Kedah · 5 March 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 257 turns · 38,629 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Kita mulakan dengan bacaan doa.

Setiausaha Dewan

DOA

Speaker

Amin Ya Robbal ‘Alamin. Untuk maklum Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada pagi ini kita dihadiri oleh YB. Senator Musoddak bin Ahmad, Ahli Dewan Negara dan yang kedua oleh Pertubuhan Wanita Prihatin, Parlimen Alor Setar.

Speaker

Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

Pembentangan kertas-kertas Dewan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Pembentangan Kertas-Kertas Dewan Oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya pohon membentangkan Kertas-kertas Dewan yang berikut seperti di meja Ahli-ahli Yang Berhormat:-

Kertas Dewan Bil. 1 Tahun 2024

Penyata Kewangan Lembaga Muzium Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 2024 Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

Kertas Dewan Bil. 3 Tahun 2024 Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

Kertas Dewan Bil. 4 Tahun 2024 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah.

Kertas Dewan Bil. 5 Tahun 2024

Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Bagi Tahun

Berakhir 31 Disember 2022.

[Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Langkawi, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap dan Majlis Daerah Bandar Baharu].

Sekian, terima kasih.

Speaker

Urusan seterusnya.

Setiausaha Dewan

Sesi pertanyaan-pertanyaan mulut.

II. Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

YB. Speaker, mohon jawapan soalan nombor 1.

1. Pohon dinyatakan :-

Apakah persiapan kerajaan dalam menghadapi cabaran ekonomi global menjelang 2040?

Speaker

Terima kasih YB. Kupang. Silakan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, terima kasih kepada YB. Kupang. Soalan yang diajukan oleh YB. Kupang ialah persiapan kerajaan menghadapi cabaran ekonomi global menjelang 2040. 2040 ni kira-kira lagi 16 tahun, tak lama. Saya harap semua orang masih ada di sini lah untuk melihat keadaan pada waktu itu. Saya tentulah ada, YB. Speaker saya tak tau (sambil ketawa).

Speaker

InsyaAllah! InsyaAllah!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ekonomi dunia pada hari ini berada dalam keadaan yang mencabar berikutan faktor ketegangan politik dan perdagangan yang berpanjangan antara dua gergasi besar dunia pada ketika ini iaitu China dan US serta perubahan iklim global yang kita namakan ‘climate change’ yang telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia yang bercirikan ekonomi terbuka dan bergantung sepenuhnya kepada perdagangan dan pertanian. Menjelang tahun 2040, ekonomi global dijangka menghadapi cabaran, antara lain adalah seperti berikut:

Yang pertama, perubahan demografi penduduk dunia yang akan mempengaruhi struktur tenaga kerja dan permintaan pengguna.

Yang kedua, teknologi dan automasi yang akan menyaksikan penggunaan kecerdasan buatan, Artificial Intelligence (AI), automasi dan pengguna robotik bakal mengubah landskap sektor pekerjaan. Yang ketiga, perubahan iklim ‘climate change’ yang menyaksikan cuaca ekstrem, kenaikan paras air laut dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan membawa kesan bencana alam dan seterusnya memberi impak kepada ekonomi sesebuah negara dan negeri. Yang keempat, jurang pendapatan penduduk yang melebar kesan daripada pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang. Yang kelima sumber air, tenaga dan makanan yang terhad tidak mampu menampung permintaan yang semakin meningkat, seiring dengan pertambahan penduduk dunia boleh mencetuskan tekanan ekonomi dan konflik

Dalam hal ini, Negeri Kedah juga tidak berkecuali dari menerima tempias daripada cabaran ekonomi global dengan mengambil kira unjuran jumlah penduduk negeri yang akan meningkat daripada 2.19 juta orang pada tahun 2021 kepada 3.46 juta orang pada tahun 2040 dan cabaran mengekalkan status negeri ini sebagai “Rice Bowl of Malaysia” serta kawasan liputan tanah berhutan akibat tekanan arus urbanisasi berikutan kawasan pembangunan yang semakin terhad.

Lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri telah merangka Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang dilengkapkan dengan pelbagai strategi dan inisiatif yang dilihat mampu mempersiapkan Negeri Kedah menghadapi cabaran ekonomi lokal dan global menjelang tahun 2040 merangkumi inisiatif-inisiatif antara lain seperti berikut: Projek Penanaman Padi Secara Estet dan Tanaman Padi 5 kali 2 Tahun bagi menjamin keselamatan bekalan makanan. Yang kedua, Projek dan Program yang melibatkan inisiatif Tenaga Boleh Diperbaharui yang disebut sekarang ini ‘Renewable Energy’ (dengan izin) seperti Pembangunan Janakuasa Hidro dan Ladang Solar.

Yang ketiga, Pembangunan Infrastruktur Digital seperti Pusat Data (Data Centre) dan “Internet Exchange” sebagai “enabler” kepada sektor industri berasaskan teknologi tinggi. Program TVET dan STEM yang akan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi.

Berdasarkan kepada strategi dan inisiatif yang dirangka, Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang disasarkan pencapaian dan matlamatnya sehingga tahun 2035 nanti akan dibuat kajian semula setiap 5 tahun agar terus relevan bagi menghadapi cabaran ekonomi menjelang tahun 2040. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Sama-sama. Ada soalan tambahan?

YB. Tuan Speaker, daripada apa yang diperjelaskan itu, apakah pemusatan utama kerajaan terutama sekali adalah projek padi yang disebut tadi dan juga program pemakanan? Apa yang penting krisis yang paling kita risau ialah krisis air dan juga krisis pemakanan. Dalam kementerian sekarang ini disebut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan untuk menjamin bekalan makanan menjelang 2040? Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Kupang terutama sekali bimbang tak dak benda makan. Hari ni pun kita menghadapi kecelaruan dalam sektor beras tempatan. Tiba-tiba beras tempatan semuanya menjadi beras import, dijual pada harga import. Saya rasa ketamakan kepada pengusaha dalam sektor makanan ini perlu ditamatkan dengan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Walaupun kita pengeluar padi, saya dimaklumkan kita tidak dibenarkan mengawal pengeluaran ataupun pemasaran hasil padi. Apabila kita mewar-warkan akan kita buat “Beras Kedah”, ada respond segera supaya tidak ada pihak yang menjual beras kepada kita walaupun kita pengeluar beras kerana beras makanan ini dikawal sepenuhnya di bawah kementerian yang disebutkan tadi.

Tuan-tuan sekalian, saya masih yakin kepada pihak Jabatan Pertanian dan MADA yang mengendalikan kawasan penanaman padi di negeri kita ini untuk terus bekerjasama dengan kerajaan negeri walaupun daripada segi politik keadaan tidak seperti yang diharapkan. Ini kerana walaupun ada suara-suara yang datang menyatakan untuk terus bekerjasama tapi daripada segi amalan masih ada politik kuno yang diamalkan untuk mengasingkan kerajaan negeri daripada agensi-agensi Persekutuan. Ini saya buat teguran terbuka di Dewan yang mulia ini supaya semua jabatan dan agensi yang berada di Kedah baik daripada pihak kementerian untuk menjalinkan kerjasama yang erat dan padu untuk menghadapi cabaran yang akan kita hadapi bersama pada tahun-tahun yang akan datang. Janganlah ada lagi agensi-agensi Persekutuan yang dikawal oleh kementerian-kementerian yang cuba mengasingkan kita daripada aktiviti dan tindakan-tindakan yang mereka ambil.

Saya bagi contoh MADA, di bawah Kementerian Pertanian. Akhir-akhir ini walaupun ada Pengurus Besarnya di sini, tapi saya faham arahan-arahan lisan yang diterima oleh pihak agensi untuk mengurangkan laporan ataupun kerjasama dengan kerajaan negeri. Tapi saya beri jaminan, sebagai kerajaan negeri yang bersikap terbuka dan memahami fungsi dan tanggungjawab kita, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan tangan terbuka dan mengalu-alukan kerjasama daripada agensi sebesar MADA dan Jabatan Pertanian untuk kita pastikan kebimbangan seluruh penduduk dunia tentang bekalan makanan yang semakin meruncing yang berlaku pada waktu ini dapat diatasi.

Yang kedua ialah kita terus beri peruntukan kepada Jabatan Pertanian untuk melaksanakan rancangan yang kita lontarkan 2 kali 5 tahun. Ada banyak sekarang ini kajian tentang varieti benih yang… 5 kali 2 tahun, bukan 2 kali 5 tahun. Minta maaf YB. Speaker, “tersyasyul”. Tanaman padi 5 kali 2 tahun. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan Projek Pembinaan Tersier Baru, “parit gila”, dengan peruntukan RM3 bilion yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada suatu kempen pilihan raya. Tapi sekarang ini telah direalisasikan, saya difahamkan sudah ada pihak yang akan melaksanakan projek tersier itu untuk memastikan bekalan air untuk tanaman padi dapat dilakasanakan sebaik mungkin bagi menjayakan usaha 5 kali 2 tahun dan saya difahamkan ada peruntukan sampai RM5.6 bilion untuk tersier. Saya ucapkan terima kasih dan kita menghargailah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Pun begitu, projek-projek ini mestilah dilaksanakan secara kerjasama rapat dengan kerajaan negeri kerana pembinaan tersier nanti akan melibatkan pengambilan tanah dan pembinaan-pembinaan infrastruktur yang saya yakin jika tidak dilaksanakan secara bersama dengan kerajaan negeri, projek itu akan mengalami masalah.

Yang ketiga, kita ada banyak kajian varieti benih di beberapa negeri di sekitar kita. Saya sebut di Dewan yang mulia ini beberapa ketika dulu kita telah mendapat satu kajian benih yang tempoh matangnya sampai 75 hari sahaja berbanding 120 hari yang kita pakai sekarang ini di Kedah. Kalau kita ada benih padi yang matang lebih pantas 76 hari, maka lebih mudahlah usaha untuk melaksanakan tanaman 5 kali 2 tahun. Tapi proses membawa masuk kajian varieti yang saya maksudkan tadi mesti diberi kerjasama oleh semua agensi dan jabatan, jangan ada sekatan-sekatan kerana kita nak melindungi kajian ataupun bekalan benih pihak-pihak yang mengawal kartel padi. Saya sebut banyak kali dah tentang kartel padi ini, ada orang mengaku dah ataupun ada orang tak mengaku tetapi dia buat pelan-pelan, takut dia kesipuan. Saya tak dak masalah, saya tidak berhajat untuk menimbulkan kesipuan kepada siapa-siapa. Tetapi sekarang ini apabila diadakan serbuan-serbuan di pihak yang menyimpan bekalan padi dan beras di Kedah, maka kartel itu sudah nampak dengan jelas. Saya harap isu kartel ini pun dapat diselesaikan untuk kita memastikan tidak ada lagi kebimbangan kepada bekalan padi dan beras pada masa akan datang.

Selain daripada isu varieti, saya harap sektor baja, kita tidak menjadi pusat lambakan kepada baja tidak berkualiti. Kita membawa satu model yang dibawa oleh kementerian iaitu “model Sekinchan” yang dilaksanakan di kawasan MADA. Sekinchan dia ada bekalan baja yang saya rasa lebih baik daripada apa yang kita bekalkan kepada petani di seluruh Kedah pada waktu ini. Baja pula kita ambil dia punya bahan utama dari Belarus sebuah negara yang terkesan dengan perang Rusia dan Ukraine. Bila berlaku kerenjatan kepada bekalan bahan utama baja, maka kita menghadapi masalah di kilang baja kita. Ini pun saya yakin akan ditangani oleh Kementerian Pertanian dengan baik di bawah PPK dan juga NAFAS. Panjang dak lagi jawapan? Ada kebimbangan lagi?

YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memang kita sedar bahawa perkara ini penting untuk ditangani bersama dan saya harap pengisytiharan kita di Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Negeri Kedah sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk menghadapi semua cabaran yang akan kita hadapi menjelang tahun 2040 ini dapat kita jalinkan usahasama yang paling erat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Silakan YB. Tokai!

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker. Kita mendengar Thailand akan berusaha membina ‘landbridge’, ini berhubung dengan cabaran ekonomi global 2040. Jadi saya nak bertanya kepada pihak kerajaan, apakah kita mempunyai persediaan untuk menghadapi cabaran untuk masa yang akan datang apabila Selat Melaka sudah tidak menjadi pilihan utama lagi sekiranya ‘landbridge’ Thailand bercadang usahasama dengan China ini berjaya dilaksanakan, Kedah dan Perlis ini macam mana persiapan kita untuk menghadapi cabaran ekonomi global 2040 akan datang? Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Silakan YAB. Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Speaker, terima kasih YB. Tokai. Tokai pun rajin duk tanya soalan pulaaakkk… Masa dulu tak tanya pun (sambil ketawa).

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita mendapat rahmat daripada apa yang disebutkan oleh YB. Tokai sebentar tadi kerana ‘landbridge’ itu akan bermula dengan pelabuhan. Pelabuhan itu akan dilaksanakan di Kedah. Hat bawah daripada Kedah ni saya tak taulah, tapi kita akan ada rahmat besar kerana baru-baru ini kita telah pun berbincang dan berhasrat untuk meluluskan satu kawasan laut di Sanglang, Kedah untuk dibangunkan pelabuhan dan pelabuhan itulah yang akan bersambung dengan Pelabuhan Songkhla melalui ‘landbridge’ yang akan melintasi Segenting Kra. Ini satu rahmat besar kepada Kedah dalam aspek infrastruktur baharu yang akan ada dalam negeri ini. Saya difahamkan untuk pembinaan laluan jalan ke pelabuhan dari pinggir pantai ke kawasan yang akan dibangunkan pelabuhan itu saja akan melibatkan satu kawasan seluas 4,000 ekar, hanya untuk jalan.

Tuan-tuan bayangkan betapa besarnya pelabuhan itu dan pelabuhan itu akan ada di Negeri Kedah Darul Aman. Bila kita umumkan perkara-perkara macam ini, saya yakin akan ada tindak balas kerana saya sebutkan sekali lagi “politik kuno”, tak boleh tengok orang nak lebih daripada depa. Depa mula lah, mula nak menimbulkan masalah-masalah. Tapi saya yakin, hal sebesar ini bukan sahaja untuk kepentingan Kedah tetapi untuk kepentingan negara ini. Saya yakinlah dengan sikap ‘gentleman’ pihak pentadbiran di Putrajaya akan beri laluan sepenuhnya untuk pembinaan pelabuhan di Sanglang, ‘landbridge’ akan memendekkan laluan pengangkutan barangan perdagangan di seluruh dunia yang akan melalui Negeri Kedah.

Selain daripada pelabuhan di Sanglang yang akan menjadi hab utama pengangkutan barangan dan produk ini, kita akan ada satu lapangan terbang kargo di Sidam yang akan dibangunkan. Saya ada dengar, ada berita gembira yang akan datang kepada kita apabila dalam Mesyuarat Menteri Besar dan YAB. Perdana Menteri bulan lepas, saya bangkitkan perkara ini bila kerajaan membentangkan keadaan fiskal negara yang kurang memberangsangkan.

Saya telah memohon untuk YAB. Perdana Menteri mempertimbangkan projek KXP ataupun Kedah Aerotropolis yang akan dibangunkan dengan pembiayaan swasta sepenuhnya. Sama seperti Pelabuhan Sanglang, juga akan dibangunkan oleh sektor swasta. Itu infrastruktur untuk negara ini dibangunkan oleh sektor swasta. Sama dengan Kedah Aerotropolis, infrastruktur pengangkutan yang akan dibangunkan dengan pembiayaan swasta. Sesuai dengan keadaan fiskal negara yang kurang

memberangsangkan, alangkah baiknya sektor swasta diberi ruang dan peluang untuk membangunkan projek-projek seperti itu untuk membantu pembangunan negara dan ekonomi rakyat dan kita dapat rahmatlah daripada kedua-kedua projek infrastuktur yang besar itu yang akan membawa wajah baru kepada Kedah menuju “The Greater Kedah”, InsyaAllah.

Speaker

Terima kasih….. (YB. Bayu mencelah)

Satu soalan YB. Tuan Speaker. Ok YB. Tuan Speaker, saya nak merakamkan penghargaan terima kasih di atas perancangan yang telah dibuat oleh Kerajaan Kedah untuk mencapai kemajuan pada tahun 2040. Saya nak tanya berkenaan dengan apakah tindakan pelan kerajaan untuk masyarakat luar bandar terutamanya penoreh getah memandangkan seluruh Kedah ini kita ada hampir 38% penduduk terlibat dalam soal penoreh getah ataupun pekebun getah. Apakah perancangan untuk masa depan pada tahun 2040? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Soalan ni payah sikitlah pasal komoditi ni dia bergantung kepada pasaran antarabangsa. Getah ni makin hari makin menguncup sumbangannya kepada negara dan tidak mampu lagi menampung ekonomi keluarga. Seorang yang ada 10 relung kebun getah belum tentu ada orang nak menorehnya. Itu yang berlaku di luar bandar sekarang ini. Pak saya ada 9 relung, takok buat rumah 2 relung tinggal 7, 7 tu pun tak dak orang motong. Pak saya 84 tahun tak motong dah, nak cari orang motong la ni orang tak mau, orang nak pi kerja kilang.

Jadi, sektor getah ni semakin hari semakin menguncup. Walaupun pokok ada, orang nak toreh tak dak. Kita pula duk bercakap tentang teknologi torehan automatik yang dibangunkan di China tapi kosnya tinggi, tak mampu untuk menampung kos modal kepada para penoreh, pekebun kecil di negara kita, kita masih bergantung. Walaupun Kedah ni antara jumlah penoreh terbesar di Malaysia, nombor 1 Johor, nombor 2 Kedah, dalam sektor pekebun kecil tapi kita masih terumbang ambing dalam sektor komuditi getah.

Apabila pasaran antarabangsa getah menguncup akibat daripada penggunaan getah tiruan daripada petroleum, kita akan menyaksikan kejatuhan harga skrap di ladang dan juga di FOB. Ini masalah yang kita hadapi.

Walaupun begitu, secara jangka panjang kita nak penoreh-penoreh ini tidak terus menoreh, kita nak penoreh-penoreh ini hantar anak dia pi sekolah untuk dia belajar mengaji betul-betul, dia mengubah sektor ekonomi keluarga, tidak menjadi penoreh selama-lamanya. Kalau dia ada 10 anak, kita harap 10-10 tu tak jadi penoreh dah, dia bekerja sektor lain. Dengan itulah ekonomi penduduk luar bandar akan dapat diubah. Berubahlah dengan ilmu, bukan dengan skrap tu dah. Bayu, Anak Bukit dak lah dia padi, Derga mungkin. Makan duit skrap? Tak dak duit skrap? Saya sepenuhnya duit skrap dengan duit petai. Tapi dua tiga puluh tahun selepas darah getah skrap dan petai tu mengalir, sekarang ini dah bertukar, seluruh ahli keluarga saya itu bekerja di sektor yang lain, sampai kena cari orang lain nak motong. Jadi, itulah rancangan kerajaan, anak-anak penoreh getah beri peluang sepenuhnya untuk mereka menimba ilmu, beri ruang kemudahan untuk mereka pergi ke sekolah belajar sampai ke universiti untuk mereka keluar daripada anak penoreh getah yang tidak lagi menoreh getah. Terima kasih YB. Bayu.

Speaker

Terima kasih. YB. Bakar Arang, soalan nombor 2.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, mohon jawapan soalan nombor 2.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

2. Pohon dinyatakan :-

Apakah strategi dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan Kerajaan Negeri Kedah untuk mengembalikan jumlah pelancong ke Langkawi ke tahap sebelum pandemik COVID-19 dan bagaimana keberkesanan strategi tersebut akan diukur?

Speaker

Silakan YB. EXCO!

Dato’ Haji Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Terima kasih YB. Bakar Arang. YB. Speaker, soalannya adalah berkaitan apakah strategi dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan Kerajaan Negeri Kedah untuk mengembalikan jumlah pelancong ke Langkawi ke tahap sebelum pandemik COVID-19 dan bagaimana keberkesanan strategi tersebut akan diukur.

YB. Tuan Speaker, sama seperti destinasi-destinasi pelancongan lain di dunia, Langkawi juga turut menerima kesan terhadap penurunan jumlah pelancong ke Langkawi disebabkan pandemik Covid-19 ini. Berdasarkan rekod daripada LADA, pada tahun 2019 sebanyak 3.924 juta pelancong datang ke Langkawi. Bagaimanapun, jumlah itu menurun disebabkan Covid-19. Untuk rekod, pada tahun 2020 seramai 1.804 juta pelancong direkodkan dan jumlah itu terus menurun pada tahun berikutnya kepada 1.09 juta pelancong.

YB. Tuan Speaker, sebenarnya tidak ada siapa yang berpeluk tubuh ketika mana negara kita berhadapan dengan masalah sebesar ini. Sebab itu apabila bukanya pintu sempadan negara kita, kerajaan negeri, LADA, MOTAC sendiri dan juga pemain-pemain industri yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam sektor pelancongan ini bekerja keras melakukan apa sahaja untuk mengembalikan jumlah pelancong seperti sebelum Covid-19. Alhamdulillah, semua usaha-usaha yang dijalankan itu membuahkan hasil, Langkawi dapat dipulihkan dengan pantas. Untuk rekod, daripada LADA pada tahun 2022 sebanyak 2.581 juta pelancong telah direkodkan. Itu adalah satu jumlah yang patut kita semua banggakan dengan mengambil kira pelbagai faktor dan juga kemurungan ekonomi di era pasca pandemik. Jumlah pada tahun 2022 tidak berhenti di situ, pada tahun lepas, 2023 jumlah kehadiran pelancong yang direkodkan adalah 2.18 juta orang.

Berdasarkan kepada rekod dan juga momentum yang ada pada hari ini, kerajaan negeri yakin sasaran 3 juta pelancong ke Langkawi pada tahun 2024 ini dapat tercapai. Kalau kita tengok pada awal tahun ini, pada Januari tahun ini seramai 206,443 orang pelancong telah direkodkan, hampir 94% daripada sasaran sebanyak 220,000 pelancong. Kita juga yakin, sebenarnya dengan Tahun Melawat Kedah 2025 akan melonjakkan lagi jumlah kehadiran itu dan InsyaAllah akan lebih baik daripada yang kita terima sebelum Covid-19 dan untuk memastikan semua matlamat itu tercapai dan Langkawi terus menjadi destinasi tumpuan para pelancong domestik dan antarabangsa, kerajaan negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) satu pihak sedang berusaha, sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengembalikan jumlah pelancong sepertimana YB. Bakar Arang bertanya sebelum pandemik Covid-19 2019.

Antaranya meningkatkan kemudahsampaian ke Pulau Langkawi dengan meningkatkan laluan baru ke Langkawi dan juga memperkenalkan Program Insentif Penerbangan Sewa Khas ke Langkawi dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebanyak 6 penerbangan sewa khas dijadualkan ke Langkawi dari Chengdu, China dan sasaran pelancong adalah seramai 1,080 orang. Ada juga 2 penerbangan daripada Chongqing, China pada Februari lepas ke Langkawi.

Untuk makluman YB. Tuan Speaker dan juga Dewan yang mulia ini, 10 Februari 2024 Syarikat Flydubai telah pun memulakan laluan penerbangan ke Langkawi dengan 7 kali seminggu dan ini juga akan memberi manfaat kepada Langkawi khususnya dalam sektor pelancongan yang mana Langkawi akan menerima pelancong-pelancong daripada Asia Barat, Eropah, Afrika dan juga negara-negara lain.

Untuk makluman juga, Langkawi pada hari ini menjadi tumpuan kapal persiaran mewah untuk singgah di Langkawi. Setakat pada hari ini terdapat 16 kapal persiaran mewah yang telah singgah di Langkawi dan tentunya ini memberi manfaat dan memberi sumbangan kepada sektor pelancongan di Langkawi itu sendiri.

Speaker

Kapal berapa penumpang YB.?

Dato’ Haji Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Macam mana?

Speaker

Setiap sebiji kapal tu ramai mana penumpang?

Dato’ Haji Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Setiap kapal persiaran mewah tu antara 1,500 hingga 2,000 orang. Itu adalah sebahagian daripada usaha yang telah diambil oleh kerajaan negeri, oleh LADA dan juga contoh-contoh yang nak bagitau bahawasanya Langkawi masih kekal dan tidak hilang magisnya.

YB. Tuan Speaker, tetapi kita tidak akan cepat berpuas hati. Sebab itu usaha diambil untuk menyertai program-program promosi bagi menawarkan pakej percutian menarik kepada bakal pelancong dalam dan luar negara. Demikian juga dengan kerjasama strategik bersama negara serantau lain, Thailand, Indonesia dan Singapura melalui program IMT-GT.

Usaha juga dibuat bagi menyelaras lawatan Familiarisation (FAM) Trip untuk media, agensi pengembaraan dari dalam dan luar negara, syarikat penerbangan dan lain-lain ke Langkawi. Ia merupakan inisiatif promosi melalui lawatan ke produk-produk pelancongan, hotel penginapan, restoran, pengangkutan dan lain-lain bagi memberi pengalaman secara langsung kepada peserta berkaitan tawaran produk dan perkhidmatan pelancongan yang ditawarkan agar mereka dapat mempromosikan Langkawi dengan lebih efektif. Tidak cukup dengan itu, LADA juga mengadakan kempen taktikal seperti penjenamaan Langkawi Best Wey bagi pasaran domestik dan Langkawi 99 Magical Islands bagi pasaran antarabangsa dan #HealingdiLangkawi bagi kempen media sosial.

Sejak sekian lama Langkawi ini terkenal dengan acara-acara yang bersifat antarabangsa dan sepanjang tahun 2024 ini, sebanyak 26 acara yang akan dianjurkan di Langkawi. Inisiatif juga diambil untuk mempelbagaikan produk pelancongan bagi menarik minat pelancong dan ‘repeat tourist’ melalui inisiatif pembangunan produk pelancongan. Hasilnya adalah kemunculan produk terkini seperti MAHA Tower, Eagle's Nest, Green Forest dan lain-lain.

Selain statistik kemasukan pelancong ke Langkawi dan juga resit pelancongan, bukti keberkesanan strategi yang diambil itu boleh dilihat melalui seberapa banyak anugerah dan pengiktirafan yang diperoleh kepada Langkawi dan juga LADA. Sebagai contoh, baru-baru ini kita dapat Top Nine Best Island In The World oleh World Best Award oleh pembaca Travel and Lazer Magazine. Selain itu juga, kita dapat Best Wedding Destination 2023 oleh Wold Islamic Tourism Award.

YB. Tuan Speaker, kesimpulannya Langkawi pada hari ini bukan sahaja berdaya keluar daripada diselubungi pandemik Covid-19, tetapi bergerak dengan lebih garang untuk mencapai kedudukan yang lebih baik yang mana pernah kita dapat sebelum Covid-19 ini. Bagi pihak kerajaan negeri, kita yakin Langkawi berada di landasan yang betul dan InsyaAllah matlamat itu akan tercapai. Kerajaan negeri juga sedar kita pada hari ini akan berhadapan dengan destinasi-destinasi pelancongan kejiranan kita dan kita juga sedar Pulau Langkawi juga turut menjadi mangsa permainan persepsi berikutan dakwaan-dakwaan terpencil dan sebahagiannya tak betul pun. Tapi kita sentiasa positif dan kita akan berhadapan dengan cabaran ini. Pelancongan ini YB. Tuan Speaker adalah perniagaan. Hanya mereka yang berani, yang kental serta berpandangan jauh yang mampu bertahan dan berdiri teguh dan InsyaAllah Kerajaan Negeri Kedah mempunyai ketiga-tiga ciri itu. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih. Ada soalan tambahan?

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Soalan tambahan, kerajaan negeri berkata tahun lalu akan bakal melancarkan Tahun Melawat Kedah 2025. Saya nak tanya, adakah pelancaran logo, slogan dan video promosi Tahun Melawat Kedah 2025 sudah dilancarkan? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat!

Dato’ Haji Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Terima kasih YB. Bakar Arang. Kita sekarang ni baru sahaja tubuhkan sekretariat, InsyaAllah logo, slogan dan juga promosi ini kita akan buat pada pertengahan tahun ini, InsyaAllah dengan lebih agresif. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Tokai!

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Jual Toyota beli Proton F3, soalan saya nombor 3.

3. Pohon dinyatakan:-

Jumlah, jenis dan bentuk bantuan yang telah diberikan kepada rakyat Negeri Kedah melalui Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera sepanjang tahun 2023 mengikut Hospital dan Pusat Kesihatan yang diagihkan?

Speaker

Silakan YB. EXCO.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih YB. Speaker dan terima kasih YB. Tokai. Soalan nombor 3 berbunyi begini, pohon dinyatakan jumlah, jenis dan bentuk bantuan yang telah diberikan kepada rakyat Negeri Kedah melalui Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera sepanjang tahun 2023 mengikut Hospital dan Pusat Kesihatan yang diagihkan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, saya mengambil masa panjang sedikit untuk memberi penjelasan tentang Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera ini memandangkan inilah ruang supaya rakyat dapat maklumat yang lebih detail dan tepat memandangkan peruntukan ini masih ada banyak lagi di setiap hospital. Untuk maklumat YB. Speaker dan Ahli-ahli Dewan, Tabung Bantuan Sejahtera ini dahulunya dikenali dengan Tabung Pesakit Kronik pada tahun 2018. Kemudiannya ia diubah pada tahun 2020 dengan nama Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera dan peruntukannya adalah RM500 ribu bagi setiap tahun yang diagihkan dalam beberapa hospital.

Untuk peruntukan ini yang telah kita luluskan, kita telah agihkan kepada beberapa hospital seperti berikut iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Hospital Kulim, Hopital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang dan Pejabat Kesiahatan Daerah Kulim. Keseluruhan perbelanjaan yang ditanggung dan telah dibelanjakan pada 2023 adalah sebanyak RM439,933.07. Ini perbelanjaan yang telah digunakan pada tahun 2023. Di antara syarat-syarat bagi tabung ini adalah seperti berikut; Yang pertamanya adalah anak kelahiran Negeri Kedah, ataupun salah seorang ibu ataupun bapanya lahir di Negeri Kedah, bermastautin di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun dan kita perlukan perakuan daripada penghulu ataupun ketua kampung untuk mengesahkan tentang pemastautin tersebut, permohonan daripada pegawai perubatan atau pakar perubatan dari mana-mana hospital yang telah saya nyatakan tadi. Bila orang tu masuk hospital, dia perlukan pengesahan daripada pakar hospital tersebut dan dari mana-mana fasiliti yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Permohonan ini hanya melalui Jabatan Kerja Sosial di setiap hospital tersebut. Maknanya permohonan ini mestilah melalui Jabatan Kerja Sosial untuk diluluskan dan Jabatan Kerja Sosial akan angkat ke Exco Kesihatan dan kita akan luluskan, barulah bayaran akan dibuat. Tiada had umur dan Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera ini juga menampung kos rawatan dan baki tersebut hendaklah tidak melebihi RM3,000. Maknanya kita luluskan untuk setiap kes itu adalah RM3,000 had limit dia.

Walau bagaimanapun, jika ada kes-kes tertentu yang melebihi angka tersebut, Pegawai Kerja Sosial akan membuat justifikasi untuk diserahkan kepada pejabat saya dan saya akan terus melihat justifikasi tersebut lah.

Kos tambang pengangkutan pergi dan balik dari rumah kediaman ke hospital yang memerlukan rawatan serta termasuk kos sewaan ambulan swasta boleh dipohon tertakluk kepada jumlah maksimum RM200 secara token. Ini juga kita benarkan seperti di Hospital Maliha, Langkawi ada orang yang memerlukan kos pengangkutan untuk datang ke tanah besar untuk rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan sebagainya. Setiap peruntukan diberikan dibenarkan untuk menggunakan wang panjar runcit (petty cash). Maknanya di Pejabat Kerja Sosial kita benarkan mereka menyimpan 10% atau wang panjar untuk kegunaan mudah dalam RM200 tadi lah (patty cash).

Kos rawatan atau penempatan pesakit yang tidak mempunyai keluarga dan perlu ditempatkan di rumah penjagaan khas untuk kemudahan pesakit selepas ’discharge’ bagi tempoh maksimum 60 hari. Ini juga kita benarkan jika persakit tersebut tidak ada tempat tinggal dan sebagainya, kita juga memberi bantuan untuk dia tinggal di tempat-tempat penjagaan dalam tempoh 60 hari.

Menjawab kepada soalan YB. Tokai tadi, secara ‘detail’nya saya pecahkan mengikut hospital. Hospital Sultanah Bahiyah kita telah membelanjakan RM143,482.85 dan jumlah penerima adalah 119 orang. Bagi Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, perbelanjaan yang telah diberikan adalah RM103,470.40 dan jumlah penerima adalah 46 orang. Bagi Hospital Kulim, perbelanjaan yang telah ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM74,292.50 dan jumlah penerima adalah 39 orang. Manakala bagi Hospital Sultanah Maliha, perbelanjaan yang telah ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM29,781.42 dan penerima adalah 25 orang, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, sebanyak RM51,850.80, jumlah penerima adalah 69 orang dan yang terakhir adalah Pejabat Kesihatan Daerah Kulim sebanyak RM37,055.10 dengan jumlah penerima sebanyak 38 orang. Sekian, untuk maklumat saya YB. Speaker.

Speaker

Ada tambahan YB.?

Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Kuala Ketil. Saya dapati jumlah peruntukan yang disediakan RM500 ribu setahun dan jumlah yang dipohon oleh rakyat nampaknya masih ada berbaki lagi lah.

Jadi, kita tengok daripada jawapan tersebut dan juga daripada pesakit-pesakit di hospital, kebanyakannya hospital-hospital besar yang ada kepakaran. Sekarang ini hospital-hospital di daerah juga mempunyai pakar. Jadi, apa salahnya dari tabung ini kita salurkan juga kepada hospital-hospital di daerah yang ada pakar misalnya Kuala Nerang, Yan, Jitra dan juga Pendang lah no, Hospital Pendang baru ada pakar juga. Jadi, apakah boleh pihak kerajaan negeri memikirkan mereka yang yang menjadi ‘feeder’ kepada pesakit hospital besar ini juga mempunyai pakar di tempat mereka boleh disalurkan melalui tabung ini supaya kemudahan bantuan perubatan ini dapat diterima oleh mereka-mereka yang berada di luar bandar ataupun di daerah-daerah? Terima kasih YB. Speaker. YB. Kuala Ketil, mohon jawapan.

Speaker

Silakan YB. Kuala Ketil.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih YB. Tokai. Itu memang dalam perancangan kita YB. Speaker. Kita diberikan kepada 3 zon, iaitu zon utara kita fokuskan kepada Hospital Sultanah Bahiyah, di sebelah tengah adalah Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan sebelah selatan adalah Hospital Kulim. Mana-mana hospital yang tidak mempunyai pakar boleh merujuk kepada hospital-hospital yang dizonkan ini untuk mendapatkan pengesahan daripada pakar bagi mendapatkan rawatan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perancangan tahun ini kita akan melebarkan peruntukan ini kepada hospital baru seperti di Hospital Pendang dan Hospital Baling. Itu kita akan tambahkan lagi kepada 2 hospital dan kita memang membenarkan mana-mana hospital yang tidak ada pakar boleh merujuk kepada mana-mana hospital yang ada pakar untuk mendapatkan pengesahan. Malah di Kulim sekali pun, walaupun ia sebuah PKD (Pusat Kesihatan Daerah) tapi ia juga dibenarkan menggunakan peruntukan dengan pengesahan paling bawah pun ialah pegawai kesihatan dia di situ.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan nombor 4, YB. Gurun!

YB. Tuan Speaker, soalan tambahan!

Speaker

Silakan! Ringkas seringkas mungkin.

Terima kasih YB. Speaker. Nak tanya YB. Kuala Ketil sikit pasal sebut anak Kedah tadi ni. Jadi mak pak ni orang Kedah, kerja di Perak, beranak di Perak takdan balik beranak di Kedah. IC dia, Perak lah. Macam mana tu kita nak mohon?

Speaker

Silakan YB. Kuala Ketil!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Nak jawab la ka nak jawab rehat satgi? Jawab la? Syarat asas tu adalah anak kariah Kedah, keluarga tu orang Kedah sudah tentu boleh. Tapi kalau duk di Perak nu nak mai Kedah jauh YB. Pedu, lebih baik buat rawatan di Perak lah. Senang kan? Tapi kalau nak mai di Kedah ni boleh, kita alu-alukan sebab dia memang orang Kedah, boleh sangat. Dia sentuh perakuan, kalau ada sikit ‘complete’, perakuan daripada penghulu atau ketua kampung pun dah boleh terima rawatan.

