Kedah · 7 March 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 293 turns · 33,491 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat pagi, khap khun khrap. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Bacaan doa.

Setiausaha Dewan

DOA

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah pada pagi ini kita di Dewan Undangan Negeri Kedah telah dihadiri pemerhati daripada Jabatan Pertanian Negeri Kedah, kawan-kawan lama saya dulu ni. Terima kasih atas kunjungan. Yang Berhormat sekalian, di atas meja Yang Berhormat sekalian telah diedarkan Laporan Prestasi Kutipan dan Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Urusan seterusnya.

Setiausaha Dewan

Sambungan kepada pertanyaan-pertanyaan mulut.

Sambungan Kepada Pertanyaan-Pertanyaan Mulut.Questions

Terima kasih Tuan Speaker. Mohon jawapan kepada soalan nombor 13. Terima kasih.

13. Difahamkan kerajaan telah mewartakan cara pembayaran parking di Sungai Petani kepada sistem e-parking atau smart parking.

Pohon dinyatakan :-

a) Bilakah pewartaan ini dapat diselesaikan?

b) Bilakah sistem tersebut dapat diguna pakai untuk kemudahan orang ramai?

Speaker

Silakan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Ingat ka tak bagi jawab, duk tengok saya. Terima kasih YB. Sidam atas soalan yang diajukan. Difahamkan kerajaan telah mewartakan cara pembayaran parking di Sungai Petani kepada sistem e-parking atau smart parking. Pohon nyatakan bilakah pewartaan ini dapat diselesaikan? Bilakah sistem tersebut dapat diguna pakai untuk kemudahan orang ramai? YB. Speaker jawapan ini agak ringkas, saya panjang sikit boleh noh?

Speaker

Kalau boleh cuba ringkaskan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Dalam kaedah kita melaksanakan ‘smart city, sistem e-parking’ ataupun ‘smart parking’ ini akan diperluaskan dalam semua PBT. Jadi, Negeri Kedah juga tidak ketinggalan dalam pembangunan bandar pintar, ini selaras dengan objektif pembangunan lestari dan mampan. Hal ini juga berkait rapat dengan pelaksanaan sistem ‘smart parking’ di beberapa daerah di dalam Negeri Kedah yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi daerah tersebut, bagi menggantikan sistem penggunaan kupon secara konvesional ataupun kupon yang diperagakan di kenderaan. Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Majlis Perbandaran Langkawi telah memperkenalkan sistem aplikasi ‘smart parking’ ataupun ‘flexi parking’. Manakala di Daerah Kulim, baru-baru ini Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kulim juga telah memperkenalkan aplikasi Kulim Smart Parking.

Sehubungan itu, dengan adanya aplikasi tersebut berikut akan memudahkan orang ramai dan orang awam dan juga PBT itu sendiri. Sebagai contoh, kemudahan bagi orang awam dapat menggunakan aplikasi tersebut ke arah pembelian tiket secara terus melalui apikasi yang telah dimuat naik manakala bagi pihak PBT mereka boleh secara tidak langsung boleh mengetahui tapak parking mana yang tidak dibayar oleh orang awam yang telah meletakkan kenderaan di kawasan tersebut. Untuk makluman YB. Spaker dan YB. Sidam, aplikasi ini telah pun ada di tiga PBT yang disebut tadi. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat semua buka dalam ‘handphone’ kita, buka flexi parking, boleh pilih negeri mana dan daerah mana dan jika di Langkawi dia ada tiga tempat yang digazetkan dalam tu lah untuk flexi parking, sama seperti di MBAS ada lebih kurang 100 kawasan yang dimuatkan dalam flexi parking, manakala dalam Kulim Smart

Parking juga khas untuk Kulim sahaja. Ini aplikasi yang telah kita laksanakan dalam sebahagian daripada kaedah smart pintar. Tujuannya adalah untuk memudahkan orang ramai dan juga penguat kuasa yang melaksanakan tugas. Jadi untuk menjawab kepada soalan yang diajukan oleh YB. Sidam, untuk MPSPK kita sedang dalam membuat penelitian di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri lah dalam penelitian lagi, masih belum dapat keputusan. Jadi, kedua-dua jawapan tu saya boleh nyatakan di sini bahawa selesai kita membuat penelitian dan kita wartakan dan kita akan gunakan untuk di MPSPK, YB. Speaker.

Speaker

Terima kasih Kuala Ketil atas jawapan yang diberikan. Seterusnya saya menjemput….. (YB. Sidam dan YB. Tokai mencelah)

Soalan tambahan boleh?

Soalan tambahan takdak?

Speaker

Oh! Ada soalan tambahan yaa…, ‘sorry’ minta maaf!

Sidam dulu boleh? Ok, soalan tambahan ialah apakah kadar yang akan digunakan ataupun kadar yang akan dikenakan adalah sama ataupun ada lebih sikit supaya tidak memberatkan pengguna? Lagi satu kadar saman, adakah akan sama dengan dulu ka atau menggunakan sistem ni kadar saman akan lebih sikit ka macam mana?

Speaker

Nak jawab sekali ka? Silakan Tokai.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya nak tanya begini saja, Perbandaran Langkawi, MBAS, kalau di MBAS ni mungkin driver tu sendiri yang bawa, tapi kalau Langkawi biasanya kereta sewa. Kereta sewa dia pi parking kemudian dia tak bayar, jadi yang menanggung adalah pemilik kereta, sebab di dalam tu dia register berdasarkan kepada nombor. Jadi, bagaimanakah kaedah ini akan dilaksanakan? Adakah penguat kuasa daripada Perbandaran Alor Setar ataupun Perbandaran Langkawi yang akan membuat penguatkuasaan ataupun syarikat tu sendiri yang melaksanakan penguatkuasaan? Terima Kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Tokai. Sila jawab YB. Kuala Ketil.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Untuk jawapan kepada Sidam, kadar tu lebih kurang sama juga, kalau saman tu pun lebih kurang sama juga saman tu, kalau tak buat memang kena juga la saman. Noh? Jadi untuk yang Tokai tadi kalau mengikut kaedah sewa kenderaan ni, pemilik yang memberi sewa tu dia yang bertanggungjawab. Sebab tu lah kadang-kadang bila kenderaan yang kena saman bila serah kepada penyewa, penyewa akan ‘check’ dulu lah. Kalau menggunakan sistem ini dia kena ‘check’ dulu. Kalau ada parking dia kena minta daripada pihak yang menyewa tulah. Itu kaedah dia, sebab penyewa dia tidak akan bertanggungjawab, kepada orang yang menyewakan kenderaan tulah yan bertanggungjawab kepada kenderaan bila ada saman tu. Penguatkuasaan kepada pemilik kenderaan tulah.

Speaker

Terima kasih YB. Kuala Ketil. Soalan nombor 14. YB. Bukit Pinang.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Yang Berhormat Speaker,

Dari Bukit Pinang ke Sungai Limau, Singgah sebentar membeli daun palas, Sungai Limau sila jawab dengan tenang, Soalan saya nombor empat belas.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

14. Jika dahulu, Jabatan Penerangan boleh bekerjasama dengan Kerajaan Negeri melalui Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam rancangan bersama YAB. Menteri Besar dan YB. Exco.

Pohon dinyatakan:-

a) Bagaimanakah kerajaan negeri menyampaikan maklumat kepada rakyat?

b) Adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan siaran TV di premis kerajaan agar perkembangan dan maklumat terkini dapat disampaikan kepada rakyat?

Speaker

Silakan YB. Sungai Limau.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Takdan nak cari pantun ni.... Tanam pinang rapat-rapat, Bukit Pinang saya nak jawab cepat.

Baik, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih. Soalan daripada Bukit Pinang, bagaimanakah kerajaan negeri menyampaikan maklumat kepada rakyat? Kalau sebelum ni kita mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Penerangan dan juga Penyiaran RTM. Tapi sejak kebelakangan ini, perubahan kerajaan ada arahan-arahan lisan yang menyebabkan kerjasama itu tidak dapat dilaksanakan secara lancar. Kelmarin YB. Alor Mengkudu cerita kebaikan, kita pun takmau bongkar semua keburukan tapi ada jabatan-jabatan yang dilihat tidak diberikan galakan untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri secara khusus. Mungkin Kota Darulaman dan Sidam pun menyedari perkara ini. Jadi di peringkat kerajaan negeri, walaupun untuk kita menyebarkan secara terbatas melalui agensi-agensi Kerajaan Persekutuan sepertimana yang telah pun kita sebut tapi usaha-usaha kita untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat kita terus laksanakan khususnya di platform media sosial. Kajian-kajian yang telah pun dilaksanakan sejak tahun 2020, selepas daripada covid, penggunaan media sosial ini amat merubah kehidupan rakyat kita secara khusus.

Pada tahun kajian dilaksanakan pada tahun 2021, Malaysia menduduki tangga ke-6 di dunia dan tangga ke-3 di Asia Tenggara dari segi penguasaan platform media sosial. Hampir 8 jam digunakan oleh rakyat negara kita untuk melayari internet dan 3 jam daripadanya untuk melayari platform media sosial dan data juga menunjukkan hampir 72% rakyat Malaysia menggunakan platform media sosial ini dan kajian Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan pada tahun 2020, 93.3% penggunaan internet oleh penduduk di Malaysia dan platform tertinggi adalah melalui facebook, 91.7%.

Jadi, menyedari keadaan dan kekangan yang kita hadapi, maka di peringkat kerajaan negeri, platform ini kita manfaatkan untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat kita khususnya melalui Unit Media Kedah (UMK), Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) kita ada facebook yang khusus, yang menyampaikan maklumat kerajaan negeri dan page khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, mempunyai capaian dan ‘follower’ yang ramai dan itu juga dimanfaatkan untuk kita menyebarkan maklumat di peringkat kerajaan. Satu lagi di peringkat kerajaan negeri juga kita melancarkan, ada apps yang telah pun lama dan kita namakan untuk kali ini “Kedah Digital” dan melalui apps itu dipaparkan bukan hanya tentang maklumat program-program aktiviti-aktiviti kerajaan tapi juga dari sudut pentadbiran, pengurusan untuk permohonan, kita panggil aduan, kemudian permohonan berkaitan dengan projek-projek kerajaan, kontraktor nak mohon dan sebagainya kita laksanakan di apps tersebut dan InsyaAllah akan dikemas kini dengan memastikan bahawa rakyat kita akan lebih mesra untuk penggunaan apps dan juga ‘cashless’ yang juga telah pun dilaksanakan di peringkat kerajaan, jadi kita mengharapkan semoga ia akan dapat diperluaskan lagi. Dan dari sudut konvensional yang kita ada di samping secara ‘banner’, secara ‘billboard’, untuk risalah-risalah, kita telah pun mengadakan perbincangan dengan Bahagian Luar Bandar untuk manfaatkan ketua-ketua kampung (MKK) kita, supaya maklumat itu dapat kita sampaikan melalui MKK dan group kepimpinan masyarakat ini supaya dapat disebarkan dalam group-group whatsapp di peringkat kampung. Itulah kaedah yang kita ada apabila kita tidak mampu ataupun tak boleh, sekarang ni masih lagi ada kekangan untuk bekerjasama dengan Jabatan Penerangan dan juga Jabatan Penyiaran. Setakat tu YB. Bukit Pinang, terima kasih YB. Speaker.

Speaker

Okay, terima kasih Sungai Limau. Ada soalan tambahan?

Dato' Wan Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Soalan (b) tu nampak tak ‘clear’ lagi. Soalan tambahan saya, dengan dasar polisi Kerajaan Pusat ni nampak ‘luar tabii’, nampak di antara kementerian ni tak selari. Saya tengok Kementerian Belia dan Sukan nampak hubungan dengan EXCO kita intim, jadi bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk EXCO kita nak pi jumpa kementerian di sana ka, kot-kot nak ‘emboih’ depa, kot-kot boleh sikit ka?

Speaker

Ambil ilmu YB. Alor Mengkudu sikit YB. Sungai Limau.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

YB. Tuan Speaker, soalan tambahan. Kot boleh sekali kot?

Speaker

Yaa.. Silakan!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih YB. Speaker. Baru-baru ni YB. Sungai Limau pi buat kunjungan dan perbincangan dengan Astro, Radio Zayyan. Mungkin boleh berkongsi hasil perbincangan. Terima kasih.

Speaker

Silakan Sungai Limau.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik. Terima kasih kepada soalan tambahan YB. Bukit Pinang dan juga YB. Tanjung Dawai. Itulah, kita pun tak pasti dasar yang ada di peringkat Persekutuan bila ada kementerian yang boleh bekerjasama secara elok, ada yang tak berapa kerjasama. Mungkin dasar tu dia ikut kepala menteri, bukan ikut dasar yang ada kepada pihak kerajaan. Saya tak pasti lah sebab berbeza layanan yang diberikan. Macam baru-baru ni, YB. Sidam pun hadir, YB. Bakar Arang pun hadir, Alhamdulillah saya dijemput juga untuk program dengan YB. Menteri Pendidikan. Dia tanya, “YB., saya turun lama dah

Kedah, tak pernah jumpa pun?” Saya kata, “kalau menteri jemput, saya hadir”. Jadi itulah program pertama yang dijemput untuk saya hadir, jadi saya hadirlah. Kalau menteri-menteri di peringkat Persekutuan, kita ada dasar untuk bekerjasama penuh dengan kerajaan-kerajaan negeri, jadi saya rasa itu memberikan manfaat bukan hanya kita di peringkat kerajaan, pegawai-pegawai boleh bekerja secara yang baik, tetapi juga manfaat tersebut akan dirasai oleh seluruh rakyat di Negeri Kedah Darul Aman. Itulah yang kita harapkan dan itulah yang inti pati daripada antara yang telah pun ditititahkan oleh Tuanku Sultan.

Bila kita menyedari keadaan-keadaan ni, kita usaha di peringkat kerajaan apa yang boleh dan oleh kerana ada kekangan, kita juga berusahalah YB. Tanjung Dawai untuk melebar luas. Dah tak boleh di radio kerajaan, kot-kot kita boleh jalin kerjasama dengan radio swasta dan perbincangan tu kita laksanakan dan Alhamdulillah mendapat ‘feedback’ yang baik. Jadi, kita di peringkat penerangan dan pegawai-pegawai kita akan cuba sedaya mungkin untuk kita pastikan bahawa berita-berita, apa yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dapat dilaksanakan dan kita juga mengadakan perbincangan dengan UMK dan UPDA, bahan-bahan maklumat tu kita banyak dan kita di setiap jabatan-jabatan khususnya dia ada tv sendiri, tv internet, smart tv untuk kita manfaatkan supaya paling kurang kita ada ‘chanel’ yang khas untuk kita menyiarkan berita-berita tentang perjalanan kerajaan, ucapan-ucapan pimpinan kerajaan dan ia boleh disiarkan secara langsung di jabatan-jabatan dengan ‘chanel’ yang kita ada. Cuma platform itu kita sedang kaji yang macam mana sebab kalau guna ‘chanel’ ‘youtube’ ni dia masuk iklan banyak sangat, yang kita pun taktau iklan tu syarie ataupun dak. Jadi InshaAllah, kita sedang teroka ke arah tersebut. Terima kasih.

Speaker

Okay, terima kasih YB. Sungai Limau. Seterusnya saya menjemput YB. Anak Bukit.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon soalan 15.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

15. Pohon disenaraikan projek jangka pendek, sederhana dan panjang bagi bekalan air bersih yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2023 dan yang akan dilaksanakan pada tahun 2024?

Speaker

Silakan YB. Kuala Nerang.

Terima kasih YB. Speaker. Bismillahirahmanirahim. Terima kasih kepada YB. Anak Bukit atas soalan yang berhubung dengan projek-projek jangka pendek, sederhana dan panjang bagi bekalan air bersih yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2023 dan yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Maaf YB. Speaker, saya terpaksa merujuk kepada teks ini kerana ia melibatkan beberapa data dan fakta. Boleh noh?

Speaker

Boleh! boleh!

Yang pertama projek jangka pendek, jangka pendek ni maksudnya kurang daripada enam bulan YB. Speaker. Yang kedua, jangka sederhana iaitu antara 6 bulan hingga ke 12 bulan dan yang ketiga ialah projek jangka panjang yang melebihi 12 bulan. Baik, yang pertama kita tengok projek jangka pendek yang kurang daripada 6 bulan. Ada 6 sekurang-kurangnya tindakan ataupun projek yang telah dibuat. Pertama pensektoran semula sistem agihan air dan aktiviti mengenal pasti kebocoran. Yang kedua, pembinaan Inline Booster Pump (Rumah Pam) dan Tangki Sedutan di Kampung Alor Ibus, Daerah Kota Setar, Simpang Kampung Padang, Daerah Kota Setar, Kampung Alor Pudak, Daerah Pendang, Desa KEDA Malau, Daerah Kubang Pasu, Simpang Empat Lahar, Daerah Kubang Pasu, Kampung Padang, Daerah Kuala Muda dan Kampung Desa Jaya. Itu yang kedua. Yang ketiga Anak Bukit, pengaktifan semula Rumah Pam di Taman Pulasan, Daerah Kubang Pasu, Kampung Tradisi Sintok, Daerah Kubang Pasu, Rumah Pam Panchor, Daerah Pokok Sena dan Inline Booster di Empangan Malut di Langkawi. Yang keempat, jangka pendek ini ialah pemasangan paip atau paip pintasan ‘droper’ di Kampung Naga Lilit, Daerah Kulim, Kulim Hi-Tech, KEDA Sungai Kechil, Daerah Bandar Baharu, Kampung Permatang Tok Dik, Daerah Kulim, Jalan K812 Bukit Kukus, Kulim, Kolam Taman Kempas dan Taman Cendana, Kuala Muda dan Kampung Temusu, Kuala Muda.

Yang kelima, kerja Penambahbaikan Sistem Pengepaman dan Agihan Bekalan Air di Lubuk Jering, Daerah Sik dan Pemasangan ‘butterfly valve bypass’ di Penarak, Langkawi serta pemasangan ‘multi stage pumping’ di ‘intake’ Sungai Melaka, Daerah Langkawi. Dan yang terakhir untuk jangka pendek ialah Kerja Membaiki Kebocoran Paip Dasar Laut Sedia Ada Secara Berkala. Untuk makluman Dewan, sejak tahun 2017 pihak SADA telah pun melakukan pembaikan sebanyak 51 tempat kebocoran YB. Speaker, dan ada lagi beberapa kebocoran yang sedang dikenal pasti dan telah dikenal pasti untuk dilakukan pembaikan selepas ini InshaAllah. Baik, projek jangka sederhana 6 bulan hingga 12 bulan. Yang pertama, projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi. Yang kedua, projek Pembinaan Rumah Pam dan Tangki Sedutan Pusat Latihan Rela Wilayah Utara. Dan yang ketiga Program Penukaran Pam di Loji Rawatan Air (LRA) di Negeri Kedah. Terakhir ialah projek jangka panjang yang melebihi 12 bulan. Pertama, projek Naik taraf Bina Loji Rawatan Air (LRA) di Negeri Kedah seperti kita sedia maklum di Pelubang, Jenun Baru, Bukit Selambau, Sungai Limau, Lubuk Buntar, Jeniang Baru, dan juga naik taraf atau Pembinaan Loji Rawatan Air di Tupah dan Jeneri serta Loji Rawatan Air di Sungai Karangan dan Sidam Kiri. Yang kedua ialah projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bagi skop Bina Rumah Pam dan Tangki Sedutan di BALB Kodiang, Kampung Alor Pudak, di Padang Terap juga, di Merbok, ini antara yang akan dilaksanakan. Dan yang terakhir ialah program Pengurangan NRW secara holistik berasaskan prestasi di Negeri Kedah selama 15 tahun. Itu secara umum, kalau nak dilihat untuk di Langkawi ada juga secara khusus beberapa tindakan jangka pendek iaitu kerja pembaikan kebocoran seperti yang saya sebut tadi. Kemudian pensektoran semula sistem agihan air, aktiviti mengenal pasti kebocoran paip, penambahbaikan sistem Inline Booster Pump di Lanai Resort, Pemasangan Kabel dan Kerja Menaik Taraf LRA di Bukit Kemboja, pemasangan sistem Booster Pump di Ampangan Malut dan pemasangan Multi Stage Pump di muka sauk Sungai Melaka. Jangka masa sederhana untuk Langkawi, projek meningkatkan sistem pengepaman di Padang Mat Sirat Langkawi, yang kedua projek NRW Holistik di Langkawi dan yang ketiga projek naik taraf Loji Rawatan Air Padang Saga 3. Juga untuk jangka panjang, Projek Pembinaan LRA Padang Saga Fasa 4, Projek Pembinaan LRA Padang Saga 5, program pengurangan kadar air tidak terhasil NRW dan terakhir projek pembaikan paip dasar laut sedia ada dari tanah besar di Sungai Baru Perlis ke Penarak. Setakat tu sahaja YB. Speaker, terima kasih.

Speaker

Okay, terima kasih Kuala Nerang. Ada soalan tambahan?

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

YB. Tuan Speaker, kalau kita tengok hari ni di Negeri Kedah ni, semakin hari semakin rakyat bertambah. Jadi soalan saya, apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan ‘reserve’ bekalan air bersih Negeri Kedah untuk menghadapi masa depan? Wallahu’alam.

Speaker

Silakan YB. Kuala Nerang.

Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Anak Bukit. Seperti yang kita sedia maklum memang kita akui pada masa ini ‘reserve’ air bersih untuk Negeri Kedah ialah 0%. Dalam ‘reserve’ air ni kalau kurang daripada kosong dia tak sebut negatif lah, dia sebut kosong. Air bersih, tapi sumber air kita banyak. Menyedari masalah kekurangan air ini, apa yang telah dibuat oleh pemimpin terdahulu daripada kita, perkara ni bukan baru kan lama dah kan ‘reserve’ air tak dak ni, ‘reserve’ air 0% ni. Apabila menyedari keadaan ini, itulah usaha yang telah dibuat oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika menjadi Menteri Besar tahun 2008. Boleh YB. Speaker, kita baca Al-Fatihah sekali pada beliau dan kepada semua pemimpin terdahulu?

Speaker

Ya, boleh!

Al-fatihah (sambil membaca Al-Fatihah). Terima kasih semua. Jadi atas kesedaran itu, YAB. ketika itu telah menyuruh dibuat kajian, selepas dibuat kajian dibuat permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk membuat loji rawatan air. Jadi pada tahun 2016, 15 Ogos telah mendapat kelulusan peruntukan khas bekalan air bagi menangani masalah bekalan air di Negeri Kedah, tahun 2016.

Kemudian pada Februari tahun 2018, Makmal Kejuruteraan Nilai (VE) bagi projek bekalan air Negeri Kedah di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 ketika itu telah diadakan. Sepatutnyalah, selepas daripada itu, dah boleh terus buat dah selepas Makmal Kejuruteraan Nilai, sepatutnya dah boleh mula buat dah loji rawatan air 5 yang kita dok sebut banyak kali sebelum-sebelum ni pun, sepatutnya dah boleh mula. Tetapi oleh kerana kerajaan ketika itu mungkin rasa tak begitu ‘confident’ dengan penilaian yang telah dibuat, lalu disuruh buat kajian semula, sehinggalah apabila YAB. Dato’ Seri Menteri Besar sekarang pegang pemerintahan, pegang sebagai Menteri Besar mulakan projek tersebut dan tarikh milik tapak pada 2 Mei 2021. Apa tujuan itu? Tujuan itu untuk memastikan ’reserve’ bekalan air ini meningkat, bekalan air mencukupi untuk seluruh rakyat Kedah. Dan InshaAllah dijangka pada tahun 2026 setelah kelima-lima loji ini dan juga loji-loji yang lain serta projek-projek bekalan air lain siap, kadar ataupun jumlah ‘reserve’ air Negeri Kedah akan mula meningkat dan dijangka InshaAllah akan sampai ke peringkat 15% pada tahun 2030. Tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat, semua pemerhati seluruh rakyat, saya seru dan ajak terutamanya yang muslim, pakat berdoalah moga-moga perjalanan projek ini berjalan dengan lancar dan kita boleh mencapai ‘reserve’ air Negeri Kedah bukan kosong tetapi sekurang-kurangnya 15% pada tahun 2030 nanti, InshaAllah. Sekian, terima kasih.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tuan Speaker, soalan tambahan. Boleh?

Speaker

Yaa.. boleh!

Encik Taufik bin YaacobBERSATU · PNBayu

YB. Speaker dan YB. Kuala Nerang, berkenaan dengan status LRA Sungai Limau, adakah pihak kerajaan negeri akan berusaha untuk nak percepatkan pembinaan ini kerana bagi saya jikalau LRA Sungai Limau ini disiapkan, sudah tentulah ia akan membolehkan bekalan air di kawasan Baling dan juga DUN Bayu. Terima kasih.

Terima kasih YB. Bayu, terima kasih YB. Speaker. Ya, kita akui memang projek Loji Rawatan Air Sungai Limau ni antara yang lewat dan kalau ikut tarikh lanjutan masa EOT pertama sepatutnya siap pada 25 April 2024, tak berapa hari dah, tak sampai dua bulan. Memang adat kata tak siap, atas alasan-alasan tertentu dan kita kira hari ini kontraktor telah pun mengemukakan ‘recovery plan’ (pelan pemulihan) dan baru-baru ini bila saya

turun bersama YB.-YB. kawasan masing-masing, YB. DUN masing–masing, kita lihat kesungguhan kontraktor ini apabila mereka telah menambahkan bilangan pekerja, menambahkan ‘machinery’ dan menyatakan komitmen yang sangat jelas, sebenarnya dia menghadapi masalah dengan sub kontraktor. Jadi apabila telah dilantik sub kontraktor yang baru, yang kompeten, yang ada pengalaman buat LRA dan ‘performance’ dia pun bagus, saya yakin InshaAllah projek ini akan siap pada tahun hadapan, tahun ni memang tak boleh siap lah. Tahun depan dengan kita memberikan sedikit lagi peluang kepada beliau, sebab kalau kita ‘terminate’, kita batalkan, kita nak lantik semula dia memakan masa yang panjang. Kemudian kalau kita nak lantik pula barangkali kos dia akan meningkat lebih lagi banyak dan kita terpaksa menunggu lebih lama kan, dah la tunggu lama dari 2018 sepatutnya dah buat akan siap sepatutnya sebelum 2022 ataupun siap pada 2021. 2021 kan PKP, betul? Jadi, mungkin kalau siap pada awal tu tak berlaku kenaikan harga yang mendadak yang tak begitu terkesan kepada kontraktor. Jadi, saya doa, saya harap mudah-mudahan projek yang bernilai kos kontrak RM108 juta ini akan dapat disiapkan juga akhirnya, kita harap awal tahun depan lah. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Ok, terima kasih YB. Kuala Nerang. YB. Bandar Baharu ada?

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Ada.

Speaker

Baik. Silakan!

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Lanjutan soalan daripada YB. Anak Bukit tadi berkaitan dengan ‘reserve’ bekalan air 0%. Pada pandangan saya ‘reserve’ bekalan air 0% ni sebenarnya ianya adalah hasil daripada NRW yang sangat tinggi di Negeri Kedah ini. Maksudnya, air yang terawat, air yang kita rawat tak dak langsung simpanan. Itu bahasa mudahnya yang mungkin saya boleh katakan begitu YB. Kuala Nerang. Jadi makna kata pembaziran berlaku di sana air, pembaziran daripada hasil air yang kita rawat di loji-loji yang kita ada. Saya suka tegaskan di sini bahawa kebocoran dan pembaziran ini merupakan satu kerugian kepada

Kerajaan Negeri Kedah selama ni yang mungkin sama ada secara sedar ataupun tidak sedar kita sudah membazir hasil kutipan dan juga hasil yang kita kutip daripada negeri ini melalui SADA. Itu yang saya ingin tegaskan di sini. Oleh sebab itulah saya sangat mengambil berat hal ini supaya target 15% untuk selepas daripada 2030 ini tidak akan berlaku 15%, tapi sebaliknya lebih daripada itu dengan kaedah holistik untuk mengatasi NRW ni. Tapi kalau sekiranya masih berlaku pembaziran, ianya bukanlah satu yang holistik tapi kalau kita lihat ِالشَّيٰطِيْن َاِخْوَان كَانُوْٓ ا َالْمُبَذ ِرِ يْن َّن ا (innal-mubażżirīna kānū ikhwānasy-syayāṭīn) kita tak mau berlaku perkara sebegini kerana ianya melibatkan keberkatan dalam hasil kita dan juga operasi kita di seluruh negeri ini berkaitan dengan air. Air ni bukan hanya sekadar untuk makanan tapi untuk semua sekali termasuklah penanaman, pertanian dan sebagainya. Saya suka nak ‘highlight’kan di sini bahawa masalah ini berlaku mungkin pertama kerana kekangan kewangan yang kita ada sebelum daripada ini untuk mengatasi masalah-masalah kebocoran dan juga NRW ini. Yang keduanya dari segi teknikal, teknologi yang ada dan saya rasa sudah sampai masanya untuk SADA memperkemaskan teknologi dan juga dari segi teknikal-teknikal yang ada. Dan yang ketiganya disebabkan oleh sikap ahli ataupun sikap kita punya petugas, pekerja, kakitangan yang mungkin tidak melihat perkara ini satu kepentingan kepada kerajaan negeri. Oleh sebab itu, saya ingin membuat sedikit teguran dalam hal ini YB. Speaker, terima kasih. Mohon pandangan daripada YB. Kuala Nerang.

Speaker

Terima kasih YB. Bandar Baharu. Silakan YB. Kuala Nerang.

Terima kasih YB. Bandar Baharu atas teguran, atas cadangan yang membina, saya alu-alukan dan InshaAllah pihak saya dan juga SADA khasnya akan mengambil tindakan proaktif bagi merealisasikan cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, saya ingin memberi sedikit maklumat, ‘input’ kepada Dewan berhubung dengan NRW ini. NRW ni yang menjadi salah satu daripada projek utama kita yang kita akui salah satu daripada kesan ‘reserve’ atau margin air kita kurang ni ialah kerana NRW kita tinggi. Walau bagaimanapun, kalau mengikut ‘baseline’ yang ditetapkan oleh ‘baseline’ NRW 2022 ini, 51.4% tetapi kita di Kedah ini 50.7% dan pada tahun lepas 31/12/2023, 50.52% tanpa Langkawi. Kalau campur dengan Langkawi, 50.7%. Langkawi pun banyak pasal submarine, submarine tu banyak yang bocor. Sebab tu kita dah dapat peruntukan RM50 juta itu untuk dibuat baik pulih kepada submarine tersebut. Kita harap itu salah satu daripada usaha yang kita buat.

Untuk makluman juga, projek NRW ni dia bukan setahun tapi dia ambil masa selama lebih kurang 15 tahun dan telah dimulakan sebenarnya pada Januari tahun 2023 dan akan berakhir pada 31 Disember 2037. Masa yang agak panjang. Projek ini mengambil masa lebih kurang 15 tahun dengan kadar sasaran pengurangan NRW ni sebanyak 2% setiap tahun. Melalui usaha-usaha yang dibuat, kita harap akan dapat dicapai kadar ‘reserve’ margin air ini akan dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama kadar NRW ini dapat diturunkan. Sekadar itu saja Yang Berhormat, terima kasih.

Speaker

Okay, terima kasih Kuala Nerang. Untuk soalan seterusnya saya menjemput ADUN Gurun.

Assalamualaikum YB. Speaker, soalan saya nombor 16.

16. Pohon dinyatakan :-

Adakah pihak kerajaan negeri becadang untuk menyediakan skim pinjaman mikro untuk belia pinggiran bandar dan kampung?

