Kedah · 27 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 311 turns · 40,843 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Dewan disambung semula. Bacaan doa. Dipersilakan Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

DOA

Speaker

Aamin, aamiin yarobbal ‘alamin. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, hari ini Dewan Undangan Negeri Kedah telah menerima kunjungan sebagai pemerhati daripada Persatuan Belia Prihatin Kubang Pasu, PKWR Kuala Ketil, PKWR Derga, PKWR Pedu dan PKWR Kota Darul Aman.

Speaker

Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Sambungan pertanyaan-pertanyaan mulut.

Sambungan Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Speaker

Dipersilakan YB. Pengkalan Kundor. Silakan.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Rakyat menanti PM Ke 11, soalan saya nombor 11.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

11. Pohon dinyatakan :-

Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk projek ameniti sosial bagi Negeri Kedah untuk tahun 2024?

Speaker

Dipersilakan YB. Exco.

Terima kasih YB. Speaker. Bangun pagi kita bersyukur, ini jawapan Pengkalan Kundor.

Speaker

Hebat-hebat semualah, berbalas-balas pantun.

Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk projek ameniti sosial bagi Negeri Kedah untuk tahun 2024?

Jawapan, Program Ameniti Sosial (PAMS) merupakan kemudahan awam yang disediakan untuk kegunaan masyarakat yang dikongsi bersama dan menjadi tumpuan komuniti setempat dan sekitarnya. Kemudahan ini disediakan dalam bentuk kemudahan tempat, bangunan atau prasarana yang akan digunakan bagi menjalankan fungsi sosial seterusnya dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan maju.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM6,724,802.00 pada tahun 2024 dengan kelulusan 60 projek ameniti sosial yang dimohon di setiap daerah di Negeri Kedah.

Seterusnya di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) juga telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi 37 projek yang melibatkan 10 daerah di bawah pelaksanaan program ameniti sosial di Negeri Kedah pada tahun 2024.

Untuk seterusnya skop ataupun komponen yang disebut sebagai ameniti sosial ini ialah yang pertamanya Dewan Serbaguna, kedua Balairaya, yang ketiga Masjid Kecil/Surau, keempat Stor, kelima Wakaf termasuk wakaf aktiviti ekonomi, yang keenam Pondok Hentian Bas/Teksi, ketujuh Pusat Komuniti Desa, kelapan Tandas Awam, kesembilan Titi ataupun Jambatan Kecil, kesepuluh Jeti perhubungan desa, kesebelas Plank Walk Laluan Umum, kedua belas Laluan Berbumbung, ketiga belas Padang Berastaka Padang Serbaguna empat belas Taman Rekreasi Umum

Termasuk taman kanak-kanak, lima belas Dataran Kejat di pelbagai kemudahan umum, enam belas Pagar Kemudahan Desa, tujuh belas Longkang Konkrit/Parit Benteng dan Pembentung yang kelapan belas Kemudahan Pelupusan Sampah. Itu termasuk kategori Program Ameniti Sosial (PAMS).

Untuk Negeri Kedah yang telah dipohon oleh pejabat daerah, pertamanya Daerah Padang Terap mendapat RM244,000, Daerah Kulim RM1.2 juta, Daerah Pokok Sena RM384,480, Sik RM155,000 yang telah diluluskan pada tahun 2024, Kuala Muda RM2 juta, Kota Setar RM546,500, Bandar Baharu RM450,000, Langkawi RM487,000 dan seterusnya Yan RM759, Yan kecil tapi banyak. Baling RM266,000 dan seterusnya Pendang RM100,000 dan Kubang Pasu RM100,000. Itulah daripada Kerajaan Negeri dan untuk pembangunan luar bandar daripada KKDW, Sik mendapat RM500,000, Kota Setar RM747,000, Padang Terap RM343,000, Kubang Pasu RM240,000, seterusnya adalah Pokok Sena RM200,00 dan yang keenam Bandar Baharu RM270,000, Pendang RM500,000, Kuala Muda RM200,000, Yan RM200,000 dan Langkawi RM200,000. Cukup RM4 juta di bawah KKDW.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. Soalan tambahan.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Soalan tambahan ya. YB. Speaker….. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Bagi laluan kepada ‘flow’ dulu.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Baik. YB. Exco, baru-baru ini Kedah telah mengalami bencana ribut dan banjir yang menyebabkan banyak kerosakanlah melibatkan fasiliti awam seperti surau kampung, dewan orang ramai dan titi mengalami kerosakan. Jadi, adakah pihak KKDW akan bagi keutamaan untuk membaik pulih fasiliti awam ini yang terjejas ketika bencana?

Speaker

Silakan YB. Exco.

Terima kasih. Memang kita faham, kali ini banjir 5 kali, 5 kali lipat orang kata. Kali pertama, kali kedua, sampai 5 kali lah di 7 daerah yang berlaku banjir pada kali ini. Hari ini pun hujan masih tidak berhenti lagi dan kita rasa persediaan telah disediakan oleh agensi yang berkenaan untuk memastikan jika berlaku banjir lagi. Apabila berlaku banjir memang kita faham fasiliti awam ini banyak yang rosak.

Pihak KKDW sememangnya dipertanggungjawab dan keutamaan KKDW untuk turut sama membantu membangun dan memulihara kemudahan awam yang terjejas akibat bencana khususnya demi kesejahteraan penduduk luar bandar.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 7 November 2024 saya telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan antara YB. Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) yang diadakan di Negeri Melaka. Dalam mesyuarat itu saya telah memohon perhatian Yang Berhormat Menteri berkenaan untuk infra-infra yang terjejas di daerah yang terlibat dengan bencana banjir ribut ini. Terdapat 7 daerah yang menghantar permohonan dan sedang disemak oleh Pengarah KKDW Negeri Kedah untuk diangkat ke peringkat kementerian dan saya pun dah angkat juga permohonan itu di pihak kementerian untuk mohon kelulusan daripada pihak kementerian iaitu permohonan yang kita mohon untuk kementerian sebanyak RM3.3 juta, semua daripada 7 daerah yang kita mohon dan Alhamdulillah dalam bajet kita pun disebut juga RM1 juta daripada Kerajaan Negeri untuk pasca banjir kita. InsyaAllah, saya rasa ini juga dapat membantu menyelesaikan sedikit sebanyak masalah-masalah yang berlaku kepada masyarakat tentang ameniti sosial di peringkat yang terlibat dengan banjir.

Speaker

Silakan YB. Anak Bukit.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

YB. Speaker, saya mohon satu jawapan. Soalan saya, adakah pihak kerajaan bercadang untuk menambah baik skop program ameniti sosial seperti meletakkan lampu solar bagi tujuan pencahayaan di kawasan tumpuan awam seperti kawasan balai raya dan juga titi?

Speaker

Silakan YB. Exco.

Dalam skop emeniti sosial ini tidak terlibatlah dengan lampu solar. Pihak kementerian telah meluluskan beberapa cadangan untuk penambahbaikan program emeniti sosial ini supaya menjadi ‘game changer’ khusus untuk meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan rakyat dengan menggunakan kemudahan awam. Antaranya adalah menyediakan prasarana lampu solar memang telah diluluskan di Lokasi strategik kemudahan awam seperti surau, balairaya, tanah perkuburan dan titi sekaligus menggalakkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dan peningkatan keselamatan penduduk kampung.

Dan pada tahun ini juga dalam bajet kita RM7.2 juta untuk emeniti sosial ataupun kita panggil memudahkan di bawah setiap pejabat daerah akan ada peruntukan baru prasarana untuk masyarakat. Wallahua’alam.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. Dipersilakan YB. Gurun.

YB. Speaker, soalan saya nombor 12.

12. Kontinjen Kedah telah mencapai sasaran kedudukan di tangga ke - 10 pada SUKMA ke - 21.

Pohon dinyatakan :-

a) Apakah usaha kerajaan negeri mengenal pasti serta mencungkil bakat-bakat baru menghadapi Kejohanan Sukma 2026?

b) Apakah tindakan kerajaan dalam membangunkan sukan yang berpotensi menyumbang pingat untuk Negeri Kedah?

c) Status terkini TID (Talent Identification & Development) yang telah dijalankan.

Speaker

Silakan YB. Exco.

Terima kasih YB. Speaker. Terima kasih juga kepada YB. Gurun yang membuat hantaran cantik kepada YB. Alor Mengkudu. InsyaAllah kita mendada, terbang dan kita akan hantar, InsyaAllah. Soalan daripada YB. Gurun, Kontinjen Kedah telah mencapai sasaran kedudukan di tangga ke - 10 pada SUKMA ke - 21. Pohon dinyatakan:-

a) Apakah usaha kerajaan negeri mengenal pasti serta mencungkil bakat-bakat baru menghadapi Kejohanan Sukma 2026?

b) Apakah tindakan kerajaan dalam membangunkan sukan yang berpotensi menyumbang pingat untuk Negeri Kedah?

c) Status terkini TID (Talent Identification & Development) yang telah dijalankan.

Sebelum saya menjawab soalan-soalan ini saya nak mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Ahli Dewan semua, SUKMA pada tahun ini telah berlangsung di Khuching, Sarawak pada bulan Ogos yang lalu melibatkan 32 jenis sukan yang kita sertai daripada 37 sukan dan Alhamdulillah kita capai sasaran daripada segi kedudukan. Sebelum ini kita berada di kedudukan ke 12 ke atas lah dan pada tahun ini kita mencapai sasaran target kita iaitu tempat ke 10, Alhamdulillah. Cuma pingat lah, sasaran kita target 23 kita dapat 21. Ada pingat-pingat tertentu yang kita rasa agak terkejut contohnya seperti Aira seorang jaguh squash yang kita pasti letak sebagai target kita tiba-tiba di atas masalah kecederaan dia, tapi dia mampu juga menghadiahkan pingat gangsa. Itu antara pingat-pingat yang kita sasarkan.

Cuma dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, yang turut hadir di Kuching bagi menyokong pasukan kita antaranya keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda. Jadi, Dewan ini ingin mengucapkan terima kasih bagi pihak Exco, bagi pihak orang yang menguruskan sukan ini di atas keberangkatan dan keprihatinan Tuanku hadir bersama-sama.

Tak lupa juga kepada Datuk SS dan juga Datuk Wira yang turut hadir dan juga dua Exco kita jadi kita berikanlah tepukan kepada mereka di atas sokongan dan sokongan. Kita mencapai kejayaan 21 pingat emas, 19 perak, 28 gangsa. Walaupun kita menyertai 32 acara daripada 37 acara yang dipertandingkan disebabkan kekangan, masalah, kita tak dapat hantar semua atlet-atlet kita ke sana kerana bila pergi Sarawak ini, memerlukan kos yang terlalu tinggi.

Walau bagaimanapun, dalam pemilihan peserta-peserta atlet yang ke sana kita juga melalui satu ‘benchmark’. Kita meletakkan ‘benchmark’, aras tanda siapa yang layak, kemudian kita bawa ke sana. Sebab itulah penyertaan kita hanya sekitar dalam 400 lebih atlet-atlet yang ke sana.

Saya tak lupa juga lah dikesempatan ini saya nak ucap tahniah kepada CDM kita, ‘chief division’ yang pertama kali saya kira, Dato’ Timbalan Setiausaha Pembangunan kita, Dato’ Fauzi yang telah berjaya dan juga pengarah pasukan negeri yang telah berjaya mengubah landskap kedudukan kita daripada nombor 12 ke nombor 10 pada SUKMA baru-baru ini. Bagi menjawab soalan yang ditanya oleh YB. Gurun, apakah usaha kerajaan mengenal pasti serta mencukil bekat-bekat untuk Kejohanan SUKMA 2026? Yang pertamanya, kita perbanyakkan pertandingan perdedahan bagi sukan di dalam program pembangunan. Program ini dijalankan oleh pihak MSN dan juga Majlis Sukan Negara, termasuk juga daripada KPM dan juga Jabatan Pelajaran Negeri. Jadi saya ucap tahniah kepada semua yang telah menyokong.

Yang keduanya, mengadakan penganjuran dalaman dengan kerjasama persatuan dan Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Majlis Sukan Negeri. Majlis Sukan Negeri dan juga Majlis Sukan Negara. Antara kejohanan peringkat dalam negeri yang kita jalankan, dalam proses mencari bakat ini, antaranya Kejohanan Takraw, akan dijalankan sebenarnya, Serkit Golf Remaja Kedah dan juga beberapa kejohanan-kejohanan yang tertentu yang telah kita jalankan.

Yang ketiganya, bagi program pembangunan bakat dan pelapis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan juga pegawai-pegawai daerah yang menjadi Pengerusi Majlis Sukan Daerah. Antaranya, contoh seperti Bandar Puteri Jaya, Pusat Latihan Olahraga di Kuala Muda dan juga Yan.

Untuk soalan kedua, apakah tindakan kerajaan membangunkan sukan berpotensi untuk menyumbang pingat untuk Negeri Kedah? Sukan yang berpotensi ialah olahraga. Dan untuk makluman Ahli-ahli Dewan semua, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku juga antara orang yang cukup minat dengan olahraga ini dan bila di Sarawak itu, hampir dua tiga kali dia ulang ke stadium itu. Jadi, ini antara orang yang kata, memang Tuanku ini orang yang beri perhatian sangat tentang olahraga ini.

Antara perancangan-perancangan yang telah kita buat ialah, kita bukan sekadar merancang sebenarnya. Kita telah melantik bekas Jurulatih Kebangsaan sebagai Ketua Jurulatih Olahraga Negeri Kedah. Itu adalah tindakan kita yang pertama. Yang keduanya, kerjasama strategik dengan sekolah-sekolah sukan negeri, Universiti Utara Malaysia dan Perbadanan Stadium bagi menyediakan fasiliti dan perkongsian kepakaran. Yang ketiganya, melaksanakan lawatan penanda aras dan mengenalpastikan bakat dengan kerjasama PPD dan KPM berkenaan kejohanan-kejohanan sukan di peringkat MSD dan MSNK.

Soalan ketiga, berkenaan dengan TID (Talent Identification Program) iaitu program mengenal pasti bakat atlet yang telah terpilih melalui TID akan diserapkan masuk ke program pembangunan bagi sesi tahun 2025.

Selain TID, Talent Scouting, dia antara TID ni adalah mengenal pasti bakat. Program TID ni adalah mengenal pasti bakat, apakah kecenderungan bakat-bakat belia kita ni, anak-anak kita yang bakal menjadi atlet di masa hadapan ni, apa kecenderungan dia, jadi kita kenal yang tu dulu. Kalau dia ke arah bola, kita bagi ke bola lah, kalau ke arah memanah, kita sukan memanah. Iaitu antara mengenal pasti bakat. Kemudian Talent Scouting, pencarian bakat yang juga telah diadakan di mana jurulatih-jurulatih di bawah program Majlis Sukan Negeri akan melihat prestasi atlet-atlet muda di kejohanan-kejohanan lah.

Kemudian yang ketiganya, kita ‘walk in’, iaitu berkerjasama dengan pihak pesatuan dan kelab bagi kemasukan atlet-atlet berpotensi ke dalam program. Itulah jawapan saya. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. Soalan tambahan.

Suatu ketika dulu, Kedah ini mempunyai jaguh olahraga dan sukan berlari. Jadi soalan tambahan saya, apakah tindakan ataupun penambahbaikan untuk kerajaan dalam sukan olahraga ini? Sekian, Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Exco, ringkaskan.

Soalan tambahan berkenaan dengan olahraga. Jawapan saya lebih kurang seperti inilah. Sebab tadi saya sebut, bagi memastikan olahraga ini mencapai tahap yang tertinggi. Sebab seperti yang dimaklumkan, dan tuan-tuan juga maklum kita pernah ada jaguh-jaguh di peringkat negeri ini yang saya pasti, kalau disebut nama-nama ini memang antara yang cukup popular lah. Tapi orang kata apa, selepas itu kita hilang bakat kita.

Tapi hari ini, InsyaAllah dengan pelantikan jurulatih Encik Muhammad Fuad bin Kasim, iaitu bekas jurulatih Sprinter Kebangsaan pada 17 haribulan November baru-baru ini, InsyaAllah kita yakin dan dia telah mengenal pasti antara bakat-bakat, dia telah berjalan di sekolah-sekolah dan kenal pasti antara atlet-atlet kita yang akan berjaya. Untuk makluman tuan-tuan, Encik Fuat ini, cikgu Fuat ni seorang jurulatih yang cukup terkenal dan antara jaguh-jaguh sukan yang telah dilahirkan ialah antaranya Khairul Hafiz Jantan iaitu pelari 100 meter negara dan juga Zaidatul Husna itu antara nama-nama besar yang ada dalam negara kita. Yang keduanya, di samping kita mengena lpasti jurulatih kita juga membuat latihan dan menyertai kejohanan di dalam dan juga luar negara.

Antara kejuahanan-kejuahanan yang telah disetai ialah seperti bakat Hexathlon anjuran Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 9 hingga 11 November baru-baru ini dan ia di peringkat umur di bawah 13 tahun, di bawah 14 dan di bawah 15 tahun dan hasil daripada kejohanan yang telah diberi itu kita mendapat 8 pingat emas, 6 pingat perak dan 9 pingat gangsa dan pencapaian ini adalah memperbaiki kedudukan pencapaian pasukan Kedah di tempat keempat bagi kejohanan pertama yang berlangsung di Perlis pada Julai lepas.

Yang keduanya, Kedah juga telah menyertai kejohanan olahraga bakat dan pelapis negeri 2024 kategori umur 16 hingga 17 tahun yang berlangsung pada 13 hingga 15 September 2024 juga diadakan di Kuala Terengganu. Kontinjen Kedah telah berada di kedudukan tangga pertama nombor 1 dengan pencapaian 7 emas, 8 perak dan 4 gangsa.

Jadi, berdasarkan kepada data-data ini saya yakin dengan penambahan ‘coach’ yang baik daripada Majlis Sukan Negara ini dan juga atlet-atlet yang berbakat dan InsyaAllah kita yakin suatu hari untuk SUKMA 2026 di Selangor ini kita akan ada barisan pelapis atlet-atlet yang berbakat dan kita yakin kita akan buat satu program yang terbaik berbanding dengan Sarawak hari itu. Kita juga ingin berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana mengadakan kembali SUKDA. SUKDA ni sebenarnya dah lama dah kita tinggal. SUKDA ni saya ingat tahun 2017 ka 2000 berapa yang terakhir ni kita pun tak tahu. Jadi, kerajaan kembalikan balik sukan SUKDA dan InsyaAllah ini antara tempat yang terbaik untuk kita mencari bakat-bakat untuk menjadikan sukan olahraga ini dapat kita lahirkan bakat-bakat yang lebih baik dan cemerlang di peringkat negeri dan juga di peringkat negara.

Selain itu memberi tumpuan kepada atlet-atlet Kedah yang berada di SSM (Sekolah Sukan Malaysia) dan juga bekerjasama dengan Perbadanan Stadium bagi pusat litihan terutamanya bagi acara padang, pembaikan trak stadium bagi merancakkan lagi suasana dan menyediakan ruang untuk memudahkan lagi atlet-atlet kita berlatih di sana. Wallahualam. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. YB. Bukit Pinang. Silakan, ringkaskan.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih YB. Speaker dan Yang Berhormat. Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Negeri tidak ada perancangan untuk mencungkil bakat seperti dulu. Dulu kalau takraw ni “Raja Libas Malaysia” ni Adnan Saidin lah. Kalau bola, Radhi Mat Din dan juga Baddrol bakhtiar. Dan sekarang ni bakat-bakat seperti itu tak tertojol dalam Kedah

Adakah Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya untuk mencungkil semula bakat-bakat seperti ini? Sekian, terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Exco.

Terima kasih YB. Bukit Pinang. Saya dimaklumkan Bukit Pinang ni dulu seorang jaguh sempak takraw. Sebab tu dia tanya sempak takraw. InsyaAllah, InsyaAllah nanti.

Untuk makluman YB. Bukit Pinang dan juga YB. Tuan Speaker, kita ada dalam perancangan. Sebenarnya apabila saya dilantik duduk di barisan Exco ni, antara cadangan ataupun pelan untuk mengangkat sempak takraw sebagai satu sukan yang kita nak junjung semula lah. Sebab seperti yang dimaklumkan oleh YB. Bukit Pinang, sukan sempak takraw ni adalah satu sukan yang cukup popular. Malah, kita ada atlet-atlet yang berperingkat sampai ke peringkat dunia. Contoh macam Adnan Saidin. Tapi selepas tu hilang bakat-bakat ni. Kebanyakan bakat-bakat ni ada tapi selepas sekolah dia berhijrah ke negeri lain.

Tapi InsyaAllah, bagi keyakinan kepada kita dan InsyaAllah kita akan himpun kembali atlet-atlet kita dan kita di perangkat sekolah, kita dah buat pelan untuk sekolah dan juga di peringkat belia MSN sendiri kita merancang untuk buat program-program tertentu contohnya macam yang saya sebut tadi lah, dalam Exco dan juga di peringkat daerah kita akan bentuk program-program sukan-sukan yang melibatkan takraw ni dan InsyaAllah. Sebab sekarang ni untuk makluman tuan-tuan, orang tak minat nak main takraw, orang banyak duk main sepak raga tuju tu. Yang tu saya ingat di peringkat daerah ni tolong, tuan-tuan kena maklum lah. Kurangkan main sepak raga tuju kena main takraw. Sebab yang tu baru boleh melahirkan bakat-bakat kita. Kalau sepak raga tuju ni dia santai. Tempat macam ni dia boleh jadikan dua tiga gelanggang. Jadi yang tu, kita harap di peringkat daerah dan juga semua di kawasan-kawasan tolong bantu kita untuk menjadikan takraw ni kembali ke zaman kegemilangan. InsyaAllah, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. Dipersilakan YB. Tokai.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Nombor 13 soalan saya

13. Pohon dinyatakan :-

Apakah perancangan kerajaan negeri di dalam usaha pelupusan sampah dan sisa pepejal pada masa hadapan berdasarkan isu seperti berikut:-

a) Insinerator di Langkawi

b) Kerjasama Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan syarikat swasta didalam pembinaan 'waste to energy' (WTE).

c) Cadangan sebuah pusat pelupusan sampah berkonsepkan 'waste to energy' (WTE) di Semeling.

Speaker

Silakan YB. Exco.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih YB. Speaker. Soalan nombor 13 daripada YB. Tokai. Solannya berbunyi begini, pohon nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam usaha pelupusan sampah dan sisa peperjal pada masa hadapan berdasarkan isu seperti berikut. Yang pertama, insinerator di Langkawi. Yang keduanya, kerjasama Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan syarikat swasta dalam pembinaan Waste to Energy ataupun WTE. Dan yang ketiga, cadangan sebuah pusat pelupusan sampah berkonsepkan Waste to Energy atau WTE di Semeling.

YB. Speaker, untuk soalan pertama berkaitan dengan insinerator. Logi insinerator telah beroperasi di bawah seliaan operator Diesel Engineering Sdn. Bhd. setelah lulus pengujian dan pentauliahan pada Oktober 2022. Pada 3 Mei 2024, kontrak pengoperasian dan penyelenggaraan Logi Insinerator Pulau Langkawi telah dianugerahkan kepada Bumi Segar Sdn. Bhd. bagi tempoh 6 tahun. Walau bagaimanapun, pihak operator sedang menjalankan kerja-kerja penjagaan yang melibatkan housekeeping, landscape, kawalan keselamatan dan kawalan alam sekitar. Berdasarkan perancangan, kerja-kerja pembaikan Line B akan mengambil masa dalam tempoh 6 bulan untuk disiapkan kerana terdapat beberapa perkara kerosakan major pada komponen utama dan dijangka hanya akan mula beroperasi pada Jun 2025.

Berdasarkan kontrak, insinerator mampu memproses operasi pembakaran sampah sekurang-kurangnya 3,000 jam setahun bersamaan 11 hari sebulan. Tempoh ini adalah bagi memberi ruang kepada pihak operator menjalankan kerja-kerja penyelaraan dan pembaikan yang perlu untuk memastikan logi dapat beroperasi pada kadar optimum iaitu berkeupayaan untuk membakar sehingga 100 tan sehari. Ini bermakna dalam tempoh setahun, logi mempunyai keupayaan untuk membakar sehingga 13,200 tan sampah.

Kebaikan dan keburukan insinerator. Kebaikannya adalah mengurangkan volume sisa pepejal pada kadar 80 sehingga 100% bergantung kepada teknologi loji. Ia dapat menambah jangka hayat di tapak perlupusan. Tenaga boleh diperbarui melalui suhu yang dikeluarkan juga untuk dijadikan kepada tenaga elektrik dan mengurangkan pencemaran air licit dan penyebaran vektor seperti tikus, lalat dan sebagainya. Manakala keburukan bagi logi ialah pembebasan udara yang perlukan kawalan ketat kepada pematuhan pencemaran udara dan juga kos yang tinggi.

Bagi soalan kedua iaitu kerjasama Majlis Perbandaran Kulim dengan Syarikat swasta dalam Waste to Energy (WTE). Untuk makluman YB. Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan, baru-baru ini diperingkat cadangan proposal daripada beberapa syarikat yang datang menyatakan hasrat untuk mengadakan konsep WTE di beberapa tapak pelupusan tetapi belum lagi diputuskan secara mutamat kerana WTE ini memerlukan kawasan tapak yang sangat luas, lebih daripada 50 ekor dan memerlukan kurang-kurangnya 1,000 tan sampah sehari untuk pengoperasian mereka. Dan kita juga terima cadangan daripada syarikat ini kerana mereka lebih sukakan berada secara berpusat, di tengah-tengah. Kalau dibuat di Kulim ataupun di Kampung Padang China, hanya beberapa PBT saja yang boleh ke situ dan PBT-PBT yang lain yang nak hantar ke situ terlalu jauh. Ini juga akan mengambil kira kos untuk pengoperasian tersebut. Jadi, hingga sekarang ini belum lagi ada yang bermuktamat untuk mengadakan projek WTE ini.

Untuk di Semeling, sebuah pusat pembuangan sampah kendalian PBT juga di Semeling. Tapak pelupusan sisa pepejal di Semeling masih ditutup lagi dan tidak beroperasi kerana kontrak janjian antara Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Sungai Petani dengan Semula Resources masih lagi berbaki 25 tahun ataupun berakhir 2038. Jadi, masih lagi dalam kajian perundangan antara ketiga-tiga pihak ini YB. Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. Soalan tambahan.

Terima kasih YB. Kuala Ketil. Soalan (b) tu saya khusus tanya dah mansuh semasa saya duduk di situ dulu ni. Berapa banyak tak jadi? Tak pa, terima kasih. Manusia dengan sampah ni kita tak boleh nak pisah lah, makin banyak manusia, makin banyak sampah. Cuma cara kita lupus itulah penting sama ada ‘recycle’ ataupun ada teknik-teknik tertentu. Jadi, sampah yang menjadi persoalan masyarakat umum sekarang ini adalah kereta-kereta yang ada di bengkel yang tak boleh nak buat apa-apa dah. Sepatutnya dilupuskanlah, itu satu.

Yang keduanya, tayar-tayar yang menjadi sarang-sarang nyamuk penyakit eades. Kita pun duk hadapi dulu juga. Tengok-tengok duduk dalam tayar. Yang ketiganya, peti sejuk. Kita tengok peti sejuk kadang-kadang duduk di tepi jalan itu. Kalau pergi jalan Kuala Kedah, ikut Teluk Kechai itu memang banyak di tepi jalan. Jadi kaedah-kaedah untuk melupuskan perkara-perkara inilah, saya rasa perlu diberi perhatian dan saya nak tanya, tayar ini insinerator, kena bakar dia tak boleh cara lain. Besi ini dia kena jadi kecil-kecil untuk guna ataupun lembur juga dengan cara bakar.

Jadi, ia tak ia insinerator ataupun cara pembakaran ini yang kita kena lakukan. Jadi, usaha ke arah itulah, saya harap pihak YB. Kuala Ketil dan juga Kerajaan Negeri pulun sungguh-sungguhlah supaya ia dapat diadakan ataupun disediakan. Ada teknik-teknik yang datang dulu proposal yang gunakan tanah yang kecil untuk melaksanakan WTE ini.

Pohon jawapan daripada YB. Kuala Ketil, setakat manakah usaha yang kita akan jalankan di masa akan datang? Terima kasih YB. Kuala Ketil dan YB. Speaker.

Speaker

Silakan YB. Exco. YB. Kota Darul Aman bangun. Silakan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Apabila kita melihat sampah sarap yang semakin bertambah dan juga kita lihat apabila konsesi SWCorp melaksanakan tugas dengan baik, tapi dengan tunggakan yang kita lihat di 12 PBT lebih kurang mencecah RM89 juta dan kita lihat Majlis Bandaraya Alor Setar lebih kurang RM26 juta, Kubang Pasu RM11 juta, Yan RM9.6 juta dan juga bagi Langkawi RM8.8 juta. Dan yang ini prestasi yang paling baik dalam bayaran Kulim Hi-Tech hanya hutang sebanyak RM200,00 sahaja. Jadi, apakah pelan tindakan untuk membolehkan PBT membayar bayaran kepada pihak konsesi? Terima kasih.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Bandar Baharu.

Speaker

Haa.. Sat lagi YB. Exco rangkum. Silakan YB. Bandar Baharu.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Soalan tambahan. Boleh YB. Kuala Ketil? Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih di atas jawapan YB. Kuala Ketil sebentar tadi. Saya ada beberapa soalan yang lain, yang pertama berkaitan dengan kegagalan Company Drizzle dalam menguruskan insinerator di Langkawi dan dalam makluman saya, Langkawi ini sudah bertukar banyak syarikat insinerator Langkawi ini yang menguruskannya. Dan yang terakhirnya Company Drizzle yang kita lantik, bukan kita lantik, ini lantikan daripada KPKT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jadi saya nak tegur Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pun dia bukan ada di sini. Jadi sepatutnya KPKT ini kena teliti dalam meneliti teknologi yang ‘impulse’ khususnya di Langkawi ini, dalam insinerator di Langkawi ini. Itu komen saya lah.

Cumanya dalam konteks pengurusan sisa pepejal di Negeri Kedah ini, ia memang ada sikit kontradik di antara insinerator dengan kitar semula. Jadi kalau kita nak implement insinerator dia tak boleh tingkatkan kitar semula sebab kitar semula ni dia akan mengurangkan keupayaan insinerator tu nak menghasilkan tenaga. Itu beza dia.

Jadi soalan saya, adakah Kerajaan Negeri ni mempunyai satu ‘action plan’ ataupun ‘roadmap’ bagi kita nak menguruskan sisa pepejal di Negeri Kedah ini? Dia kena ada satu ‘roadmap’ yang jelas. Kita nak ke mana? Nak menghasilkan tenaga ataupun nak dapat sumber kewangan daripada ‘recycling’ ka? Itu di antara yang kita kena ada dan saya rasa saya minta komen daripada YB. Kuala Ketil sama ada kita sudah ada ataupun tak ada. Kalau tak ada saya rasa kena mengambil langkah ke arah itu supaya mendapatkan hasil yang terbaik kepada Negeri Kedah daripada sampah ini. Sebab pengalaman saya berkhidmat di Pulau Pinang memang sampah ni menghasilkan hasil negeri yang sangat tinggi kerana orang menjanakan sampah, kita boleh ‘charge’ tanah kita yang ada dan juga pembuangan sampah itu ‘based on kilogram’. Jadi itulah, lagi banyak oaring buang sampah, lagi banyak hasil kita. Bukan saya galakkan, tapi itu di antaranya. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Exco.

YB. Kuala Ketil, satu lagi boleh?

Speaker

Bagi laluan satu lagi, silakan YB. Pedu. Nanti YB. Exco rangkumkan kesemua sekali.

Terima kasih YB. Speaker. Sat lagi YB. Kuala Ketil gulung, lipat sekali pun tak pa dah. Pedu nak tanya masalah pendidikan untuk pengguna jalan raya. Pengguna jalan raya yang buang sampah kut tepi jalan tu. Jadi, selepas tebas rumput tu tengok berselerak di tengah-tengah jalan, mata memandang tak berapa nak ‘clear’. Jadi, minta YB. Exco ulas sikit macam mana nak didik masyarakat kita supaya sampah tak dibuang di tepi-tepi jalan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Exco.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Speaker, soalan bab sampah ni memang menarik, tu ramai tanya. Yang pertamanya soalan tambahan daripada YB. Tokai berkaitan dengan kenderaan terbiar dan tayar-tayar yang ada. Jadi, kita dalam MMK bertarikh 21 Februari 2024 yang lalu, kita telah membuat penerimaan buku prosedur penyelenggaraan dan pengurusan PBT seri kedua iaitu prosedur selain dengan seksyen 46 (1)(e) Akta jalan, parit dan bangunan 1974 termasuk perlucutan hak dan pengurusan kenderaan terbiar. Jadi, dalam prosedur ini adalah memberikan kuasa kepada PBT untuk menguruskan kenderaan terbiar dan segala sampah yang ada dalam kawasan PBT sahaja. Yang saya maksukkan ini adalah kawasan PBT.

Di luar kawasan PBT itu bukan tanggungjawab PBT lah. Mungkin diserah kepada pihak-pihak lain yang lebih bertanggungjawab lah. Jadi bagi portfolio saya ini saya hanya menyatakan bahawa di dalam kawasan PBT kita ada hak untuk nak uruskan kenderaan terbiar ataupun sampah-sampah seperti yang dimaklumkan oleh YB. Tokai tadi. Itu menjadi tugas dan tanggungjawab PBT lah untuk uruskan perkara-perkara ini.

Dan untuk jawapan soalan daripada YB. Kota Darul Aman mengenai tunggakan yang banyak. Kita sedia maklum bahawa baru-baru ini pun kita dah bagi satu talimat berkaitan tunggakan itu. Jadi sebenarnya untuk saya maklumkan kepada Dewan ini, PBT menggunakan satu peruntukan yang besar untuk sampah ini sahaja. Peruntukan besar. Inilah yang kita nak maklumkan kepada Dewan dan juga rakyat yang di luar sana bahawa tak semua benda yang boleh diletakkan kesalahan kepada PBT. Walaupun PBT pihak yang menguruskan benda ini, satu peruntukan yang besar digunakan oleh pihak PBT untuk uruskan ini. Dan inilah sampai suatu ketika, bila sampah yang terlalu banyak maka satu perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membayar kepada pihak SWCorp.

Jadi, tunggakan itu memang baru-baru ini kita dah bincang dengan PBT, PBT membuat pembayaran secara berperingkat lah. Nak bayar semua memang tak boleh YB. Kota Darul Aman, memang peruntukan yang dapat, bajet tahunan pun tak sebanyak itu. Jadi kalau nak bayar sekaligus tak boleh. Tapi walau bagaimanapun, berkat kerjasama antara KPKT dan SWCorp dan juga PBT, walaupun ada tunggakan, perkhidmatan tetap berjalan. Tidak ada halangan, tidak ada masalah kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang dibuat di peringkat PBT. Bermakna, bukanlah kerana tunggakan yang besar tak bayar, potong pun tak boleh nak buat, cuci jalan tak boleh nak buat, sampah tak boleh kutip. Tapi tetap perkhidmatan berjalan. Ini normal, bukan di PBT kita saja tapi PBT-PBT di negeri lain pun macam ini juga.

Yang ketiganya kalau kita ada insinerator memang dia nak bakar sampah banyak sebab nak kembalikan keuntungan itu. Tetapi kita juga ada satu mekanisme iaitu kita pun tak menggalakkan rakyat buang sampah. Kalau kita ambil pendekatan buang sampah, bermakna kita menggalakkan satu tabiat yang tidak baik, orang akan buang sampah banyak. Tapi walau bagaimanapun, kita tetap memperkenalkan juga kitar semula ataupun ‘trash to cash’. Ini memang telah lama dilaksanakan oleh pihak SWCorp ataupun E-Idaman sendiri. Dalam beberapa program pun kita laksanakan ‘trash to cash’ ini untuk memberi pendidikan kepada rakyat bahawa barang-barang yang nak dibuang tadi ada nilai dia. Botol plastik, botol kaca, kertas dan sebagainya hatta minyak masak yang dah terpakai pun satu liter kalau kita dijual kepada pihak SWCorp ‘trash to cash’ tadi, satu liter RM3. Bermakna satu botol 5 liter tadi minyak terpakai lah, jangan ambil minyak nyok yang mak baru beli tu. Yang terpakai tadi dah dapat RM25. Ini satu ekonomi baru kepada rakyat. Sebab itulah dalam banyak-banyak program kita menggalakkan pendidikan ‘trash to cash’ ini kepada semua rakyat di lapangan.

Kita ada di Sekolah Pida 4 YB. Ayer Hitam ya?. Oh! Sekolah Pida 3, cemerlang dalam penggunaan semula kitar semula. Jadi, penggalakan kita sampai ke tahap itu. Bermakna dia ambil sumber pendapatan baru kepada rakyat. Kalau selama ini kita buang sampah merata-rata, mungkin tidak ada nilai, tapi dengan kitar semula ni mereka akan ada sumber pendapatan baru. Jadi, dalam ‘roadmap’ tu memanglah kita dah ada panduan dengan SWCorp ini. Memang kitar semula ini kita teruskan dan kita akan teruskan teruskan kepada rakyat sebagai satu langkah untuk mengelakkan rakyat membuang sampah yang terlalu banyak ataupun di tempat-tempat yang tidak dibenarkanlah.

Speaker

Ringkaskan YB.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Untuk YB. Pedu tadi, pendidikan kepada orang yang buang sampah dari kenderaan dan sebagainya. Inilah satu sivik kepada rakyat kita yang suka buang sampah merata-rata. Bukan kata setakat YB. Pedu nampak, saya pun nampak sendiri, dia lalu tepi tong tempat buang sampah itu sambil naik motor sahaja dia campak baling macam tu, jatuh tak masuk ke dalam tong, jatuh ke bawah. Yang nilah apabila orang lain nampak, pelancong nampak dan sebagainya, dia akan mengatakan bahawa Idaman tak kutip sampah, SWCorp tak selia dengan betul. Sedangkan, inilah sikap rakyat kita yang buat begini. Kita harap kalau semua rakyat memberi tumpuan kepada pembuangan sampah secara bersistem, dengan baik, akhirnya kita tidak menghadapi masalah. Sebab tu kadang-kadang pihak Idaman meletakkan satu tong berkapasiti yang mampu untuk menampung di kawasan tersebut dengan jumlah gerai dan sebagainya. Satu tong mencukupi untuk dia nak buat ‘rotation’ kutipan seminggu 2 sekali. Tetapi sekarang letak satu tong akhirnya tak sampai satu hari dah jadi penuh. Sebab, kadang-kadang bukan orang tempatan itu yang buang sahaja, orang luar kampung sendiri pun pi kutip sampah pi tolong buang di situ. Jadi, inilah kadang-kadang kita nak menyerulah di luar sana, rakyat-rakyat kita di sebelah sana supaya janganlah dibuang sampah di merata-rata tempat kerana kita ada di tempat-tempat tertentu ataupun kitab oleh gunakan pelupusan sendiri, korek tanah tanam atau bakar sendiri di tempat-tempat yang dibenarkan ataupun secara kitar semula. Itulah jawapan saya YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. Dipersilakan YB. Pantai Merdeka.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. YB. Tuan Speaker, soalan saya nombor 14. Terima kasih.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

14. Menerusi slogan “The Greater Kedah”. Pohon dinyatakan :-

a) Adakah Kerajaan merancang melaksanakan pemberian lot tanah komuniti B40 di Negeri Kedah?

b) Berapakah lot tanah mengikut daerah di Negeri Kedah?

c) Apakah kriteria pemohon yang layak?

