Kedah · 6 March 2024
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 279 turns · 38,958 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Bacaan doa.
DOA
Ahli–ahli Yang Berhormat sekalian, suka untuk saya mengingatkan kepada semua Ahli- ahli Yang Berhormat supaya perbahasan kita pada pagi ini tidaklah membaca teks terus semasa berbahas kerana ianya salah disisi undang–undang. Angkat letak atas lepas tu letak bawah sikit turun, kira ok la tu. Jangan ‘direct’ terus. Ok, urusan seterusnya Tuan Setiausaha Dewan.
I. Sambungan Kepada Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions
Sambungan kepada pertanyaan-pertanyaan mulut.
Silakan, soalan nombor 7. Kota Darul Aman, silakan.
Doa hubungan Negeri, Persekutuan utuh. Mohon jawapan soalan nombor 7.
7. Sumber air mentah memainkan peranan kritikal dalam proses rawatan air. Tanpa sumber air mentah yang mencukupi dan berkualiti, Loji Rawatan Air (LRA) akan menghadapi kesukaran untuk beroperasi pada kapasiti normal.
Pohon dinyatakan:-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan sumber air mentah mencukupi berhadapan dengan cuaca panas yang berterusan?
Silakan, YB. EXCO.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Darul Aman. Sebelum saya menjawab soalan ini dan ada kaitan dengan soalan berkenaan bekalan sumber air mentah. Alhamdulillah, setakat ini untuk makluman Dewan dan semua, bekalan air kita masih dikira sebagai stabil. Untuk makluman, kita di Kedah mempunyai enam buah empangan, yang pertama Empangan Pedu dengan kapasiti 1,073 juta meter cubed, Empangan Muda 160, Empangan Ahning 275, Beris 114, Bukit Malut 7.2 dan Padang Saga 0.2. Sebagai usaha memastikan penambahan dan ketercukupan bekalan air mentah ini, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah mengenal pasti beberapa kolam takungan air pinggiran sungai yang berpotensi di Lembangan Sungai Muda sebanyak 27 lokasi yang keseluruhannya meliputi 1,558,960 meter persegi dan InsyaAllah akan dapat menampung air sebanyak 28.03 juta meter padu.
Untuk makluman juga, walaupun terdapat sedikit penyusutan jumlah simpanan air di Empangan Pedu, Muda, dan Ahning berbanding dengan tahun lepas tetapi masih dikira boleh bertahan untuk dibekalkan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, pihak SADA khususnya telah mengambil beberapa inisiatif, umpamanya sebagai seorang Islam melakukan sunat istisqa' untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT supaya hujan turun, dan mutakhir ini kita dapati hujan telah mula turun terutamanya di kawasan hulu dan kita harap sepertimana yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi, hujan akan mula turun banyak pada penghujung bulan ini, InsyaAllah.
Bagi memastikan sumber air mentah ini mencukupi dan menghadapi cuaca panas yang berterusan ini, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah membuat kawalan perlepasan dari empangan bagi menstabilkan muka sauk untuk logi rawatan air SADA. Jadi, maknanya tak dilepaskan ikut dan saja, dia iikut keperluan supaya dapat dibekalkan kepada pengguna. Sebagai contoh, pada 4 haribulan Mac Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah memohon kepada pengurusan Lembangan Sungai Muda untuk membuat perlepasan air sebanyak 10 meter cubed per second sebagai satu usaha untuk membekalkan air mencukupi.
Dan seterusnya seperti yang disebutkan tadi, pihak Lembaga Sumber Air juga telah mengenal pasti beberapa lokasi, 27 lokasi untuk di bina TAPS (Takungan Pinggiran Sungai) untuk menyediakan bekalan air mentah yang mecukupi. Cuma setakat ini belum dimulakan tapi ada yang telah diluluskan termasuk juga kajian yang telah diluluskan dan sedang dibuat untuk pembinaan empangan bawah tanah. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Tambahan.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya, kita tengok tahun ini, tahun lepas bila purata SADA menggunakan 9.9 juta untuk penghantaran bekalan air untuk musim kemarau dan tahun ini berapa pula? Kita jangka untuk Empangan Pedu, Muda, Ahning, Beris dan Bukit Malut serta Padang Serai, berapa lamakah empangan ini boleh bertahan untuk memastikan sumber bekalan yang mencukupi? Sebab bila kita lihat dengan kekangan SADA untuk penghantaran bekalan air dan juga dengan kos yang ditanggung oleh SADA, saya amat bimbang tentang keupayaan SADA untuk membekalkan air yang mencukupi terutamanya pada bulan puasa dan juga Hari Raya Aidilfitri ini. Terima kasih.
Silakan YB.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Darul Aman. Memang kita akui bahawa jumlah itu meningkat berbanding dengan tahun 2019 cuma 567,000 kos untuk penghantaran dan yang terbaru 2023 jumlahnya sampai hampir RM10 juta. Bagi saya ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dan juga SADA untuk membekalkan air kepada pengguna–pengguna yang tidak mendapat bekalan air. Bukan menunjukkan sistem bekalan kita semakin lemah ataupun semakin meruncing, tapi disebaliknya atas kesedaran dan tanggungjawab SADA menyediakan sebanyak 91 buah lori tangki termasuk juga yang disewa secara kontrak. Saya percaya sumber bekalan ini memang mencukupi yang ada dalam takungan kita, cuma ia memerlukan masa. Masa bila? Masa loji rawatan air kita yang sedang dibuat walaupun kita akui sedikit lewat tetapi pihak kontraktor sedang berusaha bersungguh – sungguh untuk menyiapkan ke lima – lima loji rawatan ini. Jadi, dari sudut jangka masanya kita jangka, InsyaAllah pada tahun 2025 atau selewatnya pada tahun 2026 masalah ini akan dapat diatasi dan tidak akan sampailah peringkat tidak ada bekalan.
Lagi satu saya nak sebut bahawa bilangan yang terjejas ini bukanlah sebenarnya angka yang terlalu besar, walaupun disebut agak kronik, walaupun disebut agak meruncing. Tapi sebenarnya bilangannya berbanding dengan jumlah 645,000 akaun yang ada di Kedah ini, yang terjejas pada masa sekarang ini musim kemarau ini, lebih kurang 8,000 akaun sahaja berbanding dengan semasa musim biasa yang terjejas hanya 1,000 akaun. Jumlah yang terjelas ini sebenarnya hanya 1.3 sekarang ini, berbanding dengan dulu 0.3. Jadi, dari sudut peratus ini sebenarnya masih kecil dan masih terkawal serta boleh kita atasi. Cuma ia memerlukan sedikit masa, kesabaran daripada seluruh pengguna. Mudah-mudahan Allah membantu kita dapat menyelesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih.
YB. Tuan Speaker.
Silakan!
Cuma dengan akaun 1.23%, kita sudah belanja RM9.9 juta. Jadi, bagaimana kita nak mengurangkan perbelanjaan yang besar ini untuk memastikan infra kita lebih baik dalam membekal air?
Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Kota Darul Aman, menjimatkan ini tentunya memerlukan kerjasama daripada seluruh pengguna. Maksudnya, dalam suasana sekarang ini rakyat terpaksa berhemah. Memang saya faham semua rakyat sedang berjimat, jadi maknanya di situ bila kita berjimat umpanya pada waktu malam kita menyediakan takungan, takung dan sebagainya, menakung air. Dalam tekanan rendah, air ada pada waktu malam, waktu awal pagi, bila mai tengahari tak dak, jadi dia kena takung. Satu lagi ialah penggunaan yang kita tengok pada musim panas ni dia jadi berlebihan. Pasaipa? Pasai bila panas kadang orang yang biasa mandi sehari sekali, dia akan mandi sehari dua kali mungkin, satu. Yang keduanya digunakan untuk tujuan – tujuan lain seperti mungkin dia jirus pokok, siram pokok dan ada juga yang guna untuk tujuan – tujuan lain. Bagi kita yang mana yang kurang perlu kita harap itu boleh di minimakan, barulah boleh SADA mengurangkan kos penghantaran ni. Kalau semua pakat guna banyak, air tak cukup pakat dok mintak, guna secara agak mewah macam mana musim bukan musim kemarau, jadi tentulah jumlah ini akan makin meningkat. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan, YB. Tanjung Dawai.
Terima kasih Yang Berhomat Speaker, soalan tambahan. Saya ada mendengar tentang projek untuk mencari sumber air mentah di bawah tanah dan dibuat empangan bawah tanah. Jadi kalau ada di Kedah, mohon dinyatakan lokasinya dan apakah status projek tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhomat Speaker dan Yang Berhomat Tanjung Dawai. “UnderGround Dam”, empangan di bawah tanah. Yang ni setakat ni kalau berjaya dan setakat ni kita harap berjaya. Projek ini ialah projek pertama di Malaysia kalau dimulakan, InsyaAllah akan dibuat di Padang Matsirat di Langkawi. Projek ini sebenarnya adalah projek perintis yang menelan belanja yang agak banyak, RM453.5 juta dengan jumlah kapasiti yang akan dapat dibekalkan ialah sebanyak 50 mld ataupun 50 juta liter termasuk daripada ugd tu sahaja 42.8 meter cubed ataupun 30 mld dan projek ini sekarang ini telah pun dibuat peringkat kajian dan InsyaAllah akan dilaksanakan. Mudah-mudahan berjalan dengan lancer, pada tahun… lambat lagi lah pada tahun 2028. Sekian, terima kasih.
Untuk seterusnya, silakan YB. Tokai, pendek dan ringkaskan.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Kuala Nerang, air bawah tanah. Kalau kita lihat kajian di Kota Jakarta, antara punca mereka terpaksa berpindah ke Kalimantan adalah kerana mendapan Kota Jakarta itu sendiri disebabkan oleh berlebihan menyedut air di bawah tanah di Jakarta dan juga pemanasan global lah, air laut naik. Jadi, di Kelantan juga ditakuti banyak disedut air di bawah tanah, mendapan sedikit demi sedikit berlaku di Negeri Kelantan. Jadi, apakah mendapan tanah kita ini akan kemungkinan berlaku juga jika sekiranya projek air bawah tanah ini diterokai secara berleluasa? Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Tokai atas keprihatinan takut mendap, takut turun kan. Memang pihak NAHRIM (Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia) yang buat kajian ini pun telan mengambil kira semua faktor itu dan kawasan yang terlibat itu bukan kawasan melibatkan bangunan. Jadi kita yakin, kita percaya InsyaAllah tidak akan timbul masalah ini. Walau bagimanapun, pihak berkuasa sedang mengkaji secara lebih terperinci untuk kita melaksanakan projek ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. EXCO. Alhamdulillah, lega balik la noh dengar jawapan tu. Seterusnya soalan nombor 8. Dipersilakan YB. Bukit Lada.
Assalamualaikum, pohon jawapan nombor 8.
8. Bagaimanakah pihak kerajaan negeri memberi fokus untuk memperkasakan Majlis Ketua Kampung (MKK) di Negeri Kedah?
Assalamuaaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga Bukit Lada. Untuk jawapan nombor 8 ini iaitu untuk memperkasakan Majlis Ketua Kampung. Untuk memperkasakan Majlis Ketua Kampung, Kerajaan Negeri Kedah telah mencadangkan langkah-langkah berikut;
(a) Pertamanya Pemerkasaan Tanggungjawab: Memberi kuasa dan tanggungjawab yang lebih besar kepada Majlis Ketua Kampung dalam membuat keputusan berkaitan dengan pembangunan dan pentadbiran kampung.
(b) Pelaksanaan Latihan dan Pembangunan Kemahiran: Menyediakan latihan dan pembangunan kemahiran kepada semua Majlis Ketua Kampung untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mentadbir kampung secara berkesan. Latihan akan dijalankan dengan kerjasama Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) dan Institut Kemajuan Desa (INFRA).
(c) Komunikasi dan Penyampaian Maklumat yang Berkesan: Memastikan aliran maklumat yang efektif dari peringkat atasan kepada Majlis Ketua Kampung dan dari Majlis Ketua Kampung kepada penduduk.
(d) Pemerkasaan Komuniti Tempatan: Mewujudkan pembangunan komuniti tempatan yang dilaksanakan oleh Majlis Ketua Kampung untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk kampung. Setiap MKK disarankan untuk mewujudkan satu projek komuniti di dalam setiap kampung bagi meningkatkan ekonomi dan penjanaan peluang pekerjaan.
(e) Penglibatan Aktif Penduduk: Mendorong penglibatan aktif penduduk dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Majlis Ketua Kampung untuk memastikan keberkesanan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Ini adalah untuk memastikan semua inisiatif dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat dimanfaatkan oleh penduduk kampung.
Ini yang kita tekankan iaitu bagaimana program – program yang telah dijalankan ya di peringkat Kerajaan negeri yang telah diluluskan untuk disampaikan kepada masyarakat kampung. Kadang - kadang masyarakat tidak dapat maklumat – maklumat yang telah kita luluskan di programkan oleh Kerajaan terutamanya kalau biasanya beras Sejahtera mungkin dah dapat maklumat sebab program tu dah lama berjalan daripada 2010. Ada program – program yang lain kadang yang tidak dapat maklumat kita akan perkasakan juga lah mempengerusi Majlis Ketua Kampung.
(f) Kerjasama dengan Agensi dan Pihak Luar: Memperkuatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan pihak swasta untuk menyokong pembangunan kampung dan meningkatkan kesejahteraan penduduk. MKK perlu membangunkan kerjasama ekonomi dan sosial dengan pihak luar bagi meningkatkan fungsi kampung tersebut.
(g) Penambahbaikan Infrastruktur dan Perkhidmatan: Memastikan penyediaan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, dan sistem pembuangan sisa yang berkesan di kampung untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk. MKK perlu cakna terhadap keperluan infrastruktur kampung dengan memastikan segala keperluan asas tersedia. MKK perlu sentiasa berhubungan dengan Pejabat Daerah dan melaporkan permasalahan yang timbul supaya dapat dipanjangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Ini yang perlu ditekankan kepada MKK.
(h) Pelaksanaan Program Pembangunan Komuniti: Menyediakan dana dan sokongan untuk program pembangunan komuniti yang digerakkan oleh Majlis Ketua Kampung untuk memperkasakan kampung. Kerajaan sedang berusaha mendapatkan peruntukan untuk disalurkan kepada MKK bagi memulakan pembangunan komuniti, seperti pewujudan kedai runcit komuniti, ladang – ladang ternakan dan sayuran serta koperasi keusahawan.
Dengan mengambil langkah-langkah ini, diharap Majlis Ketua Kampung dapat diperkasakan untuk menjalankan peranannya sebagai agen pembangunan tempatan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk kampung. Sekian.
Silakan, soalan tambahan.
Soalan tambahan saya ialah, apakah pihak kerajaan meneruskan lagi sumbangan untuk MKK dalam aktiviti yang dilaksanakan?
Silakan, YB. EXCO.
Untuk soalan tambahan daripada Bukit Lada, sekarang ini ialah kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 1,240 MKK, Pengerusi MKK dan termasuk dengan Setiausaha jumlah yang sama termasuk Kampung Baharu. Kerajaan menyediakan RM11,904,000 untuk membayar elaun sahaja. Kerajaan negeri yang menyediakan. Dahulu elaun dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, apabila kita tidak ada kerjasama tentang pelantikan MKK jadi kerajaan terpaksa memperuntukkan RM11,904,000 yang diperuntukkan membayar elaun.
Yang kedua, kerajaan telah menyediakan untuk kursus, latihan yang telah dimasukkan ke dalam akaun pejabat daerah sebanyak RM523,280, dimasukkan dalam pejabat daerah untuk mengadakan kursus dan juga letterhead, cop-cop ketua kampung kepada semua pejabat daerah. Jadi, pejabat daerah boleh memulakan kursus untuk MKK yang kita telah luluskan pada dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Pada masa yang sama, kerajaan telah memperuntukkan juga RM1 juta untuk aktiviti – aktiviti ketua kampung yang permohonan untuk aktiviti itu melalui penghulu ke pejabat daerah dan terus pejabat daerah membuat permohonan kepada kerajaan negeri akan disalurkan kepada pejabat daerah. Saya nak menceritakan kepada lantikan ketua kampung yang berlaku dahulu. 2008 juga kita lakukan lantikan ketua kampung untuk
bajet kerajaan negeri. Dulu di DUN saya 2008, ada satu mukim, mukim ni ada 6 ketua kampung dan 6 setiausaha. Masa tu 2008 elaun MKK adalah RM300. Sekarang pun tak lumayan RM500 sahaja dengan keadaan “Mahal Dah Ni” tak cukup RM500 pun, tak cukup. Tapi itulah keupayaan kerajaan yang ada. Masa zaman tu 2008 hingga 2013 mukim kampung 6 orang ni elaun depa RM300 pengerusi, setiausaha RM200, setiap bulan pengerusi itu mengorbankan RM50 daripada elaun dia masukkan dalam satu tabung, RM30 daripada elaun dia dimasukkan ke dalam satu tabung dan setiausaha mengorbankan RM20 daripada elaun dia dimasukkan ke dalam tabung, akhirnya sebulan dapat RM300. Dalam sebulan RM300 tiap-tiap bulan dikumpulkan, apabila berlaku musibah, berlakulah kita kata bencana ka apa-apa yang berlaku, tak mai dah kat YB ni. Ketua kampung yang ada komuniti tu terus la kalau kata zink tu 2, 3 keping tu dia nak tukar, depa saja yang tukar. Kalau dinding yang terkopak tu sikit, ketua kampung ni saja yang tukar. Pengorbanan yang tinggi masa 2008. Jadi, kalau sekiranya kita rasa lah untuk projek-projek ekonomi, projek-projek yang kita nak buat mungkin kita ada dalam, contohnya saya rasa di DUN Jeneri ni ada dua mukim saja apa, Mukim Sok dan Mukim Sik ka? 4 mukim. Mana boleh dalam satu mukim tu boleh kita kumpulkan pengerusi dan setiausaha dia supaya dapat mereka juga menghulurkan sedikit sumbangan supaya sama-sama membangunkan Masyarakat, membangunkan ekonomi masyarakat di ketika itu. Ini antara sebahagian yang telah dibuat ketika 2008 dahulu dan InsyaAllah saya berharap juga pada kali ini ada daripada mukim-mukim dengan kerjasama penghulu yang kreatif untuk memajukan dan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat dengan menggunakan sedikit apa yang ada di pihak pengerusi dan setiausaha MKK. Wallahu’alam.
Terima kasih YB. Merbau Pulas.
Mencelah.
Silakan YB. Lunas.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya kepada Yang Berhormat Merbau Pulas. Tadi Yang Berhormat ada menyatakan ada disediakan peruntukan untuk MKK menjalankan aktiviti. Adakah diletakkan satu had ataupun limit berapa kelulusan yang boleh diberikan melalui pejabat daerah kepada MKK di sesuatu kampung atau di kawasan tersebut lah? Baik. Kemudian, dari segi fungsi MKK itu sendiri. Saya nak bertanya Yang Berhormat Merbau Pulas juga, adakah pengerusi ataupun setiausaha di sesuatu kampung itu boleh dibuat pertukaran sekiranya fungsi dan peranan beliau itu tidak wujud ataupun sekadar hanya untuk mendapatkan elaun bulanan sahaja. Sedangkan kalau pengerusi ataupun jawatankuasa di peringkat kampung itu tidak bergerak, sudah tentulah hasrat kerajaan negeri untuk memastikan segala pembangunan ataupun masalah di kawasan tersebut tidak benar-benar sampai sama ada dalam pengetahuan wakil rakyat sendiri ataupun pihak yang berkaitan? Terima kasih.
Silakan YB. EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih YB. Lunas. Peruntukan ini kita adakan paling minimanya RM1,000, minimanya RM1,000 untuk aktiviti MKK. Minima RM1,000 bagi aktiviti MKK, InsyaAllah kalau buat permohonan melalui penghulu dan masuk pejabat daerah. Tentang pertukaran, sebenarnya pelantikan MKK untuk tahun ini hanya untuk 2 tahun sahaja bermula 21 Januari 2024 sehingga 2025 sahaja. 1 Januari 2026 perlantikan baharu. Bermakna di situ boleh proses sebab kita memendekkan lantikan ini kerana kita tahu Yang Berhormat Speaker, ada yang kalau dapat jadi MKK dia tidak bekerja, kita tahu kadang-kadang menimbulkan masalah kepada penghulu, kadang menimbulkan masalah kepada pejabat daerah, masalah kepada ADUN sendiri kadang – kadang. Jadi, kita benarkan dua tahun sahaja. Pertukaran boleh berlaku pertukaran apabila berlaku kematian ataupun kalau ada bantahan daripada penduduk tentang pelantikan MKK boleh dibawa kepada mesyuarat dengan penghulu, bawa ke pejabat daerah hantar nama kepada BPEN, BPEN akan masuk dalam Mesyuarat EXCO kami akan luluskan. Semua pertukaran–pertukaran nama ni boleh diluluskan setelah masuk dalam Mesyuarat EXCOo, InsyaAllah boleh buat pertukaran. Wallahu’alam.
Soalan nombor 9, silakan Bukit Selambau.
Mencelah.
Bukit Selambau. Nanti boleh mencelah nanti. Silakan Bukit Selambau dulu. Soalan nombor 9.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 9.
9. Pohon dinyatakan :-
Apakah perancangan kerajaan dalam menyediakan satu modul perpaduan bagi masyarakat yang berbilang kaum di Negeri Kedah?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Selambau. Soalannya, apakah perancangan kerajaan dalam menyediakan satu modul perpaduan bagi masyarakat yang berbilang kaum di Negeri Kedah? Jawapannya perpaduan adalah matlamat akhir sesebuah negeri dan negara lebih - lebih lagi jika rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Tanpa perpaduan yang utuh, sesebuah negara akan menjadi
kucar - kacir. Justeru, usaha untuk memupuk perpaduan perlu dilaksanakan di setiap peringkat bagi mewujudkan keharmonian dan memacu gagasan negara. Terdapat 12 jentera perpaduan di bawah seliaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kedah iaitu pertamanya (a) Kawasan Rukun Tetangga lebih dikenali dengan KRT, Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mediator Komuniti, Skuad Uniti, Tunas Jiran, Jiran Muda, Jiran Wanita, Jiran Usia Emas, Tabika Perpaduan, Taska Perpaduan, Kelab Rukun Negara, dan Sekretariat Rukun Negara.
Pelbagai program yang dilaksanakan bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia khususnya komuniti setempat, pendidikan peringkat pra-sekolah, peringkat sekolah rendah dan menengah serta peringkat universiti. Untuk memperkasakan perpaduan, Rukun Tetangga progresif yang berfokus kepada program ekonomi dan keselamatan sedang giat diusahakan. Jentera-jentera perpaduan ini berfungsi mengikut tatacara dan Garis Panduan yang sentiasa dimurnikan dan ditambah baik agar ianya kekal relevan dengan dasar-dasar kerajaan semasa.
Kerajaan Negeri Kedah juga telah pun membuat program-program di peringkat negeri iaitu contohnya untuk masyarakat Cina, kita ada buat program, Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang bertempat di Alor Setar, bagi Pesta Tanglong pula dan Perayaan Kuih Bulan kita buat di Kulim. Bagi masyarakat India pula, kita ada Rumah Terbuka Deepavali yang dibuat di Bukit Selambau, DUN Bukit Selambau dan juga Hari Thaipusam dengan pemberian makanan di Sungai Petani dan di Daerah Kulim. Bagi masyarakat Siam pula, kita buat pesta Loy Krathong di Sungai Tiang. Kerajaan negeri juga merancang untuk mewujudkan model perpaduan dalam kalangan rakyat di negeri ini pihak Jabatan Perpaduan sedia untuk turut serta memberi input – input sewajarnya. Terima kasih.
Silakan YB., soalan tambahan.
Soalan tambahan. Apakah cabaran dalam mengekalkan perpaduan di Negeri Kedah?
Terima kasih YB. Derga. Ketika ini perpaduan negeri ini berada dalam keadaan yang baik dan harmoni di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri. Hasil daripada toleransi yang merupakan nilai tertinggi bagi memajmukkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Malah, agihan peruntukan juga diberi kepada pembangkang bagi memastikan program dan agenda perpaduan dapat dilaksanakan di kawasan masing-masing. Ledakan teknologi hari ini juga merupakan cabaran di dalam mengekalkan perpaduan kaum. Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu “tag” ataupun “video viral” dengan menunjukkan sesi negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitiviti perkauman atau agama. Setiap individu sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan ataupun berkongsi sesuatu perkara yang sensitif yang mungkin tidak sahih.
Perpaduan juga berhubung kait dengan tahap sosial ekonomi rakyat. Kenaikan harga barang misalnya menjadikan satu tekanan kepada rakyat untuk melengkapkan keperluan kehidupan. Ianya mendorong kepada perilaku jenayah demi untuk mendapatkan kehendak dan keperluan. Jurang pendidikan bagi rakyat di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar harus dirapatkan. Kemudahan asas misalnya capaian internet bagi kawasan luar bandar agak mendukacitakan. Gah dengan slogan “semuanya di hujung jari” tetapi bagaimana mungkin rakyat di perusuk hujung kampung dapat menikmatinya jika capaian internet sangat lemah malah tiada langsung. Kemudahan asas keperluan penduduk misalnya isu-isu air di kawasan-kawasan pedalaman mengundang permasalahan perpaduan rakyat. Rakyat memberontak kerana keperluan mereka seolah-olah diabaikan. Puluhan tahun perkara ini berlarutan dan gagal memberi kepuasan kepada rakyat. Slogan “perpaduan” akan hanya tinggal slogan yang tidak memberi apa-apa kepada rakyat.
Peluang pekerjaan yang kurang dan rakyat terpaksa bekerja di bawah skala gaji yang sepatutnya namun akibat desakan hidup maka rakyat terpaksa menerimanya walaupun pahit untuk ditelan. Perpaduan bukanlah hanya di bibir, namun ia harus direalisasikan dengan kesejahteraan rakyat melalui kemajuan kerjaya. Kebanjiran pendatang asing misalnya di Kulim menjadi rasa selamat semakin menipis dan mengganggu-gugat keharmonian rakyat akibat sikap penguatkuasaan yang lemah. Setakat itu YB. Derga jawapannya. Boleh?
Terima kasih. Silakan, Pantai Merdeka.
Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, seluruh hadirin dan hadirat. Bila sebut tentang perpaduan, saya nak bagi satu tips daripada Al-Quran. Ayat di dalam Surah Al-An'am, Surah ke-6 ayat 108. Kalau kita semua amalkan benda ni, akan wujudlah keharmonian. Dalam bahasa Inggeris, ‘religious tolerance’ (dengan izin). Allah SWT berfirman َوَل تَسُب َالَّذِين َيَدْعُون ْمِن ِدُون ِ َّاللَ فَيَسُب ِ َّاللَ tuan – tuan boleh rujuk, tafsir Prof. Mahmood Yunus pada muka surat 195. Yang bermaksud, “dan janganlah kamu menghina atau mencerca sembahan-sembahan mereka selain daripada Allah. Nanti mereka pula akan mencerca Allah”. Kita tengok kebelakangan ni, penghinaan terhadap agama kita begitu hebat. Bagi saya lah, kita kena ‘highlight’ benda ni supaya kita saling hormat-menghormati. Terima kasih.
Terima kasih Pantai Merdeka di atas pencerahan potongan ayat Al-Quran dalam Surah Al-An'am ayat 8 tadi.
Ayat 108.
108 tadi. Terima kasih. InsyaAllah sama-sama kita beramal dengannya dan InsyaAllah kita harap keadaan di Negeri Kedah ini akan aman damai dan harmoni di bawah masyarakat majmuk yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Jeneri, InsyaAllah.
Soalan nombor 10, Belantek. Silakan.
Terima kasih, YB Speaker. Satu, dua, tiga, sampai sepuluh. Soalan saya nombor 10.
10. Jabatan Pertanian telah membangunkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) dan Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP).
Pohon dinyatakan:-
a) Sejauh manakah jabatan telah bersedia untuk tujuan ini?
b) Di manakah letaknya makmal ujian kualiti biji benih di Negeri Kedah dan apakah peranan sebenar makmal ini?
Silakan YB. EXCO.
Hahah…pantun pulak… Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan daripada Belantek yang berbunyi, Jabatan Pertanian telah membangunkan Skim Pengesahan Bahan Tambahan, Bahan Tanaman, maaf, (SPBT) dan Skim Pengesahan Benih Padi, (SPBP). Pohon dinyatakan, sejauh manakah jabatan telah bersedia untuk tujuan ini? Dan (b), di manakah letaknya Makmal Ujian Kualiti Biji Benih di Negeri Kedah dan apakah peranan sebenar makmal ini?
Yang Berhormat Tuan Speaker, Jabatan Pertanian telah membangunkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) dan Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP) yang merupakan satu standard dalam memastikan kualiti bahan tanaman dan benih padi adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti dalam Skim Pengesahan Benih Padi adalah pemeriksaan ladang, pemeriksaan logi benih, pengujian analisa biji benih, pemeriksaan stor dan stok serta pelupusan. Ujian kualiti benih bertujuan untuk menentukan sama ada benih padi yang telah diproses memenuhi piawaian minimum biji benih seperti yang ditetapkan dalam Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM 2009). Spesifikasi pengeluaran benih padi (Oryza sativa) dan seterusnya bagi memberikan perakuan dan pengesahan kualiti.
Aktiviti ini dikendalikan oleh makmal ujian benih padi iaitu MUBB, bertujuan memberi perkhidmatan ujian benih kepada pengeluar, pembekal dan pengguna benih padi. Sampel yang diuji melibatkan sampel-sampel dari program Skim Pengesahan Benih Padi Jabatan Pertanian oleh pengeluar-pengeluar swasta. Sebanyak enam buah Makmal Ujian Benih Padi telah ditubuhkan yang terletak di Serdang, Selangor, Teluk Cengai Kedah, Bumbung Lima Pulau Pinang, Titi Gantung Perak, Sungai Burung Selangor dan Besut Terengganu. Makmal Ujian Biji Benih Negeri Kedah terletak di Kompleks Pertanian Teluk Cengai, Alor Setar. Terdapat empat ujian yang dijalankan iaitu ujian kelembapan, ujian ketulenan, ujian percambahan dan ujian Carian Biji Lain (CBL). Kaedah perlaksanaan ujian biji benih adalah berpandukan kepada MS 320, iaitu Seeds Sampling and Test Methods dan peraturan dalam International Rule for Seeds Testing (ISTA). Sejajar ini, Jabatan Pertanian telah mengambil inisiatif untuk pengakreditasikan kesemua makmal ujian biji benih ke arah Malaysia Standard MSISO IEC 17025 bagi memastikan kompetensi pegawai adalah di tahap yang terbaik mengikut standard antarabangsa. Standard yang tersebut menetapkan keperluan untuk kecekapan makmal ujian dan penentu ukuran. Piawaian ini digunakan sebagai keperluan utama untuk kreditasi, makmal dan diiktirah di seluruh dunia. Akreditasi telah menjadi salah satu cara makmal ujian dan penentu ukuran untuk menunjukkan bahawa mereka cekap dalam menjalankan tugas yang tertakluk kepada penelitian badan akreditasi.
Peranan Makmal Ujian Biji Benih Teluk Chengai Negeri Kedah adalah pertama, melaksanakan ujian kualiti biji benih bagi program Skim Pengesahan Benih Padi. Kedua, melaksanakan ujian pengeringan padi bagi program Penyiasatan Pengeluaran Padi (PPP) yang akan menentukan anggaran pengeluaran padi negara. Dan ketiga, melaksanakan Ujian Kualiti Biji Benih selain benih padi seperti jagung dan sayuran. Bahan tanaman adalah input asas yang penting bagi pengeluaran hasil tanaman di Malaysia. Penggunaan bahan tanaman yang diperakukan menjamin ketulenan baka dan kualitinya. Pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti hanya dapat dilakukan melalui Pematuhan Prosedur Pengeluaran Bahan Tanaman dan Pencapaian Standard yang ditetapkan. Bagi merealisasikan objektif tersebut, Jabatan Pertanian telah mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT). Di bawah SPBT, Pegawai Pemeriksa Kompeten akan memperakukan anak benih klon buah-buahan yang memenuhi standard yang ditetapkan. Keyakinan pembeli akan meningkat terhadap ‘nursery’ tanaman yang mengeluarkan anak benih klon yang diperakukan. SPBT terbuka kepada pengusaha ‘nursery’ tanaman seluruh Malaysia. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Pengusaha ‘nursery’ tanaman yang menyertai SPBT akan menerima faedah-faedah seperti berikut; Pertama, berpeluang menjadi pembekal bahan tanaman untuk projek pertanian di bawah Jabatan atau Agensi Kerajaan. Kedua, bahan tanaman yang diperakukan oleh Jabatan Pertanian dapat meningkatkan keyakinan pembeli terhadap ketulenan varieti tanaman. Ketiga, Jabatan Pertanian membantu mempromosikan ‘nursery’ tanaman yang menyertai SPBT melalui pameran dan portal rasmi Jabatan Pertanian. Yang keempat, menerima khidmat nasihat dan bimbingan daripada pegawai Jabatan Pertanian.
Pendaftaran peserta SKIM pengesahan bahan tanaman dari Kedah adalah sebanyak 25. Peserta SKIM terdiri daripada individu, pengusaha ‘nursery’, syarikat swasta dan jabatan atau agensi kerajaan. Sekian.
Silakan soalan tambahan.
Boleh kita tahu sejauh mana penyertaan oleh syarikat-syarikat swasta ataupun ‘nursery-nursery’ tanaman yang terdapat di Negeri Kedah ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Dalam program-program yang saya sebutkan tadi, memang ramai pemain-main ‘nursery’ yang menunjuk minat untuk menyertai program-program tersebut. Namun, kita memberi fokus keutamaan kita nakkan penglibatan daripada anak-anak muda kerana anak-anak muda pada masa ini Yang Berhormat Speaker, kita dapati amat tidak berminat dalam bidang pertanian kerana ianya tidak memberi jaminan yang stabil kepada anak-anak muda. Anak-anak muda kita ini bila dia nak kerja, pertama sekali dia tanya, gaji dapat berapa duit? Dia nak tahu yang itu dulu. Lepas itu, barulah dia tengok, dia timbang tengok. Yang kedua, anak-anak muda sekarang ini, banyak yang berminat dalam I, dia suka main telefon, sosial media dan sebagainya. Jadi oleh kerana itu, dalam program-program yang kita adakan dengan Jabatan Pertanian, kita telah mengenengahkan beberapa teknologi terkini untuk menarik minat anak muda untuk datang berkecimpung dalam bidang pertanian kerana mereka inilah pewaris-pewaris petani-petani dalam bidang pertanian kita ini. Terima kasih.
Terima kasih YB. Dipersilakan soalan nombor 11, YB. Pengkalan Kundor.
Soalan nombor 11.
11. Pohon dinyatakan apakah usaha kerajaan Negeri dalam memastikan setiap pekerja di Negeri Kedah mencarum PERKESO atau SOCSO sebagai persediaan masa hadapan?
Silakan YB.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih soalan daripada Pengkalan Kundor. Soalan 11. Pohon dinyatakan apakah usaha kerajaan Negeri dalam memastikan setiap pekerja di Negeri Kedah mencarum PERKESO atau SOCSO sebagai persediaan masa hadapan?
Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO sentiasa berusaha dalam memastikan setiap pekerja di seluruh negara termasuk di Negeri Kedah mencarum dengan PERKESO sebagai persediaan perlindungan keselamatan sosial pada masa hadapan. Dan Kerajaan Negeri juga sentiasa menyokong dasar-dasar Kementerian Sumber Manusia serta usaha langkah-langkah PERKESO Kedah untuk memastikan setiap pekerja dicarum dengan Skim Perlindungan Sosial pada masa depan nanti. Berdasarkan statistik PERKESO, sehingga 31 Disember 2023 jumlah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] adalah seramai 7.65 juta orang bagi pekerja tempatan dan 1.99 juta orang bagi pekerja asing. Daripada jumlah tersebut, Negeri Kedah mencatatkan seramai 282,492 pencarum aktif tempatan dan 52,051 pencarum aktif pekerja asing.
Dan pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh PERKESO melalui Pejabat PERKESO negeri Kedah yang berada di Langkawi, Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim bagi memastikan semua pekerja yang layak di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Akta 4 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 Akta 800 di Negeri Kedah berdaftar dan mencarum dengan PERKESO. Usaha-usaha seperti berikut:
Iaitu melaksanakan Bulan Pemutihan untuk memberi peluang dan ruang kepada para majikan supaya mendaftar secara sukarela. Sepanjang tempoh ini, majikan akan dikecualikan daripada tindakan pengkompaunan, pendakwaan dan Faedah Caruman Lewat Bayar walaupun telah melewati tempoh yang ditetapkan untuk mendaftar dan mencarum.