Timbalan Speaker

Silakan YB. Kubang Rotan.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Terima kasih YB. Gurun. YB. Tuan Speaker, soalan daripada Gurun adalah, adakah pihak kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan skim pinjaman mikro untuk belia pinggiran bandar dan kampung? Sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar pada Pembentangan Bajet 2024 yang lalu, Kerajaan Negeri melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) akan memberikan bantuan pinjaman ini kepada semua usahawan-usahawan yang memerlukan termasuklah golongan-golongan belia yang berada dalam bandar, luar bandar, dan juga kampung-kampung sepertimana yang dihasratkan oleh YB. Gurun.

Pinjaman ini diberikan kepada mereka yang berkelayakan dan dinamakan Skim Pinjaman Mikrokredit i-Sejahtera Negeri Kedah dan jumlah pinjaman bermula daripada RM3,000.00 sehingga RM10,000.00. Di antara kluster-kluster perniagaan yang layak untuk memohon pinjaman ini adalah makanan dan minuman, kesihatan dan kecantikan, fesyen dan tekstil, automotif, percetakan dan pengiklanan, pertanian, seni dan kraf. Bagi tempoh bayaran balik, kita telah menetapkan bermula 36 bulan sehingga 60 bulan tempoh pembayaran balik bergantunglah kepada sebanyak mana yang telah dipohon oleh usahawan-usahawan tersebut dan setiap bulan dikenakan caj sebanyak RM5.00. Di sini sukalah saya tekankan bahawasanya kerajaan negeri pada hari ini sentiasa prihatin terhadap keperluan-keperluan para belia yang berada di bandar ataupun di luar bandar terutama yang bersangkutan dengan minat mereka terhadap bidang keusahawanan. Jadi, kerajaan sedar ramai yang minat tetapi menghadapi pelbagai kekangan termasuklah daripada modal permulaan sehinggalah kepada tunjuk ajar dan bimbingan. Usaha akan terus dilakukan untuk mengatasi masalah ini demi memastikan kerajaan menyediakan persekitaran yang merangsangkan dan ‘inclusive’ kepada anak muda yang minat terhadap bidang keusahawanan ini. Ini termasuklah sebagai contoh kita akan memperbanyakkan lagi ‘engagement’ dengan kumpulan sasar dan memudahcarakan apa yang sebelum ini dilihat sukar dan mengekang. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Kubang Rotan. Ada soalan tambahan?

Terima kasih kepada YB. Kubang Rotan. Yang Berhormat soalan tambahan saya, bilakah permohonan ini dapat dibuat? Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Okay. Permohonan ini boleh dimohon awal bulan empat, okay. Apa pun maklumat lanjut ini akan dimaklum oleh UPUK melalui facebook rasmi Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK) ataupun pemohon boleh pergi ke tingkat tiga UTC. Tapi bulan empat dah boleh mohon. Terima kasih.

Speaker

Okay, terima kasih YB. Kubang Rotan. Untuk soalan seterusnya saya menjemput YB. Derga.

Terima kasih Tuan Speaker. Mohon jawapan soalan nombor 17.

17. Pohon dinyatakan :-

Adakah kerajaan Negeri menyokong dan menyalurkan bantuan kewangan badan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif di Negeri Kedah dan jika ya, bagaimana bantuan ini disalurkan?

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Terima kasih YB. Speaker. Terima kasih soalan daripada YB. Derga. Pohon dinyatakan adakah kerajaan negeri menyokong dan menyalurkan bantuan kewangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergiat aktif di Negeri Kedah dan jika ya, bagaimana bantuan ini disalurkan? Jawapannya ya. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif. Kaedah bantuan kewangan disalurkan kepada NGO bergantung kepada dasar dan mekanisme yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini adalah termasuk pembiayaan secara langsung melalui sumbangan peruntukan khas, program kerjasama, program sokongan atau melalui agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyokong aktiviti-aktiviti NGO. Proses permohonan dan kriteria kelayakan untuk menerima bantuan kewangan adalah berbeza dan bergantung kepada dasar dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri. NGO perlu menghubungi agensi kerajaan yang bersesuaian atau mencari maklumat terkini tentang peluang-peluang bantuan kewangan yang disediakan. Bantuan yang disalurkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) daripada pihak kerajaan boleh merangkumi dalam beberapa kaedah. Kaedah pertama peruntukan kewangan kerajaan negeri. Kerajaan negeri menyediakan peruntukan kewangan sebagai bantuan kepada NGO untuk menyokong program dan aktiviti NGO serta program kerjasama dengan pihak Kerajaan yang berkaitan dengan portfolio-portfolio EXCO. NGO boleh memohon bantuan kewangan melalui program-program ini. Contohnya, pelaksanaan penganjuran program, bengkel, seminar, dan latihan untuk memperkasakan kemahiran dan pengetahuan NGO dalam pengurusan pertubuhan, pelaksanaan program pembangunan masyarakat, atau bidang-bidang lain yang berkaitan.

Dan seterusnya kaedah yang kedua melalui agensi dan jabatan kerajaan. NGO boleh mohon geran peruntukan kewangan melalui agensi-agensi dan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan program-program atau inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan pembangunan sosial dan masyarakat, sukarelawan, kebajikan, pendidikan, kesihatan, atau sektor-sektor yang lain. Kerajaan menyokong dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di mana pada tahun 2023, kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti sebanyak RM20 juta kepada persatuan penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Melalui Belanjawan 2023 bagi Negeri Kedah, JPPN iaitu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah meluluskan peruntukan geran sebanyak RM800,000.00 pada peringkat awal tetapi memandangkan permohonan yang diterima daripada Persatuan Penduduk di Negeri Kedah mendapat sambutan yang tinggi, maka tambahan peruntukan sebanyak RM250,000.00 diberi menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) sebanyak RM1,050,000.00 untuk dimanfaatkan oleh 105 pertubuhan di bawah Kategori Sosial Penduduk yang layak di Negeri Kedah di mana setiap satunya layak menerima sehingga RM10,000. Kaedah yang ketiga, pelaksanaan projek bersama. Kerajaan dan NGO boleh bekerjasama untuk melaksanakan projek-projek tertentu. Dalam kes ini, kerajaan menyediakan dana dan NGO bertanggungjawab untuk melaksanakan projek tersebut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung, pihak NGO dapat membina rangkaian bekerjasama antara agensi kerajaan negeri untuk meningkatkan akses kepada sumber daya dan sokongan. Dan seterusnya, kerajaan negeri mengalakkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman antara NGO yang beroperasi di Negeri Kedah. Untuk meningkatkan keberkesanan pertubuhan mereka, kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa tetap untuk memantau dan menyediakan sokongan teknikal serta khidmat nasihat kepada NGO untuk membantu mereka dalam pelaksanaan program atau penyelesaian masalah yang dihadapi. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, penyaluran peruntukan bagi permohonan yang berjaya telah disalurkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh pemakluman. Peruntukan ini disalurkan terus ke akaun pertubuhan yang diperakui dalam borang permohonan yang didaftarkan atas nama pertubuhan sahaja dan akaun tersebut perlu berstatus aktif. Sekian, terima kasih.

Speaker

Okay, terima kasih YB. Kulim. Soalan tambahan sekiranya ada?

Ya, soalan tambahan. Apakah contoh-contoh program kerjasama di antara kerajaan negeri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dilaksanakan? Terima kasih.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Terima kasih, soalan tambahan daripada YB. Derga. Antara program-program kerjasama di antara kerajaan negeri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang pernah dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Insan Negeri Kedah, Jabatan Belia Negeri, Pejabat Daerah dan lain-lain agensi seperti berikut; Kem Remajaku Sejahtera, pesertanya di antara 13 hingga 15 tahun bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Amal Ilmuan yang bersifat kesukanan seperti Program Kayuhan Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah yang bekerjsama dengan NGO Persatuan Aspirasi Ummah, Futsal Komuniti Sejahtera Negeri Kedah 2023 yang bekerjasama dengan Persatuan Rabitah Anak Kedah, program yang bersifat kemasyarakatan dan komuniti seperti Program Persediaan Bantuan Awal Kecemasan dengan kerjasama NGO Persatuan Komuniti Siam, program kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kebersihan yang bekerjasama dengan NGO Persatuan Penduduk Kampung Boh. Terima kasih.

YB. Tuan Speaker, ada soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Apakah rancangan untuk menggembleng bantuan dan sokongan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan dalam pembangunan masyarakat?

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Terima kasih, soalan tambahan daripada YB. Kuah. Rancangan untuk menggembleng bantuan dan sokongan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam pembangunan masyarakat. Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pertubuhan Malaysia iaitu JPPM sentiasa komited dan fokus dalam melaksanakan fungsinya memperkasakan pertubuhan berdaftar agar bergerak sejajar dengan matlamat dan

tujuan perlembagaan pertubuhan yang diluluskan dan mematuhi undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 di bawah Akta 832 dan undang-undang lain yang berkuat kuasa iaitu melalui beberapa inisiatif seperti pelaksanaan program Up Rich kepada pertubuhan berdaftar di seluruh Malaysia bagi memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan tadbir urus dan tanggungjawab pertubuhan yang baik. Dan inisiatif yang seterusnya seperti pengukuhan kod tadbir urus petubuhan, kod ‘of good conduct’ (dengan izin) merupakan komitmen yang turut digariskan di dalam teras strategi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Selain daripada itu, inisiatif pemberian Geran Khas untuk memperkasakan komuniti dan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah bermula sejak tahun 2013 bagi menggerakkan dan memperkasakan peranan pertubuhan di Malaysia. Dan bukan saja Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mempunyai inisiatif memperkasakan NGO, terdapat juga agensi jabatan lain yang mempunyai inisiatif seperti kerajaan negeri dan Jabatan Perpaduan Negara, integrasi nasional dan lain-lain. NGO juga bergerak melalui inisiatif yang merentasi bidang kuasa di pelbagai peringkat kementerian dan pelbagai. Sekain, terima kasih.

Speaker

Okay, terima kasih YB. Kulim. Urusan seterusnya.

Setiausaha Dewan

Sambungan penggulungan di atas Usul Menjujung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar oleh kerajaan.

II. Sambungan Penggulungan Di Atas Usul Menjujung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar Oleh Kerajaan.Motion

Speaker

Terima kasih Tuan Setiausaha. Seterusnya saya menjemput YB. Suka Menanti yang tak dapat menghabiskan semalam. Tapi sikit saja noh?

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Izin saya mulakan dengan serangkap pantun.

Kelmarin ni Tokai kata enjin diesel, Enjin diesel tahan lama, YB. Speaker satgi bunyi saja wisel, Saya tak boleh cakap lama.

YB. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, sekurity atau keterjaminan makanan bukan hanya melihat kepada penghasilan ‘output’ (dengan izin) tetapi tindakan pencegahan dan kawalan wabak sekiranya ia terjadi, perkara ini boleh dibendung. Dengan adanya data perpusat ini, sebagai contoh adanya ladang ternakan yang terkena wabak di dalam plot 20 km radius, kita dapat mengenal pasti ladang mana yang perlu diambil perhatian untuk dikurantin. Ianya dapat membantu memudahkan pengurusan dan mobilisasi agensi kerajaan dalam menangani masalah tersebut. YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, menyentuh kembali subsektor padi dan beras. Dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, “nasib pesawah yang merupakan ‘powerhouse’ (dengan izin) sektor pertanian padi dan beras perlu diberi perhatian yang serius, dengan kos input pertanian yang tinggi, hasil pendapatan yang sangat rendah, keringat mereka diperah, dengan balasan tidak setimpal”. Ya! Harga belian padi meningkat, tapi jelas ianya akan menjejaskan rantaian pasaran. Harga belian padi naik bukanlah satu mekanisme jangka panjang yang membantu memulihkan industri ini. Harga belian tinggi akan menyebabkan harga ‘input’ semakin tinggi. Bekalan beras import kini meningkat mendadak, beras tempatan tiada. Ya! Realiti di pasaran yang perlu kita lihat dan hadapinya. Pelik tapi benar! Bendang keliling, penghasilan padi meningkat. Beras tempatan pi mana? Jika Kerajaan Persekutuan ingin teruskan dasar ini, rantaian nilai sektor padi perlu distrukturkan semula dengan merangka satu mekanisme pengagihan keuntungan padi beras baharu dengan mengutamakan petani, bukannya menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Akta dan peraturan sedia ada berkaitan pertanian terutamanya padi dan beras yang diluluskan beberapa dekad yang lalu mungkin tidak lagi sesuai untuk kegunaan industri pada masa ini. Sejak penggubalan akta dan peraturan tersebut, semakan yang dilakukan adalah minima……(YB. Bayu mencelah)

Yang Berhormat Speaker, boleh mencelah?

Speaker

Boleh bagi laluan ka Suka Menanti? Bayu, okay silakan.

Terima kasih YB. Suka Menanti, saya nak tanya soalan. Sejauh manakah hasil usaha kerajaan negeri untuk memperluaskan kawasan jajahan MADA seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini? Terima kasih.

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Bayu. Sebenarnya usaha ini sedang dijalankan dan diteruskan. Perbincangan di antara pihak-pihak agensi Kerajaan Pusat terutamanya sedang dijalankan. Ini pihak kerajaan negeri hanya menjadi pemudah cara kerana ia berkaitan dengan agensi-agensi Pusat, terutamanya MADA dan JPS. Itulah dua agensi utama yang sekarang ini sedang berbincang untuk mendapat kesepakatan tentang perluasan kawasan MADA plus ni. Terima kasih Bayu. Sangkut dah, tang mana tak tau, Bayu kacau. Semakan yang dilakukan adalah minimum untuk disesuaikan dengan ekosistem pertanian atau agromakanan sedia ada dan ketersediaan menghadapi cabaran global kelak. Sebagai salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah ialah kita mengadakan satu sistem dipanggil “Dashboard Padi dan Beras”. Satu sistem yang dibina secara in-house (dengan izin) oleh pihak BPEN. Tahniah pihak BPEN dan khususnya kepada Encik Afiq dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat Kedah (BTMK) dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Tujuan bagi memudah cara pengurusan pengesahan benih padi oleh Jabatan Pertanian dan pengilang-pengilang yang diberi kuota benih padi. Sistem ini juga dirangka bagi membolehkan pesawah-pesawah mendapat maklumat yang sahih dan tepat berkaitan kedudukan semasa, keperluan dan bekalan benih padi Negeri Kedah. InshaAllah, diharapkan sistem ini dapat dilancarkan dan digunakan dalam masa penanaman seterusnya. Juga kita usahakan mesyuarat-mesyuarat dengan YB. Menteri, kita bermesyaurat dan berbincang dengan pengilang-pengilang, usaha PPK Kubur Panjang, lawatan Cak Ah di Johor dan juga Negeri Sembilan. Sebagai makluman YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, contoh akta-akta yang perlu dilihat dan dikaji adalah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 1969, Akta Rumah Penyembelihan dan Penswastaan 1993, Akta Lembaga Padi dan Beras Negara atau Syarikat Pengganti 1994.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di antara usaha-usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan bagi menjadikan hasrat kerajaan negeri mengeluarkan benih sendiri dan InshaAllah pada suatu ketika kita akan mengeluarkan yang kita namakan “Beras Kedah” menjadi kenyataan. Maka usaha-usaha dan perbincangan pihak-pihak yang berwajib dan juga pihak-pihak saintis serta pakar-pakar yang mengkaji tentang padi khususnya telah memberi kerjasama dan pengakuan untuk membantu kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat murni ini, InshaAllah. YB. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, subsektor lain-lain tanaman seperti getah, Bayu jangan bangkit pulak! Yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, ianya tidak diketepikan. Kita sedar dan faham ianya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi yang bertanggungjawab dalam prestasi sektor agrikomoditi dan pengeluaran, pemprosesan dan dari pembuatan sehingga ke pemasaran. Pun begitu, Kedah dan rakyat adalah perhatian dan keutamaan kami semua. Kalau tidak menolong secara total dalam mengurangkan kos, kita tolong dalam meningkatkan pendapatan pekebun. Lawatan tanah aras, lawatan ke tapak-tapak tanaman bukanlah lawatan semata-mata, tanda aras atau ‘benchmarking’ (dengan izin) adalah suatu proses yang perlu dilalui dalam mengenal pasti ruang dan peluang penambahbaikan. Pihak kerajaan negeri melalui Portfolio Pertanian dan Perladangan telah mengambil pendekatan dan ianya dimanifestasikan dalam Pelan Strategik Portfolio Pertanian dan Perladangan. Strategi dan inisiatif telah dirangka dalam tindakan perlaksanaan oleh setiap agensi peneraju bagi sektor petanian. Tidak hanya berbicara berkaitan penghasilan usahawan atau penghasilan produk baru, tetapi perancangan serta tindakan bagi memastikan golongan agromakanan dan agrikomoditi ini kekal relevan berpendapatan setimpal atau tinggi dan berdaya saing dalam pasaran yang mencabar. Contoh tanaman selingan yang boleh disyorkan kepada penoreh-penoreh getah adalah seperti kopi robusta, ubi kayu, halia putih, halia hitam, cendawan ulat dan lain-lain. YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sektor pertanian ini adalah sangat meluas, bak kata ayat ‘trend’ sekarang ini, “terpaling meluas”. Bukan sahaja berkaitan cucuk tanam, agropelancongan dan gastronomi pun termasuk. Orang Kedah kata, “goi semua sekali masuk dalam”. InshaAllah, program seperti Hari Penternak dan Peladang Negeri Kedah akan diteruskan dan diperkasakan serta penyertaan Negeri Kedah dalam program MAHA di Serdang, Selangor akan diteruskan. InshaAllah, kita akan menganjurkan program (dengan izin) “Durian Fest” semasa musim durian nanti di Bandar Baharu, InshaAllah dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan para hadirin dijemput hadir, kita pakat makan durian. Mungkin YB. Bandar Baharu nak buat kenduri

durian kot? Dan “mai makan pelam Kedah” akan dihidupkan Kembali. InshaAllah YB. Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita juga bercadang nak mengadakan satu “Festival Ulam” di Daerah Sik nanti. Kita pakat-pakat perkenalkan ulam tempatan yang banyak khasiatnya. Banyak orang lupa dah, anak muda tak kenal dah segala jenis ulam-ulam apa pun. YB. Speaker, bagi mengakhiri ucapan penggolongan saya, saya dengan ini menjunjung kasih…… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Belantek nak mencelah ka?

Yaa… Ya! Ya! Sikit saja YB. Tuan Speaker. YB. Suka Menanti, penanaman padi huma telah dijalankan di Daerah Sik bermula dari tahun 2000 sampai sekarang dan seramai empat orang petani aktif mengusahakannya. Adakah hasrat kerajaan negeri memperluaskan aktiviti padi huma ini di seluruh kawasan-kawasan yang sesuai di seluruh Negeri Kedah ini? Terima kasih.

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

YB. Speaker, terima kasih YB. Belantek. InshaAllah, kita bukan hanya ingin memperluaskan penanaman padi huma di tempat-tempat yang bersesuaian, malah di seluruh Negeri Kedah kita cuba sedaya upaya untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran padi sama ada huma ataupun juga jenis padi yang lain supaya kita Negeri Kedah ini akan menjadi pengeluar padi ataupun pengeluaran tani utama negara kita ini, InshaAllah. YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, saya dengan ini menjujung kasih dan menyokong penuh Usul Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-15. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan. Juga ucapan terima kasih dan perhargaan kepada semua ketua-ketua jabatan serta agensi Negeri dan Pusat yang banyak membantu dalam menjayakan dasar-dasar di bawah portfolio saya ini khususnya dan Kerajaan Negeri Kedah amnya. Perkara-perkara yang dibangkitkan akan menjadi pemangkin buat saya untuk bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu pencapaian di bawah portfolio

saya. Seterusnya bersaksikan ekspresasi di bawah harapan dan hasrat YAB. Menteri Besar iaitu “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” dan untuk kita mencapai wawasan “The Greater Kedah 2035”. YB. Tuan Speaker, saya mula dengan serangkap pantun dan saya akhiri pun dengan serangkap pantun. Izinkan. Negeri Kedah Jalapang Padi, Hasil titik peluh para pak tani, Wahai hadirin yang saya kasihi, Marilah kita bela nasib petani.

Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Okay, terima kasih YB. Suka Menanti. Seterusnya saya menjemput YB. Kuala Ketil. Dipersilakan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Dengan pantun semua cukup, mencabar kita ni, kita tak tak ‘prepare’ pantun pula. Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. YB. Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Pegawai Kewangan Negeri, YB. Penasihat Undang-undang, seterusnya yang saya hormati sahabat-sahabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya tuan-tuan, puan-puan muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Pertama dan selamanya kita panjatkan sepenuhnya kesyukuran kepada Allah SWT. kerana dengan limpah kurnia serta izinnya dapat kita berada di Dewan yang mulia ini. Marilah kita panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Ilahi, dengan rahmatNya dapat kita berada di Dewan yang mulia ini dan berada dalam Sidang Dewan yang telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan pada 4 haribulan Mac yang lalu. Patik menjujung kasih Tuanku atas titah yang telah diberikan pada Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kelima Belas. Dalam Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah bertitah bahawasanya “Pihak Berkuasa Tempatan perlu memastikan konsep pembangunan Langkawi perlu mengekalkan keindahan dan persekitaran alam agar Pulau Langkawi kekal dengan ciri keindahan semula jadi”.

Oleh yang demikian, merujuk kepada Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, kerangka konsep pembangunan Langkawi adalah seperti berikut; Visi dan misinya adalah “Langkawi Hijau dan Lestari” manakala temanya ialah “Naturally Langkawi”. Bagi memastikan konsep pembangunan Langkawi mengekalkan keindahan dan persekitaran alam, ada beberapa kaedah yang kita sediakan, kita nyatakan untuk pembangunan ini diluluskan. Antara syarat-syaratnya, antara kaedah-kaedahnya, yang pertama adalah tidak digalakkan pembangunan di atas tanah-tanah rezab jalan ataupun rezab JPS ataupun JKR, memastikan garis perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi, mewujudkan ruang pejalan kaki dan basikal yang mesra pengguna yang dapat menyokong konsep reka bentuk “Bandar Selamat” khususnya jalan awam dan jalan binaan yang terap air dan bukannya diturap. Seterusnya, kita juga menyediakan setiap pemohon-pemohon bagi industri-industri menyediakan kawasan lapang dan kawasan hijau yang mencukupi. Seterusnya bagi melaksanakan langkah-langkah program Bandar Selamat seperti pemasangan kamera litar tertutup, pencahayaan, cermin keselamatan, pengasingan laluan pejalan kaki dan laluan bermotor, pembangunan hendaklah menyokong kepada pembangunan kejiranan hijau iaitu dengan menyediakan laluan pejalan kaki, sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan, tempat pembuangan sisa berkonsepkan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle). Seterusnya pembangunan ini juga akan memiliki ciri-ciri pembangunan yang berkonsepkan “Langkawi Low Carbon” iaitu tenaga boleh diperbaharui atau tenaga solar, mobility elektrik iaitu kenderaan yang menggunakan kaedah elektrik, pengurusan sisa pepejal, sisa buangan dan bangunan hijau ataupun ikonik. Seterusnya kawasan pembangunan yang telah dilandskapkan mengikut spesifikasikan yang ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landscape Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan. YB. Speaker dan sahabat-sahabat Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil peranan yang penting dalam perbahasan dua hari yang lalu dan izinkan saya sebelum menjawab pada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua, saya akan menjelaskan sedikit apakah yang telah dilaksanakan oleh bahagian portfolio saya. Berapa minit ni YB. Speaker?

Speaker

Kalau boleh ambil dalam 20 minit cukup lah.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tudia aih!!! Mana boleh. Bab pendatang asing saja pun tebai ni, nak jawab lagi ni….

Speaker

Lebih lah sikit… 5 minit.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang pertamanya adalah kita menggalakkan usaha pelaksanaan “Bandar Pintar” yang akan dilaksanakan oleh…. (YB. Bayu mohon mencelah)

YB. Speaker boleh mencelah?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Takdan mula lagi dia mencelah dah. Sat, duduk, bagi habis dulu. Satgi saya bagi masa, dan lah, ‘last’, simpan sikit.

Speaker

Dia baru nak mula, jangan mencelah lagi.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Baru nak mulaa…. Bab gajah tu orang lain lah tanya. Yang pertamanya adalah kita menggalakkan penggunaan Bandar Pintar iaitu kita nak melaksanakan di setiap PBT-PBT kita iaitu untuk menarik pertamanya lah untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara, dapat meningkatkan kemampuan ataupun kemampanan kita, menjimatkan kos pengurusan bandar, menyelesaikan isu-isu perbandaran dan kelima adalah menggalakkan pengurusan bandar yang lebih cekap melalui aplikasi teknologi. Ini adalah kaedah bandar pintar yang kita sedang menggalakkan penggunaannya. Maka dengan itu juga, kerajaan negeri amat menggalakkan pemain-pemain industri dalam Bandar Pintar, ‘green technology’, ataupun ‘low carbon technology’ untuk datang ke Kedah mengadakan libat urus dengan PBT-PBT.

Yang keduanya, kita juga telah melaksanakan “Gotong Royong Perdana” di 12 PBT, setiap PBT setiap bulan, kecuali bulan Ramadhan inilah, dan kita telah pun membuat pelancaran pada 29 Februari yang lepas di Sik iaitu di Bandar Berjaya Sik. Apa yang saya nyatakan sini adalah satu pencapaian yang amat kita banggakan adalah kita dapat mengumpul sampah bernilai hampir satu tan. Sampah yang dikutip oleh kumpulan-kumpulan yang membuat gotong-royong tersebut dan ditukarkan dengan hadiah dan juga wang tunai. Ini kita panggilkan ‘trash for cash’. Jadi, kita berterima kasih kepada Sik yang telah menjadikan final kepada projek ini, bermakna selepas ini akan disusuli oleh PBT-PBT yang lain, iaitu pada 10 hari bulan ini di Kulim dan juga di Hi-Tech. Seterusnya kita juga telah membuat pelancaran Buku Penyeragaman Prosedur Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah dilancarkan kepada semua PBT pada 25 Februari yang lalu. Kita telah mengemaskinikan SOP dalam Buku Penguatkuasaan ini daripada 14 prosedur kepada 16 prosedur iaitu yang pertama adalah Prosedur Kerja Penguatkuasa, yang kedua Arahan Kerja Pengendalian Barang Disita (Ekshibit) Pengurusan Stor Penguatkuasa, yang ketiga adalah Arahan Kerja Tangkapan, yang keempat Prosedur Pengeluaran Notis Kesalahan ataupun Kompaun, yang kelima Prosedur Pengendalian Aduan Awam, yang keenam Prosedur Masuk dan Memeriksa Premis, yang ketujuh Prosedur Meroboh Tambahan Ubahan Gerai Tanpa Kebenaran di bawah Akta 171, ke lapan Prosedur Rampasan Penyitaan Gerai Tanpa Lesen, yang kesembilan Prosedur Pengurusan dan Pelupusan Iklan Tanpa Kebenaran, yang kesepuluh Prosedur Menghapus Kacau Ganggu di bawah Akta 171, sebelas Prosedur Penangkapan dan Pelupusan Haiwan Merayau, yang kedua belas Prosedur Pengurusan Kenderaan Terbiar, yang ketiga belas Prosedur Pengurusan Barang Disita dan Dipindahkan Melalui Tindakan Penguatkuasaan, yang keempat belas Prosedur Penangkapan dan Pelupusan Anjing Berkeliaran, yang kelima belas Prosedur Pengurusan Binaan Tanpa Kebenaran di bawah Akta 133 dan yang keenam belas Prosedur Pembukaan Kertas Siasatan. YB. Speaker, lanjutan daripada perasmian Buku Penguatkuasaan ini, kita adalah PBT yang pertama kita bukukan dalam buku SOP ini dan InshaAllah kita akan adakan satu lagi seminar iaitu adalah Seminar Kawalan Trafik dan Kenderaan Terbiar yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat kepada semua PBT-PBT. YB. Speaker, sebenarnya kita juga telah mengeluarkan arahan kepada PBT untuk membuat pemantauan lokasi-lokasi karnival ataupun expo-expo atau bazar-bazar di sepanjang bulan Ramadhan ini. Memandangkan kita nak menjaga kesucian bulan Ramadhan, kita nak menggalakkan PBT membuat pemantauan agar tidak berlaku muzik-muzik melampau dalam tempoh-tempoh 10 akhir Ramadhan itu. Orang sibuk nak mencari

Lalilatul Qadar, depa nak mencari lailatul cabutan bertuah. Yang ini pun kita minta juga lah PBT membuat pemantauan. Jika ada pelanggaran atau mencemarkan bulan Ramadhan, kita minta PBT terus menguatkuasakan dan menghentikan expo-expo tersebut. Seterusnya kita juga telah mengeluarkan arahan menghentikan perniagaan khususnya di pasar-pasar malam dalam waktu tempoh azan Maghrib, bagi kita menghormati waktu azan Maghrib dan waktu Maghrib ini waktu yang pendek. Jadi kita minta semua gerai-gerai menghentikan perniagaan dan pergi sembahyang. Jangan berhenti tengok saja, berhenti dan pergi sembahyang sebab masa ini sangat pendek. Kalau kita tak buat macam ini, mereka akan sibuk dengan perniagaan mereka dan sekurang-kurangnya kita menggalakkan benda yang baik kepada peniaga-peniaga kita. Seterusnya kita juga telah melaksanakan Seminar Ahli Majlis PBT yang telah diadakan pada 15 Februari yang lalu yang telah menghimpunkan semua Ahli-ahli Majlis kita di Hotel Raia tempoh hari. YB. Speaker, seterusnya kita juga sedang merancang untuk melaksanakan program ‘trash for cash’ iaitu kita akan membuat libat urus bersama dengan satu pengusaha yang akan membuat tawaran kepada komuniti di setiap daerah untuk membuang sampah dan diberikan ganjaran. Dulu buang sampah begitu saja, hari ini mereka buang sampah, kita akan libatkan komuniti-komuniti di peringkat daerah termasuk MKK kita, dan mereka akan dapat bayaran daripada buang sampah tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat bayangkanlah, baru ini kita buat di Sik, mereka boleh tawarkan minyak masak terbuang yang terpakai itu, 5 liter kan dibayar dengan RM3 satu, maknanya ada nilai lah. RM3 satu tu, bukan minyak baru, minyak baru mahal….

Speaker

YB. Bukit Pinang minta laluan YB. Kuala Ketil. Ringkaskan ya!

Dato' Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

YB. Speaker. Pasal bagi dok senyap saja. Terima kasih YB. Speaker dan Kuala Ketil. Saya nak minta pandangan dan saya minta lah sebab berlaku insiden yang kurang senang lah dua program lepas, pertama di stadium, yang kedua di sebelah Ayer Hitam. Sebab nampak hiburan yang melampau, sebab kita hendak supaya sebelum berlaku hiburan itu mestilah mereka bagi peraturan untuk dapat kelulusan tapi mungkin peraturan itu tak sebut dalam kelulusan yang dia bagi itu. Tapi akhirnya berlaku hiburan sampai depa pun nak lagu ni lah Kuala Ketil (sambil menunjukkan aksi menari). YB. Kuala Ketil, depa pun nak program macam itu juga, jadi kita nampak kurang manis sebab kita duk

“The Greater Kedah” bila Tuanku sebut Negeri Kedah, Islam sebagai agama rasmi. Kita tak mahu hiburan yang melampau, kalau boleh bila berlaku melampau macam itu biarlah ‘enforcement’ terus ‘stop’ ataupun bagi amaran. Sekian, terima kasih.

