Kedah · 22 April 2025
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 300 turns · 40,465 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada Ahli-ahli Yang berhormat sekalian, Dewan di sambung semula. Bacaan doa.
Silakan Tuan Setiausaha.
-BACAAN DOA.
Alhamdulillahi Rabbul Samawati Wa'l-Ardi Wa'l-Rabbul Alamin. Wa Salatu Wa Salamu Ala Sayyidina Muhammadin Sayyidil Mursalin. Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma'in.
Dengan nama Allah. Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah. Tuhan yang memerintah sekalian langit dan bumi dan Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas Rasul kami Nabi Muhammad. Penghulu sekalian Rasul dan diatas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah yang Maha Berkuasa. Engkaulah Tuhan yang Maha Adil, Bijaksana dan Pemurah. Tuhan yang telah mengaturkan kewajipan Sultan Pemerintah dan meletakkan tanggungan pertubuhan dewan untuk keselamatan pemerintah dan kesejahteraan rakyat.
Kami hamba-hambamu yang Engkau telah perkenan meletakkan tanggungjawab bagi menyempurnakan segala pekerjaan dalam dewan ini memohon dengan limpah kurniaanmu berkatilah apa jua kiranya amalan-amalan pekerjaan kami dalam dewan ini. Sesungguhnya kami menjunjung perintah dan kebesaranmu maka anugerahkanlah kepada kami taufik dan hidayahmu yang menyeluruh bagi memimpin kami ketika berunding dan menimbang segala perkara yang didatangkan di hadapan kami. Dan kekalkanlah diatas kami sifat-sifat amanah jujur dan bertanggungjawab bagi menegakkan syariatmu dan menambahkan kemakmuran dan kesejahteraan negeri Kedah Darul Aman dan sekalian penduduknya.
Rabbana Atina Fiddunya Hasanah Wa Fil Akhirati Hasanah Waqina Azabannar. Aamin Ya Rabbal Alamin.
Aamin ya Rabbal alamin. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, pada hari ini Dewan ada menerima pelawat daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) Seberang Prai Utara seramai 25 orang. Selamat datang ke Dewan Undangan Negeri Kedah saya ucapkan.
Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.
Sambungan kepada pertanyaan-pertanyaan mulut.
I. Sambungan Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions
Dipersilakan YB. Bakar Arang.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Mohon untuk jawapan soalan nombor 8.
8. Ramai peniaga mengadu tentang proses Permohonan dan Pembaharuan lesen yang lambat serta denda yang tinggi daripada PBT kawasan. Adakah kerajaan negeri akan memperkenalkan sistem pemprosesan lesen yang lebih pantas dan fleksibel?
Dipersilakan Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih YB. Bakar Arang. Soalan yang berbunyi begini, ramai peniaga mengadu tentang proses permohonan dan pembaharuan lesen yang lambat serta denda yang tinggi daripada PBT kawasan.
Adakah kerajaan negeri akan memperkenalkan sistem pengurusan lesen yang lebih pantas dan fleksibel? Betul YB. noh?
Soalan ini agak general, Yang Berhormat Tuan Speaker. Dia tidak spesifik kepada tajuk apa lesen tu, noh. Tak spesifiklah. Takpa, takpa. Cukup, jangan tambah. Hahaha. Noh, kan? Tak spesifik. Kita nak lesen apa kan? Lesen nak buka karaoke ka apa taktau kan? Jadi, saya jawab pun spesifik lah, spesifik. Yang lebih general kepada urusan-urusan yang berada di dalam PBT. Sebenarnya untuk proses permohonan lesen ini dia tak sepayah sepertimana yang kita sedia maklum. Sebenarnya kalau kita pergi ke setiap PBT memang sudah disediakan borang untuk permohonan lesen. Borang- borang tu memang kena disediakan oleh orang yang memohon lesen lah.
Antaranya, lesen yang kita benarkan untuk dibuat permohonan adalah lesen trade, lesen establishment makanan, lesen hiburan, rumah tumpangan, kedai gunting, lesen iklan, petroleum, pusat kecantikan. Ini yang saya baca ni adalah yang saya ambil, yang saya perlu Dewan fahamlah. Saya tak ambil semua sekali. Kalau semua sekali, dia panjang cerita dia. Kemudian, siapa yang boleh memohon lesen, kelayakan pemohon dan syarat asas pemohonan iaitu pemohon adalah warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Semua pemohonan adalah menggunakan borang pemohonan lesen komposit. Pemohon dikehendaki mengisi borang pemohonan yang lengkap dan menyatakan dokumen asas dan dokumen tambahan jika berkaitan. Antaranya adalah syarikat tunggal, kalau syarikat-syarikat tunggal, pemilik ada, yang memohon adalah pemilik. Kemudian syarikat perkongsian, ahli perkongsian, syarikat berhad ataupun sendirian berhad, pengarah atau wakil pertubuhan berdaftar adalah pengerusi, setiausaha ataupun wakil.
Dan piagam pelanggan yang kita tetapkan di setiap PBT antaranya adalah permohonan baru lesen yang tidak teknikal, 1 ke 14 hari. Yang tidak kritikal lah, ada mungkin gunakan bahan api, bahan senjata atau sebagainya, yang biasa 1 ke 14 hari itu proses dia. Dalam lesen kritikal yang perlukan komen dari jabatan, agensi yang teknikal ada 1 hingga 30 hari bekerja. Pembaharuan lesen juga 1 hari bekerja sahaja, pembaharuan lesen dan pindaan maklumat lesen, 1 ke 14 hari bekerja. Kalau dia dah buat urusan perniagaan, dia nak ubah bentuk itu dia akan ada lah proses dia dan pembatalan lesen dalam 1 hari bekerja. Dan syarat-syarat keperluan pematuhan sebelum pemohonan. Salinan kad pengenalan permohonan, foto permohonan berukuran passport, salinan daftar perniagaan (SSM), salinan perjanjian jual beli. So, ada borang perjanjian jual beli, kalau pemohonan-pemohonan Majlis dia akan buat perjanjian jual beli dengan pihak Majlis borang itu.
Kalau dia ada pemohonan pesendiriannya, dia ada perjanjian jual beli. Salinan bil cukai pintu yang terkini, gambar premis perniagaan (luar dan dalam), pelan ukuran ruang lantai premis perniagaan, pelan lokasi premis dan foto lakaran setiap papan iklan, iklan yang akan dipamerkan. Antara dokumen-dokumen tambahan, syarat tambahan yang dikenakan oleh PBT pada permohonan-permohonan tertentu ada banyak. Saya ambil sebahagian sahaja. Kalau kita nak buka pusat snooker, billiard, mesin video, mesti ada lesen hiburan yang perlu dapat daripada pejabat daerah nah. Yang Berhormat Bakar Arang nah, pejabat daerah nah. PBT bagi premis sahaja. Itu kena dapat daripada pejabat daerah. Kalau kita buka taska, pusat asuhan kanak-kanak mesti dapat borang daripada sekurang-kurangnya JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Kalau tak dapat daripada JKM, tak dibenarkan. Kalau penggurup wang berlesen, nak buka money changer kena dapat surat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia. Kalau nak buat service membekal alat pemadam api, menyimpan gas petroleum, benda-benda yang teknikal nilah, kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat. Kalau nak buat percetakan, mesti dapat dari Kementerian Dalam Negeri. Kalau nak buka restoran, mesti ada suntikan. Suntikan daripada pekerja dan juga pemilik. Mesti ada suntikan, kursus pengendalian makanan mesti ada dan senarai nama maklumat pekerja yang terlibat dalam pemakanan tersebut. Kalau barang lusuh, besi buruk dan sebagainya mesti mendapat surat kebenaran daripada Balai Polis. Sebab kadang ada orang tanya, “kenapa besi buruk mahal sangat?” Sebab kebenaran tentu dapat daripada pihak Balai Polis. Kalau nak buat kilang beras, kilang beras ataupun kedai yang menjual beras mesti dapat kebenaran daripada Kementerian Pertanian. Yang itu di antara beberapa syarat-syarat yang saya katakan secara khas kepada Yang Berhormat pasal soalan tadi terlampau general. Dan kita kelak, perlukan juga komen Jabatan Teknikal. Kalau yang berkaitan, yang tertentu macam gas, pemadam api tadi itu, dia perlukan komen Jabatan Teknikal. Lambat itu, lambat daripada komen Jabatan Teknikal lah. Tetapi walaupun Yang Berhormat katakan benda ini lambat tapi sebenarnya kita sedang proses menuju ke arah e-lesen ataupun lesen elektronik yang lebih fast lane dan fast track. Usaha ini adalah membantu mempercepatkan proses. Ini sedang kita laksanakan di setiap PBT. Saya rasa yang itulah untuk maklumat Yang Berhormat.
Soalan tambahan, YB. Bakar Arang.
Soalan tambahan. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Terima kasih kepada YB. Kuala Ketil. Soalan tambahan saya ialah katakan beginilah, kalau mereka nak buka kedai runcit, kedai borong. Ini adalah yang paling banyak peniaga yang buka jenis peniagaan seperti inilah. So, apa yang saya sarankan, apa yang mereka fikirkan ialah bila mereka pergi memohon lesen itu, mereka perlu pergi ke contohnya pergi ke Bomba. Contohnya untuk mendapatkan lesen papan iklan kena pergi ke jabatan yang lain. Adakah PBT boleh buat di mana menjadi satu one stop centre, pergi ke PBT sahaja dan apply untuk semua lesen itu sebab untuk memudahkan mereka tak perlu pergi ke terlalu banyak department. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat YB. Bakar Arang. Tapi kalau kata pi pun tak jauh sangat. Kalau dalam Sungai Petani, dia dekat-dekat lagi kan? Tak jauh sangat kan? Sebab saya ni pun pun ada mohon permohonan kedai juga, buka kedai, sewa macam itulah proses yang kena buat noh. Proses itu buat sebab apa, bukan karaoke. Itu proses yang kita buat selama ini noh. Walau bagaimanapun, dari segi maklumat yang kita difahamkan mungkin dah ada dah kita buat satu sistem tu, yang mana boleh setiap jabatan akan ambil komen dalam itu. Itu sedang kita rancangkan seperti Yang Berhormat cadangkan tadi. Okay.
Okay. Terima kasih.
Sedikit soalan tambahan.
YB. Bukit Selambau, silakan.
Okay.Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya, terima kasih di atas pencerahan berkaitan dengan lesen-lesen. Tapi, di sini kita mungkin terlepas pandang berkaitan dengan peniaga-peniaga makanan. Apakah aspek penilaian kesihatan yang perlu ditekankan kepada peniaga-peniaga makanan? Sekian.
Silakan Yang Berhormat. Nak dua sekali? Silakan YB. Tokai.
Terima kasih YB. Kuala Ketil. Di tempat saya, saya nak tanya semasa Covid dulu kita banyak keluarkan lesen-lesen sementara kepada peniaga-peniaga terutama sekali untuk apa mereka meneruskan kehidupan ketika itulah. Jadi, sekarang ini kita tengok masih ada lagi lah yang berniaga di tepi jalan terutama sekali makanan. Terutama sekali mereka kena ada beberapa syarat yang kita tetapkan hari tu ni, dari segi keselamatan dari segi kebersihan, dari segi apa kita kata, tidak mengganggu lalu lintas. Jadi, kita tengok sekarang ini masih ada lagi. Adakah PBT meneruskan usaha-usaha lesen sementara ini dan sekerap mana kita melakukan pemantauan. Yang keduanya tentang peniaga-peniaga kita kata, nampak kadang-kadang orang Rohingya, orang Bangla, orang apa, kalau hat Patani itu biasalah makanan. Jadi, adakah mereka ini juga diadakan pemantauan terhadap peniaga-peniaga orang asing yang berniaga? Kadang-kadang bukan sementara itu, di kedai. Kita tengok apa Rohingya yang berniaga. Tak percaya? Nanti saya tunjuk. Terima kasih kepada YB. Kuala Ketil dan juga YB. Tuan Speaker yang memberi kebenaran untuk jawab sekali. Terima kasih.
Okay. Silakan, YB. Kuala Ketil.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau YB. Sidam haritu, orang Patani. Kalau YB. Tokai pulak orang mana? Orang Rohingya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Selambau. Untuk penilaian makanan ni, memang ada syarat-syarat yang kita tetapkan kepada pengendali-pengendali makanan, restoran-restoran yang sedia ada dan juga peniaga-peniaga di tepi jalan. Khususnya kita amat ambil berat tempoh hari, tempoh bazar Ramadhan. Itu hari pun kita buat garis panduan khas untuk peniaga Bazar Ramadhan. Ini diantara yang kita tekankan adalah program kita buat dengan kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri iaitu kita buat ceramah pendidikan kesihatan, kita keluarkan arahan-arahan kepada semua PBT untuk selaraskan dengan semua peniaga-peniaga yang berkaitan dengan penyediaan makanan, berkaitan dengan risalah, poster, bunting dan banner, hebahan melalui media cetak dan juga media elektronik dan juga pameran-pameran kesihatan.
Di antara yang kita perlukan, peniaga tersebut adalah meneliti tahap kesihatan dia adalah kita nak mereka menjalani pemeriksaan kesihatan. So, mana sebelum dia mohon lesen untuk berniaga makanan itu, dia mesti menjalani pemeriksaan kesihatan, mendapatkan pelalian Tifoid, suntikan itu, menghadiri kursus asas pengendalian makanan di sekolah latihan makanan yang dikitiraf. Mana nak mohon lesen untuk berniaga bekalan makanan ini, mesti syarat-syarat asas dia mesti ada yang tu lah. Barulah PBT membenarkan untuk dia berniaga dan sebagainya. Mempamerkan lesen peniagaan, kad kesihatan dan juga sijil kursus, pastikan makanan yang sediakan tidak atau yang dimasak itu berada di suhu bilik tidak melebihi 4 jam. Contohnya, dia nak berniaga pagi pukul 10, dia janganlah masak pukul 5 dah masak dah. Dia melebihi 4 jam, makanan tersebut berkemungkinan akan menyebabkan keracunan dan sebagainya. Mematuhi kehendak perlindungan makanan seperti mengasingkan makanan mentah dan yang telah dimasak. Tidak membiarkan makanan dan minuman yang terdedah. So, mana kalau benda dia menjual tu makanan, kedai makanan tu, dia mestilah tutup lah. Dia tidak terdedah pada habuk dan sebagainya. Perkakas dan peralatan yang digunakan tidak tercemar. Jauhi daripada sumber percemaran dan elakkan makanan terdedah pada suhu bilik melebihi 4 jam. Ini adalah waktu dia meniaga tadi, dia kena patuhilah peraturan tersebut. Menjaga kebersihan diri dan pengendali makanan. Mengekalkan kebersihan diri pada tahap tinggi termasuklah kebersihan kuku, sentiasa pendek dan bersih. Bermakna orang yang kerja kedai makan ni, kalau kita pergi nak beli tu, kalau perempuan selalunya dia tak potong kuku panjang, Speaker kan? Kuku depa panjang, kuku warna-warni tu. Ha tu tak betul, tak baguslah kan? Dia mesti kuku pendek. Pakai cincin besar macam YB. Kubang Rotan pakai pun tak boleh jugak. Macam YB. Kubang Rotan pakai. Hahaha. Ok, ok. Cincin yang tok ayah pakai dulu hat belah kanan tu ok lah, kalau belah kiri payah sikit. Dia pakai cincin pastu dia pi tandas. Hat tu bahaya jugak tu. Pastu mai tebar roti canai dekat luar. Noh? Contoh. YB. Kubang Rotan jangan marah. Aip tak boleh lah kias dekat Yang Amat Berhomat Menteri Besar, orang lain boleh lah. Menggunakan penutup kepala ataupun apron yang kita benarkan guna. Basuh tangan sebelum mulakan kerja dan selepas keluar dari tandas untuk mengendalikan makanan. Tidak melakukan apa-apa kelakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan pencemaran makanan. Tidak meletakkan barang-barang dalam poket apron, ataupun disentuh. Setengah apron tu ada poket. Tapi kalau yang kita bekalkan ‘Experience Kedah’ tu, tak dak poket lah noh. Kita bagitau siap dah, tak dak poket. Tapi setengah dia beli di kedai, apron dia dah poket. Dia suka masuk tangan tu. Dia duduk saja masuk tangan.
Dalam tu ada pencemaran. Banyak bakteria dalam tu. Semua benda tu. Duit, gelang, semua dalam tu. Dan tidak memakai aksesori. Aksesori macam cincin saya kata tadi kan. Cincin, rantai, subang, kerongsang sebab takut masa mengendalikan makanan, benda tu jatuh dalam. Orang makan tercekik. Bukan tercekik makanan, tercekik kerongsang. Kerongsang emas tu ok juga. Boleh jual juga… Hahaha. Tulah. Kerongsang hat dua ringgit tu teruk lah. Ini syarat-syarat asas untuk Yang Berhormat Bukit Selambau. Bermakna pengendalian makanan ni penting lah untuk dia pamerkan benda-benda yang berkaitan dengan makanan. Ini pun saya ambil contoh waktu bazar Ramadhan baru ni, saya turun daripada 7 PBT lah untuk buat pemeriksaan. Jadi Alhamdulillah, bila kita turun tu kita dapati 90% peniaga-peniaga mematuhi peraturan dari segi kebersihan, segi makanan yang dipamerkan untuk dijual, pakaian dia sendiri, tutup kepala dan juga pakai apron. Jadi, syabas lah pada PBT yang mengeluarkan arahan-arahan, pekeliling kepada peniaga-peniaga yang berkaitan. Untuk YB. Tokai, yang berkaitan dengan peniaga-peniaga asing. Kita sebenarnya sudah ada garis panduan. Sebelum ni, tak membenarkan kepada peniaga-peniaga asing, bukan warganegara yang meniaga. Sama ada di luar, di pasar malam dan sebagainya. Tetapi kemungkinan yang kita jumpa daripada peniaga-peniaga itu, mereka adalah pekerja kepada tauke yang asal itu. Tauke itu memang berlesen, tapi pekerja itu dia ambil tambahan. Macam nasi kandar yang kita duk makan selalu tu lah. Tauke dia orang tempatan, tapi peniaga itu orang luar. Walaupun orang luar pun, mesti mereka sediakan senarai. Mesti mematuhi peraturan-peraturan yang kita tetapkan dalam pengendalian makanan. Itu yang kita nakkan. Okay lesen sementara, walaupun berlaku Covid dulu, kita benarkan untuk peniaga-peniaga berniaga sementara di tepi jalan dan sebagainya. Arahan itu masih kita teruskan. Kita tak tarik balik arahan itu untuk tak benarkan meniaga. Dan kita dah maklum kepada semua PBT untuk mengambil kira peniaga yang berada di jalan ini asalkan tempat-tempat peniaga itu tempat yang selamat, tidak mengganggu lalu lintas, tidak membahayakan orang ramai dan sebagainya. Ada peniaga yang terpaksa dipindahkan oleh YDP-YDP atau Datuk Bandar, memindahkan peniaga-peniaga yang sedang berniaga sekarang ni sebab mengambil kira tempat-tempat tersebut untuk dibangunkan. Di tempat parkir, tempat landscape dan sebagainya. Dan peniaga-peniaga yang dipindahkan ini juga, bukanlah kita halang mereka terus meniaga. PBT-PBT sediakan tapak yang baru dan peniaga-peniaga ini juga harus faham dari zaman 2021 sampai sekarang ini, dah hampir 4 tahun lebih. Sepatutnya mereka dah keluar daripada zon kita nak bantu mereka.
Dan sebenarnya mereka dah boleh berdikari sendiri dan bila PBT keluarkan mereka untuk dikumpulkan di satu tempat, sepatutnya mereka bersetuju walaupun bukanlah alasan kita untuk nak halang rezeki mereka. Tetapi, inilah pembangunan yang kita rancang. Kita terpaksa buat juga. Kadang-kadang tempat yang meniaga tu, kadang-kadang kenderaan yang parking, terpaksa parking depan kedai. Kedai yang bangunan PBT sebagainya dan bila parking dia akan menghalang kedai-kedai untuk menerima pelanggan. Sedangkan orang yang meniaga di tepi jalan ni, mereka tak bayar apa-apa pun. Tak bayar apa-apa pun dan kadang-kadang faktor kebersihan juga diambil kira dalam setiap meeting. Yang inilah kenapa kita minta sedikit toleransi kepada peniaga-peniaga untuk apabila diselaraskan semua oleh PBT. Mereka terpaksa akurlah sebab PBT merancang pembangunan dalam kawasan tersebut. Sekian
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Ketil. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Derga.
Bismillahirrahmanirrahim.
Itik salai negeri Sembilan, Soalan saya nombor Sembilan.
9. Pohon dinyatakan apakah perkembangan pengeluaran benih padi di Kedah yang dirancang oleh YB. EXCO Pertanian?
Dipersilakan Yang Berhormat Suka Menanti.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih YB. Derga. Soalan YB. Derga berbunyi. Pohon dinyatakan apakah perkembangan pengeluaran benih padi di Kedah yang dirancang oleh YB. EXCO Pertanian?
Pengeluaran padi, pengeluaran benih padi yang sedang dirancang ini masih di peringkat pemilihan jenis benih padi yang bersesuaian untuk digunakan oleh para pesawah di negeri ini. Pengeluaran benih padi yang baru perlu diperkenalkan segera untuk memaksimumkan pengeluaran hasil padi negeri ini. Melalui lawatan kerja ke Pusat Kajian Organik Terpadu (PKPOT) di Nunusia. Yang berhormat Jeneri kata Nunusia. Nunusia. Malang, Indonesia baru-baru ini. Pihak kerajaan negeri telah mengenalpasti beberapa jenis benih padi yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan benih padi yang sedang digunakan di negeri ini. Terdapat dua jenis varieti yang akan dibuat kajian lebih mendalam, iaitu HMS700 dan HMS70D bagi dibuat penilaian daripada setiap aspek bagi melihat kesesuaian untuk ditanam negeri ini. HMS700 ini bermakna setiap tangkai dia boleh hasilkan sehingga 700 biji padi berbanding dengan padi di negeri kita, puratanya dalam dua ratus saja. Tu pun penat nak capai dan HMS70D ini bermakna tempoh kita boleh tuai, hanya dalam tempoh 70 hari kita boleh tuai. Tempoh matang dia 70 hari berbanding dengan tempoh matang padi di negeri kita, anggar antara 100 hingga 120 hari. Selain itu, melalui kerjasama antara kerajaan negeri dengan Agensi Nuklear Kebangsaan dan juga UITM sedang dalam peringkat kajian untuk mengembangkan benih padi sedia ada kepada berapa varieti yang baru yang akan dibuat kajian di tempat benih seluas 25 hektar di kampung Sungai Mati, Tobiak, Pendang. Kawasan tersebut dikelola oleh syarikat persendirian yang bekerjasama rapat dalam menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat lahirnya benih padi pertama di Negeri Kedah. Pihak Malaysian NPK Fertilizer (NAFAS) juga membantu dalam penyaluran input tambahan pembaikan struktur tanah agar benih padi yang tanam sesuai dan bermutu. Antara usul-usul lain yang telah dirancang untuk dijadikan sebagai tempat penanaman benih padi Kedah adalah seperti bersama-bersama penduduk tempatan mengerjakan tanah-tanah terbiar. Contohnya di Tualang, Pokok Sena seluas 70 ekar. Kubang Sepat, Megat Dewa seluas 288 hektar. Di Langkawi seluas 28 hektar serta Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Di Jalan Kota Kedah juga ada kawasan yang akan dijadikan sebagai tempat penanaman benih ataupun ladang benih. Perbincangan bersama pengkaji-pengkaji benih padi tidak terhad di dalam negara sahaja. Pihak China Agriculture Technology Institute dari Chongqing, China. Kulim, betul dak sebut ni? juga ada menawarkan usaha sama untuk mengenalkan varieti benih padi hibrid yang dikatakan dapat meningkatkan hasil padi sehingga 19 tan per hektar. Ada negara-negara pengguna beras yang telah menggunakan varieti benih padi hibrid ini yang terbukti dapat meningkatkan hasil padi seperti India, Vietnam, Thailand dan Myanmar. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Soalan tambahan, sekiranya ada.
Soalan tambahan dia berbunyi, apakah jenis varieti padi yang telah dihasilkan oleh pihak agensi nuklear serta adakah benih terlibat dapat memberikan peningkatan hasil kepada pesawah?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih YB. Derga. Izinkan saya nak jawab ni dengan pantun sikit. YB Derga nampak segak pagi ni, Kita bawak jalan ke sana ke sini, Duk macamtu pun tanya banyak lagi, Lepasni kita bawak YB Speaker pulak pi.
Terima kasih.
Soalan tambahan YB Derga berbunyi ‘Apakah jenis varieti padi yang telah dihasilkan oleh pihak agensi nuklear serta adakah benih terlibat dapat memberikan peningkatan hasil kepada pesawah?’. Agensi nuklear mempunyai satu-satunya benih padi sah yang diperakui oleh MARDI iaitu varieti NMR152 ataupun IS21. Benih tersebut telah memberi hasil yang tinggi bergantung kepada cara penjagaan dan klasifikasi tanah. Sebagai contoh, di kawasan Megat Dewa, Kodiang. Petani yang mengusahakan sawah menggunakan benih padi NMR152 mendapat hasil antara 8 hingga 10 tan per hektar. Benih padi NMR152 juga menjadi tahap kerintangan yang tinggi terhadap penyakit dan perosak seperti karah, hawar daun. Benah perang dan hawar seludang.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, pihak Agensi Nuklear telah melaksanakan ujian Advanced Line Mutant terhadap benih padi selama 3 tahun di tapak kajian mereka. Sebanyak 6 kali pemilihan uji kaji benih, ini bermaksud ianya bukanlah lagi sekadar basic research. Benih tersebut telah memasuki segi fasa-fasa pemilihan jalur benih yang terbaik. Jalur benih yang terbaik inilah yang akan ditanam di tapak pusat benih padi Tobiar untuk melihat kesesuaian benih tersebut dengan struktur tanah, cara penjagaan, pengairan dan sebagainya. Agensi nuklear juga ada menguji kaji benih padi tanam, tinggal dan tuai untuk kawasan-kawasan yang mengalami masalah tanah tidak subur, tanah jerlus dan kawasan yang kekurangan air. Hasil yang diperolehi adalah meningkat sebanyak 1 tan dari musim sebelumnya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Suka Menanti. Silakan Yang Berhormat Bukit Lada.
Assalamualaikum warahmatullah. Apa jawapan soalan nombor 10?
10. Terdapat banyak institusi pendidikan agama di Negeri Kedah. Bertepatan dengan apa yang disebut oleh YAB. Menteri Besar Kedah juga boleh disebut negeri Jelapang Ilmu. Pohon dinyatakan adakah silibus sekolah-sekolah agama Islam atau sekolah agama rakyat di Negeri Kedah sama dengan silibus Kementerian Pendidikan atau ada mempunyai silibus sendiri?
Silakan yang berhormat YB. Sungai Limau.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih kepada YB. Bukit Lada. Soalan nombor 10 berkaitan dengan institusi pendidikan agama di negeri Kedah dan juga silibus yang diajar di sekolah-sekolah agama di peringkat negeri Kedah.
Untuk makluman semua hadirin Yang Berhormat dan sidang hadirin sekalian, di negeri Kedah ini kita ada institusi-institusi pendidikan yang pelbagai, mempunyai kurikulum yang pelbagai yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Kalau di peringkat sekolah rendah, kita ada dua kategori sekolah agama SABK, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan juga SAR, Sekolah Rendah Agama Rakyat. Ada lima buah SABK peringkat rendah dan juga 45 buah SAR peringkat rendah. Dan kita juga ada di peringkat menengah sekolah-sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, 10 buah SABK peringkat Maktab Mahmud dan 3 buah Maktab Mahmud sekolah agama negeri, 17 buah SABK dan 36 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat. Kita ada 42 institusi pondok yang juga berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan kategori yang keempat, 124 buah institusi tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Dalam keempat-empat kategori sekolah-sekolah ataupun institusi pendidikan ini, di peringkat rendah, kurikulum yang diiktiraf oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah ataupun kurikulum Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan juga dimasukkan juga kurikulum KAFA kepada sekolah-sekolah agama rakyat di peringkat rendah ini supaya pelajar-pelajar sekolah agama rakyat ini mereka boleh menduduki peperiksaan KAFA pada darjah 5 dan pada darjah 6. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah juga membuat peperiksaan tersendiri yang juga di bidang agama. Dan bagi sekolah menengah, kurikulum yang diajar di sekolah menengah agama bagi mata pelajaran akademik sama dengan kurikulum yang diajar di sekolah-sekolah kementerian. Maksudnya seluruh sama ada SABK, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan juga di Sekolah Menengah Agama Negeri Maktab Mahmud, kurikulum akademik diajar sepenuhnya dan juga ada kurikulum tambahan yang juga diiktiraf oleh JAKIM dan juga kementerian pendidikan, kurikulum Azhari dan juga kurikulum Tahfiz yang diajar di sekolah-sekolah menengah. Dan di peringkat institusi pondok, hari ini masih lagi pelbagai kitab-kitab turath yang diajar. Dan di peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Islam Negeri Kedah, juga UNISHAM dan juga UUM, kita menubuhkan jawatankuasa untuk membuat penilaian dan juga merangka kurikulum. Dan InsyaAllah masih lagi di peringkat akhir untuk kita membentangkan di peringkat jawatankuasa dan seterusnya akan dibentangkan kepada institusi-institusi pondok. Dan bagi Tahfiz yang juga hari ini masih lagi dengan pelbagai, kita panggil pendekatan Tahfiz modul-modul yang ada dan di peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah masih lagi sedang merangka suatu silibus yang bertepatan dengan sijil Tahfiz Malaysia yang dikeluarkan oleh Darul Quran.
Dan InsyaAllah pada bulan lima nanti, pada bulan depan kita akan bentangkan kepada jawatankuasa dan juga kepada institusi-institusi Tahfiz yang berdaftar di negeri Kedah Darul Aman. Jadi, kita juga di peringkat negeri berusaha sedaya mungkin untuk memperkasa institusi-institusi pendidikan agama ini kerana kita yakin sejarah panjang institusi ini telah pun melahirkan masyarakat yang bertakwa, yang baik InsyaAllah di negeri Kedah Darul Aman. Terima kasih.