Usaha seterusnya melaksanakan Operasi Pengesanan Majikan atau Ops Kesan PERKESO di seluruh negara termasuk di Negeri Kedah. Ops Kesan ini merupakan tindakan penguatkuasaan bersepadu oleh pegawai-pegawai penguatkuasa PERKESO daripada 54 pejabat di seluruh negara termasuk 4 pejabat di Negeri Kedah ini untuk menjejak majikan yang masih belum berdaftar dan mencarumkan pekerja mereka.
Usaha seterusnya mengambil tindakan pengkompaunan dan pendakwaan yang mana jumlah kompaun yang boleh dikenakan bagi setiap kesalahan yang dilakukan boleh mencecah sehingga RM5,000.
Selain daripada itu, majikan juga akan dikenakan penalti atau Faedah Carum Lewat Bayar (FCLB) pada kadar enam (6) peratus setahun atas setiap hari caruman lewat dibayar. Sekiranya gagal berbuat demikian, majikan boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10 atau penjara sehingga dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.
RM10 betul ka YB.?
Eh, 10,000 Ringgit Malaysia. Mohon maaf Yang Berhormat Tuan Speaker. Selain itu, PERKESO turut melaksanakan program-program kesedaran kepada majikan dan pekerja seperti Program Pemimpin Masyarakat yang seperti dianjurkan oleh saya sesi taklimat PERKESO pada 15 haribulan Januari yang lalu. Program SERANTA jemputan kepada majikan untuk menghadir dan mendengar sesi taklimat PERKESO dan Program
Sesi Libat Urus yang terlibat dengan masyarakat dan orang awam bagi menyebarkan informasi-informasi berkenaan PERKESO dan sesterusnya mempergiatkan hebahan mengenai PERKESO di media cetak melalui surat khabar, majalah, media massa seperti siaran tv di RTM dan social media di Facebook, Instagram, Telegram dan sebagainya.
Selain itu, PERKESO turut menyediakan perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri iaitu (SKSPS) kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] yang mana pendaftaran bagi skim ini adalah bersifat secara sukarela. Berdasarkan statistik PERKESO, bilangan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang aktif yang mencarum di bawah adalah seramai 422,894 orang. Daripada jumlah tersebut, 32,681 orang bekerja sendiri daripada Negeri Kedah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Soalan tambahan. Silakan.
Soalan tambahan. Apakah inisiatif-inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk pastikan setiap orang yang bekerja sendiri ini mencarum PERKESO?
Silakan YB.
Terima kasih soalan tambahan daripada Pengkalan Kundor. Bagi memastikan orang bekerja sendiri ini mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, pelbagai inisiatif telah diambil oleh PERKESO. Antaranya, melalui melaksanakan inisiatif ini di bawah Bajet 2024, program SPS Skim Pekerjaan Sendiri Padanan Caruman yang merupakan insentif bayaran caruman 90% iaitu RM209.50 dibiayai oleh kerajaan, manakala orang bekerja sendiri (OBS) hanya perlu membayar sebanyak 10% iaitu sebanyak RM23.30 sahaja daripada kadar caruman yang berjumlah RM232.80 di bawah Pelan Caruman Kedua yang bersamaan dengan gaji RM1,550.
Selain daripada itu, program Skim Pekerjaan Sendiri Madani iaitu bantuan penuh caruman di mana pihak kerajaan menyediakan pembiayaan caruman sepenuhnya (100%) dengan tempoh perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) kepada orang bekerja sendiri (OBS) melalui kumpulan sasar yang ditetapkan seperti Anggota Sektor Awam berstatus Contract of Service, Anggota Pasukan Sukarelawan, Perkhidmat Rumah Ibadat Islam (JAKIM) dan Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti.
Di samping itu, kementerian dan PERKESO telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memandatorikan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 sebagai salah satu syarat memperbaharui lesen vokasional bagi individu tertakluk kepada definisi orang bekerja sendiri di bawah Akta 789.
Dan akhir sekali, mengadakan sesi libat urus berterusan bersama Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Bukan Kerajaan/ Kerajaan Negeri/ Penyedia Platform seperti yang berkaitan seperti GRAB, foodpanda, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Kemajuan Pekebun Perusahaan Getah (RISDA) dan Pihak Berkuasa Tempatan seperti sesi libat urus yang pernah diadakan bersama dengan MPKK (Majlis Perbandaran Kulim, Kedah) dan Majlis Daerah Bandar Baharu sebelum ini. Terima Kasih.
Terima kasih. Soalan nombor 12, Tokai. Dipersilakan.
Tuan Speaker soalan tambah.
Nanti saya beri peluang.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 12, mohon jawapan.
Silakan Yang Amat Berhormat Dato Seri MB.
12. Antara inisiatif kerajaan adalah memberi tanah kepada rakyat yang tiada tapak rumah untuk didiami, sepanjang tahun 2020 hingga 2023.
Pohon dinyatakan:-
a) Jumlah plot tanah yang telah diberikan serta keluasan yang telah diberikan.
b) Jumlah premium tanah yang dapat dikutip hasil pemberian tersebut.
c) Daerah di mana tanah diberikan?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Tokai. Soalan ini tentang tanah, iaitu cadangan kerajaan negeri untuk menyediakan tapak-tapak kediaman untuk didiami sepanjang tahun 2020 sehingga 2023. Untuk menjawab soalan ini, asas kepada rancangan kerajaan ini ialah ketidakcukupan yang saya sebut dalam jawapan semalam ialah kita semakin ramai rakyat yang akan ada di Kedah ini, tetapi tanah kita tidak bertambah. Kita telah bertembung kepentingan tanah ini dengan kediaman dan juga perkembangan sektor industri dan sektor pertanian. Dan dasar di peringkat Persekutuan juga sekarang ini bagi tanah-tanah Jabatan Perhutanan yang ada di seluruh negeri. Sekiranya dicabut keluar, mestilah diganti. Masalah kita, pergantian tidak dapat dibuat kerana kita telah tidak ada tanah kerajaan untuk diluluskan. Walaupun telah banyak tanah-tanah hutan diteroka untuk didiami, bukan bermaksud untuk dijadikan ladang, tapi untuk tapak rumah. Ini kita terpaksa buat keputusan untuk cabut keluar dan diberikan tapak-tapak rumah itu. Banyak kes ini di Langkawi. Ada yang pindah tahun 80-an memberi laluan kepada…. YB. Speaker tak terbabit ya?
Dak! Dak! Dak!
Untuk memberi laluan kepada pembangunan sektor pelancongan, dibina bangunan-bangunan dan hotel. Tetapi khususnya orang Melayu yang mendiami lokasi-lokasi ini dipindah masuk ke dalam hutan. Dulu ada satu puisi, tapi sebenarnya seloka. Aaaa… “Orang hambat Melayu, Melayu hambat kera” kerana semakin hari semakin terhimpit masuk ke dalam hutan. YB. Bayu nak buka sempadan lagi, lama-lama rapat dengan hutan. Betul-betul masuk ke dalam hutan (sambil ketawa). Tapi kita tak mahu keadaan ini berterusan. Dia masuk ke dalam hutan itu, dia terpaksa memohon lagi tanah itu, merayu-rayu. 30 tahun tak proses, tak ada kelulusan. Janji, janji, janji, janji. Sampai 6 kali, 7 kali pilihan raya tak dapat juga geran. Mari zaman kita inilah kita proses, cabut keluar, ganti tak ganti, tak kira lagi, kamu buat dulu. Alhamdulillah, beberapa ratus lot telah selesai. Antaranya di Sik ada, dulu kampung tu nama Seri Dacing kan? Saya sebut dah dulu dan saya tak boh pun nama kampung tu Seri Bulan. Saya boh Kampung Sejahtera, dapatlah geran untuk lot-lot kediaman, beratus-ratus orang. Terima kasih DO Sik yang telah mengusahakan kerja baik. Kalau dia tak pencen dok situ lagi, ada lagi tak selesai. Langkawi pun selesai banyak kampung. Kampung pun nama pelik-pelik gak noh? Contohnya kampung apa tak tau YB. Speaker?
Sanusi pun ada.
Kampung Sanusi pun ada. Hahaha. Kampung Ket Log ka apa tak tau.
Ya, ya. Ket Log, Sanusi, Datuk Bakar. Banyak lagi lah.
Nama pemimpin-pemimpin semua. Hat berjanji dengan depa lah tu, tapi bukan Sanusi ni lah, tapi tak bagi. Akhirnya Sanusi ni bagi, Alhamdulillah. Tu pun orang kata tak buat kerja apa, jadi, tukang baca saja. Haru manusia ni pun. Jumlah plot tanah yang diberi serta keluasan yang diberikan. Yang terbaru, yang terkini ialah apabila permohonan tanah oleh penduduk, dasar sedia ada tidak lebih 10 ekar. Jadi dia teroka, dia hentam 10 ekar lah. Kalau lulus 10 ekar, 10 orang 100 ekar. Saya kata kalau lulus lagu ni, lajak masuk belah Thailand pun tak cerlus (muat). Buatlah sempadan banyak mana pun, kita tak cukup tanah.
Jadi, kita perkecilkan saiz maksimum yang boleh dimohon kepada 5 ekar untuk tanah pertanian. Ini untuk kepentingan sektor pertanian yang ekonomi untuk diusahakan. Tapi kalau untuk kediaman, tak bolehlah mohon 5 ekar. Dia kata, “kami nak buat rumah”. Nak sampai 5 ekar, buat rumah besar mana tak tau. Jadi, kita kata kelulusan tanah selepas daripada ini ialah untuk kediaman, yang paling penting. Untuk ladang-ladang, tanam getah ni, getah tak boleh pi dah Bayu…. Kita buat kerja lain pula. Jadi, kerajaan telah memutuskan untuk memproses tanah-tanah ini untuk dijadikan kampung tersusun. Kalau di bandar-bandar ada tanah-tanah kerajaan yang terselit tang-tang mana, kita nak luluskan untuk kediaman supaya tekanan kepada keperluan tanah ini dapat diuruskan dengan cara paling baik dan dapat dinikmati oleh lebih ramai orang. Daripada seorang dapat 10 ekar, kalau 10 ekar tu 1 ekar belah empat, boleh 40 orang. Itu lebih baik.
Di Daerah Sik untuk lot kediaman, yang dimohon tahun 2020 sehingga 2023, ada 234 dengan nilai premium RM369,717, keluasan 57 hektar. Langkawi 128, nilai premium RM314,944, keluasan 26 hektar. Di Pendang 350 plot, nilai premium RM1.4 juta, keluasan 236 hektar. Kuala Muda 44, nilai premium RM19,373, 3 hektar. Yan 47. Jumlah keseluruhan telah diluluskan 803. Lot yang kita telah sediakan untuk kediaman, tujuan kediaman ini lebih kurang 930 setakat ini. Sedang diproses oleh daerah-daerah dan saya telah minta pihak PTG untuk menyediakan lebih banyak tanah-tanah untuk lot kediaman dengan keluasan 4,000 kaki persegi setiap lot dan disediakan kemudahan infrastruktur asas, yang paling asas supaya kita dapat kenakan premium yang munasabah. Kalau disediakan infrastruktur yang terlalu baik, macam nak buat taman perumahan tu, nanti premium dia terlalu tinggi, orang tak mampu bayar. Untuk memberi keselesaan kepada pemohon-pemohon, dia mampu bayar dengan keluasan 4,000 kaki dan ada kemudahan infra yang asas, premium dia tak terlalu mahal dan kita akan sediakan lot-lot untuk dapat didiami oleh penduduk negeri ini di daerah-daerah. Ikut daerah lah, kalau daerah tanah banyak, dia boleh sediakan banyak lah. Terima kasih, YB. Speaker.
Terima kasih, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri MB. Silakan Tokai.
Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat. Untuk mereka-mereka yang ada di bandar-bandar, kita tahu banyak, ramai setinggan-setinggan yang menjadi penduduk di bandar tidak mempunyai tanah untuk perumahan mereka. Apakah perancangan kerajaan kepada mereka-mereka ini? Nak bagi tanah, tanah tak dak. Bagi petak-petak kot. Apakah perancangan kita untuk seterusnya kepada mereka ini? Terima kasih.
YB. Tokai, dulu orang Kedah ni dia kira nak buat rumah di atas tanah, nak ‘landed’ semua, dia kata gayat. Ada orang kampung saya pergi kutip derma di Kuala Lumpur. Orang kampung, naik flat kutip derma, kasut tinggal di bawah. Dia tinggal kasut di bawah, Dia kata, “pakcik, pasaipa tak pakai kasut?” Kasut tinggal di bawah cek oii. “Pasaipa pakcik tak pakai kasut? Gayat, tak boleh, dia tak boleh pijak dengan kasut, dia kena pijak dengan kaki. Dia tak boleh lapik. Dululah, ada lagi Pak Long tu pun. Dulu-dulu kan orang kutip derma buat masjid. Orang Sik, orang mana ni kutip kat Kuala Lumpur tu, ha tulah orang kita. Jadi di bandar-bandar, kita ada kediaman-kediaman khususnya orang Melayu yang tinggal di pinggir-pinggir Sungai, rizab-rizab jalan ataupun tanah-tanah kerajaan. Yang ni saya telah bercakap dengan beberapa orang pegawai daerah untuk menyediakan lot-lot kediaman. Kita kena pergi ‘high rise’ sekarang ini, tak boleh ‘landed’ lah, ‘landed’ tak boleh ramai. Kalau kita pi kut tepi-tepi sungai tu memang bila JPS buat satu dasar, semua ‘reserve’ sungai mesti dikosongkan menjelang beberapa tahun akan datang. Kita kata kalau ‘reserve’ sungai kosong, kena angkut berapa ribu rumah, nak sediakan kediaman baru kerana kita nak beri ruang kepada ‘reserve’ sungai supaya kita dapat mengelak kejadian banjir akibat daripada ‘climate change’ yang sedang melanda dunia ni, peningkatan paras air, maka, ‘reserve’ sungai tu mesti di’clear’kan supaya aliran air daripada darat ni boleh masuk ke dalam sungai dengan mudah, tak ada sekatan dan limpahan air sungai tidak menjejaskan penghuni di pinggir sungai. Hat ni pun satu tekanan akan datang kepada kerajaan negeri di seluruh Malaysia termasuklah di Kedah. Jadi, kita di bandar-bandar utama Sungai Petani, Alor Setar, Kulim, mungkin lepas ni Kubang Pasu dengan kepesatan sektor industry, kita akan mulakan menyemai budaya naik ke atas untuk rakyat Kedah ni belajar. Tak payah lah pecat kasut di bawah dah, boleh pakai kasut naik sampai di atas. Kalau tiga empat tingkat mungkin boleh naik tangga. Tapi oleh kerana peningkatan usia penduduk kita ni pun. Kalau tuan-tuan perhati, kepesatan Bandaraya Alor setar, semakin hari semakin tua, orang akan menuju kepada bandar ni bandar orang pencen. Kalau sektor industri makin pesat di Kulim, itu sektor kepesatan tapi orang di situ orang bekerja. Dia boleh beli rumah ‘high rise’ dan dia boleh naik lagi kalau 4 tingkat. Kalau Alor setar tak boleh dah. Kalau setakat Tokai saya rasa 3 tak boleh pi dah, dekat 2 pun tak lepas dah, pakai satu tu saja (sambil ketawa). Jadi pada masa akan datang, kita kena belajar duduk di rumah tinggi dan Alhamdulillah, PTG pun telah selesai dengan peraturan untuk memulakan kutipan cukai strata, cukai petak. Boleh kutip naik kot tu dah, sebelum ni kita kutip kot tu saja dan akan ada hasil baru lah untuk negeri kita.
Di bandar-bandar yang saya sebutkan tadi, Kulim, Sungai Petani, Alor Setar, Kubang Pasu, kita akan cari tanah-tanah yang sesuai untuk disediakan kediaman. Tapi saya telah mengarahkan rancangan itu dibina naik ke atas. Dulu kita ada rancangan PPR, Kerajaan Persekutuan buat PPR. PPR ni kebanyakan PPR dibina di bandar-bandar. Saya faham bahawa dasar PPR ni ialah untuk menyediakan kediaman orang Melayu di bandar. Tetapi bila kerajaan bertukar, nampak dasar PPR makin dikurangkan. Tau tau hilang saja. Kita duduk sebut mohon PPR. Depa kata, “tak dak dah”. Ni dasar yang merugikan. Nak tolong orang Melayu yang susah di bandar, kena sediakan rumah macam tu supaya dia tak perlu lari ke hutan, “hambat kera”. Dia boleh duduk dalam pekan ni. Daripada ‘reserve’ dia boleh duduk tanah bermilik walaupun srata. Saya rasa dasar PPR ni dasar yang baik, perlu diteruskan. Saya harap Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan kalau ada lagi lah, patut diteruskan dasar ini supaya dengan itulah dapat kita sediakan kediaman orang Melayu yang tak mampu termasuklah kaum-kaum lain pun dia boleh memiliki rumah di bandar dengan kos yang lebih rendah, tak perlu tinggal di setinggan lagi. Kalau tidak bila kita buat pembangunan, projek-projek infrastruktur untuk kemudahan ruang ramai, kita akan bertembung dengan penghuni di ‘reserve’ sungai, ‘reserve’ jalan. Itu jadi masalah projek lambat tu. Saya harap dalam tempoh yang kita ada ini, kita akan usahakan, akan ada kediaman untuk penduduk miskin di bandar. Tidak perlu keluar dari bandar ini, boleh tinggal di bandar, kena naik ke atas lah supaya berlaku keseimbangan kaum untuk mewujudkan kestabilan dan keharmonian di negeri kita ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri MB. Gayat. Gayat pun salah satu daripada masalah untuk menyelesaikan masalah rumah-rumah. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha Dewan.
Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar.
II. Sambungan Perbahasan Usul Menjungjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar.Motion
Silakan Pantai Merdeka. Pengkalan Kundor semalam ada sikit lagi. Maaf, silakan untuk sambung yang semalam.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, perbahasan semalam saya berhenti setakat pandangan saya bahawa jawatankuasa yang dibentuk perlu mengkaji kesan bahawa pembatalan kesalahan-kesalahan yang selama ini di bawah kuatkuasa sistem syariah akan menambah beban polis yang mana selama ini tugas menyiasat boleh dilakukan penguatkuasa agama namun kini beban itu berpindah kepada PDRM. Nisbah anggota polis 134,978 nak jaga populasi 33.4 juta rakyat Malaysia dan kini perlu mengambil alih pula tugas penguatkuasa agama.
YB. Tuan Speaker, menyambung kembali perbahasan pada hari ini dalam perkembangan usaha untuk memasukkan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dan pihak Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kedah kerana pada Sidang DUN yang lalu saya telah bertanyakan soalan bertulis berkenaan usaha ini dan jawapan yang diterima adalah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dan pihak Pejabat Penasihat Undang-Undang memang telah mengadakan perbincangan ke arah usaha memasukkan Mahkamah Syariah ke dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Jadi, tahniah saya ucapkan.
YB. Tuan Speaker, dalam usaha memperkasakan institusi kehakiman syariah saya juga ingin mencadangkan supaya hierarki Mahkamah Syariah di Kedah ditambah kepada empat lapisan dengan menambah mahkamah utama selepas Mahkamah Rayuan agar pihak-pihak mempunyai ruang yang lebih untuk mendapat keadilan. Mahkamah Sivil ada lima ‘layer’ atau lima lapis. Mahkamah Syariah hanya ada tiga (3), jadi sudah tiba masanya menambah satu (1) lagi lapis hierarki serta perlindungan keselamatan hakim-hakim syarie hendaklah ditambah baik. Saya pernah ternampak dua kali hakim-hakim Mahkamah Syariah berjalan daripada stesen kereta api ke mahkamah seorang diri tanpa ‘bodyguard’. Jadi, keselamatan hakim syarie perlu diberi perhatian kerana mereka juga berdepan risiko keselamatan sama seperti hakim-hakim mahkamah sivil. Usaha kita perlu pantas dan agresif dalam mempertahankan apa yang berada di bawah amanah negeri dalam konteks semasa adalah undang-undang syariah. Janganlah kita terpengaruh dengan naratif songsang yang meremehkan implikasi kes Nik Allin terhadap negeri-negeri, malah cuba memotretkan suara yang mempertahankan benteng bidang kuasa syariah ini seakan-akan melawan Perlembagaan Persekutuan. Hakikatnya, pihak yang mempertahankan Mahkamah Syariah inilah yang benar-benar menjunjung perlembagaan kerana Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan meletakkan Mahkamah Syariah dalam kedudukan yang tersendiri dalam perlembagaan.
Akhir sekali, harapan saya kepada pihak di luar sana janganlah menjadi hero perlembagaan hanya di hadapan undang-undang syariah tetapi menjadi buta perlembagaan dalam soal-soal lain yang fundamental. Semangat federalisme ada dalam perlembagaan tetapi ada negeri yang dilayan ibarat anak emas minta kelulusan besarkan lapangan terbang bukan setakat dapat kelulusan, diberi lagi peruntukan RM1 bilion. Tapi ada negeri nak bina ‘airport’ juga dilayan bak anak tiri terbuang, kelulusan tak diberi, hak membentang tak dibagi, nak jumpa pun tak sudi. Konsep federalisme yang termaktub dalam perlembagaan ke laut dalam. Kebebasan bersuara pun ada dalam Perlembagaan Perkara 10. Tetapi segala video, status, walaupun bersifat fakta tetapi dilihat mengkritik kerajaan dipadam, di‘baned’, malah ramai pula yang didakwa, disiasat di bawah Akta Hasutan. Ini bukan sikap yang setia terhadap perlembagaan, sebaliknya sifat maha hipokrit terang-terangan. Mendukung Perlembagaan Persekutuan ini Tuan Speaker, haruslah jujur dan menyeluruh bukannya sekerat-sekerat. Doa saya semoga Kerajaan Negeri Kedah pada hari ini diberikan taufik oleh Allah untuk sentiasa berlaku adil dan akan dikenang sebagai benteng utama yang meneguhkan sendi-sendi syariat Islam sebagai addin dan kedaulatan undang-undang. Sekian, saya menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Kedah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, dipersilakan YB. Pantai Merdeka.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, seluruh EXCO, ADUN, Ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan, moga-moga dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Saya tertarik dengan titah ucapan Tuanku Sultan pada 4 haribulan 3. Ada dua perkara yang saya nak ‘highlight’kan di sini, sedikit penambahan tentang Mahkamah Syariah adalah merupakan obor keadilan agama Islam yang merupakan agama rasmi negeri ini. Kadang-kadang kita pun masih tertanya-tanya kenapa kita ni Islam dah lama dah, cakap tentang Islam pun lama dah, tapi orang Islam sendiri menentang ajaran Islam. Saya nak menegakkan dengan firman-firman Allah kewajipan melaksanakan syariat Islam. Di dalam Surah An-Nisa ayat 105. Ini dalil qath'i.
إِنَّا أَنزَلْنَا َإِلَيْك َالْكِتَاب ِ بِالْحَق َلِتَحْكُم َبَيْن ِالنَّاس بِمَا َأَرَاك ُ َّاللَ َوَل تَكُن َل ِلْخَائِنِين خَصِ يمًا
(Inna anzalna ilayka alkitaba bilhaqqi litahkuma bayna annasi bima araka Allahu wala takun lilkha-ineena khaseema) begitu jelas. Sesungguhnya kata, “Allah kami telah menurunkan Al-Quran dengan membawa kebenaran”. Untuk apa? Apakah Al-Quran sekadar dipertandingkan di dalam tilawah Al-Quran? َلِتَحْكُم َبَيْن ِالنَّاس (litahkuma bayna al-nas) Supaya kamu menghukum manusia. Bagaimana kita nak menghukum seorang penjenayah? بِمَا َأَرَاك ُ َّاللَ (bima arakallahu) dengan apa yang dinyatakan oleh Allah, contoh kesalahan mencuri. Dalam surah Al-Ma'idah ayat 38
َٱو ُلسَّارِ ق َٱو ُلسَّارِ قَة َٱف قْطَعُوٓ ا أَيْدِيَهُمَا ًجَزَآء بِمَا كَسَبَا ًۭنَكَـٰل َم ِن ٱ ِ َّّللۗ َٱو ُ َّّلل عَزِ يز ۭ حَكِيم
(wassariqu wassariquatu fakta'u ayliyahumah jazaan bima kasabah nakala minallahu wallahu azizun haqim) jelas potong tangan. Kenapa kita masih pertikaikan sehingga kita nak mengurangkan kuasa Mahkamah Syariah? Syariat Islam untuk orang Islam, orang bukan Islam tak perlu bimbang. Itu di antara dalil dan saya nak buat sedikit catatan sejarah bermula di Mekah. Islam belum berkembang luas tetapi apabila Nabi menyampaikan risalah Islam yang mulia ini, golongan kafir musyrikin berhantar delegasi nak pujuk, nak rayu supaya Nabi SAW tidak meneruskan dakwahnya. Ayat ini Surah Yunus yang diturunkan di Mekah pada ayat yang ke-15.
وَإِذَا َتُسْلَع ْعَلَيْهِم آيَتُنَا بَي ِنَا َقَال َالَّذِين َل ْيَرْجُونَهُم لِقَاءَنَا ِاِئْت ِبِقُرْآن ِغَيْر هَذَا ْأَو ُبَد ِلْه ْقُل مَا ُيَكُن ِْلِ َن ُأُبَد ِلَه ْمِن ِتِلْقَاء نَفْسِي ْإِن ُأَتَّبِع إِلَى مَا ٰيُحَى َّإِلَي إِن ِي ُأَخَاف ْإِن َأ ُصَيْت رَب ِي َأَذَاب يَوْ م عَظِيم
Minta maaf Yang Berhormat Speaker berapa minit dah?
20!
Oh, ingat sejam.
Silakan.
Ayat ni jelas musyrikin, Nabi beritahu tak boleh, aku nak pindah sesuka hati pun tak boleh, kita bawa pergi ke Madinah pula. Surah Al-Ma'idah ayat 49, ada dua orang pendeta Yahudi datang bertemu dengan Nabi SAW menyatakan mereka akan ‘revert to Islam’ akan memeluk Islam tetapi dengan syarat kamu perlu buat satu keputusan yang memihak kepada kami. Cuba tengok ketegasan Nabi, tuan – tuan. Maka, turunlah
ِوَأَن ٱ حْكُم َبَيْن هُم ٓبِمَا َأَنزَل ٱ ُ َّّلل َوَل ْتَتَّبِع ْأَهْوَآءَهُم َٱو ْحْذَرْهُم أَن َيَفْتِنُوك عَن ِبَعْض ٓمَا َأَنزَل ٱ ُ َّّلل َإِلَيْك
(wa'aliyakum baynahum bima anzalallah wa la tatabi'ah wa'ahum wa'ahdharhum ayyaftinuqa an ba'dima anzalallahu ilaik) jelas, Nabi tegas, prinsip beliau tegas. Islam wajib dilaksanakan. Hang tak mau masuk Islam tak pa, tapi aku dengan prinsip aku. Ini yang perlu ada kepada orang Islam. Sampai nak cakap macam mana lagi. Saya dah dakwah 30 tahun dah tuan-tuan. Tapi rezeki boleh menjadi ADUN duduk dalam ni aku nak kena pulun jugak la, mintak maaf. Kena beritahu juga, Ketua-ketua jabatan ramai, Jabatan Agama ada. Saya bercakap dah sandaran Al-Quran. Saya ‘quote’, sampai orang kata saya Dr. Zakir Naik of Malaysia. Hehehe. Ini ‘gifted’. ‘I'm English Educated actually’. Tapi inilah transformasi Allah anugerah kepada saya, daya ingatan yang kuat. Jadi, kita nak yakin macam mana lagi sehingga kita semua nak menyokong, sehinggakan Sultan sendiri pun dah beri laluan. Cuma, saya nak tambah sikit lah, kalau nak masukkan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri boleh tak kita ubah Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah ini dengan memasukkan Al-Quran dan As-Sunnah sumber perundangan utama. Ini dalam Al-Quran
ِ َٰللا اِلَى ُفَرُد وْ ه شَيْء ْفِي ْتَنَازَعْتُم ْفَاِن ْمِنْكُم ِالْ َمْر وَاُولِى َالرَّسُوْ ل وَاَطِيْعُوا َ َٰللا اَطِيْعُوا اٰمَنُوْٓ ا َالَّذِيْن يٰٓاَي هَا ًتَأْوِيْل ُوَّاَحْسَن خَيْر َذٰلِك ِۗالْ ٰخِ ر ِوَالْيَوْ م ِ ٰبِاّلل َتُؤْمِنُوْ ن ْكُنْتُم ْاِن ِوَالرَّسُوْ ل
An-Nisa (ayat 59). Masukkan. Rujukan utama Al-Quran dan As-Sunnah, kita orang Islam. Sultan pun sebut dah negeri ni negeri Islam. Cuma, dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1), Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan. Tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Malangnya, ‘interpretation’ (dengan izin) hanya ‘ritual’ sahaja, upacara sahaja. Walhal kita difahamkan agama Islam agama rasmi. Boleh tara tu? Saya nak bahas sikit lagi, 20 minit. Nak bagi tuan-tuan balik rujuk, siapa yang rakam balik ‘refer’ tengok betul tak saya ‘quote’ surah ke berapa ayat ke berapa. Seterusnya, Allah sebut kepada Nabi dalam surah Al-Jathiyah surah ke-45 ayat 18.
َّثُم َجَعَلْنَـٰك ٰعَلَى شَرِ يعَة َم ِن ٱ ِِلْ َمْر َٱف تَّبِعْهَا َوَل ْتَتَّبِع َأَهْوَآء ٱ َلَّذِين َل َيَعْلَمُون
Kenapa kita tak jadikan iktibar ayat ni. Kemudian kami jadikan engkau Muhammad di atas satu syariat. Maka, ikutlah syariat ini. Jangan kamu ikut hawa nafsu orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan. Saya menyeru tokoh-tokoh agama cendekiawan Islam kena berani kata benar. Saya nak quote muka surat ni. Tafsir pimpinan Ar-Rahman cetakan rumi muka surat 1121 surah ke-33 ayat 70 kewajipan berkata benar.
يَا أَي هَا الَّذِي نَا أَمَنُوا تَقُوا ُ َّاللَ وَقُولُوا ًقَوْ ل صَد ِدًا
Wahai orang yang beriman bertakwalah kamu pada Allah dengan sebenar-benar takwa dan katakanlah perkataan tepat benar dalam segala perkara. ‘Speak without fear of favor’ (dengan izin). Patutnya begitu ini yang jadi kerosakan tuan-tuan. Bila orang yang faham agama pun nak mengambil kesempatan. Kita ni bukan ahli agama bolehlah sikit-sikit. Jadi, maknanya saya merasa pelik dan saya menyokong sepenuhnya titah Tuanku Sultan Kedah dan saya nak buktikan bahawasanya Nabi pernah melaksanakan hudud. Dalam mana? Dalam kitab Riyadus Salihin bab ke-350. Haram meminta syafaat supaya tidak dilaksanakan hudud. Usamah bin Zaid didatangi oleh seorang kaya yang anak wanitanya mencuri. Hari ini kenyataan Nabi Sabda Nabi sudah menjadi kenyataan
إنَّما َأهْلَك َالَّذِين ،ْقَبْلَكُم ْأنَّهُم كَانُوا إذَا َسَرَق ُفِيهِم ُالشَّرِ يف ،ُتَرَكُوه وإذَا َسَرَق ُفِيهِم ُالضَّعِيف أقَامُوا عليه َّالحَد ُوايْم ِ ََّللا لو َّأن َفَاطِمَة َبنْت مُحَمَّد صَلَّى ُ َّاللَ ِعَلَيْه وَصَلَّى ُ َّاللَ ِعَلَيْه َّوَسَل ُم ْسَرَقَت ُلَقَطَعْت يَدَهَا.
Rawahul Bukhari dan Muslim
Bila Nabi di datangi oleh Usamah bin Zaid Bapak wanita ni dia nak guna kabel lah. Sebab Usamah ni Akrab dengan Nabi, ‘very close’. Minta, tolong, pujuk jangan potong tangan anak aku. Tuan-tuan boleh rujuk Kitab Riyadus Salihin, ustaz-ustaz ada tokoh-tokoh agama dalam ni. Bab ke-350. Lantas apabila mendengar ucapan tersebut Nabi terus bersumpah Demi Allah. Kalau anakku Fatimah mencuri nescaya aku potong tangannya. Itulah menjadi harapan Sultan sendiri menyokong sepenuhnya supaya diperkasakan Mahkamah Syariah. Yang kedua, yang saya melihat pada muka surat 7, kita banyak usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan. Jadi, saya ni nak kata tokoh agama tidak orang biasa ja. Tapi saya nak relate dengan quran tuan – tuan. Usaha baik macam mana pun Yang Amat Berhormat MB, kalau kita takda benda ni kita akan gagal. Kita rujuk kitab tafsir Pimpinan Ar-Rahman tuan – tuan. Muka surat senang ingat 678 cetakan rumi Surah ke-17 ayat 16. Kenapa satu bangsa satu kaum negara hancur.
ٓوَإِذَا ٓأَرَدْنَا أَن َن هْلِك ًقَرْيَة أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا َّفَحَق عَلَيْهَا ٱ ُلْقَوْ ل فَدَمَّرْنَـٰهَا تَدْمِيرً ۭ ا
Yang bermaksud: Dan apabila Allah menginginkan menghancurkan sesuatu kaum. Cuba tuan – tuan dengan elok-elok. Jangan ada dengan Kedah sifat macam ni, dan saya yakin insyaAllah tak ada. Bagaimana caranya? Kami memerintahkan kepada golongan yang hidup bersenang-lenang. Siapa mereka? Cuba buka Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Dia sebut ketua-ketua dan orang-orang terkemuka. Kenapa Allah arahkan mereka ini? Kerana mereka ada kuasa, mereka berpengaruh. Tapi فَفَسَقُوا فِيهَا. Mereka fasik. Mereka melanggar batas ketentuan agama. َّفَحَق عَلَيْهَا ٱ ُلْقَوْ ل فَدَمَّرْنَـٰهَا تَدْمِيرً ۭ ا. Maka ketika itu berhaklah Ya'ani Allah menunaikan janjinya dengan menghancurkan negeri atau negara tersebut sehancurnya. Dikuatkan dengan hadis riwayat Adailami. Kita kalau takat cakap ayat Quran tak ada hadis ceroi tuan-tuan. Iza aradallahu Biqawmi su'ad Ja'ala amrohum ila mudsrafihim. Ini Nabi bersabda. Dan Apabila Allah menghendaki menghancurkan sesuatu kaum, kaum tersebut dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang hidup bermewah-mewah dengan harta milik rakyat. YB Wong faham ka? Ini tuan-tuan ini yang benar yang perlu kita jaga. Kita orang Islam kita ikut Islam. Tak payah syukur dulu saya jahil tentang Islam. Saya pun pi aman juga tuan - tuan bukan ceroi pun. Ceritanya begitu kalau kita tak ikut saranan Allah Firman Nabi Sabda Nabi bagaimana kita nak berjaya. Buatlah usaha-usaha oleh pihak kerajaan yang terbaik nanti saya sebutlah diantaranya yang telah dilaksanakan. Cuma saya nak ambil sikit. Pernah saya sebut dalam Islam. Di antaranya ‘Fair Distribution of countries Wealth’. Membahagian makna sama adil bukan sama rata itu faham komunis. Islam tak ada sama rata YB. Wong. Adil adil makna beri kepada yang berhak memang beri kepada yang berhak. Kalau 10 orang anak 5 orang anak membahagian dia tak sama. Kawan ni mesti lebih kawan ni kurang. Kalau komunis dia beri sama banyak itu yang saya dipahamkan. Makna dalam quran ْكَى َل َيَكُون ًدُولَة َبَيْن ٱ ِِلْ َغْنِيَآء ْمِنكُم. Suratul Hashr di pertengahan ayat ke-7. Itu ajaran islam supaya harta kekayaan negeri atau negara itu diagih-agihkan kepada seluruh rakyat. Berapa minit lagi? YB. duduk tengok ja.
5 minit lagi YB.
Ha boleh lah. Cantik nak habih dah. Itu cerita dia pengagihan pada seluruh rakyat. Tak boleh ada macam tadi yang disebut oleh Yang Amat Berhormat semalam. Kartel. Haa ini sistem monopoli. Tak boleh. Saya nak baca hadis yang panjang kepada tuan-tuan kot lepas ni saya mati tak mai ka mana nak tau.
