Kedah · 21 April 2025
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 332 turns · 38,865 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula.
Bacaan Doa.
Bacaan Doa!
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, Alhamdulillah. Pertama dan selamanya, marilah kita sama-sama merafakkan rasa penuh kesyukuran terhadap Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, kita dapat berkumpul dalam Dewan Yang Mulia ini bagi menyempurnakan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-15. Sebelum memulakan persidangan ini, saya mengucapkan takziah di atas pemergian mantan Perdana Menteri Malaysia yang Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada baru-baru ini. Allahyarham merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh negara atas sumbangan baktinya sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. (Bacaan Al-Fatihah).
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan persidangan ini, khususnya kepada barisan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri, kakitangan Pejabat Dewan, pasukan technical dan urus setia serta semua inidividu yang bekerja keras di sebalik tabir demi memastikan kelancaran istiadat pembukaan ini berjalan dengan lancar.
YAB. Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam suasana Syawal yang masih dirasai saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri Maaf Zahir Batin kepada semua Ahli Dewan dan seluruh rakyat Negeri Kedah.
Saya juga ingin memaklumkan ketidakhadiran YB. ADUN Bukit Kayu Hitam, merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah pada 20 sehingga 23 April 2025 atas faktor kesihatan dan telah mendapat cuti sakit daripada hospital.
Pada pagi ini, Dewan Yang Mulia telah menerima pelawat daripada Kedah Future Leaders dan Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah. Selamat datang saya ucapkan. Akhir sekali, patik ingin merafak sembah junjung kasih kehadapan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah atas perkenan baginda mencemar duli merasmikan Pembukaan Perasmian Dewan pada kali ini. Sesungguhnya keberangkatan baginda adalah lambang keutuhan dan sokongan padu institusi diraja terhadap perjalanan demokrasi serta pembangunan negeri yang tercinta ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suka saya ingatkan supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada ucapan Titah Diraja yang menyentuh pelbagai aspek utama dalam dasar negeri serta pembangunan ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat. Kajian yang dilakukan oleh Badan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Parlimen Malaysia dalam laporan pengukuhan badan perundangan negeri dan wilayah tahun 2022 menyarankan agar semua Titah Diraja diambil serius sebagai input kepada perancangan strategik Kerajaan Negeri Kedah. Maka saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar mengadaptasikan kandungan titah ini dalam ucapan perbahasan masing-masing.
Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.
Pembentangan Kertas-kertas Dewan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.
I. Pembentangan Kertas-Kertas Dewan Oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.
Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk membentangkannya.
YB Tuan Speaker, dengan ini saya pohon membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang berikut seperti di meja Ahli-ahli Yang Berhormat:-
Kertas Dewan Bil. 1 Tahun 2025 Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.
Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 2025 Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.
Kertas Dewan Bil. 3 Tahun 2025 Laporan Tahunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah [PKNK] Bagi Tahun 2022.
Kertas Dewan Bil. 4 Tahun 2025 Penyata Kewangan Yayasan Islam Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
Kertas Dewan Bil. 5 Tahun 2025 Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.
Kertas Dewan Bil. 6 Tahun 2025 Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023. Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Langkawi, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap dan Majlis Daerah Bandar Baharu Sekian, terima kasih.
Urusan seterusnya.
Sesi pertanyaan-pertanyaan mulut.
II. Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions
Dipersilakan YB. Sidam.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya mohon jawapan kepada soalan nombor 1. Terima kasih.
1. Malaysia sedang menuju ke arah negara tua dimana persediaan perlu diambil bagi menjaga komuniti warga tua yang akan ramai kelak.
Pohon dinyatakan :-
a) Nyatakan statistik warga tua terkini berbanding penduduk dalam Negeri Kedah?
b) Apakah inisiatif dan langkah kerajaan untuk membuat persiapan ke arah itu?
Silakan YB. Merbau Pulas.
Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Bila malam takut hantu, Jangan lupa bawa merton, Saya jawab soalan nombor satu, Bagi pihak dinda YB. Dato' Halimaton.
Saya jawab soalan nombor 1 bagi pihak dinda YB. Dato’ Halimaton
Soalannya mengenai tanah negara tua. Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030, di mana unjuran 15.3% daripada penduduknya berumur 60 tahun dan ke atas. Sehubungan itu, persediaan rapi diperlukan untuk memastikan kesejahteraan komuniti warga emas terutamanya di Negeri Kedah.
a) Statistik Terkini Warga Emas di Negeri Kedah Berbanding Jumlah Penduduk (sumber DOSM): Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2024, jumlah penduduk di Negeri Kedah adalah seramai 2.2 juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 301,920, bersamaan dengan 13.6% adalah penduduk berumur 60 tahun ke atas. Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya berdasarkan maklumat di bawah:
TAHUN PERATUSAN PENDUDUK BERUMUR 60 TAHUN KE ATAS 2020 11.8% 2021 12.5% 2022 12.8% 2023 13.2%
Di sini membuktikan warga tua makin sihat. Peningkatan itu berlaku.
b) Inisiatif dan Langkah Kerajaan dalam Persediaan Menuju Negara Tua:
Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempersiapkan negara menghadapi status negara tua, antaranya:
1. Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (DWEN)
DWEN dirangka untuk memastikan kesejahteraan warga emas melalui penyediaan perkhidmatan dan sokongan yang komprehensif, termasuk aspek kesihatan, sosial, dan ekonomi.
2. Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara
2.1 Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara diwujudkan sebagai suatu mekanisme pelaksanaan dasar berkaitan warga emas dan penuaan penduduk. Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan sekretariat kepada majlis ini yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
2.2 Peranan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara:
i. Menyelia pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara
ii. Membangunkan program dan strategi untuk mendidik masyarakat bagi meningkatkan kesedaran berhubung dengan warga emas
iii. Membuat syor kepada kerajaan mengenai penjagaan, perlindungan, pembangunan dan kesejahteraan warga emas
iv. Mengesyorkan kepada kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin kesejahteraan warga emas
v. Menasihati kerajaan mengenai isu-isu warga emas termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa, mengumpul data dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan berkaitan warga emas.
3. Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri dan Daerah
3.1 Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri dan Daerah ditubuhkan untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar serta program berkaitan warga emas di peringkat akar umbi.
3.2 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri sebagai urus setia. Ahli dalam Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri terdiri daripada agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan Kerajaan.
3.3 Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah. Pihak Berkuasa Tempatan dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah sebagai urus setia. Ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan, penghulu dan individu yang terlibat secara aktif dalam pembangunan warga emas setempat.
4. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE):
Kerajaan memperkasakan fungsi PAWE sebagai hab aktiviti dan perkhidmatan mesra warga emas dalam komuniti, menyediakan platform untuk pembelajaran sepanjang hayat dan aktiviti sosial.
Terdapat 15 pusat aktiviti PAWE warga emas di Negeri Kedah. Semua daerah diadakan (PAWE) lah, semua daerah 15 aktiviti, Kubang Pasu, Tingkatan Urus Usia Emas Kubang Pasu, kalau Padang Terap, Pertubuhan Warga Emas Padang Terap, Kota Setar, Persatuan Bekas Kakitangan Pegawai Kerajaan. Di Yan, Pertubuhan Warga di Usia Emas Daerah Yan, Pendang, Kelab Warga Emas Pendang, Sik, Pertubuhan Jati Diri Daerah Sik, Baling, Pertubuhan Warga Emas Baling, Kuala Muda, Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia, Kulim, Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia, Kota Setar, Kelab War Muda. Ini lain sikitlah Kota Setar ni. Nama dia Kelab War Muda. Langkawi, Pusat Aktivit Warga Emas, Bandar Baharu, Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia, Kuala Muda, Pertubuhan Wira Sejahtera Perwis Sungai Petani, Kota Setar, LKPI Perhubungan Negeri Kedah, Kota Setar lagi, Persatuan Warga Emas Kariah Masjid Aman.
5. Portal eWarga Emas (e-WE)
JKM memperkenalkan portal eWarga Emas (e-WE) sebagai salah satu inisiatif untuk memperkasakan perkhidmatan kepada warga emas, menyediakan maklumat dan perkhidmatan secara dalam talian.
6. Sambutan Hari Warga Emas Sambutan Hari Warga Emas dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada setiap tahun untuk menghargai, meraikan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan serta sumbangan warga emas dalam pembangunan negara. Ia juga menjadi platform penting untuk memperkukuh komitmen kerajaan dalam menyokong kesejahteraan golongan ini. 7. Inisiatif Bantuan Kewangan
Bantuan Warga Emas (BWE) sebanyak RM600 sebulan seorang, diberikan kepada warga emas yang layak. Bantuan ini diberi sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan supaya terus tinggal dalam komuniti. Kelayakan Bantuan Warga Emas (BWE) adalah seperti berikut; berumur 60 tahun ke atas, tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup dan tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan. Laporan penerima bantuan warga emas bulan April 2025 berjumlah RM4,615,000 yang melibatkan 7,692 kes di Negeri Kedah.
Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh… (YB. Sidam mencelah)
Soalan tambahan sikit.
Soalan tambahan ingat sebab YB. Bukit Kayu Hitam tidak hadir, kita pos ke soalan nombor 2. Nanti YB. boleh bangkit dalam perbahasan.
Baik. Baik. Terima kasih.
Seterusnya, dipersilakan YB. Tanjung Dawai.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Soalan nombor 1 tentang warga tua. Mohon jawapan soalan nombor 2.
2. Permohonan Kedah sebanyak RM200 juta kepada Kerajaan Persekutuan bagi mengekalkan kawasan sawah padi selaras dengan titah DYMM Tuanku Sultan Kedah tahun lalu.
Pohon dinyatakan apakah perkembangan permohonan tersebut dan pendirian Kerajaan Persekutuan?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh YB. Tuan Speaker. Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Soalan YB. Tanjung Dawai ni ada berkaitan dengan permohonan Kerajaan Kedah sebanyak RM200 juta kepada Kerajaan Persekutuan bagi mengekalkan kawasan padi selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada tahun lalu. Apakah status ataupun kedudukan permohonan tersebut dan pendirian Persekutuan? Bagi pihak Kerajaan Persekutuan mungkin sukar untuk saya beri jawapan di sini, InsyaAllah penggal ke depan (sambil ketawa).
Pertama sekali saya ingin tegaskan di sini bahawa kita tidak pernah kendur untuk memperjuangkan pengorbanan yang telah kita lakukan untuk negara ini dan penghargaan setimpal yang patut diberikan kepada negeri dan rakyat Kedah Darul Aman di atas pengorbanan besar yang dibuat sebagai “Jelapang Padi Negara” yang telah mengorbankan begitu luas tanah-tanah sawah padi, pengekalan kawasan hutan untuk tadahan dan bekalan air.
Permohonan kerajaan negeri sebanyak RM200 juta itu masih dalam peringkat pertimbangan Kerajaan Persekutuan dan beberapa siri libat urus telah dilakukan terutamanya dalam Mesyuarat Majlis Fizikal Negara yang terakhir telah dibentangkan oleh Pelan Malaysia satu sistem yang dibangunkan dinamakan KAGUMN (Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara) K A G U M N. KAGUMN ini adalah satu sistem yang dibangunkan oleh Pelan Malaysia mengambil kira beberapa ciri yang dimasukkan sebagai nilai insentif kajian KAGUMN. Selepas mengambil kira semua insentif yang agak sukar difahami lah, orang Pelan Malaysia boleh faham, agak teknikal. Pelan Malaysia mencadangkan di atas keseluruhan kawasan Jelapang Padi dan Kawasan Luar Jelapang Padi di Kedah, Kedah patut diberi insentif khas RM41 juta.
Walaupun demikian, kerajaan negeri masih berpandangan bahawa nilai insentif yang dicadangkan oleh KAGUMN ini masih terlalu jauh daripada kehilangan yang telah kita korbankan. Bukan baru YB. Tuan Speaker, kita tanam padi ini ribu tahun dah. Kos untuk mengimport masuk padi daripada luar. Jadi, difahamkan sekitar RM2,800 hingga
RM3,000 untuk satu tan matrik. Tapi kita tanam di sini, walaupun kerajaan memberi alasan bahawa telah banyak bantuan diberi dalam bentuk subsidi untuk menghasilkan padi, subsidi baja, subsidi racun, subsidi harga padi. Kita berpandangan bahawa subsidi itu adalah bantuan yang diberikan kepada para pesawah. Tapi kehilangan kerajaan negeri terhadap hasil cukai, tanah-tanah yang dikekalkan untuk kawasan padi.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, tanah bersyarat padi adalah tanah yang paling rendah nilai cukai tanah. Daripada keseluruhan tanah 220 ribu hektar tanah bersyarat padi di Negeri Kedah Darul Aman ini, kutipan cukai tanah hanyalah RM2.6 juta. RM2.6 juta ini kalau kita kutip cukai untuk kawasan industri tak sampai 10 hektar boleh dapat RM2.6 juta. Tapi kita simpan 222 ribu hektar untuk dapat RM2.6 juta cukai tanah. Itulah kehilangan yang telah kita tanggung selama berpuluh-puluh tahun. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pengorbanan yang telah kita buat ini melibatkan kita menanggung kos melepas. Inilah kiraan ringkas yang saya huraikan untuk dipahami oleh rakan-rakan kita di peringkat Persekutuan, kenapa kita terus mengemukakan tuntutan ini tanpa henti.
Kita ada sekitar 5,000 hektar tanah yang telah termasuk dalam RTD (Rancangan Petempatan Daerah) yang siap dan boleh dibangunkan dengan projek lain. Sama ada perumahan, industri, komersial yang akan mengubah nilai cukai tanah itu, 5,000 hektar di seluruh Kedah. Kita mengambil kira jumlah tanah yang telah termasuk dalam RTD. Tak masuk lagi yang kita boleh pelan untuk dimasukkan dalam RTD.
Daripada keseluruhan kawasan yang telah termasuk dalam RTD itu, sekiranya kita ubah syarat tanah itu, buat aktiviti lain selain daripada padi. Kita boleh dapat cukai sewa tanah, caj ubah jenis kegunaan tanah, cukai taksiran, caj pemajuan, caj sumber air mentah. Di situ sahaja kita boleh dapat RM116 juta. Haa, RM116 juta. Jadi, tuntutan kita kepada Persekutuan untuk mempertimbangkan secara halus permohonan kita ini adalah permohonan yang munasabah, bukan keterlaluan. Ada orang suka cakap kita ni suka minta duit free, dia tak tahu kos melepas yang telah kita buat. Dia ingat kita saja-saja pi buat permohonan tanpa asas.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, jika mengambil kira kaedah ataupun nilai insentif yang dibangunkan dalam KAGUMN, KAGUMN ni diambil 1% sahaja dia punya pemboleh ubah daripada nilai isentif yang dikira setiap hektar tanah yang ditanam tadi, jika dibangunkan nilai-nilai yang digunakan oleh Pelan Malaysia itu, satu hektar tanah nilainya RM400 ribu. Jadi, diambil angkubah dia 1%. Kita tak mintalah 1%, kita minta 0.38%. Dengan angkubah 0.38% ini boleh dapat RM157 juta setahun, kalau pakai kaedah pengiraan yang sama. Tapi, angkubah dia tak bolehlah 0.1% kena 0.38%, lebih besar, lebih tinggi. Dan kaedah-kaedah yang telah dibangunkan ini masih boleh diambil kira untuk tuntutan ini diteruskan.
Saya harap Kerajaan Persekutuan terus mempertimbangkan permohonan kita ini, permohonan yang munasabah kalau kita terkeluar daripada tanggungjawab kita sebagai “Negeri Jelapang Padi” untuk negara ini, tentulah negara akan mengalami kesukaran. Hujah-hujah yang telah saya berikan sebelum pada ini jika di convert keseluruhan tanah padi ini kepada kawasan komersial, kita dapat RM1.7 bilion setahun cukai tanah. Kita nak kira bagi mudah, kita kata bagi 10% daripada keseluruhan kawasan itu RM170 juta, kiraan mudah. Dia mai jadi kira-kira payah macam ini, pun masih boleh dapat RM156 juta. Jadi, bukanlah luar biasa dan kita pun bukan menuntut duit free, kita tuntut atas kehilangan yang telah kita tanggung ratusan tahun lamanya. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih YB. Tuan Speaker dan juga YAB. Menteri Besar. Kita Kedah banyak korban. Air kita korban untuk negeri-negeri jiran kita, tanah pun kita korban untuk rakyat di Malaysia. Jadi, sawah padi lebih daripada 40%, bekal beras negara.
Apa yang dibangkitkan ini bukan sekadar apa yang disuarakan oleh kerajaan negeri, bahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Bahkan kita berusaha untuk menjamin makanan ruji negara. Kalaulah kita tidak menjadi jelapang padi dan menyebabkan negara bergantung kepada eksport beras, bayangkan banyak mana yang terpaksa Kerajaan Pusat tanggung. Kita masih lagi fikir tentang masyarakat, rakyat di Malaysia kita ni. Tapi sampai bila? Saya nak tanya YAB. Menteri Besar, kalau mereka tak layan, apa tindakan kerajaan negeri? Kot kot la ada. Terima kasih.
Silakan YAB. Menteri Besar.
YB. Tanjung Dawai ni kira nak suruh perang saja (sambil ketawa). Kita tak ada askar nak pergi perang dengan depa. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, YB. Speaker, dalam era moden ni kita masih berpegang kepada kaedah rundingan. Kaedah rundingan, memberi alasan-alasan yang munasabah. Saya rasa tak ada orang di dunia ni yang tidak gila, yang menolak alasan munasabah. Tiap-tiap permohonan tuntutan kita itu disertakan dengan alasan yang munasabah, masuk akal. Saya rasa kawan-kawan kita di peringkat
Persekutuan juga memahami keadaan ni, cuma mungkin kekangan fiskal negara yang mengakibatkan depa nak elak. Kalau mula bagi, tak boleh berhenti. Lebih kurang macam tu lah. Saya rasa, saya rasa, tapi perasaan ni saya bawa ke penggal hadapan untuk dibuktikan.
Mungkin kedudukan fiskal negara tidak mengizinkan negara memberi komitmen kewangan sebesar itu. Tapi saya nampak RM200 juta bagi negara ini dengan perbelanjaan tahunan RM430 bilion. RM430 bilion bajet tahunan negara untuk beri RM200 juta demi mengekalkan kawasan paling penting negara ini. Paling penting bukan kawasan industri, paling penting ialah kawasan pertanian untuk makanan. Apa guna industri besar-besar kalau benda makan tak dak. Mana ada orang makan ‘cip’ di dunia ni, orang makan nasi di Malaysia ni. Jadi, mahu tak mahu keutamaan atau priority mesti diberi kepada kawasan pengeluaran makanan. Dan kawasan pengeluaran makanan yang paling penting untuk diberi pertimbangan ialah padi. Dan saya rasa munasabah lah RM200 juta tu. Kita masih berpegang kepada kaedah rundingan dengan Kerajaan Persekutuan.
Selepas beberapa siri saya bangkitkan perkara ini di Mesyuarat Kewangan Negara, Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara, akhirnya keluar kaedah KAGUMN, keluar dah RM41 juta. Kita nak ‘timbuk’ lagi bagi jadi RM200 juta. Dia serupa buat baulu tulah, telur banyak tu juga, lagi lama ‘timbuk’ dia timbul bagi jadi RM200 juta (sambil ketawa). InsyaAllah, lama-lama orang faham lah YB. Tuan Speaker, kepentingan pengorbanan yang telah kita buat termasuklah kawasan tanah sawah tadi, termasuk juga kawasan tadahan. Kita simpan hutan, kita kekalkan aliran air untuk negeri ini, kawasan pertanian, air untuk minum negeri ini dan juga negeri jiran yang begitu pesat membangun. Depa kata kita ni tak pandai macam depa, depa tu dapat barang ‘cemey’, barang ‘cemey’ kos tak dak kan? Jadi, dah jadi hebatlah depa, tapi kosnya, pengorbanannya ada di sini. Saya ‘habaq’ dulu daripada awai-awai dulu kita ni macam abang sulung, nampak adik-adik senang kan noh kita bagi. Tapi sampai satu masa, nasib abang sulung tu kena pakat tengok juga lah. Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YAB. Jeneri. Seterusnya dipersilakan YB. Tokai.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan saya YB. Tuan Speaker, nombor 3.
3. Tahun Melawat Kedah sudah bermula. Pohon dinyatakan : -
a) Setakat ini berapakah anggaran pelancong asing dan tempatan yang datang melalui Langkawi dan tanah besar Kedah?
b) Bentuk program yang telah dilaksanakan dan di rancangan untuk menarik kehadiran pelancong?
c) Apakah bentuk program bertaraf Profesional yang dirancang untuk menarik pelancong profesional?
Silakan YB. Kubang Rotan.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih YB. Tokai. YB. Tuan Speaker, soalan daripada YB. Tokai Tahun Melawat Kedah sudah bermula. Mohon dinyatakan setakat ini berapa anggaran pelancong asing dan tempatan yang datang melalui Langkawi dan Tanah Besar? Bentuk program yang telah dilaksanakan dan dirancang untuk menarik perhatian pelancong? Dan Apakah bentuk program bertaraf perfesional yang dirancang untuk menarik pelancong profesional?
YB. Tuan Speaker, tiada data khusus mengenai jumlah kehadiran pelancong asing dan tempatan yang datang ke negeri ini secara keseluruhan bagi tahun 2025 kerana setiap data akan diperoleh empat bulan selepas suku tahun pertama setiap tahun. Walau bagaimanapun, dianggarkan pada tahun 2025 ini, jumlah kehadiran pelancong dan juga pelawat ke Negeri Kedah ini meningkat 35% yang menjadikan 7 juta berbanding 5.2 juta pada tahun lepas. Tapi bagi Langkawi kita ada datanya. Bagi bulan Januari dan Februari, jumlah kemasukan pelancong dan juga pelawat ke Langkawi adalah sebanyak 554,416 orang di mana seramai 288,400 pada bulan Januari dan juga 266,016 orang pada Februari 2025. YB. Tuan Speaker, TMK 2025 (Tahun Melawat Kedah 2025) ini digerakkan dengan satu matlamat iaitu untuk merancakkanan sektor pelancongan dalam Negeri Kedah dan dengan dua langkah utama yang kita lakukan iaitu terus menggemilangkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan tersohor di dunia dan juga mengangkat potensi pelancongan di Tanah Besar.
Bagi tujuan itu, pelbagai kaedah telah dirangka dan pelbagai program telah dirancang sebagai satu usaha mempromosi dan juga menyalurkan maklumat kepada khalayak pasaran. Kedah Tourism yang juga merupakan sekretariat Tahun Melawat Kedah telah pun melancarkan kalender acara Tahun Melawat Kedah 2025 yang dapat diakses oleh sesiapa sahaja. Suka juga saya nyatakan di sini, sebanyak 170 acara kecil dan besar yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini yang merangkumi 45 acara yang diberi tumpuan. Dan semua acara-acara ini tidak hanya tertumpu kepada satu kawasan sebaliknya meliputi 12 daerah dalam Negeri Kedah. Kita nak, impak TMK 2025 ini dapat disertai di seluruh dalam Negeri Kedah ini.
YB. Tuan Speaker, kita juga merancang beberapa program bertaraf profesional yang menggabungkan elemen rangkaian dan pengalaman ekslusif yang diyakini berupaya menarik minat pelancong profesional. Antara program yang dirancang adalah seperti, Kedah Professional Retreat and Leadership Camp yang menyasarkan eksekutif syarikat, pemimpin muda, pengurus syarikat, manakala kandungannya berupa bengkel pembangunan diri dan kepimpinan, team building di alam semula jadi, Business and Networking in Heritage Series yang disasarkan kepada usahawan
pelabur tempatan dan antarabangsa. Kandungannya berupa pameran produk usahawan Kedah, sesi B2B Matching, Heritage Tour sambil membina networking. Dan seterusnya Academic and Heritage Tourism Week. Program ini akan diadakan di tempat-tempat seperti Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Muzium Negeri Galeri Sultan Abdul Halim dengan sasarannya adalah golongan pensyarah, pelajar pascasiswazah dan penyelidik luar negara.
Kita meletakkan harapan yang tinggi agar pintu yang dibuka kepada segmen-segmen untuk menarik kehadiran pelancong-pelancong profesional ini akan menjadi laluan awal ke arah menjadikan Kedah sebagai destinasi pilihan golongan profesional dan seterusnya pemangkin kepada tumbuhnya pusat-pusat konvensyen dan dewan pameran bertaraf antarabangsa khususnya di Tanah Besar Kedah. Terima kasih.
Ada soalan tambahan YB. Tokai?
Terima kasih YB. Kubang Rotan, EXCO Pelancongan. Saya nak menarik kepada yang ketiga tadi ni. Kita ada universiti tempatan, UUM misalnya. Kita mempunyai keilmuan yang tinggi kepada pentadbiran awam. Kita ada UniSHAMS, ilmu-ilmu agama. Kita ada AIMS di Bidong tentang ilmu-ilmu perubatan. Dan kita ada KMC mendapat taraf antarabangsa dari bidang perubatan.
Jadi, syor saya lah sebelum pergi ke soalan betoi-betoi ni, apakah ini tidak boleh kita gunakan sebagai hub untuk kita mengadakan ataupun menarik pelancong-pelancong professional, medical professional, profesional dalam pentadbiran, profesional dalam bidang agama untuk kita adakan bengkel ka, kursus atau seminar ka, untuk menarik mereka-mereka yang dalam bidang-bidang ini dari seluruh dunia untuk tumpu ke Kedah. Soalan saya adalah, apakah langkah-langkah terkini yang diambil oleh pihak Yang Berhormat untuk kita menarik pelancong-pelancong ke Negeri Kedah ni untuk menambahkan lagi jumlah daripada 7 juta mungkin pi 9 juta ka? Okay, terima kasih YB. Tuan Speaker.
Silakan YB. EXCO.
Baik, terima kasih YB. Tokai. YB. Tuan Speaker, 3 hari lepas, 18 haribulan April telah berlangsungnya pameran pelancongan MATTA Fair sesi April 2025 di MITEC (Malaysia International Trade And Exhibition Centre). Ini adalah satu pameran pelancongan bertaraf antarabangsa dan terbesar seumpamanya dalam negara kita yang dianjurkan. Dan pameran MATTA Fair pada kali ini juga dirasmikan oleh YAB. Jeneri sendiri. Pameran pelancongan ini melibatkan penyertaan seramai 600 lebih penyertaan daripada pemain industri pelancongan di dalam dan luar negara. Dan Kedah juga tidak terkecuali untuk mengambil bahagian dan kita bukan saya bercakap mengambil bahagian tetapi juga menjadi pemain utama pada penganjuran MATTA Fair pada kali ini dan Kedah terpilih sebagai pilihan Malaysia. Ini adalah satu kehormatan, satu pengiktirafan atas komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan 2025 ini sebagai tahun pemula untuk kita mengangkat sektor pelancongan dalam Negeri Kedah.
Pada pameran MATTA Fair pada kali ini, di Kedah mengambil bahagian dengan 62 ‘reruai’ (booth) yang melibatkan Negeri Kedah yang disertai oleh pemain-pemain industri dari Langkawi dan juga Tanah Besar dan ini juga kali pertama pemain industri
pelancongan di Tanah Besar mengambil bahagian selain daripada LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi), daripada PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah), daripada UPUK (Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah), daripada Majlis Bandaraya Alor Setar juga yang mengambil bahagian, Majlis Daerah Baling dan juga Majlis Perbandaran Sungai Petani yang mengambil bahagian. Semua ini bertujuan untuk orang kata mempromosikan Negeri Kedah sebagai destinasi pelancongan. Itu yang pertama YB. Tokai.
Yang keduanya, pada penghujung bulan ini, Kedah Tourism akan menyertai deligasi Kedah dan juga Malaysia menyertai Expo Osaka 2025 di Jepun. Ini adalah satu acara antarabangsa yang melibatkan penyertaan 160 negara di seluruh dunia. Tujuan penyertaan kita tak lain dan tak bukan, yang pertamanya untuk mengangkat nama Kedah dan juga untuk menghebahkan dan untuk mengajak khalayak antarabangsa untuk datang ke Negeri Kedah bagi merasai pengalaman yang dimaksudkan dengan Experience Kedah. Seterusnya, pada bulan depan iaitu 2 hingga 4 haribulan Mei, Tasik Pedu akan menjadi tapak kepada penganjuran Festival Perkhemahan dan Kebudayaan DAMCAMP 2025 yang kita yakin akan mendapat permintaan ribuan orang, bukan sahaja daripada negara kita, daripada negara-negara jiran. Kita akan menggunakan medan ini sebagai untuk terus mempromosikan Negeri Kedah kita ini.
Dan seterusnya pada bulan hadapan bulan 5, satu acara yang ditunggu-tunggu iaitu penganjuran LIMA Langkawi. Selain itu juga, dalam masa yang sama akan berlangsungnya satu acara baru, iaitu Malaysia International Boat Show ataupun MYBOS 2025 yang julung-julung kalinya yang diadakan. Kedah tidak akan melepaskan dua acara besar ini berlalu pergi sahaja. Malah kita akan menjadikan satu medan untuk terus mempromosikan Negeri Kedah kita ini. Selain itu juga, pada malam tadi saya telah pun merasmikan satu kejohanan, Kejohnan Karom Terbuka 2025 yang dihanjurkan di Kuala Kedah. Ini adalah satu penganjuran karom terbesar dalam negara kita ini. Penyertaannya lebih daripada 1,000, yang mana 70% daripada itu adalah peserta-peserta daripada luar Negeri Kedah, seluruh Malaysia yang mai.
Jadi, kita juga mempromosikan Negeri Kedah kita ini. Jadi, itu adalah sebahagian daripada contoh dan langkah-langkah yang boleh kita jawab di sini atas komitmen kita untuk meledakkan lagi kehadiran pelancong ke Negeri Kedah Darul Aman. Saya yakin dengan sokongan semua sahabat-sahabat di Dewan Yang Mulia ini, Kedah di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, di bawah itu YAB. Dato’ Seri Jeneri akan menjadikan, orang kata menjadikan Kedah sebagai destinasi pelancongan yang tersohor di rantau ini. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih YB. Kubang Rotan. Dipersilakan YB. Lunas.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Tanam pinang rapat-rapat, Biar puyuh senang berlari, Ku pinang-pinang tak dapat, Ku pujuk jawab soalan empat.
4. Kalau dirujuk peranan masjid di zaman Rasullah SAW ianya telah menjadi pusat pentadbiran dan aktiviti ekonomi. Justeru itu, apakah peranan yang dimainkan oleh MAIK melalui Pejabat-Pejabat Agama Daerah dalam memastikan ianya tidak hanya dijadikan tempat beribadah dan dapat dimanfaatkan dengan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan Syiar Islam?
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada YB. Lunas. Soalan 4 YB. Tuan Speaker, berkaitan dengan peranan masjid yang telah pun kita sedia maklum untuk pengimarahan di masjid-masjid, aktiviti-aktiviti agama dan sosial. Cuma soalan Lunas dari sudut penglibatan masjid dengan ekonomi setempat. Allah berfirman dalam Al-quran:
Firman Allah SWT: أعوذُ بِٱَّلله ِ مِنَ ٱلشهيۡطََٰنِ ٱلرهجِ يم
ِنهمَا إ ُيَعْمُر َمَسَـَٰجِ د ِٱَّلله ْمَن َءَامَن ِبِٱَّلله ِوَٱلْيَوْ م ِٱلْـَٔاخِ ر َوَأَقَام َٱلصهلَوَٰ ة وَءَاتَى َٱلزهكَوَٰ ة ْوَلَم َيَخْش إِّله َٱَّللهۖ َٰفَعَسَى َأُو۟ لَـَٰ ئِك أَن ۟يَكُونُوا َمِن َٱلْمُهْتَدِين
“Sesungguhnya yang mengimarahkan masjid-masjid Allah, rumah-rumah Allah ini adalah di kalangan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat. Yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tidak takut melainkan hanya kepada Allah dan mereka inilah orang-orang yang diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT.”
Maka dalam ayat ini pun antara ciri-ciri orang yang mengimarahkan masjid adalah yang menunaikan zakat. Zakat ini juga sebahagian daripada urusan ekonomi, urusan sosial umat Islam. Maka sudah pasti peranan masjid bukan hanya tertumpu kepada aktiviti ibadah khusus semata-mata, tetapi juga ia adalah tempat untuk diimarahkan dengan pelbagai aktiviti masyarakat. Dari aspek menggerakkan masjid-masjid di Negeri Kedah Darul Aman, sebagai pusat aktiviti ekonomi di mana yang telah dilaksanakan dan juga inisiatif yang telah dimainkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah antaranya.
Pertama, pembangunan bazar wakaf di masjid-masjid terpilih di Negeri Kedah Darul Aman. Sehingga kini pihak MAIK (Majlis Agama Islam Negeri Kedah) telah membangunkan sebanyak 16 unit bazar wakaf dengan kerjasama pihak Yayasan Wakaf Malaysia. Bazar Wakaf bertujuan untuk disewakan kepada usahawan kecil tempatan termasuk golongan asnaf B40 dan hasil sewaan disalurkan kembali untuk kegunaan masjid.
Kedua, penubuhan koperasi di masjid-masjid Negeri Kedah. Sehingga kini terdapat 31 buah masjid yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan sudah pasti objektif utama penubuhan koperasi adalah untuk menjana pendapatan masjid melalui aktiviti perniagaan halal, menyediakan platform ekonomi setempat seperti kedai runcit, katering, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya.
Yang ketiga, aktiviti pertanian. Pihak MAIK telah menggalakkan pihak masjid untuk menggunakan tanah-tanah wakaf milik MAIK yang berdekatan dengan kariah masjid tersebut sepertimana projek tanaman sawit di Masjid Tupai, Daerah Sik. Projek tanaman jagung di Masjid Beris, Sik dan juga Masjid Putat, Kubang Pasu. Projek tanaman getah di Masjid Hujung Keton, Padang Terap. Projek tanaman nanas di Masjid Pokok Tai, Pendang. Projek tanaman kontan di Masjid Kampung Charot Bunting, Siong, Baling dan juga masjid juga boleh membantu asnaf-asnaf dalam menggerakkan aktiviti pertanian di tanah wakaf masjid supaya kita boleh mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.
Keempat, pemasangan solar. Pihak MAIK telah melaksanakan projek pemasangan solar di 300 masjid yang terpilih di seluruh Negeri Kedah. Pemasangan solar ini secara tidak langsung dapat mengurangkan perbelanjaan pembayaran elektrik dan pihak masjid dapat menggunakan lebihan perbelanjaan tersebut ke arah aktiviti pembangunan sosial yang lain.
Kelima, projek menara telekomunikasi. Pihak MAIK juga telah bekerjasama dengan memberi kebenaran kepada pihak Syarikat Telco untuk pemasangan menara telekomunikasi di kawasan-kawasan masjid dan surau melalui kaedah sewaan. Hasil kutipan sewaan tersebut akan disalurkan semula untuk pengurusan masjid bagi tujuan pengimarahan masjid dan juga aktiviti sosial. Seterusnya bantuan keperluan makanan asas kepada anak kariah melalui penyelarasan bantuan foodbank Lembaga Zakat Negeri Kedah dan juga hasil infak orang ramai. Wang tersebut juga dimanfaatkan untuk kebajikan anak-anak kariah. Seterusnya, keenam. Masjid menawarkan khidmat pengurusan jenazah dan juga van jenazah.
Ketujuh, masjid dengan kerjasama pelbagai agensi menganjurkan pelbagai program berbentuk latihan, kemahiran dan kemasyarakatan. Sebagai contoh, kerjasama strategik masjid dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pertanian dan juga lain-lainnya untuk dimanfaatkan infra masjid untuk aktiviti-aktiviti komuniti.
Seterusnya, sebagai pusat tarbiah dan pendidikan dengan mewujudkan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pusat tuisyen, tadika dan semuanya adalah untuk memperkukuhkan ilmu di kalangan umat Islam dan juga di samping ia juga mampu untuk menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan masyarakat. Seterusnya menjadi pusat pentauliahan program TVET, pengurusan masjid dengan Taraf Sijil Kemahiran Malaysia, SKM tahap 4 dan juga masjid yang terpilih untuk menjadi pusat pentauliahan program TVET ini, Masjid Zahir dan juga Masjid Sungai Durian, Pokok Sena. Dan dalam usaha untuk kita juga memanfaatkan masjid ini, kita juga mengharapkan supaya jawatankuasa masjid dan juga masyarakat untuk turut serta dalam memakmurkan program-program masjid, bukan hanya program yang kita sebut sebagai aktiviti keagamaan tapi juga aktiviti-aktiviti yang lain.