Terima kasih yang berhormat YB. Sungai Limau. Soalan tambahan YB. Bukit Lada?
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya adalah kerisauan para waris berkenaan dengan yuran yang dikenakan kepada pelajar yang mengambil SPM Sekolah Agama Rakyat. Kalau di Kedah ini mengikut apa yang disebutkan oleh EXCO tadi, ada 36 buah sekolah yang sebelum ini mereka tak perlu bayar pun dan bayaran ini pun nampak banyak juga. Untuk pelajaran asas RM 20. Untuk mata pelajaran ini bergantung pada pelajaran apa yang mereka ambil. Ada yang RM10. Kalau bahasa Inggeris RM20. Campur-campur main dekat-dekat RM100 yuran yang sebelum ini tak perlu dibayar oleh pelajar-pelajar di sekolah agama rakyat ini. Jadi rasanya tindakan ini, apa rasional dilakukan perkara ini? Sedangkan mereka mengaji di sekolah dan mereka bayar duit bulan-bulan kepada sekolah dan sebagainya. Jadi, kita pun duk nampak kerajaan yang ada hari ini kui jadi celaru ni. Dia dok cari hat mana kepentingan-kepentingan kita, orang-orang asal yang berada di negara kita ini cuba dicari untuk nak dikurangkan keistimewaan-keistimewaan yang ada ini. Apa pandangan pihak EXCO lah?
Dipersilakan Yang Berhormat EXCO.
Baik, terima kasih YB. Bukit Lada. Yang Berhormat Speaker, memang kalau baru-baru ini pun di peringkat kerajaan pun kita menerima aduan daripada persatuan pengetua-pengetua sekolah agama rakyat tentang surat yang baru mereka terima daripada Lembaga Peperiksaan ataupun Kementerian Pendidikan pada 9 April 2025 yang menjelaskan tentang sekolah-sekolah yang mendapat pengecualian dan juga calon-calon daripada sekolah yang tidak mendapat pengecualian dan perlu membayar.
Sekolah-sekolah termasuklah sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Kedah Darul Aman ini. Saya juga difahamkan daripada maklumat pengetua-pengetua sebelum-sebelum ni, sekolah-sekolah agama rakyat kerana mereka berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, mereka dikecualikan daripada membayar yuran SPM dan pada tahun ini, tiba-tiba sampai surat sekolah-sekolah ni tidak dikecualikan maksudnya calon-calon ni perlu membayar. Jadi, kerisauan di peringkat waris-waris di peringkat pentadbir sekolah kerana mereka tak masukkan dalam caj kepada pelajar-pelajar ni di peringkat awal tahun kerana surat ni baru sampai pada 9 April yang lalu. Dan di peringkat kerajaan, kita telah hantar surat kepada YB Menteri pada minggu lepas. Kita terima pada hari Ahad yang lepas dan surat kepada YB Menteri kita hantar pada hari selasa yang lepas. Dan kita masih lagi belum mendapat feedback dan InsyaAllah kita akan berusaha untuk mendapat pengecualian ini. Kita akan berusaha lah di peringkat kerajaan dan saya difahamkan YB Menteri pun akan mai ke Kedah beberapa hari lagi, mungkin kita akan utarakan kerana ia perlu dijelaskan bayaran ni sebelum 5 Mei. Maksudnya tempoh nak kena bayar tu semakin hampir. Jadi, kita di peringkat kerajaan, kita berharap supaya kementerian dan juga Lembaga Peperiksaan masih lagi mengecualikan pelajar-pelajar daripada sekolah menengah agama rakyat ni. Mereka ni calon-calon yang nak masuk sekolah agama. SABK ada, Maktab Mahmud ada, sekolah-sekolah menengah agama kementerian pun ada tapi tempat tak cukup. Jadi, Alhamdulillah ada institusi sekolah-sekolah menengah agama rakyat yang jumlah 36 buah ni yaang bukan berasaskan keuntungan. Saya yakin YB. Tanjung Dawai pun tahu, buat sekolah ni bukan untung. Kita terpaksa cari sumbangan luar daripada masyarakat untuk membangunkan institusi ni. Kerajaan negeri pun ada bantu sikit, JAKIM pun ada bantu. Kita mengharapkan supaya pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah menengah agama rakyat ni dapat pengecualian seperti mana tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah, kita akan susuli surat yang kita hantar untuk mendapat jawapan sebelum daripada 5 Mei yang akan datang, InsyaAllah.Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Limau.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Silakan.
Terima kasih YB Speaker. Saya yakin dengan aura EXCO Pendidikan, permohonan kita akan diperkenankan, InsyaAllah. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan prestasi kemahiran baca Quran dan Jawi, di mana ada sekolah-sekolah, sekolah kementerian yang nak cari untuk isi kelas aliran agama di sekolah tu, jenuh cari disebabkan ketidakmampuan pelajar baca Jawi dan juga baca Quran. Jadi, saya nak tanya apakah rancangan pihak kerajaan negeri untuk mengatasi masalah berkaitan kemahiran baca Quran dan juga. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih kepada YB. Tanjung Dawai. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Secara ringkasnya di peringkat kerajaan negeri kita berusaha untuk mempertingkatkan penguasaan penghayatan Al-Quran, bacaan Al-Quran secara umum yang mampu untuk kita laksanakan. Dan sudah pasti pembelajaran secara lebih dekat adalah di institusi-institusi pendidikan di sekolah-sekolah sama ada di sekolah rendah waktu pagi dan juga KAFA di sebelah petang dan juga di institusi-institusi agama rakyat dan juga di masjid-masjid yang melaksanakan program KAFA. Tapi secara umum kerana menyedari hakikat untuk kita nak pastikan bahawa tidak ada rakyat negeri kedah ini yang tak boleh, tidak mengenali Al-Quran. Maka, program yang telah kita lancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 8 Januari 2024, program bulan solat dan penghayatan Al-Quran dan kita susuli dengan bacaan Al-Quran di jabatan-jabatan jam 8.30 pagi di wisma. Kita dah mula pada 1 November 2023 berterusan sampai hari ini. Di jabatan-jabatan, kita anjurkan untuk bacaan Al-Quran waktu pagi sebelum mulakan pekerjaan dan pada 4 Ramadhan ataupun bulan lepas, 4 Ramadhan kita telah lancarkan kempen bacaan Al-Quran di sekolah-sekolah institusi, sekolah-sekolah agama di negeri Kedah Darul Aman sebelum memulakan sesi persekolahan mereka membaca Al-Quran selama ataupun 1 muka surat. Jadi, kempen-kempen untuk bacaan Al-Quran ini kita laksanakan dan InsyaAllah pada 27 dan 28 Jun yang akan datang, Program Festival Al-Quran 2.0 juga akan menjadi program tahunan sebagai program berterusan untuk kita mengajak masyarakat dan juga mengangkat Al-Quran dan juga supaya kempen-kempen ini di Facebook Yang Amat Berhomat Menteri Besar pun setiap pagi. Kalau kita tengok Facebook Yang
Amat Berhomat Menteri Besar setiap pagi, 1 muka surat Al-Quran dah khatam dah, ulang balik dah pun masuk tengah dah. Jadi, kempen berterusan ini dan kita juga mengajak seluruh institusi-institusi agama secara khusus di pondok-pondok, di sekolah-sekolah, di masjid-masjid supaya Al-Quran ini tetap kita jadikan sebagai bacaan Al-Quran sehinggalah tidak ada satu pun rumah umat Islam di negeri Kedah Darul Aman ini yang sunyi daripada bacaan Al-Quran. InsyaAllah pada waktu yang akan datang. Sekian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dipersilakan Yang Berhormat Belantek.
Terima kasih yang berhormat Tuan Speaker. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Makan ketupat daun palas. Soalan saya nombor sebelas.
11. Semenjak pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional. Pohon dinyatakan berapakah jumlah program yang dilaksanakan melibatkan masyarakat Cina, India dan Siam dan sejauh manakah kejayaan dan impak program berkenaan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di negeri Kedah.
Dipersilakan Yang Berhormat EXCO.
Semenjak kerajaan Perikatan Nasional memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri Kedah, hal-hal masyarakat Cina, India dan Siam tidak pernah dianaktirikan. Pelbagai program yang bersifat keagamaan dan kebudayaan masyarakat Cina, India dan Siam di negeri ini dapat dilaksanakan dengan harmoni. Seperti contoh: Pada tahun 2024 telah diadakan program-program berkenaan seperti: i. Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Pertubuhan San Sheng, Alor Mengkudu, Daerah Kota Setar. ii. Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Wat Landin, Daerah Padang Terap.
iii. Sambutan Loy Kratong Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Wat Kalai, Sik. iv. Sambutan Pesta Tanglung atau lebih di kenali Perayaan Kuih Bulan Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Sungai Petani v. Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Kedah berada di Rumah Kebajikan Batu Grace Merbau Pulas, Karangan. vi. Perayaan Thaipusam, Sambutan Thaipusam di Daerah Kuala Muda dan Kulim.
Dan usaha yang sama juga diteruskan pada tahun 2025. Beberapa buah program juga telah diadakan antaranya Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di atas Jambatan Muhibah, Pekan Cina, Alor Setar. Dan turut pada beberapa hari lepas, Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Wat Thammasiri Vararam, Kg Kura, Mukim Jeneri, Daerah Sik. Dan ada juga Sambutan Thaipusam pada bulan 2 hari itu dan Sambutan Hari Wesak yang bakal akan sambut pada bulan depan, bulan Mei nanti.
Sementara itu, kerajaan negeri turut komited memberi sumbangan kewangan peruntukan kepada persatuan-persatuan penganut dan pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar yang berhasrat untuk menganjurkan program sambutan perayaan keagamaan seperti Perayaan Sembilan Maharaja Dewa, Perayaan Vegetarian, Tokong Veji dan Hari Vaisakhi oleh penganut Sikh. Dan kebudayaan seperti program yang saya sebut tadi di peringkat kawasan ataupun mukim. Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Kedah sentiasa prihatin terhadap hal ehawal dan kebajikan masyarakat Cina, India, Siam dan lain-lain. Antara impak yang dapat dilihat daripada penganjuran program-program berkenaan adalah sikap perpaduan sesama kaum. Sebagai contoh, program Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Kedah tahun ini dimana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah telah mencemar duli turut hadir menyempurnakan perasmian majlis berkenaan. Majlis gilang gemilang berkenaan telah menarik ramai pengunjung bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Cina, malah turut dihadiri oleh pelbagai kaum dan pemimpin-pemimpin masyarakat di Negeri Kedah. Ini menunjukkan bahawa semangat perpaduan yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri Kedah ini. Dengan penganjuran lebih banyak program-program sedemikian akan memberikan peluang kepada masyarakat majmuk di negeri ini untuk mempelajari keunikan sesuatu budaya masyarakat. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan, YB. Belantek.
Soalan tambahan saya, apakah bentuk penglibatan pemimpin masyarakat ataupun pertubuhan bukan kerajaan dari masyarakat Cina, India dan Siam dalam merancang atau melaksanakan program kerajaan atau program-program yang boleh merapatkan hubungan antara kaum di negeri Kedah? Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan daripada YB. Belantek. Penglibatan pemimpin masyarakat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kaum Cina, India dan Siam dalam merancang atau melaksanakan program kerajaan atau program merapatkan hubungan antara kaum adalah sangat baik, positif dan aktif. Sebagai contoh, bagi perayaan Pesta Songkran yang saya jawab tadi yang baru dianjurkan beberapa hari yang lepas untuk Pesta Songkran 2025 Peringkat Negeri Kedah. Selain daripada sambutan Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Wat Thammasiri Vararam Kampung Kura Daerah Sik, kerajaan negeri terus meluluskan peruntukan kepada beberapa buah wat dan persatuan masyarakat Siam di daerah Padang Terap, Baling dan juga Pendang. Justeru, ia menunjukkan bahawa pemimpin kaum dan NGO dari kaum-kaum bukan Melayu sangat aktif dan menunjukkan komitmen yang sangat baik dalam menganjurkan program-program yang dapat merapatkan hubungan sesama kaum. Selain daripada itu, kerajaan negeri pada tahun 2025 telah meluluskan peruntukan kepada masyarakat India, meluluskan peruntukan Sejahtera Kaum kepada masyarakat India dari pelbagai daerah dalam negeri Kedah, seperti Kuil Sri Subramania Swami Devasthanam di Sungai Petani, Kuih Nattukottai Nagarthar Sri Thandayuthapani di Kulim, gabungan NGO-NGO seperti gabungan persatuan-persatuan kaum India daerah Kuala Muda, Malaysia Hindu Sangam dan persatuan kaum-kaum India negeri Kedah yang berada di Sungai Petani bagi tujuan penganjuran sambutan Thaipusam di kawasan dan mungkin masing-masing. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri sentiasa menyokong dan menyambut baik hasrat persatuan, pemimpin-pemimpin kaum dan NGO-NGO dari kaum bukan Melayu untuk menganjurkan program keagamaan dan kebudayaan yang dapat memupuk semangat perpaduan sesama penduduk dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Sekian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dipersilakan YB. Bukit Selambau.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan saya, adakah peruntukan tahunan untuk program masyarakat bukan Melayu di Kedah telah meningkat atau menurun sejak pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional dan apakah indikator yang digunakan untuk menilai kejayaan sesuatu program?
Terima kasih soalan tambahan daripada YB. Bukit Selambau, Ayah Perpaduan Negeri Kedah. Peruntukan tahunan untuk program masyarakat bukan Melayu di Kedah telah meningkat sejak pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional dimana pada tahun 2021 peruntukan untuk masyarakat Cina, India dan Siam adalah sebanyak RM300,000. Pada tahun 2022, peruntukan berkenaan telah ditambah dan menjadi sebanyak RM450,000. Pada tahun 2023 dan 2024 pula, peruntukan berkenaan telah dinaikkan sebanyak RM90,000 menjadi peruntukan berkenaan berjumlah RM540,000. Pada tahun 2025, peruntukan untuk masyarakat Cina, India dan Siam di Negeri Kedah di bawah peruntukan Sejahtera Kaum, Integrasi Kaum telah ditambah lagi sebanyak RM60,000 menjadi peruntukan berkenaan berjumlah RM600,000. Jadi, dari tahun 2021 sampai 2025 di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional telah mencatat rekod peningkatan daripada RM300,000 hingga ke RM600,000. Peningkatan 100% dalam 4 tahun pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional. Indikator yang digunakan untuk menilai kejayaan sesuatu program adalah dari segi penglibatan masyarakat setempat yang hadir bagi menjayakan program dan perayaan yang diadakan dengan menggunakan peruntukan tersebut. Sebagai contoh, pada tahun 2025 penganjuran sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Kedah yang menggunakan peruntukan Sejahtera Kaum dimana telah menunjukkan impak yang sangat besar dengan hampir 5 ribu orang pengunjung yang hadir menyaksikan sambutan berkenaan termasuk juga YB. Sidam dengan YB. Kota Darul Aman turut hadir dan sokong program kerajaan negeri. Pengunjung yang hadir bukan sahaja dalam masyarakat Cina, malah turut dihadiri oleh kaum Melayu, India, Siam dan lain-lain yang rata-rata menyatakan keterujaan mereka untuk melihat sambutan berkenaan yang jarang-jarang sekali diadakan dalam skala yang besar dan turut dihadiri oleh keluarga Diraja Negeri Kedah. Di samping itu, kejayaan sesebuah program yang dianjurkan bukan sahaja boleh dinilai dari segi kehadiran pengunjung, malah turut dapat dinilai dari segi impak kepada masyarakat setempat.
Sebagai contoh, baru-baru ini penganjuran Pesta Songkran peringkat Negeri Kedah tahun 2025 yang diadakan di Wat Thammasiriwararam, Kampung Kura Daerah Sik. Setiap kali diadakan saya akan hadir bersama dengan kekanda saya, YB Sungai Tiang, siap memberi ucapan dan puttai semasa memberi ucapan. So, yang berada pada 19 April 2025 yang lalu penganjuran pesta berkenaan telah menarik hampir 8 ribu pengunjung. 8 ribu orang pengunjung dari segenap masyarakat siam di negeri Kedah dengan penganjuran sambutan berkenaan sedikit sebanyak telah membuka mata masyarakat setempat bahawa negeri Kedah sendiri berupaya untuk menganjurkan sambutan Songkran secara besar-besaran seperti juga di negara Thailand. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Kuah… (YB. Sidam mencelah) Tuan Speaker, boleh tambah sikit lagi dak?
Boleh? Baik, terima kasih Tuan Speaker. Saya tertarik dengan apa yang EXCO kata tadi. Di mana satu pengalaman yang saya baru dapat iaitu masa kita ke program Tahun Baru Cina kan? Itu pengalaman yang pertama ialah kita makan tengah jalan. Ini yang pertama. Makan di tengah jalan, tak pernah ada lagi. Identiti. Jadi, saya harapkan seperti ucapan saya kemarin, kita dah nampak bahawa peruntukan telah dinaikkan jadi saya harap apa yang mohon saya kemarin itu dapat direalisasikan Yang Berhormat. Terima kasih
Ringkaskan Yang Berhormat EXCO.
Secara ringkas sahaja. Terima kasih. Nanti saya akan jawab dalam ucapan penggulungan. Terima kasih. Baik.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Kuah.
YB. Tuan Speaker, Pelancong Datang Bawa Kamera, Nak Tengok Langkawi Yang Indah Yang Berseri, Tetapi, Anjing Liar Pula Buat Drama. Harap Ada Tindakan Dan Bukan Teori.
YB. Tuan Speaker, soalan saya nombor 12.
12. Pohon dinyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani isu serangan anjing liar di Langkawi dan memastikan keselamatan penduduk serta pelancong? Saya ingin mencadangkan agar anjing - anjing liar ini dilupuskan dengan kaedah put to sleep atau eutanasia kerana anjing bukan kategori haiwan yang pupus ketika ini.
Silakan Yang Berhormat Kuala Ketil.
Nak pantun taktau. Bab jalan tanya kita, bab anjing pun tanya kita noh. Hahaha. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kuah yang cukup prihatin tentang perilaku anjing liar ni. Yang Berhormat Tuan Speaker, kisah anjing liar ni sangat menarik dalam negeri Kedah ni sebab kita ada kes-kes yang sebelum ni. Dan kes yang terbaru ini pun kalau tidak ada kes letupan gas di Putra Heights tu, sebab itu dia akan jadi kes yang agak besar. Tetapi bagaimanapun, saya akan baca sikit sejarah apa yang berlaku kes-kes ini. Itu hasil siasatan Majlis Perbandaran Langkawi pada kes 1 Mac. Kena pakai spek pulak lani. Hahaha… Kes serangan anjing liar yang berlaku pada budak yang berumur 5 tahun di Kampung Didi diserang 5 ekor anjing. Anjing ini, anjing yang tidak bertuan di sebuah kampung dan menyebabkan luka yang agak parah di bahagian kepala. Dan saya pun minggu lepas, saya pergi melawat budak ini bersama dengan YB. Kuah dan lihat sekarang parut itu masih ada lagi. Kena kesan yang cukup ini dan dengan budak yang baya umur 5 tahun itu dengan sekeliling dia ada anjing yang banyak, saya rasa dia adalah orang yang cukup berani.
Dan mangsa telah diselamatkan oleh seorang penduduk kampung dan telah dihantar ke hospital untuk terima rawatan. Dan selepas pada kejadian tersebut, pihak PBT Langkawi telah melaksanakan satu operasi mengesan anjing-anjing liar di kawasan tersebut dan telah menangkap 7 ekor anjing di kawasan itu. Tak tahulah anjing mana satu. Tapi, di kawasan itu dapatlah tangkap 3 ekor anjing dan serahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan selanjutnya dan pihak Langkawi juga telah laksanakan program-program ini dengan NGO yang di Langkawi tersebut, iaitu Ecomy. Dan telah membuat pemandulan dengan klinik swasta dengan kos hampir RM250-RM300 dan ditanggung oleh Ecomy tersebut. Jadi, saya nak baca sejarah ini juga adalah populasi anjing di Langkawi ini hampir 2,900 ekor. Yang Berhormat Speaker, kawasan Yang Berhormat Speaker tu noh. Noh. Hahaha. Banyaklah populasi anjing liar ni. Anjing liar maksudnya anjing tidak berlesen. Anjing tidak berlesen yang tidak ada bertuan. Maksud lesen ini kalau dia keluar, dia ada kalung itu, dia berlesen. Kalau tak ada kalung, tidak berlesen. Kalau dia keluar berkalung juga, dia keluar bebas luar, dia juga dianggap anjing yang tidak berlesen. Dia ada cerita-cerita dia noh. Dan jumlah tangkapan anjing di Langkawi saja ikut sejarah ini, 2022, 450 ekor. 2023, 415 ekor. 2024, 369 ekor. 2025 setakat Mac ini, 106 ekor. Punya banyak anjing ni di Langkawi ni noh. Kes-kes serangan anjing pula dalam Kedah ini, kita ambil kira pula di setiap PBT, kita mendapat aduan sebanyak, aduan anjing saja 2024, 2,395 aduan kes anjing saja. Kes serangan anjing, 2024, 56 serangan anjing dan ada kes gigitan, 24 kes gigitan. Pada 2025 kita dapat aduan, kita anjing di semua PBT adalah 552 kes aduan pasal anjing liar. Dan serangan ada 9 kes serangan dan gigitan ada 4 serangan. Ini sejarah yang kita imbas sejarah sebelum jawab soalan Kuah tadi. Dan seterusnya pada kes di Baling, pada 1 April, April juga berlaku lagi kes yang berbeza daripada kes yang tadi, yang tadi adalah anjing liar, yang ini anjing yang bertuan. Kes serangan anjing yang bertuan, yang bertuan pada 1 April, raya kedua. Dalam keadaan kita tengah sibuk nak beraya ni, tiba-tiba kita dikejutkan pukul 4 pagi lebih, anjing ni serang, anjing ni gigit orang, 5 orang yang terlibat. Mangsa pertama adalah seorang warga emas, perempuan digigitnya di belakang tengkuk ni, Yang Berhormat Tuan Speaker. Dua ekor anjing Rottweiler warna hitam yang ada tuan tapi dilepaskan. Maknanya lepas daripada kawasan rumah. Ini kes yang kita ambil serius dan walaupun berlaku pada 1 April, 2 April tu kita dah laksanakan tugas bersama dengan YDP Baling dan juga beberapa jawatankuasa yang terlibat, iaitu veterinar, MDB, pihak polis. Selesai dengan cara yang elok lah. Selesai dengan cara elok, maksudnya berjumpa dengan tuan rumah, ambil anjing tu, dibawa ke veterinar untuk diambil tindakan proses seterusnya di bawah veterinar.
Dan tuan rumah tu pun bagi kebenaran sebab dia dah ada 2 kes. Kes yang sebelum tu pada 2022 dan ni kes yang kedua lah yang berlaku. Anjing yang sama dan dia isi borang untuk buat perlepasan untuk kita musnahkan anjing tersebutlah. Ini kes-kes yang berlaku hari ni, tuan - tuan. Jadi, bagi saya sebagai seorang EXCO di PBT, kita mintakan bahawa keselamatan manusia lebih utama daripada keselamatan anjing. Walaupun ada pihak-pihak sana di luar sana yang mempertahankan isu-isu anjing ni, bagi pihak saya sebagai EXCO, saya meletakkan keselamatan manusia lebih penting daripada keselamatan anjing. Jadi, lain macam tepuk tu. Hahaha. Jadi, maksudnya sini kita nakkan bahawa setiap PBT melaksanakan arahan yang termaktub dalam kita punya undang-undang kecil. Jadi menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Kuah tadi, pihak PBT telah pun menjalankan rondaan seliaan PBT pada kawasan-kawasan yang terbabit, termasuk kawasan yang ramai pelancong yang mendapat aduan bila anjing ni adalah anjing liar, dia dibagi makan oleh orang tertentu, tetapi selepas tuan itu tak bagi makan, dia bila nampak pelancong lalu, orang naik motor, dia akan terkam lah. Dia akan minta, cari makan dan sebagainya. Ini juga akan menjadi permasalahan pada pelancong yang akan datang di Langkawi. Termasuklah kita melaksanakan proses kaedah TNR, Trap and Release bersama dengan NGO bagi mengurangkan populasi anjing, menjalankan operasi bersepadu tangkapan anjing liar bersama pejabat veterinar dan menjalankan kempen pelepasan anjing atau rumah medical anjing dan juga suntikan vaksin rabies dengan kerjasama pejabat veterinar dan wakil penduduk setempat. Antara langkah yang diambil untuk menangani isu anjing liar di Langkawi adalah menjalankan program pemandulan anjing liar secara berperingkat sama dengan pihak NGO dan klinik haiwan swasta di Langkawi, menjalankan pensampelan penyakit rabies terhadap anjing liar dan menjalankan kajian populasi anjing sebagai way forward bagi tujuan pengawalan populasi anjing terbiar dan mengadakan kempen kesedaran kebajikan haiwan kepada orang awam. Ini antara kaedah yang dilaksanakan di Langkawi bagi isu ataupun persoalan yang dibangkitkan oleh YB. Kuah, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Ketil. Adakah dalam sesetengah keadaan kalau anjing gigit kita, kita kena gigit kaki anjing tu balik? Tak payah jawab. Cuma dipersilakan Yang Berhormat Kuah untuk soalan tambahan.
Jenuh gigit. Yang Berhormat Tuan Speaker, apakah dengan kes yang berlaku pihak kerajaan menyediakan satu garis panduan kebenaran menyimpan atau memelihara anjing-anjing spesis bahaya dan garang? Sekian, terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat EXCO.
Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat YB. Kuah atas soalan tambahan tadi. Jadi, merujuk kepada… (pencelahan berlaku). Boleh sambung, Speaker noh?
Sila, silakan.
Saya takut ada nak suruh turun, letak jawatan, berhenti ka apa ka… (Yang Berhormat Tuan Speaker ketawa). Tapi hat jawapan Yang Berhormat Tuan Speaker jawab tadi saya gigit anjing tu kalau rasa boleh gigit, gigit lah. Kalau berani. Kalau tangan boleh samak, kalau mulut nak samak macam mana tu. Jenuh tonyoh. Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan pada perlaksanaan penguatkuasaan berkaitan isu haiwan liar di kawasan pihak berkuasa tempatan negeri Kedah, kerajaan negeri melalui PBT telah pun melaksanakan kaunseling terhadap pemeliharaan dan populasi anjing, berpandukan pada peruntukan sedia ada seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976, undang-undang kecil Pelesenan Anjing serta pekeliling dan garis panduan yang telah diluluskan peringkat Negeri dan juga Persekutuan. Untuk Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam undang-undang kecil Pelesenan Anjing yang telah sediakan, yang telah kita ada, sudahpun diambil kira dalam tersebut contohnya adalah tentang perlindungan terhadap penganiayaan anjing sendiri pun ada seksyen 10, sub-seksyen E, F dan G, itu telah pun diambil kira dalam itu. Anjing hendaklah diikat dan tidak dibenarkan berkeliaran. Ada seksyen dalam itu iaitu seksyen 13(2), serangan anjing. Jika berlaku serangan anjing, seksyen juga telah ada dalam ini, seksyen 14, sub-seksyen 1 dan seksyen 2 dan penangkapan dan pembinasaan anjing berkeliaran. Anjing berkeliaran itu boleh diambil tindakan di bawah seksyen 16, sub-seksyen 5, kurungan A dan 6, 7 dan juga 8. Ini adalah beberapa seksyen yang telah cover dalam tugas sebagai PBT untuk mengawal populasi dan juga masalah anjing-anjing liar di kawasan perbandaran kita dan juga peruntukan-peruntukan kepada anjing-anjing liar yang disuarakan oleh YB. Kuah tadi, anjing-anjing yang berbahaya. Anjing-anjing yang berbahaya juga telah ada dalam seksyen anjing berbahaya dalam seksyen 15, kurungan 1, kurungan 2, kurungan 3 dan kurungan 5 dan jenis-jenis anjing yang berbahaya juga ada dalam jadual ke-2 dan jadual ke-4.
Jadi, lawyer kita pun ni, kena bukak ni. Boleh YB noh. Ambik pinjam sat. Anjing-anjing yang berbahaya yang tidak boleh diberikan lesen, yang tidak boleh dilesenkan seperti berikut, Pitbull Terrier, tak tahu macam mana bentuk dia, American Bulldog, Neapolitan, Mastiff, Japanese Tosa, Akita, Dogo Argentino, ingat Diego Maradona sat ni dan Fila Brasileiro, ini anjing-anjing yang tak boleh diberi lesen. Veterinar faham. Yang Berhormat boleh buka dalam nama web veterinar itu, dia adalah gambar-gambar anjing ini yang tidak boleh dilesenkan. Dan ada anjing-anjing yang boleh diberi lesen dengan kebenaran veterinar. Rottweiler. Antaranya adalah Rottweiler, Doberman, German Shepherd, Bull Mastiff, Bull Terrier, Perro de Presa Canario. Nama. Ini semua nama-nama luar belaka...
Nama Melayu tak ada langsung?
Tak ada nama Melayu, semua nama pelik-pelik belaka. Jadi, ini antara yang kita hari ini banyak berlaku di kawasan perumahan, terdapat anjing-anjing yang dibela oleh orang ramai. Orang bela dalam rumah. Walaupun dalam rumah, sepatutnya tak boleh. Dan saya telah pun buat koordinasi dengan pihak PBT tempoh hari selepas kes daripada Langkawi tersebut, kita telah mesyuarat dengan semua PBT dan memberi arahan bahawa dalam undang-undang negeri ini telah termaktub bidang kuasa yang cukup jelas kepada setiap PBT untuk mengambil tindakan. Dan jangan risau dan jangan takut bahawa saya akan berdiri belakang anda untuk pertahankan. InsyaAllah, seorang jeneral dia tak duk depan, seorang jeneral di belakang, yang depan ni perebet.
YB. Tuan Speaker.
Minta maaf nah tu bahasa tentera. Maksudnya, saya nak semua pihak PBT melaksanakan tugas sebab ini adalah melibatkan kekacauan kepada masyarakat. Tadi pun saya baca jadual dan aduan dan sebagainya dia melibatkan orang ramai. Tambahan di Pulau Langkawi, kita akan menghadapi 400 ribu penghujung sempena LIMA ini, sudah tentulah akan menjadikan satu benda yang tak baik. Kalau pelancong berjoging, berjalan, dikejar oleh anjing liar. Baru ni saya pergi pun, masih ada lagi anjing yang tidak bersihkan. Anjing liar ini perlu diambil tindakan cuma kaedah penangkapan anjing ini ada diberikan garis panduan.