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Pantai Merdeka. Pasal tanah Kampung Desa Sejahtera. Soalan dia B40 ni. Adakah Kerajaan merancang melaksanakan pemberian lot tanah komuniti B40 di Negeri Kedah? Soalan (b) Berapakah lot tanah mengikut daerah dan (c) Kriteria.

Sebenarnya apa yang telah kita rancang dan buat pelancaran di Padang Terap baru-baru ini pada 20 November di Kampung Perik. Kita namakan program itu Program Desa Sejahtera. Kita nak ‘settle’ masalah dalam isu-isu kemiskinan ini isu tanah. Dulu tahun 70-an, 80-an ahli-ahli akademik menulis tentang “kelaparan tanah”, pasal tak dak tanah sungguh, tak tau nak pi duk tang mana. Jadi istilah dia “kelaparan tanah”. Saya biasa guna istilah tu, depa marah, depa kata, “apa kata orang lapaq tanah” (sambil ketawa). Bukaaaann…Itu istilah dalam penulisan akademik kerana tak dak sungguh tanah, jadi digunalah istilah tu. Pada pandangan kerajaan, orang kampung dulu-dulu ni walaupun susah, walaupun pendapatan rendah, kais pagi makan pagi, kais tengahari makan malam, tapi dia ada tapak tanah untuk buat rumah. Di situlah bermulanya usaha-usaha untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, bolehlah dia bina keluarga di situ.

Jadi, dalam dunia moden ini oleh kerana banyak sangat pakar-pakar ekonomi kata sewa pun boleh, tak dak rumah boleh sewa, maka banyaklah orang buat rumah sewa. Tapi akhirnya selepas generasi bapa tu, anak tu tak tau nak pi mana dah, pasal tak dak tempat nak balik. Bagi pandangan kita, rumah dan tapak tanah adalah tempat kembali. Tempat balik daripada kerja, tempat balik daripada sekolah, tempat balik daripada perantauan, tempat berhimpun anak-anak selepas merantau, semua balik ke rumah tu. Itulah penting adanya satu tapak untuk didirikan rumah.

Jumlah keseluruhan lot yang diperuntukan di bawah program ini setakat ini ada 1,281 plot. Kita memang rancang kalau boleh banyak, banyaklah. Tapi saya minta Dato’ Seri SUK untuk arahkan pegawai-pegawai daerah untuk cari dulu 100 untuk setiap daerah. Tapi kita sedar bahawa keperluan mengikut daerah tidak sama. Kuala Muda, orang duk di Kuala Muda la ni yang bernikah dah 600,000, Alor Setar tak sampai 400,000, Yan 70,000 saja (sambil ketawa) tu yang ada 13 tu, Sik, 100,000 tak sampai, 90,000 lebih. Jadi, keperluan mengikut daerah tak sama. Walaupun begitu, kedudukan sosioekonomi Kuala Muda mungkin kedudukan ekonominya lebih baik dan tawaran rumah-rumah oleh syarikat swasta, pemaju, banyak. Cuma kita syaratkan mereka binalah rumah mampu milik. Tapi di daerah-daerah yang kedudukan ekonominya lebih rendah di luar bandar seperti Sik, Baling, Yan, Padang Terap, Pendang, keperluan kepada lot-lot seperti ini lebih tinggi.

Kalau ikut di daerah di Kuala Muda kita ada 2 tempat. Satu di Pekan Tanjung Dawai, ini telah tersedia. Dulu kita ada pemindahan 4 buah rumah, tapi lot yang kita jumpa itu boleh dimuatkan 16 di Tanjung Dawai. Dah dimasuki 4, ada lagi baki 12. Kemudian di Kuala Muda juga ada Tapak Perumahan Tsunami dulu, tapi tanah tu milik SSK. Saya harap SSK tak dak masalah apalah. Di situ ada 400 lebih, 411 lot yang boleh dibuat.

Kubang Pasu ada 142, Kulim setakat la ini ada 32. Saya yakin Kulim ni akan cari lebih banyak, sekurang-kurang Kulim ada 100, sekarang ni orang Kulim ada 400,000, ketiga tertinggi penduduk di Kedah mengikut daerah. Nombor 1 Kuala Muda, nombor 2 Kota Setar, nombor 3 Kulim dan saya yakin Kulim akan bertambah dengan cepat dan akan mengatasi Kota Setar dan akan menyaingi Kuala Muda selepas ini dengan pembangunan sektor ekonomi yang pesat. Kulim ada 32, Langkawi ada 70, Baling ada 129 setakat sekarang ini, Padang terap 101, Sik ada 2 tempat di Charok Tembaga dan di Belantek, Charok Tembaga ada 66, Belantek ada 161. Cuma Belantek ni sebab dia jauh, nu di Kota Aur nu dekat-dekat Gubir nu. Sapa nak pi duk kan? Kawan dengan harimaulah sebelah tu. InsyaAllah pada masa hadapan mungkin akan ada keperluan di sebelah situ tapi telah tersedia 161 di situ. Di Yan ada 13, ni yang saya kat 13. Pi buh atas Gunung Jerai apa Tuan DO? (sambil ketawa) Pi duk atas nu, sejuk saja kan. 13 ni ada di Guar, di Pendang ada 58, cuma Pendang dulu ni dia cari tanah paya. Saya kata, “dahlah kawan tu susah, pi tauk dalam paya pulak”. Cari tapak lain, tapak daratlah, boleh buat rumah terus. Bagi tanah lagutu, dia nak tambun dengan apa. Infra tu mahal juga, cari tapak lain. Tapi Pendang sekarang ini ada 58, Bandar Baharu ada 19, Bandar Baharu tanah kosong masih banyak, saya tak fikir akan ada masalah, Tuan DO Bandar Baharu. Pokok Sena ada 2 kawasan di Kubang Lerek 15 dan di Mukim Lesung 48. Jumlah keseluruhan 1,281.

Syarat-syarat. Syarat ni telah dibincang dan diperhalusi dalam Mesyuarat Exco. Pertama sekali miskin, kedua miskin tegar. Hat baru benikah, hat anak seorang tu nak habaq tak miskin lagi, yang tu baru nak mula. Mulalah dulu, InsyaAllah rezeki ada. Hat kita nak tolong ni hat ‘laeh’ orang Kedah kata. ‘Laeh’, ‘melanuih’, tak tau nak pi mana. Dia tak tulislah syarat tu, “hang mesti ‘melanuih’”, dak laaaa…(sambil ketawa). YB. Kota Darul Aman pun tak tau, ‘melanuih’ tu apa? Tak tau kan? Tak tau. Belajar jadi orang Kedah, dia orang Perlis. Suami isteri warganegara Malaysia, lahir di Kedah, bermastautin di Negeri ini 10 tahun dan peserta ini mesti disahkan di dalam Mesyuarat Focus Group Daerah (FGD). Pejabat Daerah ni ada Focus Group dan pejabat daerah akan kenal dia. Kalau dia miskin kerana dadah dia tak bagi, kalau dia ada kerja dapat RM50, beli dadah RM40, yang tu kita tak bagi. Mesti disahkan bersih daripada dadah. Pemohon dan isirumah suami atau isteri tidak mewarisi hartanah pusaka, tak dak harta pusaka, tak dak apa, memang dua-dua tak dak apa, tidak muflis sebab kalau muflis tak boleh pegang harta, dia kena buat akujanji nak duduk di situ, dia tak boleh dapat tanah tu dia pi sewa dekat orang. Dia kena bina rumah, tidak boleh pindah milik rumah itu.

Selain daripada kita beri dia tanah, kita juga akan jadi fasilitator untuk ‘pegu’ dia dengan agensi-agensi yang menyediakan skim bantuan pembinaan rumah. Macam Lembaga Zakat dia ada skim binaan rumah dalam Lembaga Zakat tapi syaratnya kena ada geran. Geran nak mai mana dah dia susah. Jadi, kita bagi dia geran, ada nama dia, dia boleh mohon melalui Lembaga Zakat, di KEDA dan mana-mana agensi yang ada skim itulah. Kita harap langkah ini dapat memberi jalan keluar kepada orang-orang miskin dan miskin tegar di mana nak bermula. Kalau dia tak dak tempat mula, sewa pun sat tuan rumah hambat sana, hambat sini pasal tak mampu bayar sewa. Ini isu yang berlegar di sekitar kita. Bayar deposit lepas tu tak boleh bayar sewa dah, lepas tu mula tuan rumah sewa ligan, mula cari wakil rakyat. YB. ADUN Derga senyum, pasal dihadiri dan dikunjungi oleh orang-orang yang macam tu terutamanya di bandar.

Saya cadangkan juga ini untuk melaksanakan satu visi atau misi saya iaitu menyediakan kediaman untuk orang-orang Melayu di bandar. Orang Melayu ini kalau tak disediakan skim-skim ini, esok-esok ni depa melepas ke tepi, sebab tu depa kena kait. Bila ada tapak-tapak rumah walupun dia naik ke atas, ‘at least’ dia ada hartanah, harta di dalam bandar. Tidaklah menjadikan komposisi kaum di bandar ini akhirnya akan dimonopoli oleh satu kaum. Kita nak semua kaum ada di bandar dan orang Melayu yang miskin, yang memang duduk di sinilah, tak dak kampung, nak balik pun tak dak, duduk di sini dan kerajaan kena sediakan kemudahan-kemudahan untuk bantu dia memiliki tanah di bandar. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. YB. Tokai bangun, dipersilakan.

Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Pantai Merdeka bagi laluan kepada saya. Memang kita tau harga tanah sekarang ini mahal, menjadikan harga rumah mahal. Jadi, nak beli serelung tak boleh dah, terpaksa dipecah-pecah kecil-kecil, jadi beli lot. Masalah beli lot ni kami hadapi, Tuan Pentadbir Tanah Pendang pun ada, bila nak buat rumah, nama dalam geran tak dak, jadi SADA tak boleh nak masuk air, jadi terpaksa menggunakan nama orang yang asal dalam geran. Jadi, apakah kaedah Negeri Kedahlah dalam akta tanah memang tak boleh tapi kitab oleh syorkan kepada Pusat ka atau kita buat peraturan tanah sendiri supaya sekurang-kurangnya mereka ini bila buat rumah dalam lot tanah yang kita sebutkan lot lidi itu boleh masuk elektrik, boleh masuk air. Jadi maknanya, taklah terpaksa tunggu daripada kerajaan nak bagi tanah nak buat rumah sebab dia ada lot, dia beli lot atas nama dia tapi tak dak dalam geran. Nak masuk elektrik tak boleh, nak masuk air tak boleh. Itu pohon jawapan daripada Kerajaan Negerilah jawapan. Terima kasih YB. Speaker.

Speaker

YB. Pedu dulu, nanti saya bagi laluan untuk YB. Sidam.

Terima kasih YB. Speaker. Soalan berkaitan tanah lot tadi. Tanah lot ni mungkin dia ada permintaan yang tinggi. Macam mana cara untuk memilih penerima-penerima yang diutamakan? Sat lagi kita buka borang pakat serbu ambil borang apa semua. Macam mana cara nak elak benda-benda ni? Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Dipersilakan YB. Sidam.

Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YAB. Jeneri. Seperti yang kita lihat dalam soalan YB. Pantai Merdeka tu, di bawah tu dia ada kriteria-kriteria permohonan dan kelayakan. Kita tahu banyak tanah di Kedah ini rizab Melayu. Jadi, saranan saya ataupun cadangan ataupun permohonan sayalah, atas ehsan Kerajaan Negeri dan juga semualah, tukar sedikit akta atau apa ka supaya jadi Tanah Rizab Melayu dan Siam. Pasal Siam ni bukan semua kaya Ahli Yang Berhormat, ada juga Siam-Siam ni yang miskin. Jadi, memerlukan juga tanah tu, tak dak tanah di kampung-kampung. Jadi, mungkinlah boleh ditukarkan sedikit akta tu Tanah Rizab Melayu dan Siam. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Setakat la ni tak dak lagi syarat tanah tu (sambil ketawa). Untuk masyarakat Siam ni dia ada Sijil Pertanian Siam. Dapat Sijil Pertanian Siam dia pohon dapat tanah tu. Untuk masyarakat bukan Melayulah, kita pun tidak meminggirkan. Saya tau, masyarakat mana pun ada orang miskin. Orang Cina ada, orang Siam ada, orang India ada, kita akan tentukan perkara-perkara itu akan dapat dilaksanakan. Cuma, untuk tanah, kalau orang Cina dia tak boleh memiliki Tanah Rizab Melayu kan no? Dia kena ada Tanah Rizab Antarabangsa, ‘open title’ untuk masyarakat bukan Melayu. Saya rasa isu-isu ini akan ditangani dari semasa ke semasa. Saya berjanji dengan YB. Sidamlah ada satu Desa Sejahtera untuk kaum Siam.

Pasal nak campur sekali ni kadang-kadang dalam 20 rumah, Siam duk tang tu dia jadi sensitif sikit pasal Siam adalah, cara budaya tak sama kan, bawa keluar anjinglah sat masuk rumah nu, sat masuk rumah ni, dia jadi kut celaru. Jadi, kita tempat satu kedudukan sosioekonomi yang sesuai. Saya yakin pada masa akan datang ni kita akan ada untuk orang Cina, untuk Orang India, untuk orang Melayu. Tapi oleh kerana orang Melayu ni ramai yang susah dan jumlah penduduk Melayu di Kedah ni pun ramai, kita utamakan itu dulu dan InsyaAllah, lambat laun masanya akan tiba untuk YB. Sidam direalisasikan.

Terima kasih. Sebagai contoh tu macam kampung barulah dia ada penempatan orang Cina apa semua tu kan? Lebih kurang macam tulah, terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Kampung baru tu pasal Komunis (sambil ketawa). La ni bukan ada Komunis dah, la ni ada kumuniti saja Komunis tak dak dah, InsyaAllah.

Pasal lot lidi. Lot lidi ni dulu PTG buat “untung secupak, rugi segantang”. Kes ni rugi segantang tu. Memang dia ada duit, dia beli tanah lot lidi. Nak masuk elektrik dan air SADA minta geran, geran tak dak kat dia, geran ada pada pemilik asal. Saya rasa pengusaha-pengusaha lot lidilah, dia kena bertanggungjawab dalam hal ini. Jangan lepas kepada kerajaan pulak, jangan lepas dekat ADUN Tokai. ADUN Tokai pun mai lepas dekat kita pulak. InsyaAllah, hal ini saya ingat TNB dan SADA ada di sini, boleh ambil perhatian. Kalau betul dia beli dan buat rumah dah, takkan nak pi tauk rumah tu karan tak boleh masuk, air tak boleh masuk kan no? Tentulah ada mekanisme-mekanisme, ‘release mechanism’ yang sesuai untuk masukkan api dan air di tanah-tanah yang macam tu. Tapi, risiko dia depa tau dah semasa nak beli lot lidi tu. Jangan belilah, yang tak beli lagi jangan beli, jangan beli lot lidi, beli lot yang bergeran. Pastikan boleh pindah milik. Kalau ada bahagian, tukar nama masuk dalam geran tu, itu boleh beli. Jangan pakai nama satu orang, pakai surat lawyer saja kita pegang, lepas tu tak dak apa la. Selepas ini ada penipuan lain pulak tentang lot lidi, “untung secupak, rugi segantang”.

YB. Pedu tanya tadi apa tak tau? Syarat tadi ni saya baca dah syarat-syaratnya. Miskin, miskin tegar, lepas tu permintaan tinggi. Kita tidaklah berhasrat kalau ada 100 lot di situ nak masuk 100 terus. Kita tak pi cari 100 orang ‘interview’ masuk 100, dak! Kita akan isi peringkat berperingkat ikut keperluan. Kalau daerah tu tak dak orang susah, melanuih, yang saya sebutkan tadi tak penuhi syarat, dari semasa ke semasa akan ada. Kita akan ada jalan keluar untuk orang yang betul-betul perlu kepada tapak itu ada jalan keluar, ada tapak, pi duduk. Kalau kita sedia, lepas tu kita isi orang 100, lepas ni kita jumpa orang hat yang melanuih tu, kita nak pi letak tang mana pulak?

Tapak terhad, jadi kita akan pastikan tapak itu tersedia untuk pihak yang benar-benar memerlukan tapak rumah. Dari semasa ke semasa lot itu akan diisi oleh pihak yang memerlukan. Kita nak elaklah benda-benda hat yang berlaku zaman dulu. Zaman dulu kalau Kampung KEDA, Kampung KEDA tu kena jadi ahli parti politik tertentu dulu baru boleh duduk situ. Apabila duduk situ dia jadi “bubu”lah ‘fixed deposit’ untuk pilihan raya, jadi cawangan, kena buka cawangan apa bla.. bla..bla.. Saya kata benda-benda tu tahun 2025 ni orang tak buat dah kerja-kerja karut lagutu, kerja ‘mumbo’ (sambil ketawa). Itu kerja mumbo, dengan syarat, “nak kena sokong aku dulu”, baru boleh isi borang, lepas tu nak kena cop ketua bahagian pula, nak kena cop ketua cawangan apa semua. Mumbo tu kita tak mau ulang dah. Kita akan bagi kepada yang layak tak kitra hang parti apa, hang latar belakang apa. Mumbo-mumbo zaman dulu tu kita akan tinggalkan. Kalau nak tau mumbo tu makna apa YB. Kota Darul Aman, mai jumpa saya selepas ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Penggulungan Ucapan Bajet 2025 oleh pihak kerajaan.

Penggulungan Ucapan Bajet 2025 Oleh Pihak KerajaanAddress / budget

Speaker

Dipersilakan YB. Kulim.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Terima kasih. YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, YAB. Jeneri, rakan-rakan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan seperjuangan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, para pemerhati, seterusnya sidang hadirin yang saya kasihi sekalian. Salam sejahtera, selamat pagi dan Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Pertama sekali saya bersyukur dapat kita bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke 15, Mesyuarat Bajet 2025. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB. Menteri Besar Kedah atas pembentangan Bajet 2025 yang sangat komprehensif dan inklusif dalam merealisasikan hasrat ‘The Greater Kedah’ sejajar dengan matlamat membangunkan Negeri Kedah sebagai negeri yang sejahtera nikamat untuk semua.

Saya juga ingin menzahirkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada portfolio yang saya terajui ini seperti yang telah diumumkan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar semasa Pembentangan Bajet Kedah 2025. Peruntukan-peruntukan akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya berdasarkan prinsip tadbir urus yang cekap, tatakelola yang baik dan visi serta misi yang jelas.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan turut terlibat dalam perbahasan serta memberikan saranan dan pandangan yang bernas untuk dijadikan sebagai penambah baik bagi pertimbangan Kerajaan Negeri untuk merangka dan menggubal dasar-dasar jangka masa panjang terutamanya isu-isu di bawah tanggungjawab portfolio saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India, Siam dan NGO Negeri Kedah Darul Aman.

Terlebih dahulu saya ingin renpond kepada Ketua Pembangkang, YB. Sidam tentang pengangguran anak muda yang disebutkan semalam. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran di Negeri Kedah telah mencatatkan penurunan paling rendah di negeri ini iaitu 1.7% pada tahun 2024 berbanding 2.6% pada tahun 2023. Peratusan ini jauh lebih rendah berbanding purata nasional iaitu 3.3%. Ia menunjukkan keberkesanan langkah-langkah strategik yang telah diambil oleh usaha Kerajaan Negeri. Antara inisiatif dan usaha yang telah dilaksanakan termasuk program-program seperti program Kedah Future Leaders, Sekretariat Belia Sejahtera, Karnival Kerjaya Bersama PERKESO dan Program Pemerkasaan Latihan Kemahiran Vokasional yang bersama-sama institusi-institusi TVET di seluruh Negeri Kedah. Langkah-langkah ini bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia, tetapi juga memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran dan pengalaman yang ‘releven’ untuk memenuhi keperluan pasaran kerja sekarang.

Di samping itu, dengan pengembangan industri baru seperti Delapan SBEZ, Kedah Rubber City, Kedah Sciens and Technology Park, Kedah Aerotropolis dan lain-lain lagi telah membuka ribuan peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi dalam sektor teknologi dan pembuatan. Kerajaan Negeri juga terus memperkasa program keusahawanan belia dan industri kecil dan sederhana melalui pelbagai program pembiayaan, latihan perniagaan dan promosi ekonomi digital. Ini semua bertujuan memberi peluang kepada belia untuk membina kejayaan sendiri yang berdaya saing. Saya yakin Negeri Kedah akan terus berusaha untuk menjadi negeri yang bukan sahaja rendah kadar penganggurannya, malahan dapat menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dan meluas khususnya kepada golongan anak-anak muda Kedah. Kita percaya dengan dasar yang konsisten dan usaha berterusan ini kita mampu meningkatkan lagi kesejahteraan ekonomi dan pembangunan belia di Negeri Kedah ini.

YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian… Nak bagi laluan? Kalau ikut ‘trend’ semalam YB. Kota Darul Aman dan YB. Bakar Arang tak bagi. Tapi demi keharmonian Dewan ini, saya bagi juga!

Speaker

Silakan YB. Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker, memang kita dengar kadar pengangguran sudah turun bagi Negeri Kedah. Tapi hakikatnya apabila kita berada di kawasan ataupun di Sungai Petani saya rasa ramai anak muda yang telah berhijrah contohnya pergi ke Singapura ataupun pergi ke Kuala Lumpur ataupun ke Pulau Pinang untuk bekerja. Sebab kalau kita bandingkan dengan gaji, sana lebih tinggi….. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Ringkaskan dalam bentuk soalan YB.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Jadi, adakah ini menjadikan kadar pengangguran menjadi rendah?

Speaker

Silakan YB. Exco.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Ok, terima kasih YB. Kota Darul Aman.

Speaker

YB. Sidam bangun, nak bagi YB.?

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Nanti ada yang lebih panas lagi, nak simpan dulu pun boleh.

Ini cadangan saja ni.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Ok, boleh! Boleh!

Boleh ya? Ok, baik. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Anak-anak muda di Kedah ni, bukan Kedah lah tapi kebanyakan sekarang orang Malaysia ni dia tak berapa nak mau kerja dengan kontraktor-kontraktor, dia rasa berat. Jadi, dia lebih suka kepada kedai-kedai yang macam ni. Jadi, saya cadangkan pihak PBT dan sebagainya boleh meletakkan satu syarat kepada pengusaha kedai makanan Pattani ni. Letakkan syarat untuk letakkan 2 sekurang-kurangnya, 2 pekerja tempatan untuk bekerja di kedai itu. Kita bayangkan kalau satu kawasan Sungai Petani ada sampai 50 kedai, kalau 2 pun sudah ada 100 pekerja tempatan. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan YB. Exco.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Terima kasih YB. Sidam, Ketua Pembangkang kita. Saya rasa cadangan tadi ‘cross’ portfolio kepada YB. Kuala Ketil, rakan saya. Saya jawab kepada YB. Kota Darul Aman. Kalau ikut logiknya YB. Kota Darul Aman, tadi saya ada sebut purata nasional kadar penganggurannya 3.3%. ‘So’, adakah logik itu juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga banyak berhijrah dan bekerja di luar negara juga? Kalau ikut logiknya YB. Kota Darul Aman. Kalau di luar negara jiran seperti Singapura, bukan Negeri Kedah sahaja, tapi kepada negeri-negeri lain jua. ‘So’, tak perlulah bermuka-muka YB. Kota Darul Aman. Terima kasih.

YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, YAB. Menteri Besar telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM600,000 bagi inisiatif Program Perhubungan Kaum dalam Pembentangan Bajet 2025 bagi memperkasa Program Pengukuhan Hidup Masyarakat Majmuk. Peruntukan ini membolehkan Kerajaan Negeri meletakkan kepelbagaian dan budaya sebagai asas perpaduan dan keunikan kita dalam menjalani kehidupan bermasyarakat di negeri kita. Seperti yang disebutkan oleh YB. Bukit Selambau semalam, kita perlu terus memperkasakan hubungan antara komuniti kaum kerana Kedah mampu menjadi negeri teladan dengan rekod perpaduan yang kukuh. Syabas kepada YB. Bukit Selambau, “Ayah Perpaduan Negeri Kedah” (sambil ketawa). Ok, satu tepukanlah bagi YB. Bukit Selambau.

Di samping itu, sepertimana YAB. Jeneri sebut, Bajet 2025 ini dirangka berpaksikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dengan fokus utama mengikuti aspirasi The Greater Kedah. Oleh itu, bajet ini adalah dirangka supaya ianya realistik berdasarkan kedudukan semasa kewangan negeri. Saya ingin berkongsi tentang aktiviti-aktiviti yang disokong oleh Kerajaan Negeri ini dengan peruntukan yang sedia ada seperti program dalam masyarakat Cina, sambutan Tahun Baru Cina, pesta tanglong, program dalam masyarakat Siam, loy krathong yang baru-baru ini dianjurkan di Wat Kalai, Sik. YB. Sidam tak hadir pun, saya jemput.

Speaker

YB. Sidam bangun, bagi laluan YB? Silakan.

Terima kasih. Minta maaf YB. Exco. Oleh kerana disebut sahaja 15 haribulan, bulan mengambang, bulan 12, benda ni jadi serentak. Oleh kerana serentak, di tempat saya pun ada. Minta maaf tak dapat hadir.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Ok, terima kasih YB. Sidam. Tahun depan jangan lupa hadir ya, bulan 1 Tahun Baru Cina. Program masyarakat Siam seperti Songkran, program masyarakat India seperti Deepavali, Hari Thaipusam, Pesta Ponggal dan pada Hari Deepavali yang lepas YAB. Jeneri turut hadir bersama-sama meraikan dengan anak-anak yatim dan warga emas di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Batu Grace, Merbau Pulas. Dalam tahun 2024 juga kita ada tambahan sambutan untuk perayaan Hari Wesak dan sambutan perayaan 9 Maharaja Dewa iaitu Vegiterian Festival, tokong vegi, tokong sayur di peringkat kebangsaan pada tahun 2024 dianjurkan di Semeling, Merbok. Pada tahun depan saya berharap agar penganjuran sambutan perayaan dan program kebudayaan ini dapat disenaraikan di dalam Kalender Tahun Melawat Kedah Tahun 2025. Dan hari ini saya ingin menyeru kepada Ahli Yang Berhormat sekalian agar turut hadir bersama untuk meraikan keharmonian kebudayaan dan tradisi masyarakat yang berbilang kaum terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain.

Pada bulan April yang lepas, kami mengadakan program Sambutan Perayaan Songkran peringkat Negeri Kedah tahun 2024 di Wat Lamdin, Padang Terap yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Padang Terap, YB. Sungai Tiang, merangkap Timbalan Speaker, YB. Exco Pelancongan, ADUN Kubang Rotan dan YB. Pedu selaku tuan rumah dan pada masa itu YB. Derga pun ada di situ. Oh! Yang suka main pistol gun. Kehadiran kami bukan sahaja menunjukkan kebersamaan wakil Kerajaan Negeri bersama masyarakat Siam, malah memeriahkan perayaan budaya mereka, masyarakat Siam amat menghargai sokongan kami.

Namun, kehadiran wakil-wakil rakyat ini diserang oleh ‘cyber troopers’ yang jelas berpihak kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dengan tuduhan tidak berasas. Ironinya pihak yang sering menuduh Perikatan Nasional dan Pas sebagai ekstrem dan rasis kini menghina mereka ketika mereka meraikan perpaduan bersama masyarakat bukan Melayu.

Bagaimana kerajaan kononnya dengan nama perpaduan boleh bercakap tentang perpaduan dan slogan Madani jika mereka sendiri memecah belahkan rakyat melalui serangan sebegini? Tindakan ini jelas bertentangan dengan nilai-nilai keharmonian yang mereka laungkan sebagai seorang wakil dalam Perikatan Nasional. Saya ingin tegaskan, kerja kami jauh lebih ikhlas berbanding tindakan mereka yang sibuk menghina dan memecahbelahkan rakyat. Hipokrasi seperti ini hanya merosakkan keharmonian yang kita semua cuba bina. Jika Kerajaan Madani benar-benar mahu memupuk perpaduan, mereka harus bermula dengan menunjukkan teladan, bukan mengkhianati janji mereka sendiri.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, mohon mencelah.

Speaker

Yang Berhormat, YB. Bakar Arang bangun, bagi laluan?

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Nak celah? Saya tak bagi lagi.

Speaker

Belum bagi lagi?

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

YB. Tuan Speaker, bagi.

Speaker

Silakan YB. Bakar Arang.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Tadi tuduhan-tuduhan yang diberikan oleh YB. Exco dari Kulim ini. Di manakah anda lihat tuduhan-tuduhan itu dan apakah mereka berkata?

Speaker

Silakan YB. Exco.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Ini ‘cytro’, siapa-siapa pun mungkin jadi ‘cytro’ juga.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Terima kasih YB. Bakar Arang. “Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata”. Sebagai seorang wakil rakyat dalam Perikatan Nasional (perenggan ini tadi sudah baca), saya telah bertanya rakan-rakan muslim mengenai kehadiran mereka dalam program berasaskan kaum. Mereka dengan iklas memberitahu bahawa tiada masalah asalkan bukan ‘retual’ agama dan mereka hadir pun bukan untuk mengubah akidah. Sebaliknya hanya mahu memupuk suasana muhibah dan kemesraan sesama rakyat Malaysia. Dalam kesempatan ini saya ingin menggalakkan YB.-YB. lain untuk turut serta dalam perayaan-perayaan masyarakat Siam, Cina dan India pada tahun hadapan. Saya juga ingin mengajak YB.-YB. kita untuk meningkatkan kehadiran dalam sambutan perayaan masyarakat bukan Melayu agar kita di Kedah ini dapat melihat pihak manakah yang benar-benar mempunyai iltizam dan kesungguhan untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni dan perpaduan.

YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, selain itu saya ingin melaporkan kepada Dewan yang mulia ini tentang beberapa penyelesaian berkaitan isu kuil dan tanah perkuburan masyarakat India yang telah berjaya diselesaikan di bawah pentadbiran ini. Yang pertama, sebuah persefahaman telah dicapai untuk memindahkan sebuah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berusia 71 tahun di Sungai Seluang, Lunas. Kuil ini pada asalnya didirikan di sebuah ladang sebagai tempat ibadat bagi pekerja beragama Hindu. Namun, apabila pemilik asal menjual tanah tersebut yang disebabkan arus pembangunan dan ladang sawit pun tidak diwujudkan lagi, status kuil itu menjadi tidak sah sehingga menimbulkan isu. Kerajaan Negeri telah menawarkan tapak gantian dan selepas beberapa sesi perbincangan dan penyelarasan, perkara ini berjaya diselesaikan.

Selain itu, isu yang berkaitan dengan 19 lot tanah perkuburan berhampiran kuil tersebut dan di bawah pengurusan kuil yang sama juga telah diuruskan. Dalam kes ini, kerajaan bertindak sebagai orang tengah, pemudah cara untuk menyelaraskan pandangan di antara pemilik tanah, persatuan penganut dan waris. Akhirnya sebuah persetujuan berjaya dicapai. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk puji YB. Lunas kerana YB. Lunas, beliau mengikuti mesyuarat perbincangan dan penyelaran kes ini dari A sampai Z, dari mula sampai hujung selesai. Jadi, syabas kepada orang Lunas kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Syabas kepada YB. Lunas! Dengan ini, kita berharap agar isu ini tidak lagi menjejaskan ketenteraman kehidupan waris yang terlibat.

Kes kedua melibatkan tapak perkuburan dan kuil di Tapak Projek Perumahan Sungai Lalang, Sungai Petani yang selama 8 tahun belum diselesaikan. Walaupun tak tau sudah berapa kali kerajaan sudah ditukar, tetapi tak selesaikan juga. Namun, di bawah pentadbiran Perikatan Nasional, perkara ini akhirnya menemui jalan penyelesaian. Isu utamanya adalah tanah persendirian yang menjadi lokasi tapak perkuburan dan kuil tersebut. Kerajaan sekali lagi berperanan sebagai orang tengah untuk menyelesaikan perkara ini. Hasilnya semua pihak termasuk pemaju, Pengerusi Penganut Kuil dan waris bersetuju menerima tapak gantian yang diberikan oleh pemaju dan akhirnya tapak perkuburan tersebut pun telah dipindahkan ke satu tempat baru.

YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sesetenah pihak mungkin memandang perkara seperti ini sebagai isu yang kecil. Namun, bagi rakyat kita inilah masalah-masalah yang sebenarnya yang menghantui kehidupan harian mereka. Penyelesaian ini membuktikan keprihatinan kerajaan di bawah naungan Perikatan Nasional yang hanya memerlukan setahun untuk menangani isu-isu ini. Malangnya, terdapat pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan keadaan demi kepentingan politik. Ada sebuah syarikat media dengan tidak bertanggungjawab menggunakan tajuk berita seperti, (dengan izin) “71 years-old temple in Kulim facing demolition” iaitu bermaksud kuil berusia 71 tahun di Kulim berdepan dengan perobohan. Pihak-pihak ini tidak pernah mengambil kira perasaan penganut-penganut Hindu. ‘Title’ sebegini ‘letop’ di satu masyarakat India di satu Malaysia ini. Malahannya Kerajaan Negeri belum buat apa-apa lagi pun tak ambil tindakan apa lagi pun. Bukan sahaja yang terlibat tetapi yang lebih luas di luar sana yang terjejas di masyarakat India. Namun, kami kekal fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan persetujuan yang telah dicapai dan kami berharap isu-isu ini dapat diuruskan dengan baik dan tidak lagi mengganggu ketenteraman serta kelangsungan kehidupan harian masyarakat yang terlibat.

Seterusnya YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, berdasarkan pembentangan Bajet 2025 di bawah inisiatif bantuan dan sumbangan pendidikan Kerajaan Negeri terus memperuntukkan RM300,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil bagi tahun ini. Ini adalah tahun kedua peruntukan ini diberikan.

Menunjukkan komitmen Perikatan Nasional terhadap pendidikan tanpa mengira latat belakang politik melalui inisiatif seperti iBAKIPT, Tabung Tengku Mahmud, pelajar cemerlang dari pelbagai bangsa terus menerima bantuan berdasarkan keperluan dan pencapaian mereka. Dasar ini mencerminkan semangat slogan “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua” yang memastikan tiada golongan yang terpinggir. Namun, saya ingin menyuarakan kekesalan terhadap larangan yang dikenakan kepada wkil rakyat Perikatan Nasional untuk masuk ke kawasan sekolah.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, sebelum tu boleh saya celah?

Speaker

Bagi laluan tak YB.?

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Bagi saya habiskan perenggan ini, saya bagi. Momentum sudah mari, saya nak habiskan dulu. Saya akan bagi, jangan risau ok?

Speaker

10 minit lagi YB.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Baik! Baik! Walaupun tujuan kami hanya untuk menyerahkan sumbangan pendidikan dan memberikan bantuan yang sepatutnya. Ok, tak pa! Kami akur dengan keputusan bahawa sumbangan diserahkan di luar kawasan sekolah. Tetapi kami dimaklumkan bahawa terdapat amaran, ada mesej dalam whatsapp. Ada arahan tambahan yang menghalang. Melarang siapa? Malarang guru besar dan pengetua atau wakil daripada guru-guru hadir menerima sumbangan ini daripada Kerajaan Negeri walaupun di luar kawasan sekolah. Dah la nak masuk sudah tak boleh, sekarang nak jemput keluar pun tidak dibenarkan dan hanya Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah dan Pengerusi PIBG sahaja yang dibenarkan untuk menerima sumbangan tersebut. Sebagai wakil rakyat yang dipilih dan sebahagian daripada Kerajaan Negeri, kami bukan penculik! Kami bukan pengganas! Kadang-kadang ada lembut juga di depan isteri. Haaa…. Tapi larangan ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

Semalam YB. Lunas ada bangkitkan sebuah majlis pemasyuran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sarafudin Badlishah. Saya yang merupakan ADUN kawasan tersebut pada awalnya dijemput, namun jemputan itu kemudiannya dibatalkan dengan alasan mengikuti protokol Persekutuan.

Sebagai wakil rakyat di kawasan itu, saya berasa sangat terkilan kerana tidak dapat menyambut Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dengan sewajarnya. Lebih menghairankan, kawan baik saya lawan saya semasa Kempen PRN (Pilihan Raya Negeri) iaitu Ketua Cabang PKR kawasan saya dibenarkan hadir dalam program tersebut seperti yang disebutkan oleh YB. Lunas semalam. Kata Ketua Pembangkang semalam, “ia terpulang kepada kelulusan permohonan”. Tetapi ini adalah sebuah aktiviti yang bersifat jemputan!

Jadi, saya nak tambahlah sikit, saya ingin menasihati Kerajaan Madani. Jika ahli politik tidak dibenarkan masuk ke sekolah, biarlah larangan ini adil dan terpakai kepada semua pihak. Namun, jika hanya ahli politik Kerajaan Madani dibenarkan, lebih baiklah satu pekeliling rasmi dikeluarkan dengan menyatakan, “ahli politik Perikatan Nasional tidak dibenarkan masuk sekolah”. Dengan itu, kami akan mematuhi arahan tersebut tanpa terus mempersoalkannya. Dan YB. Sidam semalam pun ada bangkitkan juga. Saya ingat apa yang nak bongkar, rupanya nak bongkar Exco Hal Ehwal Masyarakat Cina telah masuk ke sekolah kawasan. Betul, kawasan sekolah saya ada masuk, saya masuk untuk melihat keadaan sekolah yang terkesan akibat banjir. Di sini ada gambar, siap selak saya punya seluar ke atas, pegawai khas saya pakai kasut hujan. Bukan disambut oleh sesiapa, disambut oleh ‘security’ dengan wakil PIBG saja. Sebab mereka bagitau takut air membanjiri kelas komputer mereka dan minta bantuan supaya memindahkan komputer itu ke tempat yang selamat supaya tidak berlaku kerosakan.