Speaker

Haa… Boleh YB. Pedu? Seterusnya soalan nombor 4, YB. Gurun!

YB. Speaker, ada soalan tambahan. Boleh bercakap?

Speaker

Tak boleh ada pencelahan lagi sebab kita ada masa yang terhad. Dipersilakan YB. Gurun!

YB. Speaker, soalan saya nombor 4.

4. Pohon dinyatakan adakah kerajaan bercadang mewujudkan dasar belia Kedah?

Speaker

Silakan Yang Berhormat!

Terima kasih adinda Gurun, YB. Gurun. Ligan dari penggal pertama lagi, masih lagi bersama Gurun. Sebelum tu terima kasih YB. Tuan Speaker. Kesempatan ini juga saya ambil untuk mengucapkan selamat datang kepada Wanita PRIHATIN Alor Setar yang berada di atas tu. Alhamdulilah, ini antara penyokong-penyokong kuat saya ni, yang sentiasa mendoakan saya. Tapi muslimat, YAB. Dato’ Seri MB. Alhamdulillah, terima kasih.

Berbalik kepada soalan daripada YB. Gurun yang bertanya tentang, pohon dinyatakan adakah kerajaan bercadang mewujudkan Dasar Belia Kedah. Sebelum menjawab soalan, biarlah saya maklumkan sejarah dan senario semasa Dasar Belia Malaysia. Kerajaan telah mewujudkan Dasar Belia Malaysia (DBM) melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu sebagai panduan Pelan Strategik untuk 20 tahun akan datang. DBM diwujudkan hasil daripada penambahbaikan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 (DPBN97) agar lebih realistik dengan peredaran zaman ke arah yang lebih futuristik. DBM yang diperkenalkan oleh kerajaan pada April 2015 mempunyai 133 muka surat yang mengandungi pelbagai elemen untuk rujukan pembangunan belia dalam tempoh 20 tahun. Melalui DBM juga, ia menerangkan mengenai pendayaupayaan Agensi Kerajaan Persekutuan, Peringkat Negeri dan Daerah dengan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Belia Negeri, yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang memegang Potfolio Belia dan Sukan dan diurusetiakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta dilaksanakan secara berkala.

Di peringkat negeri pula, dasar berkaitan golongan belia ini belum dirangka oleh mana-mana negeri. Hampir kesemua di Semenanjung ini belum lagi ada dasar belia yang khusus melainkan Selangor. Jadi, kerajaan negeri berhasrat melalui jawatankuasa belia dalam perancangan bagi mewujudkan dasar khusus golongan belia ini bagi menyokong Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan membawa keterlibatan golongan belia di negeri ini bersama-sama dalam merealisasikan “The Greater Kedah”. Itu jawapan saya YB. Tuan Speaker, terima kasih

Speaker

Ada soalan tambahan?

YB. Tuan Speaker, saya meneliti setiap jawapan daripada Yang Berhormat yang menampakkan kerajaan begitu prihatin serta mempunyai perancangan yang begitu luas bagi memacukan belia ke arah “The Greater Kedah”. Soalan saya Yang Berhormat, adakah kerajaan negeri mempunyai pelan atau terma rujukan khusus dalam pembangunan belia di Negeri Kedah? Sekian, terima kasih.

Speaker

Silakan YB. EXCO!

Terima kasih YB. Gurun. Adik saya ni ‘style’ dia jek saja, kalau dia tak jek tu bukan YB. Baddrol lah. Apa pun jawapan tambahan, pada masa ini kerajaan telah mewujudkan satu pelan strategik dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035. Dalam tempoh 5 tahun ini Jawatankuasa Belia mempunyai 4 strategik iaitu yang pertamanya penjanaan ekonomi belia yang kita khususkan untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada belia dalam pelbagai prospek. Yang keduanya, penyerlahan dan pengukuhan kepimpinan belia iaitu memperkasakan kepimpinan di peringkat tertinggi dan yang ketiganya membudayakan kesukarelawanan kepada generasi belia iaitu menyerlahkan potensi dan membudayakan sifat kesukarelawan kepada generasi muda dan yang keempat pembangunan Belia Rabbani iaitu memperkasakan dan menerapkan nilai murni dalam kalangan NGO dan yang kelimanya mungkin dalam kemahiran TVET kita bekerjasamalah dengan Portfolio Sumber Manusia dan InsyaAllah kita mengharapkan hasil daripada kerjasama erat dan pelan-pelan yang telah kita laksanakan ini dan kita mengharapkan kita akan melahirkan golongan belia yang berwibawa dan ada jati diri di Negeri Kedah ini.

Untuk makluman YB. Gurun dan juga YB. Tuan Speaker, kita telah menubuhkan Sekretariat Belia Sejahtera yang mana belum lagi diendos seterusnya di dalam Mesyuarat MKN. Tetapi apa pun, ia telah menjalankan operasi dan ia akan beroperasi dan bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negeri dalam memastikan pembangunan belia dapat dibuat secara menyeluruh merangkumi pembangunan insan, pertanian, usahawan, inovasi dan lain-lain. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Alor Mengkudu. Soalan nombor 5. Dipersilakan YB. ADUN Pantai Merdeka.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. YB. Speaker, soalan saya soalan nombor 5. Terima kasih.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

5. Pohon dinyatakan:-

Apakah tindakan kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan anak-anak keluarga yang miskin menerima Bantuan Beras Sejahtera tidak tercicir dalam bidang pembelajaran?

Speaker

Silakan YB. EXCO!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Duk ingatkan takdan dah. YB. Speaker mukanya bersih, Pantai Merdeka, terima kasih. Untuk soalan nombor 5 daripada Pantai Merdeka tentang keciciran pelajar. Saya gabungkan sekali dengan jawapan untuk YB. Tanjung Dawai soalan nombor 49 yang juga berkaitan persoalan yang sama, keciciran dan juga ponteng pelajar sekolah. Dapatan kajian-kajian yang dilaksanakan, faktor keciciran dan ponteng pelajar ni banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini berlaku, bukan hanya tanggungjawab kepada sekolah semata-mata, ia juga berkaitan dengan persekitaran pelajar dan juga institusi keluarga itu sendiri. Tapi jawapan yang akan saya berikan ini, tindakan atau langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Bahagian Pendidikan dan juga agensi-agensi yang membantu khususnya Lembaga Zakat dan juga di peringkat kerajaan negeri kita juga ada pembiayaan Bahagian Bantuan Pembiayaan Biasiswa dan juga kerjasama yang telah pun dijalinkan oleh kerajaan negeri dengan UUM untuk buat pilot projek kajian keciciran pelajar pasca Covid-19 yang dilaksanakan mulai 2021 penghujungnya dan InsyaAllah akan berakhir pada tahun ini, tahun yang ketiga pembiayaan daripada Pejabat YAB. Menteri Besar yang diberikan suatu geran kepada UUM untuk melaksanakan kajian ini.

Di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah seluruh negeri dan saya yakin seluruh negara iaitu untuk mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah dengan kerjasama guru bimbingan dan kaunseling menjalankan aktiviti Ziarah Cakna khususnya kepada murid-murid yang ponteng dan berpotensi untuk tercicir.

Langkah telah pun diambil oleh pihak sekolah dan juga inisiatif untuk pendedahan TOT kepada guru-guru kaunseling ini supaya mereka mempunyai maklumat yang sama, kemahiran yang sama bagi program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Kemudian, membentuk kumpulan kaunseling berfokus risiko cicir di sekolah-sekoalah yang terpilih supaya pihak sekolah dapat membuat persediaan bagi mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk tercicir dan pihak sekolah boleh membuat langkah-langkah susulan supaya perkara ini dapat diatasi. Menguatkuasakan surat peringatan ponteng sekolah melalui arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) bagi memastikan ibu bapa sedar akan perbuatan ponteng sekolah yang berlaku dalam kalangan anak jagaan mereka. Surat peringatan ponteng sekolah akan dikeluarkan sebanyak 3 kali sebelum tindakan hukuman mengikut Akta Pendidikan 1957 dikuatkuasakan. Ini merupakan antara langkah yang telah pun diambil oleh pihak sekolah bagi menangani isu ini dan di samping itu mungkin gambaran kita secara umum keciciran pelajar ataupun ponteng pelajar ini berlaku di kalangan keluarga asnaf ataupun keluarga B40. Kita melihat ia bukan hanya sekadar faktor utama, ia juga berkaitan dengan bagaimana keluarga itu dibentuk. Kalau ibu ayah memberikan perhatian yang khusus kepada anak-anak walaupun daripada keluarga B40, kita yakin anak-anak ini akan mampu untuk pergi ke sekolah dengan ceria, mampu untuk mereka ini hadir setiap hari ke sekolah dan masa depan mereka InsyaAllah akan lebih baik.

Jadi, sebab itulah apa yang telah pun disebut oleh YAB. Menteri Besar dalam menjawab soalan yang pertama tadi, saya yakin faktor keluarga itu sendiri sebenarnya memberikan impak yang besar untuk kita menggalakkan anak-anak kita supaya mereka meneruskan pelajaran, pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Dari sudut bantuan JKM, ada bantuan khususnya kepada keluarga yang miskin, juga kepada anak-anak yang bersekolah. Zakat ada bantuan, bahkan saya difahamkan Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi sekolah-sekolah yang buat potongan zakat, guru-guru dan kakitangan buat potongan zakat, pihak Zakat akan memberikan wakalah zakat semula kepada pihak sekolah 3/8 dan tahun 2023 lebih kurang RM13 juta disalurkan kembali kepada sekolah-sekolah supaya wakalah zakat yang telah pun guru-guru bawa keluar zakat itu dikembalikan kepada pihak sekolah untuk bantuan kepada fakir miskin, anak-anak untuk program-program yang membina pelajar.

Jadi, banyak agensi yang membantu dan Alhamdulillah, kajian juga tahun yang ketiga ini saya telah pun mendapat laporan daripada pihak Universiti Utara Malaysia, Program Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Success yang kita namakan sebagai KOMPAS yang saya sebutkan mendapat geran daripada pihak kerajaan negeri melalui Pejabat YAB. Menteri Besar ada model yang khusus untuk pengesanan awal pelajar yang berisiko tercicir intervensi yang bersesuaian. Program ini telah pun dilaksanakan yang melibatkan 180 orang pelajar pilot projek di 3 daerah, di Kubang Pasu, di Langkawi dan juga di daerah Baling melibatkan setiap daerah 2 sekolah yang dipilih dan daripada kajian-kajian yang dilaksanakan ini InsyaAllah kita akan menggerakkan pada tahun ini untuk kita memastikan bahawa punca-punca kepada keciciran pelajar ini dapat kita atasi bukan hanya bantuan sekolah tetapi juga keluarga dan juga komuniti. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Sungai Limau. Seterusnya… ada soalan tambahan tak? Kalau tak ada kita teruskan kepada soalan ke 6, kita beri peluang kepada YB. Guar Chempedak.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Ada soalan tambahan. Sejauh mana pencapaian setakat ini YB. Sungai Limau, usaha-usaha tadi?

Speaker

Terima kasih. Pencapaian, YB.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik YB. Speaker, dari sudut pencapaian khususnya kajian yang dilaksanakan oleh UUM, mereka telah pun menghantar beberapa modul daripada 2 tahun lebih kajian yang telah pun dilaksanakan. InsyaAllah tahun ini adalah tahun yang terakhir untuk kita praktikkan di beberapa daerah sebagai membuktikan bahawa dapatan daripada kajian ini dapat untuk kita jadikan sebagai langkah tangga awal untuk kita mengatasi masalah ini. Sebagai contoh, saya sebutkan di sini dapatan awal punca pelajar berisiko tercicir. Ada 5 faktor utama, ketidak fungsian keluarga, kedua persekitaran budaya sekolah, ketiga peranan guru, keempat pengaruh rakan sebaya dan yang kelima sikap murid itu sendiri. Daripada dapatan awal ini, pihak UUM telah pun melahirkan beberapa kaedah untuk mengenal pasti dan juga mengatasi perkara ini, Projek School Disengagement Model (SDM), School Disengagement Warning Index (SDI) bertujuan untuk mengurangkan masalah keciciran murid, mengenal pasti murid yang bermasalah ini apa kategori-kategori dia, apa sebab-sebab dia, faktor yang mempengaruhi sikap dia.

Semua itu telah pun dikenal pasti dan penilaian model Integrated Communication Intervention I MOVE untuk meningkatkan keberkesanan bagi mengatasi masalah keciciran pelajar yang akan melibatkan pihak komuniti dan juga pihak PIBG juga yang ketiga sistem pengesanan pintar Intelligent Prediction Intervention Support Model MyBagi melalui apps yang boleh digunakan oleh pihak sekolah, masuk maklumat pelajar jadi dia akan mengenal pasti daripada sistem ini potensi pelajar itu untuk keciciran ataupun tidak. Jadi, semua perkara ini InsyaAllah kita harap dapat diimplementasikan untuk dalam tempoh yang segera ini di beberapa daerah supaya kita dapat buktikan kajian melalui geran yang telah pun diperuntukkan oleh pihak kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan nombor 6, YB. ADUN Guar Chempedak!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

YB. Speaker, minta soalan tambahan.

Speaker

Kita bagi peluang soalan nombor 6 dulu, nanti ada pencelahan.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih. YB. Speaker, mohon jawapan untuk soalan nombor 6. Terima kasih.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

6. Misi Pelaburan dan Lawatan Kerja Ke China pada 9 hingga 20 Januari 2024.

Pohon dinyatakan apakah hasil daripada misi pelaburan dan lawatan tersebut?

Speaker

Silakan YB. Exco.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker yang dihormati dan juga sahabat-sahabat sidang Dewan serta YB. Guar Chempedak di atas pertanyaan. Terima kasih diucapkan.

Berkenaan dengan ‘trip mission’ kita ke China baru-baru ini, ia adalah suatu usaha berterusan kerajaan negeri kita bagi membolehkan kita terus relevan dan kompetitif bagi memastikan kelangsungan segala agenda strategik negeri kita Kedah yang kita kasihi. Secara khususnya kita telah pergi ke empat wilayah iaitu ke Wilayah Jiangsu, Zhejiang, Guangdong dan Hunan. Ini adalah 4 wilayah besar di Negara China yang mana kita dapat melihat peluang-peluang pelaburan untuk dibawa masuk ke negara kita Malaysia khususnya dan Kedah secara khususnya jua perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Apa yang berlaku hari YB. Speaker ialah ‘trade war’ di antara Amerika dan China jelas menunjukkan bahawa kita harus mengambil manfaat ini dan saya ingin menyatakan di sini kalau kita ambil contoh daripada kekuatan ekonomi Amerika Syarikat, hari ini KDNK mereka adalah berjumlah sebanyak USD25.4 trilion atau bersamaan dengan RM121 trilion. Manakala kuasa besar kedua dunia adalah China dengan KDNKnya berjumlah USD18 trilion ataupun RM86.4 trilion. Dua negara ini adalah dua negara terbesar dunia hari ini kerana kuasa ketiga ekonomi terbesar iaitu Jepun berada pada 4 bilion USD sahaja. Jadi, ‘trade war’ di antara China dan Amerika ini telah memberi kesan yang cukup besar kepada landskap ataupun order baru dunia baik dalam perdagangan mahupun pertahanan dan kita sendiri sebagai sebuah negara, pada dasarnya adalah negara kecil dengan jumlah KDNK kita Malaysia RM1.5 trilion ataupun USD300 bilion sahaja. Dan negeri kita Kedah iaitu secara khususnya dengan RM50.8 bilion ataupun 4.8 bilion USD.

Apa yang boleh kita katakan di sini, ‘treat mission’ kita ini melihat sekiranya Kedah tidak mengambil ruang dan peluang yang ada atas pergeseran di antara Amerika dan China ini kita akan terlepas peluang-peluang untuk menarik syarikat-syarikat yang hari ini baik syarikat China itu sendiri yang mula bergerak keluar dari China kerana tekanan perdagangan ini yang dibuat oleh Amerika dan pada masa yang sama usaha-usaha Amerika itu sendiri untuk melihat landskap dan pengaruh kuasa ekonomi diperluaskan ke rantau ini. Jadi dengan kata lain YB. Speaker, misi perdagangan kita baru-baru ke China telah memberi fokus kepada segmen semi konduktur, elektrikal, elektronik, green anergy technology dan sumber tenaga. Dalam lawatan kita ini, apa yang dapat kita gambarkan dan rumuskan ianya amat jelas dengan apa yang berlaku kepada sebuah syarikat Taiwan yang berada di Wilayah China iaitu sebuah syarikat terbesar TSMC. TSMC ini adalah Taiwan Semiconductor Manufacturing Company yang mana menguasai 57% market syer dengan market capitalization USD729 bilion, satu syarikat yang cukup besar iaitu syarikat

pengeluar chip dengan revenewnya berjumlah USD67.5 bilion ataupun RM324 bilion. Apa yang berlaku kepada TSMC? Kerana tekanan daripada Amerika Texas, United State of America kerana untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka dengan nilai pelaburan 192 bilion. Jadi, di sini kita melihat syarikat-syarikat China mula keluar dari China dan inilah ruang yang kita ingin ambil dan daripada itu, Alhamdulillah kita telah melihat banyak syarikat-syarikat besar dunia bukan sahaja dari China tetapi juga dari Eropah yang mana telah datang melabur ke Negeri Kedah termasuk juga dari Amerika. Contohnya ATIS dengan RM8.7 bilion pelaburannya, Intel RM12.45 bilion untuk 2 tahun, 2019 dan 2023 dan syarikat dari German iaitu Infinion dengan RM8 bilion pada 2021 manakala syarikat China sendiri iaitu Risen Solar telah melabur di negeri kita Kedah dengan jumlah pelaburan RM42.23 bilion pada tahun 2021 dan yang terkini Syarikat LVE dengan jumlah pelaburan RM4.1 bilion pada tahun 2023. Dengan kata lain seperti titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bahawa jumlah pelaburan di negeri kita yang masuk pada tahun 2021 dan 2023 ialah RM105 bilion.

YB. Speaker, apakah yang boleh kita rumuskan di sini daripada strategi pelaburan ini ialah kita sebagai sebuah negara berkecuali, ‘member non alien movement’ yang mana diguna oleh kerajaan kita Malaysia terus kekal dengan pendekatan tersebut kerana kita sebuah negara kecil dan kita perlu terus menjadi rakan kepada semua negara-negara besar ini. Saya ingin mengucapkan satu langkah yang bijak daripada Kerajaan Malaysia untuk kekal berperanan sebagai ‘Non-Aligned’ yang mana membolehkan kita berkawan dengan semua. Ini harus kita usahakan dan teruskan bersama. Jadi, dalam misi kita ke China baru-baru ini kita telah berjumpa dengan 8 buah syarikat yang saya tidak dapat namakan di sini pada pagi ini kerana ini adalah satu gerakan strategik kita. Jumlah pelaburan yang mana mereka menunjukkan minat untuk melabur ke negeri kita adalah pada jumlah sekitar RM50 bilion.

Sekiranya ini berlaku, tuan-tuan yang saya hormati, sekiranya ini berlaku maka satu perubahan besar, ianya menjadi ‘game changer’ kepada negeri kita dan kita mengharapkan agar sokongan Kerajaan Pusat berterusan kepada kita dan mengenepikan segala perbezaan kita dalam konteks politik kerana ia merugikan bangsa, merugikan negeri dan negara kita. Kita harus berani dan yakin melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara, tidak memisah-misahkan kita atas nama kita ini adalah negeri yang tidak sealiran dengan kerajaan di Pusat sana.

Speaker

Ringkaskan Yang Berhormat.

Ok, sikit saja YB. Speaker. Jadi dengan kata lain YB. Speaker, saya yakin dan percaya kita dapat terus mempromosi iaitu Kulim Hi-Tech Park yang telah mempunyai infrastruktur yang baik, menjadi contoh kepada negara, Kulim Industry Coridor dan juga kita mempromosi KSTP (Kedah Science Technology Park) dan DELAPAN SBEZ di Bukit Kayu Hitam dan juga semua industry park kita. Saya ringkaskan YB. Speaker, dengan kata lain, apa yang telah kita capai hari ini saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih di atas sokongan YB. Senator Tengku Zafrul, Menteri MITI yang banyak membantu kita sehingga membolehkan Kedah menjadi antara destinasi terbaik yang mana menjadi negeri kedua tertinggi dalam konteks menarik pelabur-pelabur dalam bidang manufacturing dengan jumlah pelaburan RM26.7 bilion pada tahun 2023. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dalam konteks di mana CEO MIDA, Yang Berbahagia Dato’ Wira Alham Abdul Rahman telah memberi sokongan yang cukup baik kepada pasukan pelaburan kita yang membolehkan kita juga berada dalam keadaan kompetitif seperi hari ini. Tetapi yang paling penting YB. Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan bahawa YAB. Dato’ Seri Menteri Besar kita Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor yang telah mendorong kita semua untuk bekerja lebih kuat bagi membolehkan kita untuk menjadi sebuah negeri yang paling terkehadapan dalam pelaburan. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Jitra. Kita teruskan dengan agenda yang seterusnya. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Usul ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

III. Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.Motion

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan Usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan satu Usul yang berbunyi seperti berikut:

“Bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman mempersembahkan Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ucapan yang berbunyi:-

“Patek-Patek sekalian, Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman di dalam persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, di atas perkenannya Tuanku menyampaikan Titah Ucapan Sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Kelima Belas”.

Sekian, terima Kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Urusan seterusnya.

Setiausaha Dewan

Perbahasan di atas usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar.

IV. Perbahasan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar.Motion

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, perbahasan di atas Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat agar menumpukan ucapan-ucapan Yang Berhormat kepada perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah sahaja. Saya juga berharap Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mengulangi perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan.

YB. Sidam! Perbahasan untuk masa lebih kurang 15 minit. Kita bagi masa 15 minit seorang. Silakan! Sorry! Sorry! Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang sebelum ni kita kira 40 minit tetapi setelah kita congak-congak balik tadi ni kita bagi 30 minit, tapi kalau ada lebih-lebih sikit tu tak pa lah ada benda ke depan nu yang kita nak ‘reserve’ masa. Silakan YB. Sidam.

Baik. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Pertama sekali salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, YB. Tuan Speaker, YB. Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat sekalian. Syukur, dengan rahmat tuhan pada hari ini kita dapat sekali lagi bersama-sama berada dalam Dewan yang mulia ini untuk kita berbahas dan membincangkan perkara-perkara yang berbangkit, perkara-perkara yang menjadi satu isu-isu dan masalah bagi kepentingan rakyat dan penduduk-penduduk di kawasan masing-masing.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk saya pada pagi ini untuk memberi ucapan sempena Pembukaan Sidang DUN pada kali ini. Walaupun pihak kami ada 3 orang saja dalam Dewan ini, tetapi saya rasakan kita akan menjadikan satu pihak pembangkang yang efektif dan juga dinamik bermakna kita boleh bertolak ansur dan sebagainya.

Kami juga akan membawa suara rakyat daripada akar umbi serta bertindak sebagai ‘check and balance’ untuk kerajaan pada kali ini demi untuk kebajikan, kebaikan rakyat Negeri Kedah sendiri. Kami menyahut saranan untuk menjadikan Dewan ini sebagai tempat perbincangan yang baik. Jadi sebarang perbezaan pendapat, perbezaan pandangan, memanglah menjadi satu perkara yang biasa dan kami masing-masing perlu menerima dengan hati yang terbuka.

Ada beberapa perkara yang saya akan ketengahkan dan juga memohon menjadikan satu cadangan kepada pihak kerajaan untuk tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan penduduk Negeri Kedah. Antaranya adalah isu-isu yang berbangkit iaitu mengenai isu pelancongan, isu air, elaun-elaun dan sebagainya untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah tersebut. Begitu juga berkaitan dengan hal-hal program perpaduan dan berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan.

YB. Tuan Speaker, menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang menyentuh tentang isu pelancongan. Di sini saya akan memberi pandangan tentang pelancongan di Negeri Kedah. Seperti yang kita tahu, kos perbelanjaan yang lebih murah di Thailand dan juga kemudahan-kemudahan daripada segi akses pengangkutan awam di Negara Thailand merupakan antara faktor utama menjadikan Thailand ini sebagai sebuah destinasi pilihan pelancong rakyat Malaysia buat masa kini. Seperti kenyataan Presiden Persatuan Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia, Nigel Wong berkata, “atas sebab itu tumpuan pelancongan rakyat Malaysia ketika ini dilihat lebih cenderung ke arah Negara Thailand. Pelancong-pelancong juga telah dan dapat menikmati penawaran harga yang lebih murah berbanding dengan keadaan dan juga pasaran di Malaysia iaitu daripada segi penginapan, makanan, pengangkutan dan juga barang-barang keperluan untuk dibeli dan didapati di Negara Thailand. Jadi, ini menjadi satu kelebihan buat Thailand”.

Baru-baru ini media juga melaporkan anggaran RM100 juta telah mengalir keluar dalam tempoh 3 hari sempena Krismas pada tahun lepas dan dianggarkan lebih 100 ribu pengunjung rakyat Malaysia bercuti ke Negara Thailand. Pada tahun lepas juga sehingga Oktober, statistik menunjukkan 3 juta pelancong Malaysia memasuki Thailand berbanding hanya 700 ribu warga Thailand memasuki Malaysia dalam tempoh yang sama. Oleh itu, saya berpendapat strategi memperbaiki penambahan perlu dilaksanakan merangkumi alternatif pengangkutan, keselamatan, kemudahan-kemudahan yang ada perlu ditingkatkan bagi meyakinkan pelancong-pelancong terhadap Negeri Kedah. Saya percaya bahawa Negeri Kedah mempunyai kelebihan tersendiri untuk dikembangkan menjadi antara negeri pelancongan yang penting dalam Malaysia memandangkan lokasi kita yang berada di persempadan dengan Thailand.

Jadi, peluang ini perlu dimaksimakan bagi menarik lebih ramai pelancong Malaysia untuk singgah ke Negeri Kedah sebelum mereka langkah ke sempadan Thailand. Jadi kita harap apabila mereka singgah di Kedah, mereka berbelanja dahulu sebelum masuk ke Thailand. Begitu juga dengan pelancong-pelancong dari Thailand, sebelum mereka ke…. Sekejap! Sekejap! Habiskan satu ayat.

Speaker

Ok! Ok! Teruskan YB.

Sebelum mereka ke Malaysia, harap-harap mereka boleh singgah dulu di Kedah untuk berbelanja dan menjadikan ekonomi di Negeri Kedah lebih stabil dan lebih baik. Silakan!

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Sidam. Saya cuma tertarik dengan apa yang disebut oleh YB. Sidam tentang pelancong yang tak singgah Kedah ni, dia terus pi Siam. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah baru-baru ini di Pejabat Daerah Kubang Pasu ditimbulkan oleh Pegawai Imegresen yang bertugas di sana, didapati pada pandangan dia, sekitar 300 orang purata. Pada hujung minggu pelancong dari Indonesia yang datang ke Pulau Pinang pergi makan sahaja di Thailand. Datang ke Pulau Pinang, dia lalu Sungai Petani, Gurun, Alor Setar, tak singgah di R&R Gurun, dia langkah pi ke Bukit Kayu Hitam untuk makan di seberang sana. Adakah ini satu persepsi bahawa barang makanan di sana murah atau memang murah ataupun mungkin ada sebab-sebab lain pada pandangan YB. Sidam?

Speaker

Silakan YB. Sidam.

Terima kasih YB. Ayer Hitam. Memang kalau kita sendiri pun pergi sana, termasuk YAB. Jeneri lah pergi ke sana kan? Di sana memang makanan murah-murah, selain daripada itu, pandangan-pandangan juga menyegarkan. Pandangan kot memang menyegarkan, jadi mungkin itu satu tarikan juga lah berbanding dengan kita di Malaysia. Tetapi saya rasa apa yang di’highlight’kan oleh YB. Ayer Hitam mungkin kita boleh juga menyediakan satu perkhidmatan feri dan sebagainya dari Pulau Pinang ke Thailand dan sebagainya serta boleh singgah di Tanjung Dawai sekiranya kita menyediakan tempat-tempat yang lebih menarik dan juga makanan-makanan yang diperlukanlah untuk orang-orang kita ni. Kadang-kadang orang kita nak cari makanan sesuatu yang mungkin tak ada di Malaysia, jadi kita adakan di Tanjung Dawai untuk menyediakan perkhidmatan seperti tersebut. Terima kasih. Saya teruskan YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terus. Silakan!

Jadi, peluang yang saya sebutkan tadi perlu diambil daripada kerajaan kita sendiri di samping menyediakan kemudahan-kemudahan asas untuk menarik dan juga membuat promosi yang lebih hebat di tempat-tempat menarik di Negeri Kedah. Sebagai contohnya saya boleh bagi seperti di Gunung Jerai, Tasik Beris dan beberapa lagi kawasan yang perlu kita majukan. Pulau-pulau juga Ahli-ahli Yang Berhormat, pinggiran Negeri Kedah ada pulau-pulau yang menarik. Cuma, apabila kita tidak berapa mengendahkan kemajuan dan infrastruktur yang ada di situ menyebabkan kita rasa satu kerugian yang sangat-sangat tinggi lah. Jika pulau-pulau tersebut sebagai contoh lah saya sebut Pulau Songsong, Pulau Bidan. Pulau Bidan tu kalau ada di Thailand misalnya saya rasa mereka telah lama memajukan pulau tersebut sebagai tempat pelancongan. Satu lagi pulau terdekat yang ada titi tu, Pulau Bunting. Semua kita ada dah daripada jalan sampai ke sana tetapi kita tidak menggunakannya sebaik mungkin. Mungkin atas kekangan lain-lain perkara lah, mungkin melibatkan pejabat agama dan sebagainya, mungkin kita tak dapat memajukan. Tetapi, mungkin saya rasa atas yang disebutkan satu slogan, “MB kita sempoi”, saya rasa selepas ini mungkin kita boleh majukan Pulau Bidan. Saya yakin dan memang saya yakin!

Speaker

Silakan YB. Lunas!

YB. Speaker, terima kasih YB. Sidam bagi mencelah. Daripada ucapan YB. Sidam tadi, YB. Sidam katakan tadi ada kemungkinan di negara luar ini ataupun di Siam lah kita kata, produk makanannya lebih murah sedangkan kalau kita tengok daripada nilai tukaran terkini hari ini, saya rasa di Thailand lebih mahal daripada tempat kita.

Dalam masa yang sama juga, setuju atau tidak YB. Sidam, YB. Sidam ada sebut tadi tentang tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Kedah ini. Cuma, tidak ada satu usaha yang secara konsisten ataupun secara menyeluruh dibuat untuk memperkenalkan destinasi-destinasi ini sedangkan di negeri jiran nu sebenarnya tidak ada yang menarik sangat pun, cuma diwar-warkan dari segi publisiti. Setuju atau tidak YB. Sidam?

Terima kasih YB. Lunas. Saya bersetuju, memang perkara yang penting adalah promosi yang perlu kita adakan lebih baik lah dan lebih sistematik. Seperti YB. Lunas kata tadi memanglah, kalau ikut sana dengan sini sama saja. Sama, cuma cara-cara untuk mempromosi dan cara nak menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan itu mereka lebih sistematik. Terima kasih, saya teruskan. Satu lagi tempat-tempat yang menarik di Kedah yang perlu diberi perhatian khusus lah, memang dah maju, tapi boleh lagi dimajukan iaitu di Baling iaitu Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di Baling yang saya percaya jika kerajaan negeri serius menjadikan Kedah sebagai pusat pelancongan, tempat-tempat seperti ini boleh dinaikkan taraf lagi untuk dijadikan satu tempat yang berpotensi menjana pendapatan utama dan lumayan daripada segi pelancongan ini. Satu lagi…. (YB. Bayu mencelah).

Baling, Bayu, kawasan saya lah!

Sila! Sila!

Adalah YB. Sidam bersetuju jikalau kita mencadangkan seperti yang saya cadangkan dulu, kita wujudkan satu lagi ‘border’ di…. ‘border’ baru di kawasan Air Panas sebab produk di kawasan Air Panas, kawasan Baling ni kami banyak produk-produk yang baru yang perlu diperkenalkan kepada pelancong dari Thailand. Jadi, pelancong dari Thailand dia akan masuk ke dalam Kedah ini berdasarkan kepada produk-produk yang baru yang sedia ada yang mana di pusat peranginan kawasan Ulu Legong itu banyak terdapat produk-produk baru yang bersesuaian dan layanan pun lebih baik daripada Thailand di kawasan Bayu saya tu. Setuju atau tidak kalau saya kemukakan cadangan pembukaan ‘border’ yang baru satu lagi?

Speaker

Silakan YB. Sidam.

Terima kasih YB. Bayu. Kalau kita lihat daripada setiap kali cuti tu kita rasa macam berduyun-duyun lah orang di sempadan. Jadi, kalau mendapat persetujuan daripada semua pihak, saya rasa tidak ada masalah kot. Mungkin boleh diadakan satu perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk dinaikkan satu lagi tempat untuk dijadikan satu sempadan keluar masuk yang baru. Jadi, tak lah sesak sangat kot di Bukit Kayu Hitam. Kadang-kadang tu tengok macam nak pergi balik tersekat di sana pun dah 2 jam, jadi memberi masalah juga.

Saya teruskan YB. Tuan Speaker. Selain daripada promosi dan sebagainya, saya rasa ini pandangan saya ialah selain daripada itu kursus-kursus kepada pengusaha pusat pelancongan, persediaan juga perlu diadakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keindahan kawasan sekitar. Memang saya sendiri pernah menghadapi satu pengalaman yang tak berapa menarik berkaitan hal kualiti perkhidmatan di salah sebuah pusat pelancongan di Negeri Kedah lah yang dikendalikan oleh syarikat persendirian di mana ketika ketibaan pelancong di sana, tidak ada penyambut tetamu, kawasan parking pun pakai ikutdan saja, macam tak tersusun dan tak menarik lah. Jadi, seeolaknya kalau diadakan satu kursus dapat juga memberi garis panduan kepada pengusaha-pengusaha pusat pelancongan persendirian ini. Pengalaman yang sama juga bila kita pergi ke tempat menyambut tetamu, tak dak orang, seolah-olah seperti pengusaha tersebut kurang bersedia dari segi penyambut tetamu. Ia memberi satu persepsi buruk juga kepada pengunjung dan bakal memberi imej yang kurang baik kepada sektor pelancongan itu sendiri. Oleh itu, kursus-kursus yang berkaitan perlulah diadakan kepada pengusaha-pengusaha untuk memajukan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

YB. Tuan Speaker, saya pergi ke isu yang berikutnya iaitu isu air. Seperti yang kita sedia maklum memang semua perlu menerima hakikat bahawa isu air yang ada buat masa kini belum lagi nampak jalan penyelesaian dan begitu membeban rakyat Negeri Kedah secara umumnya. Isu LRA di Bukit Selambau dan Sungai Limau yang lambat siap merupakan faktor utama kenapa isu kekurangan air ini berlaku. Kerja-kerja penggantian paip yang lama kepada paip baru masih memerlukan pemerhatian yang lebih serius.

Sebelum ini Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, YB. Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir melalui lawatannya baru-baru ini menegaskan bahawa masalah bekalan air Negeri Kedah memang berada di tahap yang kronik. Kerja pembinaan LRA terutama di LRA Bukit Selambau dan Sungai Limau berjalan terlalu perlahan sehingga menyukarkan rakyat Negeri Kedah terutamanya menggunakan air. Keadaan ini semakin sukar sekarang tambahan Kedah menghadapi kemarau pula jadi menambahkan risiko kekurangan air dan menyebabkan sumber air mentah yang diperolehi berkurangan.

Direkod memang menunjukkan penurunan mendadak terhadap pembekalan pengeluaran air terawat. Kita tahu walaupun pihak yang berkenaan telah membuat macam-macam, memasang multi stage pump dan sebagainya untuk membantu mengepam air mentah bagi membolehkan loji terus beroperasi tetapi ianya memang tidak mencukupi dan tidak dapat menampung kapasiti keperluan air terawat yang diperlukan. Rentetan itu, beberapa kawasan di Daerah Kuala Muda sering berlaku gangguan bekalan air seperti Semeling dan Merbok. Harapan saya begitu tinggi agar kelewatan pembinaan LRA yang sedang dihadapi dapat diatasi segera supaya manfaat keperluan air dapat disalurkan dengan baik kepada penduduk di Negeri Kedah. Majoriti rakyat tidak mahu tahu apa masalahnya. Mereka nak tahu, bila nak siap. Itu saja soalan yang kita pernah dapat, bila kita boleh guna air, bila benda tu nak siap? Mereka tak tanya pun pasal apa masalahnya. Ya, silakan!

