Kedah · 25 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 348 turns · 38,445 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Dewan disambung semula. Bacaan Doa. Dipersilakan Tuan Setiausaha.
Bacaan Doa
Bacaan Doa.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pada harini Dewan Undangan Negeri Kedah telah menerima kunjungan pemerhati daripada Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar seramai 35 orang, Pejabat Daerah Kuala Muda seramai 5 orang, MIDA Kedah dan Perlis Seramai 2 Orang, PKWR Ayer Hitam seramai 2 orang. Selamat datang diucapkan kepada semua.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
Sambungan pertanyaan-pertanyaan mulut.
Sambungan Sesi Pertanyaan – Pertanyaan MulutQuestions
Dipersilakan YB. Kota Siputeh.
Segak sang ayah, cantik sang ibu. Dato` Seri MB, soalan nombor 1.
1. Pohon dinyatakan apakah status agenda pembangunan jeti pelabuhan laut dalam Kuala Sanglang?
Silakan Yang Amat Behormat Menteri Besar.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Behormat Speaker, Ahli - ahli Yang Berhormat sekalian. Untuk soalan nombor 1, status agenda pembangunan jeti pelabuhan laut dalam, Kuala Sanglang. Cadangan pelabuhan Sanglang adalah merupakan projek berimpak tinggi yang akan dibangunkan di daerah Kubang Pasu yang telah disenaraikan sebagai salah satu projek keutamaan negeri yang akan memacu pertumbuhan ekonomi dan usaha untuk mencapai The Greater Kedah menjelang tahun 2050. Cadangan pelabuhan ini adalah melalui inisiatif pihak swasta. Saya ulang, inisiatif pihak swasta dengan pembangunan sebuah pelabuhan kargo “landbridge” yang berfungsi sebagai jalan pintas antara Laut Andaman dan Gulf of Thailand yang akan memanfaatkan kedua-dua negara memandangkan gerbang terminalnya adalah antara di Malaysia (Sanglang) dan Thailand (Songkhla).
Selain itu, cadangan pelabuhan ini akan menjadi feeder port bagi melengkapi keperluan kapasiti pelabuhan di Pulau Pinang pada masa kini. Pelabuhan Sanglang juga akan berfungsi sebagai hab tenaga baharu berasaskan ammonia dan hidrogen. Dalam pada itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di bahagian Pantai Barat Daerah Kubang Pasu yang kini hanya didominasi oleh aktiviti pertanian dan perikanan. Status terkini, pihak syarikat serta perunding yang dilantik kini sedang memperhalusi cadangan pelabuhan ini termasuk lokasi serta aktiviti “hinterland” dan hiliran yang sesuai.
Pihak syarikat telah pun mengemukakan cadangan pelabuhan ini kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan kini sedang ditambahbaik berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada pihak Kementerian. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan mesyuarat teknikal bagi memperhalusi kesesuaian lokasi tapak dan bentuk pembangunan projek yang dicadangkan oleh pihak syarikat dan dijangka akan dimuktamarkan pada akhir tahun 2024.
Melihatkan kepada manfaat ekonomi yang bakal dinikmati khususnya dari segi peluang pekerjaan dan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Kerajaan Negeri komited untuk merealisasikan projek ini melalui kuasa – kuasa negeri yang diperuntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan kepada negeri khususnya urusan berkaitan tanah. Pada masa yang sama, adalah diharapkan cadangan pelabuhan ini mendapat sokongan serta kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan kerana manfaatnya yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara. Terima Kasih.
Terima Kasih, Yang Amat Behormat Dato` Seri. Soalan Tambahan YB. Kota Siputeh.
Soalan tambahan di sini, YAB. Dato’ Seri. Kota Siputeh menghargai inisiatif pihak Kerajaan Negeri Kedah dalam membantu pembangunan khususnya di Kota Siputeh. Namun bagaimana pula keadaan demografi di Sanglang khususnya di Kuala Sanglang itu sendiri, keperluan untuk mengadakan penempatan baharu yang lebih tersusun dalam kawasan, meninjau keberadaan orang – orang nelayan khususnya di dalam Kuala Sanglang. Terima kasih.
Silakan Yang Amat Behormat Dato’ Seri.
Tuan Speaker dan Yang Behormat Kota Siputeh. Akan diberi perhatian serius kepada projek – projek yang melibatkan penempatan penduduk khususnya nelayan dan para petani yang akan terbabit dalam tapak projek. Hal ini tentulah menjadi perhatian utama kerajaan negeri dan kita akan meletakkan syarat supaya penempatan baru disediakan terlebih dahulu untuk pemindahan penduduk supaya mereka tidak terabai dan mendapat manfaat daripada projek seperti ini. InsyaAllah hal-hal seperti itu akan diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima Kasih, Yang Amat Behormat Dato` Seri Menteri Besar.
Soalan tambahan!
Soalan tambahan daripada Kota Darul Aman, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Apabila kita mendengar projek pembiayaan swasta dan baru – baru ini kita dengar Bin Zayed International telah tarik diri dari projek Langkasuka di Langkawi bernilai 40 Billion. Masa pengumunan itu sangat besar dan apabila pembiayaan swasta kita nampak kejayaan yang akan terhasil itu seolah-olah satu pengumuman yang untuk menarik perhatian rakyat tapi tidak tercapai. Dan kita tengah tunggu KXP pula masih yang sama adakah yang ini akan gagal juga. Jadi, kita minta pencerahan daripada pihak kerajaan sebab kita takut dengan pengumuman besar ini sebab dia umum saja tapi tak capai. Terima Kasih.
Dipersilakan Yang Amat Behormat Dato` Seri Menteri Besar.
Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Kelmarin ada orang kena dah. Pekak tau pekak? Pekak ni ada dua. Satu ini dia tuli satu lagi dia bodoh. Ni bukan YB. Kota Darul Aman la. Maksud bahasa Kedah ni ada dua, satu tak dengar, satu lagi bodoh. Saya tak tau la yang mana satu. Tapi banyak kali diberi penjelasan penjelasan bahawa inisiatif swasta. Sebab itu tadi saya ulang. Supaya kita ingat inisiatif swasta. Saya fikir dalam dunia ni, orang yang meniaga, orang yang buat bisnes, orang yang melabur puluh-puluh juta, tak ada siapa yang nak rugi. Semua orang nak untung. Mula meniaga memang kena tanam modal. Itu saya kata mula meniaga rugi dulu, untung mai kemudian. Semua bisnes macam itu. Usaha dulu baru dapat untung saya tak ada saya fikir tak ada siapa pun dalam dunia ni mula-mula meniaga aku nak rugi la yang meniaga ni. Tak ada. Semua orang nak untung semua yang kita umumkan. Kita bantu syarikat-syarikat tu untuk mengumumkan projek-projek dia supaya saham syarikat itu dibeli kalau orang yang terlibat dengan bursa saham dia meningkat. Itu cara orang meniaga. Dia minta kita umum, kita umumlah.
Sebelum dia minta kita umum tu, dia adalah kira-kira dia. Berapa GDP projek tu, nak buat di mana, model berapa, JV dengan siapa. Butiran tu semua dia yang sediakan, bukan kita reka. Kalau tiba-tiba bisnes tu menghadapi masalah. Bukan tanggungjawab kita pi dok pikui masalah dia. Dak. Masalah bisnes deal dia lah, urusan perniagaan dia, kita nak projek itu jadi, sebab itu kita tolong dia mengumumkan apa-apa usaha yang sedang dibuat oleh syarikat dan pengumuman itu penting untuk pembangunan projek dan keyakinan orang ramai. Dan saya pun tahu syarikat-syarikat yang terbabit di
Kedah ini, akan dikenakan macam-macam sekatan, macam-macam tekanan, dan kes yang saya sebutkan semalam itu, saya tahu dia kena apa. Tapi saya tak nak ulang la. Itu mungkin tidak sesuai disebut di dewan ini. Tapi ada grand design untuk menggagalkan. Banyak projek – projek yang diambil oleh inisiatif swasta ini supaya dia tak jadi di zaman kita. Saya harap zaman Kota Darul Aman duduk sini mungkin projek itu jadi. Tapi mimpi la. Dalam mimpi mungkin lah.
Tapi saya rasa bila kerajaan buat pengumuman walaupun projek swasta, dia perlu ada satu penilaian ataupun satu SOP. Sebab apabila kita pakat umum saja, kita bantu dia tapi yang terkena kerajaan yang kena. Sebab yang ini akan memalukan kerajaan apabila projek swasta itu gagal.
Hei! Ada PMX umum Tesla nak mari, tak nak mari apa pasal you tak cakap?
Tesla tak mai tapi yang lain masuk lagi banyak.
Yang Berhormat Speaker! Yang Berhormat Speaker! Yang Berhormat Speaker!
Itu bukan Tesla, dia umum Tesla. Tu pun berlambak masuk. Kita pun dok umum juga. Di Kulim Hi-Tech you pi tengok sekarang. Berapa puluh kilang sedang naik. Kenapa you tak sebut? Benda – benda positif tak sebut. Kutip semua benda negatif. Saya habaq haritu mata lalat. You pun mata lalat jugak.
Yang Berhormat Speaker! Yang Berhormat Speaker!
Ok YB. Tanjung Dawai.
Saya rasa YB. Kota Darul Aman patut mintak izin daripada Tuan Speaker untuk bercakap. Bukan bangkit macamtu ja. Terima kasih.
Saya ingat jelas. Seterusnya YB. Sidam.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon jawapan untuk soalan no. 2. Terima kasih.
2. Projek penanaman padi 5 kali 2 tahun dikatakan mampu meningkatkan hasil padi sebanyak 15%, selain melonjakkan pendapatan 6,100 petani sehingga 43%.
Pohon dinyatakan :-
a) Apakah perancangan untuk memastikan projek ini berjaya dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi terutama pada musim kemarau?
b) Apakah kerjasama pihak SADA dan JPS untuk memastikan bekalan air sawah mencukupi?
c) Nyatakan butiran yang dapat dikongsikan untuk meyakinkan para petani?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Mohon nak pantun sikit Yang Behormat Tuan Speaker.
Silakan.
Pagi ni Yang Amat Behormat Jeneri kita tak mula dengan pantun. Saya mula dengan pantun. InsyaAllah. Pantunnya berbunyi begini:-
Soalan No 2 Dari Sidam, Tanya Pasai Padi 5 Kali 2, Padi Tempatan Pesawah – Pesawah Dok Tanam, Dok Tak Dok Beras Import Yang Depa Jumpa.
Baik soalan daripada Yang Berhormat Sidam yang berbunyi, Projek penanaman padi 5 kali 2 tahun dikatakan mampu meningkatkan hasil padi sebanyak 15%, selain melonjakkan pendapatan sejumlah 6,100 petani sehingga 43%. Pohon dinyatakan, a) apakah perancangan untuk memastikan projek ini berjaya dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi terutama pada musim kemarau?
Yang Berhormat Sidam dan Ahli Yang Behormat sekalian, kita Kedah ni seperti yang disebut oleh Yang Amat Behormat Jeneri kemarin, dalam ucapan belanjawan, dia ulang. Negeri Kedah ini membekalkan 43% bekalan beras untuk negara kita ni. 43%. Dan negara kita ini masih banyak menimport beras – beras daripada luar. Untuk membekal dan mencukupi keperluan masyarakat setempatan.
Untuk itu Negeri Kedah mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil padi untuk mencukupi permintaan. Dan dengan itu Yang Amat Berhormat Jeneri pada bulan Mac 2023 telah memulakan inisiatif projek 5x2, 5x2 tahun yang bermula di Kampung Rantau Panjang Daerah Kuala Muda. Melibatkan kawasan seluas lebih kurang 110 hektar dengan jumlah peserta seramai 105 orang. Inilah antara inisiatif kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh kita umum, kita buat. InsyaAllah kita buat sampai jadi. Inilah usaha kerajaan untuk membekalkan supaya rakyat Negeri Kedah khususnya dan juga rakyat Malaysia amnya dalam apa juga keadaan ada bekalan beras untuk kita masak bagi makan anak bini kaum keluarga dan sebagainya.
Dalam hal itu, kerajaan pusat telah memperuntukkan hampir 1Billion didalam belanjawan 2025 baru – baru ini yang diumumkan merangkumi 2 kompenen iaitu Projek Pembangunan Sistem Pengairan Tersier ke atas 15 blok pengairan fasa 1 dan Projek Pemulihan Empangan Pedu. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan pusat yang telah memberi peruntukan sebegitu besar. Ini mungkin kerajaan pusat pun sedar keperluan kerana di laung – laungkan keterjaminan makanan. Kita kena bagi kejaminan bahawa kita cukup untuk nak makan nanti. Itulah keterjaminan makanan. Pasaran projek ini akan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan air pertanian di peringkat sawah dan bekalan air domestik serta industri bagi Kedah Utara, Perlis serta sebahagian Pulau Pinang.
Melalui pasaran inisiatif ini, kecekapan pengurusan air untuk pertanian dapat dioptimumkan melalui peningkatan kepadatan infrastruktur di kawasan sawah padi. Pembangunan Sistem Pengairan Tersier akan meningkatkan kepada kepadatan infrastruktur daripada 18 meter sehektar kepada 30 meter sehektar yang seterusnya dapat menyokong penanaman padi 5 musim dalam tempoh 2 tahun di kawasan muda. Sumber air pengairan bagi penanaman padi di kawasan muda adalah turunan hujan 43.4%, bekalan empangan 40.7%, aliran sungai 11.7% dan pam guna semula air 4.2%. Usaha berterusan adalah bentuk penyelidikan perlu dan akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi penemuan sumber air baru untuk menghadapi situasi luar jangka seperti kemarau.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Kedah juga melalui JPS dan Jabatan Pertanian, telah memulakan projek rintis penaman padi 5 kali 2 tahun di daerah Kuala Muda seperti yang disebutkan tadi, bermula pada tahun 2023. Hasilnya kita dapati, amat menggalakkan. Dapat capai 5.5 tan per hektar. Ada peningkatan Yang Berhormat Sidam. Negeri Kedah bertanggungjawab untuk memastikan Kedah bermula pada tahun 2023 seperti yang di sebutkan tadi untuk memastikan efisiensi dan sewajarnya sepanjang perlaksanaan projek JPS negeri Kedah melalui JPS Daerah Kuala Muda juga JPS Sik juga Sik Baling juga telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkala di kawasan projek sebanyak dua kali setahun menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat. Pada musim penanaman termasuk semasa musim kemarau, pam akan beroperasi selama 24 jam bagi memastikan bekalan air adalah sentiasa mencukupi untuk petani pesawah kita. Pada masa ini, di antara ruang kolaborasi serta manfaat yang boleh dinikmati bersama di antara pihak MADA.
Untuk soalan kedua maaf. Soalan ke 2, apakah kerjasama pihak SADA dan JPS untuk memastikan bekalan air sawah mencukupi? Saya rasa YB. Sidam yang ini kot MADA kot bukan SADA. SADA dia tak bekal air kat bendang. SADA kalau bekal air kat bendang jenuh orang bendang bayar duit.
Boleh saya tambah sikit? Yang Berhormat.
Silakan.
Apa yang saya maksudkan di situ ialah apabila musim kemarau, SADA pun nak air. JPS pun nak air. Jadi, kepala pam tu yang disebut kepala pam tu bergerak tu, dia timbul. Jadi, air tak cukup untuk di supply kepada JPS. Terima kasih.
Baik, itulah saya kata tadi. Bukan SADA kot ni yang berhormat. MADA kot. Sebab dua agensi utama yang mengurus bekalan ayaq kepada bendang-bendang sawah padi kita ni adalah MADA dan JPS. SADA hanya membekalkan air untuk minum. Untuk yang sampai rumah YB tu, tu air SADA bagilah. Bukan MADA bagi, MADA ada jaga air untuk bekalan bendang – bendang kita ni. Setengah daripada kita panggil apa itu parit gila tu, yang tu MADA. Sungai – sungai tu JPS, yang inilah bekalan air kepada bendang – bendang kita.
Jadi, Yang Berhormat pada masa ini, dia hadir ruang kolaborasi serta manfaat yang boleh dinikmati bersama antara pihak MADA dan JPS adalah meliputi perkara-perkara seperti berikut. Perancangan penubuhan MADA Plus di mana skim-skim diluar jelapang akan diwartakan sebagai sebahagian daripada kawasan muda. Sejumlah 10.384 hektar di bawah 11 skim pengairan JPS dicadangkan untuk terlibat di dalam peluasan kawasan jelapang ini di mana proses untuk mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi berkaitan termasuk JPS sedang dilaksanakan oleh pihak MADA. Lani Yang Berhormat Sidam, MADA berbincang dengan JPS macamana mereka nak urus benda ini supaya pakat sama-sama dapat satu sepahaman pengurusan yang baik.
2 minit lagi YB.
Baik. Terima kasih. Pelaksanaan projek Rancangan Tempatan Banjir, RTB, yang dilaksanakan oleh JPS adalah meliputi RTB Sungai Anak Bukit dan RTB Sungai Pendang Fasal 1 dan 2. Pelaksanaan projek ini akan memberi faedah kepada MADA dari segi pengurangan risiko banjir yang boleh menjejaskan kawasan tanaman padi sekitar kawasan tersebut. Perkongsian sumber dalam penyelenggaraan sungai, parit dan alor semula jadi berdasarkan bidang tugas masing-masing.
Sebagai contoh, pada tahun 2022 dan 2023, JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan, pembaikan cerun dan meninggikan ban sungai melibatkan beberapa sungai di kawasan muda. Kerjasama dalam konteks ini dapat membantu menampung sumber kewangan MADA yang terhad bagi komponen penyelenggaraan.
Baik, bagi soalan yang ketiga, nyatakan butiran yang dapat dikongsikan untuk meyakinkan para petani?
Yang Berhormat Sidam, Yang Berhormat sekalian, pengumuman mengenai penuntukan hampir 1 bilion yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025, baru – baru ini menunjukkan kesungguhan dan iltizam kerajaan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di Kawasan Muda. Komponen penuntukan yang saya nyatakan tersebut adalah melibatkan skop seperti berikut.
1. Projek Pembangunan Sistem Pengairan Tersier ke atas 15 blok pengairan. Iaitu fasa 1.
2. Projek Pemulihan Empangan Pedu.
JPS Negeri Kedah sentiasa komited untuk membantu perlaksanaan program ini berjaya dengan memastikan sistem pengairan di kawasan yang terlibat dalam keadaan yang baik dan sempurna. Penyelengaraan berkala terus disandarkan bagi memastikan air dapat sampai ke kawasan sawah tanpa halangan. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya kira soal pencelahan tadi dah kira sebagai soalan tambahan. Sebab kita ada limit masa.
Ada sikit, ada sikit.
Ada sikit, silakan.
Terima kasih, Tuan Speaker. Sebenarnya saya, apa yang saya kata nombor dua tadi ialah, apa yang berlaku di kawasan saya lah di sana ada LRA Pinang Tunggal dan juga ada pam air ke Bendang. Jadi, masalah ini yang timbul dulu di kawasan saya ialah apabila musim kemarau saya difahamkan pihak SADA sebenarnya yang memberi limit kepada JPS untuk tarik air ke bendang untuk diberi lebih kepada pihak SADA di LRA Bukit Selambau. Itu yang saya nak perbetulkan. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Exco.
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Sidam. SADA ini, dia mementingkan keperluan domestik. Itu fokus dan kepentingan utama ataupun prioriti utama SADA supaya kita ini boleh dapat air bekalan di rumah-rumah, rumah pejabat macam-macam lagi rumah kedai, macam-macam. Ini untuk keperluan domestik. Sebab itulah apabila bertemu perkara – perkara macam ini, isu-isu macam ni, pihak SADA dia perlu mementingkan keperluan domestik dulu dan pada masa yang sama MADA dan JPS juga berusaha untuk membantu supaya bekalan air ini sampai kepada bendang – bendang. Itu kita kena faham tugas agensi – agensi ni. Dia kena berhenti, dia kena tahan lah kalau kata air tak cukup sampai kat rumah YB sat g, YB dok komplain pulak kat SADA. Jadi, SADA kena buat kerja tu. SADA kena buat kerja SADA, MADA dan JPS InsyaAllah akan sentiasa berusaha untuk memastikan bekalan air ini sentiasa sampai ke bendang – bendang kita sebab supaya kita dapat menghasilkan padi yang mencukupi bukan saja untuk rakyat Kedah malahan satu negara Malaysia ini. Kita nak pastikan dengan keluasan untuk maklumat YB, keluasan bendang kita ada ni, kalau kita uruskan dengan baik infrastruktur yang baik, kita dapat mengeluarkan atau menghasilkan bekalan beras yang mencukupi untuk seluruh rakyat Malaysia. Tak perlu kita import sebiji beras pun. Itulah hasrat kita. Sebab itulah kita ni bersungguh-sungguh YB, supaya kita nak pastikan bekalan beras ni mencukupi. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Bukit Lada.
Tambahan! Tambahan!
Silakan YB. Ringkas.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Suka Menanti. Saya nak minta pandanganlah. Ataupun penjelasan daripada Yang Berhormat Suka Menanti tentang kawasan luar jelapang padi ni. Tadi banyak sangat yang disebut tentang jelapang padi kawasan MADA kan. Tapi adakah ada agensi khusus yang luar jelapang padi ni. Kawasan – kawasan yang juga ada tanaman padi, bagaimana dari airnya dan juga bagaimana hasil yang telah diperhati di kawasan itu.
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih YB. Ayer Hitam. Untuk makluman YB. Speaker dan Ahli sidang semua, kawasan padi terbagi kepada dua bahagian, iaitu kawasan jelapang seliaan Mada dan kawasan luar jelapang seliaan Jabatan Pertanian dan juga seliaan JPS yang menguruskan air. Kaedah yang cuba negeri terapkan adalah pengurusan air bersepadu. Bagaimana caranya? Seperti yang dizahirkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri, Kerajaan Negeri Kedah sedang membangunkan satu sistem aplikasi yang berupaya untuk menilai secara komprehensif. Hal berkaitan pentadbiran, pengurusan dan perancangan guna tanah bagi maksud pertanian dan perladangan. Sistem aplikasi ini dibangunkan secara dalaman dan dinamakan Kedah Agro Hub 2035 ataupun KAH 2035. Meliputi pembangunan melibatkan program pemetaan sektor pertanian dan perladangan dengan sistem maklumat geografi atau GIS, Geographical Information System. Aplikasi ini berfungsi sebagai pusat data sektor pertanian dan peladangan Negeri Kedah yang akan menjadi rujukan semua pihak. Peruntukan yang disalurkan walaupun sedikit, dapat kita optimumkan keberhasilannya. Semua agensi melihat atas data dan hasrat yang sama. Bukannya apa yang kita boleh buat. Tetapi apa yang sebenarnya kita perlu buat bagi semua tanaman yang ada.
Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, dan Ahli – Ahli Yang Berhormat sekalian. Kawasan luar Jelapang ini kalau diikutkan saing – saing kawasan Jelapang. Kalau kita sebut bab penghasilan padi. Kawasan luar Jelapang mencatatkan purata hasil bagi musim utama 2022-2023 adalah sebanyak 3.46 tan sehektar. Manakala kawasan Jelapang sebanyak 3.907 tan per hektar. Perbezaannya tak banyak pun. Manakala Yang Berhormat Ayer Hitam pengurusan padi di luar Jelapang juga mendapat perhatian yang baik daripada Jabatan Pertanian. Syabas Jabatan Pertanian!
Satu minit lagi.
Dalam ucapan Yang Berhormat Jeneri untuk bahagian Bajet 2025, inisiatif 4, menambah baik kemudahan pengairan dan saliran. Negeri Kedah menyumbang 43% ke dalam 12 negara dan Negeri Kedah memberikan peruntukan RM4.6 juta bagi memastikan pengairan dan saliran air di kawasan menanam padi luar jelapang dapat dioptimumkan. Keutamaan projek adalah kepada kerja-kerja menaik taraf infrastruktur dengan menumpukan kepada menambah baik kecekapan saluran air masuk ke
bendang-bendang. Sejumlah RM25 juta disediakan juga bagi tujuan penyelenggaraan berkala sistem saliran dan pengairan tali air. Kerja-kerja penyelenggaraan sungai struktur kawalan pintu air dan pam – pam bergerak, pam – pam bergerak ni YB. Sidam, YB. sebut tadi tu pam – pam bergerak tu, ni ada kita bagi. Kita ada sediakan peruntukan. InsyaAllah. Untuk seluruh Kedah dan tanaman padi tidak rosak disebabkan banjir. Pengairan 1 bab lagi 1, 1 bab lagi adalah pengurusan tanaman padi ini sendiri iaitu serangan perosak penyakit dan rumpai. Ini juga dalam salah satu penjagaan dan usaha – usaha jabatan pertanian untuk memastikan sawah bendang kita ini terjaga. Baik, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Exco. Jadi, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Lada.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Berhormat Speaker.
Satu, dua dan tiga, pohon jawapan soalan nombor tiga.
3. Pohon dinyatakan :-
a) Apakah langkah kerajaan dalam memperkasa sekolah agama dan pondok di seluruh Negeri Kedah?
b) Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik di Negeri Kedah?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar. Seluruh Ahli – ahli Yang Berhormat. Bismillahhirahmanirahim. Untuk soalan yang dikemukakan oleh Bukit Lada berkaitan dengan sekolah – sekolah agama dan juga pondok di Negeri Kedah Darul Aman.
Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk memperkasa sekolah – sekolah agama dan pondok Negeri Kedah dan kita sedia maklum di peringkat kementerian telah pun berikan bantuan yang penuh khususnya kepada sekolah – sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah kementerian dan diperingkat sekolah – sekolah agama dan pondok ini sebahagian besar daripada mereka tidak mendapat bantuan yang sekucupnya atau pun bantuan yang terus daripada mana-mana pihak secara berterusan.
Oleh itu, di peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah mengambil beberapa langkah dalam memperkasa sekolah agama dan juga pondok seperti bantuan operasi, bantuan peralatan pembelajaran, semakan semula kurikulum pondok dan tahfiz, kursus pengurusan pentadbiran dan kewangan kepada pentadbir sekolah dan juga program transformasi pendigitalan sekolah agama yang kita laksanakan tahun ini membekalkan smart TV dan juga LCD kepada sekolah-sekolah agama di Negeri Kedah Darul Aman.
Selain itu, beberapa langkah turut diambil oleh Lembaga Maktab Mahmud antaranya, menyediakan dana pendidikan bersesuaian dengan keperluan dan juga kurikulum yang dilaksanakan selari dengan kurikulum kebangsaan dan memperkasa kepimpinan sekolah dan yang keempat menyediakan guru yang berkelayakan serta berdedikasi untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih kondusif.
Di samping itu, dari sudut bantuan modal, alhamdulillah kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah, agensi negeri yang turut membantu memperkasa sekolah agama dan juga pondok di Negeri Kedah.
Untuk makluman, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengagihkan zakat kepada institusi pendidikan agama di Negeri Kedah Darul Aman termasuklah pondok pada tahun 2024 seperti berikut:-
1. Skim tajaan pendidikan di Sekolah Menengah Agama Rakyat, pelajar-pelajar asnaf. Daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 diagihkan di 31 buah sekolah di bawah tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang dengan perbelanjaan RM6.548 juta ataupun RM6,548,000.00 jumlah penerima 1,666 orang pelajar asnaf ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.
2. Agihan kewangan juga diberikan kepada guru dan kakitangan Sekolah Agama Rakyat dengan jumlah penerima 2,500 orang dengan agihan RM3,412,000.
3. Agihan pengurusan dan pentadbiran Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah, Maahad Tahfiz, Pondok, Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama dengan jumlah agihan RM4,721,400.
4. Agihan kepada guru pondok di Negeri Kedah Darul Aman dengan agihan RM168,000 dan juga untuk pelajar pondok berjumlah RM487,000 dengan agihan seorang mendapat RM500.
Dan jumlah keseluruhan bantuan agihan zakat ke sekolah agama dan pondok Negeri Kedah berjumlah RM15,336,400.
Untuk soalan yang kedua, langkah kerajaan meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik agensi-agensi yang terlibat di peringkat :-
1. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 2. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (Bahagian Pendidikan) 3. Lembaga Maktab Mahmud 4. Lembaga Zakat
Antara program yang dilaksanakan, Diskusi Profesional Akademik kepada Sekolah Fokus Negeri Kedah, Penggunaan Modul Kecemerlangan Murid, Kunjung Bimbing Mata Pelajaran Kritikal, Bengkel Kecemerlangan Murid, Tabung Amanah Sultan Kedah 2024, Jalinan Dan Jaringan bersama – sama agensi luar, Program Intervensi untuk layak mendapat sijil, Program Intervensi untuk mata pelajaran teras dan juga elektif STAM.
Di samping itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri juga menjalankan program diploma pasca siswazah pendidikan bersama pihak institusi pendidikan guru. Program Intervensi Sijil Pelajaran Malaysia serta Seminar Peperiksaan dan juga peningkatan akademik. Dan selain daripada itu, program-program yang sama dilaksanakan oleh agensi-agensi lain manakala di peringkat Kerajaan Negeri Kedah juga telah bekerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia dalam program komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses atau pun kita istilahkan KOMPAS. Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan untuk membangunkan satu model dan sistem pengesanan awal pelajar berisiko tercicir dari pelajaran dan intervensi yang bersesuaian supaya mereka dapat ikuti dan kita dapat memastikan bahawa mereka terus belajar sehinggalah mengambil SPM dan menyambung selepas daripada itu. Yang Berhormat, YB. Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Lada.
Terima kasih Yang Berhormat, soalan tambahan Bukit Lada
Soalan tambahan, Alhamdulillah saya ucapkan syabas dan taniah kepada pihak kerajaan. Kalau kita tengok dalam buku bajet kita ini daripada fokus 8 itu nombor 117 sehingga 127 item itu kalau kita campur-campur lebih kurang RM82 juta untuk pendidikan. Tapi apa yang disebutkan di sini adalah untuk diberikan kepada agensi
contohnya macam Maktab Mahmud RM36 juta, Maahad Tafiz RM24 juta kemudian sekolah-sekolah agama RM9.6 juta, untuk IQDAR, untuk asrama baru RM12 juta. Cuma saya nak tanya, adakah ada bantuan khusus untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang berada di sekolah menengah dan di IPT.
Silakan Yang Berhormat Exco.
Terima kasih kepada Bukit Lada dan Yang Berhormat Speaker, bantuan yang khusus, direct kepada pelajar. Saya pasti agensi – agensi di peringkat kerajaan persekutuan pun ada dan di peringkat negeri pun Lembaga Zakat Negeri Kedah ada menyediakan sepertimana yang saya sebutkan tadi. Antara inisiatif yang dilaksanakan lembaga zakat iaitu skim tajaan pendidikan sekolah menengah. Di sekolah-sekolah agama yang menempatkan 1,663 orang pelajar di kalangan asnaf supaya mereka mampu bersekolah dan ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan juga agihan kepada pelajar pondok.
Manakala di peringkat kerajaan negeri juga di bawah Skim Pembiayaan Pendidikan (SPPNK) Bahagian Sumber Manusia, kita juga menyediakan Bantuan Biasiswa Kecil Pendidikan untuk sekolah menengah dengan jumlah pelajar yang terlibat 764 orang pelajar dengan jumlah pembiayaan 517,280 orang pelajar yang kita ambil daripada sekolah – sekolah di peringkat kementerian dan pada tahun ini juga kita libatkan kepada pelajar – pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
Di waktu yang sama di peringkat JKM juga saya difahamkan ada bantuan yang kita sediakan untuk anak-anak pelajar yang kurang berkemampuan dan untuk yang menyambung pelajaran sepertimana yang telah pun disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam bajet kemarin pun peruntukan disediakan untuk iBAKIPT kepada anak-anak yang menyambung pelajaran ke IPT dari kalangan B40, keluarga B40, RM300 yang diberikan. Kemudian, Tabung Tengku Mahmud juga diberikan kepada anak-anak yatim dan miskin. Dan kesemua itu sebenarnya bantuan yang disediakan di peringkat kerajaan secara direct kepada pelajar yang terlibat. Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Lunas.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker,
“Kajang Pak Malau, Kajang Berlipat, Kuala Ketil Jawab Soalan Empat”.
4. Berdasarkan kepada tawaran rakyat sempena Kempen Pilihanraya Umum yang lalu (manifesto) pendapat menyatakan sasaran perumahan Kedah beranggaran 15,000 unit rumah menjelang tahun 2030.
Pohon dinyatakan pencapaian tersebut dari tahun 2023 hingga 2024?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Tak dan prepare pantun ni.
“Tanam Pinang Rapat-Rapat, Agar Puyuh Tak Dapat Lari, Pinang – Pinang Tak Dapat, Ku Pujuk-Pujuk Bawak Lari”.
Terima kasih Yang Berhormat Lunas. Boleh tara tu?
Janji pantun.
Yang Berhormat Speaker. InsyaAllah untuk soalan 4 Daripada YB. Lunas. Berdasarkan kepada tawaran rakyat sempena Kempen Pilihanraya Umum yang lalu (manifesto) pendapat menyatakan sasaran perumahan Kedah beranggaran 15,000 unit rumah menjelang tahun 2030. Pohon dinyatakan pencapaian tersebut dari tahun 2023 hingga 2024?
Terima kasih YB. Lunas. Soalan ini adalah berkaitan dengan manifesto yang telah ditawarkan oleh PN pada PRU yang lepas. Jadi, dalam setahun kerajaan ini telah berjalan, alhamdulilah kita telah mencapai pada hari ini untuk mencapai 12,000 unit menjelang 2030 kita diberi purata dengan 7 tahun masa yang masih ada kita akan mendapat 2,142 unit yang mana anggaran dia lebih kurang itu lah pencapaian dia setahun.
Jadi, rumah mampu milik ini ialah berharga RM200 ribu ke bawah yang kita rasakan rumah mampu milik ini. Jika mengikut rekod data yang ada keseluruhan jumlah rumah mampu milik yang dirancang di tahun 2023 sehingga 2024 adalah sebanyak 5,499 unit ini dalam perancangan kita. Daripada 5,499 unit tersebut, sebanyak 3,141 unit rumah telah memperolehi kebenaran menancang dari peringkat PBT. Sudah lulus pun kebenaran merancang. Manakala 2,358 unit rumah pula telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan di luluskan peringkat MMK di Kedah pada tahun ini dan daripada jumlah 5,499 ini hanya 1,970 rumah telah siap dibina pada tahun ini iaitu lebih kurang 91%. Maknanya di segi angka 2,142 tadi itu kita tak capai lagi lah untuk dari segi purata tahunan itu. Manakala kita sekarang ini dah sampai 1,970 rumah ataupun 90%. Berikut adalah jumlah rumah yang telah mendapat kebenaran merancang yang telah kita rancang pada tahun ini iaitu saya pecahkan berikut daerah siap - siap sebelum bagi lunas tak tanya banyak. Boleh noh? Dari segi Kuala Muda, Kuala Muda dari kebenaran merancang ini kita dah 1,569. Makna kalau tak capai tahun ni pun kemudian tahun depan kita akan capai jumlah ni. Jadi, 1569. Untuk Kubang Pasu kita dah ada 1,380. Di Pendang ada 60, Kulim kita ada 80, Yan ada 4, Baling ada 48, makna jumlah keseluruhan dia 3,141. Ini yang telah diluluskan, kebenaran merancang kita.
Manakala yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan, mungkin yang akan dibina pada tahun depan akan bermula. Oleh syarikat, syarikat swasta yang akan buat ini, OIB Properties, dia akan buat di Kuala Muda juga, 1,144 buah rumah. Ini kita dah lulus dah. Jadi, kalau tahun depan atau tahun satu lagi pun, makna jumlah ini kita ambil kira dia akan capai jumlah sebutlah.
Di Kuala Muda juga oleh Miralands 202 unit. Di Kuala Muda juga untuk rumah kos sederhana rendah rendah oleh Miralands juga 135. Di Kuala Muda juga land rumah rendah satu tingkat iaitu 333 unit. OIB Group juga di Kuala Muda adalah 72, Kim Yong Bestari itu di Kulim 12, Kim Yong Bestari juga di Kulim ada 8 untuk rumah sederhana rendah satu tingkat dan di OIB Group rumah teres satu tingkat di Kulim juga adalah 335 unit dan di Kubang Pasu OIB Group ada 113 unit. Ini adalah 2,358 yang saya katakan tadi.