Minta laluan sikit.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Sekejap, saya bagi sekali. Namun, tidak melibatkan keberadaan guru dan murid pada ketika itu. Sekolah yang sama juga ada menganjurkan Program Jualan Amal. Saya terpaksa serahkan sumbangan di luar kawasan sekolah, siap ada laporan berita daripada Guan Ming, Sin Chew, Nanyang, Kwong Wah, Oriental Daily. Seeeemua ‘cover’, jadi berita. ‘So’, tak dak masalah ka? Tak dak isu ka? Sebab jadi berita! ‘So’, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, Portfolio Hal Ehwal Masyarakat Cina telah menganjurkan program Perayaan Kuih Bulan/Pesta Tanglung Peringkat Negeri Kedah dengan kerjasama anjuran antara Kerajaan Negeri, Dewan Perhimpunan Cina Kedah dan Gabungan Persatuan Orang-orang Cina Suangai Petani yang bertempat di SJKC Sin Kwang seperti disebutkan oleh YB. Sidam semalam, pada bulan September lalu. Dewan sekolah tersebut hanya digunakan sebagai lokasi program dan menjadikannya sebagai satu ruang komuniti dan bukannya sebahagian daripada program rasmi sekolah. Saya ulang, bukan sebahagian daripada program rasmi sekolah!” Ada bukti lagi, pengunjung program terdiri daripada kalangan masyarakat umum yang berbilang kaum yang meraikan sambutan kebudayaan masyarakat Cina dan bukanlah terdiri dari kalangan guru atau pelajar sekolah sahaja.

Ada Cina, ada Melayu dan ini Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Kedah dan Pengerusi Gabungan Persatuan Orang-orang Cina Sungai Petani. Inilah buktinya, bukan program rasmi sekolah (sambil menunjukkan pamphlet). Ini jelas menunjukkan bahawa….. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

5 minit lagi YB.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Ianya adalah sebuah program perpaduan dan bakanlah sebagai program rasmi pendidikan. YB. Sidam semalam ada menyebut berkenaan SOP yang menyatakan bahawa permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri perlu dibuat sebelum masuk ke sekolah. Tetapi dalam kes ini permohonan belum dibuat tapi sudah terus ditolak berdasarkan alasan penglibatan orang politik tidak dibenarkan masuk sekolah melalui borang pinjam premis sekolah yang diisikan oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Orang-orang Cina Sungai Petani siap di bawah ada balasan, “diluluskan penggunaan dewan. Penglibatan orang kenamaan dan orang politik tidak diluluskan”. Belum mohon sudah tolak woo! Apa perubahan yang sudah dibuat?

Walau bagaimanapun, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah sebagai badan pentadbiran yang bertanggungjawab ke atas dewan tersebut telah membenarkan dan menyambut baik untuk saya hadir masuk ke sekolah bagi mewakili Kerajaan Negeri untuk merasmikan program sambutan Pesta Tanglung di peringkat Negeri Kedah. Yang buka pintu bagi saya adalah Lembaga Pengerusi Pengelola Sekolah, bukan Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan. Jadi, di sini saya ambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Lembaga Pengerusi Sekolah SKJC Sin Kwang dan Lembaga Pengerusi Sekolah-sekolah Cina Negeri Kedah yang buka pintu bagi saya masuk sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Masyarakat Cina. Kehadiran saya bukan untuk tujuan politik tetapi untuk menyokong program kebudayaan negeri, yang penting, yang boleh memupuk keharmonian dan perpaduan di dalam negeri ini dan kenapa nak halang?

Pendidikan adalah untuk semua, sekolah adalah kepentingan orang ramai dan hubungan wakil rakyat dengan institusi pendidikan harus dihormati atas dasar kepercayaan rakyat kepada wakil pilihan mereka. Jangan ‘double standart’, jangan pilih kasih. Ini tidak sepatutnya menjadi perbuatan seseorang yang sering mengaku dirinya sebagai seorang reformis. Jadi, saya sangat bersetuju dengan YB. Kota Siputeh yang sebut cakap dua hari lepas, “reformasi pendidikan adalah daripada PH”. Tapi, biasalah tak dak apa, cakap tak rserupa bikin…..(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

3 minit lagi YB.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Akhirnya saya ingin memberitahu bahawa jika suatu hari nanti Perikatan Nasional menjadi Kerajaan Persekutuan, kami tidak akan membiarkan perkara seperti ini berlaku di bawah pentadbiran kami. Kalau tidak tahu nak buat macam mana, kami tawan Putrajaya nanti kami akan tunjukkkan.

YB. Tuan Speaker, pada bulan September yang lalu beberapa kawasan di negeri-negeri utara termasuk DUN Kulim menghadapi isu banjir kilat dan ribut. Saya sendiri pun telah turun padang untuk meninjau keadaan di lokasi. Saya ingin menzahirkan rasa terima kasih kerana kecekapan Tuan Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Zaini telah menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dengan pantas pada malam kejadian. Selepas musim banjir, saya melihat adanya usaha berterusan untuk membersih dan mendalamkan dasar sungai terutamanya di kawasan Kampung Padang Tembak, Kampung Buluh dan Kampung Air Merah, Kulim sebagai langkah pencegahan banjir pada masa akan datang. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan di dalam Bajet 2025 di bawah strategi ketiga, kelestarian dan kemampanan alam sekitar sebanyak RM3.6 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran bagi tujuan pemulihan dan pemeliharaan sungai termasuk Sungai Kampung Dusun, Mukim Kulim.

Jadi, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapakan syabas dan tahniah kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kulim. Majlis Perbandaran Kulim Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bomba, JKR, RELA serta semua agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana ini. Saya selaku Exco Pengerusi Jawatankuasa NGO juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada NGO seperti Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM), Persatuan Sukarelawan terus memberi bantuan sokongan kepada mangsa banjir dalam menghadapi bencana ini.

Speaker

1 minit lagi.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Terima kasih. Kerjasama dan semangat solidariti semua pihak yang terlibat. Kesimpulannya, YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada tahun ini Negeri Kedah berjaya mencatatkan pelaburan asing yang memberangsangkan dan mencerminkan potensi besar yang dimiliki oleh negeri kita. Pada dua hari lepas ada pengumuman lagi dari Menteri Pelaburan….(YB. Sidam mencelah).

Bila boleh mencelah ni?

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Perdagangan dan Industri Malaysia, Hyundai akan labur RM2.16 bilion buka kilang di Kulim. Walaupun Bakar Arang sebut hanya ada pengumuman saja, pengumuman saja, tapi tetap ada pengumuman daripada Menteri Persekutuan dengan strategi yang tepat dan fokus kepada kelebihan keunikan Kedah seperti kedudukan geografi yang strategik, tenaga kerja yang kompeten, keluasan tanah yang sesuai dan kekayaan sumber semulajadi. Saya yakin visi ‘The Greater Kedah 2050’ dapat direalisasikan.

Kedah memiliki peluang besar untuk bersaing dengan negeri-negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang. Bak kata peribahasa, “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Kerajaan yang komited mencipta ekosistem mesra pelabur pasti dapat memperkukuhkan keyakinan pelabur melalui dasar-dasar yang terbuka, efisien dan memudahkan. Dengan langkah ini, Kedah mampu menjadi peneraju pembangunan dan terus releven dalam ekonomi negara. Keutamaan kita jelas adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Ini termasuk mencipta peluang pekerjaan dengan lebih banyak, memperkukuhkan sistem pendidikan untuk generasi masa depan dan memastikan tiada rakyat yang terpinggir. Walaupun kita berada di landasan yang betul, penambahbaikan kecekapan pelaksanaan dan keberkesanan peruntukan akan memastikannya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat. Sebagai satu-satunya wakil rakyat bukan Melayu dalam Kerajaan Negeri, saya memahami tanggungjawab saya untuk membawa suara kepelbagaian dalam arus pentadbiran ini. Saya yakin, perpaduan dan keterangkuman adalah prasyarat kepada pembangunan yang lestari. Dalam semangat ini, saya menyeru kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk sentiasa menghayati bahawa kekuatan kita terletak kepada kemampuan kita untuk menghargai dan menerima kepelbagaian.

Speaker

Sila ‘landing’ YB., masa sudah pun tamat.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Dengan pendekatan proaktif dan iltizam yang tinggi, Kedah bukan sahaja mampu berkembang pesat tetapi juga menjadi model negeri yang membangun secara inklusif dan progresif.

Akhir kata, saya menyokong penuh Pembentangan Bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah kita. Sekian, terima kasih, xie xie ta chia, nandri vanakkam, khap khun khap.

Speaker

Terima kasih YB. Exco. Seterusnya… (YB. Sidam mencelah)

Kata nak bagi laluan, tau-tau habis.

Speaker

YB. Alor Mengkudu.

Kata nak bagi mencelah, tak dapat juga na?

Speaker

Takdan, masa habis.

Tadi kata janji nak bagi. Ni janji sini pun tak betul.

Speaker

Silakan YB. Alor Mengkudu.

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Subhanakala ‘ilmalana ma’allamtana innaka antal ‘ali mulhakim. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uqdatan millisani yafkhohu khauli. Terima kasih sekali lagi kepada sahabat saya, tahniah begitu bersemangat sekali. Saya tengok air ni ambil sama-sama, saya tak taulah saya takut saya minum air ni sama semangat macam dia. Saya ingat tak jadi macam tu lah, InsyaAllah.

YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Hari ini juga kita ada tetamu dari PKWR. Selamat datang semua dan InsyaAllah membawa balik maklumat tentang sidang Dewan pada hari ini.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian di dalam perbahasan serta mengemukakan soalan lisan dan bertulis pada Sidang Bajet Negeri Kedah bagi tahun 2025 dan yang saya kira menjadi medium rancangan dan pembangunan Negeri Kedah yang tercinta ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada YAB. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor atas pembentangan Belanjawan Kedah bertemakan “Erat Sejahtera 2025”. Saya kira masih belum terlambat juga untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YAB. Menteri Besar Kedah di atas pelancaran gagasan ‘The Greater Kedah’ baru-baru ini. Gagasan besar ini meliputi seluruh aspek yang berkepentingan bagi negeri ini untuk generasi hari ini serta generasi akan datang bergerak menuju masa hadapan dengan melangkaui batas dan masa.

Saya yakin, dengan kepimpinan YAB. Menteri Besar dan dibantu oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah maka hasrat ini akan dapat direalisasikan dengan jayanya, InsyaAllah walaupun waktu itu kita tidak lagi berada pada zaman itu, InsyaAllah. Tidak dilupakan ucapan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam mengemukakan saranan bernas untuk dijadikan penambah nilai bagi dasar-dasar negeri jangka panjang terutamanya melibatkan jawatankuasa berkenaan kos sara hidup dan belia.

Berdasarkan kepada bajet yang telah ditetapkan dan telah dibentangkan pada hari Ahad baru-baru ini oleh YAB. Menteri Besar, saya mengucapkan terima kasih Portfolio Sukan kerana telah memperuntukkan sebanyak lebih kurang RM11.63 juta yang melibatkan 3 inisiatif penting iaitu inisiatif 30, 31 dan 32 iaitu yang pertamanya peruntukan sebanyak RM3.8 juta telah disediakan bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan fasiliti dan prasarana sukan yang merangkumi kerja sambungan bagi pembaikan trek larian Stadium Darul Aman, baik pulih Stadium Sultan Abdul Halim dan menaik taraf fasiliti Komplek Akuatik Negeri Kedah serta pembaikan kemudahan sukan di daerah-daerah.

Yang keduanya inisiatif 31 permohonan atlet SUKMA dan sukan para. Selain itu, bagi tujuan pembangunan atlet melalui SUKMA, SUKDA serta sukan para, Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB. Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md. Nor juaga telah memperuntukkan RM8.35 juga dan peruntukan ini akan dibelanjakan sebaik mungkin dalam usaha mencapai hasrat melahirkan atlet-atlet Negeri Kedah yang cemerlang serta mampu mengharumkan nama negeri ini di persada antarabangsa.

Untuk makluman para Ahli Dewan semua, tahun lepas peruntukan kita RM8 juta tapi RM2 juta tambahan sempena dengan SUKMA. Jadi, pada tahun ini kita tambah RM8.35 juta dan InsyaAllah penambahan ini kita agihkan kepada SUKDA yang kita rasa ini antara sukan yang lama dah tak dipertandingkan seperti yang disebutkan tadi.

Sebenarnya tadi saya sebut 2018, sebenarnya 2017. Diharap, hasil daripada SUKDA ini akan melahirkan bakat-bakat yang kita idamkan untuk SUKMA yang akan datang. Dan peruntukan ini akan dibelanjakan sebaik mungkin dalam usaha mencapai hasrat melahirkan atlet-atlet Negeri Kedah yang cemerlang serta mampu mengharumkan nama negeri di persada antarabangsa.

Nisiatif 32, program pembangunan insan dan membentuk siswa dan belia cemerlang. Tidak dilupakan bagi golongan belia, RM100,000 telah dikhaskan kepada Sekretariat Belia Negeri Kedah, sebuah badan NGO yang telah diletakkan di bawah Jawatankuasa Belia dan Sukan serta telah banyak membantu dalam merencana kepelbagaian aktiviti serta program yang melibatkan keusahawanan, sukan serta kemasyarakatan sepanjang ia ditubuhkan. Terima kasih di atas persetujuan dan juga bajet yang telah ditetapkan oleh kerajaanlah. Sebenarnya sebelum-sebelum ini kita tak dak, sekretariat belia ini baru ditubuhkan, Alhamdulillah.

Jadi, untuk menjawab soalan, saya nak jawab terus kepada soalanlah yang dibangkitkan oleh ADUN Derga berkenaan dengan E-Sport. Bagi menjawab pertanyaan YB. ADUN Derga, Kerajaan Negeri Kedah sentiasa membuka ruang dan peluang kepada rakyat negeri ini untuk berkecimpung dan bergiat aktif dalam semua aktiviti sukan termasuklah E-Sport yang semakin popular pada masa kini. Di bawah Jawatankuasa Belia dan Sukan, program ‘Kedah E-Sport Challenge’ telah dilaksanakan pada 1 Jun 2024 dan disertai oleh 500 orang peserta dan program itu telah dilaksanakan di Dewan Mentaloon dan Alhamdulillah, kehadirannya amat memberangsangkan. Ini menandakan satu sukan baru yang menjadi minat kepada anak-anak muda. Sambutan yang amat menggalakkan ini menyebabkan kita akan menganjurkan sekali lagi E-Sport Challenge 2.0 pada 21 Disember 2024 akan datang dan InsyaAllah kita mengalu-alukanlah semua pihak, semua tuan-tuan yang berada di sini untuk mewar-warkan program ini dan InsyaAllah, kehadiran anak muda yang kita harapkan lebih daripada program yang pertama hari itu.

Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan dan membantu anak-anak muda untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat selagi ia tidak menyebabkan sebarang kemudaratan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, seorang atlet Kedah yang akan mewakili Malaysia dalam FIFAe World Cup 2024 featuring eFootbal bersama jurulatih E-Spot MSM Kedah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita tak pernah layak dalam dunia bola sepak ini untuk mewakili Piala Dunia. E-Sport ini ada peringkat dunia dan seorang daripada wakil kita yang telah memenangi pingat emas di SUKMA hari tu telah dipilih mewakili Malaysia. Ini suatu penghargaan yang cukup tinggi sebab di peringkat dunia, ‘World Cup’.

Kalau main bola ni tak dak harapan YB. Gurun, kita nak pi sampai ‘Wold Cup’. Peringkat Asia Tenggara pun kita akan kalah awal, kalau kebiasaanlah. Tapi hat ni, di peringkat ‘Wold Cup’, Piala Dunia E-Sport, InsyaAllah anak muda kita yang bernama Haris Azmi bersama ‘coach’nya Hazim Haizal akan bertarung pada bulan Disember inilah. InsyaAllah, kita mendoakan agar mendapat kejayaan di sana.

Dalam isu yang dibangkitkan oleh YB. Derga dan YB. Guar Chempedak berkenaan dengan isu padang bola. Yang ni pun, awal-awal hari tu YB. Pantai Merdeka bangkitkan dah. Jumpa bila dilantik sebagai Exco, yang tulah yang diutarakan dulu. Saya ingat ini jawapan sekalilah. Untuk penambahbaikan dan menaik taraf prasarana sukan di DUN Derga dan Guar Chempedak ni, InsyaAllah kita akan beri perhatianlah. Cuma, untuk makluman YB. Derga, YB. Guar Chempedak dan YB. Pantai Merdeka serta semua yang terlibat, padang bola ini sesuatu yang memakan belanja yang cukup bersarlah. Tetapi apa pun, kita mengharapkan bantuan daripada BPEN atau PBT, kerjasama daripada pihak-pihak tertentu, Kementrian Belia dan Sukan (KBS) dan juga semua pejabat tanah, kita harap kerja-kerja untuk menambah baik padang bola ini dapat dilaksanakan dengan baik sebab padang bola ini kadang-kadang melibatkan status tanah. Itu yang kadang-kadang agak rumit sikit. Bila status tanah ni kita kena pastikan dulu tanah tu hak negeri ataupun, hak kerajaan ataupun hak individu. Itu yang kita perlukan dan utamakan. Kalau perkara itu selesai, InsyaAllah cita-cita di Derga, Guar Chempedak dan juga Pantai Merdekalah yang berangan nak padang bola baharu, InsyaAllah kita akan cuba tunaikanlah.

YB. Gurun, YB. Gurun membangkitkan isu Le Tour di Langkawi. Terima kasih. Cadangan agar penutup bagi program Le Tour di Langkawi untuk diadakan di Langkawi sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Kerajaan Negeri pada dasarnya bersetuju dengan cadangan ini dan perbincangan lanjut akan diadakan bersama pihak kementerian. Sebenarnya perkara ini telah kita bincangkan, Tuan DO Langkawi berada di depan saya ni, dalam program di Langkawi sebelum kita beri hadiah tu, kita dah bincang bersama. Pada waktu itu Timbalan Menteri pun ada bersama, tentang Le Tour di Langkawi yang kebiasaannya akan bermula di Langkawi. Tapi, kita mengambil kira tentang keadaan masa yang terlalu suntuk, pelumba-pelumba dan semua petugas-petugas untuk berada di Langkawi. Jadi, kita mengambil kira atas kapasiti itu kita mencadangkan agar selepas ini iaitu tahun depan, ‘ending’ kepada Le Tour di Langkawi ini bermula mungkin di mana-mana tapi ‘ending’nya di Langkawi, InsyaAllah. Ini untuk kebaikan, YB. Speaker pun ada manfaat juga di sana, sebab kita tau YB. Speaker pun ada saham, InsyaAllah. Sebab kita tau contohnya macam tahun inilah, apabila Le Tour di Langkawi diadakan pada hari… saya tak ingat tarikh tu, dia masuk sehari sebelum kemudian hari tu dia terpaksa habis perlawanan dan perlu pindah terus mai ke Perlis sebab besok tu akan berlangsung di Perlis. Jadi, masa untuk dia berada di Langkawi sebagai pulau pelancongan untuk membantu YB. Kubang Rotan ni sempena tahun depan, Tahun Melawat Kedah. Jadi, yang tu kita harap perkara itu akan dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian.

Saya ucapkan terima kasih juga kepada Ahli Parlimen Langkawi yang telah membawa isu ini ke dalam Parlimen dan InsyaAllah semoga isu-isu yang kita bawa ini dapat didengar di peringkat Pusat dan InsyaAllah kita akan laksanakanlah program yang terakhir ini di Langkawi. Di dalam Mesyuarat Exco juga saya dah bentang, kita dah maklumkan, InsyaAllah semua dah menerima dengan terbuka. Semoga hasrat kita ini dapat diterimalah. Di samping itu juga, sebelum saya nak sentuh tentang belia ini, nak sentuh tentang KDA FC, haa..tak dak dah ketiga-tiga…. (merujuk kepada pembangkang).

Speaker

Tak pa, sebelum tu Speaker ucapkan terima kasih kepada YB. Exco.

Ya, InsyaAllah. Kain batik kena ada. InsyaAllah selepas ini. Di samping itu…… (YB. Tuan peaker mencelah)

Speaker

YB. Tokai bangun YB.

Sila! Sila!

Bagi YB. Alor Mengkudu minum dulu sat, kesian tengok dia kering kerongkong. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Memang idea yang diutarakan oleh YB. Gurun dan juga YB. Alor Mengkudu berhubung dengan ‘ending’ di Langkawi ini sesuatu yang begitu tepat. Kebetulan YB. Alor Mengkudu kita ni baik dengan Menteri Belia dan Sukan. Beberapa kali jumpa dan sembang-sembang, kena ‘pressure’ cukup-cukuplah na supaya ‘ending’nya di Langkawi sebab bila dah lawan, dah selesai apa semua, baru hatinya tu rasa tenang. Kalau tengah-tengah duk lawan pi Langkawi, depa nak berjalan pun tak senang. Jadi, bila selesai dah bagi hadiah di situ, saya rasa ini suatu masa yang mereka boleh ‘relax’ dengan semua ‘tournament’ yang telah selesai. Hat dapat hadiah begitu gembira, jadi banyak masa boleh dihabiskan di Langkawi. Saya menyokong penuhlah atas cadangan YB. Gurun tersebut.

Speaker

YB. Ayer Hitam bangun. bagi laluan YB.? Silakan YB. Ayer Hitam.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Speaker dan YB. Alor Mengkudu. Cuma, sebelum YB. Alor Mengkudu berpindah ke belia tu nak sentuh tentang sukan sikit. Saya nampak pembangunan sukan di peringkat rendah ini khususnya bola sepaklah di Kedah ini elok, cantik. Kita ada Kenari Kit yang ada pertandingan sendiri, yang ada tempat untuk latihan dan sebagainyalah. Cumanya, mereka ini selepas sekolah, bakat-bakat ini berpindah ke tempat lain, kita duk Kedah ni. Ada yang pergi AMD (Akademi Mokhtar Dahari), pergi ke Sekolah Sukan Penawar di Johor. Mereka pergi ke situ mungkin bagi persediaan mereka untuk latihan dan sebagainya yang lebih menarik rasanya untuk mengembangkan bakat-bakat mereka. Adakah Kerajaan Negeri ada rancangan atau apa ka untuk membuka pusat Akademi Mokhtar Dahari dan sebagainya seperti Akademi Radhi Mat Din ka, Akademi Baddrol Bakhtiar ka atau apa sajalah untuk kita nak kawal mereka supaya jangan keluar. Sebab ada beberapa orang daripada bakat kita ini dia dah disambar oleh JDT, dah di’parking’ siap-siap dah pada umur muda lagi ni. Kita kekang itulah supaya bakat muda kita boleh dikembangkan pada masa akan datang. Apa pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih YB. Tokai dan YB. Ayer Hitam. Tentang YB. Tokai ni InsyaAllah, betul. Sebenarnya itulah hasrat kita sebab saya lihat apabila Le Tour di Langkawi itu bila selesai sahaja, habis perlawanan tu, selepas bagi hadiah program tu, terus dia punya petugas-petugas pek, buka basikal, siap segala kelengkapan, terus ‘check out’ daripada hotel habis lebih kurang dalam pukul 1.00, pukul 2.00 depa dah ’check out’ dah daripada hotel sebab depa nak ‘prepare’ esok untuk bertanding di Arau. Jadi, tak dak ruang langsung untuk dia nak bersama atau menghayatilah YB. Kubang Rotan punya persediaan di Langkawi untuk pelancongan ini. Jadi, tahun depan ini kita mengharapkan YB. Kubang Rotan, habis di sana, YB. Kubang Rotan pun duduk di sana juga bersama-sama dengan kita punya pelumba-pelumba.

Berkenaan daripada YB. Ayer Hitam, sebenarnya isu anak-anak kita, atlet-atlet kita di peringkat sekolah yang telah keluar ke sekolah-sekolah lain itu sebenarnya adalah lanjutan daripada ‘performance’ ataupun ‘talent’ yang ada pada anak-anak itu ditempatkan di sekolah-sekolah yang disebutkan seperti AMD, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan sekolah-sekolah sukan ini. Tapi, secara dasarnya kalau dahulu anak-anak ini yang pergi ke sekolah-sekolah itu akan dikembalikan balik bila kita ada ‘tournament-tournament’, contohnya macam SUKMA, kita akan ambil balik untuk mewakili negeri.

Tapi pada lewat ini saya tidak pastilah, saya takut dari segi perubahan tu mungkin saya nak kena pastikan dengan kementerian pelajaran ka sama ada satu undang-undang lain yang membolehkan anak-anak dipindah tanpa dalam pengetahuan kita sebab anak-anak tu mai daripada kita.

Yang tu mungkin kita kena pastikan sebab kadang-kadang anak-anak Kedah ini antara anak-anak yang ‘talent’, ada bakat dan juga kalau disebut boleh lahirkan beberapa nama yang besar dari sudut olahraga apa semuanya. Tapi dari sudut bola sepak ni kita banyak di kalangan anak-anak kita yang bermain di luar Negeri Kedah, mengaji di luar, kemudian tiba-tiba dipancing oleh pasukan-pasukan lainlah. Pasukan yang ada kekuatan untuk memberi tawaran duit yang lebih, untuk perbelanjaan dan juga gaji, sewaktu di sekolah itu pun dah ditawarkan. Yang itu kadang-kadang ia di luar kemampuan kitalah. Tapi kita harap supaya ada tindakan selepas, InsyaAllah.

Saya sambung balik ya, berkenan dengan KDAFC, yang tanya tadi YB. Bakar Arang. Tapi saya nak sebut jugalah, kadang-kadang saya tak mau sebut, sebab yang ni adalah hak pihak swasta seperti yang dimaklumkan. Tapi apa pun, kita agak sedih dengan suasana bola sepak yang berlaku pada hari ini. Tapi, saya tidak menyalahkan sesiapa, saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Daud selaku ‘owner’ kepada KDAFC yang berani mempertaruhkan diri, berani mempertaruhkan kesibukan beliau dalam dunia lain, tiba-tiba menceburi dalam bidang bola sepak ini. Walaupun Kerajaan Negeri dibabitkan secara tidak langsung, sebenarnya yang ini saya ingat pembangkang, tapi dia tak dak waktu ini, benda ini tak dijadikanlah sebab sekarang ini ia dah jadi pihak swasta. Pihak swasta yang mengurus pasukan KDAFC. Jadi, daripada sudut saya, telah menjawab dalam Dewan yang lepas, saya telah mewar-warkan secara terbuka, bukan kata kita dalam Dewan ni saja dan juga boleh dibawa di luar sana dan siapa-siapa yang berminat untuk hadir, untuk membantu KDAFC, sila. Kita sedia menjadi penyambung untuk merealisasikan supaya bola sepak kita ini dapat dilangsungkan dengan baiklah. Tapi, setakat sekarang ini itulah keadaan dia dan kita mengharapkan walaupun kita ada program-program tertentu dan kita sebagai Kerajaan Negeri cuba untuk panggil nak berberbincang dengan KDAFC tetapi sampai sekarang tak jadi realiti lagilah. InsyaAllah, kita mengharapkan dan mendoakan semoga ada jalan keluar daripada masalah yang berlaku dalam KDAFC ini.

Speaker

YB. ada 9 minit lagi.

Di samping itu juga saya ingin kongsikan sedikit berkenaan dengan Sekretariat Belia Negeri Kedah. Sekretariat ini telah ditubuhkan pada April 2024, diangkat dan dipersetujui di dalam MMK. Sekretariat ini diwujudkan sebagai satu badan peringkat negeri yang akan bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan belia dapat dibuat secara menyeluruh merangkumi pembangunan insan, pertanian, usahawan, inovasi dan lain-lain. Sehingga bulan ini (November), 8 program telah diadakan di bawah sekretariat ini.

Antara program yang telah dijalankan adalah Kem Belia Sejahtera, Seminar Usahawan Belia Kedah, Kedah E-Sport Challenge, Kursus Asas Gunting Rambut, Kursus Asas Usahawan Coklat, Kursus Asas Pengenalan dan Penggunaan AI. Untuk perancangan bagi tahun 2025, pihak sekretariat akan berkolaborasi bersama agensi kerajaan dan swasta serta Akademi Binaan Malaysia, Kedah Industrial Skills And Management Development Centre (KISMEC) dan lain-lain dalam melahirkan belia yang berkemahiran.

Dalam bidang sukan, bajet pada kali ini telah memperuntukkan sejumlah dana bagi tujuan pengajuran SUKDA (Sukan Darul Aman). Sukan ini telah lama tidak diadakan iaitu kali terakhir 2017. Saya perbetul balik, tadi dalam soalan balas saya kata 2018, sebenarnya 2017 SUKDA ini tak dipertandingkan. Tujuan asalnya adalah untuk mencari bakat-bakat baharu sukan yang berpotensi. SUKDA kali ini dirancang untuk memfokuskan kepada acara-acara tepilih yang berpotensi menawarkan pingat kepada negeri. Perbincangan mungkin akan dibuat selepas ini dengan pegawai-pegawai daerah sebagai pengerusi majlis dan InsyaAllah, kita yakin bila kita war-warkan pihak Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah bajet untuk kita menjalankan sukan SUKDA ini dan InsyaAllah kita yakin dan kita percaya, kita akan lahirkan lagi bakat-bakat dan InsyaAllah bakat-bakat inilah kita akan jadikan sebagai satu aset kita untuk sukan SUKMA 2026 di Selangor dan SUKMA 2028 di Kelantan, InsyaAllah.

Selain itu, tidak dilupakan golongan istimewa OKU. Maka pembangunan sukan para di bawah JBS Kedah serta bekerjasama MSN Kedah juga dicadang untuk dilaksanakan bagi memastikan bakat-bakat para negeri dapat digilap dan diasah. Untuk makluman ahli Dewan semua, di samping SUKMA, sukan para juga dianjurkan baru-baru ini di Sarawak dan saya turut hadir bersama dengan YB. Gurun. Alhamdulillah, kita melihat walaupun atlet-atlet OKU kita ini dalam keadaan yang agak kekurangan tapi Alhamdulillah, walaupun kita tidak mendapat ‘target’ yang tepat, tapi kita melihat kesungguhan anak-anak OKU kita. Kesungguhan atlet-atlet kita berjuang dan Alhamdulillah, kita mengharapkan sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk tahun ini sebanyak RM50,000 InsyaAllah kepada JBS dapat melakasanakan program-program yang lebih terperinci supaya bakat-bakat anak-anak OKU ini dapat kita lahirkan melalui program i-Talent iaitu pencarian bakat. InsyaAllah, kita mengharapkan Pengarah JBS dalam makluman supaya membuat persediaan yang rapi dan InsyaAllah dalam tempoh 2026 ini kita akan dapat lahirkan lagi bakat-bakat daripada sukan OKU ini.

YB. Tuan Speaker, dalam menjayakan Bajet Negeri Kedah Tahun 2025, pihak kerajaan sentiasa siap siaga dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam pelbagai aspek termasuklah pembangunan sukan di Negeri Kedah serta pelbagai rangka, strategi dan kaedah telah dilaksanakan bagi menangani masalah dan merealisasikan langkah yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Saya juga sentiasa memastikan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan kementerian akan terus terpelihara demi kemajuan dan kebajikan rakyat. Kita juga sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memajukan sukan di Negeri Kedah yang tercinta ini.

Jalinan kerjasama yang baik dari jabatan, semua jabatan agensi Persekutuan terutamanya adalah sangat penting dalam usaha menterjemahkan kejayaan dan kegemilangan dalam usaha untuk memakmurkan Negeri Kedah. Saya mohon sangat-sangatlah Jabatan Pelajaran Negeri, sahabat saya berada di belakang, wakil dan juga semua JBS, mailah sama-sama kita berganding sebab kita tidak boleh berkata tidak. Untuk makluman Ahli Dewan, atlet-atlet di peringkat pembangunan semuanya berada di sekolah. Jadi, kita haraplah pada masa hadapan ni tak daklah lagi ada kekangan-kekangan tertentu yang menyebabkan kita jadi terbantut. Program-program yang telah kita rancang untuk menjadikan anak-anak Kedah ini anak-anak yang berjaya sehingga ke peringkat nasional. Senarai atlet-atlet kita yang berjaya ni banyak sangat, kita tengok olahraga serta sukan-sukan lain contohnya seperti baru-baru ini, kalau nak kata ‘The Greater Kedah’ ini kita dah capai sampai ke peringkat itu dah di peringkat sukan ini.

Kita ada 2 atlet kita antaranya yang telah sampai ke peringkat Olimpik, Nurul Izah, pelumba basikal dan yang terbarunya Phi Kun Pan, YB. Sidam orang berbangsa Siam. Hebat, menang di SUKMA pingat emas. Tahniah untuk orang Siam, hebat menang pingat emas dan baru-baru ini dia berlawan di Philippines menjadi johan di sana. Seorang anak yang kecil, hebat dan basikalnya bukan lawan atas ‘trek’ biasa untuk makluman Ahli Dewan, lawan dalam bukit, menelusuri bukit. Kalau dalam keadaan kita, kita tidak mampu saya yakin. Apabila di Sarawak itu yang hebatnya ketiga-tiga pelumba kita perempuan mendapat tempat 1, 2 dan 3 serta bendera kita Kedah dinaikkan dan saya melihat dalam keadaan itu berasa cukup hiba sehinggakan mengalir air mata ketika itu. Jadi, saya ucapkan tahniah. Maksudnya saya nak cerita apa? Nak kata ‘telent-telent’ sukan di peringkat Negeri Kedah ini memang ada dan InsyaAllah, sebab itulah apabila saya maklumkan tadi bahawa dalam sukan olahraga, haaaa….yang ni Tuanku Raja Muda cukup minat. Baginda beri tekanan, “tolong cari, kita ada ‘telent-telent’ yang berbakat di peringkat sekolah, kita ada pelumba-pelumba yang hebat” dan kita bawa jurulatih daripada kebangsaan, jurulatih yang telah melahirkan banyak jaguh-jaguh ‘hundred meter’ ini dan InsyaAllah sekarang dia berada di bumi Kedah dan InsyaAllah kita mengharapkan hasil daripada latihan yang akan dilakukan, InsyaAllah 2026 kita akan…. Kita tak mengatakan kita janji, tapi kita mengharapkan akan ada wakil ‘telent-telent’ yang berbakat dalam acara pecut ini, InsyaAllah.

Saya juga akan sentiasa memastikan hubungan baik seperti yang saya sebutkan tadi. Cuma kadang-kadang seperti yang saya katakan tadilah, baru-baru ini ada juga isu-isu yang kadang-kadang boleh mengganggugugatkan suasana sukan dalam negeri ini. Tapi saya tak mau maklumkanlah tapi saya mengharapkan JBS, Kementerian Belia dan Sukan seperti yang dimaklumkan oleh YB. Tokai tadi, hubungan kami hebat, erat dengan YB. Anna Yeoh ni, YB. Kuala Ketil dia tengok langsung kalau disebut nama ni. Beliau telah menyatakan dengan secara jelasnya dalam beberapa program bahawa sukan tidak ada melibatkan politik. Jadi, saya nak terimalah yang ni, daripada sudut pembangkang saya nak yang ni kita perlu laksanakan walaupun kadang-kadang ada juga, baru-baru ni ada juga, saya nak sampai pukul 4.00 nak rasmi program, selepas tu pul 4.00 telefon tak boleh rasmi program, saya kena hadir sahaja. Yang ini saya ingat tak berlaku dah selepas ini, demi menjaga keharmonian dengan suasana sukan ini sebab saya duduk dalam sukan 25 tahun, YB. Speaker. Berapa zaman dah, daripada dulu lagi dan saya nak cerita kita dah jadi pembangkang dah lama dah, duk dalam kerajaan. Tapi kita bila disebut pasal sukan, kita meletakkan ia sebagai benda yang tepi, kita tak terlibat langsung dalam dunia politik. Jadi, saya harap pihak kerajaan dan pihak-pihak yang tertentu jagalah suasana ini dan jagalah demi untuk tidak membantutkan suasana sukan yang ada dan juga atlet-atlet kita. Akhirnya itu yang menjadi kerugian kepada negeri dan juga negara.

Speaker

YB. Alor Mengkudu, boleh buat penggulungan.

Sekali lagi saya amat berbesar hati menyambut baik hasrat yang dibuat oleh gagasan ‘The Greater Kedah’ yang bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan dengan kerancakan ekonomi, pelaburan yang masuk melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi, malah bidang sukan perlu diangkat semula kegemilangannya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada YAB. Menteri Besar yeang telah meluluskan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam Negeri Kedah. Keprihatinan YAB. ini menambah kekuatan dan semangat bekerja kepada penjawat awam Negeri Kedah untuk memberi khidmat bakti yang lebih cemerlang.

Namun saya yakin, bukanlah kerana wang itu penjawat-penjawat awam kita bekerja, sebab dah ada dalam diri dia sifat tulus, ikhlas, amanah dan terbukti benda ini apabila dalam Buku Bajet ini di muka surat 9 hingga 13, anugerah yang telah kita terima di peringkat Kerjaan Negeri Kedah. Itu antara pengiktirafan di peringkat Pusat bahawa Negeri Kedah ini adalah melahirkan bukan sekadar orang sukan, penjawat-penjawat pun telah buat kerja dengan penuh amanah. Kita beri tepukanlah kepada penjawat-penjawat awam kita semua. Alhamdulillah.

Oleh itu, marilah kita pertahankan kepimpinan YAB. Dato’ Seri MB yang ada sekarang ini dan juga kerajaan yang ada. Sehingga bila YB. Tuan Speaker? Sehingga akhir hayat kita di sini. Dan untuk sahabat-sahabat saya dari pembangkang, bukalah mata, pasanglah telinga, sucikanlah hati, akuilah kebenaran, buanglah sifat kecemburuan atas kejayaan yang telah terbukti ini. Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk bekerja bersama demi Negeri Kedah yang tercinta ini.

Akhir sekali, saya dengan ini menyokong penuh Pembentangan Bajet 2025 Negeri Kedah Darul Aman. Wallahu’aqlam Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada YB. Alor Mengkudu. Suka saya nak mengingatkan kepada YB. Exco yang akan membuat penggulungan, masa yang kita beri adalah sebanyak 30 minit. Jadi, YB. cubalah atur supaya memberikan jawapan yang tepat, ringkas dan padat. Saya tidak akan segan-segan untuk nak menghentikan YB.-YB. Exco sekiranya masa dah cukup.

Seterusnya kita jemput YB. Kubang Rotan. Silakan.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Ahli-ahli Dewan, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Pegawai Kewangan Negeri, YB. Penasihat Undang-undang, ketua-ketua jabatan, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pakat dengar elok-elok na?

Dengarkan tuan suatu madah, Kisah baginda sultan di Kedah, Negerinya ramai terlalu indah, Isi Negeri semuanya mudah.

Ismu baginda Sultan Maulana, Ahmad Tajuddin gelar rancana, Ibni Sultan Abdullah yang qana, Bangsa di atas takhta kencana.

Akal baginda sangat sempurna, Adil dan murah terlalu bermakna, Masyur lempah anta permana, Dikasih mulia dan hina.

Sepatutnya saya bersyair tetapi seriau takut Ahli-ahli Dewan ni rasa pelik, jadi saya baca bait-bait ini seperti berpantun.

