Kedah · 26 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 338 turns · 39,751 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Dewan disambung semula. Doa. Dipersilakan Tuan Setiausaha.
I. Bacaan Doa
Bacaan Doa.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, harini dewan undangan negeri Kedah telah menerima kunjungan sebagai pemerhati daripada telah menerima kunjungan sebagai pemerhati daripada Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar seramai 35 orang, PKWR Derga seramai 3 orang, PKWR Ayer Hitam seramai 3 orang. Selamat datang diucapkan kepada semua.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
Sambungan pertanyaan-pertanyaan mulut.
II. Sambungan Pertanyaan-Pertanyaan Mulut.Questions
Dipersilakan Yang Behormat Tanjung Dawai.
Terima kasih Yang Behormat Speaker. Mohon jawapan bagi soalan no 6.
6. Kerajaan negeri telah mengumumkan perancangan pemulihan pesisiran Pantai Merdeka dan pembinaan jeti sebelum ini.
Pohon dinyatakan :-
Bilakah projek pemulihan pantai tersebut akan dimulakan bagi memberi manfaat pengunjung dan mengembalikan kemeriahan di Pantai Merdeka?
Dipersilakan Yang Behormat.
Dari Tanjung Dawai ke Sabak Bernam, Ringkas sahaja jawapan no 6.
Yang Behormat Speaker, Yang Amat Behormat Menteri Besar. Yang Berhormat rakan-rakan Exco, seterusnya Ahli – ahli yang berhormat, Ketua – Ketua Jabatan, Para Pemerhati Sekalian.
Soalan dari Yang Berhormat Tanjung Dawai berhubung dengan pengumuman kerajaan sebelum ini untuk mengadakan pemulihan pesisiran Pantai Merdeka dan pembinaan jeti di Pantai Merdeka. Soalannya Bilakah projek pemulihan pantai tersebut akan dimulakan bagi memberi manfaat pengunjung dan mengembalikan kemeriahan di Pantai Merdeka?
Yang Berhormat Tuan Speaker, alhamdulillah kerajaan telah pun memberi kelulusan untuk melaksanakan projek pemulihan Pantai Merdeka di Kuala Muda ini di bawah rancangan rolling plan yang ke 4 dalam RMK ke 12, dengan anggaran kos celling sebanyak 30 juta. 30 juta ringgit jumlah yang agak besar. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan. Dan peringkat sekarang ini sedang dan telah dilantik kontraktor untuk perunding untuk melaksanakan kajian reka bentuk terperinci untuk melaksanakan skop kerja bagi fasa pembinaan yang dijangka akan bermula pada tahun 2026. Tahun ini 24, 25, 26. Jadi tahun 2026 akan mula insyaAllah. Dan dijangka akan siap pada tahun 2028. Maaf, 2029. InsyaAllah 2029. Pakat doa lah moga-moga tidak ada yang menghalang. Tidak ada perkara yang tidak dingini.
Projek ini akan berjalan dengan lancer dan dapat memberikan manfaat yang maksima kepada rakyat. Untuk makluman, antara skop skop pembinaan ini selain daripada benteng pemecah ombak, dia juga ada tambakan pantai yang berjarak lebih kurang 850 meter. Dekat 1 kilo jugalah. Dan 80 meter ke laut. Jadi, makna pantai nanti akan dapat dengan lebih luas dan lebih selesa. Itu saja jawapan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih YB. Kuala Nerang. Pantai Merdeka ni penuh nostalgia Yang Berhormat Tuan Speaker. Dulu tempat himpun terutama musim sambutan Hari Kemerdekaan dan tempat mandi-manda dulu. Saya ingat waktu saya kecil dulu. Jadi, lani ni dia takat boleh pergi tengok pantai ja. Bila kerajaan mengumumkan projek untuk pemulihan pembersihan pantai Pantai Merdeka ni 2 tahun lepas, bagi saya tu adalah suatu tindakan yang akan menarik kembali para pelancong ke Pantai Merdeka dan juga menyelesaikan masalah kerana jeti di Pantai Merdeka ini tak ada. Kalau perempuan daripada Tanjung Dawai naik bot pi ke Pantai Merdeka pakai baju kurung, dia selok sampai ke paha betis. Jadi, soalan itu soalan yang pernah ditimbulkan oleh mantan Adun Pantai Merdeka sebelum ini. Di samping itu juga dia memberi kesan kepada pelancong yang menaiki bot daripada Tanjung Dawai memberikan impak kesan ekonomi dan juga sisi pengunjung daripada Tanjung Dawai.
Selain daripada itu berdasarkan apa yang dijawab tadi berkaitan dengan benteng pemecah ombak saya ingin bertanya soalan kedua saya ialah berkaitan dengan projek benteng pemecah ombak daripada kampung Pial hinggalah ke Tanjung Dawai yang diletakkan bawah JPS. Di mana hakisan pantai daripada Sungai Pial ke Tanjung Dawai ini semakin kritikal. Kalau dulu duduk di Sungai Pial ini, kita tak nampak pulau. Pulau Bidan, Pulau Songsong, tak nampak. Sekarang ini nampak terang benderang. Bahkan pantai sekarang ini telah pun hampir ke jalan raya, kurang daripada 100 meter.
Jadi, apakah perancangan untuk pembinaan benteng pemecah ombak yang telah pun disebut sebelum di dalam Dewan Yang Mulia ini sebanyak RM22 juta kosnya, bagaimana perkembangan projek tersebut? Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Dipersilakan Yang Behormat Exco.
Terima kasih, YB. Tanjung Dawai. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Berhubung dengan jeti yang disebut tadi, sebenarnya jeti itu adalah salah satu daripada skop kerja yang akan dibuat dalam angka dan nilai yang disebut RM30 juta tadi. InsyaAllah jeti penumpang. Bukan jeti bot nelayan. Dak. Yang akan bawa daripada Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai dan sebagainya. InyaAllah akan ada Yang Berhormat Kubang Rotan.
Baik berhubung dengan hakisan pantai yang kritikal di Sungai Pial dan juga di Kampung Huma. Untuk makluman sebelum ini, telah dibuat satu projek yang bernilai 2.75 juta tambakkan benteng-benteng pemencah ombak di situ dengan jarak lebih kurang 1 kilometer dan siap pada 10 haribulan 4 tahun 2024. Tetapi itu saja tidak mencukupi selepas daripada kerja itu siap, kita dapati banyak berlaku hakisan di Kampung Huma itu sendiri yang saya sendiri turun dah dua kali, tiga kali di sana, memang air sampai masuk dalam rumah ketika mana pasang besar ketika ombak besar.
Alhamdulillah atas keperihatinan kerajaan negeri, terima kasih Yang Berhormat Pengawai Kewangan yang telah memberikan kelulusan segera, lalu kita buat benteng pemecah ombak menggunakan batu-batu besar dengan kos lebih kurang RM200,000 yang dah pun siap dan selepas ni insyaAllah ada satu lagi projek yang lebih besar yang disebut tadi dengan kos ceiling sebanyak RM22,000,000 yang akan dilaksanakan insyaAllah pada tahun depan dan dijangka pada bulan 2 atau bulan 3 tahun depan akan ditender projek ini dari Sungai Pial ke Tanjung Dawai dengan jarak yang lebih panjang 8km InsyaAllah bila siap projek ini saya harap mudah-mudahan tak berlaku lagi masalah yang disebutkan tadi. Sekian terima kasih Yang Behormat.
Terima kasih Yang Behormat Exco. YB. Pantai Merdeka
Kena tanya la tempat kita. Soalan tambahan daripada saya. Apakah usaha kerajaan ke arah menarik lebih ramai pelancong ke Pantai Merdeka dari sudut perasarana, jalan raya dan apakah status cadangan projek jalan raya dari Batu Lintang ke Pantai Merdeka sebagai jalan pintas daripada Sungai Petani ke Pantai Merdeka. Terima kasih.
Silakan Yang Behormat Exco.
Terima kasih Yang Berhormat Pantai Merdeka. Sangat perihatin kawasan sendirikan? Sama lah saya pun. Untuk makluman dewan, Yang Berhormat Tuan Speaker. Projek ini sebenarnya telah pun diluluskan dan ditender sebenarnya untuk jalan pintas daripada Sungai Petani ke Pantai Merdeka. Di mana nanti para pelancong khususnya dari utara atau dari selatan yang exit di Sungai Petani dia boleh terus ke Pantai Merdeka tanpa melalui Tikam Batu. Jadi jarak yang lebih dekat, insyaAllah akan dibuat. Jalan raya sejauh 8km dengan nilai RM260 juta. Sebenarnya dah tender, dan tutup pun pada bulan Februari 2024 yang lalu. Tapi oleh kerana hal-hal yang tertentu pihak KKDW telah menangguhkan buat sementara. Jadi, saya ambil kesempatan dalam Dewan Yang Mulia ini untuk menyebut bahawa projek ini adalah untuk meningkatkan lagi sosial ekonomi dan juga kemudahan kepada rakyat. Kita harap KKDW dapat menyambung semula supaya kerja ini dapat dimulakan dalam kadar yang segera untuk manfaat negeri Kedah, khususnya tahun melawat Kedah pada tahun depan insyaAllah. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih, Yang Behormat Exco. YB.Tokai.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. YB. Kuala Nerang tadi menyebut tentang hakisan di pantai, kalau kita tambun, dia akan terhakis dan menyebabkan penduduk di tepi-tepi itulah terkesan. RM30 juta untuk 2026. Saya nak tanya, beach enrichment ini mestilah menggunakan pasir kan. Jadi dari manakah pasir-pasir ni akan diambil untuk mengkayakan pantai tersebut, adakah sedutan daripada laut di dalam di sekitar itu ataupun daripada luar yang akan dibuat masuk ke Pantai Merdeka. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Silakan Yang Berhormat Exco, ringkaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Tokai. Pasir ni yang pasti tentunya dari Kedah juga lah sama ada daripada kawasan-kawasan yang berdekatan ataupun tempat yang lebih jauh daripada Kedah daripada daratan insyaAllah. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Behormat Exco. Dipersilakan Yang Berhormat Belantek.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Mohon jawapan bagi soalan nombor 7. Terima kasih.
7. Pohon dinyatakan :-
Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan memberi peluang yang lebih kepada penduduk tempatan untuk bekerja?
Dipersilakan, Yang Behormat Exco.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam sejahtera dan selamat pagi. Soalan nombor 7 soalan daripada YB. Belantek.
“Belantek Indah Hijau Berseri, Sawah Menghijau Penuh Harapan, Adun Perihatin Setiap Hari, Pekerja Tempat Diberi Perhatian.”
Soalan nombor 7 berbunyi. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan memberi peluang yang lebih kepada penduduk tempatan untuk bekerja?
Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa langkah khusus untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan memberi peluang pekerjaan yang lebih kepada penduduk tempatan. Langkah pertama adalah dengan kerjasama PERKESO untuk pelaksanaan program Karnival Kerjaya. Kerajaan Negeri bersama PERKESO Kedah telah mempergiatkan program Karnival Kerjaya khusus bagi penawaran peluang pekerjaan kepada pencari kerja tempatan di seluruh negeri Kedah. Tujuan pelaksanaan program Karnival Kerjaya ini adalah untuk mengadakan program padanan kerja (job matching), bagi membantu penduduk tempatan mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.
Dan program-program ini termasuk sesi kaunseling kerjaya dan di setiap pejabat PERKESO terdapat kurang-kurangnya seorang kaunselor ready untuk open interview untuk temuduga terbuka. Dan program seperti klinik penyediaan resume sama juga di setiap pejabat PERKESO juga terdapat Pegawai Skim Insuran Pekerjaan iaitu Employment Services Officer di setiap pejabat untuk bantu menyediakan resume serta pemadanan dengan syarikat-syarikat yang mencari pekerja baru.
Berdasarkan statistik PERKESO, dari tempoh Januari sehingga 31 Oktober 2024, PERKESO Kedah telah melaksanakan sebanyak jumlah 275 program Karnival Kerjaya termasuk sesi temuduga harian dan mingguan yang berada di Pejabat PERKESO, Pusat Komuniti Desa, Dewan Majlis Daerah dan juga boleh diadakan di Pejabat Pusat Wakil Rakyat Dun masing-masing. Pihak PERKESO dengan Kerajaan Negeri mengalu-alukan. Yang mana telah dengan sesi temuduga harian dan mingguan itu di seluruh negeri Kedah, yang mana telah berjaya menarik seramai 13,809 orang pencari kerja tempatan.
Daripada jumlah tersebut, seramai 4,627 orang pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan, manakala 2,225 orang pencari kerja telah berjaya melangkah ke sesi temuduga peringkat yang seterusnya. Dan langkah yang seterusnya adalah pelaksanaan program Daya Kerjaya 2.0. Ini merupakan satu inisiatif di bawah PERKESO Kedah yang diberikan kepada majikan. Dan program ini membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar dalam kalangan golongan muda terjejas seperti bekas banduan, orang kurang upaya, pesara dan waga emas supaya mereka mendapatkan pekerjaan dan gaji dengan nilai yang lebih tinggi. Dan program ini dapat membantu mereka kembali ke pangkuan masyarakat dan memberi ruang kepada mereka serta peluang yang baru kepada mereka untuk terus berkhidmat. Insentif cash ini adalah sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini. Dan berdasarkan statistik PERKESO, dari tempoh permohonan dibuka pada 10 Januari sehingga 1 November 2024, sebanyak 128 permohonan daripada majikan telah diluluskan di negeri Kedah yang membabitkan seramai 522 orang pekerja tempatan dengan nilai pengesyoran bayaran sebanyak RM21 juta.
Selain daripada itu, melalui penggalakan program latihan dan pendidikan teknikal, Kerajaan Negeri Kedah juga dengan kerjasama dengan institusi seperti UniSHAMS, Universiti Utara Malaysia (UUM), Politeknik, Kismet dan pelbagai institusi-institusi T-VET untuk menyediakan latihan teknikal dan vokasional bagi rakyat tempatan. Program seperti ini membolehkan tenaga kerja tempatan mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi keperluan semasa sektor industri seperti perkilangan, teknologi, pembuatan, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan lain-lain lagi.
Justeru itu, melalui usaha dan langkah ini, ianya dapat meningkatkan lagi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di negeri Kedah kerana pekerja tempatan akan jadi lebih berdaya saing jika berbanding dengan pekerja asing. Langkah seterusnya adalah peningkatan automasi dalam sektor pertanian. Kedah sebagai negeri yang terkenal dengan sektor pertanian, khususnya dalam bidang padi, sedang beralih kepada automasi dan teknologi moden dalam pertanian. Melalui penggunaan mesin padi yang lebih canggih dan automasi lain, ianya dapat mengurangkan keperluan tenaga kerja manual yang selama ini bergantung kepada pekerja asing. Bagi memperkasa sektor pertanian, kerajaan negeri melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan MADA telah mempromosikan pertanian modern dan agro teknologi yang membuka peluang kepada penduduk tempatan menceburi sektor ini dengan lebih profesional. Pelbagai inisiatif seperti pemberian insentif dan bantuan teknologi serta ilmu kepakaran disediakan kepada penduduk tempatan yang berminat dalam sektor pertanian moden yang berasaskan teknologi dan inovasi ini.
Dan akhir sekali, penguatkuasaan terhadap pekerja asing tanpa izin. Kerajaan negeri bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Negeri Kedah, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan sentiasa mempergiatkan pelaksanaan pelbagai operasi dan penguatkuasaan terhadap pekerja asing tanpa izin. Oleh demikian, usaha penguatkuasa ini dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu dan seterusnya menggalakkan majikan untuk menggaji pekerja tempatan. Semua agensi penguatkuasa memainkan peranan penting dalam menangani isu pendatang asing di negeri Kedah bagi memastikan keselamatan, keharmonian dan kualiti hidup penduduk tempatan terus terpelihara. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Dipersilakan Yang Berhormat Belantek, tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kulim. Soalan tambahan saya, apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan Sumber Manusia dalam sektor awam di negeri Kedah. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Exco ringkaskan.
Terima kasih. Soalan tambahan daripada YB. Belantek. Berkenaan peningkatan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan Sumber Manusia dalam sektor awam. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan Sumber Manusia dalam sektor awam adalah melalui pendekatan perancangan latihan yang komprehensif, holistik, strategi dan relevan iaitu penyediaan Pelan Operasi Latihan iaitu Tranning Road Map satu pelan yang dirancang teliti untuk membimbing pekerja dalam perjalanan pembangunan kemahiran dan pertumbuhan kerjaya mereka. Dan Perkhidmatan Awam Negeri juga memfokuskan kepada dua program utama iaitu Program Pembangunan Kompetensi, Competensy Development Program, satu program untuk merapatkan jurang antara keupayaan semasa pekerja dan juga kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dan peranan mereka.
Dan lagi satu program adalah Program Pembangunan Diri Dan Kerjaya, Self-Career Development Program, satu inisiatif yang dirancang untuk membantu individu meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan potensi mereka dalam aspek peribadi dan profesional masing-masing. Dan dua-dua program ini melibatkan semua skim perkhidmatan awam di Jabatan Agensi Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dan Badan Berkanun Negeri. Pelan Operasi Latihan ini disediakan selaras dengan objektif kelas Pelan Pembangunan Kedah 2035 iaitu Membentuk Budaya Kerja Kelas Pertama di kalangan penjawat awam. Langkah-langkah ini juga bertujuan bagi memastikan Pengurusan Sumber Manusia dalam sektor awam di Kedah mampu memenuhi keperluan rakyat dengan lebih cekap, pantas dan berkesan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Dipersilakan Yang Berhormat Bakar Arang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Mohon jawapan kepada soalan 8.
8. Pohon dinyatakan :-
a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri Kedah dalam membangunkan industri pelancongan di daerah Kuala Muda sempena Tahun Melawat Kedah 2025?
b) Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan dan apakah projek atau program yang masih belum dilaksanakan tetapi dirancang untuk menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini?
Yang Berhormat Exco.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan daripada YB. Bakar Arang. Pohon dinyatakan Apakah perancangan Kerajaan Negeri Kedah dalam membangunkan industri pelancongan di daerah Kuala Muda sempena Tahun Melawat Kedah 2025? Dan. Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan dan apakah projek atau program yang masih belum dilaksanakan tetapi dirancang untuk menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini?
Yang Berhormat Tuan Speaker. Tahun Melawat Kedah 2025, TMK 2025, sesungguhnya menggalas agenda yang lebih besar daripada kita sekadar menarik lebih ramai pelancong pada tahun hadapan. Sebaliknya kerajaan negeri mahu ia menjadi pemula kepada usaha – usaha untuk merancakkan sektor pelancongan di negeri Kedah. Kita nak TMK2025 menjadi gerbang pada tahun – tahun yang berikutnya yang menyaksikan sektor pelancongan dalam negeri Kedah khususnya tanah besar ini, membangun pesat sepertimana di Langkawi.
Untuk mencapai matlamat itu, kerajaan negeri dalam perancangan untuk membangunkan kesemua prtoduk – produk baru mahupun yang sedia ada di setiap daerah di negeri Kedah. Ini termasuklah daerah Kuala Muda yang kita tahu banyak tempat-tempat yang menjadi tarikkan pelancong.
Antara langkah yang telah diambil dan perancangan yang telah dibuat untuk daerah Kuala Muda adalah seperti berikut. Pertama, pembangunan prasarana pelancongan di mana antara yang telah dan sedang dibangunkan. Yang pertamanya menaik taraf kemudahan pelancongan Pantai Merdeka iaitu pembangunan pensejarahan dan pelantar boardwalk Bukit Penjara, menaik taraf Chalet Pantai Merdeka dan elemen lanskap keras dan lembut yang secara kelesuruhannya bernilai RM2.5 juta. Projek ini telah siap dan hari ini penyerahan projek ini kepada MPSPK.
Yang keduanya menaik taraf Galeri Tsunami di Kuala Muda dengan kos RM50,000 dalam pelaksanaan menaik taraf dataran Tsunami yang semakin popular dengan kos sebanyak RM300,000 telah pun siap serta menantikan penyaluran peruntukan sebanyak RM1.4 juta kepada MOTEC untuk projek peningkatan lain secara keseluruhannya di situ.
Yang seterusnya, menaik taraf Kompleks Pelancongan Sungai Merbok dengan kos sebanyak RM750,000 meliputi tandas, restoran, tempat letak kereta, pintu gerbang, signage dan lain – lain. Projek ini hampir siap, sudah 95%. Yang seterusnya, menaik taraf 2 unit ketamaran milik Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk pelancong melawat dan melihat panorama Sungai Merbok dengan kos sebanyak RM150,000. Ini pun sudah beroperasi. Menaik taraf, tapak berkumpul pelancong di tapak tamadun Sungai Batu dengan kos sebanyak RM500,000. Dan insyaAllah projek ini sebelum habis tahun ini akan siap. Membaiki jeti Tanjung Dawai dengan kos sebanyak RM250,000 telah siap, menswastakan pengurusan padang dan telaga Tok Syeikh di Gunung Jerai dengan kos sebanyak RM6,000 sebulan kepada PKNK dan membantu agensi lain dalam sektor pelancongan daerah Kuala Muda untuk merancang dan melaksanakan projek naik taraf kemudahan seperti Muzium Arkeologi Merbok, Jabatan Warisan Negara, Tapak Tamadun Sungai Batu, Kompleks Percandian Pengkalan Bujang dan lain-lain.
Keduanya, langkah lain yang turut diambil adalah memastikan produk baru mahupun sedia ada berada dalam keadaan sedia dilawati. Setiap produk perlulah mengikuti aspek utama iaitu keselamatan dan keselesaan pelancong. Memastikan pengurusan suatu produk itu berada pada tahap yang lebih daripada memuaskan. Mewujudkan Gastronomi Fun Map serta kalendar off event untuk rujukan pelancong. Memastikan setiap hotel mahu pun homestay memberikan pakej serta menawarkan harga yang menarik sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Menyiapkan dan mengedar 52 pakej pelancongan warisan daerah Kuala Muda bersama Tourism Malaysia di dalam dan di luar negara. Mengadakan promosi Kedah Tua Travel Mart bersama agensi pengembara dari selatan Thailand, Indonesia dan Malaysia untuk memperkenalkan semua jenis perlancongan yang ada di daerah Kuala Muda.
Seterusnya memasang beberapa pengiklanan (Billboard) pelancongan di daerah Kuala Muda dan promosi digital melalui laman sesawang peringkat daerah dan negeri tourism Malaysia, Kedah Tourism dan lain – lain. mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan dan belum dilaksanakan, yang dirancang untuk menarik lebih ramai lagi pelancong ke daerah Kuala Muda ini, suka saya nyatakan dalam Dewan Yang Mulia ini, antara inisiatif itu adalah pengecualian beberapa bayaran sewaan tapak dan kemah, khususnya kepada semua produk pelancongan dan agensi pengembara yang menyertai kempen promosi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan agensi seperti pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani, MPSPK dan Pejabat Daerah Kuala Muda. Manakala bagi mengenalpasti produk baru sebagai tarikan baru di Daerah Kuala Muda.
Pada 20 dan 21 November yang lalu MOTEC telah pun mengadakan lawatan kerja ke Jeti Semeling, Tanjung Dawai Muzium Arkeologi Lembah Bujang Pantai Merdeka dan Galeri Tsunami Sebagai persediaan Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Selain itu, pihak MPSPK dan juga beberapa agensi kerajaan telah pun mengadakan beberapa program pada tahun ini dalam persediaan mempromosikan Tahun Melawat Kedah.
Antaranya, Kedah Tua Travel Mart pada bulan Jun 2024, Program Penanaman Bakau di Hutan Simpan Sungai Merbok, Program Citranusa at Museum Arkeologi Lembah Bujang dan Perasmian Pameran Arkeologi Lembah Bujang yang dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 1 November 2024 hingga November 2024. Program Travel Mart peringkat daerah yang dijadualkan pada akhir November 2024 ini dikenali sebagai Kenali Daerah Kuala Muda Bersama Tourism Malaysia dan Kedah Tourism. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Dipersilakan YB. Bakar Arang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan saya ialah 2 juta pelancong Malaysia ke Thailand melalui sempadan Sadao dari bulan Januari ke September tahun ini. Jadi saya nak tanya adalah apakah perancangan kerajaan negeri untuk menarik pengunjung ini agar singgah dan melawat destinasi pelancongan di negeri Kedah? Sekian terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Exco.
Baik, Bakar Arang itulah isu yang sering diperkatakan betapa ramainya rakyat Malaysia melancong ke negara Thailand. Sepertimana dalam perasmian Tahun Melawat Kedah di Kuala Lumpur pada Ogos yang lalu, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, ada mengajak kepada semua rakyat Malaysia yang berkeinginan untuk ke Thailand itu singgah terlebih dahulu di Negeri Kedah ini. Kalau boleh bermalam disini. Sebenarnya itulah harapan kita, itulah hasrat kerajaan dan kita semua. Kita kalau boleh bukan nak sebahagian, kalau boleh kita nak kesemua mereka yang lalu nak pi ke Thailand ini, mai singgah kalau boleh bermalam di negeri Kedah ini. Kalau boleh. InsyaAllah. Dan kita juga kalau boleh berduyun – duyun pelancong daripada Thailand, mai juga ke negeri kita ini. Untuk makluman YB. Bakar Arang, sebenarnya bagi pihak saya, telah pun mengadakan beberapa pertemuan secara rasmi ataupun secara rasmi tidak dengan ejen-ejen pelancongan di negara Thailand dan juga influencer untuk membantu mempromosikan negeri Kedah kita ini. Bagi pihak kerajaan negeri, melalui Kedah Tourism, sekarang ini kita tengah memurtamadkan puluhan program ataupun acara yang akan dianjurkan pada tahun hadapan dan pihak kita juga sekarang ini sedang orang kata memastikan produk – produk pelancongan yang ada dalam daerah-daerah negeri kita ini telah bersedia untuk menerima pelancong dan juga pelawat pada tahun hadapan.
Apapun keseluruhannya saya nak bagitahu, Kerajaan Negeri berkeyakinan penuh, InsyaAllah dengan sokongan semua orang termasuk Kerajaan Persekutuan InsyaAllah tahun hadapan di Kedah ini bukan sahaja dilimpahi dengan pelancong domestik tetapi juga dengan pelancong daripada Thailand dan juga negara-negara lain. InsyaAllah.
Terima kasih. YB. Tokai.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB. Kubang Rotan. Antara destinasi pelancongan di daerah Kuala Muda ataupun di Kedah ini disebut oleh YB. Kubang Rotan tadi adalah Sungai Batu. Sungai Batu merupakan sejarah terulung tamadun besi yang berlaku sebelum Masihi, 700 tahun lebih sebelum Masihi. Jadi. mungkin ini merupakan salah satu tarikan, dia lebih dahulu daripada Borobudur.
Jadi, apakah kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dengan Jabatan Warisan? Sebab dia duduk bawah Jabatan Warisan. Untuk kita memajukan lagi destinasi pelancongan ini melalui teknologi terkini misalnya AI ataupun animasi 3D. Dia guna handset ini saja pun dia boleh tahu sejarah apa Sungai Batu ini, macam mana orang cari sumber besi itu dan juga melebur besi tersebut dan ini boleh diakses melalui QR Code yang terletak di situ kita boleh gunakan. Jadi. setakat sekarang ni lah Jabatan Warisan memberi bantuan, sumbangan, teknologi atau pun idea untuk kita membangunkan Sungai Batu ini sebagai destinasi ulung di negeri Kedah ini terutamanya di daerah Kuala Muda. Terima kasih Exco, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Silakan Yang Berhormat Exco. Dan selepas ini, YB. Ayer Hangat.
Tambah sikit ja boleh kot Yang Berhormat Tuan Speaker. Tambah sikit ja. Sat gi jawab sekali boleh kot.
Jawab sekali. Ok, ok!
Saya amat tertarik dan saya nak tanya kenapa dan mengapakah YB. Kubang Rotan kata orang suka pi Thailand, termasuk lah YB. Bayu sebut kelmarin. Sedangkan makanan di Malaysia pun sedap. Macam-macam jenis makanan. Dan nak kata wanita cantik-cantik di Malaysia pun, eh comel-comel. Itu saya nak tanya pandangan sebab apa, kenapa dan mengapa.
YB. Tanjung Dawai benar YB..? Jawab sekali? Ringkaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Berkaitan dengan Sungai Batu. Jadi di Sungai Batu ini berdasarkan kajian ada kapal yang berada dalam tanah. Tengelam. Kalau dengan Exco yang baru, dari Kubang Rotan. Kampung pun ada nama dia, mungkin ada kemampuan untuk menzahirkan kapal yang ada di tapak Sungai Batu itu. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Exco.
Boleh satu soalan lagi tak? Yang Berhormat.
Tak bagi dah YB...
Pertama, saya nak jawab dulu yang YB. Bukit Pinang. Nanti saya minta YB. Bayu bagi jawapan kenapa yang suka sangat pergi Thailand. Itu yang pertama. Baik, terima kasih YB. Tokai. Nampaknya YB. Tokai begitu berminat dengan Sungai Batu. Saya rasa selepas YB. Tokai ada sentuh tentang Sungai Batu ini dan mencadangkan agar tamadun Sungai Batu ini dimasukkan dalam promosi Tahun Melawat Kedah 2025. Yang Berhormat Tuan Speaker, kalaulah semua anak-anak Kedah mempunyai semangat cintakan warisan sejarahnya seperti mana YB. Tokai, saya yakin insyaAllah lebih cepat, lebih mudah kita bina The Greater Kedah seperti mana yang kita impikan. Saya nak sentuh sikit cadangan daripada YB. Tokai itu untuk mempergiatkan lagi promosi Sungai Batu ini.
Sebenarnya untuk makluman YB. Tokai, banyak langkah yang telah diambil dan yang terkini kita baru sahaja menyiapkan satu dokumentari promosi tempat-tempat menarik Daerah Kuala Muda termasuklah Sungai Batu. Melalui satu travel log Eksplorasi Seni, Budaya Dan Warisan dari Kedah yang insyaAllah akan disiarkan kepada umum dalam masa terdekat. Mengenai mendokumentasikan sejarah dan juga peradaban Sungai Batu melalui teknologi AI dan 3D ini. Sebenarnya kerajaan negeri sedang memperhalusi cadangan ke arah itu. Bukan sahaja Sungai Batu, tapi juga tentang khazanah-kazanah sejarah dan seni budaya kita yang lain. Tapi tugas ini dia tidak semudah itu. Sebab dia melibatkan dengan pelbagai pihak. Contohnya macam dengan muzium negara, arkib negara dan juga perpustakaan awam dan lain-lain. Termasuklah orang kata kerajaan negeri dan juga Jabatan Warisan. Apapun kita memang ke arah itu InsyaAllah.
Rangkum dan ringkaskan YB..
Ringkaskan terus tentang Tanjung Dawai ini insyaAllah. YB. Tanjung Dawai kita akan tengok bab kapal ni. Saya tengok apa saya akan bincang pada hari ini macam mana nak buat. Terima kasih YB. Tanjung Dawai.
Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hangat.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 9.
9. Tabung Usahawan Wanita Sejahtera Negeri Kedah adalah salah satu strategi yang baik bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam memperkasakan sektor ekonomi.
Pohon dinyatakan :-
Adakah terdapat cadangan pada masa hadapan bagi meningkatkan jumlah tabung serta menyebar luaskan lagi penyertaan di kalangan wanita di negeri ini?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hangat. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Dato Seri dan semua Yang Berhormat - Yang Berhormat. Soalan nombor 9 mengenai tabung usahawan wanita sejahtera negeri Kedah. Adakah salah satu strategi yang baik bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam memperkasakan sektor ekonomi? Pohon dinyatakan Adakah terdapat cadangan pada masa hadapan bagi meningkatkan jumlah tabung serta menyebar luaskan lagi penyertaan di kalangan wanita di negeri ini?
Jawapannya Ya. Kerajaan Negeri Kedah akan mempertimbangkan segala cadangan serta pandangan daripada semua Ahli Yang Berhormat mengikut kemampuan kewangan negeri. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Kedah juga turut berhasrat untuk memberi fokus kepada golongan wanita yang memerlukan bantuan kewangan dengan menjalankan perniagaan kecil – kecilan bagi meningkatkan aktiviti ekonomi dan menambah pendapatan keluarga.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukan bantuan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera Negeri Kedah dalam bajet 2024 sebanyak RM500,000 kepada golongan wanita yang menjalankan perniagaan kecil – kecilan ini. Kerajaan Negeri Kedah juga telah memberi sumbangan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera Negeri Kedah yang bernilai maksimum RM500 secara sekaligus kepada penerima yang memenuhi syarat dan kreteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri bagi setiap 36 Dun yang melalui 12 daerah di seluruh negeri Kedah.
Walaubagaimanapun, jumlah peruntukan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera setiap tahun telah ditetapkan dan tertakluk kepada pengumuman serta keputusan yang telah dipersetujui di dalam Sidang Bajet Negeri Kedah. Untuk makluman semua, laporan statistik Tabung Usahawan Wanita Sejahtera iaitu pada tahun 2019 seramai 1,912 orang penerima yang memperuntukkan kos sebanyak RM956,000 telah diperuntukkan. Bagi tahun 2020 iaitu seramai 952 orang dengan peruntukan RM476,000. Pada tahun 2021 seramai 934 orang dan melibatkan kos sebanyak RM467,000 dan pada tahun 2022 dan 2023 kita melalui pandemik, kita tak ada peruntukkan ini. Dan juga pada tahun 2024 seramai seribu orang penerima telah menerima manafaat dengan kos sebanyak telah di peruntukan RM500,000. Dan jumlah keseluruhan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera dari Negeri Kedah yang telah pun diterima oleh dan juga memberi manafaat kepada 4798 orang yang telah disalurkan sebanyak RM2,399,000. Bantuan ini diagihkan kepada penerima-penerima yang layak mengikut 36 Dun melalui 12 daerah di dalam negeri Kedah. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan YB. Ayer Hangat.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Tuan Speaker
Daripada YB. Kuah.
Adakah terdapat kuota tertentu mengikut kaum bagi permohonan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera Negeri Kedah ini?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Terima kasih Yang Berhormat Kuah. Mengenai kuota, tiada kuota yang tertentu mengikut kaum bagi permohonan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera Negeri Kedah ini. Permohonan adalah berdasarkan penilaian dan juga ketetapan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat ataupun penyelaras Dun yang diputuskan oleh jawatankuasa pemilih di peringkat negeri. Tabung Usahawan Wanita Sejahtera Negeri Kedah ini lebih memfokuskan kepada sokongan untuk memperkasakan wanita di dalam perniagaan berdasarkan kriteria tertentu seperti keperluan perniagaan yang mana terletak tempat yang perlu mereka rancang dan juga kelayakan permohon daripada segi pengalaman dan kepakaran bidang masing-masing.
Yang keduanya kita daripada memilih di kategori perniagaan iaitu sektor makanan dan juga perniagaan di rumah dan perniagaan kecil-kecilan seperti membuat kuih, meniaga nasi lemak di tepi-tepi jalan dan juga membuka kedai-kedai makan yang mana secara kecil-kecilan. Komitmen yang diberikan adalah kepada permohonan mestilah wanita ataupun peniagaan tersebut majoritinya dimiliki oleh wanita. Walaupun dia ada suami tapi permohonan mestilah disyaratkan kepada wanita dan ia mestilah mereka itu tergolongan adalah mereka yang adalah warga negara Malaysia dan menetap dalam negeri Kedah.
Kalau mengikut kaum-kaum yang lain, contohnya daripada masyarakat India ini, kita ada Tabung Amanah ataupun agensi berkaitan dengan kaum iaitu contohnya Mara dan juga Bumiputera ataupun Sekretariat Khas Memperkasakan Usahawan India dikenali dengan SID dan Unit Khas Program Pembangunan Ekonomi Masyarakat India, SIDIC bagi kaum India. Jadi keseimbangan sosial beberapa agensi mungkin memberi keutamaan kepada kumpulan yang kurang berkemampuan. Jadi untuk kaum India itu memang tak ada kita fokuskan kepada kuota - kuota mengikut kaum. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya, silakan Yang Berhormat, Kuah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 10.
10. Rare-Earth Elements (REE) merupakan sumber asli yang mampu menjana ekonomi baharu bagi negeri Kedah.
Pohon dinyatakan adakah kerajaan negeri telah berjaya mencari pelabur dalam industri ini bagi meneroka dan membangunkan industri Rare-Earth Elements (REE) di Negeri Kedah?
Silakan, Yang Berhormat Exco. Silakan.
Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih YB. Kuah.
Soalan ni soalan orang minat ni. Kelmarin dalam pembentangan bajet ada saya sebutkan sedikit tentang usaha kerajaan negeri untuk meneruskan lagi usaha – usaha menerokai bidang REE sebagai sumber pendapatan baru kerajaan negeri. Bagi soalan YB. Kuah nombor 10, memang telah ada banyak permohonan daripada syarikat-syarikat untuk terbabit dalam menerokai mencari gali lombong REE. Setakat ini seingat saya ada tiga syarikat yang telah diberi kelulusan EL, Exploration License. Lesen menjelajah. Mencari gali.
Jelajah ini prosesnya ialah dia hanya boleh ambil sampel di kawasan yang dipohon itu, ambil sampel itu hantar ke lab. Di lab itulah dia buat analisa ada REE atau tak ada. Jadi EL ini biasanya di pohon kawasan luas-luas, ada sampai 2,000-3,000 hekar satu-satu syarikat. Kita wajibkan juga syarikat-syarikat yang mohon ini untuk buat EL untuk buat kerjasama dengan GLC supaya GLC dapat belajar teknologi yang terkini. Teknologi dalam industri REE ini dipanggil In Situ Leaching. Tidak lagi melombong secara terbuka tetapi dibuat macam telaga tiub tu 4 inci, pakai titik ja. Tapi untuk EL ni tak boleh lah lagi hasil dia hanya boleh buat analisa ada kandungan REE atau tidak.