Jadi, untuk penjelasan pada soalan Yang Berhormat tadi, makna dia hari ini dari tahun ini kita dah capai 1,970 dan kemungkinan pada tahun depan dan tahun seterusnya, kita akan dapat jumlah yang saya kata tadi dan insyaAllah dengan tawaran manifesto yang kita tawarkan kepada rakyat untuk menjelang 2030 InsyaAllah akan tercapai.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Ketil atas ulasan yang diberikan. Soalan tambahan saya berapakah anggaran harga bagi rumah kos rendah dan kos sederhana bagaimana pula dari segi aspek kemampuan dan keupayaan pihak pemaju itu sendiri untuk menyediakan rumah pada harga tersebut? Ataupun adakah peruntukan yang kita terima daripada kerajaan di peringkat persekutuan bagi mencapai permintaan ini? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Exco. Ringkaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Lunas, Yang Berhormat Speaker. Dari segi rumah kos rendah yang ditawarkan kerajaan negeri kepada rakyat setakat harini adalah RM35,000.00 hingga RM45,000.00. Ini kos rendah. Bagi kos sederhana rendah adalah RM75,000.00 hingga RM90,000.00. Manakala kos sederhana pula RM200,000.00. Bermakna rumah mampu milik kita tawar kepada rakyat ini adalah RM200,000 ke bawah.
Dan segi kemampuan kepada pemaju-pemaju hari ini, memanglah kita lihat banyak yang tidak ada kemampuan daripada pemaju. Kos pembinan hari ini cukup tinggi, meningkat. Paling rendah yang depa mampu buat adalah RM150,000. Itu paling rendah yang pemaju-pemaju boleh buat, walaupun dengan dasar yang kita tetapkan oleh kerajaan setiap kemajuan yang dibuat oleh kawasan perumahan mestilah menyediakan 30% rumah kos rendah tadi. Jadi, dengan 30% inilah kadang-kadang pemaju terpaksa naikkan harga pada rumah-rumah yang lain. Sebab itulah hari ini terlihat di kawasan-kawasan yang berpotensi tinggi, terutamanya di Bandar Alor Setar, Perbandaran Kulim, Perbandaran Kubang Pasu, rumah yang nak cari hari ini mesti akan cecah RM200,000 ke atas. Malah Yang Berhormat Speaker di Kedah juga dah ada rumah yang bernilai dengan 1 juta ringgit. Itu mungkin rumah Yang Berhormat Speaker tak tau la atau rumah sapa tak tau. Dah ada dah bernilai dengan RM1 juta.
Maknanya bagi kita agak rumah yang terlalu tinggi. Mahal mungkin tak mampu dibeli tapi sudah ada permintaan. Kalau di kawasan Kulim, majoritinya rumah kalau baru naik akan mencecah RM300,000 ke atas. Semua ini ada permintaan. Permintaan daripada orang luar untuk datang menginap di Kedah. Sebab dengan slogan kita, di Kedah berdaya huni. Jadi, dengan slogan inilah orang selesa datang duduk menginap
di kawasan penempatan kita. Jadi, kos – kos yang selalu ditanggung oleh pemaju – pemaju perumahan sekarang ni adalah kos besi adalah meningkat. Kos besi, lebih kurang 100% naik. Kos batu, batu yang kita ada kuari di sini, walaupun diberi lesen pemilikan banyak pada peneroka kuari, tapi tak semua yang beroperasi. Inilah yang akan jadi kos yang tinggi untuk pihak pemaju. Pasir, pasir juga adalah menjadi kos yang tinggi. Walaupun mereka bayar hasil kepada kerajaan negeri, tak sampai RM25, tetapi jualan pihak kuari kepada pemaju – pemaju perumahan kos 1 lori yang 25 tan ataupun 20 tan itu tinggi, menjecah ke RM500 1 lori. Sebab itulah kita juga ada satu dasar tak membenarkan pasir kita jual daripada Penang. Kerana caj yang lebih. Tapi kita faham, kuari-kuari pasir ini pun, mereka pun lebih panas daripada kita. Sebab ini yang akan jadi satu kos tambahan. Tanah juga akan mempunyai peranan kos Yang Berhormat Lunas. Mungkin dulu mereka membeli tanah dengan nilai RM5 sekaki persegi, sekarang ini dah RM20 sekaki persegi.
Baru ni saya rasmi memberi kunci rumah di Scientex, Sungai Petani. Saya tanya mereka, waktu mereka membeli tanah dulu satu ketika dulu membeli tanah dengan nilai RM5 sekaki persegi. Sekarang ni nilai tanah dah jadi RM20, ini akan menyebabkan kos yang akan naik. Tetapi Scientex ni kita sedang maklum dia memang buat rumah mampu milik. Yang tu yang kita hargai lah usaha-usaha beliau. Termasuk cas-cas lain, cas-cas izin lalu.
satu minit lagi YB. Satu minit.
Uihh.. Bagi perabih la noh. 3 minit. Cas-cas izin lalu yang dikenalkan oleh PBT ada juga kita ada koridor, hari ni ada koridor utility buat wider, ia akan kena cas-cas. Termasuk keperluan - keperluan lain yang dinyatakan oleh Plan Malaysia, sebab satu-satu perumahan syarat untuk perumahan ini mesti ada SADA, tangki air, mesti ada TNB power station, mesti ada kolam takungan kena sedia ada, tanah lapang, tapak surau, dan kemudian akan datang, kita ada satu dasar akan buat tanah kubur pula. Bila perumahan yang lebih seribu unit ini kena ada tanah kubur sebab tanah kubur menjadi satu kepayahan lah sekarang ini buat penduduk makin padat. Inilah kos-kos tambahan yang akan memungkinkan kepada maju-maju tu kenakan harga yang tinggi, Yang Berhormat Lunas.
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Sikit ja.
Sikit ja. Sebab kita nak bagi laluan seorang lagi ni.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Berkaitan dengan rumah ini, kita tau bahawa PPR Paya Nahu mempunyai jumlah penduduk yang amat padat. Kawasan ini jugak sangat sinonim dengan isu-isu sosial dan juga kes-kes dengi yang tinggi. Apakah perancangan Bahagian Perumahan Kedah untuk melihat isu isu-isu utama di PPR ini? Sekian.
Silakan Yang Berhormat Exco. Ringkaskan.
Ringkas Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Selambau. Kawasan Paya Nahu ini rasa dalam kawasan Bukit Selambau kot noh. Sempadan? Sempadan. Penambahan penduduk yang cukup ramai tu.
Yang Berhormat Speaker, sedia maklum kawasan Paya Nahu ini adalah satu kawasan penempatan perumahan rakyat yang cukup ramai penghuninya. Jadi, untuk meringkaskan jawapan saya, InsyaAllah kita sedang dalam dengan Bahagian Perumahan sedang buat pemutihan di kawasan tersebut, sebab terlampau banyak aduan yang kita lihat, kita dapati, penghuni-penghuni rumah ini adalah bukan penghuni yang sebenar. Ada sebahagian penghuni yang duduk itu dia jual lot rumah itu kepada orang lain pun ada. Kadang-kadang diceroboh masuk oleh orang lain yang tanpa kebenaran. Inilah kita sedang rancang untuk buat pemutihan.
Ada dua kategori perumahan kawasan ini Yang Berhormat Bukit Selambau. Satu dia sewa transit. Sewa transit ini dia hanya duduk sekejap. RM90 ja sewa dia. Yang satu lagi RM124 kot tak salah saya. Dua kategori ini lah. Walaupun RM90, Yang Berhormat Speaker , tak bayar. Duduk lebih daripada 15 tahun kan. 15 tahun ke atas. Tak bayar, RM100 pun tak bayar. Jadi, isu-isu ni lah yang akan menyebabkan masalah-masalah yang timbul kepada Bahagian Perumahan sendiri. Dan insyaAllah saya sedang mengaturkan satu mesyuarat dengan Pegawai Daerah Kuala Muda untuk melaksanakan satu Ops Pembersihan yang berskala besar di kawasan itu. Karena dia menjadi satu indicator dengi yang cukup tinggi. Selain masalah sosial, masalah-
masalah penduduk di situ. Dan insyaAllah dengan pembersihan berskala besar ini, kita akan bersihkan semua tanaman haram, binaan rumah burung ke rumah ayam yang sangat haram. Dan kawasan-kawasan yang menjadi punca kepada denggi. Termasuklah kereta-kereta terbiar. Yang itu kita juga akan tarik keluar. Ini semua kita InsyaAllah kita akan adakan dalam bulan 12 ini satu pembersihan besar-besar untuk nak putihkan kembali kawasan itu. Ini antara sebagian usaha kita. Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Silakan Yang Berhormat Kota Darul Aman.
Terima kasih Tuan Speaker. Kota Darul Aman pohon jawapan bagi soalan nombor 5.
5. Pohon dinyatakan :-
a) Bilakah kandungan menyeluruh Blueprint The Greater Kedah diterbitkan?
b) Apakah kandungan Blueprint The Greater Kedah?
c) Apakah jangka masa yang ditetapkan untuk pelaksanaan keseluruhan Blueprint tersebut?
d) Apakah impak kepada pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur Negeri Kedah?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Terima kasih YB Speaker, sahabat saya, YB Kota Darul Aman. Bismillahirrahmanirrahim.
10 minit.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua. Alhamdulillahirrahmanirrahim. Wassalatu Wassalamu’ Ala’ Ashrafil Anbiyai’ Walmursalin. Sayyidina Muhammadin Wa’Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma'in. Robbishrahli Sadri Wayarsirli Amri’ Wahlul’ Uqdatan Millisani Yafqohu’ Qauli.
Sahabat saya Yang Berhormat Adun Kota Darul Aman. Menjawab kepada soalan Yang Berhormat izinkan saya YB Speaker sesungguhnya kandungan agenda The Greater Kedah ini adalah satu gagasan besar negeri kita Kedah. Namun, sebelum itu izinkan saya untuk menyatakan dan kongsikan di sini bahawa gagasan ini atau blueprint The Greater Kedah ini telah dilancarkan pada 27 Oktober 2024 di Dewan Seri Mentaloon dan ianya boleh diakses oleh semua rakyat Kedah dan siapa jua di luar sana melalui laman sesawang kita thegreaterkedah.gov.my. Jadi, saya harap semua kita boleh sama-sama menelusuri akan setiap butir kata ataupun perjuangan yang termaktub di dalam agenda The Greater Kedah kita. Ia bukan hanya retorik politik tetapi kesungguhan sebuah negeri yang punya jiwa dan kesungguhan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, Dato' Seri Sanusi Muhammad Nor.
Kita tidak melihat daripada keuntungan politik tetapi kesanggupan kita untuk meneruskan agenda yang telah digagaskan, telah digerakkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang harini menjadi sebahagian daripada rakan-rakan di sebelah sana. Inilah yang menunjukkan jiwa besar Kerajaan Perikatan Nasional Negeri Kedah hari ini. Bahawa kita akan meneruskan langkah untuk memastikan usaha memajukan negeri kita ini menjadi sebuah kenyataan yang akan dihargai oleh semua.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya rasa memerlukan sedikit masa lebih kerana ini bukan cerita tentang kita tetapi cerita tentang empat generasi yang akan datang, yang akan menjadikannya sebagai rujukan bahawa negeri ini pernah mempunyai perancangan untuk mereka hari ini dan digerakkan untuk 100 tahun akan datang. Jadi, dengan kata lain, saya ucapkan selamat datang kepada anakanda semua daripada Sekolah Jenan, selamat datang ke dewan yang mulia ini. Terima kasih kerana sudi bersama. Sekolah Sultan Abdul Hamid ya? Oh minta maaf, Sekolah Sultan Abdul Hamid. Terima kasih semua. Di betulkan oleh YB. Alor Mengkudu.
Yang Berhormat Speaker, izinkan saya balik kepada kandungan blueprint ini. Ianya bukanlah satu gagasan biasa-biasa. Ia telah dizahirkan, dinyatakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Aminul Karim Sultan Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada sidang dun pada tanggal 4.3.2024 lalu. Ini adalah satu arahan kalau boleh saya katakan begitu bahawa Tuanku Sultan mahu melihat kita bersatu untuk memajukan negeri kita, ketepikan perbezaan kita dan gerakkan segala agenda bagi membolehkan kita membangunkan negeri ini. Tidak akan datang rakyat negeri lain untuk membangunkan melainkan kita rakyat Negeri Kedah yang bernaung di bawah kepimpinan Tuanku untuk memajukan negeri kita. Dalam konteks apakah intipati
kepada Gagasan Negeri Kedah ini Yang Berhorma,t YB. Speaker dan juga YB. Kota Darul Aman dan semua. Bahawa kita telah menggagaskan untuk membangunkan ekonomi kita pada kadar 8 ke 10% setiap tahun sehingga tahun 2050.
Dengan kata lain pada tahun 2050, KDNK kita akan mencecah sebanyak RM576 bilion. Dan ini akan meletakkan kita di tangga kelima terbaik di negara kita Malaysia. InsyaAllah kita akan usahakan untuk menjadikannya sebuah kenyataan. Kita berharap setiap tahun kita dapat membawa masuk pelaburan sekitar RM36 bilion dan kita berusaha untuk segala perkara ini boleh dimainkan oleh YB. kita daripada sebelah sana untuk membisikkan atau menggerakkan usaha agar menteri-menteri di Putrajaya mendokong agenda kita yang mana YB. Rafizi Ramli harus melihat bahawa potensi negeri kita jauh lebih hebat daripada negeri-negeri lain.
Bukan untuk bagitau sesiapa tetapi janganlah kerana kita berbeza maka dinafikan hak sebuah negeri sedang memacu ke hadapan untuk maju dan berjaya hanya kerana perbezaan kita.
YB. Tuan Speaker dan semua, dalam konteks ini InsyaAllah Kita yakin dan percaya kita boleh membawa lebih banyak syarikat-syarikat pelaburan besar masuk ke negeri kita. Dalam konteks buku The Greater Kedah kita juga kita telah menetapkan satu sasaran yang jelas iaitu sebanyak 25 juta pelancong yang akan masuk ke negeri kita menjelang tahun 2050. Dalam usaha ini YB. Tuan Speaker, hari ini jumlah pelancong yang masuk ke Malaysia 26 juta orang. Jadi, setiap pelancong yang masuk ke negara kita Malaysia harus dibawa untuk datang ke negeri Kedah.
Di sini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan. Dato’ Sri Tiong King Sing, walaupun tidak ada di dewan ini. Apakah perancangan YB. Menteri untuk melihat Kedah menjadi sebahagian daripada kebangkitan sektor pelancongan di negara kita? Hanya sekadar sedikit sumbangan ataupun dana-dana kecil itu tidak mencukupi. Kita mahu satu gagasan besar yang kami telah usulkan dalam The Greater Kedah, sambutlah sekiranya YB. Menteri Berjiwa Besar. Dan pada masa yang sama, saya juga ingin menyatakan dalam gagasan The Greater Kedah, kita telah memperuntukkan 118,000 hektar tanah seperti mana yang telah dinyatakan oleh YB. Suka Menanti. Tetapi kita lihat hari ini hasil kita tidak mencapai tahap seperti mana daerah lain di luar negeri Kedah yang jauh lebih tinggi daripada kita. Pada kadar 8 tan sehektar, kita harus berusaha untuk mengangkat kepada 12 tan sehektar.
Sekiranya ini dapat dilakukan, YB Speaker, maka kita akan dapat membangunkan negeri kita dan menjadi sebuah negeri yang berjaya. Soalannya kepada YB. Menteri Dato’ Seri Muhammad Sabu. Kalaulah benar sektor padi ini sektor yang strategik. Kalaulah benar Kedah ini negeri jelapang padi yang begitu penting kepada keterjaminan makanan negara kita. Manakah rancangan strategik kementerian untuk membolehkan kami benar-benar strategik pada pandangan negara. Bukan terus dibelenggu dengan masalah-masalah. Isu parit, isu saliran, isu-isu yang boleh
ditangani. It's not rocket science issue. Ini isu mudah. Tapi manakah perancangan, manakah komitmen daripada YB. Menteri untuk memastikan kita dapat memastikan kelangsungan negeri kita sebagai jelapang padi negara.
Kalau kami tidak strategik, bebaskan kami. Jadi, kami boleh melakukan perancangan lebih padu untuk memajukan negeri kami. Tetapi kita terus mendukung agenda ini. Bayangkanlah sekiranya 118 ribu itu dengan kadar 12 tan sehektar, kita boleh menghasilkan dengan keluasan 53 ribu hektar sebanyak 636 ribu tan. Dengan kata lain dengan 18 ribu hektar tan tanah sahaja kita akan menghasilkan 960,000 tan setahun. Jadi dengan kata lain, dengan keluasan tanah sekitar 32 hektar, penanam padi hari ini khususnya di kawasan strategik wajar dijadikan sebagai kawasan perindustrian yang lebih berdaya maju. Dengan kata lain, izinkan saya YB. Speaker.
2 minit lagi YB..
Dengan kata lain, YB. Tuan Speaker dan Ahli Dewan Yang Mulia. Sekiranya tanah – tanah penanam padi ini yang strategik, kita dapat tingkatkan hasilnya dan tanah-tanah strategik ini dapat dibangunkan menjadi Industrial Park. Sebagai contoh, Kulim Hi-Tech Park sebab sekitar 4,900 hektar. Katakan tanah padi ini yang ada di tepi lebuh raya cukup strategik untuk dibangunkan. Kita ambil sahaja sekitar 2,000 hektar seperti keluasan saiz Kulim Hi-Tech Park. Kita sebenarnya boleh dengan keluasan tanah seluas itu daripada tanah padi tadi, kita majukan menjadi industri park. Kita boleh menjana, kalau ambil contoh Kulim Hi-tech Park, sekitar 2,000 hektar itu RM174 bilion dan menyumbang kepada 43,000 peluang pekerjaan. Soalannya, Menteri Pertanian, bawa ‘equation’ Tuan, bawa ‘proposal’ Tuan yang boleh menjustifikasikan bahawa kita sektor pertanian boleh menandingi sektor perindustrian. Kalau benar, Tuan mempunyai perancangan untuk negeri ini dan negara kita.
Ada ruang lagi untuk soalan-soalan tambahan?
Ok..Ok!Jadi dengan kata lain yang YB. Alor Mengkudu saya ingin katakan di sini bahawa kita mempunyai berbagai perancangan dalam Gagasan The Greater Kedah.
YB. Kota Darul Aman.
Sorry, sorry, YB. Kota Darul Aman dalam gagasan kita ini kita mempunyai juga perancangan kecemerlangan infra dan utiliti. Sedikit YB. Tuan Speaker, Dengan kata lain, hari ini kita berusaha dalam agenda The Greater Kedah untuk memanjangkan jajaran jalan kita sebaik 350km lagi. Jumlah jajaran jalan raya kita hari ini ialah sebanyak 4,786. Sekiranya kita dapat membangunkan ditambah dengan 350 km lagi, kita yakin kita mampu membangunkan ekonomi kita dengan lebih baik.
Akhir sekali, YB. Tuan Speaker, saya ingin rangkumkan bahawa kita komited untuk menjadikan Negeri Kedah ini sebuah negeri perindustrian. Kerajaan Negeri mempunyai gagasan untuk membangunkan sektor renewable energy. Sektor renewable energy ini kalau kita lihat potensinya, kita bercadang untuk menghasilkan sekitar 5000 megawatt atau 5 gigawatts. Dengan 5 gigawatt ini, kita dapat menghasilkan pendapatan yang boleh menyuntik kepada pertumbuhan ekonomi kita sebanyak RM3.2 billion.
Point saya seterusnya, iaitu apabila kita membangunkan sektor ini, kita akan membangunkan satu segmen baru, dia panggil agri-voltic. Di bawah solar panel itu, di bawah solar farm itu, boleh dibangunkan sektor pertanian, seperti mana YB. Suka Menanti nyatakan. Apa yang saya ingin katakan sini, YB. Tuan Speaker, ialah sekiranya 10,000 ekar tanah dibangunkan untuk solar farm dan di bawahnya dibangunkan agri-voltic. Dibahagi kepada dua ekar setiap orang yang ingin mengambil bahagian. Ambil contoh asnaf, maknanya 10,000 bagi dua ekar, 5,000 asnaf boleh mendapat pulangan ekonomi dengan bekerja dalam sektor ini.
Jadi, ini adalah satu perkara yang boleh kita usaha bersama kita untuk menjayakannya. Jadi, dalam kata lain saya merumuskan bahawa, segala agenda dalam The Greater Kedah adalah usaha semua kita untuk membangunkan negeri kita. Ketepikan perbezaan yang mungkin ada. Pasti tidak ada kesempurnaan tapi yakin dan percayalah. Ini satu gagasan bukan biasa-biasa tetapi gagasan memanggil semua rakyat negeri ini untuk bersatu dan menunjukkan mereka di Putrajaya bahawa kita boleh bersama. Tidak begitu YB.? Terima kasih.
Terima kasih Yang Behormat Exco. Soalan Tambahan?
Kerajaan Persekutuan sentiasa bersama dengan kerajaan negeri dalam membangunkan Kedah. Dan soalan saya kita melihat pada tahun 2022, KDNK negeri RM51 billion dan tahun lepas 51.8 billion. Peningkatan 1.6% dan dalam Blueprint The Greater Kedah telah mensasarkan KDNK Negeri pada tahun 2050 pada RM57.6 bilion
dengan kadar peningkatan 8 hingga 10%. Jadi, apakah strategi khusus yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran KDNK RM576 bilion pada tahun 2050 dalam tempoh 26 tahun yang lalu. Sehingga sekarang KDNK purata untuk Negeri Kedah cuma 3% dan dengan sasaran 8% hingga 10% bagaimana anda boleh capai. Terima kasih.
Silakan Yang Behormat Exco, ada 2 minit.
Dan bagaimana boleh menjustifikasikan peningkatan tersebut.
Ok. Terima kasih YB. Kota Darul Aman. YB. Tuan Speaker. Sebab tu lah kita membangunkan Gagasan The Greater Kedah ini. Bukan hanya sebuah buku dan Haim Hilman Abdullah tidak mampu melakukannya. Melainkan semua rakyat negeri ini bersatu merealisasikan impian itu. Di bawah kempimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita Adun Jeneri. YB., saya tidak mahu cerita dengan apa yang berlaku dalam tempoh pada pemerintahan kerajaan yang dahulu. YB. disebelah sana. Bincanglah dengan mereka. Mengapa mereka tidak mampu mengangkat ekonomi negeri ini di tahap sebaiknya. Paling tidak pada harini kami punya kesungguhan dan cita – cita untuk memajukan ekonomi negeri kita negara kita Malaysia, yang lebih rencam keadaan sosio-ekonomi dan pembangunan, infrastruktur dan seumpama. Pernah merekodkan pertumbuhan sekitar 8% bila mana di era tahun 80-an, 90-an sehingga kita boleh menjadi sebahagian daripada kebangkitan sebuah negara di belah timur dunia ini.
Jadi, balik kepada cerita kita sebab itulah kita bangunkan Gagasan The Greater Kedah ini. Kita melihat setiap segmen ekonomi kita, baik pertaniannya, baik manufacturingnya, baik tourismnya, baik sumber alamnya, baik apa juga. Di samping didokong oleh pentadbiran yang cekap dan efisien. Oleh anak negerinya. Saya yakin dan percaya tidak ada mustahil. Dalam ini dirangka dan telah dinyatakan dengan jelas. Setiap inisiatif yang akan dibangunkan. Tetapi ia adalah satu gagasan jangka panjang. Hari ini kita hanya lebih kurang RM51 bilion. Kita nak pergi RM576 bilion. On average, on this 25 years, kita perlu meningkatkan KDNK kita pada kadar 8 ke 10% setiap tahun. Jadi, dalam usaha ini, sebab itu saya nyatakan dalam ulasan saya awal tadi pembentangan saya yang awal tadi di mana saya meminta semua menteri-menteri kita mengenepikan perbezaan melihat pada kesungguhan sebuah negeri di utara untuk membangunkan ekonominya.
Jangan hanya retorik kita kata Kerajaan Persekutuan sentiasa membantu. Sedangkan kami menderita kerana apa ditekan dari setiap sudut sehingga membuatkan kita merasakan impian untuk melihat sebuah Negara Malaysia maju terbantut kerana kekerdilan dan kekerdilan jiwa-jiwa pemimpin kita di Putrajaya.
Jadi, usaha kita adalah dengan memastikan setiap yang termaktub dalam ini dibangunkan. Saya kata tadi dalam konteks renewable energy, manufacturing sector, dalam konteks tourism, dalam konteks sumber asli REE, dan seumpamanya. Kita bangunkan. Mudah sahaja YB., saya merumuskan, apa jua yang kita lakukan hari ini oleh setiap rakyat negeri kita Kedah ini YB. dan kita semua haruslah melipat gandakannya. Kalau hari ini petani berusaha untuk satu relung, jadikan dua relung.
Kalau seorang peniaga kecil di tepi jalan menjual 100 bungkus nasi lemak sehari, jual 200 bungkus. Kalau kita tanam sayur, dua relung sekarang ini, bangunkan jadi empat relung. Kita kembangkan ekonomi. From bottom to up, from top to bottom. Kita usahakan daripada investor luar dan dalaman untuk mengangkat ekonomi kita. Dan inilah gagasan Gagasan The Greater Kedah di mana setiap rakyatnya menjadi cerita dan pemangkin kepada kebangkitan ini. InsyaAllah kita boleh berjaya. Mungkin lebih dari apa yang telah kita tuliskan di dalam buku ini. Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Exco, dipersilakan YB. Pengkalan Kundor.
YB. Jitra, adakah YB. bersetuju jika saya katakan atas semangat federalisme, cakap mesti serupa bikin. Kerajaan Persekutuan ada tanggungjawab untuk menyokong ataupun mempermudahkan segala usaha The Greater Kedah. Contohnya, mempermudahkan kelulusan-kelulusan. Jangan cakap sahaja menyokong tetapi kelulusan-kelulusan tidak diberi. Kerana manfaat untuk rakyat Kedah adalah juga manfaat untuk rakyat Malaysia.
Silakan Yang Berhormat! Ringkaskan sebab kita masa sudah pun terlajak.
Terima kasih YB. Speaker. Ada YB. Pengkalan Kundor. Dia bila berada di depan legend kita jadi nervous. Legend duduk belakang kita. Okey, YB. Pengkalan Kundur. YB Speaker. Benarlah inilah masa dan ketikanya. Mereka di Putrajaya perlu menjadi negarawan. Bukan hanya politician yang bercakap pasal next election. Kalau kita boleh menjadi negarawan yang akan sejarah menukirkan bahawa kehebatan seorang
Perdana Menteri hari ini. Kita panggil Dato' Seri Anwar Ibrahim atau PMX. Dia boleh menjadi kenangan kepada semua orang rakyat negara ini. Tapi mungkin Perdana Menteri tidak mengambil ruang dan peluang ini kerana harus dan kekal menekan kita.
Jadi, saya di Dewan Yang Mulia ini, walaupun Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak berada di sini, Dato' Seri, lihatlah bagaimana kementerian-kementerian Dato' Seri bekerja hari ini. Bukan saya ingin membuat kenyataan-kenyataan yang bersifat menghukum atau pun seumpamanya. Ambil contoh, bagaimana kita telah menunggu untuk Kulim Hi-Tech Park bagi mendapatkan dapatkan NOC, Notice of Change daripada Kementerian Ekonomi, mengambil masa sehingga hari ini lebih satu tahun hanya untuk seorang menteri YB. Rafizi, lihatlah perkara ini. Tanda dengan tuan akan mengubah landscape ekonomi negeri ini dan mengubah landscape negara kita.
Bangunkan berjaya besar, datangkan kesungguhan zahirkan komitmen saya yakin dan percaya seluruh rakyat sedang menyaksikan anak-anak muda seperti YB Rafizi dan kita semua boleh mengubah landskap politik negara kita dan punya jiwa sebagai seorang negarawan buat agama bangsa negeri dan negara kita.
Dengan itu, kementerian-kementerian, hentikanlah pendekatan. Sudah hampir dua tahun kalian menekan dan kalian juga lihat kami tidak akan tunduk tetapi akan terus bangkit berjuang untuk memastikan kelangsungan negeri ini. Biar rakyat menjadi saksi. Biar rakyat menjadi saksi melihat kesungguhan sebuah negeri kecil dengan 51 bilion GDP kita. Tetapi kita tidak pernah tunduk kepada apa juga tekanan. Tapi kami menawarkan kepada kalian untuk bersama membangunkan negeri ini dan negara kita. Kerana Kedah adalah sebahagian daripada Malaysia. Junjunglah semangat federalisme. Kalau benar kalian pemimpin berjiwa besar yang sedang memimpin negara. Terima kasih YB. Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.
Perbahasan di atas ucapan bajet 2025 secara dasar.
Sesi Perbahasan Di Atas Ucapan Bajet 2025 Secara DasarAddress / budget
Ahli – ahli Yang Berhormat sekalian. Sekali lagi saya ingin mengingatkan perbahasan di atas ucapan bajet tahun 2025 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman. Saya pohon kerjasama agar ahli – ahli Yang Berhormat agar dapat merangkumkan sekali Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri 2025, Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2025, Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Negeri 2025 dan Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Tahun 2025, serta perkara – perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri Kedah sahaja. Sekarang dewan dibuka untuk perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Sidam. 40 minit YB!
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam sejahtera. Yang penting Selamat pagi, salam sejahtera kepada Yang Amat Berhormat Jeneri. Saya rasa tak terlewat untuk saya ucapkan tahniah dan juga selamat penggantin baru. Saya pun sedang menunggulah, mungkin ada surat jemputan ke apa kan. Kira kita kata kali ini macam ni.
Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, Ahli-ahli yang berhormat, Ketua-ketua jabatan, Rakan-rakan media, tuan – tuan dan puan – puan. Dan termasuk dengan pelajar-pelajar yang bersama-sama kita pada pagi ini.
Bersyukurlah kita hari ini diberi kesempatan dan juga kesihatan untuk kita sama-sama berada di dalam Dewan Yang Mulia ini untuk kita membincangkan dan mempertengahkan untuk menyelesaikan beberapa isu yang ada di Kedah dan juga masalah-masalah yang timbul demi kepentingan rakyat dan masyarakat kawasan masing-masing. Saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk memberi ucapan sempena pembukaan sidang DUN kali ini. Ada beberapa perkara yang bangkit yang akan diketengahkan yang saya rasa patut diambil perhatian oleh pihak kerajaan yang sewajarnya untuk kita selesaikan demi keselesaan penduduk di Negeri Kedah sendiri.
Antara isu yang ingin saya angkat ialah berkaitan isu ada sikit hal politik, pendidikan, pembangunan dan juga pelancongan. Sebelum itu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin. Di mana permohonan saya sebelum ini iaitu memberi perhatian kepada elaun para imam dan kali ini melalui bajet yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri kemarin, saya dapati terdapat peruntukan sebanyak RM11 juta diperuntukkan kepada imam-imam dan juga pegawai masjid. Ini saya
sangat -sangat hargai. Walaupun tidak melibatkan yang lain, sekurang – kurangnya dapat juga apa yang saya katakan sebelum ini.
Berhormat Tuan Speaker, yang pertamanya ialah mengenai hal polituk sedikit dimana isunya ialah mengenai kemasukan ahli politik dan orang kenamaan dalam kawasan sekolah. Yang Berhormat Tuan Speaker, kemasukan ahli politik ke sekolah menjadi isu yang hangat diperkatakan sebelum ini yang sangat-sangat hebatlah diperdebatkan. Malah sejak tiga persidangan lalu isu yang sama masih dibangkitkan. Jadi, tidak wajar saya rasa, tidak wajar untuk kita tuding jari kepada Kementerian Pendidikan Negeri di atas perkara yang umumnya kita tahu mereka hanya mengikuti arahan yang diberikan. Kemudian, pendidikan saya rasa tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program yang diadakan di kawasan sekolah.
Menurut kembali kepada ucapan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Fadhlina Sidik. Di mana beliau menegaskan mereka yang berkeinginan untuk masuk ke sekolah perlu melakukan permohonan dan mematuhi tata cara surat pekeliling Ikhtisas SPI KPM Bil. 4 Tahun 2023: Garis Panduan Undangan Atau Lawatan Orang Kenamaan Dan Ahli Politik Ke Institusi Pendidikan. Dalam garis panduan tersebut, kebenaran mesti diperolehi dalam tempoh 30 hari. Diikuti dengan maklumat penganjur, para jemputan serta objektif dan impak program yang bakal diadakan. Saya pasti tujuan garis panduan tersebut dilaksanakan adalah bagi menjaga keselamatan warga sekolah. Kami di pihak pembangkang juga perlu membuat permohonan yang sama untuk masuk ke sekolah itu pun berpandu kepada kelulusan yang diberikan.
Sebagai contoh, pada 12 September tahun 2024 yang lalulah, di SJKC Sin Kwang, Sungai Petani. Kami tidak mendapat kelulusan untuk memasuki sekolah. Walaubagaimanapun saya difahamkan Exco diberi kelulusan. Jadi, kami akur dengan keputusan yang dikeluarkan. Saranan saya ialah ingatlah walaupun kita gagal masuk dalam sekolah, tetapi bukan bermakna kita gagal dalam perancangan yang kita lakukan. Ada banyak perkara lagi yang boleh diketengahkan bagi menarik perhatian masyarakat untuk bersama – sama dalam program selain daripada mengadakan program dalam kawasan sekolah.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Seterusnya mengenai menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk majmuk, terdiri daripada pelbagai bangsa, adat resam, bahasa dan budaya. Masyarakat negara ini memiliki teras agama yang rata-rata mengajak manusia untuk hormat, menghormati serta faham, memahami antara satu sama lain. Tetapi amat malang, isu sensitif agama masih terus dicanang hal ini tidak sepatutnya berlaku di dalam masyarakat hari ini.
Saya percaya sebagai ahli politik, kita semua bertanggungjawab untuk menggunakan pengaruh kita untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat bagi menongkah arus globalisasi secara bersama, bukannya memecah belahkan perpaduan sesama kita. Bercakap sesuatu yang baik dan menjaga sensitiviti orang lain merupakan satu moral yang dipertanggungjawabkan bagi setiap insan. Jelas sekali, perbuatan merendah-rendahkan identiti sesuatu bangsa, agama ataupun adat resam sesuatu komuniti tertentu merupakan satu percabulan yang tidak boleh diterima. Budaya menghina dan merendah-rendahkan atau tujuan gurauan sekalipun tidak sepatutnya dijadikan kebiasaan dalam kehidupan. Jelas sekali bahawa sikap hormat-menghormati antara satu sama lain adalah asas yang menjadi kekuatan dan perpaduan masyarakat Malaysia. Dengan menghormati sensiviti agama mampu mengukuhkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum.
Yang berhormat Tuan Speaker, seterusnya mengenai isu air. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Transformasi Air, YB. Akmal Nasrullah Mohd Nasir melalui beberapa siri lawatan untuk memastikan loji rawatan air yang masih ketinggalan pembinaannya siap dengan kadar segera. Kerja-kerja pembinaan LRA terutamanya di Bukit Selambau dan juga di Sungai Limau masih berjalan agak perlahan sehinggakan rakyat terutamanya pengguna air di kawasan Merbok dan juga kawasan Baling masih mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih kegunaan harian. Saya di sini senada dan juga konsisten dengan tindakan Timbalan Menteri dalam memartabatkan kepentingan isu air ini demi kepentingan rakyat Negeri Kedah. Tidak perlu kita menunding jari kepada sesiapa atau mana-mana pihak melainkan saya berharap kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan isu yang masih belum ada titik noktahnya. Semoga dengan ada hubungan yang baik dan lebih erat ini dapat memberi spektrum yang lebih untuk kita sama-sama mencari penyelesaian demi kepentingan Negeri Kedah.
Seterusnya mengenai mengurangkan kadar pengangguran anak muda. Isu pengangguran, gaji rendah, ketidaksepadanan kerja, terus menghangatkan perbualan umum walaupun anak muda mempunyai pencapaian akademik yang baik. Pengangguran boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti peluang pekerjaan yang terhad, kekurangan akses kepada pendidikan, latihan berkualiti dan informasi yang tidak mencukupi.
Untuk menangani cabaran ini, adalah penting untuk melaksanakan program – program yang disesuaikan bagi memupuk pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda, yang berada sedikit jauh dari bandar. Banyak lagi kan masa? Ini boleh direalisasikan dengan mewujudkan kolaborasi bersama pemain-pemain industri.
YB. Lunas bangun YB., bagi dak. Celahan.
Ya, silakan.