Kalau kita lihat, banyak juga di Negeri Kedah ini masjid yang telah membina dewan. Dewan itu juga disewakan untuk pelbagai aktiviti, kenduri kahwin dan sebagainya. Ini juga sebagai limpahan ekonomi yang boleh masjid perolehi dan limpahannya kepada masyarakat dan anak-anak kariah. Jadi, moga-moga usaha yang berterusan dapat kita memperkasa dan memperkukuhkan masjid Negeri Kedah, InsyaAllah. Terima kasih.
Terima kasih YB. EXCO. Soalan tambahan YB. Lunas.
Terima kasih kepada YB. Sungai Limau atas penjelasan yang diberikan. Umum rakyat Negeri Kedah, khususnya umat Islam melihat dua contoh model masjid yang berjaya. Satunya MADAD (Murtadha Dakwah Centre), yang kedua adalah Al-Busyra. Ini maknanya dua masjid ini boleh dikatakan hampir setiap hari orang pergi ziarah dan pergi melawat.
Baik. Soalan saya, sebelum sesuatu kejayaan itu dapat dicapai oleh terutama dua masjid yang saya sebutkan tadi, sudah tentulah ianya melibatkan soal kecekapan di segi pengurusan. Banyak program-program YB. Sungai Limau sebutkan tadi. Tapi saya yakin tidak semua program-program itu telah dilaksanakan di masjid-masjid terutamanya di luar bandar, kerana mereka tidak dibekalkan dengan ilmu dalam soal pengurusan dan pentadbiran masjid yang cukup. Saya tak nafikan Majlis Agama Islam melalui pejabat-pejabat daerah ada sediakan kursus-kursus, tapi itu hanya berasaskan basic sahaja.
Maknanya tidak sampai kepada kaedah menyeluruh perkara-perkara melibatkan pengurusan ini tidak hanya tertumpu kepada pengurusan bajet tapi sejauh mana mereka dibekalkan dengan ilmu dalam soal pentadbiran untuk memakmurkan ekonomi masjid itu sendiri. Jadi, soalan saya adakah YB. Sungai Limau setuju supaya Majlis Agama Islam melalui pejabat-pejabat agama daerah ini perlu menambahkan lagi program-program ataupun kursus-kursus pemantapan pengurusan di peringkat masjid ini supaya hasrat kita untuk menjadikan masjid ini sebagai pusat ekonomi selaras dengan Titah Kebawah Duli Tuanku ini benar-benar dapat kita tingkatkan syariat Islam. Terima kasih.
Silakan YB. EXCO.
Baik. Terima kasih kepada YB. Lunas. Di peringkat kerajaan negeri kita telah melancarkan pada bulan 12, 2023. Tujuh gagasan untuk hal ehwal agama dan pendidikan Negeri Kedah Darul Aman dan tujuh gagasan ini kita ambil selepas daripada beberapa siri perbincangan dan juga town hall yang kita adakan melibatkan agensi-agensi-agensi agama dan pendidikan Negeri Kedah. Dan kita meletakkan yang pertama yang kita nak laksanakan dalam tujuh gagasan ini iaitu memperkasa pengurusan institusi agama di Negeri Kedah diangkat supaya bertaraf dunia. Ini slogan yang kita letakkan, kita mengambil kira. Hari ini Alhamdulillah, antara yang boleh kita jadikan contoh Pengurusan Institusi Agama Bertaraf Dunia Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
Jadi, kita tak mahu letak bawah daripada itu. Dan melibatkan pengurusan ini, institusi agama ini, termasuklah masjid-masjid, jabatan-jabatan yang berkaitan dan juga sekolah-sekolah agama di Negeri Kedah Darul Aman. Maka, dalam usaha untuk strategi-strategi yang kita rancang adalah yang pertamanya latihan-latihan. Kalau masjid ni kita merujuk, kalau sebelum ni kita mengadakan latihan khusus hanya kepada imam-imam dan peringkat Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, kita telah berbincang untuk kita meluaskan latihan ini kepada dua lagi jawatan yang perlu untuk diberikan latihan iaitu setiausaha dan juga bendahari kariah ataupun bendahari masjid. Kerana mereka inilah yang akan membantu imam dalam menggerakkan aktiviti anak-anak kariah dan juga aktiviti-aktiviti masjid. Dan kita percaya, apabila kita melaksanakan perkara ni, insyaAllah latihan-latihan yang dibekalkan itu mampu untuk menjadi pemangkin kepada menggerakkan masjid yang lebih baik yang ada di Negeri Kedah ni supaya perbezaan yang jauh macam Yang Berhormat sebut beberapa masjid itu, boleh untuk kita kurangkan perbezaan itu.
Di samping itu, perkongsian strategik telah pun laksanakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan masjid-masjid yang telah pun menjadi masjid terbaik. Bukan hanya di peringkat negeri malahan terpilih beberapa masjid Negeri Kedah ni di peringkat kebangsaan. Perkongsian-perkongsian itu dengan masjid-masjid lain di peringkat daerah-daerah juga telah pun dilaksanakan. Dan insyaAllah, kita juga meharapkan kalau ada pandangan-pandangan, saranan-saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga pihak lain untuk kita memberikan cadangan yang membina saya yakin, masjid-masjid, pengurusan masjid di Negeri Kedah ini kita sedia untuk menerima dan insyaAllah dan kita akan laksanakan terbaik demi memastikan bahawa Islam dan syiar Islam terus kukuh dalam masyarakat kita, insyaAllah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. EXCO. Seterusnya, YB. Guar Chempedak.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mohon jawapan untuk soalan nombor 5. Terima kasih.
5. Melihat kepada peningkatan pelaburan setiap tahun.
Pohon dinyatakan adakah kita mempunyai kawasan yang mencukupi untuk dibuka sebagai kawasan industri yang baru dalam usaha untuk menarik sebanyak mungkin pelabur - pelabur luar masuk?
Dipersilakan YB. EXCO.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kedah Sejahtera. Yang saya hormati, YAB. Menteri Besar juga sahabat kita, YB. Guar Chempedak, di atas soalan nombor 5 yang dipanjangkan kepada saya iaitu pohon dinyatakan adakah kita mempunyai kawasan yang mencukupi untuk dibuka sebagai kawasan industri yang baru dalam usaha untuk menarik sebanyak mungkin pelabur-pelabur luar masuk.
YB. Tuan Speaker, Alhamdulillah negeri kita terus menjadi tumpuan kepada pelabur-pelabur luar negara khususnya dalam usaha mereka untuk menempatkan syarikat-syarikat mereka di kawasan pelaburan yang paling strategik di rantau ini dan juga di masa yang sama dalam konteks geopolitik ia juga memberi satu kelebihan kepada kita atau kalau kita lihat trade tension ataupun pertembungan perdagangan di antara Amerika dan China jelas menunjukkan bahawa banyak syarikat-syarikat daripada China khususnya mula keluar daripada China kerana memang polisi negara mereka iaitu mereka harus keluar untuk terus mengekalkan daya saing mereka di pasaran antarabangsa.
Jadi, kembali kepada soalan yang ditanyakan oleh YB. Guar Chempedak tadi, apa yang boleh saya katakan negeri kita telah melakukan perancangan yang rapi akan pembangunan kawasan-kawasan perindustrian kita bukan semalam. Ia telah dirancang 10 tahun lebih awal. Malahan kalau kita lihat kembali dalam konteks perancangan pembangunan Kulim Hi-Tech Park yang telah ditubuhkan 26 tahun dahulu atau 29 tahun dahulu di mana tahun hadapan adalah anniversary 30 tahun Kulim Hi-Tech Park ini. Jelas menunjukkan kepimpinan negeri kita dahulu dan negara telah melihat bahawa akan datang satu masa dan era yang mana kita akan menjadi pilihan dunia. Jadi, saya menyatakan di sini, apa yang telah digerakkan oleh kepimpinan dahulu dalam konteks penubuhan Kulim Hi-Tech Park itu di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Ini harus diberi penekanan di sini.
Penubuhan Kulim Hi-Tech Park bukanlah inisiatif Kerajaan Pusat semata-mata, ia adalah satu kerjasama strategik di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang membolehkan Kulim Hi-Tech Park ini menjadi crown jewel ataupun mahkota kepada pembangunan ekonomi negara kita dengan kata lain, kita menjadi rumah kepada syarikat-syarikat multinational corporation seperti Intel, Infuneon, Osram dan banyak lagi. Jadi, atas usaha tersebut maka kita telah melihat perkembangan ekosistem supply chain yang semakin berkembang pesat telah membolehkan Kulim Hi-Tech Park ini pergi ke fasa berikutnya. Kita telah pun pada dasarnya hampir selesai dalam konteks penjualan ataupun leasing, pajakan tanah untuk fasa terkini 4A hampir habis. Kita pergi ke fasa 5, Alhamdulillah.
Setelah hampir setahun kita mengharapkan satu proses yang mudah, yang lancar, bersemangat kenegaraan daripada sahabat kita di Kementerian Ekonomi, tapi Alhamdulillah atas kebijaksanaan YAB. Menteri Besar kita telah berjumpa dengan PMX (Perdana Menteri Malaysia ke-10). Tahniah kepada YAB. Menteri Besar. Kita dah tak boleh jumpa jalan penyelesaian dengan Menteri Ekonomi, terus jumpa Prime Minister. Dalam kes ini kena bagi kredit kepada YAB. PMX tapi make sure YAB. PMX tunaikan apa yang telah dijanjikan supaya fasa 5 yang sekitar 500 ekar tanah perindustrian dapat kita bangunkan segera sebab proses mengambil masa untuk
membangunkan tanah ini untuk pembangunan infra. Jadi, kita telah buang masa selama 1 tahun atas perkara remeh yang mana kita tidak mahu mengulangi perkara-perkara ini. Di Dewan Yang Mulia ini, kita ingin terus bergerak ke hadapan. Jadi, kita merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB. Dato' Seri kita, YAB. Dato' Seri Menteri Besar di atas kebijaksanaan dan juga keterbukaan dan jiwa besar YAB. Perana Menteri kita untuk menyelesaikan isu NOC (No Objection Certificate) yang hampir setahun lebih tidak dapat diselesaikan.
Jadi, dengan kata lain akan ada tanah baru di Kulim Hi-Tech Park sekitar 500 ekar. Pada masa yang sama, kita juga sedang mengusahakan dan sedang melakukan promosi habis-habisan lah kalau boleh saya katakan Yang Berhormat, iaitu untuk Delapan Special Border Economic Zone (SBEZ) yang mana kita ada keluasan tanah di sana 4,000 ekar. Kalau in total di Special Border Economic Zone ini ada lebih kurang iaitu 11,800 ekar tanah yang tersedia. Baru-baru ini kita telah dijemput oleh Shenzhen, syarikat-syarikat perdagangan yang berpangkalan di Shenzhen ini ada association mereka yang telah menjemput kita untuk memberi pembentangan di Shenzhen di mana telah dihadiri sekitar 250 buah syarikat MNC (Multi National Company) mereka yang bersedia untuk keluar dari China.
Dalam presentation itu, ada dua negeri sahaja yang telah dijemput untuk memberikan pembentangan, saya mewakili kerajaan negeri kita dan kita telah membentangkan industrial park kita, bukan hanya di Bukit Kayu Hitam tetapi juga di Kulim Hi-Tech Park, di Gurun, di Kulim Industria Coridor dan juga di Sungai Petani, telah kita bentangkan kepada mereka dan mereka merasa gembira dan yakin sebab ada lebih kurang 100 syarikat daripada China di Shenzhen sahaja. Shenzhen ini, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau boleh saya rumuskan YB. Tuan Speaker, GDP dia lebih besar Shenzhen City, GDP lebih besar daripada Hong Kong. Bayangkan sebuah perkampungan nelayan 40 tahun dahulu, hari ini menjadi sebuah metropolitan, menjadi rumah kepada Huawei, menjadi rumah kepada syarikat BYD. Jadi, jumlah pelaburan yang akan keluar daripada Shenzhen dianggarkan sekitar 20 bilion USD ataupun lebih kurang RM90 bilion. Jadi, inilah yang kita sedang usahakan dan saya katakan di sini kita telah membentangkan iaitu secara khususnya CEO NGX telah membentangkan sekitar Bukit Kayu Hitam iaitu Delapan Special Border Economic Zone ini yang kita panggil kawasan itu sebagai pentas industrial park untuk menarik pelabur-pelabur Shenzhen.
Tetapi satu yang menariknya, ketika mana kita membentangkan perkara tersebut YB. Tuan Speaker, mereka ini nak kawasan yang lebih luas daripada Bukit Kayu Hitam. Dia kata, “kalau setakat 4,000 ekar, sangat kecil untuk mereka”. Jadi, kita telah bentangkan seluruh state negeri kita iaitu daripada Bukit Kayu Hitam, north dan central dan juga di selatan iaitu di Kuala Kulim Hi-Tech Park dan Kulim Industrial
Coridor. In total Yang Berhormat, kita ada 40,000 ekar tanah perindustrian yang telah pun diwartakan dan ready untuk menerima pelabur-pelabur yang akan datang. Jadi, saya ingin mengucapkan, di kesempatan ini saya ingin menyatakan dan mengucapkan terima kasih kepada dua majlis pembandaran secara khususnya iaitu MPKK (Majlis Perbandaran Kulim Kedah) dan PBT Kulim Hi-Tech (Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim) yang mana telah memberikan sokongan luar biasa dan kerjasama dan juga next in line adalah MPKP, Majlis Pembandaran Kubang Pasu di mana DUN saya berada. Haaa… itudia.
Jadi, dengan kata lain dan juga pejabat daerah di kedua-dua daerah ini dan juga di Kuala Muda, saya mohon agar semua kita bersiap sedia untuk mengaplikasikan e-tank agar kita benar-benar boleh mengambil ruang. Ini masa dia, mereka sekarang untuk keluar daripada China dan kita harus memanfaatkan ini speed, kelajuan, kepantasan, efisiensi, transparansi adalah modal terbaik yang perlu kita persembahkan. Jadi, harus ambil peluang ini. Jadi, insyaAllah dengan tarif yang dikenakan oleh Amerika kepada syarikat China sebanyak 145% dan juga tarif dikenakan oleh China kepada Amerika sebanyak 125% dan kita di kalangan South Asia country ini yang YB. Tuan Speaker, iaitu dikenakan sebanyak 24%, tapi Singapura paling rendah 10%, adalah ruang terbaik untuk memposisikan diri kita sebagai satu destinasi pelaburan terbaik.
Jadi, YB. Tuan Speaker, saya dengan ini ingin menyatakan juga jutaan terima kasih, saya percaya YAB. Menteri Besar pun sama bukan hanya Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Perbandaran Kulim ataupun PBT Hi-Tech dan Pejabat Daerah Kulim dan Pejabat Daerah Kubang Pasu, tetapi semua majlis perbandaran, pejabat daerah dan agensi-agensi pusat dan negeri termasuk Invest Kedah, yang mana hari ini telah bergerak sebagai sebuah entiti yang benar-benar agresif untuk memasarkan industrial park kita khusus juga kepada KTPC (Kulim Technology Park Corporation) yang memainkan peranan yang luar biasa. Saya juga ingin menyatakan di sini, MIDA (Malaysian Investment Development Authority) telah memberikan komitmen luar biasa hingga membolehkan kita menjadi Preferred Investment Destination di Malaysia. Terima kasih.
Soalan tambahan YB. Guar Chempedak.
Ya, soalan tambahan. Untuk mengelak daripada tanah-tanah pertanian diubah menjadi kawasan industri yang baru, boleh tak kita tebus tanah-tanah yang terhakis di tepi pantai sebagai kawasan industri yang baru? Terima kasih.
Silakan YB. EXCO.
Terima kasih kepada YB. Guar Chempedak. Dalam isu berkaitan dengan menebus tanah kawasan pantai ini untuk tujuan perindustrian, pada masa ini kita tidak merancang untuk ke arah tersebut. Kerana apa? Kita melihat pantai ini adalah satu kawasan strategik yang boleh kita manfaatkan untuk industri yang berbeza daripada sektor manufacturing. Kita boleh fokus kepada industri dalam konteks tourism sebagai contoh, education mungkin, health tourism mungkin. Jadi, ini adalah kawasan-kawasan jajaran yang perlu kita terus pelihara bagi membolehkan ianya menjadi satu kawasan perindustrian yang bukan dalam konteks sektor perkilangan. Jadi, saya dengan ini menyatakan dengan 40,000 ekar yang telah pun tersedia, hari ini hanya memerlukan kita untuk menyusun langkah kita bagi memastikan setiap inci tanah yang ada di industrial-industrial park kita ini dapat kita komersialkan, dapat kita majukan dan akhirnya memberi pulangan besar kepada negeri kita.
Jadi YB. Tuan Speaker, berbalik kepada pertanyaan tambahan tadi, buat masa ini kita tidak memberi fokus kepada untuk menebus tanah-tanah di pantai dan juga kita dalam kes ini, kita hanya kalau kita nak bangunkan pun nanti, kita akan bangunkan marine economic zone, iaitu di kota Kuala Kedah, tetapi pembangunannya adalah YB. Guar Chempedak, adalah bersifat untuk marine economy. Jadi, bukan dalam konteks yang penebusan tetapi pembangunan kawasan tersebut untuk pembangunan marine economy. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih YB. EXCO. Kita boleh pergi sikit lagi. Dipersilakan YB. Gurun.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya mohon jawapan soalan nombor 6. Sekian.
6. Kerajaan telah memperuntukan sejumlah peruntukan bagi memperkasakan belia di negeri ini melalui sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah
Pohon dinyatakan :-
Apakah perancangan kerajaan bagi memperkasakan belia bagi tahun ini?
Dipersilakan YB. Alor Mengkudu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih kepada YB. Gurun. YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah (LA) kata pemain bola, hantaran lintang ni. InsyaAllah nanti kita nak jawab ni, InsyaAllah. Untuk soalan daripada YB. Gurun, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi memperkasakan belia di negeri ini melalui Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah. Mohon dinyatakan apakah perancangan kerajaan bagi memperkasakan belia bagi tahun ini?
Untuk makluman semua Ahli-ahli Mesyuarat dan juga peserta-peserta di atas sana, fokus ke-11 bajet negeri tahun 2025 yang dibentang oleh YAB. Menteri Besar Kedah di bawah skop Belia Sukan dan Pembangunan Insan iaitu pemerkasaan, peranan dan pembangunan belia di Negeri Kedah diperkukuhkan melalui sebuah sekretariat belia negeri yang diwujudkan atas nama Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah. Ia ditubuhkan pada tahun lepas dan sekretariat ini berfungsi tanpa apa-apa allowance yang tetap atau lebih tepat secara sukarela. Kerajaan negeri sentiasa cakna dan prihatin dalam usaha menambah baik usaha pembangunan belia di Negeri Kedah.
Oleh itu, untuk tahun 2025 kerajaan telah memperuntukkan baget di bawah Pejabat Pengurusi Jawatan Kuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan khusus untuk melaksanakan program-program belia sebanyak RM100,000. Terima kasih kepada pihak kerajaan negeri terutama kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar dan juga Pegawai Kewangan Negeri Kedah (SFO) lah di sebelah sini, duk menjawab tak habis lagi ni, yang telah menjelaskan program-program. Hasil daripada peruntukan ini, kita telah menjelaskan program-program belia di bawah tiga teras utama iaitu teras pertama, Program Pembangunan 3K iaitu kemahiran, usahawanan, kompetensi atau inovasi. Di bawah teras pembangunan antara program-program yang dicadang akan dijalankan pada tahun ini bagi mencapai objektif pendedahan kemahiran soft skill dan up skilling. Antaranya adalah melalui kursus-kursus Keusahawanan dan Kemahiran Belia Sejahtera 2025. Kursus-kursus ini memfokuskan kepada pengasahan bakat atau kemahiran spesifik yang dilihat relevan untuk dikuasai pada masa ini. Sebagai contoh, pada tahun lepas kami sekretariat belia telah berjaya melaksanakan beberapa kursus kemahiran seperti kursus menggunting rambut, khusus pengaplikasian kecerdasan buatan AI, serta kursus pembuatan produk berasaskan coklat.
Teras kedua, Membina Kepimpinan dan Kesedaran Demokrasi. Untuk tahun 2025, pihak sekretariat belia sejahtera telah menyusun beberapa program kursus kepimpinan bagi tujuan mengetengahkan ketokohan kepimpinan anak muda. Sejak awal penubuhan sekretariat belia sejahtera telah bergerak tanpa peruntukan khas. Namun, beberapa program dan aktiviti belia telah berjaya disempurnakan melalui sumbangan Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri.
Pada tahun 2025, pihak sekretariat telah merancang untuk melaksanakan Simposium Kepimpinan Belia Kedah yang merupakan inisiatif penting dalam memperkasakan peranan belia sebagai pimpin di masa hadapan. Konsep utama simposium ini adalah bagi menyediakan platform belia untuk berkongsi pandangan iaitu membina jaringan kerjasama dan meningkatkan kemahiran kepimpinan. Selain itu, di bawah teras ini juga turut dicadang untuk dikekalkan pelaksanaannya adalah Kayuhan Jelajah Jiwa Merdeka yang kita telah laksanakan pada tahun lepas di semua daerah sempena menyambut kemerdekaan. Ini juga bersempena dengan Experience Kedah 2025. Jadi, kita harap program ini akan berterusan dan insyaAllah Dato’ Kuala Kedah minta maaf, Kubang Rotan dapat kita sambut sama-samalah sempena dengan Experience Kedah 2025.
Teras yang ketiga, Kesihatan dan Kesejahteraan. Sepanjang penubuhan Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah, terdapat beberapa program utama telah dianjurkan pihak sekretariat seperti Program Karnival Futsal Community Sejahtera 2.0, Piala YB. EXCO Belia Sukan, Kedah E-Sport Challenge dan Kejohanan Badminton Piala
Menteri Besar Kedah. Kesemua program belia negeri ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama dalam kalangan anak-anak muda. Oleh sebab itu, sekretariat bercadang untuk terus melaksanakan program-program seperti yang disebutkan tadi, di samping sedang merangka beberapa lagi program sukan dan riadah yang bukan sahaja melibatkan golongan belia malah melibatkan semua golongan.
Oleh yang demikian, melalui peruntukan khas yang disalurkan oleh kerajaan, sekretariat belia negeri dilihat mampu bergerak lebih lancar dan mencapai inspirasi dalam usaha pembangunan belia. Justeru, kerajaan negeri di bawah yang Jawatankuasa Belia dan Sukan sentiasa cakna dan mengambil prihatin usaha melahirkan generasi pelapis sesuai dengan arus pembangunan pada masa kini. Sukacita juga saya maklumkan, pada 2025 juga, antara program-program yang dirancang untuk belia di Negeri Kedah ni adalah antaranya kelangsungan e-sport yang telah kita langsungkan pada tahun lepas. Tahun lepas mendapat sembutan yang hangat, kehadiran peserta melebihi hampir 700 peserta dan kita mengharapkan pada tahun ni E-Sport Challenge 2.0 akan dapat dilaksanakan semula. Dan yang kedua, Kejohanan Futsal Komuniti Sejahtera 3.0, yang ketiganya Simposium Pembangunan Belia seperti yang disebut tadi kursus kemahiran dan keusahanan belia dan yang ketiganya seperti dimaklum juga tadi, Jelajah Jiwa Mereka Experience Kedah 2025. Terima kasih.
Terima kasih YB. EXCO. Soalan tambahan YB. Gurun. Kita ada 3 minit lagi.
Terima kasih YB. Alor Mengkudu. Satu perancangan yang begitu baik. Jadi soalan tambahan saya, apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi dan kemahiran dalam kalangan belia Negeri Kedah ini yang mampu meletakkan belia negeri setanding dengan negeri-negeri lain? Sekian.
Silakan YB. EXCO. 3 minit.
Terima kasih YB. Gurun. Daripada sudut ekonomi lah, tadi banyak fokus kepada program-program. Saya nak cerita terus daripada PKNK lah (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) telah memperkenalkan Program Skill Belia Sejahtera. Program latihan kemahiran merupakan sebuah program untuk membantu golongan belia dan lepasan SPM, bagi yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pendidikan. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat Kulim Advanced Teknologi Sdn. Bhd. ataupun K-Techno, iaitu anak syarikat milik penuh Kulim Technology Park Corporation. 2024 seramai 25 orang pelatih yang merupakan perintis kumpulan pertama di bawah Program Skill Sejahtera yang ditaja oleh kumpulan PKNK. Pada 2025, telah dinaikkan sebanyak 50 orang pelatih melibatkan hampir 500,000. Dan kita mengharapkan program ini adalah bukan sekadar membuka satu ruang baru untuk anak-anak muda, tapi juga menyediakan tenaga kerja mahir selaras dengan pembangunan industri seperti yang telah dimaklum oleh YB. Jitra tadi.
Inilah antara peluang-peluang pekerjaan yang kita mengharapkan hasil daripada kursus-kursus dan juga tumpuan kepada ekonomi ini, bukan sekadar hasil daripada program ini, 90% daripada pelatih ini ditawar untuk mengisi peluang pekerjaan di KHTP. Syarat utama seperti yang dimaklumkan tadi adalah lepasan SPM atau juga lepasan mereka-mereka yang tidak berpeluang untuk melajutkan pelajaran di peringkat tinggi lah. Sepanjang latihan untuk makluman, selama 3 bulan tajaan untuk seorang lebih kurang dalam 10,000 pelajar akan memperoleh kemudahan-kemudahan yang berikut, seperti makan dan minum 4 kali sehari termasuk cuti, 2 helai pakaian seragam dan kasut keselamatan, tempat kediaman dan kemudahan asas, pengangkutan pergi balik dari tempat latihan kemahiran teknikal dan tempat kediaman, insurans berkelompok dan elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan. Jadi kita mengharapkanlah, ambillah keselamatan anak-anak muda kalau ada di sana, yang ada peluang sila dapatkan maklumat daripada PKNK dan InsyaAllah, inilah peluang terbuka untuk anak-anak, bukan sekadar mencari peluang-peluang pekerjaan yang baru dan juga antara orang kata inisiatif kerajaan bagi menyambut daripada apa yang telah kita sarankan dalam strategi dan objektif kita sempena dengan pelancaran 2035 hari tu. Wallahu a'lam. Assalamualaikum.
Terima kasih YB. Alor Mengkudu. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.
III. Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.Motion
Usul ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.
YB. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan satu usul yang berbunyi seperti berikut;
“Bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman mempersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Ucapan yang berbunyi, “patik-patik sekalian, Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Di dalam persidangan ini dengan penuh hormat dan ta'zimnya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenannya Tuanku menyampaikan titah ucapan sempena perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang Ke-15”. Terima kasih.
Dipersilakan YB. Merbau Pulas.
YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.
Perbahasan di atas usul menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar.
IV. Perbahasan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar.Motion
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perbahasan di atas usul ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah saya mohon Kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat agar menumpukan ucapan-ucapan Yang Berhormat kepada perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah sahaja. Saya juga berharap Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mengulangi perkara-perkara yang telah pun di sentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan!
Dipersilakan YB. Sidam. Ada rehal? Diberi masa 30 minit untuk Ketua Pembangkang dan Ketua Backbencher dan ADUN 15 minit. Silakan.
Baik, terima kasih YB. Tuan Speaker. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. YB. Tuan Speaker, YB. Timbalan Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan -puan sekalian. Bersyukur di atas rahmat Tuhan, kita masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik pada hari ini untuk kita sama-sama berada dalam Dewan yang mulia ini bagi membincangkan dan membahas dalam menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah demi kepentingan rakyat dan masyarakat di kawasan masing-masing. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan bagi memberi ucapan sempena Pembukaan Sidang DUN kali ini. Tidak terlewat rasanya bagi saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Yang Berhormat, yang beragama Islam. Semoga Lebaran ini
menjadi permulaan yang baik, diberi umur yang panjang dan juga dikurniakan kekuatan untuk kita menangani dan juga berkhidmat untuk rakyat di kawasan masing-masing. Dalam Dewan Yang Mulia ini, ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan dan akan saya ketengahkan yang boleh diambil perhatian sewajarnya oleh pihak kerjaan demi kesejahteraan penduduk Kedah. Antara isu-isu yang diangkat akan melibatkan perkembangan pembangunan di negeri yang kita sayangi ini. YB. Tuan Speaker, pertama adalah mengenai pertingkatkan infrastruktur. Semua maklum bahawa Kedah adalah negeri yang unik dengan kepelbagaian hasil berpotensi besar dalam bidang pertanian, pelancongan dan juga industri.
Penambahbaikan infrastruktur akan memberi impak positif kepada kesejahteraan penduduk Kedah sendiri seperti meningkatkan kualiti hidup masyarakat, menyokong pembangunan ekonomi, serta memperkukuhkan daya saing negeri dalam pelbagai sektor.
Antara tumpuan yang saya ingin ketengahkan ialah mengenai jalan raya di kawasan bandar dan luar bandar. Yang mana ianya mampu meningkatkan produktiviti ekonomi serta mengurangkan kesesakan lalu lintas. Dalam menuju ke negeri yang berstatus tinggi, Negeri Kedah boleh memperkukuhkan sistem jaringan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih murah dan efisien kepada penduduk. Sistem bas atau sistem pengangkutan awam yang lebih moden lagi selesa dan senang diakses akan memudahkan pergerakan penduduk di luar bandar dan dalam bandar. Pembinaan, penambahbaikan infrastruktur di bandar seperti jalan raya, lampu jalan, sistem pengurusan lalu lintas dan kemudahan awam pula akan menjadikan bandar-bandar di Negeri Kedah lebih selesa dan mesra penghuni.
Dalam penggal yang lalu saya pernah membangkitkan mengenai jalan di kawasan daripada Kuala Ketil ke Jeniang. Kali ini saya nak naikkan lagi satu iaitu dari Sungai Petani ke Kulim. Jadi kalau YAB. Jeneri tahu, kawasan itu memang kawasan sangat-sangat sesak terutama sekali pagi dan petang lah, pergi dan balik dan menyebabkan selalu berlaku kemalangan YAB. Jeneri, di sana. Saya mengharapkan tumpuan di kawasan itu untuk kita teruskan kemajuan di Kulim Hi-Tech, memerlukan pekerja-pekerja dari Sungai Petani yang banyak ni, lalu ulang alik. Jadi, ini adalah sangat-sangat penting untuk kawasan jalan di sana dinaiktarafkan. Jadi, harap-harap lah (sambil ketawa) nanti kita buat kut-kut hadapan, kut penggal hadapan (sambil ketawa). Bodek sikit boleh kut noh?
Boleh! Boleh! (sambil ketawa)
Seterusnya ialah mengenai infrastruktur yang sangat-sangat diperlukan iaitu mengenai bekalan air di kawasan yang sangat-sangat jadi isu lah sekarang Yang Berhormat. Di beberapa kawasan di Negeri Kedah bekalan air bersih masih menjadi isu utama. Penambahbaikan infrastruktur pembekalan air perlu diberi perhatian untuk memastikan air yang lebih bersih dapat disalurkan.
Untuk makluman YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersama Ahli Parlimen Merbok telah mengiringi YB. Akmal (Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air) pergi melawat di LRA Bukit Selambau. Jadi, apabila kita dah sampai ke sana, situasi di tapak pembinaan itu dan kelewatan itu menunjukkan satu proses pembinaan di sana perlu diberi perhatian sangat-sangat serius oleh kerajaan negeri. Saya bukanlah untuk menudingkan jari atau menyalahkan sesiapa, tetapi saya mengharapkan bantuan dan penyelesaian secara bersama boleh diambil untuk meningkatkan ataupun untuk menyelesaikan masalah di sana Yang Berhormat.
Jadi, dalam perbincangan semasa lawatan itu saya dapati kerajaan perlu memastikan agar kontraktor dapat menyiapkan pembinaan dalam tempoh yang ditetapkan, di mana ia merupakan lanjutan masa atau EOT yang ketiga, yang diberi tempoh sehingga 16 November tahun 2025. Jadi, dalam perbincangan tersebut saya dapati pihak kontraktor dan juga perunding tidak dapat memberi kata putus ataupun tidak berani menjanjikan tarikh tersebut boleh siap. Ini kerana ada beberapa perkara yang sangat-sangat kritikal iaitu ‘jantung’ dia belum beli, pam itu belum beli lagi yang saya difahamkan untuk membeli pam itu nak kena ambil masa lebih kurang 6 bulan, proses itu dan ini lah kita pun tak tahu lah.
Jadi, proses 6 bulan itu daripada EOT yang diberikan pada kali ini adalah sehingga 16 November. Jadi saya yakin, saya rasa lah, saya rasa mungkin tidak dapat disiapkan. Jadi, saya sarankan kerajaan perlu memberi khidmat nasihat dan memantau kerja-kerja pembinaan tersebut secara berkala supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan sedia ada di tapak pembinaan. Loji rawatan air ini masih tidak dapat disiapkan, jika loji ini tidak dapat disiapkan seperti perancangan, kerajaan perlu menyediakan pelan alternatif bagi memastikan projek pembinaan loji ini dapat disiapkan demi kepentingan rakyat Negeri Kedah. YB. Tuan Speaker, ini merujuk kepada titah ucapan Tuanku … (YB. Tanjung Dawai mencelah)
YB. Tuan Speaker…
Ya! Ya! Ya boleh, boleh, sekejap.
Terima kasih YB. Tuan Spekaer, terima kasih YB. Sidam. Saya nak minta tolong berkaitan dengan air di Merbok. Jadi, antara yang telah pun dimaklumi, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah meluluskan sekian lama Projek Naik Taraf Loji Air di Tupah dan sekarang ni musim hujan. Hujan menyebabkan loji air di Tupah ini bila dia hujan, air keruh loji pun tak boleh proses, dia kena stop 6 jam ke 7 jam. Kalau tak ditutup, air keruh tu akan sampai ke paip air rumah orang. Jadi, bila tunggu jernih balik baru boleh buka. Jadi hubungan pihak pembangkang, ketua pembangkang terutama kut-kut lah boleh tanya khabar projek tu. Terima kasih.
Sambung YB. Sidam.
Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Memang hal-hal air ni berlaku di kawasan itu lah, Tanjung Dawai, Merbok dan sebagainya. Tapi kita harapkanlah apa yang dibangkitkan tu kita harapkan dapat perhatian daripada Kerajaan Pusat. Begitu juga lah dengan kerajaan negeri boleh runding untuk mencari penyelesaian.
Saya sambung. Merujuk kepada Titah Ucapan Duli Yang Mulia Tuanku pada muka surat 2 yang menyarankan semua Ahli Yang Berhormat perlu mengambil maklum setiap pandangan dan kritikan yang disuarakan adalah bersifat membina demi kepentingan negeri dan rakyat, bukannya dianggap sebagai kecaman yang mengundang perbalahan. Saya berharap, kerajaan negeri dapat menerima dengan hati terbuka sebarang pendapat dan pandangan daripada pihak luar.
Jadi, ini adalah satu jika lah, jika benda ni dah siap Yang Berhormat, saya rasa ini kredit kepada kerajaan negeri. Boleh tutup banyak mulut YAB. Dato’ Seri, boleh dapat selesaikan macam-macam isu. Jadi, nanti Yang Berhormat boleh buat ceramah ataupun naik atas pentas. Apa macam mana? “Tuan-tuan dan Puan-puan, penduduk Merbok dan juga Tanjung Dawai, kita walaupun dah lewat tapi kita dah siapkan Logi Rawatan Air di Bukit Selambau”. Jadi, kita tak mau dah nak pakai apa, mesin gedegung tu tak payah dah. Kita tak payah lagi mesin gedegung, kita buka paip ada ‘A’, buka paip ada ‘A’. Itu contoh saja Yang Berhormat. Mesin gedegung? Mesin gedegung kita kena tanya YAB. Jeneri, dia tau (sambil ketawa). Jadi, saya harapkan pandangan-pandangan kami dapat diberi perhatian untuk merealisasikan penduduk-penduduk di kawasan Merbok.
Bukan apa, orang di sana pun ada yang dipinggir-pinggir Sungai Petani pun duk telefon kita juga, telefon Sidam juga. Pasal apa? Bila? Bila lagi? Jadi masalah juga lah. Jadi, kita harap benda ini dapat selesaikan secepat mungkin.