Daripada ketiga-tiga syarikat yang telah diberi EL tu salah satunya telah selesai EL dan telah pun menandai, menanda kawasan yang telah diluluskan seperti yang saya sebutkan semalam bila dapat ML dia kena ada EIA sangkut di EIA itulah. Pasal semua galian mineral REE ini terletak dalam hutan simpan. Bila pergi kepada Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar tertakluk kepada dasar kementerian. Dasar kementerian yang sedang berkuat kuasa ialah polisinya nombor 12 tidak menyokong sebarang usaha melombong dalam hutan simpan. Bila ada dasar itu, maka Jabatan Sekitar tak boleh proses EIA. Sampai itu dia stuck, dia sangkutlah. Tapi semua pihak mengakui bahawa hari ini akan jadi sumber ekonomi baru negeri dan negara. Tapi bila sampaikan polisi itu dia tak berlaku.
Tapi saya dimaklumkan secara tidak rasmi REE ini telah keluar daripada negara ini bertan-tan, berbilion-bilion nilainya saya fikir mungkinlah tak sampai bilion tapi banyak diisytiharkan sebagai mineral lain, bukan REE. Ada yang buh nama lanternite, buh nama bauksit la, buh nama macam-macam. Bolehlah eksport. Bila masuk kategori REE, kerana polisi persekutuan ialah kita nak pastikan REE ini menjadi mineral yang berharga, tidak boleh lagi eksport raw material, tapi mesti diproses di negara ini. Kerajaan negeri menyambut baik hasrat itu. Dan kita tetapkan juga syarikat-syarikat yang kita luluskan itu, dia kena buat kilang di sini. Kita offer dah. Kita ada beberapa tapak yang sesuai untuk didirikan kilang REE. Kita offer tanah di Gurun, di Kulim, di beberapa tempat lagi lah untuk didirikan.
Untuk makluman YB. Kuah, sektor REE ini menjadi sumber tenaga baru khususnya dalam industri pembuatan bateri untuk EV. Dua kuasa besar yang ada teknologi ini US dan China. Polisi China lebih keras. Tapi teknologinya lebih tinggi China boleh proses 17 elemen. Untuk US dia boleh proses 7 saja. 7 elemen. Lagi 10 itu dia kena belajar dengan China. Bila dua kuasa ini bertembung, negara-negara ataupun negeri yang ada sumber ini bergantung sepenuhnya kepada teknologi dua negara ini. Kalau kita nak proses 17 elemen, kita kena pakai teknologi China. Tapi dasar polisi China ialah dia tak benarkan teknologinya dipindahkan. Saintis yang ada keupayaan untuk menguraikan 17 elemen itu tidak dibenarkan keluar. Teknologi pun tak boleh keluar. Kalau nak hantar raw itu pergi ke China. Ini polisi kerajaan Malaysia tidak benarkan raw material dihantar.
Jadi, salah satu pelabur yang telah diberi EL itu telah memberi komitmen untuk membawa masuk teknologi US. Sekarang ini teknologi itu hanya boleh proses tujuh. Saya kata tujuh pun jalan dulu, mana yang boleh. Kalau kita duk tunggu, bila benda ni nak keluar, kita sangkut dengan EIA lagi, sangkut dengan teknologi lagi, sangkut dengan perang lagi. Jadi kesemua ini adalah cabaran-cabaran dalam sektor REE dan kerajaan negeri mengambil sikap berhati-hati. Kita nak patuh SOP. Namun demikian, start 2025 ini, kita ada tekad untuk kita pastikan perkara ini dapat diselesaikan. Kalau tak selesai juga, kita akan cari jalan bagi selesai. Kalau tujuh, tujuhlah. Tapi ada negeri maklum kat saya, mereka buat lab dah guna teknologi tempatan, pakar tempatan, geologi tempatan. Kalau proses lima dulu pun, jalan lima dulu. Supaya tempoh di mana permintaan tinggi terhadap REE ini, diambil kesempatan, peluang untuk buat tawaran. Masa orang minta tawaran tinggi, harga dia mahal. Di masa mahal, kita tak boleh jual. Besok ni bila, dia komoditi. Bila pasaran fluctuate, bila turun besok baru kita boleh jual, kita akan rugi.
Jadi, kesempatan-kesempatan keadaan-keadaan inilah akan menjadi pertimbangan kerajaan negeri untuk kita buat keputusan-keputusan tepat supaya sumber mineral yang kita ada ini datangkan hasil yang maksimum kepada negeri dan kita jamin semua ini akan balik kepada rakyat negeri Kedah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. YB. Bandar Baru silakan.
Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullah Yang Amat Berhormat Jeneri. Terima kasih atas jawapan yang panjang lebar. Minta laluan YB. Kuah. Yang pertama kaedah pelombongan untuk REE ini sebenarnya kaedah In Situ Leaching itu bukanlah satu perlombongan yang mencemarkan alam sekitar. Saya rasa perlu kita di peringkat negeri ini menghantar satu rombongan untuk bincang due diligence dengan khususnya DOE, Jabatan Alam Sekitar dan juga Jabatan Mineral. Kerana kaedah itu bukanlah satu kaedah yang konvensional dan kita mungkin di pihak DOE, Jabatan Alam Sekitar dia melihat benda ini ada satu klausa di dalam undang-undang akta Alam Sekitar ini mungkin ada satu perlombongan. Tadi term perlombongan itu mungkin kena diurai dengan lebih lentik supaya sesuai dengan keadaan sekarang ini.
Yang kedua saya nak bertanya tentang apakah persiapan-persiapan daripada kerajaan ini khususnya di Kedah Human Resource ataupun exspert di Negeri Kedah ini untuk kita transfer teknologi yang ada daripada China ataupun teknologi daripada Amerika supaya kita sudah mempunyai persiapan di segi sumber manusia untuk kita eksploitasi REE ini. Dan yang ketiganya di segi bagaimana kerajaan negeri nak supaya teknologi ini cepat untuk kita dapat ataupun untuk kita gunakan di negeri Kedah ini. Terima kasih.
Silakan Yang Amat Berhormat Dato Seri.
Profesor tanya sampai tiga soalan. Hat nak jawab ini budak Sik ja. Pertama sekali memang ada banyak kaedah, pelombongan yang digunakan di negara-negara sebelum sektor REE ini masuk ke Malaysia. Saya difahamkan di Myanmar, di Kemboja telah dijalankan open mining. Masa itu teknologi In Situ Leaching belum ada. Belum ada kaedah penggunaan ammonia untuk ekstrak unsur-unsur REE untuk diharvest di kolam-kolam yang digunakan dalam kaedah institut leaching. Itu menjadi 1 beban kepada negara-negara yang telah di ekstrak ni dia buat open mining ni tapi bila ada kaedah In Situ Leaching saya habaq tadi dia buat macam boring tu kan 4 inci dia tidak melibatkan tebangan pokok dan perkara ni pun telah dibentangkan oleh pelabur-pelabur yang berminat dalam mineral hari ini bahawa tidak ada pokok yang ditebang hanya melibatkan gerudi lubang saja. Tapi oleh kerana dia termasuk dalam aktiviti melombong walaupun kaedahnya In Situ Leaching tapi dia tetap melombong bila tetap melombong, bila di eja M-E-L-O-M-B-O-N-G dia bertemu dengan polisi itu sebab dia melombong.
Ada juga kaedah-kaedah baru yang guna mesin yang tak pakai lubang lagi tapi letak mesin, mesin itu akan ekstrak kaedah apa tapi saya fikir kaedah ini lebih mahal. Lagipun bila REE ini nak diekstrak daripada kawasan hutan yang tanahnya tidak rata, penggunaan mesin ini mungkin rumit dan kosnya tinggi. Jadi setakat yang ada sekarang ni kita tunggu. Saya rasa pihak kementerian pun dah faham dah, banyak orang dah present lagu mana orang buat In Situ Leaching, bukan mereka tak faham tapi polisi itulah, tak berani nak ubah tu saya pun heran juga. Kena ada keberanian untuk menerokai kalau tak ada keberanian untuk buka ruang ini, saya kata sampai bila pun perkara ini tidak akan berlaku secara legal. Illegal saya rasa dia patut tahu.
Saya sebutkan beberapa kali sebelum ini, masa tengah panas ada 26 lobong haram, REE, di seluruh negara. Masa mereka duduk serang di Bukit Engang tu lah, saya kata ada 26. Tak ada siapa nafi, pasal 26 betul yang ada. Saya ada sumber maklumat saya. Tapi orang senyap ja la. Pasai depa nak tembak Bukit Engang tu. Pasai nk tangkap Sanusi. Tapi tak boleh tangkap lah pasal itu pencurinya. Orang tangkap dah pencuri tu pun. Tak nak terbabitkan kita pun. Tapi senyap pula kalau pilihan raya berakhir isu tu pun senyap la. Rupanya buat modal politik saja puak ni pun.
Jadi saya harap kementerian yang sudah mengetahui teknologi terkini, kaedah terkini ekstrak REE hari ini, dia ada keberanian untuk membenarkan ini. Dalam beberapa mesyuarat sebelum ini pun saya sudah sebutkan dalam mesyuarat Majlis Tanah, Majlis Mineral, supaya Bukit Enggang dijadikan pilot projek untuk melihat kesan-kesan ekstrak REE kepada kelestarian hutan.
Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan itu, apakah kesan ekstrak REE itu kepada pokok itu. Pasai REE ini dia melibatkan baja, dia memasukkan amonia. Saya dipahamkan ada di beberapa tempat yang dibuat secara haram di beberapa negeri. Kawasan yang dibuat In Situ Leaching ini pokoknya lebih hijau pasai dia makan baja banyak. Tapi kajian secara saintifiknya belum dapat dilaksanakan. Saya dah offer Bukit Enggang itu, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia setuju. Tapi tak ada siapa buat keputusan. Sampai la ni tak ada keputusan lagi. Boleh tak boleh? Setuju tak setuju? Dalam mesyuarat itu setuju. Mungkin Kedah kot depa tak berani mai. Bukan ada apa Bukit Enggang tu. Rimau pun tak berani mai. Pakat mai la.
Yang kedua tadi soalan apa Profesor?
Soalan berkaitan dengan persediaan modal insan.
Oh ya bila tak ada dasar yang membenarkan kita export raw, kita kena bangunkan kita punya geologis dan saintis tempatan. Bila di satu negeri yang saya dimaklumkan itu dia dah buka lab dia. Sebelum ini ada di UMK Kelantan, lab yang boleh capai standard untuk buat analisa REE di Universiti Malaysia Kelantan. Satu-satunya lab yang ada di Malaysia. Lepas itu ada di negeri jiran kita saya fikir sudah ada tenaga tempatan anak-anak kita, adik-adik kita yang ada kepakaran untuk menguraikan elemen-elemen ini, tapi kena ada alat-alat itulah. Saya rasa benda itu taklah susah, tapi bila benda itu keluar, adalah orang nak usaha. Bagi ada boleh keluar dulu. La ni siapa nak, ini kan. Siapa nak hire orang, benda tak boleh jalan kalau benda tu boleh jalan kita boleh cari, insyaAllah soalan yang ketiga tadi, pasal pa tak tau. Banyak sangat tanya, orang tanya satu-satu.
Teknologi yang kita nak gunakan di sini lah! Apa persiapan infra khususnya?
Ya setakat yang kita ada sekarang ni, ialah tawaran daripada salah seorang pelabur tu untuk bawa teknologi US. Sebelum ni ada orang konglomerat yang offer dia nak bawak mai daripada China tu. Dia kata dia labur sampai 3- 4 ratus juta. Dia nak bawak mai teknologi tu. Saya kata pi la ambil. Hang bawak mai harini esok lulus. Sampai la tak mai. Tak boleh mai. Jadi rakan kita yang tawarkan untuk bawa teknologi US tu, kita ready lah. Dia pertama sekali, dia kena buat drying, proses pengeringan, kemudian tu dia kena buat proses ekstrak, elemen tu 17K, 7K, 10K, kemudian tu pergi kepada sektor hilirannya buat bateri.
Tiga-tiga tu dia nak buat. Saya tadi alu-alukan, di mana saja diperlukan tapak untuk dirikan kilang tu, kita akan sediakan. Kalau 7, 7 lah. Kalau 10, sepuluh lah. Teknologi itu sudah ada, tinggal lagi kebenaran daripada Alam Sekitar untuk proses itu dimulakan. Kita ada satu tapak yang tidak melibatkan hutan simpan milik anak syarikat kerajaan negeri. Kita akan mulakan itu dulu. Jabatan Alam Sekitar tak terikat dengan dasar no.12 itu insyaAllah, hat itu kita nak jalan dulu. 2025 ini insyaAllah REE akan jadi sumber pendapatan baru Kerajaan Negeri Kedah. Pakat – pakat doa semoga Allah ta'ala mempermudahkan urusan kita. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Jam sudah pun cukup 10:02 minit. Dan urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
Sambungan perbahasan ucapan bajet 2025 secara dasar sehingga selesai.
III. Sambungan Perbahasan Ucapan Bajet 2025 Secara DasarAddress / budget
Dipersilakan Yang Berhormat Kota Darul Aman. Cuma di ingatkan ada 20 minit setiap sorang kita untuk bahas.
Ok baik. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli - ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Hadirin yang dihormati sekalian. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet 2025. Izinkan saya membaca serangkap pantun sebagai pembuka bicara.
“Alor Setar Indah Berseri. Ibu Negeri Kedah Tercinta. Masjid Zahir Megah Berdiri, Warisan Budaya Kekal Terjaga”.
“Sawah Padi Luas Terbentang, Hijau Kuning Bersinar Cahaya, Alamnya Damai Hati Tenang Marilah Lawat Kedah Sentiasa”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman peruntukan projek-projek baharu dalam Belanjawan 2025. Projek seperti Pembesaran Kulim Hightech Park, Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Kulim, Projek Tanaman Padi Lima Musim di kawasan Mada, Projek MARIS dan Pembangunan Infrastruktur Air dan Pengairan kepada negeri Kedah. Ini menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan terhadap pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, banjir di lembangan Sungai Kedah menyebabkan kerugian RM12 juta. Namun, bantuan RM6.6 juta dari kerajaan negeri dan RM13 juta dari kerajaan persekutuan masih tidak mencukupi. Keadaan ini memberikan kesan besar terhadap kehidupan rakyat dan menjejaskan pembangunan negeri. Masalah utama ialah kekurangan pemeliharaan sungai di mana pembersihan dan pendalaman sungai yang sepatutnya dilakukan 4 kali setahun kini hanya sekali saja kerana peruntukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terhad.
Justeru, saya menyeru Kerajaan Negeri untuk memberi tumpuan khusus kepada pembersihan dan pendalaman sungai di kawasan-kawasan hitam banjir di seluruh negeri Kedah dan menambah peruntukan bagi mengurangkan risiko banjir khususnya di Sungai Anak Bukit yang melibatkan Bandaraya Alor Setar.
Seterusnya, saya ingin menyentuh isu pengumuman awam. Bantuan Komuniti Sejahtera (BKS) dan Bantuan Wang Ihsan (BWI), sebanyak RM1,000 oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tanpa penyelarasan atau SOP sedia ada, menyebabkan kekeliruan, ribuan mangsa banjir sebelum mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara dan bantuan tidak sampai kepada mangsa yang teruk. Ketidaksediaan pengurusan bantuan seperti ketika Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar berada di Jepun menimbulkan kekeliruan rakyat. Pengumuman bantuan tanpa SOP yang jelas hanya merumitkan keadaan. Sana umum, sini kalut. Saya mendesak agar pengurusan bencana diberikan perhatian serius kerana ia memerlukan tindakan cekap dan berhemah dan menjadi ruang untuk meraih populariti politik. Dan apabila kita lihat keadaan banjir, pada September lalu kita lihat lebih kurang 8,507 mangsa banjir tetapi penurunan yang drastik pada bulan 10. Ini menunjukkan ramai yang berebut - rebut untuk masuk ke dalam PPSYang itu hakikat yang berlaku dan kita memang nampak khususnya di kawasan Kota . Darul Aman yang selalunya kita di hulu sungai. Banjir kilat itu banjir yang kita kira sebagai banjir air pasang menyebabkan ramai yang tidak dapat berpindah ke dalam PPS. Saya tak bagi laluan.
YB. duduk.
Pada kebiasaannya saya rasa bila berlaku banjir pengumuman untuk bantuan akan diumumkan selepas mangsa-mangsa banjir ditetapkan di bawah dalam PPS. Saya rasa yang tu baru cara yang betul untuk kita menjaga dan mengawal suasana banjir. Kalau tidak memang kalau kita lihat apa yang berlaku pada bulan September yang lalu semua berebut telefon sini YB.. kenapa tak boleh masuk 14 PPS atau 17 PPS yang dibuka tak cukup untuk menampung mangsa kita. Jadi yang tu hakikat yang saya minta supaya kerajaan mempertimbangkan pengumuman. Yang penting pengumuman SOP letak belakang.
Bagi laluan YB... YB. Sungai Limau mintak laluan.
Yang penting pengumuman, apabila pengumuman itu terlalu awal yang menyebabkan orang berebut untuk masuk ke PPS.
Bagi laluan YB.?
Tak nak bagi laluan. Saya nak sambung.
YB., YB. tak bagi laluan.
Sebab kita di Pokok Sena pun, kita dapat semua. Jadi saya setuju dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Besar kerana bila orang tak pergi ke tempat pemindahan itu sebenarnya mereka sepatutnya layak pergi ke tempat pemindahan. Jadi bila kerajaan umum bagi duit jadi alhamdulillah semua pergi ke tempat pemindahan dan menyebabkan kita tak perlu nak pergi bagi makanan di rumah-rumah mereka. Saya di Pokok Sena itu kita sampai berpuluh-puluh rumah yang tak mahu turun. Tapi kalau
kata Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar kata nak bagi duit seribu itu menyebabkan semua orang turun di PPS dan kita alhamdulillah tak teruk YB. - YB. ini turun. Jadi, itu satu perkara yang baik dan sepatutnya Pulau Pinang kena ikut. Bagi juga duit itu.
Tapi saya rasa bagi Bukit Lada tak sama dengan Kota Darul Aman. Apabila kita lihat Kota Darul Aman merupakan satu tempat di mana warga emas lebih banyak, mereka takut untuk berpindah ke PPS. Dan hakikatnya dalam Kota Darul Aman tak ada PPS. Yang ada dekat Alor Mengkudu, ada dekat Kubang Rotan ada. Dan kita lihat yang ini merupakan yang perlu kita untuk memperbaiki pada masa hadapan. Supaya, sebab bila warga emas mereka tak berani pindah, bila pindah balik rumah hilang, barangan dalam rumah hilang. Jadi kita minta supaya pengumuman kalau nak minta jabatan untuk turun lihat betul-betul banjir baru kita pindahkan mereka ke dalam PPS. Dan bukan semua orang untuk berebut masuk dalam PPS.
Bila nak pergi daftar tu saya rasa DO, Kota Setar tau. Dia tahu hakikatnya bila semua berebut dalam PPS, kita tak cukup tempat untuk pindahkan mangsa yang sepatutnya dipindahkan. Jadi, yang itu yang saya minta perhatian kerajaan negeri untuk lihat apabila berlakunya banjir pada masa hadapan. Dan kita jangka tahun depan akan lagi teruk…
YB., YB... Lunas bangun. Bagi laluan?
YB. Kota Darul Aman. Minta mencelah sikit boleh. Kawan baik belakang mintak boleh mencelah sikit boleh. Kawan baik belakang mintak celah sikit nah.
Silakan.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker dan YB. Kota Darul Aman. Kalau nak ikutkan macam YB. Kota Darul Aman beritahu, kita nak kena hantar pegawai untuk check satu-satu. Yang kena banjir ni bukan tiga rumah, ribu. Jadi, pegawai mana yang kita nak tugaskan. Adakah pegawai JKM, RELA, APM. Mereka sendiri pun terikat dengan bidang tugas untuk menyelamat. Jadi adakah kita nak wajibkan wakil rakyat bawa pita tape pi ukur, ini banjir layak untuk menerima bantuan ataupun pindah. Jadi
saya rasa dalam keadaan bencana, kita tak cukup tenaga ataupun manpower untuk pergi sahkan satu-satu rumah ataupun mangsa yang terlibat. Jadi, bila bencana ini melibatkan ramai, tak ada ruang Yang Berhormat Kota Darul Aman. Semua yang terlibat pada perkiraan agensi-agensi yang ditugaskan mengikut SOP, maka berpindahlah mangsa-mangsa tersebut. Terima kasih
Silakan YB. Kota Darul Aman.
YB., saya nak tanya YB. Lunas. Macam mana kita nak tahu sekiranya tak turun untuk pastikan sahkan kewujudan banjir itu dan saya memang faham bila jentera kerajaan memang petugas kerajaan tak cukup tapi mekanisme pengumuman banjir itu memang penting untuk kita laksanakan pada masa depan. Dan seterusnya, untuk Blueprint The Greater Kedah hingga 2050.
Bagi saya ia menunjukkan satu kelemahan dalam merangka jangka pendek yang realistik. Apabila kia lihat Pelan Pembangunan Kedah 2035. Saya rasa sekiranya kita melaksanakan ia dengan baik, kita mampu mencapai dalam tempoh yang terdekat ini, dalam tempoh 11 tahun. Dan tidak perlu satu gagasan The Greater Kedah di mana kalau kita ambil YAB. Menteri Besar sebagai contoh, dia kena tanding lagi 6-7 penggal. Jadi adakah yang itu boleh dicapai dan adakah di barisan kita saya yang paling muda pun tak rasa saya boleh capai sampai masa itu.
Mohon mencelah.
Tak boleh mencelah. Saya nak sambung…
YB. Kota Siputeh bangun, bagi laluan?
Tak bagi laluan!
Tak bagi YB..
Bila tiada sasaran konkrit indikator prestasi KPI atau mekanisme pemantauan untuk memastikan manfaat kepada rakyat, rakyat perlu tindakan segera dan bukannya janji untuk hampir tempoh 30 tahun. Situasi ini seperti kisah ibu yang memasak batu untuk menghiburkan anaknya yang kelaparan. Janji yang tidak memberi manfaat nyata, begitulah hal dengan blueprint ini. Jika tiada tindakan konkrit hari ini, seperti semalam saya tanya YB. Jitra. Dengan KDNK 576 billion dengan peningkatan 8 hingga 10%. Tapi bila saya dengar semua hujah itu, tak ada dengar jawapan apa pelan tindakannya. Jadi, saya minta supaya kerajaan menyediakan pelan pembangunan yang lebih realistik, fokus untuk jangka pendek dengan pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan.
Selain itu, saya juga lihat sebanyak RM1 juta akan diperuntukkan untuk Sekretariat The Greater Kedah. Saya juga ingin menimbulkan satu persoalan, bagaimanakah kerajaan menjamin ketelusan dalam pengurusan dana tersebut? Adakah dana ini terkait dengan SG4 Sendirian Berhad untuk pelaksanaannya? Dan apakah hasil spesifik yang diharapkan daripada sekretariat ini dalam tempoh tiga tahun yang pertama? Dan dengan Tun, Dr. Mahathir yang hampir umur 100 tahun sebagai penasihat, saya rasa amat beban untuk seorang warga tua untuk jadi penasihat. Bila dah tua selalu keluar masuk hospital kita masih panggil dia untuk menjadi penasihat untuk SG4. Saya rasa adakah ini bermotifkan politik atau benar-benar memberi manfaat kepada SG4 ini.
YB. Kota Darul Aman, boleh mencelah?
Saya nak sambung. Bila hot ni kita…
Ada celahan. Bagi laluan?
Tak bagi laluan.
Tak bagi laluan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kebergantungan kepada hasil pembalakan adalah tidak mampan dan telah menyebabkan gangguan ekologi seperti banjir kilat dan kerosakan alam sekitar. Dan kita selalu dengar Lunas dan Baling dengar tentang pembalakan yang telah menyebabkan banjir di kawasan mereka.
Jadi, sepanjang 2020 hingga 2023, Kerajaan Negeri memperolehi pendapatan sebanyak 120.8 juta daripada pembalakan. Dengan purata 10,390.56 per hektare, tetapi adakah pendapatan kepada kerajaan negeri ini berbaloi? Kos kerosakan alam sekitar yang ditanggung oleh rakyat jauh lebih tinggi dan kerajaan perlu peruntukkan lebih banyak wang untuk membuat pembaikan dan prasarana. Negeri perlu beralih ke ekonomi hijau melalui kredit karbon, ekopelancongan dan dana EFT untuk kelestarian. Dan yang ini saya memang nampak apabila dalam tempoh ini EFT telah dipergiatkan dan kita nampak penambahbaikan daripada peruntukan EFT. Saya mencadangkan geran khas untuk menanam pokok bernilai tinggi di kawasan hutan diteroka secara berfasa untuk dilaksanakan bagi menjana pendapatan mampan dan pemulihan ekosistem.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan rezab REE di Kedah yang dianggarkan 1.196 jutaan metrik dan apabila tadi kita mendengar jawapan daripada Menteri Besar, memang potensinya untuk teroka rezab REE di negeri Kedah perlu kita laksanakan dan juga dengan pasaran EV dan juga Ai yang berpontensi menjana 15.7 trillion kepada ekonomi global pada 2030. Saya nampak memang kita perlu bergerak. Tetapi dengan risikonya terhadap alam sekitar, kita perlu mengambil langkah yang lebih terurus dan lebih sesuai.
Memandangkan potensi tersebut, saya rasa menyimpan rezab REE untuk masa depan adalah langkah yang paling sesuai. Ini kenapa untuk tempoh ini apabila REE sebagai satu komoditi dan harga pasarannya sekarang ini sedang menurun dan saya bersetuju dengan pandangan Kulim, YB. Bandar Baharu untuk kita melihat apakah langkah dan juga persiapan modal insan dan teknologi pengurusan.
Boleh Bandar Baharu mencelah?
Ada celahan YB. Bandar Baharu, ada 3 minit lagi YB. YB. Bandar Baharu. Silakan.
Saya tambah masa.
Tak bagi?
Bagi dak YB.?
Bagi. Tapi tambah masa boleh?
YB. ada 3 minit lagi.
Ok. Eh! Tak mau?
Ok YB. Bandar Baharu
Ok. Terima kasih. Yang pertama berkaitan dengan REE ini. Ree ini diantara Idea yang telah dicetuskan di dalam SG4. Tadi SG4 Bandar Darul Aman, YB. Kota Darul Aman telah menyebut tentang penasihat kepada SG4. Penasihat kepada SG4 diantaranya Tun. Tun ini orang yang banyak pengalaman. Luas dia punya networking dia. Sebab itulah Tun ini perlu dimanfaatkan bukan untuk negeri Kedah dan bukan untuk SG4, tapi untuk seluruh Malaysia.
Oleh sebab itu, tanggapan bahawa Tun ini sudah tidak berupaya, satu tanggapan yang sangat negatif. Dan Tun juga berkhidmat dan juga sumbangan Tun kepada kita warga Malaysia, termasuk YB. Kota Darul Aman sangat tinggi. Oleh sebab itu, tidak wajar untuk kita menafikan segala sumbangan-sumbangan Tun dalam negara Malaysia. Terima kasih.
Saya tidak menafikan sumbangan beliau.
YB. Kota Darul Aman. Apabila bagi laluan, YB. kena duduk.
Celah sikit boleh YB. Kota Darul Aman? Sat saja, sikit saja.
3 minit Yang Berhormat Tuan Speaker kata tadi.
Sat saja, sikit saja. Tak bagi juga? Ok.
Bagi laluan YB.? Bagi dak?
Saya nak sambung la. Tak bagi. Tak bagi.
Sila teruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Seterusnya, saya mencadangkan semakan cukai tanah pada 2026 yang dilakukan secara beransur-ansur untuk mencapai sasaran 1 bilion menjelang 2028. Dilaksanakan tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kenaikan mendadak mungkin memberikan
kesan besar kepada semua pihak khususnya golongan berpendapatan rendah. Dan bila kita semalam lihat, YB. Kuala Ketil kata peningkatan kos apabila kita buat semakan cukai tanah mungkin akan meningkatkan harga tanah kepada 5 jadi 20 dan ini menjadi beban kepada pengusaha dan juga pemaju.
Sila landing YB., ada satu minit lagi.
Ok. Tambah 1 minit lagi. Prestasi GLC perlu dihalusi kerana pulangan kepada kerajaan negeri pada 2023 hanya RM6.1 juta ataupun 0.5% daripada pendapatan RM1.3 bilion. Angka ini jelas menunjukkan sumbangan GLC kepada kerajaan negeri berada pada tahap yang minimal terutamanya ketika bajet negeri defisit 12.65%. Kerajaan negeri perlu menetapkan sasaran sumbangan minimum GLC berdasarkan prestasi tahunan. GLC yang gagal menunjukkan prestasi wajar perlu di susun semula dan ditutup.
Oleh itu, saya menggesa kerajaan negeri perlu melantik panel bebas untuk menilai prestasi tahunan GLC dan menyediakan pelan tindakan pembaikan khusus bagi GLC yang tidak mencapai sasaran bagi memastikan GLC memberi pulangan yang lebih bermakna seiring dengan ekspirasi pembangunan negeri.
Akhir sekali, sebelum saya tamat, semalam saya sebenarnya berasa kecewa dengan penggunaan istilah seperti pekak, bodoh, mata lalat oleh kerajaan negeri dalam maklum balas semalam. Pekak. Sikap sebegini tidak profesional lebih lagi dalam projek bernilai RM40 bilion yang memerlukan perhatian serius. Ini bukan projek bernilai empat kupang. Tapi penarikan diri pelabur mencerminkan kelemahan ‘due diligence’ dan risiko pengumuman projek tanpa kajian mendalam atau penglibatan awal kerajaan negeri. So penangguhan teknologi Tesla sebenarnya dipengaruhi oleh global dan bukannya faktor pentadbiran ataupun kerajaan. Donald Trump menang, Tesla balik.
Masa tambahan sudah pun habis YB.
Jadi, tuduhan wujudnya grand design untuk menggagalkan projek sektor swasta adalah serius. Jika benar, buktikan dengan laporan polis adakah tuduhan ini adalah usaha untuk mengalihkan perhatian daripada kelemahan kerajaan negeri sendiri. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih dan saya berharap pada masa hadapan bukan sain MOU, bukan umum … (audio terputus).
Terima kasih Yang Berhormat Kota Darul Aman. Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Kundor.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan yang saya hormati, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Para Exco, Ketua-ketua Jabatan, seterusnya, Sidang Dewan sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih atas kesempatan untuk saya membahaskan bajet 2025. Sebelum saya masuk ke perbahasan saya, saya nak respon sedikit beberapa yang disebut oleh YB. Kota Darul Aman tadi. Yang pertamanya, berkenaan dengan mekanisme pengumuman banjir. Bagi saya itu hanyalah isu teknikal. Yang utama itu membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bagi bantuan tunai RM1,000. Kalau nak mudah, tak mahu ada masalah langsung, tak mahu ada masalah mekanisme, buat macam Penang, tak bagi langsung bantuan tunai.
Yang kedua, kenyataan berkenaan perlunya pelan pembangunan yang lebih realistik untuk The Greater Kedah dan juga berkenaan dengan pembatalan pelaburan swasta. Saya nk rujuk data lah. Berita Harian bertarikh 1 Jun 2024, saya petik kenyataan Menteri MITI sendiri ya. Menteri Persekutuan. Datuk Tengku Zafrul. Bahawa Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM83.7 billion untuk 3 bulan pertama 2024. Dari segi negeri, Kedah mencatat nilai pelaburan tertinggi RM31.3 billion. Di ikuti Kuala Lumpur RM21.5 bilion, Selangor RM12.4 bilion. Inilah indikator bahawa kita menuju kejayaan The Greater Kedah.
Jadi, saya nak masuk ke perbahasan saya. Bajet 2025, inisiatif tujuh. Yang pertama, Usahanita Sejahtera. YB. Bukit Kayu Hitam. Yang mana program Usahanita Sejahtera diteruskan pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM500,000. Jadi tahniah diucapkan atau usaha yang baik di pihak kerajaan negeri dalam membantu usahawan wanita negeri Kedah berniaga secara kecil-kecilan untuk mendapatkan modal pusingan bagi mengembangkan perniagaan. Jadi, inisiatif Tabung Usahawan Wanita, Program Usahanita Sejahtera dapat seorang RM500 ini adalah satu inisiatif yang sangat baik.
Saya masih lagi teringat bagaimana Dewan Seri Mentalon itu penuh dengan usahawan wanita yang berniaga kecil-kecilan, yang bersemangat untuk mengembangkan perniagaan mereka. Jadi berinspirasi daripada kejayaan tahun 2024 ini, program Usahanita diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM500,000 pada tahun 2025. Dan inisiatif ini diharapkan dapat memperkasa wanita dari segi ekonomi. Cuma dalam kesungguhan kerajaan negeri memperkasa ekonomi wanita, saya ingin menarik perhatian sidang dewan sekalian agar kita tidak lupa tentang aspek yang lebih utama, yang paling utama melibatkan kesejahteraan wanita iaitu keselamatan. Saya ingin
memetik laporan berita demi berita sejak akhir-akhir ini mengenai kehilangan wanita terutamanya remaja sangat membimbangkan. Kalau kita tengok laporan Sinar Harian bertarikh 18 Julai 2024 tahun ini memetik kenyataan pengarah pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Qasim, bahawa seramai 115 wanita berusia atas 18 tahun dilaporkan hilang di seluruh negara sejak 2022 hingga Jun 2024.
Ini data yang tak jumpa lagi. Yang hilang ni ada yang dah jumpa, ada yang tak jumpa lagi tapi itulah situasi yang sangat membimbangkan. Dan kita tak lupa dengan kisah tragis wanita muda bernama Nur Farah Kartini. Yang dilaporkan hilang pada 11 Julai 2024. Alhamdulillah dia ada rakan serumah yang sangat baik. Bila Nur Farah Kartini keluar hari itu balik lambat, tak balik lagi. Jadi rakan serumahnya buat laporan polis. Bila tak balik juga lagi, malam itu dibuat lagi laporan polis. Alhamdulillah ditemui pada 15 Julai. Namun, dalam keadaan yang sangat menyedihkan, sangat menyayat hati. Dipercayai dibunuh dan diletakkan di ladang kelapa sawit.
Sidang Dewan sekalian, ada lagi kisah yang lebih menyayat hati. Bagaimana seorang guru bernama Istiqomah Ahmad Rozi. Seorang guru dilaporkan hilang pada 26 Disember 2023. Dan disahkan dibunuh pada 12 Ogos 2024. 8 bulan lamanya keluarga mencari-cari anak kecil dia, sekolah rendah tak mahu pergi sekolah, sebab kawan-kawan di sekolah tanya mana mak, dia sendiri pun rindu mak dia, kita tanya-tanya ke mana mak dia pergi, 8 bulan lamanya kemudian disahkan oleh laporan DNA bahawa itulah mayat Cikgu Istiqomah dibunuh dikerat-kerat.
Sidang Dewan sekalian, Astro Awani, bertarikh 17 Oktober 2024, melaporkan tentang seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, diculik, dicabul dan nyaris dijual kepada sindiket pelacuran. Macam mana kanak-kanak 12 tahun yang hilang diculik ini boleh selamat? Sindiket ataupun penculik ini, penculik ini nak jual kepada sindiket pelacuran di Chow Kit. Tapi sindiket tak jadi nak beli sebab polis dah viralkan muka budak ni. Polis dah viralkan kata budak ini dicari, mangsa culik. Jadi bila suspek ni nak jual kepada sindiket pelacuran, sindiket tak jadi nak beli. Sidang Dewan tahu atau tidak berapa umur suspek yang terlibat menculik, mencabul dan deal dengan sindiket pelacuran untuk jual? Semuda 13 tahun. 13 hingga 23 tahun sudah terbabit dengan perbuatan jenayah seteruk ini.
Jadi, sedang Dewan sekalian, ini adalah satu perkembangan yang sangat menyesakkan dada dan jiwa kita dan bagi saya memerlukan tindakan yang efisien dan segera daripada pihak berautoriti. Maka, saya ingin mencadangkan agar pemerkasaan institusi keluarga terutamanya dalam memastikan ketua keluarga berfungsi dengan baik dan memainkan peranan sebaiknya turut menjadi fokus kerajaan negeri terutamanya portfolio wanita. Institusi keluarga mesti kembali berperanan sebagai pelindung utama kepada wanita. Program-program kesedaran mengenai keselamatan wanita dan kanak-kanak perlu diadakan secara berterusan melalui institusi pendidikan, melalui taman-taman, kampung-kampung agar keselamatan wanita menjadi keutamaan masyarakat.
InsyaAllah jika institusi keluarga dan masyarakat kembali diperkasakan fungsinya saling peduli dan melindungi keselamatan wanita akan lebih terjamin. InsyaAllah.
Yang kedua Yang Berhormat Tuan Speaker, Inisiatif 45 dalam Bajet 2025 ini. Peruntukan sebanyak RM1.5 juta mulai tahun 2025 untuk fasa awal pembangunan kompleks pentadbiran Islam Daerah Kuala Muda melibatkan pembinaan Mahkamah Syariah Kuala Muda dan kerja menaik taraf Pejabat Agama Daerah Kuala Muda. Pembinaan sepebuhnya akan dimulakan pada tahun 2026 dengan bermulanya RMK13. Jadi terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan untuk menaik taraf Mahkamah Syariah Kuala Muda yang sememangnya memerlukan fasiliti yang lebih baik seiring komitmen Kerajaan Negeri Kedah memperkasa perundangan syariah.