Cara-cara tangkapan, gunakan jerut, gunakan jala dan gunakan penjauh. Anjing pun nama anjing liar, dia bukan dia statik. Yang Berhormat Tuan Speaker, anjing ni anjing liar, dia bukan statik. Bukan dia senyap macam tu, mai-mai bertali. Dak. Bila bertali, akan berlaku lah penarikan antara tuan tali dengan anjing tersebut. Dan berlaku lah satu, apa ni, pergelutan sikit. Masa ni lah kadang NGO ni yang sangat simpati pada binatang ni, si anjing ni dia akan ambil gambar. Dia kata berlaku penyeksaan kepada binatang tersebut. Tak, mana nama pun anjing liar. Kalau anjing senyap, dia tak nama anjing liar. Anjing gebu. Anjing yang guna, orang duk peluk tidur atas rumah tu, itu anjing gebu. Itu tak apa. Itu bawa pi tu pun boleh. Yang ni anjing liar memang akan berlaku sikit pergelutan. Sebab tu saya faham, saya tekan pada PBT. Itulah kaedah yang paling minimal kita boleh buat. Itulah cara dia. Kalau berdepan pun, saya sanggup berhadapan. Tak masalah kecuali jangan kita melakukan penganiyaan. Contohnya, nampak anjing tersebut, kita katok dengan kayu. Pukul dengan kayu, katoklah. Pukul dengan kayu. Kan? Lastik. Kita buat, mencederakan anjing yang tanpa kebenaran, itu memang salah lah. Tapi dengan garis panduan yang disediakan oleh PBT, saya rasa tidak masalah. Saya harap semua PBT boleh laksanakan tugas sebut. Dan kos untuk kita menampung pembiayaan anjing-anjing yang ditangkap ni, kos cukup tinggi dengan Yang Berhormat Tuan Speaker. Lebih tinggi daripada untuk jaga seorang manusia. Seorang manusia mungkin makan pagi, roti nasi lemak. Tengahari mungkin makan nasi, lauk seketul. Petang mungkin tak makan, minum macamtu. Tapi dia ni kena makan 3-4 kali sehari ni. Kos ni tinggi. Semua PBT tak mampu nak tampung kedepan ni. Nak bela ni bukan seekor, banyak ekor. Kalau anjing yang special, pergi tempat kurungan kena letak tilam. Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat semua, kena letak tilam. Sebab anjing tu, kita ambil dari rumah, anjing yang dalam jagaan yang sempurna, tuan dia mesti nak dapat balik yang sempurna selepas 2 minggu ditahan untuk check rabies dan sebagainya. Jadi, perlukan yang sempurna. Ada PBT yang sanggup sampai tara tu. Letak tempat yang sempurna, bagi minuman, kena bagi makanan yang elok dan sebagainya. Makan pun mahal. Jadi, saya mencadangkan dalam Dewan ini, mungkin selepas ni kita akan adakan kerjasama dengan veterinar untuk mungkin mengambil alih dari segi pengurusan tempat simpanan ni sebab segala ubat-ubat dan semuanya adalah melalui veterinar. PBT tidak ada ubat. PBT yang tangkap dan kurung dan tempat-tempat yang NGO ada hari ni pun, tempat-tempat tu ada tempat kawasan yang disediakan oleh PBT. PBT sediakan tempat, PBT sediakan current, PBT dia sediakan air dan sebagainya. Kadang-kadang, land cost pun NGO minta pada PBT juga. Ini yang PBT tak mampu nak tampung semua kali. Inilah sikit ketidakupayaan kita.
Kita harap masyarakat di luar sana kena faham bahawa tugas nak menjaga ni, manusia ni lebih penting daripada nak menjaga anjing. Anjing bukan yang sikit, banyak. Anjing-anjing liar ini adalah puncanya, panjang cerita. Boleh YB. Tuan Speaker? Sambung lagi noh. Boleh noh nak bagi fahamkan orang ni. Isu ni sensitif kan? Isu masyarakat. Anjing ini adalah puncanya daripada orang yang menjaga kebun. Menjaga kebun dan harta rumah kawasan pembinaan. Selepas dia buat pembinaan, dia bela anjing tu untuk jaga harta dia. Selepas siap pembinaan, dia tinggal. Anjing tersebut akan cari kat mana dia nak pi. Dan anjing akan membiak, sekali beranak, 6 ekor. Membiak itu kalau setahun sekali, kadang-kadang setahun dua kali beranak. Yang aktif tu banyaklah. Sekali-kali beranak, populasi dia akan bertambah. Sama juga yang jaga kebun. Selepas habis musim tuaian dan semuanya, anjing tu dibiarkan. Di tempat saya, orang cari babi. Orang Siam lah. Minta maaf nah YB. Sidam. Memang Siam dia cari babi, dia bawa anjing. Selepas dapat babi, anjing tu pi gigit babi. Babi tu tuan dia ambil buh dalam raga dan anjing tu tinggal. Sebab anjing tu banyak kan? Dia biar. Bila biar tu dia akan jadi anjing liar. Ini populasi yang akan bertambah. Dalam persekitaran kita macam ni. Walaupun kita mandulkan, walaupun proses kita mandulkan tapi kita akan bebas balik dalam persekitaran kita. Dia tetap akan mendatangkan satu pandangan yang tidak elok. Anjing tu berkurap dan sebagainya. Masih ada dalam persekitaran kita. Jadi, itu yang kita hadapi hari ni. Sebab tu satu kaedahnya, put to sleep. Semua ni akan dibuat oleh bahagian veterinar. Kan, put to sleep. Walaupun ada sesetengah NGO tak puas hati mempertikaikan ni. Ini adalah satu kaedah yang terbaik. Sebab kita tak mampu nak halang semua populasi ni, populasi ni cukup banyak. Jadi, kita harap masyarakat di luar sana faham dengan masalah-masalah yang berlaku. PBT-PBT terpaksa menanggung kos, kerja buat dan sebagainya untuk menjaga ketenteraman masyarakat. Dan juga ada aduan yang diterima termasuk anjing-anjing yang berbahaya dalam persekitaran kita. So, itulah yang tak baik dalam kawasan perumahan kita. Kalau nak bela anjing yang berbahaya, bela di tempat-tempat lain. Maksudnya, di kawasan rumah kampung dan sebagainya. Belalah. Tapi di kawasan perumahan, kita tak benarkan sebab dah sudah ada akta-akta yang telah mencakupi kerja buat kita. Saya harap itulah sedikit penjelasan saya kepada rakyat dan juga masyarakat di luar sana supaya faham tentang isu yang berlaku pada hari ni. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan.
Sikit. Masa dah cukup. Sikit ja.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya menerima satu pertanyaan lah yang di mana anjing yang bela dalam rumah, dia keluar. Lepas itu PBT tangkap. Kalau tak silap, berlaku di Kubang Pasu. Dan bila dia pergi PBT tanya, PBT kata anjing itu telah ditidurkan dan telah ditanam. Jadi, berapakah tempoh yang boleh PBT simpan anjing tersebut bila ditangkap?
Yang Berhormat Speaker. Aduan itu ada fakta. Ada fakta betul ya? Sebab kita tak mau dia hearsay ataupun rumours. Tapi kalau ikut anjing, walaupun dia bela dalam hak milik dia, dia bebas di luar, dia tetap akan menjadi anjing yang liar. Macam saya cakap tadi, bila anjing liar, YDP ataupun Datuk Bandar berkuasa penuh untuk tangkap dan membinasakan anjing tersebut. Ini dalam akta kita. Cuma yang tak berlaku itu budi bicara PBT, YDP ataupun Datuk Bandar. Tapi kalau berlaku ditangkap di luar, sebab dia dah bebas di luar. Kalau dia nak bawa keluar, dia kena bertali. Dia mesti ada kalung dan mesti ada tali. Itu kalau tuan dia bawa. Kalau dia bebas tanpa tali, tanpa kalung dan sebagainya, kita menganggap itu anjing liar. Kalau dapat aduan, memang PBT berhak tangkap dan membinasakan dia. Itu dalam peraturan.
Tapi kalau dalam MBAS, kalau tak silap, tujuh hari kan? Tapi di PBT yang lain, adakah tempoh yang standard?
Ya. Kalau dia nak simpan tujuh hari, boleh. Dia boleh simpan tujuh hari, dia akan beri notis kepada pemilik untuk datang ambil. Kalau pemilik tak datang ambil, dia boleh juga membinasakan dia dan juga boleh kenakan fee terhadap apa yang tempoh itu kan, dia kenakan bayaran. Nah.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Ketil. Banyak ilmu yang diberi pada hari ini untuk kita bersama. Dan seterusnya, Tuan Setiausaha.
Sambungan Perbahasan Usul Menjujung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar.Motion
Sambungan perbahasan usul menjujung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar.
Dipersilakan Yang Berhormat, Tanjung Dawai. 15 minit Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi Wassalatu Wassalamu Ala Rasulillah, Wa’ Ala Alihi Wa Sahbihi Wa Man Wala. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan para tetamu yang dikasihi sekalian. Terima kasih atas keizinan untuk saya bersama dalam perbahasan menjunjung kasih ucapan Titah Tuanku sempena persidangan DUN kali ini. Saya ingin untuk menarik perhatian daripada ucapan daripada YB. Bakar Arang. Oh, dia takdak. Apa yang disebut berkaitan dengan loji rawatan air Bukit Selambau kemarin adalah maklumat yang bercanggah dengan realiti sebenar. Dan saya kecewa apabila saya minta izin untuk mencelah tidak dibenarkan untuk membetulkan kenyataan yang dibuat kemarin. Pertama, dia menyebut bahawa loji rawatan air Bukit Selambau dinaik daripada 30 kepada 50 MED. Saya dengar MED, yang betulnya MLD. Million litres per day. Maklumat yang disebut 30 ke 50. Tapi sebenarnya projek di Bukit Selambau itu dinaikkan daripada 30 MLD kepada 70 MLD, bukan 50. Yang kedua, dia menyatakan bahawa kelewatan melibatkan 500 hari dan ini adalah satu fitnah. Berdasarkan fakta daripada JKR yang menjadi penyelia dan juga penyelia kepada projek ini bahawa kemajuan kerja hingga 15 April. Baru seminggu lepas, 15 April, jadual adalah 47% dan kerja sebenar telah mencapai 47.1% telah mendahului daripada jadual sebenar. Dan YB. Bakar Arang juga telah menyebut bahawa EOT sebanyak tiga kali telah diberi tapi projek ini gagal untuk disiapkan. Saya juga ingin membetulkan maklumat ini. Fakta sebenarnya, EOT pertama yang dikeluarkan untuk syarikat untuk kontraktor adalah pada 28 Jun 2024. EOT yang kedua dikeluarkan untuk kontraktor ialah 16 April 2025, seminggu lepas. Dan EOT yang ketiga dilanjutkan 13 November 2025 nanti.
Masih dalam tempoh yang diberikan. Dan projek ini adalah seliaan daripada pihak JKR dan projek ini adalah diputuskan lantikan kontraktornya oleh Lembaga Perolehan Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, dululah. Dan anggotanya adalah terdiri daripada Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan. Dan keduanya pengarah BPEN, ketiganya pengarah JPS dan seterusnya pengarah JKR Negeri. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kelmarin menyebut beberapa perkara. Antaranya peranan yang perlu dimainkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghubung antara kerajaan dan juga rakyat di bawah. Dengan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya yakin semua menggunakan dengan sepatutnya kerana ia adalah amanah daripada pihak kerajaan negeri. Tidak boleh walaupun satu sen digunakan untuk hanya membantu ahli parti satu sealiran dengan kita. Tak boleh, itu bukan duit parti kita. Tak boleh untuk kita bagi Beras Sejahtera kepada orang yang sokong kita semata-mata kerana ini adalah peruntukan kerajaan negeri. Kalau duit parti kita sendiri, terserahlah pada kita. Tapi kalau melibatkan peruntukan kerajaan negeri, begitu juga dengan pegawai-pegawai yang lain, ia adalah suatu amanah. Dan orang yang layak untuk terima, bukan semata-mata yang mendukung apa yang kita bawa, tetapi semua rakyat yang duduk dalam DUN kita adalah berhak apabila mereka mengalami kesusahan dan layak untuk memohon. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam tempoh 5 tahun, keprihatinan kerajaan negeri telah meluluskan hampir 10 ribu tanah untuk rakyat. Satu tempoh yang begitu besar dan bagaimana kerajaan telah melancarkan untuk setiap daerah, satu program yang juga akan memberi impak besar kepada rakyat, terutama golongan asnaf, iaitu Desa Sejahtera. Dan telah pun dibuat dan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar beberapa bulan lepas di daerah Padang Terap. Saya yakin projek-projek ini juga akan dilancarkan di daerah-daerah yang lain dan di Kuala Muda juga sedang dicari kawasan yang sesuai untuk projek daerah Desa Sejahtera ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita di Kedah, Alhamdulillah dapat bantuan dan keprihatinan daripada Lembaga Zakat. Saya ucap tahniah kepada Lembaga Zakat, prestasi yang amat cemerlang pada 2024 dengan kutipan zakat hampir 305 juta. Satu rekod yang begitu hebat dan jumlah perbelanjaan agihan untuk orang yang layak ialah sebanyak 348 juta. Kutip 305 juta, dia agih sebanyak 348 juta. Sesuatu-sesuatu yang perlu diberikan perhatian. Kita telah mendengar daripada YB. Suka Menanti hari itu, bagaimana rancangan kerajaan untuk keluarkan padi kedah. Kalau Terengganu ada Beras Ganu, Melaka baru ini pun lancarkan Beras Melaka. Dan kita menanti, Beras Kedah suatu hari nanti menjadi reality dan mungkin kilang beras Lembaga Zakat boleh untuk membantu sehingga zahir lahir Beras Kedah suatu ketika nanti.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin naik perhatian daripada pihak pejabat daerah, moga-moga peruntukan P04 yang disalurkan melalui pejabat daerah. Moga-moga kami ADUN-ADUN juga dipanggil untuk terlibat untuk projek apa yang boleh dibuat di peringkat DUN bagi P04 nanti. Dan Yang Berhormat Tuan Speaker, Tuanku Sultan kita minta ADUN-ADUN supaya prihatin dengan rakyat dan saya yakin wakil rakyat semua tugas tak ada cuti. Kan? Siang malam, saya pun lepas sembah yang subuh tadi di Masjid Busyra, habis-habis sembahyang orang mai sua surat terus. Subuh-subuh tu, wakil rakyat ni. Kalau orang dulu lah sebut wakil rakyat tak boleh naik kereta tinted gelap. Orang tak nampak muka. Kalau lambai, kena beri nampak tangan lambai. Kalau wakil rakyat di Aceh terpaksa buh tangan palsu dekat kereta. Nak tunjuk kata dia lambai tangan. Ada wakil rakyat di Kelantan dulu yang mata rabun. Pesan kat driver. Kalau orang jumpa selisih orang hon, driver tu hon, wakil rakyat rabun ni angkat tangan. Dia lambai tangan. Satu hari bila driver tu hon, wakil rakyat pun angkat tangan. Driver kata, lembu tuan. Bukan orang. Nak cerita, wakil rakyat dengar rakyat. Tak pernah. Tak pernah pisah. Wakil rakyat, saya tak tahu sahabat-sahabat. Kan, tengah malam rakyat panggil. Pasal apa ada yang kena rasuk jin. Nak panggil, pelepas saka pun panggil kita. Kalau waktu agih pusaka, dia tak panggil kita. Saka, dia panggil kita. Yang Berhormat Tuan Speaker, yang kedua berkaitan pelaburan kedah. Kita menyedari bahawa kedah ni tanpa pelabuhan. Tak ada pelabuhan, tak ada airport yang boleh untuk kita hebatkan pelaburan kita ataupun eksport kita melalui airport kargo. Tapi mengagumkan kita bila pelaburan tetap masuk ke negeri kita ini. Dalam keadaan ekonomi kita, seperti mana IMIDF yang terbaru telah mengeluarkan, IMIDF Research telah mengeluarkan bahawa suku ke suku ekonomi Malaysia ni susut 3.7%. Dalam keadaan pelabur-pelabur menjual saham-saham mereka di Malaysia. Dalam keadaan operasi kilang diberhentikan di Malaysia. Pindah ke negeri jiran kita. Tapi di Kedah kita, alhamdulillah pelabur mari. Saya ucap tahniah kepada kerajaan negeri, khususnya EXCO-EXCO Pelaburan yang dijemput ke Shenzhen baru-baru ini. Seperti mana yang disebutkan dalam jawapan soalan kelmarin, bagaimana dijemput untuk kita menawarkan apa yang kita sediakan dan moga-moga pihak kerajaan sana tertarik dan sudi datang. Satu perkara yang mungkin kita lupa, kehebatan yang ada di Kedah sehingga negeri lain pun usaha untuk tiru sekarang, iaitu sistem E10, sistem pembinaan pantas. Projek pembinaan kilang ataupun untuk kilang-kilang pelabur dibina dalam tempoh yang singkat. Pelabur kita fahamlah, bagi mereka time is money. Mereka tak mahu lama-lama. Mereka ada pelanggan yang sedang menanti dan apa yang mereka cari ada di Kedah kita.
Alhamdulillah, mereka datang dan sehingga kita tidak cukup tanah untuk menyediakan apa yang mereka hajatkan. Sidang Yang Berhormat Tuan Speaker, dan saya yakin orang yang mengikuti perkembangan negara China agak terkejut bila kajian negeri China baru-baru ini telah menyatakan kesediaan untuk memindahkan teknologi pemprosesan REE ke Malaysia. Satu perkara yang mengejutkan. Teknologi pemprosesan REE Nadir Bumi ini 80-90% dikuasai oleh China dan China sebelum ini tak akan keluarkan teknologi dia. Tapi dia menyebut, mereka sebut mereka nak mari ke Malaysia. Cuma saya ingin tarik perhatian. Kita Kedah, Alhamdulillah antara negeri yang ada anugerah Nadir Bumi ini. Dan Nadir Bumi REE ini dicatatkan di Malaysia kita sekitar RM 1 trilion nilai dia. Lebih daripada RM 16 juta kan? Dan pengguna terbesar ataupun yang memerlukan REE ini ialah pengeluar-pengeluar teknologi. Seperti mana kita maklumi, REE ini kegunaannya untuk buat bateri EV, buat cip elektronik dan sebagainya dan kalaulah mereka pindahkan teknologi mai ke negara kita ini, satu perkara yang perlu kita berhati-hati ialah berkaitan dengan alam sekitar. Kesan toksik yang membawa kesan buruk pada tanah dan air terutamanya. Walaupun kita sememangnya menanti kedatangan pelabur tapi kita tidak mahu menanggung akibat dengan perbelanjaan yang lebih banyak untuk menanggung perubatan ataupun kes-kes yang menyebabkan kecederaan…
3 minit YB.
Tiga minit. Seterusnya yang ketiga, saya ringkaskan. Tahun Melawat Kedah 2025. Saya ucap kepada EXCO Pelancongan dan kerajaan negeri. Sekarang ni, Kedah disebut-sebut sehinggakan perasmian ‘MATTA Fair’ terbaru yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita tentunya membuka dan mencelikkan mata semua pihak. Saya juga mengucap tahniah dengan program Iftar Ramadhan Experience Kedah baru-baru ni yang dibuat di depan, di dataran Majid Zahir. Sebagaimana ramai ribuan rakyat Kedah yang hadir untuk berbuka puasa. Saya fikir bukan pasal nak makan nasi Arab ka apa, dak. Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita pun boleh kata tiap hari Jumaat ada situ. Bahkan lebih hebat lagi apabila Tuanku Raja Muda dan Cik Puan Muda pun turun sekali dan berbuka puasa di situ. Satu perkembangan, satu perkara yang hebat. Tahun Melawat Kedah ni dengan berbagai persiapan yang dibuat dan Tuanku juga sebut berkaitan tapak Tamadun Kedah di Lembah Bujang di Merbok. Sekarang ni Yang Berhormat Kubang Rotan, ada tarikan baru di Merbok ni selain daripada MADAD, Busyra, Tanjung Dawai.
Terbaru ni ada dua tanah haram. Ni bukan ajaran sesat. Dua tanah haram ni, hari-hari kereta beratur, orang beratur. Dua tanah haram ni ialah nama nasi Arab. Nasi Arab Dua tanah haram. Kalau orang tak tahu, dia kata nak buat Grab jenuh bayar dua tanah haram ni. Beratur. Suasana dia macam makan bawah pokok kurma bawah pokok kelapa sawit suasana dia. Tapi bayangkan macam duduk tanah haram, makan buah pokok kurma. Hari Jumaat ni depa jemput. Hari depa buat rumah terbuka. Sapa-sapa lapang ni pi lah lepas Jumaat. Saya nak ceritanya kedai dua tanah haram ni, dua kedai nasi Arab tanah haram ni sebelah tapak Tamadun Tua ni. Orang mai ke MADAD, lepas tu nak mai ke Busyra, naik ke Tanjung Dawai. Dia tak singgah tapak Tamadun Tua. Lepas tu, mai pula ada nasi Arab Dua tanah haram, dia boleh singgah. Yang tu kita kena perhati tengok untuk buat supaya mereka boleh singgah di tapak Sungai Batu tu untuk mengetahui apa yang disediakan dan untuk mengetahui sejarah kegemilangan yang ada di Kedah ni. Yang Berhormat Tuan Speaker, terakhir sekali berkaitan dengan saranan Tuanku agar kita menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan itulah sememangnya kewajipan kita sebagai orang Islam dan inilah sumber kekuatan kita. Apabila orang Islam menghayati agama, mengetahui halal, haram, dosa, pahala, bukan sekadar orang Islam sahaja yang terjamin. Bahkan orang bukan Islam juga akan dapat hidup secara harmoni dalam negara ini dan itulah yang diamalkan sejak daripada kemerdekaan bahkan sebelum ini. Bagaimana toleransi yang ditunjukkan oleh orang Islam kepada orang-orang bukan Islam dan itu ingin kita kekalkan. Dan untuk kita zahirkan dan kita bagi supaya rakyat faham kepentingan untuk mengamalkan Islam secara sempurna seperti yang Tuanku Sultan sarankan. Maka, majlis-majlis ilmu perlu untuk dipergiatkan. Saya harap moga-moga institut agama membantu dan tidak menyekatlah kalau ada kuliah-kuliah yang dilaksanakan. Lebih-lebih lagi, pengkuliah yang ada tauliah seperti mana yang disebutkan oleh YB. Kupang kelmarin. Membantu. Kita berusaha. Dalam keadaan hari ini, umat Islam saya sebut tadi berkaitan dengan pendidikan. Bagaimana anak-anak kita orang Islam ramai tak mampu baca Al-Quran dan Jawi dan kita harap seperti mana yang dibuat di negeri lain, Selangor, Johor dan negeri lain yang mewajibkan anak-anak kita di peringkat rendah menyertai kelas KAFA. Dan saya yakin kerajaan negeri ada perancangan ke arah itu supaya anak-anak kita dapat menunaikan kewajipan dan memahami agama. Kita kalau kita tak boleh jadi macam pipit yang membantu Nabi, Nabi Ibrahim ketika dibakar, kita jangan jadi cicak yang menghembus supaya api itu makin marak. Ini suasana yang kita kawal. Kita tak mahu supaya generasi ke depan ini sehinggakan mereka tidak mengetahui kewajipan mereka. Tak tahu halal yang haram yang akhirnya menyebabkan keharmonian hidup bermasyarakat dan negara kita ini akan terjejas.
Terima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan. Moga-moga apa yang dibangkitkan sepanjang sidang DUN ini bermanfaat dan saya berharap apa yang dirancang oleh pihak kerajaan negeri dan juga Pusat dapat untuk dilaksanakan terutama di DUN Tanjung Dawai berkaitan dengan naik taraf loji rawatan air di Tupah dan juga pembinaan, pemecah ombak di sekampung Sungai Peh hingga ke Tanjung Dawai dapat untuk dipercepatkan demi untuk keselamatan penduduk, InsyaAllah. Akhir sekali, saya menyokong usul titah menjunjung kasih titah ucapan Tuanku. Wallahu'alam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Dawai. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Derga.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Barisan EXCO Kerajaan Negeri Kedah. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah. Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Yang diraikan, pemerhati-pemerhati di dalam dan di luar dewan. Semoga kita beroleh kekuatan pada hari, InsyaAllah. Saya ingin memulakan ucapan dengan menjunjung kasih atas titah Tuanku Sultan Kedah yang penuh berwibawa, berisi panduan dan peringatan penting buat kita sebagai ahli dewan diberi amanah oleh rakyat. Saya menyokong penuh saranan Tuanku agar semua Ahli Dewan Yang Berhormat menjalankan peranan semak dan imbang dengan bijaksana. Berpandukan kepentingan rakyat dan negeri, kritikan membina perlu diraikan bukanlah dipolitikkan dan saya menyeru agar kita semua mengambil titah ini sebagai panduan dan menggubal dasar dan melaksanakan amanah demi kepentingan rakyat. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Kedah atas kepimpinan dan dedikasi beliau dalam memperkasakan sektor pelancongan Negeri Kedah. MATTA Fair 2025 telah menyaksikan keterlibatan Negeri Kedah secara paling signifikan dalam sejarah penganjurannya bertemakan ‘Kedah Destinasi Pilihan Malaysia’. Pavillion Kedah telah berjaya mencuri tumpuan pengunjung sebanyak 62 booth telah mewakili negeri Kedah. Penyertaan terbesar setakat ini yang sekaligus mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri Kedah dalam merealisasikan kejayaan Tahun Melawat Kedah 2025. Lebih membanggakan lagi, julung kalinya sebanyak 22 booth telah disertai penguasa dari tanah besar Kedah.
Ini merupakan satu langkah strategi ke arah merancakkan pembangunan pelancongan di kawasan tanah besar selaras hasrat untuk memastikan limpahan manfaat pelancongan turut dinikmati oleh rakyat di kawasan tanah besar. Usaha ini wajar diberikan perhatian khusus agar penglibatan ekonomi tempatan dapat terus diperkasakan. Sebagai contoh, di kawasan DUN saya sendiri iaitu DUN Derga. Inisatif sebegini ini telah mula menampakkan hasil menerusi sambutan dalam kalangan pelancong dan hadir untuk menikmati keenakan masakan tradisional Kedah dan sambil menyusuri keindahan alam semula jadi dengan menaiki bot sepanjang Sungai Derga ini. Ini bukan saja memperkenalkan budaya dan citarasa tempatan, malah turut memberi impak ekonomi secara langsung kepada penduduk setempat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan ini terhadap satu lagi inisiatif yang cukup membanggakan, iaitu Lunar Light Wonderland yang kini sedang berlangsung di Taman Jubli Emas, Alor Setar. Ia merupakan pesta cahaya yang besar di Malaysia dan di Asia Tenggara serta telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records. Lebih 1.6 juta lampu led menerangi kawasan taman menjadikan suasana malam di ibu Negeri Kedah satu pengalaman magikal yang penuh warna-warni dan tarikan luar biasa. Sesungguhnya segala usaha ini mencerminkan iltizam negeri Kedah dan semua pihak berkepentingan dalam menjadikan pelancongan negeri pemacu pertumbuhan ekonomi. Saya percaya melalui perancangan strategik dan pelaksanaan yang menyeluruh, sektor pelancongan negeri Kedah mampu mencipta lonjakan baru sekaligus membawa limpahan manfaat kepada rakyat dan semua lapisan. Tuan yang di-Pertua, izinkan saya membawa perhatian Dewan ini isu pertama iaitu isu lalu lintas yang kian yang sesak di kawasan Derga. Apabila tiba waktu puncak, masyarakat berdepan keadaan lalu lintas yang menyesakkan terutamanya di Jalan Langgar dan Datuk Kumbar. Satu lagi berkenaan dengan jalan yang berlubang. Saya mohon agar pihak yang berwajib mengambil tindakan secepat yang mungkin. Ini kita duk rasakan tiga kali raya dah, jalan duk macam tu juga. Sebagai contoh, permohonan pemasangan lampu isyarat di Taman Nuri tu sampai lani tak tahu apa status. Tapi masa Yang Berhormat Kuala Nerang main melawat tempoh hari, beliau akui bahawa itu memang perlu sangat untuk kesenangan anak kariah yang ulang yang alik ke masjid atau ke sekolah. Pendapatan pasar pagi pun merosot kerana kenderaan perlu membuat U-turn yang agak sangat jauh. Saya mohon agar satu kajian trafik yang menyeluruh dibuat segera. Kita nak resolusi yang kekal bukan sementara. Kalau boleh pasang lampu isyarat baru, ‘upgrade’ sistem trafik atau tambah lorong. Harap pihak berkaitan ambil serius sebab rakyat dah lama menunggu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, minggu lepas saya ada lalu di Jalan Pegawai dan saya perasan jalan kat situ semua dah diturap baru. Cantik, kemas dan berkilat. Tapi yang menjadi persoalan, jalan asal itu sebenarnya masih elok, tak ada lubang yang besar. Tak daklah kerosakan yang kritikal. Sedangkan kalau kita tengok kat kawasan Jalan Datuk Kumbar, banyak jalan yang uzur, berlubang sana sini, bergelombang dah macam ombak. Jadi, saya nak tanyalah apa sebenarnya kriteria atau penilaian yang digunakan untuk ditentukan jalan jalan mana yang patut diberi keutamaan untuk diturap atau dibaiki. Adakah sebab lokasi dia strategik atau sebab ada pihak tentu yang request dulu atau macam mana. Rakyat yang duduk kat Derga pun dah bayar cukai jalan juga pakai jalan hari hari untuk pi kerja, hantar anak sekolah, pi ke pasar, pi ke masjid. Bila jalan dah rosak tapi tak dibaiki. Depa rasa macam terpinggir, sedih bila tengok kawasan lain yang masih elok boleh pulak dilapisan baru tapi tempat kita yang lebih memerlukan buat macam tak nampak. Saya mohon pihak yang berwajib buatlah semakan semula sistem penilaian jalan rosak ini bagi keutamaan pada kawasan yang betul-betul yang perlukan. Kita bukan nak complaint kosong tapi kita nak keadilan untuk semua kawasan, tak kira di bandar ke dipinggir bandar ke. Yang Berhormat Tuan Speaker, masalah banjir kilat ini bukan lagi masalah baru malah dah jadi rutin pula. Tiap kali hujan lebat, mesti ada kawasan yang dinaiki air. Di Derga sendiri, ada beberapa tempat yang cukup familiar dengan banjir. Contohnya, di Lorong Seri boleh katakan setiap kali hujan lebat, kawasan itu mesti yang pertama akan tenggelam. Penduduk kat sana hidup dalam keadaan risau, trauma setiap kali langit mula gelap. Bukan pasal hujan tu tak best atau sejuk ka, tapi sebab takut harta benda yang rosak. Kereta tenggelam, rumah dimasuk ke air sampai mereka dah lali dengan banjir dan air kotor tu. Yang peliknya dah berapa penggal ADUN silih berganti, kerajaan tukar sana sini tapi masalah tetap tak selesai. Kita tak minta yang pelik-pelik, yang kita minta cuma penyelesaian dan pelan tindakan jangka masa panjang yang betul-betul boleh jalan... Yang Berhormat Speaker, boleh mencelah sikit? Boleh dak?
Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh mencelah sikit? Boleh dak?
Boleh. Bagi laluan. Silakan YB. Bayu.
Terima kasih YB. Derga. Berkenaan isu banjir tadi, adakah pihak Derga bersetuju jikalau pembersihan sungai-sungai kecil dilaksanakan di seluruh termasuklah di Derga?
Terima kasih YB. Bayu. Saya bersetuju sangatlah. Kalau boleh itu dibuat jadual JPS atau pihak-pihak berwajib, MADA buat jadual yang boleh ADUN-ADUN ini sampaikan kepada rakyat setempat. Jadi, isu yang sama di kawasan saya pun sama juga. Tapi, saya ucap terima kasih kepada JPS kerana dua tiga hari yang lepas dah mula korek. Terima kasih semua. Yang Berhormat Tuan Speaker, justeru saya menyokong penuh segala usaha yang telah akan dilaksanakan demi melonjakkan nama Kedah sebagai destinasi pelancongan utama negara. Semoga momentum ini terus kekal dan dipertingkatkan demi kesejahteraan ekonomi rakyat. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan pentadbiran negeri Kedah atas usaha berterusan menguruskan negeri ini dengan penuh dedikasi. Namun begitu, saya juga berkewajipan untuk menyampaikan keluhan rakyat, masyarakat yang masih belum menemui penyelesaian tuntas terutamanya dengan isu infrastruktur dan bencana alam. Segala isu isu yang saya bangkitkan ini bukanlah cerita baru. Ia adalah rintihan dalam masalah rakyat yang saban hari menanggung derita kerana pelaksanaan yang tidak tepat bagi menyelesaikan masalah. Jika benar-benar ikhlas mahu bantu dan membela rakyat, maka tindakan perlu dilakukan sekarang. Saya mohon agar semua pihak yang bertanggungjawab seperti JKR, JPS, MADA, PBT dan lain-lain memberi jawapan yang jelas tentang masalah ini dan bagaimana pelaksanaan ini dibuat…
Minit lagi YB.
Sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Derga, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak-pihak berkuasa tempatan, Pejabat Daerah Kota Setar dan juga Pejabat Kewangan Negeri Kedah yang atas komitmen mereka mendengar keluhan rakyat serta bertindak menyelesaikan isu-isu yang dihadapi di kawasan Derga. Kerjasama dalam menyelesaikan isu-isu tempatan amat saya hargai bagi memastikan kesejahteraan penduduk DUN Derga sentiasa terpelihara. Terima kasih kerana sudi memberi perkhidmatan yang terbaik. Derga menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Kedah. Saya akhiri dengan Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Dan seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Kundor.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi. Seterusnya, sidang dewan sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Menjunjung kasih Tuanku Sultan Kedah di atas perkenan untuk menyampaikan titah ucapan perasmian DUN baru-baru ini dan saya mulakan ucapan perbahasan saya pada pagi ini untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah di atas pencapaian yang begitu gemilang. Negeri yang kecil tetapi pencapaian yang hebat, cita-citanya besar. Yang pertamanya, kejayaan Negeri Kedah menduduki tempat ke-4 dari segi pelaburan dalam negara yang mana turut disebut di dalam titah ucapan Tuanku dengan jumlah pelaburan masuk sebanyak 45.8 bilion berbanding 28.7 bilion bagi tahun 2023. RM 28.7 bilion itu banyak dah, tahun 2024 naik lagi dan juga Kedah mencatatkan pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan iaitu RM 32.6 bilion. Tahniah saya ucapkan pada kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya, saya nak ambil kesempatan dalam sidang dewan pada kali ini untuk mengangkat pengorbanan besar Kedah iaitu yang pertamanya Kedah menyumbang lebih 40% keperluan beras negara yang mana di sebalik sumbangan 40% keperluan beras negara itu iaitu sumbangan terhadap food security ataupun keterjaminan makanan negara. Disebaliknya ada pengorbanan, iaitu Kedah mengorbankan keuntungan komersial ke atas tanah 222 ribu hektar yang mana boleh menjana pendapatan yang jauh lebih besar. Ratusan juta, bahkan mungkin bilion jika diconvert ke sektor komersial. Tetapi, demi keterjaminan makanan negara, kita berkorban menyumbangkan lebih 40% beras negara. Yang keduanya, sumbangan besar kerajaan negeri Kedah kepada survival negara dan juga negeri-negeri berdekatan ialah melindungi kawasan tadahan air di hutan simpan Ulu Muda sebagai jaminan kelestarian air. Dua sumbangan besar ini Tuan Speaker, melibatkan keperluan yang begitu kritikal. Makanan dan juga air. Jadi, sumbangan berterusan kerajaan negeri Kedah ini saya harapkan sampai masanya, sudah tiba masanya untuk diberi perhatian yang sewajarnya dan mendapat perhargaan yang setimpal. Jadi YB. Tuan Speaker, itu mukadimah. Jadi, saya teruskan perbahasan saya dengan perkara yang pertama, iaitu saya merujuk kepada titah Tuanku Sultan di muka surat lima yang mana Tuanku Sultan memuji keprihatinan kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Yang menyediakan rumah kediaman kepada rakyat miskin melalui inisiatif Desa Sejahtera. Bagi saya Yang Berhormat Tuan Speaker, inisiatif Desa Sejahtera ini menunjukkan jelasnya hala tuju kerajaan negeri Kedah dalam soal membantu golongan miskin.
Sebelum ini kita ada, sebelum dan sekarang ini masih berterusan, kita ada inisiatif Beras Sejahtera. Saya ucapkan tahniah kepada EXCO berkenaan, YB. Merbau Pulas yang mana sumbangan Beras Sejahtera diberikan kepada rakyat setiap bulan secara konsisten. Di setiap DUN, tak kira DUN Kerajaan ataupun DUN Pembangkang semua rakyat menikmati sumbangan Beras Sejahtera, yang mana sumbangan Beras Sejahtera. ini adalah usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu kemiskinan makanan. desa sejahtera usaha kerajaan inisiatif untuk menyelesaikan isu kemiskinan tempat tinggal. Jadi, semakin nampak jelas hala tuju kerajaan ini. Saya petik kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mana masyarakat dahulu jika nampak begitu susah sekalipun, mereka sekurang-kurangnya ada tanah untuk dibina rumah. Jadi, paling tidak ada tanah untuk ada rumah, tak perlu menyewa dan sebagainya. Tetapi, pada hari ini jika kemampuan untuk memiliki rumah itu menjadi definisi sama ada seseorang itu miskin ataupun tidak maka ramai sekali golongan muda yang masuk dalam kategori miskin. Berapa ramai golongan B40, golongan muda pada hari ini yang tidak mampu untuk membeli rumah memiliki kediaman sendiri. Jadi, inisiatif kerajaan negeri yang mana di peringkat permulaan ini menyediakan 1,281 lot tanah untuk dimohon oleh rakyat merupakan satu inisiatif yang patut disokong oleh semua pihak. Jadi, saya harapkan di masa akan datang kerajaan negeri Kedah mampu untuk menyediakan pancing pula kepada rakyat, sebagaimana setakat ini kita berikan umpan. Ada masa ketika umpan perlu diberikan, sampai masa pancing pula diberikan supaya rakyat boleh berdikari untuk keluar daripada kemiskinan. Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, saya merujuk kepada titah ucapan Tuanku Sultan yang mana Tuanku menyebut hasrat Tuanku agar kerajaan negeri menyemak semula dasar dan peraturan agar kekal relevan dengan keperluan semasa. Di sini ada keperluan untuk pemegang-pemegang taruh, semua sekali yang berkaitan untuk duduk bersama mengkaji, berbincang mengenai apa sahaja peraturan dasar undang-undang yang berada di bawah kuasa kerajaan negeri perlu disemak semula. Undang-undang lama yang sudah lama tak ada apa-apa pindaan. Sekian lama tidak dipinda perlu dikaji semula, ditambah baik supaya kekal relevan dengan tahun 2025 ini ataupun kita gelar sebagai Undang-undang Lapuk. Isu Undang-Undang Lapuk ini bukan hanya isu negeri sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Tuanku Sultan di dalam titah ucapan Baginda. Tetapi, isu ini juga merupakan isu nasional yang mana saya memetik ucapan menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang, pada 12 Ogos 2024 pada masa ini sahaja ada lebih 3 ribu Undang-Undang Lapuk dalam negara yang mana perlu untuk dikaji semula dan ditambah baik agar kekal relevan dengan peredaran semasa.
Jadi, bagi menyambut baik titah ucapan Tuanku Sultan ini saya mencadangkan agar kerajaan negeri menubuhkan satu jawatan kuasa khusus bagi mengkaji undang-undang lama peraturan, dasar, apa sahaja yang berada di bawah bidang kuasa negeri yang sekian lama tidak dipinda. Kaji, perbaiki, adakan pindaan supaya sesuai dengan matlamat utama ia digubal. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin memberi perhatian khusus kepada perkataan hak negeri yang disebut di dalam titah ucapan Tuanku Sultan pada muka surat 2 ini yang mana Tuanku berhasrat supaya kita menyemak semula dasar dan peraturan agar kekal relevan dengan keperluan semasa demi kepentingan negeri terutamanya yang melibatkan hak sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dan Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks negeri ini, saya ingin mengingatkan bahawa perlunya kesungguhan di pihak penguatkuasa undang-undang negeri untuk bertegas sejak daripada awal dalam melindungi tanah-tanah kerajaan negeri daripada diceroboh untuk tujuan keuntungan. Kita kena elakkan situasi di mana tanah kerajaan negeri diceroboh tetapi yang mendapat untung cumalah satu pihak sahaja. Yang mendapat untung cumalah kapitalis tetapi kerajaan negeri rugi dan juga rakyat negeri Kedah lebih, tak dapat apa-apa daripada pencerobohan tersebut. Kita cuba sedaya upaya untuk elakkan situasi yang berlaku di Kedah. Saya yakin dan percaya bahawa penguatkuasa undang-undang di negeri Kedah ini telah melaksanakan yang terbaik. Tetapi tidak salah apabila Tuanku menyebut dalam titah ucapan Tuanku, kita mengambil pengajaran agar situasi yang berlaku di tempat lain tidak berulang di negeri kita. Janganlah sesekali kita menjadi pemerintah ataupun penguatkuasa yang hanya berani bertegas dengan rakyat biasa. Begitu tegas, begitu keras dengan pakcik meniaga petai. Begitu keras, begitu tegas dengan abang meniaga belon. Tetapi, surrender hilang taring apabila berhadapan dengan kapitalis penceroboh. Sidang Dewan sekalian, kita perlu sedaya upaya mengelak daripada perkara ini berlaku. Jangan sampai jadi sebab kita lihat apabila sekali berlaku susah nak diselesaikan. Seolah-olah begitu kebal, seolah-olah tak lut, tak dapat nak dilakukan apa-apa. Akhirnya, di pihak yang menyokong penceroboh pula menawarkan menjadi mediator menjadi orang tengah. Jadi, moga-moga saya harapkan situasi yang berlaku di Raub tidak akan sama sekali berlaku di Negeri Kedah. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, apabila menyebut tentang hak negeri saya berpandangan bahawa hak negeri bukan hanya perlu ditegakkan ataupun didapatkan daripada mereka yang tinggal di dalam negeri Kedah ini, tetapi juga mereka yang tinggal di luar negeri Kedah. Saya merujuk kepada isu pajakan Pulau Pinang. Saya berpandangan bahawa Kedah tidak boleh sama sekali berputus asa menggunakan apa sahaja cara yang ada, sama ada cara diplomasi maupun saluran undang-undang untuk mendapatkan nilai pajakan yang sesuai dengan value semasa,
nilai semasa. Yang mana bayaran pajakan ini dibayar sejak 1786 sampai ke hari ini, maka dah tiba masanya. Jika bukan hari ini, bila lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Untuk dinilai supaya bayaran itu padanlah dengan value tahun 2025 ini. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, tuntutan ini tidak sewajarnya disalah tafsir sebagai mempertikaikan perlembagaan ataupun nak dapat duit percuma dan sebagainya kerana ini adalah hak negeri dan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri yang memegang amanah rakyat untuk menuntut apa sahaja yang menjadi hak negeri untuk dipulangkan kembali kepada rakyat. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya saya merujuk kepada titah Tuanku Sultan yang mana Tuanku menyebut walaupun wujud perbezaan agenda dan ideologi, namun Tuanku yakin tentu ada persamaan terutama dalam mencorak pembangunan dan kebajikan rakyat bagi membentuk negeri yang lebih makmur. Saya yakin bahawa ucapan ini ada kaitan dengan konsep federalisme. Saya nak memetik ucapan Yang Berhormat Jitra, EXCO Pelaburan, yang mana EXCO mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menyelesaikan isu yang tertangguh sekian lama berkenaan dengan NOC. Sekian lama, akhirnya dapat diselesaikan, Alhamdulillah. Penantian yang membuang masa begitu lama sampai setahun kerana menteri yang tidak efisien perlu kepada campur tangan Perdana Menteri juga untuk selesaikan. Membuang masa, usaha untuk membangunkan negeri yang sepatutnya boleh dipercepatkan, menteri sepatutnya buat kerja dia tetapi apabila menteri tak buat kerja maka Perdana Menteri perlu masuk campur. Apapun kita ucapkan terima kasih, kita bersikap profesional. Apa yang baik kita hargai dan ini adalah bukti Yang Berhormat Tuan Speaker bahawa apabila kerajaan federal melaksanakan tanggungjawabnya, menunaikan hak negeri, bersikap baik, maka respon negeri juga baik. It takes two to tango. Sudah tiba masanya untuk kita bermuhasabah dan menilai kembali semangat federalisme dan kita meletakkan satu hala tuju yang jelas untuk hubungan ini. Kemana hala tuju federalisme yang kita nak dibawa? Adakah pertembungan politik yang tidak berkesudahan? Ataupun kita nak memanfaatkan federalisme ini sebagai jambatan untuk memberikan manfaat kepada rakyat? Jika federalisme ini difahami hanya setakat ketundukan negeri kepada Persekutuan, diam daripada sebarang kritikan, tidak kira apa sekali perlakuan pusat, perlakuan Persekutuan kepada kita, maka itu adalah satu kefahaman yang pincang terhadap konsep sebenar federalisme yang digariskan dalam Perlembagaan. Dan ia tidak menepati semangat federalisme yang sebenar. Persekutuan ada kerana negeri-negeri dan Persekutuan menikmati hasil daripada negeri-negeri. Jika tidak menikmati hasil daripada negeri-negeri, banyak mana sangat sahaja yang Persekutuan dapat. Bahkan kebanyakan cukai-cukai negeri-negeri ini dikutip oleh Persekutuan.
Jadi, federalisme yang sebenar memerlukan Kerajaan Persekutuan menunaikan haknya kepada negeri. Menunaikan hak-hak negeri. Lalu, negeri menghargai tanggungjawab yang ditunaikan itu. Dan sama-sama berusaha untuk membangunkan negara. Kedua-dua pihak perlukan komitmen dan pengorbanan. Tidak keterlaluan untuk saya membuat penilaian…
YB. Pengkalan Kundor. Boleh beri laluan. Silakan…
Terima kasih Tuan Speaker. Saya tertarik apabila Pengkalan Kundor menyebut tentang federalisme. Dalam ucapan saya semalam pun, saya dah menyentuh tentang kita sekarang ini perlu beralih daripada centralize federalisme kepada cooperative federalisme. Maknanya ada give and take. Kalau kita, segala cukai daripada kerajaan negeri melalui agensi-agensi Kerajaan Pusat dikumpul di pusat, maksudnya pusat pun janganlah berlengah-lengah. Ikut jadual yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan. Bagilah kepada negeri mengikut jadual yang telah ditetapkan ini. Tunggu sampai kena pergi minta, kena hujung tahun baru nak dapat ini. Menyusahkan pentadbiran di dalam negeri. Setuju dak Pengkalan Kundor? Terima kasih.
Terima kasih YB. Tokai.
Ini adalah kerajaan persekutuan menunaikan haknya. Jangan menyusah-nyusahkan negeri. Jadi seperti yang saya katakan tadi, it takes two to tango. Kedua-dua pihak perlukan pengorbanan. Kedua-dua pihak perlu berlaku baik. Jika federal buat baik dengan kita, kita pun akan respon baik. Di suasana kali ini pun sejuk sikit kan. Dia tak panas macam sebelum ini. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, tidak salah sekiranya kita buat perbandingan. Sebab saya baca berita, Ahli-ahli Yang Berhormat pun baca berita 20 April 2025, saya baca berita berkenaan dengan Sarawak. Perdana Menteri iktiraf Sarawak sebagai penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi Malaysia. Kemudian, saya baca lagi berita, Premier Sarawak menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju melaksanakan beberapa projek mega di Sarawak. Seterusnya pada tahun 2024, kita semua tahu tapi kita akan ulang. 2024, Kabinet meluluskan pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang dengan kos lebih RM1 bilion.
Ada masalah ke? Tak ada masalah. Bagi lah sebanyak mana pun nak bagi pada negeri-negeri lain. Tetapi jangan lupakan negeri-negeri lain pun ada sumbangan. Kedah ada sumbangan terhadap keterjaminan makanan negara. Terengganu ada sumbangan minyak. Janganlah sampai keterlaluan memberi kepada negeri-negeri lain tetapi ada sebahagian negeri-negeri lain tak bagi langsung ataupun terlalu kurang dan menyusah-nyusahkan pula apa yang menjadi hak negeri. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, di negeri Kedah kelulusan KXP antaranya yang patut diberikan hak. Pulau Pinang dapat pelbagai pembesaran lapangan terbang. KXP, Lapangan Terbang Kulim sampai hari ini tak dapat kelulusan antaranya. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, federalisme ini hubungan antara kerajaan negeri Kedah dan Pusat ini perlu dimuhasabah kembali. Perlu ditetapkan kembali hala tuju ini sama ada kita nak menyalakan pertembungan politik yang berterusan ataupun kita nak menjadikan ia sebagai jabatan yang memanfaatkan rakyat. Ini janganlah terlalu berlebihan kepada sebahagian negeri tetapi terlampau kurang dan terlampau jauh pula kepada negeri-negeri lain. Dan persoalan yang saya nak bangkitkan, adakah adil apabila ada sebahagian negeri yang tidak menerima hak-hak mereka seperti mana yang sepatutnya tetapi kemudian ditampal, dilabel sebagai mundur dan miskin apabila mereka tidak dapat bertanding di padang yang sama rata. Jadi Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi saya keperluan untuk memperbaiki hubungan federalisme ini adalah untuk kebaikan rakyat negeri Kedah, rakyat Malaysia dan juga untuk kebaikan kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Oleh itu Yang Berhormat Tuan Speaker, saya harap tiga isu yang saya bangkitkan, yang pertamanya berkenaan dengan penyelesaian ekonomi rakyat miskin, yang keduanya berkenaan dengan semakan Undang-Undang Lapuk dan yang ketiga, hala tuju baru federalisme akan membuka ruang kepada penyelesaian penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dengan itu saya menyokong penuh titah ucapan Tuanku Sultan pada kali ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat Bukit Lada. Dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ADUN-ADUN, khususnya Ketua-ketua Jabatan serta pemerhati yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala kerana diberikan kesempatan untuk sama-sama memberikan sedikit ucapan dan ulasan berkenaan dengan titah ucapan yang telah dilakukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam perasmian pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada kali ini. Pertama yang saya ingin sebutkan di sini ialah apa yang disebutkan oleh Tuanku Sultan tentang dunia ini adalah hijau dan dunia ini adalah manis yang disebut dan dipetik daripada hadis Nabi SAW. إِنه الد نْيَا حُلْوَة خَضِ رَة Manis dan hijau. Kalaulah kita menjadi seorang pemimpin, maka kita perlu ingat supaya apa yang Allah Subahanahu Wa Taala berikan kepada kita ini sebenarnya adalah ujian kepada kita semua. Janganlah terlalu manis. Kalau manis pun masalah juga kerana kemanisan dunia ini akan disoal dan ditanya oleh Allah Subahanahu Wa Taala. Inilah hidayah Al-Quran dan hadis yang dikemukakan oleh Tuanku Sultan. Itu yang pertama. Yang keduanya ialah kejayaan dan kecemerlangan pelaburan Kedah yang disebutkan oleh Tuanku Sultan, yang disebutkan oleh kebanyakan pembahas. Negeri Kedah mendapat tempat yang keempat. RM 45.8 Bilion pelaburan masuk ke negeri Kedah. Ini suatu kejayaan yang sangat besar dan kita mengharapkan supaya pihak pembangkang dan pihak kerajaan dapat melihat kejayaan-kejayaan ini dan saya tanya dalam soalan dalam buku jawapan dan saya mengharapkan semua pihak dapat membuka dan membelek sebanyak dua, daripada muka surat 23 sehingga muka surat 70, semuanya disebutkan tentang kejayaan selama setahun 2023 dan 2024 yang dilakukan oleh kerajaan kita. Saya nak sebutkan antara kejayaan yang kita berjaya lakukan untuk rakyat ini. Yang pertama ialah kita dapat membina dan dapat memperbaiki hampir seribu rumah. Kalau tengok dalam data itu sebanyak 967 buah rumah yang kita dapat bina pada tahun dan kita dapat memperbaiki pada tahun 2024. 967 buah rumah, 651 daripada agensi negeri dan agensi pusat, lebih kurang RM 11.9 juta. Kemudian, daripada zakat sahaja 316 buah rumah dan melibatkan kos sebanyak RM 16.4 juta dan kita boleh lihat daripada muka surat 23 sehingga muka surat 27, itulah kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri.
Saya mengharapkan semua pihak dapat membuka mata hati dan janganlah jadi mata lalat seperti yang selalu disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Contohnya dalam isu LRA, baru ini YB. Bakar Arang ada sebut yang di Bukit Selambau. Kalau ikut sebenarnya pengeluaran air daripada naik taraf pengeluaran air daripada 30 MLD kepada 70 MLD. Tapi disebutkan tadi 50 MED. Angka pun tak betul, sebut unit pun tak betul. LRA Bukit Selambau ini sediakan 30 MLD. Bila siap naik taraf projek tengah dilakukan dan dapat 70 MLD dikatakan lewat sehingga 500 hari. Tapi sebenarnya JKR telah menyatakan bahawa kemajuan kerja sehingga 15-04-2025 ialah 47% sebenarnya…
Tuan Speaker.
Sebenarnya 47.1% mendahului jadual 0.1%...
Tuan Speaker. Mohon celah.
Dan dulu. Haritu depa tak bagi dekat kita. Tak bagi noh…
Bagi laluan!
Haritu pun tak bagi. Duduk lah. Kalau kita profesional, kita bagi saja. Saya duk tengok tiga-tiga orang ni, bila orang nak campur dia tak bagi bercakap…
Semalam ada bagi orang bercakap.
Sepatutnya kalau kita bagi orang lain bercakap, jadi mudah saja kita boleh bercakap…
Semalam ada bagi Tuan Speaker…
Minta maaf YB. Bakar Arang, tak boleh…
Janganlah kata tiga. Saya bagi.
Ya ya ya. YB. Sidam ok, YB. Sidam ok. Mengkelia. Hahaha. Jadi, kita harapkan kalau kita nak bagi orang lain boleh bercakap, kita pun boleh bagi, tak ada masalah. Jadi, saya nak jawab balik saja. Jadi, InsyaAllah jadi kita harapkan bahawa kalau boleh fakta yang diberikan itu, janganlah kita ambil fakta daripada mana-mana pihak. Jadi ini fakta daripada pihak kerajaan negeri iaitu lebih kurang 47%, sebenarnya 47.1% mendahului jadual yang sebenar. Jadi InsyaAllah kita harapkan projek-projek yang kita, saya lihat ahli-ahli parlimen yang sepatutnya ahli parlimen kerajaan, pusat, patutnya memperjuangkan hak-hak negeri berada di pusat. Tapi, mereka juga mengeluarkan isu LRA Bukit Selambau, tapi sepatutnya saya harapkan kalau bolehlah kita di peringkat, apa nama, di peringkat negeri ini…
Tuan Speaker, mohon celah.
Seperti yang dititahkan oleh Tuanku Sultan iaitu kita perlu adil dan benar. Iaitu setiap pandangan…
YB. Bukit Lada. YB. Bakar Arang ada mintak laluan, nak bagi ka dak?
…mesti bersifat membina. Sat, banyak lagi ini…
Okay. Tak mau bagi laluan nah. Minta maaf Bakar Arang. Takdak laluan.
Kalau YB. Bakar Arang bagi lepas ni, okay kita bagi noh. Boleh dak YB. Bakar Arang? Hahaha. Jadi kita harap, kita pakat-pakat bagi orang mencelah. Okaylah kita boleh bangun. Saya tengok YB. Ayer Hitam bangun dua tiga kali, tak bagi. Saya pun boleh bagi sebenarnya. Jadi, kita perlu adil dan benar. Tuanku Sultan bertitah dalam muka surat 2 setiap pandangan dan kritikan. Mesti bersifat membina, mesti bersifat membina demi kepentingan negeri dan rakyat. Demi kepentingan negeri dan rakyat. Sepatutnya saya mengharapkan di peringkat pihak pembangkang yang mereka menguasai negara pada hari ini, sepatutnya memperjuangkan RTB yang ada di negeri Kedah ini. Yang menyebabkan kita terpaksa belanja lebih daripada RM 10 juta setiap tahun untuk menangani masalah banjir ini. Kita ada 8 RTB yang ada di negeri Kedah ini. RTB Jitra, RTB Anak Bukit, Pendang, Baling fasa pertama, fasa kedua, Sungai Bongkok, Bandar Baru, ada 8 RTB. Dan daripada 8-8 RTB ini, 4 RTB ini semuanya lebih masa. Kalaulah kita marah dengan LRA Bukit Selambau, berjuang, bercakap, kenapa RTB tak bercakap? Sedangkan projek RTB di Sungai Kedah Anak Bukit bermula 9 Mac 2020 dan tarikh siap 2023 tapi masih belum siap dan diberi EOT 26 Oktober 2025. Kenapa tak diperjuangkan 4 kali dah EOT diberikan. Begitulah juga dengan projek RTB Sungai Pendang Pakej 1 bermula April 2018 sepatutnya siap 29 April 2021. Sampai hari ini EOT diberikan 4 kali dah dan terakhirnya sehingga 29 Oktober 2025. Tapi kenapa tak bercakap? Kenapa kita tak bercakap? Ini menunjukkan bahawa kita hanya nak cari salah kerajaan negeri. Sepatutnya apa yang disebutkan oleh Tuanku Sultan ini iaitulah kita perlu berfikir untuk membina kepentingan negeri dan rakyat. Patutnya asobiah negeri ini kita kena cakap supaya kepentingan rakyat seperti Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita menyebutkan bahawa permohonan kita untuk kita dapatkan RM 200 juta menjadi jelapang negara. Walaupun baru ini pelan Malaysia cadangkan bagi RM 41 juta. Saya cakap syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kita bercakap-cakap akhirnya dapat RM 41 juta. Itu pun Yang Amat Berhomat Menteri Besar tak mahu, kita nak RM 200 juta. Kita perjuangkan lagi dan ini yang kita harapkan supaya semangat ini ada dalam jiwa semua adun-adun ini. Jangan melihat warna dan colour yang ada dalam sewaktu kita berada di dalam DUN kita ini. Itu yang keduanya. Yang ketiganya ialah Tuanku bertitah agar semua ADUN menyelami masalah keperluan rakyat. dan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri yang membelanjakan RM10.1 juta untuk mangsa banjir di negeri Kedah yang menghadapi empat kali banjir. Di tempat saya itu empat kali banjir. Tapi saya ucapkan terima kasih juga kepada Kebawah Duli Raja Muda, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda turun dan tanya kita. Kita duk sembang.
