju bagi mengurus pemilik tanah terbiar atau kecil atau tidak ekonomik melalui model (dengan izin) ‘Public-Private Partnership’ (PPP) untuk memacu ekonomi skala. Penyatuan tanah-tanah kecil atau terbiar bagi dilaksanakan secara estet atau ladang adalah penting bagi memberi pulangan yang setimpal. Penglibatan, kolaborasi dan sinergi antara agensi awam, swasta dan masyarakat adalah perlu bagi memaksimakan keberhasilan dan kejayaan. Contoh ini boleh dilihat dalam kejayaan projek rintis yang telah dilaksanakan oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Suka Menanti, saya nak mencelah sikit lah, sebab saya pun kalau duduk di sana tak boleh nak mencelah. Jadi, satgi orang Sungai Tiang kata, “apa tak mencelah langsung”. Jadi, saya nak tanya pandangan YB. Suka Menanti berkaitan dengan rungutan-rungutan yang kita dapat daripada rakyat terutamanya petani kita tentang kenaikan harga-harga kos, macam harga baja, harga racun, barangan-barangan seperti jentera dan sebagainya. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Suka Menanti tentang perkara ini?

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Dalam hal demikian telah kita utarakan kepada pihak kementerian untuk menliti semula bagaimana sistem yang ada sekarang ini dibaiki untuk tidak menekan para pesawah dan petani. Mungkin salah satu cadangan yang telah kita kemukakan kepada pihak kementerian, contohnya dalam isu subsidi benih padi. Subsidi benih padi, la ni depa bagi kepada pihak kilang, dia bagi kat kilang, setengah daripada pesawah kita pun tatau. Saya biasa tanya, “hampa tau ka ada subsidi benih padi?” Ada yang kata, “kami pun tak tau”! Jadi, di situ kita cadangkan pihak kementerian untuk meneliti semula sistem pemberian subsidi benih padi. Kita cadangkan supaya subsidi ini diberi terus kepada pesawah. Dengan itu, peswah, petani tak terikat dengan mana-mana kilang. Contoh, kalau kilang dia biasa duk pi beli benih tu, tiba-tiba dapat benih tak elok ataupun dia dengar kawan-kawan dia keluar beli mai kata benih tak elok, dia boleh pi beli kat kilang lain sebab subsidi tu mai kat dia, dia boleh guna subsidi tu pi beli benih kat tempat lain yang dapat benih yang lebih elok. Itu di antara cadangan dan usul yang telah kita kemukakan kepada pihak kementerian.

Yang Berhormat Suka Menanti, mohon izin!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Ya, silakan!

Bismillahhirrahmanirrahim. Berkenaan dengan isu petani ni kita rasa hasrat yang cukup baik adalah apa yang telah diusahakan oleh Yang Berhormat Suka Menanti untuk melaksanakan padi benih sendiri. Tapi, suka untuk saya menyatakan sedikit pandangan dan mohon pandangan daripada Yang Berhormat Suka Menanti untuk bercakap tentang satu isu yang perlu kita utarakan dari pihak Negeri Kedah sendiri kerana kita adalah merupakan sebuah negeri yang paling penting sebagai komponen terbesar sekali yang menyumbang kepada padi negara. Jadinya, ini berkenaan dengan isu UPOV 1991. Isu UPOV 1991 yang mana seakannya Menteri Keterjaminan Makanan di peringkat Federal, mereka tak jelas berkenaan dengan isu yang kini ada potensi untuk diratifikasi oleh pihak negara kita kerana bila hasrat Kedah untuk membangunkan padi benih sendiri, apa yang akan jadi adalah bila mana UPOV 1991 ni diratifikasi dan dijangka dalam tempoh tiga tahun lagi, petani tak boleh lagi simpan, proses, kongsi dan jual benih tanaman sesama mereka. Ini tadi kerisauan yang dinyatakan oleh YB. Ayer Hitam termasuk keratan batang anak pokok dan lain-lain.

Ini juga membuatkan harga benih komersial akan naik yang mana kepelbagaian benih di pasaran akan terhad kerana benih di monopoli oleh syarikat sahaja. Jadinya, dalam konteks Negeri Kedah bukan kita cakap kata, kita perlu juga menilai apakah strategi yang kita akan buat kerana diakhirnya jumlah harga padi benih ni akan kembali semakin meningkat kerana tiada kecaknaan daripada peringkat Federal, di peringkat Pusat ke atas isu ni yang mana perlu Kedah suarakan dan kerisauan ini akan membebankan kepada pak tani sendiri kerana sampai la ni kita tau apabila berlaku apa-apa masalah semua yang dipersalahkan pak tani semua disalahkan pak tani. Sedangkan satu relung hari ini kalau kita cakap berapa banyak sangat yang depa boleh ambil untung daripada hasil yang mana diusahakan. Jadinya, kita risau kerana ini akan jelas terus-terusan membebani pak tani dan akhirnya kita harap kita tak tau adakah dengan usaha ini kita kerajaan negeri pula terpaksa tanggung hasrat dan nilai yang baik ini. Jadinya, perlu

untuk Negeri Kedah memastikan UPOV 1991 ni tak ditandatangani kerana kita dimaklumkan bahawa hal ini telah pun ada di tangan peguam negara, agenda untuk ratifikasi perkara ini dan kajian juga telah membuktikan Yang Berhormat Speaker, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, bahawa kajian di Filipina sebagai contoh telah mendapati bahawa harga padi benih telah menaik, meningkat sebanyak empat kali ganda, kesan daripada ratifikasi UPOV ini. Terima kasih.

Speaker

Nak buka lagi ka YB. Suka Menati? Ka nak jawab yang YB. Kota Siputeh dulu?

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Saya nak jawab Kota Siputeh dulu boleh kot?

Speaker

Ya, satgi lupa, kita tua-tua ni.

Satgi kena bagi Bayu!

Speaker

Ya, satgi kita bagi, bangkit satgi.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Insyaallah lepas ni kita bagi dekat Bayu. Untuk jawapan kepada soalan daripada Kota Siputeh, sebenarnya Kota Siputeh ada bagi soalan untuk jawapan lisan nanti. Boleh tak saya jawab semasa saya jawab soalan lisan nah. Terima kasih Kota Siputeh, terima kasih. Ya silakan.

Speaker

Okay, boleh YB. Kota Siputeh nah? Silakan Bayu!

Yang Berhormat Speaker, saya nak bagi soalan dan juga bagi pandangan. Yang pertama, kedudukan landskap dalam Negeri Kedah ni yang terlibat dalam pertanian ni merupakan satu golongan pesawah, satu golongan lagi penoreh dan satu golongan lagi nelayan. Jadi, apakah pihak kerajaan terutamanya MADA nak perluaskan jajahan MADA ke daerah-daerah lain, yang mana kita tengok hari ini daerah kami kawasan Baling, Padang Terap, Sik dan lain-lain daerah tu ada yang banyak bendang yang terbiar. Adakah sekarang ni kita nak perluas dan membantu masyarakat di kawasan-kawasan tersebut untuk mengusahakan bendang yang terbiar tu daripada agensi MADA? Itu yang pertama. Nak terus soalan lagi ka? Tak mau bangun banyak kali dah ni. Boleh dak? Jawab yang tu dulu? Satgi nak kena bangun lagi YB. Speaker, boleh?

Speaker

Keputusan ditentukan oleh Suka Menanti, sebab ‘floor’ tu ‘floor’ Suka Menanti.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Bagi saya jawab soalan yang pertama dulu, boleh?

Satgi saya bangun balik.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Mengenai dengan apakah pihak MADA ataupun agensi-agensi berkaitan tentang isu-isu pertanian dalam membangunkan kawasan-kawasan pertanian di luar kawasan MADA. Dalam ucapan saya tadi, saya pun ada menyebut atau sentuh sikit tentang kawasan MADA Plus seluas lebih kurang 10,000 hektar telah pun dikenal pasti dan sekarang ini dalam proses perbincangan di antara jabatan-jabatan yang berkaitan dan selepas itu, akan dikemukakan kepada pihak Exco dan negeri untuk dipertimbangkan dan diluluskan. Dengan adanya kawasan MADA Plus ni, kemudahan ataupun benefit yang kita dapat adalah peruntukan yang lebih daripada Pusat melalui MADA untuk kita membantu petani pesawah di kawasan luar MADA yang ada sekarang ni lebih kurang 10,000 hektar telah dikenal pasti dan InsyaAllah kita akan cuba dapatkan kerjasama kerjasama daripada kementerian dan juga Kerajaan Pusat. Dengan adanya kawasan Plus MADA ini, dapatlah kita menikmati kelebihan peruntukan daripada kerajaan Pusat, InsyaAllah.

Speaker

Saya ingat kalau ada YB.-YB. lain yang ingin nak tanya soalan, saya ingat saya buka kepada yang lain dulu, Bayu noh? Kita nak berlaku adil supaya semua orang boleh bercakap.

Ni soalan yang penting, soalan yang penting untuk masyarakat YB. Speaker. Mintak satu saja.

Speaker

Tak pa, semua penting. Jadi kita tunggu sekejap….

Sebab yang ni untuk ekonomi….

Speaker

Tak! Tak! Tak! Bayu, duduk dulu. Saya bagi laluan kepada Pedu!

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Jadi, Bayu sebut nak luaskan MADA ke Bayu. Bayu tak dak tasik pun, tapi dia mintak MADA masuk situ. Tapi yang mendukacitakan Pedu lah, tasik di Pedu tapi orang Pedu tak boleh. Adakah YB. Suka Menanti ada perancangan untuk buat Plus MADA di Kawasan Pedu?

Speaker

Silakan YB. Suka Menanti!!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Yang Berhormat Pedu, ingin saya maklumkan di sini kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti Untuk MADA Plus; Daerah Kubang Pasu, empat Skim yang meliputi kawasan seluas 1,184 hektar. Daerah Padang Terap, tiga Skim yang meliputi kawasan

seluas 327 hektar, Daerah Pokok Sena atau Pendang, dua Skim yang meliputi kawasan seluas 321 hektar, Daerah Sik, enam Skim dengan keluasan berjumlah 695 hektar, Daerah Yan, tiga Skim dengan keluasan 381.4 hektar. Daerah Kuala Muda, sembilan Skim dengan keluasan 5,988 hektar dan juga Daerah Baling, dua belas Skim yang melibatkan keluasan 1,142 hektar. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Ya Bayu. Boleh bagi kepada Bayu lagi? Saya cuma nak memaklumkan kepad YB., YB. cuma ada masa lebih kurang 9 minit lagi!

Saya sikit ja, tak Panjang. Sikit ja!

Speaker

Boleh bagi laluan?

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Ya.

Ini pandangan, Yang Berhormat Suka Menanti pandangan ya. Okay, dalam soal untuk ekonomi tambahan masyarakat luar bandar ni yang berasas kepada pertanian ni Yang Berhormat Speaker, saya nak bagi pandangan yang mana pasaran-pasaran yang terlepas pandang yang menjadi begitu lumayan. Yang pertama, kalau saya maklum di sini bukan lah satu benda yang merendah ataupun benda-benda yang remeh-temeh. Tapi satu pandangan yang saya telah pun berbincang dengan rakan-rakan yang mana kita tengok harini jikalau pokok pisang, pokok pisang tu satu pokok yang kita fikir jual buah Sahaja. Tapi hari ini maklumat yang saya dapati di Sungai Petani sahaja pun dalam seminggu perlu 5 tan daun pisang. Daun pisang ni di Chow Kit, Kuala Lumpur, 1.00 pagi memerlukan 20 tan daun pisang. Jadi harga daun pisang ni nak banding dengan getah skrap Yang Berhormat Suka Menanti, skrap harga sekarang ni RM2 lebih, tapi daun pisang harganya RM4 lebih sekilo. Yang ni untuk ke depan ini kita boleh promosi untuk daun pisang.

Yang kedua, tadi saya ada berbincang dengan YB. Gurun. Saya tanya YB. Gurun, di kawasan sekitar Gurun ada berapa buah restoran? Dia maklum kat saya ada 2,000, tapi

kami di Baling lebih 3,000. Jadi bermakna, kalau di Gurun sahaja 2,000 buah restoran, benda ini perlu digunakan, memang keperluan yang wajib digunakan di restoran tersebut. Yang saya maksudkan ini adalah buah limau. Jikalau satu restoran di kawasan Gurun sahaja memerlukan 2 kilo buah limau. Jadi kita dah ada 4,000, 1 hari dan jikalau kita fikir 1 Negeri Kedah berapa buah restoran yang memerlukan buah limau. Jadi 1 kilo buah limau ada yang dalam pasaran……(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Tolong pendekkan YB. Bayu, sebab masa dah tak mengizinkan!

Di dalam pasaran ini ada yang RM5 ada yang RM4, kita ambil RM4 cukup! Sudah tentu lah dapat menjana ekonomi kepada masyarakat luar bandar yang cukup-cukup teruk sekarang ni.

Satu lagi, bincang dengan ustaz tadi, daun nipah. Daun nipah ni 1 kilo RM5, dia buat otak-otak. Di Kuala Lumpur memerlukan 1 hari 10 tan Yang Berhormat Speaker. Yang ni saya minta pengerusi pertanian buat kajian dan ambil tindakan lah untuk pasaran pada masa akan datang. Satu lagi last, hari ini kita tengok di semua program-program kenduri dan juga program-program memang cukup memerlukan bahan ini. Yang saya maksud ini adalah pucuk paku. Kak Ton noh? Pucuk paku, anak muda kampung saya daripada dulu sampai sekarang ni dia dah pakai kereta dan juga motor. Saya tanya, “dia buat kerja apa”? Dia kata, “1 hari saya ambil pucuk paku daripada Baling dia bawa ke Sungai Petani, market Sungai Petani……..” (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

Okay YB. Bayu, kita bagi ruang kepada YB. Suka Menanti untuk menjawab sebab masa berbaki sikit sahaja lagi.

Dak! Nak cadang ‘last’ sekali ni. Selain daripada ladang-ladang lain, kita buat lah ladang pucuk paku. Pucuk paku ni memang penjagaan yang senang dan musuh-musuh tanaman tak kacau dan tidak perlu pembajaan tetapi hari-hari boleh kutip, satu ikat RM3.

Speaker

Terima kasih YB. Bayu, saya jemput YB. Suka Menanti!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB. Bayu. Cadangan yang bernas dan kita akan ambil kira dalam perancangan kita untuk memajukan lagi Kawasan-kawasan di luar bandar, InsyaAllah. Izin saya teruskan. Di antara program yang dilaksanakan Jabatan Pertanian Negeri Kedah yang boleh membantu petani dalam mengusahakan tanah terbiar adalah seperti berikut; Program Tanaman Jagung, Program Tanaman Sayuran Fertigasi, Program Tanaman Pisang, Program Tanaman Betik, Program Tanam Tebu dan Program Tanaman Ubi. Kesungguhan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah ini dapat kita lihat dalam Bajet 2024 di mana sejumlah RM9.52 juta di peruntukkan oleh kerajaan negeri bagi maksud Program Keterjaminan Makanan dan Industri Pertanian. Ianya merangkumi program pembangunan industri ternakan, industri tanaman ladang dan buah- buahan, pembangunan produk organik dan khidmat teknikal.

Yang Berhormat Speaker, kerajaan negeri juga menginginkan para petani, pesawah, penternak, peladang, nelayan dan seangkatan dengannya dapat berganjak dari B40 ke M40 dan tidak mustahil ke T20, InsyaAllah. Namun, segalanya bermula dengan langkah pertama bagi memastikan hasil tani dan produk-produk yang dihasilkan adalah diterima secara global dan melalui kaedah-kaedah pertanian yang dijamin keselamatannya serta diiktiraf. Justeru, sebagai pemangkin ke arah sedemikian, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi pembangunan kompetensi, penyelidikan dan bimbingan usahawan. Pihak saya akan bersama dengan YB. Kubang Rotan dan YB. Kuala Ketil, InsyaAllah bagi menyelaras beberapa program atau projek dan juga YB.-YB. yang lain semua yang melibatkan pemasaran hasil tani dan produknya serta pemerkasaan tanah-tanah kawasan lapang bagi dijadikan kawasan pertanian komuniti dan sebagainya. Program-program yang mempunyai impak tinggi seperti HPPNK, MAHA dan mini festival akan kita teruskan dan rancakkan dengan penglibatan lebih ramai pemain industri dan ini juga menjadi wadah (dengan izin) ‘business matching’….(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

2 minit lagi!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Bagi melahirkan lebih ramai petani, pesawah, penternak, nelayan yang berjaya menempatkan diri dalam pengkelasan M40 dan T20. Perancangan pemasaran hasil tani dan produk tani akan dibincangkan secara terperinci bersama Ahli-ahli Berhormat sekalian dan juga Pihak Berkuasa Tempatan dan Alhamdulillah, pihak FAMA Negeri Kedah juga amat memberi kerjasama yang baik dalam membawa isu-isu usahawan tani dan mencari kaedah yang bersesuaian dan sewajarnya.

Yang Berhormat Speaker, di Daerah Baling penanaman kopi varieti Robusta menjadi pilihan para petani di situ. Sehingga kini, seluas 14 hektar tanah telah ditanam dengan kopi Robusta yang melibatkan seramai 10 orang penanam.

Speaker

Habiskan 1 ada minit lagi!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Untuk meringkaskan pergulungan saya Tuan Speaker, sesungguhnya kami dalam bidang pertanian, kerajaan negeri bertekad dan berazam terutamanya kita memerangi siapa jua yang mengambil kesempatan dan memeras serta menekan pihak petani dan pesawah kerana kita Kedan ni pengeluar padi utama negara, kita nak pastikan petani pesawah ni terbela, tak ditekan, tak dimanipulasi. Kita nak pastikan petani pesawah dapat benih yang baik pada masa yang dikehendaki. Kita nak pastikan saliran-saliran air dapat diedarkan kepada petani pesawah dalam jadual yang telah dibincangkan bersama. Ini untuk memastikan supaya Negeri Kedah dapat meningkatkan lagi pengeluaran padi dan juga hasil-hasil tani yang lain untuk kita jadi sebagai negeri pengeluar hasil utama padi tani negara, InsyaAllah. Sekian, Wabilahhi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warhmatullahi Wabarakaatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Suka Menanti. Cering juga bulu roma tu.

Encik Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Belantek mintak boleh dak?

Speaker

Dah tak boleh dah, tunggu dulu, habis dah! Okay, saya suka nak mengingatkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, saya faham, saya tahu bahawa tuan-tuan mempunyai pandangan ataupun idea yang banyak untuk nak membantu Negeri Kedah menuju ke arah “The Greater Kedah”. Banyak pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan tuan-tuan dan saya mohon maaf sebab saya tak dapat nak menunaikan semua soalan-soalan ataupun cadangan tuan-tuan kerana masa kita cukup terhad. Jadi, saya rasa langkah yang terbaik adalah yang boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lakukan adalah berkunjung lah ke Pejabat Exco-Exco kita, mungkin selepas persidangan ni. Bagilah pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan bagaimana kita nak memajukan sektotr-sektor yang ada di Negeri Kedah ini. Jadi, itu saya mohon kerjasama kepada Ahli Yang Berhormat semua.

Untuk seterusnya satu lagi sebelum saya terlupa, bila saya mendengar soalan-soalan dan jawapan yang diberikan oleh YB. Suka Menanti tadi ada beberapa perkara yang saya rasa yang perlu tetapi tidak disentuh. Cuma disentuh sedikit oleh YB. Jitra. YB. Jitra ada menyentuh sedikit tadi berkenaan dengan Program Agrotourism. Yang ini saya rasa Kedah sebagai satu negeri pertanian, saya rasa industri ini adalah satu industri yang penting. Jadi, saya rasa mungkin Suka Menanti boleh berbincang dengan Kubang Rotan bagaimana kita nak memajukan sektor Agrotourism Negeri Kedah. Saya amat bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Jeneri yang mengatakan bahawa pelancong-pelancong negeri ini bukan sekadar nak melihat keindahan tetapi mereka ingin menyentuh dan merasai sendiri keunikan-keunikan yang ada. Macam contohnya saya nak bagitau, ada kawan saya dia mai daripada Montreal, Canada. Dia mai ke kampung saya.

Hebat juga YB. Pantai Merdeka dengan YB. Bukit Pinang. Bukit Pinang kawan dia mai daripada Palestin, kawan saya dia mai daripada Montreal, Canada. Dia mai kebetulan musim tu musim orang ambil padi. Dia ambil padi, lepas tu dia duk tengok ada setengah tempat tu orang duk tengah membajak, membajak sawah kemudian dia tengok ramai dalam sawah padi tu orang duk cari ikan dan sebagainya. Jadi, dia pun tumpang pi serkap ikan dengan depa dan saya rasa kalau kita minta kat dia, “kata kalau hang nak turun

serkap ikan ni hang kena bayar RM10 ataupun RM100”. Dia buat, sebab dia ingin menyentuh perkara-perkara yang dia tak pernah sentuh. Jadi, dalam perkara ni saya rasa ini mungkin cadangan daripada saya supaya Suka Menanti dan Kubang Rotan boleh berbincang sebab bila sebut kata pertanian ini kita kena ingat bahawa kita bukan sahaja tertumpu kepada sektor padi semata-mata.

Begitu juga dengan keluhan-keluhan rakyat yang kita lihat hari ini berkenaan dengan rungutan harga barang makanan mahal. Jadi, mungkin Suka Menanti boleh mengadakan kempen-kempen sepertimana yang kita lakukan dahulu. Mahal ni kadang-kadang sayur pun mahal, depa kata, “sayur kadang-kadang sekilo sampai berapa ringgit, kangkung sekilo sampai berapa ringgit”. Sedangkan kangkung tu kalau kita pi baling macam tu pun dia hidup dah. Jadi, mungkin YB. Suka Menanti boleh berbincang balik supaya kita adakan satu kempen-kempen sepertimana yang kita buat pada zaman Allahyarham Tun Razak dulu iaitu “Kempen Buku Hijau” di mana pengguna, rakyat kita tak payah membeli, depa sendiri bertanam. Ini cuma pandangan-pandangan yang mungkin kita akan….. (YB. Bayu mencelah)

Yang Berhormat Speaker boleh….

Speaker

Tak boleh dah! Tak boleh dah!

Bukan, bukan….

Speaker

Dak, tak boleh! Undang-undang tak boleh! Dak! Dak! Tunggu saya akan bagi laluan nanti. Sekarang masa Speaker bercakap, tak boleh ada gangguan! Speaker boleh bercakap tapi Bayu tak boleh! Saya akan bagi laluan selepas ini. Jadi, tu pandangan saya dan seterusnya saya menjemput YB. Kuala Ketil! Masa yang diberikan cuma 30 minit dan InsyaAllah saya akan cuba membantu bagaimana Mejar nak menghabiskan 30 minit ni. Kuala Ketil, maaf!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, ingatkan Tuan Speaker nak bersyarah sampai habis masa. Tak pa. Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulilahhirabbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrafil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Yang saya hormati Yang Berhormat Tuan Speaker, hensem bergaya…

Speaker

Ada masa tambahan!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Seterusnya yang saya hormati, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Jeneri, Seterusnya, yang saya hormati Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri. Seterusnya, yang saya hormati sahabat-sahabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, pada hari ini seterusnya pada ketua-ketua jabatan, agensi dan tak lupakan kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, seterusnya, tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Pertama dan selamanya kita panjatkan sepenuhnya kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah kurnia serta izin dan rahmat kasih sayang Allah, dapat kita dipertemukan lagi pada hari ini, hari keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi membahaskan Ucapan Bajet yang dibentangkan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan kita harini adalah membincangkan tentang bagaimana kita mengangkat Kedah sebagai ‘The Greater Kedah’, negeri yang kita cintai, yang kita sayangi. Tempat tumpah darah, tanah air kita di sini walaupun kita menyatakan bahawa negeri lain lebih baik membangun dan sebagainya tetapi kita tetap sayang pada negeri kita. Inilah tempat yang kita lahir, kita membesar dan menunaikan bakti untuk meneruskan kesinambungan kepada generasi-generasi yang akan datang, yang akan terus memimpin Negeri Kedah menjadikan Kedah adalah negeri yang terbaik di antara negeri-negeri dalam Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Yang Berhormat Tuan Speaker, ‘The Greater Kedah’ akan membawa maksud bahawa Kedah ini sebuah negeri yang amat diminati oleh ramai termasuklah kita katakan bahawa Kedah mempunyai laluan darat sama ada daripada Bukit Kayu Hitam, daripada Durian Burung ataupun melalui Bandar Baharu. Ini laluan darat kita. Kita ada laluan laut sama ada daripada Kuala Perlis ataupun Sanglang ataupun Kuala Kedah. Kita juga akan bakal

ada laluan udara iaitu di Kedah Aerotropolis ataupun KXP. Ini adalah perkara yang menjadikan Kedah satu mercu tanda kepada kejayaan, “tempat di mana orang kaya berbakti, orang miskin menumpang teduh”. Ini lah ‘tagline’ kita bahawa tempat yang mana kita bersyarah hari ini, dalam Dewan hari ini, adalah tempat di mana kita akan menunaikan bakti dan tanggungjawab kita kepada masyarakat dan juga generasi yang akan datang.

Saya mengatakan bergini sebelum saya memasuki persoalan-persoalan dalam urusan-urusan saya di bahagian Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kesihatan. Saya akan membicarakan bahawa kita adalah negeri pertanian yang membekalkan hampir 48% pertanian kepada beras negara. Kita ada hutan yang mencakupi hampir separuh bumi Negeri Kedah ini, kita ada sumber air yang cukup banyak, yang mengalir ke sungai-sungai daripada Ulu Muda, daripada Baling mengalir ke laut dan jiran kita yang mengambil kesempatan, mengambil peluang daripada sungai-sungai yang mengalir dalam bumi kita ini. Kita sedar, dengan keadaan negeri kita hari ini bukanlah negeri yang berpendapatan tinggi, mendapat sumber pendapatan tinggi daripada semua hasil-hasil ni tetapi berbanding dengan negeri-negeri yang lain, kita adalah negeri mempunyai sumber pendapatan yang ratusan juta dalam bajet kita ini yang boleh menampung perbelanjaan termasuk belanja mengurus dalam setahun itu. Walaupun ada sebahagian Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan satu jumlah yang kecil tidak mampu, tetapi ini lah kemampuan kita walaupun dia kecil, inilah kemampuan yang perlu kita olah supaya rakyat di bawah mendapat manfaat daripada jumlah yang kita belanjakan ini.

Perbelanjaan ini walaupun kita nampak hasil negeri kita, kita sebenarnya mempunyai hasil yang banyak Yang Berhormat Speaker, kita ada sumber hutan, kita ada sumber nadir bumi yang akan kita terokai, kita ada sumber air yang kitab oleh janakan sebagai pendapatan, kita ada negeri yang dipajak, sebahagian kita dipajak oleh Pulau Pinang, ini sumber pendapatan kita. Jangan duk mencelah lagi, tak habis lagi! Kita ada sumber laut, ini adalah semua sumber-sumber pendapatan yang kita boleh olah sebagai satu sumber pendapatan kepada kerajaan. Namun begitu, hari ini perbelanjaan hidup tinggi, sudah tentulah Negeri Kedah ini negeri yang tak lepas daripada bencana ribut, bencana banjir dan sebagainya. Sudah tentulah perbelanjaan kepada rakyat juga tinggi. Kita amat berterima kasih kepada kempipinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan juga Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan yang telah pandai mengolah bajet yang seumpama sedikit itu tapi mampu mencapai keseluruhan maksud dalam perbelanjaan di negeri kita ini. Inilah satu ‘expectation’ yang diberikan rakyat untuk menjadikan kita ni negeri tempat berdaya huni, Negeri Kedah negeri berdaya huni, negeri tempat orang kaya berbakti, orang miskin berteduh. Inilah semua ‘tagline-tagline’ yang dibuat oleh kerajaan termasuk lah “Kedah Sejahtera Nikmat kepada Semua”. Inilah semua ‘tagline-

tagline’ yang dibuat supaya meyakinkan kepada rakyat bahawa yakin lah bahawa inilah kepimpinan Perikatan Nasional yang memenangi 33 dan 3 yang mampu mentadbir penggal ini dan penggal-penggal yang seterusnya.

Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat sekalian, maka dengan itulah hari ini Kedah daripada negeri yang berunsurkan pertanian mengorak langkah kepada projek-projek yang berimpak tinggi yang dibentang oleh Yang Berhormat Jitra, perbelanjaan masuk seperti KRC, KSP dan sebagainya, Hi-Tech. Inilah projek-projek industri yang perlu kita berikan tumpuan, bukan nak menafikan pertanian tetapi inilah projek yang akan mendatangkan sumber tambahan kepada kerajaan negeri. Kita ada kawasan-kawasan industri yang perlukan kemudahan-kemudahan termasuk projek-projek perlancongan yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Rotan semalam. Ini jugalah menjadi satu sumber kepada kerajaan pada hari ini maka dengan inilah portfolio Kerajaan Tempatan diwujudkan untuk membantu kepada semua sektor-sektor yang ada dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada hari ini. Kalau lah Kerajaan Tempatan tidak membantu agensi pelancongan, bagaimana kita nak menggerakkan pelancongan, nak menjaga infra dan sebagainya, maka pentingnya Kerajaan Tempatan. ‘Tagline’ dia Kerajaan Tempatan tu saja….. Kalau kita tak membantu industri, nak bawa pelabur-pelabur dari Austria dan sebagainya, kita bersembang gah tentang industri nak masuk, Kerajaan Tempatan tak ‘ready’. Yang Berhormat Jitra, di mana terletaknya Kerajaan Tempatan? Makna dia hari ini tuan-tuan Kerajaan Tempatan adalah penting untuk memfokuskan kepada infra-infra, persekitaran bersama lestari alam sekitar dan sebagainya untuk menjamin survival, industri ataupun apa sahaja yang masuk sebagai sumber kepada kerajaan pada hari ini.

Tuan Speaker boleh saya mencelah?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tak habis lagi Yang Berhormat, baru nak masuk, baru nak masuk ni.

Speaker

Boleh bagi laluan? Boleh ka?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Baru nak masuk tajuk bahas!

Speaker

Nak masuk tajuk bahas…

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tadi muqadimah…

Speaker

Haa.. kita tunggu sat YB. Kupang nah, dia belum bagi laluan lagi.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Dengan itu Yang Berhormat Speaker, saya mengambil ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam bajet, untuk menuju kepada ‘The Greater Kedah’ kita berikan tumpuan kepada 17 tawaran iaitu Tadbir Urus, Penyampaian Perkhidmatan Yang Efisien, Pendidikan Holistik, Amar Makruf Nahi Mungkar, Pelaburan Berimpak Tinggi, Peluang Pekerjaan, Kebajikan Rakyat, Wanita Dan Keluarga, Belia, NGO dan Sukan, Kelestarian Bekalan Air, Hub Pengeluaran Makanan, Hak Milik Tanah Rakyat, Kediaman Mampu Milik , Baik Pulih Kediaman, Keusahawanan, Pelancongan dan Warisan, Kebersihan Alam Sekitar. Maka dengan itu, usaha membangunkan negeri ‘Sustainale Development Goal’ (SDG) ataupun Matlamat Pembangunan Mampan dengan 17 matlamat SDG itu telah ditetapkan meliputi hal seperti industri, inovasi dan infrastruktur. Menguruskan kemiskinan, memastikan akses kepada pendidikan berkualiti, air bersih dan sintasi, perkembangan ekonomi, peluang pekerjaan serta melindungi alam sekitar.

Yang Berhormat Speaker, maka dengan itulah apabila saya menyebut tentang PBT yang telah menjadi satu asas kepada kekuatan untuk menguruskan aspek-aspek infra dalam negeri ini disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tentang pencapaian-pencapaian PBT yang perlu kita banggakan yang kita ketahui, itu adalah sebahagian. Ingin saya bacakan bahawa penyertaan atau penglibatan PBT dalam kejayaan sehingga ke hari ini. MBAS sendiri telah dianugerah penarafan Bandar Pintar (Smart City) Ally Adopter oleh KPKT dan juga Anugerah Bandar Mampan tahun 2023 peringkat Negeri Kedah, ini MBAS. MPSPK, Evirition Award For Active Involvement In Environmental Initiative 2023, Presenter In National Conference On Behavioral Inside 2023, Panel Seminar Cabaran dan Masa Depan Arkeopelancongan Lembah Bujang 2023. Rakan Strategik Agenda

National Malaysia Sihat (ANMS), MPL atau Majlis Perbandaran Langkawi, Sijil Bersih Penyata Kewangan Tahun 2023, Everition Award For Involvement In Environmental Initiative, Itu MPL. MPKK, E10, Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam, Anjuran MAMPU Tahun 2023, menerima hadiah kedua Track Ekonomi, Anugerah Geo Innovation Award 2021, E10, Juara Keseluruhan Emas Anjuran MPC. Sistem Penarafan Bintang SPB-PBT 2022, 5 bintang, Sijil Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan MPKK berakhir 2022, PBT cemerlang Kempen Premis Makanan Bersih (KPKT) 2023. Majlis Daerah Pendang, Pengiktirafan Pematuhan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA) bagi Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan Majlis Daerah Pendang. Majlis Daerah Yan, Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2022, 5 bintang dan PBT Hi-tech, Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022, Pengiktirafan Productivity Champion dan Smart City Low Carbon City dan dalam Award Bandar Mampan, mampan ni maksudnya Yang Berhormat Speaker, pembangunan bagi memenuhi keperluan masyarakat sekarang tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang, yang seiring kesejahteraan ekonomi, soisal dan alam sekitar. Yang telah menerima Bandar Mampan iaitu Bandaraya Alor Setar, Bandaraya Perbandaran Kubang Pasu, Perbandaran Kulim, Perbandaran Langkawi, Perbandaran Sungai Petani dan Majlis Daerah Baling termasuk Majlis Daerah Yan. Bagi sederhana mampan iaitu Majlis Daerah Bandar Baharu, Majlis Daerah Padang Terap, Majlis Daerah Pendang dan Majlis Daerah Sik. Itu adalah sebahagian award ataupun penglibatan PBT-PBT sehingga ke tahun ini. Yang Berhormat Speaker, saya bagi laluan kepada YB. Kupang, boleh?

