Kedah · 25 August 2024

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 355 turns · 25,774 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Doa.

Setiausaha Dewan

-DOA

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

Pembentangan Kertas-Kertas Dewan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah.

Speaker

Dengan hormatnya dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk membentangkannya.

Pembentangan Kertas-Kertas Dewan Oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya pohon membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang berikut seperti di meja Ahli-Ahli Yang Berhormat:-

1. Kertas Dewan Bil. 6 Tahun 2024 Laporan Tahunan Perbadanan

Kemajuan Negeri Kedah [PKNK]

Tahun 2021.

2. Kertas Dewan Bil. 7 Tahun 2024 Penyata Kewangan Lembaga Tabung Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

3. Kertas Dewan Bil. 8 Tahun 2024 Penyata Kewangan Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

4. Kertas Dewan Bil. 9 Tahun 2024 Penyata Kewangan Yayasan Islam

Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

5. Kertas Dewan Bil. 10 Tahun 2024 Penyata Kewangan Perbadanan

Stadium Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

6. Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2024 Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Di atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008-2021, Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan Agensi Negeri Kedah Siri 1,2 & 3.

7. Kertas Dewan Bil. 12 Tahun 2024 Anggaran Perbelanjaan Negeri Tambahan No. 1 Tahun 2024.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, suka saya memaklumkan bahawa Negeri Kedah turut mengambil bahagian dalam temasya Sukan SUKMA Yang Ke 21 di Sarawak dan telah melabuhkan tirainya pada 24 haribulan 8 tahun 2024 semalam. Oleh yang demikian, kontijen Kedah telah pun menghantar seramai 383 orang atlet dan telah memperolehi 21 pingat emas, 19 pingat perak dan 29 pingat gangsa. Negeri Kedah telah berada pada kedudukan ke 10 teratas dan saya mewakili Dewan yang mulia ini, ingin mengucapkan tahniah kepada semua atlet – atlet Majlis Sukan Negeri Kedah, Yang Berhormat Alor Mengkudu dan semua pegawai diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Fauzi Bin Mustapha, Timbalan Setaiusaha Kerajaan (Pembangunan) selaku Ketua Kontijen SUKMA Negeri Kedah 2024.

Selain itu Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, hari ini Dewan Undangan Negeri Kedah telah menerima kunjungan sebagai pemerhati daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Kedua, Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) dan ketiga daripada pasukan peguam daripada Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Negeri Kedah (LUHAM). Selamat datang saya ucapkan.

Sebelum memulakan Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 ini, saya ingin mengajak semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada bonda Yang Amat Behormat Adun Jeneri, Dato’ Seri Menteri Besar Kedah yang telah kembali ke rahmatullah baru baru ini. Al-Fatihah.

Speaker

Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Mulut.

II. Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Speaker

Dipersilakan YB. ADUN Ayer Hitam.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih Yang Behormat Speaker. Mohon jawapan untuk soalan nombor 1.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

1. Gagasan The Greater Kedah memerlukan perancangan dan tindakan yang tersusun dan bersungguh. Adakah pihak kerajaan mempunyai perancangan jangka masa panjang yang lebih menyeluruh dan berfokus selain daripada Pelan Kedah 2035? Jika ada sila nyatakan.

Speaker

YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, bagi soalan nombor 1 tentang The Greater Kedah, rancangan yang lebih berfokus dan menyeluruh daripada pelan Kedah 2035. The Greater Kedah adalah sebuah gagasan besar negeri untuk tempoh jangka panjang melibatkan keseluruhan aspek-aspek berkepentingan negeri. Perkara ini melibatkan usaha pemerkasaan dalam aspek ekonomi, sosial, hasil bumi, fiskal negeri, tadbir urus, perundangan, kehakiman negeri serta kerjasama strategik dan perancangan geopolitik. Bagi menggarap segala agenda dalam aspek disebutkan dengan lebih tersusun, Kerajaan Negeri telah bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Pelaksana dan Sekretariat The Greater Kedah untuk meneliti perkara ini. Dalam tempoh masa ini, jawatankuasa terlibat sedang dalam tindakan menyediakan ‘blueprint’ The Greater Kedah. Status semasa penyediaan blueprint adalah telah siap deraf pertama. Jawatankuasa kini sedang dalam proses menilai dan memuktamadkan isi kandungan blueprint dan dijangka akan dilancarkan pada hujung bulan September 2024. Pelan perancangan sedia ada seperti Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035), Pelan Strategik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 2024 - 2028 serta perancangan lain seperti Rancangan Struktur Negeri (RSN) akan diteruskan dengan penambahbaikan dan akan bertindak sebagai ‘vehicle’ pelaksanaan Blueprint The Greater Kedah. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan YB.!

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YAB. Menteri Besar di atas penjelasan yang diberikan. Saya nampak kita akan gunakan seluruh aset serta kekuatan kita untuk memastikan bahawa The Greater Kedah ini akan mencapai kejayaan lah. Di samping itu kita rasa kita terkait juga kerjasama dengan Kerajaan Pusat. Sejauh manakah kita mengambil kira hal ini dan sejauh manakah jika ada halangan-halangan serta sejauh manakah kita dapat mengatasi halangan sebelum kita sendiri InsyaAllah sebelum kita menjadi Kerajaan Pusat pada 2028 nanti?

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam jangkaan kita, di Kedah ini kita jangka tidak akan ada halangan daripada Kerajaan Persekutuan kerana masing-masing memahami bidang kuasa, fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Dalam hal untuk melaksanakan rancangan kita untuk menjadi negeri yang lebih baik, negeri yang lebih hebat pada masa depan, kita sentiasa berlapang dada, membuka tangan seluas-luasnya untuk menjalin kerjasama, usaha sama dengan Kerajaan Pusat dan mana-mana kerajaan yang ada di dunia ini untuk memastikan laluan kita untuk mencapai The Greater Kedah akan lebih mudah dan diberi laluan yang tidak sukar untuk dicapai. Saya harap perkara ini dapat diselami juga oleh agensi dan Jabatan Persekutuan di Kedah ini dan agensi dan Jabatan Negeri. Bila siap ’blueprint’ dan dibentangkan pada hujung September nanti ia akan menjadi dokumen utama untuk menjadi pandu arah kepada semua pihak untuk pastikan negeri ini akan muncul sebagai negeri yang lebih baik sepertimana negeri-negeri lain di Lembah Klang dijalankan The Greater Lembah Kelang. Negeri jiran kita telah lama melaksanakan Plan The Greater Penang. Tetapi tidak diuar-uarkan kerana semua pelan The Greater negeri-negeri itu melibatkan feeder-feeder yang melibatkan negeri lain. Ini tentu perkara yang sensitif. Kita di Kedah ini melancarkan The Greater Kedah walaupun hasrat kita ialah kita perlu juga kerjasama daripada Persekutuan dan negeri-negeri lain. Tapi kita tidaklah menyentuh kepentingan yang sensitif. Kita hanya menyentuh hal-hal yang bertanggungjawab, hal-hal yang berkaitan dengan tanggungjawab kita, fungsi kita, peranan kita dan sumber yang kita ada untuk menimbulkan, membangkitkan kekuatan yang kita perlukan untuk muncul sebagai The Greater Kedah pada masa akan datang. Terima kasih.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Kota Darul Aman, silakan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Apakah indikator ataupun pengukuran utama yang digunakan untuk memantau dan menilai keberkesanan perancangan The Greater Kedah untuk jangka pendek dan jangka panjang dan untuk tempoh satu tahun yang sebelum ini? Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Saya harap Kota Darul Aman hadir pada 28 September nanti untuk kita lancarkan Pelan Blueprint The Greater Kedah dan saya akan perincikan jawapan itu untuk Kota Darul Aman. Terima kasih. Hadir tau. Hadir ya, jangan tak hadir pulak.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Behormat. Ada lagi? Kalau tak ada lagi kita teruskan ke soalan nombor 2. Dipersilakan Yang Berhormat Sidam.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya mohon jawapan kepada soalan nombor 2. Terima kasih

2. Adakah kerajaan bercadang melonggarkan syarat-syarat permohonan lesen perniagaan dan membuka kawasan baru bagi menggalakkan peniaga kecil-kecilan serta memastikan peniaga itu adalah penduduk kawasan itu juga?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat EXCO.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sidam. Soalan Sidamberbunyi begini. Macam soalan tahun lepas saja, sama. Bukan? Adakah kerajaan bercadang melonggarkan syarat permohonan lesen perniagaan dan membuka kawasan baru bagi menggalakkan peniaga – peniaga kecil – kecilan serta memastikan peniaga itu adalah penduduk kawasan itu juga? Syaratnya mudah saja untuk kita mohon perniagaan di premis – premis perniagaan ada dalam semua kawasan-kawasan PBT.

Kalau nak bagi syarat ni, pertama umur masih 18 tahun ke atas. Syarat memohon perniagaan. Kalau dia pergi ke bahagian pelesenan tu dia akan minta salinan kad pengenalan, dia minta gambar ukuran passport, SSM. SSM tu yang meniaga tu lah dan dia akan berikan borang perjanjian jual beli yang permohonan tu kena isi. Kemudian gambar premis, premis mana yang dia nak itu. Kalau dalam kawasan kawasan MPSPK ini, kawasan yang luas mungkin ada tempat-tempat yang tertentu yang tak dikenal pasti kawasan itu, so kena hantar gambar premis, kena hantar pelan lokasi tempat yang dia nak mohon itu. Kemudian kalau dia nak ubah suai, dia mestilah mendapatkan kebenaran pihak badan pelesenan untuk ubah suai tempat itu dan kalau dia nak berniaga makanan dia mestilah mendapatkan suntikan dan juga kursus sijil makanan. Borang – borang ini diisi di Bahagian Pelesenan kemudian kena hantar ke Pejabat Perbandaran atau Majlis dan mereka akan panggil ‘interview’ lah, panggil temuduga dan selepas ‘interview’ mereka akan bayar untuk wang permohonan yang saya sebut dan akan diputuskan keputusan temuduga itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan. Itu syarat-syarat dia yang sekarang ini lah. Rasanya tak berat lah untuk kita nak mohon kepada orang yang nak baru nak mohon, itu untuk premis lah tapi kalau untuk bahagian bidang-bidang lain perinciannya lebih panjang lah kalau nak mohon contohnya perniagaan selain daripada perniagaan kecil-kecilan dia ada lebih panjang. Yang YB. Sidam tanya ni adalah tentang perniagaan kecil-kecilan. Itulah syarat-syarat yang paling minima yang pihak perlesenan minta.

Speaker

Soalan tambahan. Sebelum itu saya ingin membuat pembetulan, bukan Dato’ lagi. Masih belum lagi. Dipersilakan soalan tambahan YB.

Terima kasih Tuan Speaker. Kalau kita tengok YB. Kuala Ketil, peningkatan peniaga-peniaga kecil di tepi jalan itu sangat-sangat banyak lebih-lebih lagi sekarang terutama sekali sebagai contoh di kawasan saya di Taman Puteri itu meningkat dengan pesat. Satu simpang di Jalan Bukit Puteri itu saya ingat dalam satu simpang itu pun dianggarkan 20 peniaga.

Jadi, apakah perancangan untuk kita elakkan daripada mereka berniaga tepi jalan ini dan yang akan mengundang kepada kesesakan lah. Tapi kalau boleh diadakan, adakah perancangan kerajaan untuk adakan ‘foodcourt’ dan sebagainya yang kita tetapkan untuk mereka berniaga secara tempat yang sah lah? Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan YB.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berhormat Sidam. Permasalahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sidam ini sebenarnya berlaku di semua PBT. Dasar kita pada waktu selepas kita menghadapi era covid dulu, kita membenarkan peniaga kecil-kecilan. Berniaga untuk meneruskan kelangsungan kehidupan mereka selepas covid iaitu kita benarkan mereka berniaga di tempat-tempat yang tidak mendatangkan permasalahan kepada lalu lintas dan sebagainya. Inilah yang kita buat sampai pada hari ini. Tetapi sebahagian besar peniaga yang mereka adalah mungkin yang di pasar malam ini kita memang letakkan setempat. Tapi peniaga – peniaga yang datang secara ‘part time’, yang meniaga ambil kesempatan secara secara sendiri. Mereka tengok tempat lapang saja, terus depa nak meniaga. Kerana tempat-tempat inilah yang kita tak benarkan. Tak semua PBT membenarkan peniaga-peniaga kecilan ini berniaga sesuka hati di tempat yang mereka suka. Memang kita tetapkan tempat-tempat tertentu. Macam di Sungai Petani, di Bandar Puteri Jaya, memang kita dah buat satu tempat. Peniaga-peniaga yang berniaga dalam taman itu yang mengganggu lalu lintas dan sebagainya memang kita dah buat satu tempat. Tapi sebahgaian daripada peniaga dia dah biasa tempat dia berniaga tu dan dia rasa tempat itu lebih memudahkan orang ramai beli barang dia, drop, berhenti kereta dan beli barang, bergerak. Tepi keadaan inilah yang akan mengganggukan lalu lintas dan membahayakan. Bila Perbandaran nak ubah ke satu tempat yang baru, mereka akan nampak payah dan sebagian besar tak nak ubah tempat-tempat ni.

Begitu juga di kawasan-kawasan PBT lain, contohnya dalam minggu lepas saya membuat satu koordinasi, perbincangan dengan peniaga kecil, dengan semua PBT dan juga termasuk persatuan-persatuan peniaga, Persatuan Peniaga di Negeri Kedah, dua persatuan saya panggil. Isu yang sama sepertimana di MBAS juga, kita nak ubah daripada Jalan Putra dengan Jalan Gangsa tadi, memang tempat itu menjadi ditarikan kepada orang ramai. Tetapi sebahagian daripada peniaga-peniaga kita berniaga bukan setakat di atas kaki lima, mereka dah ambil sampai ke jalan utama, letak meja dan sebagainya. Dan inilah yang menimbulkan kesalahan lalu lintas dan sebagainya mengganggu lalu lintas dan mengganggu orang ramai. Benda ini diatur oleh pihak PBT termasuk pihak MBAS sendiri, menghimpunkan mereka setempat. Tapi sebahagian daripada peniaga yang agak degil lah, tak nak ubah, kerana mereka dah selesa dengan tempat yang mereka meniaga sekarang. Jadi, dalam perbincangan tersebut, kita memang beri arahan kepada pihak PBT untuk ambil juga satu pendekatan, ubah mereka tempat yang baru, tempat baru yang lebih selesa dan sebagainya. Itulah pada asasnya memanglah kita tak menghalang peringkat awal. Sebab peniaga ni atas alasan dia nak cari sedikit tambahan pendapatan, kita benarkan dia buka khemah ataupun meja tu, selepas berniaga dia mesti punggah bawa balik. Tapi bila lama kelamaan, dia dah rasa payah, dia nak tambah meja. Lama-lama lagi, dia tambah pula ‘stall’ bawah tu. Lama-lama lagi, dia buat bangunan kukuh terus. Bila dah buat bangunan kukuh, kita nak ubah dia jadi payah. Dia kata, “dulu pasal apa tak ubah? Pasal apa sekarang nak ubah? Pasal apa yang nu tak ubah? Pasal apa yang ini?” Inilah ragam peniaga – peniaga kecil kita dan kita harap PBT menggunakan satu pendekatan dan budi bicara yang baik untuk nak ubahkan mereka, semua yang mengganggu lalu lintas, mengganggu orang ramai dan sebagainya, kesesakan, ubah ke tempat yang lebih selesa. Memang itu pendekatan kita, Yang Berhotmat Sidam.

Speaker

Silakan YB. Tokai.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Tanya macam saya nak jawab hari tu. YB. Kuala Ketil, kita tau mutakhir ini banyak yang menjalankan perniagaan itu terdiri daripada warga-warga asing sama ada yang sah ataupun PATI lah. Ini tidak dapat dinafikan. Jadi, memanglah tindakan agak susah. Kerana kita tengok yang bawa motor pun ramai la ni Bangla dan Rohingya. Jadi, mereka-mereka ni rasanya tidak ada lesen lah kalau bawa kenderaan ni. Jadi apakah…. Ya! Ya! Peniaga kecil lah, hat kecil-kecil, kedai kecil, kios-kios tepi jalan itu.

Jadi, tindakan daripada pihak PBT lah untuk mengendalikan mereka-mereka ini. Kadang-kadang dia sewa daripada orang kita yang ada lesen, ini masalahnya. Pohon jawapan daripada YB. Kuala Ketil lah, terima kasih.

Soalan tambahan boleh?

Speaker

Silakan YB. EXCO.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Dak, saya nampak YB. Lunas bangun tadi, kut ada apa nak tanya.

Speaker

Ada lagi?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Boleh, pakai yang sama juga?

Speaker

Ok, teruskan!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Soalan pun, minat sungguh soalan ni noh? Berkaitan dengan warga asing ni saya rasa dalam sidang lepas pun saya dah jawab panjang lebar dah. Jadi, satu dasar kita memang kita tak benarkan peniaga warga asing berniaga kecil-kecilan sama ada menjaja tepi jalan ataupun pasar malam. Memang kita tak benarkan dan saya pernah keluarkan arahan kepada PBT untuk rampas dan sebagainya, memang dasar kita itu. Walaupun hari memang terdapat ada perniaga-peniaga yang mengambil kesempatan tersebut, kalau dia menggunakan lesen orang tempatan, lesen tersebut boleh dirampas. Jadi, kalau dia tak ada lesen lagi senang lah. Dan kita mengarahkan, memang kita mengarahkan mana-mana PBT, kalau ada terdapat peniaga asing yang ambil kesempatan untuk berniaga pasar malam berniaga kecil-kecilan ini, boleh ambil tindakan seterusnya. Kita tidak ada kompromi terhadap perkara itu. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat EXCO. YB. Sidam, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Berbalik kepada kawasan perniagaan tadi, saya dapati ada juga peniaga asing terutamanya dari Pattani lah. Apabila mereka berniaga tu parking depan kedai dia, lebih kurang 20, semua depa ambil untuk buat letak meja. Jadi, adakah ini ada dalam perancangan pihak BBT ataupun macam mana tindakan akan diambil? Terima kasih.

Speaker

Silakan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Sidam, perbetul tengok. Orang petani? Orang petani ka orang Pattani?

Orang Pattani, Siam.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Sidam, orang Siam juga kan? Betoi na? Yang Berhormat Speaker, maaf, melawak sikit boleh noh?

Speaker

Boleh, boleh, boleh!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Jawapan dia sama macam hat lepas juga. Sebab peniaga orang-orang Pattani, pertama kerana dia ada hubungan yang kuat dengan kita di Malaysia terutama di Kedah. Kadang-kadang dia ada suami di sini, isterinya di sana. Kadang-kadang isterinya di sini, suami di sana. Hubungan yang baik. Tetapi memang kadang-kadang yang berniaga tu kadang-

kadang lesen orang tempatan. Kita nampak di kedai, restoran kebanyakan orang tempatan, lesen. Dia datang sebagai tukang masak ataupun berniaga sini. Tapi dengan isu yang kata letak kenderaan dan sebagainya, saya rasa isu ini taklah terlampau menjejaskan sangat. Kalau ada isu-isu yang berkaitan seperti ini, saya ingat YB. Sidam boleh bangkitkan dengan Ahli Majlis kawasan ‘zone area’ sebut dan Ahli Majlis boleh bangkitkan bincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa di peringatkan PBT dan saya rasa benda ni boleh diselesaikan dengan cara tersebut. Boleh YB. Sidam ya? Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. EXCO. Dipersilakan soalan seterusnya, Yang Berhormat Guar Chempedak.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih, YB Speaker. Mohon jawapan untuk soalan nombor 3. Terima kasih.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Jitra.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

3. Bukit Kayu Hitam SBEZ adalah merupakan salah satu zon pembangunan impak tinggi negeri. Pohon dinyatakan, apakah status pembangunan Kedah Science & Technology Park dan DELAPAN SBEZ?

Terima kasih YB. Speaker. Yang saya hormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor. Rakan-rakan Ahli Dewan, ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil serta anakanda daripada MINDA. “Selamat datang ke Sidang DUN Negeri Kedah”. Soalan yang ditanyakan adalah berkaitan dengan Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone. Izinkan saya Yang Behormat Speaker untuk memberi sikit garapan secara keseluruhan tentang Special Border Economic Zone. Dari segi keluasannya seluas 11,621 hektar yang terdiri daripada 2 komponen iaitu Kedah Science Technology Park dan juga Special Border Economic Zone yang berada di bawah Delapan SBEZ.

