Kedah · 28 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 415 turns · 27,116 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Sawadikap! Dewan disambung semula. Kita mulakan dengan bacaan doa. Dipersilakan Tuan Setiausaha Dewan.
Bacaan Doa
Bacaan Doa!
Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Dewan, pemakluman yang pertama ialah saya ada menerima satu usul daripada Kota Darul Aman untuk membawa YAB. Dato’ Seri Menteri Besar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Setelah meneliti usul tersebut, saya mendapati bahawa terdapat kecacatan pada perkara yang dimaksudkan oleh Kota Darul Aman iaitu perkara 9 dan 10 seperti yang tertulis dalam surat daripada Kota Darul Aman ialah peraturan-peraturan mesyuarat Dewan di mana kita lihat perkara 9 adalah kewajipan setiausaha dan perkara-perkara 10 adalah buku penyata rasmi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh merujuk kepada buku Peraturan Dewan. Jadi, saya faham apa yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Darul Aman.
Cuma bila kita nak membuat usul yang berkaitan peraturan-peraturan Dewan maka saya nak mengingatkan ataupun mengharapkan supaya ahli-ahli yang berhormat untuk sentiasa peka dengan perkara yang dimaksudkan dan lebih berhati-hati semasa menulis perkara tersebut supaya ianya berbetulan dengan apa yang dimaksudkan.
Untuk makluman ahli-ahli yang berhormat, perkara 9 yang dimaksudkan oleh Kota Darul Aman ialah mengenai kewajipan setiausaha dan perkara 10 adalah buku penyata rasmi. Jadi, ia tidak berkaitan langsung dengan usul yang dibawa oleh Kota Darul Aman.
Oleh yang demikian, usul yang dibawa oleh Kota Darul Aman saya tolak. Dan alasan dengan penolakan itu saya telah nyatakan di dalam surat kepada Yang Berhormat Kota Darul Aman. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker, dalam Peraturan 9, ia jelas menulis dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat-sifat Ahli-Ahli Parlimen, Dewan Negeri ataupun siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan ada menjalankan urusan sebagai ahli Parlimen atau Dewan Negeri ataupun pegawai kerajaan. Dan dalam itu kita lihat pada mesyuarat yang lalu dalam ucapan tersebut….(YB. Speaker mencelah)
Tak apa, Kota Darul Aman. Saya faham. Sekarang, saya nak minta buat rujukan, buku peraturan Perkara 9. Saya, apabila saya duduk di sini saya tidak menggunakan emosi saya.
Saya menggunakan peraturan yang telah pun ditetapkan. Jadi, mengikut Perkara 9 ialah berkaitan dengan setiausaha. Kewajipan setiausaha dan Perkara 10 adalah buku penyata rasmi.
Saya tak faham Kota Darul Aman ambil daripada peraturan mana itu? Kalau yang Kota Darul Aman maksudkan ialah Perkara 36 (9) dan 36 (10) Itu betul! Di muka surat, 32. Sebab itu, saya nak mengingatkan kepada ahli-ahli yang berhormat apabila berada di dalam Dewan yang mulia ini, ini adalah bahan rujukan kita.
Dan saya akan mengikut itu. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi saya akan mengikut peraturan-peraturan yang telahpun ditetapkan. Keputusan saya adalah muktamad dan kita teruskan kepada agenda seterusnya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari ini Dewan Undangan Negeri Kedah ada menerima kunjungan pemerhati daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Anum, Tengku Abdul Rahman Tok Jalai. Tudung merah, elok. Jadi, selamat datang saya ucapkan ke Dewan yang mulia ini.
Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha Dewan.
Sesi Pertanyaan – Pertanyaan MulutQuestions
Sambungan Sesi pertanyaan – pertanyaan mulut!
Untuk pertanyaan mulut, suka saya nak mengingatkan kepada Yang Berhormat sekalian, kita cuma menghadkan masa 10 minit sahaja. Jadi, untuk soalan yang pertama saya menjemput Yang Berhormat Bandar Baharu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
YB. Tuan Speaker,
Banjir melanda terasa belas, Soalan saya nombor 15.
15. Pohon dinyatakan :-
a) Apakah persiapan dan infrastruktur yang telah dan akan disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk mengurangkan risiko banjir serta memastikan kesiap siagaan yang lebih baik dalam menghadapi bencana banjir?
b) Adakah kerajaan negeri mempertimbangkan status projek tebatan banjir, penyelenggaraan sistem perparitan, langkah mitigasi, teknologi ramalan cuaca, pusat pemindahan, dan kerjasama antara agensi?
Silakan YB. Exco.
Buat ketupat daun palas. Ini jawapan saya nombor 15.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Wassolatu Wassala Mu’Ala Rasulilllah. Hasbunallah Wani Mal Wakil Ni Mal Maula Wani'man Nasir. Wala’ Hawlawala Qhuwatailla’ Billa’ Hillali’l Azim.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Bandar Baharu dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, para pemerhati dihormati sekalian.
Soalan berhubung dengan isu yang panas hari ini, banjir. Berhubung dengan persiapan infrastruktur yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan risiko banjir serta memastikan kesiapsiagaan yang lebih baik dalam menghadapi bencana banjir. Yang kedua adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan status projek tebatan banjir, penyelenggaraan sistem perparitan, langkah mitigasi, teknologi ramalan cuaca, pusat pemindahan dan kerjasama antara agensi.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan semua Ahli Dewan sekalian serta pemerhati, terlebih dahulu ingin saya maklumkan seperti mana yang kita sedia maklum bahawa hari ini kita diuji lagi oleh Allah SWT, di tempat saya sendiri dalam Dun Kuala Nerang, beberapa batang jalan raya telah pun putus sebab ditenggelami air dan pusat pemindahan telah pun dibuka untuk Padang Terap sebanyak 4 pusat pemindahan.
Saya kira ini antara yang teruklah banjir ini dan saya percaya selepas ini pun ia akan turun lagi. Malam saya pergi sampai lewat malam pukul 12 itu di Padang Sanai, air dah mula surut dan saya percaya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Lada baru ini air itu akan turun mai.
Jadi, kita nasihatkan supaya kawasan yang lazim menerima banjir ini telah bersiap siaga. Angkat barang awal dan juga patut pindah, kena pindah awal. Jangan tunggu air paras dada baru kalut telefon APM. Baru kalut telefon polis atau bomba, tolong nak selamatkan warga tua yang uzur, yang sakit dan sebagainya. Kes yang terbaru semalam kita lihat agak mendukacitakan terpaksa APM ni, paras air takat ini, duk usung untuk menyelamatkan mangsa banjir. Kita harap tak berlaku macam tu.
APM dengan logistiknya yang agak terhad, begitu juga polis, bomba dan sebagainya, bot yang agak terhad. Jadi, ini menimbulkan masalah. Sana keloi, sini keloi, Ttk dan YB. Speaker. Jadi maknanya kita sendiri, terutama yang biasa kena banjir. Kalau yang tak kena pun kena bersiap sedia.
Sebab saya dipahamkan, saya turun melawat semalam pun ada tempat yang tak pernah kena banjir. Dia kata berpuluh tahun dah, tapi kali ini kena. Jadi, maknanya kali ini agak besar dan kita perlu lebih bersedia.
Selain daripada tu, apa yang saya sebut tadi, awal-awal tadi kita orang Islam ini pergantungan pada Allah Subhanahu wa ta'ala. Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil, Ni'mal Maula Wa Ni'mal Nasir, Wa La Hawla Wa La Quwata Illa Billahil A’lil Lila’zim. Baik, dari segi fizikal, dari segi usaha kita, kita kena buat.
Pihak JPS melakukan persiapan dan melaksanakan beberapa langkah dalam menghadapi bencana banjir. Seperti pertama, mewujudkan bilik gerakan pemantauan banjir. Memberikan amaran awal, penyelenggaraan sistem pemantauan banjir. Cuma saya juga nak ambil sempatan untuk maklumkan, kalau ada di tempat masing-masing itu ada dipasang sistem amaran, siren tu, kalau tidak berbunyi, tolong segera maklumkan kepada pihak berkuasa, ataupun mungkin pegawai daerah, ataupun pihak Adun supaya kita boleh segera maklumkan kepada pihak JPS. Kerana saya dipahamkan ada juga beberapa tempat yang ialah benda sistem amaran ini mungkin dia tak pantau tiap-tiap hari kan.
Jadi bila berlaku banjir, hujan lebat, barulah dia nak berfungsi. Sebab itu kalau tengok hujan dah turun agak panjang, macam baru ini dah dua hari, tiga hari, kita nak kena ‘alert’ dan kita kena maklumkan kepada pihak berkuasa. Di samping kita sendiri itu nak kena bersiap siaga lah supaya tak berlaku musibah yang lebih besar.
Yang ketiga, ialah melaksanakan pemuliharaan sungai. Bagi tahun 2024 untuk makluman sebanyak RM4.5 juta telah dibelanjakan. Yang keempat, penyelenggaraan kolam takungan air RM2 juta seluruh Kedah tahun 2024.
Kemudian, kerja-kerja kecemasan tahun 2024 memulihkan pembentungan saliran Sungai, struktur kawalan iaitu RM5.6 juta. Kemudian, yang keenam menaikkan taraf infrastruktur mekanikal RM5.5 juta tahun 2024.
Dan juga yang lain RTB. RTB ini banyak kali dah disebutm, jadi saya tak perlu sebut secara detail kecuali kalau ada perlu maklumat tambahan.
Yang kedua, bahagian kedua berhubung dengan cadangan status projek tebatan banjir, penyelenggaraan dan sebagainya. Bahagian B. Jawapannya ialah kerajaan negeri menerima banyak cadangan daripada banyak pihak untuk penyelenggaraan sistem peparitan, langkah mitigasi, teknologi ramalan cuaca dan sebagainya. Dan pada tahun 2024, kerajaan pesekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM95 juta.
Terima kasih kepada Kementerian PETRA khasnya. Dan insya Allah kita akan terus melakukan kerja-kerja pembaikan atau kerja baik pulih sungai, saliran dan sebagainya. Dan pihak JPS juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi seperti MET Malaysia, APM dan sebagainya untuk terus memberikan amaran, cuaca banjir dan seumpamanya. Dan juga telah menerima peruntukan program pembangunan sistem hidrologi dan pemantauan alam sekitar.
Selain daripada itu, kerajaan persekutuan juga melalui JPS telah membangunkan sistem ramalan amaran banjir yang menaik taraf 140 stesen telemetri yang bernilai lebih kurang RM10.8 juta. Jadi, usaha ini dibuat oleh JPS dan JPS memang sedaya upaya melakukan tindakan mitigasi dan sebagainya untuk memastikan risiko banjir ini dapat dikurangkan. Itu pun ikhtiar kita walaupun dengan bajet yang tidak cukup. Sama lah halnya yang kita lihat apa yang berlaku di mana kerja yang begitu berat peranan yang begitu besar yang dimainkan oleh JPS, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya kesian dekat pengarah JPS ini, YB. Speaker, kesian dekat JD-JD JPS ini sebab mereka nak kawal, nak jaga 12 daerah dalam Negeri Kedah ini, dia cuma ada 5 orang JD.
Jadi, saya ambil kesempatan dalam sidang DUN pada kali ini untuk memohon kepada kerajaan persekutuan, pihak kerajaan negeri kita telah menangkat dan berulang kali kita peringat supaya diluluskan, ditambah kaki tangan iaitu JD ini supaya dapat kita cover banyak daerah. Ini seorang JD terpaksa jaga paling kurang 2 daerah. Kemudian, dia kena jaga ada yang sampai 4 daerah.
Jadi, bayangkan kalau hari yang sama dia kena pergi Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Daerah macam mana dia nak bedak bagi itu? Dia seorang nak bagi pi 4 tempat. Melainkan terpaksalah hantar wakil-wakil mungkin technician dan sebagainya saja. Jadi, kita harap permohonan ini disegerakan dan rakan-rakan kita daripada Sidam, Kota Darul Aman, Bakar Arang, tolong bantulah. Bantu demi Negeri Kedah. InsyaAllah tolong usaha supaya kita dapat seperti mana Selangor dah dapat, Perlis dah dapat. JKR Alhamdulillah dah 10 orang, JD. Ringanlah sikit. Jadi, itu saja sebagai tambahan. Mudah-mudahan dimudahkan oleh Allah SWT. Terima kasih YB. Speaker. (YB. Bandar Baharu mencleah)
Boleh tambah sikit?
Silakan YB. Bandar Baharu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya ada soalan tambahan berkaitan dengan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) musim banjir ini. Walaupun panas isu ini, tapi dia sejuk masuk dalam Sidang Dewan Negeri ini.
Yang Berhormat Kuala Nerang, saya nak mohon menyatakan tentang perincian kos peratus kerja dan juga jangka siap khususnya dalam projek-projek tebatan banjir di Jitra Selatan, Sungai Kedah, Sungai Pendang, Baling dan juga termasuk kawasan-kawasan ini di Bandar Baharu yang sedang bersiap-siaga menghadapi banjir ini. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Exco.
YB. Speaker, saya ada data-data yang lengkap itu berhubung dengan itu, cuma dia ambil masa yang panjang.
Saya ingat kalau kata kita ada data itu, kita jawab secara bertulis.
Baik, terima kasih. Saya akan jawab secara bertulis.
Ok, Bandar Baharu!
YB. Speaker, saya ada soalan tambahan!
Saya bagi kepada Sidam dulu!
Terima kasih YB. Speaker. Seperti yang Kuala Nerang kata tadi, saya rasa kami tiga orang ini keberangkalian untuk jumpa Menteri ataupun masukkan permintaan kami di pusat itu sangat kurang. Tapi saya rasa di Kedah ini ada 14 Ahli Parlimen Daripada PN yang selalu berurusan dengan Kerajaan Pusat ataupun boleh cadang dalam Sidang Dewan Parlimen. Saya ingat ini lebih cepat daripada kami tiga orang ini, kadang-kadang dua tiga bulan pun tak pernah jumpa. Sebab mereka sibuk dengan cara mereka, kami sibuk dengan cara kami. Itu saja. Terima kasih.
Terima kasih YB. Sidam Kami ini, semua ahli Parlimen ini, bukan kata minta secara bersurat, secara lisan, dalam Parlimen, begitu juga pegawai-pegawai kita pun dah minta. Cuma yang saya minta jasa baik ini sebab satu, kita panggil apa? Satu warna, Satu warna, satu satu aliran. Satu kapal kan! Jadi kita harap dengan cara itu lebih mudah.
Jadi, kita nak ini pelbagai cara, kita berpakat. Bukan hanya di pihak Kerajaan Negeri, tetapi juga daripada pihak wakil-wakil rakyat kita yang jadi alat untuk menyampaikan. Terima kasih.
Terima kasih Kuala Nerang. Saya bagi kepada Bayu dulu.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih, Kuala Nerang. Soalan tambahan saya, apakah perancangan kerajaan untuk penyelesaian jangka masa panjang isu banjir yang kerap berlaku di kawasan yang sama? Dan apakah tindakan daripada pihak kerajaan untuk membaik-pulih titi-titi dan infra yang telah rosak akibat banjir, terutamanya di kawasan Dun Bayu, yang paling teruk kerosakan di kawasan Kampung Teluk Rambung, Batu 8? Yang ini tak payah pasang sigboard lah.
Terima kasih. Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Bayu! Sebenarnya sebahagian besar jawapan saya rasa secara umum telah disebut dalam ucapan saya kemarin. Tetapi hari ini saya cuba perincikan sedikit, tanpa mengambil masa yang panjang YB. Speaker.
JPS Kedah telah mengambil langkah penyelesaian jangka masa panjang bagi mengatasi isu banjir yang kerap berlaku sama ada melalui projek RTB Rancangan Terbatan Banjir. Antara projek RTB yang sedang dan insyaAllah akan terus dibuat seperti mana yang ditanyakan oleh yang Berhormat Bandar Baru tadi, insyaAllah akan diteruskan iaitu Projek RTB Pendang Fasa 1, RTB Pendang Fasa 2, RTB Sungai Kedah Anak Bukit, RTB Jitra Selatan, RTB Baling Fasa 1, Fasa 2 di Sungai Kupang dan selain itu pembinaan infrastruktur Empangan Sabo di Sungai Kupang di daerah Baling dengan kos RM22.8 juta insyaAllah dalam proses reka bentuk dan dijangkakan akan dibina pada tahun depan 2025 insyaAllah!
Selain daripada itu untuk makluman dewan juga di RTB Sungai Bongkok yang tadi disebut boleh saya sebut secara ringkas dengan kos RM68.2 juta dan juga RTB Bandar Baharu dengan kos RM150 juta telah diluluskan dalam RMK ke-12 dan akan dilaksanakan tahun depan juga InsyaAllah.
Pakat tolong doa mudah-mudahan tidak ada halangan dan tidak ada masalah. Selain daripada itu, akhir sekali JPS juga telah memohon dalam rolling plan pertama RMK Ke-13. Beberapa projek ada 11 projek yang bernilai ada senarai dia, nak baca jadi panjang RM1.6 juta ringgit eh bukan RM1.6 bilion. Maaf! RM1.6 bilion ini kita habaq kemarin ini RM70 juta tu untuk setahun. Ini RM1.6 bilion untuk RMK-13 bagi projek RTB di Kedah ini. Sekian, terima kasih.
Kita minta Yang Berhormat Exco bagikan jawapan tertulis juga.
Baik InsyaAllah.
Terima kasih. Untuk soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Anak Bukit. Silakan.
Assalamualaikum saya mohon soalan ke-16. Terima kasih. Silakan YB EXCO.
16. Pohon dinyatakan :-
a) Jumlah penerima Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar di setiap daerah dalam Negeri Kedah pada tahun 2023 hingga 2024? b) Jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan kepada penerima?
c) Nyatakan jumlah daerah yang telah melaksanakan program tersebut?
d) Selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), agensi manakah yang turut terlibat?
Silakan YB. Exco.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Air bah pakai rakit Ini jawapan untuk Anak Bukit
(a)Jumlah penerima Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar di setiap daerah dalam Negeri Kedah pada tahun 2023 hingga 2024? (b) Untuk jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan kepada penerima? c) Nyatakan jumlah daerah yang telah melaksanakan program tersebut? D) Selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), agensi manakah yang turut terlibat?
Untuk jawapan bagi soalan (a). Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat jumlah penerima bantuan sejahtera pesakit kroni telantar atau lebih kini kali dikenali dengan BKPT pada tahun 2023 adalah seramai 14,079 orang. Pecahan penerima BKPT 2023 adalah seperti berikut. Bagi daerah Baling seramai 1,262 penerima. Bagi daerah C, 1,204 orang penerima, Kuala Muda 2,321 orang penerima. Yan, 459 orang penerima. Daerah Kulim, 933 orang penerima. Bandar Baharu, 462 orang penerima. Daerah Kota Star 3,009 orang penerima. Kubang Pasu 1,513 orang penerima. Langkawi, 557 orang penerima. Pendang 1,366 penerima. Padang Terap, 563 orang penerima dan Pokok Sena, 430 orang penerima. Manakala jumlah penerima bantuan sejahtera pesakit terlantak sehingga Oktober 2024 adalah seramai 4,940 orang penerima mengikut pecahan berikut iaitu pada tahun 2024.
Daerah Baling seramai 498 orang penerima. Sik - 364 orang penerima. Kuala Muda - 798 orang penerima. Yan - 172 orang penerima, Kulim - 325 orang penerima, Bandar Baharu - 168 penerima.
Kota Setar - 982 orang penerima, Kubang Pasu - 516 orang penerima. Langkawi -194 orang penerima. Pendang - 532 orang penerima. Padang Terap - 231 penerima dan Pokok Sena - 160 orang penerima.
Untuk jawapan (b) jumlah peruntukan BSPT yang disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut.
Bagi tahun 2023 yang menggunakan B15 sebanyak RM2 juta. Bagi tahun 2023 juga ditambah B06 sebanyak RM2 juta manakala bagi tahun 2024 B15 sebanyak RM2 juta juga.
Untuk jawapan (c) program ini telah dilaksanakan untuk 12 daerah di Negeri Kedah.
Jawatankuasa juga telah melaksanakan program turun padang secara setiap bulan bagi menyatuni dan mendekati penerima bantuan di setiap daerah mengikut DUN.
Program ini sebelum ini dinamakan Bantuan Keperluan Khas Pesakit Telantar (BKPT) yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2021 lagi di semua daerah di dalam Negeri Kedah dan bermula tahun 2024 dinamakan semula sebagai program Bantuan Sejahtera Pesakit Telantar (BSPT).
Untuk (d) agensi yang terlibat adalah seperti berikut.
Yang pertamanya Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Perpaduan sebagai Pengerusi. Agensi Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah sebagai ahli jawatankuasa, Yang ketiga ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah sebagai ahli Jawatankuasa Lembaga Zakat Negeri Kedah sebagai ahli, Majlis Agama Islam Negeri Kedah BAITULMAL sebagai ahli, Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO sebagai ahli dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah sebagai setiausaha. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya selain daripada agensi-agensi yang terlibat ini, apakah kriteria yang digunakan sebagai bantuan pesakit terlantar. Terima kasih.
Kerajaan Negeri Kedah melalui bantuan kewangan melalui skim BSPT berjumlah RM500 sekaligus bagi membantu kumpulan sasar yang berikut.
Untuk setiap pesakit kronik, yang keduanya penjaga kepada pesakit kronik, yang ketiga pesakit kronik telantar ataupun pesakit kronik OKU telantar. Setiap permohonan BSPT yang diterima melalui Pejabat Wakil Rakyat dan juga diteruskan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di setiap daerah akan diangkat dan dipertimbangkan akhirnya oleh Jawatankuasa BSPT. Jawatankuasa BSPT yang dipengerusikan oleh saya sendiri, selaku EXCO yang terbabit, turut dianggotai oleh agensi-agensi yang saya sebutkan tadi.
Sebagai makluman, tambahan jawatankuasa BSPT berperanan mengadakan sesi lawatan turun padang ke setiap daerah dan dun bagi lebih mendekati penerima BSPT tidak hanya agensi-agensi dalam jawatankuasa sahaja yang terlibat. Bahkan ada yang turut melibatkan beberapa pihak lain lagi yang turut menyalurkan bantuan tambahan seperti Pejabat Ahli Parlimen, Pejabat Adun, Pejabat Menteri Besar sendiri, UPDA dan lain-lain agensi dengan niat dan iltizam yang sama bagi membantu gelongan sasar tersebut. Sebagai contoh, penerima BSPT tidak hanya menerima bantuan secara sekaligus RM500 tetapi dengan inisiatif lawatan turun padang yang dianjurkan saban bulan ini, mereka turut menikmati sumbangan tambahan berbentuk tunai ataupun barangan seperti dari Pejabat EXCO, kita bagi sumbangan tunai, kit makanan dan keperluan harian.