Untuk makluman YB. Tuan Speaker dan Dewan yang mulia ini, bait itu bukanlah sembarangan, ia merupakan petikan daripada syair Sultan Maulana, sebuah karya klasik yang mempunyai kedudukan tersendiri dalam Sejarah Negeri Kedah. Tiada nama penulisnya tetapi ia dipercayai ditulis oleh jurutulis kepada Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Ibni Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Syah, Sultan Kedah yang ke 22 yang memerintah Kedah dari 1803 sehingga 1821 dan kemudian dari 1842 sehingga 1845. Dan naskah tersebut adalah naskah klasik, bahasa yang digunakan juga tentulah Bahasa Melayu lama yang sezaman dengannya. Sama-samalah kita gali maksud dan makna perkataan-perkataan yang diguna, yang sebahagiannya telah pupus ditelan masa. Tetapi alangkah baiknya jika diangkat dan dipulihara.

YB. Tuan Speaker, syair ini bermula dengan mengisahkan kemakmuran Negeri Kedah dan kebijaksanaan baginda sultan. Ia kemudian membawa kita mengikuti secara terperinci peristiwa Perang Siam dan Burma di mana Kedah terlibat sama kerana diminta oleh Siam membantu mereka. Dan itu berlaku kira-kira sedekat sebelum terjadinya “Perang Musuh Bisik”. Saya memilih syair ini sebagai pembuka bicara sekadar untuk mengingatkan kita tentang betapa kayanya Negeri Kedah ini dengan warisan seni budayanya. Selain syair ini, ada senaskah lagi syair yang hebat iaitu syair “Duka Nestapa” yang mengandungi 450 bait. Menariknya syair ini ditulis sendiri oleh Sultan Ahmad Tajuddin yang mengisahkan duka baginda ketika dalam buangan di Melaka sewaktu Kedah diperintah oleh Siam dari 1821 sehingga 1842. Naskah-naskah ini adalah pelengkap kepada kehebatan Kedah yang semenjak bermulanya Tamadun Sungai Batu telah melakarkan kegemilangan demi kegemilangan. Khazanah-khazanah seperti itulah yang akan kita angkat, kita jadikan pemikat untuk menarik kehadiran pelancong ke Kedah. Kita ingin memberitahu mereka malah memberitahu dunia bahawa Kedah bukan sahaja hebat kerana “Jelapang Padinya”, alam semulajadinya, halus seninya, lunak budayanya, gastronominya, tetapi juga khazanah-khazanah tak ternilai termasuk yang mungkin belum dicungkil atau terlepas pandang.

YB. Tuan Speaker, terlebih dahulu dikesempatan ini saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar atas Pembentangan Belanjawan 2025 yang sekali lagi menjadi bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat Kedah terus menikmati manfaat pembangunan sosioekonomi secara inklusif dan mampan. Di sini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas sokongan yang diberikan melalui peruntukan yang disalur kepada portfolio-portfolio saya khususnya Portfolio Pelancongan.

Peruntukan ini, sebagaimana yang diumumkan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar bukan sahaja melambangkan kepercayaan yang diberikan tetapi juga membawa harapan besar untuk memacu kemajuan segmen pelancongan di Negeri Kedah yang kita cintai ini. Saya yakin, dengan sokongan ini kita mampu memastikan kecemerlangan Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025). Malah, dengan peruntukan tambahan ini sasaran kehadiran pelancong dapat dinaikkan kepada 7 juta berbanding 6.5 juta sasaran asal. InsyaAllah, kepercayaan yang diberi itu akan pihak saya pikul dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab. Peruntukan-peruntukan tersebut akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya berpandukan prinsip tadbir urus yang cekap, tatakelola yang baik dan visi serta misi yang jelas.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, usaha untuk mengubah wajah sektor pelancongan di Negeri Kedah bermula sebaik sahaja YAB. Jeneri selaku Menteri Besar mengumumkan mengenai hasrat Kerajaan Negeri menganjurkan TMK 2025. Sejak itu, pihak saya dan pasukan melangkah terus meneliti, menyusun, mengatur dan merancang apa yang perlu. Usaha itu kemudian dilipatgandakan lagi selepas pelancaran TMK 2025 di Menara Kuala Lumpur pada Ogos yang lalu. Senarainya akan menjadi terlalu panjang jika dinyatakan satu persatu apa yang telah dilakukan dalam tempoh itu sehingga sekarang. Saya telah mengadakan pertemuan dan sesi libat urus dengan hampir kesemua pemain-pemain industri baik di Langkawi mahupun di Tanah Besar Kedah dari pengusaha hotel, pemandu pelancong, hinggalah pemandu teksi dan kereta sewa, dari pengusaha restoran berbintang-bintang sehingga peniaga kecil di tepi jalan semuanya dibawa berbincang dan didengar buah fikiran.

Alhamdulillah, berkat kerjasama dan komitmen semua pihak termasuk jabatan-jabatan dan agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, banyak hasil dituai dan banyak perkara yang dapat dicapai. Saya berikan salah satu contoh iaitu pada 5 Disember nanti Syarikat Penerbangan Batik Air akan memulakan penerbangan sulungnya bagi laluan Kuala Lumpur – Alor Setar. Penerbangan terus ini akan beroperasi 7 kali seminggu dengan menggunakan pesawat Boeng 737. Sudah tentulah kehadiran penerbangan baru ini akan memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan dalam negeri kita ini.

Untuk makluman YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga kini sedang mengusahakan laluan baru penerbangan Alor Setar- Kota Bharu dan sekiranya berjaya, saya yakin akan memberikan impak berganda kepada usaha-usaha yang telah kita jalankan selama ini. Oleh itu, kepada sahabat-sahabat di dalam Dewan ini saya mohonkan supaya sama-sama mendoakan supaya inisiatif kecil ini mencapai kejayaannya.

YB. Tuan Speaker, sebelum meneruskan penggulungan saya ingin memberikan respon kepada perkara-perkara yang disentuh dan dibangkitkan oleh sahabat-sahabat saya Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan Belanjawan 2025 mengenai hal-hal yang berkaitan dengan portfolio yang diamanahkan kepada saya untuk menerajuinya.

Pertama, soalan tambahan YB. Ayer Hitam yang meminta Projek Pembangunan Rekreasi Jeruju di Kubang Pasu dilaksanakan. Ya, saya bersetuju bahawa Pusat Rekreasi Jeruju adalah salah satu produk yang berpotensi besar untuk diketengahkan kerana ia memberikan keunikan yang membolehkan pengunjungnya melihat matahari terbenam. Selain itu, ia menjadi tumpuan umum untuk berkhemah kerana kebersihan serta keindahan alam semulajadinya. Namun begitu, untuk memastikan kawasan tersebut sedia dilawati, beberapa perkara asas perlu diambil kira seperti kemudahan tandas, surau, bekalan air, kawasan tapak pakir serta beberapa elemen keselamatan yang lain yang penting untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung. InsyaAllah, kita akan berusaha menyelesaikan perkara-perkara asas itu dan kemudian akan berusaha untuk membangunkan Pusat Rekreasi Jeruju sebagai produk baru yang berdaya maju, InsyaAllah.

Speaker

YB. Kubang Rotan, YB. Ayer Hitam minta laluan. Boleh?

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Kubang Rotan. Menyentuh tentang Dataran Jeruju yang telah kita kemukakan kepada pihak NCER (Northern Corridor Economic Region) untuk dilaksanakan. Seperti yang disebut oleh YB. Kubang Rotan, dalam pemindahan dasar itu kita dah ada sedikit sebanyak, kita dah bina tandas, dah ada surau, dah ada bekalan air pun walaupun kita ambil sumber dari luar dataran itu. Juga kita ada tapak untuk perkhemahan biasa dan perkhemahan ‘motorhome’, juga kita ada kemudahan kolam memancing ikan. Ikan puyu, ikan tilapia ada di situ. Jadi, kemudahan-kemudahan itu sudah ada secara asasnya cuma kita nak pertingkatkan melalui permohonan kita kepada NCER itu untuk penambahbaikan yang menyeluruh supaya kita mendapat satu dataran yang betul-betul menyediakan kemudahan yang kondusif kepada pengunjung-pengujung atau pelancong-pelancong yang berminat. Terima kasih.

Speaker

YB. Bayu minta laluan.

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan terima kasih YB. Kubang Rotan. Berkenaan dengan Tahun Melawat Kedah 2025 ini, adakah pihak kerajaan ada mengenal pasti kawasan-kawasan tumpuan pelancong tidak terjejas dengan capaian ‘line’ internet? Jika ‘line’ internet terjejas ia akan membantut kemasukan kehadiran pelancong. Pelancong masuk kalau nak bermalam ‘line’ internet tak dak dia akan balik. Ini akan merugikan kita. Terima kasih.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Speaker, saya ingin mencelah juga.

Speaker

YB. Kota Darul Aman minta laluan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Speaker. Dalam katalog ini, (sambil menunjukkan katalog) saya ada nampak Taman Persisiran Tanjung Chali di mana aktiviti berbasikal, joging, memancing dan ‘instagrammable spots’ dan ini untuk Taman Persisiran Tanjung Chali memang sudah banyak kali saya bangkitkan dalam Dewan tentang infrastruktur yang tidak dinaik taraf untuk sekian lama dan tahun depan kita akan buka untuk orang melawat. Manakala Menara Tanjung Chali pun tak dibuka dan ‘boxpark’ pun belum dibuka. Jadi, apakah hala tuju persiapan untuk tahun depan. Terima kasih.

YB. Tuan Speaker, boleh saya mencelah sikit?

Speaker

Ya, silakan.

YB. Speaker, saya ingin menarik perhatian mengenai kawasan-kawasan pelancongan yang telah diisytiharkan penyakit seperti kencing tikus dan sebagainya. Kemudian apabila pihak kesihatan mengisytiharkan kawasan itu kawasan kencing tikus tetapi dia tidak mengisytiharkan apabila penyakit itu sudah dapat diselesaikan. Jadi, maknanya segala aktiviti dihentikan dan sampai lamalah masanya. Ini saya nampak bahawa tidak ada keselarasan di antara jabatan-jabatan terutama sekali jabatan yang mempunyai tempat pelancongan contohnya ialah Jabatan Perhutanan. Jadi, apabila berlakunya perkara itu iaitu kawasan itu akan rosak jadi ini menimbulkan kerugian kepada kerajaan sampai berjuta-juta ringgit, pelancongan terhenti dan ini saya rasa perlu ada penyelarasan antara jabatan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ok, teruskan YB. Kubang Rotan.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Baik, terima kasih. Untuk Baling, capaian internet setakat ini saya rasa tidak ada terdapat sebarang rungutan atau apa-apa ‘complain’ berkaitan capaian internet ini. Bagi saya kalau ada pun terlalu terpencil. Tapi kalau perlu untuk saya melihat perkara itu saya akan lihat.

Seterusnya kepada YB. Kota Darul Aman, makluman daripada pihak saya diberitahu bahawa kawasan yang dimaksudkan oleh YB. Kota Darul Aman dalam keadaan baik. Selepas YB. Kota Darul Aman bangkitkan isu ini saya juga akan dapatkan pandangan daripada MBAS untuk mamastikan sejauh manakah apa yang diperkatakan oleh YB. Kota Darul Aman. Tapi apa pun InsyaAllah, yang berada di dalam ‘brochure’ ataupun katalog ataupun buku tersebut itu kita akan pastikan semua tempat-tempat itu berada dalam keadaan baik. InsyaAllah, dengan ada berbaki masa sebulan lebih saja lagi InsyaAllah saya rasa pihak kita akan sempat buat persediaan yang lebih baik untuk sambut tahun hadapan, Tahun Melawat Kedah, InsyaAllah. Terima kasih, saya sambung. Terima kasih juga YB. Ayer Hitam tadi.

Mengenai cadangan YB. Kuah supaya laluan pendakian Gunung Jerai dinaik taraf. Suka saya maklumkan buat masa ini belum ada perancangan khusus dari pihak Kerajaan Negeri untuk menaik taraf laluan tersebut kerana ia mengekalkan alam semulajadi yang sedia ada. Jika kita mempunyai hasrat ke arah itu sekali pun, banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan dan banyak kajian yang perlu dilakukan.

Berhubung Bajet Khas untuk memelihara Kota Kuala Kedah sebagai destinasi interaktif dengan menggunakan teknologi realiti maya. Sukalah dinyatakan di sini bahawa walaupun tiada peruntukan khusus untuk Kota Kuala Kedah, namun begitu inisiatif promosi secara digital dijangka meliputi kawasan-kawasan bersejarah dan ikonik termasuklah Kota Kuala Kedah. Melalui inisiatif promosi ini, Kota Kuala Kedah dapat diposisikan sebagai destinasi sejarah dan warisan yang menarik dan mampu memberikan pengalaman hebat kepada pengunjungnya. Sejajar dengan tema TMK 2025 iaitu 'Experience Kedah' Kerajaan Negeri Kedah dan Kedah Tourism Sdn. Bhd. boleh memainkan peranan utama sebagai fasilitator sementara sektor swasta dan komuniti boleh menyumbang kepada keberhasilan projek ini. Saya minta maaf kepada YB. Kupang, saya tak respon tadi. InsyaAllah apa yang disuarakan oleh YB. Kupang itu akan saya ambil tindakan, InsyaAllah.

YB. Tuan Speaker, saya ingin merakamkan penghargaan kepada YB. Kota Siputeh atas cadangan untuk menjadikan Kampung Kota Siputeh sebagai “Kampung Warisan” dan Gunung Gua Kerbau sebagai destinasi pelancongan. Cadangan ini selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan pelancongan berasaskan warisan dan alam semulajadi di Kedah. Langkah-langkah ke arah itu akan segera kita ambil terutamanya bekerjasama dengan Jabatan Warisan Negara untuk memulihara dan memulihkan tapak-tapak bersejarah di Kampung Kota Siputeh.

Selain itu, tumpuan akan diberi untuk meningkatkan kemudahan asas seperti pusat informasi pelancong, papan tanda interaktif dan laluan pejalan kaki untuk memudahkan pelawat.

Untuk mengangkat Gunung Kerbau sebagai destinasi pelancongan pula, beberapa tindakan yang perlu diambil segera ialah membangunkan laluan pendakian, mendirikan platform pemandangan dan menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan tempat rehat tanpa menjejaskan ekosistem semulajadi. Semua usaha ini sudah tentulah perlu disokong dengan promosi dan pemasaran di samping mewujudkan jaringan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan termasuk agensi-agensi pelancongan. Kita percaya, nisiatif ini akan membantu membawa limpahan ekonomi kepada warga setempat selain memperkasakan lagi kedudukan warisan sejarah dan khazanah alam semulajadi kita.

Seterusnya, sahabat saya dari Anak Bukit yang mengemukakan soalan yang berbunyi, Sungai Kedah kaya dengan hasil nelayan darat iaitu udang galah dan pekasam yang menjadi makanan tradisional yang menjadi tarikan pelancong dan memberikan sumber pendapatan kepada nelayan darat di tasik dan sungai. Apakah strategi dan perancangan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan pelancongan dengan melibatkan nelayan darat sebahagian dalam promosi Tahun Melawat Kedah 2025? Terima kasih YB. Anak Bukit kerana soalan yang menarik itu.

Apa yang dibangkitkan oleh YB. Anak Bukit itu bukan sahaja membuka jalan ke arah peningkatan sumber pendapatan kepada komuniti nelayan darat tetapi juga berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Kedah nanti. Bagi pihak Kerajaan Negeri, antara inisiatif yang boleh kita pertimbangkan adalah membangunkan produk pelancongan berasaskan nelayan darat. Antaranya, menyediakan pakej pelancongan sungai dan tasik di mana pelawat ditawarkan peluang merasa pengalaman sebagai nelayan darat, pakej belajar memancing udang galah, mempelajari teknik pembuatan pekasan daripada nelayan tempatan, pesta memancing ikan darat dan sebagainya. Saya mengambil serius cadangan YB. Anak Bukit dan akan memastikan acara yang melibatkan nelayan darat menjadi sebahagian daripada pengisi kalendar TMK 2025. Boleh YB. Anak Bukit na?

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Terima kasih YB. Kubang Rotan.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti saya katakan tadi, kita tidak menati sehingga tibanya tahun 2025 untuk memulakan gerak kerja bagi menjayakan Tahun Melawat Kedah.

Semuanya dimulakan lebih awal. Dalam tempoh dua tiga bulan kebelakangan ini, sebagai contoh begitu banyak program-program yang diadakan di seluruh negeri atas inisiatif pelbagai pihak seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Muzium Negeri Kedah, JKKN, PKNK, sekadar menyebut beberapa nama.

Kita turut menyaksikan penglibatan serius pihak-pihak swasta dan NGO termasuk Koperasi Pekan Rabu yang memberikan kerjasama padu dalam penganjuran program-program yang bertujuan menghangatkan suasana persediaan menyambut TMK 2025. Hasilnya, antara lain kita dapat melihat Program Dam Kem 2024 di Tasik Pedu, Program Semarak at Muzium Kota Kuala Kedah, Temasya Orang Kedah 2024, Pasar Lambak Pekan Rabu, Pasar Lorong Keretapi dan banyak lagi. Dan kita tidak hanya membuat ‘warming up’ dengan program-program yang bertujuan menarik kehadiran pengunjung tetapi juga memastikan kita bersiap sedia dalam aspek-aspek lain termasuk kebersihan dan kesihatan. Bagi tujuan itu, sebagai contoh pada 19 Disember ini… (YB. Lunas minta laluan)

YB. Speaker, YB. Kubang Rotan, minta celah boleh?

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Sat! Nak perabis hat ni saja. Bagi tujuan itu, sebagai contoh pada 19 Disember ini kita akan menganjurkan Gotong Royong Perdana yang memang benar-benar perdana kerana ia melibatkan PBT di seluruh negeri. Terima kasih YB. Kuala Ketil di atas sokongan untuk hasrat besar ini. Sila YB. Lunas.

Terima kasih YB. Speaker dan YB. Kubang Rotan. Kalau saya amati daripada ucapan YB. Kubang Rotan itu sendiri, banyak persiapan-persiapan yang dibuat untuk menyambut Tahun Melawat Kedah 2025. Soalan saya, ada atau tidak perancangan yang kita buat di peringkat Kerajaan Negeri terutama di bawah portfolio Kubang Rotan dengan menjalinkan kerjasama yang strategik dengan negara luar. Sebagai contoh, untuk menarik kemasukan pelancong daripada China ke Negeri Kedah kerana saya ada sedikit pengalaman dalam soal pengurusan pelancong ini. Kerana kalau untuk Tahun Melawat Kedah, disasarkan kepada pelancong tempatan sahaja saya rasa kita tak akan capai matlamat tersebut. Tapi kalau kerjasama yang saya sebutkan tadi sebagai contoh untuk membawa pelancong dari China ini, ada atau tidak kerjasama yang kita buat di peringkat luar daripada segi perbincangan kerana pelancong-pelancong sebagai contoh daripada China ni, dia masuk ke negara kita dia ada tempat-tempat tertentu yang dia suka pi.

Sebagai contoh mereka suka pi kawasan tanah tinggi. Pengalaman saya yang lepas saya tengok kalau biasanya pelancong ni dia masuk kalau China dia masuk dia akan pergi ke Genting Highland dan dia akan pergi ke kawasan Cameron Highland kemudian dia akan pergi ke Thailand sekejap dan dia akan patah balik ke Malaysia dan dia akan balik ke negara dia. Tempat-tempat sejuk ni, sedangkan kita di Kedah ni tak kurang tempat yang menarik sebagai contoh saya kata kalau di tempat sejuk nak ‘relate’ dengan dua tempat yang saya sebutkan adalah Gunung Jerai.

Jadi, soalan saya ada atau tidak perancangan dibuat oleh YB. Kubang Rotan sendiri yang mungkin boleh dimaklumkan di dalam Dewan ini untuk pengetahuan khususnya rakyat Kedah bahawa kita benar-benar serius untuk menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025?

Speaker

YB. Kubang Rotan ada 8 minit lagi ya.

YB. Kubang Rotan, minta laluan. Terima kasih kepada YB. Speaker dan YB. Kubang Rotan kerana memberi ruang. Tadi tengok YB. Kubang Rotan berbicara tentang tempat-tempat pelancongan, sana, sini, sana, sini, gua apa semua ada. Tapi produk makanan kita yang nak menarik kepada pelancong ni. Kalau kita pi Kelantan ada sup belut, ada keropok lekor, Pahang ada ikan patin. Apakah produk Negeri Kedah ni untuk menarik pelancong? Kalau dulu laksa Kuala Kedah, satey Semeling, contoh YB. Anak Bukit dia kata ada ikan pekasam. Mungkin ikan pekasam tu kita buat masak kuning ka, masak cili padi ka, apa ka bagi menarik pelancong untuk menikmati makan nasi dengan lauk-lauk kita ni. Kalau di Pedu ada orang panggil “gajah berguling”. Gajah berguling ni dibuat daripada pisang awak, pisang saya tak daklah, pisang awak (sambil ketawa), kerabu daging mentah, kerabu beka, kemudian lepat bungan cica. Jadi, produk-produk ini kita bagi ada umph! Lah sikit bagi menarik pelancong untuk menikmati makanan di Negeri Kedah ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Terima kasih. Ada 8 minit, sebab saya dengan YB. Speaker ni memang ‘sharp’, dia tak bagi tambah. Jadi, saya payah sikit dengan Speaker ni.

Yang pertama YB. Lunas. Bila sebut saja pelancong China, saya nak sentuh sikit. Di antara perbincangan saya dengan Menteri pada bulan lepas di Langkawi antaranya adalah berkenaan dengan pelancong China.

Saya ucapkan terima kasih kepada menteri MOTAC atas kesediaan beliau untuk bersama-sama Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu adakan pakej ataupun mengadakan penerbangan ‘carted flight’ dari Negeri China ke Negeri Kedah ini. Itu pun selepas YB. Menteri berjumpa dengan YAB. Menteri Besar selepas daripada ini. Saya jawab setakat itu dulu.

Bab YB. Pedu, semua tu ada dalam ucapan saya sat lagi. Sat lagi saya jawab terus.

Speaker

5 minit lagi.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Seterusnya, Gotong Royong Perdana itu hanyalah sebahagian daripada inisiatif kita untuk menyediakan yang terbaik kepada pelawat dan pelancong. Selain itu, banyak lagi yang telah dan akan kita lakukan terutama yang melibatkan penambahbaikan prasarana demi memastikan pelancong dan pelawat menikmati keselesaan dan setiap kunjungan mereka ke destinasi-destinasi yang kita tawarkan.

Sebahagian daripada langkah-langkah menaik taraf ini telah saya nyatakan dalam jawapan kepada YB. Bakar Arang dalam jawapan kepada soalan lisan semalam. Selain itu, sebagai contoh antara langkah lain yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui PKNK ialah menaik taraf kemudahan-kemudahan yang terdapat di Gunung Jerai selaku destinasi pelancong ikonik Negeri Kedah. Antara langkah-langkah itu ialah penurapan jalan dalam kawasan resort, penambahan tempat letak kereta untuk pelanggan dan pengunjung bersebelahan resort dari 40 petak kepada 70 petak, naik taraf tandas awam untuk lelaki dan wanita setiap satunya dari 3 unit kepada 5 unit, dan mewujudkan tandas untuk OKU. Di samping itu, kemudahan letak kereta dan perkhidmatan di kai Gunung Jerai juga telah dinaik taraf manakala lampu solar jalan akan dipasang di lokasi yang ditentukan oleh JKR nanti. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, aplikasi myGunung Jerai akan siap pada Disember ini.

Di Gunung Keriang, sejumlah perancangan akan dilaksanakan secara berperingkat. Antaranya termasuklah memperbaiki lif yang sekian lama mengalami kerosakan.

Pada September lepas, ‘tree top walk’ yang terkenal di Taman Eko Rimba Sungai Sedim tidak dapat digunakan akibat kerosakan bahana dibadai ribut. Saya melakukan lawatan kerja di sana dan kemudian pergi lagi bersama-sama dengan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar dan kemudiannya berusaha mendapatkan peruntukan bagi tujuan memperbaiki kerosakan tersebut. Alhamdulillah, kita berjaya mendapat peruntukan daripada MOTAC.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, saya telah melakukan lawatan kerja ke beberapa daerah dan akan meneruskan sesi lawatan itu ke daerah-daerah lain yang berbaki bagi melihat sendiri sejauh mana persiapan setiap daerah dalam menyambut dan meraikan kehadiran tetamu-tetamu kita semasa TMK nanti. Setakat ini berdasarkan kepada tinjauan yang telah dibuat, saya cukup berpuas hati.

YB. Tuan Speaker… nak pendekkan ni.

Speaker

3 minit lagi.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Menyedari hebatnya seni kulinari Kedah dan besarnya pada gastronomi dalam industri pelancongan, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan khusus kepada usaha-usaha mengangkat dan memporpularkan sajian-sajian tradisional Kedah yang akan bermula dengan usaha mengangkat gulai ikan temenung sebagai makanan warisan Kedah disusuli dengan mengetengahkan sebanyak mungkin menu tradisi yang kita miliki. Pengalaman sendiri yang saya hadir merasmikan program Bicara Kelestarian Makanan Tradisi “Sedap Baq Hang Lauk Kedah” anjuran Arkib Negara baru-baru ini menyebabkan saya terfikir untuk mengusahakan satu pesta makanan tradisional Kedah secara besar-besaran, segala yang mampu menggamit kehadiran pelancong luar terutama dari negara-negara tetangga.

Speaker

2 minit lagi.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Sepertimana yang dinyatakan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, sebahagian daripada RM5.81 juta yang diperuntukkan kepada portfolio saya adalah untuk membangunkan Galeri Perang Musuh Bisik. InsyaAllah pembangunan galeri ini juga akan dimulakan pada masa terdekat dan butiran lanjut mengenainya akan saya umumkan apabila tiba masanya nanti.

Kita tidak berhenti di situ, satu usaha juga sedang dibuat sekarang ini untuk mewujudkan sebuah kompleks seni di Kedah tempat di mana akan berhimpunnya segala karya seni dan seniman yang lama dan yang baru, InsyaAllah kita akan binakan di Negeri Kedah kita ini.

Di Kuala Kedah pula, InsyaAllah kita akan mula bangkit dengan produk-produk baharu termasuk Padang Garam yang akan kita angkat sebagai destinasi pelancongan baru yang InsyaAllah akan menjadi kegilaan baru dan di Kuala Kedah juga Jambatan Tok Pasai yang jasanya tidak sedikit itu akan mula bermandi cahaya bagi menyerlahkan lagi kehebatan dan keagungannya.

YB. Tuan Speaker, dalam merangka apa juga program, faktor cuaca perlu diambil kira apatah lagi dalam keadaan sekarang di mana cuaca sangat tidak menentu. Walau bagaimanapun, di Kedah pada kelazimannya kita menghadapi musim panas dan kemarau dari Januari sehingga Jun atau Julai sebelum berdepan dengan ketidaktentuan sehinggalah bermula musim hujan pada September hingga Disember. Pihak saya mengambil maklum perkara ini dan kerana itu sebahagian besar program ‘outdoor’ ditumpukan pada musim kemarau manakala program-program pada hujung tahun kebanyakan walaupun tidak semua akan diadakan secara ‘indoor’.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan segala persiapan yang dibuat ini kita berharap TMK 2025 benar-benar mengangkat sektor pelancongan Kedah ke arah baru sebagaimana yang kita hasratkan sejak dari mula. Tetapi semua itu bergantung kepada sejauh mana kebersamaan kita dalam menjayakannya jika setiap pihak daripada kerajaan sehingga rakyat, daripada jabatan kepada agensi, daripada NGO kepada individu

sama-sama memainkan peranan, InsyaAllah kejayaan menanti di depan kita. Dalam hubungan yang sama, saya juga dengan ini mengharapkan sahabat-sahabat kita di setiap PBT supaya membantu menambahkan sinar TMK 2025 ini dengan mengambil langkah-langkah yang boleh menaikkan seri di kawasan masing-masing. Sebagai contoh, suka saya sarankan supaya PBT di bandar-bandar utama memasang lampu dan bermain cahaya. Kalau tidak setiap malam pun, mungkin 3 kali seminggu iaitu pada setiap malam Khamis, Jumaat dan Sabtu di seluruh bandar atau setidak-tidaknya di laluan utama.

Speaker

Sekarang masuk waktu kecederaan.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Lama sungguh saya berucap, lama juga saya berdiri. Sebelum tengok kawan-kawan nak menguap, elok saya tekan ‘break’ berhenti di sini. Tapi, sebelum itu dengan tulus ikhlas saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar atas peruntukan serta amanah dan kepercayaan yang diberi. Kepada sahabat-sahabat di Dewan ini baik di sebelah sini atau di sebelah sana saya pohon seikhlas hati berilah sokongan kepada saya dan pasukan saya dalam melaksanakan misi untuk memberikan Experience Kedah yang terbaik kepada pelancong dan pelawat nanti.

Saya lanjutkan juga ucapan terima kasih ini kepada semua jabatan, agensi, pihak-pihak swasta, NGO, orang perseorangan dan sudah tentunya tidak berkecuali Menteri Pelancongan Seni dan Budaya yang memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan dalam usaha menjayakan TMK 2025 seterusnya memacu sektor pelancongan Negeri Kedah.

Sekian, saya akhiri ucapan ini dengan meminjam sebahagian pantun YAB. Jeneri.

Tahun 2025 kita buat qamai, Keloi kawan-kawan pakat mai Kedah, Sejarahnya hebat negerinya permai, Rakyatnya baik tak dak banding dah.

Saya dengan ini menyokong penuh Bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita menyokong apa yang YB. Kubang Rotan nak buat tu, memang kita akan bagi sokongan penuh. Tapi saya minta maaf, saya tak boleh bagi masa panjang sangat dekat dia sebab bila YB. Kubang Rotan bercakap di sana, saya di sini ada gangguan silauan tu. Itu saya minta maaf, kalau tidak saya bagi. Jadi, terima kasih YB. Kubang Rotan.

Seterusnya saya menjemput YB. Suka Menanti.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in.

YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman, Ahli-ahli Yang Berhormat rakan-rakan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN Negeri Kedah, YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato’ Pegawai Undang-undang Negeri, Tuan-tuan DO, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, sidang Dewan yang dihormati sekalian serta para perwakilan yang saya amat terharu dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini.

YB. Tuan Speaker, nak mula dengan pantun sikit, boleh kut no?

Speaker

Silakan. Tapi ada 30 minit saja.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Tanam pinang rapat-rapat, Supaya tak dak hutan dan semak, Wahai Ahli-ahli Yang Berhormat, Satgi jangan duk tanya banyak-banyak.

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Dewan yang mulia ini bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Ke 15, Mesyuarat Bajet 2025. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman atas Pembentangan Bajet Negeri Kedah Tahun 2025 dengan temanya “Erat Sejahtera” yang boleh dikatakan satu

belanjawan yang meneruskan agenda pembangunan Negeri Kedah Darul Aman yang sama-sama kita cintai. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri juga Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri serta pasukan yang telah begitu cakna dengan keperluan peruntukan di bawah portfolio saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan penjawat awam yang bertungkus lumus membantu dalam penyediaan Bajet 2025 yang mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 memenuhi aspirasi The Greater Kedah. Tak lupa kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang amat prihatin tentang hal-hal pertanian dan ladang biarpun pelbagai halangan yang mendatang, biar pun onak duri ditempuhi, kita buat sampai jadi, InsyaAllah.

YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di portfolio yang menjadi tanggungjawab saya ini, kita boleh kategorikan kepada 4 subsektor utama iaitu subsektor padi dan beras. Ini menjadi tajuk popular, kelmarin YB. Bukit Selambau dengan bersemangat bercakap pasal padi. Juga rakan saya daripada Tokai dengan pengalamannya masuk ke kilang cerita apa yang jadi dalam kilang beras. Yang kedua, buah-bauah dan sayur-sayuran termasuk komuditi ternakan, perikanan dan akuakultur.

Dalam bajet yang telah dibentangkan baru-baru ini ada sebanyak peningkatan 12% daripada Bajet 2024. Dalam Bajet 2024 kita menerima sebanyak RM41.44 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri manakala untuk Bajet 2025 sebanyak RM46.76 juta diperuntukkan yang dikategorikan dalam pertanian sebanyak RM5.54 juta, Veterinar RM5.8 juta dan JPS RM29.62 juta.

Ini menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh pihak Kerajaan Negeri dalam membangunkan sektor pertanian khususnya tanaman padi di Negeri Kedah yang kita cintai ini. InsyaAllah, segala peruntukan akan digunakan dengan semaksima, dengan penuh kejujuran dan keikhlasan demi menaikkan sektor pertanian Negeri Kedah dalam rangka menjadikan negeri ini sebagai The Greater Kedah. Sidang Bajet Tahun 2025 ini merupakan sidang bajet yang kedua bagi diri saya sendiri. Alhamdulillah, atas kerjasama agensi-agensi di bawah portfolio saya ini sama ada Kerajaan Negeri ataupun Pusat banyak perancangan dan gerak kerja yang dapat digerakkan dalam mengangkat peranan Kedah sebagai hab pengeluaran makanan. Terima kasih kepada pegawai dan semua jabatan yang telah memberi kerjasama yang begitu baik.

Sepertimana yang saya bangkitkan sebelum ini, pihak saya sebolehnya berusaha bagi melakukan revolusi kepada sektor ini. Strategi dan inisiatif dengan jelas kita garapkan kepada agensi-agensi yang berkaitan. Pelan Strategi Portfolio Pertanian juga telah dilancarkan secara rasmi pada awal tahun ini. Berpandukan kepada perancangan ini, kita melangkah ke hadapan mendepani cabaran, mencari sejahtera, menuai nikmat buat Kedah yang dicintai. YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi subsektor padi dan beras, yang duk kering ni air saja, tapi masalah yang duk jadi tak pernah kering. Pelik, tetapi benar sepertimana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, isu pengairan dan saliran, isu input pertanian, benih, baja, racun, isu kuota benih dan subsidi, isu harga belian padi, isu cuaca, isu kos dan operasi, isu jalan pertanian dan ladang. Setiap permasalahan ini telah pun dibawa kepada pengetahuan YB. Menteri Pertanian sendiri. Terdapat beberapa isu yang sememangnya perlu tindakan, kebenaran atau kelulusan di peringkat Persekutuan. Sub sektor padi dan beras ini dibelenggu dengan akta dan peraturan yang lama yang perlu diteliti semula dengan segera. Perkara ini telah saya bangkitkan dalam Sidang DUN yang lepas YB. Tuan Speaker.

Selagi mana ianya tidak dipinta maka masalah berkaitan akan berulang kembali berlaku. Setiap musim isu yang sama akan berlaku. Cadangan, momorandum daripada pesawah, petani sendiri talah diberikan. Bersama ini saya bawa satu salinan memorandum daripada pesawah iaitu Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia yang telah diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen dan Kerajaan Malaysia bertarikh 11 November 2024 yang telah menyatakan hasrat para pesawah kepada kerajaan untuk diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Di antara perkara yang diminta supaya dinaikkan harga minimum belian padi kepada RM1,800 setan. Ini permintaan daripada pesawah sendiri, depa yang duk buat bendang, depa yang betul-betul berkorban untuk kita, dapat makan beras (nasi) setiap hari. Titik peluh depa ni, kena tengok sungguh-sungguh. Kalau kita bandingkan dengan barang makanan yang lain, contoh kalau kita bandingkan dengan ikan temenum, orang Kuala Lumpur panggil apa?

Ikan kembung. Ikan kembung sekilo berapa YB. Tuan Speaker? Habis kurang RM10.00, habis kurang, tu pun tekoh-tekoh, sekali sekali sekilo RM10.00. Beras sekilo berapa duit? Tuan-tuan, ada ka patut, dah berapa lama dah ni harga beras tak naik? Harga padi pun tak naik berapa lama dah. Beras kita yang naik pun daripada beras tempatan naik harga pi jadi beras import. Mana mungkin akan hilang beras tempatan, di mana kita tau keluasan bendang itu ada banyak tulah jugak. Pesawah-pesawah kita ada seramai tulah jugak, buat bendang tak pernah berhenti. Tetapi hairan dan ajaib, beras tempatan yang diusahakan oleh petani-petani, pesawah-pesawah tempatan hilang di pasaran. Maka dengan ini saya menyeru dan merayu kepada Kerajaan Pusat, ambillah tindakan yang sewajarnya supaya tidak akan ada lagi berlaku kehilangan beras tempatan di pasaran.

Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif untuk membekalkan mesin kisar padi kepada beberapa bahagian, contoh saya bawakan keratan akhbar ini membantu pesawah proses padi sendiri di Masjid Al-Amin, Lahar Budi, sediakan mesin hidupkan kembali tradisi nenek moyang kita dahulu. Orang dulu-dulu ada simpan beras sendiri, dulu-dulu ni ada kilang-kilang beras yang kecil-kecil di kampung-kampung. Boleh orang-orang kampung yang buat bendang empat lima relung pi duk mesin kat kilang tu. Inilah yang kita usahakan, adalah antara usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan beras tempatan ada di pasaran, boleh dimakan terutamanya petani dan pesawah kita sendiri. Pelik ka tak pelik, orang buat bendang tau-tau kena beli beras di kedai?

Speaker

YB. Tokai minta laluan ka?

Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Suka Menanti. YB. Suka Menanti, kenyataan yang salah tu. Bukan beras tak dak, beras ada, cuma tukar sumpit saja.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Suka Menanti. Tentang beras atau mesin di tempat-tempat tertentu di kampunglah. Saya sangat bersetuju dengan pendapat YB. Suka Menanti. Cuma saya nak bertanya dari segi pulangannya, sama ada berbaloi atau tidak, sama ada dia jual padi dapat harga yang tinggi ataupun dia mesin beras kononnya dapat beras sendirilah tapi dari segi keuntungan tu dia kalah dengan jual padi. Jual padi lebih untung daripada mesin beras sendiri. Dia jual padi, ambil duit tu beli beras lebih untung daripada dia mesin beras. Adakah itu satu pertimbangan yang kita akan buat? Yang keduanya saya nak mohonlah, dah terlanjur disebut ni nak mohon sebuah mesin untuk sekurang-kurangnya di tempat saya tu nak letakkan di masjid-masjid berkenaan. Terima kasih.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Kalau boleh nak minta laluan.