Iza fa'alaf ummatil khamsa asyaratah Khoslatan hallabi albalaq Qila Wama hiya ya rasulullah Qala Iza kanal magnamu duwala Wal amanatun magnama Wazzakatun mahrama Wa ata'al rajulul zawjatahu Wa ata'al ummahu Wa barra sadiqahu Wa jafa'abahu Wa ertafa'atil aswatufil masajid Wa kada za'imul qawmi arzalahum Wa ukrimal rajulul mahafata syarrihi Wa syuribatil khusyidah Wa khumur Wa lubisal harir Wa tukhidatil khiyanu Wa ma'azif Wa la'ana akhiru hadihil ummatu awalaha Fal yamtaqibu inda thalik Rihan hamra Aw khasfan Aw mas'ha Rawahu - Imam Termizi
Lima belas perkara. Yang mengundang bala. Saya nak sebut dua Nabi sebut awai – awai lagi dua benda. Iza kanal ma'namu du'ala. Apabila kekayaan sesebuah negara itu hanya berlegar di kalangan orang-orang tertentu sahaja. Kroni Nepotisme. Haa. Ini penyakit yang merosakkan negara. Bagaimana rakyat nak hidup dengan sejahtera kalau pemimpin sifat seperti ini. Yang kedua, walau Amanah itu Marnama. Apabila amanah dijadikan sumber keuntungan. Apa maksud tuan-tuan? ‘Abuse of power’. Salah guna kuasa salah guna kedudukan. Mentang-mentang kamu ni boleh, boleh sign bagi pihak kerajaan contoh. Contoh. Projek 10 jadi 15 itu salah guna kuasa. Itu khianat namanya. Ini hadis. Akhirnya kita ditimpa bala. Jadi kesimpulannya, saya melihat di antara usaha kerajaan Kedah Pimpinan Yang Amat Berhormat saya dapat maklumat ada lima perkara daripada mula lahir sampai kita mati ada lima benda yang kerajaan Kedah cuba nak bantu rakyat. Nak membasmi kemiskinan sekadar kita mampu ja lah. Nak hapuskan kemiskinan ‘poverty’ memang tak boleh. Itu lumrah sunakullah. Yang pertama, Permata Ku Sejahtera. Lahir dapat RM200. YB. Wong. Kalau isteri you kahwin, eh beranak “Nopak kolu” cakap cina sikit. Tak salah kot noh. Dapat RM200. Beras Sejahtera, yang kita tahu setiap ADUN 10 ribu sebulan. Kali 12 = 120 ribu. Kali 33 banyak duit tu. Tak tahulah amat berhormat tak buat kerja apa. Yang ni dok buat apa? Ni macam – macam ada. Yang ketiga sumbangan i-BAKIPT. One off. Khidmat bantuan guaman. Baru – baru ni kita hadir. Dan bila meninggal dunia RM500 pada semua. Tabung Tengku Mahmud pun pada semua bangsa. Bukan Melayu. Ini diantara usaha lah sedikit sebanyak nak mengurangkan kesusahan kepayahan rakyat. Jadi, saya akhirnya saya menyokong usul junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Yang Mulia Tuanku Sultan Atas Titah Ucapan Tuanku dalam Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada 4 haribulan 7. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Waalaikumsalam.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Menepati masa. Ok, untuk seterusnya silakan YB. Derga.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat barisan-barisan EXCO Negeri Kedah, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Kedah, Yang Berhormat ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, yang diraikan pemerhati-pemerhati di dalam dan luar Dewan, semoga kita semua peroleh keberkatan pada hari ini, InsyaAllah. Saya ingin berterima kasih kerana diberi ruang dan mengambil bahagian dalam membahas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang dititahkan di dalam Dewan yang mulia ini. Patik dengan rendah hati merafak sembah dan mengucap penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah atas penyempurnaan Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Kedah. Semoga sidang ini menjadi pemacu dan panduan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk berbahas secara matang demi memajukan Pembangunan, kesejahteraan dan keamanan rakyat berbilang bangsa dan agama di Negeri Kedah yang kita cintai ini.
YB. Tuan Speaker, satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam titah tuanku ialah mengenai meningkatkan pembangunan ekonomi negeri adalah sangat penting dalam konteks pembangunan dan kemajuan sesuatu negeri. Pembangunan negeri membawa manfaat yang luas kepada rakyat termasuk peningkatan taraf hidup, peluang pekerjaan dan kestabilan ekonomi secara keseluruhan. Dalam konteks pelancongan dan kebudayaan pula Negeri Kedah mempunyai potensi yang lebih besar untuk menjadi pusat tarikan pelancong. Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan budaya serta warisan negeri adalah penting untuk memanfaatkan setiap ruang yang ada untuk mempromosikan Kedah sebagai destinasi pelancongan yang menarik sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Wau Kedah yang telah meraih gelaran Johan Keseluruhan di Festival Layang-Layang Sedunia Kali Ke-26 yang berlangsung di Pasir Gudang, Johor. Kejayaan ini adalah membuktikan kecemerlangan dan dedikasi yang tinggi dari ahli-ahli persatuan dalam mempertahankan warisan seni tradisi layang-layang sekaligus menjulang nama Negeri Kedah di peringkat antarabangsa.
Bila saya turun di lapangan, masih ada lagi anak-anak yang keciciran pendidikan. Tak pi sekolah sebab apa? Ibu ayah tak mahu menyara, mempunyai masalah keluarga dan sebagainya. Seolah-olah seruan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita sudah macam mana pun kena usaha bagi anak-anak Pendidikan, sebab itulah yang akan membawa perubahan menjadi ‘The Greater Kedah’.
YB. Tuan Spekaer, saya mohon diberi perhatian kepada jalan di Derga yang menuju ke Bandaraya Alor Setar. Pertama, Jalan Langgar sampailah ke Kolej Sultan Abdul Hamid. Jalan ini sudah hampir 5 tahun tidak diturap semula. Lubang-lubang dan permukaan jalan menjadi ancaman serius bagi pengguna jalan raya dan boleh meningkatkan risiko kemalangan. Bahu-bahu jalan juga perlu diselenggara semula. Jadi, saya minta agensi-agensi yang terlibat segerakan kerja-kerja baik pulih tersebut demi keselamatan semua pengguna. Kedua, jalan Langgar juga mengalami kesesakan yang amat teruk bagi hari bekerja dan lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan dan musim cuti sekolah. Mohon pihak yang terlibat mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini.
Selain itu, aspek sukan juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya akan keperluan membaik pulih padang bola sepak dan gelanggang futsal di Derga. Anak – anak muda merupakan aset penting dalam membangunkan masyarakat dan aktiviti sukan adalah cara yang baik untuk menjaga kesihatan dan memupuk semangat kesukanan. Namun, padang yang rosak dan gelanggang yang teruk, yang tidak terurus jika dibiarkan ia akan jadi “padang jarak padang terkukur”. Justeru itu, mohon pertimbangkanlah pihak terlibat bagi memastikan proses penyelengaraan infrastruktur sukan ini dapat dilakukan agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya agensi anak muda. YB. Alor Mengkudu, dok ingat nak mintak padang sintetik satu di Derga. Boleh kot noh?
YB. Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas lawatan kerja ke Waterloo 1815 Memorial di Belgium baru-baru ini bersama YB. Kubang Rotan. Lawatan ini menunjukkan komitmen dan kepekaan Yang Berhormat Menteri Besar dalam menghargai sejarah dan mempelajari pelbagai model pembangunan memorial perang. Fokus utama lawatan ini adalah untuk melihat dan pengalaman dari Waterloo Memorial sebagai panduan dalam pembangunan memorial perang musuh bisik di Negeri Kedah. Inisiatif ini tidak hanya penting dalam menyampaikan penghormatan kepada wira-wira yang terlibat dalam peperangan tetapi juga sebagai peringatan kepada generasi yang akan datang tentang pentingnya memahami sejarah, menghargai jasa-jasa mereka yang berjuang untuk kebebasan dan kedaulatan.
YB. Tuan Speaker, seterusnya saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada YB. Merbau Pulas kerana meluluskan penambahan kuota Majlis Ketua Kampung di seluruh Negeri Kedah daripada 1,025 MKK kepada 1,240 MKK. Di DUN Derga ini, hanya ada satu MKK sudah bertambah menjadi 9 MKK. Alhamdulillah. MKK memainkan peranan yang sangat penting sebagai orang tengah antara kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan serta menjadi mata dan telinga setiap anggota masyarakat di sesebuah kawasan.
YB. Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini saya ingin menyampaikan serangkap pantun.
Ke Kuala Kedah makan laksa, Laksa dimakan bersama air nira, Kedah negeri yang aman dan sentosa, Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekian, terima kasih.
Waalaikummusalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Seterusnya YB. Gurun.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin Wassolatu Wassala Muala Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk sama-sama menyertai perbahasan titah diraja pada kali ini. Yang dihormati Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Kedah, Yang dihormati YB. Speaker, Yang dihormati Timbalan Speaker, YB.-YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Yang dihormati YB.-YB. Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Yang Berbahagia Tuan Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan serta tidak dilupakan semua yang hadir pada hari ini.
YB. Tuan Speaker, sebelum saya memulakan perbahasan saya ingin memetik mutiara kata dari Imam Hassan Al-Banna. Asas keimanan adalah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara dan semua sifat itu tidak wujud kecuali pada diri seorang pemuda.
Tuan Speaker, belia merupakan kumpulan atau golongan yang perlu diberi penekanan yang lebih utama. Saya melihat kepada beberapa perkara penting untuk pihak kerajaan memberi penekanan yang khususnya antaranya adalah pendidikan, berkemahiran, ekonomi belia, kepimpinan dan modal insan, keagamaan dan kerohanian. Belia perlu diberi pendedahan berkaitan pendidikan, berkemahiran kerana belia pada hari ini tidak lagi berminat untuk menyambung pengajian di peringkat IPTA dan IPTS. Kita sedia
maklum mereka perlu menjalani tempoh pengajian yang begitu panjang. Belia hari ini lebih berminat kepada kursus-kursus pendek yang mana ada di kalangan mereka berkemampuan mempunyai Kemahiran, cuma perlu diketengahkan dengan pelbagai kemahiran. Kerajaan sediakan sama ada dari Kementerian Pengajian Tinggi atau agensi-agensi berkaitan, saya mengharapkan pihak kerajaan dapat membangunkan pusat-pusat kemahiran jangka masa pendek di peringkat sekolah-sekolah agama bantuan rakyat, tahfiz-tahfiz bagi memberi pendedahan awal kepada belia di Kedah. Selain mendalami pengajian agama dan Al-Quran ianya mampu menarik minat mereka ke arah bidang berkemahiran secara tidak langsung belia mendapat dua ilmu dalam satu tempat. Selain itu, gabungan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah, kerjasama antara EXCO-EXCO berkaitan perlu diseiring bagi melahirkan belia dan sejahtera membangun bersama.
Tuan Speaker, saya juga memohon kerajaan memberi tumpuan kepada sektor ekonomi belia. Selain tumpuan kepada peluang pekerjaan yang ditawarkan dengan pelan pembangunan yang dirancang, ekonomi belia juga perlu dilibat urus sehingga ke peringkat pinggir bandar dan luar bandar. Terdapat belia yang mempunyai bengkel-bengkel pernigaan kecil-kecilan, jahitan, pertanian dan sebagainya perlu dibangunkan dengan kursus-kursus serta Skim Pinjaman Mikro Belia. Saya mencadangkan kursus diletakkan di bawah Pengerusi Belia dan Sukan untuk memudahkan pengurusan pinjaman dan kursus yang disediakan.
Tuan Speaker, ramai di kalangan belia hanya berbekalkan dengan kemahiran mereka sendiri untuk mula bertapak dalam perniagaan dengan modal kewangan yang terhad. Maka saya mohon, kerajaan memberi tumpuan dan memudahkan segala urusan pemohonan kursus dan skim pinjaman yang ditawarkan. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya selari dengan slogan yang di bawa “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”.
Kerajaan perlu melahirkan kepimpinan di masa akan datang, kepelbagaian usaha serta kaedah melahirkan kepimpinan, serta modal insan amat penting dalam merealisasikan rancangan ‘The Greater Kedah’ yang mampan bagi Kedah Maju 2035. Saya memetik kata Imam Hassan Al-Banna dalam melahirkan belia yang berkepimpinan, “sungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah”. Hari ini Tuan Speaker, belia tidak lagi mahu memikirkan apa masalah yang berlaku. Jika perkara ini tidak dibendung, nescaya kita akan ketandusan kepimpinan dari pelbagai sudut dan sektor.
Demi melahirkan kepimpinan yang proaktif, belia juga perlu diterapkan dengan aspek keagamaan. Bagi membina generasi belia yang sejahtera, peranan serta pendekatan dari kerajaan perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi. Gejala yang tidak baik semakin membimbangkan kita. Hari ini belia disajikan dengan pelbagai bentuk gejala yang tidak sihat sehinggakan sudah tidak malu untuk berkongsi kepada umum. Mereka yang melakukannya, diagung-agungkan malahan menjadi pujaan ramai. Saya mengharapkan kerajaan mempunyai kaedah yang terbaik dalam mengatasi pemasalahan yang berlaku demi membina generasi “Belia Sejahtera Membangun Bersama”. Kerajaan perlu kepada tindakan serta tumpuan yang khusus kepada semua aspek untuk mencapai apa yang dirancang menjelang 2035.
Tuan Speaker yang dikasihi, Gurun mempunyai satu kawasan yang telah dibangunkan pada satu masa dahulu. Di situ telah dibina sebuah kilang automotif yang mempunyai pelbagai prasarana yang lengkap. Tetapi hari ini prasarana tersebut telah menjadi seperti hutan simpan. Saya mohon pihak kerajaan negeri merancang untuk memajukan semula kawasan tersebut. Di situ kompleks sukan dan padang bola serta sebuah hotel yang tidak diselenggara dan berpotensi untuk dibangunkan. Selain itu, tapak-tapak yang dikhususkan untuk perindustrian telah menjadi tapak pembuangan sampah haram. Saya mohon kerajaan negeri melihat kembali untuk pembangunan tempat tersebut. Saya mencadangkan agar tempat itu dijadikan tempat warga Gurun beristirahat bersama keluarga. Warga Gurun amat dahagakan tempat-tempat untuk beriadah bersama keluarga.
Apa nama tempat tu YB.?
Dia dekat dengan Kilang Modenas. Sebelum ini kita difahamkan dimajukan oleh Naza.
Okay.
Tempat tersebut amat bersesuaian untuk dijadikan taman rekreasi atau taman tema dan padang awam yang luas untuk dikunjungi oleh warga Gurun dan sekeliling. Kerajaan perlu membangunkan semula kompleks sukan yang sedia ada. Hotel dan padang bola juga boleh menjadikan Gurun salah satu tempat tumpuan. Pada perbahasan saya sesi
sebelum ini telah saya bangkitkan beberapa isu berkaitan pokok-pokok dan lampu isyarat yang mempunyai sistem AES. Hari ini saya ingin menyentuh berkaitan dengan prasarana yang telah rosak. Lampu-lampu jalan yang tidak berfungsi dengan baik, garisan jalan yang semakin pudar, bangunan-bangunan lama semakin usang. Saya mengharapkan ada sedikit maklum balas serta tindakan dari pihak kerajaan bagi memberi tumpuan kepada Gurun. Gurun bukan sahaja tempat perindustrian, Gurun berada di pertengahan antara laluan utama yang menghubungkan bandar Sungai Petani dan Alor Setar. Saya mohon tindakan atau susulan daripada pihak berwajib di atas apa yang telah saya ajukan di Dewan yang mulia ini keselamatan serta keselesaan warga Gurun dan pengguna jalan raya tidak lagi risau dan resah dengan persekitaran yang begitu merisaukan mereka.
Saya mengharapkan pembaharuan dapat dilakukan untuk menceriakan kembali Gurun dan menjadikan Gurun sebagai tempat perindustrian pelancongan. Banyak tempat-tempat menarik boleh dibangunkan sebagai salah satu tempat pelancongan dan separuh Gunung Jerai berada di Gurun, ada trek hiking dan ada air terjun yang boleh dikomersialkan. Sempena tahun melawat Kedah 2025, saya mengimpikan Gurun antara salah satu destinasi tarikan selain Alor Setar, Sungai Petani dan Yan.
Saya juga memohon jasa baik kerajaan untuk membangunkan semula ladang satelit di Gurun bagi membangunkan semula tanaman jagung secara kontan. Mereka memerlukan bantuan dari pelbagai sudut antaranya benih, baja, kewangan serta cara penyelesaian kepada binatang perosak kerana tanaman mereka seringkali diganggu. Projek ini perlu disemak dan dikaji semula bagi membantu serta mengembalikan struktur ekonomi pekebun-pekebun di kawasan tersebut. Jika usaha ini dapat meningkatkan ekonomi penduduk dan belia khususnya, sektor pertanian ini juga mampu dijadikan sebagai sumber pendapatan. Jika diuruskan dengan berkesan, kembalikan slogan “Pertanian Satu Perniagaan”.
Tuan Speaker, akhir kalam dari perbahasan, saya mengharapkan satu tindakan yang terbaik dari semua agensi yang terlibat atas apa yang telah saya ajukan. Kerjasama serta pertolongan dari semua agensi terlibat sebelum ini amat baik serta pantas bertindak. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada DO Kuala Muda, YDP MPSP, CEO SADA, Pengurus SADA Wilayah Tengah, JD JKR, JPS, serta seluruh kakitangan agensi terlibat. Pejabat Tanah dan Daerah, THB, PKP, PKB dan semua yang banyak membantu DUN Gurun dalam merealisasikan “Gurun Sejahtera Maufakat Bersama”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum ini saya ada minta masa tambahan tapi kali ini saya minta sedikit pantun.
Silakan.
Hijau kuning jelapang padi rakyat, Rakyat Kedah hidup harmoni, Ucapan tahniah Sang Kenari, Kekal bersama liga super lagi.
Dengan itu Tuan Speaker, saya menyokong penuh titah diraja. Wabillahitaufiq Wal Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Nak balas balik pun Speaker tak pandai. Untuk seterusnya, dipersilakan YB. Tanjung Dawai bersedia. Tanjung Dawai.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassalatu wassala mu’ala rasulillahil amin wa ala alihi wa sahbihi ajma'in.
Yang dihormati Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan yang dikasih sekalian. Terlebih dahulu Yang Berhormat Speaker, saya mohon maaf kerana apa yang saya tulis dan susun baru terpadam taksat. Jadi, mohon maaf sekiranya tidak lancar apa yang saya akan bercakap pada pagi ini. Berdasarkan titah ucapan Tuanku Sultan sempena Perasmian Persidangan DUN kali ini, saya ingin berbahas dengan menyebut bahawa ucapan taniah yang diucapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas kejayaan mendahului PRN mengekalkan kerajaan ini, perlu untuk dirai dan juga dihormati oleh semua pihak kerana ini adalah pilihan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat Kedah dalam PRN yang ke-15 yang lalu.
Yang Berhormat Speaker, Tuanku Sultan juga menyebut bahawa Yang Berhormat ADUN-ADUN bertanggungjawab untuk turun padang mendengar permasalahan daripada rakyat dan juga membantu untuk penyelesaian. Jadi, dengan bantuan yang ada serba sedikit yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, ADUN-ADUN dapat berperanan dan menyampaikan bantuan kepada rakyat bawahan tanpa mengira warna parti, tidak mengira latar belakang rakyat. Kerana apa? Kerana berdasarkan apa yang Nabi SAW sebut;
أحب الناس إلى الل أنفعهم للناس
Orang yang paling dicintai disukai oleh Allah Ta'ala ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Hadis ini panjang Yang Berhormat Speaker, bagaimana Nabi SAW menyebut pertama orang yang amalan yang Allah SWT sukai Ialah
سرور ُتُدخِ ل على مسلم
Orang yang Allah suka ialah orang yang memberikan kegembiraan kepada orang Islam yang lain. ُتَكشِف عنه ًكُربة
Yang kedua ialah dia mengangkat kesusahan orang lain, rakyat yang berhadapi kesusahan dibantu. أو تقضِ ي عنه دَيْنًا Ataupun dia tolong bayar hutang. Ini susah sikit ni. Tak bayar bil elektrik, tak bayar bil air, hutang sekolah dan sebagainya. Jadi, apa yang Nabi SAW sebut ialah perbuatan-perbuatan yang berhubung kait dengan orang ramai lebih Nabi SAW suka, Allah Ta'ala pun suka kebaikan yang lebih baik beriktikaf di dalam Masjid Nabi SAW selama sebulan dengan seseorang wakil rayat turun ke padang untuk meninjau dan melihat pemasalahan rakyat dan membantu mereka sekadar termampu. Tapi Alhamdulillah, di Kedah ini kerajaan negeri prihatin memberikan bantuan termasuk pada pihak pembangkang berbeza dengan dan pihak Persekutuan. Sekarang ni, saya dengan sahabat-sahabat yang duduk di pihak ‘backbencher’ yang pernah dulu digelar sebagai pembangkang, pernah tidak dapat peruntukan. Waktu tu dan sekarang ada gelaran yang disebut kategori B40, waktu tu kami pernah jadi YB.40. YB.40, tanpa sebarang bantuan tetapi berperanan dan rakyat memahami bahawa keterbatasan bantuan yang boleh diberi oleh wakil rakyat pembangkang ketika itu tetapi peranan tetap dijalankan.
Tuanku juga menyebut berkaitan dengan antara hubungan kerajaan negeri dan Persekutuan di mana kerajaan persekutuan perlulah mendengar suara daripada pihak negeri terutama berkaitan dengan aspek pembangunan. Bagaimana kerajaan negeri berusaha meneruskan Kedah Aerocity yang bukan dicetuskan sejak daripada 2020. Dak! Tapi sejak 10 tahun yang lalu dan ini adalah suatu usaha untuk meningkatkan ekonomi di Kedah bahkan impaknya memberikan kesan besar kepada seluruh kawasan di utara, bahkan juga akan memasuki ke kantung Persekutuan hasil-hasil daripada cukai yang boleh dikutip dalam projek ini. Kalaulah Kerajaan Pusat boleh untuk melayan pembesaran projek airport di Pulau Pinang dengan kos RM1 bilion, kenapa untuk Kedah Aerocity tanpa meminta dan menagih walaupun sekupang daripada Kerajaan Pusat tidak dilayan, bahkan tidak diberikan layanan yang sewajarnya.
Yang Berhormat Speaker, dengan tempoh 3 tahun pelaburan yang masuk berjumlah RM100.03 bilion dan peluang pekerjaan sebanyak 20 ribu peluang pekerjaan yang ada. Hari ini kita melihat bagaimana Kedah duduk dalam ranking antara 5 terbaik berbanding KDNK dan Kerajaan Malaysia sendiri. Dan apa yang patut menjadi kebimbangan kita, bagaimana tahun 2022 Yang Berhormat Speaker, berdasarkan kepada kajian bahawa 45% iaitu 80 ribu lebih pelajar-pelajar terutama bangsa Bumiputera yang hanya mahu belajar takat SPM sahaja. Tak mahu menyambung pelajaran seterusnya dengan sebab melihat peluang keperjaan yang semakin sempit menyebabkan mereka memilih untuk bekerja yang boleh mendapatkan hasil dengan segera pekerjaan ini. Jadi kerajaan negeri perlu melihat untuk memandang kepada masa depan yang jauh lebih-lebih lagi untuk generasi yang akan datang.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan sekalian, kita berbicara banyak hari berkaitan dengan pendatang asing yang monopoli pekerjaan bahkan mula juga nak menguasai perniagaan. Saya pernah membaca bagaimana kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Bangladesh dan dia baru menang pula dalam pilihan raya terbaru ini untuk penggal ke 4. Syeikh Hasina. Walaupun nama Syeikh tapi dia perempuan. Syeikh Hasina menyatakan bahawa kalau lah dia datang ke Malaysia dan bertanding di Malaysia, dia akan menang. Bayangkan kenyataan dan keyakinannya kalau dia mai ke Malaysia, dia bertanding dalam pelihan raya di Malaysia, dia akan menang. Pasal apa? Pasal Bangladesh ramai di sini. Habis Kak Ton! Jadi, anak-anak kita yang hari ini ada yang culas tak mahu belajar, mak ayah perlu untuk melihat peranan dan fungsi mereka. Saya ingat Dato’ Mursyid Diraja Kedah dulu, Almarhum Dato’ Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok pernah menyebut, Pat kepoi satu cupak, Pat cupak satu gantang, Tak betoi mak pak, Anak-anak lintang pukang.
Hari ini, kita melihat bagaimana mak ayah tak peduli, cikgu kena pi turut di rumah. Anak tak mai mengaji. Bukan tak mai mengaji, hari periksa pun duk dalam kelambu lagi. Dah di sekolah tak boleh buat apa, bila pi, la.. mak ayah pun melengkaq juga lagi, tak mangkit lagi, pukul 8, pukuk 9. Bayangkan generasi yang akan ke depan ni, macam mana lah yang akan lahir.
Yang keenam berkaitan dengan pelancongan yang juga antara sumber kita di Negeri Kedah. Saya ingin bertanya berkaitan status perkhidmatan Feri Sani, yang telah mengumumkan untuk beroperasi di awal tahun ini. Tapi tak nampak bayang. Sedangkan kita melihat bagaimana antara perkara yang ditimbulkan oleh pelancong untuk ke Langkawi sehinggakan ada yang tersadai di Kuala Kedah, tersadai di Kuala Perlis kerana berkaitan dengan pemasaran feri.
Jadi, apakah status perkhidmatan Feri Sani sekarang ini? Adakah dia menghadapi masalah berkaitan dengan puak dalam consortium? Dan saya melihat bila berkaitan dengan pelancongan di Gunung Jerai sepertimana disebutkan Yang Berhormat Bukit Lada sehingga sehari 3,500 pelancong bagaimana sambutan ataupun daya tarikan ini disebabkan ada penarik yang baru. Di Langkawi pun macam itulah, satu-satu tempat akan dapat menarik pelancong lebih ramai bila ada daya penarik yang baru. Gunung Jerai ada dinasour. Lepas tu ada apa YB. Bukit Lada? Ada lantai, saya pun tak naik lagi. Tapi daya tarikan itu ada. Dan saya ingin menyebut sepertimana yang saya sebut dalam Sidang sebelum ini bagaimana di DUN Tanjung Dawai hari ini dalam sebulan 400 ke 500 bas datang berkunjung melawat DUN Tanjung Dawai bermula daripada MADAD di Sungai Jagung di MADAD, mereka akan mai ke Masjid Bushra sedangkan dalam perjalanan ke Masjid Bushra mereka akan lalu Jeti Sungai Merbok yang ada pokok bakau. Pokok bakau di Sungai Merbok ni kalau di dunia ni pokok bakau ini ada 60 jenis saja. Daripada 60 jenis pokok jenis bakau di dunia, 40 ada di Sungai Merbok. 40 ada di Sungai Merbok dan di Sungai Merbok ni ada satu jenis pokok bakau yang namanya, nama macam nama isteri saya itu yang saya ingat tu, Reza Amanaliana. Pengkaji daripada India terkejut kerana bakau di India ni dah pun pupus, tapi ada tuan-tuan 44 pokok di Sungai Merbok. Di Sungai Merbok. Bahkan ada berus, berus mata buaya satu pokok bakau yang hanya di dunia ni ada 301 pokok dan daripada 301 pokok tu ada 44 di Sungai Merbok. Jadi orang tak tau, MPSPK buat bot untuk melayari Sungai Merbok, jadi perkara sebegini ada daya tarikan yang perlu untuk ditambah untuk menarik lagi daya tarikan pelancong mai. Lepas tu nak pergi Al - Busyra juga akan lalu Tamadun Tertua Asia tenggara di Sungai Batu. Nak bagi berhenti pelancong di situ. Tak mau bagi nampak ni orang Kedah punya. Nampak ni tamadun zaman dulu 788 tahun sebelum masihi, bukan orang Kedah punya. Ni untuk negara yang perlu diberikan perhatian. Tapi dalam tempoh sebulan dua ni suasana di tapak tamadun tertua itu dah nampak cerah elok, laluan pun dah dibuat dan InsyaAllah moga-moga ada tarikan lebih lagi.
Yang Berhormat Speaker, yang ketujuh berkaitan Mahkamah Syariah yang disebutkan oleh Tuanku. Bagaimana keprihatinan Tuanku sehinggakan mencadangkan diletakkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Islam akan terungkai satu simpulan demi satu simpulan kata nabi:
َّلَتُنْقَضَن عُرَى ِاْلِْسْلَ م ًعُرْوَة ًعُرْوَة Islam ni diibaratkan disimpulan. Simpulan tu akan terungkai satu demi satu.
فَكُلَّمَا ْانْتَقَضَت عُرْوَة َتَشَبَّث ُالنَّاس بِالَّتِي تَلِيهَا Bila simpulan satu terungkai, manusia akan pegang simpulan lepas itu dan nabi sebut
َّوَأَوَّلُهُن نَقْضًا Simpulan pertama yang akan terungkai adalah ا ُلْحُكْم, berkaitan dengan hukum hakam
َّوَآخِ رُهُن ُالصَّلَ ة Terakhir sekali sembahyang. Bagaimana penjajah yang pernah menjajah Tanah Melayu ini sepanjang 446 tahun. Mereka datang bukan pasal rempah sangat. Ada tujuan lain. Bagaimana mereka datang dan mereka merombak undang-undang yang ada dalam tanah air kita sehinggakan Undang-undang Islam yang diamalkan sejak dulu, hanya jadi Ahwal Al-Syahsiyah ataupun Undang-undang Kekeluargaan Islam melibatkan perkahwinan, cerai, talak dan melibatkan faraid begitu saja. Hal lain tidak dibenarkan.
Yang Berhormat Speaker, 446 tahun ni satu tempoh yang panjang. Sir Lord Cromer, Presiden British di Sudan dan Mesir pernah menyebut, “kami, (yakni pihak British) tidak akan menyerahkan tanah jajahan kami, melainkan kepada orang yang boleh meneruskan kerja kami”. Sejarah terbukti dan apa yang kita lihat, Undang-undang Islam hanya boleh takat 3, 5, 6 iaitu maksimum 3 tahun penjara, 5 ribu denda, 6 kali sebatan. Takat tu saja. Sedangkan undang-undang hukum yang ada dalam Islam ini dilaksanakan di dunia, moga-moga di akhirat tidak akan dikenakan lagi. Kalau tak cukup, moga-moga diringankan di akhirat setelah kena, walaupun tak cukup di dunia. Yang diharap lebih lagi dihapuskan ataupun terlepas di akhirat daripada hukuman kali kedua di akhirat.
Saya ingin untuk menyebut berkaitan dengan DUN Tanjung Dawai. Pertama saya mohon bantuan daripada pihak PTG dan pihak EXCO untuk melihat permohonan Masjid Al-Fatimah, Sungai Pial yang sekian tahun memohon untuk permohonan tanah bagi pembinaan masjid baru. Masjid ni, kalau orang tengok orang tak pernah pergi Tanjung Dawai orang kata surau, lama, tepi jalan dan tak kelihatan macam masjid. Sudah
bertahun pihak AJK masjid setelah pertukaran Tok Imam baru, Tok Imam muda-muda di Kedah sekarang ni semangat kan, hat lompat, guling dan sebagainya. Terbaru saya tengok Sedaka, atas bumbung masjid pun dia naik. Sampai tara tu, sakan sungguh. Tapi Tok Imam Al - Busyra dah umum, dia akan saman siapa yang tiru ‘action dia’ (sambil ketawa). Masjid Sungai Pial ni pun tok imam muda dan mereka menggerakkan usaha untuk mendapatkan tanah bagi pembinaan masjid dan mereka telah pun buat urusan sampai ke peringkat Jabatan Wakaf dan tunggu keputusan daripada PTG dan pihak kerajaan negeri.
Kedua, saya nak tanya berkaitan status Kilang Dongwha di Merbok yang kadang-kadang lepas habuk dan saya tahu kata habuk ni dilepaskan bila mana kereta Myvi saya berabuk. Jauh rumah dengan Dongwha tu. Kita sebut Myvi la pasal Myvi parking depan. Berhabuk. Pasal apa kilang ni duduk dalam kawasan kampung tak dipindahkan ke kawasan industri Bukit Selambau sepertimana kilang lain? Sedangkan baru lagi, hampir dua bulan lepas ada isu habuk lagi berlaku. Jadi, perkara-perkara sebegini saya mohon untuk perhatian daripada pihak-pihak kerajaan negeri.
Yang Berhormat Speaker, saya nak ucapkan tahniah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah yang berjaya kutip pada tahun 2022, RM273 juta dan target kutipan zakat bagi 2023 adalah RM253 juta lebih kurang macam tu. Tapi, Allah Ta'ala tidak menunaikan apa yang mereka hasratkan. 2023 punya kutipan zakat adalah sebanyak RM277 juta, lebihan sebanyak RM25 juta. Saya ucap tahniah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan juga telah mengagihkan dengan sebaik mungkin jumlah itu, berbagai-bagai perkara kebaikan yang dibuat. Terbaru, bagaimana anak-anak yang akan memasuki sekolah-sekolah agama dibiayai oleh pihak Zakat dan dimaklumkan berdasarkan soalan bertulis dulu, hampir 1,900 pelajar yang akan dibiayai oleh pihak Zakat pada tahun ini dengan syarat duduk asrama, dengan kos hampir RM10 juta. Jadi, moga-moga kutipan zakat bagi 2024 akan berganda lagi, InsyaAllah. Jadi, itulah yang dapat saya kongsi. Ada masa lagi ka Tuan Speaker?
4 minit lagi!
Rekod kata pendek dah ni. Jadi, saya ingin untuk melihat di DUN Tanjung Dawai ni, tadi saya cerita sampai Al – Bushra. Bushra sewa tanah untuk buat parking kerana masalah untuk letak kereta dan juga bas yang banyak datang melancong ke Masjid Bushra dan
daripada Bushra pelancong akan lajak di Tanjung Dawai. Di Tanjung Dawai bas tak boleh nak masuk sekarang disebabkan perniaga-perniaga di bahu jalan. Jalan masuk ke pekan Tanjung Dawai ni kecil. Parking pula tak luas, menyebabkan ada bas ni yang dimasuk pi, pi tempat lain untuk bawa penumpang ni untuk beli bahan hasil laut di tempat yang lain. Jadi menjadi rungutan kepada perniaga-perniaga di Bangunan MPSPK di Tanjung Dawai disebabkan bas-bas yang bawa pelancong. Kalau saya sebut tadi, data yang saya sebut 400 ke 500 bas ni setiap bulan disebut kepada saya oleh CEO ataupun ketua yang mengurus MADAD, Ustaz Yaakob Yusra bahawa kedatangan bas mai ke MADAD tiap-tiap bulan antara 400 ke 500 bas yang berakhir di Tanjung Dawai. Tapi tak boleh masuk sampai ke hujung, dengan sebab jalan yang kecil, peniaga pun nak menyempitkan laluan. Jadi, mohon pihak berkaitan untuk melihat supaya peluang-peluang bagi menambah kebaikan ekonomi penduduk di Tanjung Dawai khususnya dapat direalisasikan.
Jadi terima kasih atas kesempatan yang diberikan dan saya menyokong dan menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Sempena Persidangan DUN kali ini. Terima kasih. Wallahu’alam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Tanjung Dawai. Sukacita saya nak memaklumkan sekali lagi kepada semua pembahas yang akan berbahas bahawa Yang Berhormat sekalian tidak dibenarkan untuk melihat teks dan semasa berbahas diminta memandang ke arah Speaker. Macam Tanjung Dawai dia pegang teks dia tak tengok, dia letak di atas tapi dia tak tengok teks. Jadi, untuk seterusnya kita menjemput YB. Bukit Selambau. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, seluruh yang hadir pada hari ini. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala oleh kerana diberi peluang pada pagi ini untuk membahas Titah Ucapan Tuanku. Saya ingin memulakan ucapan ini dengan membaca sepotong ayat al-quran.
أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم
يَـٰٓأَي هَا ٱ ُلنَّاس إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم م ِن ذَكَر ٰوَأُنثَى ْوَجَعَلْنَـٰكُم شُعُوبًۭا َوَ قَبَآئِل لِتَعَارَفُوٓ ا َّإِن ْأَكْرَمَكُم َعِند ٱ ِ َّّلل ْأَتْقَىٰكُم َّإِن ٱ َ َّّلل عَلِيم ۭ خَبِير
Yang bermaksud, “Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu bukan yang lebih keturunan ataupun bangsanya sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya akan keadaan amalan kamu.”
Al-quranul karim dengan jelas telah memberi petunjuk dan bimbingan kepada kita supaya kita semua menjaga hubungan kehidupan di kalangan kita dengan baik dengan kepelbagaian etnik, budaya, bahasa dan agama agar dapat membentuk perpaduan masyarakat.
Burung kedidi di pohon nangka, Anak bayan hinggap di dahan, Orang berbudi kita berbahasa, Mesra ikatan erat perpaduan.
Pergi ke muara mencari kepah, Jual seraga di pasar tani, Apa guna kita berpecah, Marilah kita bersatu hati.