Celah sikit noh. Baik, terima kasih YB. Speaker dan YB. Sidam. Tadi dalam ucapan awal yang dibuat oleh YB. Sidam yang melibatkan penglibatan ataupun kemasukan terutama wakil rakyat ke dalam sekolah, ada yang dinyatakan tadi perlu dibuat permohonan. Dan antara sebab permohonan itu perlu dibuat adalah alasan keselamatan. Setakat hari ini, kita tak dengar lagi lah peristiwa pelik yang berlaku bila mana wakil rakyat yang masuk ke sekolah membawa senjata berat, membawa peralatan-peralatan yang boleh meruntuhkan sekolah. Ataupun melakukan perbuatan di luar jangka yang boleh menyebabkan habis satu warga pendidik atau sekolah tersebut. Jadi, alasan mengatakan keselamatan ini satu alasan amat dangkal. Dan tidak bertanggungjawab. Dan tidak ada lagi pun wakil rakyat daripada kita sendiri Perikatan Nasional ini, yang memerintah negeri ini, masuk ke sekolah untuk berkempen politik pun tak ada! Yang kita bercakap soal pendidikan termasuk Yang Amat Berhormat Jeneri sendiri, YB. Jitra dan lain-lain. Yang kita bercakap soal pendidikan, pendidikan anak bangsa kita. Jadi, alasan YB. Sidam mengatakan bahawa soal keselamatan ini amat tidak boleh diterima oleh sebab yang munasabah. Jadi, minta berhenti lah bermain politik ni. Ini soal pendidikan bukan soal nak pergi kempen ataupun buat benda-benda yang tak elok. Terima kasih Sidam!
Jawab sekali boleh? YB. Sidam jawab saya isu yang sama ni.
YB. Tokai dulu. Silakan YB. Tokai.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Pengalaman kita lah biasanya di sekolah-sekolah minta sumbangan, minta bantuan untuk anugerah cemelang pelajar-pelajar. Biasa cikgu mai saya kata, saya boleh pergi sekali tak hari penyampaian hadiah tersebut banyak sekolah begitu, sekolah rendah, sekolah menengah dia kata, minta maaf Dato, minta maaf Doktor. Kami tak dapat memberi kebenaran. Saya tanya pasal apa? Atas lah lah dia kata. Hat atas tu kita tak tahu. Hari ini baru saya tahu apa yang disebut oleh Sidam tadi. Kerana pada sesi yang lepas, pada masa kita menjadi kerajaan 2020, banyak kita terima jemputan-jemputan nak bagi face mask, kebetulan Exco kesihatan. Face mask, sanitizer, berbagai-bagai permohonan yang diminta.
PPD sendiri yang sila-sila YB, sila-sila pi sekolah ini, pi sekolah itu kita bagi, bagi laptop kepada pelajar-pelajar cemerlang, boleh bagi. Padahal orang yang sama menjadi PPD, orang yang sama jadi Guru Besar, jadi sebab kalau boleh perubahan kepada kepimpinan dari peringkat pusat dan negeri, inilah yang berlaku. Sekarang tak boleh pergi, hari itu boleh pergi. Jadi, minta ulasan daripada YB. Sidam. Terima kasih.
Satu lagi.
YB. Pengkalan Kundor. Bangun. Ok, silakan.
Okey. YB - YB ini kebanyakannya datang ke sekolah bawa sumbangan. Jadi, sepatutnya dipermudahkan. Ataupun maksud keselamatan yang dimaksudkan itu adalah keselamatan politik mungkin.
YB. Kota Siputeh sat.
Silakan YB. Sidam.
Boleh YB. Kota Siputeh?
Cukup kot. Masa tak banyak ni.
40 minit. 40 minit.
Boleh tambah masa kot.
Silakan YB. Kota Siputeh. Boleh bagi?
Saya nak tambah sikit la berkenaan isu sekolah ni. Pasal saya nampak ‘double standard’ dengan izin. Ketidakadilan dan juga ketaksamaan ini nyata. Sebab saya tak tahu mungkin kat dalam Kedah ni ada tiga orang ja. Tapi di tempat lain kita mungkin tiga orang ni juga tak ada iltizam nak masuk ke sekolah macam kami wakil-wakil rakyat kerajaan ni yang memang nak masuk nak bantu sekolah tapi tak diberikan peluang.
Masalahnya di tempat-tempat lain kita tengok video, gambar ada punya ramai wakil rakyat ahli-ahli politik daripada bukan Perikatan Nasional masuk ke sekolah dengan jelas dan nyata terlibat dengan aktiviti-aktiviti. Kami ini saya ambil contoh baru-baru ni boleh tengok dalam Facebook dalam TikTok saya sendiri. Kita pergi bagi sumbangan terkini terakhir dekat Sekolah Menengah Sanglang. Bagi RM1,000 Masuk sekolah, bagi depan pintu sekolah ja. Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, bagi 100 tan batu untuk memudahkan mak ayah untuk anak-anak tunggu depan sekolah. Kita bagi 100 tan batu, duduk depan sekolah sahaja.
Kita bagi kepada sekolah SK. Seputeh RM1,000 untuk pembangunan memanah. Kita dok depan sekolah sahaja. Kita bagi kepada sekolah Kebangsaan, Tok Tungku Bendahara. Kita bagi RM2,500 untuk ragbi dan sebagainya, duduk depan sekolah sahaja, jadinya macam mana kita cakap sekarang ni kan yang kononnya kita tak bantu kita bangunkan sekolah, memang kita nak bantu sekolah-sekolah ni, tapi kita dihalang sebab kononnya berpolitik. Aii saya nak cakap terang-terang, kami wakil rakyat Perikatan Nasional ni tak ada masa untuk nak berpolitik, kita hanya fokus nak bantu anak-anak Negeri Kedah.
Silakan YB. Sidam.
Tambah sikit.
Silakan YB. Bakar arang.
Sila, Sila, Sila!
Silakan YB. Bakar Arang.
YB. Kota Siputeh, saya juga ingin kongsikan lah. Saya ingat lagi pada tahun 2021, masa itu Perikatan Nasional menjadi kerajaan pusat. Saya sebagai pegawai khas pada masa tu. Nak pergi ke sekolah, tolong buat aduan pokok sahaja. Pun tidak dibenarkan masuk. Jadi, saya nak katakan, Perikatan Nasional pada masa itu pun cukup zalim.
Jadinya 2021, sekarang 2024. Yang cerita tentang reformasi, yang cakap tentang reformasi pendidikan, bukan Perikatan Nasional. Tapi adalah Pakatan Harapan sendiri. Maka hari ini siapa yang sepatutnya bercakap, walk the talk. Itu adalah yang penting. Bukannya kita cakap omong kosong dan sembang retorika. Ini yang penting sebab hari ini kita memacu perubahan dan dalam Negeri Kedah.
Dan ini adalah perubahan.
Minta kebenaran YB. Tuan Speaker dulu.
Surat Perkeliling Iktisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2023. Ini adalah perubahan. Setiap orang pergi ke sekolah perlu membuat, orang politik orang pergi ke sekolah, orang politik yang pergi ke sekolah, kena buat permohonan dahulu.
Ini Speaker, mohon izin speaker. Minta Maaf.
Minta laluan. Minta kebenaran speaker. Ketua Pembangkang.
Cukup lah, cukup lah
Ok ok. Cukup dah. Okey, dipersilakan, YB. Sidam.
Tak boleh selesai pun, saya rasa. Jadi…
Bukan, minta maaf, Speaker. Saya nak tunjuk surat. Sebab saya ada surat yang memang saya juga mohon untuk bertemu dengan pengetua-pengetua dan juga PPD.
YB. Sidam bagi laluan?
Baik-baik, terima kasih Tuan Speaker.
Okey, okey.
Adalah beberapa jawapan yang saya rasa sesuai kita kongsi. Saya rasa seperti yang YB. Lunas kata tadi, mungkin keselamatan yang bermaksud selepas COVID ini, dia adalah mungkin ada gejala-gejala yang mungkin berlaku. Ada sikit-sikit yang kita tak nampak kan. Yang kedua ialah terbukti seperti yang YB. Tokai kata tadi ialah apa yang kita telah buat itu adalah terbukti bahawa kerajaan hari ini telah memberi kebenaran untuk masuk. Contoh saya kata tadi ialah Exco Masyarakat Cina dan Siam dah boleh masuk ke sekolah SJKC yang sebelum ini pada 12 September 2024. Dan sama juga masa kami jadi pembangkang kepada kerajaan pusat dulu, saya pun kena juga, saya pegawai khas kepada Adun Gurun masa itu dan juga Ahli Parlimen Sungai Petani. Saya kena juga berbakul-bakul. Tapi kita akur sajalah dia tak bagi, kita tak masuk. Itu je. Bermaksudnya, kita tak gagal pun dalam perancangan kita. Cuma apa yang kita takut ialah kita gagal dalam perancangan tapi kita salahkan kata kita tak boleh masuk sekolah. Itu yang saya khuatirkan. Saya sambung YB. Tuan Speaker. Sampai mana lah tadi?
Silakan. Ya?
Dak, dak, dak. Saya teruskan kepada hal-hal... Sampai… Okeylah, kita sambung balik sikit. Okey, untuk menangani cabaran tadi ini, cabaran kita. Peluang-peluang pekerjaan adalah penting untuk melaksanakan program-program yang disesuaikan bagi memupuk pertubuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda yang berada sedikit jauh dari bandar. Ini boleh direalisasi dengan mewujudkan kolaborasi bersama pemain-main industri yang merupakan tunjang kepada penjanaan ekonomi Negeri Kedah. Dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di kawasan luar bandar, ia boleh membantu dan merangsang kesejahteraan ekonomi dan mewujudkan mata pencarian yang lebih baik kepada golongan sasaran ini. Ini adalah satu contoh, saya pun tak tahu zaman siapa, tetapi mewujudkan kawasan kilang di kawasan luar bandar adalah sangat – sangat baik. Sebagai contoh ada beberapa kilang di kawasan batu 10, simpang 4, batu 10. Menjadikan satu punca pendapatan orang-orang kampung. Jadi, saya harapkan saya harapkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh jadikan contoh ini dan wujudkan peluang-peluang pekerjaan, mungkin di kawasan Naka ka, Pendang ka, sebagainya wujudkan kawasan perindustrian kecil.
Selain itu, kerajaan perlu melabur dalam program pembangunan kemahiran dan inisiatif latihan vokasional yang boleh melengkapkan belia-belia luar bandar dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengakses peluang-peluang pekerjaan yang pelbagai. Dalam pada itu, penambahbaikan infrastruktur dan kesaling hubungan ini bakal menarik pelabur untuk membawa kepada penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi. Dengan memberi tumpuan kepada campur tangan yang di sasarkan. Saya percaya kita boleh menangani isu pengangguran ini dengan lebih berkesan dan memupuk pertubuhan insklusif yang memberi manafaat kepada semua masyarakat.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, satu lagi berkenaan dengan pekerjaan ekonomi GIG. Pekerjaan ekonomi GIG yang didominasi anak muda sekarang adalah bukan penyelesaian baik dan bukan jaminan pekerjaan jangka masa panjang. Walaupun ekonomi GIG banyak memberi peluang pekerjaan baru kepada anak-anak muda. Namun ianya hanya merupakan penyelesaian jangka masa pendek dan menjana pendapatan tambahan golongan ini. Mereka sepatutnya dilatih menguasai kemahiran dan mampu menjana pendapatan jangka masa panjang bagi menjamin kehidupan mereka. Negeri Kedah amat beruntung kerana mempunyai kawasan hub industri yang menjadi antara penyumbang baik kepada pertumbuhan ekonomi. Kita sedia maklum industri-industri ini aktif menggunakan khidmat tenaga mahir bagi menjalankan operasi mereka. Pada khidmat saya adalah lebih baik pihak kerajaan negeri memberi fokus yang lebih mendalam kepada industri pendidikan bagi memenuhi permintaan
tenaga mahir. Kolaborasi antara kerajaan dan sektor swasta serta institusi pendidikan Negeri Kedah perlu diberi keutamaan agar usaha memperkukuhkan saluran bakat mahir bagi memenuhi keperluan sektor industri dapat diimplementasi secara sistematik dan berterusan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, nilai pelaburan pada tahun 2024 dan tahun-tahun yang akan datang dijangka menokok dengan tindakan agresif kerajaan mempromosikan negara sebagai destinasi pelaburan bernilai tinggi. Pada awal bulan ini, contohnya pihak Microsoft bersetuju menambah pelaburan bernilai USD 2.2 bilion di Malaysia sejajar dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Malaysia.
Trajektori pelaburan yang memberangsangkan ini sesungguhnya memerlukan kesediaan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pelabur. Ini melonjak ciptaan peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi dan berpendapatan lumayan selain meningkatkan taraf ekonomi secara keseluruhan. Di sini, peranan kerajaan negeri bagi menjadi penghubung dan pemangkin bagi meningkat kualiti golongan modal ini amat-amat diperlukan.
Yang berhormat Tuan Speaker, berkaitan dengan penambahbaikan dan penerangan infrastruktur. Penambahbaikan infrastruktur khususnya dalam kawasan sektor industri dan pelancongan dan juga jalan raya perlu diberi perhatian. Ini sejajar dengan Tahun Melawat Kedah Tahun 2025 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Selain melakukan promosi bagi memperkenalkan Kedah di mata dunia, langkah-langkah proaktif dari kerajaan bagi memartabatkan kualiti infrastruktur begitu penting bagi menerima jumlah pelancong yang bakal menjelang mengunjungi Negeri Kedah kelak. Menurut inisiatif yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Jeneri kelmarin pada muka surat 39, inisiatif 2 yang mengumumkan bajet sebanyak RM45.1 juta peruntukan untuk menaik taraf jalan raya di kawasan di kawasan yang ditetapkan.
Saya mohon Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Jeneri untuk melihat juga 1 kawasan jalan raya yang kurang diberi perhatian iaitu jalan Kuala Ketil - Jeniang. Saya rasa YB. Bukit Selambau bersetuju dengan cadangan saya di mana jalan tersebut terlalu banyak selekoh dan juga sempit. Jadi, sebagai contohnya kalau kita lalu jalan itu YB, jumpa satu lori pasir kita akan ikut sampai ke Jeniang. Tak boleh nak potong. Pasal jalan dah kona-kona dan juga sempit. Jadi, inilah yang akan menyusahkan YB.
Yang Berhormati Tuan Speaker, selain daripada itu, melaksanakan pemantauan dan juga keperluan penambah baik terhadap infrastruktur awam di kawasan – kawasan tertentu, susunan hujan berpanjangan dan luar biasa yang berlaku akhir-akhir ini perlu diberi perhatian. Pihak berwajib perlu mengenalpasti kawasan parit, longkang, pembentung, kolam takungan yang berisiko menyebabkan kejadian banjir, seterusnya melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan secara berkala untuk melancarkan aliran air.
Dengan penyelengaraan infrastruktur yang baik, saya yakin kerajaan negeri bakal mendapat pelbagai manfaat terutamanya pandangan positif dari masyarakat Kedah dan meningkatkan kedatangan pelancong secara tidak langsung. Lompat banyak ni, nak bagi habis.
Silakan YB.
Seterusnya, memartabat sektor pelancongan. Sektor pelancongan dapat mempromosi budaya dan warisan tempatan kepada para pelancong yang datang dari pelbagai latar belakang mahupun negara. Keunikan budaya dan makanan tradisi rakyat Malaysia secara umumnya terus menjadi perhatian di mata dunia. Sektor pelancongan juga secara tidak langsung dapat menjaga dan memelihara alam semula jadi dengan menggalakkan amalan pelancongan lestari yang mengambil kira tentang kesan terhadap persekitaran. Masyarakat tempatan dapat menyumbang kepada pemeliharaan sumber alam semula jadi kawasan kampung-kampung, hutan, sungai, tasik, pantai dan pulau untuk menjadikan kawasan tarikan pelancong. Dari sumber alam yang unik ini, kita memerlukan satu badan organisasi yang boleh mengeratkan dan menonjolkan sebagai sebuah pusat untuk di kunjungi. Bagi saya adalah tepat buat masa sekarang pihak swasta dilantik untuk memajukan kawasan-kawasan tersebut.
Bagi mengelakkan projek swasta ini terbengkalai, kerajaan negeri perlu mewujudkan satu pasukan penilaian yang cekap dan berintegriti bagi membolehkan penilaian dibuat dengan lebih tepat dan berkesan. Pasukan penilai ini juga lah yang sepatutnya mampu menilai syarikat mana yang berkemampuan untuk melabur atau syarikat mana yang lemah ataupun berstatus scammer. Di sini saya ingin menyatakan kepada pihak kerajaan mengenai status terkini, minta maaf.
Di sini saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan mengenai status terkini projek-projek besar yang diumumkan sebelum ini seperti projek Litar Lumba, Stadium dan sebagainya. Kami di pihak belah sini pun berasa bangga jika semua projek-projek tersebut dapat dilaksanakan dengan jaya. Kita ucap tahniahlah kalau berlaku dengan elok kami pun nak Kedah maju juga. Kan! Harapan saya amat tinggi untuk melihat Kedah menjadi negeri utama dalam menyumbangkan pertubuhan ekonomi dari perspektif pelancongan kepada Malaysia. Banyak lagi noh.
YB. ada 10 minit lg.
Baik.
Panjang lagi?
Ngam la tu. Ngam lah. Seterusnya mengenai memperkasakan golongan OKU, saya ingat tidak ada yang banyak yang menyentuh tapi saya nak sentuh sikit. Golongan kurang upaya merupakan sebahagian daripada masyarakat yang perlu diberi perhatian dan layanan seperti masyarakat biasa. Mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat lain. Ini termasuk kesukaran pihak golongan OKU mendapat pekerjaan walaupun mempunyai sedikit kelayakan. Ini kerana setengah majikan yang masih belum terbuka dan belum bersedia untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU ini. Di sinilah pihak kerajaan boleh memainkan peranan agar golongan OKU tidak rasa dipinggirkan.
Kesimpulannya, masalah OKU ini wajar ditangani secara bersama, bersepadu dan profesional. Pihak kerajaan negeri juga perlu memperuntukkan sedikit dana ataupun lebihkan dana bagi membantu golongan OKU ini dan perlu disambut baik oleh pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan untuk menjaga golongan istimewa ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Hampir habis dah. Itu potong banyak ni. Tinggal-tinggal. Seterusnya mengenai saya last-last ni kena minta lah YB. noh. Last-last kena minta juga. Seterusnya ini mengenai kenaikan elaun kepada petugas-petugas perpustakaan desa. Sekarang ini saya kita dapatlah info-info dan hari ni saya nak highlightkan.
Perpustakaan desa diwujudkan untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap dan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan. Perpustakaan Desa juga akan membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan. Tugas yang penting ini diambil oleh pihak petugas perpustakaan yang bertungkus lumus menjadikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat luar bandar. Saya difahamkan elaun petugas-petugas perpustakaan ini hanya sebanyak RM850. Saya pohon pihak kerajaan negeri untuk mempertimbangkan kenaikan elaun mereka kepada sekurang-kurangnya RM1,200. Cadanglah kan? Bagi meringankan beban kehidupan yang semakin mencabar hari ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Selain daripada itu, ini kepada YAB Jeneri. Tiap-tiap kali saya ada minta pun. Mohon je lah. Selain itu, saya juga ingin memohon pihak kerajaan mempertimbangkan kenaikan elaun pengurusan pejabat kepada semua, ha ni semua ni, kepada Adun – adun. Kerana elaun yang diterima untuk melancarkan kerja di pejabat pada hari ini di tahap yang sangat – sangat kurang. Kos – kos seperti pembayaran bil – bil utiliti, kos sewa banggunan pembayaran elaun kepada pekerja-pekerja dan juga pegawai semakin meningkat. Dan ini menyebabkan kami memerlukan elaun tambahan bagi menampung keperluan tersebut. Dengan ini ,saya pohon pertimbangan Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar untuk menaikkan elaun pengurusan pejabat dari RM2,000 ke RM4,000 boleh kot. Itu bisik kan tu? Ya. Terima kasih. Berikutan peruntukan dan...
Ayer Hitam. Silakan.
Terima kasih. Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Sidam. Saya rasa, wakil – wakil rakyat pembangkang, yang sama warnanya di Putrajaya, ada ruang untuk mohon peruntukan melalui ICU, pengurusan khidmat ini kalau tak silap saya dulu lah RM100 ribu setahun. Adakah Yang Berhormat sedar benda ni ataupun sekarang dah dipotong peruntukan itu? Saya mohon penjelasan.
Silakan YB. Sidam
Terima kasih YB. Ayer Hitam. Seperti yang saya tahu yang kita dapat daripada ICU saya rasa 50 ja kot. 50 ja. Jadi, yang ni yang saya nak minta lagi ni. Daripada 50 nak naik lagi ok. Sebelum saya akhir ini saya ingin…
Berkaitan dengan peruntukan dan bantuan RM50,000 yang diterima oleh pihak pembangkang kini, saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana cakna dan perhatian kepada adun pembangkang. Namun apa yang saya tekankan di sini adalah secara realitinya peningkatan dan kekerapan bencana yang berlaku mutakhir hari ini memberi impak kepada bilangan mangsa-mangsa yang turut meningkat. Kos-kos pemulihan rumah yang begitu tinggi menyebabkan kami, adun-adun, tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut. Dengan ini, saya pohon jasa baik Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar untuk turut memberi perhatian kepada perkara ini dan menaikkan jumlah peruntukkan dan bantuan bencana agar bantuan segera dapat kita salurkan kepada mangsa.
Sebelum saya akhiri ucapan, saya ingin merujuk kepada pembentangan bajet yang diumumkan semalam berkaitan dengan pertanian iaitu penanaman mempelam dan melon saya pohon Yang Amat Berhormat Jeneri ini untuk melihat dan memberi sedikit ruang dan juga peruntukan kepada pekebun kecil durian yang diusahakan oleh penduduk kampung secara kecil-kecilan. Sekurang-kurangnya depa ni buat dalam 100 pokok. Yang tu bukan dusun-dusun yang besar lah.
Jadi, dengan menanam baka-baka durian yang berkualiti, dan disokong dengan penyelenggaraan yang dibantu oleh kerajaan seperti system-sistem pengairan pam dan paip sebagainya pengaliran yang sempurna, pembajaan yang baik, dan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian dan sebagainya saya rasa, saya yakin penduduk kampung bakal mendapat pulangan yang lumayan satu hari nanti. Ok lah. Itu saja, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang YB. Sidam. Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam Back Bencher. 40 minit.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’i Wal Mursalin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in. Robbisyorhlii Sodrii Wa Yassirlii Amrii Wahlul ‘Ugdatannminlisaani Yafqahu Qauli. Subhanaka La Aailma Lana Illa Ma Aaallamtana Innaka Anta’Ali Mul’hakeem. La Haula Wala Quwwata’ Illa Billahil Aliyil Adzim. Ammabaq’. Saya mulakan dengan sepotong ayat Al – Quran
أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم
ۡۗ بِأَنفُسِهِم ۡۗمَا ۡۗ يُغَي ِرُوا ۡۗ حَتَّى ۡۗ بِقَو م ۡۗيُغَي ِرُمَا َۡۗل َۡۗ َّٱّلل َّۡۗنِۡۗإ
Bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan satu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Surah Ara`d. ayat ke-11.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Dato' Seri Mentei Besar. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Yang Berusaha, Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan, Agensi – agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Yang Dihormati Para Pegawai
Dewan. Seterusnya yang dikasihi, para pemerhati. Sama ada yang berada di dalam dewan ataupun yang sedang mengikuti perbahasan secara atas talian. Seterusnya kepada para pemerhati daripada Kolej Sultan Abdul Hamid Tingkatan Enam. Yang merupakan alumni saya lah. Saya pernah belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid tingkatan enam pada tahun 1981-1982. Selamat datang ke Dewan Yang Mulia ini.
Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan rasa syukur kita kepada Allah SWT. Dengan izinnya dapat kita hadir ke Dewan Yang Mulia ini pada hari ini untuk sama-sama kita menjayakan meneruskan Mesyuarat Kali Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung sejak semalam 24 November 2024, Ahad. InsyaAllah akan sampai pada hari Kamis 28 November 2024, nanti insyaAllah. Sama-sama kita doakan mudah-mudahan mesyuarat pada kali ini berlangsung dengan lancar dan dapat membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat di bawah kerajaan negeri insyaAllah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, yang memberi laluan kepada saya untuk bersama – sama mengambil bahagian pada kali ini atas tiket ketua back benchers dalam perbahasan bajet 2025. Sebelum tu terima kasihlah kepada pihak dewan kerana menyediakan rehal yang elok ni mudahkan kami ahli – ahli Dewan Undangan Negeri ini menggunakannya untuk bahas dengan lebih berkualiti. Dia kalau pegang bergitu ja agak menganggu. Bila ada rehal ni dia letak apa nama kertas dan sebahagianya dapat bantu kami lah bahas dengan lebih baik lagi.
Saya juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Behormat Menteri Besar atas Pembentangan Bajet 2025 pada hari semalam yang mengambil masa kurang lebih 1 jam 23 minit, 83 minit hampir-hampir sama dengan satu game bola sepak. Masa yang panjang dan rasakan yang terpanjang sepanjang tempoh beliau membentangkan bajet sejak tahun 2021. Juga terima kasih dan tahniah kepada pasukan Yang Behormat Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri yang sudah tentu menghabiskan banyak masa dan tenaga bagi merangka dan merencanakan Bajet 2025 yang telah dihentangkan semalam.
Yang Behormat Tuan Speaker, Yang Amat Behormat Dato Seri Menteri Besar meneruskan gaya perbentangan beliau dalam bajet ini, sama sejak tahun 2021 sehingga sekarang dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah, gaya bahasa yang bersahaja, yang memungkinkan semua orang, sesiapa sahaja yang mengikutinya akan mudah faham tentang apa atau bagaimana wang dikutip dan dibelanjakan pada tahun hadapan. Tidak ada perkatan yang payah, yang aneh, yang luar biasa digunakan. Tidak ada bahasa yang bombastik yang digunakan.
Tidak seperti yang digunakan oleh seorang Perdana Menteri di sebuah negara dalam membentangkan bajet baru-baru ini yang mengheret rakyat untuk lebih banyak berbicara tentang istilah-istilah aneh daripada melihat isi kadungan bajet itu sendiri. Tema bajet kali ini adalah “ERAT SEJAHTERA” yang merupakan akronim daripada
empat strategi bajet itu sendiri iaitu Ekonomi, Rakyat, Alam dan Tadbir Urus telah disusun dengan mudah dan diperincikan dengan mudah juga melalui 15 fokus dan 50 inisiatif utama yang mencakupi semua segmen rakyat dalam negeri yang kita cintai ini.
Yang Behormat Tuan Speaker, Bajet 2025 sekali lagi mempersembahkan bajet defisit iaitu sekitar 12.6% atau RM99.9 juta. Bajet defisit ini sama sahaja seperti bajet-bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Behormat pada tahun yang lalu. Cuma jika dibanding dengan Bajet 2024, defisit kali ini diunjurkan berkurang sebanyak kurang lebih 1%. Di mana tahun 2024, unjuran defisitnya ialah RM104.1 juta atau 13.9%. Bajet defisit bukanlah satu yang asing bagi kebanyakan negeri di Malaysia ini, khususnya negeri-negeri yang berorientasikan pertanian. Kerana kita punya ruang yang cukup terhad untuk kita kutip hasil, untuk kita belanjakan pada tahun seterusnya. Negeri yang berasal dari industri pun juga biasa membentangkan bajet yang defisit. Sebagai contoh, minggu lepas Pulau Pinang membentangkan bajet mereka juga defisit walaupun berkurang daripada yang lepas, iaitu sekitar RM33.6 juta defisitnya ataupun persen yang sikit yang rendah berbanding pada tahun sebelum itu. Itu pun sebabkan mereka mengurangkan anggaran perbelanjaan sekitar RM167 juta atau sekitar 10% daripada berbanding dengan bajet 2024 mereka. Jika kita Kedah mengambil langkah yang sama mengurangkan anggaran perbelanjaan bagi tahun hadapan sekitar 10% berbanding tahun ini, maka defisit kita akan mencatat angka sekitar RM14.69 juta sahaja ataupun 1.65% sahaja. Tetapi kita tidak buat sedemikian. Kita terus merancang anggaran perbelanjaan kita seperti tahun-tahun lepas dengan menambahkan anggaran pendapatan walaupun menambah pendapatan yang bertambah 42 juta ringgit, kita tidak memotong anggaran perbelanjaan, bahkan kita menambah anggaran perbelanjaan sebanyak 7.8 juta ringgit.
Namun kita berharap pihak kerajaan perlu meneroka atau memikirkan ruang atau peluang baharu untuk menambah lagi hasil negeri pada masa hadapan. Hasrat kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Behormat Dato’ Seri Menteri Besar awal tahun ini dan diulang sebut dalam bajet semalam, iaitu untuk meningkatkan hasil melalui berbagai inisiatif bagi mencapai sasaran pendapatan sekurang-kurangnya RM1 bilion atau 'Towards 1 Billion' (T1B) bagi menjelang tahun 2028 lebih kurang 3 tahun dari sekarang perlulah diambil dan ikut dengan segera dan terancang oleh jabatan atau agensi yang berkaitan khususnya jabatan atau Pejabat Tanah Dan Galian, dan Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
Yang Behormat Tuan Speaker, saya dipahamkan kerajaan telah mula menguatkuasakan cukai petak bagi menggantikan cukai tanah ke atas hak milik strata. Hal ini tentulah akan menambah pendapatan negeri, memandangkan banyak bangunan kediaman dan komersial sekarang ini, dibina bertingkat-tingkat mencakar langit, khususnya di kawasan-kawasan bandar. Di Bandaraya Alor Setar sendiri kalau kita perhatikan sudah ada dan sedang dibina beberapa bangunan kediaman atau kondominium pangsapuri mewah atau separa mewah contohnya Aman Suri Residence,
D Aman Residence dan G Residences. Saya mohon pihak kerajaan boleh bagi sedikit perangkaan sejauh manakah atau beberapakah kutipan yang dibuat untuk tahun ini ke atas cukai petak ini. Jika dibandingkan ataupun kita nak tengok perkembangan dia. Adakah dia memberi bantuan banyak kepada pendapatan negeri ataupun bagaimana? Selain dari cukai petak ke atas hakmilik strata yang kita boleh faham sebagai cukai atas angin cukai atas angin pada bangunan dibina di atas tanah ini melebihi satu tingkat, kerajaan juga patut mula mengenakan cukai penggunaan ruang udara dan bawah tanah. Jika boleh. Seperti cukai billboard. Cukai laluan kabel TNB. Ataupun cukai laluan fiber telekomunikasi di bawah tanah. Syarikat-syarikat pembekal tenaga macam TNB dan juga telekomunikasi seperti TM yang berniaga menggunakan ruang udara atau ruang atas angin dan bawah tanah ini, syarikat yang besar yang untung bilion-bilion setiap tahun. Sudah tentulah mereka tidak ada masalah, kita rasa, untuk mengkongsi, berkongsi keuntungan mereka itu dengan kita untuk faedah negeri kita.
TNB tahun ini pun untung besar. Dan suku kedua berakhir 30 Jun 2024. Untung dia RM1.44 bilion. Banyak untungnya. Antaranya itulah, dia guna ruang udara kita tu. Berbanding dengan RM327.9 juta pada tahun lepas. Suku kedua tahun lepas. Begitu TM, Telekom Malaysia dilaporkan untung bersih untuk suku kedua tahun ini sebanyak RM821 juta. Dan sudah tentulah akan mencapai angka billion – billion penghujung tahun ini. Bermaksud kita boleh mengenakan cukai kepada mereka untuk mendapat sedikit daripada apa yang mereka untung itu untuk faedah kita bersama.
Yang Behormat Tuan Speaker, saya juga bersetuju dengan langkah kerajaan yang diambil untuk menyemak hasil atau cukai tanah bagi memastikan hasil tersebut relevan dengan nilai pasaran hartanah semasa. Kita sedia maklum bahawa nilai pasaran tanah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa di setahun ke setahun. Lebih-lebih lagi bagi kawasan bandar dan kawasan perindustrian.
Saya berharap pihak berkuasa, pihak kerajaan akan mencari formula yang terbaik formula yang terbaik bagi memastikan kenaikan kadar cukai tanah tidak membebankan golongan B40 atau orang miskin di bawah sana atau golongan-golongan seperti petani, pesawah dan penternak atau penduduk kampung yang punya tanah seluas hanya sekitar serelong dua seorang. Kadar yang munasabah perlu ditumpukan kepada tanah-tanah yang berorientasikan tempat orang kaya berniaga ataupun membina perindustrian bagi menepati kehendak atau hasrat kerajaan untuk menjadikan Negeri Kedah ini tempat orang kaya menabur bakti, dan tempat orang susah menumpang teduh.
Menabur bakti bukan saja bermaksud bersedekah, derma, bagi sumbangan atau berkebajikan, tetapi juga boleh dimaksudkan dengan membayar cukai pada kadar yang munasabah dengan kekayaan yang mereka miliki.
Yang Behormat Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan REE. Saya bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk terus meneroka potensi unsur nadir bumi atau Rare-Earth Elements (REE) ini sebagai sumber asli sebuah hasil yang berdaya maju pada masa hadapan. Walaupun diperingkat kerajaan persekutuan masih belum mempunyai tindakan ataupun perancangan yang jelas terhadap sumber baharu ini. Masa berlalu, dan negara kelihatan ketinggalan untuk mengambil peluang keemasan ini. Bagi meningkatkan hasil negara kerana permintaan terhadap unsur nadir bumi sangat tinggi di pasaran dunia. Sementara menunggu lampu hijau dari pihak kerajaan pusat, kita berharap agensi yang berkaitan aktiviti galian dan mineral perlu meningkatkan permerhatian dan kawalan terhadap kawasan REE supaya tidak berlaku penerokaan haram dan kecurian hasil REE ini dalam tempoh ini. Jika berlaku juga tangkap mereka, kompaun mereka. InsyaAllah kompaun itu masuk ke kantung kerajaan negeri.
Kita juga berharap kerajaan Negeri Kedah dan negeri-negeri lain yang mempunyai sumber unsur nadir bumi ini, REE ini, khususnya negeri-negeri di bawah SG4 dapat duduk semeja bagi merangka satu kaedah perolehan hasil yang munasabah, yang menguntungkan kerajaan negeri berkenaan. Satu bentuk perjanjian atau ketetapan yang jelas dan praktikal perlu digubal bersama dengan kerajaan pusat bagi memastikan kita memperoleh sesuatu win-win atau menang-menang dalam berkongsi pendapatan dari sumber REE ini. Satu badan yang khusus yang mengendalikan sumber REE ini perlu diwujudkan dan badan ini perlu diletakkan di bawah penyelian bersama kerajaan pusat dan negeri agar suasana win-win atau menang – menang seperti yang dihasratkan menjadi kenyataan. Kita tak mahu perjanjian yang kelihatan berat sebelah atau penubuhan badan yang dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan persekutuan seperti Petronas dalam mengurus sumber minyak negara dipraktikal bagi sumber REE ini. Badan yang mengurus REE ini boh la nama apa pun, REE Nas ka, harus bebas daripada percaturan politik sempit dan kejam seperti yang berlaku dalam pemberian royalti minyak kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu pada masa ini. Kadar 15% royalti REE seperti yang pernah dicadangkan oleh Yang Amat Behormat Menteri Besar pada saya kadar yang munasabah. Tidak seperti 5% royalti minyak itu. Itu pun tidak dibayar sepenuhnya oleh kerajaan. Kita tidak mahu “Pepatah Ayam Dikepuk Mati Kelaparan, Itik Di Air Mati Kehausan” terjadi dalam hal ini. Atau berlaku seperti “Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Merana Kebuluran”.
Yang Behormat Tuan Speaker. Saya ingin beralih kepada The Greater Kedah. Tadi ya, banyak dah Yang Berhormat Jitra sentuh tentang The Greater Kedah, untuk soalan daripada YB. Kota Darul Aman. Tapi saya akan menyentuh aspek yang agak berlainan yang juga InsyaAllah akan menyambut hasrat kita untuk meletakkan Kedah setanding dengan negeri-negeri lain melalui peranan atau pun pelan The Greater Kedah.
The Greater Kedah sudah menjadi sebutan sebahagian besar rakyat dalam negeri dan negara ini. Dari istana hinggalah ke hujung desa di pendalaman. Sama ada sebutan itu dengan nada positif atau negatif atau sindiran atau apa saja itu bab lain.