Jadi, saya nak ambil kesempatan dalam sidang Dewan pada kali ini untuk mengucapkan tahniah atas usaha Kerajaan Negeri Kedah dalam memperkasakan perundangan syariah yang terserlah kesungguhannya. Contohnya yang saya sebutkan pindaan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Kedah dengan memasukkan mahkamah Syariah serta pertambahan hierarki Mahkamah Syariah. Seterusnya dalam bajet kali ini menaik taraf fasiliti Mahkamah Syariah adalah bukti kesungguhan kerajaan negeri. Tahniah saya ucapkan. Jadi harapan saya adalah supaya usaha dalam memperkasa perundangan syariah ini tidak terhenti setakat ini. Kerajaan Negeri Kedah mesti memainkan peranan yang lebih penting dalam konteks nasional sebagai pihak yang mahu memastikan perundangan ini sentiasa terpelihara dalam negara kita.
Justeru saya mencadangkan Kerajaan Negeri Kedah melalui pihak berkuasa agama islam serta badan – badan berkanun berkaitan agama islam termasuk NGO memohon untuk terlibat dalam setiap kes yang mencabar enakmen – enakmen syariah sama ada sebagai pencelah,intervener, watching brief peguam pemerhati atau amicus curiae, sahabat mahkamah. Jangan dibiarkan kes-kes yang mencabar keabsahan atau mempertikaikan enakmen syariah ini tanpa kita terlibat sebagai pihak sebagai tanda kebersamaan kita di dalam mempertahankan perundangan syariah di peringkat nasional. Jadi, saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri Kedah melalui badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan juga pihak-pihak yang berkaitan boleh terlibat di dalam kes-kes mahkamah syariah, kes-kes mencabar enakmen syariah di mahkamah sivil ini. Kerajaan Negeri Kedah boleh terlibat sebagai pihak supaya kita sentiasa bersama dalam usaha memartabatkan dan melindungi perundangan syariah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah di atas pelbagai sumbangan kerajaan negeri bagi menyokong usaha pendidikan anak-anak Negeri Kedah terutamanya bagi Dun saya, Dun Pengkalan Kundor.
Merujuk kepada jawapan kepada pertanyaan bertulis, seramai 160 orang pelajar melibatkan jumlah RM48,000 menerima bantuan awal kemasukan ke IPT dari Mac hingga September 2024 serta seramai 85 orang pelajar menerima Tabung Tengku Mahmud. Ini bagi Dun Pengkalan Kundor sahaja, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Untuk Negeri Kedah pastilah lebih banyak lagi. Dan semestinya bantuan-bantuan ini sangat penting untuk menggalakkan pelajar-pelajar terutamanya dari kepada kawasan luar bandar untuk meneruskan pelajaran.
Sebut pasal Tabung Tunku Mahmud ini, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak memetik ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tentang Tabung Tunku Mahmud dalam Bajet 2025 para 137. Saya sebut semula ucapan yang telah disebut oleh Menteri Besar dalam Bajet 2025. Sejak Tabung Tengku Mahmud diaktifkan semula tahun 2023, dalam tempoh belum sampai dua tahun ini, ia ternyata sudah banyak membantu anak-anak yang seperti ini, iaitu anak-anak yatim, anak-anak miskin yang diabaikan tetapi bersemangat mahu melanjutkan pelajaran. Walaubagaimanapun, ingin saya memaklumkan bahawa Tabung Tengku Mahmud setakat ini belum pernah menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Semua bantuan sepenuhnya daripada sumbangan pihak luar yang prihatin. Di sinilah menariknya Yang Berhormat Tuan Speaker. Apabila Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar menyebut bahawa sumbangan Tabung Tengku Mahmud jutaan ringgit ini, jutaan demi jutaan ringgit ini adalah sumbangan pihak luar.
Yang pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang menyumbang kepada Tabung Tengku Mahmud ini. Jasa anda sangat besar dalam mengukir senyuman anak-anak miskin dan anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran.
Yang keduanya, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya terkesima dan teruja apabila MB sebut dana luar ini yang mana bukan daripada duit kerajaan ini digunakan untuk pendidikan anak miskin. Sebabnya ada pemimpin kita yang menggunakan dana luar ini untuk taja dia dan rombongannya keluar negara. Tetapi Menteri Besar Kedah kita menggunakan dana luar ini untuk bantu dana pendidikan anak-anak miskin. Saya ambil kesempatan pada pagi ini untuk bercakap tentang integriti atas dasar tanggungjawab. Kerana anak-anak muda, kerana saya dan juga generasi muda memerlukan contoh yang lebih baik pada zaman ini. Di Singapura Yang Berhormat Tuan Speaker, bekas menteri pengangkutan, S Iswaran dihukum penjara dua belas bulan kerana menerima tajaan pihak luar daripada ahli perniagaan. Walaupun dianggap rakan tetapi mereka adalah ahli perniagaan yang menajanya dapat hadiah tiket muzik, tiket bola sepak, formula one, botol whisky win dan lain-lain kena penjara 12 bulan, itu di Singapura. Saya tak tahu kalau perangai yang sama ada di Malaysia.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kenapa pada hari ini Anak-anak muda, generasi muda anti dengan orang politik. Pesimis dengan politik. Tak suka politik. Kerana apa yang boleh dan tidak boleh Do's and don'ts itu tidak lagi ditentukan oleh undang-undang. Tidak ditentukan oleh hukum agama. Tetapi ditentukan oleh definisi orang politik. Orang lain buat tak boleh. Sakau, sakau, sakau. Dia buat boleh. Di bolehkan oleh…
Celah sikit boleh?
Celahan YB. Bukit Lada. Bagi laluan YB.?
Ok silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Cuma saya nak tanya lah. Adakah sistem perundangan yang ada dalam negara kita ini, dilihat kepada individu. Kalau individu itu Menteri Besar Kedah mungkin awal lagi la kena. Adakah itu caranya?
Silakan Yang Behormat.
Jawab sekali boleh tak?
Boleh!
Terima kasih YB. sebenarnya report kepada SPRM sudah pun dibuat. Jadi kita mintak lah SPRM ni kena telus dalam semua orang lah. Jangan orang tertentu tak ambil tindakan orang tertentu pi siasat. Belum apa-apa lagi. Belum sampai report lagi dah pi siasat. Jadi ni dah ada report dah kepada SPRM. Ambil tindakan lah Tan Sri Azam Baki. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Pengkalan Kundor.
Terima kasih YB. Bukit Lada, YB. Tokai. Jadi inilah yang dikatakan sebagai pendakwaan terpilih yang kita daripada Dun Kedah hari ini hantar mesej supaya jangan ada pendakwaan terpilih. Kerana rasuah ini adalah mudah untuk dilawanlah bila jadi pembangkang. Rasuah sangat mudah dilawan masa jadi pembangkang lawan-lawan rasuah. Tetapi realiti sebenar terserlah apabila pegang kuasa, apabila jadi kerajaan. Dan bagaimana yang saya sebutkan tadi, saya ambil kesempatan pada hari ini dengan keadaan adik-adik yang datang melawat ini. Untuk sebut bahawa imej yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar kita, imej integriti itu adalah satu imej yang penting. Adalah satu pencapaian yang mahal kepada orang muda dan generasi muda. Seperti saya, kerana anak muda pada hari ini pesimis, meluat dengan politik kerana perkara-perkara seperti inilah. Pendawaan terpilih. Rasuah dibenarkan dengan permainan istilah. Orang lain boleh, kita tak boleh. Kerana rasuah inilah kita tak boleh nak cakap besar sebenarnya. Tak boleh nak bongkok, tak boleh nak terpaling melawan rasuah. Tetapi di pihak kita boleh, di pihak lain tak boleh. Kerana rasuah inilah punca pembahagian kekayaan negara dan negeri itu tidak dibahagi secara adil.
4 minit lagi YB., 4 minit. Sila landing.
Kekayaan negara itu hanya berlegar di kalangan orang-orang yang kaya sahaja, di kalangan orang-orang yang ada kuasa. Sebab itu Allah Ta'ala ada menyebut,
ْكَىْ َلَ يَكُونَ دُولَة ٍۢ بَيْنَ ٱْلْ َغْنِيَآٰءِ مِنكُم
“Supaya harta kekayaan itu jangan hanya beredar di kalangan yang kaya, di kalangan kamu”.
Jadi saya nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah dan juga Kerajaan Negeri Kedah, Para Exco yang semenjak Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar mentadbir Kedah daripada tahun 2020 sehingga ke hari ini beliau tidak pernah ada satu kes kontroversi pun yang berkaitan integriti. Tidak satu kontroversi berkaitan rasuah pun apatah lagilah yang terpalit dengan 47 kes rasuah.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker saya nak sebut bahawa saya harap Kerajaan Negeri Kedah seiring dengan tahun demi tahun pemerintahan dapat terus kekal mempertahankan imej yang bersih, imej yang berintegriti ini sebagai satu contoh tauladan yang baik kepada anak-anak muda, kepada generasi muda di luar sana, supaya tak lagi muak dengan politik, tak lagi jijik dan rasa meluat dengan orang politik kerana contoh yang tak sama kata-kata dan tindakan ini. Cakap biar serupa bikin.
Jadi saya nak tutup. Sikit lagi ya Yang Berhormat Tuan Speaker.
Lima saat. Boleh, YB. Pengkalan Kundor?
Boleh.
Silakan, YB. Tokai.
19 November 2024, Wall Street Journal. Malaysia rank number one most corrupted country in the world for doing business. Apa mesej daripada YB. Pengkalan Kundor? Terima kasih.
Silakan, YB. Pengkalan Kundor. Mic YB. mic
Ya.. saya ada baca juga berita tu dan sangat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia. Sebab itulah rasuah ini jangan dibenarkan dengan permainan istilah. Jangan orang lain sakau dekat kita jadi halal pula kan. “Halaluna wa haramukum”. Betol nah ustaz?
Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Jeneri kerana boleh mengekalkan karakter imej yang berintegriti walaupun beliau tak laung reformasi. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin merakamkan ucapan perhargaan atas pemberian sebanyak RM102,000 bantuan khairat kematian iKAFALAH dari Januari hingga Oktober 2024 melibatkan 204 penerima bagi Dun Pengkalan Kundor.
Jadi, saya nak ucapkan terima kasih bantuan khairat kematian daripada Kerajaan Negeri, tadi bantuan awal ke IPT, bantuan Tabung Tunku Mahmud dan pelbagai sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri yang saya rasa Kerajaan Negeri Kedah sangat terkehadapan dalam menjaga kebajikan rakyat. Alhamdulillah. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, di zaman pelbagai janji dimungkiri, ditarik pula pelbagai subsidi di mana beras tempatan pun masih jadi misteri maka keperihatinan kerajaan negeri membantu rakyat dalam segenap segi, sangatlah disyukuri. Moga – moga Kerajaan Negeri Kedah dapat terus berbakti.
Justeru itu, saya menyokong bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kundor. Seterusnya, Yang Berhormat Kota Siputeh. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asrafi Mursalin Saidina Muhammadin, Wa 'Ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Rabbish Rahli Sadri Wa Yassirli Amri Wah Lul Uqdatan Min Lisaani Yaf Kahu Kauli. Ammaba`.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang di kasihi Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Kedah, barisan Exco dan Adun Kedah Sejahtera yang dirahmati Allah SWT sekalian sebegitu buat para pendidik di Kedah di kalangan penjawat awam negeri. Yang dikasihi sebegitu wakil – wakil agensi persekutuan dan juga agensi negeri. Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera.
Syabas dan tahniah atas perbentangan bajet yang telah masuk kali ke 5 dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sungguh atas izin Allah SWT, banyak pencapaian kepada rakyat yang begitu signifikan telah dijayakan sejak YB. Jeneri memegang tampuk kepimpinan dari Kedah.
Melati Kuntum Tumbuh Melata, Cemara Menderai Sampai Jauh, Jeneri Memimpin Kedah Sejahtera, Rakyat Terbela, Hasil Kerja Bersungguh.
Tema erat dalam pembentangan bajet 2025 yang begitu ringkas. Namun cukup padat dan terangkum dalam aspek matlamat pelaksanaannya serta agihan sumber kepada rakyat negeri Kedah adalah satu pernyataan jelas. Bahawa seluruh barisan kepimpinan Negeri Kedah Sejahtera dan adun Perikatan Nasional begitu cakna soal kemaslahatan rakyat dalam Negeri Kedah. Bila dah erat. Bila kita dah erat ni barulah sejahtera.
Maka strategi Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar untuk memastikan pemerkasaan Ekonomi demi memanfaatkan rakyat. Melestarikan alam dengan segenapnya berpandukan reformasi tadbir urus. Jelas perlu menjadi elemen penting demi memanterakan perjalanan yang lancar dalam Kedah dapat dipacu untuk mencapai ekonomi 1 bilion ringgit menjelang 2028. Sekaligus meletakkan kita dalam landasan untuk menjadikan negeri tercinta ini sebagai The Greater Kedah pada 2050.
Biarpun cabaran cukup besar dalam mengemudi tanah bertuah ini dengan seluruh isinya dihadapi oleh Kerajaan Perikatan Nasional Kedah dan negeri-negeri SG4. Disebabkan falasi dalam nilai pendemokrasian yang bertentangan dengan konsep MADANI. Dan iltizam reformasi yang diterapkan oleh pihak kerajaan persekutuan yang sekadar berretorik. Barangkali atas dendam politik. Sehingga sanggup menghukum rakyat dalam tanah air sendiri. Namun syabas diucapkan buat seluruh kepimpinan Kedah kerana tetap teguh mengorak langkah dengan pelbagai usaha tersendiri untuk membawa pelabur menerusi agenda-agenda PFI. Namun demikian kita berharap Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam pada negeri Kedah tengah memacu mengorak langkah untuk ekomodasi para pelabur mai ini. Janganlah pula sebab apa yang kita usahakan ini memang untuk tujuan membantu KDNK, bantu GDP negara.
Tapi jangan pula segala tindak ini, kita tak mahu ada sabotaj oleh pihak-pihak tertentu kerana sekatan dan halangan ini jelas bukan sekadar pengkhianatan kepada anak Kedah atas iltizam kemajuan para kepimpinan negeri kepada rakyat, Kedah malah ia turut membantutkan ekonomi negara dengan segala halangan birokrasi politik dalam pada ketaksamaan aspek agahan sumber serta peluang yang diperolehi negeri. Insaflah.
Kita tak mahu hari ini Yang Berhormat Tuan Speaker bila mana kita cakap bila diulang maklum pula dekat pihak negeri kata, hang negeri miskin negeri miskin dia kata. Macam mana boleh bilang kata kita ni negeri miskin sedangkan orang-orang negeri Kedah ni kita berkorban untuk buat padi. Kalau kata kita ni tak mahu buat padi, kita ni tak termaktub di bawah perlembagaan. Baik kita buat benda lain. baik kita menjadi masyarakat industri lagi untung untuk negeri Kedah. Tapi pengorbanan kita, kita diherdik ini yang kita amat terkilan dalam konteks anak negeri Kedah sendiri. Maka daripada itu saya juga nak ucap terima kasih. Sebab kita ni anak-anak jantan. Wanita-wanita hebat Kedah. Dah diasuh untuk berkata benar walaupun pahit.
Oleh itu, dalam bab tanggungjawab hakiki persekutuan yang telah membantu sedikit sebanyak perkembangan negeri. Maka kita tetap ucapkan setinggi penghargaan terima kasih. Kerana itulah amanah dan tanggungjawab yang Allah SWT anugerahkan kepada kamu. Yang mana kamu akan dipersoalkan kelak sejajar ingatan dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar yang memetik firman Allah Subhanahu wa ta'ala dalam surah Al-Anfal ayat 27. Yang mana Ibrah dari itu ialah perihal ketimbang. Ketimbang soal kewajipan melaksanakan tanggungjawab dan mengkhianati amanah. Maka perlu sedar tentang hal itu.
Justeru, berbalik perihal kejayaan negeri Kedah. Kejayaan sedikit sebanyak ini terbukti melalui pertambahan hasil sebanyak 86 juta kepada jumlah 633.68 juta sehingga 31 Oktober yang dinyatakan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang mana segala rekod ini kejayaan ini kita dapat lihat banyak sebenarnya bakti. Kalau macam mana yang Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar kata, mata lalat dengan mata lebah. Kalau kita nak tengok bakti dalam apa yang diusahakan, ditekatkan, kebajikan dalam negeri Kedah ni adalah jelas dan nyata. Kerana daripada beranak, daripada hang beranak sampai hang meninggal, kita bantu. Kalau kita cakap kat sini contohnya, beranak bagi RM200 bawah Exco Ustazah Ashah. Mengaji bagi RM300 i-BAKIPT. Boh lagi Tabung Tungku Mahmud ke atas. Lepas tu kita pula yang mana kita tahu tadi Tabung Tungku Mahmud disebutkan oleh YB. Pengkalan Kundor. Ini adalah inisiatif sendiri daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Lepas tu kita bagi bantuan pula yang mana Tabung Tungku Mahmud ni pakai untuk nak beli peranti lah. Mungkin nak bayar yuran semester lah untuk orang susah. Tapi kita bagi beras sejahtera lagi.
Lepas tu dengan bubuh adun – adun wakil rakyat ni punya lah cari duit juga kot atas dengan ada perpuntukan lagi kita pergi beli bakul makanan lagi. Kita buh kot atas. Jadinya kita orang sakit kita bagi RM500. Lepas tu orang meniaga Wanita TUWS Bagi RM500. Kita mati pun khairat, kita bagi RM500. Maksudnya daripada hang beranak, itu tak campur dengan motivasi lah, tuisyen lah, macam-macam kita bagi kitaran itu. Dan inilah yang kita bagi ni. Ni YB. Kota Darul Aman ni, nak maklum ni kan. Inilah yang kita bagi. Kita bagi untuk rakyat Kedah. Itulah dan juga peningkatan hasil inilah bukti bahawa Kerajaan Negeri Kedah benar-benar cakna untuk kejayaan dan juga orang kata nasib anak negeri Kedah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, mencelah. YB. Kota Siputeh.
Bagi laluan YB.? Silakan Bukit Selambau.
Tak banyak. Tapi terima kasih banyak YB. Kota Siputeh. Apakah kemungkinan boleh berlaku mata lalat boleh jadi mata lebah pula ataupun mata lebah boleh di mata lalat?
Rehat dulu, rehat dulu YB. Kota Siputeh.
YB. Tokai bangun, YB. Kota Siputeh beri laluan? Silakan YB. Tokai.
Ambil oksigen, sat,
Macam mana?
Ambil oksigen, sat. Tambah satu lagi. Terima kasih, YB. Tuan Speaker. Nih. Tak sebut ni. YB. Kuala Ketil duk bagi tiap-tiap hari ni. Tabung Perubatan Sejahtera. Dengan cermin mata matanya. Dengan kasut ni. Dengan stretcher, dengan kerusi roda. Daripada sihat, hat sakit pun kita bagi, bukan kita abaikan cikgu. “Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Nikmat Sejahtera” Terima kasih, Speaker
Terima kasih, teruskan YB. Kota Siputeh.
Saya amat bersetuju dengan kedua kekanda saya. Dan kerana itulah bukti betapa “Kerajaan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” ini benar-benar berbakti untuk anak negeri Kedah. Dan dalam aspek itu saya nak sentuh sikit berkenaan dengan tuisyen juga. Saya nak ucap tahniah atas inisiatif Yang Berhormat Sungai Limau yang mana kita adakan tuisyen. Tapi memang kita harap tuisyen ini juga mungkin kerajaan negeri boleh perbanyakkan sebab kita dengar awalnya pilot project ada 10 ja noh lebih kurang. Lepas tu kita dah tambah. Ada 6 awalnya. Ni nak cerita juga ni yb. Kota darul aman kena dengar ni. Daripada 6. Lepas tu kita nak tambah setiap parlimen. Ada di setiap parlimen. Tapi YB. Saya harap lepas ni insyaAllah termasuk sampai ke Darul Aman ke setiap orang kata Adun pun kita nak buka. Sebab apa saya nak sentuh cakap tentang masyarakat dalam kawasan di Sanglang. Sebagai contoh, cabaran dekat Sanglang ni, kami di dalam Kota Siputeh ni, tuisyen YB. Tuan Speaker, hanya ada dekat Kodiang ja. Dekat Sanglang ni tak ada langsung pusat tuisyen. Lepas tu, kita bercakap tentang Daerah Kubang Pasu sebagai Kota Bandar Ilmu. Tapi malangnya, sebagai bandar ilmu, antara keciciran tertinggi dalam Negeri Kedah juga adalah di Kubang Pasu.
Maka kami, saya dengan YB. Jitra juga kita bersama-sama dengan DO. Dengan YB. Bukit Kayu Hitam, dengan YB. Ayer Hitam. Kita bersama-sama duduk bincang memang kita nak usahakan untuk nak jayakan dan buat pelbagai program. Sebab apa? Bayangkan di Sanglang. Kalau kita nak ambil contoh di Kota Siputeh sahaja, Megat Dewa. Saya ambil contoh Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa. Paling tinggi tahun lepas SPM ada seorang sahaja dapat 10A. Dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku Bendahara paling tinggi seorang sahaja dapat 8A. Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang paling tinggi seorang dapat saja 6A. Lepas tu dengan cabaran saja, tapi saya nak cakap dekat sini walaupun anak-anak Sanglang yang duduk dapat 6A nak banding dengan anak-anak yang dapat 100A dekat Kuala Lumpur tu, anak Sanglang ni lagi hebat daripada anak-anak Kuala Lumpur ni.
Dan sebab itu kita terkilan bila mana adanya seorang Perdana Menteri, dia bilang minta maaf saya bukan nak sentuh, tapi bila bercakap tentang kononnya nak buka Matrikulasi untuk semua orang. Bila kata nak buka Matrikulasi untuk semua orang, dalam keadaan yang mana penyediaan ruang pun tak ada. Tenaga kerja pun tak ada. Dan bila cakap pula tentang ada pula pemimpin seorang Pengerusi Mara, Ashraf Wajidi sebagai contoh nama nak sama pula. Lepas tu dia boleh cakap pula dekat sini. Dia kata oh kalau kata tak boleh nak masuk mengaji sini masuk TVET. Apa punya pemikiran.
Inilah masalahnya pemimpin-pemimpin kita bila mana meletakkan kononnya kalau orang ni tak boleh nak mengaji, kita pergi hantar TVET. Tak boleh nak jaga anak, kita pergi hantar pi Tahfiz. Ini adalah pemikiran yang salah, kerana sebabnya kita kena nak hantar TVET itu memang mereka ni nak jadikan orang-orang yang Profesional. Bukannya orang yang tak boleh pi nak mengaji, kita pergi hantar pi sana. Itu adalah pemikiran yang salah, sedangkan anak Sanglang tadi, dia nak jadi saintis barangkali, walaupun dia 6A. Berapa ramai dulu kita ni yang jadi pengarah-pengarah. Jadi macam-macam orang. Padahal. Dapat berapa A saja. Tapi kerana bantuan. Kita bagi satu dorongan, bantuan. Orang kata. Untuk mereka-mereka ni dapat meningkatkan diri kita. Akhirnya. Beroleh kejayaan, menjadi orang-orang besar. InsyaAllah. Maka daripada itu. Saya haraplah sangat. YB. Sungai Limau. Mungkin kita boleh bincang juga. Saya harap mungkin, YB. Ayer Hitam. Kita boleh buat dalam Parlimen Jerlun itu, mungkin kita harap boleh di bahagian Sanglang.
Dalam pada itu juga saya nak puji DO Kubang Pasu. Tapi tak ada di sini, tapi saya nak beritahu kepada DO saya memang nak ucap kerana DO ada iltizam yang kuat. Nak kami bangunkan kertas kerja bersama untuk atasi ke keciciran ni. Tapi kita nak buat program yang mana motivasi, yang berstruktur dan sebagainya, tapi Kubang Pasu ni kesian. Sebab kami kat Kubang Pasu ni pun ribut pun kami. Cabut atap pun kami. Macam-macam pun kami, jadinya banjir pun kami. Maka kita nak bangunkan satu program yang khusus yang kita sentuh masyarakat ni secara bersama, dia jadi cukup mencabar. Dan sebab itu saya juga nak puji Kerajaan Negeri Kedah.
Bila mana Kerajaan Negeri Kedah buat program Maahad Tahfiz Sains Kedah. Ini adalah satu tekad yang baik. Sebab bila mana, bila buat Maahad Tahfiz ni kita meletakkan pemikiran yang mengatakan bahawa Tahfiz ni untuk orang-orang yang mungkin tak boleh nak jaga anak ka dan sebagainya. Dah ada pemikiran macam tu. Tapi kita meletakkan Tahfiz ini pada satu makam. Kerana itulah kehebatan ilmuwan Islam dahulu. Kalau kita cakap tentang Ibn Battuta. Kita cakap tentang Ibn Sina. Dia bukan pakar dalam orang kata medical semata-mata. Dia lah pakar dalam astronomi. Dia lah pakar dalam pelbagai. Multi-disiplin dengan izin. Kita nak macam itulah sebenarnya anak-anak Negeri Kedah yang kita nak hasilkan, insyaAllah. Daripada Maahad Tahfiz ni sampai ke Unisham, kita hasilkan anak-anak Kedah yang hebat insyaAllah.
Baik, maka bila dah masuk bab kawasan, saya nak maklumkan dekat sini kebanggaan. Sebab ni dah masuk juga bab produk ni dekat Kota Siputeh ni. Kita nak cerita ada masa lagi Yang Berhormat Tuan Speaker noh?
5 minit lagi YB.
5 minit lagi. Ada 2 aspek lagi, satu kawasan, satu lagi tentang bab Padi. 2 benda saja lagi. Saya nak cerita pertama sekali adalah tentang kita dalam kawasan Kota Siputeh ini kita harap diangkat dalam carta. Sebab faktor persejarahan dia. Faktor kehebatan dia. Kalau kita buka lah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah ini, sejarah raja-raja hebat Kedah ini yang bersusur galur sampai sekarang ni, bukan nak kata, antara kehebatan raja-raja Kedah ni, memang bermukimnya di Kubang Pasu, di Kota Siputeh. Dan Kota Siputeh pada ketika dulu kita lah yang perkenalkan sistem mata wang Tera. Kita lah yang buka terusan-terusan yang ada dekat ni.
Raja-raja Kota Siputeh buat terusan-terusan ni. Yang sampai ada bendang punya luas. Mata memandang daripada belah Kedah utara ni, itu adalah hasil peninggalan Raja-Raja Kota Siputeh. Maka di Kota Siputeh ni juga kita sekarang ni tengah bangunkan produk MEKO. Ni dia MEKO. Mek & Kodiang in Kodiang. M-E kita ambil bahasa macam Latin sikit lah. Mek & Kodiang. Mek & Kodiang ni kita meletakkan asas. Di sini saya nak ucap terima kasih. Tadi bab padi pun sat ni saya nak cerita terima kasih kepada YB. Suka Menanti. Ini saya nak ucap terima kasih kepada YB. Kubang Rotan. Kerana bantu untuk pembangunan pelancongan dan juga pembangunan dalam kawasan, dalam aspek kebudayaan kesenian di Kota Siputeh. Yang mana kita nak kenalkan, ini produk kebanggaan Kota Siputeh. Ini adalah Batik Lindungan Bulan. Batik Lindungan Bulan ini ada motif dia, Motif Lindungan Bulan ni. Motif ni juga waktu bincang untuk nak bangunkan Motif Lindungan Bulan ni, memang cantik batik kami. Dibangunkan, diusahakan oleh Saudara Auni, eorang anak muda dalam kawasan.
Anak muda yang ada cita-cita, yang nampak agenda untuk memartabatkan kawasan dan kita bangunkan secara bersama, ni kita cadangkan ni adalah Motif Lindungan Bulan. Nampak macam Star Wars punya Jedi punya logo. Haa, memang betul pun pasal resistance. Sebab mengenang ambil daripada elemen padi, Lindungan Bulan itu sendiri dan juga nampak macam Motif Lok Chan. Yang mana pokok Lok Chan ini adalah merupakan satu-satunya pokok yang ada dalam seluruh Malaysia ini, hanya ada dekat Kedah, ada di kampung Siputeh. Di Kota Siputeh sahaja YB. Kubang Rotan pernah makan buah Lok Chan tu. Sedap tu YB. Kubang Rotan noh. Dan inilah dia cantik batik-batik tu. InsyaAllah esok lusa ni kita boleh panggil mereka mai.
Dan saya nak ucap terima kasih kepada D.O. D.O ada bersama kita. D.O Kubang Pasu borong habis semua. Pejabat Daerah Kubang Pasu. Pakai habis. Lepas ni kita harap semualah SUK, Pejabat Kerajaan semua kita pakai Batik Lindungan Bulan. Sebab dibangunkan oleh sendiri Komuniti Lindungan bulan Iaitu tadi Saudari Auni dan juga Mak Tok kita Mak Tok Rafiah. Ini kita nak bagitahu itu yang pertama. Dan kalau kata Langkawi, sahabat saya, dua sahabat saya dekat sini. Nak jadi Bali untuk Negeri Kedah. Kita nak laungkan bahawa Kota Siputeh nak jadi Yogyakarta bagi Negeri Kedah, yang mana pusat bagi seni, budaya, sastera, keilmuan, intelektual kita nak hidupkan di Kota Siputeh sebab sabit tu kita panggil hari tu sasterawan negara mai, alhamdulillah dapat sokongan. Dan daripada itu saya nak ucapkan semua kepada kepimpinan Negeri Kedah, daripada Menteri Besar sampai kepada segenap Exco. Ramai Exco bantu kita. Dan juga YB. Kubang Rotan juga sendiri yang bantu dalam kawasan. Tapi dalam pada itu saya juga nak sentuh juga tentang agenda dua perkara iaitu kita nak bangunkan Kampung Lindungan Bulan. Kalau boleh YB. Kubang Rotan Kampung Lindungan Bulan itu kita nak jadikan ada hub macam MP Theater. Lepas itu macam Pekan Rabu ada naik beca boleh pergi Pekan Rabu kecil-kecil. Rumah ke rumah. Boleh galakkan ekonomi sebab kita ada produk kraft lain. Lupa tadi saya nak tunjuk. Ini satu lagi produk yang mana kita ada. Iaitu PDK Kodiang. Dekat PDK Kodang ni. Ini budak-budak autism. Budak-budak kelainan upaya. Buat barang-barang ni. Bayangkan. Kita nak gabungkan ni sebagai produk MEKO. Nanti bentuk-bentuk elok ni dibalut dengan batik-batik Lindungan Bulan ni. Allahuakhbar. Ni produk kita dalam Negeri Kedah. Kebanggaan Kota Siputeh. Baik.
1 minit lagi YB.
Allahuakbar satu minit. Satu minit ni maka saya nak juga nak cerita pasal Gua Kerbau. Tapi mungkin kita. Tak pergi Thailand dah. Pasal betul Gua Kerbau nak tamatkan pasal tak mahu pergi Thailand. Lepas ni insyaAllah dengan sokongan DO kita nak buat Gua Kerbau tu ada perahu-perahu tu kan.
Orang pakai perahu. Kita nak pakai rakit meniaga barang-barang tradisi ja. Bukan barang-barang siam ni semua benda. Banyaklah agenda sebenarnya. Tapi saya harap saya juga kat sini selaku pentadbir Kota Siputeh saya nak ucap terima kasih kepada semua yang bantu dalam kawasan, dari MB, Pegawai Pentadbir Negeri, Pejabat-pejabat SUK dan Kewangan, Para Exco, Agensi Negeri dan Persekutuan Pejabat Daerah, DO. KADO, dan Penghulu – Penghulu dan MKK Kota Siputeh. Pihak JKR Kubang Pasu. Sangat sempoi. MBI, PKNK, Darul Aman Aset, PKP, KKDW Negeri Kedah, Terima kasih. KPKT, pihak ICU, JPS, SADA, Pemandu – pemandu lori SADA, terima kasih. Depa bantu, bantu salurkan air.
Pegawai-pegawai dan pengurus MADA di lapangan dalam kawasan. APM, Bomba, PDRM dan Kesihatan TNB dan TM. Dan banyak lagi agensi yang saya mohon maaf. Cuma saya nak sikit, betul-betul sikit pasal padi ni. Betul-betul nak cakap pasal padi. Tapi sebelum Padi tu, saya nak cakap dulu tentang BPEN. Saya berharap juga, bab pembangunan ni. Dalam kawasan ni, BPEN tolonglah mai tengok di Kota Siputeh belah Kedah utara ni. Sebab apa Kedah utara ni teruk sangat. Kita ni saya cukup jaki dengan Perlis. Kan? Semua benda kita bila duduk kat Kota Siputeh ni macam zaman yang berbeza. Lalu kat jalan-jalan Kota Siputeh, dah lah saya satu-satunya Adun kena berurusan dengan dua negeri. Dalam seluruh Malaysia ni, kita kena berurusan dengan MADA Perlis. Maka bila lalu kat jalan-jalan, MADA ni. Lepas tu, macam kalau orang nak beranak, terberanak la tu juga. Tapi kita harap ada bantuan. Lepas tu bab titi yang kita harap ke depan ni bab titi ni, bomba sampai bila lalu, bomba terpaksa menyusur akar tu. Macam tu. pasal titi yang terlalu kecil, tak boleh nak lalui jalan-jalan yang akhirnya kalau berlaku kebakaran menyukarkan orang-orang dalam kawasan.
Terakhir, bab padi. Bab padi dekat sini, minta maaf Yang Berhormat Tuan Speaker benda penting. Kerisauan yang paling besar adalah tentang isu UPOV. Tapi saya nak ucap terima kasih kepada Exco, YB. Suka Menanti. Sebab ada inisiatif untuk nak kisar beras kita sendiri. Tapi bila kita nak buat beras Negeri Kedah, kita ada satu kerisauan yang paling besar ke depan ni. Kerana apa? Negara dalam proses untuk nak ratifikasi UPOV 91. Bila negara ratifikasi UPOV 91 ni cabaran yang cukup-cukup besar adalah bila mana hak Pak Tani ini akan diragut. Bila mana Pak Tani tak boleh lagi untuk nak simpan benih-benih mereka. Kita boleh tengok ada penurunan daripada jumlah hasil tuaian baru-baru ini. Kenapa hasil tuaian kurang? Sebab beras tadi hilang. Nak beli harga beras mahal dan sebagainya. Maka Pak Tani dia buat tambah pula inisiatif seperti YB. Suka Menanti buat nak kisar beras sendiri. Jadinya bila kita buat, kita hantar berlaku masalah yang mana Pak Tani-Pak Tani ni hasil turun. Bila hasil turun, memang beras pun hilang. Menyebabkan tapi bila kehadapan UPOV 91 ni di ratifikasi, apa yang akan jadi adalah, padi pak tani-pak tani ni, padi benih ni dah tak boleh lagi untuk kita guna. Padi benih ni tak boleh guna. Sebelum ni, padi benih boleh guna untuk kegunaan sendiri ataupun berkongsi. Tapi lepas ni, semua tak boleh. Semua kena beli.
Maka daripada tu kita tengok, ini akan menyebabkan hak Pak Petani tu akan diragut. Malah kalau kita nak capai kebaikan dalam aspek orang kata penanaman nak tambahkan hasil padi, nak buat lima kali setahun dan sebagainya ni saya nak komen sikit lah kepada pihak menteri. Contohnya, bila kata ada potongan empat kali, ada potongan, Menteri Mat Sabu kata ada potongan empat kali. Dulu dia berkata, kononnya zaman kita PN, cuci, cuci ni, cuci tali air ni. Dua kali saja dalam tempoh setahun. Dulu mereka kata kononnya zaman PN dulu, tapi sebab kita berhadapan dengan krisis COVID. Kita kena letak priority macam mana. Tapi zaman mereka, bila mereka kata untuk cuci sebanyak empat kali haram tak cuci pun. Masalahnya duit hampa dah atur lagu mana, patutnya suruh turunlah biar betul. Agihlah dengan cara betul. Macam mana kalau kata perkara ni boleh kita nak perbaiki. Macam mana pak tani – pak tani ni nak ada orang kata penjadualan yang betul bila mana air terlepas, air buang, air masuk ni tak boleh diselenggara dengan baik. Tak cuci dengan elok. Habis padi tenggelam, padi rebah. Jangankan kata nak buat smart farming. Kita tak mampu nak buat perkara-perkara ini sekiranya kita tak ada perubahan yang baik dalam kawasan.
Ada celahan YB. Pengkalan Kundor.
Mungkin YB. Kota Siputeh terlalu bercita – cita besar sebab beras tempatan pun tak boleh nak selesai nak harap benda lain lagi.
Sila jawab dan landing terus, masa dah lebih daripada 5 minit.
Untuk saya tamatkan saya landing juga dekat sini. Ya, betul. Inilah satu perkara-perkara yang kita tekilan. Dan kerana itu, sebenarnya kita ada beberapa cadangan. Yang mana kita nak last terakhir sekali untuk kita harapkan dekat sini adalah dua perkara yang kita nak minta cadangan. Yang pertama adalah hapuskan kuota pengeluar benih. Galakkan persaingan pasaran, subsidi dalam bentuk kupon diberi terus kepada pesawah. Yang mana guna satu mekanisme digital untuk kawal salah guna kupon. Pengeluar benih hanya boleh klaim subsidi melalui jumlah kupon yang mereka kumpul dari petani yang membeli benih dari mereka. Benih simpanan sendiri juga diberikan insentif.
Dan terakhir iaitu perbanyakkan lesen kilang padi dan pemborongan beras kecil atau besar supaya pasaran lebih banyak. Dengan pada itu yang mana perlu untuk kita perjuangkan dalam konteks negeri Kedah untuk meletakkan harga bukan harga lantai tapi harga siling padi Iaitu pada jumlah RM1800 per tan. Itu adalah merupakan satu perjuangan untuk negeri Kedah sendiri yang kita bawa. dan kita angkat insyaAllah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan itu saya menyokong Bajet 2025
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Kota Siputeh. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Anak Bukit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asrafi Mursalin, Wa 'Ala Alihi Wasahbihi Ajma'in.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Ahli – Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato Setiausaha Kerajaan Negeri. Yang Berbahagia Dato’ – Dato’, Pengarah – Pengarah Agensi Kerajaan, Ketua – Ketua Jabatan, Tuan – Tuan, Puan – Puan Yang Saya Hormati Sekalian.