Speaker

Silakan YB. Bukit Selambau.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Terima kasih YB. Suka Menanti. Saya tertarik dengan apa yang diperjelaskan oleh YB. Suka Menanti berkaitan harga padi. Yang sebenarnya benda ni sudah pun berlaku pada musim lepas. Harga yang ditawarkan oleh kilang bagi 1 tan adalah RM1,800, harga sebenar lantai padi RM1,300. Tapi pihak pengilang sudah pun menaikkan harga RM1,800 yang menyebabkan petani-petani berasa cukup lega. Pihak kerajaan tidak memberi peluang pada ketika itu tetapi pihak pengilang sudah pun buat satu keputusan. Maknanya dalam pembelian padi pada ketika itu berlumba-lumbanya pengilang untuk mendapatkan seberapa banyak padi untuk diproses. Menunjukkan di

sini, pada peringkat awal seolah-olah ada satu isyarat beras ini akan dinaikkan. Tapi tak berlaku, yang berlakunya beras import juga. Jadi, di antaranya selepas daripada itu bagi penghujung musim ini harga padi tersebut sudah pun diturunkan kepada satu harga lain, RM1,400. Apakah pihak YB. Suka Menanti mengenal pasti sebab-sebab harga diturunkan kepada RM1,400? Sekian.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Baik. Terima kasih YB. Tokai, YB. Ayer Hitam dan juga YB. Bukit Selambau yang begitu bersemangat. Untuk YB. Tokai tadi, memang beras tu duk ada, tapi depa buat silap mata. Tu yang saya kata, hairan bin ajaib. Mai kut mana tak tau, beras ni duk tanam sebelah Pendang ni juga, duk tak duk masuk dalam kilang jadi kampit beras import. Macam mana jadi? Wallahualam. Itu kita serah kepada jabatan yang berkuasa untuk meneliti sedalam-dalamnya bagaimana mungkin perkara ini boleh berlaku. Tapi daripada pihak Kerajaan Negeri, inilah antara usaha-usaha kecil yang kita boleh buat dengan membekalkan mesin-mesin ini YB. Ayer Hitam, bukan semata-mata atas perkiraan keuntungan, tetapi untuk memberi kesenangan kepada petani pesawah di kampung sana, sekurang-kurangnya depa boleh pi mesin beras sendiri. Orang dulu-dulu ni ada simpanan beras sendiri, itulah sebabnya timbul jelapang, itulah sebabnya Kedah dipanggil “Jelapang Padi Negara”. Orang dulu-dulu ‘sempoi’, depa mesin sendiri, kisar sendiri, jemur, lepas mukoi jemur, lepas tu kisar padi sendiri, simpan untuk kegunaan sendiri. Inilah yang kita nak buat sebab seperti yang saya katakan tadi, mana mungkin orang yang buat bendang, tau-tau kena pi beli beras di kedai. Tak kena gaya, beli beras import pula. Walhal, dia buat bendang, dia yang menghasilkan padi.

Inilah perkara-perkara yang kita usahakan untuk menangani semungkin yang kita mampu di peringkat negeri. Maka saya menyeru Kerajaan Pusat ambillah terutama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya supaya perkara ini tak berlaku lagi.

Seperti yang dibangkitkan oleh YB. Bukit Selambau, dia ada cerita di sebalik tu. Yang sebenarnya YB. Bukit Selambau, saya pun duk perati tengok duk sembang juga, duk dengar pendapat-pendapat juga. Dia ada cerita dia, sebab itulah apabila depa beli padi dengan harga yang mahal, mana mungkin depa boleh nak ‘cover’ kos nak jual ikut dengan harga kawalan beras tempatan. Kemungkinan! Itulah salah satu penyebabnya mengapa beras tempatan hilang di pasaran. Kemungkinan. Jadi, benda-benda ni hanya boleh dijawab secara rasmi oleh jabatan-jabatan yang berkaitan yang diberi kuasa untuk semak tengok, ‘check’ tengok. Kita kata lebih kurang satgi depa saman kita pula YB. Bukit Selambau. Depa kira saman saja, baru-baru-baru ni YAB. Jeneri pun silap cakap saja, dah kena saman. Depa nak saman sampai RM1 bilion. Ni apa cerita, sampai tak boleh nak cakap, tak boleh nak kritik sikit, tak boleh nak bagi pandangan sikit.

InsyaAllah, untuk YB. Ayer Hitam kita tak dak masalah, sahabat kita, jiran kita dan InsyaAllah 2 haribulan November ini kita buat di Ayer Hitam sebab selama ini kita dah bagi banyak dah, Lahar Budi kita bagi, Kota Siputeh kita bagi, Bukit Lada InsyaAllah, kita minta tulis surat hantar mai. Pasai nak bagi dulu tak boleh, nanti kena audit. Depa tanya, “ni bagi mai kut mana ni sebab tak dak permintaan”? Jadi tolong, mana-mana juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada keinginan untuk mendapatkan mesin, InsyaAllah saya cuba usahakan untuk kita bagi, kita letak di masjid-masjid. Kerana apa kita letak di masjid? Masjid juga akan dapat faedah. Petani pesawah mai duk mesin padi depa tu, depa sedekahlah sedikit secupak dua, segantang ka kat masjid. Jadi, pihak masjid pun ada bekalan beras untuk diedarkan kepada asnaf dan fakir miskin. Itulah antara matlamat kita Yang Berhormat. Kita nak bagi, kita nak hidupkan balik suasana kampung kita dulu-dulu ni. Dengan adanya suasana itu orang-orang kampung kita ni boleh berpakat, ukhwah depa cukup kuat orang kampung dulu ni. La ni setengah orang buat bendang pun dia tak tau dah siapa buat petak sebelah tu, tak kenal hang aku dah. Jadi, kalau pakat-pakat mai duk mesin, kisar beras sendiri di masjid tu dapat berkenalan antara satu sama lain, dapat bertukar pendapat, dapat berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh semua petani, pesawah dalam kawasan tersebut.

YB. Tuan Speaker, pun begitu pihak Kerajaan Negeri nekad dalam memenuhi tanggungjawab dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri. Pada tahun 2024 kita meneruskan agenda program penanaman padi 5 kali 2 tahun. Ini dilakukan di Kampung Rantau Panjang, Daerah Kuala Muda di bawah seliaan pihak Jabatan Pertanian Negeri Kedah.

Pihak MADA juga menjalankan program yang sama di beberapa tempat melibatkan kawasan Jelapang. Dalam serba kekurangan di kawasan Luar punJelapang, masih pesawah kita teruskan demi keterjaminan makanan. Tetapi adakah ianya mencukupi? Tentu sekali tidak. Kawasan Luar Jelapang ini tidak kurang hebatnya jika kita bandingkan penghasilannya. Kawasan Luar Jelapang juga menyumbang 8% daripada 43% sumbangan padi Kedah kepada negara kita. Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada kawasan Luar Jelapang juga oleh pihak Persekutuan.

Untuk makluman YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita ada membuat permohonan kepada Kerajaan Pusat di pihak kementerian peruntukan sejumlah RM62 juta untuk sektor pertanian dan sebagainya. Namun, yang kita terima dan diluluskan hanya RM3.3 juta sahaja. Perkara ini telah pun saya bangkitkan dalam Mesyuarat Exco-Exco Pertanian Negeri-negeri bersama dengan YB. Menteri. Saya kata, “agak-agaklah”. Kita Negeri Kedah ni negeri berasaskan pertanian, minta RM62 juta bagi RM3.3 juta, 10% pun tak dak. Negeri-negeri lain yang bukan berasaskan pertanian dapat sampai RM20 juta lebih pun ada. Tengok balik, beri pertimbangan yang sewajarnya. Kita bercakap tentang keterjaminan makanan, jadi bagilah peruntukan yang sewajarnya supaya kita Negeri Kedah ini dapat betul-betul tolong untuk menjamin keterjaminan makanan yang dilaung-laungkan oleh pihak Persekutuan. Dan saya harap untuk tahun-tahun hadapan berilah pertimbangan atau peruntukan yang lebih untuk kita sama-sama merancakkan ekonomi pertanian Negeri Kedah.

Speaker

YB. Suka Menanti, ada petua sikit nak bagi. Kena ‘cengey’ sikit masa nak mintak tu, jangan lembut sangat.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Lembut tu kadang-kadang ada juga faedah dia. Lembut bukan sebarang lembut… YB. Tuan Speaker sambunglah (sambil ketawa).

YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi pihak pesawah, petani saya memohon supaya pihak Kerajaan Persekutuan memberi perhatian sewajarnya dalam menyegerakan pelaksanaan dan penyiapan projek tersier dan baik pulih Empangan Pedu serta melihat kembali peranan Kawasan Luar Jelapang seadil-adilnya. Di pihak Kerajaan Negeri kami akan memberikan kerjasama 120 percent bagi menjayakan projek ini. Adalah diharapkan pengumuman peruntukan RM1 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan bukan hanya pengumuman sahaja. Bagi memastikan…… (YB. Guar Chempedak minta lalaun)

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

YB. Suka Menanti, boleh bagi laluan?

Speaker

YB. Guar Chempedak, boleh!

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Sebelum saya nak tanya YB. Suka Menanti, nampaknya pembangkang tak berminat untuk mendengar perbahasan pasal beras dan padi. Ketiga-tiga dah keluar.

Persoalan saya, untuk program 2 tahun 5 kali tanaman ini, berapa lamakah jangka masa yang diperlukan untuk kita mengimplitasi kepada ke seluruh sawah-sawah padi di Negeri Kedah ini? Sekian.

Boleh? Boleh bagi laluan YB. Suka Menanti?

Speaker

Ya, YB. Bayu minta laluan.

Sikit saja. Terima kasih YB. Suka Menanti, terima kasih YB. Speaker. Saya nak bercakap kawasan kami pula sebab YB. Suka Menanti duk bincang berkenaan dengan beras dan padi. Jadi, kawasan kami ni bendang kurang, tapi ada lah juga.

Berkenaan ekonomi tambahan masyarakat luar bandar ini yang berasaskan kepada pertanian. Adakah YB. Suka Menanti bersetuju dan menyokong untuk membantu Bayu lah, kawasan kami untuk lakasanakan konsep saya cakap tu konsep “ladang dalam desa” yang akan menggunakan tanah-tanah di kawasan rumah untuk menanam tanaman yang boleh menjana pendapatan keluarga? Terima kasih.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Baik, terima kasih YB. Guar Chempedak dan YB. Bayu. Hat soalan yang YB. Bayu tanya tu memang ada dalam ucapan saya, tak sampai lagi, cerita pasal padi dulu. Ada… tu yang orang pantun dah awal tadi. Pantun dah.

Jadi, untuk soalan YB. Guar Chempedak, sebenarnya untuk kita menjayakan program penanaman padi 5 kali 2 tahun ini sebab itulah kita memerlukan peruntukan yang besar untuk menyempurnakan atau membaik pulih prasarana ataupun infrastruktur yang baik kerana kita dah buat di beberapa tempat. Sejak Lembaga Zakat buat di Daerah Yan, 2,011 hektar lebih kurang, pihak Lembaga Penanam Padi pun buat di Daerah Kuala Muda. Untuk menjayakanya, faktor yang penting adalah infrastruktur. Contoh, bila kita buat penanaman 5 kali 2 tahun, dia ada penanaman yang di luar musim kebiasaan. Orang duk buat 2 kali setahun, ni buat 5 kali 2 tahun. Jadi, bila ada pertembungan, masa depa duk buat program 5 kali 2 tahun ini, dia ada kawasan-kawasan yang tak buat bendang. Jadi, di sini jadi tumpuan serangan serangga ataupun musuh. Inilah antara faktor-faktor yang memberi kesan kepada kejayaan projek ini.

Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Pertanian sedang monitor perkara ini elok-elok dan yang penting supaya dapat Kerajaan Pusat memberi bantuan peruntukan yang sepenuhnya yang kita perlu kerana mereka nak kita tanam padi, Negeri Kedah ni bekalkan padi yang banyak, bagilah peruntukan yang cukup supaya kita nak menjayakan program di negeri kita. Program ini bukan untuk Negeri Kedah sahaja, kita nak buat untuk satu negara Malaysia ini. Minta RM62 juta, bagi RM3.3 juta saja. Agak-agaklah YB. Tuan Speaker, tak tau lagi saya nak ‘cengey’ sampai teqa mana lagi kan?

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Boleh bagi laluan sekali lagi tak?

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Jadi, bagi memastikan juga agenda keterjaminan makanan tercapai…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Ingat, takut YB. Suka Menanti masa tak cukup tu. Boleh bagi laluan YB. Suka Menanti?

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Minta perabis sat dulu, hat YB. Bayu pun tak sampai lagi ni, cerita pasal Bayu, ladang apa semua ni. Kalau cerita pasal padi ni perasan satu sesi hari ni pun banyak kitab oleh cerita pasal padi ni pasal saya tau ramai juga antara Ahli-ahli Yang Berhormat kita ni duk buat bendang. YB. Kuala Ketil cerita kat saya dulu dia biasa bela kambing, ni tak masuk pasal kambing lagi.

Bagi memastikan segala agenda keterjaminan makanan ini dicapai, operasi sawah secara estet atau berskala besar terus dipergiatkan oleh Kerajaan Negeri dan agensi. Alhamdulillah, kita mendapat kerjasama dan komitmen yang baik dari pelbagai pihak terutamanya yang saya sebutkan tadi seperti Lembaga Zakat. Terima kasih, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah yang telah berjaya mengusahakan seluas 700 relung ataupun 211 hektar kawasan padi di Daerah Yan.

Juga tadi saya sebut Lembaga Kemajuan Penanam-penanam Padi Negeri Kedah yang mengusahakan kawasan seluas 33 hektar. Dengan kaedah berskala besar, penghasilan padi InsyaAllah dapat dioptimakan serta kos operasi dapat diminimakan. Saya menyeru pesawah-pesawah bagi melihat secara positif akan pelaksanaan ini dan keberhasilannya. Usaha-usaha untuk mendapat persetujuan pesawah sedang dan akan terus dipergiatkan kerana sesetengah orang buat bendang kita ni depa tak berapa nak yakin, depa tak berapa nak bersetuju buat skala besar, ada lah beberapa faktor yang menjadi punca, ada beberapa benda yang mereka takut. Jadi, usaha-usaha untuk memberi penerangan dan betapa baiknya sistem ini untuk semua. Petani pesawah pun InsyaAllah akan dapat hasil yang lebih.

Melalui Bajet 2025 inisiatif 4, menambah baik kemudahan pengairan dan saliran sebanyak RM46.2 juta diperuntukkan bagi maksud pengairan dan saliran kawasan Luar Jelapang. Sebanyak RM25 juta disediakan bagi tujuan selenggara berkala sistem saliran dan pengairan tali air, selenggara sungai dan sebagainya. Ini tidak lagi mengambil kira peruntukan yang diberikan sultan melalui pihak MADA.

Bagi memastikan juga keberhasilan dapat dioptimakan, pengurusan bersepadu akan dilaksanakan antara agensi-agensi pelaksana melalui Jawatankuasa Tetap Pertanian. Demi kelangsungan subsektor padi dan beras ini sebanyak RM2.56 juta inisiatif 11 diperuntukkan untuk meningkatkan produktiviti padi.

Keluasan bertanam semakin hari semakin berkurangan. Permintaan guna tanah bagi maksud lain adalah tinggi. Kita sedar dan kita akui, kita tidak boleh menyekat arus pembangunan dan permodenan. Apakah Kedah dan rakyatnya tidak boleh bersama menjadi moden dan membangun seperti negeri lain? Saya yakin dan pasti semua di sini dan mereka di luar sana mempunyai pandangan atau pernah terfikir jika tanah kurang, tiada jalan lain kecuali tingkatkan penghasilan atau produktiviti. Kita perlu berusaha dan bekerjasama dalam perkara ini. Ianya perlu merentasi fahaman politik, struktur pentadbiran, agensi, kementerian dan kerajaan.

Oleh itu, seperti yang dipohon ataupun disyorkan oleh YAB. Menteri Besar Kedah minta pertimbanglah hat yang RM200 juta yang kita minta. Kita berkorban demi negara, jadi timbanglah. Kita minta ni pun bukan saja minta syoq-syoq, ada sebabnya kita minta RM200 juta dan RM200 juta ni juga yang kita minta daripada Kerajaan Persekutuan bukan bertujuan lain, tetapi bagi digunakan kembali untuk mengoptimakan penghasilan padi, agro makanan dan demi kemaslahatan Kedah dan Malaysia yang

kita cintai. Bukan kita nak guna duit ni nak pergi melancong, nakkan kita tanam padi untuk memastikan keterjaminan makanan maka bagilah yang kami minta ni. Bukan minta saja-saja aih!

YB. Tuan Speaker, bagi subsektor buah-buahan dan sayur-sayuran, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah sedang giat melakukan promosi dan menjenamakan beberapa hasil tani di bawah ‘branding’ 'D'aman'. ‘Branding’ atau jenama yang akan membawa Kedah ke pasaran yang lebih luas. RMK-12 hampir di penghujungnya dan tahun 2025 adalah tahun terakhir RMK-12 dan tahun 2025 juga adalah Tahun Melawat Kedah.

Pusat Mempelam Kedah diberikan fokus bagi melebarkan cabangnya sebagai destinasi agro pelancongan. Dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan pengusaha-pengusaha mempelam harum manis di Kedah kita telah berjaya menganjurkan Pesta Mempelam Kedah 2024 dan menerima sambutan yang amat menggalakkan. Dahulunya sunyi sepi tetapi kini penuh dan

padat. Pihak Kerajaan Negeri mengharapkan ianya menjadi katalis kepada pengusaha lain di Kedah untuk melaksanakan konsep ini di ladang masing-masing di bawah ‘branding’ Harum Manis ‘D’aman’. Dalam menjadikan pusat mempelam ini lebih berjaya, sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi tahun 2025 di bawah inisiatif 12.

Tanaman ‘melon’ menjadi fokus bagi pengeluaran 1 juta biji setahun. YB. Bayu boleh pertimbang tanaman melon, ada bantuan-bantuan dan inisiatif-inisiatif daripada jabatan pertanian, kita ada ‘market champion’ yang dikenali sebagai ‘Chup Ablong’, dia sedia memberi bantuan pengalaman ilmu kepada sesiapa sahaja yang berminat dan InsyaAllah saya rasa Jabatan Pertanian juga akan bersama untuk membantu mana-mana peserta atau petani juga pekebun getah yang menghadapi masalah mendapatkan hasil yang baik untuk meningkatkan ekonomi cuba menerokai penanaman ‘rock melon’ ini. Permintaannya tinggi YB. Bayu, sekilo boleh pi sampai RM12.00 ‘rock melon’, di Kubang Pasu banyak. Mai kita bincang.

Speaker

Boleh bersedia untuk membuat penggulungan.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

InsyaAllah tanaman melon menjadi fokus bagi pengeluaran 1 juta biji setahun dan ianya di bawah ‘branding’ yang sama iaitu Melon ‘D’aman’. InsyaAllah, atas komitmen jitu yang diberikan oleh Bahagian Perncang Ekonomi Negeri, Jabatan Pertanian Negeri serta ‘market champion’ yang telah dikenal pasti pada tahun 2024 ini.

Hasrat Kerajaan Negeri Kedah bagi mewujudkan hab Melon ‘D’aman’ akan mula bersoperasi pada 1 Januari 2025 di SME Agro Park, Pokok Sena. Ianya juga akan menjadi pusat rujukan dan latihan ‘Talend Creation’ (dengan izin) bagi tanaman ini.

Selain daripada itu, jenis tanaman lain berserta teknologi terkini juga akan turut diperkenalkan di SME Agro Park, Pokok Sena. Boleh YB. Bayu bawa mai, siapa yang teringin nak buat pertanian, nak belajar tentang teknologi tanaman terkini boleh mai. Kita akan bawa dan perkenalkan kepada semua yang berminat, InsyaAllah.

Kerajaan Negeri juga dalam tindakan bagi menjayakan pemulihan dusun durian sedia ada melalui program Pembangunan Durian Kampung Premium. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan hasil, kualiti dan rasa serta harganya. Program Tanaman Durian Kampung Premium yang terdiri daripada beberapa klon berpotensi memberi manfaat kepada 1,200 orang petani dengan keluasan 800 hektar. Program ini akan diteruskan dan pada tahun 2025 kita akan meperkenalkan secara rasmi klon-klon ini serta petani berkaitan program HPPNK (Hari Penternak Peladang) 2025, InsyaAllah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap memberi fokus kepada varieti durian seperti D197 (Musang King), D200 (Duri Hitam) dan D99 (klon kecil) yang berpotensi dieksport ke pasaran luar.

Terdapat pelbagai lagi jenis tanaman yang diberi keutamaan untuk dikembangkan potensinya, ni YB. Bayu seperti tanaman kopi di Daerah Baling dan Sik, permintaan tinggi, Nestle beli semua kopi di Baling dan Sik tu, Nestle tapau semua. Kopi Nestle tu mai daripada Kedah la tu, asal dia. Durian Duri Hitam dan Musang King di Daerah Bandar Baharu, jagung manis dan sayuran secara Fertigasi Meja Bersama Aplikasi Teknologi di Daerah Kubang Pasu, kelapa di Daerah Kuala Muda, nangka di Daerah Pendang. Ini bukan bermaksud jenis lain tidak penting atau lain-lain daerah tak penting tetapi percaturan langkah disusun atur satu persatu. Pebagai jenis tanaman boleh dan mampu ditanam tapi persoalan yang sebenar adalah bagaimana ianya perlu kekal relevan, konsisten, kualiti dan mempunyai pasaran seterusnya menghasilkan pendapatan yang setimpal kepada pengusaha. Ianya juga memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua peserta-peserta.

Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah sedang giat menambah baik pelaksanaan program “Satu Komuniti, Satu Tanaman”, yang ni YB. Bayu bagi merancakkan ekonomi penduduk setempat. Hari tu kita ada buat program jelajah daerah kita singgah di Kampung Besah, juga dibangkitkan, dicadangkan program tanaman limau bali. Seluruh penduduk Kampung Besah tanam limau bali. Inilah program-program yang sedang kita jalankan dan harum manis.

Speaker

YB. Suka Menanti, banyak lagi ka? Tolong habiskan.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Nak suruh berhenti ka? Nak suruh berhenti boleh dah, duk koi-koi kering dah ni, air pun tak bagi minum. Sikit sahaja YB. Tuan Speaker.

Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Pertanian Negeri sedang giat menambah baik pelaksanaan “Satu Komuniti, Satu Tanaman”. Ada yang berjaya, ada yang perlu diteliti semula dan ditambah baik pelaksanaannya melalui penglibatan ‘market champion’. Contoh yang masih belum dan sedang dilaksanakan adalah Projek Tanaman Jagung Manis di Kampung Perik, Daerah Kubang Pasu, Projek Kluster Tanaman Rambutan di Kampung Charok Sik dan Kampung Weng dalam DUN Bayu, Daerah Baling. Ada YB. Bayu, saya tak tinggal aih! Jangan risau. Tanaman Jambu Loceng di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap.

Seterusnya InsyaAllah terdapat tiga lagi projek yang kini dalam fasa akhir penyediaan bagi dilaksanakan pada awal tahun 2025 iaitu Projek Harum Manis ‘D’aman’ di Kampung Besah, Mukim Teloi Kanan, DUN Kuala Ketil. Projek Harum Manis ‘D’aman’ di beberapa kampung di Kubang Pasu, Projek Sayuran Fertigasi Meja Berserta Aplikasi Teknologi di Kubang Pasu. InsyaAllah projek-projek atau beberapa projek seperti ini akan diperluaskan lagi di beberapa daerah dalam masa terdekat, InsyaAllah.

YB. Tuan Speaker, sedar atau tidak buah-buahan dan sayur-sayuran import yang bagi saya adalah tinggi. Menurut data yang diperolehi daripada pihak FAMA sebanyak hampir 170,000 metrik tan diimport masuk ke Kedah. Jelas dan nyata, pasaran yang cukup luas ada di negeri kita sendiri. Adakah sayur import ini benar-benar selamat buat kita? Kenapa tidak kita secara konsistennya menghasilkan semua ini sendiri. Di Malaysia ini kita mempunyai pensijilan MyGab dan lain-lain pensijilan yang boleh kita perolehi. Ini semua memberi faedah jangka masa panjang kepada pengusaha dan pengguna. Justeru, milihat kepada ruang dan peluang yang melibatkan pembangunan industiri buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman ladang serta tanaman industri dan fertigasi, pihak Kerajaan Negeri melalui Insentif 10 program keterjaminan makanan memperuntukkan RM1.68 juta pada tahun 2025. Ini adalah kecenderungan atau tambah nilai apa yang telah direncana dan diusahakan pada tahun ini iaitu antaranya adalah Pembangunan Projek Tanaman Secara Fertigasi Meja Berserta Teknologi Internet of Things di Daerah Kubang Pasu melibatkan 12 peserta. Saya ‘skip’ sikit boleh kut no?

Speaker

Boleh gulung dah.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Boleh gulung dah no? Bagi subsektor ternakan (saya sentuh juga sikit), pelbagai usaha telah kita lakukan pada tahun ini dan pelbagai perancangan telah disusun dengan rapi bagi melaksanakan pada tahun 2025. Alhamdulillah, pada tahun 2024 pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veterinar Negeri Kedah telah menyalurkan insentif kepada 195 orang pengusaha yang melibatkan peruntukan lebih RM3 juta bagi memastikan subsektor ini kekal ‘releven’ dan mampu menjamin bekalan sumber makanan kita semua. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veterinar giat mempromosi dan melakukan penarafan ladang bebas penyakit. InsyaAllah kita akan jadikan Pulau Langkawi sebagai hab pengeksportan ternakan pertama di Malaysia. Ini akan dapat kita realisasikan setelah dibuat penilaian 5 fasa ujian kawalan penyakit oleh World Organisation for Animal Health (WOAH). InsyaAllah, dengan pelaksanaan penggunaan sistem iTernak oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar kita dapat mengenal pasti serta mengawal kemasukan ternakan ke Negeri Kedah dan seterusnya dapat mengawal atau membendung penyakit-penyakit berkaitan ternakan-ternakan ini.

Subsektor perikanan dibaca juga, tidak ketinggalan dan pemerhatian Kerajaan Negeri…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Nampak lebih sikit dah kut?

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Gulung kut no? Sektor perikanan juga tak tinggal. Pasal kita telah merancang dan Alhamdulillah untuk terima balik Encik Sukri bin Deris sebagai Pengarah Perikanan Negeri, hari tu depa tarik balik pi KL, selepas tu mai balik. Macam-macam dah depa buat kat kita ni. Ambik orang nu, hantaq orang ni, pindah orang nu, orang ni. Kita pun kadang-kadang naik pening. Baru elok-elok duk sembang nak buat perancangan, hantaq pi pulak dah, bagi la duk lama-lama sikit, kita nak buat kerja bukan nak buat apa.

YB. Tuan Speaker, sektor pertanian ini merupakan satu sektor yang amat besar bagi Negeri Kedah. Sektor pertanian merupakan ‘foundation’ kepada Negeri Kedah. Dalam menceburi bidang atau sektor pertanian ini, pelbagai cabaran dan masalah perlu dihadapi serta diselesaikan. Risiko pulangan yang mungkin tidak seberapa, tidak popular, berlemoih, pasaran tidak menentu dan pelbagai lagi cabaran. Sektor pertanian ini jugalah yang menjadi penyelamat kita semua, sektor pertanian tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana sektor lain termasuk sektor peindustrian. Ini kerana sektor ini sangat penting untuk memastikan keterjaminan makanan dan kelangsungan hidup. Sektor pertanian adalah tanggungjawab kita semua dan perlu dipertahankan.

Sebagai contoh, pada tahun 2020 apabila gejala covid telah menyerang dunia, sektor yang boleh bertahan dan perlu dipertahankan adalah sektor pertanian sehingga kita menggalakkan setiap orang menanam tanaman sendiri untuk keperluan masing-masing. Petani, penternak dan nelayan serta mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor ini sebenarnya adalah wira yang tidak didendangkan.

Dengan itu, ucapan terima kasih dibekalkan kepada semua ketua jabatan serta agensi Negeri dan Pusat, para petani, usahawan dan peladang yang banyak membantu dalam menjayakan dasar-dasar di bawah portfolio saya khususnya dan Kerajaan Negeri amnya. Pertanian sebagai sektor yang stabil, ‘releven’ dan berinovasi yang menjadi katalis kepada revolusi dan kesejahteraan sosioekonomi rakyat mencakupi pemerkasaan sekuriti dan nutrisi makanan.

Dengan ini saya menyokong penuh Pembentangan Bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar Kedah Darul Aman dan InsyaAllah, “buat sampai jadi”.

Speaker

Ok, terima kasih YB. Suka Menanti. Dijemput YB. Kuala Ketil. Masa 30 minit dan kita akan berhenti pada pukul 1.00 tengahari.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Waktu-waktu sekarang ni YB. Tuan Speaker, semua pakat duk tengok jam saja, perut duk bunyi belaka. Tu yang kosong banyak tu kan?

YB. Tuan Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassolatu wassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membuat penggulungan bagi portfolio utama iaitu Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan.

Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Yang saya hormati YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri seterusnya YB. Dato’ Penasihat Undang-undang, seterusnya rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, YB. ADUN-ADUN, yang diraikan juga Pegawai-pegawai Daerah, YDP-YDP PBT, ketua-ketua jabatan dan agensi, juga pemerhati daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kuala Ketil yang setia sampai tengahari ini seterusnya tuan-tuan dan puan-puan mulimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t dengan limpah kurnia serta izin dan rahmat kasih Allah kita dapat dipertemukan lagi pada Persidangan Dewan pada kali ini. Saya ingin panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t di atas pembentangan bajet yang telah dibentangkan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah pada pembentangan bajet hari Ahad yang lalu. Pembentangan bajet pada kali ini memperlihatkan kepada kita semua bahawa satu usaha yang sangat bersungguh-sungguh di peringkat kerajaan dengan satu anggaran hasil tanpa mengambil kira hutang kepada Kerajaan Pusat. Ada antara negeri lain perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk ambil kira perbelanjaan negeri. Namun, hebatnya kita Negeri Kedah dengan satu skor sebagai negeri pertanian yang membekalkan 43% hasil padi untuk negara, satu agenda yang sangat besar untuk kita laksanakan ‘The Greater Kedah’. Ada balak tak boleh tebang, ada air yang banyak digunakan orang pun tak dibayar, ada REE nak ambil pun tak bagi, nak buat KXP banyak sekatan yang diberi.

YB. Tuan Speaker, namun begitu satu angka bajet RM790 juta dengan peningkatan RM40 juta berbanding tahun 2024. Pecahan kutipan ini datangnya daripada hasil tanah RM518 juta, hasil hutan RM35.7 juta, hasil daerah RM16.5 juta dan pelbagai hasil RM216.7 juta. Dengan aspirasi gagasan ‘The Greater Kedah’ strategi bajet memfokuskan kepada “Strategi Erat Sejahtera” iaitu ekonomi, rakyat, alam dan tadbir urus. Sudah pastilah ianya mencakupi kepada ekonomi yang memfokuskan kepada sumber pendapatan negeri dan sumber perbelanjaan negeri. Rakyat sudah tentulah orang yang akan menjadi kita punya pelanggan utama kepada kerajaan. Alam, sekiranya alam ditadbir dengan baik, ianya memberikan kesejahteraan kepada kita. Jika alam tidak ditadbir dengan baik ia akan menjadi musibah kepada kita. Sudah tentulah bagi menjayakan ketiga-tiga ekonomi, rakyat dan alam ini memerlukan tadbir urus yang cukup sempurna yang telah dilaksanakan dengan baik oleh pentadbir-pentadbir di peringkat Kerajaan Negeri Kedah.

Mengambil kira kepada fokus utama pembentangan bajet ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara utama dalam portfolio saya yang akan terkait dalam Bajet 2023. Yang pertamanya adalah pengiktirafan kepada PBT-PBT. Izinkan saya memulakan penggulungan ini dengan mengulas pencapaian yang telah diraih oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang telah dinyatakan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar dalam Pembentangan Bajet 2025 baru-baru ini. Penganugerahan yang telah diraih oleh PBT yang berkenaan merupakan salah satu pencapaian yang sangat memberangsangkan bagi semua pihak termasuk Kerajaan Negeri sendiri di mana pencapaian-pencapaian ini merupakan simbol kejayaan dalam gerak kerja PBT di Negeri Kedah. Pencapaian-pencapaian ini akan memberikan impak positif dalam membangunkan negeri bagi menuju ‘The Greater Kedah 2050’.

Bandar Pintar (Smart City) adalah satu penambahbaikan dalam membangunkan perbandaran yang menggunakan sistem teknologi dan maklumat serta teknologi terkini.

Bagi menangani isu-isu untuk meningkatkan kualiti hidup, mempromosi pertumbuhan ekonomi, membangunkan persekitaran yang mampan dan selamat serta menggalakkan amalan pengurusan bandar yang cekap. Tujuh komponen utama yang terkandung dalam Bandar Pintar adalah seperti berikut, smart garvenant, yang kedua adalah smart people, ketiga smart digital infrastructur, keempat smart economy, kelima smart mobility, keenam smart living dan yang ketujuh smart inviroment. Perkara-perkara ini terkandung dalam semua pengurusan PBT untuk menjadikan kita sebuah bandar yang pintar.

Seterusnya Tahun Melawat Kedah 2025. Saya mengambil maklum dengan tujuan untuk kita menyambut…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Kuala Ketil, YB. Pengkalan Kundur minta laluan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Baru duk tengah rancak.

Puan Madhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Sikit saja. Pertama sekali saya ucapkan tahniahlah atas pencapaian PBT-PBT yang kita iktiraf pencapaian mereka. Cuma untuk cadangan kepada pihak YB. Kuala Ketil, adakah bersetuju menuju ‘The Greater Kedah’ ini undang-undang PBT yang sudah lama mungkin perlu semakan semula dan penambahbaikan?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Undang-undang yang lama, undang-undang yang lama la untuk kajian semula?

Puan Madhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Undang-undang yang berkaitan PBT perlu semakan semula sebab ada undang-undang yang dah terlalu lama.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Ok, kita sedia maklum walaupun ia undang-undang lama tetapi masih boleh diguna pakai dalam keadaan sekarang ini. Walau bagaimanapun, kita ada satu forum yang kita bincangkan sebelum ini seperti di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan ada kita ambil kira tentang undang-undang yang lama yang kita nak ubah suai berkaitan dengan masa kini. Itu ada lah yang kita bincangkan tapi tidak dibuat keputusan lagi dan adalah yang akan kita bincangkan. Terima kasih.

Bagi Tahun Melawat Kedah 2025, pihak PBT juga memain peranan yang penting untuk membantu Bahagian Pelancongan kerana mana-mana tempat atau tempat-tempat pelancongan kebanyakan berada di bawah kawasan pentadbiran PBT. Sudah tentulah PBT akan memainkan peranan yang penting bagi bersama-sama menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025. Itulah saya menyokong hasrat Exco Pelancongan sendiri yang mana kita akan mengadakan satu Gotong Royong Perdana sebagai menyambut Tahun Melawat Kedah 2025 pada 19 Disember nanti. Sebahagian besar disponsor oleh Kedah Tourism. InsyaAllah kita akan adakan serentak di 36 DUN, bukan setakat daerah, 36 DUN yang kita akan jadikan satu indikator dengan sukarelawan yang teramai, kita akan menanam pokok yang terbanyak pada hari sersebut dan juga menjadikan ‘trash to cash’ iaitu jualan barang kitar semula juga kita akan adakan pada hari tersebut. Terima kasih kepada YB. Exco Pelancongan yang membantu menjayakan Gotong Royong Perdana tersebut.

Yang keduanya adalah menaik taraf…(YB. Tanjung Dawai minta laluan)

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

YB. Tuan Speaker, mencelah.

Speaker

YB. Tanjung Dawai minta laluan.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Kuala Ketil. Berkaitan dengan PBT, saya nak mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) kerana tiap-tiap minggu staf MPSPK buat gotong royong bersih, kutip sampah di Pantai Tanjung Dawai. Satu usaha yang luar biasa bagi saya dan disebut kepada YB. Exco Pelancongan ketika mana mengadakan lawatan baru-baru ini. Saya ucapkan tahniah kepada MPSPK atas keprihatinan itu dan moga-moga Tanjung Dawai InsyaAllah, akan dilawati oleh lebih ramai pelancong selepas ini. Terima kasih.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tambah sikit YB. Tuan Speaker. Berkenaan dengan PBT juga untuk Pokok Sena ni. Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar yang telah merasmikan Nat Pokok Sena baru-baru ini. Cuma saya nak mintalah kalau boleh di Pokok Sena ini kalau dibandingkan dengan tempat-tempat lain sangat kebelakang sikit dari segi lampu-lampu, daripada segi apa tak dak ni. Jadi, kalau boleh minta Datuk Bandar tengok sikit berkenaan dengan kemudahan-kemudahan sebab untuk Tahun Melawat Kedah takut sampai-sampai Pokok Sena tak nampak apa. Terima kasih.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih kasih YB. Tanjung Dawai dan YB. Bukit Lada. Tanjung Dawai ini berpotensi sebagai kawasan pelancongan YB. Tuan Speaker. Di situ ada ikan bilis mata biru, dia ada gulai sembilang, Gulai Sembilang Naim, ada lagi air nira, mee kuah hutan nipah, tak tau depa kata sedap, saya makan tak sedap pun (sambil ketawa). Jadi, kita hargailah MPSPK membantu Tanjung Dawai kawasan berpotensi pelancongan, setiap minggu pelancong datang. Ia lanjutan pelancong datang, kalau datang dari Kuala Lumpur mereka akan singgah di MADAD, selepas singgah MADAD akan singgah di Masjid Al-Busyra, Merbok, kemudian lanjut ke Tanjung Dawai. Kalau tak beli belacan

Tanjung Dawai, tak sah. Belacan kalau zaman P Ramlee dulu dia bawa sorok, shut! Diam, diam, jual belacan (sambil menunjuk isyarat diam), sekarang tak pa, boleh dibeli

secara terbuka. Masalah YB. Bukit Lada tu saya ambil maklum dan saya akan berbincang dengan Datuk Bandar untuk memperluaskan hingga sampai Bukit Lada, InsyaAllah.

Satu lagi menaik taraf kemudahan tapak niaga, diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak RM2.2 juta. Yang ni pun telah ada skop-skop perancangan daripada pihak-pihak PBT yang akan kita laksanakan pada tahun hadapan. Cuma saya nak peringatkan di sini adalah tentang peniaga-peniaga yang berniaga secara sendiri-sendiri di tempat-tempat yang tidak dibenarkan. Kita telah keluarkan arahan kepada semua PBT-PBT untuk mengenal pasti kawasan-kawasan ini supaya dikumpulkan di kawasan yang setempat supaya tempat mereka berniaga tidak menjadi halangan kepada lalu lintas, membahayakan orang ramai dan sebagainya…. (YB. Bayu minta laluan)

YB. Tuan Speaker, boleh mencelah?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bagi saya cakap habis sikit dulu, cerita tak habis lagi ni.