Dengan kata lain, Kedah Scien Techology Park ini keluasannya 1,983 hektar dan Delapan SBEZ seluas 4,395 ektar. Maafkan saya, KSTP seluas 1,938 ektar dan Delapan SBEZ seluas 4,395 ekar. KSTP ini dimajukan oleh NCIA dengan kerjasama erat bersama PKNK dan secara spesifiknya baru-baru ini KSTP telah diamanahkan untuk bersama memacu pembangunan dan juga kelangsungan KSTP ini sejajar dengan pengalaman dan juga pengetahuan luas KSTP dalam memacu Kulim Hi-Tech Park. Jadi, dengan kata lain Yang Berhormat Speaker, kita nampak ada sinar di hujung sana untuk kita sama-sama melihat KSTP dapat dibangunkan.Manakala untuk Delapan SBEZ, ianya dipacu oleh Northern Gateway Sdn. Bhd. sebuah syarikat di bawah Malaysia of Finance. Dengan kata lain, usaha yang sedang dibangunkan ini adalah dua entiti yang berperanan untuk memajukan pintu utara kita. Dengan kata lain, baki seluas 5,288 ekar yang ada di Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone Ini masih lagi di bawah milik PKNK. Dengan kata lain, kita harus bersama untuk memastikan bahawa Special Border Economic Zone ini benar-benar menjadi pemangkin kepada kebangkitan negeri kita. Yang Berhomat Speaker dan Ahli Dewan yang saya hormati, kita adalah menjadi ‘gateway’ dan ‘entry point’ untuk pasaran yang dipanggil Indochina iaitu melibatkan Thailand, Vietnam, Kemboja, Loas, Myanmar dan juga China itu sendiri. Kita juga boleh menjadi pintu masuk kepada satu lagi segmen pasaran yang cukup luas yang dipanggil sebagai Indo-Gangetic Plain iaitu melibatkan India, Bangladesh, Pakistan, Bhutan, Nepal, Sri Lanka, Afghanistan dan Maldives. Ini dipanggil sebagai South Asia. Kalau hari ini kita melihat China sebagai antara ‘strategic partners’ yang perlu dibina, kita jangan terlupa bahawa ‘India is coming up and rising’ dan ini harus mula digerakkan dalam usaha-usaha pelaburan kita. Perlulah sekarang ini melihat ke arah iaitu dipanggil South Asia ini walaupun kebelakangan ini Bangladesh menghadapi kegawatan dalaman negara mereka, tetapi ini bersifat sementara saya yakin dan ianya berpotensi untuk menjadi pasaran besar kepada kita Jadi, dengan kata lain Yang Berhormat Speaker, jumlah ‘population’ untuk dua pasaran besar ini iaitu Indochina sampai ke China dan juga Indo-Gangetic Plain ini di belah South India. Jumlah penduduk dunia di sini ialah sekitar 3.585 bilion orang. Iaitu dengan kata lain 44% daripada ‘total population’ dunia. Yang ini dengan kata lain hari ini ‘total population’ dunia sekitar 8.05 bilion dan GDP negera – negara ini adalah sebanyak USD 24 trilion ataupun 23% daripada total GDP dunia Iaitu 105 trilion USD. Jadi, dengan kata lain kita berada di kedudukan cukup strategik di antara East dan West. Malahan kita juga boleh sampai ke Iran dan ke Middle East dan seumpamanya melalui hubungan strategik yang kita miliki. Jadi, berkaitan dengan SBEZ ini untuk membolehkan kita, menjadikan diri kita sebagai sebuah destinasi pelaburan terbaik. Saya dengan rendah hati menyeru kepada semua dan kita di pihak kerajaan negeri harus berusaha bersama-sama dengan Kerajaan Pusat dan kita mengharapkan keterbukaan

Kerajaan Pusat sepertimana dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, “ini bukan masanya untuk kita melihat dalam sentimen negeri, ini adalah masa untuk kita melihat dalam sentimen negara kerana kalau kita lambat dan tidak bertindak pantas maka kita tidak akan dapat merebut peluang yang sedang terbuka luas ketika mana negara-negara lain juga berusaha untuk membangunkan ekonomi mereka”. Izinkan saya Yang Berhormat Speaker untuk menyatakan di sini kita perlu melakukan ‘economic reform’ untuk negeri kita. Kita tidak boleh menunggu dalam konteks negara sedang mencari hala tujunya tetapi dalam konteks negeri kita, marilah kita sama-sama tanpa mengira latar belakang politik kita untuk bersama mengusahakan agar ‘economic reform’ sepertimana yang telah diangkat oleh YAB. Menteri Besar kita, The Greater Kedah itu adalah satu agenda besar yang melampaui dan merentasi masa yang harus kita usahakan bersama. Kita harus menjadikan sektor pembuatan sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi negeri kita. Kita harus menjadikan negeri kita hab kepada pembangunan ekonomi ini tidak hanya tertumpu di Kulim Hi-Tech Park tetapi sampai ke SBEZ ini dan saya yakin hari ini kita ada sahabat kita Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Muhamad Mahazi Bin Haji Ibrahim bahawa hari ini adalah hari yang sangat kritikal, ‘time’ ini adalah sangat kritikal untuk membangunkan SBEZ ini. Jagan kita ulangi, ini bukan suatu yang mendukacitakan tetapi kita terlepas pandang apa yang berlaku di Kulim Hi-Tech Park, di mana kita membangunkan kilang-kilang yang berlaku luar biasa 3 tahun kebelakangan ini yang berjumlah RM105 bilion dan kita terlepas pandang pembangunan ‘commercial and residential area’ dan ini jangan diulangi lagi di SBEZ ini. Kita bimbang kalau kita tidak bergerak segera maka sebelah Thailand, Danok akan bangun, maka para ekspatriat akan tinggal di Danok dan bekerja di SBEZ kita dan itu kalau berlaku amat mendukacitakan kita. Jadi, “the wake up call for our state to address the issue” (dengan izin) Yang Berhormat Speaker. Sedikit lagi Yang Berhormat Speaker, izinkan saya juga untuk kita memastikan pembangunan infrastruktur strategik. Kita harus melihat para pelabur yang tidak berminat untuk tahu sentimen dalaman kita pada mereka adakah infrastruktur strategik telah tersedia.’ Flyover’ di Changlun harus dibangunkan segera, segala usaha bersama dengan Kerajaan Pusat perlu digerakkan dan juga sama konteks di Kulim Hi-Tech Park yang juga menghadapi isu trafik. Kita juga ingin berusaha untuk memastikan Yang Berhormat Speaker, izinkan saya juga untuk kita bergerak maju GLC States perlu bergerak seiringan menjadi agensi yang memacu ekonomi strategik negeri kita dan ini perlu kita usahakan dan sedang kita usahakan.

Jadi, dengan kata lain kita akan berusaha untuk memastikan bahawa dua ‘economic zone’ SBEZ ini yang diketuai oleh dua agensi iaitu PKNK dan NCIA for KSTP akan kita gerakkan sebaik mungkin bagi membolehkan kita dapat mengangkatnya menjadi sebuah destinasi pelaburan terbaik negeri kita. Begitu juga dengan Delapan SBEZ. Untuk makluman semua, izinkan saya, di Delapan SBEZ telah dibangunkan projek pembangunan depo lori dan pelepasan dalaman yang dipanggil BKH ICD (Inland Container Depot) oleh Syarikat PKT Logistics Sendirian Berhad. Prosesnya ataupun dengan kata lain perkembangannya telah 98% siap. Juga pada masa yang sama telah ada dibentuk iaitu dipanggil projek Ibusawat Pertukaran Internet (Internet Exchange) yang mana bertempat di Bukit Kayu Hitam. Perkara ini sedang berlaku dengan rancaknya di selatan tanah air kita di Johor apabila syarikat-syarikat daripada Singapura menjadikan Johor sebagai destinasinya. Usaha sedang digerakkan untuk melakukan perkara sama di sebelah utara tanah air kita iaitu Kedah dan inilah yang perlu kita rebut dan kita lakukan dengan segera. Masa yang sama, pembangunan Managed Industrial Park' di Delapan oleh NCT Group iaitu NGX ini telah bekerjasama dengan satu entiti iaitu dipanggil NCT Group untuk membangunkan industrial park di SBEZ di bawah Delapan itu secara terancang dan teratur. Dan usaha – usaha ini sedang digerakkan juga dalam perkara yang sama dengan institusi lain dalam konteks di KSTP. Jadi, dalam kata lain Yang Berhormat Speaker, saya rumuskan usaha untuk kita mengangkat SBEZ ini menjadi sebuah platform pelaburan terbaik negara kita. Kita tidak cakap pasal negeri kita lagi, kita sekarang sedang bercakap di landasan iaitu negara kita. Marilah sama – sama kita memastikan bahawa usaha ini dapat diangkat bersama tanpa mengira latar belakang negeri dan negara kita dalam konteks politiknya. Saya yakin di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, kita akan berjaya menjadi sebuah negeri yang berdaya maju. Hari ini izinkan saya menyatakan kita nombor satu dalam negara dalam konteks pelaburan dengan RM31.3 Billion pelaburan. Alhamdulillah dan terima kasih semua. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Soalan tambahan!

Speaker

Silakan.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Apakah perancangan khas kerajaan negeri untuk memastikan bekalan tenaga berkemahiran tinggi mencukupi untuk memastikan memenuhi keperluan industri yang kita nyatakan tadi? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam konteks usaha kerajaan negeri kita bagi memastikan kelangsungan pembekalan tenaga kerja untuk industri – industri yang kita sedang buka di negeri kita ini, kita telah membentuk satu unit khas yang dipanggil Unit Pembangunan Bakat di Invest Kedah. Iaitu sebuah entiti kerajaan kita yang mana mempunyai hubungan baik dengan industri. Kita mengetahui akan syarikat-syarikat yang akan masuk ke negeri kita. Jadi, daripada situ kita telah membentuk satu unit khas untuk mengenal pasti apakah peluang – peluang pekerjaan yang disediakan oleh syarikat – syarikat ini. Dan daripada situ kita membina hubungan dengan institusi – institusi pendidikan dalam negeri kita dan juga di peringkat negara untuk memadankan keperluan industri dan juga dengan kesediaan tenaga kerja yang dibekalkan.

Alhamdulillah Yang Berhormat Speaker, baru-baru ini dalam pertemuan saya dan delegasi dengan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, yang mana kita telah mengusulkan agar mengenepikan segala perbezaan pandangan kita kerana perbezaan politik di mana disambut dengan baik sebelum ini ingin saya nyatakan di sini, apabila kita berhubungan dengan politeknik mereka takut untuk berurusan dengan kerajaan negeri, sedangkan kita sebuah kerajaan negeri yang sah. Namun, kerana tekanan-tekanan mungkin mereka telah tidak berani untuk bersama. Tetapi Alhamdulillah, hasil pertemuan dengan Menteri Pengajian Tinggi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Zambry Abdul Kadir di atas kesudian untuk membuka pintu dan baru-baru ini politeknik dan pengurusan tertinggi di seluruh Negeri Kedah telah berjumpa dengan kita untuk berbincang bersama bagaimanakah Human Capital dapat dibangunkan dengan kerjasama erat dengan politeknik di negeri kita, Kedah dan institusi di bawahnya seperti kolej komuniti. Jadi, dengan kata lain, kita juga akan memperkasakan iaitu institusi milik kerajaan negeri kita, UniSHAMS, KISMEC, K-Techno dan semua. Kita juga baru-baru ini dalam pertemuan dengan Perdana Menteri di Kulim Hi-Tech Park, di mana telah diangkat idea

untuk ada satu gabungan dan gerak kerja yang bersepadu dalam konteks untuk memastikan kelangsungan bekalan tenaga kerja di negeri kita Kedah ini. Maka InsyaAllah kerajaan negeri akan mengambil inisiatif untuk menjuarai inisiatif untuk membina konsortium dengan institusi-institusi pengajian tinggi ini bagi membolehkan pembekalan itu dapat dilakukan. Hari ini Yang Berhormat Speaker, seperti yang saya katakan, kita tidak mahu memberikan janji palsu kepada anak-anak kita yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di mana mereka mengikuti program, tetapi apabila bergraduasi, tidak ada peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan ataupun kelulusan mereka. InsyaAllah, kerajaan kita Negeri Kedah akan melakukan yang terbaik bagi memadankan keperluan industry dengan juga program-program diikuti oleh anak-anak kita di universiti. Dan doakan InsyaAllah, kita berjaya untuk kelangsungan generasi masa depan kita. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Jitra. YB. Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Soalan tambahan saya, dengan hala tuju dan potensi Bukit Kayu Hitam SBEZ dan Delapan yang begitu hebat dan begitu menarik, tapi dalam jawapan tadi saya masih belum dengar tentang berapakah pelaburan asing yang telah dibawa masuk ke Bukit Kayu Hitam SBEZ dan apakah cabaran utama yang dihadapi dalam pembangunan Kedah Science and Technology Park dan Delapan SBEZ serta apakah langkah – langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi cabaran – cabaran ini ? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Dalam konteks pelaburan yang masuk ke SBEZ ini pada dasarnya ia masih lagi di peringkat awal. Seperti yang saya kata tadi PKT Logistik baru saja membina deponya dan juga dalam konteks ‘internet exchange’ tadi juga baru saja dalam proses pembangunannya.

Dengan kata lain, izinkan saya untuk melihat perkara ini dalam kerangka yang lebih luar dalam tempoh satu tahun ini, InsyaAllah akan dibekalkan maklumat yang lebih spesifik dalam kata mana bagaimana kita telah menggerakkan usaha.

Tetapi Yang Berhormat Kota Darul Aman, sahabat saya izinkan saya katakan, untuk kita memacu ekonomi negeri kita ianya bukanlah perkara biasa-biasa. Kita harus melakukan ‘economic reform’ ini, kita tidak ada pilihan lain, kita tidak berniat untuk bersaing dengan sesiapa dalam konteks yang tidak membina, tetapi kita lakukan sepertimana Yang Amat Berhormat Menteri Besar katakan, “The Greater Kedah itu sebenarnya adalah untuk menjadikannya ‘wake up hall’ kepada kita semua untuk berusaha sebaik mungkin”, sama ada kita (dengan izin) YB. Speaker, adakah kita ingin “condone culture of comfort or culture of success. Culture of comfort, business as usual or culture of success” di mana kita akan ada sasaran-sasaran tinggi yang pastinya memerlukan komitmen, disiplin, ‘determination’ dan kesungguhan bagi mengubah apa yang kita ada hari ini.

Jadi, inilah cabarannya Yang Berhormat, adakah rakyat Kedah mahu kekal dalam ‘culture of comfort, culture’ selesa ataupun ‘culture’ yang dipanggil ‘culture of success’ yang memerlukan pengorbanan semua. Kalau kita ‘opt for culture of comfort’ kita tidak akan mampu mengubah apa yang kita miliki hari ini. Tapi kalau kita ‘opt for culture of success’, saya yakin dan percaya negeri ini akan menjadi kebanggaan bukan saja rakyatnya, tetapi negara. Saya harap Yang Berhormat akan bersama dalam ‘journey’ kita ini untuk memajukan negeri kita Kedah. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan seterusnya, YB. Kota Darul Aman.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

YB. Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Ada lagi, satu lagi? Silakan.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Terima kasih Yang Behormat Speaker. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada perancangan Kerajaan Negeri Kedah dalam membina dan membangunkan zon-zon ekonomi yang ada. Cuma untuk memastikan bahawa zon

ekonomi ini seimbang di seluruh negeri, termasuklah di gerbang selatan. Saya berharap dan saya ingin bertanya apakah perancangan-perancangan bagi pihak kerajaan negeri untuk memastikan bahawa zon selatan juga akan menerima nikmat yang sama-sama rata, sama rasa dan tidak terpinggir dan tercicir daripada zon di sebelah utara dan juga di sebelah tengah ini.

Kita lihat bagaimana yang berlaku di sempadan dengan Zon Selatan khususnya di Daerah Kerian, sudah ada satu perancangan khas untuk memenuhi Zon Ekonomi di sana dan kita sedia maklum bahawa di Pulau Binang, di Zon Batu Kawan juga sedang menghimpit kita. Jadi, apakah perancangan daripada kerajaan negeri untuk pastikan bahawa semua di seluruh Negeri Kedah ini termasuk di Gerbang Selatan dapat menikmati pembangunan Zon Ekonomi ini? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat EXCO.

YB. Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bandar Baharu, sahabat saya. Izinkan saya menyatakan bahawa usaha kerajaan negeri kita ini dia ‘sweep through’, ia mengambil seluruh aspek yang berpotensi daripada selatan negeri kita sampai lah ke utara. Dan saya percaya kalau saya juga YB. Bandar Baharu, saya sangat ingin tahu apakah yang sebenarnya dirancang oleh negeri kita untuk Bandar Baharu. Bandar Baharu ini seperti Kulim, ianya berkedekatan dengan Pulau Pinang dan kerajaan negeri kita pada dasarnya telah ada perancangan untuk turut sama mengangkat Bandar Baharu menjadi destinasi pelaburan terbaik di negeri kita InsyaAllah, Yang Berhormat. Jadi, dengan kata lain, kita akan melihat tidak akan berlaku kepincangan pada kawasan-kawasan strategik kita. Boleh saya katakan, kalau di Perak sedang digerakkan secara besar-besaran pembangunan KIGIP, yang mana pada dasarnya, keadaannya mungkin belum begitu bersedia untuk dibangun. Tetapi, kerana komitmen Kerajaan Pusat yang luar biasa, maka kita tahu, sesuatu pasti dapat dibangunkan di KIGIP. Dan InsyaAllah, kita yakin dengan kerjasama erat kita dengan Kerajaan Pusat walau apa juga cabaran kita, saya yakin dan percaya ‘strategic location’ Bandar Baharu ini akan menjadi satu lagi destinasi pelaburan terbaik. Sedikit Yang Berhormat Speaker, kalau boleh saya katakan usaha ini juga kita akan selaraskan.

Baru-baru ini dalam pertemuan dengan Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada mengangkat akan idea kawasan-kawasan pertanian kita yang begitu luas, kita ingin angkat sebahagiannya, sekitar 11,000 hektar, ‘correct me if I'm wrong’,

untuk dijadikan kawasan perindustrian dan pembangunan. Maka InsyaAllah, kalau ini dapat kebenaran daripada Pusat untuk kita bangunkan, maka satu lagi agenda kerajaan negeri kita adalah untuk membangunkan, iaitu kawasan-kawasan perindustrian, perbandaran yang berdekatan dengan lebuh raya kita. Kita dapat lihat banyak kawasan -kawasan di pinggir lebuh raya kita kawasan-kawasan strategik yang sangat berpontensi dibangunkan. Jadi, 11,000 ini kalau dibangunkan di kawasan-kawasan strategik sepanjang lebuh raya kita daripada selatan ke utara, saya yakin satu lagi impak besar kepada pembangunan ekonomi negeri dapat disaksikan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dipersilakan soalan seterusnya. Soalan seterusnya.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih Tuan Speaker. Kota Darul Aman pohon jawapan untuk soalan nombor 4. Terima kasih.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

4. Apakah usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membangunkan, mempromosikan dan menarik pelawat atau pelancong ke Lembah Bujang (Kedah Tua) sebagai kota penting dalam jalur perdagangan maritim Asia Tenggara sempena Tahun Melawat Kedah 2025?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat EXCO.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan yang diajukan oleh Kota Darul Aman berkisar tentang promosi dan juga menarik pelawat ke Lembah Bujang iaitu Kedah Tua, dalam Tahun Melawat Kedah 2025. Izinkan saya memulakan jawapan saya dengan serangkap pantun.

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Walaupun YB. muda remaja, Tetapi prihatin kepada Kedah Tua, Lembah Bujang sentiasa dijaga, Ditambah baik sepanjang masa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Lembah Bujang adalah warisan yang nilainya terlalu besar. Bukan sahaja untuk Kedah, tetapi untuk Malaysia keseluruhannya. Ia adalah bukan sahaja berkaitan dengan peninggalan sejarah, tetapi Lembah Bujang itu adalah satu simbol ketamadunan dan juga pencapaian dan Lembah Bujang juga mempunyai potensi untuk kita angkat dan untuk kita gilap sebagai destinasi pelancongan yang tersohor dalam tahun ini. Namun, banyak benda, banyak perkara yang perlu dilakukan daripada penambahbaikan, menambah baik infra, mewujudkan aktiviti-aktiviti baru sebagai sokongan dan juga melipatgandakan lagi promosi ada langkah-langkah perlu yang dilakukan. Sepertimana yang saya gambarkan dalam pantun saya tadi, sebenarnya kerajaan negeri sentiasa serius terhadap segala benda yang berkaitan dengan Lembah Bujang. Dalam hal ini, kita berterima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang sentiasa mempamerkan komitmen yang sama dan bagi tahun ini sebagai contoh, Jabatan Warisan Negara (JWN) sedang menjalankan kerja-kerja naik taraf bagi Tapak Arkeologi Sungai Batu dan Kompleks Arkeologi Pengkalan Bujang dengan menggunakan peruntukan daripada MOTAC melalui geran Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naiktaraf (PPUN). Kerja-kerja ini bertujuan untuk memberi lebih tarikan dan keselesaan kepada pelawat. Selain itu juga, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan sebanyak RM500,000.00 bagi Projek Naiktaraf Kemudahan Parking Kenderaan di Tapak Arkeologi Sungai Batu di bawah Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2024, Kerja - kerja Pemuliharaan dan Pemeliharaan Bangunan dan Tapak Warisan yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan Geran Usahawan Pelancongan kepada Persatuan Ancked Sungai Batu bagi mewujudkan pusat pelancongan dan pengoperasian kepada pelancong di Sungai Batu.

Sebagai usaha mempromosikan lokasi pelancongan di kawasan Lembah Bujang pula, antara langkat yang telah diambil oelh kerajaan negeri adalah seperti berikut :-i. Berkerjasama dengan Persatuan AncKed Sungai Batu dalam sesi pameran di Hari Pelancongan Malaysia-Selatan Thai pada 5-6 Mac 2024 di, Hatyai, Thailand.

ii. Berkerjasama dalam penganjuran program Kedah Tua Travel Mart pada 25-27 Jun 2024.

iii. Berkerjasama dalam penganjuran Persidangan Antarabangsa Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi-Jing pada 11 Julai 2024 di Kuala Lumpur.

iv. Membantu dalam pameran Kedah Tua sempena Program Madani Rakyat di Pulau Pinang pada 3 - 5 Mei 2024

v. Membantu dalam penganjuran Festival Warisan Kraf dan Makanan Tradisi Kedah Tua di Kompleks Arkeologi Sungai Batu pada 3-4 November 2023.