Dalam Dewan Yang Mulia ini, saya mengambil kesempatan ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Kedah atas pembentangan Bajet 2025 pada hari Ahad yang lepas. Tema dan strategi Bajet 2025 iaitu ekonomi rakyat, alam dan juga tadbir urus telah menyenaraikan sebanyak 50 inisiatif utama dengan 15 fokus. Antaranya ialah Infrastruktur, Ekonomi Rakyat, Program Keterjaminan Makanan, Perlancongan, Pelaburan, Bantuan Kedah Sejahtera, Pendidikan, Agama Dan Sosial, Perumahan Rakyat, Belia Dan Sukan, Pemuliharaan Alam Sekitar, Mendepani Isu Dan Masalah Banjir, Pemodenan Tadbir Urus Kerajaan, Dan Pendigilan Perkhidmatan bagi memacu kemajuan Negeri Kedah yang tercinta ini ke arah gagasan The Greater Kedah.
“Negeri Kedah Adalah Tempat Orang Miskin Berteduh Dan Tempat Orang Kaya Berbakti”. Tercetusnya slogan ini merupakan satu lontaran kesedaran terhadap pelbagai pihak Negeri Kedah ini. Konsep menyantuni kesejahteraan dan direalisasikan melalui bantuan Kedah Sejahtera wajar dipuji. Antara bantuan-bantuan yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sejak tahun 2020 antaranya ialah bantuan Beras Sejahtera, Bantuan Awal Kemasukan Institut Pengajian Tinggi iBAKIP, Bantuan Khariat Kematian iKAFALAH, Bantuan Pengajian Tabung Tungku Mahmud, Bantuan Tabung Usahawan
Wanita, Bantuan Pesakit Terlantar, Bantuan Tabung Perubatan Sejahtera, dan Bantuan Permata Sejahtera.
Ertinya, slogan ini bukan sekadar satu cetusan tetapi juga diterjemah dengan teliti berkaitan soal kebajikan rakyat yang menjadi keutamaan iaitu, kalau kita tengok dari segi bantuan ni bermula daripada lahirnya anak-anak negeri Kedah sampai lah kepada besar, remaja, sampai lah kepada tua, sampai lah kepada mati. Yang inilah bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan negeri.
Mengenai Desa Sejahtera yang telah dirasmikan Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Kedah baru - baru ini, menurut petikan Harakah Daily yang bertarikh pada 21 November 2024 mengenai Program Sejahtera. Projek Desa Sejahtera di Padang Terap, merupakan permulaan bersejarah bagi negeri Kedah untuk membantu golongan miskin, dan miskin tegar memiliki tanah sendiri. Inilah diantara konsep yang terbaru yang telah dilontarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Kedah. Inisiatif kerajaan Negeri Kedah ini untuk membantu anak – anak Negeri Kedah adalah wajar dipuji. Bertepatan dengan slogan Negeri Kedah, “Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Berbakti”. Tahniah kepada kerajaan Negeri Kedah kerana telah berjaya merangka pelbagai inisiatif serta menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi orang miskin dan miskin tegar untuk mendapat kediaman di negeri jalapang padi ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Sungai Kedah kedudukannya berada di kawasan lembangan sungai dan merupakan tempat terjadinya kawasan tanah air disaliri oleh satu sistem sungai dan berakhir di laut. Perubahan cuaca dan peralihan monsun yang pelbagai menyebabkan negeri Kedah ditimpa musibah banjir. Pada 16 September yang lalu, apabila bertembungnya air pasang besar dilaut dan hujan turun tanpa henti selama beberapa hari menyebabkan semua sungai-sungai di Kedah air melimpah. Jadi berlakulah banjir besar di Negeri Kedah pada baru – baru ini, khusunya dalam Dun Anak Bukit. kita mengalami 3 gelombang banjir. Bermula pada 16 haribulan September, sampailah pada 21 haribulan Oktober 2024. Sehinggalah dikategorikan sebagai banjir termenung. Memang air tak turun di beberapa buah kampung yang berada dalam Dun Anak Bukit.
Ia berbeza antara tahun 2010 dengan tahun 2024. Sebelum-sebelum ni, kita cuma mengalami banjir ni hanya sekali sahaja. Lepas tu air surut dan tak berulang lagi. Tapi sekali ni, bila banjir berlaku bermula pada 16 haribulan air mula naik selama 10 hari, selepas itu air mula surut, dalam masa dua hari air mula naik pula untuk gelombang yang kedua. Lepas tu, air mula surut, selepas itu air mula naik pula untuk gelombang yang ketiga, sampai lah berakhir pada 21 April 2024. Banjir ni adalah bencana alam. Bukan kata setakat Negeri Kedah, tapi semua negeri terlibat. Bukan sahaja Kedah, tapi semua Negeri terlibat. Pada kesempatan ini saya menghargai usaha kerajaan negeri dengan menyalurkan bantuan banjir pada kadar segera kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
Dalam kita mengharungi banjir, saya juga mencadangkan agar kerjasama antara Pihak Pusat Operasi Bencana Banjir dan juga Pusat Khidmat Wakil Rakyat diperkemaskan untuk masa hadapan untuk kebaikan bersama bagi menangani bencana di masa akan datang demi keselamatan rakyat di negeri Kedah yang tercinta ini.
Dalam kesempatan ini juga, dalam Dewan Yang Mulia ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi – agensi kerajaan yang terlibat, yang tidak putus – putus membantu dan berganding bahu bersama Pusat Wakil Rakyat Anak Bukit bagi membantu mangsa – mangsa banjir yang terlibat. Antaranya adalah Pusat Kawalan Operasi Bencana, Penghulu-Penghulu Mungkin, Majlis Ketua Kampung MKK, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Anggota-Anggota Polis, Anggota Rela, Pegawai-Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan - pertubuhan NGO dan juga kepada Sukarelawan Khidmat Malaysia yang tak henti - henti datang membantu sepanjang penglibatan dalam banjir baru – baru ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Tahun Melawat Kedah 2025 dilancarkan pada 9 Ogos 2024 di Kuala Lumpur dengan tema Experience Kedah. Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang kaya kedudukan dengan geografinya, yang berbukit bakau, bergunung ganang, kaya dengan sungai-sungai, tasik-tasik serta sejarah lampau yang ada sampailah pada hari ini. Dalam fokus Tahun Melawat Kedah 2025, saya ingin bawakan kepada pihak dalam Dewan Yang Mulia ini, iaitu ada satu kumpulan kecil yang sebahagian daripada masyarakat kita yang menjadi sebuah satu tarikan pelancongan dan jaga kegiatan yang ada dalam Kedah, iaitu kumpulan tersebut adalah nelayan darat.
Dalam blueprint The Greater Kedah, juga ada menyasarkan 25 juta orang pelancong menjelang 2050 dan untuk sasaran Tahun Melawat Kedah 2025 adalah seramai 6.5 juta pelancong dalam dan juga luar negeri. Liputan berita Harian Metro bertarikh 23 September 2024. Di situ Harian Metro ada sebut, penduduk berpesta tangkap ikan timbul di permukaan sungai baru – baru ini. Ini menunjukkan bahawa dalam negeri Kedah ini, kita mempunyai sungai dan tasik yang hasil sungai kita kaya dengan udang galah, ikan jelawat, ikan bong dan lain-lain lagi.
Jadi dalam kesempatan yang mulia dalam dewan ini saya nak cerita sikit tentang peranan nelayan darat yang juga adalah salah satu kehidupan yang ada dalam negeri Kedah. Mengikut statistik perikanan negeri Kedah tahun 2023, bilangan nelayan darat ataupun ikan air tawar ini ada seramai lebih kurang 500 orang sahaja. Untuk yang aktif dalam sungai ada 372 orang. Yang aktif di Empangan Muda ada 63 orang. Yang aktif di Tasik Pedu dan juga Tasik Beris ada 62 orang. Yang aktif di terusan-terusan ada 3 orang. Yang ini baru ada 500 dalam seluruh Negeri Kedah. Daripada pecahan ini, saya nak cerita sikit ialah di antaranya ialah dalam daerah Sik yang diwujudkan komuniti Ulu Muda ada 25 orang. Dalam daerah Padang Terap diwujudkan dalam KEDA Bukit Kura ada 20 orang.
Dalam daerah Kulim, iaitu di Sidam, ada 30 orang. Dalam daerah Bandar Baharu, ada 32 orang iaitulah di komuniti Pokok Kabu dan juga pengkalan Pak Ku. Dalam daerah Kuala Muda, ada 36 orang. Di komuniti Sepit Biru. Dan dalam daerah Baling ada 41 orang sahaja. Di komuniti kampung Sisik dan juga Lantai. Dan juga di daerah Langkawi.
Jadi dalam ramai-ramai dalam banyak sungai-sungai dan juga tasik yang ada dalam Negeri Kedah ni hanya ini adalah sebagian kecil yang kita terlepas pandang dalam nelayan darat. Kalau kita tengok di daerah Kota Setar, yang ada sungai Anak Bukit. Sungai Kedah. Kalau kita tengok di daerah Yan yang ada sungai. Daerah Pendang yang ada sungai. Kubang Pasu. Boleh dikatakan banyak juga yang tidak ada lagi kita mewujudkan nelayan – nelayan darat. Banyak lagi daerah – daerah ni.
Jadi dalam kesempatan ni dan semua komuniti ni telah ditubuhkan pada tahun 2021 sehinggalah 2024 dan komuniti ni ditubuhkan waktu mana? Waktu berlakunya zaman pentadbiran dan pemerintahan Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Kedah. Ini satu komuniti, satu kumpulan Yang kita rasa terlepas pandang. Jadi daripada hasil tangkapan dan juga ternakan yang depa buat untuk tahun 2023, bila kita tengok statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan adalah sebanyak 605 ton metrik, banyak, dengan nilai sebanyak RM8.3 juta. Tapi kalau tengok statistik negeri lain, kita sikitlah berbanding dengan Perak, Pahang dan juga negeri lain.
Jadi, dalam kesempatan ini, saya mohon kepada kerajaan supaya melihat balik tentang kumpulan – kumpulan yang dikategorikan sebagai nelayan darat sebab nelayan darat ini adalah orang yang menghidupkan empangan muda. Nelayan darat ini adalah orang yang menghidupkan Tasik Pedu dan juga Tasik Beris. Nelayan darat ini adalah orang yang menghidupkan sungai-sungai yang ada dalam negeri Kedah. Nelayan darat ini adalah orang yang menghasilkan ikan air tawar yang menjadi saja makanan rakyat dan nelayan darat ini juga adalah orang menghasilkan makanan tradisional, yang lazat, yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong. Kalau kita tengoklah contoh lah, kita tengok tiap-tiap kali musim, tak kiralah cuti ka tak cuti ka, bagaimana pelancong luar pada Kedah, sama ada tak kira mana sekalipun, bila mai Alor Setar ni akan pergi Pekan Rabu.
Antara Pekan Rabu depa lebih banyak cari makanan apa dia? Makanan tradisional Pekasam. Makanan tradisional yang tak pernah didendangkan, tetapi menjadi tarikan pelancong. Banyak orang kampung yang usahakan. Mereka ini adalah nelayan darat. Mereka ini terdiri daripada golongan B40. Nelayan darat ni juga adalah satu tarikan pelancong, bagi menghayati alam sekitar sungai dan juga tasik. Ramai pelancong – pelancong mai nak menghayati Tasik Pedu. Nak menghayati sungai-sungainya. Dan kalau kita tengok kumpulan ataupun individu, ataupun persatuan bila depa sibuk dengan kerja dan nak hilangkan stres kerja, mereka terpaksa cari sungai, cari tasik, pergi memancing, pergi menjala, pasal apa? Pasal nak hilangkan stress dan keletihan bekerja.
Jadi di antaranya ialah, mereka berjumpa nelayan darat. Dan nelayan darat inilah yang menghidupkan salah satu daripada tempat pelancongan-pelancongan yang ada dalam Negeri Kedah. Dan pelancong yang mai di sini ni bukan kata dari Kedah. Bila saya bersembang dengan pengusaha – pengusaha bot yang ada dalam sungai Kedah, yang ada di Tasik Pedu, kan? Yang ada di Tasik Beris. Saya sembang dengan depa. Kebanyakannya pelancong ni bukan kata dalam Kedah, bahkan diluar Kedah dan juga diluar negara. Depa mai. Bila mereka mai ni bukan kata main dalam sehari dua. Mereka main duk dalam 3-4 hari. Bila mereka mai dalam tiga 3-4 hari ini dia adalah pelancong. Mereka kena menginap dan menyewa homestay. Homestay yang ada berdekatan dengan sungai. Jadi secara tidak langsung wujudlah tempat pelancongan dan makanan. Contoh yang berlaku bila saya buat satu pertandingan mengail Toman. Toman dalam sungai Anak Bukit saya ambil contoh. Bila kita lancar peserta dia. Rupanya peserta dia ni bukan peserta sembarangan. Yang mai tu boleh kata kesemua mai daripada seluruh negeri dalam semenanjung ini. Mai duduk sampai 4-5 hari. Ikuti pertandingan toman ni. Dan mai pula tu ditaja oleh syarikat-syarikat. Yang membekalkan peralatan pancing. Dan juga peralatan sungai. Tak kiralah jala ka apa semua sekali. Jadi bila jadi macam ni kita tengok salah satu tarikan pelancong hanya ada pada kumpulan-kumpulan nelayan darat ini. Kumpulan yang tak pernah didendangkan.
Oleh itu, dalam kesempatan Dewan Yang Mulia ini, saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar supaya di beri perhatian kepa Kumpulan ini. Mereka ini adalah golongan yang berperanan besar dalam menyumbangkan sebuah tarikan pengunjung yang ada dalam negeri Kedah ini. Saya juga memohon kepada pihaknya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, supaya diberi peruntukan dan juga untuk pelepasan benih-benih ikan dan juga udang galah bagi meningkatkan penghasilan perikanan darat. Yang ini diantaranya kita bantu kepada nelayan untuk melepaskan benih-benih ikan. Secara tidak langsung ia dapat mewujudkan sumber pendapatan kepada kumpulan B40. Cadangan ini adalah merupakan lontaran kepada pihak Kerajaan.
Yang Berhormat Anak Bukit. YB. Ayer Hitam minta laluan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih YB. Anak Bukit. Saya tertarik dengan hujah yang disebut oleh YB. Anak Bukit tentang nelayan darat ni. Sebab di kawasan saya pun dekat Siputeh dan Jerlun ni memang popular la dengan nelayan darat ni ataupun kalau kita terus fokus ni ialah mengail. Sekarang ni dah sepanjang musim ada saja manusia orang – orang yang mengail di terusan, padang, bendang dan sebagainya. Puyu, haruan dan sebagainya.
Jadi saya setuju dengan Anak Bukit supaya benda ini diberi perhatian yang agak serius juga oleh beberapa agensi termasuk pelancongan atau pertanian yang boleh kita ambil manfaat daripada kegiatan ini untuk kita lebih tonjolkan.
Saya cadangkan supaya ada inisiatif daripada Jabatan Pertanian atau Perikanan untuk melepaskan benih sungai tebatan banjir tu. Yang panjang tu. Yang terbentang dari Anak Bukit supaya di manafaat sepenuhnya. Sungai dah ada, air dah ada, tapi ikan tak dak lagi la ni. Ikan yang mungkin kita tak sesuai ni mungkin puyu atau cari ikan yang sesuai untuk dilepaskan di situ dan aktiviti mengail, memancing ini boleh lagi kita perkembangkan daripada alor, daripada parit gila itu ke terusan tembatan bajir. Apa pandangan daripada YB. Anak Bukit.
Terima kasih pada YB. Ayer Hitam. Berkaitan dengan pancing ikan di terusan ataupun batas ban, sungai batas ban ataupun sungai-sungai, saya nak menarik perhatian kepada semua dalam dewan yang mulia. Hobi mengail ikan ini bukan daripada kumpulan tertentu sahaja. Hobi mengailkan ikan ni bermula daripada kampung, bandar sampai kepada golongan kayangan. Ni, hobi sekarang ni. Dia ada kumpulan. Kalau di kampung tu dia mengail ikan puyu, ikan haruan, ikan keli, apa semua tu di batas - batas ban dan sungai-sungai. Kita kata istilah. Salah satu istilah orang kampung. Parit gila lah. Dan satu lagi. Di sungai-sungai, tasik-tasik. Tapi perlu kita ingat hobi satu lagi ni adalah golongan daripada golongan kayangan golongan yang mai ni memang betul-betul depa nak hilangkan tension. Depa sanggup datang ke Kedah ni sampai sanggup nak sewa homestay duduk 2 3 4 hari. Nak menikmat makanan traditional kita tu sendiri. Jadi hat ni saya mohonlah kepada pihak agensi-agensi terbabit supaya membantu orang-orang kampung dalam acara tradisi mengail ikan di negeri Kedah. Dan sebagai salah satu daripada tempat pelancongan di negeri Kedah. Itulah diantaranya.
YB. Anak Bukit? Ya silakan YB. Kota Siputeh.
YB. Anak Bukit, saya mohon sedikit pandangan daripada YB. Anak Bukit, bagaimana pula saranan kepada ni bila dah mai musim kemarau, timur ni. Saranan kepada para pemancing berkenaan dengan jangan gunakan, bila musim kemarau ni ikan, mungkin bila dah kering ikan banyak, mereka pergi bom, depa pakai tuba, depa pakai macam-macam. Dah lah tadi kita perlukan tambah lagi ikan, tapi tiba-tiba depa nak tuba, depa nak guna perkara-perkara yang terlarang ni. Apa saranan dan juga pandangan YB. Anak Bukit dalam hal ini, terima kasih.
YB. Anak Bukit boleh jawab dan terus buat pergulungan lah.
Terima kasih kepada YB. Kota Siputeh, dalam berkaitan dengan tuba, yang ni adalah salah satu masalah yang berlaku. Bukan kata di sungai Anak Bukit, bahkan di tasik-tasik, Dia ada satu kumpulan. Bila dia tahu ikan banyak. Dia mula dah tamak. Dia tak fikir lah orang kampung. Dia mula pergi tuba. Bila tuba tu, banyak ikan yang mati. Saya nak ucap terima kasih. Kepada YB. Suka Menanti kerana bagi peluang kepada kami pada awal tahun yang lalu. Buat pelepasan benih udang kalah. Di sungai Anak Bukit. Buat pertama kali. Dilepaskan pada awal bulan. Puasa. Selepas pada tu, bila mai bulan Hari Raya Korban tu, hasil daripada tangkapan yang orang kampung dapat. Yang saya pun tak jangka. Udang tu dah mula besar. Ikan lampam mula besar. Sekilo dia orang boleh tolak udang galah tu dengan nilai RM60. Bayangkan bila depa pergi menjala boleh dapat sampai 2-3 kilo. Sampai 4 kilo pun ada. Jadi bila depa jual, 1 kilo RM60. Bayangkan kalau 2 kilo, RM120. 3 kilo, RM180. Ini pendapatan harian depa. Kalau dulu ni kita tak pernah tengok di sungai Anak Bukit tu bot-bot fiber. Tetapi sekarang ni tolong pergi tengoklah. Penuh dengan bot-bot fiber. Pasal apa? Sebab ramai dah jadi nelayan darat. Tapi masih lagi tak didaftarkan sebagai komuniti di Peringkat Jabatan Perikanan. Ini di antaranya sebab kita memberi peluang kepada rakyat untuk menambah pendapatan. Saya ucap terima kasih kepada YB. Suka Menanti.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Dewan Yang Mulia ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Kedah dalam meluluskan Tabung Tengku Mahmud, iBAKIP, i-KAFALAH, Tabung Usahawan Wanita dan sebagainya. Secara tidak langsung dapat memberikan motivasi serta semangat yang baru untuk anak-anak pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong penuh pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah pada 24 November yang lalu. Dengan pembentangan ini dapatlah direalisasikan Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua dan mohon doa kepada Allah SWT memberi keluasan rezeki, keberkatan, kerahmatan dan memudahkan segala urusan bagi negeri Kedah Darul Aman ini. Sekian.
Wallahualam, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Anak Bukit. Jadi sebelum saya menjemput YB. Gurun, saya suka nak mengingatkan kepada ahli - ahli Yang Behormat dan juga ahli - ahli dewan sekalian tentang peraturan 41(d). Iaitu kita melarang Yang Berhormat - Yang Berhormat sekalian daripada makan dan juga minum di dalam dewan. Jadi kalau yang saya tengok ada bawa bekal pun ada. Jadi bawa boleh tapi sorok sikit jangan bagi saya nampak sebab saya ada di atas. Masa saya duduk di bawah tadi saya tak nampak. Tapi bila saya duduk di atas saya nampak plus air pun ada. Jadi tolong sorok sikit. Satu lagi saya nak ingatkan ahli dewan tentang pembahas. Apabila diminta laluan dan tuan-tuan bagi laluan, Yang Berhormat bagi laluan, Yang Berhormat, kena duduk duduk, kemudian bagi laluan, kalau kata Yang Berhormat berdiri, bermakna tak bagi laluan jadi susah untuk saya nak buat keputusan di sini. Jadi itulah. Jadi seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Gurun. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asrafi,Wa 'Ala Alihi Wasahbihi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, ahli - ahli Yang Behormat, Yang Berhormat Senator yang turut hadir pada pagi ini. Ketua-ketua Jabatan, hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang beri peluang kepada saya untuk berbahas berkenaan Bajet 2025 Erat Sejahtera. Semoga perbahasan ini dapat membuka minda dan memberikan manfaat kepada semua rakyat terutamanya penduduk negeri Kedah ini, insyaAllah. Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar dan seluruh pegawai dan anggota Kerajaan Negeri Kedah yang telah berjaya menerajui negeri Kedah dengan penuh berhemah, adil dan saksama tanpa mengira agama, bangsa dan pahaman politik seiring dengan slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas keperhatinan kerajaan yang telah memperuntukkan sejumlah 3.28 juta pembangunan serta penyelenggaraan fasiliti dan prasarana sukan. Prasarana sukan merupakan teras utama yang perlu diselenggara kerana bukan sahaja digunakan untuk kegunaan sukan semata-mata. Berbagai aktiviti boleh dianjurkan, contohnya di Stadium Sultan Abdul Halim. Di Stadium Sultan Abdul Halim ini kita gunakan untuk program keagamaan, karnival dan sebagainya. Ini membuktikan yang masyarakat memerlukan prasarana, kemudahan serta fasiliti yang terbaik untuk memudahkan mereka menganjurkan pelbagai aktiviti terutamanya sukan demi pembangunan sukan. Selain itu, Kompleks Akuatik juga sering digunakan untuk penganjuran sukan renang sehingga peringkat antarabangsa.
Dengan keperhatinan kerajaan, secara tidak langsung telah merancakkan lagi usaha murni, kelab-kelab sukan serta majlis sukan negeri untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk bersaing di peringkat tertinggi.
Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk sesetengah pihak sukan mungkin dilihat tidak begitu penting atau lebih mudah tiada masa depan tapi penting untuk kita faham sukan bukan hanya sekadar mencari siapa juara atau siapa nombor satu tetapi lebih daripada itu sukan mengajar kita untuk saling membantu dan bergantung antara satu sama lain untuk mencapai matlamat bersama. Kejayaan seorang atlet meraih juara bukan berlaku dalam masa yang singkat ia memerlukan displin yang tinggi latihan yang berterusan, pengorbanan dari segi segala semangat dan kecekalan yang sangat besar. Kerana kegagalan bukanlah penamat tetapi ia adalah satu proses menuju kejayaan. Di dalam proses menuju kejayaan tersebut sukan mendidik jiwa agar sentiasa kuat membentuk jati diri, menjadi pemimpin bukan sahaja kepada negeri, bukan sahaja kepada diri tetapi kepada seluruh anggota pasukan.
Oleh yang demikian, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar kerana menjaga peruntukan berjumlah RM3.28 juta ini untuk pembaikan dan penyelenggaran fasiliti dan prasarana sukan di negeri Kedah ini. Suka saya kongsikan, di Dewan Yang Mulia ini saya pernah menerima satu mesej daripada seorang guru dan menyatakan sokongan dengan apa yang telah saya utarakan sebelum ini mengenai cadangan satu daerah, satu sukan serta perasanan yang bersesuaian di setiap daerah terutamanya track lumba lari. Bagaimana kita nak melahirkan jaguh - jaguh olahraga ini, jaguh lumba lari yang bertaraf antarabangsa, jika berlatihnya di padang rumput, lawannya di atas track dia ada kelainan di situ.
Jadi ini dua perkara yang berbeza, membezakan kebolehan serta kemampuan atlet-atlet dalam apa juga bidang sukan. Kita perlu melihat serta menyediakan kemudahan yang sesuai dengan acaranya. Ia benar, sukan bukan jaminan masa depan. Jika Kedah tidak menyertai mana-mana kejohanan disalahkan pula kerajaan tidak ambil peduli. Hari ini kita dapat melihat keperihatinan kerajaan demi membangunkan pelbagai jenis sukan di negeri yang bertuah ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, tiada yang benar di mata manusia kesalahan jua yang dicari-cari yang baik ditutupi kalau boleh disembunyi lagi janji hati senang tidak fikir azab di akhirat nanti. Yang Berhormat Tuan Speaker yang dikasihi lagi segak bergaya, keperhatianan kerajaan membangunkan sukan amat-amatlah dihargai kerana telah membantu menyalurkan sejumlah RM8.35 juta kepada Majlis Sukan Negeri ini memastikan pembangunan sukan negeri Kedah berada setanding negeri-negeri lain serta mencapai misi Kedah untuk melahirkan sekurang-kurangnya 50 atlet dari Kedah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Kedah tidak pernah ketandusan pelapis untuk disalurkan kepada Malaysia.
Sebelum ini kita telah melahirkan 12 individu pelbagai sukan antaranya silat, bola jaring, angkat berat, tenpin bowling, rugbi, serta bola sepak. Saya nak sebut satu persatu nama atlet-atlet yang berjaya menjulang nama Kedah dan Malaysia di peringkat antarabangsa. Antara yang telah mencapai sasaran serta mengharumkan nama negeri Kedah, yang pertama, Nur Inatha Khairuniyah Binti Wira dalam sukan silat. Kedua Nur Syafiqah binti Norwan, Silat. Ketiga Nur Izarin binti Ahmad Yani, bola jaring. Muhammad Haris bin Hasrul dalam bidang angkat berat. Nur Syazwani binti Razi juga angkat berat. Muhammad Amin Hakimi Bin Mohd Shukry juga Angkat Berat. Ahmad Muaz bin Mohd Fishol tenpin bowling, Nurul Anis Nabila Binti Mohd Nizam tenpin bowling, Muhammad Syazirol Shamsudin juga tenpin bowling, Amar Syamim Bin Nor Herman, ragbi. Nur Amirah Binti Rahman, bola sepak wanita. Nurfarisya Hanim Muhamad Zaki, bola sepak wanita. Dan yang berhormat saya ingin tambahkan seorang lagi. Saya pun rasa yang berhormat kenal siapa dia dalam sukan bola sepak.
Saya pun bercadang nak tambah satu lagi daripada senarai yang YB. sebut tadi ni dan saya pun bangga sebab saya pun tak jangka Ahli Sukan bijak berbicara.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Harapan saya dengan peruntukkan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan ini dapat menjadikan pembakar tambahan kepada semua atlet untuk melonjak potensi ke peringkat antarabangsa. Tidak Mustahil suatu hari nanti juara dunia adalah produk keluaran negeri Kedah ini. Untuk menjadi pengeluar kepada atlet yang bertaraf juara dunia, pihak kerajaan telah melaksanakan langkah yang bijak memperkenalkan semula sukan SUKDA sebagai platform untuk membangunkan atlet pelapis negeri Kedah saya ingin ucapkan terima kasih kepada YB. Alor Mengkudu kerana mengembalikan sukan SUKDA ini.
Dalam masa yang sama, atlet ini akan mewakili negeri Kedah pada SUKMA akan datang. Saya amat berbesar hati dengan keprihatinan kerajaan kepada sukan para. Apa yang saya lihat sebelum ini di Sarawak sukan para ini adalah sukan yang kita tahu mereka ini kurang fizikalnya tetapi semangat dan kesukanan mereka ini lebih saya lihat daripada atlet-atlet normal. Jadi saya terharu dengan peserta dan ahli-ahli sukan dari sudut sukan para ini yang berkorban untuk negeri Kedah terutamanya. Dengan perutukan khas untuk sukan para ini saya harapkan kita mampu meningkatkan jumlah penyertaan dari enam acara ke lapan acara ataupun sepuluh acara, insyaAllah.
Yang berhormat, saya ingin sentuh mengenai belia. Belia ini merupakan tulang belakang dalam memacu kemajuan negeri ini. Golongan ini adalah pelapis pada masa hadapan saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar menyediakan peruntukan berjumlah RM300 ribu ringgit bagi pembangunan insan dalam kalangan belia di Negeri Kedah ini.
Saya mencadangkan agar pihak kerajaan turut melaksanakan program-program melibatkan anak muda yang terlibat dengan pengambilan dadah dan bahan telarang sejak dari bangku sekolah lagi. Golongan ini memerlukan sentuhan nurani dari kerajaan dan masyarakat agar dapat memandu mereka kembali ke pangkal jalan. Selain itu, golongan sasaran di peringkat sekolah rendah juga perlu diberikan perhatian. Program – program seperti Kem Sejahtera perlu diteruskan dengan menambah baik pengisian dan penglibatan pelajar dari semua sekolah. Tidak hanya fokus kepada sekolah tertentu sahaja. Supaya hasil daripada tindakan ini menjadikan nikmat untuk semua. Saya juga ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih di atas keperhatinan Yang Amat Berhormat Menter Besar kerana telah memperuntukkan RM100,000 kepada sekretariat belia negeri. Saya juga difahamkan sekretariat telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti serta program yang berimpak tinggi. Contohnya pada tahun ini seramai 500 orang peserta yang menyertai program e-sport yang diadakan di Mentaloon. Saya nampak di situ ada peserta dari luar Kedah. Jadi program ini amat bagus dan saya harapkan program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dan tahun seterusnya.
Dengan peruntukan yang telah disediakan sekretariat belia negeri dapat merancang serta menyediakan serta menyenaraikan segala program secara dwi tahunan bagi memacu belia sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Yang Berhormat dalam Dewan Yang Mulia ini memberikan komitmen dalam menangani bencana banjir dan ribut yang berlaku di kawasan masing-masing. Kegigihan yang berhormat turun membantu mangsa yang terlibat tanpa mengira waktu siang ataupun malam tidak mengenal erti penat dan lelah saya juga berdoakan hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa – jasa kalian. Saya melihat sendiri pengorbanan yang dilakukan oleh yang berhormat menyingsing lengan turun bersama khidmat Malaysia, Jabatan Amal, serta penghulu MKK, NGO-NGO yang lain membantu membersihkan kediaman memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik dan warna kulit. Saya melihat YB. Anak Bukit di media sosialnya sampai dia usung beras tu. Tambah-tambah lagi di Bukit Lada, di Alok Mengkudu, tambah-tambah lagi di Jitra, saya melihat YB. Jitra begitu tak tahu berapa rumah dah dia pi round. Serta Kuala Ketil yang drive kereta sendiri dia redah banjir tu. Tambah YB. Kubang Rotan lagi lah. Tambah YB. Kubang Rotan ni rumah yang terkena bencana ni memang saya lihat tengok pun memang dah sedih dah tambah-tambah di pi ni saya tengok yang bencana, yang terkena bencana tu lihat muka YB. Kubang Rotan depa ni rasa ceria dan itulah konsep – konsep pendekatan yang berhormat di negeri Kedah ini, menyantuni masyarakat dengan begitu adil dan saksama dan ceria dan mereka ni rasa macam dihargai di Kedah ini.
Jadi, saya mohon sedikit peruntukan lebih daripada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Kedah.
Cuma satu YB. saya duk tengok macam ada tertinggal. Sungai Tiang tak disebut langsung.
Saya kalau boleh nak sebut semua Yang Berhormat Tuan Speaker tapi kali ni masa macam terlampau singkat. Jadi saya masukkan juga dalam perbahasan saya. Yb. Sungai Tiang lebih rajin daripada YB. Kubang Rotan ok. Baik saya ingin menyentuh sedikit masalah di kawasan saya hal-hal seperti ini selalu saya utarakan di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah. Antara perkara yang sering membelenggu di Dun Gurun ini adalah masalah air.
Terdapat beberapa kawasan yang mengalami gangguan bekalan air antaranya Taman Murni, Kampung Kilang Ketapat, Taman Gurun Harmoni, Taman Seri Jerai, Taman Seri Utama, Taman Suria, Taman Gurun Jaya serta sebagainya. Saya telah dijemput oleh pihak SADA untuk meninjau kawasan tandaan air terjun di Taman Seri Utama pada musim kemarau yang lalu dengan keadaan air yang sedikit yang tidak mampu menampung keseluruhan Gurun yang mana pada hari ini taman-taman semakin banyak membangun. Saya turun sendiri ni Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya naik, saya daki bukit tu 2km, turun tu saya mengah pasai lama dah tak jogging. Demi rakyat khususnya di Dun Gurun Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ahli sukan pun mengah juga noh.
Namun saya berterima kasih kepada pihak SADA yang bertindak pantas menghantar bekalan air secara bekala. Cuma sedikit cadangan agar kekerapan penghantaran air ke kawasan yang terjejas dikerapkan.
Boleh tambah sikit dak? Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak SADA dan saya nak cadangkan kepada pihak SADA kalau boleh buat macam baru ni di Bukit Lada iaitu di Telaga Mas, pihak SADA telah melengkapkan 700 pam. Kali yang ke-700 dah rupanya di seluruh Kedah ni lebih daripada 700 pam yang dibuat oleh pihak SADA. Jadi kalaulah projek di tempat kami selepas dibuatnya pam itu alhamdulillah kawasan Telaga Mas dah selesai. Saya cadang macam itulah kalau boleh!
Terima kasih YB. Bukit Lada. Saya setuju apa yang pandangan daripada YB. Bukit Lada dan memang kita kena akui lah pihak SADA ini memang bertungkus - lumus dalam menang ini isu air ni.
Jadi saya memang mengucapkan ribuan-ribuan terima kasih kepada pihak SADA yang tidak henti-henti dan saya ingin mengharapkan mereka juga bersabar dengan komen-komen daripada rakyat. Saya juga mengucapkan tahniah kepada pengurus serta seluruh staff SADA wilayah tengah yang menjalankan tugas dengan baik dan penuh bersabar termasuk juga agensi kerajaan dan swasta yang membantu Dun Gurun. Saya amat berharap kaedah penyelesaian berkaitan air ini dapat diselesaikan kerana masih banyak lagi pembangunan yang akan dibangunkan di Gurun terutamanya taman perumahan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Demi merealisasikan “Gurun Sejahtera Muafakat Bersama” saya amat berharap serta mengalu-alukan kemajuan yang ingin dibina di Gurun. Gurun merupakan rumah saya. Kesejahteraan penduduk menjadi tunjang utama saya menyediakan peluang-peluang pekerjaan antara perkara yang amat penting kepada saya. Jika ini berlaku secara tidak langsung mampu meningkatkan serta membantu rakyat Gurun mendepani kos sara hidup yang makin terbeban. Akhir kalam, saya menyokong penuh Bajet 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Sanusi bin Mohd Noor. Sekian, Wa Billah Wa Taufiq Wa Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Gurun. Cuma saya nak ingatkan, jangan lupa masukkan YB B7 dalam senarai alih sukan yang telah mengharumkan nama Kedah. Seterusnya, saya menjemput YB Bakar Arang. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli – ahli Exco. Ahli – ahli berhormat. Ketua-ketua jabatan. Penonton-penonton di atas talian. Pengundi Bakar Arang yang sedang mengikuti live page Warta Kedah dan para hadirin yang hadir ke Dewan Yang Mulia ini. Selamat pagi. Selamat Sejahtera dan Salam Madani. Izinkan saya memulakan ucapan saya dengan sebuah pantun.
Rakyat Susah, Jangan Dibiar, Tanah Subuh, Hasil Pun Pudar, Air Tak Cukup, Hidup Terbakar, Pemimpin Di Atas, Janganlah Hambar.
YB. Tuan Speaker, Dalam bulan lalu Kerajaan Negeri telah melancarkan Blueprint Gagasan The Greater Kedah yang kononnya akan membawa negeri kita ke puncak kegemilangan menjelang tahun 2050. Menurut Menteri Besar iaitu dari Jeneri, Blueprint ini bertujuan menjadikan Kedah Negeri no. 1 di mana rakyatnya dapat menikmati kehidupan sejahtera dalam persekitaran yang berdaya unik. Tambah beliau, Kedah akan menjadi negeri yang memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, apa yang menarik perhatian saya ialah pengakuan bahawa Blueprint ini tidak menyediakan gerak kerja terperinci tetapi sekadar memberi panduan umum. Malah beliau sendiri mengakui bahawa hasil gagasan ini tidak akan kelihatan secara fizikal dalam masa terdekat. Beliau meminta rakyat untuk bersabar kerana melihat hasil blueprint ini memerlukan masa yang panjang.