Speaker

YB. Bukit Lada, silakan!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih kepada YB. Sidam. Antara perkara yang diambil tindakan oleh pihak kami di DUN Bukit Lada lah, iaitu kita bekerjasama dengan MKK, Ketua Kampung untuk mereka cari di mana paip-paip yang bocor. Jadi Alhamdulillah, daripada soalan yang saya kemukakan kita dapati rupanya 2023 saja ada 39,680 kes paip bocor, begitu besar dan kemudian dibaiki 35,871 kes melibatkan kos RM6.8 juta. Jadi Alhamdulillah, hasil daripada kerjasama Ketua Kampung maklum kepada kita dan kita minta pihak SADA baiki. Berapa kampung yang dulunya air tak dak tapi sekarang ini Alhamdulillah, mereka sudah ada disebabkan punca paip yang bocor di kawasan tersebut. Itu cadangan daripada kami.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Boleh tambah YB. Sidam?

Ok. Sila! Sila!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih YB. Speaker dan terima kasih YB. Sidam. Betoi, rakyat dia tak mau tau tentang masalah yang berlaku berkaitan dengan air. Tapi kita juga perlu tau dan perlu berkongsi dengan rakyat berkaitan dengan permasalahan yang berlaku.

Contoh, bila 2018 berlaku pertukaran kerajaan yang sepatutnya projek itu dimulakan dengan peruntukan yang telah pun ada tetapi tidak diteruskan projek itu sehinggalah bila berlaku perubahan kerajaan negeri 17 Mei 2020 barulah projek ini diteruskan dan bila projek ini bermula, berlaku PKP akibat daripada covid menyebabkan kos bertambah dan penyebab projek ini berlaku kelewatan antaranya ialah permohonan tambahan peruntukan lewat untuk diberikan jawapan balas daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Pohon penjelasan.

Speaker

Silakan YB. Sidam!

Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Memanglah apabila berlakunya krisis covid dan sebagainya memang jadi terlambat. Jadi, saya ada satu cadangan yang saya akan sebutkan nanti. Saya sambung hat tadi na? Di sini kita tidak dapat menyalahkan ataupun menuding jari kepada mana-mana pihak melainkan pada perkiraan saya, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat perlu duduk semeja berunding bagi menghubungkan satu titik persamaan untuk membantu rakyat. Ini perlu, saya harap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan duduk semeja untuk menyelesaikan daripada masalah air ini berpanjangan.

Mencelah. Kota Siputeh.

Speaker

YB. Kota Siputeh, silakan!

YB. Ketua Pembangkang, saya ingin bertanyakan pandangan YB. Ketua Pembangkang, bagaimana kerajaan negeri mampu duduk semeja sekiranya sentiment-sentimen yang dilontarkan oleh Kerajaan Pusat untuk menyatakan bahawa permasalahan ini adalah permasalahan kerajaan negeri sedangkan perkara yang dinyatakan oleh pihak Ketua Pembangkang sendiri. Apa pandangan?

Speaker

Silakan YB. Sidam!

Terima kasih YB. Kota Siputeh. Saya rasa meja perbincangan selalu terbuka, jadi saya rasa tidak ada masalah untuk kita berunding. Pasal apa, saya rasa sebelah sana pun bukan “singaaa”…..depa pun orang juga. Jadi, saya rasa meja rundingan masih terbuka, boleh lah kita berbincang. Atau kalau perlu, mungkin saya boleh menjadi satu landasan untuk bertemu dengan pihak Kerajaan Pusat.

Sampai mana dah, lupa dah! Ok, titik… kalau boleh mohonlah berunding mencari satu titik persamaan bagi membantu rakyat untuk menyelesaikan masalah air yang berpanjangan. Ini selaras dengan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam yang mahukan saluran kerjasama dua hala antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan diwujudkan agar peranan negeri dalam arus pembangunan nasional dapat diberi perhatian. Ini kita boleh rujuk balik kenyataan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Hal air habis dah kot no? Kita ke hal-hal lain.

Speaker

Teruskan YB., ada 5 minit lagi.

Ya! Ya! Ya! Isu yang seterusnya ialah berkenaan dengan elaun-elaun. Saya mendapat bukan rungutan tapi cadangan daripada beberapa orang imam yang saya difahamkan dalam beberapa negeri telah menaikkan elaun pihak imam ini. Jadi, memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi bagi mereka dan anak-anak kariah pun ramai yang mereka kata lah kan? Saya mencadangkan pihak kerajaan negeri untuk mengkaji semula dan mempertimbangkanlah untuk menaikkan elaun kepada imam-imam ini. Jadi, bersesuaianlah dengan keadaan dan sekarang dengan pendapatan imam untuk lebih terjamin dengan keadaan yang serba mahal sekarang ini. Jadi, mohonlah perhatian daripada pihak kerajaan.

Perkara yang harus dipertimbangkan juga ialah elaun yang diguna pakai. Mungkin sebelum ini kita guna perkataan elaun. Jadi, saya cadangkanlah jika perlu diadakan terma gaji supaya pihak-pihak imam ini dapat keistimewaan mencarum dalam KWSP. Buat masa sekarang saya rasa tak dak lagi, bolehlah diadakan. Saya yakin pihak kerajaan negeri mampu untuk melaksanakan perkara tersebut.

Selain daripada itu, dalam kesempatan bercakap tentang elaun saya pun nak memohon dan juga mencadangkan supaya kerajaan negeri mengkaji dan juga kemungkinan boleh diadakan ataupun disediakan sedikit peruntukan untuk ketua-ketua sami juga. ‘Level’ dia macam imam juga lah. Jadi, diadakan sedikit lah. Bukan ada banyak, di Kedah ni cuma ada 38 wat dan 38 ketua sami sahaja. Jadi saya yakinlah, memang saya yakin “MB Sempoi” boleh lakukan untuk melihat kepada semua masyarakat berbilang kaum.

Speaker

Ada 3 minit lagi YB., boleh ‘landing’.

Terima kasih. Mula-mula lah macam tu, manis-manis sikit. Seterusnya mengenai telekomunikasi di kawasan pedalaman lah, pencawang telekomunikasi yang kekurangan. Langkah syarikat untuk menyediakan pencawang telekomunikasi ini memang sangat-sangat diperlukan. Oleh kerana keperluan yang semakin meningkat sekarang, saya harap kerajaan negeri dan syarikat-syarikat telekomunikasi dapat menyediakan dan juga mengadakan pertambahan perkhidmatan tersebut kepada kawasan-kawasan di luar bandar terutamanya.

Seperti yang kita tahu pernah berlaku atau pernah dilaporkan di media menyatakan adalah pelajar-pelajar terpaksa naik pokok dan sebagainya. Jadi kita harap, di Kedah ini tidak ada. Saya yakin bahawa Negeri Kedah boleh mengadakan perkhidmatan yang lebih baik daripada segi capaian internet. Jadi, buat masa ini memang diakuilah penggunaan internet memang sangat-sangat diperlukan terutama sekali untuk penggunaan harian seperti membayar bil dan sebagainya.

Oleh yang demikian, saya harap dan sarankan kerajaan negeri dapat meneruskan dan juga bersama dengan syarikat-syarikat telco ini untuk mengadakan pencawang-pencawang baru untuk capaian internet yang lebih baik di kawasan pedalaman.

Selain daripada itu, berkenaan hal perpaduan saya memohon untuk diadakan lebih banyak program-program perpaduan yang melibatkan pelbagai bangsa di Negeri Kedah ini. Jadi, tidak kiralah di mana kita berada, penganjuran program ini perlu menjamin kepada keharmonian dan perpaduan untuk terus mekar serta bertambah kukuh di kalangan rakyat di Negeri Kedah. Saya ringkas dah ni, kalau tak ringkas takdan dah.

Speaker

Masa dah cukup YB.

Sikit lagi! Sikit lagi!

Speaker

Sikit lagi. Bagi 2 minit.

Baik! Baik! Terima kasih. Ok, satu lagi berkenaan dengan PBT. Sekarang maklumat yang saya dapati sekarang ialah berkenaan dengan PBT berkaitan dengan pusat jagaan TASKA di mana garis panduan dan juga bayaran yang dikenakan terhadap PBT ini didapati semakin agak tinggi terutama di kawasan saya lah. Jadi, kos untuk memperbaharui lesen dan permit dikatakan telah mencecah ribuan ringgit. Jadi, keluhan pengusaha ini wajar kita ambil kira kerana kos bayaran yang dikenakan itu tinggi dan membebankan pengusaha-pengusaha kecil TASKA ini berbanding dengan kanak-kanak yang tidak ramai. Jadi, ini menyukarkan untuk mereka melunaskan bayaran tersebut.

Ringkas dah ringkas! Satu lagi berkenaan isu Bazar Ramadan yang perlu dititikberatkan oleh pihak berkuasa untuk memberi peluang yang sama rata kepada peniaga-peniaga yang kurang berkemampuan. Perlulah diteliti supaya tidak ada “pengalibabaan” yang berlaku sebelum ini mungkin. Jadi kita harap pandangan ataupun tindakan lebih tegas dan lebih terperinci supaya tidak ada “Alibaba” yang berlaku. Saya ringkaskan YB. Tuan Speaker.

Satu lagi adalah berkenaan dengan elaun-elaun ADUN yang saya rasa belum berlaku selama 8 tahun bermula dari tahun 2016. Kali terakhir penyelarasan elaun ini dirasakan perpatutan dan releven, sudah 8 tahun dah. Sekiranya diadakan penyelarasan untuk semua sekali ADUN-ADUN termasuk Speaker, saya amat mengalu-alukan dan memang cadangkan macam tu lah. Sebab apa? Sebab-sebabnya, jika ada penyelarasan tersebut bolehlah ADUN-ADUN ni… saya tau, semua saya faham, selama 6 bulan ni ramai yang kena duit poket, pi salam saja, dia mintak dah. Jadi, segera lah menjadikan sebagai satu sumbangan luar jangka dengan kadar segera. Jadi, kita terpaksa salam-salam saja nanti dia mintak lah. Ini lah yang saya perlukan atau cadangkan kepada kerajaan negeri mengkaji semula untuk kenaikan elaun tersebut lebih sedikit. Sikit lagi ya, sikit lagi.

Akhir sekali saya ulangi berkenaan dengan dulu lah, elaun perayaan dan sebagainya daripada RM3,000 dinaikkan sedikitlah kepada RM5,000 memandangkan kos-kos penyediaan dan juga pelaksanaan program yang sangat tinggi sekarang ini, semuanya nak yang terbaik. Jadi kos untuk digunakan dalam pelaksanaan program semakin tinggi. Jadi, sebelum ni saya rasa kita dapat RM3,000 kot, mungkin dinaikkanlah sedikit menjadi RM5,000. Boleh tak macam tu? Jadi, mohonlah pihak kerajaan dapat memberi maklum balas dan sebagainya. Jadi, saya berharap cadangan-cadangan yang diutarakan tadi mendapat perhatian dan penjelasan daripada pihak kerajaan. Saya menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Ketua Pembangkang, YB. Sidam. Dipersilakan ‘backbenchers’, YB. Ayer Hitam.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin Wassolatu Wassala Muala Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. Robbish Rohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul ‘Uqdatan Millisani Yafqohu Qauli. Subhanakala 'Ilmalana Ma 'Allamtana Innaka Antal ‘Alimul Hakim. La Haula Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil Azim. Ammaba'.

Auzubillahiminasyaitonirrarojim.

ْۗ ْبِاَنْفُسِهِم مَا يُغَي ِرُوْ ا حَتّٰى ْۗ بِقَوْ م مَا ُْۗيُغَي ِر َْۗل َْۗ ّّٰللا ْۗ اِن

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”. Al-A’rot ayat 11.

YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha dan Yang Berbahagia Ketua-ketua jabatan, agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Pusat, yang dihormati pegawai-pegawai Dewan, seterusnya yang dikasihi para pemerhati di dalam ataupun di luar Dewan, semoga kita beroleh keberkatan pada hari ini, InsyaAllah. Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan rasa syukur kita yang tidak terhingga terhadap Allah S.W.T kerana dengan izinnya kita dapat meneruskan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang Kelima Belas ini untuk hari yang kedua. Semalam Alhamdulillah, kita dapat menghadiri Istiadat Perasmian yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan kita berdoa semoga esok dan lusa

InsyaAllah, Allah Ta’ala akan izinkan kita lagi untuk hadir ke Dewan ini untuk kita sama-sama menunaikan amanah yang telah dipikulkan kepada kita sebagai wakil kepada rakyat di kawasan kita di seluruh Negeri Kedah Darul Aman yang kita cintai, InsyaAllah.

YB. Tuan Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas laluan yang diberikan kepada saya untuk bangun berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Perasmian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. InsyaAllah saya akan menggunakan masa yang diberikan sekitar 30 minit ini untuk melihat dua tiga perkara yang menjadi intipati kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Kelmarin YB. Tuan Speaker sebut 40 minit, InsyaAllah nak bagi, hari ni potong tinggal 30 minit. Pada awalnya saya nak bagi peluang kepada rakan-rakan sahabat ADUN mencelah dengan banyak tapi sebab masa dah ‘keqot’ sikit tu maka kita pun ‘keqot’ juga lah, nak celah takat-takat padan sudah lah, InsyaAllah.

YB. Tuan Speaker, saya rasa terkesan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang mengaitkan zaman pemerintahan Almarhum Paduka Baginda Ayahanda iaitu Sultan Badlishah. Dengan suasana hari ini, sepanjang 15 tahun pemerintahan Almarhum Sultan Badlishah iaitu dari tahun 1943 sehingga tahun 1958 Negeri Kedah telah berhadapan dengan penjajahan Jepun, ancaman Komunis selepas Jepun dan permainan politik jahat penajajah Inggeris untuk menguasai Tanah Melayu melalui Malayan Union.

Namun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berpandangan, ketegasan Almarhun Paduka Ayahanda Baginda, kesepakatan barisan kerajaan negeri dan kebersamaan rakyat Negeri Kedah menyebabkan Negeri Kedah kekal berdiri sehingga hari ini. Maka saya rasa semangat ketegasan raja pemerintah, kesepakatan barisan pentadbir kerajaan negeri dan kebersamaan rakyat dari seluruh pelusuk negeri hendaklah terus dipupuk dan diperkasakan dari semasa ke semasa dalam kita menghadapi ancaman dan cabaran baharu pada masa ini iaitu cabaran politik nasional yang tidak rasional serta cabaran ekonomi negara dan dunia yang semakin membimbangkan. Kita perlu bangkit dan pertahankan negeri kita semampu mungkin dalam menghadapi apa jua cabaran, ‘mehnah tribulasi’ dan seumpamanya daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam ataupun luar negeri. Kita mempunyai sejarah keagungan Bangsa Kedah yang hebat, kita ada Tamadun Kedah Tua yang diiktiraf oleh pihak antarabangsa yang kesannya masih ada di Sungai Batu yang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan juga minta dijaga dan dibangunkan dengan baik. Yang semua keagungan dan kehebatan itu bukan datang begitu saja, bukan kebetulan saja, bukan tiba-tiba jadi begitu. Tetapi keagungan dan kehebatan itu datang bersama pakej yang lengkap, raja yang tegas, pentadbirnya sepakat dan rakyat setia bersama raja dan kerajaan.

YB. Tuan Speaker, kita sudah ada Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang bermula perjalanannya pada tahun 2021. Kita sedang memasuki tahun keempat pelaksanaannya. Seperti titah Tuanku, Pelan Kedah 2035 ini bercirikan dinamik, satu ciri yang sangat kontemporari dan kita merancang suatu perancangan yang berjangka masa panjang seperti Pelan Kedah 2035 ini iaitu perancangan bertempoh 15 tahun yang merentasi 3 Rancangan Malaysia, RMK-12, RMK-13 dan RMK-14. Saya ingin memetik maksud dinamik seperti yang ditulis dalam Kamus Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dinamik bermaksud “bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan”. Kita yakin pihak pelaksana Pelan Kedah 2035 di semua peringkat khususnya di peringkat negeri dan daerah telah dan sedang mengambil tindakan yang sewajar dan sebaiknya untuk menjayakan pelan ini. Perancangan yang kemas tanpa tindak ikut yang tersusun tidak akan membawa sesuatu visi dan misi mencapai tujuan dan objektifnya. Dalam soalan bertulis saya pada muka surat 48 dan 49 Alhamdulillah, telah digariskan 23 inisiatif yang telah dan sedang diambil oleh kedua belas daerah dalam melaksanakan Pelan Pembangunan 2035 mengikut daerah masing-masing. Saya ucapkan tahniah kepada pihak yang terlibat.

Tiga tahun berlalu, kini kita sedang memasuki tahun keempat pelaksanaannya. Sudah tentu kita sudah boleh melihat sedikit sebanyak kemajuan dan kekangan yang dihadapi dalam kita mengangkat ketiga-tiga tema iaitu ekonomi, rakyat dan alam dan kenam-enam teras di bawahnya ke peringkat yang sepatutnya.

Saya ingin mengambil contoh tema ekonomi di mana di bawah tema ini kita mempunyai 1 teras, 6 inisiatif, 4 strategi dan 4 sasaran. Daripada 4 sasaran yang digariskan, terdapat 2 sasaran yang bersifat tahunan yang perlu kita penuhi untuk memastikan teras kemakmuran ekonomi ini mencapai kejayaan pada atau menjelang 2035. Daripada perhatian saya, satu daripada sasaran tahunan ini sudah dan sedang berada atas landasan yang baik iaitu sasaran pelaburan masuk setahun RM10 bilion. Di mana dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini sejak 2021 sehingga 2023, jumlah pelaburan masuk melebihi RM100 bilion menjangkau angka purata RM35 bilion setahun, Alhamdulillah. Namun, sasaran tahunan bagi pertumbuhan KDNK belum berada dalam jangkauan yang kita kehendaki iaitu 5.5% setahun, belum sampai. Sepanjang 3 tahun yang lalu, kita belum mencapai bahkan angka 4.0% pun belum lagi, berada sekitar 3.2%, 3.4% setahun sahaja. Masih banyak usaha yang perlu kita jalankan untuk kita mengangkat peratus KDNK mencapai 5.5% seperti yang kita hasratkan.

Menyentuh tentang Pelan Kedah 2035 ini juga, saya suka mengambil kesempatan di sini sekali lagi untuk mengucapkan tahniah kepada Pegawai Daerah Kubang Pasu, saya sebut dah hari tu tahniah, ni sekali lagi tahniah. Hari tu tahniah sebab apa, merangka dan merancang, yang ini sebab telah berjaya melancarkan Pelan Kubang Pasu 2035 pada

13 Februari 2024 yang lalu. Ia merupakan satu penterjemahan yang baik ke atas Pelan Kedah 2035 untuk Daerah Kubang Pasu. Dalam ucapan pelancaran, YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri ada menyebut pelan jangka masa panjang berbentuk sama ada Pelan Kedah 2035 atau Pelan Kubang Pasu 2035 atau nantinya pelan daerah-daerah yang lain akan menjadi pegangan kepada pentadbir negeri dan daerah untuk meneruskan perancangan yang telah pun disediakan. Bermaksud, jika bertukar kerajaan atau Menteri Besar atau Pegawai Daerah, Jun ni kot, pembangunan tetap diteruskan dan terus berjalan seperti yang dirancangkan, InsyaAllah.

YB. Tuan Speaker, Kubang Pasu ini dia punya identitinya dalam Pelan Kedah 2035 adalah Daerah Ilmu dan Logistik. Menyentuh tentang logistik, saya difahamkan dan dijawab dalam soalan bertulis saya ini bahawa pembangunan Delapan Special Border Economic Zone (Delapan SBEZ) sedang rancak berjalan. Terdapat 7 fasa yang akan dibangunkan di mana fasa 1 yang melibatkan pembinaan BKH Inland Port dijangka siap pada April atau Mei tahun ini, 2024. Difahamkan BKH Inland Port ini yang akan siap dan akan beroperasi dalam sebulan dua ini lagi akan mampu menampung 240,000 kontena setahun.

Saya ulang 240,000 kontena setahun dengan purata 600 kontena sehari akan melalui Bukit Kayu Hitam untuk memasuki Selatan Thailand. 600 kontena sehari, bayangkan, sejam berapa buah kontena akan melalui Bukit Kayu Hitam masuk ke Thailand. Sudah tentulah akan memberi impak yang positif dan ada juga kesan negatif terutamanya kepada lalu lintas yang akan menyebabkan berlaku kesesakan di Pekan Changlun dan juga Bukit Kayu Hitam. Saya berharaplah pihak-pihak yang berkenaan mengambil perhatian terhadap perkara ini supaya bila kemajuan ataupun bergeraknya BKH Inland Port ini, masalah-masalah berkaitan dengan lalu lintas dan sebagainya dapat diambil tindakan ataupun diselesaikan dengan baik.

YB. Tuan Speaker, Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan menyentuh lagi perihal Kedah AeroCity. Pada perkiraan saya, ini adalah kali yang ketiga Baginda Tuanku menitah hal yang berkaitan dengan Kedah Aerotropolis ataupun Kedah AeroCity. Kali pertama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyebut isu ini pada 12 Mac 2023 semasa bertitah dalam Istiadat Perasmian Penggal Keenam Sidang DUN Ke 14 dan kali kedua pula pada 18 Jun 2023 ketika baginda bertitah sempena Hari Keputeraan Baginda Ke 81 di Istana Anak Bukit. Pada pandangan saya, kebisuan pihak Kerajaan Persekutuan, “kebisuan” pihak Kerajaan Persekutuan yang sudah memasuki bulan ke 12, sudah setahun sejak Mac 2023 sehingga sekarang Mac 2024 tanpa sebarang respon yang konkrit kepada isu ini menyebabkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kembali mengulang isu ini untuk kali ketiga pada hari semalam. Jauh daripada itu, ini menunjukkan betapa berat perhatian dan tingginya harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ingin melihat perancangan Kedah Aerotropolis atau Kedah AeroCity ini mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.

YB. Tuan Speaker, saya nak ulang apa yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam dua istiadat yang terdahulu untuk perhatian kita bersama. Pertama, pada 12 Mac 2023 ketika Istiada Perasmian Pembukaan Penggal Keenam Sidang Dewan Undangan Negeri Ke 14. Titah Tuanku, “pada 24 Februari Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen. Berdasarkan kepada pembentangan tersebut, cadangan pembangunan KXP yang menjadi salah satu projek berimpak tinggi negeri tidak diberi keutamaan. Beta berpandangan, Projek KXP wajar diberi pertimbangan. Hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bukan hanya perlu dijaga, malah perlu ditunjukkan bahawa ia dijaga. Beta berharap tahap profesionalisme yang tinggi antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berlaku”. Kali kedua 18 Jun 2023 ketika Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke 81 di Istana Anak Bukit. Titah Tuanku, “mustahak bagi Negeri Kedah untuk memiliki sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa berasaskan kargo bagi memudahkan pergerakan keluar masuk barangan dan eksport ke luar negeri. Beta menyeru agar projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang menjadi sebahagian daripada Kedah Aerotropolis diberi layanan dan perhatian yang adil dan sewajarnya oleh pihak-pihak yang terlibat. Beta berpendapat, hasrat ini akan dapat disegerakan sekiranya kerajaan Beta dan Kerajaan Persekutuan dapat bekerjasama dan pucuk pimpinan mampu mengenepikan perasaan peribadi dalam mentadbir hal ehwal berkaitan pembangunan. Amatlah rugi sekiranya projek pembangunan ini tidak dilaksanakan hanya disebabkan oleh perbezaan pandangan dan pemahaman politik antara pemimpin-pemimpin di peringkat Negeri dan Persekutuan”. Itu titah Baginda.

YB. Tuan Speaker, walaupun kali ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak menyebut secara terperinci, secara mendalam akan hal ini tetapi kita boleh ambil faham dengan bait-bait titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada muka surat 4 dan 5 dalam Buku Titah Ucapan Tuanku mengenai isu ini supaya segera ditangani. YB. Tuan Speaker, saya nak ulang baca titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berserta dengan ulasan ringkas muka surat 4 dan muka surat 5, InsyaAllah. Tuanku bertitah, “Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, matlamat penubuhan Negara Persekutuan selain bagi membolehkan negeri-negeri secara bersama mengharungi cabaran geopolitik adalah untuk membangunkan ekonomi melalui prinsip perkongsian sumber yang adil. Perkongsian sumber yang adil, sumber kita tanah, suber kita tenaga dan negeri, sumber daripada Pusat adalah keizinan untuk memberi kelulusan kepada pembinaan kapal terbang.

Bagi memastikan Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berfungsi dengan baik, perbezaan politik perlu diraikan. Manakala perseteruan politik perlu dihadkan di pentas politik, bukan dimasukkan ke dalam pentadbiran, hubungan antara Negeri dan juga Persekutuan. Oleh yang semikian, suara negeri khususnya dalam aspek pembangunan perlu didengari di peringkat Persekutuan. Saluran kerjasama dua hala antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu diwujudkan agar peranan negeri

dalam arus pembangunan nasional dapat diberi perhatian. Beta percaya, dengan kematangan Mamanda Menteri Besar serta kewibawaan YAB. Perdana Menteri, perkara ini dapat dilaksanakan. Tanpa kesepakatan antara Negeri dan Persekutuan, Malaysia tidak ubah seperti ‘house of cut’, nampak gah, namun goyah”. Ruuuuummmah kertas, nampak elok, cantik, pijak, ranap! Ya… YB. Pengkalan Kundor, nak bercakap?

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

YB. Ayer Hitam, terima kasih. Menurut laporan media yang terkini lah 27 Februari 2024, kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menyebut, “green light for Penang International Airport Expansion Project” (dengan izin) YB. Tuan Speaker. Jadi, jika Penang boleh diberi kelulusan oleh Kerajaan Pusat, apa yang membezakan Kedah dan Penang sedangkan Kedah dan Penang juga adalah salah satu negeri yang membentuk Kerajaan Malaysia?

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Pengkalan Kundor dan YB. Tuan Speaker. Saya bersetuju kenyataan yang dikeluarkan oleh YB. Menteri Pengangkutan untuk memberi kelulusan, bahkan peruntukan RM1 bilion kepada Pulau Pinang untuk melebarkan, memperbesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Itu hak Pulau Pinang untuk menuntutnya dan dapat, ini hak kita Kedah, menuntut dan InsyaAllah. Kalau PM atau Menteri Pengangkutan daripada Persekutuan mempunyai dasar ataupun perasaan yang sama, kenapa tidak permohonan kita diluluskan sepertimana diluluskan permohonan daripada pihak Kerajaan Pulau Pinang. Terima kasih.

YB. Tuan Speaker, saya nak bertanya di sini, harap-harap pertanyaan saya ini sampai ke pihak yang sepatutnya mendengar dan menjawab dari pihak Kerajaan Persekutuan khususnya pihak Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan dan Jemaah Menteri keseluruhannya. Kenapa payah sangat kamu nak faham? Tu Bahasa ‘standard’ lah, bahasa baku atau bahasa Kedahnya, “awat yang hangpa bengap sangat ni?” Itu bahasa, kasaq sikit, orang Kedah ni kasaq sikit walaupun ‘sempoi’ MB dia, tapi kasaq. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menggunakan ayat yang mudah sahaja pun dalam ketiga-tiga, yang pertama, yang kedua dan ketiga kelmarin. Mudah saja bahasa Melayu, bukan bahasa Tamil, bukan bahasa Mandarin, bukan bahasa Urdu, bahasa Melayu. Bahkan kita punya Perdana Menteri pun lulusan Pengajian Melayu dan Menteri Pengangkutan pun seorang yang fasih bahasa Melayu. Di mana ada halangan yang menyebabkan mereka tidak memberi kebenaran kepada kita untuk mendapatkan lesen membina lapangan terbang? Di mana? Kita pun tak tau.

Tak taulah kot YB. Sidam, YB. Kota Darul Aman ataupun YB. Bakar Arang tau. Kami tak tau di mana halangan yang menyebabkan tidak adanya kebenaran untuk mendapatkan lesen membina lapangan terbang di Sidam ini. YAB. Menteri Besar pun dah beberapa kali menulis surat, beberapa kali tulis surat kepada Putrajaya. Itu matanglah tu, seorang Menteri Besar yang matang, kematangan Menteri Besar tulis surat, bukan pi terpa macam tu saja, tulis surat nak jumpa, nak terangkan kepada pihak Putrajaya untuk dinilai dan diberi perhatian. Tapi sehingga sekarang masih belum ada perjumpaan rasmi berkaitan perkara itu berlaku di Putrajaya ataupun di mana-mana khusus tentang perkara ini. Dah setahun lebih dah! Dah setahun lebih dah!

YB. Tuan Speaker, projek Lapangan Terbang Kargo Kedah AeroCity ka, Kedah Aerotropolis ka adalah projek swasta sepenuhnya, swasta sepenuhnya. Hatta hal berkaitan dengan pengambilan balik tanah pun ditanggung oleh pihak swasta sepenuhnya. Tidak ada sekupang pun kita minta daripada Kerajaan Persekutuan untuk projek ini. Berbeza dengan tadi yang disebut oleh YB. Pengkalan Kundor dengan projek Pembesaran Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang yang mohon duit Kerajaan Persekutuan diluluskan RM1 bilion. Kita tak bantah, ‘carry on’, buat, kita pun boleh tumpang seronok juga, boleh tumpang mudah untuk pergi ke mana-mana melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. ‘Carry on’! Tapi kenapa? Kenapa untuk KXP, Kedah Aerotropolis ini lapangan terbangnya tidak diluluskan? Projek lapangan terbang ini adalah projek swasta. Saya ulang, tak minta sekupang pun, kami di Kedah ni nak cari sendiri, InsyaAllah bahkan dah dapat pun persetujuan daripada beberapa pemaju yang berminat untuk malakukannya, membina lapangan terbang ini termasuk pada November 2023 KXP AirportCiry Holdings dan Tihara Air Sdn. Bhd. telah menandatangani MOU untuk membangunkan lapangan terbang ini. Saya difahamkan bahawa perkembangan positif berlaku di antara kedua-dua pihak untuk memenuhi tuntutan dan juga perancangan untuk membangunkan lapangan terbang ini.

Jadi, kita sangat berharaplah supaya hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan agar kematangan YAB. Menteri Besar yang telah ditunjukkan disambut dengan kewibawaan YAB. Perdana Menteri yang ditagihkan untuk menjadi kenyataan. Marilah kita mengamalkan politik matang dan sejahtera. Kita bersetuju dalam politik tidak ada hadnya, kita berseteru dalam politik biar ada hadnya. Di pentas politik kita bersilatlah dengan topi yang kita pakai. Topi Pengerusi PH (Pakatan Harapan), ada topi Ketua Pengarah Pilihanraya PN (Perikatan Nasional), tak dak masalah, ‘that find’, pakailah, bersilatlah. Namun apabila rakyat telah membuat keputusan dan kita telah berjaya memerintah Negeri Kedah dan mereka telah berjaya memerintah di peringkat Pusat, masrilah kita beraksi sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar untuk menunaikan amanah yang rakyat pikulkan ke atas kita dengan sebaik-baiknya.

Dalam konteks Malaysia, marilah kita sama-sama menghormati semangat federalisme, semangat Persekutuan dengan sesungguh-sungguhnya. Reformasi yang tuan laungkan dahulu di serata jalan raya dan ceruk rantau hendaklah tuan terjemahkan dengan sebaiknya dalam segenap bidang yang tuan berkuasa ke atasnya termasuk daripada semangat dan amalan Persekutuan, federaslime yang dahulunya tuan kritik sebagai ‘tempang’. Jika tidak, reformasi yang tuan-tuan laungkan dahulu bertukar menjadi “reformati”. ‘Level’ “buka mulut saja bohong” yang kini ratib oleh juta rakyat ke atas tuan akan melekat kepada tuan selama-lamanya. Tuan yang saya maksudkan adalah YAB. Perdana Menteri Malaysia sekarang.

YB. Tuan Speaker, ada lagi masa no? InsyaAllah.

Speaker

YB. Ayer Hitam, masa ada 5 minit lagi, tolong ringkaskan.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih, baik. Pada akhir 5 minit ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB. Kubang Rotan, depan saya ni yang telah bersetuju untuk menyumbang sejumlah peruntukan kepada Persatuan Wau Negeri Kedah yang mewakili Kedah ke pertandingan peringkat kebangsaan di Festival Layang-layang Sedunia Ke 26 di Pasir Gudang, Johor. Berkat sumbangan Yang Berhormat, berkat no, dia ikhlas, InsyaAllah pasukan kita telah muncul sebagai Johan Keseluruhan Kebangsaan dengan memperoleh 57 mata termasuk mengalahkan tuan rumah, JDT. Kita tak menang bola dengan JDT, menang wau pun Alhamdulillah, bukan senang. Kedah nombor 1, 57 markah, JDT nombor 2, 53 markah, macam-macam wau ada, Kelantan nombor 3 dengan 35 markah. Ada wau bulan naik, ada wau kucing naik, wau jala budi naik, wau merak naik, wau daun pancang meter, wau bulan sobek, wau kucing sobek, kategori dia lah. Keseluruhannya kita johan semua. Maknanya kita juara keseluruhan peringkat kebangsaan, festival peringkat antarabangsa, ni peringkat kebangsaan.

Dan terima kasih juga kepada YB. Kubang Rotan sekali lagi dan YB. Alor Mengkudu, terima kasih juga yang sudi memberi sumbangan kepada PKWR Ayer Hitam untuk menganjurkan Pertandingan Wau dan Sukan Rakyat peringkat DUN Ayer Hitam pada 7 dan 8 Mac ini, InsyaAllah di Jerlun. Saya sebut wau ni bukan apa nak jek dak, nak kait dengan pelancongan. Saya suka mencadangkan kepada YB. Kubang Rotan untuk memikir bagi menjadikan pertandingan wau sebagai salah satu program di bawah Tahun Melawat Kedah 2025 kerana pertandingan ini mampu menarik khalayak tersendiri bukan sedikit, ramai di seluruh negeri dan Negara Malaysia bahkan luar pun mungkin datang untuk menjayakannya. Melihat kepada sambutan ribuan peminat yang berkunjung ke Pasir

Gudang pada minggu lepas, kita hanya menghantar 26 orang peserta Persatuan Wau Kedah tu, ada juga kata wau Kedah lain yang hantar. Saya nampak YB. Pengkalan Kundor bagi sumbangan juga kepada wau tu pun, hat tu persatuan lain. Maksudnya ramai yang pergi dan ramai yang akan datang bila kita anjurkan. Tidak mustahil untuk kita boleh menarik ribuan peminat, pencinta wau ini ke Kedah untuk tujuan yang sama lebih-lebih lagi tahun depan Tahun Melawat Kedah 2025 dan Ayer Hitam sedia menjadi tuan rumah. Jika pihak Yang Berhormat berminat, “kecil tapak tangan, padang 80 relung kami tadahkan”.

YB. Tuan Speaker, ada sikit lagi kot masa?

Speaker

Ada 2 minit!

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Hal berkaitan dengan bendang InsyaAllah, saya minta sahabat-sahabat saya lain DUN bahaskan. Cuma saya nak sebut di sini, walaupun harga padi agak tinggi lah tahun ni, RM1,750.00 setan. Alhamdulillah, terima kasihlah kepada pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menetapkan harga seperti itu dan potongan pun Alhamdullah sekitar 20% setan. Cuma masalah-masalah lain, input-input lain yang masih lagi menghantui petani lah seperti benih dia, daripada segi baja dia, dari segi racunnya yang perlu sentiasa ditangani dari semasa ke semasa supaya kos-kos ini tidak meningkat dengan meningkatnya harga padi. Seperti kelaziman bila dapat sumber dia naik, input dia pun akan naik. So, output dia dapat sama lah, tiada peningkatan. Kita haraplah perkara ini ditangani dengan sebaik-baiknya di peringkat negeri ataupun peringkat Persekutuan sebaiknya supaya petani ini dapat…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Ayer Hitam, boleh gulung dah.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Supaya petani dapat nikmat hasil daripada mereka tuaikan seperti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebut, “Kedah ni negeri padi kenapa rakyat masih lagi berada dalam keadaan tidak sepatutnya berada”.