Memang nak celah masa tak habis tulah, kalau habis tak boleh celah dah. Sikit na? Terima kasih YB. Kuala Ketil, sahabat saya tu di Baling. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Jadi, berkenaan busim banjir dan ribut juga. Berkenaan dengan pemangkasan atau penebangan pokok-pokok di tepi jalan yang merbahaya kepada kenderaan. Semasa musim ribut ini adakah bajet kecemasan ada diberi kepada PBT ataupun Majlis untuk menyelesaikan isu ini?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Sambung hat ruang niaga dulu na? Mungkin akan berlaku beberapa pertikaian antara para peniaga dengan pihak PBT. Kita nak maklumkan kepada rakyat di bawah sana, kita tidak melantik sesiapa bagi pihak kerajaan, hanya kita lantik adalah PBT berurusan sama ada dengan Persatuan Peniaga Peringkat Negeri Kedah ataupun peringkat Malaysia. Itu saja yang kita lantik untuk menjadi orang tengah, kita tak lantik mana-mana individu yang cuba nak pi menyelesaikan masalah tersebut, tapi akhirnya bukan menyelesai masalah, menjadi benda yang lebih parah lagi. Jadi, kita dah keluarkan

arahan kepada PBT-PBT supaya menggunakan budi bicara supaya peniaga-peniaga ini ditempatkan di tempat yang lebih selamat, tidak mengganggu lalu lintas dan sebagainya. Para peniaga juga perlu akur dan faham kerana sesuatu tempat mereka berniaga boleh mendatangkan pendapatan yang tinggi tetapi bukan tempat-tempat yang sebenarnya dikhaskan untuk mereka berniaga. Sebab itulah bila kita keluarkan sedikit peruntukan ini, PBT-PBT boleh menggunakan dalam bidang kuasa mereka untuk tempat-tempat yang boleh menempatkan para peniaga.

Untuk YB. Bayu, pokok-pokok ini bukan semuanya terletak di bawah kuasa PBT, ada pokok yang ditanam oleh PBT diletakkan di bawah kuasa PBT, ada pokok yang ditanam oleh JKR, di bawah kuasa JKR. Kita ada konsesi sebenarnya, di peringkat JKR pun ada konsesi yang boleh mencantas atau menebang pokok yang merbahayalah. Bukan semua peruntukan itu diletakkan di bawah PBT. Hat ni pun kena spesifik sikitlah, kalau jawab ada nanti mungkin PBT tidak ada peruntukan tersebut. Tetapi tindakan jika berlaku bencana ribut ini YB. Tuan Speaker, kita PBT ini turun bekerjasama dengan semua jabatan dan agensi. Di Baling khasnya bila berlaku banjir yang agak teruk hari tu Majlis Daerah Baling turun dengan JKR, APM, bersama dengan pelbagai jabatan. Semua agensi dan jentera kerajaan turun untuk bersama membantu. Tidak ada nak pertikaian sebab dengar saja arahan daripada Tuan Pegawai Daerah, semua terus jalan.

Seterusnya Langkawi sebagai…(YB. Pedu mencelah)

YB. Kuala Ketil.

Speaker

YB. Kuala Ketil, YB. Pedu minta laluan.

Terima kasih YB. Kuala Ketil dan YB. Tuan Speaker. Pasal duk sebut PBT, berniaga apa semua. Jadi, Pedu nak minta sikitlah di sebelah Naka tu, pasar pagi jual ikan, duk jual bawah pokok lama dah, banyak kali mohon dah. Kalau PBT tak dak duit, minta YB. Kuala Ketil carilah modal-modal sikit bawa pi tinggal dekat Pejabat Daerah Padang Terap untuk buat sikit tempat berniaga ikan. Jadi, tempat berniaga ikan tu tepi jalan, bawah pokok, membahayakan lalu lintas dan penggunalah, pembeli dan peniaga itu sendiri. Ok, terima kasih.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Ok, terima kasih YB. Pedu. Soalan tu tanya saya lama dah, ‘start’ saya jadi Exco sampai la ni. Jadi, kita minta YDP (Yang Dipetua) Padang Terap lah untuk melihat balik isu ini. Setahu saya tanah ini tanah KEDA, Exco Merbau Pulas ya. Jadi, perkara ini mungkin boleh dipertimbangkan.

Seterusnya “Pulau Langkawi Sebagai Pulau Terbersih Di Dunia”. Tagline ini dinyatakan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar pada pembentangan bajet baru-baru ini. Jadi, Alhamdulillah Langkawi akan teruskan program-program untuk membantu meletakkan Pulau Langkawi ini sebagai pulau terbersih di dunia dengan mengambil pelancong yang saban hari datang ke Pulau Langkawi dengan pelbagai ‘event’ atau acara yang menjadi kelas dunia berada di Langkawi. Jadi, di peringkat Majlis Perbandaran Langkawi kita peruntukkan sedikit peruntukan kepada SWcorp untuk membuat cucian di kawasan-kawasan tertentu, memperbanyakkan program dan aktiviti gotong royong di peringkat Pulau Langkawi dan memperbanyakkan kempen-kempen hijau iaitu mengurangkan penggunaan beg plastik dan sebagainya. Inilah sebahagian daripada komitmen Perbandaran Langkawi untuk membantu menjayakan agenda-agenda kerajaan, agenda-agenda peringkat Pusat dan Negeri serta meletakkan status Pulau Langkawi sebagai sebuah pulau terbersih di dunia.

Seterusnya Anugerah Bandar Mampan PBT Kedah pada tahun 2024. Antara Bandar-Bandar Mampan yang telah diterima pada tahun ini adalah Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Langkawi, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Yan dan Majlis Daerah Padang Terap dan Bandar Sederhana Mampan iaitu Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Sik dan Majlis Daerah Bandar Baharu. Manakala Anugerah Penarafan Bintang Peringkat Negeri Kedah yang diterima oleh setiap PBT pada tahun ini adalah bagi penarafan 5 Bintang iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Sik dan Majlis Daerah Padang Terap, itu 5 Bintang dan Majlis Perbandaran Langkawi dan Majlis Daerah Bandar Baharu mendapat penarafan 4 Bintang.

Inisiatif pelaksanaan e-TEN iaitu Kerajaan Negeri Kedah telah melaksanakan inisiatif e-TEN iaitu permit pembinaan ekspres yang telah diterima pakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 5 Julai 2023. Pelaksanaan inisiatif e-TEN telah memberikan impak yang besar terutama kepada Daerah Kulim khususnya Kerajaan Negeri Kedah untuk memastikan semua pelabur menikmati kemudahan-kemudahan inisiatif ini iaitu taklimat awal melibatkan pelabur dan semua agensi teknikal bagi memastikan semua pihak berkepentingan memahami keperluan projek dan mematuhi peraturan. PBT pemudah cara sesi libat urus berterusan sepanjang projek pembinaan. Penyesuaian mengikut keperluan jenis pelabur dan industri serta pengkelasan projek mengikut nilai projek. Kategori 1 iaitu lebih daripada RM100 juta dan kategori 2 ialah kurang daripada RM100 juta.

Pemudah cara permohonan melalui kaedah peraturan tangkas dengan membenarkan permohonan serentak, membenarkan aktiviti pembinaan bermula awal, membenarkan mesin dan peralatan dipasang semasa tempoh pembinaan dan membenarkan lesen premis perniagaan dipohon semasa tempoh pembinaan. Antara beberapa PBT yang turut dalam usaha melaksanakan e-TEN ini adalah Majlis Perbandaran Sungai Petani telah pun memulakan, Majlis Perbandaran Kubang Pasu juga telah memulakan, Majlis Daerah Baling dan PBT Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech. Ini beberapa PBT yang telah pun mengikut jejak Majlis Perbandaran Kulim ataupun e-TEN, yang lain-lain adalah sedang dalam perancangan pelaksanaan.

Seterusnya saya masuk kepada Portfolio Perumahan iaitu Inisiatif 26, Peruntukan Desa Sejahtera. Pada 20 November yang lalu, kerajaan telah melancarkan program Desa Sejahtera yang pertama di Kampung Perik, Daerah Padang Terap sebagai manifestasi kesungguhan Kerajaan Negeri Kedah dalam merealisasikan impian rakyat yang memerlukan tapak rumah. Peruntukan sebanyak RM1 juta disediakan…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Kuala Ketil, kita bagi laluan kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Sat YB. Kuala Ketil na, semangat nampak.

YB. Tuan Speaker, saya mohon mencadang di bawah peraturan 1(a) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.

YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Sekian, terima kasih.

Silakan YB. Kuala Ketil sambung sehingga jam 1.00 tengahari saja.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu dan memberi peluang kepada rakyat Negeri Kedah yang yang layak dibantu untuk memiliki rumah dari aspek kemampuan kewangan. Kerajaan Negeri akur masih ramai rakyat Negeri Kedah khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana yang bergelut dengan kenaikan harga rumah mahu pun kenaikan harga kos bahan mentah bagi tujuan pembinaan rumah. Saya dengar penjelasan daripada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar tadi, setiap daerah menyediakan 1,281 lot rumah untuk diberikan kepada rakyat Negeri Kedah. Kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada usaha-usaha kerajaan untuk memastikan rakyat Negeri Kedah memiliki rumah sendiri.

Seterusnya pembaikan dan penyelenggaraan perumahan awam. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan rumah-rumah perumahan awam Negeri Kedah. Selain itu, sejumlah RM1.5 juta disediakan untuk kos pembaik perkhidmatan dan pengurusan kutipan hasil serta tunggakan perumahan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Bahagian Perumahan yang masih aktif di Kedah adalah sebanyak 6,323 buah rumah dan sudah tentulah rumah ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk membaiki atau menyelenggara perumahan-perumahan ini. Kita harus memberikan satu penghargaan kepada kerajaan atas sedikit peruntukan bemula 2021 sebanyak RM5 juta, 2022 RM4.8 juta, 2023 RM2.1 juta dan 2024 RM1.9 juta. Bagi projek-projek penyelenggaraan yang kita telah laksanakan, saya tak ambil semua kawasan perumahan, antara kawasan perumahan yang selalu menjadi rungutan ramai iaitu antaranya ialah PPR Paya Nahu 1, kita telah membelanjakan RM204,000 peruntukan penyelenggaraan, PPR Paya Nahu 2, kita teleh membelanjakan RM437,000 peruntukan, RPA Simpang Kuala RM1 juta lebih dibelanjakan untuk selenggaraan, Mergong RM1.4 juta dan Seri Gemilang RM880,000. Manakala hasil kutipan yang kita perolehi daripada perumahan-perumahan ini hanya sekitar RM3.4 juta sahaja, hasil kutipan daripada keseluruhan penghuni-penghuni perumahan.

Manakala bagi peruntukan untuk tahun hadapan, kita sedang membuat permohonan kepada KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dengan jumlah RM5.2 juta untuk membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang semakin hari semakin meningkat di semua kawasan-kawasan perumahan yang ada dalam Negeri Kedah.

Seterusnya Inisiatif 29, pemberian hak milik perumahan awam. Atas dasar prihatin kepada golongan nelayan yang rata-ratanya hidup daif, pada tahun 2024 telah meluluskan peruntukan berjumlah RM500,000 bagi tujuan pemberian 321 hak milik kepada peruntukan Rumah Kota Nelayan, Kula Kedah, Fasa Pertama. Manakala Fasa Kedua akan disempurnakan pada tahun 2025, Kerajaan Negeri menyediakan menperuntukan sebanyak RM500,000 lagi melibatkan pemberian baki 257 hak milik yang masih berbaki. Inilah yang saya nyatakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bukan setakat baru lahir kita sediakan peruntukan, “Anakku Sejahtera”, sampai nak beri geran rumah pun kita buat bagi peruntukan YB. Tuan Speaker, nak bantu sampai teqa tu. Perumahan Kota Nelayan dekat saja, di bawah peruntukan YB. Kubang Rotan kut no? Rumah depa lawa, dua tingkat.

Speaker

Ada 4 minit lagi ya.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Sambung petang boleh sikit lagi? Boleh na? Sebab tak habis, satgi depa marah.

Speaker

Ya, boleh!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Seterusnya Program Program Residensi Rakyat (PRR) di bawah Rolling Plan yang ke tiga (RP3) tahun 2023 Rancangan Malaysia Yang Ke-12. Untuk makluman tambahan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah bersetuju untuk malaksanakan pembangunan projek Program Residensi Rakyat (PRR) di tapak yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Kedah iaitu di Lot 640, Kampung Sungai Setar, Jeneri, Sik. Keluasan tanah bagi pembinaan PRR Sik adalah seluas 20 ekar yang mana boleh dibina sebanyak 150 buah rumah sehingga 180 unit rumah teres satu tingkat mengikut persetujuan daripada Kementerian Ekonomi. Ini adalah perancangan tahun hadapan yang mana telah dipersetujui oleh KPKT untuk memberikan rumah PRR kepada Negeri Kedah.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk Bahagian Perumahan juga, Kedah akan menjadi tuan rumah kepada Simposium Perumahan Negeri-negeri pada tahun 2025. Sebagai Exco Perumahan, saya amat menyanjung tinggi atas usaha-usaha ini untuk rakyat Kedah. Sekurang-kurangnya dengan pemberian lot-lot rumah kepada 1,000 lebih lot-lot rumah kepada rakyat Kedah dan juga 1,150 unit rumah yang akan kita perolehi, sekurang-kurangnya ia membantu kita untuk mencapai manifesto yang telah kita tawarkan kepada rakyat Negeri Kedah ini. Saya mengharapkan bahawa kita juga akan mencari jalan bagaimana untuk mencari inisiatif bagi skim perumahan untuk orang-orang Melayu di kawasan bandar.

Seterusnya peruntukan Tabung Bantuan Sejahtera. Ini Portfolio Kesihatan pula. Di dalam Sidang Dewan yang mulia ini saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB. Pegawai Kewangan Negeri kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi peruntukan Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera. Untuk makluman semua, tabung ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri agar dapat membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan. Dengan adanya kelangsungan tabung ini, saya berharap agar beban pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan untuk membiayai peralatan perubatan dapat dikurangkan.

Bagi makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2023 perbelanjaan tabung ini telah dibelanjakan sebanyak RM252,346 yang dibelanjakan di beberapa buah hospital. Di antaranya adalah Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Hospital Kulim, Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, PKD Kulim dan PKD Pendang. InsyaAllah pada tahun hadapan kita akan mulakan pengagihan untuk Hospital Baling dan juga Hospital Pendang.

Speaker

YB. Kuala Ketil, saya akan bagi masa tambahan kepada YB. Kuala Ketil pada sesi sebelah petang selama 5 minit. Jadi, bersedia untuk habiskan ucapan… (YB. Kuala Ketil mencelah)

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Petang 5 minit saja?

Speaker

Ya? Yang ni saya sambungkan nanti.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Lepas makan dengan mengantuk apa semua cukup. Tambah 10 minit boleh?

Speaker

5 minit sahaja. Jadi Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum kita tangguhkan Dewan, saya ada satu pantun.

Makan kenduri di Suka Menanti, Kari cendawan batang keladi, Selamat berehat dan makan tengahari, Jam 2.30 petang kita sambung lagi.

Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari dan akan disambung pada jam 2.30 petang.

[Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]

[Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]

Speaker

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dewan disambung semula. Saya menjemput YB. Kuala Ketil untuk menyambung penggulungan tadi. Masa yang dihadkan adalah 5 minit. Tak payah buat celahanlah ya, 5 minit saja.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker memberi tambahan sedikit masa untuk teruskan dalam penggulungan dalam Portfolio Kesihatan. Seperti yang disentuh dalam Ucapan Bajet 2025 peruntukan bagi pembesaran Hospital Kulim. Hospital Kulim ini siap dibina pada 1994 sebagai hospital daerah tanpa pakar dan sekarang tibalah masanya untuk pembesaran memandangkan dengan suasana hari ini kawasan-kawasan persekitarannya yang telah maju memerlukan sedikit suntikan bagi penambahbaikan kepada Hospital Kulim.

Alhamdulillah, dalam bajet Kerajaan Pusat terdapat sedikit tambahan daripada sekarang 320 katil tambah lagi 230 katil menjadikan 550 katil pada masa hadapan. InsyaAllah, ianya akan memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan infrastruktur yang bersesuaian sebagai hospital pakar major kepada rakyat. Seterusnya mampu menyediakan kemudahan fasiliti dan perkhidmatan awam yang lebih baik kepada pesakit dan meningkatkan tahap keselesaan kepada pesakit serta petugas, menyediakan kelengkapan peralatan perubatan dan perkhidmatan berkualiti dan moden, mengurangkan masa menunggu bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan, wad-wad, klinik pakar dan dewan bedah serta mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan yang kelima memastikan bekalan tenaga elektrik yang mencukupi dan selamat bagi menampung keperluan semasa dan permohonan jangka masa yang panjang.

Sehubungan itu juga, melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kedah juga kita mendapat tambahan peruntukan 57 unit ambulan yang sedang diterima oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah melalui dua tander yang telah dilaksanakan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga di peringkat JKN Kedah iaitu ambulan type A 11 unit, ambulan type B 46 unit. 8 ambulan type A telah diterima oleh Hospital Sultanah Bahiyah 3 buah, Hospital Sultan Abdul Halim 2 buah dan Hospital Kulim 3 buah. Sementara itu 15 ambulan type B telah diterima oleh Hospital Baling, 2 buah Hospital Sultanah Maliha, 3 buah Hospital Kuala Nerang, 1 Hospital Yan, 1 Hospital Jitra 1, Hospital Sik 1, Klinik Kesihatan Kuala Ketil 1 (kuala Ketil tak tinggal, mesti ada juga), Klinik Kesihatan Bandar Baharu 1, Klinik Kesihatan Taman Intan 1, Klinik Kesihatan

Bandar Baharu 1, Klinik Kesihatan Sungai Petani 1, Klinik Kesihatan Mebok 1 dan Klinik Kesihatan Jalan Putra 1.

Seterusnya saya akan pergi kepada soalan-soalan tambahan yang telah diajukan kepada saya sepanjang perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dua hari yang lepas. Yang pertamanya soalan tambahan daripada YB. Bakar Arang mengenai ‘charge’ RM700 yang dikenakan oleh PBT kepada penghuni-penghuni rumah yang membina tambahan, owning tambahan. Kalau kita rujuk kepada Akta 133 atas jalan, parit dan bangunan serta undang-undang kecil bangunan seragam 1984. Ini bukanlah ‘charge’ kena bayar, maksudnya ‘fee’ ‘fee plan’. Maksud dia orang yang nak buat tambahan perlulah memohon kebenaran pelan tu daripada Majlis Perbandaran. Ini sedia termaktub, sewaktu kita beli rumah pun telah diterangkan benda ni, bukannya benda baru, dah lama. Inilah pemutihan-pemutihan yang dibuat oleh PBT. Banyak sekarang ini kita lihat sebahagian rumah yang ada dalam kawasan PBT telah dijadikan pusat perniagaan, itu pun kita minta PBT buat pemutihan sebab kadang dia buat tak dak permit dan sebagainya. Jadi, inilah kerja-kerja yang dibuat oleh PBT dan saya harap YB. Bakar Arang pun boleh menjelaskan kepada mereka sebab Yang Berhormat sebelum ini pun pernah menjadi Ahli Majlis, saya rasa faham dengan prosedur-prosedur tersebut dan tidaklah menjadi satu halangan kepada orang-orang yang buat tambahan ini untuk membayar ‘fee plan’.

Soalan tambahan Bakar Arang juga mengenai kesesakan lalu lintas di Jalan Lencongan Timur. Untuk makluman YB. Bakar Arang, saya telah pun mengadakan satu mesyuarat pada 14 November yang lalu bersama dengan JKR Kedah dan juga pihak PBT iaitu mencari cara ataupun inisiatif bagaimana untuk mengurangkan kesesakan jalan tersebut. Kita faham di persekitaran kawasan tersebut ada banyak kemajuan pembinaan oleh perumahan-perumahan, termasuk akan ada bangunan strata oleh pihak PKNK yang berdekatan dengan Hospital Sungai Petani. Sudah tentulah jalan tersebut akan mengalami kesesakan yang cukup padat pada waktu puncak iaitu waktu pagi dan waktu petang. Jadi, kita telah berbincang mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk mengatasi dan dicadangkan pada masa tersebut akan dibina satu jejantas untuk mengurangkan kesesakan. Walau bagaimanapun, dari segi kos dan sebagainya belum dibuat keputusan lagi, kita akan adakan perbincangan lanjut dengan pihak JKR untuk melihat bagaimana proposal mereka terhadap cadangan tersebut.

Seterusnya soalan daripada YB. Gurun, berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dan murid sekolah. Untuk makluman Dewan, secara keseluruhannya terdapat peningkatan jumlah kes daripada 137,176 kes pada tahun 2022 kepada 145,526 pada tahun 2023. Itu menunjukkan kenaikan sebanyak 6.10%

dari tahun 2022 kepada 2023. Di antaranya ialah Baling meningkat kepada 1,036 kes, Bandar Baharu, 583 kes, Kota Setar 3,165 kes, Kuala Muda 1,935 kes, Kubang Pasu 1,665 kes, Kulim 999 kes, Langkawi 1,032 kes, Padang Terap 905 kes, Pendang 1,600 kes, Sik 470 kes dan Yan 582 kes.

Nak celah juga YB. Kuala Ketil.

Speaker

Saya ingat masa tak sesuailah untuk nak buat pencelahan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Sehubungan itu langkah-langkah pencegahan yang diambil bagi membendung murid dan belia terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Yang pertama ialah kempen kesedaran anti dadah dan publisiti, yang keduanya program pendidikan pencegahan dadah, yang ketiga ujian saringan awal murid sekolah, yang keempat Program SHIELDS (Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya), yang kelima Program Tomorrow Leader, yang keenam Program KEM SMART (Sukses, Matang, Aktif, Rasional, & Tanggungjawab), yang ketujuh Skuad Anti Dadah dan yang kelapan Skuad Junior. Ini adalah beberapa program yang dibuat bagi membendung penagihan dadah terlibat kepada anak muda kita dan juga belia.

Saya rasa itulah penggulungan saya pada petang ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan dan agensi yang membantu portfolio saya selama ini khususnya kepada Yang Dipertua-Yang Dipertua dan Tuan-tuan Pegawai Daerah. Semoga kita teruskan kerjasama ini untuk kejayaan lebih cemerlang pada 2025. Dengan ini saya menyokong penuh Pembentangan Bajet Kedah 2025 oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Ok, terima aksih YB. Kuala Ketil. Seterusnya saya menjemput YB. Kuala Nerang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wassola tuwassala muala rasulillah. Waman tabi'ahu wanarasa lahu mawalah. Robbish rohli sodri wayarsiri amri wahlul uqdatan millisani yafghohu khauli. Ammabaq. Terima kasih YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan yang dihormati, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menggulung untuk portfolio yang diamanahkan kepada saya untuk bajet bagi tahun 2025.

Seperti yang kita sedia maklum, bajet pada kali ini disusun dengan mengambil kira kepentingan semua sektor ekonomi dan sosial khususnya dalam sektor kerja raya, pengairan dan saliran, bekalan air, sumber air, perhutanan dan alam sekitar yang mempunyai peranan yang sangat penting untuk mencapai kestabilan, kemakmuran negeri pada jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada YAB. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor atas Pembentangan Belanjawan Kedah bertemakan “Erat Sejahtera 2025”. Lebih jauh daripada itu Alhamdulillah, tahniah setinggi-tingginya kepada beliau yang telah berjaya memimpin Kedah dengan penuh kebijaksanaan, dengan penuh adil, prihatin, stabil dan saksama. Alhamdulillah, tahniah! Saya juga mengucapkan tahniah kepada YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri kerana telah mendapat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2023 Penarafan 5 Bintang. Begitu juga taniah kepada YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri atas kejayaan pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran Penyata Kewangan Negeri Kedah 2023. Demikian juga kepada Yang Berbahagia Pengarah Tanah dan Galian dan seluruh kakitangannya atas penerimaan Anugerah Apresiasi Penambah Baikan Tatakelola Agensi 2024 atas kejayaan tersebut. Demikian juga satu lagi jabatan yang penting yang telah menerima dan dinobatkan sebagai Johan dan Penerima Anugerah Khas Pertandingan PINBike 2024 iaitu Pengarah JPS Negeri Kedah.

Kerajaan Negeri seperti yang kita sedia maklum akan terus memberikan fokus kepada sektor pembangunan infrastruktur di Negeri Kedah ke arah pertumbuhan sosio ekonomi yang lebih holistik dan juga mampan, InsyaAllah. Pertama dari sudut sektor kerja raya, Kerajaan Negeri terus komited dalam meningkatkan infrastruktur negeri dengan menumpukan kepada pembangunan jalan raya dan jambatan yang lebih baik dengan memperuntukkan sejumlah RM45.1 juta dan ditambah dengan perancangan MARRIS berjumlah RM295.3 juta yang kita harap dengan langkah ini di samping pembelian aset jambatan bailey berjumlah RM6.05 juta semua sebagai persediaan untuk menghadapi bencana di luar jangka. Terima kasih kepada YAB. Menteri Besar Negeri Kedah dan YB. Pegawai Kewangan Negeri. Di samping itu, ada bajet tambahan sebanyak RM2 juta untuk perbelanjaan luar jangka yang kemungkinan berlaku yang melibatkan kerosakan jalan raya, jambatan dan sebagainya.

Yang kedua YB. Speaker, sektor bekalan air dan sumber air. Kerajaan Negeri akan terus berusaha menjamin kelestarian bekalan air terawat untuk rakyat secara berterusan dengan memperuntukkan sebanyak RM246.9 juta melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan dan juga peruntukan Kerajaan Negeri. Tindakan pengawalan dan pemuliharaan sumber air untuk kegunaan semasa musim kemarau akan terus diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri termasuklah cadangan pelaksanaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Muda di Terap Batu, Kulim, di Kuala Sedim, Kulim, di Kuala Lesung, Kuala Muda, di Kota Mengkuang, Jitra dan juga di Padang Saga, Langkawi.

YB. Speaker, boleh mencelah? Mohon pencelahan sikit YB. Kuala Nerang.

Speaker

YB. Kuala Nerang, YB. Bayu minta pencelahan.

Sila! Sila!

Terima kasih. YB. Tuan Speaker, YB. Kuala Nerang, Bayu nak bertanya berkenaan selepas banjir tempohari, banyak infra-infra dan juga titi-titi yang telah pun rosak di kawasan DUN Bayu iaitu di Kampung Teluk Lambung, Batu 8. Apakah tindakan daripada pihak kerajaan untuk nak mengatasi dan juga menyelesaikan demi masyarakat?

Terima kasiah YB. Bayu dan YB. Speaker. InsyaAllah saya akan jawab pagi besok dalam soalan pertama berhubung dengan banjir, InsyaAllah. Boleh YB. Bayu? Baik.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) atas pelbagai inisiatif dan juga peruntukan untuk urusan dan tujuan ini. Berkaitan dengan bekalan air ini, terima kasih yang tidak terhingga kepada SADA, kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah atas pelbagai inisiatif yang diambil, yang telah dibuat dan akan dibuat untuk memastikan keterjaminan air bersih khususnya kepada bekalan domestik, InsyaAllah.

Yang ketiga daripada sektor pengairan dan saliran. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan isu banjir dan juga berkenaan dengan senggaraan sungai, parit dan sebagainya. Seperti yang kita tahu bahawa sektor pengairan dan saliran adalah nadi yang penting untuk pertanian di Negeri Kedah terutamanya untuk penanam padi dan juga komuditi utama negara seperti yang telah dihurai panjang lebar oleh YB. Suka Menanti pagi tadi. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM4.6 juta untuk membaiki sistem pengairan dan saliran di kawasan penanaman padi Luar Jelapang, kawasan JPS bukan kawasan MADA dan menambah baik terusan saliran yang lebih efisian untuk menjamin keselamatan produktiviti pertanian.

YB. Speaker, saya ingin memaklumkan kepada Dewan tentang peruntukan-peruntukan yang kita telah terima dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan senggaraan, pemuliharaan, dan kerja-kerja yang berkaitan dengannnya di Negeri Kedah ini. Untuk makluman, pada tahun 2021 untuk tujuan pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM5.3 juta, 2022 RM20 juta melonjak naik, 2023 turun kepada RM17.8 juta, 2024 turun lagi kepada RM10.4 juta dan difahamkan pada tahun 2025 nanti InsyaAllah akan meningkat untuk tujuan pembangunan sebanyak RM100 juta. Terima kasih banyak kepada Kerajaan Persekutuan. Namun demikian, untuk tujuan ini Kerajaan Negeri juga memperuntukkan jumlah yang besar berbanding dengan jumlah yang kita peruntukkan sebelum ini. Pada tahun 2021 hanya RM18 juta, pada tahun 2022 naik kepada RM22 juta, 2023 hampir RM22 juta, 2024 turun tetapi pada tahun ini InsyaAllah akan naik dan diberikan. InsyaAllah akan diluluskan dalam bajet nanti jumlah sebanyak RM25 juta untuk JPS bagi pengurusan pemuliharaan sungai dan seumpamanya.

YB. Speaker, kalau nak ikut keperluan, JPS perlukan RM70 juta. Sebab itu apabila disebutkan tadi dan sebut oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat minta tambah peruntukan, tambah peruntukan, memang sebenarnya dalam perhatian dan memang dalam pengetahuan JPS nak tambah. Tapi dah dapat banyak tu nak buat macam mana? Buat setakat yang ada. Ini realiti yang kita hadapi, kekangan yang kita hadapi, kita perlu RM70 juta, dapat baru RM25 juta. Jadi, maknanya ada benda-benda yang terpaksa didahulukan dan ada benda-benda yang terpaksa kita tangguh untuk seketika. InsyaAllah kita akan usaha minta lagi dan kita harap akan dapat pada masa akan datang.

Di samping itu, sebagai inisiatif baru Kerajaan Negeri Kedah turut memberikan fokus tentang kepentingan penglibatan komuniti. Kalau sebelum ini hanya JPS atau agensi tertentu yang telibat dalam penyelenggaraan saliran ini, tetapi pada tahun hadapan InsyaAllah diperuntukkan sebanyak RM900,000 hampir RM1 juta untuk tujuan projek pembersihan sungai melalui Program Denai Sungai termasuk juga Sungai Anak Bukit yang menjadi salah satu saya kira destinasi pelancong nanti, InsyaAllah. Kita harap semua pihak sama-sama berganding bahu main peranan untuk sama-sama kita

menjaga sungai, menjaga kelestarian alam ini yang InsyaAllah saya akan sebut di hujung nanti, mudah-mudahan ada masa nanti YB. Speaker, berhubung denda yang begitu berat yang diperuntukkan, yang dikenakan kalau kita melakukan kesalahan mencemar sungai, mencemar sumber air kita.

YB. Tuan Speaker, seperti yang kita sedia maklum impak bencana banjir ini memerlukan peruntukan yang sangat besar. Dalam Bajet 2025, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM4.7 juta untuk tujuan tebatan banjir dan kerosakan sungai serta tali-tali air di kawasan ‘hotspot’ yang dikenal pasti oleh JPS Negeri Kedah.

Saya percaya, kerjasama dan penyelarasan yang baik di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang berterusan InsyaAllah akan dapat dipastikan langkah-langkah metigasi banjir ini dapat dilaksanakan dan InsyaAllah akan berdaya tahan serta memberikan manfaat yang besar kepada seluruh rakyat. Ini termasuklah seperti yang kita sedia maklum RTB Baling, YB. Bayu, RTB Baling Fasa 1, Fasa 2, RTB Sungai Bongkok, RTB Bandar Baharu yang berjumlah RM233.2 juta yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 nanti, InsyaAllah. Pakat doalah mudah-mudahan tak dak masalah dan berjalan lancar sepertimana yang dirancangkan.

YB. Speaker, satu lagi portfolio saya yang diberikan amanah kepada saya adalah Portfolio Alam Sekitar. Alam Sekitar ini adalah merupakan salah satu strategi ketiga yang disebut dalam bajet oleh YAB. Perdana Menteri di mana disebut tentang kemampanan alam sekitar dan juga dalam manifesto Perikatan Nasional dalam Perkara ke 17 yang akhir sekali juga disebut tentang kemampanan alam sekitar ini.

Kita sedia maklum bahawa Negeri Kedah ini adalah negeri yang kaya dengan sumber hutan. Hutan memainkan peranan yang sangat penting dalam kelestarian alam sekitar dan memberikan pelbagai kepentingan kepada negeri. Antaranya, hutan bertujuan untuk mengekalkan kepelbagaian biologi dan habitat untuk pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Di samping itu YB. Speaker, hutan juga berperanan sebagai kawasan tadahan sumber air. Ini kita sedia maklum yang berfungsi untuk mengawal aliran sungai yang boleh menyebabkan risiko banjir dan banjir puing atau banjir kilat jika tidak dikawal selia dengan sebaiknya.

Selain itu YB. Speaker, pemeliharaan hutan turut membantu mencegah hakisan dan mengekalkan struktur tanah. Secara tidak langsung, ini boleh mengelakkan daripada berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh dan seumpamanya. Kejadian-kejadian bencana alam yang tidak diduga, namun demikian langkah-langkah pencegahan mesti diberi perhatian dan ia menjadi tanggungjawab kita bersama.

Seiring dengan keperluan pembangunan dalam memacu peningkatan ekonomi, pastinya hutan juga akan turut diteroka. Justeru itu, pembangunan hutan terutamanya bagi tujuan penyelidikan dan pelancongan haruslah dilaksanakan secara berhemah

dan mampan dalam usaha memastikan kesan ataupun impak kepada ekosistem di hutan tersebut diminimakan. Oleh yang demikian, saya berpesan kepada diri saya dan mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat, semua jabatan-jabatan, agensi dan orang perseorangan supaya sama-sama kita memahami dan menghargai akan kepentingan hutan secara tidak langsung dapat melibatkan diri dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan serta pengurusan hutan yang efektif untuk kelestarian hutan yang berpanjangan.

YB. Speaker, Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih banyak kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah memperuntukkan sebanyak RM12.4 juta dalam peruntukan Ecological Fiscal Transfer (EFT) untuk tujuan pemuliharaan bagi aspek biodiversiti di Negeri Kedah. Alhamdulillah, mudah-mudahan diberkati Allah.

Seperkara lagi yang saya ingin maklumkan, saya ingin kaitkan dalam ucapan saya berhubung dengan usaha kita melestarikan dan menambahkan kehijauan di Negeri Kedah ini bagaimana dalam Program Penghijauan Malaysia, Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu tahun 2021 sampai tahun 2025 disasarkan untuk Negeri Kedah ini diletakkan sasaran sebanyak 1.125 juta pokok mesti ditanam dalam tempoh 5 tahun tersebut. Di mana untuk peringkat kebangsaan ditarget atau diletakkan sasaran sebanyak 100 juta pokok. Dan Alhamdulillah, perkembangan yang sangat baik di mana Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah pun berjaya bukan hanya menanam 1.125 juta pokok setakat ini, tetapi telah berjaya menanam sebanyak 2.808 juta pokok di Negeri Kedah walaupun tempohnya berbaki ada lagi setahun.

YB. Tuan Speaker, nak tanya sikit saja. Terima kasih YB. Speaker dan YB. Kuala Nerang. Apabila sebut tanam pokok ni, adakah ladang-ladang sawit dan getah termasuk di dalam jumlah pokok yang terkandung dalam 2 juta lebih ni? Terima kasih.

Ya, sawit akan diambil kira dalam 2.8 juta. Pokok ni sebenarnya termasuk dalam tu pokok-pokok hutan, ladang hutan, mungkin boleh saya berikan sedikit data, 1.6 juta pokok ditanam. Pokok bakau pun termasuk juga, pokok-pokok hutan, pokok meranti, pokok keruing dan pokok apa semua, pokok-pokok buah-buahan, pokok durian pun masuk YB. Tuan Speaker, pokok nadir apa segala pokok, pokok herba, pokok hiasan pun kira sekalilah tu, pokok dalam 2.8 juta tersebut. Jadi tahniah kepada Pengarah Jabatan Perhutanan dan seluruh kakitangannya.

YB. Speaker, bagi merancakkan lagi inisiatif penanaman pokok di Negeri Kedah ini, Kerajaan Negeri memperkenalkan penanaman 2.2 juta pokok. Bila ni? Untuk tahun 2025 sampai tahun 2029, InsyaAllah. Selama lebih kurang 5 tahun jugalah dengan kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat swasta. Ini semua membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sangat prihatin dan sangat menitikberatkan tentang pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar untuk kegunaan kita hari ini dan juga generasi akan datang.

YB. Speaker, selain itu juga berkait dengan hutan ini, Kerajaan Negeri sedang… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Ayer Hitam minta laluan YB.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Kuala Nerang. Cuma nak tanya tentang penanaman pokok nilah, Di kawasan kamilah di kawasan Kubang Pasu banyak pokok ditanam ditepi-tepi jalan, di jalan Jitra, Kemboja, banyak pokok-pokok besar-besar, cantik-cantik. Tapi tulah, bila mai musim ribut, musim apa memberi kesan kepada pengguna jalan raya, pokok tumbang ka apa ka. Jadi pemangkasan tidak dibuat, mungkin ada cadangan tertentulah. Bila kita bangkitkan dalam mesyuarat peringkat daerah kadang-kadang dia macam tak selari di antara Jabatan Hutan dengan JKR dengan pihak pemantau nak potong apa semua. Jadi, bolehkah kita adakan satu dasar atau satu ketetapan bahawa kerana apa, tanam pokok tu ok, tetapi menjagaannya supaya tidak membahayakan masyarakat tu perlu diambil kira juga supaya benda-benda di luar jangkaan itu tidak berlaku khususnya pada musim ribut. Terima kasih.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

YB. Tuan Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Ya, silakan YB. Tanjung Dawai.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

YB. Tuan Speaker, terima kasih. Soalan saya ialah bila ribut baru-baru ini berlaku, pokok banyak tumbang. Yang kita boleh perasan ialah pokok-pokok tumbang ni tak dak akar tunjang, besar pula tu. Jadi, ke depan kita tak tau pokok-pokok yang belum tumbang tu, bahaya. Nak tanya, jadi kut ada jenis pokok-pokok tertentu kut yang kena tanam jenis ada akar tunjang ni?

Terima kasih YB. Ayer Hitam dan YB. Tanjung Dawai. Saya kira itu sebagai satu peringatan. Saya kira begini, kita ada beberapa agensi yang terlibat secara langsung dalam isu pokok-pokok di tepi jalan ni. Pertama tentunya JKR, yang kedua ialah pihak PBT yang bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga pokok di tanah milik kerajaanlah, mungkin rizab jalan dan sebagainya.