Daripada Lembaga Zakat juga, sumbangan tunai, katil khas kalau pesakit-pesakit memerlukan dan juga baiki rumah sebanyak RM15,000 kalau yang betul-betul mereka terdiri pada golongan ASNAF. Dan juga sumbangan daripada Baitulmal sebagai juga wang tunai dan MBI juga memberi sumbangan tunai. PERKESO Negeri Kedah pula, mereka akan membuat semakan dan penyaluran bantuan berkaitan pencen ilat ataupun pencen penakat ataupun lain-lain manfaat yang berkaitan.
Maka dengan ini dapat dirumuskan melalui inisiatif BSPT ini manfaat yang dapat diperolehi oleh penerima-penerima bantuan secara sekaligus saja malah impak sampingan yang turut dirasai, hasil kolaborasi rentas agensi dan pihak-pihak yang berkaitan dapat diterjemahkan melalui konsep Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua. Terima kasih.
Terima kasih. Dijemput Tokai.
Terima kasih YB. Speaker, YB. Bukit Kayu Hitam. Bila kita sebut pesakit terlantar ini maknanya teruk sangat la no. Tak boleh bua tapa! Terlantar kan. Jadi, saya nak dapat maklumat dari YB. Exco. Apakah ada had masa bantuan tersebut diberikan kerana rungutan yang kita dapat tengok macam statistik di Pendang 2023 - 1,366, tahun 2024 – 532 maknanya dia berkurangan. Apakah bantuan ini dia bagi hanya kita kata ada had masa dia ataupun berterusan bila terlantar sampai akhir hayat lah kut. Bila dah terlantar lah. Jadi itulah persoalan yang sering ditimbulkan kepada kami di PKWR ataupun di bawah sana.
Silakan YB. Exco!
Soalan tambahan!
Saya nak cuba menjimatkan masa. Jadi, untuk pertanyaan mulut ini saya cuma mengehadkan 2 pertanyaan sahaja. Jadi, YB-YB boleh bersedia bila ada soalan-soalan itu. Jadi, saya hanya benarkan 2 sahaja yang terawal. Minta maaf Sidam.
Pembetulan sebenarnya!
Ya.. pembetulan, silakan!
Kepada YB. Bukit Kayu Hitam, seperti yang kita rujuk dalam jawapan pertanyaan bertulis YB, pada muka surat 128, ada di sana perkara (1) sehingga bulan November 2024, seramai 13,4812 yang ini koma tu confuse sikit. Saya pun confuse sikit, 13,4812 itu koma yang menjadi confuse. Terima kasih
Jawab yang Tokai tu sekali perbetul yang tu!
Terima kasih Tokai di atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat Tokai dan juga Sidang Dewan. Bantuan untuk pesakit kronik ini selain daripada kita di sesi lawatan daripada BSPT, setiap bulan secara tetapnya penerima telah menerima bantuan daripada bulanan, daripada JKM, Persekutuan sebanyak RM500. Yang BSPT ini adalah tambahan daripada lawatan-lawatan kit aitu, yang mengisi borang-borang yang telah kita sertakan di pusat khidmat dan juga daripada penghulu, MKK dan seterusnya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap daerah.
Jadi, kalau kita tengok daripada jawapan tadi, ada yang sikit, ada yang banyak sebab kadang-kadang permohonan ini dia tiap-tiap bulan. Jadi, kalau ada kes yang tertentu-tertentu, MKK kampung, penghulu kampung angkat kepada pusat khidmat, seterusnya naik kepada PKMD dia setiap daerah. Jadi, sebab itu angkanya berubah-ubah dan untuk makluman Tokai juga, bantuan ini hanya one-off yang RM500 dulu.
Sebab kalau kita tengok tadi dalam pembentangan ada yang saya membincangkan bahawa jumlah B015 dan B06 masa tahun 2023 itu bertambah. Oleh itu, kita mengambil mekanisme yang mana kita buat secara one-off pada tahun 2024 dan mereka juga menerima RM500 setiap bulan Yang Berhormat Tokai. Terima kasih. Dan juga untuk Sidam nanti saya akan perbetulkan.
Terima kasih Sidam. Terima kasih kepada YB. Exco. Untuk seterusnya saya akan menjemput YB. Kupang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mohon jawapan nombor 17.
17. Dalam usaha merealisasikan The Greater Kedah.
Pohon dinyatakan :-
a) Apakah langkah strategik untuk memastikan kejayaannya dalam konteks pelaburan di Kedah?
b) Apakah perancangan kerajaan negeri dalam memastikan kelangsungan pembekalan tenaga kerja separa mahir dan mahir kepada industri di kalangan anak Kedah dapat direalisasikan?
Silakan YB. Exco! .
Terima kasih YB. Speaker. Terima kasih YB. Kupang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua. Yang saya hormati YB. Speaker, sahabat-sahabat Exco, sahabat-sahabat YB. daripada pihak kerajaan dan juga pembangkang, barisan kepimpinan agensi-agensi negeri dan pusat dan juga hadirin yang hadir pada hari ini daripada sekolah Tunku Anum di Dun Jitra. Selamat datang ke Dewan Undangan Negeri Kedah.
YB. Speaker, berbalik kepada soalan yang ditanyakan oleh YB. Kupang berkaitan dengan apakah langkah strategik untuk memastikan kejayaan dalam konteks pelaburan di Kedah.
Pertama sekali ingin saya menyatakan di sini bahawa kita sedang menggerakkan usaha di bawah agenda The Greater Kedah di mana kita ingin memastikan agensi yang paling penting iaitu Invest Kedah menjadi satu arm kerajaan yang paling kuat, paling kompetitif dalam memastikan kelangsungan agenda pelaburan di negeri kita, Kedah.
YB. Speaker dan Ahli Dewan yang saya muliakan, kita sebenarnya kalau kita lihat sejarah bagaimanakah mereka di luar sana, industri park-industri park atau HiTech Park - HiTech yang ada di merata pelosok dunia, ianya ditadbir urus dan dipandu oleh agensi-agensi yang cekap, yang mana dapat memberikan perkhidmatan yang memenuhi kalau tidak mengatasi ekspektasi para pelabur tersebut.
Jadi, kita boleh lihat kalau di Amerika ada Silicon Valley-nya, kalau di negara seperti negara kita sendiri, kita dah ada tengok bagaimana Johor-Singapura economic zone-nya dan kalau di negeri kita Kedah pun sedang dibangunkan satu lagi economic zone dipanggil sebagai Special Border Economic Zone, Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone.
Jadi. dengan kata lain apabila kita telah mempunyai gagasan-gagasan industry park yang begitu besar, yang paling penting ialah untuk memastikan setiap agensi kita dan disinilah di bawah kerangka The Greater Kedah ini, kita yang paling penting dan paling utama ialah kita ingin memastikan agensi-agensi kita baik di peringkat negeri maupun di peringkat pusat, baik MAIDA mahupun PBT ataupun Pejabat Daerah dan juga Invest Kedah itu sendiri dan semua agensi perlulah bergerak sebagai satu pasukan. Atas semangat itu maka kita sedang menggerakkan usaha untuk menubuhkan dipanggil One Investment Team yang mana dalam konteks ini disepadukan gerak kerja kita bagi membolehkan segala isu berkaitan tidaklah dalam keadaan tidak tersusun rapi.
Jadi, dengan kata lain this One Investment Team ini digerakkan oleh Invest Kedah untuk membangunkan satu bentuk kerjasama yang erat di antara agensi-agensi
terlibat. Yang keduanya, kalau kita lihat bagaimana syarikat-syarikat perundingan besar dunia hari ini, kalau kita sebut KPMG, PricewaterhouseCoopers, kita sebut pasal Deloitte, ini semua syarikat-syarikat yang boleh saya katakan kalau Deloitte mula tahun 1890, lebih 100 tahun usia dia.
KPMG started 1987 dan juga PWC started pada tahun 1968 tapi sebelum itu Pricewaterhouse dan Coopers Lebrand lebih awal iaitu lebih kurang juga 100 tahun tapi mereka bergabung pada 1998. Apa yang kita impikan hari ini dalam konteks Invest Kedah ialah untuk menjadikan Invest Kedah ini syarikat perunding terbaik negara kita. Ini sasaran usaha kita sekarang ini.
Kita tak nak, baru ni pun saya bersama dengan Dato' KPN, Dato' SFO, di mana kita ingin menjadikan Invest Kedah ini sebagai bukan lagi core center, bergerak ke arah untuk menjadi profit center kepada negeri kita dengan menjadi perunding kepada syarikat-syarikat yang nak datang melabur ke negeri kita. Tapi untuk menjadi sedemikian rupa, perlu ditingkatkan kapasiti dan kemampuannya. Jadi dengan kata lain, usaha sedang digerakkan bagi membolehkan, mungkinlah sekarang tidaklah sehebat Deloitte atau KPMG atau PricewaterhouseCoopers (PwC) atau Ernst & Young (EY).
Tetapi kedepan itu mungkin dalam tempoh 20 tahun ke depan, 30 tahun ke depan kita ada satu unicorn negeri kita iaitu Invest Kedah ini menjadi satu unicorn kebanggaan kita Negeri Kedah dan Negara.
Yang keduanya, YB. Speaker kita sedang menggerakkan usaha iaitu menjadikan Invest Kedah ini sebagai one stop center untuk segala isu berkaitan. Dan yang ketiganya, kita meneroka untuk meningkatkan langkah-langkah, masing-masing kerjaya dalam konteks pelaburan ini. Kita sedang menggerakkan usaha, kalau dahulu tertumpu kita kepada KTPC, Kulim Hi-Tech Park, sekarang ini kita telah melebarkan usaha kita iaitu untuk membangunkan Kulim Industrial Corridor. Yang ini adalah tanah-tanah yang dimiliki oleh pemilik-pemilik swasta dan kita sedang menggerakkan usaha dan saya yakin ia akan menjadi sehebat Kul-im Hi Tech Park juga. Jadi, dengan kata lain YB. Speaker, usaha sedang digerakkan ke arah itu untuk memajukan kawasan Kulim Industrial Corridor.
Kita ada Yang Dipertua Masjid Perbandaran Kulim, Dato' Ilmi dan juga Pejabat Tanah, Tuan Haji Zaini, DO Kulim dan semua agensi. Inilah masanya untuk memastikan kita terus membuka ruang dan peluang untuk membolehkan Kulim terus menjadi pemacu kepada kebangkitan ekonomi Negeri Kedah. InsyaAllah.
Di masa yang sama, kita sedang mempromosi, iaitu Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone yang mana KSTP ada di sana dan KRC dan seumpamanya. Saya ringkaskan YB. Speaker, kita juga hari ini lebih menjurus kepada apa yang dipanggil ‘ease of doing business’, iaitu kita melakukan segala yang mungkin dalam usaha
memastikan segala bentuk kerja kita berlaku dalam keadaan paling efisien dengan memperkenalkan E10, bukan hanya di Kulim sahaja, tetapi di seluruh negeri Kedah dan juga dalam pengurusan tanah, kita ada sistem I-UJKT, yang telah dibangunkan dan InsyaAllah kita akan gerakkan bersepadu usaha-usaha ini. Ini dengan kata lain, saya rumuskan untuk soalan ini, tiga aspek iaitu people, process and performance.
Kita meletakkan people adalah orang-orang yang terlatih, with the first class mentality, willing to work extra hours, yang bersungguh-sungguh untuk memastikan negeri ini maju dan berjaya dan itu diberikan segala bentuk sokongan saya mengharapkan daripada negeri kita dan proses macam mana kita deliver, yang paling kita nak automatedkan, apa yang boleh di automate-automatekan untuk membolehkan delivery system yang baik dan kita sasarkan sekarang ini, kita telah menetapkan berapa bilion each and every industrial park dengan izin dari YB Speaker, berapa bilion dia kena jana pelaburan. Contohnya, bukan lagi macam kalau ada-adalah, kalau tak ada, tak apa. Kita dah set KPI for each industrial park, berapa bilion dan berapa banyak peluang pekerjaan diciptakan dan seumpamanya.
Jadi, saya ringkaskan YB. Speaker, hari ini kita ada keluasan tanah industri sebanyak 36 ribu ekar dan ‘we are targeting by 2050’, kita akan ‘double up this figure’ kepada 70 ribu lebih kurang, 72 ribu ekar dan the next phases, the next phases itu kita akan terus tingkatkan dan kita akan persiapkan sebaiknya.
Jadi, YB Speaker, untuk soalan bahagian kedua, YB. Kupang bertanya tentang apa perancangan kerajaan negeri dalam masa yang kelangsungan pembekalan tenaga kerja, separa mahir dan mahir, izinkan saya, sikit saja. Kita telah menggerakkan usaha untuk bekerjasama dengan pemain-pemain industri yang datang melabur ke negeri kita.
Kita tahu mereka menikmati begitu banyak insentif YB. Speaker, di mana kalau mereka status pioneer, mendapat 15 years tax exemption. Kalau biasa-biasa, at least 10 years of tax exemption. Kalau mereka run 3 shifts a day, mereka sebenarnya dapat 30 tahun tax exemption.
Imagine 30 tahun tax exemption sebab run 3 shifts a day. Kalau 15 tahun, kali tiga 45 tahunnya tax exemption. They work around the clock and they reap, bukanlah reap, they are benefited from what we offer them. 10 tahun, 15 tahun. So hari ini, kerajaan negeri berusaha untuk bekerjasama dengan mereka. As you are growing faster, mereka berkembang dengan maju, dengan baik dan dynamic, kita memohon untuk mereka bersama kita untuk membangunkan modal insan.
So kita sedang menggerakkan usaha untuk ada ‘talent development fund’. Yang mana disumbangkan oleh syarikat-syarikat pelabur yang melabur berbilion ringgit ni, mereka buat ‘contribution to the state talent development fund’. Jadi, ‘state talent development fund’ inilah yang akan digunakan untuk membangunkan modal insan ‘right from
bottom’. Daripada prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti. So kalau kita ada ini, kita akan telematekan, doakan ini berjaya. Kalau kita ada ini semua, kita boleh telematkan ‘the needs of the industry with the supply of human capital’ yang kita keluarkan daripada sistem pendidikan kita.
Jadi, YB. Speaker dengan kata lain, kita ada perancangan ini dan kita sedang menggerakkannya. Dan pada masa yang sama, kita akan bangunkan program-program yang dipanggil sebagai Kedah Apprenticeship Program. So kita menetapkan syarikat-syarikat pelaburan ni, kita sedang dalam proses perbincangan, agar mereka memberi komitmen untuk mengambil anak kedah menjadi apprenticeship di syarikat mereka dan kalau bagus, layak, diserapkan.
Yang Kedua, kita panggil nama Kedah High Impact Apprenticeship Program. Ini program yang membawa kepada attachment kepada syarikat mereka di luar negara.
Dan yang Ketiga, berkaitan dengan Program Academic Fund, Development Fund dan Research Development Fund. Dan kata lain saya merumuskan, YB. Speaker, iaitu Kedah sedang berada di landasan yang betul. Usaha kita bukan hanya untuk menarik pelabur asing, di masa yang sama kita ingin memastikan anak-anak kita mendapat manfaat daripada pelabur-pelabur yang datang dengan teknologi tingginya, dengan kemampuannya.
Kita tidak mahu membiarkan anak-anak kita hanya melihat syarikat-syarikat besar dan kita kata kita mahu bersama, tetapi kita tidak ada punya kemahiran. Jadi, untuk itu,
YB. Exco, saya akan bagi laluan kepada soalan tambahan. Silakan YB. Kupang.
Terima kasih YB. Speaker, soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan bercadang untuk mempelawa golongan profesional di kalangan anak-anak Kedah yang berkhidmat di luar negara? Yang kita tahu ramai, tetapi mereka sedang menikmati gaji yang lumayan.
Oleh itu, saya rasa sekurang-kurangnya kita jadikan mereka sebagai rakan strategik dalam membangun Kedah ataupun merealisasikan The Greater Kedah. Dan paling tidak, kalaupun kita tak dapat mencapai semua itu, paling tidak saya mengharapkan supaya peranan ataupun sumbangan kepada Tabung Tengku Mahmud itu diperpanjangkan kepada anak-anak Kedah yang berkhidmat di seluruh dunia. Saya rasa mungkin mereka akan dapat membantu dalam pembangunan Kedah InsyaAllah.
Saya dapat maklumat daripada KTPC, iaitu K-Techno, yang dia buat kursus selama 3 bulan dan kosnya dalam setiap orang itu adalah RM12,000. Dan saya dapat maklumat, program ini dibuat untuk 4 Dun dan 25 orang yang terlibat, yang disponsor oleh KTPC, oleh apa nama syarikat ini.
Jadi, apakah ia betul dan adakah ada lagi syarikat-syarikat lain yang buat sebegini?
Silakan YB. Exco dan ringkaskan!
Terima kasih YB. Speaker, YB. Kupang dan YB. Bukit Lada. Saya ringkaskan memang hasrat kita untuk membawa seramai mungkin anak-anak Kedah di luar sana, baik dalam negara ataupun di peringkat antarabangsa kembali berkhidmat di Negeri Kedah.
Tapi pada masa yang sama, kita perlu realistik, iaitu tidak semuanya dalam konteks mereka harus kembali dan bekerja di negeri kita. Mereka boleh menyumbang dalam pelbagai cara, termasuklah buah fikiran dan seumpamanya.
Di bawah portfolio saya, kita ingin dalam perancangan untuk menubuhkan Majlis Profesional Kedah. Iaitu mengumpulkan, menghimpunkan anak-anak Kedah yang profesional ini, di mana juga mereka untuk menyalurkan pandangan. Kalau ada ruang untuk mereka berkhidmat, kita alu-alukan. Dan juga ia berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Bukit Lada, benar, KTPC mempunyai sebuah institut, dipanggil KTechno yang melatih anak-anak kita ini yang ‘drop out from school’ untuk mendapat bimbingan dan juga anak-anak yang berkelulusan untuk mengikuti program mereka.
Jadi dengan kata lain, kursus-kursus ini ditawarkan dan kemudiannya mereka ini diserapkan ke dalam industri di Kulim Hi-Tech Park atau di mana juga dalam Electrical Electronics secara khususnya. Benar YB. Bukit Lada bahawa program ini ada dan ianya perlu diperkembangkan.
Hari ini yang menghantar pelajar ke KTechno ini sampai daripada Terengganu, Pulau Pinang, Perak dan sebagainya untuk menghantar anak-anak mereka belia khususnya untuk dilatih. Jadi, saya ingin menyeru dalam konteks ini mungkin kita boleh melihat daripada Lembaga Zakat kita untuk turut menaja anak-anak kita ini.
Kalau boleh kita katakan di setiap daerah, kita ambil 10 orang so 12 daerah 120. Katalah 3 bulan ada 120 yang boleh kita latihkan anak-anak ini ready diterima oleh industri.
Bayangkan kalau kita setahun ada 4 fasa. Jadi, kita akan ada lebih kurang 480 anak kedah dilatih di KTechno yang boleh diserap ke industri. KTechno ini dia sama macam KISMEC jadi KISMEC boleh juga. Jadi, kita harus menggerakkan dan sekarang ini sebab itulah yang saya kata tadi, Talent Development Fund itu nak dibangunkan tidaklah meletakkan segala bebanan kepada zakat tetapi kita boleh usahakan dalam konteks usaha kita sendiri melalui syarikat-syarikat ini menyumbang dana dan juga syarikat-syarikat lain. Itulah jawapan saya YB. Speaker Terima kasih banyak. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Soalan tambahan!
Terima kasih YB. Exco. Kita terus kepada soalan selanjutnya.
Terima kasih YB Speaker. Soalan tambahan saya ialah apakah inisiatif-inisiatif yang sedang atau bakal diusahakan bagi membolehkan graduan keluaran institusi latihan TVET.
Guar salah faham ni! Saya nak pergi kepada soalan seterusnya.
Oh maaf, saya ingat soalan tambahan saya tadi sebab kata lepas ni.
Tak apa, boleh! Saya tak akan mengecewakan Guar Chempedak. Boleh buat soalan bertulis kepada YB. Exco.
Ok, terima kasih!
Dijemput YB. Bayu untuk soalan seterusnya!
Terima kasih YB. Speaker. Saya mohon jawapan soalan nombor 18. Sekian, terima kasih.
18. Pohon dinyatakan :-
Adakah pihak kerajaan negeri bersama Pihak Telco dan SKMM menjalankan tinjauan terhadap keupayaan capaian internet dan panggilan telefon di semua kawasan terutamanya kawasan luar bandar bagi mengenal pasti kawasan yang kerap mengalami gangguan panggilan seperti panggilan terputus (Call Drop) dan capaian internet yang sangat lemah?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Speaker. Saya cuba ringkaskan YB. Speaker sebab nak bagi dan juga untuk soalan Guar Chempedak tu tahun depan Tahun Melawat Kedah.
Merujuk pada soalan yang dibangkitkan oleh Bayu, agensi yang memantau tentang gangguan panggilan dan sebagainya di peringkat kebangsaan adalah SKMM atau MCMC dan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia telah melaksanakan sebanyak 602 audit panggilan suara dan juga 216 lokasi audit perkhidmatan internet mudah alih secara berkala sepanjang tahun 2024 sehinggalah 30 September dan ujian panggilan kualiti suara dan perkhidmatan internet telah dijalankan di seluruh daerah juga termasuk di beberapa jalan utama yang melibatkan Lebuh Raya Utara Selatan serta
Lebuh Raya Butterworth, Kulim. Sebanyak 6 notis di bawah peruntukan Seksyen 51.2, akta komunikasi dan multimedia 1998 telah dikeluarkan terhadap ketidakpatuhan kepada standard mandatory kualiti perkhidmatan yang merujuk kepada audit perkhidmatan internet mudah alih manakala 3 notis di bawah Seksyen 51.2 telah dikeluarkan terhadap ketidakpatuhan kepada MSQOS yang merujuk kepada audit panggilan suara. Beberapa lokasi yang telah dikenalpasti mengalami gangguan liputan telah ditambah baik oleh pihak pemberi perkhidmatan Telco dan MCMC juga akan terus memantau kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Di waktu yang sama orang ramai juga digalakkan untuk membuat aduan secara terus kepada MCMC melalui laman web aduan mcmc.gov.my dan juga selain itu MCMC juga membangunkan portal jendela map dan aplikasi jendela mobile apps jendela.my bagi menyampaikan maklumat inisiatif yang dijalankan oleh MCMC yang membolehkan
orang ramai untuk memberikan maklum balas dan melaporkan status liputan di kawasan masing-masing.
Saya juga mendapat aduan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan kita telah panjangkan kepada MCMC dan alhamdulillah mereka telah turun direct ke tempat-tempat yang telah pun dibuat aduan untuk kita menambah baik kawasan tersebut. Terima kasih YB. Speaker.
YB. Exco saya rasa kita beri peluanglah kepada YB. Guar Chempedak. Jadi, tak perlu ada soalan tambahan ke? Boleh no? Silakan YB. Guar Chempedak.
Terima kasih YB Speaker. Tadi soalan tambahan. yang ini saya mohon jawapan untuk soalan nombor 19. Terima kasih.
19. Pulau Perak atau dikenali sebagai Tukun Perak terletak di luar pantai barat Kedah dalam Daerah Yan yang menjadi salah satu destinasi pemancing dan juga snorkeling.