Tuan Speaker yang dihormati, sidang Dewan yang dikasihi, dalam ucapan ini saya mukadimahkan kalam saya dengan agama asas perpaduan. Agama asas perpaduan merujuk kepada konsep asas perpaduan dan bagaimana nilai-nilai agama menjadi landasan utama dalam mempersatukan masyarakat yang berbilang kaum. Marilah sama-sama kita soroti peranan agama dalam perpaduan umat manusia. Agama telah mengajar kita dalam memupuk semangat kebersamaan, toleransi dan kerjasama di antara berbagai kelompok agama. Contohnya, hak seorang Islam dengan jiran bukan Islam perlu menjaga akhlak. Tidak menyakiti jiran bukan Islam dengan perkara yang tidak disukai. Nabi SAW melarang umatnya menyakiti jiran. Memetik kata-kata menteri besar satu ketika, “Kedah tempat orang miskin berteduh, orang kaya menabur bakti”. Ia merangkumi Cina, Melayu, India dan Siam dan lain-lain bangsa.
Sidang Dewan yang saya hormati sekalian, menghormati kepelbagaian budaya, kita perlu menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya serta menghormati hak agama yang ada dalam masyarakat kita serta mendorong kita kepada dialog antara kaum dan agama yang harmoni dan saling menghormati. Perkara ini dapat membina persefahaman meskipun latar belakang budaya dan agama kita berbeza. Ini sangat penting dalam menghasilkan asas hubungan yang lebih baik, harmoni dan bertoleransi. Merujuk kepada analisis Pencapaian Indek Perpaduan Nasional tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara, Negeri Kedah berada pada tahap perpaduan sederhana. Boleh rujuk kepada laporan akhir IPNas 2022 (Indek Perpaduan Nasional 2022). Kita perlu menjaga hubungan baik yang terbina antara kaum dan agama agar dapat dikekalkan. Ia perlu kepada kerjasama semua pihak secara menyeluruh bagi menghasilkan suatu proses integrasi yang bersifat nasional.
Perkongsian dan pematuhan terhadap nilai dan normal yang terpuji merupakan aspek yang disepakati oleh semua manusia. Ia bersifat merentasi sempadan kaum dan juga agama. Menjaga kebajikan bersama. Saya mengajak Sidang Dewan mengimplikasikan nilai-nilai agama sebagai pedoman dalam menjaga kebajikan bersama, memerangi ketidakadilan dan mempromosikan pendamaian di tengah-tengah masyarakat yang ada. Islam sangat menekankan keperluan melaksanakan keadilan dalam setiap urusan tanpa dipengaruhi oleh sentimen mahupun latar tertentu. Justeru, menjadikan keadilan sebagai elemen teras dalam kehidupan bermasyarakat.
Tuan Speaker, seterusnya secara fizikal naluri manusia itu akan sentiasa terdorong untuk melakukan kebaikan dan kebajikan sesama manusia. Konsep ini dilaksanakan tanpa mengira perbezaan agama yang wujud bagi mengukuhkan hubungan yang terbina berdasarkan nilai yang mulia dan juga yang terpuji. Seterusnya penghargaan kepada pemimpin-pemimpin agama. YB. Speaker, kita amat menghargai jasa bakti pemimpin agama yang menjadikan yang menjadi ejen perpaduan di negeri ini. Sebagai tanda penghargaan kepada mereka, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan negeri dapat memberi penghargaan sepatutnya kepada mereka. Pemimpin pemimpin agama berperanan memperkukuhkan hubungan antara kaum dan agama sebagai tanda kesatuan dan perpaduan kita. Bak kata pepatah, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Tafsiran pepatah ini merujuk akan peri pentingnya hidup sekumpulan manusia yang bertanggungjawab nilai permuafakatan, kesefahaman dan tolak ansur sesama manusia. Semua ini bertepatan dengan dasar perpaduan negara di mana ia merupakan dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh, dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.
Konsep perpaduan dalam kepelbagaian digunakan untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Dasar ini menetapkan halatuju perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara bersatu padu, harmoni dan makmur. Walaupun Kerajaan Perpaduan, dari sudut pelaksanaan dia perpecahan berlaku di peringkat rakyat.
Seterusnya, nilai-nilai universal yang mengikat seluruh umat manusia seperti toleransi, kasih sayang dan persamaan hak. Secara realitinya kehidupan kita memang diciptakan bagi menempuhi persekitaran yang berbeza. Perbezaan dari sudut politik, geografi, ekonomi, kebudayaan, mahupun keagamaan memerlukan kepada nilai tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Sebarang usaha untuk melakukan pemaksaan bagi menyatukan manusia dalam aspek tersebut terutamanya dalam aspek keagamaan adalah berada di luar kemampuan manusia. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam Surah Yunus yang bermaksud, “dan jika tuhanmu menghendaki, nescaya beriman lah sekalian yang ada di atas muka bumi, maka patutkah engkau pula mahu memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman”. Surah Yunus ayat yang ke-10. Ayat ini secara nyata menjelaskan kepada kita bahawa kewujudan kepelbagaian agama itu bukanlah satu bentuk penguasaan terhadap agama-agama yang lain. Sebaliknya sebagai satu proses pembina, membina toleransi dan pergaulan yang baik sesama kita. Tuan Speaker, Sidang Dewan sekalian, kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Ia adalah satu aktiviti mental yang rasional dan logikal. Setiap individu hendaklah mengendalikan hubungan dengan penuh rasa kasih dan sayang dan tanggungjawab sehingga tercapai matlamat kebahagiaan di dalam kehidupannya. Kebolehan dalam mencurahkan kasih sayang merupakan asas dalam pembinaan keluarga yang bahagia. Ini kerana setiap anggota keluarga mampu menunjukkan kasih sayang sesama mereka bagi mengeratkan hubungan. Kasih sayang sangat penting dalam menjamin kesejahteraan masyarakat. Kesediaan mengambil berat, memberi perhatian, tolong-menolong, bertolak ansur, memelihara hak dan menjaga kebajikan adalah antara ciri-ciri penting untuk melahirkan masyarakat dan keluarga yang harmoni.
Kita seharusnya menghargai dan menjaga keharmonian negara ini dengan mewakafkan diri atau melibatkan diri dalam usaha untuk mencapai matlamat perpaduan kaum demi kesinambungan generasi yang akan datang. Dasar perpaduan negara dapat memberi manfaat kepada setiap rakyat Kedah. Justeru itu, rencana perpaduan amat memerlukan kepada istiqamah, kesungguhan, komitmen daripada semua pihak. Sehubungan itu, kita semua wajib berusaha dan menjadikan sebagai tanggungjawab kita bersama. Setiap kelompok masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam mencapai agenda perpaduan sama ada di peringkat individu ataupun keluarga dan juga komuniti.
Tuan Speaker yang dihormati, berkaitan dengan projek Kedah Aerotropolis, ini boleh memertabatkan ekonomi bangsa kita di Negeri Kedah. Dalam kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang, kenaikan kos secara hidup rakyat mengundang pelbagai isu dan masalah di kalangan masyarakat. Kerajaan negeri mencipta peluang baru dalam membantu rakyat untuk kelangsungan kehidupan. Kita melihat usaha kerajaan negeri dalam membangunkan ekonomi Negeri Kedah dengan projek Kedah Aerotropolis, namun di sana terdapat usaha-usaha pihak-pihak tertentu untuk menggagalkan projek ini. Menteri memberi seribu satu alasan untuk menidakkan usaha Kerajaan Negeri Kedah melaksanakan projek ini. Sikap yang tidak profesional Kerajaan Pusat yang menafikan hak Kerajaan Negeri Kedah hanya memberi alasan. Alasan yang diberi oleh Kementerian Pengangkutan, “tidak ada keperluan untuk pembangunan lapangan terbang baru di Kulim buat masa dan ketika ini”. Kononnya, projek ini tidak akan berdaya maju takut jadi “projek gajah putih”. Takut sebelum berhadapan, membina persepsi kepada Negeri Kedah. Ini satu benda yang tidak munasabah.
Jadi, saya selaku ADUN Bukit Selambau menyokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri membangunkan Kedah Aerotropolis. Kedah Aerotropolis akan menjadi ‘game changer’ selain pemangkin kepada pembangunan “The Greater Kedah” yang diusahakan untuk merancakkan ekonomi negeri ini. Dan Kedah Aerotropolis kini sedang mendahului semua konsep pembaharuan ekonomi dan ia bakal menjadi suatu kenyataan, InsyaAllah. Saya imbas Kembali, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-6 Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-14 yang lalu di Wisma Darul Aman ini supaya Kerajaan Persekutuan menyokong dan memberi pertimbangan bagi pelaksanaan pembangunan Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) demi manfaat menyeluruh dan negara dan Negeri Kedah khususnya yang kita cintai.
Jadi akhirnya, saya menyokong dan menjunjung kasih atas ucapan Duli Yang Amat Mulia Tuanku pada hari perasmian. Wallahu’alam. Akulu kawli hadha, astagfirullahalazim li walakum. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada YB. Bukit Selambau. Seterusnya kita menjemput Yang Berhormat Tokai. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker, rakan sempadan saya. Alhamdulillah Rabbil Alamin Rabbihi Nasna'in wa salatu wa salamu ala ashrafil anbiya'ul mursalin Sayyidina Muhammadin wa ala alihi wa sahbihi ajma'in. Ma qala Rabbi isyrahli sadri wayarsirli amri wa ahlul aqadatami lisan niyaqahu wa qawli. Saya juga ingin bangun berbahas berhubung dengan Usul Titah Ucapan Tuanku semasa perasmian mesyuarat kita pada kali ini yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari.
Ahli - ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, para sahabat EXCO, sahabat-sahabat ADUN serta pegawai-pegawai kerajaan baik Pusat dan juga Negeri, serta pemerhati di dalam Dewan dan juga di luar Dewan dan juga melalui media sosial kita. Saya ingin membahaskan berhubung dengan penegasan Tuanku Baginda mengenai keadilan, kesejahteraan dan juga isu berhubung dengan pelancongan.
Yang pertama sekali saya nak menyentuh tentang apa yang berlaku di dalam negeri, di dalam negara kita melibatkan perundangan iaitu Akta 486, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan juga Akta 171 Kerajaan Tempatan dan juga Akta 133, Akta Jalan Parit dan Juga Bangunan. Walaupun ianya merupakan akta di peringkat Pusat, tetapi kita mempunyai akses untuk bersama dengan Pusat berhubung dengan perjalanan akta-akta ini.
Yang pertama sekali berhubung dengan Akta Pengambilan Tanah. Hat ni saya kena baca lah, saya takut silap. Akta Pengambilan Tanah 1960 ataupun Akta 486 adalah undang – undang Malaysia yang digubal bagi maksud mengambil tanah ataupun harta seseorang secara paksa dengan syarat atau jaminan bahawa tuan punya tanah dan orang-orang yang lain yang turut berkepentingan ke atas tanah itu mendapat pampasan yang mencukupi. Kewujudan akta ini adalah selari dengan semangat Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Akta Pengambilan Tanah memperuntukkan prosedur berkaitan proses pengambilan tanah dari mula, iaitu permohonan hinggalah penentuan atau keputusan ke atas sesuatu pertikaian atau bantahan diputuskan oleh mahkamah. Kali ini saya tak bawa geran, Sidang lepas saya bawa 18 pucuk geran. YB. Kuala Ketil janganlah duk tengok.
YB. Tuan Speaker, masalah yang saya timbulkan di sini adalah berhubung dengan bayaran pampasan kepada pemilik di atas geran tanah tersebut yang mempunyai banyak nama. Saya bawa Sidang lepas, satu geran mempunyai 85 nama. Isunya bukan berhubung dengan pampasan yang dibayar kepada mereka yang ada nama, tetapi pampasan yang dibayar ke atas tanah yang diambil tetapi diletakkan sebagai wang untuk
ukur semula kepada mereka yang mengendalikan proses pengambilan tersebut. Ini berlaku di banyak tempat. Banyak keluhan yang kita terima dan banyak juga tohmahan yang saya sendiri terima disebabkan oleh, “hang duk sana hang buat apa?” Itu tohmahan yang diberikan kepada kita. Isunya begini Tuan Speaker, apabila satu tanah nak diambil, pembesaran jalan misalnya, nak buat bangunan. Di dalam plot tanah tersebut ada banyak nama. Jadi orang yang tanahnya berada di tepi jalan tersebut, diambil tanah untuk bahagian dia itu buat jalan tetapi diberi wang supaya diukur semula.
Saya pernah menghadapi masalah ini dan masyarakat juga mengeluh kepada saya. Apabila tanahnya diambil tetapi orang yang ada nama dalam itu di tempat lain yang tanah dia tak kena ambil seinci pun mendapat pampasan hasil daripada Akta Pengambilan Tanah yang saya sebut tadi, 1960 tadi ini. Oleh sebab itu, kita ada akses Mesyuarat Tanah di peringkat negara. Saya pernah menyertai sekali Mesyuarat Tanah semasa duduk di kerusi Kuala Ketil hari itulah. Semasa menjadi EXCO Kerajaan Tempatan, kita dijemput untuk berada di dalam Mesyuarat Tanah di peringkat negara. Kita boleh menyuarakan hasrat kita berhubung dengan pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah 1960 ini supaya ia dikaji semula.
Saya pun telah menyebut, bahkan saya pernah bersuara di dalam Parlimen pun berhubung dengan pindaan kepada akta yang tidak adil kepada mereka-mereka yang diambil tanah tetapi pampasan yang diberikan tidak sepertimana yang sepatutnya dia terima. Orang lain yang tak kena ambil tanah dapat pampasan, orang yang habis tanah hanya mendapat pampasan yang ciput saja. Jadi, kalau sekiranya kita nak bawa isu dan kes ini ke peringkat atasan melalui Mesyuarat Tanah Negara, saya harap kerajaan negeri kena menitikberatkan isu ini supaya mereka yang hanya tanah dia diambil sahaja yang diberi pampasan, mereka yang ada nama tapi tanah tak diambil, tidak mendapat pampasan. Ini kita kena pinda akta inilah supaya keadilan berlaku. Tentu Tuanku telah menitikberatkan tentang keadilan dan juga kesejahteraan di dalam titah baginda.
Tuan Speaker, oh! Betul lah na, di sana Tuan Yang Dipertua. Jadi saya harap apabila kita menyertai mesyuarat di peringkat negara nanti, isu ini hendaklah diberi penekanan. Bila mesyuarat di dalam isu pengambilan ini diadakan, kita panggil bicara tanah. Bicara tanah diambil, dipanggil semua tuan-tuan punya yang ada nama dalam geran tersebut, mereka boleh menerangkan tanah dia dok tang nu, tang ni, tang ni. Cuma dibayar wang ukur semula. Wang ukur semula inilah yang saya pertikaikan. Dibayar wang ukur semula, kita panggil surveyor, surveyor jumpa kita, surveyor kata, “Yang Berhormat”, mesyuarat lepas pun saya dah sebut. Takkanlah tuan punya rumah dah ada pagar dia nak memberikan pengukuran semula tanah yang ada nama dia tersebut untuk kita ganjak pagar dia, untuk kita runtuh rumah dia, supaya pengukuran semula ini dapat dilakukan. Ini isu yang cukup menjadi keluhan di dalam masyarakat.
Perkara kedua adalah berhubung dengan Akta 171 Iaitu Akta Kerajaan Tempatan, Akta 133, Parit Tali Air dan Juga Bangunan. Ini juga akta di peringkat Pusat tetapi kita juga mempunyai akses untuk bersama dengan Kerajaan Pusat untuk menilai semula akta ini. Kita ada Mesyuarat MNKT (Mesyuarat Negara Kerajaan Tempatan). Saya pernah bersama dengan Yang Berhormat Perdana Menteri berhubung dengan perbincangan akta ini. Apa yang saya nak suarakan pada kali ini adalah berhubung dengan ketidakbolehan kita meruntuhkan bangunan-bangunan lama yang terbengkalai, yang menyenakkan mata kita untuk industri pelancongan. Kita tengok di Majlis Bandaraya Alor Setar, di Jalan Langgar, ada dua tiga bangunan dekat dengan Hotel Mahawangsa dulu ini. Sampai Majlis Bandaraya terpaksa letak besi supaya bangunan itu tak runtuh. Saya pernah menyuarakan hasrat untuk kita meruntuhkan bangunan ini, tetapi Majlis Bandaraya pada ketika itu mengatakan, “tak boleh Yang Berhormat”, tindakan mungkin akan diambil oleh pemilik bangunan tersebut kepada Majlis Bandaraya ataupun kepada PBT kerana ini merupakan hak mereka”. Jadi, melalui akta ini ataupun Mesyuarat Negara Kerajaan Tempatan ini saya harap kita dapat menyuarakan hasrat di peringkat negeri, peringkat Kerajaan Tempatan supaya macam mana pun kita kena buat sesuatu penilaian semula terhadap akta ini supaya bangunan-bangunan yang menjadi kacau ganggu ini dari segi pandangan, dari segi keselamatan, bila-bila masa besi, simen, konkrit itu boleh jatuh dan mengenai orang, membahayakan nyawa. Jadi kita boleh meruntuhkan bangunan-bangunan yang lama tersebut yang menyesakkan mata kita inilah supaya ianya dapat di’clear’kan. Kalau tuan dia, tuan tanah, tuan bangunan tersebut tidak mampu untuk memusnahkan ataupun men’clear’kan kawasan tersebut, pihak Bandaraya boleh mengupah ataupun memberi kepada kontraktor untuk menyelesaikan masalah yang merosakkan pemandangan ini.
Tuanku juga bertitah berhubung dengan isu pelancongan yang menjadi punca utama pendapatan sesebuah negeri tersebut. Ini juga saya nak sentuh di dalam perbahasan ini berkenaan dengan isu pelancongan yang menjadi satu topik yang penting di dalam titah baginda. Dalam soalan yang saya kemukakan secara bertulis berhubung dengan pemandu pelancong, di Kedah kita mempunyai 765 orang pemandu pelancong, pemandu pelancong bandar, pemandu pelancong alam semula jadi setempat dan juga pemandu pelancong khas Langkawi. Langkawi itu saya rasa Tuanku lebih maklum lah.
Saya nak membicarakan tentang apa yang berlaku di Tanah Besar inilah. Bukit Lada dan Tanjung Dawai menyentuh tentang Gunung Jerai. Kami baru ada program di Gunung Jerai dua tiga hari lepas. Saya merasa amat, apa yang berlaku atau perubahan yang dilakukan oleh PKNK yang menjadi pembangun di Gunung Jerai tersebut. Gunung Jerai ini merupakan salah satu daripada kita kata rahmat Allah SWT kepada Negeri Kedah lah. Ia mempunyai ketinggian 1,217 meter dan kita boleh naik secara kenderaan ataupun
boleh naik melalui ‘jungle traking’. Dulu ada Tangga Kenari yang dibuat oleh, tak silap saya Yang Berhormat Almarhum Dato’ Seri Sanusi Junid. Maknanya boleh kita ikuti akses melalui jalan kenderaan dan juga ‘traking’ ataupun jalan kaki tersebut.
Apa yang saya nak syorkan di sini adalah berhubung dengan kemungkinan kita boleh menaikkan lagi jumlah pengunjung Gunung Jerai tersebut dengan adanya pakej-pakej tertentu di dalam promosi pelancongan kita. Pihak pemandu pelancong hendaklah mewajibkan kepada pemandu pelancong ini ilmu-ilmu berhubung dengan keistimewaan Gunung Jerai. Bila kita berada di atas..... (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Tokai, bagi laluan dekat YB. Bukit Lada.
Silakan.
Terima kasih YB. Tokai. Alhamdulillah kita melihat perkembangan yang sangat baik daripada segi pelancongan ke Negeri Kedah dan sekarang ini kita juga mendapat pelancong daripada seluruh negeri datang ke Kedah di satu tempat. Setiap hari Ahad, setiap minggu lebih kurang 7,000 orang mai ke tempat kita di Titi Haji Deris. Jadi, saya mengharapkan ada satu fatwa daripada pihak mufti sama ada ia berjalan mengikut syariat ataupun tidak. Kalau kena, sesuai ikut syariat, maka satu tempat yang baru yang setiap minggu kita dapat 7,000 orang mai. Tapi kalau tak betul, bahaya orang akan kata kat kita. Jadi saya mengharapkan ada satu keputusan daripada pihak fatwa, sama ada berjalan mengikut syariat ataupun tidak. Terima kasih.
Terima kasih YB. Bukit Lada.
Terima kasih YB. Bukit Lada. YB. Tuan Speaker, saya minta ucapan YB. Bukit Lada itu dimasukkan dalam ucapan saya dan pohon kepada Jabatan Mufti menjawab soalan yang ditimbulkan oleh YB. Bukit Lada tersebut.
Saya nak teruskan. Untuk Gunung Jerai ini, saya rasa beberapa perkembangan mutakhir ini memberi sesuatu yang positif kepada kita. Tetapi apabila kita berada di Gunung Jerai pada ketika ini, mungkin cuaca dia agak panas sikitlah. Walaupun dikatakan cuaca di Gunung Jerai dia boleh turun sampai 19° sampai 24° pada musim yang panas, tetapi sekarang mungkin 25 - 26° macam tu kot. Ada beberapa syor yang saya rasa perlu kita tambah di Gunung Jerai ini. Kalau kita pergi ke Taif, dia ada kereta kabel. Kalau sekiranya ke depan lah, 2036 ka, 2037 ka, kita boleh buat kereta kabel bagi orang naik. Di sebelah Tanah Besar ni, di Langkawi kita dah ada. Kemudian kita boleh ‘package honeymoon holiday’. ‘Honeymoon’, orang-orang yang baru kahwin ni, ramai. Masa saya pergi hari itu, nampak dua tiga ‘couple’ yang baru kahwin, ambil gambar sana, krok-krok krak sini. Ini merupakan suatu tarikan kepada orang-orang yang baru kahwin, yang tak mampu untuk pergi ke luar negara. Dengan suasana yang sejuk malam-malam, ehem!
Kemudian kita perlu adakan makanan-makanan rakyat yang mungkin lebih murah lah daripada apa yang ada sekarang ini. Kalau la ni teh tarik segelas tujuh ringgit, kita boleh adakan kiosk-kiosk tertentu untuk orang-orang persekitaran naik atas berniaga dengan harga yang lebih murah lah. Bukan murah macam di bawah, di kaki gunung, di kaki gunung memang murah tapi naik atas dia kena ada belanja untuk bawa naik. Naik sikit tapi tak sama dengan apa yang dibuat oleh chalet ataupun hotel di atas tersebut. Kita ada makanan-makanan tradisi Negeri Kedah, laksa Kedah misalnya, bihun sup utara misalnya, kalau boleh benda-benda itu dibawa naik ke atas. emudian gerai-gerai kraftangan gerai kraftangan. Alah, kalau kita pergi ke Hatyai tu, macam-macam bentuk gerai kraftangan ada. Kak sat saya baru terbaca, Imigrasen Thailand mengatakan, “kalau nak masuk ke Thailand sekarang ni, solo dia kena bawa 15,000 baht, tak bawa 15,000 baht, dia pun tak benarkan masuk kalau keluarga, 20,000 baht”. YB. Sungai Tiang, ni 20,000 baht kena bawa, kalau tak bawa, dia tak bagi masuk. Secara ‘cash’, bukan kad kredit. Ini ImegresenThailand. Kita kalau buat macam ni lah saya rasa, depa kena belanja duit-duit yang depa bawa tersebut tapi bila balik dia tak semak pula berapa yang tinggal.
Jadi YB. Tuan Speaker, kita juga boleh mengadakan macam kita sebut ‘bird park’, kita dah ada ‘dinosaur park’ di situ sekarang ni, ‘bird park’ ataupun ‘butterfly park’ macam ada di Melaka. Maknanya benda-benda yang macam ni menjadi tarikan kepada pengunjung-pengunjung di Gunung Jerai sebab Gunung Jerai ni mempunyai banyak alam semula jadi yang boleh diwar-warkan kepada masyarakat. Kita ada yang semua kita tahulah, Telaga Tok Syeikh, Padang Tok Syeikh, Batu Saf macam disebut oleh Bukit Lada, kita ada Batu Kapal, kita ada Batu Ikan, kita ada Batu Sejarah, kita ada Batu Tapak Kaki, kita ada Gua Naga, kita ada Lubuk Naga. Ini semua adalah aset-aset pelancongan yang kita boleh tarik masyarakat ke Gunung Jerai. Begitu juga dengan air terjun, kita ada Air Terjun Titi
Hayun, Air Terjun Batu Hampar, Air Terjun Seri Perigi, Air Terjun Puteri Mandi, Air Terjun Tupah. Ada air dak la ni? Tak tahulah yang tu, Tupah ni sebab dia mengalami masalah air di musim kemarau ni.
Jadi Tuan Speaker, saya rasa ini merupakan benda-benda yang perlu kita promosikan melalui pemandu pelancong yang kita ada dan Tuanku juga ada menyebut khusus berhubung dengan Sungai Batu. Saya dah sentuh di dalam perbahasan yang lepas Sungai Batu ni. Sungai Batu ni kalau sekiranya kita boleh mempromosikan melalui idea-idea komputer, idea hologram 3D melalui ‘artificial intelligence’, kita buat paparan melalui model – model apa yang berlaku 788 tahun sebelum Masihi dahulu untuk masyarakat seluruh dunia sebab ianya diakui oleh Pakar-pakar Tamadun Dunia yang ada di seluruh dunia ini berhubung dengan sejarah Sungai Batu yang kita ada. Jadi Tuanku menyentuh berhubung dengan Sungai Batu, saya rasa ini merupakan satu perkara yang perlu kita beri perhatian dan sebarkan seluruh dunia, inilah tamadun yang cukup hebat yang ada di Negeri Kedah, yang ada di Merbok, yang ada di kawasan Tanjung Dawai.
Sikit boleh?
Nak habis dah ni.
Sikit ja.
Boleh beri laluan Tokai?
Terima kasih Yang Berhormat Tokai, Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya cuma nak iklan juga kot sebelah Ayer Hitam ni. Sebut Yan, Jerai semua kan. Di Ayer Hitam pun kita sedang bangunkan satu kawasan baru lah untuk dijadikan ikon pelancongan. Kita dah cuba nak bangunkan 20 ekar di kawasan Jeruju, Kuala Jerlun dan kita dah ada satu tempat ‘camp site’ yang cantik lah. Walaupun pantai dia keluboq, tapi petang-petang
menjelang senja tu kita boleh nampak ‘sunset’ yang cantik. Saya ingat di Kedah tang tu cantik kot, nampak ‘sunset’. Jadi saya nak cadangkan juga lah, masukkan dalam ucapan YB. Tokai supaya Ayer Hitam pun, Jerlun pun, Kubang Pasu pun, diangkat sebagai generasi pelancongan untuk perkara-perkara yang macam ni.
Terima kasih Ayer Hitam. Silakan Tokai.
Ya, terima kasih Ayer Hitam. Tuan Speaker, saya rasa Kubang Rotan sedang menulis apa yang disuarakan oleh Ayer Hitam. Jadi Tuan Speaker, saya rasa perkara - perkara ini perlu kita bawa masuk ke dalam perancangan negeri dan seterusnya kita bawa ke MOTAC. Sebab modal MOTAC kena bagi, kita tidak cukup modal untuk membuat semua promosi-promosi berhubung dengan hologram 3D Artificial Intelligent dan juga model-model untuk kita menyuarakan sejarah Sungai Batu yang ada di Kedah. Tamadun yang cukup hebat yang menjadi tarikan kepada pelancong dan benda-benda ini kalau kita masukkan ke dalam jadual pelancongan kita, InsyaAllah saya rasa ramai pelancong-pelancong antarabangsa akan datang ke Sungai Batu untuk mendapat gambaran sebenarnya 788 tahun sebelum Masihi. Saya rasa YB. Tuan Speaker sedang memerhati saya, saya pun tak mahu melanjutkan lagi perbicaraan. Terima kasih di atas masa yang diberikan. Saya juga ingin merakamkan ucapan menjunjung titah baginda ke atas usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Tokai yang menepati masa yang diberikan. Seterusnya kita menjemput Guar Cempedak. Dipersilakan YB. Guar Cempedak.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Barisan Ahli Mesyuarat Negeri, Yang Berhormat Ahli Barisan Yang berhormat, seterusnya ketua-ketua jabatan, ketua-ketua agensi dan juga tetamu-tetamu yang dirahmati Allah. Yang Berhormat Speaker, Kebawah Duli Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah menekankan prinsip pentadbiran yang jelas dalam titah diraja iaitu meneruskan agenda pembangunan lepas yang digagaskan oleh Kedah 2035
ke arah mencapai “The Greater Kedah”. “The Greater Kedah” sepertimana yang difahami adalah keadaan di mana negeri berada pada tahap yang lebih baik daripada masa kini. Mentafsir Titah Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang menekankan kerajaan negeri perlu memperkasakan seluruh aspek berkepentingan negeri adalah membawa maksud supaya Negeri Kedah mampu berdikari dengan mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar dan meningkatkan tahap kebergantungan kepada negeri.
Dalam konteks ekonomi, ini membawa maksud kita perlu menempatkan lebih banyak pelaburan dan pembangunan strategik yang mampu memposisikan Negeri Kedah sebagai pemain geopolitik yang lebih berkesan di peringkat nasional dan serantau. Melalui Kedah 2035, telah dirancang beberapa projek impak tinggi yang mampu membawa negeri Kedah ke arah mencapai hasrat tersebut. Yang Berhormat Speaker, sekali lagi dalam titah pada kali ini Projek Pembangunan Kedah Aerotropolis yang telah dibangkitkan sekali lagi apabila diulang oleh Tuanku Sultan bermaksud perkara ini adalah mustahak dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah mengambil berat untuk perkara ini mempunyai kemajuan.
Oleh yang demikian, mengambil nasihat daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam kata-kata baginda, “perlu berfikiran positif dan progresif bukan terlalu selesa dengan amalan kelaziman walaupun merujuk kepada penjawat awam juga boleh diguna pakai kepada semua pihak yang terlibat”. Menyentuh titah tuanku, matlamat Penubuhan Negara Persekutuan, selain bagi membolehkan negeri-negeri secara bersama mengharungi cabaran geopolitik adalah untuk membangunkan ekonomi melalui prinsip perkongsian sumber secara adil, bagi memastikan Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berfungsi dengan baik perbezaan politik perlu diraikan, perlu dihormati manakala perseteruan politik perlu dihadkan.
Oleh yang demikian, suara negeri khususnya dalam aspek pembangunan perlu didengari dan dilayani di peringkat Persekutuan. Kerajaan Persekutuan yang menjunjung tinggi prinsip rukun negara seharusnya berpegang teguh dalam apa jua situasi ataupun suasana. Pertama, kepercayaan kepada Tuhan, kedua kesetiaan kepada raja dan negara. Kita yang majoritinya orang-orang Melayu adalah Islam, kepimpinan yang ada majoritinya juga adalah orang-orang Islam. Dalam masa yang sama kita dituntut memberi kesetiaan kepada raja dan negara, baik dalam prinsip rukun negara dan agama. Menyentuh kesetiaan kepada raja dan negara, Tuanku Sultan sudah kali kedua menyentuh tentang Kedah Aerocity ataupun Aerotropolis. Lapangan terbang kargo yang cuba dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Kedah tanpa pembiayaan daripada Pusat. Projek yang akan dibangunkan sepenuhnya oleh pihak swasta akan memberi impak ekonomi yang tinggi untuk Kedah dan juga secara tak langsung negara tercinta Malaysia.
Ini adalah satu projek mega yang akan menjadi ‘game changer’ untuk Negeri Kedah. Orang Kedah kata, “pasal apa di hari pertama lagi projek ini telah dibunuh”. Apakah dosa kami? Apakah salah kami orang Kedah? Adakah kerana ianya projek yang akan membawa Kedah menuju ke matlamat “The Greater Kedah” yang lebih gemilang? Adakah kerana negeri jiran merasa gentar, negeri jiran merasa khuatir. Takut kepada kemajuan yang akan dikecapi oleh Kedah? Kenapakah titah tuanku tidak di ikuti, tidak dihargai, kenapa ianya di ingkari? Siapakah kami? Kami adalah orang – orang Kedah yang telah banyak berkorban untuk Pusat, untuk memastikan keperluan beras di penuhi walaupun hanya 60%. Inilah harus dihargai, dDiperhatikan dan di beri perhatian yang seharusnya. Kenapa harus berdengki dengan ekonomi Negeri Kedah yang akan melonjak naik apabila terbangunnya lapangan terbang kargo ini? Jadi Dewan yang mulia ini, sekali lagi saya ingin memohon agar Persekutuan berhenti bemain wayang, berhenti berdolak dalih dan kembalikan hak kami Negeri Kedah mencorakkan aktiviti kami sendiri. Janganlah kuasa yang ada disalahgunakan. Cukup – cukuplah, kembali ke pangkal jalan.
Selain projek Kedah Aerotropolis, projek lain seperti Pelabuhan Sanglang juga adalah projek pembangunan yang amat penting memandangkan projek ini mampu menepis kesan ‘landbriged’ yang dicadangkan oleh pihak Thailand dengan bertindak sebagai sebahagian daripada ‘landbriged’ tersebut. Sekiranya projek ini tidak berjaya di realisasikan, sudah tentu sekali segala kelebihan itu akan dimiliki oleh Thailand. Kerajaan Pusat wajib memahami situasi ini kerana impaknya kepada mereka bukan Kedah sahaja.
Yang Berhormat Speaker, saya percaya kemajuan sesebuah negeri ini mempunyai fasa – fasa tertentu. Untuk tempoh 3 tahun lepas, fokus kerajaan negeri adalah untuk mempergiatkan usaha membawa masuk pelaburan yang berkualti yang mampu menjana limpahan ekonomi khususnya dari segi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Dengan kejayaan kerajaan negeri membawa masuk begitu besar jumlah pelaburan berjumlah lebih RM105 billion, saya peracaya fasa ini telah dikatakan mencapai kejayaan. Meneliti syarikat – syarikat yang masuk juga adalah syarikat gergasi dalam segmen masing-masing seperti Intel, Infineon, eTMS dan lain-lain. Walau bagaimanapun, menilai Titah Kebawah Duli Yang Maha MuliaTuanku Sultan seolah-olah telah memberi signal untuk negeri melangkah ke fasa yang kedua.
YB. Guar Cempedak, sembunyi sikit teks tu.
Terima Kasih. Duduk bawah tak beberapa nak nampak pula (sambil ketawa). Tak pa, kita teruskan. Walau bagaimanapun, menilai Titah Kebawah Duli Tuanku Sultan seolah-olah telah memberi signal untuk negeri melangkah ke fasa yang seterusnya iaitu fasa membina syarikat tempatan ataupun menyokong ‘dashift’ kepada pelaburan tempatan. Hal ini adalah kerana pelaburan tempatan adalah kunci untuk memastikan limpahan ekonomi yang dijana (dengan izin) ‘stay within the boundries’ melalui penglibatan syarikat tempatan dalam rantaian pembekalan dan nilai Syarikat MSC yang melabur. Bagi memastikan agenda pemerkasaan syarikat tempatan dapat dilaksanakan dengan lancar, kerajaan negeri perlu merangka dasar berkaitan memberi kelebihan dan keutamaan pada ‘local vendor’ ataupun pengusaha tempatan (dengan izin). Saya percaya, peranan kerajaan sebagai ‘regulator’ mempunyai kapasiti melakukan ini.
Yang Berhormat Speaker, GLC negeri jugak perlu digerakkan untuk terlibat secara aktif dalam perlumbaan pelaburan di Negeri Kedah dalam usaha mengembangkan perniagaan dari tahap semasa ke semasa yang jauh lebih tinggi. GLC negeri dengan bisnes modal semasa yang berteraskan kepada sektor hartanah perlu mengorak langkah dengan memperkasakan sektor seperti pembinaan dan juga sektor perundingan atau konsultansi. Difahamkan bahawa kebanyakan syarikat yang mendapat kontrak pembinaan kilang-kilang dan juga perunding-perunding adalah syarikat daripada luar Negeri Kedah. Memandangkan kerajaan negeri telah menghabiskan tenaga dan wang ringgit salam usaha membawa masuk pelaburan ke negeri, adalah tidak wajar sekiranya GLC tidak menyambut dengan berusaha dan mencari ruang meraih manfaat daripada pelaburan yang telah dibawa masuk. Saya percaya, sekiranya perkara ini boleh diambil dan dilaksanakan oleh GLC, hasrat Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku untuk melihat GLC mengembangkan sayap di luar kepompong negeri dapat direalisasikan. GLC perlu melihat peluang bukan sahaja pelaburan yang akan masuk ke Nnegeri Kedah, bahkan yang akan masuk ke Malaysia dan negara – negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia. Peluang ekoran ‘trade war’ yang menyebabkan pelaburan mula menjadikan Asia Tenggara sebagai destinasi pilihan pelaburan wajar direbut oleh GLC.
