Kedah · 30 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 379 turns · 20,388 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Kita mulakan dengan bacaan doa.

Setiausaha Dewan

DOA

Speaker

Amin Ya Rabbal A’lamin. Ahli-ahli yang berhormat sekalian, pada pagi ini kita telah menerima kunjungan sebagai pemerhati daripada pertubuhan amal Wanita daerah Pokok Sena seramai 10 orang. Selamat datang.

Speaker

Urusan seterusnya.

Sambungan Kepada Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Setiausaha Dewan

Sambungan kepada pertanyaan-pertanyaan mulut.

Speaker

Soalan 15, dipersilakan Yang Berhormat ADUN Bakar Arang

Encik Loh Wen ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, pohon jawapan untuk soalan ke -15

Speaker

Silakan Sungai Limau

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum warahmatullahitaalawabarakatu dan Salam Sejahtera. Yang berhormat Speaker, ADUN Bakar Arang untuk soalan yang telah diajukan berkaitan dengan kecurian kabel jwan yang kita terima daripada MCMC dan juga Majlis Perbandaran Sungai Petani serta Plan Malaysia, Kerajaan negeri dan Suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia (MCMC) mengambil serius berkenaan masalah kecurian kabel terutamanya di tapak Menara komunikasi jurang sesalur dan tiang telefon yang seringkali menyebabkan masalah gangguan perkhidmatan kepada pendududuk setempat. Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) telah melaksanakan inisiatif program, bandar selamat yang telah bermula pada tahun 2013 dimana focus adalah untuk mengurangkan kadar jenayah termasuk yang melinbat kan kecurian dan vandalism di dalam kawasan Sungai Petani. MPSPK telah menerima peruntukan khas daripada Kementerian perumahan dan Kerajaan tempatan kpkt bermula tahun 2014, 2017,2018,2020 dan juga tahun ini 2023 untuk inisiatif pemutihan kwasan black spot. Terdapat jawatankusa khusus di mpspk iaitu jawatankuasa bandar selamat bagi tujuan perlaksanaan serta pemantauan berkaitan keselamatan bagi tujuan mengurangkan kadar jenayah dimana jawatankuasa ini melibatkan beberapa agensi seperti PDRM AADK jabatan perpaduan dan lain-lain agensi yang berkaitan. Antara inisiatif yang dijalankan dibawahn program bandar selamat adalah projek pencahayaan Kawasan-kawasan hotspot. Pencahayaan dikawasan ini mampu mengurakngkan kebarngkalian sebarang kes kecurian di Kawasan hotspot. Yang berhormat tuan speaker, untuk makluman selain MPSPK. Terdapat keseluruhan 3 pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan program bandar selamat iaitu majlis perbandaran kubang pasu (mpkp) majlis perbandaran Langkawi, bandaraya perlancongan. Program bandar selamat di Malaysia di wujudkan pada tahun 2004 oleh KPTK dan untuk menwujudkan alam persekitaran yang selamat. Inisiatif pencahayaan, inisiatif papan tanda jenayah, penyediaan penggera keselamatyn serta penyediaan balai polis bergerak turut membantu mengurangkan risiko kecurian. Pihak pemberi perkhidmatan jugak telco sentiasa mencari jalan penyelesiaan terbaik bagi mengatasi masalah ini daripad terus berulang. Antaranya menambah baik ciri-ciri keselamatan di tapak Menara komunikasi, jurang sesalur bagi mengelakkan masalah kecurian dan vandalism. Oleh pihak yang tidak bertanggung jawab,

Pihak MPSPK juga menjalakan Kerjasama dengan pihak telekom bagi mengatasi isu berkaitan kecurian kable. Untuk maklumsn pihsk TM memiliki penggera sekiranya berlaku kecurian kable. PihaknTM dan MPSPK saling bertukar informasi sekiranya mengesan kes kecurian kable semasa rondaan dilaksanakan. Pihak TM dan MPSPK bekerjsama dengan pihak polis dalam memantau kes-kes kecurian kable di bandar Sungai Petani. Kerjasama oleh koomuniti stetmpat juga turut dialaulaukan dalam memainkan peranan bagi memerangi masalah kecurian dan vandalism seperti program polis komuniti Bersama PDRM. Pihak berkuasa tempatan skim rondaan sukarela SRS atau Kawasan rukun tertangga KRT sebagai langhkah pencegahan. Kerjasama daripada MKK, IMAM MASJID, anak kariah dan seluruh Masyarakat awam amat dialu-alukan bagi kita mengatasi masalah kecurian dan vandalism. Sekian Terima Kasih

Speaker

Soalan tambahan Bakar Arang

Encik Loh Wen ChaiPKR · PHBakar Arang

Soalan tambahan Tuan Speaker. Soalan saya ialah adakah, sebeb saya lihat kecurian kable ini sebab ada permintaan. Jadi adakah Kerajaan negeri atau PBT ataupun polis akan mengambil Tindakan terhadap pembeli kable ini sebab saya difahamkan kable ini boleh dijual sehinggha satu kilo rm 30. Menjadikan satu kebimbangan serius di Kawasan Dimana banyak pencuri-pencuri kable dia pi curi kable tu dan jual 30-ringgit adalah satu harga yang sangat bagus untuk mereka. Apakah Tindakan yang akan diambil oleh PBT atau PDRM terhadap pembeli-pembeli kable ini. Sekian terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Sungai Limau

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih atas soalan tambahan Bakar Arang. Kita yakin diperingkat PDRM ada apadia ni hukuman-hukuman tertentu bagi mengatasi mereka yang suka ataupun membeli barang curi ni. Cuma mungkin dari sudut pembuktian jadi kita harap PDRM lah yang akan memastikan supaya ada kaedah tertentu bagi kita mengurangkan kecurian ini berlaku akibat daripada copper tu ada harga Cuma yang berhormat bakar arang, kita

difahamkan mulai tahun 2020 bila projek jendela dilaksanakan, telco ni dia mengubah daripada copper kepada pemasangan fiber dan fiber ni difahamkanlah takdak, takdak harga kalua kalua nak curi pun. Cuma yang jadi masalah hari ni walaupun, penukaran daripada copper kepad fiber sedang berlangsung ada lagi tempat-tempa yang masih ada copper tapi kita Telco dia akan mengurangkan sedikit demi sedikit difahamkan sasaran sehingga tahun 2025. Lani yang berlaku masalah kerosakkan masalh fiber bila pencuri-pencuri ini dia ingat masih lagi copper lama korek-korek kerat-kerat tengok-tengok fiber, tak boleh nak buat untung apa, Pantai Merdeka na, kan jadi dia jadi masalah kerosakan Bukan kecurian jadi masalah sekarang ini adalah untuk diperingkat masyarakat awam supaya takmau berlaku dah kecurian dan jugak kerosakan akibat daripada salah faham pencuri-pencuri copper ni dia kata masih lagi boleh ada harga sebab bila ubah pada fiber optik ni depa tak curi tapi merosakan jaringan telekomunikasi. Terima Kasih.

Encik Teh Swee LongDAP · PHKota Darul Aman

Tuan Speaker, Soalan tambahan

Speaker

Silakan Kota Darulaman

Encik Teh Swee LongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih tuan speaker, saya faham bahawa penukaran daripada kabel copper ke fiber memerlukan masa yang Panjang lagi tapi yang sekarang ini sangat mengkhuatiran adalah yang berlaku dekat majlis bandaraya alor setar Dimana kalu kita lihat polis PDRM pernah tumpah kegiatan curi kable pada 14 Jun .Masa tu suspek 15 orang yang penangkapan berlaku di Sungai petani Dimana pembeli bahan lusuh adalah di gurun dan kini masih berlaku dan apa yang sangat menakut-nakutkan bila mereka curi kabel tu mereka curi kabel bawah tanah TM diamana mereka bukak penutup b]lubang utama dan mereka masuk dalam Tarik dengan kereta kabel tu dan mereka potong . bila mereka nak lari tu pebnutup tu mereka letak luar. tak letak balik jadi banyak orang yang eksiden disebabkan penutup tu tak diletak balik an berlaku kemalangan motosikal. jadi saya harap pihak Kerajaan dapat memantau perkara ni dan mengambil serius supaya pembeli dapat dibanteras dan juga pencuri dapat di tangkap. Okay terima kasih.

Speaker

Silakan Sungai Limau.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik, terima kasih . jadi makna kita setujulah apa yang kota darulaman sebut dan kita pihak Kerajaan sentiasa mengambil perhatian isu ini dan pihak TM telekom pun dah ad penggera bila berlaku kes ini dan bila kota darulaman sebut kita panggil apa satu kecurian satulagi Tindakan pencuri tu jugak sebenarnya dia telah membahayakan penunggang motosikal pengguna jalanraya. JaDI kita nasihatkan kepada semualah rakyat negeri kedah khususnya penjenayah-penjenayah yang mungkin dia hanya dok pikiaq diri dia Sahaja nak dapat untung sebenarnya dia boleh mengorbankan mangsa lain. Jadi kita harap kesedaran itu booelgh kita berikan pada semua. Terima Kasih kot darulaman dan Tindakan keatas pembeli daripada PDRM seksyen 414 kanun keseksaan bagi tujuan melupuskan barang curi. Jadi dia ada sejeyen dia kemudian seksyen 29. satu undang - undang esalahan kecil. Jadi Tindakan kepada pembeli ini dia boleh dikenakan hukuman diperingkat PDRM.

Speaker

Teriman kasih Sungai Limau. Ada lagi?

Mohon tambahan sikit?

Speaker

Sikit YB, Cuma pagi ni kita nak bagi peluang seberapa ramai yang boleh kepada ADUN-ADUN kita untuk sebab hari ni hari last. Cuma kita nak limit lah sikit soalan-soalan tambahan kepada 1,2,3 org Sahaja. Silakan.

Terima kasih Tuan Speaker. Mungkinkah kita ada cara-cara untuk mengatasi selain daripada PDRM saja yang tangkap mengkinkah kita perlukan ada system CCTV di bahagian-bahagian hotspot yang ada benda-benda yang perlu yang berharga lah maksudnya mungkin CCTV dapat membantu mencari ataupun mengenal pasti penjenayah ini. Mungkin kalau ada Cadangan daripada pihak Kerajaan. Terima Kasih.

Speaker

Silakan Sungai Limau!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih kepada Sidam. Cadangan yang baik dan saya difahamkan ada juga disesetangah tempah khususnya di bandar-bandar besar ada selain daripada penggera TM tu ada jugak CCTV. Mungkisn sesetengah tempat jadi kalau nak perluasakan Insyaallah pandangan Cadangan yang baik. Terima kasih Sidam.

Speaker

Seterusnya soalan nombor 16, silakan Yang berhormat ADUN Tokai

Terima kasih Yang Berhormat Spekar. Dari kerpan pergi ke galas Pohon jawapan nombor 16

Speaker

Silakan Suka Menanti.

Tuan Haji Dzowahir bin Abdul GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Assalamualaikumwarahmatullahiwabaaarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ynag berhormat Tokai. Nak Pantun tak berapa pandai, soalan Yang Berhormat Tokai yang berbunyi apakah plan jangka pendek dan panjang industri padi beras negeri kedah didalam menghadapi kemelut beras naik harga dan ketiadaan beras tempatan di pasaran dengan harga yang murah seperti sebelum ini. Untuk makluman yang berhormat sekalian pelan jangka pendek dalam menghadapi kemelut beras naik harga ini dan ketiadaan beras tempatan dalam pasaran adalah seperti mana telah dilaksanakan oleh KPKM iaitu Kementerian pertanian dan keterjaminan makanan. Langkah intervensi iaitu program khas beras putih tempatan. Atau program BPT. Program ini melibatkan semua kilang-kilang beras seluruh negara yang dikendalikan oleh ataupun diuruskan oleh pihak Kementerian dalam erti kata yang pendek, kilang-kilang beras ini pihak Kementerian mintak kilang-lilang beras ini membekalkan 20 % daripada pengeluaran setiap kilang untuk di bekalkan kepada sejumlah 103 pemborong diseluruh negara termasuk FAM dan LPP iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang. Di negeri Kedah terdapat 24 panel pemborong

termasuk FAMA dan LPP jumlahnya 26 pemborong. FAMA negeri kedah terdapat 3 outlet untuk edaran ataupun bekalan dimana rakyat boleh pi dapatkan beras-beras ni. Pusat operasi FAMA Alor Setar, Sungai Petani dan Langkawi. LPP negeri kedah terdapat 7 outlet iaitu untuk bulan september 2023, PPL KEDAH, Kubur Panjang, Pendang dan Merbok. Oktober 2023 PPK Gurun, PPK karangan, PPK changlun, dan PPK baling. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi pemantauan program khas BBT dan penguatkuasaan keseluruhan rangkaian program khas BTP, KPKM melalui kawal selia padi dan beras (kpb) dengan kolaberasi strategik Ops Jamin Bersama bahagian penguatkuasa Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan kos sara hidup (kpdn) bagi memastikan bekalan beras putih tempatan mencukupi dengan harga yang terkawal pada kadar harga syiling yang telah ditetapkan dengan harga beras putih import tidak mengalami kenaikan terlalu tinggi, pihak kpkm melancarkan task force khas bersepadu yang melibatkan penguatkuasa kpkm iaitu kawal selia padi dan beras. Pdrm, kpdn jabatan kastam diraja Malaysia dan jabatan perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bertujuan bagi meningkankan kapasiti penguatkuasaan dan pemantauan seluruh negara dalam memastikan pengguna sentiasa mendapat keterjaminan bekalan beras yang mencukupi dengan harga yang stabil dan terawal. Untuk pelan jangka Panjang secara ringkas Yang berhormat Tuan Speaker, dan jugak Tokai, nanti cerita detail boleh saya buat dalam jawapan beertulis dan bersembang secara terus dengan Yb Tokai, Saya rasa YB Tokai ni banyak idea-idea dia ni. Orang lama ni dia banyak idea. InsyaAllah kita boleh duduk bersama macam mana program-program yang saya lancarkan untuk menyantuni pesawah dan petani Dimana kita lancarkan program melawat daerah atau jelajah daerah kita telahpun ada program-program itu di daerah bandar baru bersama yb bandar baru baguihnya kena udang galah kena pi lagi kena pi lagi lepas ni. Kelmarin bandar baru kata la musim durian dah. Lepaih ni kita pi pulak. Lepaih ni kita ajak pjulak semua adun. Kita pakat-pakat pi. Bandar Baharu boleh buat kenduri kot. Takpa la kita kutip sorang sikit.

Speaker

Kena pi ka bawak mai sini YB?

Tuan Haji Dzowahir bin Abdul GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

InsyaAllah. Kita pi ke Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda. Hari tu YB Pantai Merdeka tak dapat hadir. Kita pi menyantuni nelayan-nelayan. Kita juga pi melawat kawasan kena tsunami, cantik tempat tu. InsyaAllah saya rasa YB Tokai dah ambik maklum. Mintak maaf, YB Kubang Rotan ambik maklum. Kita buat jadi lagi cantik lepas ni. InsyaAllah YB Kubang Rotan dah anguk tu. Kita pi Tanjung Dawai, kita berbincang dengan pihak nelayan. Di atas kelong dalam Sungai, kita tak bincang dalam pejabat kerana kita nak

suasana yang santai supaya pihak petani-petani, pesawah nelayan dapat menyuarakan apa jua masalah. Pendapat, permohonan secara santai tak ada barrier. Kita sembang dalam jabatan, kalau kita panggil depa mai dalam satu mesyuarat depa tak bercakap. Pasai orang kita ni segan. Dan juga setengah- setengah petani pesawah kit ani ada kekangan nak pi pejabat. Habaq kata Pak Long, Pak Long kena pi pejabat, emh dia tak pi aih. Jadi kita guna kaedah, kalaulah orang petani, pesawah tak boleh ataupun kekangan nak pi pejabat, kita bawak pejabat pi kat petani dan pesawah. Sebagai contoh, di Bandar Baharu baru ni kita ada sendiri kehadiran Dato’ Pegawai Daerah, mantan la noh dia tukar pi Kulim. Kita ada pegawai-pegawai dari jabatan pertanian, dari pada perikanan dari pada JPS untuk Bersama orang nelayan dan petani untuk berdepan, ceritalah apa jua masalah, ceritalah apa jua kehendak, bincanglah apa jua pemohonan. Begitu juga kita buat di Ayer Hitam sama jugak dan insyaAllah lepaih ni Tuan Speaker kita akan bersama lagi petani pesawah di seluruh daerah negeri kedah ini insyaAllah. Itulah perancangan kita untuk mencapai satu strategik plan yang betul-betul efektif untuk jangka masa Panjang untuk bidang pertanian di Kedah ni. Juga negeri kedah telah pun melancarkan program tanaman padi 5 kali 2 tahun. Alhamdulilah, ia menampakan peningkatan hasil padi daripada average atau purata pengeluaran 3.5 Tan per hektar dah dapat sampai 5 lebih dah. InsyaAllah kita akan besarkan lagi kawasan-kawasan ini untuk manafaat semua. Begitu juga seperti saya maklum dalam sesi penggulungan saya baru ni, pihak MADA pun dah dapat peruntukkan yang besar untuk menambah baik system pengairan untuk kita bagi kebaikan kepada petani pesawah juga kita berhasrat yang berhormat Tuan Speaker, Tokai dan ahli-ahli yang berhormat semua sebab apa yang jadi baru-baru ni kemelut kes padi beras tak cukup, naik harga dan macam-macam tu. Salah satu punca, kita takdak stock pile. Kita pengeluar padi utama negara, YB Tokai. Tapi kita takdak stock pile sendiri. Di kedah takdak stock pile. Dulu masa LPN, kita ada. Ada gudang simpan padi, ada stock pile tu. Jadi apa-apa berlaku kita ada stok kita. La takdak dah LPN takdak. Jadi insyaAllah pihak Kerajaan negeri berhasrat untuk mengadakan gudang untuk stock pile sekurang-kurangnya dapat membekalkan kepada keperluan rakyat negeri kedah dalam apa jua terjadi sekalipun insyaAllah. Itu hasrat kita. Ini jugak akan memastikan bahawa tidak ada pihak-pihak yang tak bertangunggjawab main harga dan jugak bekalan beras. Kita ada stock kita sendiri, hampa jangan dok pemain kami lah. Lani kita tak upaya, kita tadak stock sendiri. YB Anak Bukit, InsyaAllah. Dulu ada di Anak Bukit. Saya ingat lagi yang masa LPN dulu. Lani kita takdak, yang paling dekat di Seberang Perai utara. Tu pun hanya dapat adakan bekalan untuk tempoh 3 bulan saja. Tak cukup.