Dia kata ini nak buat macam mana? Nak buat macam mana? Lembut, cakap lembut. Nak buat macam mana ini? Dah empat kali dah banjir ini. Selagi tak selesai tebatan banjir itu, selagi itulah kita akan berada dalam banjir setiap tahun. Dan Pokok Sena sahaja, untuk jamuan makan sahaja, YB. Sungai Limau noh, RM 302 ribu untuk belanja makan di PPS tak termasuk di negeri. Saya tak ingat masuk satu negeri mungkin lebih daripada 3 juta. Yang keempat, dalam titah Tuanku Sultan, dalam surat 8, “Beta berharap institusi agama di negeri ini dapat mastikan agenda syiar Islam dapat ditegakkan berdasarkan fahaman yang benar”. Jadi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak-pihak masjid. Jadi kita nak tirulah Masjid Busyra, MADAD yang saya pun duduk besa pi masjid ni. Tapi pergi pula baru ni, masjid tu kecil ja. Masjid Buysra ni kecil ja dalamnya tu. Tapi MasyaAllah, dia punya program hidup. Jadi kita mengharapkan masjid-masjid ni dapat dihidupkan dengan aktiviti-aktiviti yang terbaik. Dalam ucapan saya ni, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada 3 masjid di DUN saya ni dan saya harap masjid-masjid lain boleh tirulah. Dalam masa setahun sahaja, satu masjid tu dia belanja hampir RM60,000. Nanti YB EXCO boleh pi lah, pi ziarah masjid tu. Masjid Sungai Durian. Masjid Sungai Durian yang membelanjakan RM59,800 setahun untuk kegunaan rakyat, kegunaan masyarakat, orang kampung. Berbagai-bagai program. Kemudian Masjid Jabi, Fathul Ariffin. RM41,000 dibelanjakan dalam masa setahun. Dan Masjid Ar-Rayyan, Kampung Bukit RM16,000. Masjid-masjid lain campur semua RM219,000 lebih dengan duit orang kampung. Duit sumbangan dibelanjakan untuk rakyat ataupun masyarakat kampung. Jadi ini syabas, kita mengharapkan pihak-pihak dapat macam disebutkan oleh YB. Tanjung Dawai tadi dengan YB. Kupang. Hat ada tauliah pun dia tak bagi mengajar ni, hat ni pelik ni. Saya harap boleh fikirlah kan. Saya mengajar sebelum jadi YB lagi. Tiba-tiba, kita pun tak boleh mengajar. Jadi kita rasa pelik lah. Saya tak pernah cakap bab politik. Tiba-tiba kita tidak dibenarkan untuk belajar. Jadi untuk mengajar, saya tak pernah sebut langsung lah. YB. Ayer Hitam ni pun tak pernah sebut. Tapi tiba-tiba kita yang ada taulih ni pun tak boleh mengajar. Jadi, InsyaAllah kita harap boleh diambil. Seterusnya adalah dalam kawasan. Boleh lagi YB. Tuan Speaker noh. Kejayaan pentadbiran kawasan Pokok Sena ni yang diketuai oleh Tuan DO. Saya ingat dia tak mai ni sebab ayah dia sakit masuk hospital. Tapi, Tuan DO mai juga. Terima kasih lah bagi semangat untuk kita nak bercakap pada hari ni. Dan saya nampak teamwork yang dibina oleh Tuan Tuan DO kita di Pokok Sena ni nampak ada kesan yang sangat baik. Semalam pun saya bila tengok Yang Amat Berhomat Menteri Besar hadir. Oh, kambing golek. Hahaha. Kemudian Datuk SS, Datuk Wira SFO, semua hadir untuk menjayakan program jamuan yang menggabungkan semua pihak termasuk ADUN, ahli parlimen.
Jadi, kita rasa kebersamaan dan saya mengharapkan kebersamaan ini wujud di semua daerah. Dan ada juga kawan-kawan daripada pihak kawan-kawan saya lah, ADUN-ADUN ni mai duduk sembang. Kami DO tak panggil pun. Bagi sumbangan duit RM500 sumbangan. Kita, Alhamdulillah Tuan DO panggil kita bagi juga untuk yang RM 500. Ini mileage politik. Yang mungkin pegawai-pegawai daerah ni tak nampak. Dia tak panggil pun takpa kan. Tapi YB-YB ni dia perlu hadir juga. Jadi kita mengharapkan kebersamaan ini wujud dalam semua di peringkat semua DUN, di semua daerah di negeri ini InsyaAllah. Dan yang seterusnya, saya duk tengok, Tuan DO kita ni dia rapat dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni. Saya ucapkan tahniahlah kerana program kadang-kadang mereka main badminton sekali. Yang duk heran, duk baru ni pula ni, tengok Yang Amat Berhormat Menteri Besar duduk main golf ni. Yang Amat Berhormat Menteri Besar duk main golf. Rupa-rupanya mungkin pasal kawan dengan Tuan DO kita lah. Dan pejabat pun ada main golf dalam bilik, DO kita ni. Jadi, mungkin dia tarbiah kot. Ha noh. Kemudian, dalam kawasan juga saya nak ucapkan syabas kepada Muhamad Muiz Ruzaini yang membawa imej Pokok Sena ni dan Malaysia iaitu mewakili Malaysia ke Expo Osaka di Jepun yang dijadualkan bermula daripada bulan April sampai Oktober. Enam bulan atau lima bulan noh Tuan DO berada di sana. InsyaAllah, Tuan DO pun boleh pergi kot. Boleh pi tengok bagaimana persembahan yang dilakukan oleh anak muda berumur 22 tahun ini mewakili Malaysia pi buat roti canai terbang yang baru-baru ini pada bulan 12 hari itu, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda, pergi makan di kedai tersebut. Kemudian, seterusnya Hard Rock Melon di Pokok Sena yang dijangka akan bermula dalam masa yang terdekat ini. Untuk tahun ini disasarkan 100 ribu pokok. Dan, InsyaAllah kita mengharapkan sasaran YB EXCO kita untuk nak wujudkan untuk setahun satu juta pokok. Sekali tanam 20 ribu. Sekali tanam 20 ribu untuk fasa ini untuk dapatkan 100 ribu dan lepas ini mungkin sekali tanam boleh tanam 100 ribu pokok. Dan setahun, kita menghasilkan sejuta pokok. InsyaAllah, Pokok Sena jadi pokok melon pula hari ini.
Bukit Lada boleh bersedia.
Okey okey nak habis. Sikit lagi ja. Dalam kawasan juga saya nak mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk Bandar yang baru. Alhamdulillah yang saya tiap-tiap tahun saya minta Datuk Bandar ini kalau boleh pi tengok di Pokok Sena ini, kami tak ada apa-apa. Lampu lip lap apa pun tak ada. Jadi, Alhamdulillah sebelum raya baru ini, Tuan Datuk Bandar dah pasang 23 unit.
Jadi, seronoklah kita jalan malam pun tengok lampu lip lap dan saya harap lepas ini boleh pasang lagi lah kan. Ke depan bagi lawa-lawa lagi. InsyaAllah. Jadi, saya rasa itulah yang dapat saya sampaikan. Masa pun dah cukup. Jadi, dengan ini saya menjunjung kasih titah ucapan Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Wa billahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Khop khun krap, no. Seterusnya ini saya menjemput, YB. Ayer Hangat tak bersama kita noh. Saya menjemput YB. Belantek. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman, ADUN Jeneri. Yang Berhormat Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang Berhormat sahabat-sahabat ADUN-ADUN sekalian. Tuan-puan, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Pesekutuan. Tuan-puan pegawai-pegawai daerah yang dihormati sekalian. Dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengikuti sidang dewan di mana saja Ahli-ahli Yang Berhormat berada. Dan sudah pasti tak dilupakan sentiasa di hati seluruh warga DUN Belantek yang mengikuti persidangan pada pagi ini. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan pada hari ini. Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertamanya, saya nak menyentuh tentang pelancongan desa dan eko pelancongan. Yang berhormat Tuan Speaker, Belantek memiliki alam semula jadi yang luar biasa. Kawasan hutan, sungai dan air terjun masih belum diterokai sepenuhnya. Ini adalah aset pelancongan luar bandar yang amat bernilai. Kalau Ahli-ahli Yang Berhomat pernah masuk ke kawasan DUN Belantek nun di atas sana masih menghijau. Yang Berhormat Tuan Speaker, oleh itu saya mencadangkan, satu, pembangunan pelancongan komuniti seperti homestay, eco tour dan kebun pelancongan. Yang kedua, latihan kepada penduduk tempatan sebagai pemandu pelancong dan pengusaha kecil. Yang ketiga, pemasaran produk pelancongan Belantek melalui agensi pelancongan negeri. Dan ini kita merujuk kepada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di muka surat 7 dan 8. Yang berhormat Tuan Speaker, Tahun Melawat Kedah, kita mengharapkan ia akan, ini Titah Tuanku, kita mengharapkan ia akan menjadi platform terbaik untuk meletakkan negeri Kedah sebagai destinasi pelancongan utama negeri dan negara. Dan para Yang Berhormat sekalian perlu lebih proaktif dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Kedah 2025.
Baginda menggesa agar produk pelancongan, sama ada di Tanah Besar atau di Pulau Langkawi ditambah baik dan dinaik taraf di samping mengenalpasti produk-produk pelancongan baru untuk diperkenalkan. Ini yang saya sebut tadi sekiranya ada produk-produk pelancongan yang telah ada dalam perancangan dapat dimajukan, dapat dibuka baru di kawasan Belantek. Dan kita dengar sendiri, Insya Allah, mungkin pintu sempadan akan dibuka semula di kawasan Belantek atau di sebelah timur Kedah. Jadi, ini satu impak motivasi yang cukup tinggi untuk kita meningkatkan ekonomi dan bukan sahaja di DUN Belantek…
Minta maaf YB. Tuan Speaker. Minta laluan, YB. Belantek.
…tetapi di DUN Pedu, DUN Belantek dan juga DUN Bayu. Tak sempat saya nak bagi. Takpa, silakan
YB. Bayu minta sikit tu.
Terima kasih YB. Belantek. Saya tertarik itu berkenaan dengan apa ini pintu sempadan. Hahaha. Sebab dia bangkit, saya kena bangkitlah. Jadi saya amat bersetujulah, saya mendapat clue-clue yang mengatakan, InsyaAllah pintu sempadan itu akan menjadi kenyataan. Tapi tak apa. Gajah pun kami ada bertukar. Kadang-kadang gajah daripada Bayu ke Belantek. Gajah daripada Belantek pun ke Bayu. Tapi, sekarang saya dapat maklumat, perbincangan di antara dua negara ini, dia memilih DUN Belantek. Maklumat yang saya dapat, tepat tak, tak tahu. Bagi saya, tidak ada masalah. Yang penting, pintu sempadan itu dapat dilaksanakan yang akan memberi manfaat kepada dua-dua DUN. DUN Belantek, DUN Bayu dan semua kawasan sekitar termasuklah Pedu yang akan menambah aktiviti ekonomi dan sebagainya. Dan pelancongan pun akan senang masuk. Kubang Rotan, pelancong daripada Thailand pun senang masuk untuk Tahun Melawat Kedah. Jadi, saya minta kalau boleh minta kerajaan Kedah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, percepatkanlah pelaksanaan itu. Terima kasih.
Terima kasih, YB. Bayu. Ya, kita mengharapkan InsyaAllah apabila sempadan dibuka dengan sempadan di Durian Burung yang sudah ada sekarang, dibuka pula di sebelah Belantek dan seterusnya akan memberi impak ekonomi yang cukup baik bukan sahaja kepada daerah Padang Terap, daerah Sik, juga daerah Baling, malah turun ke Kulim dan juga sampai Bandar Baru…
Pendang sebut sikit. Pendang pun jiran tu.
Oh, Pendang.Ya, baik YB. Tuan Speaker. Insya Allah, semoga ini memberi kesan yang cukup baik kepada kerajaan negeri Kedah. Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak menyebut lagi tentang Belantek Hijau dan Lestari. Pembangunan Belantek mesti dah mengambil kira aspek kelestarian. Kawasan hutan simpan dan sumber air perlu kita jaga. Hutan simpan dan tadahan air di kawasan Belantek dan kawasan hutan memang banyak, Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mohon agar semua projek pembangunan di kawasan ini diselaraskan dengan garis panduan dan alam sekitar dan mendapat pandangan komuniti setempat terlebih dahulu. Kadang-kadang perbincangan orang kampung perlu dibuat, perlu dibincang, mendapat sedikit idea dan apa-apa masalah di peringkat tempatan yang cukup penting Yang Berhormat Tuan Speaker. Apa yang rakyat mahu ialah keadilan pembangunan. Jalan yang baik, peluang pekerjaan, pendidikan untuk anak-anak mereka dan kehidupan yang aman dan sentosa di seluruh DUN Belantek. Jadi, moga pelan pembangunan Kedah akan benar-benar menjangkau ke kawasan luar bandar seperti Belantek yang agar tidak ada rakyat yang tertinggal ke belakang. Ini juga kita merujuk kepada titah Tuanku di muka surat 7 bagaimana Tuanku menyebut kerajaan perlu tegas untuk melindungi kawasan tadahan air di hutan simpan Ulu Muda sebagai jaminan kelestarian sumber air yang mencukupi dan selamat di samping menjamin pengekalan pelbagai spesies flora dan fauna dan kepentingan memelihara dan mengekalkan kelestarian alam sekitar seperti mana yang dipetik dalam Titah Tuanku dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya dunia ini hijau dan cantik dan Allah telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” Jadi, yang mana kawasan hijau, tak kira di sebelah mana sekalipun, di sebelah Padang Terap, di sebelah Bayu, di sebelah Pedu, Bayu dan Belantek masih hijau Tuan Speaker. Jadi, kelestarian ini cukup penting dan kita mengambil satu usaha yang penting untuk memastikan bahawa situasi win-win dengan izin menang-menang.
Pihak kerajaan negeri mendapat hasil yang sepatutnya, pihak orang kampung, pihak orang biasa, di akar umbi saya juga mendapat manfaat. Sama-sama memberi sumbangan yang terbaik untuk kemajuan negeri Kedah ini, Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya merujuk seterusnya kepada apa yang telah disebut oleh sahabat-sahabat ADUN yang lain iaitu pelaburan. Pelaburan ini cukup menarik saya nak sebut di sini. Saya nak sebut di sini secara lebih terperinci bagaimana telah disebut oleh sahabat-sahabat tadi. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah menyebut di muka surat 3, Kedah telah berjaya mencatat kedudukan tempat ke-4 dalam negara dengan jumlah keseluruhan pelaburan termasuk berjumlah sebanyak RM 45.8 bilion berbanding tahun 2023 sebanyak RM 28.7 bilion. Lebih jelas, saya nak terperincikan sikit, kita tengok kedudukan tertinggi jumlah dalam semua sektor, iaitu kita dapat nombor empat. Kedudukan pertama dalam sektor pembuatan iaitu RM 44.1 bilion. Dan komposisi pelaburan negeri Kedah ini, Yang Berhormat Tuan Speaker, pelaburan asing sebanyak RM 42.82 bilion, pelaburan domestik sebanyak RM 2.95 bilion. Bilangan projek sebanyak 223 dan peluang pekerjaan dijana sebanyak 9459 peluang pekerjaan yang dijana. Ini Yang Berhormat Tuan Speaker, menjadikan Kedah menyumbang 30% daripada keseluruhan pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada tahun 2024. Kita tengok sikit lagi Yang Berhormat Tuan Speaker, tadi jumlah pelaburan diluluskan 2023 RM 28.7 bilion, 2024 RM 45.8 billion, menakala dalam sektor pembuatan, 2023 RM 26.82 bilion, tetapi dalam 2024 pelaburan dalam sektor pembuatan sebanyak RM44.1 bilion. Mungkin semua angka-angka ini Ahli-ahli Yang Berhormat dah ambil. Tapi, saya nak sebut di sini, prestasi ini prestasi yang sangat memberangsangkan berpusat para sektor pembuatan. Dan di sini kita lihat lonjakan lebih 59.5% keseluruhan. 59.5% dan 64.4% dalam sektor pembuatan. Ini cukup membanggakan. Saya harap semoga rakyat negeri Kedah ini dapat mengikuti perkembangan pelaburan ini dengan baik. Paham baik-baik dan kita perlu ceritakan kepada semua rakyat. Jadi sahabat-sahabat kita tak kira, baik dari pihak pembangkang atau pihak kerajaan sendiri. Paham dan InsyaAllah kita turut membantu kerajaan negeri untuk menambah lagi pelaburan ini InsyaAllah. Dan kalau kita bandingkan Ahli-ahli yang Berhormat dengan prestasi negeri-negeri lain bagi semua sektor Kedah tadi RM 45.8 bilion, di bawah kita Pulau Pinang RM 32.0 bilion. Dan dalam sektor pembuatan pula Yang Berhormat Tuan Speaker, pelaburan sektor yang tertinggi bagi Kedah tadi RM44.1 bilion, diikuti oleh Selangor RM 18.8 bilion, ketiga Pulau Pinang RM 17.3 bilion, Johor RM 14.2 bilion dan Sarawak RM 6.0 bilion.
Jadi, usaha ini harus disokong dan diambil perhatian, diambil berat dan kita mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Amat Berhormat EXCO Perindustrian, EXCO Pelaburan sendiri dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberi kerjasama yang cukup erat untuk memastikan pelaburan ini terus bertambah. Saya masuk sedikit lagi Yang Berhormat Tuan Speaker kepada apa yang telah dititahkan oleh yang Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, iaitu Tuanku bertitah menyuruh supaya rakyat di negeri ini mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar. Tuanku berharap institusi agama Islam di negeri ini dapat memastikan agenda syiar Islam dapat ditegakkan berdasarkan kepada pahaman yang benar tanpa mengorbankan perpaduan sesama umat Islam. Dan pada masa yang sama agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Jadi, di sini saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah kita nak memastikan bahawa apa usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri ini perlu disokong. Perlu diberi sokongan yang baik dari seluruh peringkat rakyat. Dan kempen yang pertama, seperti mana yang kita tahu adanya kempen membaca Al-Quran di Wisma. Di Wisma Darul Aman sendiri pada jam 8.30 pagi diteruskan. Dan usaha ini sepatutnya diturunkan di semua-semua pejabat-pejabat daerah dan pejabat-pejabat di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Seperti mana telah disebut oleh yang berhormat EXCO tadi, usaha ini perlu diteruskan. Kemudian, untuk memastikan syiar Islam ini terus kekal, terus terpelihara baik, kita ingin melihat bahawa kempen sholat jemaah khususnya zuhur dan asar ini di setiap pejabat, di wisma, di pejabat-pejabat mana sekalipun mesti diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Dan seterusnya ialah kempen subuh berjemaah. Seperti mana kita pernah sebut dulu di sini atau telah pernah dipraktikkan iaitu kempen nak melihat bahawa subuh seperti Jumaat. Maka, usaha ini Yang Berhormat Tuan Speaker, perlu dihidupkan semula, perlu digerakkan semula untuk memastikan InsyaAllah akan diambil bahagian oleh seluruh rakyat negeri Kedah. Kita tahu apabila kita telah dapat melaksanakan solat subuh berjemaah, tak kiralah orang itu kerja apa, kerja motong ka, kerja pejabat ka, pangkat dia tinggi ka, pangkat dia rendah ka. Kalau dia memulakan hari dia itu dengan solat subuh berjemaah, InsyaAllah, Allah akan memudahkan urusan dia pada hari itu. Jadi, saya meminta sangat-sangat kepada usaha semua untuk sama-sama untuk membantu menjayakan, mengekalkan sampai bila-bila kempen-kempen sesuai dengan titah Tuanku untuk memastikan bahawa syiar Islam di negeri Kedah ini dapat dimartabatkan, dapat ditinggikan. Dan InsyaAllah, kita juga ingin melihat bahawa pentadbiran Islam di negeri Kedah ini tunjang kita adalah kepada pentadbiran Islam. Dan nikmat ini kepada semua termasuk bukan Islam. Kita pernah sebut di sini dalam dewan yang mulia ini,
بَلْدَة طَي ِبَة وَرَب غَفُور Iaitu, negeri yang selaras antara kebaikan alam dan kebaikan perilaku penduduknya.Maka, kita mengharapkan semua dua program-program yang telah dirancang ini akan mendapat manfaatnya semua sekali. Termasuk sekali kepada orang-orang yang bukan Islam. Apabila Islam menjadi bumbung, menjadi payung yang terbaik dalam ciri-ciri pemerintahan di negeri Kedah ini, InsyaAllah apa-apa jua kemudahan, bantuan, syiarannya akan dapat dirasai oleh semua dalam bagi seluruh rakyat negeri Kedah ini InsyaAllah. Yang berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil perhatian kepada isu perpaduan menjadi asas pada kestabilan dan kesejahteraan negeri Kedah yang kita cintai ini. Tuan Speaker, Negeri Kedah Darul Aman telah sekian lama menjadi contoh kepada keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum. Di bandar mahupun di kampung kita melihat masyarakat Melayu, Cina, India dan Siam dan pelbagai etnik lain hidup bersama dalam semangat toleransi dan saling menghormati. Namun, dalam menghadapi cabaran semasa seperti pengaruh media sosial, politik, kebencian dan gejala ekstrem kita tidak boleh berasa selesa. Perpaduan tidak boleh dipandang ringan dan ia mesti dipelihara, dipupuk dan dipelihara dari semasa ke semasa. Oleh itu, saya mencadangkan yang berhormat Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama, memperbanyak program integrasi belia antara kaum di semua daerah dan di peringkat negeri. Integrasi melibatkan belia, melibatkan beberapa kaum yang ada di negeri Kedah ini. Yang kedua, kita menyokong inisiatif pertubuhan belia dan NGO yang berperjuangkan nilai perpaduan. Bermakna NGO-NGO yang ada mesti bergerak, mesti diberi bantuan untuk mereka memperjuangkan nilai-nilai perpaduan. Dan yang ketiga, menyediakan peruntukan khas untuk program sukan rakyat dan festival budaya berbilang kaum. Mana ada ruang, ada peruntukan yang boleh diberi, maka ini dapat membantu untuk memastikan kejayaan dan keharmonian kaum di negeri Kedah ini, Yang Berhormat Tuan Speaker. Dan salah satu asas…
Belantek boleh bersedia untuk tamatkan.
Baik. Salah satu asas kepada perpaduan yang seimbang adalah keadilan sosial dan pembangunan yang seimbang. Apabila rakyat dari semua kaum merasakan mereka mendapat hak dan peluang yang sama, sama ada dari sisi pekerjaan, pendidikan atau perniagaan, maka kepercayaan dan keharmonian akan mudah dibina.
Jadi, kita mengharapkan InsyaAllah, apabila ada program, ada bantuan baik di semua DUN-DUN yang kita dapat kemudahan. Contohnya, Beras Sejahtera, Kedah Sejahtera yang mana juga melibatkan masyarakat India, Cina dan Siam. Semuanya dapat dibahagi sama rata, semuanya dapat diterima sama rata dan InsyaAllah, dengan ini sama-sama dari kita di seluruh negeri Kedah ini tanpa mengira kaum, sama-sama dapat memberi sokongan yang cukup baik kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah untuk terus memerintah negeri Kedah ini. InsyaAllah, Tuan yang Berhormat Tuan Speaker. Dengan itu, saya ingin menyokong, menjunjung kasih titah ucapan yang telah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni AlMarhum Sultan Badlishah pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-15 2025. Sekian, Wabillahi At-Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Wa Rahmatullahi Wabaraktuh.
Terima kasih Belantek. Seterusnya, YB. Anak bukit. Silakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Datuk Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, Dato’-dato’, Pegawai-pegawai Daerah, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan, Puan-puan yang saya hormati sekalian. Dalam Dewan yang Mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan, menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas titah Tuanku di dalam ucapan Majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-15 pada hari Ahad 20 April 2025 yang lalu. Rakyat Negeri Kedah amat beruntung sekali dapat bernaung di bawah payung pemerintahan Tuanku Sultan yang sentiasa mengalami berat terhadap segenap lapisan rakyat dalam negeri ini. Dalam titahnya yang lepas, Tuanku telah menyarankan supaya kami terus sentiasa peka dan proaktif untuk meneliti dan sentiasa menyelami keperluan rakyat jelata, terutama sekali berkaitan dengan bencana banjir telah berlaku di penghujung tahun 2024 yang melibatkan 10,000 mangsa terpaksa dipindahkan dan menjejaskan 16,000 hektar kawasan sawah padi.
Dalam Dewan Yang Mulia ini, saya juga amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah di atas keprihatinan serta usaha dan langkah yang efisien dalam menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada setiap ketua isi rumah yang terlibat dalam banjir baru-baru ini. Untuk maklumat Dewan Yang Mulia, kerajaan terpaksa membelanjakan, dalam isu banjir ini kepada mangsa-mangsa banjir iaitulah pada fasa yang pertama dahulu, iaitulah berlaku banjir dalam bulan 9, sebanyak RM3,621,000. Dan untuk fasa yang kedua, berlaku banjir dalam bulan 11, kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM6,553,000 yang melibatkan ketua isi rumah 16,727 keluarga. Banyak, Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau tengok dari segi banjir ini, kita belanja ini duk ada 10 juta untuk bagi kepada ketua isteri rumah. Jadi bagi saya, maksud kata banjir ini, terpaksa fikir ataupun kita kena pandang amat serius. Yang Berhormat Tuan Speaker, saban tahun kita selalu berdepan dengan banjir. Banjir ini berlaku di semua daerah. Di daerah Padang Terap, daerah Kubang Pasu, daerah Kota Setar, daerah Pendang, daerah Sik, Baling, Bandar Baru. Yang melibatkan semua DUN. Daripada DUN Pedu, DUN Kuala Nerang sampailah ke Bukit Kayu Hitam, sampailah ke Jitra, sampailah ke Bukit Lada, Bukit Pinang, Anak Bukit, Suka Menanti, Kota Darul Aman, Kubang Rotan. Kesemua. Kesemua kita terlibat. Yang melibatkan kerosakan harta benda yang melibatkan jutaan ringgit. Jadi, semua ini, apabila berlaku banjir ini salah satu penyebabnya adalah semua yang ada ini berdekatan dengan sungai. Dulu ini kita tak pernah dengar di Bukit Kayu Hitam ni banjir. Dulu ini kita tak pernah dengar di DUN Jitra banjir. Tapi sekarang ini, sejak-sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan kesemua DUN-DUN yang terlibat itu mengalami banjir yang besar. Jadi bila macam itu, kita perlu fikirlah secara serius tentang banjir yang berlaku dalam negeri kita. Kenapa boleh berlaku macam ini? Kita pun nak kena tanya juga orang yang terlibat dalam sungai. Terutamanya nelayan darat yang turun hari-hari menjala, mencari ikan. Antaranya ialah disebabkan sungai kita ini, sungai Kedah ini, sungai Padang Terap ini, semakin lama, semakin cetek. Dia bukannya lama-lama kui dalam, dak. Makin lama, dia makin cetek. Sebab apa dia cetek? Sebab di antaranya ialah pokok-pokok yang hanyut, yang banyak di tengah-tengah sungai yang menghalang aliran air sungai itu sendiri. Sebab itulah kalau air daripada Pedu turun sekali pun, dia sangkut. Dia sangkut ke semua. Dan perdu-perdu pokok yang jatuh ke dalam sungai apabila air besar. Jatuh, sampai ke tengah sungai. Tebing-tebing sungai yang runtuh akibat arus deras. Pembuangan sisa-sisa kumbahan dan pencemaran sampah yang banya serta kumbahan daripada ladang ternakan dan loji-loji yang berdekatan dengan sungai. Mendapan lumpur dari pembuangan air sawah padi. Banyaklah ni. Saya ingatlah sepanjang saya lah, saya pun dilahirkan di Anak Bukit berdekatan dengan sungai.
Saya ingat, sungai Kedah ni tak pernah lagi lah ada projek mendalamkan sungai. Sepanjang ingatan saya. Tak ada lagi. Yang kita tahu air bah. Dulu ni, air bah kalau kita tengok di kampung-kampung daripada Bukit Pinang sampailah kepada di muara Kuala Kedah kalau kata ayat sungai tu naik ada kampung yang tak tenggelam. Ada kampung yang tak tenggelam. Pasal dia tinggi. Ada yang tinggi. Tapi sekarang ni, bila sebut kata air hujan, air turun daripada Padang Terap, semua kampung, tak ada satu kampung pun yang berada di tepi sungai yang tak tenggelam. Semua kena. Bermaksud kata, aliran air yang mai ke dalam sungai ni daripada Pedu, daripada sungai Sintok tu sendiri, tak dapat menampung dalam sungai Kedah tu akibat daripada cetek. Jadi, dalam sidang Dewan Yang Mulia ni, saya nak sebut daripada muara Kuala Kedah, sampailah ke sungai Pelubang yang lebih kurang panjangnya 35 kilometer dan kedalaman sungai yang ada dalam sungai Kedah tu hanyalah di antara 2 hingga 5 meter saja dalam. 2 hingga 5 meter saja dalam. Kalau dulunya sungai Kedah tu dalamnya di antara 10 hingga 12 meter tapi, sekarang ni sungai Kedah tu hanyalah kedalamannya hanyalah 2 hingga 5 meter saja. Kalau tak Ahli-ahli Yang Berhormat turun pergi sempadan antara daerah Kota Setar dan Kubang Pasu, di Kepala Batas. Yang Berhormat Jitra, ukur dalam sungai tu, tak sampai 2 meter Yang Berhormat. Macam mana air nak sampai? Macam mana air boleh turun mai, nak menampung sungai utama dalam negeri Kedah? Yang sepatutnya sungai tu, air tu dia boleh menampung di antara 10 hingga 12 meter dalam. Tiba-tiba dia boleh menampung hanya air dalam 5 meter sahaja. Sebab itulah, bila arus-arus air terlalu banyak, dia terus air ni ke kampung-kampung. Kampung-kampung yang berdekatan. Kan? Sampailah dia melimpah kepada taman-taman perumahan. Sebab apa? Sebab sungai kita cetek. Kalau dulunya, sungai Kedah yang dalam, tapi sekarang ni sungai Kedah sudah cetek. Air besar daripada sungai Padang Terap dan sungai Sintok tidak dapat lagi menampung air yang alir kepada sungai Kedah tu sendiri. Sebab cetek. Sebab itulah bila berlaku cetek, kita dengar berlakunya bah dalam bandar Alor Setar. Dalam bandar Alor Setar. Jadi macam-macamlah isu lah yang kita dengar berkaitan dengan bandar Alor Setar ni. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam titah ucapan Tuanku ada menyebut hampir 10 ribu mangsa banjir terpaksa dipindahkan dan…
Terima kasih Tuan Speaker dan YB. Anak Bukit. Saya tertarik dengan hujah daripada Anak Bukit tentang ceteknya sungai. Sekian lama sungai mengalir dengan beban yang tidak di tangani. Setahun lamanya sungai cetek daripada 10 ke 15 meter tinggal 2 ke 5 meter kedalamannya. Kalau 2 meter itu saya lalu itu mungkin tak dalam sangat lah. Kalau 8 meter tinggi, mungkin boleh gagah-gagah jinjat lagi.
Boleh seberang sungai daripada Anak Bukit ke Jitra. Cuma saya nak minta pandangan Yang Berhormat Anak Bukit lah. Cara kita untuk mengatasi ataupun nak menangani ni, kecetekan sungai ni. Saya rasa ada dua cara. Pertama, kita dalamkan sungai tu kembali dengan satu usaha yang berterusan ataupunber sepadu dengan keadaan pusat dan negeri ataupun pihak yang bertanggungjawab. Yang kedua kita mungkin boleh tinggikan bank dia ataupun tebing dia tu. Tebing dia kan. Mungkin payah, mungkin kos tinggi ataupun kita tinggikan tebing dia tu supaya dia, air bila mana dia tak melimpah ke kampung-kampung. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan dua cadangan ni? Ataupun kita cuma fokus satu cadangan sahaja? Untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat supaya masalah banjir ni tidak berterusan di tahun-tahun akan datang yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menangani.
