Kedah · 26 August 2024

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 335 turns · 18,612 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Doa.

Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, hari ini Dewan Undangan Negeri Kedah telah menerima kunjungan sebagai pemerhati daripada Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MIMDA), Pasukan Peguam daripada undang-undang dan hak asasi manusia Negeri Kedah dan Persatuan Pesuruhjaya Sumpah Kedah/Perlis.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

I. Sambungan Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Setiausaha Dewan

Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Mulut.

Speaker

Sat Tokai Nak tengok yang nak jawab belum sampai Ada dah? Alhamdulillah. Jadi silakan Yang Berhormat Tokai.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 7.

7. Kadar jumlah hujan semasa tahun ini berkurangan iaitu pada kadar 1/3 sahaja berbanding tahun sebelum ini. Jangkaan Jabatan Metereologi untuk tahun hadapan kemarau akan dihadapi agak panjang, jadi apakah persediaan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) di dalam menghadapi situasi ini?

Speaker

Silakan yang Berhormat Exco.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Menteri Besar. Ahli – ahli yang Berhormat. Ketua – ketua jabatan. Seterusnya para pemerhati sekalian.

Menjawab soalan ini, Yang Berhormat Tokai berhubung dengan jangkaan Jabatan Meteorologi untuk tahun depan dijangka kemarau panjang dan bekalan air dijangka berkurangan. HasbunAllah wa ni'mal wakil, ni'mal mula wa ni'mal nasir wa la hawla wa la quwwata illa billahi al-azim. Untuk tujuan itu, Lembaga Sumber Air diamanahkan untuk menjaga sumber air ini.

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah ataupun LSANK telah dan melakukan beberapa tindakan dan juga akan meneruskan tindakan itu antaranya pertama ialah membuat simpanan air secara maksimum, untuk memastikan takungan mencukupi untuk menghadapi musim kemarau. Yang kedua ialah, mengawal pelepasan air dari empangan untuk kegunaan domestik, pertanian dan industri. Pelepasan air ini dibuat mengikut SOP yang tertentu, yang bukan boleh dilepaskan bergitu sahaja. Untuk jangka pendek, Lembaga Sumber Air insyaAllah akan terus berusaha dengan melakukan pembenihan awan. Dan untuk makluman Dewan, pada 31 Julai, 29 hingga 31 Julai yang lepas, Lembaga Sumber Air dengan Jabatan Meteorologi dan juga NADMA telah melakukan pembenihan awan, operasi pembenihan awan, OPA.

Dan Alhamdulillah, hasil daripada operasi tersebut, empangan muda yang sebelumnya mencapai 1.15 juta meter cube dapat meningkat sehingga 3.05 juta meter cube. Yang Berhormat Speaker, yang kedua, jangka panjang. Jangka panjang, Lembaga Sumber Air atau LSANK telah memohon kepada Kementerian Tenaga dan Transformasi Air iaitu PETRA untuk cadangan Pembangunan Kolam Takungan Air Pinggiran Sungai atau ringkasnya disebut TAPS. Ada 27 tapak yang dicadangkan dan dalam RMK12 ini telah diangkat 4 tempat. 4 permohonan untuk diadakan takungan air pinggiran sungai ini. Dan selain itu Lembaga Sumber Air juga bercadang untuk memohon lagi untuk RMK13 bagi diadakan TAPS ini. Dan juga satu lagi ialah usaha empangan rendah untuk membina empangan rendah di beberapa tempat di muka sauk yang kita harap bila dibina empangan rendah ini, paras air akan meningkat. Dan pump di muka sauk SADA itu tidak tergantung dan bekalan air akan sentiasa kita harap mencukupi untuk diproses menjadi air terawat. Ini yang desebut oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar sebelum ini yang kata belat sungai kita nak sekat dengan blok – blok konkrit untuk memastikan bekalan air mencukupi di muka sauk untuk diproses oleh SADA. Berikutnya sebagai satu usaha Lembaga Sumber Air juga menyediakan atau telah melakukan beberapa buah telaga tiup untuk dibekalkan ke tempat-tempat tertentu. Bergantung kepada pematuhan syarat syarat teknikal dan setakat ini telah banyak juga yang telah dibuat dan kita harap insyaallah dari masa ke semasa dapat dipertingkatkan. Selain itu Lembaga Sumber Air Negeri Kedah juga berharap oleh kerana kita telah mendapat maklumat awal daripada jabatan meteorologi dan juga daripada Jabatan Meteorologi dan juga daripada NAHRIM bahawa tahun depan ini akan jadi kemarau panjang kerana air berkurangan. Kita harap seluruh rakyat dapat mengambil sikap yang lebih berhati-hati, berhemah dalam penggunaan air. Sebab setakat ini mengikut kajian dilaporkan rakyat Malaysia menggunakan air yang banyak, melebihi daripada yang dicadangkan oleh WHO. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencadangkan seorang satu hari sepatutnya pakai 165 liter sehari. Tetapi hari ini rakyat Malaysia secara umumnya menggunakan air sebanyak 219 liter sehari. Jadi kita nak kena ubah sikit sikap supaya kita lebih berhemah berjimat menggunakan air mudah-mudahan dengan itu dapat memastikan kemampanan sumber bekalan air ini. Dan akhir sekali sebagai seorang Islam, kita berdoa lah, kita sembahyang sunat istiqaq. Bila mana hujan tak turun lama, bila mana kemarau sebagai satu ikhtiar dan doa kepada Allah SWT. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih yang Berhormat. Soalan tambahan.

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Kuala Nerang. Tuan Speaker, satu – satunya sumber air pada bumi ini adalah melalui hujan. Sebab itu negara – negara yang tidak mempunyai hujan menghadapi masalah bekalan air. Tapi kecerdekan yang Allah Ta'ala beri manusia ini, dia boleh kumpul air itu buat empangan. Kita ada banyak empangan di negeri Kedah ini. Dan baru – baru ini, Yang Berhormat Menteri Besar pun dah pi ke Beris nak tgk empangan dan nampaknya bila musim kemarau panjang empangan kia ni akan surut. Dan pernah belaku dalam sejarah empangan kita ni berada dialam keadaan kritikal. Jumlah airnya terlaku kurang sampai kubur beratus tahun pun timbul. Soalan yang saya nak tanya, apakah tahap yang paling kritikal yang sepatutnya empangan kita ni boleh berada dalam simpanan air tu dan bilakah pernah berlaku dalam sejarah yang paling teruk lah empangan kita ni mendapat simpan air? Dan yang keduanya, apakah usaha kita untuk memujuk sahabat – sahabat kita yang dok sebelah sana tu supaya hampa ambil air? Bayar la. Sampai ke la tak bayar lagi. Kita harap usaha ni akan berterusan lah supaya sumber tanah negeri ni dapat ditambah melalui talian air. Kerana hutan kita tak boleh nak terbang lah nak dapat sumber tu. Minta Kuala Nerang menjawab, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Silakan yang Berhormat Exco.

Terima kasih yang Berhormat Tokai atas soalan. Mengikut rekod yang ada khususnya pihak MADA paras kritikal atau paras paling rendah daripada tahun 1974 hingga tahun 2023 di 3 empangan ni, yang paling kritikal berlaku bukan sekarang mengikut pengalaman MADA dilaporkan, dipahamkan oleh saya ketika saya melawat baru-baru ni fenomena nampak kubur ni ialah satu fenomena yang berlaku biasanya 4 tahun sekali. Jadi apa yang berlaku hari ni bagi MADA disifatkan sebagai normal dan bukan lagi kritikal.

Yang kritikal yang paling teruk seperti yang ditanya oleh yang Berhormat Tokai tadi ialah berlaku pada tahun 1978, 6 bulan 3 ketika itu paras terendah ialah 274.5 kaki. Dengan paras paling rendah 2.7% pada ketika itu berbanding dengan paras kemarin 290 kaki dengan 24 juta meter padu 15.74%. Sebelum ini dilaporkan 7% tak seteruk pada tahun 1982. Maafkan saya 1978. Kemudian di empangan Pedu pada tahun 1982, 15 haribulan 4, 11.21% tetapi paras kemarin 34.29%. Dan di Ah Ning pada 29 haribulan 3 2005, parasnya 293.79 kaki 74.24 juta meter padu. 27% ketika itu. Dan kemarin di Empangan Ah Ning 353 kaki dengan 216 juta meter padu 78.53%. Jadi Alhamdulillah hari ini kita tengok paras air ini semakin meningkat dan mengikut unjuran pihak MADA, insyaAllah kita akan dapat simpan sehingga hujung Mac sebanyak 678 juta meter padu. Dan boleh menampung untuk musim pertama tahun 2025. Kita harap selepas itu insyaallah akan ada lagi hujan dan mengikut laporan yang difahamkan kepada saya insyaallah keadaan ini akan boleh di himpun, disimpan air ini untuk memastikan bekalan ini mencukupi. Yang kedua ditanya oleh yang Berhormat Tokai berhubung dengan bayaran kepada kerajaan negeri. Untuk makluman dewan, sekali lagi saya ulang bahawa SADA selaku operator pengeluaran air memang kena bayar kepada LSANK atau Lembaga Sumber Air Negeri Kedah bagi pihak kerajaan Negeri Kedah sebanyak 3 sen, 3 duit untuk 1 meter padu. Dah lama mula bayar. Cuma jiran kita setakat ini di Pulau Pinang belum dan tidak membayar walaupun 1 sen kepada Negeri Kedah, walaupun satu sen kepada negeri Kedah, walaupun air yang digunakan banyak, sampai 84% sumber air itu daripada negeri Kedah. Dan usaha untuk mendapatkan bayaran ini sebenarnya bukan baru dan mula sejak lama, 2012 lagi, berterusan dibuat dan sekarang pun masih kita usaha. Cuma harapan kami harapan pihak kerajaan negeri Kedah khasnya, mudah-mudahan pihak kerajaan Pulau Pinang dapat pertimbangkan dan dapat buat bayaran lah. Kalau kita selaku SADA ini anak syarikat kerajaan negeri sendiri di bawah MBI dan sebagainya juga membayar kepada LSANK, apalah pula jiran kita yang mengambil sumber air daripada kita, yang kita tadah, yang kita jaga, kawasan hutan kita tadahan air dan sebagainya yang kita tak boleh membalak kita tak boleh buat operasi lain-lain. Jadi kita harap mudah-mudahan dan sungguh-sungguh supaya dapat dipertimbang dan dibayar seperti mana SADA membayar kepada LSANK. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjung Dawai.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan Tambahan. NAHRIM meramalkan kemarauan berpanjangan daripada tahun 2025 hingga 2035. Apakah langkah yang diambil sebagai persiapan untuk manghadapi dan memastikan kelestarian air ini dan juga sekuriti makanan terjamin terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Exco.

Terima kasih Muhammad Tokai saya ingat sebahagian besar jawapan telah diterangkan tadi, langkah-langkah untuk kita terangkan tadi, langkah-langkah untuk kita maaf, Tanjung Dawai. Selain daripada itu saya faham soalan ini ditujukan sebab Tanjung Dawai menghadapi masalah air agak kritikal, bagi setengah - setengah tengah tempat, bukan semua, tetapi ada langkah-langkah, pelan tindakan jangka pendek diambil oleh SADA. Bagi kita, sumber air ini insyaallah akan ditakung, disimpan oleh pihak LSANK dan yang saya sebut tadi TAPS ataupun Takungan Air Pinggir Sungai ini bila dilaksanakan dalam RMK-12 ada lagi setahun kemudian RMK-13 ada lagi masa kita harap bila banyaknya takungan-takungan ini kita dapat simpan air yang banyak. Dan pada masa yang sama loji-loji rawatan air kita yang sedang dibina sekarang ini siap dan insyaallah masalah bekalan air ini akan dapat diselesaikan. Insyaallah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. YB. TUAN Speaker Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya adalah dengan adanya perubahan iklim yang tidak menjangka dan kita nampak bila kemarau itu dia berpanjangan, tapi bila yang itu kita nak minta Tuhan bagi pun, belum tentu. Tapi lepas kemarau itu hujan turun, air itu turun sampai kita tak boleh jangka. Dan sekarang ni kalau kita lihat pagi tadi kalau datang dari Mergong. Sepanjang Mergong semua longkang banjir. Dan dekat Alor Setar sekitar ibu kota ini semua banjir. Jadi, apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi selepas kemarau banjir kilat yang berlaku untuk langkah-langkah yang telah diambil? Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Kota Durul Aman. Pertama bagi kami orang Islam khasnya memang mesti dan wajib meyakini bahawa semua ini adalah ketentuan Allah SWT, Tuhan kami dan Tuhan kita semua yang menurunkan hujan. Dan seumpamanya, semuanya ketentuan Allah SWT. Kita berusaha. Kita usaha yang buat OPA, Operasi Pembenihan Awan. Kita usaha buat loji rawatan air. Kita usaha buat TAPS. Itu semua sebagai usaha. Pada masa yang sama, kita doa lah minta hujan turun. Ini tidak memudaratkan kita, tidak sampai banjir. Dan banjir ni pun satu perkara musibah yang menimpa. Yang mesti kita cari jalan untuk atasi. Contoh, masalah perparitan yang disebut tadi, banjir dan sebagainya kalau bawah bandarraya, Majlis Bandaraya nak kena proses longkang dan sebagainya kalau di kampung dan tempat-tempat lain yang berkaitan dengan sungai, alur dan sebagainya yang itu JPS. Jadi dari masa ke semasa, memang JPS sentiasa untuk mencuci sungai, mencuci alur dan sebagainya. Begitu juga pihak berkuasa tempatan sentiasa mengambil berat ni. Cuma, cuma biasalah kan kadang-kadang masalah dia diperlukan untuk menyelesaikan satu masalah. Terutamanya bila berlaku banjir kilat dan sebagainya. InsyaAllah kita sama-sama berganding bahu untuk atasi masalah. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Bukit Lada.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Nerang. Berkenaan dengan isu banjir yang berlaku di kawasan kita ini saya ucapkan terima kasih kepada pihak JPS yang baru ni di kawasan kita di Pokok Sena ni dah beberapa tahun dah daripada zaman sebelum saya di YB lagi di kawasan kuala itu yang kawasan itu kawasan yang selalu banjir jadi kita usahalah, kita usah minta-minta. Alhamdulillah baru ni daripada JKR dah meluluskan 1.5 juta. Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kepada pihak JKR yang prihatin. Dan

InsyaAllah saya rasa lepas ni bila dah kalver ni semua siap untuk kawasan di kolon itu dan di kawasan Jabi dan semua ni akan selesai lah InsyaAllah.