YB. Tuan Speaker, dengan ini saya menyokong penuh usul menjunjung kasih Kebawah Duli Yang maha Mulia Tuanku yang telah merasmikan mesyuarat kita pada hari semalam. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Ok, terima kasih kepada YB. Ayer Hitam yang menepati masa yang diberikan sebanyak 30 minit. Untuk pembahas seterusnya, Dewan memperuntukkan masa sebanyak 20 minit. Sila gunakan sebaik-baiknya. YB. Lunas, dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Suma'alhamdulillah. Wa ma taufiqe wa aqtusamiillabillah Alayhi tawakal tuwa ilayhi unib. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wa barakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya….. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Awal Dato’?

Saya dengar kata dah isi borang pingat. YB. Speaker, izinkan saya mula dengan dua rangkap pantun. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.

Ikan disisih disejuk beku, Siang pelata isi disayat, Menjunjung Kasih Titah Tuanku, Raja bertakhta berjiwa rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Jeneri, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan serta sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, terutama sekali kita panjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T di atas kesempatan yang dikurniakan dan dengan keizinanNya dapat kita bersama-sama berada di dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin menjunjung kasih Ke Atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-15. Ampun Tuanku.

Kos kehidupan hari ini semakin meningkat disebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan asas melambung tinggi. Kegagalan kerajaan di peringkat Persekutuan mengawal kejatuhan nilai ringgit menyebabkan keadaan menjadi bertambah sukar. Keadaan menjadi semakin parah pasca pandemik, di samping aktiviti orang tengah atau kartel mengaut keuntungan. Kalau kita pernah dengar satu ucapan yang masih terngiang di telinga kita oleh Ketua Pembangkang suatu masa dahulu. Dia kata, “nilai ringgit jatuh kerana hang tak reti mentadbir”. Jadi dia suruh letak jawatan. Jadi saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sidam, Kota Darul Aman dan Bakar Arang boleh mengusulkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya memecat Menteri Kewangan kerana gagal mengawal dan menguruskan harga ringgit dengan baik.

Kebergantungan terhadap barangan import makanan antaranya gandum, bawang dan bijirin membawa kepada keadaan di mana rakyat terpaksa membayar harga lebih mahal bagi mendapatkan barangan import tersebut. YB. Speaker, pakar ekonomi Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bandai turut menjangkakan kejatuhan nilai ringgit ini akan memberikan kesannya kepada harga makanan kerana nilai import makanan yang mencecah Ringgit Malaysia 70 bilion pada tahun ini. Harga barang import secara efektif akan menjadi lebih mahal susulan pengimport menaikkan harga mereka kerana mereka pengimport perlu membayar import dalam mata wang US Dolar. Rakyat mengharapkan agar kerajaan dapat menangani kenaikan kos sara hidup dalam kerangka yang lebih jelas dan betul dengan pelbagai bentuk bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Justeru itu, saya ingin membentangkan beberapa cadangan untuk perhatian Yang Amat Berhormat Jeneri agar usaha membantu rakyat dapat diperluas dan diperhebatkan lagi. Pertama, memanfaatkan tanah-tanah lapang, kosong, terbiar milik kerajaan negeri dengan aktiviti pertanian dan juga aktiviti penternakan. Kedua, memberikan galakan dan juga insentif kepada rakyat yang berminat serta ada kesungguhan dan sudah ada bukti yang mereka mengusahakan sektor tersebut dan juga dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Yang ketiga, memperkenalkan program jualan sebagai contoh boleh diambil sama ada menggunakan Jualan Prihatin Kedah Sejahtera atau apa jua nama yang difikirkan sesuai di semua peringkat DUN yang ada dalam Negeri Kedah melalui kerjasama dan penglibatan peniaga dan usahawan yang ada di kawasan tersebut. Barangan yang hendak dijual mestilah jauh lebih murah daripada harga barangan yang ditawarkan di pasaran. Kerajaan negeri boleh mempertimbangkan sedikit peruntukan tambahan kepada DUN-DUN untuk melaksanakan program tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya telah laksanakan program ini di kawasan DUN saya. Kita buat secara berkala setiap minggu yang mana kita libatkan peniaga-peniaga, usahawan-usahawan kecil yang ada dalam kawasan tersebut yang mana kita mengadakan rundingan dan pertemuan dengan mereka untuk mendapatkan penawaran harga yang

terbaik. Sebab itu, kita mungkin tidak mampu untuk membantu rakyat dari segi memberikan wang saku ataupun duit ringgit secara berkala konsisten setiap bulan, tetapi kita boleh mengusahakan walaupun program ini nampak seperti tidak ada apa-apa, tetapi daripada luahan rakyat yang datang membeli, yang datang untuk mendapatkan barangan, mereka mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana ada di kalangan kita yang punya inisiatif untuk memastikan kebajikan dari segi mengurangkan bebanan rakyat yang amat terkesan dengan kenaikan harga barang hari ini. Jadi, saya dah usahakan perkara ini tidak memerlukan modal yang besar tetapi dengan kos yang amat minima kita boleh membantu rakyat dalam kawasan masing-masing.

Sebab itu saya usulkan dalam Dewan ini untuk perhatian Yang Amat Berhormat Jeneri dan barisan EXCO supaya mungkin boleh dibincangkan suatu masa agar program-program seperti ini boleh dijalankan secara konsisten dan berkala. Ianya tidak boleh dijalankan hanya minggu ini, kemudian 3 bulan, 4 bulan pulak. Sedangkan nasib rakyat yang susah tak dak makanan, rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga barang ini perlu pembelaan daripada kita pimpinan wakil rakyat daripada kawasan tersebut selaras dengan titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang minta pemimpin untuk turun bertemu dan melihat nasib rakyat. Yang berhormat Datuk Speaker. Datuk lagi…. Amboi kerap sungguh! Dapat dah tu, dapat!

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Mohon pencelahan YB. Tuan Speaker. YB. Lunas, adakah anda tahu di peringkat Kerajaan Persukutuan pun ada melakukan sejenis jualan yang dipanggil “Jualan Rahmah”? Saya juga difahamkan boleh kata tiap-tiap DUN setiap bulan dia akan menjalankan Program Jualan Rahmah.

Terima kasih YB. Bakar Arang. Ya, saya faham dan saya memang mengikuti program yang dibuat oleh kerajaan di peringkat Persukutuan tetapi YB. Bakar Arang perlu tahu, sebelum Jualan Rahmah ni, sebagai contoh harga beras 5 kilo di pasaran tak sampai RM13. Tapi yang saya tengok kemarin dulu di tempat saya, “Rahmah” mai jual beras RM14. Jadi, saya tak faham di mana yang dikatakan inisiatif untuk membantu rakyat. Sepatutnya harga beras tu dah dikatakan Jualan Rahmah, Rahmat ka, Rahman ka, turunkanlah lebih murah daripada harga sebelum ni. Itu sepatutnya yang berlaku. Terima kasih Bakar Arang.

Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri dan juga Yang Berhormat Jitra di atas kesungguhan dan juga kejayaan membawa masuk banyak pelaburan ke Negeri Kedah khususnya di kawasan Kulim Hi-Tech Park yang juga kebetulan sebahagiannya berada di dalam kawasan DUN Lunas.

Namun, usaha ini perlu diambil kira beberapa aspek dan perhatian yang serius. Pertama, masalah pencemaran Sungai dan beberapa anak sungai dalam kawasan dan jajaran Kulim Hi-Tech wajib diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

Pembangunan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang kepada ekosistem alam wajib diberikan perhatian kerana ianya akan memberikan kesan yang cukup buruk kepada rakyat khususnya di kawasan tersebut. Kerosakan alam ini untuk dipulihkan bukan mengambil masa 5, 10 atau 50 tahun. Malahan kalau berlaku kerosakan ini, ianya mungkin makan masa ratus atau ribuan tahun baru kita dapat kembali kepada keadaan yang asal. Justeru itu, saya minta agensi seperti Jabatan Alam Sekitar memberikan perhatian dan mengadakan pemeriksaan ataupun mengambil sampel air sungai secara berkala untuk memastikan tidak ada yang terjejas dengan pencemaran yang berlaku mungkin daripada industri dan juga kawasan-kawasan sekitarnya.

Kedua, masalah lambakan warga asing yang tidak sah juga perlu diberikan perhatian oleh pentadbiran Yang Amat Berhormat Jeneri kerana ia menimbulkan keresahan rakyat. Saya pernah bangkitkan hal ini semasa Sidang DUN yang lepas. Selepas saya bangkitkan saya ada sebut tentang keadaan di Lunas ini perumpamaannya seperti ‘Little Dhaka’. Selang beberapa bulan selepas saya sebut benda itu Yang Berhormat Tuan Speaker, ianya telah viral satu video yang mana ada satu pasar malam di situ yang kebanyakannya ada juga peniaga daripada warga asing yang menjalankan perniagaan di situ. Video itu mendapat tontonan di TikTok hampir 4 juta view. Rakyat Lunas tidak menentang dan menolak sebarang usaha pembangunan. Kita mengalu-alukan pembangunan di kawasan khususnya Kulim Hi-Tech yang juga berkaitan dengan 2 DUN Lunas dan juga Merbau Pulas. Yang rakyat pertikaikan adalah warga asing yang berniaga. Warga asing yang bebas berniaga dan menguasai sektor ekonomi tempatan seolah-olah tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Kita gemar menyaman perniagaan-perniagaan kecil Melayu, kita gemar menyita perniagaan-perniagaan kecil peniaga Melayu dan peniaga bukan Melayu, tapi kita terlepas pandang dalam soal ini. Betul, Pihak Berkuasa Tempatan tidak pernah memberikan lesen kepada warga asing berniaga. Namun rakyat ada mata, rakyat nampak warga asing ini berniaga dengan menggunakan lesen warga tempatan. Tidak dapat dinafikan, ada juga warga tempatan yang berkahwin dengan warga asing. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya jumpa satu kartel Bangla, dia menikah dengan empat warga tempatan. Saya tak tahu apa istimewanya. Sedangkan saya yang duduk sebelahnya pun bau bawang, tapi boleh ada juga di kalangan orang tempatan yang bernikah dengan mereka sehingga 4. Ini bukan kata cinta buta, ini memang betul-betul buta.

Speaker

YB. Lunas, kalau kita sembang bab nikah ni kita panjang. Jadi, YB. Lunas ada lebih kurang 4 minit lagi.

Ya baik. Sikit lagi Yang Berhormat. Untuk makluman YB Speaker, saya pernah turun dengan beberapa agensi untuk melakukan pemeriksaan. Betul, lesen yang dia berniaga itu dia guna lesen warga tempatan. Tapi dia ada melakukan beberapa kesalahan dan pelanggaran undang-undang. Pertama, dia menyimpan dan menyorok minyak masak. Boleh rujuk dalam satu laporan artikel, dalam beberapa surat khabar ada serbuan yang dibuat oleh KPDNHEP. Rampasan lebih daripada lima ratus paket minyak masak. Sedangkan orang di kawasan situ nak dapat minyak masak paket ni pun susah, tapi dia boleh bawa sorok. Kemudian ada lagi, tong gas dibuat sorok, kedai gunting rambut tidak ada lesen. Kemudian saya pi pula ada lesen pula. Tapi, warga asing yang mengusahakannya. Dan kesalahan yang mereka lakukan juga tidak ada permit bekerja dalam sektor tersebut dan saya juga kesan, ada saya tengok sendiri ini bukan baca laporan saya turun sendiri ke bawah saya nampak dan saya tengok ada yang pasport dah mati tapi masih boleh bekerja. Persoalannya sekarang, rakyat mempertikaikan kenapa tidak ada tindakan diambil.

Saya nak tunjuk satu keratan, dalam Berita Harian haribulan 12 Februari 2024, batal senarai hitam lesen perniagaan disewa kepada warga asing. Ini diambil oleh Kerajaan Negeri Johor melalui EXCO Kerajaan Tempatan. Saya nak minta Yang Berhormat Kuala Ketil ambil tindakan yang sama. Dia tulis di sini, “Kerajaan Johor mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri membatal dan menyerai hitam lesen perniagaan yang disewakan kepada peniaga asing”. Kemudian, dia tubuh jawatankuasa khas turun ke lapangan semak lesen perniagaan terutama di kalangan warga asing dan dia beritahu kepada warga asing atau “alibaba” disewakan maka kita boleh batalkan lesen dan senarai hitam terus. Jangan ingat kebal!

Jadi rakyat menuntut ketegasan daripada Yang Berhormat terutama Yang Berhormat Kuala Ketil, yang juga EXCO kepada Kerajaan Tempatan untuk mengambil tindakan tegas supaya tindakan ini boleh memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa kita benar-benar menjaga nasib mereka terutama dalam waktu sukar ini berhadapan dengan krisis kewangan, krisis kos sara hidup ini. Saya mohon Yang Berhormat Kuala Ketil untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam.

Speaker

Boleh gulung dah.

Sikit lagi Yang Berhormat, nak gulung dah. Habaq kata gulung, cari tak jumpa dah. Justeru itu Yang Berhormat Speaker, isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat di setiap kawasan ini bukan sahaja-sahaja kita bawa dan bukan untuk mencari popular. Ini isu warga asing, soal isu yang serius. Saya sendiri dah pernah menerima beberapa ugutan daripada warga asing itu sendiri dalam pelbagai bentuk. Kalau nak cari popular saya rasa buat isu lain. Isu warga asing bukan soal popular. Tapi saya nak jelaskan dalam Dewan ini, Pusat Khidmat ADUN Lunas menerima lebih daripada 400 aduan rakyat daripada pelbagai bentuk tentang masalah yang ditimbulkan oleh warga asing.

Justeru itu, ini bukan tujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak. Bila perkara ini terjadi ianya perlu melibatkaan keterlibatan semua pihak dalam usaha kita untuk menangani isu ini. Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di kawasan Lunas, sudahlah terdiri daripada berbilang kaum, jumlah pengundi pula paling ramai dalam Negeri Kedah, 82 ribu, tanggungjawab saya untuk membawa isu ini walaupun isu ini bila kita bawa ada pihak yang tidak senang dan tidak berpuas hati. Saya tak peduli soal itu kerana rakyat menjadi keutamaan saya.

YB. Speaker, …… (YB. Tanjung Dawai mohon mencelah)

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Mohon mencelah YB. Speaker. Terima kasih YB. Speaker.

Speaker

Boleh no, sikit no?

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Berkaitan yang kahwin dengan warga asing. Baru-baru ni rombongan daripada Kerajaan Negeri pergi ke Selatan Thailand. Itu cerita luar negeri, hat cerita daripada YB. Lunas tadi dalam negeri. Mungkin ada di pihak kerajaan untuk memantau, melihat dan buat tindakan bagi menghalang ataupun ada satu solusi yang tepat berkaitan permasalahan ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Dawai. Macam saya katakan tadi Yang Berhormat, “cinta itu buta”. Memang buta, kadang-kadang lebih daripada buta lagi. Jadi yang tu kita serah kepada Yang Berhormat Sungai Limau lah untuk merangka apa program yang dirasakan menarik yang boleh mengelakkan warga kita daripada menikah dengan warga asing.

Kesimpulannya Yang Berhormat Speaker, dalam tempoh kita menangani kenaikan kos sara hidup yang membimbangkan dan juga isu melibatkan yang saya sebutkan tadi warga asing dan sebagainya. Saya kira inilah masa yang sesuai kepada kita semua untuk menunjukkan semangat bermuafakat dengan berjiwa besar dan memastikan kebajikan serta hak rakyat terbela dan terjaga. Justeru itu, menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya memohon menyokong Usul Kebawah duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Lunas. Memang dengar dengan cara ceramah itu memang berjiwa rakyat betul. Tahniah! Jadi, untuk seterusnya saya menjemput YB. Anak Bukit.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu wassala muala ashrafil ambiya iwal Mursalin w’ala alihi wasohbihi ajma’in. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat dan Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan serta sidang hadirin yang dimuliakan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam perbahasan ini saya ingin menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kali Ke-15. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Titah Ucapan Tuanku disebut Pelan Pembangunan Kedah 2035, di mana memuji tentang wawasan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Dalam wawasan yang dibuat, ditetapkan daerah-daerah yang mana kita ambil contohnya wawasan untuk Daerah Kubang Pasu Ilmu Logistik, Langkawi Daerah Pelancongan, Yan Daerah Pelancongan Desa, Kuala Muda Industri dan Komersial, Kota Setar Pentadbiran dan Juga Warisan. Kita tengok dalam pentadbiran, di mana sejarah telah mengajar kita bahawa Kedah ini adalah sejarah Kedah Tua yang mula-mula sekali meletakkan

pentadbiran itu di bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sebut kata Perdana Menteri adalah satu tokoh ataupun individu yang berwawasan, yang mempunyai kehebatan dalam menjadi ketua kepada kerajaan. Bahkan semua orang tahu bahawa seorang Perdana Menteri ini adalah yang berkuasa. Tapi perlu diingat dalam Dewan yang mulia ini, nama Perdana Menteri itu adalah nama yang mula-mula dikuatkuasakan oleh pentadbiran Kerajaan Kedah Tua yang mana kalau kita tengok, Perdana Menteri yang pertama adalah Datuk Wan Muhammad Saman. Kita lupa tentang sejarah ini. Ini adalah Perdana Menteri di bawah Kerajaan Kedah Tua.

Selepas daripada itulah, baru lah diambil alih di peringkat Kerajaan Malaysia. Kita lupa bahawa dalam sejarah, Datuk Wan Muhammad Saman ini adalah seorang tokoh yang memang berjasa kepada Negeri kedah. Memang cukup berjasa dalam Negeri kedah. Di antaranya ialah, dengan pengetahuan dan penglibatan itulah, dengan khidmat baktinya lah bahawa Negeri Kedah ini telah diberi jolokan “Negeri Jelapang Padi” dan juga “Jelapang Padi Malaysia”. Banyak di antara golongan muda yang lupa tentang Sejarah Kedah. Datuk Wan Muhammad Saman dilahirkan di Kampung Alor Janggus, yang tak jauh daripada Kota Setar, lebih kurang dalam 13 kilometer sahaja dalam Mukim Padang Lalang. Jasa Datuk Wan Muhammad Saman ini sendiri kita tengok hanyalah melalui sejarah iaitu pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman sahaja tetapi memorial untuk memperingati jasanya tidak didirikan. Sedangkan jasa dia itulah yang memartabatkan Kedah itu sebagai Bumi Jelapang Padi. Hari ini yang kita tengok kita melalui krisis makanan iaitu krisis padi dan juga beras.

Jadi, saya mohon kepada Dewan yang mulia ni, kalau kita tengok hari ni ialah bagaimana jasa baktinya membina Terusan Wan Muhammad Saman sejauh 22 batu bermula dari Sungai Kedah sehinggalah kepada Kaki Gunung Jerai selama 10 tahun.Tapi tidak ada memorial untuk mengatakan bahawa inilah wujud seorang individu yang bernama Wan Muhammad Saman, yang ada hanyalah Terusan Wan Muhammad Saman saja. Kita nak panggil pelabur mai untuk menjayakan Wawasan 2035. Kita nak buat Tahun Melawat Kedah Tahun 2025, tapi kita lupa bahawa pelancong yang hadir juga dia nak tahu sejarah tentang Kedah tu sendiri. Dia nak tahu sejarah Kedah. Kedah ni takkan timbul kalau nama padi tetap dengan nama padi bila padi ni siapa? Siapa yang memulakan proses untuk menjenamakan padi tu sendiri ataupun kita kata nak memulakan sebuah dataran di Kedah ni menjadi tempat tanaman padi? Orang tu adalah Datuk Wan Muhammad Saman. Jadi, saya mohonlah kepada Dewan yang mulia ni supaya diangkatlah Datuk Wan Muhammad Saman itu sendiri dan juga sejarah dia tu kita jadikanlah satu memorial sejarah di peringkat bumi Negeri Kedah tu sendiri.

Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ni juga dalam titah ucapan Tuanku menyebut supaya setiap pemimpin hendaklah turun bersama rakyat untuk mengetahui denyut nadi rakyat itu sendiri. Kalau kita tengok pada hari ni, di antara struktur pentadbiran

kerajaan daripada Kedah Tua nu sampai sekarang adalah mukim. Kita ada banyak mukim. Mukim yang ada di Kedah ni ada sebanyak 122 mukim dan ada 12 daerah. Apanya saya nak sebut di sini ialah saya mohon supaya dikaji dan dibuat semakan tentang sempadan-sempadan mukim yang mana saya tengok pada hari ni berlaku dalam DUN saya sendiri, dalam DUN saya sendiri. Kalau dulunya mukim dulu-dulu banyak kampung-kampung yang disusun berdasarkan mukim-mukim, kalau dulunya.

Tetapi dengan keadaan hari ni yang kepadatan penduduk yang bertambah, rumah-rumah yang bertambah, perumahan-perumahan yang bertambah, taman-taman yang bertambah, maka perumahan dalam mukim sekarang ni menjadi banyak, menjadi padat. Antaranya adalah contoh yang berlaku, ada kampung yang jauh daripada tempat dan pejabat penghulu mukim itu sendiri.

Saya ambil contoh dalam DUN Anak Bukit, Kampung Kota Rentang yang berada dalam Mukim Titi Gajah. Kampung itu berada bersebelahan dengan Kampung Sungai Korok, dekat dengan DUN Ayer Hitam. Penduduk Kampung Kota Rentang itu kalau nak lalu dia kena melalui Mukim Naga di Kepala Batas sampailah kepada lapangan terbang barulah jumpa Titi Gajah, barulah jumpa Pejabat Penghulu Titi Gajah.

Kalau dia kena pergi kot nu, kalau dia mai pula ke sebelah Gunung ni pula dia kena melalui Kubang Teduh, lepas tu lalu Gunung Keriang, lepas tu mai pula Pantai Johor, mai Pekan Anak Bukit sampailah kepada Bangunan Persekutan, barulah jumpa Pejabat Penghulu Titi Gajah. Bermaksud kata, Kota Rentang tu berada di tengah dan jauh daripada mukim yang sedia ada, jauh, terkeluar daripada mukim itu sendiri. Bukan kata setakat di Kota Rentang bahkan beberapa Kampung macam Alor Gunung dan juga Kampung Kepala 20 dan Permatang Kong.

Jadi, saya mohonlah kepada pihak yang berwajib supaya mengkaji dan buat semakan semula kepada mukim-mukim yang terbabit supaya untuk memudahkan rakyat bersama dengan pentadbiran Kerajaan, memudahkan rakyat bertemu dengan penghulu-penghulu, memudahkan rakyat untuk mendapat kemudahan-kemudahan asas. Ini di antara pandangan saya dalam sidang yang mulia ni.

Yang Berhormat Tuan Speaker, tuan-tuan sidang hadirin yang dimuliakan, selain daripada untuk mengkaji dan buat semakan semula di peringkat mukim, ada satu lagi masalah yang berlaku di peringkat bawah iaitulah saya mohon juga dikaji dan dibuat semakan semula tentang kariah-kariah masjid yang mana kalau kita tengok hari ni masjid yang ada dalam Negeri Kedah sebanyak 578 buah masjid.

Tapi saya nak bagi contoh dalam DUN saya di Kampung Bohor, ada 25 buah rumah. Kariah masjid itu adalah di Masjid Titi Gajah. Sedangkan di Bohor tu juga dia berada di tengah pedalaman, dia kena lalu ke Kampung Pulau Kerengga, jumpa Pulau Kerengga dia jumpa Masjid Alor Melintang ataupun dia nak keluar-keluar pergi ke Mukim Naga jumpa Kepala Batas, baru dia boleh pergi ke Masjid Titi Gajah ataupun satu lagi dia nak kena pergi ke Pulau Kerengga dia nak kena pergi pula Taman Aman jumpa Masjid Alor Madi. Lepas tu dia lajak pi pula jumpa Masjid Intan Syafinaz. Lepas tu barulah dia jumpa Masjid Titi Gajah. Ini di antara kesusahan yang ada kepada rakyat-rakyat di bawah khususnya di peringkat kariah masjid.

Jadi, inilah di antara soalan-soalan ataupun rintihan-rintihan rakyat yang mai berjumpa kami di peringkat pusat khidmat itu sendiri. Selain itu contohnya satu lagi di Kampung Gelong Air, Gunung tu sendiri, satu kampung tu sendiri berada dalam satu kampung dipecahkan kepada tiga masjid, satu Masjid Gunung satu Masjid Kubang Teduh dan satu lagi Masjid Kampung Hutan Simpang Tiga, Mukim Padang Hang. Yang ni pun bermasalah kepada kampung sebab kampung tu sendiri berdekatan dengan Masjid Mukim Gunung. Jadi inilah di antara sempadan-sempadan yang saya mohon kepada Dewan yang mulia ni supaya dikaji serta dibuat semakan semula kepada mukim dan juga kariah masjid bersesuaian dengan keadaan pada hari ni untuk memudahkan rakyat berurusan dengan pentadbiran yang kita buat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Dewan yang mulia ni saya dengan penuh hormat dan takzim menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku dan setakat ini sajalah ucapkan saya, Wallahualam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Depa nak tanya… Habis dah! Sat lagi pulak no YB. Tokai? Terima kasih YB. Anak Bukit. Seterusnya, saya menjemput YB. Bayu untuk memulakan perbahasan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu wassala muala ashrafil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wa sahbihi ajma'in. Subhanaka la ‘ilmalana illa ma'alamtana innaka antal ‘alimul hakim. Wa la hawla wa la quwata illa billa hil ‘ali yil ‘azim.

Yang Berhorrmat Tuan Speaker, saya rasa masa ada lagi nanti masuk kat saya sat lagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Datuk Seri MB, Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat EXCO, Ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, petugas-petugas media, pemerhati-permahati yang mengikuti di dalam Dewan yang mulia dan juga di atas talian, seterusnya rakyat serta pengundi Bayu yang saya kasihi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah inayahnya membolehkan kita hadir di Dewan yang mulia ini untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua untuk sama-sama kita menyuarakan hasrat rakyat dan pengundi di kawasan masing-masing bagi memastikan kebajikan, pembangunan dan ekonomi rakyat dapat diselesaikan dengan lebih baik dan berkesan.

Sebelum saya meneruskan ucapan ini, saya ingin merakamkan ucapan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah di atas titah ucapan baginda dan segala titah pandangan, cadangan dan nasihat bernas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, sudah tentu akan dijadikan asas dan panduan bagi memajukan Negeri Kedah khasnya. Yang Berhormat Speaker, sebagai mana yang kita sedia maklum, dalam tempoh lebih kurang 6 bulan kita semua telah pun menjadi wakil rakyat.

Banyak pengalaman yang telah kita sama-sama lalui dan tempuhi dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing dan saya berkeyakinan kita semua akan mampu menghadapi apa jua rintangan yang ada demi memastikan kebajikan rakyat dapat terbela.

Dalam soal untuk memastikan perkhidmatan di kawasan masing-masing lebih baik dan berkualiti, sudah tentulah kita semua memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah daripada agensi Kerajaan Pusat ataupun agensi kerajaan daripada peringkat Negeri Kedah. Di kesempatan ini saya ingin menyentuh hal yang berkaitan Kebajikan, pembangunan ekonomi, pertanian, pelancongan dan struktur organisasi dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat terutamanya menyentuh berkenaan MKK yang baru- baru ini telah pun disusun.

Yang Berhormat Tuan Speaker, DUN Bayu mempunyai hampir 100 buah kampung yang diwartakan dan mempunyai lebih kurang 50 ribu pengundi. Oleh itu, untuk melancarkan dan menambah baik jentera-jentera yang ada, yang memberi perkhidmatan ke masyarakat di akar umbi adalah lebih baik jika kuota MKK secara lebih munasabah selari dengan jumlah kampung yang banyak di kawasan tertentu ditambahkan. Sebagai contoh di Bayu, boleh dikatakan kebanyakan mereka yang dilantik sebagai Pengerusi ataupun Setiausaha MKK tidak dapat menjalankan perkhidmatan yang berkesan kerana mempunyai kawasan yang begitu luas untuk diseliakan.

Yang Berhormat Speaker dan juga rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam menggerakkan jentera-jentera di semua tempat sama ada di peringkat daerah, mukim dan kampung, ianya sudah tentu memerlukan kerjasama yang baik dan memerlukan tenaga yang mencukupi. Kita semua sudah menjadi kerajaan dan mengurus takbir negeri untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Jadi penstrukturan semula jentera-jentera di komuniti kampung, jentera-jentera di bawah Pusat Khidmat DUN perlu ditambah baik yang mana jika kita lihat sebelum ini pengagihan kuota MKK yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak kerajaan tidak begitu sempurna dan juga munasabah. Adakah pihak yang berkenaan di bawah Yang Berhormat EXCO Pembangunan telah pun membuat kajian dengan keadaan geografi, kepadatan penduduk, jumlah kampung yang perlu diselia oleh setiap MKK dan sebagainya sebelum memutuskan kuota tambahan bagi setiap DUN di mana jika dilihat agihan ini tidak seimbang dengan faktor yang saya katakan tadi. Atau adakah ada pengiraan lain daripada pihak YB. EXCO lakukan sebelum memutuskan agihan kuota kepada setiap DUN.

Pada pandangan saya, sepatutnya sebelum memutuskan jumlah kuota MKK ini, pihak YB. EXCO atau pihak yang berkaitan haruslah berbincang bersama wakil rakyat di setiap DUN terlebih dahulu. Di mana jika kita lihat jumlah MKK di setiap Parlimen tidak seimbang dengan jumlah kampung ataupun penduduk. Ini menggambarkan seolah agihan ini tidak adil kepada pengundi terutamanya di kawasan yang memerlukan. Dengan ini, saya memohon agar satu kajian segera perlu dilakukan bagi menambah kuota MKK terutamanya di kawasan yang luas seperti DUN Bayu, kawasan yang mempunyai banyak kampung serta mempunyai ramai penduduk agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang telah memilih kita yang berada di sini.

Saya tidak pertikaikan jumlah yang telah diluluskan iaitu 1,240 iaitu seribu lebih yang mana kita amat menyedari keadaan ekonomi di peringkat negeri, saya tidak pertikaikan tetapi yang saya pertikaikan adakah agihan kuota-kuota MKK ini dikaji berdasar kepada penduduk dan juga kampung.

Bagi saya ada setengah tempat yang mendapat jumlah kuota MKK yang cukup banyak sedangkan kampung tidak banyak dan rakyat tidak banyak tetapi mengapakah pengagihan ini tidak adil kepada sesetengah DUN. Bukan saya pertikaikan berkenaan dengan jumlah yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan negeri yang berjumlah 1,240. Yang saya maklum, yang saya pertikaikan adakah pemilihan untuk setiap DUN ini diagih secara ‘relevan’ ataupun menasabah? Itu sahaja.

Yang Berhormat Speaker, kedudukan geografi di DUN Bayu yang merupakan kawasan luar bandar dan kebanyakan penduduk terlibat dalam bidang pertanian, penternakan, pelancongan dan sedikit dalam sektor perniagaan IKS. Justeru itu, ianya memerlukan satu perancangan yang begitu teliti untuk kebaikan jangka masa panjang dan pendek bagi merubah nasib rakyat khususnya di DUN Bayu yang kebanyakan merupakan golongan B40 dan juga golongan miskin. Saya setuju dengan pandangan daripada YB. Lunas yang mena tanah-tanah terbiar ini cukup banyak. Di kesempatan ini juga saya ingin memohon Kerajaan Negeri Kedah memberi perhatian yang lebih serius dalam sektor pelancongan seiring dengan Daerah Baling yang diberikan status “Daerah Ekopelancongan” kerana banyak tempat serta produk baru yang berpotensi untuk dimajukan terutamanya di kawasan saya. Yang Berhormat EXCO Pelancongan kena beri perhatian yang mana kita tengok kawasan Baling banyak produk-produk baru yang perlu diketengahkan.

Oleh itu, saya amat berharap perhatian yang lebih daripada EXCO Pelancongan dalam membantu menaikkan produk-produk serta tempat pelancongan baru ini dari segi bantuan, promosi, aktiviti serta penambahbaikan kepada pengusaha atau pemain industri pelancongan supaya dapat menyemarakkan dan menambah bilangan pelancong yang masuk ke Daerah Baling atau Negeri Kedah amnya sempena Tahun Melawat Kedah 2025 kelak. Saya berharap kerajaan negeri tidak hanya berharap kepada tempat atau produk yang sedia ada sahaja dalam menggamit pelancong ke negeri ini. Pihak berwajib dengan kerjasama semua pihak harus membangunkan tempat atau produk yang baru agar menjadi tumpuan pelancong setanding atau lebih baik daripada yang telah sedia ada kerana dari pemantauan saya, terdapat begitu banyak tempat-tempat yang menarik yang belum diketahui umum seperti tempat perkelahan, tapak perkemahan, gua-gua dan tempat-tempat aktiviti lain-lain.

Selain daripada itu, saya sekali lagi lah nak ubah. Dulu kita sebut Gua Komunis tapi hari ini kita tak nak sebut Gua Komunis. Selain daripada itu, di DUN Bayu juga terdapat Gua Penjajah dan Terowong Penjajah yang pada suatu masa dahulu menjadi laluan pengganas ke negara jiran yang mana Gua Penjajah ini boleh dijadikan satu tempat sejarah bagi mengenang jasa pejuang-pejuang yang memerangi kekejaman penjajah

suatu masa dahulu. Saya juga mencadangkan supaya kerajaan negeri membina satu tugu peringatan di Kampung Ulu Lenggong bagi memperingati perjuangan tujuh anggota tentera yang telah gugur akibat diserang gerila penjajah pada tanggal 29 Oktober 1981 serta anggota lain yang terlibat dalam mempertahankan tanah air yang tercinta ini.

Gua Penjajah ini juga telah pun dipromosi oleh Majlis Daerah Baling pada suatu ketika dulu, tempat sejarah walaupun masih banyak yang perlu dilakukan untuk membolehkan masyarakat sampai ke gua tersebut. Oleh itu, saya berharap pihak kerajaan negeri dapat membantu dalam segi menaik taraf keadaan serta kemudahan yang perlu di sekitar dan laluan terowong tersebut. Dengan ini, kerjasama dengan Jabatan Perhutanan juga amat perlu untuk menjayakan hasrat ini. Bagi saya, menjadikan Gua Penjajah ini sebagai satu tempat bersejarah dan pelancongan bukan bermakna kita menyokong atau menghargai mereka tetapi ianya adalah satu peninggalan sejarah yang perlu kita buktikan kepada generasi sekarang ini di mana pengganas, penjajah pada suatu masa dahulu adalah satu gerakan gerila yang kejam dan dapat membuktikan betapa pejuang-pejuang tanah air kita pada waktu itu begitu komited dan cekap dalam mempertahankan tanah air tercinta. YB. Tuan Speaker, minta maaf tak bawa spek mata sebab tu…. (YB. Sidam mohon mencelah)

Boleh mencelah sikit?

Speaker

Boleh bagi laluan ka YB. Bayu?

Boleh!

Terima kasih YB. Bayu. Saya rasa seperti yang YB. Bayu katakan tadi menaikkan semula Terowong Penjajah itu adalah satu langkah yang mungkin boleh membawa kepada keisimewaan sikit lagi di bahagian Baling di mana perkara yang sama ada di Betong. Jadi ramailah orang-orang kita yang pergi masuk terowong Betong. Kita pun ada, jadi daripada kita biarkan orang kita ke Betong, lebih baik kita bagi dia pergi ke Baling. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Sidam.

Ini merupakan satu produk baru untuk menggamit pelancong daripada negara jiran masuk ke sini. Hari ini kita tengok banyak pelancong duk keluar, tapi dengan adanya produk-produk baru ini ia akan dapat menarik pelancong daripada Thailand Yang Berhormat Speaker, untuk masuk ke kawasan Negeri Kedah terutamanya di kawasan Daerah Baling.