Seterusnya mengenai rumah terbiar Yang Berhormat. Merujuk kepada Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang memuji keprihatinan kerajaan negeri dengan mendirikan rumah kediaman melalui inisiatif Desa Sejahtera. Justeru itu, saya mengambil peluang memohon kerajaan untuk melihat semula, ada dua kawasan rumah terbakar di kawasan Sungai Petani dan sehingga kini tanpa ada sebarang tindakan. Yang pertama ialah enam buah rumah terbakar di Projek Perumahan Rakyat Negeri yang terbakar pada 22 November 2023 di Taman Seri Impian. Sehingga kini masih belum ada apa-apa tindakan ataupun bantuan yang mencukupi untuk membina sebuah rumah.
Bantuan-bantuan dari kecil-kecil ni ada, tapi tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rumah yang terbakar sampai hangus. Yang kedua ialah kebakaran di tingkat 4 Blok A14 di Paya Nahu, tingkat 4 yang masih belum dibaiki. Saya rasa ketika baru-baru kebakaran saya rasa YAB. Jeneri pernah melawat, tetapi sampai sekarang belum ada apa-apa tindakan. Jadi, saya khuatirkan sekarang bila hujan air daripada tingkat 4 akan masuk ke tingkat 3 dan akan masuk ke tingkat 2. Dan yang kita bimbangkan ialah berlaku trip power supply itu terjejas menyebabkan kita khuatirkan berlaku renjatan elektrik kepada pengguna dekat sana. Selain itu, bumbung di tingkat 4 itu didapati masih tak sesuai ataupun selepas kebakaran itu dikhuatirkan kena angin, angin bertiup dan akan jatuh kepada orang di sekitarnya. Jadi, ini membahayakan penduduk-penduduk sekitar.
Selain daripada itu, mengenai rumah yang terbiar juga, saya ingin memohon kerajaan melalui PBT untuk melihat dan mengambil tindakan terhadap bangunan yang terbiar. Rumah- rumah yang terbiar di taman-tamanni banyak. Jadi, bangunan yang terbiar ini dah dipenuhi dengan pokok-pokok, semak-semak, rumput dan memberi kesan kepada jiran-jiran. Jiran-jiran pun tak teringin nak buat apa, benda ni berlaku banyak. Jadi, jiran-jiran pun nak masuk rumah sebelah pun ada kunci, tapi orang orang tak ada. Jadi, risau dengan keadaan keadaan nyamuk dan juga ular yang berada di sana. Jadi, di pekan ni kalau kita dengar kata ular patuk orang, susah sikit lah. Kampung tak apa Yang Berhormat kan? Kita di kampung, ular patuk tak apa tak ada masalah. Tapi di pekan ni ada masalah sikit. Jadi memang banyak, ada juga perumahan yang tuan dia tak tau rumah dia ada. Bapa dia dah beli dan tak bagitau kat anak, bapa dia mati tinggal rumah. Kita terpaksa cari siapa dia waris. Akhirnya jumpa di Sungai Petani. Ada satu rumah, anak dia tak tau. Last-last kita pergi bagitau, baru dia kata, “oh! Saya ada rumah ka?” Dia kata. Ini penting. Jadi, kalau boleh pihak PBT dan juga EXCO mainkan peranan ini.
Buatlah apa pun, menggubal undang-undang ka apa ka supaya boleh diambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. Bukan apa, aduan daripada jiran-jiran tu kita pun tak boleh nak buat apa lah. Jadi, harap-harap perkara ni boleh selesai. Ada masa lagi?
Seterusnya ialah mengenai menaik taraf ekonomi peniaga-peniaga kecil. Umum kita tahu bahawa peniaga kecil memainkan peranan yang besar dalam ekonomi negara kita, serta menyumbang kepada sektor peniagaan mikro dan kecil. Namun, mereka juga menghadapi cabaran seperti ketidakstabilan pendapatan, persaingan yang sengit, dan kurangnya sokongan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh itu, untuk membantu menaikkan ekonomi peniaga-peniaga kecil ini, kerajaan boleh menyediakan tapak peniagaan yang lebih teratur dan selamat serta dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, tandas dan juga tempat letak kereta. Untuk peniaga yang tidak mempunyai kedai tetap, kerajaan boleh menyediakan ruang untuk mereka berniaga. Contoh yang terbaik adalah peniaga-peniaga tepi jalan di Taman Puteri Jaya, Sungai Petani yang telah ditempatkan di kawasan berhampiran untuk mereka berniaga dengan lebih selesa, mengurangkan kesesakan lalu lintas, seterusnya menjamin keselamatan peniaga dan juga pengunjung. Konsep ini boleh digunakan dan diketengahkan di seluruh kawasan Negeri Kedah.
Kita nak bantu peniaga-peniaga kecil ini. Peniaga kecil ini kebanyakkannya Bumiputera. Jadi, kita nak bantu kalau boleh kerajaan nampak benda ini untuk terus bantu mereka. Contoh yang terbaik juga adalah menaik taraf dan mempromosi premis sedia ada seperti di Kompleks Pekan Rabu, Pekan Lama, Sungai Petani, SP Plaza di Sungai Petani dan jika kompleks begini dapat diberi perhatian saya percaya ianya bakal memberi impak yang baik dalam meningkatkan ekonomi masyarakat setempat menerusi peniaga-peniaga kecil ini. Satu lagi adalah kerajaan boleh menjadikan Lorong Siar Seni di Sungai Petani untuk dijadikan contoh di mana ianya sudah dinaik taraf dan inisiatif terkini, Yang Berhormat Ahli Parlimen Sungai Petani telah memberi dana tambahan daripada Kerajaan Pusat untuk menaik taraf beberapa lorong bagi menarik minat anak-anak muda berniaga di ruang yang lebih selesa dan mampu menarik ramai orang untuk berkunjung. Jadi, ini kita harapkan dapat memberi perubahan kepada anak-anak muda untuk terus berniaga.
Keempat ialah pada penggal yang lepas saya ada membangkitkan mengenai elaun imam dan elaun ketua-ketua sami, tapi saya rasa elaun imam telah dinaikkan kecuali elaun ketua-ketua sami ini. Jadi, seperti yang Yang Amat Berhormat kata tadi, saya juga buat permohonan yang munasabah. Sebab apa? 38 wat sahaja yang ada di Kedah. Jadi, kalau boleh diadakan sikit mungkin menerusi EXCO Masyarakat Siam.
Jadi, saya harapkan benda ini dapat direalisasikan. Selain daripada itu, berkenaan dengan RIBI (Rumah Ibadat Bukan Islam) saya dapati banyak RIBI yang tidak berdaftar terutamanya di luar bandar lah. Sebab apa, sebagai contoh wat Siam ni dia dah ada beratus tahun dah. Jadi, tuan tanah tu kita pun dah tak tahu, anak cucu pun kita dah tak tahu, tapi dalam geran masih nama orang tua tu. Jadi, kita nak cari balik pun susah. Jadi, saya harapkan kerajaan boleh melonggarkan apa-apa syarat ataupun memudahkan untuk menukar tanah tu kepada tanah wakaf atau apa, sekurang-kurangnya birokrasi tu dapat kita kurangkan untuk RIBI yang belum berdaftar ni, mendaftar dalam sistem supaya mudah untuk kita mohon peruntukan dan sebagainya.
Sekarang kalau mohon, dia nak cari pendaftaran. Jadi, pendaftaran tak adalah pasal status tanah belum belum siap. Jadi, kita harapkan kita permudahkan birokrasi ni untuk kita mudahkan daftar berbagai RIBI. Dan satu lagi adalah saya tertarik dengan apa yang YB. Sungai Limau katakan tadi iaitu mengadakan sistem solar di masjid. Jadi, saya cadangkan kepada YB. EXCO dan juga kerajaan negeri untuk tengok juga untuk mengurangkan perbelanjaan di kawasan rumah RIBI ini, Rumah Ibadat Bukan Islam ni supaya mereka dapat menggunakan kaedah-kaedah ini untuk mengurangkan perbelanjaan. Seterusnya ada belanja lebih-lebih ni, boleh buat benda lain. Jadi, ini saya harapkan ada perhatian daripada kerajaan negeri juga. Jadi, kalau masjid ada, kita harapkan di RIBI pun ada juga noh. Ada lagi…?
Ada lagi masa YB. Boleh lagi.
Boleh noh? Okay, terima kasih. Ada sikit masa lagi. Seterusnya ialah mengenai trend sekarang iaitu isu perbelanjaan beli dan bayar kemudian. Ini adalah satu sistem yang memudahkan pengguna dalam membuat pembelian barang dan perkhidmatan dan juga merancakkan perniagaan dan menjana ekonomi. Data yang dinyatakan Menteri Kawangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam jawapannya di Dewan Rakyat tahun lepas menunjukkan trend yang membimbangkan apabila jumlah transaksi beli dulu bayar kemudian meningkat ketara kepada RM7.1 bilion dan di Kedah juga tidak terkecuali. Majoriti adalah golongan muda berusia 21 hingga 45 tahun dan pendapatan mereka kurang daripada RM5,000 dan Jabatan Insolvensi Malaysia ada merekodkan lebih 31,000 kes muflis berlaku dalam kalangan belia di bawah 35 tahun.
Di Kedah terdapat 10,983 orang yang di kategorikan sebagai muflis berumur 35 hingga 40 tahun sehingga Januari tahun 2004. Jadi, di Kedah pun ada macam ni. Jadi kita harapkan kerajaan menangani masalah seperti ini dan mengadakan kampen-kampen pendidikan kawangan di kalangan masyarakat, cara untuk menguruskan kawangan mereka dengan bijak termasuk mengawal perbelanjaan dalam talian. Kerajaan juga boleh melaksanakan kempen kesedaran untuk orang ramai mengenai risiko ketagihan pembelian dalam talian dan cara untuk mengelak perbelanjaan berlebihan melalui media masa, program komuniti yang memfokuskan pengurusan kawangan. Kampen belanja bijak perlu diketengahkan kepada masyarakat untuk mengelakkan pemberian impulsif dengan fokus kepada keseimbangan yang dapat membezakan antara keinginan dan keperluan.
Kesimpulannya, program beli dulu bayar kemudian boleh menjadikan satu perangkap kawangan yang berisiko kepada pengguna dan kestabilan ekonomi dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menangani masalah tersebut. Jadi, itu sahaja untuk hari ini. Baik, terima kasih. Saya menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kelmarin. Terima kasih.
Terima kasih YB. Sidam, Ketua Pembangkang dan seterusnya dipersilakan Ketua Backbencher 30 minit.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Was Salatu Wassalamu Ala Asyrafil Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. Rabbi Shrah Li Sadri Wa Yassir Li Amri Wahlul Uqdatan Mil Lisani Yafqahu Qawli. Subhanaka La Ilma Lana Illa Ma Allamtana Innaka Antal ‘Alimul Hakim. La Hawla Wa La Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azim. Ammabaq.
Firman Allah SWT:
ِأعوذُ بِٱَّلله ِ مِنَ ٱلشهيۡطََٰنِ ٱلرهجِ يم
ْوَشَاوِرْهُم فِى ٱ ِْلْ َمْر ۖ فَإِذَا َعَزَمْت ْفَتَوَكهل عَلَى ٱ َِّللهۚ إِنه ٱ ََّلله يُحِ ب ٱ َلْمُتَوَك ِلِين
“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan soal-soal keduniaan itu. Kemudian apabila kamu atau engkau telah berazam setelah bermesyuarat untuk membuat sesuatu maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Ali-Imran ayat 159.
YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-ahli Majlis Masyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Setiausaha, Yang Berbahagia Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, yang dihormati, pegawai-pegawai Dewan, seterusnya yang dikasihi para pemerhati, sama ada yang sedang mengikuti sidang ini dalam Dewan atas sana, ataupun yang sedang mengikuti secara atas talian di luar sana. Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan rasa syukur kita ke hadrat Allah SWT, dengan izinNya dapat kita berjumpa pada pagi dan hari ini untuk meneruskan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-15 pada hari yang ke-2 untuk kita meneruskan perbahasan ke atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam istiadat perasmian pada hari semalam.
Semalam Alhamdulillah, kita telah sama-sama dapat hadir dalam istiadat perasmian yang berlangsung di luar dan dalam Dewan yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Tuanku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah Sutan Negeri Kedah yang kita kasihi. Dan kita berdoa supaya esok dan lusa, insyaAllah kita akan dapat sama-sama hadir juga untuk meneruskan, menunaikan tanggungjawab kita sebagai Ahli Yang Berhormat membawa isu dan juga masalah rakyat di bawah untuk kita selesaikan isu ini, insyaAllah.
YB. Tuan Speaker, saya berterima kasih kepada YB. Tuan Speaker atas laluan yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini setelah tadi kita mendengar bahas daripada pihak ketua pembangkang yang umumnya satu persembahan yang baik yang menyokong khususnya banyak program ataupun dasar-dasar kerajaan semasa dan mencadangkan beberapa cadangan untuk penambahbaikan.
InsyaAllah, saya akan gunakan masa kurang lebih sejam ni yang berikan kepada saya sebagai Ketua Backbencher untuk mengulas dan membahas beberapa perkara yang menjadi inti pati kepada Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. InsyaAllah masa yang agak singkat, setengah jam bagi sesetengah orang lah, setengah orang dia rasa lama setengah jam tu, akan digunakan sebaiknya dan saya buka ruang juga kepada sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat untuk mencelah jika perlu bagi menambah ucapan saya ataupun memberi input-input baharu yang boleh diterima sebagai sebahagian daripada ucapan saya, insyaAllah.
Sebelum saya meneruskan dengan perbahasan saya nak mengalu-alukan, walaupun tak ada sekarang dalam Dewan, dia keluar untuk berehat. Pelantikan dan kehadiran pertama ke Sidang DUN kepada Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri yang baharu, YB. Tuan Saifulrijal bin Azhari. Yang Berhormat dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang mulai 18 Desember 2024 menggantikan YB. Dato' Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmood yang bertukar ke Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Saya berharap dan berdoa semoga Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Kerajaan yang baharu ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang seperti yang telah ditunjukkan oleh mantan Penasihat Undang-Undang yang lalu. Bahkan kita yakin dan percaya, Yang Berhormat yang merupakan anak Kedah dari Baling ini, yang telah lama berkecimpung dalam dunia undang-undang guaman, pelbagai jabatan dan juga kementerian akan memberi nilai lebih kepada atau kekuatan tambah kepada kita untuk mempertahankan dan menuntut hak-hak kita selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembagaan Persekutuan dari semasa ke semasa, insyaAllah.
Kita juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengalu-alukan, walaupun tak nampak dalam Dewan pada hari ini. Belum nampak lagi dah ataupun tak nampak, lindung. Kepada Yang berusaha Tuan Haji Zepri Bin Saad. Ada dak? Tak perasan, minta maaf. Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Pengarah Pejabat Persekutuan Negeri Kedah yang baharu mengantikan Yang Berusaha Puan Zaiton Binti Yahya, yang telah bertukar ke Kementerian Ekonomi sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Walayah Negeri mulai 10 Mac 2025 yang lalu. Saya berharap Yang Berbahagia, Yang Berusaha Tuan Haji Zepri yang juga kaya dengan pengalaman khususnya ketika berkhidmat agak lama di negeri Perlis, jiran kita, akan membuka ruang yang lebih memungkinkan semangat patriotisme, semangat persekutuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri khususnya aspek pembangunan dapat tingkatkan dan kukuhkan dari semasa ke semasa.
Kita tidak mahu amalan patriotisme yang selama ini dilihat sebagai senget sebelah. Negeri-negeri yang telah ke hadapan atau yang maju terus dibantu dengan skala yang besar, manakala negeri-negeri yang terkebelakang, seperti Negeri Kelantan, Terengganu serta Kedah, negeri-negeri ini tidak dilayan dengan setara atau patutnya. Dan juga lain-lain pegawai kanan kita nampak ada perubahan, ada muka kita tak nampak. Negeri dan Persekutuan pun sama, masih orang yang lama, yang tahun lepas berada di Dewan ini dan tahun ini masih lagi di Dewan ini. Mungkin cuma tukar kerusi saja kut. Pegawai Daerah Kubang Pasu pun masih yang lama lagi di sebelah sana, dan saya berdoa serta berharap mudah-mudahan selepas ini dia berada di sebelah sini, di belakang barisan para EXCO walaupun kita sayang kepada dia di Kubang Pasu, tapi kita tak boleh sekat rezeki dan kemampuan dia untuk berkhidmat lebih lanjut atau lebih besar di peringkat negeri.
YB. Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, yang telah sudi mencemar duli untuk berangkat ke Dewan ini untuk merasmikan Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Yang Ketiga pada hari semalam. Walaupun titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada kali ini agak pendek, agak singkat berbanding dengan titah Tuanku pada musim-musim ataupun persidangan lepas tetapi 22 minit titah Tuanku itu bagi saya lah dapat kita bahaskan dengan lebih luas pada hari ini dan esok, insyaAllah. Saya lihat, baginda Tuanku telah menyentuh secara langsung ketiga-tiga tema utama dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035. Tema ekonomi, tema rakyat dan tema alam dan juga membincangkan secara langsung tak langsung keenam-enam teras yang berada di bawah ketiga-tiga tema utama hari ini. Hal ini menggambarkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa memberi perhatian yang berat kepada kemajuan Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang kemudiannya diperkukuhkan dengan ketegasan agung, The Greater Kedah untuk perkukuhkan lagi Pelan Pembangunan Kedah 2035.
Hal ini juga memberi gambaran kepada kita semua baik penggubal dasar seperti kita ataupun ketua-ketua jabatan dan seluruh jentera pelaksana di bawah sana supaya harus sentiasa menggembeling fikiran, tenaga dan pengorbanan untuk sama-sama kita memastikan hasrat Pelan Pembangunan Kedah 2035 berjalan dengan baik dan insyaAllah akan mencapai matlamat dan hajatnya di akhir nanti, insyaAllah.
YB. Tuan Speaker, saya amat terkesan dengan titah Tuanku semalam yang berkait terus kepada batang tubuh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada muka surat 2, Ahli Yang Berhormat semak dan juga di muka surat terakhir Tuanku bertitah terus kepada batang tubuh Ahli-ahli Yang Berhormat. Baginda Tuanku menyimpulkan hal ini pada permulaan titah dan menutup titah seperti yang disebut dalam buku titah ucapan. Saya meringkaskan apa yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Amat Mulia Tuanku berkait dengan hal ini kepada dua peranan besar yang perlu dimainkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan ataupun pambangkang, semuanya.
Pertama, wakil rakyat ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat perlu menyedari peranan hakiki mereka, kita ni sebagai pelaksana semak dan imbang, penggubal dasar dan undang-undang negeri serta pengawal belanjawan negeri. Pada pandangan saya YB. Tuan Speaker, ketiga-tiga tugas hakiki ini sedang dan telah kita laksanakan dengan baik dari semua Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi ini dan juga sesi lepas sejauh yang saya dapat bersama-sama dalam Dewan. Semua Ahli Yang Berhormat sama ada dari kerajaan atau pembangkang, diberi peluang yang sama rata untuk mengambil bahagian dalam Dewan ini, berbahas, berbincang sebagainya dalam membuat semak imbang dan juga penggubalan dasar-dasar atau undang-undang dari semasa ke semasa.
Ketua Pembangkang, Ketua Backbencher diberi masa yang sama untuk berbahas, sama panjang, tiada bezanya. Begitu juga dengan Ahli-ahli Dewan yang lain, masa yang sama untuk mengambil bahagian dan terbuka tidak ada teguran serta halangan daripada YB. Tuan Speaker pun untuk kita buat kritikan. Begitu juga dengan Belanjawan Kerajaan Negeri yang dibentangkan setiap hujung tahun juga terbuka kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk membuat komen, memberi pandangan dan sebagainya untuk menyemak dan mengimbangkan Belanjawan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa supaya ia berjalan dengan elok dan menurut ataupun menepati kehendak atau perancangan yang disediakan. Bermaksud, semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini telah dan sedang melaksanakan apa yang dititahkan oleh Tuanku Sultan dalam ucapan atau titah perasmian semalam. Saya dipahamkan dulu, dululah, dulu-dulu ni ada yang hadir ke Dewan ni tak bercakap, Yang Berhormat tak bercakap sebab bercakap ni bukanlah satu kemestian, kewajipan. Hadir tu wajib, bercakap tu tak wajib. Tapi kita sekarang sepanjang yang saya ikutilah perkembangan ataupun bersama-sama Dewan ni, selepas daripada ini semua Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian walaupun pendek, walaupun sedikit masa. Bermaksud kita betul-betul beri perhatian setelah melaksanakan apa yang Tuanku Sultan sarankan pada hari semalam.
Selain daripada itu, kami di pihak Ahli Dewan Negeri Kerajaan khususnya lah YB. Sidam, kerap menganjurkan perjumpaan dan perbincangan dengan para EXCO, dengan ketua-ketua jabatan ataupun agensi kerajaan negeri khususnya dari semasa ke semasa sama ada dalam bentuk forum ataupun bengkel untuk memahami dan memberi maklum balas kepada dasar yang berada di bawah kawalan EXCO ataupun jabatan atau agensi kerajaan negeri. Saya masih ingat bagaimana kami semua diberi peluang turut serta untuk terlibat secara langsung dalam memahami aspirasi dan juga merangka pelan The Greater Kedah melalui bengkel yang diadakan di Bukit Tinggi selama 3 hari 2 malam kalau tak silap, di bawah portfolio YB. EXCO Negeri. Pengalaman yang cukup baik untuk kita sama-sama terlibat dengan mereka yang secara langsung berurusan dengan urusan ataupun dengan The Greater Kedah untuk kita beri pendapat, pandangan kita untuk merealisasikan ataupun meletakkan The Greater Kedah itu betul-betul di atas dasar yang patut ataupun yang boleh kita capai matlamat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan juga menyarankan agar kita Ahli-ahli Yang Berhormat ini sentiasa peka dan proaktif untuk meneliti dan menyemak semula dasar dan peraturan agar kekal relevan dengan keperluan semasa demi kepentingan negeri terutamanya yang melibatkan hak sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dan Perlembagaan Malaysia.
Saya menyanjung tinggi saranan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ini, dan kita perlu dari semasa ke semasa menyemak dasar yang sedia ada untuk disesuaikan dengan keadaan semasa, dari semasa ke semasa.
Antara dasar pada saya yang perlu disemak semula ialah seperti yang sebut oleh YAB. Menteri Besar tadi, penetapan tanah kita oleh pihak Persekutuan iaitu kurang lebih 220 ribu hektar sebagai tanah bersyarat pertanian atau kata Kedah ni kena tanam padi untuk memberi satu jaminan makanan atau food security kepada rakyat Malaysia. Luas! 225,000 hektar ini luas, besar, hampir satu per empat dari keluasan Negeri Kedah dan nantijahnya, kesannya, impaknya ialah kita kekurangan dalam kita mengutip hasil cukai tanah sebab syarat tanah pertanian cukainya cukup rendah. Tadi YAB. Menteri Besar sebut, 220,000 hektar itu hanya boleh menjana RM2.6 juta setahun sahaja cukai tanah. Berbanding jika kita convert dia menjadi kawasan perindustrian boleh menjana RM1.7 bilion setahun. Dari jumlah itu 220,000, 100,000 ataupun lebih kurang 110,000 hektar telah pun digunakan sekarang ni sama ada untuk kawasan MADA ataupun di luar MADA untuk penanaman padi.
Dengan perkembangan yang semasa yang menjurus kepada penanaman padi 5 kali untuk 2 tahun yang berupaya mengeluarkan keluaran beras yang berkali ganda misalnya, ataupun dengan peningkatan jumlah pelaburan dalam bidang industri yang kian meningkat dan memerlukan tapak baharu yang luas. Saya rasa penempatan tanah bersyarat ini boleh disemak semula atau diberi nafas baharu sama ada kita Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan atau pembangkang, DUN atau Parlimen terus mendesak hingga berjaya dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan pampasan yang setara, yang releven dengan pengorbanan bersyarat itu atau kita kemukakan cadangan kepada Persekutuan untuk kita bangunkan sebahagian daripada tanah tersebut untuk projek perindustrian. Kelangsungan untuk mendapatkan jumlah hasil yang meningkat bagi mencapai cita-cita kita pada tahun 2028 khususnya, mencapai kutipan hasil kepada RM1 billion setahun. YB. Tuan Speaker, ada masa lagi?
Bersedia, tak lama dah.
InsyaAllah, hari ni saya pakai baju Melayu. Bukan saya seorang rasanya tapi ditumpang oleh YB. Bukit Lada, dua orang. Kamilah lelaki Melayu terakhir dalam Dewan pada hari ini. Satu lagi perkara yang boleh kita kaitkan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam hal ini, hal berkaitan tugas hakiki Ahli-ahli Yang Berhormat ialah perlu kita terus menyemak dengan lebih serius akan status pajakan
Negeri Pulau Pinang oleh Sultan Abdullah kepada Inggeris pada tahun 1786 dahulu. Dalam konteks keberadaan negeri tersebut, Pulau Pinang itu, dalam Persekutuan Malaysia sekarang berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia semasa. Dan jangan kita lupa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga pernah bertitah dalam ucapan sempena hari Keputeraan Baginda Yang Ke-81 pada 18 Jun 2023 yang lalu, di Istana Negeri Anak Bukit telah menitahkan hal ini dengan jelas supaya hal pajakan Pulau Pinang ini diberi perhatian dan ditengok dengan lebih serius supaya kita boleh dapat manfaat yang besar daripadanya. Saya difahamkan dalam tempoh kurang lebih setahun yang lalu, sudah ada pihak yang telah mengambil inisiatif untuk mengkaji isu ini dengan lebih terperinci dan akademik, dari aspek akademik bagi memungkinkan satu tindakan yang sah dari segi undang-undang bagi menjelaskan kedudukan pajakan yang sebenarnya.
Walaupun mungkin agak sukar untuk kita mengembalikan Pulau Pinang dan Seberang Perai menjadi wilayah jajahan takluk Kedah sepenuhnya seperti dahulu. Tapi tak mustahil, tak mustahil, dia bukan mustahil benda tu boleh jadi, cuma agak sukar masa moden ni, itu berlaku. Namun, ketegasan dan kesahihan status pajakan tersebut memungkinkan kita untuk menuntut dan mendapat bayaran pajakan yang setimpal, yang relevan dengan suasana semasa sekarang. 1786 lama dah, 200 tahun dah kan? Ni lama dah, tapi masih lagi sewa dia, pajakan dia tu. Nak tanya YB. Pengkalan Kundor?
Mencelah sedikit. Jadi, adakah YB. Ayer Hitam bersetuju jika tuntutan ini tidak sepatutnya disalah tafsir sebagai melawan perlembagaan sebaliknya hanyalah menuntut hak negeri sebagaimana yang dibenarkan mengikut undang-undang?
Ya, saya setuju dengan YB. Pengkalan Kundor. Kita bukan nak lawan nak apa, tidak. Kita berhak kita yang ada dalam perlembagaan. Difahamkan ada dalam pelembagaan kita, perkara lima kalau tak silap. Peruntukan atau memohon tentang pajakan Pulau Pinang daripada Kedah ini. So kalau berlaku satu pengesahan ataupun mendapat pengesahan daripada pihak secara undang-undang bahawa berlaku ataupun yang benar pajakan Pulau Pinang itu sah dan Kedah kita ada ruang untuk mendapat, menuntut atau mendapat bayaran pajakan yang setimpal mengikut nilai semasa, dan bukanlah, yang saya pasti bukanlah RM10,000 ataupun RM10 juta bayaran khas yang kita terima sekarang, mungkin nilainya mungkin boleh sampai RM200 hingga RM300 juta setahun. Mungkin sampai bilion, itu kata YB. Kuala Ketil. YB. Tuan Speaker ... (YB. Bayu mencelah)
Boleh mencelah sedikit?
Yaa…
YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Ayer Hitam. Adakah terdapat perjanjian pajakan di antara Kedah dan juga Pulau Pinang? Jikalau ada apa salah kita dedah kepada rakyat, supaya rakyat semua tahu. Terima kasih.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, YB. Bayu. Saya pun tidak ada satu jawapan yang konkrit. Saya difahamkan memang ada satu penyelidikan yang dibuat oleh beberapa pihak. InsyaAllah, kita akan peroleh jawapan yang tepat. Biarlah pihak yang membuat kajian sebagainya ini mengemukakan kepada kita insyaAllah. Satu perkara lagi yang berkait dengan semakan dasar atau peraturan yang boleh kita ketengahkan ialah penyemakan semula amalan federalisme atau Persekutuan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Sejarah mencatatkan kegagalan Malayan Union 1946 yang cuba dipaksakan oleh penjajah Inggeris ke atas raja-raja Melayu telah membuka jalan kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya membuka jalan juga kepada wujudnya Malaysia.
Wujudnya kemerdekaan Tanah Melayu 1957 dan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura ke Malaysia tahun 1963. Selama lebih kurang 60 tahun negara kita merdeka, kita mendapati pembangunan fizikal dan juga ekonomi negeri-negeri dalam Malaysia ini tidak seimbang. Negeri-negeri yang terkehadapan seperti Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor terus diberi peruntukan yang besar. Negeri-negeri yang terkebelakang macam kita lah Kedah, Perlis, Terangganu, Kelantan, kurang peruntukan ataupun pemberian peruntukan tahunan ataupun dalam Malaysia RMK (Rancangan Malaysia Ke) ke berapa ka, menyebabkan negeri yang terkehadapan terus ke hadapan, negeri yang terkebelakang seperti kita ini tersekat dan terus tersekat.
Saya mencadangkan agar kita lah Kedah melalui aura YAB. MB kita yang semakin popular, yang semakin mendapat tempat, tahun lepas pun diberi peluang untuk merasmikan MATTA Fair (Malaysian Association Of Tour And Travel Agents). Jarang-jarang ada Menteri Besar yang boleh merasmikan MATTA Fair, tapi beliau diberi peluang untuk merasmikan MATTA Fair, termasuk ada tempat di peringkat yang lebih tinggi untuk beliau YAB. MB kita ni mengetuai negeri-negeri yang terkebelakang ini, yang kurang mendapat peruntukan ataupun pembangunan ekonomi dan fizikal ini untuk memulakan langkah penyegaran ataupun peremajaan semangat federalisme agar selari dengan perkembangan dan kedudukan semasa... (YB. Speaker mencelah)
YB. Ayer Hitam boleh buat penggulungan.
Antara aspek yang boleh disemak semula dan dituntut agar lebih adil dan sama ialah pembangunan infrastruktur, peningkatan pemberian perkapita, pemulangan sebahagian hasil kutipan cukai jalan pengangkutan, cukai kastam, cukai industri, cukai perkilangan, cukai pendapatan atau seumpamanya dengan nilai yang munasabah. Dan sekarang ini semua cukai-cukai itu dipulang ataupun diambil ke Persekutuan, dipulang secara tak langsung. Kita minta kalau boleh diadakan usaha supaya portion tertentu ditetapkan kepada kutipan-kutipan cukai ini untuk dipulang dan diuruskan oleh pihak negeri.
YB. Tuan speaker, yang kedua peranan yang disebut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ialah Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai pemimpin di akar umbi dan penghubung antara kerajaan dan rakyat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku meminta Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa menyelami masalah dan keperluan rakyat terutamanya apabila berlaku bencana. Walaupun ini bukanlah peranan hakiki seorang Ahli Yang Berhormat, tetapi inilah yang dipandang atau dinilai sebenarnya oleh masyarakat di bawah. Lebih-lebih lagi bila mana sekarang ni media baharu media massa baharu ini menjadi satu kemestian rujukan utama. Setiap apa yang kita lakukan, setiap apa yang kita buat dilapor, dilihat, dikritik dikomen tanpa belas kasihan dan media baharu ni tak pernah tidur. Siang, malam, pagi, petang dia jaga dan sentiasa lihat kita. Kita lah terlepas pandang kepada mereka. Alhamdulillah YB. Tuan Speaker, dalam pemerhatian saya selaku Ketua Backbencher lah terhadap Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sebelah kerajaan melalui sebaran dalam media mereka, baik dalam Facebook, Whatsapp dalam Tiktok. Tiktok ni popular sekarang. Yang Berbahagia MIA kita, Datuk Bandar MBAS, laju dengan Tiktok ni hari-hari turun
padang, dia post dalam Tiktok dia, bagus. Terima kasih. Begitu juga dengan ketua kami di Kubang Pasu, DO kami pun dia hebat dengan Tiktok ni, cuma ada lah kena kritik. Bila dia sembang tang burung banyak komen dia, dia pun tutup posting tang burung tu. Tapi komen yang bagus ataupun satu faktor yang bagus untuk kita mendekati rakyat dengan Tiktok.
Saya dapati semua wakil rakyat Kerajaan, Alhamdulillah cukup cakna dengan apa yang disebut oleh Tuanku. Kita turun ke bawah dan selami masalah rakyat dan kita tangani, santuni mereka sebaik mungkin lah, lebih-lebih lagi pada musim bencana yang lepas. Penghujung tahun 2024, tak tahulah, saya nampak semua wakil rakyat kita ni Alhamdulillah, YB. Anak Bukit dia sampai kembang dalam air, hari-hari dia ‘meranduk’ air. Yang Berhormat yang lain lah, semua Ahli Yang Berhormat ni Alhamdulillah turun. Jitra baik, Ayer Hitam baik, Pedu ka Kuala Nerang ka Bukit Pinang ka Bukit Lada ka dan semua ni turun menyantuni rakyat dan yang tak terlibat dengan banjir pun turun datang ke sini untuk bantu rakyat. YB. Pantai Merdeka nu jauh mai turun ke Pokok Sena turun bersama-sama menangani atau menyantuni masyarakat yang terkesan dengan banjir. Ni contoh yang cukup baik yang kita telah sampaikan ataupun tunaikan hasrat yang disebut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan…. (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Ayer Hitam boleh gulung, masa dah lebih.
Sikit lagi YB. Tuan Speaker. Sentuh sikit tentang apa nama… Tapi nanti mungkin akan disambung oleh YB. Kota Siputeh tentang padi ni. Semusim lima kali ka, lima kali kada dalam tempoh dua tahun. Nak sentuh sikit lah, baru-baru ni 27 Februari 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah turun ke tempat saya di Pida 4 Tunjang untuk meluncurkan projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun di kawasan MADA. Tuanku pun sentuh perkara ini dalam ucapan Tuanku semalam. Tempat yang beliau pi luncur tu sebelah dengan pejabat saya lah, Pejabat Pusat Khidmat ADUN Ayer Hitam. Tapi saya tak dijemput semasa melakukan program tu. Bukan kecil hati, tapi terasa terkilan jugalah. Kereta pi mai, pi mai lalu, tak nampak pejabat saya tu. Bukan tak nampak, buat-buat tak nampak. Besar signboard saya tu, besar muka saya pun segak boh kat situ, tapi dia tak teringat nak jemput saya hadir pada majlis peluncuran……………. (YB. Tuan Speaker mencelah)
Ouh! Depa pi tepi rumah, depa tak habaq noh?
Ya. Ya. Tak pa, tak pa, tak pa tu, tak dak masalah apa. Cuma selepas tu saya muatkan, esok saya muatkan dalam Facebook saya, ringkas saja tentang pengurangan bajet RM3 bilion seperti yang diluluskan dalam Bajet 2024 peringkat Persekutuan, menjadi RM1 bilion seperti yang diluluskan dalam Bajet 2025. Saya cuma, bukan pertikai apa, saya cuma rasa suatu yang tak serius oleh Kerajaan Persekutuan, satu bajet yang besar RM3 bilion diluluskan dalam Bajet 2024 di Parlimen untuk program ini, tapi satu sen pun tak dilaksanakan. Tak dapat apa-apa 2024. Bukan saya sembang bohong-bohong, bukan saya mereka-reka, tidak. Ahli-ahli Yang Berhormat tengok dalam soalan bertulis saya muka surat 3 di belakang sana. Saya tanya tentang perkembangan RM3 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2024. Jawapan daripada pihak MADA, terima kasih MADA atas jawapan yang telus. Nampak jelas RM3 bilion tu tak jadi sekupang pun. RM1 bilion yang diperuntukkan untuk projek peluncuran itu ialah Bajet 2025. Ada alasan dia lah, tapi saya nak habaq di sini bahawa keseriusan itu tidak berlaku untuk nak menjayakan projek penanaman padi ini secara bersungguh-sungguh. Memang ada pelan, tapi tak bersungguh-sungguh berbanding dengan peruntukan RM10 bilion kepada Pulau Pinang untuk pembesaran lapangan terbang yang diberi secara terus. Saya yakin dan percaya MADA atau pihak berkenaan… (YB. Tuan Speaker mencelah)
Boleh dah?