Bergantung pada siapa yang menyebut. Kita tak boleh untuk halang mereka. Saya masih ingat lagi kali pertama Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut lontarkan idea The Greater Kedah ini kepada umum iaitu dalam majlis iftar Anak Kedah di perantauan majlis buka puasa, Break-fast anak Kedah di Perantauan di IDCC, Ideal Convention Center, Shah Alam pada bulan April 2023. Yang Amat Behormat Dato Seri yang berpakaian jubah putih ketika itu naik ke podium berucap tanpa teks, penuh semangat meraikan ribuan anak-anak Kedah di perantauan yang penuh sesak dalam dewan, luar dewan, melontarkan hasrat beliau untuk melihat Kedah menjadi great, menjadi hebat, kuat, agung, khususnya dalam bidang ekonomi dan banggunan dengan mengambil contoh The Greater Penang dan The Greater Kelang Valley, Lembah Kelang.
Kemudian, idea itu berkembang laju dengan menyandar kepada Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang telah dilancar dan digerakkan sejak September 2020 lagi. The Greater Kedah yang bersandarkan kepada Pelan Kedah 2035 itu, menjadi salah satu daripada bahan kempen dalam PRN ke-15 yang menahtijahkan kemenangan besar kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya tersebut. Selepas mendapat kemenangan besar itu, Yang Amat Behormat Menteri Besar memperlihatkan keseriusan yang lebih lagi. Dalam hal ini, dengan membentuk jawatankuasa perlaksanaan The Greater Kedah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dr. Haim Abdullah, Jitra. Alhamdulillah pada hujung tahun ini ataupun pada bulan Oktober yang lepas 27 hari bulan, MB telah melancarkan blueprint ataupun kerangka kerja The Greater Kedah di Seri Mentaloon dalam majlis yang penuh bermakna dan bersejarah. Tadi, Dr Haim angkat buku, saya pun nak angkat buku lah. Buku ini, yang tebal ni. Ada kurang lebih 157 muka surat.
YB Jitra, izinkan saya untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang dokumen The Greater Kedah ini cuma sampai ini ada kot usaha untuk terjemahkan dia dalam bahasa Melayu saya baca ni, ialah tadi lepasan sekolah menengah Melayu. BI dapat tujuh peringkat SPM, baca boleh faham InsyaAllah. InsyaAllah boleh faham. Pasal macam bahasa MB juga lah. Mudah! Tapi kalau boleh sebut, ialah diterbitkan dalam bahasa Melayu, mungkin banyak pihak lagi dapat dia di manfaatkan benda inilah, InsyaAllah.
Dokumen blueprint atau kerangka kerja The Greater Kedah ini, mengabungkan pelbagai perancangan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang telah dan sedang dirangka di semua jabatan dan agensi, yang berkaitan dalam satu kerangka kerja yang besar yang disasarkan pencapaiannya pada tahun 2050 iaitu sekitar 25 tahun dari sekarang. Saya kelmarin sambut birthday yang ke-61. Kelmarin lah, 24 November. Bercampur lagi 25 tahun ke depan ni umur ketika itu insyaAllah akan capai 86 tahun. InsyaAllah ada kot, dan dapat untuk sama-sama saksikan kejayaan kita mengangkat Kedah sebagai The Greater pada tahun 2050 InsyaAllah.
Dokumen ini masih berisikan Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni dalam Bahasa Melayu lah. Serta punya enam teras utama yang juga sama seperti teras dalam Pelan Kedah 2035. Iaitu Kemakmuran Ekonomi, Kecemerlangan Infra Dan Utiliti, Keterangkuman Sosial Dan Budaya, Keseimbangan Modal Insan Dan Bakat, Kompetensi, Tadbir Urus Serta Kemampanan Alam Sekitar. 158 bilangan keseluruhan muka surat ini dipecahkan kepada 6 bab, setiap bab mempunyai cakupan bab masing-masing yang berkisar kepada strategi, fokus dan inisiatif bagi menjayakan pelan yang telah dirancang.
Yang Behormat Tuan Speaker, apapun dokumen ini adalah hanya untuk runjukkan dan panduan kepada kita sahaja. Sama seperti kertas kerja. Jika dokumen atau kertas kerja tidak dimanfaatkan sepenuhnya atau sebaik mungkin, bahan ini hanya akan indah pada pandangan mata. Hanya kertas yang berkerja, kerja tidak berjalan. Dari semua peringkat kepimpinan dan kakitangan, jabatan dan agensi, khususnya kepimpinan dan kakitangan jabatan yang pelaksana perlu mengambil peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab bagi menjayakan aspirasi yang besar ini. Saya yakin semua kita berpimpinan ataupun kakitangan di semua jabatan dan agensi telah dan akan bersedia menyahut cabaran besar ini dengan penuh semangat.
Yang Behormat Tuan Speaker, saya suka mengambil satu contoh. Contoh ini saya sebut dalam ucapan saya masa membahas di Titah Tuanku pada awal tahun lalu. Contoh yang dibuat di peringkat Daerah Kubang Pasu. Saya angkat sikitlah orang Kubang Pasu ini. Daerah Kubang Pasu telah menghasilkan pelan Pembanggunan Daerah Kubang Pasu 2035 yang bertitik tolak dari Pelan Pembanggunan Kedah 2035. Mesyuarat penubuhan sekretariat, bengkel dan seumpamanya digerakkan sejak awal tahun 2023 lagi telah menghasilkan sebuah pelan yang dilancarkan pada 13 Februari 2024 yang lalu. Disebut sebagai Pelan Pembangunan Kubang Pasu 2035. Yang ni. Dia nipis sikit lah bandingan ni. Tapi dia padat dia ambil apa nama roh daripada Pelan Pembangunan kedah 2035. Tadi, kecil ini besar sikit ini lagi besar. Nampak dia ada penambah yang baik lah. Cantik buku ni dan padat dengan apa nama perancangan tahniah kepada yang berusaha lah Tuan Haji Mahazi Ibrahim, Pegawai Daerah kami yang bertungkus lumus untuk menjayakan hasrat ini. Bukan terhenti buku ini saja, bukan di sini saja. Dalam mesyuarat, jawatankuasa pembangunan dan tindakan daerah, pegawai daerah, telah minta semua penghulu, semua penghulu dalam daerah Kubang Pasu untuk merancang dan menghasilkan pelan tindakan mukim 2035, masing-masing berpandukan Pelan Pembangunan Kubang Pasu 2035 yang realistik dengan mukim masing-masing. Alhamdulillah, hal itu sedang dilakukan oleh penghulu. InsyaAllah mereka akan mungkin sepanjang melancarkan Pelan Pembangunan peringkat mukim masing-masing. Dan bukan itu saja, baru-baru ini sempena dengan Pertandingan Kampung Sejahtera yang dianjurkan oleh Yang Berhormat Dato' Merbau Pulas. Yang Berusaha, Pegawai Daerah telah minta kampung yang akan mewakili Kubang Pasu ke peringkat negeri menghasilkan juga Pelan Pembangunan Kampung 2035. Dan kampung yang akan mewakili daerah Kubang Pasu telah pun melaksanakannya. Pelan Pembangunan Kampung Matang Kenanga 2035, The Greater Matang Kenanga.
Alhamdulillah. Ada buku juga. Pun tebal juga! Cuma buku dia ni di sekali dengan profil Kampung Matang Kenanga. Di belakang ada, ada beberapa muka surat yang jelas, menyatakan Pelan Pembangunan Kampung 2035, The Greater Matang Kenanga, yang juga mencukupi 6 teras yang ada dalam Pembangunan Kedah 2035 dan juga Pembangunan Kubang Pasu 2035.
Yang Behormat Tuan Speaker, saya sebutkan sini bukan tujuan nak angkat Pegawai Daerah saya lah, bukan nak angkat sangat-sangat. Nak habaq kata gerak kerja tu perlu bersepadu. Daripada atas turun ke bawah. Sampai ke akar umbi. Sampai kampung. Kita boleh buat kalau kita nak buat. Untuk kita menjayakan The Greater Kedah yang kita telah lancarkan dan kita berusaha untuk menjayakannya InsyaAllah. Bagaimana?
YB. Ayer Hitam. Saja nak tanya banyak lagi ka?
Sikit-sikit lagi. Sikit lagi!
Masa dah lagi cuma tolong laju sikit ja.
Bagi laju? InsyaAllah. Saya cakap memang laju. Cuma kadang-kadang tak tangkap apa yang dapat saya ucapkan. Jadi, kepimpinan dan kakitangan boleh memainkan peranan dalam menjayakan sesuatu visi dan misi. Saya yakin daerah jabatan dan agensi lain pun buat, sedang buat. InsyaAllah. Mengambil langkah dan cakap yang sama insyaAllah. Mari sama-sama kita berazam dan berusaha agar wawasan The Greater Kedah ini akan mencapai matlamatnya menjelang tahun 2050. InsyaAllah. Terlanjur menyentuh tentang Pelan Pembangunan Kubang Pasu 2035, saya ingin menarik perhatian pihak-pihak yang berkaitan akan satu proposal yang telah Pejabat Daerah Kubang Pasu ajukan kepada pihak NCIA berkenaan dengan Projek Pelancongan Rekreasi Jeruju yang seluas 8 ekar di Kampung Jeruju, Mukim Jerlun dan Dun Ayer Hitam.
Kami berharap sangat projek ini akan diluluskan dan dilaksanakan mengikut unjuran kami untuk disiapkan pada tahun 2028. InsyaAllah. Projek ini jika berjaya akan menjadi satu Ikon Pelancongan yang baharu di sebelah utara Kedah. Status semasa tempat ini adalah tapak campsite bagi perkhemahan biasa dan perkhemahan motorhomes. Yang mendapat sambutan yang cukup baik daripada peminat-peminat perkemahan ini.
Bahkan menarik perhatian daripada peserta daripada luar negara pun Australia, Amerika pernah biasa datang berkemah di situ untuk menikmati keindahan sunset yang cukup indah. Saya rasa di utara Kedah ini Jeruju lah tempat yang paling cantik untuk kita menikmati anugerah Allah Ta'ala melalui sunset. InsyaAllah. Pengunaan 8 ekar ini InsyaAllah jika menjadi kenyataan akan berikan ruang-peluang kegiatan sosial ekonomi kepada penduduk setempat. InsyaAllah.
Yang Behormat Dato; Seri Setiausaha Kerajaan Negeri. Secara peribadinya saya nak sebutlah kekalkan lah DO kami ini di Kubang Pasu ini sehingga beliau pencen lah. 4 5 tahun lagi. InsyaAllah. Dengan syarat, berilah gred yang sepatutnya kepada beliaulah. Tak boleh bagi JUSA B pun beri lah Gred Utama C sekurang – kurangnya untuk 5 tahun lagi dan kami untuk menjayakan hasratnya cukup banyak di Kubang Pasu. InsyaAllah.
Yang Behormat Tuan Speaker, demikianlah perbahasan saya atas dua tajuk. Berkaitan dengan apa nama Bajet 2025 ini, Hasil Negeri dan juga The Greater Kedah. Kelmarin kami dah bahagikan sesama kami ini. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ini. Backbenchers ini portfolio-portfolio yang mereka perlu bahaskan. Kita mengambil apa nama teguran ataupun peringatan daripada Yang Behormat Tuan Speaker agar semua aspek portfolio sentuh dan tidak bertindih. Jadi, kita bedak siap-siap dah sorang 2, sorang 3 lagutu, dan saya dah selesai saya punya bahagian saya cuma saya nak sambung sikit dengan apa nama hal kaitan dengan kawasan lah. Itu pun ada jawapannya yang telah sediakan oleh pihak MADA. Lewat ataupun menerusi saya punya soalan pertanyaan mulut, sorry pertanyaan bertulis.
Yang kemukakan soalan nombor 3 saya tu, muka surat 3 jika tuan – tuan ada buku ni. Buku apa nama, jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan bertulis. Saya tanya satu soalan kepada kerajaan. Saya baca sikit lah. Dalam bajet 2024, tadi pun disentuh oleh apa nama Yang Berhormat Suka Menanti. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sejumlah RM3 bilion. RM3 bilion untuk pengguna kawasan MADA termasuk pembinaan parit gila. Saya sebut parit gila, dia tersier, parit gila, bagi menambah baik sistem pengairan yang sedia ada. Pohon nyatakan kawasan dan nilai projek parit gila yang telah dijalankan di bawah peruntukan tersebut. Disebut RM3 bilion bajet 2024. Yang Berhormat Menteri pun sambut seronok, kita ada RM3 bilion untuk buat projek di kawasan MADA. Kita pun seronok, kami pun seronok sebab ada kawasan-kawasan yang dah lama pun diambil apa nama dibuat pengambilan tanah. Tapi belum lagi dibina sejak sebelum pilihan raya yang ke-14 lagi dah diambil. Sebahagiannya lah. Tapi tak dibuat lagi, parit gila ini ataupun tersier. Jawapan, jawapan disediakan oleh pihak MADA. Terima kasih MADA menyediakan jawapan ini. Ia sungguh jujur.
Pengumuman peruntukan YAB. Perdana Menteri dalam belanja 2024 berkenaan peruntukan RM3 billion kepada MADA adalah merujuk kepada bajet pembangunan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi 5 musim dalam tempoh 2 tahun di kawasan MADA. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
pengeluaran padi seterusnya tahap sara diri SSL Paras Negara. Skop yang terlibat bawah inisiatif ini ialah meliputi satu pembangunan dan penyelenggaraan 100 blok sistem pengairan tersier di kawasan seluas 43,664 hektar. 100 blok.
Yang kedua, penggunaan projek pemulihan menyeluruh Empangan Pedu. Yang disentuh juga oleh YB. Suka Menanti dan yang ketiga, bangunan dan penyelenggaraan skim pemindahan sumber air Jeniang Fasa Dua. Jeniang Transfer! Jawapan lagi, proses penyediaan dokumen yang melibatkan kaedah pemulihan secara kerjasama antara awam swasta dan dokumen penyelenggaraan telah dilaksanakan bermula Disember 2023. Bagus, Alhamdulillah. Melibatkan pelbagai pihak seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, MADA, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri. UKAS dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tang ni yang saya rasa sedih sikit ni. Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS) pada 4 November 2024, baru 2 minggu lepas yang lalu telah mengesahkan pengurangan skop projek ini kepada bangunan dan penyelenggaraan 15 blok sistem prioritiseer. Tadi seratus blok, ini 15 blok. Dan penggunaan projek pemulihan menyeluruh Empangan Pedu sahaja. Baki 85 blok penyelenggaraan dan projek peembangunan dan penyelenggaraan sistem skim pengambilan air Jeniang Fasa 2 akan dilaksanakan dalam Fasa 2. Bagi mengelakkan beban kewangan yang besar ditanggung oleh pihak kerajaan.
Itulah alasan itu. Dan sikit lagi YAB. Perdana Menteri seterusnya telah mengumumkan peruntukan terkini bagi Fasa 1 projek ini kepada RM1 bilion sahaja dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada 18 Oktober yang lalu. Tahun lepas RM3 bilion umum tak buat lagi, dia umum RM1 bilion ni nak buat tahun depan. Bermaksud RM3 bilion tu tak dak. Tak dak lah. Tak dak. Tak berlaku. Status semasa perlaksanaan projek ini adalah peringkat untuk pembentangan terma utama perjanjian konsesi di mesyuarat Jemaah Menteri dijangka pada akhir November ini, mudah-mudahan berjaya. Sebelum sesi menandatangani perjanjian konsesi tersebut pada November 2024. Sejumlah 9 blok pengairan di Negeri Kedah dan 6 blok pengairan di Perlis akan terlibat InsyaAllah. Cuma itulah saya nak zahirkan rasa sedih kita sebab diumum RM3 bilion untuk tahun ini berdasarkan bajet 2024 tidak dilaksanakan atas alasan beban kawangan kerajaan persekutuan dan tahun ini dipotong tinggal RM1 bilion. Dan 100 blok tinggal 15.
Jadi, ini adalah tahap kesungguhan Kerajaan Persekutuan. Untuk menjamin kecukupan bekalan beras dalam negara. Maka kita tak hairanlah mengapa beras tempatan, tiada dalam pasaran. Saya tak mahu ulas tentang beras tempatan ini InsyaAllah. YB – YB lain akan ulas tentang ini. Cuma saya nak harap kepada Yang Berhormat Suka Menanti. Wakil daripada Kedah ini, kalau jumpa Menteri atau sebagainya di peringkat Putrajaya itu, cubalah ajak bincang tengok, kecek ka atau buatlah apa saja yang patut agar berjaya, khususnya PMX dan juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan boleh buat syarat undang-undang kot. Beras dari Kedah ini, yang berjumlah 43% daripada keseluruhan pengeluaran beras negara ni, dijual dengan harga beras tempatan di Kedah sahaja. Dilarang bawa keluar dari negeri ini, kecuali apabila berlaku kurang permintaan ataupun lebihan penawaran. Buatlah satu eksperimen atau percubaan
untuk Beras Kedah ini, untuk orang kedah harga tempatan. Sekarang kita pi di kedai tak ada langsung beras tempatan, tak ada tak ada beras tempatan di kedai – kedai, pasar raya pun tak ada, kedai runcit pun tak ada, sebijik pun tak ada. Semuanya beras import. Dia cop Jasmin, cop Hayati semua….(YB. Pedu minta laluan)
YB. Ayer Hitam. YB. Pedu minta laluan boleh ka?
YB. Pedu boleh, boleh.
Terima kasih YB. Tuan Timbalan Speaker. Tadi YB. Ayer Hitam sebut tadi beras tempatan tak bagi keluar daripada Negeri Kedah. Tapi nak, Pedu nak tau juga, bila kementerian baru – baru ni dia sebut, beras tempatan berlambak, apa pilih cari beras mahal. Dimanakah beras yang kata berlambak, beras murah tu, duduk di kedai mana dan di mana? Jadi, Pedu nak pergi beli di situ lah.
Bukan nak kata YB. Pedu. Saya pun heran juga lah. Saya pun rata cari juga sebab nak bagi bantuan pada rakyat ni, kadang-kadang kita berkira juga lah kan nak beli sekupang dua tu, nak kira juga. Pergi berbelanja yang berhemah agar yang murah kita ambil nak bagi. Kualiti sama. Kualiti sama harga yang murah kita cari untuk bagi kepada rakyat. Tidak ada. Pi di pasaraya tak ada, di kedai runcit tak ada. Memang tak dak YB. Pedu. Ayer Hitam tak ada. Kot ada, belah lain tak tahulah. Cuma jawapan menteri dalam parlimen baru-baru ni, dia kata kalau kerajaan nak kuatkuasa ada. Kalau buat projek, buat program MADANI, ziarah, maksud dia ada beras harga tempatan tu ada. Tapi di pasaran tak ada. Heran. Sungguh hairan. Cukup-cukup hairan. Kita cuma import 30% kurang lebih beras dari luar. Tempatan 30% tapi tak ada di pasaran. Satu silap mata yang cukup berkesan lah. Yang berjaya diadakan oleh pihak apa namanya kerajaan. Dalam isu beras tempatan ni. So kalau boleh Yang Berhormat Suka Menanti no sembang-sembang tengok. Try tengok lah. Kau tak boleh suruh Kedah pun sekurang – kurangnya Ayer Hitam. Try Ayer Hitam dulu. Ayer Hitam, Ayer Hitam ada dua Kilang Padi yang besar. Besar sungguh. Tuan – tuan pi, Telaga Batu, Supreme Rice Mill. Besar..! YB apa nama Sungai Limau, Besar..! Kalah Sungai Limau. Besar sungguh tu! Ataupun pi dekat rumah saya tu, Jalan Kodiang. Jasmine Rice Mill. Besar..! Lama dah! Depa ni keluarkan beras. Masuk ke kilang beras padi. Keluar jadi beras import. Cukup pelik. Cukup pelik ni! Saya cadangkan lah. Yang Berhormat Suka Menanti noh.
Cadang kat PMX atau Perdana Menteri lah. Ambil contoh, simple lah eksperimen ini buat di Ayer Hitam. Orang Ayer Hitam ini akan beli beras harga tempatan. Sebab memang duduk di Ayer Hitam ini duduk dalam kawasan beras. Beranak dalam kawasan beras. Makan, patutnya beras makan beras di kawasan dia tu. Terpaksa beli beras import. Kononnya import. Yang asalnya beras dalam Ayer Hitam tu sendiri.
YB. Air hitam boleh gulung?
Ha boleh gulung. Okeylah.
Sebelum gulung tu saya nak tanya satu. Tadi YB. Ayer Hitam dah sebut parit gila. Ada tak nama lain daripada gila tu? Sebab saya confused takut menteri bila dia dengar gila dia potong peruntukan.
Parit gila tu nama kampung bagi tersier, tersier, terusan. Tersier tu. Dia terusan kemudian mai cabang tu, hat tu jadi parit gila. Hat Besar. Mai Pida cabang tu jadi tersier lah, parit gila!
Kita jangan gunalah hat gila tu.
InsyaAllah. Kita tak ulang dah lepas ni. Yang Berhormat Suka Menanti pun tak mahu juga tu. Pulun lah minta bagi dia ni lah, bayar pampasan macam kita minta tu lah. RM200 juta setahun, ataupun sekurangnya RM100 juta setahun, kan, bayar tu.
Tak pa lah harga mahal-mahal lah sama kita makan beras mahal sama dengan Melaka, sama dengan Johor, sama dengan Pulau Pinang, sama tak pa lah tu tapi kita minta pampasan untuk tanah yang kita korbankan 100 ribu hektar lebih setahun luasnya untuk kita support makanan kepada rakyat Malaysia ni.
Pertama juga kita cadang kot kepada MB ataupun Yang Berhormat EXCO Jitra ini, kita potong 20,000 hektar daripada 100,000 tu, tinggal 80,000 saja. Kita bangunkan sebagai kawasan perindustrian. InsyaAllah hasilnya lebih besar daripada 80,000 kawasan apa nama padi. InsyaAllah.
Kita dah ada langkah ke arah tu. Kita dah ada blueprint The Greater Kedah ini kita buat. Kalau boleh, kalau depa tak mahu bagi kita buat tu, depa kata ketegaq tu, kita buat cara kita InsyaAllah. Potong 20,000 hektar, kita bangunkan sebagai kawasan perindustrian, untuk kita jana pendapatan hasil yang baru. InsyaAllah. Saya pun sampai dah penghujung, banyak lagi nak bercakap, tapi masa dah sampai, kita perlu menghormati masa. Bagi peluang kat orang lain untuk mengambil bahagian juga. Tak apa lah.
So dengan ini saya menyokong penuh pembentangan bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Behormat Menteri Besar semalam dan InsyaAllah doakan mudah – mudahan bajet kita kali ini tepat di realisasikan tindakannya di peringkat bawah pada hadapan untuk kesejahteraan rakyat kita bersama InsyaAllah.
Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada YB. Ayer Hitam. Jadi, sebelum saya nak menjemput pembahas selanjutnya, suka saya nak mengingatkan bahawa untuk pembahas selanjutnya kita memberi masa selama 20 minit. Jadi, gunakanlah masa yang diberi itu dengan sebaik mungkin. Dijemput Yang Berhormat Lunas.
Bimillahirahmanirahim. Alhamdulillah Submahamdulillah Wamataufiqi Waqtusoumi’ila Billah Alaihi’ Tawakaltu Wailaihimunir.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Yang saya nampak semakin putih lah selepas balik daripada luar negara ini. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri, Barisan Ahli – ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli – ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan rakyat Negeri Kedah yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah. Terutama sekali marilah kita sama – sama panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan rahmatnya memberikan kita ruang dan kesempatan untuk bersama dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah kali ke 15.
Alhamdulillah semalam kita mendengar perbahasan, pembentangan perbahasan bajet 2025 Negeri Kedah Darul Aman oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor yang telah menggariskan empat elemen ataupun strategi penting yang diberikan singkatan ERAT. Kalau kita lihat, ianya dirangka berpaksikan kepada Plan Pembangunan Kedah 2035 dengan fokus utama memenuhi aspirasi gagasan The Greater Kedah. Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Ada beberapa projek ikonik yang ditinggalkan kerajaan terdahulu iaitu Kerajaan Pakatan Harapan 2019 di negeri ini. Ada beberapa projek dan di antara projek yang meniti di bibir rakyat Kedah adalah Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ataupun KXP, Projek Bandar Getah Kedah (KRC) serta beberapa projek yang lain.
Projek-projek ini apabila siap mampu untuk menjana pertumbuhan ekonomi Kedah serta menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat Kedah. Limpahan ekonomi juga akan melebar ke kawasan yang radiusnya lebih daripada 50 km. Khususnya merancakkan lagi pembangunan negeri serta memberikan impak yang positif kepada keseluruhan di Wilayah Utara. Profesor Madya Dr. Yusof Sa'ari pada tahun 2020 yang mana beliau juga merupakan Ketua Ekonomi Pusat Pertubuhan Keselamatan Sosial ataupun PERKESO ada menyatakan pelaburan pembinaan lapangan terbang dan juga hub industri keseluruhannya akan membantu menjana ekonomi. Pelaburan bersifat jangka panjang yang mana manfaat ekonomi akan dirasa untuk satu tempoh antara 10 ke 15 tahun akan datang.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pentadbiran Yang Amat Berhormat Jeneri berjiwa besar. Tetap meneruskan perancangan kerajaan terdahulu walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Tidak ada pun projek-projek yang dirancang sebelum ini yang kita batalkan ataupun kita scrap kerana kita tidak mahu jadi seperti kerajaan yang terdahulu apabila bertukar tampuk pemerintahan mereka mengambil pendekatan politik yang populis dengan membatalkan projek-projek dahulu walaupun sudah jutaan ringgit dibuang untuk program-program pelancaran. Politik matang yang diamalkan oleh pentadbiran Yang Amat Berhormat Jeneri dengan meletakkan kepentingan rakyat, khususnya rakyat Negeri Kedah ini jauh melangkaui kepentingan politik dan sewajarnya ianya diberikan pujian. Pelbagai karenah birokrasi terpaksa dilalui oleh Kerajaan Negeri Kedah. Dalam merealisasikan hasrat untuk membina KXP. Walau banyak, walau pelbagai dugaan dan cabaran. Kita Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah luntur walau sikit pun semangat kita untuk memastikan segala projek yang dirancang terutama sekali projek KXP ini berjaya direalisasikan.
Saya percaya InsyaAllah berkat kesungguhan kita, barisan pentadbiran yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Jeneri, suatu masa nanti, mungkin dalam tempoh 5 ke 10 tahun lagi, hasrat rakyat Negeri Kedah untuk melihat Kulim International Airport ini InsyaAllah akan berjaya dilaksanakan. Baru-baru ini, rakyat Negeri Kedah dikejutkan dengan suatu program yang dibuat oleh satu parti politik yang dah ditolak oleh rakyat Negeri Kedah.
Parti politik itu tidak memenangi satu pun kerusi parlimen dalam perihal yang lepas. Parti politik tersebut satu pun tidak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah. Namun mereka ini beria-ia mengadakan program jelajah bongkar Greater Kedah yang mana mereka turun ke seluruh pelusuk Negeri Kedah secara berjadual untuk menerangkan tentang kononnya…
Yang Behormat Speaker. Mohon pencelahan
Biar la baru dok panas sat. Sat gi saya bagi. Sat gi saya bagi.
Sat. Berkenaan apa nama…
Apa ni YB. Lunas bagi ka? Ok sila.
Nak sokong ni, nak sokong. Tak kan tak bagi. Berkenaan dengan pembangunan Rubber City kita amat – amat sokong. Adakah kegagalan Rubber City ini berpunca daripada kerajaan pusat? Terima kasih.
Terima kasih YB. Bayu.
Terima kasih Yang Behormat Bayu saya takut dia tanya pasai apa pintu sempadan tak buka? Baik, saya setuju dengan apa nama pandangan yang dikemukakan oleh Yang Behormat Bayu. Banyak sangat campur tangan ataupun karenah birorkrasi yang menyebabkan projek-projek yang dirancang oleh kerajaan Negeri Kedah walaupun kita sambung daripada yang dulu menjadi lambat dan gagal. Walaupun bagaimanapun jangan risau YB. Bayu insyaAllah saya pun semalam ada mimpi kerajaan pusat tak lama kita akan ambil alih kembali dan kita bentuk kerajaan baru, realisasikan hasrat ini insyaAllah. Baik, bercakap soal yang tiga YB. Sidam, YB. Kota Darul Aman, YB. Bakar Arang, bertenang, ada part nanti akan sampai. Baik bercakap soal jelajah yang
saya sebutkan tadi, saya mengikuti jugalah ucapan pimpinan-pimpinan mereka, mungkin ada pimpinan sahabat-sahabat kita di tiga wakil di depan pun. Kita pun dok tunggu apa benda yang dia nak ucap, dia nak cerita kepada rakyat Kedah, apa yang gagal ini. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu macam gambar P. Ramlee, yang dia ceritakan Menteri Besar Kedah kahwin dua. Ni apa punya politik sempit ini? Ni dah 2025.
Yang dua tu gagal ka berjaya?
Alhamdulillah berjaya dua. Seronok sangat nak cerita pasal hal peribadi orang. Lain lah kalau kita, dia cerita dalam jelajah dia, kena tangkap basah ka, ada perempuan simpanan ka. Itu betul lah yang rakyat Kedah nak dengar. Ini dia cerita punya gah program tu. Point utama cerita pasal Menteri Besar kahwin dua. Saya rasa dalam dewan ni pun ada yang kahwin lebih daripada satu betul tak? Yang tepuk meja mungkin ya. Tapi saya tak tahu Yang Berhormat Bukit Kayu Hitam. Apa tak ada masalah nak kawin dua buat cara yang betul. Tapi itu yang dijadikan politik untuk memburuk – burukan kepimpinan. Lain lah kalau dibongkarkan dalam ceramah tersebut, jelajah tersebut, penyelewengan kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri. Saya kata kalau ada saya orang pertama menentang. Tapi tak ada! 5 tahun kepimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri Alhamdulillah rakyat Kedah menikmati segala macam bantuan-bantuan.
Walaupun kita bukanlah negeri yang kaya seperti Selangor dan Johor. Dapat juga bonus RM2,000. Alhamdulillah. Terima kasih. Soal itu kalau bercakap soal kahwin dua ini, Yang Berhormat Speaker, kita semua ada hajat. Semua orang lelaki yang normal ni, dia ada cita-cita. Tapi saya, saya mengambil nasihat daripada tuan guru saya, Pantai Merdeka. Pantai Merdeka beritahu kepada saya, YB. Lunas dia kata, kalau kita tak boleh makan pahala yang besar, kita makan pahala niat. Jadi, saya kata, lagu mana? Pagi-pagi bangun sampai sebelum tidur niat sahaja dia kata. Ha yang tu dia beritahu saya lah. Alhamdulillah terima kasih tuan guru pahala ini mengalir kepada semua.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli – Ahli Yang Berhormat sekalian. Baik, sepatutnya program-program begitu ceritalah apa agenda, apa perancangan ataupun idea yang bernas, yang boleh dibentangkan untuk membantu kerajaan Negeri Kedah ini. Tak kira walaupun kita berbeza politik, berbeza anutan dan fahaman politik. Tapi dalam soal nak membantu mengangkat kembali ekonomi rakyat, khususnya rakyat Negeri Kedah, kita kena berganding bahu, memberikan cadangan-cadangan yang terbaik. Itu baru dikatakan kita pembangkang yang baik bukan menggunakan platform politik program-
program jelajah tertentu memburuk-burukkan, memfitnah supaya kononnya dengan cara tersebut rakyat Negeri Kedah akan menyokong mereka.
Kalau rakyat Negeri Kedah menyokong mereka, masakan pilihan raya umum mereka tak menang satu kerusi parlimen. Masakan pilihan raya peringkat negeri DUN, satu kerusi pun tak menang. Jadi, ubahlah pendekatan politik tersebut supaya rakyat Negeri Kedah nampak kewujudan parti tersebut boleh membantu mengangkat martabat rakyat Kedah semula.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dalam mengambil kira tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan, ada satu elemen yang perlu diberikan perhatian khusus iaitu melibatkan isu menangani aduan rakyat. Kita semua amat memahami akan lambakkan aduan rakyat ini di setiap daerah dalam Negeri Kedah. Aduan – aduan tersebut melibatkan pelbagai agensi kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan. Kebanyakan aduan yang diterima melibatkan kerosakan infra terutama semasa negeri ditimpa musibah banjir baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, aduan ini tetap perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Aduan-aduan yang melibatkan kerosakan jalan perlu diberikan perhatian. Kerana ia melibatkan soal nyawa. Ya, saya faham ada pembaikan yang memang memerlukan kos yang tinggi. Sebagai contoh kerosakan jalan. Namun tindakan awal perlu kita buat. Mungkin kita tak boleh untuk turap lagi sehingga kita mohon peruntukan daripada kerajaan negeri ataupun persekutuan. Namun, tindakan awal seperti menampal jalan yang rosak ataupun berlubang itu perlu kita laksanakan. Kerana ia melibatkan soal nyawa rakyat.
Saya nak tunjuk satu kes di tempat saya. Ini berlaku kemalangan. Jatuh lubang. Ini bapa dan anak ini gambar. Cuba tengok. Anak dan bapa yang tidak berdosa ini jatuh lubang. Koyak di bahagian muka dan ayahnya cedera. Koyak di bahagian kaki. Kalau kita prihatin dan ambil berat tentang aduan ini, saya rasa tindakan sudah kita ambil. Saya tidak berhajat ataupun berniat untuk menyalahkan mana-mana agensi. Tapi ini tanggungjawab kita bersama untuk memastikan setiap aduan ditangani dengan baik. Kita ada tiga orang wakil rakyat daripada Bakar Arang, Kota Darul Aman dan Sidam. Kita ada suara mereka untuk diangkat kepada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Kita harap peruntukan diberikan lebih kepada PBT-PBT ataupun agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk mereka menyelesaikan masalah yang berlaku, aduan yang berlaku. Ini kewangan tak cukup tapi ceramah dalam parlimen berdegar-degar, macam nak runtuh parlimen, hari ini menang esok turun, apa pun tak jadi. Jadi, minta tiga orang yang berhormat ini untuk utarakan cadangan saya itu. Cuma bagi peruntukan saja?
Baik. Saya pernah masuk dalam sistem aduan sebuah agensi. Sistem dia nampak menarik, nampak kemas. Tapi tak guna kalau ada sistem yang menarik dan kemas. Tapi tak mampu untuk memberikan respon terhadap aduan yang disampaikan rakyat. Ada update setelah aduan dibuat tapi yang ditulis dalam tindakan. Sampai setahun dalam tindakan. Tindakan apa ni? Tindakan untuk tulis di situ dalam tindakan. Rakyat sampaikan aduan kepada saya sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.
Jadi, saya minta kalau tidak ada tindakan kita perlu nyatakan dan hubungi mereka yang membuat aduan maklumkan apa masalah yang kita hadapi. Baru rakyat tak tertunggu-tunggu dan rakyat tidak menyimpan rasa marah dan dendam kepada kita. Kerana kegagalan kita menyelesaikan aduan mereka. Ada aduan yang perlu kita berikan perhatian secepat mungkin. Ada aduan yang perlu kita lewatkan, lengahkan kerana itu memerlukan peruntukan. Dan kita tahu kosnya agak tinggi. Tapi yang saya sebutkan tadi. Saya bangkitkan soal jalan infra saja. Yang ini kita nak kena selesai dulu.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga ingin memohon pihak JKR, JKR Negeri Kedah dan Daerah Kulim untuk meneliti semula spec jalan dalam Daerah Kulim terutamanya di kawasan yang melibatkan perbangunan Kulim Hi- Tech Park. Laluan keluar masuk ke kawasan industri dilalui kenderaan berat sedangkan spec jalan masih yang lama. Maknanya walaupun kita turap biasa dia akan kerosakan itu akan berlaku berulang-ulang. Kenderaan berat juga melalui jalan-jalan dalam kawasan taman. Ini menyebabkan tambahan daripada kerosakan sedia ada. Pihak PBT kalau di kawasan saya, Majlis Perbandaran Kulim, mereka sendiri pun tak mampu untuk selesai masalah ini kerana jalan rosak dalam kawasan taman disebabkan kenderaan berat, jentera-jentera berat, trailer-trailer berat yang lalu di kawasan tersebut.
Nak harapkan penguatkuasaan daripada agensi sebagai contoh JPJ ataupun polis mereka pun terhad. Sebab itu jalan ke kawasan industri ini specnya perlu diteliti semula. JKR ada kepakaran jurutera-jurutera yang terlatih, yang bertauliah, yang boleh menilai semula masalah tersebut. Memandangkan kawasan Kulim Hi-Tech ini menjadi salah satu kawasan tumpuan pelabur, dari dalam dan luar negeri. Maka seharusnya yang saya katakan tadi, penilaian dibuat semula untuk mempertingkat dan menjamin kualiti jalan yang lebih baik. Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian….(YB. Speaker mencelah)
Dah mula gulung dah tu.