Kalau jadi apa-apa, ken acari ubi kayu la kot noh. InsyaAllah nil ah antara program ataupun pelan jangkamasa Panjang yang kita akan buat untuk menangani segala apa jua masalah dalam bidang pertanian ni. Itulah sedikit sebanyak Tuan Speaker, harap YB Tokai dapat menjawab soalan. InsyaAllah kita akan usahakan.

Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat Tokai

Terima Kasih Suka Menanti, Terima Kasih Speaker, Daripada Padi Jadi Beras, Daripada Beras Jadi Nasi. Terima Kasih Atas Maklum Balas,

Ni soalan tambahan saya nak kasi. Kita pembekal 43 peratus beras negara. Tiba-tiba kita yang bekal beras negara ni, beras kita takdak. Dulu harga elok-elok, orang kata mampu lah. Tapi bila pengilang-pengilang kita taulah kerja buat dia macam mana, telah menyebabkan harga tak terjangkau oleh setengah-setengah golongan la nah. Kemudian dulu harga padi, mungkin pengilang punya manipulasi 1700 setan. Tapi bila jadi isu beras tempatan takdak ni, dia turun jadi 1200. Potongan dulu 17 % naik sampai 20 %. Jadi saya nak mintak kepastianlah daripada EXCO Pertanian ni supaya benda ni dibawak sampai ke atas. Dulu takdak keterjaminan makanan ni Menteri la keterjaminan tapi tak jamin. Ha Nampak gaya tak terjamin dah makanan kita ni. EXCO kata tadi 3 bulan noh stock pile. Jadi patutlah kita iktu contoh Kelantan, Terengganu buat beras sendirilah. Kelantan nak buat beras sendiri, Terengganu nak buat beras sendiri. Jadi kita pun kena follow macam tu. Kita dengan Perlis pakat-pakat cukupkan dengan hat kita dulu baru bagi dekat orang. Haaa. Mintak apa jawapan daripada EXCO lah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih. Ayer Hitam Silakan, nak bagi Ayer Hitam ka Suka Menanti. Silakan Ayer Hitam.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih tuan speaker. Saya setuju dengan pendapat Tokailah tentang apa nama kita perlu ada, kedah perlu ada macam Terengganu dan Kelantan. Ada beras sendiri yang kita boleh kawal harga. Ataupun mungkin kita boleh tengok ruang yang boleh kita

guna. Mungkin ada akta peraturan undang-undang dan sebagainya supaya orang kedah ni, diberi keistimewaan untuk dapat harga beras yang murah. Takpalah negeri lain, mahai mahailah, tang kedah ni kita ada ruang supaya orang kedah dapat beli beras dengan murah. Kena jual dikedah ni murah sebab Kedah ni pengeluar utama beras negara 43 %. Kita buat bendang, buat padi semua tu, jual-jual kita beli beras mahai. Sama mahai, bahkan lebih mahai dari orang lain lagi. Bendang sebelah rumah kita ja, hari-hari tengok bendang. Tapi harga beras lebih mahai. Sepatutnya kita dapat dengan harga yang lebih murah. Apa pandangan Speaker, apa nama EXCO?

Speaker

Silakan Suka Menanti.

Tuan Haji Dzowahir bin Abdul GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih tuan speaker, terima kasih Tokai dan juga Ayer Hitam. Banyak lagi nak bincang dengan Ayer Hitam lepas ni, ada lagi soalan, kawa-kawan bangkit tak habih lagi. InsyaAllah, untuk jawapan kepada YB Tokai, memang baru-baru ni kita mendapat kunjungan daripada rakan sejawat iaitu EXCO Pertanian negeri Kelantan hadir dengan rombongan dan kita juga dengan rombongan kita bertukar pendapat dan kita telah berbincang pada mulanya secara dasar. InsyaAllah lepas ni akan di susuli dengan perbincangan yang lebih detail diantara pegawai-pegawai yang terlibat. Memang negeri kedah ini merancang, sebab itu dalam penggulungan saya katakana kita nak buat benih sendiri sebab padi beras berpunca daripada benih dulu. Kita kena buat benih kita sendiri dulu, benih yang kita keluarkan ni semestinya mencukupi untuk permintaan pesawah petani negeri kedah. Hat lebih tu baru boleh kat juai kat orang. Lani macam saya kata kelmarin, kita ni pengeluar padi utama negara tetapi beih nak kena pi beli dekat orang. Tak ka pelik tuan speaker. Jadi kita pun telah berbincang dengan pihak jabatan pertanian, MADA dan sebagainya untuk kita menghasilkan benih mencukupi untuk permintaan tempatan sekurang-kurangnya dan lepaih ni kita berhasrat untuk jadi pembekal utama benih padi sah negara kita insyaAllah. Juga kita berhasrat tuan speaker,

Yang berhormat mintak laluan.

Speaker

Lunas, boleh YB?

Tuan Haji Dzowahir bin Abdul GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Bagi saya jawab dua dulu. Orang lama ni dia cepat lupa. Jadi tuan speaker, bukan saja takat kita nak keluarkan benih untuk mencukupi permintaan tempatan. Beras pun kita nak buat beras sendiri, insyaAllah. Dengan itu seperti saya maklum dalam masa pergulunggan, kita telah pun berbincang dengan pihak MADA untuk mengenal pasti dan saya pun telah huraikan sedikit sebanyak kelmarin kawasan-kawasan yang kita ada tambah yang kita panggil MADA PLUS. Dengan adanya kawasan-kawasan baru ni, seluas lebih kurang 10,000 hektar. InsyaAllah kita dapat mengeluarkan padi yang lebih dari pada dok ada yang lani. Dengan itu dapatlah kita mencapai hasrat kita mengeluarkan padi kedah sendiri. Dengan itu juga pada hari ni dan pagi ini dalam dewan yang mulia ini, saya mengalu-alukan seluruh ahli-ahli yang berhormat juga semua yang hadir dalam dewan ini boleh mencadangkan kepada kita nama yang kita nak panggil untuk beras kita ni. Sila cadangkan lepas tu kita buat undian. Nak kena bagi hadiah dak agak-agak? YB Kuala Ketil kata kena bagi hadiah untuk sapa yang menang dapat bagi nama. InsyaAllah, itulah antara usaha-usaha kita bukan saja takat beras YB Tokai, baja pun insyaAllah kita nak keluar baja kita sendiri sebab ada dah pemain-pemain industri yang datang berkunjung dan berbincang mengenai potensi baja yang mana kitab oleh bekerjasama pihak Kerajaan negeri dan swasta untuk kita buat baja kita sendiri. YB Bukit Kayu Hitam, nak buat baja sendiri. Kalau boleh lepas ni racun pun kita nak buat racun sendiri. Tapi kita racun ni kita takmaulah nak galakkan digunakan dah pasai salah satu factor yang mana penghasilan atau pengeluaran padi kita agak berkurangan atau tak mencapai angka yang kita kehendakkan adalah sebab kegunaan racun sekian tahun sekian lama. Saya rasa dula YB Tokai masa kita kecik-kecik dulu, nak pi mengai ikan kita pakai umpan cacing. Dulu ni pi kat bendang, ambik kayu korek lagutu cangkui mai dapat dah cacing. Ada dah. La? jenuh cangkui nak dapat cacing. YB Tokai kata ikan pun payah nak dapat dah dalam bendang lani. Salah satu faktor dia adalah kerana pencemaran yang disebabkan oleh penggunaan racun yang lebih. Sekian lama, tahun demi tahun. Saya ingat dulu-dulu orang tua-tua kita buat bendang tak banyak pakai racun kot. Yang saya ingat la tokwan saya dok buat bendang tak gaduh sangat dok pakai racun, dia pun dok buat benih sendiri ja. Pakai baja tahi kelawar, YB Tokai kata. Lani segala jenis baja, racun depa hantaq mai suruh pakai. Macam-macam promosi racun yang baguih, walhal daripada kajian yang kita buat dan maklumat yang kita dapat, data yang telah diberikan kadar kesuburan tanah bendang kita lani berada ditahap paling tak memuaskan.

Oleh itu usaha-usaha Kerajaan negeri juga dalam bidang bab tanah bendang ni kita telah pun berbincang dengan pihak pemain industri bagaimana kita nak bantu memulihkan balik tahap kesuburan bendang-bendang kita ni.

Speaker

Boleh bagi laluan kepada Lunas?

Tuan Haji Dzowahir bin Abdul GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Saya nak jawab kat Ayer Hitam ni. Jadi Yang Berhormat, sebenarnya tentang kawalan harga ni bukan bidang kuasa Kerajaan negeri. Ia kuasa Kerajaan pusat tapi bagaimanapun dalam mesyuarat diantara exco-exco pertanian dan YB Menteri baru ni, saya telah menyuarakan Hasrat Kerajaan negeri kedah ni untuk Kerajaan pusat mempertimbangkan segala apa jua permasalah yang dihadapi oleh petani pesawah supaya memastikan harga-harga beras ni harga yang amat berpatutan dapat dikecapi, dinikmati oleh semua rakyat kita.

Speaker

Lunas, sikit. Lepas ni kita sambung ke soalan yang lain.

Terima kasih kepada yang berhormat speaker. Terima kasih kepada yang berhormat Suka Menanti. Hari ni nampak dia cergas sikit, mungkin selepas semalam makan makjun. Nampak semangat. Baik, saya nak tanya pandangan yang berhormat suka menantilah isu beras ni isu yang melibatkan rakyat dan dia benda makanan harian kepada rakyat. Berapa bulan lepas sebelum berlaku kenaikan harga barang, kenaikan harga beras di pasaran, harga beras ni satu kampit biasanya antara RM 11.50 KE RM12.00. Ada yang elok sikit sampai RM12.00 lebih. Kemudian apabila berlaku kenaikan tiba-tiba, beras yang sepatutnya berada pada harga yang saya sebutkan tadi hilang di pasaran. Kemudian datang beras yang sama dengan harga yang jauh lebih tinggi. Bagi menangani isu kenaikan beras ini, agensi Kerajaan kalau tak silap saya dibawah Menteri Pertanian sendiri menjalankan jualan Rahmah. Rahmah ka Rahmat ka wallahu’alam. Tapi antara dua tu lah. Dalam bila dibuat jualan itu, harga beras yang saya tengok lah 5 kilo diletakkan pada RM 14.90 sen. Saya nak tanya pandangan yang berhormat Suka Menanti, sebahagian rakyat melihat mereka seolah-olah ditipu. Walaupun beras dijual pada harga rm14.90, sebelum ini harga beras tak sampai pun pada harga tersebut. Mungkin RM 12.00, walapun dikatakan jualan Rahmah dijual pada RM 14.90, tetap ada kenaikan RM2.90.

Jadi sebahagian rakyat mengatakan bahawa macam kami ni kena tipu hidup-hidup. Beras sepatutnya harga RM12.00, tiba-tiba hilang. Datang semula dalam bentuk jualan Rahmah dan kononnya harga tersebut nampak murah. RM14.90 daripada harga pasaran sekarang. Jadi mintak pandangan yang berhormat suka menanti.

Tuan Haji Dzowahir bin Abdul GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Yang berhormat speaker, terima kasih Lunas. Antara punca yang berlaku disebabkan kenaikan harga beras dan sebagainya, antara punca dia adalah kerana pihak Kerajaan pusat mnelalui Kementerian hanya membenarkan contoh di negeri kedah ni hanya 4 pengilang sahaja menjadi pembekal benih selurih negeri kedah, perlis dan ada jugak saya terima panggilan daripada Seberang perai utara untuk dapat benih. Macam kita kata tadi nak dapat beras kena ada benih dulu. Bila hanya ada 4 saja syarikat diberi kuota untuk bekal benih, depa beli benih tu pakat-pakat beli. Jadi meniaga ni depa akan macam bidding lah, sapa yang, depa beli harga mahai benih tu. Bila beli harga benih mahai, harga beras naik lah. Itu salah satu punca dia. Sebab itu lah dalam perjumpaan saya dengan pihak Kementerian saya telah memberi tahu supaya kouta pembekalan benih sah ni diberikan kepada lebih banyak lagi pemain industri. Dulu ni kita ada 9 kilang yang diberi kuota untuk bekal benih. La yang berhormat speaker, hanya 4 saja termasuk MADA Corp termasuk satu saja GLC yang lainnya swasta. Saya takmau ulas panjang lagi apa yang dalam perniagaan ni. Jadi itulah senario dia sekarang ni. Itulah kita pun menyatakan Hasrat Kerajaan negeri supaya pihak Kementerian menimbang semula kuota yang diberi kepada hanya 4 kilang ini. Dan diantara 4 ni YB yang berhormat speaker, MADA Corp yang dapat paling sikit kuota. Walhal MADA Corp ini, juga dipunyai sebahagiannya oleh petani dan pesawah. MADA Corp ni nama dia dulu SPPM, Syarikat perniagaan peladang. Mana mungkin satu agensi Kerajaan ataupun GLC Kerajaan yang mewakili petani pesawah ni diberi kuota yang paling sikit. Saya takmau ulas Panjang lagi sebab kadang-kadangkan, hat tu YB Lunas kata naik semangat. Bendang ni kita dok pi tengok sendiri. Saya sendiri pi bersama rakan sejawat YB EXCO Pertanian Perlis. Kami sendiri pi melawat kilang-kilang. Jadi kita dapat gambaran sedikit sebanyak yang mana senario keadaan bekalan beras dan padi yang berlaku di negeri kedah ni. Contoh di Kelantan, hanya satu kilang beras saja. Baru ni ada perjumpaan saya dengan YB Exco Pertanian Kelantan, depa pun dok mai kedah untuk kita dapat jalin kerjasama macam mana kita dapat mengusahakan supaya bekalan benih dan beras ni dapat kita kongsi bersama.

Jadi antara sebab itulah tadi YB Lunas saya rasa sedikit sebanyak memberi penjelasan kenapa harga beras itu dia naik turun. Selagi sistem yang ada ni masih dikekalkan saya rasa amat sukar untuk kita membendung apa jua masalah yang berlaku sekarang ni. Jadi itulah saya telah menyuarakan hasrat kerajaan negeri supaya disemak dikaji semula. Kalau kita beri pada 4 pembekal ini saja keadaan sama akan berlarutan. Jadi kita mintak pihak Kementerian bukak bagi banyak. Bayangkan, satu kedah, perlis dan Seberang perai utara nak kena cari 4 kilang ni ja. Dok ada berapa puluh ribu pesawah kita, nak dapat benih kena pi kat 4 kilang ni ja. Dan MADA Corp dapat kuota paling sikit.

Speaker

Suka Menanti, tolong ringkaskan.