Nak habis dah ni, sikit lagi. Tentu mempunyai perancangan dengan lengkap masa mereka mengemukakan proposal kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan ni, lengkap. Takkan buat main-main. Saya yakin sesi libat urus di antara pihak Kementerian Kewangan dengan pihak yang bertanggungjawab depa buat dan jelas tentang kemahuan dan kehendak untuk melaksanakan projek ni, tapi ketidakseriusan itulah yang menyebabkan pada pandangan saya, RM3 bilion tinggal RM1 bilion. Cuma dijawab oleh Pengerusi MADA dia tak tau lah, dia jawab dalam Tiktok dia tu dia smash, dia ‘kondem’ lah apa yang saya sebut tu, dia kata saya tak faham. Saya faham, memang peruntukan dia RM5 bilion untuk keseluruhan, tapi dah lulus RM3 bilion dah kenapa tak guna RM3 bilion tu kan.
Seolah-olah tolak RM3 bilion, tinggal RM1 bilion. Jika RM3 bilion tu digembelingkan, digunakan, sudah tentu projek ini akan lebih cepat, siap dilaksanakan. Saya merujuk juga jawapan yang diberikan pihak MADA dalam soalan bertulis saya untuk sesi ini lah. Saya tanya bila akan siap? Dia jawab, baca sikit lah fasa pertama ini, “9 blok daripada 15 blok pengairan yang dijangka dibina ini melibatkan blok pengairan di Negeri Kedah. Daerah yang terlibat, ni sistem ‘parit gila’ ni (tersier), untuk menyokong pada program lima kali dua tahun tu. Daerah yang terlibat dengan projek di Negeri Kedah ialah di Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena sahaja.
Tempoh pelaksanaan projek ni ialah selama 10 tahun di mana jangkaan kerja-kerja pembinaan akan bermula pada Julai 2025 sehingga Julai 2029 iaitu selama 4 tahun dan disusuli dengan kerja-kerja penyelenggaraan selama 6 tahun iaitu sehingga Jun 2035. RM1 bilion tu. Kalau RM3 bilion digunakan, tentulah projek ni lebih besar, lebih segera, lebih luas kawasan yang dicadangkan, lebih 49,000 hektar. Kalau ikut jawapan yang pertama RM3 bilion untuk cover 49,000 hektar untuk yang ni cuma cover satu per empat lebih kurang 10,000 hektar sahaja kawasan-kawasan yang akan dibangunkan dengan projek menyokong penanaman padi lima musim dalam 2 tahun ini.
YB. Tuan Speaker, saya pun tak nak bercakap panjang, masa pun dah cukup. InsyaAllah saya yakin dan percaya, selepas ini akan disambung oleh sahabat YB. Kota Siputeh yang kita beri tanggungjawab untuk letakkan isu padi ini di tempatnya. Terima kasih lah YB. Kota Siputeh yang cukup proaktiflah membela nasib anak petani atau petani di kawasan-kawasan dalam Kedah ni khususnya di kawasan Ayer Hitam dan juga di Kota Siputeh. Bergaduh ataupun bertekak dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga pihak-pihak yang terlibat dengan hasrat keinginan untuk meletakkan petani ni insyaAllah mencapai petani yang boleh memberi pulangan kepada rakyat dan mendapat pulangan setimpal dengan usaha mereka, insyaAllah.
Jadi, YB. Tuan Speaker, saya akhiri dengan menyokong penuh Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan menyebut, “patik dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas perkenannya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan Titah Ucapan Sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-15. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Okay, terima kasih kepada YB. Ayer Hitam. Seterusnya saya menjemput YB. Kupang. Masa yang dibenarkan adalah sebanyak 15 minit.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan, hadirin yang dihormati Allah sekalian. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita rafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berada di Dewan Yang Mulia ini bagi melaksanakan tugas yang tergalas dalam rangka memacu ummah, memakmurkan watan, mensejahterakan rakyat, serta memelihara daulah yang berteraskan agama dan syariat Allah serta panduan nubuwwah.
YB. Tuan Speaker, dalam titah ucapan Tuanku, baginda telah menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi dengan tertera secara jelas di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, peruntukan ini wajib, bukan sunat-sunat lagi, wajib diberi laluan seluas-luasnya untuk tumbuh subur berperanan mendaulatkan syariat tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Namun, kebelakangan ini, kelihatan ada pihak yang cuba membaling batu di air tenang, di mana teras utama kedaulatan negeri dan negara sudah mula disentuh dan diusik-usik. Seolah-olah cuba mencabar ketenangan dan keharmonian yang terbina sejak berabad lamanya atas asas keluhuran Perlembagaan.
YB. Tuan Speaker, Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengingatkan bahawa apa pun langkah yang diambil, perkara utama yang harus berdasarkan kepada kefahaman yang sebenar, tanpa mengorbankan perpaduan. Dalam konteks ini, semua pihak harus faham tentang kedudukan Islam dalam Undang-Undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Islam bagaikan pokok jati yang punya kejatiannya yang tersendiri, dan agama-agama lain berhak tumbuh di sisinya tetapi tidak boleh sama sekali mengatasi pokok jati. Ini hakikat yang perlu difahami. Inilah spirit Perlembagaan yang digubal sewaktu negara hendak mencapai kemerdekaan dahulu.
Ingatlah, sembilan buah negeri mempunyai raja-raja yang berdaulat, yang mempunyai sejarah dan peradaban yang jelas dan panjang, yang punya Undang-Undang Tubuh sebagai tonggak untuk mengawal syariat yang terbangun dengan kekuatan pengabdian diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Yang mana, undang-undang itu ialah sebagai tonggak untuk mempertahankan kedaulatan. Jadi, tak mungkin dibiarkan luluh, longlai, lemah, lembek, hanyut dalam arus kecamukan pemikiran songsang, sekularisme yang cuba merungkai dan memisahkan antara umat dengan agama. Seruan Tuanku supaya kita wakil-wakil rakyat berbahas secara ilmiah tanpa mengenepikan fakta dan susila, demi kepentingan negeri dan rakyat perlu disambut dengan berjiwa besar. Fahamilah sejarah, hormatilah institusi-institusi utama negeri dan negara yang menjadi tunggak kedaulatan serta teras keutuhan bangsa.
YB. Tuan Speaker, seperkara lagi yang saya ingin sebut di sini, tentang pengurusan agama seperti yang disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia semalam di mana dalam mengurus peruntukan-peruntukan dalam enakmen mengenai hal ehwal agama amat molek sekali jika pihak kerajaan mengimbangtarakan antara realiti di lapangan dengan tafsiran terhadap enakmen supaya tidak berlaku pertembungan pentafsiran yang boleh membawa kepada terencatnya usaha dakwah. Contohnya, ada setengah pemegang-pemegang tauliah dilarang mengadakan kuliah. Sebab itu saya sebut tadi bahawa proses pengimbangtaraan perlu direalisasikan antara pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan dan juga para dai’ yang berada di lapangan yang mereka memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan pemikiran rakyat dan masyarakat.
YB. Tuan Speaker, ternyata sekarang ini kalau kita lihat, ternyata sekarang ini kesan, peranan daripada tiga sektor telah berjaya membawa perubahan besar kepada kemajuan fizikal dan spiritual rakyat. Mereka ialah sektor kerajaan itu sendiri, sektor swasta, dan sektor NGO. Oleh itu, langkah-langkah mengeratkan lagi kelompok ini perlu diperkasakan selari dengan acuan Pembangunan Kedah 2035. Justeru itu, pemikiran lapuk menyekat wakil-wakil rakyat membantu institusi pendidikan seperti yang berlaku di Kedah ini perlu dihentikan. Saya amat kecewa dengan satu peristiwa di mana permohonan penganjur ceramah perdana Ustaz Abdul Samad untuk pendaratan helikopter di padang sebuah sekolah di Kupang ditolak oleh KPM tanpa alasan yang munasabah. Susah betul untuk memahami penguasa seperti ini. Apakah keuntungan yang diperolehi daripada tindakan ini? Apakah pendaratan menimbulkan mudarat besar kepada kerajaan, khususnya kerajaan Madani? Tidak! Yang pasti ialah menampakkan ketidakcerdikan KPM itu sendiri dalam berhadapan dengan masalah ini, saya teringat kepada kata-kata Luqmanul Hakim, Naqlus-sukhūri min mawādi‘i-hā … (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Kupang, YB. Pengkalan Kundor minta laluan, boleh?
Yes, baik.
YB. Kupang, sebelum ini alasan yang diberikan jika tak dibenarkan untuk wakil rakyat terlibat dalam pendidikan adalah alasan tiada permohonan. Maksudnya, ada permohonan pun tak diberi kebenaran juga ya?
Ya, saya bersetuju. Jadi, dalam menghadapi masalah ini, berhadapan dengan masalah ini, saya teringat kepada kata-kata Luqmanul Hakim:
ُنقل ِالص خُور من مواضِ عِها ُأيسر من ِإفهام من ّل ُيفهم Naqlus-sukhūri min mawādi‘i-hā aysaru min ifhāmi man lā yafham.
"Nak memindahkan bongkah batu daripada tempat asalnya, lebih mudah daripada memahamkan mereka-mereka yang tidak mahu faham."
Dan saya rakamkan serangkap pantun,
Kalau Tuan pergi ke pekan, Belikan saya sebuku roti, Kalau budaya ini terus diamalkan, Memang hidup ini tidak ada erti lagi.
YB. Tuan Speaker, selain daripada itu, apa yang saya sentuh dalam ucapan Tuanku maka izinkan pula saya menyentuh sedikit isu-isu yang berlaku di kawasan saya di Kupang. Sepertimana yang tuan-tuan semua mengetahui, satu kejadian aneh berlaku, kejadian membakar rumah dan motosikal penduduk. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Disember 2024 hingga 12 Januari 2025 itu, melibatkan kebakaran 10 buah rumah termasuklah 3 yang total loss. 18 motosikal, 2 buah kereta dan jumlah kerugian dianggarkan RM770,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Ucapan terima kasih saya rakamkan kepada pihak PDRM, kepada Pegawai Daerah Baling. Pegawai daerah sila bangun! Yang telah dengan bersungguh-sungguh telah memberikan kerjasama dan telah mengambil tindakan-tindakan yang cepat sehingga perkara itu dapat diselesaikan termasuklah Majlis Ketua Kampung, penghulu dan penduduk yang turut sama mengawal kampung sepanjang kejadian. Kita dapat sempat mengaktifkan kumpulan keselamatan ini di kalangan orang kampung sendiri. Jadi, saya sekali lagi mengucapkan dan merakamkan terima kasih di atas usaha-usaha yang telah dilakukan.
YB. Tuan Speaker, saya tidak berhajat untuk bercakap panjang. Yang pentingnya apa yang saya nak sampai tu dah sampai dah, insyaAllah. Jadi, saya dengan ini menyokong dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas titah ucapan yang amat jelas, yang amat bermakna, malah boleh dianggap sebagai proses jajaran bagi menentukan perjalanan kerajaan sentiasa berada di atas trek. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Kupang. YB. Kupang ni saya tengok setiap kali perbahasan, dia menepati masa. Jadi, terima kasih sekali lagi. Seterusnya saya mejemput YB. Tokai. Masa yang dibenarkan 15 minit.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, Wassalatu Wassalamu 'Ala Rasulillah, Wa Man Tabi'ahu, Wa Man Nasarahu, Wa Man Walah. Terima kasih, YB. Tuan Speaker, kepada sahabat-sahabat, terutama YAB. Menteri Besar, EXCO, sahabat-sahabat ADUN, serta kakitangan Kanan Kerajaan Negeri dan Pusat, serta pemerhati yang saya hormati sekalian. Terima kasih di atas peluang yang diberikan dalam ucapan menjunjung kasih atas titah baginda Tuanku Sultan Kedah pada hari semalam yang merasmikan persidangan kita. Saya ingin masuk kepada topik yang saya rasa cukup penting untuk kita beri perhatian, terutama sekali apabila saya menerima mesej pagi ini berhubung dengan pencerobohan paip gas tekanan tinggi di kawasan kami. Saya telah pun menghantar mesej tersebut kepada DO (Pegawai Daerah) kami.
Sebagaimana yang kita ketahui, peristiwa pada Syawal di Selangor memberikan satu kesan yang mendalam kepada kita, terutama sekali kami di Pendang dan juga daerah-daerah yang mempunyai saluran paip Petronas bertekanan tinggi. Kami tidak kisah kalau sekiranya paip tersebut melalui ladang sawit ataupun ladang getah, tetapi apa yang berlaku di Pendang ini adalah melalui sawah padi. Walaupun titah baginda tidak direct menyebut tentang isu ini, tetapi ia merupakan suatu isu yang cukup memberi satu kesan yang hebat kepada kita apabila berlaku kebocoran gas ataupun pencerobohan kawasan jajaran paip gas bertekanan tinggi ini.
Di Pendang terutama sekali di kawasan saya rasa antara sempadan antara kita lah Tokai dengan Sungai Tiang, iaitu di Kubang Pisang. Saluran paip melalui sawah, dan saya pergi tengok kemarin sendiri, saluran itu tidak mempunyai buffer zone, hanya dalam 10 kaki. Sepatutnya ia mempunyai buffer zone yang menghalang daripada orang masuk ke kawasan tersebut. Apabila ini berlaku, saya tengok peraturan-peraturan yang telah diletakkan di situ, ada yang telah faded, telah pudar, tidak dapat dibaca lagi. Saya tengok pun susah nak baca, jadi saya suruh orang terjemahkan balik lah. Dikatakan di situ, ditulis di situ, dilarang melintas ataupun menceroboh, dilarang meletak kenderaan ringan ataupun berat, dilarang membina apa-apa struktur bangunan, dilarang mengorek atau menambak tanah, dilarang bercucuk tanam dan menternak haiwan, dilarang merosak harta benda, dilarang buang sampah sisa bahan
kimia, dilarang melakukan pembakaran terbuka. Dan ada satu lagi, serupa juga, dah pudar dah kita tengok pun tak berapa nak kenai.
Jadi YB. Tuan Speaker, perkara ini mungkin ia melibatkan DUN YB. Tuan Speaker juga kerana di kawasan sawah padi ini dan tidak mempunyai buffer zone, kita sering melihat harvester machine ataupun mesin ‘kerat’ padi ini selalu terlekat di dalam sawah padi dan digunakan backhoe untuk mengeluarkan mesin tersebut daripada lekatan di dalam selut tersebut. Ini yang membimbangkan kita. Kalau sekiranya pihak-pihak yang mempunyai pemegang taruh dalam isu-isu ini tidak mengambil perhatian yang serius terhadap perkara ini, kemungkinan apa yang berlaku di Puchong itu akan… Kita mintalah nauzubillah min zalik daripada berlaku di tempat kita. Ini merupakan satu bukan amaran lah, tetapi kepada mereka-mereka yang bertanggungjawab supaya memberi perhatian yang betul sama ada Petronas, MADA ataupun LPP, kepada peladang-peladang kita yang terlibat di dalam kerja-kerja di sawah padi tersebut. Sekurang-kurangnya kita kena ada buffer zone untuk mengelakkan daripada jentera-jentera berat kerana dah ada peraturan di situ jentera berat tak boleh lalu, mesin tu berapa tan, boh padi lagi atas tu, lagi banyak lah.
Dan yang keduanya tentang apa yang disebut titah Tuanku Sultan adalah tentang pelaburan yang masuk ke dalam Negeri Kedah, kita berada di nombor 4. Dalam jawapan soalan yang saya kemukakan di sini berhubung dengan pelaburan di Kulim khususnya, dari 1996 hingga 2024 kita menerima RM179 bilion pelaburan yang masuk dan daripada rekod RM133.1 bilion bersamaan 74% adalah kemasukan dari tahun 2020 hingga 2024. Ahli-ahli Yang Berhormat, 2020 hingga 2024, 74% pelaburan masuk ketika YAB. Jeneri menjadi Menteri Besar. Tepuk la sikit. 74%! Ini bermakna usaha yang dilakukan oleh kepimpinan kita melalui EXCO, melalui ADUN dan juga Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan (KCS) dan juga pegawai-pegawai di peringkat Pusat yang telah bertungkus-lumus untuk membawa masuk pelabur ke negeri kita terutama seperti KHTP (Kulim Hi-Tech Park). Tahniah kepada mereka semua dan kita berharap dan baginda Tuanku Sultan juga berharap supaya performance ini akan dapat diteruskan.
Cuma dalam soalan seterusnya, saya minta apakah yang Kerajaan Kedah perolehi hasil daripada pelaburan yang banyak masuk ke Negeri Kedah ini? Cukai tanah yang kita terima hanya RM4.2 juta, manakala yuran pendaftaran pajakan adalah RM154,966. Yang lain tu banyak pi ke Pusat. Sebab itulah apabila isu berhubung dengan federalisme ni, kita harap centralize federalisme ni untuk tukar kepada kooperatif federalisme. Maknanya ada give and take. Bila kita bagi banyak harap banyak lah masuk ke kita juga. Jangan hanya kita yang bagi, depa tak mahu bagi kat kita. Bila perkara ini berlaku maka YAB. Menteri Besar kata, “aku nak perang lah”.
Bila dah minta daripada jiran kita pun tak dapat, minta daripada Pusat pun hasilnya tidak sepertimana yang kita harap, maka kita harap jangan jadi perang sungguhlah hanya perang mulut, tak pa. YB. Kota Darul Aman, perang mulut sikit-sikit tu biasa lah kan, jangan jadi perang sungguh-sungguh lah.
Jadi, kita harap perkara ini diambil perhatian oleh pihak Pusat dan juga pihak kerajaan negeri jangan kita merasa jemu untuk meminta, memohon kepada kerajaan yang mengambil banyak hasil daripada hasil-hasil pelaburan yang masuk ke Negeri Kedah ini.
Seterusnya adalah baginda menyentuh tentang Desa Sejahtera. Desa Sejahtera saya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan negeri dan juga apa yang telah dilaksanakan. Cuma persoalan yang saya timbulkan di sini dan saya harap mendapat jawapan daripada kepimpinan negeri adalah setakat ini berapa banyakkah Desa Sejahtera yang sudah dilaksanakan dan berapa banyakkah yang sedang kita rancang untuk dilaksanakan?
Kami di Pendang ada mengesyorkan satu tempat iaitu bekas kuari tanah merah untuk kita letakkan mereka-mereka yang tidak mempunyai tanah, tidak mempunyai kita kata hak di atas tanah-tanah yang sekarang ini mereka duduk di tempat orang lain supaya mereka ini diberi hak untuk mendirikan rumah, penempatan. Kawasan-kawasan ini insyaAllah saya harap kerajaan dapat menyegerakan Desa Sejahtera ini supaya kita berikan lot-lot ini kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai tanah langsung untuk mereka meneruskan kehidupan. Takkanlah sampai mati pun mereka ini nak sewa. Sekurang-kurangnya bila ada tanah, mereka boleh melaksanakan pinjaman.
Saya juga ingin menyentuh tentang isu yang telah saya bawa sebelum ini, tentang hak mereka-mereka yang membeli lot-lot tanah ataupun disebut sebagai lot lidi. Buatlah apa cara sekalipun untuk kita memberi ruang kepada mereka ini supaya masukkan nama ke atas ataupun ke dalam geran. Walaupun susah macam mana pun, susah atas dunia ni kita boleh usaha untuk kita mendapatkan solusinya. Sebab, kebanyakan rumah yang dijual pada hari ni, pagi tadi saya tengok nak keluar Tol Pendang, rumah Taman Sejahtera, rumah teres satu tingkat harga dia RM365,000. Itu di Pendang, di Alor Setar saya tak tau. Di Pendang Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tuan-tuan yang saya hormati, RM365,000. Sebab itulah REHDA (Real Estate and Housing Developers' Association Malaysia) baru-baru ini, dia mengeluarkan kenyataan 77% rumah berharga RM300,000 hingga RM500,000 untuk bumiputera tidak terjual. Ya Ahli-ahli Yang Berhormat, 77% banyak itu tidak terjual.
Apabila tidak terjual maknanya apa? Orang kita tidak dapat membeli kerana harganya yang tinggi. Jadi, ramai yang memilih ataupun beli lot-lot tanah yang sesuai untuk buat rumah ni, dia buat rumah dengan duit simpanan lah, ada yang RM85,000, RM89,000, maknanya di bawah daripada RM150,000.
Itulah kesanggupan yang ada kepada kita untuk membina rumah tersebut. Nak beli hat RM500,000, RM300,000 ni REDHA dah bagitau dah. Jadi, kalau beginilah caranya kita membina rumah dan kita menjual rumah, maknanya sampai bila-bila pun peratus ini akan bertambah. Jadi, carilah ruang dan cara mana sekalipun, bincanglah berhubung dengan Akta Tanah Negara, berhubung dengan Akta 530 supaya kita membenarkan perletakan nama di atas geran-geran ataupun lot-lot yang kecil ni supaya apabila mereka ada hak di atas tanah ataupun lot tersebut, memudahkan kerja-kerja mereka di masa yang akan datang. Kerana, baru-baru ini ada dua tiga tempat yang kami bincang di dalam pejabat daerah, TNB tak mahu masuk elektrik di dalam rumah yang telah siap dibuat tersebut disebabkan oleh masalah inilah, tidak ada nama di dalam geran tersebut. Jadi, perkara ini rumah dah siap, elektrik tak masuk terpaksa tarik dari rumah orang lain. Jadi, masalah kebakaran ataupun masalah rendah voltage elektrik yang masuk ke rumah dia tu akan berlaku sekiranya ini terus digunakan alasan kerana tak ada nama di dalam geran oleh TNB.
Jadi YB. Tuan Speaker, ada perkara lagi yang saya rasa disentuh oleh Tuanku berhubung dengan penguatkuasaan. Ini rasa cukup penting lah, baginda pun memberi penegasan terhadap penguatkuasaan. Jadi, kita mutakhir ini dengan adanya isu yang berlaku kepada Jakel di di Kuala Lumpur berhubung dengan RIBI (Rumah Ibadat Bukan Islam). Saya ada soalan tentang RIBI sepertimana yang disentuh oleh YB. Sidam tadi. RIBI tidak ada pendaftaran tentang Rumah-rumah Ibadat Bukan Islam ini. Jadi, kita harap pihak penguatkuasaan perlu tegas dalam hal ini. Jangan tunggu sampai claim mengatakan bangunan tersebut berusia ratusan tahun, kita nak suruh roboh memang, kalau usia ratusan tahun dia dah masuk dalam binaan-binaan yang boleh dimasukkan dalam senarai UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) lah, bangunan-bangunan lama. Tetapi hakikatnya kita tau lah bila ianya dibina. Jadi, di peringkat awal lagi hendaklah diambil tindakan penguatkuasaan supaya perkara-perkara ini tidak menyusahkan kita di masa yang akan datang.
Kalau sekiranya di peringkat awal kita tengok ada berlaku perkara-perkara yang sebegini, tindakan awal perlu diambil. Takkanlah nampak pokok besar mula-mula boh sikit binaan lepas itu naik sampai menjadi bangunan. Ataupun tanah kosong dibuat binaan lepas itu di claim kata ini ratusan tahun. Saya tidak menyentuh kepada mana-mana kaum ataupun pihak ataupun agama, tetapi inilah Perdana Menteri kata, “kita negara hukum”. Hukum ni maknanya kita ikut undang-undang.
Jadi, kalau ada undang-undang maknanya ambillah tindakan penguatkuasaan sepertimana yang dititah oleh Tuanku baginda hari semalam. Jadi, Dato’ Speaker, eh YB. Tuan Speaker. Boleh Dato’ kot noh?
On the way.
YB. Tuan Speaker, perkara-perkara yang sebeginilah perlu kita ambil tindakan dengan segera ataupun dengan cepat. Ada saja maklumat, kita beritahu kepada pihak berkenaan supaya tindakan diambil. Kita tak maulah tanah individu, tanah kerajaan, tanah kosong dijadikan tempat ataupun binaan, selepas itu kita nak suruh roboh menjadi kesusahan kepada semua pihak.
Kemudian, pembangunan di sempadan. Walaupun baginda menyentuh di Bandar Baharu, saya rasa kita ada sempadan yang lain, Bukit Kayu Hitam salah satunya dan juga Kota Putra. Kota Putra, semasa saya duduk di tempat YB. Kuala Ketil hari itu, dah ada proposal, dah ada syor untuk kita membangunkan Kota Putera tetapi ding dong, ding dong, ding dong, sampai sekarang saya tak tahulah setakat mana syor tersebut kerana mereka dah bawa proposal yang mempunyai satu pembangunan yang agak besar dengan perumahannya, dengan sekolahnya, dengan industri kecilnya sebab di situ tidak boleh buat industri besar sebab di kawasan bukit. Industri kecilnya, kerana bila kita lihat kalau di sini Kota Putra, di sana adalah Ban Prakob, siap dengan lebuh raya dia. Setiap kali saya lalu, saya pergi ia ada perubahan yang lebih besar, lebih baik, lebih bagus. Maknanya, kita takkan lah setakat lebuh raya daripada Kota Putra ke Kulim, ke Alor Setar ataupun ke Kuala Nerang tetapi kita kena ada satu pembangunan yang lebih hebat dan lebih besar supaya kawasan Kota Putra itu kita majukan menjadikan kawasan sama ada penempatan ataupun kawasan industri ringan untuk kita menyambut apa yang telah dilaksanakan oleh pihak Thailand di Ban Prakob sana.
Jadi, ada masa lagi ka? Boleh lagi noh? Oleh kerana boleh lagi, jadi saya nak bagi peluang hat boleh lagi tu kepada sahabat-sahabat yang lain lah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ucapan menjunjung kasih di atas Tuanku Sultan yang telah mencemar duli bersama-sama dengan kita hari semalam merasmikan mesyuarat kita persidangan pada kali ini. Semoga Allah Ta'ala memberkati usaha kita semua dan juga memberi kesihatan yang baik kepada Tuanku Sultan dan juga ahli keluarga baginda dan saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan oleh YB. Tuan Speaker pada kali ini. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Tokai. Seterusnya saya menjemput YB. Bayu. Tadi dah cakap pasal sempadan, mungkin YB. Bayu nak cakap yang tu juga ka?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar, barisan EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan juga Persekutuan, Pegawai-pegawai Daerah, petugas-petugas media, dan juga sahabat saya daripada DUN Bayu, Pusat Khidmat. Terima kasih turut hadir. Jadi YB. Tuan Speaker, masa YB. Tokai tu masuk dekat sini boleh la kot, dia ada balance lagi kan? Boleh?
Dia ngam-ngam saja YB. Tokai tadi. 53.
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kehadrat SWT kerana dengan limpah kurnianya kita dapat berhimpun di Dewan Yang Mulia ini bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 untuk menyuarakan hasrat serta memastikan kebajikan dan pembangunan ekonomi negeri dapat ditangani secara berkesan. Saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga wakil-wakil jabatan kerajaan yang hadir.
Sebelum saya meneruskan ucapan ini, saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah sempena pembukaan mesyuarat penggal ini. Segala titah, pandangan, cadangan dan nasihat bernas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Itu sudah tentu akan dijadikan asas dan panduan bagi memajukan Negeri Kedah khasnya.
YB. Tuan Speaker, isu utama yang saya nak bangkitkan di sini adalah berkenaan dengan bencana alam. Bencana alam ini adalah terdiri daripada banjir, ribut, kebakaran dan juga lain-lain. Serta saya nak sentuh juga berkenaan dengan kebajikan dan ekonomi tambahan masyarakat di luar bandar. Saya ingin membawa isu penting yang sering melanda kawasan saya dan juga kawasan DUN-DUN lain iaitu bencana alam terutamanya banjir, ribut dan kebakaran.
Walaupun kita tidak mampu menolak takdir dan kuasa Allah SWT, namun sebagai manusia kita dituntut untuk berikhtiar serta mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan risiko dan kesan bencana ini kepada masyarakat. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi pendekatan yang telah kami laksanakan di DUN Bayu khususnya melibatkan pencegahan awal terhadap bencana ribut.
Untuk maklumat semua, sebelum kami menjalankan kerja-kerja pencegahan awal ini, pihak kami telah mengadakan pelbagai perbincangan bersama dengan agensi kerajaan termasuklah pejabat daerah, penghulu mukim, jabatan keselamatan, APM, MKK serta pemimpin masyarakat dan juga jabatan-jabatan yang terlibat terutamanya jabatan perhutanan. Terima kasih tuan, ada kat sini. Terima kasih yang tak terhingga kepada Jabatan Perhutanan yang telah permudahkan proses penebangan pokok-pokok berisiko. Saya nak ulang lagi YB. Tuan Speaker. Penebangan pokok-pokok yang berisiko, bukan pokok-pokok yang lain-lain, pokok-pokok yang berisiko di kawasan kampung. Penebangan ini melibatkan pokok-pokok besar yang berpontensi untuk tumbang ke atas rumah, jalan, masjid, sekolah dan kemudahan awam lain ketika ribut melanda. Objektifnya adalah untuk mengelak kerosakan harta serta ancaman keselamatan nyawa penduduk.
YB. Tuan Speaker, berkenaan isu banjir dan penyelesaian jangka panjang. Kelmarin titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia pun beri penekanan yang utama berkenaan banjir. Tapi banjir ini dalam situasi negeri kita ini ada dua tempat. Yang pertama, banjir di kawasan sawah, yang satu lagi banjir di kawasan kampung pedalaman. Salah satu bencana yang sering berlaku di kawasan kita ialah banjir. Ia bukan lagi satu perkara asing kerana hampir semua tempat menghadapinya. Di kawasan saya sendiri ada tempat yang mengalami banjir hingga tujuh ke lapan kali dalam setahun. Perkara ini banyak kali saya berulang daripada pegawai daerah dulu Yang Berbahagia Datuk Abdul Gafar Yahya ada kat depan ni dan sekarang ni pegawai daerah yang baru ada, banyak kali saya bawa. Perkara ni tak boleh diatasi lagi. Persoalannya, adakah kita tiada jalan penyelesaian? Sampai bila kita hanya mampu mengurus banjir tanpa mencari punca dan penyelesaian jangka Panjang? Kos pengurusan banjir sangat tinggi dan merugikan semua pihak. Mengapa kita tidak fikirkan pendekatan yang lebih proaktif?
Allah SWT telah mengurniakan kita akal untuk berfikir dan berusaha untuk mencari, berikhtiar. Kita tidak mampu menolak takdir tetapi kita mampu berikhtiar. Saya nak ambil peluang kesempatan di sini nak ucap berbanyak terima kasih kepada YAB. Dato’ Seri MB dan juga Kerajaan Negeri Kedah yang mana baru-baru ini banjir melanda di banyak DUN, terutamanya di DUN Bayu. Terima kasih banyak di atas peruntukan kewangan untuk meringankan mangsa-mangsa banjir di DUN Bayu, Kupang dan juga Kuala Ketil.
Jadi, tahniah! Berikan satu tepukan dekat YAB. Dato’ Seri MB. Masalah banjir ini berpunca daripada dua jenis sungai, ada sungai besar, ada sungai kecil. Sungai kecil ni dikenali sebagai carok. YAB. Dato’ Seri MB dia tau carok, orang yang duk hulu macam kami tau carok. Saya ingat YB. Tuan Speaker tak tau carok. Tau carok?
Tak berapa, saya tak biasa kampung.
Carok ni sungai kecil, sungai besar satu, sungai kecil satu. Jadi, Alhamdulillah di kawasan saya projek tebatan banjir bagi sungai besar telah pun dilaksanakan melibatkan kos ratusan juta ringgit. Di kawasan pekan Baling, projek ini sudah menunjukkan hasil yang positif dan ini fasa ketiga sedang dalam proses pelaksanaan. Itu pun tak sampai menyeluruh YB. Tuan Speaker. Kalau boleh saya minta JPS (Jabatan Pengairan dan
Saliran) kena menyeluruh satu sungai itu. Kalau boleh fasa keempat kena diadakan lah juga sampai ke Mukim Siung. Sebab yang ni memang melibatkan masyarakat yang memang tahun-tahun dilanda banjir, YB. Tuan Speaker. Jadi, saya amat yakin apabila projek ini siap, aliran sungai akan menjadi lebih lancar dan tidak melimpah ke kawasan perumahan. Minta JPS tambah lagi lah peruntukan untuk di Daerah Baling.
Namun, cabaran utama ini ialah banjir kecil yang berlaku di kawasan-kawasan kampung seperti yang saya cakapkan tadi, sungai-sungai kecil yang dikenali sebagai carok. Kampung saya pun carok putih. Carok ni banyak di kawasan-kawasan luar bandar ni sungai kecil-kecil ni banyak. Satu sungai besar, satu lagi sungai kecil. Jadi, alur air kecil yang sering wujud di kampung. Apabila hujan lebat, carok ini dipenuhi sampah, tanah, kayu, pasir yang menyebabkan melimpah air dan tersekat. Saya ingin mencadangkan satu penyelesaian praktikal. Apa salahnya jika kontraktor kecil dilantik oleh JPS dengan kerjasama pejabat daerah dan pejabat tanah untuk membersih sungai-sungai ini. Bukan bersih ambil pasir saja, bersih semua sekali. Kontraktor ini boleh dibenarkan mengambil pasir dan dikeluarkan semasa kerja pembersihan untuk dijual secara kecil-kecilan.
Ini bukan untuk tujuan perniagaan besar seperti kuari, tetapi semata-mata untuk menyokong kerja pembersihan sungai. Hasilnya semua pihak akan mendapat manfaat. Sungai bersih dan dalam kontraktor mendapat hasil dan kerajaan negeri dapat memungut cukai daripada penjualan hasil tersebut. Saya juga mencadangkan agar satu peraturan atau undang-undang dikuatkuasakan untuk menghalang
pembinaan rumah berhampiran sungai-sungai. Sama seperti peraturan membina rumah berhampiran jalan raya. Perlu ada jarak minimum yang ditetapkan supaya tidak berlaku pembangunan di kawasan yang berisiko tinggi. Ini penting bagi mengelak kerugian berbulan akibat banjir. Kita perlu bertindak segera dan tidak hanya bergantung kepada pengurusan selepas bencana. Kerjasama antara GPS, pejabat daerah dan pejabat tanah amat penting untuk memastikan solusi jangka panjang ini dapat dilaksanakan dengan lebih efektif demi kesejahteraan rakyat.
YB. Tuan Speaker, di sini saya juga nak mencadangkan agar inisiatif penebangan pokok berisiko dan cadangan pembersihan sungai ini dapat diperluaskan ke DUN-DUN lain. Untuk maklumat YB. Tuan Speaker, ada beberapa pegawai khas dan juga YB. dari DUN lain pun menghubungi saya untuk mendapatkan panduan dan saya bersedia untuk berkongsi pengalaman serta prosedur pelaksanaan dengan kerjasama pihak Jabatan Hutan dan agensi berkaitan berkenaan dengan penebangan pokok-pokok berisiko. Saya ulang lagi, penebangan pokok-pokok yang berisiko. Bukan tebang balak noh. Inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada langkah pencegahan bencana … (YB. Bukit Selambau mencelah)
Minta mencelah sat.
Dipersilakan YB. Bukit Selambau.
Terima kasih YB. Bayu. Saya tertarik berkaitan dengan penebangan pokok-pokok balak yang berisiko. Di sini saya atas nama DUN Bukit Selambau, banyak pokok yang sedemikian. Jadi, proses yang perlu dinyatakan supaya saya boleh bersama dalam menyelesaikan masalah tersebut. Jadi YB. Bayu, insyaAllah berilah kerjasama dengan saya. Setuju nah?
InsyaAllah. Setuju dengan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan. InsyaAllah, saya boleh memberi taklimat dan panduan yang kami dah laksana di DUN Bayu untuk memastikan rumah-rumah, jalan raya dan sebagainya ini tidak ditimpa oleh pokok. YB. Tuan Speaker ambil masa sikit, di DUN saya dan juga DUN-DUN lain, kita nak repair rumah yang kena ribut ini pun saya rasa
cukup banyak. Tahun lepas pun dah hampir RM400,000 hingga RM500,000 satu daerah. Sampai bila kita nak menghadapi benda-benda yang begini? Yang mana kita boleh ambil tindakan untuk menebang pokok yang berisiko, yang berhampiran dengan rumah. Dan saya nak ambil contoh, saya sendiri turun, saya kata, “pak long, pokok ini dah tumbang, kita repair, kita bagi bantuan”. Saya pusing belakang, ada lagi satu pokok, pokok ini tunggu masa juga. Jadi, sampai bila? Repair kat depan, tiba-tiba selesai yang depan, angin mai, dia tumbang hat belakang, kita repair hat belakang juga. Sampai bila kita nak repair? Sampai bila kita nak repair? Jadi, sebab itu kalau boleh semua DUN, DUN yang berkawasan pedalaman. InsyaAllah, saya kalau memenuhi dan juga dibenarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan, terutamanya jabatan perhutanan, saya akan turun bagi taklimat kepada DUN-DUN yang berminat, insyaAllah. Terima kasih YB. Bukit Selambau.