Speaker

Silakan

Respon ka? Baik. Yang Berhormat Bukit Lada. Ini yang saya sebut tadi, kita berusaha. Dan ia mengambil masa yang panjang. Tambah pulak projek yang memerlukan nilai Jutaan ringgit. Saya bagi contoh. Baru – baru ni saya pi di tanjung dawai. Di kampung huma. Kampung huma ni sebenarnya rumah tu dah rapat dengan pantai. Dulu sebelum ni dikatakan lebih kurang 1km pantai tu ke rumah saya dipahamkan begitu tapi bila saya pergi baru ni, rumah tu memang rapat tak sampai 20 kaki, ombak main 3.0 lebih kurang 10 kaki yang berhomat. Dah rapat dengan rumah. Minta tu lama lah, Yang Berhomat jadi adun dulu pun dah minta kan, tetapi Alhamdulillah baru diluluskan. Dan insyaAllah pada bulan Februari 2025 nanti akan mula tender dengan nilai yang lebih kurang 17.5 juta. Jadi insyaAllah akan dibuat projek untuk kawalan hakisan pantai yang insyaAllah akan menyelamatkanlah, kita harap sebagai ikhtiar, menyelamatkan mereka daripada musibah banjir. Ini yang saya nak sebut, dia makan masa. Bukan boleh minta hari ini, siap esok. Di bank bolehlah kita pergi cucukkan, lala dia keluar duit. Tapi itu pun kalau ada duit kalau mesin tak rosak kan jadi makna semua ni memerlukan masa begitu juga kalau buat dangau kan, baru habis musim durian, kita pergi pacak tiang pagi tengah hari boleh la duk, teduh kan. Semua ni memerlukan masa, dia ada prosedur perolehan dan sebagainya, dan kita harap seluruh rakyat bersabar mohon ikut saluran dan bersabar insyaAllah kita akan dapat apa yang kita pohon, sekian terima kasih.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker…

Speaker

Silakan.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tanya adalah, perkembangan terkini LRA Bukit Selambau dan juga perkembangan terkini LRA sungai Limau. Sebab sampai harini,

masih lagi terima banyak aduan persekitaran sungai petani, seperti bukit bayan dan beberapa kawasan terdekatnya masih mengalami gangguan bekalan air lah, walaupun sekarang sudah start musim hujan. Jadi, ditanyakan kepada YB Kuala Nerang?

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih kepada Bakar Arang atas keprihatinan. Sebenarnya kalau pembangkang prihatin tentang LRA ini, pihak kerajaan terutama Yang Amat Berhormat Menteri Besar 10 kali, bahkan berpuluh-puluh kali lebih prihatin, lebih susah hati bila projek itu tergendala. Bukan sahaja rakyat susah hati, kami pemimpin Yang Amat Berhormat selaku ketua kerajaan ini lagi – lagi susah hati dan kita bukan duduk sahaja, bukan duduk tunggu tengok sahaja, tak membiarkan Yang Berhormat, SO, selaku pegawai penguasa bertindak bersendirian tapi kita ada pasukan yang profesional. Walaupun macam mana pun kita tak nafikan bukan hanya projek ini, tetapi juga projek-projek lain, sebenarnya biasa mengalami kelewatan dan dipanjangkan atau dilanjutkan masa. Sebagai contoh loji kumbangan air, di Alor Setar ini kan. Tahun 2018 dia mula buat, tetapi telah diberikan lanjutan masa sehingga 5 kali tapi insyaAllah akan siap pada hujung tahun ini. Yang ini bukan JKR buat. Dan bukan kerajaan negeri buat. Bila habaq apa, proses lanjutan masa ini biasa. Dan terlambat ini biasa. Tapi kita bukanlah biar benda begitu saja. Tapi kita usaha untuk atasi. Untuk selesaikan. Dan setakat ini, Alhamdulillah. Sebagai contoh, Bukit Selambau. Bila menghadapi masalah kelewatan. Kerana masalah kewangan mereka. Lalu jalan keluar yang diberikan. Yang dicadangkan ialah. Kita memberikan DOE. Deep of Assignment. Bayaran terus kepada subcontractor dan ini telah pun kita bagi kepada mereka untuk mereka buat pinjaman bank dan sebagainya untuk melancarkan kerja-kerja di Bukit Selambau yang hari ini telah mencapai tahap 29.2%. 29.2% yang memang pada asalnya tahun 2023 siap tapi oleh kerana PKP, COVID dan sebagainya dan tempoh lanjutan yang baru diberikan ialah sehingga tahun 2025. Itu yang saya sebut dulu, kita jangka insyaAllah 2026 boleh selesai masalah air di sana lah. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Untuk soalan seterusnya Yang Berhormat Belantek.

Rakyat Malaysia sambut merdeka pada 31 haribulan 8, soalan saya no 8.

8. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam Daerah Sik?

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam Sejahtera. Selamat pagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat – Yang Berhormat. Ketua – ketua dan pengarah – pengarah agensi, dan para tetamu sekalian. Soalan no 8. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan di Daerah Sik? Pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan di daerah Sik melibatkan pelbagai inisiatif dan projek yang bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan taraf hidup penduduk tempatan. Beberapa sebagai langkah utama yang telah diambil seperti galakan dalam sektor pertanian. Sik adalah daerah yang terkenal dengan sektor pertaniannya dan di sasar untuk menjadi hub tanaman padi huma di negeri ini sebagai langkah alternatif bagi menambah bekalan beras putih tempatan. Kerajaan negeri melalui inisiatif oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melaksanakan inisiatif penanaman padi huma di mana Lembaga Zakat Negeri Kedah bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk mendorong dan menyediakan bantuan kepada petani untuk meningkatkan hasil petanian. Termasuk penggunaan teknologi moden serta pembukaan tanah baru untuk petanian. Selain itu, usahawan tempatan di daerah Sik telah memperkenalkan konsep pertanian alami dengan membangunkan beras organik di Sri Lovely Organic Rice Farm, Lembah Organik Kampung Lintang, Sik. Usaha - usaha ini telah menunjukkan sektor pertanian bukan sahaja dapat menjamin kelangsungan dan keterjaminan makanan malah

membuka peluang peningkatan pekerjaan, ekonomi dan taraf hidup kepada khususnya rakyat di daerah Sik.

Selain daripada itu langkah yang seterusnya adalah promosi sektor pelancongan Eko dan Agro. Daerah Sik mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, terutama dalam pelancongan eko dan agro. Sejajar dengan slogan ‘Experience Kedah’ Tahun Melawat Kedah 2025, Kerajaan Negeri telah mempromosikan pelbagai kawasan pelancongan seperti Tasik Beris, pelbagai Hutan Lipur Lata Air Terjun, Hutan Simpan Kekal Ulu Muda yang merupakan aset permata di Negeri Kedah dan banyak lagi tempat menarik sebagai destinasi pelancongan untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa. Selain itu, pertubuhan pelbagai resort, chalet dan inap desa di Daerah Sik juga turut menambah dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam sektor pelancongan, perhotelan dan perkhidmatan. Di samping itu, inisiatif kerajaan negeri membangunkan industri Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Kerajaan Negeri juga melalui Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK) dan beberapa agensi kerajaan telah memberikan sokongan kepada usahawan tempatan melalui pelbagai program pembangunan usahawan dan bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan kecil dan sederhana. Ini termasuk bantuan dalam pemasaran, latihan, dan teknologi. Selain itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pelbagai pusat latihan kemahiran dan agensi-agensi kerajaan telah menjalankan pelbagai program peningkatan latihan dan kemahiran dalam bidang yang diperlukan oleh keperluan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran penduduk tempatan. Seterusnya melalui Galakan Pelaburan Baru. Kerajaan Negeri telah menaiktaraf pembangunan infrastruktur dan prasarana di Daerah Sik untuk menarik pelaburan baru dan mewujudkan kawasan projek pembangunan baru dalam sektor perindustrian bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat di Daerah Sik. Selain itu, ianya akan memudahkan perniagaan sedia ada untuk lebih maju dan berkembang pesat. Dengan langkah-langkah ini, kerajaan negeri Kedah berharap dapat meningkatkan taraf ekonomi Daerah Sik dan menyediakan dan menciptakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan. Sekian terima kasih.

Speaker

Soalan Tambahan. Yang Berhormat Belantek.

Soalan Tambahan YB Speaker. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuka zon perindustrian baharu di Sik bagi merancakkan lagi sektor pengkilangan sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Terima kasih soalan tambahan dari Adun Belantek. Ada ciri – ciri dan kreteria – kreterianya untuk pembukaan zon perindustrian baharu. Dan negeri Kedah kini merupakan sebuah negeri yang mendapat perhatian para pelabur dari dalam dan luar negara khususnya dalam segmen pendusian berkaitan elektrik elektronik, semikonduktor tenaga yang boleh diperbarui dan juga pembuatan cip. Ada ciri-cirinya yang seperti saya sebut tadi, kawasan tumpuan bagi Zon perindustrian seperti Bukit Kayu Hitam, Kulim dan Sungai Petani mempunyai lokasi kedudukan yang lebih strategik. Not pelaburan kerana berdekatan dengan jaringan leburaya, akses kepada kemudahan logistik dan pelabuhan, serta ketersediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti seperti gas, elektrik dan telekomunikasi. Hasil manfaat daripada pelaburan yang masuk ini telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat bagi menjana peluang pekerjaan dan juga menyumbang kepada peningkatan hasil kepada negeri. Namun, buat masa kini kerajaan negeri tidak bercadang untuk membangunkan kawasan perindustrian yang menempukan kepada industri berat mahupun teknologi tinggi di kawasan Sik. Ini adalah kerana menilai dari segi kedudukan geografi dan topografi daerah Sik yang berada di kawasan pedalaman luar bandar, zon perindustrian ini mungkin sukar untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun kerajaan negeri akan meneliti dari segi keselesaian bentuk industri yang berpotensi dengan lokaliti setempat seperti industri IKS iaitu Industri Kecil Dan Sederhana dan industri Pelancongan Eko Dan Agro yang boleh dimanfaatkan di daerah sik yang kaya dengan nilai alam semula jadi serta produk – produk pelancongan yang berpontensi.

Secara tidak langsung ia akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat dan juga menyediakan banyak peluang pekerjaan serta memberi manfaat kepada penduduk setempat khususnya di daerah Sik. Sekian Terima kasih.

Speaker

Terima Kasih Yang Berhormat Exco.

Soalan Tambahan.

Speaker

Silakan Lunas.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Datuk Speaker. Umum kita mengetahui bahawa Kulim Hi – Tech park ini menerima limpahan pelabur ratusan billion sejak daripada penubuhannya tahin 90an sehinggalah sekarang. Dan kita juga tidak dapat menafikan bahawa jumlah pelaburan terbesar yang diterima sewaktu permulaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri sehinggalah sekarang. Apabila ada pelaburan yang masuk ke kawasan tersebut, sudah pastilah dia menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan. Soalan saya kepada Yang Berhormat Kulim, apakah ada di tetapkan satu jumlah kuota pekerjaan ini kepada anak-anak negeri Kedah. Kerana Hi-tech ini berada dalam negeri Kedah. Kalau peluang pekerjaan ini tidak ditetapkan satu kuota, ia menjadi satu kerugian kepada anak-anak negeri Kedah. Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Baik, terima kasih. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lunas. Jadi, baru-baru ini kerajaan negeri telah melaksanakan Karnival Kerjaya peringkat Negeri Kedah tahun 2024 pada 20 hari bulan Julai yang lalu Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah. Dan objektif program ini adalah untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan sasaran terutamanya kepada rakyat negeri Kedah menjalani temuduga terbuka

bagi mengisi kekosongan jawatan oleh lebih 25 buah agensi dan syarikat korporat swasta yang terlibat. Selain itu program ini juga menawarkan pelbagai peluang kepada golongan sasar untuk menceburkan diri dalam bidang latihan dan kemahiran yang ditawarkan oleh pelbagai institusi TVET di seluruh negeri Kedah. Oleh demikian, program ini dapat memberi pendedahan dan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat negeri Kedah mengenai pekerjaan dan ruang kerjaya yang ada di negeri Kedah khususnya. Jadi program ini telah mencatatkan kehadiran peserta lebih 1,500 orang dan hampir 1,200 orang telah berjaya melepasi saringan berjaya temuduga. Dan kerajaan negeri berhasrat untuk terus melaksanakan program Karnival Kerjaya di peringkat zon daerah termasuk Kulim kerana ianya akan memberi impak yang besar dan positif dalam mengurangkan kadar perangguran di negeri Kedah. Jadi untuk maklumat semua ahli – ahli yang Berhormat, saya ingin melaporkan negeri Kedah telah mencapai kejayaan yang membanggakan mengurangkan kadar perangguran. Berdasarkan statistik terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Kedah telah mencatatkan kadar perangguran paling terendah sekali di negara ini iaitu 1.7% jauh lebih rendah berbanding purata nasional iaitu 3.3%. Kadar perangguran di bawah 4% ini dianggap sebagai tahap guna tenaga penuh yang bermaksud Kedah ini berada dalam situasi di mana hampir semua rakyat yang ingin bekerja mampu mendapat pekerjaan dan ini bukan sahaja ada usaha kerajaan negeri mencipta peluang pekerjaan di daerah Sik tetapi orang Sik yang mencipta peluang pekerjaan ini dengan vision belia The Greater Kedah 2025 ini di seluruh negeri Kedah. Terima kasih kepada orang Sik yang amat Berhormat Datuk Sri Haji Mohd Sanusi bin Mohd Noor, Menteri Besar Kedah. Di bawah pucuk pimpinan beliau telah mencerminkan kestabilan negeri dan kestabilan politik negeri juga keberkesanan program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Dan kerajaan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dan kerajaan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui penciptaan peluang pekerjaan yang stabil dan berterusan dan kami akan terus bekerja keras untuk mengekalkan prestasi cemalang ini demi kemajuan negeri Kedah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Seterusnya, Yang Berhormat Tanjung Dawai.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Hari Malaysia bulan 9, mohon jawapan nombor 9.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

9. Keputusan SPM 2023 bagi Kedah adalah yang terbaik alam tempoh 13 tahun.

Pohon dinyatakan :-

a) Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memastikan prestasi cemerlang ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi? b) Apakah tindakan bagi mengatasi ketidakhadiran pelajar dalam peperiksaan tersebut?

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Dato Seri. Seluruh ahli – ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Dawai. Tak dan nak buat pantun. Bulan Kemerdekaan 8, tunggu saya sertakan jawapan. Soalan dibangkitkan tentang SPM. Iaitu perancangan kerajaan untuk mengekal ataupun memperolehi prestasi cemelang bagi pelajar SPM yang akan datang dan langkah untuk mengatasi ketidakhadiran pelajar dalam peperiksaan SPM. Kesempatan ini saya mengajak kepada semua ahli dewan untuk kita sama-sama mengucapkan tahniah dan perhargaan kepada semua calon-calon SPM negeri Kedah secara khusus 2023 dan kepada semua guru-guru dan waris yang kita difahamkan SPM Negeri Kedah pada tahun ini merupakan yang terbaik dalam tempoh 10 tahun. Dan saya juga rakamkan ucapan tahniah kepada Sekolah Maktab Mahmud Yan atas pencapaian Sekolah Terbaik SPM dengan GPS, 1.55, diikuti dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong, GPS 1.81 dan ketiga SBPI Kubang Pasu dengan GPS 1.85. Tiga yang terbaik di peringkat Negeri Kedah. Untuk makluman yang Berhormat Tanjung Dawai kalau kita sebut tentang pendidikan Negeri Kedah, secara uniknya kita akan melihat usaha-usaha yang dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri dan agensi-agensi yang ada Jabatan Pendidikan Negeri.