YB. Pengkalan Kundor minta sedikit.
Alang-alang YB. Ayer Hitam cakap tadi. Saya pun nak ambil kesempatan. Tadi, YB. Anak Bukit sebut, antara salah satu punca sungai cetek yang menyebabkan banjir ni adalah sisa kumbahan dan juga sampah sarap. Jadi, saya pernah sertai gotong-royong dengan penduduk ni. Kerusi pun orang buang dalam saliran air ni. Jadi kalau kebiasaan masyarakat buang sampah di merata-rata ni termasuk dalam saliran air ni, mungkin rakyat tak sedar boleh menyebabkan musibah yang lebih besar. Mungkin YB. Anak Bukit setuju dengan saya perlunya satu usaha untuk kesedaran yang berterusan lah untuk masyarakat ubah tabiat tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya setuju dengan pandangan YB. Ayer Hitam iaitulah di antaranya adalah yang pertama, memperdalam sungai. Yang mana disarankan oleh YB. Ayer Hitam. Dan yang keduanya ialah menjaga tebing-tebing. Membina tebing-tebing yang boleh dikatakan banyak tempat tebing-tebing runtuh. Bila tebing runtuh, dia bawa perdu-perdu pokok jatuh, duduk dalam sungai tak pergi mana-mana. Dan yang ketiganya ialah kualiti air. Kualiti air kita. Kualiti air kita terjejas. Akibat daripada yang mana disebut oleh YB. Pengkalan Kundor tadi, pembuangan sampah sarap dan juga pembuangan sisa-sisa kumbahan. Bila berlaku macam itu, bukan kata takat kerusi meja, tilam, peti ais duduk dalam sungai. Banyak. Kalau tak percaya naiklah bot, tengok macam mana. Kan?
Jadi, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sepanjang daripada Ampang Jajar sampailah kepada Pelubang. Sebab saya duduk naik bot, saya tahulah. Kedalaman sungai Kedah ini berbeza-beza. Ada yang dalam, di Ampang Jajar dalam yang lebih kurang dalam lima meter. Di Pumpong, dalam yang lebih kurang dalam empat meter. Di belakang Istana Anak Bukit, dalamnya empat meter. Tapi makin lama naik-naik, kui jadi empat meter, tiga meter, dua meter. Kedalaman dia. Berbeza. Dia juga berada dalam kelompok-kelompok. Disebabkan oleh salah satunya, perdu-perdu pokok yang jatuh dalam sungai dan juga pokok-pokok hanyut yang menghalang aliran air. Pi lah kalau tengok, inilah di antara sukatan-sukatan itu juga maklumat-maklumat yang kita terima daripada kumpulan-kumpulan nelayan darat. Kalau dulunya kumpulan nelayan dia guna jala, panjangnya sepuluh kaki untuk nak tebar. Nak menjala udang galah, ikan dalam itu semua. Tapi lani tak payah lah pakai sepuluh kaki. Pakai lima, enam kaki dah cukup. Sampai lah ke dasar…
Anak Bukit, selain pada sungai ini, ada benda lain lagi tak? Kalau ada benda lain tolong cepat sikit sebab saya nak minta... YB. Anak Bukit berhenti. Selain pada sungai. Ada lagi tak?
Ada, ada…
Ada? Kalau ada sambung hat lain pulak.
Baik, baik. Baik Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker. Dalam titah ucapan Tuanku Sultan ada menyebut, hampir 10 ribu mangsa banjir terpaksa dipindahkan. Dan hampir 16 ribu hektar kawasan sawah padi terjejas. 16 hektar. 16 ribu hektar kawasan sawah padi terjejas itu bukannya sikit. Banyak. Luas tu. Semalam disebut oleh YB. Kota Siputeh. Dia kata di DUN dia sebanyak 15 ribu hektar. DUN Siputeh sahaja. Kawasan sawah padi dia duduk ada dalam lima belas ribu hektar. Yang ni, 16 ribu hektar. Bayangkan tengok dalam 16 ribu hektar ni, ni bahasa kita lah. Kalau bahasa orang kampung ni, kalau kita tukar ke 16 ribu hektar padi ni ditukar ke relong Kedah sebanyak 55 ribu relong yang terjejas padi. 55 ribu relong yang terjejas. Dan setiap relong tu, kalau tanam padi tu pak tani dapat pendapatan di antara satu hingga dua tan metrik. Jadi, dengan keadaan terjejasnya 55 ribu relong padi ni, maksud kata padi tak boleh dikeluarkan hampir daripada 100 ribu tan metrik.
Sedangkan, beras adalah makanan utama rakyat Malaysia. Kita terkenal dengan negeri Jelapang padi. Hatni ni bukan takat masalah di peringkat, bukan kata kerajaan negeri sahaja, Kerajaan Pusat pun terpaksa ambil serius berkaitan dengan masalah banjir ni juga. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Dewan Yang Mulia ni saya ingin mencadangkan bagi mengatasi bencana banjir yang semakin parah ni, kerajaan perlu mengadakan satu pelan pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan sungai Kedah. Ia perlu diadakan untuk tempoh jangka pendek dan juga jangka panjang. Demi untuk mengelakkan kerosakan harta benda rakyat, tanaman padi dan kerosakan-kerosakan yang melibatkan kerugian berjuta ringgit setiap tahun. Pelan yang menyentuh tentang suatu permulihan, pembersihan, pemuliharaan, penjagaan dan juga pembangunan sungai dengan beriringan dengan pelan pembangunan Kedah 2035. Yang Berhormat, Tuan Speaker, dalam Dewan Yang Mulia ni juga, apabila disebut oleh YB. Bukit Lada tadi bahawa kita tak lari daripada banjir ni adalah Rancangan Tebatan Banjir yang sampai sekarang tak kesudah. Salah satu dia adalah Rancangan Tebatan Banjir di sungai Anak Bukit. Bayangkan tengok, daripada Jitra sampailah ke Kubang Rotan. Sepanjang lebih kurang dalam 14km kalau tak silap saya. Kalau tak silap. Air bertakung dalam tu. Tak boleh nak alir ke laut. Apa akan jadi kepada orang kampung apabila tebing runtuh. Lama dah. Saya cakap ni berdasarkan pada keselamatan orang kampung. Sebab baru-baru ni berlaku banjir, ada dua tebing runtuh. Dia terbuka di sebelah Alor Melintang. Air turun dengan deras. Air melimpah terus. Sampailah kepada kampung Kubang Teduh yang tak pernah ada sampailah kepada kampung Matang Kong. Jadi, ini melibatkan keselamatan. Keselamatan kedua kampung yang daripada Jitra sampailah kepada Kubang Rotan. Ya YB. Kubang Rotan noh. Itu satu. Yang kedua projek ni terlalu lama. Yang tak pernah diendahkan. Dan apabila ditanya oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Kedah dalam sidang Parlimen tahun 2023 “bila projek ni akan siap?”. Lalu, dijawab dalam Parlimen tu, projek RTB Sungai Anak Bukit ni siap pada bulan 10 tahun 2025. Tapi sekarang ni dan dijanjikan juga jalan Sungai Baru titi tu siap bulan 4, jalan ke Kuala Sungai tu siap bulan 6 dan siap sepenuhnya bulan 10 tahun 2025. Tapi sekarang ni, pekerja pun takda. Jentera berat pun takda. Macam tu lah sekarang, YB. Kota Darul Aman. Inilah yang berlaku. Dan diantaranya adalah tentang keselamatan kampung. Dalam projek ni dia ada tatacara keselamatan. Projek ni ada tepi jalan, dia juga projek ni berada dalam kampung tidak ada konsep keselamatan. Tebuk ataupun kita kata buat tapi tidak ada tanda-tanda keselamatan. Banyak berlaku kemalangan dan ada juga yang kereta jatuh ke dalam sungai. Jadi, saya harap lah …
YB. Anak Bukit…
Kepada agensi-agensi terbabit tolonglah tengok keselamatan…
Waktu kecederaan dah habis. Dah habis dah waktu kecederaan. Okay.
Dah habis dah. Sabar sat noh. Yang Berhormat Tuan Speaker. Dalam Dewan Yang Mulia ini jugalah saya mohonlah, kerisauan yang berlaku kepada orang-orang lama iaitulah tentang satu pertandingan permainan warisan. Di negeri Kedah, ia sudah mula dilupakan. Antara yang menarik minat kepada semua pangkat umum iaitulah pertandingan tersebut, pertandingan Perahu Panjang. Banyak duk mai tanya sebab kami orang tepi sungai. Bila nak buat pertandingan Perahu Panjang ni? YB. Alor Mengkudu? Saya sebutlah dalam dewan ni. Yang Berhormat Tuan Speaker. Dalam kesempatan ni, saya menadah tangan memohon doa pada Allah SWT supaya Kedah ni dilimpahkan rezeki yang luas dan mendapat rahmat Allah SWT di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah serta di bawah kepimpinannya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah serta sama-sama kita dapat mengekalkan negeri ini sebagai sebuah negeri yang berkebajikan. Saya akhir kata, saya menyokong penuh serta menjunjung kasih di atas ucapan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dalam Majlis Persidangan Dewan Undangan Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah. Sekian. Wallahualam.
Ok. Terima kasih YB. Anak Bukit. Seterusnya, kita menjemput YB. Bukit Selambau.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdu Lillahi Rabbil Alamin, Salatu Was Salamu Ala Ashrafi Al Anbiya’i Wal Mursalin Nabiyyina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’in. Rabbishrah Li Sadri, Wa Yassir Li Amri, Wahlul Uqdatan Min Lisani, Yafqahu Qawli. La Hawla Wa La Quwwata Illa Billahi Al-‘Aliyyil-‘Azim. Yang saya hormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Yang berhormat-berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang berhormat-berhormat Adun Ketua-ketua Jabatan, kepada pemerhati yang saya hormati sekalian.
Pertamanya, Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada tengah hari ini tampillah giliran yang diberi peluang oleh speaker untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini…
15 minit ya? 15 minit.
Terima kasih. InsyaAllah belum sampai 15, saya akan berhenti. Saya akan beri peluang pada YB. Lunas. YB. Lunas bisik dari pagi tadi sampai tak sat. Bagilah kat dia sikit. Atas sifat kata kawan setia, InsyaAllah walaupun seminit kita bagi…
Sikap itu yang kita nak.
Terima kasih. Tadi kita dengar perbahasan di antaranya banyak menyentuh, sebagai contoh YB. Tanjung Dawai dan juga YB. Bukit Lada berkaitan dengan LRA Bukit Selambau. Sedangkan LRA Bukit Selambau tu duk pada saya, dalam kawasan DUN saya tapi YB. Bukit Lada ambil peranan. Terima kasih bantu menjawab kedudukan fakta yang benar. Yang ini amat penting. Oleh kerana dalam keadaan yang sedemikian Tuanku sudah pun bertitah pada hari perasmian, kita berbahas mesti berdasarkan pada fakta yang jelas. Jangan persepsi supaya membuat suatu keadaan yang tidak selesa dan tidak tenang dalam negeri Kedah. Yang ini amat penting. Ini bukan cakap kosong, titah sultan yang perlu kita patuhi InsyaAllah. Daripada awal kita berbahas, berdasarkan kepada ucapan titah sultan sehingga sekarang maka sudah tentulah titah tersebut menjadi satu panduan untuk kita meneruskan perbahasan secara harmoni dan tepat. InsyaAllah. Yang ini benda yang kita rasa kadang-kadang, Dewan Yang Mulia bawa persepsi yang tidak tepat dari sudut fakta membawa pada satu fitnah. Kita maukah dewan ini jadi satu tempat untuk kita menaburkan fitnah kepada yang duk ada pada hari ini…
Tuan Speaker, mohon mencelah. Bukan calang-calang orang yang duk ada ni. Pentadbir-pentadbir…
YB. Bukit Selambau.
Di antara Yang Amat Berhormat Menteri Besar, EXCO-EXCO, Ahli Dewan menggubal dasar kerajaan negeri. Yang ini kita kena sedar. Tak bagi. Duduk. Beberapa kali kita minta, dia tak bagi maka kita tak bagi. Masa mencemburui dalam perbahasan saya. InsyaAllah. Saya janji nak bagi sikit dekat YB. Lunas. Jangan takut YB. Lunas. Tapi takkan bagi saja kut. Luar ada kira-kira. InsyaAllah. Jadi apa yang disebut sebentar tadi menunjukkan bahawa pencapaian dalam LRA ini mengikut kaedah dan proses yang sudah ditentukan. Maka, kita di antara rakyat dalam negeri Kedah yang mahu kepada satu perubahan supaya air ini berjalan dengan lancar dengan proses dan peraturan yang sudah ditentukan oleh pihak yang berwajib. Sepatutnya kita rakyat Kedah yang senatiasa akan menerima nikmat daripada kerja tersebut, kita menyokong saja. Jangan duk cari pasal. Macam kata tadi, duk jadi mata lalat. Sepatutnya jadilah mata. Tolong sambung kan mata apa pun. Saya tak mahu sebut. Cerdik belaka duk ada ni. Jadi sudah tentulah benda-benda yang sedemikian, tak bolehlah kita nak lari daripada kita selaku rakyat Kedah yang mesti menyokong di antaranya kemajuan pembangunan yang akan dilakukan oleh kerajaan dan yang sedang dilakukan oleh kerajaan. Kita rakyat siapa? 02 Ahli-ahli Yang Berhormat. 02 tu Kedah la. Kalau yang hat lama, hat baru baru dia dah 02. Yang Berhormat Tuan Speaker yang saya hormati, rasa macam ada chance. Tapi apa pun Ahli-ahli Yang Berhormat, YB-YB sudah memperbahas sekian banyak berdasarkan kepada apa yang sudah pun dititah oleh Sultan. Saya akhir ni tak berapa ada apa-apa dah, YB Speaker. Tapi, saya InsyaAllah sudah pun diberi tugas untuk sedikit ucapan berdasarkan kepada apa yang sudah pun diputuskan iaitu berkaitan dengan perpaduan. Daripada dulu sampai sekarang, tajuk tak pernah berubah. Dia bagi perpaduan juga kali ini pun. Saya duk berasa nak bahas lain tapi tak apa. Walau bagaimanapun, perpaduan merupakan benda asas kepada keharmonian yang perlu kita realisasi dan menjadi tonggak kepada, InsyaAllah kejayaan sebuah negeri. Ini amat penting oleh kerana kalau kita sebut, InsyaAllah perpaduan kalau betul-betul kita laksanakan dan kita hayati maka tidak akan timbul sebarang kepincangan dalam kerajaan negeri dan rakyat dalam negeri Kedah. InsyaAllah. Jadi, perpaduan bukanlah suatu retorik atau retorik politik ataupun yang hanya dilaungkan ketika krisis semata-mata. Ia adalah tiang seri kepada pembentukan sebuah negeri yang stabil, sejahtera dan juga maju. Dalam konteks Kedah, perpaduan ini bukan hanya antara kaum semata-mata tetapi juga antara daerah serta sosial dan juga pahaman politik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menekankan perpaduan nasional bukanlah suatu retorik semata-mata tetapi adalah teras kepada kestabilan pembangunan dan keharmonian sosial Kedah. Dengan anggaran penduduk 2.22 juta orang pada tahun 2024, merupakan negeri yang mempunyai pelbagai etnik yang unik. Walaupun Kedah terkenal sebagai negeri majoriti Melayu dan Islam, realitinya kita hidup bersama dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Ada komuniti Cina yang giat dalam sektor perniagaan. Masyarakat India yang cekal dalam perkhidmatan dan perladangan. Serta masyarakat Siam yang menjadi sebahagian daripada identiti budaya dalam negeri ini. Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, Bumiputra membentuk 80.9% daripada penduduk, kaum Cina 11.8%, India 6.1% dan lain-lain etnik termasuk komuniti Siam dan Orang Asli menyumbang 1.2%. Keamanan ini bukan datang secara automatik dalam perpaduan, ia hasil daripada kepimpinan negeri yang matang, masyarakat sivil yang bertanggungjawab dan nilai agama serta adat yang menekankan toleransi dan kasih sayang dibawah kepimpinan kerajaan negeri hari ini. Kita lihat banyak usaha perpaduan berjalan secara organik, dari program masjid ke program NGO, dari aktiviti kampung ke platform media social. Sebagai contoh, kerajaan telah meluluskan reserve certificate iaitu RS untuk tapak 8 buah kuil Hindu di negeri ini. Setelah permohonan dan proses penelitian yang panjang, perkara ini membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak meminggirkan hak dan keperluan komuniti bukan Islam. Sebaliknya, mengiktirafkan kedudukan mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat majmuk dalam negeri Kedah. Kita tidak lupa di kalangan golongan muda. Golongan muda merupakan aset masa depan. Kita mesti galakkan penglibatan belia dalam aktiviti rentas kaum seperti sukan, ekspedisi alam dan kem kepimpinan agar wujud interaksi yang melangkaui batas kaum dan agama. Saya mencadangkan agar kempen ‘Kita Anak Kedah’ diterajui oleh NGO dan belia tempatan dengan sokongan penuh kerajaan negeri, kempen ini boleh membawa mesej perpaduan ke sekolah, IPT, pusat komuniti dan media sosial. Dalam era digital, media sosial bukan sekadar hiburan, ia adalah medan naratif. Oleh itu, kisah kejayaan perpaduan seperti perniagaan berbilang kaum, kejiranan yang harmoni dan kerjasama antara komuniti mesti dikongsikan secara aktif. Saya menyarankan agar media tempatan memperkenalkan segmen mingguan khas yang menampilkan kisah budaya, sejarah dan tokoh pelbagai etnik di negeri ini. Ini bukan sekadar mendidik, malah membina empati dan kepahaman saling budaya. Perpaduan bermula dari atas. Kepimpinan negeri dan tempatan mesti tunjuk teladan dengan majlis perayaan semua kaum yang dibolehkan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali. Deepavali ini di kalangan masyarakat India, mereka sudah diberi kepahaman bagaimana di kalangan kita selaku wakil rakyat yang beragama Islam boleh menghadiri beberapa acara dan tidak dibenarkan oleh agama kita beberapa acara mereka. Ini sudah pun diberi kepahaman khususnya di Bukit Selambau.
Oleh karena baru ini, di kalangan India yang sudah pun menjemput saya dalam satu program iaitu Thaipusam. Saya kata yang ini sorry. Sorry saya tak boleh pergi, kalau saya pergi. Bahaya bagi diri saya. “Cukup YB, saya sudah faham”. Sudah cukup mereka memahami bila mana satu program yang boleh kita hadiri Bersama, ada program yang tertegah atau melarang untuk kita bersama dari sudut agama. Yang ini perlu diberi kepahaman kepada masyarakat yang bukan Islam supaya mereka memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Yang bolehnya di antaranya bila kita buat program, depa bagi sumbangan kepada kita, yang tu awal lagi boleh. Belanja RM5,000, dia bagi RM5,100 boleh tak? Boleh? Speaker angguk lah dia pun banyak Siam di sana. Itu di antara benda yang kita rasa, InsyaAllah perpaduan yang akan kita wujud, yang sedang kita lakukan akan diberi kerjasama yang baik. Hormat menghormati antara satu sama lain akan berlaku khususnya dalam negeri kita. Inilah rahsia perpaduan. Ini rahsia, Insya Allah Kedah akan kehadapan bagi negeri-negeri lain bila perpaduan sudah pun dipahami dan dilaksanakan oleh semua rakyat dalam negeri kita. InsyaAllah. Speaker yang saya hormati, sedikit, cukup dak lagi? Nak berhenti dah ni? …
Kata nak bagi dekat YB. Lunas.
Pemimpin yang menjejak kaki ke semua komuniti. Walaupun kecil bilangannya akan menjadi lambang kesatuan dan keprihatinan dalam masa yang sama. Dasar kerajaan negeri juga mestilah adil dan saksama kepada semua kaum tanpa ada yang rasa terpinggir, pada masa-masa yang tertentu. Akhirnya. Habis sungguhlah. Nak bagi sungguhlah dekat YB. Lunas? …
Lagi satu minit.
Mungkin akhirnya, pada sidang Dewan yang pertama, saya sudah pun menyuara rasa gelisah dan hendak sesuatu daripada keprihatinan, perhatian daripada kerajaan. Saya mempunyai pengundi yang cukup ramai berbanding dengan DUN-DUN yang lain termasuk sahabat saya daripada YB. Lunas. 80 ribu lebih pengundi kami. Peruntukan yang diberi adalah sama. 30 pengundi dalam satu daun dapat peruntukan yang sama. Bagi kami, 82 ribu, sama peruntukan. Yang menyebabkan kami untuk menunaikan tanggungjawab atas nama wakil rakyat, kadang-kadang tidak kesampaian. Supaya sekali lagi, benda tersebut dijadikan perhatian khusus untuk meletakkan kepentingan kepada pengundi yang lebih bagi DUN-DUN tertentu, diberi perhatian khusus.
Yang ini cuma tak terbit air matalah. Nak mai raya, kami pun teruk. Dah mai puasa, kami pun teruk. Back to School, kami pun teruk. Tiga program besar bagi tahun, bagi sebelum ini, Back to School, Sambutan Ramadan menghadapi raya puasa. Tiga perbelanjaan yang memerlukan kepada peruntukan yang bukan calang-calang. Hat yang 30 ribu pengundi pun rasa teruk, bayangkan 82 ribu pengundi buat masa dan ketika ini, tentu dah lebih azab dalam erti kata sebenar. Bagi perhatianlah sikit dalam kes-kes yang macam ni. Bukanlah kita minta sangat, tapi keperluan. Bukan untuk peribadi. Peribadi cukup dah. Belanja sehari RM100, Insya Allah cukup dah. Belanja rumah RM 50, duit minyak RM 50, RM 100 cukup. Kalau rumah 2 dia Tak dak belanja MKK pagi-pagi tak dak?
Lagi satu minit.
Boleh juga. Gagah-gagah “OT”, agak 2 bulan setengah sekali. Tu pun kira jumaat. Boleh. Jadi saya, sebelum saya mengakhiri ucapan, saya mengucap ribuan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat di antaranya SADA, MPSP, Sungai Petani ini, JKR, yang lagi yang JPS, TNB, yang senantiasa memberi kerjasama ketika mana kita memerlukan sesuatu daripada mereka. Alhamdulillah, kerjasama dapat kita lihat menyelesaikan masalah secara bersama. Alhamdulillah sekali lagi, terima kasih kepada yang terlibat. Sebagai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat, marilah kita galas amanah ini dengan ikhlas dan tekad demi menjadikan negeri Kedah bukan sahaja maju tetapi bersatu hati dan harmoni. Akhirnya, saya menyokong dan menjunjung kasih di atas titah ucapan Tuanku pada hari perasmian. Wallahu'alam. Wa aqulu qawli hadha, wa astaghfirullaha li walakum.
Terima kasih YB. Bukit Selambau. Cuma hasrat YB. Bukit Selambau itu nak bagi masa dekat YB. Lunas tak tercapai sebab dah lebih. Jadi, seterusnya saya menjemput YB. Guar Chempedak.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, nikmat untuk semua. Alhamdulillahi Rabbil Alamin Was Salatu Was Salamu Ala Ashrafin Anbiyai Wal Mursalīn. Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajmain. Rabbi Shrahli Sadri Wa Yassir Li Amri Wahlul Uqdatan Min Lisani Yafqahu Qawli.
YB. Guar Chempedak. Jap noh. Saya duk perhati tadi. Ada dua tiga di kalangan kita, Yang Berhormat kita yang saya rasa kita perlu buat pembetulan sikit… Bila kita nak address Tuanku, kita kena betul-betul. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Kadang-kadang kita duk sebut Tuanku, Sultan, apa semua itu jadi tak berapa nak elok. Kita address betul-betul, yang penuh sebab ada dua lagi ni kut. Mungkin kalau nak address dekat Tuanku, address penuh. Kalau nak address kat Raja Muda pun bagi penuh. Ha noh. Saya minta tolong lah. Kemudian, satu lagi sebab masa kita terhad. Kita akan berhenti jam 1 dan kita ada dua orang lagi. Jadi, nak kena pakat, pakat betul-betul. Kemudian, kalau boleh apa perkara yang dah dibangkitkan oleh YB sebelum ni, kita tak perlu bangkit dah. Kita bangkit yang belum lagi. Nah. Teruskan YB. Guar Chempedak.
InsyaAllah, YB. Tuan Speaker. Terima kasih di atas peringatan yang diberikan. Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, seterusnya para hadirin yang berada di Dewan Yang Mulia ini termasuk tetamu yang masih setia berada sampai saat ini. Yang Berhormat Speaker, izinkan saya untuk membahas titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, selaku Raja Pemerintah yang menaungi Negeri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, telah perkenan menitipkan pedoman kepada Dewan Yang Mulia ini agar terus menyuarakan pandangan yang membina demi kepentingan negeri serta rakyat selain terus memperkasakan peranan semak dan imbang perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. Untuk itu, saya akan cuba menjunjung titah tersebut sebaiknya dalam perbahasan saya hari ini. Yang Berhormat Speaker, bermula 20 Januari 2025 yang lalu, setelah secara resminya Presiden Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru, di dalam ucapan rasmi sulungnya, beliau telah berikrar untuk merombak semula sistem perdagangan global demi kepentingan Amerika Syarikat. Bermula daripada itu, beberapa siri arahan eksekutif, atau dengan izin dikenali sebagai Executive Order telah dikeluarkan oleh beliau bagi mengenakan tarif import ke atas barangan yang masuk ke Amerika Syarikat. Ia memang menjadi satu kebiasaan bagi negara-negara mengenakan tarif ke atas satu-satu barangan untuk mengawal ekosistem-ekosistem domestik masing-masing dan agar berdaya saing.
Kebiasaannya, kenaan tarif ini dilakukan dengan kajian yang teliti dan cermat agar membawa kesan menang-menang ke atas ekonomi negara tersebut dan negara yang didagang. Namun, apa yang dilakukan oleh Presiden Trump ini di luar kebiasaan aturan ekonomi dunia atau di luar tabi'i. Tarif yang dikenakan begitu tinggi, melulu, rambang serta buta kawan dan lawan. Tindakan ini membawa kepada situasi dialami hari ini yang dikenali sebagai Perang Tarif. Tindakan kenaan tarif yang tidak munasabah ini secara langsung bakal mengakibatkan negara sukar untuk berdagang antara satu sama lain. Saya percaya, jika Perang Tarif ini terus menjana momentum terutamanya oleh negara perdagangan utama seperti China dan Amerika Syarikat, tidak lama ianya akan merebak ke seluruh dunia. Negara-negara akan mula mengamalkan dasar tertutup berbanding dasar terbuka yang diamalkan oleh kebanyakan negara termasuk negara kita, Malaysia. YB. Jitra dalam jawapannya semalam menyatakan tahun hadapan Kulim Hi-Tech Park yang menjadi permata perdagangan negara serta negeri akan menyambut ulang tahun yang ke-30. Dan hasil daripada kepentingan perdagangan dunia ini, Kulim Hi-Tech Park menjadi subur dan diburu oleh para pelabur dan dari seluruh pelusuk dunia. Jika situasi Perang Tarif ini semakin merebak, semakin memburuk, di mana memang kita jangkakan akan menjadi lebih parah, Kedah dengan 29% janaan ekonomi disumbang oleh sektor pembuatan yang amat bergantung kepada import dan eksport akan turut terkesan. Tarif yang dikenakan kepada Malaysia oleh Presiden Trump pada kadar 24% adalah antara terendah selepas Singapore dan pengecualian tarif terhadap barangan elektronik yang diberikan memang ianya memberi sedikit kelegaan. Kita mungkin boleh mendapat manfaat jangka singkat daripada ketentapan ini. Namun, hal ini bersifat sementara, rapuh dan tidak menentu seperti pengumuman tarif yang dibuat oleh Presiden Trump sepanjang 3 bulan yang lalu juga bersifat sementara, rapuh dan tidak menentu untuk Kedah berdaya tahan sebagaimana yang diharapkan oleh gagasan The Greater Kedah, kerajaan negeri perlu menyesuaikan diri dengan situasi semasa dan situasi yang akan datang. Sebagai perumpamaan, bagi saya tidak salah jika seorang nelayan membela ikan di dalam kolam apabila laut bergelora. Apabila lautan ekonomi global sedang bergelora, kita perlu beralih arah kepada ekonomi domestik seperti pertanian, industri perkilangan tempatan, pelancongan domestik serta ekosistem perniagaan yang ditunjangi oleh rakyat tempatan. Mengambil contoh negara Kanada yang dahulunya merupakan sebuah rakan dagangan Amerika Syarikat, kini setelah dikenakan tarif 25 peratus, telah beralih arah dengan pantas mengubah haluan dengan memperkasakan ekonomi domestiknya dengan mengamalkan prinsip Buy Canadian iaitu membeli barangan Kanada tersendiri. Iaitu satu prinsip untuk menggalakkan rakyatnya membeli barangan keluaran negaranya sendiri berbanding membeli barangan terutamanya daripada Amerika Syarikat.