YB. Tuan Speaker, satu lagi saya ingin cadang, usulkan ialah berkenaan dengan pendekatan khusus yang boleh dirangka bagi membantu membaik pulih rumah-rumah usang. Tadilah, macam tadi ni rumah yang ditimpa pokok. Tapi kita kena sedar bahawanya di kampung-kampung ni banyak rumah yang usang, rumah yang lama. Angin
lalu macam tu tak ribut pun dia runtuh. Sebab apa? Dah dimakan anai-anai. Apakah tindakan daripada pihak kerajaan negeri kerana setiap kali fokus group, saya rasa semua YB-YB ni dah masuk dalam fokus group. Kami masuk dalam fokus group. Masuk bentang dah di dalam skrin tu, tapi bajet tak dak. Rumah makin bertambah. Sampai bila penyelesaian ni kita nak selesaikan? Makna kata piihak pembangkang pun kena membantu kerajaan negeri, ambil peruntukan daripada Pusat, bawa mari ke sini demi rakyat. Saya minta kalau boleh… (YB. Kota Darul Aman mencelah)
Sat celah sat. YB. Tuan Speaker.
Bagi laluan.
Ya.
Saya minta YB. Bayu untuk baca jawapan bertulis yang ditanya. Banyak peruntukan dah turun dari KPKT, Desa, Pembangunan semua dah turun.
Ya ka? Kalau turun selesai masalah, tapi tak selesai juga saya tengok. Sebab di peringkat DUN… (YB. Kota Siputeh mencelah)
Pembangunan padi banyak tak turun-turun ni.
Ok, teruskan YB. Bayu.
Ok. Dengan ini saya nak mencadangkan agar satu peruntukan khusus dapat disalurkan berdasar maklumat daripada MKK, JKN, Pusat Khidmat DUN, Penghulu Mukim, agensi-agensi kerajaan dan juga pejabat daerah. Pendekatan ini penting untuk memastikan proses baik pulih rumah dapat dijalankan dengan teratur, terancang dan segera. Kita perlu sedar bahawa jumlah rumah usang ini agak banyak dan keadaan ini amat membimbangkan. Sekiranya penghuni masih terus menetap di rumah yang sudah tidak selamat, dimakan anai-anai, reput dan hampir roboh ini, ia bukan sahaja boleh mencederakan mereka tetapi juga mengancam keselamatan nyawa penghuni rumah itu sendiri.
YB. Tuan Speaker, satu lagi berkenaan perkara yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan makanan. Kami di luar bandar ni, zaman dulu di luar bandar ni, di kampung-kampung ni, tak payah nak fikir pun kerja. Bangun pagi jala ikan boleh bawak balik makan sampai kemalam. Tapi hari ni kita tengok dah pupus dah pun. Ikan dah pupus. Dan apa tindakan yang kita boleh buat? Jadi, berkenaan dengan makanan tambahan ini, perkara ini saya bangkitkan ialah mengenai kepupusan sumber makanan semula jadi di kampung-kampung, khususnya ikan sungai. Dahulu ikan sungai merupakan sumber utama protein kepada masyarakat luar bandar. Orang kampung boleh turun ke sungai menjala dan memancing dan hasilnya cukup untuk dimasak bagi keluarga. Namun hari ni, sungai-sungai kita sudah tidak ada lagi hidup. Hasil tangkapan semakin kurang, malah ada tempat yang langsung tiada ikan.
Puncanya adalah kerana kaedah penangkapan tidak terkawal. Termasuk penggunaan racun, kejutan elektrik, pukat haram yang memusnahkan benih-benih ikan. Akibatnya ekosistem sungai terganggu dan masyarakat kampung kehilangan satu lagi sumber makanan dan pendapatan.
Saya nak cerita lah YB. Tuan Speaker, saya pernah lalui, saya turun sungai. Dulu ni, turun sungai menjala tang mana pun ikan ada, tapi hari ni saya bawa jala yang besar tu tak dapat, bawa jala yang kecil pun tak dapat lagi. Ini merupakan satu makanan kepada masyarakat luar bandar. Sebab apa kita tak ambil tindakan untuk bawa masuk benih? Jadi justru itu, saya ingin mencadangkan agar Jabatan Perikanan Negeri dan agensi berkaitan melaksanakan program pelepasan benih ikan secara besar-besaran di semua sungai yang sesuai di seluruh Negeri Kedah. Ini adalah pelaburan jangka panjang yang sangat berbaloi. Jika benih ikan dilepas dalam kuantiti yang banyak dan dikawal dengan baik, dalam masa beberapa bulan kita akan dapat lihat hasilnya. Sungai akan kembali menjadi sumber makanan malah boleh menjana pendapatan kecil kepada penduduk setempat. Saya juga menyeru supaya ketua-ketua kampung, imam, penduduk setempat memainkan peranan untuk menjaga ikan daripada pupus. Satu lagi sektor pelancongan, Tok Leh, YB. Kubang Rotan, minta maaf. Pelancongan ini kalau… (YB. Pedu mencelah)
YB. Bayu…
YB. Pedu minta laluan.
Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Bayu. Pasal YB. Bayu sebut tadi apa nama ikan kena racun apa semua mati. Tiba-tiba YB. Bayu minta benih. Boh benih pun mati juga pasal pencegahan tu. Macam mana cara pencegahan untuk tak bagi mati tadi?
Terima kasih! Terima kasih! Sebab tu tadi sebelum nak lepas tu saya minta semua ketua kampung, imam dan juga masyarakat situ menjadi mata, telinga kepada kita. Nak pastikan bahawasanya sungai tu dapat dikawal dan dah kawal baru kita lepas benih. Benih ni nak cerita, bukan mahal pun. Mana jabatan perikanan ada dak dekat sini? Bukan mahai mana pun. Janganlah pilih benih, janganlah pilih Sungai.
Kadang-kadang sungai yang nak menjadi keutamaan pelancong diberi. Nu orang kampung yang tak dak nak makan nu. Sungai, hasil sungai ni sedap, protein. Sebab tu saya minta kalau boleh, jabatan perikanan dan juga jabatan-jabatan lain main peranan sumbang, beri benih ikan kepada semua sungai-sungai di kawasan-kawasan kampung yang akan memberi pulangan yang cukup banyak hasil, kerana dia biak sat saja. Enam bulan biak dah dan akan dapat memberi makanan kepada masyarakat kampung tanpa membeli, tanpa perlu keluar duit.
Jadi, satu lagi sektor pelancongan YB. Kubang Rotan. Apabila sungai bersih dan tangkapan yang dikawal menggunakan ‘lay candik’. Faham tak? ‘Lay candik’. ‘Lay’ ni penangkapan tradisional orang dulu. ‘Lay candik’. Kalau bina elok-elok di sungai yang dah dikawal yang banyak ikan, saya rasa berpontensi untuk menjadi satu lagi produk pelancongan yang akan dapat menggamit pelancong hadir ke Negeri Kedah kita ni.
YB. Tuan Speaker, berkenaan ekonomi tambahan. Masa ada lagi noh, saya ambil hat sana mai sini. Boleh? Cadangan projek pertanian di tanah terbiar. Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menyediakan satu kertas kerja lengkap yang memfokuskan kepada pembangunan sektor pertanian di kawasan luar bandar. Kertas kerja ini merupakan satu cadangan yang komprehensif untuk manfaat tanah-tanah terbiar di kampung-kampung. Setelah saya berbincang dengan rakan consultant, rakan saya, dan bersetuju untuk melabur dalam projek ini dengan syarat kita perlu mengenal pasti lokasi-lokasi tanah terbiar terlebih dahulu. Oleh itu, saya memohon kerjasama daripada sekutu pertanian, YB. Suka Menanti dan semua pihak berkaitan melalui pengurusi MKK, untuk turun padang dan membantu dalam mengenal pasti tanah-tanah terbiar yang berpotensi untuk diusahakan. Tanah-tanah terbiar ni bukan sahaja merugikan, malah merupakan satu aset yang besar jika diusahakan dengan betul. Kita boleh menjadikan tanah-tanah ini sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi luar bandar.
Misi dan visi projek menjadi pemimpin dalam pembangunan tanah terbiar dengan mengintegrasikan teknologi, keperluan masyarakat dan prinsip kelestarian. Misi, meningkatkan nilai tanah terbiar melalui projek pertanian yang berkesan dan berfaedah, menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan penduduk serta menjana produk yang memberi pemulangan yang tinggi. Jadi, yang ni pun saya nak minta kerjasama daripada DUN-DUN dan seluruh rakan-rakan daripada jabatan kerajaan iaitu untuk memulihkan tanah terbiar yang secara optimum untuk pertanian. Menjadikan tanah terbiar ni sebagai tanah emas yang menyumbang kepada ekonomi negeri dan menyokong inisiatif Satu Kampung Satu Produk Sejahtera.
Kita akan bekerjasama dengan tuan tanah, agensi kerajaan serta wakil rakyat bagi menghasilkan produk yang boleh dipasarkan sehingga ke peringkat eksport, serta kita dapat membuka ruang pekerjaan kepada masyarakat kampung selepas selesai menjalankan kerja hakiki seperti menoreh getah dan sebagainya.
YB. Tuan Speaker saya baca cepat ni sebab saya takut masa, minta maaf.
Dak, masa memang habis dah!
Tu kah?
Saya nak suruh berhenti dah ni.
Ada sikit lagi, sikit lagi. Satu lagi YB. Tuan Speaker, saya langkau-langkau lah sebab, tadi saya rasa… banyak masa ni hat boleh ambik kat saya kot kan. Tadi yang Ketua Pembangkang tadi pun masa tak sampai lagi 10 minit, saya tengok lagi 10 minit. Ambil kat saya juga tu.
YB. Tuan Speaker, seterusnya saya ingin mencadangkan berkenaan penstrukturan semula MKK yang saya bincang tadi. Saya ingin menyentuh isu penstrukturan dan penyelarasan peranan serta elaun MKK. Pada masa ini terdapat ketidakseimbangan yang ketara. Ada MKK yang perlu menyelia 7 hingga 10 buah kampung dengan elaun yang RM500. Sedangkan ada MKK lain yang menyelia atau menyelia 2-3 buah kampung dengan elaun yang sama. Dan saya bincang, terima kasih pada YB. Merbau Pulas yang telah pun berbincang dengan saya. Dia minta saya kena bincang dengan pengawai daerah. Pengawai Daerah Baling ada kat sini, saya balik ni, ni depan-depan ni, saya nak minta satu perbincangan untuk menyusun semula MKK dengan nisbah yang lebih relevan. Kalau 10 kampung, tak boleh lah bagi 1 MKK, jenuh.
Kerana kita tengok dia macam-macam, kalau banjir ni, kalau banjir ribut dan sebagainya ni, dia nak kena kawal 10 kampung sedangkan 1 MKK dia kawal 3 kampung senang. Kita tahu kekangan dan juga ekonomi daripada pihak kerajaan negeri, tetapi biarlah kadar nisbah tu sesuai kerana kami di Bayu ni YB. Merbau Pulas,
di Bayu ni, di Baling ni kawasan luar bandar. Kami duk ada 268 kampung yang diwarta. Tapi kami dapat 115. Tak padan lah. Ada setengah kampung malas nak cerita daerah, saya tak mau nak cerita daerah. Setengah daerah tu, dia kampung ni dia campur dengan bandar sikit, kampung sikit tapi dia dapat sampai dekat-dekat 200 kuota MKK. Tak berapa nak logik. Bukan saya nak pertahan diri saya, kalau boleh perbincangan untuk ketua kampung tak tambah pun tak apa, tapi biar relevan mengikut nisbah kampung seliaan masing-masing. Janganlah beban, kadang-kadang saya ni 10 buah kampung ni haru, hari-hari, 3,000 duk jaga sorang di Kampung Bandar. Pegawai Daerah (DO) kena bincang dengan saya sebab ni adalah depan ni, sebab saya balik sana nak kena bincang ni… (YB. Tuan Speaker mencelah)
Yang tu kita balik bincang di Baling boleh kot noh?
Boleh! Boleh! YB. Tuan Speaker, satu lagi berkenaan dengan industri YB. Jitra tadi. Saya juga ingin mencadangkan supaya penubuhan mini hub industri desa, industri getah SMR20. Zaman dulu ni orang motong getah ni dia buat getah keping sendiri di kampung, baru dia pasar, secara manual. Apa salah kalau YB. Jitra cadangkan, usulkan supaya mini hub industri yang berkaitan getah ni diwujud di setiap mukim kerana pengeluaran getah ni adalah utama. Rakyat menoreh getah, jual getah skrap tu, cuplum orang panggil. Cuplum tu tak berapa banyak, tak berapa tinggi pun, tapi apa salah kalau kita sediakan mini hub industri yang berkaitan getah. Kita keluarkan getah SMR20 di kawasan kampung. Dulu ni YB. Merbau Pulas, sebab dia jaga pembangunan luar bandar. Dulu ni tok nenek kita dulu, dia ‘lecet’ getah tu lepas tu dia mesin macam tu, tapi secara manual. Apa salah kalau YB. Jitra wujudkan secara mesin yang lebih baik dengan cara elektrik atau dengan cara bukan manual, dapat menghasilkan getah keping dan kita boleh bersaing dengan kilang-kilang yang ada.
Jadi, YB. Tuan Speaker, saya tak nak berucap panjang nak tutup ni. Dengan ini, saya menyokong menjunjung kasih di atas titah ucapan diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang telah memberi penekanan kepada aspek keselamatan rakyat, pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar, pengurusan air serta peningkatan kecekapan tadbir urus. Sebagai wakil rakyat di kawasan luar bandar seperti DUN Bayu, saya menyambut baik titah Tuanku yang sangat bertetapan dengan realiti dan cabaran yang sedang kami hadapi di peringkat bawah atau masyarakat kampung khasnya.
Justeru, segala cadangan yang saya kemukakan ini daripada langkah pencegahan bencana, pemulihan rumah usang, pembangunan tanah terbiar hinggalah kepada pemerkasaan industri desa adalah selari dengan aspirasi Tuanku agar Negeri Kedah terus melangkah maju secara menyeluruh dan inklusif. Titah Tuanku bukan hanya simbolik tetapi menjadi panduan dalam membentuk dasar dan tindakan nyata demi kesejahteraan rakyat. Sebelum saya habis ni saya nak pantun lah.
Okay, boleh!
Saya nak pantun berkenaan dengan tempat saya lah.
Lepas pantun terus berhenti nah?
Betul YB. Tuan Spekaer. Pokok petai, pokok tualang, Bawahnya pula dipasang khemah, Pokok bahaya kita tebang, Agar tidak menimpa rumah. Hantu raya dan juga langsuir, Dua jenis pelbagai perangai, Bukan saja nak korek pasir, Untuk jaga aliran sungai. Jari kanan naik ketuat, Terus tak boleh nak tulis surat, Kita cakap, kita buat, Ini semua demi rakyat. Dari Kedah ke pekan sehari, Beli suasana di Kota Tinggi, Selesai sudah ucapan diberi, Di lain masa bersua lagi. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Bayu. Hebat hari ni dengan pantun apa semua. Seterusnya saya menjemput YB. Bukit Pinang. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wassalatu wassalamu 'ala rasulillah, wamanta bi’ahum bi ihsani ila yaumiddin. Qola rabbish rohli sodri wayassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qawli. YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah. YB. Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ketua Pembangkang, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, Yang Berbahagia Ketua-ketua Jabatan, pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Pertama sekali saya bersyukur kehadrat Allah SWT atas ucapan tahniah serta syabas Titah Ucapan Tuanku Sultan yang mengambil masa 22 minit tetapi padat serta bermakna atas ucapan Tuanku Sultan yang merangkumi banyak pesanan-pesanan kepada semua YB.-YB. sekalian.
YB. Tuan Speaker,
Naik sampan bersama gagak, Tumpang pula seorang nyonya, YB. Speaker makin sehari makin segak, Sudahlah sekarang manis pula orangnya.
Teruskan! Teruskan!
YB. Tuan Speaker, Yang Berhormat perlu faham tanggungjawab setiap pandangan yang disuara demi kepentingan negeri dan rakyat yang sentiasa menyelami masalah dan keperluan rakyat. YB. Tuan Speaker, ada lima tajuk yang saya dapat petik daripada ucapan Tuanku Sultan. Yang pertama iaitu fokus kepada banjir, bencana banjir, yang kedua pelaburan, yang tiga, Pelan Pembangunan Kedah 2035, serta gagasan The Greater Kedah, yang keempat iaitu pelancongan, yang kelima, Islam adalah agama rasmi bagi Negeri Kedah yang dibahas panjang oleh YB. Kupang tadi. Masuk sebahagian daripada ucapan saya.
Bencana banjir penghujung 2024 yang melibatkan 10,000 mangsa yang dipindahkan serta pelbagai infrastruktur utama dan hampir 16,000 hektar kawasan sawah padi yang rosak. YB. Tuan Speaker, saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah serta bertungkus-lumus memberi perkhidmatan tak kira siang dan malam kepada semua wakil rakyat. Tak kira dek hujan panas demi untuk membantu rakyat yang bermula daripada pegawai daerah serta kakitangan kerajaan sehingga Tuanku menzahirkan penghargaan di atas pengorbanan serta taat setia buat Tuanku iaitu muka surat 9, Tuanku sebut sendiri di kesempatan ni, Tuanku sebut, “menzahirkan penghargaan di atas taat setia, pengorbanan, dan perkhidmatan Anggota Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, anggota RELA, barisan petugas kesihatan serta seluruh Pegawai Tadbir Negeri Kedah serta penjawat awam negeri dan Persekutuan di Negeri Kedah atas komitmen yang diberikan”. Tahniah. Sultan bagi penghargaan kepada semua yang disebutkan.
Iaitu pelaburan muka surat 3, Negeri Kedah berjaya mencatat kedudukan tempat dalam negara jumlah pelaburan masuk RM45.8 bilion bagi tahun 2024 berbanding RM28.7 bilion bagi tahun 2020. Dunia tidak boleh menafikan dasyat dan hebatnya kedudukan Negeri Kedah sekarang. InsyaAllah, Fasa 4E dan Fasa 5 bagi 2025 yang disebut oleh YAB. Menteri Besar lebih hebat lagi. Inilah menunjukkan pelaburan yakin kepada kepimpinan kerajaan negeri dengan tidak menafikan walaupun ada sabotaj-sabotaj di kalangan luar. Saya sebut di sini, saya ucap tahniah kepada YAB. PMX (Perdana Megeri Ke-10). Saya sentiasa membela YAB. PMX walaupun rakyat di bawah sana bercakap, “buka mulut mohong!” Saya kata, “tidak!” Saya kata, “itu Perdana Menteri saya”. Saya amat yakin dengan YAB. Perdana Menteri PMX sentiasa memberi komitmen untuk meneruskan agenda kerajaan Negeri Kedah demi untuk rakyat masa akan datang.
Tuanku Sultan menyaran agar kawasan perindustrian yang sentiasa diperkasakan di semua daerah khasnya Daerah Kulim/Bandar Baharu. Peluang ekonomi Kedah sempadan Thailand, Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone dan Pelan Pembangunan Kedah 2035, gagasan The Greater Kedah. Saya bercadanglah supaya kerajaan negeri memberi fokus kepada 582 masjid Negeri Kedah. Untuk jangka masa panjang pelan 2035 supaya memastikan setiap kariah kita tidak terpinggir dengan arus perdana iaitu kalau bolehlah kerjasama dengan jabatan agama memastikan semua masjid-masjid tadi ada internet ataupun ada wifi bagi memakmurkan anak kariah supaya mendekati masjid. Contohnya di masjid itu ada sebuah dewan untuk anak kita melayari internet-internet untuk membuat proses pekerjaan supaya anak muda kita dekat dengan masjid. Itu salah satu cara untuk memakmurkan serta memastikan anak kariah kita tidak terbiar.
Dalam memastikan serta menarik perhatian yang bermula pendekatan masjid yang saya sebut tadi, komitmen kerajaan untuk membina Desa Sejahtera memberi nafas baru kepada rakyat. Inilah komitmen kerajaan untuk meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada yang lain. Dalam usaha memastikan keterjaminan makanan bekalan beras negara, muka surat 6 yang disebut oleh Tuanku Sultan tadi, saya tak mahu ulas panjang. Kita boleh lihat muka surat 6 dan juga kerajaan sentiasa tegas melindungi kawasan tadahan air di Hutan Simpanan Ulu Muda. Sebab kita, kerajaan negeri saya ucapkan tahniah dan syabas, di sudut itu kita memberi komitmen semua memastikan kita pertahankan kawasan tadahan air.
Firman Allah SWT:
َلّ تَمَنهوْ ا َلِقَاء ،ِ العَدُو فَإِذَا ْلَقِيتُمُوهُم فَاصْبِرُوا
“Jangan kita bercita-cita mencari musuh tetapi apabila kita berdepan dengan musuh maka tetaplah teguh dan bersabarlah. (Riwayat al-Bukhari, Hadith no. 3026)
Sebab kita walaupun ada sabotaj-sabotaj daripada negeri-negeri lain, sepatutnya sebuah Kerajaan Persekutuan mestilah memberi keutamaan, apa yang kita pohon daripada Kerajaan Persekutuan, bukan kita pohon semata-mata untuk kepentingan kita tapi ini hak kita. Saya amat kesal sekarang terhadap kementerian-kementerian sudah tidak prihatin sungguh kepada kerajaan pembangkang, kerajaan kita. Kita kerajaan pembangkang bagi Kerajaan Persekutuan. Tetapi janganlah menafikan hak kita. Contohnya EXCO-EXCO, dulu kita ada juga program YB. dalam RTM, tetapi kenapa sekarang dinafikan hak? Apakah mereka itu bukan Menteri Kedah? Bukan menteri kita? Menteri kita lah. Walaupun rakyat di bawah sana yang saya sebut sentiasa menghantam menteri-menteri tetapi saya yakin dengan komitmen EXCO kita bolehlah jumpa kenapa dan mengapakan. Contohnya EXCO Penerangan, tak boleh turun di RTM, tak boleh kerjasama dengan RTM atau Penerangan. Dalam satu program sambut merdeka contohnya. Apakah rugi Kerajaan Persekutuan untuk memberi kemudahan? Apakah rakyat di negeri ini semuanya rakyat PN?! Bukan rakyat PN dari Negeri Kedah. Semua bangsa dan semua rakyat termasuk semua parti. Apabila mereka menafikan hak kita, seolah-olah kita meminggirkan rakyat parti lain. Sedangkan kita sebagai wakil rakyat bukan wakil rakyat PAS saja, tapi kita wakil rakyat dalam DUN Bukit Pinang. Tak kira parti apa pun. Walaupun dia sakit, dia mati, kenduri kendara, ribut dan banjir saya sebagai YB. Bukit Pinang turun melihat rakyat di bawah saya. Tak kira UMNO dan PAS, tak kira PH. Ini tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat. Kalau rumah dia banjir, sepatutnya bukan parti saya, saya tak perlu pi. Tapi kita bagi katil, bagi kerusi, bagi duit demi rakyat di sebuah DUN saya. Saya sebagai wakil rakyat, kita tidak ‘pilih bulu’, kita takut kita akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat. Ini saya bimbang.
Firman Allah SWT:
كُل نَفْس ُذَائِقَة ِالْمَوْ ت
“Semua manusia akan mati”. (Surah Ali ‘Imran, ayat 185).
PMX pun akan mati. Hang toksah hebat mana lah! Saya sentiasa berdoa supaya umur panjang muslimin dan muslimat, beri kejayaan dunia dan juga akhirat. Tanggungjawab kita sebagai seorang muslim! Tapi janganlah bongkak kalau kita jadi Perdana Menteri, jadi Menteri, membelakangkan EXCO-EXCO apabila mereka turun ke Negeri Kedah. Inikah kerajaan! Madanon ka apa, la ni saya tak peduli. Sebab saya tau PMX tu kawan rapat saya, kawan baik saya. Masa dia dalam penjara, Kak Zah turun, Kak Wan turun mai sini, ceramah pada tahun 1998. Sebuah kenderaan saya, masa tu saya EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah. Bila turun ceramah ni, Kak Wan, Nurul Izzah naik kereta saya lah, bawa turun ceramah merata seluruh Kedah. Kereta saya masa tu Fiat Mirafiori, PAD 4444. Kereta saya paling hebat dalam EXCO Pemuda Negeri Kedah. Kereta saya paling elok sekali lah. Saya pegawai kerajaan masa tu, kereta Fiat Mirafiori,PAD 4444. Beli RM4,000 saja…. Nak jaga! Masa semua PMX kata semua difitnah. Kita jaga, bawa Kak Wan mai ceramah seluruh Kedah. Kak Wan masa tu ceramah tak berapa pandai. Nurul Azizah pun tak biasa mai. Baik, segak pula dua orang tu. Ya Allah… Tuhan saja yang tahu. Masa tu saya ingat kawan saya baik… (YB. Tuan Speaker mencelah)
La dia duk naik kereta sekali lagi dak?
Aih! Dak! Dak! La jumpa pun kenal. Kak Wan tu masih kenal. Lama-lama rindu juga saya pun. Saya tau sebab masa tu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah iaitu Pengerusi Peladang, kawan baik saya lah. Tapi nak buat macam mana, dah masing-masing jalan pi ke lain kan?
Firman Allah SWT:
ٱهْدِنَا َٱلص ِ رََٰ ط َٱلْمُسْتَقِيم
“Kembalilah ke jalan yang baik” (Surah Al-Fatihah, ayat 6)
Program menanam 2 juta pokok setahun, tahniah lah kepada Jemaah Datuk yang sering prihatin untuk menghijaukan bumi. Saya pun demam sikit semalam, pre council pun saya tak hadir. Sedangkan suara sedap asalnya, sekarang tak berapa nak sedap. Minta maaf YB. Tuan Speaker.
Tuanku Sultan mengambil perkara serius agar pembangunan tanah besar Pulau Langkawi memperkenalkan jaringan perhubungan pengangkutan haruslah diperkasakan. dan juga tamadun Kedah Tua perlu ditonjol. Di Langkawi ni kita ada satu tempat, saya selalu saya sebutlah benda ni. Saya ucap tahniah dan syabaslah kepada EXCO Komunikasi baru turun tengok iaitu tempat centralized komunikasi yang ada di Malaysia ni, Langkawi sahaja iaitu CLOCC (Centralized Langkawi Operations Command Centre). Tempat centralized untuk melihat sebuah pulau yang akan menjadi pulau terhebat dalam dunia. Sepatutnya di mana EXCO Sungai Limau telah turun melihat suasana itu sebab kita nak laksanakan sorang-sorang tak boleh, pejabat daerah nak beli tak boleh. Tapi tempat itu, iaitu tempat komunikasi yang diusahakan oleh pihak satu syarikat yang mereka melabur kalau tak silap saya RM60 juta. Sediakan tempat itu tetapi tempat itu sekarang cuma pihak polis saja yang boleh lihat di IPD Langkawi. Boleh melihat sesuatu apabila berlakunya jenayah dan juga masuknya pihakLangkawi ada kamera itu boleh lihat berapa orang yang boleh masuk Langkawi, berapa perempuan, berapa lelaki. Sebab itulah statistik Langkawi, pelabur yang datang ke Langkawi boleh dilihat melalui sistem tersebut. Tetapi oleh karena pusat centralized itu memerlukan semua pihak termasuk termasuklah JPAM, Majlis Bandaraya, Polis, NADA, APM, Marine. Barulah boleh dapat dapat diselenggarakan dengan baik. Supaya kita dapat melihat semua, kalau pihak Marine, dia boleh lihat musuh di tengah laut sana dia boleh lihat dengan adanya tempat centralized kamera itu.
Tapi kalau dia tak centralizedkan seluruh jabatan-jabatan ini, projek itu jadi “projek gajah putih”. Sebab dalam Malaysia ni hanya di Langkawi sahaja, di tempat lain tidak ada tempat, memang tak dak. Sebab masa saya jadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri memang di lain tak ada tempat. Mengikut SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) makna kata hanya di Langkawi sahaja ada projek, di negeri-negeri lain tidak ada. Sebab itulah janganlah cemburu pihak Menteri Komunikasi bawa benda-benda itu keluar dari negeri ini. Sebab itulah saya sentiasa prihatin sungguhlah benda-benda itu walaupun pihak YB. Sungai Limau telah turun tetapi tidak dapat sokongan dengan semua agensi-agensi tersebut. Sebab dulu saya pernah turun ke Kuala Lumpur semasa saya pegang portfolio komunikasi, telah turun bersama dengan agensi-agensi untuk berusaha sedaya upaya semua agensi-agensi tersebut duk semeja, bagaimanakah untuk mengoperasikan, mengoptimumkan, centralize benda-benda itu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Saya ingat itu saja, saya pun tak mau bercakap Panjang, saya pun tak berapa nak sihat. Saya sekali lagi nak menjunjung kasih ucapan Tuanku Sultan yang dititah pada 20 haribulan iaitu pada hari Ahad. Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Bukit Pinang yang penuh bersemangat tadi ni. Tahniah! Seterusnya saya menjemput YB. Tanjung Dawai. Silakan.
Mohon saya berucap.
Oh! Kita ganti dengan YB. Bandar Baharu dulu. Ok, ok, silakan. Boleh.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamu ala ashrafil anbiya’i wal mursalin, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in. Rabbish rahli sadri wa yassir li amri wahlul uqdatan min lisani yafqahu qawli. YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua Jabatan, dato’-dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, saya diberi keizinan untuk berucap terlebih dahulu, mungkin YB. Tanjung Dawai nak berehat sat. Musim hujan ni musim hujan. YB. Bukit Pinang pun tak sihat. Saya sebenarnya pun tak sihat juga. Tapi saya nak rehat sekejap lagi, insyaAllah sebelum jam 1.00. Boleh kot noh? InsyaAllah.
Tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih, setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan atas keprihatinan Tuanku untuk menyampaikan ucapan pembukaan persidangan Dewan semalam dan juga sangat-sangat prihatin kepada DUN Bandar Baharu untuk membangunkan kawasan perindustrian baru di Daerah Bandar Baharu. Patik bagi pihak rakyat jelata Daerah Bandar Baharu ingin menzahirkan rasa terharu atas kasih sayang yang telah dibuktikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Perkara yang sama juga sebenarnya telah dipertegaskan pada pembukaan sidang yang lepas.
Oleh itu, kali ini adalah kali yang kedua Tuanku Sultan menitahkan supaya Daerah Bandar Baharu ini diwujudkan satu kawasan perindustrian bagi mengukuh dan meningkatkan lagi ekonomi di Daerah Bandar Baharu. Rakan-rakan yang saya hormati sekalian, titah Tuanku ini menunjukkan keprihatinan yang sangat tinggi kepada Daerah Bandar Baharu dan juga rakyat Negeri Kedah seterusnya dalam membangunkan ekonomi kepada Negeri Kedah. Dan saya mengambil satu penekanan bahawa perkara ini perlu diberi perhatian yang serius dan juga perlu diletakkan dalam senarai keutamaan projek-projek di Negeri Kedah ini.
Untuk makluman semua, daerah ini yang telah diktiraf sebagai “Daerah Paling Bahagia Tahun 2025”. Dan inilah satu-satu daerah yang di bawah pentadbiran pengurusan satu DUN. Kalau daerah yang lain dia mungkin ada 4, 5 DUN yang lain. Tapi Daerah Bandar Baharu ini istimewanya di bawah satu DUN Bandar Baharu. Inilah di antara istimewanya Daerah Bandar Baharu yang kita perlu beri perhatian. Di mana penduduknya hampir 50,000 dalam kawasan seluas 271 km persegi. Dan daripada sinilah kita lihat bagaimana kawasan ini terdiri daripada kawasan pertanian hanya 77% daripada kawasan Bandar Baharu ini terdiri daripada kawasan pertanian. Dan kawasan perindustrian ada pun kawasan perindustrian ini hanya kawasan perindustrian yang kecil sahaja. Kawasan perindustrian ringan, bukan perindustrian berat hanya dalam 0.6%. Itu betapa kecilnya sumbangan industri dalam Daerah Bandar Baharu.
Oleh sebab itu, perlu ada satu anjakan turning point atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk kita bangkit, bangun bagi membina Derah Bandar Baharu ini. Kemudian kita lihat bagaimana kedudukan Daerah Bandar Baharu ini ataupun bandar yang paling selatan di Bandar Baharu dinamakan sebagai Thousand Gate of Kedah. Gerbang-gerbang Selatan Kedah. Kedudukannya kalau kita lihat bagaimana, Bandar Baharu ini berada di tengah-tengah segitiga kawasan perindustrian di utara ini. Kita lihat bagaimana Kawasan Perindustrian Kulim Hi-Tech Park, Kawasan Perindustrian Batu Kawan Industrial Park. Kemudian satu lagi kawasan perindustrian yang baru, yang telah disytiharkan iaitu KIGIP ataupun dinamakan sebagai Kerian Integrated Green Industrial Park yang berada di sebelah Kerian ataupun di Semanggul. Dan Bandar Baharu ini terletak di tengah-tengah segitiga ini yang dinamakan sebagai Segitiga Emas Industri. Ahli-hli Yang Berhormat, dengan keadaan yang ada ini saya yakin kita mampu untuk mengangkat Bandar Baharu ini sebagai satu kawasan baru perindustrian.
Oleh itu, saya menyarankan agar dibentuk satu jawatankuasa pelaksana ataupun sekretariat yang diterajui oleh BPEN (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri) yang ada di sini untuk kita sama-sama merealisasikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ini dan peranan serta tanggungjawab jawatankuasa ini perlu dinilai dan
disemak secara berfasa, berperingkat-peringkat mengikut milestone ataupun sasaran tertentu untuk projek ini. Berperingkat-peringkat. Jadi kita boleh nilai, kita boleh semak perkembangan projek ini. Tuan-tuan yang saya hormati sekalian, inisiatif awal boleh dimulakan dengan kita mengenal pasti dan mendapatkan kawasan-kawasan yang sesuai sama ada secara pembelian ataupun pengambilalihan tanah-tanah yang sedia ada. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian… (YB. Tokai mencelah)
YB. Bandar Baharu.
Ya, saya.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, YB. Bandar Baharu… (YB. Tuan Speaker mencelah)
Teruskan.
Boleh? Kita tahu Bandar Baharu adalah satu-satunya daerah yang tidak mempunyai hospital. Jadi, rakyat Bandar Baharu ini kebanyakannya bukan rakyat Kedah lah kot. IC (Kad Pengenalan) depa ni pun bukan dari Kedah sebab kelahiran berlaku di Perak ataupun di Pulau Pinang. Jadi, kebanyakan program-program yang melibatkan apa kita kata IC 02 ni mungkin mereka ni antara rakyat yang terpinggir untuk masa akan datang lah, kalau sekiranya perkara ini dititikberatkan di dalam permohonan-permohonan tu.
Jadi, sesuai dengan suasana lebuh raya yang nak dibina dan juga kawasan segitiga perindustrian yang terjadi di negeri jiran ni, saya rasa saranan Tuanku Sultan ni perlu diberi perhatian oleh pihak negeri lah untuk membangunkan Bandar Baharu sebagai kawasan yang kita kata hub sebelah selatan. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih YB. Tokai. Saya menyokong penuh cadangan dan juga pandangan daripada YB. Tokai berkenaan. Untuk makluman semua….(YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Bandar Baharu, kita bagi laluan kepada Yang Amat Berhormat.
YB. Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a), Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2:30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari. Terima kasih.
YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar tersebut. Sekian, terima kasih. YB. Bandar Baharu boleh teruskan.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Sebagaimana yang telah disebut oleh YB. Tokai tadi ni, memang di antara kekurangan di Bandar Baharu ini rakyatnya ataupun pengundi, walaupun mereka ni pengundi di Bandar Baharu, mendaftar pengundi di Bandar Baharu tapi kod pendaftaran kelahiran mereka kod 07, 08 kerana kebanyakan mereka ni dilahirkan di Hospital Selama Perak, Hospital Sungai Bakap, Hospital Parit Buntar. Itu yang paling dekat dan saya pernah sebut di sini bahawa ada di kalangan rakyat, warga Bandar Baharu ni kerana nak dapatkan 02 tu dia pergi ke Kulim. Tak sempat sampai Kulim, bersalin tengah jalan. Itu masalahnya, ini di antara kekangan yang ada.