Tetapi persoalan saya ialah adakah rakyat Kedah kini mempunyai ruang dan masa untuk terus menunggu? Ketika hari ini kalau kita lihat, rakyat di beberapa kawasan bergelut dengan masalah asas seperti bekalan air, kelemahan infrastruktur dan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang. Adakah gagasan sebesar ini benar-benar relevan jika isu-isu teras ini masih diabaikan? Yang Berhormat Tuan Speaker. Dalam Belanjawan 2025, anggaran hasil tahun 2025 adalah RM790 juta. Anggaran hasil tahun yang tahun lalu 2024 adalah RM748 juta. Dan setakat oktober ini hanya RM633 juta. Salah satu adalah roadmap sasaran dari Belanjawan 2025 ke arah terimaan hasil 1 bilion menjelang tahun 2028 adalah strategi penerokaan hasil baru melalui carbon credit kebergantungan kepada hasil daripada penerokaan REE. Tetapi, dalam belanjawan ini, ia tidak jelas menunjukkan berapa hasil anggaran daripada kredit carbon dan juga hasil setiap tahun daripada penerokaan REE dengan jelas. Gap dari RM790 juta ke RM1 bilion dalam 4 tahun ini adalah tinggi iaitu sebanyak RM210 juta. Adakah kerajaan boleh mencapai sasaran tersebut?
Kebimbangan saya adalah jika sasaran ini tidak tercapai, apakah kerajaan akan mengambil langkah menaikkan cukai tanah, cukai pintu atau mengkuatkuasakan kompaun bagi mencapai sasaran RM1 bilion ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, bekalan air bukan sekadar keberanian asas tetapi nadi kehidupan masyarakat Kedah. Malangnya projek Loji Rawatan Bukit Selambau yang dijanjikan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Tumpah, Merbok, Tanjung Dawai, kini sudah menjadi contoh nyata kegagalan pelaksanaan projek kerajaan negeri. Isu ini bukan sekadar teknikal, tetapi ini mencerminkan kelemahan dalam perancangan pelaksanaan dan pemantauan pihak berkuasa. Sepatutnya projek ini perlu disiapkan tahun lalu tetapi sekarang melalui beberapa kali EOT, EOT kedua dia ditetapkan baru tahun depan.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Celahan
Tak bagi laluan.
Tak bagi laluan.
Tak bagi laluan?
Tak bagi laluan. Dan yang terkini ditetapkan adalah pada tahun depan. Sidang yang lalu Exco memaklumkan projek itu mungkin akan diselesaikan pada 2026 dan beroperasi pada 2026. Kalau kita lihat kepada kemajuan LRA Bukit Selambau sekarang, walaupun saya ingat lagi pada awal tahun adalah lebih kurang pada 23-24% dan sekarang baru mencapai 33%. Projek ini sudah bermula 4 tahun, tetapi setakat hari ini 33%. Keadaan yang berlaku di Sungai Limau juga. Kemajuan sekarang hanya 20% dan awal tahun ini 21% maksudnya dari awal tahun ke sekarang baru naik 3%. Saya nak tanya apanya yang berlaku sepanjang tempoh ini dan adakah ini tanda-tanda kelemahan pihak kontraktor atau kurangnya ketegasan daripada pihak kerajaan. Saya ingin mengingatkan isu ini bukan hanya melibatkan angka atau peratusan kemajuan projek, kelewatan ini memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat yang duduk di Tupah, Mebok, Tanjung Dawai dan kawasan sekitar termasuk Sungai Petani. Semua yang terpaksa bergelut dengan gangguan bekalan air secara berturusan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kelewatan ini membawa satu persoalan yang lebih besar. Sebenarnya dua bulan lalu kita lihat di kawasan Sungai Lalang ada penduduk di taman-taman terpaksa naikkan satu banner air takda mana YB kami. Saya memang kesian kepada YB di kawasan di situ yang terpaksa mengharungi tekanan ini. YB terpaksa mengharungi kecaman bantahan seruan rakyat di mana mereka boleh dielakkan sekiranya LRA ini siap beroperasi. Saya nak tanya dimanakah integriti dan tanggungjawab pihak yang terlibat. Jika kontraktor yang dilantik gagal memenuhi tanggungjawab mereka mengapa lesen mereka tidak ditarik balik atau digantikan dengan kontraktor yang lebih kompeten? atau adakah kelewatan ini berbunca daripada kelemahan dalam penyelarasan antara agensi kerajaan.
Sebenarnya rakyat tidak lagi mampu mendengar alasan atau diminta untuk bersabar kesabaran mereka sudah sampai ke tahap maksimum. Apa yang mereka perlukan adalah tindakan dan komitmen kerajaan. Kerajaan perlu membuktikan komitmen mereka terhadap kesejahteraan rakyat dengan memastikan projek ini disiapkan tanpa sebarang kelewatan lagi.
Mohon mencelah. Saya nak bertanya berkenaan dengan RTB. RTB di Pendang lewat sampai 2018 sampai harini tak siap lagi. RTB 2018 sampai harini tak siap. Jadi kalau boleh, sebut jugak RTB ni supaya haritu isu air tak dak, sekarang ni isu air lebih. Banjir. Jadi benda ini perlu diambil perhatian kalau boleh 3-4 RTB semuanya lari daripada jadual yang sebenar. Jadi kalau boleh kita mengharapkan pihak pembangkang bahawa isu ini bukan setakat LRA yang ada di negeri Kedah, kalau boleh RTB-RTB ini yang menyebabkan Kota Darul Aman tenggelam dalam air.
Terima kasih kepada YB. Bukit Lada. Apa yang dibawakan itu saya rasa Exco ada disini. So terus bawalah Exco akan jawab dalam pergulunganlah. Ok balik ke tadi,
Dalam pembentangan Bajet 2024 negeri Kedah kerajaan negeri telah mengumumkan 5 projek berimpak tinggi, ini termasuklah KXP, KHTP, SLAM, KRC dan NCH, Northern Corridor Highway. Semua ini digembur – gemburkan sebagai pemangking ekonomi untuk impian The Greater Kedah. Namun, saya ingin bertanya, apakah status sekarang projek-projek ini. Tahun lalu saya ingat sebelum sidang DUN, kerajaan negeri mengumumkan ada kerjasama antara PKNK melalui anak syarikat KXP, Airport City Holdings dan Tahira Air Sdn. Bhd untuk memulakan fasa pertama pembangunan Kedah Aerotropolis.
Saya nak tanya apakah status hari ini dan bagaimanakah pula dengan status wang sebanyak 2.5 bilion yang akan deposit oleh Tahira Air Sdn. Bhd melalui MOU, apa sudah jadi dengan perjanjian MOU ini. Begitu juga dengan Kedah Rubber City yang sepatutnya menjadi hub industri. YB. Exco pun juga membentangkan dalam sidang Dun yang lalu di mana dia akan menjadi pemangkin dalam The Greater Kedah. Tapi dua bulan lalu semasa saya lalu projek Rubber City itu apa yang saya nampak hanya satu bangunan SADA di atas saja dan lain-lain masih kosong lagi. Adakah pelabur berminat untuk melabur di sana atau ini hanya satu projek yang menjadi satu lagi pelan atas kertas. Berkenaan juga dengan kerajaan telah mengumumkan Leburaya Koridor Utara, NCH sebagai salah satu projek berimpak tinggi yang akan menyokong pertumbuhan di kawasan strategik seperti Kulim Hightech Park yang sekarang berkembang begitu pesat.
Namun, hingga ke hari ini kita masih tidak mempunyai maklumat terperinci atau pengumuman mengenai projek status pelaksanaan projek ini. Bilakah pembinaan dijangka bermula dan apakah cabaran yang menyebabkan kelewatan jika ada. Sidang bajet tahun ini kalau kita lihat memang tak ada pengumuman sebarang projek berimpak tinggi malah tidak ada satu status yang dilaporkan. Saya menyeru pihak kerajaan untuk memberi penjelasan segera kepada sidang dewan ini.
YB. Bakar Arang, mencelah. YB. Tuan Speaker.
Saya tak bagi laluan, banyak lagi.
YB. Bakar Arang tak bagi laluan.
Saya menyeru pihak kerajaan untuk memberi penjelasan segera kepada sidang dewan ini tentang perkembangan terkini yang tadi setiap projek-projek Itu.
Adakah perancangan sedang berjalan lancar atau projek ini hanya tinggal sebagai satu lagi janji dalam kertas. Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang ini terbaru rakyat Kedah dikejutkan dengan berita bahawa Bin Zayed International telah menarik diri daripada Projek Langkasuka di Langkawi yang bernilai RM40 bilion. Ini betul-betul tamparan besar bagi pembangunan ekonomi dan juga pelancongan negeri Kedah. Kerajaan negeri pernah berkata Langkasuka diimpikan sebagai satu-satu projek mega yang mampu meletakkan Langkawi di peta dunia sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Beberapa bulan lalu Menteri Besar berkata lagi projek ini dalam fasa satu untuk dimulakan. Tapi beberapa hari lalu Bin Zayed International tarik pelaburan ini. Menteri Besar jawab ini tiada kaitan dengan kerajaan negeri, ini bukan projek kerajaan negeri. Ini adalah swasta antara Widad Bisnes Group dan Bin Zayed. Dan juga semalam, ia menekankan terdapat pelbagai sekatan dan tekanan kepada kerajaan negeri untuk menggagalkan pelaburan swasta. Jadi saya nak tanya dalam sidang ini, siapakah sebenar yang sabotajkan pelaburan di negeri Kedah?
Yang Berhormat Tuan Speaker. Pembatalan projek ini sebanyak RM40 bilion bukan RM40 ribu, bukan RM400 ribu pun bukan RM4 juta pun bukan RM4 ringgit. Ini adalah berkaitan dengan kepentingan pembangunan negeri Kedah. Ini juga sama dengan KDFC, satu-satunya pasukan bola sepak dari negeri Kedah yang bertanding di Liga Super.
Bila ada masalah tunggakan gaji ataupun masalah kewangan, jawab kerajaan negeri itu syarikat swasta. Sama juga dengan Litar Lumba, bila ada masalah itu semua salah orang lain, salah SPRM, salah syarikat swasta ataupun ada orang sabotaj. Bila ada berita baik, umum saja untuk dapat perhatian. Bila tak ada, semua pakai lepas tangan. Saya nak tanya kepada kerajaan negeri, adakah kerajaan negeri sudah hilang arah atau fokus dalam perlaksanaan projek-projek hari ini? Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin menarik perhatian semua berkenaan banyak ahli-ahli berhormat di dalam sidang dewa ini yang mengatakan kerajaan pusat tidak memberikan sokongan kepada kerajaan negeri.
Ahli-ahli berhormat semua, sebenarnya Perdana Menteri kita sangat berjiwa besar. Walaupun kerajaan yang dimimpin di kerajaan pusat adalah berbeza dengan kerajaan negeri. Tetapi kesejahteraan rakyat Kedah dan pembangunan negeri Kedah, kerajaan pusat tetap membantu negeri kita. Ini dapat dilihat dengan banyak peruntukan diberikan kepada pembinaan kesihatan, fasiliti kesihatan dan juga pendidikan kita dan juga untuk Kulim Hightech Park, kerajaan persekutuan memperuntukkan pembangunan infrastruktur asas sebanyak RM132 juta dan baru-baru ini, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM13 juta untuk membaik pulih infrastruktur rosak dan membantu penduduk yang terjejas dalam bencana banjir di negeri Kedah. Dari jumlah itu, RM10 juta diperuntukkan untuk seluruh negeri Kedah, manakala RM3 juta lagi dikhaskan untuk…
YB. Bakar Arang, YB. Pengkalan Kundor minta laluan.
Tak bagi laluan. Banyak lagi.
Tak bagi laluan.
Tak bagi laluan. Banyak lagi saya nak habiskan. Dan RM3 juta lagi untuk dikhaskan untuk pembaikan infra pasca banjir di negeri Kedah.
Federalisme pun dia tak faham.
YB. Bakar Arang. Mintak laluan boleh?
YB. Bakar Arang. Kami dua ni berdiri, nak bagi kat siapa ni? Minta celah sikit.
Tak bagi, tak bagi, ada 3 muka surat lagi.
Bagi tak? Tak bagi?
Tak bagi, tak bagi,
Bagi tak? Tak bagi? Ok.
Sebenarnya Menteri Besar kita pun pernh berkata dalam sidang media sebenarnya hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dalam keadaan yang baik. Jadi mana timbul Kerajaan Pusat tidak membantu Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Tuan Speaker, sekarang saya ingin menggunakan perbahasan kali ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas pelancaran Discover Kedah. Walaupun saya perhati dia sedikit lambat daripada jadual, tetapi saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Exco Pelancongan atas komitmen beliau dalam berusaha bersungguh-sungguh untuk inisiatif ini, termasuklah berjumpa dengan Menteri Pelancongan YB. Tiong baru-baru ini untuk perbincangan mengenai pembangunan pelancongan di negeri Kedah. Saya juga lihat banyak pengusaha hotel, restoran dan mall beli belah, semua sedang promote inisiatif ini. Dan semua sangat berkomited untuk bekerjasama. Selain itu, saya juga rasa lagu yang dilancarkan iaitu Cuti-Cuti Kedah ini juga mendapat reaksi yang positif dari orang ramai. So saya ingin mengucapkan sabar dan berharap tahun depan negeri kita akan menarik lebih banyak pelancong dan menambah lebih banyak hasil kepada negeri kita. So akhir sekali, saya ingin mengutarakan isu-isu yang utama di kawasan Dun Bakar Arang.
Yang pertama ini adalah isu baru-baru ini, ini berkenaan dengan isu kompaun, berkenaan dengan pemasangan awning di rumah. Sebenarnya saya di sini niat saya bukanlah nak cari kesalahan siapa ataupun agensi mana – mana. Tetapi untuk mencari keadilan dari segi undang-undang untuk penduduk yang dikenakan kompaun.
Sebenarnya baru – baru ini banyak penduduk di kawasan saya terima makluman ataupun kompaun dari PBT sebanyak RM700 kerana tidak mempunyai permit pemasangan awning. Saya faham daripada banyak penduduk yang sebenarnya banyak tidak tahu ada kewujudan peraturan ini di PBT. Saya rasa dia melibatkan mungkin beribu-ribu penduduk, banyak taman, sebab Sungai Petani ini pun banyak taman. Saya mencadangkan agar kerajaan boleh memberikan sedikit masa untuk melakukan pemutihan dan juga mematuhi peraturan ini tanpa dikenakan kompaun yang tinggi. Dan saya juga harap yang penguat kuasa ini undang-undang perlu dilakukan dengan adil. Menggesa juga kerajaan negeri untuk lihat isu ini ataupun mengarahkan PBT untuk membuat pemutihan dan batalkan kompaun yang sedia ada. Semua penduduk ini mereka tak tahu tentang undang-undang ini dan mereka bukan sengaja nak melanggar undang-undang ini. Kos kompaun ini 700 sangat membebankan, dia mungkin adalah duit perbelanjaan makanan bagi isi keluarga setiap bulan. Dan saya memohon pihak YB. Exco boleh membuat satu tindakan yang adil yang tidak membebankan rakyat. Dan kedua,….(YB. Speaker mencelah)
Buat pergulungan ya.
Pergulungan ya? Isu ini isu terakhir.
Kedua adalah tentang isu trafik dan infrastruktur di Sungai Petani. Sebenarnya semua tahu Sungai Petani hari ini cukup sesak dengan kenderaan, tapi tambah lagi dengan jalan raya rosak, berlubang dan kekurangan maintenance menambahkan lagi masalah itu. Saya mencadang kerajaan perlu merancang untuk naik taraf instruktur dan juga penyelenggaraan jalan utama bagi mengatasi kesesakan yang semakin meruncing. Ini termasuklah di Jalan Lencongan Barat ataupun Lencongan Timur, termasuk juga dengan junction depan highway utara Sungai Petani. Sebab baru-baru ini banyak program-program besar dibuat di Sungai Petani dan menjadikan sangat jem termasuk yang baru-baru ini foodfest. Jem itu tiga hari berturut-turut pada waktu siang sehingga jem masuk ke dalam highway dalam utara itu.
Jadi, banyak pengguna yang nak balik ke Alor Setar atau Jitra pun jem di Sungai Petani. Saya tidak membantah pengajuran program yang baik ini tetapi saya kelihatan kalau ada jem dalam satu program maksudnya dia tanda banyak cukup ramai pengguna datang ke program ini.
Terutamanya ke bandar kita, bandar Sungai Petani. Saya cuma harap ada penyelarasan dan pembangunan jalan yang lebih baik pada masa akan datang. Dan juga satu lagi adalah berkenaan dengan timing traffic light. Saya rasa kerajaan perlu semak semula yang timing traffic light yang sedia ada di bandar Sungai Petani. Sebab banyak suara lari timing menjadikan jem juga itu adalah salah satu faktor kenapa banyak tempat di Sungai Petani jem.
Dan akhir sekali Yang Berhormat Tuan Speaker, isu-isu yang saya bangkitkan hari ini adalah realiti yang menjadi perhatian oleh rakyat kedai dan rakyat kawasan saya. The slogan, The Greater Kedah hanya akan menjadi impian kosong jika masalah asas seperti bekalan air, pembangunan ekonomi dan infrastruktur tidak diselesaikan dengan segera. Sebenarnya rakyat Kedah memerlukan tindakan realistik bukan satu bagi impian saja. Saya menyeru kerajaan untuk mengambil langkah yang konkrit, telus dan menyeluruh dalam menyelesaikan masalah-masalah ini. Masa depan Kedah terletak pada tindakan yang kita ambil hari ini. Jika kerajaan gagal bertindak, rakyat pasti akan membuat penilaian mereka. Maka dengan itu, disini saya mengakhiri perbahasan saya. Yang Berhormat Tuan Speaker, sekian terima kasih.
Terima kasih YB. Bakar Arang. Seterunya saya menjemput YB. Ayer Hangat. Silakan.
Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassalatu Wassalamu 'Ala Asrofil Anbiya Wal Mursalin, Wa 'Ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Rabbish Rahli Sadri Wa Yassirli Amri Wah Lul Uqdatan Min Lisaani Yaf Kahu Kauli.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar dan Ahli – Ahli Yang Behormat. Yang Berhormat Dato Seri Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Dato Penasihat Undang – Undang Negeri. Yang Berhormat Dato Wira Pegawai Kewangan Negeri. Tuan – Tuan Pegawai Daerah dan YDP Majlis. Ketua – Ketua Jabatan. Adik – adik dari Kolej Sultan Abdul Hamid. Tuan – tuan yang saya hormati sekalian.
Bila Mengantuk, Asyik Menguap, Makan Asam Celikkan Mata, Pembangunan Wanita Dan Kebajikan Masyarakat Tajuk Diangkat, Menyokong Bajet 2025.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar serta semua yang terlibat dalam penyediaan Bajet Negeri Kedah bagi tahun 2025 ini.
Bajet yang bertemakan Erat Sejahtera ini dilihat mencakupi dan menyentuh semua aspek kehidupan ke arah mencapai hasrat The Greater Kedah pada tahun 2050. Penggubalan Dasar Wanita Kedah merupakan satu inisiatif Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang wajar dipuji sebagai usaha untuk mengiktiraf peranan wanita terhadap pembangunan keluarga dan negeri. Melihat dari konteks pembangunan keluarga, wanita bertindak sebagai pengurus keluarga yang memainkan peranan penting dalam membangunkan institusi keluarga yang mampan dan berdaya tahan. Pada masa yang sama, produktiviti dan pembangunan negeri sangat memerlukan kepada penglibatan wanita negeri Kedah secara efektif dan profesional kerana mereka mewakili hampir separuh daripada penduduk negeri Kedah.
Justeru, dasar ini perlu mengintegrasikan tenaga wanita secara adil dan berlandaskan syariah Islam di semua sektor sambil memperkasakan suara wanita dalam masyarakat. Pendekatan ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 71 yang bermaksud
“Dan orang – orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengajarkan yang ma'aruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.”
Selain itu, bagi memastikan matlamat pembangunan wanita selari di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pengubalan dasar wanita Kedah perlu mengambil kira elemen penting seperti polisi dan dasar yang berteraskan perlembagaan persekutuan, dasar wanita Malaysia serta dasar-dasar lain di peringkat antarabangsa. Baru – baru ini, Kerajaan Negeri Kedah telah melancarkan blueprint The Greater Kedah yang menjadi hala tuju utama pemerintahan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor.
Walaubagaimanapun, setelah meneliti kandungan blueprint tersebut, didapati bahawa tiada penekanan terhadap pembangunan keluarga termasuklah wanita. Ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana dasar wanita Kedah mampu untuk bergerak seiring dengan visi The Greater Kedah, jika elemen penting seperti pembangunan keluarga tidak menjadi salah satu teras utama dalam The Greater Kedah ini. Penting untuk diakui bahawa keluarga adalah teras utama dalam membentuk masyarakat dan negara yang sentosa. Pemimpin yang berwibawa dan rakyat yang cemerlang berasal dari institusi kekeluargaan yang kukuh. Oleh itu, penekanan terhadap pembangunan keluarga harus diberi bahagian yang sewajarnya dalam kerangka dasar dan perancangan negeri.
Sehubungan itu, dalam konteks proses penggubalan dasar wanita Kedah, adakah pihak Exco telah menjalankan sesi libat urus atau kunjung hormat dengan negeri-negeri lain seperti Kelantan dan juga Terengganu yang telah mempunyai pengalaman terhadap penggubalan dasar wanita? Usaha ini penting bagi memastikan dasar yang dirangka bukan sahaja komprehensif tetapi juga selaras dengan amalan yang terbaik yang boleh diadaptasi daripada negeri-negeri yang terlebih dahulu mempunyai dasar sedemikian. Sekiranya telah dijalankan sesi libat urus, adakah terdapat elemen-elemen baru atau nilai tambah dalam proses penggubalan dan perlaksanaan untuk mencapai hasrat The Greater Kedah yang holistik?
YB. Ayer Hangat. Sekali sekala pandang saya sama.
Saya pandang tapi Yang Berhormat Tuan Speaker tak pandang saya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya juga ingin mencadangkan pelantikan pakar penasihat. Ha tengok bila nak tgk Yang Berhormat Tuan Speaker pakar jadi pakar dah. Saya juga ingin mencadangkan pelantikan pakar penasihat khusus dalam pelbagai bidang. Seperti Keusahawanan, Sosioekonomi Wanita, Undang-Undang dan sebagainya sebagai input tambahan kepada penggubalan dasar wanita Kedah. Ini bagi memastikan strategi yang berkenaan dapat direalisasikan seiring dengan usaha mengangkat martabat wanita di Negeri Kedah ini Insya Allah.
Yang Berhormat Tuan Speaker yang saya hormati, Kedah adalah negeri aman dan makmur dan ini yang nak kita kekalkan di masa hadapan. Berbicara mengenai wanita tidak dapat lari daripada aspek jaminan keselamatan para wanita sama ada di rumah, di luar ataupun di tempat kerja. Saya ingin menyentuh mengenai Akta Gangguan Seksual yang telah diwartakan pada tahun 2022. Dengan meningkatnya kes gangguan seksual pada masa kini, akta ini akan dapat memberi lebih perlindungan kepada mangsa. Mangsa tidak lagi perlu takut untuk membuat aduan kerana aduan mereka boleh membuat aduan terus kepada TAGS iaitu Tribunal Anti Gangguan Seksual jika mereka takut untuk membuat laporan polis. Saya ingin menyarankan agar pihak YB. Exco wanita lebih mewarwarkan dan melaksanakan lebih banyak program bagi memberi maklumat dan juga kesedaran kepada wanita terutamanya remaja tentang kebaikan akta ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan sidang dewan yang saya hormati sekalian, merujuk kepada bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang lalu pada para usahawan kecil wanita nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana meneruskan program Usahanita Sejahtera bagi tahun 2025 dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM500,000.
Dana ini sedikit sebanyak dapat digunakan sebagai modal pusingan ataupun untuk membeli peralatan tambahan untuk mengembangkan perniagaan bagi usahawan wanita kecil. Kita nak wujudkan lebih ramai Kak Nab, lebih ramai Cik Puan Gojes dan lebih ramai usahawan lagi demi nak merancakkan ekonomi kerajaan negeri Kedah. Berkaitan ada cerita lawak sikit bila kita nak call kepada penerima-penerima tabung Usahanita Sejahtera ini, kebanyakan tak angkat call, tak berani angkat call. Sebab bila sampai saya terpaksa minta MKK ketua kampung pergi ke rumah untuk maklumkan menerima tabung ini sebab mereka ingat scammer. Mereka ingat kita call memang mereka ingat scammer. Saya rasa kebanyakan penerima kita ni banyak hutang kot kan. Kita tak dapat menafikan lah nak buat macam mana kan. Tak ada siapa yang tak ada hutang. Jadi, itulah cabaran-cabaran kita dan juga bila kita call tu ada yang terima kasih YB. syukur alhamdulillah walaupun dapat RM500 rasa besar sangat sumbangan kerajaan negeri yang mungkin kecil bagi kita tapi sangat besar bagi mereka lah. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Saya juga bersetuju dengan...
YB. Ayer Hangat. Yang Berhormat Tuan Speaker.
YB. Ayer Hangat. YB. Tokai mintak laluan.
Baru nak sebut Tokai.
Tentang Usahawan Wanita ni. Pertama sekali yang kita tahu tabung ni adalah untuk mereka yang telah menjalankan usaha ataupun perniagaan. Maknanya ni sebagai modal tambahan ataupun merancakkan lagi perniagaan mereka. Yang keduanya saya rasa kita perlu ada pemantauan lah. Kerana pernah berlaku. Kita bagi periuk nasi ke dia. Bila kita tengok pulak dia kata tak laku juai. Maksudnya benda – benda macam ni saya rasa tidak akan meneruskan usaha dia seterusnya kalau tidak ada pemantauan yang cukup. Jadi perkara – perkara pemantauan. Kita perlu jalankan lah sekurang-kurangnya daripada MKK itu sendiri ataupun mereka-mereka yang berada di PKWR kita. Pantau lah tengok usaha-usaha mereka ni. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Nak tambah sikit. Terima kasih saya ucapkan kepada Exco yang menyediakan inisiatif ini. Cuma kita di peringkat Dun rasa tak tahu nak jawab. Sebab yang minta itu ramai. Yang minta dua ratus setengah. Yang nak bagi dua puluh lapan orang. Dua puluh tujuh orang. Ini kalau boleh pihak kerajaan fikirlah kot. Tambah sikit lagi kah macam mana kah. Sebab terlalu ramai. Jadi yang minta itu ramai. Jadi yang last tu kita tak tahu nak buat macam mana. Hak dua ratus lagi tu.
Terima kasih YB. Bukit Lada. Teruskan YB. Ayer Hangat.
Terima kasih kepada YB. Bukit Lada dan juga YB. Tokai. Saya sangat setuju mengenai pemantauan tentang bila kita dah bagi dana ni. Dan betul lah kita boleh check dengan MKK tentang kejayaan berterusan. Adakah mereka menggunakan dana itu kepada jalan yang sepatutnya ataupun dibelanjakan untuk berjalan rombongan atau membayar hutang dan sebagainya. Berkaitan tajuk kesihatan, saya bersetuju dengan YB. Tokai kemarin. Makan boleh apa saja tapi biarlah kita utamakan makanan yang sihat. Di dalam bajet tidak disebut secara khusus tentang fokus untuk kesihatan rakyat. Tetapi kita mengharapkan semua program yang bakal dilaksanakan oleh semua agensi dan juga portfolio Exco adalah menjurus kepada aktiviti yang menekankan kepada kesihatan fizikal dan mental rakyat. Kerana nak mencapai hasrat The Greater Kedah, sudah tentulah negeri ini perlukan rakyat yang sihat, aktif dan produktif.
Sedikit mengenai tajuk kebajikan rakyat. Menyentuh tajuk kebajikan rakyat, kita amat bersyukur kerajaan negeri Kedah terus memperuntukkan sejumlah bajet yang besar setiap tahun untuk menjaga kebajikan rakyat. Peruntukkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM25.8 juta di bawah bantuan AM, geran bantuan dan insentif kebajikan sangat membantu golongan yang memerlukan bantuan bulanan. Begitu juga dengan bantuan-bantuan lain seperti bantuan Kedah Sejahtera, iKAFALAH, iBAKIPT, Bantuan Bencana dan sebagainya serta peruntukkan untuk pembangunan sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan negeri Kedah. Saya juga nak mengucapkan terima kasih kerana telah memperuntukkan sejumlah dana sebanyak RM7 juta untuk baik pulih rumah uzur bagi keluarga miskin dengan had maksimum sebanyak RM20,000. Ini kerana Yang Berhormat Tuan Speaker, bila berlaku ribut ataupun angin kuat, yang paling happy ni adalah kedai hardware. Dia akan call YB., tanya nak atap ke, nak paku ke, nak papan ke apa semua sebab bencana bagi satu pihak yang lain adalah bisnes bagi satu pihak yang lain. Setuju tak dengan saya? Terima kasih.
Sedikit ingin menyentuh mengenai inisiatif 25, Program Perhubungan Kaum. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM600,000 bagi tujuan ini. Saya ingin mencadangkan supaya lebih banyak program yang melibatkan penglibatan semua kaum untuk masa akan datang. Ini kerana untuk mencapai hasrat The Greater Kedah, usaha ini harus dilibatkan semua kaum, bukan kaum tertentu sahaja. Untuk mencapai hasrat The Greater Kedah, anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Siam dan anak-anak bangsa lain yang ada di dalam negeri ini harus dilibatkan dalam pelbagai program. Program seperti sukan, khusus, seminar, bengkel yang menyatupadukan, yang memegang satu hasrat, satu cita-cita yang sama, satu hala tuju, satu pegangan dan matlamat yang sama untuk kita menjayakan The Greater Kedah.
Yang Amat Berhormat Jeneri, boleh bermain kabadi sepanjang tahun, boleh bermain basketbol sepanjang tahun, berkonvoi motor berbilang bangsa sepanjang tahun atas nama perpaduan. Kerana kerja memajukan negeri ini harus diambil tanggungjawab oleh semua pihak dan semua bangsa dalam negeri ini.
Untuk Inisiatif 32, Program Pembangunan Insan dan Membentuk Siswa dan Belia Cemerlang. Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Peruntukan sebanyak RM300,000 bagi saya adalah tidak banyak, tak sikit tapi tak banyak. Kerana usaha-usaha untuk mewujudkan generasi yang mempunyai semangat jati diri yang kuat adalah usaha yang perlu diberi keutamaan dan harap digunakanlah peruntukan ini dengan kesan yang maksimum.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sedikit mengenai permasalahan di kawasan, saya nak ucapkan terima kasih di atas peruntukan yang telah diberikan. Yang pertamanya menyediakan peruntukan untuk tujuan pemuliharaan Muara Sungai Itau, Mukim Ayer Hangat. Ini di kawasan saya lah, di kawasan Ayer Hangat. Yang keduanya menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membaiki Bangunan Pusat Jagaan Rumah Transit Anjung Kasih. Selain peruntukan pengurusan rumah ini yang ditetapkan sebanyak RM150,000 setahun. Selain itu juga dalam jawapan kepada soalan bertulis, kerajaan merancang untuk membangunkan kampung tersusun di Dun Ayer Hangat bertempat di kawasan Bukit Sawak sebanyak 70 plot. Terima kasih saya ucapkan.
Dalam bajet 2025, peruntukan sejumlah RM25 juta bagi tujuan penyalanggaraan berkala sistem saliran pengairan tali air. Kerja-kerja penyelenggaraan sungai diharap akan dapat membantu mengurangkan masalah banjir termasuk pesawah yang padi mereka rosak akibat banjir. Walaupun ramai dah Yang Berhormat menyebut masalah banjir di kawasan masing-masing, Ayer Hangat juga tidak terkecuali. Di mana di Ayer Hangat ini biasanya berlaku banjir kilat. Kalau dulu 10 hingga 15 tahun dulu tak pernah berlaku banjir tapi sekarang dengan kemajuan dan pembangunan telah menyebabkan banjir kilat.
Yang mana ada rumah-rumah yang tak ada perabot selama bertahun-tahun. Bila kita tanya kenapa tak ada perabot, memang kami tak beli perabot sebab banjir kilat ini dalam 4 hingga 5 kali dalam setahun. 5-6 kali setahun pun ada. Jadi nilai hidup mereka itu tak sama macam orang lain disebabkan banjir kilat, disebabkan pembangunan. Bagi saya, isu jalan raya dalam di Langkawi ini tak ada dah. Jalan raya ini sangat cantik dan sangat terbaik di Langkawi menjelang Tahun Melawat Kedah 2025 nanti. Satu lubang pun tak ada dah. 2-3 lubang adalah. Tapi bila jalan dinaikkan tinggi, air hujan nak ke bendang dan laut itu tersekat oleh longkang yang sempit. Dan juga dengan naiknya banyak rumah bila bertambunnya rumah-rumah ni, longkang jadi sempit dan menyebabkan banjir kilat. Dan saya rasa saya mohonlah agar kerja membesarkan longkang dan parit ni dapat diberi tumpuan utama pada masa akan datang.
Selain itu juga, isu yang kedua adalah berlakunya kebakaran. Bila dah banjir, hujan, rumah – rumah lama yang mempunyai pendawaian yang lama ni akan berlakunya kebakaran disebabkan pendawaian. Baru – baru ni di tempat saya berlaku satu kebakaran yang melibatkan sebuah kedai motor yang dimana diusahakan oleh anak muda ni. Dalam kedai tu ada 25 buah motor pelanggan yang sedang dibaiki dan kedai 4 pintu terbakar disebabkan oleh lintar pintas lah. Dia tak dapat selamatkan satu benda apa pun disebabkan ni. Cuma masalahnya adalah pili Bomba. Masalah pili Bomba ni berada 300 meter daripada tempat kejadian. Bomba mai on time tapi nak tarik paip tu adalah sepanjang 300 meter yang melambatkan usaha-usaha pemadaman api yang menyebabkan kedai 4 pintu tu habis musnah di kilat api. Jadi saya nak mohon juga kepada KPKT lah kot. Sebab pili Bomba ni yang mana tolong lah tengok-tengok tambahkan. Sebab dengan keadaan semasa ni bilangan pili pun perlu ditambah sesuai dengan jarak dan bilangan penduduk lah.
Seterusnya adalah isu rumah PPR Indera Mahsuri. Ini pun bawah KPKT juga saya nak mengesal kepada KPKT untuk tidak lepas tangan. Buat-buat rumah tinggal. Tak tengok kebajikan dan juga keselesaan penduduk di mana lift rosak, rangkaian unify tak ada. Bila rangkaian internet tak ada ni kita boleh bayangkan tak macam mana keadaan orang nak tengok TV tak boleh internet dan sebagainya. Bila ada anak OKU lagi dalam rumah tu, benda ni dianggap tidak diambil berat oleh KPKT. Isu lift, isu CCTV dan sebagainya. Berapa minit lagi Yang Berhormat Tuan Speaker?
Dah boleh gulung dah.
Saya juga ingin menyarankan agar Kedah pada suatu masa nanti menjadi negeri yang kaya dan makmur. Lebih ramai yang kaya dari yang miskin. Lebih ramai yang memberi dari yang menerima. Mengurangkan budaya meminta dan lebih ramai berdikari dan tidak mengharapkan kepada bantuan kerajaan semata. Kesedaran untuk tidak suka
meminta-meminta ini perlu diterapkan kepada semua melalui program-program modal insan. Agar hanya yang benar-benar perlu akan dibantu oleh kerajaan.
Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan di Langkawi yang memberikan kerja sama yang baik kepada saya dalam menangani masalah rakyat Dun Ayer Hangat. Tahniah kepada Majlis Bandaraya Langkawi, Bandaraya Pelancongan yang telah menerima anugerah Penarafan Bandar Pintar Smart City Elite Adopter 2024. Tepuk la sikit bagi hilang ngantuk sikit.
Sempena hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2024. Dan juga kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang banyak membantu melancarkan urusan membantu rakyat. Sedikit nukilan daripada saya, tiada ibu bapa yang mahukan anaknya hilang arah tujuan. Tiada guru yang mahukan muridnya gagal dalam peperiksaan. Tiada pemimpin yang mahukan pengikutnya sesat dalam kegelapan. Tiada kerajaan yang mahukan rakyatnya hidup dalam susah dan keperitan. Marilah kita berdoa semoga setiap sen yang dibelanjakan ini akan memberi manfaat kepada 2,187,900 orang rakyat di dalam negeri Kedah ini tanpa ada yang tertinggal, insyaAllah. Sekian saya mohon menyokong. Sekian Wa Billah Wa Taufiq Wa Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Ayer Hangat. Selepas ini saya menjemput YB. Pantai Merdeka.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahirrahmanirrahim Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asrafi Ambiya Mursalin, Wa 'Ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Rabbish Rahli Sadri Wa Isirdi Amri Wahlul Muqdatan Min Lisani Yafqahu Qawli. Wa La Hawla Wa La Quwwata Illa Billahi'l-Ali'l-Azim. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Hadirin yang dihormati sekalian.
Saya tertarik dengan bajet 2025 ni, mukadimah dia. Di mana, Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar telah meletakkan satu ayat yang begitu penting. Untuk menjayakan The Greater Kedah. Firman Allah,
۟يَـٰٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ َلَ تَخُونُوا۟ ٱَّللَّ َ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٰٓ ا َأَمَـٰنَـٰتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُون
Dalam surah Al-Anfal, ayat 27.
“Wahai Orang Yang Beriman, Janganlah Kamu Mengkhianati Amanah Allah Dan Amanah Rasul. Dan Janganlah Kamu Mengkhianati Amanah Yang Diamanahkan Kepada Kamu Sedangkan Kamu Mengetahuinya”. yakni Ianya berdosa.
Apabila seseorang mengkhianati amanah yang dipikulkan kepadanya. Dan kalau semua yang hadir, setiap pagi, Tuan Setiausaha kita akan baca doa, dia sebut tentang amanah. Tapi saya tak hafal lagi lah. Setiap pagi. Sebab itulah, orang pada amanah ni khianat.
ُاَ إِيْـمَانَ لِمَنْ َلَ أَمَانَـةَ لَه
Hadis riwayat Imam Ahmad.