Speaker

Bayu!

Terima kasih YB. Kuala Ketil. Cuma sebagai persediaan Tahun Melawat Kedah 2025 ni, adakah kerajaan Negeri Kedah di bawah EXCO memantau kebersihan di restoran-restoran kerana ini menjadi satu imej agar pelancong masuk ke Kedah kita ni melihat kebersihan yang dilakukan oleh kerajaan kita. Terima kasih.

Kota Siputeh!

Timbalan Speaker

Yaa…. Kota Siputeh.

Bismillahirrahmanirrahim. Kota Siputeh ingin mengucapkan setinggi terima kasih dan juga tahniah kepada YB. Kuala Ketil selaku EXCO juga atas inisiatif yang cukup baik berkenaan dengan pengurusan sampah ini kerana pengurusan sampah ni pada sidang yang lepas juga Kota Siputeh ada menyentuh berkenaan dengan satu ekosistem yang wajar dibangunkan dan ni Kota Siputeh kita nampak dan berharap adalah merupakan satu tapak lah asas yang mana mungkin kita dapat kembangkan lagi boleh bangunkan dengan sistem mungkin point, kad ataupun token dan juga sistem macam di Jepun supaya kita boleh dapat lagi kaitkan dengan sistem-sistem mungkin dengan beras sejahtera kita ka, orang kumpul tu dapat point dengan kedai-kedai makan yang di bawah PBT ka boleh ‘sign up’ di bawah Kerajaan Negeri Kedah, so ekosistem ni dia terangkum di dalam kawasan kita dan akan bagi manfaat untuk orang-orang yang menguruskan sampah dengan baik ni dapat point, dapat ‘redeem’ daripada tu. Mungkin boleh rujuk perkara-perkara ni. Syabas dan taniah, satu inisiatif yang cukup baik daripada EXCO kita. Terima kasih.

Speaker

YB. Kuala Ketil boleh jawab dengan ringkas dan bersedia untuk berhenti.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Eh!?

Speaker

Tak lama dah.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tak bagi dah selepas ni. Untuk menjawab kepada soalan YB. Bukit Pinang tu memang itu berlaku pelanggaran. Itu dijawab oleh Choi pada malam tu, jawab dah, dia pun mengaku salah dia. Walaupun kita tak keluarkan lesen hiburan, tapi dia memang melanggar dan dalam kenyataan yang saya keluarkan, kita akan selesaikan masalah itu dan kita akan senarai hitamkan. Jika betul-betul melanggar, kita akan senarai hitamkan, termasuk di Sungai Korok memang berlaku pelanggaran seperti yang dinyatakan dan saya pun dah keluarkan arahan kepada Ahli Majlis di Kubang Pasu. Untuk Mesyuarat Majlis Penuh tu memaklumkan pada Tuan DO untuk menghentikan program tersebut dan program tersebut telah dihentikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ni berlapang dada, orang yang datang ke negara kita, datang nak buat persembahan nak buat program, nak melibatkan dengan anak muda semuanya, kita ni berlapang dada untuk memberikan ruang, tempat kepada mereka. Tapi mereka kena jujur dan ikhlas. Bila datang buat program kita, kena jujur dan ikhlas. Kalau syarat macam itu, buatlah syarat macam itu. Saya sendiri pun di Kuala Ketil membuat program selawat, Kuala Ketil Berselawat, saya minta permit kepada Majlis Daerah dan minta permit hiburan di Pejabat Daerah. Saya pun buat sebab takut dalam selawat itu ada orang naik berjoget. Jadi, kita minta juga permit itu. Jadi kita galakkanlah kepada mana-mana orang yang nak buat di Kedah ni. Kita berlapang dada datang sini, kita sangat mengalu-alukan, tetapi patuhilah syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Dan cadangan daripada Kota Siputeh kita ambil maklum, InsyaAllah. Dalam ‘trash for cash’ pun kita dah ambil maklum, sebab orang yang menghantar ‘recyle’ tadi tu, barang-barang kitar semula, kita akan beri dalam bentuk insurans untuk dia dapat manfaat. Untuk pandangan YB. Bayu, itu memang dalam perancangan kita. Kita akan ‘sit down’ bersama dengan pelancongan dalam perkara-perkara yang akan kita ambil tindakan. YB. Speaker, teruskan lagi apa yang telah dibuat oleh pihak saya yang seterusnya adalah Festival Kesihatan iaitu kita akan laksanakan dalam bulan Julai ataupun Ogos nanti. Itulah sedikit perkara-perkara yang telah dilaksanakan di peringkat portfolio dan InsyaAllah saya akan teruskan menjawab kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh ADUN sekalian memandangkan masa yang agak suntuk, saya akan pergi kepada soalan yang panas dulu. Yang pertama daripada YB. Kuah. Saya akan langkau sikit, kalau yang tak sempat nanti saya akan ulang balik. YB. Kuah mengenai lesen perniagaan berasaskan pelancongan spa. Senyum diaaa…. Rajin pi spa niiii…. Boleh menjejaskan perlancongan. Sebenarnya di Langkawi ini bukanlah pelancongan itu terletak kepada spa ataupun pusat kecantikan dan rawatan kesihatan. Bukan asas dia itu. Asas kita adalah kepada Langkawi itu, pulau itu sendiri yang menjadi tarikan pelancong dunia yang mai. Kalau orang luar negara nak mai, sementara dapat spa tempat kita, spa yang bersistem, baik dia pi tempat lain. Kan? Seberang sana ada spa lagi hebat punya. Kan? Jadi kita ni….. Bukan….. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Sebelah mana tu?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tak pa lah, saya tunjuk sudah lah…. Jadi masalah kita ni nak perkenalkan kepada pelancong-pelancong benda-benda yang natural, benda yang ada istimewa di Langkawi itu dengan sejarahnya, dengan pulaunya, dengan rakyatnya, dengan makanannya, dengan budaya dan sebagainya. Walau bagaimanapun, untuk makluman Kuah, di Langkawi juga ada urutan tradisional. Tetapi balik nanti jangan cari pulak. Urutan tradisional kita ada 41 premis masih berjalan. Refleksologi ada 30, rawatan muka ada 17, dandanan rambut ada 31, gym ada 5, sauna dan spa ada 6, merias kuku pun ada juga. Orang Langkawi ni alat tu dia tak dak no? Rias kuku ada 3 premis dibuka dan solekan ada 2. Maksudnya masih ada lagi beroperasi, kita tak berhajat nak kembangkan. Tetapi dalam Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Rawatan Kesihatan, undang-undang tu masih ada. Yang nak buka spa dan mematuhi beberapa peraturan dan syarat

yang ditetapkan oleh PBT, silakan, boleh. Ada syarat-syarat, saya tak baca di sini, panjang syarat-syarat tu. Yang ditetapkan oleh PBT, kita benarkan. Yang kita tak benarkan adalah kita mansuhkan sepenuhnya adalah urutan tadi tu. Sebab dalam konsep kita menjaga urus tadbir Negeri Kedah ni, lebih baik mencegah daripada merawat. Jika kita beri ruang yang terbuka, orang datang sesuka hati, membuat sesuka hati, akhirnya kita nak merawat tu payah. Oleh itu, tindakan yang pertama ialah kita mencegah dan mengawalnya. Boleh noh?

Mengenai cadangan hospital pakar tu, kita ambil maklum. Kita setuju dan kita akan angkat kepada KKM. Walau bgaiamanapun, kita membuka ruang kepada mana-mana pengusaha-pengusaha ataupun industri-industri yang sebenarnya daripada segi luaran ataupun swasta dalaman kita untuk membuat pelaburan dalam hospital pakar.

Saya pergi kepada soalan Kota Darul Aman dulu, sebab dia ada statistik sikit noh. Kota Darul Aman merujuk kepada kerosakan di bangunan Simpang Kuala. Untuk maklumat Kota Darul Aman, pada tahun 2024 sahaja, 2024 sahaja kita telah membelanjakan RM86,500 untuk pembaikan di bangunan Simpang Kuala sahaja, bukan bangunan PPR lain lagi, Simpang Kuala sahaja. Kota Darul Aman ni, kita jaga kawasan Kota Darul Aman ni. Boleh lepas ni sokong kerajaan lepas ni ya? Saya turun bersama Kota Darul Aman, tengok sendiri bangunan tu. Jadi Blok B tu memang kita dah buat pembaikan, tinggal Blok G dan H tu memang dalam proses pembaikan dan kos pembaikan ini ditanggung oleh kerajaan negeri, bukan duit Pusat. Bagi tahun 2023, untuk maklumat Kota Darul Aman, kita telah membelanjakan RM223,575.00. Ini juga adalah peruntukan kerajaan negeri, dibelanjakan untuk membaikan di banyak PPR, termasuk di Simpang Kuala sekali. Dan tahun ni kita telah memohon daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM14 juta. Tapi belum ada dapat respon lagi berapa yang akan kita luluskan. Jadi, kalau dapat dengan kos RM14 juta tadi tu, InsyaAllah kita boleh buat banyak pembaikan bangunan PPR-PPR kita di seluruh Negeri Kedah.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, boleh mecelah?

Speaker

Ya!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Okay, untuk YB. Kuala Ketil terima kasih atas prihatin yang diberi untuk penduduk Flat Simpang Kuala. Cuma untuk yang G dan H tu, blok tu sangat teruk dan tiba-tiba boleh terkeluar lah bumbung tu. Jadi, saya minta untuk pakai dana kecemasan untuk buat membaikan kerja-kerja tersebut. Jika boleh, sebab memang 2 tahun dah, tapi sampai sekarang masih tak buat lagi. Thank you.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Okay, terima kasih Kota Darul Aman. Dia bukan setakat bumbung, dalam PPR kita ni semua teruk. Kan? Yang banyak kita buat kos pembaikan ni melibatkan tangki septik tu. Itu yang paling banyak. Tandas dengan tu cukup banyak. Bila kita nak masuk fasa ni masuk bumbung kan. Kos dia memang tinggi lah untuk membaikan PPR ni. Bahagian Perumahan juga, sambung kepada kenyataan tadi tu, Bahagian Perumahan juga kita telah membentangkan satu permohonan PPR di peringkat Persekutuan. InsyaAllah kalau diluluskan, kita akan buat di Kampung Setar YAB. Dato’ Seri, Kampung Setar, Mukim Jeneri, sebanyak 200 unit. Itu sekarang sedang dipertimbangkan.

Speaker

YB. Kuala Ketil, ada 7 minit lagi.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

7 minit lagi? Sat nah. Boleh? Sabar sat. Pasai apa depa lain sampai 45 minit, saya sikit?

Speaker

Yang mana boleh PM tepi, PM tepi saja.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Seterusnya saya akan pergi kepada isu yang lebih panas, iaitu isu tentang pendatang asing tanpa izin taupun pendatang asing berizin seperti yang dibangkitkan Lunas. Suka saya maklum di sini Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pendatang asing ni kita bukanlah fokus kepada Bangladesh sahaja. Kalau kita tengok di Kedah ni semua premis, semua industri ada pendatang asing. Kalau

kita pi Mydin, Mydin pun ada pendatang asing yang bekerja di situ, jadi ‘cahsier’. Kita pi Nasi Kandar Hussain, pun ada pendatang asing bekerja. Kita pergi sektor bangunan untuk cuci bangunan pun, pendatang asing. Bermakna pendatang asing ni bukanlah kita bangkitkan hanya Bangladesh sahaja, semua bangsa ada. Kedai tomyam ada, kedai makan, semua adalah yang menggajikan pekerja asing ni. Sebab mungkin kos mereka rendah. Tapi yang saya nak nyatakan di sini, baru-baru ni tular dengan video mengatakan di Kulim sahaja diserang dengan warga asing sampai 50,000 orang. Saya ambil kenyataan daripada Imigresen keluarkan, bahagian pembinaan kita ada 709 orang, pembuatan 155 orang, perkhidmatan ada 1,895 orang, perkilangan ada 12,142 orang, perladangan ada 362 orang, pertanian ada 248 orang. Bermakna jumlah keseluruhan pekerja asing kita ni baru ada 15,511 orang. Ni pekerja asing kita yang ada di kawasan Kulim.

Tebaran mereka di kawasan Kulim ni ialah kita yakin bahawa mereka ini adalah pendatang yang berizin, sebab bekerja di sektor-sektor industri yang sedang berkembang di kawasan Hi-Tech dan juga kawasan Kulim. Fokus mereka ini adalah bekerja di awal pembinaan sektor industri tersebut kerana orang tempatan tidak ada yang berminat untuk bekerja di sektor industri pada awal pembinaan. Kita ambil di kawasan Paya Serdang ini, berhadapan dengan Hi-Tech Fasa 4 yang sedang rancak pembinaan dan telah pun siap. Paya Serdang ni adalah pada amnya adalah bangunan yang terbiar. Kalau kita lalu nak pergi ke Kulim atau nak pergi ke Hi-Tech di simpang 4 tu, bangunan terbiar ditinggalkan begitu lama. Komuniti pekerja asing ni berhimpun di situ setelah membuat kerja-kerja pembinaan di Fasa 4 tadi. Mereka berjalan kaki pagi-pagi dan berjalan balik kerana tempat mereka bekerja depan tu. Mereka ni bukan yang bekerja dalam kilang, kita bercakap sekarang ni orang yang bekerja di awal pembinaan industri tersebut. Mereka ni akan berkurangan. Apabila siapnya industri sebut, mereka ni akan berkurangan.

Walau bagaimanapun, di Paya Serdang tu tempat yang terbiar sebelum ni tapi apabila komuniti ni ramai, mereka menghuni tempat tersebut, bermakna tempat tu menjadi maju, tempat tu dibangunkan semula. Ada industri kecil dan sederhana sedang dibina di kawasan sebut. Ada kedai kayu dan sebagainya industri kecil di sana. Dan saya telah pun melawat bersama Dato’ YDP kawasan tersebut melihat bagaimana aduan yang dibuat oleh orang ramai mengenai pasar malam di kawasan tersebut. Memang, kawasan tu kawasan yang komuniti mereka ramai. Sudah tentulah mereka berada dalam zon itu, mereka menjadi ‘customer’ kepada keadaan situ. Sebab orangnya ramai. Jadi….. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Pedu minta laluan.

Boleh Kuala Ketil?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Sat! Sat! Sat! Tak habis, panjang lagi. Sat nah. Jadi, sudah tentulah mereka menjadi komuniti untuk membeli barang dan sebagainya. Dan orang kita yang berniaga di situ juga mendapat hasil nikmat yang cukup baik kerana sebahagian hasil pendapatan mereka, sehari kadang-kadang mencecah sampai RM3,000.00 kerana ada permintaan, permintaan daripada orang ramai di situ.

Jadi apabila saya turun melihat, memanglah keadaan yang tidak sempurna dengan susunan atur dan sebagainya. Kita telah berbincang dengan Majlis Perbandaran Kulim dan telah pun diatur semula kawasan pasar malam tersebut menggunakan laluan belakang, jadi lebih tersusun. Pokok-pokok dibuang, tanah diperata balik dan tempat-tempat disusun. Semua peniaga-peniaga itu adalah peniaga tempatan, yang mengambil tempat untuk berniaga di kawasan tu adalah peniaga tempatan. Dan kita beri jaminan, kita beri jaminan tidak akan ada lesen dikeluarkan kepada peniaga asing, kecuali dia bekerja dengan orang lain. Tapi untuk dia diberi lesen, saya beri jaminan pihak saya, tidak akan ada. Sebab ini adalah dasar dan syarat kita. Kita hanya benarkan kepada orang tempatan. Jika ada aduan, saya menggalakkan mana-mana wakil rakyat, mana-mana ADUN yang ada aduan mengenai isu-isu seperti ini berkaitan premis dan sebagainya, boleh terus kepada pihak MPK (Majlis Perbandaran Kulim).

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita di pihak kerajaan negeri, kita tidak boleh menangkap pendatang asing. Kita tidak ada kuasa untuk menangkap pendatang asing. Yang ada kuasa pihak-pihak seperti Imegresen ataupun polis. Kita ini hanya premis perniagaan sahaja yang kita boleh keluarkan ataupun kita rampas ataupun kita kenakan peraturan ataupun undang-undang, kita kenakan kepada mereka. Tapi nak tangkap depa, nak mengatakan bahawa ini pekerja tanpa izin, kita pun tak tau kata dia pendatang tanpa izin. Takkan nak jumpa dan tanya dia, “hang izin ka tak izin”? Maksudnya kita pun tidak kenal pasti. Sebab kita sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran pekerja asing luar ini sebagai memenuhi permintaan kepada pelaburan yang sedang rancak berjalan di kawasan Hi-Tech dan juga Kulim….. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Yaa… YB. Kuala Ketil boleh buat penggulungan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bukanlah kita nak menyerahkan sepenuhnya kepada pendatang asing, tapi sebenarnya jika mereka ini tidak masuk membantu kepada industri atau pelaburan-pelaburan yang kita ada, sudah tentu ia menjejaskan pelaburan kita. Tak ramai anak tempatan yang bekerja di sektor awal pembinaan. Kecuali bila dah siap kilang itu, masuk sebagai pekerja industri, itu ramai daripada pemuda kita hari ini.

Tuan-tuan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga mangambil maklum tentang penempatan-penempatan ini dan InsyaAllah, jika ‘progress’nya berjalan lancar, kita ada pembinaan CLQ yang akan memberi tawaran sampai 3,669 unit. CLQ ini yang kita bina di kawasan Kulim dan juga Hi-Tech yang akan menempatkan pekerja-pekerja asing ini daripada TLQ kepada CLQ yang kita akan ‘centralize’kan mereka. Jadi, itulah sedikit pandangan saya tentang pekerja asing ini. Saya minta sangat daripada mana-mana wakil rakyat atau ADUN yang menghadapi komen-komen ini, ADUAN-ADUAN ini boleh terus kepada PBT yang berada di dalam kawasa kita sebab kita ada Ahli Majlis, kita ada pejabat daerah, dan kita ada majlis daerah yang boleh kita salurkan maklumat yang lebih tepat dan kita tidak menggalakkanlah membuat pendedahan di media kerana ia boleh merosakkan atau memberi imej yang tidak baik kepada kerajaan negeri.

Saya rasa setakat tulah sempat saya sampaikan, walaupun banyak lagi soalan-soalan yang tidak sempat saya nak jawab pada persidangan kali ini atas kesuntukan masa. YB. Speaker pun dok kerling saya dah. Jadi, saya mohon maaf dan InsyaAllah, saya akan beri jawapan secara bertulis kepada…. (YB. Lunas mencelah)

Yang Berhormat, soalan tambahan boleh?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Kepada yang mana yang tak sempat ni saya akan berikan jawapan bertulis…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Tak boleh dah, cukup dah!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Akhir sekali saya menjujung kasih atas ucapan titah Tuanku yang telah dititahkan pada hari Pembukaan Sidang DUN pada 4 haribulan Mac yang lalu. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Kuala Ketil. Seterusnya saya menjemput YB. Kuala Nerang.

Audzubillahiminasyaitonirrojim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah Wa salatu Wa salam Ala rasulillah Wa mentabi'ahu Wa nasarahu Wa wala. Subhanaka La ilmala Na illa Ma a'allamtana Inna Ka antal Alimul hakim. La hawla Ma bilhla La a'liyy Al-azim. Rabbishrohli shodri wayarsirli amri wahlul uqdatan millisani yafkhohu khauli. ‘Ammabaq.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, seterusnya para pemerhati yang dihormati sekalian. Syukur Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin merafak sembah menjunjung kasih serta menzahirkan rasa syukur dan sangat berbesar hati patik atas Titah Ucapan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang saya sifatkan sangat menyeluruh meliputi pelbagai aspek. Antara fokus titah Tuanku ialah peranan kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai penggubal undang-undang. Bukan sahaja penggubal undang-undang tetapi diminta kita untuk turun padang bersama-sama dengan rakyat meneruskan perancangan pembangunan melalui Pelan Pembangunan Kedah 2035 ke arah mencapai ‘The Greater Kedah’, kerjasama dua hala antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Penekanan baginda terhadap pelaksanaan projek impak tinggi di bawah Kedah 2035 dengan potensi pembiayaan secara Private Finance Initiative (PFI), prestasi pelaburan, pemerkasaan sektor pertanian terutama pengeluaran beras, persiapan dan usaha kerajaan meningkatkan kemudahan dan daya tarikan terbaru dalam pelancongan bagi Tahun Melawat Kedah 2025, kepentingan hutan bagi memastikan keseimbangan alam

dan kawasan tadahan air, sasaran hasil kerajaan negeri RM1 bilion ringgit, pemerkasaan Mahkamah Syariah dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Penekanan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku membuktikan keprihatinan yang amat tinggi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Daulat Tuanku, Menjujung Kasih Tuanku. Sesungguhnya ia adalah satu cabaran kepada kita kerana saya percaya ia bukanlah suatu yang mudah untuk dilaksanakan. Ianya juga bukan suatu yang hanya boleh dicapai dengan semangat ritorik semata-mata, tetapi memerlukan segenap usaha dan cara, strategi dan integriti, serta kebijaksanaan pemimpin, terutama kita sendiri sebagai Ahli-ahli Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga amat yakin kerajaan negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Jeneri akan terus berkerja kuat, bekerja keras dan bersungguh-sungguh bagi membangunkan negeri yang kita kasihi dan cintai ini. Kerjasama erat dan sokongan padu barisan EXCO dan ADUN-ADUN yang disokong teguh oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan dan seluruh jentera kerajaan, khususnya kerajaan negeri, InsyaAllah akan mampu merealisasikan cita-cita ‘The Greater Kedah’ menjelang 2035.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu bersemangat membahaskan dan memberikan penekanan terhadap isu-isu yang mempengaruhi kepentingan rakyat terutamanya yang berkaitan dekat dengan kita seharian seperti berhubung dengan sumber air, bekalan air, bencana banjir, infrastruktur, jalan raya, alam sekitar pada kali ini. Bahkan sebelum ini pun isu-isu ini sering dibangkitkan terutamanya berkenaan dengan air Yang Berhormat Speaker. Saya percaya ia akan terus dibangkitkan sehinggalah selesai LRA kita, mungkin tahun 2006 baru pembangkang tak bangkit dah kot. Tak pa, kita mengalu-alukan pandangan, saranan. Kita sedia berbincang, bahkan kita jemput Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang untuk memberikan pandangan, melahirkan, mungkin menimbulkan beberapa persoalan cadangan untuk kita sama-sama atasi, InsyaAllah. Saya amat menyedari bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah isu-isu yang penting dan sangat dekat dengan rakyat. Di Dewan yang mulia inilah tempat kita membangkitkan isu-isu ini di peringkat yang tertinggi.

Saya melihat kepada isu-isu infrastruktur yang dibangkitkan kebanyakannya berkisar soal aduan, isu pelaksanaan projek dan perancangan. Di mana akar kepada masalah tersebut adalah bersifat setempat dan berlaku di lokaliti Ahli-ahli Yang Berhormat masing-masing. Jadi dalam hal ini saya yakin dan penuh percaya bahawa agensi-agensi

kerajaan yang ada di peringkat daerah sentiasa memantau dan memberikan kerjasama penuh, memperhalusi dan menyusun strategi pelaksanaan untuk isu-isu tempat seperti trafik, jalan raya, kerosakan jalan, lampu elektrik, banjir, banjir kilat, sistem saliran dan gangguan bekalan air.

Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sedia maklum bahawa reka bentuk tadbir urus kerajaan ini telah dicerakin dengan pelbagai peringkat pentadbiran bermula dengan peringkat daerah, kemudian Pihak Berkuasa Tempatan, kemudian di atasnya lagi peringkat negeri dan seterusnya di Persekutuan. Justeru marilah, kita sama-sama berganding bahu memanfaatkan peluang dan ruang yang ada ini untuk kebaikan bersama. Ini amat selari dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui petikan daripada Bd Montesquieu yang menyebut, “to become truly great one has to stand with people, not above them”. Oleh itu, saya menyeru diri saya dan semua pihak agar kita sama-sama memainkan peranan yang lebih proaktif dan efektif dalam platform-platform pembangunan khususnya di peringkat daerah, seperti jawatankuasa tindakan pembangunan daerah, jawatankuasa fokus group, dan juga jawatankuasa di bawah Pihak Berkuasa Tempatan agar isu-isu yang dibangkitkan dapat diproses, dianalisa dan diambil langkah mitigasi serta penyelesaian dengan lebih cepat dan cekap. Perkongsian maklumat dan masalah serta jawapan bagi isu masalah yang berlaku sebenarnya juga boleh didapati semasa di peringkat tersebut. Kalau kita nak tunggu bawakan dalam Sidang DUN ni boleh, tetapi makan masa, berapa kali saja kita bersidang Yang Amat Berhormat Speaker, dalam setahun. Itu pun takdan jawab, saya pun tak tahu dan jawab ka dak. Jadi kalau takdan jawab InsyaAllah kita akan bagi jawapan secara bertulis. Saya mohon maaf awal-awal kalau ada apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi tak sempat dijawab.

Selain itu Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sama ada pihak kerajaan atau pembangkang boleh terus menghubungi saya, kita terbuka sama ada melalui Whatsapp atau melalui telefon atau di mana untuk kita sama-sama berbincang bagi menangani masalah bersama. Dan kita yakin penuh dengan kerjasama daripada pegawai kerajaan di lapangan, di lokaliti masing-masing dan tidak perlu kita menunggu masa untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri. Barangkali perlu perkara besar, perkara dasar kita perlu bawa ke sini tetapi perkara-perkara teknikal yang tertentu, saya kira kita boleh selesaikan di peringkat daerah. Mohon maaf kalau pandangan ini tidak dipersetujui.

Speaker

Betoi dah tu.

Betoi dah? Terima kasih Yang Berhormat Speaker. YB. Tuan Speaker, menyentuh usaha dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan melibatkan Portfolio Kerja Raya, Sumber Air dan Alam Sekitar yang diamanahkan kepada saya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya dengan ini mengesahkan, saya dengan ini mengesahkan bahawa hubungan antara agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan adalah sangat baik dan harmoni terutamanya melibatkan Kementerian Kerja Raya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) mahupun Kementerian Kewangan (MOF) dalam melaksanakan projek dan program pembangunan berlaku secara harmoni dan baik. Saya sendiri telah melakukan kunjungan hormat dan selalu bermesyuarat bersama-sama dengan pihak kementerian.

Sebab itu Yang Berhormat Speaker, kita jemput seperti yang kita sebut tadi, Ahli-ahli Yang Berhormat semua termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang dalam sesi libat urus di pejabat saya dan juga di pejabat SADA dan mereka hadir, Alhamdulillah terima kasih. Cuma dalam Dewan ini dibangkitkan juga seolah-olah macam, tak tahulah kan, tak faham ka, saja nak bangkit bagi ada isu kan. Tapi saya percaya, apa yang telah saya jelaskan dalam jawapan tadi dan juga mungkin dalam sebahagian jawapan nanti menyebabkan pembangkang dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memahami dan saya berterima kasih banyak kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat terutama daripada pihak kerajaan yang telah banyak membantu memberikan penjelasan kepada rakyat tentang masalah atau isu yang sedang berlaku. Ya, pendek kata selagi mana LRA yang lima ini atau yang lain-lain projek yang sedang diusahakan oleh SADA dan pelbagai pihak, tak selesai memang masalah ini akan berbangkit-bangkit. Banyaklah tiktok yang kawan-kawan buat, tak dak air sana, tak dak air sini, tak peliklah YB. pembangkang kita pun sebut kata kronik. Betul tak? Ka dah tarik balik dah? Oh! Tak dak, YB. Sidam. Sebenarnya tidak kronik, jadi kita harap tidak mengelirukan Dewan, Yang Berhormat Speaker. Kronik ni kira parahlah kan, parahlah, teruklah kan. Padahal sebenarnya yang terkesan ini daripada lebih kurang 652 ribu sebenarnya, 625 ribu akaun pemilik SADA ini, cuma 8,002 saja akaun yang terjejas iaitu 1.23%, Yang Berhormat Kubang Rotan. Kemudian YB. Bakar Arang ka sebut, kalau ikut angka 8,000 kali 3 ada 24,000 orang terjejas. 24,000 kena bahagi, bukan bahagi dengan 8,000 kena bahagi dengan 652,000 makananya peratus yang kita dapat cuma lebih kurang 1% juga. Betul? Setuju dengan saya? Maknanya dari segi pratus, baru 1% …… (YB. Bakar Arang mohon mencelah)

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Mohon pencelahan, mohon pencelahan!

Silakan YB. Bakar Arang.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Jadi kalau penduduk di Negeri Kedah ada 2.1 million. Jadi 1% daripada 2.1 million sudah berapa? Rakyat pun sudah lebih 20 ribu.

Ya, terima kasih saya faham. Saya pun silap sebut tadi. Sebenarnya angka 8,000 tadi kena dibahagi dengan jumlah penduduk 2.2 juta, 8,000 bahagi 2.2 juta dapat 1 point berapa persent lah. Maksudnya 1% sahaja, sama ada kita bahagikan bilangan akaun dengan jumlah akaun ataupun bagi bilangan penduduk yang terjejas dengan jumlah bilangan penduduk di Negeri Kedah. Jadi 1% sahaja yang terjejas. Tapi kerana nak dibesarkan, nak digembar-gemburkan, nak beri gambaran yang negatif kepada Kerajaan Negeri Kedah yang sedang giat berusaha sebenarnya. LRA bukan dibiarkan sahaja begitu. LRA ni tuan-tuan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bukan dibuat oleh SADA, bukan dibina oleh SADA, tapi sebenarnya diurus buat diserahkan kepada JKR yang buat. JKR yang buat, kemudian SADA sebagai pemiliknya nanti, penerima akhirnya. Dan JKR sendiri pun bukan duduk diam, Pengarah JKR sendiri turun bermesyuarat di tapak sekurang-kurangnya 2 kali sebulan mesyuarat pasal projek-projek ni. Satu dia panggil Mesyuarat Tapak sebulan sekali, paling kurang, satu lagi dia panggil Mesyuarat Teknikal, juga sekurang-kurang 2 kali sebulan. Maknanya dalam sebulan tu ada 2 kali mesyuarat. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri…..(YB. Tanjung Dawai mohon mencelah)

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Mohon mencelah.

Nanti sat nak perabis ayat, sikit ja. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai SO mewakilkan kepada Pengarah JKR, Pengarah JKR akan turun pada setiap kali

mesyuarat dan saya sendiri pun bila ada kelapangan, saya turun bersama-sama bermesyuarat dengan kontraktor, dengan konsultan, menunjukkan kesungguhan kita, keseriusan kita untuk menyiapkan projek ini. Bukan kita dok lena, bukan dok saja. Jadi kita harap siapa-siapa pihak yang menuduh kerajaan negeri yang tidak mengambil serius untuk menyiapkan projek ini, kita harap tunggu sehingga 2026. Boleh kot noh? Sila Yang Berhormat Tanjung Dawai.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan YB. Kuala Nerang. Oh! Baru tau rupanya bukan SADA yang buat noh? Dengar perbahasan daripada YB. Bakar Arang kemarin, celahan daripada YB. Kota Darul Aman, SADA yang buat, tapi bukan SADA. Kalau macam itu, geran peruntukan pun, bukan daripada kerajaan negeri lah yang itu? Betul ka YB. Kuala Nerang?

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, saya nak celah. Projek itu kerajaan negeri kan? Geran diberi daripada Kerajaan Persekutuan, diberi kepada kerajaan negeri dan pelaksana kerajaan negeri.