YB. Speaker, selain daripada itu saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan isu kebersihan di restoran, pekan-pekan hari dan pasar malam di mana keadaan kebersihan kurang memuaskan dan kita perlu membuat persediaan untuk memastikan semua restoran, gerai-gerai, premis perniagaan dan pasar-pasar hari serta pasar malam perlulah dipantau agar sentiasa bersih dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi kerana faktor ini dinilai oleh pelancong serta orang luar yang datang ke negeri kita. Oleh itu, kita perlu tanamkan sikap untuk menjaga kebersihan dan perlu bertindak daripada sekarang untuk pastikan semua tempat menjadi tumpuan terutamanya di DUN Bayu dan juga di Negeri Kedah. Dengan ini saya juga ingin mendapat kepastian adakah pemantauan sering dilakukan oleh pihak kerajaan ataupun PBT bersama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan tahap kebersihan ini terjaga. Bagi saya, kita perlu lebih tegas dalam menjaga imej negeri dalam menyahut Tahun melawat Kedah pada tahun 2025.

Yang Berhormat Speaker, baca dulu sikitlah sebab banyak. Selain daripada itu, saya juga ingin memberikan pandangan kepada kerajaan negeri di bawah JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) yang mana Yang Berhormat EXCO JKM agar segera mencari jalan penyelesaian berkenaan masalah penambahan golongan miskin serta penambahan penerima bantuan JKM pada setiap tahun dan apakah cara untuk mengeluarkan golongan ini daripada terus mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan atau mana-mana pihak. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar penubuhan satu Jawatankuasa Pemulihan Tanah Terbiar dan Jawatankuasa Ekonomi Tambahan bagi golongan ini terutamanya dalam bidang pertanian, penternakan dan lain-lain. Yang Berhormat Tuan Speaker, YB. Lunas bagitau tadi, kalau kita tengok hari ini dalam satu Kedah banyak tanah-tanah terbiar. Ini merupakan satu pembaziran yang perlu kita laksanakan untuk ekonomi tambahan masyarakat di luar bandar terutamanya di kawasan DUN saya, InsyaAllah.

Kita juga tidak boleh berbangga membentangkan peruntukan yang begitu banyak dengan peningkatan golongan menerima bantuan sebagai salah satu KPI di pihak JKM dan kerajaan negeri. Saya juga mencadangkan agar jawatankuasa ini terdiri daripada JKM, Pejabat Zakat, Jabatan pertanian, Jabatan Veterinar, RISDA, FAMA dan lain-lain jabatan yang berkaitan untuk menjayakan program yang akan memberi manfaat kepada golongan tersebut agar keluar daripada kepompong kemiskinan kepada golongan yang berkemampuan.

YB. Tuan Speaker, di sini saya juga ingin memohon penjelasan lebih jelas daripada YB. EXCO Kebajikan berkenaan bantuan dan kaedah yang dijalankan oleh pihak JKM dalam memberi bantuan latihan dan sebagainya bagi membantu golongan penerima bantuan JKM ini untuk dapat berdikari serta menambah pendapatan mereka dan terus keluar daripada kepompong kemiskinan kerana boleh kita andaikan jika setiap tahun terdapat penambahan penerima bantuan JKM, maka ianya diibaratkan sebagai satu kegagalan dalam memberikan kesedaran atau kaedah bagi membantu golongan ini kerana kita tidak mahu mereka sentiasa mengharap bantuan untuk meneruskan kehidupan. Penambahan ataupun pengurangan penerima bantuan ini adalah salah satu tanda aras kerja buat kita dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

YB. Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh berkenaan golongan atau masyarakat penoreh getah sebab saya tak boleh kalau tak sentuh penoreh kita sebab saya merupakan Pengerusi Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah Negeri Kedah, YB. Speaker na. Jadi saya ingin menyentuh berkenaan golongan atau masyarakat penoreh yang mana golongan ini terdapat di kebanyakan daerah di Negeri Kedah seperti di Baling, Sik, Padang Terap, Pendang dan lain-lain. Oleh itu, saya ingin memohon agar pihak Kerajaan Negeri Kedah memberikan jawapan berkenaan tindakan ataupun peranan yang telah atau akan diambil oleh kerajaan dalam negeri dalam menyelesaikan masalah kebajikan dan ekonomi masyarakat penoreh dan pemilik kebun getah walaupun pada dasarnya kita banyak berserah dan berharap kepada agensi seperti RISDA, LGM (Lembaga Getah Malaysia) dan sebagainya. Jadi, jawapan daripada YAB. Dato’ Seri MB saya amat bersetuju tapi bukan bermakna kita akan ‘stop’ terus, kita tak boleh hentikan sebab kita ada agensi RISDA dan juga LGM.

Saya minta kalau boleh YB. Speaker jemputlah selepas ini hadir bersama di Dewan ini Lembaga Getah dan juga pihak RISDA untuk sama-sama kita berbincang bagi penyelesaian jangka masa panjang. Apakah kita ada berkerjasama dengan agensi tersebut bagi memastikan segala bentuk perancangan ekonomi dan kejatuhan harga getah ini dapat diatasi serta memberi faedah kepada penoreh dan pemilik kebun getah?

Dengan ini, saya mengesyorkan dan juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, sepertimana di Sabah. Di Negeri Sabah kita ada LGS (Lembaga Getah Sabah) sekarang dikenali sebagai LGIS (Lembaga Industri Getah Sabah).

Mengapakah kita di peringkat Negeri Kedah ini tak boleh mencadangkan supaya diwujud satu lagi iaitu Lembaga Getah Kedah yang dikenali sebagai LGK? Kalau kita daripada YB. Jitra mohon satu perancangan lain di Bandaraya Getah tetapi saya mohon supaya kerjaan negeri pertimbangkan supaya kita wujudkan Lembaga Getah Kedah Yang dikenali sebagai LGK yang akan memainkan peranan yang besar bersama kerajaan negeri dan juga jabatan-jabatan seperti LGM, RISDA dan sebagainya. Yang mana kita tengok dengan tertubuhnya LGK ini, pihak Kerajaan Negeri Kedah sentiasa boleh berurusan dengan lebih baik terutama dalam memantau harga getah di kilang selama ini yang dimanipulasi dalam proses pengiraan harga daripada KGK kepada KGB. KGK ini adalah Kandungan Getah Kering dan dikira setelah diproses KGB. Harga KGB yang rakyat dapat ini adalah harga KGB, harga Kandungan Getah Basah dan yang ini telah pun dimain ataupun dimanipulasi oleh pekilang- pekilang yang ada dalam Negeri Kedah ini. Jadi kalau kita ada satu lembaga yang dikenali sebagai LGK (Lembaga Getah Kedah) ini, ia akan dapat memantau dan mengawal selia harga-harga getah daripada jatuh dan juga daripada merosot dan akan memberi manfaat kepada para penoreh.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

YB. Bayu, minta pencelahan.

Speaker

Ok, boleh YB. Bayu?

Boleh! Boleh! Boleh!

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Sedikit saja. Untuk persoalan yang YB. Bayu lontarkan tadi, saya rasa jawapannya telah ada sebab soalan yang sama saya bertanya pada sesi yang lalu iaitu jawapan kepada soalan bertulis nombor 27 berkenaan dengan kebajikan untuk pekebun-pekebun kecil. Sekian.

Terima kasih YB. Guar Chempedak. Sebab itulah kita mahu tak mahu dalam Negeri Kedah kita ini rakyat yang ada yang mewakili masyarakat penoreh getah cukup amat banyak. Yang saya maklum tadi 38% dan sudah tentulah kita kena membantu juga, tidak boleh nak mengatakan bahawasanya kita ke depan ini kena nak kena lahirkan anak-anak penoreh ini untuk menjadi guru dan sebagainya. Itu satu pandangan yang cukup baik, tapi mengapakah kita tak fikir untuk kelangsungan hidup masyarakat penoreh yang mana hasil negara kita, hasil negara kita juga adalah berpunca daripada sumber getah yang dari dulu kini dan selamanya. Minta maaf YB. Tuan Speaker, saya tak paksa lantang untuk mempertahankan penoreh getah ini sebab saya pengerusi, kalau saya keluar nanti pengundi akan balun saya gila-gila. Sebab itu saya minta hari ini masa….. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bayu boleh buat penggulungan.

Banyak lagi! Banyak lagi!

Speaker

Masa 4 minit lagi.

Jadi, LGIS di Sabah berjaya membantu LGM dalam hal-hal yang berkaitan IPG melalui Kad PAT-G dan lain-lain. Untuk setiap tahun, Kerajaan Pusat menyediakan dana yang berjumlah ratusan juta untuk insentif pengeluaran getah yang kita dapati, dana-dana ini semua diurus oleh LIGS untuk permudah penoreh-penoreh di Negeri Sabah. Oleh itu, apakah kita di Kedah tidak mahu menggunakan kaedah yang sama untuk bekerjasama dengan LGM atas platform yang kita pohon iaitu Lembaga Industri Getah Kedah yang akan memainkan peranan bersama LGM bagi membantu memberi perkhidmatan yang terbaik untuk penoreh dan masyarakat pekebun getah di negeri ini?

YB. Speaker, jumlah peruntukan musim tengkujuh pada tahun 2024 berjumlah RM255 juta dana lebih dan RM55 juta ini diperuntukkan kepada LGIS (Lembaga Getah Sabah). Jadi, kalau kita wujudkan Lembaga Getah di Kedah ini, sudah tentulah kita akan boleh berbincang dengan Kerajaan Pusat untuk nak ambil peruntukan yang ada, yang telah diluluskan di Parlimen untuk diberi kepada Lembaga Getah Kedah. Ini saya pohon cadangan supaya kita semua kena memikir kaedah macam manakah untuk kita nak membantu juga masyarakat penoreh yang seiring dengan Kerajaan Pusat. Jadi, selain daripada penoreh getah…… (YB. Belantek mencelah)

Mencelah, Belantek mencelah!

Speaker

Ya, silakan YB. Belantek.

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Bayu. Tadi YB. Bayu menyebut tentang penoreh-penoreh getah dan ramai penoreh-penoreh getah di kawasan saya, di DUN Belantek. Sekarang ini kita tengok minat untuk mereka menoreh ataupun mengerjakan ataupun dalam bahasa Siknya “motong”, tak ramai. Dan kita lihat banyak kebun-kebun getah…… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bayu duduk dulu kot!

Banyak kebun-kebun getah yang telah terbiar, yang tak ditoreh dan banyak sudah menjadi semak samun kerana tidak menarik minat kepada mereka untuk menoreh. Jadi seharusnya ada usaha-usaha untuk menarik minat orang muda ataupun orang dewasa untuk terus menjalankan aktiviti menoreh getah ini. Kita tak mahu industri kebun getah ini dibiarkan berkubur. Terima kasih.

Speaker

Ok, boleh buat penggulungan dah. Masa dah nak habis dah!

Ada sikit lagi. Jadi saya setuju. Sebenarnya golongan anak muda ini tidak berminat untuk menoreh getah kerana kalau menoreh getah kita minta anak dara orang, orang tak bagi, sebab nama pun penoreh getah. Saya dah pun syorkan semasa saya menjadi Ahli Pihak Berkuasa RISDA Malaysia, saya mencadangkan supaya nama penoreh getah itu diubah kepada “Operator Pengeluaran Getah” (dengan izin). Jadi ini saya syorkan di peringkat atas lah, bukan di sini.

Jadi YB. Speaker, selain daripada golongan penoreh, dalam sektor pertanian juga perlu diberi penekanan agar produktiviti, kualiti, kemahiran dan lain-lain adalah setanding dengan kawasan yang telah ke depan dalam menjalankan aktiviti pertanian. Oleh itu, saya juga ingin mengesyorkan agar pihak berkenaan haruslah juga memberi penumpuan dalam mencari petani ataupun pengusaha baru yang berpotensi dan tidak hanya memberi penumpuan kepada mereka yang telah lama menjalankan aktiviti tersebut. Jadi saya harap YB. Suka Menanti lepas ini kena cari produk baru dan juga usahawan baru, jangan hanya daripada zaman dulu YB. Speaker. Saya duduk dalam zaman BN (Barisan Nasional) dulu, tempat itulah yang hadir untuk diberi perhatian dan mari ke zaman PH (Pakatan Harapan) tempat itulah juga diberi perhatian, mari di zaman PN (Perikatan Nasional) tempat itulah juga diberi perhatian. Sedangkan kawasan-kawasan di sekitar DUN Bayu ini banyak lagi usahawan yang berjaya yang tidak mendapat perhatian daripada Kerjaan Negeri Kedah kita, InsyaAllah.

Sebenarnya ramai masyarakat atau individu yang begitu berminat dan berpotensi dalam aktiviti pertanian tetapi mereka ini kurang mendapat perhatian, dorongan, pendedahan dan sebagainya daripada pihak kerajaan. Oleh itu, kita harus lebih agresif dalam mengatur idea-idea baru untuk membantu masyarakat terutamanya di luar bandar menghasilkan produk pertanian sehingga mereka boleh berdikari dan membantu individu lain menghasilkan produk pertanian masing-masing. Di samping itu, saya juga ingin mengesyorkan agar pihak berkenaan memperbanyakkan lagi pusat pengumpulan hasil pertanian di kawasan yang berpotensi di setiap DUN atau daerah bagi memantau pusat pengumpulan sedia ada agar berfungsi dengan baik. Pihak berkenaan juga harus mencari jalan supaya pusat pengumpulan ini sentiasa aktif dan ditambah baik. Harapan kita, dengan adanya pusat pengumpulan hasil pertanian ini dapat memberi dorongan dan tidak melihat akan segera menghulurkan pelbagai bantuan.

Speaker

YB. Bayu, saya mohon maaf. Masa dah terlebih banyak, jadi saya boleh bagi 1 minit saja lagi untuk buat penggulungan, kalau tidak saya memang nak serahkan kepada YB. Bukit Lada selepas ini.

Ok, berkenaan pertanian ini saya tangguhkan dan saya nak mohon satu lagi berkenaan dengan kawasan saya ini tak asing, kalau tak sebut bencana banjir. Jadi saya mohon satu pendekatan diambil oleh kerajaan untuk menangani banjir yang kerap tahun berlaku yang merugikan peruntukan yang ada. Yang mana kalau kita fikir jangka masa panjang, ia sudah tentulah akan menjimatkan peruntukan yang sedia ada. Jadi saya mohon supaya satu penempatan di kawasan Bayu yang saya rasa cukup-cukup teruk di landa banjir ini diberi perhatian untuk pembinaan penempatan baru semasa banjir yang tidak dapat diselesaikan daripada dulu sampai sekarang.

Satu lagi saya mohon supaya pihak GPS memantau dan mengawal selia sungai-sungai yang saya rasa telah pun sempit dengan pasir, tanah, sampah-sampah dan sebagainya supaya kita kena bersih pada masa akan datang dan ia tak akan mengakibatkan banjir yang besar berlaku.

Satu lagi, akhir saya….. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Berapa kali satu ni?

Saya nak sentuh lah….

Speaker

Kita kena bagi ruang kepada orang lain, jadi saya mohon maaf YB. Bayu. Jadi saya jemput YB. Bukit Lada seterusnya.

Nak gulung ini YB. Speaker, nak gulung.

Speaker

Sebab itu tadi saya cakap kata gulung…. Saya bagi Bukit Lada, tak payah gulung dah! Cuma saya nak mengingatkan kepada pembahas, kita memberi masa sebanyak 20 minit. Pelan betul-betul untuk dihabiskan dalam masa 20 minit, kemudian soalan-soalan yang telah dijawab dalam persidangan yang lepas tak perlu kita ulang balik. Dipersilakan YB. Bukit Lada.

Sebagai penutup, penutup dah YB. Speaker, minta maaf. Saya ni adik YB. Speaker, mohon sat untuk nak gulung titah ucapan Tuanku. Sebagai penutup, saya dengan ini menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ucapan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ni saya menjunjung dan menyokong penuh dan sekali lagi saya berharap agar cadangan supaya ditubuhkan apa yang saya cadangkan tadi diberi penekanan untuk masa depan masyarakat di kawasan saya dan juga di DUN Bayu. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Ok, terima kasih YB. Bayu. Dipersilakan YB. Bukit Lada.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alami, wassolatu wassala muala Rasul Al-Amin, wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Terima kasih YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT pada tengah hari ini dapat bersama dalam membahas Titah Ucapan Tuanku Sultan dalam Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah.

Perkara yang pertama yang saya ingin sebutkan di sini ialah dalam Titah Ucapan Tuanku Sultan menyatakan sejak bermulanya pelaksanaan Kedah 2035 pada tahun 2021, negeri kita telah mencatat jumlah pelaburan yang begitu banyak iaitu sebanyak RM105.03 bilion dan menjana pendapatan dan peluang pekerjaan 3 tahun yang lepas lebih kurang 20 ribu peluang pekerjaan yang telah dijana. Jadi, apa yang tersirat daripada apa yang diucapkan dalam Titah Ucapan Tuanku Sultan ini ialah semua kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama semua pihak iaitu daripada pihak kerajaan, pegawai kerajaan dan daripada ahli politik yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi komitmen dalam menjayakan pelaburan yang begitu banyak, yang memberikan suatu gambaran yang jelas bahawa walaupun Negeri Kedah ini yang asalnya kita lihat seolah-olah macam negeri yang susah, yang berada di bawah tapi pada hakikatnya kita boleh bangun dan kita boleh bangkit, InsyaAllah.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kerjasama ini perlu diteruskan iaitu kita mengharapkan supaya pegawai-pegawai kerajaan ini memahami apa yang dimaksudkan ‘government of the day’ iaitu semua pihak perlu bekerjasama dengan kerajaan yang menguasai pada ketika itu. Jadi kita mengharapkan semua pihak, pegawai-pegawai kerajaan dan sebagainya dan Alhamdulillah, perkara ini berjalan dengan baik. Cuma saya duk tengok ada satu dua lagi, bila EXCO pi, dia pun tak pi. Haa… yang ini pun nak kena ambil perhatian lah. YB. EXCO turun, tapi pegawai-pegawai tu ada yang tak turun, yang buat perangai dan sebagainya. Diluluskan di peringkat EXCO, tiba-tiba ada juga yang duk pi kacau-kacau. Jadi saya mengharapkan perkara ini tidak wujud supaya kita memahami ‘government of the day’ itu kita taat kepada kerajaan yang ada pada ketika itu.

Jadi saya mengakui kerjasama yang baik yang dilakukan di peringkat Datuk Bandar sendiri, YBhg. Dato' Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud dan kita pun dah berjumpa, berbincang, banyak perkara yang dibincangkan dan Alhamdulillah, kita dapat menyelesaikan banyak isu di tempat-tempat kita. Alhamdulillah, saya harap ada isu yang baru yang timbul ini pun Tuan Datuk Bandar boleh ambil ‘action’ sikit-sikit lah, jangan kasar sangat sebab mereka ini dah nak dekat Ramadhan. Jadi, ada lah kedai mereka jual dan sebagainya duduk di tempat yang tak sesuai, kadang-kadang mereka nak kena angkat barang itu terlalu banyak, jadi mereka letak barang itu di atas, di kawasan yang tak cantik, yang tak elok. Jadi, saya mengharapkan kalau boleh bagi peluang lah sampai dekat dengan habis Ramadhan ini, mereka yang berniaga dan kita boleh bincang apa yang boleh dibincang bersama dengan peniaga-peniaga ini, itu yang pertama.

Yang keduanya berkenan dengan Tuan DO kita juga, saya rasa Alhamdulillah kerjasama yang sangat baik dengan Tuan Rizal. Dia ini orang muda dan rajin pergi masjid habis dah rasanya turun masjid ini kan? Turun masjid, sebab ada orang kata pergi ke kenduri, pergi masjid ini benda yang karut dan sebagainya. Sebenarnya pi kenduri, pi masjid, kerja YB. sebab kita akan berjumpa dengan rakyat di tempat kenduri dan di masjid. Biarlah sehari sampai 15, biarlah sehari 20 kenduri kita turun, tapi kita akan berjumpa dan di situlah rakyat akan tanya, rakyat akan adu apa isu, apa masalah yang ditimbulkan oleh mereka. Jadi, saya ucapkan terima kasih di atas sepanjang saya duduk jadi YB. ini dah penggal yang kedua, penggal yang pertama itu tak dak wujud ‘task force’. Jadi Alhamdulillah, kali ini kita lihat pihak pejabat daerah wujudkan satu ‘task force’ untuk menangani isu banjir di kawasan saya ini, di Bukit Lada ini.

Jadi saya harap ‘task force’ ini, kumpulan ini dah dua kali mesyuarat dah iaitu kita dapati beberapa tempat ‘hotspot’ yang berlaku banjir. Kalau di Sungai Durian dan di Taman Puteri ini kira 114 rumah ini semua kena air banjir. Boleh kata kalau hujan saja, banjir akan berlaku, setahun sekali mereka akan tenggelam. Yang peliknya, ada dua buah rumah saja yang tak tenggelam. Yang ini pun kita harap siapa-siapa boleh pergi tengok kut pasal apa rumah ini tak tenggelam.

YB. Speaker, boleh celah sikit bab banjir ni?

Speaker

Boleh! Boleh!

Terima kasih YB. Bukit Lada. Setuju tak pandangan saya tadi yang mana di kawasan sekitar kawasan-kawasan Kedah ni yang banyak tempat-tempat yang banjir ini untuk jangka masa panjang kerana kita tengok setiap kali banjir berlaku, semua wakil rakyat akan turun, beri bantuan sumber kewangan dan sebagainya, semua jabatan kerajaan akan membantu. Tetapi adakah ini satu penyelesaian kekal untuk jangka masa panjang? Sebab yang saya cadangkan tadi, di kawasan-kawasan yang berisiko dan sampai satu tempat di kawasan saya tujuh kali dalam masa satu tahun tujuh, lapan kali banjir. Adakah kita perlu mengurus banjir selama-lamanya? Ataupun adakah kita perlu menyelesaikan banjir dalam keadaan jangka masa panjang penyelesaian kekal?

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Ok! Ok! Faham dah. Sat lagi tanya lagi, jenuh. Masa tak cukup kena bagi lebih sikit.

Speaker

Ok, sila YB. Bukit Lada!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Masa dekat YB. Bayu lepas ni kita bagi lebih sikit. Jadi saya faham, itulah yang dihadapi oleh wakil rakyat semua iaitu kita harap supaya tindakan ini bukan tindakan bagi sumbangan, tindakan ini supaya tindakan yang secara tersusun dan teratur. Sebab itu kita ucapkan tahniah kepada DO Pokok Sena kerana wujudkan ‘task force’. Dalam ‘task force’ inilah kita boleh bincang di mana hotspot-hotspot tersebut dan isu-isu yang berlaku di tempat-tempat tersebut tu apa isu yang berlaku. Jadi bila kita dah tahu punca dan sebagainya barulah kita boleh bincang dengan pihak agensi-agensi kerajaan supaya kita cadangkan kepada mereka untuk ambil tindakan. Jadi, di Pokok Sena ni kita ada banyak tempat, di Mukim Jabi kita ada enam kampung, di Mukim Derang kita ada sembilan kampung, di Mukim Lesung kita ada sepuluh kampung dan di Mukim Tualang ada banyak, ada tujuh kampung tapi yang masuk dalam DUN saya ada satu kampung saja, yang lainnya di bawah DUN Bukit Pinang.

Jadi, banyak kampung yang terlibat dan Alhamdulillah kita dah lihat apa punca dan sebagainya. Saya mengharapkan pihak jabatan daripada GPS, daripada MBAS apa semua ni cuba ambil pendekatan ataupun cuba cadangkan satu cadangan yang baik untuk memastikan supaya isu banjir ni tak akan berlaku dah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam pembincangan ‘task force’ ini nampak sesuai dan memerlukan kos juga lah. Jadi, kita mengharapkan apa yang kita bincangkan hari itu iaitu yang disebutkan dalam Titah Ucapan Tuanku Sultan ini iaitu kerjasama di antara Negeri dan Federal di antara Negeri dan Pusat. Kalau lah kita cadang saja tapi peruntukan ini melibatkan peruntukan yang besar berjuta-juta, jadi semua ini melibatkan kerjasama. Bayangkan di Pokok Sena ni 2011, 2012 dah berlaku banjir tenggelam tiap-tiap tahun, di Taman Puteri itu tenggelam tiap-tiap tahun dan ada cadangan-cadangan dah, tapi sampai hari ini tak lulus. Nak buat ‘culvert’ bagi besar pun tak boleh dan sebagainya.

Jadi, kita mengharapkan, bila ada kerjasama di antara Negeri dan Federal ini maka InsyaAllah, kita akan melihat kejayaan yang akan berlaku ini tidak didiskriminasi kepada negeri-negeri pembangkang ini. Saya pun hairan juga pasal apa dengan EXCO Sukan boleh buat baik. EXCO Sukan segak ka apa ka, kita pun tak tau. Dengan EXCO Sukan, ooooiiiii… tengok kan EXCO Sukan, jadi ‘keeper’ sepak EXCO pun tak boleh ambil bola dia oooo… sepak, halang sepak, kan? Jadi, makna nampak baik sangat kan? Jadi kita harap, bukan sekadar EXCO Sukan lah baik, EXCO Agama kena baik, EXCO-EXCO lain, dengan menteri-menteri kena baik, dengan semua EXCO. Alhamdulillah, tadi EXCO Ekonomi ada sebut bahawa kerjasama dengan Tengku Zafrul yang baik, jadi itu yang kita harapkan supaya ada kerjasama yang baik dan kita mengharapkan kalau boleh lah EXCO Sukan ni bagi lah berjaya Mini Stadium Pokok Sena tu, kan. Dah baik ni bagilah dapat sebiji pun takpa dah…. InsyaAllah. Betul tak Tuan DO?

Kemudian, kita juga bekerjasama dan kerjasama yang baik ni juga saya harap berterusan dengan pegawai-pegawai yang lain lah. Alhamdulillah, kerjasama daripada EXCO Agama dengan Pejabat Agama Daerah, Tuan Pegawai Agama Daerah, Alhamdulillah kita menganjurkan Bulan Solat dan Penghayatan Al-Quran. Alhamdulillah, kita menyusun 50 kuliah dalam masa dua bulan. Alhamdulillah, dapat kerjasama yang baik dan sekarang ni dah berjalan dan InsyaAllah akan sampai bulan Ramadhan, kerjasama yang baik daripada 50 kuliah dan tazkirah serta khutbah di 31 masjid dan surau di peringkat DUN Bukit Lada.

Kemudian yang seterusnya ialah berkenaan dengan GLC. Alhamdulillah, kita lihat di dalam Titah Ucapan Tuanku Sultan itu iaitu beberapa GLC-GLC kerajaan yang menyumbang kepada Kerajaan Negeri iaitu PKNK menyumbang RM36.69 juta, kemudian Yayasan Islam RM2.5 juta sumbangan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri. Kita mengharapkan bahawa GLC-GLC ini perlu banyak lagi memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri dalam isu bola dan sebagainya mungkin boleh selesai, boleh bantu untuk kita pastikan, bola ini kalau Kedah tak masuk teruk sangatlah. Jadi kita harap, kita boleh pastikan supaya isu bola ini dapat diselesaikan sebab isu ini isu semua rakyat, semua rakyat. Jadi kita mengharapkan bahawa sasaran kerajaan negeri untuk dapatkan RM1 billion kutipan hasil melalui perkongsian semua hasil keuntungan yang diperolehi. Jadi kita harap, GLC-GLC dapat membantu untuk menjana hasil kutipan kerajaan negeri ini. Jadi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada PKNK yang membangunkan Gunung Jerai dan hari ini kita dapat maklumat 3,500 orang sehari naik Gunung Jerai. MasyaAllah, saya naik pergi tengok, MasyaAllah, 3,500 orang YB. Pantai Medeka. 3,500 orang ini naik ke Gunung Jerai dan bayangkan jem, jem di atas Gunung Jerai nu.

Jadi, saya mengharapkan bahawa kita boleh lagi, cadang lagi apa-apa dan kita dapat maklumat akan ada ‘cabel car’ dan sebagainya. Dan saya nak cadangkan supaya kita bangunkan lagi satu iaitu Pelancongan Islam. Pelancongan Islam di atas Gunung Jerai di bahagian atas lagi iaitu lah di tempat bermulanya Islam Negeri Kedah di mana Islam diazankan yang pertama di atas Gunung Jerai, di kemuncak Gunung Jerai itu di tempat Syeikh Abdullah Al Qumairi, 531 Hijrah ataupun 1136 Masihi yang telah mengislamkan Perahu Mahawangsa, Sultan Muzaffar Shah yang kalau tuan-tuan naik ke atas tempat tersebut dan Alhamdulillah, saya dah pergi sendiri sebelum Subuh kita pergi munajat di atas satu kawasan di atas Gunung Jerai itu yang kawasannya macam dengan batu marmar yang ada ‘line saf’nya yang jadi sendiri, bukan dibuat, saf itu jadi sendiri yang kalau kita pergi di situ kita akan rasai kerohanian yang berbeza.

Jadi, kalau boleh kita bangunkan kawasan ini menjadi Pelancongan Islam dan saya rasa bukan 3,500 mungkin luar negara pun akan datang kerana ini adalah sejarah Syeikh, anak murid kepada Syekh Abdul Qadir Al Jailani. Dia menghantar 6 orang anak muridnya pergi ke seluruh negara, antaranya ialah Syeikh Abu Madian Al Maghribi dihantar ke Afrika, Syeikh Abdul Ahmad Badawi ke Sudan, Syeikh Hassan Al Shailili ke Mesir dan Syeikh Syeikh Abdullah Al Qumairi dihantar ke Negeri Kedah ini, InsyaAllah. Saya harap boleh diambil pihak pelancongan boleh fikir untuk bangunkan lagi kawasan itu yang lebih tinggi sikit daripada kawasan yang sedang kita bangunkan di situ.

Seterusnya ialah, saya nak sebut tentang rintihan. Biasalah tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rintihan rakyat, rintihan rakyat di kawasan kami dan mungkin di kawasan-kawasan lain juga. Seperti yang disebutkan oleh Datuk Bandar, “kami tak dak masalah tempat orang nak kata”. Datuk Bandar kata, “kami biarlah orang nak kata, tak apa”. Kita pun memang orang akan kata, orang akan kutuk, orang akan peril, orang akan macam-macam lah. Ada rakyat sampai ke satu tahap dia sebut, “saya menyesal minta kat Ustaz”, Allahu Akbar! Dia kata, “dia menyesal sebab minta dekat kita”. Nak minta tolong, jadi kita bukan ada duit nak bagi beribu-ribu, bil dia kena potong, macam-macam. Jadi saya dah dapat maklumat daripada pihak TNB, sebelum ini kita dapat maklumat daripada TNB juga tentang bil-bil yang begitu banyak. Di tempat saya ada 50 orang lebih dan hampir RM100 ribu dia punya nilai dia. Kita bincang dengan pihak Zakat tolonglah dan sebagainya. Sampai hari ini mereka masih lagi menunggu keputusan itu.

Saya mengharapkan GLC-GLC yang ada ini boleh bantu dengan CSR kita, takkan tak boleh kot seorang RM1,000 saja kalau boleh, pastikan rumah mereka ada elektrik. La ni mereka duduk dalam keadaan panas, panas sungguh! Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat semua ada ‘air-cond’ di rumah ok. Kita pi di KEDA-KEDA, walaupun bil, mereka bayar tapi guna kipas, eh! Kita hairan macam mana mereka boleh tidur dalam keadaan panas!

Pokok Sena saja 42 darjah. 42 darjah tidur dengan keadaan tak dak siling pun tak dak! Rumah kita ‘air-cond’ beribu, sebulan lima ratus tiga ratus sebulan, depa bil sikit sangat. Tapi macam mana mereka hidup, bayangkan tak ada kipas, tak ada apa, lampu tak dak, sebab dah dipotong, dipotong. Kalau boleh lah kita kena tengok lah, jangan menyalahkan mereka sahaja, “dah depa tak bayar, awat yang tak bayar”? Memanglah kita boleh menyalahkan rakyat, tapi rakyat memerlukan sokongan dan bantuan daripada kita. Kalau boleh Zakat ada duit, awat tak boleh nak bagi ka? Bagi lah sikit… habuan depa nak bayar separuh dan sebagainya. Dua kali dah saya bawa masuk dalam SIdang DUN………. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB., tolong ringkaskan ya?

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Ha… nak habis dah ni, ‘last’ dah ni, haa… YB. Tuan Speaker, nak habis dah. Saya mengharapkan kalau boleh lah, kita mengharapkan kerjasama daripada semua pihak, pastikan boleh bantu rakyat kita yang dalam keadaan kesusahan ini, dalam menangani isu ini. Saya tanya dalam soalan saya untuk bil yang bukan domestik iaitu bil syarikat-syarikat. Terdapat 276,221 bil dan melibatkan kos sebanyak RM46 juta. RM46 juta, tak banyak, ni syarikat. Bayangkan seorang yang alami di tempat saya ni, RM750 saja, tapi dah dipotong. Bukan setakat potong, kita kata, “tak apa, saya bayar RM350”. Dakkkk…. Tak boleh dah, kena buat permohonan lain. Allah!!! Tanya kawan, “macam mana ni, RM1,000 lebih kena bayar?” Bil pun kena bayar, hat nu kena bayar, hat yang hutang pun kena bayar, hat baru pun nak kena bayar. Saya harap ada pertimbanganlah, RM750 sikit saja. Jadi kita harap pertimbangan. Jadi bila kita ‘hingaq-hingaq’ tu bolehlah bayar sikit, hat yang bil tu kena buat lain, kena buka akaun baru. Nak buka akaun baru tu, mujurlah dimudahkan sikit kot pasal kita ‘hingaq’. Dimudahkan sikit, tu pun lama juga lah yang dihadapi oleh rakyat kita. Jadi kita harapkan ada lah satu tindakan daripada pihak kerajaan untuk membantu rakyat. Terima kasih. Saya menjunjung kasih Titah Ucapan Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Ok, terima kasih YB. Bukit Lada. Seterusnya, saya menjemput YB. Kota Siputeh. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul ‘uqdatan millisani yafqohu qauli. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, yang dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Barisan EXCO dan ADUN Negeri Kedah Sejahtera Yang dirahmati Allah SWT sekalian dan seluruh para penjawat awam Negeri Kedah, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak dilupa titip sejahtera juga dirangkaikan buat pelawat kita yang hadir pada hari ini, selamat datang ke Sidang DUN Kedah di ucapkan.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas kemuliaan Sang Khaliq dan inayah dariNya telah diberi keizinan dan keafiatan pada hari ini untuk turut serta dalam sesi perbahasan Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Ke-29. Maha suci Allah atas kurniaannya adalah satu kebanggaan buat patik untuk dapat berkhidmat di bawah naungan Tuanku Sultan Kedah dan selaku anak negeri dari leluhur ketamadunan agung yang bertapak sejak tahun 1136 dari satunya jurai keturunan yang sama yang kini telah dipertanggungjawab dengan amanah dalam membawa amanat Tuanku demi mengangkat suara masyarakat utamanya dalam DUN Kota Siputeh dengan turut menggembleng tenaga, membawa obor perjuangan misi dan visi mamanda Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melalui agenda “The Greater Kedah 2035” bertepatan dengan hasrat Tuanku yang mendambakan kemajuan dan pembangunan buat anak Negeri Kedah secara holistik.

Sesungguhnya agenda The Greater Kedah 2035 dengan slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” bersekali inti kefahaman dengan roh dan semangat bahawa inilah ranah orang miskin berteduh, medan yang kaya menabur bakti atau dapat ditafsirkan ringkas sebagai membangun bersama. Ternyata adalah merupakan segala resepi yang diperlukan untuk melihat kemajuan negeri ini. Maka mandat rakyat yang mengangkat kepimpinan Perikatan Nasional (PN) dan perkenan Tuanku yang memilih mamanda Menteri Besar dari Jeneri diibarat pepatah melayu sebagai “hendak ulam pucuk menjulai”, sirru ‘ala barakatillah. Yang Berhormat Speaker, erti membangun bersama atas roh dan jiwa semangat anak Kedah yang berpaksikan titah Duli Tuanku ini perlu benar-benar meresap ke dalam jiwa sanubari segenap isi pendiri Negeri Kedah. Benarlah titah Tuanku yang berpesan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat harus turun padang menyelami masalah rakyat dan terbuka mendengar pandangan semua pihak.