Oleh sebab itulah di antara perancangan, kita meningkatkan lagi kawasan industri ini, merancakkan lagi pembangunan domestik, rumah-rumah dan sebagainya. Dan ini boleh meningkatkan di antara kategori kriteria untuk kita membina ataupun membangunkan sebuah hospital. Kriteria yang mesti rakyat ataupun warga Bandar Baharu ni mesti 50,000 ke atas. Dengan peningkatan kawasan perumahan, saya yakin insyaAllah, hasrat warga Bandar Baharu untuk mendapatkan hospital ni akan dapat dilaksanakan. Walaupun kalau sekiranya ada inisiatif daripada Jabatan Kesihatan dan sebagainya, Pengarah Kesihatan ada di sini. Kita dapat menaik tarafkan klinik yang sedia ada tu sebagai klinik untuk bersalinan mungkin ada peluang untuk kita nak memastikan bahawa warga Bandar Baharu yang lahir, yang berada di Bandar Baharu ataupun di Negeri Kedah ini dapat menjadi warga ataupun dapat status 02.
YB. Tuan Speaker, warga Bandar Baharu, kerana kekurangan kawasan industri ni tak ada langsung kawasan industri ni mereka bekerja di mana? Mereka bekerja di Kulim, mereka bekerja di Parit Buntar, mereka bekerja di Pulau Pinang. Berulang-alik hanya Bandar Baharu ni dijadikan tempat untuk mendiami, tempat untuk balik selepas penat bekerja dan mereka juga berbelanja di mana? Mereka juga berbelanja bukan di kawasan Bandar Baharu. Mereka belanja di luar kawasan Bandar Baharu. Mereka belanja di Parit Buntar, mereka belanja di Kulim dan juga di Pulau Pinang dan ada juga yang berbelanja di Taiping. Jadi makna kata, pembangunan Bandar Baharu ni perlu dititikberatkan. Saya melihat idea ataupun titah daripada Tuanku ini sebagai satu usaha untuk menggalakkan lagi ekonomi Negeri Kedah ini di mana sasaran, rezab negeri ni kita sasarkan pada tahun-tahun yang akan datang. Tahun ni kita dapat RM600 juta dan sasaran kita RM1 billion ini, kita akan capai dengan lebih cepat kalau sekiranya Bandar Baharu ni diangkat sebagai satu bandar industri yang yang baharu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang hormati sekalian, kawasan yang ada dan tersedia ada sekarang ni lebih kurang dalam 600 hektar dan mungkin boleh diusahakan supaya digezetkan ataupun diambil alih oleh kerajaan negeri supaya kita dapat membina. Saya mengajak dan mengalu-alukan YB. Jitra untuk melawat kawasan Bandar Baharu, melihat dan meninjau kawasan yang sesuai untuk kita bangunkan, insyaAllah. Sebelum pergi ke Shenzhen ka ke mana ka, insyaAllah mari Bandar Baharu dulu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, saya yakin dengan inisiatif dan juga saranan titah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ini dapat kita memberi satu galakan ataupun tekanan kepada Kerajaan Pusat untuk membina Lebuhraya Koridor Utara (Northern Corridor Highway) yang dalam perancangan sekarang ni saya tak tahu di mana masalahnya yang masih belum dapat direalisasikan, dilaksanakan lagi. Dan saya yakin kalau sekiranya lebuh raya ni dilaksanakan dengan baik, insyaAllah tidak ada masalah untuk kita bangunkan
Bandar Baharu ini. Dengan infra-infra yang ada, dengan bekalan air yang ada, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak YB. Kuala Nerang khususnya yang bertungkus-lumus memastikan bahawa Logi Air Lubok Buntar ni dapat disiapkan. Alhamdulillah siap dah, cuma nak tunggu pelancaran saja, InsyaAllah. Terima kasih banyak kepada YB. Kuala Nerang yang sentiasa memantau perkembangan ni dan Alhamdulillah boleh dikatakan hampir 100% kawasan Bandar Baharu ni dilengkapi dengan bekalan-bekalan air, insyaAllah. Dan saya rasa bukan satu masalah kepada kawasan Bandar Baharu ni untuk kita dapatkan bekalan air untuk masyarakat dan juga untuk kawasan industri ini.
Tuan-tuan yang saya hormati sekalian dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mencadangkan dengan infrastruktur yang ada, dengan meningkatkan lagi jaringan jalan raya yang ada, suka saya nak menamakan ataupun mencadangkan sekali lagi di sini bahawa mengambil sempena nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, kawasan ini dinamakan sebagai Koridor Industri Sultan Sallehuddin (KISS). InsyaAllah, mudah-mudahan perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai akhir, minit-minit akhir ni, saya juga melihat dalam ucapan pembukaan semalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan menzahirkan penghargaan kepada pihak yang menghulurkan khidmat membantu mangsa banjir pada tahun lalu dan saya merakamkan jutaan terima kasih dan taniah kepada sukarelawan diantaranya seperti Jabatan Amal Malaysia dan juga Sukarelawan Khidmat Malaysia yang mereka ini tidak diundang, tapi saya melihat pengalaman saya bersama mereka ini, mereka merancang, menyusun, mengatur bagaimana untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir ini sehingga mereka ini bukan hanya sekadar menghabiskan wang ringgit mereka juga masa mereka, waktu malam mereka, waktu subuh mereka, dengan persiapan makanan, dengan persiapan bantuan-bantuan pemindahan, dengan bantuan makanan dan sebagainya. Ini di antara pengorbanan yang dilakukan oleh sukarelawan ini dan bahkan mereka ini membantu, tak kira latar belakang ekonomi, tak kira latar belakang keluarga, kaum, bangsa, termasuk juga latar belakang politik, mereka turut membantu mangsa-mangsa banjir ni.
Oleh sebab itulah saya sarankan agar satu insentif dikeluarkan oleh kerajaan negeri sama ada melalui EXCO ataupun mana-mana portfolio yang sesuai untuk kita memberikan insentif kepada mereka ini agar mereka ini dapat berkhidmat dengan baik pada masa yang akan datang. Tuan-tuan, saya dapat maklumat daripada Sukarelawan Khidmat Malaysia ni, berapa jumlah yang mereka keluarkan, berapa jumlah wang ringgit yang mereka korbankan untuk membantu bangsa-bangsa banjir ini.
Sepanjang tahun lalu, hampir setengah juta mereka gunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir ni. Oleh sebab itulah, wajar bagi kita dari pihak kerajaan negeri ini membantu mereka ini untuk memperkemaskan organisasi dan juga melengkapkan kemudahan-kemudahan mereka ini bagi mereka membantu kalau sekiranya berlaku banjir yang akan datang ini. Tuan-tuan, sebagai akhirnya, saya mengambil kesempatan ini … (YB. Tokai mencelah)
YB. Bandar Baharu…
Ya, saya.
Tunggu sampai pukul 1.00 la. Sebelum YB. Bandar Baharu mengundurkan diri, kita juga merakamkanlah ucapan terima kasih kepada YAB. Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri Kedah yang telah memberi bantuan RM500 kepada mangsa-mangsa banjir sebelum Aidilfitri baru-baru ni. Ramai di antara mangsa-mangsa banjir yang mendapat faedah hasil daripada pemberian ini dan ini meringankan sedikitlah bebanan mereka menyambut Aidilfitri yang lepas ini.
Jadi, ucapan terima kasih kepada YAB. Menteri Besar dan juga kerajaan negeri serta pegawai kewangan yang telah bermurah hati mengeluarkan dana untuk bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ini. Dan syor yang dikemukakan oleh YB. Bandar Baharu ni, saya rasa perlu kita memberi sokongan juga lah kepada NGO yang telah menyumbang tenaga, wang ringgit dan juga masa serta mengabaikan kebajikan rumah mereka untuk memberi kebajikan kepada mangsa-mangsa banjir di penempatan PPS (Pusat Pemindahan Sementara) yang berlaku pada akhir tahun lepas ni. Tahniah kepada YB. Bandar Baharu atas syor tersebut. Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker. InsyaAllah Dato’.
Boleh! Okay, teruskan. Ada 1 minit lagi.
Ok. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya dengan ini mengambil kesempatan dengan penuh takzim menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang telah menyampaikan ucapan sempena pembukaan rasmi Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam atas nasihat, saranan dan juga teguran kepada kita bersama. Mudah-mudahan semua saranan, teguran dan nasihat ini akan dapat diambil iktibar oleh kita sepanjang menjalani tugas sebagai wakil rakyat dan juga tanggungjawab di Negeri Kedah ni. Wallahu ‘alam.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih kepada YB. Bandar Baharu. Dewan ditangguhkan pada jam 1:00 tengahari dan akan disambung semula pada jam 2:30 petang.
[Sidang Dewan ditangguh pada jam 1:00 petang]
[Sidang Dewan disambung semula pada jam 2:30 petang]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Dimaklumkan kepada semua oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, pada petang ini Dewan Undangan Negeri ada menerima pelawat daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) seramai 44 orang. Selamat datang diucapkan kepada semua. Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, Dewan disambung semula dan dihoskan dengan sambungan perbahasan Usul Titah Ucapan Menjunjung Kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Dipersilakan, YB. Kota Darul Aman.
Selamat petang, Salam Malaysia Madani dan Salam Perpaduan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Negeri dan Persekutuan, Hadirin yang dihormati sekalian. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada rakan-rakan semua dan Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk turut serta dalam Perbahasan Titah Ucapan Perasmian Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Amirul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, izinkan saya mulakan dengan serangkap pantun. Alor Setar Ibu Negeri Tercinta, Warisan Sejarah Jadi Kebanggaan, Budaya Hidup Tenang Sentiasa, Perpaduan Rakyat Tegur Bertahan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, titah baginda jelas mencerminkan kebijaksanaan dan keprihatinan terhadap urus tadbir negeri dan kesejahteraan rakyat. Maka jadi tanggungjawab kita untuk menyambut titah ini dengan perbahasan yang membina. Saya merakam tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah atas kejayaan menarik pelaburan sebanyak RM45.8 billion pada tahun 2024, meletakkan Kedah Negeri Keempat di Malaysia. Ini tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan, khususnya Yang Amat Perdana Menteri yang giat menarik pelabur dari seluruh dunia MITI, MIDA dan agensi yang berkaitan. Namun begitu, peningkatan pelaburan ini hanya mencatatkan pertumbuhan 6% berbanding dengan tahun sebelumnya, masih belum mencapai sasaran 8% setahun seperti yang digariskan dalam gagasan The Greater Kedah.
Usaha yang lebih gigih perlu dilaksanakan bagi mencapai sasaran 8% dan kita nampak sebahagian besar pelaburan ini hanya tertumpu di Kulim Hi-Tech Park yang akan menyebabkan ketidakseimbangan pembangunan dari segi wilayah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Alor Setar sebagai negeri, ibu negeri kian terpinggir dari segi pembangunan industri, peluang pekerjaan bernilai tinggi, berkurang anak muda berhijrah dan ekonomi tempatan menjadi semakin perlahan. Contohnya, Syarikat Continental kekal sebagai satu-satunya pemain industri besar sejak tahun 1979. Cadangan saya adalah Kerajaan negeri mewujudkan Dun industri baharu ini sekitar Alor Setar. Khususnya untuk teknologi hijau dan ekonomi digital. Kajian kaji semula plan strategik Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) 2024 hingga 2028 agar Alor Setar kembali menjadi hub ekonomi dan bukannya hanya sebagai pusat pentadbiran. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana kita tahu bahawa dari segi infrastruktur kita dan juga pengangkutan kita, kita bergantung kepada kenderaan sendiri dan melalui program Transformasi perkhidmatan bas berhenti-henti ataupun dipanggil Stage Bus Service Transformation (SBST) yang merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik perkhidmatan bas dari aspek kemampanan, keboleh harapan dan meningkatkan pembangunan pengangkutan awam dan pada tahun ini bulan 5, rangkaian Kota Setar akan meliputi 13 laluan yang akan pergi ke Jitra, Kuala Nerang, Kuala Kedah, Pendang dan Sungai Petani. Laluan ini akan menghubungkan kawasan pendalaman seperti kampung dan taman perumahan ke kawasan tumpuan penduduk seperti kemudahan awam, pusat membeli belah, Lapangan terbang Sultan Abdul Halim dan sebagainya dan akan ada 48 buah bas akan diadakan dan saya rasa ini merupakan satu inisiatif yang dapat meringankan beban rakyat kita. Jadi memang kita nampak usaha dari segi Kerajaan Persekutuan memang ada dan sangat prihatin terhadap Negeri Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pada tahun 2020…
YB. Kota Darul Aman, boleh...?
Tak bagi celah haha
Ha?
Tak bagi celah!
Seminit pun tak bagi.
Tak bagi!
Dia tak bagi lah, Silakan YB. Kota Darul Aman.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Pada tahun…
Sekejap ja, YB. Kota Darul Aman.
Tak bagi, tak bagi!
Sebab tadi YB. Kota Darul Aman ada menyentuh tentang kerjasama erat antara persekutuan dan negeri.
Tak bagi YB. Tuan Speaker!
Jadi saya mohon supaya persekutuan mempercepatkan segala proses yang dipohon oleh kerajaan negeri, terima kasih.
Ok, YB. Kota Darul Aman!
Ok terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Pada tahun 2022, kerajaan negeri menetapkan dan mengumumkan sasaran untuk menurunkan kadar NRW daripada 49% kepada 25% dalam tempoh 15 tahun dengan kos RM670 juta melalui kerjasama swasta. 2 tahun dah berlalu dan data menunjukkan NRW tidak turun malah naik, Kedah nampak sekarang NRW tahun lepas 51.07% dan saya mohon penjelasan mengenai status pelaksanaan inisiatif ini sama ada sasaran masih realistik dan status penyertaan pelabur swasta. Masalah NRW memang memberi kesan besar kepada bekalan air dan kesejahteraan rakyat, maka pemantauan berterusan dan ketelusan pelaksanaan amat penting. Kita tidak mahu inisiatif ini sekadar diumumkan tanpa hasil ataupun lambat seperti projek naik taraf 5 Logi Rawatan Air yang masih belum membuahkan impak. Pengumuman tanpa pelaksanaan berkesan hanya menafikan hak rakyat untuk mendapat bekalan air bersih dan berterusan. Yang Berhormat Tuan Speaker, bermula 1 September 2024, pencaruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diwajibkan untuk semua penjaja dan perniaga berlesen. Saya menyokong penuh dasar ini, Namun saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menjadikan pencaruman SKSPS sebagai syarat mandatori pembaharuan lesen di peringkat PBT dan laksanakan kempen kesedaran berskala besar agar golongan peniaga benar-benar memahami dan memanfaatkan skim ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya merakamkan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) atas penswastaan ataupun meletakkan pengurusan pokok kelapa sawit di sekitar Alor Star Mall ataupun kawasan Perindustrian Tandop yang sekaligus menyelesaikan aduan tertunggak penyelenggaraan pokok-pokok tersebut hampir 3 tahun. Langkah ini wajar dipuji dan dicadangkan untuk diperluaskan dalam titah Sultan, kita nampak program penanaman 2 juta pokok, saya ingin mencadangkan agar tanah-tanah kosong PBT dimanfaatkan bersama sektor swasta untuk penanaman pokok bernilai tinggi dan kita bukan hanya nak terbang pokok seperti yang tadi YB. Bayu, kita nak tanam semula pokok dan PBT saya ingin cadangkan penanaman semula dan penyelenggaraan pokok dikendalikan oleh pihak swasta bagi menjana pendapatan…
Bagi laluan sikit YB. Kota Darul Aman sebab dia sentuh Bayu tadi, saya nak sentuh balik lah.
Dan menyokong agenda hijau.
Saya nak sentuh bolehkah, boleh?
YB. Bayu, YB. bagi laluan dak YB.?
Boleh tambah masa sikit ka?
Bagilah dah tadi you sentuh, YB. Kota Darul Aman sentuh.
Boleh. Silakan YB. Bayu.
Sebenarnya cadangan daripada Bayu ni bukan untuk nak terbang pokok, yang berisiko, pokok yang berisiko. Jadi kami di kampung ni seloknya benih -benih ni kami dah buat, dah tanam di kampung-kampung banyak. Kita terbang pokok yang berisiko dan kita tanam untuk Menyahut Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Dah tanam pun, dah tanam pun. Okey, terima kasih.
Terima kasih, YB. Kota Darul Aman.
Terima kasih YB. Bayu. Boleh kita minta Bayu tanam lepas tu jual kepada MBAS, MBAS tanam banyak lagi. Tanpa pelan penanaman semula yang agresif, Alor Setar berisiko mengalami peningkatan suhu dan ketidakseimbangan ekologi bandar. Jadi pemulihan hijau wajar dijadikan sebagai dasar keutamaan. Kemudiannya YB. Tuan Speaker, bencana banjir kilat yang kini kerap berlaku di sekitar bandaraya Alor Setar khususnya apabila hujan lebat turun dalam tempoh yang singkat. Datuk Bandar sendiri telah turun tengok keadaan banjir di beberapa tempat sebaik saja dilantik bertugas. Yang ni merupakan satu yang sangat baik dan perlu dipuji.
Antara punca utama adalah sistem pemparitan yang tidak diselenggara secara bekala, terutamanya longkang dan parit yang bersambung dengan Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit. Keadaan ini diburukkan lagi dengan longkang yang usang, rosak dan tidak menepati spesifikasi semasa sekiranya kerja pembersihan dan pendalaman sungai tidak dilaksanakan secara bekala, risiko banjir kilat akan semakin meningkat. Lebih lagi dengan perubahan iklim yang semakin tidak menentu. Saya mencadangkan agar Pihak Kerajaan membuat kajian sediakan pelan naik taraf perparitan dan juga segerakan pembaikan dan naik taraf sistem perparitan di kawasan berisiko tinggi banjir kilat dan melaksanakan pembersihan dan pendalaman sungai secara bekala agar saliran utama berjalan lancar. Jika kita lihat di tepi sungai Anak Bukit iaitu bersebelahan dengan Muzium Negeri Kedah. Sungai itu semakin cetek dan saya percaya jika kita mendalamkannya maka banjir kilat boleh dikurangkan.
5 minit lagi.
Kerjasama antara PBT, JKR dan JPS perlu dikerapkan untuk menyemak semula jadual pembersihan longkang oleh Syarikat Konsesi seperti BDB dan juga THB. Tindakan ini amat penting untuk mengurangkan risiko banjir kilat dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk Bandaraya Alor Setar. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon agar bahagian perumahan negeri memberi perhatian terhadap isu lampu koridor dan lampu jalan yang tidak berfungsi, khususnya di flat-flat sekitar Kota Darul Aman. Semalam saya menerima laporan bahawa lampu-lampu jalan ataupun koridor di Flat Simpang Kuala dan Flat Tongkang Yard tidak menyala menyebabkan kawasan gelap dan membimbangkan penduduk. Situasi ini telah menjejaskan keselamatan, terutamanya bagi warga emas dan lebih lagi aduan yang dikemukakan sejak sekian lama masih belum ambil tindakan. Jadi saya berharap Exco Kuala Ketil mengambil pendekatan untuk membaiki tersebut dan selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar pasar malam Pekan Simbang Kuala diwujudkan semula sebagai langkah untuk merancakkan semula ekonomi tempatan pada waktu malam. Pasar malam bukan saja membantu meningkatkan pendapatan perniaga kecil lalah menghidupkan suasana komuniti dan menyumbang kepada aktiviti ekonomi setempat yang lebih aktif dan inklusif dan mohon Pihak Berkuasa Tempatan mempertimbangkan perkara ini dan menjalankan perbincangan bersama perniaga-peniaga kecil dan penduduk tempatan bagi memastikan perlaksananya berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua pihak dan satu lagi yang saya ingin menekankan.
Sejak kebelakangan ini saya menerima banyak aduan berkaitan penyewaan premis oleh tuan rumah kepada penyewa yang disyaki terlibat dalam kecurian elektrik. Kes ini melibatkan kerugian sehingga RM800 ribu hingga RM1 juta bagi satu rumah bukan banyak rumah, bagi satu rumah akibat gangguan dan pengubahsuaian berpasangan meter milik TNB dan ini dipercaya untuk aktiviti perlombongan Bitcoin secara haram dan apa yang lebih mengejutkan, sewa bulanan yang mereka berikan hanya RM500 hingga RM700 saja tapi apabila TNB menuntut kerugian itu ia mencecah jutaan ringgit bagi satu premis. Jadi Kedah dilaporkan antara negeri tertinggi merekodkan kes seumpama ini, Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan Kerajaan Negeri apakah langkah penguasaan ataupun pemantauan yang sedang dan akan diambil oleh Pihak Kerajaan untuk mengekang Sindiket Bitcoin haram ini. Apakah kempen kesedaran yang dirancang oleh agar pemilik rumah lebih berhati-hati sebelum menyewakan premis kepada individu dan apakah mekanisme pemantauan oleh pihak TNB, memandangkan bil RM400 atau RM500 ataupun kita hutang RM100 pun TNB boleh bagi kita tindakan tetapi kerugian berjuta-juta tidak pula diberi pemakluman yang lebih awal.
1 minit lagi YB, 1 minit.
Saya, saya mengesah satu sistem amaran awal dan mekanisme audit pengurusan penggunaan elektrik yang lebih proaktif dilaksanakan bagi mencegah kerugian besar kepada negeri dan juga memastikan penyewa tidak menghadapi tuntutan mahkamah dan akhir sekali, saya dimaklumkan bahawa isyarat jawatankuasa khas tempatan keagamaan dan perkuburan bukan islam bilangan 1 telah diadakan baru-baru ini, maka saya ingin mengambil kesempatan Ini untuk memohon penjelasan tentang pemohonan pembinaan Kuil Sri Veeramakaliamman yang terletak di Tongkang yard Alor Setar, Kedah dan akhir sekali, segala isu yang dibangkitkan ini bukan hanya mencerminkan permasalahan setempat, tetapi turut mengambarkan kabaran besar yang akan kita hadapi bersama. Maka saya menyeru kerjasama semua pihak untuk sama-sama kita lihat teliti isu-isu ini dan juga kita sama-sama bergerak ke arah memajukan negeri tercinta ini. Akhir sekali, saya menjunjung kasih Titah Ucapan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Darul Aman. Dipersilakan Yang Berhormat Kota SiPuteh.
Auzubillah Minashaitan Nirajeem, Bismillahirrahmanirahim. Rabish Rahli Sadri Wa Yassirli Amri Wah Lul Uqdatan Min Lisaani, Yaf Kahu Kauli. Ammaba’. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Barisan EXCO dan Adun Kedah Sejahtera. Yang dirahmati Allah S.W.T sekalian. Sebegitu buat para Pendiri Kedah, pada Penjawat Awam Negeri Kedah, tak lupa juga para Penjawat Awam Persekutuan. Yang Dikasihi, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat Hari Raya, baik ini cerita dia Yang Berhormat Speaker, text sebenarnya tak sedia ni, ni kira pertama kali la ni nak ronggeng senang cerita la noh, kira asal boleh la noh, insyAllah. Merafak sembah ke atas kemuliaan, merafak sembah ke atas kemuliaan Ke Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan Kedah Al-Amirul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana perkenan Baginda selaku simbol Tunjang keagungan islam dan masyhur persada Negeri tercinta Kedah Darul Aman yang bertuah ini. Tuanku Sultan dengan ini telah bertitah pada Adat Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dun Kedah bagi mesyuarat pertama penggal ketiga dengan mengetengahkan beberapa intipati anjuran buat segenap pendiri ranah keramat ini. Antara yang dapat dianjurkan dari Titah Tuanku, antara apa yang dapat diunjurkan dari Titah Tuanku, Baginda telah menyentuh selain aspek kusyumulan Islam iaitu perihal kepentingan membela kesejahteraan rakyat, kelestarian alam, sebegitu agenda pembanggunan kemajuan ekonomi dan rakyat yang wajar diberi perhatian oleh segenap pendiri dalam Negeri Kedah. Namun begitu Yang Berhormat Speaker, saya nak terus sentuh bab yang penting kerana bab yang kita nak sentuh ni adalah bab padi. Saya ni mungkin beberapa dini hari inilah orang duk tengok kita ni memang duk cakap pasal isu padi. Pasal isu padi ni begitu dekat dengan saya kerana apa, kalau dinilai dalam seluruh Negeri Kedah ni, kami ni di daerah Kubang Pasu, kalau kita ikut daripada segi keluasan. Anggaran keluasan sawah per hektar. Kubang Pasu ni adalah antara yang tertinggi keluasannya kerana apa, kita ni boleh dikatakan yang kedua terluas dalam seluruh Negeri Kedah dengan keluasan kira-kira 15 ribu hektar. Keluasan padi dalam di Kubang Pasu. Dan antara penyumbang pula yang paling luas dalam bab padi ni, selain daripada Ayer Hitam dalam Negeri Kedah ni adalah di Kota Siputeh juga. Maka sebagai jelapang antara yang terluas dalam negeri ni, ramai orang-orang susah kerana petani ni adalah orang susah. Tapi malangnya orang-orang susah yang dianggap sebagai pemalas. Sedangkan mereka mangkit tiap-tiap hari, mangkit pagi, pergi turun ke bendang, tak kira ada ular ka ada apakah.
Mereka sanggup turun membanting tulang demi nak cari kehidupan mereka sendiri. Tapi diperlekehkan. Kata malas. Kata meminta-minta. Kata mohon. Tapi Tuan Yang Berhormat Speaker, cerita dia bukan kita mohon. Cerita dia orang yang berjanji. Saya ambil contoh dekat sini. Bak kata orang lah, dulu ada satu ketika kita duk kata ke orang janji dicapati, janji dicapati. Tapi pepatah Melayu kata apa dia? “Melata Dulang Paku Serpih, Kata Orang Depa Hat Lebih”. Maka dijanjikanlah kepada pak tani. Ini nak ambil satu contoh, dijanjikan pak tani kononnya nak beri, nak beri satu insentif yang mana kita tanyakan kepada Menteri sendiri. Iaitu masuklah dalam satu pertemuan yang tak jemput YB. Ayer Hitam tu. Diumumkan bahawa hari ini kita nak bagi bantuan. 30 juta umumnya, umum 30 juta ni kerana nak ambik hati pak tani kerana kegagalan Pihak Kerajaan Persekutuan untuk naikkan harga belian padi yang dituntut oleh pak tani kepada sebanyak RM1800 ringgit per tan. Itu yang pak tani mahu. Tapi depa bagi RM1500. Maka nak redakan hati pak tani ni umumlah katanya apa dia ambik 30 juta nak bagi dekat pak tani, pesawah. Dan 30 juta ni janji nak bagi dekat nak bagi kepada pesawah, nak bagi kepada pak tani. Kemudiannya pada program sambutan di Ayer Hitam tu. Umum pulak kata daripada 30 juta tu tapi cara cakap tu macam tambah 15 juta. Yang pak tani, pesawah ni duk rasa macam tambah 15 juta. Tapi sebenarnya ambik 15 juta daripada 30 juta tersebut. Nak bagi kepada pesawah kononnya sebelum Aidilfitri. Nak bagi sebelum Aidilfitri. Nak bagi pula kalau boleh kata kalau boleh dapat sebelum bulan Puasa Ramadhan. Tapi malangnya Yang Berhormat Speaker, janji dicapati. Apa yang dibuat tak dapat laksanakan. Kemudiannya maklum pulak sedangkan kita ada informasi, kita ada sumber-sumber yang mengatakan duit dah bagi. Tapi depa kata duit baru masuk 28 Ramadhan. Maka kemudian buat setelah kita tanya…
Boleh mencelah sikit.
Setelah, setelah kita tanya izinkan saya jelaskan dulu sat ni saya bagi ruang. Setelah kita tanya bila nak bagi, bila nak bagi buatlah kenyataan kononnya akan bagi pada pertengahan bulan ni raya ni. Cerita dia hari ni Yang Berhormat Tuan Speaker. Dia bukan nak kata tengah, dah nak mai ke tepi dah ni. Pesawah duk maklum kat kita tak sampai ni. Contohnya dia cakap, kata nak bagi sekian-sekian tapi tak dapat. tak dapat dapat lagi. Sampai ke hari ni dah masuk 20 lebih hari bulan dah. Ya silakan…
Silakan YB. Sidam.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga terima kasih Kota Siputeh. Jadi saya nak nak tanya sikitlah kot-kot kita ada penjelasan. Di mana daripada RM1200 dah dinaikkan kepada RM1500 harga padi. Tapi memanglah kalau kita ingat memang tak cukup, tetapi persoalan saya ialah semasa 33 bulan itu tidak ada kenaikan langsung. Jadi ini rasanya …
Mai saya terang.
Perlu ada ada sikit jawapan.
Takpa mai saya terang, boleh terang.
Okey Kota Siputeh.
Cerita dia kat sini dengan mudahnya. Pada ketika itu diesel tak naik. Petani tak pernah ada isu hilang beras. Petani kita tak pernah ada, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Ada tak kita pernah dengar kisah hilang beras? Pernah dengar Ketua Pembangkang? Kita tak pernah dengar. Kita tak pernah dengar bahawa kesan yang mana bagi kenaikan harga diesel. Yang lawaknya ramai pula mai buat palatau, buat pandai. Depa kata apa dia? Bila kata bagi diesel ni tak pakai. Dekat pak tani, pesawah tak pakai awak dia curah diesel ke dekat bendang? “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”. Hari ini segala ekosistem sama ada proses yang mana terkait dengan padi itu menggunakan diesel sebagai faktor sumber utamanya dan perlu diingatkan bahawa agri budi madani dan sebagainya ni tak termaktub di bawah yang mana ekosistem pak tani ni. Pak tani tak dapat dan kalau kita nak cakap berapa banyak orang kata diumumkan bahawa ada banyak subsidi yang diberikan kepada pesawah. Hakikatnya kalau saya nak bacakan ini senarai dia.
Skim baja Kerajaan Pesekutuan dapat kepada vendor. Ha? Petani dapat baja tapi vendor sebenarnya skim itu subsidi bagi kepada vendor. Skim insentif pengeluaran padi iaitu racun-racun bagi kepada vendor. Skim benih padi sah bagi kepada vendor. Insentif pembajakan ini kepada vendor. Subsidi harga padi, ini adalah kepada petani hanya 5% per kilo. Alaun tunggu tuai, ini juga kepada Petani RM600 untuk 3 bulan sahaja. Maka kalau tengok nak cakap tentang subsidi yang pelbagai ni sebenarnya bukan sampai kat tangan pak tani pun yang sampai nak kata pak tani. Pak tani meminta sangat ni. Cerita dia dalam perkataan 30 juta ni orang dah anggap macam 30 juta ni banyak sangat. Pak tani ada 200 ribu orang. 30 juta bahagikan 200 ribu orang. Kalau nak bagi 15 juta, 70. 15 juta tu seorang RM75 ringgit saja kot. Itu pun tak boleh lagi bagi. Itu jangan kata tentang perihal tu saja. Saya bercakap ni sebenarnya, kita berasa keluh kesah kita ni jadi heran. Kita tulis surat. Saya tulis surat kepada Kementerian ni contoh surat saya kepada Yang Berhormat Datuk Seri Haji Muhammad Sabu.
5 minit.
10 Disember. Eh panjang lagi nak sembang ni.
5 minit lagi.
10 Disember saya tulis saya tanya berkenaan dengan nak batal musim. Tak ada respon. Tak ada respon berkenaan kita tanya nak mohon batal musim sebab pak tani Kedah ni 4 kali dah bila kena banjir hari itu 3 kali banjir maksudnya apa dia? 4 kali kita turun bendang. Subsidi baja kita hanya dapat sekali saja. Pak tani dah tak larat. Orang mai teriak. Orang teriak kata Acap tak boleh dah nak buat ni bendang, Maklong tak larat. Petani dalam negeri Kedah ni lebih pada 60% pak tani Kedah ni usia dari atas 60 tahun 60%. Apa inisiatif Kerajaan juga nak bawa tak bawa balik petani-petani muda? Kalau harga belian padi harga RM1500 dengan tak bemaruah ni mana ada petani muda nak balik buat kerja padi? Mana ada petani muda nak balik buat kerja bendang? Maka dekat sini kita tanya pula dekat sini. Kita tanya hantar surat. Hantar surat kepada YB. Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu baru-baru ni bertarikh 6 April 2025.
Saya bagi tempoh 10 hari. Saya bagi tempoh 10 hari untuk nak respon ada janji yang nak dilaksanakan. Kita tulis surat. Tapi bila tulis surat tak respon apa nak kena turun setiap kali nak kena cakap kat Media, nak kena buat TikTok. Apa punya level professionalism lah sebuah Kerajaan macam ni. Tak profesional langsung. Maka kita tulis surat, kita tanya janji. Janji apa dia? Ni janji pekeliling keluar daripada 11 Jun. 11 Jun tahun 2024. 11 Jun 2024 mengumumkan kepada masyarakat umum kepada pak tani ni umumlah kata 11 Jun bahawa kita buat satu insentif baru kepada pesawah. Kita buat insentif baru iaitu memperkenalkan insentif menuai yang sebanyak kita bagi RM50 ringgit per hektar. Kemudiannya dalam insentif sedia ada RM100 ringgit per hektar iaitu untuk insentif membajak kita tambah pula RM60 ringgit lagi menjadikan keseruhan total iaitu RM210 ringgit untuk setiap per hektar. Bayangkan segala apa yang dijanjikan ni satu patah haram pun tak laksana. Dah mai masuk dah 2 musim daripada 11 Jun lagi 2 bulan lagi kita dah nak masuk setahun diumumkan dalam belanjawan bajet 2025 tapi satu apa pun tak terlaksana. Yang Berhormat Tuan Speaker.
YB. sila landing YB, 3 minit lagi.
Ya! Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita nak maklum dekat sini. Kita banyak ni dengan syor-syor semua ada ni. Kan? Sebab kita syor dekat Menteri, Menteri pun tak tahu baca ke tak?
Rumus, rumus sekali.
Baik. Maka dekat sini Yang Berhormat Speaker. Bila macam itu banyak lagi isu berkenaan dengan pak tani ni. Tadi yang tak diberikan yang katanya nak bagi kepada pesawah tak sampai. Kemudiannya kita ada satu lagi masalah. Tadi depa umumkan Yang Berhormat Ayer Hitam. Cerita berkenaan dengan pertanyaan soalan daripada Yang Berhormat Ayer Hitam. Yang masuk juga dalam pertanyaan bertulis iaitu berkenaan dengan 3 bilion yang diumumkan pada belanjawan 2024 dari Kerajaan Pesekutuan. Kemudiannya daripada 3 bilion itu dah jadi 1 bilion pula masuk belanjawan 2025 depa duk canang. Padahal yang 2024 belanjawan itu satu haram pun macam saya kata minta maaf dengan izin satu apa pun tak dilaksanakan. Maka dekat sini, kemudiannya yang tu pun tak boleh terlaksana.
Yang lebih menyedihkan bab kebajikan pesawah ni contohnya nak cuci cuci tali air ni. Sembang kita nak buat penanaman padi 5 musim untuk 2 tahun. Sembang kita cakap kepentingan untuk nak meningkatkan yield. Sembang cakap ni pak tani hat tua-tua ni pun pilah turun buat bendang. Anak muda ni pun usaha la, kerah nak turun. Tapi hakikatnya macam mana nak telaksana. Cuci-cuci tali air ni pun janji kata nak buat daripada berapa tahun tak selesai-selesai. Tulis surat. Tak buat. Apa tak buat. Macam mana nak buat? Kemudiannya, diumumkan pula kata yang sepatutnya dicuci 4 kali setahun yang Berhormat Speaker. 4 kali dalam tempoh setahun hari ni yang dah kembali kepada 2 kali 1 tahun seperti zaman Covid-19. Yang Berhormat Tuan Speaker.
1 minit
Sikit lagi.
Seminit ja.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Dari 4 kali dah jadi 2 kali. Tapi kita sembang teroka keluar duit Kerajaan sampai berjuta-juta keluar duit kononnya cari pelaburan. Sembang balik dapat untung kononnya berbilion-bilion kita dapat untung. Tapi mana bilion ni yang dapat manfaat kepada masyarakat? Kemana pun akhirnya yang ditarik subsidi, yang ditariknya petrol, yang ditariknya akhirnya apa dia? Tarif elektrik akan naik. Yang Berhormat Tuan Speaker nanti bila petrol ni nanti...
Yang Berhormat Tuan Speaker...
Masa dah tak ada boleh duduk. Kan?
Tak bagi YB.
Bila nanti kita petrol ni kalau kita cakap, subsidi ditarik apa ekosistem petani ni tak terkacau lagikah? Bila tarif elektrik naik, karan naik bulan 7 ni. Apa akan jadi kepada pak tani? Beras adakah akan hilang kembali? Apa kita ingat pak tani ni buat padi ni kisar macam tu sahajakah? Pakai manding tulang.