Jadi, saya kira perkara ini boleh diselesaikan dengan baik, dengan elok, diselaraskan mungkin perbincangan dengan Pegawai Daerah, dengan Jurutera Daerah ataupun PBT yang berkenaan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah ataupun mungkin juga dalam perbincangan di luar sahaja. Pokoknya, asasnya ialah pokok-pokok ini bila ditanam kena ambil kira semualah termasuk YB. Tanjung Dawai sebutkan tadi, pokok apa yang sesuai, ditanam dalam jarak berapa yang patut supaya ia tidak mengganggu dan menghalang struktur dan juga laluan. Jadi, saya kira kalau dilaksanakan dan dibincangkan dengan baik, dirujuk dengan Jabatan Hutan pokok apa yang sesuai ditanam di tempat ini bukan main tanam ikutdan saja, saya rasa InsyaAllah tidak akan timbul masalah berbangkit kemudian. Saya harap dapat menjawab soalan dan juga pandangan daripada YB. Ayer Hitam dan Tanjung Dawai. Boleh na?

Dalam kerangka mendalami dan memahami mekanisme penerokaan hasil baru melalui sumber hutan, jadi Kerajaan Negeri sekarang ini sedang dalam proses untuk cuba mencari jalan bagi kita mendapatkan hasil daripada sumber hutan yang ada yang orang sebut ‘carbon credit’ yang kita harap kita mendapat Kerjasama daripada semua agensi dan kita bercadang untuk mengadakan satu sesi libat urus yang melibatkan semua agensi berkepentingan termasuk juga akan dijemput bersama Malaysia Forest Fun (MFF) iaitu sebuah anak syarikat NRES, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memahamkan kita dan apabila kita semua telah faham InsyaAllah akan dilaksanakan dan akan menambahkan hasil negeri pada masa akan datang.

Saya sebut dalam ucapan awal tadi bahawa alam sekitar ini mesti dijaga dan tindakan yang melanggar peraturan ataupun mencemarkan alam sekitar akan dikenakan hukuman, akan dikenakan denda yang menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling Pindaan Tahun 2024 yang berkuat kuasa pada 7 Julai yang lepas, baru saja ni. Lihat pekeliling Akta Kualiti Alam Sekitar yang baru dipinda yang meletakkan denda yang sangat, bagi

saya sangat beratlah, denda minimum tak kurang daripada RM5,000, paling kurang RM5,000 dan denda maksimum dia boleh pi sampai RM10 juta. Jadi, tak boleh buat main-main ni, kalau dikesan, ditangkap oleh Jabatan Alam Sekitar dan didapati bersalah, naya kita. Bahkan, ada hukuman di sana penjara mandatori tak lebih dari 5 tahun. Dan yang keempat, dalam akta itu juga disebut peningkatan kadar kompaun tidak melebihi RM2,000 dan juga tidak melebihi 50%, kompaun saja tidak lebih daripada RM2,000.

Untuk itu, marilah saya mengajak kesemua seluruh, kesemua pihak sama-sama kita ambil bahagian, prihatin dalam menjaga alam sekitar ini terutama yang berkaitan dengan sumber air kita supaya dapat dijaga dengan baik, tidak mencemarkan sumber air dan seumpamanya. Untuk itu, portfolio alam sekitar telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang merentasi daerah dan parlimen dan mukim agar mesej tentang kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar ini sampai kepada semua segenap penjuru.

Walaupun tak dak bajet yang khas berhubung dengan program ini, Alhamdulillah lebih kurang 24 program kecil ini telah kita buat di merata daerah dan ada lagi daerah yang belum kita sentuh, InsyaAllah akan kita sambung teruskan pada tahun hadapan, InsyaAllah.

YB. Tuan Speaker, izinkan saya untuk menyentuh beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Boleh na? Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya mulakan apa yang disentuh oleh YB. ADUN Sidam, Ketua Pembangkang. Yang pertama saya nak mulakan dengan apa yang disebut oleh YB. Tanjung Dawai kelmarin dalam ucapan perbahasan, itu minta masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya berhubung dengan LRA bukan sahaja di Dungai Limau, Bukit Selambau dan di tempat lain. Ya, kita faham pembangkang tentunya dia bangkitkan yang ada masalah, yang lambat tapi kita di pihak kerajaan nak habaq juga hat kita dah berjaya siapkan dan yang telah mendahului jadual. Yang pertama, Projek Naik Taraf Pam di Loji Rawatan Air di Padang Mat Sirat telah pun selesai, telah pun siap dan telah pun diserahkan, Alhamdulillah. Soal lewat, sat lagi saya sebut. Perkara biasalah tu seperti yang saya sebut dulu pun, kan? Kebanyakan, kebanyakan, bukan semua, saya tidak nafikan ada projek yang siap mendahului jadual tetapi umumnya ada yang terpaksa diberikan lanjutan masa.

Apa yang saya nak sebutkan ialah untuk loji kita di Lubuk Buntar. Lubuk Buntar ini kalau ikut jadual ialah 82.75%, LRA Lubuk Buntar. Ini kita ambil ‘cut off’ dia sehingga 15 haribulan November 2024. Kemajuan ketika itu yang jadualnya cuma 82% tetapi telah dicapai sebanyak 83.5% mendahului jadual sebanyak perpuluhan tujuh lima peratus atau sebanyak 7 hari, yang pertama. Yang kedua, di Jenun Baru jadual 76% dan projek semasa pun 76% juga. Maknanya selari dengan perancangan. Kemudian, lebih menyeronokkan dan membanggakan kita, projek Loji Rawatan Air Pelubang. Pelubang kalau mengikut jadual 40% tetapi pada tarikh tersebut telah mencapai 45%, 5% mendahului jadual. Projek-projek yang saya sebutkan tadi, 4 projek itu semuanya adalah di bawah kerajaan pimpinan YAB. Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor dan pegawai penguasa beliau ialah YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, satu tepukan.

Jadi nak habaqnya, jangan tengok hat tak siap saja, tengok hat siap sama. Bukan kelemahan kita, bukan sebab kita tak tegas! Tetapi tentu ada beberapa sebab-sebab yang lain, masalah kontraktor sendiri, kan? Kalau kontraktor duk tukar subkontraktor, kontraktor sub masuk tak buat, tak ikut arahan dan sebagainya, Pengarah JKR ni

kering kerongkong dah, duk bagi arahan, duk bagi surat apa semua. Apa yang boleh kita buat? Panggil mesyuarat, kita turun pi tempat dia lagi. Ini usaha, inisiatif kita, munjukkan kita bersungguh-sungguh, bukan saja nak ‘lak’. Lak faham YB. Speaker? Faham no, bahasa Kuala Nerang apa lak ni? Bukan saja kita nak biaq. YB. Bakar Arang faham tak lak? Bukan saja kita nak biaq, kita usaha buat.

Jadi YB. Speaker, InsyaAllah kita akan teruskan walaupun kita sangat sedar dan faham Loji Rawatan Air Sungai Limau ini memang mengalami kelewatan yang ketara dan diakui memang tidak berdaya maju tetapi kena ingat kita terikat dengan terma-terma kontrak yang bukan boleh hari ini kita tak puas hati, esok kita tendang dia keluar. YB. Bakar Arang kata tarik balik lesen. Tak boleh, bukan kuasa kita. Dia kena ada proses-proses tertentu, bagi surat peringatan, kemudian bawa ke CCP mesyuarat, CCP di Negeri Kedah bersetuju nak tamatkan, angkat naik pula ke CCP di peringkat Persekutuan, sana setuju baru kita boleh ‘terminate’, bukan boleh buat ikut suka kita. Jadi, semua ini memakan masa. Walaupun kita tau, bila kita ‘terminate’ ia akan merugikan bukan hanya kontraktor tetapi kita Kerajaan Negeri, kita sebagai pemilik, rugi rakyat daripada segi masa nak dapat projek, makan masa yang panjang. Kita sedar, tapi kalau dah tak dak pilihan, kalau benda tu dah teruk, kencing manis ni kira reput habis dah kaki, macam mana nak buat, keratlah jawabnya.

Yang Bukit Selambau, pihak kontraktor tengah berusaha. Ini yang saya sebutkan tadi ni, bila tukar subkont memang dia jadi masalah kan, dia nak start balik enjin nak mula balik tu dia makan masa. Berdoalah dan kita telah berusaha InsyaAllah, depa pun nak berjumpa dengan YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mencari jalan untuk menunjukkan kepada kita ‘recovary plan’ supaya dia boleh siapkan dalam jadual yang ditetapkan. Kalau pun terpaksa dilanjutkan masa untuk banyak kes, saya ingin tegaskan bahawa ada sebab-sebab tertentu yang kita kena faham. Pasal apa diberi lanjutan masa? Antara yang pertama ialah, dalam banyak-banyak projek, baik JPS ka, JPP ka, JKR ka, dia ada alasan dia. Yang pertama disebabkan isu pengambilan tanah, yang kedua mungkin melibatkan isu pengalihan utiliti, ada paip SADA ka, Telekom ka, apa ka, TNB ka.

Kemudian yang ketiga isu halangan di tapak, sampai mungkin ada kes saman di mahkamah. Bila masuk kes mahkamah kita tak boleh nak roboh ikutdan, tak boleh nak korek ikut suka, jadi ini memakan masa yang menyebabkan perlu kepada EOT (lanjutan masa). Kemudian, perubahan reka bentuk mungkin diubah skop kerja dan sebagainya, lagi alasan yang boleh dapat EOT, masalah cuaca, luar jangka, bencana, gangguan bekalan, tak dak stok barang, masalah teknikal dan macam-macam lagilah alasan-alasan. Saya cukup yakin pihak JKR dan agensi-agensi kerajaan, JPS, semua ni orang-orang yang profesional, bukan saja-saja dia nak lanjut masa, mesti ada alasannya. Ada yang terpaksa sampai 5 kali lanjutan masa, yang bukan pun SO dia adalah YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi diuruskan sendiri oleh kementerian di peringkat Persekutuan yang sampai la tak siap lagi, InsyaAllah akan siap hujung bulan ini, Projek Loji Kumbahan yang diberikan lanjutan masa sampai 5 kali yang sepatutnya siap pada tahun 2018. Hari ni dah 2024 tak siap lagi. Jadi, takkanlah yang tu pun nak salahkan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar? Jadi, ini benda-benda yang perlu kita lihat secara profesional, secara adil dan kita tidak jadikan sebagai modal politik untuk kepentingan kita. Masa ada lagi YB. Tuan Speaker?

Speaker

Boleh bersedia buat penggulungan.

Ada banyak lagi ni. Baru 1 daripada 50 (sambil ketawa). Kalau yang saya tak sempat sentuh saya mohon maaf YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang perlukan jawapan kita boleh berhubung selepas ini dan boleh berikan jawapan secara bertulis. Saya pi kepada YB. yang lain pulalah kut.

Ya, YB. Bakar Arang bangkitkan berkenaan dengan projek NCH (Northern Corridor Highway), tak buat-buat, tak siap-siap. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini sebenarnya masih dalam peringkat perancangan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan belum dimuktamatkan. Ini pun sama macam saya harap tadilah, apa benda yang kita tak dapat lagi kita usaha dan terus berdoalah moga-moga dapat projek yang kita impikan.

‘Traffik light’, tadi YB. Kuala Ketil sebut dah kut, kesesakan. Saya tak payah jawab na? YB. Belantek, ini pun ada jawapan yang panjang dan sebahagian besarnya disebut di Bendang Tebal, Kampung Batu 50, Sik Dalam, Batu Seketul, Sungai Chepir, Balung Ayam, semuanya ini InsyaAllah tahun 2025 Yang Berhormat. InsyaAllah tahun 2025 akan dibuat.

Kemudian YB. Tokai saya rasa ada sebut berkenaan dengan ‘floating solar’. Betul ya? ‘Floating solar’ sebelum ini pun telah ada beberapa syarikat yang mengadakan kunjungan hormat, beri taklimat dan sebagainya kepada saya, kepada BPEN termasuk saya rasa kepada YB. Jitra pun dan menyatakan kesungguhan dan keseriusan kita dalam merealisasikan Projek Ladang Solar Terapung ini. Kerajaan Negeri telah pun mewujudkan ataupun menubuhkan anak syarikat di bawah Invest Kedah Berhad yang ringkasnya disebut sebagai ‘KESTER’ sebagai ‘one stop centre’ untuk melihat, meneliti secara lebih serius dan kita harap projek-projek yang dicadangkan ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin supaya memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan rakyatnya. Pada masa yang sama melihat kepada aspek alam sekitar dan keterjaminan sumber air negeri. Sebab itu kita nak kena perhalus sungguh-sungguh, nak kena teliti elok-elok, tak boleh nak terlalu gopoh, kita takut menimbulkan kesan yang negatif kepada seluruh rakyat.

Speaker

Boleh buat penggulungan.

Terima kasih YB. Tuan Speaker kerana telah memberikan laluan kepada saya. Saya kira ada banyak lagi tapi saya tak sempat sentuh. Akhirnya saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Pegawai Kewangan, semua Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya rakan-rakan Exco dan juga kepada jabatan-jabatan, agensi-agensi, JKR, JPS, SADA, LSANK, Jabatan Pembentungan, TNB, JMG (Jabatan Mineral dan Geosains), Jabatan Perhutanan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhilitan. Saya sebut semua ini pasal semua ini ada kaitan yang berhubung langsung dengan saya. Saya ucapkan terima kasih banyak atas komitmen semua untuk melaksanakan tugas masing-masing menuju aspirasi ‘The Greater Kedah’ dengan pelaksanaan strategi Pelan Kedah 2035 untuk kesejahteraan rakyat.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pengarah-pengarah jabatan yang lain, ketua-ketua jabatan termasuk juga Jabatan Zakat yang bagi banyak sumbangan termasuk di Padang Terp, JKN, rakan-rakan daripada BPEN yang banyak membantu saya. Terima kasih khas kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Padang Terap atas inisiatif yang bersungguh-sungguh untuk memajukan Padang Terap dan berjaya melaksanakan dengan sebaiknya projek sulung, projek perintis “Desa Sejahtera”. Satu tepukan kita berikan kepada Tuan DO kita. Mudah-mudahan tempat lain pun akan berjaya dilaksanakan program “Desa Sejahtera” ini.

Dan InsyaAllah saya akan terus memberikan komitmen, hubungan yang baik antara Kerajaan Negeri dengan pihak Kementerian Kerja Raya, PETRA, ‘andres’ dan juga agensi-agensi lain. Moga-moga dengan itu kita dirahmati oleh Allah s.w.t.

Saya dengan ini menyokong sepenuhnya Bajet 2025. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada YB. Kuala Nerang. Seterusnya saya menjemput YB. Bukit Kayu Hitam. Masa yang ditetapkan adalah 30 minit.

Audzubillahissami’il ‘ali minasyaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin saidina muhammadin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Subhanakala ‘ilmalana illa ma‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uqdatan millisani yafkhohu khauli. Robbi yassir wala tuassir robbi tammim bilkhoir.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. YB. Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, ADUN Jeneri, YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Daerah, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan pemerhati yang dihormati sekalian.

YB. Speaker, pada bulan September tahun ini Negeri Kedah dilanda dengan banjir yang besar. Beberapa daerah telah ditenggelami air, ramai penduduk terkesan teruk dengan bencana ini sama ada daripada segi fizikal ataupun mental. Banyak harta benda penduduk musnah dan juga berlaku kemalangan jiwa di Daerah Padang Terap yang melibatkan dua beranak OKU. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

YB. Tuan Speaker, hari ini gelombang baru mai lagi, satu PPS dibuka di Sekolah Menengah Changlun susulan daripada hujan berterusan pada 26 haribulan kelmarin sampai hari ini yang mana menyebabkan paras air meningkat. Penduduk di kampung Nang Mah yang cukup popular dengan banjir ini yang mana 10 buah rumah mereka telah berpindah ke PPS tersebut. Terima kasih Tuan DO (Pegawai Daerah) Kubang Pasu yang telah pun membenarkan PPS dibuka.

YB. Speaker, bagi meringankan beban mangsa banjir yang berlaku pada bulan September itu, Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan YAB. Jeneri telah membelanjakan sebanyak RM6.6 juta iaitu RM3.621 juta telah diagihkan kepada seramai 3,621 keluarga di mana setiap keluarga menerima RM1,000 dan RM3 juta lagi telah dibelanjakan untuk mengurus Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan hampir 10,000 mangsa iaitu bagi menjaga makan, minum dan peralatan kepada mangsa.

Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB. Jeneri, YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Pegawai Kewangan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri yang telah turun sendiri melawat mangsa banjir di kampung dan juga PPS tidak kira siang ataupun malam.

YB. Speaker, kita semua kena ‘get ready’ juga gelombang kedua akan berlaku ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, PDRM, ATM, KKM, KPM, APM, RELA, pejabat daerah, penghulu, MKK Kampung, pihak swasta, NGO dan sukarelawan kerana telah bersama-sama memberikan bantuan dan sumbangan sama ada di dalam bentuk kewangan, barangan, tenaga dan juga sebagainya di dalam membantu mangsa banjir tempohari. Semoga Allah memberkati kita semua dan semoga Allah memberkati Negeri Kedah yang kita cintai ini.

Banjir pada kali ini bukan sahaja mendapat perhatian serius daripada kerajaan tetapi juga mendapat perhatian yang serius Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Dikesempatan ini patik ingin menjunjung kasih di atas kesudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang telah sudi mencemar duli bagi menyantuni dan menyampaikan sendiri bantuan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Stadium Suka Menanti. Menjunjung kasih Tuanku.

YB. Speaker, Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah kepada YAB. Jeneri yang telah bejaya membentangkan Bajet 2025 pada hari Ahad yang lepas. Seperti pada tahun-tahun yang lepas, Bajet Negeri Kedah di bawah kepimpinan YAB. Jeneri tidak pernah sekali pun mengecewakan rakyat terutamanya yang berhubung kait dengan kebajikan, wanita, keluarga dan masyarakat. Bagi menjamin kebajikan rakyat, Bajet 2025 telah menyediakan peruntukan sebanyak RM28.1 juta iaitu sebanyak RM25.8 juta diberi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. Dengan peruntukan ini JKM dapat melaksanakan pelbagai bantuan kepada yang layak dan memerlukan. Untuk bantuan bulanan sahaja, ia akan memberi manfaat kepada lebih daripada 5,000 orang penerima.

Yang kedua, program Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar atau dikenali dengan BSPT pula diperuntukkan sebanyak RM1.5 juta. Bantuan berbentuk ‘one-off’ ini akan memberi manfaat kepada 3,000 penerima. Yang ketiganya YB. Speaker, rumah transit diperuntukkan RM800,000 iaitu RM500,000 untuk kerja-kerja membaik pulih dan melengkapkan perabot Bangunan Anjung Kasih di Langkawi dan RM3,000 lagi untuk pengurusan 2 buah rumah transit iaitu Rumah Transit Negeri Kedah dan Rumah Transit Anjung Kasih di Langkawi yang akan mula pengoperasiannya pada tahun hadapan, InysaAllah. InsyaAllah segala peruntukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ini akan disampaikan kepada rakyat yang layak dan berhak dengan seadil-adilnya.

YB. Speaker, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana Bajet Tahun 2025 juga tidak melupakan wanita di mana di bawah Fokus Kedua Inisiatif 7 Ekonomi Rakyat, Tabung Usahawan Wanita Sejahtera disebut di dalam pembentangan bajet sebagai Tabung Usahanita Sejahtera telah diperuntukkan sebanyak RM5,000. Tahun depan Tabung Usahawan Wanita ini akan ditambah baik daripada segi pemilihan penerima dan jumlah bantuan supaya ia akan memberikan impak yang terjamin di dalam mewujudkan usahawan mikro wanita di Negeri Kedah ini.

Selain itu, sukacita dimaklumkan bahawa di dalam usaha untuk memperkasakan usahawan wanita di Negeri Kedah di bawah Pelan Strategik Kebajikan Wanita Keluarga, Masyarakat dan Perpaduan melalui objektif strategik 3, peranan wanita akan terus diberi perhatian khusus. Antaranya melibatkan wanita dalam membuat keputusan serta melaksanakan dasar dan polisi untuk memperkasakan wanita di Negeri Kedah. Dasar Wanita Negeri Kedah mempunyai 6 kluster utama iaitu ekonomi, pendidikan, keselamatan, kesejahteraan, sistem jaminan sosial dan juga kepimpinan.

Kerangka pelan tindakan Dasar Wanita Negeri Kedah telah berada di peringkat proses pengumpulan data. Kemajuan penyediaan kertas kerja Dasar Wanita Negeri Kedah masih mengikut jadual supaya pada tahun 2025 ia dapat disiapkan dan dilancarkan seperti yang dirancang. Untuk pengetahuan, bengkel Dasar Wanita Negeri Kedah siri kedua telah pun diadakan pada 5 hingga 6 September 2024 yang lalu.

YB. Speaker, saya juga ingin memaklumkan bahawa pembangunan semula Rumah Orang Tua Sungai Tengas yang dikenali sebagai Rumah Cahaya Sungai Tengas yang terletak di Daerah Kulim telah pun siap. Projek ini mendapat peruntukan daripada Pejabat Kewangan Negeri Kedah dengan implikasi kewangan hampir RM1 juta iaitu RM931,691.50. Projek yang dimulakan pada bulan Januari 2023 ini telah siap pada bulan Januari 2024. Dengan kemajuan terkini, kerja-kerja membekal, penghantaran dan juga memasang peralatan keperluan dan perabot telah pun selesai. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan memberikan persekitaran yang lebih selesa untuk warga emas yang tinggal di sana khususnya mereka yang tiada waris.

YB. Speaker, sebelum menamatkan ucapan saya ini saya ingin menjawab beberapa soalan yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat yang menyentuh Portfolio Kebajikan Wanita Keluarga Masyarakat dan Perpaduan. Terima kasih diucapkan kepada YB. Sidam, YB. Ayer Hangat, YB. Pengkalan Kundor, YB. Bukit Selambau dan YB. Kupang yang menyentuh portfolio saya di dalam perbahasan pada kali ini. YB. Sidam menyentuh dua perkara, yang pertamanya isu sensitiviti agama dan kaum, mengukuhkan perpaduan, sikap merendahkan agama dan kaum lain, hormat menghormati sesama masyarakat.

Yang keduanya berkenaan dengan elaun petugas perpustakaan desa. Untuk makluman Dewan, kita amat memandang serius berkenaan isu agama dan kaum di Negeri Kedah ini. Slogan Negeri Kedah adalah “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”. Sejahtera itu antaranya bermaksud keamanan, keharmonian, perpaduan. Jadi, kita kena betul-betul menjaga slogan ini. Alhamdulillah, setakat ini Negeri Kedah tidaklah banyak isu-isu yang berkaitan. Rakyat Negeri Kedah masih lagi hidup dalam suasana harmoni, belum ada lagi pergaduhan kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Siam, YB. Sidam, boleh lagi berkawan dengan baik di bandar ataupun di kampung, boleh kunjung mengunjung di hari perayaan.

Bagi menjamin perpaduan di kalangan penduduk, program-program yang kita laksanakan melalui Jabatan Perpaduan Negeri akan mempunyai elemen budaya, bahasa, sejarah dan sebagainya supaya setiap kaum mengenali kaum yang lain. Setiap hari mereka tinggal dan mereka bekerja bersama. Di antara program-program yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan adalah pertamanya sambutan minggu perpaduan, yang keduanya sukan uniti, yang ketiga sambutan-sambutan hari kebesaran kaum seperti pesta tanglong, Songkran, loi krathong, bubur lambut, pesta ponggal, Hari Raya, sambutan Tahun Baru Cina dan Deepavali. Program rukun negara juga diadakan yang melibatkan golongan belia dan juga pelajar sekolah.

Berkenaan elaun petugas Perpustaan Desa pula, saya boleh memaklumkan belanja pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah termasuklah elaun petugas perpustakaan desa tidak melibatkan kewangan negeri. Walau bagaimanapun, saya boleh memberikan perincian berkenaan dengan pertanyaan YB. secara bertulis disebabkan ianya mempunyai banyak aturan yang tidak cukup masa untuk disampaikan di dalam Dewan yang mulia ini.

YB. Speaker, YB. ADUN Ayer Hangat juga bertanya mengenai ‘blueprint’ Dasar Wanita Kedah di dalam ‘The Greater Kedah’ tiada ‘blueprint’. Jika belum ada, InsyaAllah kita akan minta YB. Jitra selaku Exco yang bertanggungjawab untuk memasukkan Dasar Wanita Negeri Kedah ini ke dalam ‘blueprint The Greater Kedah’. Boleh YB.?

YB. Pengkalan Kundor berkenaan pemerkasaan institusi keluarga. Ketua keluarga memainkan peranan melindungi wanita dan kanak-kanak, program Kesedaran Keselamatan Wanita dan Kanak-kanak. Untuk makluman Dewan, pelbagai program bagi tujuan memperkasakan institusi keluarga telah dijalankan oleh LPPKN. Di antaranya program secara ‘online’ ‘child free’ dan impak kepada keselamatan negara. Yang keduanya isu pemerdagangan orang dan migran, yang ketiganya hak mangsa keganasan rumah tangga, yang keempat jenayah atas talian, “waspada jerat scammer”. Manakala program secara fizikal advokasi anti gangguan seksual kepada wanita dan orang awam. Pada 18 haribulan Disember nanti kita akan adakan konvension Wanita dan Undang-undang di MPKK Kulim. Terima kasih Yang Dipertua MPKK kerana membenarkan Dewan secara percuma.

YB. Kupang juga berkenaan perhatian kepada golongan OKU dalam semua sektor. Untuk makluman Dewan, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin kepada golongan ini. Ini dapat dilihat dalam Pelan Tindakan OKU Teras Strategi 2 yang mana memperkasakan ekonomi golongan OKU. Golongan OKU merupakan salah satu portfolio yang ada di dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat sepertimana orang tua, warga emas, kanak-kanak dan orang miskin. OKU juga diberi perhatian yang khusus agar mereka juga mendapat keistimewaan seperti orang lain. Malah, sektor OKU dijaga oleh pegawai JKM yang berpangkat Penolong Pengarah. Di antara inisiatif yang disediakan oleh JKM

bagi membantu golongan OKU ini adalah pertamanya meningkatkan peluang pekerjaan OKU di dalam semua sektor pekerjaan sama ada awam mahupun swasta. Peratusan pekerja OKU dalam sektor awam melalui penetapan dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah seperti dalam carian 1.36.

Yang keduanya meningkatkan peluang golongan OKU untuk bekerja sendiri dengan menyertai bidang keusahawanan dan program pemerkasaan ekonomi melalui program pembangunan dan pengintegrasian bagi membantu golongan OKU.

Yang ketiganya menggalakkan penglibatan golongan OKU dalam latihan vokasional dan lain-lain program sokongan pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan, swasta dan NGO seperti di Pusat Latihan Pemulihan Perindustrian di Bangi, Bengkel Daya Sungai Petani dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti. Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan program Penempatan Pekerjaan kepada golongan OKU mengikut kesesuaian jenis kecacatan melalui program Perkhidmatan Job Coach bermula pada tahun 2019 sehingga ke hari ini.

YB. Tuan Speaker, akhir sekali saya selaku ADUN Bukit Kayu Hitam ingin juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana pertamanya telah berusaha untuk mengadakan jambatan ataupun ‘flyover’ di kawasan Pekan Changlun bagi mengatasi kesesakan lalu lintas melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Yang kedua membantu merealisasikan pembinaan masjid baru di Pekan Changlun yang menelan belanja RM5.77 juta dan dijangka siap awal tahun depan. Terima kasih kepada pihak ICU (Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah).

Yang ketiganya menaik taraf paip air bersih yang mana pada ketika ini di dalam proses pemasangan paip utama di sepanjang jalan di kawasan Bukit Kayu Hitam. Dan yang keempat meluluskan beberapa projek infrastruktur di kawasan saya bagi kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut iaitu Inisiatif 2 Pembinaan Baru dan Menaik Taraf Jalan dan Jambatan disediakan di bawah peruntukan JKR. Pertamanya kerja menaik taraf simpang berlampu isyarat di jalan Kampung Changhai dan Kampung Bendang Tok Leh, Kampung Belukar dan Kampung Baru iaitu K253 Daerah Kubang Pasu. Terima kasih kepada pihak JKR.

YB. Speaker, sebelum menamatkan ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus lumus menjadi ‘frontliner’ semasa banjir baru-baru ini tanpa mengira masa dan juga tenaga mereka. Kadang-kadang YB. Speaker, mereka tidur di PPS Bersama-sama dengan mangsa banjir, mereka makan apa yang disediakan di PPS ini. Kadang-kadang mereka tinggal anak, isteri dan juga suami mereka bersama-sama mereka yang tinggal di PPS itu YB. Tuan Speaker.

Speaker

Kesian juga YB. Bukit Kayu Hitam no?

Kesian… Saya juga mengucapkan tahniah kepada pihak JKM kerana telah pun turut serta mengharumkan nama Negeri Kedah yang mana kejayaan meraih gelaran Juara Keseluruhan Anugerah Inovasi dan KIK JKM Peringkat Kebangsaan 2024. Kita sapu bersih YAB. Dato’ Seri.

Pulau Pandan jauh ke Tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan ini saya menyokong Bajet 2025. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam. Perancangana yang teliti, jadi beliau dapat menghabiskan penggulungannya dalam tempoh masa yang diberikan. Terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam. Seterusnya saya menjemput YB. Jitra. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin Wassola Tuwassala Muala Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Saidina Muhammadin Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. Robbish Rohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul Uqdatan Millisani Yafkhohu Khauli.

Yang saya hormati YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ketua Pembangkang, YB. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, para pegawai kerajaan yang diketuai oleh YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato’ Penasihat Undang-undang serta Tuan Pegawai Daerah, Yang Dipertua PBT, ketua-ketua agensi, para pengamal media serta para pemerhati sekalian. Bersyukur kita kepada Allah s.w.t dengan izin Allah pada petang yang mulia ini dapat sama-sama kita menelusuri akan usaha negeri kita untuk menjadi sebuah negeri maju suatu hari nanti, InsyaAllah.

Pertama sekali, saya mewakili seluruh warga DUN Jitra di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mewakili DUN Jitra dan juga komuniti industri dan pelaburan Institusi Pengajian Tinggi Sains Teknologi dan Inovasi ingin mengucapkan juga setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah di atas pembentangan Belanjawan 2025 yang komprehensif dan berjiwa rakyat iaitu selari dengan gagasan besar negeri kita ‘The Greater Kedah 2050’. Bertemakan agronim yang ERAT iaitu Ekonomi Rakyat Alam dan Takbir Urus, belanjawan ini memanifestasikan kesungguhan sebuah negeri untuk memajukan tanahnya sendiri.

Yang Berhormat Speaker, saya dengan rendah hati ingin menyatakan bahawa dan sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Seri SS (Setiausaha Kerajaan) dan pasukan Kewangan Negeri di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Wira PKN (Pegawai Kewangan Negeri) dan pasukan di atas peruntukan yang telah diberikan secara langsung dan tidak langsung tetapi amat berkait rapat seperti berikut. Secara khususnya RM2.6 juta telah diperuntukkan untuk Invest Kedah, RM1 juta untuk TGK dan SG4, RM10 juta untuk UniSHAMS, RM1.3 juta untuk iBAKIP, RM3 juta untuk Tabung Tengku Mahmud melalui dana luar, RM300,000 untuk Program Pembangunan Insan KFL iaitu Kedah Future Leaders dan Minda. Jumlah keseluruhannya Alhamdulillah, RM18.2 juta.

Yang Berhormat Speaker, daripada sesi yang telah kita lalui bersama beberapa hari ini, saya melihat ada sesuatu yang hilang dalam jiwa-jiwa sahabat saya di sebelah sana dalam konteks bagaimana mereka melihat akan usaha kita di sebelah sini untuk mengangkat sebuah Negeri Kedah Darul Aman ini menjadi sebuah negeri yang semua kita merasa bahagia dan bersyukur. Kerana apa? Apabila kita mendengar perbahasan dan hujah-hujah yang dibangkitkan, maka saya nampak di sana ada kelompangan jiwa yang boleh saya katakan bagaikan meremehkan ‘blueprint’ TGK (The Greater Kedah) ini sepertimana yang YB. Kota Darul Aman dan YB. Bakar Arang nyatakan seperti ianya adalah satu dokumen yang remeh, satu dokumen yang tidak mempunyai nilai, satu dokumen yang saya rasa YB. belum sempat pun membacanya tetapi kerana terburu-buru untuk mengangkat sesuatu agenda dalam konteks hati yang mungkin tidak jelas akan tujuannya, satu titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kita dan dipimpin oleh YAB. Menteri Besar kita sewajarnya kita melihat dari sudut-sudut yang baik lagi mulia seperti mata seekor lebah daripada menjadi mata lalat yang sentiasa mencari ruang-ruang buruk sahaja. Janganlah kita menjadi sedemikian rupa kerana kita lebih baik daripada mereka di luar sana kerana kita negeri Kedah Darul Aman yang InsyaAllah akan menjadi kebanggaan semua.

YB. Kota Darul Aman dan YB. Bakar Arang bahawasanya setiap pemimpin negeri dan negara, siapa juga mereka yang punya jiwa dan kesungguhan untuk memajukan negerinya, agamanya, bangsanya dan dia pasti akan berusaha untuk menetapkan satu gagasan besar, bukan cerita satu dua tahun, bukan cerita jangka pendek, ia perlulah satu jangka masa yang panjang dan memerlukan masa. Dalam konteks ini, marilah sama-sama kita berjiwa besar di mana dalam usaha YAB. Menteri Besar kita memerlukan masa untuk menggerakkan agenda-agenda besar negeri kita. Sama ada YAB. Menteri Besar masih Menteri Besar atau tidak atau telah menjadi Perdana Menteri itu masa akan menentukannya. Tetapi sebagai pemimpin negeri ini, pemimpin nombor satu negeri ini, pastinya beliau ingin ada panduan yang ingin ditinggalkannya.

Kalau dia pergi ke Putrajaya ataupun setidak-tidaknya kita atau generasi yang datang selepas kita mereka ada panduan untuk dilihat apakah yang telah dirancang oleh pemimpin terdahulu. Tidakkah itu mulia dan tidakkah itu sepatutnya menjadi tunjang kepada bicara kita? Tetapi malangnya tidak dan kita melihat dari sudut-sudut yang betul-betul saya rasakan sangat lemah dan sangat tidak wajar. Namun demikian, itulah realiti politik negara kita hari ini.

Saya juga merasakan bahawa YB. Kota Darul Aman dan YB. Bakar Arang telah terperangkap dengan mentaliti, apabila menjadi pembangkang semua mesti bangkang dan ini adalah satu naratif, sahabat saya ini adalah satu naratif yang merugikan kita. Jangan terikut-ikut mereka di Parlimen sana yang hari-hari bergelut dengan perkara-perkara yang mungkin saya merasakan kita di sini patut lebih baik memikirkan apa yang terbaik untuk negeri kita. Sekiranya baik, maka kita sokonglah, itu lebih mulia. Kerana apa? Kerana kita ingin membawa kepada usaha bagi membolehkan kita bersama-sama membangunkan negeri kita.

Encik The Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, minta laluan.

Nanti, saya belum bagi laluan lagi.

Speaker

Tak mau bagi laluan lagi?

Serap dulu kepanasan tu, ‘absorb’ dulu. Jangan cepat sangat panas.

Speaker

Tak pa, lepas ni minta lagi.

Saya tau! Saya tau, sudah panas! Tapi tak apa. Yang Berhormat berdua masih muda, jangan jadikan pemimpin bermentaliti kelas bawahan dalam parti Yang Berhormat ataupun komponen sebagai idola. Kita bina naratif baru politik negeri kita dan negara kita iaitu gentleman, progressive, dynamic and respectful. Ini perlu kita bawa dan ini perlu kita tunjukkan dan zahirkan kepada anak-anak muda di luar sana. Izinkan saya Yang Berhormat.

Mengapa saya katakan begitu YB. Tuan Speaker? Ketika mana negara kita mencapai kemerdekaan, kita begitu lemah khususnya orang Melayu dan kita bersyukur dihadirkan oleh Allah SWT pemimpin-pemimpin, dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama, disambut oleh Tun Abdul Razak dan Tun Abdul Razak telah menggagaskan satu dasar dipanggil “Dasar Ekonomi Baru”. Tahukah Yang Berhormat ketika mana kita mendapat kemerdekaan, berapakah ekuiti, ekonomi ekuiti yang dikuasai oleh orang Melayu pada ketika itu iaitu 1% sahaja sebagai bangsa majoriti di negaranya sendiri, tanah tumpah darah nenek moyangnya. Tetapi dari sudut ekuiti, dari sudut ekonomi, hanya 1% sahaja dikuasai oleh bangsanya sendiri.

Maka datanglah pemimpin ini dalam keadaan dia merasakan bangsanya miskin dan dia telah menggerakkan segala jentera mengumpulkan mereka-mereka yang punya jiwa dan punya kepandaian dan kepintaran untuk bersama dengannya dan Alhamdulillah digagaskan Dasar Ekonomi Baru selama 20 tahun memacu usaha. Dan Tun Razak tidak hidup lama menjadi pentadbir atau Perdana Menteri kita tapi kerana dalam tempoh tahun-tahun yang tidak banyak itu dia telah melakukan banyak perkara-perkara besar untuk negara. Contohnya dasar ekonomi baru ini dan ketika mana dasar ini berakhir pada tahun 1990, kita telah melihat walaupun sasarannya 30% YB. Speaker, kita hanya mampu mencapai 18% sahaja, Alhamdulillah. Tapi di sebalik kekuatan ekonomi itu sebenarnya kita telah melihat ribuan anak-anak Melayu telah dihantar ke universiti-universiti di luar negara. Bukan kerana mereka hebat tetapi kerana pemimpin percaya bahawa mereka harus diupayakan bagi membolehkan mereka menjadi pemandu dan pemacu kebangkitan bangsa, negeri dan negara. Dan ini berlaku dan ini bukan rahsia dan kita harus terima hakikat ini. Sebagai sebuah

Negeri Kedah juga seperti itu juga negeri ini harus dibangunkan dengan sungguh-sungguh, sebab itulah dibangunkan The Greater Kedah ini. Bukan hanya cerita ‘next election’, ini cerita maruah bangsa bernama Melayu dan kita semua tanpa kira agama dan bangsa harus mendokongnya

Kita lihat Peristiwa 13 Mei 1969, apabila anak-anak Melayu tidak mendapat ruang kerana tidak ada universiti melainkan Universiti Malaya sahaja ketika itu. Dan untuk melihat dan menunggu membangunkan universiti, mengambil masa bertahun. Ditubuhkan USM, ‘correct me if I'm wrong’ 1969, UKM 1970 dan seterusnya UTM dan seumpamanya. Maka ketika itu pemimpin telah menghantar mereka, anak-anak Melayu ini ke universiti-universiti di luar negara untuk kembali berkhidmat untuk negara ini dan inilah contoh sebuah dasar yang telah membolehkan hari ini Yang Berhormat semua kita berada di sini, bukan kerana kita hebat atau luar biasa, tetapi kerana pemimpin pada ketika itu punya jiwa dan rasa untuk memajukan bangsanya, memajukan negerinya dan negaranya. Itu yang membolehkan kita berada di sini hari ini dan adakah usaha untuk seorang Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Sanusi Muhammad Md Nor untuk memajukan negerinya, bangsanya dan semua rakyat Negeri Kedah ini, tidak kita sokong. Kalau itulah yang ada dalam hati Yang Berhormat di pihak pembangkang, cukup mendukacitakan kita semua.