Speaker

Silakan! Kupang dulu ka Tokai dulu ni?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Kupang Kupang! Kupang!

Speaker

Kupang dulu? Selepas Kupang kita bagi Tokai pula, boleh noh? Okay, silakan Kupang!

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya bukanlah nak ni sangat cuma nak menyokong, yang dia tak bagi tu buat apa... Sebenarnya kalau kita nak bandingkan anggaran

belanjawan Kerajaan Negeri Kedah nak dibandingkan dengan Selangor, Johor tentunya memang kita terkebawah dari segi jumlah. Namun demikian, dengan kecekapan pegawai-pegawai kita, pegawai-pegawai kerajaan dengan pandangan jauh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sepertimana yang pernah saya sebut dalam Dewan ini juga bahawa perbelanjaan kita ini bagaikan sesudu garam, kita masuk di dalam belanga lebih bermakna daripada seguni garam, kita tuang dalam Sungai. Betul dak? Itu yang saya nak bagitau bahawa itulah hakikatnya, perbelanjaan di Negeri Kedah. Jadi, mencakupi perkara-perkara yang mustahak termasuklah 17 tawaran yang telah ditegaskan dalam belanjawan ini. Jadi, apa pendapat YB. Kuala Ketil?

Speaker

Okay,terima kasih YB. Kupang. Silakan YB. Tokai!

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. YB. Kuala Ketil, tadi Kuala Ketil menyebut semua anugerah-anugerah ini adalah berlaku tahun 2022, 2023. Jadi bertanya, bersetuju ataupun tidak bahwasanya semua anugerah ini adalah dikendalikan oleh Yang Dipertua-Yang Dipertua Majlis Bandaran yang telah melaksanakan gerak kerja yang begitu ‘effective’, efisien yang orang kata superb lah dalam kerja-kerja mereka sehingga mendapat anugerah dan depa ni duk bawah saya hari tu ni. Terima kasih.

Speaker

Saya setuju tu YB. Tokai!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Speaker, marah sebab tak sebut Exco hat lama… Masukkan sebagai ucapan saya. Saya juga mengucapkan terima kasih pada Exco KPKT yang lama, Dato’ Dr. Mohd Hayati, terima kasih.

Speaker

Elok kita ucap satu ucapan tahniah lah kepada yang lama.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tahniah. Tapi semasa main bola, dia tak kira sapa yang bawa bola, dia kira sapa yang skor gol, yang skor gol dia diangkat tangan tu julang tu, bawa bola dia tak kira, boleh tera tu?

Speaker

Okay, teruskan!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Speaker, saya setuju dengan pendapat YB. Kupang tadi dan juga setuju dengan YB. Tokai tentang apa yang berlaku pada hari ini adalah berkat Kerjasama, kesepakatan semua pegawai kanan kita. Ini tonggak kejayaan kita. Kalau satu kepala dia baik, ekor dia tak baik, ekor tu dia bidas kepala balik. Ha… dia macam ular lah, ular kepala bagus ekor dia bagus. Lurus saja kan? Tapi hat duk kena katok tu ekor dia bidas kepala. Jadi Kedah ni Alhamdulillah, kesepakatan tu ada. Tahniah dan syabas kepada semua pegawai kerajaan hari ni yang telah membantu mengembelingkan usaha ini.

Yang Berhormat Speaker, di samping kejayaan-kejayaan yang saya maklumakan tadi, bab solidarity Palestine sekali pun, PBT-PBT mengambil cakna dan bekerjasama untuk jayakan himpunan pada 12 haribulan baru-baru ini. Sehinggakan semua PBT berjaya mengumpul hampir RM100,000,00. Walaupun dalam ‘short notice’ tempoh dua hari, bagi notis saya mesej pada PBT-PBT, ada tak sumbangan-sumbangan? Pakat terus jawab, RM100,000 kita boleh kumpulkan, dalam masa tempoh dua hari. Tahniah kepada PBT-PBT! Termasuklah, depa bagitau program-program Cakna Palestin yang terus dilaksanakan, MBAS akan anjurkan “Untukmu Palestin” pada 7 Disember ni. Tahniah Datuk Bandar! MPSK sedang melancarkan Tabung Palestin 23 Oktober hari tu, dah lancar Tabung Palestin. MPKP nak adakan Program Solidariti dengan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah. Majlis Daerah Yan cadang untuk melaksanakan Palestin Night Walk pada pertengahan bulan Disember. Majlis Daerah Sik, program Bersama Bomba Sik pada 15 November dan sempena Way Green. Hi-Tech bekerjasama dengan Pejabat Daerah Kulim dalam mengajurkan program Solidariti Palestin peringkat Daerah Kulim dan malam Solidariti Bersama Palestin di MPKK. Kayuhan Palestin di Langkawi dan juga malam Solidariti Bersama Palestin di Peringkat Negeri pada 12 haribulan itu hari. Ini bermakna PBT-PBT juga mengambil cakna terhadap apa isu-isu yang dibawa pada kerajaan pada hari ini.

Yang Berhormat Speaker, ada masa lagi noh?

Speaker

Ya, saya….

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bagi panjang sikit saya tak mau jawab soalan nu, banyak sangat. Dalam Pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri juga, saya ingin menyentuh tentang perbelanjaan-perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan. Antaranya yang menyentuh portfolio saya iaitu Bantuan Perubatan Sejahtera kepada pesakit miskin disediakan sebanyak RM500,000. Tepuk sikit…!!! Mana ada kerajaan lain bagi Yang Berhormat Speaker, Kkerajaan Kedah saja bagi. Haa… kerajaan lain tak bagi, sapa duk Kedah dapat. Jadi saya nak umumkan, saya nak baca sikit tentang perbelanjaan ataupun bajet yang disediakan kerajaan untuk rakyat yang di luar sana mengambil maklum tentang apakah peruntukan-peruntukan yang disediakan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian rakyat yang asnaf, rakyat B40, rakyat miskin yang tidak ada kewangan untuk membantu mereka sewaktu menerima rawatan di hospital-hospital. Syarat dia adalah anak Kedah, dilahirkan di Kedah, pemohon dilahirkan di Negeri Kedah atau salah seorang ibu atau bapa lahir di Negeri Kedah. Tu syarat tu, kalau Thailand tak boleh la noh? Bermastautin di Kedah melebihi 5 tahun atau disahkan oleh Pengerusi MKK, disahkan.

Peruntukan-peruntukan ini akan disalurkan kepada Hospital Sultanah Maliha, hat ADUN-ADUN dapat maklum dan balik bagitau rakyat bahawa peruntukan ni disediakan. Hosptal Kulim, Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, tahun depan kita akan bagi kepada Hospital Pendang lah, hospital dah ada dan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dan kita akan cadang tambah lagi adalah Hospital Baling. Tiada had umur, umur berapa pun dia masuk hospital, dia perlukan, dia boleh mohon. Pemohon layak untuk memohon peruntukan Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera tahun 2023 atau 2024 bagi menampung kos rawatan tidak melebihi RM3,000. Kalau lebih RM3,000 akan ada sikit justifikasi termasuk kos tambang pengangkutan pergi dan balik kediaman dan juga tempat untuk menerima rawatan ataupun dalam RM200 untuk sekali bagi. Kos rawatan dan penempatan pesakit yang tidak mempunyai keluarga dan perlu ditempatkan di rumah penjagaan khas, ini juga kita tanggung dan pesakit-pesakit tersebut hendaklah berjumpa dengan Pegawai Perubatan, Pakar Perubatan dan berjumpa dengan Pegawai Khidmat Sosial di setiap hospital untuk dibuat pengesahan dan pengesahan tersebut akan sampai ke pejabat

saya untuk saya luluskan. Itu adalah tentang Bantuan Peralatan Perubatan Sejahtera yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Negeri Kedah.

Yang Berhormat Speaker, seterusnya dalam pembentangan Yang Amat Berhormat juga menyatakan bahawa peruntukan RM1 juta untuk Rumah Kampung Kota Nelayan, Kampung Kota Nelayan dekat Kubang Rotan. DUN Kubang Rotan, saya pun dah pi tengok, kita telah pun membuat 103 buah rumah telah pun selesai proses geran dia, 356 dalam proses untuk hak milik dan 223 lagi akan kita proses seterusnya. Jika semua ni selesai, InsyaAllah dalam pertengahan tahun depan kita akan uruskan pemberian geran sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ni. Itu adalah sedikit pembentangan saya pada hari ini yang meliputi bajet yang disediakan oleh kerajaan.

Seterusnya saya akan masuk kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan saya sepanjang perbahasan mereka. Saya pergi kepada YB. Lunas. YB. Lunas ni banyak soalan dan jawapan ni, habis kat Lunas ja. Soalan YB. Lunas ini adalah berkaitan dengan CLQ. CLQ yang dibangkitkan oleh Lunas, suka saya maklumkan bahawa kita telah putuskan baru-baru ni dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat, CLQ ini hanya akan berada di kawasan industri sahaja, tidak di kawasan kediaman. Kita juga nakkan keputusan untuk menubuhkan dan membangunkan CLQ ini, perlu mendapatkan pandangan daripada ADUN-ADUN setempat dan CLQ ini kita akan berakhir pada 2024 hingga 2026 sahaja. Lepas tu takdak CLQ lagi dah, CLQ di kawasan perumahan. Sehingga sekarang ni yang kita dapat maklumat, di MBAS kita ada TLQ sebanyak 50 unit, ni TLQ di MBAS. Di MPSP CLQ ada 2, 4, TLQ 222 Majlis Daerah Padang Terap TLQ ada 6, PBT Hi-Tech kita ada MBAS Jaya Kulim, ni yang tengah duk buat ni Kulim Utama fasa 2, Infineon kita ada fasa 2, CLQ Kuaters Pekerja Zone Industry Fasa 2, GT2 Zone Industry Fasa 2 di Hi-Tech juga dan KPTC Fasa 2. Ini adalah beberapa CLQ yang dibina dan untuk maklumat YB. Lunas yang ada bertanya semalam, sebahagiannya dijawab oleh YB. Kulim. Setakat sekarang ni Pihak Majlis Perbandaran Kulim telah meluluskan sebanyak projek pembinaan CLQ berjumlah 3,099unit boleh menampung 30,541 pekerja. Sat ada lagi Lunas, Lunas banyak ni…..

Speaker

Banyak lagi YB. Kuala Ketil nohhh…?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Banyak…

Speaker

Tak pa, pelan-pelan cari. Cuma sebelum tu, saya nak tanya pandangan YB. Kuala Ketil. daripada apa YB. Kuala Ketil cakap tadi ni, saya tengok nampak macam Kerajaan Kedah kita ni adalah kerajaan prihatin rakyat. Setuju ka tak setuju?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Setuju! Setuju! Setuju!

Speaker

Setuju tepuk tangan!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Hilang idea, nak jawab…. Pelan-pelan! Lunas juga ada bangkitkan isu… (YB. Bayu mencelah)

Yang Berhormat Speaker, boleh mencelah sikit?

Speaker

YB. Kuala Ketil, boleh bagi laluan kepada Bayu?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Ada berapa minit lagi?

Speaker

Saya bermurah hati!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Okay, baik! Baik!

Speaker

Silakan YB. Bayu!

Yang Berhormat Speaker, saya bersetuju lah pandangan daripada Yang Berhormat Speaker dan juga YB Kuala Ketil, Kerajaan Kedah merupakan kerajaan yang prihatin, yang bertimbang rasa. Saya nak mohon lah kalau boleh, premis-premis yang mana sekarang ni kita tengok sektor ekonomi dah merundum. Boleh tak dikurangkan bayaran sewa premis-premis yang di bawah Pihak Majlis Daerah?

Speaker

Okay, terima kasih YB. Bayu. Silakan YB. Kuala Ketil!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Baru cadang naik harga, mintak kurang pulak! Dak, InsyaAllah kita akan pertimbangkan tapi bukan terus lulus ya, akan dipertimbangkan noh. Soalan YB. Lunas seterusnya tentang penglibatan masyarakat tanpa izin, PATI di Kawasan Kulim ka apa yang Lunas tanya kelmarin. Okay kita dah semak, sebenarnya industri ni dia tak ambil pendatang asing tanpa izin dalam industri, semuanya berizin walaupun dengan kontrak. Dia berizin, dia bukan ambil warga asing. Kalau Lunas nampak tu mungkin kerja sawit, mungkin dalam ladang-ladang apa nanas ka apa. Jadi, kalau yang berizin ni kerja kat industri semua berizin tetapi ada dibangkitkan tentang Kulim ni macam “Little India” noh, Smpai tara tu. Saya dapat jawapan daripada MPKK mengatakan tindakan penguatkuasaan dengan pihak imigresen memang pernah dibuat pada September 2023 dan memang pihak penguatkuasa tak pernah pun keluar lesen sepertimana yang dibuat andaian oleh Lunas semalam mengatakan kedai-kedai di situ diberi lesen oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi, saya telah semak benda ni memang tidak ada lesen dikeluarkan khas untuk pekerja asing kecuali lah dia berkahwin dengan si lelaki itu orang tempatan atau

berkahwin dengan yang perempuan itu orang tempatan. Mungkin nama lesen itu dikeluarkan kepada si penama tersebut.

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Kuala Ketil, tambah sikit lah!

Speaker

Boleh bagi laluan ka?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Boleh! Boleh!

Speaker

Silakan YB. Lunas!!

Okay. Berkenaan dengan yang saya bangkitkan tu bukan saya kata pekerja asing tu diberikan ataupun pendatang itu diberikan lesen untuk berniaga. Tapi soalan yang saya katakan ada segelintir masyarakat kita yang menjadi “Alibaba” dengan membenarkan nama mereka digunakan oleh peniaga asing ini untuk berniaga secara bebas. Itu yang saya perlu tegaskan. Soal Yang Berhormat Kuala Ketil kata tentang macam yang saya kata “Little India” ataupun soal tentang “Little India” tapi kawasan tu memang majoriti masyarakat India. “The Greater Dhaka” ataupun The Greater apa nama Bangla kan…. Kalau nak tau ‘The Greater’ atau tak ‘The Greater’, saya jemput YB. Exco Kuala Ketil untuk mai sendiri dengan saya, kita tengok ‘Greater’ ataupun tidak, terutama sekali di waktu pagi dan juga di waktu petang. Jadi baru lah kita boleh tau dan tak mungkin lah yang ada di situ semua bekerja kelapa sawit duduk di taman, kan? Tak tau lah kot ada tambahan pengundi untuk pilihan raya akan datang. Terima kasih.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Berkenaan dengan tambahan pengundi tu kira menang banyak dah hari tu kot. Tuan-tuan dan Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Lunas, suka saya maklumkan di sini bahawa kadang-kadang persoalan kita di dalam Dewan bukan lah kita nak perlukan jawapan-jawapan yang segera sebab begini, kita dalam Kerajaan Tempatan ni adalah kerajaan ketiga dalam Negeri Kedah. Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Dalam Kerajaan Tempatan ni ialah PBT-PBT adalah Kerajaan Tempatan, kita

juga ada dalam Kerajaan Tempatan tu kita ada Yang Dipertua-Yang Dipertua Majlis ataupun Datuk Bandar, sebagai pegawai yang bertanggungjawab di Kerajaan Tempatan tersebut. Kita juga ada Ahli Majlis, ramai. Setiap PBT ada 18 orang Ahli Majlis kecuali Hi-Tech ada 15 orang. Semua Ahli Majlis adalah orang yang akan memberi maklumat, ‘the first info’ kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua lah.

Jadi, saya rasa kemungkinan sebahagian persoalan-persoalan yang mungkin kita nak utarakan dalam Dewan ini mungkin kita akan dapatkan maklumat-maklumat ‘first hand’, ‘first info’ daripada rakan-rakan kita di sebahagian Ahli Majlis sebagainya. Jadi, apa pun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lunas tadi, kita akan membuat pemantauan semula, kalau betul ianya berlaku seperti yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Lunas tentang itu. Tapi bab perniagaan ni kita dapat maklumat daripada semakan daripada MPKK memang tak berlaku. Tapi andaikan ia betul-betul berlaku yang menimbulkan satu syak wasangka daripada Ahli Yang Berhormat sendiri, Yang Berhormat boleh membuat laporan terus kepada PBT ataupun kepada pihak-pihak yang berwajib. Okay, boleh nah? Itu yang saya nak jelaskan lah dan seterusnya soalan Yang Berhormat berkaitan dengan…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Kuala Ketil, Belantek minta laluan boleh ka? Okay, silakan Belantek!

Encik Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Terima kasih YB. Kuala Ketil, terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya hanya nak menarik perhatian kepada Draf Perancangan Tempatan Majlis Daerah Sik Kedah 2025 dan juga di Majlis-majlis Daerah lain. Saya rasa ini satu perancangan yang cukup baik, cukup teliti. Saya tak sempat membaca semua Tuan Speaker, banyak dan saya yakin semua ini adalah di bawah kelolaan ataupun perhatian Yang Berhormat Kuala Ketil sendiri. Jadi, saya nak tau sejauh mana persiapan kita mulai sekarang untuk InsyaAllah memastikan kalau tak sampai 2035 pun kita dapat mencapai sebahagian ataupun 50% daripada apa yang telah di plan dalam buku Draf Perancangan Tempatan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Belantek. YB. Kuala Ketil, selesai jawab yang Belantek tu boleh bersedia untuk buat pergulungan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Lunas tentang soalan Hospital Kulim. Hospital Kulim ni memang kita di pihak kesihatan sendiri dah bagitau memang telah dimohon untuk naik taraf hospital ini pada RMK-12 tetapi tidak dilulus, tidak lulus! Bajet Pusat tak lulus untuk naik taraf hospital ni dan kita dah mohon untuk dimajukan semula bagi RP yang Ke-4, 2025, kita angkat semula, InsyaAllah. Kalau lulus ni akan menjadi satu nilai tambah baik lah kepada Hospital Kulim. Yang seterusnya adalah berkaitan dengan yang YB. Belantek bangkitkan tentang RTD. Suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat sekalian, RTD yang telah diwartakan setakat 2020 iaitu Rancangan Tempatan Daerah Langkawi pun telah diwartakan, Rancangan Tempatan Majlis Daerah Alor Setar pun telah diwartakan, Rancangan Majlis Tempatan Daerah Kulim pun telah diwartakan, Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Muda, Rancangan Tempatan Majlis Pembandaran Kubang Pasu ni telah diwartakan. Peringkat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran Awam ialah Rancangan Tempatan Majlis Daerah Pendang 2035 penggantian. Manakala di peringkat publisiti dan penyertaan awam, Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik 2035, Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan 2035 dan Rancagan Tempatan Majlis Daerah Baling 2035. Peringkat akhir untuk Rancangan Tempatan, Draf Rancangan Tempatan adalah Rancangan Tempatan Majlis Daerah Padang Terap 2035 iaitu di peringkat draf dan kajian baru Rancangan Tempatan Penggantian Tahun 2024 iaitu Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu 2035 jangkaan bermula pada 20 April 2024.

Suka saya maklumkan di sini kepada Yang Berhormat Belantek bahawa dalam tempoh sebaran dan penyertaan awam ini, inilah ruang dan peluang kita semua masyarakat untuk ambil bahagian memberi pandangan, komen dan sebagainya, termasuk kalau di Baling saya arahkan semua ketua-ketua kampung pi ambil bahagian, semak dan bagi pandangan, bagi pandangan dan komen dalam Rancangan Tempatan tersebut. Inilah ruang dan masa kita ambil bahagian dan apabila benda ni dah diwartakan, ia akan menjadi satu zon dan sebagainya, ini akan timbul masalah kepada kita mengatakan, kenapa jadi macam ni? Kenapa buat macam ni? Kenapa tak buat macam ni? Sedangkan inilah masanya untuk kita beri komen dan pandangan pada masa tersebut dan benda ni akan membuat siasatan dan sebagainya. Saya akan pengerusikan dan melihat pandangan tersebut dan kita akan ambil maklum terhadap pandangan tersebut. Jadi, saya harap di Belantek pun, masa pertama dah habis kan, dah tamat dah tinggal sekarang ni di Baling. Inilah masa yang sesuai untuk penglibatan awam dalam memberi pandangan dan komen. Ya… Yang Berhormat Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, sebab selepas ni akan pergulungan….

Speaker

Masa dah tak berapa nak mengizinkan, jadi kalau soalan tu ringkas, makna kata kalau Kuala Ketil nak bagi ruang boleh, kalau tak boleh, tak boleh sebab Kuala Ketil cuma ada 4 minit saja lagi. Nak bagi ruang ka tak?

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tadi panjang untuk perbahasan. Jadi, Exco patut jawab soalan kepada pertanyaan dalam perbahasan.

Speaker

Okay. Silakan, boleh Kota Darul Aman!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Saya ada 3 soalan yang belum dijawab iaitu yang pertama, masa perbahasan. Yang pertama isu perobohan Pasar Awam Kuala Sungai. Berikutan itu, apakah plan perancangan PBT untuk memindahkan peniaga-peniaga, 12 peniaga Melayu tersebut ke tempat baru. Yang kedua, Program Lepak di Lorong Setar, Medan Seni Alor Setar dan yang ketiga penamatan lesen urut baru. Tiga soalan tu. ‘Thank you’.

Speaker

Okay. YB. Kuala Ketil, kalau nampak macam tak sempat nak menjawab, saya rasa Kuala Ketil boleh buat jawapan bertulis. Buat pergulungan!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Saya jawab yang mana saya sempat jawab dulu nah. Untuk lepak santai tu saya dah tengok tempat tu dan saya dah pi dan saya dah bertanya dengan pegawai-pegawai MBAS. Sebenarnya tidak ada masalah, dia hanya buat pada hari hujung minggu dan ini

sedikit sebanyak sebahagian untuk memajukan kawasan tersebut. Kalau itu menimbulkan satu permasalahan kepada bangunan rumah tu kerana bomba dan sebagainya, khemah tu adalah khmah yang boleh ubah, bukan khemah yang tetap. Saya rasa tidak timbul masalah untuk itu, lagi pun ia gunakan pada hari minggu.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tapi… itu isu dia sebab bila MBAS nak buat program tu, dia akan tutup jalan pada hari Khamis dan mengikut memo yang baru dikeluarkan oleh MBAS, penutupan jalan, mereka boleh berniaga dan memunggah barang dari hari Ahad sampai Khamis sahaja. Jadi, adakah itu ‘relevan’ sebagai satu jalan yang orang berniaga dan tiba-tiba ditutup pada hari Jumaat tapi pemasangan khemah pada hari Khamis. Itu yang saya perlu pertimbangan daripada pihak PBT.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Setuju Yang Berhormat, tapi sedarkah Yang Berhormat bahawa jalan tu bukan jalan mati, belakang tu ada jalan lain, belakang tu pun ada jalan lain kan. Dia bukan jalan mati situ saja bermakna dia boleh ke hujung sana atau pi sebelah belakang. Saya difahamkan pihak MBAS pun dah ambik pandangan daripada semua pekedai dan saya difahamkan mereka semua setuju benda tu. Tak pa lah Yang Berhormat, itu pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat juga boleh dapat ‘direct’ daripada Datuk Bandar selepas ini, boleh juga dapat daripada Ahli Majlis, tanya pendapat. Saya dah tengok kawasan tu dan saya pun dah bertanya pegawai-pegawai, sebenarnya tidak menimbulkan masalah. Inilah ruang dan peluang bagi peniaga-peniaga muda kita yang nak menceburi bidang perniagaan. Inilah kesempatan yang kita guna ruang itu.

Speaker

Okay, tolong buat pergulungan!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Soalan tentang rumah urut tu saya jawab kemudian sebab sedang buat kajian. Benda ni panjang dan juga untuk hat Kuala Sungai juga jawapan dia Panjang, saya akan bagi laporan bertulis. Memang saya ada jawapan, cari tak jumpa.

Seterusnya Yang Berhormat Speaker, tadi kita dah menyatakan bahawa tentang pencapaian-pencapaian PBT dan juga kita juga ada inisiatif-inisiatif daripada pihak Kesihatan untuk membantu melaksanakan program-program untuk tambah baik dalam Kerajaan Negeri Kedah ini termasuk lah pensijilan, pensijilan produk-produk yang dikeluarkan oleh IKS-IKS dan sebagainya. Datang ke Kesihatan untuk diberi pensijilan dan ini akan membantu produk-produk Bumiputera hanya melalui pasaran yang lebih baik. Termasuk lah inisiatif-inisiatif Kesihatan ni seperti Agenda Nasional Malaysia Sihat dan InsyaAllah kita juga pada tahun depan akan melaksanakan satu Festival Kesihatan di peringkat Negeri Kedah pada 2024. Yang ni akan melibatkan penglibatan daripada semua jabatan dan agensi dan juga pengamal-pengamal perubatan dalam Negeri Kedah. InsyaAllah juga, dalam penggal akhir ni lah, kita pada tahun hadapan InsyaAllah akan membuat pemilihan industri-industri yang dibina tanpa buat pemutihan. Pemutihan kepada industri-industri yang dibina tanpa kebenaran. Ada sebahagian daripada industri yang berada di tepi-tepi pekan, tepi-tepi kawasan PBT dibina tanpa kebenaran. Ini juga kita akan buat pemutihan pada masa hadapan dan juga perumahan-perumahan yang dijadikan kawasan industry. Ada perumahan-perumahan tersebut yang dijadikan sebagai kedai dan sebagainya. Ini juga kita akan buat pemutihan supaya mendapatkan pendapatan tambahan kepada PBT dan juga kita akan terus menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam. Undang-undang dah ada, kita akan memperkasakan larangan ini dan juga satu lagi arahan yang InsyaAllah kita akan keluarkan ialah memberhentikan urusan perniagaan sewaktu azan maghrib di semua tempat-tempat pasar malam dan sebagainya. Ini pernah dilakukan pada zaman Tan Sri Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar dulu tapi sekarang dah malap, dah tak aktif, kita akan aktifkan semula. Saya rasa itulah sedikit pergulungan yang sempat saya sampaikan pada pagi ini, InsyaAllah semua jawapan-jawapan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat semua ada jawapan dia, tetapi kerana tak sempat saya akan berikan dalam bentuk bertulis selepas ni.

Dengan itu, saya menyokong penuh pembentangan Bajet 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 26 November 2023. Sekian, Wabillah Hitaufiq Walhidayah Wasalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada YB. Kuala Ketil dan seterusnya kita menjemput YB. Kuala Nerang. Dipersilakan!

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. bismillahhiirrahmanirrahim assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah wasolatu wassalamu ala rasulillah. Waman tabi ‘ahu wanasorohu mawalah. Subhanakala ‘ilmalana ma’allamtana innakaantal ‘ali mul hakim. La haulawala khuwwataila billa hil‘ali yil‘azim. Robbish rohli sodri wayar sirli amri wahlul ‘uqdatan millisani yafkhohu khauli. ‘Ammabaq.

Cantik tenunan coraknya sampin, Letak di tepak dalam istana, Amat bijak Speaker memimpin, Tugas dipikul tanggungjawab dilaksana.

Speaker

Nak mintak tu…

Ya…..(sambil ketawa). terima kasih!

Speaker

Faham…!!!

Alhamdulilah, terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil ketua jabatan, seterusnya adik-adik, anak-anak pemerhati di atas. Selamat datang, terima kasih. Tuan-tuan, puan-puan yang berada di dalam Dewan dan luar Dewan, syukur Alhamdulilah, atas peluang yang diberikan ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan saya juga mengambil peluang ini untuk sama-sama merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Sanusi Md Nor. Yang pertama, di atas kejayaan memimpin pilihan raya umum yang lalu sehingga mencipta sejarah kemenangan yang sangat besar dalam pilihan raya umum yang lalu. Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar! Yang

Kedua, tahniah kerana dilantik semula menerajui, memimpin Kerajaan Negeri Kedah selaku Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Muhammad Sanusi nama di beri…. Boleh? Sekali lagi.

Muhammad Sanusi nama di beri, Menteri besar jawatan terkini, Tugas hakiki mentadbir negeri, Rakyat miskin tetap dihati.

Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat dan Yang Berhormat Speaker, saya mengucapkan tahniah di atas Pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan yang bagi saya begitu tenang dan cukup meyakinkan, membawa tajuk “Menerus Kemajuan Menzahir Impian” yang saya kira meliputi semua aspek yang diperlukan dalam kehidupan kita. Bajet yang sangat komprehensif. Termasuklah merangkumi sektor kerja raya, bekalan air, sumber air dan sumber asli yang sangat penting bagi pertumbuhan ekonomi, pembangunan infrastruktur rakyat dan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber biodiversiti di Negeri Kedah.

Yang Berhormat Speaker, sebelum saya lanjutkan perbahasan ni saya tak mau berceramah, bahas panjang sebaliknya saya akan tumpukan sektor yang diamanahkan kepada saya. Pertama saya ambil kesempatan ini juga untuk merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana masih memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang portfolio ini. Portfolio yang bagi saya sangat berat, yang kritikal yang terlibat secara langsung dengan rakyat dan juga menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan atas perkenan melantik patik sebagai memegang portfolio ini, bahasa dengan Tuanku. Saya juga merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, agensi dan semua pegawai termasuk juga Pengarah BPEN, Penolong Pengarah BPEN yang banyak membantu saya dan pasukan dalam menjalankan tugas ini. Terima kasih banyak dan tahniah! Juga terima kasih khusus kepada Pegawai Daerah Padang Terap, DUN Kuala Nerang duk dalam Padang Terap, terima kasih. Dan saya berharap, saya berdoa moga-moga kerjasama ini dapat diperhebatkan lagi, dipertingkatkan lagi dan satu perkara yang saya mohon sangat kepada saudara kita seagama tolong doakan saya, bantu pasukan kami, mudah-mudahan kita dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik, tanpa mengira kaum dan agamanya. Ini antara

pengangan kita, prinsip kita dalam kita bekerja. Mudah-mudahan kita dapat buat yang terbaik.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah memperuntukkan bajet untuk tahun depan sebanyak RM49.23 juta bagi…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Kuala Nerang!!

Ya…

Speaker

Kesian dekat YB. Kayu Hitam, nak masuk tak boleh. Bagi lalu sat!

Allah! Allah! Peruntukan RM49.23 juta ini kepada JKR. Kalau dari segi Jabatan, JKR lah yang paling banyak menerima peruntukan ini. Berbanding dengan tahun lepas, kurang sikit, tahun lepas dapat sebanyak RM59.831 juta. Tetapi Alhamdulilah, kekurangan ini bagi saya ditampung oleh beberapa projek Persekutuan, projek Kerajaan Persekutuan. Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan projek ini yang berjumlah sebanyak 9. Kalau boleh saya baca. Ada masa ka Yang Berhormat?

Speaker

Ada lagi!

Ada noh?

Speaker

Tapi ringkas-ringkaskan!

Ringkas noh? Naik taraf Jalan Persekutuan Lencong Timur ke Jambatan Merdeka, Kuala Muda, RM328.6 juta. Bina Jalan dan Jambatan Alor Ganu / Titi Gajah, RM54.5 juta. Bina Jalan Persisir Pantai Kuala Kedah ke Kuala Jerlun, RM136.1 juta. Bina Jalan Batu Lintang Ke Jalan Pantai Merdeka, RM260.0 juta. Menaiktaraf Jalan Kampung Dari Simpang Jalan ke Kg. Bandar Hilir ke Persimpangan Jalan Kampung Charuk Padang, RM44.0 juta. Bina Jambatan Baharu di Kampung Bukit Kubur, Mahang, RM40.0 juta. Bina Jalan dari Paya Rawa ke Kampung Belat, RM 80.0 juta. Membina Jalan Kampung Perupok Kuala Pai, DUN Kuala Nerang Yang Berhormat Speaker, RM45.0 juta. Membina Jambatan dari Pulau Tuba ke Pulau Dayang Bunting, RM65.0 juta.