Untuk Tahun Melawat Kedah Tahun 2025, kerajaan akan menjalankan promosi khusus terhadap Lembah Bujang dengan penerbitan video, bahan bacaan, penganjuran acara dan sebagainya bagi ianya lebih dekat dan dikenali oleh khalayak sasaran termasuklah rakyat dalam Negeri Kedah kita ini. Rakyat Negeri Kedah kita juga perlu peduli, perlu tahu yang negeri Kedah kita ini suatu masa dulu adalah pusat perdagangan dan jalur maritimnya adalah yang terbaik, yang maju, yang makmur dan tersohor. InsyaAllah, dengan segala mungkin kerajaan negeri akan memastikan Lembah Bujang itu akan berada pada kedudukannya sebagai warisan yang ulung, yang unggul, yang pernah berdiri sebagai saksi tentang kehebatan Negeri Kedah kita satu ketika dulu, yang akan terus berdiri sebagai saksi The Greater Kedah yang sedang kita usahakan ini, InsyaAllah. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, soalan tambahan. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dipohon ataupun disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam RMK-13 untuk pembangunan pengiktirafan Lembah Bujang sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat EXCO.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Setakat hari ini, kerajaan negeri telah pun menerima RM9.2 juta untuk Lembah Bujang. Kalau boleh saya bacakan di sini, RM500,000 Naik Taraf Kemudahan Parking Kenderaan di Tapak Arkeologi Sungai Batu, RM2 juta Penyelidikan Lembah Bujang, RM6 juta untuk Pembinaan Shelter di Bukit Coras, RM700,000 Penyelidikan Pembinaan Shelter Candi Sungai Batu, Kota Kuala Muda. Keseluruhannya bernilai RM9.2 juta. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Soalan tambahan. Silakan YB. Kota Siputeh.

Bismillahirrahmanirrahim. Pertama sekali Yang Berhormat Speaker, terima kasih. Saya pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Rotan kerana keprihatinan beliau juga yang turut hadir ke Kota Seputeh untuk meninjau Agenda Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan di Kota Seputeh Baru-Baru ini. Pun bergitu, izin saya untuk nak nyatakan bahawa berdiri di sini untuk memaklumkan bahawa jalur perdagangan maritim dan juga faktor kesejarahan dalam Negeri Kedah ini dan utamanya Kedah Tua, bukan sekadar berpusat di Lembah Bujang ataupun di kawasan-kawasan Kedah Selatan utamanya.

Saya nak menyorot sikit tentang sejarah. Bermula di Bukit Meriam, 4 orang sultan bersemayam di sana, kemudian diikuti Sungai Mas, 2 orang. Di Kota Seputeh seterusnya, Kerajaan Kedah Tua yang ketiga, 8 orang sultan, Raja-Raja Kedah Tua bersemayam di sana. Kemudiannya, runtuh Kota Seputeh ke Kota Naga seorang, Sena seorang, Bukit Pinang tiga orang dan seterusnya Kota Setar sampai ke hari ini. Dengan bukti pensejarahan di situ kita boleh nampak bahawa ada lapan orang sultan, raja daripada Kedah Tua yang bersemayam di Kota Siputeh membuktikan apa? Bahawa satu masa

Kota Siputeh pernah menjadi sebuah pelabuhan maritim yang terbukti paling makmur dalam sejarah Asia itu sendiri, dalam sejarah dunia suatu masa. Kerana itu sampai Aceh, Siam dengki, jaki dengan kita.

Tapi dalam pada itu, kerana itulah kita di sini berharap atas faktor-faktor yang ada daripada segi pensejarahan warisan dan sebagainya, turut saya pernah bawakan kepada Yang Berhormat Kubang Rotan untuk diangkat Kampung Siputeh sebagai Kampung Budaya pertama Negeri Kedah maka bagaimana soalan di sini adalah tekad pelancongan yang dapat tertumpu di Wilayah Kedah Utara khususnya di Kota Siputeh dari aspek budaya, seni tradisi dan juga warisan?

Speaker

Silakan Yang Berhormat EXCO.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Terima kasih YB. Kota Siputeh, Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada potensi yang terdapat di Kota Siputeh untuk diangkat dan digilap sebagai destinasi pelancongan yang berdaya maju kerana Kota Siputeh ini mempunyai kriteria yang mencukupi sepertimana destinasi-destinasi pelancongan yang lain. Sepertimana yang Kota Siputeh cakap tadi ini ialah satu benda yang betul. Kota Siputeh ini pernah menjadi tempat pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dulu dan 300 tahun lebih, Kota Siputeh ini menjadi tempat bersemayam Sultan Kedah. Jadi, itulah satu tempoh jangka masa yang sangat panjang dan tentunya Kota Siputeh itu mempunyai nilai yang begitu besar dalam sejarah Negeri Kedah. Cuma, generasi pada hari ini kurang untuk mendalami lebih dalam tentang sejarah dan kehebatan Kota Siputeh ini. Mujurlah ada cerita-cerita legenda Puteri Lindungan Bulan, Makam Puteri Lindungan Bulan. Kalau tidak, saya rasa dengan Kota-kota Siputeh, dengan sejarahnya hilang begitu sahaja.

Apa yang saya dapati Kota Siputeh, sebenarnya MOTAC telah pun mengambil inisiatif untuk memulihara Kota dan juga Makam Puteri Lindungan Bulan itu sendiri. Tetapi masih banyak lagi benda-benda ataupun perkara yang perlu dilakukan untuk mengangkat tempat tersebut. InsyaAllah, saya akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapat sokongan dan juga bantuan daripada MOTAC untuk bersama-sama ataupun mengangkat Kota Siputeh ini sebagai destinasi pelancongan.

Berdekatan dengan Makam Puteri Lindungan Bulan itu, terdapatnya Tuan Speaker, Gua Kerbau yang mempunyai cerita-ceritanya yang tersendiri, yang terkait dengan cerita dongeng, cerita mitos Sang Kelembai sehinggalah penemuan artifak-artifak neolitik di

situ. Ini juga perlu dilihat sebab itu adalah satu produk kalau kita gilap betul-betul. Dan insyaAllah, saya sedaya mampu, saya mungkin untuk bersama-sama untuk memastikan hasrat daripada Kota Siputeh untuk melihat kawasan dia ni menjadi mini Jogyakarta ini akan termakbul, akan menjadi realiti suatu hari nanti, InsyaAllah. Terima kasih Kota Siputeh

YB. Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Silakan, ringkas!

Yang Berhormat Speaker, untuk Tahun Melawat Kedah ni, berapakah produk-produk baru pelancongan yang berjaya dibangunkan dan diperkenalkan untuk tarik minat pelancong yang hadir termasuklah di kawasan Daerah Baling yang mana Baling merupakan Daerah Ekopelancongan? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat EXCO.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Baik, terima kasih YB. Baling. Sebenarnya banyak produk – produk pelancongan yang sedang kita gilap yang sudah pun hebat dan sebahagiannya lagi sedang digilap termasuk dah di Baling. Saya rasa Baling sedia maklum tak berapa banyak produk pelancongan ada di Baling? Kalau Baling tahu. Baling ni ada lebih daripada 40 tempat pelancongan yang hebat-hebat dan itu juga kita akan senaraikan dalam masa dekat. InsyaAllah, pelancongan dalam Negeri Kedah ini, kita bukan hanya menumpu ke satu-satu tempat. Sepertimana yang saya ikrar sebelum ini, pelancongan kita ini akan masuk kesemua 12 daerah dalam Negeri Kedah ini dan InsyaAllah, kita akan senaraikan tempat-tempat pelancongan, produk-produk pelancongan yang terdapat di Kedah. Termasuklah tempat-tempat penginapan untuk memudahkan para pelancong, para pelawat datang ke Negeri Kedah kita ini pada masa depan, InsyaAllah. Terima kasih YB. Baling.

Speaker

Soalan seterusnya. Silakan Yang Berhormat Gurun.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon jawapan soalan nombor 5.

5. Salah satu objektif dasar pertanian negara adalah meningkatkan sekuriti makanan.

Pohon dinyatakan :-

a) Apakah perancangan kerajaan untuk tanah – tanah berstatus pertanian yang tidak lagi dimanfaatkan ataupun yang telah terbiar?

b) Adakah terdapat inisiatif kepada golongan muda yang mengusahakan bidang pertanian ini?

Speaker

Silakan Yang Berhormat EXCO.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, terima kasih. Terima kasih YB. Gurun, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman. Alhamdulillah, mari kita ‘belaqak’. Lama tak pakai kata ‘belaqak’ ni. Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua - ketua jabatan. tuan pegawai-pegawai daerah, tetamu – tetamu kita pada pagi ini dan tuan-tuan yang dihormati sekalian.

Soalan ADUN Gurun, pohon nyatakan apakah perancangan kerajaan untuk tanah-tanah berstatus pertanian yang tidak lagi dimanfaatkan ataupun yang telah terbiar? Yang kedua, adakah terdapat inisiatif atau insentif kepada golongan muda yang mengusahakan bidang pertanian ini?

Yang berhormat Speaker, tanah terbiar adalah tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. Maklumat tanah terbiar adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, setakat ini kita dapati sejumlah lebih kurang 1,000 hektar tanah yang terbiar di negeri kita ini. Pada keseluruhannya kita dapati ada lebih dalam 2,000 hektar tanah tetapi yang bersesuaian untuk dimajukan dalam bidang pertanian adalah didapati lebih kurang 1,000 hektar tanah. Kerajaan tidak menyediakan peruntukan khas untuk tanah terbiar namun, pemilik tanah atau usahawan boleh memohon peruntukan melalui skop peruntukan pembangunan yang sedia ada. Bimbingan untuk melaksanakan sesuatu projek akan diberikan oleh pegawai-pegawai jabatan mengikut daerah tanah tersebut.

Kerajaan atau jabatan menyediakan peruntukan kepada golongan muda melalui program Agropreneur Muda. Program ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ia bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

YB. Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bantuan dalam bentuk Geran Agropreneur Muda (GAM) disediakan kepada golongan muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan projek pertanian. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksimum RM 20,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik. Hasil dan impak pemberian geran disasarkan memberi faedah ekonomi kepada penerima geran dan perniagaan untuk jangka masa panjang. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang diberikan melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan atau agensi atau syarikat yang dilantik oleh kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan. Usahawan yang berminat boleh menghubungi agensi yang berkaitan dengan bidang usaha projek pertanian yang sedang dilaksanakan. Sekian, Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat Gurun.

Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya, berapakah bilangan anak muda yang menikmati manfaat daripada inisiatif ataupun insentif yang diberikan oleh kerajaan? Sekian, terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih YB. Gurun. Berapakah bilangan anak muda yang menikmati manfaat daripada inisiatif ataupun insentif yang telah dilaksanakan?

Sebagai contoh, daripada Jabatan Pertanian Negeri Kedah, jumlah keseluruhan permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) dari tahun 2019 sehingga Julai 2024 adalah seramai 78 orang peserta yang mendapat manfaat melibatkan pentukan sebanyak RM156,000. Manakala untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, sebanyak 5 orang peserta bagi tahun 2024 dan masih lagi ramai yang mohon secara online atau di atas talian. Untuk pengetahuan, semua agensi di bawah Portfolio Pertanian ada program dan pemberian Geran Agropreneur Muda ini. Sebagai inisiatif untuk menyebarluaskan lagi berkenaan program ini, saya telah banyak melakukan sesi dialog dan diskusi di daerah-daerah dan kawasan bersama-sama jabatan dan agensi-agensi berkaitan juga bersama dengan pejabat-pejabat daerah dalam satu program yang saya namakan Jelajah Daerah.

Ahli – ahli Yang Berhormat sekalian, program-program Jelajah Daerah ini yang telah kita adakan di beberapa tempat, contohnya di Pantai Merdeka. Alhamdulillah, mendapat respon yang baik. Juga kita adakan di Kupang, Baling, Kampung Besar. Kita adakan juga di Pantai Merdeka di Tanjung Dawai, DUN Kuala Ketil. Nak kena sebut juga Kuala Ketil. Minta jadi bandar lah lepas ni Kuala Ketil pun dan di beberapa daerah lain. Alhamdulillah, sambutan begitu baik dan respon kita dapat daripada peserta-peserta terutama daripada petani, pesawah di kampung-kampung amat membanggakan. Ini adalah satu usaha kerajaan negeri untuk menyantuni dan mendekati seluruh lapisan masyarakat untuk memberi maklumat sebanyak mungkin dalam bidang pertanian ini kepada seluruh lapisan di kampung-kampung kita sana untuk dapat maklumat macam mana kalau kita tak pernah buat pertanian, depa ada tanah tapi tak tau nk mula. Kita bagi maklumat. Jabatan – jabatan yang berkaitan yang telah menghadiri program – program ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Jabatan Pertanian, MADA, JPS, Pejabat Daerah, MARDI dan sebagainya telah memberi kerjasama yang baik untuk menjayakan program ini yang bertujuan tidak lain tidak bukan untuk kita meningkatkan kesedaran masyarakat kampung di sana untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian. Ada tanah tapi tak tahu nak buat apa setengah itu.

Jadi, inilah program-program yang kita rancangkan dan telah kita laksanakan dari semasa ke semasa dan Alhamdulillah, di peringkat jabatan pertanian telah pun pergi ke seluruh daerah di Kedah ini untuk program-program jabatan pertanian dan Program Jelajah Daerah ini kita akan susuli dan kita akan teruskan dari semasa ke semasa dan kesempatan ini saya minta kerjasama daripada seluruh ADUN yang hadir pada hari ini untuk kita sama-sama mengadakan atau menganjurkan program ini. Boleh berhubung terus dengan saya, terus bagi tarikh, bagi surat sehelai saja InsyaAllah, kita sampai. Tak dak banyak protokol apa.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Kita teruskan dengan soalan seterusnya, Yang Berhormat Kupang.

Soalan tambahan!

Speaker

Ada soalan tambahan sikit? Ringkaskan!

Soalan tambahan saya berbunyi begini, YB. Suka Menanti. Daun ketum ini popular di Kedah dan telah digunakan oleh penduduk kampung untuk manfaat kesihatan tapi telah diletakkan di bawah Akta Racun 1952. YAB. Jeneri pernah mencadangkan untuk mengeksport daun ketum di negara jiran. Adakah kerajaan negeri bersetuju menjadikan daun ketum sebagai sumber pendapatan negeri dengan mengeksportnya memandangkan jiran kita Thailand telah membenarkan penggunaan sebagai salah satu rawatan herba. Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih YB. Derga. Depa nak berniaga ketum pula lepas ni.

Speaker

Untuk eksport!

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Yang Berhormat Derga, sesungguhnya pada tahun 2022, Yang Amat Berhormat Jeneri ada menyebut ataupun menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk kita bertanam ketum untuk diniagakan di pasaran, sebagai salah satu daripada komoditi, kerana Pasaran ketum di luar sana amat besar. Tetapi Yang Berhormat Derga, ini terletak kepada persetujuan Kerajaan Pusat. Baru-baru ini kita ada buat perjumpaan seluruh Exco Negeri di Malaysia ini bersama dengan Menteri Peladangan dan Komoditi. Tajuk ketum ini dibangkitkan juga, dibangkitkan semula dan menteri mengambil maklum dan InsyaAllah, akan dibincang secara halus untuk kita membolehkan tanaman ketum ni supaya dapat menjadi hasil pendapatan kerana pasaran dia besar dan kita pun tahu contohnya di Negara Jerman sendiri telah pun keluar produk perubatan yang dinamakan “Kretum”. Tulis pula di botol itu, “Malay Produk”, ada nama dia. Jadi, dengan itu saya mengambil kesempatan di sini agar Kerajaan Pusat mengambil serius tentang potensi ketum ini sekiranya dapat diusahakan secara yang terkawal, ia akan memberi manfaat yang banyak, bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi ia menjadi sumber perubatan kepada orang ramai. Sekian.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya… (YB. Bayu mencelah)

Tambah, satu soalan tambahan lagi boleh tak YB. Speaker? Sikit saja. Soalan yang penting juga ni.

Speaker

Silakan!

Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi jumlah 24,045 hektar kebun getah yang tak bertoreh kerana ini akan merugikan semua pihak termasuk kerajaan?

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih YB. Bayu. Perkara ini juga dibangkitkan dalam perjumpaan kita dengan Yang Berhormat Menteri baru-baru ini. Jadi, dalam isu ini, pihak LGM (Lembaga Getah Malaysia) akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengusahakan balik tanah – tanah atau membantu penoreh-penoreh getah yang tidak lagi menoreh getah. Ia mungkin dengan tanaman – tanaman yang lain. Contohnya macam baru – baru ini kita buat lawatan dalam perasmian penjualan hasil ladang FGV di Kubang Pasu, dekat Changlun sana. Di situ pihak FGV telah menukar ganti tanaman getah dengan tanaman nanas, rockmelon dan rumput napier. Ini adalah antara usaha – usaha agensi – agensi kerajaan untuk menggantikan penanaman getah dengan tanaman yang memberi hasil yang lebih kepada pengusaha – pengusaha tanah ataupun pemilik-pemilik tanah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan seterusnya Yang Berhormat Kupang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, saya mohon jawapan nombor 6.

Speaker

Silakan Yang Berhormat EXCO.

6. Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Bina Insan dalam kerangka merealisasikan gagasan The Greater Kedah?

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga kepada YB. Kupang, seterusnya Yang Amat Berhormat Jeneri, ketua – ketua jabatan, sahabat – sahabat EXCO sekalian. Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Bina Insan dalam kerangka merealisasikan gagasan The Greater Kedah?

Gagasan The Greater Kedah adalah inisiatif yang bertujuan untuk mempercepat pembangunan ekonomi dan sosial di Negeri Kedah, menjadikan negeri ini lebih makmur dan berdaya saing. Dalam kerangka ini, Bina Insan yang merujuk kepada Pembangunan Modal Insan, memainkan peranan penting. Kerajaan Negeri Kedah memandang serius berkaitan Pembangunan Insan sehingga telah meluluskan satu badan yang dipertanggungjawab untuk mengurus dan melaksanakan program – program berbentuk pembangunan insan. Badan yang dimaksudkan adalah Sekretariat Pembangunan Insan Kedah (SPIK) yang dianggotai oleh beberapa orang individu profesional di dalam bidang masing – masing.

SPIK bertanggungjawab membangunkan masyarakat yang berkualiti, berdaya maju, dan berinovasi melalui pendidikan holistik, kesihatan yang bersepadu, dan pembangunan keusahawanan demi mencapai kesejahteraan yang berkekalan bagi setiap individu dan generasi masa depan.

Fungsi SPIK adalah Menyediakan Program Modal Insan setiap peringkat berasaskan Pelan ‘Ahsanu Taqwim (Insan Sejahtera). Menjadi sebuah badan yang menghimpunkan tenaga bagi membangunkan insan secara holistik dan tersusun. SPIK juga melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan selari dengan konsep Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Dengan menggunakan ayat tema: لَقَد خَلَق نَا ٱ َْل ِنسَـٰن فِى ِأَح سَن تَق وِيم Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

(Surah At-Tin Ayat 4) SPIK juga mengangkat beberapa modul yang bersesuaian dengan perkembangan semasa iaitu dengan arnim Sejahtera:

S : SELAMAT E : EMOSI SEIMBANG J : JASMANI SIHAT A : AKAL CERGAS H : HARMONI T : TEKUN E : EMPATI TINGGI R : ROHANI MANTAP A : AKHLAK MULIA

Berikut adalah perincian rancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam usaha Bina Insan untuk merealisasikan gagasan ini: Rancangan Jangka Pendek Bina Insan a) Peningkatan Akses kepada Pendidikan dan Latihan Program Latihan Kemahiran Vokasional dalam jangka pendek, kerajaan negeri boleh memperluas program latihan kemahiran vokasional untuk golongan muda dan belia. Fokus diberikan kepada bidang yang mempunyai permintaan tinggi seperti teknologi maklumat, kejuruteraan asas, dan perkhidmatan.

b) Program literasi digital akan dipercepatkan, terutama di kawasan luar bandar, untuk memastikan penduduk mempunyai asas kemahiran yang diperlukan dalam era digital. c) Sokongan Kewangan untuk Pendidikan Biasiswa dan Bantuan Pendidikan: Kerajaan negeri perlu meningkatkan penawaran biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah bagi memastikan tiada yang tercicir dalam pelajaran mereka. Program Bantuan Pendidikan Rendah dan Menengah dengan Menyediakan bantuan seperti bekalan alat tulis, pakaian sekolah, dan keperluan asas lain untuk meringankan beban keluarga yang kurang mampu.

d) Pembangunan Kepimpinan dan Kesukarelawanan Kem Kepimpinan/ Kem modal Insan/ Kem remaja : Mengadakan kem dan program kepimpinan bagi pelajar sekolah dan belia untuk membentuk generasi yang lebih berdaya saing dan berwawasan. Program ini akan memberi penekanan pada pembinaan karakter, nilai-nilai positif, dan semangat kebangsaan. Mempromosikan aktiviti kesukarelawanan di kalangan belia untuk membina empati, tanggungjawab sosial, dan keterlibatan komuniti. e) Pembangunan Keusahawanan Program Inkubator Keusahawanan: Dalam jangka pendek, program inkubator akan diperkenalkan untuk membantu usahawan muda memulakan perniagaan mereka. Ini termasuk bimbingan perniagaan, latihan pengurusan kewangan, dan akses kepada modal permulaan. Kerajaan juga melaksanakan program untuk membantu usahawan kecil dan mikro memasarkan produk mereka, terutamanya produk tempatan, melalui platform e-dagang dan pameran tempatan. Rancangan Jangka Panjang Bina Insan a) Pembangunan Infrastruktur Pendidikan dan Kemahiran Pembangunan Institut Pendidikan Tinggi (IPT): Mewujudkan atau menaiktaraf institusi pendidikan tinggi dan pusat latihan di Kedah yang dapat menawarkan program akademik dan latihan teknikal bertaraf antarabangsa, menarik pelajar dari seluruh negara dan luar negara. Memperkukuhkan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dengan menjalin kerjasama strategik antara kerajaan, industri, dan IPT untuk memastikan latihan yang relevan dan sesuai dengan keperluan industri. b) Pembentukan Ekosistem Keusahawanan Kampus / Hub Keusahawanan: Membina kampus atau hub keusahawanan di Kedah yang menyediakan ruang dan ekosistem lengkap bagi usahawan untuk berkembang. Ini termasuk kemudahan R&D, akses kepada mentor, dan rangkaian perniagaan.

c) Pembangunan Kluster Industri Mewujudkan kluster industri yang fokus pada sektor-sektor utama seperti pertanian pintar, teknologi hijau, dan pelancongan, yang dapat menyokong pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan. d) Pembangunan Sosial dan Komuniti Mewujudkan Pusat Komuniti dan Pembangunan Insan di seluruh negeri yang menjadi pusat bagi aktiviti sosial, latihan, dan pembelajaran sepanjang hayat. Pusat ini juga boleh digunakan untuk program kaunseling, bimbingan keluarga, dan pembangunan modal insan. e) Program Pemerkasaan Wanita dan Golongan Rentan: Membangunkan program jangka panjang yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita, belia, dan golongan rentan melalui pendidikan, sokongan perniagaan, dan latihan kemahiran. f) Pengukuhan Identiti dan Budaya Pembinaan Nilai-Nilai Kebangsaan dengan menganjurkan program jangka panjang yang mempromosikan nilai-nilai kebangsaan dan kesatuan melalui pendidikan, seni, dan budaya. Program ini juga akan menitikberatkan pemeliharaan warisan budaya Kedah. Program Kebudayaan dan Kesenian negeri Kedah dengan mengadakan program kebudayaan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat untuk memelihara dan memperkayakan warisan budaya, sekaligus menyemai rasa bangga dan cinta kepada negeri. Rancangan ini dirangka dengan tujuan untuk bukan sahaja meningkatkan kemahiran dan pengetahuan modal insan di Kedah tetapi juga untuk memperkukuhkan ekonomi negeri dan memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan bagi seluruh rakyat Kedah.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Panjang dan lebar.