Jadi, ingin saya katakan di sini, Tun Dr. Mahathir 1982 memimpin negara. Ketika mana beliau memimpin negara, maka beliau telah mengusahakan satu wawasan dipanggil sebagai Vision 2020, 30 tahun daripada 1990 hingga 2020. Tun juga tidak berada di singgahsana sebagai Perdana Menteri ketika mana Vision 2020 itu berakhir baru-baru ini. Tetapi apa yang dapat kita pelajari daripada usaha seorang negarawan yang mahu melihat bangsanya berjaya. Bangsa bila saya sebut merentasi semua, untuk melihat bangsa kita orang Melayu, Cina, India, Siamis Sabahan, Sarawakian, semuanya berusaha untuk memajukan diri kita dan percaya diri dan kita sedar kita mampu melakukannya. Alhamdulillah, ketika di bawah pemerintahnya, barulah kita seluruh rakyat Malaysia dapat merasakan, inilah sebenarnya contoh-contoh sebuah negara yang menuju kepada kemajuan. Dibina Lebuh Raya Utara Selatan yang mana ia menjadi tunjang kepada pembangunan ekonomi negara kita, dibangunkan KLCC, dibangunkan KLIA 1998, KLCC 1996. Dan kita melihat pada ketika itu banyak projek-projek mega dibangunkan dan diusahakan.

Saya rumuskan sahabat YB. daripada pembangkang. Kalau kita merasakan bahawa mengapa kita fikir terlalu jauh. Tahukah saudara, China Grand Strategy started tahun 1949, hingga ke hari ini, the grand strategy of China still there yang mana hari ini telah berusia 75 tahun, South Korea Grand Strategy started tahun 1953, Japan Grand Strategy started 1951, UAE Centennial started 2017 sehingga 2071 dan juga USA Grand Strategy 1776 sehingga kini 248 tahun. Itu sebab kita boleh lihat, mengapa Amerika boleh menjadi suatu kuasa besar. Kerana pemimpinnya mempunyai wawasan

yang jauh. Kalau kita tak ada wawasan, kita hanya ‘passing the baton’, ‘without’ ada sesuatu yang boleh diwariskan kepada ‘the next generation’, kita hanya akan melepaskan sesuatu itu tanpa panduan yang jelas, ‘as simple as that’ dan Malaysia Grand Strategy started in 1970 apabila Tun Abdul Razak melancarkan dasar ekonomi baru, barulah datang Vision 2020, Dasar Kemakmuran Bersama dan seumpamanya. Hari ini saya tanya, dimanakah dasar daripada Kerajaan Madani? Silakan

Speaker

Ok, silakan YB. Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Jitra. Saya ingin perbetulkan penggunaan bangkang dengan bangkang. Kita untuk semak dan imbang. Jadi, bila kita tanya dengan KDNK yang kita nak capai, RM576 bilion sehingga 2050. Tapi dengan yang kita capai tahun lepas dengan tahun ini kita nampak peningkatan cuma 1.6%, ‘so for reality’, pengumuman Pelan Pembangunan Kedah 2035 diumumkan pada tahun 2021 tapi kita ada satu Pelan The Greater Kedah lagi. Jadi, bila kita tengok kandungan dia, lebih kurang sama, tak dak perubahan yang banyak tapi tempoh tu dilanjutkan lagi panjang. Terima kasih.

Terima kasih. Bagus soalan YB. sebab boleh saya ambil peluang ini untuk menjelaskan. YB., kita tidak mencipta sesuatu yang baru kerana negeri kita, pemimpin-pemimpin negeri telah memikirkan satu perancangan dipanggil Pelan Pembangunan 2035. Jadi, kita tidak ambil 2035 dan tinggalkan. Kita pakai 2035 dan kita ‘extend’ sampai 2050, ‘so meaning is that’ kita pun akan ada 5 years plan kita dalam itu mengikut RMK kita. Jadi, dengan ‘point’ dia di sini YB., kita sebagai pemimpin, kita tidak akan bila kita datang, apa yang telah ada kita tinggalkan. Lihatlah betapa besarnya jiwa Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Boleh saja Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika mana dia mengambil alih kepimpinan negeri ini mengatakan saya ingin merancang satu perancangan yang daripada saya sendiri, tetapi tidak. Perancangan Pelan Pembangunan 2035 ini dimulakan oleh Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dan ketika mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengambil alih, Menteri Besar Dato' Seri Muhammad Sanusi berjiwa besar untuk melihat dan mengatakan harus diteruskan dan itulah semangatnya. Maka kita ambil dan sekarang ini apabila kita berkata tentang adakah kita hanya perlu fikir sehingga 2035, yang hari ini kalau daripada tahun ini, lebih kurang 11 tahun sahaja lagi ataupun kita nak ambil satu tempoh sepertimana sebuah wawasan yang biasa dibangunkan. Maka Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata, “kita pergi kepada wawasan, ‘period’ yang boleh membantu kita untuk

membangunkan sebuah negeri benar-benar seperti membangunkan sebuah negara”. Itulah datangnya 2050. Jadi YB., kita tidak bermaksud untuk ‘copycat’ atau ‘replicate’, cuma meneruskannya dan memperincikannya. InsyaAllah kita akan usahakan dan kita akan persembahkan prestasi kita. YB. tidak mudah, saya tahu tidak mudah, melainkan kita kuasai Putrajaya. Banyak sebenarnya projek-projek ‘high impact project’ yang dalam perancangan kita yang pastinya akan mengambil masa untuk melaksanakannya. Kita ambil contoh cerita KXP, kita sampai hari ini lagi belum dapat kelulusan yang sepatutnya membolehkan kita. Mungkin kita boleh ada YB. juga kata tentang pandangan-pandangan sinis apa yang berlaku tentang syarikat yang ingin melabur di KXP dan seumpamanya. Kalau kita boleh mendapat semua kelulusan daripada Kerajaan Pusat, bukan satu atau dua syarikat, banyak syarikat bersedia kerana mereka tahu prospek yang ada apabila dibangunkan airport kargo ini di Kulim di mana ia adalah satu kawasan perindustrian yang besar dan akan berjaya. Ini bukan cerita sebuah syarikat kecil diperolok-olokkan begitu begini, itu kita melihat dari sudut itu. Tetapi lihatlah dari sudut lebih besar bahawa kita boleh membangunkannya dengan berjaya.

Jadi YB. dan sahabat-sahabat Dewan yang mulia, sesungguhnya apa yang saya lihat hari ini ialah sesuatu yang dalam kerangka di mana sahabat-sahabat di sebelah pembangkang sana kalau boleh saya katakan berasa gerun mungkin dengan perancangan ini. Kerana apa? Kerana inilah yang akan menjadi panduan dan kami telah mendahuli pemikiran kalian iaitu 25 tahun lebih ke hadapan daripada kalian yang hanya memikirkan tahun hadapan dan jangka pendek sahaja. Jangan panas YB., sabar YB., sabar. Bagi saya dulu.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tadi saya ada cadang…. (YB. Jitra mencelah)

Yang seterusnya… YB. Speaker, saya tak benarkan.

Speaker

YB. Jitra tak bagi laluan YB.

Saya ni selalu terlajak masa, nanti bila YB. Speaker potong susah pula. Seterusnya YB. Speaker dan YB. Ahli Dewan semua, kita boleh lahir sebagai anak orang miskin. Saya anak orang miskin, YAB. Menteri Besar, saya boleh mungkin kata dua pertiga daripada Ahli Dewan ini kalau tidak semua, asalnya anak orang miskin. Rumah kita kadang kala hanya lampu pelita, tak tahu pun makna yang dikatakan mewah dan seumpamanya. Tetapi kita tidak boleh membiarkan generasi kita kekal miskin apabila mereka meninggal dunia. Kita boleh lahir miskin tapi jangan mati juga miskin. Kita boleh biasa-biasa, negeri kita orang pandang biasa-biasa, tapi ketika kami memerintah kami usahakan untuk memastikan rakyat bahagia, InsyaAllah itulah perjuangan kami.

Jadi, YB. Speaker dan Ahli Yang Berhormat semua, izinkan pula saya untuk menjawab kepada saranan-saranan yang telah dikemukakan oleh YB.-YB. semua. YB. Sidam ada memohon untuk mewujudkan kawasan perindustrian kecil di kawasan kampung. Cadangan yang baik, cuma kita kena bangunkan konsep yang betul. Mungkin satu kampung atau satu mukim satu produk dan boleh didatangkan ‘the support activities’. Ini berkaitan dengan The Greater Kedah sebab saya pernah katakan di hari pertama di mana YB. Speaker, kalaulah di kampung itu masyarakatnya ada lebih kurang tanam sayurlah 3 relung, gandakan jadi 6 relung. Kalau 3 relung hanya jual di Market Jitra, 6 relung juallah sampai ke Market Alor Setar, tambah lagi 9 relung juallah sampai ke Market Sungai Petani, tambah lagi 12 relung juallah sampai ke Kulim. Tambah lagi, tambah lagi, sehingga akhirnya kita boleh eksport dan ini boleh kita lakukan dan ini bukan roket sains dan ini siapa juga boleh faham. Dalam The Greater Kedah, pak tani di kampung boleh faham bahawa inilah Greater Kedah apa juga yang kita buat, biar sekecil mana harus dibesarkan dan ini boleh kita usahakan. Jadi, kita usahakan dan InsyaAllah kita boleh ‘explore’ YB. Sidam akan idea tersebut.

YB. Ayer Hitam ada mohon untuk menerbitkan buku ‘blueprint’ The Greater Kedah ini dalam bahasa Melayu, InsyaAllah. Bukanlah untuk meninggalkan bahasa ibunda kita tetapi kita akan pastikan nak usahakan akan ada versi bahasa Melayunya dan ia akan dikongsikan dengan semua dan InsyaAllah, kita dah ada pun pasukan The Greater Kedah Secretariat ini dipanggil Project Management Office yang akan turun ke setiap daerah, ke agensi-agensi, ke dalam masyarakat untuk menerangkan dan InsyaAllah kita akan kembangkan. Pasti tidak sempurna tapi saya rasa dan yakin dan percaya YB. Speaker dan semua ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Seterusnya, YB. Lunas ada mohon memastikan jalan-jalan di kawasan industri disenggara dengan baik. Saya setuju sahabat saya YB. Kuala Nerang dan juga jabatan atau agensi berkaitan, JKR dan seumpamanya Majlis, marilah sama-sama kita pastikan agar ’industrial park’ kita ini benar-benar menjadi ‘industrial park’ berkelas dunia. Jadikanlah Kulim Hi-Tech, PBT Hi-Tech menjadi contoh sebagai ‘benchmark’ kepada

kita semua. Kita telah ada ‘world class’ Hi-Tech Park dan kita harus usahakan setiap Hi-Tech Park kita baik di Kubang Pasu, baik di Gurun, baik di mana sahaja untuk menjadi Hi-Tech Park berkelas dunia kerana yang datang ini YB. Speaker dan tuan-tuan semua sahabat-sahabat YB. semua, mereka adalah orang-orang yang datang daripada ‘first world country’, ‘first world country’, mereka bukan dari ‘third world country’, mereka telah melalui proses yang lama untuk sampai ke tahap mereka hari ini dan marilah kita juga berusaha ‘the catch up strategy’ harus digerakkan bagi membolehkan kita dapat memenuhi ataupun ‘exceed people expectation’ dalam usaha ini.

YB. Bandar Baharu ada mohon untuk membentuk syarikat air khusus untuk menjadi pembekal air kepada industri. Ini adalah satu saranan yang baik. Kalau kita lihat hari ini SADA telah melakukan usahanya untuk memastikan pembekalan air kepada sektor industri dan juga untuk ‘domestic consumption’, penggunaan di rumah dan kita mungkin boleh melihat ini satu lagi ruang mungkin bukan SADA, mungkin SADA, mungkin ada satu lagi syarikat yang SADA ada ‘stake’ di dalamnya dan kita boleh usahakan untuk memastikan ‘industrial park-industrial park’ kita ini mendapat bekalan airnya daripada satu syarikat yang ‘dedicated’. Kita jangan lihat untuk ‘next 5 years’, kita lihat ‘for the next 50 years’ yang mana kalau hari ini kita lihat, air yang diperlukan oleh syarikat-syarikat yang melabur ini cukup besar, ada sampai 40 million liter a day, ada yang 10 milion liter dan ini semua adalah jumlah yang besar dan bagaimana air itu harus dirawat selepas digunakan. Ini juga satu persoalan yang harus kita tangani.

Saya ingin membawa satu idea dan pernah saya kongsikan di beberapa platform. Sebagai contoh di Kubang Pasu, kita ada KSTP kita ada SBEZ. Keluasan di sana dicampurkan semua termasuk di bawah PKNK, ada lebih kurang 11,000 ekar tanah. Andaikan YB. Speaker, kita bangunkan satu kolam ataupun tasik yang seluas 1,000 ekar ‘sound crazy, thousand acres’ kita nak buat ‘man made lake’.

Tetapi ‘one thousand acres of man made lake and whatever water stream’ yang ada di sekitar, disalurkan ke sana dan ‘all the industrial usage water industrial’ yang telah digunakan, di’plow back’ ke dalam tasik itu, di’treatment’kan balik, ada ‘water treatment’ kat situ dan dihantar balik ke industri. ‘On top of that’ tasik kita boleh buat apa yang YB. Tokai kata, iaitu kita boleh buat ‘floating solar’. 1,000 acres boleh ‘supply water, on top of that, 1,000 acres can produce 500 megawatt of solar energy’. Dan ‘this is what we call’ satu sumber ‘income’ dan pendapatan yang ‘what we call secured income’ yang ‘demand’nya ‘is there already’. Jadi, ini InsyaAllah kita akan usahakan. YB Bandar Baharu membawa idea ini serupa dan idea ini serupa.

Seterusnya YB. Speaker, YB. Tokai ada mohon tentang memanfaatkan empangan projek ‘floating solar’, telah dijawab oleh sahabat saya YB. Kuala Nerang. Benar, ada sebuah anak syarikat yang ‘dedicated’ untuk ‘champion’ agenda ‘renewable energy’ ini dan memang sekarang sedang diusahakan untuk menyusun pelabur-pelabur itu dan

kaedah kita melabur, kita tidak mahu lagi mereka datang hanya pajak tanah kita, ‘we want to have stake in that company’. Ini adalah satu bentuk pelaburan yang boleh mendatangkan pendapatan yang baik kepada negeri. Hari ini mungkin kita pajak tanah dan ‘that is it’. Kita nak ada ‘stake’, ada ‘equity’ dalam syarikat tersebut dan inilah pendekatan yang sedang dikaji dibangunkan supaya model ini boleh menjadikan satu pendapatan berterusan buat negeri untuk 25 years contohnya ladang solar itu dibangunkan. ‘So imagine’, kalau kita ada lebih kurang 1,000 megawatt atau 1 gigawattdan disana kita boleh lihat berapakah keuntungan daripada jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan di sana untuk negeri kita. Yang inilah sebenarnya punca-punca berdapatan baru, di samping dipanggil sebagai agri voltic, di bawahnya kita boleh bangunkan juga sektor-sektor sokongan seperti ‘cash crop’ dan ‘watermelon’ dan seumpamanya ataupun penternakan yang berskala haiwannya kecil.

YB. Speaker, YB. Bakar Arang juga ada mempertikaikan, minta maaflah YB. Bakar Arang, tuan telah mempertikaikan kebolehan Tun Dr Mahathir Muhammad sebagai penasihat SG4. Oh! YB. Kota Darul Aman. Maafkan saya sebab bila pembangkang saya lihat serupa sahaja (seluruh hadirin ketawa). Saya sebenarnya bersetuju semalam juga telah diolah oleh YB. Bukit Selambau tentang bagaimana seorang negarawan kepada Negara Singapura, Lee kuan Yew, dia telah diangkat menjadi mentor minister dan supamanya, samalah juga kita. Cuma satulah kelemahan kita orang Malaysia ini, apabila kita bermusuh kita bermusuh semusuh-musuhnya sedangkan kita boleh bersama dalam banyak perkara. Inilah kelemahan kita yang membuatkan kita tidak boleh pergi jauh kalau kita tidak mengubahnya. Jadi kita generasi baru YB., kita mesti usahakan walau kita berbeza, tapi dalam perkara-perkara yang baik untuk negara, bayangkan beliau telah menjadi Perdana Menteri 22 tahun. Siapa dalam Malaysia ini ada pengalaman sepanjang itu untuk melihat dunia dan memposisikan negaranya sehingga negara sekecil kita boleh berada di tempat yang tinggi ketika mana beliau menjadi Perdana Menteri.

Jadi, beliau menjadi penasihat SG4 YB., berjiwa besar, jangan lihat pada faktor usianya tetapi lihat pada faktor pandangan nasihatnya yang inilah yang kita ingin manfaatkan daripada beliau ketika hayatnya masih ada.

Jadi, dengan kata lain kita usahakanlah bersama untuk memajukan negeri Melayu ini. YB., mari kita lihat 4 negeri ini negeri Melayu. Kalau YB. ‘one day’ satu hari nanti menjadi pemimpin besar negara ini, adakah YB. akan membawa naratif negeri Melayu harus kekal sepertimana hari ini? Kalau YB. orang yang hebat dan orang berjiwa besar, YB. pasti mengatakan, “aku mahu membangunkan ekonomi lebih baik untuk semua negeri di Malaysia ini termasuk negeri Melayu yang didominasi oleh orang Melayu. Baru kita jadi generasi yang betul yang punya minda yang baik daripada memainkan sentimen. Jadi, dengan kata lain, sokong usaha SG4 ini, jangan lihat daripada sudut-sudut negatifnya pasti tidak sempurna tetapi di sana ada usaha untuk memajukan 4 negeri orang Melayu ini dan apabila negeri orang Melayu ini maju, Malaysia akan maju. Apabila bangsa Melayu maju InsyaAllah semua bangsa di negara ini akan jauh lebih maju. Itu usaha bersama kita.

YB. Bakar Arang mempertikaikan TGK dengan kefahaman negeri hanya perlu membuat perancangan jangka pendek, tadi sudah ulas dah. Saya dah bagi kuliah, jadi YB. masuk balik dewan kuliah untuk kita perhalusi keperluan mempunyai perancangan jangka panjang. Minta maaf YB.

Seterusnya YB. Kota Darul Aman mempertikai dengan dana RM1 juta untuk sekretariat TGK memberi gambaran, YB. seperti memberi gambaran kita akan buat sesuatu yang tak baik dengan duit RM1 juta ini, bagaimana nak digunakan semua ini. YB. came on! Kita berusaha untuk The Greater Kedah bukan sakau! Bukan sakau! Sakau! Sakau! Kita nak bina negeri ini, kita lebih baik daripada di Putrajaya dalam memastikan kelangsungannya. Bukan RM10 milion YB., RM1 milion tapi kami tetap berusaha untuk memberikan nilai kerja ‘about’ RM10 milion daripada RM1 milion yang diperuntukkan, InsyaAllah. Jadi, YB. jangan bersangka-sangka dan bila YB. berkata begitu terasa hati pegawai-pegawai kerajaan semua. Mereka ada ‘standart’nya, ada tatakelolanya untuk mengeluarkan duit dan membelanjakan duit, bukan mudah-mudah macam tu saja, bukan ada RM1 juta atas meja YB. Jitra boleh belanja macam tu saja, tak ada YB.. Kita tak bawa beg duit pergi ke mana-mana, kita buat kerja mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Seterusnya saya nak sentuh sedikit tentang projek berimpak tinggi. Ini satu perkara YB. Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat semua, saya tidak bermaksud untuk meletakkan sebuah agensi Kerajaan Pusat dalam kedudukan yang serba salah kerana kenyataan saya ini. Lihatlah daripada sudut yang paling tinggi dan mulia bagaimana kita boleh membantunya. Kerana apa? Kerana apabila YB. Bakar Arang mempersoalkan Kedah Rubber City, YB. secara siknikal kata, “saya pergi sana saya nampak SADA saja, lain tak ada”. Betul YB., itu SADA milik Negeri Kedah. Kami memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan bekalan air tersedia di KRC.

Siapa punya? NCIA. Siapa NCIA? Is a Federal agency! Tapi kita bukan nak hentam NCIA. YB. tahu cerita duka mereka? Ini bukan CEO NCIA ‘teks’ saya tolong cakap ini dalam Dewan”, tak ada, tak ada ‘communication’, takut selepas ini dia dapat surat pula. Kerana apa, dalam Dewan hangat NCIA dibahaskan. Apa maksud NCIA? Northern Corridor Investment Authority ataupun agensi. ‘Correct me if I’m wromg, investment’. Tetapi mereka tidak dibenarkan melakukan promosi kawasan perindustrian di bawah kawalan mereka. Apa cerita ni!? Apa cerita Kerajaan Madani? Ketika mana ‘you’ bangunkan tanah yang begitu luas, YB. tak tahu kan? Tak pa, kita boleh jumpa dan saya bagi maklumat yang lebih lengkap. Maksudnya dekat sini, NCIA disuruh mempromosi tetapi tangannya diikat. Jadi, ini berlaku hari ini. Katalah kami Invest Kedah yang pergi dengan keadaan bajet yang tak seberapa, tapi kena bawa juga bendera KRC, bawa juga bendera-bendera ‘industrial park’ yang lain. Jadi YB., NCIA ini agensi Federal dan mereka tidak dibenarkan membuat promosi.

Seterusnya, benarkah kalau kita pergi ke KRC itu macam YB. kata, kita akan dapat lihat hanya ada SADA? Seperti saya katakan tadi, itu komitmen kita. Tetapi di mana komitmen Kerajaan Pusat!? YB., pergi ke Putrajaya hentak meja menteri dan cakap buat sesuatu untuk KRC! Boleh YB.? Perlu YB., ini akan membuatkan YB. akan dikenang oleh rakyat Kedah. Paling tidak YB., orang akan kata, “YB. telah berusaha untuk negeri kita” dan ‘we give credit when credit is due’. Ok YB., jadi tolong tanya Kerajaan Madani mengapa tidak dinaik taraf jalan YB.? ‘Investors’ nak datang, diaorang tengok jalan kita, bangunkanlah dua ‘carriageway’, barulah mudah untuk akses ke ‘main road’, ke Lebuh Raya Utara Selatan, barulah mudah untuk ke pelabuhan dan seumpamanya. Kita tengok jalan ke KIR ‘single carriage’, bahaya! Dan ini tidak menarik minat, sedangkan tanah itu di bawah Kerajaan Pusat, NCIA. Ini yang berlaku YB., tapi kita tidak berputus asa, kita tetap juga berusaha untuk mempromosikannya.

Seterusnya, YB. Speaker, nak habis dah ka?

Speaker

Boleh bersedia untuk penggulungan.

Ok, sikit lagi. Mengapa geran pembangunan diberikan kepada NCIA? Ini soalan umum sahaja YB. sebab saya nak guna sahabat saya YB. Kota Darul Aman dan YB. Bakar Arang, YB. Sidam sudah lari. Nanti dia takut tanya kenapa Ketua Pembangkang tidak jawab apa-apa. Ok tak pa, kita bagi dia ruang. YB., kita lihat kejayaan KTPC, yang mana dibangunkan, digerakkan dan dimajukan oleh ‘state agency’, PKNK melalui anak syarikatnya KTPC hari ini di Kulim Hi-Tech Park nilai investmen RM174 bilion. ‘The last three years’ amaunnya RM107 bilion masuk zaman kepimpinan YAB. Menteri Besar kita.

Tak palah kalau Putrajaya nak kata itu usaha mereka tak pa, tetapi kalau kami tak memberi sokongan, tak dak eTEN, tak dak komitmen, PBT Hi-Tech, MPKK, pejabat tanah tak sokong YB., tak jadi. Ini kedua-dua kena sama-sama. Jadi, ini satu isu. Soalan saya, mereka Kerajaan Pusat hari ini dia ambil semua kawasan-kawasan ini, sama dengan KSTP (Kedah Sciens Technology Park) di bawah NCIA, sama juga. YB. pergi sana, lepas ni YB. ‘drive’ pula ke KSTP, tengok apa yang ada. Belum ada apa-apa YB.. YB. kena bawa mesej kepada Kerajaan Madani, kami dah letih minta benda ni. Tapi YB. mungkin kata, “berikan right kepada state to run di industrial park”. Macam mana KTPC sepatutnya KTPC mungkin ‘manage’ KRC, KTPC ‘manage’ KSTP dan berikan geran serta dana dan pinjaman itu kepada ‘state agency’ dan kita ‘run the show because we are here every day and night not in Putrajaya how can you run industrial park by staying somewhere else’ (dengan izin) YB. Speaker.

Seterusnya YB. Speaker, saya nak masuk lagi sedikit KRC. Kita pun dengar cerita YB. Bayu cerita getahnya, jangan panggil lagi penoreh getah, panggil operator dan seumpamanya. Saya ‘study’, saya ‘study’ apakah sebenarnya yang berlaku. Adakah Kerajaan Madani hari ini mempunyai dasar yang jelas untuk membantu penoreh getah? ‘Correct me if I'm wrong, you from the government site’. Pada saya tidak ada. Apa yang ada? Yang ada ialah dasar agrikomuditi 2021/2030. Oklah, kita bersangka baik, mereka teruskan apa yang telah diusahakan oleh kerajaan sebelum itu. Tetapi dalam dasar ini, mereka tidak melihat masalah yang dihadapi oleh ‘smallholder’, penoreh getah kecil-kecilan ini. Dalam dasar itu memfokus kepada ‘downstream, the problem is out stream, problem smallholders, problem’ petani yang tak ada pengetahuan teknologi tinggi dalam industri getah ini, mereka masih menggunakan cara konvensional, mereka jauh ketinggalan daripada sahabat mereka di Thailand.

Mana dasar ini? Jangan hanya dengan main naik harga getah turun tapi produktiviti tetap sama dalam konteks kilo. Apa maknanya? Hanya bermain dengan harga yang berubah-ubah. Kita nak produktiviti meningkat, harga meningkat, ‘that equation needed’. Yang ni mesti ingat YB.. Jadi dengan kata lain, perlulah dibangunkan konsep estet padi. ‘To supply those latex to this industrial park’, KRC. Kerajaan Pusat menguasai semua GLC, Sime Darby, Treadwind, ‘you name it, all under you guys’. Tidak bolehkah Kerajaan Pusat Madani kata kepada Sime Darby, “hey guys, look into this smallholders”. Ada lebih kurang 20,000 ekar ‘smallholders land’ dekat Padang Terap di Kedah ‘or anywhere in the country, you guide them through to become more proactive and efficient’. ‘Why don't you do that?’ (dengan izin) YB. Speaker. ‘All this big giant corporation plantation, they have everything but they are not, minta maaf YB. Speaker, mereka tidak bersedia untuk membantu sedangkan dulu PMX kata, “saya ini pemimpin rakyat, dari rakyat untuk rakyat”. Tetapi apabila hari ini, tak nampak benda itu semua. YB…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Banyak lagi ka YB. Jitra?

Sikit lagi, nak habis dah.

Speaker

Sikit lagi no?

Ok, saya nak masuk kepada yang seterusnya iaitu Sanglang Deep Seaport. Mungkin YAB. Dato’ Seri Menteri Besar akan menyentuh dengan lebih mendalam. Sanglang Deep Seaport memang kita nak bangunkan tapi ‘through private initiative’. Tetapi sebagai orang bisnes YB., mereka apabila nak bangunkan pelabuhan dia mesti tengok dekat mana ‘all the goods to come from’. Betul tak? Kalau kita ambil contoh dalam konteks TEUs dia, dia mesti tengok mana TEUs itu. Kalau dibangunkan Sanglang Deep Seaport ‘today’, mana datang barang-barang ‘goods’ perdagangan tu nak dieksport? KSTP ‘still barren land’, NGX masih lagi ‘nothing much dare’, KRC ‘nothing’, Chuping Valley ‘nothing, Sylvia ‘nothing’. Kalau saya sebagai CEO kepada ‘company guarantee invest in Deep Seaport’ ini, saya kata, “this is not a time”. Kalau saya tanya YB., “all this industrial park Sylvia, KRC, KSTP all this belong under NCIA”. ‘If they can develop this industrial park to the level that is supposed to be with volume of TEUs, I believe the investors will run to build the Deep Seaport and we'll see things will be good for our state’ (dengan izin) YB. Speaker.

Speaker

YB. Jitra boleh buat penggulungan.

Penggulungan ya. Jadi YB. Sepeaker, sikit lagi, yang ni sangat penting YB. Speaker. Izinkan saya, memang saya nak ‘landing’ dah, nak landing. Tapi sebab dia bukan Frefly, MAS dia tinggi lagi daripada Firefly, nak turun dekat KXP nak cari landasan pun tak jumpa lagi, sebab tak lulus lagi.

Speaker

Silakan YB. Jitra.

YB. Speaker, tentang pendidikan, portfolio saya jugalah. Apa yang berlaku hari ini Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita sebagai ibu bapa sehari dua ni kita dengar apabila YB. Menteri kata dia tidak akan kembalikan peperiksaan UPSR dan PMR kerana tidak mahu memberi tekanan kepada pelajar. ‘Such a very weak justification’. Kita dari Kedah ni YB. sepatutnya kita buat satu memorandum YB. 3 orang kena ‘sign’ membantah sekeras-kerasnya. Boleh YB.? Bersetuju? Kita buat memorandum untuk kita membantah YB. Menteri Pelajaran punya pandangan yang terlalu sempit dan naif dalam bidang yang berkaitan dengan pendidikan hanya semata-mata tidak mahu tekanan kepada anak-anak yang mengambil peperiksaan. ‘How do they know?’ ‘Level’ dia dekat mana? Itu satu. Saya tinggalkan di situ sebab nak turun dah ni.

Saya pergi pula ke universiti. YB. Speaker, saya bukanlah nak kata kita tahu semua, tapi sedikit sebanyak ada hikmahnya kerana saya pernah berada di universiti dulu. 23 tahun saya menghambakan diri sebagai pendidik dan saya pernah menjadi sampai ke tahap Naib Canselor. Saya tahu apa yang berlaku dalam pengurusan sebuah universiti. Dan saya tahu sebenarnya di mana penjimatan boleh dilakukan. Kalaulah contoh RM18 bilion dana ataupun bajet diberikan untuk mengurus universiti-universiti ini oleh negara, kalau 10% RM1.8 bilion. ‘U-turnament’ saya nak bagi ‘appoinment’, YB. ‘I believe you agree and this want’ saya pergi merentasi bangsa.

Hari ini kita lihat anak-anak kita ‘especially’ anak kampung yang mungkin tak pernah pun mendapat pendedahan yang hebat seperti orang lain yang ada ‘home tuition’ didatangkan oleh ibu ayahnya seorang tutor terbaik di bandar dia untuk mengajar anak dia. ‘Chemistry’ dapat straight A+, biology A+, contoh sebab ‘home tuition’. Tapi anak kampung ini, anak orang miskin, anak penoreh getah, anak nelayan, anak tukang cuci, mereka tak dapat peluang. CGPA dia katakanlah CGPA form six dia 3.7, nak masuk medic Universiti Malaya 4.0. Setuju? Katakanlah, malah nak masuk ‘accountancy’ di UUM 4 flat, 4 ‘flat ni flourless’. YB., anak orang miskin, mak menorah getah, ayah dah meninggal, adik beradik ada 5 orang, kadang-kadang pagi sarapan, kadang-kadang tak sarapan, kadang-kadang malam makan, kadang-kadang tak makan, bawa dengan sijil CGPA 3.7 harap nak jadi ‘medical doctor’, dinafikan oleh sistem yang lemah bertahun-tahun tidak dibela. Point saya, kalau kita boleh jimat RM1.8 bilion a year daripada pengurusan dan saya tahu di mana boleh jimat. Saya memberi ruang ini kepada YB. Menteri Pendidikan Tinggi, ‘if you really want to do the check and balance I'm willing to offer my self’. Bukan nak cakap apa, bagaimana nak jimat duit tu ada kat mana. RM1.8 bilion every year lock for 10 years. Katakanlah Kerajaan Faderal bagi every RM80 bilion, so we lock 10%, RM1.8 bilion. RM1.8 bilion kita boleh bina satu lagi universiti atau besarkan fakulti.

Jadi YB., kalau ada anak Melayu yang miskin, anak Cina, anak India, anak Siam yang layak untuk pergi masuk universiti mungkin tak 4 flat, diturunkan sebab ada ruang, saya yakin dan percaya mereka akan menjadi seorang medical doctor yang hebat, akauntan yang hebat, lawyer yang hebat. Kerana apa? Mereka ada jiwa berjuang daripada sekolah rendah dan inilah ‘missing link’ hari ini berpuluh-puluh tahun kita merdeka tetapi anak-anak orang miskin terus terbiar. Jadi, inilah yang perlu kita bangunkan YB. YB. Speaker…. (YB. Speaker mencelah)

Speaker

YB. Jitra, saya bersimpati dengan YB. Jitra.

Oh! Nak habis dah ya?

Speaker

Tak, saya bersimpati dan saya bersetuju dengan cadangan YB. Jitra. Jadi, saya tambah masa kepada YB. Jitra 5 minit lagi sehingga jam 4.30 petang. Nah?

YB. Speaker politik memang hebat. Memang ada 5 minit lagi pun (sambil ketawa). Ok YB. Speaker, terima kasihlah, minta maaf ya. YB., ini bukan cerita ‘opposition’ ka apa, ini cerita anak-anak kita. ‘Let's us give the oppurtinity for our future generation’. Saya tak nak bukan apa, kadang kala kita anggap anak orang Melayu yang bercita-cita nak menjadi seorang lawyer tetapi CGPA nak masuk 3.9 tak ada tempat, tak ada tempat YB., dia dapat 3.7 masuklah kos-kos yang tak ada prospek sangat. Ibu ayah harap bila bekerjaya nanti dia boleh bantu keluarga dengan hutang RM40, RM50 ribu. Kepada orang Cina pula lagilah sadis, bukan nak cerita Cina yang kaya, anak orang Cina yang kaya mungkin dia pergi Australia, New York, Amerika, tak palah pergilah, ada duit, anak orang Cina yang miskin tinggal di kampung-kampung. Apa yang berlaku? Sama juga, dengan hati yang remuk, ada kelulusan, boleh masuk universiti sepatutnya sebab dalam sijil CGPA minima 3.5, dia dapat 3.7 tapi ‘cut off’ sebab tempat tak cukup 4.0, 3.9. Anak Cina ni pun tak dapat, anak India tak dapat, anak Siamis tak dapat. Mereka tinggalkan negara ini pergilah ke mana-mana. Ada pula negara ni dia nampak budak-budak ni pandai, dia bagi ‘scholarship’ belajar di negara dia. ‘End the up, coming from our education system and the up serving our foreign country’ dan mereka tinggalkan negara ini dengan ‘broken heart’. Ini satu perkara yang mendukacitakan dan ini harus dilihat oleh para pemimpin negara kita pada hari ini. Kalau Madani tak mampu buat, Perikatan Nasional akan buat, InsyaAllah. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ada soalan lagi?

Speaker

Saya ada bagi tambahan. Boleh, boleh sambung lagi, sambung…

YB. Speaker, bila bagi mikrofon tanpa syarat….(YB. Kota Darul Aman mencelah)

Encik The Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, boleh celah no?

Speaker

Ya, kita bagi YB. Kota Darul Aman celah.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Saya rasa masa tu Perikatan Nasional juga ada jadi Kerajaan Persekutuan, tapi kenapa tak buat masa tu?

YB., dia mungkin tunggu kita bersama kut. Kita mungkin boleh bangunkan sesuatu yang lebih baik naratif ini. Tapi YB., dalam keadaan kita dahulu mentadbir mungkin keadaan pada masa itu tidak begitu stabil, covid dan sebagainya. Semasa itu ‘survival’ lagi penting mungkin daripada perkara-perkara lain. Tak pa YB., sekarang ini kita bangunkan naratif baru, kita bawa idea-idea baru, bagaimana YB. boleh bawa mesej yang sama. Kita tak nak ‘everyday’ ada sentimen rasa tak puas hati sesama bangsa YB.. ‘Is a very bad and sad’. ‘I honestly’ kerana saya pendidik selama 23 tahun, ‘I only say to my student’ YB. Speaker. Kalianlah masa depan negeri dan negara ini. ‘Regardless you race and religion build this country together’. ‘So’ kalau kita boleh buat itu YB., saya rasa bukan Kedah sahaja hebat, Malaysia akan berjaya. Jadi, dengan kata lain YB. Speaker…. (YB. Speaker mencelah)

Speaker

Ada 2 minit lagi YB.

YB. Speaker betul-betul baik hari ini, sebab bagi masa kepada saya sampai habis. Jadi, YB., saya sebenarnya…. (YB. Bakar Arang mencelah)

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Mohon mencelah.

Speaker

YB. Bakar Arang mohon mencelah.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Saya berpandangan, YB. Jitra boleh menjadi Menteri Besarlah (sambil ketawa). Setuju atau tidak?

YB. Bakar Arang, saya gembira menjadi ‘team’ YAB. Menteri Besar kita. Sebab, kita percaya ‘we did leadership’, ‘I'm in the person we can do the groundwork’ dan saya percaya kita boleh membangunkan negeri kita.

Boleh sikit?

Ok, ada lagi?

Tadi ada cadangan kata YAB. Jeneri jadi PM. Jadi nak tanya jugalah, bahagian Parlimen mana tu? Kita pun nak tau jugalah.

(Sambil ketawa)Tapi kami berdoa YAB. Menteri Besar jadi PM InsyaAllah semua baik-baik belaka. Jadi, kita berdoa bersama-sama YB. walaupun berbeza kem. Jadi, dengan kata lain YB. Speaker marilah kita dalam konteks Negeri Kedah walau apa pun mungkin perbezaan kita YB. Speaker dengan sahabat-sahabat daripada ‘opposition’, itu tidak datang daripada hati yang tidak punya rasa dan jiwa, datang dari hati bagaimana membina kekuatan baru untuk negeri kita. Tidak akan datang orang lain untuk membangunkan negeri kita melainkan kita sendiri berusaha membangunkan negeri kita. Jadi YB., walaupun YB. daripada ‘opposition’,…. (YB. Lunas minta laluan)

Nak tanya sat boleh?

Speaker

Masa cukup dah.

Jadi, mari kita sama-sama dan saya mohon semua sahabat-sahabat dalam Dewan ini kita menyatakan sokongan penuh kita kepada YAB. Menteri Besar untuk terus menerajui negeri kita Kedah, untuk membawa gagasan The Greater Kedah.

Dengan itu akhir kalam saya, saya menyokong penuh Bajet Negeri Kedah 2025. Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Terima kasih YB. Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Jitra. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi esok. Sekian, terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]