Tuan Haji Dzowahir bin Abdul GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Panaih sikit yang berhornat speaker. Pasai selama ni petani pesawah kita susah. Semenjak Merdeka lagi depa susah. Petani pesawah kita bukan malaih. Orang kita tak penyegan tapi dituduh orang kit ani penyegan. Bukan penyegan sistem tu yang menyalahkan apa yang ada sekarang ni, jadi itulah Hasrat Kerajaan negeri kedah. Kita mintak Kerajaan pusat kaji semula sistem bekalan kuota ni. Mintak dibuka seluas-luasnya, mintak ditambah kepada GLC satu-satunya ada iaitu MADA Crop. InsyaAllah kita akan usahakan lepas ni, bukan saja sekadar kita nak bawak keluar benih, kita nak usaha sekarang ni perbincangan diadakan dengan pihak Lembaga zakat, kita nak adakan kilang beras kita sendiri. Kita nak ada kan gudang stock pile kita sendiri. InsyaAllah sama-sama berdoa lah dan saya mohon Kerjasama pada semua yang hadir dewan ini berilah Kerjasama pada kami untuk menjayakan Hasrat untuk kebaikan rakyat semua. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Suka Menanti. Seterusnya kita menjemput ADUN Guar. Dipersilakan ADUN Guar.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih YB Speaker. Bismillahirahmanirrahim, Asalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh. Guar Chempedak mohon jawapan untuk soalan nombor 17. Terima kasih.

Speaker

Mohon kepada Kubang Rotan. Cuba ringkaskan sebab kita mempunyai masa yang cukup terhad pada hari ini.

Dato’ Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Baik, terima kasih Guar Chempedak. Yang berhormat tuan speaker. Soalan daripada Guar Chempedak ini adalah a) Apakah perancangan pihak Kerajaan untuk gunung jerai sebagai tempat destinasi pelancongan yang menarik? b) Apakah pihak kerajaan merancang untuk membangunkan infrastruktur di Pulau Bidan dan Pulau Songsong, Kedah dan (c) Apakah peranan pihak kerajaan menjaga tapak-tapak warisan yang terdapat di daerah Yan dan seluruh Negeri Kedah ? Baik untuk soalan (a), kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah yang proaktif dalam memastikan Gunung Jerai bukan sahaja menjadi destinasi tumpuan pelancong tetapi untuk menambah kehadiran mereka. Yang terbaru, perbadanan kemajuan negeri kedah (pknk) telah pun menyiapkan satu projek Jerai Sky View. Semalam Bukit Lada ada sentuh Jerai Sky View ni dan telah pun siap dan akan dibuka kepada pengunjung dan jugak pelancong pada awal bulan depan. Keseluruhan projek itu adalah RM 1.9 juta dan saya yakin apabila dibuka nanti Gunung Jerai itu dengan siapnya projek itu akan menjadi nilai tambah keatas Gunung Jerai itu sendiri. Dan sekarang ini jugak, untuk makluman dewan yang mulia ini jugak YB Guar Chempedak Gunung Jerai itu dah menjadi tempat tumpuan pelancong. Ramai orang sekarang ni. Jadi PKNK meminta memohon orang ramai yang nak pi sana tu. Kan kalau pi, kalau boleh gunalah van yang diusahakan oleh komuniti setempat tu dan untuk mengelakkan jem. Jadi semua kalau mai 10 family 10 naik bersusun-susun akhirnya atas tu jem. Jadi kita nak hidupkan jugak apani apa orang kata usaha apa ni pengusaha-pengusaha dikawasan itu yang buat van untuk naik ke atas tu. Perkhidmatan itu kita gunalah khidmat depa tu. Dan yang terbaru pulak ada baik-baki tanah PKNK atas tu PKNK nak cadang untuk buat pertambahan bilik dengan membina pool villa dan dijangkakan projek itu akan dibuat pada awal tahun depanlah. Jadi sebenarnya banyak lagi cadangan-cadangan projek yang dicadang untuk dibina atas tu. Semua tu dah masuk dalam rancangan tempatan daerah yan tahun 2020. Contohnya macam dengan pembinaan Cable Car, dan jugak macam dengan dicadangkan jugak membina taman negeri Gunung Jerai, dan banyak jugak yang terbaru jugak perancangan terbaru dah masuk dalam draf rancangan tempatan daerah yan dalam proses pewartaan.

Saya yakin dan saya pasti bila semua itu siap nanti ianya menjadi orang kata menjadikan gunung jerai tu tersohor dan menjadi orang kata apa bintang yang gemerlap buat industri pelancong dalam negeri kedah. Gemerlapan eh, bukan gemerlap gemerlap. Okay, bagi soalan (b) saya rasa Guar Chempedak saya dah jawab panjang semalam dalam penggulungan saya. Perlu ka saya jawab lagi yang ni ?

Speaker

Yang dah jawab, tak perlu jawab.

Dato’ Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Okay, serius kita punya speaker hari ni. Okay yang (c) apakah peranan pihak Kerajaan menjaga tapak warisan. Kerajaan sentiasa cakna terhadap kepentingan tapak-tapak warisan yang terdapat dalam negeri kedah kita ini kerana warisan semalam adalah untuk hari ini dan jugak masa depan. Justeru, Kerajaan sentiasa menjaga jugak memantau secara berterusan dan Kerajaan sebenarnya telah bercadang untuk melantik Lembaga Muzium negeri kedah atau melantik entiti baru untuk menjaga dan mengawal selia tapak-tapak warisan ini adalah untuk tujuan pelancongan. Dan untuk makluman juga, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya MOTAC melalui jabatan warisan negara sentiasa memberi perhatian kepada Khazanah warisan yang terdapat dalam negeri kedah ini dengan buat pewartaan dan pengiktirafan melalui warta warisan kebangsaan 2005 akta 645. Saya rasa itu lah jawapan saya kepada Guar Chempedak. Terima Kasih.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Tambahan boleh YB Speaker? YB Speaker soalan tambahan.

Speaker

Silakan Guar.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Buat masa kini, berapa banyak tapak warisan yang terdapat di negeri kedah? Terima kasih.

Dato’ Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Baik, terima kasih Guar Chempedak. Takat hari ini kita ada 10 tapak warisan termasuk yang terbaru candi Bukit Choras, Yan yang di temui oleh pasukan penyelidik dari pada pusat penyelidikan arkeologi USM. Dan kesemua 10 ini, boleh saya bacakan lah noh, ada 10, pertamanya Kota Kuala Kedah, balai polis alor setar lama, pejabat pos besar alor

setar pejabat pos lama sekolah kebangsaan tunku putra baling, balai polis Sungai petani kuala muda, kompleks percandian pengkalan bujang tapak 23 kuala muda, candi bukit batu pahat tapak 8 kuala muda, tapak arkeologi Sungai batu kuala muda, candi permatang pasir kuala muda, dan jugak yang terbaru kompleks percandian bukit choras tapak 1 yan. Kesemua tapak-tapak ini telah diwartakan dibawah akta warisan kebangsaan 2005 akta 645. Melalui pewartaan ia akan bagi nilai tambahlah kepada sektor pelancongan dan selain itu untuk memulihara dan memelihara dan jugak menjaga khazanah yang terdapat dalam negeri kedah. Terima kasih taun speaker.

Speaker

Silakan Tanjung Dawai.

Tuan Haji Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Terima kasih tuan speaker dan terima kasih Kubang Rotan. Bukan nak kelai tuan speaker tapi cuma nak kongsi ja la. Terima kasih pada Guar mintak untuk bangunkan gunung jerai ni tapi hakikatnya gunung jerai ni jalan nak naik daerah yan. Puncak di kuala muda. Apa pun kami untung. Terima kasih

Speaker

Tak payah jawab kot noh. Kita bagi Tokai pulak. Kalau nak jawab satgi sekali ja.

Terima kasih speaker. Terima kasih exco, kita ada saya sentuh dalam ucapan saya Sungai Batu. Sungai batu ni sejarah yang cukup hebat. 778 tahun sebelum masihi lagi. Mengalahkan Angkor wat mengalahkan Borobudur mengalahkan apa orang kata apa Rome kuno. Tapi saya rasa di satellite, kajian satellite menunjukan ada 100 buah kapal yang dah dikorek, professor mokhtar dah korek ada orang kata apa yang tiang-tiang kapal tu dah jumpa. Tapi nak korek ke dalam lagi modal takdak. Jadi kita haraplah pihak apa negeri ataupun exco pelancongan ni urut-urutlah Menteri pelancongan kita tu dia tu jutawan duit banyak supaya dapat curahkan sedikit untuk kawasan-kawasan ni. 100 buah kapal tu. Mengambarkan bahawa kedah ni merupakan kawasan perdangangan yang cukup hebat. 778 tahun sebelum masihi lagi. Terima kasih speaker.

Dato’ Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Untuk Tanjung Dawai, Tanjung Dawai semua kawasan yang terlibat tu akan dapat manafaat insyaAllah. Don’t worry. Okay untuk apa ni Tokai. Okay.sebenarnya jabatan bila sebut Sungai batu ni jabatan warisan telah pun mengangkat satu pemohonan pada MOTAC itu sendiri.

Yang projek yang apa apa ni yang apa permohonan bajet itu sebanyak RM 41 Juta. Tadi apa ni YB Tokai kata bisik-bisik kepada Menteri pelancongan. Ya Tokai saya dah bisik saya dah bagitau kepada Menteri Pelancongan. Saya mintak apa ni permohonan dari jabatan warisan kebangsaan berhubung dengan Sungai batu itu sebanyak RM41 Juta itu diluluskan dengan bajet yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang nilai keseluruhannya bajet untuk perancangan Malaysia untuk sambutan apa tu tahun melawat Malaysia 2026 dengaN bajet tahun depan RM 350 Juta itu saya mintak RM 41 Juta itu bagi pada Sungai batu saja. Jadi saya harap Kementerian dengarlah apa yang saya cakap ini dan segerakanlah peruntukan yang dimintak tu untuk pembangunan Sungai batu yang sangat hebat kawasan tu. Untuk kita akan jadikan satu tempat yang dikatakan destinasi wajib dikunjungi oleh sesiapa yang mai ke Kedah. InsyaAllah, mudah-mudahan kita dapat projek ini dan duit ini kita boleh buat pembangunan disitu insyaAllah. Terima kasih

Speaker

Silakan Tanjung Dawai.

Tuan Haji Sharir LongPAS · PNPantai Merdeka

Terima kasih tuan speaker. Saya ada Kongsi berkaitan dengan MADAD, di Sungai Jagung, Sungai Petani. Dan Al-Bushra. Jadi macam hari sabtu ahad ni Allah, memang orang luar mai sampai jem Merbok. Cuma masalahnya, bila depa mai MADAD, lepas tu pi Bushra, depa tak singgah di Sungai batu. Makna kalau ikut jumlah bas, 30 bijik bas yang mai MADAD lepas tu mai Bushra ni kalau depa singgah Sungai batu pun besar dah tu. Jadi kena ada satu tindakan kot supaya pelancongan domestic cara islamik nib oleh singgah di Sungai Batu. Terima kasih.

Dato’ Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Baik, terima kasih Tanjung Dawai. InsyaAllah, tajuk promosi ini saya mintak bukan sahaja EXCO Pelancongan sahaja okay. Saya mintak semua orang yang ada di dalam dewan ini semua ADUN-ADUN, orang-orang hebat yang berada di dewan yang mulia ini mari sama-sama kita sendiri yang promote tempat kita ini. Saya rasa macam kadang-kadang kita, sebenarnya kadang-kadang kita sendiri kan kadang-kadang kita buat program, kita buat kursus, kita buat meeting dan sebagainya kita bawak ahli-ahli kita, orang kita pergi meeting, kalau boleh dicelah-celah itu kita tengok kawasan yang disekitar itu kita bawaklah orang-orang kita ni pi singgah tengok agar depa semua menjiwai tempat yang kita ada ini.

Dengan itu, dengan kita bagi apa ni orang kata tambahan pengetahuan kepada orang kita akhirnya pakat-pakat promote tempat kita dan kita tau tempat kita dan kita promosi. Jadi berbalik kepada Tanjung Dawai apa ni, saya rasa itu jawapan dia. Pun begitu Kerajaan negeri akan cuba untuk buat pamphlet-pamplet atau pun apa ni salurkan maklumat pada masjid dan juga kepada institusi Kerajaan yang berkaitanlah. Mudah-mudahan orang kot tu tau. Saya rasa itu saja apa ni jawapan saya.

Speaker

Kubang Rotan, saya saja nak bertanya selalunya kita menerima runggutan daripada rakyat kita. Saya ni rajin jugak dok bertanya pasaipa hampa suka dok pi siam. Depa kata pi siam ni bukan apa, makanan murah. Jadi dalam hal ini, apa pandangan kubang rotan bila orang dok complaint kata yang takmau melawat dalam kawasan kita ni di tempat-tempat kita ni kerana makanan dia mahai. Apa pandangan kubang rotan?

Dato’ Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Dia makanan mahal ni tuan speaker, dia ni terlalu subjektif.. Kita nak hukum kata tempat kita mahai ni apa yang dikata kata kita nak kata tempat kita betul semua barang mahal. Sebenarnya sengaja, kadang-kadang orang cakap syok macam tu jela. Sana murah sini mahal. Padahal benda itu sebab itu kita nak sekarang ni kita nak pupuk kesedaran kepada masyarakat. Baru-baru ni ada YB mana sebut baru ni taktau, Anak Bukit pun ada sebut baru ni kesedaran daripada orang kita sendiri jugak. Okay. Sebenarnya tiada isu barang mahai, makanan mahai ni nak bagi tau. Macam di Langkawi contoh sebut di Langkawi. Senang cakapkan. Langkawi tu banyak faktor, banyak angle kita kena tengok. Langkawi itu sendiri dia terpisah dengan tanah besar. Betul dak, kan. Dah tentu dia melibatkan kos pengangkutan itu dan logistik dan sebagainya. Jadi dan jugak macam dengan premis perniagaan di sana. Contohnya disana kata mungkin sewa pun mahal. Sebab sesuailah dengan tapak, pulau pelancongan tu, nak bagi tau. Ini jugak melibatkan dengan permintaan dan jugak penawaranlah nak bagi tau kan. Tetapi apa pun. Macam di Langkawi tuan speaker, aik hilang, tukar, dak saya tunduk-tunduk, bangun-bangun speaker lain. Terkejut saya. Kan, tak maklum. Silau. Saya nak bagi tau, tang mana taktau tadi. Pergi ke Langkawi beberapa kali pergi Langkawi. Sebabnya bukan pi meeting pi rasmi mesyuarat saja, dalam masa yang sama kita turun pi makan pi ke bawah yang last sekali saya pi dengan apa ni Kuah, kita pi makan di tanjung rhu, tanjung rhu, tanjung rhu kan? Laksa sedap, dah la sedap murah. Maknanya kata ada tak semua tempat tu mahalkan, nak bagi tau. Jadi, yang ini ni pembeli pengguna kena bijak guna kuasa depa untuk buat pilihan selesai masalah. Tajuk bab harga mahal ni saya tak setujulah kalau orang kata di kedah ni semua mahal. Dak banyak, di kedah la murah. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Dipersilakan, soalan nombor 18. ADUN Sidam, Yang Berhormat.

Terima kasih yang berhormat tuan speaker. Sidam mohon jawapan untuk soalan nombor 18. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhomat Kuala Ketil. Silakan, ringkaskan sikit. Kita akan pi ke hal-hal lain lepas ini.

Mejar Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

belum jawab suruh ringkas dah. Terima kasih yang berhormat speaker. Terima kasih yang berhormat sidam. Soalan saya ni semua hat pembangkang bagi noh. Kebetulan. Soalan 18, di Sungai petani terdapat ramai peniaga warga asing menjalankan perniagaan terutamanya di kedai karpet serta kedai perabot milik warga Pakistan dan kedai tom yam dari Patani, Thailand. Mohon nyatakan adakah peningkatan warga asing ini dibawah perhatian dan kawalan Kerajaan dan bagaimana kaedahnya agar tidak menjejaskan peniaga tempatan. Kalau nak jawab ni, ringkas ja la yang berhormat. Memang dibawah kawalan Kerajaan. dibawah kawalan MPSPK lah yang di Sungai petani ni. Dan memang ada pemeriksaan berkala yang dibuat oleh pihak PBT terhadap perniagaan-perniagaan ini yang diusahakan sebahagiannya oleh warga asing yang dimaksudkan tadi ialah Pakistan ataupun Thailand. sedar tak yang berhormat, di C-Mart pun ada kedai karpet Pakistan kan. Ada kan. Ada satu, adakah itu yang dimaksudkan jugak? Ka bawah ni saja. Kan. Sebenarnya lesen yang dikeluarkan itu atas nama orang tempatan. Kemungkinan diantara dualah, satu premis tu premis orang tempatan disewakan oleh Pakistan ataupun Patani tadi. Yang kedua adalah kerana faktor perkahwinan. Dia kawen orang lelaki tempatan ataupun orang Perempuan orang tempatan yang lessen dikeluarkan. Tapi kalau tiada lessen, memang ada penguatkuasaan dibuat oleh pihak MPSPK lah. Bersama dengan imigresen, Bersama dengan pejabat agama, Bersama dengan PDRM, KPDNHEP, Kesihatan dan lain-lain agensi. Ini pernah dibuat oleh pihak MPSPK lah. Jika terdapat memang dikenakan caj kompaun dia RM 300. Setiap satu caj yang dikeluarkan. Sekian yang berhormat.