Okey masa sudah cukup YB.
Maka kerana itulah kita harap Kerajaan Persekutan tolonglah nilai kita ada banyak lagi sebenarnya kalau boleh nak cakap tentang syor-syor ni. Tak apa kita akan teruskan bersuara demi nasib pak tani, demi maslahat kawasan dan inilah Kerajaan Negeri Kedah kita akan terus membela nasib orang susah. Insyaallah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Kota Siputeh.
Menyokong Titah Tuanku.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Siputeh dan selanjutnya Yang Berhormat Kuah. Dipersilakan YB.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam Adilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Memandangkan YB. Kota Siputeh dah mula dengan panas, saya kena saya YB. Kuah kena menyejukkan balik suasana Dewan. InsyaAllah. Masa yang diberikan adalah 15 minit. Saya cuba untuk ringkaskan dengan intipati yang penting saja. Yang Berhormat Tuan Speaker, Barisan YB. EXCO Gandingan Kedah, Ahli-ahli Yang Berhormat serta Ketua-ketua Jabatan, Ahli- ahli sekalian. Dengan penuh takzim, saya ingin saya menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mula Tuanku Sultan Kedah Darul Aman atas Titah Perasmian Tuanku yang penuh kebijaksanaan, yang penuh kebijaksanaan dan keprihatinan Tuanku terhadap kepentingan rakyat dan kemakmuran negeri.
Titah Tuanku menyentuh pelbagai aspek strategi daripada kesejahteraan rakyat, pasca bencana, pembangunan ekonomi yang mampan sehinggalah kepada pemuliharaan alam sekitar serta martabat agama. Sebagai Wakil Rakyat Dun Kuah, saya menyambut baik Titah Tuanku Sultan, khususnya dalam menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025. Membaiki sistem pengangkutan ke Langkawi dan memastikan kelestarian Langkawi sebagai pemata pelancongan Negara. Yang Berhormat Tuan Speaker, Langkawi dan Tahun Melawat Kedah 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026. Tahun Melawat Kedah 2025 adalah platform yang penting untuk mengangkat imej negeri. Langkawi sebagai ikon pelancongan mestilah dipersiapkan dengan kemudahan bertaraf antarabangsa. Saya mencadangkan agar diwujudkan satu jawatankuasa pelaksanaan Tahun Melawat Kedah dan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026 peringkat Langkawi yang melibatkan semua pihak termasuklah Kerajaan Negeri, Lembaga Pembangunan Lada, Pemain Industri dan Wakil Rakyat jangan lupa Wakil Rakyat dan pemimpin masyarakat. Dalam masa yang sama sebagai satu langkah persediaan Negeri Kedah untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak. Tuanku Sultan juga ada menyentuh berkaitan dengan pengangkutan Feri di Langkawi. Ianya mencerminkan wibawa negeri sebagaimana dititahkan oleh Tuanku Sultan. Jaringan pengangkutan khususnya ke Pulau Langkawi perlu diperkasakan. Feri merupakan nadi utama perhubungan antara Tanah Besar dan Pulau. Namun kebergantungan kepada satu operator Feri sahaja telah menimbulkan pelbagai masalah. Yang Berhormat Tuan Speaker pun balik Langkawi setiap minggu. Yang Berhormat Tuan Speaker pun tahu bagaimana masalah di Langkawi. Termasuklah ketidaktentuan jadual Feri, tambang serta gangguan logistik semasa musim puncak iaitu musim cuti. Sudah tiba masanya Kerajaan negeri mengambil langkah tegas dan berani untuk mewujudkan syarikat Feri milik Kerajaan negeri yang boleh dikenali secara usaha sama dengan GS negeri dengan mandat untuk menawarkan perkhidmatan yang berdaya saing, selamat dan mampu milik. Langkah ini bukan sahaja dapat memecah monopoli yang sedia ada malah meningkatkan mutu perkhidmatan serta membuka peluang pekerjaan yang baru. Di samping itu juga usaha serta perbincangan perlu dimulakan untuk mewujudkan laluan penerbangan Alor Setar ke Langkawi perlu dimulakan sebagai alternatif sebagai jaringan penghutang baru serta digitalisasi sistem tambahan perlu diutamakan agar selaras dengan imej pulau Langkawi sebagai pulau Antarabangsa bertaraf dunia. Tambahan juga, bagi menghargai jasa dan menjaga kebajikan Penjawat Awam dan swasta yang bertugas di Langkawi yang tidak memiliki IC dan alamat di Langkawi.
Saya juga ingin mencadangkan agar mereka diberikan keistimewaan harga tiket sama seperti penduduk Langkawi yang sedang di terima ketika ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, masalah haiwan liar dan ternakan di Langkawi telah menjadi satu barah di dalam masyarakat Langkawi. Tindakan tegas dan sistematik hendaklah diselaraskan. Isu haiwan liar seperti anjing terbiar, lembu, kerbau dan juga burung gagak yang kini semakin menjadi barah di Langkawi perlu dilihat. Perlu dilihat sebagai krisis kesejahteraan dan keselamatan awam. Haiwan-haiwan ini telah menyebabkan pelbagai kemalangan maut serta mencemarkan kawasan tumpuan pelancong. Saya mencadangkan agar dilaksanakan program pendaftaran haiwan ternakan dan maaf, program pendaftaran haiwan ternakan dan peliharaan yang wajib bagi semua pemilik haiwan. Setiap haiwan perlu didaftarkan dan diberi tanda pengenalan kekal. Mana-mana haiwan yang tidak berdaftar selepas tempoh yang ditetapkan, hendaklah dilupuskan secara berperingkat mengikut undang-undang. Operasi tangkapan bekala serta pemantauan ketat harus dilaksanakan. Saya juga ingin menyarankan agar Jabatan Veterinar dan juga Majlis Pembandaran Langkawi sebagai Pihak Berkuasa Tempatan diperkasakan. Penegakkan undang-undang kecil PBT perlu diperkasakan sejajar dengan peruntukan dan kuasa yang lebih menyeluruh untuk menanggani isu ini dengan berkesan sebelum ada. Ada pelancong dan juga pelawat VVIP, Pak Menteri atau kerabat diraja yang akan menjadi mangsa haiwan liar ini terutama semasa pameran LIMA yang akan diadakan pada bulan hadapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, kelestarian alam menyahut seruan Tuanku. Sebagaimana perintah Tuanku, saya mencadangkan Langkawi menjadikan prentis kepada projek agro-pelancongan lestari. Penanaman semula pokok endemik dan juga pembangunan taman eko-edukasi boleh dilakukan dengan penglibatan pelajar, pelancong dan juga komuniti. Yang Berhormat Tuan Speaker, menyambut semangat Titah Tuanku, wakil rakyat mestilah berjiwa besar. Tuanku menzahirkan harapan agar wakil rakyat sama ada di Pihak Kerajaan atau juga Pembangkang mestilah berjiwa besar. Saya menyahut seruan ini dan menyeru agar ahli Dewan berpadu tanpa mengira latar politik demi memelihara rakyat dan negeri yang tercinta. Selain itu, isu sosial dan keharmonian komuniti Langkawi. Langkawi bukan hanya cantik pada lanskapnya tetapi harus harmoni dari segi segala sosial. Masalah sosial seperti masalah sosial dalam kelangan warga asing, belia, vandalisme yang memimbangkan. Saya mencadangkan agar pemerkasaan semula rukun tetangga, program Langkawi Harmoni dan penempatan pegawai, kaunselor komuniti bagi memupuk semangat muhibah dan kesedaran bersama. Sebagai contoh, di kawasan saya, Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan Temonyong Langkawi bersama ahli kariah telah mewujudkan skim rondaan sukarela kariah Majid Temonyong di Langkawi.
Rondaan ini dia akan membuat rondaan di sekitar kariah mereka lah untuk mencegah daripada segala masalah sosial. Yang Berhormat Tuan Speaker, isu sampah di Langkawi kini sedang berhadapan dengan ancaman nyata. Pengurusan sisa pepejal yang amat lemah. Isu insinerator yang sepatutnya berfungsi, masih gagal berfungsi telah setelah beberapa kali menerima lawatan Menteri dan juga Pegawai Tinggi. Jadi fahamkan hari ini insinerator itu telah berusia 10 tahun lebih, 10 tahun lah.
5 minit lagi habis.
Baik. Sudah tiba masanya Kerajaan negeri menesak secara tegas. Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mempercepatkan fungsi penuh insinerator ini. Saya juga ingin mencadangkan agar audit bebas terhadap status insinerator, insentif penghasilan sisa dan juga kampen Langkawi Bersih, rakyat sejahtera secara berterusan. Kita tidak mahu mewarisi Pulau Langkawi kepada cucu-cucu kita, sebuah pulau yang dibelenggu oleh sampah dan kegagalan sistematik. Langkawi mesti diselamatkan bermula hari ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai penutup izinkan saya ingin menzahirkan iltizam untuk menjadi jabatan antara rakyat Dun Kuah Langkawi dengan Kerajaan Pusat dan juga negeri. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Badan Sukarela dan juga para penggiat pelancongan di Langkawi yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan terbaik dalam memastikan kualiti sistem penyampaian serta pembangunan sosial ekonomi di Negeri Langkawi sentiasa meningkat dan maju. Saya menjunjung kasih atas Titah Tuanku yang sarat dengan panduan dan penuh kasih kepada negeri. Izinkan saya berpantun sikit. Pulau Langkawi, maaf. Pulau Legenda Anugerah Ilahi, Diwarnai Nyata Alam, Sejarah Dan Budaya, Dengan Semangat Dan Tekad Hakiki, Langkawi Sejahtera Menjadi Nyata.
Sebelum saya melaburkan tirai, inginkan juga saya untuk mengajak kepada semua yang ada di dalam Dewan untuk menghadiri Pameran LIMA 2025 yang dijangka berlangsung pada 20 hingga 24 Mei di Pusat Pameran Antarabangsa Dewan Mahsuri. Pameran ini merupakan Edisi ke-17. Memandangkan nombor favourite saya 17, tahun ini saya akan hadir.
Oleh itu, saya menyokong penuh usul menjunjung Kasih Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Kuah jadi cucu-cucu, tak ada anak lagi, anak dan cucu. Untuk seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Pedu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker yang beri peluang kepada Pedu untuk turut serta membahas ucapan perasmian oleh Tuanku Sultan. Yang dihormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang dimuliakan sahabat-sahabat EXCO dan kepada semua Adun-adun dan tak dilupakan kepada semua Ketua-ketua Jabatan dan pemerhati yang ada di atas sana. Tahniah kepada anda semua yang sanggup hadir untuk melihat apa persembahan anak-anak buah negeri pada petang ini. Alhamdulillah, jadi semua pakat berbelas orang dah berbahas pasal dalam negeri Kedah. Cuma Bandar Baru sahaja, dia duduk dalam Bandar Baru pasal Bandar Baru duduk di hujung, anak buah dia pun IC luar negeri. Alhamdulillah dengan kesempatan petang ini saya nak masuklah sedikit apa nama ucapan yang telah dititahkan oleh Tuanku mengenai apa nama bekalan beras negara. Jadi beras negara ni sampai bila-bila pun macam tadi ada adun mana sebut dia akan makan sampai bila-bila. Tak macam orang sebelah makan roti. Kita makan beras. Jadinya penduduk kita semakin bertambah. Bendang kita ni, bendang lah ni? Bendang. Bendang kita semakin sempit. Ada yang buat rumah, ada yang jerelus. Macam-macam ada, ada yang tinggal tak ada apa waris untuk membuat. Jadi peratus la ni hanya tinggal 40% lebih sikit-sikit beras negara. Tak termasuk yang seludup. Jadi semakin kecil makanan kita, semakin ramai rakyat kita. Jadi maknanya kita nak kena berdaya fikir untuk macam mana nak tambah beras dalam negeri Kedah ka termasuk dalam negara kita. Jadi pandangan, bagi saya supaya kita mengambil berat apa yang telah dititahkan oleh Tuanku supaya dapat kita menterjemahkan apa yang telah dititahkan. Jadi tadi YB. Kota SiPuteh pasal beras juga tapi dia beras cerita lain. Dia cerita beras pasal orang nak buat macam-macam, macam-macam lah tadi kan. Tapi Pedu nak menceritakan supaya sebelah luar jelapang. Kalau dalam jelapang ni ada banyak agensi yang telah menyusun dengan segala peruntukan yang banyak. Tapi disebelah luar jelapang. Luar jelapang ni kalau nak boleh 1 tan per relung pun, merah apa tapak tangan duk tajak batas.
Pasal dengan keadaan struktur tanah dan sebagainya. Dengan pengairan dengan macam-macam lah sebelah luar jelapang. Jadi disini saya nak, kira nak bagi jadi belah sana pula lah kan. Jadi, sebelah MADA hirut relung ni, Kuala Ketil jangan tengok satgi lupa yang nak sebut satgi ni. Jadi sebelah luar jelapang ni banyak dengan pengairannya tak ada, dengan macam-macam benda yang tak mencukupi untuk menjadikan padi disebelah luar jelapang ni meningkat pengeluaran dia. Daripada dulu sampai hari ni ni kalau ikut purata dia, 700 tu pun banyak tu orang sana kalau boleh 700 per relung, 700 kilo. Duk boleh 600 kilo, 500 kilo. Tolak mesin, tolak minyak diesel naik pula. Kingkaliouu… tak ada apa. Jadi kalau ada 1 tan, 1 tan 200 sebelah apa luar jelapang ni, dia rasa dia boleh hidup dah. Pasal dengan keadaan dia. Cumanya saya nak sebut disini supaya kita dalam Kerajaan negeri Kedah ni carilah satu inisiatif untuk kita macam mana sebelah luar jelapang ni untuk mendapatkan peningkatan hasil. Contoh kita carilah apa nama petani-petani yang rajin disana. Bawa kursus ke tempat-tempat mana supaya jika tanah berbentuk macam ni, kita nak bubuh baja apa. Kimia kah? Organik kah? Apakah? Supaya tanah disebelah sana mendapat mengeluarkan hasil yang banyak. Ada juga, bukan kata keseluruhan. Dia kawasan luar jelapang ni tanah, apa hasil dia kurang, ada yang banyak. Tapi sedikit sangat yang mendapatkan hasil banyak. Jadi itulah, pandangan supaya kita Kerajaan negeri Kedah mengeluarkan sedikit belanja untuk, orang panggil buat kajian disana. Buat kajian disebelah luar jelapang ni. Macam mana cara dia untuk apa menambah hasil padi di luar jelapang. Itu bab hasil padi, penigkatan hasil padi. Keduanya, kursusnya lah sebelah Padang Terap ni. Cuma ada di pengairan Kuala Janing. Pasai Kuala Janing ni dia ada. Apa nama? air terjun, Puncak Janing. Jadi dia menggunakan saliran daripada Puncak Janing tu untuk terus ke sawah-sawah, ke bendang-bendang. Jadi ada lah pengairan disitu. Dia boleh buat setahun 2 kali yang tak memerlukan benda-benda lain. Kalau hujan pun tak apa, tak hujan pun tak apa. Tapi kalau sebelah, di jalan Pedu, Jalan Naka. Bendang banyak, ratus-ratus hektar jugak. Kalau ikut dalam seluruh negeri Kedah ni. Luar jelapang duk ada 26 ribu hektar, 1000 relung lebih kurang macam tu lah noh? 26 ribu. 100 ribu. 26 ribu 100 ribu gelung di luar jelapang. Jadi 100 ribu relung di luar jelapang. Kalau peningkatan daripada 900, 700 tadi, boleh jadi 1 tan setengah. Mungkin dia boleh naik 30% daripada apa yang ada sekarang ni. Mungkin boleh menambah peratus bersama dengan padi di dalam jelapang. Hat tak ada jelapang pun boleh tambah. Hat ada jelapang pun boleh tambah. Bertimbun sikit. Maknanya peratus kita boleh naik 60% pun kira okay dah daripada 42, 43, naik ke 60. Jadi, keterjaminan makanan beras di negeri Kedah ni insyaAllah akan dapat diatasi.
Cumanya, apabila sebut beras tadi ni, teringatlah sikit kawan-kawan duk sebut kisah beras RM26 ringgit beras tempatan, RM38 ringgit, RM40 ringgit beras import. Masak hat ni sekepoi, hat ni sekepoi. Makan-makan rasa sama. Yang orang duk bunyilah ni pasal apa sama. Beli beras ni mahal, import. Beli beras ni murah, tempatan. RM46 ringgit. Ya ada berbaru-baru ni lah. Masak-masak makan rasa sama dan kalau beras import dia kata, dia ada jernih-jernih sikit apa cereal. Kalau nampak jernih-jernih sikit, dia lembut sikit, apa nama biji dia tu panjang sikit. Butir dia, butir-butir beras tu dia panjang sikit. Dia ada perbezaan di antara beras tempatan dengan beras import. Tapi Pak Long tu dia kata dia masak yang ni, dia masak yang ni, sama ja. Rasa pun sama, naik pun sama. Buh secawan jadi 3, yang ni pun buh secawan jadi 3 juga. Jadi hat tu nak kena tengok jugalah supaya kita ni jangan ditipu 5 kali. Bukan setakat 3 kali, kita ditipu 3 kali. Bersama juga apabila sebut beras kena ditipu. Kita la petani-petani sedang terasa kena tipu ni banyak jenis. 2 tahun, 3 tahun yang lepas. Semua pakat buang pokok getah pasal sawit mahal. Tebang pokok getah kerana sawit 1 tan, RM1300, RM1500. Pendapatan duduk di rumah pasal orang lain buat kerja. Mulai hari ni, hari ni, tarikh hari ni, se tan RM660. Turun separuh. Tu pula dia ambil kira. Kalau dulu, kalau dia ada hitam sikit- sikit tu dia tak reject. La tu kalau grade A, buah tu grade A. Tapi hitam tu di hujung sikit-sikit, reject. Kalau reject, 10 tandan. 1 tandan 15kg. Kalau 10 tandan,150kg. Dah rugi berapa dah kos dia. Tu pula satu lagi, sawit yang orang panggil kalau kami sana panggil sisik apa sawit pasir. Tasik yang, sawit yang baru, yang muda. Dulu laku. 1 tan RM500, RM450, RM600. La tak terima langsung. Jadi nasib petani ni jadi macam tu lah. Sepanjang masa. Buat hat ni tak kena, buat hat ni tak kena. Jadi promosi. Promosi ni hebat. Apabila promosi ni hebat, dia macam scammer lah jugak kan. Apabila termakan promosi tu, ikut serta. Jadi sampai bilakah petani-petani, pertanian terkena dengan penipuan-penipuan sebegini rupa. Jadi kita sebagai rakyat negeri Kedah kita kena ambil cakna benda-benda ni supaya pihak petani ni tidak kena di tipu 2-3 kali. Takat 3 tak percaya, tipu lagi tak percaya lagi, tipu sampai ke 5 pun percaya lagi. Pasal untuk mendapatkan pendapatan ekonomi yang lebih. Jadi apa, siapa yang cerita pun, dia akan termakan dengan cerita-cerita untuk menambah pendapatan. Tapi kita, la ni kita kira nak buat bendang supaya hat kita buat tu, "Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad” boleh mendapat pendapatan. Kita buat padi hat kita, kita jual, kita akan dapat pada kita sendiri. Itulah saya mencadangkan supaya kerajaan negeri mencari dana untuk kita melatih beberapa petani-petani yang bersungguh- sungguh minat dengan bendang ni. Hat tak minat kita jangan duk bawa, satgi kita marah dia. Hat mana betul-betul dia minat untuk buat bendang ni, kita cari tok-tok guru yang boleh mengajar budak-budak ni supaya alim dengan bab padi ni, supaya kita bawa dia turun ke tapak padi.
Speaker boleh celah sikit tak, mintak YB. Pedu. Boleh sikit ja
Boleh, YB. Pedu?
Ayat tak habis lagi tergantung. Kita boleh bawa apa nama budak-budak ni
Haha YB. Bayu, duduk dulu.
Buat kursus supaya dia ni dapat betul-betul kemahiran, supaya dia dapat balik menurunkan ilmu itu kepada setiap petani yang ada di dalam negeri Kedah ni, insyaAllah. Silakan Bayu.
Silakan YB. Bayu!
Terima kasih YB. Pedu. Cuma saya nak tanya dan juga minta pandangan lah sebab YB. Pedu selalu sebut berkenaan pertanian, sawit dan juga getah. Boleh tak saya syorkan kepada Dewan Yang Mulia ini, setiap kali kita adakan persidangan ini, kita jemput wakil daripada RISDA dan juga LGM sebab yang ni satu perkara yang amat penting di peringkat masyarakat kampung. Terima kasih.
Silakan YB. Pedu, 2 minit lagi.
Ok terima kasih YB. Bayu. Berapa minit lagi? 10?
2 minit lagi.
Baru tak tengok buku lagi hahahaha.
Hahaha ringkaskan
Jadi apa nama, terima kasih Bayu. Apa nama nak kena tengok sikit di buku ni. Cumanya di sini, kita benih padi duk guna 297, 269, 202. 202 tu duk kata kebai. Kebai pun tak kebai tara mana pun. Jadi, tabung 1 relung 2 beg, tumbuh sebeg, nak kena beli pulak sebeg. Hat ni naik 2 minggu dah, hat ni baru nak tumbuh. Jadi benda-benda ni akan berlaku pengurangan peningkatan benih kita. Apakah kata kita jangan duk kira lah apa nama benda-benda lain kita buat, kalau tak buat benih sendiri. Padi boleh jual. Benih tu yang haram pun, tapi haram yang sah. Tapi padi benih yang sah pun, macam kata tadi, tak tumbuh juga. Jadi beli RM60 ringgit, RM54 ringgit, RM52 ringgit sampai ditapak, ada beroka lagi, ada apa semua, jadi RM70. Jadi serelung RM140, tak tumbuh sebeg. RM70 dah tauk kalau 5 relung, RM350. RM350 boleh kata 3 petak.
YB. Pedu…
Jadi benda-benda ni kita supaya kita boleh
Kita boleh… masa Speaker tambah lagi hah. Jadi…
Tak dak, masa dah cukup sebenarnya.
Jadi apa nama, tu la kita nak kena supaya benih, benih tu walaupun sah ka tak sah pun, minta jabatan yang berkenaan supaya berilah laluan supaya nak metingkatkan hasil padi dan beras ni. Kalau diharapkan benih yang sah. Tapi daripada dulu sampai ke la, apa tangkai dia masih lagi 6 biji. Duk ada 1 tangkai dah 200 biji. Sampai bila peningkatan kita tak akan mendapat. Jika kita boleh buat benih, walaupun haram tak haram dan apa semua. Tapi dia boleh meningkatkan apa biji padi di tangkai tu. Boleh
500 biji setangkai. Boleh panjang 13 inci ke 12 inci ke 10 inci. Maknanya pendapatan padi tu akan meningkat. Kalau kita duduk tunggu benih yang ada. Sampai bila kita nak tunggu. Nak sah tu buat tu bertahun-tahun daripada satu kajian benih untuk mengesahkan benih. Makan masa bertahun. Tapi kalau ada orang yang boleh buat walaupun cara haram. Haram benda halal ni, jangan duk kira sangat. Jadi apabila dia boleh buat benih dia. Boleh jadi apa menambah pendapatan daripada 1 relung dapat 800 kilo. Boleh jadi RM1400, RM1200. Duk kira apa haram benih, haram tak benih pun kan. Kita boleh meningkatkan pendapatan negeri dan negara kita. Jadi kalau benar tu kita boleh apa lawan untuk mendapatkan pendapatan negeri. Duk kalut buat apa kan. Yang terakhirnya YB. Tuan Speaker, Tambah seminit lagi. Terakhirnya nak cerita bab di belah kampung juga lah. Jadi dulu pun duk sebut dah. Di sungai Pedu tu tasik Pedu menyalurkan air untuk semua bendang-bendang di negeri Kedah dan Pulau Pinang. Tapi nasib di Pedu tengok kot depan air lalu tapi di bendang tunggu hujan turun. Jadi minta pihak yang berkenaan supaya cari jalan lah supaya dapat membina apa-apa pun yang boleh menyalurkan air daripada sungai Pedu ni ke sawah di sebelah sana. Sebelah Bukit Buloh, sebelah Padang Setol, sebelah Bukit Kura. Bukit tapi tanah rendah-rendah. Nama ja bukit, Bukit Langsat. Semua bukit kawasan tu, tapi tanah dia lebih kurang pamah. Yang ada lah ni, saliran Bukit Sena. Itu pun tak relevan lah. Buat masalah ni. Pasal dia gunakan paip PVC. Buka power kuat sikit, paip pecah. Tunggu seminggu, 2 minggu baru boleh pasang balik. Jadi padi hat kering tadi, melokoih dah. Jadi kering, kerat apa semua tak naik. Jadi rugi juga apabila kita ada benda. Tapi tak dapat menggunakan sepenuhnya untuk apa saliran. Ada lagi ni nak
Ok…
Tapi… boleh lagi?
Masa sudah lebih? Apa nama lebih 2 minit dah
Boleh boleh lagi nah, boleh lagi. Akhir sekali, apa nama terima kasih lah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Dekat mana hat akhir tadi tau. Haha cari tak jumpa dah Yang Berhormat Tuan Speaker.
Hat yang tadi tu…
Jadi tak apa terima kasih kepada YB. Speaker dan saya apa nak kata macam mana?
menjunjung kasih…
Menjunjung penuh, menyokong penuh usul junjung kasih, Tuanku. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Menarik Pedu ni. Padi luar jelapang dan macam-macam lagi lah. Dan seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Pantai Merdeka.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’e Wal Mursalin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in Amma ba’ du. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan. Hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Terima kasih dengan kesempatan ini. Saya ni merujuk pada muka surat ke-8. Titah ucapan Tuanku.
Saya seperti biasalah akan banyak menyentuh soal agama. Soal padi semua dah cakap dah kan, takkan nak cakap bab padi kot. Kehidupan dunia dengan agama tak dapat dipisahkan. Di antara yang disebut “Islam adalah agama rasmi melandaskan pada Undang-undang tubuh Negeri Kedah” Perkara 33A dan begitu juga Lembaga Persekutuan 3(1).
Yang menyebut begitu jelas, Islam adalah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Jadi, kena faham lah nah hat 3 orang ni. Kena faham elok-elok. Islam agama persekutuan. Hat you pun ada sat lagi kita bagitahu. Jangan buat-buat tak faham. Jadi, jelas. Baik negeri Kedah maupun Lembaga Persekutuan, nasihat Undang-undang. Islam adalah agama baik negeri Kedah maupun Lembaga
Persekutuan. Kemudian, diantaranya disebut oleh Tuanku tentang mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar. Dalam Quran, Al-Imran ayat 19 إِنه َٱلد ِين َعِند ِٱَّلله ُٱْلِْسْلَـَٰم “Sesungguhnya agama yang benar lagi diredai di sisi Allah, hanyalah islam”. Saya bercakap ni untuk semua yang Islam lah. Hat bukan Islam, dia boleh dengar sahaja lah dan bila kita sebut ajaran Islam yang sebenar, rujukkan kita hanya 2 sahaja. Sebagaimana difirmankan oleh Allah di pertengahan ayat 59, An-Nisaa’. ِ ٰبِاَّلل َتُؤْمِنُوْ ن ْكُنْتُم ْاِن ِوَالرهسُوْ ل ِ ّٰللا اِلَى ُفَرُد وْ ه شَيْء ْفِي ْتَنَازَعْتُم ْفَاِن تَأْوِيْلً ا ُوهاَحْسَن خَيْر َذَٰلِك ِاّلْ َٰخِ ر ِوَالْيَوْ م “Maka apabila kamu bertelingkah di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kamu”. Sebab itu, Titah ucapan Tuanku ini perlu juga kita elaborate sikit. We have to give some explanation. Supaya lebih jelas. Apabila kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kamu merujuk pada Allah. Allah mana? Quran tu. Rasul? Sunnah. Sebagai dalam hadith, Imam Muslim.
ِرَسُوْ لِه َسُنهة َو ِللا َكِتَاب: بِهِمَا ْتَمَسهكْتُم مَا تَضِ ل وْ ا ُتَرَكْت ْلَن ِأَمْرَيْن ْفِيْكُم Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. Selama mana kamu berpegang teguh dengan kedua-dua perkara ni, selama itulah kamu tidak sesat. Yang ku tinggalkan ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Dan kadang-kadang ada di kalangan kita ni. Saya nak kena berhenti pukul apa? Pukul 4 boleh kot. Hat lain cakap sikit-sikit dah lah. Ada di kalangan kita ni yang sebut Islam. Orang Islam. Orang Jabatan Agama pun ada di sini. Yang suka mempertikaikan ajaran Islam. Saya ingin quote hadith ke-15. Jilid 1 mastika Hadith keluaran Jabatan Perdana Menteri. Ucapan saya selalu netizen hentam. Awat Tok Lebai ni duk ceramah agama. Agama tak boleh dipisahkan. Manusia baik dengan agama. ِمَنْ يُرِ دِ للاُ بِهِ خَيْرًا يُفَق ِهْهُ فِي الد ِين Maksudnya: “Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan, maka Allah akan memberinya kefahaman di dalam agama”. Hadith Riwayat Imam al-Bukhari.
Kita tak boleh pisah. Jadi apa pun kita buat, kita kena bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Nabi Isa A.S. Saya beritahu nah? Belum wafat. Ali Imran 55. Anisah 158. Termasuk Az-Zukhruf surah ke-43 ayat 61. Beliau akan diturunkan semula. Kita nak kait ni kena amal ajaran Islam yang sebenar. Sebab beliau walaupun Allah anugerah Injil. Kita dengar hadith. َكَيْف ْأَنْتُم إِذَا َنَزَل ُابْن َمَرْيَم ْفِيكُم ْوَإِمَامُكُم ْمِنْكُم YB. Kubang Rotan tengok runung. Bagaimana keadaan umatku ketika Isa anak Maryam diturunkan semula untuk memimpin mereka. Nabi tak berhenti kat situ Yang Berhormat. Kalau berhenti kat situ, most likely, Kristian memang seronok. Sebab ada Injil, Bible. َفَأَمَّكُمْ بِكِتَابِ رَب ِكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَسُنَّةِ نَبِي ِكُمْ صَلَّى َّللاَّ ُ عَلَيْهِ وَسَلَّم Beliau akan memimpin umat. Berpandukan pada Al-Quran dan As-Sunnah. Sebab itu titah ucapan Sultan memang tempat. Kita perlu beramal ajaran Islam yang sebenar. Itu, ringkas saja dan ajaran Islam yang sebenar itu telah digariskan oleh Allah dalam al-Quran. Dia panggil Divine Revelation.
Dalam surah yang ke-6 Al-An’am, ni yang kita kena ikut. وَأَنه هَـَٰذَا صِ رََٰ طِى مُسْتَقِيمً ًۭ ا ُفَٱتهبِعُوهۖ َوَّل ۟تَتهبِعُوا َٱلس بُل َفَتَفَرهق ْبِكُم عَن سَبِيلِهِۦۚ ْذََٰلِكُم وَصهىَٰكُم بِهِۦ ْلَعَلهكُم َتَتهقُون “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa”. Nak buat macam mana? Takdir, Divine. Orang panggil apa? Predestine. Takdir, Divine decree. Allah pilih saya nak jadi wakil rakyat. Pilih pulak ustaz. Dia kena cakap agama. If, walaupun i was a banker for 16 years. Nak bagi taulah kot tak tau.nah 16 tahun tu pegawai bank. English educated. Tapi itulah transformasi yang kita lakukan, Hijrah. Jadi kembali kepada tadi dan inilah jalanku jalan yang lurus. Dalam semayang, mungkin ada minta. ٱهْدِنَا َٱلص ِ رََٰ ط َٱلْمُسْتَقِيم Bagi salam. Adakah kita ikut jalan yang lurus? Jalan yang lurus dalam surah Al-Isra’. Surah ke-17, ayat 9.
إِنه هَـَٰذَا ٱ َلْقُرْءَان يَهْدِى لِلهتِى َهِى ُأَقْوَم ُوَيُبَش ِر ٱ َلْمُؤْمِنِين ٱ َلهذِين َيَعْمَلُون ٱ ِلصهـَٰلِحَـَٰت أَنه ْلَهُم أَجْرً ًۭ ا كَبِيرً ًۭ ا Kena ikut al-Quran. Inilah jalanku jalan yang lurus. Maka ikutlah jalan ini dan Allah bagitau jangan ikut jalan-jalan lain. Islam Liberal kena tolak. Pluralisme kena tolak. Secularism semua tak boleh. Ikut Al-Quran dan As-Sunnah. Kenapa? Apabila kamu tak ikut jalan yang lurus yang telah dibentangkan oleh Allah diperjelaskan oleh Nabi S.A.W. akan berlakulah perpecahan. Kamu akan berpecah belah. Ini yang berlaku Ahli-ahli Yang Berhormat. Selama mana kita mengikuti jalan yang lurus, kita di landasan yang benar. Moga-moga kita tergolong di dalam golongan orang-orang yang bertakwa. Kemudian Tuanku menyentuh soal tanpa mengorbankan perpaduan. Ini penting. Semua orang cakap tentang perpaduan, perpaduan. Saya nak baca surah Al-Anbiya' lupa tengok belah kanan. Surah ke-21 ayat 92. Saya ni diberi gelaran Dr. Zakir Naik from Malaysia. Siapa kata? Saya kata sendiri. Dah Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian tak kata. إِنه هَـَٰذِهِۦ ْأُمهتُكُم ًًۭأُمهة ًًۭوََٰ حِ دَة i meet him 2 years ago. 20 minit sembang dengan dia. Allah sebut, إِنه هَـَٰذِهِۦ ْأُمهتُكُم ًًۭأُمهة ًًۭوََٰ حِ دَة وَأَنَا ْرَب كُم ِفَٱعْبُدُون Ini ayat untuk beli rujuk insyaAllah. Tafsir Professor Mahmud Yunus. Kalau tak salah saya lah. Nama saya tak rujuk. Muka surat 478. Garis panduan bagaimana nak menyatukan umat Islam. Ada dalam Quran. Dia berdalikan ayat Al-Anbiya ayat 92. Dia ada 5, saya nak sebut beberapa sahaja. Di antaranya, ya kita kena jaga perpaduan sesama umat Islam. Yang di antara disebut berpandukan kepada kitab yang sah. Al-Quran dan As-Sunnah. Tak boleh yang lain.
5 minit lagi YB.
Ha nak habis dah patut reling, satu macam. bagi lah 10 minit. Injury time.
Mohon mencelah boleh? Pantai Merdeka mohon mencelah
Boleh Boleh..
Bukit Lada, bangun.
Ya, sila
Terima kasih kepada Pantai Merdeka, YB. Tuan Speaker. Iaitu berkenaan dengan titah Tuanku Sultan berkenaan dengan amalan ajaran agama Islam yang sebenar. Jadi, apa pandangan YB. Pantai Merdeka berkenaan dengan filem yang terbaru ini. Filem Bid'ah yang menampilkan nama yang sepatutnya ada nama-nama ramai yang buh nama ayah dia sebagai walid ni. Jadi, akhirnya nama yang cantik yang baik ni, jadi tak berapa cantik. Seperti “khulwah”. Nabi S.A.W berkhulwah. Jadi, bila sebut khulwah je, orang akan nampak khulwah ni tak elok. Jadi, apa pandangan Pantai Merdeka tentang keadaan ni?
Silakan YB. Pantai Merdeka.
Soalan tadi Bukit Lada filem bida'ah? Saya waroq dah, tak tengok dah benda-benda macam tu. Habis, saya nak jawab dengan hadith. Nak ceritanya very very simple. Di dalam riwayat yang lain, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ عَمِلَ عَمَلً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَد Maksudnya: “Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang bukan berasal dari agama kami, maka amalan itu tertolak.” Hadith Imam Muslim.
Dalam tafsir Ibnu Qodir Al-Bakarah, ayat 111-112, akan bertemu dengan hadith. Apabila sesuatu amalan yang kita kejarkan, pertama, kalau tidak ikhlas, itu syarahan. Yang kedua, tidak menepati petunjuk Al-Quran As-Sunnah, habis. Dan tentang nama-nama pelil-pelik tu yang kita tengok terkini, saya pun baru tahu. Petik-petik TikTok, dia keluar orang tua-tua bagi duit raya pakai menari. Itu Yahudi. ْمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْ مٍ فَهُوَ مِنْهُم Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka.” Siapa-siapa yang tiru satu kaum, dia sama seperti kaum Yahudi. Takkanlah nak bagi duit raya pun kena menari, Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian? Apa yang nak ikut sangat? Yahudi Nasara. وَلَن َٰتَرْضَى َعَنك ٱ ُلْيَهُود َوَّل ٱ َٰلنهصَـَٰرَى َٰحَتهى َتَتهبِع ْمِلهتَهُم "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali reda terhadapmu.” Al-Baqarah 120. Jadi saya jawab macam itulah. Film bida'ah tu memang bida'ah pun. Sebab apa yang kita buat, kalau tidak ikhlas, kata Ibnu Katsir Rahimahullah Ta'ala, dan tidak menepati syarak, ia terpulang. Baiklah. Jangan sapa duk mencelah. Nak habis dah, berapa minit lagi?