Sikit lagi Yang Behormat. Bercakap soal kelestarian dan kemampanan alam sekitar. Ianya amat dekat dengan kehidupan rakyat. Kebelakangan ini, alam semakin tidak mahu berdamai dengan manusia. Banyak kerosakan yang berlaku berpunca daripada tangan manusia itu sendiri.
Seperti mana ayat Al-Quran ini.
أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم
ََظَهَر َ ٱلْفَسَاد فِى َِ ٱلْبَر َِوَٱلْبَحْر بِمَا َْكَسَبَت أَيْدِى َِٱلنَّاس لِي ذِيقَه م ََبَعْض ٱلَّذِى َ عَمِل وا َْلَعَلَّه م ََيَرْجِ ع ون
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. Surah Ar-Rum Ayat 41.
Walaupun kita mengejar pembangunan dan pelaburan, aspek yang melibatkan alam perlu diberikan perhatian kursus, projek – projek yang melibatkan pembukaan di kawasan baru perlu diteliti. Dan penilaian alam sekitar perlu dilakukan terlebih dahulu. Kawasan – kawasan berbukit dan tadahan hujan jangan diganggu gugat kerana ia menadi perlindung kepada alam. Pembinaan kawasan kediaman baru perlu diteliti terutama melibatkan sistem saliran.
Pengurusan yang tidak sistematik, akan menyumbang kepada masalah rakyat terutama yang tinggal di kawasan rendah terpaksa berhadapan dengan masalah banjir. Jajaran dan sistem tembatan banjir khususnya dalam kawasan Dun Lunas perlulah diberikan perhatian segera serta permohonan pihak JPS pada kerajaan persekutuan sewajarnya diberikan kelulusan. Tak guna kalau kita pesat membangun, tetapi bila tiba musim hujan, rakyat kita terpaksa duduk dalam air, rosak harta benda mereka, dan ada masanya kehilangan nyawa.
Yang Berhormat Speaker, last. Saya nak sentuh sikit bab YB. Sidam. Ha ni YB. Sidam ni menarik sikit. Baik. Tadi dia dalam ucapan, dia kata, nak masuk sekolah kena mohon kebenaran apa semua. Saya nk tunjuk 1 hal perkara yang terjadi di tempat saya sendiri. Pada 7 Oktober 2024, saya menerima jemputan sempena pemasyuran Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sarafudin Badlishah dan Anugerah Kecemerlangan 2024. Surat tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kulim dan disampaikan kepada kalau di ikutkan daripada surat ini, yang menerima adalah 3 Adun 2 Ahli Parlimen. Kawasan Kulim, Ahli Parlimen Padang Serai, Merbau Pulas, Kulim, dan Lunas. Kita
terima jemputan ini. Namun yang amat mendukacitakan kita, sehari sebelum program berlangsung, saya menerima panggilan telefon daripada Tuan DO Kulim yang memaklumkan jemputan kepada wakil – wakil rakyat ini terpaksa dibatalkan kerana ia bercanggah dengan protokol di peringkat persekutuan.
Saya nak nyatakan di sini, kami pun bukannya terhegeh – hegeh bak orang Kedah kata, nak mai ataupun tergedik – gedik sangat seronok nak mai jumpa Menteri Pendidikan ni. Kami pun tak teringin haih YB. Bukit Kayu Hitam. Tapi atas dasar hormat, dan sayangnya kepada Raja kami, kerana jemputan ini dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah. Kami wakil rakyat yang bernaung dibawah Tuanku. Bila Tuanku hadir, memang kami amat berbesar hati menerima jemputan. Tapi politik sempit apa yang di amalkan oleh kementerian pendidikan ini membawa politik 2 alam. Politik 2 alam ke dalam pentadbiran kementerian pendidikan dengan menghalang wakil rakyat yang bernaung dibawah Tuanku untuk hadir dalam majlis tersebut. Sedangkan, ini satu gambar saya tunjuk. Ketua cabang PKR Kulim-Bandar Baharu, namanya Awang Teh Lean Ong. Dia dengan berbangganya post di facebook “Bersama Raja Muda, Menteri Pendidikan, MB Kedah, DO dalam satu majlis pemasyuran SMK Tengku Sarafudin Balishah”
Dei! Dia ni sapa!? Sejak bila dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas wakil rakyat ada Ketua cabang PKR!? Ni YB. Sidam tengok ni! Bukti! Ini bukan tomahan. Jadi, saya nak minta Kementerian Pendidikan, saya tau ramai guru – guru yang menyokong kita. Ramai warga pendidik menyokong kita. Tapi saya nak mintak ketua – ketua sektor, ketua – ketua jabatan yang ada dalam agensi, Kementerian Pendidikan. Kalau kamu ada maruah letak jawatan masuk bertanding politik! Jangan kudakan Kementerian Pendidikan memenuhi selera politik pimpinan tertentu. Hentikan mainan politik di dalam Kementerian Pendidikan. Yang Berhormat Speaker, saya dah sampai ke penggulungan…(YB. Sidam mencelah)
Mintak celah boleh dak?
Sila.
Terima Kasih Yang Berhormat Speaker. Seperti Yang Berhormat Lunas, macam saya kata tadi, kita buat permohonan, kelulusan itu terpulang di sana. Kami pun kena ditolak juga. Jadi, kalau kita mungkin beberapa perkara tak mengikut syarat, mungkin terpaksa ditolak. Dan satu lagi, saya rasa yang dikhabarkan, ketua cabang itu, adakah
dia memakai baju parti atau sebagainya, saya tak tahulah. Tapi saya rasa dia tak pakai baju parti. Dia hadir sebagai orang biasa, itu ja lah. Terima kasih.
Terima kasih. YB. Sidam.
Yang Berhormat Sidam. Kami pun wakil rakyat mai program Tuanku tak pernah pakai baju parti. Tak pernah pakai baju parti pun! Kemudian, bercakap soal permohonan, ini bukan permohonan. Ini jemputan! Kami bukan mohon nak jumpa majlis Tuanku. Ini jemputan! Nah, suruh baca surat sat gi. Kalau tak boleh baca, jem. Baca.
Boleh gulung dah tu.
Jadi, cukup lah setakat ini, point yang saya sampaikan. Sebenarnya, banyak benda nak sampaikan. Cuma, kali ini pasal air mineral pun, depa tak sedia dalam Dewan. Dia dah sama dengan perumpamaan kita berpuasa separuh hari dah ni.
Yang Berhormat Speaker. Jadi, saya minta lah bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri ni amat baik. Ianya menuntut kerjasama, penggembelingan antara kita semua. Kepakaran yang ada, ketua-ketua agensi, ketua-ketua jabatan, wakil rakyat dan semualah kaki tangan kerajaan negeri. Kita kena usaha sungguh-sungguh untuk capai hasrat The Greater Kedah. Ini bukan untuk kita sahaja, tapi untuk generasi yang akan datang. Kedah tak lekeh daripada negeri lain. Kedah boleh duduk lebih tinggi daripada negeri contoh Selangor. Lebih tinggi daripada negeri Johor. Tapi hasil kita belum mampu diuruskan disebabkan karenah birokrasi yang banyak.
Justeru itu saya mohon bajet ini. Saya menyokong, Lunas menyokong bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri. Mudah-mudahan usaha baik ini kita mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT dan Allah memberikan kemudahan kepada pimpinan kita untuk mentadbir kerajaan.
Dan seterusnya hasilnya akan kembali kepada rakyat negeri Kedah bertepatan dengan slogan “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB Lunas. Seterusnya saya menjemput YB. Bandar Baharu. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala’ Asyrafilanbiya Iwal Mursalin Waala Alihi Waashabihi Ajmain. Rabbisyrahli Shadri Wa Yassirli Amri Wahlul Uqdatan Millisani Yafqahu Qauli.
Alhamdulillah Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri. Barisan Exco, rakan – rakan, ahli – ahli Yang Berhormat. Rakan – rakan, Ketua - Ketua Jabatan, seterusnya para pemerhati yang dihormati sekalian. Alhamdulillah saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas pada sidang pembentangan bajet pada kali ini.
Izinkan saya untuk mengucapkan tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri kerana pembentangan bajet yang sangat berwawasan dan penuh seimbang. Bajet ini saya percaya bukan sahaja akan memastikan Kedah terus maju. Tetapi juga akan menjadi manfaat pada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang. Kelmarin, Yang Amat Berhormat memetik satu ayat daripada Surah Al-Anfal, ayat 27. Ayat yang berbunyi,
يَـ ٰٓأَيُّهَا َٱلَّذِين ءَامَنُوا َل تَخُونُوا َ َّٱّلل َوَ ٱلرَّسُول وَ تَخُونُوٰٓ ا أَمَـ نَـ تِكُم وَ أَنتُم َتَع لَمُون
Seterusnya ayat 28 Allah Ta'ala berfirman,
وَ ٱع لَمُوٰٓ ا أَنَّمَآٰ أَم وَ لُكُم ٌٌۭوَ أَو لَـ دُكُم فِت نَةٌ ٌۭ وَ أَنَّ ٱّللَّ َ عِندَهُۥٰٓ أَج رٌ عَظِيم Kedua-dua ayat ini daripada surah Al-Anfal, Allah menuntut kepada kita supaya bersikap amanah, tidak mengkhianati segala apa yang Allah Ta'ala berikan kepada kita. Khususnya amanah yang telah diberikan kepada kita sebagai wakil-wakil rakyat, sebagai pentadbir dan pengurus kepada negeri ini.
Dan sesungguhnya bagaimana Allah Ta'ala berfirman,
ُوَ ع لَمُوا أَنَّمَا أَم وَ ى لُكُمُ أَوَ ى لُكُم Ketahuilah kamu sesungguhnya harta benda dan juga anak-anak kamu. Dan bagi kita selaku pentadbir, pengurus kerajaan negeri ini, negeri inilah harta kita. Dan segala rakyat itulah anak-anak kita yang di bawah tanggungjawab kita. Dan kalau sekiranya kita dapat menggunakan segala amanah ini, Allah Ta'ala menjanjikan satu ganjaran yang sangat luas, sangat besar.
Oleh sebab itulah saya mengajak tuan-tuan semua, para yang berhormat dan juga pentadbir sekalian mari kita sama-sama melaksanakan tugas dan amanah ini dengan sepenuh hati InsyaAllah. Di kesempatan ini juga saya ingin menjunjung kasih yang tidak terhingga kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Keluarga Diraja Kedah yang tidak pernah jemu-jemu berusaha untuk memastikan negeri ini terus aman, makmur dan sejahtera. Kita juga tidak boleh melupakan jasa besar pasukan kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Jeneri. Daripada para Exconya dan juga para jenteranya, begitu juga barisan yang diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan pasukannya dan serta seluruh rakyat jelata. Tahniah kepada pasukan The Greater Kedah yang telah bekerja tanpa lelah bagi memastikan Kedah terus berkembang pesat.
Tiang Seri Dipacak Menegak, Kayu Bersagi Tinggi Melurus, Memandang Menteri Kacak Dan Segak, Kerja Teliti Hatinya Lurus.
Sumber air, aset yang menjadi kunci kejayaan ekonomi Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kedah diberkati dengan sumber air yang melimpah ruah. Sebagai negeri yang memiliki empat empangan besar yang utama. Yakni Pedu, Muda, Ah Ning dan Beris. Kedah membukakan kira-kira 80% air untuk pengairan sawah padi di kawasan Lembangan Muda. Dan ianya bukan saja untuk kemunafaatan oleh rakyat Kedah. Tetapi sumber air ini juga digunakan oleh negeri-negeri jiran, yakni Perlis dan Pulau Pinang. Kita harus sedar bahawa dengan aset ini, Kedah berada kedudukan yang sangat strategik dan terus berkembang pesat, tidak sekadar hanya untuk air minuman, mandian, basuhan dan juga siraman sahaja. Namun, kita tidak boleh memandang remeh cabaran yang datang bersama dengan potensi besar ini. Lihat sahaja apa yang berlaku di negeri-negeri lain, seperti negeri-negeri maju, yang berhampiran dengan kita. Sektor industri mengalami kerugian yang amat besar akibat gangguan bekalan air, kemarau yang panjang dan pencemaran sumber air itu sendiri. Ini adalah peringatan kepada kita bersama bagaimana satu ayat yang telah dibacakan oleh YB. Lunas tadi. Ayat daripada surah Al Rum ayat 41. Kita hendaklah memastikan bahawa bekalan air kita ini berfungsi dengan lancar dan pengurusan sumber airnya terjaga. Namun, cabaran utama menguruskan bekalan yang termasuk yang kita hadapi sekarang non-revenue water, air yang tidak mendatangkan hasil yang masih berada pada kadang 40% pada tahun 2022 dan dalam hal ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada syarikat negeri iaitu SADA yang telah menjalankan tugas yang penuh dedikasi untuk mengurangkan NRW ini kepada 15% pada 2026. Terima kasih dan tahniah.
Mereka telah bekerja keras dengan segala usaha untuk memastikan bahawa ini terjadi dalam perkhidmatan mereka kepada Kerajaan Negeri Kedah. Usaha ini saya percaya akan membawa manfaat besar kepada rakyat Kedah pada masa hadapan bagaimana yang telah dipersoalkan sebentar tadi oleh Ketua Pembangkang bahawa bertanyakan
tentang loji Sungai Limau dan Loji Bukit Selambau. Loji Sungai Limau ini akan berfungsi sepenuhnya InsyaAllah pada tahun 2025. Dan loji Bukit Selambau ini akan berfungsi dengan sebaiknya InsyaAllah pada tahun 2026. Dan Alhamdulillah saya mengucapkan terima kasih Loji Lubok Buntar, Bandar Baharu InsyaAllah akan berfungsi dengan baik pada akhir tahun ini saya ucapkan syabas kepada jentera yang telah berusaha.
Di samping itu, saya melihat kerana bekalan air ini hampir pulih sepenuhnya di Negeri Kedah, pada tahun paling lewat saya yakin 2026. Saya merayu kepada kerajaan negeri khususnya untuk mempertimbangkan satu subsidi bekalan air kepada golongan marhaen, golongan B40, golongan bawahan dan juga ke rumah-rumah kebajikan, rumah-rumah ibadah dan sebagainya. Inilah sumbangan yang terpaksa kerajaan pulangkan balik kepada masyarakat, kepada rakyat.
Yang Berhormat Speaker, saya ingin mencadangkan beberapa perkara dan menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada Negeri Kedah melalui sumber airnya dan melalui Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Saya cadangkan beberapa perkara yakni dalam kita menangani kekurangan ataupun permintaan air yang tinggi daripada kawasan-kawasan industri khususnya kawasan Kulim untuk perhatian Jitra, Sidam, Pendang dan juga Bukit Kayu Hitam. Yang mana kawasan-kawasan ini memerlukan satu sumber air yang tinggi. Ada begitu juga kawasan Kulim yang tinggi, industri elektronik khususnya memerlukan air pada standard yang sangat tinggi. Air yang banyak pada standard yang sangat tinggi. Dia bukan macam standard air minuman biasa untuk memproses atau menghasilkan bahan-bahan elektronik ini. Oleh itu, saya mencadangkan melalui Lembaga Sumber Air Negeri Kedah khususnya membentuk satu entiti baru khusus untuk membekalkan air industri ini. Kerana kita boleh caj pada harga yang tinggi dan kualiti yang juga sepadan dengan kehendak dan juga keperluan industri ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kita lihat bagaimana keperluan di Kedah Aerotropolis yang bakal kita jelmakan, bagaimana kita laksanakan. Memerlukan 100 juta liter air sehari itu demand yang ada. Oleh sebab itulah, saya mengharapkan perkara ini dapat dipertimbangkan untuk perancangan pada masa yang akan datang.
Yang Berhormat Speaker, pembangunan pelabuhan Kuala Sanglang, bagaimana telah disebut juga sebentar tadi, bagaimana pelabuhan ini terletak di sempadan Perlis dan Kedah. Pelabuhan ini bukan hanya sekadar memberi impak kepada kapal-kapal pesisir juga kapal-kapal dagang juga kapal-kapal pesiaran mewah dan juga kapal-kapal dagang juga kapal-kapal pesiaran mewah dan juga kapal-kapal ikan laut dalam akan datang ke situ.
Tuan – tuan untuk makluman semua, kawasan Kuala Perlis ini, kawasan Kuala Sanglang kawasan Kuala Sanglang ini di antara kawasan yang kedalamannya sangat sesuai tak setanding dengan bahagian Yan. Bahagian Yan ni dia punya pantai dia cetek. Tak sesuai. Kuala Sanglang ini cantik. Untuk makluman semua.
Oleh sebab itu, sangat sesuai untuk dibina satu port yang baru. Yang boleh menghubungkan bukan hanya sekadar di negeri Kedah. Tapi juga kawasan perindustrian di Perlis. Perlis Inland Port dan sebagainya.
Tuan-tuan, ini akan membuka satu ruang baru kepada pelaburan dan juga perusahaan, industri dan sebagainya. Inilah peluang kepada kita untuk membekalkan air kepada pelabuhan ini. Tuan-tuan tentu dengar bagaimana pelabuhan di Pulau Pinang mendapat air daripada mana? Daripada kita. Daripada sungai-sungai muda ini. Daripada salurkan ke kapal-kapal yang singgah dan juga port berlabuh di Pulau Pinang. Dan kita berharap kita dapat mengalihkan kapal-kapal ini ke Kuala Sanglang ini InsyaAllah. Tuan-tuan dengan fasiliti dan infrastruktur yang ada ini, saya yakin Kedah boleh maju dan kita dapat sumber yang baru daripada air yang kita boleh bekalkan kepada mereka. Boleh!
Yang Berhormat Tuan Speaker, air daripada Sungai Muda khususnya, mengalir ke laut. Tidak kurang daripada 3,800 juta liter air setahun yang mengalir, kita nak kata membazir lalu melalui Negeri Kedah ini sampai ke laut. Bagaimana kita nak pastikan air yang dapat kita guna pakai dengan semaksima mungkin.
Yang Berhormat Speaker, kita lihat bagaimana air daripada Sungai Muda ini boleh kita alih ataupun ‘divert’ ke satu kawasan yang mungkin tuan-tuan kita pernah dengar OIS ataupun apa tu yang kita sebut takungan air pinggiran sungai. Dan melihat kepada idea yang pernah dialami oleh Khalifah Harun al-Rashid yang bermimpi tentang isterinya. Mimpi itu. Perlu saya cerita? Saya rasa panjang kalau cerita mimpi ini. Mimpi Harun al-Rashid ini. Tapi beliau bermimpi tentang kejadian yang berlaku kepada isterinya. Dan pada penafsir. Penafsir menafsirkan bahawa perlu ada jasa untuk menghasilkan penyaliran air ke Mekah. Ini diantaranya kelebihan yang ada. Tuan-tuan, saya nak bawa sebenarnya, kita punya satu jumlah air yang banyak untuk kita tahan di kawasan daratan dan dengan membina ORS yang besar. Giant ORS misalnya kita boleh membina khususnya untuk perancangan The Greater Kedah ini sesuai dengan kerajaan kita matlamat The Greater Kedah membina floating, smart floating city di kawasan sekitar sama ada di kawasan Kedah Aerotropolis ataupun SLAM dan sebagainya kita mengalih air ini untuk masuk kawasan itu InsyaAllah kita dapat satu takungan yang besar dan kita dapat bukan hanya menampung ataupun menggunakan air ini, khususnya dalam musim kemarau yang akan berlaku pada tahun-tahun akan datang. Mengikut ramalan keadaan cuaca dan iklim semasa, perubahan iklim ini akan berlaku khususnya di Malaysia satu kemarau yang panjang sehingga tujuh bulan.
Oleh sebab itu, kita menghadapi dalam 4-5 bulan kering kontang segala kita punya empangan-empangan yang ada. Dan dalam memastikan bahawa air kita dapat bertahan dengan lama dan juga panjang tempohnya, saya rasa perlu kita tingkatkan lagi keadaan empangan yang berada di keempat-empat empangan utama ini untuk kita dapatkan satu tahanan atau satu takungan air yang luas.
Bukan hanya sekadar untuk minuman tapi juga untuk pengairan dan juga penggunaan di tempat-tempat yang lain.
Untuk makluman semua kapasiti tambahan kalau sekarang kita buat, kita boleh meningkatkan lagi sehingga 500 juta meter padu. Kalau sekarang kita buat penambahan kepada benteng-benteng ataupun empangan-empangan yang ada di keempat-empat empangan di Negeri Kedah ini. Dan boleh menyumbang kepada 36% KDNK negeri Kedah insyaAllah. Anugerah ini merupakan anugerah Allah Ta'ala. Kalau sekarang kita bijak mengurus dan menfaatkan insyaAllah akan menfaat kepada rakyat negeri Kedah ini. Dan tuan-tuan ia juga merupakan satu amanah kepada kita untuk menguruskan air ini sebaik mungkin untuk masyarakat yang akan datang. Untuk rakyat dan juga untuk anak cucu kita. Bagaimana pepatah mengatakan bahawa “Jangan Biarkan Air Mata Anak Cucu Kita Mengalir. Tetapi Warisilah Kepada Mereka Ini Mata-Mata Air Untuk Mereka.”
Yang Berhormat Speaker, satu lagi anugerah Allah Ta'ala kepada kita iaitu REE, Unsur Nadir Bumi ataupun Rare-Earth Elements merupakan satu kekuatan kepada kita, Negeri Kedah ini untuk maju dalam teknologi hijau dan mampan.
Yang Berhormat Speaker, saya nak merujuk kepada satu firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-A'raf. أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم َوَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْ ا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰت ٍۢ م ِن ْٱلسَّمَآٰءِ وَٱْلْ َرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَك َسِبُون
Dan sekiranya penduduk suatu negeri itu beriman dan bertakwa pasti kami akan limpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami tanda-tanda kekuasaan kami maka kami seksakan mereka disebabkan oleh perbuatannya. Kajian geologi menunjukkan bahawa kawasan yang tinggi nilai dengan, REE ini kawasan mana? Kawasan Sik, kawasan Baling kawasan Pendang. Mungkin secara kebetulan kawasan ini banyak pondok. Banyak pondok. Kawasan Sik, kawasan Yang Behormat Jeneri. Kawasan Baling, kawasan Pendang. Ada Pendang, Tokai.
Ini kawasan-kawasan yang tinggi dengan REE. Kebetulan, di situ banyak pondok. Saya tak kata di situ banyak orang bertaqwa, tapi InsyaAllah saya yakin. Dan juga kawasan, kawasan Jerai. Satu lagi kawasan Kulim. Ini bukan pondok, pondok durian banyak la. InsyaAllah. Tapi kebetulan itu. Dan ini kawasan yang pasti kaya dengan REE. Sebab itu saya nak memperingatkan kepada Jitra agar melihat balik perkara ini. Kalau mungkin di kalangan, di tempat-tempat industri ini, di tapak-tapak industri ini, mungkin ada di bawahnya REE. Kena buat kajian tengok. Sebahagian daripada tasik-tasik kita,
tasik pedu, tasik muda ini, ada tapak yang banyak dengan REE. Dan kajian geologi yang diadakan, tapi sudah jadi tasik. Wallahualam macam mana kalau sekarang ada teknologi kita boleh. Musim kemarau ka, kita korek.
Tuan-tuan, Yang Berhormat saya hormati sekalian, kita tidak boleh mengambil sambil lewa peluang ini, oleh sebab itulah kita kena melihat juga peluang melombong hari ini dengan mempertimbangkan kedudukan ataupun kelestarian alam sekitar kita. Oleh sebab itu, saya mencadangkan dalam kita nak melombong REE ini. Sebelum ataupun semasa perlu diadakan satu tabung amanah hasil REE ini. Kerana melombong hasil REE ini, dia bukan bertahun – tahun, kalau kita melombong secara agresif, dia akan hanya sekadar bertahan hanya 4-5 tahun ja. Cukup dalam satu tapak, satu kawasan itu 2 tahun sudah habis. Ini kaedah yang ada dan dijangka kalau sekarang kita buat secara efektif 10 tahun REE sudah habis di lombong di Kedah dengan jumlah keuntungannya sehingga dijangka 60 bilion.
Oleh itu, kita kena lihat betul bagaimana nak menyusun atur supaya hari ini boleh mendatangkan faedah kepada Negeri Kedah dan juga dapat imbuhan kepada rakyat. Dalam masa 10 tahun, kita boleh ekstrak semua sekali. Itu diantara kelebihannya. Walau bagaimanapun kita kena lihat, apakah duit yang kita dapat ataupun hasil daripada 60 bilion yang kita nak bawa ke mana. Ini penting dengan tabung amanah ini untuk kita nak, bukan sekadar melindungi alam sekitar tapi juga kita gunakan untuk menghasilkan teknologi, mendapatkan teknologi-teknologi daripada hasil pendidikan dan sebagainya. Dan juga digunakan untuk pendidikan kita. Ini antara pentingnya bagaimana kita menguruskan hasil daripada Tabung Amanah REE ini. Kemudian, kita lihat REE yang dipraktis sekarang ini di negeri Perak. Hasilnya mereka eksport terus ke negeri China. Tidak diproses di sini. Tapi inilah peluang yang harus kita ambil untuk menghasilkan produk hiliran. Produk hiliran hasil daripada perlombongan REE ini. REE ini kita nak lombong bukan macam lombong emas Perak.
Saya ada pengalaman kaitan kajian emas di Pahang dalam projek master saya. Dia tak macam open pit melombong REE ini. Dia institute leaching menggunakan proses ion exchange, penjerapan ion. Penjerapan ion ini kita masukkan bahan penjerapan ion. Penjerapan ion ini kita masukkan bahan penjerap ke dalam tanah dia akan absorb, dia akan pegang bahan REE ini dan kita boleh dapat bahan REE itu untuk kita hasilkan hasil-hasil yang lain. Dan hasil-hasilnya itu boleh digunakan untuk nak buat magnet, barang-barang elektronik, bahan-bahan mentah, bahan elektronik. Itu di antaranya tuan-tuan.
Oleh sebab itulah, saya berharap kita menggunakan teknologi ini sebaik mungkin agar menghasilkan hasil yang baik kepada kita khususnya perlu bekerjasama dengan syarikat-syarikat daripada luar negara yang mempunyai kepakaran daripada China ataupun daripada Eropah dan juga Jepun.
YB. Bandar Baharu boleh gulung.
Okey, saya nak gulung dah. Dengan pengurusan yang bijaksana ini, saya yakin insyaAllah Ree ini bukan hanya sekadar mendatangkan pendapatan tapi dapat kita gunakan sebagai satu neuclas, sebagai satu katalis untung membangunkan industri kita serentak kita membangunkan negeri kita, Negeri Kedah ini InsyaAllah tuan-tuan yang saya hormati sekalian. Pantun daripada saya,
“REE Khazanah Di Bumi Kedah, Berkat Rahmat Rakyat Bertakwa, Industri Hijau Manafaat Melimpah, Rakyat Sejahtera, Alam Terjaga.”
Kesimpulannya, Yang Berhormat Speaker, saya percaya bahawa Kedah akan terus cemerlang dan maju. Asalkan kita bijak dalam merancang, melaksanakan inisiatif ekonomi dengan penuh kelestarian. Dan kita ada hasil, khususnya hasil REE dan juga hasil bumi daripada air ini dapat kita eksport dengan baik. InsyaAllah kita boleh bergerak maju lebih hebat daripada negeri-negeri yang lain.
Tuan-Tuan, Padi Dijemur Di Angin Lalu, Ditiup Terbang Ke Tepi Paya, Rakyat Makmur Negeri Maju, Kedah Cemerlang Kekal Sejahtera
Dengan ini saya menyokong penuh pembentangan bajet 2025 oleh Yang Behormat Menteri Besar harap jawab pantun tadi Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Bandar Baharu. Seterusnya saya menjemput YB. Bayu. Suka saya ingatkan pada jam 1 kita akan berhenti makan.
Awai peringat. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Asrofil Anbiya-I Wal Mursalin Waala Alihi Wasohbihi Ajmain, Subhanaka La’Ilmalana Illa Ma Aaallamtana Innaka Antal A’limul Hakim. La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Adzim.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya dok ingat kena speaker lain. Kena speaker ini jugak. Yang Amat Berhormat Adun Negeri. Ahli – Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli – Ahli Yang Berhormat. Ketua – Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan. Petugas – Petugas Media. Pemerhati – pemerhati yang mengikuti di dalam dewan dan juga di atas talian. Seterusnya pengundi – pengundi Dun Bayu yang saya hormati.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana limpah inayahnya membolehkan kita hadir di Dewan yang mulia ini bagi mendengar dan membahaskan bajet bagi tahun 2025 dan untuk sama-sama kita menyuarakan hasrat rakyat dan pengundi di kawasan masing-masing bagi memastikan kebajikan, pembangunan dan ekonomi rakyat dapat diselesaikan dengan lebih baik dan sempurna.
Yang Berhormat Speaker, saya minta masa 20 minit saya rasa lebih yang di bagi. Terima kasih banyaklah noh. Berkaitan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri MB daripada awal saya nak menyokong dan akhir saya nak menyokong penuh kerana kita lihat bajet yang dibentang ini akan memainkan peranan untuk ekonomi masyarakat di luar bandar yang saya akan utarakan beberapa perkara. Saya nak bangkitkan berkenaan dengan ekonomi yang mana kita semua perlu mengambil perhatian dan juga tindakan untuk penyelesaian dalam soal Kebajikan, pembangunan dan ekonomi rakyat di kawasan kita serta di negeri yang kita cintai ini.
Yang pertama saya ingin bangkitkan berkenaan soal kebajikan yang mana kita perlu mencari jalan dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan golongan B40 atau miskin tegar di luar bandar ataupun di bandar mendapat perhatian yang sewajarnya dengan mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan yang sekian lama membelenggu golongan ini setelah yang juga telah mewarisi kemiskinan ini daripada datuk, nenek moyang mereka terdahulu. Keadaan golongan ini bertambah sulit dengan meningkatnya kos secara hidup ditambah dengan barangan harga barangan keperluan yang melambung tinggi serta pelbagai cabaran yang harus ditempuhi dalam keadaan ekonomi sekarang.
Yang Berhormat Speaker dan juga Ahli – Ahli Yang Berhormat. Kita semua sedia maklum bahawa kadar pendapatan isi rumah rakyat di negeri ini masih rendah. Terutamanya golongan yang menjalankan aktiviti pertanian seperti penoreh, pekebun, pesawah dan lain – lain.
Mengikut statistik status kemaskinan, kemiskinan sehingga bulan Februari 2024 terdapat seramai 12,837 orang miskin tegar di Negeri Kedah. Serta seramai 24,847 orang di kalangan miskin ini adalah daripada Negeri Kedah. Yang teramai. Jadi saya juga, muhong la kalau dah peringkat pusat dah mengetahui, keadaaan ini negeri yang miskin dan perancangan daripada Yang Amat Berhormat untuk melaksanakan pembangunan, The Greater, saya minta kalau boleh kerajaan pusat kena beri bantuan dan juga beri kerjasama untuk kita jayakan perancangan yang kita akan laksanakan.
Mengikut data yang saya perolehi semasa perolehi berkenaan kadar perkapita. Pendapatan isi rumah rakyat negeri Kedah adalah sebanyak RM5,550 setahun dan kalau kita bahagikan 12 bulan purata pendapatan rakyat negeri Kedah adalah hanya sebanyak lebih kurang RM462.50 sebulan. Yang ini bagi saya walaupun kita berlainan fahaman politik tetapi benda ini kena ambil kesedaran di peringkat pusat dan juga peringkat negeri kena bergabung untuk nak pastikan kadar perkapita pendapatan golongan di luar badan ini akan terus meningkat. Jadi, oleh itu saya berpendapat bahawa pihak kita serta kerajaan negeri dan pusat perlu memberi perhatian yang sewajarnya agar golongan ini dapat menambah pendapatan bulanan dengan lebih baik dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada agensi kerajaan yang berkaitan agar golongan ini dapat menjalankan kehidupan dan menguruskan keluarga dengan sempurna.
Yang Berhormat Speaker, di negeri kira ini telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan muka bumi, khazanah alam tanah yang cukup subur dan keadaan yang cukup baik serta pelbagai peluang yang boleh kita jalankan seperti perniagaan, sektor pelancongan, pertanian dan sebagainya. Justeru itu, saya mohon satu tindakan perlu diambil untuk menyelesaikan isu ini.
Yang Berhormat Speaker, seperti yang kita bincang sebelum ini, saya diberi portfolio untuk nak bincang berkenaan dengan ladang dan juga berkenaan dengan pengurusan banjir. Jadi, ladang ni saya ingat sebelum ini pihak kerajaan negeri melaksanakan ladang di dalam hutan. Kita tebang hutan, kita macam-macam kita buat menggunakan tanah dalam hutan. Tapi cadangan saya hari ni apa salah sebab kita tak nak guna tanah-tanah dalam hutan. Tapi kita nak wujud juga ladang yang dinamakan konsep ladang dalam kampung, ladang dalam desa. Yang ini saya dah bersuara ataupun dah bangkit dalam sidang yang terdahulu. Yang mana konsep ladang dusun dalam kampung ini kita perlu laksanakan. Saya nak ambil contoh Yang Berhormat Speaker, kampung saya ada 100 buah rumah. Termasuk dengan Suka Menanti lah kena ambil perhatian. Jadi, kalau satu rumah kita ada 100 buah rumah dan satu kampung itu tanah ada di sekitar rumah tersebut.
Apa salah kalau kita gunakan halaman rumah di tanam tanaman – tanaman yang boleh menjana pendapatan ekonomi rakyat. Kerana kita tengok nak tambah pendapatan ekonomi rakyat ni, yang pendapatan per kapita bulanan 462 ini, kalau kita atur tanaman-tanaman yang sebegini, saya rasa akan menambah ekonomi. Sebab saya pernah hadir di Thailand. Kalau sebut Thailand, dia bukan pintu sepadan. Dan saya hadir di Thailand dan saya hadir di Thailand tu, saya biasalah di Thailand kan. Jadi, hadir di Thailand, kan. Jadi, apabila saya duduk minum, makan tom yam di satu kedai tu, saya nampak trailer lalu, dua tiga trailer lalu.
Yang Berhormat Speaker, saya tanya Pak Long tu, trailer tu buat apa? Dia kata bawa buah durian Belanda. Saya kata ada ladang dalam kampung ni? Tak ada. Konsep yang macam mana yang kita buat? 2-3 trailer. 1 bulan 2-3 trailer keluar. Jadi, konsep yang
di sana dilaksanakan, yang mana jabatan kerajaan, saya minta kalau boleh jabatan kerajaan dan juga pertanian dan lain-lain jabatan kena membantu. Yang mana jabatan kerajaan bagi pokok seperti Musang King ka, durian belanda ka untuk 1 tumah 30 pokok. Kalau dalam kampung tu dok ada 100 buah rumah ini bermakna 3000 pokok yang ada dalam dalam kampung tersebut. Jadi jaga sama – sama, tanam sama – sama, menuai hasil sama – sama. Dan saya tanya 1 keluarga tu yang mana beliau maklum, untuk ekonomi tambahan ni hasil jualan yang bersama-sama ni, dia dapat menambah pendapatan satu bulan 800 ringgit.
Jadi, yang ni yang saya nak perlukan, nak minta kalau boleh kerjasama daripada semua pihak kalau boleh kita laksanakanlah konsep ladang dalam desa. Tak perlulah nak ambil, Yang Amat Berhormat tak perlulah nak ambil tempat-tempat lain. Kita buat di setiap kampung satu ada ladang. Jadi, akan menambah pendapatan seperti tebu, tanam tebu, tanam tembikai, tanam macam-macam. Yang ni saya syorkan kalau boleh saya nak laksanakan di kawasan saya di Dun Bayu.