Yang Berhormat Speaker, selain projek berskala mega yang memberi kelebihan kepada ekonomi negeri secara makro, sektor pelancongan adalah sektor yang memberi impak yang tinggi kepada komuniti setempat memandangkan mampu melibatkan lebih ramai pengusaha tempatan yang berskala kecil. Pemain industri pelancongan seperti pengusaha chalet, penyedia perkhidmatan pemandu pelancong, pengusaha restoran dan lain – lain memerlukan sektor pelancong sebagai katalis dan dorongan. Oleh yang demikian, saranan Tuanku Sultan Kedah untuk menumpukan kepada pelancongan di
tanah besar adalah amat bertepatan memandangkan kawasan yang kurang membangun seperti Daerah Yan, Baling dan Sik yang mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang baru. Selain boleh membantu meningkatkan taraf hidup penduduk daerah tersebut yang merupakan daerah termiskin di Negeri Kedah, melalui pelancongan jugak dapat mendorong pembangunan di daerah – daerah tersebut.
Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menjadikan daerah tersebut sebagai daerah ‘anchor’ pelancongan sebagaimana Kulim dan Kubang Pasu dan Kuala Muda menjadi ‘achor ‘industri negeri. Negeri Kedah perlu di bangunkan secara seimbang dengan kepelbagaian berdasarkan kekuatan daerah masing – masing. Agenda ini jugak selaras dengan pelan pembangunan Kedah 2035 yang telah mengariskan daerah – daerah tersebut dengan identiti berteraskan pelancongan. Selain Jeti Kuala Kedah perlu dinaiktarafkan, jeti pelancongn seperti di Yan juga perlu dibangunkan semula memandangkan Yan mempunyai pulau-pulau yang berpontensi untuk dibangunkan industri pelancongan dan aktiviti – aktiviti yang lain.
Terima kasih Bukit Lada dan lain – lain yang kelmarin dan hari ini mempromosikan Gunung Jerai sebagai satu destinasi pelancongan yang baru, yang makin mendapat tempat di hati pengunjung dalam dan luar negeri. Setinggi – tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sanggup turun ke padang untuk melihat sendiri situasi di puncak Gunung Jerai. Juga ucapan terima kasih kepada pihak PKNK yang akan membantu pembangunan infrastruktur Gunung Jerai seiring dengan Gunung Jerai sebagai pusat pelancongan Daerah Yan. Selain daripada Gunung Jerai, Yan juga masih tidak ketinggalan mempunyai 3 pulau yang indah iaitu Pulau Songsong, Pulau Telur dan Pulau Bidan. Walaupun pada persidangan dewan yang lalu, isu ini telah dibangkitkan oleh saya, kali ini saya ingin menyentuh kembali supaya ketiga – tiga pulau ini isu yang ada dapat ditangani dengan kadar segera supaya ianya dapat memberi penambahan pendapatan kepada pengusaha – pengusaha bot dan juga yang lain – lain kerana ketika ini, masih belum ada pembangunan yang selaras untuk dijadikan sebagai tempat pelancongan yang efektif.
Menyentuh isu pulau, tidak adil kalau saya tidak menyuarakan masalah yang masih membelenggu para nelayan di pinggir pantai. Pada bulan yang lalu, para nelayan dikejutkan dengan gerakan ataupun ‘enforcement’ (dengan izin) merampas bubu naga yang dimiliki oleh mereka, bukan hanya di laut tetapi dikejar hingga ke rumah. Tetapi dalam waktu yang sama, mereka mengeluh aktiviti pukat tunda masih berleluasa. Di manakah keadilan kepada mereka? Inilah soalan yang sering diajukan yang gagal dijawab dengan sempurna oleh saya. Oleh itu, saya merasakan sudah sampai waktu dan
ketikanya kita mencari solusi ataupun jalan untuk membanteras aktiviti pukat tunda ini. Di sini juga saya berharap saya ingin memberi usul supaya mungkin jeti baru untuk Maritim dibangunkan di daerah sama ada Daerah Yan ataupun Kuala Muda. Kerana apa? Kerana melalui perbincangan saya bersama Maritin, jeti yang berada di Kuala Kedah sekarang ini mereka memerlukan masa yang lama untuk keluar hingga sampai ke destinasi apabila ada laporan. Nak keluar dari jeti ke laut dalam sahaja memerlukan lebih kurang 25 minit hingga 30 minit dan daripada laut dalam menuju ke Yan mereka memerlukan 30 minit hingga 45 minit. Itu sudah mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ketika itu, penceroboh sudah kabur, sudah hilang dan di sinilah masalah utama. Dan saya berharap, pihak negeri dapat melihat kemungkinan dalam masa terdekat dibangunkan jeti yang baru untuk Maritim dan juga ini bersesuaian dengan kita mengorak langkah ke Kedah 2035 di mana pengawalan laut sekarang ini hanya dikendalikan oleh Maritim di Kuala Kedah. Sama seperti Pedu kata kelmarin, balai polis yang kecik, yang mempunyai kakitangan yang tak ramai, yang kena mengawal kawasan yang luas. Begitu juga dengan Maritim kita di Kuala Kedah.
Yang Berhormat Speaker, secara intipati setelah meniti titah diraja secara dasarnya batu asas yang diletakkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah adalah untuk semua pihak mengambil semangat memperkasakan negeri dengan menjadikan Negeri Kedah sebuah negeri yang berdikari dalam semua sudut. Untuk menjadi sebuah negeri berdikari, kita perlu berani secara bijaksana, bercita – cita tinggi, namun berhati – hati. Semangat yang di tanam oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam membentuk semangat cintakan negeri perlu di junjung tinggi oleh semua pihak. Semangat ini perlu digerakkan secara tersusun. Adalah diharapkan jentera penerangan kerajaan negeri di bawah Portfolio Penerangan dapat menggalas agenda ini sebaiknya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah tanam benih menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyiram agar hasil dapat dituai oleh rakyat dan generasi masa hadapan. Saya ADUN Guar Cempedak dengan ini ingin menjunjung dan menyokong titah diraja yang disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Sekian, terima kasih.
Ok, terima kasih YB. Guar Cempedak. Seterusnya kita menjemput YB. Bakar Arang. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Tuan Speaker, Ahli - ahli Yang Berhormat, ketua jabatan, para hadirin yang hadir ke Sidang yang mulia ini. Selamat pagi, selamat sejahtera dan Salam Madani kepada semua. Terdahulu, izinkan saya, wakil rakyat daripada DUN Bakar Arang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Sidang Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah atas titah yang telah disampaikan. Titah yang penuh dengan khidmat dan arahan tersebut bukan saja menjadi panduan bagi kami di DUN Bakar Arang tetapi juga seluruh rakyat Kedah dalam melangkah ke hadapan.
Pertama, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan membawa isu berkenaan dengan Projek Naik Taraf LRA Bukit Selambau. Baru-baru ini, iaitu bulan lepas saya bersama dengan timbalan menteri Utility, YB. Akmal pergi melawat ke Loji LRA Bukit Selambau dan telah dibentangkan oleh agensi-agensi kerajaan. Saya difahamkan projek ini sekarang diberikan EOT sehingga pertengah tahun ini dan selepas tinjauan, saya kurang yakin yang projek itu dapat diselesaikan, disiap pada pertengahan tahun ini. Oleh itu, saya fikir, saya cadangkan kepada kerajaan. Ya, ini adalah kali pertama EOT diberikan. Tetapi kalau kita lihat projek ini sudah lama, sepatutnya siap tahun lalu. Tahun ini pertengahan, saya kurang yakin ia boleh siap. Saya cadangkan kepada kerajaan negeri supaya boleh tubuhkan satu jawatankuasa khas untuk melihat projek ini, projek naik taraf ini supaya ia boleh mencapai sasarannya. Ini termasuk dengan loji LRA Sungai Limau juga, di mana projek ini tak sampai 20% progress. Yang lain, Bukit Selambau, tak sampai 30% dan difahamkan daripada EXCO dari Kuala Nerang, yang jumlah akaun yang terjejas untuk gangguan air ini adalah sebanyak 8,022 akaun. Tetapi, itu adalah akaun. Bayangkan satu akaun itu ada tiga orang, maksudnya 24,000 orang terjejas dengan gangguan bekalan air ini. So, ini adalah perkara yang sangat serius dan saya rasa kerajaan negeri harus pantau situasi ini. Yang kedua, walaupun kerajaan telah diberikan satu solusi jangka pendek untuk menyelesaikan masalah air ini iaitu menghantar lori air, tetapi saya lihat lori air ini, dia ada satu masalah di mana sebab lori air ini dia punya jadual menghantar air itu, dia tidak konsisten. Banyak penduduk beritahu yang bekerja di luar bila mereka balik mai rumah sahaja, lori air sudah pulang. So, mereka tidak mendapat air.
Mohon celahan.
Ya, silakan.
Terima kasih YB. Bakar Arang. Saya ingin berkongsi bahawa maklumat berkaitan dengan projek LRA ini, kalaulah dibuat pada 2018 dari zaman PH hari tu, 2020 siap dah. Terima kasih.
Terima kasih, Tanjung Dawai.
Saya tidak dapat pertikaikan ini sebab saya rasa yang paling penting kita kena lihat ke hadapan dan macam mana nak selesaikan masalah ini. Lebih penting untuk tunjukkan kreativiti kerajaan negeri ini.
YB. Tuan Speaker, Tanjung Dawai tadi tentang persiapan projek itu. Cuma bagi saya kalau Johor Bahru boleh siapkan logi rawatan mereka, empat logi dalam tempoh PKP, Covid apa semua boleh siap, kenapa Kedah tak boleh siap?
Saya pun setuju juga dengan Kota Darul Aman. Sama-sama pada masa itu kita pun ada mengalami zaman PKP dan banyak-banyak projek ‘stop’ dan kita pun faham juga, saya pun akui pada masa itu sepanjang PKP itu kos material meningkat. Itu saya ‘agree’. Banyak barang saya lihat dari simen, dari apa, dia naik. So, tadi saya sambung balik yang tadi berkenaan dengan ketidak konsisten. Sebagai satu cadangan lah untuk lori air ini, saya mengusulkan agar kerajaan negeri boleh mempertimbangkan lah untuk mewujudkan satu tempat, satu ‘section tank’, ok, di kawasan-kawasan seperti yang terkesan, seperti yang teruk di taman, di Sungai Lalang, Taman Malinja, di Semeling, boleh diletakkan satu ‘section tank’ di sana di mana lori air, kalau mereka bagi air kepada rumah-rumah yang tak dapat punya dia boleh letak di ‘tank’ itu dan penduduk-penduduk kalau mereka tak dapat air, boleh ambillah air di ‘section tank’ itu. Dan saya rasa ini
adalah satu penyelesaian jangka pendek dan efektif sementara kita menunggu projek LRA itu siap. Dan juga saya tahu yang LRA projek ini, dia adalah projek dimiliki oleh kerajaan negeri dan di disokong sepenuhnya dengan geran dari Kerajaan Pusat. So, sebanyak 100 lebih juta untuk LRA Bukit Selambau. So, di pihak kerajaan negeri, kita tak perlu pun keluarkan sesen untuk projek ini. Mungkin saya rasa yang paling penting kita kena uruskan projek ini dengan serius supaya keberhasilan projek ini adalah untuk kesejahteraan rakyat, untuk penduduk dari Bukit Selambau sehingga ke Tanjung Dawai dan juga sesetengah tempat penduduk di Sungai Petani.
YB. Ayer Hitam, boleh bagi laluan? Boleh? Boleh.
Terima kasih Bakar Arang dan terima kasih Tuan Speaker. Saya cuma nak sambung balik lah apa yang disebut oleh saudara YB. Tanjung Dawai tadi. Juga saya nak kaitkan dengan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bakar Arang tentang projek ini projek yang direstui oleh Persekutuan dengan geran, termasuk bukan duit kerajaan negeri sekupang pun. Dan yang berlaku masalah disebabkan antaranya ialah pasca Covid ini dengan sebarang harga naik, semen, batu dan sebagainya. Jadi pemaju yang nak buatnya pun dia tersangkut di situlah. Maksudnya bukan masalah kerajaan negeri sangat, masalah pemaju, kontraktor dengan puak kita lah di Persekutuan itu. Bila buat EOT ini dia kena mohon kepada peringkat Persekutuan, MOF untuk lihat kenaikan harga barang, permohonan diluluskan. Itu makan masa yang agak panjang. Saya rasa kelewatan ini bukanlah disebabkan oleh kerajaan negeri tak prihatin, tak sensitif benda ni. Kita sentiasa perhatian, sensitif tapi halangannya ialah bila mai bab kewangan tersangkut di MOF lambat lulus dan sebagainya, menyebabkan ia ada berlaku kelewatan dalam pembinaan. Apa pandangan YB. Bakar Arang?
Terima kasih Ayer Hitam.
Tuan Speaker, adakah…. (sambil ketawa) saya jawab lah. Adakah Bakar Arang setuju bahawa kerajaan negeri sebagai agensi pelaksana bila berlaku Variance of Price (VOP)? Jadi, perkara ini dia sepatutnya berbincang oleh pihak pelaksana dan terus maklum
kepada kerajaan negeri bahawa projek ini kita tak mampu buat dan kita perlu tambah wang ataupun dana untuk melaksanakan projek. Tapi bila agensi pelaksana ini tidak maklum kepada kerajaan, maka kerajaan negeri tak tahu tentang perubahan harga yang mencecah, MB maklum 40 hingga 70 peratus. Jadi maklumat itu kena sampai kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri buat keputusan supaya sama ada tambah peruntukan untuk melaksanakan projek ini. Tapi yang ini tidak dibuat dan dimaklumkan oleh Timbalan Menteri bahawa NOC tidak menerima apa-apa maklum balas daripada kerajaan, permohonan peruntukan tambahan ataupun geran bagi projek ini. Jadi, adakah kita tidak patut menunding jari bahawa ini Kerajaan Pusat tak buat apa-apa? Adakah Bakar Arang setuju tentang ini?
Saya setuju dengan YB. Kota Darulaman berkenaan dengan isu ini. Ya betul, kalau kita lihat kepada kewangan hari itu yang dibentangkan semasa kita pergi ke lawatan kerja LRA, dekat dengan RM15 juta kalau tak silap telah diberikan kepada syarikat pelaksana iaitu Widad daripada kos seratus lebih juta. So itu adalah yang saya lihat dan banyak banyak kalau kita lihat kepada projek itu salah satu projek ialah untuk menanam paip lah dari Bukit Selambau sehingga ke Tanjung Dawai. Kalau kita lihat banyak, kalau kita jalan melalui jalan dari Bukit Selambau ke Tanjung Dawai kita nampak banyak paip di tepi jalan, belum tanam lagi dan ada pun yang sehingga saya lihat sudah mau karat, sudah lama dah. Jadi, memang kerajaan negeri saya rasa kena serius melihat kepada projek ini memastikan projek ini di jalan dengan mencapai matlamatnya.
Tuan Speaker, sekarang beralih kepada isu kedua yang saya ingin bangkitkan dalam sidang yang mulia ini. Ini berkaitan dengan situasi kritikal yang dihadapi oleh Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah KDA FC iaitu dalam Liga Super Malaysia. Sebenarnya pasukan bola sepak ini dia bukan sahaja mewakili semangat dan identiti Kedah di negara tetapi ia juga perperanan penting dalam pencarian dan pembangunan pakar-pakar muda dalam sukan bola sepak di negeri kita. Dengan berat hati, saya memaklumkan sejak lima bulan lalu saya pernah bertanya kepada EXCO Sukan kita tentang isu tunggakan gaji dan sehingga sekarang jika kita melihat kepada berita masih ada berita di mana pemain Kedah kita masih ada tunggakan gaji dan sehingga ada pemain-pemain muda yang terpaksa bekerja ‘part time’ untuk mencari wang untuk ‘settle loan’ ka, ‘settle’ kos sara hidup. Saya pun di faham juga ini adalah syarikat swasta dan Menteri Besar kita pernah berkata tidak akan membenarkan duit Negeri Kedah untuk bayar untuk pasukan ini. Cuma saya nak tegaskan, ini adalah pasukan bola sepak, ia sebenarnya adalah satu simbol kebangsaan dan ia ada sejarah dan ada semangat bersama dengan rakyat Kedah. Sejak kecil lagi saya sangat beremosi, dekat dengan pemain pasukan bola ini.
Salah satu ‘goalkeeper’ dulu yang bernama Khairul Azman dia tinggal dekat dengan rumah saya dan itu menjadikan saya salah seorang penyokong pasukan kita. Di sini, saya mencadangkanlah kerajaan negeri untuk mempertimbangkanlah sama ada boleh mencari dana untuk membantu pasukan kita, pasukan bola sepak kita supaya boleh bersaing lagi dalam Liga Super Malaysia. Ini adalah satu isu yang kedua yang saya bawakan.
Mohon mencelah. Kita bersetuju bahawa merupakan pasukan bola sepak ini saya sendiri adalah merupakan penyokong. Saya bersama dengan ultras, saya rasa kalau pi dekat stadium duduk dengan ultras ini saya tak pernah nampak lagi ADUN daripada pihak sana duduk dengan sungguh-sungguh sambil chanting lagu sungguh-sungguh. Tapi bercakap tentang itu, kita nak pastikan kerajaan negeri nak kena bantu, ini dah jadi satu tindak regresif, dia bukan satu tindak yang progresif bila mana segenap bola sepak Malaysia ini dah diswastakan, tiba-tiba kerajaan negeri masih perlu campur tangan ini adalah satu tindak regresif dan merupakan satu perkara yang perlu dinilai, sedangkan pihak kerajaan negeri tadi dinyatakan nak kena pesah pasal air pun nak kena pesah, nak buat itu ini, kita nak bantu rakyat dulu kita nak bantu uruskan air yang lebih diperlukan sebagai satu perkara asas. Tiba-tiba nak kena tengok bola lagi yang mana semua kita ni nak bersaing dalam pada cabaran, cabaran ada monopoli-monopoli kuasa bola yang tertentu. Bagaimana kita nak menempatkan diri kita di situ?
Terima kasih kepada Kota Siputeh.
Saya mencelah. Saya ingin menceritakanlah, tadi saya fahamkan YB. Kota Siputeh seorang ultras dan saya sendiri adalah seorang pemain sepak Negeri Kedah sebelum ini. Dan sebelum ini saya ingin menceritakan pengalaman saya semasa 2019 semasa zaman covid lagi, kami bermain dan tidak dapat gaji selama 5 bulan. Jadi, saya ingin berterima kasih kepada Menteri Besar kita yang bertungkus lumus menyelesaikan sejumlah RM16 juta, RM16 juta semasa itu. Jadi, isu permasalahan bola sepak ini bukan saja di Negeri Kedah. Saya dapat maklumat pelbagai kelab lain pun ada masalah ini dan saya mohon semua yang ada di sini kita mendoakanlah semoga dipermudahkan urusan KDA FC untuk tahun 2024 ini, sekian.
Mencelah terakhir. Kalau difahamkan tadi RM16 juta itu kan kita bagi projek LRA itu tak disekat pada 2018 kan, kita RM16 juta itu tak keluar, kita boleh bagi RM16 juta itu. Faham? Tak, maksudnya kalau projek LRA itu tak disekat 2018, maka RM16 juta itu pun tak payah dibazirkan juga, kita boleh nak bantu macam-macam lagi sekarang.
Terima kasih YB. Gurun dan YB. Kota Siputeh. Saya setuju dengan ADUN Gurun. Ya, memang sebelum ini Menteri Besar boleh memberi untuk bantu dan kali ini saya pun faham kerajaan negeri mungkin ada cabaran yang berbeza tetapi yang paling penting saya mengajaklah kerajaan negeri untuk berfikir mencari satu solusi macam mana untuk menyelesaikan masalah kewangan untuk pasukan bola sepak ini sebab pasukan bola sepak ini adalah satu-satunya pasukan dari Kedah yang bertanding di dalam Liga Super dan ia mempunyai satu identiti yang sangat penting kepada kita sebagai rakyat Kedah. Bila kita berbincang dengan orang dari negeri lain selalu mereka cakap, “Pasukan Bola Sepak Kedah ini hebat, Stadium Darul Aman ni tempat yang hebat”. Seterusnya……
YB. Bakar Arang.
YB. Lunas. Boleh bagi laluan?
YB. Bakar Arang, boleh bagi laluan? Terima kasih. Baik, soalan saya kepada Yang Berhormat Bakar Arang, tadi Yang Berhormat ada nyatakan bahawa bola sepak ini kita kena cari sumbangan, kita kena cari dana, kerajaan kena membantu dari segi mencari sumber untuk memastikan perjalanan persatuan bola sepak itu lancer. Tapi di negeri Kedah ini, sama ada Yang Berhormat Bakar Arang sedar ataupun tidak, penajaan orang ataupun syarikat-syarikat yang nak memberikan tajaan kepada Bola Sepak Kedah ini tak berani karana bagi tajaan saja kena tahan, SPRM masuk, bagi saja apa-apa sumbangan syarikat ka, individu yang memberikan sumbangan akan disiasat oleh SPRM. Jadi, adakah benda ini berlaku di semua persatuan bola sepak yang ada dalam Malaysia ini, terima sumbangan, SPRM masuk siasat? Jadi, mohon penjelasan Yang Berhormat Bakar Arang.
Terima kasih kepada ADUN Lunas. Berkenaan dengan isu ini adalah untuk Negeri Kedah punya kes adalah di bawah siasatan SPRM dan kita tidak dapat memberi pandangan tentang ini. Tetapi saya lihat, kalau melalui channel yang betul sumbangan dari syarikat atau mana-mana syarikat, saya rasa ini boleh dipertimbangkan lah tetapi adalah melalui cara yang betul. Tuan Speaker, saya ingin mengambil…. (YB. Bukit Selambau mohon mencelah)
Celah sikit.
Saya nak masuk ke isu ini…
YB. Bakar Arang sebut tak sat melalui ‘channel’. ‘Channel’ itu siapa dia? Sumbangan melalui ‘channel, ‘channel’ tu siapa?
‘Channel’ itu mungkin adalah dari penaja-penaja lah. Mereka nak menyatakan sponsor kepada ‘football club’ kita yang saya maksudkan adalah sebegitu. Seterusnya saya ingin balik ke isu yang ketiga yang saya ingin bawakan adalah berkenaan dengan promosi produk pelancongan di Negeri Kedah. Kita sebuah negeri yang kaya dengan keindahan alam dan warisan budaya yang unik. Baru-baru ini saya berkesempatan untuk pergi ke daerah Baling. Daerah Baling itu membawa satu pengalaman yang membuka mata saya terhadap potensi yang besar dimiliki oleh negeri kita. Jadi di Baling saya pergi ke Gua Sireh, pergi ke Lubuk Pedati dan Kolam Air Panas, Ulu Lenggong dan Gunung Baling. Ia menawarkan satu pengalaman yang tidak ternilai kepada saya, kepada pengunjung untuk menghargai keajaiban alam. Namun, saya lihat amat menyedihkanlah bahawa potensi ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya disebabkan promosi yang tidak mencukupi. So, dalam konteks Tahun Melawat Kedah 2025 yang dijalankan oleh kerajaan negeri, saya lihat adalah kekurangan inisiatif promosi yang ketara. Ketiadaan bahan promosi seperti brochure, billboard di daerah-daerah ataupun kehadiran dalam media sosial.
Sebab sehingga hari ini walaupun sudah diumumkan oleh kerajaan negeri bahawa akan membuat satu Tahun Melawat Kedah 2025, saya rasa semalam pun ada tanya kepada EXCO Pelancongan berkata, majlis pelancaran logo, video dan semua itu akan dilakukan pada Jun tahun ini. So, saya lihat tahun ini sebenarnya banyak orang yang pergi melancong adalah pada masa cuti sekolah dan kalau kita lihat kepada cuti sekolah pada tahun ini, penggal pertama bermula dari 27 Mei hingga 4 Jun. Kalau kita keluarkan promosi itu pada Jun maksudnya kita hanya boleh iklankan untuk keluarga-keluarga yang pergi melancong itu pada cuti penggal kedua iaitu Ogos, September, Disember dan Januari sahaja. Saya menyerulah kepada kerajaan negeri untuk segerakan untuk melancarkan logo slogan Tahun Melawat Kedah 2025.
Selain itu, saya juga mengusulkan kepada kerajaan negeri untuk mengalakkan dan memudahkan kolaborasi antara operator hotel di Negeri Kedah, di negeri kita, pengusaha dan juga NGO pelancongan untuk bersama-sama mempromosikan produk pelancongan di Negeri Kedah. Bukan sahaja di Baling, ada banyak tempat menarik di Yan juga, ada ada tempat menarik di Sik seperti Tasik Beris ataupun di Kampung Kura yang sekarang ‘hot’ punya iaitu Rock Village, sungai viral tempat yang sangat hot di dalam tiktok. Pendekatan ini adalah bersifat inklusif dan saya rasa boleh dapat meningkatkan kesedaran dan minat terhadap destinasi-destinasi menarik di negeri kita.
Tuan Speaker yang dihormati,… (YB. Tuan Speaker mencelah)
Okay, boleh buat pegulungan YB. Bakar Arang.
Ok. Sekarang saya nak bangkitkan isu-isu di kawasan DUN saya, DUN Bakar Arang. Ini adalah berkenaan dengan masalah penyelenggaraan pokok di kawasan Sungai Petani. Sungai Petani adalah satu bandar yang sedang berkembang dengan pesat tetapi saya melihat juga pemuliharaan infrastruktur hijau seperti pokok sangat penting untuk estetika dan keindahan bandar dan juga untuk keselamatan awam kita. Sebab tahun lalu kalau kita lihat bulan April ada berlaku satu insiden di lebuhraya berdekatan dengan Hospital Sultan Abdul Halim di mana ada satu pokok jatuh dan menimpa seorang lelaki semasa ribut dan meninggal dunia. Insiden ini bukan sahaja tragis tetapi ia juga menunjukkan keperluan mendesak untuk penyelenggaraan dan pengurusan pokok secara berjadual terutama di jalan-jalan utama dan lebuhraya di Sungai Petani.
Isu yang kedua saya ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan sisa-sisa bangunan kebakaran yang berlaku pada tahun lalu di tengah-tengah bandar iaitu dekat dengan stesen teksi. Kejadian itu sudah berlaku setahun dan saya difahamkan yang tanah itu adalah dimiliki oleh PKNK, tapi sehingga hari ini belum lagi ada pembersihan untuk ‘clear’ bangunan-bangunan, sisa-sisa kebakaran bangunan di situ. Saya pun tahu ada perancangan oleh kerajaan negeri sebelum ini untuk memajukan dan membangunkan kawasan tersebut. Tetapi saya tak pasti sama ada kerajaan negeri mahu teruskan atau tidak, tetapi kalau masih tidak diteruskan untuk projek perumahan itu saya rasa bolehlah kerajaan negeri untuk segera membersihkan sisa-sisa bangunan itu. Ini untuk menjaga image bandar Sungai Petani
Penggulungan Bakar Arang.
Okey, itulah hari ini saya membawakan isu berkaitan dengan kerajaan negeri dari LRA, sukan, pasukan bola kita dan juga pelancongan, masalah isu-isu berkaitan dengan pelancongan dan dua isu di kawasan DUN saya, Bakar Arang. Saya berharap kerajaan negeri boleh memberi perhatian kepada isu-isu ini dan buatlah yang terbaik untuk menangani isu ini demi meningkatkan kualiti hidup kita. Akhir sekali, saya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, terima kasih.
Ok, terima kasih YB. Bakar Arang. Seterusnya kita menjemput YB. Kupang. Dipersilakan Kupang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, wassalatu wassalamu ala rasulillah wa’ala alihi wa sahbihi wa man walah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Aahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dirahmati Allah. Terlebih dulu, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang telah memberi peluang kepada
saya mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah perkenan merasmikan Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15.
Yang Berhormat Tuan Speaker dalam titah ucapan dua hari lepas, baginda secara khusus telah mengimbau 15 tahun pemerintahan ayahda baginda Almarhum Sultan Badlishah sebagai pemerintah negeri dari tahun 1943 hingga 1958 di mana tempoh tersebut adalah merupakan tempoh yang getir bagi Negeri Kedah dengan beberapa situasi keselamatan daripada penjajahan Jepun, ancaman Komunis sehinggalah kepada paksaan menerima gagasan Malaya Union. Imbauan ini sebenarnya mengingatkan kita bahawa dalam mengemudi sebuah negeri yang berhadapan dengan pelbagai musibah, kemudian nak membangun selepas daripada musibah itu, maka yang penting pada waktu itu ialah kita kena mengenal pasti kekuatan yang dimiliki dan kita kenal pasti sejauhmana kekuatan itu boleh diurus dan dipelihara untuk mengemudi pemerintahan selanjutnya. Ambil sahaja contoh dari 3 peristiwa yang disebutkan iaitu penjajahan Jepun, ancaman Komunis dan Malaya Union. Kekuatan di situ ialah kesatuan dan perpaduan dan sesungguhnya teras dan tunjang kepada kesatuan dan perpaduan pada waktu itu, ketika itu dan sebelumnya ialah kedudukan Islam sebagai agama negeri. Di situlah kekuatan di mana kerajaan boleh membangun semula selepas musibah yang ditimpa.
Ketahuilah sesungguhnya falsafah itulah yang menunjangi pemerintahan negeri sehingga ke hari ini. Oleh itu, apa – apa sahaja usaha yang cuba mengusik dan mengacau keharmonian dan kerukunan yang sedang dinikmati hari ini harus ditentang dan di halang. Sekarang ini kita sedang menyaksikan bahawa usaha – usaha yang menjurus ke arah mengusik perkara – perkara teras dan tunjang kepada kelangsungan umat ini sedang giat diusahakan dan kita harus sedar bahawa usaha yang inilah yang harus kita hadapi dan menjadi kewajipan kitalah sebagai Ahli – ahli Yang Berhormat sekalian, selaku pengubal undang – undang melaksanakan tugas kita untuk memperkasakan peruntukan – peruntukan yang sedia termaktub ataupun pengubalan – pengubalan yang akan dilakukan pada masa-masa akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam menyaksikan apa yang sedang berlaku ini maka seharusnya kita menjalankan kewajipan dalam melaksanakan tugas kita yang amat berat ini. Oleh itu, saranan baginda untuk meletakkan Mahkamah Syariah dalam Undang – Undang Tubuh Negeri Kedah adalah sangat-sangat disokong dan perlu disegerakan. Memandangkan situasi terkini di mana tanda-tanda keterhakisan hak yang di bawah undang – undang ataupun kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja – Raja Melayu sebagai ketua agama sudah mula diusik dan sekaligus dicabar. Pada saya, trend mencabar
peruntukan – peruntukan di bawah kuasa raja-raja adalah ibarat mencampak batu ke air tenang dengan niat yang tidak baik dan yakinlah usaha – usaha ini jika dibiarkan akan mengheret kita kepada krisis perlembagaan yang berlarutan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, apa yang saya sebut itu semuanya adalah lanjutan daripada proses dan usaha melemahkan umat melalui pemisahan total antara umat dengan agama yang memang menjadi rencana asal penjajahan barat ke atas mana – mana negara yang dijajah dan ditambah pula dengan sokongan selepas daripada peninggalan penjajah ialah daripada golongan – golongan yang mereka tajai iaitu mereka telah meninggalkan generasi untuk meneruskan rencana mereka itu. Di mana kita lihat bahawa walaupun penjajah telah meninggalkan kita, tetapi mereka telah meninggalkan bersama apa yang disebut sebagai kefahaman – kefahaman songsang sepertimana liberalisme, sekularisme dan lain – lain di mana dengan jelas dapat dilihat daripada pelan asalnya untuk tujuan kristianisasi terus disambung dengan liberalisasi dan sekularisasi yang disambut pula oleh anak – anak didik mereka yang terdiri daripada anak – anak watan.
Oleh itu, tidak keterlaluan jika dianggapkan bahawa gagasan Malayan Union walaupun pada zahirnya berjaya ditolak, ditentang dan digagalkan akan tetapi roh dan semangatnya berjaya diserap dan ditular dalam sistem pemerintahan negara.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kegairahan dan kerancakan memperolehi kuasa secara tidak berdisiplin, tidak bermaruah, turut memperkemaskan cengkaman ke atas usaha mendaulatkan Islam sebagai sistem dan cara hidup. Ini adalah merupakan cabaran yang sedang kita hadapi. Oleh itu, apa yang disarankan oleh Duli Yang Maha Mulia bahawa memartabatkan Islam melalui antaranya untuk meletakkan Mahkamah Syariah di dalam Undang – Udang Tubuh Negeri Kedah ini amat-amat kita alukan-alukan dan perlu disegerakan.
Tuan Speaker, sesungguhnya apa yang kita lalui sekarang ini adalah merupakan peninggalan penjajahan. Akan tetapi, segala usaha – usaha yang telah kita lakukan untuk memartabatkan Islam sebagai sistem hidup ini terlalu banyak ranjau – ranjau yang kita hadapi. Maka oleh itu, antara perkara yang penting bagi kita dalam peringkat negeri, sistem pendidikan harus kita perkasakan dan juga sistem – sistem yang lain yang ada kaitan dengan keharmonian kaum juga perlu diperkasakan dari semasa ke semasa.
Tuan Speaker, saya amat tertarik juga dengan apa yang telah dititahkn oleh baginda dalam pembukaan sidang yang lepas di mana baginda telah menyentuh perkara – perkara yang ada kaitan dengan pentadbiran negeri. Antaranya ialah baginda ingin
memberi penghargaan kepada Pegawai Tadbir Negeri Kedah iaitu KCS, Jentera Pentadbiran Awam Negeri dan Persekutuan serta barisan petugas keselamatan dan kesihatan atas komitmen yang diberikan dalam pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan. Tahniah kepada KCS. Cumanya, saya ingin menyentuh di sini ialah ada beberapa perkara yang harus dilihat. Antaranya ialah pentadbiran dan pengurusan agama di Negeri Kedah ini. Pada saya kalau kita lihat kepada struktur organisasi, di sana masih lagi ada perkara yang perlu diperkemaskinikan. Antaranya saya rasa sudah sampai masanya untuk mengepalai jabatan yang mengurus hal ehwal agama seharusnya diserahkan kepada mereka – mereka daripada orang yang berdisiplin pengajian agama. Ini bererti kita akan beri peluanglah kepada depa supaya yang mengetuai jabatan, mungkin mereka mempunyai wawasan dan jangan pula KCS tersinggung pula ni. Ni sebelah saya ni ialah pengarah jabatan agama ni. Saya taklah berhasrat untuk… cuma nk bagi pandangan bahawa ini masa dia, kita bagi peluang ini supaya mungkin mereka mempunyai wawasan di dalam memartabatkan pengurusan agama Islam di peringkat Negeri Kedah ini. Sebenarnya perkara ini telah pun berlaku di negeri-negeri lain kecuali ada beberapa negeri sahaja lagi yang belum menyerahkan pengurusan itu, pengurusan tertinggi kepada mereka-mereka yang daripada Skim S tak silap saya, Skim S.
Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada itu juga saya ingin melihat pada pengurusan agama ini dari sudut pewujudan skim-skim khas bagi laluan-laluan imam di Negeri Kedah ini. Sekarang ini imam-imam yang memenuhi jawatan-jawatan di masjid masjid daerah adalah mereka daripada Pegawai Hal Ehwal Agama Islam. Jadi, sampai masanya untuk kita memperkemaskan laluan ini kepada imam-imam, perlu kita wujudkan skim imam secara tersendiri di mana masjid-masjid akan diisi dengan imam-imam yang memenuhi skim ini, yang menduduki skim ini dan laluan terakhir mereka ialah di Masjid Zahir. Jadi maknanya, di sana ada laluan khas untuk mereka tidak perlu bersaing dengan Pegawai-pegawai Hal Ehwal Agama Islam yang mengisi jawatan-jawatan di Pejabat - pejabat Agama Daerah dan juga di Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Jadi saya rasa itu diantara perkara yang perlu diberi pertimbangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di sini izinkan saya untuk memberi sedikit laporan mengenai apa yang berlaku di kawasannya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Kewangan Negeri kerana yang pertama telah meluluskan 6 projek yang telah pun diluluskan. Yang pertama ialah Projek Penyelengaraan Jalan Kampung Charok Bemban… (YB. Tuan Speaker mencelah)
Yang Berhormat Kupang, kita bagi laluan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengemukakan usul.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1a) Peraturan – Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pagi ini disambung pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli – ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker. Jadi saya teruskan perbahasan ini. Yang pertama ialah ucap terima kasih di atas penyelengaraan jalan Kampung Charok Bemban yang telah diluluskan, yang keduanya penyelengaraan jalan Kampung Gelugor di Mukim Bakai, yang ketiga menaik taraf sistem perparitan di Kampung Sadik, yang keempat penyelengaraan jalan Kampung Gua Reban, kelima penyelengaraan sistem pengairan di Kampung Ulu Sedim dan yang keenamnya ialah sistem pengairan di Kampung Badak. Jadi ini diantara projek yang telah diluluskan dan dalam tindakan. Terima kasih skali lagi.