Yang Berhormat Speaker, dengan situasi perang tarif ini, persoalan yang perlu kita teliti kini adalah, apakah kita boleh terus selesa dengan ekonomi terlalu bergantung kepada tawaran dagangan negara luar? Apakah akan terjadi apabila negara-negara lain tidak mahu menerima barangan keluaran kita? Apakah akan terjadi jika negara-negara lain tidak mahu terus mengeksport barangan seperti beras dan keperluan asas lain kepada kita? Persoalan ini perlu dijawab bagi menentukan hala tuju dasar ekonomi negeri. Yang Berhormat Speaker, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada team Pelaburan Negeri Kedah yang diterajui oleh YB. Jitra di atas kejayaan mengemudi sektor pembuatan negeri sehingga berjaya mencatat jumlah pelaburan keempat tertinggi dalam negara bagi tahun 2024 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM45.8 bilion. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih juga pada YB. Kota Darul Aman yang mengiktiraf, yang menyanjung usaha-usaha yang dijalankan team YB. Jitra dan ianya akan lebih rancak lagi atau lebih banyak lagi pelabur-pelabur yang akan datang sekiranya KXP dapat diberi kelulusan dengan cepat. Sekarang, ianya tersangkut kerana Aerodrome. Aerodrome ini adalah orang kata apa, pengawalan kapal terbang untuk take-off atau memulakan penerbangan. Ini juga telah diubah dan disesuaikan mengikut yang diminta oleh pihak-pihak yang tertentu. Tetapi, ia mengambil masa yang lama sampai sehingga hari ini belum diluluskan. Nak jumpa pun tak mahu. Buat perjumpaan pun sakit. Jadi, disini kita memerlukan kerjasama daripada pihak Persekutuan untuk sama-sama kita membangunkan ekonomi negeri yang mana ia memberi impak kepada negara. Sepertimana yang dikatakan oleh YB. Pengkalan Kundor tadi, dimanakah semangat federalisme yang kita amalkan? Kerana kerajaan negeri Kedah termasuk antara 9 negeri yang mempunyai sultan yang bersetuju memindahkan kuasa untuk pemerintahan kepada pusat. Tetapi, Pusat harus bersikap adil dan jujur untuk sama-sama membela dan memberi peruntukan kepada negeri Kedah. Ternyata kecekapan mengatur langkah serta komitmen jitu ditunjukkan telah membuahkan hasil yang lumayan. Dan kita berharap Persekutuan dapat mempelajari daripada kesungguhan team kerajaan negeri Kedah ini dalam mempromosi pelabur-pelabur untuk masuk. Walau bagaimanapun, iklim pelaburan dan perdagangan mulai tahun ini telah berubah hampir 180 darjah berbanding tahun lepas. Untuk itu, strategi pelaburan negeri turut perlu berubah. Jika kita meneliti prestasi pelaburan domestik negeri dalam tempoh kebelakangan ini, hampir setiap tahun peratusannya tidak menjangkau lebih daripada 5%. Berbanding pelaburan luar yang mendominasi lebih 95%. Keadaan ini adalah baik sekiranya ekonomi dunia mengizinkan dan menyokong perdagangan bebas. Namun, keadaan sebaliknya sedang berlaku. Ini tiba masanya kita beralih arah untuk memperkasakan sektor pembuatan domestik.
Jika kita tidak memberi tumpuan kepada pemain industri dalam negara, besar kemungkinan mereka ini akan kalah dalam persaingan dengan pemain industri antarabangsa yang mempunyai modal yang lebih besar.
Guar Chempedak
Silakan.
Boleh ya? Baik, YB. Guar Chempedak, Tuan Speaker. Ada dua perkara. Yang pertama sekali yang disentuh berkenaan dengan tarif Trump. Bercakap tentang tarif Trump ni, kita boleh nampak bila mana Perdana Menteri dia banyak menyentuh peranan dalam konteks ASEAN semata-mata. Tapi, kita tak dengar lagi bila mana disebut oleh Perdana Menteri untuk nak memainkan peranan dalam dunia Islam. Untuk tarik OIC (Organisation of Islamic Cooperation). Sebab memang kita tahu bahawa kita perlu mencari potensi rakan dagang yang lain. Rakan dagang yang baharu. Kita ada BRICS. Tapi, sebenarnya potensi dunia Islam dengan produk-produk yang ada, yang boleh diketengahkan. Malah untuk kita mengikat emas sebagai satu nilai dagang kita juga dengan hari ini nilai emas dah naik itu adalah perkara yang cukup-cukup baik yang perlu ditinjau. Yang itu yang pertama sekali. Nak tanya pandangan YB. Guar Chempedak. Yang kedua berkenaan dengan, tadi disebut tentang KXP dan juga pintu Northern Corridor ini. Orang kata kedah kita ini sendiri sebagai pintu untuk pelaburan. Kita pun tahu bila sekarang di Thailand mereka dah mula buat, orang kata jalan darat itu. Laluan darat untuk potong segenting Kra itu. Yang mana akan melumpuhkan Singapura sebenarnya. Dan mana dari segi ekonomi juga, kewangan juga kita akan mengambil kesempatan dekat situ. Baru-baru ini, kemarin sahaja Perdana Menteri sekali lagi, ada di Thailand mengumumkan bahawa akan dapat RM 1 bilion pelaburan untuk eksport. Ruang eksport. Tapi, malangnya kita tengok kalau kata KXP ini tak dibuat, tak ada ruang sepatutnya kedah ini menjadi pintu. Akhirnya, kat mana sebenarnya yang tempat kita nak letak ruang pelaburan ini sebenarnya. Itu apa pandangan YB. Guar Chempedak.
Terima kasih YB. Kota Siputeh. Sebenarnya, Perdana Menteri kena mai bincang dengan Kedah dalam isu-isu ini. Sebab kedah juga mempunyai idea-idea yang bernas untuk sama-sama kita membangun. Kita tak kena kedekut. Cuma sekarang ni, orang tak mahu mai berbincang dengan kita. Tu saja. Sebenarnya, di Kedah ini punya ramai
pakar-pakar dari segi ekonomi dan sebagainya. Kalau kita tengok yang menerajui GLC dan sebagainya sebelum-sebelum ni adalah yang mereka-mereka daripada Kedah.Termasuk juga salah seorang itu daripada saya. Mohon maaflah, kemarin YB. Kota Darul Aman sebut pasal continental. Ya, saya bersama continental daripada 2001 hingga 2007 sebelum saya berhijrah ke Indonesia…
YB. Tuan Speaker.
Ya, YB. Sidam. Masa tak cukup ni. Seminit. Seminit.
Terima kasih. Sekejap saja. Sikit ja. Terima kasih, YB. Tuan Speaker Speaker. Tadi saya tertarik dengan apa yang YB. Kota Siputeh kata, saya rasa adakah YB. Kota Siputeh dan juga YB. Guar Chempedak setuju kalau mengikut plan yang dicadangkan ialah Kedah mempunyai, akan menaikkan pelabuhan Sanglang. Jadi, saya rasa itu walaupun tidak ada dalam perbincangan Perdana Menteri, saya rasa perlabuhan Sanglang itu ada berpotensi. Jadi, adakah Tuan YB. Guar Chempedak setuju dengan kenyataan ini? Terima kasih.
Terima kasih YB. Sidam. Sebenarnya kita bersetuju. Apa yang saya bangkitkan di sini sebenarnya adalah kerjasama yang lebih dan memberi tumpuan dan mempercepatkan proses. Bukan seperti Kulim Hi-Tech, notice of change dengan izin NOC (No Objection Certificate) mengambil masa satu tahun. Dan kita sudah kehilangan masa. Masa itu emas. Kita tidak mahu ketinggalan. Itu yang kita maksudkan. Sebenarnya, apa yang disetujui atas, di bawah tak berlaku…
Boleh sikit lagi?
Saya takda masa dah…
Sikit saja. Nak perbetulkan saja. Berkenaan NOC adalah seperti yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Rasa-rasa itu adalah berkenaan dengan status tanah saja…
Saya berharap macam ini YB. Sidam. YB. Sidam, cuba buka sikit pandangan lebih luas. Sebab kita tak mahu cakap dia berbohong. Kita menjaga juga…
Ya, betul lah tu. Jadi, oleh kerana status tanah…
Kita menjaga keaiban apa, status apa kita jaga. Sebenarnya, cerita yang sebenarnya lebih jauh daripada itu. Jadi, saya berharap YB. Sidam dapat check fakta yang sebenar. Ok…
Ini adalah, betul-betul, ini adalah fakta dari Menteri.
Tidak ada masalah bagi kita kalau YB. Sidam juga jadi bridge, jambatan untuk antara negeri dengan Persekutuan. Sebab titah Tuanku adalah yang kita junjung. Ok. Kita boleh sambung selepas lunch. Antara strategi yang boleh ditumpukan adalah dengan menyediakan insentif khas kepada pelabur domestik serta menyediakan tanah-tanah industri berskala kecil dan sederhana yang lebih sesuai dengan kehendak industri pembuatan domestik. Bukanlah saya menghalang penumpuan kepada pelaburan luar, namun pelaburan dalaman tidak boleh diketepikan, terutamanya dalam tempoh genting ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, selain sektor pembuatan, sektor pertanian yang merupakan sektor ketiga terbesar bagi negeri Kedah dengan sumbangan sebanyak 10.7% turut perlu diberi tumpuan memandangkan ini adalah kekuatan asas kepada ekonomi negeri dan juga negara. Kalau kita lihat ketika tempoh COVID-19 yang lalu, kita dapat lihat apabila ekonomi semua negeri di Malaysia mengalami penguncupan. Kedah menguncup pada kadar yang paling minima. Hal ini ekoran sektor pertanian yang bertumpukan kepada pengeluaran makanan iaitu beras terus berjalan tanpa henti berbanding sektor lain yang dikenakan sekatan. Begitu juga apabila dunia mengalami kekacauan global dan dikenakan sekatan, kita perlu memperkasakan sektor pertanian dan makanan negeri. Pertama, agar ianya bertindak sebagai safety net ekonomi negeri dan kedua sebagai food security apabila negara lain tidak mahu mengeksport beras kepada Malaysia. Jika rombakan aturan perdagangan dunia sedang dibuat, kita juga tidak boleh berdiam diri dan turut perlu melakukan rombakan besar-besaran terhadap industri padi negeri.
Saya percaya dibawah jawatankuasa tetap pertanian yang diterajui oleh YB. Suka Menanti sedang rancak memperkasakan agenda padi dan beras negeri dengan didukung kuat oleh gagasan The Greater Kedah serta agensi seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan lain-lain agensi. Saya menyokong penuh usaha ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah turut menyentuh program Tahun Melawat Kedah 2025. Jika dalam sektor pembuatan, Kulim Hi-Tech Park menjadi mahkota negeri, manakala dalam sektor pelancongan, Langkawi juga merupakan mahkota. Sejak akhir-akhir ini, kita dapat perhatikan terdapat satu macam onar yang dibawa oleh sesetengah pihak untuk memburukkan Langkawi dengan pelbagai persepsi. Kononnya, Langkawi tidak mesra pelancong dan juga mahal berbanding tempat lain sebagai contoh negara seberang, Thailand dan Indonesia. Saya percaya ini tidak benar sama sekali. Namun, kita tidak dapat melawan api dengan api. Persepsi hanya boleh dipulihkan dengan pembuatan dan tindak tanduk yang strategik, bukan melalui petikaman lidah. Untuk itu, saya menyokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang menggesa agar Pulau Langkawi dan Tanah Besar terus diperkasakan melalui peningkatan tahap kecekapan infrastruktur dan juga jaringan pembuatan pelancongan. Saya ingin mengucapkan penghagaan kepada Kedah Tourism dan bahagian perancang ekonomi negeri, BPEN yang dilihat berusaha keras untuk mempromosikan Kedah sebagai destinasi pilihan pelancong… (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Guar Chempedak.
Saya cari tempat nak landing. Billboard Experience Kedah boleh dikatakan ada di merata penjuru setiap daerah. Saya turut teruja apabila semua jabatan mula mengenakan cetakan Experience Kedah di dalam surat rasmi serta cetakan lain seperti kain rentang, baju dan sebagainya…
YB. Guar Chempedak, tolong bagi laluan kepada Yang Amat Berhormat, Menteri Besar.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a), Peraturan-Peraturan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya sidang pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya setuju dengan usul yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Menteri Besar tersebut. Sekian, terima kasih. Teruskan, YB. Guar Chempedak sehingga pukul 1 dan kita akan tangguhkan sehingga pukul 2 petang. Terima kasih.
Usaha yang bersifat Low Cost, High Impact ini patut disokong oleh semua pihak. Syabas saya ucapkan. Sebagai tambahan, saya ingin mencadangkan agar pejabat Kedah Tourism masa kini yang terletak dalam compound INSPIN dinaiktaraf tempat tersebut menjadi selain pejabat, turut bertindak sebagai pusat informasi pelancongan negeri Kedah sebab kedudukan yang begitu strategik. Yang berhormat Speaker, sebagai penutup bicara tak cukup 5 minit, sebenarnya tadi dah skip dah. Nak pi balik macm duk kata lah. Sebagai penutup bicara dan cadangan penyelesaian kepada kekacauan ekonomi global yang sedang melanda dunia, suka ingin saya ketengahkan prinsip Kedah Untuk Malaysia. Prinsip Kedah Untuk Malaysia adalah prinsip yang mengutamakan ekonomi domestik. Ekonomi domestik negeri perlu diperkasakan dengan menjadikan negeri Kedah sebagai pengeluar kepada keperluan dalaman negeri dan juga negara. Sebabkan itu salah satu soalan saya kepada YB. Kubang Rotan berkenaan dengan beberapa usahawan-usahawan yang telah berjaya kita bawa hingga ke pasaran dunia. Ini soalan bertulis, YB. Kubang Rotan. Dalam pelancongan, kita sediakan langkawi dan tanah besar. Dalam industri, kita sediakan tapak kepada pemain industri tempatan. Dan dalam pertanian, kita sediakan keperluan makanan segera negara. InsyaAllah, dengan keikhlasan jentera pentadbiran kerajaan negeri dan berkat doa seluruh rakyat negeri Kedah, Kedah akan terus kekal berdiri di bumi ini. Dengan itu akhir sekali, saya dengan ini menjunjung kasih titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Masyarakat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-15.
Terima kasih YB. Guar Chempedak. Seterusnya, saya menjemput YB. Lunas. Tetapi, saya akan hentikan pada jam 1 dan YB. Lunas boleh sambung balik dalam 2.30. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nasta'inuhu, Wa Nusallimu 'Ala Rasulihil Karim, Wa Mani Ittaba'ahu Bi Ihsanin Ila Yaumiddin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya rasa ini ucapan paling ringkas, 3 minit sebelum kita berhenti untuk berehat. Baik. Naik ke balai membawa berita, Bertitah Tuanku di singgahsana, Menjunjung kasih titah bermakna Jadi pedoman rakyat jelata.
Yang Berhormat Speaker, terlebih dahulu saya menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman kerana telah berkenan menyampaikan titah ucapan perasmian sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-15. Titah Tuanku amat bernilai tinggi dan penuh hikmah. Ia menjadi panduan dan pedoman kepada seluruh ahli dewan dalam mengubal dasar, membahas isu-isu rakyat serta memastikan kemajuan dan kesejahteraan negeri tercinta. Yang Berhormat Tuan Speaker, menjunjung titah Tuanku saya ingin menegaskan bahawa peranan Ahli-ahli Yang Berhormat bukan sekadar hadir dalam dewan, tetapi juga membawa suara rakyat di peringkat akar umbi. Titah Tuanku mengingatkan kita agar semua perbahasan dilakukan secara ilmiah, melandaskan fakta dan tata susila serta mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi. Justeru itu, wakil rakyat yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab ini perlulah selalu turun bertemu dan mendampingi rakyat. Kita tidak boleh dilihat menjadi wakil rakyat secara bermusim. Hanya ada pada waktu-waktu tertentu dan hilang selepas itu. Kita tidak boleh menjadi sebegitu kerana kita dibayar elaun ataupun dibayar menggunakan wang hasil cukai dan dibayar secara tetap setiap bulan dan bukan dibayar bermusim. Hanya dibayar, baru kita turun.
Yang Berhormat Lunas akan diberi peluang pada pukul 2.30 nanti…
Terima kasih. Saya dengan ini menangguhkan dulu sidang kita dan akan disambung pada jam 2.30 petang.
[Sidang Dewan disambung pada jam 2.30 petang]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Dewan disambung semula dengan usul menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah. Dipersilakan Yang Berhormat Lunas.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasulihil Karim Wa Man Tabiahu Bi Ihsanin Ila Yaumiddin.
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Sambung balik kepada perkara yang saya utarakan tadi. Tentang titah Kebawah Duli Tuanku Baginda Sultan Negeri Kedah.
Ada beberapa perkara yang Tuanku gariskan dalam titah tersebut. Antaranya melibatkan soal peranan dan tanggungjawab wakil rakyat itu sendiri. Sebagai wakil rakyat, kita diberikan amanah oleh rakyat. Apabila kita menang sahaja dalam pilihan raya, tanggungjawab kita adalah meliputi keseluruhan rakyat yang kita wakili dalam Dun tersebut. Tak kira sama ada mereka mengundi kita ataupun tidak. Sebelum ini, kita perlu laksanakan tanggungjawab, menjalankan amanah, menyelesaikan, berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di kawasan yang kita wakili. Wakil rakyat tidak boleh hanya, wujud apabila ia ataupun sesuatu isu itu berlaku secara bermusim. Wakil rakyat perlu berkhidmat secara terus dan sentiasa berada dalam kawasan Dun dan juga membawa isu-isu serta memperjuangkan isu-isu yang melibatkan rakyat di kawasan yang diwakili.
Kadang-kadang, mungkin kita terlepas pandang soal tanggungjawab ini ataupun kita mungkin berasa selesa. Saya ingatkan ini juga kepada diri saya. Sebagai wakil rakyat yang diberikan amanah, kita tidak hanya bertanggungjawab kepada rakyat. Kita perlu menjawab setiap perbuatan, setiap amanah yang ditugaskan kita ini, yang ditugaskan kepada kita apabila kita kembali menghadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Menginsafi akan tanggungjawab tersebut, maka kita perlu mengambil tanggungjawab bersama. Wakil-wakil rakyat di bawah kerajaan pimpinan yang Amat Berhormat Jeneri, perlu proaktif untuk turun ke bawah menyelami segala masalah yang berlaku dalam kawasan masing-masing.
Kalau kita bekerja daripada awal, bermula dengan memberikan servis dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, insyaAllah jangan bimbang, jangan khuatir. Sampai masa rakyat akan angkat dan sokong kita untuk terus mewakili mereka di sesuatu kawasan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam ucapan perbahasan Tuanku juga, Tuanku ada menyatakan soal mengembangkan Syiar Islam. Antara tempat yang kebiasaannya, umum memahami bahawa tempat yang selalu digunakan untuk mengembangkan Syiar Islam, ini adalah institusi masjid dan surau. Tetapi yang keutamaannya diberikan adalah surau. Walaupun kita harus bersyukur, kerana kebelakangan ini semangat umat Islam untuk membangunkan masjid semakin terserlah, namun bagi saya sebenarnya potensi institusi masjid ini telah tidak kita gunakan secara optimum. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kefahaman masyarakat bahawa masjid adalah rumah ibadah semata-mata.
Maka untuk mengimarahkan masjid, cukuplah dengan solat berjemaah dan kuliah-kuliah oleh tuan-tuan guru sahaja. Tak lebih daripada itu. Maka inilah cabarannya, yang harus digalas oleh para pendakwah dan juga pentadbir masjid, pada hari ini.
Kita harus mentransformasikan pemikiran masyarakat, dan yang lebih penting para pentadbir masjid bahawa peranan masjid itu, jauh lebih besar dan jauh lebih hebat sebenarnya. Melalui sirah, kita dapat melihat bahawa Nabi Muhammad SAW bukan sahaja menjadikan Masjid An-Nabawi sebagai pusat ibadah, malah juga menjadikan pusat pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah. Masjid An-Nabawi juga, berperanan menjadi pusat kebajikan dan gedung ilmu. Masjid bukan sahaja menjadi tempat hubungan antara manusia dan Allah, tetapi juga menjadi tempat hubungan manusia sesama manusia. Melalui pendekatan inilah, Rasulullah SAW telah berjaya menggambarkan kesempurnaan dan keindahan Islam sebagai cara hidup melalui peranan yang dimainkan oleh institusi masjid itu sendiri.
Bagi memastikan institusi masjid itu berjalan dengan baik, ada beberapa perkara yang perlu kita berikan penekanan. Yang pertama, struktur jawatankuasa masjid itu sendiri, yang mana organisasi itu adalah pusat pentadbiran. Dalam kontek ahli jawatankuasa masjid itu sendiri, jawatankuasa yang dilantik perlulah berkaliber dan dinamik yang dapat merancang, mengurus dan mentadbir dengan baik. Walaupun tidak ada kelulusan yang tinggi, namun ada kesanggupan untuk melaksanakan amanah ini. Sebab itu kita boleh ambil contoh, dua masjid yang menjadi model dan ikutan dan menjadi tempat rujukan umat Islam khususnya Kedah, salah satunya ‘Madad dan salah satunya Masjid Al-Busyra’.
Masjid ini dipimpin oleh orang-orang muda, yang mempunyai pemikiran dan berpandangan jauh. Pemikiran mereka cukup matang dalam membuat keputusan-keputusan tanpa membelakangkan kepentingan umat Islam di kawasan tersebut. Kalau jawatan kuasa masjid yang ada, di setengah tempat tidak mampu melantik atau melibatkan golongan-golongan yang berfikiran jauh ataupun mempunyai potensi untuk bangunkan masjid, ini adalah satu kerugian kepada umat Islam khususnya di kawasan itu. Yang kedua, elemen yang perlu ada ialah menghidupkan semangat bermusyawarah. Menjadikan masjid tempat bermusyawarah bukan sahaja sesama ahli jawatankuasa, tetapi juga sesama jemaah masjid itu sendiri. Segala keputusan yang dibuat, yang diputuskan dalam mesyuarat ataupun bermusyawarah dalam jawatan kuasa masjid itu sendiri, perlulah disampaikan kepada anak-anak jemaah supaya mereka memahami apa masalah, apa juga penyelesaian dan apa juga perancangan yang ingin dibuat oleh pihak masjid dengan satu hasrat memastikan Syiar Islam itu dapat diperkembangkan lagi.
Yang Berhormat Speaker, seterusnya masjid juga perlu menjadi pusat pendidikan kemasyarakatan dan kebajikan. Ianya perlu diwujudkan bukan dalam konteks yang terhad. Yang berhormat Sungai Limau ada nyatakan program-program yang disebutkan, yang telah dirancang, yang telah dilaksanakan tetapi itu perlu diperluaskan lagi, disebarkan lagi ke seluruh masjid yang ada dalam negeri Kedah. Barulah kesannya dapat dirasai khususnya kepada anak-anak kariah yang ada dalam sesatu kawasan kariah itu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kemudian elemen yang perlu ada mengikuti perkembangan teknologi maklumat sesuai, dengan perkembangan teknologi maklumat pada hari ini. Jawatankuasa masjid, anak-anak kariah perlu didedahkan dengan teknologi semasa, yang mana mereka boleh menggunakan elemen-elemen yang ada ini untuk menambah maklumat, mencari ilmu dan tidak hanya tertumpu semata-mata kepada kuliah-kuliah di masjid sahaja, yang disampaikan oleh Tuan Guru sahaja. Tapi banyak lagi cabang-cabang maklumat yang sebenarnya kalau dimanfaatkan, ianya sejajar dengan titah Ke Bawah Duli Tuanku untuk menjadikan, menegakkan Syiar Islam insyaAllah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya ada banyak lagi elemen-elemen yang nak disebutkan tetapi saya gariskan yang penting-penting dahulu. Apapun, nak menjadikan semua ini berjaya, nak memperkemaskan pentadbiran, yang perlu kita beri perhatian kebajikan pegawai-pegawai masjid. Kita ada akta gaji minimum RM1,700 tapi pegawai masjid, Tok Imam gajinya RM1,200. RM1,200 ini, Tok Imam berada di bawah paras kemiskinan.
Kalau Tok Imam itu, dia ada kerja lain tak apa. Tapi kalau dia hanya bergantung kepada pendapatan dia, dengan menjadi Imam RM1,200. Tanggungjawab Imam kalau kita di Kedah ini, bukan sekadar jadi Tok Imam. Kahwin pun dia. Nak kahwin lagi pun kena jumpa dia. Berkelai pun dia. Tapi bila depa berbaik balik, depa jumpa Tok Imam. Itu agak menyedihkan.
Memang menyedihkan.
Jadi saya nak mintalah pentadbiran Yang Amat Berhormat Jeneri ini, dibarisi dengan EXCO-EXCO, supaya kita mempertimbangkan, supaya ada satu tangga gaji ataupun elaun, mengikut kepada akta gaji minimum RM1,700 kepada imam-imam ini. Kerana tanggungjawab mereka besar. Bukan mudah untuk mentadbir kariah itu dengan pelbagai kelaku, pelbagai masalah. Tangkap basah pun Tok Imam kena pergi. Takut-takut Tok Imam pun kena tangkap sekali dia pi dulu terlupa orang nu belakang. Ini itu benda yang kita kena beri perhatian dalam memastikan kebajikan imam ini terjaga. InsyaAllah, doa imam-imam ini berkat. Kita ada lebih kurang 600 masjid dalam dalam Negeri Kedah. Kalau setiap hari mereka mendoakan kesejahteraan pimpinan, yang menaikkan, menjaga kebajikan mereka. InsyaAllah, kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri. Bukan sahaja dua penggal, 10 penggal pun boleh bertahan insyaAllah.
3 minit lagi.
Baik, Yang Berhormat Tuan Speaker. Dalam titah Tuanku juga, Tuanku ada menyebutkan soal infrastruktur. Ini penting kerana infrastruktur ini perlu diberikan perhatian yang serius. Bertepatan kalau di kawasan lunas ini, lunas ini dia adalah salah satu pintu masuk kepada Kulim Hi-Tech Park. Kita memuji kejayaan pentadbiran yang Amat Berhormat Jeneri bersama dengan YB. Jitra mencari pelabur. Tetapi dalam nak buat masuk pelabur ke kawasan kita, mesti disediakan kemudahan infra yang cukup, yang lengkap, yang memudahkan mereka masuk ke kawasan Kulim Hi-Tech. Dan antara benda yang saya nak minta dalam Dewan ini diberikan perhatian, terutama sekali kepada pihak JKR.
Yang pertama, saya mohon laluan yang perlu diberikan perhatian untuk kerja-kerja pelebaran jalan. Bermula daripada Pekan Padang Serai sehinggalah ke Pekan Lunas. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Kementerian Kerja Raya dan pihak JKR, Kedah dan juga Daerah Kulim. Yang baru ini, beberapa hari lepas baru selesai turap jalan baru. Terima kasih. Tapi saya minta, selepas ini ada peruntukkan yang diluluskan untuk lebarkan lagi jalan ini. Yang kedua, laluan daripada Trafik Light Simpang 3, Kampung Batu 8 ke Sungai Seluang. Itu juga akses yang menghubungkan Kulim Hi-Tech. Yang ketiga, laluan daripada Traffic Light Simpang 3, Kampung Batu 8 Lunas ke Sungai Seluang. Laluan daripada Taman Sejahtera ke Pekan Lunas. Pekan Lunas ini sempit. Kalau boleh kita jadikan dia jalan sehala ataupun ada alternatif lain yang memudahkan orang keluar masuk terutama di waktu puncak. Seterusnya, pemasangan lampu jalan daripada Taman Kucai sehinggalah ke Taman Cili, Lobak. Itu kawasan itu gelap, itu antara juga laluan-laluan masuk ke Hi-Tech. Kemudian, penurapan semula kawasan industri Kulim. Iaitu melibatkan kawasan sekitar dan juga persimbangan Taman PKNK.
Saya ucap terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato' Elmi Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kulim. Kerana apabila isu ini dibangkitkan, dia awal-awal mohon peruntukan kepada MIDA. Jumlahnya dikatakan 1.6 juta. Kita nak minta wang cukai yang dikutip oleh MIDA itu dikembalikan sikit dalam jumlah yang dimohon untuk pihak Majlis Perbandaran Kulim menurap kembali kawasan industri di kulim itu. Yang berhormat Tuan Speaker.
Silakan, masa sudah mencukupi.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Muhammad Zaini bin Haji Ramli, Pegawai Daerah Kulim di atas segala jasa dan khidmat bati yang beliau curahkan kepada negeri Kedah dan daerah Kulim selama lebih 30 tahun. Tuan Haji Zaini akan bersara bulan Julai tahun ini. Walaupun nama ayah kami sama Ramli, tapi kami adik-beradik sesama Islam. Budi dan jasa Tuan Haji akan kekal dalam ingatan rakyat khususnya daerah Kulim dan Dun Lunas. Saya mendoakan, semoga Tuan Haji terus diberikan kesihatan yang baik serta dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Nak gulung dah, gulung.
Silakan.
Kesimpulannya, saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, agar kita semua berganding bahu menjunjung amanah rakyat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab. Marilah kita sama-sama mengangkat gagasan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’. Sebuah negeri yang mana, yang miskin mendapat perlindungan dan yang kaya berbakti menyumbang kembali kepada masyarakat. Ketepikan perbezaan politik. Jangan ianya menjadi penghalang untuk kita mencari titik persamaan demi masa depan negeri dan rakyat yang lebih sejahtera.
Berpadu Suara Sepakat Bicara, Demi Kedah Yang Kita Cinta. Daulat Tuanku Junjung Sentiasa, Negeri Sejahtera Rakyat Sejahtera.
Terima kasih. Saya menjunjung titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Dun Lunas. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
Sesi penggulungan usul, menjunjung kasih kepada Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar oleh pihak kerajaan.
Dipersilakan Yang Berhormat Kulim. 25 minit, boleh? Cukup?
Cukup. Terima kasih. Yang Berhormat, Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah. Yang Amat Berhormat Jeneri, Menteri Besar Kedah. Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli-ahli yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Pesekutuan. Seterusnya, sidang hadirin yang dikasihi sekalian.
Salam Sejahtera. Selamat petang. Salam Kedah Sejahtera diucapkan kepada semua. Wanshang hao. Vanakam. Sawasdee khap.
Burung Mepati Terbang Ke Awan, Singgah Sebentar Di Dahan Ceri. Kita Hidup Dalam Perpaduan, Aman Sejahtera Sepanjang Hari.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang hadirin yang beragama Islam.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang hadirin sekalian. Merafak sembah dan menjunjung kasih atas titah Diraja sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Patik sangat kagum dengan kebijaksanaan dan keprihatinan baginda Tuanku sebagai Raja Pemerintah Negeri Kedah yang sangat memahami denyut nadi rakyat, berwawasan dalam pentadbiran dan memiliki keterbukaan dan ihsan terhadap seluruh rakyat tanpa mengira batas kaum dan agama.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, dalam mengemukakan soalan lisan dan bertulis, serta mensarankan saranan yang bernas untuk dijadikan sebagai nilai tambah bagi penggubalan dasar-dasar kerajaan negeri untuk jangka masa panjang. Terutamanya yang melibatkan portfolio sumber manusia hal ehwal masyarakat Cina, India, Siam dan NGO. Yang berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang hadirin sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sidam di atas pertanyaan berkaitan allowance untuk Ketua Sami WAT Siam di Negeri Kedah. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, berdasarkan maklumat yang diterima daripada Setiausaha Persatuan Ketua Sami Siam Negeri Kedah dan Perlis, terdapat 45 buah WAT Siam di seluruh negeri Kedah. Jadi, saya ingin betulkan baliklah info yang diberitahu oleh YB. Sidam adalah 38 buah.