Terima kasih. Terima kasih yang berhormat Tanjung Dawai…

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Saya nak tambah juga….

Nak tambah lagi?

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Yaa…memang pelaksanaan bukan SADA, SADA hanya operator. Kalau projek ni siap diberikan kepada SADA sahaja. So, agensi pelaksanaan masih di bawah jagaan oleh kerajaan negeri. Itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Dawai, Yang Berhormat Kota Durulaman dan Yang Berhormat Bakar Arang. Betul, tepat sekali memang bukan SADA yang buat. Projek ini dapat geran daripada Kerajaan Persekutuan. Kita bersyukur, Alhamdulillah terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan. Tapi bukan semua. Projek di Pelubang yang bernilai RM450 juta itu adalah merupakan pinjaman, kita kena bayar balik kepada Kerajaan Pusat. Dan JKR ini sebenarnya seperti yang kita sedia maklum, JKR bukan hanya di negeri, JKR di Persekutuan. Jalan pun ada jalan negeri, ada jalan persekutuan dan JKR adalah pelaksana dan mereka ini adalah agensi profesional. Agensi profesional yang bekerja mengikut peraturan dia. Dan kita sendiri sebagai ahli-ahli politik sebagai Ahli Yang Berhormat, kita tidak boleh mencampuri dan tidak boleh meminda sesuka hati kita, SOP untuk pembinaan sesuatu projek. Begitu juga kita tidak mempunyai kuasa umpamanya kita meluluskan. Kita berasa kita nak bagi VOP, kita berasa kita nak bagi perubahan harga ataupun perubahan sebagainya, kita bagi begitu saja. Tapi sebaliknya ia memerlukan kepada satu mesyuarat jawatankuasa teknikal, mesyuarat-mesyuarat yang tertentu yang memerlukan kepada kelulusan ahli-ahli profesional. Boleh saya sambung Yang Berhormat?

Speaker

Silakan!

Baik. Tadi, saya sebut tentang kita jemput pembangkang, jemput semua Ahli Yang Berhormat hadir ke pejabat saya dan juga pejabat SADA. Terima kasih banyak atas kerjasama, atas kehadiran kepada semua. Walaupun cuma mungkin sebahagian sebab sibuk hantar wakil. Kita pun sebenarnya rasa agak terkilan juga, kita panggil pembangkang mai pejabat kita tetapi kita tidak dipanggil semasa menteri dan Yang Berhormat, tidak dijemput kita hadir ke lawatan tapak loji rawatan air. Tetapi yang dijemput cuma wakil rakyat daripada mungkin Sidam, Kota Darul Aman dan juga Bandar Darul Aman, termasuk Ahli Parlimen Sungai Petani. Walaupun betul pegawai penguasa dijemput hadir sebagai agensi kerajaan, SADA sebagai agensi yang akan menjadi penerima pemilik kepada loji rawatan air itu akhirnya, tetapi apabila dibangkitkan dalam mesyuarat ini seolah-olah diletakkan kesalahan itu kepada kerajaan negeri yang merujuk kepada EXCO. Jadi kita pun sendiri tak tahu. Kita harap hubungan lepas ini bertambah baiklah. Bila menteri nak turun kita alu-alukan, ahlan wa sahlan wa marhaban bik. Mai! Tapi habaqlah kat kita sepatah, ajaklah kita. Kalau tak tulis surat pun, telepon tak pa dah,

whatsApp pun tak pa, kan. Boleh kita boleh bincang. Itu baru nama jalinan Kerjasama, betul tak? Perpaduan. Ya, Kerajaan Perpaduan. Terima kasih Yang Berhormat Tokai. Apapun Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya berharap hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak digambarkan secara negatif melalui konten-konten di platform media sosial yang akan mencetuskan persepsi yang tidak baik kepada masyarakat.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, dalam dDewan yang lepas, hubungan yang telah dijaga ini khususnya di peringkat agensi kerajaan dan para pegawai, kerajaan negeri, Alhamdulillah telah menerima banyak projek-projek dengan jumlah peruntukan yang besar dan projek baharu. Projek sambungan di bawah RMK12 dalam melaksanakan jalan raya bandar, luar bandar, bekalan air luar bandar, sumber air, rancangan tebatan banjir, projek hakisan pantai dan perkhidmatan pembentungan. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan dalam Dewan yang mulia ini setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah pun meluluskan dan memberikan peruntukan hususnya kepada jabatan-jabatan ini. Terima kasih dan syabas kepada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, JMG (Jabatan Mineral & Geoscience), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, TNB, SADA dan juga BPEN Negeri Kedah.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita semua sedia maklum bahawa Negeri Kedah adalah negeri yang kaya dengan sumber hutan yang luas. Hutan memainkan peranan penting dalam kelestarian alam sekitar dan memberikan pelbagai kepentingan kepada negeri, terutamanya mengekalkan kawasan tadahan hujan, menjaga kepelbagaian biologi, mencegah hakisan tanah dan mengekalkan struktur tanah bagi mengelakkan runtuhan dan bencana. Yang Berhormat Speaker, negeri kita Kedah yang disayangi, memelihara kawasan hutan sebagai tadahan hujan untuk bekalan air domestik, industri dan pertanian. Bukan sahaja kepada Negeri Kedah tetapi juga kepada Pulau Pinang. Kawasan tadahan tidak boleh diusik, tidak boleh diusik dengan pembalakan dan lain-lain aktiviti yang merosakkan. Ia sebenarnya adalah kerugian hasil kepada kerajaan negeri. Oleh itu, amat wajar, saya mengulangi, saya ulang, permintaan kepada Kerajaan Persekutuan agar menurunkan peruntukan khas kepada kerajaan negeri kerana kita memelihara kawasan tadahan hujan ini sebanyak 100 juta ringgit setahun. 100 juta ringgit setahun. Kepada semua Ahli Yang Berhormat, jabatan, agensi, orang perseorangan, saya menyeru agar kita dapat memahami dan menghargai kepentingan hutan secara tidak langsung dapat melibatkan diri dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan serta pengurusan hutan yang efektif untuk kelestarian hutan yang berpanjangan.

Yang Amat Berhormat Speaker, lanjutan daripada fenomena El Nino atau kemarau panjang dan cuaca panas. Bagi memastikan sumber air mencukupi pada musim kemarau, simpanan daripada takungan atau empangan dilepaskan dengan mengikut keperluan dan jadual yang tertentu supaya dapat memenuhi keperluan loji rawatan air. Untuk makluman semua, 35 buah loji rawatan air di seluruh Negeri Kedah ini beroperasi seperti biasa. Kadar pengeluaran air bersih adalah sebanyak 1,602 juta liter sehari telah melebihi keupayaan ‘design capacity’ sebanyak 143. Dah buat kerja lebih dah daripada had kemampuan dia sebenarnya. Baik. Kalau begitu Yang Berhormat Speaker, apa masalahnya isu kekurangan air kalau sumber ada, kalau loji beroperasi seperti biasa? Masalahnya sekarang ialah, air bersih melalui paip retikulasi ini berkurangan, setengah tempat tak ada langsung kita sedar, setengah tempat hanya waktu 3-4 pagi baru ada air. Ini adalah kerana bila musim kemarau, bila musim cuti perayaan, anak-anak kita di luar, perantau sana balik ke kampung, balik ke tempat kita, menyebabkan kadar penggunaan tinggi, kadar penggunaan air tinggi. Dulu biasa mandi sekali, dia akan mandi mungkin dua kali, yang ada kebun sikit sebanyak, boleh jadi dulu dia jarang jurus, tak pernah jurus pokok la ni dia jerus pokok. Kadar penggunaan air itu tinggi, apabila tinggi maknanya air yang ada di tangka, paras dia menurun. Apabila paras menurun apa kesannya? kesannya ialah tekanan air menjadi rendah. Apa kesan bila tekanan air rendah? Bila tekanan air rendah, kesannya ialah orang yang di hujung sana, tak dapat air ataupun kawasan dia tinggi sikit air tak larat nak merangkak naik. Jadi itulah realiti yang berlaku.

Sebab itu kerajaan negeri mohon kerjasama seluruh rakyat supaya dalam suasana yang sebegini, kita berhemah dalam penggunaan dan kalau memang perlu bagi setengah tempat yang ada air pada waktu awal pagi, lewat tengah malam, supaya melakukan tadahan, kita terpaksa tadah. Lori-lori SADA akan hantar, ada 91 buah lori. Bila mai musim perayaan SADA tambah lagi, hantar terutamanya kepada kawasan yang tidak ada langsung bekalan air, siang tak dak, malam pun tak dak. Tetapi bagi kawasan-kawasan tertentu yang ada air pada waktu malam, kita harap tadah lah. Dan satu lagi nak sebut, juga permintaan daripada pihak SADA supaya tangki air ini diletakkan di luar rumah, luar pagar. Jangan letak dalam pagar, bila letak dalam pagar satgi bila kawan tu dia meragaih, dia lompat pagar masuk nak tuang air tak sampai, nanti dikira menceroboh pula. Jadi dia kena letak di luar. Memanglah kita faham kalau letak di luar takut orang lain ambil ka apa semua, hat tu isu lain lah. Tapi maknanya menyediakan tong untuk diisi air. Bagi kita yang muslim….. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Boleh ‘landing’ dah YB.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Mohon mencelah sikit.

Speaker

Ada pencelahan.

Kalau tidak takdan jawab dah.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Jawapan boleh diberi selepas keluar Dewan tak pa. Tapi saya nak tanya ni berkaitan dengan tangki air yang sedang dibuat di Ruat, Yan. Kot-kot lah, projek tangki air yang di Ruat tu, paip dia boleh disambung mai ke Singkir dan Tanjung Dawai bagi menyelesaikan dan membantu permasalahan yang berlaku di Tanjung Dawai sekarang ni.

Yang kedua, isu yang saya bawa kepada Yang Berhormat EXCO, hari Selasa lepas berkaitan dengan air yang dihantar di Taman Aman Makmur di Tanjung Dawai dan berkaitan dengan permohonan saya dalam mesyuarat peringkat daerah, dah 2 tahun, lampu jalan daripada Semeling ke MRSM, 2 tahun. Jalan tu gelap sungguh walaupun jalan Persekutuan, eksiden selalu berlaku, kes hantu pun banyak, orang pi pasar malam, mana ada pasar malam masa tu. Esok tengok di perdu kelapa sawit saja dan berkaitan dengan Jambatan Semeling. Terima kasih.

Sat, tambahan sikit.

Speaker

Kota Siputeh silakan.

Baik, pertama sekali terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas segala inisiatif dan juga daripada pihak SADA. Cuma nak tambah sikit, sebenarnya saya dah ada bercakap

dengan wakil pihak SADA dalam kawasan dan juga kepada sahabat saya, Tuan Ramlan lah yang mana kita minta kalau boleh, tapi saya mohonlah untuk nak cadang dekat sini. Kita faham bahawa SADA mengikut prosedur bila hantar turun pi ke rumah, mereka bagi sebanyak 300 gelen, orang kata jumlah untuk air ni lah. Tapi dari situ memudahkan supaya kita boleh bukan tuang setiap rumah tu 300 gelen, itu sahaja. Yang lainnya kita faham bahawa SADA mengikut prosedur dengan baik yang mana kalau contohnya bila hari waktu perayaan, ada kematian, lori tu terpaksa pi ke sana dulu sebab tu mereka tak boleh nak pergi ke rumah rumah ikut dalam jadual. Tapi tindak yang baik atas segala usaha moga dapat dipertingkatkan itu sahaja, tahniah dan syabas. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Sekali dengan ‘landing’.

Yang Berhormat Speaker kata 30 minit, saya dok tengok ada lagi 7 minit.

Speaker

Saya ambil di sini ada sehingga pukul 11.10..

11.10. Kalau begitu takdan jawab ni tebal jugak ni. Saya minta maaf kepada Yang Berhormat Tanjung Dawai dan Yang Berhormat Kota Siputeh. Terima kasih atas maklumat. Begini, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjung Dawai tadi, minta jawapan di luar, nanti InsyaAllah kita akan bagi. Dan satu lagi yang saya nak sebut ialah, kalau ada apa-apa yang dibangkitkan di peringkat tindakan daerah dan sebagainya, saya harap juga, kalau isu yang berkaitan dengan portfolio saya dibuat dalam bentuk surat secara bertulis, mungkin ditujukan kepada pegawai daerah dan disalinkan kepada saya, supaya dalam pengetahuan saya dan boleh kita buat ‘follow up’.

Kalau dibangkit dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, saya tak tahu, kan sebab saya tak hadir, kawasan saya hadirlah itu pun kalau saya hadir, kalau saya tak boleh hadir, saya wakil kepada pegawai khas, InsyaAllah maklumat sampai. Jadi di kawasan lain, saya harap dibuat dalam bentuk bertulis, kita boleh bangkitkan dalam masa yang lain, maksud saya, saya ada rujukan. Baik, Yang Berhormat Speaker, saya saya ingat saya nak…. (YB. Bakar Arang pohon mencelah)

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, pencelahan sikit. Terima kasih kepada EXCO Kuala Nerang. Saya pun tahu portfolio ini bukan senang, sangat mencabar dan saya juga ingin membariskan beberapa isu lah yang berkenaan dengan LRA juga kena lihat dengan sangat serius. Memang bekalan ini merupakan keperluan asas kepada penduduk, jadi projek ini sangat penting dan kita pun juga tahu yang EOT sudah diberikan dengan LAD, setiap hari adalah RM23,000 dan menjadikan total LAD itu adalah RM4,000,000. So, saya mohon-mohon dan merayu sangat lah YB. EXCO boleh pantau projek ini dan berharap ia akan siap dalam jadual yang diberikan. Terima kasih.

Terima kasih atas perhatian. Seperti yang saya sebut tadi, InsyaAllah kita memang sentiasa memantau dari dekat dan InsyaAllah akan sama-sama kita usaha. Baik, Yang Berhormat Speaker, saya nak ‘landing’ dah dengan menjawab mungkin beberapa soalan sahaja yang saya kira semuanya penting-penting, tapi mohon maaf takdan nak jawab semua. Saya mulakan dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuah. Yang Berhormat Kuah mencadangkan supaya air laut dijadikan sebagai sumber alternatif untuk bekalan air, proses nyahgaram (desalination). Setakat ini tidak ada lagi operator air di Semenanjung ini yang melakukan proses ini, sebab ia melibatkan kos yang tinggi dan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Walaupun SIRIM dah buat itu tapi dalam kuantiti yang kecil, tapi untuk kuantiti yang besar untuk jadi sumber bekalan ia memerlukan kajian yang lebih mendalam dan setakat ini secara sepintas lalu dilihat bahawa kosnya adalah lebih tinggi.

Baik, yang kedua dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Lada berhubung dengan apakah bantuan kepada golongan miskin yang bekalan elektrik dipotong. Untuk makluman Dewan, bantuan yang ditawarkan ini bukan dalam bentuk diskaun tetapi dalam bentuk bayaran ansuran berperingkat. Baik, secara ringkas saja. Sebenarnya yang dipotong itu jumlah bilnya sebenarnya tidaklah terlalu banyak setiap bulan. Mungkin RM30, RM40 setiap bulan. Tetapi oleh kerana dihimpun sampai jadi 2 tahun, 3 tahun, dia jadilah RM1,000 lebih. Apabila RM1,000, TNB dah bagi notis, beberapa notis dah berunding suruh bayar, tak banyar juga, kadang-kadang buat tak kisah, terpaksa dipotong. Jadi, TNB sebenarnya walaupun dah dipotong, bagi golongan yang tak mampu dia boleh buat rayuan secara bertulis untuk disambung semula dan dengan komitmen untuk membayar secara ansuran selepas itu. Bagi peluang lah, bagi ‘chance’. Sebenarnya ada satu skim bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dia panggil ‘rebate’ TNB. ‘Rebate’ ni nilai dia tak banyak, tapi sesuai lah untuk orang yang miskin ataupun miskin tegar, sebulan RM40. Kalau bil dia RM30, maknanya dia ada extra lagi RM10.

Tahun lepas sebanyak lebih kurang RM10 juta tidak dituntut, duit tu disediakan tapi peruntukan tidak digunakan. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat semua, ambil peluang ini untuk memaklumkan kepada kawan-kawan kita yang miskin atau miskin tegar supaya daftar dengan e-kasih, kemudian pi daftar dengan TNB dan dia akan layak mendapat ‘rebate’ atau diskaun RM40 ni untuk mengelakkan dipotong. Kalau bil air pula, yang tu untuk miskin tegar ni ada Skim Wakalah Zakat dan ada sumbangan daripada SADA kepada golongan miskin tegar. Yang tu nak kena laporan jugalah daripada pihak Ahli-ahli Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Sudah lebih 3 minit YB.

Lebih 3 minit? Nak bagi saya jawab berapa lagi daripada banyak-banyak soalan ni Yang Berhormat?

Speaker

Rumus sekali, jawab.

Rumus sekali, baik. Saya nak sebut juga satu lagi berkenaan dengan Titi Kupang yang dibagkitkan oleh YB. Kupang. Baik, Alhamdulillah untuk makluman projek ini termasuk dalam skop projek RTB Baling oleh JPS dan berada dalam senarai untuk projek pembinaan pada tahun ini Yang Berhormat. Nampak Yang Berhormat tak berapa seronok lagi tu, nak buat bulan ni kah? Tak boleh kena tahun ini, insyaAllah. Untuk makluman projek RTB ini adalah projek dengan peruntukan di bawah Kerajaan Persekutuan. Terima kasih pada Kerajaan Persekutuan sekali lagi. Jambatan Kampung Tanjung termasuk dalam skop projek RTB Baling Fasa 1 ia akan diroboh dan dibina semula dan jangka tender pada bulan Mei 2024, tak berapa bulan lagi lah projek ini reka bentuk telah pun siap.

Ada juga yang dibangkitkan berkenaan dengan jalan, berkenaan dengan JPS dan sebagainya, semua ini untuk makluman dalam perhatian dan dalam tindakan pihak JPS dan memang telah pun ada peruntukan-peruntukan yang disediakan. Cuma oleh kerana

masa yang tidak mengizinkan, dah agak lewat, jadi saya rasa InsyaAllah dan saya yakin akan dapat diberikan jawapan secara bertulis kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil ruang untuk mengemukakan soalan.

Akhirnya Yang Berhormat Speaker, bertunjangkan kepada Islam sebagai panduan sejagat InsyaAllah dengan niat yang ikhlas sama-sama kita lakukan ke arah kebaikan Negeri Kedah yang mudah-mudahan sentiasa dipayungi rahmat dan redha Allah Subhanahu Wa Ta'ala maka Yang Berhormat Speaker saya menyokong penuh Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan untuk persidangan pada kali ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh dan seterusnya Bukit Kayu Hitam. Silakan Yang Berhormat dan selepas itu bersedia Jitra.

Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Kedah Sejahtera nikmat untuk semua. Alhamdulillahirrahmanirrahim Wassalatu Wassalamu Ala Ashrafil Nabiya Wal Mursalin, Sayyidina Muhammadin Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Ajma'in. Subhanakala Ilmalana Illa Ma'alamtana Innaka Antam Alimul Hakim, Wa Biswa Li Sodri Wa Yasirli Amri Wa Ahlul Ufdatan Min Lisani Ya Fahu Qawli.

Yang berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri, Yang Berhormat rakan-rakan EXCO, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang berbahagia Dato, Tuan, Puan Pegawai Daerah, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Persekutuan, rakan-rakan pengamal media dan sidang dewan yang dihormati. Di dalam dewan yang mulia ini izinkan saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah tahniah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Daru Aman yang ke-29. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah Kedah Agar dapat bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan. Patik menzahirkan ucapan tahniah dan syukur atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Bagi patik sangat holistik menyeluruh dan tepat pada masanya dalam memacu negeri berdaulat ini ke arah The Greater Kedah dengan izin.

Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah ini dan sentiasa memastikan segenap aspek pembangunan ekonomi dan sosial dipacu selari dengan perancangan sedia ada.

Yang Berhormat Speaker, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Sidam, Yang Berhormat Bayu dan Yang Berhormat Ayer Hangat yang bertanyakan soalan secara lisan. Ada yang sempat saya jawab dan ada yang tidak sempat dijawab kerana kekangan masa.

Untuk makluman Yang Berhormat Sidam, mencadangkan diperbanyakkan lagi program-program perpaduan di Negeri Kedah ini. Untuk maklumat Yang Berhormat Sidam, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan baik bersama Jabatan Perpaduan Negeri Kedah bagi memastikan agenda perpaduan di negeri ini berada tepat pada landasannya. Sebenarnya sebanyak 78 program dan aktiviti di bawah portfolio perpaduan telah dirancang diadakan di seluruh Negeri Kedah untuk tahun 2024 ini. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada peruntukan Kerajaan Negeri dan kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negeri Kedah.

Yang Berhormat Speaker, kalau pi semua 78 program ini, patah tumit kasut EXCO. Yang Berhormat Bayu, pertanyaan berkenaan dengan kaedah permohonan bantuan penerima JKM dan program memperkasakan penerima bantuan JKM. Untuk maklumat Yang Berhormat Bayu, JKM mempunyai tata cara dan kaedah yang standard di dalam meluluskan bantuan kepada pemohon sama ada bantuan bulanan atau bantuan secara one off. Di antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut. Satu warganegara mestilah warganegara Malaysia, berumur 16 tahun ke atas. Yang ketiganya pendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah pendapatan berpaketan isi rumah RM322.00, dan status kesihatan, yang keenamnya dokumen sokongan. Apabila syarat-syarat dipenuhi, setiap pemohon akan dirujuk kepada garis panduan bantuan kewangan persekutuan 2018 bagi peruntukan persekutuan dan kertas dasar bantuan AM Negeri untuk bantuan negeri. Setelah itu skim yang bersesuaian akan ditetapkan mengikut kelayakan pemohon.

Sebagai contoh di bawah skim bantuan kewangan Persekutuan, terdapat beberapa skim bantuan yang disediakan seperti (a) Skim Bantuan Kanak-Kanak. (b) Skim Bantuan Warga Emas (c) Skim Bantuan OKU Tidak Bekerja (d) Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya. (e) Skim Bantuan Penjaga Sakit Kronik dan Sakit OKU Terlantar. Untuk maklumat Yang Berhormat, permohonan bagi mendapatkan bantuan JKM ini boleh dibuat melalui borang permohonan JKM yang boleh didapati pertamanya boleh didapati di dalam laman web, yang kedua boleh datang terus ke pejabat-pejabat JKM daerah dan yang ketiga permohonan juga boleh dibuat secara online.

Saya juga menyarankan kepada Ahli Yang Berhormat dan Pusat Khidmat DUN sama-sama membantu menyediakan borang JKM dan daftar online kepada pemohon. Bagaimana untuk memastikan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan? Selain membantu golongan yang memerlukan JKM juga mempunyai program di dalam usaha mengeluarkan penerima bantuan daripada garis kemiskinan. Di antaranya membantu meningkatkan pendapatan isi rumah. Di antara inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu penerima meningkatkan pendapatan isi rumah, kita adakan pertamanya program 2 years exit program atau lebih dikenali dengan Program 2YEP. Program ini mula dilaksanakan sejak tahun 2016 lagi. Melalui program ini pihak jabatan mensasarkan pemberian bantuan kebajikan yang produktif, klien akan diberikan pertamanya modal, yang keduanya penempatan kerja oleh JKM, yang ketiganya penempatan kerja melalui agensi-agensi lain, yang keempatnya kepada pemohon yang berminat untuk menjalankan projek perusahaan atau perniagaan, JKM akan membimbing klien dalam projek individu dan komuniti mengikut kesesuaian dan pengetahuan kemahiran, kecenderungan dan minat yang mereka miliki. Kolaborasi strategi antara agensi juga diadakan dengan agensi-agensi kerajaan yang lain bagi tujuan memperkasakan golongan ini bagi membantu mengeluarkan mereka daripada kepompung kemiskinan. Di antara agensi-agensi yang terlibat dengan program ini adalah seperti FAMA, Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional dan juga MARA.

Di antara inisiatif yang disediakan oleh agensi-agensi ini adalah seperti pinjaman perniagaan, pemasaran produk, latihan dan kursus kemahiran kepada penerima atau anak-anak penerima JKM. Hasil daripada program-program tersebut pada tahun 2023 seramai 28 penerima telah berjaya dikeluarkan daripada senarai penerima bantuan yang sedia ada.

Yang Berhormat Ayer Hangat juga bertanya mengenai isu diskriminasi wanita. Untuk makluman Yang Berhormat Ayer Hangat, Jabatan Pembangunan Wanita merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Fungsi utama jabatan ini adalah untuk melaksanakan pelbagai program untuk wanita. JPW beribu pejabat di Putrajaya dan turut mempunyai cawangan yang dikenali sebagai Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak. Fokus utama jabatan diberikan kepada Aspek Pemerkasaan Wanita iaitu wanita dan ekonomi wanita selamat, wanita sejahtera, wanita dan kepimpinan. Dalam inisiatif aspek pemerkasaan program wanita selamat, JPW mempunyai rumah pelindungan wanita yang digazetkan sebagai tempat perlindungan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Pindahan 2007. Fungsi utama rumah perlindungan ini adalah memberi perlindungan kepada mangsa pemerdagangan wanita dan penyeludupan migran di kalangan wanita.

Terdapat lima buah rumah perlindungan wanita diselia oleh Pejabat Pembangunan Wanita dan dua buah rumah perlindungan wanita diselia oleh NGO mendapat peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Wanita. Pertamanya rumah perlindungan wanita di Kuala Lumpur, yang keduanya rumah perlindungan wanita di Zon Tengah di Damansara Kuala Lumpur, yang ketiganya rumah perlindungan Johor, yang keempatnya rumah perlindungan Kota Kinabalu, Sabah, yang kelima rumah perlindungan wanita Kelantan, yang keenam rumah perlindungan Global Shepherds, Kuala Lumpur yang dikelolakan oleh NGO dan rumah perlindungan Tenaga Nita, Pulau Pinang dikelolakan oleh NGO. Di Kedah ini belum ada lagi rumah perlindungan wanita. Perkhidmatan yang disediakan di rumah perlindungan adalah seperti berikut memberi perlindungan, makanan, kemudahan perubatan, pembelajaran, latihan kemahiran vokasional, kaunseling dan juga rekreasi.

Untuk pengetahuan Dewan Yang Mulia ini, di dalam mempertabatkan wanita di dalam Negeri Kedah ini, Pejabat EXCO Wanita Negeri Kedah telah pun merancang untuk mengadakan satu dasar khas bagi menghalatuju Wanita Negeri Kedah yang dinamakan Dasar Wanita Negeri Kedah 2035 seiring dengan hasrat mencapai The Graater Kedah. Di mana setakat ini telah pun terbentuk satu sekretariat yang terdiri daripada beberapa individu dan pakar di dalam berbagai bidang yang juga melibatkan agensi kerajaan bagi mengumpul maklumat melalui kaji selidik, seminar, lawatan, perjumpaan dan sebagainya bagi menyiapkan kertas dasar berkenaan di antara fokus utama dasar wanita Negeri Kedah ialah pendidikan, sosial, ekonomi dan politik. Beberapa mesyuarat, perjumpaan dan seminar telah pun diadakan sejak tahun lepas. Kertas Dasar Wanita Negeri Kedah ini, InsyaAllah dijangka akan disiapkan dan dilancarkan pada tahun 2025. Yang Berhormat Speaker, sebagai EXCO yang bertanggungjawabkan menjaga wanita, keluarga dan masyarakat, baru-baru ini pada …. (YB. Bayu mencelah)

Yang berhormat EXCO, Yang Berhormat Speaker boleh celah ...

Speaker

Silakan.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Bukit Kayu Hitam di atas jawapan dan juga pencerahan yang baik. Cuma saya nak tanya satu soalan. Untuk kelangsungan hidup masa depan golongan JKM ini, adakah anak-anak penerima JKM ini yang telah berjaya dalam pelajaran dan juga pekerjaan? Terima kasih.

Speaker

Baik.

Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Bayu. Ada banyak di kalangan anak-anak penerima JKM ini, telah berjaya. Dan juga kalau nak ambil jumlah yang statik, akan diberikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Bayu. Contohnya, bila anak kelahiran JKM itu, kita nampak boleh menyambungkan pelajaran. Dan kemudiannya, mereka ini belum mendapat pekerjaan. Sebab itu tadi kita dalam ucapan saya, kita katakan bahawa agensi-agensi yang terlibat akan membantu mengambil praktikal mereka bekerja di agensi-agensi yang terlibat dalam program latihan. Boleh Yang Berhormat Bayu? Baru-baru ini juga, pada 25 hari bulan hingga 27 Februari 2024, telah diadakan lawatan kerja pengesahan status perkahwinan rentas sempadan di Wilayah Patani, Yala dan Songkla. Lawatan ini disertai oleh 22 orang delegasi, yang terdiri daripada pertamanya daripada Pejabat Exco Wanita, Pejabat Exco Agama, Yang Berhormat Ustaz Azam yang mengetuai, Pejabat Mufti Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato’ Mufti sendiri yang ikut serta, daripada Mahkamah Syariah Negeri Kedah Yang Arif, Datuk Ketua Hakim Syari'e juga ikut serta. Yang kelima daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, yang keenam BPEN Negeri Kedah, yang ketujuh Pejabat Daerah Kubang Pasu, dan juga Pejabat Daerah Padang Terap. Di antara pihak berkuasa Thailand yang ditemui dalam lawatan tersebut adalah Majlis Agama Islam Patani, Majlis Agama Islam Songkla, Pejabat Gabenor Songkla dan Konsulat Malaysia di Songkla serta Pejabat di Daerah Kabang. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mengadakan kolaborasi dengan pihak berkuasa di Selatan Thailand di dalam usaha menyelesaikan masalah perkahwinan rakyat Kedah di Thailand yang tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Antara masalah pasangan yang berkahwin di Thailand tetapi tidak mendaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah akan menyebabkan pertamanya, anak yang lahir tidak dapat didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Yang kedua, isteri tiada hak jika bercerai hidup ataupun bercerai mati. Yang ketiganya, isteri dan anak tiada hak ke atas harta pusaka peninggalan ayah atau suami. Yang keempat, anak tidak dapat belajar di sekolah kerajaan. Ini yang amat merungsingkan kita sebenarnya. Yang kelima, anak tidak boleh berkahwin di dalam negeri dan tidak boleh mendaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri kerana tiada dokumen pengenalan. Sampai ada satu kes, mak dengan pak dia berkahwin di Siam. Sampai tang dia pun tak ada surat bercerai. Sampailah dia terpaksa berkahwin di Siam juga. Jadi perkara ini berlarutan dan berperanjangan Yang Amat Berhormat Speaker. Alhamdulillah. Kalau kita tengok, insyaAllah dalam lawatan ini yang... (YB. Tokai mencelah)

YB. Bukit Kayu Hitam, boleh? Berminat ni.

Speaker

Tokai, silakan.

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Speaker, Bukit Kayu Hitam. Kita dah tahu segala kesan-kesan dia. Jadi punca sebenar mereka tak mahu mendaftar dengan Jabatan Agama di Negeri Kedah ataupun di Malaysia ni pasal apa? Nak tanya hat tu ja?

Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Tokai untuk pertanyaan. Punca sebab ni kadang-kadang nak sembunyilah kot eh. Itu ja punca sebab. Dan juga dia sebenarnya punca ini dia ada banyak-banyak perkara yang melibatkan isteri pertama, kadang-kadang pasangan tu orang anak pasangan teruna dan dara pun ada juga ke sana. Bukan berpoligami saja, Yang Berhormat Spaaker dan Yang Berhormat Tokai, kerana yang balik mai tu kadang-kadang sikap sama sikap sebenarnya. Dia tak berani nak habaq. Yang Berhormat Speaker, semua yang saya katakan tadi akan mendatangkan masalah sosial di dalam masyarakat kita pada masa akan datang. Oleh yang demikian, lawatan ini antara lain bagi mencari jalan penyelesaian untuk menjamin hak wanita dan kanak-kanak yang terlibat, terbela dan dilindungi oleh undang-undang yang berkuatkuasa.

Alhamdulillah, Yang Berhormat Speaker, hasil lawatan tersebut pihak kami telah diberi jaminan oleh pihak berkuasa Selatan Thailand terutamanya daripada Majlis Agama Islam di sana dan Pihak Konsulat Negara di Songkla akan membantu Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan senarai rakyat Kedah yang berkahwin di Selatan Thailand secara berskala. Jadi bila pi nikah sana, sini dapat dah nama-nama orang tu. Balik mai kita kempen, suruh kahwin tak apa. Mai, mai, daftar balik sahaja. Satu mesyuarat bersama di antara Majlis Agama Islam Selatan Thailand dan pihak kita yang diketuai oleh Yang Berhormat Ustaz Azam akan diadakan secepat mungkin bagi menjayakan perkara ini. Daripada data yang kita akan dapat nanti, maka Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah bolehlah membuat beberapa peraturan atau perintah bagi membolehkan pasangan yang terlibat mendaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Yang Berhormat Speaker, minta maaf sekiranya tidak dapat memberikan penerangan yang memuaskan pada semua yang bertanya di dalam Dewan ini. Ada yang secara bertulis dan ada yang secara lisan. Kalau secara yang tidak dapat jawab tu bolehlah kita memohon secara rasmi untuk mendapatkan maklumat dan jawapan yang lengkap daripada saya dan saya akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih juga saya ucapkan kepada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di bawah portfolio saya terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tidak jemu-jemu membantu Kerajaan Negeri Kedah. Bila ada kebakaran sahaja, mereka lah, heroin dan hero jaket oren turun membantu. Bila ada banjir, mereka lah di sana. Dan terima kasih kepada, tapi menteri dia tak jumpa lagi.

Terima kasih juga kepada Jabatan Perpaduan yang mengatur program-program dan memberi sokongan kepada kerajaan negeri. Terima kasih saya ucapkan. Yang Berhormat Speaker, saya menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan pada 4 Mac yang lalu dan saya akhiri penggunaan saya dengan dua rangka pantun.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun, maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua, Buat sarang di tepi perigi. Salam sejahtera untuk semua, Insyaallah di lain masa bersua lagi.

Sekian Wabilahi Taufiq Wa Hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Bukit Kayu Hitam kerana menjimatkan masa. Dan seterusnya dipersilakan Jitra.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Alhamdulillahi Robbil A’lamin Wassola Tuwassala Mu’ala Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Saiyidina Muhammadin Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. Robbishrohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul ‘Uddatan Millisani Yafkhohu Khauli.

Yang saya hormati dan kasihi, Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Muhammad Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, barisan kepimpinan sahabat-sahabat EXCO, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri baik disebelah kerajaan mahupun pembangkang dan juga tuan-tuan dan puan-puan, ketua-ketua jabatan yang dapat bersama pada pagi ini. Alhamdulillah. Tibalah giliran Jitra untuk menyampaikan sepatah dua kata dan juga dalam konteks sebagai EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi Sains Teknologi dan Inovasi.

Yang Berhormat Speaker, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, di dalam titah diraja disampaikan, telah menekankan keperluan untuk Negeri Kedah berdiri dalam mengharungi iklim ekonomi serta cabaran geopolitik. Kita sedar dan tahu, kalau kita sebut pasal geopolitik dia cerita tentang military might dengan izin. Tetapi dalam konteks ini kita ingin melihat dalam konteks bagaimana kita sebuah negara yang kecil dan kita sebagai negeri secara khususnya perlu melihat The Art of Statecraft (dengan izin) iaitu bagaimana kita mempositionkan diri kita dalam konteks dunia hari ini yang begitu mencabar, baik dalam konteks sebagai sebuah negara mahupun sebagai sebuah negeri.

Dengan kata lain kita harus berusaha untuk menjadikan negeri kita ini atau negara kita sebagai tempat bergantungnya dunia untuk kita menguasai dunia. Walaupun kita kecil, tetapi kita harus menjadi begitu strategik kepada dunia, dan inilah yang perlu diusahakan oleh pusat dan negeri. Dan kita harus bersama-sama dalam usaha ini. Sekiranya tidak dilakukan sedemikian rupa kalau kerajaan pusat bersifat berpilih-pilih, maka percayalah kita sebagai sebuah negara tidak akan mampu menempatkan diri kita sebagai sebuah negara yang kompetitif dan menjadi tumpuan dunia. Jadi, dengan kata lain Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan yang mulia, kita harus memastikan agar semua industri park kita. Sebagai contoh, kita ada Bukit Kayu Hitam. Kita ada Kedah Science and Technology Park, kita ada SBEZ Special Border Economic Zone. Kita ada Kulim Hi-Tech dan kita ada industri park - industri park yang lain. Kita harus berusaha membangunkannya dan menarik sebanyak mungkin pelabur-pelabur asing untuk melabur di negeri kita.

Di masa yang sama memastikan syarikat-syarikat tempatan terus berdiri dan menguatkan jati diri mereka untuk benar-benar menjadi tunjang kepada pembangunan ekonomi negeri kita. Dan di sinilah kita harus melihat kerajaan pusat harus berlapang dada. Kalau segalanya mungkin bagai dicurahkan ke selatan tanah air, ke negeri Johor. Tetapi perlulah dilakukan perkara serupa kerana kalau di selatan kita dengan Singapura. Di utara kita sebenarnya dengan lebih banyak negara dengan Thailand dengan Vietnam dengan Cambodia, dan seterusnya ke China dan ke seluruh Central Asia dan dunia yang lainnya. Jadi, dengan kata lain Bukit Kayu Hitam, Bukit kayu Hitam adalah pintu masuk yang cukup strategik yang harus dimanfaatkan dan dibangunkan dalam usaha ini tidak boleh dilihat dalam sentimen pusat dan negeri. Ini adalah agenda strategik negara yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan persekutuan hari ini.

YB. Tuan Speaker yang saya kasihi dan rakan-rakan seperjuangan semua, kita dapat melihat bagaimana hari ini dalam konteks sektor yang benar-benar menjadi kekuatan kepada negara kita electricals and electronics, petroleum products, palm oil dan sumpamanya. Baik dalam konteks kita, itu adalah dalam konteks eksport kita ke luar negara. Dalam konteks import kita juga E&E products, petroleum products dan machinery equipments dan parts. Ini adalah tiga major segments, yang harus diberi perhatian, dan sukacita saya menyatakan di sini bahawa dalam konteks ini electricals and electronics pada dasarnya adalah kekuatan terbesar dalam negara hari ini. Dan ini adalah segmen yang mana, ianya berada di utara tanah air kita di Pulau Pinang dan di Kedah. Ini adalah satu mesej yang cukup jelas kepada kerajaan persekutuan bahawa hari ini utara tanah air menjadi hub E&E, yang mana dunia melihat kita dan segala kemungkinan yang mungkin menghalang Kedah untuk menjadi sebaik dan sebagus Pulau Pinang harus diketepikan, harus di atasi segera bagi membolehkan negara kita dapat bersaing secara kompetitif.

Kalau tidak, Yang Berhormat Speaker maafkan saya kita akan boleh (dengan izin), “we going to meet the forest for the three”, Apa maksudnya? Kita akan hilang peluang besar. Forest itu adalah khazanah terbesar tetapi kerana melihat pokok itu satu, kita hanya fokus pada pokok itu sedangkan pokok itu tidak seberapa nilainya tetapi yang nilai terbesar adalah hutan itu. Dan kalau kita lihat Kedah itu sebagai satu yang tidak sealiran dengan pusat. Maka kita telah kehilangan peluang untuk melihat kita sebagai sebuah negara. That is what I mean the forest for the three dengan izin Yang Berhormat Speaker.

Yang Berhormat Speaker, dalam konteks KDNK Negeri kita, benar tidak besar RM50.9 bilion daripada keseluruhan negara kita RM1.5 trilion. Dan kalau kita lihat bagaimana sumbangan kita kepada negara. 3.4% sahaja, Kuala Lumpur 15.9% ataupun RM240 bilion dan Johor 9.4% dengan RM142 bilion.

Jadi, apa yang boleh kita gambarkan di sini. Sesungguhnya kalau kita bicara tentang negara untuk menjadi sebuah negara maju dan bersaing kompetitif dan menjadi satu negara yang begitu strategik kepada dunia, maka kita tidak ada pilihan lain kepada Kerajaan Pusat. Perkasakan segala yang memungkinkan untuk Kedah menjadi sebahagian daripada agenda besar ini dan kita sebagai kerajaan negeri juga bercita-cita untuk suatu masa nanti dalam konteks kita dalam gagasan The Greater Kedah ingin merekodkan pencapaian KDNK kita RM100 bilion, RM200 bilion, RM300 bilion dan tidak mustahil sampai ke 1 trillion. InsyaAllah. Dalam satu perjalanan panjang. Kalau Selangor boleh sampai RM385 bilion hari ini. Apakah yang menafikan hak negeri kita untuk sebaik negeri-negeri kita, jiran-jiran kita yang lain. Provided dengan izin Kerajaan Pusat memberikan segala sokongan untuk membolehkan kita berganding bahu bersama untuk memajukan negeri dan negara kita.

Yang Berhormat Speaker, izinkan saya untuk masuk ke segmen seterusnya iaitu berkaitan industri dan pelaburan di Negeri Kedah. Seperti kita tahu bahawa negeri kita telah merekodkan pelaburan dalam tempoh 3 tahun terkini sebanyak RM105 bilion. Dan RM101 bilion adalah daripada pelabur asing. Apakah yang dapat kita pelajari daripada data ini? Ia menunjukkan bahawa syarikat-syarikat tempatan masih lagi belum mampu untuk berdiri. Kemendirian syarikat tempatan tidak berada pada keuntungan sepatutnya dan kita hanya menjadi hub kepada ratusan baik di peringkat negara ataupun negeri, syarikat-syarikat luar yang datang melabur kerana segala insentif yang diberikan.

Hari ini kita ingin bersama Kerajaan Pusat untuk menelusuri, menelusuri akan perkara-perkara yang boleh kita lakukan dan usahakan untuk membolehkan syarikat-syarikat tempatan ini menjadi vendor kepada syarikat-syarikat besar dunia ini yang sedang beroperasi di negara kita melalui vendor development scheme. Kita yakin dan percaya sekiranya syarikat-syarikat tempatan ini menjadi sebahagian daripada ekosistem iaitu global supply chain dengan berada di negara kita maka tidak mustahil dalam tempoh 20 tahun akan datang atau in the next generation, 30 tahun akan datang, kita akan dapat melihat negara kita, negeri kita, menguasai industri-industri strategik dunia. Kerana apa? Daripada vendor itulah, teknologi know-how itu ada dalam negeri kita, ada dalam tangan orang kita. Dan insyaAllah mungkin sama ada secara hybrid atau organic, kita bangunkan mereka menjadi M&C ataupun kita boleh acquire syarikat-syarikat besar itu suatu hari nanti dan akhirnya kita menguasai teknologi yang strategik itu.

Yang Berhormat Speaker, inilah suatu usaha yang perlu digembeleng bersama. Jadi kita akan bangunkan usaha ini bagi membolehkan syarikat-syarikat tempatan menjadi sebahagian daripada industri yang dipanggil future proof dengan izin iaitu semi-conductor, electrical electronics, green energy technology, dan seumpamanya.

Keduanya Yang Berhormat Speaker, dan sahabat-sahabat semua, ingin saya nyatakan di sini bahawa kita telah menggariskan lima. Kita telah menggariskan beberapa langkah untuk memastikan kelangsungan kita yang mana kerajaan negeri telah mengusahakan satu kerjasama strategic dengan Federation of Malaysia Manufacturers untuk membangunkan vendors-vendors tempatan. Untuk membolehkan mereka menjadi sebahagian daripada cerita kebangkitan yang membuatkan kita menjadi sebuah negeri dan negara yang kompetitif suatu hari nanti dengan program yang dipanggilkan diberi nama vendor demand program.

Di masa yang sama YB. Lunas ada cerita tentang isu-isu pencemaran alam yang berlaku, benar kita usahakan yang sebaik mungkin, tidak sempurna kerana ia adalah kerana sifat manusia yang kadangkala mereka telah pun fikir, kalau didenda lebih murah daripada membangunkan infrastruktur. Maka sebahagian memilih untuk membuangnya ke sungai. Sebab mereka kata kalau didenda, mungkin kena RM500 ribu kalau nak beli equipment RM1 juta. They opt for they options. Yang inilah antara cabaran kita tetapi kita akan usahakan untuk terus mendidik mereka. Jadi, kita telah bangunkan satu program yang dipanggil program pemutihan, yang mana kerajaan negeri tidak mengambil konsep perang dengan para pengilang dan seumpamanya tetapi kita akan membuat pendekatan dengan izin. Hand holding iaitu membolehkan mereka untuk memutihkan syarikat-syarikat mereka tersenarai mengikut peraturan dan sumpamanya dan saya yakin Insya Allah mereka juga boleh menjadi sebahagian daripada ekosistem industri kita.

Yang Berhormat Speaker, seterusnya izinkan saya katakan di sini bahawa telah tiba masanya kerajaan negeri kita untuk membuka lebih banyak industri light zone ataupun industri kecil dan sederhana. Kita tidak boleh hanya menumpukan kepada Kulim, Bukit Kayu Hitam ataupun Gurun. Saya dengar banyak rintihan daripada rakan-rakan seperjuangan, YB. Kota Siputeh begitu bersemangat untuk membawa pembangunan dalam konteks industri di Dun Siputeh sebagai contoh dan semua kita, dan di sinilah harusnya kita melihat bagaimana, yang mana sekarang ini sedang ada industrial areanya dibesarkan.

Kalau contoh Alor Setar ini sendiri, saya berjumpa dengan Chinese Chamber of Commerce, mereka mengatakan telah penuh kawasan-kawasan perindustrian di Alor Setar dan mereka mengharapkan ada satu kawasan baru dibangunkan mungkin Datuk

Bandar boleh lihat di mana mungkin kita boleh membangunkan The Greater Alor Setar dalam konteks industrial park yang baru. Barulah boleh kita bawa mereka datang dengan teknologi dan juga orang akan datang tinggal di Alor Setar, Consumptions, pembangunan dan seumpamanya spending power di Alor Setar akan meningkat apabila ramai orang menjadi penduduk atau warga Alor Setar, begitu juga dengan Jitra.

Kita perlukan kawasan perindustrian baru, di samping itu di Gurun dan seumpama yang mana masih lagi underutilized khususnya tanah-tanah milik PKNK harus dilihat secara strategik dan diusahakan. Malah saya telah menjemput PKNK untuk menempatkan seorang pegawainya di bawah Invest Kedah bagi membolehkan apabila ada trade mission yang kita bawa, PKNK realize potensi-potensi yang ada di luar sana. Jadi, dengan kata lain Yang Berhormat Speaker, kita akan terus bekerja dengan MIDA bagi membolehkan usaha sehingga kita dapat digembeling sebaiknya.

Speaker

6 minit lagi YB.

Saya kira tadi. Dia sampai 12.06 minit. Dia bukan 6 minit lagi.

Timbalan Speaker

Ada 6 minit. Oh 12.06 minit. Betul-betul. 12.06 minit.

Itu belum minta tolong lagi. Minta tolong ada lagi.

Speaker

Terima kasih.

Tuan Speaker belum celah lagi tu. Boleh bagi laluan?

Speaker

Silakan.

Terima kasih kepada Tuan Speaker dan Tuan YB. Jitra. Untuk kita lihat dalam objektif teras Kedah 2035. Teras satu kemakmuran ekonomi. Strateginya ialah menarik masuk pelaburan dalam industri teknologi tinggi, ekonomi digital, penyelidikan, penggunaan R&D dan revolusi industry dan sasarannya ialah RM10 billion pelaburan masuk setahun. Sejauh mana usaha ke arah itu? Atau adakah ianya mempunyai strategi yang tepat? Terima kasih.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Spaker saya ingin mencelah….

Speaker

Kota Darul Aman….

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Jawab sekali laa….

Tambah lagi ni, jadi 12:30 pulak.

Timbalan Speaker

Baik, boleh YB.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih Tuan Speaker…..

Speaker

Silakan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Dalam laporan audit tentang pengurusan syarikat telah dibangkitkan tentang Invest Kedah di mana sebanyak dari 2019 hingga 2022, 10 misi telah dibuat dan bertemu dengan 53 prospek dan di sini prospek tidak berjaya ditarik untuk melabur di Negeri Kedah antaranya disebabkan pelaburan yang ingin dibuat bertentangan dengan dasar kerajaan. Cuma nak tanya apakah dasar yang bertentangan dengan dasar kerajaan? Okay thank you. Dan satu lagi….

Cukup dulu kut. Cukup dulu. Jawapan tu dah ada dalam ni.

Speaker

Silakan Jitra. Okey.

Okey. Nanti saya, YB. Bandar Baharu pun ada soalan dia, saya jawab sekali. Saya dah tahu soalan dia.

Speaker

Cantik. Cantik.

Okey. Balik pada YB. Belantek tadi. Memang benar kita menetapkan RM10 bilion dan usaha sedang digembeleng. Baru ni kita pergi ke China juga YB, di mana potensi saya tak kata geranti, tapi saya kata berminat untuk melabur di negeri kita malahan mereka ingin membawa ekosistem mereka, bukan sahaja kilang tu datang satu dia nak bawa supply chain dia bersama. Kalau ini dapat dibangunkan, satu berita baik buat kita semua. InsyaAllah sama-sama kita usahakan dan sasaran RM10 bilion kita itu dalam jangkauan kita. Tapi saya juga ingin mengatakan di sini tidaklah mudah, tapi insyaAllah kita usahakan sebaik mungkin. Kembali kepada YB. Berkaitan dengan perkara yang bertentangan dengan dasar kerajaan negeri ataupun negara sebenarnya iaitu berkaitan dengan industri berkaitan dengan waste management, berkaitan dengan pelupusan. Sektor-sektor ini adalah sektor-sektor yang mendatangkan banyak pencemaran dan

mendatangkan banyak masalah kepada kita, polution dan sebagainya dengan izin. Maka itu antara, ada yang nak masuk, mereka kata datang dengan teknologi begitu begini. Tetapi to certain extent the federal government dengan izin masih melihat perkara ini secara berhati-hati. Jadi dengan kata lain….. YB..

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tambah sikit.

Ya. Sikit.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Jadi, dengan isu air yang kita semakin meruncing. Begitu banyak pelabur yang ingin masuk. Adakah yang itu menjadi satu halangan kepada kita untuk menarik mereka? Ok.

Ok. Terima kasih. Silakan. Satu perkara berkaitan pelaburan. Dia tidak buat keputusan hari ini nak datang. Dia kata ok, Kedah menarik saya datang esok. Tak. Untuk mereka datang mengambil masa. Sebab dia akan go through all the process, due diligence mereka dan seumpanya mendapat keputusan boardnya dan ada ketika yang mendapat keputusan negaranya sendiri, sebagai contoh. Jadi, dengan kata lain pada masa yang sama kita juga bekerjasama rapat dengan SADA, bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kita untuk memastikan kemasukan mereka itu nanti disambut dengan tersedianya prasarana. InsyaAllah.

Seterusnya Yang Berhormat Speaker, izinkan saya kita berjaya menjana peluang pekerjaan sebanyak 28 ribu dalam tempoh terkini ini, ini satu pencapaian yang baik. Tetapi adalah sesuatu yang amat mendukacitakan sekiranya kita tidak dapat memanfaatkannya, anak kedah tidak dapat memanfaatkannya sebaik mungkin kerana apa? Kerana kekangan-kekangan yang mungkin mendatang. Yang contohnya kelulusan kita tidak setimpal dengannya. Yang Berhormat Speaker selalu tengok jam ni saya pun jadi cemas dah.

Speaker

Teruskan…..

Ok. Saya nak sentuh YB. Bandar Baharu tanya apakah perancangan negeri kepada Bandar Baharu. Benar kita telah pun pada dasarnya mempunya cita-cita yang sama untuk dibangunkan segah mana Kulim Hi-Tech Park mungkin InshaAllah YB, akan dibangunkan di Bandar Baharu, InshaAllah. Jadi, a yang mana ada tanah pakat jangan jual dulu lah, dengan kata lain ada syarikat yang memiliki keluasaan tanah yang besar di Bandar Baharu ini pada dasarnya telah pun bertemu dengan kita. Mereka menyatakan hasrat untuk bersama membangunkan Bandar Baharu ini menjadi sebuah destinasi pelaburan dan pembangunan penempatan dan juga komersial yang terbaik di utara tanah air kita InsyaAllah. Jadi dengan kata lain, kita akan usahakan yang terbaik, kita tidak melihat Pulau Pinang sebagai lawan, kita lihat Pulau Pinang sebagai kawan kita, kita nak bagitahu mereka kalau mereka ada Greater Penang kita pun ada Greater Kedah. Mereka masuk ke kawasan kita, kita masuk ke kawasan mereka. ‘Then we can neutralize the challenge”. Jadi, dengan kata lain untuk ekosistem pengajian tinggi Negeri Kedah ini izinkan saya Yang Berhormat Speaker. Ini ada juga berita dukacita dalam kata lain, 1.2 juta hari ini berada dalam sistem pendidikan tinggi negara kita. 1.2 juta! Anak-anak kita dalam sistem ini. Ini tak kira lagi, kita belajar di luar negara. Ada ‘few hundred thousand I believe’, dengan kata lain Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan, 30% daripada mereka memperoleh gaji RM4,000 dan ke atas. Ini dipanggil gaji premium. Data diambil daripada tracer study yang dikendalikan oleh KPT setiap tahun. Maknanya 70% graduan keluar daripada universiti hidup bawah paras kemiskinan. Immediately poor! Dengan hutang mereka PTPTN mungkin RM40,000. Mungkin boleh reach sampai RM100,000, it depends on course or program. Dengan kata lain, kita amat perlu membangunkan program-program akademik yang berimpak tinggi. Ini saranan kita, negeri kita kepada kerajaan persekutuan. Lihatlah kembali program-program akademik kita agar ianya benar-benar seiringan dengan keperluan industri yang boleh menjadi penjamin atau jaminan untuk mendapat kerja berpendapatan tinggi. We are moving to high income nation dengan izin, tetapi kalau kita masih dengan cara lama, pendekatan 20 tahun dahulu, 30 tahun dahulu, maka kita akan terus tercicir. Dengan kata lain, duit pembayar cukai, duit tuan-tuan semua, duit saya, duit kita. Kita bayar cukai di mana RM58.7 bilion diberikan kepada KPM, Kementerian Pelajaran Malaysia dan RM16.3 bilion kepada KPT. Kita ingin justifikasi yang paling konkrit, yang paling baik, bukan nak challenge kerajaan pusat, tapi nak berkawan dengan kerajaan pusat, bagi

membangunkan pendidikan yang terbaik. Kita tidak mahu melihat apa yang berlaku hari ini seperti semalam YB. Alor Mengkudu cerita, nak bangunkan anak-anak kita dalam sukan juga tidak mendapat ruang di negeri kita ini. Ini sesuatu yang mendukacitakan.

Little Napoleon telah menafikan hak pembangunan sebuah negeri dan bangsanya. Ini perlu diatasi dan kementerian perlu melihat perkara ini. Jadi juga pada saya. Izinkan saya cerita. Baru-baru ini, sebuah sekolah panggil saya di Jerlun untuk bagi motivasi pada anak-anak kita nak masuk SPM, nak ambil SPM, YB. Speaker, saya rasa saya ada antara orang yang ada autoriti nak motivasi pelajar, 23 tahun jadi pensyarah dan position terakhir saya sebagai naib canselor. Pada dasarnya saya rasa, saya rasa saya layak untuk bercakap dengan pelajar, inspire them. Lebih lagi saya anak-anak orang bawahan dan saya boleh cakap makna miskin. Tapi apa berlaku pada guru besar, pengetua sekolah ini diberi surat tunjuk sebab kerana menjemput saya memberi ucapan motivasi. Kalau boleh tunjukkan rekod, kalau ada saya sentuh politik dalam ucapan itu, saya sedia untuk didakwa. Saya tidak sentuh sekadar memberi semangat pada anak bangsa tetapi inilah budaya menakut-nakutan diamalkan oleh KPM, dan ini merugikan bangsa, merugikan negeri dan negara dan ini harus diatasi segera di negeri kita, Kedah dan pusat dengarlah ini! Ini bukan cerita kalian mengaianaya! Ini cerita pengaianaya bangsa. Kepada orang kita, orang Melayu khususnya. Anak-anak petani, anak nelayan, anak pesawah yang dibiarkan. Kenapa? Kerana kepentingan politik sempit setengah pihak yang ingin memegang kuasa. Bukan cerita pasal menterinya. Mungkin di peringkat negeri ini, mereka lah yang telah menjadi Little Napoleon, yang harus diberikan teguran yang keras kepada mereka semua. Kedua, ini lagi satu cerita duka. Sebuah syarikat besar MNC, boleh minum dulu apa?

Speaker

Silakan, silakan. Ada enam minit lagi.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Tuan Speaker. Bagi masa minum. Kot saya boleh cakap.

Speaker

Tanjung dawai. Bagi laluan YB. Silakan.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Minum, minum. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Jadi, meneliti keadaan ekonomi dan pelaburan yang ada di Malaysia sekarang. Kita cari pelabur luar dan kita berusaha untuk membangunkan negeri. Dalam suasana macam ini sekarang, kelmarin diumumkan bagaimana satu syarikat yang sudah bertapak di Malaysia ini sejak 1972, membina kilang di Shah Alam, Goodyear. Mengumumkan untuk menutup kilang bulan 6 ini dan memindahkan operasi ke Vietnam dengan menamatkan kontor pekerja sebanyak 550 orang. Lepa ucap goodbye. Daripada good year, good bye. Jadi, adakah suasana sebegini ada di Kedah? Terima kasih.

Speaker

Silakan YB.

Terima kasih ADUN Tanjung Dawai, sahabat saya. Movement atau pergerakan dari satu negara ke satu negara ini adalah atas keputusan strategik syarikat. Kadangkala ada syarikat datang ke negara kita ini dulu, bukanlah kadangkala. Dululah. Kerana kita menawarkan kos buruh yang rendah. Jadi, orang akan datang ke kita dan hari ini, kalau dari sudut kos buruh rendah itu, lebih banyak ditawarkan oleh Indonesia dan Vietnam, Laos, Cambodia. Jadi, mereka kalau dia labor intensif to certain extent. Dengan izin. Dia akan pergi ke negara ini.

Jadi YB. Tanjung Dawai itu biasa pergerakan. Tapi, ini saya nak kata kalau kita boleh sarankan kepada kerajaan pusat apabila dengar sahaja ada syarikat nak keluar daripada Malaysia, satu team perlu turun dan jumpa mereka dan tanya apa patut yang kita bantu untuk membolehkan mereka kekal dengan kita. Saya rasa ini perlu ditambah baik di peringkat federal sana, dan kalau di peringkat negeri kita pun sama. InsyaAllah kita akan cuba bantu sedemikian rupa juga. Setidak-tidaknya kita dengarlah mereka. Bila mereka nak keluar daripada negeri atau negara kita. Kita pun kata, “out you go” ataupun “silakan”. Kita tak mau macam tu. Dulu mereka datang cipta perang pekerjaan. Kita sangat gembira. Kalau mereka nak tinggalkan negara kita patut kita rasa duka cita. Right.

Balik kepada YB. Speaker. Yang kedua, sebuah syarikat MNC. Saya namakan AT&S dengan pelaburan 8.7 bilion di Kulim. Nak buat program STEM. Dengan anak-anak kita, saya chair pengerusi. Pengerusikan mesyuarat penyelarasan itu. Pegawai JPN pun datang bersama, mesyuarat begitu, begini. Bus apa semua. Program dua hari lagi nak

buat. Tiba-tiba dapat satu arahan daripada JPN. Kalau Yang Berhormat Adun Jitra atau EXCO Pengajian Tinggi yang rasmikan kami tak akan hantar pelajar. Terkejut AT&S ni, terkejut syarikat MNC. What is going on? Kerajaan Persekutuan, what is going on sir? Inilah masalah kita. Apabila satu syarikat besar nak bantu bangunkan Sains Tecnology Innovation ataupun berkaitan dengan STEM buat anak-anak bangsa kita, didatangkan arahan-arahan last minute. Kalau di rasmikan, bukan kita nak cakap politik. Kita kerajaan of the day, government of the day. Tapi malangnya di batas saya atas nama semangat biarlah anak kita mendapat peluang bertemu dengan engineer-engineer MNC sini.

Saya kata biar saya tak pergi tak apa, teruskan program. Saya tak pergi dan saya tak kecewa pun. Tapi saya kesal! Little Napoleon telah memainkan peranannya. Adakah ini Kementerian Pelajaran Malaysia tahu? Adakah Kementerian Pelajaran Malaysia YB. Fadlina Siddiq ‘aware about this thing’? ‘What is going on in our state Kedah’?

Ketiga, pesta buku di Pendang. Saya didatangi oleh Pegawai Daerah Pendang dan pegawainya jemput untuk cakap pasal Pesta Buku. Against ada politik, ada rakaman boleh check. Apa yang berlaku? Hari ini, esok program. Hari ini pukul 10. Esok pukul 10 nak pergi rasmi. Hari ini pukul 10 dapat maklumat daripada Pejabat Daerah Pendang memaklumkan bahawa Prof minta maaf, pelajar-pelajar yang telah kita atur untuk datang dalam Pesta Buku itu tidak dibenarkan datang untuk buat persembahan dan seumpamanya. Saya kata tak apa tuan. Saya tak pergi tak apa. Teruskan. Tak ada ini arahan. Dia kata kerana Prof datang maka tidak dibenarkan pelajar dan guru sekolah hadir, datanglah pakcik-pakcik. Yang mungkin yang cari, yang dah uzur untuk meramaikan program tersebut. Mendukacitakan! Inilah perkara yang harus diberi perhatian. Dan saya dedahkan di sini. Bukan kerana apa, kerana saya tidak mahu bangsa kita, yang dipimpin oleh bangsa kita sendiri, Jabatan Strategik untuk Anak Bangsa, melakukan perkara-perkara yang merugikan bangsa dan negaranya sendiri.

Speaker

Yang Berhormat Jitra. Satu minit.

Uish. Sikit lagi. Sebab tadi dah bincang sampai pukul 2 tadi. Bukan saya lah. Terima kasih YB. Speaker saya hormati. Saya buat pantun dah pasal nak merayu tu. Tapi tak apalah. Saya teruskan YB. sikit je lagi. Jadi, dengan kata lain YB. Speaker dan sahabat semua. Do not miss the forest for the three. Jangan kerana fikir pasal satu batang tubuh, pasal nama Kedah hari ini. Kerajaan Perikatan. Kita kata no to them. Akhirnya, the entire state rugi, negara rugi kerana kepincangan-kepincangan sedemikian rupa.