Walau bagaimanapun, saya ingin membangkitkan lagi walaupun saya dah bangkit pada perbahasan yang lepas iaitu kedudukan titi di Kampung Tanjung. Jadi saya ni panas telinga dah, pi kenduri orang tanya, pi ke rumah orang mati pun tanya. Bila lagi? Bila lagi? Jadi, saya pun tak tau nak jawab kot mana dah. Setakat ini tak tau siapakah yang bertanggungjawab, sama ada JPS ataupun Kementerian Pembangunan Luar Bandar atapun ICU. Siapakah yang bertanggungjawab diantara 3 agensi ini.
Walau bagimanapun, saya mengharapkan untuk mempercepatkan lagi proses itu, saya kira kerajaan negeri boleh ambil alih kot, titi tak mahal mana pun saya rasa, bagi mempercepatkan proses itu. Agak – agak boleh kot. Pegawai kewangan dah kerling kat saya, ha.. jadi boleh la kot tu. Jadi, itu harapan saya YB. Tuan Speaker. Saya rasa itu sajalah yang dapat saya kemukakan dalam perbahasan ini. Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk menyokong penuh Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Perasmian Persidangan Dewan yang lepas. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Kupang. Seterusnya saya menjemput YB. Belantek. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga ADUN Jeneri, Ahli – ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli – ahli Yang Bberhormat, Yang Berbahagia Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, petugas – petugas media, sidang hadirin yang dihormati sekalian. Saya mulakan ucapan pada tengahari ini dengan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenaannya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan DUN bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-15. Terima kasih Tuan Speaker, saya adalah orang terakhir pembahas pada tengahari ini. Saya tak tau orang yang akhir ni untung ka rugi.
Kalau takdan habis, kita bawa ke petang.
Kalau makan kenduri untung Tuan Speaker, InsyaAllah orang jamu lebih. Alhamdulillah, saya nak bercakap di sini InsyaAllah dengan 1 portfolio yang telah diamanahkan kepada saya iaitu portfolio pertanian. Sebelum ni kita kurang mendengar pertanian, InsyaAllah saya akan fokus sedikit sebanyak isu pertanian di Negeri Kedah. Kita melihat bahawa Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2022 sebanyak RM50.9 billion dan kadar pertumbuhan KDNK adalah 7.2%, Tuan Speaker dan sektor – sektor yang menyumbang
penuh kepada kenaikan kadar KDNK ini ialah seperti pembinaan 2.4%, RM1.2 billion, pembuatan 30.9%, pertanian 11.1% dan perkhidmatan 55.4%. Kita lihat di sini ialah sektor perkhidmatan memberi sumbangan yang cukup tinggi dan kita fokus kepada sumbangan sektor pertanian sebanyak 11.1%. Kita tengok 11.1% ini kecil dan usaha untuk mempertingkatkan ataupun memperkasakan sektor pertanian ini harus diusahakan sebaik mungkin oleh Kerajaan Negeri Kedah.
Usaha-usaha untuk memodenkan industri pertanian ini mesti diteruskan sampai bila – bila. Mulai saat ini kita mesti memperkasakan industri pertanian. Saya petik dua baris titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pertama dalam ayat yang kita petik di sini tuanku bertitah, “perancangan pengunaan teknologi dalam pertanian diperlukan di peringkat negeri dalam usaha memodenkan sektor pertanian negeri dengan lebih serius Tuan Speaker, dan satu lagi pengeluaran tanaman makanan yang lain seperti buah – buahan dan sayur – sayuran perlu dipelbagaikan agar sektor makanan menjadi lebih mampan. Kita kena ambik serius Titah Ucapan Tuanku ini Tuan Speaker.
Sebelum saya mengulas lebih lanjut tantang cara – cara, usaha – usaha untuk kita memodenkan industri pertanian, kita tidak lupa untuk melihat bahawa kita berusaha untuk memastikan bahawa sektor pengeluaran padi kita 20% akan kita buat dalam skala yang besar iaitu skala estet. Saya rasa itu disebut dalam Kedah 2035 pelan pembangunan yang disebut. Kita perlu mengambil serius dalam perkara ini untuk memastikan bahawa KDNK kita ataupun sumbangan sektor ekonomi untuk KDNK kita ini bertambah. Kita mensasarkan pada tahun 2035 besok Tuan Speaker, KDNK kita boleh menjadi RM100 billion. Satu jangka masa yang panjang dan usaha – usaha dalam sektor pertanian ini mesti diseriuskan. InsyaAllah, saya kena tengok sikit beberapa projek yang ada di tempat saya, di Sik yang boleh diperkasakan lagi. Di Sik tuan-tuan yang saya hormati sekalian, kita ada projek padi huma di Kampung Landai, 2 hektar dan juga di Kampung Radek. Kita ada projek padi organik di Kampung Lintang, 3 hektar. Kita ada projek sayur Kampung Kota Aur, 5 hektar, projek buah – buahan durian dan dokong Kampung Surau, 2 hektar, projek pisang Kampung Pinang, 1 hektar, projek manggis Kampung Surau, 1 hektar, projek manggis Kampung Charok Senduk, 1 hektar dan projek cili fertigasi 3,000 ‘polybag’ di Kampung Batu Seketol. Ini semua adalah sektor – sektor pertanian di luar jelapang Tuan Speaker dan kita harus memperkasakan. Soal padi tadi tak pa, kita cadang untuk estet dan kita ada pelan kita. Saya nak tengok di sini bagaimana sektor luar jelapang dapat diperkasakan. Dan kita harap usaha – usaha untuk mengoptimunkan tanah, mengguna sebaik mungkin tanah – tanah terbiar dapat meningkatkan pesawah – pesawah di luar jelapang. Di luar jelapang saya tekankan di sini Tuan Speaker.
Peruntukan RM200 ribu yang diberi untuk program peningkatan pendapatan pesawah luar jelapang, ini juga memberi manfaat kepada petani – petani. Mungkin sumbangan ini dapat memberi manfaat yang lebih ataupun ditambah lagi. Saya tengok di sini bagi program sayur fertigasi Tuan Speaker, iaitu cili dan timun kita memberi peruntukan RM67,410, tanaman jagung RM57,380, sayuran RM28,370, tanaman pisang RM26,560, betik RM13,120, tebu RM7,160. Ini adalah sumbangan ataupun peruntukan yang telah diberi dan ini akan dapat meningkatkan harap dapat meningkatkan pendapatan kepada golongan B40 di seluruh Negeri Kedah ini Tuan Speaker. Saya juga ingin mengambil perhatian di sini bahawa kita mesti menggalakkan petani-petani muda atau usahawan – usahawan muda untuk mereka bergiat dan mempelopori usaha untuk menjalankan aktiviti tanaman di luar jelapang ini.
Saya nak sebut Tuan Speaker, dengan pendapatan yang menarik apabila petani – petani muda ataupun mereka yang menceburi selain daripada padi, kita tengok purata pendapatan sebulan yang dijangka diperolehi oleh mereka yang menceburi bidang ini. Pertama, ada istilah tanaman yang diberi tumpuan. Tuan Speaker, iaitu durian, nanas, tembikai, nangka, betik, rambutan, manggis. Durian sahaja saya dapat maklumat di sini, kita boleh mendapat pendapatan sebulan sebanyak lebih kurang RM17,669 Tuan Speaker. Durian, kalau siapa usahakan durian. Bagi nanas pula kita dapat RM19,748, nangka kita dapat lebih kurang RM8,000 dan betik pun kita boleh dapat RM13,000. Bermakna usaha – usaha penanaman di luar jelapang ini harus dipertingkatkan, harus dipromosikan dan harus sampai ke peringkat akar umbi di seluruh Negeri Kedah ini. InsyaAllah, program – program seperti ini dapat meningkatkan pendapatan golongan B40 terutamanya Tuan Speaker. Begitu juga ada satu istilah lagi, tanaman yang diberi keutamaan…. (YB. Pedu minta laluan)
YB. Belantek, nak tanya sikit boleh?
Ya, ya…
Silakan!
Terima kasih YB. Belantek. Belantek tadi sebut tanaman durian sebulan boleh RM17,000. Makna kata setahun berapa ratus ribu? Berapa relung dia tanam dan benih apa?
Mintak tolong jawab sat. Kita pun nak tau tu.
Ya betul YB. Tuan Speaker. Tadi saya sebut durian sampai RM17,000. Saya rasa ada. Ada maklumat yang kita dapat daripada jabatan pertanian memaklumkan bahawa memang ada pengusaha – pengusaha yang boleh mengusahakan secara serius dengan bantuan dan dengan saliran yang cukup mereka boleh memperolehi pendapatan sebanyak itu. Dan kita harap usaha – usaha untuk memodenkan industri pertanian harus diperkasakan dan dilipatgandakan. Kita juga mengharapkan usaha – usaha ini, jabatan pertanian dan agensi – agensi berkaitan saya rasa dapat memainkan peranan dengan lebih aktif, InsyaAllah menjawab persoalan YB. Pedu tadi mungkin boleh direalisasikan Pedu. Nah?
Baik. Seterusnya Tuan Speaker … (YB. Bukit Lada mohon mencelah)
Mohon mencelah.
Haii… Ramai mencelah ni.
Terima kasih. Sikit pencelahan yang ingin saya kemukakan iaitu berkenaan dengan TKPM di …. (YB. Tuan Speaker mencelah)
Yang Berhormat Bukit Lada, saya mohon maaf. Dewan akan ditangguhkan, kita sambung sebelah petang. Dewan dengan ini ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.
[Dewan ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari]
[Sidang Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]
Bismillahirrahmanirrahim. Dewan disambung semula dengan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sehingga selesai. Ahli – ahli Yang Berhormat sekalian, sambung kepada perbahasan YB. Belantek tadi tapi dicelah oleh YB. Bukit Lada. Sama ada nak beri kepada YB. Bukit Lada untuk sambung sedikit pencelahan? Silakan!
Terima kasih kepada YB. Belantek. Pencelahan saya adalah berkenaan dengan TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan) di Pokok Sena, di Gajah Mati iaitu kita ada tanah keluasan 40.27 hektar di situ dan kita lihat perkembangan nampak peserta-peserta yang dulunya mendapat projek itu dilaksanakan tapi nampak kebelakangan ini tak ramai yang terlibat dan menyebabkan kawasan itu nampak macam terbiar. Jadi, saya mengharapkan kalau lah ada tindakan daripada pihak pertanian dan sebagainya dan saya dapat maklumat kawasan itu akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang tertentu. Jadi saya mengharapkan kalau boleh, diberi keutamaan sepertimana TKPM dekat dengan Bukit Perak, iaitu diberi keutamaan kepada penduduk tempatan. Itulah cadangan, terima kasih.
Silakan YB. Belantek. Belantek ada masa lebih kurang 10 minit lagi. Silakan!
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada YB. Bukit Lada dan mohon memasukkan apa yang disebut oleh Bukit Lada tadi dalam ucapan saya. Terima kasih.
Sebelum saya meneruskan ucapan YB. Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian balik kepada apa yang saya sebut tadi bagaimana hasil durian boleh mencapai sebanyak RM17,000. Ramai pakat jumpa dengan saya ni, macam mana ni pakat nak berhenti habih pakat nak tanam durian. Saya dapat angka di sini, minta semua Ahli Yang Berhormat merujuk kepada ‘buku hijau’ di muka surat 73. Kolum di sini saya baca satu saja Yang Berhormat Speaker, bilangan satu durian, bilangan petani berhasil seramai berapa
orang? 541 orang dan nilai pengeluaran bersih RM114,708,336.90 dan purata pendapatan bersih ‘stroke, oblique’ petani per bulan dalam RM (Ringgit Malaysia) disebut di situ 17,669.18. Untuk maklumat lanjut ataupun ‘interpretasi’ angka di sini saya rasa boleh merujuk kepada InsyaAllah, Yang Berhormat EXCO Petanian ataupun Jabatan Petanian Negeri Kedah.
Itu purata? Bermakna setahun lebih kurang RM200,000 lebih?
Ya, saya minta rujuk balik kepada ‘buku hijau’ yang disertakan untuk maklumat lanjut YB. Tuan Speaker. Baik, saya teruskan pembahasan saya pada petang ini. Dimaklumkan bahawa luas tanah bendang terbiar dalam DUN Belantek saja, tanah bendang terbiar sebanyak 377 hektar, 377 hektar. Manakala keluasan tanaman padi yang masih aktif di Sik adalah 787 hektar. Ini data tahun 2022. Saya merujuk kepada definisi tanah terbiar tadi YB. Tuan Speaker, tanah terbiar ini ialah tanah darat atau tanah sawah yang luas minima dia 0.4 hektar atau ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama 3 tahun berturut-turut. Jadi kena faham apa itu tanah terbiar dan petani-petani boleh merujuk kepada jabatan pertanian, rujuk dengan tuan tanah dulu, buat perjanjian dengan tuan tanah, jumpa jabatan pertanian, InsyaAllah mendapat khidmat nasihat apakah insentif yang boleh diberi oleh jabatan pertanian.
Saya ingin merujuk kepada beberapa program ataupun projek bersesuaian dengan tanah terbiar. Pertama, projek ladang buah-buahan komersial. Kedua, pembangunan industri tanaman jagung segar. Tiga, pembangunan projek sayuran komersial. Keempat, pembangunan industri herba komoditi berpotensi. Kelima, pembangunan industri cendawan. Keenam, pemprosesan makanan. Ketujuh, pembangunan projek pertanian secara organik. Kelapan, pembangunan produk-produk organik dan yang kesembilan yang cukup menjadi permintaan ramai sekarang ini, kopi YB. Tuan Speaker. Dekat Sik saja pun kalau nak masuk Sik saja berapa banyak kedai kopi, macam-macam jenis kopi yang ada. Jadi, usaha-usaha ini melihat berapa banyak keluasan tanah-tanah terbiar yang ada, dengan kerjasama jabatan pertanian, InsyaAllah kita akan dapat lihat berapa banyak lagi pengusaha-pengusaha kopi dan petani-petani di luar jelapang ini akan memperolehi pendapatan sewajarnya.
Yang YB. Tuan Speaker dan tuan-tuan yang saya hormati sekalian, mendepani era modenisasi, globalisasi telah membuatkan kita semakin alpa dan leka mengejar kemajuan teknologi dan membina bandar-bandar serta pencakar langit yang tidak memberi impak begitu signifikan kepada negara. Mungkin ada sebagian individu yang melihat bahawa kemajuan adalah apabila kita mempunyai bandar yang tersengam indah dan masyarakat hidup dikelilingi gajet berteknologi tinggi. Tapi sebenarnya, sebaliknya, keseimbangan dalam perbagai industri akan membuatkan negara kita maju dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain YB. Tuan Speaker. Apa yang saya maksudkan di sini ialah Jepun dan Korea Selatan, setiap industri seperti teknologi, pertanian, perindustrian, pelancongan dibangunkan bersama-sama. Maksudnya seiring sejalan, haaa… maksudnya kita tak tumpu kepada industri saja, tapi prospek pertanian kita teruskan seiring dan sejalan seperti nama lagu, “seiring dan sejalan”. Bermakna kita kena ada usaha untuk itu.
Oleh itu, sedikit demi sedikit perlu kita mengubah dasar dan polisi negeri supaya tidak kekal di takuk lama dan saya rasa di sini Yang Amat Berhormat Jeneri sudah merintis usaha di sini untuk mempelbagaikan penggunaan sektor pertanian ini supaya naik setaraf dengan industri-industri yang lain. Ini yang kita perlu garapkan, kita perlu perkasakan untuk melihat sektor pertanian, sektor industri, sektor pelombongan, sektor pembuatan dapat dinaikkan setaraf untuk memajukan ekonomi negeri. Dan salah satu sektor yang berpotensi besar dalam meningkatkan kemajuan dalam ekonomi negara adalah sektor pertanian. Ini penting dan sektor yang sebelum ini orang pandang endah tak endah, orang pandang rendah, orang pandang leceh, orang pandang sebelah, tapi ini yang sebenarnya mempunyai kepentingan dan potensi yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada negeri dan negara, malah kepada masyarakat keseluruhannya dan juga yang penting untuk alam sekitar sendiri.
YB. Tuan Speaker, kita ada kelebihannya YB. Tuan Speaker. Antara kepentingan, kelebihan ialah kita dapat memanfaatkan semua sumber yang dimiliki oleh negeri, yang ada di Negeri Kedah ini. Umum mengetahui Kedah ini kaya dengan sumber alam, ada lautnya, ada lautan dia, ada sungai dia, ada tanah tinggi dan juga iklim yang kondusif. Justeru, kita kena guna sumber tersebut dengan baik supaya memberi manfaat kepada negeri dan sektor pertanian dapat dipertingkatkan. Sebagai contoh kita tengok…….. (YB. Pedu minta laluan)
YB. Tuan Speaker…
Silakan YB. Pedu.
Terima kasih YB. Belantek. Pasal sembang bab pertanian ini nak kena tanya sedikit YB. Belantek. Pasal tanah kosong ini memang di mana-mana DUN, di mana-mana kawasan pun banyak, cumanya la ni kita terganggu dengan binatang. Kalau di sebelah Pedu tu, gajah duk mengamuk ni rasanya 3, 4 bulan dah dan kera. Macam mana YB. Belantek untuk kita mengatasi masalah ini? Jadi orang kampung ini dia minat menanam tapi apabila tanam pisang dua tiga relung, gajah mai sapu makan habih. Jadi, semangat untuk teruskan pertanian itu jadi lemah. Macam mana pandangan YB. Belantik?
Silakan!
Terima kasih sahabat saya YB. Pedu. Ya, untuk menjawab mengenai soal gajah ini bagi DUN kita berhampiran, bersahabat ini DUN Pedu, DUN saya DUN Belantek dan DUN Bayu, minta maaf Bayu, memang kami dianugerahkan gajah, ada gajah.
Okey YB., jawab sekali dengan gulung, 2 minit lagi.
Jadi, usaha-usaha untuk memindah telah pun dibuat dan telah diambil oleh Jabatan Perhilitan Negeri Kedah dan saya pun telah bangkitkan dalam perbahasan yang lepas mengenai soal gajah dan perkara ini perlu diambil perhatian sama ada memberi pampasan kepada petani-petani yang terjejas yang mana gajah masuk merosakkan tanaman mereka. Seharusnya ada usaha-usaha dari pihak berautoriti untuk memberi pampasan kepada mereka. YB. Pedu ya?
Baik. Saya sebut tadi kita ada sungai, kita ada bukit, kita ada lautan, kita ada iklim yang kondusif. Kita nak tengok sebagai contoh penerokaan tanah untuk penanaman kelapa sawit oleh Perdana Menteri Kedua pada masa itu, Almarhum Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein suatu ketika dulu penerokaan yang telah dibuat telah berjaya memberi hasil yang baik kepada rakyat dan negara sehingga kini. Jadi, penerokaan sebegitu mesti diambil berat oleh kerajaan sekarang dan ada usaha-usaha. Dan usaha sebegini YB. Tuan Speaker, harus diteruskan oleh semua kepimpinan dengan tadbir urus yang cekap serta amanah. Tak kiralah kepimpinan mana, kepimpinan politik, kepimpinan kerajaan, swasta, pakar-pakar pertanian, harus duduk semeja. Juga pegawai-pegawai tadbir baik di peringkat mana pun di peringkat daerah sekalipun, sama-sama kita duduk semeja, kita berusaha untuk mengangkat sektor pertanian ini selain …… (YB. Tuan Speaker mencelah)
Okay YB., saya bagi 1 minit lagi sebagai ‘extra’, tambahan.
1 minit lagi? Oh!
Tambah waktu, masa ‘extra’ tu.
Okay baik, InsyaAllah. Jadi wawasan untuk memberi satu pendapatan yang cukup baik ini, antara penduduk bandar dan luar bandar harus direalisasikan. Kita melihat bahawa usaha ini harus dipertingkatkan dan sekiranya kita berdaya membentuk bekalan makanan ataupun sumber pertanian yang cukup untuk permintaan domestik, kita pasti dapat mengeluarkan hasil untuk pasaran antarabangsa. Dengan sumber yang ada ini, disokong oleh infrastruktur yang baik seperti cadangan ada Lapangan Terbang Antarabangsa KXP serta pelabuhan baru, ini memberi satu nilai tambah yang cukup baik. Disebut lagi ni YB. Tuan Speaker, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ni dan menarik minat kita. Jadi usaha untuk mengadakan, merealisasikan pembinaan KXP ini harus diambil berat dan direalisasikan untuk sama-sama membantu sektor pertanian untuk terus maju. Namun usaha ini YB. Tuan Speaker, kita memerlukan perancangan yang teliti, kesabaran yang dalam, mengecapi kejayaan yang boleh dibanggakan. Na?
Kita kena usaha daripada sekarang, kita nak duduk meja daripada sekarang sebab kita nak lihat Pelan Pembangunan 2035 jauh lagi. Jadi apa salah, hari ini di Dewan yang mula ini kita sama-sama rintis, kita duduk sama-sama dengan pemikir, dengan pakar-pakar yang cukup pandai, pakar-pakar pertanian, kita angkat sektor pertanian ini, kita tarik anak-anak muda untuk sama-sama mencemburi sektor pertanian ini. InsyaAllah, saya rasa usaha-usaha murni ini dapat direalisasikan dan kita mendoakan semua urusan kita berjalan dengan baik. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sesi perbahasan mesyuarat pada kali ini telah pun selesai dan sekarang mesyuarat akan berubah ke sesi penggulungan oleh pihak kerjaan. Dipersilakan Yang Berhormat Kulim.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, seterusnya sidang hadirin yang dikasihi sekalian.
Sungguh sedap makanan dihidang, Seronok menjamu bersama kawan, Perut dah kenyang, hati pun senang, Ucapan penggulungan mohon dengarkan.
Salam sejahtera dan Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberikan ruang untuk saya membuat penggulungan di sidang Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15. Terlebih dahulu, patik ingat, patik ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di atas titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 serta keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah serta seluruh keluarga Kerabat Diraja Negeri Kedah dikuniakan kesihatan dan kesejahteraan agar dapat bersemayam di atas tahta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan.
Yang Berhormat Speaker, seterusnya saya ingin memetik titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dalam titah perasmian di mana baginda mengingatkan Ahli-ahli Dewan atas peranan hakiki sebagai penggubal undang-undang seterus menyeru supaya kami semua kerap turun padang untuk menyelami masalah rakyat dan terbuka untuk mendengar pandangan daripada semua pihak. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan turut bertitah tentang impak limpahan ekonomi daripada pelaburan ke atas peluang pekerjaan yang dijana supaya mengekalkan ‘The Best Brains of Kedah’ (dengan izin). Baginda bertitah supaya pembentukan jiwa rakyat yang cintakan negeri haruslah dipupuk supaya rakyat tanpa mengira kaum yang menyandang jawatan-jawatan penting tidak melupakan negeri yang menjadi tanah tumpah darahnya. Titah baginda, “brains alone without loyalty to the state or without love for country are no use”. “Tiada gunanya fikiran semata-mata tanpa kesetiaan dan cinta kepada negara”.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam sesi soal jawab saya pun telah menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Pengkalan Kundor tentang usaha-usaha daripada PERKESO dalam menggalakkan pencaruman PERKESO untuk perlindungan keselamatan sosial pada masa hadapan nanti. Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi satu kepujian kepada YB. Pantai Merdeka, merupakan YB. yang paling awal pada penggal ini mendaftar dan mencarum dengan PERKESO bagi kakitangan Pusat Khidmat beliau. Syabas YB. Pantai Merdeka!
Soalan kedua daripada Yang Berhormat Derga tentang bantuan kerajaan negeri kepada NGO-NGO dalam negeri dijangka akan dijawab pada hari esok nanti. Terima kasih atas pertanyaan daripada kedua-dua Yang Berhormat. Sebagai tambahan, baru-baru ini kerajaan negeri telah memberi sokongan (dengan izin) ‘endorsement’ kepada ‘Junior Chamber International (JCI) Kulim, Kedah dalam usaha menganjurkan Anugerah Cemerlang Kedahan yang memberi pengiktirafan kepada 10 tokoh yang di bawah umur 40 tahun dan 10 tokoh yang di atas 40 tahun dari Negeri Kedah atas sumbangan dan dedikasi mereka dalam bidang masing-masing. Anugerah ini diharapkan untuk memberi dorongan dan motivasi kepada pemuda pemudi yang lain di Negeri Kedah ke arah kecemalangan sejajar dengan visi “The Greater Kedah 2035”. Seiring dengan aspirasi tersebut, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak YB.-YB. ADUN sekalian untuk turut turun padang bersama dengan NGO-NGO tempatan dengan hasrat supaya mereka lebih mengenali kerajaan negeri dan visi yang ingin di bawa menuju kewawasan kita.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, setiap kali kita membincang tentang soal sumber manusia, kita tidak sepatutnya hanya merujuk kepada tenaga kerja semata-mata, bahkan unsur yang selalu ditinggalkan adalah unsur modal
insan. Konsep modal insan ini menggariskan manusia sebagai asas pembangunan dan aspek pembangunan manusia itu perlu diketengahkan. Setiap manusia boleh merealisasikan potensi dan keupayaan sendiri mengikut ‘Teori Maslow’. Oleh itu, bagi tujuan mengekalkan bakat ini, satu persekitaran kerja yang sihat perlu diwujudkan dari segi kebajikan, persaingan yang sihat, pendedahan industri, peningkatan kemahiran teknikal dan lain-lain. Saya komited untuk membangunkan modal insan dalam negeri ini sejajar dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menawarkan bantuan atau kerjasama dan kolaborasi kepada Yang Berhormat Jitra, tidak kira kerjasama melalui mana-mana bentuk untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi dalam negeri kita. Selain itu, kami di kerajaan negeri sudi memberi kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Sumber Manusia bagi agenda pembangunan modal insan ini diteruskan untuk kepentingan rakyat dan negeri.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Semalam saya telah memberi maklum balas terhadap kenyataan Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah tentang kempen kerajaan untuk menggalakkan kaum Cina dalam menyertai penjawat awam. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pandangan saya kepada semua Ahli-ahli Dewan. Penyertaan kaum Cina dalam perjawatan awam tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman atau kekhuatiran kepada orang Melayu. Malah, banyak agensi yang berkaitan memberi maklum balas kepada saya untuk mempromosikan jawatan kosong kepada masyarakat bukan Melayu. Di dalam ucapan semalam turut menyatakan bahawa penyertaan kaum Cina, India dan kaum Siam dalam sektor awam akan menguntungkan pihak kerajaan kerana mereka dapat menyumbang secara langsung kepada pembangunan negeri dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Penjawat-penjawat awam sentiasa menjadi ejen untuk menerangkan dasar kerajaan kepada kaum komuniti dan masyarakat setempat. Jesteru itu, jurang antara masyarakat dapat dieratkan sekiranya terdapat penambahan kuota bagi kaum minoriti seperti kaum Cina, India dan Siam dalam sektor awam.
UMNO yang saya kenali ialah sebuah parti nasional yang memperjuangkan kepentingan untuk semua rakyat sebelum ini. Tetapi nampaknya mereka terlalu ‘desperate’ (dengan izin) untuk menangkan hati rakyat selepas pilihan raya sehingga mengeluarkan kenyataan seperti ini. Mungkin ini sebabnya UMNO tidak dapat memenangi sebarang kerusi di dalam Negeri Kedah. Tidak benar bahawa kaum Melayu tidak dapat ‘survive’ (dengan izin) dalam sektor swasta kerana kaum Melayu mampu berdaya saing dan menjadi antara mereka yang berprestasi tinggi antara kaum lain. Jadi, saya ingin menyeru kepada Ahli- ahli Dewan juga supaya tidak mengambil pendirian yang sempit dan tidak konstruktif. Rakyat di Negeri Kedah hidup bersama dengan harmoni, kita tidak
perlu ada sentimen yang memecah belah seperti ini. Seperti saya sebutkan tadi, kita seharusnya meletakkan fokus kepada pembangunan modal insan dengan menunjukkan persekitaran kerja yang sihat.
Yang Berhormat Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan pada hari ini, saya ingin berkongsi kepada seisi Ahli Dewan tentang penganjuran Sambutan Tahun Baru Cina pada Februari yang lalu. Sambutan Tahun Baru Cina di beberapa tempat sama ada di peringkat negeri atau di kawasan saya di Daerah Kulim mendapat sambutan yang meriah daripada sengenap lapisan masyarakat. Termasuk juga rumah terbuka yang dianjurkan oleh Yang Berhormat Kuala Ketil di kawasan beliau. Saya amat bangga melihat mereka yang datang berkeluarga malah yang membuka gerai dalam kawasan pesta yang datang daripada masyarakat Melayu dan India juga. Ini jelas menunjukkan bahawa keyakinan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina bukan sekadar kepada kaum masyarakat Cina sahaja. Kejayaan sambutan ini secara langsung menidakkan suara-suara yang berbaur fitnah dan mereka yang bersangka buruk tentang Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam kesempatan ini saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan kerajaan serta Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain atas sokongan bagi menjayakan Pesta Tahun Baru Cina ini.
Untuk makluman Dewan, masyarakat Tionghoa juga menyambut baik ucapan, “Xīn Nián Kuài Lè, Gong Xi Fa Cai” daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, dalam pakaian tradisional Samfoo. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dalam sambutan peringkat negeri turut menyatakan aspirasi beliau sebagai Menteri Besar untuk semua masyarakat. “Selagi saya ada di sini, saya akan memikul amanah yang diberi bersampingan Yang Amat Berhormat Dato Seri dan barisan EXCO untuk membuktikan keprihatinan kerajaan ini sebagai sebuah kerajaan yang inklusif dan mewakili segenap lapisan masyarakat”. Tahun Baru Cina telah pun berlalu, kali ini saya menjadi tuan rumah. Terima kasih kepada mereka di sini yang datang, bulan depan nanti saya akan menjadi tetamu pula sempena kita menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Yang Berhormat Speaker, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Sidam yang telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan sedikit peruntukan elaun kepada sami-sami Siam di 38 buah Wat Siam di seluruh Negeri Kedah. Untuk makluman Dewan sekalian, tiada elaun yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi kesemua sami-sami kaum Siam dan juga ketua-ketua agama bagi masyarakat kaum Cina dan kaum India di seluruh Negeri Kedah. Namun, saya lihat perkara ini dapat dipertimbangkan untuk diberikan peruntukan khusus berkaitan keagamaan serta manfaat-manfaat lain kepada semua kaum di masa yang akan datang. Kerajaan negeri sentiasa mengambil cakna akan keperluan dan hak setiap lapisan
masyarakat khususnya kepada kaum minoriti seperti kaum Cina, India dan Siam di seluruh Negeri Kedah. Saya mewakili kerajaan negeri dan juga selaku EXCO yang menjaga ehwal ehwal masyarakat Siam, mempunyai hubungan yang baik serta sentiasa berhubung secara rapat dengan Majlis Sami-Sami Siam Negeri Kedah/Perlis. Sukacita saya kongsikan dalam Dewan yang mulia ini, pada 16 haribulan Februari yang lalu saya telah hadir sebagai tanda sokongan pihak kerajaan negeri ke majlis pelancaran Peperiksaan Kelas Dhamma dan Bahasa Thai tahun 2024 anjuran Majlis Sami-Sami Siam Negeri Kedah/Perlis bersama Buddhism Education Division National Office Buddhism Thailand (dengan izin) di Wat Teluk Wanjah, Alor setar. YB. Sidam turut hadir juga pada hari itu. Peperiksaan Kelas Dhamma ini merupakan acara program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Sami Siam Negeri Kedah/Perlis untuk menguji pemahaman anak-anak masyarakat Siam yang menghadiri Kelas Pendidikan Dharma yang diadakan di setiap wat. Justeru, ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri setiasa komited dan memberi sokongan berterusan dalam usaha memastikan hak Kebajikan, pendidikan dan pembangunan sosial masyarakat Siam di Negeri Kedah sentiasa terjaga.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pegawai-pegawai kerajaan…. (YB. Bukit Lada mohon mencelah)
Saya mohon mencelah sikit boleh?
Silakan!
Terima Kasih YB. Saya di DUN Bukit Lada kita ada satu Kampung Paya Sidang. Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dah pergi turun menyantuni penduduk di kawasan itu dengan bermain bola dan permohonan daripada pihak Siam pun dah lulus. Jadi, pohon dilihat lagi lah apa-apa keperluan untuk penduduk Siam, dia tak dak banyak, 50 buah rumah saja.
Silakan YB.
Yang Berhormat Speaker, boleh saya mencelah?
YB. Lunas, silakan!
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Kulim, saya ucap syabas dan tahniah atas usaha baik ataupun program-program Yang Berhormat usahakan dalam membantu ataupun melibatkan terutama sekali masyarakat berbilang kaum yang ada di Negeri Kedah. Soalan saya, daripada program-program yang Yang Berhormat dah laksanakan ini, adakah ada satu indikator yang boleh diambil dalam menunjukkan trend sokongan orang-orang bukan Melayu terutamanya orang Cina ini kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri ini semakin baik daripada sebelum pilihan raya negeri yang lepas?
Silakan YB. EXCO.
Ok. Terima kasih YB. Bukit Lada, saya ambil maklum dan saya akan usahakan selepas ni dan saya akan terus berbincang dengan YB. Bukit Lada di luar Dewan nanti. Kepada Yang Berhormat Lunas, jadi setiap program yang kami anjurkan, kami akan mengadakan mesyuarat di dalam Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Masyarakat Cina, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam dan kami akan selalu mengkaji dan memperhalusi setiap program yang telah kami lakukan. Setiap 4 bulan kami akan menganjurkan mesyuarat tersebut untuk Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Masyarakat Cina, India, Siam dan melalui mesyuarat tersebut kami akan menilaikan, kami akan ‘check’ balik (dengan izin) setiap program yang kami telah anjurkan sama ada ia betul-betul berimpak dan ‘delivered’ terus (dengan izin) kepada rakyat tempatan dan rakyat Negeri Kedah. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan di bawah portfolio saya iaitu Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah, PERKESO Negeri Kedah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kedah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kedah dan Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Kedah serta semua jabatan dan agensi atas komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam membantu saya untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai EXCO bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memajukan Negeri Kedah dan menjaga kebajikan rakyat di negeri ini. Apa-apa pun kita buat, kita mesti pastikan supaya inisiatif dan usaha kita dilaksanakan adalah bersama-sama ke arah wawasan “The Greater Kedah 2035”. Sudah sampai masanya kita mengajak semua rakyat Negeri Kedah untuk bersama-sama kerajaan negeri untuk merealisasikan agenda wawasan untuk kesejahteraan sejagat dan mengembalikan kegemilangan Kedah.
Akhir sekali, saya dengan ini menyokong penuh dan menjunjung kasih di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian sahaja ucapan pergulungan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim. Seterusnya YB. Alor Mengkudu dan YB. EXCO ada 30 minit untuk menjawab setiap sesi.
Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu wassalamu ala ashrafil anbiya wal mursalih. Wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma'in. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-aAhli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pertamanya, saya mengucap syukur ke hadrat Allah kerana pada hari ini saya dapat membuat penggulungan atas isu-isu yang berbangkit oleh Ahli-ahli Dewan semua dan rakaman terima kasih ini saya ucap kepada semua Ahli Yang Berhormat lah yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan soalan-soalan lisan dan bertulis bagi sidang kali ini bagi Portfolio Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup Belia dan Sukan. Rakaman terima kasih dan tahniah juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya akan menjawab bagi perkara-perkara yang telah dibangkitkan beberapa Ahli Yang Berhormat di bawah portfolio saya.
Sebelum itu, dalam titah ucapan Tuanku sempena Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan telah menyebut beberapa perkara yang asas dalam buku titah itu. Jadi, antara yang saya nak ambil penekanan lah tentang soal-soal hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan yang selalu dibangkitkan, boleh dikatakan dalam dua hari ini dibangkitkan secara serius oleh pihak-pihak ADUN kita lah. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, saya nak ‘quote’ satu ‘statement’ daripada Tuanku dalam muka surat 5 dan titah baginda antaranya, “bagi memastikan Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berfungsi dengan baik, perbezaan politik perlu diraikan manakala perseteruan politik perlu dihadkan”. Ini antara ucapan Tuanku yang penuh hikmah dan satu nasihat yang berguna untuk kita semua dan juga kepada pihak Persekutuan. Cuma, dalam isu saya di bawah Portfolio Sukan dan juga banyak berhubung dengan Kementerian Belia dan Sukan saya tak terasa yang tu, Yang Berhormat Speaker. Kita rasa suatu suasana yang cukup mesra lah Ustaz, YB. Bukit Lada. YB. Bukit Lada bangkitkan yang itu. Jadi saya nak cerita, YB. Kuala Ketil tengok saya, agak tercengang, jangan cemburu. Untuk makluman tuan-tuan, sama juga dengan YB. Kubang Rotan. Sebabnya untuk makluman tuan-tuan, hubungan kita, saya nak kata apa? Mesra lah mesra. Akrab, bahagia, mesra. Jadi saya nak angkatlah dalam majlis ini, saya nak cerita, hubungan antara Portfolio Sukan dengan Kementerian Belia dan Sukan terlalu mesra. Diharap sampailah di Kuala Lumpur, InsyaAllah.