Nyatakan sama ada pihak pelancongan mempunyai perancangan untuk menjadikan Pulau Perak ini sebagai destinasi pelancong untuk pemancing atau snorkeling yang dikenali di dalam dan luar negara?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Sungai Limau memberi laluan kepada saya untuk menjawab soalan daripada Guar Chempedak yang merupakan seorang yang betul-betul berminat untuk bangunkan sektor pelancongan dalam Negeri Kedah kita ini.
Soalan daripada Guar Chempedak ini Pulau Perak atau dikenali sebagai Tukun Perak terletak di luar Pantai Barat, Kedah dalam daerah Yan yang menjadi salah satu destinasi pemancing dan juga snorkeling.
Nyatakan sama ada pihak pelancongan mempunyai perancangan untuk menjadikan Pulau Perak ini sebagai destinasi pelancongan untuk memancing atau snorkeling yang dikenali di dalam dan di luar negara?
Terima kasih Guar Chempedak atas soalan yang sangat menarik ini. Bila sebut saja Pulau Perak ini. Duk terbayang ikan haji-haji, ikan jenahak emas, ikan jiti. Ada ikan jiti. Guar Chempedak? Orang panggil apa, yang menjadi kegilaan para pemancing.
Saya tak pernah pi ke pulau ini tapi dipahamkan oleh rakan-rakan kaki pancing ini, di Pulau Perak ini ada satu tempat ikan-ikan besar bermain. y YB. Tuan Speaker, dari segi potensi ini kita tak nafikan memang ada potensi itu. Jika dibangunkan Pulau Perak ataupun Tukun Perak ini, ianya mampu menarik pelancong untuk ke situ terutamanya kaki pancing dan snorkeling. Saiz pulau ini agak kecil, berdiameter sekitar 200 meter, berbatu, tidak mempunyai lantai tanah, tapi pulau ini dia ada tarikan dia sendiri. Tapi dia ada tapi dia. Pulau Perak ini bukan sebarang pulau kerana kedudukan dia itu pada titik pertemuan antara Selat Melaka dan juga Laut Andaman itu menjadikan pulau itu begitu penting kepada kita kerana ia adalah satu lambang kedaulatan negara kita.
Sama seperti Pulau Sipadan di Laut Sulawesi itu. Kalau Guar Chempedak masih ingat, pada Julai 2022, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Salahuddin Al-Marhum Sultan Badlishah telah perkenan mengisytiharkan Pulau Perak sebagai titik rujukan paling barat Malaysia bagi menggantikan Pulau Cincin di Langkawi. Dengan kedudukannya yang begitu penting, apatah lagi dengan statusnya sebagai kawasan perlindungan marin dan terletak berdekatan dengan Sepadan Laut Antarabangsa Malaysia-Indonesia yang merupakan kawasan keselamatan negara maka kerajaan negeri setakat ini tidak mempunyai perancangan khusus bagi menjadikan Pulau Perak sebagai destinasi pelancongan untuk memancing, untuk bersnorkeling atau untuk apapun.
Ini kerana sebarang hasrat ke arah itu mestilah didaului dengan pertimbangan rapi mengenai aspek keselamatan dan keselesaan pelancong. Terima kasih.
Ok. Soalan tambahan? Kalau tak ada, saya nak pergi kepada soalan seterusnya.
Ada! Ada! Sampai saat ini sudah ada atau tak proposal daripada pihak-pihak yang berminat untuk membangunkan pulau ini? Terima kasih.
Baik. Setakat di hari ini, kita tidak pernah menerima sebarang cadangan daripada mana-mana pihak untuk bangunkan Pulau Perak ini. Dari segi kerajaan, macam mana saya jawab tadi ni, kita tidak ada perancangan khusus.
Pertamanya, sebab Pulau Perak ini, dia berada berdekatan dengan sempadan laut antarabangsa yang merupakan kawasan keselamatan negara. Lagi satu, dia agak jauh daripada Tanah Besar, lebih kurang 160 kilometer daripada Yan. Agak kurang ekonomik jika dibangunkan.
Tapi ke depan hari itu kita tak tahulah. Kerajaan tidak menolak sebarang kemungkinan jika terdapat keperluan untuk melakukannya untuk mewujudkan pulau pelancongan ke depan hari itu. Kalau ada keperluan itu, InsyaAllah kita akan pertimbangkan. Terima kasih.
Ok, terima kasih YB. Exco. Soalan mulut yang terakhir untuk hari ini, saya jemput YB. Pantai Merdeka
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. YB. Tuan Speaker, saya mohon jawapan bagi soalan ke-20. Terima kasih.
20. Pohon dinyatakan :-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi membantu masa depan anak-anak golongan B40?
Silakan YB. Exco.
Terima kasih YB. Speaker. Terima kasih kepada Pantai Merdeka. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi membantu masa depan anak-anak gelongan B40? Kerajaan Negeri memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan dan masa depan anak-anak daripada gelongan B40 melalui pelbagai perancangan dan inisiatif yang komprehensif. Dengan memahami cabaran kewangan dan kekangan sosial ekonomi yang dihadapi oleh keluarga dalam kategori ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan yang bertujuan untuk memperkukuhkan akses kepada pendidikan, kemahiran dan peluang pekerjaan bagi anak-anak daripada golongan ini.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi fokus kepada bantuan kewangan tetapi juga merangkumi aspek pembangunan modal insan dan sokongan jangka panjang yang dapat membentuk masa depan yang lebih cerah. Melalui kerjasama dengan sektor awam dan swasta, Kerajaan Negeri berusaha untuk menyediakan peluang yang lebih luas bagi anak-anak B40 bermula dengan aspek pendidikan agar mereka dapat berkembang dengan baik dan berdaya saing untuk memutuskan kitaran kemiskinan.
Firman Allah يَر فَعِ َّللاَّ ُ الَّذِينَ آمَنُوا مِن كُم وَ الَّذِينَ أُوتُوا ال عَل مَ دَرَجَات Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darajat. Al-Mujadalah ayat 11. Perancangan ini diharap dapat menjadi batu loncatan bagi golongan B40 untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik dan membuka peluang yang lebih besar untuk generasi yang akan datang.
Antara perancangan kerajaan negeri yang telah dilaksanakan dan secara berterusan bagi membantu masa depan anak-anak golongan B40. Pertamanya, Program Permata Ku Sejahtera Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan secara holistik dengan memastikan kemiskinan itu tidak diwarisi kepada anak-anak. Selain daripada bantuan sediada yang telah diberi kepada ketua keluarga, kerajaan berpandangan generasi anak-anak boleh mengubah nasib keluarga melalui pendidikan yang komprehensif.
Bagi menjamin kelangsungan pendidikan anak-anak, wujud keperluan bagi mendidik ketua keluarga untuk mula menyimpan bagi tujuan simpanan Pendidikan. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan kepada rakyat yang memerlukan untuk mula menabung bagi tujuan simpanan pendidikan anak-anak mereka. Untuk makluman, pelaksanaan program Anakku Sejahtera ataupun Permataku Sejahtera yang telah di-branding semula dengan Permataku Sejahtera telah berkuat kuasa pada Januari 2021 sehingga 2023 dengan jumlah peruntukan sebanyak 1 juta bersama syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk setiap kelahiran bayi.
Bagi setiap permohonan yang berjaya, akan menerima RM100 pada peringkat awalnya secara one-off dan akan dicarum ke akaun SSPN, Perbananan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Namun pada tahun 2024 Kerajaan Negeri telah menambah baik program ini dengan penjanamaan semula dengan Permataku Sejahtera. Untuk setiap bayi yang lahir di Negeri Kedah bermula Mac 2024 pihak Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menaikkan kadar bantuan bagi setiap permohonan daripada RM100 kepada RM200 secara one-off.
Objektif utama program ini dilaksanakan sebagai satu mekanisme untuk membasmi kemiskinan dalam golongan berpendapatan rendah dan juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat dalam soal kesejahteraan masyarakat dan pendidikan anak-anak.
Yang kedua, Program The Pearl of Kedah. Program ini dirangka untuk usaha kerajaan untuk melahirkan dan membantu anak-anak asnaf berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program ini merupakan program anak angkat yang menitikberatkan perhubungan psikologi, membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain untuk menjadikan mereka berguna kepada masyarakat dan negara. Program ini disusun berkonsepkan Surah Al-Mu'minun yang merujuk kepada orang-orang yang berjaya dengan inspirasi daripada surah ini, projek ini dilaksanakan untuk membimbing remaja ke arah kejayaan melalui pembinaan karakter, pengetahuan dan kemahiran yang seimbang antara aspek rohani dan jasmani.
Peserta yang terlibat adalah seramai 120 orang dari pelbagai daerah di Negeri Kedah yang berumur 13 tahun. Program ini bermula dengan anak sulung, anak yang pertama, supaya kitaran kemiskinan itu menjadi contoh kepada adik-adik yang lain iaitu pada tahun 2004.
Peserta ini dipilih berdasarkan syarat kelayakan dan karakter pemilihan yang telah ditetapkan untuk memastikan keberkesanan dan pencapaian objektif yang diharapkan.
Program The Pearl Of Kedah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti program kecemalangan akademik yang meliputi teknik-teknik belajar berkesan, pengurusan masa dan strategi menghadapi peperiksaan, program pembangunan profesional dan kepimpinan turut ditekankan untuk membina kemahiran kepimpinan serta berpasukan untuk komunikasi yang efektif. Program ini dipantau secara berkala di sekolah dan di rumah. Program ini menyediakan platform untuk bantuan sokongan mengikut keperluan semasa pelajar melalui rangkaian komuniti dan memastikan peserta terus mendapat sokongan dalam pelajaran akademik dan perkembangan diri mereka.
Untuk pengetahuan semua, anak-anak ini adalah anak-anak yang daripada kalangan B40 yang bukan taraf pendidikan mereka itu cemerlang tak, cemerlang tak, kita panggil galus, gagal pun tidak di pertengahan. Jadi, mereka ini berada dengan keluarga di rumah dan dipantau oleh komuniti yang telah kita amanahkan untuk melihat perkembangan mereka dan anak-anak ini akan diberi pemantauan selama 5 tahun bermula 2024 sehingga 5 tahun sampai mereka dapat SPM dan kita akan chanel ke mana arah yang mereka nak dapat di’chanel’ kan untuk membantu The Greater Kedah. Ini di antara program Program The Pearl Of Kedah dan juga Permataku Sejahtera.
Terima kasih YB. Exco! Soalan tambahan?
Apakah kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan peserta dalam rogram The Pearl Of Kedah pada masa akan datang? Terima kasih.
Ya, ya, ya. Kerajaan berhasrat untuk menambah pada tahun 2025 untuk kita genapkan kepada jumlah 300 orang. Pada tahun hadapan, kita memohon kepada setiap adun untuk mencari dan memberi senarai nama kepada kita setiap Dun seramai 5 orang untuk kita dapat senarai itu seramai 180 orang masukkan 120 orang, akan jadi 300 orang untuk kita memberi perhatian dan penelitian dan kalau sekarang ini kita lihat, kita dapat melihat anak ini kurang dari segi subjek apa yang mereka rasa kurang dapat untuk mereka belajar dengan lebih baik, kita akan adakan kelas tuition, kita bagi motivasi, cuti sem kita akan bawa untuk ke program-program yang pembangunan insan untuk mereka lebih rasa bertanggungjawab sebagai anak sulung dan juga sebagai orang yang patut mendapat ilmu dan untuk membantu dan membina Negeri Kedah ni. Wallahualam. Terima kasih.
Boleh satu lagi soalan YB. Tuan Speaker? Boleh tak? Bagi tak?
Boleh, sikit saja.
Terima kasih YB. Speaker. Soalan tambahan sikit lagi, adakah YB. Exco bersetuju selain daripada program berbentuk ilmu, program-program berbentuk ‘summer camp’ ataupun ala tentera ataupun yang lasak boleh dilaksanakan untuk memperkuatkan jati diri anak-anak B40 ni? Terima kasih.
Ringkaskan YB. Exco.
Jom kita makan pengat, Ini jawapan untuk YB. Ayer Hangat
Ya, ada. Program yang kita rancang ni program Kem Bina Sahsiah yang akan diadakan pada bulan 12, Disember ini iaitu program selama seminggu. Dalam program ini pengisiannya program yang ala-ala, tak lah macam apa kem PLKN itu, taklah ala-ala begitu tapi ada ke arah itu pengisian-pengisian yang membina jati diri mereka, yang membina bagaimana kekuatan mental dan fizikal mereka untuk mereka menjadi orang yang lebih berjasa, berjaya dalam membina kehidupan mereka, InsyaAllah.
Terima kasih pada YB. Exco atas jawapan yang telah diberikan. Untuk seterusnya, sesi penggulungan daripada pihak kerajaan. Jadi, saya jemput YB. Sungai Limau. Masa yang diberikan 30 minit saja.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahi Robbil A’lamin Wabihi Nasta’in Wassolatu Wassala Mu’ala Rasulillah Hil’Amin Wa’ala Alihi Wasohbihi Aj’main. Subhanakala’ Ilmalana I’llama’Alam tana Innakaan Tal alimul Hakim, Wala’haula Wala Quwatai’illa Billahil’Alimul Azim. Robbishrohli Sodri Wayarsirli Amri’ Wahlul Uqdatan’ Millisani’ Yafqohu Qouli. Amma’baq.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Jabatan di Peringkat Persekutuan dan juga di Peringkat Negeri, para pemerhati daripada anak-anak kita yang hadir daripada Sekolah Menengah Tengku Anum, InsyaAllah walaupun sekolah sukan tapi sudah pasti akan menjadi pemimpin masa depan InsyaAllah.
Barisan pengamal media cetak, media elektronik, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasih sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Saya mulakan dahulu dengan penggulungan pada pagi ini dengan membacakan sikit lagi firman Allah SWT dalam Suratul-Anfal yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, pada hari Ahad yang lalu.
َيَـ ٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا لَ تَخُونُوا ٱّللَّ َ وَ ٱلرَّسُولَ وَ تَخُونُوٰٓ ا أَمَـ نَـ تِكُم وَ أَنتُم تَع لَمُون ٧٢
Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasulnya Muhammad SAW. Dan janganlah kamu mengkhianati amanah yang telah dipercayakan ke atas kamu sedangkan kamu mengetahui salahnya perbuatan khianat.
Kalau kita merujuk kepada Kamus Dewan, maksud khianat iaitu perbuatan jahat yang bertujuan untuk mendatangkan kecelakaan kepada orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia kepada negeri, bangsa dan orang yang berbuat sedemikian sangat hina.
Maka marilah sama-sama kita menjadikan ayat ini yang merupakan larangan Allah SWT. Untuk kita semua yang menjadi pemimpin, pentadbir kepada negeri kita.
Sama ada di peringkat kerajaan ataupun pembangkang. Bagi kita melaksanakan segala tugasan dengan cermat, dengan betul, penuh keadilan. Moga-moga semua yang kita buat akan menjadi amal soleh dan juga perkara yang kita buat akan sentiasa mendekatkan kita kepada Allah SWT.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, ramai juga yang menyentuh tentang integriti, tentang tadbir urus yang baik. Dan antara salah satu yang menjadi teras kepada pembentangan bajet kita adalah E.R.A.T. Tadbir Urus yang saya yakin semua kita bercita-cita dan berhasrat untuk memastikan bahawa kita dapat mengurus negeri dengan cara yang terbaik.
Dan tahniah, saya rekamkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Jeneri kerana berjaya untuk membentangkan bajet pada kali ini secara menyeluruh dan komprehensif. Moga-moga apa yang telah pun dibentangkan bukan hanya memudahkan untuk wakil rakyat, kita bertemu dengan rakyat. Tapi kita yakin jabatan-jabatan yang diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan kebajikan kepada rakyat dapat kita laksanakan dengan sempurna InsyaAllah.
Dan Allah berfirman di dalam Al-Quran, dalam Suratul Qasas, ayat 26.
ُقَالَت إِح دَى هُمَا يَـ ٰٓأَبَتِ ٱس تَـْٔجِ ر هُ ۖ إِنَّ خَي رَ مَنِ ٱس تَـْٔجَر تَ ٱل قَوِىُّ ٱْل َمِين
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".
Ayat ini merupakan penceritaan yang Allah nukilkan di dalam Al-Quran. Kisah di mana anak Nabi Syuib A.S yang telah pun berusaha untuk mengambil air di sebuah perigi yang dikerumuni oleh pengembala-pengembala yang lain. Dan selepas daripada pengembala-pengembala lain selesai, maka mereka datang dan dilihat oleh Nabi Musa A.S pada waktu itu.
Perempuan yang sedang berusaha untuk mengambil air, maka Nabi Musa membantu kedua anak Nabi Syuib ini dan mempelawa Nabi Musa untuk bertemu dengan ayah mereka. Selepas pertemuan itulah, keluarnya cadangan daripada salah seorang anak Nabi Syuib untuk mencadangkan supaya ayahnya mengambil Nabi Musa sebagai pekerja mereka dengan penilaian dua sebab iaitu yang pertama Al-Qawi dan yang kedua Al-Amin.
Al-Qawi dengan maksud kuat. Bukan hanya kekuatan fizikal, kekuatan ilmu, kekuatan kemahiran ia perlu ada kepada pemimpin dan juga pekerja.
Al-Amin sifat amanah, sifat jujur, berkata benar, melaksanakan mengikut tata kelola yang baik. Itu adalah merupakan perkara yang menjadi dua kriteria yang telah pun disebutkan dalam ayat ini. Maka apa yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menepati walaupun secara lainnya supaya tidak kianat tetapi ia juga terangkum dalam dua sifat yang telah pun kita sebutkan Al-Qawi Yul Amin.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Pantai Merdeka. Seronok kita dengar perbahasan beliau penuh dengan peringatan ayat-ayat Allah SWT, hadis Baginda Rasulullah SAW.
Juga daripada Bukit Lada, daripada Tanjung Dawai yang kesemuanya ini sebenarnya untuk memastikan bahawa walaupun kita sebagai Ahli Yang Berhormat pembuat dasar tapi kita tidak mengkesampingkan panduan Allah SWT, Al-Quran dan sunnah Baginda Rasulullah S.A.W dalam kita mengurus tadbir negeri yang kita cintai, Negeri Kedah Darul Aman yang menerima Islam lebih awal daripada negeri-negeri yang lain di tanah Melayu ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pertama marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah S.W.T dan moga-moga syukur yang kita jelmakan bukan hanya sekadar luahan di mulut tetapi pembuktiannya melalui pekerjaan, melalui amalan yang kita laksanakan, tugasan yang telah pun diberikan kepada kita.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang berbahas, yang menyentuh khususnya berkaitan dengan portfolio pendidikan, agama, komunikasi. Komunikasi kurang orang tanya mungkin baik dah kut. Takdak sebut, tapi tadi Bayu mungkin dia pun terkejut nak tanya soalan tambahan. Bila kita nak bagi peluang kepada Kubang Rotan… (YB. Bakar Arang mencelah)
Yang Berhormat Tuan Speaker, pohon mencelah.
Baru mukadimah, Bakar Arang!
Tak apa, sat lagi saya bagi masa lebih dekat Sungai Limau! Boleh noh? Kesian kat dia!
Ya.. bagi! Bagi!
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Dua tiga hari Ini, semasa sidang berbahas, semasa berbahas oleh Pengkalan Kundor, Adun Tokai telah mencelah dan dia berkata, merujuk kepada satu sumber, ‘Malaysia rank number one most corrupted country in the world.’ So kita pun tertarik dengan apa yang dia kata tu dan kita buat simakan online mencari sumber ini dan kita dapati sumber ini yang dia kata adalah daripada 2023.
Database ini! Lepas itu kita semak sumber ini adalah dari mana, dia sebenarnya daripada Wall Street Journal. Tetapi di publish pada 11 Disember 2012, oleh WSJ. Dan pada masa itu, Perdana Menteri adalah daripada PM ke-6, Dato’ Seri Najib. So saya mohon, saya rasa ini adalah berunsur fitnah dan saya mohon pandangan Exco Komunikasi tentang ini.
Baik, terima kasih YB. Bakar Arang. Rujukan saya pun tak sempat nak rujuk tu. Tapi bila Bakar Arang sebut tahun 2012 tu, Bakar Arang tanyalah geng-geng duk sekali semua dalam satu kapal. Tanya sekali lah!
Tapi dah sebut 2023, ini merupakan satu perbuatan. Saya rasa kianatlah!
Dak, mungkin boleh rujuk balik. Mungkin yang Tokai tengok tu tak sama macam Bakar Arang tengok. Duk sekapal dah.
Saya nak mengingatkan Yang Berhormat, kalau nak buat celahan apa, kena bangun. Tolong pastikan bahawa selepas ini tak akan berlaku lagi. Kita duduk, kita buka mikrofon, kita bercakap. Tolong jaga keharmonian Dewan.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sebelum saya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu, saya rakamkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Jeneri atas pengumuman Bajet 2025 yang khusus melibatkan portfolio pendidikan dan agama yang berjumlah lebih daripada RM117 juta keseluruhannya mencakupi untuk Maktab Mahmud, juga Iqdar, Tuisyen Rakyat, kemudian dan institusi-institusi di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan sebagainya.
Alhamdulillah, peruntukan yang telah pun disebutkan, kalau kita sebut kepada Maktab Mahmud, alhamdulillah tahun 2023 ini, saya juga rakamkan ucapan tahniah kepada seluruh calon-calon SPM seluruh Negeri Kedah yang kita mendapat keputusan keseluruhan di peringkat negeri pencapaian yang terbaik dalam tempoh 10 tahun telah pun dicapai oleh calon-calon SPM 2023 dan Maktab Mahmud Yan sebagai Sekolah Agama Negeri telah mendapat keputusan paling cemerlang iaitu yang dengan GPS 1.55 terbaik di peringkat negeri dan alhamdulillah, Kerajaan Negeri telah meluluskan peringkat awal bantuan RM500,000 untuk kita menaiktaraf kerja awal bagi kompleks Maktab Mahmud Yan. Di peringkat negeri juga kita telah mengadakan Program Anugerah Sanjungan Ilmu meraikan anak-anak kita yang mendapat straight A dalam SPM, KAFA, yang terbaik di peringkat negeri juga dalam STAM, MUMTAZ dan juga Sijil Tahfiz Malaysia dengan Yang Amat Berhormat dengan bermurah hati memberikan setiap orang RM1,000 kepada pelajar cemerlang ini.
Sungai Limau, mohon mencelah.
Ya..silakan!
Silakan!
Assalamualaikum dan terima kasih YB. Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini juga dan mengingatkan semua dan Ahli-Ali Yang Berhormat sekalian sekalian bahawa SPM akan melangsung pada awal bulan 12 ini dan saya di Dewan yang mulia ini, kita bersama mendoakan agar mereka semua pelajar-pelajar dapat menjawab soalan dengan baik dan berjaya dalam SPM .Terima kasih.
Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Baharu dan kita di peringkat negeri pun InsyaAllah kita akan melaksanakan Majlis Bacaan Yasin di peringkat negeri secara online sebab kita tak boleh masuk sekolah Yang Berhormat Bandar Baharu. Jadi, bila kita buat secara online itu harap-harap ada lah anak-anak kita waris yang boleh turut serta dalam program yang akan kita jayakan nanti InsyaAllah.