YB. Speaker, izinkan saya juga untuk kongsikan. Saya cuba lajukan YB. Dalam konteks untuk kita memastikan kelangsungan negeri dan negara kita, kita akan memperkasakan UNISHAM, KISMEC. Ini institusi pendidikan milik negeri dan juga KTechno Insya Allah kita akan jalinkan mereka, gabungkan mereka untuk membentuk satu mungkin kita boleh namakan Akademi Kedah bagi membolehkan dalam konteks state. Kita boleh dapat menyusun strategi kita. Apakah bentuk-bentuk graduan yang kita ingin hasilkan daripada institusi milik negeri kita?

Tapi pastinya kita ingin bekerjasama dengan agensi-agensi ataupun IPT, IPTS yang lain. Jadi dalam perkara ini, satu yang ingin saya sampaikan YB. Speaker dan semua. Hari ini, enrollment yang ada di UNISHAM ialah sebanyak 3,400 orang. Yang hadir mengaji di UNISHAM dan 67% belajar tentang berkaitan agama. Dengan kata lain 33% belajar other than agama, mungkin business, mungkin kulinari dan seumpamanya. Pastinya tak ada engineering. Point saya, kita akan bergerak, dan saya yakin percaya Yang Berhormat setuju kalau kita perkasakan UNISHAM ini dengan juga menawarkan program-program, program sains, teknologi, engineering dan matematik related subject atau TVET bagi membolehkan ratusan juta pelaburan yang masuk ke negeri kita, UNISHAM tidak terlepas peluang, u ntuk menjadi sebahagian daripada pembekal tenaga kerja tersebut. Kalau tidak adalah hari paling malang buat sebuah industri negeri kerana tidak mampu mengambil ruang dan peluang sebegitu besar. Jadi, dengan kata lain YB. Speaker saya pun dah sampai ke penghujung. Kita akan tingkatkan kapasiti UNISHAM, tetapi kita tak tinggalkan agama. Kita nak UNISHAM kekal dengan kekuatan dia sebagai universiti berteraskan Islam. Yang mana, kita nak kalau UNISHAM nanti ada doktor, dia ada doktor. Doktornya berjiwa Islam. Kalau dia melahirkan akauntan, akauntan yang berjiwa Islam. Yang faham Islam, yang akan berintegriti. Kalau dia nanti kita buat engineering, dia akan keluarkan engineer-engineer yang punya jiwa. Kalau dia buat bangunan, dia buat kilang, dia akan lihat ini bukan dirinya ini, lihat bagaimana dia boleh membantu masyarakat, ekonomi Masyarakat, ekonomi umat. Jadi, kita ingin lahirkan orang sedemikian rupa.

Jadi YB. Speaker dan Ahli Dewan saya sampai ke penghujung, kita akan gerakkan usaha-usaha bagi membolehkan Kismec, K-Techno, UNISHAM dan juga INSPIN sebagai contoh yang mana baru-baru ini saya telah berbincang dengan kepimpinan INSPIN untuk kita memperkenalkan dipanggil High Performance Graduate Program, yang mana di dalamnya pernah saya nyatakan dahulu. InsyaAllah. Kita ada Kedah Future Leaders, Kedah Non-Tech Apprenticeship, dan Kedah Tech Apprenticeship bagi membolehkan usaha melahirkan anak-anak kita yang kompetitif dan diperlukan industri.

Sikit lagi yang Berhormat. Alhamdulillah. Minggu lepas, saya telah berjumpa dengan kepimpinan KITA, Kulim Industrial Tenants Association. Ada 40 MNC dalam itu lebih kurang, mereka bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada program ini yang mana, mereka membenarkan. InsyaAllah menempatkan anak-anak kita untuk attach dengan syarikat-syarikat multi-national corporation ini. InsyaAllah dan doakan tuan-tuan, dapat disaksikan. Jadi anak-anak kita akan attach dengan Intel, akan attach dengan Infineon, AT&S dan seumpamanya.

So, akhir sekali Yang Berhormat Speaker, sikit saja daripada saya. Yang Berhormat Speaker, baru-baru ini juga saya jumpa dengan Yang Berhormat Menteri MITI. Hebat orangnya, hebat. Walaupun kita berbeza kerajaan, tetapi dia bersikap terbuka. Izinkan saya nyatakan di sini. Beliau telah menerima baik pandangan kita, dan hari ini pun ada team daripada Kementerian, daripada MIDA datang untuk melihat kawasan jalan, YB. Dato. Merbau Pulas, yang kata ada join daripada satu kawasan itu, yang jalan sangat teruk tu, InsyaAllah mereka akan datang dan cuba untuk bantu bagaimana selesai masalah ini. MITI kita tak ada masalah. Tip-top. Kemudian baru ini jumpa juga dengan. Menteri MOSTI, Tuan Chang Lih Kang. Dia juga bersedia untuk bekerjasama dengan kita, bagi menjayakan program-program peringkat negeri dan negara. Cuma yang dalam portfolio saya, yang saya rasa ada sikit isu iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajaran Tinggi, walaupun pengajian tinggi bawah saya, maksudnya portfolio saya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, tapi pastinya amat terkait dengan Kementerian Pelajaran juga.

Jadi Yang Berhormat Speaker, saya nak rumus ni, nak landing dah ni. Ok! Yang Berhormat Speaker, hanya melalui pendidikan yang membolehkan anak seorang tukang cuci nenjadi engineer, hanya dengan pendidikan yang membolehkan anak seorang nelayan menjadi lawyer, hanya dengan pendidikan anak seorang tukang kebun menjadi engineer, hanya dengan pendidikan anak seorang penoreh getah menjadi Menteri Besar dan juga Menteri mahu Perdana Menteri. Jadi pendidikan tidak boleh dipolitikkan. Walau apa pun, walaupun berbeza sekali pun kita, tetapi pendidikan harus neutral dan didokong oleh semua. Dengan kata lain, saya ingin merumus dan menutup ucapan saya pada tengah hari ini Yang Berhormat, dengan membacakan serangkap puisi. Pendek saja puisi ini. Izinkan saya. Sahabat, Tekunlah bekerja demi negara kita Kedah ini, Baiki dirimu, baik dirimu seorang mamanda menteri, mahupun tukang cuci, Leka kita pasti akan membawa hina kepada diri, agama bangsa dan negeri,

Sahabat, Hargai tanah warisan yang kita masih miliki ini, Kerana tanpanya kita akan dipandang hina di bumi sendiri, Dilayan bagai tidak punya harga diri,

Sahabat, Tidak akan ada sesiapa yang akan dating untuk membangunkan negeri kita ini, Melainkan tangan-tangan kita yang punya jiwa dan rasa, Mahu melihat negerinya maju dan dirahmati, Negeri Kedah yang dibina atas kehangatan darah dan keringat anak bangsanya sendiri,

Sahabat, Ingatlah pesan ini, bersama kita dalam perjuangan ini, Sesungguhnya The Greater Kedah pasti menjadi realiti, Saya juga ingin kongsikan Pulau Pinang, Bandar Baharu Kapitan Light menyanggah Raja, Jika dikenang sejak zaman dahulu, Jatuh berderai si air mata.

Jadi kita harus bangun dan bangkit, saya tidak membawa gagasan kita keluar daripada Malaysia. Tetapi jadilah tenaga kerja kepada negeri, berfikir sebagai tenaga kerja sebuah negara. Kita perlu ada jiwa, sebagai sebuah negara dalam konteks Kedah ini, barulah kita rasa kita tidak subservient kepada orang lain. Dan insya Allah kalau kita mentadbir sebagai sebuah negara dan saya yakin dan percaya kita akan dihormati oleh kawan dan lawan juga siapa di sana. Dengan itu, Dun Jitra dan Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah Darul Aman menjunjung tinggi Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, The Greater Kedah is Real. Bangsa Kedah, bangsa berjaya. Wa Bilahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.

Speaker

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih Jitra dan seterusnya Sungai Limau. Sebelum YB. Sungai Limau membuat penggulungan ada satu yang nak diumumkan di sini pada hari ini. Ada satu sesi uji rasa dan pameran melon Kedah oleh usahawan tempatan iaitu Encik Yusuf Ishaq di ruang legar hadapan Dewan. Encik Yusuf ni ialah seorang penerima anugerah Perdana Peringkat Kebangsaan sempena Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan 2023 yang lalu. Untuk makluman, projek ini merupakan asentif daripada pihak kerajaan negeri dan jabatan pertanian dalam

membangunkan penanaman melon secara fertigasi menggunakan teknologi lot. Ianya selari dengan sasaran pengeluaran melon Kedah sebanyak satu juta biji setahun menjelang awal RM13. Seterusnya, dipersilakan Sungai Limau.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker memberikan tempoh untuk saya buat penggulungan pada tengahari ini.

Alhamdulillahirrahmanirrahim Wabihi Nas’tain Wassalatu Wassalamu Ala’ Rasululillahil A’min Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. Ashrafil biya Wal Mursalin, Sayyidina Muhammadin Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Ajma'in. Robbishrohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul ‘Uqdatan Millisa’ni Yafkhohu Khauli. Amma’Baq. Qalla’ Allahuta’ala Filkitabil Qarim.

أَعُوْ ذُ ب اّٰلله م نَ الشَّيْطٰان الرَّج يْم

خَصِ يْمًا َل ِلْخَاۤىِٕنِيْن ْتَكُن َوَ ل للاّ ُه َاَرٰ ىك بِمَا ِالنَّاس َبَيْن َلِتَحْكُم ِ بِالْحَق َالْكِتٰب َاِلَيْك اَنْزَلْنَا اِنَّا

وسلم عليه هللا صلى هللا رسول قال ُالصَّاد ق فيها ُيُكَذَّب و ، ُالكَاذ ب فيها ُيُصَدَّق ، ُخَدَّاعَات سَنَوَ ات الناس على سَيأتي ، وما: قيل. ُالرُّوَ يْب ضَة فيها ُويَنْط ق ، ُاألَم ين فيها ُوَ يُخَوَّ ن ، ُالخَائ ن فيها ُيُؤْتَمَن و العَامَّة أَمْر في ُيتكلَّم ، ُالتَّافَه ُالرجل: قال ؟ ُالرُّوَ يْب ضَة

Yang Amat Berhormat Dato Seri Haji Sanusi Mohd Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Para Pengamal Media, Tuan-Tuan, Puan-Puan yang dikasihi sekalian.

Ahlamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana pada hari ini kita berada pada hari terakhir perbahasan selama dua hari mendengar ucapan, pandangan daripada sahabat-sahabat, Ahli Yang Berhormat, selain berkaitan daripada kerajaan dan merujuk beberapa portfolio yang berada di bawah saya portfolio agama, pendidikan, komunikasi dan juga penerangan. Dan sebelum saya melakukan penggulungan ayat yang saya bacakan di

awal tadi Al-Quran yang telah pun disentuh oleh Pantai Merdeka, dimana Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa Ayat 105 yang telah pun membawa maksud, jelaskan kepada kita semua sesungguhnya diturunkan kepada kamu wahai Muhammad, Al-Quran dengan benar yang diperintahkan untuk kamu menghukum dikalangan manusia apa yang dikehendaki oleh Allah SWT dan janganlah kamu Bersama-sama ataupun memberikan pertolongan kepada orang orang yang khianat. Dan hadis yang saya bacakan di awal tadi, juga saya bacakan hadis yang sama pada perbahasan yang lepas supaya kita mengenali apa yang telah pun disebut oleh baginda Rasulullah SAW lebih daripada seribu tahun yang lalu tentang akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan iaitu dipercayai dan didustakan percakapan orang-orang yang benar, diberikan amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah kemudian akan virallah ucapan golongan Rabhidah. Baginda SAW ditanya siapakah golongan Rabhidah, maka baginda menjawab orang-orang yang bodoh lagi fasik, berbicara mengurus berkaitan perkara-perkara umum dan besar. Inilah peristiwa akhir zaman yang telah pun disebut oleh Baginda SAW, dan kita juga hari ini berada di akhir zaman dan kita menghadapi cabaran-cabaran, ujian-ujian serta golongan-golongan yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW yang kita boleh nampak pada hari ini. Dimana kata kata-kata orang yang benar tidak diendahkan tetapi kata kata golongan yang disebut oleh Baginda SAW, golongan yang khianat maka golongan itulah yang diangkat dan diviralkan ucapan-ucapan mereka.

Maka Yang Berhormat Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, semua Ketua-Ketua Jabatan dan semua rakyat khususnya bahawa kita hendaklah sentiasa memastikan hari ini kita menjadikan teras kepercayaan kita khususnya kita masyarakat Islam untuk kita meletakkan al-quran dan sunnah baginda Rasulullah SAW sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita.

Yang Berhormat Speaker, sebelum izinkan saya rakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih atas tempoh masa yang diberikan dan juga menjunjung kasih atas Titah Ucapan Perasmian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada hari pertama pembukaan Dewan penggal kali ini, dan daripada titah ucapan Tuanku Sultan secara tegas, baginda menyebut bahawa untuk kita memperkasakan Mahkamah Syariah yang merupakan obor keadilan agama Islam yang merupakan agama rasmi Negeri Kedah.

Dan saya yakin perkara ini juga disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat dalam isu-isu agama termasuklah Pengkalan Kundor, Kupang, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Bukit Lada dan beberapa lagi. Bagaimana untuk kita memastikan bahawa institusi agama dan mahkamah syariah dan undang-undang syariah ini dapat untuk kita perkasakan.

Kalau kita mengikuti sejarah perkembangan Islam di Kedah yang mai Islam di Kedah 1,136 melalui pengislaman Phra Ong Mahawangsa yang menjadi Sultan Kedah pada waktu itu oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairi dan ditukar nama Sultan kepada Sultan Muzaffar Shah 1136 dan selepas daripada itu Kedah menjadi negeri Islam, rakyat dari Kedah beragama Islam dan islam tersebar, Kedah negeri yang mula-mula menerima Islam dan tersebar ke negeri-negeri yang lain. Hukum Islam, cara hidup Islam dipertahankan oleh institusi raja dan rakyat pada waktu itu sehinggalah kedatangan penjajah. Penjajah kalau kita lihat dalam buku sejarah kita cerita tentang Melaka, cerita tentang Perak, jarang kita dengar cerita tentang negeri kita Kedah Darul Aman. Yang mungkin pada waktu itu sebenarnya penjajah tak masuk lagi, Inggeris tak masuk lagi.

Kalau kita baca sejarah Inggeris mula menghantar residen ke Negeri Kedah selepas perjanjian pangkor 1,907 kalau tak silap, perjanjian Inggeris dengan Bangkok pada waktu itu. Perjanjian Bangkok menyebabkan kita negeri-negeri tak bersekutu ini juga Kedah menerima residen dan pada waktu itulah sistem residen membahagikan undang-undang Kedah, ehwal hal ehwal sahsiah diberikan kuasaan kepada Sultan dan pentadbiran diberikan kepada Inggeris. Makna dia 1,136 sehingga 1,907 dalam tempoh 700 lebih Islam bertapak kukuh bukan hanya menjadi Islam sebagai agama rasmi, agama anutan tetapi juga cara hidup dan juga undang-undang Islam diamalkan dalam Negeri Kedah.

Selepas daripada itu, kita semua sedia maklum apabila British kemudian disebut oleh Tuanku, Melaya Union kita menjadi negeri berada dalam Malaysia yang merdeka. Maka diadakan undang-undang persekutuan, perlembagaan persekutuan semua negeri ikut dan dimasukkan dalam perlembagaan persekutuan Islam sebagai Agama Persekutuan. Ditafsirkan agama persekutuan mengikut cara barat yang diasingkan antara agama dengan kehidupan, yang kita sebut sebagai sekular. Pada waktu itulah muncul kata-kata politik suku, agama suku. Alhamdulillah ulama-ulama kita, tok-tok guru kita telah membahaskan isu ini, telah mengajak masyarakat sehingga hari ini ungkapan politik suku, agama suku sudah tidak kedengaran lagi malahan kita menganggap semua yang berkaitan dengan kita umat Islam apa yang kita laksanakan merupakan ibadah merupakan perintah Allah SWT.

Sebagai contoh kita hadir dalam dewan hari ini, kita melaksanakan tugas kita sebagai wakil rakyat, sebagai ketua jabatan, sebagai apa jua pekerjaan kita, kita menganggap pekerjaan ini adalah merupakan amal soleh perintah Allah SWT, yang kita buat secara bersungguh-sungguh, inilah yang akan menjadi bekalan akhirat kita bersama. Inilah yang disebut dalam kehidupan kita ini yang kita ikrarkan setiap hari.

ََالْعَالَمِي َِ رَب ََِِلِل َِوََمََات ََوََمَْيَاي َوَنُسُكِي َِصََلَ ت َإِن. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku, semuanya untuk Allah SWT. Kalau kita tuan-tuan, puan-puan yang berhormat, semua ketua-ketua jabatan, kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik, apa sahaja yang kita laksanakan untuk mencari redha daripada Allah mungkin kita tak nampak ia merupakan ibadah, tetapi sebenarnya itulah ibadah dalam ikrar yang kita baca dalam doa iftitah setiap kali kita sembahyang dan InsyaAllah jika kita buat secara bersungguh-sungguh, semuanya akan menjadi amal soleh dinilai oleh Allah SWT sebagai ibadah. Jadi, hari ini kita melihat orang menganggap apa yang berlaku yang kita sebut sebagai untuk memperkasakan undang-undang syariah sebagai suatu yang janggal dalam perlembagaan.

Walaupun dah pun dimasukkan 121 1A tahun 1992. 90an pada waktu itu, supaya boleh undang-undang syariah ini dilaksanakan di peringkat negeri-negeri. Berlaku pula cabaran, ujian hari ini. Katanya pertindanan antara hukum-hukum yang telah pun diputuskan oleh Dun dalam Enakmen Dun. Enakmen Dun. Kita menganggap perkara itu suatu yang janggal tetapi sebenarnya negeri kita Negeri Kedah ini telah pun melaksanakan undang-undang tersebut lebih daripada 700 tahun sebelum kedatangan penjajah dalam negeri kita dan kita boleh hidup aman damai pada waktu itu.

Hari ini seluruh Ahli Yang Berhormat yang menyentuh. Saya pun tak akan ambil masa yang panjang untuk memberikan maklum balas kepada apa yang telah pun disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan portfolio, isu-isu agama sebagai contoh. Saya pilihlah tuan-tuan. Tentang Sidam. Mukaddimah dia. Buah manis dia. Untuk elaun pada imam dan perkara ini pun kita telah ambil maklum dan beberapa siri perbincangan kita adakan dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan dari sudut elaun-elaun imam ini tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Di peringkat tanggungan elaun ini, asasnya diberikan oleh JAKIM seluruh Malaysia. Yang diberikan oleh JAKIM kepada imam RM850, pembantu imam juga RM850. Kemudian ditambah oleh negeri dan juga zakat sehinggalah mencukupkan jumlah RM1,200 yang ada pada hari ini. Negeri Kedah kemudian Bilal mencukupkan tambah JAKIM dengan yang zakat RM900. Dan elaun - elaunini, dia ada imam yang lantikan JAKIM dan ada imam yang lantikan negeri, yang lantikan negeri juga, kita berikan sama supaya jumlah dia RM1,200. Melalui peruntukan negeri RM800 dan juga peruntukan zakat RM400.

Kemudian, cadangan untuk ditukar elaun ini ni kepada sistem gaji. Perkara ini mungkin perlu juga diberikan perhatian kerana imam-imam kita ni ada juga yang telah pun ataupun dia ada gaji yang tetap. Jadi guru, ada yang kerja dah ada kerja tetap. Kemudian dipilih

untuk menjadi imam dan pelantikan imam ini juga dia bukan ikut sistem kita panggil apa kenaikan pangkat. Dia lantikan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan melalui nama-nama yang akan dicadangkan di peringkat bawah sehinggalah diproses oleh Jabatan Agama dan juga dipersetujui ditauliahkan oleh Tuanku Sultan. Jadi, di peringkat Pejabat Exco kita sering berbincang hari Isnin yang lepas pun. Kita bincang kalau ada kaedah yang macam mana dan persatuan imam pun dah mai bertemu. InsyaAllah kita akan ambil maklum perkara yang telah pun kita rancangkan InsyaAllah. Kemudian dari sudut soalan berkaitan dengan skim khas cadangan beberapa cadangan daripada Kupang untuk laluan imam masjid. InsyaAllah kita ambil maklum cadangan-cadangan yang dikemukakan dan juga cadangan jawatan pengarah. Itu mungkin juga boleh dibincangkan dalam jawatankuasa tetap yang ada di peringkat portfolio agama dan sebagainya.

Kemudian Anak Bukit bangkitkan tentang semakkan karyah. Dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sedang menyemak semula persempadanan kariah dengan mengambil kira jarak dan kariah dan kepadatan penduduk yang bersesuaian buat permulaan daerah Kota Setar telah melaksanakan taklimat dan bengkel pemurnian sempadan kariah dan akan disusuli dengan daerah yang lain dengan kerjasama JUPEM dan juga Bukit Lada dan juga Pejabat Daerah. Bukit Lada membangkitkan tentang program yang dilaksanakan. Penghayatan bulan solat dan penghayatan Al-Quran. Alhamdulillah. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah melancarkan pada 8 Januari 2020…(YB. Tanjung Dawai minta laluan)

Speaker

Tanjung Dawai bangun. Bagi laluan lagi YB. Silakan.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Sungai Limau. Nak tanya masjid terapung dekat jam besar tu. Yang tergendala dah lama. Dan saya tengok jarak masjid tu dengan di Ruat dengan sungai di Yan besar ni dekat. Jadi, kalau pecah karyah nanti ni berapa orang agak-agaknya?

Timbalan Speaker

Silakan YB.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik. Terima kasih kepada Tanjung Dawai. Kita bagi siap dulu masjid tu Yang Berhormat. Sekarang ni dah berapa fasa tunda untuk penyiapkan dengan pelantikan, kontraktor dan sebagainya. Jadi, kita bagi siap dulu baru kita fikir nak pecah kariah. Bukit Lada bangkitkan tentang Program Bulan Solat dan Penghayatan Al-Quran. Alhamdulillah di peringkat kerajaan setelah Yang Amat Berhormat Menteri Besar melancarkan program tersebut mungkin pada pandangan orang bulan solat dan penghayatan Al-Quran ini kita laksanakan sebulan Bulan Rejab ataupun bulan Januari di peringkat urus setia kita merancang program ni untuk dilaksanakan selama empat bulan, bulan solat dan penghayatan Al-Quran. Dan empat bulan yang berikutnya kita akan cuba dengan gagasan baru bulan korban dan penghayatan Al-Quran, dan empat bulan yang berikutnya bulan kasih sayang, dan penghayatan Al-Quran. Kita dalam program penghayatan Al-Quran ini dan bulan solat ini antara yang kita laksanakan adalah untuk merancakkan kempen solat subuh secara berjemaah sama macam solat Jumaat yang telah pun alhamdulillah dilaksanakan dengan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah, seluruh masjid Negeri Kedah, dan impaknya Alhamdulillah respon yang baik yang kita terima dan kita harap perkara ini tidak akan terhenti setakat itu dan akan diteruskan khususnya secara berterusan. Bersesuai dengan bulan Rejab, bulan Syaaban dan beberapa hari lagi kita akan masuk bulan Ramadhan. Dalam bulan Ramadhan ini kita sudah pasti akan mengimarahkan masjid kita dengan solat terawih, dengan majlis berbuka puasa dan majlis-majlis yang lain, yang sudah pasti perkara ini akan mampu untuk membentuk suasana dan persekitaran yang baik khususnya untuk kita wujudkan persekitaran orang-orang yang bersolat jemaah di semua kariah InsyaAllah. Dan hala tuju kita dalam penghayatan Al-Quran. Kalau boleh kita dah lancarkan di Wisma Alhamdulillah. Setiap hari, setiap pagi, jam 8.30 akan ada seorang khalifah mengetuai bacaan Quran di Wisma Darul Aman dan didengari di semua blok A, B, C dan E. Cuma minggu ni sahaja sound system problem, jadi terhenti sat. InsyaAllah selepas daripada apa perbaik ini kita akan angkat lagi program ini secara berterusan dan kita harap ia akan disambut di semua jabatan-jabatan kerajaan.

Speaker

Ayer Hitam bangun. Silakan.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Cuma tang baca Quran setiap pagi tu, cantik elok. Cuma bila saya sampai hari itu, masuk dalam tandas tu, time tu time dia baca Quran. Sampai dalam tandas tu ada kot. Salah tak benda tu?

Speaker

Silakan. Sungai Limau.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Dia dengar aja, bukan pi baca dalam tu. Dia dengar semualah seluruh tempat. Ha. Jangan pula kita dok pi baca dalam tandas. Dan kita mengharapkan Alhamdulillah saya juga mendapat maklum respond yang baik daripada pejabat-pejabat, agensi-agensi dan juga jabatan ataupun pejabat-pejabat daerah. Saya nak highlight hat Yan ya Yan. Yan dia mula, setiap pagi dia siarkan bacaan Al-Quran di Pejabat Daerah Yan dan di rumah Tuan DO secara mingguan, dia adakan kuliah secara berkala. Jadi, kita harap apa yang sedang kita usahakan ini akan diikuti oleh semua jabatan-jabatan dan kita harap apabila ia diamalkan di semua jabatan-jabatan Al-Quran yang menjadi syifa, yang menjadi panduan dalam kehidupan kita, bukan hanya untuk bacaan. Lama-lama dia akan menjadi amalan kita secara berterusan. Amalan bacaan Al-Quran ini tuan-tuan bukan baru. Bukan kita yang baru buat baca di Wisma ni, di peringkat sekolah-sekolah, masa saya jadi guru tu pun ada dah, Alhamdulillah. Bacaan itu dibacakan sewaktu perhimpunan pagi secara harian. Satu hari, satu muka surat. Yang saya tahu sebab sekolah saya dulu, sekolah Menengah Agama Nahdhah, Bukit Besar kami buat mulai 2004. Alhamdulillah. Bila kita mula baca, kita melihat suasana persekitaran amat baik dan InsyaAllah kita harap. Moga-moga amalan pembudayaan membaca Al-Quran ini bukannya di pejabat-pejabat. Di masjid-masjid kita akan memperluaskan lagi di rumah-rumah kita supaya rumah-rumah kita tak jadi macam kubur. Sepertimana hadis baginda Rasulullah SAW.

YB. Speaker, Belantek mencelah.

Speaker

Belantek…

Yaa..sikit jaa…

Speaker

Yaa..Silakan…

Program subuh macam Jumaat sepertimana yang telah dilancarkan di peringkat negeri saya rasa harus diperkasakan lagi di peringkat daerah. Peranan Jabatan Agama, Pejabat Agama Daerah dengan persatuan pegawai-pegawai masjid. Saya rasa perlu diperkasakan lagi, kita tak mahu hebat waktu pelancaran dua tiga bulan lepas ja, lepas itu dia koi sejuk, koi sejuk, dia mesti disemarakkan dari semasa ke semasa supaya program subuh macam Jumaat ini berlangsung terus sampai bila-bila. Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik. Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Belantek. InsyaAllah. Kita harap semua pegawai-pegawai agama jabatan dan juga persatuan-persatuan imam-imam peringkat daerah akan turut memberikan kerjasama penuh untuk kita melaksanakan perkara ini. Jadi, seterusnya saya sentuh sikit-sikit tuan-tuan, bab pendidikan. Pendidikan ini penting, isu-isu yang dibangkitkan banyaknya tentang masalah keciciran. Jawapan yang telahpun saya sebutkan pada hari kedua sidang, hari kedua sidang. Isu yang berlaku keciciran di kalangan anak-anak kita ataupun ponteng sekolah. Saya menyambut baik daripada perbahasan Kota Siputeh tersebut di peringkat daerah Kubang Pasu dah ada task force untuk berbincang dan mengatasi isu ini.

Jadi, kita harap perkara ini boleh dipanjangkan kepada seluruh daerah-daerah bagi kita mengenal pasti dan juga mengambil tanggungjawab secara bersama untuk mengatasi masalah ini. Dalam kajian yang dilakukan oleh UUM yang saya sebut kompas. Program Kompas ini modul-modul yang telahpun disediakan untuk kita cuba praktikkan telah pun ada dan InsyaAllah akan dilaksanakan peringkat cadangan kita di tiga daerah. peringkat cadangan untuk sebelum ini UUM dia buat pilot project di 6 buah sekolah, 2 buah sekolah di Kubang Pasu, 2 buah sekolah di Langkawi, 2 buah sekolah di Baling.

Jadi, peringkat cadangan kita untuk kita perluaskan dan adakan program cadangan ini, komuniti juga memainkan peranan dalam usaha untuk mengajak anak-anak pelajar kita supaya hadir ke sekolah. Kita mengambil maklum dalam siri perbahasan dan pengalaman kita turun ke kampung-kampung juga disebut oleh beberapa orang YB. Kita nak pergi bagi bantuan pergi rumah ke rumah. Jam 9 pagi kadang-kadang kita pi. Mak ayah ada di rumah nak menerima bantuan. Tapi anak dia baru mangkit tidur waktu tu. Ada, perkara ini berlaku. Jadi, kita harap kesedaran yang penting di kalangan ibu ayah untuk pastikan bahawa kehadiran anak-anak tu tak payah tunggu guru-guru pi jemput anak ke rumah. Tak payah tunggu guru-guru untuk mai melawat pasal apa anak kita tak mai sekolah. Kita harap tanggungjawab ibu bapa itulah yang amat penting untuk kita pastikan bahawa mereka hadir ke sekolah.

Saya pernah cadang, cadangan ini orang marah lah! Saya pernah cadangkan kepada pegawai JKM. Kadang-kadang kebanyakan yang ini akibat kemiskinan menyebabkan mak ayah dia biar anak dia keluar pergi kerja, tak perlu mai sekolah, tinggatan empat, tinggatan lima. Pergi kerja. Tak perlu mai sekolah. Saya pernah cadang tapi pegawai JKM kata payah ustaz kepada pegawai JKM yang dia kena ambil tau juga kadang-kadang kita bantu tu atas alasan bukan hanya kemiskinan. Tapi juga, pasal nak bantu anak pi sekolah. Serupa juga zakat. Kita bukan hanya bantu kerana kemiskinan. Tapi nak bantu tu untuk anak-anak dia meneruskan pendidikan. Kalau di kalangan pelanggan penerima ini di kalangan yang anak-anak dia yang culas pergi sekolah, mungkin boleh bagi amaran. JKM boleh bagi amaran. Nak jemput bagi buatlah apa-apa sesuatu supaya kesedaran ini juga ada kepada ibu ayah. Tanggungjawab untuk pastikan anak ke sekolah bukan hanya kepada sekolah, bukan hanya kepada guru-guru tapi juga kepada seluruh rakyat. Jadi itulah….

Speaker

Dua minit lagi. Dua minit lagi.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Sat! Sat! Komunikasi. Sidam ada sentuh dan beberapa orang Yang Berhormat Bukit Selambau ada sentuh tentang komunikasi Bandar Baharu. Kerana komunikasi ini sistem bila kita takdak cucu tak mahu balik menjejaskan hubungan keluarga. Nah. Hat ni pun kita nak kena ubah minda. Balik rumah Tok ni bukan kerana nak main game. Nah. Kerana nak dekat dengan tok dengan tok wan. Hat tu kita kena ubah mindset. Sebenarnya kalau tak ada hat tu lagi seronok kita dulu balik rumah tok wan bukan kena nak main game.