Untuk makluman, sepanjang selepas saya dilantik sebagai EXCO Sukan, cuma satu saja Ustaz na, EXCO dalam kemesraan tu ada lah ujian. Di peringkat Kementerian Pelajaran, di peringkat negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah masih belum membuka hati untuk saya. Walaupun untuk makluman tuan-tuan dan juga makluman Ahli-ahli Dewan sekalian, di peringkat pembangunan kita memerlukan ‘grassroot’ di peringkat sekolah dan itu amat penting bagi Portfolio Sukan ni untuk mendekati. Tapi sehingga sekarang, pintu masih belum terbuka dan InsyaAllah, kita mengharapkanlah wakil daripada jabatan di sini mendengar keluhan daripada saya supaya kehadiran kita untuk membantu, mendidik anak-anak kita di peringkat sekolah-sekolah menengah dan juga sekolah rendah. Cuma untuk nak lanjut lagi lah, nak gambarkan kemesraan tu. Sebenarnya tuan-tuan tak tahu, hanya ada yang ada dalam majlis, Kak Ton tengok saya, YB. Bukit Kayu Hitam. Sepanjang saya memegang tampuk Portfolio Belia dan Sukan ni, sudah empat kali, empat kali perjumpaan secara rasmi dengan Yang Berhormat Menteri. Dua kali dia datang ke Kedah, satu di Alor Setar dan juga di Langkawi dan bersama Yang Mulia Tengku, Yang Mulia Tengku mengaku tu saya tengok tu. Di Langkawi, lagi satu di Gelanggang Squash dan yang keduanya di Gelanggang Sintetik, kemudian pelayaran, sambung lagi Yang Mulia, kita sambung lagi hubungan kita di pelayaran pula, dekat laut pula, angin sepoi-sepoi bahasa. Kemudian, kita teruskan lagi perjumpaan di Putrajaya dua kali. Jadi dia turun dua kali, saya pi dua kali. Cukup mesra lah saya rasa yang tu.
Jadi tang tu minta maaf ya, jadi saya rasa di sudut perhubungan di antara Kementerian Belia dan Sukan di antara negeri dan juga Persekutuan berjalan dengan baik. Ini bukanlah kata saya nak memuji, tapi ini adalah satu tindakan yang cukup profesional daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberi layanan yang cukup istimewa dan Alhamdulillah, ini bukan sekadar perjumpaan biasa, saya hadir dalam empat perjumpaan yang secara rasmi. Antaranya boleh saya sebut di sini, yang pertamanya atas program Penyerahan Gelanggang Squash di Alor Setar. Yang kedua, di Langkawi Penyerahan Padang Sintetik di Kampung Kumpulan Ulu Melaka, melibatkan hampir RM3.5 juta pada 7 haribulan 2024. Kemudian kunjungan hormat ke Pejabat Kementerian Belia Sukan bersama YB. Gurun dan juga Pengarah Majlis Sukan Negeri, yang keempatnya Mesyuarat Penyelarasan YB. Menteri dengan EXCO-EXCO Sukan dan Belia. Jadi, hasil daripada empat perjumpaan tu, ia menghasilkan satu keputusan yang cukup terbaik. Jadi saya rasa ada kut, bisik-bisikan di sebelah pembangkang baik, InsyaAllah. Kita yang baik, kita puji. Ini hasrat kerajaan negeri, kita tak menolak. Tapi yang tidak baik, kita jelaskan dengan secara profesional. Kita nak bercakap secara profesional. Sila! Sila! Sila! Kita bagi ruang.
Silakan YB. Kota Darul Aman.
Terima kasih YB. Speaker, terima kasih kepada YB. EXCO Alor Mengkudu. Sebab dari pemulaan Sidang Dewan sampai sekarang, hari ini baru dengar kata Kerajaan Persekutuan memang tak dak belah bahagi. Walaupun perbezaan politik, kita masih bersama dalam membawa agenda untuk pembangunan Negeri Kedah. Terima kasih.
Yang itu saya setuju, tapi rasanya YB. Kota Darul Aman tak dengar keluhan saya yang tadi. Untuk makluman, bila ada pelantikan pengarah, untuk pelantikan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, tidak membenarkan saya mengunjunginya. Jadi, itu saya agak terkilan lah sebab saya tahu di kalangan atlet-atlet pembangunan kita, kebanyakan berada di ‘grassroot’nya, berada di peringkat sekolah. Jadi, ini antara benda yang kadang-kadang boleh menyebabkan kita tak dapat melangsungkan khidmat bakti kita di peringkat negeri untuk membina satu suasana atlet-atlet yang berjaya di peringkat sekolah. Itu kalau boleh di pihak pembangkang, di pihak SIDAM, Kota Darul Aman, tolong sampaikan luahan saya ini kepada di pihak jabatan. Tapi yang lain itu, Alhamdulillah. Silakan YB. Pengkalan Kundor.
Adakah YB. Alor mengkudu bersetuju jika saya katakan bahawa Perdana Menteri dari satu segi mungkin perlu mencontohi sikap profesionalisme Menteri Belia dan Sukan?
Saya amat bersetuju dan saya rasa inilah antara lambang yang telah diulas apa yang telah dinyatakan oleh Tuanku tadi bahawa perbezaan politik ini perlu dirai dan perseteruan politik ini perlu dihadkan. Jadi, yang ini rasa rupanya dia tak mai di peringkat atas. Maksudnya, Perdana Menteri kena ambil iktibar lah, kena belajar banyak daripada Menteri Belia dan Sukan ini.
Baiklah, saya nak teruskan lagi berkenaan dengan program yang selepas kita bertemu itu bukan sekadar saya berjumpa dengan Kementerian Belia dan Sukan, menteri, kita juga mengunjungi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negeri dan kita diberi sambutan yang cukup-cukup meriah. Alhamdulillah, kebanyakan kita pun di sana, kita ramai orang-orang Kedah di Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, hubungan itu bertambah mesra dan tambah lagi dengan bos kementerian sendiri memberi ruang yang secukupnya untuk kita berhubung. Untuk maklumat Ahli Dewan sekalian, dalam perjumpaan itu juga, kita mengunjungi Institut Sukan Negara dan Alhamdulillah, kesempatan ini juga kita dapat melihat bagaimana hala tuju pembangunan sains, perubatan dan teknologi sukan negara dipraktikkan. Jadi, sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh YB. Menteri Belia dan Sukan ini telah menyatakan bidang sukan ini merentasi politik. Ini banyak tempat sangat. Contohnya, seperti Yang Mulia ada di Langkawi. Dia menyatakan secara jelas yang tu, politik dan sukan tidak boleh dicampuradukkan. Jadi, Alhamdulillah lah. Setakat sekarang ni, Alhamdulillah benda tu berjalan lancar.
Dalam mesyuarat YB. Menteri bersama EXCO-EXCO juga, YB. Menteri secara nyata dan jelas menyatakan bahawa kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan adalah sangat digalakkan. Malah, ini satu ‘statement’ daripada menteri dalam mesyuarat tu, “ADUN-ADUN dijemput untuk menghadiri program-program yang melibatkan kementerian dan kerajaan di bawah agensi Kementerian Belia dan Sukan sama ada di peringkat daerah dan negeri”. Ini satu pengetarafan daripada kementerian. Jadi, kita haraplah, saya harap tidak ada lagi isu selepas ni, kata menteri, “bila ada program yang melibatkan kementerian, takut nak jemput ADUN-ADUN”. Boleh hadir. Hat ni lahir dalam mesyuarat sewaktu perjumpaan dengan EXCO-EXCO. Jadi, saya haraplah pihak JBS di sini, pihak-pihak tertentu yang ada kaitan dengan pihak kementerian, tolong, ini ruang yang baik untuk kita bekerjasama dengan ADUN-ADUN di peringkat negeri. Jadi saya
haraplah, tak dak lagi selepas ni ada masalah bila masuk dalam kawasan tertentu kita tak berani nak panggil ADUN-ADUN untuk bersama dalam program bersama. Jadi, ini kata-kata putus yang saya lontarkan dalam Dewan yang mulia ini. Yang itu selesai lah, rasa habis dah kot, pasal tajuk dengan menteri ni. Noh YB. Ayer Hitam? Rasa gambaran tu cukup, elok dah. YB. Ayer Hitam pun duk tengok saya. InsyaAllah na?
YB. Ayer Hitam bangun, bagi laluan sikit.
Ada? Sila!
Dah tegur. Terima kasih Yang Berhormat Alor Mengkudu dan Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya boleh mengesahkanlah bahawa memanglah menteri yang jaga Belia dan Sukan di peringkat Persekutuan ni, dari segi ni nampaklah, dia terbuka dan menerima konsep federalisme, diamalkan dalam Kementerian Belia dan Sukan. Saya pun di peringkat Kubang Pasu bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri yang lain dijemput, tahun lepas untuk hadiri Hari Sukan Negara peringkat daerah. Kami pun pi ramai-ramai lah. Saya pun pi lah pakai dengan baju sukan apa semua kan, cuma menteri tak mai hari tu, kecewa lah sikit. Jadi saya haraplah selepas ni, perkara yang sama akan berlaku, lebarkan lagi, perluaskan lagi, bukan saja dalam bidang sukan dan belia saja, bahkan di semua aspek ataupun semua portfolio yang ada di Negeri Kedah.
Silakan YB.
Baik, terima kasih YB. Ayer Hitam. Ini satu pengakuan yang jelas lah. Jadi saya ingat habis dah, tajuk nak puji Menteri Belia ni. Jadi saya ingat nak masuk kepada perkara-perkara berbangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nak menjawab na. Yang pertamanya oleh YB. Bukit Lada berkenaan dengan kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang keperluan infra sukan di setiap daerah. Jadi, ini juga satu tuntutan rasanya. YB. Bukit Lada tadi minta mini stadium na? Mini stadium. Tapi pandai YB. Bukit Lada ni.
YB. Bukit Lada ni guru saya. Dia jek saya, nampak mesra di padang bola, rupanya lepas tu dia minta mini stadium. Ini kaedah, kaedah orang ulama' ni dia macam tu. Tapi apa pun untuk makluman YB. Bukit Lada, dalam perjumpaan dengan menteri, memang kita dah maklum tentang kedudukan Pokok Sena ni antara satu-satunya yang tak dak lagi mini stadium. Boleh kata daerah lain semua dah ada. Tambah lagi dengan padang sintetik, ada lagi dengan kompleks sukan dan Alhamdulillah, dapat ‘feedback’ yang baik (dengan izin) daripada menteri dan InsyaAllah. Saya pun dapat maklumat juga daripada pegawai daerah. Pegawai Daerah ada di sini? Tak dak na? Tanah pun dah ada dah di Pokok Sena ni. Haaa… wakil dia ada di situ, duk senyuuumm tu. InsyaAllah, lepas ni kalau diizinkan dan kalaulah kemesraan ni berlanjutan, haa… kalau berlanjutan. Kalau berlanjutan, InsyaAllah kemungkinan kita akan ada satu lagi mini stadium di Pokok Sena, InsyaAllah. InsyaAllah na?
Berkenaan dengan ADUN Derga, seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2024, sejumlah RM1.48 juta telah diperuntukkan bagi tujuan penambahbaikan naik taraf dan penyelenggaraan prasarana sukan seluruh Negeri Kedah. Sehubungan itu, apa yang dibangkit oleh YB. ADUN Derga berkenaan penyelenggaraan gelanggang futsal ini, InsyaAllah. Cuma, dia kena ikut saluran dan ikut juga…. Ada juga, tak dak di sini na? Untuk makluman semua ADUN-ADUN, kita ada bajet tapi tak banyaklah. Jadi, siapa cepat dia dapat! Berkenaan dengan penyelenggaraan dan juga perbaikan infra sukan ni, permohonan dia melalui pejabat daerah. Tuan-tuan boleh mohon di pejabat daerah ataupun PBT, kemudian permohonan akan diangkat di Bahagian Pembangunan, SUK dan InsyaAllah proses itu akan berjalan.
Yang ketiganya daripada ADUN Gurun berkenaan dengan pembangunan belia. Kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB. ADUN Jeneri telah wujudkan satu Pelan Strategi EXCO dan di bawah Jawatankuasa Belia dan Sukan menekankan empat objektif yang telah saya sebut kemarin lah. Yang pertamanya penjanaan ekonomi belia iaitu mewujudkan peluang pekerjaan berdasarkan kepada pelbagai prospek. Untuk makluman ADUN Gurun dan juga semua YB.-YB. yang ada dalam ini, dalam tempoh yang terdekat baru-baru ini kita telah mengadakan kursus untuk 30 orang peserta oleh sebuah organisasi dalam bidang keusahawanan di bawah program Usahawan Belia Sejahtera. Ini antara lain ialah bagi menambahkan ilmu ataupun pada peringkat yang belum lagi mengenali ilmu perniagaan atau penjanaan ekonomi kita telah mengadakan proses pertama, program pertama lah dan kita mengharapkan program-program seterusnya akan berlaku selepas ini.
Yang keduanya, Penyerlahan dan Pengukuhan Kepimpinan Belia, iaitu memperkasakan kepimpinan beliau di peringkat tertinggi melalui penglibatan persatuan serta agensi yang melibatkan belia. Untuk makluman YB. – YB. dan juga Ahli Dewan sekalian, YB. Tuan Speaker, dalam tempoh 2026 tahap umur belia akan turun kepada umur 30 tahun. Jadi, kita mengharapkan di peringkat Portfolio Sukan kita merancang untuk mengadakan program-program untuk melatih pimpinan-pimpinan baru sebab 30 tahun ini satu umur yang kita rasa terlalu muda untuk menjadi pemimpin. Tapi bagaimanapun, kolaborasi dengan Merbau Pulas mungkin dengan ADUN-ADUN yang lain, kita akan cuba membentuk satu pasukan kepimpinan yang baik supaya selepas ini kita tidak akan kehilangan banyaklah pemimpin-pemimpin yang berwibawa.
Yang ketiganya, membudayakan kesukarelawanan kepada generasi belia iaitu menyerlahkan potensi dan membudayakan kesukarelawanan generasi muda melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti sukarelawan di peringkat sekolah, universiti dan lain-lain. Untuk makluman YB. Gurun dan Ahli Yang Berhormat semua, kita telah membentuk Sekretariat Belia Sejahtera dan antara group yang di bawah Sekretariat Belia itu adalah antara Sukarelawan Belia Sejahtera. Ini antara yang kita nak bentuk bila berlakunya bencana-bencana atau apa-apa yang boleh kita bantu, kita harap sukarelawan ini akan muncul dan akan dapat membantu menyelesaikan beberapa perkara.
Yang keempatnya ialah Pembangunan Beliau Rabbani, memperkasa dan menerapkan nilai murni dalam kalangan NGO. Kita telah mengadakan program di Kem Belia Sejahtera di Yan dan Alhamdulillah, peringkat pertama kita hampir 70 orang belia telah kita latih dan kita masukkan dalam program itu dan InsyaAllah, kita mengharapkan ini sebagai satu permulaan untuk membina satu golongan beliau yang robbani, golongan belia yang dekat dengan agama, dekat dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala lah.
YB. Pedu bangun. YB. Pedu bangun, nak bagi laluan?
Ya, ya. Sila!
Terima kasih kepada YB. Speaker dan YB. Alor Mengkudu. Tadi YB. Alor Mengkudu sebut nilai-nilai murni. Nilai murni ini makna nak ke duk merapat lah. Adakah YB. Alor Mengkudu rasa nak mula balik sukan-sukan tradisional? Sukan-sukan tradisional ini dia nampak macam ukhwah itu lebih rapat, macam main gasing. Main apa YB. Kuala Ketil? Main tarik upih, kaki buluh, kaki tempurung, macam-macam kaki lah, caplung apa semua ada. Jadi, apakah perancangan YB. Alor Mengkudu untuk tarik semula? Ni duk main wau saja, mai musim panas boleh main, musim lain tak boleh main dah. Tapi benda-benda ni boleh main setiap sepanjang tahun. Minta pandangan daripada YB. Alor Mengkudu.
Silakan!
Terima kasih YB. Pedu. Untuk makluman semua, di peringkat Portfolio Belia Sukan ni kita banyak menumpukan kepada sukan-sukan berimpak tinggi. Jadi, saya ingat sukan-sukan yang berbentuk lebih kepada warisan ni dia ada kaitan dengan pelancongan. Jadi, yang tu nanti kita sama-sama bincang dan InsyaAllah, ‘trend’ semasa ni nampak sukan-sukan begitu mula diangkat semula dan InsyaAllah di peringkat negeri kita tak ada masalah dan kita cubalah kalau kata ADUN-ADUN berhajat dengan program-program sukan ni kita akan hadir dan kemungkinan adalah sedikit peruntukan yang boleh kita salurkan untuk mengangkat semua sukan-sukan yang macam ini. Terima kasih.
Panjang lagi YB.? Panjang lagi tak?
Sikit lagi! Sikit lagi!
Haaa….. Silakan!
Berkenaan dengan skim-skim latihan yang telah dibangkitkan oleh ADUN Gurun, kerajaan negeri melalui Perbandanan Kemajuan Negeri Kedah dan Syarikat Kumpulan akan menaja golongan belia dalam satu skim latihan yang dinamakan Skill Sejahtera di bawah program latihan kemahiran teknikal dan persijilan profesional. Yang keduanya program Skill Sejahtera ni akan dikendalikan oleh Kulim Advance Teknologi Sdn. Bhd. Jadi tu antara program, matlamatnya ialah melatih golongan belia yang tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran kemudian menampung keperluan tenaga kerja, meningkatkan taraf hidup dan sebagainya. Ini antara kaedah-kaedah yang kita jalankan di peringkat kerajaan negeri iaitu PKNK lah melalui program-program macam ni. Selain itu, kerjasama negeri dengan JBS (Jabatan Belia dan Sukan) iaitu menganjurkan program latihan kemahiran untuk golongan belia di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah terdapat dua institusi latihan kemahiran iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Jitra dan Institusi Kemahiran Belia Naka. Ini antara dua tempat yang menjadi penganjur kepada program-program jangka panjang lah. Saya ingat saya tak perlu ulas yang tu lah.
Manakala bagi program latihan jangka pendek, ILKBS menganjurkan program ‘skill for life’ yang menawarkan program latihan kemahiran pelbagai bidang kepada belia yang dimaklumkan tadilah dan juga program ‘boot camp’, merupakan program jangka pendek menawarkan peluang pekerjaan. Program ini dibangunkan secara kerjasama dengan majikan utama di kalangan industri yang memerlukan tenaga kerja bagi satu bidang kemahiran yang telah dikenal pasti. Pembangunan ekonomi belia dibangkitkan juga. Saya ingat yang ini kursus-kursus serta skim pinjaman mikro belia ini saya ingat ada kaitan dengan pelancongan sepatutnya. InsyaAllah YB. Kubang Rotan akan jawab kot yang tu, InsyaAllah.
Yang lainnya untuk masa yang datang kita ada “The Greater Kedah” dalam usaha membentuk golongan belia Negeri Kedah ke arah belia yang mempunyai wawasan pada masa akan datang. JBS dan kerajaan negeri telah merangka beberapa program yang melibatkan pembangunan belia di seluruh Negeri Kedah sehingga ke peringkat akar umbi. Untuk makluman, terdapat 679 persatuan belia di seluruh Negeri Kedah yang merangkumi 12 daerah yang turut melibatkan belia-belia di peringkat mukim serta jumlah belia di Negeri Kedah ialah 94,900 orang yang melibatkan semua NGO-NGO belia dan juga yang berada di semua daerah lah di peringkat mukim. Persatuan belia NGO juga membantu golongan belia untuk menjalankan aktiviti berfaedah di sekitar komuniti masing-masing. Antara program yang dilaksanakan oleh JBS adalah seperti Anugerah Perdana Belia Negara, Sukarelawan Anak Malaysia, Majlis Perlindungan Belia Negara,
Intervensi Sosial Inisiatif Belia Sejahtera Kem Anak Muda dan juga program-program tadarus dan khatam Al-Quran lah. Ini di peringkat JBS. Di peringkat kerajaan negeri, di bawah Jawatankuasa Belia dan Sukarelawan juga telah melaksanakan program Kem Belia Sejahtera seperti yang saya maklumkan tadi ini.
Di samping itu juga untuk makluman YB. Gurun, kita juga telah membentuk Sekretariat Belia Sejahtera dan InsyaAllah sekretariat ini akan menjadi satu tulang belakang di bawah Portfolio Sukan dan menjadi penggerak kepada belia-belia di Negeri Kedah lah di samping bekerjasama dengan Majlis Belia Malaysia dan juga NGO-NGO yang lainlah. Itu selesai tentang soalan daripada YB. Gurun.
Sikitlah saya nak jawab berkenaan dengan YB. Bakar Arang. Ada tak? Tak dak? Isu KDA FC. Saya ingat jawab berulang kali dah. Lari dah, tak dak dah? Tapi tak palah, saya jawablah sikit. Untuk makluman YB. Bakar Arang dan juga sahabat-sahabat di sana lah, isu KDA FC ini seperti yang telah dimaklumkan bahawa isu yang telah lama dimainkan dan ia lah, bukan soal isu bila dibangkitkan yang terkini ini seolah ada yang ‘player’ yang hantar makanan, pergi buat kerja macam-macam. Sebenarnya itu antara masalah-masalah yang agak terlalu minima lah berbanding dengan masalah rakyat yang lain yang tak dapat beras pun banyak lagi ni. Ini antara peratus yang terlalu kecil. Walau bagaimanapun, kita sebagai pernah memimpin di situ, orang kata agak teruja juga untuk membantu tapi seperti yang kita dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ruang lingkup untuk kita membantu itu adalah terlalu ada kekangan di situ. Seperti yang telah termaklum lah bila kita cuba di peringkat KFA. KFA ini sebahagian daripada persatuan di bawah kerajaan negeri, di antara persatuan itu lah, Yang itu pun apabila ada penglibatan SPRM menyebabkan kita terpaksa, walaupun dalam bentuk tuduhan yang melampau. Saya dah maklum di peringkat Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri maklum tentang keadaan yang berlaku di Kedah.
Walau bagaimanapun, berbalik kepada isu KDA FC ini, saya yakin untuk makluman kita didengarkan dengan isu-isu yang terlalu sensitif tapi untuk makluman, pasukan sedang bergerak. YB. Gurun, untuk makluman kemarin pasukan KDA FC dah mula berlatih dan kita mendoakanlah, InsyaAllah isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang terdekat dan InsyaAllah kita mengharapkan. Saya tau, bila isu bola sepak ini melibatkan semua, jadi saya bertambah-tambah lagi lah, YB. Gurun lagi-lagi. Dulu kita di situ, tapi hari ini bidang kuasa kita berbeza. Jadi apa pun, kita mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan saya juga menawarlah kalau mana-mana yang rasa ada hati untuk melihat Kedah ini bangun semula, sedia untuk membantu pasukan KDA FC lah. Saya ingat itu jawapan saya secara ringkas.
Satu minit lagi YB., boleh ‘landing’.
Ok, baik. Yang lain itu saya ingat tak ada isu lain lah saya rasa. Ada lagi siapa yang perlu saya jawab? Saya ingat tak dak apa dah kot no? Kalau tak dak apa, saya bagi pihak kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dalam pembangunan belia dan sukan. Pelbagai rangka strategi dan kaedah akan dan telah dilaksanakan bagi menangani masalah dan merealisasikan langkah yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Jalinan kerjasama yang baik di semua jabatan dan institusi terlibat seperti JBS, MSN dan juga pihak-pihak yang tertentu serta komuniti amat diharapkan untuk memakmurkan Negeri Kedah.
Bunga raya dipetik sunti, Kelompok 5 merah berseri, Rakyat Kedah bersatu hati. Teguh bersama membina negeri.
Dengan ini, patik menyokong dan menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Wallahu’alam, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Seterusnya silakan YB. Kubang rotan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassalatu wassala muala asyrafil anbiya iwal musallin wa’ala ahlihi wasahbihi ajma'in. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, Penasihat Undang-Undang dan ketua-ketua jabatan serta hadirin yang saya kasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita zahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk bersama-sama hadir ke Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 ini sebagaimana yang telah dijadualkan. Pada kesempatan ini, saya ingin merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang dalam titah ucapan baginda sempena Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-15 yang mahukan sektor pelancongan dikembangkan dengan potensi sumber dan aset pelancongan di negeri ini dimanfaatkan sepenuhnya. Patik menjunjung tinggi titah Tuanku itu dan demikian juga lah dengan titah Tuanku supaya permata pelancongan Kedah iaitu Pulau Langkawi terus diperkasa dengan memastikan konsep pembangunannya mengekalkan keindahan dan persekitaran alam agar keindahan semula jadinya kekal terjaga. Dengan segala yang termampu, pihak patik akan berusaha memastikan pelancongan di Tanah Besar Kedah turut diberi perhatian sebagaimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bersama komitmen, sokongan dan kerjasama kerajaan negeri di bawah teraju Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar serta jabatan dan agensi-agensi kerajaan serta rakyat Kedah keseluruhannya. Patik beriltizam untuk meletakkan Kedah pada satu aras baru dalam industri pelancongan negara dan pada masa yang sama memastikan Tahun Melawat Kedah 2025 akan beroleh kejayaan dan kegemilangan. Sesungguhnya, hasrat dan perkenan Tuanku akan kekal menjadi pengganda dorongan dan semangat patik dan sahabat-sahabat yang terlibat dengan sektor pelancongan di Kedah Darul Aman yang kita cintai ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum meneruskan penggulungan, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan semalam dan hari ini khususnya mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio-portfolio yang telah diamanahkan kepada saya. Semoga jawapan yang telah saya berikan pada sesi semalam dan yang akan saya berikan dalam penggulungan ini menepati kehendak soalan dan merungkai perkara-perkara yang menjadi asbab soalan-soalan itu diajukan. Sesungguhnya apa juga soalan, pandangan, saranan dan buah fikiran amatlah pihak saya alu-alukan kerana semua itu adalah titik mula kepada semangat bekerja secara berpasukan. Berpeganglah kita kepada pesan orang tua-tua, “kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar”. Pesan yang menjadi cerminan tentang betapa kita ini saling perlu memerlukan. Rakyat Kedah sesungguhnya beruntung kerana diwakili oleh wakil-wakil rakyat yang berbahas dengan penuh susila sehingga Dewan ini menjadi medan perbincangan yang menyejukkan mata sesiapa sahaja. Perbezaan fahaman politik tidak menjadikan kita seperti “pasir kering yang sukar dikepal”. Kita kekal bersatu hati dalam usaha memakmurkan Kedah untuk faedah negeri dan rakyatnya.
Dalam hal ini, saya tertarik dengan YB. Sidam yang walaupun berada di posisi ketua pembangkang di Dewan ini, namun sentiasa berhemah dalam memberikan pandangannya. Terima kasih YB. kerana pandangan-pandangan yang bernas dan izinkan saya untuk memberikan ‘respond’ kepada pandangan-pandangan tersebut. Ada empat perkara yang telah dibangkitkan oleh YB. Sidam. Pertama, mengenai destinasi pelancongan di Thailand yang mempunyai lebih daya penarik sehingga menyebabkan kebanjiran pelancong negara ini ke sana dan bagaimana untuk menarik pelancong-pelancong ke Thailand itu singgah di Kedah sebelum meneruskan perjalanan mereka ke negara jiran tersebut. Yang kedua, Kedah perlu memajukan lagi kawasan-kawasan pelancongan sedia ada di negeri ini di samping mempergiatkan usaha-usaha promosi dan yang ketiga, Kedah mempunyai banyak pulau-pulau yang menarik tetapi tidak dibangunkan atau dimanfaatkan sepenuhnya bagi dijadikan tarikan pelancong. Yang terakhir yang keempat, keperluan memberikan kursus dan latihan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan.
Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Thailand mempunyai banyak destinasi dan produk pelancongan yang kuat daya penariknya bukannya mitos, bukannya hikayat dan bukan juga dongeng ciptaan, ia fakta dan ia bukan fakta baharu. Sejak saya masih budak-budak lagi saya selalu dengar orang kita pi ke Siam (dengan izin), yang perempuan pi beli toto, bukan toto tu (merujuk kepada nombor ramalan), beli toto hampaq tu, beli mangkuk tingkat, beli buah limau dan sebagainya tetapi yang lelaki saya tak tau pi beli apa, pi buat apa. Daya penarik Thailand itu sebenarnya sentiasa ada dan yang mengukuhkan lagi daya penarik itu sebenarnya adalah persepsi kita. Kita telah terasuh untuk percaya bahawa mereka lebih hebat daripada kita. Budak-budak yang diasuh supaya takut hantu lazimnya akan kekal takutkan hantu sehinggalah ke usia tuanya. Memang benar jumlah pelancong kita ke Thailand lebih tinggi berbanding kemasukan pelancong Thailand ke negara ini, tetapi di sebalik itu dalam senyap Malaysia sebenarnya telah pun mengalahkan Thailand, YB. Sidam dari segi kehadiran pelancong pada tahun 2023.
Laporan oleh VN Express International yang berpengkalan di Vietnam pada 27 Februari 2024 menunjukkan Malaysia sebagai “the most visited country in South East Asia throughout 2023” dengan kehadiran hampir 29 juta pelancong. Thailand berada di tempat kedua dengan 28 juta, diikuti Singapura 13.6 juta, diikuti oleh Vietnam 12.6 juta dan manakala Indonesia 11.7 juta. Adalah perkara biasa juga warga sesebuah negara itu tertarik untuk melancong ke negara orang apabila berkemampuan. Thailand sendiri berdepan dengan masalah pasang surut pelancongan domestik. The Nation, sebuah akhbar terkemuka Thailand semalam 5 Mac, ngam-ngam dia keluar semalam, menyiarkan berita yang antara lain menyebut hasil kajian menunjukkan 5 destinasi pilihan
rakyat Thailand bagi tujuan melancong tahun ini iaitu Jepun, Korea Selatan, Tanah Besar China Australia dan Singapura. Walaupun Malaysia tidak ada dalam senarai, tetapi kita yakin MOTAC tidak akan berdiam diri dan akan berusaha. Malaysia juga akan berada dalam senarai itu suatu hari nanti.
Bagi kita di Kedah ini cabarannya sebagaimana kata YB. Sidam adalah bagaimana hendak menarik pelancong-pelancong tempatan yang menghala ke Thailand itu singgah di Kedah dan pelancong-pelancong luar yang berada di Thailand terdorong untuk meneruskan perjalanan mereka ke negeri kita. Pihak saya dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), MOTAC dan agensi-agensinya serta semua pemegang taruh lain sentiasa berusaha ke arah itu. Beberapa langkah promosi yang agresif sedang dirancang, pakej-pakej menarik dengan kerjasama pemain industri sedang disusun, ‘event-event’ (dengan izin) berimpak tinggi sedang diatur, manakala produk-produk sedia ada akan terus digilap dan produk-produk baharu akan diangkat serta dimajukan. Banyak lagi ruang yang boleh kita isi, misalnya dengan mengenengahkan budaya masyarakat Siam di Kedah sebagai satu elemen penarik terutamanya kepada sahabat-sahabat kita dari Thailand. Demikian juga dengan usaha memberi nilai tambah kepada produk-produk sedia tersohur seperti Jerai Geopark, Sungai Merbok River Cruise, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan sebagainya selain hasrat untuk menaikkan imej Gunung Keriang yang berada di Daerah Kota Star ini. Semua ini pada hemat saya menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sidam mengenai usaha memajukan kawasan pelancongan sedia ada dan mempergiatkan usaha promosi.
Yang Berhormat Speaker, memang benar Kedah memiliki banyak pulau yang boleh diangkat sebagai produk pelancongan. Malah, selain daripada Pulau Langkawi ada empat pulau-pulau di Kedah telah pun disenaraikan sebagai Pulau Taman Laut iaitu Pulau Payar, Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Dalam pada itu, usaha juga sedang dibuat secara berterusan untuk mengangkat pulau yang berpotensi seperti Pulau Songsong agar dibangunkan lagi dengan kaedah-kaedah yang tidak merosakkan ekosistemnya dan pelaksanaan juga harus dilakukan secara mampan agar menjadi tarikan utama di kalangan para pencinta alam semula jadi.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pembangunan pulau secara umumnya tidak boleh dilakukan sembarangan. Ada yang boleh, ada yang tidak boleh, ada terma peraturannya yang telah ditetapkan terutamanya oleh Pelan Malaysia. Setiap pulau harus ditangani dengan garis panduan sedia ada. Sifatnya harus ditentukan sama ada ia pulau perdagangan seperti Pulau Langkawi atau pulau peranginan seperti Pulau Pangkor dan Pulau Tioman atau pulau taman-taman laut atau pulau yang dilindungi.
Selain mengenal pasti statusnya, pembangunan pulau juga memerlukan kehadiran mendalam mencakup pelbagai aspek terutama kesannya terhadap komuniti marin selain kajian terhadap persepsi komuniti tempatan.
Mengenai kursus-kursus dan latihan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan sebagaimana YB. Sadam sarankan, saya berkongsi pandangan yang sama. Saya percaya, sehebat mana pun produk yang ditawarkan, pada penghujungnya yang akan dinilai adalah perkhidmatan yang disediakan. Atas sebab itu, usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan akan terus dibuat melalui pelbagai kaedah sama ada dalam bentuk kursus, latihan, mahupun hadiah penghargaan kepada yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan jawapan ini saya rasa terpakai kepada saranan YB. Ayer Hangat, menyeru agen-agen pelancongan dan perkhidmatan e-hailing memberikan khidmat terbaik kepada pengguna.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sahabat kita YB. Bayu meminta kerajaan negeri memberikan perhatian kepada ekopelancongan Baling dengan mengenengahkan lebih banyak produk-produk baru. Saya sangat bersetuju kerana sesiapa juga yang mengenali Baling akan mengakui bahawa daerah itu kaya dengan produk-produk pelancongan yang menanti untuk digilap. Saya berada di Baling ketika diberi kesempatan merasmikan “Baling Bercahaya” pada Januari lepas dan saya dapat melihat sendiri bagaimana kebanjiran manusia pada malam itu. Tahniah saya ucapkan kepada Majlis Daerah Baling atas kejayaan penganjuran “Baling Bercahaya” pada hari tersebut. Ia satu gambaran yang sangat jelas bahawa Baling mempunyai potensi luar biasa untuk berdiri sebagai daerah pelancongan yang disegani pada masa hadapan. InsyaAllah, dengan segala yang termampu portfolio saya akan berusaha membantu merancang, menyokong dan melaksanakan apa sahaja yang baik untuk sektor pelancongan di Baling.
Mengenai langkah menaik taraf gua yang ditinggalkan oleh Komunis dan hal ini pernah bangkitkan oleh Yang Berhormat Bayu sebelum ini dan menjadikannya tarikan baharu pelancongan. Apa yang saya boleh katakan adalah bahawa membawa perkara ini untuk dibincangkan secara lebih khusus dengan pelbagai pihak lain terutamanya Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar kerana selain nilai sejarah dan tarikan pelancongannya, gua itu juga pada pandangan saya mempunyai hubung kait dengan banyak perkara yang melibatkan banyak pihak.
Mengenai permintaan YB. Bukit Lada berhubung Pelancongan Islam di Gunung Jerai, InsyaAllah perkara itu akan diberi perhatian dan langkah-langkah perlu akan diambil. Pembangunan Taman Tema Air yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kota Siputeh memang menarik untuk diperbincangkan. Bagaimanapun, dalam hal seperti ini saya
berpandangan insentif harus diambil oleh pihak swasta atau sekurang-kurangnya melalui kerjasama dengan pihak swasta kerana pembinaannya melibatkan kos yang besar. Mudah-mudahan dengan kemasukan lebih ramai pelancong mulai tahun ini dan seterusnya serta selepas Tahun Melawat Kedah 2025 nanti kita mampu membangunkan banyak produk-produk pelancongan kontemporari seperti Taman Tema Air yang YB. Kota Siputeh maksudkan. Doakan semoga suatu hari Kedah mempunyai Taman Robotik, Taman AI (Artificial Intelligence) di samping Taman Rohani dan seumpamanya.
Yang Berhormat Speaker dan sidang yang saya muliakan, mengenai pelantikan ‘marketing agent’ yang disarankan oleh YB. Ayer Hangat, suka saya jelaskan pihak kerajaan negeri sememangnya memberi pertimbangan kepada langkah ‘outsource’ (dengan izin) perkhidmatan-perkhidmatan perlu yang dilihat boleh membantu menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025. Walau bagaimanapun, kita juga berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam keadaan di mana, “yang di kejar tak dapat, yang dikendong kekeciciran”, “memancing belut, yang dapatnya ular”. Sebab itu kita lebih menggalakkan kerjasama antara kerajaan negeri di satu pihak dan pemain industri di pihak lain supaya matlamat untuk memperoleh situasi “menang-menang” itu lebih mudah dicapai.