Boleh landing dah YB, 3 minit lagi.
Jadi perpaduan ni diantaranya berpandukan kepada kitab yang satu, kata Professor Mahmood Nus. Yang kedua, mencontohi Nabi yang satu. Dato' Ismi. Kalau kita nak contohi beliau. ْلهقَد َكَان ْلَكُم فِى ِرَسُول ِٱَّلله أُسْوَة ًۭ حَسَنَة ل ِمَن َكَان ۟يَرْجُوا َٱَّلله َوَٱلْيَوْ م َٱلْـَٔاخِ ر َوَذَكَر َٱَّلله كَثِيرً ًۭ ا "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." Al- Ahzab Ayat 21. Kenapa?
َوَإِنهك َٰلَعَلَى خُلُق عَظِيم "Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berada di atas akhlak yang agung." Surah ke-68 Ayat 4 Al-Qalam. Kenapa dikatakan sehingga Allah acknowledge. Allah iktiraf Nabi S.A.W. sebagai insan yang cukup sempurna. Akhlaq yang paling agong sebab ditanya pada Aisyah dalam hadith Imam Al- Bukhary. Apakah akhlak Muhammad? َكَان ُخُلُقُه َالْقُرْآن “Akhlaknya adalah al-Qur'an.” Sebab beliau mengamal isi kandungan Al-Quran. Kita baca Al-Quran bulan Ramadan. 30 juzuk, masyaAllah. Al-Baqarah 121. بِهِۦ َيُؤۡ مِنُون َأُوْ لَـَٰ ئِك تِلَ وَتِهِۦ حَقه يَتۡلُونَهُۥ َٱلۡكِتََٰب ُءَاتَيۡنََٰهُم َٱلهذِين “(Orang-orang) yang membaca Kitab Allah dengan hak tilawah (bacaan yang sebenar-benarnya).” Kalau sekadar baca, faham makna ayat-ayat ni baca. Mungkin ada tapi tak beramal. Tidak termasuk dalam golongan ِتِلَ وَتِه حَقه yang membaca Al-Quran dengan sebenar-benar bacaan. Ini rakam ka apa ni? Nak ambil modal saya lah tu? Itu perpaduan. Akhir sekali, disebut pada masa yang sama agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Dengar YB. Kota Darul Aman 11(1) Perlembagaan Persekatuan clearly stated, clearly stated every person has the right to profess and practice his religion. Kadang-kadang kita bahasa kecil hati juga. Kita orang Islam Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita nak amal Islam, ada banyak gangguan. Sedangkan ni peruntukan untuk semua. Dalam parlimen saya dengar, nasib baik saya bukan parlimen. Kalau tak saya jawab lah. Dia kata apa? If I'm wrong, i apologize. Tapi saya dengar 2, 3 kali Jitra. Kita ni sabar lama dah dengan orang melayu. Ish jangan cakap macam tu. Hak kamu ada, hak kami ada. Kami nak buat, kami nak amal apa yang hak kami. Dalam Al-Quran pun Islam ajar, there is no compulsion in religion. Dengan izin. Lupa dah. Tadi prof banyak cakap orang putih. Tidak ada paksaan dalam agama. Minta maaf Jitra, bukan prof. Cukup jelas. Kamu buatlah apa yang kamu yakini. Janganlah usik hat kami dan untuk kita orang Islam untuk mengakhiri, Allah ajar.
ٱلل ِدُون مِن َيَدۡ عُون َٱلهذِين ْتَسُب وا َوَّل Surah yang ke-6 Al-An'am, ayat 108, muka surat 195 tafsir Prof Mahmud Yunus. Menjadi kewajipan kita jangan duk ganggu agama-agama selain daripada Islam. Jangan kamu menghardik. Jangan kamu mencerca. Nanti mereka pula akan menghina kita. Tapi malangnya kita tengok kebelakangan. Apa nak jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian? Kalau pemimpin-pemimpin cakap dalam nada yang boleh menguriskan hati orang. Saya ceramah lama lah. YB. Kota Darul Aman, 34 tahun, 34 years. Sancap sini loh. Cakap Hokien sikit. Ahli-ahli Yang Berhormat tak boleh Hokein, saya boleh Hokein. Saya tak nak usik orang-orang. Saya tahu dia punya boundary. Dia punya limit. Nanti dia pun kacau kita tapi malangnya lately kebelakangan ini. Allahu Akbar amat-amat. Jadi saya sokong sepenuhnya. Hak mereka jangan kita usik. Hak kami tolong jangan ganggu. Jadi saya menyokong sepenuhnya titah ucapan Sultan Kedah. Terima kasih. Aqulu Qauli Haza Wa Astaghfirullah Al-'Azim Li Walakum. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih YB. Pantai Merdeka. Seterusnya dipersilakan yang berhormat YB. Bakar Arang, silakan YB.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Barisan EXCO, Ahli- ahli Berhormat semua. Ketua-ketua jabatan, para hadirin yang hadir ke sidang yang mulia ini dan juga penonton yang mengikuti dalam FB Live. Selamat sejahtera dan salam madani semua. Pertama kali saya hanya mengucapkan terima kasih kerana beri peluang kepada saya untuk membahas dan juga bawah suara rakyat dari bawah ke dalam dewan yang mulia ini. Sidang ini bukan sekadar tempat berbahas. Ini medan yang membawa mandat dan amanah rakyat. Amanah ini diberikan kepada kita untuk menyuarakan keperluan rakyat serta menuntut tindakan yang adil, pantas dan proaktif daripada Kerajaan negeri. Saya tak datang dengan keluhan kosong. Saya datang dengan data. Saya bawa suara akar umbi. Saya datang dengan permintaan yang realistik. Saya bukan bercakap sebagai pembangkang semata-mata. Saya bercakap sebagai rakyat Kedah yang mahukan pembangunan dan cintakan ketelusan dan kecekapan. Kedah perlukan pemimpin yang tahu. Dengar dulu, baru buat kerja. Dan bila buat kerja, jangan duk tangguh-tangguh. Kalau rakyat dah lama tunggu, jangan kita dalam dewan ni pula terus bertolak-talik.
YB. Tuan Speaker, isu pertama yang saya nak sentuh adalah isu berkenaan dengan projek Air iaitu Logi Rawatan Air, Bukit Selambau. Projek ini mula pada 6 Jun 2021 dan sepatutnya siap pada Desember 2023. Yang akan mengeluarkan output sebanyak 50 milion MLD air. Tetapi hari ini ia sudah lewat lebih daripada 500 hari. 3 kali EOT dan diberikan. Tapi projek masih tidak siap dan rakyat masih terpaksa tahan air, beli tangki, angkut baldi, tunggu lori tangki. Ini bukan berlaku di kawasan pendalaman. Ini berlaku di daerah terbesar negeri Kedah, daerah Kuala Muda. Dengan kawasan seperti Merbok, Sungai Petani, Sembeling, Tanjung Dawai, Bidong. Taman-taman yang terkesan termasuklah Taman Seribayu, Taman Ria, Taman Nilam, Taman Patanijaya, Taman Keladi dan banyak lagi yang selalu ada masalah dengan gangguan air dan tekanan air rendah. Gangguan bekalan air ini bukan lagi sekata jangkaan atau ramalan bagi penduduk sekarang. Tetapi telah menjadi satu kenyataan yang berulang yang membebankan kehidupan harian rakyat. Saya di sini ingin tanya, di mana pengawasan kerajaan negeri? Apakah tindakan kepada kontraktor? Bila rumah tiada bekalan air berhari-hari, saya nak tanya, sekarang kita pun tahu, SADA telah mencatat keuntungan. Adakah kerajaan negeri akan bayar ganti rugi? Siapa nak ganti kos beli air mineral? Sewa lori air dan kesusahan harian rakyat? Saya juga ingin memaklumkan di sini juga, projek LRA ini adalah geran yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Memberikan kuasa penyeliaan dan pelaksanaan adalah tanggungjawab Kerajaan negeri. Jangan kita setiap kali ada masalah, kita salahkan dengan alasan Covid-19. Persekutuan tak jemput bila masuk kawasan. Kerajaan persekutuan yang berikan geran. Sekarang kerajaan negeri tak pegi selia projek ini dengan sebaik-baiknya. Kalau kontraktor gagal, kita tukar. Kalau tak ikut jadual, kita penaltikan. Kalau ada penyelewengan, kita siasat. Rakyat tak boleh hidup dengan janji. Mereka mahu air bersih mengalir dari paip. Itu hak, bukan hadiah dan bukan alasan dari dewan ini.
Tuan Speaker, saya ingin mencelah.
Tak bagi laluan
Tak boleh Bakar Arang ya?
Saya gesak Kerajaan negeri ambil bertanggungjawab sepenuhnya dalam pemantauan menyelia projek ini dan bentangkan laporan status setiap suku tahun dalam Dun. LRA Sungai Limau sudah gagal, jangan kita bagi LRA Bukit Selambau ni gagal. Cukuplah. Jangan biar projek ini jadi simbol kegagalan pentadbiran.
YB. Tuan Speaker, isu yang kedua saya ingat masuk adalah isu pelancongan dan pengangkutan ke Langkawi. Tahniah kepada Kerajaan negeri. Tahun 2022, sebanyak 6 juta pelancong datang ke Kedah. Antara tertinggi di negara kita dan lebih daripada yang pergi ke Kuala Lumpur pada 2022. Langkawi memang destinasi utama pelancongan negeri. Tapi nak ke sana kita terlalu bergantung kepada feri. Kalau laut bergelora, kalau cuaca buruk, feri akan cancel atau tukar jadual. Pelancong pun juga terpaksa batalkan rancangan pergi ke Langkawi.
Jadi di sini, saya cadangkan, adakah boleh wujudkan satu penembangan terus dari Alor Setar ke Langkawi. Macam kita lihat di Pulau Pinang pun setengah jam sahaja. Dari Pulau Pinang ke Langkawi pun setengah jam. Jadi Alor Setar kalau ikut saya pernah kira pun lebih kurang dalam setengah jam. Harga pun RM60 dari Penang ke Langkawi. Adakah boleh wujudkan satu penembangan? Mungkin...
Bakar Arang, laluan sebentar
Beri laluan YB?
Ya silakan.
Kalau tadi Bakar Arang cadangkan daripada Alor Setar ke Langkawi, jadi mohon Persekutuan luluskan dulu yang Kulim International Airport (KXP). Mungkin dari situ juga kita dapat mengadakan penerbangan langsung. Terima kasih.
Silakan YB. Bakar Arang.
Terima kasih. Saya dimaklumkan KXP adalah projek lapangan terbang Aerotropolis yang untuk logistik, bukannya untuk passenger. So untuk Alor Setar, Alor Setar ini mungkin lebih kepada passenger. Saya sambung, saya fikir sebenarnya inisiatif ini bukan sahaja memudahkan pelancong, tetapi ini boleh memberikan satu peluang kepada pelancong-pelancong yang datang ke Langkawi boleh stopover di Alor Setar kalau ada satu penerbangan dari Langkawi ke Alor Setar. Ini memberikan mereka peluang untuk merasai bermalam, berbelanja dan nikmati budaya hotel, restoran dan lokasi bersejarah di Mainland Kedah. Saya juga mohon kalau Kerajaan negeri boleh pertimbangkan dan berbincang dengan MAHB, MAB, AirAsia, Firefly atau Batik Air untuk wujudkan laluan ini. Sudah tiba masanya kita angkat Kedah Mainland sebagai stopover tourism state, bukan sekadar transit ke Langkawi. Tuan Speaker, ini isu yang ketiga. Kita pun semua maklum disebabkan perang dagang antara China dan Amerika Syarikat. Banyak pelabur dari China sekarang mula beralih ke Asia Tenggara dan termasuk ke negeri kita, Kedah. Sebenarnya kita lihat sejak tarif yang dimulakan oleh Presiden Trump dari Amerika ini. Malaysia dikenakan sebanyak 24% dan banyak-banyak kilang-kilang dari China ini, mereka pun nak cari satu tempat yang baru untuk melabur Malaysia dikira sebagai agak stabil dan dengan banyak info yang sedia ada. Dan soal saya adalah mudah, apabila kilang-kilang dari China ini dibuka di Kedah, apakah jaminan untuk rakyat tempatan? Untuk anak-anak Kedah yang baru tamat belajar dari Technical and Vocational Education and Training (TVET), Polytechnic dan Universiti, adakah peluang, pekerjaan itu benar-benar terbuka untuk mereka, kalau syarikat-syarikat dari China buka kilang di sini? Apa yang saya bimbangkan adalah sebenarnya, jika kita tidak letakkan syarat dari awal, nanti yang mengisi peluang pekerjaan ini, hanyalah pekerja asing. Anak-anak Kedah pulak hanya jadi penonton, tengok banyak pelaburan masuk saja, tapi tak dapat limpahan.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri, jikalau ada perjanjian pelaburannya di meterai, adakah kerajaan negeri Kedah sudah disertakan klausa ada syarat wajib untuk mengambil pekerjaan tempatan? Dan kedua, adakah disediakan pelan latihan kemahiran program penempatan kerajaan atau pemindahan teknologi? Pelaburan ini tidak seharusnya hanya membina bangunan dan kilang, tetapi perlu juga membina masa depan untuk anak-anak negeri Kedah. Kita tidak mahu melihat tanah-tanah kita dibangunkan, tetapi hasilnya dibawa keluar. Kita bukan tuan rumah yang hanya tengok tetamu makan semua. Rakyat Kedah perlu menjadi sebahagian daripada manfaat, bukan sekadar pemerhati dari luar pagar. Let's make Kedah great again.
5 minit lagi YB.
So, YB. Tuan Speaker, saya juga ingin menarik satu perhatian Dewan Yang Mulia ini kepada satu isu sosial yang sangat membimbangkan. Mengikut data yang diperolehi, negeri Kedah kini mencatat antara kadar penceraian tertinggi di Malaysia. Pada 2022, kenaikan penceraian di negeri Kedah adalah sebanyak 111%. Ini bukan sekadar angka statistik. Ini adalah realiti sosial yang memberi kesan langsung kepada struktur keluarga, terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan negeri, apakah langkah yang, apakah langkah yang telah atau akan diambil oleh Kerajaan negeri bagi menangani isu ini? Adakah sesi kaunseling perkahwinan disediakan secara percuma dan mudah diakses di setiap daerah? Yang paling penting, apakah bentuk sokongan kepada ibu tunggal selepas penceraian berlaku dari segi kewangan, peluang pekerjaan dan juga sokongan penjagaan anak? Wanita Kedah yang terkesan akibat penceraian tidak boleh terus dibiarkan bersendirian. Mereka perlu perlukan bimbingan, peluang dan ruang untuk bangkit semula demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak mereka. Saya mohon agar isu ini diberi perhatian serius bukan hanya sebagai statistik tetapi sebagai tanggungjawab bersama untuk membina masyarakat yang lebih stabil dan sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, sekarang izinkan saya bawa suara rakyat Bakar Arang. Setiap minggu ataupun setiap hari saya turun padang, saya dengar rintihan peniaga ibu bapa beliau warga emas. Sebenarnya mereka tak minta mega projek. Mereka cuma nak jalan elok, lesen senang mohon dan hidup lebih selesa. Kita boleh lihat selepas PKP, masalah trafik di Sungai Petani semakin teruk. Setiap pagi dan petang, penduduk tersekat di Taman Ria Jaya, Bandar Putri Jaya, Bandar Perdana, Taman Keladi, Taman Sejati Indah, Jalan Lencongan Timur, Barat dan Lagenda Heights. Kalau…
Bakar Arang…
YB. Bakar Arang minta laluan boleh?
Lunas, bangun
Bagi saya habis ni dulu, 1 minit lagi.
Ada 2 minit lagi YB, Dia tak bagi YB.
Kalau ada program besar-besaran di Sungai Petani seperti food fest ataupun marathon ataupun perayaan pulak, jem dalam trafik. Jem bukan saja di jalan utama. Jem sampai sehingga ke dalam highway. Saya lihat antara punca yang jem ini yang saya rasa adalah pertama adalah lampu isyarat tidak selaras. Banyak simpang yang sempit. Tetapi pembangunan yang begitu banyak tapi jalan masih yang sama. Tiada laluan alternatif, dan juga satu adalah developer pun tidak standardized. Saya bagi satu contoh seperti di Lencongan Timur, ya Lencongan Timur. Di sana saja area itu, saya rasa ada 6 developer yang berbeza. Bila ada 6 developer yang berbeza, setiap developer design road dia sendiri. Jadi jalan keluar itu mengakibatkan tempat itu stuck dan jem. Jadi saya minta PBT dan JKR buat kajian trafik yang menyeluruh. Tubuhkan satu jawatan kuasa khas trafik Kuala Muda. Dibagai agensi teknikal PBT pakar perancangan bandar dan juga developer bila design satu city planning dan juga jangan lupakan libatkan juga bersama wakil rakyat. Kita..
Bakar Arang satgi habis lah.
Kita tak boleh guna plan trafik 10 tahun lalu untuk hadap keesokkan hari.
Yang Berhormat Speaker…
Kalau Lunas bangun, kiranya masa sudah habis.
Seminit YB. Bakar Arang boleh?
YB. Bakar Arang ada tulis surat tak?
Tak boleh banyak lagi point.
Tadi sudah deal tadi kata mau bagi.
Aik semua bangun.
Okey sila landing, masa sudah habis.
Kedua, isu kawasan perindustrian di Kuala Muda. Tahniah, negeri kedah catat pelaburan tempat tertinggi di Malaysia. Tapi, pelaburan banyak masuk ke Kulim sahaja. Sungai Petani seolah-olah dianaktirikan. (Dewan kesiannn ha ha ha) (YB. Lunas mencelah)
Yb. Bakar Arang bagilah laluan.
Sedangkan… sedangkan…
YB. Bakar Arang bagilah laluan, boleh ha?
Bagilah laluan…
1 minit ja 1 minit.
YB. Tuan Speaker tambah lah dekat dia sikit.
Ok YB. Lunas.
Bagi laluan, bagi laluan.
Ok, YB. Lunas.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Saya amati ucapan YB. Bakar Arang ni daripada awal tadi. Dia bentuk persepsi kepada rakyat kononnya Pentadbiran Yang Berhormat Jereni, gagal. Nanti sat bagi saya dulu. Baik daripada LRA tadi. LRA bukan gagal. Berlaku kelewatan atas banyak faktor. Jadi benda tu masih berjalan seperti biasa. Menteri yang Berhormat pun dah turun beberapa kali. Baik, itu satu LRA. Yang kedua, berkenaan dengan trafik jam. Trafik jam ni takpalah kalau Yang Berhormat kata di Kedah ni, kita gagal menguruskan trafik jam. Saya nak rujuk negeri Yang Berhormat di Selangor. Jalan sampai 5 lapis, 4 lapis, 4 lorong kiri kanan pun jam. Di negeri sahabat Yang berhormat Pulau Pinang, jambatan kini pi balik kiri 3, balik 3 pun jam. Adakah itu nak dikatakan wujud satu persepsi kata kita gagal menguruskan trafik ni kerana Kerajaan negeri ni gagal. Trafik ni Yang Berhormat. Sekejap, sekejap, sikit lagi. Masalah trafik ni Yang berhormat. Benda yang kita perlu buat perancangan untuk jangka masa panjang. Pelebaran jalan tu penting tapi bukan boleh selesai masalah jangka panjang. Perlu ada satu jaringan sistem dan pengangkutan awam yang tersusun. Itu penyesaian dan jawapan ni patut Yang Berhormat bagi. Bukan salahkan kerajaan. Terima kasih.
Sila YB. Bakar Arang 1 minit lagi.
Terima kasih kepada YB. Lunas. Pertama saya rasa untuk LRA Bukit Selambau. Sebenarnya Covid-19 pun sudah lalu begitu lama dan projek itu 2021 sampai 2023 dan sekarang 2023 EOT 3 kali sampai 2025 pun sudah dekat 2 tahun. Tapi progresnya masih 40%. Saya bagi tahu ni adalah untuk memberi satu kritikan yang membina supaya kita tahu apa masalahnya dan macam mana kita nak mengatasinya. Sama juga dengan masalah kesesakan lalu lintas tu. Semua tu adalah kritikan supaya boleh membuat penambahbaikan untuk rakyat di Sungai Petani. Itu yang saya mahu. So kedua, tadi saya sambung balik.
Sila landing YB.
Ok, ini berkenaan dengan isu kawasan perindustrian di Kuala Muda. Ke-4 tertinggi negeri Kedah mencapai, semua sudah masuk ke Kulim. Sungai Petani seolah dianaktirikan. Sebenarnya di kawasan perindustrian Bakar Arang, Taman Cendana, Taman Ria dan Pinang Tunggal, kawasan industrial kecil dan sederhana ni keadaannya sangat tidak memuaskan. Sebenarnya kalau lihat, dia merupakan kawasan perindustrian yang bermula pada 90-an. Jadi banyak pokok sudah naik dan banyak pokok tidak diselenggara. Jalan berlubang juga, teruk tanpa pembaikan dan naik taraf. Sebenarnya ini adalah kawasan pelaburan, kawasan ekonomi. Tapi bagi pelabur yang datang ingin melabur di situ, dia nampak seperti satu kawasan tebiar. Jadi saya minta Kerajaan negeri, kalau boleh naik tarafkan infrastruktur segera, sediakan jadual penyelenggaran bekala, jagalah kawasan perindustrian ini sama seperti kawasan pelancongan. Jika kalau kita nak lebih banyak pelabur datang, kita kena jaga imej dan asasnya. Seterusnya, ini adalah isu berkenaan sistem parking yang dilaksanakan di Majlis Pembandaran Sungai Petani. Sebenarnya app Flexi e-parking ini telah bermula tahun, akhir tahun lalu, sebenarnya nampak modern tapi sebenarnya kena bayar lebih. Sebenarnya kalau kita bandingkan dengan penggunaan kupon dari tahun-tahun lalu, sekarang waktu charge-nya lebih panjang sampai ke pukul 7 petang dan 7 hari. Dulu kita pakai kupon dia memang masa pendek tak sampai pukul 7, tetapi 5 hari sahaja. Sekarang, kita guna kena pakai sampai 7 hari. Jadi, saya tahu ada dasar telah ditukar di mana beberapa bulan lalu, di mana dikecualikan 1 hari. Okey, itu pada hari Sabtu. Jadi, saya cadangkan di sini, kembalikan pengkecualian parking itu kepada 2 hari seminggu. Dan juga, contohnya Sabtu dan Ahad.
YB. Tuan Speaker…
Sudah lebih 5 minit YB.
Adakah Bakar Arang bersetuju dengan saya bahawa satu penyelarasan seluruh negeri perlu dilaksanakan bagi semua kadar parking dan juga kompaun yang dikenakan dan juga hari yang boleh diperlu bayar parking. Sebab Alor Setar 7 hari dan saman kalau lebih beberapa hari 100 ringgit. Jadi, yang ini lebih mahal daripada negeri maju seperti Pulau Pinang dan Selangor.
YB. Kota Darul Aman, saya setuju. Saya rasa perlu satu standardized di seluruh negeri Kedah. Bukan saja untuk kompaun dan juga memudahkan rakyat-rakyat yang menggunakan parking, sistem parking di negeri kita.
Ok, boleh landing.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kita semua hadir di sini bukan sekadar untuk berdebat tetapi untuk menyampaikan hasrat rakyat yang letih menunggu perubahan. Rakyat tak minta bulan dan bintang. Mereka cuma mahu jalan elok, air dan peluang anak mereka untuk maju dan anak muda senang cari makan, berumah tangga dan hidup selesa. Saya tak minta semua ini diselesaikan dalam sehari. Tapi mulakanlah dengan hari ini. Buktikan bahawa Kerajaan negeri ini bukan hanya pandai janji ketika PRU. Tetapi juga cekap bila mentadbir. Izinkan saya akhiri dengan satu kata-kata. “Rakyat bukan minta sempurna. Mereka cuma minta kita jangan lupa. Jangan tunggu rakyat turun ke jalan baru nak dengar. Jangan tunggu viral baru nak bertindak. Suara mereka sudah sampai ke sini. Sekarang tanggungjawab di tangan kita semua. ”Saya mohon perhatian dan sokongan semua pihak dan akhir sekali, saya menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bakar Arang. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Gurun. Kita akan berhenti sehinggah jam 4 setengah. Silakan YB, ada 15 minit lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli dewan undangan negeri yang saya hormati. Saya ahli dewan undangan negeri N.22 Gurun dengan penuh takzim berdiri pada hari ini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al - Amirul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sultan Negeri Kedah Darul Aman berangkat merasmikan mesyuarat pertama penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-15, menjunjung kasih Tuanku. Pertama sekali izinkan saya merafakkan setinggi-tinggi junjungan kasih atas titah Tuanku Sultan yang penuh hikmah menyentuh pelbagai aspek pentadbiran kesejahteraan rakyat dan hala tujuh negeri. Tuanku jelas mencerminkan keprihatinan baginda terhadap pembangunan negeri Kedah ini. Kelesterian alam kepada rakyat serta kemajuan anak muda sebagai generasi pelapis. Sebagai anak jati negeri Kedah ini, saya amat terharu dan berbangga dengan kebijaksanaan Tuanku dalam memperincikan hal-hal berkaitan kesejahteraan rakyat jelata sesungguhnya titah Tuanku menjadi perdoman kepada kita semua dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Yang Berhormat Tuan Speaker, pada sesi sidang yang lalu, pihak kerajaan negeri kedah telah mengumumkan mengembalikan sukan Kedah Darul Aman iaitu SUKDA yang sekian lama tidak dilaksanakan. Saya melihat penganjuran sukan ini dapat membantu kerajaan dalam mengenalpasti bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi mewakili negeri kedah di SUKMA yang akan diadakan pada 2026 nanti di Selangor. Pada hari ini, Kedah mempunyai beberapa atlet yang telah berjaya mewakili negara di peringkat antarabangsa. Di peringkat atlet pelapis juga tidak kurang hebatnya diizinkan saya mengucap tahniah kepada pasukan berbasikal SUKMA Kedah yang ketika ini berada di tahap yang amat membanggakan. Pada tahun ini, pasukan ini telah menyertai B-Ways Tour of Vietnam 2025. Pada 7 hingga 18 2025 dan mendapat kejayaan pada sukan ini nombor 1 terbaik dan terkini pasukan ini sedang menyertai Junior Cycling Malaysia Track Series 1 Velodrome National Nilai yang bermula pada 19 hingga 22 April dengan pencapaian pada 19 April 2025 ini dengan 2 emas, 4 perak dan 5 gangsa. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Alor Mengkudu. Sehubungan itu saya ingin memohon pihak kerajaan menyatakan bilakah SUKDA ini akan dilaksanakan dan sukan-sukan yang akan dipertandingkan. Yang Berhormat Speaker, saya juga melihat pembangunan sukan dikalangan orang kurang upaya di negeri ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana cakna dengan pembangunan atlet para dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM50,000 pada bajet 2025 ini. Saya juga, saya rasa peruntukan ini merupakan kali pertama disediakan oleh kerajaan negeri kedah bagi membantu pembangunan sukan dikalangan orang kurang upaya ini. Seramai 12 orang atlet para negeri kedah yang telah berjaya mencipta nama yang membanggakan negeri Kedah dan mewakili negara, Malaysia seterusnya menyertai kejohanan ataupun temasya sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Yang pertama, 2 orang atlet para renang dan yang ke-2, 2 orang atlet para memanah. Ke-3, 4 orang atlet para olahraga dan yang ke-4, 4 orang atlet CP Football. YB. Tuan Speaker yang saya hormati, tema The Experience Kedah telah berjaya menarik perhatian ramai. Mungkin sebab inilah yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bakar Arang tadi, kesetakan lalu lintas. Sebab kita faham sekarang ini pada tahun ini adalah tahun melawat Kedah. Saya, saya sendiri tinggal di Sungai Petani ini dan memang begitu sesak. Yang kita fahamkan sesak itu adalah disebabkan pelbagai event ataupun program yang dianjurkan di Sungai Petani dan mungkin mereka ini pergi ke Gunung Jerai. Dan kita paham Gunung Jerai sekarang sudah lain dan mempunyai pelbagai pemandangan yang begitu menarik. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, kerjaya ini bukan sahaja menarik pelancong tetapi juga menarik kehadiran ramai Menteri dari pihak Kerajaan Pusat. Mungkin mereka ini tertarik dengan keindahan serta menerokai negeri kita ini. Namun, disebalik kehadiran yang meriah itu, kita harus melihat impak sebenar kepada rakyat.
Mencelah…
Silakan YB!
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Dalam mensyarat Daerah bulan lepas, Kuala Muda jadi kita daerah, bila ditanya pasal apa Kuala Muda ini ramai Sungai Petani ni, jem selalu. Dia kata itu tanda maju. Kalau tak maju, tak jem. Jadi biar dia kata jem. Jadi, adakah YB. Gurun bersetuju dengan apa yang disebut Kuala Muda daerah?
Silakan, YB. Gurun.
Terima kasih Tanjung Dawai. Saya setuju apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Tanjung Dawai tadi. Memang kita faham pada tahun ini, Tahun melawat Kedah, memang kita akan mengalami kesulitan. Jadi, saya minta Yang Berhormat yang ada di dewan ini, harap bersabar. Sempena tahun melawat Kedah ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan negeri dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kempen ini. Terutama sekali kepada pihak syarikat berkaitan kerajaan seperti PKNK yang telah menjadikan Gunung Jerai lokasi yang berjaya menarik pelancongan datang melawat negeri Kedah ini. Ini dapat dilihat dengan kesesakan kenderaan yang apa yang dikatakan oleh YB. Bakar Arang tadi. Yang ingin naik ke atas Gunung Jerai melimpah hingga ke tepi jalan besar. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Oleh yang demikian, saya memohon agar infrastruktur berkaitan akses kepada Gunung Jerai dapat dibangunkan dengan lebih baik untuk menampung lebih ramai pengunjung. Untuk maklumat YB. Tuan Speaker, sebahagian Gunung Jerai berada di dalam kawasan Dun Gurun serta Guar Cempedak. Saya ingin menyentuh status sungai yang berada di dalam lot persendirian. Saya mohon pihak kerajaan meneliti perkara tersebut kerana sungai-sungai yang berada dalam lot persendirian ini boleh menimbulkan pelbagai isu serta menyukarkan agensi-agensi tertentu untuk menyelenggara dan sebagainya. Ianya telah menyebabkan banyak sungai-sungai tidak diselenggara dengan baik serta kerap berlaku banjir terutamanya di Dun Gurun. Yang Berhormat Tuan Speaker yang saya hormati, negeri Kedah yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sangat terbuka dalam menjalinkan kerjasama pentadbiran di antara kerajaan negeri dan pusat. Beliau telah menunjukkan satu contoh professionalism dan semangat federalism yang tinggi dengan mengenepikan perbezaan pandangan politik dalam hal-hal berkaitan pentadbiran antara dua kerajaan negeri dan pusat. Kami yang berada dalam pasukan beliau mewakili wakil rakyat masing-masing juga mengikut apa yang beliau telah tunjukkan selama ini. Inilah satu contoh Menteri Besar yang patut kita contohi. Oleh itu, mesej yang jelas ingin disampaikan, kami sebagai wakil rakyat Dun negeri kedah terbuka berganding bahu dengan kerajaan pusat berkerjasama, berkhidmat untuk rakyat bagi memajukan negeri kedah ini selaras dengan misi The Greater Kedah. Dalam aspek pelaburan pula, kita tidak boleh menafikan kejayaan yang dicapai yang bernilai RM45.8 bilion saya ulang RM45.8 bilion jumlah keseluruhannya pelaburan yang telah dicapai pada tahun 2024 berbanding RM28.7 bilion pada tahun 2023. Lebih 50% pertumbuhan yang telah dicapai Ini adalah pencapaian yang membanggakan dan menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi negeri Kedah.
Tahniah saya ucapkan kepada EXCO Pelaburan. Namun persoalannya, bagaimana hasil daripada pelaburan ini diseluruhkan untuk manfaat rakyat. Saya mencadangkan sebahagian daripada hasil pelaburan ini digunakan untuk pembangunan soal termasuk yang pertama semestinya meningkatkan kemudahan sukan di peringkat akar umbi untuk melahirkan atlet tempatan yang berdaya saing. Yang kedua kebajikan memperluas program bantuan kepada golongan kurang berkemampuan termasuk warga emas dan orang kurang upaya. Yang ketiga kerohanian menyokong program keagamaan dan pembinaan pusat ibadah yang kondusif untuk semua lapisan masyarakat. Dengan langkah-langkah ini kita bukan sahaja menarik pelabur dan pelancong tetapi juga memastikan kesejahteraan rakyat Kedah terjamin selari dengan slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kedah suatu masa dahulu adalah sebuah kerajaan yang gah dengan kesertaan kemajuan teknologi dan perkembangan ekonomi. Sebagai lambang tamadun Kedah Tua yang gah suatu ketika dahulu sudah menjadi tugas kita semua rakyat kedah mengembalikan dan meneruskan kegemilangan tersebut. Bahkan kerajaan Kedah pada zaman dahulu juga menjadi tempat perdagangan pelbagai barangan termasuk rempah ratus. Diantara rempah ratus yang mempunyai potensi tinggi iaitu buah pelaga yang mana hari ini mencecah sehingga RM120 se gram. Secara tidak langsung mampu meningkatkan ekonomi serta mengembalikan pertanian satu peniagaan. Dalam hal berkenaan saya mencadangkan agar Kerajaan negeri ini dapat memperluaskan tanaman rempah ratus di dalam negeri ini. Langkah ini penting untuk mengurangkan kebergantungan kepada import bahan-bahan ini meningkatkan pendapatan petani tempatan melalui deposifikasi tanaman, mewujudkan peluang pekerjaan baru dalam sektor pertanian. Saya berharap Kerajaan negeri dapat mempertimbangkan inisiatif ini sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan pertanian yang mampan. Selain itu, langkah ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerbun kecil dan golongan belia konsep pertanian suatu peniagaan yang telah dipelopori oleh Almahrum Tun Abdullah Ahmad Badawi seharusnya dikembali dan diperkasakan untuk mewujudkan kedaulatan makanan dalam negara kita ini. Usaha belia mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian adalah satu usaha yang mulia. Selain itu, juga Almahrum Tan Sri Ustaz Azizan juga pernah merancang menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur. Usaha yang mulia ini perlu kita teruskan bagi mencapai misi dan visi The Greater Kedah.
YB. Tuan Speaker, sebagai penutup di kesempatan ini di kesempatan yang ada ini saya ingin memperakamkan ucapan terima kasih kepada semua Anggota Pentadbiran Kerajaan negeri kedah yang telah bertungkus lumus bekerja bagi membangunkan negeri kedah yang kita cintai ini. Terutama sekali kepada pihak pejabat daerah PKNK yang telah melaksanakan projek khidmat sosial yang cukup banyak di dalam negeri ini seperti penerapan jalan kampung, pembaikan infrastruktur sukan dan pembaikan surau kampung. Tidak dilupakan juga kepada pihak swasta yang sama-sama menyumbang kepada pembangunan negeri Kedah ini. Sesuai dengan slogan “Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti”. Dengan ini saya menyokong Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al - Amirul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan negeri Kedah Darul Aman. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Kita ada seminit lagi, jadi saya juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua orang yang terlibat sedia tunggu sehingga ke akhir perbahasan sdang kita pada petang ni dan untuk besok seperti biasa kita akan bermula jam 9 pagi bermula dengan pertanyaan-pertanyaan mulut dan selepas tu perbahasan menjunjung kasih Titah Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Tuanku dan kita bercadang untuk setengah hari jawapan-jawapan daripada pihak pekerjaan itu. Sengaja-sengaja diberitahu begitu sajalah, jadi Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian dah cukup masa. Jadi terima kasih kepada semua yang terlibat dan Ahli-ahli yang Berhormat sekalian. Dewan ditangguhkan sehingga jam 9 pagi besok.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]