Kemudian Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Juga usaha dilaksanakan oleh Lembaga Maktab Mahmud. Sebab bawah Lembaga Maktab Mahmud juga ada 13 buah sekolah Maktab Mahmud dan juga Lembaga Zakat Negeri Kedah. Kerana Lembaga Zakat juga mempunyai 2 buah sekolah, bawah zakat. Jadi tiga agensi inilah yang menggerakkan secara bersungguh-sungguh untuk merancang sehinggalah ke peringkat bawah bagi memastikan bahawa pencapaian anak-anak kita khususnya dalam peperiksaan SPM dapat kita pertingkatkan tahun demi tahun. Dan saya juga merasakan bahawa di peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Yang Amat Behormat Menteri Besar kita ada bahagian pendidikan. Tapi rasa nak kena ada jabatan juga kot macam kemarin. Terlulis jabatan pendakwaan yang juga daripada bahagian pendidikan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sebab Jabatan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ni dia menyelia banyak sekolah. 36 sekolah menengah SAR, 45 sekolah rendah SAR, 124 tahfiz yang berdaftar, 40 buah pondok, dan ada sebahagian lagi yang masih dalam proses pendaftaran melebihi daripada 200 sekolah yang diselia. Jadi mungkin dah tiba masa untuk kajian meningkatkan bahagian pendidikan di jabatan kepada jabatan pendidikan. Di peringkat kerajaan negeri, keempat-empat jabatan inilah, agensi inilah yang mengurus, merancang dan juga mengurus program-program berkaitan peningkatan pendidikan. Dan di peringkat negeri alhamdulillah kita melaksanakan program sanjungan ilmu pada bulan enam yang lalu untuk kita memberikan penghargaan kepada pelajar – pelajar cemerlang SPM dengan 21 orang pelajar cemerlang Straight A SPM yang disampaikan oleh Yang Amat Behormat Menteri Besar saguhati RM1000.00 setiap orang. Dan juga kita meraikan pelajar MUMTAZ, TAHFIZ, STAM dan juga pelajar yang memperolehi MUMTAZ dan JEDJIDAN dalam Sijil Tahfiz Malaysia. Jadi di peringkat kerajaan kita memberikan penghargaan dan program-program yang dilaksanakan di peringkat jabatan amat banyak sama ada Jabatan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Lembaga Maktab Mahmud dan juga Jabatan Zakat, Program Penggunaan Modul Kecemerlangan Murid yang namakan sebagai KAMPUI, modul utama Kedah Akademik Master Plan untuk dilaksanakan bagi melibatkan 16 mata pelajaran utama. Program kunjung bimbing mata pelajaran kritikal di peringkat JPN, Bengkel Kecemerlangan Murid Tabung Amanah Sultan Kedah 2024, program jalinan jaringan bersama-sama agensi luar, UiTM, Polimas, Yassan Hassanah, NCR, YAPIM, IPG dan sebagainya laksanakan oleh JPN dan juga Lembaga Maktab Mahmud, juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Diskusi profesional akademik pada sekolah – sekolah fokus prestasi pembinaan modul kecemelangan mata pelajaran program pembangunan prasarana sekolah laksanakan oleh Zakat. Program pembangunan anak asnaf juga dilaksanakan oleh lembaga Zakat Negeri Kedah dan banyak lagi program-program yang telah pun dirancang oleh pihak jabatan yang melibatkan guru-guru, melibatkan murid, dan juga yang melibatkan komuniti setempat supaya perhatin dengan pendidikan anak-anak kita. Dan saya juga mengambil kesempatan untuk kita sebagai masyarakat awam, khususnya ibu bapa bukan hanya memberikan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru-guru untuk membimbing, tapi komuniti masyarakat dan juga ibu bapa juga harus terlibat secara langsung untuk kita memberikan galakan motivasi kesedaran kepada anak-anak kita untuk terus belajar. Untuk soalan yang kedua iaitu tentang langkah kerajaan bagi ketidakhadiran pelajar dalam periksaan SPM. Kita digemparkan dalam satu analisa statistik bahawa SPM tahun 2023, selama 10,000 lebih calon tidak hadir dalam periksaan. Jadi itu merupakan sesuatu yang telah pun dibincangkan semasa keputusan SPM dikeluarkan Mac yang lalu. Dan di peringkat Negeri Kedah, maklumat yang saya terima daripada data Jabatan Penyelidikan Negeri Kedah, bahawa pada tahun 2022 jumlah ketidak hadiran pelajar SPM di Kedah di Kedah 2022, untuk SPM 2022, seramai 1,298 orang dan 2023 berlaku penurunan kepada 766. Tapi walaupun menurun, kita mengharapkan jumlah ini dapat kita sifarkan dengan program-program yang telah pun dirancang oleh pihak agensi-agensi yang terlibat. Maka antara program yang telah dilaksanakan, Ziarah Cakna yang dilaksanakan oleh guru bimbingan, kaunseling guru-guru terus melawat pelajar. Pemerkasaan Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Program Gempur Kehadiran SPM 2024, Psikometrik PBS, Program Minda Sihat. Banyaklah program. Dan di peringkat negeri untuk maklumat Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar pada tahun penghujung 2021 telah mengeluarkan geran sebanyak RM300,000. Kita sebutlah, diberikan kepada UUM untuk suatu program yang disebut Komitmen Kedah. Mendidik Pelajar Sukses, KOMPAS. Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan untuk membangunkan satu model dan sistem pengesanan awal pelajar berisiko tercicir dan intervensi yang bersesuaian. Maknanya di peringkat kerajaan negeri, sejak 2021 lagi, kita telah membuat perancangan supaya pelajar-pelajar tercicir ini ada kaedah bagaimana untuk kita atasi dan tahun ini merupakan tahun yang terakhir.

Dan kita rakamkan ucapan terima kasih dan selepas daripada ini kita harap UUM boleh serah hasil kajian yang telahpun mereka buat selama 3 tahun kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk kita manfaatkan kepada khususnya di sekolah-sekolah di Negeri Kedah Darul Aman dan di sekolah seluruhnya. Jadi itulah antara perancangan yang telahpun dirancang dan program-program yang telah dilaksanakan untuk peningkatan SPM dan juga untuk mengatasi keciciran pelajar di Negeri Kedah Darul Aman. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan Tambahan Tanjung Dawai.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yb Sungai Limau. Soalan tambahan saya, ada dak alasan daripada ketidakhadiran pelajar SPM yang lalu? Yang keduanya, Portfolio pendidikan ada mengadakan pilot projek tuition rakyat di beberapa DUN yang terpilih jadi, apakah kriteria DUN yang dipilih Itu? Dan berapakah sasaran jumlah pelajar yang terlibat dalam tuition rakyat tersebut? Yang ketiga, yang ketiganya ialah saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Exco tadi berkaitan dengan peruntukan 300 ribu kepada UUM untuk buat kajian. Jadi saya harap bahawa kajian itu bukan sekadar kajian dan pihak yang sepatutnya untuk melihat dan melaksanakan hasil kajian itu menghargai dan perhatin dengan apa yang telah dibuat oleh pihak UUM. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Silakan Yang Berhormat

Terima kasih atas soalan tambahan daripada yang Berhormat Tanjung Dawai. Hasil daripada kajian yang telah pun dilaksanakan oleh UUM untuk KOMPAS. Kalau secara detailnya daripada isu ketidakhadiran pelajar – pelajar untuk SPM itu, saya tidak terima maklumat spesifik daripada Jabatan Pendidikan Negeri sama ada 1,200 ataupun 700 yang tidak hadir tahun lepas itu ada alasan apa-apa kita tak pasti. Tapi daripada kajian yang dilaksanakan di peringkat UUM ada 5 faktor utama yang menyebabkan keadaan untuk pelajar-pelajar kita ini tercicir daripada pendidikan. Antaranya faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya, kemudian teknologi yang ada, kemudian persekitaran jadi banyak perkara yang telahpun, daripada kajian yang telah pun dilaksanakan.

Dan sebenarnya kajian-kajian yang telah pun laksanakan ini kita nak ketengahkan, sebab tahun ini tahun yang terakhir, di peringkat Exco kita telah merancang dengan beberapa PBT di Langkawi, Baling, Sik, dan juga Kubang Pasu untuk kita mengadakan program seminar pemerkasaan pemimpin komuniti dalam menangani isu pelajar tercicir di negeri Kedah. Dipengurusikan oleh DO masing-masing daerah sebut untuk menjadikan langkah awal supaya UUM bersedia untuk menurunkan maklumat-maklumat dapatan yang mereka dapat hasil daripada kajian 3 tahun. Tapi malangnya, apabila program yang kita rancang dan saya pun program yang kita nak buat itu kita dah bincang, dah sampaikan maklumat itu kepada YB Menteri Pendidikan. Kita juga dah bincang dengan Jabatan Pendidikan kerana program yang kita rancang ini melibatkan yang pertamanya, penghulu, melibatkan pimpinan masyarakat di peringkat kampung, Imam-imam masjid, pengetua sekolah dan juga YDP - YDP PIBG. Program yang kita hadir, saya hadir di Langkawi, pengetua, YDP PIBG, tak hadir kerana kata ada sekatan. Di Kubang Pasu pun sedemikian, di Baling dan kita nak tengok 28 hari bulan ni, program akan diadakan, satu lagi yang terakhir di daerah Sik. Jadi kita juga hairan ini usaha yang kita nak laksanakan, yang akan memberikan pembentangan itu daripada UUM orang akademik, dua kertas yang dibentangkan oleh pensyarah UUM. Tapi kita lihat sama ada pihak kementerian, sebab kita jumpa direct dengan YB Menteri, maklum dengan JPN. Tapi ada katanya larangan untuk mereka-mereka yang terlibat di sekolah ini untuk hadir. Jadi kita pun hairan dan saya merasakan bahawa keadaan sebegini perlu untuk kita atasi khususnya tatakelola baik yang sering disebut oleh pihak kerajaan supaya kita memastikan bahawa usaha yang dirancang oleh mana pihak demi meningkatkan peningkatan di negeri Kedah, peningkatan akademik khususnya dapat kita sambut, dapat kita sahut. Bahkan pihak kerajaan kita cuba patuh pada pekeliling yang dikeluarkan kita tak buat di sekolah, kita tak buat di dewan-dewan sekolah. Kita buat di luar daripada sekolah dan dikendalikan oleh Pegawai Tadbir Negeri supaya tak nampak politik. Tapi malangnya perkara ini masih lagi belum mendapat kerjasama baik daripada pihak khususnya Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Kita faham, saya pun saya berkata kepada pengarah, selagi mana JPN tak bagi saya masuk sekolah, saya tak masuk. Tak ada jemputan, saya tak masuk. Bahkan saya pernah pergi sekolah awal-awal dulu lah sekolah lama saya kita nak ziarah dua hari lepas tu, guru besar terima telefon.

Pasal apa YB. ni mai sekolah? Saya juga rasa ramai juga di kalangan adun-adun yang waris anak dia mengajar sekolah, dia nak pergi pun dia rasa, ish, sat gi ni masalah kepada pentadbir. Jadi saya rasa itu antara perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian secara khusus oleh pihak dasar yang ada tu, kalau boleh kalau tetamu mai ni, rai lah ajak bincang di bilik, di kantin ataupun sebagainya, kita bukan nak berucap kepada semua pelajar. Kita bukan nak berucap kepada semua pelajar. Kita bukan nak berucap, nak suruh himpun semua waris, semua guru. Dak. Kadang-kadang Yang Berhormat pi sekolah itu untuk berbincang. Apa isu yang boleh untuk dibantu oleh kepimpinan masyarakat. Jadi, saya rasa tak tahulah saya ni mungkin jodoh tak baik kot. Kementerian Pendidikan. Tak ada. Nak ni payah ni. Satu lagi, Kementerian Komunikasi Penerangan. Ini pun satu. RTM tak boleh nak mai. Nak masuk RTM untuk program ini tak boleh. Jabatan Penerangan nak kerjasama dengan negeri pun tak boleh. Jadi, mungkin saya pun tak tahulah mungkin jadi Sidam, Kota Darul Aman, Bakar Arang. Jadi kita dok nampak dua kementerian yang ada ni macam tak bagi respon yang baik untuk kita di peringkat negeri kita sebagai sebuah kerajaan nak runding bincangan atas atas dasar. Tapi tak ada respon yang terbaik kerjasama terbaik. Tapi maklumat kita minta itu dia bagi tapi untuk kerjasama-kerjasama lain amat mendukacitakan. (kota siputeh mencelah)

YB. Speaker.

Jadi, saya rasa itulah tak tahu ada ni macam-macam. Bila ni jadi Madanon, bila tak puas hati kan. Nama tu elok dah bila tak puas hati.

YB. Sungai Limau.

ada tak habis lagi. Yang Berhormat nak ambik tu. Jadi tu luahan setahun setahun jadi Exco ni. Tentang Tuisyen Rakyat di peringkat kerajaan, kita buat pilot projek di lima dun untuk kita buat setahun selama 2 bulan bagi kita pilih di peringkat dun – dun tu, anak-anak B40 dan juga mereka yang asnaf untuk mengadakan Tuisyen Rakyat dan moga-moga selama dua bulan tu lah, kita jemput guru-guru pakar dan kita harap hasil daripada Tuisyen Rakyat yang kita buat bulan 8, 9, ada yang buat 9, 10 ni, kita dapat natijah yang terbaik untuk kita perluaskan ke DUN – DUN yang lain. Terima kasih.

Speaker

Silakan Kota Siputeh.

Baik, terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Saya kagum dengan apa yang diusahakan oleh Sungai Limau dan juga tekad untuk kita membantu anak negeri Kedah. Tapi saya nak sentuh satu perkara kat sini yang rasa kita perlu bongkarkan.

Juga dekat sini adalah, kalau kita tengok apa yang dikatakan oleh Paulo Freira, seorang sarjana yang bercakap tentang pendidikan dia kata “pendidikan adalah senjata untuk bantu orang yang lemah”. Dan saya kat sini berdiri bukan sahaja sekadar saya anak muda masuk politik bukannya sebab nak berpolitik tapi saya mai bawa semangat sebab saya memang asalnya aktivis pendidikan lalui GPMS. Tapi selaku orang GPMS ni saya risau bila kita tengok masalah angka keciciran yang tinggi. Tapi bila angka keciciran yang tinggi ni, kita difahamkan pula, dimaklumkan bahawa ada program-program yang tuisyen percuma yang dibawa ke sekolah. Tapi tuisyen – tuisyen percuma ini hanya fokus kepada pelajar-pelajar yang potensi. Bukannya fokus kepada pelajar-pelajar yang lemah. Bukan fokus kepada pelajar-pelajar yang susah.