Speaker

Soalan tambahan.

Terima kasih yang berhormat. Mungkin trend yang dulu dia dok buat tu trend iaitu mengahwini warga asing ni menghawini orang tempatan, kemudian menggunakan nama orang tempatan tu lah untuk mendapatkan lesen. Jadi adakah ini pun digalakkan ataupun didalam kawalan jugak. Terima kasih.

Mejar Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Kahwin dengan warga asing ini tidak ada apa dalam kawalan. Pintu sempadan kita ada dua pun dah banyak kahwin. Tambah tiga lagi Bayu nak bukak satu lagi, lagi banyak la. Dia sebab mungkin orang sana tu lembut kan. Dia kita pi kedai makan dia panggil abang, abe nak minum apa abe. Di rumah dia panggil tok hang. Tok wan mai. Dia panggil pak hang, pak hang makan nasi. Mana nak mesra yang berhormat speaker, kan. Dak betui. Dak saya orang cerita. Saya tak pernah pi. Layanan mesra itulah yang menyebabkan bertambah banyak kan. Mungkin bertambah banyak. Mungkin faktor-faktor tersebut. Jadi tak rekod kot noh hat tadi. Jadi sebenarnya bukanlah trend yang berhormat noh. Ini secara kebetulan. Kebetulan. Sejarah seperti mana yang berhormat Anak Bukit cerita semalam, Sejarah Thailand dengan Kedah ni sejarah yang panjang. Sebahagian besar orang di Patani itu ada hubung kait keluarga dengan orang Kedah. Jadi faktor-faktor inilah kadang-kadang memudahkan perkahwinan dan sebagainya. Bukan kerana nak sesuatu benda tetapi sejarah ni mungkin dipanjangkan balik dikait rapat balik semula. Mungkin tok tokwan depa apa adik-beradik depa sana tu sebabkan depa kahwin. Dan bila berkahwin, orang Patani ni, adalah orang yang berniaga. Depa suka berniaga. Yang berhormat Kubang Rotan pun bagitau tadi kan, orang siam ni dia minat berniaga. Bila diam ai dok Malaysia, dia takmau kerja memotong. Kan. Yang kerja memotong tu orang Myanmmar, orang Kemboja. Tapi yang kerja meniaga kebanyakan orang Patani, dia minat. Dia cubalah ceburi bidang perniagaan, yang ni sebahagian faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut. Macam mana, boleh noh. Tapi jangan tiru pi kedai Tom Yam nah.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Ketil. Terima kasih kepada yang berhormat-yang berhormat semua sesi pagi ini. Dan seterusnya, kita ke urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Meluluskan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2024 diperingkat Jawatankuasa.

II. Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2024Bill

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan yang perlu diputuskan sekarang ialah suatu cadangan supaya Rang Undang-Undang yang berbunyi “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan-perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud tertentu”. Ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Sekarang Dewan Bersidang sebagai Jawatankuasa]

Setiausaha Dewan

-FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-JADUAL

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Wang sejumlah RM14,316,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

[Selepas Perbahasan Jika Ada]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM14,316,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.01 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.02 - Pejabat Dewan Negeri Dan Majlis Mesyuarat Kerajaan. Wang sejumlah RM30,420,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM30,420,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.02 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.03 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Wang sejumlah RM1,085,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM1,085,600.00untuk Maksud Perbelanjaan B.03 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.04 - Pejabat Menteri Besar Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Wang sejumlah RM46,641,300.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM46,641,300.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.04 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.05 -

Pelbagai Perkhidmatan. Wang sejumlah RM138,107,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM138,107,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.05 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.06 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah. Wang sejumlah RM76,038,390.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Jika Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM76,038,390.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.06 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.07 - Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun. Wang sejumlah RM100,391,020.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM100,391,020.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.07 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.09 - Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. Wang sejumlah RM59,988,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM59,988,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.09 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.11 - Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Wang sejumlah RM15,905,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM15,905,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.11 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.12 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri. Wang sejumlah RM8,767,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! Silakan Tokai.

Ditempat saya ada dua Kawasan padangh ragut. Satu diserahkan kepada MADA tanam mempelam, satu lagi telah digunakan oleh penduduk untuk buat penempatan dan kita telah masukan apa dalam pejabat daerah supaya kawasan yang dibuat penduduk dah berpuluh tahun ini kita ukur semula ka apa ka bagi kepada penduduk yang tinggal di situlah dan untuk masa depanlah saya harap veterina ni apa mengawal kawasan padang ragut ini naa. Macam di Sik pun ada nah. Supaya boleh orang-orang ramai tu mengguna kan kawasan tu bela lembu, bela kerbau ka kalau ada kawasan sawah yang lumpur ada. Maknyanya boleh digunakan tak terbiar macam tu saja nah. Ini merupakan satu daripada cadangan daripada sayalah. Terima kasih speaker.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih Tokai. Satu harapan kepada Suka Menanti seterusnya ulang balik yang tadi. Maksud perbelanjaan B.12 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri. Wang sejumlah RM8,767,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan sudah pun dikatakan oleh yang berhormat Tokai tadi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM8,767,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.12 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.13 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah. Wang sejumlah RM47,444,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM47,444,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.13 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.14 - Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah. Wang sejumlah RM4,011,350.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM4,011,350.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.14 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.15 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. Wang sejumlah RM35,125,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM35,125,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.15 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.16 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Wang sejumlah RM68,887,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! Silakan Ayer Hitam.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih pengerusi, saya tengok kepada , untuk B. 16 ini tentang enmolumen ada peningkata lebih kurang RM 1 juta. Mungkin ada penambahan pegawai atau sebagainya. Mintak penjelasan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Enmolumen. Silakan yang amat berhormat dato’ seri.

Yang berhormat pengerusi, itu adalah bersabit dengan kenaikan gaji pegawai, kenaikan tahunan. Terima kasih.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM68,887,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.16 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.17 - Jabatan Mufti Negeri Kedah. Wang sejumlah RM2,765,350.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM2,765,350.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.17 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.18 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah. Wang sejumlah RM9,841,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM9,841,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.18 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.23 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Wang sejumlah RM20,723,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM20,723,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.23 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.25 - Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah. Wang sejumlah RM11,759,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM11,759,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.25 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.26 - Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu. Wang sejumlah RM3,857,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM3,857,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.26 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.27 - Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi. Wang sejumlah RM6,037,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM6,037,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.27 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.28 - Pejabat Daerah Dan Tanah Yan. Wang sejumlah RM4,495,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM4,495,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.28 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.29 - Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap. Wang sejumlah RM5,850,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM5,850,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.29 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.30 - Pejabat Daerah Dan Tanah Sik. Wang sejumlah RM4,845,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM4,845,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.30 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.31 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang. Wang sejumlah RM5,699,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM5,699,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.31 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.32 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena. Wang sejumlah RM5,092,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! Silakan Kota Darulaman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih tuan speaker. Ada peningkatan one-off bagi pembelian asset sebanyak RM 170,200,00. Boleh ka bagi pencerahan yang tu. Terima kasih.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

B.32, Yang Berhormat Dato’ Seri.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

B.32 One-off RM 22,200 jadi RM 190,400.00 bagi bahagian asset

Di pejabat daerah Pokok Sena ada dewan satu. Dewan baru siap belakang pejabat. Hat tu kena ada buat sikit penambahan asset-aset di dewan tu. Terima kasih.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih yang amat berhormat Dato’ Seri. Saya ulang balik, maksud perbelanjaan B.32 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena. Wang sejumlah RM5,092,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM5,092,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.32 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.37 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kota Setar. Wang sejumlah RM9,874,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM9,874,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.37 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.38 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda. Wang sejumlah RM8,877,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM8,877,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.38 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.39 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim. Wang sejumlah RM7,105,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM7,105,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.39 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.40 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kubang Pasu. Wang sejumlah RM9,048,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM9,048,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.40 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.41 - Pejabat Daerah Dan Tanah Baling. Wang sejumlah RM5,756,300.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM5,756,300.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.41 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.51 - Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan. Wang sejumlah RM10.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM10.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.51 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.52 - Badan Berkanun Negeri. Wang sejumlah RM10.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM10.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.52 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbang oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan. Silakan Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbelanjaan Negeri 2024 dan hendaklah mula berkuatkuasa mulai daripada 1 Januari 2024. Maka inilah dibenar mengeluarkan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Enam Puluh Lapan Juta Tujuh Ratus Enam Puluh Ribu Enam Ratus Tiga Puluh Sahaja (RM768,760,630.00) daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi pelbagai perkhidmatan bagi tahun 2024. Wang yang tersebut itu diuntukkan bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalam Jadual Rang Undang-Undang ini. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali Ketiga.

III. Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2024

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2024.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, saya pohon mencadangkan Usul mengenai Anggaran Kumpulan wang Pembangunan Negeri Tahun 2024 seperti berikut: - “Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 8 Tahun 2023 dan bahawa menurut Subseksyen (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Sebelas Juta Tujuh Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu sahaja (RM211,771,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Silakan Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 sebanyak RM46,542,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Dewan dibuka kepada perbahasaan

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan. Silakan Tokai.supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM46,542,000.00 dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”.

Terima kasih tuan pengerusi. 01000 pembangunan daerah, 03000 rumah rasmi Kerajaan 10000 prasarana sukan. Saya nak memberi tadi apa di dalam pemohonan tadi saya nak masuk balik ke dalam ini lah tentang permohonan untuk kita berada di daerah-daerah supaya segala apa bencana ka apa ka dapat disalurkan melalui pejabat daerah dan jugak peruntukan itu disalurkan melalui PKWR jugak lah. Kemudian rumah rasmi Kerajaan 03000. Saya Nampak di kawasan-kawasan banyak rumah-rumah ADO, DO yang menjadi uzur disebabkan oleh tidak ada penghunilah na. saya cadangkan apalah salahnya kalau kita buat homestay ka sewa ka supaya tidak, macam di pendang, D.O pendang Nampak rumah A.D.O tu terbiar lama-lama dia akan roboh macam tu ja. Ini satu perkara yang kemungkinan masa akan datang boleh membazirkan keadaan. Kemudian prasarana sukan 10000, apa stadium mini pendang kita dah masuk berapa proposal berapa Syarikat dah dah apa kata nak nak apa dia punya program bermacam program bermacam apa proposal dia masukkan tapi sampai sekarang nampaknya tidak ada perkembangan dari pihak apa Kerajaan negeri lah. Kita harap benda ni dapat di selesaikan dibuat suatu penyelesaian yang tuntas terhadap apa prasarana sukan kit ani. Terima kasih tuan pengerusi.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Silakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Cadangan tersebut akan dipertimbangkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih yang amat berhormat Dato’ Seri. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM46,542,000.00 dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM46,542,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah sebanyak RM80,700,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah sebanyak RM80,700,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah RM80,700,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah sebanyak RM49,230,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

– PERBAHASAN

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah sebanyak RM49,230,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah RM49,230,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah sebanyak RM7,000,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah sebanyak RM7,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah RM7,000,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah sebanyak RM6,000,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

– PERBAHASAN

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah sebanyak RM6,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah RM6,000,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah sebanyak RM14,060,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

– PERBAHASAN

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah sebanyak RM14,060,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah RM14,060,000.00 diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah sebanyak RM489,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

– PERBAHASAN

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah sebanyak RM489,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah RM489,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah sebanyak RM7,000,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah sebanyak RM7,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah RM7,000,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah sebanyak RM750,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah sebanyak RM750,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah RM750,000.00 itu diluluskan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan bahawa ketetapan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa ini patutlah dinyatakan dengan serta merta kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon menyatakan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah menimbang dan membuat ketetapan iaitu cadangan-cadangan yang terkandung di dalamnya patut dibenarkan tanpa apa-apa pindaan. Oleh itu sekarang saya mencadangkan:-

“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 8 Tahun 2023 dan bahawa menurut Subseksyen (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Sebelas Juta Tujuh Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu sahaja (RM211,771,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Usul yang berbunyi :-“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 8 Tahun 2023 dan bahawa menurut Subseksyen (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Sebelas Juta Tujuh Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu sahaja (RM211,771,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Tahun 2024

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Tahun 2024.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan Usul yang Kedua mengenai Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan seperti berikut:-“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 9 Tahun 2023 dan bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 57 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Empat Belas Juta, Tujuh Ratus Lima Puluh Dua Ribu Lapan Ratus Tiga Puluh Empat Sahaja [RM14,752,834.00] yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu Usul yang berbunyi :-“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 9 Tahun 2023 dan bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 57 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Empat Belas Juta, Tujuh Ratus Lima Puluh Dua Ribu Lapan Ratus Tiga Puluh Empat Sahaja [RM14,752,834.00] yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

Speaker

Urusan seterusnya.

V. Anggaran Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri Tahun 2024

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Kumpulan Wang Bekalan Air Tahun 2024.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan Usul mengenai Anggaran Kumpulan wang Bekalan Air Negeri Tahun 2024 seperti berikut:-

“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Enakmen Kumpulan wang Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman 1971, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 10 Tahun 2023 dan bahawa menurut Subseksyen (2) Seksyen (4) Enakmen tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Enam Puluh Tiga Juta Lima Ratus Lapan Puluh Dua Ribu Lapan Ratus Tiga Puluh Sahaja (RM263,582,830.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu

Speaker

Perbahasan secara dasar mengenai Usul ini juga telah pun disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ketika membahaskan Enakmen Perbelanjaan Negeri Tahun 2024. Oleh itu, sekarang saya akan teruskan kepada usul ini seterusnya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah Usul yang berbunyi :-“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Enakmen Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman 1971, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 10 Tahun 2023 dan bahawa menurut Subseksyen (2) Seksyen (4) Enakmen tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Enam Puluh Tiga Juta Lima Ratus Lapan Puluh Dua Ribu Lapan Ratus Tiga Puluh Sahaja (RM263,582,830.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

VI. Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2023Bill

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2023. Bacaan Kali Pertama, Kedua dan Ketiga.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2023. Bacaan kali Pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk membentangkannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

[Bacaan Kali Pertama]

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan Rang Undang-Undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 09 November 2023 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008”. Bacaan kali Kedua

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan Rang Undang-Undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

[Bacaan Kali Kedua]

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua di dalam Persidangan Dewan ini juga.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua dan dengan ini sukacita saya memberi sedikit penjelasan mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2023 seperti berikut :-

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No 9 Tahun 2008] adalah suatu enakmen yang memperuntukkan peruntukan berhubung pentadbiran Agama Islam, penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Enakmen ini telah digubal dan berkuatkuasa sejak tahun 2008, tetapi setelah dikaji didapati terdapat peruntukan sedia ada yang perlu dipinda. Pindaan ini adalah melibatkan peruntukan berhubung penerimaan mana-mana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang syariah yang berkuat kuasa di mana-mana negeri lain di Malaysia sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Kedah Darul Aman.

Permohonan untuk berguam sebagai Peguam Syarie di Negeri Kedah Darul Aman adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Bagi seseorang yang telah diterima sebagai Peguam Syarie di negeri lain, dia hendaklah diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Negeri Kedah Darul Aman sepertimana peruntukan di bawah subseksyen 46(4) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 sedia ada yang memperuntukkan seperti yang berikut: “(4) Walau apapun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana negeri lain di Malaysia hendaklah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Kedah Darul Aman apabila permohonan dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syarie di negeri lain itu.”. Berdasarkan peruntukan subseksyen 46(4) tersebut, perkataan “hendaklah” membawa erti bahawa Majlis Agama Islam Negeri Kedah terikat untuk menerima masuk Peguam Syarie yang mempunyai sijil peguam syarie di negeri lain sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Kedah Darul Aman. Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Kedah Darul Aman) 2016 telah digubal untuk menetapkan tatacara dan kelayakan Peguam Syarie bagi memastikan Peguam Syarie yang diterima beramal di Negeri Kedah adalah kompeten dan berkualiti. Oleh itu, perkataan “hendaklah” dalam subseksyen 46(4) sedia ada boleh menafikan kuasa Majlis Agama Islam Negeri Kedah dalam menetapkan tatacara pemilihan Peguam Syarie di Negeri Kedah Darul Aman. Oleh itu, menjadi satu keperluan untuk memberi kuasa kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk menetapkan syarat tambahan bagi penerimaan masuk seseorang Peguam Syarie yang telah beramal di mana-mana negeri lain di Malaysia sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Kedah Darul Aman. Dengan kuasa tersebut, Majlis boleh menolak permohonan Peguam Syarie yang telah diterima masuk di negeri lain namun tidak melepasi proses saringan seperti ujian bertulis atau temuduga di Negeri Kedah Darul Aman. Proses saringan ini adalah bersifat sad al-zariah (menutup jalan yang membawa kerosakan) untuk mengekang calon Peguam Syarie yang tidak layak dan tidak kompeten dalam memberikan perkhidmatan guaman syarie kepada masyarakat di Negeri Kedah Darul Aman.