Yang Berhormat Speaker, saya tak puji pun tak boleh sebab benda ni betul. Jadi, saya kesempatan ini saya nak mengambil kesempatan untuk nak mengucap banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri MB yang mana kawasan saya di Dun Bayu ni dilanda banjir ribut yang cukup kuat tetapi dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan juga Yang Amat Berhormat Dato' Seri MB dapatlah menyelesaikan beberapa perkara yang kita hadapi. Tetapi ada perkara yang tak boleh kami nak selesai Yang Amat Berhormat Dato' Seri MB. Yang mana kalau bencana ini dia dua yang akan terlibat dalam soal bencana ini. Yang pertama ribut, yang kedua banjir. Saya juga nak minta kalau boleh penyelesaian kekal berkenaan dengan ribut dan juga banjir ini perlu dilaksanakan dengan lebih serius. Yang mana kita tengok saya ni tua daripada Dato' Seri MB tapi saya main politik 38 tahun. Lama dah saya dah masuk kat dalam kampung ni saya dapat menilai daripada dulu rumah dia kena timpa dengan pokok dan saya juga ada berbincang dengan Jabatan Hutan.
Terima kasih banyaklah Jabatan Hutan yang telah pun bekerjasama, yang mana yang saya nak laksana dan saya minta kalau boleh kita semualah di kawasan-kawasan luar bandar ni, laksana benda ni. Untuk ke depan ni kami tak pening kepala dah, Yang Berhormat Speaker, kadang-kadang rumah kena timpa repair, duit kerajaan bagi repair, kena timpa lagi. Yang mana di sekeliling rumah, di kampung-kampung ini, terdapat pokok-pokok yang perlu kita tebang.
Jadi, saya dah rancang baru ini pun banyak dah pokok yang tumbang, kena rumah, kena kereta, kena jalan dan sebagainya. Tapi hari ini, saya ambil tindakan untuk tebang siap-siap. Dia takut ribut, mari kita tebang siap-siap. Jadi apabila kita tebang siap-siap, jadi memerlukan kos. Kadang-kadang tuan rumah kata, (YB. Timbalan Speaker mencelah)
Yb. Bayu, saja nak tanya. Tadi YB kata nak buat ladang dalam kampung tu kan? Ni nak suruh tebang pula..
Dak..kejap! Dua benda yang berbeza. Jadi, ladang ni kita cari. Dia selalu nak usik saya. Sebab tu saya minta. Semasa pre councill hari tu kalau boleh ambil speaker lain. Bukan dia. Yang tu penjanaan ekonomi. Kita kena buat juga. Pokok tak pokok wajib kena buat sebab menjana ekonomi. Tapi hari ni kita nak cegah bencana pula. Tajuk lain YB. Speaker.
Jadi, nak cegah bencana ni. Saya ramai rasa lah. Sebab semua tempat. Semua YB – YB ni terlibat dalam. Kita buat Bayu dulu lah. Saya nak laksana saya dah mintak kerjasama dari JPS, minta kerjasama daripada JKR. Minta kerjasama Jabatan Hutan dan minta kerjasama daripada TNB dan juga Majlis Daerah. Yang mana mereka alhamdulillah memberi kerjasama. Yang kita hendak harini, Jabatan Hutan ada kat depan ni Tuan Pengarah. Terima kasih banyak. Jabatan Hutan maklum YB. dia kata sebelum saya benarkan tebang pokok ni dia kata dia kena ambil surat daripada Tuan Rumah. Tebang sat gi depa caj kita. Masalah la.
Jadi, apabila kita ambil surat kebenaran, saya dah keluarkan borang ni, di Bayu saya. Di Bayu saya dah keluarkan borang dan semua tuan-tuan rumah dah bagi balik dan saya akan kembali kepada Jabatan Hutan. Timbul persoalan hari ini, siapa nak upah tebang pokok tu? Tak dak sapa tanya siapa nak upah tebang pokok tu? Tebang pokok ni saya yang upah. Pejabat Dun Bayu yang upah tapi bukan guna duit saya sebab saya bincang dengan Jabatan Hutan tu.
Jadi, semua pihak apabila kita laksanakan konsep ini, kerajaan negeri pun akan dapat manfaat dan pejabat Dun pun akan dapat manfaat dan juga tuan rumah pun akan selamat. Yang mana kita akan kenal pasti pokok-pokok tu dan kita hantar kepada Jabatan Hutan. Jabatan Hutan akan turun, tandakan pokok-pokok yang nak ditebang itu dan kami tebang serah kepada kontraktor. Kontraktor hantar kepada kilang dan kita akan dapat duit itulah. InsyaAllah noh.
Jadi berkenaan dengan, satu lagi berkenaan dengan, apa ni, teruk kan? Sembang apa tak tau, bisik tak syok. Bisik apa tak tau, saya apa risau.
Kita bagi laluan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekejap.
Oh, nak. Usul, usul.
YANG AMAT DATO SERI BERHORMAT MENTERI BESAR
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan di bawah Peraturan 12.1(a) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, supaya sidang dewan pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguh pada jam 1.00 tengahari.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong cadangan sebut. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian….
Tak boleh lagi?
Saya bersetuju dengan Yang Amat Dato Seri Berhormat Menteri Besar tersebut. Sekian, terima kasih. Boleh sambung YB. Bayu.
Boleh noh. Lari tajuk. Jadi berkenaan dengan satu lagi berkenaan dengan pencegahan banjir. Yang mana kawasan saya ni, dok ribut tak berhenti dengan banjir. Jadi, apakah penyelesaian jangka masa panjang untuk kita cegah banjir. Yang mana saya terima kasih kepada pihak JPS kerana terbatan banjir fasa ketiga dah dilaksanakan sampai ke kawasan mungkin Bongor saja. Tak sampai ke Siong. Jadi, saya minta kalau boleh pihak JPS kalau boleh lepas ini kena laksana segeralah sepanjang sungai di kawasan belah Siong yang mana satu rumah di kampung baru saya pun dah banyak kali hadir saya tengok kawasan tu tu JPS ni kena beri perhatian yang serius lah sebab tanah sungai tu dah tak guna lah Tanah JPS dah masuk ke tanah orang kampung.
Dato' Seri MB pun kenal Mat Roti Canai. Mak Pie, Mat Roti Canai tu duk sungut kat saya banyak kali. Dia kata maklum kat Dato' Seri MB. Tak boleh dekat luar jumpa dengan Dewan maklum. Tanah bapa dia tu, sungai dah makan. Kalau kita biar saya
rasa kalau tiga kali banjir lagi, runtuh rumah tu. Jadi, saya minta sungguh-sungguh kalau boleh, tembatan banjir daripada kawasan fasa pertama dah laksana, fasa kedua dah laksana, fasa ketiga ni kalau boleh, kita panjangkan cepat sampai ke kawasan sungai belah Mukim Siong. Saya minta segeralah yang tu noh. Jadi, satu lagi perkara yang saya bincang sebab penyelesaian banjir nim saya adalah ambil petua daripada Tok Batin dulu, bukan Tok Batin lani. Tok Batin dulu, kalau nak cegah banjir, sebab saya ada tengok, saya duk ronda kawasan Baling ni saya tengok kampung asli tak pernah kena banjir. Saya pun heran? Kemalangan pun tak pernah. Saya tanya Tok Batin tu, Tok Batin dulu. Bukan la ni, macam mana Tok Batin kalau tak nak bagi banjir sebab kawasan lain duk banjir, kawasan dia tak kena banjir? Tak payah YB, senang saja dia cakap. Nak buat macam mana? Kita pasang signboard dilarang banjir. Sama juga kemalangan, tak pernah berlaku. Dilarang signboard dilarang kemalangan. Ni gurau ja Dato Seri. Yang Berhormat Speaker noh. Jadi, saya tak nak la sebab saya tengok masa pun.
Boleh lagi.
Boleh lagi? Jadi Yang Berhormat Speaker. Berkenaan Tahun Melawat Kedah ni 2025. Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan pelancongan serta infra yang terjejas atau rosak akibat daripada bencana banjir dan ribut. Yang kebelakangan ini, kerap berlaku. Apakah ada perancangan segera bagi membaik pulih segala kerosakan yang berlaku kerana ianya akan menjejaskan kemasukan pelancong ke negeri kita jikalau tindakan segera tidak diambil.
Selain itu, adakah kerajaan negeri membantu pengusaha – pengusaha pelancongan yang terkesan akibat daripada bencana ini terutamanya kepada pengusaha – pengusaha tapak perkhemahan. Jadi, saya Yang Berhormat Speaker, saya nak menyokong la. Tak mau la panjang – panjang pun. Jadi berkenaan dengan bajet ini,
Saya tengok YB. Lunas macam nak mencelah ja.
Bangun, bangun, bangun. Siapa nak bangun. Bangun!
YB. Lunas sila.
Dipersilakan. Kita beri peluang. Tadi dia sekat saya Yang Berhormat Speaker. Tapi saya bagi peluang seluasnya.
YB. Bayu, tadi YB. Bayu ada menyentuh tentang di Thailand orang-orang Petani ni dia tanam pokok-pokok buah-buahan di depan rumah. Duduk la. Peraturan mesyuarat. Haa. Dia tanam pokok di depan rumah, kemudian ada pickup, mai kutip, kemudian boh atas trailer. Begitu juga dengan getah. Biasanya lepas tidak ada ladang yang besar-besar, jadi orang kampung menoreh getah, kemudian bawa getah balik rumah. Kemudian ada pickup tanki itu, pi kutip setiap rumah. Jadi, teknik macam ini saya rasa boleh menguntungkan orang kampung tidak memerlukan modal yang besar untuk tanam pokok ataupun perusahaan getah tadi ni. Sebab di Thailand dia tak pakai getah skrap, dia pakai latex. Latex ini dia punya nilai lebih tinggi dan juga kegunaan dia lebih banyak. Kita cadang dulu apa, di Padang Terap tu, Rubber City itu. Rubber City pun jadi masalah sebab latex tak ada. Kita hanya mengusahakan skrap. Jadi, ini satu bentuk perekonomian yang perlu dipelopori oleh negeri kita lah saya rasa. Bersetuju dak YB. Bayu? Speaker, terima kasih.
Saya amat setujulah idea yang bagus yang mana konsep ni, tapi saya tengok dalam Kedah kita hari ni, kebun getah ada 24,000 hektar lebih tak bertoreh kerana pekerja tak ada. Jadi YB. Suka Menanti kalau boleh kena ambil tindakan. Macam mana? Sebab saya rasa dulu, zaman dulu ni orang tua-tua dulu, dia menoreh getah tapi hari ni anak-anak muda kurang minat. Kurang minat kerana apa? Kerana kalau menoreh getah, dia minta anak orang yang orang tak terima. Zaman dulu.
Sebab tu hari ni ni saya rasa kalau boleh YB. Suka Menanti bincang dengan RISDA dan juga LGM, kita jangan panggil penoreh getah dah. Kita panggil operator getah. Baru hebat. Nama tu kena ubah sebab nama kalau penoreh getah ni, walaupun sebulan dia dapat sampai RM3,000-RM4,000. Harga getah RM4 sekilo. Tapi tak ada orang nak motong sebab orang yang motong dulu-dulu tua dah habis dah. Saya sendiri pun tak motong walaupun pengerusi bergetah Jadi, haa celah…(YB. Lunas mencelah)
YB. Lunas sila. Yang berhormat nak mencelah tu.
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Saya dengar ucapan Bayu ni, dia menarik kerana dia ada hubungan dua negara Malaysia dan Thailand. Baik Soalan saya, Yang Berhormat Speaker, berkenaan dengan Penanaman getah. Yang Berhormat Bayu ada nyatakan tadi, lebih daripada 24,000. Tidak ditoreh. Maknanya satu kita ada masalah dari segi buruh. Memandangkan harga getah ini dia tak stabil di pasaran dan dia lebih rendah daripada komoditi yang lain. Setuju atau tidak saya katakan kepada Yang Berhormat Bayu, supaya kita beralih daripada tanaman getah ini atau kepada komuniti lain yang lebih menguntungkan dan harganya lebih daripada harga komuniti getah itu sendiri sebagai contoh kelapa sawit memandangkan ianya merupakan satu permintaan yang tinggi di pasaran hari ini dan secara tidak langsung kita boleh bantu penoreh getah yang rata-ratanya berada di bawah garisan kehidupan ataupun B40. Boleh kita beralih ataupun tidak. Mungkin ataupun Yang Berhormat Bayu ada cadangan untuk dibuat masuk daripada Thailand. Seperti lawatan kerja yang kerap dilakukan itu. Untuk kita selarikan dengan itu.
Dua soalan. Soalan YB. Tokai tadi pun tak ada jawapan. Dia celah dah. Jadi, saya setuju yang YB. Tokai tadi. Kalau boleh kita konsep ini kita laksanakan di peringkat di Kedah kita. Jadi Yang Berhormat Lunas beritahu tadi, kalau nak hapus getah yang tak boleh, mengurangkan boleh.
Jadi, nak berubah daripada getah ke sawit pun boleh, sebab sawit ni harga yang tinggi sebab tu, kalau satu rumah satu rumah, YB. Lunas ni dia duduk di taman, dia tak reti apa lah. Kalau kami duduk di kampung ni, keliling rumah ni ada luas, tu kita tanam 5-10 pokok sawit. Yang Berhormat Speaker 10 pokok sawit, kita akan dapat dana tambahan sebulan 400 ke 500. Itu tanam tepi rumah, pokok sawit tak timpa. Dia kalau ribut dia kurang timpa, pokok lain timpa. Pokok sawit ni tak timpa.
YB. Bayu boleh gulung dah, jam dah cukup.
Itu dia lah, bagi peluang sangat. Jadi saya harap kita semua akan memainkan peranan membantu Dato' Seri MB dan juga kerajaan negeri untuk nak pastikan segala ekonomi masyarakat di luar bandar akan dapat pembelaan dan juga masalah bencana akan dapat diselesaikan. Yang Berhormat Speaker, saya dengan ini menyokong penuh pembentangan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri MB. Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Bayu. Jadi, saya tengok hari ini ramai berpantun. Jadi, sebelum saya menangguhkan sidang kita pada hari ini Yang Amat Berhormat MB. Saya pun nak berpantun juga. Pantun siam mari tapi dua kerat.
“Wan Ni Wancang, Jom Pi Makan”.
Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari dan InsyaAllah akan disambung persidangan Dewan pada jam 2.30 petang.
[Sidang Dewan ditangguh pada jam 1.00 petang]
[Sidang dewan Undangan Negeri disambung pada jam : 2.30 petang]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Selamat Tengah Hari. Ahli - ahli yang berhormat sekalian, pada petang ini Dewan Undangan Negeri Kedah ada menerima kunjungan daripada pemerhati. Yang pertama Persatuan Usahawan Maju Malaysia, seramai 9 orang. Dewan Pemuda Pas Kedah, seramai 21 orang. PKWR, kawasan Derga, seramai 3 orang.
Selamat datang diucapkan kepada semua. Sekarang kita sambung perbahasan ucapan bajet 2025. Silakan Yang Berhormat Pedu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabbilalamin. Wassalatu Wassalamu Ala Ashrafil Anbiya Wal Musallin. Wa ‘Ala Aalihi Wa Shohbihi Ajma’iin.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker yang beri peluang pada YB. Pedu untuk membahas bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin. Tadi YB. Lunas kata semalam. Malam tak buka. Alhamdulillah jadi giliran Pedu pula pada lepas makan ni, tadi speaker kata tengah hari lah petang 2.30 petang.
Jadi pada petang ni, saya ingin membahas sikitlah bab tanah yang telah diberi amanah kepada saya untuk bincang bab tanah, jadi apabila kena bab tanah ini, saya menarik perhatian daripada ucapan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat mengenai Program Desa Sejahtera. Jadi, izinkan saya untuk membaca teks ucapan yang diberitakan oleh Yang Amat Berhormat pada pagi kelmarin ini.
Silakan Yang Berhormat.
Jadi perenggan ke 19, Kerajaan Negeri Kedah bertanggungjawab untuk menyediakan kehidupan yang sejahtera kepada semua warga negeri. Ini tanpa mengira latar belakang memiliki tanah, sekurang-kurangnya tapak rumah. Antara syarat untuk menikmati kehidupan yang sejahtera, pada masa ini hampir tiada tanah yang tidak dimiliki. Namun ada yang sudah memohon tanah kerajaan selama bertahun-tahun masih tidak diluluskan. Saya sedih setiap kali berhadapan kes-kes seperti ini. Kerajaan komited untuk menyelesaikan permohonan tanah yang sudah tertangguh lama.
Alhamdulillah dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir Tanah Daerah, Kerajaan Negeri telah mendaftar dan mengeluarkan 5,177 hak milik sejak tahun 2020.
Jadi, Yang Amat Berhormat sebut di sini dah bagi hak milik daripada 2020 sampai ke harini 2024 sebanyak 5,177 hak milik. Jadi, alhamdulillah dan tahniah kepada kerajaan Negeri Kedah yang sentiasa memberi perkhidmatan untuk rakyat di Negeri Kedah ini. Maknanya kalau dibahagikan 4 tahun maknanya seribu lebih setiap tahun yang telah dikeluarkan geran baru kepada penduduk di Negeri Kedah ini. Jadi, keduanya apabila Kerajaan perihatin bab-bab tanah ini, satu lagi kejayaan dan prihatinnya kerajaan negeri Kedah untuk rakyat negeri Kedah yang miskin. Jadi, baru-baru ni 20 hari bulan telah dibuat program pecah tanah untuk rakyat-rakyat yang tak ada tanah. Ceritanya tak ada tanah sungguh-sungguh, tumpang tanah orang, tumpang rumah mak pak dan pada 20 hari bulan, Majlis Pecah Tanah bagi kepada 100 penduduk di daerah Padang Terap, fasa pertama di Perit, daerah Padang Terap. Tahniah kepada kerajaan negeri Kedah yang perihatin kepada semua rakyat tak kira bangsa dan agama. Itu projek pertama. InsyaAllah kerajaan telah berjanji kepada setiap daerah akan diadakan 100 tapak lot untuk rakyat di Negeri Kedah ini untuk mendapat sedikit sebanyak tapak untuk buat rumah. Jadi, apabila kerajaan memberi tanah-tanah lot ini kepada rakyat yang miskin yang tak ada tanah, tak ada tapak rumah kepada rakyat satu daerah seratus.
Jadi, saya di sini ambil kesempatan di sini juga, apabila rakyat yang tak ada tanah, dapat tanah. Sekarang ini saya nak bincang pasal rakyat ada tanah tapi tak ada geran. Ini orang susah juga. Dia dapat rumah, dapat tanah daripada peninggalan mak ayah dia. Tanah kosong. Tanah belum bergeran. Jadi, dia susah. Tanah ada tapi nak mohon tak berani. Duit tak ada. Nak bayar premium. Jadi, ini pun kita kena ambil kira supaya orang susah ni, apabila dia tanah ada, rumah adalah secara apa? Huduh-huduh. Cara huduh-huduh rumah dia. Dia nak mohon daripada Jabatan Zakat, Keda, apa semua, memerlukan geran. Jadi, apabila memerlukan geran, dia tak ada geran. Tanah ada. Nak mohon, tak berani. Kalau macam yang baru ni. Kalau pendapatan dia RM5 ribu ke bawah premium dia 40% daripada nilaian tanah tu. Contohnya tanah dia serelung. Kalau kawasan penduduk itu mungkinlah murah nilaian dia. Kalau turun sebelah Jabi. Sebelah Langgar sebelah mana ni. Dia nilaian dia tinggi.
Kita bagi contoh lah. Satu relung dia nilai tinggi. Kita bagi contoh satu relong nilai dia RM20,000. Murah tu RM20,000 belah tanah pun RM20,000 kita contoh RM20,000 nilai tanah dia serelong. Jadi kalau 40% RM8,000. Kawan nak banyar elektrik pun tak ada duit, apa nak banyar premium tanah? Jadi yang ni kita kena mencadangkan supaya kerajaan menilai apa cara untuk memberi inisiatif kepada penduduk-penduduk yang miskin ini untuk membayar premium dan menggalakkan dia supaya dia memohon. Tapi sekarang ini kebanyakan dia tak mohon, pasal dia macam – macam itulah. Kalau kena RM3,0000 – RM4,000 pun dia nak ambil duit di mana untuk membayar premium. Jadi, rasanya sampai bila-bila penduduk ini tidak akan memohon tanah yang dia
duduk. Jadi, dia pun rugi, kerajaan pun rugi. Dua-dua tak dapat hasil. Jadi, saya mencadanglah supaya kerajaan memikir sesuatu untuk memberi galakan kepada penduduk-penduduk miskin ini supaya dia memohon tanah yang dia duduki.
Andai kata, premium tu RM5 ribu RM10 ribu ka. Kalau lah ni, dia boleh bayar dalam masa 3 tahun jarak masa dia, mungkin kita boleh bincang supaya bagi kepada dia masa tu mungkin ke 8 tahun ke 10 tahun baru dia ada minat untuk memohon tanah untuk dapatkan geran. Jadi, kalau kita tak ada apa nama inisiatif untuk bagi kepada dia rasanya macam tadilah. Bila – bila pun dia tidak akan dapat memohon untuk menjadikan geran di tanah dia. Dan juga.. (YB. Kupang mencelah)
YB. Kupang mencelah.
YB. Tuan Speaker, boleh saya mencelah?
Baik silakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, selalunya apa yang kita perhatikan bahawa memang disana ada ramai mereka – mereka yang tidak memiliki tanah. Tetapi disana masih ada juga golongan yang dapat ada milik tanah itu tapi tidak diusulkan dengan baik. Lebih – lebih lagi apabila pengurusan harta pusaka yang menyebabkan tanah-tanah itu tidak diambil kuasa. Jadi, tak boleh dibahagikan kepada waris-waris. Sepatutnya benda itu dapat diselesaikan. Contohnya apabila kita nak membangunkan rumah bantuan zakat dan sebagainya tapi bila tanya status tanah dia tidak ada miliki kerana dipunyai oleh waris-waris yang ramai. Jadi adakah kerajaan bersetuju atau tidak Pedu kalau kerajaan membuatkan satu proses pemutihan untuk menyelesaikan masalah pusaka di kalangan waris-waris yang tidak mempunyai tanah ini. Sekian.
Terima kasih, Yang Berhormat.. Silakan YB. Pedu.
Terima kasih, YB. Kupang. Setuju dengan cadangan YB. Kupang. Saya masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Potonglah tadi ni. Sampai tang mana tah Ayer Hitam? Jadi, tanah tadi apabila dia tak ada geran, kalau dia ada rumah kecil-kecil pun, kalau ikut undang-undang baru lah ni TNB pun tak boleh masuk elektrik pada rumah dia. Jadi, susah daripada awal sampai ke akhir jika benda-benda ni kita tidak ambil peduli kepada masyarakat yang kurang mampu. Nak kata miskin tu mungkin dia kaya dengan sahasa, kaya dengan ilmu tapi dia kurang mampu di segi kewangan dan sebagainya. Itu pasal harta yang tak bergeran.
Yang keduanya saya nak mencadangkanlah apabila bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan dan bajet-bajet ini tentunya sampai ke setiap jabatan-jabatan kerajaan. Jadi, termasuklah Pejabat Tanah Dan Galian. Jadi, memandangkan dalam ucapan ini disebut bertahun-tahun, maknanya bertahun-tahun ini mungkin berpuluhan tahun. Jadi, sebelum-sebelum ini termasuk dalam 5177 geran yang dibagikan ini pun mungkin ada yang telah menjangkau masa 30-40 tahun baru dapat geran. Mungkin ada lagi yang mohon lebih 50 tahun sebelum ini yang belum mendapat geran. Jadi, di sini apabila benda ini ditimbulkan, saya teringatlah mungkin dalam Negeri Kedah ini puluh -puluh ribu fail lagi di pejabat tanah. Mungkin sebelah-sebelah Alor Setar ni kurang sikitlah. Mungkin sebelah-sebelah pendalaman banyak tanah-tanah di mohon. Mungkin tak proses lagi. Mungkin puluhan ribu di Negeri Kedah.
Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan melantik pekerja kontrak untuk pemutihan macam YB. Kupang sebut tadi. Dia putih pasal geran tu lama lah apa semua. Ni nak putih pasal fail di pejabat tu bertimbun-timbun pasal tak tahulah mungkin sebelum ni Pejabat Tanah dah putih. Tapi jika tak putih lagi. Jadi, mungkin benda ni daripada tahun 70, 80 masih lagi fail tu ada di pejabat. Mungkin pemohon itu pun mati lama dah masa tokwan dulu kita. Mari mak ayah tak minta. Mungkin anak cucu mohon tanah tu. Mungkin tanah tu dah terkeluar daripada pemohonan yang lama. Maknanya fail masih ada di pejabat tapi orang kata pa tak guna sekupang pun fail. Pasal tanah tu dah dimohon anak cucu.
Jadi, sebelum ni dah mohon dah, mungkin ada kesilapan tak proses. Jadi fail tu masih ada lagi di pejabat. Mungkin dalam kalau kata satu pejabat, tanah itu ada 5,000 fail tak proses. Mungkin apabila kita buat pemutihan, mungkin boleh buang benda-benda yang dah tak guna sekupang tadi ini, tinggal lagi dalam 3,000, 3,500. Maksudnya 1,500 itu boleh lupus. Dan juga kita melantik pekerja kontrak tadi supaya mencari waris-waris yang ada dalam fail tu mungkin waris pun tak tak terima daripada Tokwan dia dulu kata tanah ni aku minta buat semua masing-masing tak dapat maklumat.
Jadi benda tu akan jadi terpendam di pejabat tanah. Jadi, pegawai-pegawai di pejabat tu pun masuk bilik ni tengok timbun pening tengok ni. Benda tu panggil apa benda yang tak guna tu kita dok tengok saja tapi tak boleh nampak apa. Jadi kita cadanglah supaya benda ni diputihkan kembali, buatlah dengan kebijaksanaan pegawai-pegawai yang ada. Hat tu cakap orang putih YB Kuala Ketil. Cakap Lubuk Purau dengan Pedu ni dia jadi putih.
Jadi apabila pemutihan insyaAllah benda itu kita akan dapat membuat kerja yang sebaik mungkin untuk menambah pendapatan negeri dan memberi apa nama nikmat kepada masyarakat yang tertunggu-tunggu untuk mendapatkan hak milik sendiri. Jadi selagi tak ada hak milik ni. Masyarakat pun dia rasa tak selesa. Sebab saya nak mohon apa pun tak dapat pasai undang-undang dia nak memohon apa-apa sesuatu benda kena ada geran hak milik. Itu bab tanah.
5 minit lagi YB.
Apadia berapa minit?
5 minit lagi.
Aik… pasaipa?
20 minit untuk perbasaan.
Baru satu tajuk tanah baru. Adoi. Ini pun masuk bab tanah juga sikit lagi. Jadi cerita bab tanah kedua ni. Masalahnya mu'alaf. Mu'alaf yang diceraikan ataupun ditinggalkan. Jadi mu'alaf ni banyakkan seluruh negeri Kedah ni insyaAllah rasanya ada setiap ada setiap daerah ada mu’alaf yang berkahwin dan ditinggalkan oleh suami. Dia tak ada harta dia terpaksa balik duduk dengan ibu bapa agama asal. Jadi apakah perancangan kerajaan negeri untuk menyelamatkan akidah mereka ni.
Jadi, saya mencadangkanlah supaya carilah tanah-tanah wakaf yang orang wakaf banyak-banyak tu. Buatlah pondok mu'alaf untuk membimbing mereka ni. Supaya kita dapat membantu mu'alaf yang sedikit. Mungkin masa dia kahwin tu kerana bercinta ke apa semua ilmu dia tak dapat dengan sepenuhnya. Dia balik duduk dengan keluarga asal masing-masing. Jadi, kita kena ambil kira supaya akidah mereka ini dapat diselamatkan. Bukan setakat ibu tunggal itu sendiri, ada yang beranak-pinak. Jadi, anak-anak yang balik duduk di rumah tokwan agama asal mungkin benda ini akan berlaku di sebaliknya. Jadi, saya mohon kepada kerajaan untuk mengambil perhatian benda-benda ini sebab ini akan membawa seterusnya sampai bila-bila apabila kita tidak ambil tindakan yang sewajarnya. 5 minit dah nak ambil tang lagi ni.
Bukan 5 dah, 4 minit dah tinggal.
4 minit pulak dah. Haa tudia. Jadi ada satu dua lagi, bab getah. Jadi getah ni sebelum ni YB. Kupang duk kira getah. Hari ni Pedu ambil alih pokok getah. Jadi, memandangkan sekarang ni, YB. Bayu. Jadi memandangkan masalah ni. Kalau kita ambil kira banyak pokok-pokok getah telah ditebang dan telah diubah kepada tanaman sawit. Jadi kalau di Padang Terap ni ada tapak KLC. Tapak tu nama getah. Tiba-tiba pokok getah tak ada. Ada pokok sawit kena pindah ke sebelah Kulim ada kilang sawit, tapi di belah Pedu tak ada kilang sawit, ada tapak getah. Jadi, memandangkan apabila pokok getah orang tak minat dia berpunca. Bukan kerana macam YB. Bayu kata tadi tak ada orang menoreh 24,000 pokok getah terbiar tak ada orang memotong. Memotong ka apa nama tadi? Operator Gerah. Dia bohlah nama apa pun, jika harga getah tak bagus dan kualiti pokok getah yang tidak mengeluarkan susu yang bagus, jadi orang tak akan menoreh atau motong. Jadi saya terangkan.
YB. Tuan Speaker boleh mencelah?
Mencelah pulak dah. Dah seminit dah.
Ada dua minit lagi, silakan YB. Bayu.
Boleh mencelah. Terima kasih YB. Tuan Speaker dan juga YB. Pedu. Saya nak kongsilah pandangan dan juga bertanya soalan berkenaan. Bersetuju tak YB. Pedu jika kita syorkan kepada pihak kerajaan Kedah berkerjasama dengan persatuan-persatuan yang berkaitan getah untuk memantau pengiraan harga getah SMR20 ker harga di ladang iaitu harga KGK kepada harga KGB kerana pihak kilang memainkan harga yang tidak munasabah?
YB. Pedu, seminit lagi!
Semenit. Terima kasih kepada YB. Bayu. Saya menyokong cadangan YB. Bayu. Cuma nak tambah apa yang YB. Bayu sebut benda itu. Jadi getah ini bukan orang tak minat cumanya kebelakangan ini saya memohon kepada LGM dan RISDA, supaya cari jalan buat benih getah tu. Benih getah kalau dulu 600, 235, 260. Susu banyak susu pekat yang boleh menjadikan harga tinggi pasal kepadatan susu pekat yang boleh menjadikan harga tinggi pasal kepadatan susu dia. Tapi apabila benih turun sampai ke 2001, 2002, hak terbaru ini, tanam 3 bulan dah tak pucuk lagi. Kalau hak dulu, sekali pucuk, orang panggil, kalau orang Bayu panggil satu senoh, orang Pedu pun bersama lah. Dia sekali naik 3 kaki, jadi setahun dia boleh naik sampai 10 kaki. Tapi getah apa orang panggil cantuman lah ni mungkin tidak dipantau dengan sebaik mungkin. Mungkin dia jadi benda-benda yang tidak berkualiti. Lembu yang kecil kita boleh jadikan lembu itu sado. Pasal pokok getah kita tak boleh kaji supaya pokok getah yang toreh sehari boleh 300 gram. Boleh meningkat kepada 600 gram. Kalau sepokok 600 gram Bayu, boleh berapa puluh kilo?
YB. Tuan Speaker, boleh saya celahkan sikit?
Masa sudah pun cukup, sila landing.
Tambah sikitlah, Tuan Speaker.
YB. Kupang?
Saya minta tambah sikit lah.
Boleh benarkan YB. Pedu?
Tapi kena tambah masa.
Silakan YB. Kupang.
YB. Tuan Speaker, saya rasa setuju dak YB. Pedu kalau saya katakan bahawa Kerajaan patut kaji semula dengan kebergantungan getah sebagai komoditi peringkat negeri Kedah lah. Yang pusat saya tak tahu la. Peringkat Negeri Kedah lah. Kerana kalau kita lihat bahawa di sana ada agensi-agensi kerajaan seperti mana Lembaga Getah Negara (LGM), ada RRI, (Rubber Research Institute), ada Felda, ada Risda. Tetapi golongan penoreh-penoreh getah sejak dulu sampai sekarang, taraf hidup mereka masih dalam takuk yang lama, bahkan lebih teruk lagi daripada tahun 60-an. Jadi, adakah Kedah bercadang untuk tidak menjadikan getah sebagai komoditi negeri?
Terima kasih yang berhormat. Silakan YB. Pedu. Masa sudah pun habis.
Terima kasih YB. Kupang, jadi YB. Kupang tambah pula jadi 10 minit pula. Jadi, saya setuju YB. Kupang bagi cadangan yang bernas. Jadi saya nak sebut tadi, jika LGM atau Risda, Felda lepas semua buat kajian supaya pokok getah yang ada tores sehari 300 gram tadi meningkat kepada 600 gram. Jika dia tanam seratus pokok, 60 kilo sehari. Betul tak perkiraan tu? Jika dia beli 60 kilo sehari, kalau dengan harga pasaran RM8 ringgit, 4 kali 6, RM240 ringgit. Dia tak kena panggil operator getah dah. Dia panggil orang motong pun dia akan motong. Pasal sehari pendapatan RM200.
Kalau boleh menoreh sebulan 15 hari maknanya pendapatan dia RM3000. Maknanya orang akan mula balik kepada kebun. Apabila teknologi ataupun kaedah yang dibuat oleh LGM, Risda, Felda dan sebagainya dapat mengeluarkan susu yang banyak. Ia adalah cara untuk kita tidak orang panggil apa? Pertukaran daripada getah ke sawit tak berlaku. Felda sendiri pun, 55% dah tanam sawit. Getah dah di buang. Jadi, jika benda ini tidak di ambil teliti masa akan datang, negara Malaysia akan hanya tinggal nama getah tapi pokok getah tak akan ada sebab proses-proses begitulah. Jika benda ni ada hasil yang banyak, walaupun keuntungan dia sikit, mesti dia akan dapat pendapatan yang banyak. Kalau barang banyak, hasil dia rendah, pendapatan akan menurun. Jadi kawasan tak masuk lagi.
Terima kasih masa sudah pun lebih daripada seminit YB.
Cuma nak cerita sikit bab kawasan ini supaya ada gi ada orang kata kawasan tak sebut langsung. Jadi, 2025 Negeri Kedah akan Tahun Melawat Kedah 2025. Jadi, saya menjemputlah kepada semua masyarakat khasnya di Kedah amnya di seluruh dunia supaya pergilah ke Tasik Pedu untuk menikmati keindahan Tasik Pedu. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat YB. Pedu. Silakan Yang Berhormat Kuah.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Rakan-rakan Yang Berhormat, serta hadirin sekalian. Berdirinya saya di Dewan Yang Mulia adalah untuk penuh rasa bertanggungjawab membawa suara rakyat terutamanya dari Dun Kuah Pulau Lagenda, Langkawi. Negeri kita ibarat sebuah kanvas dilukis oleh alam dan keindahan memukau. Dipenuhi penuh warisan yang menjadi kebanggaan. Dewan Yang Mulia ini, hari ini menjadi saksi kepada langkah kita menulis lembaran baru bagi negeri Kedah yang tercinta. Negeri jelapang padi, negeri yang kaya dengan sejarah dan adat budaya kini sedang bergerak ke hadapan di bawah semangat The Greater Kedah. Semalam Yang Amat Berhormat Jeneri selaku Menteri Besar Kedah telah membentangkan Bajet Negeri Kedah 2025. Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri, Pasukan Penyediaan Bajet Negeri Kedah 2025, Pegawai Kewangan Negeri dan Agensi-Agensi Kerajaan yang telah bertunggu lumus untuk menyiapkan Bajet Negeri Kedah 2025.
Tema bajet “Negeri Kedah Erat Sejahtera 2025” bukan sekadar ungkapan. Ia adalah azam untuk menjadikan negeri ini bukan hanya hebat di mata rakyat tetapi disegani di persada dunia. Tahun melawat Kedah 2025, peluang memacu keunggulan. Tahun 2025 adalah peluang emas untuk menjadikan Kedah sebagai tumpuan dunia melalui tahun melawat Kedah. Saya menyambut baik inisiatif ini, Kedah ibarat permata tersembunyi yang menanti untuk digilap. Pulau Langkawi misalnya adalah cerminan hikayat lama permata lagenda yang tidak pudar di uji oleh zaman. Pulau Langkawi yang menjadi mahkota permata negeri ini akan terus menjadi tumpuan dunia. Tetapi usaha kita tidak terhenti di sini. Negeri Kedah ini dari Tanjung Dawai sehingga ke Bukit Kayu Hitam adalah sebuah puisi alam yang indah penuh bermakna dan keajaiban. Namun promosi tahun melawat Kedah 2025 bukan hanya tentang Pulau Langkawi. Seluruh negeri Kedah ini penuh dengan keunikan yang mampu menarik perhatian.