Kerana itu saya lihat, syabas ADUN-ADUN PN sememangnya kerap turun padang mendampingi rakyat. Dan kalau nak cerita pasal turun padang ini, saya sendiri kalau cerita hat lekeh ni lah, cerita cop ni saja pun sampai ke depan sekolah nun, depan sekolah kita duk cop pi turun tak gaduh mai pejabat, kita cop tudia, tuk! Tuk! Tuk! Cop-cop apa semua depan sekolah kita pun boleh cop. Bukan tu saja, kita bukan jaga rakyat saja, lembu, kambing, anjing, semua kita jaga. Sabit itulah saya nak ucap terima kasih kepada yang pertama sekali Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu kerana beliau bersama rakan-rakan daripada Majlis Daerah Kubang Pasu yang turun. Pengalaman saya pertama kali kami turun tangkap anjing cukup cekap, Puan Alia dengan geng-geng Majlis orang-orang APM cukup cekap, yang mana kita tolong sendiri dalam masalah yang kita tahu anjing liar ni boleh bawa masalah anjing gila, rabies ni bahaya untuk masyarakat.

Selain daripada itu, saya juga ingin ucap terima kasih pada Pegawai Daerah, Tuan Muhammad Mahazi Haji Ibrahim, tadi YDP Majlis Kubang Pasu, Tuan Badrul Hisham Sulaiman yang mana kepada Tuan Pegawai DO kita yang begitu cakna juga bantu pentadbiran DUN Kota Siputeh. Malah, untuk pengetahuan umum DUN di Parlimen ataupun di Daerah Kubang Pasu ini kita pada baru-baru ini baru sahaja telah membentangkan Pelan Pembangunan Kubang Pasu 2035 yang sejajar agenda ‘The Greater Kedah 2035’.

Yang Berhormat Speaker, namun begitu tekat membangun bersama demi capai sejahtera dan rasa nikmat buat semua untuk memacu kemajuan Negeri Kedah ini tidak….. (YB. Tuan Speaker minta laluan)

Speaker

YB. Kota Siputeh, tolong bagi laluan kepada YB. Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadang di bawah Peraturan 12(1)(a) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung pada 2.30 petang selepas ditangguh pada jam 1.00 tengah hari. Terima kasih

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tersebut dan sekiranya YB. Kota Siputeh tidak dapat menamatkan perbahasannya dalam pukul 1.00, kita akan sambungkan ke petang. Saya akan tangguhkan Dewan ini tepat jam 1.00 tengah hari.

Yang Berhormat Speaker, namun tekad membangun bersama demi capai sejahtera dan rasa nikmat buat semua untuk memacu kemajuan Negeri Kedah ini, tidak wajar dikhianati titah amanat Tuanku Sultan oleh sebilangan mereka yang berstatus penjawat awam yang jadi sebahagian inti ranah bertuah Negeri Kedah. Duduk dalam Negeri Kedah, tapi ada yang nak jaga jawatan dan kedudukan tertentu atas alasan keterikatan, lantaran menjerumuskan diri dan terpalit dengan dendam politik yang tiada kena mengena langsung dengan sumpah khidmat kepada masyarakat, sehinggakan dengar arahan yang bukan-bukan dari pentadbiran Pusat.

Saya cakap ini sungguh, kerana baru kemarin sahaja kami nak buat satu program buat roti, buat roti kat satu tempat ni tapi dihalang sebab kononnya bekerjasama dengan Pejabat DUN. Bukan itu sahaja, banyak lagi perkara-perkara yang contohnya kita nak cakap kelmarin, saya nak ambil contoh dekat sini di sekolah. Kita nak masuk sekolah tak boleh, tapi orang punya lah duk hantar mohon bantuan itu ini, PIBG mohon kita bagi. Kerana cintakan anak bangsa kita, cintakan anak Kedah, nak tengok kejayaan pendidikan, tapi tak ada orang nak peduli, sampai kalau kita tengok dalam Kubang Pasu yang merupakan Bandar Ilmu, tapi hari ni orang yang tamat pengajian SPM sangat-sangat tinggi.

Bukan sahaja di Kubang Pasu, malah di tempat-tempat lain. Tapi kalau nak harap PPD, cikgu-cikgu dan juga JPN buat perkara tu nak turun padang, sebab tu MB Kedah pernah kata apadia, “hang tak pernah susah kan, hang tak pernah susah, hang tak tau macam mana masalah”. Jadinya mereka ni kalau takdan nak turun bawah, memang perlu ADUN-ADUN yang sentiasa turun ke lapangan, MKK-MKK tok-tok penghulu, kerana itu kita gembeleng tenaga dan kerana itulah juga di bawah DO Kubang Pasu baru-baru ni juga dalam Mesyuarat JTPD (Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah) kita ada menyatakan hasrat untuk kita satukan kekuatan kita untuk kita pastikan sifar orang, maksudnya tak lanjutkan pengajian ni, maksudnya orang pasti tamatkan pengajian SPM.

Malah, kelmarin kita ada buat program ‘back to school’ kepada lebih 200 penerima dalam DUN Kota Siputeh. Tapi, nak dapatkan nama pun terpaksa melalui macam-macam kerenah birokrasi. Nama orang-orang susah, macam-macam kerenah birokrasi punya sekat untuk kita nak dapatkan nama. Jadinya kita dekat sini, ADUN PN kita pegang apa yang dipesankan oleh MB awal pasca kemenangan dulu. Saya ingat bila MB pernah berpesan dekat Batu 9, dia pernah habaq depan semua orang bahawa kita ADUN-ADUN PN ni, bukan kita nak kata orang Melayu, anak saya, anak Cina, anak saya, kita tak habaq. Tapi kita kata tak kira hang ni lah orang apapun PN ka, PH ka, UMNO ka, siapa pun kita tolong asalnya anak Negeri Kedah. Pasal itu kita bagi Khairat Kematian, kita bagi Tabung Tengku Mahmud, kita bagi segala macam demi memastikan kejayaan anak Negeri Kedah. Maka daripada itu, kita tak kisah bendera politik……. (YB. Bukit Selambau mohon mencelah)

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

YB. Tuan Speaker, mohon mencelah.

Speaker

Mencelah? Boleh!

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Terima kasih YB. Kota Siputeh. Berdasarkan kepada apa yang disebut oleh YB. Kota Siputeh, saya ada sedikit pengalaman InsyaAllah, berkaitan dengan halangan-halangan. Ini berlaku dalam erti kata baru sahaja ketika mana sebuah pusat pengajian tinggi di bawah persatuan ingin mengadakan program-program. Maka penuntut ataupun pelajar hadir ke pusat khidmat saya mohon bantuan sumbangan untuk melaksanakan suatu program.

Saya dengan rasa simpati maka saya pun berilah sumbangan kepada pelajar di bawah persatuan mereka, bantu untuk melaksanakan program. Sampai satu ketika bila program itu dilaksanakan maka ada pensyarah ingin melihat sumbangan-sumbangan yang diperolehi sejumlah sekian. Maka bila sebut saja sampai tang sumbangan daripada Yang Berhormat Ustaz Azizan bin Hamzah, maka dengan lantas pensyarah tersebut kata, “pulang semula duit kepada YB”. Ini merupakan satu benda yang tidak wajar berlaku di dalam Negeri Kedah. Pusat pengajian yang kita rasa sebagai satu tempat mendidik, bukan lagi mendidik yang sebenarnya. Setuju dengan saya tak YB. Kota Siputeh?

Setuju, setuju Yang Berhormat. Maka saya nak sambung di sini Yang Berhormat Tuan Speaker, mai kat pengarah-pengarah hat jaga jawatan, tau-tau arahan menteri depa kata. Saya nak tanya Menteri Persekutuan, betul ka benda ni, kan? Saya nak tanya juga sebab kita heran, ingat ada keberkatan ka buat lagu ni? Kalau kita nilai kenapa Allah turun bala kat kita, ringgit merudum ka? Pasal kita sendiri cari bala, cipta polemik, tak jaga sentimen. Tapi kalau semua pihak bersatu, tak kira agensi Kerajaan Persekutuan, tak kira segala segenap pegawai pentadbir, tak kira siapa pun, maka macam-macam kita boleh bina bersama. Sesungguhnya takutlah atas amanah Allah SWT ke atas kamu. Keimanan padanya atas segala rezekinya, bukan takut pada kezaliman manusia.

Titah Sultan kelmarin juga jelas menyatakan penjawat awam harus berfikiran positif dan progresif, bukan terlalu selesa dengan amalan dan kelaziman, sekaligus jadi agen perpecahan dan menyusahkan pentadbiran Negeri Kedah dan menggagalkan agenda pembangunan rakyat. Tuanku Sultan ada menyebut kata-kata dari seorang sarjana dan ahli falsafah Perancis iaitu Baron de Montesquieu. Maka selaku graduan dalam bidang sains politik, dapat diamati apa yang turut digagaskan Montesquieu juga antara lain adalah asas kepada federalisme yang mana salah satu cirinya adalah kepentingan desentralisasi demi memastikan keamanan dan kepentingan wilayah terpelihara. Malah yang akan mendapat manfaat dari desentralisasi dengan menghormati kedaulatan wilayah adalah pentadbiran Pusat itu sendiri.

Bukankah perihal efisiensi dan kemajuan pendemokrasian adalah asas nun suatu masa dulu. Saya berani cabar, contoh dalam isu daftar isi program PADU, masih tak capai Hasrat, saya berani cakap. Tapi di peringkat DUN Kota Siputeh, kita tetap bantu. Kami dekat Pejabat DUN kami tetap turun teroka masuk kampung, kami buat tolong daftarkan, saya dengan staff-staff saya. Terima kasih. Mereka semua tolong daftarkan PADU punya program ni.

Yang mana kita nak realisasikan hasrat Persekutuan yang dinilai baik. Saya berani cakap sebab kita ada bukti pertambahan yang tinggi juga antara lain dalam Kubang Pasu iaitu pertambahan eKASIH sama PADU yang asalnya adalah program laksana di bawah kerajaan PN tapi masih kurang dan tiada sambutan kerana sentimen atas ketidakcekapan Persekutuan. Nah! Kita tengok sendiri bila tiada sinergi rakyat yang menanggung.

Maka seperti yang pernah saya nyatakan pada sidang lalu yang tampaknya entiti sebahagian, sebilangan entiti Persekutuan masih tak sedar dan tak berubah tentang sekatan jalinan kerjasama dan kebejatan desentralisasi yang bercanggah dengan semangat dan nilai federalisme yang mana natijah yang dirisaukan adalah keterbantutan pembangunan sosial negeri dan anak Negeri Kedah. Dan bila sampai soal kacau Undang-undang Islam dan Syariah, pandai pula puak ni, dia bilang ini soal federalisme.

YB. Speaker, saya mohon untuk saya tangguh dulu sebab ada lagi dua belas sampai dua puluh dua point. Ada seterusnya.

Speaker

Terima kasih YB. Kota Siputeh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan ini menangguhkan Sidang Dewan pada jam 1.00 tengah hari.

[Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari]

[Sidang Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]

Speaker

Assalamualaikum dan selamat petang. Dewan di sambung semula dan teruskan dengan sambungan Perbahasan Usul Titah Ucapan Menjunjung Kasih oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Dipersilakan untuk sambung tadi Kota Siputeh, ada sedikit masa lagi. Silakan!

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, dia lepas makan tengah hari ni, Allahuakbar dia rasa loi. Baik, Yang Berhormat Tuan speaker, sebentar tadi sebelum kita sambung saya ada menyentuh berkenaan dengan isu federalisme. Maka menyambung dalam konteks tersebut, menyentuh konteks politik ekonomi, Montesquieu yang kita katakan awal tadi yang mana dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah menyentuh tentang sarjana Perancis ini. Montesquieu juga ada menyebut tentang idea ‘confederate stake’ (dengan izin) adalah “a mutual agreement between city states to pursue join economic objectives. Each state having the right to exit the union when it feels it is private interest or harm by the action of the republic. While see section is the right decision making is by bargain”.

Tapi ini bila nak capai kemakmuran bersama antara Persekutuan dan Negeri sering kali negeri dan anak negeri dibuli, dianaktirikan hanya sebab fahaman politik sedangkan sepertimana titah sultan bahawa kemampuan fiskal negeri dan negara masing-masing nyata terhad. Hanya dek kerana ego yang membelenggu dan kesumat politik lantaran disekat-sekat. Maka janganlah halang dan perlambat hak negeri yang nak dan mampu mandiri melalui Private Finance Iniciative (PFI) (dengan izin) untuk pacu kemajuan negeri. Contoh sebelum ini, kita tahu MB Kedah dah tulis surat nak bentang pasal KXP berkali-kali pun tak mahu layan. Habis saya berhenti di situ, saya terus ke point seterusnya.

Maka revolusi Kedah melalui The Greater Kedah 2035 untuk ubah masyarakat pertanian, mengimbangi keperluan dengan percambahan masyarakat industri demi trajektori fiskal adalah jelas menjadi keutamaan Menteri Besar yang perlu untuk sama segenap pihak bulatkan tekad.

Tambahan apabila pertumbuhan negeri menunjukkan hasil pelaburan terkumpul sejak agenda The Greater Kedah dari tahun 2021, yang mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM105.03 billion sebegitu, sedang pula banyak negeri mencatatkan penurunan nilai eksport tetapi Negeri Kedah kekal menjadi teraju dengan peningkatan eksport dan segenap ini menjadi kayu ukur bukti kejayaan pentadbiran Kedah dan barisan pentadbir negeri.

Dalam pada itu, meninjau jawapan Jitra pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Mulut pada sesi pagi hari ini, Kota Siputeh turut ingin mencadangkan tekad misi pelaburan Kedah untuk turut menerokai potensi jalinan ekonomi bersama India selaku ‘world fastest growing big economy’ (dengan izin) yang turut kini menjadi pelopor dalam teknologi ‘green hidrogen’, untuk kita saling memanfaat atas segenap entiti yang mula meninjau potensi bersama India.

Yang Berhormat Speaker, DUN Kota Siputeh berbesar hati mendengar Titah Tuanku yang turut menyentuh soal pembangunan daerah-daerah yang berpotensi yang mana turut menyebut tentang pembangunan infra-infra bersifat strategik di dalam kawasan Kota Siputeh, iaitu pelabuhan laut dalam di Sanglang. Sebagai individu yang pernah terlibat di bawah Institut MASA, kewujudan pelabuhan Sanglang yang termaktub dalam perancangan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang digagaskan pentadbiran Pusat, Perikatan Nasional sebelum ini bersepadu dengan iltizam The Greater Kedah 2035 di bawah MB Sanusi sememangnya adalah ‘game changer’ (dengan izin) yang mampu menjadi katalis kemajuan ekonomi Negeri Kedah.

Kita maklum bahawa Thailand akan bina jambatan darat menghubungkan Laut Andaman dan Teluk Siam dan ia akan beri kesan besar kepada negara kita. Yang mana dalam persaingan ekonomi ini, hakikat dalam konteks ‘demand and supply’ masih membuka ruang untuk Kedah mendapat manfaat atas kedudukan Kedah yang cukup strategik. Kewujudan Pelabuhan Sanglang akan menjadi nilai tambah kepada KXP dan bukan itu sahaja perlu diterokai aspek pembangunan ‘like industry’ dengan hab pelancongan, hab pengurusan logistik di kawasan Kodiang berpusat di KTM Kodiang. Kalau kita nilai dalam kawasan Kota Siputeh, di Sanglang kita tengok ada ruang yang mana agenda untuk pembangunan pelabuhan, pengurusan logistik daripada laut itu boleh membawa kepada pengurusan KTM sebab kita ada KTM, jalan kereta api yang terakhir bagi Negeri Kedah. Maka ianya boleh bersinergi dengan DELAPAN. DELAPAN di Bukit Kayu Hitam, bersinergi dengan pengurusan logistik lain industri di Kota Siputeh di Kodiang. Kalau kita masuk di Arau sikit, Arau pun tak boleh buat, masuk ke depan lagi dalam kawasan-kawasan stesen di Negeri Perlis tak boleh buat. Tapi di Kota Siputeh punyai potensi untuk pembangunan infra dalam memajukan Negeri Kedah.

Speaker

Tiga minit YB.!

Baik. Maka daripada itu juga turut ingin dicadangkan untuk pembangunan pengurusan kabel dasar laut, program pengurusan kabel dasar laut, kerana kita tahu juga di Selat Melaka sekarang ni dasar laut dah ‘congested’, orang kata dah makin penuh, dah bercambah, maka saya juga turut difahamkan oleh beberapa sahabat bahawa potensi Negeri Kedah yang mana untuk mereka menerokai jalan sehingga ke Kelantan dan juga Terengganu, maka Kedah mampu dijadikan hab, tambah pula dengan orang kata pengurusan kabel dasar laut ini berada jika memasuki orang kata perairan Kedah, ianya mampu memberi manfaat yang besar kepada ekonomi Negeri Kedah. Dah nak habis.

Semua ini penting juga sebab isu ‘brain drain’ yang mana turut disentuh oleh titah sultan yang mana saya nak sentuh yang terakhir sekali di sini, saya masih nak menyentuh di Kota Siputeh. Masalahnya adalah masalah yang cukup besar. Kalau kita tengok, kita tahu hasil pertanian, cukai pertanian cukup rendah. Berapa meter persegi hanya berapa sen sahaja, 0.2 sen kiranya. Dan bila menjadi sebegitu kita faham bahawa hari ini perlu ada pembangunan baru untuk memastikan anak-anak Siputeh ini masih lagi berada dan berkhidmat dalam kawasan. Apa yang berlaku adalah ‘generation gap’, yang cukup tinggi dalam Kota Siputeh. Kita boleh tengok orang yang buat bendang umur 68 tahun dan juga anak-anak muda di peringkat persekolahan, peringkat pertengahan ini boleh dikatakan cukup sikit. Kerana apa? Kerana depa sambung kerja, depa sambung mengaji, depa tak balik untuk berkhidmat dalam kawasan, kerana itulah kita berharap perkara ini dapat diteliti.

Dalam konteks pelancongan juga, kita harap dapatlah kita buat taman tema air dekat dalam kawasan Kota Siputeh ini. Sebab di sebelah utara ini, di sebelah Hatyai saya ada sembang dengan DO sebelum ini, InsyaAllah kita nak meneroka potensi sebab di bahagian Selatan Thailand langsung tak dakTaman Tema. Kalau Taman Tema Air ni kita boleh tag market, orang nak pi ke Langkawi kita boleh pastikan depa mai dulu duk semalam maka homestay-homestay semua dapat dibangunkan. Saya ada sentuh ini juga dalam pertemuan bersama dengan PKNK sebelum ini.

Bagi menutup juga perbahasan ini, saya juga nak mengucapkan terakhir sekali setinggi penghargaan kepada SADA. Kerana apa? SADA juga melalui wakil-wakil mereka di bawah CEO SADA dalam pada cabaran yang kita alami, dalam pada musim kemarau ni, dalam pada Kota Siputeh berada di sempadan di penghujung. Tapi pihak SADA sanggup turun padang bersama kami dua-dua orang sat masuk kawasan kampung-kampung PIDA ni, lepas tu bagi penjelasan pada CEOnya, kepada wakilnya. Alhamdulillah bagi penerangan dan penjelasan kepada orang-orang kampung dan moga kefahaman ini dapat memastikan bahawa agenda untuk membangunkan Negeri Kedah sepenuhnya dapat dilaksanakan dengan baik.

Maka, berharap Kota Siputeh yang satu masa pernah jadi pusat pentadbiran Kedah Tua wajar dirangsang potensi sepenuhnya. Sebab ianya memangnya strategik dan mohon semua pihak yang setia kepada pembangunan Negeri Kedah untuk raih potensi pembangunan dalam Kota Siputeh. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Kota Kota Siputeh. Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian, pada petang ini Dewan Undangan Negeri telah dihadiri oleh pemerhati daripada Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tokai. Ahlan wa sahlan. Seterusnya, Bandar Baru. Silakan.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sdan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil A’lamin Wassola Tuwassala Mu’ala Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. Robbish Rohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul ‘Uqdatan Millisani Yafkhohu Khauli.

YB. Tuan Speaker, pertamanya saya mengambil kesempatan berdirinya sini untuk Menjunjung Kasih Titah Ucapan Perasmian Istiadat Pembukaan Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Kali Ke-15 pada kemarin. Dan saya sangat bersetuju dengan Titah Tuanku Sultan dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri dan kepimpinan kerajaan negeri yang sejak 2021 mencatatkan pelaburan sejumlah RM105 bilion yang mana meletakkan Kedah sebagai hab pelaburan di Malaysia ini.

Keadaan ini menjadikan Kedah tempat tumpuan untuk mencari rezeki dan peluang pekerjaan kepada warga Kedah khususnya. Dan apa yang menarik daripada Titah

Tuanku ini, keadaan ini sangat baik untuk memendung migrasi ataupun perhijrahan, perpindahan. Apa yang disebut oleh Tuanku, ‘the best brains of Kedah’. Suka saya menyahut saranan ini juga, saya mencadangkan usaha-usaha perlu dilaksanakan untuk melahirkan ‘Kedah Talent’ ataupun bakat kedah ini dimulakan di peringkat awal lagi, yakni di peringkat usia muda, di peringkat generasi kanak-kanak sampai lah masuk ke institut pengajian tinggi. Suka saya nyatakan bahawa infrastruktur pendidikan dan pendidikan tinggi harus diberi perhatian oleh kita khususya oleh pihak pentadbir.

Saya yakin pengurusan ‘the brains of Kedah’ ini ataupun pengurusan bakat Kedah ini memberi impak yang tinggi ke arah ‘The Greater Kedah’. Kehebatan sesebuah empayar ataupun generasi adalah bermula dengan pendidikan, bermula dengan asuhan, begitu juga dengan ‘The Greater Kedah’ yang harus kita mulakan dengan membina minda atau ‘best brains of Kedah’ ini dengan ilmu atau membina cendiakawan-cendiakawan dan cerdik pandai-cerdik pandai di Negeri Kedah ini. Kita lihat kepada satu hadis Nabi S.A.W yang mana menyebut:

من أردت دنيا فإليه بيه علمي من أردت أخيره فقاله بيه علمي و من أردت إسناتن مائة فقاله بيه علمي ألقمقل

Maksudnya: “Barang siapa yang mahukan kejayaan, kehebatan di dunia ini, di atas muka bumi ini maka wajib ke atasnya dengan ilmu. Barang siapa yang inginkan kejayaan, kehebatan di akhirat. Maka wajib ke atasnya juga ilmu. Dan barang siapa yang inginkan kejayaan kedua-duanya baik didunia dan di akhirat, maka wajib ke atasnya juga dengan ilmu”.

Ruang dan peluang kepada anak Kedah perlu dimasukkan di dalam rundingan dengan syarikat-syarikat yang akan datang melabur di Kedah nanti. Saya sarankan akan diletakkan syarat-syarat kepada anak-anak Kedah supaya mereka diberi peluang untuk menjawat jawatan-jawatan dalam syarikat-syarikat ataupun dalam sesi pelaburan yang dilakukan di Negeri Kedah ini. Di samping itu juga selaras dengan Titah Tuanku Sultan, saya juga sarankan agar GLC (Government Link Company) ataupun PLC (Public List Company) di Negeri Kedah menerokai industri pembuatan melalui kerjasama pintar dan usahasama pindahan teknologi dengan pelabur- pelabur daripada luar ini. Biasanya, pelabur dari luar ini datang dengan tenaga mereka, dengan teknologi mereka dan mereka juga ikut suka mereka untuk kembali ke negara asal ataupun pergi ke negara lain. Oleh sebab itu kita perlu bersedia untuk mengikat mereka ini bagi meningkatkan lagi keupayaan dan juga ‘talent’ untuk rakyat Kedah sendiri.

Saya sarankan agar satu pelan tindakan ataupun ‘blueprint’ jangka pendek dan jangka panjang dalam pengurusan bakat Kedah ini khususnya untuk diambil tindakan oleh Sungai Limau dan juga Jitra bagi melihat keadaan ini supaya kita ada satu ‘blueprint’, perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kita dapat garab benda ini bagi perkembangan, kemaslahatan ‘The Greater Kedah’. Dan juga jawatankuasa ‘The Greater Kedah ini saya rasa perlu mengambil manfaat daripada mereka ini. Selain itu, pelaksana pendidikan termasuk pendidikan tinggi adalah elemen penting di dalam pelan tindakan ini khususnya dunia IT sekarang ini, khususnya talian internet yang sangat penting termasuklah talian internet di kawasan luar bandar, sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh beberapa rakan-rakan Yang Berhormat sebentar tadi. Khususnya kita melihat bagaimana kita nak meningkatkan kehebatan pelajar-pelajar kita ini. Mereka ketika ini sangat bergantung kepada internet, hubungan di antara rakan-rakan mereka juga memerlukan hubugan internet yang sangat kuat, melaksanakan tugasan-tugasan daripada guru-guru, tugasan-tugasan daripada pensyarah-penyarah universiti. Inilah yang akan meningkatkan dan memperhebatkan pelajar-pelajar dan juga warga kita.

Yang Berhormat Tuan Speaker, tugasan pelajar kita tidak dapat disempurnakan tanpa internet ketika ini. Mereka memberi alasan kepada guru mereka, kepada pensyarah mereka, “tidak ada internet di rumah kami”. Jadi mereka tidak boleh balik di kampung dan mereka perlu stay di bandar ataupun di universiti mereka. Ini menjadi satu krisis kepada keluarga. Ada keluarga di kampung tok wan dia, saya pi menziarah tok wan dia mengadu kepada saya, “YB., tolong pertingkatkan kekuatan talian internet di sini”. Sebab apa dia kata, “cucu saya tak mau balik di kampung, dia tak boleh nak berjumpa dengan cucu dia”. Dia kata, “kalau dia teringat kat cucu dia, bukan panggil cucu dia balik, dia kena pi kat cucu dia di Kuala Lumpur, di kawasan-kawasan bandar”. Jadi cucu tak boleh balik kampung sebab apa? Dia kata, “cucu saya nak buat ‘assignment’, tak dak internet”. Satu lagi nak main game lah kot. Jadi ini yang berlaku, ada satu penolakan kepada generasi muda ini untuk balik ke kampung halaman mereka disebabkan oleh masalah ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sayugia saya nyatakan bahawa di sini kita boleh elak krisis ini, krisis masyarakat yang berlaku. Mereka tidak mengenal, tidak tahu tentang budaya hidup orang-orang lama, porang-orang kampung dan sebagainya. Mereka telah ketinggalan maklumat-maklumat ini. Tuan-tuan hadirin sekalian, rakan-rakan Yang Berhormat, juga berlaku bagaimana pelajar-pelajar ini tidak mendapat satu gred yang baik di dalam pelajaran mereka khususnya bagi sekolah-sekolah di luar bandar nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah di dalam bandar. Mereka tidak dapat bersaing dengan pelajar-pelajar di dalam bandar. Sekolah-sekolah di luar bandar perlu kita lihat dan mengambil berat tentang hal ini khususnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya sekali menjunjung kasih atas titah yang prihatin daripada Tuanku Sultan secara ‘direct’, terang dan jelas menyebut tentang pembangunan Baerah Bandar Baharu. Ucapan Tuanku untuk memperkasakan Pembangunan industri di luar Kulim dan Tuanku menyebut bahawa salah satu daerah yang berpotensi untuk dibangunkan adalah Daerah Bandar Baharu di mana lokasinya sangat strategik. Ini dijelaskan dan dinyatakan dengan terang di dalam Ucapan Titah Tuanku di mana Bandar Baharu ini dekat dengan pelabuhan, dekat dengan akses lebuhraya dan merupakan gerbang selatan kepada Negeri Kedah. Dan Bandar Baharu ini juga terletak dalam kedudukan ‘tangled border, border di antara Kedah, Pulau-Pinang dan Perak.

Inilah strategiknya Bandar Baharu ini dan kita perlu garab, kita perlu beri perhatian dan juga mengambil tindakan bagaimana untuk kita bangunkan Bandar Baharu ini. Jaringan lebuhraya yang ada sekarang ini merentasi Bandar Baharu dan jaringan lebuhraya yang baru, Lebuhraya Koridor Utara juga akan merentasi Bandar Baharu ini. Oleh sebab itulah, kita perlu mengambil kesempatan keadaan ini untuk bangunkan Bandar Baharu sebagai satu mercu tanda kepada Negeri Kedah ini.

Oleh itu, saya sarankan perlu diwujudkan satu zon industri yang baru di Daerah Bandar Baharu ini. Ini merupakan satu keperluan yang kita tidak boleh elakkan yang mana bagi mereka yang masuk ke Negeri Kedah sampai saja di sempadan Bandar Baharu ini, mereka akan berasa mereka sudah sampai ke Negeri Kedah. Apa yang berlaku sekarang ini, mereka tak merasakan Bandar Baharu ini sebagai sebahagian daripada Negeri Kedah. Sebab apa? Lebuhraya terus masuk ke Pulau Pinang.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan tuan-tuan yang saya hormati sekalian, dalam merangka Rancangan Tempatan Daerah Bandar Baharu yang saya yakin akan bermula pada tahun 2024 ini, perlu dipertimbangkan proses pengambilalihan tanah di lokasi strategik bermula dari sekarang. Walaupun kemungkinan pelaksanaan projek ini akan bermula 10 hingga 20 tahun yang akan datang, tapi satu keperluan kepada kita untuk mengambil alih tanah-tanah yang ada ladang-ladang yang besar yang ada di sekitar Daerah Bandar Baharu ini. Buat masa sekarang ini, dalam maklumat saya terdapat lebih 1,500 ekar tanah yang tersedia untuk diletakkan, dimasukkan dalam zon industri ini. Saya cadangkan juga zon industri ini yang bakal diwujudkan ini dinamakan bersempena dengan Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan. Saya cadangkan dinamakan Koridor Industri Sultan Salahuddin, yakni KISS ataupun nama-nama lain yang sesuai.

Baru-baru ini tuan-tuan, pada 26 Februari yang lepas, satu delegasi daripada Turkiye datang ke Kuala Lumpur dan menjemput saya untuk bersama dengan mereka. Di antara mereka cadangkan, mereka telah teliti dan menerokai satu peluang untuk membuka sebuah industri baru, yakni ‘medical industry’ di kawasan Bandar Baharu ini. Dan di kesempatan tersebut saya tidak ada, saya berada di luar negara. InsyaAllah saya akan cuba untuk melihat dengan ‘team’ ini peluang untuk kita membuka satu Bandar Baharu yang dinamakan ‘Kedah Medicity’ di sana InsyaAllah tuan-tuan. Dalam ucapan saya ini sebagai akhirnya, saya ingin menyebut dalam pembangunan Daerah Bandar Baharu juga saya cadangkan sebuah ‘township’ baru yang bersempadan dengan Perak, bersebelahan dengan Selama Perak. Tuan-tuan, Pekan Selama Kedah merupakan satu pekan yang kecil, yang tidak ada pembangunan. Bila saya kaji dan teliti, rupa-rupanya separuh daripada Bandar Selama Kedah atau Pekan Selama Kedah, separuh daripadanya adalah tanah hak milik individu ceti. Haaa… ceti, ceti kenal kot no? Tanah ceti. Selama Kedah ni tanah ceti. Separuh daripadanya!

Oleh itu, saya cadangkan alangkah baiknya kalau sekiranya kita memulakan satu inisiatif untuk mengambil alih tanah ini untuk kita bina supaya setanding, setara dengan Pekan Selama Perak yang sebelah ni. Pekan Selama Perak membangun dengan begitu hebat. Sampai tidak ada ruang untuk bina rumah sebahagian penduduk Selama Perak, petugas ataupun pekerja-pekerja Selama Perak ini mereka membeli rumah di Kedah ini sebab rumah di Selama Kedah ini murah. Jadi, kita kena bangunkan supaya standing. Di Selama Kedah ni tak dak apa, “pekan koboi” ka depa panggil. Jadi, itu yang antaranya. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya cadangkan supaya sebahagian daripada tanah ini kita buat pengambilalihan semula dan juga di antara tujuan besar saya yang saya cadangkan ini adalah untuk membina sebuah masjid di sana. Masjid Selama Kedah ini sudah padat! Baru-baru ini saya solat di sana, solat Jumaat padat, melimpah keluar! Masjid yang lama sudah sempit dan melebihi daripada… Saya rasa melebihi daripada umur saya. Ia perlu ada satu kawasan baru untuk kita bina masjid ini tuan-tuan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, hadirin hadirat sekalian, akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan atas ucapan perasmian semalam. Terima kasih banyak. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Bandar Baharu. Seterusnya, YB. Pedu.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Wassalatu wassalamu’ ala asyrofil anbiya iwal mursalin wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma'in. Terima kasih Yang Berhormat Speaker yang memberi ruang dan peluang kepada Pedu untuk membahas ucapan Tuanku Sultan. Yang dihormati, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang dimuliakan Barisan EXCO, tidak dilupakan kepada semua Ahli ADUN Negeri Kedah dan semua Ketua-ketua jabatan Negeri Persekutuan. Mana Pusat Khidmat Tokai tadi duk tang mana? Tahniah kepada Tokai yang bawa anak buah untuk turut serta dalam Sidang Dewan kali ini.

Alhamdulillah, Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini sama-sama kita dapat menunaikan tanggungjawab kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Jadi, tadi ini kita bagi dah kepada Bandar Baharu untuk ambil masa bagi lebih sikit, pasal Pedu tak dak apa nak berucap. Tiba-tiba dia ‘break’ awal, terpaksalah sambung. Jadi, dalam Titah Ucapan Tunku banyak baginda menyebut masalah Negeri Kedah dan masalah antara Negeri Kedah dan Persekutuan. Cumanya saya nak sebut di sini langkah-langkah yang saya akan mencadangkan untuk Persekutuan dan Negeri. Saya nak ambil contoh kepada… orang panggil apa yang masuk Pusat Serenti ni? Banyak di kalangan rakyat di Negara Malaysia ni keluar daripada Pusat Serenti adalah anak-anak kita dan kawan-kawan kita. Jadi, mereka yang keluar daripada Pusat-pusat Serenti ini, balik rumah, rehat 2-3 bulan masuk pulak, rehat 2-3 bulan masuk pulak! Jadi, maknanya apabila anak-anak kita dan rakan-rakan kita sendiri, tak ada apa-apa perubahan! Jadi, kalau masuk sana kalau makan sehari RM30 duduk 3 bulan sebulan RM1,000 habis macam tu lah! Lepas itu, balik duk rumah masuk pulak. Tak macam tu YB. Kuala Ketil?

Jadi, apakah kita nak manfaatkan mereka ni supaya tidak masuk balik kepada tempat yang mereka masuk tu. Jadi, saya syorkanlah supaya jabatan-jabatan yang dapat membantu, AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan). Jadi, ambillah mereka ini sebagai pekerja kita. Buatlah apa agenda pun kerana mereka ini kebanyakan pakar-pakar, dia ada kemahiran masing-masing. Jadi, kita manfaatkan mereka ni supaya tidak bergaul kembali dengan rakan-rakan yang duk jadi dah tu lah kan. Bila mereka balik, duk biar 2-3 bulan, depa ni kira kawan-kawan ‘rem motor’ pun dia perasan dah kata kawan dia mai cari. Tapi, apakah inisiatif kita untuk ambil mereka ini supaya kita himpunkan mereka ni kalau dia bidang pertanian kita bawa dia duduk di bidang pertanian, kalau dia ini bidang mekanikal, kita bawa dia ke bidang mekanikal.

Jadi, adalah pegawai-pegawai yang memantau mereka ini supaya dapat bagi mereka ni melupakan apa yang mereka telah lalui. Dia ni bukan pasal apa, bila dia balik duduk di rumah, duduk tak dak kerja, kawan-kawan mai turut di rumah, dia pergi pulak tu, dia sambung pulak. Tapi kalau kata kita ambil asuh, InsyaAllah mereka akan dapat manfaat kepada kampung halaman……. (YB. Pantai Merdeka mohon mencelah)

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Boleh saya mencelah? Sikit saja.

Sat! Apabila dia boleh manfaat kepada masyarakat di setempat dan untuk Negeri Kedah itu sendiri ataupun negara itu sendiri apabila pengalaman-pengalaman mereka ini dapat membantu kita. Sila YB. Pantai Merdeka.

Speaker

Sila YB. Pantai Merdeka!

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Terima kasih. Yang Berhormat Speaker, tentang tadi di Sungai Petani, saya buat lawatan baru-baru ini, bulan lepas ke AADK. Jadi, bekas-bekas penagih ini mereka diberi kerja. Saya difahamkan sejam 10 ringgit. Jadi bolehlah Pedu rujuk tengok macam mana, tapi memang saya pergi sendiri dan memang mereka diberi kerja sejam 10 ringgit. Untuk pengetahuan lah. Terima kasih.