Rang undang-undang ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Rang undang-undang ini mempunyai dua (2) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Speaker dengan ini saya pohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan. Silakan Pengkala Kundor. Bismillahirahmanirahim, alhamdiulillahirabbil a’alamin wassala tuwassalamua’la asyrofil anbia’ iwal mrusalin waa’la alihi wasahbihi ajma’in. Yang berhormat speaker dan sidang dewan sekalian, pindaan seksyen 46 enakmen pentadbiran undang-undang islam subsekyen 2 ini adalah satu usaha untuk memperkasa dan menambah baik undang-undang syariah yang sedia ada dalam konteks ini enakmen pentadbiran undang-undang islam. Bagi saya sebarang usaha untuk melindungi dan memperkasa kuasa negeri mestilah disokong. Dalam konteks ini undang-undang syariah yang berada dibawah bidang kuasa negeri kerana dalam konteks masa pada hari ini, kita sedang berhadapan dengan usaha mencabar secara litergasi iaitu cabaran litergasi yang mempertikaikan keabsahan undang-undang syariah, mempertikaikan kuasa dewan undangan negeri dalam menggubal peruntukan dibawah undangn-undang syariah yang mana bagi saya tindakan-tindakan ini mengeruhkan suasana sedia ada sekarang ini apa Sahaja enakmen yang berada di bawah kuasa negeri iaitu enakmen syariah ada banyak bukan saja pentadbiran islam kita ada enakmen kesalahan jenayah syariah enakmen tatacara jenayah syariah, enakmen mahkamah syariah , enakmen pentadbiran undang-undang islam yang kita bahaskan pada hari ini , enakmen undang-undang keluarga islam, enakmen tatacara mahkamah syariah, enakmen mufti dan fatwa yang mana semua ini mesti kita pertahankan dan kita jaga supaya kuasa negeri tidak reduce ataupun tidak dikurangkan.

Di saat kita bercakap tentang seksyen 46 enakmen pentadbiran undang-undang islam pada pagi ini seksyen 80 enakmen yang sama sedang dicabar secara litigasi di mahkamah sivil pada hari ini iaitu berkenaan dengan pengislaman. Kelayakan. Seksyen 80 enakmen yang sama iaitu keupayaan memeluk islam mereka yang berumur bawah 18 tahun. Mereka mohon untuk declare constitutional , sedangkan kita masih ada perkara 121 1A perlembagaan Persekutuan yang tidak dipinda sehingga hari ini yang mana substance atau penegasan dalam artikel ini jelas yang mana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah dan sekian lama perjalanan urusan undang-undang sivil dan syariah ini berjalan harmoni dengan sempadan 121 1A ini. Allahyarham Professor Emeritus Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim yang diiktiraf sebagai bapa undang-undang Malaysia pakar dalam kedua-dua undang-undang sivil dan syariah telah meletakkan satu sempadan untuk menyelesaikan konflik pertembungan antara mahkamah sivil dan syariah ini dengan mengasaskan perkara 121 1A perlembagaan Persekutuan. Jadi apa yang ingin saya katakan disini adalah sebarang usaha untuk meminda ataupun menambahbaik, naik taraf undang-undang syariah, kuasa mahkamah syariah perlulah disokong dan diberi perhatian dan makna kita sidang dewan undangan negeri ini. Perlu mempertahankan kuasa negeri terhadap enakmen-enakmen ataupun undang-undang syariah di saat sekarang ini berlaku cabaran litigasi yang agresif untuk mengurangkan kuasa negeri terhadap undang-undang syariah. Jadi tuan speaker, saya menyokong pindaan enakmen pentadbiran undang-undang islam seksyen 46 subsekyen 2 tersebut.

Speaker

Terima kasih. Kupang ada bangun tadi, silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh. Pertama saya ambil kesempatan ini untuk menyokong pindaan ini dan dalam masa yang sama bagi memperkukuhkan lagi peruntukan-peruntukan yang ada dibawah enakmen ini, dibawah bidang mahkamah syariah. Maka usaha-usaha untuk memartabatkan mahkamah syariah itu sendiri dengan diletakkan atau dimasukan dalam undang-undang tubuh negeri kedah perlu dipergiatkan lagi sama ada sekarang ni usaha-usaha itu dah bermula tapi hendaklah disegerakan supaya kedudukan mahkamah syariah itu diletakkan dibawah undang-undang tubuh negeri kedah. Dan yang kedua sebagai pembetulan yang disebut tadi ialah maksudnya saduszarraa’ iaitu mencegah perkara-perkara yang keburukan. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Kupang. Seterusnya silakan Yang Berhormat Exco untuk menggulung rang undang-undang tersebut.

Ustaz Mohd Azam bin SamatPAS · PNSungai Limau

Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Untuk pindaan yang kita nak buat ini sebenarnya kita nak ubah satu perkataan Sahaja iaitu daripada perkataan hendaklah kepada perkataan boleh. Kalau ahli-ahli yang berhormat tengok pada kertas biru tu, di muka surat 22 tu peguam syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa Dimana-mana negeri lain di Malaysia boleh. Kalau perkataan sebelum ni hendaklah jadi bila hendaklah dia mengikat majlis agama islam mesti meluluskan walaupun yang diuji itu tidak kompeten. Jadi pindaan ini penting untuk kita melahirkan peguam syarie yang kompeten bagi urusan-urusan berkaitan (Celahan) mahkamah syariah.

Speaker

Tokai bangun silakan. Bagi laluan.

Terima kasih speaker. Memang kita kata pindaan ini satu perkataan yang ringkas daripada hendaklah kepada boleh tetapi yang nak mai kita nak uji tu kena ada penguji dia. Penguji dia ataupun orang yang nak memantau peguam syarie yang nak mari tu. Adakah dia tu kompeten atau tidak jadi soalan saya nak tanya siapakah yang menjadi penguji kepada orang yang kita nak uji tersebut adakah daripada mereka-mereka yang berkompetensi jugak yang ada didalam majlis tersebut kerana kita bimbang kalau yang nak menguji tu pun suasa yang berlaku pada hari ini dengan apa kita kata mereka berada di peringkat daerah pun nak baca khutbah dimasjid pun terpaksa membuat permohonan apakah kita boleh mempercayai mereka yang nak menguji itu mempunyai kompetensi untuk menguji hakim-hakim syarie peguam syarie yang nak datang berkhidmat di tempat kita. Terima kasih Sungai limau.

Speaker

Terima kasih. Silakan.

Ustaz Mohd Azam bin SamatPAS · PNSungai Limau

Gulungan pun ada soalan. Saya fahamkan antara yang menjadi penguji kepada hakim-hakim, eh peguam-peguam syarie ini terdiri daripada wakil jabatan mufti, jugak dari jabatan kehakiman negeri dan wakil daripada majlis agama islam negeri. Itu antara yang menjadi penguji untuk melihat kompetensi peguam-peguam syarie yang akan berkhidmat di nbegeri kedah. Kalau sebelum ni dia kira yong la boleh terima lah. Cuma bila, apabila berlaku pindaan, pindaan ini maka boleh untuk kita menerima ataupun menolak mereka yang ingin berkhidmat di negeri kedah di sudut undang-undang syariah. Dan saya juga menyambut baik apa yang disebut oleh pengkalan kundor, di peringkat Kerajaan negeri, sepertimana yang telah kita sebut kelmarin, kita memperkasa undang-undang syariah negeri kedah dan usaha-usaha yang dilakukan kita sedar maksud dia kita ada mereka yang berusaha sebenarnya untuk mengurangkan kuasa mahkamah syariah ni. Kita sedar ia merupakan undang-undang negeri bila undang-undang syariah ini kita kurang makna dia kuranglah kuasa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan itu sendiri. Jadi kita diperingkat negeri perlu bersungguh-sungguh untuk memastikan kuasa mahkamah syariah dan kuasa undang-undang syariah negeri-negeri ini kita pertahakan. Terima kasih yang berhormat speaker. (Selepas Penggulungan)

Speaker

Terima kasih yang berhormat EXCO Ahli- Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Speaker

Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

(Dipersetujui)

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Speaker

Dewan sekarang Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Tuan-Tuan yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” , yang tidak kata “tidak”.

(Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Tuan-Tuan yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Jika Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Speaker

Sekarang Dewan kembali kepada Persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga dan sekarang diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2023”.

Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

VII. Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara

Setiausaha Dewan

2021 AUDITAN KHASPENGURUSAN HUTAN DAN IMPAK KEPADA ALAM SEKITAR, AKTIVITI JABATAN SERTA PENGAUDITAN PEMATUHAN JABATAN/AGENSI NEGERI DAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2022 PENYATA KEWANGAN NEGERI DAN AGENSI NEGERI SERTA PENGAUDITAN PEMATUHAN JABATAN/AGENSI NEGERI KEDAH KEPADA JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGERI

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Usul Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Auditan Khas Pengurusan Hutan Dan Impak Kepada Alam Sekitar, Aktiviti Jabatan serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 Penyata Kewangan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Kedah diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan suatu Usul yang berbunyi:-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Auditan Khas Pengurusan Hutan Dan Impak Kepada Alam Sekitar, Aktiviti Jabatan serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 Penyata Kewangan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Kedah seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2023 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”. Sekian, terima kasih.

Tuan Hj. Dzowahir bin Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi :-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Auditan Khas Pengurusan Hutan Dan Impak Kepada Alam Sekitar, Aktiviti Jabatan serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 Penyata Kewangan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Kedah seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2023 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.

Speaker

Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

VIII. Pelantikan Jawatankuasa Pemilih Dewan Undangan Negeri Kedah

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Usul Pelantikan Jawatankuasa Pemilih Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, saya pohon mencadangkan Usul yang berbunyi: “Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Jawatankuasa Pemilih mengandungi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 74(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”. 1. YB. Encik Zubir bin Ahmad

-[ Pengerusi] 2. YB. Dato’ Ustazah Hjh. Siti Ashah binti Hj. Ghazali - Ahli 3. YB. Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt Saad

-Ahli 4. YB. Tuan Hj. Mohamad Yusoff bin Zakaria

-Ahli 5. YB. Mejar (B) Mansor bin Zakaria

-Ahli 6. YB. Tuan Hj. Dzowahir bin Ab. Ghani

-Ahli 7. YB. Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Saidin

-Ahli

Sekian, terima kasih saya pohon mencadangkan.

Dato’ Hj. Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Speaker

Usul ini diluluskan.

IX. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah

Setiausaha Dewan

Usul Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, saya pohon mencadangkan Usul yang berbunyi:-“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik YB. Encik Abdul Razak bin Khamis menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 75(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”. Sekian, terima kasih saya pohon mencadangkan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Speaker

Usul ini diluluskan.

X. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Peraturan - Peraturan Mesyuarat Dewan

Setiausaha Dewan

Usul Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, saya pohon mencadangkan Usul yang berbunyi:-“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Yang Berhormat Speaker Encik Zubir bin Ahmad menjadi Pengerusi Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 76(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”. Sekian, terima kasih saya pohon mencadangkan.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Speaker

Usul ini diluluskan.

XI. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Dewan

Setiausaha Dewan

Usul Pelantikan Pengerusi Jawantankuasa Dewan.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, saya pohon mencadangkan Usul yang berbunyi:-“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Yang Berhormat Speaker Encik Zubir bin Ahmad menjadi Pengerusi Jawatankuasa Dewan menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 77(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”.. Sekian, terima kasih, saya pohon mencadangkan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Speaker

Usul ini diluluska

XII. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Setiausaha Dewan

Usul Pelantikan Pengerusi Jawantankuasa Hak Dan Kebebasan

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, saya pohon mencadangkan Usul yang berbunyi:-“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Yang Berhormat Speaker Encik Zubir bin Ahmd menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 78(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”. Sekian, terima kasih saya pohon mencadangkan.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Speaker

Usul ini diluluskan.

XIII. Usul Tambahan Pendirian Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mengenai Kezaliman Rejim Zionis Terhadap Rakyat PalestinMotion

Speaker

Urusan seterusya Tuan Setiausaha

Setiausaha Dewan

Usul Pendirian Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mengenai Kezaliman Rejim Zionis Terhadap Rakyat Palestin.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah telah memaklumkan kepada saya berkenaan satu Usul terbaharu pada 22 November 2023 iaitu Usul Berkenaan Pendirian Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mengenai Kezaliman Rejim Zionis Terhadap Rakyat Palestin. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengingatkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian agar memanfaatkan sesi ini bagi membahaskan usul yang akan dikemukakan oleh YB. Adun Pantai Merdeka dengan sebaik-baiknya. Sekarang, saya mempersilakan YB. Adun Pantai Merdeka untuk membentangkan usul tersebut.

Tuan Hj. Shahrir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih yang berhormat speaker, yang amat berhormat menteri besar, seluruh EXCO dan ahli dewan , ketua-ketua jabatan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT. Saya berdiri disini untuk menyatakan satu usul. Jadi sebelum saya menyebut adalah lebih baik sebelum di bahaskan kita bagi sikit kronologi, saya ingat boleh kot noh. InsyaAllah. Jadi kita semua tau kezaliman yang menimpa umat islam di palestine sudah berlanjutan hampir 2 bulan. Kadang-kadang timbul persoalan khususnya pihak barat yang senantiasa melable kan kita orang islam sebagai pengganas, terrorist dengan izin. Jadi saya ingin menjawablah beberapa supaya kita semua dimaklum keadaan sebenar mengikut ajaran islam. Di dalam surah al baqarah pada ayat 190 Allah SWT mengajar dan mendidik umat islam

وَ قَـٰت لُوا ف ى سَب يل َّٱلِل َٱلَّذ ين يُقَـٰت لُونَكُم َوَ ْل تَع تَدُوٰٓ اۚ َّإ ن َ َّٱلِل َلْ َيُح بُّٱل مُع تَد ين ٠٩١ Al- Baqarah ayat 190

Yang bermaksud : perangilah orang-orang yang memerangi agama kamu dan janganlah kamu menceroboh, memulakan perperangan atau initiate dengan izin. Allah tidak menyukai orang-orang yang menceroboh. Jadi saya melihat, saya bawak usul ini yang kerana nak bagi penjelasan bahwasanya saya akan buktikan orang islam ni bukan terrorrist bukan pengganas. Dan tempoh hari ada bukit pinang ada baca

مَن َقُت ل َدُون ، مَال ه َفَهُو شَه ي د Hadis riwayat imam bukhari

“ siapa yang mati kerana mempertahankan hartanya, syahid. Dan syahid ni kita semua tau orang syahid ni kalau syahid dunia akhirat masyaAllah.

َوَ ْل تَقُولُوا ل مَن ُيُق تَل ف ى سَب يل َّٱلِل أَم وَٰ تۚ بَل أَح يَآٰء وَ لَـٰك ن َّلْ َتَش عُرُون Al baqarah ayat 154 Bukan nak ceramah tapi lebih kurang macam tulah. Nak bagi penjelasan khususnya kepada 3 sahabat kita ni tentang islam. Apa ajaran islam. 4 lupa, YB Wong. Allah sebut dengan jelas bahwasanya orang yang gugur kalau memperjuangkan agamanya syahid. Al-baqarah ayat 154. Dan orang tanya adakah kita berdosa membunuh puak-puak yang melawan islam, jawapan tak berdosa. Dalam As-Shuraa surah ke 42 ayat 41,

وَ لَمَن َٱنتَصَر َبَع د ظُل م ه ۦ َفَأُو لَـٰٰٓئ ك مَا عَلَي ه م م ن سَب يل As-shuraa ayat 41 Orang-orang yang bertindak membela diri. Self-defense dengan izin, maka tidak boleh menyalahkan mereka di atas tindakkan tersebut. Ha inilah islam untuk pengetahuan. Jadi

kita nak sebut jugak, adakah boleh kita menzalimi orang islam ? . Nabi SAW, our prophet peace be upon him said, menyatakan

ح جاب دُونها َليس ُفإنَّه كاف را َكان وإن المــــَـظ لُوم َدَع وَ ة اتَّقوا Hadis Riwayat Imam muslim Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi, walaupun dia kafir. Tapi tak boleh sebut lah. Non-muslim bukan islam, kerana diantara dia dengan Allah SWT tiada ada hijab. Jadi jelas lah islam senantiasa mendidik umat jangan melakukan kezaliman. Dalam surah Al-Maidah ayat 8. Di pertengahan ayat 8, Allah berfirman lagi Dan janganlah kerana kebencian kamu terhadap satu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kerana adil itu hamper kepada takwa. Saya tak pasti la nak bagi berapa minit ni speaker.