Speaker

Ringkaskan!

Apakah kerajaan bercadang nak meletakkan dari segi pengurusan operasi Bina Insan ini di bawah mana – mana jabatan supaya dia lebih tersusun, teratur dan berkesan kerana nak bangun manusia ni bukan benda mudah – mudah. Dia kena ada suatu perancangan dan peruntukan yang khusus, dia tak boleh jemput sana, jemput sini. Buat program sekadar hang buat hat ni sat, jabatan ni buat hat ni sat. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu jabatan yang kursus ataupun meletakkan Bina Insan ini di bawah jabatan – jabatan yang sedia ada? Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Silakan Yang berhormat.

Terima kasih YB. Kupang, untuk soalan tambahan. Sebenarnya Modal Insan dan Bina Insan ini ada di semua agensi. Tetapi hanya sekadar berada kita kata kalau dalam sebuah rumah tu berada di beranda sahaja, dia tidak masuk mencakupi keseluruhan rumah itu. Sekarang ini Alhamdulillah, pihak kerajaan telah meluluskan dalam Mesyuarat EXCO pada Jun yang lalu, kita telah meluluskan penubuhan iaitu Sekretariat Pembangunan Insan Negeri Kedah yang masih kita kata awal lah kita mulakan sekretariat dahulu kita akan melihat program – program yang kita laksanakan. Dalam penubuhan seketeriat ini, buat masa ini Pejabat Exco Pembangunan Insan bertanggungjawab untuk menyelia dan menguruskan perjalanan SPIK dengan bantuan dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN). Dah ada sekretariat yang telah diluluskan oleh kerajaan pada Jun yang lalu. Sekretariat Pembangunan Insan Kedah ini merupakan sebuah badan atau unit di bawah seliaan Pejabat Exco dan juga BPEN bagi mempertanggungjawabkan dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan insan bagi rakyat Negeri Kedah. Tujuan utama SPIK adalah untuk membangunkan modal insan yang berdaya saing, berilmu, berakhlak, dan mempunyai nilai-nilai murni melalui pelbagai program dan aktiviti yang diselaraskan.

Pertama, merancang dan Melaksanakan Program Pembangunan Insan. Sebenarnya banyak program yang telah kita rancang dan peruntukan pun dah ada. InsyaAllah dalam setahun ini, pelbagai program yang akan kita laksanakan. Kalau nak sebut kat sini pada pagi ni rasa terlalu panjang yang telah kita rancang. Dan kita akan buat satu lagi pelancaran buku yang baru. Pertama buku Pembangunan Insan yang lama telah kita lancar iaitu “40 Hadis Pembangunan Insan”. Dan InsyaAllah dalam bulan September ini juga, awal September ini kita akan melancar sebuah buku lagi iaitu mengenai ayat – ayat Al – Quran tentang Pembangunan Insan, InsyaAllah. Dua buku yang telah kita keluarkan di Kedah ini. SPIK bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program Pembangunan Insan yang melibatkan pelbagai segmen masyarakat, termasuklah pelajar, belia, dewasa, dan warga emas. Program-program ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, dan sahsiah individu. Kita sudah ada modul untuk latihan kepada semua golongan ini. Yang ke dua, SPIK akan bekerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Swasta. Sekretariat ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), institusi pendidikan, dan pihak swasta untuk memastikan program-program yang dijalankan dapat mencapai sasaran dan memberi impak yang positif kepada masyarakat. Yang ketiga, Pemantauan dan Penilaian. SPIK bertanggungjawab dalam memantau dan menilai keberkesanan program-program Pembangunan Insan yang dilaksanakan. Ini termasuk mengumpul maklum balas dan data untuk tujuan penambahbaikan program di masa hadapan. Yang keempat, Menyelaras Sumber dan Dana. Salah satu fungsi SPIK adalah menyelaras peruntukan dana dan sumber yang diperoleh daripada kerajaan negeri, GLC, atau sumber lain yang sah. Ini untuk memastikan semua program Pembangunan Insan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Yang kelima, Pembangunan Dasar dan Strategi. SPIK terlibat dalam pembangunan dasar dan strategi berkaitan Pembangunan Insan di peringkat Negeri Kedah. Ini termasuk menggubal dasar yang sejajar dengan objektif kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan sosial ekonomi rakyat. SPIK berfungsi sebagai sekretariat yang menguruskan segala hal berkaitan Pembangunan Insan di Kedah. Sekretariat ini memainkan peranan penting dalam memastikan aspirasi kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan yang berkualiti dapat direalisasikan melalui pelbagai program dan inisiatif.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

YB. Speaker, soalan tambahan satu.

Speaker

Nanti boleh kita bangkitkan lagi. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Sesi Perbahasan Rang Undang-undang.

III. Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri (Tambahan)Bill

Setiausaha Dewan

NO.1 TAHUN 2024.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri (Tambahan) No.1 Tahun 2024 dibacakan bagi kali yang pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, para tetamu, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 8 Ogos 2024 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Warta jilid 67 (32).

YB. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama satu enakmen untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Minta maaf, hat tu rang undang-undang hat sat lagi (sambil ketawa). Terlajak muka surat. Mula lain boleh ka?

Speaker

Boleh! Boleh!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Semua rang undang-undang hari ni, lima. Hat ni Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan na? Memang YB. Tuan Speaker, langkau.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon dikemukakan sekali lagi. Sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 8 Ogos 2024 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah dalam Warta jilid 67 (32).

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama “Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud tertentu dan bagi mengadakan penggantian jumlah-jumlah wang yang dibayar dahulu daripada Kumpulan Wang Luar Jangka”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjan tambahan bagi perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud tertentu dan bagi mengadakan penggantian jumlah-jumlah wang yang dibayar dahulu daripada Kumpulan Wang Luar Jangka”. Bacaan Kali Pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

Silakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri (Tambahan) No.1 bagi Tahun 2024 seperti berikut :- Bagi cetakan warna biru ini yang nipis

Yang Berhormat Tuan Speaker, Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 15 Mei 2024 melalui Kertas No.7(F)134/2024 telah bersetuju mengguna pakai Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) Bilangan N7 Tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah melibatkan 25 perjawatan yang dikuatkuasakan mulai tarikh 1 Januari 2024.

Seterusnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 05 Jun 2024 melalui Kertas No. 7(F)165/2024 sekali lagi telah bersetuju meluluskan pewujudan Vot Perbelanjaan Mengurus B.19 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah berkuatkuasa pada 01 Julai 2024. Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah sebelum ini adalah satu unit di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) di bawah Vot Perbelanjaan B.16.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Sidang Belanjawan Negeri Tahun 2024, peruntukan sebanyak RM768,760,630.00 (Tujuh Ratus Enam Puluh Lapan Juta Tujuh Ratus Enam Puluh Ribu Enam Ratus Tiga Puluh Ringgit) telah diluluskan di bawah maksud Anggaran Perbelanjaan Perbekalan Negeri Kedah Tahun 2024.

Sehubungan dengan itu, jumlah peruntukan tambahan yang dimohon mendapat pertimbangan dan kelulusan Dewan pada kali ini ialah sebanyak RM1,006,500.00 (Satu Juta Enam Ribu Lima Ratus Ringgit) bagi maksud perbelanjaan B.19 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah. Pertambahan ini menjadikan keseluruhan Anggaran

Perbelanjaan Perbekalan Negeri Kedah Tahun 2024 berjumlah RM769,767,130.00 (Tujuh Ratus Enam Puluh Sembilan Juta Tujuh Ratus Enam Puluh Tujuh Ribu Seratus Tiga Puluh Ringgit).

Sekian, terima kasih saya mohon mencadangkan.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan. Silakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Ahli – Ahli Dewan, seterusnya hadirin yang dihormati Allah sekalian. Pertama, saya ucap terima kasih kerana memeberi laluan kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Tambahan No. 1 bagi tahun 2024.

Seperti Ahli – ahli yang berhormat maklum bahawa dalam Pembentangan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, satu rang Undang-undang Enakmen Perbelanjaan Negeri 2024 telah dibaca dan diluluskan oleh Dewan ini berjumlah sepertimana yang disebutkan tadi, RM768,760,630.00. Daripada jumlah itu, sebanyak RM68,887,000.00 untuk perbelanjaan mengurus termasuk pengurusan jabatan atau Bahagian Pendakwaan Syarie yang pada masa itu masih lagi di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.

Jadi, kini telah pun dibuat keputusan bahawa Bahagian Pendakwaan Syarie ini akan dibentuk satu jabatan berasingan. Jadi, sudah tentulah apabila satu jabatan nak mengoperasikan segala apa-apa yang berkaitan dengannya, tentunya mempunyai perbelanjaan yang besar. Kemungkinan akan ada pertambahan apa yang disebut sebagai kakitangan dan sebagainya.

Oleh itu adalah wajar pertambahan diberikan seperti yang telah disebutkan tadi iaitu RM1,600,500.00 untuk pengoperasian Jabatan Pendakwaan Syarie. Dan juga kita sedia maklum bahawa Jabatan Pendakwaan ataupun Bahagian Pendakwaan ini, kita lihat mempunyai tugas-tugas yang cukup penting, dan juga tugas yang mencabar dan bertambah dari semasa ke semasa. Jadi, saya kira sampailah masanya jabatan ini ataupun bahagian ini dinaikkan ke taraf jabatan dan akan mengoperasikan tugas-tugas mereka dengan lebih licin, lancar dan menepati objektif yang telah digariskan. Jadi, saya amat menyokong di atas apa yang telah dicadangkan ini dan menyokong supaya rang undang-undang ini diluluskan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kupang. Seterusnya, silakan Yang Berhormat Tokai.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Rasulilamin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in. Robbisrohli Sodri, Wayassirli Amri, Wahlul 'Uqdatammil Lisani Yafqohu Qouli.

Terima kasih kepada pembentangan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Cuma tadi dia silap, tajuk silap muka surat. Harap lepas ni tak silap rumah pula kot. Jangan marah ya? YB. Tuan Speaker, sejarah penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah ini sebenarnya bermula pada 2007, iaitu di mana mula bermesyuarat di peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan di peringkat kebangsaan. Kemudian Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam yang ke-56 pada 16 Januari 2014 telah bersetuju untuk penubuhan Bahagian Pendakwaan di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dinaik taraf kepada Jabatan Pendakwaan Syariah di negeri-negeri. Kemudian, pada 20 haribulan 3 tahun 2015, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mewujudkan pengasingan Bahagian Pendakwaan Syariah di jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri dengan syarat yang mendapat perkenan daripada Majlis Agama Islam Negeri kerana Majlis Hal Ehwal Agama Islam ini berada di bawah kuasa sultan.

Jadi Alhamdulillah, kita semak daripada sejarah ini, terdapat berapa-berapa buah negeri yang telah pun memulakan dahulu daripada kita. Sebenarnya Pahang bermula pada 1 Januari 2019, Selangor pada April 2018 dan Wilayah Persekutuan, awal lagi pada 1 November 2016. Dan di bidang kehakiman sivil pun, sekarang ini sudah wujud kerangka untuk mengadakan sekarang kita ada peguam negara dan selepas ini ada pendakwa negara.

Kajian sudah pun dibuat di Negara Kanada, di Australia dan mereka akan pergi ke Afrika Selatan dan juga ke UK untuk membentuk ketua pendakwa negara selain daripada peguam negara. Jadi, rasanya dengan adanya perkembangan yang ini di pihak sivil, di pihak syariah juga, saya rasa kita bertepatan dengan apa yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri dan juga di Bahagian Hal Ehwal Agama Islam di Peringkat Pusat supaya kita mengadakan jabatan.

Dan apabila kita lihat kepentingan kewujudan jabatan pendakwaan ini, saya semak daripada kes-kes yang telah dilaksanakan di Negeri Kedah ini, kebanyakannya adalah kes berhubung dengan MAL bukan berhubung dengan jenayah. Banyak kes-kes yang telah digariskan di dalam statistik kita, MAL banyak kerana kes MAL ini kononnya lah, yang disebut oleh pihak peguam syarie ini dia kata lebih mudah untuk diselesaikan dibanding dengan jenayah di dalam syariah ini. Kerana jenayah di pangkat syariah ini dia memerlukan perbahasan yang lebih tetapi kebanyakan yang didakwa di dalam jenayah syariah ini mereka mengaku salah awal pasal denda dia kurang, 356 itulah. Tetapi kita kena pandang ke hadapan dengan ‘progress’ hukum-hukum syariah yang kemungkinan akan diperkasakan melalui Rang Undang-undang 355 di mana benda ini akan dibawa masuk ke dalam Parlimen dan InsyaAllah kita harap ianya akan berjaya dibawa.

Kerana kemungkinan bila hukum-hukum yang akan dikenakan itu lebih berat, maknanya orang yang melakukan jenayah dalam bidang syar’iyah ataupun syariah ini kurang nak mengaku salah. Bila kurang nak mengaku salah, dia kena bawa ke mahkamah, bawa untuk perbicaraan. Bila bawa perbicaraan, pegawai-pegawai syarie ini kena ‘well-versed’ ataupun kena cekap di dalam bidang-bidang yang mereka nak hadapi di dalam mahkamah kelak.

Jadi, harapan saya kepada sahabat-sahabat kita di bidang terutama YB. Pengkalan Kundor kena membuat persediaan supaya apabila Rang Undang-undang RUU 355 ini yang meletakkan hukuman yang mungkin lebih berat kita rasa, supaya mereka ini lebih bersedia untuk menghadapi situasi ini di dalam mahkamah syariah.

Kerana kita juga dipahamkan dia akan ada ‘four-tier’ iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan juga mahkamah utama syariah. Macam di dalam bidang sivil juga. Bila ada empat lapis ini maknanya perkara-perkara perbicaraan di dalam makamah ini akan lebih rumit dan lebih ‘complicated’. Jadi, persediaan kepada peguam-peguam syarie kita ini agar lebih menjurus kepada keilmuan dan juga kefahaman di dalam jenayah ataupun bidang syar’iyah ini.

Jadi, dengan wujudnya jabatan yang memerlukan staff yang saranya lebih komitmen mereka kepada hukum-hukum syara' ini dari dalam ini permohonan diminta untuk 25 jawatan. Saya tengok daripada carta jawatan ini, sekarang ini mereka berada di level yang sama dengan jawatan-jawatan yang lain seperti pengurusan masjid, kelas-kelas KAFA, pejabat agama di peringkat daerah, iaitu bahagian pendakwaan. Apabila dinaik taraf, kita rasa mereka ini akan lebih mempunyai ‘lavel’ yang lebih kuat, lebih besar untuk mengendalikan kes. Kerana kes-kes yang dibawa dalam jenayah syariah ini adalah kes-kes yang melibatkan hukum-hukum.

Jadi, pengetahuan tentang hukum-hukum itu diperhalusi oleh mereka-mereka yang ingin menceburkan di dalam bidang pendawaan ataupun pembelaan syariah ini supaya mereka yang nak dituduh dan juga yang nak membela itu supaya lebih meletakkan keadilan kepada mereka yang terkena tuduh ataupun nak dibela. Jadi saya rasa, saya menyokonglah apa yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini kerana ia memberikan suatu nilai ataupun peningkatan taraf kepada Mahkamah Syariah kita. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tokai. Yang Berhormat Guar Cempedak. Silakan.

Encik Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, izinkan saya membahas Rang Undang-undang yang telah dibentangkan. Menyorot kembali titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri pada 3 Mac yang lalu, baginda telah menitahkan agar perkara asas kenegerian yang memberi kepentingan utama kepada negeri perlu diperkasakan.

Dalam titah diraja tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah menggariskan aspek berkepentingan tersebut meliputi pembangunan ekonomi, sosial, hasil bumi, fiskal, tadbir urus, perancangan geopolitik serta termasuk perundangan dan kehakiman negeri.

Gerak kerja yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha untuk menubuhkan sebuah jabatan pendakwaan khusus iaitu Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah adalah satu langkah yang tepat dalam menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Elemen pendakwaan adalah satu aspek yang amat penting untuk membolehkan ekosistem kehakiman negeri, iaitu melibatkan kehakiman syariah, berfungsi dengan sempurna.

Dengan adanya Jabatan Pendakwaan yang khusus, proses pendakwaan dapat berjalan dengan lebih licin dan penyediaan kertas-kertas pendakwaan akan berjalan dengan lebih efektif. Dalam keadaan dunia kini yang semakin membimbangkan dari segi peningkatan kesalahan jenayah syariah dan kes-kes MAL, maka untuk memberi perkhidmatan yang lebih sempurna kepada rakyat di negeri ini, sudah tentu Negeri Kedah perlu maju ke hadapan dan memperbaharui perkhidmatan yang ditawarkan sepertimana negeri-negeri lain yang sudah pun memiliki jabatan pendawaan syariah yang khusus.

Buat masa kini, Bahagian Pendakwaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah diterajui oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Gred S48 dan dibantu oleh Seksyen Pentadbiran dengan dua orang kakitangan Seksyen Pendawaan Daerah dengan 11 pegawai dan Seksyen Pendakwaan Mahkamah Tinggi dengan 7 pegawai dan kakitangan, menjadikan keseluruhan perjawatan sebanyak 21 penjawatan. Dengan tertubuhnya Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah, perjawatan akan ditambah menjadi 25 perjawatan. Pertambahan ini sudah tentu akan meningkatkan lagi keupayaan jabatan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik di masa hadapan.

Selain itu, kita harus memahami bahawa dengan mempunyai sebuah jabatan yang berasingan, perancangan bajet juga akan terkesan. Jika sebelum ini bahagian pendakwaan adalah sebahagian daripada Jabatan Hal Ewal Agama Islam Kedah, maka perancangan bajet adalah tertakluk kepada Jabatan Hal Ewal Agama Islam Negeri Kedah. Apabila menjadi jabatan berasingan, maka kita dapat jangkakan pelaksanaan perancangan bajet dan juga perbelanjaan jabatan juga akan berlangsung dengan lebih berkesan disebabkan ianya kini tertumpu dan berfokus.

Yang Berhormat Speaker, dalam konteks perkhidmatan awam negeri, apabila perjawatan semakin bertambah, maka peluang untuk pegawai dan perkhidmatan awam negeri turut lebih luas. Peluang yang dimaksudkan di sini bukan hanya dari segi peluang kenaikan pangkat, malah peluang dari segi ruang untuk menikmati ilmu dan pengalaman. Seperti yang kita sedia maklum, sebagaimana perkhidmatan tadbir urus iaitu KCS yang bersifat tertutup (dengan izin) ‘close service’, perkhidmatan tadbir agama negeri juga adalah sebuah perkhidmatan ‘close service’.