Ini membuktikan kerajaan negeri melalui portfolio Kerja Raya yang telah dipertanggunjawabkan kepada saya telah berusaha sedaya upaya kerja keras untuk mendapatkan kelulusan dan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kerja Raya agar projek-projek ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Syabas dan tahniah kepada Pengarah JKR Kedah dan Pengarah BPEN dan semua pasukannya.

Yang Berhormat Speaker, Projek Naik Taraf Jalan dan Jambatan Negeri, tadi hat Federal, hat ni hat Negeri. Alhamdulilah di antara projek yang akan dilaksanakan, sebelum ini dalam ucapan bajet telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ada 29 projek. Antara yang disebut adalah K133, K152, K130. Tu nombor jalan lah. Yang saya nak tambah saya nak sebut ni ialah; Menggantikan Jambatan Sungai Getah sebanyak RM4.0 juta di mana tu, di Kuala Muda Bukit Selambau, Kuala Muda. Yang kedua, menggantikan Jambatan Sungai Chepir ya di Sik RM10.0 juta. Yang ketiga, bina Jalan Baharu Di Kebun 500–Tualang, RM3.85 juta. Dan; Menggantikan Jambatan Sungai Limau (K1) Daerah Yan dengan siling kos RM5.0 juta.

Saya mengucapkan Yang Berhormat Speaker, ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan juga Yang Berhormat Pegawai Kewangan yang telah yang telah menyediakan peruntukan bajet tersebut.

Speaker

Boleh bagi laluan ka, YB. Kuala Nerang?

Sikit saja straight, terus kepada soalan.

Okay. Yang Berhormat Speaker, saya nak cadang sebab saya fikir sekarang ni kita tengok kalau keluasan mini tar di kampung dah tak relevan. Boleh dak diperluaskan sedikit sebab kita tengok kalua kenduri…

Okay, terima kasih…

Kalau kenduri nak selisih, kecemasan semua…

Terima kasih, saya faham, saya faham soalan…. (Audio kurang memmuaskan). Dan satu lagi isu yang timbul ialah kadang kala, mintak maaf kawan-kawan kita di luar di kampung, pagar yang dibuat tu rapat dengan tar, mintak maaf. Jadi nak perbesar tak boleh, kan? Jadi, kita harap kalau boleh selepas ni pakat lah wakaf tanah boleh perbesar jalan. Jadi, pihak pejabat daerah khasnya nak perbesar jalan, KKDW nak perbesar jalan tak boleh pasai ada di antaranya yang tidak membenarkan pagarnya diubah, tak mau besar jalan. Cukup setakat tu ya.

Baik. Yang Berhormat Speaker, di samping fokus kepada jaringan jalan raya, kerajaan negeri juga akan terus komited dalam hal seperti berikut; iaitu meneruskan kesinambungan pembangunan kemudahan infrastruktur sumber air dan bekalan air bagi keperluan domestik (rakyat), komersial dan juga industri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selain daripada pelaksanaan projek-projek menaik taraf lima (5) LRA yang sedang dilaksanakan, kerajaan negeri juga akan terus komited untuk memastikan ketercukupan bekalan air dan sumber air di Langkawi dengan akan melaksanakan projek

utama 2024 ini, 2024 nanti; Pertama Projek Pembaikan Paip Dasar Laut dari Tanah Besar ke Langkawi dengan siling Kos RM50.0 juta. Kajian dah siap dan InsyaAllah tidak berapa lama akan mula dilaksanakan. Projek Pembinaan Underground Dam (UGD) di Padang Matsirat dengan siling kos RM412.8 juta. Kerajaan negeri juga melalui SADA akan terus memastikan bekalan air domestik dan juga industri di kawasan bandar dan luar bandar akan mencukupi dengan pelaksanaan InsyaAllah pada tahun 2028 nanti, pada peringkat ini telah pun dibuat kerja awalan, dua projek utama iaitu; Projek Pembinaan LRA Sidam, Yang Berhormat Sidam RM550.0 juta. LRA Sungai Karangan ya, RM550.0 juta yang masing-masing 200 MLD dan 150 MLD.

Pakat tolong doa supaya projek yang akan dan sedang dibuat ini berjalan dengan lancar dan berjalan dengan baik dan Alhamdulilah, hari ini pun kita lihat SADA telah bertungkus lumus, ya tahniah dan terima kasih kepada CEO SADA, COO SADA dan semua pasukannya. Bukan hanya menunggu LRA siap, tetapi sebaliknya melakukan beberapa tindakan sepertimana penggantian pam, pemasangan paip, agihan semula pembinaan rumah pam dan bekalan lori air tangki yang tanpa menunggu LRA kita siap, ada kerja ‘by pass’ dan sebagainya. Dan Alhamdulilah, terima kasih juga SADA turun kepada 7 perjumpaan. 7 kali perjumpaan bersama dengan saya, berjumpa dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua sekali termasuk Ahli Parlimen dan juga wakil daripada Pusat-pusat Khidmat. Kita menerangkan kepada mereka apa status kemajuan projek setakat ni. Apa yang telah dibuat, apa yang sedang dibuat dan apa yang akan dibuat. Mudahan-mudahan projek yang dirancangkan ini akan dapat berjalan dengan baik. Demikian juga JKR telah bertungkus lumus untuk menjayakan projek ini.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Mohon pencelahan sikit.

Ya terima kasih, sila!

Speaker

Silakan Bukit Lada!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih kepada Speaker dan Kuala Nerang. Isu berkenaan dengan air di Bukit Lada. Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada pihak SADA kerana sebelum siaran TV3 keluar, depa dah ada jawapan. Terima kasih. Kemudian, ada satu lagi saya nak mohon iaitu dua kampung lagi lah di Empah iaitu di Kampung Hujung Bandar, kalau boleh diperbesarkan paip kerana paip 2 inci sahaja. Kemudian di Permatang Limau, dia hanya ada pada waktu tertentu, waktu tengah malam baru ada. Terima kasih.

Speaker

Tu cara dia YB. Bayu. Dia kena terima kasih dulu, lepas tu mohon lah. Tu cara yang betul.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lada dan masuk sebahagian dari ucapan saya hat yang bahagian pertama. Bahagian kedua itu InsyaAllah, CEO SADA ada di sini boleh ambil perhatian. Alhamdulilah, maklumat cepat daripada Bukit Lada, pagi hantar mesej kepada saya, terus saya hantar kepada CEO, tengahari tu juga paip dihantar ke Kampung apa nama… jadi takdan nak masuk TV3, TV berapa kan? Kalau tidak viral habis 1 Malaysia dan InsyaAllah selepas ni kita harap begitu lah ya tindakan yang pantas, yang cepat, yang baik daripada semua dan kerjasama semua daripada Yang Berhormat, kalau ada aduan, ada rungutan, sila! Saya bersedia pada bila-bila masa. Whatsapp SADA ni 24 jam, bukan siang saja. Hantar air pun begitu juga, 24 jam dia hantar. Jadi kalau ada yang tak sampai, sila bagitau mudah-mudahan kita dapat buat yang terbaik, InsyaAllah.

Yang Berhormat Speaker, agenda pembangunan bekalan air luar bandar akan terus dibangunkan dengan pelaksanaan projek utama yang melibatkan; Pertama Projek Menaik taraf LRA Jeniang Baru dengan kos siling projek RM84.0 juta. Projek Menaik Taraf LRA Jenun Lama dengan siling kos projek RM24.0 juta. Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Merbok yang turut melibatkan naik taraf sistem LRA Tupah RM35.0 juta. Yang Berhormat Tanjung Dawai, doa banyak mudah-mudahan projek ini dapat dilaksanakan. Haa… sebut-sebut bangkit selalu. Sila-sila, terus soalan!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih kepada Tuan Speaker dan YB. Exco. Soalan saya berkaitan dengan masalah pembinaan LRA Bukit Selambau dan pemasangan paip di DUN Tanjung Dawai.

Kalau ikut jawapan bertulis yang saya dapat, bagaimana prestasi pembinaan dan juga pemasangan paip di DUN Tanjung Dawai ni memang ada masalah. Baru 20% dan paip baru hampir 12 km daripada 57 km lebih yang sepatutnya. Adakah ada solusi tindakan daripada kelewatan itu? Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Silakan YB. Kuala Nerang!

Terima kasih Tanjung Dawai. Ya, memang kita akui ada di sana beberapa projek LRA kita mengalami kelewatan. Antaranya punca besarnya dulu ialah semasa PKP dan ada beberapa isu-isu teknikal lain dan tidak dinafikan memang ada satu usaha mitigasi untuk projek LRA Bukit Selambau dan saya percaya InsyaAllah akan dapat diselesaikan isu ini dalam sedikit masa dan kerja akan sambung rancak selepas ini. Cumanya, ia memerlukan masa sebab sepertimana yang Ahli-ahli Yang Berhormat dan Sidang Dewan sekalian sedia maklum, ada projek-projek tertentu yang dikategorikan sakit dan akhirnya terpaksa ditamatkan. Apabila ditamatkan, maknanya akan ditender semula. Contoh yang paling dekat dengan saya ialah di Kuala Nerang bagaimana Masjid Kuala Nerang ya, yang suatu ketika dahulu berjalan agak rancak tapi bila mana berlaku Covid, PKP, harga barang selepas tu naik melambung, kontraktor dah tak mampu buat, dia ‘surrender’, akhirnya terpaksa dibatalkan. Dan Alhamdulilah, walaupun diberhentikan sebelum pilihan raya umum negeri yang lepas, tetapi pada 22 haribulan yang lepas telah pun dikeluarkan tender semula untuk disambung semula kerja pembinaan. Ini yang saya sebut sebagai satu gambaran bahawa usaha sebenarnya sedang dan akan terus dibuat untuk memastikan tidak ada projek yang telah dimulakan, diberhentikan separuh jalan, lalu jadi projek gajah putih.

Yang Berhormat Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk juga daripada KKDW atas kelulusan dan kerjasama dalam perancangan projek RMK-12 2021 hingga 2025 bernilai RM1.279 bilion dan sebahagian itulah yang disebut RM263.58 juta yang disebut dalam ucapan bajet ya yang dimasukkan sebagai peruntukan Kumpulan Wang Perbelanjaan Bekalan Air. Kita pakat doa mudah-mudahan projek yang dirancangkan akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Yang Berhormat Speaker, saya nak pindah ke jabatan yang kedua iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Speaker

Silakan! Silakan!

Yang Berhormat Speaker, kerajaan negeri melalui JPS akan terus memberikan komitmen yang tinggi dalam pembangunan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan juga Yang Berhormat SFO memperuntukkan bajet sebanyak RM14.06 juta, yang kedua terbanyak selepas JKR. Ini menunjukkan kerajaan memberi perhatian yang serius untuk mengatasi masalah banjir. Cumanya sepertimana yang kita tau, benda ni bukan boleh buat hari ini siap esok dan ia memerlukan masa di samping memerlukan bajet kos yang tinggi. Yang akan terus dilaksanakan dengan terancang bagi mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dalam mendepani krisis perubahan iklim dan menambah baik sistem saliran dan sungai di Negeri Kedah. Banjir, peningkatan aras laut dan purata hujan yang tidak menentu misalnya, tambah-tambah hujan lebat dan hujan banyak la ni, adalah antara masalah-masalah yang sering berlaku dan menyebabkan bencana hadir, sekaligus menjejaskan rakyat dan merugikan negeri. Memburukkan keadaan, bukan sahaja melibatkan kawasan yang biasa banjir setiap tahun, malah turut melibatkan kawasan baru, yang sebelum ni tidak pernah banjir pun.

Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS) telah melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) seperti RTB Sungai Muda, RTB Sungai Kedah-Anak Bukit, RTB Bandar Changloon dan akan diteruskan lagi dengan RTB-RTB yang sedang dilaksanakan seperti RTB Bandar Jitra Selatan, RTB Sungai Bongkok, RTB Sungai Pendang dan akan ditambah pula dengan kelulusan RTB Baling Fasa 1 dan 2. Pelaksanaan RTB (Tebatan Banjir) memberikan beberapa manfaat yang signifikan dengan mengurangkan risiko banjir, kesejahteraan rakyat dapat ditingkatkan dan mendukung pertumbuhan ekonomi negeri serta mengurangkan kerugian ekonomi yang disebabkan oleh banjir. Peruntukan Tebatan Banjir, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sungai, Hakisan Pantai dan Sistem Hidrologi di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah merangkumi 259 ‘hotspot’ banjir atau pun kawasan mudah banjir di Negeri Kedah. Ini juga disebut dalam ucapan bajet. Oleh itu, saya amat menyokong sejumlah RM4.1 juta disediakan di bawah JPS untuk Program Tebatan Banjir sepertimana yang dibentang oleh YAB. Jeneri. Saya juga turut menyokong peruntukan berjumlah RM4.29 juta projek Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sungai, Hakisan Pantai, Sistem Hidrologi dan Pemantauan Alam Sekitar sebagai langkah intervensi yang bukan sahaja memberi faedah kepada rakyat dalam bentuk keselamatan

tetapi juga menyumbang kepada pembangunan mapan dan pemeliharaan alam sekitar untuk generasi yang akan datang.

Yang Berhormat Speaker, antara projek yang saya kira yang saya boleh sebut yang telah dilaksanakan oleh JPS: kerja-kerja kecemasan, memulihkan struktur kawalan, memulihkan struktur pembentungan sebanyak RM5.8 juta. Kemudian juga JPS membuat pemantauan berkala, pemantauan berkala mengenal pasti halangan dalam sungai dan saliran untuk tindakan segera untuk mengelakkan daripada banjir semakin parah. Jadi isu banjir ini Yang Berhormat Speaker, melibatkan struktur pengukuhan tebing dan juga naik taraf kerja-kerja berkaitan dan semuanya seperti yang saya sebut tadi memerlukan kepada kos yang amat tinggi. Yang Berhormat Speaker, saya juga turut menzahirkan sokongan atas usaha bagi mengatasi masalah-masalah yang melibatkan jalan-jalan MARRIS walaupun tidak secara langsung tetapi kita menyokong penuh RM272 juta yang melibatkan 1,585 projek penyelenggaraan jalan.

Yang Berhromat Speaker, seterusnya kerajaan negeri akan terus komited untuk memartabatkan Pemeliharaan Central Forest Spine (CFS) dan Rangkaian Ekologi di Negeri Kedah yang meliputi keluasan tanah hutan sebanyak 344,945 hektar (bersamaan 36.60% keluasan negeri ini). Kawasan ni lah yang kita sebut sebagai kawasan yang diperlihara, dijaga yang kalau dikira nilai hasil balak dia sebanyak 1 trilion dan kalau 1 trilion ini dijadikan simpanan tetap boleh dapat keuntungan RM100 juta dan inilah yang menjadi asas yang selalu disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang kita tuntut ganjaran pampasan daripada Kerajaan Pusat kerana kita mengekalkan kawasan tadahan hujan, mengekalkan kawasan yang akan membekalkan sumber air kepada bukan sahaja kita tetapi negeri yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat, berhubung dengan isu ini saya juga ingin mengambil peluang untuk menyentuh bahawa sumber air kita hari ini, yang kita dapat hari ini melalui SADA setelah diproses SADA pun sebenarnya membayar kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Tetapi negeri jiran kita tak bayar sekupang pun! Adil ka dak?

Speaker

YB. Kuala Nerang, boleh bagi laluan dak dekat Tanjung Dawai?

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Tuan Speaker. Adakah cukup dengan takat tak puas hati dan lepas geram macam tu saja dekat jiran tu. Apakah tindakan kerajaan?

Speaker

Ada tindakan lain?

Terima kasih. Yang Berhormat Tanjung Dawai perangat ni! Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mewujudkan 1 pasukan yang dipanggil pasukan pakar, Panel Pakar Sumber Air, PASAK dia panggil yang telah dan dalam proses pelantikan untuk sesi baru dan mereka termasuk kalangan ilmuan, kalangan orang terlibat dengan pakar undang-undang dan InsyaAllah akan mengkaji bagaimana cara mengikut proses undang-undang bagi kita mendapatkan hak kita. Kalau SADA bayar 3 sen 1 meterpadu dengan jumlah RM1.5 juta, sebulan berjumlah sebanyak lebih kurang RM18 juta setahun. Negeri jiran kita Pulau Pinang sepatutnya kalau dia bayar kita boleh dapat RM40 juta setahun. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat kena pakat tolong sokong lah supaya kita dapat noh…. Ya…Yang Berhormat Sidam, Kota Darul Aman, Bakar Arang pun sokong kan? Terima kasih. Jadi saya ucapkan tahniah kepada Pengarah LSANK dan juga pasukan yang sebenarnya bukan saja menguruskan sumber air tetapi dia juga memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri dalam bentuk kewangan. Tahun 2021, RM2 juta kepada kerajaan negeri, mai tahun 2022, RM4 juta, tambah, tahun ni tak berapa hari lagi nak bagi, RM5 juta. Tahniah, Alhamdulilah! Tak lupa Agensi bawah portfolio saya juga, SADA pun bagi sumbangan kepada kerajaan negeri. Tahun ni tahun 2022, RM19,297,491. 42 sen. Tidak cukup dengan itu isu Palestin, SADA dan juga LSANK (Lembaga Sumber Negeri Kedah) antara agensi, antara GLC yang paling banyak bagi sumbangan untuk Palestin, RM25,000 masing-masing. Tahniah dan terima kasih LSANK dan SADA.

Berbalik kepada tajuk kita tadi, sebenarnya saya nak kait dengan rizab hidupan liar Hutan Taman Negeri tapi teringat air kona pi kot air dulu. Nak habaq apa, nak habaq keluasan Taman Negeri 61 ribu hektar ya, yang menyokong kepada pemeliharaan hutan kehidupan liar ini yang diurus oleh Jabatan Perhutanan dan Perhilitan. Perhilitan ni saya nak sebut juga, dia tak dak dalam ni walaupun ramai juga Ahli Yang Berhormat duk bangkit bab hidupan liar, monyet lagi apa lagi, anjing, gajah, dalam ni tak dak. Bila saya ‘check’ dengan Pengarah Perhilitan mereka tak dijemput tapi InsyaAllah, Setiausaha Dewan akan jemput selepas ini sebab ada banyak isu berkaitan dengan kita dan mereka tidak mendapat peruntukan untuk makluman, daripada kerajaan negeri, setakat inilah. Jadi, ada Yang Berhormat mana yang mintak tambah tadi, Belantek ka kena guna B.02 ADUN lah nampaknya. Oh! Dia tak boleh sebut DUN, kalau sebut dia bangkit. Sila-sila!

Encik Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Terima kasih YB. Kuala Nerang, terima kasih Tuan Speaker. Ya, tadi saya ternanti-nanti juga menyebut Perhilitan, kita menyebut SADA, kita menyebut JPS. Bagi Perhilitan sendiri seperti yang saya telah sebut dalam perbahasan saya tempoh hari ialah mengenai gangguan hidupan liar iaitu gajah di DUN Belantek. Jadi bila saya keluar pun orang tanya, “YB. suka cakap pasai gajah noh”? Nak buat macam mana, anugerah saya mendapat DUN yang ada gajah. Jadi, saya kena ambil perhatian untuk perhatian Tuan Speaker dan Kuala Nerang sendiri, untuk membina pagar elektrik yang sekarang ni dah ada sepanjang 7.6 km dari Kampung Bukit Batu sehingga ke belakang depo Belantek, itu peruntukan yang telah diberi. Saya rasa Yang Berhormat Kuala Nerang, ialah peruntukan Persekutuan ya, Yang Berhormat ya, peruntukan Persekutuan. Dan yang kedua untuk yang baru, saya nak cadangkan yang baru yang dicadangkan pula untuk pagar elektrik sepanjang sejauh 5 km dari kawasan Nami, kawasan sahabat saya di Pedu sehingga ke Carok Keladi di Belantek juga peruntukan untuk membina 5 km pagar elektrik dengan kosnya RM20,000,1 kilometer.

Okay. Baik, faham, terima kasih Yang Berhormat Belantek.

Encik Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Semoga mendapat perhatian!

Speaker

Faham dah. Cuma saya nak tanya, gajah hat Belantek tu dia pi Jeneri dak?

Encik Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Dak kot!

Dak! Dak! Baik. Memang maklum dan peruntukan saya sebut tadi semua daripada Kerajaan Pusat. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan. Dan memang telah ada dalam perancangan untuk sambung jajaran seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Belantek tadi. InsyaAllah, kita tunggu perlaksanaannya lah.

Encik Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Terima kasih.

Sama-sama. Yang Berhormat Speaker, saya amat berbesar hati dan menyokong peruntukan Pembangunan Hutan melalui ucapan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjumlah RM14.75 juta atas tujuan pelaksaan Ecological Fiscal Tranfer For Biodiversity Conservation (EFT) bagi memulih dan memelihara Sumber Biodiversiti Negeri Kedah melibatkan Program-program EFT seperti pengurusan sumber hutan, pembangunan dan pemuliharaan hutan simpan, operasi risikan dan penguatkuasaan.

Yang Berhormat Speaker, izinkan saya menjawab ataupun memberikan sedikit penerangan berhubung dengan 18 soalan yang diberikan kepada saya.

Speaker

Ringkaskan! Tolong ringkaskan sebab masa lebih kurang 10 minit lagi.

Mungkin sebahagian tak sempat tapi InsyaAllah kita akan bagi jawapan bertulis. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Pengkalan Kundor, pembangunan dirancang di dalam Pengkalan Kundor berhubung dengan air lah. Jawapan dia, projek pembangunan dilaksanakan dalam DUN Pengkalan Kundor adalah pembinaan pembangunan gantian penuh di SK Tebengau, Alor Setar, Kedah, kos projek RM5.8 juta. Yang kedua projek LRA perlubang, jajaran Tol Alor Setar dan Kuala Kedah, ini yang sedang dibuat. Kemudian masalah lampu jalan, lampu jalan ada dua kategori, satu lampu jalan hat yang jalan JKR, jalan utama jalan raya, satu lagi jalan kampung. Kalau untuk jalan kampung ini kena mohon kepada pejabat daerah. Yang Berhormat boleh mohon kepada pejabat daerah, MKK juga boleh memohon dengan diberikan peruntukan sepanjang itu ialah sebanyak 40 lampu sahaja termasuk hat pasang dah bukan hat baru mintak, tu untuk kampung.

Kemudian untuk jalan raya ni dia bergantung kepada pertama syarat dia; Risiko kemalangan. Kalau kawasan tu berisiko kemalangan tinggi peluang untuk dapat lampu jalan ni lebih cerah dan lebih banyaklah. Yang kedua syarat dia ialah kawasan

persimpangan, kalau kawasan persimpangan diberi keutamaan. Yang ketiga ialah kawasan perumahan ataupun IPT, sekolah dan pusat-pusat perlancongan. Jadi yang ni kena mohon kepada JKR.

Kemudian Yang Berhormat untuk YB. Tokai, orang Tokai pasai pampasan pemilik geran. Menurut jawapan yang disediakan ini, lot yang terlibat ialah sebanyak 27 lot dan kesemuanya telah dibuat bayaran pengambilan. Yang Berhormat Kupang, kerosakan jambatan di Kampung Tanjung Baling. Jabatan… (YB. Tokai minta laluan)

YB. Kuala Nerang, YB. Speaker..

Speaker

Silakan Tokai!

Isu yang saya bawa tu bukan setakat pampasan tetapi dari segi hak milik untuk kita ubahkan dia punya penama-penama di dalam geran. Saya sebut 0.01 hektar ada 86 nama, ini memerlukan satu ‘task force’. Itu yang saya nak, satu ‘task force’ ditubuhkan supaya kita boleh menyelesaikan. Memang jangka masa agak panjang untuk kita ambil untuk kita menyelesaikannya. Tu maksud saya, terima kasih.

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tokai, ini akan diambil perhatian cari jalan oleh pihak pejabat tanah untuk selesaikan. Yang berikut dari Kupang berhubung dengan kerosakan di Jambatan Kampung Tanjung, Baling. Kampung Tanjung, Baling ni jambatan atau titi ini di bawah senggaraan dan tindakan Pejabat Daerah Baling, Yang Berhormat Kupang bukan di bawah portfolio saya. Yang Berhormat ADUN Kota Darul Aman, jejantas ataupun pejalan kaki. JKR akan melaksanakan kajian terperinci untuk melihat kesesuaian pemasangan jejantas tersebut.

Kemudian YB. Kota Darul Aman juga tanya pasal transfer bar yang ketak-ketak jalan tu lah. Yang tu juga telah dipasang sebenarnya cuma InsyaAllah akan di cat semula bahasa kita, supaya ia berfungsi dengan baik. Terima kasih.

Yang Berhormat Lunas, berhubung dengan kesesakan pada waktu puncak di jalan utama, cawangan kejuruteraan elektrik JKR sedang dalam tindakan bersama dengan pihak KHTP untuk membuat penyelarasan tentang lampu-lampu isyarat. Yang Berhormat boleh berhubung saya ataupun pihak JKR selepas ini untuk kita tengok kemajuan.

Tentang jalan berlubang dan rosak teruk ini, sebenarnya begini, JKR bukan hanya di Lunas tetapi di tempat lain pun salah satu amalan mereka ialah melakukan rondaan 2 kali seminggu. Dalam semua jalan-jalan di bawah seliaan JKR ini 2 kali seminggu, kalau ada ‘porthole’ atau lubang-lubang jalan yang rosak ini akan dibaiki segera dalam tempoh 24 jam selepas ia dikesan nah. Bukan saja siang, malam pun dia pi tampung jalan cuma ada la kes kadangkala berlaku sedikit kemalangan sebelum sempat dipanggil apa, ditampung la noh, jalan berlubang kan. Haa.. dibaiki.

Berikutnya Pedu, banjir kilat akibat sistem peparitan kurang baik. Yang ni mungkin kalau merujuk kepada jalan utama jalan JKR Pedu, maksud tu la kot noh bukan jalan kampung kan, jalan hat JKR. Bagi jalan JKR, JKR melaksanakan kerja rutin cucian longkang melalui kosensi, ada syarikat kosensi yang mencuci sebanyak 2 kali setahun jalan Persekutuan dan 4 kali setahun jalan Negeri. 4 kali setahun, jalan Negeri 4 kali. Kalau nampak dia tak cuci lama sangat boleh lah berhubung sama ada dengan JD (Jurutera Daerah) ataupun terus dengan saya, InsyaAllah kita akan peringat untuk memastikan longkang tidak tersumbat dan dapat mengalir dengan sempurna air.

YB. Speaker, boleh saya tambah sikit?

Ya..

Saya dapat penjelasan tadi mengenai dengan Titi Kampung Tanjung. Sebenarnya siapakah punca kuasa dalam pelaksanaan jambatan tersebut? Pihak Pejabat Daerah Baling hanya sebagai perantara saja dalam perlaksanaan itu. Yang keduanya adalah mengenai dengan ancaman musuh, binatang liar ni. Di Kupang ada satu lagi ancaman baru iaitu harimau, duk makan lembu orang kampung. Tapi tindakan telah diambil lah, cumanya barangkali peningkatan kepada kawalan. Terima kasih.

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Kupang.

Speaker

YB. Kuala Nerang ada 5 minit lagi, sila buat pergulungan!

Baik! Baik! InsyaAllah sikit, mudah-mudahan danlah. Berhubung dengan jambatan tadi, saya difahamkan sedemikian, barangkali nanti Yang Berhormat Exco Luar Bandar boleh bagi penjelasan lah kot, sambung lah. Yang berkenaan harimau, harimau ni juga bawah Perhililitan. Memang saya akui ada setengah tempat dia jadi satu ancaman dan kita harap Perhilitan akan dapat bertindaklah. Perhilitan saya pi ke pejabat daerah tu dia memang ada pasang lebih kurang kita faham macam kamera lah, CCTV di dalam hutan tu untuk mengesan harimau dan pergerakan dia dari semasa ke semasa kemudian dia ada usaha-usaha untuk mengesan dan menangkap bagi yang cuba memasuki kawasan-kawasan penempatan ataupun kawasan kebun, dusun orang kampung.

Pedu dah jawab, Bukit Pinang! Yang Berhormat Bukit Pinang, SMK Bukit Pinang hujan lebat menyebabkan dinaiki air. Apakah Tindakan? Antara punca sebabnya Yang Berhormat Bukit Pinang, kawasan di situ kawasan rendah, kawasan rendah. Kemudian terutamanya blok surau dan kawasan dataran sekolah tu rendah. Lagi satu dia terdapat satu lintasan ataupun ‘crossing’ yang saiz dia kecil sangat. Bila kecil, dia tak mampu nak tampung air yang mai dari kawasan perumahan yang dibina selepas itu. Jadi air tu ‘sebak’, dia melimpah, dia patah balik. Tahun 2022 JPS dah naik taraf parit tanah tu, dia pasang ‘U-Drain’ saiz 2700mm×1500mm sepanjang 200 meter, sebanyak RM499,700.00 telah diperuntukkan. Tahun ni pun ada, RM194,000.00 di Taman Pinang Jaya. Jadi buat peringkat-peringkat lah, tak selesai lagi kita cari jalan buat lagi, InsyaAllah Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Okay, Yang Berhormat Kuala Nerang…

Ya…

Speaker

Sebelum nak tutupkan pergulungan tu, saya cuma nak menyampaikan pesanan daripada orang Pendang. Tadi ada saya dengar tentang perancangan dan juga pembinaan jambatan. Saya dengan Tokai ni ada sedikit masalah, laluan daripada Tokai nak pi ke Sungai Tiang tu Jambatan Bukit Sekechong, ni Tuan Pegawai Daerah kita pun ada. Ada dua jambatan di situ yang saya rasa perlu diperbesarkan ataupun dibina baru sebab sering sangat berlaku kemalangan di situ kerana jambatan tu sempit. Jadi kalau kita tak perbesar, Tokai nak pi ke Sungai Tiang pun masalah. Jadi, tolong bagi perhatian Yang Berhormat Kuala Nerang.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, InsyaAllah kita bagi perhatian, kalau belum dimohon peruntukan kita akan mohon dan kalau sudah mohon InsyaAllah kita akan semak setakat mana status permohonan tersebut. Ada berapa minit lagi Yang Berhormat Speaker?

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tuan Speaker… Ringkas!

Speaker

Tak boleh lagi dah soalan sebab YB. Kuala Nerang akan berhenti pada tepat 12.30. kemudian mungkin nanti Kuala Nerang akan bagi jawapan bertulis lah.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Yang ni berkaitan dengan….

Boleh Yang Berhormat, tak pa kita jumpa di luar satgi pun tak pa!

Speaker

Tak pa! Tak pa! Nanti bincang lain, sebab masa dah terlalu singkat dah.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

So, jawapan dia ringkas…..

Speaker

Tak boleh dah! mintak maaf nah. Okay, silakan!

Baik! Baik! Lagi 2 minit! YB. Ayer Hangat ada sebut pasal muara Sungai Pengkalan Besar. Yang ni JPS dah mohon, telah menerima peruntukan sebanyak RM299,114.00, tahun 2022 hari tu dan tahun 2024 akan telah dimohon peruntukan RM1.5 juta untuk tujuan tersebut. Mudah-mudahan dapat dan dilaksanakan. YB. Ayer Hitam ada sebut juga sikit pasal jalan ladang tak diselenggara. Sebenarnya tahun 2020 ada 3 projek RM665,000.00, 2021 ada 4 projek RM890,000.00, 2022 RM1.7 juta dan 2023 ada RM 1.7 juta juga. Dan InsyaAllah akan ada kerja-kerja selenggaraan untuk selanjutnya.

Yang Berhormat Speaker, saya kira saya telah menjawab walaupun tidak 100%, takdan nak sentuh pasal NRW dan juga beberapa soalan daripada ADUN. Saya mohon maaf dan InsyaAllah yang mana takdan, saya akan bagi jawapan secara bertulis Yang Berhormat Speaker.

Akhirnya sebagai penutup, dalam menjayakan Belanjawan Kedah 2024 pada kali ini, saya dan barisan kerajaan negeri meliputi agensi serta jabatan di bawah saya, banyak Yang Berhormat Speaker ada 11 semua, saya habaq mungkin tak habaq semua ni. JKR, JPS, SADA, LSANK, Jabatan Pebentungan, TNB, JMG, Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar & Jabatan PERHILITAN tetap konsisten dan komited InsyaAllah, memastikan pelaksanaan hala tuju negeri ini bagi menjamin kesejahteraan rakyat secara telus dan berintegriti ke arah “The Greater Kedah”, InsyaAllah. Saya juga akan terus komited untuk meneruskan hubungan baik di antara kerajaan negeri dan pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) khasnya, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) yang

mewakili Kerajaan Pusat agar perancangan pembangunan di Negeri Kedah ini berada pada landasan yang betul dan InsyaAllah akan dapat kita teruskan. Di kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kerajaan Persekutuan dan semua pihak yang telah memberikan kelulusan untuk kita laksanakan dan yang sama-sama kita akan lihat kejayaannya nanti, InsyaAllah. Bertunjangkan kepada Islam sebagai panduan sejagat. Insya Allah, dengan niat yang ikhlas dan murni ke arah kebaikan, Negeri Kedah akan sentiasa dipayungi rahmat dan redha Allah SWT mudah-mudahan dengan itu kita sama-sama akan dapat keberkatan.