YB. Tuan Speaker, Silakan, silakan.

Tuan Hj. Shahrir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Sampai pukul? pukul 1.00 petang?

YB. Tuan Speaker, Sebelum, sebelum pukul 1.00. petang.

Tuan Hj. Shahrir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Dah la ceramah haritu tak dapat bayaran apa pun. Ni round kedua nak kena mintak Nilah, EXCO Agama. Baik saya boleh insyaAllah. Banyak modal insyaAllah. Saya nak sebut untuk membuktikan orang islam bukanlah terrorist sedangkan ajaran islam senantiasa mengajar kita berlaku adil walaupun terhadap orang yang kamu tidak sukai. Malangnya mintak maaf dewan yang mulia, kadang-kadang umat islam jugak menzalimi sesama islam. Kenapa tuan-tuan berlaku ni? Saya nak jawab dengan firman Allah

Al-Baqarah ayat 121.

Ada orang tanya saya Tuan Speaker, enta ceramah macam Dr Zakir Naik. Kami satu kolej. Jadi dalam ayat tadi orang-orang yang kami beri Al-Quran lalu mereka membaca dengan sebenar-benar bacaan, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Siapa mereka tuan-tuan. Bukan sekadar pandai baca, bukan sekadar pandai terjemah tetapi dia mengamalkan isi kandungan Al-Quran itulah orang yang benar-benar beriman. Sebab tu kadang-kadang ada dikalangan orang islam tergamak menzalimi sesama islam. Jadi yang berhormat tuan speaker, saya nak sebut beberapa perkaralah, diantaranya ialah kita mengambil sikap tidak mengiktiraf dan tidak setuju dengan two state solution. Macam mana tuan-tuan, Gaza, Gaza strip and West Bank tu asal saya pun baca jugaklah kitab ni kitab Google, asalnya milik Palestinian. Tiba-tiba mereka yang masuk nak tumpeng duduk, nak kena bagi kat depa. Ini tak betul. Kota Darulaman for example sebagai contoh dengan izin. Saya pergi rumah awak, tumpang semalam nak tidur lepas tu saya kata sebahagian rumah ni bagi kat saya boleh? Tau pulak tak boleh. Ini yang berlaku, orang islam senantiasa ditindas yang pelik pak arab sendiri tak berapa nak faham konon-konon depa ni paham sangat Al-Quran dan Hadis. Kerana mereka tidak beramal. Sebab itu kita tidak mengiktiraf dan tidak bersetuju dengan two state solution. Itu yang pertama, Kuala Ketil tengok saya satu macam ja. Bawak buah tangan ka. Tu nak jek la tu. Yang kedua, kita juga mengiktiraf Brigade Al-Qassam Hamas sebagai pejuang pembebasan dan bukan pengganas. Kita nak singkap semula, recall balik dengan izin. First world war, adakah orang islam yang memulakannya? Ini bahan sejarah. Tahun 1914, 17 juta yang terkorban 25 juta wounded, cedera tuan-tuan. Bukan orang islam yang mula peperangan dunia yang pertama. Yang keduanya ialah perang dunia yang kedua. Tahun 1945, America dia lepas nuclear bom, Hiroshima dan Nagasaki. 80 juta yang terkorban di Hiroshima, Nagasaki 40 juta. bukan kerja orang islam. Nampak tuan-tuan. Kuala Ketil sorang saja sokong saya, hat lain tak angguk pun. Mintak maaf la kelakar sikit kalau tak mengantuk. Begitu jugak bosnia setelah mencapai yakni kemerdekaan pada tahun 1992. Kita dengar kita baca massacre, genocide pembunuhan beramai-ramai dengan izin. Setelah mendapat kemerdekaan mereka di buli di bunuh sewenang-wenangnya. Bukan orang islam yang bunuh. Di china ataupun china orang islam wegals, wegals dia punya pronunciations. sehingga mereka tidak dibenarkan beramal ajaran islam. Saya nak sebut sikitla perlembagaan Persekutuan, 11 (1) Malaysia ni, penasihat undang-undang ada boleh refer every person has right to professed and practice his religion. Tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya. Jadi amat malanglah tuan-tuan kita islam saya dah sebut dah apa nama ayat laa iqroo hafidd deen. Tidak ada paksaan dalam soal agama. Bukan islam tak boleh dipaksa tetapi di wegal china itulah keadaan yang berlaku.

Bukan orang islam yang memulakan peperangan begitu jugak kita di Malaysia satu Ketika yang menjajah kita portugis, melaka. Kesultanan melaka, orang islam. 1509 dia recce-recce , 1511 dia mula menyerang melaka. Kita tak mulakan peperangan tapi dalam self-defence dengan izin mempertahankan diri dibolehkan. Jadi saya nak sebut untuk pengetahuan Bakar Arang, saya difahamkan dia Kristian, betul? Diaorang cakap you nama Adam, oh senang. Bukan Kristian nah. I was told that you are a Christian. Baik kalau Kristian tak Kristian pun saya nak buktikan islam agama yang sentiasa mengajak kepada kedamaian. Islam tu namanya selamat. Dalam crusade war, dalam perperangan salib, islam berhadapan dengan Kristian, betul tidak? Sallahuddin Al-Ayubi menentang Richard the Lion Heart. Tapi saya nak sebut apabila orang islam dia amal ajaran islam maka lahirlah sifat seperti Sallahuddin Al-Ayubi. Tuan-tuan boleh rujuk kalau tak salah saya dalam tafsir Dr. Hamka surah ke-10 surah Yunus ayat 57.

Almarhun Dr. Hamka mentafsirkan ayat ini yang bermaksud: wahai manusia kami telah datangkan kepada kamu, saya ni sejuk sikit tuan-tuan aircond pulak centralized . lain kali tempat saya ni boleh dak tudung sikit ka, sejuk sangat. Memang tak tahan sungguh. Takpa lain kali saya bawak kain selimut la kot. Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Kitab. Mintak maaf la kalau lari sikit, harap-harap tak lari kot. Yang mana dalam Al-Quran itu terdapat 4 sumber. Yang pertamanya ma izzah , banyak pengajaran- pengajaran. Bukan nak ceramah nak habaq ja. Allah rakam banyak namrud, firaun kezaliman pemimpin kesudahan mereka semua ada. Ini pengajaran, orang baik-baik pun ada, cerita orang baik ada orang jahat ada dalam Al-Quran. Yang kedua Al-Quran ialah wa syifaa uli’ maaa fissudur. Baru-baru ni takdan nak balik depa bawak mai ayaq kat saya suruh hembuih sikit nak bagi anak dia sembuh. Saya ni bomoh jugak part time. Depa suruh hembuih, takpa ka saya kata. boleh kot depa kata. Yang ketiga wal huda, petunjuk. Guidance dengan izin. Yang last sekali. Wa Rahmahmatul lil mukminin. Yang ni sedap huraian Dr. Hamka. Rahmat kepada orang beriman maksudnya Sallehuddin Al-Ayubi Ketika mendapat tahu Richard the Lion Heart wounded, cedera parah dengan izin. Apa yang dia buat, ini orang islam dan barat tidak menafikan fakta ini mengikut Dr. Hamka rahimallahutaala. Dia menghantar doktor peribadi. Pergi berjumpa pergi tengok macam mana keadaan Richard the Lion Heart. Itu sifat Rahmat. Sebab tu kita ni orang islam tuan-tuan kalau takdak sifat Rahmat. Allah di atas melalui lidah Nabi SAW. Sejuk sungguh aih. Manna yarham la yurham. Siapa-siapa yang tiada sifat kasih sayang, Allah juga tiada sifat kasih sayang kepadanya. Tengok ni bukti la bahwasanya, maknanya itulah Sallehuddin Al-Ayubi telah menunjukan satu akhlak yang cukup mulia walaupun musuh utama dia cedera. Dia hantar pi doktor peribadi.

Dan semua saya nak bagi tau kepada sahabat kita 3 orang lah, kami orang islam Allah ajar kita tuan-tuan pun take note lah apa yang saya nak sebut diantaranya sekarang saya baca baru-baru ni kata nak gencatan senjata cease fire katanya israel ni tak boleh nak makan dah Al-Qassam nih tapi islam senantiasa mengalu-alukan Surah An-Anfal Ayat 61 dan sekiranya musuh sudi untuk berdamai maka berdamailah dengan mereka, ini islam. Islam ataupun maknanya selamat. Tapi setelah dibuat perjanjian, mereka mengingkari, mereka mencabuli, mencabuli perjanjian islam ajar jugak, sejuk. Suratul an-anfal ayat 58. Dan sekiranya kamu khuatiri mereka yang ajak kamu buat perjanjian itu mengkhianati kamu, tengok islam ajar, kalau nak berdamai kita berdamai. Tapi kalau mereka mengkhianati, betray dengan izin, maka pulangkanlah perjanjian itu kepada mereka. Makna kita dah takdak kerjasama dah. Kerana Allah tak suka orang-orang yang khianat. Ini islam. Kamu nak berbaik, kamu nak Bersatu, kita Bersatu. Boleh dak tuan EXCO Agama ni , tara ni ? boleh na ? tara ni ja la boleh pon. Tak lama lagi keluar TV la perasan. Itu yang kedua. Jadi jelas, Cuma mungkin sahabat bertiga kita bertanya, ni dok cerita perang ja, cerita perdamaian. Kalau dikhianati perjanjian dibuat jadi kita boleh pulangkan semula perjanjian bagaimana adakah islam tidak mengajar langsung supaya kita berbaik-baik dengan orang bukan islam? Ada tuan-tuan, surah ke 60 ayat 8. Tapi ada syarat. muntahanah surah ke 60 ayat 8. Kalau saya bahas tak betul tolong tegur nah, insyaAllah. YB. Tuan Speaker Sila , apa nama , selepas ini kita ada perbahasan

Tuan Haji Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Sikit lagi, pukul 1.00 ptg lambat lagi. Ni ayat dia. Allah SWT , YB Wong tidak melarang kamu berbaik-baik dan melakukan keadilan pada orang-orang yang tidak menentang nagama kamu, tidak mengusir kamu keluar dari kampung halaman kamu. Ini ajaran kita. Kita boleh berkawan dengan non-muslim takdak masalah, tapi dengan syarat jangan usik agama kami. Ni sensitive dan kita pun diajar tuan-tuan dengan apa yang mereka sembah pun kita tak boleh ganggu tak boleh kita hina religious tolarence sekali lagi dengan izin. Ayat 108, dan janganlah kamu menghina sembahan-sembahan mereka selain daripada Allah nanti mereka pula akan menghina Allah, ini ajaran kita. Tak timbul tuan-tuan . dia nak sembah apa dia sembah. Kita pun jangan dok ganggu. Jadi maknanya, selama mana orang bukan islam tidak menganggu agama kita, kewajipan kita berbaik-baik dengan mereka, YB Kulim. You can refer, boleh refer surah ke -6 , chapter 6 verse 108 dengan izin the Holy Al-Quran. Yang mana tafsiran dia bagi orang islam wajib kena patuh perintah ini. Sikit lagi. Nak habis dah. Jadi kita dalam islam pun kita ada sebut etika perang. islamic war ethics. Tuan-tuan tengok israel yahudi, ada dia peduli? Kanak-kanak, Wanita, orang

tua ini ajaran islam. Kanak-kanak Wanita, orang yang sedang beribadah ataupun paderi ataupun OKU tak boleh, termasuk tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman tak boleh dirosakkan. ini islam. Dan kita pun tak pernah tengok lagi la video orang islam buat zalim kepada orang islam, yang kerap kita tengok israel. Tuan-tuan tengok, memang menyayat hatilah. Kita ada cucu tuan-tuan, kita taulah 9 orang dah. Kuta tak boleh bayang tuan-tuan macam mana takdak hati perut langsung. Seterusnya yang akhir sekalilah yang saya nak sebut, yang ketiga rejim zionis ini adalah penjajah dan pengganas. Tuan-tuan mintak maaf. Kita orang islam kita rujuk Al-Quran dan Sunnah. Saya cakap ada fakta ada sandaran Al-Quran. Bangsa yang paling jahat, ialah Yahudi. Tuan-tuan kita baca surah Al-Fatihah, kalau tak baca ni tak sah betul dak? Ghairil Magdhubia’alaihim. Tiap-tiap kali kita tidak akan ikut orang-orang yang dimurkai oleh Allah. Siapa ? Yahudi. Dan Allah kuatkan dengan hujah Allah dengan surah al-Maidah ayat 82. Wahai Muhammad SAW. Allah nak bagitau kepada kekasih dia puak yang paling kuat penentangannya terhadap orang islam terhadap agama kamu adalah Yahudi . tapi kita ada lagi guide line kalau mereka sudi berdamai, kita berdamai peperangan bukan jalan penyelesaian. Jadi oleh itu, baru nak , yang ni tak hafal lah memang kena bacalah. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan satu usul seperti berikut ;-“Bahawasanya Dewan yang mulia ini menyatakan perasaan sedih dan mengecam kekejaman, kezaliman serta keganasan rejim Zionis ke atas bumi Gaza dan menggesa Kerajaan Persekutuan agar terus konsisten membawa suara umat Islam Palestin ke ruang diplomasi di peringkat antarabangsa dan Dewan Undangan Negeri Kedah mendukung gelombang kesedaran awam yang berterusan kepada rakyat di Negeri Kedah selain menyahut kempen-kempen kesedaran dan solidariti Palestin di pelbagai institusi serta agensi negeri. Penganjuran solat hajat, doa munajat, kadang-kadang kita orang islam pun celaru sikit, boleh ka doa tak elok-elok, boleh, sila rujuk Al-Azkar, sila rujuk kisah said bin zaid, sebab tu tuan-tuan mintak maaf kita kena ambik berat agama ni sebab nabi sebut man yuridulillahi khairun faqih ha fid deen. Orang yag nak jadi baik bila dia faham agama. Dia amal ilmu agama insyaAllah akan berlaku perubahan . Penganjuran solat hajat, doa sumbangan derma. Yang kita sumbang itu tak sia-sia (ayat alquran) kita bagi rm1 kat Palestine tuan-tuan Allah ganti dengan apa ? Kesihatan itu yang ditafsir oleh Dr Yusuf Al-Qadhrawi . kita sihat kita dapat ketenangan jiwa walaupun kita ada masalah dan begitu juga dan himpunan bantahan terhadap kezaliman zionis dan solidariti untuk Palestin akan di teruskan”. Jadi sekian, terima kasih saya pohon mencadangkan usul ini. Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Pantai Merdeka. Silakan YB.

Tuan Hj. Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Yang Berhormat Tuan Speaker saya pohon menyokong usul tesebut.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Dewan dibuka untuk perbahasan. Sila Kupang

Assalamuaalikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang berhormat speaker, ahli-ahli yang berhormat, sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih yang berhormat speaker yang mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan usul palestin yang mengamit seluruh bangsa dan umat manusia. Memberi tanggungjawab sosial mereka untuk memahami dan menghayati nilai kemanusiaan sejagat dalam erti membangun tamadun besar dunia. Seperti yang difirmankan oleh Allah SWT وَ لَقَد كَرَّم نَا بَن ي َآدَم وَ حَمَل نَا هُم ف ي ال بَر وَ ال بَح ر وَ رَزَق نَاهُم َم ن الطَّي بَات وَ فَضَّل نَاهُم ٰعَلَى كَث ير م مَّن خَلَق نَا تَف ض يال. Yang Berhormat Speaker, sekarang dunia sedang menyaksikan kebiadapan israel yang ganas yang rakus yang menbantai rakyat Palestine melibatkan ribuan kanak-kanak, Wanita dan orang tua menjadi mangsa mereka. Inilah kenyataan yang dijelaskan oleh Al-Quran. Yang berhormat speaker, bagi kaum muslimin Palestine khususnya, Al-Quds, punya Sejarah Panjang. Disinilah yang Allah sebut, Disinilah tempat israknya Rasul, disinilah letaknya Al-Aqsa yang dibuka oleh Umar R.A , yang dibebsakan oleh Sallahuddin Al-Ayyubi dan sekarang kita sedang menyaksikan pertahanannya oleh Hamas. Namun yang anehnya, Hamas seolah-olah didera oleh jiran-jiran Arabnya. Oleh itu pada hari ini atas nama islam dan kemanusiaan, kita nyatakan bahawa kami bersamamu wahai Palestine.