Kemudian bila kalau kita tengok dekat sini, kalau contohnya kita cakap dekat dalam kawasan Kota Siputeh, ada tiga sekolah menengah. Satu sekolah di Sekolah Megat Dewa, hanya orang yang dapat straight A, seorang saja 10A. Di Sekolah Menengah Tungku Bendahara, yang paling tinggi dapat 8A. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, paling tinggi dapat 6A. Nak kena hadap dengan masalah sosial, dengan masalah dia punya orang dengan penghisap dadahnya, keluarga dengan masalah pelbagai masalah keciciran lain. Tapi sekolah tak bagi kita masuk, sumbangan mau sumbangan minta, kan tapi kita dihalang, bila sumbangan minta kita bukan tak bagi, kita bagi kan. Tapi nak dapat terima kasih lepas tu, tak ada lah pun. Bagi sampai seribu, kan. Tapi saya nak berhenti dekat situ, saya nak cakap dekat sini bagaimana kita nak mengimbangi masalah ni, saya nak tanya juga macam mana kerajaan Negeri Kedah nak imbangi masalah ni. Sebab data pun tak boleh nak kongsi dekat kita. Bila data pun tak boleh nak kongsi bagaimana yang berapa jumlah yang tercicir tadi tu, macam mana kita nak bertindak sebagai wakil rakyat ni nak tolong masyarakat dekat bawah untuk nak bantu. Sebab kerja tu kalau nak harap kat cikgu sahaja, cikgu pun tak mampu nak buat.

Maka ini yang kita nak persoalkan dan kita harap lah pihak Madani buka mata dan ini adalah soal membangun masyarakat dan bukan soal politik semata-mata dan kita kena noktahkan perkara ini ini adalah perkara yang cukup penting demi anak negeri Kedah.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tambahan, tambahan sikit sebelum Yang Berhormat menjawab. Dalam soalan jawab soalan bertulis saya iaitu saya tanya kepada, iaitu berkenaan dengan satu inisiatif yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat, iaitu sumbangan tabung Tengku Mahmud. Ini satu inisiatif yang boleh bersemangat pelajar kita untuk menyambung pelajaran. Iaitu kalau kita lihat sumbangan ini dah lebih daripada 4juta yang diberikan sepanjang daripada dia di aktifkan tabung Tengku Mahmud ini sampai kini ada 2,420 orang yang mendapat sumbangan ini. Cuma saya kesian dengan sahabat-sahabat kita dari Tiga Dun Pembangkang ni. Saya harap Tiga Dun ini juga dapat bantulah untuk kita dapatkan sumbangan untuk pelajar – pelajar yang berjaya dalam SPM di Kota Darul Aman hanya seorang yang minta. Kota Darul Aman seorang kemudian Bakar Arang tujuh orang Sidam lima orang. Jadi saya mengharapkan kalau boleh lah lepas ini kerjasama dengan pihak di peringkat pembangkang juga boleh kemukakan, boleh bincang macam mana supaya semua tak cicir-cicir daripada sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Exco.

Terima kasih pada soalan Kota Siputeh dengan Bukit Lada. Kota Siputeh itu macam dia bahas, bukan dia tanya. Mungkin dia pun salah seorang, nak tindas juga lah. Program-program yang dilaksanakan di peringkat JPN. Jadi saya harap teguran daripada Kota Siputeh untuk khususnya kepada mereka yang terlibat dalam perancangan untuk kita memberikan kecemerlangan, maknanya jangan kita cicirkan pelajar-pelajar yang, kalau dulu saya sekolah dia panggil galus, gagal, lulus. Bukan gagal, lulus. Kadang-kadang gagal, kadang-kadang lulus. Itu dia panggil galus. Jadi ada setengah, mungkin pihak sekolah perlu memberikan perhatian kepada semua pelajar supaya peningkatan dan motivasi untuk belajar itu ada pada semua pelajar kita yang hadir ke sekolah.

Jadi saya harap perkara itu juga diberikan perhatian. Dan apa yang kita harap sebenarnya daripada penglibatan semua kita ini di peringkat kerajaan negeri, ada suatu mesyuarat yang dilaksanakan di peringkat PBT, di peringkat daerah fokus group dan biasanya fokus group juga tempat agenda untuk membincangkan isu – isu di samping isu – isu masyarakat yang miskin, isu – isu keciciran sekolah juga jawatankuasa pembangunan juga mesyuarat bulanan yang diadakan di peringkat daerah-daerah. Saya rasa itu merupakan antara platform yang terbaik untuk semua adun – adun memainkan peranan dalam pendidikan. Saya juga nak tambah sikit tadi di samping yang tadi saya sebut kerjasama dengan kementerian kerjasama dengan JPN di pihak negeri. Saya juga difahamkan Yang Berhormat Speaker ada urus setia khas sekarang ni di peringkat JPN dok pi turun cari guru – guru yang terlibat politik walaupun di luar waktu kerja. Kemudian diugut ditukar diberikan ataupun tindakan disiplin. Saya rasa ini suatu langkah kebelakang yang dulu dah berlaku dah tapi hari ini nampak macam hidup balik perkara ni. Jadi saya harap Bakar Arang, Kota Darul Aman, Sidam, kalau benda ini benar boleh buat teguran kepada mereka yang terlibat dan saya harap perkara sebegini tidak akan berlaku kerana ia akan merencatkan guru – guru ni khususnya pentadbir untuk mereka berfikir kreatif dalam pendidikan. Kalau kami nak hadir ke sekolah pun ada sesetengah guru besar kata YB tak payahlah kami nak kena tanya banyak. Pasal perkara macam itu yang dihadapi oleh adun-adun kalau kita hadir sepatutnya kita layan sebagai tetamu, bawa bincang jadi itu satu solusi yang terbaik. Kalau nak hadir pun tak boleh, nak hadir bincang bukan nak hadir majlis, hadir majlis lagi dengan hat dok ada ni memang tak boleh lah, saya difahamkan macam tu. Jadi saya harap perkara ni dapat untuk kita atasi, supaya isu-isu yang berbangkit. Dan Kota Darul Aman tadi sebut bila kita sebut Tabung Tengku Mahmud yang Amat Berhormat Menteri Besar arahkan maksud dia siapa-siapa yang nak mohon dihantar permohonan itu ke pejabat adun kalau Kota Darul Aman terima boleh ambil surat itu buat cadangan untuk hantar ke pejabat Menteri Besar tak ada halangan. Saya rasa Menteri Besar terima semua surat-surat daripada mereka yang memohon Tabung Tengku Mahmud untuk diberikan bantuan oleh pihak kerajaan, siapa saja. Jadi penyelaras pun boleh terima adun pun boleh terima sebab akan diangkat semula ke pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi itulah. terima kasih kepada Kota Siputeh.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Bukit Selambau.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Yang Berhormat Speaker, mohon jawapan soalan nombor 10.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

10. Modul perpaduan dan kebudayaan penting bagi membentuk masyarakat yang berbilang kaum dan mengekalkan kebudayaan sedia ada. Pohon dinyatakan apakah langkah kerajaan negeri dalam menyediakan modul perpaduan dan kebudayaan dikalangan golongan belia dan wanita di Negeri Kedah?

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco.

Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih yang Berhormat Speaker. Terima kasih Bukit Selambau. Terima kasih yang Berhormat Exco, Ahli – ahli yang Berhormat Ketua-ketua jabatan. Untuk Soalan no.10. Modul perpaduan dan kebudayaan penting bagi membentuk masyarakat yang berbilang kaum dan mengekalkan kebudayaan sedia ada. Pohon dinyatakan apakah langkah kerajaan negeri dalam menyediakan modul perpaduan dan kebudayaan dikalangan golongan belia dan wanita di Negeri Kedah? Untuk jawapan itu Modul perpaduan dan kebudayaan biasanya merujuk kepada program yang bertujuan untuk mempromosikan perpaduan dalam kalangan masyarakat, terutamanya di negeri yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya. Namun begitu, modul perpaduan dan kebudayaan di kalangan golongan belia dan wanita di Negeri Kedah masih belum dilaksanakan buat masa ini. Walau bagaimanapun program-program yang dijalankan oleh kerajaan bersama jabatan dan agensi ini adalah menjurus kepada perpaduan seluruh rakyat Negeri Kedah tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan, jantina dan peringkat usia. Selain itu, kerajaan negeri juga mempunyai inisiatif untuk mewujudkan modul perpaduan dan kebudayaan yang bertujuan untuk mempromosikan keharmonian dan kerjasama antara pelbagai etnik dan budaya dalam masyarakat.

Melalui modul ini, kerajaan berusaha untuk mendidik rakyat mengenai kepentingan toleransi, saling menghormati, dan memahami kepelbagaian yang wujud di Negeri Kedah. Di antara program-program yang dijalankan oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut:-1. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rukun Tetangga memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu kerajaan dalam meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan komuniti. Peranan ini adalah sejajar dengan fungsi Rukun Tetangga sebagai mata dan telinga Kerajaan serta sebagai agen perpaduan di peringkat akar umbi. Di Negeri Kedah, terdapat lebih daripada 501 kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang beroperasi. Umur minimum untuk menjadi ahli biasanya adalah 18 tahun ke atas sehingga 69 tahun sahaja. Namun, ada juga kemungkinan untuk golongan muda di bawah 18 tahun mendaftar sebagai anggota dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga. 2. Mediator Komuniti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah telah memperkenal Program Mediator Komuniti bertujuan melatih pemimpin Rukun Tetangga, Pegawai Perpaduan dan NGO Agama menjadi pengantara (pemudahcara orang tengah) sebagai tindakan pencelahan bagi meredakan dan mendamaikan konflik sosial di peringkat komuniti. Mediator juga merupakan pemudahcara atau orang tengah yang berperanan membantu pihak-pihak yang bertikai/bertelagah untuk bekerjasama mencari penyelesaian secara damai dan dipersetujui oleh kedua pihak secara sukarela. Yang mana ini yang dijalankan Mediator Komuniti bagi Negeri Kedah. 3. Jiran Muda Jiran Muda ditubuhkan sebagai satu kelompok komuniti di bawah Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang bertujuan untuk menarik dan melibatkan golongan belia dalam aktiviti-aktiviti kejiranan dan pembangunan komuniti ke arah mencapai objektif Rukun Tetangga. Penglibatan kelompok ini juga dapat mewujudkan interaksi antara rakan sebaya disamping untuk menghindarkan mereka daripada gejala negatif. Syarat keahlian untuk jiran muda ini adalah remaja berumur di antara 13 hingga 25 tahun yang bermastautin dalam KRT.

4. Jiran Wanita Jiran Wanita merupakan salah satu kelompok komuniti di bawah Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga. Kelompok tersebut mula diwujudkan pada tahun 1983 dan merupakan sayap kanan kepada jawatankuasa ini untuk mempergiatkan aktiviti khususnya bagi kaum wanita. Jiran Wanita amat penting dalam setiap aktiviti yang digerakkan dan merupakan pelengkap yang banyak membantu dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Syarat keahlian untuk Jiran Wanita mestilah wanita berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin dalam KRT. 5. Mek Mulung Mengangkat seni budaya tempatan sebagai produk pelancongan budaya Negeri Kedah. Tahun lepas telah diadakan Festival Mek Mulung @ Wang Tepus 'Warisan Akar Umbi' bertempat di Wang Tepus, Jitra anjuran Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri Kedah. Dicalonkan diperingkat UNESCO bagi mendapatkan pengiktirafan Warisan Budaya Antarabangsa. 6. Temasya Oghang Kedah Merupakan Program Pelancongan Budaya yang akan mengangkat serta melestarikan seni budaya masyarakat Kedah di samping mempamerkan warisan terdahulu yang menjadi amalan untuk dirasai, dihayati dan diwarnai oleh generasi hari ni. Diadakan setiap tahun bagi menjadikan Temasya Oghang Kedah sebagai Program Tahunan daripada Jabatan Perpaduan. Terima Kasih.

Speaker

Terima kasih. Exco. Ada soalan tambahan? Kalau tak dak kita jemput yang Berhormat Bayu.

Yang Berhormat Speaker, saya ada soalan tambahan.

Speaker

Soalan tambahan.

Soalan tambahan saya. Adakah pihak JKM hanya berpuas hati untuk terus membayar duit bantuan bulanan kepada penerima secara berterusan dengan tidak memikir untuk mengubah kehidupan penerima dari miskin tegar kepada menjadi golongan yang berkemampuan seterusnya tidak menerima lagi bantuan bulanan ini?

Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih yang Berhormat Bayu. Yang Berhormat mungkin terqhalit kot. Soalan nombor 10 ini soalan mengenai perpaduan. Jadi insyaAllah Jabatan Kebajikan Masyarakat saya akan (YB Bayu mencelah)

Tak qhalit Yang Berhormat, sebab soalan ni di bawah EXCO JKM.

Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

InsyaAllah, saya akan bagi dalam bentuk bertulis. Terima kasih.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya apakah jentera perpaduan terlibat mekanisme yang memacu indeks kesejahteraan perpaduan Negeri Kedah? Terima kasih.

Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Yang Berhormat Tanjung Dawai. Untuk jawapan soalan tambahan ini, insyaAllah bagi menggerakan usaha-usaha untuk mencapai visi dan misi ini yang digalas bersama kita ada 12 jentera perpaduan di bawah seliaan Jabatan Perpaduan Nasional Negeri Kedah. Terutamanya kita ada Rukun Tetangga kita ada Skim Rondaan Sukarela (SRS) kita ada Mediator Community, Squad Unity dan kita ada Tunas Jiran, Jiran Muda, kita ada Jiran Wanita, kita ada Jiran Usia Emas, Tabika Perpaduan, Taska Perpaduan dan juga Kelab Rukun Negara dan juga Sekretariat Rukun Negara. Bagi mencapai misi dan misi di atas seluruh jentera perpaduan digemlingkan bagi mekanisme perpaduan melalui program-program komuniti bagi menyediakan platform dan ruang pertemuan warga komuniti agar mereka dapat saling kenal – mengenal bertegur – sapa, bekerjasama di antara dan juga satu sama lain bagi mengeratkan silatulrahimrahim. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Terima kasih Exco. Soalan terakhir untuk hari ini saya jemput Bayu.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Speaker saya mohon jawapan soalan saya yang bernombor 11.

11. Kadar kemasukan pelabur-pelabur dalam bidang industri amat baik dan tinggi. Ianya hanya tertumpu di sekitar Kulim Hi-Tech dan Sungai Petani sahaja. Pohon dinyatakan :-

a) Apakah tindakan kerajaan negeri untuk menyeimbangkan taburan pelabur ke kawasan - kawasan industri lain seperti di Mergong dan lain - lain tempat?

b) Adakah terdapat pelabur yang diterima oleh kerajaan negeri berasaskan industri pertanian dan makanan?

Speaker

Yang Behormat Exco saya minta cuba pendekkan kita akan habiskan dalam 10.30 untuk soal jawab.