Saya tengoklah muka YB. Yang Berhormat Tuan Speaker okey nah? Tidak ada iman. Orang-orang yang khianat. Ini kena faham. Untuk semua. Termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Termasuk kita semua. Ketua-ketua jabatan. Kenapa tuan-tuan? Kerana kita akan dipertanggungjawab di negeri akhirat. Hereafter. Kita ada negeri akhirat. Tetapi persoalannya, dalam Islam. Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 58. YB. Kubang Rotan.
إِنَّ ٱَّللَّ َ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱْلْ َمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٰٓ أَهْلِهَا
Ayat 58 An-Nisa. Kita sebagai orang Islam, bukan Islam tu, tak apa lah. Itu hak mereka. There is no compulsion in religion. Tak ada paksaan. Bagi kita, kerana yang hadir kebanyakan Islam. Allah meletakkan sesungguhnya. Allah memerintahkan kamu. Memberi satu tanggungjawab kepada ahlinya. Saya rujuk ada satu buku panduan yang diterbitkan oleh, kalau tak salah saya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ahlinya ni kena faham tuan-tuan. Dia ada dua elemen. Pertamanya, orang berilmu. Dalam satu bidang, yang kita bagi. Saya ni bekas banker. Account tu boleh lah tahan juga. Memang bidang kita. Tetapi, kalau tidak amanah, jahanam. Dia kena dua. Berilmu dan amanah. Kalau sekadar amanah, tidak berilmu pun jahanam je lah.
Saya nak tekankan mukadimah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar ni dulu. Pasal saya tengok yang lain semua dah bercakap dah. Bab air lah. Kain batik pun bawa keluar. Kalau tidak, monotonous. Boring. Dua elemen. Berilmu dan boleh dipercayai. InsyaAllah, negara baik, negeri baik, insyaAllah akan selamat. Tapi, kalau kita meletakkan atau kalau kita memberi satu jawatan kepada yang bukan ahlinya, kita kena rajuk Hadi Bukhori.
َإِذَا أُسْنِدَ اْلْ َمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَة
“Apabila sesuatu urusan itu tidak diserahkan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran”.
Walaupun tadi saya tengok sahabat kita dua orang keluar dah. Tak apa la tinggal seorang ja. Mereka ni cakap seolah-olah dia flawless. Dia sempurna. Tak ada manusia sempurna YB. Bakar Arang. Semua kita ada kekurangan. Tetapi perbahasan ni nampak especially YB. Kota Darul Aman lah. Kita semua ada kekurangan. Ada our own shortcoming. Tetapi yang saya nak tekankan di sini, kita berilah kepada orang berilmu dan boleh dipercayai.
Saya, walaupun baru masuk tahun ke-2, Yang Amat Berhormat kita dah jadi Menteri Besar 17 Mac 2020. Betul tak? Betul. Takkan Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar tak ingat tarikh kot. 17 Mei 2020. 4 tahun dah tuan-tuan. Masya Allah. Apa lagi kita nak sebut? Dah disebut. Sat lagi saya sebut di penghujung. Sebab saya dikaitkan dengan portfolio kemiskinan. Adalah benda-benda saya akan sentuh. Tapi itulah yang saya nak sebut. Saya ucap tahniah. Sehinggakan negeri Kedah mendapat apa tadi? Satu, Sijil Tanpa Teguran. Saya pun tak pernah dengar benda ni Prof. apa benda ni. In English apa dia kata ni? Sijil Tanpa Teguran. Makanan di segi sistem kewangan kan ni. Terbaik. Makna ada dua sifat. Ilmu dan amanah. Ni kena faham. Kalau satu tak cukup, ilmu tapi khianat. Mungkin amanah tak tahu buat kerja pula. Macam dok ada ni lah. Bukan di Malaysia, di Zimbabwe. Kan? Kalau nak kritik orang memang sedap kan? Itu cerita.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Cuma saya nak sebut lah bagi pengingatan pada kita semua. Yang kini diberi sedikit kuasa. Especially kita punya Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 22, muka surat 748 kitab rujukan tafsir H. Zainuddin Hamidi. Kenapa saya pilih ayat ni? Sebab ni berlaku. DO saya ada. Alhamdulillah. Ada orang kritik saya. Masuk sini pun duduk ceramah lagi. Tak angkat pun apa isu-isu tempatan. Terima kasih Dato' Abdul Ghaffar. Dia buat perubahan. Kita boleh ketengahkan isu-isu tempatan dalam Majlis Tindakan Daerah, minta maaf. Dan Dato' Abdul Ghaffar dah tahu lah apa yang saya duduk tanya. Semua dia ok. On, on. Settle. Saya mestilah kena bodek lah.
ْفَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا۟ فِى ٱْلْ َرْضِ وَتُقَط ِعُوٰٓ ا۟ أَرْحَامَكُم
Saya baca ayat 22 sahaja. Surah Muhammad, surah 47, ayat 22.
Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak cek, tengok lah. Handphone. Betul tak? Saya ni bawah sikit daripada Dr. Zakir Naik. Siapa kata? Self Proclaim. Allah sebut ni. Saya quote tadi bukan surat 748 kerana penting. Kerana kita semua ni dipertanggungjawab.
Kita ada beri kuasa. Sebab tu walaupun baru setahun, saya tengok betul bila ada kuasa, boleh buat benda baik, boleh buat benda tak baik. Tapi kita sebagai orang islam, kita akan buat benda baik-baik semua. Kalau dulu, Yang Berhormat Tuan Speaker, tanda tangan saya tak laku. Sekarang berebut. Semua mai cari. Laku. Sebab ada kuasa. Dan kita juga diberi sedikit peruntukan setiap bulan. Terima kasih. Kedah Sejahtera. Saya selalu rujuk dengan Tuan Setiausaha. Takut-takut tersilap langkah. Dia kata, dalam bidang kuasa Ustaz. Ustaz nak bagi khususnya kepada rakyat. Bukan untuk peribadi. Maksudnya kita ada kuasa, boleh buat apa saja. Asalkan untuk kepentingan rakyat. Ayat tadi, Allah tanya. Maka apakah sekiranya kamu berkuasa, kamu nak melakukan kerosakan di atas muka bumi? Dan kamu nak memutuskan hubungan silaturrahim? Saya cukup sedihlah. Apabila negeri Kedah ni dah setahun 10 bulan. Minta maaf, setahun 10 bulan. Tak ada judi. Setahun lebih. Tiba-tiba ada golongan yang cuba nak menghidupkan semua aktiviti yang tidak sihat. Judi ni bukan ada manfaat apa. Kalau kalah judi, confirm. Terjun Jambatan Pulau Pinang. Kita dah buat yang terbaik. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Exco – Exco dah buat yang terbaik. Buat keputusan. PBT buat keputusan. Kita hapuskan judi. Kita haramkan judi. Saya tak faham. Kita ada kuasa. Kita dah buat sekadar bidang kuasa yang ada. Tiba-tiba dicabar. Allah, sedih.
Ini ayatnya. Apakah sekiranya kamu berkuasa, kamu nak melakukan kerosakan di atas muka bumi? Dengan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah di segi hukumlah. Kita orang Islam, terikat lima. Wajib sunat harus makruh haram. Kalau ahli politik, minum arak tetap haram. Jangan kita duk kata politik suku, agama suku. Ini fahaman Kristian. Yang termaktub dalam kitab Injil Matthew. Periksa, tengok. Bahaya. Jadi saya rasa sedih. Kenapa satu benda yang baik, kami dah diberi kuasa. Tiba-tiba, benda yang baik kami nak laksanakan, kini dicabar di mahkamah. Tuan-tuan, hadirin yang dirahamati Allah sekalian. Jadi saya nak ringkaskan tentang amanah dengan dua ayat. Ya.
YB. Pantai Merdeka. Kita berada dalam dewan. Jadi kalau elok jangan pakai hadirin, pakai Yang Berhormat.
Baik Yang Berhormat. Ini saya tengok muka Yang Berhormat, tak tengok muka saya.
Kita boleh bagi laluan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar sekejap?
Boleh, boleh. Dipersilakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadang dibawah Peraturan 12.1(a) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Supaya sidang dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.30. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli - ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Kedah tersebut. Sekian, terima kasih. Minta YB. Pantai Medeka teruskan dan saya nak ingatkan kita cuma ada 12 minit saja.
Boleh, boleh. Saya akan ringkaskan. Saya yang jenis jaga masa punya jangan bimbang. My time management is very good, InsyaAllah. Okey.
Saya nak sambung kisah pasal ini semua pemimpin sebuah negeri. Surah ketiga Al - Imran ayat 161, Tuan Yang Berhormat semua boleh rujuk tafsir Prof Dr Mahmud Yunus. Ayat ini pada muka surat 100 minta maaf, muka surat 95. Sebab kita ni adalah pemimpin. Di mana golongan munafik mendakwa Nabi Muhammad SAW songlap, sakau sebuah permaidani merah selepas Perang Badar. Mana mungkin seorang pemimpin yang begitu jujur, ikhlas nak buat kerja macam itu. Maka turun ayat Al-Qur'an Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Kedah.
َّوَمَا كَانَ لِنَبِى أَن يَغُلَّ ۚ وَمَن يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْ مَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۚ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْس ٍۢ م ا َكَسَبَتْ وَهُمْ َلَ يُظْلَمُون
Saya tertarik dengan tafsir Prof Dr Mahmud Yunus. Dia sebut ayat ini Yang Berhormat Sungai Limau ditujukan kepada orang-orang yang memerintah, yang mentadbir negeri. Mesti lurus. Jangan ada korupsi. Sebab apa? Mungkin di dunia hebat. Kita boleh engage lawyer. Masuk mahkamah. Di atas tuduhan-tuduhan tertentu. Kerana lawyer yang defend kita pun pandai. Macam YB. Pengkalan Kundor ni pandai cakap.
Hat salah pun dia dapati tak bersalah. Tapi saya nak sudahi dengan dua ayat Al-Qur'an. Pertama surah Al-Mudasir. Surah ke-74 pada ayat 38.
كُلُّ نَفْس ٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَة
Ingat sampai bila-bila.
“Setiap manusia dengan apa yang dilakukannya akan dipertanggungjawab di negeri akhirat”.
Dalil kedua surah Al-Qiyam, surah ke-75 ayat 36. Boleh macam tu? YB. Kuala Ketil. Nampak dok menung
Tuan Guru. Yang Berhormat boleh?
Panggil Tuan Guru tak boleh. Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Tuan Guru Yang Berhormat. Jadi Alhamdulillah hari ini Yang Berhormat kita bahas tentang ayat Al-Qur'an yang menjadi satu tazkirah kepada kita semua yang di keutarakan oleh Yang Amat Berhormat kepada kita. Jadi saya nak tanya pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan orang yang menyebarkan fitnah dan membawa berita yang tidak benar dan seolah-olah apa yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan kita ini, khususnya Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar kita, seolah-olah apa yang dilakukan itu satu perkara yang sangat tidak baik dan sebagainya. Jadi adakah pembongkaran yang dilakukan itu satu perkara yang betul ataupun sebaliknya?
Saya jawab dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat surah ke-49 ayat 6.
۟يَـٰٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٰٓ ا۟ إِن جَآٰءَكُمْ فَاسِق ٍۢ بِنَبَإ ٍۢ فَتَبَيَّنُوٰٓ ا
Kita tabayun dulu. Kita tabayun itu makna kita siasat dulu. Wahai orang-orang beriman. Sekiranya orang fasid membawa berita maka telitilah terlebih dahulu. Dia cakap kita pun tengok video-video mereka ini. Dalam Islam simple. Bring your proof if you are truthful. Dalam Al-Baqarah ayat 111.
َقُلْ هَاتُوا۟ بُرْهَـٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِين
Ustaz pun cari ayat tu tak jumpa. Nak test ustaz ja. Surah Al-Baqarah ayat 111. Islam ini terbaiklah. Kalau kita orang Islam yang ada dalam ini tak setuju dengan Islam saya rasa pelik. Agama Islam.
ٱلْيَوْ مَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِ يتُ لَكُمُ ٱْلِْسْلَـٰمَ دِين ٍۭاۚ
Al Maidah Surah ke-5 ayat 3. Di pertengahan ayat ke-3. Agama yang sempurna. Mengajar, mendidik kita dalam semua aspek kehidupan kita. Memerintah, pendidikan, ekonomi. Tak percaya mai rumah saya. Saya ni memang gila Al-Quran. Ini gifted lah anugerah Allah pada saya. Saya ada kemampuan quote surah sekian – sekian. Sebab kita orang Islam. Kita patut berbangga. Jadi, kalau betullah apa yang didakwa, bawalah bukti. Duk buat video saya tengok. Tapi meluat. Mintak maaf lah. Tak ada cerita tak ada apa-apa pun. Bawa bukti. Ini Islam. Jangan bias. Jadi, makna yang kedua ayat.
أَيَحْسَبُ ٱْلِْنسَـٰنُ أَن يُتْرَكَ سُد ى
Al-Qiyamah ayat 36. Allah kata, apakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan begitu sahaja dengan tidak dipertanggungjawab. Tadi pasal duk mencelah saya pun dah lupa dah. Ahli Imran 161 tadi. Saya belum jawab. Yang mana, munafik memfitnah Nabi SAW, songlap sebuah permaidani merah. Allah turunkan ayat tadi, Nabi tak buat kerja macam tu. Orang iman tak buat kerja macam tu. Cuma yang nak bagitahu ialah sesiapanya khianat, dia akan datang pada hari kiamat dengan barang yang dikhianati.
Jadi, saya mengucapkan tahniah bukan sekadar Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar dan semua team yang mentadbir mengurus negeri Kedah sehingga mendapat sijil tanpa teguran. MashaAllah. Teruskan. Usaha baik ini, percayalah. Apa saja baik yang kita buat, kita akan mendapat ganjaran baik.
ُهَلْ جَزَآٰءُ ٱْلِْحْسَـٰنِ إَِلَّ ٱْلِْحْسَـٰن
Ar-Rahman surah 55 ayat 60. “Setiap kebaikan yang kamu lakukan, kamu juga akan mendapat ganjaran”.
مَّن يَشْفَعْ شَفَـٰعَة حَسَنَة ٍۭ يَكُن لَّهُۥ نَصِ يب ٍۭ م ِنْهَا
Surah An-Nisa surah 4 ayat 85.
“Siapa-siapa yang bagi pertolongan yang baik, dia sama-sama insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala”. Percayalah.
Jadi, tahniah kepada semua. Pegawai kerajaan, penjawat awam, tanpa kalian, memang tak akan wujud sebuah negeri yang diterajui sebegitu hebat. Oleh seorang tokoh yang muda lah. Sebab lebih muda dari saya. Akhir sekali, saya nak sebut beberapa perkara. 4 minit dan?
4 minit lagi.
Tak payah tengok. Saya dah tengok dah. Saya nak sebut beberapa perkara. Kita ni, dalam bahasa Inggeris, we can eradicate poverty. Am I right? Kita tak boleh nak basmi kemiskinan. But, we could reduce poverty. Kita boleh kurangkan. Sebab ini lumrah, tuan-tuan. Sunatullah. Way of Allah. Ada orang miskin, ada orang kaya, ada orang hidup sederhana. Sebab itu kita ada sistem ekonomi. Kita zakat. Saya ucap tahniah kepada kerajaan negeri Kedah di antaranya, yang saya tengok dalam buku ni, mungkin saya tak boleh sebut ke semua. Peruntukan untuk Usahawan RM1 juta, pertanian RM 6.6 juta, Perternakkan, Industri, Beras Sejahtera, 4.23 juta, Pesakit terlantar. Dan saya baru bagi. Tadi tengok, ada lagi RM150,000. Yang nak beli cermin mata pun boleh. Mana ada kerajaan bagi macam ni, punya banyak insentif. Saya tak payah jek. Memang saya orang kerajaan lah pun. Lagi, yang saya nak sebut iKAFALAH. MashaAllah, sampai habis tuan-tuan. Jadi kalau yang tengok live ni rasa, YB. Pantai Merdeka tak buat kerja, minta jumpa saya. Baru-baru ni iKAFALAH, saya minta maaf. Saya apa, Tabung Tunku Mahmud habis. Saya dah buat usaha Yang Amat Behormat. Hampir orang Kedah ni, hampir 70 orang dapat sumbangan masuk universiti. Seorang seribu. Usaha saya. Minta maaf lah. Sebelum saya jadi wakil rakyat ni, orang dah kenal dah. Link ada. Untuk kebaikan rakyat ni kita akan berusaha insyaAllah. Selain pada sumbangan kepada kerajaan.
Akhir sekali, saya nak highlight sikit lah Lembaga Zakat Negeri Kedah. Kalau dulu lah, RM140 juta. Tahun lepas, saya dipahamkan RM280 juta. Dan saya dipahamkan CEO, mungkin CEO tak ada. CEO kata dia lagi 2 tahun. Saya minta Yang Amat Behormat Menteri Besar, extend lagi 20 tahun. Sebab kenapa? Ahlinya. Ahli. Saya tahu saya berurusan Lembaga Zakat sebelum ni. Susah nak dapat. Tapi oleh kerana kecekapan, integriti dan sebagainya. Ini di antara yang saya nak sebut.
Mereka membina rumah Asnaf, Baik Pulih Rumah Asnaf, Bantuan Bencana Alam, Bantuan Guru Agama, Bantuan Pengurusan Sekolah Agama, Bantuan Sarah Hidup. Skim Agihan Awal IPT. MasyaAllah. Ada juga orang bukan Islam kata kami boleh dapat zakat tak. Yang tu suruh para mufti fikir. Nak senang kan? Nak dapat zakat masuk Islam lah. Bukan dia susah sangat. Akhir sekali. Pesanan Yang Amat Behormat Menteri Besar dan pasukan.
Yang ni akhir betul lah?
Habis-habis yang ni la.
Akhir-akhir banyak kali dah tu.
YB. Pantai Merdeka. Boleh Yang Berhormat Tuan Speaker?
Kalau sikit boleh la noh.
Bukan setakat bantuan-bantuan bencana ribut, baiki rumah. Zakat ni tanam padi pun dia buat lah ni. Mesin padi jadi beras pun dia. Sampai nak pergi makan. Pasal beras takda. Beras tempatan lah takda. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih YB. Tokai.
Akhir sekali. Untuk sebagai nasihat dan pesanan lah. Yang Amat Behormat Menteri Besar. Teruskan usaha baik ni. Percayalah. Apa insentif yang kita bagi ni termaktub dalam Quran. Untuk mengakhiri ucapan saya. Dalam surah al-jin. Kena tulis, kena ingat. Ayat 16.
وَأَلَّوِ ٱسْتَقَـٰمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِ يقَةِ ْلَ َسْقَيْنَـٰهُم مَّآٰء غَدَق ا
Buka mana-mana tafsir. Allah janji selama mana kamu istiqamah. Kamu di landasan yang benar. Kamu berpandukan al- Quran dan al-Sunnah. Kami akan turunkan air hujan yang melimpah. Rezeki insyaAllah untuk Kedah ni insyaAllah akan berterusan. Terima kasih dan saya menyokong sepenuhnya Bajet 2025 yang telah dibentangkan Yang Amat Behormat Menteri Besar. Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Pantai Medeka yang menepati masa. Ahli - ahli Yang Berhormat sekalian dan ahli – ahli dewan. Dewan ditangguhkan pada 1.00 tengah hari dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari]
[Sidang Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Dewan disambung semula dan diteruskan dengan sambungan perbahasan Bajet 2025. Sebelum daripada itu Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada petang ini Dewan Undangan Negeri telah menerima kunjungan sebagai pemerhati daripada Pengerusi MKK DUN Alor Mengkudu dan Majlis Perbandaran Kulim, Kedah (MPKK). Dewan diteruskan dengan perbahasan. Dipersilakan YB. Guar Chempedak.
Terima kasih YB. Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala mu’ala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Robbish rohli sodri wayar sirli amri wahlul uqdatan millisani yafkhohu khauli.
YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar Negeri Kedah, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran Negeri Kedah dan seterusnya para pemerhati yang hadir pada petang ini.
Ucapan tahniah saya ucapkan kepada YAB. Menteri Besar yang telah menyampaikan Bajet 2025 pada hari Ahad yang lalu dan tahniah juga kepada ‘team’ Pejabat Kewangan Negeri di atas persediaan rapi yang dilakukan untuk Bajet 2025. Ucapan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri yang memperuntukkan sumbangan khas sebanyak RM2,000 kepada kakitangan Kerajaan dan penjawat awam. Yang ni jadi masalah sikitlah sebab pekerja-pekerja PKWR kita pun duk tanya juga. “Macam mana kami YB.?” Walau bagimanapun InsyaAllah, YB.-YB. yang ada dalam Dewan pada hari ini adalah yang bermurah hati dan akan berusaha untuk memberi juga sumbangan khas kepada pekerja-pekerja masing-masing.
Sebelum saya melanjutkan perbahasan saya pada petang ini, saya ingin menyentuh sedikit dan memohon YB. Kota Darul Aman untuk memohon maaf di atas keterlanjuran menyentuh hal peribadi negarawan yang kita cintai, Tun Dr. Mahathir. Beliau adalah negarawan yang terulung, anak jati Kedah dan beliau masih sanggup untuk memberi buah fikiran bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Malaysia. Jadi, tidak wajar kita mempertikaikan sumbangan beliau dan tidak wajar juga kita mempertikaikan umur beliau dan juga kesihatan beliau pada ketika ini. Seharusnya kita berdoa supaya Allah melanjutkan usia beliau dan memberi kesihatan yang lebih baik supaya beliau dapat terus menyumbang untuk pembangunan dan kebaikan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan seterusnya Malaysia.
Seterusnya juga saya ingin menjawab kerana tadi depa tak bagi laluan kepada saya. Jadi, inilah masa saya untuk menjawab yang dibangkitkan oleh YB. Bakar Arang yang menyatakan bahawa apa yang kita lakukan pada hari ini, apa yang kita rancangkan pada hari ini, apa yang kita pelan pada hari ini adalah untuk masa depan yang akan datang, untuk kebaikan anak-anak cucu kita dan sebagainya. Jadi, tidak wajarlah beliau mempersoalkan masalah air dan masalah-masalah yang timbul seperti KRC ataupun Rubber City kerana ini adalah projek-projek ataupun pembangunan-pembangunan yang diwarisi oleh kerajaan yang lalu, bukan yang diwarisi oleh kerajaan pada hari ini. Jadi, seharusnya saya memohon kita lihat kepada yang terbaik. Bukan hanya kita mencari kesalahan sebaliknya kita menutupi kebenaran yang nyata.
Ucapan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri yang menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana ribut dan banjir yang melanda Kedah dengan kadar yang segera walaupun dalam keadaan kita Kerajaan Negeri Kedah yang mempunyai peruntukan kewangan yang terhad. Tetapi, ini masih menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan terhadap rakyatnya walaupun apa jua situasi. Bencana alam tidak dijadikan alasan oleh politik kerajaan untuk berpolitik yang tidak matang. Dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua, ni, YB.-YB. yang berada dalam Dewan ini, ketua-ketua jabatan yang ada dalam Dewan ini, DO-DO, pegawai daerah dan semuanya, muka-muka yang ada dalam Dewan inilah yang turun membantu mangsa-mangsa banjir, tidak kira siang dan malam. Ada YB. yang turun pi tengok rumah orang lain, balik-balik rumah dia pun air masuk! Ada, tapi tak cerita. Itulah komitmen yang dibawa oleh YB.-YB. Kerajaan Negeri Kedah pada hari ini. Tidak seperti seorang yang begitu takbur, lantang, walaupun itu adalah tanggungjawab beliau untuk memberi bantuan tetapi diwar-warkan dengan begitu lantang, “muka nilah yang nak pi tolong Negeri Kedah”. Apadia ni? Ni cerita apa ni? Mereka tidak fahamkah bahawa Kedah ini adalah sebuah negeri di bawah Persekutuan Negara Malaysia yang ada hak di bawah perlembagaan.
Ingin saya kongsi juga cerita yang mana kalau kelmarin kawan-kawan kita yang lain, YB. Lunas dan sebagainya menyentuh, YB.-YB. ini tidak dibenarkan untuk masuk ke sekolah untuk memberi sumbangan di dalam sekolah untuk berjumpa dengan guru-guru dan murid-murid sekolah. Tapi, cerita yang saya nak sampaikan ini bukan nak masuk pi jumpa anak-anak murid, bukan nak masuk pi jumpa guru-guru, nak masuk pi cuci sekolah saja. Tu pun dilarang! Takutnya depa kepada kita. Saya pun tak taulah, mungkin sekolah yang saya maksudkan ini berada di kawasan Jitra saja. Sukarelawan yang datang nak membantu selepas membersih rumah diminta oleh YDP untuk masuk tolong cuci sekolah, tolong cuci surau sekolah. Tapi datanglah orang kata apa, polis ka ‘inforcer’ ka bagitau kata tak dibenarkan. Tak dibenarkan masuk sampai ke tahap macam tu. Ini bukan cerita dongeng, bukan cerita rekaan, boleh dibuktikan sebab ini kejadian yang berlaku apabila sukarelawan Guar Chempedak yang mengunjung untuk membantu tetapi Alhamdulillah, kita dibantu juga oleh YB. Pedu. Dia kata, “jangan kira, masuk cuci!” Dah selesai cuci, sampai lagi seorang lagi. Yang ni sampai daripada negeri, suruh ‘stop’, berhenti. Pasal apa tak bagitau? Nak cuci sekolah saja pun sampai tahap macam tu. Apakah bentuk kerajaan yang ada pada ini?
Jadi, saya berharap ketika bencana dan sebagainya kita ketepikan perbezaan politik, kita utamakan mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan daripada kita. Seterusnya, saya dipertanggungjawabkan untuk membahas berkenaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana pembentangan bajet pada hari Isnin yang lalu… Ahad yang lalu, maaf! Pihak Berkuasa Tempatan telah menerima pengiktirafan di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Antara pencapaian-pencapaian terbaik 2024, 10 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah telah diberi Penarafan 5 Bintang. Ini menunjukkan PBT Negeri Kedah telah berjaya menambah baik tahap keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Majlis Perbandaran Kubang Pasu merangkul gelaran johan bagi Anugerah PBT Terbaik Tanpa Tunai (cashless), Cukai Pintu Peringkat PBT Seluruh Malaysia, manakala Majlis Daerah Pendang tempat ketiga kategori Majlis Daerah. Secara keseluruhan, PBT Negeri Kedah akan melaksanakan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya bermula 1 Mac 2025. Begitu juga sempena Hari Perancang Bandar Peringkat Negeri Tahun 2024, 8 PBT Kedah telah diiktiraf Anugerah Bandar Mampan Murni 2024 Peringkat Negeri Kedah. Ini menunjukkan bahawa PBT berada di landasan yang benar untuk bersama-sama menuju kepada matlamat ‘The Greater Kedah’. Saya berharap pihak pembangkang dengar ‘The Greater Kedah’ ni jangan takut, sebab Kedah ni memang dah ‘greater’ dari dulu lagi.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan yang telah diiktiraf sebagai ‘Smart City Early Adopter 2024’ dan lain-lain Pihak Berkuasa Tempatan yang mendapat lain-lain pengiktirafan. Pengiktirafan ini adalah satu petunjuk bahawa PBT di Negeri Kedah adalah berada di landasan yang betul menuju ke arah perbandaran yang bertaraf global dan mampan. Sebagai kerajaan di peringkat tempatan, PBT memainkan peranan yang begitu penting khususnya dalam menyediakan dasar perbandaran serta menyelia proses organisasi.
Jika kita teliti di Negeri Kedah, terdapat beberapa kawasan yang sedang membangun sebagai sebuah ‘note’ pembangunan yang bersifat antarabangsa di mana kegiatan ekonomi di kawasan tersebut telah melangkaui sempadan negeri dan terkait rapat dengan ekonomi global. Antaranya Kulim Hi-Tech Park dan kawasan Kulim Industrial Corridor, Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone dan juga Pulau Langkawi. Sudah tentu dengan kemasukan ekspatriat luar yang dijangka akan bertambah di kawasan-kawasan tersebut dan bandar-bandar berdekatan susulan daripada peningkatan kegiatan ekonomi yang berlaku, kemudahan perbandaran di kawasan tersebut juga perlu diselarikan dengan keperluan yang bersesuaian. Tidak dinafikan, Pihak Berkuasa Tempatan terlibat seperti MBAS, MPKP, MPKK, MPSPK dan juga MPLBP telah membangunkan bandar-bandar utama di Negeri Kedah dengan begitu baik sekali sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan.
Namun, di bawah ‘The Greater Kedah’ kita perlu sentiasa mencari ruang untuk penambahbaikan. Dan untuk tambah baik kita perlu mengambil contoh bandar-bandar global lain sebagai rujukan. Jika dibandingkan dengan bandar-bandar global yang lain, kita dapat melihat terdapat beberapa aspek yang boleh kita contohi dan ditambah baik.
Yang Berhormat Speaker, pertama daripada segi pengangkutan awam, dalam keadaan dunia kini sedang menuju ke arah “Perbandaran Hijau”, pengangkutan awam memainkan peranan yang begitu penting. Jika kita lihat, selain daripada Kuala Lumpur, hanya Pulau Pinang mempunyai sistem pengangkutan yang disebut sebagai “Rapid Penang”. Selain daripada itu, bandar-bandar lain hanya mempunyai sistem pengangkutan awam ‘intracity’ yang tidak begitu baik dan tiada terus perkhidmatan tersebut. Kita faham, dilema yang dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan apabila cadangan diutarakan bahawa masyarakat di Negeri Kedah masih belum boleh menerima budaya menggunakan sistem pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan harian. Mereka lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri. Jika kita mendapat pandangan daripada masyarakat, rata-rata pula akan mengatakan bahawa kenapa tidak mahu menggunakan pengangkutan awam adalah kerana sistem pengangkutan awam sedia ada tidak efisean dan jadual yang tidak menentu.
Saya percaya, sudah tiba masanya kitaran dilema ini diputuskan dengan Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan merancang satu sistem pengangkutan awam ‘intracity’ yang komprehensif dan ‘reliable’. Dalam kita merancang perbandaran baru atau apabila kita menyediakan rancangan tempatan daerah, elemen yang membolehkan penyediaan sistem pengangkutan awam perlu diterapkan di peringkat perancangan. Sebagai contoh, kunci kepada kejayaan mana-mana sistem pengangkutan awam di tempat-tempat lain adalah dengan menyediakan satu laluan khas bas ataupun ’transit way’. Sekiranya laluan khas ini tidak dimasukkan di peringkat awal perancangan sebuah perbandaran, ia akan membawa kepada peningkatan kos seperti kos pengambilan tanah dan bayaran pampasan.
Oleh yang demikian, saya berharap sekiranya kawasan-kawasan seperti Bandaraya Alor Setar, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Sungai Petani dan Kulim boleh diteliti untuk dimasukkan elemen sistem pengangkutan awam ‘intracity’ yang lebih baik agar mampu menyediakan satu perkhidmatan perbandaran yang lebih baik kepada warga di bandar.
Yang Berhormat Speaker, kedua, fokus yang perlu diberikan adalah penyediaan kawasan komersial perumahan yang bersesuaian dengan demografi dan tahap sosioekonomi setempat. Kita amat berbangga dengan pelaburan yang dicatatkan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Namun, sepertimana yang kita semua sedia maklum, kebanyakan hasil limpahan ekonomi tersebut direbut oleh Pulau Pinang apabila pekerja di KHTP memilih untuk menetap di Pulau Pinang terutamanya ekspatriat.
Pengalaman saya ketika mengemudi Continental Sime Tyre di Alor Setar, kita terpaksa mencari tempat tinggal kepada ekspatriat ini di Pulau Pinang. Ekspatriat-ekspatriat daripada Europe, mereka tidak selesa untuk tinggal di bandar Alor Setar kerana kemudahan yang diperlukan seperti International School dan sebagainya untuk ahli keluarga mereka tidak tersedia. Jadi, itu memberi kos yang begitu membebankan kepada syarikat. Walau bagaimanapun, kerana kita memerlukan mereka sebagai ‘share holder’ terpaksa kita tanggung kesemua ini dan perbelanjaan mereka tidak berlaku di Alor Setar, sebaliknya di Pulau Pinang ketika itu. Ketika itu saya mempunyai lebih kurang hampir 15 orang ekspatriat yang datang berkhidmat di Continental Sime Tyre.
Jadi, inilah yang perlu kita beri penelitian, memberi perhatian supaya kita membangunkan kawasan industri yang baru, kita tidak mahu terlepas peluang yang mana mereka-mereka ini membawa keluar perbelanjaan mereka ke tempat yang lain. Perkara ini adalah satu perkara yang amat wajar kita semua beri perhatian khususnya kepada kawasan yang masih sedang dibangunkan seperti Delapan Special Border Economic Zone dan Kulim Industrial Corridor. Pembangunan kawasan perumahan dan juga kawasan komersial yang bersesuaian dan mencukupi adalah amat penting untuk memastikan segala kesan dan limpahan ekonomi hasil daripada pelaburan diserap oleh Negeri Kedah. Saya percaya, dengan kerancakan pembangunan di Bukit Kayu Hitam sekiranya tidak dibangunkan dengan sempurna ekosistem yang bersesuaian, para ekspatriat akan memilih untuk menetap di negara seberang yang mampu menyediakan semua kemudahan tersebut.
Dengan menyediakan kawasan komersial yang bersesuaian jugalah para peniaga di Negeri Kedah akan mempunyai ruang yang lebih untuk mengembangkan perniagaan dan membantu merancakkan lagi ekonomi setempat. Oleh yang demikian, saya berharap tumpuan dan usaha khususnya melibatkan penyediaan perumahan, kawasan komersial, sekolah dan juga pengangkutan awam dapat disediakan di kawasan-kawasan yang sedang dibangunkan dengan kegiatan ekonomi tesebut.
Tidak sah kalau masalah yang berlaku di PBT sekarang tidak diungkapkan. Saya rasa setiap PBT mempunyai masalah perlesenan, tapak perniagaan dan tanah rizab. Dalam masa yang sama PBT harus melihat kembali pusat rekreasi riadah yang sedia ada atau yang akan dibangunkan terutamanya tempat untuk bersukan. Jadi, di sini saya ingin memohon YB. Exco Belia dan Sukan dapat melihat dan memberi peruntukan untuk menaikkan taraf Padang Bola Sepak Lestari, Guar Chempedak yang mana padang ini juga melahirkan beberapa bintang bola sepak pada ketika dahulu. Saya rasa…. YB. Alor Mengkudu pun pernah pi main di situ kut? Jadi, di Daerah Yan ini hanya ada padang bola tu saja, yang di Pantai Murni telah diambil untuk dibuat rekreasi yang lain.
Dalam masa yang sama juga, kalau kita teliti mungkin PBT perlu untuk menambah penguat kuasa kerana rata-rata yang kita dapat dengar ataupun pelajari ataupun kita teliti, banyak peniaga-peniaga dan sebagainya tidak mengikuti peraturan ataupun undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak PBT. Tetapi, dalam masa yang sama pihak penguat kuasa juga tidak berkemampuan untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana kekurangan tenaga kerja. Dalam masa yang sama juga kita harus melihat apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak peniaga.
Peniaga-peniaga kebanyakan mengeluh adalah kawasan perniagaan yang terhad. Kadang-kadang kawasan-kawasan yang popular ini juga tidak dapat mereka masuki kerana ada juga yang di’control’ atau dikawal oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Masalah-masalah ini harus kita beri penekanan, memberi penelitian dan kita mengkaji semula dan juga untuk setiap PBT kita mencari lagi kawasan-kawasan yang ‘hot spot’, yang baru supaya peniaga-peniaga kecil ini dapat menjalankan aktiviti perniagaan mereka.
Di dalam pengurusan PBT, kekurangan staf penguat kuasa dan juga terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan, ini menyebabkan PBT tidak dapat bergerak dengan begitu lancar. Cadangan daripada saya agar PBT juga dapat memohon sumbangan daripada syarikat korporat ataupun projek-projek kecil terutamanya pelancongan untuk membangunkan daerah masing-masing.
Dalam usaha kerajaan memajukan dan meningkatkan pendapatan isi rumah setiap keluarga, ada satu sektor yang terabai dan tidak diberi perhatian khususnya mereka yang menggunakan kudrat empat kerat untuk menafkahi keperluan seharian keluarga mereka. Tetapi sayangnya kebajikan mereka ini terabai tanpa pembelaan yang sewajarnya. Mereka ini adalah dari golongan yang bekerja mengambil upah ataupun lebih kepada menyediakan perkhidmatan. Ada di kalangan mereka ini yang dah bekerja bertahun-tahun dengan individu atau syarikat yang sama tetapi mereka tidak dilindungi, kebajikan mereka terabai.
Yang dimaksudkan yang tidak dilindungi ini adalah mereka tidak dilindungi oleh PERKESO. Tak dak! Ada satu kes yang saya melawat di kawasan saya ini, hilang 4 jari, mesin rumput, hilang 4 jari. Mengambil upah mesin rumput di jalan, tetapi insiden kawan sebelahnya terkejut apa pun tak tau, jadi dia punya mata mesin lari kepadanya, hilang 4 jari. Apabila tanya, “ada PERKESO ka? Ada SOCSO ka?” Tak dak! Jadi, mereka ini tak dak pampasan dan sebagainya. Jadi, ini adalah tulang belakang, tunjang keluarga yang masih muda tu, 36 tahun, anak ada 4 orang, nak pi ke laut pun tak boleh dah, hilang 4 jari. Di sinilah kewajarannya saya memohon agar kita semua memberi perhatian.
Dua minggu lepas saya diberi tanggungjawab untuk mengin’terview’ Pembantu Am Muzium. Kebanyakan yang mai saya tanya, tak dak. Pasal apa tak minta dekat majikan? “Ada kerja dah dengan majikan tu lebih kurang 11 tahun, tak berani nak cakap, takut dibuang kerja”. Kawan-kawan lain? “Kawan-kawan lain pun tak berani”. Inilah dilema. Siapakah yang akan membela mereka-mereka ini? Lain tak lain adalah kita yang ada dalam Dewan ini. Jadi, saya memohon….(YB. Tuan Speaker mencelah)
4 minit lagi YB….