Dengan bertambahnya jabatan atau perjawatan, maka pegawai-pegawai agama khususnya dalam skim perundangan syariah akan lebih luas dan peluang untuk ditukarkan dan menimba ilmu pengalamannya lebih luas selain memberi peluang kepada mereka untuk dinaikkan pangkat dan diberi peluang menjadi ketua jabatan. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan para pegawai yang lebih berkualiti dan mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih baik. Perkara ini amat penting kerana para pegawai adalah penasihat strategik Kerajaan Negeri Kedah. Nasihat-nasihat mereka ini akan diguna pakai oleh kita semua sebagai penggubal dasar untuk terus memperbaharui dasar – dasar negeri.

Saya percaya dengan tertubuhnya jabatan ini, ekosistem perkhidmatan awam negeri akan terus diperkasakan untuk memainkan peranan yang lebih baik kepada negeri dan rakyat khususnya di masa hadapan. Ini adalah satu langkah kita ke arah mencapai gagasan The Greater Kedah.

Yang Berhormat Speaker, walau bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian kepada aspek kewangan. Memandangkan kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 5 Jun 2024 telah meluluskan pewujudan VOT pebelanjaan mengurus baharu iaitu B19, maka perbelanjaan negeri untuk tahun ini dan tahun-tahun berikutnya sudah tentu akan bertambah.

Sekiranya hasil negeri tidak bertambah, maka dengan adanya perjawatan baharu sudah tentu belanja mengurus negeri akan meningkat dan peruntukan pembangunan negeri perlu dikurangkan. Oleh yang demikian, agenda pemerkasaan fiskal negeri harus diberi perhatian oleh kerajaan negeri agar keupayaan negeri untuk menyediakan peruntukan belanja mengurus tidak terjejas dan keupayaan negeri untuk menyediakan peruntukan perbangunan tidak terganggu.

Namun demikian, saya percaya dengan adanya gagasan The Greater Kedah yang akan memberi tumpuan kepada semua aspek berkepentingan negeri melibatkan aspek fiskal, pembangunan, ekonomi serta sasaran Kerajaan Negeri Kedah ke arah mencapai hasil RM1 bilion setahun menjelang 2028, usaha pemerkasaan tadbir urus dan jentera perkhidmatan awam seperti ini tidak akan menjadi satu batu penghalang.

Yang Berhormat Speaker, saya sambut baik usaha kerajaan negeri untuk terus menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke arah memperkasakan aspek-aspek berkepentingan negeri melalui gagasan The Greater Kedah khususnya untuk penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.

Oleh yang demikian, saya menyokong penuh Rang Undang-undang Perbelanjaan Negeri (tambahan nombor 1) bagi tahun 2004 diluluskan dan dibentang. Saya doakan... Sekian, Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Guar Cempedak. Dipersilakan pihak Kerajaan untuk menggulung rang undang-undang tersebut.

Tak ada? Ada? Ada sikit. Ringkas.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli – ahli yang Berhormat, ketua–ketua jabatan, tuan–tuan dan puan–puan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, dalam perbahasan yang telah dilakukan oleh tiga ADUN menyokong untuk Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan yang kita bentangkan pada pagi ini dan secara automatik juga menyokong penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman.

Untuk makluman Ahli – ahli Yang Berhormat sekalian, sepertimana yang telah pun jelaskan oleh Yang Berhormat Tokai sejarah di peringkat Persekutuan untuk penubuhan Jabatan Pendakwaan ini berasingan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di negeri-negeri. Dalam Malaysia, hanya tinggal kita, Sabah dan juga Sarawak yang masih lagi belum berada di bahagian pendakwaan. Alhamdulillah, apabila ia telah pun diluluskan pada 5 Januari 2024, bahagian pendakwaan ini dengan bahagian sumber manusia telah pun mengadakan mesyuarat pada 21 Ogos pada tahun ini dan telah mencapai kata sepakat tarikh bahagian pendakwaan menjadi jabatan adalah pada 1 Oktober 2024. Dan ini juga mengambil kira kelulusan di peringkat MMK untuk beroperasi sebagai jabatan. Kedua, satu permohonan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meluluskan ‘letterhead’ jabatan pendakwaan. Proses dia ada untuk kelulusan jabatan ini.

Dan yang ketiga, surat pemakluman kepada Pegawai Kewangan Negeri bahawa jabatan pendakwaan telah bersedia bila – bila masa dan memlilih tarikh 1 Oktober 2024 dan yang ke empat permohonan pengisian empat jawatan baru. 21 perjawatan sedia ada, dan 4 jawatan baru yang telah pun diluluskan iaitu Gred LS 52. Jadi, ketua jabatan di jabatan pendakwaan ini, pendakwaan syariah ini adalah Gred 52 dan diikuti dengan gred – gred yang lain.

Jadi Yang Berhormat Speaker, dengan penjelasan dan juga perbahasan yang telah pun dilakukan maka kita amat penting untuk kelulusan jabatan pendakwaan syariah ini yang berasingan daripada Jabatan Hal ehwal Agama Islam Negeri Kedah bagi memastikan ketelusan dan keadilan dapat ditegakkan dengan lebih baik dan jitu serta ketua pendakwa syarie dapat menjalankan tugasnya dengan lebih telus tanpa pengaruh daripada pihak-pihak yang lain.

Jadi, saya juga mengharapkan dengan penubuhan jabatan pendakwaan syariah ini juga kompetensi untuk kita mastikan bahawa permulaan kepada pendaftaran di kes-kes yang berlaku di mahkamah syariah dapat kita jadikan sebagai suatu asas yang utama supaya hukuman yang akan dilaksanakan nanti hasil daripada pendaftaran kes supaya apa yang Allah sebut dalam Al-Quran hukuman dilaksanakan itu ‘jazaan bima kasaba nakala minallah’ sebagai balasan dan juga sebagai pencegahan daripada Allah.

Jadi, bidang kuasa yang ada di peringkat jabatan apabila ia dikembangkan mungkin penambahbaikan kajian-kajian yang lebih mendalam perlu kita lakukan untuk kita memberikan kemas kini kepada hukuman dilaksanakan. Sekian, saya menyokong Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan yang kita bentangkan pada pagi ini. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. EXCO.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjan tambahan bagi perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud tertentu dan bagi mengadakan penggantian jumlah-jumlah wang yang dibayar dahulu daripada Kumpulan Wang Luar Jangka”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud tertentu dan bagi mengadakan penggantian jumlah-jumlah wang yang dibayar dahulu daripada Kumpulan Wang Luar Jangka”. Bacaan Kali Kedua.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

JADUAL

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan B.19 – Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah. Saya mencadangkan iaitu wang sejumlah RM1,006,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM1,006,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.19 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan Kembali kepada Persidangannya.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali ketiga.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbelanjaan Negeri Tambahan (No.1) Tahun 2024. Maka adalah dengan ini dibenar supaya dikeluarkan sejumlah wang tidak melebihi daripada (Ringgit Malaysia Satu Juta Enam Ribu Lima Ratus Sahaja) RM1,006,500.00 sahaja daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan untuk pelbagai perkhidmatan bagi tahun 2024 yang tidak diperuntukkan atau tidak diperuntukkan dengan secukupnya dalam Anggaran Belanja Mengurus 2024 yang telah diluluskan oleh Enakmen Perbelanjaan Negeri Tahun 2024.

Wang yang tersebut itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalam jadual. Adalah dengan ini diperbuat Undang-undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut. Bacaan Kali Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024.

Rang Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 dibacakan bagi kali yang pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 8 Ogos 2024 menurut perkara 59 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah. Boleh rujuk buku warna biru yang tebal. Muka surat 83. Warta jilid 67 no 32.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama “Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah”. Bacaan Kali Pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

Silakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 seperti berikut:-

Pada 4 Mac 2024 semasa Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-15, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan menitahkan langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan juga menitahkan supaya kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya supaya memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terbabit.

Bagi melaksanakan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan menambah baik kedudukan Mahkamah Syariah, Kerajaan Negeri berpandangan penubuhan Mahkamah Syariah wajar diletakkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Dengan ini, Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah merupakan undang-undang utama bagi negeri. Dengan itu, peletakan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah mengiktiraf Mahkamah Syariah sebagai sebahagian struktur asas Kerajaan Negeri Kedah.

Pada masa ini, struktur Mahkamah Syariah mempunyai tiga (3) peringkat iaitu Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.

Dengan struktur sedia ada, ia memberikan satu peluang rayuan sahaja kepada kes yang bermula di Mahkamah Tinggi Syariah. Kes tersebut boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan Syariah. Sedangkan, bagi kes yang dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah, kes tersebut boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi Syariah. Kemudian, jika salah satu pihak masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, pihak tersebut boleh merayu sekali lagi ke Mahkamah Rayuan Syariah.

Demi menjamin proses keadilan dilaksanakan secara saksama, satu lagi lapisan rayuan bagi kes yang bermula di Mahkamah Tinggi Syariah perlu diwujudkan dalam struktur Mahkamah Syariah di Negeri Kedah. Dengan itu, bagi menambah baik struktur hierarki Mahkamah Syariah, perlu diwujudkan empat (4) peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Dengan struktur baharu ini, kes yang dimulai di Mahkamah Tinggi Syariah boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan Syariah dan kemudiannya boleh dirayu lagi ke Mahkamah Utama Syariah.

Rang Undang-Undang ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan mempunyai dua (2) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti yang berikut:

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan ini.

Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan Perkara baharu 63A, 63B, 63C dan 63D iaitu-i. Perkara 63A adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan penubuhan Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah;

ii. Perkara 63B adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan keanggotaan Mahkamah-Mahkamah Syariah yang ditubuhkan; dan

iii. Perkara 63C dan 63D adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan pelantikan hakim Mahkamah-Mahkamah Syariah oleh Raja Pemerintah mengikut kuasa dan tatacara dalam undang-undang Negeri serta sumpah jawatan Ketua Hakim Syarie.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan.

Silakan Pengkalan Kundor.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Bismillahirrahmanirahim. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama sekali saya mengalu-alukan kehadiran tetamu daripada Pasukan Peguam Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) dan juga para tetamu yang lain. Saya mohon izin untuk membahaskan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Jika kita lihat, di muka surat 83 dan 84, terdapat penubuhan mahkamah syariah yang mana diletakkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri ini pada perkara 63A dan penambahan lapis mahkamah syariah kepada empat lapisan dengan menambah mahkamah utama pada perkara 63B.

Untuk makluman, saya difahamkan pada masa ini negeri yang memasukkan mahkamah syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri hanyakah Terengganu dan negeri yang mempunyai empat lapis mahkamah syariah hanyalah Perak. Jadi, Kedah menjadi negeri yang kedua dalam membuat perubahan ini. Jadi, kedua-duanya adalah usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah.

Sidang Dewan yang dihormati sekalian, apabila kita memperkatakan tentang menambah baik atau memperkasakan undang-undang syariah mahupun mahkamah syariah, ia tidak bermaksud kita mahu bersaing dengan mahkamah sivil atau cuba menidakkan kepentingan mahkamah sivil. Saya ingat ini perlu diberi penjelasan yang berterusan.

Mahkamah sivil tetap mempunyai peranannya yang tersendiri dan fungsinya mesti dihormati. Ini adalah penegasan yang perlu difahami agar sebarang usaha negeri dalam melindungi setiap undang-undang yang berada di bawah bidang kuasanya, termasuk undang-undang Syariah, tidak akan disalah tafsir sebagai satu ancaman kepada mana-mana pihak atau ancaman kepada sistem sedia ada yang sedang berjalan.

Meletakkan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah adalah satu langkah perhormatan terhadap institusi perundangan syariah serta satu langkah mustahak untuk melindunginya dari cubaan ganggu-gugat pada masa hadapan.

Sidang Dewan yang dihormati sekalian, jika kewujudan Mahkamah Sivil ada dicatatkan di dalam perkara 121 Perlembagaan Persekutuan kukuh dan terlindung di bawah Perlembagaan, maka begitulah situasinya dengan Mahkamah Syariah yang perlu ada tercatat di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri. Jika tidak, hal ini akan menyebabkan perbandingan medium penubuhan yang tidak seimbang antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Dengan pindaan ini, maka sepertimana yang saya sebutkan tadi, Kedah menjadi Negeri kedua selepas Terengganu yang mengambil langkah nekat dan berani untuk memasukkan Mahkamah Syariah ke dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Tahniah saya ucapkan.

InsyaAllah, tindakan ini Tuan Speaker, tidak hanya akan disyukuri oleh generasi pada hari ini, tetapi generasi 30 - 40 tahun akan datang di saat undang-undang syariah semakin terdedah kepada cabaran keabsahan yang tiada henti-hentinya. Mereka yang mencabar dan mempertikaikan ini bolehlah dikatakan bukan dalam kalangan mereka yang benar-benar memahami roh ataupun spirit perundangan Islam.

Mereka hanya mampu berfikir dari satu sisi sahaja tanpa memikirkan perancangan yang lebih bijak dan hikmah iaitu mengharmonikan kedua-dua aliran perundangan. Dengan kedua-duanya saling berfungsi secara berkesan dalam mensejahterakan masyarakat dengan keadilan. Kerana itu, kita lihat cabaran demi cabaran dilakukan terhadap mahkamah syariah dan undang-undang syariah sehingga rakyat majoriti yang tertakluk di bawah undang-undang syariah merasa tidak tenteram.

Tuan Speaker, kita harus kembali kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang iaitu rukun negara yang diawali dengan kepercayaan kepada Tuhan. Undang-undang sama ada sivil mahupun syariah ditegakkan adalah demi memberi keadilan kepada masyarakat seluruhnya sepertimana yang diperintahkan oleh Tuhan, yakni Allah SWT.

Negeri Kedah harus menjadi contoh yang terbaik di dalam usaha mengharmonikan pertembungan antara mahkamah sivil dan syariah walaupun usaha untuk melindungi mahkamah syariah dilaksanakan pada tahap yang terbaik. Seperti pada hari ini, kita telah melaksanakan satu tindakan untuk memasukkan mahkamah syariah di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Justeru itu, usaha memperkasakan mahkamah syariah mesti dibuat seiring dengan pemerkasaan mahkamah sivil agar seimbang pemerkasaannya sepertimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tokai tadi, tentang usaha-usaha yang dilakukan untuk memperkasakan menambah baik sistem mahkamah sivil yang mana itu kita tak risau sesiapa pun yang memegang tampuk kerajaan, yang memegang tampuk pemerintahan, sentiasa melakukan usaha untuk menambah baik sistem kehakiman sivil.

Namun, janganlah hanya satu sistem perundangan sahaja yang sentiasa ditambah baik, namun satu sistem perundangan lagi dibiar tertinggal jauh ke belakang. Di sidang Dewan sekalian, kita mesti berusaha untuk memadamkan stigma bahawa sistem perundangan syariah sebagai sistem perundangan kelas kedua. Dan kita mesti cegah pertikaian punca kuasa kewujudan mahkamah syariah. Jadi, dengan memasukkan pada hari ini mahkamah syariah berada di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri kita dapat mencegah dan menghentikan kata-kata, dakwaan bahawa Mahkamah Syariah ini tak ada surat beranak.

Sidang hadirin sekalian, saya mengambil kesempatan pada pagi ini untuk menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang menekankan pemerkasaan Undang-Undang Syariah di Kedah sepertimana yang disebut oleh YB. Exco Sungai Limau tadi.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dan juga Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah. Dengan itu, pada tarikh bersejarah pada hari ini, saya anggap sangat bersejarah atas usaha yang kita ambil pada pagi ini, 25 Ogos 2024, saya menyokong Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Pindaan 2024.

Speaker

Terima kasih YB. Pengkalan Kundor, semangat Mahkamah Syariah. Jadi, kita jemput Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk berbahas. Silakan. Hari ini cuaca elok, kemudian tajuk pun elok, Mahkamah Syariah. Jadi, saya minta YB. – YB. yang ada ni ambil peluang ni berbahas. Saya hari ini pemurah, berbahaslah. Silakan. Tak dak? Jadi, kalau tak dak, ada daripada pihak kerajaan yang akan menggulung. Saya menjemput YB. Sungai Limau.

Bismillahirrahmanirahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli – ahli Yang Berhormat dan ketua – ketua jabatan. Sikit saja. Tadi telah pun dibahaskan oleh YB. Pengkalan Kundor untuk menyokong Undang – undang Tubuh untuk kita buat pindaan memasukkan mahkamah syariah. Maksudnya tuan – tuan kita buat dua harini.

Pertama, pindaan kepada Undang – Undang Tubuh Kerajaan dengan memasukkan mahkamah syariah dalam undang-undang tubuh. Itu satu. Yang kedua, tadi juga disebut Negeri Terengganu negeri yang pertama masukkan. Cuma, di Terengganu tiga ‘layer’ mahkamah syariah. Perak buat pindaan kepada jadikan empat ‘layer’. Tapi Perak masih lagi belum masukkan dalam undang-undang tubuh kerajaan. Jadi, Kedah Negeri yang pertama memasukkan dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri ke mahkamah syariah ini dan juga kita mengadakan empat ‘layer’ sepertimana yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Tujuan dia supaya berlaku keadilan untuk buat rayuan kepada kes-kes yang terus daftarkan dalam Mahkamah Tinggi Syariah. Jadi, kita mengharapkan apabila penubuhan satu ‘layer’ lagi dalam Mahkamah Syariah ini dapat memberikan peluang untuk rayuan kali kedua bagi yang tak berpuas hati di peringkat Mahkamah Tinggi dan kita juga mengharapkan bila dia dimasukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Mahkamah Syariah akan dapat kita perkasakan dan masyarakat akan lihat bahawa penubuhan Negeri Kedah ini apabila Tuanku Sultan jadi penaung kepada agama Islam, Mahkamah Syariah diberikan suatu penarafan yang tinggi dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Jadi, dalam penggulungan ini juga, Rang Undang-Undang Pentabiran Undang-Undang Islam diluluskan. Kita mengharapkan apa yang telah pun kita bincangkan pada hari ini, saya menzahirkan ucapan perhargaan dan terima kasih kepada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat dan kita mengharapkan supaya semua kita bersetuju kerana kita perlukan majoriti 2 per 3 dalam pindaan ini untuk pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Jadi, saya rasa itulah penggulungan ringkas. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah”

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Speaker

Suara bersetuju ramai.

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah”. Bacaan Kali Kedua.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Silakan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan Kembali kepada Persidangannya.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali ketiga.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024.

Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut. Bacaan Kali Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024.

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024.Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024, dibacakan bagi kali yang pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Bacaan Kali Pertama

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 8 Ogos 2024 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Boleh rujuk cetakan warta warna biru ini. Hat tebal. Muka surat 91, Versi Bahasa Melayu. Muka surat 131, Versi Bahasa Inggeris.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan rang undang-undang bernama “Satu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan pentadbiran kehakiman Syariah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan pentadbiran kehakiman Syariah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya”. Bacaan Kali Pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

Silakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024 seperti berikut:-

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mengukuh pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kedah selaras dengan peletakan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah dan pewujudan empat (4) peringkat Mahkamah Syariah serta menambah baik beberapa peruntukan sedia ada.

Yang Berhormat Tuan Speaker, peruntukan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024 meliputi elemen-elemen seperti berikut:

Bahagian I, Fasal 1 sehingga 3 memperkatakan tentang soal-soal permulaan, tafsiran dan kuasa prerogatif.

Bahagian II, Fasal 4 sehingga 7 memperuntukkan berkenaan penubuhan Lembaga Pelantikan Kehakiman Syariah, fungsi Lembaga dan sebagainya. Bahagian ini juga menyatakan peruntukan berkaitan pembatalan pelantikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan perletakan jawatan anggota Lembaga.

Bahagian III, Fasal 8 sehingga 17 memperuntukkan berkenaan pelantikan termasuk pelantikan Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Utama, Rayuan, Tinggi dan Rendah Syariah serta sumpah jawatan. Bahagian ini juga memperuntukkan berhubung dengan pembatalan pelantikan Hakim Mahkamah Utama, Rayuan dan Tinggi Syariah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan melalui tribunal yang dilantik atau dengan rundingan Ketua Hakim Syarie bagi pembatalan pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah serta kesan persaraan, pelantikan pendaftar dan bailif.

Seterusnya, Bahagian IV, Fasal 18 sehingga 23 memperuntukkan berhubung dengan Mahkamah Utama Syariah mengenai bidang kuasa, permohonan kebenaran merayu, keanggotaan, keputusan, persidangan dan penerusan prosiding di Mahkamah Utama Syariah walaupun hakim tiada.

Kemudian Bahagian V, Fasal 24 hingga 30. Fasal-fasal yang memperuntukkan berhubung dengan bidang kuasa, permohonan kebenaran merayu, bidang kuasa pengawasan dan penyemakan, keanggotaan, keputusan, persidangan dan penerusan prosiding walaupun hakim tiada bagi Mahkamah Rayuan Syariah.

Seterusnya, Bahagian VI, Fasal 31 sehingga 34. Fasal-fasal yang memperuntukkan berhubung dengan Mahkamah Tinggi Syariah antaranya bidang kuasa asal, rayuan, permohonan kebenaran merayu dan bidang kuasa pengawasan dan penyemakan.

Kemudian Bahagian VII, fasal 35 memperuntukkan berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah, yang mana Rang Undang-Undang ini memperluas bidang kuasa Mal Mahkamah Rendah Syariah daripada amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit (RM100,000.00) dinaikkan kepada tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit (RM300,000.00).