Terima kasih YB Speaker dan sahabat saya YB Bayu. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB Bayu dan Ahli Dewan dan tuan-tuan dan puan-puan yang bersama pada pagi ini. Soalannya adalah berkaitan dengan tertumpunya pelaburan yang begitu besar di Kulim Hi-tech Park secara khususnya. Izinkan saya katakan di sini, kejayaan Kulim Hi-tech Park ini bukanlah datangnya overnight. Yb Speaker ia adalah satu perancangan jangka panjang yang telah didahulukan atau dimulakan oleh bekas Perdana Menteri kita, yang Yang Amat Behormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dengan kata lain, ia disambut oleh negeri kita, diusahakan dalam keadaan di mana kita juga tidak pasti sebenarnya, apakah itu Hi-tech park. Pada masa itu mungkin. Namun demikian, negeri kita telah melakukan yang terbaik dan Alhamdulillah, hari ini kita telah mengorak langkah dan menjadi benchmark kepada negara kita.

Di mana Kulim Hi-tech Park ini menjadi sebuah destinasi pelaburan yang dipanggil mesra pelabur kawasan pendasaran terancang dengan adanya dedicated park management. Ini adalah satu model yang harus kita di peringkat negeri lakukan bagi membolehkan semua industri park di negeri kita ini berada dalam liga seperti KSTP ini supaya kita dapat usahakan bersama. Jadi sahabat-sahabat pegawai daerah, YDP dan semuanya, marilah kita sama-sama gerakkan usaha ke arah tersebut. Di masa yang sama, KTPC ataupun KHTP ini telah berusaha dengan semua agensi-agensi yang ada saya nyatakan di sini, seperti MPKK, MAIDA, MPC, PBT Plan Malaysia, SADA, IWK, JKR, JAS, JKKP, JPS dan NURPOWER. Dengan kata lain, sebagai contoh telah bersama melakukan sesuatu yang mungkin tidak biasa dilakukan sebelum ini, malah di peringkat negara juga, mungkin bukan satu kebiasaan, iaitu kita menjuarai what we call it at ease of doing business. Jadi ini juga satu kekuatan baru yang harus menjadi sebahagian daripada pentadbiran kita di negeri Kedah, bagi membolehkan kita menjadi kompetitif. Ketiga, adalah kerana tanah yang mana tersedia dan dilengkapi dengan segala infrastruktur. Jadi kalau kita cerita pasal SBEZ, Bukit Kayu Hitam kita cerita tentang industri park yang lain di Gurun dan semua tempat yang kita ingin bangunkan, saya rasa hari ini atas semangat The Greater Kedah cara pemikiran kita harus diubah untuk seperti mana kita dapat lakukan di Kulim Hi-tech Park. Jadi tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasih, di sini ingin saya katakan juga, kita mempunyai dalam konteks ini, usaha kita adalah untuk memastikan kelangsungan pendidikan yang mana mampu memenuhi keperluan industri. Apa yang dibentangkan oleh sahabat saya, YB Sungai Limau adalah suatu yang menduka ceritakan. Apabila kita melihat kerajaan negeri memberi komitmen untuk memastikan kebangkitan anak bangsa kita dalam pendidikan tapi malangnya Kementerian Pendidikan telah melakukan atau melaksanakan apa yang dipanggil the law of the jungle. Di mana kita telah menghalang anak-anak kita untuk mendapat kerjasama daripada kerajaan negerinya dalam merancang untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompetitif. Ini sesuatu yang mendukacitakan hari ini dan di dewan ini. Prime Minister Anwar looking to this your minister. Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan kita dalam konteks untuk menjadikan negeri kita sebuah negeri yang maju, negara yang maju kita harus terbuka untuk memberi ruang pendidikan itu dikongsi bersama kerajaan negeri dan kerajaan pusat. It's not belongs to your ministry only Prime Minister Anwar.

Jadi, dengan kata lain dalam usaha kita untuk membangunkan ekonomi negeri kita ini kita pastinya amat memerlukan agar pendidikan itu seiringan dengan perkembangan industri. Bagaimana seorang Exco, industri dan pelaburan apabila sepatutnya kongsikan dengan pihak sekolah dan institusi-institusi pengajian yang ada di Negeri Kedah, dihalang untuk berkongsi tentang perkembangan industri kita dimanakah ruang yang diberikan untuk membolehkan kita dapat sampaikan kepada anak-anak kita, inilah masa depan negeri kita, ini industri yang sedang dibangunkan, ini yang diperlukan oleh Negeri dan Negara. Tetapi kita melakukan sesuatu yang pasif dan kolot dan ini tidak sepatutya berlaku di negeri Kedah dan di Malaysia di zaman kerajaan Madani ini. Sungguh mendukacitakan. Jadi apa yang ingin saya katakan disini, yang Berhormat Speaker, Izinkan saya katakan di sini sesungguhnya usaha-usaha yang kita lakukan dalam membangunkan negeri kita ini juga haruslah kita gerakkan usaha itu Yb Bayu dimana kawasan – kawasan perindustrian lain haruslah bergerak seiiringan. Kita juga harus mengambil pendekatan dalam konteks pembangunan ekonomi dunia yang mana harini China Plus One Policy telah dilakukan. Dan disini lah kita harus mesyusun strategi kita walaupun mungkin kita di peringkat negeri tetapi kita harus juga bersama dengan agensi-agensi pusat seperti Maida dan sumpamanya. Agar China Plus One Policy ini mereka melihat kita. Plus One Policy meaning that pelabur yang ada di China hari ini mula melihat keluar daripada China untuk mereka melabur. Dan apabila mereka melihat keluar daripada China, destinasi pelaburan yang perlu mereka lihat pertama adalah negeri kita, Kedah dan Malaysia insyaAllah. Jadi untuk itu kita tidak boleh business as usual. Kita berusaha pada tahun 2050. InsyaAllah kita akan gerakkan ekonomi kita di bawah agenda The Greater Kedah. Kalau kita nak jadi top 5 in the country by 2050. Kalau kita nak jadi top 5 in the country by 2050 Yang Behormat Speaker kita perlu sekitar dengan kata lain dari GDP negeri kita sekitar lebih kurang 572 bilion. Ini satu jumlah yang besar. Hari ini 50 bilion kita nak pergi 500 tetapi kalau kita tidak lakukan kita akan remain at the bottom 2 and bottom 3. Itu sesuatu yang mendukacitakan. Jadi kita harus usahakan bersama it's a wake up call for everyone kita dalam Dewan dan semua agensi kita untuk bekerja cara yang berbeza ease of doing business. Speed adalah segalanya dalam usaha untuk melakukannya. Yang Behormat Speaker, saya ingin rumuskan di sini dalam konteks ini kalau boleh kita sama-sama katakan…

Speaker

Tolong pendek kan?

Sekiranya Yang Berhormat, kalau kita tidak melakukan lonjakan ini, dan kita biarkan keadaan seperti hari ini, pada tahun 2050 dijangkakan Selangor, GDP Selangor akan 1.2 trillion, bayangkan tuan-tuan, dalam tempoh menjelang 2050, kalau Selangor bergerak seperti hari ini pada kadar pertumbuhan 5.5% Selangor pada tahun 2050 akan merekodkan GDP iaitu 1.2 trillion, Kuala Lumpur pada 790 bilion. Sarawak 611 bilion, Johor 611.7 bilion, Penang 449.3 billion. Ini jangkaan kita, calculation kita. Nothing secret. Kita buat projection, based on 5.5% on average, apa yang mereka ada hari ini, dan ke arah 2050. If we want to do the same thing, 5.5 is not enough for us. We must do at the 8 to 10% economic growth every year. This is the call, for everyone of us. Yb Speaker. Kalau kita ingin menjadi sebuah negeri maju, berdaya saing, seperti mana yang YB katakan, not only Kulim Hitech YB, thank you very much for the question, the entire state and industrial park mestilah berprestasi tinggi seperti mana Kulim Hi – tech Park today dan insyaAllah kita dapat saksikan bersama. terima kasih.

Speaker

Terima kasih Exco.

Nak mencelah sikit boleh?

Soalan tambahan YB Speaker.

Speaker

Saya ingat saya dah tutup soalan tambahan. kita pergi kepada acara seterusnya.

Nak ulas sikit saja, ulas sikit saja. Boleh?

Speaker

Kita pergi kepada acara seterusnya. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Kalau ikut daripada segi peraturan soalan tambahan, dibenarkan sebab ada soalan tambahan.

Speaker

Kita pergi kepada urusan seterusnya. Silakan Tuan Setiausaha.

Speaker

Aik. Takkan tak boleh kawan.

Setiausaha Dewan

Sambungan perbahasan Rang Undang-Undang.

II. Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024, dibacakan bagi kali yang pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 8 Ogos 2024 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan rang undang-undang bernama “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014”.

Yang Berhormat Tuan Speaker saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014”. Bacaan Kali Pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

Silakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024 seperti berikut :-

Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan untuk menyelaras beberapa tafsiran dalam seksyen 2 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 [Enakmen No. 18/2014] sebagai suatu pindaan berbangkit selari dengan pemansuhan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No. 12/2008] dan digantikan dengan enakmen yang baharu.

Rang Undang-Undang ini mempunyai tiga (3) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti yang berikut:-

(a) Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan;

(b) Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pindaan am dengan menggantikan perkataan ‘ “Hakim” ’ di mana-mana jua terdapat dalam Enakmen No. 18/2014 perkataan “Hakim Syarie”; dan

(c) Fasal 3 bertujuan untuk meminda takrif tertentu dalam seksyen 2 Enakmen No. 18/2014 berikutan pemansuhan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No. 12/2008] dan digantikan dengan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon untuk mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Bismiillahirahmanirahim. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Tuan Speaker, jika kita lihat pindaan di dalam rang undang-undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah Darul Aman 2024 pada muka surat 184, hanya melibatkan pindaan istilah dan tahun enakmen sahaja. Yang mana kalau dalam enakmen lama mahkamah ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah yang mana dalam enakmen yang baru Mahkamah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah enekmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman 2024.

Maksudnya yang enakmen lama itu panjang-panjang, yang baru ini pendek sajalah. Dan yang keduanya, perkataan Hakim sebelum ini pada enekmen yang lama, Hakim artinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah sehingga tamat ayat. Dan yang terbaru, Hakim Syarie mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dibawah enakmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman tahun 2024. Perubahan yang panjang – panjang tu dia jadi di pendekkan.

Jadi saya menyokong Rang Undang – undang enakmen Kesalahan jenayah Syariah Kedah Darul Aman Pindaan 2024 ini namun saya ingin menyentuh sedikit tentang situasi semasa berkenaan enakmen kesalahan jenayah syriah ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Sidang Dewan sekalian, saya merujuk kepada kenyataan timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Zulkifli Hassan di dalam Parlimen. Seperti mana yang disiarkan media pada 27 Februari 2024, yang mana hanya 16 kesalahan syariah di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 Kelantan 2019 yang telah diputuskan terbatal dan tidak sah di dalam kes Nik Alin Zurina Abdul Rashid.

Jadi jelas Timbalan Menteri lagi peruntukan-peruntukan di dalam enakmen atau ordinan jenayah syariah di negeri – negeri lain termasuk Kedah masih lagi sah dan berperlembagaan dan boleh dikuatkuasakan. Dan boleh dikuatkuasakan. Saya ulang selagi peruntukan-peruntukan tersebut di negeri-negeri lain tidak dicabar dan tidak diisytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan. Dalam erti kata yang lain, semua peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah Darul Aman adalah sah dan berperlembagaan.

Dan tambah timbalan menteri lagi kenyataan ini bagi pihak kerajaan persekutuan, apa yang boleh diputuskan berdasarkan fasal 2 perkara 74 dan butiran 1 senarai 2, senarai jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan, Hal Ehwal Agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Apa yang ingin saya sampaikan ialah yang pertamanya pindaan pada hari ini hanyalah pindaan minor melibatkan istilah dan tahun sahaja tanpa mengganggu seksyen - seksyen lain berkaitan kesalahan jenayah syariah. Walaupun ada antara kesalahan yang ada dalam enakmen ini sama dengan sebahagian dari kesalahan yang diputuskan di dalam kes Nik Alin sebagai tidak sah.

Dan juga berkenaan dengan kesalahan judi yang dicabar adalah melibatkan peraturan di bawah PBT. Bukan yang berada di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah ini. Jadi yang dicabar itu yang berada di bawah peraturan PBT yang di dalam enakmen ini tidak dicabar.

Jadi, ianya tetap haram dan menjadi kesalahan kepada umat Islam jadi berdasarkan kenyataan daripada pihak kerajaan persekutuan yang saya sebut tadi, maka segala peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah Darul Aman ini boleh diteruskan penguatkuasaannya.

Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah Darul Aman Pindaan 2024 ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Pengkalan Kundor. Sekiranya ada pembahas yang lain, silakan. Kalau tak ada, dipersilakan pihak kerajaan untuk menggulung rang undang-undang.

Yang Berhormat, Tuan Speaker. Jadi, tadi pun dah jelaskan oleh Pengkalan Kundor. Apa yang kita bincangkan dalam undang – undang ini adalah hasil kerana pindaan kepada apa yang telah pun kita laksanakan pada kemarin dengan masukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan dan juga Mahkamah Syariah itu sendiri kepada empat layer.

Dan saya juga mengambil maklum apa yang telah pun dibentangkan oleh Pengkalan Kundor mengenai undang-undang yang telah pun sedia ada masih lagi sah walaupun yang dicabar adalah di negeri Kelantan. Yang terbatal adalah di negeri yang tersebut tapi di negeri kita masih lagi boleh untuk kita laksanakan. Jadi terima kasih dan insyaallah kita mengharapkan semoga kita semua akan terus berusaha untuk memperkasakan mahkamah syarah di negeri Kedah Darul Aman. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Silakan tuan Setiausaha

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014”.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-

Fasal 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-

Fasal 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024”. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

III. Rang Undang-Undang Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024, dibacakan bagi kali yang pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 8 Ogos 2024 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan rang undang-undang bernama “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014”.

Yang Berhormat Tuan Speaker saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014”. Bacaan Kali Pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

Silakan

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024 seperti berikut :-

Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan untuk menyelaras beberapa tafsiran dalam seksyen 2 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 [Enakmen No. 19/2014] sebagai suatu pindaan berbangkit selari dengan pemansuhan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No. 12/2008] dan digantikan dengan enakmen yang baharu.

Rang Undang-Undang ini mempunyai tiga (3) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti yang berikut: (a) Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan;

(b) Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pindaan am dengan menggantikan perkataan ‘ “Hakim” ’ di mana-mana jua terdapat dalam Enakmen No.19/2014 dengan perkataan “Hakim Syarie”; dan

(c) Fasal 3 bertujuan untuk meminda takrif tertentu dalam seksyen 3 Enakmen No.19/2014 berikutan pemansuhan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No. 12/2008] dan digantikan dengan Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon untuk mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan. Silakan Belantek.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillahirrahmanirrahim Salatul Salam Alay Sayyidina Muhammadin Ashraf Mursalin Waala Alahi Wasohbihi Ajmain. Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tuan dan puan yang dihormati sekalian.