YB, nak masuk baca yasin pun depa tak bagi no?
Hat tu semua tau dah, ada jawapan dah!
Tak apa lah kita buat online, Kalau online pun depa tahan juga beratlah!
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak mengambil kesempatan ini juga lah sempena dengan Exco Pendidikan ini no! Tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah yang telah berjaya mendapat anugerah khas Semi Grand Award. 2 pingat perak di World Invention Creativity Olympic 2024 baru-baru ini. Saya tahu pasal siapa, mereka pergi minta sumbangan, kita beri sumbangan, depa kata dapat pingat emas. Alhamdulillah! InsyaAllah anak-anak kita! Terima kasih Sungai Limau, terima kasih YB. Tuan Speaker.
Silakan YB. Exco!
Baik, terima kasih YB. Tokai. Mereka pun minta sumbangan kepada saya juga, saya pun cadang nak pergi juga tapi duk fikir nak bagi depan pagar takut tak berapa nak cantik. Jadi, saya nak pergi tu sebagai alumni SMKAK. Kita harap tak ada ketegahanlah daripada pihak Kementerian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, keduanya dalam ucapan bajet jugak ada diumumkan berkaitan bantuan Tuisyen Rakyat Sejahtera untuk dilaksanakan di 15 Parlimen bagi tahun 2025, dan di peringkat untuk tahun ini kita telah melaksanakan di 6 DUN untuk pilot projek yang kita nak melihat kaedah yang terbaik apa yang perlu kita kemas kini jika ada kelemahan. InsyaAllah kita akan jayakan pada tahun 2025 nanti dan moga-moga ia akan memberikan ruang dan peluang khususnya pada anak-anak B40 secara khusus untuk mendapatkan tuisyen yang terbaik daripada guru-guru pakar dan juga teknik menjawab peperiksaan yang semuanya ini sebenarnya menjadi agenda bukan hanya kita di peringkat Negeri Kedah tapi telah diagendakan di peringkat seluruh negeri-negeri SG4. Kita jadikan Tuisyen Rakyat Sejahtera ini sebagai perkara wajib yang akan dilaksanakan oleh negeri-negeri SG4.
Bila sebut SG4 tengok Darul Aman, Bakar Arang, penasihat walaupun tua tapi atas pengalaman itu, Kota Darul Aman! Takkan nak ambil Kota Darul Aman jadi penasihat, Sungai Limau pun tak layak. Kita nak ambil pengalaman yang ada dan kita merasakan bahawa bekerja sampai mati itu antara ungkapan yang pernah diucapkan beberapa tokoh antaranya Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan hadis Bagina Rasulullah S.A.W juga Nabi pernah sebut kepada kita.
Mafhumnya jika ada satu benih di tangan kamu menjelang kiamat dan ketika hampir nak kiamat pun, jika kamu sempat tanam benih tersebut, kamu akan mendapat pahala. Inilah konsep yang sepatutnya kita semua dan khususnya sama ada ahli-ahli politik, pegawai-pegawai kerajaan siapa juga, kita sebagai manusia kita nak kena pastikan bahawa umur yang Allah berikan kepada kita sehingga sebelum ajal sampai, ada jasa, ada pengorbanan, ada manfaat yang boleh kita berikan kepada masyarakat kerana hadis Nabi S.A.W sebut khairun nas anfa'uhum lin’nas. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain walaupun kita telah sampai usia pencen, pencen dalam kerja tapi selagi ada kemampuan kita mesti berhasrat dan mesti bercita-cita untuk ilmu, pengalaman yang ada pada kita boleh dimanfaatkan kepada masyarakat sehinggalah kita ajal bertemu Allah swt.
Yang Berhormat, pohon mencelah!
Silakan!
Silakan Kota Siputeh!
Terima kasih YB. Speaker, terima kasih Sungai Limau. YB. Sungai Limau, saya rasa ada 2 perkara di sini berkenaan dengan Tun ini, mereka ini mungkin tak sedar kalau sebab dulu mereka duk usung Tun umur 90 lebih ini, duk usung Tun sini sana, kalau mereka tak usung sini sana ni, mereka pun tak boleh jadi Kerajaan. Mereka ini pun belum tentu nak jadi Kerajaan, ada seorang hamba Allah itu pun tak boleh keluar penjara. Mereka tak sedar benda tu. Tak apa lah itu yang pertama asbab noh!
Yang kedua, walanon ni pulak, mereka ini tak faham, kita ini nak masuk sekolah ini bukan sibuk sangat nak beria-ria masuk sekolah, nak bagi duit, macam terhegeh-hegeh nak main politik macam kita duk kata tu, kita bukan lagutu tapi masalahnya kita ambil contoh saya perasan ada banyak Adun-Adun di sini yang turun kita peduli berkenaan masalah keciciran. Kita nak bantu nak tau data, kita nak pi rumah orang tu, ketuk rumah orang tu, kita nak bekerjasama supaya mana dan cikgu-cikgu tu hampa nak suruh cikgu ligan, bawa markah nak pastikan dapat itu ini macam-macam. Kita nak bantu siapa nak pi rumah tu, nak ketuk pintu nak suruh anak dia pi sekolah.
Kita nak bantu pulak, kita buat motivasi, saya nak kisahkan sikit, kita buat motivasi teknik menjawab soalan, wakil rakyat sendiri yang buat pasal kita dulu daripada dulu oran GPMS biasa duk buat lagutu. Kita nak bagi semangat kepada anak-anak muda ini buat teknik menjawab soalan dan buat motivasi, bukalah 80 orang untuk nak mai, bagitau dekat sekolah, sekolah tak berani nak promo, kita buka kepada semua orang last sekali 60 orang mai daripada Jitra dan Bukit Kayu Hitam, 20 orang sahaja mai daripada Kota Siputeh, sapa tak terkilan? Kita nak tengok itulah budaya masyarakat kampung ini mungkin mereka tak peduli kita nak bagi semangat ini yang jadi masalah, kita nak kerjasama. Baik, terima kasih.
Terima kasih Kota Siputeh. Nak gulung juga tu! Tak apa masukkan dalam pergulungan saya. Apa yang telah pun diadukan oleh Kota Seputih. InsyaAllah, kita doakanlah untuk pimpinan-pimpinan kita panjang umur dan diberikan hidayah oleh Allah SWT. Yang Amat Berhormat, kalau tahun 2050, Yang Amat Berhormat baru umur 76. Donald Trump la ni, 78. Boleh jadi presiden! Turn M dulu 94. Masih lagi boleh lah. InsyaAllah.
Yang Berhormat, Tuan Speaker. Institusi Al-Quran Darul Aman, IQDAR. Dalam ucapan bajet juga disebut. Peruntukan kepada IQDAR dan juga pembinaan Asrama IQDAR yang boleh menampung untuk 300 orang. Saya juga menyeru khususnya kepada sekolah-sekolah, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah-Sekolah Agama di Peringkat Kementerian, Sekolah-Sekolah Menengah ataupun anak-anak yang berminat untuk menyambung kepada Al-Quran. Kemahiran Al-Quran ini untuk memohon mendaftar di IQDAR. Dan di peringkat IQDAR, saya dimaklumkan telah pun memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk nak masuk buat promosi tentang IQDAR. Tapi sampai hari ini masih lagi belum diberikan surat kelulusan. Saya difahamkan sejak September lagi mohon. Jadi, mungkin wakil JPN yang ada. IQDAR ini bukan institusi politik tapi institusi pendidikan. Dan kita harap pihak JPN boleh memberi ruang. Maksudnya kepada IQDAR, kepada UNISHAM. Kepada apa juga institusi pendidikan yang pengajian tinggi ini untuk masuk bagi kempen anak-anak kita untuk terus sambung pengajian mereka selepas peringkat menengah.
Pendigitalan Sekolah Agama Rakyat. Yang telah pun dilaksanakan pada tahun 2024. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan pihak Kerajaan serta Pegawai Kewangan Negeri. Tahun ini kita buat untuk bantuan 31 buah Sekolah Agama Rakyat, Smart TV dan juga LCD. Kita ada 94 buah Sekolah Agama Rakyat, 45 di peringkat rendah, 36 di peringkat menengah dan juga 13 buah Maktab Mahmud. Kita telah menyampaikan kepada 31 buah sekolah. Kalau ada bajet lebih kita boleh tambah lagi pada tahun depan. Dan program ini akan berterusan selama tempoh 3 tahun untuk kita menyampaikan keseluruhan bantuan pendigitalan di sekolah-sekolah agama ini.
Dan saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri yang telah pun bersama-sama inisiatif mereka untuk menyumbang dalam program ini. PKNK, KLPK, UIDA dan juga syarikat-syarikat korporat dan swasta yang lain. Dan Sidam juga dalam hari perbahasan menyebut tentang peluang pekerjaan. Kalau kita lihat hari ini Yang Berhormat Speaker, Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ini. Di peringkat rendah 45 buah dan juga 36 buah sekolah menengah. Mereka menampung 2,500 orang guru. Itu satu peluang pekerjaan. Bukan di peringkat kerajaan menyediakan sekolah itu. Sekolah itu inisiatif ulama-ulama. Inisiatif NGO, organisasi untuk nak tubuh.
Dan sepatutnya pihak kerajaan kita berada inisiatif untuk terus membantu kerana kerajaan boleh menyediakan peluang 2,500 yang telah pun disediakan oleh sekolah-sekolah agama ini. Kerajaan persekutuan khususnya. Sebab senarai pendidikan bawah persekutuan jimat puluhan juta ringgit, kalau kita nak menubuhkan sebuah sekolah. Ini 45 buah peringkat rendah, 36 peringkat menengah. Sepatutnya kita membantu. Dan Alhamdulillah Kerajaan Negeri bawah pimpinan Jeneri telah pun berusaha untuk menyediakan pelbagai program dan juga bantuan pengurusan sekadar kemampuan yang kita ada untuk membantu sekolah-sekolah dan juga sekolah-sekolah pondok di
Negeri Kedah Darul Aman. Bantuan-bantuan lain yang saya rasa panjang untuk disebut. Yang telah pun disebut Adun-Adun yang lain. (YB. Tokai mencelah)
Boleh beri laluan?
Sungai Limau, Tokai minta laluan?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Sungai Limau. Saya baru ingat beberapa bulan lepas saya pergi ke Yala. Sebuah sekolah agama di Yala. Ada 4,000 ‘student’ dia. Mereka mendapat setiap seorang ‘student’ ini, satu kepala, dapat RM600. Convert pada duit kita, RM600 lah. Setiap orang, setahun. Dia dapat RM600. Maknanya bayangkanlah bantuan yang diberi. Kenapa kerajaan beri dia kata sebab mereka tak payah guna tanah daripada kerajaan. Tak payah guna duit daripada kerajaan. Jadi, semua orang, orang individu ataupun orang kampung yang bina sekolah itu, buat sekolah itu. Jadi, kerajaan untung sebab tak payah keluarkan modal untuk buat sekolah itu. Ada yang tak ada kenderaan, dia beri basikal. Makan, minum pagi, dia beri. Ini di Yala. Yala maknanya Thailand lah. Rakan di sebelah sana. Terima kasih Sungai Limau.
Terima kasih Yang Berhormat Tokai. Di peringkat kerajaan negeri juga, agensi zakat, saya ucapkan terima kasih kepada CEO dan Zakat Negeri Kedah Darul Aman yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya ada sebut dalam ucapan Zakat menyediakan lebih daripada RM15 juta. Termasuk juga bantuan yang kita sebut sebagai perkapita khususnya kepada para pelajar di sekolah-sekolah agama dan juga bantuan pengajian pada sekolah-sekolah pondok. Jadi, saya nak cuba habis 10.50 pagi.
Menjawab pada soalan-soalan dibangkitkan oleh Adun-Adun tadi pun, saya dah sebut beberapa soalan yang disebut oleh Lunas dan beberapa Adun yang lain yang kita tak masuk sekolah memang tak boleh. Walaupun jawapan yang disediakan secara rasmi. Ada pekeliling itulah. Pekeliling. Nak kena mohon 30 hari dan sebagainya. Tapi setakat ini saya tengok pekeliling itu memang tak bagi pimpinan khususnya EXCO dan juga Adun-Adun Perikatan Nasional untuk masuk. Tapi jawapan yang kita terima daripada pegawai itu sakit hati.
YB. Tuan Speaker, sana tak tulis Perikatan Nasional tak boleh masuk.
Memanglah. Tapi secara tak rasmi. Jawapan yang kita terima, kita rasa sakit hati. Dia kata YB. nak kena ada 30 hari. Sekolah ini jemput. Sekolah ini tak ikut peraturan, tempoh tak cukup. Seolah-olah pentadbir sekolah ni tak reti buat surat. Satu muka surat, dua muka surat. Seolah-olah kita menghadkan, menghalang guru-guru pentadbir di sekolah-sekolah kita untuk mentadbir secara yang lebih kompeten untuk bersama dengan wakil-wakil rakyat setempat dia. Kita menghalang kreativiti pentadbir-pentadbir kita. Timbul budaya menakut-nakutkan.
Ada yang saya difahamkan, ada yang bahagian duk pi buat ugutan, nak tukar dan sebagainya. Kita tak mahu benda tadi kita dah sebut dah, khianat. Kita tak mahu buat zalim. Jadi, kita harap budaya yang macam ni, Bakar Arang, Kota Darulaman, bersetujulah dengan kami bahawa memang kami tak dibenarkan dan pemimpin-pemimpin lain. Kota Darulaman biasa masuk sekolah. Kemudian Bakar Arang pernah dijemput. Ketua-ketua bahagian UMNO, DAP dan sebagainya pernah dijemput. Maksud dia, takkan pentadbir-pentadbir sekolah tak reti nak buat surat jemputan, nak buat kertas kerja. Jadi, perlu kita berikan kepada pentadbir ini sebagai motivasi. Demokrasi yang kita sebut. Reformasi yang pernah disebut untuk mereka mengurus sekolah dengan cara yang terbaik dengan bersama-sama pemimpin-pemimpin masyarakat setempat untuk bersama-sama dalam menggerakkan pendidikan di peringkat negeri tersebut.
Yang Berhormat, yang ini saya nak celah lah! Tapi yang ini tentang kerajaan negeri lah. Sebab Adun juga tidak dijemput untuk mesyuarat pejabat daerah. Untuk Focus Group dan Majlis Tindakan Daerah.
Saya tidak dijemput. Mesyuarat pertama saya dipanggil, lepas itu tidak dipanggil semula. Jadi, yang tu juga kerajaan juga buat yang perkara yang sama.
Baik, kita di peringkat kerajaan negeri ada Penyelaras DUN yang secara rasmi sebagai wakil daripada kerajaan negeri untuk bersama-sama dalam membuat keputusan dan memantau. Saya rasa program-program lain yang dianjurkan di peringkat kerajaan pun kita jemput.
Program-program anjuran kerajaan kita jemput. Kota Darulaman, Bakar Arang, Sidam. Dalam program pembentangan The Greater Kedah pun kita jemput. Tapi tak ada siapa pun yang hadir di kalangan pembangkang. Jadi, saya harap untuk kita lebih adil dalam kita di peringkat pendidikan.
Yang semua ni kita laksanakan secara bersama. Peraturan yang ada, ya kita sedar peraturan. Tapi, kita harap paling kurang guru-guru besar, pengetua-pengetua tidak diugut ataupun tidak diberikan apa-apa halangan. Kalau Yang Berhormat masuk untuk berbincang, untuk menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah. Yang jadi la ni guru-guru besar pun takut. Yang Berhormat Kota Darul Aman.
Tahun 2021 pun sama YB. Tuan Speaker!
YB. Sungai Limau, boleh bagi laluan kepada Pengkalan Kundor?
Saya bagi Lunas dulu!
Terima kasih Yang berhormat Sungai Limau. Macam inilah Kota Darulaman minta bagi. Tadi, Yang Berhormat Sungai Limau nyatakan peraturan tentang nak mohon, nak masuk sekolah kena mohon sekurang-kurangnya 30 hari. Kita boleh terima peraturan tu. Tetapi janganlah peraturan tu ‘double standard’. Ketua UMNO bahagian boleh masuk. Ketua Cabang PKR boleh masuk sekolah. Tiba-tiba kata peraturan nak kena mohon 30 hari. Ini undang-undang ataupun peraturan tak boleh ada ‘double standard’. Kalau kata tak boleh masuk, UMNO kah PH kah semua tak boleh masuk.
Itu baru betul! Sungai Limau, saya nak bagi Sungai Limau tamat pada 10.50 pagi. Kalau Sungai Limau bersetuju, kita nak bagi kepada Pengkalan Kundor dulu! Minta maaf Bakar Arang tunggu penggulungan yang seterusnya.
Tadi Kota Darulaman kata tidak dijemput dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan Focus Group. Saya selalu jumpa Pegawai Khas Kota Darulaman dalam mesyuarat.
Yang itu Penyelaras Dun. Itu bukan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat, di sini bukan sesi untuk nak berbalas-balas kenyataan. Apabila Yang Berhormat nak mencelah, mohon kepada Speaker dan Speaker akan uruskan siapa yang boleh mencelah. Jadi, saya rasa untuk Sungai Limau pun kita ada 2 minit lagi. Jadi, saya rasa tak perlu ada pencelahan lagi untuk Sungai Limau dan Sungai Limau terus buat pergulungan.
Baik, terima kasih.
Tuan Speaker, sikit sahaja!
Saya dah buat keputusan, Sungai Limau sila teruskan penggulungan.
Baik, menyentuh kepada soalan Pedu tentang ibu tunggal muallaf yang ditinggalkan dan duduk dengan keluarga asal. Secara umumnya, Ajaran Islam kita tidak melarang untuk kita buat baik kepada ibu ayah kita, kepada adik keluarga kita yang bukan Islam. Maksudnya bila masuk Islam terputus hubungan, itu tak. Cuma yang mungkin menjadi kebimbangan kepada Pedu, bila muallaf ini dia tidak cukup dari sudut persediaan agama dibimbangi kembali kepada agama asal. Maka, saya harap di peringkat Pegawai-Pegawai Agama Daerah dan Lembaga Zakat pun kita ada lebih daripada 30 orang pendakwah dan kita adakan program secara bulanan, kuliah-kuliah dan mungkin di peringkat Adun-Adun boleh untuk ambil isu-isu yang berada di peringkat Dun masing-masing supaya minta mereka ini hadir di kuliah-kuliah yang telah pun diselaraskan di peringkat PUSBA dan juga Lembaga Zakat.
Kemudian menyentuh tentang Bukit Lada, tentang guru-guru KAFA. Secara umumnya, KAFA yang berlaku di Negeri Kedah hari ini, tiga hari seminggu iaitu Ahad, Isnin dan Selasa dan di peringkat kerajaan ada penambahan elaun sejak 2008 yang berjumlah lebih daripada RM1 juta kepada 3,310 guru-guru KAFA dan di peringkat JAKIM juga telah buat suatu perancangan untuk Kelas KAFA Perdana iaitu nak bagi mewajibkan Kelas KAFA berlangsung selama lima hari supaya guru-guru ini boleh untuk menerima
gaji minima, itu kajian di Peringkat JAKIM dan di peringkat jabatan pun mungkin kita harap boleh buat apa-apa cadangan untuk apa-apa bantuan tambahan kepada guru-guru KAFA.
Tanjung Dawai telah membangkitkan tentang isu bantuan yang diberikan oleh Zakat kepada guru-guru sekolah agama rakyat. Alhamdulillah, kita harap bantuan yang diberikan ini berterusan ‘one off’ 3 bulan, 3 bulan, 3 bulan dan akan diteruskan dan juga tentang 222 masjid yang masih lagi belum dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Proses berterusan telah pun berlangsung, kita ada 588 masjid maksudnya lebih kurang 200 lebih lagi yang belum dan isu-isu yang berbangkit contoh nama pemegang amanah yang telah pun mati ataupun secara lisan mewakaf itu antara isu-isu yang berlaku dan kita harap di peringkat masjid sendiri memulakan langkah ini untuk secara bersurat, maklum kepada Pejabat Agama masing-masing supaya perkara itu dapat diangkat kepada MAIK dan juga diproses oleh Pejabat Tanah dan juga diproses oleh Pejabat Tanah Negeri untuk mewakafkan masjid kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
InsyaAllah saya akan bekalkan jawapan bertulis kepada Adun-Adun yang tak sempat kita berikan jawapan dan untuk akhirnya saya rakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua ketua-ketua jabatan, semua pimpinan negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan yang ‘support’ program-program yang melibatkan institusi pendidikan, agama dan juga penerangan di peringkat Negeri Kedah Darul Aman dan kita bertekad untuk nak pastikan program bacaan Al-Quran yang kita adakan di Wisma Darul Aman 1 November baru ini Yang Berhormat Speaker, genap setahun dan kita harap program itu dapat kita lebar luaskan ke seluruh institusi pendidikan dan agama di masjid-masjid, di sekolah-sekolah sama ada sekolah agama, sekolah kerajaan, di jabatan-jabatan supaya memulakan tugasan kita setiap hari, kita fikir kita mulakan dengan membaca Al-Quran. Moga-moga hidayah Al-Quran yang Allah sebut dalam Al-Quran
َوَنُنَز ِ لُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَة ل ِلْمُؤْمِنِين
Al-Quran itu diturunkan untuk sebagai penawar dan juga memberikan rahmat. Kita mencari pelbagai solusi, kaedah untuk selesaikan isu-isu di sekolah, gejala sosial, masalah keruntuhan akhlak, isu-isu dalam keluarga, kita fikir macam-macam, kita cuba juga apa yang Allah sebut dalam Al-Quran, syifa dengan membaca Al-Quran moga-moga kita akan terus untuk menjadikan Al-Quran itu sebagai kekuatan kita.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli sidang sekalian, saya akhiri ucapan penggulungan saya dengan sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada jabatan yang membantu portfolio saya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Suruhanjaya Komunikasi (MCMC) juga Lembaga Maktab Mahmud, Yayasan Islam Negeri Kedah,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Bahagian Teknologi Maklumat Negeri (BTMK) juga kepada rakan-rakan di peringkat penerangan UPDA, UMK, Kelab Media Elit Kedah dan
juga kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri yang turut serta untuk membantu PKNK, Yayasan Islam, KLPK, Utiliti, Infra semualah syarikat-syarikat termasuk Yayasan Al-Bukhari, Telekom Malaysia, syarikat swasta dan sebagainya dan moga-moga apa yang dibantu ini Allah akan berikan ganjaran pahala kepada kita semua dan marilah sama-sama kita menambah nilai kepada segala amalan yang kita lakukan untuk merealisasikan apa yang telah pun dihasratkan oleh negeri, “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua dan The Greater Kedah” dan kita juga tambah nilai kerana ia akan dinilai oleh Allah SWT
Terimalah dua rangkap pantun sebelum saya menamatkan ucapan saya.