Justeru itu, YB. Tuan Speaker, saya menyokong penuh Belanjawan Kedah 2024 yang dibentangkan oleh YAB Jeneri. Sekian, terima kasih.

Speaker

Okay, terima kasih Kuala Nerang. Sekarang kita menjemput Bukit Kayu Hitam. Bermula daripada sekarang 29 minit!

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Auzubillahissami il’ali minasyaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassolatu wassala muala asyrofil ambiya iwal mursalin…(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bukit Kayu Hitam, saya mintak laluan sikit kepada YAB Jeneri!

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadang di bawah peraturan 12 1(a), Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguh pada jam 1.00 tengahari. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.

Speaker

Yang Berhormat sekalian, usul daripada Jeneri tadi dipersetujui dan Dewan akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari. Silakan YB. Bukit Kayu Hitam!

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil ambiya iwal mursalin saidina muhammadin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kebajikan, Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, tahniah di atas pelantikan kedua-dua Yang Berhormat sebagai Speaker dan Timbalan Speaker.

Speaker

Terima kasih.

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Undang-undang, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pengamal-pengamal media, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti Sidang Dewan secara atas talian.

Masin pun tidak, pedas pun tidak, Rasa sedap ikut selera, Usaha kita berada di puncak, Kebajikan dijaga kedah sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB. Jeneri kerana sekali lagi diberi kepercayaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebagai Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. Tahniah juga kepada Barisan Exco Kerajaan yang dilantik dan tahniah juga kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat sekalian yang menang bergaya di dalam PRN15 baru-baru ini. Saya mengharapkan agar kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat akan dapat bekerjasama bagi memacu mencapai impian “The Greater Kedah” dan dapat bersama-sama mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, menjaga wanita, menjaga keluarga dan masyarakat serta menjaga perpaduan kaum dan agama di negeri kita ini. Keduanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB. Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan Bajet Kedah 2024. Bajet ini merupakan bajet yang bersejarah kerana merupakan Bajet Negeri Kedah yang pertama mencecah RM1 billion.

Memperkasakan Kebajikan.Yang Berhormat Speaker, saya berterima kasih kepada YAB. Menteri Besar kerana di dalam Pembentangan Bajet 2024, menjadikan kebajikan sebagai salah satu teras atau fokus utama kerajaan negeri pada tahun hadapan. Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja telah diperuntukkan sebanyak RM 25.8 juta bagi menjamin golongan yang memerlukan akan mendapat bantuan. Di antara golongan yang akan mendapat menfaat dari bajet ini adalah golongan orang atau keluarga yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan JKM Kerajaan Persekutuan. Bagi mereka yang layak akan mendapat bantuan bulanan sebanyak di antara RM100.00 keRM 600.00 sebulan. Golongan kedua yang mendapat perhatian oleh kerajaan adalah penjaga pesakit terlantar. Golongan ini akan mendapat bantuan di bawah Program Bantuan Khas Pesakit Terlantar (BKPT). Mulai tahun depan bantuan ini akan diberikan secara one-off dan jumlah bantuan adalah sebanyak RM300.00 ke RM500.00.

Ianya dianggarkan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM 4 juta untuk tahun 2024. Iaitu pertambahan RM2 juta dari tahun 2023. Untuk tahun 2023, seramai 13,042 orang rakyat Negeri Kedah telah mendapat manfaat ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.01 juta. Saya juga berterima kasih kepada YAB. Menteri Besar kerana pada tahun hadapan telah memperuntukkan sebanyak RM 1 juta untuk bantuan bencana melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. Bantuan ini termasuklah Skim Tabung Bantuan Segera (TBS) sebanyak RM300.00 kepada setiap keluarga yang ditimpa bencana seperti ribut, kebakaran dan bencana alam secara one-off. Selain itu, bantuan ini juga digunakan untuk menjaga kebajikan mangsa bencana yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti menyediakan makan dan minum dengan kadar bantuan makan minum sebanyak RM24.00 seorang sehari, pagi RM 4.00, tengahari RM 8.00, petang RM4.00 balik, malam RM8.00. Dan juga keperluan kit bencana termasuk menyediakan pakaian dan peralatan sekolah kepada anak-anak mangsa berdasarkan kepada tafsiran MKN20. Untuk makluman, bantuan ini tidak termasuk menyediakan bantuan membaik pulih kerosakan harta benda mangsa seperti rumah dan sebagainya. Saya juga turut bersyukur kerana selain mendapat peruntukan di bawah portfolio kebajikan, kerajaan juga dalam Bajet Tahun 2024 ada

menyediakan peruntukan sebanyak RM 6.2 juta bagi program membaiki rumah penduduk miskin melalui agensi kerajaan yang lain.

Memperkasakan wanita, keluarga dan masyarakat. YB. Speaker, saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri yang telah menyediakan bajet sebanyak RM500 ribu kepada usahanita bagi menggalakkan dan membantu wanita dan suri rumah yang berniaga secara kecil-kecilan di dalam industri mikro dan IKS. Bantuan ini akan diberikan secara one-off. Jumlah bantuan untuk setiap pemohon dan jumlah pemohon akan dimuktamadkan kemudian. Pada tahun 2024 portfolio wanita, keluarga dan masyarakat akan memfokuskan kepada permerkasaan kepimpinan wanita dan keluarga. Pada 28/11/2023, pada kelmarin telah dilangsungnya satu seminar Kepimpinan Wanita dan Sejahtera Negara bagi Zon Utara di Universiti Utara Malaysia, (UUM) Sintok. Negeri Kedah dijadikan tuan rumah dan juga turut terlibat di dalam seminar tersebut. Segala input-input…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

Mintak YB. Bukit Kayu Hitam pandang ke Speaker sama!

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Hensem…(sambil ketawa) Segala input-input yang digagaskan di dalam seminar tersebut akan dijadikan salah satu fokus di dalam penggubalan Dasar Wanita Negeri Kedah yang akan dirangka pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, pada bulan Disember ini akan diadakan satu bengkel Hala Tuju Dasar Wanita Negeri Kedah. Bengkel ini akan membangunkan satu pelan tindakan untuk menyiapkan wanita Negeri Kedah untuk bersama-sama menjayakan “The Greater Kedah”. Diantara objektif utama dasar ini digubal … (YB. Bayu minta laluan)

Boleh mencelah dak YB. Tuan Speaker?

Speaker

Boleh bagi laluan YB. Bukit Kayu Hitam?

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Boleh!

Speaker

Silakan!

Terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam, saya nak tanya satu soalan. Adakah pihak JKM hanya berpuas hati membuat bayaran dengan tidak memantau dan memberi khidmat nasihat dan latihan kepada penerima bantuan bulanan dan adakah mahu mereka menjadi penerima selama-lamanya? Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Bayu. Silakan Bukit Kayu Hitam!

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Untuk makluman Yang Berhormat Bayu, di dalam Program Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain daripada bantuan bulanan kita ada bantuan iaitu kita memberi peruntukan kepada penerima-penerima bantuan setiap bulan, kalau dia layak untuk berniaga kita bagi bantuan untuk berniaga, selama dua tahun untuk dia keluar daripada kempompong kemiskinan. Di antara objektif utama dasar yang digubal adalah untuk melindungi, memelihara, memperkasa dan membangunkan wanita Kedah di dalam semua bidang termasuklah pendidikan, ekonomi dan sosial yang berteraskan syiar Islam dan mengambil kira Perlembagaan Persekutuan dan dasar perundangan sedia ada tanpa mengenepikan adat resam dan budaya rakyat.

Yang Berhormat Speaker, pengiktirafan Islam terhadap wanita jelas. Dasar yang akan digubal nanti juga merakamkan pengiktirafan Islam untuk wanita berasaskan nas-nas Al-Quran dan juga sunnah. Dalam Surah Al-Isra ayat 70, Allah berfirman; “wanita adalah manusia yang dilengkapi dengan kemuliaan dan kehormatan”. Dalam Surah Al-Nahl ayat 97; “wanita adalah manusia yang boleh menerima tanggungjawab dan boleh dipertanggungjawabkan atas setiap kehendaknya seperti juga kaum lelaki”. Wanita

adalah manusia yang mempunyai keperibadian yang tersendiri dan boleh dimiliki kemahuan sendiri, hadis riwayat Buqari dan Muslim. Seorang janda tidak boleh dinikahi sebelum mintak pertimbangannya dan seorang gadis tidak boleh dinikahkan sebelum dimintak persetujuannya.

Speaker

Betul juga.

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Wanita mempunyai kedudukan mulia sebagai ibu. Abu Hurairah R.A melaporkan, seorang datang kepada Rasullullah SAW seraya berkata, “wahai Rasullullah, siapakah insan yang paling berhak untuk aku berbakti”? Nabi Muhammad SAW menjawab, “ibumu”. Orang tersebut kembali dan bertanya, “kemudian siapa”? Nabi Muhammad SAW menjawab lagi, “ibumu”. Orang tersebut bertanya lagi, “kemudian siapa pula baginda”? Menjawab lagi Rasullullah, “ibumu”. Orang tersebut kemudian bertanya lagi, Nabi Muhammad SAW menjawab, “ayahmu”. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari. Itu lah salah satu objektif yang besar yang digubal dalam dasar yang akan datang.

Yang Berhormat Speaker, saya juga berterima kasih dan tahniah kepada Dato’ Seri SS, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mewakili Kerajaan Negeri Kedah yang memberi pengiktirafan kepada seorang wanita sebagai Pegawai Daerah Yan iaitu memenuhilah kehendak ayat Al-Quran yang saya bacakan tadi. Wanita adalah manusia yang boleh menerima tanggungjawab dan… (YB. Pengkalan Kundor mencelah)

Puan Mardhiyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

YB.Tuan Speaker, mintak izin.

Speaker

Ya, silakan Pengkalan Kundor! Mintak maaf!

Puan Mardhiyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Terima kasih Tuan Speaker. YB. Bukit Kayu Hitam, saya sekadar nak menyebut bahawa saya menyambut baik perancangan untuk menggubal Dasar Wanita Negeri Kedah, cuma saya ingin memberikan cadangan agar sekiranya dasar ini siap selepas ini, Dasar Wanita

Kedah ini, usaha yang perlu dibuat supaya usaha-usaha advokasi agar seluruh wanita Negeri Kedah faham dan sedar akan kewujudan Dasar Wanita Kedah ini dan faham signifikan dasar ini kepada mereka, itu saja.

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kundor, InsyaAllah dan kita bersama-sama di Gunung Jerai pada 16 haribulan nanti untuk kita melakarkan satu sejarah, kita buat Pelan Tindakan Wanita Negeri Kedah. Wanita adalah manusia yang boleh menerima tanggungjawab dan diberi tanggungjawab itu atas setiap tindakannya juga, bukan kaum lelaki sahaja. Terima kasih dan tahniah Puan Pegawai Daerah. Terima kasih juga kepada kepimpinan Perikatan Nasional yang telah menyenaraikan 5 orang nama, calon wanita untuk diberi mandat menggalas amanah rakyat sebagai seorang wakil rakyat dan 4 daripadanya menang bergaya dan seorang tertangguh kemenangannya.

Speaker

Tahniah! Tahniah!

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana melantik Merbau Pulas dan Bukit Kayu Hitam, Kak Ton dan Kak Cah sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Speaker

Ni Bukit Kayu Hitam, saya nak mencelah sikit ni. Bersetuju dak Bukit Kayu Hitam, saya kalau bab wanita saya suka mencelah. Jadi, bersetuju dak Bukit Kayu Hitam dengan pandangan saya, kita ni yang duduk di sini ni, atas sokongan hebat wanita-wanita di Negeri Kedah. Setuju dak? Jadi kita bagi tahniah sikit kat depa.

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Tak setuju balik tidoq luar! Yang Berhormat Speaker, selain itu juga satu Kovensyen Wanita dan Undang-Undang Tahun 2023 peringkat Negeri Kedah akan diadakan pada 14hb. Disember nanti bertempat di Hotel Jerai kerana kita nampak kekangan masalah sekarang berleluasa yang mana peranan masing-masing tidak diambil. Suami adalah ketua keluarga dan pemimpin di dalam sebuah rumahtangga. Suami yang tidak bertanggungjawab sering mengabaikan peranan dan tanggungjawabnya sebagai ketua

keluarga. Bahkan mutakhir ini, pengabaian hak wanita dalam institusi kekeluargaan semakin meningkat seperti suami gagal dalam memberi nafkah. Nafkah batin pun gagal, nafkah hat tak batin pun gagal.

Speaker

Ya Allah!

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Hilang segala kasih sayang dan ciri kepimpinan yang semakin menurun dan penderaan. Implikasi daripada isu ini menyebabkan tindakan dan kemurungan dalam kalangan para isteri dalam meneruskan kehidupan seharian. Jika membawa kepada berlakunya penceraian, para isteri turut terabai dan pelabagi terutamanya nafkah anak, tempat tinggal yang tidak terjamin, hilang punca pendapatan dan sebagainya. Sebenarnya hak isteri dan anak-anak…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bukit Kayu Hitam, boleh bagi laluan sat dekat YB. Tanjung Dawai tak?

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Saya nak habis ayat ni ja. Isteri dan anak-anak adalah amanah Allah untuk dilindungi dan dijagai oleh suami-suami. Silakan!

Speaker

Silakan YB. Tanjung Dawai!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Bukit Kayu Hitam. 2 tahun lepas dalam Dewan ni juga saya berkongsi apa yang dibuat oleh Pusat Dakwah Negeri Kedah iaitu kursus perkahwinan untuk OKU dan juga kaunseling untuk pasangan OKU. Disebabkan pasangan OKU ni bisu dan pekak, banyak berlaku penceraian. Tak boleh bercakap, tak

boleh dengar berlaku penceraian. Kalau kita hat sempurna ni bercerai banyak berlaku tu biasa la kot kan? Tapi dalam keadaan tak boleh bercakap, tak boleh dengar tapi berlaku penceraian banyak dalam kalangan depa. Dan terbaru statistik yang dikeluarkan, bagaimana Kedah mencatatkan sebagai rangking pertama penceraian dalam negara sampai 113%, nombor 2 Sabah, nombor 3 Perlis. Tu tara pintu sempadan baru tak dibuka tu, kalau dibuka saya tak tau Tuan Speaker macam mana. Terima kasih.

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Masalah penceraian ini sebenarnya kalau pasangan itu orang OKU, sebenarnya kita kena belajar dan memahami peranan OKU itu. Masalahnya bisu dengan pekak ni ada benda yang dia salah ‘communicate’ kot kan… dia salah faham tu dan Insyaallah program-program akan datang kita juga akan memfokuskan kepada golongan-golongan OKU dan golongan-golongan yang ustaz sebutkan tadi, InsyaAllah. Jadi kita tau YB. Tanjung Dawai, yang mana sekarang ni kes kepada penceraian amat meningkat di Negeri Kedah ini sampai masuk dalam surat khabar, orang telefon tanya, “YB Kak Ton, macam mana cerai banyak ni?” “Pintu sempadan buka sangat ka, macam mana?” InsyaAllah kita akan menangani masalah ini sebaik mungkin bersama-asama agensi yang terbabit.

Saya juga dah berbincang dengan Yang Berhormat Sungai Limau bahawa satu lawatan akan diadakan di Selatan Thailand untuk kita memberi fokus kepada perkahwinan mengatasi masalah penceraian ini kerana statistik rentas sempadan juga menunjukkan jumlah yang amat tinggi pada ketika ini Yang Berhormat Speaker. Sementara isu-isu yang berbangkit dengan pernikahan terutamanya di Negeri Kedah ini semakin rumit kerana status wali hakim, status jurunikah, status kesasihan perkahwinan di sempadan, status kesahihan perkahwinan seterusnya iaitu anak tak sah taraf. Bila dia pi kahwin sana dia tak balik mai daftar, dia tak buat surat beranak anak, jadi lah anak tu tak sah taraf dan bagi masalah sosial kepada kita juga. Selain itu juga, wanita yang terbabit dalam isu ini, depa tak tau pun hak depa, hak depa bila pi menikah balik mai tak tau kata isteri pertama haknya, isteri kedua haknya pun tak tau. ‘Last-last’ sekali bila suami mati, ‘reyau’ hujung kaki, pi kucup di dahi, rupanya itu adalah isteri kedua.

Speaker

Ada berlaku macam tu YB. Bukit Kayu Hitam noh?

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Ada, kawan saya. Dengar rintihan sura wanita Yang Berhormat Speaker. Jadi, InsyaAllah kita akan bermesyuarat duduk satu meja bersama dengan Exco Agama untuk menangani masalah ini kerana sekarang ini juga had untuk 2 marhalah…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bukit Kayu Hitam, Tokai nak mencelah!

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, YB. Bukit Kayu Hitam. Semasa kami buat program di Pulau Tuba di Langkawi, iaitu program PEMADAM. Saya dapati ramai ibu-ibu muda sudah menjadi janda di Pulau Tuba. Jadi di pihak Exco Wanita ni, kita kena mengambil satu pendekatan lah pada mereka-mereka yang berada di situ, jadikan sama ada didikan agama ataupun apa juga inisiatif yang kitab oleh lakukan. Kadang depa ni masih muda, anak masih kecil-kecil, kesian tengok depa. Kot-kot la Exco Agama boleh buat sesuatu lah untuk menolong mereka ini, itu saja YB. Bukit Kayu Hitam. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih Tokai.

Speaker

Terima kasih Tokai. Silakan YB. Bukit Kayu Hitam!

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Kalau kita tengok… saya mintak maaf kepada YB. Ayer Hangat dan juga YB. Kuah, kebanyakan wanita-wanita muda di Kuah sana memang berlakunya penceraian dan kes terlalu awal berkahwin. Oleh itu, saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah yang telah meluluskan had umur 18 tahun ke atas baru boleh berkahwin.

Speaker

YB. Bukit Kayu Hitam, YB. Ayer Hangat nak mintak laluan sikit, boleh ka?

Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Sikit cadangan untuk program-program yang akan dicadangkan nanti supaya melihat kepada meningkatnya kadar anxiety dalam kalangan wanita dan juga semalam saya ada baca satu di Facebook ni. Dia kata, “wanita yang bercerai mempunyai jangka usia yang lebih panjang”. Saya tak pasti hat tu, kesasihan di macam mana. Mungkin boleh….(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

Kalau boleh ‘statement’ tu kita padamkan. Bahaya!

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih YB. Ayer Hangat, saya ambil maklum. Kalau membicarakan hal ini banyak noh? Yang Berhormat Speaker, seterusnya Memperkasakan Perpaduan. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan banyak peruntukan untuk diadakan program-program kemasyarakatan pada tahun hadapan. Saya pasti ianya akan membantu kerajaan di dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian di dalam masyarakat kita. Di antara keputusan yang paling tepat adalah dengan mewujudkan Majlis Kepimpinan Ketua Kampung di kampung-kampung baru Cina. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya pembangkang, saya membuka seluas-luasnya pintu kerjasama bagi menjayakan apa juga program kemasyarakatan. Kita tidak boleh duduk berasingan disebabkan berbeza pendirian di dalam politik. Untuk mencapai perpaduan, perbezaan politik hendaklah diketepikan. Kita harus memastikan tahap keharmonian kaum berada di tahap yang paling baik. Hanya perpaduan sahaja akan menjamin kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, kita akan memastikan NGO-NGO yang berkaitan seperti KRT (Kawasan Rukun Tetangga), Persatuan Penduduk, Persatuan Kaum dan Persatuan-persatuan Sukarela di setiap komuniti baik di bandar ataupun di kampung akan digembleng bagi mengadakan program-program yang dapat membantu peningkatan perpaduan. Pada tahun 2024…. (YB. Bukit Selambau minta laluan)

Encik Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan Bukit Kayu Hitam. Sedikit soalan berkaitan dengan KRT. Ada beberapa soalan yang saya akan kemukakan. Pertama, berapakah bilangan komuniti rukun tertangga di dalam Negeri Kedah? Yang kedua berkaitan dengan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Perpaduan untuk urusan pembangunan rukun tertangga. Yang ketiga, Kementerian Perpaduan sudah tentu ada kaitan dengan Exco Perpaduan iaitu di antaranya apakah langkah yang diambil oleh Kementerian Perpaduan untuk menggerakkan rukun tertangga sebagai penggerak masyarakat progresif? Sekian.

Speaker

Okay, YB. Bukit Kayu Hitam ada 4 minit untuk menjawab soalan dan juga membuat pergulungan. Kalau tak sempat nak jawab soalan, boleh jawab secara bertulis.

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Okay, terima kasih. Bukit Kayu Hitam nak jawab satu soalan daripada 3 soalan tu. Untuk YB. Bukit Selambau, jumlah KRT di Negeri Kedah sebanyak 512 KRT dan yang lainnya Insyaallah saya akan bagi dalam laporan bertulis. Boleh?

Yang Berhormat Speaker, bagi menjawab pertanyaan bertulis YB. Guar Chempedak berkenaan isteri-isteri yang digantung tidak bertali, tindakan proaktif kerajaan. Untuk pengetahuan YB. Guar Chempedak, kita tidak mempunyai data atau statistik berkenaan isteri-isteri yang digantung tidak bertali kerana Jabatan Agama Islam Negeri Kedah hanya merekodkan statistik nikah, cerai, rujuk dan runding cara sahaja. Runding cara ialah pasangan yang memohon untuk bercerai tetapi belum jatuh talak lagi. Exco Agama adalah pihak yang tepat untuk memberi pencerahan di dalam bab ni ya. Walaupun kita mempunyai statistik kepada golongan ini, tetapi kita ada program-program khas untuk mereka di antaranya seminar undang-undang dan hak wanita dan kita adakan pada setiap tahun. Program ini juga dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri, ya Tuan Syeikh. Bagi menjawab pertanyaan YB. Pengkalan Kundor berkenaan bantuan membaiki rumah yang disediakan oleh JKM atau kerajaan negeri bagi status banjir atau ribut. Untuk pengetahuan YB. Pengkalan Kundor, yang sebenarnya JKM tidak lagi menyediakan bantuan membaiki rumah yang dilanda banjir atau ribut atau bencana alam. Bantuan membaiki rumah yang terlibat dengan bencana alam ini berada di bawah pengurusan Pejabat Daerah, ICU (Jabatan Pembangunan Persekutuan), pihak Zakat dan juga

Baitulmal. Selebihnya nanti saya mohon YAB. Menteri Besar selaku Pengerusi Bencana Negeri dan Kewangan Negeri untuk memberikan jawapan. Boleh?

Speaker

Masa ada 2 minit lagi!

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

YB. Speaker, mengakhiri ucapan saya, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pasukan YAB. Menteri Besar yang telah menjayakan satu bajet yang akan memberi impak yang cukup besar kepada penduduk Negeri Kedah pada tahun 2024. Saya juga selaku ADUN Bukit Kayu Hitam berterima kasih kepada keprihatinan kerajaan negeri kerana menambah, memberi tumpuan penuh kepada Pembangunan Hub Logistik Darat dan Pusat Data di Delapan SBEZ di Bukit Kayu Hitam yang mana ianya turut disebut di dalam Pembentangan Bajet 2024 Negeri Kedah pada tahun ini. Dan diharap, dengan pembangunan ini dapatlah membuka banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan dan menaiktarafkan Bukit Kayu Hitam setanding dengan bandar besar yang lain.

Terima kasih YAB. Menteri Besar kerana memberi kepercayaan kepada saya di dalam menggalas amanah ini. Saya berdoa dan berharap segala perancangan kerajaan negeri untuk tahun 2024 akan mencapai matlamat yang akhirnya akan memberi kebaikan dan manfaat kepada rakyat Negeri Kedah.

Burung kedidi di tepi perigi, Terbang lalu mencari makan, Pengorbanan wanita harus dihargai, Bangkit penuh dengan kekuatan.

Jika tuan mengangkat peti, Jangan lupa masukkan barang, Jikalau kita bersatu hati, Kerja yang susah akan menjadi senang.

Saya mohon menyokong Bajet 2024. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari dan akan disambung pada jam 2.30 petang.

[Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]

[Sidang Dewan pada 29 November 2023 – Hari Keempat Persidangan] Sidang Dewan disambung jam 2.30 petang

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Dewan disambung semula. Silakan!

Dipersilakan pihak kerajaan untuk menggulung perbahasan Bajet 2024. Dipersilakan Yang Berhormat Jitra. Silakan!

Terima kasih YB. Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulilahhirabbil alamin wassola tuwassala mu’ala asyrafil anbiya iwalmursalin sayyidina Muhammad wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Rabbisyrahli sadri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, para pengamal media, seterusnya sidang hadirin yang dirahmati sekalian. Bersyukur kita kepada Allah SWT pada petang yang mulia ini dapat kita bersama dalam usaha kita untuk mengangkat negeri kita, Negeri Kedah ke tahap tertinggi mungkin InsyaAllah dalam sejarah kebangkitan negeri kita Kedah.

Yang Berhormat Speaker, izinkan saya dipermulaan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi saya kesempatan dan ruang untuk menyampaikan ucapan penggulungan sempena Bajet Negeri Kedah Darul Aman 2024 dalam Sidang Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 pada hari ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah untuk penggal ke-2 yang juga di atas ucapan bajet yang disampaikan pada hari Ahad lepas dan kepimpinan beliau yang membolehkan Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan dengan kemenangan besar 33. Ia adalah manifestasi akan satu sosok tubuh yang punya cita-cita besar untuk mengangkat negerinya dan InsyaAllah negaranya dan kita di sini akan bersama-sama untuk memastikan kelangsungan negeri kita dapat kita realisasikan untuk menjadi sebagai sebuah negeri maju, InsyaAllah suatu hari nanti. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat Timbalan Speaker di atas pelantikan sebagai Speaker dan Timbalan Speaker untuk Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang Ke-15 ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sahabat saya di sebelah sana Yang Berhormat Sidam yang dilantik sebagai ketua pembangkang. Semoga kita dapat berbahas di sini untuk pembangunan negeri kita yang kita cintai ini bersama-sama kita membina Kedah yang berjaya. Rakyat Kedah, saya percaya mereka menaruh harapan kepada kita semua untuk di sini menggubal undang-undang dan juga membahaskan perkara-perkara yang kita yakin dan percaya perlu diberi perhatian serius bagi membolehkan negeri kita terus melangkah ke hadapan dengan penuh yakin kerana dibarisi oleh anak-anak Kedah yang punya cita-cita tinggi untuk melihat negerinya maju dan berjaya.

Yang Berhormat Speaker, sesungguhnya dalam Surah Ar-Ra’d pada maksud terdekat ayat ke-11 Allah berfirman, pada maksud terdekatnya. “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu berusaha mengubah nasibnya sendiri”. Di sini la kita seluruh rakyat Negeri Kedah harus bersama dan bersatu memastikan bahawa setiap tenaga yang kita miliki di apa jua peringkat kita baik kita sebagai Yang Berhormat ADUN ataupun kita sebagai pegawai kerajaan yang mana kita menjadi pembuat-pembuat dasar dan melakukan segala perkara berkaitan yang telah diamanahkan kepada kita. Marilah sama-sama kita usahakan memberikan yang terbaik buat negeri kita. Memastikan yang kita beri itu melebihi ekspektasi apa jua mereka di luar sana agar mereka dapat merasakan denyut nadi kebangkitan kita sebagai orang Kedah dalam usaha untuk merealisasikan impian besar negeri kita untuk menjadi “The Greater Kedah”, InsyaAllah.

Bajet 2024 dengan keseluruhan berjumlah RM1.241 billion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan merupakan bajet terpenting untuk kita sama-sama realisasikan setiap sen yang diberikan harus kita usahakan untuk memberi pulangan paling besar buat rakyat negeri kita dan ini adalah satu usaha bersama kita untuk mendukung cita-cita kita untuk menjadikan “The Greater Kedah” itu menjadi impian yang dapat direalisasikan meneruskan kemajuan, menzahirkan impian. Gagasan “The Greater Kedah” yang merujuk kepada cita-cita negeri dan bangsa Kedah untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi baru di negara kita. Benar, hari ini kita berada di kedudukan 3 terbawah, tetapi itu adalah sesuatu yang telah berlaku dan hari ini kita bertanggungjawab setiap kita yang berada di negeri ini dan semua kita di dalam Dewan ini harus berjuang dan memastikan bahawa kita dapat mengangkat ekonomi negeri kita ke tahap yang akan kita banggakan sehingga apabila kita telah tidak lagi berada di Dewan ini kita merasakan kita telah menjadi sebahagian daripada cerita kebangkitan negeri kita dan kita lah yang melakukan, InsyaAllah bersama kita berjuang ke arah itu.

Yang Berhormat Speaker, oleh yang demikian marilah kita susun gerak langkah kita, kita ada perancangan-perancangan kita. Kita ada Pelan Pembangunan Kedah 2035, kita ada Pelan Strategik dan kita ada berbagai inisiatif yang akan dilakukan. Mari kita lakukan dengan penuh kesungguhan ini ke arah the point The Greater Kedah Into Actions. Kita harus lakukan walau apa jua kedudukan kita, sekecil mana pun kita, tapi kita harus memainkan peranan apatah lagi kalau kita mempunyai kedudukan dan kuasa maka kita gunakan lah kedudukan itu untuk memastikan kita melakukan tugasan itu sebaik mungkin bagi membolehkan apa yang dicita-cita menjadi kenyataan InsyaAllah. Izinkan saya Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan Yang Mulia untuk kongsikan akan perkembangan semasa dalam konteks pelaburan di negeri kita ini di mana sektor pembuatan merupakan sektor kedua terbesar yang menyumbang kepada 30.7% komposisi Keluaran Dalam Negeri Kasar dan ini menyumbang dengan catatan nilai sekitar RM15.633 billion. Ini adalah satu indikator kepada kita bahawa kita perlu berusaha lebih keras lagi, kita perlu melakukan sesuatu, kita perlu melakukan revolusi minda, kita kena berubah cara kerja, kita perlu sama-sama memastikan kita meningkatkan produktiviti kita. InsyaAllah, kalau kita tingkatkan produktiviti kita, saya yakin negeri kita akan melangkah dengan lebih jauh lagi dan ini saya yakin dapat dilakukan dengan komitmen kita semua sebagai Yang Berhormat, sebagai ADUN dan juga sebagai kakitangan kerajaan malahan industri juga. Marilah kita sama-sama realisasikan.

Hari ini KDNK Negeri Kedah berjumlah RM50.8 billion dan jumlah ini kalau kita tingkatkan ‘ten percent’ sahaja Yang Berhormat Speaker, kita akan merekodkan kepada RM50.5 billion. Jadi ini jumlah yang harus setiap tahun kita tingkatkan. Kalau kita setiap tahun meningkatkan sekitar 5% ataupun 10%, ia akan menjadi lonjakan yang cukup besar

dalam tempoh 10 tahun, kita boleh mempunyai KDNK bernilai sekitar 100 billion dan ini tidak mustahil untuk kita lakukan dan ini lah tanggungjawab kita untuk melakukannya. Bukan orang lain yang datang dan melakukannya untuk negeri kita, kita lah, kita lah di Negeri Kedah ini yang harus melakukannya dan ini tidak mustahil selagi kita berusaha untuk mencapainya, InsyaAllah.

Yang Berhormat Speaker, izinkan saya juga menyatakan di sini, kalau dari segi KDNK per kapita, jelas statistik menunjukkan bahawa kita berada di kedudukan ketiga terbawah dengan pendapatan dengan KDNK per kapita RM25,967. Kita di atas Perlis dan Kelantan dan kita berusaha untuk memastikan KDNK per kapita ini dalam tempoh 5 tahun akan datang akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi dan InsyaAllah mungkin dalam 10 tahun akan datang kita akan berada di kelompok 10 terbaik di negara kita atau lebih baik daripada kedudukan itu, InsyaAllah. Sasaran kita di bawah agenda “The Greater Kedah”, YB. Speaker dan semua sahabat-sahabat di dalam Dewan yang mulia ini, perkataan “The Greater Kedah” (dengan izin) adalah ‘superlative word’. Satu perkataan yang terlalu besar yang orang akan tanya apakah itu “Greater Kedah” dan “Greater Kedah” ini perlu boleh diukur dan perlu boleh diterjemahkan dengan benda yang masyarakat faham. Sebab itu kedudukan ekonomi kita, income per kapita kita, nilai perlaburan yang dibawa masuk, nilai eksport kita, nilai import kita dan semua berkaitan itu harus menjadi gerak kerja kita hari ini termasuklah prasarana kita dan seumpamanya haruslah dapat diterjemahkan dalam konteks atau kerangka yang boleh masyarakat nilai. Kalau tidak, kenyataan ini, impian ini hanyalah semata-mata retorik politik dan kita yakin percaya ia bukan retorik politik, ini adalah satu wawasan besar yang dibawa oleh Menteri Besar kita bersama kita merealisasikannya, InsyaAllah.