Dalam masa yang sama dewan hari ini menyeru Masyarakat antarabangsa supaya mendesak PBB untuk mengheret mereka-mereka yang terlibat kerana telah melanggar perjanjian-perjanjian dan juga konvensyen, Geneva konvensyen 1949 yang telah membunuh kanak-kanak membunuh orang tua-tua yang telah menjadi asas bahawa mereka perlu dijaga malahan hospital juga menjadi sasaran mereka. Jadi saya menyeru kepada semua hadirin yang hadir pada dewan hari ini, supaya kita Bersama dengan Palestine dan memberikan kekuatan kepadea mereka untuk mempertahankan hak-hak mereka sekian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Speaker

Waalaikumusalam warahmatullahi Wabara katuh. Dipersilakan Kota Siputeh.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih yang berhormat speaker, yangv amat berhormat Menteri besar kedah, barisan EXCO yang berbakti, ADUN-ADUN Kedah, Pegawai-pegawai Kerajaan negeri yang berjasa sekalian. Alhamdulillahirabbila a’lamin wassala tuwassalamua’ala ashrofil anbia iwalmuursalin waa’ala alihi wassahbihi ajma’ain. Amma baa’q. Angka semasa sehingga 27 November 2023 di Palestine . 26 hospital lumpuh sepenuhnya, lebih 50 pusat Kesihatan tak berfungsi. 87 ambulans menjadi sasaran yahudi laknatullah. 88 masjid musnah sepenuhnya. 170 masjid separah musnah kenaran tindak biadap Israel. 3 gereja mengalami kerosakkan besar. 266 sekolah terjejas. 67 sekolah tidak beroperasi. 103 ibu pejabat Kerajaan musnah. 280 ribu unit kediaman musnah. 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal. Lebih 35 ribu angka kecederaan parah semasa dengan ketidakcukupan bantuan Kesihatan. Lebih 7 ribu terperangkap di bawah timbunan runtuhan dijangka syahid. Sedang lebih 15 ribu telah di sahkan syahid yang mana lebih 4 ribu adalah para muslimat serikandi ummah dan hampir 7 ribu adalah kanak-kanak. Terkini kawasan tebing barat telah dibom. Yang Berhormat Speaker yang dikasihi, sebagai orang islam derita saudara segama kit aini pastinya menjentik jiwa kita seiring sabda junjungan mulia kita nabi Muhammad SAW yang bermaksud perumpamaan orang beriman dalam cinta kasih sayang dan lemah lembut sesama mereka seperti satu jasad apabila satu anggota berasa sakit, seluruh anggota badan turut berasa sakit. Sehingga menyebabkan ia berjaga malam dan demam. Sahih muslim.

Malah dalam aspek kemanusiaan juga sebegitu dalam konteks kedaulatan pembantaian israellanatullah ini ternyata adalah satu jenayah tindak aparthide yang sekian lama dipertontonkan kepada Masyarakat dunia tanpa sedikit pun pembelaan secara tuntas Masyarakat dunia pada penduduk pribumi Palestine. Justeru mana PBB mana OIC mana kelantangan Malaysia pada suatu masa cukup-cukup disegani kerana menjadi suara ulung membela Nasib ummah. Yang berani memainkan peranan begitu proaktif dalam mendesak pembelaan palestin ini tanpa tunduk berdendang dan menari rentak alunan normalisasi barat dan sekutu israel. Inilah hakikat perit yang terpaksa dihadapi kita saat saudara kita di palestin terpuruk dengan pembantaian rejim Zionist laknatullah. Masih ada pemimpin di negara kita dan dunia islam yang berlaku lunak dengan segenap yang dipertontonkan hanyalah kosmetik semata. Maka setinggi ucapan Syabas dan tahniah biarpun dizahirkan dalam rasa amarah mahupun gundah ditujukan kepada dewan yang mulia dinegeri kedah ini dan segenap isi pendiri suaranya yang dikemudi yang berhormat speaker dan dipimpin teraju negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dan barisan adun apabila menjadi dewan mulia yang pertama dalam negara membawa usul khas isu kemanusiaan keatas Palestine. Biarpun hanya dalam konteks negeri untuk menjadi contoh mengambil pendirian rasmi mengarus ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya keganasan atraocities dengan izin yang dilakukan oleh rejim zionis Israel ke atas saudara-saudara kita dibumi gaza, tebing barat dan tanah Palestine. Tindakan rejim ini adalah satu genocide dengan izin satu pembersihan etnik satu jenayah ke atas kemanusiaan . a crime against the humanity dengan izin. Pada sidang kemuncak tergempar baru-baru ini di, baru-baru ini, OIC jelas teruih gagal menatijahkan sebarang bentuk tindakan tuntas dan tegas bagi menangani konflik di gaza. Dan apa yang berlaku dianggap wayang dan tidak serius mempertahankan Palestine sebagai negara sah serta melindungi orang awam apabila, daripada serangan israel. Negara islam segenapanya perlu sedar, dari lamunan hakikat sebenar sebalik segenap percaturan blok barat ke atas asia barat mereka sepatutnya tidak menjadi lidah yahudi dan imengikut telunjuk dan tekanan israel amerika Syarikat dan kesatuan eropah. Selaku negara-negara yang berdaulat, peranan atas peluang untuk menyekat sebarang bentuk kontrak terhadap Syarikat israel atau Syarikat yang menyokong israel perlu dilaksanakan segera untuk menghukum kekejaman keatas penduduk Palestine di gaza. Malah meninjau segenap tindakan seharusnya dimainkan oleh dunia islam adalah penting untuk kesatuan negara-negara islam ini menerokai strategi bagi mengukuhkan ekonomi sesama negara islam sebagai persediaan tindak balas negara barat melalui tekanan

ekonomi disebabkan pendirian tegas terhadap israel . ni macam SG4 lah. Dalam pada itu negara OIC yang juga pengeluar minyak utama seperti arab Saudi emeriah arab Bersatu, Kuwait, bahrin dan Qatar serta lain-lain harusnya didesak untuk mengunakan soft-power yang dimiliki mereka iaitu berhenti menyalurkan minyak kepada negara haram israel dan negara sekutu mereka sebagai tanda protes terhadap penganiyaan berterusan kepada warga Palestine. Tidak cukup sekadar itu negara OIC juga boleh bertindak menghalang sebarang penerbangan dilakukan Syarikat penerbangan israel ke negara mereka atau menggunakan ruang udara. Segenap tindakkan ini harus dipelopori oleh dunia islam dan sekiranya semua ini menjadi tepu yang larut hanyalah kezaliman kekejaman zionis tanpa pembelaan liga arab maka adalah menjadi tanggunjawab Kerajaan Malaysia seharusnya untuk lebih giat memainkan peranan di peringkat antarabangsa demi menjaga keamanan sejagat apatah lagi menjadi benteng dan suara ummah. Yang berhormat speaker, adalah amat terkilan dan mengharukan apabila virus normalisasi dunia arab , maaf dengan israel dan sekutunya dibarat . adalah terkilan kerana virus normalisasi arab-israel ini dan sekutunya dibarat merebak dalam negara kita. Tambah mengecewakan apabila pihak Kerajaan Malaysia lebih gemar membawa naratif yang lembut dari kelaziman aksi yang pernah dizahirkan negara bertuah ini dalam mendepani isu ummah dan isu sejagat. Amat melucukan apabila sebuah Kerajaan yang perlu memainkan peranan bersifat governmental meninjau aspek polisi sebaliknya hanya berperanan seperti NGO dengan bersuara melalui himpunan itu pun konsert. Isu Palestine ini seharusnya di bawa ke dalam parlimen sepertimana yang dituntut oleh ahli-ahli parlimen perikatan nasional yang terdiri untuk maaf, yang terdiri dari kalangan ahli parlimen perikatan nasional untuk mendapatkan Keputusan sebulat suara dalam kalangan ahli parlimen dalam mengutuk sekerasnya zionis israel dengan membawa suara parlimen Malaysia dalam konteks global sebagai Langkah solidariti berterusan Bersama Palestine . Langkah ini juga tanda sokongan berterusan pada rakyat negara OIC supaya pemimpin negara islam tidak dilihat lemah dan lesu dalam menhadapi isu kemanusiaan ini. Dan hal inilah yang perlu dituntut oleh dewan yang mulia negeri kedah yang menjadi pencetus ini untuk parlimen Malaysia memainkan peranan dan parlimen perlu menganggap isu ini sebagai krisis kemanuisaan sejagat menjadi petunjang suara seluruh rakyat Malaysia sebagai perwakilan yang wajar dimainkan Kerajaan untuk turut mendesak israel dibawa ke mahkamah jenayah antarabangsa international criminal court dengan izin.

Langkah sebegini telah diambil oleh negara-negara seperti afrika Selatan, Bangladesh, Bolivia, Boros dan Ghbouti. Tapi mana negara OIC lainnya . mana pula Malaysia yang pada satu masanya begitu nyaring di pentas dunia. Kenapa usul untuk dibincangkan jenayah israel di parlimen Malaysia ini telah ditolak. Kita juga terkilan saat sepertimana usul yang dinyatakan pembentang usul sebentar tadi tentang kezaliman rejim zionis laknatullah ini. Segala kezaliman ke atas umat islam ini adalah penting untuk kita sebagai umat islam yang beriman turut berbalik kepada pengharapan dan janji Allah SWT mengikut anjuran sunnah dengan menadah tangan dan berdoa kepada Allah. Tapi hari ini, bila nak baca Qunut Nazilah pun kita turut disekat dan dihalang daripada diasuh untuk dibacakan. Sedang ada suara seorang pemimpin yang menyatakan kononnya hanya pemimpin melayu yang bangsat Sahaja. Maaf, tapi ini kata-kata beliau tak reti pertahankan islam dan jugak maaf, sekali lagi saya ulang hanya pemimpin melayu yang bangsat Sahaja yang tak reti pertahankan islam dan melayu juga perlembagaan kata beliau. Namun semua ini ternyata wayang Sahaja sekadar retorikal tiada terjemahan yang tuntas mengikut bidak catur tangan-tangan ghaib sedang hakikat islam adalah agama Persekutuan negara ini. Lantas apa yang salah Qunut Nazilah diasuh dan dibacakan. Islam ini agama Persekutuan bukan. Rasullullah SAW bersabda bermaksud, aku dikurniai 5 kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada para nabi sebelum ku, diantaranya aku dan tentera muslimin diberikan bantuan untuk mengalahkan musuh, dengan rasa gentar dalam hati musuh sebelum tentera muslim sampai ke tempat musuh. Sahih Al-Bukhari 323. Kata Saidina Umar pemimpin adalah cerminan rakyat, rakyat adalah cerminan pemimpin. Virus nromalisasi ini tambah merisaukan apabila ramai dalam kalangan anak muda tanahair apatah lagi yang beragama islam tampaknya kian terdedah dengan agenda liberalisma bilamana ada yang bersimpati bukan diatas kezaliman penindasan yang berlangsung ke atas orang Palestine sejak tragedy Nakba 1948, sebaliknya menyalahkan Hamas kononnya menjadi punca serangan 7 oktober pada hakikatnya tindakan Hamas melancanrkan serangan ke atas israel adalah merupakan satu tindakan yang wajar kerana atas dasar kemanusiaan perasaan ingin membantu mendapatkan semula hak dan kepentingan rakyat Palestin yang di rampas. Adakah ramai masih tidak sedar bahawa apa yang terjadi 75 tahun yang lalu bukan Sahaja kezaliman dan penindasan itulah naratif yang mahu pihak israel zionis ini lihat dan dengar sesiapa pun dendangkan. Apatah lagi yang bergelar sekutu mereka untuk promosikan kononnya demi keselamatan orang-orang Palestine. Lupakah saat Allah SWT janjikan Palestine kepada Bani Israel, namun merekalah yang menolak janji Allah SWT.

Sepertimana terkalam dalam Surah Al-Maidah ayat 21, 24 hingga 26 yang menceritakan kebiadapan Bani Israel yang dilaknat Allah. Mereka malah pernah meninggalkan tanah Palestine sedang yang wujud sekian lama dan mempertahankan tanah suci itu adalah pribumi arab Palestine sendiri maka terkesan dari hakikat kejahilan dan hakikat persejarahan kerana itu israel mahukan Masyarakat pribumi Palestine selaku tuan tanah untuk dihambat keluar. Bagi mengulangi kebodohan yang pernah dipertontonkan yahudi israel, maka janganlah kita jadi ejen segenap normalisasi ini hakikat Sejarah yang nyata tidak pernah wujud negara yahudi israel oleh itu tiada dalam kamus perihal two-state solution dengan adun kedah lainya menyokong perjuangan rakyat pakestine dan mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman dan genocide dengan izin yang dilakukan oleh rejim israel atas jenayah yang dilakukan. Benjamin Netanyahu mesti dibawa ke mahkamah jenayah antarabangsa untuk dihukum. Juga mohon Langkah murni dewan negeri kedah ini dijadikan contoh peringkat nasional untuk dewan rakyat mengambil pendiriran menyelar kezaliman rejim zionis laknatullah ini. Sebegitu saya menyokong segala yang diusulkan menerusi usul khas ini. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Kota Siputeh. Silakan Sidam.

Baik terima kasih yang berhormat Tuan Speaker. Salam Sejahtera. Yang berhormat tuan speaker, yang amat berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, yang berhormat timbalan speaker, ahli-ahli yang berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan puan-puan yang di hormati. Terima kasih atas peluang yang diberi hari ini, tapi saya tak bercakap macam Kota Siputeh lah, saya perlahan-perlahan ja. Terima kasih sekali lagi atas peluang yang diberi untuk kita sama-sama hari ini membahaskan yang berada dalam dewan ini untuk berbincang dan berbahas usul tambahan yang disebutkan bagi mengutuk kekejaman rejim zionis israel ini terhadap penduduk Palestine. Kami tiga orang pembangkang kami jugak mendapati apa juga yangberlaku terhadap rakyat Palestine yang dianiayaai tanpa perikemanusiaan harus dikutuk sekeras-kerasnya. Yang berhormat tuan speaker, kezaliman israel terhadap Palestine merupakan agenda utama yang dibincangkan oleh para pemimpin pada sidang kemuncak pertama ASEAN dan juga majlis keselamatan teluk GCC. Perbincangan ini seiring dengan pendirian tegas Malaysia dan

kelantangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dalam memperjuangkan Nasib penduduk Palestine sejak israel berterusan menzalimi mereka termasuk melancarkan serangan di semenanjung gaza.

Walaupun menyedari dan menjangkakan akan ada tekanan yang hebat atau tindak balas dari beberapa negara barat berhubung kelantangan ini dalam menyuarakan isu Palestine namun Yang Amat Berhormat terus memperjuangkan Nasib penduduk Palestine diperingkat antarabangsa. Perdana Menteri berkata beliau tiada pilihan berhubung perkara itu kerana isu Palestine melibatkan soal kemanusiaan kerana penduduknya terus sengsara akbat kezaliman dan penindasan zionis israel. Yang Berhormat Tuan Speaker, pemimpin dunia termasuk organisasi antarabangsa seperti PBB pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu sepatutnya meningkatkan usaha mendesak israel segera menghentikan siri-siri serangan tidak masuk akal ini ke atas rakyat Palestine di gaza. Biarpun banyak gesaan supaya keamanan dikembalikan, dan perlindungan dipastikan keatas penduduk gaza tetapi rejim israel tetap melancarkan serangan besar-besaran yang membawa maut di gaza. Kesannya, ribuan nyawa terkorban dan ribuan jugak yang turut cedera. Angka ini meningkat tiap-tiap hari. Selain pengeboman ke atas hospital-hospital rejim zionis turut mengebom beberapa sekolah dan kem pelarian, yang jelas boleh diklasifikasikan sebagai jenayah perang. Amat malang keangakuhan mereka disokong pulak oleh Amerika Syarikat sekutu kuat mereka. Lawatan terkini Presiden Joe Biden ke israel gagal menoktahkan pertempuran tersebut dan banyak mengorbankan nyawa sebaliknya jumlah tersebut meningkat dari hari ke hari.

Sayugia, sudah tiba masanya mahkamah antarabangsa, mahkamah jenayah antarabangsa memainakan peranan bagi menamatkan jenayah perang yang sepatutnya tidak berlaku di Rantau tersebut. Saya petik kata-kata aktivis kemanusiaan terkenal iaitu jeneitaa sagan. Beliau berkata berdiam diri dihadapan ketidak-adilan sama seperti bersubahat dengan penindasan. Bagi rakyat Malaysia kita mengambil satu langkah proaktif Bersatu mengutuk kekejaman israel di gaza tanpa mengira warna kulit, pegangan agama dan parti politik. Ini kerana peperangan yang berlaku ini bukan kerana sekadar diantara pihak tertentu Sahaja malah lebih dari itu dimana ia satu bentu perlanggaran hak asasi manusia oleh rejim zionis. Dalam hal ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara tetap, secara tepat dan berani mendedahkan sikap hipokrasi pemimpin barat yang selalu berbangga kononnya mereka adalah pejuang hak asasi manusia tetapi pada kali ini mereka pekak buta dan tuli melihat keganasan yang berlaku terhadap penduduk Palestine.