Kemudian yang terakhir, Bahagian VIII, fasal 36 sehingga 53 yang membuat peruntukan berkenaan perkara-perkara am.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Rang Undang-Undang ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memastikan pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah dikelola mengikut perkembangan kemajuan teknologi dan hal ehwal semasa, bagi memastikan keadilan dalam pengurusan kes serta meningkatkan keberkesanan sistem kehakiman Syariah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon untuk mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan. Dipersilakan.

YB. Kota Siputeh, dipersilakan.

Bismillahhirrahmanirahim. Robbisrohli sodri, wayassirli amri, wahlul 'uqdatammil lisani yafqohu qouli. Terima kasih Yang Berhormat Speaker yang dikasihi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Barisan EXCO dan ADUN Kedah Sejahtera yang dirahmati Allah SWT sekalian. Sebegitu buat para pendiri Kedah dalam kalangan penjawat awam negeri yang dikasihi. Assalamualaikum dan Salam Kedah Segera.

Bagi memulakan pembahasan dengan penuh kerendahan hati, suka untuk saya memetik sepotong dua doa dari junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Hakim. Nabi berdoa dengan bermaksud, “Ya Allah anugerahkanlah untuk kami rasa takut kepadamu yang dapat menghalangi antara kami dari perbuatan maksiat kepadamu”. Segitu dalam satu potongan doa yang lain di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Nasa'ain, Rasulullah SAW berdoa, “Ya Allah, aku memohon rasa takut kepadamu Ya Allah, dalam keadaan aku bersendirian dan di hadapan orang ramai”.

Merafak sembah ke atas kemuliaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, kerana perkenan baginda selaku simbol tunjang keagungan Islam, utamanya dalam negeri tercinta, Kedah Darul Aman yang bertuah ini. Tuanku Sultan dengan ini telah bertitah pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang DUN Kedah bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua yang lalu dengan menzahirkan tekad baginda untuk kerajaan negeri menyemak semula struktur mahkamah syariah seperti sistem kehierarkinya supaya memberi lebih ruang keadilan kepada pihak yang dihadapkan di bawah sistem kehakiman syariah dalam pada hasrat baginda yang turut menyeru pihak kerajaan untuk menambah baik kedudukan jawatan hakim mahkamah syariah supaya setanding dengan sistem yang diguna pakai di mahkamah sivil.

Hal ini ditambah belakangan ini terlalu banyak mehnah dan tribulati yang dihadapi institusi perundangan syariah dalam negara. Bila mana ada sebilangan pendukung sekularisme mahupun kelompok liberal yang seakannya menafikan makna keadilan dalam konteks kesyumulan Islam itu sendiri yang bersendikan syarak dan kitabullah. Sedang kesucian perundangan Islam adalah tidak lari demi memelihara maqasid syariah atas kepentingan ummah itu sendiri dalam soal hibzuddin, menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan juga harta.

Lantaran itu, setinggi tahniah dan syabas kepada pihak Kerajaan Negeri Kedah di bawah usaha Memanda Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan pendiri negeri yang mana atas titah perkenan tuanku akan terkalam dalam lipatan sejarah. Penubuhan mahkamah syariah bakal diletakkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Di Bawah Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri sebagaimana mahkamah sivil yang disebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekaligus ini menjadikan Negeri Kedah antara negeri paling awal barisan pendiri negerinya yang memperkasa perundangan Islam serta berusaha membela kesuciannya.

Dalam Islam Yang Berhormat Speaker, terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyuruh manusia melakukan dan menegakkan keadilan. Perihal perkataan soal adil diulang lebih 20 kali dalam Al-Quran. Antaranya pada Ayat 90 Surah An-Nahlif yang bermaksud, “sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan larangannya ini supaya kamu mengambil peringatan dan mematuhinya”. Agenda pemerkasaan ini demi memaknai takrif keadilan dalam Islam yang lebih saksama, tambah lebih signifikan bilamana Enakmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman 2024 memperuntukkan pertambahan lapisan (dengan izin) ’layer. Mahkamah Syariah yang sebelum ini hanya tiga lapis yang mana disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi, kepada empat lapisan proses pengadilan iaitu pertambahan satu lapis lagi mahkamah yang paling tinggi iaitu Mahkamah Utama yang mana segenap lapisan ini membuka peluang rayuan untuk pihak yang gagal di dalam tuntutan kesnya bagi merayu ke peringkat seterusnya. Penggubalan ini nyata satu tindak yang lebih progresif demi mengangkat penghakiman Islam. Sebegitu kebenaran pada Seksyen 41 yang membolehkan ‘proceeding’ di tempat lain atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh adalah bukti adaptasi merentas zaman dalam pemerkasaan proses perundangan syariah yang wajar diberi pujian kerana ini akan memudahkan pihak-pihak yang ada kesukaran dan kemudaratan untuk hadir dan dapat terlibat dengan prosiding mahkamah syariah. Di samping itu, penubuhan Lembaga Pelantikan Kehakiman Syariah dalam melantik hakim-hakim di peringkat Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah adalah merupakan sampel maupun contoh terpuji dalam proses pelantikan hakim syariah yang mana citra pelaksanaan ini sebagai pembuktian nilai integriti menerusi Enakmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman 2024 untuk tidak membuka ruang pemusatan kuasa yang boleh dipertikan. Nilai integriti yang dipasak dalam penggubalan rang undang-undang ini juga tampak lebih terjamin apabila enakmen ini menetapkan secara jelas bahawa terdapat kod etika hakim syarie yang perlu dipatuhi dan tidak dilanggar yang mana sekiranya ingkar boleh membawa kepada pembatalan pelantikan hakim. Klausa yang secara jelas ini akan memberi lebih keyakinan kepada institusi perundangan dan kehakiman syariah, khususnya di Negeri Kedah. Lantas menjadi contoh dan mercu dalam negara Malaysia. Untuk pengetahuan kita semua juga, Dewan Yang Mulia ini, kod etika hakim syarie ini secara jelas juga dinyatakan dalam kita punya undang-undang tubuh dan juga secara jelas dalam enakmen kita.

Kalau nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tak ada pernyataan secara jelas sekiranya pelanggaran-pelanggaran yang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Syarie. Jadinya, ini adalah satu contoh mercu yang baik yang kita bawakan oleh Negeri kedah.

Namun begitu, kita manusia tidaklah sempurna kerana kesempurnaan itu adalah milik Allah SWT. Dalam pada segenap peruntukan ini yang dapat jadi contoh ikutan pihak-pihak lain, segala yang baik dari penggubalan RUU ini tetap perlu kita tinjau pelaksanaannya yang tuntas dengan turut mengambil contoh baik dari penggubalan di beberapa negeri lain agar Kedah dapat sentiasa mengarus zaman. Sebagai contoh, dalam hal pelantikan Hakim Mahkamah Utama Syariah menerusi Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018. Di tangan saya ada contoh sampel daripada undang-undang Negeri Perak, Mahkamah Syariah 2018. Secara jelas, dinyatakan keperluan untuk melantik lima orang Hakim Mahkamah Utama Syariah sebegitu tujuh orang Hakim Mahkamah Rayuan. Namun, tidak dinyatakan secara jelas dalam klausa peruntukan bagi Enakmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman. Sebab kita hanya bagitahu dalam konteks keanggotaan. Yang mana dalam undang-undang tubuh, dalam aspek kita cakap di sini, pelantikan itu sendiri kita tak nyatakan secara jelas.

Bukankah lebih baik sekiranya ada kejelasan dalam hal pelantikan ini? Maka dapat mengimbangi pada peruntukan keanggotaan mahkamah yang memerlukan bilangan ganjil yang lebih besar daripada tiga panel hakim. Dalam pada itu juga, saya nak ambil kesempatan ini untuk nak refleksi keadaan mahkamah syariah kita. Yang mana kita juga nak mencadangkan agar Hakim Mahkamah Tinggi boleh dilantik dari kalangan peguam syarie yang telah beramal lebih 20 tahun. Ini kerana kita perlukan stok hakim. Kita jelas memerlukan stok hakim syarie untuk ramaikan lagi hakim di Mahkamah Tinggi Syarie. Yang mana daripada itu kita dapat mengimbangi faktor-faktor keperluan hakim di mahkamah utama maupun di mahkamah rayuan. Pada masa kini, hanya ada dua orang sahaja hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Kedah sedangkan kita ada 12 daerah. Adalah lebih afdal kita tambahkan lagi bilangan hakim Mahkamah Tinggi supaya boleh dibuka sidang mahkamah tinggi untuk tinjau ataupun meliputi kawasan Kulim, Bandar Baharu dan Baling yang boleh bersidang di Kulim dan hakim Mahkamah Tinggi Syariah juga boleh ditambah khas bersidang di bahagian tengah dan untuk jaga kes-kes rayuan Daerah Kuala Muda dan Sik manakala tambah lagi bilangan hakim Mahkamah Tinggi dan Dewan Mahkamah Tinggi yang sedia ada sekarang.

Jadi, meninjau refleksi itu juga, keperluan untuk kita tambahkan stok ini juga kerana itu, kita ada satu persoalan besar tentang keperluan atas ruang untuk boleh melantik mereka dalam kalangan hakim sivil untuk menganggotai institusi mahkamah syariah. Dalam fiqh Al-Awlawiyat, jelas memperuntukkan umat Islam untuk memahami keutamaan dalam tindakan yang turut diertikan sebagai meletakkan sesuatu pada yang hak. Tangga dan peringkatnya, atau dalam kata lain, serahlah kepada yang ahli. Kata bijak pandai Melayu pernah berbunyi, “hendak belajar berenang, pergi cari itik”, YB. Tuan Speaker, “kalau kita nak pandai memanjat, cari tupai”. Maka selaras dengan sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, “jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi”. Ada seorang sahabat bertanya, “bagaimana maksud amanat disia-siakan?” Nabi SAW menjawab, “jika urusan dia serahkan pada bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu”. Hadis riwayat Bukhari. Kota Siputeh juga membuka premis perbincangan ini untuk dibahaskan lebih mendalam secara teknikal kepada pembahas dari dalam kalangan ADUN yang lain, yang saya rasa lebih ada punyai hak macam kita tahu YB. Pengkalan Kundor kita. Saya yakin dalam bab teknikal ini ada yang lebih layak. Dalam pada itu, ingin ditegaskan juga di sini perundangan syariah ini juga hanyalah tertakluk kepada umat Islam sepertimana Seksyen 44. Ini perlu jelas, pasal kita tak mahu orang-orang yang bukan Islam duk kalut, depa pula duk buat tau lebih, kan? Kita harap jelas kerana kita ada menyatakan bahawa dalam Seksyen 44, perkara ini adalah khas untuk umat Islam. Sebagai penutup, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk turut mencadangkan perkara akhir memandangkan pihak kerajaan negeri telah mengambil satu langkah yang cukup-cukup progresif dalam memastikan kerelevanan perundangan syariah. Justeru, bagi memastikan undang-undang Islam yang syumul terus gah mengarus zaman, moga pada sesi kehadapan setelah kita selesai segala peruntukan yang dibentangkan ini, adalah dicadangkan untuk kita menyingkap pelaksanaan hukuman alternatif di mahkamah syariah, selain denda sebatan dan juga penjara. Semasa ini kita hanya ada semata denda sebatan dan penjara bagi hukuman di mahkamah syariah. Kita nak tengok, singkap orang kata peruntukan ataupun hukuman-hukuman lain. Sebagai contoh, bon kelakuan baik dan juga mungkin kita perlu mewujudkan pusat pemulihan. Juga pemulihan di pusat pemulihan atau rumah yang diluluskan.

Dengan mewujudkan pusat pemulihan perundangan syariah mengikut negeri-negeri yang ada. Sebagai contoh, di sini kita ada beberapa negeri-negeri yang ada. Sebagai contoh di sini kita ada beberapa negeri, Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Terengganu dan juga Pahang serta Sarawak. Maka negeri-negeri ini ada.

Kalau kita ada mekanisme sebegini untuk kita memastikan bahawa kita ini benar-benar mengarus zaman, maka Negeri Kedah dengan peruntukan yang telah dimasukkan dalam Undang-undang Tubuh dengan banyak pembaharuan-pembaharuan yang tidak dilakukan oleh negeri-negeri lain, kita pasti akan menjadi mercu. Maka dari itu, Kota Siputeh menyokong rang undang-undang ini. Wabilahi Taufiq Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Kota Siputeh. Kota Siputeh pun layak. Layak tadi ni yang disebut tadi kata YB. Pengkalan Kundor layak. Sebenarnya YB. Kota Siputeh pun layak. Jadi, saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk berbahas.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Yang Berhormat Tuan Speaker, nama saya dah kena petik, jadi saya bangunlah. Baik, banyak perkara-perkara penting yang telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Kota Siputeh tadi. Jadi, saya sak tambah sedikit saja dan saya nak ambil peluang perbahasan ini untuk menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman 2024 berserta beberapa pandangan untuk dipertimbangkan oleh Dewan yang mulia ini. Jika kita lihat pada muka surat 97, berkenaan dengan syarat pelantikan ataupun syarat kelayakan menjadi hakim ini, iaitu Ketua Hakim Syarie pada Seksyen 8, Hakim Mahkamah Utama Syariah pada Seksyen 9, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah pada Seksyen 10. Yang mana disebut bahawa pelantikan ataupun syarat kelayakan hakim-hakim ini terbuka kepada mereka yang berkhidmat dalam undang-undang sivil. Perkataan yang digunakan ada dua sahaja atau sivil. Tetapi implikasinya besar bagi saya. Jadi, saya berpandangan bahawa jawatan-jawatan ini sebaiknya dilantik hanya dari kalangan mereka yang terlibat dalam bidang kehakiman syariah sahaja terutama sekali bagi jawatan Ketua Hakim Syarie. Saya khuatir apabila ada di dalam undang-undang, maksudnya disebut perkataan atau sivil di dalam enakmen ini, apabila ruang ini dibuka secara undang-undang, maka pada suatu masa nanti pelantikan mereka yang datang dari undang-undang sivil ini bakal menafikan peluang hakim-hakim syarie atau pakar undang-undang syariah yang telah lama beramal di dalam sistem kehakiman syariah.

Jadi, saya menyatakan kebimbangan awal terhadap risiko masalah baharu di kemudian hari. Apatah lagi jika kita lihat syarat yang seterusnya pada sub Seksyen B2 itu, saya bacakan, “dia telah berkhidmat dalam bidang undang-undang syariah atau sivil serta berpengetahuan dalam hukum syarak”. “Serta berpengetahuan”. Digunakan perkataan berpengetahuan, bukannya berpendidikan ataupun berkelulusan dalam hukum syarak. Jadi, soalan saya, bagaimana mahu kita ukur seseorang itu berpengetahuan syarak tanpa kelulusan dalam bidang syariah pada zaman hari ini? Siapa yang akan menentukan seseorang itu benda-benda mahir di dalam undang-undang syariah? Memandangkan semakin tinggi hierarki mahkamah maka semakin tinggilah ilmu dan pengalaman yang kita ‘expect’ ataupun kita perlukan daripada hakim-hakim tersebut.

Jadi, cuba kita fikirkan bagaimana risiko di kemudian hari apabila keputusan dibuat oleh hakim-hakim ini yang berlatarkan undang-undang sivil, timbul pertikaian daripada pihak-pihak di dalam kes itu bahawa mereka tidak yakin dengan keputusan yang diberikan memandangkan hakim tersebut bukan berlatarbelatangkan undang-undang syariah. Kita risau pertikaian-pertikaian berikut akan timbul di pihak-pihak, jadi masalah baharu pula. Jadi, itu adalah pandangan-pandangan yang saya mohon untuk dipertimbangkan oleh Sidang Dewan ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, tadi ada disebut oleh Yang Berhormat Kota Siputeh berkenaan dengan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan juga Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seksyen 11 dan Seksyen 13. Saya bersetuju, ada baiknya kita mencontohi amalan sivil dalam soal ini, iaitu pelantikan hakim-hakim mahkamah tinggi dibuka juga kepada peguam - peguam yang berpengalaman.

Dalam konteks hari ini mungkin kita boleh buka pelantikan hakim-hakim mahkamah tinggi syariah kepada pegawai-pegawai syarie yang berpengalaman lebih 20 tahun contohnya. Dengan cara itu, kita akan boleh menambah bilangan hakim-hakim syarie sepertimana yang disebut, Kedah ada 12 daerah hakim mahkamah syariah, hakim mahkamah tinggi syariah ada 2 orang sahaja.

Jadi, boleh kita bayangkan kesukaran rakyat yang menjadi pihak-pihak di dalam kes mahkamah ini yang perlu sentiasa bermusafir jauh untuk mahadiri kes mereka. Jadi, itu adalah pertimbangan-pertimbangan yang saya mohon untuk diberi perhatian oleh Sidang Dewan kepada tindakan-tindakan yang berikutnya. Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman 2024 bersama permohonan agar pandangan yang saya kemukakan diberi perhatian. Sekian.

Speaker

Terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Ahli - ahli Yang Berhormat yang lain sekiranya ada?

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu wassalamu ala isyrafil anbiya iwal Mursalin wa’ala alihi wa sahbihi ajma'in. Robbisrohli sodri, wayassirli amri, wahlul 'uqdatammil lisani yafqohu qouli. Subhanakala ‘ilmalana ma ‘allamtana innakaantal ‘ali mulhakim. La haulawala quwatailla billa hil ‘ali yil ‘azim. ‘Ammabaq. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli – ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli – ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha, Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan agensi negeri dan Persekutuan, yang dihormati pegawai – pegawai Dewan, seterusnya dikasihi para pemerhati sama ada secara terus di sini atau ikuti secara online. Alhamdulillah, bersama -sama kita panjatkan rasa syukur kita yang tidak terhingga kepada Allah SWT dengan izinNya dapat kita kembali ke Dewan yang mulia ini bersama-sama kita menjayakan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Kedah Darul Aman Ke-15 yang akan berlangsung pada hari ini dan esok, InsyaAllah. Bersama-sama kita doakan semoga sidang kali ini berjalan dengan lancar dan dapat membuat keputusan yang terbaik demi sejahtera rakyat dan Negeri Kedah yang tercinta ini. YB. Tuan Speaker, saya ucap terima kasih kerana memberi laluan kepada saya untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini iaitu berucap bagi membahaskan satu undang-undang yang diberi nama Enakmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman 2024. Saya bukanlah seorang ahli undang-undang macam YB. Pengkalan Kundor ataupun mahir macam YB. Kota Siputeh yang YB. Tuan Speaker iktiraf layak untuk sebaris dengan YB. Pengkalan Kundor dari segi hujah dan sebagainya. Cuma saya nak menyorot sejarah perkembangan Mahkamah Syariah ataupun Undang-Undang Islam di Kedah. Secara umumnya negara kita mempunyai dua set undang-undang yang utama iaitu Undang-undang Sivil dan Undang-undang Syariah yang di laksanakan di semua negeri dalam Malaysia. Namun, kita juga ada undang-undang adat yang hanya diaplikasi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk memastikan undang-undang ini di laksanakan, maka wujudlah Mahkamah Syariah dan sistem yang berkaitan dengannya yang dari semasa ke semasa mengalami perubahan dan penambahbaikan.

Undang-undang dan Mahkamah Syariah sudah bertapak di Alam Melayu ini sejak sekian lama, sejak sebelum kedatangan pejajah lagi. Pada kurun yang ke-15, apabila raja-raja dan pembesar kerajaan negeri di Alam Melayu memeluk Islam, undang-undang Islam mula digunakan. Antaranya risalah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Pahang. Walaupun Negeri Kedah diyakini menerima Islam lebih awal, iaitu seawal abad yang ke-12 Masihi, namun teks undang-undang yang dapat dikesan hanyalah Undang-undang Kedah yang bertarikh tahun 1650 yang meliputi lima teks undang-undang iaitu Undang-Undang Pelabuhan, Undang-Undang Seri Paduka Tuan, Hukum Kanun Dato’ Kota Setar, Cara Membuat Bunga Emas dan Undang-Undang Hijrah 1199. Dari lima teks itu, teks Undang-Undang Seri Paduka Tuan dan Undang-Undang Hijrah 1199 memperincikan undang-undang yang berkait dengan Undang-undang Syariah atau Undang-undang Islam. Undang-undang Paduka Tuan misalnya, memperkatakan hukum orang mencuri, menyamun, menyabung, makan badat. Badat ni macam candu lah kot. Berjudi, menyembah bahala, minum arak dan tuak serta buatan haram di sisi Islam. Tanggungjawab ketua kampung untuk mengawasi orang tidak puasa dan tidak solat Jumaat, pembayaran zakat pertanian, jual-beli dan perjagaan haiwan dan juga masalah tanah. Manakala teks Undang-Undang Hijrah 1199 pula memperkatakan Undang-Undang Jenayah dan Sivil Islam yang meliputi hukum jenayah terhadap perbuatan mencuri, merompak, membunuh, mengamuk, mengganggu isteri dan tunang orang, berhutang, memfitnah dan menuduh orang. YB. Tuan Speaker, saya bangkitkan secara Undang-Undang Islam ini bukan apa, nak tegaskan bahawa undang-undang dan Mahkamah Syariah ini sudah ratusan tahun mendahului undang-undang sivil ataupun ‘common law’ di negeri dan di negara kita. Sepatutnya undang-undang dan mahkamah syariah berada pada kedudukan yang lebih tinggi, sesuai dengan sejarah kewujudan yang gemilang dan sesuai dengan populasi rakyat yang beragama Islam yang hampir dua per tiga daripada jumlah penduduk Malaysia sekarang. Merujuk kepada rang undang-undang yang sedang kita bahaskan saya menyokong penuh Enakmen Mahkamah Syariah Kedah 2024 untuk diluluskan oleh Dewan yang mulia ini kerana ini akan membolehkan kita mempunyai satu peruntukan yang jelas yang cukup, yang tersusun, yang berkesan untuk menyokong empat lapisan atau ‘layer’ Mahkamah Syariah berbanding dengan tiga lapisan sedia ada, menyamai lapisan yang ada pada Mahkamah Sivil.