Kita dulu-dululah. Nak pergi bendang. Nak pergi tangkap ikan. Nak naik pokok, naik pokok cermai. Nak main capelung. Kan. Nak main wau. Macam-macam lah. Dulu-dulu nak mandi sungai. Nah. Tapi laa ni mungkin perubahan itu berlaku dan di peringkat kerajaan kita sentiasa peka tentang perkara ini dan di bawah Pelan Jendela terdapat 169 menara komunikasi baru untuk dibina di Kedah dan 104 telah pun siap dilaksanakan dengan jumlah 61.5% daripada 169 yang akan dibina di Kedah dalam tempoh sehinggalah tahun 2024 ini. 104 telah pun siap dalam suku keempat 2023 dan kita harap ia akan boleh beroperasi secara berperingkat sehingga siap sepenuhnya. Sehinggalah suku keempat 2025. Semua 169 ini boleh untuk dimanfaatkan dan untuk makluman YB. Bandar Baharu, kerajaan Perseketuan melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) turut melancarkan inisiatif jalinan digital negara ini untuk tambah baik perkhidmatan dan mutu internet di seluruh negara termasuklah di kawasan luar bandar dan bagi Bandar Baharu yang telah pun siap ada empat dalam pelaksanaan ada satu lagi untuk ini akan dibina lima. Yang dah siap empat. Satu dalam pelaksanaan dan juga ada juga projek daripada kementerian Projek Pops. Saya lupa apa dia punya singkatan dia. Tapi kerajaan akan melaksanakan 365 kerjasama antara syarikat dengan TNB untuk pasang peralatan yang boleh dalam radius 100 meter untuk rumah-rumah tersebut menerima bekalan internet. Ya. Sila. Sila.

Terima kasih Tuan Speaker dan juga YB. Sungai Limau, kalau boleh saya cadangkan, kalau ada bahagian-bahagian mana pencawang baru yang nak naik. Kalau boleh disenaraikan satu, satu senarai ringkas, senarai pendek untuk diedarkan kepada bahagian Pejabat Adun. Untuk kita sama-sama dapat tahu. Kalau tidak kadang-kadang projek berlaku kita pun tak tahu. Orang tanya Adun pun tak tahu. Jadi, ini mohonlah kalau boleh di disediakan senarai pendek itu. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik. Terima kasih Sidam. Sidam, ada tiga dalam projek jenjala. Tiga-tiga itu dah siap dah. Dan hari ini sebenarnya ada pegawai daripada MCMC buat untuk aduan. Untuk YB-YB, kalau ada masalah setempat dan kalau selepas daripada ini pun boleh secara bersurat maklum kepada kita pejabat EXCO. Kawasan-kawasan, kampung-kampung mana dalam kawasan-kawasan Yang Berhormat yang tak dapat ataupun slow capaian

internet untuk kita ajukan kepada pihak MCMC supaya mereka merancang tindakan susulan daripada apa yang telah pun di rancang oleh pihak kerajaan dan InsyaAllah senarai itu boleh kita b agi selepas ni. Ada. Ada sini.

Sebagai penggulungan Yang Berhormat Speaker banyak saya tak dapat sentuh secara langsung apa yang telah pun dibangkitkan oleh adun-adun tapi kita akan sentiasa bekerjasama dengan semua adun adun untuk pastikan portfolio yang kita laksanakan ini mampu untuk memberikan yang terbaik khususnya kepada rakyat Negeri Kedah dan saya mengajak semua pihak bukan hanya tanggungjawab kepada Jabatan Agama, bukan hanya tanggungjawab kepada Jabatan Kehakiman, bukan hanya kepada Adun semata-mata tapi semua pihak termasuklah di peringkat masjid, jawatankuasa kariah dan sebagainya untuk kita mengimarahkan masjid-masjid kita khususnya menjelang Ramadhan yang akan datang. Dan kita pastikan pengimarahan tersebut bukan hanya terhenti pada bulan Ramadhan tapi juga berterusan, berpanjangan karena institusi masjid lah yang merupakan institusi yang paling dekat dengan masyarakat untuk membawa Al Amru Bil Ma'ruf Wan Nahyu Anil Mungkar.

Jadi, Yang Berhormat tuan speaker dan ahli dewan sekalian bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya sekali lagi. Saya mengucapkan terima kasih pada Ahli-Ahli Berhormat yang telah bangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu dan cadangan-cadangan kepada jawatankuasa Pendidikan Agama Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah. Juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ketua-Ketua Jabatan, Semua agensi negeri dan persekutuan yang membantu dalam menjayakan dasar dan portfolio secara khususnya di Negeri Kedah ini.

Saya turut ingin menzahirkan penghargaan atas sumbangan semua penjawat awam negeri ataupun persekutuan. Perkara-perkara yang telah dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk kami bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah Portfolio Penerangan ke arah merealisasikan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua dan The Greater Kedah yang menjadi aspirasi Menteri Besar. Serangkap pantun.

Rakyat Kedah, Pertahankan rakyat Kedah, Semarakkan pendidikan, Suka bersukan juga riadah, Ayuh semua kita doakan, Agar tercapai The Greater Kedah.

Dengan itu, saya menyokong ucapan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sekian. Wa Bilahhi Taufiq Wahidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Silakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker saya mohon mencadangkan di bawah Peraturan 12 (1A) dan dibaca dengan provison di bawah peraturan 12. Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada tengah hari ini diteruskan sehingga selesai atur cara mesyuarat Dewan. Terima kasih.

Yang berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-ahli yang berhormat sekalian saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh yang amat berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tersebut. Sekian terima kasih. Seterusnya. Marbau Pulas.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wabihi Nasta'in Wa La'udhuwa Na'illa La'zalimin. Subhanaka La'ilmalana Illa Ma'allamtana Innaka Anta'l-Alimu'l-Hakim. Qala’ Rabbi Ishrahli Sadri. Wa Yasirli Amri. Wa Ahlul Uqdatan Malisani Yaqahu Qawli.

Sekuntum melur idaman dara, Kelopaknya jatuh di tepi hutan, Salam dihulur pembuka bicara, Moga kukuh tali persaudaraan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Tuan-tuan, Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Saya mengambil kesempatan merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman diatas Titah Ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-15 pada 4 Mac 2024 yang lalu. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Dan Sultanah Kedah agar dapat bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan berhubung isu-isu serta memberi pandangan dan cadangan berkaitan dengan portfolio saya bagi membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Negeri Kedah khususnya. Saya amat menghargai dan mengambil serius setiap perkara yang diusulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat demi penambahbaikan dalam pertadbiran Kerajaan Negeri pada masa akan datang. Tidak dilupakan juga saya ingin memberi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan, pengamal-pengamal media yang selama ini banyak membantu dan bertungkus lumus memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi demi memastikan rakyat Negeri Kedah mendapat bantuan dan manfaat yang sewajarnya yang disalurkan oleh kerajaan negeri mahu pun kerajaan persekutuan.

Yang berhormat Tuan Speaker, izinkan saya untuk memberi maklum balas terhadap pertanyaan, aduan dan cadangan berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan ahli-ahli yang berhormat berkenaan dengan portfolio saya. Yang pertama, bagi menjawab isu berkenaan tambahan Majlis Ketua Kampung oleh yang YB. Bayu, sebelum membuat pertambahan Majlis Ketua Kampung, siasatan dan penilaian dilakukan terlebih dahulu untuk mengenal pasti keperluan kampung yang perlu mendapat tambahan tersebut. Siasatan ini melibatkan pemeriksaan terhadap populasi kampung, struktur kepimpinan sedia ada serta keperluan dan aspirasi penduduk tempatan. Dengan melakukan siasatan ini, keputusan mengenai pertambahan Majlis Ketua Kampung dapat dibuat berdasarkan informasi yang tepat dan memastikan langkah yang diambil adalah yang terbaik untuk kesejahteraan kampung.

Pemilihan calon Majlis Ketua Kampung adalah lantikan di peringkat akar umbi yang berkemampuan kepada Adun untuk memimpin dan diserahkan kepada Adun di kawasan masing-masing. Pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah menerima semua pencalonan dan menyerahkan kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) untuk diangkat ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Senarai nama calon ini akan di anggap telah diputuskan dan dipersetujui di peringkat kawasan masing-masing. Pihak Kerajaan menyokong dan meluluskan setiap pencalonan ini dan menyediakan watikah pelantikan bagi memastikan calon-calon ini layak dan sah berkhidmat di sisi undang-undang.

Untuk makluman, kita ada 1,240, kelmarin telah diberi watikah kepada JPKKP seramai 1,500 orang, maknanya kita ada ramai kepimpinan di peringkat akar umbi dan dalam kampung silap-silap JPKKP bertugas di dalam kampung yang sama ibarat kata satu jalan dua motor, jangan berlanggar sudah, jangan accident sudah, buatlah kot mana pun supaya benda tu berjalan dengan lancar. Sebab itu telah dilantik di peringkat kelmarin telah diberi watikah oleh Menteri Dalam Negeri, kelmarin diberi watikah. Jadi kuasanya, sekarang ini pihak JKPP boleh masuklah agensi-agensi kerajaan, MKK tak boleh masuk. Tapi walaupun tak boleh masuk agensi kerajaan, tetapi kita ada ruang. Kita boleh bersama dengan penghulu, pejabat daerah, agensi-agensi negeri yang boleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat InsyaAllah. Itulah yang saya mengharapkan. Berilah kerjasama yang baik kepada semua yang telah diberi lantikan. Sebab yang lantik itu mungkin dia adik beradik kita, pak menakan sebelah rumah yang kadang-kadang lantikan itu berlaku. Jadi, buatlah kerja yang terbaik supaya rakyat mendapat manfaat dengan perlantikan peringkat negeri dan juga peringkat persekutuan.

Yang kedua, berkenaan yang telah ditimbulkan oleh Pedu, mengenai isu anak-anak remaja keluar masuk pusat serenti yang dibangkitkan seperti Ahli Berhormat sedia maklum. Isu penyalahgunaan dadah di kalangan anak-anak muda merupakan satu permasalahan yang serius di seluruh negara, bukan sahaja Negeri Kedah. Kerajaan sedia maklum isu berkenaan dan akan sentiasa bekerjasama dengan agensi AADK dan NGO Pemadam bagi memastikan penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat Negeri Kedah dapat dikurangkan dan dibendung dari semasa ke semasa. NGO Pemadam ini ada di semua peringkat daerah. Ada yang pengerusi Pemadam terdiri daripada Ketua Pegawai Daerah dan juga Penghulu. Jadi, boleh diadakan program-program kerjasama AADK. Ingin saya kongsikan sebuah sedikit gerak kerja yang dijalankan oleh AADK bersama dengan Pemadam daerah di Negeri Kedah.

Dulu namanya pusat serenti telah ditransformasikan dengan istilah penggunaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik PUSPEN. Usaha pendidikan pencegahan dadah dan kesedaran awam telah digerakkan oleh kerajaan melalui cawangan pencegahan AADK dengan melaksanakan program mengikut kluster. Kluster keluarga, institusi pendidikan, tempat kerja dan komuniti. Bagi pendekatan kepada golongan remaja, program pendidikan pencegahan digerakkan di bawah kluster institusi pendidikan dan komuniti melalui program Sayang Hidup Elak Derita Selamanya (SHER) di peringkat sekolah menengah. Program Tomorrow's Leader di peringkat IPT dan Program SUKSES, sukseslah, muat matang, aktif, rasional dan tanggungjawab smart yang dilaksanakan kepada golongan belia yang tidak berpersatuan. Kepulihan terhadap dadah ialah satu proses pembelajaran sepanjang hayat dan berlaku dalam tempoh yang panjang. Walaupun kepulihan menjadi indikatur asas bagi menentukan keberkesanan program rawatan dan pemulihan yang telah dijalankan oleh individu yang terlibat, namun ianya tidak boleh dilihat dalam konteks yang sempit dengan membuat andaian atau judgement bahawa kejadian penagihan semula merupakan manifestasi kepada kegagalan program rawatan dan pemulihan. Saya ada cerita mengenai kes inilah. Cerita ini berlaku, cerita benarlah bukan rekaan. Satu keluarga itu saya kenal budak ini daripada kecil dan keluarga dia ada adik OKU. Keluarga ni masa saya kenal waktu kecil Alhamdulillah lepas besar sikit saya dapat maklumat apabila ibunya sendiri call tolong la telefon sekejap gini gini gini barulah saya tahu anak ini telah terlibat dengan dadahlah.

Akhirnya berlaku kecurian, mencuri. Dia jadi pencuri. Masa tu berlaku satu ketika adik yang OKU ini meninggal. Mak dia call, tolong cari sat, anak dia ada kat mana. Kita pun telefon ke polis, anak dia ada di sekian-sekian tempat lah. Lepas itu, habis daripada itu, dia tak boleh balik tengok adik dia. Lepas itu dia balik. Mak dia sambut anak ini seolah-olah sambut baru balik pada Mekah, penuh dengan kasih sayang. Dia sambut anak ini dengan penuh kasih sayang. Akhirnya, anak ini balik selepas mendapat rawatan. Balik duduk di rumah. Akhirnya bekerja. Pergi kerja. Kerja di Kulim. Dapat duit. Duit gaji ini, dia bagi dekat mak dia semua. Dia nak pergi kerja, dia minta sikit. Lepas dia keluar daripada pusat. Lepas itu, dia bagi sikit, mak dia bagi sikit, sikit, sikit. Dia kumpul duit, akhirnya dia nak kahwin. Dia nak kahwin, dia berkenan seorang perempuan. Dia pun nak kahwin. Muda kahwin. Kahwin. Bila kahwin, kahwin lah. Kita pun kenal yang nak kahwin itu. Kahwin. Lepas kahwin. Sekarang ini, perkahwinan mereka amat bahagia. Dia pun bukan kata setakat dadah. Rokok pun dia tak hisap. Saya nak cerita, cerita ini sebenarnya yang berlaku penagihan apa semua ini kadang-kadang keluarga tak perhati, tak prihatin. Masyarakat pula tengok orang-orang macam ini masalah orang yang itu bersalah.

Jadi, kita sekarang kena ubah mindset kita. Depa ni sakit. Depa ni sakit. Kita perlu ubati mereka. Akhirnya dia pergi Mekah. Pergi Mekah dengan saya semua lah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kita tengok. Ini mana proses yang saya tengok sendiri. Dulu saya cerita dalam Sidang Dewan dulu saya cerita orang luar. Daripada Terengganu, mai duduk dengan kami di kampung. Sekarang saya cerita benda yang tengok depan mata. Disebabkan kasih sayang, pemerhatian keluarga itulah anak-anak itu dia rasa dia telah ada harga diri dalam keluarga dan masyarakat.

Sebab itu, walaupun dia keluar daripada PUSPEN ini, kadang-kadang kita rasa sebenarnya apabila keluar daripada PUSPEN. Dia ada, kena ada, dia masuk dalam PUSPEN ini sekiranya diperintahkan untuk menjani pemulihan dadah dalam institusi PUSPEN. Tempoh rawatan dan pemulihan adalah selama dua tahun. Dan kemudiannya perlu menjalani pengawasan di bawah seliaan pegawai pemulihan di AADK dan komuniti selama dua tahun pula. Sekiranya diperintahkan untuk menjalani pengawasan dalam komuniti, tempoh rawatan dan pemulihan adalah selama dua, tiga tahun. Sepanjang tempoh pengawasan dalam komuniti, setiap klien perlu hadir menjalani program pemulihan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam perintah mahkamah. Sekiranya klien gagal mematuhi syarat-syarat tersebut, boleh dikenakan tindakan langgar syarat dan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan tiga kali sebatan atau kedua-duanya sekali. Ini adalah yang kita rasa, memang kita tahu. Dia punya tokan, panggil tokan. Tokan ini dia tahu dah, nak keluar bila dia tunggu di pintu dia. Tapi mereka ini tidak boleh keluar. Kalau di negeri Terengganu, dia buat satu nama dia Darul Barakah. Dia keluar, kerajaan sediakan tanah. Bila keluar daripada ini duduk Darul Barakah supaya mereka ni dapat rawatan.

Saya rasa dengan jangka panjang juga, kerajaan perlu menyediakan juga. Ini penyakit sosial berlaku dalam masyarakat. Menyediakan tanah untuk kita keluar daripada yang mereka nak berubah ini. Yang tak boleh berubah sebab kalau orang yang syabu. Syabu ini agak ganas. Syabu ni agak ganas. Orang yang biasa syabu ni dia tengok gula tak boleh. Dia tengok garam tak boleh. Sebab dia nampak macam macam syabu. Sebab itu masalah yang berlaku dalam masyarakat. Kita nak keluarkan mereka ini, kita sediakan satu perkampungan. Namalah perkampungan hijrah ke apa-apa perkampungan. Supaya mereka ni jauh daripada yang mereka dapat bekalan-bekalan ini. Barulah kita dapat menyelamatkan generasi yang akan datang. Dan di antara mereka ni ada success story yang keluar jadi klien dah ada. Contohnya di Pendang. Contohnya di Pendang dah ada, buat apa ni, Tokai, business buat roti. Buat roti dah ada dah. Lepas tu KEDA bagi peralatan. Dia boleh, sebenarnya dia boleh. Bila dia buat roti, dia ambil juga orang kawan-kawan dia yang lama tu bekerja dengan dia. Dia baru tahu rahsia depa. Makna kata perubahan-perubahan ini berlaku. Kalau daerah Kota Setar, dia berniaga buka gerai makan di Kota Setar. Di daerah Kota Setar juga nak tanam sayur. Sayur juga salah satu

yang mereka dah buat. Di daerah Padang Terap ada lima orang, klien yang usahakan membesarkan kandang kambing. Nak bela kambing, nak tanam sayur. Mereka tu sedang berusaha. Kita sebagai orang yang dipertanggungjawabkan sebagai anggota masyarakat dan keluarga, kita melihatlah. Kita bagilah kerjasama kepada mereka. Jangan pandang. Kadang-kadang kita tengok ni, balik dah tu, lagi hilang masuk ke masjid. Ini ungkapan-ungkapan yang selalu dikeluarkan oleh masyarakat. Kita jangan pandang negatif. Kita jangan pandang mereka tu sebagai musuh. Kita ambil mereka dan juga saya nak sarankan kepada Jabatan Agama Majlis Agama untuk adakan khutbah itu untuk ada slot untuk bercakap berkhutbah sekali tentang penagihan dadah. Dan nak arahkan, nak minta pihak Sungai Limau boleh buat arahan la kot masjid sekurang-kurangnya sebulan sekali ke dua bulan sekali, ada program bersama dengan dengan klien ini. Ada program bersama dengan mereka. Jangan kita buang mereka.

Mereka juga sebagai anak-anak kariah kita, kita panggil sebagai pelanggan di masjid. Makna adakan program. Dan kalau boleh ustaz-ustaz ni adakan kelompok ini panggil ceramah, bagi ceramah kepada mereka. Sebab nak buat perubahan ini perlu kepada dalaman yang kuat. Nak buat perubahan. Kalau tidak ada dalaman yang kuat, tidak ada sokongan yang kuat daripada pihak keluarga dan masyarakat, sukar untuk mereka berubah. Dan juga yang seterusnya mereka ni kena pindah daripada tempat yang mereka duduk tu kena pindah tempat lain. Nak pindah ini jadi masalah. Kalau duduk Kuala Kedah, tak boleh nak pindah dah. Nak duduk Kuala Kedah juga. Kalau duduk Sik, takleh pindah, nak duduk Sik juga. Ini menjadi masalah dan kita perlu adakan penyediaan tempat lah untuk mereka berhijrah daripada kampung tu mungkin pergi kampung lain InsyaAllah. Itu di antara yang pertama iaitu tentang penagihan disebutkan oleh Pedu.

Yang seterusnya disebutkan oleh Ayer Hangat. Bagaimana Ayer Hangat menyebutkan tentang pembangunan insan perlu dilaksanakan. Dan insyaAllah dalam semasa, dalam program bermula tahun 2020 hingga 2023 ini portfolio pembangunan insan telah mengadakan pelbagai program lah iaitu program-program kursus pemantapan jati diri anak muda, melahirkan kepimpinan generasi Al-Qarwi, program pembangunan insan belia-belia insan, belia peringkat-peringkat parlimen, rentas Qarwi. Itu di antara program yang kita sediakan untuk remaja. Dan program pembangunan jati diri warga KEDA program dengan disebut oleh YB. Kulim. Di antaranya program remaja Kem Remaja Ku Sejahtera, Kem Anak Ku Sejahtera. Ini sebahagian yang kita adakan banyaklah program yang kita telah adakan dengan kolaborasi dengan pelbagai agensi dan juga dengan portfolio. Dan saya harap program ini akan mendatangkan manfaat kepada kita bersama InsyaAllah. Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada NGO-NGO yang telah banyak membantu kerajaan melaksanakan program-program pembangunan insan yang dirancang terutamanya untuk anak-anak muda khususnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2024, kerajaan akan meneruskan lagi program-program yang bermanfaat untuk masyarakat di Negeri Kedah. Sebagai permulaan, saya akan mewujudkan Sekretariat Pembangunan Insan di peringkat negeri Kedah sebagai platform untuk meneliti semula perancangan di masa hadapan. Pelbagai perancangan telah dirangka untuk mempergiatkan lagi usaha untuk memupuk semangat jati diri yang tinggi di kalangan anak muda Kedah, khususnya anak muda Kedah untuk The Greater Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, isu kemiskinan…. Masa habis dah ka dok tengok masa?

Speaker

Panjang lagi ka?

Tak panjang dah, sikit ja. Isu kemiskinan negeri Kedah sentiasa menjadi perhatian agenda utama Negeri Kedah. Menjadi hasrat kerajaan negeri untuk membahas negeri kemiskinan secara holistik dengan memastikan kemiskinan tidak diwarisi kepada anak-anak. Selain pelbagai bantuan sedia ada yang telah diberikan kepada ketua keluarga yang disebut oleh Pantai Merdeka kelmarin senarai yang panjang kerajaan bagi bantuan, Kerajaan berpandangan generasi anak-anak boleh mengubah nasib keluarga melalui pendidikan yang komprehensif.

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Program Anakku Sejahtera telah dilaksanakan pada penggal yang lalu. Pada tahun 2024 program ini masih lagi diteruskan namun ditambah baik bagi memastikan bantuan ini dapat dinikmati oleh rakyat yang memerlukan. Izinkan saya memberi penerangan serba sedikit mengenai program ini. Program Anakku Sejahtera sekarang Program Permataku Sejahtera merupakan program yang dinaik taraf daripada program Anakku Sejahtera yang lalu. Dulu Anakku Sejahtera sekarang Permataku Sejahtera. Program ini telah dijenamakan semula sebagai program Permataku Sejahtera bermula 1 Mac yang lalu 2024. Beberapa perkara dari segi proses permohonan telah diubah bagi memudahkan rakyat di kawasan Ahli Yang Berhormat memohon bantuan.

Dulu kita buat program Anakku Sejahtera bagi 100 lepas tu dia pun nak mai tu pejabat adun pergi JKM, mai JKM pergi pejabat adun orang kita dikata bagi 100 dia pun renyah lah dia sebut tu. Renyah lah nak pergi sana nak pergi sini. Akhirnya kita memudahkan urusan supaya tak renyah dah. Orang kita ni renyah sikit dia rasa beban. Walaupun dapat bantuan tapi sekarang kita akan memudahkan urusan antara prosedur yang telah

ditambah baik di bawah program Permataku Sejahtera kerajaan telah bersetuju menaikkan jumlah bantuan daripada 100 ringgit kepada 200 ringgit bagi setiap permohonan. Tempoh masa permohonan adalah selama 6 bulan dari tarikh kelahiran yang didaftarkan. Selepas pada 6 bulan tak boleh dah. Masa tempoh 6 bulan sahaja budak tu dah boleh boleh apa? Boleh apa? Boleh apa ini Kota Darulaman. 6 bulan boleh merangkak lah jangan tak dapat adik lagi. Baru proses lah. Boleh adik baru. Borang permohonan Program Permataku Sejahtera akan diletakkan dan diedarkan oleh pejabat daerah, pejabat penghulu dan pejabat adun penyelaras dun. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan mendapat pengesahan penghulu perlu dikembalikan di pejabat adun penyelaras dun bersama dokumen sokongan yang disemak dan mendapat kelulusan. Berikut adalah dokumen sokongan diperlukan sijil kelahiran bayi, salinan kad pengenalan ibu dan ayah, slip gaji pengesahan pendapatan. Penerima ni kemarin siapa sebut? Pantai Merdeka kata Bakar Arang pun boleh dapat. Bakar Arang tak boleh dapat. Bakar Arang masuk kategori atas pada 4 ribu pendapatan tak boleh lah. Yang pendapatan 4 ribu ke bawah sahaja yang dapat 4 ribu ke bawah sahaja yang dapat mengisi borang ni InsyaAllah.

Speaker, Speaker….

Speaker

Silakan. boleh kan yb?

Sikit saja! Merbau Pulas tadi tentang Permataku Sejahtera dulu Anakku Sejahtera yang dikatakan renyah tu lepas kata kena pergi daftar sebagai ahli SSPN. Adakah sekarang ni kena daftar macam tu juga ka ataupun ada kemudahan yang dipermudahkan lagi?

Tutup kilang….Pejabat ADUN Penyelaras DUN akan menghantar borang permohonan yang lengkap terus kepada PTPTN. Untuk makluman, pemohon tidak perlu membuka akaun SSPN terlebih dahulu. Tak payah dah. Hantar saja ke pejabat PTPTN. PTPTN dapat hantar balik kewangan. Kewangan masuk duit saja terus PTPTN daftar sendiri. Tak payah dah. Lepastu dia akan hantar senarai nombor akaun itu kepada pejabat-pejabat Adun. Tak susah tak payah dah. Mudah sangat sangat! Ni nak bagi ni nak bagi supaya kita akan menjaminkan pendidikan anak anak ini mengeluarkan daripada kemiskinan ini dan….(YB. Kota Darulaman mencelah)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tuan Speaker, boleh mencelah?

Speaker

Ya Kota Darul Aman, silakan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan kerana kita melihat dengan trend dunia di mana keadaan sekarang menua dan juga kelahiran anak yang kurang jadi bagi menggalakkan anak Kedah melahirkan lebih anak saya rasa tahap gaji tu kena buka kepada semua. Maksudnya, kita tidak ada kawalan untuk B40 atau pendapatan yang kurang RM4 ribu kita kena buka bagi semua supaya kita galakkan anak-anak muda kita pi lahir anak dan kahwin. Yang itu sangat penting. Ok. Terima kasih.

Speaker

Silakan Merbau Pulas!

Kita bagi ikut pakai baju ukur badan sendiri la. HaHaHa…Itu kemampuan yang kita ada, itu yang kita bagi ya. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, pihak PTPTN bersedia untuk turun padang bagi membantu pejabat-pejabat ADUN untuk urusan pembukaan akaun dan penerangan lebih lanjut berkenaan SSPN. Seterusnya, penutuplah Yang Berhormat Speaker. Bagi mengakhiri ucapan penggulungan, saya sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat berhubung perkara-perkara yang tadi dibangkitkan, akan saya berikan sepenuh perhatian bersama tindakan yang sewajarnya bagi menangani setiap permasalahan dan mengambil langkah yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Kedah di bawah kepimpinan yang amat berhormat Menteri Besar. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif kerajaan terutama dalam mengendalikan isu-isu berkaitan dan kesejahteraan rakyat, diharap dapat memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya. Semoga setiap niat dan tugasan yang kita laksanakan mendapat keberkatan dan balasan yang baik dari Allah SWT. Izinkan saya sudahi penggulungan saya dengan serangkap pantun.

Bertatah kilauan jadi dambaan, Permatalah sakti bersinar indah, Tahniah Yang Amat Berhormat MB atas kejayaan, Taburlah bakti bersulamkan akidah.

Saya dengan ini menjunjung kasih dan menyokong penuh usul titah ke bawah duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena mesyuarat pertama, penggal kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman kali yang ke-15. Selamat menyambut Ramadan Karim. Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima Kasih Merbau Pulas. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Nak balik sayup ka nak balik awai. Kalau nak balik awai tok sah dok kacau apa saya berucap sikit ja. Kalau nak balik sayup takpa tunggu pukul 4 satgi. Dato’ LA kata boleh bertahan sampai 2.30 petang. Usul tadi lah, kalau lajak lagi kena usul lagi. Jadi, kita bagi pendek dah la nuh. Saya dok ingat YB. Merbau Pulas dok cerita pasai dadah tu kan nuh. Dok teringat tu la lagu mati hidup semula. Tak sudi memandang…. Hahahaha. Pasal tengah hari.

Speaker

Ok, ok. Silakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menyaksikan perbahasan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan penggulungan oleh Yang Berhormat EXCO dan kita, saya membuat satu kesimpulan bahawa semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sedang menjalankan tanggungjawab di negeri ini telah memahami fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Dalam bahasa netizen sekarang ini dia kata, kami orang Kedah, kami tak kata bagus, kami kata nin dia, nin dia!! (sambil menunjuk isyarat tangan). Hahahah…Tau dak sapa? Dia kata ‘trademark’ itu tak apa saya pinjam bagi. Titah ke Bawah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Kedah pada kali ini, sepertimana yang ditekankan adalah sebuah titah yang penting dan bersifat fundamental.

Oleh yang demikian, kerajaan mengambil berat dan menjunjung tinggi setiap perkataan yang telah Tuanku titahkan. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menyuntik semangat perjuangan serta kata-kata pembakar semangat disamping menyulam secara tersusun pedoman-pedoman dari seorang raja pemerintah yang adil lagi bijaksana. Apabila Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan menyebut tentang peranan dewan ini sebagai badan penggubal undang-undang tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menjelaskan semula kedudukan negeri dalam Perlembagaan Persekutuan. Kuasa bagi perundangan menurut Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan adalah bukti bahawa kuasa yang dimiliki Persekutuan adalah setakat mana yang telah diserahkan oleh negeri-negeri kepada Persekutuan dalam perjanjian pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia. Kuasa bagi perundangan atau dalam bahasa mudah membawa maksud apabila negeri menyerahkan kuasa kepada persekutuan, kuasa perundangan Kerajaan Persekutuan adalah hanya terhad kepada Senarai Persekutuan dan senarai bersama manakala selebihnya atau bakinya adalah milik negeri sepenuhnya.

Tidak dinafikan apa yang telah diserahkan itu adalah sudah terlalu banyak. Kenapa Kerajaan Persekutuan diberi kuasa yang banyak adalah kerana keperluan yang mendesak pada ketika penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan ketika penubuhan Malaysia iaitu keperluan untuk mengekang ancaman komunis yang berleluasa di Asia Tenggara melibatkan Negara Malaysia, Vietnam dan Indonesia. Untuk menyelamatkan Malaysia daripada ancaman komunis maka perlulah sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat pada ketika itu. Namun, kini ancaman itu telah tiada. Sebagaimana semua negara di dunia ini mengalami perubahan dari sudut politik tidak mustahil suatu hari nanti di masa depan Persekutuan Malaysia juga akan mula berubah melalui undang-undang dan secara berperlembagaan ke arah negara yang bersifat lebih demokratik dengan proses desentralisasi kuasa berlaku dari Pusat ke negeri dengan memberi lebih autonomi kepada negeri-negeri. Meneliti perkembangan yang berlaku khususnya di negeri Borneo proses ini telah mula berjalan.

Penompokkan kuasa adalah satu risiko kepada pemerintahan bersifat ‘tyranny’ manakala pembahagian kuasa yang lebih adil adalah satu sifat negara demokratik. Bagi rehal, panjang lagi. Insya Allah berbekalkan semangat yang disuntik oleh Kebawah Dunia Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, kerajaan negeri akan memikirkan langkah wajar untuk terus memperkasakan kuasa-kuasa negeri mengikut tertib-tertib perundangan. Insya Allah inilah langkah The Greater Kedah. Untuk menunggu proses ini berjalan mungkin mengambil masa yang lama kerana memerlukan sokongan dan dorongan politik serta kefahaman dan sokongan seluruh rakyat negeri ini. Oleh yang demikian, kita tidak boleh menunggu kuasa tersebut untuk membolehkan negeri Kedah menjadi sebuah negeri

yang berdikari, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah memberi pedoman bahawa kita tidak boleh lagi bekerja secara kelaziman, kita perlu kreatif memikirkan kaedah untuk meningkatkan upaya negeri untuk kita dapat berdikari.