Mahkamah syariah di Malaysia memainkan peranan penting dalam mengendalikan isu – isu berkaitan dengan undang – undang islam yang, melibatkan umat islam di negara ini. Kekuatan mahkamah syariah terletak kepada beberapa aspek berikut.

1. Bidang kuasa.

Mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang Islam. Seperti perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan anak dan harta pusaka. Jadi iaitu menjadi kuasa dan kes-kes yang melibatkan kesalahan jenayah syariah seperti zina, minum arak dan kazaf bergantung pada undang-undang negeri.

2. Aspek hukum dan undang-undang.

Mahkamah syariah menggunakan undang-undang syariah yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri sebagai rujukan dalam membuat keputusan ini bermakna undang-undang yang diterapkan adalah selaras dengan prinsip-prinsip Islam dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan masyarakat Muslim.

3. Aspek autonomi.

Mahkamah Syariah beroperasi secara bebas daripada mahkamah sivil, menjadikannya sebuah institusi yang autonomi dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan undang-undang Islam. Dan ini adalah untuk memastikan bahawa isu-isu agama diuruskan oleh pihak yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.

4. Penyelesaian pertikaian.

Mahkamah Syariah berfungsi sebagai platform untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul dalam masyarakat, terutama dalam perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan secara damai. Ia menawarkan ruang untuk keadilan dan memberi hak kepada individu untuk menentu hak mereka berdasarkan undang-undang syariah.

5. Pelaksanaan hukuman.

Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk melaksanakan hukuman yang diputuskan dalam kes-kes yang dibawa kehadapannya namun kuasa ini terhad kepada hukuman yang dibenarkan di bawah undang-undang negeri sahaja untuk dilaksanakan.

Jadi Yang Berhormat Speaker dan tuan-tuan sekalian kekuatan mahkamah syariah terletak pada kemampuannya untuk menegakkan undang-undang Islam dengan adil menjaga keharmonian umat Islam dan mengukuhkan identiti setelah kedaulatan undang-undang syariah dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Tuan Speaker, undang-undang syariah di Malaysia secara umumnya terpakai kepada umat Islam dan bidang kuasa mahkamah syariah adalah terhad kepada orang-orang Islam sahaja. Namun begitu terdapat beberapa situasi di mana prinsip keadilan dalam undang – undang syariah ini dapat dilihat bermanfaat atau relevan kepada bukan Islam terutamanya dalam konteks keharmonian masyarakat. Berikut adalah beberapa contoh.

Yang Berhormat Tuan Speaker.

1. Penyelesaian pertikaian harta pusaka

Dalam situasi di mana pasangan campuran, seorang muslim dan seorang bukan muslim terlibat dalam pertikaian harta pusaka. Mahkamah sivil kadang kala merujuk kepada prinsip undang – undang syariah untuk memastikan pembahagian harta yang adil dan saksama terutama apabila melibatkan anak-anak atau saudara mara yang beragama Islam. Contohnya jika salah satu pihak memeluk Islam prinsip faraid boleh dirujuk dan boleh memberi jalan penyelesaian yang terbaik.

Itu yang pertama.

2. Kontrak perniagaan

Dalam perjanjian perniagaan antara Muslim dan bukan Muslim yang melibatkan prinsip-prinsip muamalat iaitu perniagaan Islam Undang-Undang Syariah kadang-kadang digunakan sebagai asas dalam menyelesaikan pertikaian perniagaan. Prinsip keadilan dalam syariah memastikan semua pihak terlibat mendapat hak mereka secara adil tanpa penindasan atau riba atau faedah yang berlebihan.

Dari segi undang-undang syariah juga yang Berhormat Tuan Speaker kita melihat

3. Keselamatan masyarakat.

Undang-undang syariah melarang perbuatan jenayah seperti zina, minum arak secara terbuka dan kazaf yang menuduh orang lain tanpa bukti, bukan saja memberi manafaat kepada orang Islam tetapi juga menjaga kehamilan masyarakat seluruhnya.

Sebagai contoh larangan terhadap penyebaran fitnah atau tuduhan palsu boleh melindungi reputasi individu termasuk bukan Muslim daripada kerosakan yang tidak adil.

4. Kerjasama yang baik.

Terdapat situasi di mana institusi Islam seperti Majlis Agama Islam Negeri menawarkan bantuan kepada golongan bukan Islam yang memerlukan termasuk bantuan kewangan atau sokongan sosial. Walaupun ini bukan secara langsung di bawah mahkamah syariah yang mencerminkan prinsip keadilan dan ihsan yang dianjurkan oleh Islam. Bertapa baiknya kita lihat di sini rang undang-undang syariah yang kita bahas dan untuk diluluskan hari ini.

5. Pengiktirafan hak asasi.

Terdapat kes di mana mahkamah sivil merujuk kepada prinsip undang-undang syariah untuk mengukuhkan hak asasi manusia seperti hak keadilan, kesaksamaan dan pelindungan daripada penindasan. Ini mungkin berlaku dalam kes-kes yang melibatkan aspek moral dan etika yang berkaitan dengan masyarakat secara keseluruhan. Meliputi masyarakat Islam dan juga masyarakat bukan Islam.

Secara keseluruhannya yang Berhormat Tuan Speaker, walaupun mahkamah syariah ini mempunyai bidang kuasa yang terhad hanya kepada umat Islam prinsip-prinsip keadilan dalam undang-undang syariah dapat memberi menafaat kepada masyarakat yang lebih luas termasuk bukan Islam terutama dalam konteks menjaga keharmonian moral dan etika, keharmonian hidup dalam masyarakat. Dan kita lihat dengan lulusnya enakmen Alhamdulillah, Enakmen Syariah di negeri Kedah ini, di negeri Kedah yang kita cintai ini kita akan dapat melihat suasana hidup di negeri Kedah ini, suasana masyarakat hidup dalam aman dalam penuh harmoni. Dan inilah yang kita katakan supaya akan lahir di negeri Kedah ini dengan lulusnya enakmen ini negeri Kedah akan menjadi Negeri Kedah akan menjadi Baldatun Tayyibatun Warabun Wafur.

Ia ini merujuk kepada sebuah negeri atau negara yang diberkati Kedah akan menjadi negeri yang diberkati dengan kemakmuran, kesejahteraan dan kebaikan di mana penduduknya hidup dalam keadaan harmoni, aman sejahtera dan tenteram meliputi semua islam dan bukan islam berakhlak mulia dan mendapat rahmat. Dan yang penting sekali ialah mendapat pelindungan dari Allah SWT. Hendaknya dengan lulusnya hari ini yang Berhormat Tuan Speaker Kedah akan menjadi baldatun tayyibatun warabun wafur, seperti mana kita petik daripada surah sobat ayat 15.

Yang Berhormat Tuan Speaker izinkan saya untuk membaca di sini. Bismillahirrahmanirrahim.

InsyaAllah dengangan lulusnya apa yang kita telah bahaskan dua hari ini akan memberi kebaikan kepada semua khususnya bagi masyarakat dan penduduk negeri Kedah ini. Dengan itu saya menyokong Udang-undang-undang yang dibentangkan. Terima kasih.

Speaker

Terima Kasih. Dipersilakan Anak Bukit.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Behormat Tuan Speaker, Yang Amat Behormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Jabatan. Dalam Perbahasan Enakmen Keterangan Menggantikan takrif Hakim iaitulah Hakim Syarie. Nama Hakim Syarie ini nama baru. Sebelum ni orang tak dengar. Kalau kita tengok di kampung-kampung tu dia pun tak panggil Hakim Syarie, depa panggil Tok Kadi. Betol tak YB. Bayu?

Hang pi mana ni? Pi pejabat agama, buat apa? Pi jumpa Tok Kadi. Tok Kadi hat tulah jatuh hukum, Tok Kadi tu lah menikah, Tok Kadi tu lah cerai. Ini bahasa, bahasa orang kampung. Dia tak panggil Hakim Syarie. Dia panggil Tok Kadi. Ada satu lagi panggilan di sebelah Kubang Rotan nu…. Depa panggil Hakim Sya’yah. Mahkamah Sya’yah Betoi tak YB. Kubang Rotan?

Jadi, bila kita buat keterangan enakmen untuk meminda istilah Hakim Syarie maka kita nak kena faham jugalah bahasa baku dan juga bahasa orang kampung. Tok Kadi dan juga Hakim Syariah. Kot mana pun kita kena ceritalah kepada peringkat di bawah tu bahawa ada pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Hat ni lah yang saya nak habaq.

YB. Tuan Speaker, dalam Dewan yang mulia ini saya menyokong penuh dan bersetuju dan mencadangkan suatu Pindaan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2024, diterima dalam Dewan yang mulia ini, Wallahualam. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Behormat Anak Bukit. Silakan Bukit Selambau.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillahirrahmanirrahim Salatul Salam Alay Sayyidina Muhammadin Ashraf Mursalin Waala Alahi Wasohbihi Ajmain.Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Adun Jeneri, Ahli – Ahli yang Berhormat, ketua-ketua jabatan seluruh yang saya hormati sekalian. Terima kasih kepada Speaker yang memberi peluang kepada saya menyertai perbahasan Rang Undang-Undang berkaitan Mahkamah Syariah yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Jeneri dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar dengan itizam bersungguh-sungguh untuk memurtabatkan keHakiman syariah di negeri yang kita cintai.

Saya percaya dengan adanya pembentangan dan perbahasan rang undang-undang ini jika dipersutujui akan menjadi enakmen yang terpakai dengan pindaan enakmen baru 2024. Saya yakin dan percaya dengan usaha menubuhkan mahkamah utama berarti kita akan mempunyai 4 tingkatan mahkamah sudah tentulah enakmen sudah ada yang tujuh ini perlu dipinda bagi mengangkat martabat mahkamah syariah. Mengikut undang-undang yang sah dan tidak ada lagi persoalan berkaitan cabaran kesahan penubuhan mahkamah utama yang mempunyai empat lapisan.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli Mesyuarat. Saya ingin membahaskan berkaitan pindaan undang-undang keterangan Kedah 2014 yang dibincangkan dalam Rang Undang-Undang Keterangan 2024. Pindahan am seksyen 2 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman 2014 yang disebut enakmen ibu dalam enakmen ini dipindah dengan menggantikan perkataan Hakim di mana-mana jua terdapat perkataan Hakim syarie. Pindahan seksyen 3 enakmen ibu dipinda dalam seksyen 3.

(a) Dengan menggantikan ta'rif Hakim ta'rif yang berikut Hakim syarie mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah enakmen mahkamah syariah Kedah Darul Aman 2024.

(b) Menggantikan ta'rif mahkamah atau mahkamah syariah ta'rif yang berikut mahkamah syariah atau mahkamah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah enakmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman 2024.

Ini berarti dengan pindaan ini, perkataan Hakim Syarie adalah lebih jelas digunakan dalam enakmen ini. Oleh yang demikian saya menyokong pindaan tersebut agar undang-undang yang sedia ada nanti lebih selari dengan tafsiran. Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Izinkan saya mencelah sedikit ya. Mengenai dengan Enakmen ini terlihat Fasa 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pindaan am dengan menggantikan perkataan Hakim di mana-mana jua terdapat dalam enakmen nombor 18 obit 2014 Perkataan Hakim Syarie. Perkataan Hakim syarie seperti yang tertulis dalam pindaan ini memang tepat dan betul tetapi bila kita rujuk kepada Enakmen Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah, saya rasa dari segi dari segi bahasa arab, kurang tepat. Kalau mahkamah kena sebut Mahkamah Syariah dan perkataan ini selalu dilaungkan oleh di diucapkan oleh semua pimpinan-pimpinan dan juga masyarakat, sama ada dalam majlis rasmi atau tidak, dengan merujuk kepada mahkamah syariah.

Mahkamah syariah berarti Mahkamah Undang-Undang. Kalau kita kata fakulti syariah, itu betul. Tapi kalau mahkamah, kena mahkamah syariah. Jadi, akan timbul implikasi dalam perbahasan dalam mahkamah dari segi ejaan. Jadi, sebab itu saya rasa setepatnya bila perkataan mahkamah sebutlah mahkamah syariah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Assalamualaikum. Boleh tambah sikit tak?

Speaker

Silakan.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih yang Berhormat Speaker Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Tuan-tuan dan puan – puan yang dirahmati Allah swt.

Saya menyokong sepenuhnya cuma ada satu benda saya nak add sikit apa yang disebut oleh YB Belantek tadi. Kita perlu memahami bal datun tayyib batun warrabun ghafur. Dia ada empat syarat tuan – tuan. Saya mengharapkan insyaAllah kepimpinan Yang Amat Berhormat dapat melaksanakan akan wujudlah Kedah sejahtera nikmat untuk semua.

Dia ada empat kriteria bal datun tayyib batun.

Yang pertamanya ialah kemakmuran. Kemakmuran yang dinikmati oleh seluruh rakyat. Ini yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat. Regardless of races dengan izin. Cina ke india kita bagi semua. Tabung Tunku Mahmud kita bagi semua. Kita tak mahu kekayaan itu hanya dibolot oleh sekelompok golongan itu tak betul. Nak mewujudkan bal datun tayyib batun, fair distribution of countries' wealth. Dengan izin.

Yang kedua, adil. Sebab itu negara kita, malaysia bukan negara yang adil. Sebagai contoh tadi, sampai tak boleh masuk sekolah. Saya pun pi. Nak bagi duit bubur Syura ja. Kebetulan, yang mai pun kawan saya juga. Dia tanya guru besar. Ini siapa yang bagi izinannya? Ini zolim. Dalam islam kalau nak mewujudkan Madani masyarakat yang bertamadun ini tak tamadun macam Prof sebut tadi apa? Rule Of Junggle lebih kurang.

Dia mesti kembali kepada firman Allah

Surah Al-Ma'idah. Surah Kelima. Di Pertengahan Ayat Ke-8.

“Dan janganlah kerana kebencian kamu terhadap satu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah. Karena adil itu hampir pada taqwa.”

Amat malang. Nak bagi duit bubur syura pon tak bagi. Saya pun susah hati juga takut guru besar tu kena tukar. Kita duk text kat dia. “are you safe now?” Dia terselamat dunia akhirat. Kalau saya tak ambil bahagian, ceroi lah yang dah mai dua hari ni. Yang ni kena bagi kat saya. Saya nak cakap bab agama insyaAllah. Saya tak alim. Tapi kita dah dalil. Tuan - tuan boleh rujuk dengan kitab.

Jadi, yang kedua ni adil. sebab tu tadi prof tadi sebut. “PM you should be fair to all of us”. Jangan pilih bulu. Kita orang islam. Macam mana orang non-islam nak have respect kalau kita asyik menzalimi.

Yang ketiga aman percayalah dengan undang-undang mahkamah syariah enakmen – enakmen yang kita luluskan. Bila keamanan wujud baru wujud bal datun tayyib batun.