Yang Berhormat Speaker dan semua, kita tahu sektor pembuatan adalah satu-satunya sektor yang bertumbuh secara positif hatta ketika mana ketika Covid-19 melanda negara. Izinkan saya untuk membawa Yang Berhormat Speaker dan semua di Dewan ini, hari ini kita memperuntukkan tanah seluas 110,000 hektar yang mana cukup luas, 110,000 hektar dan tanah ini pada dasarnya ada kadar-kadar cukai yang kita kutip setiap tahun dan hari ini saya rumuskan iaitu kadarnya sekitar 80 sen semester. Bayangkan dengan kadar 80 sen semeter ini dengan jumlah keluasan 110,000 hektar kita hanya boleh lebih kurang, lebih kurang mungkin mendapat ‘collection’ sekitar RM1.65 juta. Satu jumlah yang kecil daripada keluasan tanah yang begitu luas. Tetapi sekiranya tanah ini sebahagiannya, kalau kita peruntukkan untuk tanah perindustrian, katakanlah kita ambil sekitar 10% sahaja iaitu 11,000 hektar dengan kadarnya 80 sen, ya mintak maaf yang tadi adalah 15 ringgit per hektar, mintak maaf ya. 15 ringgit per hektar untuk tanah pertanian, 15 ringgit per hektar bukan per meter. 15 ringgit per hektar kali dengan 110,000 hektar, kita akan dapat RM1.65 juta. Tapi kalau tanah itu adalah tanah industry, kadarnya

saya ambil contoh 80 sen semeter bukan hektar lagi semeter. Kalau dengan 11,000 hektar tanah Perindustrian, kita boleh menjana pendapatan dengan cukai sebanyak RM88 juta. Bayangkan kalau kita ada sekitar 22,000 hektar tanah perindustrian, maka saya yakin dan percaya hasil negeri akan bertambah berlipat ganda sekitar RM180 juta. Ini adalah sumber pendapatan yang harus kita usahakan, yang harus kita lihat bagaimana pendapatan negeri dapat ditingkatkan dengan pendekatan dari aspek tanah yang sama tetapi kita usahakan untuk mempunyai pulangan hasil cukai yang lebih baik.

Kita tahu hari ini kita bertanggungjawab menjadi ‘rice bowl’ (dengan izin) negara kita, tetapi di masa yang sama kita juga harus melihat bagaimana dengan tanah ini juga kita boleh menjana pendapatan buat negeri dan negara dengan kata lain tanah-tanah ini perlu ditingkat produktivitinya, mungkin tanah itu tidak sampai 110,000 hektar untuk pertanian, mungkin kita boleh turunkan kadarnya tetapi ‘yield’nya tetapi hasilnya, produktivitinya sama dengan keluasan tanah 110,000 hektar hari ini. Ini boleh dilakukan dengan kita menggunakan teknologi dan kaedah-kaedah dan segala sokongan yang perlu kita usahakan bersama. Jadi dengan kata lain Yang Berhomat Speaker, kita perlu melihat secara strategik bagaimana tanah-tanah yang kita miliki hari ini dapat kita manfaatkan sebaiknya dan kita harap tidak terperangkap semata-mata kerana kita adalah ‘rice bowl for the country’ (dengan izin) maka kita ikat tangan dan kaki kita untuk melihat ke depan dan bersama dengan negeri-negeri lain yang ada malah negara jiran kita untuk tidak meletakkan diri kita sebagai sebuah negeri industri. Pendekatan yang boleh kita usahakan dan kita sedang meneliti pendekatan ini dan akan melaksanakannya ialah bagaimana tanah-tanah pertanian itu dapat ditingkatkan hasilnya kepada 10 ‘percent’ 20 ‘percent’ malahan ‘fivety percent’ penggunaan tanah secara maksimum ini akan mendatangkan pulangan yang besar buat negeri dan negara kita.

Yang Berhormat Speaker, kalau kita masuk daripada Selatan Kedah, daripada Kulim - Bandar Baharu sampai lah ke Bukit Kayu Hitam. Kita lihat sepanjang exit masuk ke negeri kita, mungkin ada 7, 8 exit, di manakah 1 exit yang kita nampak apabila daripada lebuhraya itu kita nampak 1 ‘recidential area’, kita nampak 1 ‘komersial area’ di setiap exit kita. Kita tidak nampak ini semua, sedangkan tanah-tanah itu di tepi lebuh raya yang punya nilai yang cukup strategik tapi tidak kita manfaatkan untuk membuatkan tarikan baru. Kalau kita pergi Pulau Pinang, kita boleh lihat bagaimana autocity, 10 tahun dahulu, 15 tahun dahulu hanya beberapa bangunan sahaja. Tetapi hari ini autocity di Pulau Pinang telah menjadi satu ‘benchmark’, satu bandar baru yang mana dia telah membangunkan bandar baru di sepanjang lebuh raya itu. Jadi apa yang ingin saya sampaikan di sini, tanah-tanah kita harus dilihat dari sudut strategik bagi membolehkan nilai tambah dapat dibangunkan bagi membolehkan kita terus ‘competitive’ dan menarik mereka yang lalu di negeri kita untuk singgah di pusat-pusat komersial ini yang harus kita

bangunkan bersama dan InsyaAllah, saya sebagai Exco Perlaburan akan usahakan sebaik mungkin di bawah kepimpinan Menteri Besar kita untuk menarik pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur dalam pembangunan bandar-bandar baru ataupun ‘infrastructure’ ini, InsyaAllah.

Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menyatakan di sini, sesungguhnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kesudian ataupun kerajaan negeri yang telah memperuntukkan bajet sebanyak RM3 juta buat Invest Kedah Berhad. Satu jumlah yang mana meningkat 500% daripada tahun lalu atau tahun ini bajet 2022 kita hanya memperoleh RM500,000. Walaupun dengan RM500,000 Yang Berhormat, kita telah berjaya membawa masuk RM14.6 billion pelaburan ke negeri kita Kedah dengan sokongan daripada MIDA dan semua agensi yang terlibat, untuk saya nyatakan satu persatu terlalu panjang. Jutaan terima kasih ingin saya nyatakan di Dewan ini. Sumbangan semua agensi kerajaan, Kulim Hi-Tech, KTPC dan juga Majlis Pembandaran Kulim Hi-Tech dan semua agensi Pejabat Tanah dan semuanya. Izinkan saya nyatakan di sini, kalian adalah insan-insan hebat lagi luar biasa yang telah didatangkan oleh Allah untuk negeri ini maka teruslah berjuang sahabat semua bagi membolehkan kita terus membangunkan negeri kita bukan hanya berlaku di Kulim tapi di seluruh pelusuk Negeri Kedah ini boleh kita bangunkan, InsyaAllah.

YB. Speaker, YB. ADUN semua yang saya hormati, jadi dengan kata lain usaha kita akan terus kita gembleng di mana kalau kita lihat hari ini di Kulim Hi-Tech itu, di KTPC itu, Kulim Hi-Tech Park itu, hari ini telah berjaya mencipta 34,000 peluang pekerjaan daripada 43 industrial tenants, 74 supporting tenants dengan kata lain sekitar 112,100 lebih sedikit dengan total pelaburan iaitu sebanyak RM134.1 billion. Ini adalah satu jumlah yang besar, di mana kita boleh lihat ‘spillover’ dari Pulau Pinang telah mula masuk ke negeri kita Kedah dan kita harus berusaha sedaya mungkin, semua PBT dan juga mungkin agensi-agensi, berlajarlah dari Kulim, berlajarlah bagaimana Kulim telah memanifestasikan satu perkara yang mungkin ‘impossible’ (dengan izin) tetapi sebenarnya tidak mustahil sekiranya kita susun atur. Hari ini, kita lihat bagaimana KTPC telah dipanggil oleh Kerajaan Negeri Terengganu, malahan Kerajaan Pusat telah minta KTPC untuk membantu pembangunan satu lagi Hi-Tech Park di Kerian, Perak dan ini adalah satu gambaran jelas bahawa model kita telah berjaya dan KTPC ini telah menjadi ‘benchmark’ dan kita harus mengambil kesempatan ini agar kepakaran kita, kebolehan kita, tidak mengalir keluar begitu saja tanpa kita membangunkan daerah-daerah lain untuk memastikan apa yang ada di KTPC itu tidak hanya di KTPC di Kulim sahaja, tetapi di seluruh pelusuk daerah negeri kita untuk itu kita akan usahakan kita akan bangunkan dan hari ini sedang meneliti kemungkinan untuk membangunkan apa yang kita panggil “The Greater KTPC”, InsyaAllah iaitu dia akan membantu ‘industrial zone’ lain bagi

membolehkan pelaburan dibawa masuk ke negeri kita. Tidak hanya berfikir untuk bawa ke Kulim, mungkin bawa ke mana, ke Bukit Kayu Hitam, ke KRC di Padang Terap, ke SBEZ dan ke semua peringkat ataupun ‘industrial zone’ dan kita mahu kepakaran KTPC ini terus menjadi kekuatan buat negeri kita.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan yang saya hormati, jadi dengan kata lain kita akan terus membangunkan dan menggerakkan usaha bagi membolehkan pemain-pemain industri di negeri kita merasakan kerajaan negeri memberi komitmen yang luar biasa dan antara usaha-usaha yang kita akan lakukan iaitu kita akan mengadakan “Program Kedah Industry Awards 2024”. Kita ingin memberi ‘recognition’ kepada pemain-pemain industri di luar sana agar mereka dapat merasakan bahawa kita telah berjaya untuk menzahirkan komitmen negeri kita dalam usaha bersama kita untuk memastikan kelangsungan pelaburan di negeri kita Kedah ini. Penghargaan dan anugerah ini akan kita berikan dalam pelbagai aspek seperti Environmental Social Corporate Governance, Corporate Social Responsibility dan komitmen kepada Sustainable Development Goals. Yang Berhormat Speaker, kita juga akan mengadakan program yang dipanggil Kedah Business Investment Summit, yang mana kita akan membawa para pelabur daripada luar negara untuk bersama kita melihat peluang-peluang pelaburan yang ada di negeri kita sepertimana yang dilakukan oleh negeri-negeri lain. Jadi, dengan kata lain ini adalah antara usaha-usaha yang kita akan lakukan bersama.

Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menyatakan di sini, iaitu kita akan membangunkan Industrial Park Management Comitee yang mana ini akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membolehkan industrial park-industrial park yang kita miliki ini dapat kita bangunkan sebaik mungkin. Dan kita berusaha untuk menjadikan KTPC, ‘The Greater KTPC‘ itu adalah pemangkin kepada usaha untuk memastikan ‘industrial zone-industrial zone’ yang kita akan bangunkan itu berada dalam kerangka yang cukup baik, dalam keadaan tersusun dan teratur dengan kerjasama dengan IPMC ini. Jadi, saya berharap agar semua agensi teknikal seperti PBT, PDRM, JKR, JAS, TM, SADA dan lain-lain dapat memberikan komitmen terbaik bagi membolehkan kita merealisasikan impian kita untuk menjadi sebuah negara maju dan ‘The Greater Kedah’ itu dapat direalisasikan.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli Mesyuarat yang saya kasihi, izinkan saya juga menyentuhkan di sini bahawa kita akan memastikan projek-projek berimpak tinggi itu akan dapat kita realisasikan sebaik mungkin seperti yang telah saya di awal pagi tadi berkaitan dengan Kedah Rubber City. Ini akan kita usahakan dan bangunkan, kita akan bawa KTPC dalam konteks bagaimana mereka boleh membantu pembanguna KRC ini menjadi sehebat pembangunan di Kulim Hi-Tech itu dan InsyaAllah, kita akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang ada di KRC, agensi-agensi yang ada di SBEZ,

agensi-agensi yang ada di DELAPAN dan ini semua dapat dilakukan dengan hanya sekiranya kita semua berjiwa besar dan sanggup untuk mengenepikan perbezaan kecil kita dan bersatu untuk memastikan impian besar kita, ‘The Greater Kedah’ kita dapat kita realisasikan bersama.

Yang Berhormat Speaker, izinkan pula saya untuk pergi kepada portfolio saya yang kedua iaitu berkaitan dengan Pengajian Tinggi. Kita tahu UniSHAMS adalah sebuah universiti yang kita…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Tokai bangun, nak bagi laluan ya?

Minum air dulu, minum air sekejap. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih YB. Jitra. Jitra sebut KHTP la apa Bukit Kayu Hitam la, Kuala Muda, Gurun la, Padang Terap la. Pendang adalah dikategorikan sebagai “Daerah Usahawan” ya DO, Tuan DO. Maknanya jangan lupa ya, itu kena bawa juga tu. Kalau tak bawa ke situ, kami akan ‘cancel’ sebagai “Daerah Usahawan”, ya Jitra? Pohon kepada YB. Jitra, tengok-tengok teropong-teropong Pendang sama la. Okay, terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih, silakan Jitra. Cuma nak ingatkan ada 7 minit lagi untuk ‘landing’ Yang Berhormat Jitra, silakan!

Terima kasih YB. Tokai. Benar, InsyaAllah kita akan usahakan dan kita akan bawa ke setiap daerah. Tidak akan kita tinggalkan mana-mana daerah kerana semata-mata mereka berada jauh di pedalaman. Akan kita upayakan, akan kita bimbing dan usahakan bersama. Saya ingin mengharapkan semua Pegawai-pegawai Daerah kita, semua Pegawai-pegawai Yang Di-pertua kita dan semua kita. Di sini baik agensi kerajaan mahupun negeri mahupun Pusat berganding bahu lah. Hari ini adalah hari dan masa kita

untuk merealisasikan satu impian yang telah lama dipasang oleh pemimpin-pemimpin kita sebelum ini dan inilah peluang terbaik kita. Bukan kerana kita lebih bagus, tetapi kerana kita punya masa dan inilah masa kita dan ia akan menjadi satu penyesalan buat kita jika kita tidak mengambil kesempatan ini. InsyaAllah, ‘The Greater Kedah within reach’ (dengan izin).

Berkaitan dengan isu UniSHAMS ini Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan, peruntukan yang diberikan kepada UniSHAMS ini adalah sebanyak RM7 juta untuk tahun 2024. Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan negeri di atas kesudian. Namun demikian, kita akan usahakan dalam satu sudut selalu kita lihat ringgit ini adalah sebagai penentu kepada segala komitmen. Tetapi saya yakin dan percaya, banyak inisatif-inisiatif yang boleh dibangunkan dan diusahakan untuk membolehkan kita mengupayakan UniSHAMS. Kita tidak mahu UniSHAMS menjadi sebahagian daripada cerita lesunya sebuah Institusi Pengajian Tinggi ketika mana industri masuk ke negeri kita. Di Kulim sampai ke Kuala Ketil, kita lihat semua pelaburan banyak billion ringgit, tetapi kita masih merasakan program-program pendidikan kita UniSHAMS tidak mampu untuk menjadi penyumbang kepada pembangunan industri ini. Jadi ini adalah satu kerugian. Jadi kerajaan meneliti untuk mengambil pendekatan-pendekatan yang baik dan komprehensif bagi membolehkan UniSHAMS relevan dengan penuh program-program ijazahnya, program diplomanya dan sijilnya dengan usaha dan kerjasama kita dengan KISMEC dan KTechno dan semuanya.

Saya yakin, usaha ini akan membawa kepada aspirasi besar kita untuk melihat ‘Cordoba of Kedah’ itu dapat direalisasikan dan ini adalah suatu usaha yang mana boleh kita manifestasikan melalui komitmen UniSHAMS, komitmen semua Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang di bawah penguasaan negeri kita dan juga kerjasama strategik dengan IPT, IPTS dan IPTA yang ada di negeri kita dan di seluruh negara. Saya harap, Kerajaan Pusat akan berlapang dada untuk membuka laluan seluas-luasnya bagi Institusi Pengajian Tinggi Negeri mahupun Institusi Negeri bekerjasama dengan agensi Institusi Pusat bagi membolehkan masa depan anak bangsa kita, masa depan apa yang kita impikan bersama dapat direalisasikan dan ketepikan politik sempit kita, perbezaan-perbezaan kecil yang remeh dan menjadi bahan ketawa kepada mereka yang melihat kita seperti kebudak-budakan apabila kita bercakap tentang membina negara bangsa. Kerajaan Negeri Kedah, saya yakin dan percaya akan melakukan yang terbaik bagi membolehkan aspirasi besar pembentukan sebuah negara bangsa yang maju, yang bertamadun, yang hebat dan berjaya dapat kita realisasikan, InsyaAllah.

Speaker

3 minit lagi YB. Jitra!

Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menyatakan di sini, atas usaha kita untuk memastikan kelangsungan negeri kita agar menjadi kebanggaan kita apabila kita telah tidak lagi berada di sini atau kita telah tua dan tidak berdaya. Kita akan mempersiapkan program yang dipanggil “Program Kedah Future Leaders”, di mana kita akan latih anak-anak Ngeri Kedah untuk mendapat pendidikan terbaik dan akan mendapat bimbingan terbaik daripada industri dan juga agensi-agensi yang berprestasi tinggi bagi membolehkan mereka dipersiapkan untuk 20 tahun akan datang, 30 tahun akan datang. Yang ini akan kita lakukan dan program ini akan kita usahakan dan realisasikan. Ini akan membolehkan Kedah terus dipimpin oleh anak bangsanya, anak negerinya yang mempunyai wawasan yang jauh yang telah dibimbing oleh orang-orang yang hebat pada zaman ini untuk persiapan mereka di zaman akan datang.

Encik Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Belantek ingin mencelah!

Speaker

Silakan!

Encik Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Terima kasih kepada YB. Jitra dan terima kasih kepada YB. Tuan Speaker. Saya ingin merujuk kepada KDNK yang disebut oleh Yang Berhormat Jitra tadi, kita tengok di sini anggaran KDNK daerah yang pendalaman, Daerah Sik sendiri, KDNK Daerah Sik RM1,580 juta dan sumbangan nilai tambah Daerah Sik ke KDNK Negeri Kedah hanya 3.4%, Yang Berhormat Jitra, 3.4%. Dan KDNK Daerah Sik mengikut sektor utama pertanian RM284 juta (18%), pembuatan RM110 juta (7%), komersial RM1,011 juta (64%) dan lain-lain RM175 juta (11%). Kita nak tengok adanya keseimbangan antara daerah-daerah di Negeri Kedah ini Yang Berhormat, supaya kami khususnya di kawasan luar bandar dapat juga sama-sama seiring untuk membantu Negeri Kedah meningkatkan KDNK. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Belantek. Silakan!

YB. Speaker Yang Budiman, nampaknya tajuk ini amat…

Speaker

1 minit!

Amat diminati, ini tentang masa depan. Saya mohon sedikit masa agar kita dapat memberi gambaran yang kepada semua yang mendengar bagi membolehkan negeri ini terus melangkah dengan jaya. Bagi saya berapa minit saja, 3 minit!

Speaker

2 minit! 2 minit YB.

YB. Belantek, yang saya hormati.

Speaker

Okay, YB. Sungai Limau dah bagi. 3 minit, diterima 3 minit!

Terima kasih sahabat saya YB. Sungai Limau. Sikit saja, sikit saja, dah nak ‘landing’ dah sebenarnya, takut ‘rough landing’. ‘Rough landing’ pun tak bagus juga. YB. Belantek, benar kita akan usahakan agar apa yang dinyatakan dan dizahirkan KDNK per kapita atau sumbangan dari konteks daerah dapat kita seimbangkan atau diangkat. Di sini lah perlunya komitmen, kita tidak mahu terus melebarkan jurang di antara bandar dan luar bandar. Sebenarnya kita punya segala yang ada, aset kita, tanah kita adalah aset kita dan rakyat kita adalah aset kita. Kita hanya perlu mengupayakan rakyat kita agar mereka

kalau semua kita, rakyat kita menambah produktivitinya 10 %, ‘income’nya akan naik pada dasarnya 10%, kalau 20%, 20% pendapatannya akan naik. Jadi ini akan kita gerakkan, kita jadikan ini agenda strategik untuk membolehkan, dapat kita realisasikan impian mengangkat ekonomi seluruh Negeri Kedah ini ke tahap tertinggi.

Izinkan saya untuk pergi kepada Sains Teknologi dan Inovation. Yang Berhormat Speaker, dalam konteks ini sebelum itu, kita juga akan membangunkan Kedah Tech Apprenticeship Programme untuk anak-anak kita dalam konteks boleh pergi Kedah Future Leaders. Kita akan bimbing mereka ke arah ‘technological or technical‘ dipanggil Kedah Tech Apprenticeship Programme. Yang ini kita akan bangunkan mereka untuk punya kemahiran, skill-skill tertentu untuk bekerja di sektor Perindustrian. Seperti yang kita tahu YB. Speaker, kita tahu hari ini Kulim Hi-Tech menawarkan peluang pekerjaan 34,000 kepada rakyat Negeri Kedah dan sekitarnya. Dan pada tahun 2025, 17,000 lagi peluang pekerjaan akan dicipta apabila kilang-kilang besar ini akan memulakan operasinya. 17,000 ini harus diisi oleh anak-anak Kedah. Adalah sesuatu yang malang buat kita apabila kilang sebesar itu dengan penawaran peluang pekerjaan sebanyak itu tidak dimanfaatkan dan ini kerajaan negeri telah melihat dan kita akan susun gerak kerja kita dan kita akan laksanakan program-program berkaitan bagi membolehkan mereka diserap masuk dan menjadi sebahagian daripada tunjang kepada syarikat-syarikat ini dalam konteks ‘workforce’ (dengan izin) yang bekerja di sana.

Yang Berhormat Speaker, sedikit sahaja lagi daripada saya, dalam Science Technology and Innovation, kita akan meneliti kembali. Hari ini kita bercerita tentang untuk menjadikan negeri kita negeri maju, kita bercakap tentang Smart City, kita mungkin nak bercakap tentang Smart Village, kita nak cakap semua tentang yang ‘sophisticated’ (dengan izin). Tetapi saya melihat, ada satu kelompangan dan ini akan diteliti dan dikaji dan diperhalusi untuk bekerjasama dengan sahabat-sahabat Exco yang lain bagi membolehkan kita, kita mempunyai entiti bernama Kedah Digital Center yang sepatutnya menjadi enjin dan ini akan kita perkasa dan teliti untuk membolehkan Kedah Digital Center menjadi pemacu kepada usaha pembangunan Smart City dan sebagainya dengan kerjasama strategik MBAS dan agensi-agensi lain. Begitu juga dalam bidang Sains dan Teknologi di mana kita ada Kedah Bioscience. Kita akan meneliti peranan Kedah Bioscience ini dan kita akan perkasakan dia agar kita boleh memanfaatkan perkembangan terkini dalam bidang sains khususnya dalam pertanian bagi usaha Bersama kita untuk meningkatkan pendapatan para petani kita.

Saya telah sampai ke penghujungnya Yang Berhormat Speaker. Saya ingin mengambil kesempatan ini pada dasarnya untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengundi di DUN Jitra yang memberikan saya ruang dan peluang dan keizinan

untuk saya menabur bakti dan memberi khidmat kepada mereka semua. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga Jitra. Tidak berdiri saya di sini tanpa izin mereka, tanpa izin Allah SWT jua. Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah kita, dunia politik. Sedikit pengalaman ketika di Universiti dulu akan saya curahkan segalanya untuk negeri ini tanda kasih dan sayang saya kepada negeri ini tidak berbelah bagi. Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang telah memberi kepercayaan kepada saya, seorang baharu sebenarnya dalam dunia politik. Sedikit pengalaman ketika di universiti dulu akan saya curahkan segalanya untuk negeri ini, tanda kasih dan sayang saya kepada negeri ini tidak berbelah bahagi. InsyaAllah, bersama lah kita Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli Dewan ini, kita usahakan lah yang terbaik untuk negeri kita. Walau apa pun cerita daripada mereka tentang kita, kita lah penjaga negeri kita. Kita lah ‘the custodian, kita lah the custodian’, penjaga negeri kita. InsyaAllah, kita bangunkan bersama negeri kita dan kita majukan ia ke tahap tertinggi sehingga terpahat dalam sejarah negeri dan bangsa bahawa kita adalah generasi terbaik yang pernah dilahirkan di Negeri Kedah ini. Dengan itu, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Jitra. Dipersilakan YB. Sungai Limau!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulilahhirabbil ‘alamin wabihinasta’in wassolatu wassala muala asyrafil anbiya iwalmursalin wa’ala alihi wasohbihi ajama’in.’Ammabaq. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan peringkat Persekutuan dan juga di peringkat negeri, pengamal media, tuan-tuan, puan-puan, sidang hadirin yang dikasihi sekalian.

Alhamdulilah, kesempatan yang ada untuk penggulungan pada petang ini, InsyaAllah saya akan cuba untuk menggulungkan portfolio ada 4. Portfolio yang diberikan amanah dan tanggungjawab setakat mana yang dan, pasai hat sebelah pagi ni depa ‘enjoy’ panjang nah, sebelah petang ni tinggai singkat. Insyaallah, kita akan cuba penuhi masa yang telah pun diperuntukkan oleh Yang Berhormat Speaker. Sabda baginda Rasullullah SAW:

سَيأتي على النا س سَنَوَا ت خَدَّاعَا ت ، ي َّصَد ق فيها الكَا ذ ب ، و ي َّكَذ ب فيها الصَّا د ق و ي َؤْتَم ن فيها الخَائ ن ، وَي َّخَو ن فيها َاۡل مي ن ، ْويَن ط ق فيها َالر و يب ضَة . قيل : وما الر وَيْب ضَة ؟ قال : الرج ل التَّافَه ، َّيتكل م في ْأَم ر َّالعَام ة

Daripada Abu Hurairah baginda Rasullullah SAW telah bersabda yang maksudnya; “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya. Kata-kata mereka yang berdusta dibenarkan dan dipercayai dan yang didustakan percakapan orang-orang yang benar, diberikan amanah kepada pengkhianat dan orang-orang yang amanah dituduh sebagai pengkhianat. Kemudian akan berkatalah golongan roibidoh, baginda ditanya, “siapakah golongan roibidoh”? Maka Nabi SAW menjawab, “orang-orang yang bodoh lagi fasik berbicara dan mereka menguruskan perkara-perkara yang umum dan besar”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, marilah kita sama-sama daripada hadis baginda Rasullullah SAW ini supaya kita yang berada di akhir zaman sentiasa menjadikan panduan daripada peringatan baginda Rasullullah supaya kita tidak tergolong di kalangan mereka yang ditipu oleh mereka yang melakukan pengkhianatan. Pertamanya marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk kita berkumpul menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Ke-15 pada petang ini untuk membawa amanah dan tanggungjawab yang diberikan mandat oleh rakyat dan ia juga merupakan amanah daripada Allah SWT kita yang menjadi khalifatullah di atas muka bumi ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum itu izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk menggulung perbahasan pada hari ini terutamanya mengenai Portfolio Pendidikan, Agama, Komunikasi dan juga Penerangan. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri atas Pembentangan Bajet 2024 pada hari Ahad yang lepas yang mencakupi keseluruhan keperluan rakyat untuk kita melangkah kepada negeri “The Greater Kedah” yang kita impikan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam ucapan pergulungan pada hari ini saya ingin mengajak kepada semua Ahli Yang Berhormat dan sidang hadirin sekalian untuk sama-sama kita melihat saudara seIslam kita yang berada di Palestin. Ia disebut oleh ramai orang, ia juga disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Pembentangan Bajet baru-baru ini.

Dan kita rakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Kedah yang telah pun bersolidariti sama ada dalam himpunan yang diadakan pada 12 November yang lalu di perkarangan stadium Darul Aman ataupun solidariti sumbangan derma yang kita

kumpulkan melalui masjid-masjid, melalui NGO, melalui program-program himpunan yang diadakan dan Alhamdulilah, setakat hari ini Kedah, kita telah mencecah RM2 juta untuk kita sampaikan kepada saudara seIslam kita di Palestin. Juga sumbangan daripada jabatan-jabatan kerajaan, Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC), NGO dan juga khususnya kepada masjid-masjid di Negeri Kedah. Kita telah mengumpulkan lebih daripada RM700 ribu melalui masjid-masjid dan disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk kita kumpulkan dan pastikan sumbangan kita itu benar-benar sampai untuk saudara seIslam kita dizalimi di Bumi Palestin. Kalau kita ambil kesempatan yang ada mungkin, kalau boleh diizinkan esok dalam Ucapan Usul Tambahan untuk turut serta supaya perbahasan kita tentang pembelaan kepada saudara seIslam kita di Palestin dapat kita panjangkan.

Tanam pinang rapat-rapat, Agar puyuh tak dapat lari, Penggulungan petang kita buat cepat, Pasai nak beri peluang Merbau Pulas dan juga Jeneri.

Speaker

Hebat! Hebat!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi Portfolio Pendidikan, terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pemberian bajet keseluruhan untuk pendidikan bagi tahun 2024 berjumlah RM81.9 juta. Peruntukan kepada Institusi Pendidkan Islam diteruskan seperti Lembaga Maktab Mahmud RM28 juta, UniSHAMS RM7 juta, IQDAR (Institut Al Quran Darul Aman) RM2 juta, operasi bantuan sekolah-sekolah Agama Rakyat daripada RM1 juta ditingkatkan kepada RM1.5 juta dan juga untuk pembaikan MTSD (Maahad Tahfiz Sains Darul Aman), tahun depan dijangka siap asrama yang perlu pembayaran RM15 juta dan semua bajet yang telah pun diberikan itu akan membantu untuk kita mempertingkatkan khususnya tahap pendidikan terbaik khususnya sekolah-sekolah, institusi pendidikan termasuklah institusi pendidikan agama di Negeri Kedah Darul Aman. Kita juga rakamkan ucapan terima kasih kepada jabatan-jabatan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan juga Jabatan Bomba yang berusaha untuk memastikan sekolah-sekolah agama yang masih lagi belum didaftarkan dan proses pendaftaran secara berterusan dapat kita laksanakan. Ada juga bantuan untuk kita berikan kepada KAFA, Tadika Islam, bantuan iBAKIPT yang kita sebut.

Alhamdulilah tahun 2021, RM1,500 lebih, tahun 2023 ini, setakat bulan November ini telah pun melebihi RM2,500, kita sampaikan sumbangan iBAKIPT kepada anak-anak Kedah yang berjaya sambung ke IPT tanpa kita mengira bangsa apa, warna kulit apa, ataupun penyokong mana-mana parti politik, yang layak kita sampaikan.

Dalam Sidang Dewan kali ini juga kita seringkali dengar berkaitan Tabung Tunku Mahmud. Alhamdulilah, Tabung Tunku Mahmud ini yang merupakan sepertimana disebutkan cetusan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan disambung kembali oleh Yang Amat Berhormat daripada Jeneri untuk kita berikan sumbangan tambahan khususnya kepada pelajar-pelajar miskin, anak-anak yatim yang miskin yang cemerlang, mampu untuk mereka masuk berdaftar di IPT yang telah pun mereka beroleh surat tawaran. Ada di kalangan kita, kita yakin bertemu dengan anak-anak kita yang miskin tapi tak mampu untuk sambung pengajian kerana kemiskinan untuk nak kumpul 1,000, 2,000 dalam tempoh 2 minggu ataupun 1 bulan. Tapi Alhamdulilah kita yakin, dengan Tabung Tengku Mahmud ini ada jalan keluar kepada pelajar-pelajar miskin dan yatim untuk mengubah nasib keluarga mereka.

Jadi, saya mengajak kepada kita semua Ahli-ahli Dewan di tempat kita masing-masing, tempat duduk ada dibekalkan dengan QR Code yang semua kita boleh ‘bank in’ secara mudah kepada tabung ini dan InsyaAllah, kita yakin sumbangan kita pasti dapat memberikan kebaikan bukan hanya untuk anak-anak pelajar yang menerima bantuan, bahkan juga sebagai bekalan akhirat kita bersama. Dan saya difahamkan, sumbangan yang dibuka ini bukan hanya untuk perseorangan, termasuk juga daripada mana-mana institusi, syarikat GLC, swasta, NGO dan sebagainya supaya kita dapat kumpulkan sebanyak mungkin untuk kita jadikan sebagai tabungan untuk melepaskan anak-anak kita daripada belenggu kemiskinan, InsyaAllah dan dia juga akan dipotong cukai LHDN. Jadi, pegawai-pegawai yang ada kita yakin semua untuk kita sama-sama turut menyumbang dalam Tabung Tengku Mahmud ini.