Misalnya, Gunung Jerai, mahligai alam yang mencakar langit. Gunung Jerai ibarat takhta raja yang memerintah negeri. Hijaunya hutan di lereng-lereng mengimbau rasa tenang dan puncaknya menjadi saksi kepada pelbagai tamadun yang pernah berdiri megah di sini. Saya mencadangkan jika ada peruntukan tambahan untuk naik taraf pusat pelancongan Gunung Jerai termasuk laluan mendaki dan kemudahan penginapan.
Seterusnya, Pekan Rabu. Pekan Rabu merupakan jantung tradisi orang Kedah. Jika Gurun Jerai adalah takhta, maka Pekan Rabu adalah nadinya. Di sini, pelancong dapat mengenal seni budaya dan hasil tangan rakyat Kedah. Bajet ini harus memberikan inisiatif kepada peniaga kecil untuk memastikan warisan kita terus dipelihara.
Kota Kuala Kedah, Simbol Ketahanan Dan Keberanian. Kota Kuala Kedah adalah lambang keberanian rakyat Kedah dalam menghadapi penjajah seperti benteng yang kita pernah melindungi negeri. Saya mencadangkan jika ada bajet khas untuk memulihara kota ini sebagai destinasi interaktif dengan menggunakan teknologi seperti reality maya yang menghidupkan detik – detik pertempuran silam. Pentempuran silam seperti mana yang telah dilakukan di Pulau Langkawi, Forest City. Baru-baru ini Exco Pelancongan kita telah mengadakan lawatan di sana. Boleh ambil contoh di Forest City. Maaf. Okey. Maaf, maaf.
Ok seterusnya Tasik Pedu. Permata Air Yang Tenang. Tasik Pedu ibarat cermin alam memantukan kenyataan keindahan Kedah yang sebenar. Saya menyeru agar bajet ini diberi perhatian kepada eco pelancongan di kawasan ini termasuk kemudahan sukan air, Boleh buat sukan air kat situ. Penginapan ecotourism dan program pemulihan Biodiversity. Tempat saya, Pulau Langkawi dan tempat Tuan Speaker. Permata legenda yang perlu dimartabatkan dalam menyelesaikan cabaran dan memanfaatkan potensinya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pulau Langkawi adalah mahkota Negeri Kedah. Tetapi mahkota ini tidak boleh dibiarkan berdebu. Setiap keindahan pasti ada duka dan disebalik tabirnya. Pulau Langkawi juga menghadapi pelbagai isu yang memerlukan perhatian segera. Antaranya kos sara hidup yang tinggi. Kehidupan ini pula tidak seindah dengan gambarannya. Harga barang asas di Langkawi adalah antara yang tertinggi di negeri ini. Kos barang asas lebih tinggi kerana pergantungan kepada pengangkutan RORO dan Feri. Saya mencadangkan jika ada subsidi khas kepada pengangkutan barang ke pulau serta insentif kepada peniaga-peniaga kecil yang melibatkan keperluan asas rakyat.
Selain itu, bekalan air yang bersih. Air adalah sumber kehidupan namun di Langkawi. Bekalan air bersih sering terganggu. Isu bekalan air bersih yang terus menguji kesabaran penduduk pulau. Saya menyeru agar pertukaran segera diberikan untuk menaik taraf infrastruktur air di Pulau Langkawi. Jika inginkan Pulau Langkawi kekal sebagai destinasi antarabangsa, ini adalah langkah wajib, bukan lagi pilihan. Saya mencadangkan jika ada peruntukan khas bagi pembinaan sistem takungan air baharu serta teknologi seperti pemprosesan air masin yang lebih moden. Semalam juga, Yang Amat Berhormat Jeneri telah mengumumkan dalam pembinaan bajet Negeri Kedah, kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM42 juta bagi projek pembaikan paip dasar laut sedia ada dari Tanah Besar ke Pulau Langkawi. Terima kasih.
Seterusnya perumahan mampu milik. Di Langkawi generasi muda menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah. Saya mencadangkan jika ada peruntukan bagi projek rumah mampu milik di Langkawi, di kawasan yang strategik di pulau dengan harga yang benar – benar mampu dimiliki oleh rakyat biasa di Langkawi terutamanya golongan muda yang berkeluarga.
Cadangan untuk masa hadapan, bagi Pulau Langkawi sebagai pulau pintar. Yang Berhormat Tuan Speaker Langkawi tidak boleh hanya dijadikan sebagai pulau pelancongan, ia harus dijadikan sebagai pulau maju dan pintar. Oleh itu, saya mengusulkan transformasi digital jadikan Langkawi sebagai model pulau pintar dilitasi dalam pengurusan pelancongan, sistem keselamatan dan kemudahan awam akan meningkatkan daya saing kita di peringkat global.
Selain itu, Langkawi juga boleh dijadikan sebagai pusat penyelidikan marin. Wujudkan sebuah pusat penyelidik marin bertaraf antarabangsa di Langkawi untuk mengkaji dan melindung ecosistem laut. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar, menjadi tarikan pendidik dan pelancong antarabangsa.
Selain itu, dijadikan sebagai event serta dengan izin, karnival atau pesta tahunan di Langkawi. Langkawi harus mengeratkan keindahan budayanya. Karnival atau pesta Langkawi yang dianjurkan secara tahunan dapat memperkenalkan budaya, seni, makanan dan tradisi tempatan kepada pelancong.
Sebagai contoh, pada baru ini, cuti Deepavali, di Langkawi, terdapat seorang anak muda Langkawi bernama Faiz Aizif telah menganjurkan Pesta Orkid Festival di Langkawi, di mana telah mendapat sambutan yang luar jangkaan dan menghidupkan malam-malam cuti di Pekan Kuah.
The Greater Kedah, “Memacu Potensi Negeri Kedah Secara Menyeluruh”. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk menjadikan Tahun Melawat Kedah 2025 benar-benar berjaya, kita perlu memastikan semua daerah turut mendapat manfaat, antaranya Kuala Kedah pintu bersejarah. Jadikan Kuala Kedah sebagai hub pelancongan maritim yang menghubungkan pelancong ke Pulau Langkawi, Pulau Tuba, Pulau Payar dan Pulau Perak yang juga dikenali sebagai Tukun Perak. Sambil memperkenalkan budaya maritim Kedah. Yan, “Pemata Desa Yang Damai”. Daerah Yan yang terkenal dengan air terjun dan sawah padi adalah nadi kepada pelancongan desa. Saya mencadangkan insentif kepada pengusaha anak desa dan program agro pelancongan untuk menunjukkan keunikan Yan. Baling, “Lembah Sejarah Dan Alam”. Bukit bukau dan gua-gua di Baling menyimpan pelbagai rahsia dan sejarah. Kita perlu melabur dalam membangunkan pelancongan di kawasan ini sambil memastikan keindahan alam semulajadi tidak terjejas. Saya juga ingin mencadangkan untuk menjadikan Kedah lebih cemerlang.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin mengusulkan beberapa cadangan tambahan untuk memastikan Visi The Greater Kedah menjadi realiti. Antaranya dalam sektor pelancongan, mengembangkan produk pelancongan baru antaranya memperkenalkan budaya pelancongan budaya melalui karnival seperti dengan izin Kedah Ethnic Heritage Festival yang mempamerkan tradisi bagi semua kaum di negeri Kedah. Selain itu, program pelancongan sukan juga, sukan air antarabangsa boleh dibuat di Tasik Pedu dan juga di Pulau Langkawi yang berperingkat antarabangsa.
Selain itu, penguat kuasaan tempatan, inisiatif tambahan juga untuk peniaga kecil seperti inap desa, produk kraftangan dan makanan tradisional untuk memastikan rakyat untuk menikmati limpahan ekonomi pelancongan. Semalam, Yang Amat Berhormat Jeneri telah mengumumkan Kerajaan Negeri Kedah telah menyediakan peruntukan sebanyak RM300,000.00 dalam bentuk geran dan bantuan kepada pengusaha inap desa atau homestay dengan izin, pemandu pelancong dan badan bukan kerajaan atau kelab yang menganjurkan program yang berkaitan Experience Kedah sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Jeneri atas peruntukan tersebut. Sebagai tambahan, kalau boleh Yang Amat Berhormat Jeneri, Kerajaan Negeri memperuntukan bajet tambahan kepada pejabat daerah untuk event – event Tahun Melawat Kedah 2025 di Langkawi. Selain penganjuran event ini telah dilakukan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi LADA. Terima kasih LADA. Sebagai penutup, cepatnya. Sebagai penutup Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri kita ini ibarat puisi alam yang indah dari Puncak Gunung Jerai. Sebagai baiknya..
Alang – alang nak habis dah boleh tanya soalan.
Silakan YB. Pengkalan Kundor.
Yang Berhormat YB. Kuah, alang – alang bercakap tentang pelancongan. Saya ingin bertanya sama ada yang berhormat bersetuju, kenyataan Menteri Pelancongan bahawa tindakan menurunkan papan tanda dwi bahasa iaitu yang mempamerkan bahasa yang bukan Bahasa Malaysia adalah imej autoritarian terkebelakang dan akan menjejaskan pelancongan. Dia setuju saya katakan bahawa usaha kita menarik pelancong daripada negara luar ini jangan sampai menghilangkan identiti negara kita, iaitu Bahasa Malaysia
Silakan Yang Berhormat Kuah.
Saya bersetuju dengan YB. Pengkalan Kundor, di mana sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia, kita kena mengetengahkan identiti kita tanpa menidakkan unsur-unsur yang boleh kita orang kata apa seperti dijajah di peringkat… Dia macam inilah, orang masuk rumah kita jangan orang buat rumah kita macam rumah depa lah. Macam tu senang nak cakap.
Ok 5 minit lagi YB. Kuah. Sila landing.
Ok Baik
YB. Gurun bangun. Silakan.
Yang Berhormat Speaker. Saya ingin mencadangkan baru-baru ni Langkawi adakan Le Tour d’ Langkawi. Jadi di sini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan selepas ini ambil langkah inisiatif supaya garisan penamat di buat di Langkawi. Sebab sebelum ini, garisan permulaan berlaku di Langkawi. Jadi peserta dan pengurusan pelumba – pelumba itu tidak sempat untuk berkunjung dan bershoppinglah dengan izin di Langkawi ini. Jadi alangkah baiknya kerajaan negeri membuat penamat di Langkawi. Sekian. Terima kasih.
Silakan YB. Kuah.
Saya amat bersetuju dengan YB. Gurun. Di mana sedara tradisi sebelum ini sejak penganjuran Le Tour de Langkawi. Langkawi adalah tempat permulaan bagi event tersebut. Saya bersetuju dengan YB. Gurun apabila diubah sedikit tradisi itu, Langkawi menjadi tempat penamat bagi Le Tour de Langkawi, sekaligus dapat memberikan para pelumba ini meluangkan masa lebih banyak di Langkawi dan spent dengan izin untuk dia melancong dan berbelanja di Langkawi dengan lebih lama lagi lah. Ok ada lagi yang nak mencelah? Ada lagi 3 minit?
Sila landing YB.
Ok kalau tak ada lagi saya nak gulung lah. Ok jika bajet ini disusun dengan rapi dan visinya jelas dan semangat yang menyala saya yakin Tahun Melawat Kedah 2025 bukan sahaja akan memperkukuhkan ekonomi negeri.
YB. Speaker minta pohon mencelah.
Okey boleh, boleh.
Silakan YB. Bayu.
Terima kasih Yang Berhormat Kuah. Yang Berhormat Speaker, Baling dipilih sebagai eco pelancongan di Negeri Kedah. YB. Kuah bersetuju tak pihak kerajaan memberi bajet yang lebih sedikit untuk pembangunan pelancongan di daerah Baling?
Silakan YB. Kuah.
Terima kasih YB. Bayu, secara peribadi saya bersetuju, tetapi jangan la lebih daripada Langkawi. Langkawi ini dah kita anggap sebagai mahkota negeri Kedah. Ok saya gulung nah. Dengan The Greater Kedah sebagai panduan, marilah kita berganding bahu untuk memastikan Kedah tidak menjadi kebanggaan rakyatnya sahaja, tetapi juga menjadi mercu tanda keunggulan di mata dunia. Saya dengan ini menyokong penuh pembentangan bajet Negeri Kedah yang bertemakan Erat Sejahtera 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Behormat Adun Jeneri.
Sekian, Wa Bilah Taufiq Dan Wa Ridaya. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Bukit Lada. Silakan YB.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirrahmanirrahim. Salatu Wassalamu Ala Rasulil Amin. Waa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma'in. Subhanaka La Ilma Lana Illa Ma Allamtana Innaka Antal Alimul Hakim. Wa La Hawla Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Yang Amat Behormat Jeneri. Seterusnya pegawai – pegawai kerajaan. Tuan – tuan dan Puan – puan. Serta pemerhati yang dikasihi sekalian. Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada yang Yang Amat Behormat di atas ucapan bajet yang kita lihat dalam buku bajet kita ini. Dari nombor 1 sampai 184 point yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat kepada kita semua. Dan kita mengharapkan bahawa kita dapat menghadam apa yang ada dalam buku ini sebagai tawaran kepada rakyat.
Saya mulakan dengan point yang pertama iaitu dimulakan dengan
يَـ ٰٓأَيُّهَا ََٱلَّذِين َ ءَامَن وا ََل َ تَخ ون وا ََ َّٱّلل َوَٱلرَّس ول َ وَتَخ ون وٰٓ ا َْأَمَـ نَـ تِك م َْوَأَنت م ََتَعْلَم ون
Iaitulah firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul. Dan janganlah kamu mengkhianati amanah yang telah dipercayakan ke atas kamu. Sedangkan kamu mengetahui salahnya perbuatan khianat.”
Jadi Yang Amat Berhormat memulakan dengan hidayah Al-Quran memulakan dengan suatu pengajaran kepada kita semua bahawa suatu tugas yang diberikan kepada kita ini adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang akan disoal. Dan kita mesti ingat bahawa perjalanan kita bukan setakat di dunia tetapi perjalanan kita bukan setakat di dunia Tetapi perjalanan kita Akan menuju ke suatu alam Yang lebih jauh Iaitu alam akhirat. Amat tidak baiklah sekiranya kita tidak sedar bahawa apa yang kita lakukan itu semuanya akan dinilai Dan dihisap oleh Allah SWT.
َِوَق ل َ ٱعْمَل وا َفَسَيَرَى َ َّٱّلل َْعَمَلَك م وَرَس ول ه ۥ ََوَٱلْم ؤْمِن ون َ ۖ ََوَسَت رَدُّون َ إِلَى َِعَـ لِم َِٱلْغَيْب َِوَٱلشَّهَـ دَة فَي نَب ِئ ك م بِمَا َْك نت م ََتَعْمَل ون
“Beramalah kamu nescaya apa yang kamu lakukan itu akan dilihat oleh Allah dan Rasulnya dan pada orang beriman.”
ََوَسَت رَدُّون َ إِلَى َِعَـ لِم َِٱلْغَيْب َِوَٱلشَّهَـ دَة
“Dan kamu semua akan dikembalikan kepada Allah yang mengetuai perkara yang gaib dan perkara yang syahadah.”
فَي نَب ِئ ك م بِمَا َْك نت م ََتَعْمَل ون
“Dan akan dibentangkan di hadapan kamu apa yang telah kamu lakukan.”
Saya bersetuju dengan sahabat kita yang menyebutkan tentang ada satu usaha di negeri Kedah ini untuk membongkar. Itu satu perkara yang tajuknya baik, bongkar, kalau lah pembongkaran itu satu perkara yang betul itu satu perkara yang tidak ada masalah.
Tetapi dalam Islam mengajar kita supaya kita mesti ingat. Kalau lah kita menutup aib seorang Allah Ta'ala akan menutup aib kita. Tambah lagi lah kalau lah pembongkaran itu satu pembongkaran yang tidak berfakta dan sebagainya, maka tunggulah kita akan jawab di hadapan Allah SWT. Bayangkan apa yang disebutkan sebagai satu bongkar, pembongkaran. Tetapi apabila kita meneliti dan melihat Tiada-tiada bongkaran yang dibukakan melainkan membongkarkan kebodohan yang ada pada individu itu sendiri yang tidak tahu tentang hukum dan sebagainya.
Jika perkara itu halal, kenapa diharamkan? Jika perkara itu haram, kenapa nak dihalalkan? Maka cara yang terbaik ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita itu satu perkara yang sangat perlu dibangga kerana dengan persetujuan keluarga dan sebagainya. Sedangkan kita tahu ada pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang melalui jalan-jalan hitam. Semua orang tahu. Jadi, lebih baik kita cari satu jalan yang terbaik. Maka semua ini akan disoal dan dihisap oleh Allah SWT. Itu yang pertama.
Yang keduanya ialah point berkenaan dengan banjir. Iaitu saya melihat antara tempat yang paling teruk menerima banjir ni Pokok Sena lah. Dan awal yang menerima banjir ialah Pokok Sena. Tapi yang turun hujan di Padang Terap. Turun lah dari Padang Terap, maka kami Pokok Sena tunggu siap dah. Padang Terap, sebenarnya. Mai Padang Terap tu hujan turun lebat, maka Pokok Sena kena tunggu dah. Di Derang tu kena tunggu siap dah. Ini kali pertama gelombang sampai tiga kali gelombang.
Soalan yang saya kemukakan dalam soalan lisan dijawab gelombang pertama melibatkan 10,472 orang. Dan gelombang yang kedua 2,755. Gelombang yang ketiga 4,480. Dan menyebabkan ada daripada KL datang main kerana nak bantu Kedah. Kerana waktu tu MB kita ada di Jepun. “Muka ni juga nak kena mai tolong.” Ayat tu. Ayat tu rakyat Kedah tunggu, rakyat Kedah dengar.
Ucapan-ucapan bongkak. Ucapan-ucapan yang menunjukkan bahawa tidak ada bentuk sebagai seorang pemimpin. Sepatutnya kita perlu melihat bahawa bencana yang berlaku ini dia bukan perbuatan manusia. Apabila perkara ini berlaku di Selangor barulah kita tahu di mana hari Ahad dan di mana hari Isnin.
Kerugian yang melibatkan RM12 juta iItu kalau kita lihat kepada kerugian rumah saja. Tapi kalau kita melihat kepada bencana ini berlaku kepada tanah padi dan sawah. Melibatkan 5,955 hektare. Menyebabkan 4,700 orang pesawah dan kerugian nilai sawah saja, bendang saja, RM31.5 juta. RM31.5 juta orang-orang yang buat bendang ini rugi. Jadi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Balik saja sampai daripada Jepun. Tak balik rumah. Kami ini duduk di rumah. Tunggu-tunggu kata Yang Amat Berhormat MB nak mai dah. Ingatkan balik singgah rumah dulu la. Kan? Hat dua ni.
Tapi tak tinggal rumah. Terus Main ke Derang, tak balik berhenti rumah. Terus mai Derang pukul 9-10 gutulah. Pukul 11 malam sampai dekat dengan Derang bawa kutiaw lah Alhamdulillah. Orang itu duk tunggu nak makan, kemudian sampai pukul 1. Tu, di sekolah Derang tu nak jumpa juga MB. Kami tak apa kami nak jumpa juga MB. Pukul 1 MB pi juga. Pukul 1. Habaq kat MB kata, esok tak payah mai lah kalau mai malam ni dah kan. Pukul 1 MB pergi jumpa.
Alhamdulillah rakyat teruja dengan apa yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Dan bayangkan negeri yang susah boleh bagi kepada rakyat RM1,000. Penang kaya tapi tak bagi. Malu-malu, kita sangat malu. Negeri yang kaya tak bagi. Tapi kita negeri yang susah bagi dan nilainya ialah, saya dapat maklumat, lebih kurang RM3.5 juta. Bayangkan, 3.5 juta untuk pemberian RM1,000 dan RM3 juta pemberian untuk makan-makan di tempat yang diduduki oleh mangsa-mangsa kita ini.
Jadi, saya ucapkan terima kasih di atas keperhatinan ini dan semua ini dilihat oleh rakyat. Dan saya mengucapkan Tuan DO kami yang tiap-tiap hari duk ada di tempat pusat latihan dan bawa garam belacan pula untuk makan macam-macam. Penghulu, MKK dan NGO, Jabatan Amal Khidmat Malaysia. Saya nak sebutkan Jabatan Khidmat Malaysia ini yang tak dibenarkan masuk ke sekolah itu dia telah membuat satu kerja yang sangat baik. Jumlah mangsa yang disantuni 9,731 mangsa. Pertugas 4,592 pertugas daripada Khidmat Malaysia dan pek makanan dengan bakul makanan 23,000 sumbangan daripada merata. Dan cuci rumah dan sekolah pejabat, semuanya 893 buah. Ni tak dibuat oleh orang biasa ni satu NGO kita khidmat Malaysia, saya ucapkan terima kasih dan tahniah di atas usaha yang dilakukan semoga Allah Ta'ala mengganjari semua ini.
Kemudian, dalam bajet kita ini berkenaan dengan Kedah sebagai satu negeri kebajikan. Dalam pembentangan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat kepada kita iaitu, pertamanya ialah waktu banjir. Macam kita sebutkan tadi, waktu banjir RM3.6 juta kepada 3,621 mangsa. RM3 juta untuk makan dan minum. Itu yang pertama.
Yang keduanya, perkampungan desa sejahtera. Ini suatu inisiatif baru yang sangat baik dan sangat dialu-alukan bahkan orang tak larat lagi nak jawab. Orang duk telefon nak daftar macam mana. Sebab yang ada 1,200. Yang ada 1,200 ja. Bukit Lada ni saya tengok ada Lebih kurang 63 plot. 63 plot di Bukit Lada dan iaitu di Kampung Kubang Lerek dengan Pokok Pauh dan saya harap nombor 2 selepas Padang Terap tu mai Bukit Lada. Pi rasmi Bukit Lada. Dan saya mengharapkan kerjasama yang baik dengan pihak zakat insyaallah kalau boleh. Maknanya pihak zakat boleh kita bagi nama itu dan pihak zakat boleh bagilah kita tak berapa biji pun, boleh dapatkan rumah-rumah terus. Bukan setakat dapat tanah sahaja, tapi dapat rumah sekali yang kita harapkan.
Melalui kerjasama dengan pihak Pejabat Daerah, iaitu melalui Fokus Group, kita tengok yang miskin tegar itu yang betul-betul miskin, dan kita mengharapkan mereka ini boleh diletakkan di tanah Perkampungan Desa Sejahtera ini. Kemudian yang sesudahnya…
6 minit lagi YB.
Ya?
6 minit lagi.
Oh dah 6 minit.
Ya?
InsyaAllah dan kot. Kemudian iBAKIPT. Iaitu satu inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada anak-anak kita. Anak-anak kita yang melanjutkan pelajaran. Saya rasa negeri Kedah saja yang bagi dua. iBAKIPT dengan tabung Tunku Mahmud. iBAKIPT ini melibatkan 4,824 orang pelajar dan RM1.4 juta telah pun habis. Kalau ikut jawapan yang diberikan kepada saya ini iaitu permohonannya ialah 8,000 orang. Tapi terpaksa, terpaksalah kerana bajet kita sedikit sahaja. Itu pun melebihi daripada bajet yang awal RM1 juta, tapi saya tengok ada RM1.4 juta dah. Itu di iBAKIPT.
Kemudian, Tabung Tengku Mahmud yang diaktifkan pada 2023. Sekarang ini tak sampai 2 tahun tapi telah belanja lebih daripada 4 juta. Dan dulu MB bagi sampai RM3,000, RM4,000 ada yang dapat RM5,000. Kali ni MB kata kena bagi RM1,000, RM1,000 setengah kerana terlalu ramai orang minta dan MB pun dalam ucapan beliau nampak ada sikit sedih kerana dengan bagaimana pengorbanan orang-orang yang sanggup berkorban untuk memberikan khidmat kepada kita di negeri Kedah ini, orang-orang kaya dan insyaAllah kita mengharapkan insan-insan yang ada duit dan sebagainya boleh datang bantu negeri Kedah ini insyaAllah.
Dan saya mohon juga untuk pihak kerajaan mempertimbangkan. Ini permohonan daripada Cikgu KAFA. Dia kata zaman Tan Sri Ustaz Azizan naik kat kami bagi jadi RM 160. Dia kata. Jadi dah 2008 sampai la 16 tahun lah. Kalau boleh YAB tengok sikit Naik RM40 pun tak pa dah. Jadi RM200 untuk bantu cikgu-cikgu KAFA kita. Yang sangat berperanan untuk bantu anak-anak kita.
Kemudian, yang seterusnya kebajikan MKK. MKK kita ni masyaAllah. Buat kerja ni ya Allah kita pun tak tahu nak nilai. Waktu banjir tu kita boleh tengok lah. Dia pun ni pakai tak balik lah. Pakai tidur sekali dengan mangsa-mangsa banjir. MKK kita iaitu elaun pengerusi RM500 kemudian setiausaha RM300. Kan? Yang terbaru ni, dia mai jumpa saya pula. Nak buka pusat aduan. Saya kata, hampa ada duit kan nak buka ni? Kan? Dia kata, kami nak buka. Tak apa, tak apa. Tu hampa nak ambil duit mana nak bayarkan orang? Dia kata, Ustaz, kami bagi seorang RM100. La Ilaha Illallah. Ambil duit daripada seorang RM100, pergi cari orang kerja duduk di pusat khidmat. Saya kata janganlah. Ambik sikit dah la buat sehari dua sudah. Jadi semangat mereka untuk nak beri khidmat kepada rakyat.
Yang ini pun kita harap pihak kerajaan boleh pertimbanglah supaya dapat dinaikkan sikit elaun yang akan diberikan kepada MKK kita insyaAllah. Kemudian yang seterusnya berkenaan dengan GLC. GLC kerajaan negeri ini saya mengharapkan GLC kita ini dapat, saya tengok baru ini PKNK. Saya ucapkan syabas dan tahniah mengeluarkan zakat hampir RM3 juta. Kalau RM3 juta berapa pendapatan? Tentulah pendapatan yang lebih banyak kerana 0.25 itu RM3 juta dah. Jadi, maknanya pendapatan yang banyak dan kita mengharapkan GLC – GLC kita ini akan menjana pendapatan yang banyak dan boleh membantu rakyat. Saya dapat maklumat daripada pihak PKNK Hotel yang target kali ini dapat keuntungan lebih daripada RM30 juta, di Gunung Jerai orang koi ramai naik dan sebagainya dan semua ini ucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak PKNK yang tak lupa dengan pusat khidmat. Waktu berlaku banjir inilah mereka bawa bantuan bagi dekat kita dan saya rasa ini satu yang sangat baik. Kalau sebelum ini, mereka pakai bagi masing-masing saja. Orang pun tak nampak apa yang dilakukan oleh mereka.
1 minit lagi YB. Boleh landing.
Usaha ini sangat baik lah! Tak pa saya nak landing dah. Terima kasih. Jadi saya rasa itulah yang dapat saya sampaikan, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan lebih-lebih lagi kepada Yang Amat Berhormat di atas ucapan bajet ini. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lada. Dan seterusnya Yang Berhormat Tokai.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah Alhamdulillah Washolatu Wassalamu Ala Rasulillah Mantabi'ahu Wa Nasarahu Wa Walah. Terima kasih Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Rakan-rakan Exco. Rakan-rakan Adun. Seterusnya Pegawai-Pegawai Yang Berhormat SUK. Pegawai Kewangan dan juga Penasihat Undang-undang. Seterusnya Pegawai-Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Kerajaan baik pusat ataupun negeri, dan hadirin hadirat pemerhati. Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian.
Jadi, alhamdulillah saya mengambil kesempatan pada petang ini untuk mengesyorkan beberapa perkara berhubung dengan bajet yang telah diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam. Kelmarin la noh Pedu noh. Oh YB. Pedu tak ada.
Saya merasa begitu insaf dengan ayat Anfal 27 yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin berhubung dengan khianat yang akan kemungkinan memberikan 1 impak yang besar di atas tugas – tugas yang kita laksanakan. Di dalam ucapan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajan dan juga pegawai – pegawai yang telah mentadbir negeri Kedah sepanjang yang ada sehingga ke hari ini yang mencapai satu pencapaian yang memberansangkan. Kedah menerima sijil tanpa teguran penyata kewangan 2023 yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. Badan Berkanun Kerajaan Negeri dan PBT juga menerima pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa. PTG, JPS, JKM, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, 10 PBT diberi pengiktirafan 5 bintang.
PBT seperti di Kubang Pasu, Majlis Pembandaran Kubang Pasu menjadi johan kepada cashless cukai pintu bagi kategori PBT dan Majlis Daerah Pendang mendapat tempat ketiga untuk majlis daerah di dalam cashless collection ini. Tahniah kepada yang dipertua MDP Pendang. Ooo Mesti lah, DO kita. Dan juga 8 PBT Kedah menerima anugerah MurniNet 2.0 peringkat negeri Kedah yang dianugerahkan oleh Plan Malaysia.
Dan juga terima kasih yang amat besar kepada SUK, Pejabat SUK yang telah mendapat lima bintang anugerah khas keselamatan pelindungan 2023. Tahniah pejabat SUK. Dan juga saya ingin mengucapkan jazakallah khairul jazak kepada CEO Zakat yang telah banyak membantu sebelum kita menghadapi banjir hari itu, kami di Daerah Pendang menerima bencana ribut.
Alhamdulillah, Lembaga Zakat melalui pegawai-pegawai zakat telah pun membantu membaiki rumah-rumah yang rosak. Dan mereka memberi bantuan maksima RM15,000 untuk membaiki rumah-rumah yang rosak ini. Terima kasih Lembaga Zakat Negeri Kedah. Terima kasih daun keladi, lepas ni kami mintak bagi lagi la noh. Dan untuk makluman CEO Zakat, ada lagi yang masih lagi ketinggalan. Mungkin 2 3 rumah lagi dan saya dah pun menghubungi mereka – mereka yang berkenaan di pejabat zakat. Jadi tuan CEO, Dato Ya kena hubungi baliklah mereka-mereka ini.
Jadi tuan-tuan, ahli-ahli yang berhormat yang dihormati sekalian. Saya diberi arahan untuk membicarakan dua tajuk iaitu kesihatan dan pasaipa beras takda. Banyak dah sebut pasai beras takda ni. Saya kata saya tak mahu kelai dengan Mat Sabu, kawan baik. Tapi oleh kerana amanah ni diberikan kepada saya, kena cakap jugalah. Saya ingin memulakan ucapan berhubung dengan beras ini. Walaupun hari-hari kita makan beras, tapi rasa sedih juga. Sebab apa yang kita makan ini tiba-tiba menjadi beras import.
“2025 Tahun Melawat Kedah, Menunggu Pelancong Ramai-Ramai Datang, Malangnya Nasib Dua Tahun Sudah, Padi Yang Kita Tanam, Tiba-Tiba Beras Hilang”.
Beras tempatan hilang, tuan-tuan, ahli-ahli yang berhormat yang dihormati sekalian. Kita ada 118,000 hektar tanaman padi, ada sawah padi. Di kawasan MADA, kita ada 57,635 petani dan dibedakkan kepada 27 PPK. Kebanyakan ladang ada sawah padi kita ni ada di prime area. Jitra selalu sebut ni. Dan kita membekalkan 44% padi negara. Mungkin yang lebih tu di Selangor lah kot lah, Sekincan, di Perak, Krian dan Terengganu, Kelantan serta Perlis. Dan kita mempunyai teknologi penanaman padi yang agak kita kata moden lah, kalau dulu kita guna kerbau tapi hat tu dah tinggal sejarah. Mungkin anak-anak kita tak tahu kerbau tarik tenggala macam mana. Kalau pi muzium padi boleh tengok lagi benda-benda macam itu.
Yang Berhormat Tuan Speaker. mohon mencelah.
Tak dan masuk lagi. Bagi masuk dulu baru mencelah. Sila, sila.
Silakan YB. Lunas.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Tadi YB. Tokai ada cerita bab beras. Jadi saya pun kena masuk juga. Pasai beras ni kita semua makan. Setuju atau pun tidak saya katakan Yang Berhormat Tokai bahawa masalah beras ni berlaku disebabkan ada pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menyorokkan beras tersebut. Dan beras-beras ini hanya akan ada bila sampai musim, sebagai contoh, pilihan raya kecil. Bila sampai pilihan raya kecil, beras itu terus jadi murah dan ada banyak. Dan ini ada bukti berlaku di banyak tempat dalam kawasan-kawasan pilihan raya. Silakan Yang Berhormat.
Silakan, Yang Berhormat Tokai.
Saya ingat saya tak akan sambung kot noh. Saya masukkan itu sebagai sebahagian ucapan saya. Habis dah kot bab tu kot.
Sebenarnya Ahli – Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Beras ni ada. Saya berjumpa dengan pekerja di kilang beras. Saya tak mau sebut la di mana nah. Saya kata macam mana hampa dok kerja di kilang beras ni betoi ka beras kita tak ada. Dia kata, padi itulah yang bawa mai ke kilang kami kami kisar jadi beras. Hat itulah kami masuk sumpit. Itu pasal apa jadi beras import? Dia kata, toke suruh boh beg beras import. Itu sebenarnya berlaku tuan-tuan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang dihormati sekalian. Usaha kita ni macam-macam. Kita nak buat 5 kali 2 tahun lah. Kita pergi melawat Surabaya sampai setahun 3 kali. Di Vietnam setahun empat kali tanam padi. Kita nak ikut, kita nak tiru. Petani kita siang malam, basah seluar, basah baju duduk dalam bendang. Tetapi bila padi masuk ke kilang, keluar mai kat kita, rakyat namakan jadi beras import. Kalau dulu lima kilo, RM13 jadi RM19. Sepuluh kilo, RM26 jadi RM44. Ni apa benda ni bila ditanya dalam parlimen Bang Mat kita kata, kalau kerajaan nak ada la. Oi rakyat tak nak ka. Rakyat semua makan beras juga, makan nasi juga. Rakyat pun nak juga.
Pelbagai akta dibuat. Akta 522 isu padi beras di bawah Kementerian Pertanian. Dia duk salah daripada Kementerian Hal Ehwal Pengguna pula. Kita ada tubuh NACOL, National Action Council on Cost of Living ataupun Majlis Tindakan Sara Hidup Negara. Yang jadi pengerusi dia adalah Perdana Menteri sendiri. Yang Pak Syed dari Bukit Gantang itu, dia itu hanya menjadi Ketua Petugas Khas Pemantau kepada kluster NACOL ini saja, bukan dia jadi pengerusi. Jadi dia pun bising juga, hang duk dalam itu, hang bising buat apa? Selesaikanlah masalah yang kami hadapi di peringkat bawah ini.
Jadi kerajaan bagi subsidi RM1.3 bilion untuk menjaga supaya beras ini ada, tetapi sampai sekarang beras tak ada. Ini merupakan satu kegagalan yang cukup-cukup hebat kepada Kementerian Pertanian dan juga keterjaminan makanan. Nama keterjaminan makanan tetapi tak terjamin makanan yang kita nak makan. Jadi kita merasa agak terkilan dengan apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi di negeri Kedah baru - baru ini, banyak sawah-sawah padi kita yang tenggelam, ada petani kita yang minggu depan Nak ambil dah padi tu. Dok tunggu mesin nak kerat padi ja. Tiba-tiba main banjir. Habis habis. Ranap bersama-sama dengan air banjir tersebut. Jadi ini merupakan salah satu daripada iktibar yang perlu kita beri perhatian, bahawasanya tak boleh harap dah duk di atas tu. Kena pi cepat-cepat lah.
Jadi, ahli-ahli yang berhormat yang saya hormati sekalian saya tak mahu sentuh panjang lah. Pasai banyak dah sentuh pasal isu beras ni. Isu yang kedua adalah isu kesihatan. Saya tengok dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar tu, dua klausa ja yang berhubungan dengan kesihatan ni iaitu Bantuan Pesakit Terlantar 1.5 juta, Tabung Perubatan Sejahtera RM500 ribu. Ini merupakan salah satu inisiatif yang cukup menyentuh hati masyarakat. Apabila kita turun ke dalam masyarakat, lihat anggota masyarakat, mereka-mereka yang terbaring di atas katil, memerlukan ataupun mengharapkan sumbangan daripada kerajaan ataupun kita. Jadi ini merupakan salah satu daripada pertolongan yang diberikan oleh kerajaan negeri, saya mengucapkan tahniah, terima kasih dan insyaAllah ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah SWT di atas sumbangan yang kita beri ini.