Penambahan Mahkamah Utama Syariah, kalau kita boleh ‘relate’kan dengan kalau Sivil berkaitan dengan Mahkamah Persekutuan, sebagai lapisan yang tertinggi akan beri peluang kepada mereka yang didapati bersalah ketika di Mahkamah Tinggi mempunyai peluang kedua membuat rayuan jika rayuan pertama mereka di Mahkamah Rayuan ditolak oleh hakim. Dengan peluang kedua diberikan untuk mereka merayu dan akan didengar oleh barisan hakim yang lebih senior, yang sangat berpengalaman, kita yakin tertuduh akan lebih berasa lebih mendapat keadilan untuk dirinya. Sesuai dengan firman Allah SWT; َو إِن َحَكَم ت َٱف ح كُم بَي نَهُم ِٱب ِل قِس طۚ إِن ٱ َ ّلل يُحِ ب ٱ َل مُق سِطِين “Dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” Al-Maidah ayat 42. YB. Tuan Speaker, saya difahamkan mendahului kita inilah Negeri Perak. Tapi saya baca dalam satu kenyataan baru-baru ini, Sabah juga telah meluluskan. DUN Sabah telah meluluskan penubuhan Mahkamah Utama Syariah pada Julai 2024 baru-baru ini. Mungkin belum lagi diwartakan dan kita menjadi negeri yang ketiga. Jika betul berbuat berbuat demikian pada hari ini, InsyaAllah sesungguhnya perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup bermakna untuk menarik semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan untuk mengambil langkah yang sama dalam masa yang terdekat. Sejauh daripada itu, kita berharap penerokaan lebih meluas terhadap pelaksanaan undang-undang syariah akan terus dibuat. Bukan sahaja memartabatkan Mahkamah Syariah seperti yang sedang kita lakukan, bahkan kita berharap undang-undang syariah itu sendiri dimartabatkan kududukannya di negeri dan negara kita melalui usaha politik dan pentadbiran yang tersusun dan berterusan. Cabaran dan halangan tentu ada, tetapi kita perlu ada keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk meletakkan hukum Islam yang bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas pada tempatnya kerana kita yakin hanyalah pertolongan Allah SWT sahajalah yang akan menyelamatkan dan mensejahterakan manusia seluruhnya. Kerana DIAlah Tuhan kita, Tuhan yang menjadikan kita langit dan bumi serta seluruh alam dan DIAlah yang maha mengetahui akan kekurangan dan kelemahan kita. Kerana DIA yang bersifat maha pengasih dan maha penyayang, adil telah menyediakan peraturan dan undang – undang yang disampaikan melalui lidah Rasulullah SAW untuk kita patuhi demi kemaslahatan dan kesejahteraan kita dunia dan akhirat.

Sekian ucapan saya, sekali lagi saya menyokong rang undang – undang yang berbunyi Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Kedah 2024 diluluskan di dalam Dewan ini. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Ayer Hitam. Kita buka ruang sekiranya ada lagi YB. yang ingin berbahas.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Assalamualaikum YB. Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri, rakan – rakan Exco Kerajaan Negeri, rakan – rakan Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakan – rakan daripada agensi kerajaan. Seterusnya para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadapan Allah SWT pada pagi yang mulia ini, pada hari yang diberkati ini, diizinkan kita untuk membentang satu enakmen iaitu pengukuhan kepada Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah di Negeri kedah ini. Ini merupakan satu tindakan yang sampai kepada waktunya dan tepat pada masanya untuk kita sama – sama bagi melihat bahawa Islam itu tunjang dan tonggak kepada pentadbiran dan pengurusan khususnya kita di Negeri Kedah ini. Pengukuhan Mahkamah Syariah ini satu tuntutan sebenarnya kepada kita semua khususnya dalam konteks kita memastikan bahawa keadilan itu nampak. Bukan hanya sekarang Nampak, keadilan itu tertegak sebagaimana yang kita harap-harapkan. Dan sesungguhnya bahawa Islam itu adalah adil, Islam itu adalah adil dan di antara sifat Allah Ta'ala juga adalah maha adil (Al ‘adl). Oleh sebab itulah, pembentangan ataupun pindaan pengukuhan mahkamah syariah ini sangat tepat pada waktunya. Tuan-tuan, bagaimana Allah Ta'ala berfirman; إِن ٱ َ ّلل يَأ مُرُكُم أَن تُؤَد وا ٱ ِْل َمَـٰنَـٰت ٰإِلَى أَه لِهَا وَإِذَا حَكَم تُم َبَي ن ٱ ِلن اس أَن تَح كُمُوا ِٱب ِل عَد لۚ إِن ٱ َ ّلل نِعِم ا يَعِظُكُم ِبِه ۦ إِن ٱ َ ّلل َكَان سَمِيع ًۢا بَصِ ير ًۭ ا “Sesungguhnya Allah menyuruh kalian semua supaya menyerah segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak yang berkelayakan menerimanya dan apabila kalian menetapkan hukuman antara manusia, Allah menyuruh kalian menghukum dengan adil. Sesungguhnya, Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya, Allah sentiasa mendengar lagi maha melihat”. Surah An-Nisa’ ayat 58.

Enakmen Pentabiran Undang-Undang Islam 2024 ini merupakan satu tindakan yang sama-sama kita harapkan akan dapat dilaksanakan dengan baik oleh mereka yang berkelayakan, InsyaAllah. Tuan-tuan, bagi memastikan bahawa mahkamah syariah dapat melaksanakan tugasnya dengan baik, ada beberapa asas yang penting perlu kita pertimbangkan. Termasuk yang pertamanya adalah kerangka perundangan itu sendiri. Dengan melihat kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan, memperkasakan undang-undang di mahkamah syariah ini agar ia tidak dipersoal dan dipertikaikan dan tidak mudah dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kemudian, mahkamah syariah juga perlu mempunyai kuasa yang cukup untuk mengendalikan kes-kes yang berlaku di dalam masyarakat, di dalam negeri ini. Mempunyai kuasa yang cukup. Dan mahkamah ini bukan hanya sekadar untuk mengendalikan kes tetapi ia sebenarnya untuk mengadili semua orang. Semua orang termasuk yang dituduh dan juga termasuk yang menuduh. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, kemudian asas yang kedua kita melihat juga kepada kecekapan, termasuklah kecekapan kakitangan, hakim-hakim dan juga pegawai-pegawai yang berkaitan dengannya, yakni sumber manusia itu sendiri. Sebab itulah pengukuhan enakmen pentadbiran sangat penting kepada kita. Sumber manusia ini perlu ada pengetahuan dan juga prasarana yang berkaitan khususnya berkaitan dengan teknologi terkini. Pengetahuan berkaitan dengan teknologi terkini, mereka yang terlibat ataupun ‘main player’, pemain utama dalam mahkamah syarikat ini perlu berkembang pengetahuannya khususnya berkaitan dengan perkembangan teknologi terkini. Yang tuan-tuan sedia maklum bahawa teknologi terkini sangat cepat, pesat membangun. Sebab itulah keupayaan sumber manusia bagi mengendalikan kes-kes ini sangat penting. Khususnya kita lihat lambakan kes yang ada ini, yang perlu diselesaikan dalam masa yang cepat. Inilah pengurusan yang cekap. Asas yang ketiga yang saya ingin nyatakan di sini bahawa pembiayaan yang mencukupi. Bagi mengendalikan kes-kes ataupun mengendalikan pentadbiran mahkamah syariah ini. Saya yakin, dengan pembentangan sebentar tadi, yang disokong oleh semua pihak, tidak ada bantahan. Saya yakin pindaan enakmen pentadbiran ini InsyaAllah, akan membawa kebaikan kepada semua orang, tak kira pelbagai bangsa ataupun lapisan masyarakat InsyaAllah, akan menerima keadilan daripada enakmen ini. Tuan-tuan, bagi kita dalam membentangkan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Kedah Darul Aman Pindaan 2024 ini, kita mengharapkan satu pentadbiran yang cekap, kondusif, inklusif dan juga adil untuk semua, InsyaAllah. Saya yakin itulah Islam, adil untuk semua. Assalamualaikum Warahmatullah. Saya menyokong enakmen ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Bandar Baharu. Sekarang saya persilakan pihak kerajaan untuk menggulung rang undang-undang tersebut.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, wassoala tuwassala muala rasulillah. Wa’ala alihi wasohbihi waman walah. ‘Ammabaq. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli – ahli Yang Berhormat, ketua – ketua jabatan, tuan – tuan dan puan – puan sekalian. Alhamdulillah, kita berada untuk sesi penggulungan Rang Undang – Undang Mahkamah Syariah Negeri Kedah untuk pembentangan pada pagi ini dan terima kasih kepada Ahli – Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dan saya melihat setiap kali perbahasan, ada sahaja Ahli – ahli Yang Berhormat mengambil bahagian mulai daripada rang undang – undang yang pertama untuk perbelanjaan, masuk kepada pindaan pada undang – undang tubuh kerajaan negeri yang juga melibatkan mahkamah syariah dan yang ketiga rang undang – undang mahkamah syariah ini akibat daripada pindaan yang telah pun kita buat pada peringkat undang-undang tubuh dan penambahan kepada ‘layer’ keempat mahkamah utama syariah yang telah pun berada dalam undang-undang tubuh kerajaan.

Jadi, saya zahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli – ahli Yang Berhormat yang terlibat untuk membahaskan. Ini juga menunjukkan bahawa suatu yang kita bincangkan pada pagi ini suatu yang besar. Yang melibatkan undang-undang tubuh kerajaan negeri, melibatkan untuk kita memperkasakan mahkamah syariah, sama ada dari sudut pendakwaannya, dari sudut penghakimannya yang telah pun kita zahirkan dalam beberapa pindaan rang undang-undang yang telah pun dibentangkan dan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk berbahas Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Kedah 2024. Kita alu – alukan dan rakamkan setinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua yang telah membuat persediaan yang mengikuti, membaca pindaan – pindaan yang telah pun dicadangkan serta semuanya ini kita yakin memberikan kebaikan untuk menaik taraf Undang – Undang ataupun Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman.

Tuan-tuan, puan – puan dan Ahli – Ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang – undang ini bertujuan untuk kita mengukuh pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kedah. Selaras dengan perletakan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah dengan pewujudan empat peringkat mahkamah syariah yang telah pun kita buat sebelum daripada ini serta menambah baik beberapa peruntukan sedia ada. Antara peruntukan utama yang terkandung dalam rang undang-undang ini adalah pertama, bidang kuasa dan kuasa empat peringkat Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Kedua, penubuhan Lembaga Pelantikan Kehakiman Syariah yang bertanggungjawab mengesyorkan orang berkelayakan yang sesuai dan wajar dilantik sebagai hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, dan Mahkamah Tinggi Syariah untuk pertimbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuangku Sultan Kedah. Ini juga disentuh oleh Yang Berhormat Pengkalan Kundor dan jugak Yang Berhormat Kota Siputeh, persoalan yang dibangkitkan dari sudut kelayakan pelantikan hakim untuk kita mengukur pengetahuan hukum syarak hakim yang berlatarbelakangkan undang-undang sivil yang berada dalam pelantikan untuk ketua hakim, pelantikan untuk hakim-hakim yang lain. Juga kriteria pelantikan hakim syarie kepada peguam syarie yang berpengalaman 20 tahun ke atas. Kalau kita mengikuti dalam buku ini, pindaan buku muka surat 97 untuk pelantikan ketua hakim syarie, pelantikan hakim mahkamah rayuan syariah dan sebagainya, kita bukan hanya perlu untuk tengok kepada sub perenggan 2B sahaja. Tetapi kita juga kena mengambil kira sub perenggan 2(1) iaitu dia telah berkhidmat sebagai pegawai syariah negeri. Kemudian, barulah diikuti dengan 2 (3) yang suatu masa dia berkhidmat di bawah sub perenggan 1 dan pada suatu masa lain berkhidmat di bawah sub perenggan 2. Jadi, kita merasakan bahawa untuk sub Perenggan b(1) itu memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengetahuan terhadap undang-undang syariah apabila dia telah pernah berkhidmat sebagai pegawai syariah negeri. Dan sub Perenggan 9 2(b)(2) dan juga 10 2(b)(2) memperuntukkan kelayakan pelantikan hakim itu untuk mana-mana orang yang pernah berkhidmat dalam undang-undang sivil. Kita merasakan bahawa pengetahuan tentang supaya perkongsian kepakaran undang-undang sivil memandangkan terdapat juga isu-isu Mahkamah Syariah yang seringkali dicabar di peringkat Mahkamah Persekutuan. Jadi, kita merasakan bahawa pelantikan ini khusus ataupun keutamaan telah pun berkhidmat sebagai pegawai syariah negeri itu sebagai untuk mengawal supaya ia diberikan keutamaan kepada mereka yang mempunyai kepakaran dalam latar belakang undang-undang syariah.

Walau bagaimanapun, perkara ini merupakan suatu perkara yang kita buat pindaan hari ini, mungkin selepas daripada ini di peringkat jabatan boleh mengadakan libat urus dengan agensi-agensi, dengan persatuan peguam dan sebagainya supaya kita boleh adakan penambahbaikan jika ada keperluan untuk enakmen yang kita bentangkan pada hari ini untuk kita membuat suatu penambahbaikan pada masa yang akan datang. Kota Siputeh juga ada membangkitkan tentang penjawatan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Untuk makluman, penambahan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah adalah bergantung kepada waran jawatan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Setakat hari ini di peringkat negeri, JPA hanya meluluskan dua waran jawatan sahaja. Dan Kota Siputeh juga membangkitkan tentang hakim, jumlah hakim sepertimana yang berada dalam Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Perak dan juga peguam syarie sebagai hakim tambahan, maka jumlah hakim telah pun diletakkan dalam peruntukan kita ini perkara 63(b)(1)(2) dan (3) yang memperuntukkan secara jelas bilangan hakim bagi Mahkamah Utama Rayuan dan juga Mahkamah Tinggi Syariah. Jadi, minima dia ada dan dia boleh ditambahkan kepada jumlah yang difikirkan perlu. Dan ruang kelayakan untuk dilantik tiada dalam peruntukan pelantikan ini kerana jawatan Mahkamah Tinggi Syariah dan juga Mahkamah Rendah Syariah adalah jawatan perkhidmatan awam untuk hakim. Jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan juga Hakim Mahkamah Rendah Syariah adalah jawatan perkhidmatan awam dan pelantikan tersebut adalah berdasarkan kepada pekeliling perkhidmatan sedia ada. Namun begitu, ruang dibuka untuk jawatan Hakim Mahkamah Utama dan Rayuan Syariah atas dasar kontrak untuk tempoh 3 tahun. Walau bagaimanapun, cadangan-cadangan yang dikemukakan saya rasa perlu juga untuk di peringkat jabatan kalau perlu ada penambahan mungkin boleh buat permohonan kepada pihak yang berwajib bagi kita menambah jawatan-jawatan hakim tersebut. Untuk seterusnya, dalam perbahasan yang kita bincang hari ini juga, perluasan kuasa MAL Mahkamah Syariah daripada amaun dan nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi RM100,000.00 dinaikkan kepada tidak melebihi RM300,000.00. Memandangkan klausa yang ada hari ini, mahkamah rendah hanya boleh bicarakan untuk perbicaraan kes yang tuntutan bawah daripada RM100,000.00. Tapi la ni ramai orang kaya, mungkin kes-kes yang berada di peringkat mahkamah juga kes-kes tuntutan khususnya sepencarian melebihi RM100 ribu. Jadi, sebenarnya ia hanya boleh ataupun boleh ia dibicarakan di mahkamah rendah. Oleh kerana kita untuk persidangan kali ini, dicadangkan untuk kita angkat daripada RM100 ribu kepada RM300 ribu. Itu merupakan kes yang biasa.

Yang keempat, kuasa mahkamah syariah untuk menjalankan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh melalui online dan sebagainya teknologi baru, sepertimana disentuh oleh Yang Berhormat Bandar Baharu tadi, maka ini juga ada dalam peruntukan undang-undang dan kuasa mahkamah syariah untuk mengadakan suatu perkhidmatan elektronik bagi penerimaan, pemfailan, penyampaian, pengakuan terimaan, pengemukaan, penyimpanan apa-apa dokumen atau bayaran secara elektronik. Ini juga terkandung dalam enakmen yang kita bentangkan pada pagi ini.

Jadi, saya rakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh Ahli - ahli Yang Berhormat yang memberikan pandangan, saranan dan InsyaAllah, saya yakin jabatan akan mengambil kira pandangan-pandangan yang dikemukakan untuk suatu masa yang akan datang. Mungkin libat urus yang lebih kepada agensi-agensi yang terlibat. Moga-moga apa yang kita cadangkan pada hari ini untuk kita luluskan dan ia merupakan sejarah baru kepada Negeri Kedah Darul Aman apabila pindaan Undang – Undang Tubuh Kerajaan dan juga Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah ini, kitalah antara negeri yang terawal. Sekian, saya menyokong rang undang-undang ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Exco.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan pentadbiran kehakiman Syariah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan pentadbiran kehakiman Syariah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya”.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

-FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’.

[Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 3 – 7

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 – 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 – 7 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 8 – 11

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 8 – 11 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 8 – 11 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 12 – 15

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 12 – 15 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 12 – 15 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 16 – 19

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 16 – 19 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 16 – 19 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 20 – 23

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 20 – 23 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 20 -23 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 24 – 27

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 24 -27 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 24 – 27 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 28 – 31

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 28 – 31 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 28 – 31 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 32 – 35

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 32 – 35 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 32 – 35 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 36 -39

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 36 – 39 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 36 – 39 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 40 – 43

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 40 – 43 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 40 - 43 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 44 – 47

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 44 – 47 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 44 – 47 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 48 – 53

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 48 – 53 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 48 – 53 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-JADUAL BAHAGIAN I

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Jadual Bahagian I menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Jadual Bahagian I ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-JADUAL BAHAGIAN II

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Jadual Bahagian II menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Jadual Bahagian II ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Terima kasih YB. Jitra. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024”. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024.

Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024.Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024, dibacakan bagi kali yang pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Bacaan Kali Pertama

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 8 Ogos 2024 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Boleh tengok dalam warta jilid 67 muka surat 167 untuk versi Bahasa Melayu, muka surat 171 untuk versi Bahasa Inggeris. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan rang undang-undang bernama “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Tuan Speaker saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008”. Bacaan Kali Pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

- SILAKAN

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024 seperti berikut:-

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk menyelaras beberapa tafsiran dalam seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No. 9/2008] sebagai suatu pindaan berbangkit selari dengan pemansuhan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No. 12/2008] dan digantikan dengan enakmen yang baharu. Pada masa yang sama, Rang Undang-Undang ini juga bertujuan untuk meminda seksyen 28 Enakmen No. 9/2008 bagi memperluas perwakilan kewajipan atau kuasa Majlis Agama Islam Negeri Kedah (“MAIK”) kepada mana-mana orang bagi penunaian mana-mana kewajipan atau penjalanan mana-mana kuasa MAIK. Cadangan pindaan ini adalah bagi melancarkan pengurusan pentadbiran MAIK dalam penjalanan kuasanya.

Rang Undang-Undang ini mempunyai tiga (3) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti yang berikut:

(a) Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan;

(b) Fasal 2 bertujuan untuk meminda takrif tertentu dalam seksyen 2 Enakmen No. 9/2008, berikutan pemansuhan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No. 12/2008] dan digantikan dengan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024; dan

(c) Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 28 dalam subseksyen (1) dan (3) Enakmen No. 9/2008 untuk memperluas perwakilan kewajipan atau kuasa Majlis kepada mana-mana orang bagi penunaian mana-mana kewajipan atau penjalanan mana-mana kuasa Majlis.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon untuk mencadangkan. Terima kasih.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan. Silakan.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahirabbil ‘alamin, wassalatu wasalla muala rasulillah lil amin wa'ala alihi wa sahbihi ajma’in. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN, pegawai kerajaan serta pemerhati yang dikasihi sekalian. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan negeri yang telah berusaha mewujudkan dan meletakkan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan kita merasakan satu kebanggaan kepada kita selain daripada Terengganu dan Perak. Terengganu telah meletakkan di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri adapun di Negeri Perak meletakkan empat ‘layer’ untuk mahkamah syariah.