Siapa bagi kerja tadi taktau? Jadi, itu inisiatif yang dibuat. Itu di Sungai Petani, kalau seluruh Negeri Kedah kalau buat macam tu, InsyaAllah mereka dapat membantu dan kita dapat memulihkan diri mereka sendiri.

Yang keduanya masalah zakat. Zakat ni mungkin dah war-warkan tu dah lama dah, cuma saya ternampak satu dua benda kepada perniaga-perniaga kecil. Kadang-kadang peniaga-peniaga kecil ni dia tak perasan kata dia tu kena keluar zakat. Dia dok berniaga sehari RM50-60, RM100, RM200, RM300 tapi dah dia berniaga pakai kios saja, lepas tu kadang-kadang tu bawa ais krim naik motor saja, tapi dia tak perasan kata dia tu daripada

golongan peniaga yang kena keluar zakat. Jadi, saya mencadangkan kepada Jabatan Zakat supaya dapat buat hebahan secara terperinci kepada peniaga-peniaga. Perniaga pasar malam pun kadang-kadang dia jual bawang saja, tapi untung dia melebihi apa orang panggil cukup apa YB. Tanjung Dawai? Cukup nisab dia, dia kena keluarkan zakat, tapi dia tak perasan. Jadi, pasal apa dia dok meniaga-meniaga untung banyak, tapi duit tak dak! Dia hilang kerana tak dak keberkatan pasal zakat tak bawa keluar. Tak macam tu Pantai Merdeka?

Jadi, inilah supaya benda ini kena war-warkan kepada masyarakat apabila dia ceburi dalam bidang perniagaan. Dia ada banyak benda, kadang-kadang tu dia berniaga burger saja, burger dia duduk di rumah tapi dia buka kiosk di setiap pekan. Kadang-kadang sampai 20 kiosk, jadi pendapatan dia tu puluhan ribu tapi dia tak perasan sebab berniaga burger saja. Jadi, itulah kita kena bagi penerangan yang secukupnya untuk masyarakat kita keluarkan zakat untuk menambah pendapatan zakat dan dapat membantu masyarakat di Negeri Kedah ini. Ada berapa minit lagi YB. Tuan Speaker? Seminit lagi ka?

Speaker

Teruskan! Teruskan!

Tak dak apa dah la! Ni kita kira hat di Pedu palak lah. Cerita masalah semua ni, nak sambung hat Lunas tadi ni, masalah pendatang tanpa izin. Pendatang tanpa izin ini di seluruh dunia dan di seluruh Negeri Kedah dan terdapat di tempat-tempat yang banyak pendatang tanpa izin ni terutamanya Rohingya. Kalau Pattani tu kebanyakan dia mai berniaga goreng, buat tomyam apa tu semua dan penoreh. Tapi Rohingya ini dia mari tanpa izin, tak dak apa satu kad pun. Mai, duduk di negara kita macam depa tu dah ada segala-galanya. Jadi, berlaku dalam tahun 2024 ni, banyak yang berlaku di sebelah sana lah. Sebelah lain pun mungkin benda ini berlaku. Mereka ada kereta motor apa semua ada. Tapi kereta motor tu bukan nama dia, nama orang. Jadi apabila berlaku kemalangan, kadang-kadang, orang sana naik motor pun orang panggil wang-wing, wang-wing. Dia belah orang, dia tinggal. ‘Check-check’ motor tu, orang Gurun. Jadi mangsa yang kena ni, dia nak buat apa? Nak ‘claim’ insurans? Nak ‘claim’ di mana? Nak buat apa? Jadi, macam orang panggil apa, aniaya. Baru-baru ini ada yang patah kaki, duduk di hospital, duduk seminggu dua, keluarga susah kena berulang ke hospital. Jadi, yang senang orang Rohingya, yang susahnya rakyat kita sendiri.

Jadi, saya berharaplah kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya dapat mengambil satu tindakan yang betul-betul untuk banteras warga-warga asing yang ada di dalam negeri kita ini. Jadi, bukan setakat membahayakan kita tapi fikirlah masa ke depan negara kita 5 tahun ke 10 tahun akan datang. Tadi YB. Lunas sebut menikah sampai 4, kalau seorang ibu boleh 5, 5 kali 4, 20 orang anak Rohingya yang ada di sini, dia akan menikah pula, akan jadi seratus, ratus-ratus, ribu-ribu. Pada masa tu kita nak buat macam mana lagi? Jadi, masa tu macam Tuanku sebut membuka mata kita untuk bersatu mempertahankan hak-hak negeri. Jadi, masa tu kita nak pertahan macam mana dah, rakyat Rohingya dah jadi macam rakyat negeri dia. Mereka ini bukan sama dengan rakyat-rakyat lain, apa yang kita cakap, dia tak peduli. Kita kata macam ini, dia jawab macam ni, kita kata macam ni, dia jawab macam ni, dia tak endah kepada teguran-teguran daripada masyarakat kampung.

Yang keduanya, masyarakat kampung itu sendiri pun kena ambil peduli. Jadi kawan ni mai minta ni dia bagi, mintak nu dia bagi. Dia minta buah betik tu sekali saja, tapi sehingga mampus pokok betik tu dia akan ulang ambil. Itulah kita nak kena bagi kesedaran sikit lah kepada masyarakat kita, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Tak macam tu Ayer Hitam? Walaupun rakyat kita ni perihatin terlampau, jadi apabila berlaku benda ini dah menjadi besar, kita susah untuk menjaga. Kalau gurih api tak apa lagi, kalau dah terbakar kena panggil bomba.

YB. Speaker, mencelah sikit.

Lunas nak celah? Ya, boleh.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya nak tanya Yang Berhormat Pedu. Mustahil atau tidak kalau isu yang melibatkan warga asing ni tidak dibendung, akan sampai ke satu tahap kalangan ketua jabatan dan juga kita sendiri di kalangan wakil rakyat ini adakah mustahil depa juga yang akan menguasai dan silap-silap Pedu satu hari nanti wakil rakyat bukan daripada rakyat Malaysia.

Speaker

Sila, Pedu!

Tak mustahil Lunas, benda tu akan berlaku jika kita tak bendung daripada hari ini. Lepas tu ada sikit lagi, perkara yang ketiganya masalah TNB. TNB ini dia pacak tiang tu tak dak apa-apa apa bayaran, pi la pacak tang mana pun, sekupang tak kena duit. Kalau buat kilang pun, kilang itu sendiri kena buat tapi caj TNB yang caj. Isu ini ditimbulkan bukan pasal apa, zaman dulu minitar hanya 6 kaki, zaman tu tak ada ‘machine faber’ tarik dengan traktor buat 6 kaki. Jadi, tiang elektrik duk tang ni rapat dengan tar dalam masa tu. Sekarang ini, minitar kebanyakan 8 ke 10 kaki dan kita minta lah ubah tiang tu tapi nak RM500 sebatang tiang. Jadi, siapa yang nak kena bayar? Jadi, pengalaman Pedu ada 6 batang tiang asalnya jalan tu 6 kaki ke 8 kaki nak ke 10 kaki tiang duk atas tar. Apabila kita buat surat permohonan, nak sebatang RM500, ya tak ya kita kena bayar, kalau tidak tiang tu ada di atas jalan. Jadi, saya mengharapkan kepada TNB supaya benda ni ubah sikit polisi jangan duk kena kawan tu saja, bagi kena orang lain sama.

Macam dengan kabel elektrik yang ditindih oleh pokok-pokok, dia ranap turun sampai ke bawah membahayakan orang. Apabila kita mohon, “kami tak ada kontraktor untuk membuang pokok-pokok ini, kami hanya boleh dapat pergi potong karen tu, jadi hangpa gotong royong buang lah pokok-pokok ini”. Jadi, itulah yang nak sebut bahawa kerajaan rasanya tak pernah caj kepada TNB, pacak tiang di mana-mana tapi TNB caj kepada kita. Macam Bukit Lada ada sebut, “hat juta-juta tak potong, hat ringgit-ringgit potong”. Jadi, kita kena bagilah kelonggaran sikit kepada pengguna-pengguna elektrik ni untuk membantu ekonomi. Memang kita bantu sungguh kepada TNB ini pasal semua kita kena bayar, tak bayar potong. Tapi sekarang Alhamdulillah, dulu nak masuk tiang tiga batang tak kena duit, lebih daripada tu kena duit. Tapi sekarang Alhamdulillah, dah ubah berapa batang pun tak kena duit. Tak apa lah tak kena duit pun, lepas tu orang elektrik kena bayar duit serupa tu juga lah.

Yang terakhirnya isu di Pedu sendiri. Isu di Pedu ni rasanya terkilanlah, beberapa orang menteri, menteri besar pun ada pernah hidup di Pedu. Kalau nak tunjuk gambar tu boleh tunjuk lah. Balai polis sama besar dengan rumah, besar sikit daripada Rumah Mesra Rakyat, nak menjaga rakyat di seluruh DUN Pedu. Anggota hanya ada 20 orang, seorang tukang kebun, seorang kerani, 18 anggota. 18 anggota nak kena ‘topup’ kepada pondok-pondok, ada pondok di Nami, ada pondok di Felda Lubuk Merbau. Jadi, bukan kerja sepanjang masa dalam 18 orang ni, ada syif dia.

Jadi berapa orang yang nak boleh kerja? Kalau di Felda Lubuk Merbau, rumah ada 900 buah rumah lebih, itu dalam Felda saja. Kalau dikelilingi oleh pinggir-pinggir tu, rumah ada 1,300 buah rumah, hanya 2 orang anggota polis. Adakah sepadan 2 orang anggota polis nak menjaga 1,300 buah rumah? Kalau kali sebuah rumah 3 orang, 3 kali 3 = 9, ada lebih kurang 3,900 orang, 2 orang anggota polis nak jaga. Kebelakangan ini, selang semalam tong gas hilang, selang semalam tong gas hilang. Di Pondok Polis, kita tak boleh buat report. Dari Felda nak kena mai ke Naka untuk buat report. Jadi, selang sehari ada lah report. Malam kemarin sebuah kedai 8 biji. Dia pun sembang kemas jugak, dia kata, “tak curi hat aku tak pa lah” ‘Last-last’ balas malam tu kawan balas hat dia 8 biji tong gas sekaligus!

Jadi, saya mengharapkan kerana benda ini timbul berapa lama dah, supaya KDN (Kementerian Dalam Negeri) menghantar dan menambah keanggotaan ataupun di Felda Lubuk Merbau itu sendiri dinaikkan taraf daripada pondok polis kepada Balai Polis, nak cerita hat tadi ini, hat balai seluas Rumah Mesra Rakyat tu. Balai Polis Naka ni dibina pada tahun 1949, zaman kayu dulu ini, zaman kayu, tiang kayu, lantai kayu, semua kayu. Cuma di’upgrade’kan buang lantai tu buh tanah, buh simen, jadi lah bangunan batu tapi tiang masih lagi tiang kayu.

Speaker

2 minit lagi YB.

2 minit lagi? InsyaAllah. Jadi apa nama tinggallah…. Tuan Speaker potong tak sat duk tang mana tak tau. Jadi dalam tu lah pejabat, dalam tu lah tempat pelanggan, dalam tu lah tempat makan. Jadi, teramat sedih lah, negara kita dah maju lama mana dah tapi balai polis masih tahap zaman 1949. Rasanya 1949 tu tak apa lagi, pasal dia pakai gerek, pakai seluar pendek, jadi parking di celah-celah tiang tu pun boleh. La kereta 3, 4 biji, keluasan tapak tu pun kalau orang Kedah panggil suku relung pun tak dak, suku relung pun tak dak tapak, Balai Polis Naka tu. Jadi, saya mengharap sungguh-sungguh lah kepada Kementerian Dalam Negeri supaya lihat untuk membina sedikit apa yang perlu di Balai Polis Naka tu. Jadi sekarang zaman dah berubah, bagilah anggota-anggota polis di Naka tu ada semangat sikit. Ni kena duduk rumah sewa, kuarters polis pun tak dak. Di pondok-pondok polis tempat lain kuarters ada, tapi ni balai polis kuarters pun tak dak kena sewa rumah, balik duduk rumah, jika berlaku apa-apa telefon kawan tu pun pederas mai. Jadi, benda tu akan berlaku kesulitan lah dan kesian lah kepada anggota polis di Pekan Naka itu sendiri.

Yang terakhirnya YB. Speaker, mohon sedikit lagi supaya kerajaan negeri tengok lah di Naka tu, pasar pagi tempat jual ikan di bawah pokok lama sangat dah. Bila-bila bolehlah pergi tolong bina sikit bangunan untuk peniaga-peniaga ikan dan sayur-sayuran di Naka tu. La ni berniaga tepi jalan bawah pokok, kereta parking tepi jalan nak beli, takkan dia nak pergi parking di sana beli ikan di sini. Terpaksa parking di tepi tempat jual tu, jadi hari waktu yang sibuk sangat membahayakan. Dekat pula dengan ‘roundabout’, jadi sangat-sangat membahayakan. Tak berlaku tak pa, apabila berlaku baru kita nak kalut. Kata habis dah masa.

Speaker

Ucapan Menjunjung Kasih, penutup.

Ucap terima kasih dah? Ada satu lagi, tak palah hat tu kita sembang tepi. Jadi, saya menyokong penuh Ucapan Menjunjung Kasih Tuanku Sultan Kedah. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Pedu dan seterusnya Ayer Hangat selepas Ayer Hangat nanti kita akan bagi peluang kepada Kota Darul Aman. Silakan Ayer Hangat.

Puan Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu’ Wassala’ Mua’a Ashrafil Anbiya’i Walmursallin Wa’Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma'in. Rabbishrohli Soderi Wa’yarsirli Amri Wa ahlul Uqdatan Millisani Yafqouhu Khawli.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, pegawai-pegawai Dewan, pengamal-pengamal media, penonton yang melayari secara online, pemerhati-pemerhati serta warga DUN Ayer Hangat yang saya kasihi sekalian.

Pertama sekali, saya ingin menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Perasmian Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang pada pandangan saya sangat tulus, ikhlas dan bertepatan dengan keadaan suasana ekonomi, politik dan sosial Negeri Kedah

dari utara hinggalah ke selatan. Dengan kebijaksanaan dan keprihatinan Kebawah Duli Tuanku dalam meneliti setiap permasalahan dan peluang ini, patik sekalian amat sanjung tinggi.

Sidang Dewan yang dihormati sekalian, saya ingin menyentuh beberapa aspek yang pada pandangan saya sangat perlu diberi perhatian dalam merealisasikan ‘The Greater Kedah’. Titah Kebawah Duli Tuanku berkaitan tenaga mahir anak Kedah. Saya menghormati dan mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Jeneri, EXCO Pelaburan serta delegasi-delegasi pihak kerajaan negeri yang sentiasa mengadakan misi keluar negara menjual negeri kita dalam usaha menarik pelbagai jenis pelaburan ke negeri kita. Melalui pelaburan yang dibawa ini dan limpahan peluang kerja menjadikan Kedah ini lubuk rezeki di utara Malaysia. Kita berharap supaya dengan limpahan projek mega ini adalah seiring dengan persediaan tenaga kerja mahir yang terdiri daripada anak-anak Kedah. Janganlah sampai pekerja luar diberi keutamaan sehingga anak Kedah atau anak tempatan ini menjadi pekerja ‘second class’ kerana kurang kemahiran, kerana sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk bekerja dan sebagainya. Ini berkaitan juga dengan apa yang YB. Pedu dan YB. Lunas sebutkan juga tadi lah. Kesedaran untuk pelajar lepasan sekolah memasuki kolej kemahiran dan teknikal menjadi usaha kita bersama supaya bila siap saja sesebuah projek mega yang kita cadangkan itu, anak-anak Kedah ini dah dilengkapi kemahiran dan boleh terus diserap masuk bekerja.

Yang seterusnya adalah berkaitan ‘think tourism’. Ini ungkapan yang saya pinjam daripada YDP Majlis Perbandaran Langkawi, Yang Mulia Tuanku Iskandar. Terima kasih YM. Dalam bercakap mengenai perkara ini, kita tak dapat elak untuk berbicara mengenai Tahun Melawat Kedah 2025 di mana saya yakin dan percaya usaha ke arah itu sedang giat dibuat oleh semua pihak yang terlibat sama ada dari pihak kerajaan negeri, daripada LADA, Tourism Malaysia dan lain-lain pihak. Seluruh rakyat bukan di Langkawi saja harus menjadi promoter ataupun ‘marketing agent’ untuk bercakap dan mempromosi keunikan Langkawi. Saya bila berjumpa saja bila habaq saja wakil rakyat daripada Langkawi, automatik orang akan tanya, “YB. di Langkawi la ni ada orang ka? Ka masih lagi pulau hantu? Ni yang bertanya ni adalah orang Kedah. Jadi, kita beranggapan nak mengubah minda seseorang bila telah membaca di media sosial ni bukanlah mudah. Jadi, harapan kita supaya setiap orang walaupun bukan orang Langkawi mestilah ‘think tourism’ bercakap mengenai pelancongan ke Malaysia terutamanya ke Langkawi. Saya kata, “macam inilah, tiket feri itu kalau lambat ‘book’ saja penuhlah”. Dan kita juga jangan ukur kehadiran pelancong ni melalui feri sahaja tapi tengok juga melalui kapal terbang dan juga ‘cruise’ yang sentiasa masuk ke Langkawi dan semoga sasaran untuk mencapai tiga juta pelancong pada tahun dua 2024 ini akan tercapai.

Bukan saja Yang Amat Berhomat Menteri Besar dan EXCO tetapi setiap rakyat terutama penduduk di kawasan pelancongan harus ada minda menjual kelebihan negeri. Kita kena anggap Negeri Kedah ini macam barang kita nak jual. Kena cerita kelebihan makanan, tempat menarik dan sebagainya supaya orang yang nak mai tu bukan kita bukan kita tolong ‘promote’ Hatyai ataupun kita kondem negeri kita sendiri. Yang ini kita biasa baca dekat facebook, di media sosial macam mana penduduk kita sendiri, orang kita sendiri yang mempromosikan negara jiran kita. Selain daripada itu, saya juga nak melahirkan kekesalan dengan pihak Kementerian Pelancongan yang masih belum melantik Pengarah Motac bagi Negeri Kedah ini yang difahamkan telah lebih setahun tidak diisi.

Selain itu juga, dalam ‘think tourism’ ini cabaran kita adalah untuk menaik tarafkan cara pemikiran dan perkhidmatan terutamanya di Langkawi. Saya selalu berharap agar ‘travel agent’ dan juga pengusaha-pengusaha kedai makan yang memberi servis pengangkutan contohnya teksi, grab, pengusaha kereta sewa dan sebagainya ada satu budaya ataupun dipanggil budaya khusus untuk mempromosikan Langkawi dan meningkatkan servis yang lebih baik untuk menarik pelancong pada tahun 2025.

Seterusnya adalah ‘health tourism’. Menjunjung titah Tuanku Sultan berkaitan ‘health tourism’, saya rasa langkah ini amat bertepatan dengan situasi kesihatan penduduk dunia sekarang. Selain Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur, Pulau Langkawi dan juga kawasan-kawasan semulajadi di setiap daerah seperti Padang Terap, Baling, Daerah Sik, Daerah Yan juga berpotensi untuk menjadi tarikan ataupun ‘port health tourism’ ini. Orang kata bila dunia dah terlampau maju kita kena ‘back to basic’. Dan ‘port-port healing’ ini ataupun himpunan caravan, glamping site yang menjadi ‘trend’ sekarang ini mampu menjanakan pendapatan ekonomi yang besar kepada Negeri Kedah dan juga kepada kawasan itu sendiri.

Yang Berhormat Speaker, seterusnya ‘point’ yang ingin saya sentuh adalah menseimbangkan pembangunan fizikal dan spiritual. Dalam titah Tuanku ada menyebut, “pembentukan jiwa rakyat yang cintakan negeri haruslah dipupuk supaya rakyat tanpa mengira kaum sayang kepada tanah air ini. Saya sangat berharap agar lebih banyak program-program melibatkan generasi muda, anak-anak muda, pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa dilibatkan dalam program jati diri”. Kalau dulu kita ada PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) sekarang kita dah tak ada. Jadi, banyak masalah-masalah yang timbul disebabkan itu. Kadang-kadang bila depa rasa tak dak sayang kepada negeri mula lah mereka menulis di media sosial dan sebagainya yang kadang-kadang memberi kesan yang tidak baik kepada negeri kita.

Program kepada nak bantu usahawan dan ekonomi wanita mungkin sudah agak banyak dan biasa. Jadi, eloklah kita fokus kepada program jati diri kaum lelaki pula supaya generasi yang akan datang ada semangat pertahankan dan menjadikan ‘The Greater Kedah’ suatu realiti. Saya sebenarnya nak mencadangkan, kalau kita ada Kementerian Pembangunan Wanita, kalaulah boleh kita tubuh Kementerian Pembangunan Lelaki ataupun Jabatan Pembangunan Lelaki. Setuju tak ni orang lelaki semua? Setuju ya? Sama ada setuju atau setuju sangat lah kan? Bunyi suara-suara itu. Tujuannya adalah supaya kalau kita lihat masalah sosial sekarang ni, masalah dadah contohnya, di penjara, di Pusat Serenti siapa yang paling ramai? Anak-anak lelaki kita. Masalah keganasan rumah tangga. Siapa yang duk tinju siapa? Isteri tinju suami ka suami tinju isteri? Biasanya berpunca daripada… minta maaf lah ya, bukan nak mengutuk orang lelaki tidak.

Tetapi dengan seiring masa sekarang, pengurusan emosi bagi lelaki itu sangatlah penting. Saya rasa kerajaan telah menjalankan satu usaha yang baik dalam menubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Pembangunan Wanita dan sebagainya. Wanita ini telah cukup diperkasakan. Wanita sekarang ini bagi saya dah cukup perkasa. Usahawan, usahanita semua dah berjaya dan menjadi tonggak kepada sebuah keluarga, menjadi pencari rezeki kepada keluarga. Tetapi di manakah lelaki-lelaki? Di manakah anak-anak lelaki kita dan apakah perancangan kita untuk menjadi lima tahun, sepuluh tahun yang akan datang untuk menjadi para lelaki ni orang kata daripada segi emosi dan sebagainya akan menjadi lebih baik.

Contohnya, banyak kes lah saya ternyata terkesan dengan kes pukul orang beramai-ramai ini, kes yang banyaklah kita baca di media sosial yang kadang-kadang sesuatu kematian boleh dielakkan jika emosi dikawal dan diurus dengan betul. Kadang-kadang stress, tension dan sebagainya menjadikan sesuatu benda yang kecil itu hingga menimbulkan kematian yang tak sepatutnya berlaku. Contohnya di Langkawi lah pada dua hari lepas, Pejabat Tok Penghulu Bohor ini dipecah masuk oleh seorang budak lelaki berumur sepuluh tahun. Dia curi basikal Tok Penghulu, dia bawa lari. Jadi kami pun terkejutlah, buat report la hapa semua. Rupa-rupanya seorang budak lelaki berumur sepuluh tahun telah mencuri, berani mencuri. Yang inikah generasi nak kita tinggalkan? Kita asyik nak memperkasakan wanita tetapi kita lupa anak-anak lelaki daripada sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke yang dewasa lah.

Terutama di Langkawi saya sangat risau tentang berkaitan anak-anak muda terlibat dengan dadah. Dalam satu keluarga ada tujuh adik beradik, lima lelaki semua terlibat dengan dadah dan dua orang perempuan yang saya jadikan adik angkat ini, saya bayar dia punya pengajian di Selangor dan sebagainya, dia ini lari daripada Langkawi sebab nak menyelamatkan dirinya daripada dijual oleh bapanya kepada tonto-tonto dadah ini.

Jadi, kawan-kawannya telah habis dijual, kawan-kawan perempuan umur empat belas, lima belas, enam belas telah dijual kepada tonto-tonto dan sebagainya lah. Jadi, mungkin perkara ni tidak diwar-warkan secara besar sebab ‘family’ malu, nak ‘cover’ dan sebagainya tapi kalau nak merealisasikan ‘The Greater Kedah’ bukan ini lah generasi yang kita nak harapkan.

Yang Berhormat Speaker, yang terakhir saya ingin menyentuh tentang kos sara hidup. Bila turun ke lapangan berjumpa dengan rakyat, saya mendengar rungutan-rungutan, dan komentar daripada rakan-rakan bila bercakap mengenai kos sara hidup. Sekarang ini bukan saja barang mahal tapi orang kata kalau tak ada duit tak boleh sakit. Kalau tak ada duit tak boleh mati. Dulu Cina eh sorry na…. orang berbangsa Cina saja tak ada duit tak boleh mati. Sekarang kita pun kalau tak ada duit tak boleh mati. Duit orang kata apa kos ubat sangat tinggi, kos perubatan sangat tinggi. Kalau dulu boleh dapat ubat percuma di KK (Klinik Kesihatan) tapi la ni kena beli di farmasi dan sebagainya. Dan yang terbaru saya dengar cerita kata banduan di penjara pun pakaian seragam dan makanan untuk bulan puasa ini pun kena ditanggung oleh family di luar. Satu hari RM18 keluarga kena bayar kepada banduan di penjara sebab penjara dah tak mampu nak menanggung banduan.

Pesakit pesara kerajaan di IJN pun dah kena discaj dan disuruh menerima rawatan di klinik berhampiran rumah dalam usaha kerajaan nak ‘cut cost’. Saya tak tahulah apa kesan kepada rakyat yang kurang berkemampuan terutama kita di Negeri Kedah. Negeri yang kedualah kurang kaya di Malaysia ni. Bukan miskin lah kurang kaya. Apalah nasib kita pada masa akan datang kalau daripada sekarang kita tak membina ekonomi yang kukuh dalam sesebuah keluarga.

Sikit lagi berkaitan penjagaan kesihatan. Saya berharap kempen kesihatan harus ditingkatkan disebabkan masalah kesihatan di Kedah ni terlalu kronik lah bagi saya. EXCO kesihatan dan juga kempen-kempen kena buat dan juga penyediaan tanah-tanah untuk tanaman makanan perubatan. Boleh dah kot kita buat tanaman ulam besar-besaran, kempen makanan ulam besar-besaran ataupun guna ubat berherba tradisional berbanding dadah dan sebagainya sebagai alternatif. Bila nak beli ubat ini orang dah tak ada duit so kita ‘back to basic’ kembali kepada apa ni asal.

Cukai-cukai juga semakin tinggi dan kegagalan Kerajaan Persekutuan menguruskan pentadbiran dan ekonomi yang menjadi ‘tata ke laut’ ni ataupun orang kata, ‘tata kelolo’ lah, memburukkan lagi keadaan hari ke hari. Jadi, marilah sama-samalah kita berdoa supaya Negeri Kedah kita ini terus dirahmati.

Pelaburan-pelaburan besar yang diusahakan akan menjadi kenyataan serta perancangan-perancangan kerajaan untuk jangka masa pendek dan panjang memberikan hasil yang baik dan menguntungkan untuk manfaat rakyat Negeri Kedah pada masa hadapan.

Saya dengan ini menyokong penuh Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah semalam. Sekian, Wabilahhitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Ayer Hangat. Seterusnya Bukit Pinang. Sorry sorry. Kita potong ‘que’ tadi, kita minta Kota Darul Aman. Silakan YB. Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Pihak Media dan semua hadirin yang dikasihi sekalian.

Enak Nasi Royale kawan belanja, Singgah Alor Setar mesti dipromosi, Tiba giliran Bahas Titah Diraja, Hasrat rakyat Kedah kita realisasi.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Usul Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. Dalam Titah Ucapan Tuanku, pelbagai aspek telah diberi penekanan khususnya dalam mempertahankan dan mengembangkan ekonomi Negeri Kedah melalui pelaburan, pembangunan sektor pertanian dengan pemantapan teknologi dan juga pengukuhan sektor pelancongan serta pemeliharaan sumber alam yang menjadi batu asas kepada pembangunan negeri yang mampan dan berdaya saing.

Yang Berhormat Tuan Speaker, di sini saya ingin memberi fokus kepada fenomena El Nino yang berlaku pada penghujung tahun 2023 sehingga ketika ini. Kita diuji dengan musim kemarau yang memberi isyarat ataupun amaran kepada kita tentang kepentingan

mengambil kira perubahan iklim dalam perancangan negeri. Lepas musim kemarau, mai pula hujan lebat ataupun bencana banjir yang tidak dijangka. Kesiapsagaan kerajaan negeri mengharungi era pasca normal mesti dipertingkatkan di mana pemikiran masa hadapan perlu diarus-perdanakan bagi membantu kita mengemudi jalan keluar daripada perubahan iklim yang tidak tentu hala ini. Selain itu, corak cuaca yang melampau di beberapa daerah telah menyebabkan peningkatan kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak dapat dielakkan. Krisis bekalan air semakin meruncing dan menyebabkan aktiviti dan pengeluaran pertanian terutamanya penanaman padi terjejas.

Yang Berhormat Tuan Speaker, taklimat daripada SADA baru-baru ini sebelum Sidang Dewan telah memaklumkan kepada para Ahli Yang Berhormat dan juga Ahli Parlimen bahawa jika cuaca panas ini berterusan, loji-loji rawatan air akan mengalami kesukaran untuk mengepam air mentah. Yang mengejutkan ialah kos penghantaran bekalan air terawat kepada pengguna melonjak dari RM567,000 pada tahun 2018 melonjak ke RM9,901,000 pada tahun 2023. Peningkatan sebanyak 1,644% dengan zero storage kapasiti LRA sedia ada dan sampai bilakah kita mampu hantar bekalan air pakai lori sewa. Apakah perancangan SADA untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan bekalan air, lori tangki. Melihat krisis-krisis ini, saya berpendapat bahawa Pelan Tindakan Perlindungan dan memperluaskan khazanah alam perlu dimartabatkan dengan segera khususnya Hutan Simpan Kekal seperti Ulu Muda bagi memastikan kelangsungan tadahan sumber air untuk dibekalkan bagi kegunaan domestik, industri dan juga pertanian.

Yang Berhormat Tuan Speaker, menyentuh isu-isu di DUN Kota Darul Aman, saya ingin menarik perhatian dan mendesak bahagian perumahan untuk memperbaiki bumbung yang rosak di Blok G dan H Rumah Pangsa Simpang Kuala, Fasa 2 yang menimbulkan risiko keselamatan penduduk. Aduan ini telah dibuat berulang kali mencecah 2 tahun tapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

Saya berasa amat kecewa kerana ini menunjukkan kekurangan tanggungjawab terhadap keselamatan penduduk dan kelemahan dalam pengurusan dan juga penyelenggaran infrastruktur perumahan. Kita tidak mahu insiden kayu jatuh sekali lagi seperti yang berlaku pada tahun lepas dan tiada pampasan dibayar kepada pemilik kenderaan yang rosak.

Selain itu, ada satu lagi aduan iaitu berhubung dengan keadaan bumbung rosak dan berlubang di Blok B dan juga Blok D, Rumah Pangsa Simpang Kuala, Fasa 1 yang telah menjadi pembiakan burung merpati dan ini mengancam kesihatan penduduk. Tindakan pembaikan dan pencegahan perlu diambil segera. Saya ingin mendesak agar tindakan

segera diambil untuk membaiki lampu-lampu koridor bagi Blok A dan Blok E, Rumah Pangsa Simpang Kuala, Fasa 2 yang telah menyala 24 jam tanpa henti selama tempoh 2 tahun tanpa seberang usaha diambil. Keadaan ini menunjukkan satu pembaziran sumber yang ketara dan sehingga kini belum ada tindakan diambil dan kita berharap kerajaan mengambil serius perkara ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya saya ingin menanyakan tentang rancangan Jabatan Kerja Raya (JKR) menghadapi isu penutupan jalan di Lebuhraya Sultan Abdul Halim hadapan Petrol Station BHP yang kini menyebabkan segelintir penduduk di PPR Kota Setar tiada pilihan untuk mengambil jalan pintas dan lawan arus di simpang masuk ke Kompleks Hijau Kuning atau di hadapan Nasi Royale dan ini menyebabkan kemalangan serius dan kemalangan maut sentiasa berlaku. Apakah langkah yang bakal diambil untuk mengurangkan kemalangan tersebut? Penduduk memohon untuk memasang lampu isyarat. Adakah cadangan tersebut boleh dipertimbangkan?

Yang Berhormat Tuan Speaker, sangat menghargai komitmen Polis Diraja Malaysia dalam membanteras jenayah. Sejak bulan Januari hingga Februari 2024, gejala kecurian kabel telekom di Kedah semakin berleluasa khususnya di daerah Kota Setar dan di Sungai Petani. Manhole telekom dibuka, kabel dicuri dan penutup dibiar begitu sahaja dan ini menyebabkan berlakunya kemalangan dimana telah melanggar manhole tersebut dan apakah tindakan yang diambil untuk membanteras jenayah ini?

Selain itu, penipuan ataupun scam atas talian melalui media sosial yang semakin meningkat di Kedah. Melalui pelbagai cara iaitu telegram, facebook dan social media melalui pelaburan dan selalu buat perniagaan, banyak yang tertipu dan seringkali mensasarkan warga emas ataupun ibu tunggal. Dari Januari hingga Februari saya telah menerima dua kes yang melibatkan warga emas wanita dengan jumlah nilai yang ditipu ialah RM150,000. Sebenarnya berapakah kes yang dilaporkan, jumlah kerugian, jenis penipuan dan bagaimanakah PDRM bertindak ataupun Kerajaan bertindak untuk mengatasi masalah ini dan melindungi orang ramai daripada tertipu.

Yang berhormat Tuan Speaker, rakyat wajib dibeli pembelaan seperti yang dihujah oleh YB. Lunas pagi tadi. Kenaikan harga sewa bagi premis atau ruang niaga komersial di Medan Raja, rumah kedai Peremba, Medan Kota di bawah Majlis Bandaraya Alor Setar, wajar diberi perhatian walaupun kenaikan cas sewa yang dikenakan pada masa sekarang adalah terlalu rendah dan tidak munasabah. Saya mencadangkan pihak MBAS mengkaji dan mengenakan kenaikan secara berfasa dan bukanya kenaikan secara one off hampir 300% sekaligus bagi memastikan peniaga-peniaga kecil masih dapat terus berniaga dan terbela.

Akhir sekali, saya ingin bertanya berkaitan kiosk KPKT yang dilancarkan oleh KPKT Malaysia. Saya difahamkan kiosk KPKT ini tidak mengenakan sewa selama 6 bulan. Namun inisiatif ini telah terbantut di mana sesetengah PBT, kini peniaga perlu tanggung deposit RM500 dan perlu juga membuat pembayaran 3 bulan advance sebanyak RM350 sebelum tandatangani perjanjian dengan PBT. Adakah ini benar? Mohon Exco PBT bantu semak.

Akhir sekali, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengakhiri ucapan saya dengan serangkat pantut.

Bandaraya Alor Setar Ibu Negeri, Peluang kurang gaji tak tinggi. Tinggal ibu bapa kurang industri. Jika maju, keluarga tak terbahagi.

Mohon kerajaan tidak lupa membawa pelaburan ke Alor Setar agar Bandar Raya Alor Setar ini tidak ketinggalan berbanding Kulim Hi-Tech Park dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kita. Kota Darul Aman menyokong penuh dan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Tuanku Sultan Kedah. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Kota Darul Aman dan seterusnya Bukit Pinang.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, Wassola Tuwassala Muala Rasulillah Waman Tabi’ahum Biihsani Ila Yaumiddin. Qhola Robbish Rohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul ‘Uqdatan Millisani Yafkhohu Khawli.

Yang Berhormat Speaker,

Herba Bukit Herba Kulit Kayu Manis, Disimpan sehingga senja oleh seorang nyonya, Yang Berhormat Speaker dah lah manis, Tampan dan manja pula orangnya.

Speaker

Tak perasan pulak Speaker apadia. Teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berbahagia dan dihormati Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Pertama kali saya ucap tahniah dan syabas kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah berucap menjunjung kasih semalam. Baginda telah menyentuh 9 perkara pokok yang penting bagi saya. Di sini menunjukkan Tuanku amat prihatin dan bersama rakyat serta mengambil berat menguruskan kerajaan negeri.