Yang keduanya ialah tentang Tabung Perubatan Sejahtera, masa saya duk tempat Kuala Ketil haritu, hari – hari saya sain borang persetujuan untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memohon sumbangan daripada tabung ini. Kita duk kata, eh apa lah depa ni. Setakat spek mata tu nak minta kat kerajaan. Setakat kasut ataupun sepatu perubatan pun nak minta kat kerajaan. Setakat kerusi roda pun nak minta daripada kerajaan. Tetapi inilah hakikat yang berlaku Tuan - Tuan Ahli -Ahli Yang Berhormat dalam masyarakat kita.
Mereka yang daif, yang tidak mempunyai kemampuan, yang duduk di lorong siam. Banyak, kalau sahabat kita dari kaum India yang duduk di lorong siam. Main, suruh sign untuk dapat spek mata ni, RM300 hingga RM400 spek mata. Kemudian nak beli kasut orang kecing manis ni, dia ada kasut khas RM300 hingga RM400 nak beli kasut tersebut. Inilah tempat yang kita boleh beri sumbangan kepada mereka.
Jadi saya mengucapkan teruskanlah sumbangan sebegini kerana ini akan dijiwai oleh rakyat di peringkat bawah sana. Jadi terima kasih kepada staff-staff di peringkat pusat kesihatan di peringkat hospital yang telah menyalurkan permohonan kepada Exco Kesihatan Kuala Ketil pada kali ini dan perhatikanlah inilah sebenarnya sumbangan yang menjiwai ke dalam jiwa-jiwa orang-orang yang memerlukan ini.
Satu lagi berhubung dengan taklimat kesihatan yang diadakan baru - baru ini oleh Jabatan Kesihatan Negeri. Apa yang menarik perhatian saya adalah berhubung dengan masalah yang disentuh oleh Jabatan Kesihatan tentang obesiti ataupun kelebihan berat badan. Jangan ada orang terasa nah. Pada 2011- 44.5%. Rakyat negara kita lah. Sebab kajian ini dibuat di seluruh negara. Dan negeri Kedah ini tak terkecuali lah. 2011 - 44.5%, 2015 - 47.7%, 2019 - 50.1%, dan 2023 - 54.5%. Maknanya lebih daripada separuh rakyat malaysia ini mengalami obesiti kelebihan berat badan. Kelebihan berat badan ini kalau kita…
Bagi laluan YB. Tokai?
Sila, sila, sila….
Silakan YB. Tanjung Dawai.
Ingin pendapat dan pandangan daripada YB. Tokai, kalau dalam ilmu tassawuf ulamak-ulamak dulu gemuk, gemuk itu tanda tenang dan bila tenang, dia makan banyak. Orang yang tak tenang, dia tak boleh makan. Sekarang macam mana?
Silakan YB. Tokai, ada lima minit lagi. Lima minit lagi.
Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Ini jangan masuklah ucapan saya nah. Isu yang saya nak bawa berhubung dengan obesiti ini adalah anak-anak kita. Bukan dewasa ini, saya tak mahu cakap banyak. Anak-anak yang kita membesarkan mereka sekarang ini berhubung dengan masalah obesiti. Amerika Syarikat menghadapi masalah dan kita pun akan menghadapi masalah tentang pemakanan proses food. Makanan yang diproses. Kita tengok di barat, hari-hari mereka makan burger. Bukan saya tak pergi makan tetapi tengok ataupun kita sebut sebagai ala kadarlah. Jangan pagi burger, tengah hari burger, malam burger ataupun pagi proses food, tengah hari proses food. Kerana proses food ini mengandungi banyak benda-benda yang boleh merosakkan kesihatan kita. Dia mempunyai lemak yang tak sihat.
Terutama sekali ada trans fat. Trans fat, amboi trans fat pula. Ataupun mempunyai saturated fat yang tinggi ini menyebabkan kolesterol meningkat dan masalah jantung bila mereka meningkat umur besok ini. Proses Food biasanya mempunyai gula yang tinggi. Kementerian kesihatan juga sekarang ni mengadakan kempen War For Sugar. Perang dengan gula. Depa tak bagi kita makan gula.
Kemudian garam yang tinggi. Gula tak boleh makan, garam tak boleh makan, jimat belanja. Semua ini adalah gejala ataupun punca kepada penyakit jantung dan juga penyakit strok. Kemudian mempunyai zat yang rendah, vitamin yang kurang, mineral dan serat yang kurang. Kemudian mempunyai aditif tambahan makanan dan juga preservatif ataupun perisa. Coloring yang tidak sihat untuk badan kita dan kebanyakannya proses food ini mengandungi kalori yang tinggi iaitu tenaga yang tinggi tetapi zat tidak ada. Awat speaker nak habis dah ka?
3 minit lagi sila landing.
Jadi saya harap kita bawa dalam jiwa kita supaya anak-anak yang kita ada yang sedang membesar ini kita gunakanlah kebijaksanaan untuk mengawal mereka. Kemudian, dari segi kesihatan juga. Saya nak menyentuh tentang Tahun Melawat Kedah 2025 ini, noh Kubang Rotan. Saya syorkan supaya di peringkat negeri kita mengadakan satu persidangan perubatan antarabangsa ataupun kebangsaan. Kita ada UniSHAMS, ada fakulti perubatan di UniSHAMS. Kita ada KMC di bawah PKNK. Kita ada MMA, Persatuan Perubatan Cawangan Kedah, kita boleh kerjasama dengan mereka ini buat satu persidangan perubatan baik peringkat kebangsaaan ataupun antarabangsa supaya, supaya ramai para-para pakar-pakar doktor boleh main ke Kedah ini, sempena Tahun Melawat Kedah dan kita letak mereka ini di Gunung Jerai. PKNK memiliki hotel di Gunung Jerai. Kita buat persidangan di Gunung Jerai. Kita bagi mereka duduk tempat yang sejuk, tempat yang enak untuk mereka melakukan persidangan.
Dan selanjutnya tentang kesesakan di hospital. Saya mengucapkan tahniah, terima kasih kepada sahabat saya di Kementerian Kesihatan sana yang telah meluluskan peruntukan untuk buat tempat parking bertingkat di Hospital Sultanah Bahiyah sedang jalan sekarang ni. Hari tu kita duk pulun nak minta parking bertingkat dan Kuala Ketil dapat kredit lah pasal ni. Kita yang pulun hari tu. Terima kasih kepada kementerian. Cuma yang saya minta lagi adalah di Hospital Sultan Abdul Halim lah. Hospital Sultan Abdul Halim ni, doktor nak pergi kerja, letak kereta tepi jalan. Kena saman selalu. Pasal tempat parking dalam perkarangan hospital sudah tidak ada. Pasal parking dia kena kerja. Parking di luar, polis mai saman. Antara yang kena saman, kereta saya. Itu ada kepentingan lah.
Ok, satu minit lagi.
Satu minit lagi. Ok, ok. Satu lagi. Nak tambah hasil Yang Amat Berhormat Dato, Seri Menter Besar kata nak tambah sampai RM1 bilion saya nak buat satu syor lah kepada YB. Jitra ni. kita ada banyak tasik, kita ada banyak tempat takungan air, Tasik Beris kita ada 12.8km persegi. Ah Ning 12km persegi. Tasik Pedu kita ada 75km persegi. Dan kita dapati banyak negara-negara yang telah menggunakan muka-muka air ini sebagai kita panggil ‘floatovoltic’. Iaitu menangkap tenaga solar yang diletakkan di atas muka-muka air. Sebab apabila kita menggunakan tanah-tanah biasa, kita telah merugikan tanah tersebut. Kita terpaksa terbang ataupun buang pokok-pokok yang ada di atas tanah. Tadi YB. Jitra menyebut tentang agrovoltaics, agrovoltaics itu tanaman kontan di bawah portosel ini. Itu satu kemudahan yang kita boleh dapati. Tapi kalau sekiranya kita menggunakan floatovoltic iaitu panel suria yang terapung ini boleh melindungi permukaan air. Boleh mencegah daripada penguapan air, boleh mencegah daripada pertumbuhan alge ataupun di dalam air tersebut boleh menjaga suhu air tersebut supaya kandungan dia itu tidak berkurangan dengan begitu cepat. Jadi ini antara perkara-perkara yang mungkin kita boleh menambah pendapatan kepada negeri kerana Kedah merupakan negeri yang menerima sinar matahari yang begitu tinggi iaitu antara 1,500 hingga 1,700 kilowatt semeter persegi satu hari.
Jadi YB. Tuan Speaker duk tengok saya pun tak sedap hati nak sambung lagi. Habis dah?
Masa sebenar sudah habis. Sudah lebih.
Saya tak mahu mengganggu ketenangan YB. Tuan Speaker, saya dengan ini juga menyokong ucapan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dengan penuh rasa terima kasih, syukur di atas pembentangan ini, sekian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi wabarakatuh. Seterusnya Yang Berhormat YB. Belantek. Dipersilakan YB.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Alhamdulillahirrahmanirrahim. Wasalatu Wassalamu Ala Sayyidina Muhammadin Ashrafin Mursalin. Wa 'Ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Rabbish Rahli Sadri Wa Yassirli Amri Wah Lul Uqdatan Min Lisaani Yaf Kahu Kauli. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar, Adun Jeneri. Barisan YB. Exco. Barisan sahabat-sahabat Adun. Yang Berbahagia Tuan-tuan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri. Para tetamu yang hadir pada petang ini dan tuan-tuan yang dihormati sekalian. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. InsyaAllah saya akan mulakan ucapan saya pada petang ini.
Pertamanya merujuk kepada The Greater Kedah. Dan selepas ini di akhir ucapan saya insyaAllah. Saya akan menumpukan sedikit sebanyak apa yang berlaku di kawasan saya di Dun Blantik. Untuk The Greater Kedah ini Yang Berhormat Speaker, kita merujuk kepada buku Ucapan Bajet Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri semalam di muka surat 4 dan muka surat 52. Hala tuju The Greater Kedah ini adalah bertujuan membawa transformasi menyeluruh pada Kerajaan Negeri Kedah. Bukan saja untuk meningkatkan daya saingnya tapi juga untuk memajukan taraf hidup rakyat. Konsep ini memerlukan perancangan strategik, pelaksanaan konsisten dan sokongan dari semua pihak. Dan kita yakin aspirasi negeri akan digerakkan secara tersusun dan teratur dan berstruktur serta mengambil pertimbangan persekitaran ekonomi global, serantau dan domestik dalam usaha memposisikan negeri Kedah ke arah negeri The Greater Kedah. Dan semua pihak harus berusaha keras untuk menjayakan The Greater Kedah.
Kita tengok sikit Yang Berhormat Speaker kedudukan KDNK sebenar dan sasaran. KDNK mengikut period pada 2019 sebanyak RM46.9. 2023 RM51.8 dan sasaran pada tahun 2035 ialah RM161.1 dan sasaran RM576.2. dan dari situ kita dapat lihat sumbangan KDNK kepada ekonomi Malaysia 3.3%, 3.3% pada 2019 dan 2023 dan meletakkan sasaran pada 2035 5.6% dan 8.8%. dan apa yang penting saya nak sebut di sini apabila kita mensasarkan kejayaan The Greater Kedah ini ialah purata pendapatan isi rumah insyaAllah dapat dipertingkatkan kalau 2019 purata pendapatan isteri rumah ialah RM5,552. 2023 RM5,550. 2035 RM14,592. Itu sasaran 2035 dan sasaran pada 2050 ialah RM50,736 Tuan Speaker. Oleh itu Tuan Speaker dan Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian Pelan Pembangunan Kedah 2035 sebagai asas kepada kerangka kerja The Greater Kedah yang merupakan tunjang utama, pelan Kedah 2035 ini merupakan tunjang utama ke arah berjaya atau gagalnya The Greater Kedah. Harus dikemas kini, disusun atur dan dilaksamakan dengan kerjasama gandingan semua pihak.
Bukan saja di peringkat pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan. Malah harus turun bersama rakyat di akar umbi untuk mereka sama-sama membantu menjayakan The Greater Kedah. Saya nak sebut sini kejayaan The Greater Kedah bergantung pada beberapa faktor utama. Seperti mana sebuah projek besar. Seperti mana sebuah inisiatif besar. Kejayaan bergantung kepada perancangan pelaksanaan, sokongan dan bantuan dari semua pihak. Faktor-faktor yang boleh menentukan kejayaan, insyaallah, saya rasa apa yang saya tersebut di sini telahpun diambil kira oleh jawatankuasa pemandu, oleh jawatankuasa sekretariat dan semua jawatankuasa yang ada yang mengemas kini persiapan ke arah The Greater Kedah ini.
1. Perancangan strategik yang kukuh. Perancangan mesti realistik berdasarkan kajian terperenci dan mempunyai sasaran jangka pendek serta jangka panjang. Pelan yang fleksibel dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan global akan meningkatkan peluang kejayaan The Greater Kedah.
2. Komitmen dan kepimpinan. Kepimpinan yang berwawasan dan bersih disokong oleh komitmen pihak kerajaan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan, sangat penting dan ini jika pemimpin konsisten dalam usaha pelaksanaan tanpa gangguan politik, ia akan meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur.
Dan yang ketiga, ini cukup penting Yang Berhormat Tuan Speaker,
3. Penglibatan rakyat. Sokongan rakyat dalah kunci untuk menjayakan The Greater Kedah. Jika rakyat tidak terlibat, atau merasa tidak mendapat apa-apa manfaat daripada The Greater Kedah, mereka mungkin kurang memberi sokongan. Yang Berhormat Tuan Speaker, program komuniti, peluang pekerjaan dan pembangunan mampan harus dirasai di peringkat akar umbi. Ini penting, Tuan Yang Berhormat Tuan Speaker.
4. Kerjasama dengan pelabur dan pemengang taruh.
Menarik pelaburan asing dan tempatan melalui inisiatif ekonomi dan persekitaran dengan pelaburan yang stabil adalah penting. Penyelarasan antara sektor awam dan swasta akan mempercepatkan pelaksanaan projek ini dengan jayanya.
5. Pengurusan risiko dan pemantauan.
Projek besar seperti ini menghadapi pelbagai cabaran seperti isu kewangan, alam sekitar dan politik. Pemantauan dan penilaian berkala adalah penting untuk menyesuaikan strategi kearah menjayakan The Greater Kedah ini.
Namun kita pasti, kita yakin insyaAllah, Yang Berhormat Tuan Speaker, jika isu-isu utama dapat ditangani dengan baik. Penting untuk ada mekanisme semak dan imbang. Perlibatan komuniti dan penyelarasan yang baik antara semua pihak. Kita lihat bahawa inilah peluang. The Greater Kedah adalah peluang besar untuk memajukan negeri Kedah. Kejayaannya bergantung pada pelaksanaan yang teliti, kepimpinan yang baik, kepimpinan yang kukuh dan sokongan dari semua lapisan masyarakat. Jika ada halangan, jika ada cabaran, jika ada gerakan itu, nak bongkar itu, bongkar ini, jika ada jelajah yang nak buat itu, buat ini, itu, kearah menggagalkan Kejayaan The Greater Kedah ini, maka kita akan tackle dengan izin satu persatu, insyaallah. Tak kira halangan ini datang dari pihak mana sekalipun kita akan pastikan, insyaAllah The Greater Kedah ini akan dapat direalisasikan Yang berhormat Tuan Speaker insyaallah, The Greater Kedah sama-sama kita bantu.
Saya masuk sikit tuan speaker, kepada belanjawan merujuk kepada buku bajet 2025. Bagi anggaran hasil jualan tahun 2025 objek lanjut. Kalau tuan-tuan rujuk kepada buku bajet rujuk buku bajet bagi bil 13 kod hasil H0161823. Menarik di sini. Royalti Pulau Pinang yang disebut di situ ialah RM10 juta. Ini penting Tuan Speaker ya. Kita memohon kerajaan persekutuan mempertimbangkan kajian semula kadar bayaran pajakan Pulau Pinang kepada Kedah dinaikkan mengikut kadar. Atau mengikut tatacara undang-undang yang lengkap. Satu perjanjian baru yang lebih bertimbang rasa, perihatin dan dinamik dimasukkan sebagai tambahan kepada perjanjian pokok ataupun supplemental agreement yang dinyatakan selaras dengan perkara 167 dan perkara 169 Perlembagaan Persekutuan.
Kita Memohon sebanyak RM100 juta Yang Berhormat Tuan Speaker. Moga dapat dipenuhi memandangkan perjanjian ini telah dibuat sejak tahun 1786 lagi. Sudah 238 tahun yang berhormat Tuan Speaker. Royalti tambahan ini insyaAllah boleh digunakan untuk pembangunan sektor seperti pendidikan, kesihatan dan ekonomi yang boleh memberi manafaat kepada rakyat Kedah dan persetujuan ke semua pihak untuk memastikan kerajaan ini, rundingan ini dapat dijayakan dengan baik. Kerajaan Negeri Kedah menuntut bayaran sebanyak RM100 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan sebagai royalti pajakan tanah Pulau Pinang dan Seberang Perai. Nilai berkenaan, Tuan Speaker dan Tuan-Tuan sekalian adalah sesuai dan munasabah berbanding bayaran royalti yang sebanyak RM10,000 setahun sejak tahun 1786, Tuan Speaker serta bayaran khas RM10 juta yang dibuat oleh Putrajaya sejak tahun 2018. Jadi insyaAllah kita mengharapkan tuntutan yang dibuat ini adalah berteraskan sejarah fakta dan realiti sebenar.
Kedah cuma memohon RM100 juta tapi kalau kita meminta penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta membuat penilaian terpinci, Tuan Speaker nilainya lebih boleh jadi sampai RM400 ke RM500 juta yang kita dapat tuan-tuan. Kita mohon lebih, kita tak mohon banyak, kita mohon RM100 juta ja. Kalau kita lihat dalam pemberian alhamdulillah kepada penjawat-penjawat awam semalam diumumkan oleh yang amat berhormat, ialah RM2,000.
Tapi insyaAllah kalau dimasuk ke dalam bajet 100 juta, yang berhormat tuan speaker, dalam tajuk royalti Pulau Pinang tadi, saya rasa masyaAllah bukan setakat RM2,000 kita boleh bagi kepada tuan-tuan penjawat-penjawat awam lebih daripada itu boleh bagi tuan-tuan InsyaAllah.
7 minit lagi.
Kalau bagi tuan, kita bagi kepada rakyat, kita utamakan kita turunkan duit itu kepada rakyat. Bukan kami beri pihak wakil - wakil rakyat ini tak apa, belakang tak apa, bagi kepada rakyat dulu bagi kepada rakyat dulu. Lepas itu kita bagi kepada penjawat-penjawat awam. Ni penjawat-penjawat awam di hadapan di dewan mulia ini di dalam dewan ini, dan di luar dewan mereka bekerja kuat. Kadang overtime. Siang dan malam bekerja untuk memajukan negeri Kedah. Jadi insyaAllah kita mendoakan semoga pelaksanaan ini, kejayaan ini, kita sebut harini walaupun kita tak dapat lagi, kita tak dapat lihat, tapi ini merupakan rintisan. Yang Amat Behormat Jeneri sendiri sudah berapa kali sebut, hari ini kita sebut lagi. InsyaAllah kita menuntut insyaAllah RM100 juta setahun YB. Tuan Speaker.
7 minit lagi.
Berapa minit?
7 minit.
InsyaAllah. Saya nak masuk sikit kepada pencapaian kerajaan negeri melalui portfolio yang telah diamanahkan kepada saya untuk menyentuh Portfolio Sumber Manusia, hal awal masyarakat Cina, India dan Siam dan peranan NGO yang telah melaksanakan beberapa inisiatif penting untuk meningkatkan keharmonian sosial, budaya, perpaduan kaum dan Pembangunan Sumber Manusia. Berikut adalah antara beberapa pencapaian dan sumbangan utama.
1. Pemerkasaan Program Karnival Kerjaya Bagi Pengurangan Kadar Pengangguran Di Negeri Kedah.
Pelaksanaan Program Karnival Kerjaya di pelbagai daerah di negeri Kedah dengan mengadakan program padanan kerja, dengan izin job matching, bagi membantu rakyat Kedah untuk penawaran peluang pekerjaan yang sesuai dengan kejayaan mereka. Dari tempoh Januari hingga 31 Oktober 2024, PERKESO Kedah telah melaksanakan sebanyak 275 Program Karnival Kerjaya termasuk sesi temuduga harian dan mingguan yang telah berjaya menarik seramai 13,809 pencari kerja tempatan dari seluruh negeri Kedah. Inisiatif ini adalah program kerjasama dengan sektor swasta untuk meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan dan membangunkan peluang-peluang pekerjaan baru kepada rakyat Kedah seluruhnya. Yang kedua, Yang Berhormat Speaker,
2. Pengiktirafan Dan Sokongan Kepada Sambutan Perayaan Kaum China, India Dan Siam.
Hari Taipusam contohnya, Kerajaan Negeri Kedah meluluskan cuti peristiwa bagi memudahkan pengadut agama Hindu menyambut Taipusam, menunjukkan sokongan terhadap kebebasan beragama dan perpaduan di dalam negeri Kedah ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Seterusnya, pelaksanaan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina, Taipusam, Pesta Songkran, Pesta Tanglong, Sambutan Hari Perayaan Deepavali dan Sambutan Perayaan Loi Kratong. Betul, Sungai Tiang noh saya sebut noh? Jadi insyaAllah semua ini inisiatif ini bantuan kita beri. Dan sebutan ini bukan saja memperkukuhkan adat budaya Masyarakat China, India dan Siam Terjadi juga melibatkan pelbagai kaum bagi memupuk keharmonian dan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti dan rakyat di seluruh negeri Kedah Yang Berhormat Tuan Speaker.
Satu lagi saya perlu sebut sini juga, kerajaan negeri juga memberi sokongan penuh kepada NGO-NGO atau Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan, NGO Kebajikan, NGO Komuniti dan NGO Keagamaan. Kerajaan negeri melalui Portfolio Sumber Manusia, kebajikan masyarakat China, India dan Siam dan NGO memberi sokongan bantuan kerjasama dengan pertubuhan NGO untuk memelihara budaya, kesenian dan kebajikan masyarakat termasuk semua komuniti Melayu, Cina, India dan Siam. Jadi kita lihat di sini inisiatif ini kerajaan negeri sentiasa menggalakkan sesi dialog antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini untuk memastikan kesepaduan sosial dan peningkatan taraf hidup. Program-program segini memperlihatkan usaha kerajaan negeri untuk mendekati masyarakat dengan lebih dekat dan memastikan kebajikan mereka terjaga dan sejahtera.
Ini semua mencerminkan komitmen kerajaan negeri Kedah untuk melahirkan masyarakat yang inklusif dan progresif sejajar dengan matlamat Kedah sebagai sebuah negeri yang sejahtera dan memberi nikmat bukan sahaja kepada kaum-kaum tertentu tetapi meliputi kaum Melayu China, India dan Siam. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dari Jeneri atas usaha ini insyaAllah.
Sila landing abis, 3 minit lagi.
3 minit, saya nak masuk sikit apa yang berlaku di kawasan saya Yang Berhormat Tuan Speaker insyaAllah kita juga mendengar tadi perbahasan daripada sahabat-sahabat dan telah disentuh oleh Yang Amat Berhormat adalah kesan banjir terhadap kawasan padi di luar MADA. Di luar MADA Yang Berhormat Speaker, kita boleh rujuk pada muka surat 2 ucapan Bajet. Jumlah kerosakan yang dikesan di luar MADA semua sebanyak lebih kurang RM6,991,908.23 Dan saya petik di kawasan Sik sahaja Daerah Sik, bilangan pertanian yang terlibat hasil kesan daripada banjir tadi luas terlibat sebanyak 25.63 hektare san luas kawasan yang musnah akibat banjir di Sik sahaja 14.20. Dan anggaran nilai kerosakan di Sik sahaja RM130,000. Itu di Sik saja saya ambil. Kalau kita jumlahkan keseluruhan negeri Kedah, ada angka yang lebih tinggi. Jadi, saya yakin ada usaha-usaha untuk memastikan kita dapat meminimumkan atau mengurangkan kesan banjir di negeri Kedah khususnya di kawasan Dun Belantik sendiri. Dan beberapa tempat di kawasan saya sendiri Yang Berhormat Speaker, senarai hotspot banjir. Ada tujuh tempat kampung di tempat saya yang sering berulang banjir. 6 bulan sekali, 3 bulan sekali, YB kena pi lagi, melawat lagi, insyaAllah sampai lagi. Tapi banjir masih berulang. Mungkin ada usaha-usaha untuk meminimalkan, mengurangkan kesan banjir ini. Saya nak sebut kampung yang terlibat di Dun Belantik, Kampung Kemelung, Kampung Titis Semang, Kampung Pinang, Kampung Jerai, Kampung Lalang, Kampung Telaga Batu dan Kampung Lintang. Usaha-usaha untuk meminimalkan, memperbaiki apa yang sepatutnya telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.
Satu lagi berkaitan dengan banjir juga Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak sebut rancangan tembatan banjir. Rancangan terbatan banjir disebut dalam buku bajet dan juga rancangan yang telah ada, akan dibuat di Jitra Selatan, Sungai Kedah Anak Bukit, Sungai Pendang, Baling Fasar 1, Baling Fasar 2, Sungai Bongkok, dan Bandar Baru. Tak dak sebut daerah Sik Yang Berhormat Speaker. Jadi Sungai Cepir ada di dalam daerah Sik.
Masa YB. sudah pun habis, nak bagi YB. Bukit Lada sikit? Silakan YB. Bukit Lada.
Berkenaan dengan RTB ini. Jadi kita ada beberapa RTB, terbatan banjir ini iaitu di Sungai Kedah kemudian di Pendang Pakej 1, Pendang Pakej 2. Kalau kita tengok dalam program ini dia bermula kalau yang di Sungai Kedah itu 2020 dan dijangka siap 2023. Tapi EOT sampai 2025. Kemudian di Bendang, di Sungai Pendang kalau ikut ini bermula 2018 sehingga 2021. Tapi EOT dia sampai 2025 juga. Jadi saya rasa kalau kita menuding jari kepada SADA dengan apa nama? Bukan-bukan. Berkenaan dengan apa air ni. Apa Tuan Haji? Bukan kita punya lima-lima LRA kita ni. Jadi kalau RTB ni pun drag masa sampai berapa tahun kenapa kita tak bercakap dengan perkara yang sama dengan berkenaan dengan apa nama RTB ni. Jadi saya mengharapkan kalau boleh lah di pihak-pihak membangkkang ini boleh bawa kemukakan supaya RTB di Sungai Kedah, RTB yang ambil masa sampai 2020 sampai 2018-2021 ini sampai tak siap lagi ini menyebabkan sampai bila pun kita akan banjir. Kita akan banjir. Jadi duk kira bab ayaq SADA saja tapi yang ini tidak diambil berat ini nampak sangat kata isu politik. Apa pandangan?
Terima kasih, YB. Belantek sila rumus dan landing terus.
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Bukit Lada. InsyaAllah apa yang disebut oleh Bukit Lada tadi, menyebut RTB Sungai Pendang dan beberapa kriteria yang patut dipercepatkan lagi itu, dimasukkan dalam ucapan saya dan insyaAllah kalau boleh, sudah didengar oleh sahabat-sahabat saya yang dari Sidam, dari Kota Darul Aman, dari Bakar Arang. InsyaAllah tolong bawak ke atas. Suarakan macamana pun, suapaya dapat kita teruskan lagi. InsyaAllah. Saya akan teruskan lagi belanjawan sikit lagi Yang Berhormat Tuan Speaker.
Masa sudah pun tamat YB.
Tuan Speaker
Saya tak benarkan.
Tak benar YB. Terus landing.
Belanjawan di muka surat 77 buku ucapan bajet 2025 menyebut, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM1 juta untuk pembaikan pasca banjir. Tadi YB. Bayu ada sebut pembaikan pasca banjir. Jadi telah disebut oleh Yang Amat Berhormat semalam, di peruntukan RM1 juta untuk pembaikan pasca banjir. Dan akhirnya Tuan Speaker, saya nak menyebut beberapa tempat yang perlu pembaikian di Dun Belantek sendiri dan saya rasa tindakan telah diambil oleh beberapa jabatan terutama Jabatan Pengaliran dan Saliran dalam bab ini.
Panjang lagi YB?
Saya nak landing dah.
Sila silakan.
1. Tebing runtuh di Kampung Bendang Tebang 2. Penembatan dan penahanan tebing Sungai Di Kampung Batu 50, Kampung Chong Telaga Batu 3. Kerja – kerja membersih dan membesarkan sungai di Kampung Sik Dalam. 4. Mendalam dan melabelkan sungai di Kampung Charok Tenang sehingga Kampung Batu Seketoi 5. Baik pulih tebing sungai yang runtuh dan memperbaiki struktur sungai di Kampung Titi Semang Sik Dan yang akhir, 6. Membaik pulih Titi dan mendalamkan sungai di Carok Poyak, Kampung Paya Terendam berdekatan dengan Kampung Balong Ayam.
Tuan Speaker yang saya hormati sekalian. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas pada petang ni. Dengan itu saya menyokong pembentangan belanjawan yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Adun Jeneri tadi. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Belantek. Sidang kita akan diteruskan sehingga 4.30 petang. Dipersilakan Yang berhormat YB. Derga. Yang Berhormat Derga kalau apa nama tak habis, besok kita akan sambung lagi.
Kita akan pederas bagi perabis.
Pederas bagi habis.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato Seri Menteri Besar. Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah. Yang Berhormat Ahli – ali Dewan Negeri Kedah. Yang Berusaha Ketua – Ketua Jabatan Agensi Kerajaan dan Persekutuan. Yang diraikan pemerhati-pemerhati di luar dan dalam dewan, semoga kita semua diperolehi keberkatan pada hari ini insyaAllah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Jeneri atas perbentangan bajet yang penuh visi dan bertanggungjawab. Bajet ini mencerminkan usaha yang berterusan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Kedah. Dengan pelancaran Blueprint The Greater Kedah 2050, Kedah Usaha Sama State Government SG4, saya berharap kerjasama ini akan memberi impak yang amat positif kepada rakyat negeri Kedah khususnya. Dalam meningkatkan kejahatan dan pembangunan negeri secara menyeluruh, inisiatif ini merupakan langkah penting dalam merancang masa depan Kedah yang lebih maju dan mampan. Selain itu, saya ingin merekamkan setinggi-tinggi perhargaan dan tahniah kepada Barisan Pertabiran Negeri Kedah di atas kecekapan dan komitmen mereka dalam takbir urus kewangan negeri. Percapaian ini telah terbukti melalui periktirafan Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara pada tahun 2023 yang mencerminkan kewangan yang lebih telus dan berintegriti.
Yang Behormat Tuan Speaker, peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup menghimpit masyarakat pada hari ini, saban hari kadar inflasi kita semakin meningkat. Menyebabkan kadar pendapatan hanya boleh dibelanjakan di atas keperluan asas, majoriti pendapatan digunakan hanya untuk bayaran ansuran rumah, kenderaan dan pinjaman peribadi. Situasi ini menyebabkan mereka tidak mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan di atas barangan lain.
Selain itu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah di atas pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah program tuisyen rakyat sejahtera yang memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar khususnya yang tinggal di luar bandar dan program ini juga dapat meringankan beban kewangan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah. Yang Behormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang keterlibatan belia dalam pembangunan negara serta kepentingan minat dan sokongan yang perlu diberikan kepada golongan ini. Minat belia sering dipengaruhi oleh peluang yang disediakan oleh kerajaan dan masyarakat. Oleh itu kita haruslah lebih peka dengan kehendak dan keperluan mereka. Belia kini lebih tertarik kepada bidang teknologi, inovasi. Kerajaan negeri seharusnya memainkan peranan dalam membantu dan memberi ruang yang cukup untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka. Ini termasuklah memberi akses kepada latihan, seminar dan bengkel yang fokus pada perkembangan teknologi semasa. Antaranya adalah seperti Program Pembagunan Usahawan Digital yang menyokong belia dalam mencipta produk dan perkhidmatan dalam talian. Sokongan kepada belia adalah kunci untuk memastikan mereka tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara. Program latihan, kemahiran dan berpeluang pekerjaan harus diperluaskan supaya mereka diberi peluang untuk berjaya.
3 minit lagi YB. Dan lagi ka pederas tu.
Uih. 3 minit noh. Boleh kot. Sebagai contoh lain sukan elektronik (e-Sport) merupakan 1 industri yang lebih berkembang rancak di dalam dan luar negara. Di Malaysia menyaksikan industri tersebut rapat di hati belia – belia.pemain – pemain profesional tempatan kini dikenali sebab ramai dah berjaya menempa nama dengan menyertai dan menjuarai pelbagai pertandingan e-sukan di dalam dan luar sukan SUKMA 2024 yang lepas, Kedah mempunyai pingat emas kategori e-sport PS- 5 dan akan mewakili negara ke peringkat tertinggi dunia FIFA e-World Cup di Riyad Arab Saudi pada 6 bulan 12 2024 ini. Kejohanan ini akan disertai oleh 18 buah negara yang akan dipertandingkan dan diketuai oleh jurulatih Esports Kedah, Encik Hazim Aisar bin Ahmad Badri
YB. Gurun mencelah. Bagi laluan?
Saya nak bagi dia slow sikit.
Sikit ja nah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pada tahun ini satu program yang telah dianjurkan oleh Sekretariat Belia iaitu sukan apa yang dibentangkan oleh YB Derga tadi iaitu e-sport dan saya melihat program ini begitu baik dan saya ingin memberikan kejayaan yang cukup tinggi untuk kerajaan dalam program yang saya melihat ramai belia-belia daripada luar dari kawasan Kedah yang turut serta program ini. Jadi saya harap program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Sekian terima kasih.
Terima kasih, YB. Gurun. Yang Berhormat sekiranya ada masa panjang lagi tak perlu tergesa-gesa. InsyaAllah besok kita bagi tambahan masa.
Sikit ja kot. Nk perabis dah. Boleh?
Nak perabih juga? Silakan YB.
Yang berhormat, Tuan Speaker. Masuklah ke kawasan sikit. Sebagai wakil rakyat di Dun Derga, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengaliran dan Saliran, JPS, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, PBT, Pejabat Daerah Kota Setar, PMB, SADA dan juga Pejabat Kewangan Negeri Kedah atas komitmen dan mendengar keluhan rakyat di kawasan dan menyelesaikan isu-isu di hadapi di kawasan Derga. Pada tahun 2024, Derga sudah menyelesaikan baik pulih jalan, 14 jalan hampir bernilai RM700,000.
Kerjasama dalam menyelesaikan isu – isu tempatan amatlah saya hargai. Memastikan kesejahteraan penduduk Dun Derga sentiasa dipelihara. Di sini saya juga ingin menyentuh sikit. Sikit sahaja untuk perumahan di tanah rezab. Terdapat warga masih terpaksa menetap di tanah rezab kerajaan menimbulkan persoalan sejauh manakah keadaan dan ini akan berlanjutan tanpa penyelesaian. Isu ini bukan saja menyentuh aspek keselesaan, tetapi juga keselamatan dan hak penduduk dimiliki kediaman sendiri.
Selain itu, saya ingin juga memohon baik pulih padang bola di Dun Derga, duk ada 3 padang. Padang Taman Nuri, Padang PKNK, dan Derga Jaya. Dengan segeranya baik padang yang sedia ada ia dapat memberi ruang dan peluang latihan perlawanan dan perlbagai aktiviti sukan. Selain itu kemudahan juga dapat digunakan semua golongan. Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, daerah dan negeri yang sekaligus dapat memberi impak positif kepada sosio ekonomi kawasan Derga.
Yang berhormat Tuan Speaker, Harapan saya bajet ini 2025 dapat dilaksanakan dengan telus dan berkesan. Saya juga berharap agar semua pihak termasuklah agensi kerajaan dan pusat sektor swasta dan masyarakat setempat dapat berganding bahu demi kemajuan negeri Kedah. kita perlu memberi fokus kepada pembangunan pengurangan jurang sosial ekonomi dan sejahtera rakyat. Dengan semangat bersatu padu, saya yakin Kedah dapat mencapai visi sebagai negeri yang makmur dan sejahtera. Sesuai dengan slogan, “Kedah Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Menabur Bakti”.Saya akhiri ucapan saya dengan doa agar segala usaha kita dibekati oleh Allah SWT. Semoga sidang dun kali ini membawa manfaat kepada rakyat dan negeri Kedah keseluruhannya. Saya dengan ini menyokong penuh ucapan Bajet 2025 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman. Wa Bilahi Taufiq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih, YB. Derga Sekarang Dewan ditangguhkan sehingga jam 9 pagi esok.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]