Seterusnya, saya ingin menjelaskan apa yang telah pun dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan pendidikan. Pertamanya daripada Tanjung Dawai, cadangan untuk penambahan MTSD (Maahad Tafiz Sains Darul Aman). Untuk makluman YB. Tanjung Dawai, Alhamdulilah setakat hari ini di peringkat Maktab Mahmud kita telah pun mempunyai 13 buah sekolah dan salah satunya merupakan Maahad Tahfiz Darul Aman yang mengguna sepenuhnya kurikulum kebangsaan, kurikulum standard sekolah menengah dan komponen kurikulum bersepadu tahfiz dan untuk jangka masa setakat hari ini, kerajaan negeri telah pun menambah bangunan pentadbiran, kelas dan juga asrama bagi membolehkan kalau sebelum ini kita hanya menerima 50 orang, InsyaAllah bila bangunan tersebut siap tahun depan pada sesi 2025, pelajar baru yang

boleh diterima belajar di MTSD untuk tingkatan 1 akan menjadi 100 orang, InsyaAllah. Pihak kerajaan negeri juga menyambut baik sebarang cadangan untuk menambah baik ekosistem pendidikan Lembaga Maktab Mahmud dan InsyaAllah, kita yakin hari ini Maktab Mahmud telah pun menjadi sebuah institusi yang boleh kita banggakan dengan melahirkan ramai pelajar-pelajar cemerlang yang merupakan bakal ulama, bakal kepimpinan negeri dan negara pada masa yang akan datang.

Seterusnya, penjelasan tentang perkara yang dibangkitkan oleh Bandar Baharu, Maktab Mahmud Bandar Baharu. Saya difahamkan ia terletak di kawasan lembah, memang kawasan rendah, banjir kilat bermula tahun 2008 dan beberapa usaha telah pun dilaksanakan untuk menaik taraf sistem perparitan di kawasan sekolah, masalah banjir kilat hanya berlaku beberapa kali sahaja. Kalau sebelum ni kerap, bila kita dah usaha untuk naik taraf sistem peparitan, kawasan sekolah tu mengalami banjir kilat beberapa kali dalam tempoh setahun dan InsyaAllah, masalah ini akan kita bincang lagi dengan jabatan-jabatan, agensi khususnya JPS, pejabat daerah bagi kita mengatasi masalah yang telah pun dibangkitkan ini, InsyaAllah. Dari sudut pembangunan, di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) walaupun Maktab Mahmud tapi dia SABK di peringkat kementerian, tahun 2023 telah memperuntukkan penyelenggaraan dan pembaikan kecil secara one-off berjumlah RM200 ribu dan RM100 ribu, saya difahamkan untuk pembangunan SABK dan InsyaAllah kita akan cubalah berbincang dengan pihak KPM dengan bantuan yang disalurkan itu untuk pembaikan yang boleh untuk mengurangkan banjir kilat di kawasan sekolah. Juga cadangan penghargaan kepada tokoh-tokoh dan pelajar-pelajar cemerlang. InsyaAllah ada perancangan di peringkat Portfolio Pendidikan untuk tahun depan, kita akan adakan hari ataupun penghargaan kepada pelajar cemerlang SPM, STAM dan juga STPM peringkat Negeri Kedah, InsyaAllah.

Bagi Kota Siputeh bangkitkan berkaitan “Bandar Ilmu” yang menjadi sinonim dengan Kubang Pasu. Kubang Pasu sebagai “Bandar Ilmu” tetapi di Kota Siputeh tak ada pun universiti kan. Untuk pengetahuan YB. Kota Siputeh, kita tak fokus hanya pada Jerlun, Kubang Pasu ni luas lah termasuk dalam Jitra, Bukit Kayu Hitam, Ayer Hitam, Kota Siputeh. Kalau nak buat IPT setiap DUN, Sungai Limau pun tak dak. Tapi InsyaAllah, kita yakin usaha-usaha yang akan dilaksanakan di Kubang Pasu kita ada UUM, IPDA, POLIMAS, Institut Latihan Perindustrian (ILP Jitra). Kita juga ada sekolah-sekolah menengah biasa, sekolah menengah agama, pondok-pondok dan sebagainya dan kita yakin ia akan terus disuburkan dan keperluan untuk pembinaan IPT baru di mana-mana tempat InsyaAllah, boleh dicadangkan kepada pihak kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan kita akan cuba panjangkan pada masa yang akan datang di peringkat negeri.

Yang Berhormat Tuan Speaker….

Speaker

Ya saya… YB. Sungai Limau.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Seterusnya, di Dewan yang mulia ini saya ingin berkongsi… dan lagi. 7 gagasan yang diletakkan di Portfolio Pendidikan dan Agama. Disebut dalam perbahasan oleh YB. Pantai Merdeka, oleh Bukit Lada, Alor Mengkudu dalam penggulungan tentang Islam sebagai Ad-din, ‘Islam is the way of life’, bersukan itu ibadah, berniaga itu ibadah. Ia bukan lah suatu selogan yang baru dan yang kita ulang-ulang ini pun, ia bukan lah suatu yang baru tapi inilah yang merupakan ikrar yang kita sering ulang;

َّإِن ،صَلَ تِي ،وَنُسُكِي ،َوَمَحْيَاي وَمَمَاتِي ِ َّ ِلِل ِ رَب َالْعَالَمِين

“Sesungguhnya solatku, ibadahaku, hidupku, matiku semuanya untuk Allah SWT”. Itu ikrar kita, apa yang kita buat dalam apa jua bidang yang kita laksanakan, kita nak pastikan ia akan menjadi ibadah. Dalam pekerjaan sebagai contoh, dalam suratul qasas bila anak Nabi Syuaib menyebut kepada Nabi Syuaib, “Inna khaira manissak jartal qowiyul amin”. “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil untuk kerja dan bagi upah adalah mereka yang kuat dan juga mereka yang jujur serta Amanah”. Dalam nak cari pekerja pun kita nak cari orang yang kuat, yang boleh bekerja dengan baik, kompeten, itqan. Dalam hadis yang dibaca oleh MB sebelum ini dan juga yang jujur, yang amanah, yang tidak rasuah. Maknanya dalam pekerjaan kita, ada benda yang boleh kita buat, ada juga perkara-perkara yang perlu kita hindari dan itulah matlamat semua kehidupan kita untuk pastikan kita jadikan semua pekerjaan kita sebagai ibadah. 7 gagasan yang kita letakkan untuk pendidikan dan agama, saya ringkaskan baca sebut hat tu saja, nak syarah panjang.

Speaker

Boleh!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Menjadikan pengurusan institusi Agama di Negeri Kedah sebagai rujukan dunia. Sejarah kita yang panjang, kita pernah menjadi pelabuhan dan juga negara yang ‘supply’ bijih besi 3,000 tahun sebelum Masihi. Kemudian Islam mai di negara kita, Kedah lah yang mula-mula terima Islam. Jadi dengan kecemerlangan itu kita yakin, kita mampu menjadi rujukan. Kalau bagi pelaburan ada KHTP, antara di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama ini Lembaga Zakat Negeri Kedah. Kita yakin antara yang boleh dijadikan contoh dalam tempoh beberapa tahun ini mereka boleh melebarkan daripada pemikiran himpun duit agih kepada memikirkan lebih besar daripada itu untuk mereka laksanakan sebagai amal soleh untuk memberikan bantuan kepada rakyat Negeri Kedah secara umum.

Speaker

YB. Sungai Limau, Tanjung Dawai minta laluan sikit. Sikit saja noh!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Sila! Sila!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Tuan Speaker. Berkaitan dengan Kedah yang nama semakin harum. Kemarin ada satu perjumpaan di Masjid Al-Busyra, Merbok dan saya dijemput tapi ada di Sidang Dewan ni. Bagaimana pihak MBI dan PKB telah membawa syarikat daripada Korea untuk bekerjasama dengan Masjid Al-Busyra. Mereka punya projek nak tanam strawberry di Merbok dan perbincangan tu juga berlanjutan sampai ke pembinaan ‘cabel car’ naik ke Gunung Jerai. Jadi, mungkin ada maklumat yang mungkin Yang Berhormat Sungai Limau boleh kongsi. Wallahhu’alam.

Speaker

Sambil buat penggulungan ya, YB. Sungai Limau na.

Encik Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Belantek akan mintak, Belantek akan mintak!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih kepada YB. Tanjung Dawai, maklumat tu tak sampai. Kita berharap buah strawberry boleh sampai dulu lah. Tapi contoh nah, institusi masjid yang biasanya kalau masjid ni, ahli perniagaan mana nak mai kongsi maklumat, nak mai jalin Kerjasama, tapi Alhamdulilah, kita lihat dengan innovasi, kreativiti yang ada pada institusi masjid yang boleh kita jadikan contoh ini, kita harap ia mampu untuk dilaksanakan di seluruh masjid Negeri Kedah dan juga masjid-masjid yang lain seluruh Malaysia, InsyaAllah. Jadi itu kita letak untuk menjadi rujukan dunia.

Speaker

Minta maaf YB. Belantek, masa dah tak mengizinkan!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Yang kedua, menjadikan seluruh daerah di Negeri Kedah subur dengan budaya ilmu. Penggal yang lepas Yang Berhormat Kupang telah melancarkan Raudhatul Ilmi. Kita akan meneruskan konsep Raudhatul Ilmi ini bukan hanya sekadar di kediaman rasmi Menteri Besar, bukan hanya sekadar disuburkan di daerah-daerah secara satu daerah satu model Raudhatul Ilmi, tapi kita juga nak pastikan supaya masjid-masjid kita juga diimarahkan setiap malam ataupun setiap hari dengan majlis-majlis ilmu ini dan kita harap pembudayaan budaya ilmu ini bukan hanya terhad untuk kita faham ilmu tu ilmu Islam, tetapi apa jua ilmu. Geografinya ka, bincang tentang sejarahnya ka, bincang tentang teknologinya ka, di mana-mana wacana di mana-mana tempat dalam Negeri Kedah ini kita akan cuba suburkan. Moga-moga ia akan memberikan manfaat yang besar khususnya kepada rakyat Negeri Kedah.

Yang ketiga memperkasa Agenda Kewangan Sosial Islam sebagai instrumen pembangunan ummah di Negeri Kedah. Yang keempat mengangkat usaha dakwah merentasi gender, bangsa dan peringkat umur Masyarakat. Kalau kelmarin tentang mualaf di Zakat ada 20 da’i yang kita latih, InsyaAllah akan dikembangkan lagi dan kita yakin ada lagi NGO-NGO lain, agensi-agensi lain yang akan ada da’i-da’i ini untuk kita manfaatkan pelbagai segmen masyarakat. Kelima memperkasa Undang-undang Syariah dan penyelesaian isu-isu kekeluargaan, macam disebut oleh YB. Bukit Kayu Hitam, banyak juga masalah yang saya nak kena duduk dengan YB. Bukit Kayu Hitam ni. Dia duk ajak pi Songkhla la apa la, saya kata calon tak dak lagi. Jadi tak boleh nak pi lagi lah. Yang keenam, mengangkat martabat Institusi pondok dan sekolah agama rakyat. Ketujuh, kemenjadian pelajar daripada sekolah-sekolah di Negeri Kedah Darul Aman. Jadi, tu baru dua, ada komunikasi dan penerangan sikit lagi.

Speaker

Takpa, boleh!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sebelum saya memberikan penjelasan berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat berkaitan komunikasi. Makluman Sidang Dewan sekalian, dalam pembentangan bajet, kerajaan negeri telah memberikan fokus 11 iaitu mengutamakan agenda perkhidmatan digital, perkhidmatan kemudahan internet berkelajuan tinggi dan kemudahan ICT jabatan dengan peruntukan berjumlah RM2.4 juta. Untuk makluman Ahli Dewan, pada bulan Oktober yang lepas Pejabat Exco dengan Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah telah telah menyediakan nombor telefon melalui sistem, ‘Voice Over Internet Protocol’ (VOIP) kepada semua Pejabat Pusat Khidmat DUN dan kita harap dengan VOIP itu dia bukan hanya dapat menjimatkan kos, tapi rakyat dapat berhubung Dengan Pejabat Pusat Khidmat DUN dengan nombor telefon tetap walaupun telefon nombor itu berada di telefon mudah alih. Jadi kalau selepas-selepas ini, nombor itu hanya bukan akan kekal untuk tempoh 5 tahun, tapi ia akan berkekalan untuk beberapa tempoh yang panjang.

Dalam portfolio komunikasi ini juga saya ingin menyentuh berkaitan (audio tidak memuaskan) kita merancang untuk duduk semeja dengan beberapa syarikat telco bagi membincangkan mana yang boleh menyediakan kemudahan dengan harga yang berpatutan supaya dapat dinikmati oleh seluruh masjid Negeri Kedah dan supaya masjid menjadi pusat khususnya dekat dengan anak-anak muda dan pelajar-pelajar kita. Kemudian yang seterusnya berkaitan dengan penerangan sikit saja.

Speaker

Kira macam yang terakhir lah kot noh?

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Yaa…. Untuk makluman Yang Berhormat Ahli Dewan, kita sedia maklum tentang Penerangan bila berlaku pertukaran Kerajaan Persekutuan maka beberapa agensi di peringkat Penerangan ni macam sukar untuk kita nak libatkan secara lebih, khususnya RTM dan sebagainya. Dan di institusi pendidikan juga agak sukar, YB. Sidam, khususnya ADUN-ADUN kerajaan ni, nak masuk pun Guru Besar, Pengetua jadi takut.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Semua sama…. semua sama.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Haa…. Oh! Pembangkang pun tak boleh jugak? Pembangkang tak boleh masuk? Haa… Ada, kita tengok hat lain. Jadi, kita harap dasar ini di peringkat Kerajaan Persekutuan perlu ubah sepertimana disebut tadi kita nak berikan pembangunan, kemajuan, cadangan, pandangan ni secara bersama. Kita sebagai kepimpinan di peringkat negeri sudah pasti lah sekolah ada di negeri, rakyat juga ada di negeri jadi kita harap apa yang boleh kita berikan dengan interaksi, cadangan, padangan boleh hadir, boleh bertemu, boleh berbincang untuk sama-sama kita membangunkan institusi dan juga membangunkan rakyat Negeri Kedah.

Untuk penutupnya Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan sekelian, bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah. Juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kepada semua ketua-ketua jabatan, agensi negeri yang banyak membantu dalam menjayakan dasar di bawah portfolio saya khususnya dan kerajaan negeri amnya. Saya juga ingin menzahirkan penghargaan atas sumbangan semua penjawat awam di Negeri Kedah, tidak kira peringkat negeri mahupun di peringkat Persekutuan. Perkara-perkara yang telah dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk kami bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah Portfolio Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, merealisasikan aspirasi Menteri Besar aspirasi rakyat Negeri Kedah ke arah “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua” dan “The Greater Kedah”. Saya juga akhiri dengan 2 rangkap pantun.

MB Kedah suka bersukan, Keluarga Sakinah dan jugak Mawaddah, Ayuh semua kita usahakan, Untuk capai “The Greaters Kedah”.

Adun Kedah semua berpendidikan, Suka bersukan dan jugak beriadah, Mari bersama kita doakan. Agar berjaya “The Greater Kedah”.

Dengan ini, saya menyokong Ucapan Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah pada hari Ahad lalu dengan lafaz, Aqulu qauli haza wa astaghfirullah al-Azim li walakum, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumsalam. Terima kasih YB. Sungai Limau dan untuk seterusnya sebagai penggulung terakhir daripada Exco Kerajaan Negeri saya jemput YB. Merbau Pulas. Dipersilakan YB. Merbau Pulas!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alhamdulilahhirabbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrafil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in.

Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pohon ara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berhormat Tuan speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan, tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Izinkan saya menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya kita dapat bersidang sekali lagi dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 Sempena Pembentangan Bajet 2024 Negeri Kedah yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri yang bertemakan “Menerus Kemajuan, Menzahir Impian” yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat Negeri Kedah secara keseluruhannya. Sebelum saya memulakan ucapan penggulungan, sempena Persidangan Perbelanjaan Negeri Kedah 2024, patik ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih ke atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah melantik patik untuk mencurahkan khidmat bakti khusus kepada rakyat Negeri Kedah pada penggal ini. Di kesempatan ini saya juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah dilantik sekali lagi bagi menerajui dan memajukan Negeri Kedah bersama Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini yang telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil untuk membantu rakyat di peringkat akar umbi. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang telah dipilih bagi mengemudi Dewan yang mulia pada penggal ini.

Speaker

Terima kasih.

Semoga kita semua sentiasa dilimpahi dengan rahmat Allah, insyaAllah. Selain itu juga, saya ingin memberi penghargaan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua para pegawai kerajaan negeri, Bahagian Perancang Negeri Kedah (BPEN), Bahagian Kewangan Negeri dan seterusnya jabatan atau agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang banyak membantu dan bertungkus lumus merangka dan menyediakan Bajet 2024 demi kesejahteraan rakyat di Negeri Kedah. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya meneruskan ucapan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh isu-isu di bawah portfolio saya. Rupanya orang politik ni Tuan Speaker, duk kat mana pun boleh bercakap, boleh bagi pandangan, boleh bagi cadangan, macam-macam boleh orang politik. Itu lah kekuatan yang ada kepada orang politik. Syabas kepada semua Yang Berhormat yang telah memberi ucapan dan juga kepada Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat yang telah menggulung dengan begitu hebat sekali walaupun baru sahaja memegang jawatan dalam penggal ini.

Speaker

YB. Merbau Pulas, yang ni depa panggil yang terbaik daripada yang terbaik.

Terima kasih. Saya amat menghargai dan mengambil serius setiap pandangan dan cadangan yang disarankan, disuarakan oleh Ahli Yang Berhormat demi penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri pada masa yang akan datang.

Pertamanya saya akan masuk sektor daripada Portfolio Pembangunan Luar Bandar. Saya akan menjurus sedikit yang disebut oleh YB. Bukit Selambau mengenai MKK (Majlis Ketua Kampung). Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pihak kerajaan negeri akan terus memperkasakan institusi Majlis Ketua Kampung sebagai penghubung antara

rakyat dan kerajaan. Ini bertujuan bagi menyampaikan setiap perancangan kerajaan sampai kepada rakyat di peringkat kampung sekaligus memastikan rakyat mendapat manfaat daripada bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. Dengan penambahan peruntukan disediakan, kerajaan akan merangka aktiviti kursus, kursus kepada Majlis Ketua Kampung untuk meningkatkan tahap kecekapan mereka. Pada tahun 2024, kerajaan negeri meperuntukkan sebanyak RM13.3 juta. Sebelum ini dipanggil JPKK, dibayar oleh Kerajaan Pusat ketika kita bersama dengan mereka. Sekarang kerajaan sudah berbeza daripada pihak Federal dan negeri. Kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan RM13.3 juta untuk membayar elaun setiausaha dan pengerusi MKK yang ada penambahan pada tahun 2024 sebanyak 1,240 orang yang sebelum ini 1,025 orang yang sedia ada. Pertambahan ini bukan sahaja untuk pengerusi malahan setiausaha turut ditambah lagi, mewujudkan satu jawatankuasa yang lengkap bersama dengan 11 AJK. Pengerusi, campur setiausaha, kena lantik 11 orang AJK sebagai untuk mencukupkan jawatankuasa MKK. Bermakna kita akan ada 16,120 orang yang secara langsung dan tak langsung terlibat dengan rakyat di bawah. Sebanyak 16,000 yang boleh memberi kerjasama yang baik kepada kita setelah kita dapat melantik secara penuh 1,240 orang di tahun hadapan 2024.

Jawatankuasa ini yang akan menjadi jentera kerajaan negeri di peringkat akar umbi yang memainkan peranan untuk mendokong hasrat dan dasar-dasar kerajaan serta menyampaikan maklumat. Kalau nak ambil AJK, nak ambil pengerusi ataupun setiausaha, pilih betul-betul yang boleh memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan kadang-kadang kita malu alah, kita kata macam nu lah, macam ni lah, lantik lah dia. Jangan! Kita lantik yang betul-betul memberi manfaat dan menyampaikan maklumat, menyampaikan apa hasrat kerajaan, dasar-dasar kerajaan untuk rakyat dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan kepada masyarakat. Justeru itu, kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan aktiviti dan program tahunan tahun hadapan yang akan melibatkan MKK di setiap daerah. Apabila kita nak melihat keterlibatan MKK dengan masyarakat, pihak kerajaan merancang di tahun hadapan mengadakan satu pertandingan “Kampungku Sejahtera”.

Bermakna setiap MKK memainkan peranan sama ada di peringkat mukim mereka dapat masuk peringkat mukim dan kerjasama peringkat daerah semua, kita akan ada pertandingan “Kampungku Sejahtera” di peringkat mukim, di peringkat daerah, seterusnya di peringkat negeri pada bulan 6 untuk kita umumkan di manakah “Kampungku Sejahtera”. Semoga MKK dapat memberi kerjasama yang baik dan melatih ahli-ahlinya bagaimana kampung itu dapat diperkasakan. Kalaulah ada tanah-tanah yang terbiar di kampung itu, ataupun dalam mukim itu, boleh ada kerjasama Bersama MKK itu kita wujudkan satu program “Tanahku Rezekiku”. Sekurang-kurangnya dengan program

itu kita dapat dengan keadaan krisis makanan akan berlaku kepada kita bagaimana kita tengok Zakat boleh tanam padi huma. Mungkin program itu boleh dilaksanakan ataupun mana-mana syarikat yang mengeluar makanan perlu kepada bahan-bahan makanan. Kita boleh juga adakan projek-projek kecil di peringkat kampung-kampung dan ini antara kriteria yang kita akan adakan melihat bagaimana untuk mereka memenangi pertandingan yang akan diadakan di peringkat mukim, peringkat kampung dan juga di peringkat daerah.

Seterusnya, saya ingin memberi maklum balas mengenai isu…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Merbau Pulas, YB. Ayer Hitam minta laluan!

Sat gi MB lambat pulak.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Merbau Pulas. Tentang MKK tu saya nak tanya lah, kalau ada peruntukan macam lepas-lepas kepada MKK diberi RM2,000 rasanya untuk mereka mengadakan program ataupun projek dekat kampung yang mereka perintah lah. Adakah peruntukan masih ada ataupun ditambah ataupun bagaimana?

Terima kasih YB. Ayer Hitam. Peruntukan itu masih ada tapi dikurangkan sedikit dan kita mohon juga pihak MKK boleh adakan kerjasama dengan masjid, program gotong royong dengan masyarakat, CSR yang boleh dapat menjana lah pendapatan kepada mereka sendiri, InsyaAllah. Kalau MKK itu kreatif boleh dapat banyak sumbangan dan juga kalau sekiranya kita nampak boleh mencari orang-orang yang telah ada pendapatan untuk membantu mereka. Kadang-kadang dalam kampung tu ada orang yang pencen, ada orang yang duit banyak, mungkin boleh menggunakan mereka tu juga untuk membantu masyarakat dalam kampung tu nah.

Dan seterusnya saya nak baca isu YB. Kupang mengenai Titi Kampung Tanjung yang dibangkitkan. Untuk makluman YB. Kupang, titi kampung tersebut adalah di dalam jajaran projek RTB di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran. Saya difahamkan projek itu perlu selesai terlebih dahulu sebelum pembinaan titi dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat Kupang, permohonan titi ini pernah dipohon di bawah KKDW dan telah diluluskan. Namun disebabkan titi tersebut di dalam jajaran RTB, selepas disemak dengan JPS, pihak KKDW telah membatalkan kelulusan dan ditukarkan ke kampung lain. Sebab tak boleh buat lah, tak siap lagi dia punya jajaran RTB tu sendiri.

Seterusnya, berkenaan projek Titi Kampung Nahan, Padang Terap di kawasan YB. Pedu. Saya difahamkan projek ini bermula pada bulan September 2023 dan dijangka siap pada tahun 2024. Projek ini dijalankan oleh kontraktor FELCRA Bekalan yang merupakan anak syarikat FELCRA dengan peruntukan sebanyak RM350,000. Kerja-kerja pembinaan titi ini masih lagi mengikut jadual yang ditetapkan. Untuk makluman YB. Pedu, kerja-kerja pembinaan ini diberhentikan sementara waktu atas sebab keadaan cuaca hujan dan musim monson yang melanda Negeri Kedah ketika ini. Projek ini akan diteruskan lagi apabila keadaan cuaca semakin pulih nanti.

Yang Berhormat Speaker…..

Speaker

Boleh bagi laluan ka YB. Merbau Pulas? Okay, silakan YB. Kupang!

Perlu sedikit penjelasan mengapakah terlalu lambat projek-projek ini walaupun kita faham bahawa proses itu memang ada dia punya tahap-tahap, tapi terlalu lambat sangat lah. Jadi, saya minta perhatian lah supaya benda ini dipercepatkan. Terima kasih.

InsyaAllah, saya ada mesyuarat dengan menteri di bawah KKDW, saya akan bawa balik lah suara ini dan saya dah bawa banyak program-program permohonan-permohonan daripada peringkat negeri ke pihak kementerian.

YB. Bayu. Untuk maklumat Ahli Berhormat Bayu, sat gi dia bangkit. Tak payah bangkit lah saya nak jawab saja. Di bawah Portfolio Bangunan Luar Bandar, pihak Kerajaan Persekutuan yang juga menyediakan bantuan musim tengkujuh di bawah RISDA dan masih berjalan seperti biasa pada tahun 2023 dengan sasaran penerima bantuan ini adalah terdiri daripada pemilik, pengusaha dan pengoreh seramai 27,210 orang di Negeri Kedah. Bayaran bantuan disediakan sebanyak RM80 mengikut fasa yang ditetapkan dan setiap fasa, penerima akan mendapat bantuan RM200 melalui EFT (Electronic Funds Transfer).

Seterusnya berkenaan jalan kampung dalam ucapan bajet yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM272 juta bagi melaksanakan projek penyelenggaraan jalan negeri termasuk jalan kampung. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sebanyak 736 projek jalan kampung telah siap dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM87 juta pada tahun 2023, RM59 juta pada tahun 2021, 628 projek dan 79 juta pada tahun 2022 754 projek. Itu sebahagian daripada Portfolio Pembangunan Luar Bandar. Saya masuk juga sikit Portfolio Pengurusan Kemiskinan.

Speaker

Boleh lagi, boleh!

Kemiskinan iaitu saya akan baca lah sedikit ayat Al Quran ni. Surah An-Najm;

ِالرَّجِ يْم ِالشَّيْطٰان َمِن ِ ٰبِالِل ُعُو ذ َأ

ٰوَ أَبۡكَى َأَضۡ حَك َهُو وَ أَنَّهُۥ

Kita ni setiap apa yang Allah Ta’ala tentukan sudah ada pasangan, ٰوَ أَبۡكَى َأَضۡ حَك َهُو وَ أَنَّهُۥ dan bahawa sesungguhnya dia lah yang menyebabkan seorang itu tertawa dan seorang itu berduka cita menangis وَاَنَّه َهُو َاَمَات َو اَح يَا dan bahawa sesungguhnya dia lah yang mematikan dan menghidupkan, mati, hidup. وَاَنَّه َخَلَق ِالزَّو جَي ن َالذَّكَر وَاَل ُن ثٰى dan bahawa sesungguhnya dia lah yang menciptakan pasangan lelaki dan Perempuan. Pasangan tak dak lelaki saja-saja, perempuan saja-saja itu luar biasa. Pasangan mesti lelaki dan perempuan. مِن ن ط فَة اِذَا تُم نٰى iaitu dan setitis air mani ketika dipancar ke dalam rahim. َّوَاَن ِعَلَي ه َالنَّش اَة اَل ُخ رٰ ى dan bahawa sesungguhnya dia lah yang tetap menghidupkan semula makhluk yang telah mati dan akhirnya وَأَنَّهُۥ َهُو ٰأَغْنَى ٰوَأَقْنَى dan dia lah yang

memberikan rezeki kepada kita kekayaan dan bukan kaya tu bukan pasangan dia miskin, ٰأَغْنَى iaitu kecukupan. Makna bukan miskin, cukup! Allah Ta’ala akan bagi setiap manusia ni dengan rezeki yang cukup melainkan mereka berusaha, menambah, mencari. Kalau tak cari tu tak cukup lah. Makna Allah telah sebut ٰأَغْنَى ٰوَأَقْنَى` dengan kekayaan dan dengan kecukupan yang ada.

Dalam pengurusan kemiskinan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih lah kepada kerajaan negeri bermula 2020 iaitu sumbangan “Bantuan Kedah Sejahtera” bermula 2020 sehingga sekarang ini sebanyak RM8,910,000, penerima sumbangan 178,200 orang. Ini sejak hampir tahun 2023 dan ditambah pula pada tahun ini iaitu sebanyak RM4.23 juta. Ini adalah bagaimana Kerajaan Negeri Kedah nak melihat rakyat Kedah ni tak ada ketandusan makanan. Kalau macam mana pun saya mengharapkan Yang Berhormat-Yang Berhormat, bila beras sampai ke kawasan-kawasan, ke DUN-DUN, silalah agih kepada pihak yang berkenaan. Jangan sampai ada dalam media sosial nanti orang Kedah tak makan nasi, orang Kedah tak ada makanan. Tolonglah sebab kerajaan telah begitu prihatin untuk pengurusan kemiskinan ini. Kita tidak boleh walaupun orang kata kenapa bagi ikan, tak bagi joran, tapi sekurang-kurangnya meringankan bebanan kerana orang Kedah ni semua makan nasi. Adakah yang tak makan nasi? Makna Kedah adalah 40% pengeluaran beras negara. Tapi pada tahun depan terpaksa dinaikkan juga kerana harga beras sekarang walaupun kita pengeluar beras tapi kita kena beli harga yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Jadi, itu sebahagian yang kita sebut di sini.

Seterusnya kita harap dengan beras ini pakat-pakat lah merasa yang ada kepada kita dan juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat yang telah meluluskan tanah untuk rumah, lot-lot tanah ini. Walaupun kita nampak sekarang ni memang 939 lot yang ada walaupun kita kata nampak mungkin tidak cukup tapi sebenarnya kita sudah berusaha. Kalau saya bentang dalam mesyuarat bersama dengan menteri, tidak ada negeri lain yang bentang, hanya Kedah sahaja yang bentang yang memberi lot-lot rumah ini kepada orang miskin. Ini sahaja kekuatan yang ada kepada kita kekuatan yang ada kepada Jeneri yang begitu prihatin dengan orang miskin. Dan kita harap dengan memberi kepada mereka tempat kediaman ini, Allah memurahkan rezeki lagi kepada kita. InsyaAllah timbul REE dan banyak lagi minyak akan timbul di Kedah ini, InsyaAllah. Kita banyak-banyak berdoa kepada Allah dengan kemurahan yang ada ini InsyaAllah, Allah akan murahkan rezeki kita. Kalau kita َّاِن ْكَفَرْتُم ْوَلَىِٕن َْلَ َزِ يْدَنَّكُم ْشَكَرْتُم ْلَىِٕن لَشَدِيْد ْعَذَابِي kalau kita bersyukur InsyaAllah, Allah akan tambahkan lagi lah rezeki kepada kita, InsyaAllah.

Seterusnya saya nak masuk lah, saya nak bagi masa yang panjang kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar iaitu Portfolio Pembangunan Insan. Portfolio Pembangunan Insan ini,

portfolio yang orang lain boleh habaq semua, buat kilang, buat sekolah, tapi nak menentukan orang yang nak menguruskan sekolah ka, kilang ka, apa ka, adalah Unit Pembangunan Insan. Inilah di antara yang perlu diberi penekanan, semua yang terlibat di sini, yang memegang apa-apa portfolio pun Yang Berhormat perlu memberi penekanan kepada pembangunan insan sebab insan ini yang akan menguruskan segala apa yang ada di atas muka bumi ini. Jadi saya mengharapkan Unit Pembangunan Insan ini diberi perhatian walaupun dia tidak ada rumah sebenarnya, dia tumpang beranda rumah sana, tumpang beranda rumah sini, dia tak dak rumah lagi. Kita akan cuba buat rumah untuk dia, bagaimana untuk kita jadikan Unit Pembangunan Insan ini suatu yang amat penting di Negeri Kedah. Kita nak melatih insan untuk menguruskan pentadbiran, menguruskan apapun. Yang YB. Bukit Kayu Hitam duk habaq tadi, berlaku penceraian lah, tak bagi nafkah lah. Bermakna dalam diri dia tu tidak ada sifat, sikap bagaimana dia sebagai hamba kepada Allah yang bertanggungjawab. Sebab tu dalam Al-Quran dia sebut “'azabun syadid”. Apadia YB. Pantai Merdeka “'azabun syadid”? Dia sebut “’azabun alim”, Apadia “’azabun alim”? Dia takkan sambung dengan benda lain. Azab itu dengan syadid, dengan iqob dengan ‘alim. Semua tu di hadapannya kerana kita tidak menunaikan amanah-amanah yang telah ditentukan, yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Akhirnya Allah SWT akan bagi kepada kita azab-azab yang pedih kepada kita.