Yang keempat ini yang penting. Malangnya saya duduk prepare kat rumah ni. Wajib kena cakap. Kalau MB nak marah pun, marah pi lah. Amar Ma'ruf Dan Nahi Mungkar. Ma'ruf ni segala amalan yang dapat mendekatkan kita kepada Allah, itu dinamakan ma'ruf.

Mungkar apa jua aktiviti yang menyebabkan kita jauh daripada Allah. Itu mungkar. Bagaimana judi? Malangnya judi yang telah kita haramkan selama setahun, lapan bulan Ada golongan yang cuba nak menghidupkannya kembali. Saya tanya seorang ustazah mengaji pandai. Tuan-tuan kena faham judi ini sebab inilah dia selaras sama level macam syirik menyembah berhala. Ini kena buka kitab besar sikit.

Surah Kelima, Al-Ma'idah, Ayat 90.

“Wahai orang-orang beriman, sesungguhnya, arak, judi, sembah berhala. Dan tenung nasib adalah najis. Amalan syaitan.”

Allah tak sebut haram ustaz. Ustaz mengaji tinggi pada saya. Fajr tanibu. Boleh tanya ustaz. Dato Najmi lah. Ustazah tu hurai. Ini lebih teruk daripada segala-galanya. Termasuk judi itu level syirik pada Allah. Sebab itu dia suruh kita hindari. Lalakum tufli'un. Mudah-mudahan kamu tergolong di dalam golongan orang lain beruntung.

Jadi amat malang. Takkan wujud minta maaf. Selagi mungkar tidak dibenteras. Tak habis lagi. Seminit sikit. Satgi nak balik dah. Saya nak bagi faham kepada semua yang ada. Kebanyakan orang Islam. Kenapa kita perlu benteras kemungkaran? Baca Quran. Surah Al-Ma'idah. Surah kelima. Ayat 78, 79. Apa yang berlaku kepada Bani Israel. Kenapa? Mereka dilaknat oleh Allah.

Alasan yang disebut dalam Quran “mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka” ha ini lah bila penceramah jadi wakil rakyat. tang mana pun dia nak ceramah.

Speaker

Panjang lagi YB.?

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Tapi kita cakap kita ada sandaran Quran dan hadith.

Nak mencelah sikit.

Speaker

Sidam nak mencelah.

Baik terima kasih Tuan Speaker. Daripada ungkapan daripada Ustaz Pantai Merdeka tadi Yang Berhormat ada menyebut perkataan sembah berhala. Jadi saya rasa dalam Dewan yang mulia ini, saya rasa ungkapan itu kurang sesuai. Seolah-olah menghina, ada bentuk usul-usul menghina. Saya mohon kalau boleh YB Pantai Merdeka tarik balik Terima kasih.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Saya tak boleh tarik balik sebab dia ajaran Islam. Dia kalau menghina dalam Quran

Surah ke 6. Al-An'am. Ayat 108.

Yang kita tak boleh ni ialah kita menghina apa yang mereka sembah. Kita mencerca. Ini kita baca ayat, kita beritahu. Dalam islam ada empat perkara. Yang memang perkara ini amat besar. Dia punya mudarat dan dosanya. Itu YB Sidam kena faham. Saya tak menghina agama YB. Jadi saya tak perlu tarik balik. Tak puas hati jom kita jumpa Pantai Merdeka.

Ada sikit lagi. YB Pantai Merdeka. Saya rasa lah kalau YB ingin menyebut hal-hal sedemikian, saya rasa dalam ceramah ataupun di luar daripada dewan, saya rasa lebih sesuai tapi ini dalam Dewan Yang Mulia mempunyai macam-macam pegangan dan juga kami pun punya perasaan yang rasanya terguris. Itu saja Tuan Speaker. Terima kasih

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Baik saya tegaskan sini YB Bau. Saya tidak menghina agama awak. Ada saya sebut berhala tak ada saya cuma sebut apa yang disebut in the holy quran. Ada empat amalan ini tidak baik. Itu this is our faith. Saya bukan hina agama awak. Baik, jadi seterusnya, amar, makruh dan nahi mungkar perlu berjalan serentak, jadi amat malang lah, kalau perkara yang baik, yang kita pasti, especially judi, gambling. Boleh sebut,

Speaker

Panjang lagi YB?

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Sikit-sikit lagi. Nk habis dah. Lagi lama, lagi panas pulak. Bau Wong tak nak kawan dengan saya pulak sedikit. Bukan jauh pun sidam dengan pantai merdeka. Jadi kita nk simplify, nak permudahkan, ringkaskan. Jadi amar maaruf dan nahi mungkar perlu wajib berjalan simultaneously, berjalan serentak. Sekadar seorang buat baik tapi membiarkan kemungkaran kita mengundang bala Allah. Kita orang islam. Saya baca tadi kenapa yahudi dilaknat oleh allah kerana mereka membiarkan kemungkaran.

Jadi saya amat mengharapkan insyaAllah dengan undang-undang atau enakmen yang diluluskan akan wujudlah. Insyaallah. Kita akan terus berusaha sebagai yang MB sebut kita akan pertahankan mana Kedah sifar judi.

Jadi minta maaf YB Sidam atau tiga-tiga empat dah sekali dengan Wong. Tak ada niat untuk menghina agama kamu. Ini saya hanya petikan daripada Quran saja sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pantai Merdeka.

Speaker

Sekarang dipersilakan pihak Kerajaan untuk menggulung rang undang-undang tersebut.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Daripada perbahasan daripada yang berlaku kelmarin, sampailah harini. Pindaan ataupun Rang Undang – Undang yang telah kita bentangkan, akan berlaku perubahan pindaan – pindaan. Contohnya pada hari ini untuk Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syara'iyah. Yang Behormat Dato Najmi noh. Pindaan 2024 untuk menyelaras tafsiran-tafsiran tertentu agar tidak bertentangan dan selari dengan undang-undang yang sedia ada yang telah pun kita luluskan kemarin. Dan tafsiran melibatkan perkataan Hakim dan juga perkataan mahkamah.

Dan saya rakamkan ucapan terima kasih atas penglibatan Adun – Adun daripada Belantek, daripada Anak Bukit, Bukit Selambau, Pantai Merdeka, juga Kupang, juga celahan daripada Sidam. Perbahasan untuk kali ini, Rang Undang – Undang ini. Dan banyak yang dibentangkan oleh perbahasan itu menyentuh tentang keunggulan Kehakimanan Islam. Undang – Undang Syariah Islam yang boleh memberikan keharmonian kepada seluruh manusia. Dan saya juga nak mengambil kesempatan lah sebab ada juga dimaklumkan oleh Kulim. Ada yang bila kita bahas, kelmarin kita ada buat pindaan kelmarin trigger kepada Masyarakat bukan Islam tentang pindaan-pindaan yang telah pun kita buat.

Sebenarnya dalam undang-undang syariah yang telah pun ada harini pun ini bukan benda yang baru kita buat. Mahkamah kepada 4 lapis ni telah pun dibuat di negeri Perak. Nak masukkan mahkamah dalam Undang – Undang Tubuh Kerajaan Negeri telah pun dilaksanakan oleh Terengganu.

Dia masyarakat bukan Islam tak perlu rasa terancam dengan apa yang telah dibahaskan. Dalam dalam semua Undang – Undang Syariah ini, sebenarnya ia tidak melibatkan, hanya melibatkan orang Islam sahaja. Tak melibatkan masyarakat yang belum Islam. Ini saya rasa perlu, diberikan kefahaman supaya kita semua sedar batas – batas yang telah pun sedia ada.

Dan untuk makluman Sidam, yang disebut oleh Pantai Merdeka tadi, itu adalah tegahan Allah SWT kepada orang yang beriman. Yang dibacakan maksud daripada ayat Quran, yang telah pun disebutkan tadi. Jadi larangan kepada kami orang – orang Islam. Supaya tidak melakukan perkara – perkara yang sedemikian.

Jadi, saya rasa setakat itu penjelasan. Terima kasih kepada semua. Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Waalaikummusalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

(Dipersetujui)

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024”.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’.

(Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024”.

Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

IV. Rang Undang-Undang Enakmen Orang-Orang Besar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan Dan Kemudahan) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Orang-Orang Besar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan Dan Kemudahan) 2024.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Orang-Orang Besar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan Dan Kemudahan) 2024, dibacakan bagi kali yang pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 8 Ogos 2024 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai keistimewaan dan kemudahan kepada Orang-Orang Besar Negeri Kedah Darul Aman dan mengenai perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai keistimewaan dan kemudahan kepada Orang-Orang Besar Negeri Kedah Darul Aman dan mengenai perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”.

Bacaan Kali Kedua.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan Rang Undang-Undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua di dalam Persidangan Dewan ini juga.

Speaker

Silakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua dan dengan ini sukacita saya memberi sedikit penjelasan mengenai Rang undang-undang Enakmen Orang-Orang Besar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan dan Kemudahan) 2024 seperti berikut : Rang Undang-Undang Enakmen Orang-Orang Besar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan dan Kemudahan) 2024 merupakan undang-undang baharu yang akan menggantikan Enakmen Dato’ Bergelar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan dan Kemudahan) 1983 [Enakmen 27/1983].

Rang Undang-Undang ini telah memperuntukkan keistimewaan dan kemudahan bagi Orang-Orang Besar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Selain itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan iaitu berhubung pengurusan dan pentadbiran Orang-Orang Besar dan pindaan keistimewaan dan kemudahan yang sebelum ini telah diperuntukkan dalam Enakmen Dato’ Bergelar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan dan Kemudahan) 1983 [Enakmen 27/1983].

Rang Undang-Undang ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan mempunyai dua belas (12) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti yang berikut:

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan ini. Fasal 2 mengandungi takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam Enakmen yang dicadangkan termasuk takrif “keistimewaan” sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Kedua. Fasal 3 mengandungi Kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran Negeri yang dikenali “Orang-Orang Besar” sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama. Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubung tempoh pemakaian dan pembatalan Orang-Orang Besar yang mana tempoh itu adalah selama diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan gelaran tersebut boleh disambung atau dibatalkan. Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan tugas-tugas Orang- Orang Besar iaitu antara lain mengiringi Sultan dan keluarga diraja dalam Malis istiadat Diraja dan membantu memantau istidat pertabalan serta pengurusan infrastruktur. Fasal 6 dan 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubung pelantikan Ketua Istiadat dan Timbalan Ketua Istiadat. Fasal 8 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubung Pendaftar dan buku daftar bagi Orang-Orang Besar untuk mendaftar pelantikan dan simpanan rekod. Fasal 9 bertujuan untuk memperuntukkan berhubung kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk meminda Jadual Kedua. Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubung sekatan kepada kelayakan keistimewaan dan kemudahan dalam Negeri Kedah sahaja melainkan dinyatakan selainnya. Fasal 11 memperuntukkan berhubung pemansuhan Enakmen Dato’ Bergelar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan dan Kemudahan) 1983.

Fasal 12 memperkatakan tentang peruntukan kecualian.

Sekian, saya mohon mencadangkan terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan. (Tiada perbahasan)

Speaker

Sekarang dipersilakan pihak Kerajaan untuk menggulung rang undang-undang tersebut. (Tiada Penggulungan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai keistimewaan dan kemudahan kepada Orang-Orang Besar Negeri Kedah Darul Aman dan mengenai perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai keistimewaan dan kemudahan kepada Orang-Orang Besar Negeri Kedah Darul Aman dan mengenai perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’

(Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak’. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 4

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 4 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 5

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 5 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-Fasal 6

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 6 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 7

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 7 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 8

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 8 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 9

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 9 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 9 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 10

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 10 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 10 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 11

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 11 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 11 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 12

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 12 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 12 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Jadual pertama

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Jadual Pertama menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Jadual Pertama ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Jadual kedua.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Jadual Kedua menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Jadual Kedua ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Jadual ketiga

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Jadual Ketiga menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Jadual Ketiga ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga dan sekarang diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Orang-Orang Besar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan dan Kemudahan) 2024”. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Rang Undang-Undang Enakmen Kerabat Bergelar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan Dan Kemudahan) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Kerabat Bergelar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan Dan Kemudahan) 2024.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Kerabat Bergelar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan Dan Kemudahan) 2024. Bacaan Kali Pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk membentangkan Rang Undang-Undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 08 Ogos 2024 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada Kerabat Bergelar Negeri Kedah Darul Aman dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya”.

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada Kerabat Bergelar Negeri Kedah Darul Aman dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya”. Bacaan Kali Kedua.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan Rang Undang-Undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua di dalam Persidangan Dewan ini juga.

Speaker

Silakan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua dan dengan ini sukacita saya memberi sedikit penjelasan mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Kerabat Bergelar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan dan Kemudahan) 2024 seperti berikut :-

Rang Undang-Undang Enakmen Kerabat Bergelar (Kedah Darul Aman) (Keistimewaan dan Kemudahan) 2024 merupakan undang-undang baharu yang dicadangkan untuk memperuntukkan keistimewaan dan kemudahan bagi Kerabat Bergelar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Rang Undang-Undang ini telah memperuntukkan keistimewaan dan kemudahan bagi Kerabat Bergelar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Rang Undang-Undang ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan mempunyai lapan (8) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti yang berikut: (a) Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan ini.

(b) Fasal 2 mengandungi takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam Enakmen yang dicadangkan termasuk takrif “keistimewaan” sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Kedua.

(c) Fasal 3 mengandungi Kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran Negeri yang dikenali sebagai “Kerabat Bergelar”. (d) Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubung tempoh pemakaian gelaran Kerabat Bergelar iaitu sepanjang hayat melainkan gelaran tersebut dibatalkan atau terhenti mengikut peruntukan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah atau undang-undang bertulis lain.

(e) Fasal 5 memperuntukkan tugas-tugas Kerabat Bergelar yang bolehlah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dari semasa ke semasa.

(f) Fasal 6 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubung kuasa untuk meminda Jadual.

(g) Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubung sekatan kepada kelayakan keistimewaan dan kemudahan dalam Negeri Kedah sahaja melainkan dinyatakan selainnya.

(h) Fasal 8 bertujuan untuk memperuntukkan berhubung kecualian.

Yang Berhormat Tuan Speaker dengan ini saya pohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini. Sekian terima kasih.

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Suatu Enakmen untuk memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada Kerabat Bergelar Negeri Kedah Darul Aman dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada Kerabat Bergelar Negeri Kedah Darul Aman dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya”.

Speaker

Dewan sekarang Bersidang sebagai Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Fasal 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”.

(Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-

Fasal 4

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 4 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-

Fasal 5

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli yang bersetuju Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak” (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 5 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 6

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli yang bersetuju Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 6 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 7

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli yang bersetuju Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 7 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-

Fasal 8

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 8 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Jadual pertama.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Jadual Pertama menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Jadual Pertama ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Jadual kedua

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Jadual Kedua menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “Setuju” yang tidak kata “Tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Jadual Kedua ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga dan sekarang diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kerabat Bergelar Negeri Kedah Darul Aman (Keistimewaan dan Kemudahan) 2024”.

Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

VI. Usul Pembentangan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang NegeriMotion

Setiausaha Dewan

Usul Pembentangan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman untuk membentangkan laporan tersebut.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya mencadangkan usul ini, terlebih dahulu saya ingin memberi sedikit penjelasan berkenaan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang ini. Jawatankuasa PAC telah menjalankan pemeriksaan laporan audit bagi tahun 2018 hingga 2021, Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Kedah Siri 1,2 dan 3. Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, penemuan-penemuan, maklumbalas jabatan dan syor jawatankuasa telah dibukukan di dalam laporan yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada keseluruhannya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Kedah Darul Aman berpuas hati kerana semua Ketua Jabatan hadir sendiri bersama-sama pegawai di bawahnya bagi memberi penjelasan kepada Jawatankuasa ini dan seterusnya memberi perhatian serius kepada teguran dan syor-syor Jawatankuasa supaya pentadbiran dan pengurusan kewangan Jabatan berjalan dengan sempurna dan teratur. Jabatan juga telah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap teguran yang telah dibuat oleh pihak audit. Isu-isu ketidakpatuhan terhadap prosedur kerajaan dan penetapan asas-asas yang jelas dalam pelaksanaan projek atau program telah berkurangan. Namun begitu, aspek pemantauan dan penyeliaan masih perlu dipertingkatkan dan dilakukan secara berterusan. Selain daripada itu, Ketua Jabatan juga telah menjawab surat pemerhatian Audit dalam tempoh yang ditetapkan. Ini memudahkan pihak Audit memantau tindakan yang diambil oleh Jabatan berkenaan terhadap teguran Audit. Kerjasama yang berterusan di antara Ketua Jabatan dan pihak Audit amatlah penting dalam usaha untuk meningkatkan lagi akauntabiliti dalam pengurusan aktiviti dan pengurusan kewangan Kerajaan. Jawatankuasa PAC mengharapkan agar komitmen yang berterusan diberikan oleh ketua jabatan dalam setiap sesi mesyuarat yang diadakan. Ianya adalah bagi memastikan setiap perbincangan yang dijalankan menerusi teguran audit dapat diambil tindakan yang sewajarnya dengan kadar segera. Di samping itu, bagi memperkemaskan lagi maklumbalas terhadap hasil dapatan audit, jabatan atau agensi kerajaan perlu menjalankan tindakan susulan secara berkala bagi memastikan setiap isu dapat ditangani dengan lebih baik. Pegawai-pengawai perlu lebih proaktif menjalankan pemeriksaan secara holistik bagi mengenalpasti masalah atau kelemahan di dalam jabatan. Ianya adalah untuk mengelakkan berlakunya ketirisan di dalam sistem pentadbiran.

Selain itu, penelitian semula dan penambahbaikan terhadap prosedur operasi standard (SOP) perlu dilaksanakan. Ianya adalah bagi memastikan setiap SOP bertepatan dengan peraturan yang telah ditetapkan dan mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih efektif. YB. Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan kepada saya dan ahli-ahli jawatankuasa kira- kira wang negeri untuk membuat pemeriksaan dan mengemukakan syor terhadap Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2008 hingga 2021. YB. Dato’ Speaker, jawatankuasa kira-kira wang negeri juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Audit Negeri Kedah Darul Aman, Ketua-Ketua Jabatan/agensi negeri serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam memastikan kelancaran Pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah dalam melaksanakan tugas. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon mencadangkan satu usul yang berbunyi :-“Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman di atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 - 2021, Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Kedah Siri 1,2 & 3 seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bilangan 11 Tahun 2024 adalah dibentangkan.” Sekian, terima kasih. Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya pohon mencadangkan satu usul yang berbunyi :-“Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Di atas Laporan Ketua Aduit Negara Tahun 2008-2021, Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan Agensi Negeri Kedah Siri 1,2 & 3 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2024 adalah dibentangkan”.

Sekian, terima kasih.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi :-

“Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Di atas Laporan Ketua Aduit Negara Tahun 2008-2021, Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan Agensi Negeri Kedah Siri 1,2 & 3 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2024 adalah dibentangkan di Dewan ini”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata ‘setuju’, yang tidak kata ‘tidak’. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

Speaker

Tuan Setiausaha, urusan seterusnya

Setiausaha Dewan

Tangguhan Sidang Dewan.

Speaker

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan Speaker, sebelum saya melakukan Ucapan Penangguhan Dewan pada kali ini, seperti yang telah kita semua sedia maklum bahawa kita ada satu rancangan besar untuk membantu sektor pendidikan. Mengatasi masalah keciciran pelajar khususnya di Kedah. Berikutan itu, saya melalui peruntukan khas Menteri Besar 2021, telah memberi peruntukan di atas permohonan beberapa pensyarah menjalankan kajian yang dinamakan KOMPaS.

Kajian dan langkah – langkah mengatasi untuk mengesan lebih awal, pelajar – pelajar yang ada berkemungkinan tercicir kepada sistem pendidikan sekolah. Dengan demikian, kita luluskan satu tahun RM100,000.00 (satu ratus ribu ringgit) kepada kajian tersebut daripada UUM. Bukan ketua cawangan Pas, dak aih, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Saya nak perjelaskan perkara ini. Kita bagi kepada orang yang tepat untuk buat kajian dan dia kena datang balik, kemukakan hasil kajian dia. Bagaimana untuk kita atasi masalah keciciran pelajar di Kedah kerana kita nak bagi jadi The Greater Kedah. Kita kena kesan awal masalah yang kita akan hadapi pada masa yang akan datang dan kesan itu mesti diubati pada masa ini. Kita harap atas sifat demokratik dan terbuka kita juga disambut oleh pihak sebelah sana dengan sikap terbuka dan demokratik.

Betul Ketua Pembangkang? Saya mengharapkan begitu di atas usaha yang kita buat. Tidak terlintas di hati kita semua, untuk berpolitik dalam sektor pendidikan. Tak ada. Kita nak semua orang dapat apa yang patut dia dapat. Kalau nak ikut lah, kalau nak ikut kelayakan, untuk bercakap tentang sektor pendidikan, kita ada ramai bekas guru di sini. Ada bekas Dekan, Profesor, ada bekas Vice Chansellor (VC). Naib Canselor UUM, Dekan di USM, ada bekas guru, Ayer Hitam, guru bahasa inggeris, ‘teacher’! ‘Good morning teacher’! Ada guru, ramai guru. YB. Tanjung Dawai, guru, YB. Bukit Lada, guru, YB. Bukit Pinang, Telekom, guru telekomunikasi, Kubang Rotan, ahli perniagaan yang berjaya dari seorang budak nakal.

Tengok Kubang Rotan, bagaimana dia berjaya, ada wisma di Kuala Lumpur. Wisma Salleh Saidin. Bagaimana dia berjaya, dia boleh ajar dalam sektor pendidikan. Bagaimana berjaya walaupun asalnya bawa traktor tapi muncul dalam ikon bidang keusahawan, tokoh korporat, teknokrat. Bekas tentera, pegawai tentera, engineer, seorang ibu yang penyayang. Boleh cakap dengan anak – anak kita. Kan? Bekas guru, guru pakar. Belah sana toksah duk cakap la, terer – terer semua. Pantai Merdeka, Bayu, Anak Bukit, ni peguam, Ayer Hangat. Semua orang dahsyat – dahsyat lah. Kalau nak cakap tentang sektor pendidikan.

Tapi kita tak kecil hati sangat bila kita tak dapat masuk sekolah. Walaupun kita tau kepentingannya. Yang dibenarkan masuk ke sekolah sekarang ini buat program parti. Ada lambang logo dilekatkan di sekolah. Yang suatu ketika dulu, mereka digelar pengacau dan penyamun.

Sekarang masuk di sekolah pasal apa? Dibenarkan Kementerian Pendidikan, dibenarkan oleh MARA. Pejam mata. Pasal politik, pasal depa dah jadi rakan. Hoi ya hoi berpakat dah. Maka jadilah mereka gu.

Kerajaan tidak demokratik, yang tidak menghormati profesion orang lain. Kita tidak berhasrat untuk berpolitik dalam sektor pendidikan Tuan Speaker. Kita nak sektor pendidikan bebas daripada elemen dan propaganda politik kepartian.

Dan saya nak rakamkan di Dewan yang mulia ini bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah, bersidang pada 26 Ogos 2024 melahirkan rasa kecewa Kementerian Pendidikan. Menteri Pendidikan dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang telah melaksanakan agenda politik kepartian Kerajaan Persekutuan pada hari ini.

Kita tengok ada Pengarah Pendidikan jadi Pengerusi Parti Politik Madani dilantik. Kita tau Pengarah Pendidikan Negeri Kedah ni aktivis Parti Amanah Negara sebelum jadi pengarah. Kerana itu dia dinaikkan pangkat mungkin, naik pangkat jadi pengarah. Mungkin!

Saya tak pernah kecam mana – mana pegawai! Hari ini saja nak zahirkan kekecewaan di sini. Kalau nak main politik, jadi pegawai kerajaan letak jawatan, bertanding mai duduk di sini. Kita bertanding, kita berbahas di Dewan ini sebagai ahli politik. Gentleman!

Jangan guna kuasa di kementerian, di jabatan, laksanakan arahan politik. Jangan! Itu akan menghancurkan negara ini! Kita pun tak bersetuju kalau ada orang Bersatu ka, orang Pas, guna kedudukan di jabatan di kedudukan dia untuk agenda parti politik, kita pun tak setuju. Dan hampa pun jangan buat. Jangan buat!

Ramai kawan – kawan saya parti lain, duduk di pegawai tadbir negeri. Saya hormat semua orang. Atas perbezaan parti politik kita, kita bekerja dari pukul 8.00 sampai pukul 5.00 atas profesion kita. Lepas pukul 5.00, hang punya pasal hang nk pi mana. Jangan guna bawa agenda politik, arahan politik, kehendak politik masuk di jabatan. Sekat habis semua sehingga merugikan pelajar – pelajar di negeri yang kita cintai ini.

Saya biasa kena. Dijemput oleh alumni untuk kutip derma nak bantu sekolah. Nak bantu sekolah alumni jemput saya. Jemput saya ni ramai la sikit mai. Saya kan popular. Tak ada orang kata, kata saja la sendiri. Arahan keluar, “semua guru tak boleh hadir kerana Sanusi ada. Semua kakitangan sekolah tak boleh hadir majlis itu kerana Sanusi ada”.

Buat di luar sekolah, di hotel, nak kutip derma nak tolong depa. Depa tak bagi guru – guru hadir. Sikap apa macam ni? Tak untung langsung, merugikan. Saya baru beri RM10,000. Beri juga la RM10,000 Tuan Speaker. Kalau saya tau, saya bagi RM100,000. Tak betol sikap tu, tak boleh buat di negeri ini. Kalau nak buat, pi negeri lain. Di Kedah tak boleh dijalankan propaganda politik di jabatan. Tak boleh!

Yang tak betul saya katakan tak betul. Walaupun dia kawan saya, walaupun dia rakan saya, walaupun dia kenalan saya. Esok nak jumpa pula kut masjid ka, kut surau ka, rumah kenduri. Nak letak muka di mana? Tak boleh buat lagu tu. Dan saya harap rakaman ini didengar di seluruh negara. Dan perkara ini yang mungkin berpunca daripada sikap Menteri Pendidikan yang mengambil sikap untuk anti kepada parti lain hingga menjalankan agenda parti di sekolah.

Yang disebutkan oleh Jitra tadi, untuk diambil perhatian oleh Perdana Menteri. Saya sokong. Kena ambil sikap, kena ambil pendirian. Kita datang memegang amanah orang ramai untuk kembalikan amanah ini kepada orang ramai. Bukan kaut sebanyak mungkin keuntungan daripada sikap menindas berlaku tidak adil. Saya harap pengarah pendidikan boleh dinaikkan pangkat lepas ni. Jadi lah apa pun, keluar dari Kedah ini.

Boleh celah sikit kut?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Toksah celah la. Nak habis dah. Tak betui?

Sikit saja, sikit saja. Satu minit.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ini bukan perbahasan. Tak perlu.

Celah saja.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ha, try la tengok. Tengok sedap ka dak. Tak sedap kita balun.

Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Amat Behormat Jeneri. Saya rasa pengalaman daripada Jeneri tadi kita pun pernah melaluinya dan pernah merasainya. Ketika itu saya sebagai di Parlimen Sungai Petani lah, termasuk dengan pembantu DUN Gurun masa tu. Jadi, pengalaman ini pun pernah kami lalui semasa tempoh 33 bulan yang lalu. Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Saya harap Sidam boleh menyatakan terperinci pengalaman tersebut. Sekolah mana, bila, siapa yang larang supaya kita ambil tindakan. Kalau dia ada di sini, kita bagi dia cukup – cukup. Ataupun orang yang sama buat kerja tu kan noh? Tak boleh. Tak betul walupun dia kawan saya. Dia tak betul, saya kena kata tak betul walaupun dia rakan kita. Betul Sidam? Boleh? Setuju dengan saya? Tak betul memang tak betul. Saya harap pengalaman tu tak berlaku lagi. Ini tahun 2024 cek oi! Bukan tahun 70-an. Ni politik. Ha! Ugut guru – guru nak tukar sana, nak tukar sini. Tu 60-an 70-an boleh la. Ni tahun 2024. La ni orang pakai AI. Ha! Hampa duk pakai apa ni? Orang tau sikap ni tak baik, sikap tak betul. Kalau Menteri Pendidikan rasa dia pandai, terpaling pandai, terpaling bijak dalam sektor pendidikan, cuba tengok muka kami semua ni. Rasa pangkat dia dulu Jitra lagi besar, Bandar Baharu lagi besar, lebih jauh terkehadapan dalam sektor pendidikan. Kalau nak ikut terpaling pandai, kalau rasa dia terpaling pandai, jangan kata orang lain bodoh.

Ha, untuk Menteri Pendidikan. Siapa – siapa pun lah, jangan buat sikap tu. Kita nak bantu sektor pendidikan. Saya harap perbentangan KOMPaS yang akan dibuat oleh pensyarah–pensyarah UUM yang kita peruntukkan ini melibatkan guru–guru dan sekolah – sekolah Negeri Kedah dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan. Jangan buat larangan. Jangan call. Walaupun saya tau tak dak surat, dia call sahaja ataupun arahan lisan. Jangan buat arahan lisan, jangan buat panggilan telefon untuk melarang pegawai ini. Mai kita buat kerjasama yang betul untuk kebaikan negeri ini. Sidam setuju dengan saya?

Ha.. kita cuba nak setuju la.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Nak kata pembangkang ni pun keras perut. Saya cakap benda betul keras perut betul. Madanon sungguh.

VII. `Tangguhan Sidang Dewan

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

(Selepas semua urusan mesyuarat dijalankan bagi persidangan kali ini)

Setiausaha Dewan

Tangguhan Sidang Dewan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Sekian, Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang begini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi di masa-masa yang akan datang. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada jam 12.15 tengahari]