Pagi-pagi, pergi ke Pekan, Membeli nasi lemak, Senyum Riang. Misi Pendidikan, sentiasa dijayakan, Untuk Negeri Kedah, Yang Lebih Gemilang
Berlayar perahu, di tengah laut, Mencari mutiara, di dasar samudera. Agama dan ilmu, sentiasa terpaut, Kedah maju, negeri sejahtera.
Dengan ini, saya menyokong Ucapan Bajet 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneria had yang lalu.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Limau. Seterusnya, dijemput YB. Merbau Pulas.
Bismillahirahmanirahim. Terima kasih YB. Speaker.
Alhamdulillahi Robbii Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiya’i Wal Mursalin, Saidina Muhammadin Sallallahu Alaihi Wassalam, Wa’ala Alihi Washohbihi Ajmain
Saya mulakan ucapan penggulungan ini dengan satu ayat surah Al A’raf Ayat 58.
َ وَالْبَلَد َالطَّي ِب َيَخْر ج َنَبَات هَٗبِاِذْنَِرَب ِه َٖۚوَالَّذِيْ َخَب ثََلَ َيَخْر ج َاِلَّ َنَكِدًاَۗكَذ لِكََن صَر ِ فَ ََالْ ي تَِلِقَوْ مٍَيَّشْك ر وْ نࣖ
Dan negeri yang baik tanahnya, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik tanahnya tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah kami menerangkan tanda-tanda kemurahan dan kekuasaan kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang mahu bersyukur.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Barhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Wira Pegawai Keaangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terlebih dahulu marilah kita memanjakan rasa syukur kehadiran Allah SWT kerana dengan izinnya kita telah dapat melaksanakan sesi pembentangan bajet tahun 2025 dengan penuh komitmen dan semangat demokrasi dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 pada kali ini.
Bajet pada tahun 2025 dirangka dengan meneruskan kesinambungan agenda membangunkan Negeri Kedah berpandukan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan The Greater Kedah, berlandaskan konsep Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat Negeri Kedah secara keseluruhannya.
Sebelum saya memulakan ucapan pengulangan sempena persidangan Belanjawan Negeri Negeri Kedah 2025, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas sumbangan idea, pandangan dan kritikan yang membina sepanjang perbahasan ini. Penyertaan aktif semua pihak mencerminkan keprihatinan kita bersama terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan Negeri.
Yang ketiga, dikesempatan ini saya juga merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan Bajet 2025 dengan penuh komitmen dan kesungguhan beliau dalam memastikan kebajikan dan keselesaan rakyat Negeri Kedah sentiasa terpelihara. Saya doakan agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa diberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik bagi menerajui dan memajukan Negeri Kedah bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.
Selain itu juga, saya ingin memberi penghargaan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Seri Setiausaha Kerajaan Negeri,Yang Berhormat Dato' Wira Kewangan Negeri dan semua para pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah yang boleh dikatakan mempunyai integriti yang sangat tinggi demi memberi perkhidmatan yang maksimum kepada rakyat Kedah termasuklah jabatan dan agensi persekutuan.
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan hadirin sekalian. Sebelum saya meneruskan ucapan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh isu di bawah portfolio saya.
Saya menghargai dan mengambil serius setiap pandangan dan cadangan yang disuarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat demi penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang. Seperti Yang Berhormat sedia maklum dalam ucapan pembentangan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Bajet 2025 memiliki tema dan strategi tersendiri iaitu meliputi 4 strategi dan 15 fokus utama. Tidak terkecuali bajet pada kali ini turut memberi fokus berkaitan portfolio saya iaitu infrastruktur, pembangunan eminiti sosial, MKK sebagai penghubung kerajaan dan rakyat dan menyantuni kesejahteraan rakyat dan juga memantapkan modal insan.
Sebelum saya meneruskan segmen Pembangunan Luar Bandar, ingin saya maklumkan untuk makluman Yang Berhormat semua Ahli-Ahli Dewan, saya telah hadir dalam Mesyuarat Penyelarasan Exco-Exco Kerajaan Negeri bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri pada 7 November yang lalu di Negeri Melaka, pihak kementerian telah membentangkan peruntukan untuk setiap negeri termasuklah Negeri Kedah. Saya ucapkan terima kasih.
Untuk Negeri Kedah peruntukan yang ditetapkan oleh Kementerian sebanyak RM333.9 juta iaitu kepada 120 projek yang akan dibangunkan di Negeri Kedah. Pertamanya, 102 projek adalah projek sambungan yang telah diluluskan dalam RMK12 dan juga 18 projek baru sebanyak RM86 juta dan projek yang disambung RM325 juta termasuklah juga untuk rakyat Negeri Kedah telah diluluskan sebanyak di bawah Kementerian untuk Program Perumahan Rakyat Sejahtera tidak lagi PPRT sekarang nama PPRS, sesuai lah dengan kita telah diluluskan sebanyak 100 buah rumah yang bernilai sebuah rumah itu RM79,000 setiap buah rumah bina baru termasuk untuk baiki sebanyak 926 buah yang bernilai RM20,000 setiap untuk kita baiki rumah yang lebih kurang RM28.6 juta untuk tahun 2025 untuk bina baru dan baiki rumah.
Saya mohon kepada semua agensi yang ada Mesyuarat Focus Group memastikan peluang untuk kita dapat 100 buah rumah ini di peringkat Negeri Kedah, kita mengambil peluanglah untuk semua yang terlibat dengan masyarakat, Adun-Adun yang Mesyuarat Focus Group dapat melihat keperluan-keperluan rakyat ini diberi keutamaan. InsyaAllah!
Di kesempatan ini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengerusi dan setiausaha bersama Ahli Jawatankuasa MKK yang sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan juga kepada Adun yang sentiasa memudahkan urusan penyampaian sumbangan, bantuan kepada masyarakat yang telah disediakan oleh kerajaan walaupun elaun tidak sebanyak mana namun komitmen yang diberikan tidak ada ucapan lain mampu diungkapkan hanya dengan ucapan jazakumullah yukharul jazak kepada semua MKK. Semoga Allah membalas segala pengorbanan yang telah diberikan.
Dalam ucapan Bajet 2025 yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lalu kerajaan negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan RM13.8 juta bagi tujuan pembayaran elaun dan peruntukan untuk program serta aktiviti MKK kepada 1,240 orang pengerusi dan 1,240 orang setiausaha.
Disamping itu juga, kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM7.2 juta bagi tujuan penambahbaikan, prasarana desa dan ameniti sosial demi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Dengan ada peruntukan ini, Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan kerjasama MKK dapat mengatasi dan membantu menyelesaikan permohonan masyarakat di luar bandar yang memerlukan prasarana yang selesa. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana sentiasa menghargai setiap usaha yang dilaksanakan oleh MKK di Negeri Kedah.
Kerajaan Negeri amat berharap melalui institusi MKK inilah yang akan menjadi jentera kerajaan negeri di peringkat akar umbi yang memainkan peranan utama, mendokong hasrat dan dasar-dasar kerajaan dengan amanah dan bertanggungjawab.
Seterusnya, saya ingin memberi sedikit respon berkenaan kebajikan Majlis Ketua Kampung (MKK) yang telah disuarakan Ahli Yang Berhormat Bukit Lada. Untuk makluman, pihak kerajaan sentiasa menghargai segala jasa usaha yang dilaksanakan untuk membantu masyarakat di kampung di setiap kampung seluruh Negeri Kedah. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan akan berusaha untuk memberi kenaikan elaun kepada MKK di masa hadapan, Insyaa Allah. Namun, terdapat sedikit berita gembira yang akan disampaikan oleh YAB. Menteri besar kepada MKK di Negeri Kedah sebentar lagi dalam penggulungan YAB. Menteri besar nanti. InsyaAllah.
Seterusnya, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, pertandingan Kampung Sejahtera Negeri Kedah tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan penuh gemilang. Pertandingan ini disertai oleh 12 buah kampung yang mewakili setiap daerah di Negeri Kedah, dari Pulau Langkawi di utara hinggalah ke Bandar Baharu di selatan.
Bagi pihak penganjur, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha dengan bersungguh-sungguh menjayakan program ini iaitu pejabat daerah, majlis ketua kampung yang terlibat dan juga panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil profesional daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan PLANMalaysia serta BPEN. Komitmen para juri yang berpengalaman telah memastikan penilaian dibuat secara teliti, adil, dan menyeluruh.
Penjurian pertandingan ini telah dijalankan dari 4 November sehingga 18 November yang lalu, merangkumi lawatan dan pemeriksaan ke semua kampung yang bertanding.
Ia melibatkan pelbagai aspek penting yang melambangkan kesejahteraan sesebuah kampung, iaitu latar belakang kampung, profil kampung, kenapa kampung itu dinamakan sekian-sekian, disebutlah.
Yang keduanya, kebudayaan dan adat resam dengan menilai usaha kampung dalam memelihara warisan tradisional. Yang ketiga, keselamatan, kebersihan dan keceriaan yang meliputi langkah-langkah menjaga persekitaran dan keharmonian. Yang keempat, ekonomi penduduk juga ditekankan melibatkan penilaian terhadap usaha meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat. Yang kelima ialah penglibatan komuniti iaitu mengukur tahap kerjasama dan semangat gotong-royong dalam aktiviti komuniti.
Ada setengah kampung itu dulu bergaduh, ada dua surau, satu surau lain, satu surau lain. Disebabkan ada pertandingan kampung ini, dua-dua itu jadi satu, tinggal satu surau telah dibuat library dan satu surau itu hanya digunakan untuk solat jemaah. Ini diantara kita rasa satu yang baguslah untuk pertandingan kampung ini, masyarakat boleh bersatu InsyaAllah. (YB. Pedu mencelah)
YB. Pedu bangun! YB, bagi laluan! Silakan YB!
Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Merbau Pulas bagi peluang. Pasal duk sebut bergaduh tu bangkit tu. Jadi, saya nak sampaikan rungutan daripada penduduk iaitu Perumahan KEDA. Perumahan KEDA ini kubur dia tumpang dengan orang. Jadi, apakah cadangan YB. Merbau Pulas untuk menjadikan setiap Perumahan KEDA itu ada tanah perkuburan. Sebab lani KEDA banyak tumpang kubur sana, kubur sini. Jadi, KEDA sendiri pun ada tanah cumanya tidak menjadi tanah perkuburan.
Keduanya, kemarin nak sebut tapi tak dan. Untuk Kulim lah, tempat pembakaran mayat di Kampung Baru Tapang. Lani Kampung Baru Tapang duduk di tengah-tengah Kampung Melayu. Jadi, minta YB. Kulim untuk buat rundingan ubah tempat pembakaran itu.
Silakan YB. Exco!
YB. Tuan Speaker, boleh tanya terus jawab sekali satgi no!
YB. Merbau Pulas, Bayu bangun bagi laluan la no?
Baik!
Silakan YB. Bayu!
YB. Merbau Pulas, saya nak bangkit berkenaan dengan kuota MKK. Jadi, ada sesetengah kawasan seliaan MKK itu ada sampai 10 buah kampung yang dia selia. Di kawasan saya ini, ada 2, 3 tempatlah, apabila berlaku bencana banjir dan pengurusan berkenaan dengan masyarakat ini.
Bebanan pengerusi MKK dan setiausaha itu amat teruklah kerana dia perlu mengawal sampai jumlah penduduk sebanyak 3,000. Boleh jadi Dun dah tu! Saya ingat kalau boleh kerajaan pertimbangkanlah di kawasan-kawasan tertentu supaya kuota MKK ini ditambah yang melibatkan kawasan seliaan sampai ke-10 ada di kawasan saya. Terima kasih.
Silakan YB. Exco!
Terima kasih. Pertamanya dari segi, saya pun tak habis lagi baca yang ini. Untuk Pedu, kita akan bawa kepada pihak KEDA untuk ada tanah perkuburan, mereka sekarang sediakan rumah, tapi tanah tak sedia. Maknanya tak mati juga lah! Kita akan sediakan juga InsyaAllah, kita akan bincang juga dengan pihak KEDA. Yang kedua, tentang rumah pembakaran mayat itu, saya nak maklumat lengkaplah.
Untuk Bayu, memang daripada dulu, masa tahun 2020 kita ada 1,025 orang sahaja JPKK masa itu. Apabila berlaku peralihan kerajaan, kita tambah daripada 1,025 kepada 1,240. Penambahan itu dah banyak untuk kali ini. Kita nak tambah bagi banyak sebab mengukur baju di badan sendirilah. Bila kita tambah itu, kita kena tambah dengan elaun. Insya-Allah dalam jangka panjang, ada bajet tambahan kita akan teruskan.
YB. Speaker, maksud saya ada sesetengah kampung itu yang MKK perlu mengawal selia sampai 10 buah kampung bukan keseluruhan. Ambik perhatian pada 2, 3 tempat itu lah.
Kita mohon pihak penghulu dan pejabat daerah dapat melihat kembalilah pengagihan kampung-kampung itu, supaya tidak berlaku terlalu besar untuk dia jaga. Ini Pejabat Daerah boleh buat tindakanlah dengan penghulu supaya dapat melihat semula kampung-kampung yang telah diberikan tugasan. Insya-Allah.
Berikut adalah senarai kampung yang telah menyertai pertandingan Kampung Sejahtera peringkat Negeri Kedah. Setiap daerah dah ada ni. Pertamanya Kampung Sungai Durian, Mukim Gajah Mati Pokok Sena, bila buat pertandingan Menteri Besar, jamu macam-macamlah kenyanglah juri-juri ini. Saya tak pergi, juri-juri yang pergi.
Yang kedua, Kampung Teluk Talipon, Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Yang ketiga Kampung Kok, Mukim Padang Matsirat, Daerah Langkawi, Yang keempat Kampung Sungai Buloh, Sedim Daerah Kulim, Yang kelima, Kampung Matang Kenanga Mukim Jerlun, Daerah Kubang Pasu. Yang keenam, Kampung Brona Kanan, Mukim Jeneri Daerah Sik. Yang ketujuh, Kampung Gelanggang Mukim Padang Terap Kanan, Daerah Padang Terap. Yang kelapan, Kampung Berangan Mukim Pinang Tunggal Daerah Kuala Muda. Yang kesembilan, Kampung Teroi Bukit, Mukim Yan, Yan. Yang kesepuluh, Kampung Teluk Sera, Mukim Padang Samak Daerah Bandar Baharu. Yang kesebelas, Kampung Bagan Pendang, Pendang dan Yang kedua belas, Kampung Besar, Mukim Teloi Kanan, Daerah Baling.
Alhamdulillah, semua kampung yang bertanding telah menunjukkan pencapaian yang luar biasa, mencerminkan semangat kesatuan dan usaha gigih masing-masing. Keputusan pertandingan telah diperolehi hasil daripada proses penjurian yang rapi dan akan diumumkan dalam masa terdekat, bukan hari ini, bulan Januari nanti. Kami yakin pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak dan mampu menjadi contoh kepada kampung-kampung lain di negeri ini.
Melihat kejayaan dan sambutan yang luar biasa terhadap pertandingan ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan pertandingan Kampung Sejahtera Negeri Kedah pada tahun-tahun akan datang. Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengiktiraf usaha kampung-kampung tetapi juga sebagai pemangkin untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan pembangunan komuniti di negeri kita.
Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang telah menjadi penaja utama bagi pertandingan tahun ini. Sokongan PKNK amat bermakna dalam menjayakan inisiatif ini.
Saya berharap agar semangat kesejahteraan yang ditonjolkan oleh semua kampung yang bertanding dapat menjadi contoh kepada kampung - kampung yang lain.
Insya-Allah kampung-kampung yang akan dipertandingkan ini, kita nak masuklah sebagai kampung yang perlu dilawati, Tahun Melawat Kedah boleh dilawati kampung-kampung ini sebagai tempat pelancongan untuk Tahun Melawat Kedah.
Seterusnya, portfolio kemiskinan. Terlebih dahulu izinkan saya memberi maklumbalas kepada isu utama yang telah dibahaskan oleh Ahli Yang Berhormat Bayu yang membahaskan berkenaan perhatian kepada membantu meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar, khususnya yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kerajaan negeri sentiasa memaksimakan usaha meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar.
Ingin saya kongsikan kepada semua Ahli Yang Berhormat, antara program dan inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan negeri dengan kerajaan pusat ialah dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah memperkenalkan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dibawah Skim Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) khusus untuk golongan miskin dan miskin tegar, golongan berpendapatan rendah B40 untuk melibatkan diri dalam projek ekonomi bagi meningkatkan taraf kehidupan serta kualiti hidup mereka secara umum. Kesemua kumpulan sasar ini menerima bantuan geran sehingga RM10,000 untuk bentuk bantuan bekalan aset, premis, ruang niaga, peralatan, bahan mentah serta latihan dan kursus kemahiran. Program yang dilaksanakan melalui agensi KKDW seperti KEDA, GIAT MARA, RISDA dan agensi Persekutuan yang lainlah.
Negeri Kedah melalui Unit Pembangunan Usahawan sering membantu para usahawan yang ingin berjaya tanpa mengira status usahawan berkenaan pada tahun 2024. UPUK telah membuka permohonan bagi pembiayaan geran perniagaan i-Sejahtera Negeri Kedah dan Skim Pinjaman Mikro Kredit i-Sejahtera Negeri Kedah 2024.
YAB. Menteri Kewangan dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 telah menggariskan hala tuju baharu Program Pembasmian Kemiskinan Tegar yang dijenamakan kepada Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). IPR memfokuskan kepada elemen peningkatan pendapatan dengan meningkatkan keupayaan golongan miskin tegar, miskin dan B40 untuk menjana pendapatan mereka.
Terdapat empat (4) komponen di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) dan Basmi Kemiskinan Tegar (BMT).
Pelaksanaan Program IPR-BMT dilaksanakan secara berfasa. Bagi Fasa 1, Program IPR-BMT melibatkan 5 daerah iaitu Kubang Pasu, Kuala Muda, Kota Setar, Baling dan Sik. Jumlah penerima bagi daerah Kubang Pasu ialah 14 orang penerima ketua keluarga, Kuala Muda ialah 17, Kota Setar ialah 8, Baling ialah 7 dan Sik sebanyak 37 penerima. Jumlah kesuluruhan bagi kos yang diluluskan bagi Program IPR-BMT Fasa 1 ialah sebanyak RM1,032,580.36 dengan memanfaatkan 83 penerima yang tergolong daripada golongan miskin tegar. Ini bagi peralatan bagi membantu golongan miskin tegar untuk peningkatan ekonomi mereka.
Bagi Fasa 2, sebanyak 413 permohonan telah diangkat ke Kementerian Ekonomi. Untuk makluman, 5 daerah telah mendapat mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi iaitu daerah Kota Setar, Langkawi, Sik, Kulim dan Baling. Jumlah keseluruhan sebanyak RM275,965.00. Seramai 34 penerima telah diluluskan bagi fasa 2 iaitu 5 penerima dari daerah Kota Setar, 10 penerima dari daerah Langkawi, 9 penerima dari Sik, 6 penerima dari Baling dan 4 penerima dari Kulim.
Jadi, seterusnya dalam Bajet 2025 melalui inisiatif 18 (Bantuan Kedah Sejahtera) kerajaan negeri masih meneruskan pelbagai bantuan telah disediakan. Antaranya adalah bantuan beras sejahtera. Dulu beras sejahtera, kerajaan memperuntukan seorang penerima, 10kg beras, YB. Speaker beserta barangan dapur. Sekarang ini, kita tak boleh bagi 10kg beras dah sebab beras tempatan dah tak dak, tinggal beras import, tak boleh beli sebab setiap penerima kena dapat RM50 dalam bentuk sumbangan. Sekarang kita bagi 5kg beras dan lebihan adalah membeli barangan dapur setiap penerima mendapat RM50 jumlah yang kita tetapkan dan setiap bulan kita kreditkan dalam akaun pusat khidmat wakil rakyat sebanyak RM10,000 untuk mereka sampaikan sumbangan beras sejahtera. Itulah sampai ke peringkat orang miskin terkesanlah dengan beras sejahtera. (YB. Bukit Selambau mencelah)
Silakan YB. Bukit Selambau!
Terima kasih YB. Speaker, saya nak sentuh berkenaan dengan Beras Sejahtera. Beras Sejahtera ini diberi sama rata bagi setiap Dun sejumlah 200 kampit tapi bagi mereka Dun-Dun yang mempunyai penghuni yang terlalu ramai, dapat 200 juga agak susah kita nak bagi kena sorang sikit pun. Kita bagi hujung ini, belah nu tak dapat! Yang dalam Dun ni kenal la tu. Bukit Selambau dan Lunas yang banyak pun. La..82,000 menang hari tu baru 79,000 penduduk tak kira lagi 100,000 lebih. Tak begitu? Jadi, benda-benda yang sedemikian, adakah pihak kerajaan khususnya di bawah portfolio YB. Exco, menilai semula atas prihatin bagilah lega sikit kami ini. Ini sebut yang akhir ini. Yang awal tak sebut, ucapan hari tu pun tak sebut. Wallahuallam.
Silakan YB. Exco. 5 mini lagi.
Ha..banyak lagi ni! Terima kasih YB. Bukit Selambau. Kita akan menelitilah. Kita faham. Dua orang yang dekat-dekat tu memang. Kalau Lunas pun 83,000 pengundi tapi sebahagian daripada orang Lunas ini kaya-kaya termasuklah Bukit Selambau.
Insya-Allah pada tahun ini kerajaan peruntukan RM4.23 juta untuk beras sejahtera termasuklah Program Permataku Sejahtera sebanyak RM500 ribu. Ini program yang kita rasa perlulah rakyat mengambil bahagian, apabila kerajaan peruntukan duit itu, mengambil bahagian cepatlah untuk kita dapatkan sumbangan itu pada masa depan. The Pearl of Kedah, saya dah cakap panjang dah tadi. Saya tak nak cakap dah. Habis untuk program pembasmian kemiskinan.
Kemudian, saya akan masuk Pembangunan insan. Sikit saja pembangunan insan ini tak banyak. Pembangunan insan iaitu di dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat saya dapati Ahli-Ahli Yang Berhormat ada juga menekankan berkenaan program-program modal insan yang telah dilaksanakan. Saya amat hargai dan berterima kasih kepada Ahli Yang Berhormat diatas penerimaan dan sokongan untuk program yang telah dilaksanakan dibawah portfolio pembangunan insan.
Bagi bajet pada tahun 2025 melalui inisiatif 32 iaitu program pembangunan insan dan membentuk siswa dan belia cemerlang, pihak kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM300 ribu bagi merancakkan lagi program-program pembangunan insan bukan sahaja dikalangan belia malahan sasaran kita adalah untuk
keseluruhan peringkat umur daripada kanak- kanak sehingga warga emas, Insyaa Allah. Saya sangat berterima kasih dan amat menghargai segala perhatian yang diberikan demi melihat rakyat Negeri Kedah terutamanya generasi muda mempunyai akhlak dan berhemah tinggi. Pada tahun hadapan InsyaAllah, Sekretariat Pembangunan Insan Negeri Kedah (SPIK) dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) akan merancang bentuk program-program modal insan untuk membangunkan potensi individu agar dapat memberikan sumbangan kepada negeri dan negara dimasa hadapan.