Setiap kita daripada Yang Berhormat dan juga di PBT dan kesemua, kita mungkin boleh melihat untuk menggubalkan satu undang-undang yang baru yang meminta atau memohon syarikat-syarikat ataupun individu-individu yang memberi upah ini harus memberi perlindungan. Sebab tak mahal, PERKESO ni tak mahal dan saya berharap pejabat-pejabat Ahli Yang Berhormat juga dah ambil untuk pekerja-pekerja PKWR sebagai contoh. Sebab yang ini setelah kita ada seminar yang dianjurkan oleh YB. Kulim pada beberapa bulan yang lalu. Ini adalah penting kerana tanpa PERKESO, tanpa perlindungan, mereka hilang pekerjaan tetapi tiada pampasan yang mereka dapat. Kesian! Dan mereka memerlukan ada orang yang tampil untuk membela mereka. Di sinilah peranan kita, di sinilah peranan kita semua untuk memastikan kebajikan mereka ini tidak terabai.
Dalam masa yang sama, kita dianugerahkan permandangan, ataupun pantai, ataupun gunung ganang yang cantik. Untuk sebahagian daripada PBT ataupun daerah di Negeri Kedah, kita mempunyai pantai yang panjang dari Sanglang sempadan Perlis hinggalah ke Pulau Pinang. Pantai-pantai ini adalah aset pelancongan yang mana di sebelah petangnya menawarkan ‘view sunset’ yang begitu cantik. Tetapi apa yang diperlukan adalah setiap PBT ataupun daerah, kita mencari jalan mengkaji semula di manakah ‘spot-spot’ yang dapat kita bangunkan supaya ‘sunset lover’ atau pencinta matahari terbenam ini dapat berkumpul ketika waktu ‘sunset’ untuk mereka mengambil gambar ataupun menghayati sebab “hanya jauhari yang mengenal manikam”. Kalau kita kata matahari tu turun cantik, orang takkan dengar tetapi bagi mereka ini kalau tengok dalam Tiktok ‘Sunset Lover’. ‘Sunset Lover’ ni bukan mereka duk pi bercinta di situ (sambil ketawa), depa pi duduk, mereka menghayati, mereka mengambil gambar. Ni dalam ni, contoh ni (sambil memegang pamplet) ni dalam ni yang Dato’ Leh perkenal, minta maaf sebut nama, YB. Kubang Rotan perkenalkan ni, cantik tak cantik ni? Ni, ‘sunset’ di Pantai Murni, Yan. Jadi, sama-samalah kita war-warkan. Sebab ini adalah aset pelancongan yang tanpa kita mengeluarkan belanja tetapi sudah tersedia. Cuma kita hanya memerlukan untuk memberi tempat dan menawarkan. Kelmarin juga YB. Ayer Hitam ada sebut, Jeruju.
Sebenarnya ramai yang nak mai, ramai yang nak mai. Saya pun pernah bertanya kepada dua tiga orang pelancong yang kebetulan berada di kawasan Yan, “very beautiful, compared to other place”. “Where have you been?” “Saya sudah pergi sampai Switzerland, New Zealand (dalam dialek mat saleh)”. “How about sunset in.. (dengan izin)…. (YB. Tuan Speaker mencelah)
1 minit lagi YB., 1 minit lagi.
Jadi, ini adalah aset, aset yang kita belum terokai sepenuhnya. Jadi, saya berharap kita dapat memberi sedikit masa dan peruntukan untuk melihat ini dan dimajukan sebagai produk pelancongan yang baru. Berapa minit lagi? 10 minit lagi?
1 minit, haa… cukup dah tu. Masa sudah pun tamat, boleh ‘landing’ terus YB.
Banyak lagi ni… (sambil ketawa). Satu lagi yang saya ingin bangkitkan di sini adalah kita harus melihat kembali operasi ‘mall’ ataupun ‘mart-mart’ ketika solat Jumaat. Ini saya sedih kerana ini adalah tanggungjawab kita. Sebahagian daripada ‘mall’ ataupun pusat penjualan ini bersebelahan dengan masjid. Orang duk sembahyang Jumaat, di sini penuh. Jadi, mungkin untuk kita menuju “The Greater Kedah’ kita harus mengambil elemen ini juga sebagai satu penetapan supaya ketika solat Jumaat kita behentilah berniaga dan ini dapat kita lakukan melalui PBT. Sebab ini kita boleh masukkan di dalam kontrak yang dinyatakan. Memang orang yang bekerja itu dalam ‘mall-mall’, 7-Eleven ataupun Longwan dan sebagainya adalah wanita-wanita, tetapi yang pi beli tu waktu Jumaat adalah kaum adam. Cukup menyedihkan! Mereka juga berebut-rebut untuk ‘parkir’ kereta di kawasan masjid. Bukan nak pi sembahyang tapi nak p ‘shopping’. Jadi, saya mohon ini kita masukkan sebagai satu perundangan ataupun untuk tidak membenarkan terutamanya di sebelah masjid.
Dengan itu, saya menyokong penuh bajet yang disampaikan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Guar Chempedak. Seterusnya YB. Bukit Selambau. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala mu’ala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Robbish rohli sodri wayar sirli amri wahlul uqdatan millisani yafkhohu khauli. Wala haulawala khuwata illa billa hil‘ali yil‘azim.
Yang saya hormati YB. Tuan Speaker, YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan serta pemerhati yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT oleh kerana petang ini diberi peluang oleh YB. Speaker untuk mengambil bahagian dalam membahas Bajet 2025 yang sudah pun diselesaikan ataupun dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar pada hari Ahad yang lalu.
Sebelum saya memulakan perbahasan ini, rasanya tak berapa sempurna. Tadi ni, sama juga macam YB. Guar Chempedak, bila kita minta sedikit pencelahan daripada sahabat kita, dia tak bagi. Rupa-rupanya bila tak bagi, peluang hat petang ni ada. Ambillah hat peluang tu kut no? Apa yang dipertikaikan oleh sahabat kita tadi, di antaranya bila ‘The Greater Kedah’ ni sampai 2025, dan ka? Eh! 2050, mohon maaf. Dan ka Yang Amat Berhormat kita ni nak bertanding sampai 60 kali katanya. Itu bukan persoalan dia. Tapi hat dia sebut pula tu, satu penghinaan saya rakam juga kepada Tun Dr. Mahathir yang merupakan orang yang membina Malaysia ini ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Apakah akhir-akhir ini kita boleh melupakan jasa beliau yang merupakan satu kenyataan bagi Negara Malaysia. Satunya saya nak sebut, kalau yang ni merupakan orang yang tertua, bukan lagi tempat untuk kita mengambil sesuatu nasihat daripada beliau, Ahli-ahli Yang Berhormat semua ingat, Lee Kuan Yew selaku Presiden Singapura, bila beliau telah pun bersara dilantik sebagai penasihat pada ketika itu.
Yang kedua perlu kita ingat, Lim Kit Siang merupakan Penasihat kepada DAP. Tidak ada pertikaian pada ketika itu. Boleh terima dengan berlapang dada sidang mesyuarat sekalian. Hal ini perkara yang kita nak kena sedar. Sebelum kita menyampaikan sesuatu, lihat apa yang sudah pun berlaku sebagai suatu sejarah. Ini sejarah, ini bukan omong-omong kosong! Cukup setakat tu no? Saya rasa nak rehat boleh dah satgi.
Nak tambah! Nak tambah! YB. Bukit Selambau!
Ya, saya.
Bagi laluan YB. Bukit Selambau?
Bagi, bagi.
Terima kasih YB. Bukit Selambau dan YB. Speaker. Disebut ‘The Greater Kedah’, dia kata, “Menteri Besar nak bertanding sampai 2050 ka?” Dia tak baca kut dalam buku ‘The Greater Kedah’ ni, ini merupakan visi negeri. Visi negeri ni maknanya seeeemua kakitangan yang mentadbir Negeri Kedah inilah yang akan bersama-sama sampai ke 2050. Tak semestinya Menteri Besar nak bertanding sampai 2050. Dia kena faham tu, kena baca buku tu habis-habis. Ni tak baca, tu yang cakap macam-macam tu.
Buku pun tak bagi.
Silakan YB. Bukit Selambau.
Terima kasih YB. Tokai. Saya boleh terima pandangan yang sedemikian. Tapi dia lupa juga, wawasan Tun Dr. Mahathir 2020 pun kita boleh terima. Beliau berhenti awal daripada tu, tapi perancangan, pelaksanaan dilakukan oleh orang yang kemudian daripada beliau. Kita terima? Terima kasih YB. Tokai.
Seterusnya berkaitan dengan perbahasan pada petang ini. Berdirinya saya dengan penuh rasa tanggungjawab dan keazaman untuk membawa hasrat rakyat Kedah yang mendambakan sebuah negeri yang makmur, bersatu padu dan berdaya maju, ‘team The Greater Kedah’ yang dirangka oleh Kerajaan Negeri bukan sekadar sebuah gagasan tapi sebagai sebuah seruan untuk seluruh rakyat Kedah berganding bahu dalam memacu kejayaan negeri ini sehingga tahun 2050.
Yang Berhormat Speaker, izinkan saya berbahas dalam perbahasan ini untuk saya nak mulakan sedikit dengan pantun. Sahabat saya pun pantun, hat bawah pun pantun, jadi kita pakat pantun sat. Main dengan suasana petang ni boleh kut? (dengan izin).
Tahun 2025 Kedah diseru, Tanah lagenda penuh sejarah, Ke Sungai Batu janganlah ragu, Warisan tamadun terus terarah.
Indah pagi mentari menyapa, Angin lembut di pinggir telaga, Sungai Batu warisan bangsa, Tempat pelaburan versi ternama.
Ada lagi YB. Tuan Speaker.
Ada lagi? Silakan!
Nak pantun! Nak pantun!
Layar perahu membawa bekalan, Peniaga datang dari serata negeri, Di sini terbina tamadun silam, Pusat gemilang versi berkualiti.
Sungai mengalir di celah batu, Airnya jernih berkilau seri, Di sini sejarah tersurat tertentu, Pusat pelaburan versi bistari.
Dari jauh pedagang berlabuh, Membawa hasil dan niaga serasi, Sungai Batu warisan tak lusuh, Tamadun megah pembuat besi.
Saya tak akan bahas dah tamadun-tamadun ni dah, habis dengan pantun dia, cukup. Tapi kalau tak cukup, kita pantun lagi, InsyaAllah.
Sejajar Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK) kita menyokong penuh kempen Experience Kedah. Untuk merealisasikan impian ini, perpaduan kaum dan pendidikan yang inklusif harus menjadi tunjang utama. Marilah kita meneliti peranan perpaduan dan pendidikan dalam merealisasikan aspirasi ‘The Greater Kedah’. Perpaduan kaum asas kejayaan Kedah yang lebih hebat.
Kejayaan sesebuah negeri tidak boleh dicapai tanpa perpaduan dengan rakyat Kedah terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Kita mempunyai keunikan yang mampu menjadi kekuatan besar. Namun, ini hanya boleh dicapai jika Kerajaan Negeri terus memperkukuhkan hubungan antara komuniti. Memperkasakan program perpaduan kaum, peruntukan sebanyak RM600,000 untuk program perhubungan kaum perlu digunakan secara strategik untuk menganjurkan program kebudayaan yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Antaranya kempen “Kedah Harmoni” boleh dilaksanakan dengan penganjuran acara seni budaya di sekolah dan kawasan luar bandar. Kolaborasi antara komuniti melalui projek komuniti dapat mewujudkan suasana harmoni.
Untuk makluman Sidang Dewan, sedikit nak kena bercakap berkaitan dengan Bukit Selambau. Baru-baru ini kita rayakan Hari Deepavali dengan rasa, saya bertanggungjawab kepada pengundi dengan bilangan pengundi antaranya orang India yang banyak di Bukit Selambau. Lalu lantas saya mengadakan satu program, makan malam atau ramah mesra ataupun jamuan mahabbah bersama dengan kaum India. Ternyata, bilamana kita mula untuk melihat perpaduan pada peringkat awal, terbukti kejayaan sudah pun dicapai dengan kehadiran, terima kasih kepada YM (Yang Mulia) selaku YDP, MPSPK (Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah) hadir, bersama-sama dikalung bunga malai. Kalau tak percaya, gambar dalam ‘handset’ pun ada lagi. Nak habaq kata hat tu hat betul. Jadi, kehadiran di antara pengunjung-pengunjung di kalangan warga India amat menggalakkan. Harmoni yang dapat kita lihat daripada sudut realitinya mereka yang menjana kewangan untuk mewujudkan jamuan tersebut. Bukan duit saya selaku YB., tapi mereka menjana semua, Alhamdulillah… (YB. Tanjung Dawai mencelah)
YB. Tuan Speaker, mencelah.
YB. Tanjung Dawai.
Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Bukit Selambau. Saya dimaklumkan semasa sambutan tu ada lagu khas untuk YB. Bukit Selambau. Kut-kut boleh menyanyi selagu kut nak dengar.
Silakan YB. Bukit Selambau.
Terima kasih YB. Tanjung Dawai, sahabat saya. Saya berkawan dengan ayah dia, kemudian dia jadi YB., saya berkawan dengan YB. Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Sungguh ada lagu Yang Berhormat sekalian, tapi tak boleh nak siarkan dalam Dewan ini pasal ramai yang tak boleh memahami bahasa itu kecuali orang yang memahami.
YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian. Sampai tang mana? Jadi, dalam suasana tersebut kita juga mengadakan program motivasi belajar untuk pelajar-pelajar India. Yang ni saya buat. Yang akan menduduki peperiksaan awam Malaysia. Terbukti kehadiran, Alhamdulillah sambutan daripada pelajar-pelajar yang kita nampak begitu berminat, berjalan sampai sekarang yang diurus oleh seorang sahabat saya di kalangan bangsa India sehingga sekarang tanpa memohon sesen pun daripada wakil rakyat, cuma pakai nama saja. Untung tak Ahli Yang Berhormat sekalian? Untuuunngg… Buat kerja kena untung, ‘The Greater Kedah’ kalau tak untung habis sampai berbilion-bilion baik toksah duk buat. Haa… yang ni nak habaq juga petang ni.
Jadi, sudah tentulah memupuk semangat perpaduan sejak usia muda amat penting. Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk generasi yang lebih harmoni. Aktiviti seperti Minggu Perpaduan Sekolah, Program Pertukaran Pelajar Antara Sekolah Aliran Yang Berbeza dan Bengkel Nilai Bersama boleh dilaksanakan bagi memastikan nilai perpaduan dihayati daripada sejak kecil. Bila dia besar agak susah, bila dia kecil senang kita nak bentuk. Dalam pendidikan boleh kita serap semua nilai-nilai murni yang dapat kita boleh wujud atas nama kata rakyat Kedah berbilang kaum senantiasa bersatu padu, InsyaAllah.
Menonjolkan Kedah sebagai negeri teladan dengan rekod perpaduan yang kukuh, Kedah boleh menjadi model nasional ini boleh dilakukan dengan membina pusat perpaduan interaktif di setiap daerah, menyediakan pameran sejarah bersama pelbagai kaum dan menyusun semula naratif perpaduan dan pelancongan Kedah. Pendidikan, pelaburan terbaik ke arah masa depan Kedah.
YB. Speaker, kalau lebih masa tolong bagi isyarat. Saya akan tetap disiplin, saya akan berhenti ‘stop’ la ni juga. ‘Break’ makan, InsyaAllah.
InsyaAllah! InsyaAllah!
Kedah hanya akan menjadi lebih hebat jika kita mempunyai rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berintegriti. Pendidikan adalah satu-satunya jalan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti. Justeru, usaha yang inklusif diperlukan untuk memastikan semua rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang mendapat akses kepada pendidikan yang terbaik. Pendidikan inklusif untuk semua kaum, kejayaan Kedah tidak hanya terletak kepada satu kumpulan tetapi kepada semua lapisan rakyatnya. Dengan itu, peruntukan sebanyak RM300,000 untuk SJKC (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina) dan SJKT (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil) harus ditambah untuk membantu sekolah ini melaksanakan program kokurikulum yang menggalakkan interaksi antara kaum. Penambahan guru berbahasa pelbagai kaum dalam sistem pendidikan awam bagi membolehkan pelajar lebih memahami budaya rakan mereka. Perpaduan kaum dan pendidikan tidak hanya membentuk masyarakat yang harmoni tetapi juga merangsang ekonomi negeri dengan kemahiran yang tinggi dan persefahaman yang kukuh. Rakyat Kedah mampu menarik pelaburan-pelaburan asing dan mengembangkan sektor ekonomi domestik.
Industri keusahawan berasaskan nilai perpaduan, usaha memperkasakan ekonomi rakyat seperti program Usahanita Sejahtera dan Geran Bantuan Pelancongan harus melibatkan komuniti dan pelbagai kaum. Bengkel latihan dan perkongsian pengalaman antara usahawan Melayu, Cina dan juga India, kalau ada di kalangan Siam boleh diadakan untuk memupuk sinar diperniagaan. Minta maaf YB. Sidam, bercakap terlalu laju tak nampak sahabat di depan. YB. antara orang yang hebat dalam Dewan. Biasa bila dia berucap, dia bagi laluan dekat kita ni. Tapi hat lain agak perbetullah sikit sikap sahabat-sahabat saya. Hat ni, Alhamdulillah. Terima kasih YB. Sidam, kita jumpa lagi. Tak palah ada jawab.
Pusat kecemerlangan pendidikan teknikal harus diwujudkan di Kedah bagi menarik pelaburan teknologi tinggi, menjadikan Kedah sebagai pusat inovasi serantau. Peningkatan produktiviti melalui pendidikan teknikal yang berkualiti adalah membantu Kedah memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor seperti semikonduktur dan teknologi hijau. Latihan pekerjaan kepada graduan muda harus ditambah baik agar mereka lebih bersedia menyertai industri global.
YB. Tuan Speaker, senyum satu macam. Kerajaan Negeri memegang amah besar untuk memastikan perpaduan kaum dan pendidikan terus menjadi keutamaan melalui strategi erat sejahtera, ekonomi, rakyat, alam, tadbir urus, kerajaan harus memastikan setiap rakyat mendapat manfaat secara saksama. Penglibatan pemimpin komuniti, pemimpin masyarakat harus diberi peranan aktif dalam merangka program yang merangkumi semua kaum.
Pelaburan strategik semua inisiatif seperti pembangunan infrastruktur, pendidikan, program perpaduan dan galakan ekonomi mesti dirangka secara inklusif. Pemantauan dan penambahbaikan setiap program harus dinilai kesan-kesan melalui data dan juga maklum balas daripada rakyat. YB. Speaker, ada satu tajuk lagi.
Ada masa lagi. Silakan YB.
InsyaAllah. Saya diberi tugas untuk bercakap di antaranya berkaitan dengan pertanian khususnya padi. Jadi, nak kena juga bercakap sikit lagi. Berapa minit lagi YB. Speaker?
Saya ingat cantik, takdan nak kali lagi ni. Saya ingat cantik masa yang bagi untuk padi tu boleh habis, InsyaAllah.
YB. Tuan Speaker, Kedah merupakan “Negeri Jelapang Padi”. Kawasan padi dalam Kedah terbahagi kepada dua. Pengurusan satunya luar daripada MADA adalah LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang), yang dalam kawasan MADA maka tertakluk secara terusnya ‘direct’ dengan pengelolaan MADA. Dia ada dua bentuk yang jaga padi dalam Negeri Kedah. Satu LPP luar daripada MADA, satu MADA jaga dia sendiri. Yang ini kita nak kena faham. Maka keluasan tanaman padi di Negeri Kedah bagi pengelolaan LPP seluas 34,428.68 hektar, bagi MADA seluas 78,697.86 hektar. Bilangan pesawah yang ada di bawah pengelolaan LPP adalah 19,769 orang, manakala MADA 44,470 orang. Inilah di antara mereka atau petani-petani yang sentiasa berusaha, yang senantiasa mencari jalan bagaimana untuk menambah pendapatan mereka dari sudut kerja yang mereka lakukan yang merupakan keutamaan bagi membina semula ekonomi mereka, menjana ekonomi kepada Negeri Kedah. Hat yang ni bukan sikit, puluhan ribu. Maka sudah tentulah di sana ada kekangan-kekangan yang pernah kita lihat, yang pernah kita dengar, di antaranya bekal padi benih atau menyediakan padi benih yang sah yang menyebabkan pada suatu ketika agak sukar bagi petani untuk mendapatkan benih-benih tersebut. Hat yang ni, YB. Suka Menanti faham sangat.
Tapi apa pun untuk mengatasi semua masalah ini untuk dijadikan sebagai suatu benda yang dikira keutamaan supaya petani ataupun pesawah tersebut dapat menabur padi di tanah yang sudah pun diratakan. Pastikan, benih pula bukan boleh pi duk ambil, senang-senang kita pi ambil, nak kena ambil kira.
Oleh kerana kerajaan memberi kuota kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mewujudkan padi benih dengan sekian-sekian MD yang perlu dipatuhi. Kalau kita ada bendang boleh pi duk bajak, kita rata tanah duk buat padi benih, akan diambil tindakan oleh kerajaan.
5 minit lagi YB.
Terima kasih. Saya janji ‘break’ makan. Jadi, bilamana benda yang sedemikian berlaku, kesukaran kepada petani senantiasa berlaku. Inilah di antara perkara yang saya mengharapkan daripada YB. Exco Pertanian Negeri Kedah, mengatasi masalah tersebut daripada kita mengenali masalah yang sudah pun timbul. Bila perkara yang sedemikian telah pun berlaku, salah kalau kata pi ambil padi benih tang lain, tak boleh nak beli sewenang-wenangnya. Tapi bilamana sampai suatu ketika, tanah sudah pun siap, kita senang kata nak tabur padi benih, maka sampailah pada suatu ketika, pengumuman yang sudah pun dilakukan oleh seseorang, padi benih cukup banyak dengan harga RM58.00. Sudah naik daripada kadar biasa, sedangkan mereka mendapat 20kg dalam satu beg kerajaan bagi subsidi RM20.60. Pengusaha sudah dapat, kilang sudah dapat, orang yang berlesen dan bertanggungjawab dapat bantuan subsidi daripada kerajaan padi benih RM20.60 atas sifat 20kg satu beg. ‘Calculate’ Ahli-ahli Sidang sekalian, cuba ‘calculate’ perkara-perkara sedemikian. Maka, jumlah yang saya sebut, bila LPP sudah ada 34,426.68, 1 hektar kita kena guna padi benih sekurang-kurangnya 7 kampit. 7 kampit ni kalau kita ‘calculate’ kepada 34,424, hat di LPP punya kali 7, kita akan dapat 240,972 beg. Tinggi dak? Itu baru LPP, luar daripada MADA. Hat yang MADA pula mempunyai 78,697.86 kali 7 kampit, 1 kampit 20kg, berjumlah 550,879 beg. Campur dua-dua, tinggi.
Maka, sekali lagi perhatian kepada YB. Suka Menanti supaya melihat lebih ‘detail’ pembelaan yang mesti kita lakukan atas nama kerajaan untuk membela petani atau pesawah yang ada pada hari ini. Oleh kerana Kedah merupakan satu negeri pengeluar padi yang tinggi, apa lagi beras sahaja 43%. Kita boleh sebut peratus, kita boleh tengok macam mana kita nak buat padi bagi jadi elok. Bila bagi elok, naik atas lori, masuk dalam kilang, padi sudah jadi beras, beras sudah pun hilang.
2 minit lagi YB.
2 minit lagi. Sila, YB. Kota Siputeh.
YB. Kota Siputeh, ya silakan.
YB. Bukit Selambau, YB. Tuan Speaker, saya nak ambil kesempatan ini juga untuk buat celahan kerana pertama sekali adalah nak buat pembetulan. Tadi duk ligan masa waktu perbahasan saya tu iaitu kita nak mohon pihak negeri kita juga bawa satu semangat yang mana harga bukan harga siling tapi harga lantai. Harga lantai perlu kita tingkatkan pada kadar RM1,800 per tan itu ataupun RM1.80 per kilo. Itu yang kita harap jadi satu desakan, satu suara kuat daripada pihak negeri. Adakah YB. Bukit Selambau bersetuju dengan kita? Itu yang pertama.
Yang kedua juga disebabkan kenaikan harga kos dan sebagainya, kerana itu kita perlu naikkan harga lantai ini pada suatu harga yang tinggi termasuk juga kita ingin memohon, adakah YB. Bukit Selambau bersetuju agar subsidi benih padi ini dikreditkan terus ke akaun pesawah sebanyak RM20.60 per beg iaitu 20kg benih padi? Terima kasih.
Terima kasih YB. Kota Siputeh.
Ya, masukkan ucapan YB. Kota Siputeh sebahagian daripada ucapan saya. Tahniah! Oleh kerana meyokong benda-benda yang baik.
Masa sudah pun tamat YB.
Cukup dah?
‘Landing’ terus YB.
‘Landing’ no, takdan nak habaq harga padi lagi no. Tapi dah saya janji nak berhenti, saya berhenti. Lain kali kita jumpa. Jadi, YB. Speaker, ‘The Greater Kedah’ bukan sekadar cita-cita, ia adalah harapan rakyat Kedah untuk hidup dalam sebuah negeri yang makmur, bersatu padu dan dihormati serta di peringkat global perpaduan dan pendidikan adalah kunci kepada segala kejayaan ini. Marilah kita terus melangkah ke hadapan berganding bahu untuk memastikan Kedah menjadi contoh negeri yang maju dan harmoni dengan tema “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”. Marilah kita bersama-sama menjadikan impian ini sebagai suatu kenyataan kita bersama atas nama rakyat Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah.
Akhirnya, saya menyokong Bajet 2025 yang sudah pun disampaikan oleh YAB. Menteri Besar pada hari Ahad. Sekian, Wallahualam Alkhohuli Hadza Astagfirullah Hal'azim Li Walakum. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Bukit Selambau. Seterusnya YB. Bukit Pinang.
Petang-petang ni kena bukit. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, wassola tuwassala mu’ala rasulillah. Waman tabi’ahom biihsani ila yaumiddin. Khola robbish rohli sodri wayar sirli amri wahlul uqdatan millisani yafkhohu khauli.
YB. Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, ADUN Jeneri, YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ketua Pembangkang, YB. ADUN-ADUN, Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan serta para pemerhati yang dihormati sekalian. Pertama sekali saya ucapkan sekalung tahniah atas pembentangan Bajet 2025 dengan penuh ‘confident’ dan yakin. Semua sasaran akan tercapai kerana pembentangan mengambil masa oleh YAB. Dato’ Seri selama1 jam 23 minit. 9.11 minit bermula, 10.34 habis. Dimulakan dua rangkap pantun pada permulaan serta sepotong ayat Surah Al-Anfal ayat 27 dan penutupnya juga adalah dengan serangkap pantun. Di sana menunjukkan jiwa YAB. Dato’ Seri nampak tegas tetapi di dalam hati ada taman. Jiwa romantik telah terbukti.
YB. Speaker,
Orangnya segak telah beristeri, Petang-petang boleh diajak bermain bola, Kalau YB. Speaker nak tambah berseri, Bolehlah ikut mengambil langkah jejak YAB. sebagai idola.
Nanti bagi mai lain pantun tu. (sambil ketawa)
YB. Speaker, bajet yang dibentang oleh YAB. Dato’ Seri merangkumi semua aspek bagi saya. Termasuk politik, ekonomi, pendidikan, keselamatan, kesihatan, kebajikan dan juga sosial.
YB. Speaker, walaupun Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain dah sebut apa yang saya nak sebut dan juga saya nak bahas dalam Bajet 2025. Saya ulang, berlakunya banjir besar selepas tahun 2010 di mana pada 17 September hingga 10 Oktober 2024, sejarah berulang kembali. Sejarah Kerajaan Negeri telah menyantuni rakyat terutama YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, walaupun baru balik dari Jepun terus ke Lokasi iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau dalam kawasan Parlimen Pokok Sena dalam DUN Bukit Kayu Hitam. Eh! Bukit Lada. Petang-petang… YB. Bukit Kayu Hitam duk kerling, saya pun terpandang sikit, teringat dia… (sambil ketawa). YAB. kita turun dalam DUN, ke Lokasi berlaku banjir serta pelbagai bantuan dan sumbangan iaitu sehigga RM3.6 juta yang melibatkan 3,621 orang dalam PPS dan juga RM3 juta bekalan makanan dan RM12 juta anggaran kerosakan yang berlaku.
YB. Speaker, rakyat sangat teruja dan patik serta Kerajaan Negeri merakamkan ucapan junjungan kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang pernah menzahirkan keprihatinan baginda dengan mencemar duli menziarahi mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai melalui Tabung Amanah Sultanah Kedah. Juga tidak ketinggalan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak ICU (Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang banyak menyumbang keseluruhan RM13.2 juta Kerajaan Pusat, Lembaga Zakat RM2 juta dan saya kira tidak terlambat saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak yang terlibat dalam pasca banjir 2024 termasuklah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), NGO (Badan Bukan Kerajaan) iaitu Khidmat Malaysia yang mencuci rumah serta memberi Bakul Makanan.
YB. Speaker, di mana Khidmat Malaysia telah memberi 3,400 Bakul Makanan, 20,500 pek makanan, rumah telah dicuci 856 buah rumah, sekolah termasuklah sekolah pusat pengajian yang telah dicuci iaitu 18 buah. Pihak agensi kerajaan iaitu 19 buah rumah yang menunjukkan Khidmat Malaysia juga sebuah NGO yang boleh kita berikan ucapan tahniah dan syabas yang sanggup turun dari seluruh Malaysia yang berkampung di kawasan Pokok Sena khasnya di DUN Bukit Pinang. Kawasan terlibat yang saya sebut tadi iaitu melibatkan semua kawasan. Saya baca sikitlah, Langkawi 5 rumah, Jerlun 360 buah rumah, Kubang Pasu 600 buah rumah, Padang Terap 138 buah, Pokok Sena melibatkan 902 rumah, Alor Setar 2,181 rumah, Kuala Kedah 2,085 rumah, Padang Terap 1,140 rumah, Sik melibatkan 229 buah rumah, Baling melibatkan 528 buah rumah, Jerai 120 buah rumah, Merbok 52 buah rumah, Sungai Petani 107 buah rumah, Padang Serai 31, Kulim 475 buah rumah. Jumlah keseluruhan rumah yang terlibat banjir iaitu 9,731 buah rumah. Inilah kita rasa simpati, kita sebagai pemimpin, saya berkeyakinan semua wakil-wakil rakyat sudah turun ke lokasi untuk menyantuni rakyat. Maaf YB. Tuan Speaker, suara kering, tak berapa nak sihat sungguh. Minta maaf ya.
YB. Bukit Pinang, pohon mencelah.
Pencelahan. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih YB. Bukit Pinang. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh YB. Bukit Pinang tentang Khidmat Malaysia dengan penuh keikhlasan mereka membantu rakyat Negeri Kedah khususnya dalam peristiwa atau bencana banjir yang lepas. Ada tak maklumat YB. Bukit Pinang tentang perbelanjaan yang telah digunakan dalam hampir 10,000 buah rumah yang mereka telah cuci. Adakah apa-apa bantuan yang diterima oleh Khidmat Malaysia daripada pihak kerajaan atau mana-mana pihak khususnya dalam menyelenggara dan juga berkhidmat kepada mangsa-mangsa banjir ini seperti peralatan ataupun bantuan-bantuan bentuk lain supaya perkhidmatan mereka ini sukurang-kurangnya dapat dilaksanakan dengan efisien dan berkesan. Saya rasa kebanyakan daripada perkhidmatan yang mereka berikan ini iaitu mencuci menggunakan alat ‘water jet’ dan sebagainya. Sudah tentulah memerlukan peralatan yang canggih.
Saya yakin jika sekiranya Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak swasta dan sebagainya, menggunakan kesempatan ini untuk memberi peralatan dan bantuan kepada Khidmat Malaysia. Ini sesuatu yang terbaik dalam kita membuat persiapan banjir. Mungkin ia akan berlaku dalam bulan 12 ini? Dijangka berlaku. Itu pandangan daripada saya YB. Tuan Speaker dan untuk ulasan YB. Bukit Pinang. Terima kasih.
Silakan YB. Bukit Pinang.
Terima kasih kepada YB. Bandar Baharu. Pasal duk teringat YB. hat lama dulu, nak kata kekasih pun tidak, tapi ingatan tu ada. Sebab memang untuk menyucikan rumah yang dimasuki banjir kadang-kadang pun kita berasa sedih, yang kata gelombang sampai gelombang 2, 3. Kadang-kadang balik-balik pihak Khidmat Malaysia pi cuci, duduk dalam tiga empat hari kena pindah pula. Khidmat Malaysia ni saya ucapkan tahniah dan syabas, bagi kita memang tak mampulah. Sebab yang duk mai perpusat di Parlimen Pokok Sena, di DUN Bukit Pinang di Langgar, seluruh Malaysia. Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, seluruh Malaysia berkampung di situ. Saya ingat hampir sebulan lebih. Depa walaupun mai daripada luar negeri, depa bawa siap-siap peralatan. Itu saya ucap tahniah dan syabas. Kalau kita alang-alang tak mampu dan juga sanggup tinggal rumah, sebulan lebih. Kalau saya tinggal sebulan, ‘ragaih’ dinding, jangan main. YB. Kuala Ketil tak taulah, tinggal rumah lama-lama, maklum sajalah. Tambah YAB. kita jiwa romantik, balik dari Jepun, dua pun tak kira romantik-romantik, utamakan rakyat dulu. Inilah pemimpin yang hebat, rakyat diutamakan. Isteri, kemudian. Bukan tak sayang, siapa tak sayang bini. Semua orang sayang bini, tapi ada masa. YB. Kubang Rotan tau lah… Keutamaan, rakyat. Sepatutnya tinggal di rumah, baliklah tengok buah hati dulu. Nak kalut mana, sana dah berlaku banjir dah. Tapi dak! Ini menunjukkan seorang pemimpin berjiwa rakyat, bagi keutamaan kepada rakyat.
Bila saya pergi ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara) saya taulah sikit. Kadang-kadang nak meleleh air mata, dah meleleh pun. Dahlah rumah masuk air habis. Tapi Alhamdulillah, pihak JKM yang bertugas, pihak pejabat daerah yang ‘supply’ makanan. Depa bagi makan di situ tak dak masalah tapi yang kita sedihnya bila berlaku banjir ni, terutama perabotlah, habis. Sekarang ni perabot kebanyakan dibuat daripada serbuk, bukan dibuat pakai besi, dak. Inilah yang menjadi masalah, bila berlakunya banjir, peralatan-peralatan yang saya sebutkan tadi memang disediakan oleh Khidmat Malaysia yang mai dari negeri luar. Kita Kedah pun tak mampu nak ‘suply’ peralatan-peralatan seperti penyembur air yang pakai motor semua tu, kita tak mampu.
YB. Speaker, tahniah kerana Bajet 2025 dirangka meneruskan agenda pembangunan negeri yang berpaksi Pelan Pembangunan Kedah 2035, ‘The Greater Kedah’ berlandaskan konsep “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”. Tahniah juga kepada kerajaan meletakkan anggaran jumlah hasil Bajet 2025 RM790 juta bagi Bajet 2025 meningkat RM42 juta berbanding dengan tahun 2024 bagi semua kategori. Tahniah juga kepada Kerajaan Negeri amat tepat bagi mencapai sasaran Bajet 2025, kerajaan telah meletakkan 4 strategi penting, 15 fokus dan juga 50 inisiatif utama. Kita boleh rujuk dalam Buku Pembentangan Bajet di muka surat 36 iaitu strategi kedua muka surat 53, kerajaan telah menyantuni rakyat dan memantapkan modal insan “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”. Saya ulang, bantuan am, bantuan pelbagai peringkat iaitu peruntukan RM25.8 juta bagi 5,000 orang setiap bulan.
5 minit lagi YB.
Ya?
5 minit lagi.
Tak pa, masa kecederaan ada. Beras Sejahtera RM4.23 juta melibatkan 7,500 penerima setiap bulan iaitu 84,600 pek bagi setahun. Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar, bantuan one-off RM5,000, RM3,500 iaitu 3,000 pesakit, RM1.5 juta. Tabung Bantuan Perubatan e-Sejahtera iaitu RM500,000, saya nak cepat. Bantuan Khairat Kematian iaitu waris dapat RM500, bukan simati dapat, waris yang dapat, kepada kumpulan B40. Tapi kadang-kadang kita bukan bagi kepada B40 saja, bila mati waris mai, kita tanya, “yang mati tu siapa dia?” Kita tak sampai hati nak tanya secara ‘detail’, kita bagi semua. Iaitu melibatkan, bagi tahun 2024 saja 8,410 orang waris simati telah menerima 8,410 orang iaitu melibatkan RM4.25 juta bagi setiap ADUN. Bagi semua ADUN yang telah diagihkan bagi jawapan bertulis, diagihkan setiap DUN. Saya nak baca setiap DUN tak mampulah, ramai sangat, 36 DUN. Juga kemasukan ke IPT (Institut Pengajian Tinggi) 4,824 pelajar iaitu jumlah keseluruhannya RM1.4 juta lebih dan Tabung Tengku Mahmud bagi setiap DUN diagihkan bagi seluruh Kedah iaitu 2,420 orang yang melibatkan RM4.2 juta lebih. Maktab Mahmud dinaikkan RM8 juta daripada RM28 juta bagi tahun 2024 dan 2025 menjadi RM36 juta. Maahad Tahfiz Sains Darul Aman RM24 juta, banyak lagilah. Kita boleh rujuk dalam Buku Pembentangan Bajet di muka surat 59 kalau tak silap.