Ada disebut oleh YB. Ayer Hangat, apakah Program Pembangunan Insan? Kalau saya nak sebut banyak Dato’ Seri Jeneri, jadi sebahagiannya saya sebut lah kita dah buat Program Kemantapan Jati Diri Anak Muda. Pada tahun ini sahaja kita dah melatih anak muda setiap daerah lebih kurang anak muda yang berumur 13 hingga 16 tahun, 500 orang yang sempat kita latih dan anak muda yang berumur daripada 9 hingga 13 tahun seramai 1,200 orang lebih yang telah kita latih di seluruh daerah, bagaimana untuk mereka yang di peringkat awal ini untuk ada jati diri sebagai seorang manusia, jati diri sebagai seorang yang akan bakal kepimpinan, bakal ibu, bakal ayah kepada anak-anak pada masa hadapan. Kalau kita tak bina generasi daripada sekarang, bila lagi kita nak bina untuk jadi ‘The Greater Kedah’? Takkan berlaku ‘The Greater Kedah’ kalau tidak ada pembinaan manusia yang nak menunaikan amanah ini atas berpaksi kerana Allah SWT. Ya, YB.Bakar Arang.

Speaker

YB. Bakar Arang, saya minta maaf sebab masa dah tak mengizinkan. Tak boleh dah sebab kita nak habis ‘point’.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Pendek saja. Semalam YB. Merbau Pulas pun mungkin terbaca tentang satu berita di mana seorang remaja berumur 13 tahun mengacukan pisau kepada e-hailing. Sebenarnya isu ini telah mengakibatkan kebimbangan serius di kalangan masyarakat. Kalau kita lihat sebab remaja baru berumur 13 tahun sahaja. So, pertanyaan saya adalah, apakah langkah yang akan diambil oleh YB. Exco untuk menangani masalah yang timbul ini? Terima kasih.

Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan YB. Bakar Arang. Jadi sebenarnya umur 13 tahun semua berperanan, bukan peranan daripada Kerajaan, peranan dimainkan oleh ibu bapa, peranan dimainkan oleh sekolah, peranan dimainkan oleh masyarakat setempat. Semua itu ada tangungjawab masing-masing yang akan dipersoalkan oleh Allah sebenarnya. Kita tengok lah gambar tu anak tu pakai kopiah lah contohnya. Sebenarnya anak-anak kita ni dalam anak kita sendiri, anak kita sendiri yang ada 5 orang ni, kita nak anak kita semua tu jadi yang terbaik. Kadang-kadang ada benda anak-anak kita lakukan, kadang-kadang kita rasa tak boleh terima, itu anak kita yang kita panggil, yang semasa ramadannya, waktu sahurnya kita suap makan, ramadan ni suap makan latih berpuasa, kadang-kadang dia ada lagi anak-anak yang tidak boleh nak melaksanakan. Jadi kita akan cuba mengambil peranan dengan tanggungjawab yang ada kita akan memperkasakan institusi mana yang ada supaya dapat melihat perkara-perkara yang tidak lagi terjadi di masa yang akan datang.

Jadi saya rasa setakat itu lah untuk saya bentang pada petang ini dan kita bagi ruang dan peluang yang banyak kepada Yang Amat Berhormat Jeneri, InsyaAllah semoga dalam perbahasan dan juga penggulungan nanti banyak lah perkara-perkara yang akan diberi penjelasan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri. Penutupnya pihak kerajaan negeri sentiasa bersedia dalam memberi dan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dalam isu-isu yang melibatkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Negeri Kedah khususnya. Berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan dan cadangan yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat, saya akan mengambil sepenuh perhatian bagi menangani setiap permasalahan dan mengambil langkah yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Kedah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

Saya akan tutupkan dengan ayat Al-Quran;

ِالرَّجِ يْم ِالشَّيْطٰان َمِن ِ ٰبِالِل ُعُو ذ َأ

Yang bermaksud, “Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat keampunan, kita semua yang menjadi kepimpinan akan dipersoalkan oleh Allah SWT untuk mendapat keampunan daripada tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan buat orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya. Itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dan Allah mempunyai kurniaan yang besar”. Surah Al-hadid ayat 21.

Dan inilah peluang untuk kita Yang Berhormat dan juga termasuk Speaker dapat kita laksanakan. Kalau kita tak dapat laksanakan cepat-cepat kita memohon keampunan daripada Allah. Akhirnya saya menutupkan penggulungan saya dengan satu pantun.

Dari Kedah ke pekan Sari, Beli suasa di Kota Tinggi, Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

Oleh itu, dengan ini saya menyokong penuh Ucapan Bajet 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sempenan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Merbau Pulas. Bersemangat sungguh. Semangat! Yang Berhromat sekalian, yang seterusnya penggulungan yang terakhir untuk hari ini. Saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Amat Berhormat Jeneri untuk membuat penggulungan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan daripada Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan, tuan-tuan yang dikasihi sekalian. Saya cuba ringkaskan seringkas mungkin kerana kebanyakan isu yang telah dibangkitkan telah pun dijawab oleh Exco-Exco di portfolio masing-masing. Cuma ada beberapa persoalan, walaupun secara tidak langsung tetapi disentuh juga tentang “Rundingan Sadao”. Isu Sadao disebut dalam Parlimen semalam oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari yang kedua. Hari kedua kan noh? Lepas saya bentang bajet, hari kedua tu saya telah dijemput oleh Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengikuti satu delegasi daripada kerajaan Malaysia ke Thailand untuk membincangkan perkara-perkara terakhir berkenaan dengan jalan baharu menghubungkan CIQS, Malaysia dan ICQ Thailand. Pihak Thailand telah menyiapkan satu ICQ baru dan akan dibuat satu pintu masuk baru bagi menangani kesesakan trafik di pintu lama yang saya yakin Tuan Speaker sangat faham perjalanan tu sangat menyukarkan. Saya hadir sebagai Menteri Besar Kedah kerana dijemput pada hari Sabtu. Dalam jemputan itu jadual penuh diberikan daripada pukul 10.00 pagi sampai 3.40 petang kerana jemputan yang diuruskan oleh pegawai-pegawai PTD di Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Menteri Besar Kedah adalah berdasarkan SOP biasa dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara luar dan hubungan diplomatik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Jadi, berdasarkan perbualan Whatsapp dan dokumen pertukaran dokumen antara pejabat PM dan Pejabat Menteri Besar, saya dapati dia ‘proper’ dan saya dijadualkan untuk mengikuti rombongan Perdana Menteri daripada airport sampai lah balik ke airport. ‘Proper, jadi saya ikut lah.

Tapi bila saya sampai di airport, ada perubahan oleh pegawai-pegawai di Kementerian Luar. Kementerian Luar ni UMNO, Dato’ Dr. Zamri. Pejabat PM ni PKR. Saya nampak ada ‘game’ antara pegawai-pegawai lantikan politik di kedua-dua agensi ini kerana jadual yang disediakan oleh pegawai-pegawai PTD yang berdasarkan latihan yang mereka terima ‘proper’, tersusun dengan baik. Tapi bila masuk campur tangan pegawai-pegawai lantikan politik ni, dia jadi celaru. Sampai di Raia Hotel tu ada pre council, isu-isu yang akan dibangkitkan dalam pertemuan dengan delegasi Thailand. Maka semua agensi dijemput untuk memberikan ‘input’, tapi kerusi MB Kedah tak ada, saya berdiri lah. Tapi oleh kerana nampak saya berdiri tu, saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri yang minta kerusi lah. Saya bukan rasa terhina, tetapi saya nak memaklumkan bahawa bahaya permainan “Little Napoleon”. “Little Napoleon” ni orang-orang yang mencaturkan pergerakan-pergerakan hubungan para pemimpin supaya berlaku pertembungan, berlaku pergaduhan, rasa tidak puas hati. Bila saya berdiri lama tu, jadi dia ambil kerusi saya pun duduk dan saya dapati dalam pre council tu isu terbesar ialah isu tanah. Isu terbesar dalam projek kedua-dua negara itu ialah isu tanah dan isu tanah itu bidang kuasa

kerajaan negeri. Kenapa kita tidak diberi ruang untuk memahami apakah yang akan berlaku dalam projek itu dan apakah yang dapat kita lakukan untuk mempercepatkan projek itu?

Bila saya duduk, saya ada lah ruang untuk bercakap dan saya faham lah masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi dan jabatan seperti JKR, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertanian yang akan terbabit sepenuhnya dalam projek itu. Ada pegawai kita yang dipanggil daripada BPEN di peringkat pegawai pada ‘stage’ ini, pada peringkat ini dah sampai ‘level’ PM dengan PM, para pegawai tak boleh buat keputusan lagi, keputusan itu mesti pergi kepada ‘level’ yang lebih tinggi lah. MB lah… tetapi tidak disediakan ruang. Saya menyebutkan ini kerana saya nak rakyat Malaysia faham, kalau kita serahkan sesuatu urusan kepada orangnya, macam urusan diplomatik kena serah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, jangan serah kepada Pegawai Politik untuk menguruskan itu. Dalam lantikan pegawai-pegawai politik pun kita faham, pegawai-pegawai politik lantikan di pejabat, di agensi, di Kementerian, tidak boleh campur tangan urusan pentadbiran kementerian, tidak boleh. Saya ingat Tuan Speaker faham kerana biasa duduk situ. Tak boleh! Tapi bila kerajaan memberi ruang yang tak sepatutnya kepada lantikan politik untuk menentukan perjalanan urusan pentadbiran pejabat kerajaan, dia akan meletakkan urusan politik di depan. Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai PTD yang menguruskan ini, bila mereka menjemput Menteri Besar Kedah dan memeberi ruang sepenuhnya untuk terlibat dalam semua proses ini, pegawai lantikan politik tanya, “Dato sokong sapa”? Haa.. Pi tanya PTD macam tu. Saya rasa pihak Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, menteri-menteri kena ambil perhatian perkara ini. Sebaik sahaja selesai makan tengahari yang kononnya saya tidak dijemput makan tengahari tu, saya bukan lapar sangat pun…..

Speaker

Takpa, ada beras….

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ada…. (sambil ketawa). Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam jawapannya di Parlimen, saya faham, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dah mainkan peranannya tapi para pegawai ni nampak bahaya sikit. Melebih, lebih sudu daripada kuah! Saya beri ingatan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri pada hari yang sama selepas makan tengahari, ‘make sure’ pada masa depan, saudara….. ada lah nama kan noh? Pegawai-pegawai lantikan politik, jangan atur bagi bos-bos berkelahi. ‘Make sure’ pada masa depan kita sebagai pegawai, atur bagi bos-bos ni baik, baru lah kerajaan kita ni akan

sejuk. Kalau hampa atur bagi berkelahi, sampai kiamat kita takkan berbaik. Dia kata, “okay mesej diterima”. Rupanya dia faham lah, rupanya depa buat kerja tu. Saya dapat kesan, tapi saya tak bercakaplah. Balik lepas tu tak bercakap, apa pun tak bercakap, sehinggalah ia menjadi berita di Parlimen kemarin dan menjadi bahan di media sosial seolah-olah kita ni bodoh sangat lah, orang heret pi, kita pun pi lah, tak tau apa satu. Dihina. Saya pi tu, saya Menteri Besar tau, bukan Sanusi… Bukan! Menteri Besar Kedah mewakili negeri ini. Di negeri ini ada kedaulatan dia.

Speaker

Boleh bagi laluan dekat YB. Tokai sekejap?

Boleh? Boleh? Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita dah dengar cerita, kita dah tau fakta. Apakah boleh kita dalam Dewan ini menyuarakan ataupun mengeluarkan suatu kekesalan lah terhadap apa yang berlaku ke atas Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita ini? Kerana ini satu bentuk penghinaan kepada orang yang paling berkuasa di negeri kita ini. Saya rasa ini perlu kita luahkan di dalam Dewan kita pada hari ini. Itu syor saya lah kepada YB. Speaker. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Tokai.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Dalam hubungan antara kerajaan dengan kerajaan, saya ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa saya adalah orang yang memulakan membawa wakil-wakil pembangkang untuk berurusan, wakil kerajaan negeri di luar. Tahun lepas saya telah mempelawa semua ADUN kerajaan dan pembangkang untuk mengikuti satu rombongan kerajaan negeri bertemu dengan Wali Kota Surabaya dan Gabenor Jawa Timur dalam lawatan kerja kerajaan negeri untuk melihat bagaimana Wali Kota Surabaya mengubah Kota Surabaya dari sebuah bandar metropolitan yang sesak, semak, kotor, menjadi sebuah bandaraya yang pernah mendapat tempat ke-3 “Bandaraya Terbesih di

Dunia” dan kita nak tengok macam mana Surabaya mengusahakan sesuatu bagi masyarakat Kota Surabaya dan Jawa Timur menjaga sungai dan sungai Surabaya daripada sebuah kali yang begitu padat lah, hanyir sampah. Hari ini Sungai Surabaya boleh direnangi, boleh diperlihara ikan, boleh dibuat acara kayak dalam tu. ‘Standard’ Surabaya dulu macam Sungai Petani tu, ‘standard’ dia. Sekarang ni Sungai Surabaya seperti yang ADUN-ADUN pergi pada hujung tahun lepas, orang boleh berenang dalam sungai tu.

Jadi saya pelawa wakil-wakil pembangkang, ADUN-ADUN pembangkang untuk hadir termasuk Kota Darul Aman tapi dia tak hadir, yang hadir ADUN Bukit Selambau dan dia mengucapkan terima kasih di atas lawatan itu, sampai sekarang ni walaupun dia tak jadi ADUN dah, mantan Bukit Selambau. Kalau jumpa dia akan ucap terima kasih perkara tu, “terima kasih kerana bawa saya ke Surabaya”. Saya ucap terima kasih juga lah kepada dia kerana berjiwa besar ikut rombongan kita.

Tu contoh bagaimana kita jadi kerajaan tapi kita menghormati juga rakan-rakan di sebelah pembangkang untuk ikut serta dalam lawatan kita ke luar. Bukanlah Sadao tu menjadi contoh pertama, saya buat tahun lepas, saya mendahului mereka setahun.

Tuan-tuan sekalian, isu yang akan berbangkit di Sadao ini ialah isu tanah kerana Sadao pintunya akan bersambung dengan Kedah, bukan bersambung dengan Wilayah Persekutuan. Masuk-masuk tu Kedah, atau masuk-masuk tu Perlis, atau masuk-masuk sana Kelantan. Tak ada Wilayah Selatan Thailand yang bersambung dengan Wilayah Persekutuan. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan kena menghormati bidang kuasa negeri. Itulah konsep federalism, menghormati bidang kuasa masing-masing. Saya nak betulkan bahawa bukan Menteri Besar Kedah dan Perlis yang dibawa. Menteri Besar Perlis ada di Makkah, sedang mengerjakan umrah. Yang hadir Menteri Besar Kedah sahaja, yang dibincang itu ICQ Bukit Kayu Hitam bersambung dengan Wilayah Kedah, bukan Wilayah Persekutuan. Jadi, pegawai-pegawai lantikan politik di pejabat Perdana Menteri dan di Pejabat Menteri Luar kena belajar ilmu ni, kena belajar menghormati wilayah dan bidang kuasa. Jangan pentingkan pencapaian dan dendam politik dalam urusan pentadbiran kerajaan. Itu tak boleh dibuat.

Saya harap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua pegawai-pegawai lantikan politik Pejabat Perdana Menteri dan pejabat menteri-menteri kerana dalam lawatan semalam, saya sebagai Menteri Besar Kedah saya bawa pegawai paling kanan sekali kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri saya bawa, tak ada lantikan politik yang saya bawa. Tak dak! Kerana ini urusan kerajaan, tak boleh serahkan urusan kerajaan, pentadbiran kerajaan kepada lantikan politik kerana mereka akan main politik dalam tu.

Dan ternyata, selepas daripada rundingan Sadao itu, perkara itu dimainkan sebagai isu politik, menghina Menteri Besar Kedah dan saya rasa terhina lah di atas perbuatan itu. Saya tau, ini adalah ‘game’ para pegawai supaya saya terus menyerang Perdana Menteri. Saya tak akan serang Perdana Menteri kerana Perdana Menteri pada pandangan saya pada hari rundingan Sadao telah menunjukkan sikap sebagai Perdana Menteri. Tapi para pegawai yang menyusun program itu, nampaknya sedang bermain politik tapi bila berbangkit isu itu di Parlimen, Perdana Menteri terpaksa main politik juga. Maka digambarkan seolah-olah mereka telah melakukan ehsan apabila membawa Menteri Besar Kedah walaupun tidak ada nama dalam jamuan tengahari tetapi diberi makan. Saya kata, “aku bukan lapar sangat….” Tetapi sebagai ahli rombongan dalam delegasi itu, semua ahli rombongan itu diberi jamuan. Menteri Besar Perlis tak dak lah, dia tak pi, dia pi Mekah… saya ada lah.

Speaker

Yang Berhormat sekalian, saya minta Yang Amat Berhormat kita untuk memberikan usul.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Okay, ada usul. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon untuk mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(b), Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah supaya Sidang Dewan pada petang ini diteruskan sehingga selesai urusan mesyuarat yang ditetapkan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tersebut. Sekian, Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Sambung sampai habis. Kalau habis awal, habis awal lah kan noh?

Speaker

Dak! Dia apa cerita pun YAB., sampai puas! Kita toksah kira sangat masa.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tu lah Yang Berhormat Speaker, saya pun tak berapa nak puas lagi (sambil ketawa). Kalau nak puas kena ceramah, kan? Kena balun betul-betul, tapi itu yang dikehendaki oleh musuh-musuh supaya kita terus berperang. Tapi oleh kerana isu ini isu diplomatik antara dua negara dan saya faham. Saya telah berurusan secara diplomatik dengan negara luar banyak kali. Saya pergi sebagai Menteri Besar ke Mesir, ke Jordan ke China bertemu dengan Gabenor Henan Province di China satu wilayah besar dengan kekayaan ekonomi setahun 30 billion USD, besar. Dia punya kebangkitan ekonomi dia dahsyat! Lebih dahsyat dari negara jiran kita tu. Tapi mereka menyambut kita dengan professional. Para pegawai walaupun dia Parti Komunis, tak dak pilihan raya, tak dak proses demokrasi tapi pengurusannya sangat professional, menghormati kita. Yang membuat kita menjadi selekeh ini ialah pegawai-pegawai kita sendiri terhadap delegasi kita sendiri kerana perbezaan parti politik. Saya rasa pegawai-pegawai selekeh ini tidak patut berada di Pejabat Perdana Menteri dan pejabat para menteri. Kena cari pegawai yang ‘smart’ untuk kerja yang penting seperti ini, kena belajar daripada ‘ahli’ dia. Serahkan urusan kepada Pegawai PTD, bagi dia susun. Yang hang campur pasai apa, kan? Haa… begitu. Puas lah bab tu.

Saya harap perkara ini menjadi pengajaran, jangan buat kepada orang lain. Saya sebagai ketua di negeri ini, walaupun menghadapi situasi seperti itu, tetap berazam dan penuh semangat untuk kita bantu sepenuhnya projek ini supaya menjadi kenyataan. Sedaya upaya kita untuk projek ini cepat kerana Thailand dia nak siap projek itu tahun depan. Projek jalan dia dah separuh jalan, dia kata, “tahun depan kami boleh siap”. Projek diambil masa satu setengah tahun. Kita punya agensi, punya jabatan, punya unjuran, berdasarkan proses biasa, kita ambil masa 5 tahun. Hat Rundingan Sadao tu bukan bermula hari Isnin hari tu bukan, dia telah bermula 3 tahun dulu. Bermula dengan pemilihan jajaran, ada tiga pilihan jajaran, flyover ka, kena kem tentera ka, pi kot lain, satu pintu ka, dua pintu. Dah dibincang lama, tapi hari Isnin itu ialah peringkat para menteri lah, pegawai dah selesai dah. Saya dapat kehendak Perdana Menteri nak selesaikan benda itu 2 minggu. Pada pandangan saya 2 minggu mustahil, kerana isu tanah dia melibatkan KTN (Kanun Tanah Negara).

Jadi, bila melibatkan undang-undang tanah dia akan ambil masa, tanah di situ merupakan tanah PKNK, tanah PKNK yang telah dipajak kepada Cergas Jaya, tanah Cergas Jaya sendiri, Tanah Kerajaan (TK) yang digunakan oleh Veterinar. Semua tanah dengan ciri-cirinya mesti diuruskan berdasarkan ciri masing-masing. Ada yang kena ambil lagu tu saja, ada yang kena warta pengambilan, ada yang kena masuk Borang I untuk kesegeraan. Semua proses itu bidang kuasa negeri. Jadi saya beri jaminan sepantas yang boleh berdasarkan undang-undang yang sedang berkuat kuasa, kita akan uruskan semua isu tanah ini supaya kehendak Perdana Menteri itu dapat dipenuhi kerana Perdana Menteri mewakili negara kita, tak boleh bagi dia lekeh. Jadi kita kena tolong sedaya upaya kita untuk memastikan projek itu cepat, secepat yang boleh lah. Isu-isu lain jabatan lain lah urus, bidang kuasa kita, kita urus lah. Itulah keazaman kita walaupun kita dibuat macam itu. Saya nampak muka-muka pegawai yang tak puas hati itu, saya tahu, saya nampak pegawai-pegawai yang gembira, saya tahu. Kena dah kawan ni…. Jadi depa ingat kita lekeh kot. Saya tak berasa apa lah, cuma oleh kerana kalau tak berbangkit di Parlimen kelmarin, saya takkan bangkitkan di sini, saya senyap begitu saja benda itu.

Tapi oleh kerana bangkit di Parlimen dan saya seolah-olah dijadikan mangsa ehsan (sambil ketawa), mangsa ehsan maka saya kena selesaikan masalah ini kerana saya mewakili kerajaan negeri. Bukan batang tubuh saya, batang tubuh saya boleh direnyak, dihina boleh dikata ikut suka lah, saya orang politik. Tapi bila saya sebagai MB, saya akan lawan sampai menitik darah pun saya lawan atas nama MB.

Speaker

Yang Amat Berhormat Jeneri, saya selaku ketua lah yang mempengerusikan Dewan ini hari ini faham dengan penjelasan yang telah pun diberikan oleh Dato’ Seri dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perasaan dukacita kita. Jadi saya mohon kepada YB.-YB. yang bersetuju merasakan perkara ini tidak patut dilakukan kepada Yang Amat Berhormat kita, sila katakan setuju, yang tak setuju katakan tidak setuju. Makna kata, Dewan semua bersetuju penghinaan ini tidak patutnya dilakukan ke atas Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya balik kepada isu-isu yang disentuh berkenaan dengan portfolio yang diletakkan di bawah Menteri Besar. Pertama sekali ketua pembangkang, pasal peruntukan ya. Saya Menteri Besar Kedah yang pertama menyediakan peruntukkn kepada ADUN pembangkang bermula tahun 2020. Walaupun

kecil, kerana saya faham sebagai pembangkang kalau tak ada peruntukan kita sakit, susah nak buat khidmat kepada rakyat, tak mampu nak bayar bil pejabat, nak lantik pegawai pun tak boleh nak bayar gaji, kadang-kadang bil telefon tak mampu kan noh. Saya sedar perkara itu kerana saya bekerja dengan ADUN pembangkang ni lama. Jual laksa, jual toyu sampai Kuala Lumpur, kait moktan jual, nak tolong Pusat Khidmat Wakil Rakyat. Saya biasa buat kerja tu. Jadi saya secara sendirinya tanpa pengaruh siapa-siapa telah mengumumkan peruntukan kepada Pusat Khidmat ADUN Pembangkang. Walaupun kecil, tapi dapat. RM2,000 sebulan, setahun RM24,000. Peruntukan sejumlah RM50,000 juga disediakan kepada ADUN pembangkang setahun untuk dibuat apa-apa sumbangan kepada masyarakat di sekitarnya. Untuk seorang ADUN pembangkang RM74,000, setahun kali 3, RM220,000. Setahun 3 orang, kalau nak banyak kena ramai.

Strategi kutipan hasil…..(YB. Tokai mencelah)

MB ada masa Panjang, kita bincang sampai habis. Terima kasih YB. Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dari 2004 sampai 2013, saya duk di Parlimen sebagai pembangkang. Kami minta RM3,000 saja untuk pusat khidmat, satu sen pun tak diberi kepada kami. Selama 8 tahun, tu nak habaq kepada semua. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tu la…. Bila kita biasa tak dapat, kita akan faham situasi orang-orang yang tidak diberi peruntukan tu. Termasuk lah sekarang ni pun, diinafikan peruntukan juga. Tu yang jadi isu banyak di Parlimen. Saya rasa kalau diberi, tidak lah berbangkit sangat. Saya ucap terima kasih, saya rasa perkara itu patut diteruskan. Saya harap pada masa akan datang, kita boleh menambahkan lagi lah peruntukan kepada Pusat Khidmat ADUN Pembangkang. Dengan syarat, ADUN pembangkang bertambah (sambil ketawa). Kalau boleh RM2,000, kalau boleh RM3,000, RM4,000 kan noh? Sila!

Terima kasih Tuan Speaker. Yang pertama sekali apabila dah diumum tu kita pun rasa syukur lah dapat juga nak berkhidmat. Berkhidmat pasai apa, yang kita menang pun

bukan ramai pun, majoriti 900 saja. Jadi bermaksud, setengah daripada yang kita nak bantu pun adalah penyokong-penyokong sebelah Dato’ Seri juga. Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ha… Pandai! Pandai! Pandai! (sambil ketawa)

Speaker

Dak! Kalau boleh YB. Sidam, selepas ni hat yang 900 lebih tu pun, kita minta mai sebelah sini saja. Jadi dah ‘confirm’ dah dapat!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Kerajaan negeri peka terhadap prestasi hasil. Kita nak ukur sampai hujung tahun tak sempat kan, sebab hari ini baru bulan 11, jadi kita ambil angka bulan Oktober. Kita banding dengan waktu yang sama tahun lepas. Kerajaan negeri melalui Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri sedang mengatur kerja bersama dengan jabatan-jabatan pemungut hasil utama seperti PTG, Jabatan Perhutanan, SUK Perumahan dan SPPNK untuk memenuhi anggaran unjuran yang kita buat sehingga pagi ini, 29 November, kutipan hasil negeri berjumlah RM579.3 juta dengan tempoh kita ada lagi satu bulan kita mengunjurkan kutipan bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM600 juta berbanding kutipan tahun 2022 iaitu RM596 juta. Hat kita unjurkan ada peningkatan RM4 juta, InsyaAllah. Strategi kutipan tunggakan cukai tanah, kita ada tunggakan berdasarkan Seksyen 97 hingga 100 KTN, Pentadbir Tanah boleh mengambil tindakan dengan memanggil pemilik bagi membincangkan tentang tunggakan cukai tanah tidak dijelaskan melalui Notis 2A. Kalau tak dapat, dia pun tak bayar, kita bagi notis 6A. Notis 6A ni Notis Tuntutan Tunggakan. Kalau 3 bulan lepas 6A tak bayar juga, kita bagi Notis 8A, 8A ialah rampasan.

Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, ADUN Bakar Arang, pemberian cukai perlancongan adalah pemberian oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri. Cukai perlancongan ini mula diperkenalkan pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, pada tahun-tahun Covid ia telah dihentikan. Bila dihentikan, negeri tak dapat dah la, tapi kita biasa dapat 2019, RM5 juta. Anggaran hasil pemberian cukai perlancongan adalah RM5

juta kerana negeri pernah menerima jumlah itu pada 2019 dan 2020. Kemudian itu dihentikan, 2023 baru dimulakan semula. Bila dimulakan pada 1 Januari 2023 hari itu, kita hanya menerima RM300,000. Dia punya kaedah kiraan cukai perlancongan ni ada di Federal, kita tak tau dia kira macam mana. Mungkin lah berdasarkan kiraan pendapatan sektor perlancongan di negeri kita, maka dia bagi satu ‘portion’ untuk negeri itu. Jadi kita hanya dapat RM300,000 untuk 2023 kerana sektor perlancongan baru pulih. Saya harap pada tahun depan, unjuran RM5 juta itu dapat dipenuhi.

Terimaan daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Kita letak RM12 juta tahun ini, tahun lepas kita letak RM15 juta kerana berdasarkan prestasi kewangan kedudukan semasa anak-anak syarikat pada tahun 2023 ini kita baru dapat RM500,000 tetapi kita telah dapat pengakuan kerana kebanyakan GLC dia akan bagi hujung tahun. Bila tutup akaun, dia pun nak tengok dia punya kedudukan akaun ‘strong’ tak ‘strong’, berapa dia boleh bagi.

Jadi kita dah dapat akujanji daripada Lembaga Sumber Air RM5 juta, PKNK RM5 juta dan lain-lain anak syarikat lagi lah. Saya fikir unjuran RM15 juta itu tidak lah mustahil untuk diperolehi pada tahun 2023 tapi tahun depan berdasarkan prestasi ekonomi semasa, kita unjur RM12 juta sahaja.

Isu belanjawan defisit. Isu belanjawan defisit ini bukan lah suatu yang aneh kerana kalau kita tengok perbandingan negeri lain, Pulau Pinang RM514 juta, Selangor RM330 juta, kita defisit RM104 juta iaitu 13.92%. Pada tahun lepas, kita punya unjuran defisit RM14.17 juta, tahun lepas tu makna tahun nil ah, RM14.17 juta. Untuk tahun depan kita unjurkan kita defisit RM13.92 juta, turun sikit kita punya defisit. Kita boleh tampung defisit itu dengan simpanan semasa.

Peruntukan bencana. Kita ada sediakan peruntukan bencana di bawah Pejabat SUK RM800,000, Jabatan Kebajikan Masyarakat RM500,000, Pejabat Kewangan Negeri RM1 juta. Peruntukan merangkumi pemberian bantuan one-off, pusat penempatan sementara, bekalan makanan, peruntukan pembaikan akibat kerosakan disebabkan oleh bencana alam. PKOB daerah akan menyelaraskan bantuan berkaitan operasi di lapangan. Jumlah peruntukan keseluruhan adalah RM2.3 juta. Boleh mohon YB. Bayu. Bayu lah sebab sebelah tu rajin banjir (sambil ketawa). Banjir, ribut, banjir, ribut. Lepas tu cari YB. Bayu.

Isu peruntukan Kifalah, i-Kifalah. i-Kifalah ni kita bagi satu kematian RM500, kecuali waktu DUN dibubarkan baru-baru ni kita tak buat pembayaran tapi boleh dihantar semula untuk pembayaran. Saya nak maklumkan di sini bahawa kita telah tetapkan bayaran i-Kifalah ini untuk kematian dalam keluarga miskin. Jadi hat kaya jangan lah, tapi wakil rakyat ni dia susah hati juga. Kalau dia pi ziarah orang mati tu, kaya dengan miskin semua sedang sedih. Bila semua sedang sedih, nak merawat kesedihan tu dia sua i-Kifalah tu. Bila sua i-Kifalah tu dia balik ‘claim’ dekat kita lah i-Kifalah. Saya faham lah situasi wakil rakyat, susah nak membezakan kaya miskin di hari kematian. Jadi, saya nak jelaskan bahawa dasar i-Kifalah ialah bantuan untuk keluarga miskin yang kematian ahli keluarga. Jadi, i-Kafalah. Pada tahun 2023 kita sediakan RM3.2 juta untuk 6,400 penerima. Untuk 2024, kita sediakan RM3.5 juta untuk 7,000 penerima, pada anggaran kita 7,000. Saya harap duit ini cukup untuk kita sampaikan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga bagi keluarga yang miskin. Kalau nak elak malu mata tu, duit tu bayar hari lain. Hari tu pi ziarah saja dulu. Jangan pi bayar hari tu, bayar hari tu dia jadi semacam semua. Rakyat miskin sedang bersedih, sebab tu kita sua, sua sama….

Tabung Tunku Mahmud. Ini dasar lama, 2008 tapi dihidupkan semula. Sehingga hari ini, kita telah bayar RM1.01 juta untuk 625 pelajar. Hat ni pun saya nak tegaskan bahawa bayaran bantuan kemasukan awal. Kalau UUM RM2,133, kalau Universiti Malaysia Kelantan RM2,998, kalau UPSI RM2,040, kalau USM RM2,040. Saya hafal semua masuk universiti, pasal saya duk tengok surat tu hari-hari, semua saya hafal. Jadi kita bagi semua supaya dia boleh pi bawa duit tu daftar masuk. Tak kira kaum, YB. Kota Darul Aman, tak kira kaum, Cina pun boleh mohon, tapi ada sikit saja permohonan daripada pelajar-pelajar bangsa Cina. Saya harap lepas ni mereka boleh mohon lah, tapi miskin lah. Mungkin tak dak Cina miskin kot di Kedah ni. Ada ka? Ada boleh mohon. Saya ingat tak lebih daripada 20 pelajar-pelajar Cina yang buat permohonan. Kebanyakannya daripada 100 tu semua lulus. Saya ingat dua tiga minggu ni, satu saja saya tolak, pasai dia nak pi belajar ‘pilot’, minta RM30,000. Mati lah kita nak tanggung dia, pilot RM30,000. Dia kata, “pasai abang dia jadi penyelam professional, dia nak jadi pilot professional”. Oh! mintak RM30,000, teruk lah pakcik…. Pakcik tak lulus lah hat tu. Kalau RM2,000, RM1,000, kalau UITM yuran paling murah, RM748 semua kampus. Tapi kalau kampus dalam Kedah kita bagi dia RM1,000 sekali dengan duit minum, air sirap, roti canai. Kalau jauh, Dungun, kampus-kampus Segamat, Rembau, kita bagi RM1,500, bagi duit tambang pasai yuran dia murah, RM748 saja. Kalau Kolej KPTM RM450, kita bagi dia RM1,000 juga pasai dia nak pi. Jadi, orang-orang yang masuk RM450 pun tak dak nak bayar ni, tentu dia miskin. Haa… kita bagi dia RM1,000, mengubat luka hati dia kerana dia tak dak duit tu lah.