Disini saya nak sebutkan program-program yang kita laksanakan mengenai pembangunan insan tahun 2024 baru-baru ini iaitu FESTIVAL INSAN SEJAHTERA TAHUN 2024. Program Festival Insan Sejahtera ini adalah program yang dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan iaitu orang yang melahirkan insan-insan sejahtera, orang-orang yang melahirkan golongan-golongan yang boleh menjadi ikon kepada masyarakat. Antaranya anugerah yang diberikan dalam program itu golongan profesional, golongan daripada alim ulama, ikon anak muda. Tolong bangun ikon anak muda, itu ikon anak muda kita dalam ini, dulu ahli sukan sekarang dah jadi Yang Berhormat. Itu ikon anak muda kita, kita bagi pengiktirafan kepada ikon anak muda dan kepada wanita gigih. Kita bagi juga anugerah wanita gigih kepada ibu kepada YAB. Menteri Besar kerana seorang wanita yang gigih yang boleh menjaga dan mendidik 13 orang anaknya sehingga berjaya dan salah seorangnya menjadi Menteri Besar Kedah yang menjadi ikon kepada masyarakat sekarang ini. Ini antara kita hargai golongan-golongan yang telah melahirkan insan-insan sejahtera, insan-insan yang hebat dalam masyarakat.
Insya-Allah. Program ini berlangsung selama 2 hari. Kehadiran lebih kurang dalam pelbagai peringkat umur, jantina, melebihi 2,000 orang lebih kehadiran dalam Program Festival Insan Sejahtera ini. Dan untuk melihat negara di masa hadapan, kita kena melihat remaja anak muda di masa kini iaitu Program Kem Anakku Sejahtera. Kerajaan juga berasa bertanggungjawab melihat anak-anak muda ini, anak-anak muda kita sekarang ini kalau dulu umur 21, kita rasa agak matang, sekarang umur anak-anak kita, umur 14 tahun pun dah matang dan nampak dapat melangkaui maklumat-maklumat pengetahuan kadang-kadang tak sepatutnya mereka dapat, mereka dapat.
Jadi, kerajaan bertanggungjawab memastikan anak-anak ini dididik, dipimpin untuk melaksanakan tanggungjawab yang asas iaitu seperti bacaan-bacaan al-quran ataupun bacaan-bacaan dalam solat ataupun amali solat dan kita buat di beberapa daerah. Program Anakku Sejahtera ini seramai 824 orang dari umur 9 hingga 12 tahun. Ini program anak-anak muda. Kita lihat anak-anak muda ini kadang-kadang, tidak salah sesiapalah, semua kita bertanggungjawab. Selagi mereka menjadi anak, kita kepimpinan masyarakat bukan selain ibu dan ayah sahaja, kepimpinan masyarakat juga kena melihat.
Kalau dulu kita kecil-kecil istilah jaga apa, dak sekarang tak boleh jaga tepi kain orang, dulu boleh jaga tepi kain orang. Dulu kita kecil-kecil dulu, kita muda-muda dulu, kita tak berani buat benda yang dilanggarilah peraturan-peraturan. Dulu tak boleh, kita takut, kalau orang kampung tengok kita semua takut, sat lagi balik habaq dekat ayah kita jenuh! Tapi sekarang anak-anak kita, kalau kita balik maklum kepada mak ayah dia, mak ayah dia rasa macam tok sah duk kacau lah anak kami. Ini antara satu sikap yang ada juga. Jadi, sekarang kerajaan terpaksa mengadakan pelbagai program untuk pendedahan kepada anak-anak muda kita yang banyak dapat ilmu ataupun dapat pengetahuan melangkaui daripada umur mereka sendiri.
PROGRAM ANAK KEDAH HEBAT juga dilaksanakan. Anak Kedah Hebat ini juga ‘The Future Leader’ yang akan dianjurkan bawah minda juga kita telah buat di dua daerah iaitu Sik dan Langkawi. Seramai 217 orang peserta menyertai program tersebut dari 18 hingga 21 tahun.
KEM REMAJAKU SEJAHTERA yang ini lagilah kita perlu berikan penekanan iaitu yang berumur 13 hingga 17 tahun. Yang ini Yang Berhormat Speaker, memanglah kita lihat anak-anak muda sekarang boleh ‘access’ pelbagai perkara, jadi kita kena tekankan kerana mereka akan bakal menjadi kepimpinan negeri dan negara serta kepimpinan masyarakat. Kita sempat buat pada tahun 2024 sebanyak 707 peserta yang hadiri program kita di 6 daerah iaitu Pokok Sena, Kulim, Baling, Yan, Kuala Muda dan Langkawi. Alhamdulillah.
Seterusnya, program yang akan kita adakan pada bulan Disember ini iaitu KEM BINA SAHSIAH yang telah ditanya soalan oleh Ayer Hangat tadi, saya dah bagi jawapan.
Seterusnya, pihak Pembangunan Insan juga telah mencetak dua buah buku ini. Buku ini telah dicetak 40 hadis pembangunan insan dan 40 ayat-ayat pembagunan insan daripada Al-Quran. Buku ini dicetak berbelas ribu unit dan buku ini telah digunakan oleh pengkuliah-pengkuliah. Antara yang ambil buku-buku ini ialah Tanjung Dawai yang telah habis buku 40 hadis dan telah ambil buku yang baru dan juga banyak juga termasuk Bukit Lada, saya ucapkan jutaan terima kasih Bukit Lada dengan teamnya yang dapat menulis kedua buah buku ini yang telah kita sebar luaskan di seluruh Negeri Kedah. Kepada sesiapa yang ingin mengambil buku ini sebagai bahan atau buku rujukan ini untuk kuliah, sila ke Pejabat Exco, boleh kita bagi dengan sedikit surat permohonan kepada kita termasuk Sungai Tiang, Sungai Tiang telah buat kuliah dengan Buku 40 Hadis ini dengan kehadiran yang ramai, 100 orang lebih.
Baru-baru ini juga, Bukit Kayu Hitam juga minta adakan kuliah di Pejabat Pusat Khidmat, boleh kita gunakan buku ini, diberi secara percuma kepada sesiapa yang ingin termasuklah Pejabat Daerah atau Majlis Daerah untuk adakan bahan-bahan usrah boleh diberi kepada mereka.
Yang ini 5,000 kita cetak, yang ini 12,000 kita cetak. Dah habis dah tinggal sikit lagi 40 hadis ini, yang ini masih ada lagi lah 5,000 buah. Dan Insya-Allah boleh digunakan sebagai bahan-bahan di masjid atau surau termasuk pusat-pusat khidmat.
Boleh izinkan saya!
Baik, silakan Pantai Merdeka!
Cuma nak tau YB. Merbau Pulas, kalau nak ‘apply’ boleh dapat banyak mana?
Banyak mana nak lah?
Saya nak dua-dua sekali lah!
Buat surat lah kat kita, kita bagi!
Terima kasih banyak!
Silakan YB. Exco!
Penutup. Setelah mengambil kira pandangan, cadangan, dan teguran yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan ini, izinkan saya sekali lagi merakamkan penghargaan yang tulus kepada semua Ahli Yang Berhormat atas komitmen mereka dalam meneliti Bajet tahun 2025.
Di sini, saya ingin menegaskan bahawa bajet ini disusun dengan penuh kesungguhan dan keprihatinan terhadap keperluan rakyat serta cabaran yang dihadapi oleh negara. Ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi, memastikan pengagihan sumber yang saksama dan memelihara kesejahteraan sosial rakyat.
Kerajaan negeri berjanji bahawa setiap program dan inisiatif yang telah diumumkan akan dilaksanakan dengan telus dan cekap. Pemantauan rapi akan terus dilakukan untuk memastikan setiap sen yang diperuntukkan memberi manfaat maksimum kepada rakyat.
Saya yakin, dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua Ahli Yang Berhormat, kita akan dapat memastikan bajet ini mencapai matlamatnya iaitu untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkukuh daya saing negara dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada proses ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita bersama. Saya akhiri dengan serangkap pantun:
Padi huma ditanam rapi, Bertanam padi di tanah rata, Amanah dijaga seikhlas hati, Harta dibelanja adil sentosa.
Oleh itu, saya dengan ini menyokong penuh Ucapan Bajet Tahun 2025 yang telah dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke- 15. ‘
Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Seterusnya, dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar .
YB. Speaker, terima kasih. Nak beri masa lama mana kepada saya?
Ikutlah!
Ikut saya sampai esoklah!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Pembangkang, Sidam, rakan-rakan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, para tetamu yang tudung merah, comel-comel semua.
Pertama sekali, saya ingin berterima kasih di atas perbahasan yang telah dilakukan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan penggulungan yang telah dibuat oleh Ahli-Ahli Exco, yang telah merangkumi banyak isu-isu yang tak perlulah saya ulangi lagi.
Walaupun demikian, saya mengesan beberapa kebimbangan di pihak belah sana iaitu kebimbangan tentang The Greater Kedah. Bukan saja di kalangan pembangkang nampaknya di negeri ini tetapi juga kekecutan itu telah merebak ke seluruh negara. Ia bukanlah satu ancaman kepada sesiapa.
The Greater Kedah 100% adalah tentang diri kita sendiri. Bukanlah tentang orang lain. Tentang apa yang kita nak laksanakan di negeri ini, ke manakah kita nak bawa negeri dan rakyat, apakah halatuju dan matlamat. Itu saja tentang The Greater Kedah. Tidaklah perlu menjadi seolah-olah satu lembaga yang mengusik-usik. Tak dak! Ini betul-betul 100% tentang kita, bukan tentang orang. Walaupun demikian, saya tertarik juga bukan saja di Dewan ini tetapi juga di luar Dewan sepanjang tempoh empat tahun ini yang cuba di-highlightkan oleh kita tentulah pencapaian kita. Ataupun rakan-rakan kita yang ketandusan idea ini adalah projek-projek yang belum tercapai.
Kota Darulaman sebut tentang KXP, NCH, North Koridor Highway, tentang KRC, dan sebahagiannya telah dijawab oleh YB-YB Exco. Saya nak jawab senang sahaja. Kalau saya tak mahu ini semua mengganggu saya, saya batal awal-awal dulu. Semua projek-projek ini dibatalkan. Habislah kerja itu, tak payah bawa. Saya buat kerja sendiri. Tapi saya yang seperti yang disebut oleh Ahli-Ahli Exco, kita ini berjiwa besar. Kita ini sedar bahawa semua rancangan itu telah memakan masa yang panjang. Memakan masa dan memakan kos, memakan perhatian agensi dan jabatan. Boleh saja dibatalkan! Tapi saya fikir oleh kerana kita telah berbelanja begitu banyak, telah begitu banyak kursus, bengkel, kewangan yang telah dihabiskan dan kita faham.
Syarat pertama untuk kita buat sesuatu keputusan atau pendirian ialah faham. Arab sebut alfahmu. Daripada alfahmu, faham ini, baru kita cari detail, maklumat. Apa yang nak dibuat itu. Kalau tak faham apa. Benda elok pun bantah juga. Saya simpulkan yang duk bantah-bantah ni, benda elok, depa bantah. Jadi, depa pun tak faham. Itu yang saya sebut, yang Kota Darulaman sebut tu. Saya tak mau ulang dah! Tapi janganlah jadi macam tu. Kena faham. Kita faham tentang kepentingan KXP.
Apabila ada KXP, maka semua produk, perkilangan pembuatan hasil daripada negeri ini, akan di eksport keluar negara dari negeri ini. Dan pendapatan tu akan dijumlahkan masuk ke dalam KDNK negeri. Kalau tak faham lagi. Sekarang ini, oleh kerana kita tak ada pelabuhan, kita tak ada airport international, yang nak eksport barang kargo ini. Semua barang kita dijumlah masuk KDNK negeri, di mana pelabuhan tu ada. Di mana airport itu ada. Jadi, tak masuk lah negeri kita. Jadi, kita ini tercorot walaupun produksi itu berlaku di negeri ni. Itulah kepentingan KXP.
Demikian juga, kepentingan pelabuhan laut dalam yang nak buat di Sanglang. Saya harap, bukan sahaja pembangkang di Kedah ini tetapi rakan-rakan di luar, kena sokong. Jangan bagi imej negatif. Ada juga kemarin pi duk ungkit kata saya sebut grand design untuk sabotaj. Bagi imej negatif tu pun sabotaj. Kena bagi imej positif! Kena bagi keyakinan kepada orang ramai, keyakinan kepada pelabur, keyakinan kepada investor, keyakinan kepada circle yang kita ada ni. Supaya projek tu benar-benar meyakinkan, kemudian orang pakat sokong, dia mudah jadi. Jangan duk pi jampi, duk hemboih, pi duk temboq dia pula.
Sidam tahulah timbok lah kan, pi duk timbok hari-hari, pi duk pokah dinding. Pokah tau pokah. Ada mamat mana tak tau pi duk pokah dinding di Langkawi tu, duk pi hendap projek jadi ka tak jadi kan. Usaha sampai tera tu. Nak habaq kata projek tak jadi. Mangkuk hayun tu. Itu kerja bodoh. Buat apa pergi bagi imej negatif? Satu projek yang baik. Kena gembar-gemburkan imej positif, baru pakat jadi. Itulah rantaian kepada grand design tu. Yang lain tu saya rahsiakan lah. Tapi yang orang nampak, saya habaq lah. Beri imej negatif kepada projek-projek yang akan beri impak positif pada negeri ini, itu kerja bodoh. Boleh, ini Kota Darulaman. Bodoh dengan pekak tu lebih kurang lah. Boleh saya nak buat kerja lagutu tu semua, saya batal? La ni boleh batal lagi. Lani boleh batal. Kita batalkan KXP, batalkan NCH, batal KRC, semua batal. Boleh batal? Kita mula lain pula. Kan kerja bodoh juga tu! Kita tak mahu buat kerja bodoh dua, tiga kali. Oleh kerana kita faham kepentingan ini, maka kita teruskan. Walaupun berat, walaupun beban yang besar.
Yang menjadi bahan untuk orang mencerca kita, menghina kita, mengherdik kita. Hari-hari orang buat. Tapi tak apa, kita galaih juga. Sebab kita faham kepentingan apa yang nak kita buat.
Tuan-tuan sekalian, LRA dah dijawab. The Greater Kedah ini, seperti yang telah disebutkan oleh Jitra semalam, adalah usaha-usaha untuk mengangkat semula negeri ini.
Kalau Tuan-tuan sedar, Kedah ni, walaupun ramai tokoh besar lahir di Kedah, jadi Perdana Menteri dua kali, Kebawah Duli Yang Mulia Sultan jadi Agong dua kali. Tapi Kedah ini dilihat sebagai negeri sawah padi. Negeri orang-orang lekeh, orang-orang susah. Kerja hampa, tanam padi, buat bendang, mesin beras, kami nak makan. Projek-projek besar, hebat-hebat, buat di Kuala Lumpur, buat di negeri lain.
Kedah ini tempat orang buat bendang. Tak ada apa sangat orang tengok negeri kita. Orang lintas saja pi Siam. The Greater Kedah ini adalah rangkuman daripada rancangan dulu-dulu.
Macam-macam orang buat dulu-dulu, yang kita simpulkan dalam 2035 adalah satu himpunan kepada rancangan-rancangan pemimpin terdahulu. Kita himpun dalam satu gagasan dipanggil Kedah 2035. Kita lanjutkan lagi sampai 2050 dan kita bungkus dengan bungkusan yang lebih besar The Greater Kedah.
Itulah matlamat, hajat yang kita bawa dalam The Greater Kedah. Bukan pasal nak tutuh orang tak lah. Bukan pasal nak tibai orang, tak! Pasal kita nak bawa naik diri kita sendiri. Itu sahaja! Bila kita ada gagasan yang besar ini, kita telah mula bangkitkan untuk menyedarkan rakyat negeri ini dan rakan-rakan yang sinis dan pesimis kepada kita. Bahawa negeri ini ada kepentingan besar kepada negara. Kita ada sawah padi. Disebutlah 43% beras ada di sini.
Hampa tak makan kedarah beras? Hampa nak makan apa? Kalau hampa tak beri perhatian kepada Kedah, 43% padi, kena eksport, kena import. Berapa pulak kos kalau diimport beras daripada luar negara, 43%. Kita boleh buat keputusan semua sawah padi tukar jadi kilang.
Boleh. Satu-satunya negeri sawah padi yang ada highway di tengah-tengah bendang ialah Kedah. Boleh! Kambus tanah-tanah bendang tepi highway tu. Buat kilang, buat komersial. Kita dah buat satu ‘calculation’ yang rapi. Kalau kawasan-kawasan yang telah termasuk dalam RTD, rancangan penggunaan daerah ini, ditukar tanah-tanah sawah padi dalam RTD itu jadi kawasan komersial, jadi perumahan, jadi kawasan industri, kita boleh dapat lebih daripada RM200 juta. Cukai tanah. Cukai sahaja.
Saya sebut di peringkat Persekutuan beberapa kali, kita ada 222 ribu hektar tanah syarat sawah padi, walaupun di tanam padi 132 ribu sahaja. Tapi tanah syarat padi luas. 222 ribu hektar. Daripada tanah bersyarat padi tu, kutipan cukai tanah hanya RM2.6 juta. Bayangkan kalau 222 ribu hektar itu ada di kawasan industri, kawasan perumahan, kawasan komersial. Beberapa puluh juta cukai tanah daripada tanah tu sahaja.
Tapi kita korban untuk negara ini, simpan tanah pertanian seluas itu, untuk menghasilkan beras. Beras untuk negara. Sebab itu kita bangkitkan berkali-kali, supaya semua orang, terutamanya rakyat Kedah dan rakyat negara ini, sedar betapa besarnya pengorbanan yang kita buat untuk negara. Itu The Greater Kedah. Kita ada kawasan industri. Ada rakan-rakan di Kuala Lumpur. Habaq kata KHTP tu produk federal. Federal punya. Bila kita habaq, Kedah masuk RM31.8 bilion. Dia kata itu federal punya. Masuk di KHTP.
Nak habaq kata tanah tu, walaupun 1 inci, tanah KHTP, tanah negeri Kedah. Daerah tu Daerah kulim dalam Negeri Kedah. Setiap inci yang diambil dan pengambilan tu dibuat oleh agensi negeri kita, PKNK. Duit itu pula dipinjam dan dibayar dengan faedah 4%. Bukan free, duit federal bagi tu. Kita pinjam. Dan kita bayar balik. Bukan depa bagi, free. Tiada benda free di dunia ini semua dikira hutang.
Yang terakhir sekali untuk fasa lima. Minta collateral. Minta jaminan pula kena pi sandar tanah untuk dapat RM187 juta tu. Himpun pula tanah PKNK jadi collateral. Punya teruk! Adalah menteri mana tu duk cakap kata federal dah belanja RM3 bilion untuk bangunkan KHTP. Kalau di luar, saya sebut lah kan lah. Kalau dalam Dewan tak boleh lah sebut sat lagi Darulaman report dekat DAP.
Bahasa apa? Kurang sesuai. Lepas tu nak buat usul nak pecat saya. Berani hang no? Peraturan mesyuarat! Tak boleh sebutlah tapi tak betul ungkapan tu. Kos awal yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Kulim Hi-Tech ialah buat highway Kulim-Butterworth, RM300 juta.
Selain pada itu, adalah pinjaman yang dibuat oleh PKNK. Buat pengambilan balik tanah. Selepas kita buat pinjaman, kita bayar balik, ikut jadual. Tak pernah ‘mis’ bayaran. ‘Means’ semua kos tu ditanggung oleh negeri. Di Kulim Hi-Tech Park itu. Sebab kita bayar balik. Kemudian datang federal buat infra. Jalan-jalan, paip gas, lantik Nur Power untuk bekalkan tenaga. Itu federal tapi kos untuk membangunkan tapak itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri untuk pengambilan balik tanah.
Kemudian, dia diuruskan oleh KTPC. Kulim Technology Park Corporation (KTPC). Diketuai oleh Dato’ Sahil Zabidi sekarang ni. Tuan-Tuan sekalian, ada 90 orang pegawai KTPC. Dengan pengalaman hampir 30 tahun. Mereka ini tahu core tenant, anchor tenant yang dah di situ, vendor dia sapa?
Seluruh dunia ini mereka faham dah circle network tu. Jangan kata semua kilang-kilang itu dibawa oleh MIDA. MIDA boleh kampen di luar negara. Dia boleh habaq masuk ke Malaysia. Tapi dia tak boleh tunjuk di Kulim Hi- Tech Park. Dia tak boleh. Sebab tak adil untuk negeri lain. Pelabur lah!
Dan KTPC lah yang akan pergi jumpa dengan pelabur tu. Beritahu kami ada apa yang kami boleh tawarkan. Siapa yang ada core tenant di situ dan vendor dia siapa? Mereka ni lah pergi cari vendor-vendor tu semua. Tu yang masuk sampai RM31 bilion tu. Pi duk habaq mereka semua kerja, tak betul. Habis KTPC buat kerja apa? Mereka buat kerja betul. Hasil dalam tempoh 30 tahun kebelakanga ini adalah kebanyakannya daripada KTPC punya network. Jangan habaq kerajaan negeri tak buat apa. Semua claim kata itu federal punya. Yang lama-lama jadi Exco pun cakap macam tu juga. Masa dulu dak. Lepas tu bila tak jadi kerajaan, dia kata federal punya. Itu kata pekak. Boleh check dalam Tik Tok istilah apa yang trending. Pekak. Bukan pekak tau! Pekak.
Justifikasi kita semua munasabah. Sebab itu depa habaq Sanusi mana salah sebab saya kata saya ada justifikasi. Tiap-tiap benda kita nak buat mesti justify. Mesti ada justifikasi dan rasional. Kalau tak ada justifikasi, tak ada rasional orang tak boleh terima. Sebab itu depa cakap, Sanusi cakap semua tak salah. Nak salah pasal apa? Saya ada justifikasi saya. Ada benda tu baru boleh cakap! Ini cakap merapu ikut dan. Pi habaq kata projek swasta, projek kerajaan negeri. Ini kegagalan Menteri Besar. Mana boleh begitu? Itu tak ada justifikasi. Itu hang duk pi pokah dinding orang. Pi duk mengendap. Kerja penerangan UMNO Kedah ini, pi duk mengendap dinding projek orang. Apa lagu tu? Malu lah.
Pi duk kawan dengan mereka. Kan dulu duk menyanyi Hoi Ya hoi, pi duk kawan dengan mereka, pi duk pokah dinding orang tak tahuan hala lagu tu! Buat malu saja! Sidam malu tak? Apa punya kerja? Tak dak kerja.
Sekarang ini kita ada fasa lima. Kita ada fasa lima. Di Kulim-Hi Teck Park. Saya nak beritahu kepada rakyat negara ini. Walaupun kita buat industrial park yang besar tu. Cukai-cukai industri ini dibayar kepada Federal. Hasil kepada negeri adalah cukai pintu dan cukai tanah tu saja. Dan rakyat kita boleh tumpang kerja di situ. Sekarang ni bukan saja rakyat Kedah kerja di situ, rakyat Pulau Pinang pun mai kerja di situ.