Secara amnya terdapat dua kaedah untuk meningkatkan tahap berdikari negeri. Pertama dengan kaedah meningkatkan kemampuan kewangan dan fiskal negeri, dengan kaedah ini negeri akan lebih mempunyai ruang untuk mencatur sendiri arah pembangunan negeri dengan bantuan minima atau tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan pun. Yang kedua dengan keedah meningkatkan tahap keberkantungan luar kepada ekonomi negeri serta menempatkan infrastruktur-infrastruktur atau sumber-sumber strategik negara di dalam negeri ini. Dengan kaedah ini tahap kepentingan negeri kepada negara semakin meningkat dan negeri dapat menggunakannya sebagai dengan izin beginning power atau kuasa tawar-menawar apabila perundingan dengan kerajaan persekutuan dilakukan. Sebagai contoh, Kedah adalah pengeluar beras yang utama negeri ini diberi jolokan jelapang padi negara, rice bowl maka dapatlah kita gunakan perkara tersebut untuk kuasa tawar-menawar dengan kerajaan persekutuan namun satu sahaja tidak cukup.

Negeri Kedah perlu lebih banyak aset strategik untuk kita jadikan kuasa tawar-menawar. Kelmarin saya sebut tentang beras adalah burung pipit mana apa itu dok kata kita tak mohon. Saya bukan cakap dengan dia. Bila kita sebut tentang satu perkara besar di dewan ini, yang patut menjawab soalan dewan ini menteri. Bukan pengerusi agensi. Pengerusi agensi itu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. Tubuh Akta 70, 1972. Jaga kuasa MADA ja. Pasaipa hang pi jawab soalan dalam Dewan ni. Burung pipit terbang secara pipit. Untuk itu adalah penting untuk Negeri Kedah memiliki, bukan saya nak marah. Tak padan. Tak padan. Hang jaga kawasan pertanian bukan jaga beras. Saya sebut pasal beras Kedah. Yang jaga beras ini orang lain, bukan MADA. MADA jaga padi. Padi dengan beras lain. Keluar daripada kuasa MADA. Pi di kilang, di luar kawasan MADA dah. Yang dok pi kutuk pasaipa? Kita tak kata kat dia pun. Dia perasan pasai apa? Dia kot buat kerja tu? Saya bukan marah Ayer Hitam, dak orang lain.

Untuk itu, penting untuk Kedah memiliki projek pembangunan yang bersifat strategik seperti Pelabuhan Laut Dalam Sanglang dan Pembangunan Kedah Aerotropolis yang di dalamnya mempunyai Lapangan Terbang Kargo. Tujuannya selain untuk menyemarakkan pembangunan ekonomi dan memperkasakan ekosistem pelaburan adalah untuk meningkatkan peranan negeri dalam meyokong negara dalam permainan geopolitik serantau. Melihat kepada konteks ini, kerajaan negeri ingin memohon kepada Kerajaan Perseketuan agar menyokong Pelabuhan Laut Dalam Sanglang dan Pembangunan Kedah Aerotropolis memandangkan ia bakal membantu memperkasakan negara di pentas geopolitik rantau ini.

Yang Berhormat Speaker, Ahli-Ahli Dewan, Hadirin Sekalian, seringkali kita huraikan hubungan antara kerjasama negeri dan Persekutuan satu sudut antara kerjasama lain yang negeri Kedah perlu teroka ialah kerjasama antara negeri-negeri sekiranya Malaysia menjadikan ASEAN sebagai cornerstone diplomasi Malaysia, maka Kedah perlu menjadikan negeri-negeri khususnya Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu dan Negeri-Negeri Borneo sebagai cornerstone diplomasi Negeri Kedah. Oleh hal yang demikian, saya ingin ketengahkan satu kerjasama dan kesepakatan perlu diambil oleh negeri-negeri untuk bersepakat menuntut hak-hak Negeri di dalam platform negara seperti Majlis Kewangan Negara, Majlis Perancangan Fizikal Negara, Majlis Tanah Negara dan lain-lain. Perkara-perkara melibatkan kepentingan dan hak negeri seperti rundingan kadar-kadar pemberian persekutuan kepada negeri. Sebagai contoh pemberian MARRIS tahap dan pemberian mengikut kepala. Negeri-negeri perlu sepakat dan sebulat suara menuntut agar kadar ini dinaikkan dan disemak semula secara adil dan saksama.

Selain itu, kerjasama antara negeri-negeri dalam konteks pembangunan ekonomi juga perlu dibina. Sebagai permulaan, kerjasama dalam konteks pelaburan dan pelancongan boleh diterokai khususnya oleh negeri-negeri jiran dan Kedah sekarang ini sedang meneroka satu kerjasama negeri-negeri yang kita panggil SG4. Tuan-tuan tahulah negeri mana itu kan? Bagi rantau ini, Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang adalah negeri berjiran di bawah kawasan yang digelar wilayah Koridor Utara. Disebabkan kedudukan kesemua negeri ini rapat maka pertalian ekonomi antara negeri-negeri ini juga sangat rapat.

Oleh yang demikian, sekiranya tidak diselaras dengan baik dan sempurna, akan berlaku ketidakharmonian dalam kerangka kita berjiran. Jadi, saya ingin tegaskan bahawa Negeri Kedah akan terus memainkan peranan yang aktif dengan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa pelaksana Koridor Utara NCIA dalam memacu pertumbuhan ekonomi di Koridor Utara agar menjadi setanding dengan kawasan yang disebut sebagai The Greater Klang Valley. Tuan-tuan sekalian, bersatu teguh, bercerai roboh. Untuk itu, Negeri Kedah akan terus menyokong pembangunan Northern Corridor Highway (NCH) yang dirancang untuk dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada Koridor Utara dan Kedah secara khususnya. Pada tahun 2021, Kedah telah mengorak langkah meningkatkan peranan GLC dalam memberi sumbangan kepada negeri. Negeri Kedah mempunyai dua strategi yang akan ditekan kepada GLC. Pertama, mengurangkan pergantungan GLC kepada kerajaan negeri sama ada dalam bentuk bantuan projek mahupun suntikan dana operasi. Hal ini bagi memastikan GLC berusaha untuk berdikari di atas kaki sendiri. Dengan kaedah ini juga, GLC akan mampu bertindak sebagai agen pembangunan negeri yang sebenar-benarnya. Bukan setakat menjadi syarikat saraan Negeri yang terpaksa bergantung kepada projek-projek kerajaan. Kedua, setelah mampu berdikari, kerajaan negeri akan mengenakan dasar untuk memberi semula pulangan di

atas keuntungan yang dijana oleh GLC. Alhamdulilah, untuk rekod dan pemakluman kepada umum. Sejak tahun 2021, hasil sumbangan GLC kepada kerajaan negeri telah ditingkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2021, kerajaan negeri menerima sumbangan semula keuntungan syarikat sebanyak RM3.4 juta. Kemudian pada tahun 2022 sebanyak RM5.5 juta dan pada tahun lepas 2023 sebanyak RM7.55 juta.

Kerajaan Negeri akan menjunjung tinggi saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk melihat GLC negeri mula membina pelan perniagaan melangkaui sempadan negeri. InshaAllah saranan ini diambil berat dan akan dilaksanakan sesegera mungkin. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri akan menjunjung tinggi peranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebagai ketua agama bagi negeri Kedah serta mengangkat martabat agama Islam yang menjadi agama rasmi negeri ini. Keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah terhadap agenda pemerkasaan institusi kehakiman syariah akan diambil berat dan disegerakan secepat mungkin. Tambahan aspek kehakiman syariah adalah aspek kehakiman negeri yang perlu diperkasakan selaras nilai ketinggian dan keadilan Islam. Untuk itu, sistem hierarki Mahkamah Syariah akan diteliti oleh Kerajaan Negeri untuk disemak semula dari susunan ‘three tier’ hierarki iaitu melibatkan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah kepada susunan ‘four tier’ hierarki ditambah satu lagi tingkatan mahkamah di atas Mahkamah Rayuan Syariah. Boleh Pengkalan Kundor? Ini adalah bagi membolehkan pihak-pihak yang berlitigasi mempunyai satu lagi peluang untuk merayu selepas Mahkamah Rayuan Syariah. Hal ini juga secara tidak langsung akan memperbaharui kedudukan hakim-hakim syarie ke arah kedudukan yang lebih tinggi dari masa ke masa. Saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah untuk meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah akan disambut dan diteliti sesegera mungkin oleh Kerajaan Negeri agar martabat Mahkamah Syariah di Kedah terus diperkasakan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, oleh hal yang demikian saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa The Greater Kedah adalah satu keadaan yang ingin dicapai oleh negeri ini untuk berdikari dan mempunyai peranan besar dalam konteks ekonomi, geopolitik dan perundangan sesuai dengan perkembangan iklim ekonomi dan geopolitik semasa yang semakin mencabar. Dan untuk mencapai The Greater Kedah sebagaimana yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Kerajaan Negeri akan memperkasakan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dengan elemen-elemen berkepentingan negeri seperti pembangunan ekonomi, sosial, hasil bumi, kekuatan fiskal, tadbir urus, perundangan dan kehakiman negeri serta kerjasama strategik dan perancangan geopolitik.

Yang Berhormat Tuan Speaker, ada soalan dibangkitkan mengenai status terkini projek Kulim International Airport (KXP) yang telah kita namakan Kedah Aerotropolis. Ini pun popular. Tiap-tiap kali orang tanya kan, makna orang suka tapi tak mau mengaku. Pada November 2023, kita telah memeterai satu perjanjian dengan pelabur untuk menubuhkan satu syarikat tujuan khas yang dinamakan Kedah Aerotropolis Holdings Sendirian Berhad (SPV). Perkembangan setakat ini ialah dalam proses pengaktifan peringkat akhir untuk melengkapkan pendaftaran SPV berkenaan. Ini adalah proses biasa mengikut prosedur Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang perlu dipatuhi selangkah demi selangkah. Setelah lengkap proses itu, barulah kemasukan dana oleh pelabur yang berjumlah RM2.5 bilion untuk pengambilan tanah akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah dipersetujui. Ini pun ada orang cemburu. Hari-hari dok bilang hari. Cukup dah oi tiga bulan. Pasai apa tak masuk lagi. Hang kalut apa. Kerja orang. Kalut depa pun, kan nuh. Rupanya dia pun tukang bilang. Bilang hari. Nak bagi kita gagal. Doa mereka ialah usaha ini mesti gagal. Saya nak mengajak anak-anak Kedah di seluruh negara, di mana juga anda berada, di mana juga anda bekerja, mai kita bersama-sama dengan kerajaan negeri untuk kita jayakan gagasan ini. Kita beri satu pukulan maut. Pukulan akhir kepada orang-orang yang sentiasa berdoa supaya kita menempah kegagalan dalam usaha ini. Dan dengan kerjasama dan dorongan sokongan semua anak Kedah di seluruh dunia. Kita akan jayakan gagasan besar ini, InsyaAllah.

Dalam hubungan dengan Kerajaan Persekutuan ada perkembangan positif daripada mesyuarat Perdana Menteri bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri baru-baru ini, iaitu Kerajaan Persekutuan pada masa ini, sudah mula membuka ruang untuk projek ini dibincangkan dengan serius. Mai dengan dok asak hari-hari kan noh, tak buka pintu pun tembus. Itu yang kita nak pi. Susulan itu KXP Airportcity Holdings Sdn. Bhd. dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) sedang menyiapkan dokumen untuk dibentangkan kepada agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan dalam masa yang terdekat. Jangan menangis sudah, hat dok berdoa tadi. Doa bagi kerja ni jadi elok kan, kan lebih baik. Ini dok doa hari-hari bagi kita ‘fail’ buat apa.

Program Persediaan Modal Insan KXP. Bagi memastikan ketersediaan modal insan kepada pembangunan kerajaan Kedah Aerotropolis, KXP Airport City sedang rancak melaksanakan program Perantis Kedah Aerotropolis. Program ini bertujuan memastikan kita bersiap sedia dalam pembangunan modal insan berasaskan aeroangkasa bagi memenuhi keperluan industri yang sejajar dengan kehendak pembangunan Kedah Aerotropolis dengan menawarkan lima pengisian utama komponen program iaitu drone, RC helikopter, RC jet, robotik dan automation serta renewable energy selari dengan keperluan tenaga mahir di Kedah Aerotropolis kelak bagi mencapai The Greater Kedah 2035. Program permulaan telah pun dilaksanakan dengan kerjasama Politeknik Sultan

Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 5 Mac 2024 yang lalu. Penumpuan utama program tertumpu kepada kluster helikopter RC. Ini bertepatan dengan objektif program di mana berjaya membuka peluang kepada golongan B40 terutamanya mempelajari kemahiran dan pengetahuan dalam bidang aeroangkasa di peringkat awal.

Yang Berhormat Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, baru-baru ini rakan saya dari Pulau Pinang ada membangkitkan isu kesesakan trafik yang teruk di laluan Lebuh Raya Plus antara Juru dan Sungai Dua. Dia telah meminta Kerajaan Persekutuan untuk membina segera lebuh raya bertingkat di laluan tersebut. Saya ingin tegaskan di sini bahawa laluan lebuh raya bertingkat bukanlah satu solusi yang tuntas untuk masalah itu. Langkah yang lebih munasabah dan praktikal ialah melaksanakan segera projek koridor Lebuh Raya Koridor Utara atau Northern Corridor Highway (NCH) yang sudah sekian lama termasuk dalam pelan ekonomi Northern Corridor Economic Region (NCER). NCER adalah program ekonomi wilayah dilaksanakan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) di bawah Kerajaan Persekutuan. Jajaran NCH ini adalah dari Bandar Baharu ke Sungai Petani akan melalui kawasan Serdang dan Kulim termasuk Kulim Hi-Tech Park dan Kedah Aerotropolis akan memberi impak yang jauh lebih besar dari segi pembangunan ekonomi negara berbanding lebuh raya bertingkat di laluan Lebuh Raya PLUS yang sudah sedia ada di mana pembangunannya sudah pun tepu.

NCH akan memesatkan lagi pertumbuhan kawasan ekonomi baharu yang berhampiran dengan NCH bagi tujuan penyuraian trafik NCH adalah solusi sebenar kerana sebahagian kenderaan yang melalui Juru dari arah Selatan dan Sungai Dua dari arah Utara bukan semuanya mahu ke Pulau Pinang. Mereka sama ada datang dari Kedah ke Perlis ataupun mahu ke dua negeri itu ataupun ke Thailand. Sebahagiannya adalah mahu ke kawasan Timur di Kedah iaitu ke Baling ataupun Kulim melalui Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE) di Seberang Jaya. Di sana juga sering berlaku kesesakan yang sangat teruk.

Dengan adanya NCH sebahagian punca utama kesesakan di laluan Juru-Sungai Dua sudah pasti dapat diselesaikan apabila trafik boleh disuraikan seawal di Bandar Baharu dan Sungai Petani. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Sanglang depa kata kita ni kerja dok umum yang besar-besar. Kita cakap benda besar-besar. Benda kecik-kecik kita tak mahu cakap. Benda kecik-kecik bagi tuju. Bagi depa tulis kot Tiktok apa semua. Cadangan Pelabuhan Sanglang yang merupakan pelabuhan laut dalam ‘Deep Sea Port’ adalah inisiatif pihak swasta untuk membangunkan sebuah pelabuhan kargo dilengkapi ‘landbridge’ atau jambatan darat merentas Segenting Kra dari barat ke timur, dari Sanglang di Kedah ke pelabuhan Songkhla di Thailand.

Konsep pelabuhan dengan ‘land bridge’ ini adalah sebagai jalan pintas antara Laut Andaman dan Gulf of Thailand serta pelabuhan feeder bagi melengkapi pelabuhan Pulau Pinang. ‘Landbridge’ ini akan melengkapkan lagi serta menambahkan kapasiti kepada cadangan ‘landbridge’ oleh kerajaan Thailand baru-baru ini antara Ranong dan Chumphon. Ia turut akan memanfaatkan kedua-dua negara memandangkan gerbang terminalnya adalah di Malaysia iaitu di Sanglang dan di Thailand iaitu di Songkhla. Pelabuhan Sanglang juga akan berfungsi sebagai hab tenaga baru berasaskan amonia dan hidrogen. Pihak syarikat serta perunding kini sedang memperhalusi cadangan pelabuhan ini termasuk lokasi serta aktiviti hinterland dan hiliran yang sesuai. Pihak syarikat telah pun mengemukakan cadangan pelabuhan ini kepada MOT dan kini sedang ditambah baik berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pihak kementerian dan mereka juga telah menulis surat kepada kita untuk memohon tanah dan tapak yang sesuai untuk dilaksanakan segera projek ini. Cadangan pelabuhan ini dilihat sebagai pelaburan jangka panjang yang berupaya menarik pelaburan asing yang ternama dalam semua sektor terutama sektor minyak dan gas, tenaga baharu dan mewujudkan perindustrian serta aktiviti ekonomi bernilai tinggi di Kedah dan koridor ekonomi Utara Malaysia. Selain mempertingkatkan perdagangan rentas sempadan Malaysia Thailand.

Tanah, sahabat saya Tokai ada membangkitkan mengenai Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Dia pun terbabit sama, dak ka? Sikit ja. Tanah yang diambil secara fizikanya dimiliki oleh seorang pemilik sahaja tetapi pampasan dibayar kepada semua pemilik seperti dalam surat hak milik. Isu dia macam tu kan? Saya kerja jurunilai lama juga deal dengan isu ini. Saya pernah jumpa satu geran ada 200 pemilik. Kena berapa puluh kaki, 200 orang itu dapat sorang sikit. Nak mai pun tak padan. Tapi undang-undang memang macam itu. Undang-undang respon kepada pengambilan balik tanah ini. Satu geran adalah milik semua orang ikut bahagian masing-masing sebab itu dalam geran dia tak nyatakan. Hayati Othman bahagian depan, tak ada. Tak ada dinyatakan dia tulis bahagian. Jadi bila kita buat pengambilan dia akan bayar ikut bahagian. Sebab tulah tanggungjawab pemilik-pemilik tanah itulah untuk genyak hak milik masing-masing ikut bahagian masing-masing.

Kalau kerajaan kena tahu siapa duduk depan siapa duduk belakang. Maka pentadbiran tanah akan menjadi lebih rumit dan lebih sulit. Tak tahu tuan tanah itu tukar tak tukar. Beli ke jual. Hat tu urusan tuan-tuan tanah. Memang urusan pengambilan balik tanah kena macam itu. Kalau orang depan itu nak duit dia seorang, maka tanah dia hilang seorang. Kalau semua orang ambil tanah, semua orang kena genjak. Itu tanggungjawab tuan tanah. Akta pengambilan balik tanah tidak dapat menyelesaikan ini kerana prinsip.

Speaker

Tokai bangun.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tak puas hati lagi!

Bukan tak puas hati, itu yang saya katakan…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ni kawan ka lawan ni? (sambil ketawa)

Bukan tak puas hati. Saya katakan kita nak lawan dengan yang atas nuh. APT 1960 ini dia dah katakan di situ supaya tidak berlaku penganiyaan kepada proses-proses pengambilan dan juga pampasan. Kalau sekiranya kita bayar duit ukur semula maknanya orang yang dah ada rumah, dah buat pagar rumah apa semua tu sudah tentulah dalam tiga kaki dia nak ganjak rumah tu mungkin boleh tapi kalau setengah rumah dia nak kena runtuh. Saya kata kita semasa mesyuarat tanah negara tu kita boleh syorkan benda ni supaya APT ini dikaji semula. Itu sajalah hasrat saya tu. Terima kasih Jeneri.

Speaker

Silakan YB. Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Syarah kepada matan equal before and after acquisition tu ialah seorang yang terbabit dengan pengambilan balik tanah selepas tanah dia diambil keadaannya tidak lebih teruk daripada sebelum tanah yang diambil. Itu syarah kepada matan tu lah. Kalau ikut akta tu, saya hafal semua akta tu. Saya kerja tu lama, jadi memang kita tak boleh pergi sejauh itu kerana kalau kita pergi sejauh itu kita akan ada bahagian lain pula yang akan terbabit. Jadi, urusan kepada pemilik-pemilik tanah mereka lah kena berunding di kalangan mereka yang pemilik geran ramai, kerajaan tak boleh masuk campur tangan sedalam itu

dah respon kepada kerajaan ikut bahagian dalam geran. Itu sahaja lah. Isu ini dapat diminimalkan sekiranya pemilik tanah mengambil tindakan untuk melaksanakan pecah bahagian mengikut seksyen 140 sehingga 145 KTM. Depa sendiri kena ambil tindakan. Ada tanah dah kan. Pecah bahagian, pecah bahagian ini saya ingat memang ada kos sikit lah. Tiap-tiap orang kena pecah bahagian masing-masing. Dengan itu setiap pemilik akan memiliki bahagian dan geran yang berasingan. Bagaimanapun, untuk melaksanakan proses pecah bahagian ini memerlukan sedikit kos ditanggung oleh pemilik. Pukul 2.00 noh!

Speaker

15 minit lagi pukul 2.00 petang.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Hahaha. Tak berani suruh. Yang Berhormat Speaker saya pun tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi penggulungan ini. Pukul 2.00 petang ini orang tak berapa dengar, orang lapar nasi. Tapi saya ingin tegaskan bahawa semua kerja-kerja yang kita buat di negeri ini bermula pada bulan Mei 2020 sampailah sekarang ini, semua pemusatan pemikiran dan tenaga kita adalah untuk mengajak seluruh rakyat negeri ini berasa cinta kepada negeri ini. Bukan menimbulkan rasa cemburu. Kalau ada orang luar pada Kedah, duduk di luar ka, dok di mana ka dok di angkasa. Hari-hari duduk tikam kita secara maya ataupun secara fizikal. Kita sebagai orang Kedah wajib ada rasa cemburu untuk mempertahankan negeri kita ini. Sebab itu saya bangga, saya berasa seronok. Bila duk tengok di Tiktok kami orang Kedah, kami tak kata seronok, kami kata syok. Kita berasa seronok bila ayat-ayat seumpama itu dilontarkan di medsos, di platform apa sekalipun untuk menimbulkan kecintaan rakyat Kedah kepada negeri ini. Kita kena sedar, di seluruh negara ini, negeri ini negeri paling lama kerajaannya bertapak. Bukan sahaja bermula 1136 apabila Phra Ong Mahawangsa mula memeluk agama Islam. Tapi sebelum pada itu, negeri ini telah menempa sejarah besar dalam tamadun dunia, apabila menjadi negeri industri besi. Sebelum Masihi lagi, 700 Sebelum Masihi. Negeri ini sudah menjadi sebuah negara besar. Wilayah kita mencakupi satu wilayah yang sangat agung. Jadi, Kedah ini bukan koman. Barang siapa yang berhasrat, berhajat, bercita-cita untuk memperlekehkan negeri ini kami akan tentang habis-habisan. Sebab itu, apabila ada menteri mai, apabila ada timbalan menteri mai, apabila ada siapa-siapa pun buat macam negeri ini tidak ada tuan. Kita kecil hati. Kita berasa hang ni sapa? Awat yang buat lagu tu? Ada Menteri Pertanian banyak kali mai tak pernah jemput kita. Lepas itu kutuk kita kerana tak sambut dia. Dia perangai memang lagu tu dah. Saya kenal dia lama. Dia mai ikut dan mai campak jala, mai minum kopi tapi tak habaq kat kita. Hoi Mat, hang menteri

Mat. Hang bukan mai sebagai presiden parti. Hang mai sebagai menteri. Hang kena hormat tuan negeri ini. Negeri ini ada raja, ada sultan, ada kerajaan kena maklum. Hang mai tengok padi, mai tengok beras, wilayah ini wilayah kita walaupun MADA tu bawah Kementerian Pertanian. Kena jemput EXCO Pertanian kita pergi. Betul tak betul? Berani kata tak betul.

Saya nak kita bersikap sebagai negarawan. Bila kita sudah diberi amanah kedudukan, pangkat, jawatan ini kita mesti bersikap sebagai negarawan bukan ahli politik lagi. Bertindak sebagai seorang menteri. Bertindak sebagai timbalan menteri. Datang sini komen pasal LRA kita semua. Panggil EXCO kita. Hadir dalam mesyuarat, bentang dalam mesyuarat. Faktanya apa, kedudukannya apa. Bincanglah elok. Jangan pi pi tengok buat kenyataan media seolah-olah kita tak tahu apa. Bila kita tidak dijemput kita tak tahu kedudukan. Dia nak cakap pun dia tak tanya kita. Kita pun ada hak kita tahu. Tapi dia tak tanya kita. Itu saya marah. Hang mai negeri ni cakap samseng. Negeri ini ada tuan dia. Apa yang kami tahu, hang kena tahu. Dan apa yang hang nak kata, hang habaq kat kami dulu. Habaq dalam mesyuarat. Sebagai seorang pemimpin negarawan yang melaksanakan tanggungjawab negara, dia kena bersikap begitu. Bukan pergi tengok-tengok, lepas itu buat sidang akhbar, kutuk kita, dalam tanah kita. Mana ada orang tak marah. Saya ada hak untuk marah pasai ramai buat begitu. Cuba mai sembang elok elok, saya tak marah aih. Saya kalau kenal saya, hampa berguling aih dengan aku. Nin dia. Sungguh! Saya boleh berkawan lebih rapat daripada yang hampa jangkakan. Saya boleh pi jauh lebih daripada itu. Tapi kena bersikap yang betul.

Tuan-tuan sekalian, kita nak mereka bersikap yang betul dengan kita dan kita sentiasa terbuka untuk bersikap yang betul sebagai hubungan negeri dan Persekutuan. Persekutuan tak akan ada kalau negeri-negeri tidak menyerahkan kuasa negeri kepada Persekutuan. Negeri ini wujud lebih dulu daripada Kerajaan Persekutuan dan semangat kenegerian mesti ditanam, mesti dipupuk, disemai, dicakap hari-hari supaya orang faham kita bukan ‘second class’ kerajaan. Kita ada kerajaan kita sendiri dan kita pinjamkan, kita serahkan, berdasarkan perjanjian dan dia laksanakan kuasa dia menjalankan kuasa dia mesti berlandaskan perjanjian itu. Tak boleh mengenepikan kita atas faktor politik. Walaupun kita parti lain, tapi atas dasar perjanjian, penyerahan kuasa pembinaan penubuhan Malaysia dia kena melaksanakan tanggungjawab dia berdasarkan perjanjian itu, tak boleh nak jumpa pun tak mahu. Merayu tak mahu dengar. Menitik air mata kita. Jangan buat kita lebih kurang. Saya tak marah pada siapa-siapa, saya kata siapa yang pedih, siapa makan cabai, dia pedihlah. Janganlah buat kerja macam itu.

Saya nak maklum kepada Dewan Mulia ini, sejak bulan November tahun lepas, tahun 2022, Majlis Tindakan Pembangunan Negeri yang dipengerusikan bersama oleh seorang menteri dan saya. Tapi kuasa memanggil mesyuarat diberi kepada menteri itu sampai sekarang ini tak pernah buat mesyuarat lagi. Agensi negeri dan Persekutuan tak boleh mesyuarat sampai sekarang. Tak panggil mesyuarat. Saya tak boleh panggil mesyuarat. Kuasa tu duduk kat dia. Bila tak mesyuarat kita nak selaraskan program kerajaan negeri dan Persekutuan macam mana? Saya dah maklum dalam mesyuarat dengan Perdana Menteri. Tukar menteri ini. Saya cakap terus terang. Diminitkan! Tapi tak tukar lagi lah. Dah dia sibuk takdan mai, tukar menteri lain. Dia kena mai, panggil mesyuarat, kita pergi duduk sekali, bincang. Itu cara buat kerja. Jangan main senyap-senyap, pi lawat sana sini pastu buat ‘statement’ tibai kita. Itu cara cari gaduh. Bukan cara buat kerja. Ini timbalan menteri apa air ka apa tu. Orang Johor nuh. Tahulah jadi timbalan menteri pun, tapi buat kerja bagi betul. Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri mesti dibuat dan menteri yang diberi tanggungjawab mempengerusikan jawatankuasa itu mesti panggil mesyuarat segera. Saya sebut itu di Dewan yang mula ini. Kalau tak boleh dia mengadakan mesyuarat tolong ganti orang lain. Sidam. Tolong habaq. Parti you lah. Setiausaha Agung. Habaq kat dia mai mesyuarat dengan kita. Jangan buat kita lebih kurang. Boleh?

Maklum. Maklum.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih Sidam.

Mohon sama-sama bertolak ansur lah.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Bukan! Saya mahu dia buat mesyuarat. Tolak-ansur apa lagi! Setahun lebih dah tak mesyuarat, dia tak mai!

Ya. ya. Kalau ada jemputan nanti saya akan….

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Dia mai melawat, mesyuarat tak mau buat. Macam mana? Kita nak tahu perkembangan. Dia kena tahu perkembangan kita.

Maklum.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Daripada mulut kita.

Baik. Terima kasih .

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Bukan marah, pukul dua macam ni. Saya ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, semua EXCO dan saya turut mengambil kesempatan ini untuk menjunjung tinggi, menjunjung kasih kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang telah menyampaikan Titah Ucapan sempena Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-15. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih yang amat berhormat Jeneri, Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekian persoalan di hadapan dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi:-“Patik-patik sekalian, Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, dalam persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas pekenan Tuanku untuk menyampaikan titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-15.”

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “Setuju”, yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan. Urusan seterusnya tuan setiausaha

Usul Menarik Balik Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Kedah Darul Aman Pindaan 2024.Bill

Setiausaha Dewan

Usul menarik balik rang undang-undang enakmen pentadbiran undang-undang Islam Kedah Darul Aman pindaan 2024.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menarik balik Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Kedah Darul Aman pindaan 2024 daripada dicadangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri dan seperti yang tercatit dalam atur cara mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-15 mengikut Peraturan 62 - Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Sekian, terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Yang berhormat Tuan Speaker saya pohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Terima kasih. Yang berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya setuju dengan usul tersebut dengan yang berkata bahawa itu saya mengesahkan bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Kedah Darul Aman Pindaan 2024 ditarik balik oleh pihak kerajaan. Sekian terima kasih.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman.

Setiausaha Dewan

Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar mencadangkan urusan tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Spekaer, saya pohon mencadangkan satu urusan yang berbunyi bahawa :-Laporan Ketua Audit Negara Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bilangan 4 tahun 2024 diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu dengan kepada Dewan ini.

Speaker

YB…

Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Yang Berhormat Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.

Speaker

Ahli- Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi:-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bilangan 4 tahun 2024 itu diserahkan kepada Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk pemeriksaan dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini.”

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “Setuju”, yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Tangguhan Sidang Dewan

Setiausaha Dewan

Tangguhan Sidang Dewan.

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, oleh kena perkara dalam agenda persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 1 dan 16(3), Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke satu masa yang ditetapkan kelak.

Yang Berhomrmat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-ahli yang berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang sebegini diharap dapat diteruskan dan baik lagi di masa yang akan datang. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian sidang dewan kali ini ditangguh sehingga satu masa yang diberitahu kelak. Sekian Wabillahi Taufiq Wa Lihidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 2:00 petang]