Bantuan Sekolah Cina, kita lulus di bawah kod pemberian untuk Sekolah-sekolah Cina RM300 ribu. Kelmarin ka kelmarin dulu jadi riuh, kata kita bagi RM60 ribu Sahaja. Saya pun bila wartawan tanya saya kata, “ha… hat tu saja lah tak mau bagi dah!” Kelmarin dulu ka? Kita beri dasar-dasar ini mula tahun 2010 atau 2009 dulu, bermula dengan Ustaz Azizan, mula beri kepada sekolah Cina, RM300 ribu. Sepanjang bantuan ataupun pemberian itu diberikan, saya tak pernah dengar masyarakat Cina ucap terima kasih, belum. Sehinggalah tahun lepas saya bagi, tak dak sapa ucap terima kasih apa pun. Surat khabar Cina pun tak keluar! Bila kita kurangkan bayaran…..(YB. Bukit Lada mencelah)

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Mencelah!

Speaker

YB. Bukit Lada!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker dan Yang Amat Berhormat. Saya pun ingin menyuarakan apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat. Kita pernah bagi bantuan sikit saja untuk beberapa buah Sekolah Cina di kawasan Bukit Lada. Tiba-tiba kita nak pi tengok tempat yang kita nak bagi tu dia kata, “kami pihak pengurusan tak akan turun, kalau nak mai, mai tengok saja lah”. Allahhuakhbar! Tu yang kita lalui lah di peringkat DUN. Walaupun kita bagi tak banyak, tapi kita bagi juga sebagai tanda kata kita mesra kepada semua bangsa.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tu pengalaman masing-masing lah. Saya nak cerita ni macam ni….. Di bawah Kod Pemberian, walaupun kita buat satu kelulusan, bagi takpa, tak bagi takpa. Kalau tahun ni kita lulus di bawah Kod Pemberian kepada UniSHAMS RM8 juta, tapi kita baru bagi RM4 juta. Kadang-kadang pi dengan ayaq tu saja, langkah tahun lain senyap pi lagutu la. Tapi kerana pendidikan ni kita akan terus menyokong. Saya buat keputusan tu RM60,000 kepada 3 buah sekolah persendirian, bakinya kita akan bagi kepada sekolah-sekolah yang lain untuk melakukan program pendidikan bagi masyarakat Cina dan India. Saya rasa duit itu tidak akan hangus, cuma tak dapat RM100,000 1 sekolah lagi. Pasal RM100,000 satu sekolah tu saya dapati, sekolah-sekolah ni ada keupayaan kewangan

yang sangat kukuh. Mereka beli alat pancaragam pun dekat sejuta, makna depa ada duit. Jadi saya nak tengok sekolah-sekolah lain yang daif macam Bukit Lada sebut tadi ada lagi sekolah-sekolah walaupun SJKC bantuan kerajaan, tapi dia ada keperluan-keperluan lain. Saya fikir baki itu akan dibincangkan dengan Yang Berhormat Exco untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah yang lain lah. Saya rasa, belajar ucap terima kasih sama kot noh, baru orang rasa lembut hati.

Speaker

Setuju!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tapi bila kita kurang dia maki kita siang malam. Saya duk tengok dalam… mujur lah saya tak boleh baca tu bahasa Cina. Kalau saya boleh baca mampus perang (sambil ketawa). Saya tak boleh baca, dia kata kat kita macam-macam. Saya tanya kawan saya, dia kata apa? “Ayooo… kalau saya baca sama ‘you’, ‘you’ mampus ooo…” dia kata.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, sebab ni dia …

Speaker

Yes!

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, mohon pencelahan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Mau bercakap ka? Ha, sila!

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Ya. Macam ni, saya rasa sebab MB telah masukkan dalam ucapan belanjawan tahun lalu nak bagi RM300,000, tapi mereka tidak menerima RM300,000 tu. So, ini menyebabkan lah mereka fikir, adakah bajet-bajet belanjawan seperti yang diumumkan tu… (YAB. Jeneri mencelah)

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Okay, kalau YB. Bakar Arang tengok dalam ucapan saya, saya tak sebut nama sekolah tahun lepas. Balik tengok ucapan saya belanjawan tahun, lepas tidak spesifik kepada 3 sekolah tu, tidak spesifik. Jadi, saya boleh bagi dekat sekolah mana pun. Sama dengan tahun ni pun. Jadi, kefahaman depa lah kot, oleh kerana itu telah jadi tradisi, maka 3 sekolah tu saja dapat, saya tak adil lah untuk sekolah-sekolah lain pulak. Jadi kita bagi 20, bakinya kita akan bagi kepada sekolah lain. Saya nak dengar ucapan, tochey! Tochey! Ataupun, kamsia! Kamsia! Ka daripada pihak sekolah untuk kita berasa lembut hati sikit. Pasal dia kod pemberian. Ada orang jawab di Parlimen tau, saya tak ingat lah siapa. Dia kata, “kerajaan kami, ikut suka kami laa….” Ada kan? Dia viral sampai sekarang ni, dia viral. Tapi saya tak akan buat macam tu… Saya tak akan buat amalan macam tu. Itu contoh yang buruk kepada seorang ahli politik. “Kerajaan kami sekarang la noh, ikut suka kami la nak buat apa pun” (sambil ketawa). Hat tu jakun punya ahli politik. Tak boleh! Jadi kita tak akan buat macam tu. Saya akan beri peruntukan ini kepada sekolah-sekolah yang lain untuk program pendidikan.

Minta celah sikit, boleh?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ya!

Okay, terima kasih Tuan Speaker. Daripada apa yang kita dengar tu ada peruntukan-peruntukan untuk sekolah Cina. Kot-kot la boleh tambah-tambah sikit peruntukan orang Siam pula.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Boleh! Boleh! Hat tu juga nak bagi kat orang Siam pun (sambil ketawa).

Terima kasih! Terima kasih!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Siam, India semua kita bagi.

Baik. Terima kasih YAB. Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Bagi! Bagi! Bagi! Lepas ni Siam cakap sawadee! Sawadee! Khab khun khab. Kelmarin saya jumpa Menteri Pelancongan Thailand. Menteri Pelancongan Thailand ni nama Sudawan, Miss Sudawan, umur 41 tahun, baru 3 bulan setengah jadi Menteri Pelancongan. Tapi dia sangat menguasai sektor pelancongan. Saya tanya, berapa pelancong Thailand masuk Malaysia? Dia kata, “dia tak tau”. Saya kata, 1.3 juta. “You jangan bagitau saya punya PM na, please don’t kill me”. Dia kata, “please don’t kill me”. Rakyat Malaysia masuk Thailand 4 juta, tapi Menteri Pelancongan kita ikut rombongan Perdana Menteri, sepatah tak cakap. Saya tengok muka tak dak tarikan pelancongan langsung. Sebagai Menteri Pelancongan pergi delegasi tu, ada Menteri Pelancongan Thailand, dia kena cakap tentang tarik pelancong Thailand masuk Malaysia.

Tapi dia tak dak cakap, sepatah tak dak sebut apa. Muka dia kalau saya ajuk, jadi macam tokong hat kepala botak tu, hat perut buncit tu, letak dekat pisang tu. Muka dia duk macam tu la, tak cakap apa. Saya kata, eh! Awat menteri kita tak cakap apa? Perdana Menteri Thailand beberapa kali menyebut tentang Langkawi. Bila dia sebut tentang Langkawi tentu saya ‘spark’ negeri saya, saya sampuk la noh. Dia kata Michael Schumacher ada Villa yang besar di Thailand, setahun dua kali dia bawa ‘family’ dia mai. Saya kata dia pun ada satu di Langkawi Michael Schumacher, hat tu la hat bawa kereta tu. PM kata, ya ka? PM pun tak tau…. Saya tau la negeri saya. Jadi orang kenal Langkawi, tapi Menteri Pelancongan kita macam sabotaj Langkawi. Langkawi tak boleh pakai seluar pendek la, pelancong diganggu la bla.. bla.. bla.. Tapi orang semua kenal Langkawi. Saya kata la kat menteri tu bila PM Thailand sebut Langkawi. Saya kata, “Tourist Minister, you see! You see! dia tengooook… saya macam tu. Orang kenal kita, dia duk buat sabotaj kita, tak boleh macam tu. Tak boleh, kena tukar menteri lain.

Speaker

Tapi kita di Kedah ni YAB., di sektor pelancongan ni saya tengok kita tak dak masalah, sebab Exco-Exco kita dia ‘shining’.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Haaa… Dia ada ‘shining’ (sambil ketawa). Saya nampak Exco kita bekerja dengan baik lah dalam sektor pelancongan. Takkan sebut saja kan no, sekurang-kurang kopi O.

YB. Tuan Speaker, ada lagi beberapa isu yang dibangkitkan. Litar lumba. Litar lumba ni projek 2014, bukan projek Sanusi pun tapi depa ‘associate’ dengan saya sekarang. Projek 2014 diumumkan oleh Barisan Nasional dalam Manisfesto Plihanraya 2013. Ada dicatat dengan jelas “Membina Litar Rakyat”, manifesto Barisan Nasional. Kawan ‘you’ sekarang lah Pakatan sekali, diorang punya projek, bukan saya punya. Jadi dalam beberapa tahun selepas diumumkan pada tahun 2013, telah dibuat pengumuman 2014 zaman Dato’ Seri Mukhriz. Kemudian tu diubah daripada plan asal kos untuk membangunkan litar tu RM30 juta, mari satu nafsu besar diubah menjadi RM73 juta. Guna consultant dan standard SIC untuk buat international, asal RM30 juta dapat duit KBS. KBS hantar duit mai lepas tu ubah plan nak buat besar RM73 juta, mohon lagi RM40 juta, RM40 juta tu tak mai dah. Jadi dengan RM30 juta duit dibuat pengambilan tanah untuk jalan masuk dan dibuat kerja tanah lantik kontraktor Bina Darul Aman, habis RM10 juta, tinggal RM20 juta. Bila tinggal RM20 juta, ‘design’ RM73 juta. Nak buat macam mana? ‘Stuck’ dari 2016 ka 2017 sampailah kerajaan berubah tahun 2020, saya kata oleh kerana ni ada usaha kerajaan untuk buat litar ni, kita akan sambung pasal duit ada RM20 juta. Bila kita ‘check’ balik, duit kerajaan hanya boleh dibelanjakan atas projek atas tanah kerajaan. Tanah tu MBI punya. Jadi kena proses supaya tanah tu jadi tanah Kerajaan, baru boleh belanja duit kerajaan. Ada proses yang tak kena sebelum tu.

Jadi tuan-tuan, ada lah satu syarikat yang ‘propose’ litar untuk kereta di Langkawi, ada lah nama syarikat tu. Jadi bila kita duk sembang pasal litar motor dia kata, “bagi kami buat hat tu dulu lah”. Saya kata boleh, bincang. Selepas dibuat ‘due diligence’, buat rundingan dengan PKB, dengan MBI apa semua, maka diumumkanlah, dibuat satu pelancaran di Sungai Petani. Ditulis dalam teks tu akan siap dalam tempoh 6 bulan. Saya tukang baca saja, sekarang ni pembangkang buh atas saya pasal saya umum 6 bulan maka projek tu tak siap, maka saya punya salah. Salah tu bukan saya….

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Menteri Besar. Jeneri, Jeneri.

Speaker

YAB.! YAB.!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Sebut saya punya DUN, Jeneri.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Jeneri, Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Apa pasai…?

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Sebenarnya dalam ucapan belanjawan tahun lalu, YAB. Jeneri menyebut yang akan siapkan dalam 3 bulan dan juga mungkin boleh ‘modified’ menjadi ‘drag race’, litar ‘drag race’.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ya, memang projek tu memang projek ‘drag race’.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Masalahnya sekarang, kita sebagai pembangkang kita semak dan imbang kita kena tahu sebab sekarang sudah 1 tahun dan tempat itu sudah menjadi tapak mereka buang sampah dan tanam…… (YAB. Jeneri mencelah)

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Eh dak! Saya pi melawat baru ni elok. Kalau ‘you’ pergi melawat sekarang, projek tu 78% siap. Pasal, bila kita balik kepada ‘design’ RM30 juta, dah habis dah RM10 juta, duit ada

RM20 juta, saya kata duit ni tak boleh belanja kerana tanah tu bukan tanah kerajaan. Saya kata buat duit hampa dulu. Bila depa buat dengan duit depa, cara untuk membiayai projek itu, oleh kerana tak boleh guna duit kerajaan, adalah kita nak guna…. Eh, ‘you’ duduk dulu saya bercakap!

Speaker

Mic tutup! Mic!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Telah dibuat satu serangan bila kita umumkan nak jual tanah tu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pegawai-pegawai, bila kita masuk pejabat ni, kita ada satu GLC lah di bawah Menteri Besar ni dia panggil MBI. MBI ni lubuk orang kaut duit dan meninggalkan hutang. MBI waktu saya masuk tu nazak, sebulan gaji RM313,000 kena cari, projek tak dak. Ladang hutan yang saya sebut semalam kebanyakannya dibuat di sana. Duit dah ambil projek tak jalan, hutang Jabatan Hutan RM38 juta, hutang premium tanah RM120 juta di situ. Jadi nak buat macam mana projek ni? Tanah tu dia punya lah. Saya kata cairkan aset, cairkan aset. Apa aset yang ada, tanah? Okay, cair lah. Cair tu jual lah bahasa mudahnya, bahasa buku ni cairkan aset lah. Jadi, mana-mana aset yang ada boleh dicairkan, sila cairkan untuk membiayai operasi dan modal, MBI. Jadi bila projek itu kononnya lah kot, pada tanggapan sesetengah orang bila kita mencairkan aset ni berlaku penyelewengan, maka diarahkan SPRM masuk. Maka SPRM serbu termasuklah projek litar tu. Serbu sekali dengan kontraktor yang buat projek tu. Kontraktor pun lari selerak. SPRM ni orang takut. Saya fikir pada tanggapan mereka, kita ni jenis gabus duit, jenis sapu duit. Bila ada jual tanah mesti ada ‘kong kali kong’, mesti ada kaki kaki angkat duit. Jadi bila SPRM serbu, projek itu terhenti. Pada pandangan saya, pihak-pihak tertentu ni sengaja menggunakan agensi-agensi penguat kuasa untuk menganggu projek-projek yang akan memberi imej baik kepada kita. Kalau projek litar tu siap, imej kita sangat baik kerana kita telah menyiapkan satu projek mustahil yang terbengkalai selama 9 tahun. Untuk menggagalkan usaha itu, maka diarahkan agensi untuk serbu. Diserbu sejarah syarikat tu, sejarah Syarikat tu kita tak tau. Di Bursa di mana kita tak boleh tau, cerita lama-lama bila dibongkarkan cerita tu, syarikat pemaju tu ternyata dia ada kes dengan Bursa zaman dulu. Maka sekarang ni baru diambil tindakan maka diganyang cukup-cukup termasuk kontraktor yang sedang buat projek tu. Maka lari habis selerak, projek tu terhenti. Sekarang ni projek tu terhenti 78% siap. Mula ‘drag race’, bukan litar sepenuhnya. Litar sepenuhnya tu RM73 juta bos, kalau nak buat sepenuhnya termasuk dengan ruang pameran dan pelancaran jenama, kos RM73 juta. Untuk kos RM30 juta ini kita beri keutamaan kepada ‘drag race’ dan ‘grandstand’, itu saja yang boleh

dibuat. Kalau nak lengkapkan semua litar tu jadi macam SIC RM73 juta. Kita tak akan buat sampai macam tu dan kita serah kepada rakan-rakan usaha sama MBI untuk bangunkan tanah yang mereka nak beli tu dengan komersial dan MBI yang dapat duit itu bangunkan litar sebagai janji kerajaan 2014. Atas niat baik itulah kita dikacau ganggu sehingga projek tak siap lah. Saya kata kerja ni pun kerja gila juga (sambil ketawa), mai duk kacau kerja baik orang nak bagi siap dia kacau. Jadi projek tu tergendala kerana dikatakan sejarah lama kes syarikat itu dengan Bursa tahun sebelum kes 1MDB lagi masalah itu di cari. So, kita pun terpaksa terima hakikat dan sekarang ini sedang dibuat penyelesaian dengan syarikat itu sama ada mereka nak teruskan ataupun kita nak cari pemaju baru beli setakat mana yang dah dibelanja, kita bayar balik dan projek tu dipindah milik pada syarikat lain pula.

REE. REE ni pun jadi satu isu macam litar juga. Dikacau sampai kita tak boleh buat apa, dituduh kita yang mencuri. Menjelang PRN dulu diganyang cukup-cukup, seolah-olah pencuri REE di Bukit Ngang itu ialah Sanusi kerana dekat rumah dia. Gila kot hampa ni (sambil ketawa). Rumah saya dengan Bukit Enggang jauh, nampak berbalam-balam Bukit Enggang daripada rumah saya untuk masuk ke dalam tu daripada Kampung Chong. Rumah saya nak pi ke Kampung Chong 20km lebih, daripada Kampung Chong nak masuk ke tapak tu 7km dalam hutan. Jadi saya mana boleh tau. Jadi dituduh saya ni bersubahat dengan pencuri kerana tak melaporkan kerana dekat dengan rumah. Saya kata hampa ni wayar ka, tak dak kerja, tak kan saya nak nampak depa curi. Saya ada di Alor Setar, kampung saya betul la, DUN saya betul la tapi takkan saya nak pi jaga hutan tu. Jadi, pihak-pihak yang menyerbu untuk mengadakan kes-kes pada REE menjelang pilihan raya negeri itu gagal sehinggalah dibuat usaha-usaha yang berterusan, sampai sekarang ni, sampai sekarang ni. Ada saja berkeliaran untuk cari salah dan silap. Saya kata, cari salah dan silap ni tak bagus lah untuk agensi-agensi bergerak kerana menimbulkan kerisauan.

Sekarang ni pada peringkat menunggu SOP daripada Kerajaan Persekutuan. Saya hadir dalam Mesyuarat Majlis Tanah, saya hadir Mesyuarat Majlis Mineral. SOP tu dah diluluskan oleh Kabinet, tapi arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri rujuk negeri-negeri. Maka dipanggillah wakil-wakil negeri untuk memberi pandangan, tapi dalam Majlis Mineral tu tak dibentangkan SOP tu pun, diminta pandangan saja. Maka kita negeri-negeri yang ada REE ini bagi pandangan untuk dipercepatkan SOP kerana permintaan terhadap mineral ini sangat tinggi dan ini adalah hasil baru bagi negeri-negeri. Bukan Kedah Sahaja, Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang semua ada. Kelmarin timbul di Pulau Pinang pula. Saya ingat kalau korek di Pulau Pinang tenggelam la, korek di bawah la, putus, tenggelam. Pihak kerajaan Persekututan bersetuju menjadikan Kedah sebagai Pilot Projek Ekstrak REE dalam hutan simpan dan kajian terhadap kesan

terhadap dirian hutan kerana di Perak dibuat pilot projek untuk tanah kerajaan 250 hekar. Perak dapat pendapatan daripada pilot projek tu RM28 juta saya fikir, dimaklumkan kepada saya RM28. Baru pilot projek 250 hekar, syarikat tu jual banyak la, 200 juta mungkin 200 juta lebih. Perak punya royalty 12%, kita 15%, saya harap hasil kita lebih banyak daripada Perak. Kita bersetuju untuk jadikan hutan kita sebagai hutan kajian Ekstrak REE dan kesannya terhadap dirian hutan. Jabatan Perhutanan Semenanjung pun bersetuju dan hal ini akan dimulakan segera dan setakat ini tak ada banyak sangat kelulusan. Kita ada kelulusan yang awal sekali lesen menjelajah tu kepada Prospek Suria. Prospek Suria ini mengadakan kerjasama sebelum kita masuk jadi kerajaan lagi, kita sambung kemudian tu kepada TGI sebuah syarikat berpengkalan di Kuala Lumpur ada share daripada orang Nunusia, Nunusia. Saya pun dapat kawasan jelajah, lain-lain belum ada kelulusan lagi.

KXP, saya dengar YB. Kota Darul Aman macam tak setuju projek ini. Betul ka? Cuba jawab tengok.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Okay, saya bukannya tak bersetuju dengan KXP. Cuma, dari segi bila kita ‘review company’ yang menandatangani MOU, ‘so’ kita nampak dari segi ‘financial variable’ seperti yang dimaklum oleh menteri ekonomi ‘financial variable’ dan juga ‘cashflow’ oleh syarikat tersebut. Jadi, keyakinan terhadap syarikat yang kita ‘sign’ MOU tu, yang tu yang menjadi persoalan yang saya tanya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih. Saya ingat ‘you’ tak setuju, kemarin ‘you tanya’. “Saya tengok Alor Setar tak dak orang naik pun”. ‘You’ ingat saya tak dengar, dalam bilik saya ada video. Ini tv ada dalam bilik saya, semua ‘you’ cakap apa semua saya dengar. Dia kata tak setuju pula, masa duk dalam PH tu tak cakap apa pun. PH pun ‘carry ‘projek ini, dalam Pakatan Harapan dulu carry projek KXP, masa tu DAP setuju, hari ini DAP berubah pula. Ni, kawan ‘you’ Sidam, KXP tu kampung dia, Ketua Pembangkang punya kampung projek tu. Jadi, kalau ‘you’ tak setuju Ketua Pembangkang, ‘you’ tak boleh duk situ.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Jadi, kita tadi kena perjelaskan sama ada kita setuju ka tak setuju….

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Setuju ka tak setuju?

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Memang sokong….. Cuma dari segi ‘financial developer’…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Untuk makluman Kota Darul Aman, kita pernah memilih satu syarikat besar yang ada aset RM90 billion untuk memajukan projek ini. Tetapi tiba-tiba ada seseorang mengumumkan di Parlimen bahawa syarikat itu tidak mahu membangunkan projek ini. Padahal syarikat itu telah menghantar proposal, dia hadir semua proses, ‘duediligent’, dalam RFP (Request For Proposal) semua dia hantar. Dia nak terlibat, dia mai jumpa saya beberapa kali kumpulan tu, tiba-tiba ada orang umum di Parlimen, dia baru telefon saya dia tak mau. Saya ingat tuan-tuan semua faham lah cerita itu. Itu yang menimbulkan kemarahan kita. Pasai apa kita dah usaha cari syarikat yang ada keupayaan, ada orang tak senang duduk sehingga diumumkan syarikat itu menarik diri dan saya jumpa lah orang tu lepas pada tu, saya tak payah cerita lah dia kata pa kan, satgi menimbulkan kekeruhan pula. Tapi dia ada la kata sesuatu kepada saya. Saya memahami dia sedang tersepit. Saya kata tak pa lah, kita cari orang lain lah, ‘you’ duduk diam-diam. Haa.. saya kata macam tu.

Kemudian kita terus bukan RFB lagi, dalam RFB yang sebelum ini kita dapati syarikat yang kita ‘sign’ untuk tubuhkan SPV, dia bukan sahaja membangunkan KXP itu sendirian yang kita ‘sign’ minggu lepas ini ialah menubuhkan SPV, syarikat usahasama Tahera Air dengan KXP Holding, pemilik PKNK untuk tubuh satu syarikat dan syarikat ini akan bertanggungjawab deposit RM2.5 billion. Saya nak jawab lebih-lebih pun tak boleh sebab ni strategi bisnes. Kalau masyarakat yang melihat sekali imbas syarikat tu, mereka kata tak dak keupayaan kerana hanya modal bebayar RM2 juta. Tapi syarikat ni tidak beroperasi di Malaysia, dia ada ‘office’ di Malaysia, tapi beroperasi di China. Dia mengendalikan kargo beratus-ratus tan setahun dan rangkaian dia adalah Henans Province Airport Group yang saya pergi tu, yang saya jumpa gabenor tu. Itu rangkaian dia. Jadi saya rasa itulah pendekatan yang akan dibuat oleh syarikat ini yang akan mengoperasikan dan mengendalikan sebagai operator KXP dalam bidang kargo ni ialah group tu. Jadi, mereka ini akan ada keupayaan. Saya tengok Henans Province Group

punya airport dibangunkan di tengah-tengah China mengendalikan satu juta tan kargo dan di airport itulah menjadi katalis kepada pembangunan semua industri sekitar termasuk Apple. Apple ada tepi airport tu, kilang dia. Sekarang ni Apple dikeluarkan di China, bukan di US. Jadi, ini strategi-strategi bisnes yang kita boleh tengok, tapi tak boleh nak dedahkan sangat kerana bisnes macam politik juga. Kalau kita dedah, akan ada tindak balas daripada syarikat-syarikat ataupun saingan-saingan mereka.

Saya yakin, setelah dibuat semua proses ‘duediligent’ terhadap syarikat-syarikat yang ditapis, langkah-langkah yang sedang diambil untuk menjayakan KXP ini akan membuahkan hasil. Kita tunggu, InsyaAllah, InsyaAllah. Dia bukan airport penumpang, dia adalah ‘transhipment cargo hub’ yang akan mengendalikan operasi penghantaran kargo daripada Eropah, daripada US, daripada China kepada negara-negara di Asia Pasifik yang akan diuruskan oleh Tahera Air. Jalan-jalan kampung yang Bayu sebut tadi, jalan sempit noh? Saya pun ambil kesempatan ini untuk membuat seruan kepada pemilik-pemilik tanah di kampung lah. Kampung saya, Kampung Olak Madu, untuk kita beri kelapangan kepada laluan orang ramai. Kerajaan boleh buat jalan, tapi pagar tak mau cabut, pokok pinang tak mau tebang, pokok pisang pun dia sayang…. Tapi jalan nak luas, dia suruh elak pokok pisang. Saya rasa kalau hat Islam senang habaq, kalau kita lapangkan laluan atas dunia ini Allah akan lapang laluan di akhirat. Mudah-mudahan dengan kita beri lapang jalan ni, esok kitab oleh melintas ‘Titian Sirat’ sepantas kilat. Kalau kita kedekut di dunia ini, takut esok kena merangkak. Ni untuk pemilik tanah, bukan lah Yang Berhormat. Saya tau Yang Berhormat tak dak tanah pun. Jadi pagar apa semua tu, bagi lah ada kelapangan sikit kan. Kerajaan negeri mengajak seluruh rakyat Kedah memberi kelapangan kepada pembinaan jalan di kampung-kampung supaya orang ramai dapat lalu dengan mudah. Jangan berasa rugi kerana memberi jalan kepada laluan kegunaan awam ini akan mendatangkan pahala yang berlipat kali ganda, dengan pahala tu Allah akan lapang laluan kita di akhirat besok, itu ayat saya. Saya biasa hadapi isu-isu jalan ni banyak kali, pasal saya kerja juru nilai tu buat pengambilan, dia ligan dengan cangkul ooo..kalau tanah dia. Jadi, hal-hal seperti itu saya fikir kena buat pesanan juga kepada rakyat kita di kampung-kampung.

Ada jawapan lagi daripada BPEN, tapi saya rasa lebih kurang sama dengan jawapan yang saya bagi tadi. Sekarang ni kita di peringkat menunggu, kita dah ada kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan. Projek Kedah Aerotropolis ni merangkumi komponen utama airport city yang merangkumi pembangunan lapangan terbang, bisnes park, SLAM. Pada masa ini projek Kedah Aerotropolis akan diteruskan, memberi fokus kepada pembangunan yang tidak memerlukan kelulusan MOT seperti komponen bisnes park dan SLAM. Pada masa yang sama kerajaan negeri terus komited mengadakan rundingan

pihak MOT bagi pembinaan lapangan terbang. Lapangan terbang ni ‘enabler’ kepada projek-projek lain tu. Jadi, terpaksa lah kita buat rundingan untuk MOT beri kita laluan.

Minta celah sikit. Terima kasih Tuan Speaker. Yang sebut saja SLAM ni rasa macam sedap juga lah pasai dia sebut Sidam kan. Yang sebut KXP tu macam seberang sungai tu Yang Amat Berhormat Jeneri, sebelah sungai nu yang Kulim tu. Sebelah sini tu baru Sidam. Ya.. Ya…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Saya difahamkan projek itu akan dibuat, Sungai Muda tu la sebelah sana pi Kulim kan sebelah sini Sidam. Pasai pada awal perancangan dibangunkan Kulim Airport ni, kita nak ‘attach’ dengan Kulim Hi-Tech Park kerana Kulim Hi-Tech Park ni telah terkenal di seluruh dunia, maka kita pakai lah ‘K’ tu, KXP kan noh. Walaupun lokasi sebenarnya di Sidam, kalau nama SXP tak berapa sedap kot noh, satgi depa kata Sanusi pula (sambil ketawa). Pakai lah ‘K’ tu pun.

Penemuan hidrokarbon. Berdasarkan ‘press release’ Petronas pada 15 November, terdapat potensi penemuan sumber hidrokarbon di Langkasuka Besin iaitu di Block PM320 dan PM321 berdekatan perairan Negeri Kedah. Bukan PMX tau, PM320. Pada masa ini kajian seismic sedang dilaksanakan oleh Petronas untuk menentukan kawasan yang berpotensi untuk sumber hidorkarbon yang merangkumi 38,000 km persegi. Dalam hal ni kerajaan negeri bersedia meneliti kerangka perundangan sedia ada sekiranya aktiviti cari gali minyak atau gas dijumpai dan dijalankan kelak di kawasan melibatkan perairan Negeri Kedah. Sekiranya kerajaan Petronas mendapati terdapat sumber minyak dan gas di dalam perairan Negeri Kedah, kerajaan negeri bersedia meneliti dengan lebih lanjut berhubung cukai jualan, sales tax, yang melibatkan produk petroleum sepertimana yang diperkenalkan oleh Sarawak selari dengan hasrat kerajaan negeri dan hasrat kerajaan Pulau Pinang turut bercadang memperkenalkan cukai jualan yang sama. Kalau ada la noh. Saya rasa masa tu kita nak kaya dah, masa tu peruntukan bukan RM2,000 dah kepada ADUN, mungkin RM20,000 ka noh, kaya… Jadi InsyaAllah Yang Berhormat Speaker, isu-isu ini akan diberi perhatian lah.

YB. Kota Darul Aman. Perhutanan kurang cekap, pasai ladang hutang. Kelmarin saya jawab dah, tapi ada jawapan daripada jabatan iaitu semua ladang hutan hanya akan dibenarkan untuk dibangunkan setelah selesai EIA. Selagi EIA tak keluar, ladang hutan tidak akan dibangunkan. Itu jaminan daripada Jabatan Perhutanan. Apakah tindakan

pemeliharaan untuk ekologi dan biodiversiti? Jabatan ini akan mengenal pasti kawasan Hutan Simpan Kekal yang berstatus Hutan Pengeluaran yang sesuai untuk diwartakan sebagai Hutan Perlidungan di bawah Seksyen 10, Enakmen Perhutanan Pemakai 85. Jabatan juga akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perhutanan dalam memastikan aspek ekologi dan biodiversiti terpelihara. Terdapat beberapa langkah pemantauan yang diguna pakai oleh jabatan. Satu, pemantauan secara fizikal melalui rondaan secara berkala. Dua, menggunakan teknologi terkini iaitu dron, imej satelit, semakan di ‘wall room’ Ibu Pejabat Perhutanan.

YB. Tuan Speaker, saya rasa itu isu-isu yang ingin saya bangkitkan dalam penggulungan saya pada petang ini. Saya ucap terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, memberi pandangan, teguran, persoalan kepada bajet yang kita bentangkan pada tahun ini. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Exco yang telah membuat penggulungan berdasarkan portfolio masing-masing. Saya doakan bajet yang kita sediakan pada tahun 2024 ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat dan negeri, InsyaAllah. Saya memimpin Exco dan kerajaan negeri untuk melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Saya beri jaminan, kita tidak akan terlibat dengan apa-apa aktiviti yang menyalahi peraturan, tidak akan mengkhianati amanah yang diberikan, kepercayaan yang diberi begitu besar kepada kita pada pilihan raya yang lalu. Ini amanah daripada rakyat, orang ramai, kita akan galas cabaran ini walaupun merangkak. Kita akan usahakan sehingga tanggungjawab ini semuanya tertunai seperti yang kita janjikan. Sekian saja penggulungan saya, sekian terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Jeneri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi esok.

[Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]