Tetapi bagi Negeri Kedah, kita lebih hebat iaitu kita menggabungkan kedua-duanya sekali di dalam persidangan kita pada kali ini. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah. Seterusnya, untuk kita nak memastikan supaya perjalanan Mahkamah Syariah kita berjalan dengan lancar terdapat beberapa fasal, fasal pertama dan fasal yang kedua di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Kedah. Kemudian, saya ingin menyebut dalam pindaan seksyen yang ke 28 daripada Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Kedah 2008. Daripada 89 seksyen itu, kita nak pinda satu seksyen, iaitu seksyen 28(a) subseksyen 1 dan (b) subseksyen 3. Di dalam seksyen 1 menyatakan bahawa hendaklah menjadi kewajipan Majlis, iaitu Majlis Agama Islam untuk menggalakkan, mendorong dan membantu dan mengusaha kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di Negeri Kedah Darul Aman selaras dengan hukum syarak. Dalam seksyen 7(2), Majlis hendaklah mempunyai kuasa bagi maksud menunaikan kewajipan di bawah subseksyen 1, iaitu terdapat 8 kuasa yang telah diberikan kepada Majlis untuk dilaksanakan. Antaranya ialah (a), menjalankan segala aktiviti yang tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak dibenarkan dalam agama Islam khususnya memajukan perusahaan komersial dan perindustrian. (d), untuk melabur dalam apa – apa pelaburan yang dibenarkan (e), untuk menubuhkan apa – apa skim bagi memberi pinjaman daripada Baitulmal kepada individu beragama Islam bagi pendidikan tinggi. Sehinggalah ada lapan tugas dan kewajipan Majlis untuk dilaksanakan. Yang terakhirnya (h), untuk melaksanakan segala perbuatan yang difikirkan oleh Majlis dikendaki ataupun sesuai dengan manfaat. Jadi, maknanya yang ke (h) ini, yang ke-8, memberi satu ruang yang lebih luas lagi usaha yang perlu dilakukan oleh Majlis. Jadi, kuasa Majlis ini terlalu banyak, terlalu besar, tetapi apa yang terkandung di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam ini seolah menyekat untuk kita nak berusaha, nak berurusan lebih luas lagi. Dengan dihadkan dalam seksyen 28(a) dan 28(b) itu, hanya Majlis boleh melalui ketetapan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis mewakilkan kepada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha ataupun mana-mana Jawatankuasa Majlis dalam menunaikan kewajipan ataupun menjalankan kuasa tersebut. Iaitu kuasa ini hanya diberikan kepada Yang Dipertua Majlis, Timbalan Yang Dipertua Majlis, Setiausaha Jawatankuasa Majlis sahaja. Jadi, kita fahami Yang Dipertua Majlis ialah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Syarafuddin Badlishah Ibni Sultan Salehuddin, Raja Muda Kedah. Adapun Setiausahanya ialah Yang Dipertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

Kemudian, jawatankuasa – jawatankuasa yang ada dalam Majlis ini pula daripada Mufti, kemudian daripada Ketua Hakim Syarie, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri. Jadi maknanya, kesemua yang ada dalam Jawatankuasa Majlis ini semuanya mempunyai komitmen dan kerja mereka yang tersendiri. Maka, dicadangkan supaya ditambah di dalam seksyen 28 ini iaitu dengan perkataan mana-mana orang. Iaitu pihak Majlis boleh mencadangkan sesiapa yang sesuai, sesiapa yang patut untuk melaksanakan, untuk melakukan tugas-tugas yang begitu banyak yang ada dalam Majlis. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis kerana pihak Majlis telah berjaya dalam tahun ini sahaja mengikut rekod yang kita dapat melalui sumbangan yang telah diberikan oleh Baitulmal. Iaitu yang berada salah satu daripada usaha yang dilakukan oleh Baitulmal yang berada di bawah pihak Majlis, iaitu tugas mereka yang begitu banyak. Tugas Baitulmal ini antaranya adalah untuk harta pusaka, kemudian ‘luqatah’, perkara-perkara yang jatuh dan hilang, wang dan harta yang tidak patuh syariah, kemudian wang yang tidak dituntut, hisbah dan wasiat, infaq fi sabilillah. Semuanya berada di bawah bidang kuasa Baitulmal dan usaha yang dilakukan oleh Baitulmal ini begitu banyak dan tentulah ia perlu kepada mereka-mereka yang disebutkan ini, mana-mana orang yang ada kemampuan untuk konsep “wa ta'awanu alal birri wa taqwa”, iaitu ta’awun bantu ke arah kebaikan dan ketakwaan, maka pihak Majlis boleh melantik sesiapa yang dianggap sesuai dan perlu untuk melaksanakan kerja-kerja ini demi memastikan supaya ekonomi dan kehidupan umat Islam ini terjamin. Antaranya program yang dilakukan oleh Baitulmal ini saya ucapkan terima kasih kepada pihak Baitulmal yang diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Syarafuddin Badlishah Ibni Sultan Salehuddin, Raja Muda Kedah yang telah melaksanakan beberapa program dan sumbangan khususnya 18 Jun 2024 baru – baru ini telah pergi ke kawasan saya di Pokok Sena untuk menyampaikan sumbangan Majlis Penyerahan Daging Korban dan Sumbangan Baitulmal 1445 di Masjid Al-Kausar Bukit Payung. Kemudian sumbangan pada 28 Mac, sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Sungai Layar dengan bantuan kepada 120 penerima, semua ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya. Anggarannya lebih kurang RM50,000 keseluruhan sumbangan untuk Hari Raya Aidilfitri sahaja, iaitu RM636,000 diberikan. Kemudian, menurut Ketua Bahagian Baitulmal, Syeikh Ahmad Zaki Ghazali iaitu menyediakan 11 kabin guru kelas, kelas kabin guru, kelas Al-Quran dan Fardhu ain KAFA sejak 2022 hinggalah 2024, keseluruhannya hampir RM300 ribu.

Jadi, maknanya sumbangan yang diberikan begitu banyak dan kita mengharapkan dengan kita mengubah sedikit daripada seksyen 28 ini, maka ia akan menjana pendapatan yang lebih banyak kepada Baitulmal dan khususnya kepada Majlis dan InsyaAllah, sumbangan-sumbangan ini akan dapat diberikan lebih banyak lagi. Dengan ini, saya menyokong supaya pindaan seksyen 28 ini dilakukan di dalam rang undang-undang ini. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Bukit Lada. Sekarang dipersilakan pihak kerajaan untuk menggulung rang undang-undang tersebut.

Yang Behormat Speaker, harap Ahli-ahli Yang Berhormat semua jelas dengan apa yang dibahaskan oleh YB. Bukit Lada sebentar tadi. Terima Kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

-FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024”.

Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024.

VII. Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024.Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024, dibacakan bagi kali yang pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Bacaan Kali Pertama

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 8 Ogos 2024 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Boleh rujuk warta muka surat 175.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan rang undang-undang bernama “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008”. Bacaan Kali Pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

Silakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024 seperti berikut:-

Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan untuk menyelaras beberapa tafsiran dalam seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No. 11/2008] sebagai suatu pindaan berbangkit selari dengan pemansuhan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No. 12/2008] dan digantikan dengan enakmen yang baharu.

Pada masa yang sama, Rang Undang-Undang ini juga bertujuan untuk meminda seksyen 37 Enakmen No. 11/2008 berkenaan gangguan seseorang yang menghalang lelaki atau perempuan yang telah mencapai umur untuk berkahwin dengan sah. Pindaan ini adalah bagi menyelaraskan dengan pindaan yang telah dibuat melalui Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 [Enakmen No. A51/2022] bertarikh 8 September 2022 yang telah menaikkan had umur perkahwinan seseorang perempuan daripada enam belas tahun kepada lapan belas tahun melalui seksyen 8 dan seksyen lain yang berkaitan.

Rang Undang-Undang ini mempunyai empat (4) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti yang berikut:

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas Enakmen dan bertujuan untuk memberi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kuasa untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Enakmen ini;

Fasal 2 bertujuan untuk meminda dan memotong beberapa takrif dalam seksyen 2 Enakmen No. 11/2008;

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 37 Enakmen No. 11/2008 bagi menggantikan perenggan (b) untuk menyelaraskan dengan pindaan yang telah dibuat kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 [Enakmen No. A51/2022]; dan

Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam Huraian ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon untuk mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan.

Diminta Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk berbahas.

Puan Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, para Exco, Ahli – Ahli Yang Berhormat, ketua – ketua jabatan dan tuan – tuan dan puan – puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024. Ada beberapa berlaku perubahan istilah seperti di pindaan Seksyen 2, pindaan Seksyen 37 dan pindaan jadual kedua di muka surat 175, kita bersetuju dengan perubahan istilah ini untuk penambahbaikan. Saya cuma ingin menyentuh mengenai pindaan Seksyen 37 yang menggantikan perenggan (b) dengan perenggan berikut, “untuk menahan seorang lelaki atau seorang perempuan yang telah mencapai umur 18 tahun daripada berkahwin

dengan sahnya.” Jika dulu perenggan ini berbunyi, “untuk menahan seorang lelaki yang telah mencapai umur 18 tahun atau seorang perempuan yang telah mencapai umur 16 tahun dan berkahwin dengan sahnya.” Perubahan umur dari 16 ke 18 tahun ini bagi kedua – dua lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin adalah suatu keputusan yang baik dan rasional. Sidang DUN Negeri Kedah pada 18 Julai 2022 yang lalu, telah meluluskan pindaan RUU Enakmen Keluarga Islam ini termasuk menaikkan had umur berkahwin bagi perempuan Islam dari 16 tahun. Namun begitu, di bawah RUU ini, perempuan Islam di bawah usia 18 tahun masih boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah Negeri Kedah. Walaupun had umur perkahwinan di Malaysia berbeza – beza antara satu negeri dengan negeri yang lain, kerajaan sedang giat menjalankan usaha untuk menyelaraskan usia perkahwinan pada 18 tahun bagi lelaki dan wanita. Buat masa ini, terdapat negeri yang menetapkan umur perkahwinan yang lebih rendah seperti 16 tahun, seperti di Perlis, Pahang, Pulau Pinang, terutamanya bagi perempuan. Maka Negeri Kedah menjadi antara negeri yang terkehadapan dalam melakukan perubahan kepada isu ini dalam RUU Keluarga Islam. Di kesempatan ini juga saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu yang dibenarkan berkahwin di usia 18 tahun ini atas beberapa sebab yang rasional. Yang pertamanya, isu pemantapan ekonomi sesebuah rumah tangga di awal perkahwinan. Kebanyakan kes perceraian yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan oleh masalah ekonomi, pendapatan yang tidak tetap dan peningkatan kos hara hidup dan sebagainya. Usia 18 tahun adalah waktu yang dikira mereka ini baru nak menamatkan waktu persekolahan sekolah menengah atau waktu untuk mula melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, perubahan umur ini adalah untuk mengelakkan kes perceraian di usia muda yang berpunca daripada sikap tidak matang, tidak dapat mengawal emosi, masih bergantung kepada ibu bapa dan sebagainya. Contohnya di Langkawi, bagi bulan Julai 2024, kes cerai adalah sebanyak 22 kes yang dilihat sebagai agak tinggi dalam sesuatu bulan itu. Tetapi Yang Berhormat Timbalan Speaker, bila kita turun sendiri menyantuni permasalahan rakyat bila melihat sendiri beban, sengsara yang ditanggung oleh si isteri ataupun kaum ibu, antaranya tiada sumber pendapatan untuk membesarkan anak bila ditinggalkan oleh suami, digantung tidak bertali, kes anxiety, ganguan jiwa di usia muda, terpaksa meninggalkan anak – anak kepada ibu bapa yang telah tua untuk menjaga dan sebagainya, maka kita juga kadang – kadang menjadi penyumbang kepada kes perceraian tersebut. Maksud saya, bila turun berjumpa dengan kes-kes ini, kita memang tengok statistik perceraian itu tinggi tapi kita juga menasihat mereka untuk cerai. Bukan maksud saya, faham kot maksud saya no? Bukanlah ADUN ni menjadi punca kepada peningkatan statistik perceraian tu.

Tapi bila tengok kes tu, kita kata elok lah, “hampa bercerai saja lah”. So, bulan lepas sahaja tiga kes yang saya bawakan kepada Pegawai Agama Daerah Langkawi, Tuan Syeikh Lukman bin Ishak, untuk mendapat nasihat berkaitan kes-kes yang berlaku di Langkawi. Jadi, antaranya adalah perkahwinan di awal usia ni lah. Yang seterusnya berkaitan isu keluarga ini juga, saya ingin menyentuh mengenai kes-kes bunuh. Nak sebut pun takut ni, yang berlaku melibatkan wanita dan anak-anak yang dilihat semakin serius dan mengerikan. Selisih faham saja bunuh, cemburu bunuh, rogol bunuh. Di manakah rasionalnya? Kewarasan manusia sekarang bila masalah yang membelenggu tidak dapat diselesaikan, maka manusia lebih mudah memilih jalan pendek untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya ia adalah permulaan kepada masalah yang lebih sukar dan panjang. Maka kita menyeru agar mahkamah syariah ini sentiasa lebih diperkasakan, lebih dimudahkan, mempercepatkan kes-kes yang tertangguh sekian lama yang menganggu emosi dan perjalanan hidup terutamanya wanita atau si isteri bila berlakunya kes-kes cerai dalam sesebuah keluarga. Saya juga nak ucapkan terima kasih kerana memilih saya untuk menjadi pembahas di atas tajuk ini yang telah menyebabkan saya terpaksa membaca keseluruhan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah Darul Aman tahun 2008 yang mempunyai 130 seksyen yang memberi idea dan ilmu kepada saya untuk menjawab isu ini dan permasalahan rakyat ini yang lebih baik di Kawasan, InsyaAllah. Maka dengan ini, saya menyokong pindaan di dalam RUU Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah Darul Aman pindaan 2024. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Ayer Hangat. Nak panggil YB. Ayer Hangat pergi selesai kes rumah tangga ni bahaya. Dia kira mudah saja, cerai saja (sambil ketawa). Ada lagi tak pembahas? Kalau tak ada…. Oh! Lunas nak?

Boleh ya, YB. Tuan Speaker?

Speaker

Jangan panjang sangat noh?

Depa kata nak bagi cukup sampai pukul 1.00. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Dia nak sebut Dato’ jugak. Yang Amat Berhormat Jeneri, Ahli – ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua – ketua jabatan, tuan-tuan dan puan - puan yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, hari ni kita mendengar perbahasan dari pagi tadi lah, semua bab syariah saja lah. Tapi saya nampak Yang Amat Behormat Jeneri ceria berbanding selalu. Ini ayat umum, umum. Baik. Saya pun ambil ayat yang disuarakan oleh YB. Ayer Hangat juga tadi. Kita tidaklah mahir dalam bidang syariah, tapi terpaksa membaca enakmen syariah ni daripada malam sampai subuh. Jadi, nak hadam tu tak lah, tapi sikit-sikit tu boleh lah. Dia macam YB. Ayer Hangat, dia senang tadi. Dia punya cadangan untuk penyelesaian masalah tu cepat. Macam kita ni lambat lah sikit.

Baik, apapun enakmen ataupun Pindaan Rang Undang-Undang Keluarga Islam ni amat baik dan perlu kita perhalusi mengikut kepada kesesuaian peredaran zaman. Kerana dalam pindaan ini, tadi dinyatakan juga had umur untuk berkahwin ini dinaikkan daripada 16 ke 18. Saya bersetuju, atas beberapa faktor kerana kalau kita lihat definisi kepada perkahwinan itu sendiri, perkahwinan kanak-kanak itu sendiri, dia rujuk kepada sebarang perkahwinan rasmi atau tidak rasmi di mana pasangan seperti telah berkahwin antara kanak-kanak di bawah umur 18 dengan orang dewasa atau kanak-kanak yang lain. Kalau kita lihat kepada masalah rumah tangga yang berlaku pada hari ini, kalau ambil daripada data daripada mahkamah syariah, jumlah peningkatan perceraian itu amat tinggi. Kalau hari itu semasa taklimat dengan Ketua Hakim Syarie ini dimaklumkan Kedah sahaja satu tahun lebih kurang 15,000 kes. Dan kalau kita buat perincian kepada peringkat umur, rata-rata pasangan yang bercerai ini adalah terdiri pada golongan muda. Dan apabila perkahwinan itu tidak berlandaskan kepada syarat-syarat ataupun persiapan terutama pada diri sendiri, bukan sahaja persiapan dari segi materialistic, tapi persiapan dari segi dalaman diri, maka ianya mudah membuka ruang kepada berlakunya perceraian. Mujurlah hari ini, bukanlah hari ini, Allah SWT tu bagi hak cerai tu kepada lelaki. Kalau dibagi kepada perempuan, Allah hu'alam, sehari berapa kali kena cerai, saya pun tak taulah. Ini hukum-hukum! Hukum! Yang Berhormat Merbau Pulas, itu hukum. Sebab Allah ciptakan lelaki ni 9 akal, 1 nafsu dan wanita ni 9 nafsu, 1 akal. Tapi yang 1 akal ni, dia banyak akal, lelaki ini.

Baik. Kenapa juga saya katakan tadi perceraian itu apabila pernikahan itu berlaku terlalu usia muda? Yang pertama, kalau kita izinkan perkahwinan ini pada usia muda, kita akan mendedahkan satu, kepada keganasan rumah tangga. Yang ni banyak kena kepada wanita lah, penderaan rumah tangga. Kemudian, dia akan mengalami masalah perkembangan emosi dan psikologi yang terganggu. Bila dia kahwin terlalu muda juga, terutama sekali di usia yang dia masih lagi menuntut ilmu. Sebagai contoh di sekolah, kalau dia berkahwin 16 tahun, 16 ni, tingkatan 4. Bila dah berkahwin ni, tumpuan dia lebih kepada rumah tangga, maka dia ada peratusan yang tinggi tercicir ke sekolah. Jadi, bila tidak ada pendidikan, dia akan membuka ruang yang lebih luas kepada masalah kemiskinan. Sebab kemiskinan ini boleh diubah salah satunya dengan ilmu. Kalau wanita itu sendiri, dia dah berkahwin muda, dia dah tak belajar. Bila tak belajar, mana dia nak datang ilmu tu? Bila tak datang ilmu, maka kadar kemiskinan kita akan menjadi lebih tinggi. Oh! 10 minit lagi no YB Speaker, jenuh goreng. Kemudian, perkahwinan awal usia muda ni juga, ia akan mendedahkan ibu itu kepada komplikasi semasa mengandung dan melahirkan. Kalau kita tengok data-data di kementerian kesihatan itu sendiri, banyak terjadinya kes kematian terutama kepada ibu dan anak itu berlaku pada usia ataupun kandungan yang maknanya berkahwin muda. Ibu-ibu muda ini terdedah. Kerana mungkin dia tidak diberikan pendedahan dalam soal kesihatan dan menguruskan rumah tangga. Jadi, mudah berlakunya kepada masalah kematian kepada ibu dan juga anak. Yang Berhormat Speaker, justeru itu satu kajian perlu dibuat bagi memastikan pindaan kepada enakmen undang-undang ni benar-benar memberikan kesan kerana mungkin kesesuaian untuk kita kata perkahwinan awal usia ni zaman mak ayah kita, tok, tokwan kita mungkin sesuai kerana waktu tu peredaran zaman dia berbeza dengan kita. Tapi hari ni, had pada perkahwinan itu perlu ditetapkan kepada umur 18 tahun. Sekurang-kurangnya kalau kita mengundi sekali pun had yang ditetapkan adalah syarat 18 tahun kepada yang boleh mengundi. Maknanya pemikiran, tahap matang itu sudah ada pada umur 18 tahun. Jadi, apa juga keputusan-keputusan yang nak dibuat, terutama dalam rumah tangga ini, dia akan berfikir lebih Panjang lah daripada kita meletakkan satu had usia 16 tahun ini adalah satu had yang amat tidak sesuai. Justeru itu, apa juga pindaan yang dibuat dalam Enakmen Undang-Undang Syariah ini, daripada awal pembentangan sehinggalah sekarang ini, tujuannya adalah pertama untuk memperkukuh serta memperkasakan Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam itu sendiri. Yang kedua, untuk memastikan tidak berlaku ketidakadilan ataupun kezaliman kepada mana-mana pihak. Adil itu, ataupun adil yang diwajibkan itu adalah berkonsepkan ‘samawi’ iaitu perintah Allah yang melengkapi segala hubungan manusia dengan kehidupannya dan mengatasi undang-undang ciptaan manusia itu sendiri.

Firman Allah SWT: ِأعوذُ بِٱّلل ِ مِنَ ٱلش يۡطَٰنِ ٱلر جِ يم

إِن ٱ َ ّلل ُيَأ مُر ِٱب ِل عَد ل َٱو ِْل ِح سَـٰن ِوَإِيتَا ئ ذِى ٱ ٰل قُر بَى ٰوَيَن هَى ِعَن ٱ ِل فَح شَا ء َٱو ِل مُنكَر َٱو ِل بَغ ىۚ يَعِظُكُم لَعَل كُم َتَذَك رُون

Maksudnya; “Sesungguhnya Allah menyuruh kalian berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kalian dengan suruhan dan larangannya, supaya kalian mengambil pernyataan dengan mematuhinya”. Surah An-Nahl Ayat 90. Justeru itu, apa jua pindaan yang kita persetujui, apa jua pindaan yang kita akan buat dan kita sokong mestilah selari dengan perintah Allah SWT agar kita dapat berlaku adil terhadap setiap peruntukan undang-undang yang kita akan laksanakan. Justeru itu, saya mohon menyokong Pindaan Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kedah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Lunas. Sekarang dipersilakan pihak kerajaan untuk menggulung rang undang-undang tersebut.

Terima Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada Ahli – ahli Yang Berhormat yang memberikan pendangan. Walaupun pindaan kita ini hanya pindaan untuk perubahan – perubahan yang kita buat hasil daripada pindaan enakmen yang telah pun berlaku sebelum ini. Jadi, pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat, jabatan – jabatan akan ambil perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Sepaker.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008”.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

-FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024”.

Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

Speaker

Oleh kerana semua atur cara mesyuarat pada hari ini telah selesai dijalankan, maka saya dengan ini menangguhkan persidangan Dewan pada jam 9.00 pagi esok.

[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.20 petang]