Yang pertama baginda menyentuh iaitu peranan hakiki Ahli Dewan Undangan Negeri. Sebagai kewajipan menggubal undang-undang dan meneruskan pembelaan rakyat di seluruh pelusuk. Pembangunan ekonomi yang disentuh oleh Baginda Tuanku amat positif dan juga dari segi pembangunan ekonomi ini, Kerajaan Persekutuan mestilah mengambil sikap positif terhadap semua isu-isu berpikiran positif supaya kerajaan janganlah sifat yang kurang baik, sifat pendendam dan juga sifat politik membenci. Kita nak supaya kita tahu pembangunan ekonomi kerajaan negeri mestilah kita bergantung kepada Kerajaan Pusat dan sentiasa untuk membangunkan satu-satu projek mestilah mendapat kelulusan kepada Kerajaan Pusat sepertimana Kedah Aerotropolis dan lain-lain lagi.

Di sini kita minta supaya Kerajaan Pusat memberi kelulusan kepada Kerajaan Negeri. Kita sedar bahawa Kerajaan Pusat memang tidak ada duit, duit kurang, hutang banyak yang dapat dijelaskan hampir RM1.3 trillion katanya. Tapi kita minta kelulusan daripada Kerajaan Pusat dan mestilah memberi kelulusan kepada Kedah Aerotropolis sebab dibuat oleh pelabur, duit pelabur dan tanah kerajaan negeri. Apakah salahnya sifat positif memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk membantu juga Kerajaan Pusat? Itu yang pertama.

Yang kedua iaitu sekatan pertanian-pertanian. Sektor pertanian boleh memberi impak yang baik kepada seluruh negara iaitu Kedah sebagai sebuah negeri yang mengeluarkan beras yang terpenting dalam Kerajaan Pusat untuk memberi makanan utama kepada

rakyat Malaysia. Tetapi tuntutan dibuat oleh Kedah sepatutnya Kerajaan Persekutuan menjadi prihatin atas pengorbanan kerajaan negeri untuk korban tanah serta untuk menjaga industri beras. Pihak kerajaan negeri selalunya buat tuntutan kepada Kerajaan Pusat bagilah insentif RM100 juta setahun seperti yang telah dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Seterusnya iaitu pelancongan. Bagi saya pelancongan untuk menarik perhatian Kedah 2025 sebagai negeri pelancong di Kedah ini. Saya amat prihatin supaya kita gunalah kaedah yang terbaik contohnya di Langkawi ada satu ‘income’ yang besar di pelancongan Negeri Kedah. Saya nak tekan sekali lagi supaya kerajaan negeri memastikan 5G yang sedia ada di Langkawi mestilah beroperasi dengan sebaik mungkin. Kita tak mahu projek itu “projek gajah putih” sahaja sedangkan 5G ini terdapat di Langkawi itu, belakang pejabat daerah tempat yang terbaik di Malaysia ini tak dak, kiranya di Kedah sahaja yang boleh beroperasi 5G yang terbaik di Malaysia. Jadi, sistem, kabel, ‘fully fiber optic’ di Langkawi. Saya berkeyakinan kalau Kerajaan Pusat dan juga kita di kerajaan negeri dan bersamalah semua agensi-agensi. Kalau kerajaan negeri sahaja untuk membiayai 5G memang kita tak mampu sebab menggunakan 5G ini banyak agensi-agensi yang untuk menggunakan 5G contohnya tentera, polis, LADA dan agensi-agensi lain dan juga PBT dan juga kerajaan negeri. Kalau kita operasikan, kalau semua ini ‘synchronize’kan semua jabatan-jabatan dan agensi-agensi ini, saya yakin kita dapat bayar projek 5G di Langkawi dengan sebaik mungkin.

Seterusnya iaitu kerajaan negeri kaya dengan sumber hutan yang di titah oleh Tuanku untuk mencapai tahap RM1 billion di Kedah ini yang sekarang ni 342 hektar tanah hutan di Negeri Kedah iaitu 36.3% daripada keluasan tanah di Negeri Kedah.

Seterusnya kerajaan negeri juga, kita mesti memperkasakan GLC-GLC yang ada untuk membantu kerajaan negeri untuk sampaikan sasaran RM1 bilion tadi, hasil untuk membantu kerajaan negeri yang terdapat dalam muka surat 13 dan 14 dan juga Tuanku Sultan juga telah menyentuh institusi Mahkamah Syariah yang terdapat dalam muka surat 15, memperkasakan institusi mahkamah. Ini menunjukkan Tuanku Sultan amat prihatin dan ketua agama di Negeri Kedah, agama rasmi Negeri Kedah iaitu agama Islam mestilah memperkasakan Mahkamah Syariah di Negeri Kedah. Kita tak mahu berlaku sepertimana yang semua orang dah tahu, janganlah sampai terlibat di negeri kita. Kalau bolehnya Islam Sebagai Agama Persekutuan di Malaysia janganlah mengganggu gugat agama Islam di Negeri Kedah ini, termasuklah seluruh Malaysia.

Di sini menunjukkan KDYMM Tuanku amat prihatin dan bersama rakyat dalam muka surat 16 dan 17. KDYMM Tuanku bertitah, “sebagai langkah memperkasakan penubuhan Mahkamah Syariah hendaklah diletakkan undang-undang dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sebagai Mahkamah Sivil disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan juga perlu menyemak semula stuktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarki Mahkamah Syariah untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak yang terlibat serta menambah baik kedudukan jawatan hakim Mahkamah Syariah agar setanding dengan sistem digunakan, dipakai di Mahkamah Sivil. Tuanku Sultan juga amat prihatin di mana Tuanku sebut baginda amat sukacita dengan agenda yang dirancang oleh kerajaan di bawah pimpinan Mamanda Menteri Besar dengan pembangunan negeri ke arah ‘The Greater Kedah’. Dan Tuanku bertitah lagi iaitu berharap prinsip ‘great civil service’ dan nilai ‘positive thinking’ yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha meningkatkan kualiti penjawat awam dan perkhidmatan kerajaan dapat dilaksanakan dengan semua penjawat-penjawat awam di negeri Kedah.

Di sini menunjukkan Tuanku amat prihatin dari segi pengurusan kerja dan Tuanku hendak lihat Kedah ini biarlah Kedah menjadi negeri yang terbaik di Malaysia. Itulah harapan Tuanku, saya menyambut baiklah titah Tuanku supaya kita semua bertanggungjawab, kita tak mahu ada sifat kita kena bergantung kepada Kerajaan Pusat, janganlah sifat membenci kepada Kerajaan Kedah sedangkan Kerajaan Negeri Kedah pun ada rakyat bukan sokong PN semua. Janganlah sifat benci ini tanam untuk generasi yang akan datang, kita tak mahu. Kita sebagai pemimpin akan disoal oleh Allah SWT sebab manusia ini tak sehebat semua ‘Kullu Nafsin Zaikatul Maut’ semua manusia pasti akan mati. Buat masa la dia jadi Perdana Menteri lah, lepas jadi Perdana Menteri ini dia nak pi mana? Kalau umur Panjang dia masih ada! Sebab itulah kita jangan tanam sifat yang membenci ini, kita sebagai pemimpin akan dikenang kalau kita buat baik akan dikenang sampai akhir hayat kita. Sebab kita kena ingat sepertimana Allah SWT dalam firman yang saya sebut tadi, Surah Ali-Imran ayat 185, Surah Al-Anbiya ayat 35 dan Surah Al-Ankabut ayat 57:

ْۗ ِالْمَوْ ت ُْۗذَاۤىِٕقَة

ْۗ كُل ْۗنَفْسُ

Maksudnya: “Semua yang hidup pasti akan mati”. Bila mati itulah baru kita nak menyesal, semasa kita berkuasa kita menindas ataupun kita tidak melakukan keadilan kepada semua pihak di bawah tanggungjawab kita. Saya ingat sekadar itulah yang saya dapat sampaikan sedikit sebanyak. Sekali lagi saya Menjunjung Kasih Titah Tuanku Sultan. Sekian Wabillahhitaufik Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh dan seterusnya Kuah dan selepas itu Pengkalan Kundur. Silakan YB. Kuah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15.

Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan sembah terima kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah atas titah ucapan baginda yang banyak menyentuh aspek pembangunan ekonomi, urus tadbir pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat. Titah ucapan Tuanku haruslah dijadikan asas dan panduan kepada setiap anggota pentadbiran negeri dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH 2035) supaya agenda ‘The Greater Kedah’ dapat dicapai.

Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Jeneri selaku Menteri Besar Kedah di atas kewibawaan kepimpinan Yang Amat Berhormat dalam mengemudi pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Kelantangan Yang Amat Berhormat Jeneri dalam mempertahankan hak-hak Negeri Kedah diharap dapat membuka mata pihak-pihak yang menjadikan kelantangan Yang Amat Berhormat Jeneri ini sebagai modal politik untuk menidakkan pembangunan yang seharusnya dikecapi oleh rakyat Negeri Kedah.

Yang Berhormat Speaker, sektor pelancongan telah menyumbang sebanyak 16.7% kepada KDNK Negeri Kedah dengan nilai 8.517 bilion Ringgit menjadi sektor kedua terbesar di bawah sektor perkhidmatan. Selain mengoptimumkan potensi sumber dan aset pelancongan, kerajaan negeri disarankan untuk meneroka cabang-cabang baharu ekonomi berasaskan pelancongan.

Pulau Langkawi Permata Kedah adalah satu jolokan yang tidak asing lagi kepada sektor pelancongan negara. Bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Pulau Langkawi, anak-anak syarikat milik kerajaan negeri disarankan untuk meneroka pasaran pelancongan berasaskan kesihatan atau ‘Health Tourism’ yang semakin mendapat perhatian pelancong.

Pulau Langkawi yang telah tersenarai di tangga ke-9 sebagai Pulau Terbaik di Dunia “Best Island In The World” oleh majalah Travel Plus Leisure Readers 2023 seharusnya memiliki hospital pakar bertaraf antarabangsa bagi menampung pelancong asing untuk mendapatkan rawatan di pulau pelancongan ini.

Terbaharu, kita dikejutkan dengan berita di mana Raja Norway, King Harald V (Ke-5) telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha yang tidak mempunyai Wad Diraja untuk mendapatkan rawatan setelah jatuh sakit ketika baginda sedang bercuti di Pulau Langkawi. Justeru, kerajaan negeri perlu melihat kepentingan untuk melabur melalui anak-anak syarikat kerajaan negeri atau menarik pelabur bagi mewujudkan hospital pakar bertaraf antarabangsa di Pulau Langkawi.

Yang Berhormat Speaker, peribahasa Melayu ada menyebut “Berbudi kepada tanah, lambat laun mendapat hasilnya”. Bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Pulau Langkawi, kerajaan negeri disarankan mengoptimum penggunaan tanah-tanah di Pulau Langkawi untuk pembangunan pelancongan berasaskan pertanian atau “Agrotourism”.

Kerajaan negeri dicadang untuk memperkenal geran-geran atau bantuan kepada pengusaha pelancongan berasaskan “agrotourism” yang layak bagi tujuan pengkomersialan produk pertanian dan pelancongan. Selain dapat memenuhi permintaan pasaran produk pertanian, inisiatif serampang dua mata ini akan merancakkan lagi industri pelancongan, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu, dan mengurangkan jumlah tanah terbiar yang tidak diusahakan.

Bagi menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025, kerajaan negeri perlu mempersiap ekosistem pelancongan negeri ini supaya mampu menarik masuk pelancong tempatan dan antarabangsa untuk melancong ke negeri ini. Justeru, fasiliti pelancongan negeri ini perlu segera dinaik taraf dan diselenggara pihak-pihak yang terlibat termasuklah Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Hutan Negeri, Jabatan Muzium dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang khusus bagi Pulau Langkawi supaya terus kekal dilawati pelancong.

Yang Berhormat Speaker, Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah dan Jeti Kuah di Pulau Langkawi amat sinonim sebagai pintu masuk utama ke pulau peranginan ini. Namun, apa yang menyedihkan adalah keadaan fasiliti di kedua-dua jeti ini tidak lagi mesra pengguna. Titah Kebawah Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Kedah untuk pihak Kementerian Pengangkutan menyegerakan naik taraf Jeti Kuala Kedah perlu diberikan perhatian utama. Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah tidak lagi mampu menampung jumlah kemasukan pelancong ketika musim cuti sekolah.

Pelancong yang tiba di Jeti Kuah pula sering merungut apabila menghadapi masalah “trolley” yang disediakan oleh Jabatan Laut hanya dapat digunakan pada had yang tertentu dan sering kali tidak mencukupi apabila jumlah pelancong yang masuk melalui feri meningkat pada waktu puncak.

Justeru, saya mencadangkan agar laluan “escalator” (dengan izin) seperti di lapangan terbang dapat disediakan di Jeti Kuah bagi menghubungkan platform feri sehingga ke ruang menunggu di dalam jeti bagi memudahkan pengguna.

Yang Berhormat Speaker, untuk menggalakkan lagi sektor pelancongan di Pulau Langkawi, beberapa kelonggaran bagi lesen-lesen aktiviti perniagaan berasaskan pelancongan perlu diteliti semula. Pengusaha pusat kecantikan dan spa amat terkesan dengan prosedur untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan aktiviti perniagaan tersebut.

Keputusan kerajaan negeri yang tidak lagi mengeluarkan lesen bagi perkhidmatan pusat kecantikan dan spa telah menjejaskan pengusaha perkhidmatan sedia ada di mana kebanyakan resort dan hotel bertaraf lima bintang di Pulau Langkawi turut terkesan dengan keputusan tersebut. Hal ini sedikit sebanyak telah menjejaskan produk pelancongan berasaskan pusat kecantikan dan spa di Pulau Langkawi.

Kerajaan Negeri digesa untuk memperincikan garis panduan baharu berkenaan lesen pusat kecantikan dan spa. Selain itu, kerajaan negeri boleh memperkenalkan Garis Panduan Pusat Kecantikan dan Spa Patuh Syariah atau “Muslim Friendly Spa” agar produk pelancongan ini terus dapat menarik minat pelancong menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi untuk beristirehat.

Yang Berhormat Speaker, bagi memastikan pusat-pusat pelancongan di negeri ini terutamanya di Pulau Langkawi terus relevan dengan “trend” semasa, semestinya pembaharuan idea, gerak kerja mempromosi pelancongan dan usaha mewujudkan tarikan-tarikan pelancongan yang baharu perlu giat dilakukan. Budaya rasuah, kronisme, sikap acuh dan sambil lewa dalam setiap peringkat sama ada di agensi awam atau swasta boleh membantutkan usaha-usaha ini perlu dicantas segera sebelum menjadi barah yang boleh merosakkan agenda pembangunan pelancongan negeri ini. Walaupun terdapat usaha yang berterusan dari pelbagai pihak memburukkan jenama pelancongan Pulau Langkawi, namun ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat pemain industri pelancongan di pulau peranginan ini untuk terus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelancong. Justeru diharapkan, tidak ada “little napoleon” yang terlibat dengan agenda jahat memburukkan Pulau Langkawi.

Yang Berhormat Speaker, Pulau Langkawi sering menghadapi masalah bekalan air terawat. Keadaan ini semakin meruncing apabila tiba musim kemarau atau fenomena El-Nino. Kawasan tadahan air dan loji rawatan sedia ada tidak mampu menampung permintaan semasa. Ditambah pula dengan masalah kebocoran paip dasar laut yang menghubungkan LRA Sungai Baru di Perlis dan Penarak di Pulau Langkawi yang sering berlaku. Keadaan ini menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat dan pengusaha hotel di pulau peranginan ini.

Justeru, kerajaan negeri disarankan untuk menjadikan sumber air laut sebagai alternatif bagi mengatasi masalah bekalan air terawat di Pulau Langkawi. Sebagai contoh, usaha menggunakan air laut melalui proses penyahgaraman sebagai alternatif bagi bekalan air bersih telah berjaya dilakukan di Pulau Sebangkat, Sabah. Projek penyahgaraman air laut ini telah dibangunkan oleh SIRIM Berhad dan sedang diaplikasi di beberapa kawasan di Negeri Pahang.

Sungguhpun kaedah ini tidak dapat mengatasi masalah bekalan air terawat di Pulau Langkawi secara holistik, namun sekurang-kurangnya kaedah alternatif ini dapat mengurangkan impak masalah bekalan air terawat kepada penduduk Pulau Langkawi dan pengusaha-pengusaha industri pelancongan di pulau peranginan ini.

Yang Berhormat Speaker, sebagai penggubal undang-undang di peringkat negeri ini, saya percaya setiap wakil rakyat di negeri ini yang telah dipilih melalui proses demokrasi iaitu pilihan raya, sentiasa turun padang bagi menyelami permasalahan rakyat segenap lapisan dan sentiasa terbuka mendengar pandangan semua pihak. Nasihat dan peringatan melalui Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuan Sultan Kedah akan sentiasa dijunjung oleh setiap wakil rakyat negeri ini yang telah dipilih.

Wakil-wakil rakyat melalui Dewan yang mulia ini akan menggubah dasar-dasar untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Ianya adalah satu amanah yang amat besar, di mana di akhirat kelak akan dipersoal oleh Allah SWT. Kerjasama oleh Pegawai-pegawai Tadbir Negeri, jentera pentadbiran awam Negeri dan Persekutuan termasuklah di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh Dewan yang mulia ini dan Ahli-ahli Majlis di peringkat PBT adalah kunci kepada kejayaan “The Greater Kedah” kelak.

Saya akhiri Perbahasan Titah Ucapan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dengan terjemahan firman Allah SWT dalam Surah Al-Maa'idah ayat Ke-2 yang bermaksud,

“Bekerjasamalah dalam melaksanakan perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara dosa dan bermusuhan”.

ADUN Kuah menyokong Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih Kuah. Seterusnya, silakan Pengkalan Kundor.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat EXCO, sahabat-sahabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil daripada agensi kerajaan, pengamal media dan seluruh yang berada dalam Dewan ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Speaker

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Saya menjunjung kasih dan menyambut baik titah Tuanku Sultan Kedah berkenaan meminda dengan memasukkan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Memandangkan saya adalah orang undang-undang, peguam sivil dan juga peguam syarie. Jadi, isu ini adalah isu yang saya takkan lepaskanlah peluang untuk sentuh. Saya menjunjung kasih titah Tuanku Sultan yang menyebut bahawa, saya petik titah Tuanku Sultan yang bertitah, “Beta mahu Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini. Dan sebagai langkah pemerkasaan penubuhan Mahkamah Syariah hendaklah diletakkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagaimana Mahkamah Sivil disebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan”. Dan jika ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah maka kita akan menjadi antara negeri yang awal dan proaktif dalam mengambil langkah dari sudut undang-undang secara undang-undang dalam mempertahankan Mahkamah Syariah dan kita melihat bagaimana respon rakyat apabila semalam selepas titah Tuanku dilaporkan oleh media berkenaan dengan seruan Tuanku

untuk memasukkan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah berkenaan dengan mempertahankan Mahkamah Syariah. Kita melihat sambutan rakyat jelata yang begitu baik dan menyambut baik terhadap titah Tuanku ini dan kita lihat keterujaan rakyat betapa ramai rakyat di luar sana, orang Islam yang berasa teruja dengan ketegasan Tuanku Sultan dalam memertabatkan dan melindungi Mahkamah Syariah terutamanya pasca kes Nik Elin yang mencabar peruntukan di dalam Enakmen Jenayah Syariah. Untuk titah ini patik lafazkan Daulat Tuanku.

Sidang Dewan sekalian kita telah sekian lama, semenjak merdeka kita hidup dengan dua set undang-undang, dua sistem mahkamah. Ini bukan satu perkara yang baru. Sebelum merdeka kita memang mengamalkan undang-undang Islam, sebelum kedatangan penjajah. Ada Kanun Kedah, Kanun Melaka yang mana undang-undang itu ada pengaruh Islam tetapi setelah datangnya penjajah maka peranan undang-undang Islam itu diminimumkan sampai menjadi tidak penting tetapi selepas kemerdekaan kita memang ada Mahkamah Syariah dan juga Mahkamah Sivil berjalan seiring. Sebagaimana yang saya sebutkan sebagai pengamal undang-undang sivil dan syariah, saya bercakap, berbahas atas semangat mempertahankan kedaulatan undang-undang kedua-duanya tanpa meremehkan mana-mana satu sistem undang-undang. Dan seiring kemerdekaan, sekarang dah tahun 2024 kita sepatutnya menjadi semakin matang dalam menangani pertembungan antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah ini. Dan Perlembagaan Persekutuan mestilah dipertahankan dengan pendekatan ataupun ‘approach’ yang membawa kepada kedamaian bukan sebaliknya.

Masalah tidak boleh dielakkan, memang akan ada masalah. Apa sekalipun pendekatan yang diambil akan timbul masalah tetapi kita pilih pendekatan yang minimum, masalah yang paling minimum. Nak hapuskan masalah nak elakkan masalah 100% itu adalah mustahil tetapi kita pilih lah pendekatan ataupun ‘approach’ yang paling boleh meminimumkan masalah yang timbul. Bukannya kita pilih pendekatan yang menimbulkan masalah yang baru pula, seolah-olah sekarang ini kita berpatah balik ke belakang sebelum perkara 121(1a) dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana perkara 121(1a) ini adalah satu sempadan pemisah yang saling menghormati bidang kuasa masing-masing. Mahkamah Sivil tak boleh masuk campur bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Syariah tak boleh masuk campur dalam bidang kuasa mahkamah Sivil. Itu adalah satu batas sempadan yang telah pun diletakkan dalam perkara 121(1a). Namun sekarang ini, kita melihat satu situasi yang bagi saya adalah berpatah balik ke belakang.

Walaupun alasan penghakiman di dalam kes yang terkini yang turut disentuh termasuk di dalam doa Tuan Mufti semalam berkenaan dengan kes ini yang mana kes Nik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha melawan Kerajaan Negeri Kelantan ini walaupun di dalam alasan penghakiman ini peringkasan penghakiman ini sebut bahawa “isu di hadapan kami tidak kena mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah” tetapi siapakah badan pelaksana yang akan terkesan dengan keputusan ini adalah Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah berada di bawah bidang kuasa Dewan Undangan Negeri yang mana ada dua badan yang boleh membuat undang-undang dalam negara ini satu Parlimen, satu Dewan Undangan Negeri dan Dewan Undangan Negeri ini buat undang-undang syariah. Jadi, walaupun dikatakan kes ini tidak ada kena mengena dengan Islam dan Mahkamah Syariah tapi badan pelaksana yang akan terkena implikasinya adalah Mahkamah Syariah.

Jadi Tuan Speaker, merujuk kepada perkembangan terkini berkenaan dengan kes ini yang mana kes Nik Elin ini mencabar 18 peruntukan di dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan ini bukanlah kes yang pertama yang mencabar dari sudut perlembagaan berkenaan dengan Enakmen Jenayah Syariah ataupun Undang-Undang Syariah yang mana sebelum ini Sister in Islam Forum Malaysia telah mencabar Seksyen 66(a) Enakmen Pertadbiran Agama Islam Selangor berkenaan kuasa Mahkamah Syariah membuat semakan kehakiman yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 66(a) tersebut tidak sah dan terbatal.

Kemudian, kita ada kes Iki Putera Mubarak yang mencabar Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor berkaitan kesalahan liwat dan Mahkamah Persekutuan sekali lagi memutuskan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu sebagai tidak sah dan terbatal. Sehinggalah yang paling mengejutkan baru-baru ini, 16 Seksyen Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang dicabar di dalam kes Nik Elin diputuskan sebagai tidak sah dan terbatal. Kita menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kita ‘move forward’ bahawa bagi saya, saya mencadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri ini, kita perlu memanfaatkan segala ruang yang ada untuk memperkasakan bidang kuasa negeri, Mahkamah Syariah, Undang-Undang Syariah yang berada di bawah bidang kuasa negeri ini kita jangan sempitkan lagi. Kita jangan mudah pasrah, mudah reda dengan apa yang berlaku. Tetapi kita perlu mengambil langkah yang proaktif, mengambil langkah untuk mempertahankan dalam ruang lingkup yang ada sedaya upaya kita mempertahankan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang mana telah ada pada hari ini.

Walaupun selepas kes Nik Elin ini, Kedah belum dicabar. Jadi maksudnya Enakmen Jenayah Syariah Kedah, peruntukan-peruntukan yang ada ini masih lagi sah, masih lagi boleh berjalan tetapi keputusan Mahkamah Persekutuan seakan memberi satu amaran kepada negeri-negeri lain memandangkan keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah yang paling tinggi dalam hierarki negara ini maka pada bila-bila masa Enakmen Jenayah Syariah Kedah boleh dicabar. Yang mana, Yang Berhormat Tuan Speaker dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah kita ada 8 seksyen yang mirip ataupun sama dengan seksyen-seksyen yang ada di dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang telah dicabar, yang telah diputuskan sebagai tidak sah dan terbatal di dalam kes Nik Elin iaitu Seksyen 17 minuman yang memabukkan, Seksyen 18 Perbuatan sumbang mahram, Seksyen 20 Mensyikari, Seksyen 23 Liwat , Seksyen 28 Memberikan keterangan maklumat atau pernyataan palsu, Seksyen 30 Memusnahkan atau mencemarkan masjid, surau dan sebagainya, Seksyen 31 Menggalakkan maksiat, Seksyen 38 Penyalahgunaan tanda halal.

Jadi, ini adalah seksyen-seksyen dalam Enakmen Jenayah Syariah Kedah yang berpotensi untuk dicabar yang mana sekarang ini pun saya fikir penguatkuasa-penguatkuasa agama pun akan merasa inferior, merasa takut untuk meneruskan penguatkuasaan, siasatan, pendakwaan terhadap seksyen-seksyen yang sama ataupun mirip dengan seksyen-seksyen yang dibatalkan dalam kes Nik Elin. Jadi, justeru saya menyambut baik kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah untuk mewujudkan jawatankuasa bagi mencari penyelesaian. Yang mana saya fikir jawatankuasa ini menjadi satu keperluan yang mendesak untuk ditubuhkan dengan kadar segera mungkin yang mana ada banyak perkara yang jawatankuasa ini perlu teliti yang mana penubuhan jawatankuasa ini perlu kenal pasti masalah-masalah dan mencadangkan penyelesaian yang praktikal untuk kita memperkasakan Mahkamah Syariah ini.

Antara masalah-masalah yang perlu kita lihat adalah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan membatalkan seksyen-seksyen tersebut yang mana ada seksyen-seksyen atau ada kesalahan-kesalahan yang dibatalkan itu sebenarnya tidak ada larangan di dalam Kanun Keseksaan seperti sebagaimana yang kita pernah dengar banyak orang dah kongsikan seperti larangan riba. Riba bukanlah satu kesalahan di dalam Kanun Keseksaan tetapi turut dibatalkan kerana Mahkamah Persekutuan melihat kesalahan atau intipati. Jadi panjanglah kalau saya nak huraikan di sini saya akan mengambil masa yang lama tetapi saya akan ringkaskan yang mana tafsiran ataupun konteks kesalahan dari kacamata Undang-Undang Sivil dan Syariah adalah berbeza. Yang mana saya bagi contoh larangan berkenaan apa-apa yang memabukkan di sisi Undang-Undang Sivil dengan apa yang memabukkan dalam konteks Undang-Undang

Syariah adalah berbeza. Apa yang ditetapkan menjadi satu kesalahan di dalam Undang-Undang Sivil tidaklah sama bagaimana dia jadi kesalahan dalam Undang-Undang Syariah. Sebagai contoh, bagaimana mabuk itu menjadi salah di sisi Undang-Undang Sivil, dia tak sama macam syariah mengatakannya salah. Syariah ini apa yang ditetapkan di dalam Quran sebagai salah ataupun sesuatu yang melanggar hukum Allah adalah menjadi satu kesalahan di dalam Undang-Undang Syariah. Sedangkan dari sudut Undang-Undang Sivil adalah apa yang bertentangan dengan kanun keseksaan ataupun undang-undang negara tersebut.

Jadi spirit, roh, konteks tafsiran adalah berbeza. Jadi saya fikir kita perlu mencari satu jalan penyelesaian dalam keadaan kita dah ada keputusan Mahkamah Persekutuan bagaimana kita masih lagi menjaga, menjaga bidang kuasa ataupun orang kata apa kedaulatan undang-undang syariah ini. Antara lain contohnya perkhidmatan maksiat. Tafsiran maksiat di sisi syarak tidaklah sama dengan tafsiran maksiat di sisi sivil. Jadi, ada banyak perkara yang mungkin saya fikir kita menerima, kita menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan kerana Mahkamah Persekutuan menafsirkan ‘as it is’ lah apa yang ada di hadapan. Jadi, Mahkamah Persekutuan menafsirkan begitu tetapi dari sudut kita sebagai kerajaan, apa pendirian kita dengan keputusan yang dibuat dan saya merasa agak terkilan melihat kepada sikap Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya bagi saya tidak memihak ataupun tidak ‘take side’ tidak memihak tetapi menunjukkan satu sikap yang nak memperkasakan Mahkamah Syariah. Tetapi ada kenyataan-kenyataan yang saya baca daripada agensi yang menyatakan bahawa mereka menyambut baik keputusan ini kerana hukuman di dalam kanun kesesaan adalah lebih inklusif daripada hukuman dalam Enamkmen Jenayah Syariah yang eksklusif. Sebenarnya undang-undang syariah tak perlu pun jadi inklusif kerana dia memang eksklusif untuk orang Islam sahaja. Kenapa perlu ada kenyataan-kenyataan sebegini yang seolah-olah meremehkan undang-undang syariah itu sendiri seolah-olah tak faham apakah keperluan undang-undang syariah, apakah semangat untuk mempertahankan syariah itu tidak datang daripada pihak yang sepatutnya mempertahankan. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker saya lihat sebagai contoh antara yang saya fikir…. ya silakan. (YB. Kupang minta laluan)

Apa pendapat Yang Berhormat, apakah situasi yang berlaku ini agak berbeza daripada sebelum ini dengan yang sekarang? Maksudnya kalau dulu tidak jadi masalah dan perkara itu berjalan sejak daripada perlembagaan ditubuhkan, dirangkakan sehinggalah sampai kepada waktu kini. Jadi, adakah yang salah itu ialah pentafsir ataupun bagaimana? Sebab kalau dulu tak jadi masalah, sekarang jadi masalah. Yang jadi masalah kerana pentafsiran. Jadi adakah pentafsir itu yang salah? Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, silakan Pengkalan Kundur

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Terima kasih Kupang. Jadi, sebagaimana yang saya sebut tadi saya ‘missrespect’ kepada keputusan Mahkamah Persekutuan. Kita menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat tetapi ini adalah medan di mana anggota legislatif membahas dan berbincang. Jadi saya fikir kita ‘move forward’ kita bincangkan bagaimana cara untuk mengharmonikan mencari jalan penyelesaian kerana sebagaimana yang saya sebutkan kita seolah-olah berpatah balik ke belakang sebelum perkara 1211A dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya suka untuk mengangkat usaha Prof. Ahmad Ibrahim yang telah pun, dia bukannya ustaz macam mana saya pernah sebut sebelum ini. Dia First Class Degree, Law First Class Degree Economic daripada Cambridge, Master daripada Cambridge, PhD National University of Singapore bukan ustaz tapi telah melakukan satu usaha yang begitu baik dalam mereformasi institusi kehakiman syariah. Jadi, perlu kita lihat juga dari sudut pelaksanaan, sebagaimana kita sebut tadi apabila perkara ini yang sepatutnya berada di bawah kesalahan undang-undang syariah dipindahkan menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang sivil maka jalur pelaksanaan itu daripada sebelum ini boleh disiasat, boleh diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa agama, boleh didakwa di Mahkamah Syariah akan berpindah kepada pihak penguatkuasa sivil kepada polis. Kita tambah beban kepada polis. Macam tadi Pedu sebut dekat Pedu ada 18 anggota polis saja dan kita tengok kalau saya tengok statistik, saya tengok kenyataan setakat Februari 2023 kekuatan anggota polis cuma seramai 134,978, rakyat Malaysia menurut Jabatan Perangkaan Malaysia ada 33.4 juta. 134,978 polis nak jaga 33.4 juta rakyat Malaysia. Ditambah dengan kes-kes jenayah yang sedia ada, kes curi basikal Tok Penghulu lagi, ada banyak kes-kes jenayah yang polis nak ‘settle’ kita tambah pula yang selama ini pihak penguatkuasa agama boleh siasat, boleh dakwa, pendakwa raya syarie boleh dakwa, pihak penguatkuasa agama ini boleh ambil Tindakan, tiba-tiba kita pindahkan beban kepada pihak polis pula.

Jadi, dengan jumlah polis yang sedikit nak dibandingkan dengan jumlah populasi rakyat Malaysia, dengan jenayah sedia ada pun depa pun nak kena siasat nak kena ambil tindakan, tambah pula lepas ni nak kena siasat perkara-perkara yang sebelum ini sepatutnya pihak berkuatkuasa agama boleh ambil tindakan. Itu perkara-perkara yang

saya fikir jawatankuasa yang dibentuk perlu fikirkan dan pertimbangkan sebab saya ingat bidang kuasa ataupun kuasa yang sedia ada dalam Mahkamah Syariah ini yang belum pun dicabar dan kita harap tidak dicabar dan kita harap kita boleh pertahankan. Saya harapkan supaya pihak penguatkuasa agama, mahkamah syariah, pihak pendakwa raya syarie, pihak badan-badan penguatkuasa agama tidak merasa inferior, teruskan selagi mana ia tidak dicabar. Itu pada pandangan saya lah.

Speaker

3 minit lagi Pengkalan Kundor.

Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Tadi, Yang Berhormat menyebut bahawa 7 atau 8 enakmen di Negeri Kedah yang mungkin dicabar agak sama dengan apa yang telah berlaku di Enakmen Syariah Kelantan. Boleh kita tahu, adakah kes-kes tergantung sekarang ini yang diberhentikan sebab apa kita tak berani nak buat penguatkuasaan dalam masa terdekat ini, takut-takut dicabar? Ada tak kes-kes begitu dan mungkin ada cadangan ataupun pencerahan perkara itu tersebut. Terima Kasih.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Saya ingat mungkin pihak EXCO Agama boleh memberikan statistik yang jelas lah berkenaan dengan kes-kes yang berkaitan dengan seksyen-seksyen itu yang mana tergendala. Tetapi betul apa yang Belantik sebut itu maksudnya sebelum ini ada kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan seksyen-seksyen yang terbatal ini yang pihak penguatkuasa agama siasat, pendakwa raya syarie dakwa di Mahkamah Syariah contoh kes sumbang mahram. Jadi peguam pendakwa raya syarie, peguam syarie berhujah, hujah di Mahkamah Syariah tak sama dengan hujah di mahkamah sivil. Jadi, di Mahkamah Syariah ini kita boleh guna Quran, hadis, Ijma', Qias dan sumber-sumber nas'al Quran dan juga sumber-sumber syarak tetapi di mahkamah sivil ‘of course’ kita akan merujuk kepada ‘common law’, kepada kes-kes law, kepada statute, kepada penal code dan sebagainya. Jadi, tak sama, kat situ dah tak sama dah. Jadi selepas ini secara automatiknya saya fikir mahkamah dia secara automatik dia tak berani, dia tak berani dah nak ambil kes ini.

Saya bagi satu contoh, saya rasa tak salah untuk saya sebut dalam ini, anak guam saya sendiri yang mana, saya dapat kebenaran dia lah untuk sebut, suami dia buat laporan kepada pihak penguasa agama, suami dia terlibat dengan liwat dengan lelaki lain yang mana ada bukti tetapi bila buat aduan secara automatik pihak pejabat agama, pihak penguasa agama tak berani dah nak teruskan walaupun Kedah belum dicabar, dah tak berani dah. Sebab apa? Sebab peruntukan itu ada dalam seksyen yang mana, seksyen itu adalah dibatalkan dalam kes Nik Elin melawan Kerajaan Kelantan. Ada banyaklah kes sebenarnya yang mana …. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Panjang lagi ka YB.? Masa dah cukup.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Sambung esok. Saya mohon kebenaran YB. Tuan Speaker untuk sambung esok. Saya ada banyak lagi nak bercakap, saya mohon tambahan masa lah kalau nak sambung esok.

Speaker

Okay YB, menarik, memang menarik. Kalau ada lagi memang kita perlu untuk sambung esok

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Saya mohon tambahan masa lah kalau kena sambung esok, InsyaAllah. Ok, terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 9 pagi esok.

[Dewan ditangguhkan pada jam 4:30 petang]