Yang berhormat speaker, lebih buruk lagi apabila PBB dilihat seperti melepaskan batuk ditangga dalam menyelesaikan krisis kemanusiaan yang kritikal di Palestine sedangkan Majlis Keseslamatan USNC kebiasaannya akam memanggil mesyuarat tergempar untuk meredakan ketegangan dan keganasan jika ia berlaku dikawasan dimana-mana Sahaja yang ama mereka, yang mereka ada kepentingan. Sikab double standard ini sangat bertentangan dengan PBB yang ditubuhkan bagi menyemai keharmonian dan keamanan dunia sejagat. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya hairan bagaimana dunia boleh berdiam diri Ketika pesawat pengebom canggih dengan sokongan persenjataan yang moden dan drone-drone terkini melepaskan bom tanpa mengira waktu dan hari. Mereka bukan Sahaja menyasarkan pejuang Hamas, malahan turut menjadikan rakyat awam Palestine yang tidak berdosa dan tidak bersenjata sebagai sasaran terutamanya anak-anak ibu-ibu dan orang tua.

Ketika mana angka korban terus meningkat, kerana kedudukan mereka yang terkepung oleh tembok dan diberatkan lagi dengan kelakuan melampau rejim yang secara nyata tidak mengendahkan nilai nyawa dan kemanusiaan. Perbuatan mereka sesuai ditakrifkan sebagai jenayah perang di mana berlaku jenayah yang bersifat kebinatangan ini tidak boleh dibiarkan terlepas tanpa sebarang hukuman. Segala tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan ini tidak dan tidak bertamadun ini tidak boleh dibiarkan hanya menjadi nota kaki dalam Sejarah , buku Sejarah. Akhir kata semoga komuniti antarabangsa termasuk Malaysia dan kita yang dalam dewan ini akan terus konsisten lantang bersuara menentang kezaliman zionis dan seterusnya berusaha membawa keadilan buat penduduk Palestine kerana apa yang telah berlaku memang tidak boleh diterima lebih-lebih lagi pada abad yang serba moden ini. Walaupun kami berlainan agama, tetapi penindasan terhadap rakyat islam di Palestine dan perlanggaran hak asasi manusia patut dikutuk sekeras-kerasnya. Hidup Palestine! Terima Kasih.

Speaker

Terima Kasih Sidam ketua pembangkang. Dipersila bukit lada. Dipersilakan Bukit Lada bangun dulu. Silakan.

Ustaz Salim MahmoodPAS · PNBukit Lada

Assalamualaikum warahmaatullahi Wabara katuh. Alhamdulillahirabbila a’lamin wasalatuwasalamuala rasulillamin wa’ala alihi wasahbihi ajmaa’in. terimakasih kepada yang berhormat speaker. Yang amat berhormat Menteri Besar, yang

berhormat sekalian. Pegawai-pegawai Kerajaan saya bersyukur pada Allah SWT pada pagi ini dapat Bersama-sama untuk menyebut tentang soladiriti kita terhadap sahabat kita di bumi Palestine. Pertama sekali saya ingin mengucapkan Syabas dan tahniah kepada DUN Kedah diatas kelulusan usul untuk kita nyatakan solidarity dan kebersamaan kita kepada sahabat-sahabat kita di bumi Palestine. Mungkin kita ibarat seperti seekor burung yang kecil yang ingin menyelamatkan nabi Allah Ibrahim A.S. kita bawak air yang sedikit daripada paruhnya yang kecil untuk memadamkan api yang begitu besar itulah ibarat Kedah , ibarat kedah yang sepatutnya peranan ini bukan di kedah tetapi peranan ini di ambil di peringkat pusat. Walaupun kita tahu penghujungnya InsyaAllah Allah SWT akan berikan kemenangan kepada sahabat-sahabat kita di Palestine.

Walaupun kecil yang kita lakukan ini insyaAllah, ia akan memberi suatu semangat kepada sahabat-sahabat kita di bumi palestine. Mungkin hari ini mereka melihat siaran secara online yang kila lakukan dalam dalam ceramah yang dilakukan oleh himpunan kita di stadium pada hari tu ialah diikuti oleh sahabat-sahabat kita di bumi Palestine. Yang telah mencatat suatu kutipan yang sangat hebat. Bagi saya ini satu kebanggaan di atas penganjuran yang dilakukan oleh kepimpinan yang amat berhormat Menteri Besar yang sanggup melakukan satu perhimpunan yang himpunan itu menghimpunkan lebih daripada 15 NGO, 13 GLC dan 12 PBT. Swasta dan parti politik yang memberi sumbangan. Sumbangan daripada beberapa agensi daripada EXCO sendiri. Kita ucapkan tahniah RM 40 ribu. Majlis Agama Islam RM 793 ribu yang diambil daripada tabung-tabung masjid di seluruh negeri kedah. Kemudian daripada PAS Kedah, RM 572 ribu dan saya ucapkan Syabas dan tahniah kepada persatuan-persatuan cina kedah, YB Wong daripada kulim yang memberi sumbangan RM 5 ribu ringgit. Kemudian pada ceramah pada malam itu, tuan-tuan bayangkan pada ceramah malam itu Sahaja kita dapat menghimpun RM 122 ribu lebih. Dan keseluruhan, PBT RM 100 ribu, hat tu saya takdan bilang campur dan ada lebih kurang 50 kesemuanya. Hampir 50 NGO, PBT dan sebagainya iaitu keseluruhanya RM 2.077 Juta yang disumbangkan.

Saya ucap syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan. Manusia ini berada di atas agama pemimpin mereka. Kalau pemimpin mereka menyeru kearah kebaikan maka insyaAllah rakyat akan Bersama dengan pemimpin. Alhamdulillah isu ini adalah isu sejagat jadi alhamdulillah bila kita dengar ucapan dari ketua pembangkang daripada sidam dan daripada kota darulaman, bakar arang, kulim semuanya pakai mafla. Tanda solidariti kita kepada sahabat-sahabat kita dibumi Palestine bukan setakat Malaysia bahkan Bintang tenis Tunisia pun memberi sumbangan untuk Palestine yang terbaru dari PM Sepanyol dan Belgium . yang memberi kenyataan menyokong

sahabat-sahabat di bumi Palestine. Jadi usaha ini perlu diteruskan dan kita harap doa dan munajat perlu di teruskan tak perlu takut dengan Qunut Nazilah dan takbir. Saya nak mintak tuan-tuan semua boleh dak kita takbir 3 kali. Takbir! Takbir! Takbir! Suara yang gamat yang akan menakutkan musuh-musuh islam. Takbir ini adalah yang seperti kita tahu dalam raya setiap hari raya kita akan laungkan takbir, wa hazamal ahzabawahdah sadaqawaq dah wanasara abdah wa hazamal ahzabawahdah maka insyaAllah, jadi kita mengharapkan bahawa usaha yang sedikit yang kita lakukan ini akan memberi kesan kepada sahabat-sahabat kita di bumi Palestine.

Seperti kita tahu Yahudi adalah satu manusia satu makhluk yang Allah rakamkan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Maidah, Allah bandingkan diantara orang yahudi dan orang nasara, maka kamu akan dapati orang-orang yahudi manusia yang dasyat permusuhan kepada orang-orang beriman iaitu orang yahudi dan orang musyrik. Tetapi orang nasara kata Allah orang nasara ini orang kristian nampak lebih baik sedikit (ayat alquran) kerana ada kisah apabila mereka medengar ucapan apa yang Allah taala sebut apabila dibacakan ayat al quran kepada orang-orang nasara Allah taala tengok, Allah taala sebut bahawa (tiba-tiba keluar air mata orang nasara. Inilah berlaku kepada seorang raja, seorang raja di najasyi yang bila mendengar ayat alquran akhirnya dia memeluk islam dan beriman. apabila dia meninggal dunia maka nabi Muhammad SAW semayang ghaib padanya. Jadi hadirin yang dirahmati Allah SWT sekalian dan yang behormat sekalian ini yang pertama. Yang kedua dalah kenapa rakyat Palestine hebat. Kenapa 2.2 juta penduduk gaza tidak keluar walaupun Malaysia cadang mai duduk di negara kita. Surh keluar daripada negara mereka ini adalah sikap atau hubbul watan minnal iman. Kecintaan kepada negara itu sebahagian daripada iman. Maka inilah yang ditanam didalam jiwa anak-anak Palestine.

Sahabat-sahabat sekalian kita melihat bagaimana anak-anak kecil menulis nama mereka di tangan dan di kaki mereka. Kenapa mereka menulis nama mereka. Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka tidak tahu kemingkinan esok adalah hari terakhir mereka. Mungkin mereka akan mati, mungkin mereka akan syahid maka mereka menulis nama mereka di tangan dan di kaki mereka. Mereka tidak akan berganjak dari bumi Palestine. Mereka tahu nilai dunia dan akhirat (5 prinsip) 5 prinsip ini yang ditanamkan didalam jiwa anak-anak Palestine yang mereka tahu nilai dunia dan akhirat. maka mereka menyatakan Allah itu sebagai matlamat kami, rasul itu ikutan kami, al quran ialah perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami. Inilah yang ditanam didalam jiwa anak-anak Palestine.

Dan yang ketiga ialah ada yang disebutkan didalam satu oleh yang amat berhormat tadi (ayat arab) suatu matlamat tidak menghalalkan cara yang ini yang kita nak sebutkan kepda kita walaupun matlamat kita baik walaupun tujuan kita baik untuk bantu Palestine tetapi dengan penganjuran konsert itu tidak dibolehkan dalam islam. itu tidak dibolehkan dalam islam. Islam tidak membenarkan cara. ini adalah fahaman-fahaman sekularisma, fahaman pluralisma, fahaman-fahaman yang nak menjadikan islam sama dengan agama-agama yang lain.

Tidak. Walaupun matlamatnya baik tetapi jalannya tidak betul maka Islam tidak membenarkan. Lottery contohnya, lottery Kebajikan tidak boleh dalam islam walaupun untuk kebaikan tapi kita buat lottery maka itu tidak dibolehkan. Maka insyaAllah kalaulah rakyat kita faham walaupun mereka memahami apa yang berlaku ini insyaAllah dan dipimpin oleh Kerajaan yang memahami tentang islam ini insyaAllah kita harap, kita dapat membantu rakyat dan sahabat-sahabat di bumi palestine dengan cara yang betul dengan cara kita. Itu Sahaja dan saya menyokong apa yang diusulkan oleh Pantai Merdeka dan saya ucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada DUN Kedah yang di pimpin oleh yang amat berhormat Menteri besar kedah. Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumusalamwarahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih bukit lada. banyak yang bangun ni. Belantek awai dulu sekali. Yang dok mintak pun banyak lagi ni.

Haji Ahmad bin SulaimanPAS · PNBelantek

Terima kasih speaker. Alhamdulillah, alhamdulillah sehinggah hampir dua bulan kita mengikuti pertembungan antara israel dan Palestine, secara ringkasnya saya nak sebut disini. Kita sebut apabila perang ini berakhir, Palestine akan menang kita yakin sebagai orang islam Palestine akan menang dan apabila Palestine menang yang berhormat speaker kita sudah hampir kepada penghujung dunia, kita sudah hampir kepada penghujung kehidupan kita jadi kita nak mintak sedikit pendapat dari Pantai Merdeka yang mengusulkan ini ataupun bukit lada maka apakah hari kiamat sudah hampir tiba. Kita baru meluluskan usul ini dan macam-macam tuan-tuan dan banyak lagi perancangan-perancangan kita tapi kita sebenarnya berada di penghujung dunia. Apakah persiapan kita yang harus kita buat terima kasih.

Speaker

Terima kasih belantek, ahli-ahli yang berhormat sekalian, saya kata tadi itu yang lastlah, tokai nak tambahkan sikit, silakan sikitlah. Silakan.

Bismillahirahmanirahmin, assalamualaikum warahmatullahi Wabara katuh. Terima kasih tuan speaker, saya nak bawk naratif yang lain kami doctor ni bukan boleh garang bukan boleh lantang nanti orang sakit, sakit jantung teruih mati. Saya nak bawak dalam bentuk pantunla nah. Walaupun pantun ia macam jarum ia menyucuk ke dalam. Sabda Nabi SAW. (…) maksudnya janganlah bersusah payah mengembara atau bermusafir bagi tujuan beribadah melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjidil haram, masjid Rasulullah SAW. Dan jugak masjid Al-Aqsa. Albukhari 1189. Saya nak bawak dalam bentuk pantun ja lah sikit masa.

1948 bermulah Sejarah Umat islam yahudi menjajah Negara Palestine sudah terbelah Menjadi mereka dua daerah.

Semenanjung gaza tebing barat Penjajah yahudi punya angkara Dari zaman nabi Mereka memang jahat Umat palestin jadi sengsara.

Zionis laknatullah cukup kejam Membedil gaza siang dan malam Banyak yang terkena orang awam Itulah peranghai musuh islam

Laantar yahuduantalla nasara Itulah pesan allah buat kita Awasilah semua perangai mereka Agar negara kita terpelihara

Terusan Ben Gurion Hasrat mereka Membuat terusan membelah negara Hasil jumlah dan gas milionaier Itu matlamat Bersama Amerika.

Mereka sebenarnya nak dapat gaza untuk membuat terusan ini dan membawak minyak melalui terusan yang nak buat ni.

Kalau di kaji bendera Amerika Dua garis biru yang tertera Atas dan bawah ada Bersama Nil dan furat nak ditakluki mereka

Dalam bendera israel itu ada garis biru atas,garis biru itu Sungai nil dan Sungai furat

Jordan lubnan Iraq dan Syria Mesir Saudi ada Bersama Bintang enam bucu punya cerita Tanah jajahan israel raya

Mereka nak membesarkan israel itu menakluki Jordan lubnan Iraq Syria mesir dan jugak Saudi itu Hasrat mereka

Punya jahat israel zionis laknatullah Mereka tidak kira siapa Kanak-kana Wanita hospital dan sekolah Masjid Aqsa kiblat pertama tempat suci umat islam Mikraj suci tempat bermula nabi Muhammad SAW.

Solat di Aqsa banyka ganjaran 500 pahala dijanji tuhan Marilah Bersama kita perjuangkan Qunur Nazilah tetap kita teruskan

Ayuh kawan ayuh sahabat Mari Bersama kita berpakat Siang dan malam kita bermunajat Membantu Palestinian yang berjihad

Rusia Iran China dan Korea Utara Memberikan amaran kepada israel Menghentikan serangan dengan segera Kalau tidak hampa kami bedil

Houti yaman sudah mula Bersama iran serangan dibuat Tentera israel takut belaka Berdepan AlQassam teguh beribadat

Amerika United Kingdome Perancis Austraila Talibarut zionis memerangi Hamas Marilah semua kita berdoa Agar dikembalikan negara yang dirampas

Tabut nabi sulaiman menjadi alasan Dibawah Al-Aqsa dibuat korekan Mendapat tentangan habis-habisan Bergadai nyawa anak watan

Baling batu melawan peluru Bangun intifadah anak-anak muda Yahudi Zionis terus menjadi seteru Moga kejayaan segera tiba.

Itu pantun yang saya bawak untuk kita sampaikan kepada rakyat Palestine supaya perjuangan mereka diteruskan dengan ini saya menyokong usul yang dibawa Pantai Merdeka. Takbir.

Speaker

Terima kasih yang berhormat tokai. Kita sudah ada 4 pembahas. Kita kira sudah cukup. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masalah di hadapan Dewan sekarang adalah satu usul yang berbunyi seperti berikut :-

“Bahawasanya Dewan yang mulia ini menyatakan perasaan sedih dan mengecam kekejaman, kezaliman serta keganasan rejim Zionis ke atas bumi Gaza dan menggesa Kerajaan Persekutuan agar terus konsisten membawa suara umat Islam Palestin ke ruang diplomasi di peringkat antarabangsa dan Dewan Undangan Negeri Kedah mendukung gelombang kesedaran awam yang berterusan kepada rakyat di Negeri Kedah selain menyahut kempen-kempen kesedaran dan solidariti Palestin di pelbagai institusi serta agensi negeri. Penganjuran solat hajat, doa munajat, sumbangan derma dan himpunan bantahan terhadap kezaliman zionis dan solidariti untuk Palestin di teruskan”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

XIV. Tangguhan Sidang Dewan

Speaker

(Selepas semua urusan mesyuarat dijalankan bagi persidangan kali ini)

Setiausaha Dewan

Tangguhan Sidang Dewan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang begini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi di masa-masa yang akan datang. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.