YB. Speaker, demi memantapkan ‘The Greater Kedah’, saya ulang sekali lagi, kita semua ucap tahniah dan syabas daripada pencapaian Kerajaan Negeri yang melakarkan pencapaian di peringkat negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 2023 dan juga tahun 2024. Pengurusan kewangan diuruskan dengan cekap serta mematuhi setiap prosedur, tadbir urus, hasil negeri juga. Ini menunjukkan sebagai pemangkin ‘The Greater Kedah’ dan juga kita boleh rujuk muka surat 10. Saya nak baca satu-satu supaya kita dapat meyakinkan maksud ‘The Greater Kedah’ bukan sekadar di dunia dan juga di akhirat. Iaitu kita lihat di muka 10 nombor 22, “Kerajaan Negeri komited dalam memastikan pengurusan kewangan kerajaan diurus dengan cekap serta mematuhi setiap prosedur tadbir urus. Hasil Kerajaan Negeri Kedah berjaya memperolehi pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran, penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah bagi tahun berakhir Disember 2023 oleh Ketua Audit Negara pada 6 Ogos 2024”.
1 minit lagi YB.
1 minit lagi, takdan. Tambah masa, tambah sikit. Boleh YB. Speaker? Puji, puji dah, segak, segak dah.
Silakan Yang Berhormat.
Saya tak mau baca habis, tapi yang pentingnya semua ini sebagai pemangkin ‘The Greater Kedah’. Kalau kita nak mencapai ‘The Greater Kedah’ tapi kesemua dalam urusan Kerajaan Negeri, urusan pentadbiran negeri kita tak dapat tahniah, tak dapat yang terbaik, bagaimana mungkin ‘The Greater Kedah’ nak capai.
Juga yang seterusnya saya telah sebutkan tadi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah menerima Penarafan 5 Bintang, ni hebat, dalam pengauditan Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023. Banyak lagi kalau ikut saya nak sebut tapi masa tak cukup. Kalau ikut PBT la, JKM la, PTG semua dapat penganugerahan yang terbaik.
Sila rangkum dan ‘landing’ YB.
YB. Speaker, untuk memantapkan ‘The Greater Kedah’, saya mencadang dan memohonlah supaya pihak BPEN (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri) bersama MCMC (Surhanjaya Komunikasi dan Multi Media) meruskanlah iaitu aset yang sedia ada di Langkawi iaitu pusat komunikasi yang telah dibina menelan belanja RM50 juta oleh pihak telekomunikasi. Pusat di belakang Pejabat Daerah Langkawi itu ada Pusat CLCC, ‘command centre’ di situ. Kita boleh memantapkan, sedangkan di Langkawi ‘fully hundred percent’ fiber optic. Kita boleh melancarkan sebagai “Pulau Smart City” yang diiktiraf sebagai pulau yang terbaik di dunia. Di situlah kita memerlukan talian jalur lebar itu kita boleh guna dengan sebaik mungkin yang ada. Sebab Kerajaan Negeri mungkin tak mampu untuk meng’operate’ benda-benda itu jadi kita mintalah supaya pihak BPEN berkolaborasi dengan bomba, polis, kastam, JKM, pejabat daerah, PBT dan juga marin untuk memastikan kegunaan 5G di situ, kita boleh memantapkan sebuah pulau mencukupi sebagai pemangkin ‘The Greater Kedah’.
Dalam masa yang singkat ini juga saya nak tambah sikit lagi, iaitu keseluruhan Kedah ini dia ada 580 buah masjid. Kita mintalah, saya ingat dulu pihak telekomunikasi mungkin telah membentang ‘paper’ itu kepada jabatan agama supaya memastikan semua masjid kita pakai sistem jalur lebar, mestilah ada ‘wifi’ supaya dapat meneruskan ataupun arahan-arahan kita dapat diselaraskan di seluruh Malaysia.
Sekurang-kurangnya kita hendak biar khutbah dibaca oleh seorang khatib sekurang-kurangnya boleh ‘live’ seluruh khariahnya. Saya kalau boleh dapat benda tu saya nak mintalah YB. Pantai Merdeka buat khutbah bagi seluruh khariah dalam DUN tersebut termasuk wanita dapat dengar khutbah tersebut. Itulah yang saya harap supaya nak melengkapkan ‘The Greater Kedah’ kita nak dapat kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
Sekadar itu saja yang saya dapat sampaikan sedikit sebanyak dalam membahas bajet pada kali ini. Dengan itu saya menyokong penuh Bajet 2025 yang dibentangkan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Bukit Pinang. YB. Tanjung Dawai, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, wassola tuwassala mu’ala rasulillah wa’ala alihi wasohbihi waman walah. Terima kasih YB. Speaker, YAB. Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai yang dirahmati Allah Ta’ala sekalian. Sekalung tahniah diucapkan kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar yang telah pun menyampaikan matlamat, visi dan misi untuk dicapai bagi tahun 2025 bagi bajet yang telah dibentangkan dengan mempunyai 4 strategi, 15 fokus dan 50 inisiatif utama.
Saya ingin untuk mengukuhkan dalam ucapan saya berkaitan dengan bekalan air dan pendidikan bahagian agama iaitu isu di kawasan saya. YB. Speaker, kita telah pun mendengar apa yang disuarakan oleh pihak pembangkang terutamanya berkaitan dengan projek Loji Rawatan Air (LRA) yang ada masalah dan sering disebut berkaitan dengan Loji Rawatan Air di Bukit Selambau tanpa menyebut tentang prestasi ataupun ‘percent’ yang ada di Pelubang, ada di Lubuk Buntar yang telah pun prestasi menjangkau daripada jadual awal dan bagaimana apa yang berlaku di Bukit Selambau ini dan juga projek-projek lain yang berkaitan dengan kenaikan taraf loji rawatan air.
Sebenarnya, projek ini patutnya kita tak boleh bincang dah dalam Dewan ini. Pasal apa? Pasal, sebelum daripada 2018, Pilihan Raya Ke 14, bagaimana kerajaan pada ketika itu telah pun merancang untuk melaksanakan projek-projek ini walaupun ia jadi bahan kempen dalam pilihan raya. Saya ingat di DUN Tanjung Dawai diletakkan paip biru sebesar peha untuk menarik perhatian dan menjadi bahan kempen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14. Tapi, sebaliknya tidak dapat memberi kepercayaan kepada pengundi di situ.
Bagaimana PH (Pakatan Harapan) yang ambil alih kerajaan pada 2018 hingga 2020 telah pun membuat tindakan untuk menghentikan rancangan projek ini dengan alasan untuk mengkaji semula kos projek-projek ini. Tertangguh, kita rugi masa, kita rugi duit dan tenaga selama 2 tahun dan bila diambil alih oleh kerajaan dengan kerajaan baharu diketuai oleh Yang Amat Berhormat sekarang pada 17 Mei 2020, kita ambil dalam keadaan suasana covid, barang-barang harga naik dan menyebabkan tergendala projek sepertimana yang sepatutnya telah pun selesai projek-projek itu pada tahun 2020. Kita mulakan projek dalam keadaan kita diselubungi keadaan kesan-kesan daripada covid. Harga barang naik tapi kita tak pernah berhenti untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Kedah dengan berusaha melaksanakan tanggungjawab ini.
Saya rasa, apa yang sepatutnya ditumpukan ialah bagaimana usaha untuk menjayakan projek ini dan rakyat dapat menerima kebaikan. Nak cerita tentang masalah projek-projek yang dibuat oleh kerajaan tak kiralah Kerajaan Pusat ataupun Negeri contoh JPS (Jabatan Parit dan Saliran) ada projek yang dibatalkan ataupun dihentikan. Projek
di Pulau Tuba, projek nak dibuat di Pasir Hitam, Pulau Langkawi, bahkan JKR juga pernah memansuhkan dari 2019 sampai 2020, 3 tahun lepas 11 projek dimansuhkan. Jadi, Kerajaan Negeri tidak boleh bertindak untuk tarik lesen sepertimana YB. Bakar Arang cadang kerana ia ada prosedur-prosedur yang keputusan terakhirnya ada di PETRA (Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air). Jadi, saya harap moga-moga wakil daripada pembangkang tahu untuk mencadangkan perkara-perkara yang sepatutnya. Saya tak bagi laluan, minta maaf. Tadi tak bagi laluan kat saya.
YB. Speaker, kalau bercakap tentang Bukit Selambau, saya akui Bukit Selambau ada masalah. Tapi kalau pi tengok dalam seminggu dua ni, jangan pi kut Tanjung Dawai, jangan pi kut Merbok sekarang ni, jem. Pasal apa? Pasal pemasangan paip sedang dilakukan, meriah di Merbok la ni. Jangan kata Merbok, nak pi ke Guar dari Yan, jem pasal duk pasang paip. Paip dan projek untuk rawatan air di Bukit Selambau khususnya di Tanjung Dawai, Zon DEF telah pun menjangkau 70 ‘percent’. Masalah hanya di kawasan Bukit Selambau, dari ‘intake’ sampai ke loji air, dari loji air sampai ke tangki air di Bukit Inas nanti ke Bukit Lembu dan Bukit Lembu pi ke Bukit Inas di Merbok. Yang tu saja masalah. Tapi, YB. Exco telah bagitau tadi bahawa kontraktor menjanjikan minggu depan paip-paip besar yang berukuran 1,000mm akan mula sampai untuk projek pemasangan paip di Bukit Selambau. Ni serius, kita tak main-main kerana ini adalah tanggungjawab kita.
Saya rasa, berkaitan dengan air ni kalaulah betul pembangkang prihatin, saya minta satu saja, pihak pembangkang bersuaralah kepada Kerajaan Pulau Pinang. Tuntutan kita Kedah tak banyak, setahun RM50 juta sahaja untuk penyelenggaraan Sungai Muda yang mereka juga tumpang manfaat selama ini. Kita tak mahu, kita jadi rakyat Kedah tapi kita boleh tengok orang lain ‘gabuih’ hak kita. Saya lihat, SADA yang bertungkus lumus untuk memenuhi tanggungjawab. Di Merbok antaranya kawasan yang sering menghadapi masalah ialah di Taman Universiti dekat Universiti Inn. Tapi Alhamdulillah, tindakan SADA telah menyelesaikan masalah air yang selama ini menyelubungi penduduk di Taman Universiti tersebut.
YB. Speaker, kalau cerita bab air ni bukan Kedah saja menghadapi masalah air, Pulau Pinang semasa PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Bakap hari tu pun, ada. Selangor, dah lama dah benda ni. Jadi, persoalan berkaitan dengan tak dak air ni adalah benda yang telah pun lama. SADA juga berusaha dengan merangka sejak dari Januari 2023 sampailah Disember 2037 nanti. Ha, lama ni, satgi YB. Kota Darul Aman tanya, “boleh hidup sampai zaman tu ka?” SADA rancang projek untuk Air Tidak Terhasil (NRW) di mana setakat September 2024 ini, NRW kita adalah 50.73%. SADA target sampai akhir tahun ini 2 Disember 2024 turun 50.0%.
Projek untuk NRW ini memerlukan kos yang banyak. 2024 saja SADA telah pun memperuntukkan RM51.61 juta untuk memastikan penurunan NRW. Bagi tahun depan, SADA meletakkan target untuk turunkan NRW dengan peruntukan sebanyak RM60.325 juta dengan menyelenggara tangki, membaiki paip, tukar meter dan
sebagainya. Jadi, ini usaha yang kita buat setelah mana waktu kita ambil alih SADA, waktu Kerajaan Negeri beralih pada 17 Mei 2020, saya ingat SADA menanggung hutang RM36 juta, hutang terkumpul RM149 juta. Siapa yang bayar, usaha bayar? Dibuat oleh Kerajaan Negeri diketuai oleh YAB. daripada Jeneri.
YB. Speaker, yang kedua berkaitan dengan pendidikan. Saya ucap syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang prihatin. Disebutkan berkaitan dengan Maktab Mahmud, Yan. Keputusan SPM bagi tahun 2023 baru-baru ini, bagaimana Maktab Mahmud Yan duduk ranking nombor 1, keputusan SPM bagi Negeri Kedah. Menandingi keputusan sekolah-sekolah kerajaan ataupun kementerian dengan GPSnya 1.55, jauh meninggalkan ranking nombor 2 daripada sekolah kementerian. Bukan sekadar itu, Sekolah Maahad Tahfiz Sains Darul Aman juga di bawah Kerajaan Negeri mencatatkan keunggulan apabila duduk di ranking ke 4 dalam top 25 SPM bagi tahun 2023. Maktab Mahmud Alor Setar, juga tersenarai dalam 25 top tersebut dan Maktab Mahmud Kulim juga tersenarai.
Kalaulah Maktab Mahmud Yan yang ada pelajarnya 312 orang sahaja, 10 kelas, ada 2 kelas mengaji dalam kabin, mengaji dalam kabin, bilik mesyuarat guru pun dalam kabin. Tapi, Alhamdulillah Kerajaan Negeri memperuntukkan RM500,000 untuk kerja awalan dan kerja tanah, pelan bangunan dan juga lukisan kejuruteraan untuk kerja-kerja projek bagi menaik taraf dan juga membina bangunan baru di Maktab Mahmud Yan. Saya yakin, itu adalah sesuatu yang amat mengembirakan warga kerja Maktab Mahmud Yan. Bagaimana Maktab Mahmud Yan ini jadi target, jadi tumpuan waris, ribuan orang nak masukkan anak-anak sekolah, sekolah agama terutamanya sekolah rendah pakat duk ‘target’ Maktab Mahmud Yan. Kalau sembang dengan guru besar, Guru Pengetua Maktab Mahmud Yan, hat tak ‘strong’ jangan duk mintak dah Maktab Mahmud Yan. Pasal apa? Pasal beribu yang minta, yang terima hanyalah untuk dua kelas sahaja. Tahniah atas keprihatinan Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM500,000 tu untuk kerja awalan.
Dan juga tahniah atas keprihatinan kerajaan bagi Bajet 2025 apabila peruntukan RM24 juta. Alhamdulillah, pembinaan bangunan baru Maahad Tahfiz Sains Darul Aman yang InsyaAllah siap pada akhir tahun ini. Alhamdulillah moga-moga menjadi pelaburan modal insan yang berbaloi. Begitu juga dengan keprihatinan peruntukan tambahan RM508 juta menjadikan RM36 juta untuk Lembaga Maktab Mahmud berbanding dengan jumlah sebelumnya pada tahun 2024 ini. Saya ingat, waktu tak masuk dalam Dewan ini lagi, antara isu di Maktab Mahmud Alor Setar waktu itu ialah guru-guru yang sekian lama bertugas tapi berstatuskan kontrak. Pernah dibuat rombongan guru-guru Maktab Mahmud ini berjumpa dengan pembesar negeri, tapi tidak ada tindakan.
Alhamdulillah, dengan waran perjawatan sebanyak 373 perjawatan berbanding 173 sebelum ini, yakni pertambahan 200 jawatan yang diakui maka ini tanda keprihatinan dan InsyaAllah Maktab Mahmud akan bergerak lebih laju dan bersaing dengan sekolah-sekolah di bawah kementerian.
Yang Berhormat Speaker, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) juga antara institut Al-Quran yang terulung di negara kita ini. Diharapkan dengan siapnya nanti bangunan asrama bernilai RM12 juta, menampung 300 pelajar akan melahirkan calon-calon agamawan yang hebat suatu hari nanti di Negeri Kedah. Saya ingin mencadangkan, pasal baru-baru ini 26 haribulan, saya ingat lagi hari Jumaat bulan lepas, saya nak pi satu program. Saya ni bertahun dah duk cadang nak singgah sembahyang satu masjid, tak mau sebutlah tang mana. Tapi hari tu Allah takdirkan, masa tu 4.28 minit petang, maknanya 2 minit dah masuk waktu Asar. Saya yakin masjid tu dah azan solat Asar dah. Bila saya masuk pi, ada seorang sembahyang sunat, saya pun sembahyang sunat. Saya duk tahiyat akhir, tiba-tiba baru azan. Azan tu, dengar suara azan tu tau, tu bukan tok bilal, suara pun, cara azan tu kira nak bagi ada saja. Masa tu 4.40 dah. Saya kata, “ni ada masalah masjid ni”. Habis azan saya sembahyang sekali lagi. Waktu sembahyang-sembahyang di hujung tu saya dengar depa duk bersembang, “suruh hat pakai jubah tu jadi imam sat”. Kebetulan saya pakai jubah. Elok saya habis sembahyang, depa kata, “ustaz, boleh jadi imam kut?”. “Aih! Ramai-ramai ni tak dak jadi imam?” Tak pa, saya pun jadi imam, sembahyang Asar tak gaduh ‘deqaih’, tak palah.
7 minit lagi YB.
Ya?
7 minit lagi.
Habis sembahyang apa semua, saya pun tanya, rupanya masjid tu 8 tahun dak tak dak tok imam, 8 tahun. Saya singgah tu pasal nak tengok masjid tu besar mana, elok ka dak. Masjid tu elok, bersih elok. Bila saya tanya maklumat apa semua, rupanya masjid aktif, pengurusan elok, cuma semua pakat tak mau jadi tok imam, tak mau jadi tok imam. Haaa…. Susah!
Jadi, saya mencadangkan lepasan daripada IQDAR mungkin boleh dicalonkan. Mungkin kita boleh fikir, kalaulah anak kariah siapa pun tak mau ataupun tak dak yang sanggup jadi imam, mungkin guna lepasan IQDAR untuk jadi imam walaupun dia duduk di luar dari kariah.
YB. Speaker, berkaitan dengan Unsur Nadi Bumi (REE). Ni Yang Amat Berhormat sebut angka ‘target’ kita untuk capai hasil negeri RM1 bilion suatu ketika nanti. Satu usaha dan saya harap moga-moga usaha kita untuk menerokai REE ini berjaya dan memberikan hasil kepada rakyat Negeri Kedah, InsyaAllah. Saya ingin menyatakan bahawa kalaulah Kerajaan Pusat ingin untuk menjadikan dan menubuhkan satu agensi mengurus REE ini sepertimana PETRONAS ditubuhkan untuk mengurus dan meneroka minyak di tanah air kita ini. Saya rasa Kerajaan Negeri tak perlu terima kut kali ni, biar urus sendiri kut REE. Pasal apa? Kita tengok, bagaimana negeri-negeri yang ada perjanjian dengan PETRONAS yang dijanjikan 5 ‘percent’ daripada royalti tu, royalti 5 ‘percent’ tu tapi bagaimana susahnya mereka nak dapat hak mereka walaupun ada perjanjian. Terengganu menuntut hak mereka, bukan tuntut hak orang, tuntut hak mereka nak dapat untuk boleh bayar gaji pun susal daripada royalti yang sepatutnya mereka dapat. Berbilion dah hutang Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Kelantan terutamanya.
Kalaulah 5 ‘percent’ tu tak boleh jadi, Perdana Menteri yang menjanjikan dulu kepada negeri-negeri yang dapat minyak ni 20 ‘percent’, 20 ‘percent’ sampai sekarang dia tak boleh bagi juga, nak kena pi merayu dekat dia. Saya ingat P. Ramlee buat cerita dah dalam 3 Abdul, tauke kepada barang purba di Isketambola, Tuan Sadiq Sigaraga. Dia janji apa kepada dia punya penasihat, Kasim Patalat? 20 ‘percent’! Apa jadi? Dua-dua kena jual! Kasim Patalat! (sambil ketawa). Jadi, hat janji 20 ‘percent’, 5 ‘percent’ pun tak boleh tunai, 20 ‘percent’ macam mana nak tunai? Tak peqaya, saya rasa tak yakin. Jadi, Kerajaan Negeri rasa-rasa kalau ada tawaran untuk serah REE ini kepada mereka, toksahlah kut saya rasa dan Yang Amat Berhormat pun cerita dah biar negeri lah eksport dengan cara sendiri.
Akhir sekali saya nak ucap ribuan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Pejabat Setiausaha atas kurniaan sijil dan juga PTG, PBT, agensi-agensi kerajaan yang mendapat anugerah dan terima kasih khusus kepada YB. Pegawai Kewangan Negeri atas keprihatinan meluluskan segala projek benteng pemecah ombak di Kampung Huma.
Benteng tersebut Alhamdulillah, menghalang buat seketika ombak-ombak besar yang menyebabkan sebahagian daripada rumah penduduk roboh dalam peristiwa baru-baru ini. Alhamdulillah, projek bernilai RM200,000 siap dalam masa 2 minggu dan projek tu projek segera, Alhamdulillah.
Terima kasih juga kepada JKR yang menguruskan projek LRA serta saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada JKR kerana kawasan saya yang kena, ada rumah kena pemasangan paip, ada kedai yang nak kena roboh, nak kena buang pagar rumah. Depa duk mai merayu dekat saya. Saya kata, “tak peqayalah, dah buat rumah ataupun buat kedai, ataupun buat pagar atas rizab jalan, terpaksalah”.
Alhamdulillah, 2 hari dalam projek terbaru ini, pihak kontraktor berjaya alih laluan paip dan tak kena rumah, tak kena kedai, tak gaduh roboh pagar rumah yang orang duk buat. Alhamdulillah, terima kasih banyak saya ucapkan….. (YB. Tuan Speaker mencelah)
1 minit lagi YB.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Pegawai Daerah Kuala Muda, Alhamdulillah berusaha untuk membantu rakyat di DUN Tanjung Dawai melalui proses permohonan tanah di DUN Tanjung Dawai. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan Kampung Pengkalan Baru di Semeling di mana kampung tu penduduk dah duduk dekat 50 tahun dan permohonan tanah telah dibuat lebih daripada 20 tahun. Bila saya maklum bahawa di peringkat daerah pun selesai, dibawa nak ke atas, InsyaAllah diurus oleh PTG, ada sebahagiannya menitis air mata. Menunggu, pasal mereka adalah generasi kedua dah. Begitu juga dengan permohonan tanah di Bukit Inas yang mendapat perhatian daripada pihak pejabat daerah. Terima kasih Dato’ Pegawai Daerah.
Terima kasih juga kepada PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) yang telah pun menyerahkan wakalah zakat kepada asnaf di DUN Tanjung Dawai dan tahniah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah yang baru-baru ini dianugerahkan oleh Zakat Kebangsaan bagi kategori Inovasi Kutipan Terbaik melalui inovasi sistem aplikasi MyAmil dalam kutipan zakat. Alhamdulillah, Zakat membiayai 1,633 pelajar di 38 buah sekolah dan memberikan sumbangan kepada guru-guru sekolah agama rakyat, pondok tahfiz dengan setahun jumlahnya lebih daripada RM15 juta.
Cuma saya ingin untuk tarik pehatian Zakat iaitu sebahagian daripada pelajar-pelajar yang ditaja oleh Zakat ini, bila dihantara ke sekolah-sekolah yang terpilih, mereka tak tau baca quran dan tak tau jawi. Satu kesukaran pihak sekolah untuk mengajar. Jadi, saya minta kut Zakat boleh ada inisiatif guru-guru yang bagi masa untuk mengajar Al-Quran dan jawi ini diberikan sedikit imbuhan kerana susah mengaji Bahasa Arab, mengaji agama kalau Al-Quran dan jawi tak boleh.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri meneruskan Bantuan Beras Sejahtera, Alhamdulillah dan juga Khairat Kematian. Khairat Kematian ni lama, 2010 zaman Uztaz Azizan. Alhamdulillah, bila kita ambil alih kita penaik balik jadi RM500. Sebelum ni pada zaman BN (Barisan Nasional) RM250, zaman PH (Pakatan Harapan) 2018 sampai 2020 naik kepada RM300. RM300 tu pun hanya untuk 80 orang saja boleh mati setahun. Payah nak kautim dengan malaikat maut macam tu…… (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Kupang duk kerling dah tu.
Kita buat, kita bagi semua, Alhamdulillah. Dan saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Mufti yang telah pun memberikan Tauliah Mengajar kepada 794 orang dan Tauliah Khusus Dana Khas kepada 64 tokoh agama di dalam dan luar Negeri Kedah. Alhamdulillah, terima kasih banyak. Saya juga minta YB. Exco jawab nanti, 222 masjid masih belum ada geran tanah di Kedah, 222 geran. Ini berdasarkan soalan daripada YB. Pedu dalam Sidang DUN yang lalu dan isu di Masjid Semeling Al-Zuhri, Tabika Kemas yang duduk dalam kawasan masjid, tiada sebarang bayaran yang dibuat dan pihak masjid minta daripada pejabat agama untuk ada keputusan.
Terima kasih banyak atas peluang yang diberikan dan moga-moga Bajet 2025 ini akan memberikan sesuatu yang bermakna untuk rakyat Kedah dan terima kasih. Saya tak boleh nak tumpukan dengan bertulis, bersilau. Jadi, minta maaf banyaklah. Wallahu’alam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya sokong Bajet 2025.
Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Dipersilakan YB. Kupang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan hadirin sekalian. Pertama, saya nak ucapkan terima kasih kepada YB. Speaker walaupun membiarkan YB. Tanjung Dawai mencuri masa saya banyak, kerana memberi kesempatan kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2025 yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.
Apa yang kita saksikan daripada ucapan beliau, di mana antara perkara utama yang dapat disimpulkan iaitu bajet kali ini telah memberi fokus kepada pembangunan negeri dan juga kesejahteraan rakyat menerusi tema dan strategi E R A T iaitu Ekonomi, Rakyat, Alam dan Tadbir Urus.
ERAT ini memang agak sesuai dengan YAB. Menteri Besar, sebabnya dia ada hubungan erat dengan 2 isteri dia dan dalam masa yang sama lawan kepada BONGKAR. Depa BONGKAR tapi kita ERAT. Dalam konteks ini, perbahasan saya akan difokuskan kepada “R” iaitu RAKYAT.
Dalam erti kata yang lain, saya akan tumpukan kepada Pembangunan Insan, yang kita lihat Pembangunan Insan itu sendiri yang sifatnya sebagai modal dalam membangun negeri. Ini boleh dirujuk pada muka surat 36, Ucapan Bajet 2025.
Jadi, dengan mengambil kira satu contoh kisah Saidina Umar RA. Pada satu ketika beliau mengajak para sahabat bercita-cita ataupun boleh kita katakan ‘brainstorming’ di kalangan para sahabat dan Sidina Umar meminta supaya sahabat-sahabatnya cuba melahirkan cita-cita mereka. Apa cita-cita dia, apakah suatu yang mereka inginkan? Jadi, salah seorang daripada mereka, dia kata, “kalaulah sekiranya rumah aku ini dipenuhi oleh emas, aku akan infakkan semuanya untuk fisabillah” dan orang yang kedua juga begitu. Tetapi Saidina Umar RA menyatakan bahawa andainya rumah ini dipenuhi oleh mereka-mereka sepertimana Abu Ubaidah Ibnu Jarrah dan juga sepertimana Muaz ibnu Jabal, maknanya dia sebut dua sosok yang mempunyai kualiti yang tinggi, yang memberikan jasa yang besar dalam pembangunan ummah semasa pemerintahan Saidina Umar RA. Jadi, umpanya Muaz Ibnu Jabal ialah seorang yang telah dilantik oleh Rasulullah duta ke Yaman. Waktu Rasulullah nak melantik beliau, Rasulullah bertanya, “dengan apakah engkau nak menghukum kepada rakyat Yaman apabila disoalkan kepada kamu?” Dia kata, “aku akan berhukum dengan kitabullah, dengan Al-Quran”. Kemudian Rasulullah berkata, “kalau kiranya tidak terdapat di dalam A-Quran, dengan apa kamu nak menghukum?” Dia kata, “saya pandukan kepada sunnah Rasulillah s.a.w”. Kemudian Rasulullah berkata, “kalau tidak terdapat di dalam sunnah, bagaimana juga kamu nak menghukum?” Dia kata, “aku gunakan ‘ajtahid bi Ra'yi’, aku gunakan pemikiran aku”. Lalu Rasulullah s.a.w menepuk dada Muaz bin Jabal dan Rasulullah berkata, “waffaka rasula rasulillah. Allah s.w.t memberikan kefahaman kepada utusan Rasulullah s.a.w”.
Jadi, ini menunjukkan bahawa pembangunan insan itu adalah amat penting terutama dalam membangun negara, membangun negeri dan apa yang dirangkakan dalam ‘The Greater Kedah’ dan sebagainya maka, semangat daripada pembangunan insan itu perlu diberikan keutamaan. Jadi, saya kira perkara-perkara lain yang disentuhkan dalam ERAT, YB.-YB. yang lain telah pun menyentuhnya dan syabas saya ucapkan kepada mereka.
YB. Speaker, kalau kita lihat dalam sejarah yang terdekat dengan kita, dalam masa peperangan 7 hari antara Mesir dan Israil pada tahun 1967 di mana Mesir kalah teruk dibelasah oleh Israil dengan kekuatan Angkatan Tentera Mesir tinggal hanya 20% dalam peperangan 7 Jun 1967. Tetapi dapat dibangunkan dalam tempoh 6 tahun. Selepas itu iaitu pada 6 Oktober 1973 bersamaan dengan 10 Ramadhan, Angkatan Tentera Mesir yang di bawah pimpinan Fil Marsyal Ahmad Ismail dapat menawan semula Semenanjung Sinai. Di antara slogan dan strategi yang dipakai antara lain ialah sejauh mana kecanggihan senjata yang dimiliki, namun pengendalinya tetap manusia. Jadi, unsur kemanusiaan itulah yang terpenting di dalam sesebuah pembangunan.
Oleh itu, dalam cita-cita besar kita membangun Kedah dalam gagasan ‘The Greater Kedah’ maka unsur membangun kemanusiaan, unsur membangun minda, membangun minda rakyat, tetap terus menjadi fokus utama kerajaan.
YB. Speaker, mari kita mengimbau sejenak hasil 67 tahun kita merdeka. 67 tahun bukan masa yang singkat. Namun, cerita-cerita bagi baja, jual baja, bagi lembu, jual lembu, bagi mesin, jual mesin, masih lagi kedengaran. Jadi, sebenarnya keadaan sebeginilah yang menjadi penghalang kepada kelajuan usaha untuk kerajaan mensejahterakan kehidupan rakyat. Ini adalah suatu perkara yang amat perlu diberikan perhatian.
Yang Berhormat Speaker, seperti yang telah menjadi ‘trend’ di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) bahawa kita sangat-sangat menghargai idea yang terhasil dari orang yang terdahulu tanpa dibatasi oleh perbezaan politik mahu pun masa. Jadi, YB. Kota Darul Aman harus ingat ya, menghargai jasa orang terdahulu adalah penting di dalam meneroka jalan-jalan baru. Oleh itu, saya kira apa yang dirangkakan sebelum ini iaitu satu gagasan yang pernah kita bentangkan iaitu ‘Cardoba of Kedah’ amat penting diberi tenaga bagi melengkapkan bahkan sebagai pemangkin kepada gagasan ‘The Greater Kedah’ dalam membentuk negeri maju bertemakan ‘empowering life’ sebagai suatu tema. Oleh itu, gagasan Cardoba of Kedah perlu diberi perhatian dalam memayungi pembangunan insan rakyat dipelbagai peringkat seiring dengan kemajuan ekonomi dan sosio negeri.
YB. Speaker, hasilnya ‘The Greater Kedah’ bukan sahaja bakal membina kehebatan tamadun dengan kemajuan material dan ekonomi semata-mata, malah memfokuskan juga kepada kemajuan sosioekonomi serta perkembangan budaya ilmu di kalangan rakyat. Jadi, gagasan ini perlu menjadi keutamaan sebagai usaha memberi pendidikan yang holistik dan menyeluruh bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga ke pengajian tinggi selari dengan usaha kerajaan melepaskan rakyat daripada kemiskinan. Tapi kita rasa kecewa kerana ada ura-ura dan tindakan untuk menyiasat PASTI yang sedang berjalan, yang mempunyai sambutan di kalangan rakyat tapi inilah yang dicemburui dan saya rasa ini adalah suatu yang amat malang kalau berlaku perkara itu diteruskan.
YB. Speaker, namun begitu, hampir 4 tahun sejak gagasan ini dilancarkan iaitu tahun 2021, impak daripada gagasan Cardoba of Kedah masih menjadi persoalan. Tambahan lagi, geran penyelidikan yang dikeluarkan oleh UniSHAMS baru-baru ini dilihat mengubah fokus asal sebagai pusat intelektual Islam kepada sekadar membangun bakat dan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan industri. Jadi, kebimbangan saya adalah terlihat hala tuju Cardoba of Kedah tiada mempunyai kesinambungan sejak kebelakangan ini daripada pelan asal. Maka usaha untuk mencapai matlamat kesejahteraan sosioekonomi ini tidak akan terlaksana. Kita memahami soal pembangunan tanaga kerja kepada industri bagi memenuhi cita rasa pelaburan yang masuk ke negeri ini.
Cuma, fokus asal ‘Cardoba of Kedah’ dalam membina pembudayaan ilmu agama, saya ulang, dalam membina pembudayaan ilmu agama secara khusus kepada rakyat tidak boleh dikompromi malah tidak boleh dikesampingkan. Persoalannya, sejauh manakah laluan itu telah dihidangkan kepada rakyat?
Seterusnya saya memandang yang positif tehadap pelaksanaan Program Graduan Berprestasi Tinggi Negeri Kedah ataupun ‘Kedah Future Leaders’ sebagai sebahagian daripada inisiatif di bawah agenda ‘Cardoba of Kedah’. Program ini sangat baik dalam usaha membentuk generasi pemimpin masa depan negara dan negeri dengan rekaan tetapi bukan kebetulan. Selari dengan ‘blue print’ Kedah 2035 jika dilengkapkan dengan konsep ‘Cardoba of Kedah’ sudah tentu akan menjadi pemangkin dan pelengkap kepada gagasan baru ‘The Greater Kedah’ yang akan direalisasikan menjelang tahun 2050. Harapan saya, adalah ‘Cardoba of Kedah’ boleh membangunkan modul khusus supaya dapat diserapkan kepada semua agensi kerajaan dalam negeri ini termasuklah dalam memberi nilai tambah dalam program ‘internship’ oleh universiti yang dilantik sebagai segitiga ilmu di antara UniSHAMS, UUM dan juga UiTM. Jadi, usaha ini sebagai mencapai matlamat yang diasaskan oleh YAB. Menteri Besar dalam pelancaran ‘Cardoba of Kedah’. Di mana dalam pelancaran ‘Cardoba of Kedah’ yang telah kita letakkan sebagai ‘pelanta’ rujukan utama kecemerlangan peradaban manifestasi daripada integrasi pelbagai sumber pengetahuan dan ilmu wahyu ke arah melahirkan peribadi serta generasi unggul dan holistik.
YB. Speaker, namun demikian suatu perubahan yang hendak dilakukan tidak semudah kita nak goreng berteh. Tetapi ianya memerlukan kerahan tenaga, pemikiran, usaha keras dan juga yang terpenting ialah ‘wahdatul fikri’ ataupun penyatuan pemikiran di kalangan semua peringkat pemain-pemain dalam…. Minta maaf, air liur tak dak, melekat sikit.
4.29 minit dah YB.
Ya?
4.29 minit.
Boleh tambah sikit saja, sikit saja.
Silakan!
Namun demikian, suatu perubahan yang akan dilakukan tidak semudah bertih digoreng tetapi ianya perlukan kerahan tenaga, fikiran, usaha keras dan yang terpenting ialah ‘wahdatul fikri’ ataupun penyatuan pemifikiran. Jadi, ke arah pelaksanaannya ini. Jadi, tanpa keselarian dan keseragaman pemikiran, mustahil cita-cita besar seperti ini dapat direalisasikan. Di samping itu, kita sedar bahawa cabaran akan tetap mendatang, kekangan akan muncul, halangan demi halangan akan tetap ada tetapi “biar ayam tidak berkokok, fajar tetap akan menyinsing”. Matahari terus menyinar bumi bertuah ini, itulah hasrat dan cita-cita kami kerana kelainan wadah dan perbezaan politik, maka itulah hasrat dan cita-cita kami rakyat Negeri Kedah. Ini satu peringatan kepada Kerajaan Madani, jangan semata-mata kerana kelainan wadah dan perbezaan politik maka mereka sanggup mendera negeri-negeri yang tidak sehaluan dengannya.
YB. Tuan Speaker, seperti keadaan yang sering kita lalui selepas banjir, ribut serta menghadapi kemarau. Musim ini kita akan menghadapi krisis air sepertimana yang selalu kita lalui. Jadi, sebagai persiapan saya ingin mencadangkan kerajaan agar melancarkan skim wakaf air yang boleh melibatkan golongan berada selaras dengan slogan OKB (Orang Kaya Berbakti).
YB. Speaker, seperti pencelahan saya dalam perbahasan semalam mengenai dengan tanah yang dibangkitkan oleh YB. Pedu. Maka di sini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Tabung Bantuan Pemutihan Tanah Pusaka supaya keluarga yang terbabit boleh menggunakan khidmat profesional dalam pengurusan tersebut kerana kerajaan dan juga rakyat mengalami kerugian yang banyak berdasarkan kepada kekangan dalam pengurusan tanah pusaka yang dipecah kecilkan mengikut faraid dan sebagainya. Selain itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YAB. Menteri Besar kerana berjaya membentangkan suatu bajet yang agak menyangkut keseluruhannya dan saya kira salah satu daripadanya boleh juga kita celah di sini iaitu kerajaan kena mengambil kira golongan OKU di dalam penyediaan pekerjaan yang sesuai kepada mereka dalam memberikan perhatian kepada mereka.
Sekadar itu saja, kalau terlebih masa saya minta maaf. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya menyokong Bajet 2025.
Terima kasih YB. Kupang.
Membeli suasa di Pulau Langkawi, Suasa ditempah di pekan sehari, Selesai sudah tugasan hari ini, Esok kita jumpa lagi.
Boleh YB. Bukit Selambau?
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguh sehingga jam 9.00 pagi esok.
[Sidang Dewan ditangguh pada jam 4.30 petang]