Kebanyakan sektor-sektor industri penting di negeri jiran yang nak mengembangkan industri dia, dia mai di Kulim. Dan dia bawa pekerja itu daripada sana mai sini. Sekarang ini kerana jem jalan di situ, pasal orang Pulau Pinang mai di Kulim.
Jangan duk ingat kata orang Kedah kerja di Pulau Pinang. Hat tu lapuk dah! Lani orang Pulau Pinang mai cari makan di Kedah. Bukan saja cari makan tau. Mereka mai beli rumah di Kedah ini. Kedah telah menjadi negeri abang kepada negeri-negeri jiran untuk tempat cari makan dan tempat kediaman. Jangan duk bangga sangat. Dah tak bagi RM1,000. Orang bagi RM1,000 marah pula. Ni nak pekenal perangai DAP. Orang lain buat baik, dia marah. Dia tak buat, tak apa. DAP tak buat, kita tak marah apa pun. Tapi janganlah marah kita beri RM1,000 tu. Kemarin hang cakap dah, harini aku cakap pulak! Cakap panjang lah. Bila kita cakap, kena ingat, lepas ni ada orang cakap pula. Kena ingat selalu. Lepas ni akan ada orang cakap pula.
Tuan-Tuan sekalian, itu saja di The Greater Kedah, saya harap Kota Darulaman, Sidam, Bakar Arang dapat sokong dasar yang baik. Bukan kita nak berperang dengan orang. Kita nak bawa negeri kita ni angkat betul-betul. Bukan saya nak bertanding 6 kali lagi. Tak. Walaupun, Sungai Limau kata saya 70 lebih noh, boleh jadi 4 noh! Saya tak bertanding lah sampai 6 kali. Saya pun kalau boleh tak nak bertanding pun dalam pilihanraya. Jadi, disiplin dalam PAS ini kalau boleh nak tolak, jadi Adun, wakil rakyat, jadi calon tak mahu.
Kalau boleh nak bagi orang lain. Tapi bila parti buat keputusan, saya patuhlah. Saya pun tak ada gila naik jadi Menteri Besar pun. Tak ada! Tak ada angan-angan langsung. Sikit pun tak dak! Mimpi pun dak Sidam. Tau tau jadi! Parti arah. Saya pikullah tanggungjawab ini. Dengan cara sayalah.
Hampa nak suruh saya cakap cara elok-elok, saya tak tahulah. Saya cakap orang Sik saja dan saya guna bahasa yang sesuai. Kalau kena kata pekak, saya katalah pekak. Itu saja. Saya nak tapis, pasal apa! Saya cakap benda yang betul.
Program Desa Sejahtera. Pedu bangkit kelmarin. Saya pun dah jawab dalam soalan kelmarin, kan? Saya nak buat sikit penambahan. Ada surat khabar tulis yang saya tak sebut. Saya ingat wartawan ini kena lapor apa yang disebut di Dewan ini. Bukan daripada maklumat yang dicuri. Tak tau depa dapat mana pasal B40, pasal pendapatan berapa ribu tu noh. Ada dalam surat khabar. Saya sebut kemarin di Dewan ini syarat dia miskin, miskin tegar. Kalau kita buka ruang lebih besar tanah itu jadi tak cukup. Jadi sikit.
Jadi, untuk dasar sedia ada ini kita bagi keutamaan kepada miskin dan miskin tegar. Ada kesilapan dalam laporan akhbar tentang B40. B40 ni besar ini Sidam. Dulu M40 kan tu. Turun jadi B40. Tinggal sikitlah di atas tu. Jadi, kita tak buka lah untuk B40. Tapi kita buka untuk miskin dan miskin tegar. Saya bentang hal ini dalam lawatan Perdana Menteri ke Kedah sebelum ini dan Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberi peruntukan untuk bina infra. Saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah bersetuju untuk memberikan peruntukan bina infra bagi Desa Sejahtera ini. Saya kalau orang baik, saya pun tahu juga ucap terima kasih, Sidam. Bukan saya kata saja. Ini kira nak kata saja. Tak ada kerja lain ka?
Jalan. Berkaitan jalan-jalan yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat di bawah MARRIS sehingga 2024. Keseluruhannya 47,094 bilangan jalan telah diselenggara. Banyak. Sebanyak RM276 juta telah diluluskan bersamaan 93% unjuran terimaan wang MARRIS 2024 telah dibelanjakan.
Tahun 2025 ini kita nak beli satu Bailey Bridge, Jambatan Bailey hat besi itu untuk kita guna di tempat-tempat yang memerlukan jambatan segera bila ada bencana. Jumlah atau kos Jambatan Bailey itu ialah RM6.05 juta. Jalan-jalan yang telah diselenggara di bawah MARRIS ini didapati ‘merelit’. Jalan negeri, jalan PBT ‘merelit’ ni Sidam. Yang tak elok ini saya nak habaq ni. Yang lopak merekah merata Jalan Persekutuan. Saya harap Kerajaan Persekutuan bagi perhatianlah kepada jalan-jalan Persekutuan di negeri ini untuk diselenggara supaya ‘merelit’ sama dengan Jalan Negeri.
Hasil. Tuan-tuan sekalian, ada orang macam negatiflah kita nak capai hasil RM1 billion. Kena positif. Tiap-tiap usaha ini akan diberi kerajaan dengan syarat usaha sungguh-sungguhlah. Kita nak capai RM1 billion sebab keperluan kepada kewangan negeri ini makin hari makin meningkat.
Bila Kerajaan Persekutuan umum ada kenaikan bulan 12 untuk emolumen kepada pegawai-pegawai, state kena ikut. Kenaikan sahaja sebulan RM2 juta bagi pegawai negeri. Jadi, kena ada peningkatan hasil. Janganlah bila kita buat langkah-langkah untuk meningkatkan hasil pi duk bantah pula! Tapi minta peruntukan tambahan. Bila kita nak cari duit, bantah. Janganlah begitu. Saya ingat mula tak mahu bagi.
Ada peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara KTN Seksyen 101 yang membenarkan negeri-negeri buat penilaian semula kepada Kadar Cukai Tanah. Di semua negeri buat tau. Pulau Pinang dah buat. Negeri Sembilan dah buat. Kita nak mulakan tahun depan dan akan mula berkuat kuasa tahun 2026, Dia KTN. Bukan Kedah saja. Semua negeri macam tu. Pahang dah laksanakan. Kita baru nak mula pasal kajian terakhir 2016 maka yang akan datang 2026 lah. Sebab KTN benarkan 10 tahun sekali.
Ada tanah pertanian di negeri kita cukainya cuma RM5. RM5 tanah setahun. Cukai tanah pertanian. Jadi kalau naik 100% baru RM10. RM10, murah kan? Murah lah lagi. Cukai tanah RM10. Nasi kandar RM13 sekali makan. Ini setahun RM5 saja. Jadi kalau naik 100% baru RM10. Jadi, kenaikan pun tidak akan membebankan dan selaras dengan nilaian semasa cukai-cukai ini. Ada keperluan untuk kita capai RM1 billion dan perkara ini pun telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk kita teruskan permintaan tentang pengekalan kawasan sawah padi. Kita minta RM200 juta. Bukan besar pun RM200 juta bagi federallah. Bagi kita besarlah. Bagi federal saya rasa tak besar. Kerana kos untuk mengimport padi. Kalau kita tak tanam padi di Kedah, dia kena import. Lebih daripada RM200 juta. Jadi, kita mintalah bayaran khas pengekalan kawasan sawah padi itu RM200 juta. Dan Tuanku telah menitahkan berhadapan di Istana Anak Bukit, berhadapan YAB. Perdana Menteri.
Titah ni untuk Kerajaan Perpaduan ini diguna titah tu lah. Titah dari Yang di-Pertuan Agong untuk tubuh Kerajaan Perpaduan. Bila titah ini, dia tak peduli pulak. Titah yang nu dia ambil buat modal. Titahlah juga. Bila titah kena pakai lah. Kalau hat nu boleh pakai, pasal apa yang ini tak mau pakai? Ini Kota Darulaman, tolong habaq kat dia nah!
Insentif ini adalah sebagai timbal balik dengan persetujuan Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kawasan 130 ribu dalam kawasan MADA dan di luar kawasan MADA sebagai kawasan tanaman padi yang membekalkan 43% bekalan beras di negara ini.
Pemberian khas Pulau Pinang, Belantik. Terima kasih Belantik. Macam faham-faham sahaja RM100 juta. Kalau saya jadi Belantik saya hantam RM300 juta sebab saya value tanah dan pulau sestrategik tu bukan RM100 juta. Bukan!
Kedah ini asal-asalnya sebesar itu oleh kerana ada grand design untuk melemahkan bumi bertuah yang telah pernah memerintah menjadi begitu agung di wilayah ini. Maka dipecah-pecahkan kawasan strategik untuk melemahkan tanah pusaka ini. Maka ditolak Pulau Pinang keluar kepada British. Itu sejarah. Kena sedar benda-benda yang macam itu.
Kawasan paling strategik di Kedah ini dibelah kepada British, Syarikat Hindia Timur dijadikan satu negeri lain (Negeri Selat). Maka tinggallah Negeri Kedah ini negeri pertanian dengan posisi pantai yang kebanyakan, lebih banyak selut daripada pasir. Inilah Kedah. Tinggal kawasan pertanian, kawasan pelabuhan, kawasan pelancongan, kawasan cantik-cantik belah jadi negeri Pulau Pinang. Jangan kata saya nak tuntut Pulau Pinang. Memang saya nak tuntut. Memang hak Kedah pun.
Siapa boleh padam sejarah tu? Siapa boleh padam sejarah tu? Siapa berani padam sejarah tu? Itu hakikat yang kena diakui. Cuma kita faham bahawa berlaku perubahan dan peredaran dan perkembangan semasa tetapi sejarah tidak boleh dipadam. Dan kita telah tubuhkan satu pasukan mengkaji semua dokumen yang ada di dunia ni. Dan pembentangan itu akan dibuat kepada Kerajaan Negeri bulan depan. Lepas tu hampa siap.
Daripada awal dibayar RM10,000 pajakan, bayaran pajakan Pulau Pinang. RM10,000 ja? Takkan Sidam setuju? Kota Darulaman takkanlah Negeri Pulau Pinang tu dipajak RM10,000 Kota Darulaman setuju? Tak patut bersetuju dengan kadar pajakan RM10,000. Kenapa dipajak? Mestilah Pulau Pinang tu asal Kedah punya lepas tu dia panggil pajakan. Kalau tidak pajakan pasal apa? Pasal apa bayar Mestilah ada pasal. Takkan bayar saja-saja.
Tentulah ada pasal. Lepas tu 2018, bila Tun jadi Perdana Menteri kali ke-2 ditambah jadi RM10 juta, 10 ribu, disebut bayaran khas Pulau Pinang. Dua-dua item. Tidak disatukan. RM10 ribu satu RM10 juta satu. Kita harap pada masa depan selepas kita kemukakan alasan-alasan, fakta-fakta yang tidak dapat disangkal, hal ini akan berubah. Kalaupun bukan RM100 juta jadi RM300 juta.
Kelmarin ini saya dengar Selangor nak ambil balik Kuala Lumpur. Kuala Lumpur RM70 juta dibayar kepada Selangor setahun. Kuala Lumpur kecil je. RM70 juta. Takkan kita nak setuju dengan RM10 ribu? Sejarah tak boleh tipu. Kota Darulaman. Kalau tak baca lagi, boleh baca.
YB. Bukit Lada sebut tentang MKK. Merbau Pulas suruh saya umumkan tadi kan no! Saya ingin mengumumkan bahawa mulai tahun depan semua pengerusi dan setiausaha MKK akan dicarum dalam PERKESO dan kos itu ditanggung oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM173,000. Ada caruman PERKESO adalah penambahbaikan sikit! Untuk elaun tahun sekali lagi. InsyaAllah.
UNISHAM, kita berazam tahun 2025 ini kita akan adakan bangunan asrama di UNISHAM. Kita dah dapat model yang baik, kita pergi tengok di CLQ di Kulim Hi-Tech. Kosnya tak mahal, bangunannya cantik, binaannya sesuai untuk didiami. Dapat pengiktirafan antarabangsa, standardnya international. Kita bawa model itu masuk ke UNISHAM. Untuk 1,500 penghuni, kosnya cuma RM22 juta. Yang duk mai bagi proposal kat kita, duk gempaq kita kan, untuk 3,000 orang, RM120 juta. Macam-macam depa mai proposal. Mujuqlah kita tak bodoh. Kita cermat, hati-hati, tunggu lama sikit. Akhirnya kita jumpa, RM22 juta sahaja untuk 1,500 orang. Kita bawa model itu untuk kita bina asrama di UNISHAM. Untuk 3,000 pelajar, kosnya tak sampai RM50 juta. InsyaAllah kita mula tahun depan. Kalau tak duit, kita berhutang. Hat ini berhutang pun kita berhutang, tak apa. Biar jadi asrama. Kalau berhutang pasal lain boleh, takkan asrama pelajar tak boleh!
Tuan-tuan sekalian, kampus ini dia kena ada Campus Life. Kena ada suasana kampus, baru budak-budak nak masuk, nak hidup, nak belajar, nak mengaji dalam tu! Bila Campus Life duduk di luar, duduk di taman-taman perumahan. Masuk kampus itu, pergi kuliah sahaja. Kemudian balik, campus life, nak mengaji, nak jumpa kawan, nak ‘study grup’, nak apa semua di luar. Universiti itu tak hidup. Jadi, pembinaan asrama ini menjadi begitu kritikal dan kerajaan buat keputusan tahun depan akan dimulakan. Apa jadi pun jadilah, kita akan bina asrama di UNISHAM.
Di bawah pentadbiran ini, negeri sejak awal lagi saya telah memaklumkan bahawa saya tidak akan mengamalkan scrap off. Saya tak buang dalam bakul sampah projek orang dulu-dulu.
Saya juga ucap terima kasih kepada pimpinan terdahulu yang telah bersusah payah untuk memerintah, merancang, mentadbir negeri ini dengan teratur. Yang tak teratur pun banyaklah. Kita tak sebut yang tak teratur itu. Kita tak ungkit pun kesalahan orang. Kita tak bongkar pun. Ini dah tak ada apa-apa, pi duk bongkar. Pi duk bongkar, pi duk pokah dinding zink tak tahuan hala. Bongkar apa lagutu? Itu mangkaq!
Kalau saya nak lepas tangan projek ini, saya batalkan saja. Senang! You pun tak dak modal apa kan, saya batal. Tapi saya tak buat kerja itu. Bila diteruskan projek-projek ini, saya tahu ada kesukaran, ada halangan, ada rintangan yang perlu diatasi. Terutamanya bila kita ambil alih kerajaan 2020 itu, ada COVID-19, ada pandemik, dekat-dekat 3 tahun. Tentulah ada halangan yang besar untuk kita teruskan.
Walau bagaimanapun, dengan kerja keras daripada pasukan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri yang bertungkus-lumus untuk meneruskan semua usaha-usaha baik ini, saya rakamkan jutaan terima kasih kepada semua.
Tabung Tunku Mahmud. Saya ucap terima kasih dalam pembentangan bajet 3 hari lepas. Saya harap para penyumbang kita akan terus menyumbang. Ada orang konsisten sumbang sehari RM2 dalam tabung Tunku Mahmud. Konsisten. RM2. Tapi berterusan. Tuhan kata, Nabi kata, amalan yang paling baik ialah amalan yang istiqamah walaupun sikit. Jadi, kita pakat menyumbang kepada tabung ini supaya anak-anak kita dapat masuk universiti dengan lebih lapang. Ibu bapa pun tak payahlah jual lembu, jual tanah, jual motor untuk membiayai kemasukan awal anak-anak ke universiti. Setakat ini 2,592 pelajar ke universiti telah dibantu dengan kos RM4.5 juta oleh tabung Tunku Mahmud. Cuma untuk tahun 2024-2025 ini saya reduce sikit nilai dia. Pemohon terlalu ramai, dana kita terhad. Jadi, yang pernah dapat RM2,900 ada, RM2,500 ada. Itu awal-awal dulu sebab pemohon tak ramai.
Bila pemohonan jadi ramai, jadi pegawai telah buat analisa kalau kita bagi macam itu, duit habislah! Tak dan! Tak dan! Jadi, kita bagi maksimum RM1,500. Dan saya harap RM1,500 itu dapat bantulah mak ayah untuk masukkan anak-anak ke universiti. Kalau ada orang tolong bagi RM1,500, banyak kan. Dulu kita masuk universiti mana ada, bapa saya jual lembu.
Kak saya yang mula bekerja jadi cikgu, pergi buat loan Bank Rakyat. Buat personal loan. Sebab 2 orang adik masuk universiti. USM seorang, UUM seorang. USM tu duk bercakap la ni. Haa, loan bayar rakyat, kak saya buat. Jual lembu tak cukup. Saya harap lebih ramai akan menyumbang kepada kita jadikan bekalan akhirat bagi Tabung Tunku Mahmud.
SIDAM ada bangkitkan tentang peruntukan mengurus Pusat Khidmat. Untuk tahun 2025 ini, kita kekalkan peruntukan itu sebanyak RM74,000 meliputi perbelanjaan mengurus RM24,000 dan RM50,000 peruntukan kepada pusat khidmat DUN Pembangkang bagi tujuan sumbangan, pemberian program dan lain-lain perbelanjaan. Saya rasa merelit dah pasal di federal depa tak bagi.
Di state kita bagi. Saya harap Federal pun boleh ikut lah kita. Mereka kaya kan lah, kita duit tak banyak mana. Tapi Sidam boleh mai kat saya bila-bila masa. Kita boleh bincang lagi. Jangan habaq kat depa saja!
Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih daun keladi. Tahun depan minta lagi.
Itu banyak tu jugalah. Kut-kut ada kut lain la no!. Kita boleh tolong Sidam, Kota Darul Aman, Bakar Arang. Boleh mai bincang. No problem. Saya cakap saja kasar, hati ada baik.
Peruntukan bencana. Sidam bangkitkan peruntukan bencana kepada ADUN pembangkang tak dapat. Saya nak habaq ini peruntukan bencana banjir baru ini, ADUN kerajaan pun tak dapat. Semua melalui pegawai-pegawai daerah, melalui PKOB. Diselaraskan melalui PKOB.
Duit RM1,000 tu pun DO yang bagi. DO yang uruskan. Depa ini pun tak dapat juga. Adun-Adun kerajaan pun tak dapat. Kecuali ada lah akhir-akhir ini, kita bank in sikit sumbangan daripada kerajaan untuk pasca banjir. Ada rumah ribut, yang runtuh, nak kena repair. Depa mai duk runtun. Adun pembangkang boleh habaq, saya Adun pembangkang, bajet tak dak! Depa ni tak boleh jawab lagu tu, jawab lagu tu kena pelangkong lah! Hang jadi kerajaan apa duit tak dak? Jadi, kita sediakan sikit.
Untuk guru KAFA adalah minta tambahan elaun. Untuk makluman tuan-tuan sekalian, ahli-ahli yang berhormat, kerajaan negeri telah membuat penambahan kepada peruntukan elaun guru-guru KAFA yang diberi oleh JAKIM. Peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri setahun RM5.129 juta untuk buat tambahan kepada elaun guru-guru KAFA. Buat masa ini, oleh kerana peruntukan dana kita banyak tu sahaja, kita kekalkan penambahan RM5.129 juta itu sahaja.
Dasar GLC. Kota Darulaman suruh tubuh panel bebas untuk nilai GLC yang tak ada progress, suruh tutup. Saya sudah tutup, satu. Dia bising satu dunia, termasuk ‘you’ pun bising juga. Mereka suruh kita tutup, kita tutup, mereka hingaq. Guna sebagai modal politik, habaq tak boleh bayar gaji lah apa. Saya dah umum masa mula-mula jadi Menteri Besar, saya panggil semua pegawai dan GLC ini di bilik gerakan, saya habaq pada masa tu. Mana-mana GLC yang tak ‘perform’, yang tidak capai kemajuan selari dengan tujuan dia ditubuhkan, saya akan tutup GLC tu.
Bila saya umum tu, bila ada syarikat-syarikat yang macam tu, tak maulah saya kata dah hari tu, saya kata dah depa marah juga. Saya ni suka guna istilah yang tepat. Bila guna istilah yang tepat, dia pedih. Pedih dia marah. Mana tak pedih, isap darah! Kita dah tutup Kedah Agro. Satu Kedah ini bising, pembangkanglah nombor satu. Bising! Depa kata tak mampu bayar gaji. Bukan ‘state’, tak bayar gaji, syarikat itu tak buat beroperasi. Seperti tujuan penubuhan dia. Hutang banyak. Overhead RM30,000 hingga RM 40,000 sebulan. Income tak ada.
Buat apa, simpan. Tutup. Kita bagi VSS. Kita tak menganiayai pekerja-pekerja tu, kita bagi VSS. Dan kita hentikan operasi dan mana-mana GLC yang menunjukkan prestasi yang sama, kita akan ambil tindakan yang sama juga. Kita nak berhenti pukul berapa?
Panjang lagi ka YB?
Tak panjang lah tapi ada tiga buku lagi!
Silakan!
Saya ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada para penjawat awam kerajaan negeri yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali yang telah memberi kerjasama penuh sepanjang tempoh saya memimpin kerajaan. Di hadapan kita masih ada banyak amanah yang perlu dilaksanakan dan saya harap kerjasama ini berterusan dan semakin hari semakin baik. Justeru, saya harap kerjasama yang baik ini dapat diteruskan.
Alhamdulillah yang saya boleh simpulkan, saya bersyukur dan berbangga dapat berpeluang bekerja dengan pasukan yang cemerlang ini. Dalam rasa bersyukur ini, saya ada satu kesedihan kerana kita akan berpisah dengan Penasihat Undang-Undang Negeri iaitu Yang Berhormat Dato’ Nik Azhan Hakim Nik Mahmood yang akan menggalas tanggungjawab baru di Pejabat Peguam Negara. Saya berharap YB. Dato’ tidak akan lupa Kedah Darul Aman dan dapat balik ke Kedah pada bila-bila masa terutama sempena Tahun Melawat Kedah. Tu saya kata mulut saja kasar hati mula sebak. Boleh ambil kesempatan itu tau. Hampa mai jumpa saya buat sedih, sat hampa dapatlah duit. Selamat maju jaya kepada YB. Dato’ LA dan saya bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan jutaan terima kasih kepada khidmat bakti Dato’ yang begitu cemerlang selama 5 tahun berada di negeri ini.
Ada satu PC kemarin dibuat oleh rakan-rakan kita di pihak pembangkang bahawa ada ‘grand design’ itulah, dia minta saya buktikan ada banyak dalam dunia ini, YB yang kita simpan dalam hati. Yang saya cakap ini dah terlalu banyak. Yang saya simpan dalam hati lebih banyak daripada itu. Saya jadikan semua benda-benda itu sebagai pedoman saya untuk buat apa-apa keputusan, pendirian, buat apa-apa kenyataan. Saya tak cakap semua keluar.