Mengenai 5G, saya meletakkan harapan yang sama dengan YB. Bukit Pinang yang berharap 5G dapat beroperasi sepenuhnya di Kedah bersempena Tahun Melawat Kedah 2025 nanti. Dan saya percaya, YB. Sungai Limau sahabat saya selaku EXCO Komunikasi akan melakukan segala yang terdaya bagi memastikan hasrat saya dan hasrat YB. Bukit Pinang akan tertunai. Kita mahu pelancong yang datang ke Kedah, balik dengan kenangan manis kerana Kedah mempunyai jaringan 5G yang luar biasa, belum tekan lagi dah sambung. Macam mana nak buat lagu tu? YB. Sungai Limau kenalah buat kira dengan Persekutuan, sebab tajuk pada hari ini adalah tajuk Persekutuan.
Sahabat-sahabat Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, saya tidak mempunyai statistik mengenai jumlah tanah terbiar di Kedah termasuk tanah-tanah milik kerajaan negeri tetapi saya percaya jumlahnya besar. Sebab itu saranan YB. Kuah supaya tanah-tanah terbiar ini dibangunkan khusus untuk dijadikan produk pelancongan agro merupakan perkara yang menarik perhatian saya. InsyaAllah, saya akan mencari ruang untuk melihat bagaimana pihak saya boleh memainkan peranan, mungkin dengan kerjasama jabatan dan agensi yang berkaitan serta nasihat dan pandangan daripada Yang Berhormat Exco Pertanian.
Berhubung keperluan menaik taraf Jeti Kuah dan Jeti Kuala Kedah yang dibangkitkan oleh YB. Kuah, saya difahamkan bahawa pada tahun lepas LADA telah menerima peruntukan sebanyak RM15 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf kemudahan Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba di mana saya percaya langkah ke arah itu sedang dan akan diambil. Sementara itu, Projek Menaik Taraf Terminal Jeti Kuala Kedah pula, jika menurut kenyataan Menteri Pengangkutan, YB. Anthony Loke pada 30 Mei 2023 dijangka siap terpenuhnya pada tahun 2026. Projek-projek ini merupakan projek Kerajaan Persekutuan dan di pihak negeri, apa yang kita harapkan adalah agar ia berjalan lancar sepertimana yang dijadualkan.
Terima kasih YB. Tokai atas perhatian yang cukup serius terhadap Gunung Jerai yang juga merupakan salah satu produk yang sejak lama menjadi ikon Negeri Kedah. Saranan supaya kita membina kerjasama dengan para pemandu pelancong dan menawarkan pekej-pekej menarik seperti ‘honeymoon holiday’ (dengan izin) bukan sahaja layak dipertimbangkan, malah layak diluruskan sekarang juga. Terima kasih YB. lagi sekali. Berhubung dengan soal makanan dan minuman itu, di bahagian bawah Gunung Jerai boleh dikatakan macam-macam ada, cuma bila naik ke atas itu kita tukarlah ‘mood’ sikit, (dengan izin) nak bagi rasa aura Gunung Jerai. Baju tebal, harga pun kena tebal lah sikit... Maaf YB. ya, bergurau sahaja. Tapi di kafe itu ada kotew, mi udang dan sebagainya. Apa pun, pihak PKNK Hotel sekarang ini dalam perancangan untuk membuka kiosk produk-produk yang sinonim dengan Yan seperti nira ayaq nyok, madu kelulut, mi lidi dan beberapa lagi. Begitu juga dengan kiosk produk kraft seperti tongkolok, keychain, kemeja-T bermotifkan Gunung Jerai, semuanya InsyaAllah akan dibuka di Gunung Jerai. Malah turut disediakan nanti kiosk menjual produk makanan segera Hezra Food seperti laksa segera.
Untuk makluman kita bersama juga, hotel di puncak Gunung Jerai itu terletak di tanah milik PKNK. Jadi, PKNK yang berperanan merancang dan mengatur aktiviti di atas sana. Bagaimanapun, PKNK telah memulakan perbincangan awal dengan pejabat Daerah Yan dan Majlis Daerah Yan bagi mencari dan menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi meningkatkan lagi nilai Gunung Jerai sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Kedah. Pihak saya mengambil perhatian terhadap pandangan YB. Bakar Arang mengenai kurangnya promosi Tahun Melawat Kedah 2025 dan promosi produk-produk sedia ada di Kedah ini. Dalam jawapan kepada YB. Sidam tadi saya ada menyatakan bahawa usaha-usaha sedang dibuat untuk mengadakan gerak kerja promosi yang agresif. Kepada YB. Bakar Arang sendiri, dalam jawapan semalam saya menyatakan pengenalan logo, moto dan promosi Tahun Melawat Kedah akan dilakukan pada bulan Jun nanti. Kenapa bulan Jun? YB. Bakar Arang menyifatkannya sebagai agak terlambat kerana cuti penggal pertama persekolahan bermula pada 27 Mei hingga 4 Jun.
YB. Pedu bangun. Bagi laluan tak?
Boleh YB. Kubang Rotan? Dok tengok laju macam BMW, dia kena ‘break’ sikit. Terima kasih kepada YB. Speaker dan YB. Kubang Rotan. Tadi YB. Kubang Rotan tadi dok melancong tadi dok nampak Gunung Jerai, Langkawi, dok pusing hat tu saja. Jadi, 2025 ni orang dok mai sampai tang ni saja, sampai Alor Setar. Apakah perancangan YB. Kubang Rotan untuk…. bukan setakat Pedu, seluruh Negeri Kedah ni sebab bila kita ke luar negara dia ada pemandu pelacong, diwajibkan ke tempat ni, tempat ni, tempat ni. Tapi di Kedah ni, ada tak benda tu? Setakat dia mai, setakat dia tau, Gunung Keriang, Gunung Jerai, lepas tu mai Aloq Setar, balik. Jadi tempat-tempat lain kita tak mewajibkan, maknanya produk kita tu tak boleh melebarluaskan. Jadi, apa cadangan YB. Kubang Rotan?
Silakan YB. Kubang Rotan.
Terima kasih YB. Pedu. Ada 4 minit lagi YB. Speaker.
Ya, ya. Jawab dan gulung sekali!
Allah, banyak lagi ni! Untuk menjawab daripada YB. Pedu, saya sentuh sikit YB. Pedu, kita telah bersama pusing ke Pedu. Macam-macam yang kita rancang. Berbalik kepada pemandu-pemandu pelancong tadi tu, sepertimana yang saya nyatakan tadi, InsyaAllah kita akan anjurkan kursus-kursus kepada pemandu pelancong dan InsyaAllah akan sampai ke kawasan Pedu. Jangan bimbang benda tu, kita bukan saja fikir Langkawi dan Alor Setar tetapi seluruh Negeri Kedah ini, InsyaAllah.
Sebenarnya YB. Bakar Arang, yang kita nak ‘promote’ ni Tahun Melawat Kedah 2025. Jadi, kita sebenarnya masih ada masa, lagi pun cuti penggal pertama hanya seminggu, tak sempat nak berjalan pun. Pihak saya berpandangan lebih baik kita perkemaskan persiapan sebelum membuat hebahan. Apabila promosi itu bermula, ia akan berterusan untuk memastikan bahangnya kekal terasa. Kita tak mau jual “cucoq kodok sejuk”. Sebab itu kita tidak mahu promosi awal-awal, kita nak jual benda yang panas, benda yang menyelerakan. Sekarang ini pun sebenarnya promosi itu sedang berjalan tetapi dengan skala yang sederhana. Kita masih dalam fasa ‘to create revenues’ (dengan izin) di kalangan khalayak. Kita sekadar mahu memberitahu bahawa pada tahun 2025 nanti kita akan berlangsung Tahun Melawat Kedah. Bagaimana rupanya? Tunggu hebahan selanjutnya. InsyaAllah, sampai masanya nanti kita akan gegarkan dunia nyata dan dunia maya dengan Kempen Tahun Melawat Kedah 2025.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, secara bersama kita sesungguhnya sedang mendokong satu misi besar iaitu untuk membina “The Greater Kedah” sebagaimana yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dengan statusnya sebagai penyumbang kedua terbesar kepada KDNK Kedah, sektor perlancongan merupakan antara katalis utama bagi mencapai cita-cita itu. Sehubungan itu, sebagai EXCO yang diamanahkan menerajui Portfolio Pelancongan beserta Kebudayaan dan Keusahawanan, saya mengikrarkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan industri pelancongan di Kedah bukan sahaja berdaya saing tetapi juga berkembang maju pada waktu-waktu yang mendatang.
Penggulungan ini tentunya menjadi kurang adil jika saya tidak menyentuh serba sedikit mengenai Portfolio Kebudayaan dan Keusahawanan. Kedua-dua bidang itu pula saya langsung mempunyai hubungan yang kuat dengan sektor pelancongan. Hubungan yang mewujudkan keadaan saling bertaut antara ketiga-tiganya. Kepada Dewan yang mulia ini, ingin saya maklumkan bahawa pihak saya menjalinkan kerjasama yang berterusan dengan para penggerak dan penggiat seni budaya bagi memastikan matlamat untuk memulihara, menjaga, mengekalkan bentuk dan amalan budaya dan kesenian tradisional serta manifestasi tingkatkan Kedah dapat dicapai. Langkah-langkah juga diambil bagi menggalak pembangunan industri kebudayaan seperti pementasan, persembahan, pameran serta acara-acara kebudayaan yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai agama dan adat resam kita. Alhamdulillah, kita mendapat kerjasama yang amat baik daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan para penggiat seni budaya serta pencinta warisan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 5 Disember tahun lepas Teater Tradisional Mek Mulung yang merupakan Warisan Kedah Tua telah berjaya disenaraikan di bawah ‘List of Integrable Cultural Heritage In Need of Urgent Safeguard UNESCO’. Dengan pengiktirafan itu, Mek Mulung kini menyertai enam lagi warisan kebudayaan tidak ketara negara ini yang telah mendapat pengiktirafan tersebut. Pada bulan November tahun lepas, telah berlangsung pelestarian Teater Tradisional GK Negeri Kedah yang bertujuan melestarikan perpaduan dengan penghayatan serta kefahaman masyarakat pelbagai kaum terhadap khazanah warisan. Dan dalam konteks ini, kita memilih GK yang merupakan warisan kesenian Negeri Kedah. Di muzium negeri sekarang ini terdapat Galeri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang merupakan salah satu insentif bagi mendekatkan lagi anak-anak Kedah dengan warisan budayanya. Pihak saya juga berhasrat akan menjadikan persembahan seni mempertahankan diri masyarakat berbilang kaum di negeri ini sebagai persembahan rutin, mungkin setiap bulan, InsyaAllah. InsyaAllah banyak lagi yang akan kerajaan negeri lakukan pada tahun ini dan pada masa-masa akan datang.
Bagi sektor keusahawanan pula, usaha membangunkan dan membina ekosistem keusahawanan dan berdaya maju sentiasa digerakkan terutama oleh Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK). Kerajaan negeri juga telah dan akan terus mengambil insentif bagi mengenengahkan produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar dengan mengadakan Jelajah Keusahawanan dan Perlancongan ke daerah-daerah di seluruh negeri. Jelajah ini membuka peluang dan ruang kepada usahawan setempat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada orang ramai yang hadir. Ia juga membawa agensi dan jabatan-jabatan keusahawanan yang terdapat di Negeri Kedah. Ini juga memberi peluang kepada usahawan setempat untuk mendapatkan input dan maklumat berkenaan bantuan, geran, mahupun kursus yang dianjurkan oleh agensi dan jabatan yang terlibat.
Dua minit lagi YB.!
Pada masa yang sama kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan dan dalam keadaan perlu turut terlibat sama dalam program-program yang melibatkan para usahawan seperti pameran, festival, karnival dan sebagainya. Contoh terdekat adalah pengajuran Karnival Usahawan Kedah 2023 pada Disember lalu yang melibatkan lebih daripada 70 usahawan dengan kehadiran lebih daripada 60,000 pengunjung. Beberapa siri karnival yang lebih
besar juga kini sedang dalam perancangan dan InsyaAllah akan diadakan di setiap daerah di Kedah ini bagi memastikan agihan keknya dinikmati sama rata. Usaha juga dibuat untuk memberikan pendedahan kepada usahawan-usahawan negeri ini ke peringkat antarabangsa misalnya dengan mendokong penyertaan mereka dalam Halal Ekspo Indonesia 2023 pada Oktober tahun lepas dan baru-baru ini pada 18 Februari 2024 saya menyempurnakan majlis perlepasan 12 usahawan Kedah yang berangkat ke Istanbul, Turkiye bagi meneroka pasaran di negara itu dan di Eropah.
Kesimpulannya YB. Tuan Speaker dan Dewan yang mulia ini, apa sahaja yang baik untuk Kedah akan kita gerakkan dengan sehabis daya kerana memakmurkan rakyat negeri ini adalah amanah yang wajib kita laksanakan tanpa kompromi. Dalam proses itu, pihak saya amat mengharapkan sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat semua di Dewan ini terus memberikan saranan dan pandangan tanpa ragu dan tanpa silu kerana apa juga misi yang ditetapkan, seindah mana pun ia di lakar, setinggi mana ia diletak, mustahil ia dapat dicapai jika kita terkapai-kapai sendirian. Pada kesempatan ini, izinkan saya menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada semua jabatan, agensi, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan tidak terkecuali rakan-rakan media yang sentiasa memberikan kerjasama erat kepada pihak saya di Portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan.
Akhir sekali, patik dengan ini menyokong dan menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Tuanku Sultan Kedah. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. ‘Sharp time’. Kemaih YB. Kubang Rotan. Seterusnya, YB. Suka Menanti.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sesak nafas dengar sahabat saya laju macam keretapi laju. Takdan nak tarik nyawa.
YB. Suka Menanti, sampai 4.30 saja na?
YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan Ahli-ahli Dewan Udangan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, barisan pengamal media cetak dan media elektronik, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman di atas Titah Ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Udangan Rakyat Kedah pada 4 Mac 2024 yang lalu. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah agar dapat bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan. Sesungguhnya patik akan menjalankan usaha-usaha sebaik mungkin untuk mencapai hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam bidang ataupun sektor pertanian.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pertamanya saya ingin mengajak semua yang berada dalam Dewan ini untuk kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya kita dapat berkumpul sekali lagi di dalam Dewan yang mulia ini untuk membawa amanah dan tanggungjawab dari rakyat Negeri Kedah kepada kita semua. Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan taniah dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berjaya berucap dan berbahas dengan penuh tertib dan penuh keharmonian. Tahiah kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan izin saya mulakan penggulungan dengan serangkap pantun.
Bagaimana nak tanam selasih, Tanamlah mari di rumpun keladi, Bagaimana hati nak kasih, Kasih bercampur denganlah budi.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sektor pertanian terutamanya pengeluaran beras adalah sektor ‘lifeline’ (dengan izin) yang menjadi nyawa dan asas keselamatan atau ‘security’ makanan negara. Suatu kata tegas yang membawa maksud mendalam dan perlu digarap serta difahami dengan baik oleh semua pihak tanpa sempadan. Subsektor padi dan beras adalah merupakan ‘self responsibility’ (dengan izin) di antara Negeri dan Persekutuan. Peranan kebersamaan atau sinergi pihak swasta juga adalah sangat perlu bagi memastikan isu berkaitan keselamatan atau ‘security’ makanan terutamanya beras adalah di tahap meyakinkan dalam berdepani liku-liku hidup. Pihak kerajaan negeri telah melancarkan Pelan Strategik Portfolio Pertanian dan Perladangan yang menjadi titik revolusi kepada sektor pertanian Negeri Kedah. Hasrat Kerajaan Persekutuan dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0, Dasar ‘Security’ Makanan Negara dan Dasar Agrikomoditi Negara digarap baik di dalam perancangan strategik Negeri Kedah. Kebergantungan kepada sumber makanan import perlu diminimakan dan pasaran tempatan perlu distabilkan.
Sepertimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuan Tuan Sultan Kedah bahawa tanpa memperluaskan kawasan Jelapang Padi sedia ada, kerajaan negeri perlu memikirkan langkah wajar untuk meningkatkan produktiviti padi di negeri ini. Dengan itu, ingin saya mengemukakan beberapa contoh projek di bawah MADA seumpamanya projek peranaman padi 5 kali 2 tahun. Projek rintis ini telah dilaksanakan pada tahun 2023 di kawasan sawah seluas 169.2 hektar yang melibatkan seramai 111 orang pesawah. Lokasi yang terlibat adalah Kampung Titi Gajah A, Titi Baru, Pantai Jamai dan Plot B yang terletak di Wilayah 3, MADA Pendang. Direkodkan bahawa purata hasil tuaian projek ini bagi musim tambahan tersebut adalah pada 4.39 tan per hektar. Pencapaian musim tambahan ini telah meningkat sebanyak 5.48% berbanding purata hasil dua musim sebelumnya hanya pada kadar 4.15 tan per hektar sahaja.
Projek SMART SBB bersama Syarikat Advansia (Sarawak) Sdn. Bhd., projek dilaksanakan di 5 lokasi iaitu Tempayan Pecah, PPK F2 Jerlun, Kuala Sungai, Lubuk Pinang dan Kangkong dengan jumlah keluasan 74.61 hektar. Perata hasil yang diperolehi bagi musim 2/2022 dan musim 1/2023 masing-masing adalah 6.06 tan per hektar dan 6.60 tan per hektar. Bagi musim semasa, musim 2/2023 proses tuaian dijangka dilaksanakan pada Mac 2024. Juga projek SMART SBB ala Sekinchan, pihak MADA telah menjalankan projek ini di kawasan Tok Mengkula, Gulau, Batu 17 dan Batu 17, Guar Cempedak dengan keluasan berjumlah 127.181 hektar. Projek ini mula dilaksanakan pada musim 2/2023 dengan kerjasama PLS Marketing Sdn. Bhd. dan dijangka dapat dituai pada bulan Mac 2024.
Jabatan Pertanian Kedah juga telah menjalankan projek padi 5 musim 2 tahun iaitu Projek Kelompok Padi Kampung Rantau Panjang seluas 110 hektar dan melibatkan 105 orang pertani di dalam kawasan Skim JPS Kuota 2. Dalam bulan Januari hingga Mac, pihak jabatan pertanian telah menaik taraf kemudahan yang sedia ada dan bina baru bagi sistem pengairan dan saliran serta menjalankan perataan tanah sawah supaya ini memberikan kemudahan dan kelancaran untuk menjayakan pelaksanaan projek tersebut. Penanaman musim 1, 5 kali 2 tahun dimulakan dalam bulan April 2023, dituai dalam bulan Ogos 2023 dan hasil keseluruhan 588,110 kilogram. Nilai hasil hampir RM1 juta iaitu RM999,787, potensi hasil 5.346 tan per hektar. Ini menunjukkan peningkatan daripada hasil yang lepas dan ianya akan diperluaskan lagi, InsyaAllah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perancangan guna tanah bagi sumber makanan dan pembangunan lain perlu diteliti dengan sebaiknya agar ianya memberi manfaat yang menyeluruh kepada rakyat Kedah khususnya serta rakyat Malaysia amnya. Ianya perlu dan wajar diberi perhatian agar negeri ini dapat berkembang dan mendokong keperluan Negara Malaysia. “Ditelan mati emak, diluah mati bapak”. Peribahasa yang pendek dan tepat bagi menjelaskan situasi semasa sektor pertanian di Negeri Kedah yang kita cintai ini. Oleh itu, rancangan guna tanah yang optima adalah perlu. Pihak kerajaan negeri sedang menggerakkan suatu perancangan strategik menyeluruh yang mengambil kira faktor kesinambungan sektor pertanian kepada generasi yang akan datang.
Program pemerkasaan sektor pertanian Negeri Kedah adalah usaha pihak kerajaan bagi membekasa pengkalan data pertanian secara ‘big data’ (dengan izin) yang akan menjadi rujukan berpusat. Program ini yang digerakkan oleh Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) bersama agensi kerajaan di bawah sektor pertanian. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengarah BPEN Negeri Kedah dan juga Penolong Pengarah BPEN, juga agensi yang terlibat dalam merealisasikan hasrat “The Greater Kedah” dengan adanya ‘big data’ yang sangat-sangat kita perlukan ini. Pengkalan data ini juga dapat membantu pihak negeri dalam mengenal pasti ‘hotspots’ (dengan izin) pertanian dalam daerah, mukim, DUN dan Parlimen, jenis tanaman, jenis ternakan, jenis akuakultur, sub sektor perikanan, projek hiliran, keluasan usaha, kawasan padi dalam jelapang, luar jelapang, semuanya atas satu paparan. Dengan adanya aplikasi ini Yang Berhormat Tuan Speaker, sesiapa sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengenal pasti di mana-mana lokasi yang dikehendaki, kita dapat maklumat tentang jenis penanaman, orang yang mengusahakan tanaman, berapa luas tanaman dan apa jua masalah yang dihadapi oleh pengusaha tersebut. InsyaAllah, dalam masa terdekat kita akan melancarkan aplikasi ini demi kegunaan dan manfaat semua kita, InsyaAllah.
Data adalah titik mula kepada perancangan dan pelaksanaan. Saya meneliti dengan baik akan perancangan, pelaksanaan, persamaan, perbezaan setiap sesi atau penggal kerajaan dan ya, data pertanian berpusat, inilah jawapannya. Dengan adanya data ini, sektor pertanian dapat berkembang walaupuan dalam keadaan kekangan peruntukan. Penyelarasan bersepadu, ‘cross-agency’ (dengan izin) dapat diatururuskan dan penghasilan optima dapat diterjemahkan. Nak selaras bab pengairan tanaman, nak korek parit jaring, parit gila, jalan pertanian tang mana pun ada, rosak, nak kena baik pulih, yes! InsyaAllah, semua boleh dengan adanya aplikasi data ini. Tanah terbiar yang berpontesi pun ada, kita boleh dapat cari dalam kawasan-kawasan ataupun daerah-daerah mana sekali pun. Dengan penggunaan aplikasi ini, kita dapat tau tanah-tanah yang terbiar. Untuk sedikit maklumat kepada sahabat saya tadi daripada Kubang Rotan, keluasan tanah terbiar di Negeri Kedah ini Yang Berhormat Tuan Speaker, berjumlah sekitar 2,000 hektar dan sejumlah sekitar 1,000 hektar yang boleh diusahakan dalam bidang pertanian, 1,000 lagi saya serah kepada Yang Berhormat Kubang Rotan lah. Nak selaras bab tanaman semua ada, sebaiknya Kanun Tanah Negara, Kaedah Tanah Kedah dan lain-lain yang berkaitan. Yang Berhormat Tuan Speaker, sistem ini belum lagi dilancarkan secara rasmi, InsyaAllah akan dimaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat di Negeri Kedah. InsyaAllah.
Yang 1,000 lagi itu pasal apa tak boleh nak diusahakan YB.?
Oleh kerana keadaan tanah, tahap kesuburan tanah, masalah-masalah pemilikan contohnya Yang Berhormat Speaker. Ada tempat-tempat yang saya dah hadiri, kita dapat masalah keluarga. Jadi, itulah antara masalah lah dan kekangan yang kita nak majukan tanah-tanah terbiar ini. Kita telah pun adakan usaha-usaha. Program-program ni ataupun maklumat-maklumat ni kita dapat juga dalam usaha kita untuk mendekani semua ahli masyarakat utamanya petani dan pesawah dalam program jelajah daerah kita. Oleh itu, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini mengajak dan menyeru kerjasama daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, marilah kita sama-sama merealisasikan program jelajah daerah ni kerana ia sangat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat di Negeri Kedah ini. Kerana dalam usaha kita ni kita dapat berdepan dengan masyarakat yang kadang-kadang tu ada yang segan nak pi pejabat. Jadi sebenarnya kaedah yang saya gunakan ni oleh kerana rakyat di sana ada yang segan nak pi pejabat, kita bawa pejabat pi dekat depa. Dalam situasi santai… (YB. Bayu mencelah)
Yang Berhormat Speaker, mencelah sikit boleh?
Silakan YB. Bayu.
Minta kebenaran ya YB. Suka menanti. Saya nak sentuh berkenaan dengan tanaman ni iaitu musuh tanaman, termasuklah kawasan kami, kawasan Bayu, Belantik, Pedu adalah gajah. Jadi, adakah kerajaan memikir macam mana untuk nak atasi masalah gajah yang kerap berlaku dan masuk. Kami sebagai wakil rakyat ni terpaksa satu tahun lima enam kali mengurus gajah dan juga lain-lain yang melibatkan kos yang tinggi. Adakah cadangan kalau kita wujudkan satu atau wartakan kawasan tanah yang bersebelahan dengan Belantik, Pedu dan juga Bayu ni dibuat ‘santuari’ iaitu pusat pengumpulan gajah? Kalau boleh kita buat perbincangan dengan pelancongan, kita gabungkan pertanian dan juga pelancongan, kita buat satu lagi produk baru untuk pelancongan di kawasan kami. Tak perlulah jabatan haiwan ataupun mana-mana agensi kerajaan untuk turun menyelesaikan masalah yang kerap berlaku di kawasan kami. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Lepas ni orang tak pi Thailand dah untuk naik gajah, pi situ saja.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada YB. Bayu. Saya rasa perkara ni telah pun diketengahkan pada Sidang DUN yang lepas dan dalam hal ini adalah bidang kuasa Jabatan Perhilitan. Perhilitan ni agensi Kerajaan Pusat, YB. Bayu. Jadi kerajaan negeri telah pun sampaikan masalah ni kepada pihak Perhilitan dan kita tunggu apa respond daripada Perhilitan agar dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Dah elok tu cadangan YB. Bayu, kita buat “Baling Daerah Gajah”.
Teruskan YB. Suka Menanti.
YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tidak terhad kepada itu saja, dengan adanya pengkalan data ini pemadanan pemain industri yang berkelayakan atau ‘market champion’ (dengan izin) dapat meneruskan agenda sinergi kerjasama awam/ swasta dalam hal-hal berkaitan tenaga pakar, teknologi dalam pertanian, pemasaran dan perkomersilan, pengurusan kos atau modal dan lain-lain. Sepertimana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan penggunaan teknologi dalam pertanian, kita sedar dan faham bahawa teknologi atau arus pemodenan datang bersama kos yang tinggi. Kekangan peruntukan? Ya. Sebab itulah sinergi awam/swasta adalah sangat perlu.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita pun telah buat perbincangan dengan beberapa pemain industri terutamanya dari pihak swasta untuk mengadakan usahasama, kerjasama dan kerajaan negeri. Juga dalam Sidang DUN yang lepas saya telah menyatakan hasrat kerajaan negeri kita untuk menjadikan Negeri Kedah ini sebagai negeri pengeluar benih utama negara kerana kita ni “Jelapang Padi Negara”. Dalam usaha itu, saya telah pun membuat permohonan kepada kerajaan negeri supaya dapat kita mengusahakan sebidang tanah milik kerajaan negeri untuk dijadikan apa yang kita akan namakan sebagai “Pusat Padi Kedah”. Selama ini penyelidikan tentang bab benih padi, apa juga hal-hal padi kebanyakanya dilakukan di luar Kedah. Oleh kerana itu, saya rasa agak wajar Kerajaan Negeri Kedah ada satu pusat yang kita namakan Pusat Padi Kedah, di mana di situ kita boleh adakan segala jenis penyelidikan, percubaan, ‘pilot projeck’ (dengan izin) dan sebagainya khusus dalam penanaman padi.
Bila adanya tempat ini Yang Berhormat Tuan Speaker, kita boleh buat satu ‘pilot projeck’ dan jika ia berjaya, akan menjadi contoh kepada pemain-pemain industri, pesawah-pesawah kita. Orang kita ini, dia nak tengok dulu hasil baru dia berani cuba. Saya telah melawat beberapa kawasan dan banyak yang kata, “kami nak tengok dulu hasil, YB.”. La ni kita buat di tempat yang kita sendiri ada, kita buat pencubaan, kita buat “pilot projeck’ dan dengan hasil itu, kita dapat bagitahu dekat orang kampung, “nah ini dia, hasil dia, dulu dapat 1 ataupun 1.2 tan serelung. Dengan adanya sistem dan benih yang kita buat di tempat ini, kita dapat 2 ataupun 3, InsyaAllah, tan serelong”. Dan ini akan menarik minat orang atau pun pesawah-pesawah kita…. (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Tokai bangun. Nak bagi laluan?
Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Suka Menanti. Yang menjadi masalah sekarang ini YB. Suka Menanti adalah kita sebut sebagai padi angin, padi angin, padi yang bila tumbuh, dia lebih tinggi daripada padi biasa dan dia masak lebih awal daripada padi biasa, dia ini berebut baja yang ditabur oleh petani-petani. Jadi, dalam proses kita nak menyediakan benih dan juga dari segi benih yang sedia ada ini, daripada pengalaman YB. Suka Menanti dalam jabatan petanian yang telah berurusan dengan pegawai-pegawai ini. Apakah punca sebenarnya mai padi angin ini? Saya ingat dulu saya duduk mukoi, duk menguroi, duk taboq semai tu tak pernah jumpa pun padi angin ini, masa kecil-kecil dulu ni, la ni baru ada. punca di mana, jabatan pertanian boleh jawab tak ni YB. Suka Menanti? Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Silakan YB. Suka Menanti. Masalah seluruh Kedah tu!
Terima kasih YB. Tokai. Kalau YB. Tokai ingat lagi dulu-dulu, orang dulu-dulu dia buat benih sendiri. Kalau ada 10 petak, 1 petak tu dia buat untuk benih bagi dibekalkan kepada 9 petak yang lain. Tapi sekarang ni kita dapati hasil daripada benih-benih yang dibekalkan, tu yang banyak jadi padi angin. Sebabnya, asal usul benih tu. Sebabnya Yang Berhormat Tuan Speaker, kita telah melawat baru-baru ini satu projek yang dibantu oleh pihak MARDI di Megat Dewa yang dimiliki oleh seorang petani di sana bernama Firdaus dengan keluasan tanah hampir 20 relung menggunakan benih yang dibekalkan sepenuhnya oleh MARDI iaitu benih 297, walaupun benih tu dah lama dah dan dapat menghasilkan dua kali ganda. Dulu dapat 1 tan lebih serelung, la dapat 2 tan lebih serelung. Ini membuktikan YB. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan benih yang asli, yang baik, dapat meningkatkan hasil padi.
Dulu Yang Amat Berhormat Jeneri ada sebut tentang kartel. Kita juga ada masalah di sini Yang Berhormat Tuan Speaker, tentang pengedaran benih-benih ni. Tak pernah dalam sejarah Yang Berhormat Tokai, dulu ada orang duk mengeluh tentang benih lambat sampai, harga mahal, benih yang tak berapa cantik dan elok. Oleh itulah, banyak tempat yang saya dah lawati, banyak, bukan sahaja di Tokai, di belah-belah Kumbang Pasu, belah Jerlun, banyak kehadiran jenis padi angin ni, di kawasan Alor Setar pun juga banyak benih padi angin ni. Kita dapati banyak rungutan daripada pesawah-pesawah adalah benih yang tak cantik. Jadi itulah Yang Berhormat Tokai, kita pihak Kerajaan
Negeri daripada Persidangan DUN yang lepas saya telah menyatakan hasrat Kerajaan Negeri untuk kita mengeluarkan benih sendiri supaya kita dapat memastikan pesawah-pesawah dapat benih yang elok, yang baik dan dapat menghasilkan hasil yang diharapkan.
YB. Tuan Speaker…
YB. Bukit Selambau, silakan!
YB. Suka Menanti, terima kasih. Saya tertarik dengan perancangan pihak kerajaan untuk mengadakan padi benih. Maknanya kita nak buat padi benih sendiri untuk mengatasi apa-apa yang sudah pun disebut sebentar tadi, kesukaran benih, keterjaminan benih tersebut. Jadi, apakah YB. Suka Menanti sudah mengenal pasti tapak di mana, keluasan dia dan bila untuk dimulakan? Oleh kerana krisis padi benih ini cukup dahsyat buat masa dan ketika ini, sukar petani untuk mendapatkan padi benih, bila dapat saja padi benih, harganya bukan lagi harga atas nama subsidi yang diberi oleh kerajaan kepada orang yang melaksanakan ladang padi benih ini. Sekian.
Silakan YB.
YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Bukit Selambau. Yang sebenarnya kita pun telah ada permohonan dan juga usahasama yang kita akan rancangkan kita akan buat bersama dengan pihak swasta, pemain industri yang berpengalaman untuk mendapatkan sebidang tanah kerajaan negeri seluas 137 ekar lebih kurang dan kita menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri untuk membenarkan kita masuk ke kawasan itu untuk kita membuat, pertama sekali pemulihan kesuburan tanah kerana itu penting sebab kadang-kadang tanah tu kita dapati daripada ujian, kita dapati tanah itu dah masam sikit lah, masam. Jadi tahap kesuburan tanah tu agak rendah, pertama sekali kita kena masuk untuk kita buat proses pemulihan tanah, kesuburan tanah. Yang kedua, selepas itu barulah kita boleh masuk untuk tanam, kita buat benih.
Yang Behormat Bukit Selambau, untuk makluman saya telah pun pergi ke Negeri Sembilan dan juga ke Johor dan balik ke Selangor berjumpa dengan pihak agensi nuklear yang juga membuat kajian tentang benih padi. Mereka ada mengeluarkan satu jenis benih padi yang dinamakan IS-21 dan dalam perbincangan kami dengan pihak agensi nuklear, Alhamdulillah pihak agensi sanggup bekerjasama untuk membantu mai ke Kedah ini untuk menghasilkan benih sendiri yang kita hasratkan dan dengan adanya padi benih sendiri itu InsyaAllah YB. Kubang Rotan, kita boleh buat “Beras Kedah”, InsyaAllah.
Sikit, tambahan YB. Suka Menanti.
Silakan!
Apa yang kita maklum, bermakna yang kita tau bahawa LPP sudah pun merancang untuk menjadikan PPK di Negeri Kedah ini sebahagiannya untuk mengadakan Projek Ladang Padi Benih. Jadi, kalau sekiranya pihak kerajaan dapat melaksanakan ladang padi benih ini, kita petani agak terbela. Oleh kerana LPP meluluskan beberapa hektar dan segala bantuan-bantuan bagi meratakan tanah dan segala kemudahan dibiayai oleh LPP dan dibahagikan kepada beberapa PPK. Sebagai satu contoh, saya berada di PPK Merbok dan diberi kuota kepada Merbok 300 hektar untuk melaksanakan ladang padi benih ini. Jadi, saya harap supaya pihak kerajaan khususnya YB. Suka Menanti melihat lebih teliti bagi menjayakan program tersebut. Pihak petani amat menyokong atas daya usaha yang sedemikian. Wallahu’alam.
YB. Suka Menanti, kita ada 1 minit lagi. Kalau panjang, kita akan sambung besok dan bercadang untuk berhenti pukul 4.30. Silakan!
YB. Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan YB. Bukit Selambau. Sebenarnya YB. Bukit Selambau, keperluan kawasan yang kita perlu ada untuk penghasilan benih padi untuk Kedah dan Perlis adalah seluas 10,000 hektar. Buat masa ini kita hanya ada kawasan seluas hampir 7,000 hektar sahaja, masih lagi belum mencukupi. Baru-baru ini dalam perbincangan kita, Mesyuarat Jawatankuasa bersama dengan Yang Berhormat Exco Pertanian Negeri Perlis yang kita adakan di Negeri Perlis di Kangar sana, kita berbincang dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan dimaklumkan LPP Kedah, Kubur Panjang….. (YB. Tuan Speaker mencelah)
Panjang lagi YB.? Kalau panjang kita akan sambung esok.
LPP Kubur Panjang telah pun ada satu pusat pembenihan yang mempunyai kapasiti mengeluarkan benih padi sebanyak 5,000 metrik tan dan saya rasa ini sangat-sangat membantu pihak PPK dan sebagainya dalam bekalan benih. Saya juga difahamkan bahawa konsesi untuk kuota benih padi ini akan tamat pada bulan Jun nanti dan juga dimaklumkan tender untuk mendapatkan kuota benih padi ini akan dipanggil dalam bulan ini ataupun bulan 4 ini. Dan saya telah pun merayu kepada pihak kementerian untuk mempertimbangkan memberi kuota yang lebih kepada agensi-agensi kerajaan seperti MADA Corporation dan juga LPP Kubur Panjang ini.
YB. bercadang untuk sambung lagi ataupun nak ‘landing’ terus, sebab 4.31 dah? Kalau ada banyak lagi kita akan sambung besok pagi.
Sebab ada permintaan dia untuk sambung besok. Ni YB. Kuala Ketil ini dia duk cari pasal nak suruh kita sambung, dia tak mau cakap banyak. Tak pa YB. Tuan Speaker, kita sambung besok. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Suka Menanti. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 9 pagi besok.
[Dewan ditangguhkan pada jam 4.32 petang]