Yang grand design itu saya simpan, saya nak tengok kelaku mereka. Jauh mana hampa nak pi. Apa tindakan yang saya nak buat berdasarkan pengetahuan yang saya simpan itu hampa kena tunggu balasan daripada saya pula. Begitulah dunia ini berjalan daripada mula dulu sampai kiamat nanti. Tak semua benda kita cakap keluar. Tapi hat saya cakap keluar itu pun banyaklah. Padan dengan yang saya cakap keluar itu saja.
Hyundai. Saya ucap terima kasih pada sokongan yang diberi oleh PMX kepada pelaburan Hyundai. Tapi bukan kilang baru. Hyundai akan dipasang di Kilang Inokom tu, di Padang Meiha tu. Kilang tu juga pasang Porsche pun, pasang kereta BMW, pasang kereta apa pun. Bukan benda yang terlalu gah lah. Tapi kita sokong lah Hyundai masuk tu.
Kita ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan. Mereka tak tahu nak pi tang mana. Mai di Kulim, mai la bila pun. Sapa pun tak apa, mai lah! Depa nak habaq kami tak sabotaj itulah Hyundai mai. Ada banyak lah perkara sabotaj tapi saya tak mau sebutlah. Depa nak suruh saya sebut juga! Ikut suka akulah, aku tak mahu sebut! Yang hampa paksa pasal apa? Kalau aku sebut hampa menanah telinga kot.
Akhir sekali, saya macam kesunyian. Kerana akhir-akhir ini, pembangkang tak bangkitkan pasal SADA. Kalau tidak, 2-3 tahun dulu kan. Hari-hari hentam SADA. Saya pun hairan. 2-3 hari ini tak ada bunyi. Kenapa hampa tak hentam SADA dah? Insaf dah ka? Tuan-tuan sekalian, saya nak bagi sedikit pelaporan. (YB. Sidam mencelah)
Boleh jawab sikit kut!
Haish dak, saya nak habaq pasal SADA! Walaupun, untuk benda yang baik. Kenapa? Nak jawab pasal apa?
Dak, Nak habaq saja. Nak habaq yang kita tak kacau tu. Lebih kurang macam kita kacau kelulut. Kacau kelulut nanti, dia akan serbu kepala..
Tau tak apa. Ini bukan kelulut, ceq oii. Ni penyengat. Bukan dia hurung saja! Dia cucuh. Tak pasal bibir bengkak macam negro. Try lah try! Alhamdulillah dalam tempoh 4 tahun ini, walaupun kita bekerja tanpa publisiti, kita terima semua kritikan, kita ambil semua aduan-aduan, kita berjalan. Pada tahun 2019, SADA beroperasi rugi RM36.29 juta tahun 2019. Zaman tu Kerajaan PH. Ini hakikat. Data, fakta.
Pada tahun 2020, kita buat perubahan di pengurusan SADA. Kita bawa masuk pengasas. Walaupun dia uzur, tapi oleh kerana saya panggil dia, dia pun bersetuju.
Allahyarham Dato' Azmi Din. Setuju. Dia kata “aku mari ni pasal mu ja”. “Kalau bukan mu, aku tak marilah. Aku pun gerok”. Ni cakap Bayu.
Maka dia pun mari. Jadi CEO dan buat perubahan-perubahan besar. Setahun sahaja. Dia kata kalau SADA tak untung, mu jangan bayar gaji aku, tak bayar gaji kalau tak untung.
Alhamdulillah tahun 2020, untung RM1.04 juta. Maknanya kita boleh cover RM37 juta. Rugi RM36 juta, tempoh setahun untung 1 juta. Macam mana Kubang Rotan kalau berniaga tera tu? A lah kan! Tahun 2021, untung RM29.93 juta. Tahun 2022, untung RM29.84 juta, Tahun 2023, untung RM30.42 juta. Tahun 2024 sehingga Oktober, keuntungan sebelum cukai RM68.3 juta. Unjuran tahun 2025, RM68.8 juta.
Tuan-tuan sekalian, ini kita kerja dalam senyap. Pasal orang tak tibai, kita pun tak habaq apa. Maka proses ini berlaku, berjalan. Dan alhamdulillah, bukan sahaja kita dapat menyelesaikan banyak isu bekalan air, setakat yang kita mampu, tapi kita dapat keuntungan.
Pada tahun 2019, 2020 saya masuk sebagai MB dan Pengerusi SADA. Sebelum pada itu kita simpan FD. SADA ini penting untuk buat simpanan kerana kita akan bayar pinjaman.
Semua pinjaman hutang bekalan air daripada zaman dulu-dulu, semua datang kepada SADA. SADA bertanggungjawab bagi pihak Kerajaan Negeri, bayar balik. Sekarang kita kena tanggung RM1.3 bilion. Kita kena bayar dalam tempoh 45 tahun. Setahun lebih RM45 juta. Jadi, kita kena buat tabungan untuk bayar balik pinjaman-pinjaman tu.
Masa saya masuk, dulu kita kunci satu amount FD di SADA, RM100 juta. Kunci! Tak boleh pakai. Tapi bila kita masuk tahun 2020 tu, telah dicairkan jadi tinggal RM65 juta. Sekarang ini tuan-tuan, sekarang ini Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana operasi baik, kita buat penjimatan kos. kita pun tak dak buat kugiran, tak dak duk beli band, pi main drum di SADA tu. Ada kerja gila dulu. Lantik orang main muzik apa semua! Jaga utiliti air. Pergi buat kumpulan kugiran buat apa? Ada. Tak adalah orang tu pun. Saya kenallah siapa.
Jumlah simpanan tetap SADA setakat Oktober 2024 telah meningkat kepada RM132 juta. Meningkat 36% pada tahun lalu. SADA buat tabungan awal ini bagi membayar balik sewa pajakan aset-aset air yang dipajak daripada PAAB. Jumlah keuntungan atas simpanan tetap juga dikumpulkan.
Setakat ini 2024, keuntungan simpanan tetap saja RM3.8 juta. Tuan-tuan sekalian kalau nak baca pencapaian-pencapaian SADA ini banyak. Hutang. Dulu tahun 2020 hutang tak bayar kat orang RM63.9 juta. Berhutang, tak bayar. Lepas beberapa tahun ini hutang tinggal RM30.75 juta. Dah habis 50% dah bayar hutang.
Ada benda penting ini saya nak beritahu. Di samping kita beroperasi untuk menjamin bekalan air dapat dilaksanakan dengan teratur selari dengan kehendak SPAN. Kita buat beberapa projek. Untuk projek pengeluaran dan loji air kita buat 23 projek. Untuk sistem dan peralatan mekanikal dan elektrikal 15 projek. Untuk agihan dan NRW 19 projek. Untuk aset dan memperkasakan bekalan aset di bawah peruntukan SADA kita belanja RM14.221 juta. Semua ini SADA buat senyap saja. Kita pun tak habaq kat orang kan sebab mereka tak tembak apa! Hari ini kita boleh habaq bahawa bila tak ada gangguan yang begitu agresif dan kita benarkan mereka bekerja. Lori daripada 200 lori pengangkut air lani tinggal 26 biji saja tinggal! Lori ini melambangkan apa? Lori ini menggambarkan kegagalan sistem agihan. Makin banyak lori, sistem agihan kita down. Bila lori makin sikit, maka sistem agihan kita telah pulih. Alhamdulillah saya ucap tahniah kepada pengurusan SADA dan seluruh kakitangan syarikat SADA.
Akhir sekali YB. Speaker saya harap kita boleh berhenti sekerat hari no! Boleh balik awal! Saya ingin merakamkan ucapan takziahlah kepada rakan-rakan di Kelantan, Terengganu yang sedang dilanda banjir besar. Di Kelantan sejak malam tadi sudah 30 ribu lebih mangsa dipindahkan. Di Terengganu dah lebih 5 ribu. Dan kita pun menghadapi musibah yang sama. Malam tadi air mula meningkat di daerah Sik, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap.
Sekarang ini ada beberapa PPS yang telah dibuka. PPS dan mangsa banjir. Kubang Pasu ada 184 keluarga dipindahkan melibatkan 535 orang. Di Sik 13 keluarga, 34 orang. Padang Terap 123 keluarga, 460 orang. Pokok Sena 30 keluarga, 108 orang. Mangsa banjir yang telah dipindahkan setakat ini daripada 350 keluarga di beberapa PPS seramai 1,137 orang. Setakat pukul 10 pagi.
Dan akan meningkat lagi pada jam 12 tengah hari ini. JKM, APM, semua agensi yang terbabit sedang menguruskan banjir selari dengan arahan NADMA. Nombor 1. Dulu pakai MKN 20. Sekarang arahan NADMA dah! Sudah ada! Jangan kata kita tak tahu urus banjir pula. Dia ada prosedur macam itu saja. Prosedur itu telah tertulis dan telah dibukukan. Follow saja yang itu. Jangan kata tak tahu urus, kena mai dari Kuala Lumpur nak tolong urus. Muka ini juga nak tolong. Itu melawak saja tahu. Jangan marah tau.
Kita akan uruskan bencana ini dan kita harap rakan-rakan kita yang berada di kawasan yang berisiko berhati-hati. Jaga keluarga masing-masing, bila diminta berpindah. Pindahlah ke PPS. Kalau ada arahan, kena patuh sebab bencana ini mungkin berat.
Sebab orang di Kota Aur beri video pada saya semalam, limpahan air di Empangan Muda itu luar biasa. Titi itu pun tenggelam. Titi yang kita lintas sungai itu. Tenggelam titi itu. Maknanya besar. Gerai makan duk makan ikan baung itu pun tenggelam juga. Di pinggir Tasik Muda itu. Empangan Muda. Tenggelam. Tak pernah berlaku macam itu. Saya harap bencana ini dapat ditangani dengan sebaiknya oleh agensi yang bertanggungjawab. Rakyat Kedah jaga keselamatan masing-masing. Kita buat peringatan ini dan masa ke semasa. InsyaAllah semua pegawai daerah yang terbabit akan buka PPS ikut perluan dan ikut arahan semasa. Dan kita harap negeri kita dapat menjalani, mengatasi cabaran-cabaran yang akan datang bersama dengan musibah. Itu sajalah penggulungan saya pada pagi ini. Saya mohon maaf kalau ada kekasaran bahasa. Kerana itu cara orang Kedah. Cara orang Kedah melontarkan pandangan dan membalas kritikan. Kalau tak mahu kena serang, jangan serang saya. Kalau saya sakit, saya akan balas balik wajib tanpa kecuali tak kira siapa, saya akan balas. Cuma saya akan beri justifikasi dan fakta-fakta. Saya tak akan emosi InsyaAllah.
Saya ucap terima kasih kepada semua Adun dan Exco-Exco yang mengambil bahagian. Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YAB. Jeneri. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha!
IV. Meluluskan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2025Bill
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
Meluluskan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2025 diperingkat Jawatankuasa.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan yang perlu diputuskan sekarang ialah suatu cadangan supaya Rang Undang-Undang yang berbunyi “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan-perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud tertentu”. Ini dibacakan bagi kali yang kedua.
Sekarang Dewan Bersidang sebagai Jawatankuasa.
Dipersilakan Tuan Setiausaha.
FASAL 1
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak” [Dipersetujui]
Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 2
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini
-JADUAL
Maksud perbelanjaan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM16,929,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM16,929,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.01 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.02 - Pejabat Dewan Undangan Negeri Dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Wang sejumlah RM31,012,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM31,012,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.02 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.03 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM1,106,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM1,106,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.03 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.04 - Pejabat Menteri Besar Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM50,441,750.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM50,441,750.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.04 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.05 - Pelbagai Perkhidmatan. Wang sejumlah RM143,421,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak” [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM143,421,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.05 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.06 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM94,357,680.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM94,357,680.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.06 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.07 - Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun. Wang sejumlah RM87,219,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM87,219,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.07 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.09 - Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM62,864,150.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM62,864,150.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.09 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.11 - Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM15,991,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM15,991,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.11 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.12 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM9,309,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM9,309,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.12 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.13 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM48,283,900.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM48,283,900.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.13 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.14 - Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM4,436,250.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM4,436,250.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.14 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.15 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM35,257,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM35,257,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.15 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Silakan YB. Tokai!
Boleh saya kaitkan dengan B.19 sebelum sampai B.19 lagi sebab ianya ada hubungkait dengan yang ini.
Nak bangkit dulu dah! Ataupun time sampai sat lagi!
Sebab B.16 ini, bila kita tengok kan memang kita fahamlah kekurangan daripada 2024 hingga 2025 itu saya ingat dalam RM200 ribu lebih. Kita tau Jabatan Pendakwaan Syariah yang baru kita bahas dalam sidang yang lepas. Tapi apabila kita lihat di B. 19 dia ada peruntukan untuk emolumen.
Muka surat berapa YB?
Jabatan Pendakwaan Syariah B.19, itu yang saya katakan boleh kaitkan sekali tak? Kalau tak boleh saya tunggu!
Bagi sampai dulu!
Ok, tak apa!
Sampai tang mana tadi. B.16.
Maksud perbelanjaan B.16 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM68,667,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM68,667,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.16 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.17 - Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM3,274,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM3,274,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.17 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.18 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM10,759,450.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM10,759,450.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.18 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.19 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM2,031,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Silakan YB. Tokai! [ Perbahasan!]
Terima kasih YB. Tuan Pengerusi. Tadi saya nak sentuh berkenaan B.19 berhubung dengan Jabatan Pendakwaan Syariah. Tahun depan baru kita mulakan jabatan pendakwaan sebab enakmen baru kita lulus pada sidang yang lepas. Saya tengok dalam senarai perjawatan, untuk tahun 2024 memang kosong lah, memang tiada perjawatan, tahun depan baru ada. Bila kita tengok emolumen dia, B.19 ini menggunakan RM800 ribu lebih. Jadi, saya minta penjelasan itulah. Terima kasih YB. Pengerusi.
Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.
Bila berkuatkuasa enakmen langkah mewujudkan Jabatan Pendakwaan Syariah. Dia ada pegawai-pegawai yang kita ambil daripada jabatan lama itu, dia ada tambahan gaji dia, kita luluskan satu belanjawan tambahan pada sidang yang lepas untuk tujuan ini. Memang ada penambahan bajet khas untuk mewujudkan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah. Yang Tokai tanya itu pasal apa tak tau?
Dalam perjawatan tahun 2024 masih belum ada penjawat di dalam Jabatan Pendakwaan Syariah tetapi dalam ini kita dah masuk 2024 perbelanjaan di dalam Jabatan Pendakwaan Syariah. Itu soalan yang saya tanya. Nak minta penjelasan. Jawatan belum ada tapi emolumen dah ada!
Waran perjawatan itu tahun 2024. Tahun 2025 bila perjawatan baru, pegawai itu bukanlah lantikan baru pun, pegawai-pegawai lama, bila mai dengan SSPA, nak kena naik gaji ada la penambahan emolumen itu RM400 ribu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM2,031,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.19 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.23 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM21,954,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM21,954,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.23 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.25 - Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM13,996,300.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM13,996,300.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.25 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.26 - Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu. Wang sejumlah RM4,398,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM4,398,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.26 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.27 - Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi. Wang sejumlah RM6,785,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM6,785,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.27 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.28 - Pejabat Daerah Dan Tanah Yan. Wang sejumlah RM4,989,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM4,989,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.28 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.29 - Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap. Wang sejumlah RM6,576,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM6,576,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.29 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.30 - Pejabat Daerah Dan Tanah Sik. Wang sejumlah RM5,451,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM5,451,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.30 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.31 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang. Wang sejumlah RM6,531,900.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM6,531,900.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.31 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.32 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena. Wang sejumlah RM6,113,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM6,113,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.32 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.37 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kota Setar. Wang sejumlah RM10,578,300.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM10,578,300.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.37 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.38 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda. Wang sejumlah RM10,085,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM10,085,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.38 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.39 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim. Wang sejumlah RM7,793,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM7,793,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.39 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.40 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kubang Pasu. Wang sejumlah RM9,979,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM9,979,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.40 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.41 - Pejabat Daerah Dan Tanah Baling. Wang sejumlah RM6,463,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
YB. Tuan Speaker…
Silakan YB. Bakar Arang!
Saya lihat ada dasar baru Pejabat Daerah dan Tanah Baling, emolumen 2024 dan RM2,000 tahun 2025 meningkat sehingga RM703,000. Mohon penjelasan!
Silakan YAB. Menteri Besar!
Pasal kenaikan SSPA.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM6,463,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.41 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.51 - Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan. Wang sejumlah RM10.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM10.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.51 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.52 - Badan Berkanun Negeri. Wang sejumlah RM10.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM10.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.52 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual. Dipersilakan YAB. Menteri Besar!
Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.
Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.
Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.
Usul dulu kalau tidak sat lagi tak habis!
Ok, silakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar!
Yang Berhormat Dato' Speaker saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a) dan dibaca dengan ‘provisor’ di bawah Peraturan 12 (1) (b) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada tengahari ini diteruskan sehingga selesai aturcara Dewan.
Saya menyokong usul tersebut.
Terima kasih!
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbang oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.
Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan. Silakan Tuan Setiausaha.
Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbelanjaan Negeri 2025 dan hendaklah mula berkuatkuasa mulai daripada 1 Januari 2025. Maka inilah dibenar mengeluarkan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Lapan Ratus Tujuh Juta Lima Puluh Sembilan Ribu Empat Ratus Sahaja (RM807,059,400.00) daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi pelbagai perkhidmatan bagi tahun 2025. Wang yang tersebut itu diuntukkan bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalam Jadual Rang Undang-Undang ini. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali Ketiga.
V. Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2025
Dipersilakan Tuan Setiausaha!
Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2025.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, saya pohon mencadangkan Usul mengenai Anggaran Kumpulan wang Pembangunan Negeri Tahun 2025 seperti berikut:-
“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 13 Tahun 2024 dan bahawa menurut Subseksyen (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus
Sembilan Juta Tujuh Ratus Lapan Puluh Dua Ribu sahaja (RM209,782,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Silakan Tuan Setiausaha Dewan.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 sebanyak RM43,855,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM43,855,000.00 dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM43,855,000.00 itu diluluskan.
PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah sebanyak RM71,300,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah sebanyak RM71,300,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”.
[Dipersetujui]
Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah RM71,300,000.00 itu diluluskan.
JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah sebanyak RM49,609,500.00 itu patut dibenarkan.
– PERBAHASAN! [Tiada Perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah sebanyak RM49,609,500.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”.
[Dipersetujui]
Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah RM49,609,500.00 itu diluluskan.
JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah sebanyak RM6,427,500.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah sebanyak RM6,427,500.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”.
[Dipersetujui]
Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah RM6,427,500.00 itu diluluskan.
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah sebanyak RM6,000,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah sebanyak RM6,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”.
[Dipersetujui]
Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah RM6,000,000.00 itu diluluskan.
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah sebanyak RM14,115,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah sebanyak RM14,115,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”.
[Dipersetujui]
Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah RM14,115,000.00 diluluskan.
JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.14
berjumlah sebanyak RM565,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah sebanyak RM565,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah RM565,000.00 itu diluluskan.
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah sebanyak RM6,000,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah sebanyak RM6,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah RM6,000,000.00 itu diluluskan.
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.24
berjumlah sebanyak RM11,310,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN!
[Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.24 berjumlah sebanyak RM11,310,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Maksud Perbelanjaan P.24 berjumlah RM11,310,000.00 itu diluluskan.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah sebanyak RM600,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN !
[Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah sebanyak RM600,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah RM600,000.00 itu diluluskan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan bahawa ketetapan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa ini patutlah dinyatakan dengan serta merta kepada Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya. Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon menyatakan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah menimbang dan membuat ketetapan iaitu cadangan-cadangan yang terkandung di dalamnya patut dibenarkan tanpa apa-apa pindaan. Oleh itu sekarang saya mencadangkan:-
“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 14 Tahun 2024 dan bahawa menurut Subseksyen (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Sembilan Juta Tujuh Ratus Lapan Puluh Dua Ribu sahaja (RM209,782,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Usul yang berbunyi :-
“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 14 Tahun 2024 dan bahawa menurut Subseksyen (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Sembilan Juta Tujuh Ratus Lapan Puluh Dua Ribu sahaja (RM209,782,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Usul ini diluluskan.
VI. Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Negeri Tahun
2025
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha
Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Negeri Tahun 2025
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan Usul yang Kedua mengenai Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Negeri seperti berikut:-
“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 15 Tahun 2024 dan bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 57 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Empat Juta Lima Ratus Lima Puluh Empat Ribu Sahaja [RM4,554,000.00] yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu Usul yang berbunyi :-
“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 15 Tahun 2024 dan bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 57 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Empat Juta Lima Ratus Lima Puluh Empat Ribu Sahaja [RM4,554,000.00] yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Usul ini diluluskan.
Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Tahun 2025
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Tahun 2025.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan Usul mengenai Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Tahun 2025 seperti berikut:-
“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Enakmen Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman 1971, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 16 Tahun 2024 dan bahawa menurut Subseksyen (2) Seksyen (4) Enakmen tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Enam Juta Sembilan Ratus Tujuh Belas Ribu Sahaja (RM246,917,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Perbahasan secara dasar mengenai Usul ini juga telah pun disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ketika membahaskan Enakmen Perbelanjaan Negeri Tahun 2025. Oleh itu, sekarang saya akan teruskan kepada usul ini seterusnya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah Usul yang berbunyi :-
“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Enakmen Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman 1971, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 16 Tahun 2024 dan bahawa menurut Subseksyen (2) Seksyen (4) Enakmen tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Enam Juta Sembilan Ratus Tujuh Belas Ribu Sahaja (RM246,917,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Usul ini diluluskan.
VIII. Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 Negeri Kedah Kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
Usul Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 Negeri Kedah diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri.
Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan suatu Usul yang berbunyi “Bahawa Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 Negeri Kedah itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi “Bahawa Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 Negeri Kedah itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.
Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Usul ini diluluskan.
XI. Tangguhan Sidang Dewan
(Selepas semua urusan mesyuarat dijalankan bagi persidangan kali ini)
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
Tangguhan Sidang Dewan.
Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar!
Sebelum saya membacakan usul ini, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan bajet pada tahun ini. Juga ingatan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Pegawai-Pegawai Daerah yang akan kembali ke daerah masing-masing untuk melihat bencana banjir yang saya jangkakan akan bertambah buruk sekiranya hujan tidak berhenti. Tapi yang saya pasti ialah daripada himpunan air yang besar di Padang Ulu, Padang Terap dan di Sik, dia akan turun mai ke Pokok Sena, ke Alor Setar, kita harap kita dapat berhati-hati, kita pi lah tengok masyarakat di kawasan masing-masing. Teruskan khidmat seperti biasa.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Terima kasih
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Terima kasih Yang Berhormat. 1.13 petang.
Banjir melanda di semua negeri Pakat kalut mencari sampan Harap kita dapat berjumpa kembali Dalam sidang di tahun hadapan
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur.
Kerjasama yang begini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi di masa-masa yang akan datang. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
[Sidang Dewan tamat pada jam 1.20 petang]