Sikit saja. Mungkin WAT baru naik itu. WAT yang baru dinaikkan daripada, dia ada dua status-status yang belum ada ‘ubosot’ dipanggil sebagai ‘samnak’. Macam surau. Yang ada ‘ubosot’ itu dipanggil WAT. Itu mungkin info yang tak berapa ….
Baik! Terima kasih. Terima kasih kepada YB. Sidam. Takpa, lebih banyak lebih baik daripada kurang. Terima kasih nah. Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa kebajikan masyarakat Siam di negeri Kedah tidak pernah dipinggirkan. Sebaiknya, pelbagai usaha telah dan akan terus dilaksanakan bagi memastikan komuniti ini sentiasa mendapat perhatian sewajarnya dalam aspek pendidikan, ekonomi, kebajikan dan pembangunan komuniti. Antaranya, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Ketua Sami Siam Negeri Kedah dan Perlis berhubungan isu pemberian allowance kepada Ketua Sami. Sebab bukan semua wad Siam ada lantikan rasmi Ketua Sami noh. Jadi, perlu ada perbincangan yang selanjutnya. Jadi, perkara ini boleh dipertimbangkan dan diteliti dan akan diberitahu sekiranya terdapat perkembangan yang lanjut.
Sempena sambutan perayaan Songkran tahun ini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan kewangan kepada 8 buah wad Siam di Daerah Sik, Pendang, Padang Terap dan Baling bagi menyokong penganjuran pesta Songkran yang merupakan sebahagian penting daripada adat dan budaya masyarakat Siam. Selain itu, bagi menyokong pendidikan agama dan budaya kerajaan negeri turut meluluskan, bantuan kewangan bagi pelaksanaan perperiksaan kelas pertama tahun 2025 yang telah berlangsung di Wat Teluk Wanjah pada bulan Februari yang lalu.
Turut diberikan ialah bantuan kepada tabung pendidikan bahasa Siam sebagai langkah memelihara bahasa dan waris budaya masyarakat Siam agar terus hidup dan berkembang. Segala usaha ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk memastikan bahawa kebudayaan dan warisan masyarakat Siam di negeri Kedah terus dipelihara dan tidak pupus di telan arus masa, serta dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang nanti.
Yang Berhormat Tuan Speaker Ahli-ahli Yang Berhormat dan para hadirin yang saya hormati sekalian. Saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sidam dan Tokai, berkenaan permohonan rumah ibadat bukan islam. RIBI untuk tapak RIBI” dan pemantauan pembinaan RIBI yang tidak sah.
Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, maklumat berkaitan Rumah Ibadat Bukan Islam atau RIBI yang dibina tanpa kelulusan yang sah, sememangnya di bawah pemantauan pihak berkuasa tempatan di negeri Kedah. Antara daerah yang paling banyak mengemukakan permohonan RIBI adalah daerah Kuala Muda dan daerah Kulim. Tidak dapat dinafikan terdapat juga beberapa buah RIBI yang tidak sah di kedua-dua daerah ini.
Hal ini dalam pemantauan dan kita akan biarkan pihak kerajaan negeri untuk menyelaras dan menyelesaikan isu-isu berbangkit di kawasan berkenaan. Hal ini perlu dilakukan dengan teliti kerana ia melibatkan sensitiviti kaum dan undang-undang yang sedia ada.
Usaha ini ibarat ‘menarik rambut di dalam tepung’. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerakan. Peribahasa ini mengingatkan kita yang usaha apabila menangani isu-isu yang rumit dan sensitif ini kita perlu berhati-hati, bijaksana dan penuh empati. Seperti dalam masyarakat majmuk yang saling kita berinteraksi ini, setiap keputusan dan dasar harus mengambil kira perasaan dan kepentingan semua pihak. Hanya dengan cara ini kita dapat memelihara keharmornian dan perpaduan masyarakat Kedah, serta memastikan negeri kita ini terus maju dalam suasana yang aman dan sejahtera.
Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri mengambil pendekatan yang lebih harmoni dan berhemah dalam menganani isu-isu berkaitan RIBI yang sedia ada. Pendekatan ini dilaksanakan tanpa mengambil tindakan keras secara langsung. Sebaliknya menawarkan ruang, rundingan dan penyelesaian secara baik serta teratur bagi kemaslahatan kedua-dua pihak.
Pejabat saya selaku EXCO Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam sentiasa terbuka serta bersetia untuk menjadi permudah cara dalam menyelesaikan isu ini khususnya antara pihak persatuan, penganut dan pemilik tanah serta pihak berkepentingan yang berkenaan.
Kerajaan negeri juga sentiasa cakna terhadap isu pembinaan RIBI tanpa kebenaran yang sah. Saya diberikan amanah sebagai pengerusi tetap Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam secara konsisten mengadakan mesyuarat serta memainkan peranan proaktif dalam mendengar aduan dan keluhan dari kedua-dua belah pihak serta bertindak sebagai permudah cara bagi proses perbincangan dan negosiasi agar jalan tengah dapat dicapai.
Peranan ini digalas dengan rasa penuh tanggungjawab selaku seorang wakil rakyat, juga sebagai defender of the law dan juga defender of the people iaitu mempertahankan undang-undang sedia ada sambil memastikan kebajikan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama terus terpelihara. Selain itu, kerajaan negeri juga turut memberi penekanan kepada pembinaan RIBI baru yang memenuhi, sepenuhnya garis pantuan serta peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini bagi menjamin keseimbangan antara pembangunan fizikal dan keharmonian sosial di negeri ini, sebagai bukti komitmen tersebut.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa, RIBI yang telah diadakan pada 13 hari bulan April 2025, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri. Kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 5 permohonan tapak tanah kerajaan untuk RIBI. Empat kelulusan secara pengrizaban dan satu kelulusan secara pemberi milikan, yang permohonan-permohonan melibatkan di daerah Kuala Muda.
Kesemua usaha ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah sentiasa komited dalam menyantuni keperluan masyarakat majmuk tanpa mengetepikan aspek perundangan, perancangan dan keharmonian antara agama. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang hadirin sekalian. Berkenaan tentang pertanyaan Yang Berhormat Kota Darul Aman kepada kerajaan negeri berkaitan status berkenaan isu Kuil Sri Veerama Kaliaman di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Tongkang Yard. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Negeri Kedah bilangan 1 tahun 2020-2025 yang telah diadakan pada 13 hari bulan April dan telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali. Salah satu perkara utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah proses pemindahan Kuil Sri Veerama Kaliaman di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Tongkang Yard. Berdasarkan hasil perbincangan, mesyuarat telah mencadangkan agar rumah ibadat tersebut dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai, bagi menjamin keselesaan, keselamatan dan juga bagi memenuhi keperluan perancangan tanah yang lebih tersusun.
Saya akan bersama Pegawai Khas Masyarakat India kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah akan mengambil tindakan susulan dengan menyelaras langkah-langkah pelaksanaan seterusnya berkaitan proses pemindahan ini. Untuk maklumat Dewan Yang Mulia ini, beberapa lokasi cadangan telah dikemukakan oleh pihak jawatankuasa kuil, persatuan penganut dan kini dalam proses penilaian kesesuaian oleh pihak Pentadbiran Tanah Negeri Kedah. Segala usaha ini dilaksanakan secara inklusif dan penuh rasa hormat terhadap sensitiviti masyarakat setempat, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara di Negeri Kedah Darul Aman ini.
Jadi, saya berharap perkara ini dikendalikan dengan penuh berhemah. Saya menjamin akan membuat yang terbaik untuk perkara yang berkaitan dengan RIBI dan pada masa yang sama saya juga harap perkara ini tidak dijadikan modal politik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang hadirin sekalian. Untuk maklumat Yang Berhormat Kota Darul Aman dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Kedah menerusi bajet tahun 2020-2025 telah mengambil langkah proaktif dengan mencarung Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, (SKSPS)
di bawah kepada seluruh Pengerusi Majlis Ketua Kampung dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung di seluruh negeri. Jumlah keseluruhan yang terlibat adalah seramai 2,480 orang dengan kos keseluruhan berjumlah RM173.600 bagi tempoh setahun. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Ustazah sebagai EXCO yang menguruskan, Yang Berhormat Merbau Pulas sebagai EXCO yang menguruskan Majlis Ketua Kampung sudi mengambil inisiatif ini untuk membayar caruman SKSPS kepada pengerusi dan setiausaha MKK.
Skim ini memberi perlindungan keselamatan sosial kepada individu yang bekerja sendiri khususnya daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan tugas. Takrif bencana pekerjaan sendiri merujuk kepada sebarang kecederaan yang dialami oleh orang berinsurans semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti tersebut. Selain itu, penyakit pekerjaan merujuk kepada penyakit yang berpunca atau lebih daripada pekerjaan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969.
Skim ini menyediakan pelbagai bentuk pelindungan dan faedah, antaranya faedah tunai kepada orang yang berinsurans dan tanggungannya rawatan perubatan, pemulihan jasmani serta latihan vokasional. Kerajaan Negeri juga menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat Kota Darul Aman untuk memperluaskan pelaksanaan skim ini kepada golongan penjaja dengan perlibatan pihak berkuasa tempatan sebagai agensi pelaksana. Saya sendiri akan mengambil inisiatif ini untuk berbincang bersama YB. Mejar, YB. Kuala Ketil, EXCO Kerajaan Tempatan bagi melihat kaedah terbaik untuk merealisasikan cadangan ini demi memastikan golongan penjaja terus mendapat perlindungan yang sewajarnya.
Tuan Speaker, mencelah sikit, pendek saja.
Silakan.
Silakan.
Saya mengucapkan terima kasih atas inisiatif kerajaan untuk mencarum kepada MKK, pada semua lantikan MKK. Jadi, saya mencadangkan supaya skim ini diperluaskan kepada semua ADUN-ADUN yang berada dibelakang saya untuk sebab bagi saya kos untuk menganggung, kerajaan menanggung kos tu agak rendah. Saya sendiri telah carum tapi untuk memikirkan semua yang belum ada caruman, kerajaan carum untuk mereka sebab tugas mereka juga agak penting. Dan saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Terima kasih.
Boleh sikit?
YB. Sidam bangun. Bagi laluan.
YB. Sidam pun nak?
Nak jugak!
Oh, nak jugak ya?
Sikit ja, sikit ja.
Tapi tadi you bukan dalam antara kelompok tiga, masa pergi YB. Bukit Lada….
Aiii, saya bukan! Bukan dalam kelompok.
Bagi laluan YB. Kulim.
Ok! Saya ingin bertanya sedikit tentang tanah runtuh di Kampung Kuat Lengkuas. Jadi, saya dapat dipahamkan daripada pihak JPS, peruntukan tak cukup. Jadi bolehkah kerajaan negeri Kedah tambah sedikit runtukan itu untuk menahan…menahan tanah runtuh itu terus berlaku. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih. Saya jawab yang Amat Berhormat Kota Darul Aman dulu, saya akan berbincang dengan pegawai kewangan negeri nanti. Terima kasih. Dan berkenaan Yang Berhormat Sidam, saya akan mengambil maklumat yang lebih lanjut daripada Tuan D.O Baling dulu oh ok. Terima kasih. Sudah lulus. Ok baik. So, langkah ini untuk caruman SKSPS selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memelihara kebajikan semua lapisan rakyat, khususnya golongan yang bekerja sendiri dan terdedah kepada risiko pekerjaan harian.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan pelaburan dan ekosistem ekonomi kerana inilah ruang yang paling dekat dengan komuniti bukan Melayu. Khususnya mereka yang aktif dalam sektor perusahaan, peruncitan, keusahawanan serta bidang profesional.
Dalam titah Baginda Tuanku, konsep ekosistem pelaburan disebut secara khusus. Ekosistem di sini bukan sekadar kawasan industri atau infrastruktur fizikal tetapi meliputi peraturan yang jelas dan telus, persekitaran perniagaan yang mesra, sokongan daripada agensi yang berkaitan, sumber tenaga kerja yang berkualiti dan persekitaran sosial yang stabil. Ia adalah satu sistem yang saling melekapi di mana pelabur bukan hanya melihat potensi keuntungan tetapi juga kecekapan dan kestabilan dalam negeri.
Kita perlu teruskan kejayaan yang ada, Negeri Kedah kini berada di kedudukan keempat tertinggi dalam negara dari segi penerimaan pelaburan. Ini adalah hasil usaha pergembelingan tenaga seluruh pentadbiran negeri yang merangkumi wakil
rakyat yang bekerja untuk rakyat dengan ikhlas, penjawat awam Kedah KCS yang cekap, agensi- agensi kerajaan yang memberi tumpuan kepada bidang masing-masing. Dalam aspek tenaga kerja dan modal insan, kerajaan negeri akan terus komited, memperbanyak program peningkatan kemahiran dan kerjasama rapat dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bagi memastikan kesediaan bakat dan tenaga mahir dapat disediakan seiring dengan keperluan industri.
Sejarah telah membuktikan negara seperti negara China tidak kekal dengan pendirian asal mereka. Pemimpin negara China yang membawa kepada pembukaan ekonomi China, Deng Xiaoping, pernah menyebut, tidak kira sama ada kucing itu putih atau hitam, selagi ia menangkap tikus, ia adalah kucing yang baik. Prinsip ini melambangkan pendekatan pramatik dalam memacu pembangunan, kita juga perlu berfikiran sedemikian berani berubah apabila keadaan menuntut.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, perpaduan dan fabrik keharmonian dalam titah baginda Tuanku ditekankan bahawa agenda memartabatkan agama rasmi negeri tidak sepatutnya mengorbankan perpaduan dalam masyarakat. Malah baginda menegaskan bahawa agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Saya melihat ini sebagai panduan utama dalam negeri majmuk seperti Kedah. Kita semua Ali, Ah Wong, Mutu dan Anong berdepan cabaran hidup yang sama. Perbezaan latar belakang tidak seharusnya menjadi titik perbalahan, tetapi asas untuk kerjasama yang lebih kukuh. Realitinya rakyat pelbagai kaum telah sekian lama hidup bersama dan saling hormat menghormati. Namun masih ada segelintir pihak dari luar yang sering bertanya soalan-soalan seperti berikut. Bolehkah orang bukan Melayu makan daging khinzir? Bolehkah pakai seluar pendek? Seolah-olah tidak memahami bahawa kita di negeri Kedah sudah lama ada persefahaman yang harmoni. Terus terang saya pun sudah letih nak layan soalan seperti ini. Jawapannya jelas, kita hidup dalam suasana saling menghormati hak dan budaya masing-masing, sebagaimana yang diperakui dalam perlembagaan dan dititahkan oleh baginda Tuanku.
Baru-baru ini, ada juga pihak mempertikai pendirian kerajaan negeri tentang penganjuran Pesta Songkran. Walaupun mereka ini telah mentadbir negeri ini dengan berpuluh-puluh tahun tapi mereka masih tidak memahami keadaan situasi di negeri Kedah ini. Pada saya kita tidak perlu melayan perkara sentimen sedemikian. Yang penting kita teruskan seperti biasa dengan menganjurkan Pesta Songkran dengan hati yang ikhlas dan pastikan ia berlangsung dengan berjayanya kepada komuniti Siam di negeri Kedah.
5 minit lagi YB.
Thaipusam merupakan cuti peristiwa di negeri Kedah dan tahun ini kita juga akan mengajukan sambutan hari Wesak peringkat begeri Kedah pada bulan Mei nanti. Dengan kerjasama Persatuan Buddhism Kedah, ini bukti jelas bahawa kita bersetuju dan menyambut titah baginda bahawa semua agama lain bebas untuk diamalkan dalam negeri ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, Baginda Tuanku menyentuh tentang Tamadun Kedah Tua yang perlu diketengahkan sebagai produk pelancongan yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi. Terutamanya dari segi kemajuan teknologi, kebudayaan dan perdagangan antarabangsa sehingga membawa kepada kegemilangan warisan tamadun yang bertunjangkan agama Islam. Ini bukan sahaja membanggakan, malah memperlihatkan betapa terbukanya pemerintah negeri dalam mengiktiraf sejarah dengan tulus dan berani. Tamadun Kedah Tua bukan sekadar tinggalan sejarah tetapi cerminan kepada satu peradaban yang lengkap mempunyai sistem pentadbiran, pelabuhan dagang, jaringan antarabangsa, teknologi binaan serta unsur budaya yang sophisticated. Ia menjadi bukti bahawa rantau ini sudahpun maju dan mempunyai tamadun yang kompleks, sebelum kedatangan kuasa kolonial mahupun globalisasi moden. Dengan tapak sejarah yang begitu bernilai, kita bukan sahaja berbangga malah boleh memanfaatkan ia sebagai pemangkin pelancongan negeri Kedah. Kedah boleh menjadi destinasi pelancongan sejarah dan kebudayaan bertaraf antarabangsa.
Pengiktirafan ini menunjukkan pemerintah yang mempunyai jiwa besar, berpandangan jauh serta berani mengangkat warisan negeri ke pentas dunia, pentas antarabangsa. Sebagai mana kata pepatah dengan izin, “Taishan Bu Rang Turang, Gu Neng Cheng Qi Da”. Yang bermaksud gunung tidak menolak ketulan-ketulan tanah kecil, justeru itu ia menjadi agung. Keterbukaan kepada sejarah dan unsur-unsur kecil yang membina sebuah bangsa itulah kunci kepada kemajuan yang sebenarnya. Tahun ini juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan serta keluarga DiRaja berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri. Sambutan ini diadakan di lokasi yang cukup simbolik iaitu di antara pekan Cina dan pekan Melayu yang telah melambangkan keharmonian dan hubungan erat antara kaum sejak sekian lama.
Lokasi ini kini berpotensi menjadi tarikan pelancongan yang mempamerkan keterbukaan masyarakat Negeri Kedah kepada dunia luar.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, beberapa hari sebelum Hari Raya baru-baru ini, berlakunya kejadian bencana ribut yang melanda mukim Junjong Kulim di kawasan Dun Kulim. Saya bersama anggota Pusat Wakil Rakyat Dun Kulim menurun untuk meninjau keadaan dan mendapati bahawa terdapat 31 buah rumah terpencil dan sebuah gereja terjejas. Selain daripada bantuan yang saya berikan, saya ingin berterima kasih juga kepada Tuan Pengawai Daerah Kulim, turut bertindak pantas dan menyelaras bantuan bencana serta sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan begitu efisien dan prihatin. Saya mewakili mereka yang menerima bantuan untuk menzahirkan perhargaan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kulim dan agensi-agensi penyelamat serta agensi-agensi utiliti. Sesungguhnya jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang.
Selamat bersara nanti Tuan Haji Zaini Ramli. Walaupun nama bapak kita tak sama tapi kita sama-sama adalah anak Negeri Kedah yang berkhidmat kepada Negeri Kedah. Terima kasih Tuan Haji.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Dengan nasihat yang diberi melalui titah perasmian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, saya menyokong penuh dan bersama-sama kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang sejajar dengan pelan pembangunan Kedah 2035 dan GagasanThe Greater Kedah. Kita tidak boleh memilih kepada siapa kita dilahirkan tetapi kita boleh memilih bagaimana untuk berkhidmat kepada negeri yang kita cintai.
Saya sebagai satu-satunya EXCO bukan Melayu dalam kerajaan ini, ingin menegaskan bahawa selagi diberikan amanah saya akan terus berdiri bersama-sama kerajaan negeri untuk membina Kedah yang inklusif, harmoni dan maju untuk semua! Kekuatan kita terletak pada kepelbagaian. Negeri Kedah terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama yang masing-masing membawa nilai tersendiri kepada masyarakat. Kepelbagaian ini bukan satu kelemahan malah inilah kekuatan sebenar kita yang membolehkan kita saling melengkapi dan memperkaya antara satu sama lain. Dalam perbezaan, wujud ruang untuk persefahaman. Dalam perbezaan kita temui kebijaksanaan untuk membina dasar yang adil, membela semua dan memastikan tiada siapa yang tertinggal di belakang.
Kerajaan Negeri akan terus menjadi pemudah cara bukan penghalang kepada keharmonian ini. Akhir kata, saya dengan penuh takzim menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang amat kita kasihi. Saya sudahi ucapan penggulungan saya dengan serangkap pantun lagi.
Bunga mawar kembang berseri, tumbuhnya indah di tepi perigi, pelbagai kaum hidup sahati, aman sejahtera membawa rezeki.
Sekian sahaja ucapan penggulungan saya pada hari ini. Terima kasih. Xiexie Ta Jiao. Nanri Varakam, Khon Khun Khrap.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim. Dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Alor Mengkudu.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahirrahmanirrahim Was Salatu Was Salamu Ala Asyrafil Anbiya’I Wal Mursalin, Waa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’in. Subhanaka La Ilma Lana Illa Ma Allamtana Innaka Anta Alimul Hakim. Wa La Hawla Wala Quwwata illa Billahil Aliyyil Azim. Rabbi Shrah Li Sadri, Wa Yassir Li Amri, Wahlul ‘Uqdatam Min Lisani, Yafqahu Qawli.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Pesekutuan. Seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Saya ingin memulakan penggulungan saya pada hari ini dengan dua rangkap pantun.
Ramadhan Berlalu Pasti Dirindui, Aidilfitri Disambut Syukur Dirasai. Jiwa Bersih Segar Jasmani, Sihat Mental Hati Nurani.
Kuih Samprit Cair Di Lidah, Duit Raya Pun Habis Sudah. Ayuh Kita Ke Tasik Yang Indah, Nak Badan Sihat Kena Rajin Beriadah.
YB. Kuala Ketil tengok kita ni, kita ajak beriadah. Besyukur kita diberi kesempatan untuk kita bertemu dan berkumpul dalam Dewan Yang Mulia ini. Bagi menghadiri mesyuarat pertama penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke 15 pada petang ini untuk membawa amanah dan tanggungjawab rakyat Negeri Kedah Darul Aman. Terlebih dahulu patik ingin merafak sembah dan menyunjung kasih di atas titah DiRaja bagi perasmian pembukaan persidangan Dewan Undangan pada kali ini oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Sesungguhnya di bawah naungan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang adil lagi bijaksana, Negeri Kedah terus menikmati suasana aman, makmur dan harmoni. Kebijaksanaan Tuanku dalam memberikan nasihat dan panduan kepada pentadbiran negeri amatlah dihargai dan menjadi sumber inspirasi dalam rangka dasar serta pelaksanaan agenda pembangunan, khususnya dalam memartabatkan pembangunan sukan Negeri Kedah Darul Aman.
Secara kesimpulannya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menitahkan semua aspek bidang tugas bagi rakyat dalam melaksanakan semua imbang semak, imbang kerajaan, mengubah dasar dan undang-undang negeri, mengawal belanjawan negeri dan mewakili suara rakyat dalam menghubungkan antara kerajaan dan rakyat. Di samping itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga telah melahirkan perasaan sukacita di atas Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Dato’ Seri Menteri Besar telah meningkatkan pelaburan negeri dan hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat jelata. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga telah melahirkan penghargaan, dan tidak melupakan juga jasa-jasa kepada Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan yang telah memberi khidmat dan komitmen yang baik yang telah membantu merancakkan ekonomi dan juga politik di Negeri Kedah Darul Aman.
Yang Berhormat Speaker, izinkan saya juga merakamkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua Ahli Yang Berhormat, yang mengambil bahagian dalam perbahasan serta mengemukakan soalan lisan dan bertulis pada sidang Negeri Kedah pada tahun 2025 yang saya kira menjadi medium perancangan dan pembangunan Negeri Kedah yang tercinta ini. Saya yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan dibantu oleh pentadbiran kerajaan Negeri Kedah, maka hasrat ini akan dapat direalisasikan dengan jayanya insyaAllah. Tidak dilupakan ucapan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam mengemukakan saranan bernas, untuk dijadikan penambah nilai bagi dasar-dasar negeri jangka panjang terutamanya yang melibatkan portfolio saya.
Dalam perbahasan oleh ADUN Gurun, suka saya maklumkan berkenaan isu SUKDA (sukan). Untuk maklumat tuan-tuan, Ahli Dewan semua, sukan ini telah lama tidak diadakan. Untuk makluman, saya rasa kali terakhir diadakan pada tahun 2017, dan tujuan asalnya adalah untuk mencari bakat baru dalam sukan yang berpotensi.
SUKDA kali ini dirancang untuk menfokuskan kepada acara-acara terpilih yang berpotensi menawarkan pingat kepada negeri-negeri. Selain itu SUKDA juga sebagai platform pemilihan atlet bagi menyertai sukan kejohanan SUKMA. Bagi edisi kali ini, SUKDA 2025 dicadang akan dilaksanakan pada bulan September 2025 bertempat di Universiti Utara Malaysia. Untuk makluman semua, cadangan untuk mengadakan sukan SUKDA ini telah pun dihebohkan di peringkat semua daerah saya rasa. Semua dah dimaklumkan. Dan hasil daripada perbincangan dan juga apa yang telah dibuat oleh pegawai sukan di peringkat daerah adalah kita telah memutuskan terdapat enam jenis sukan yang akan dipertandingkan iaitu sukan olahraga, sukan pencak silat, sukan sepak takraw, sukan memanah, sukan bola jaring dan sukan bola sepak.
Untuk makluman semua Ahli Dewan, pemilihan ini berdasar kepada sukan-sukan yang memang telah diamalkan di peringkat daerah. Jadi kadang-kadang ada sukan-sukan tertentu yang saya rasa tidak dijalankan secara aktif di peringkat daerah. Contohnya, macam bowling. Kemudahan bersukan di daerah Padang Terap mungkin tak ada kemudahan itu. Jadi mungkin itulah antara faktor-faktor yang mungkin kita tak boleh terima walaupun ada pandangan pandangan tertentu yang bowling itu boleh dilaksanakan. Contohnya macam di kawasan Alor Setar ni, kita ada di kawasan Kota Setar ni. Tapi di kawasan lain tak ada. Jadi kita terpaksa tolak sukan-sukan itu. Begitu juga pemilihan sukan ini berdasarkan kepada pungutan pingat yang telah kita lakukan di SUKMA. Itu antara medan, antara platform yang kita rasa kita nak jadikan sebagai satu SUKDA ni sebagai satu platform untuk kita nak dapat pungutan pingat pada 2026 di Selangor.
Pelaksanakan kejayaan SUKDA ini dapat membantu kerajaan negeri mencungkil bakat baru dan seterusnya dapat merealisasikan GagasanThe Greater Kedah terutama dalam bidang sukan. Mengikut rekod Majlis Sukan Negeri Kedah, seramai 12 orang atlet Kedah telah mewakili negara sepanjang tahun 2024. Manakala atlet di Kedah yang terpilih mewakili pasukan kebangsaan bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Mac 2025 adalah seramai 20 orang, iaitu melebihi sasaran yang telah ditetapkan oleh dalam The Greater Kedah iaitu seramai 15 orang. Kita bagi tepukan kepada atlet-atlet kita yang berjaya. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Kedah sentiasa komited dalam melahirkan atlet-atlet yang berdaya saing dan mampu menjadi aset yang berharga. Kalau boleh saya nak sebut di sini nama atlet-atlet yang telah mewakili negara di peringkat kebangsaan.
Yang pertamanya dalam sukan silat, ada 2 atlet kita iaitu Nur Inata Khairuniyah binti Wira bertanding di kejuaraan dunia silat ke-20 Abu Dhabi. Yang keduanya, Nur Syafiqah binti Norwan, kejuaraan dunia silat yang sama juga di Abu Dhabi juga. Untuk acara bola jaring, atlet kita telah mewakili Malaysia iaitu Nur Azrin Aizy binti Ahmad Yani, di kejohanan 30th Asian Netball Championship 2024 di India.
Yang keempat, yang seterusnya angkat berat Muhammad Haris bin Hasrul, bertanding di kejuaraan EGAT King Cup Junior Weightlifting Championship 2024 Thailand. Nur Syazwani binti Razi angkat berat juga di kejohanan di Fiji IWF Weightlifting Commonwealth Championship 2024 Fiji. Begitu juga dengan Muhammad Amin Hakimi bin Muhammad Syukri di Fiji juga. Muhammad Muaz bin Muhammad Fisol tenpin bowling di Singapura Open, Thailand Open, Sarawak International Open, Kuala Lumpur International Open, Sonic International Classic. Banyak tournament-tournement yang telah dilaluinya. Sama juga dengan Nurul Anis Nabilah binti Muhammad Nizam. Juga Muhammad Syazirul bin Samsuddin. Bagi sukan rugby, Muhammad Ammar Syamim bin Nur Hirman bertanding di Asian Rugby Emirates Under-18 Sevens.
Dalam sukan bola sepak juga kita tak berjaya dalam sudut lelaki, kita tak hantar wakil. Ada Muhammad Syafiq, saya rasa kemungkinan masih lagi wakil. Minta pandangan daripada YB. Gurun kot ada daripada Gurun kot ada maklumat. Saya ingat dalam masa sekarang ni tak ada pemain-pemain kita yang mewakili negara. Tapi harini ini dimasukkan nama pemain, bola sepak wanita kita, saya pun tak dapat nak kesan ni. Di International Friendly Match Dubai 2024, SEA Games Cambodia 2023. Oh! ni hebat ni depa main ni, AFA Indonesian Under-20 2023, masih di peringkat remaja. Dan juga International Friendly Match Arab Saudi 2023. Dan yang terakhirnya juga Nurul Farisyahanim binti Muhammad dalam dunia bola sepak juga. Dalam kejohanan yang sama dan yang termasuk juga di Indonesia Under-20 2023.
Senarai nama-nama atlet juga yang mewakili Kedah untuk di Peringkat Kebangsaan. Saya ingat saya sentuh secara rambang untuk acara memanah, seorang Nur Aini Atilah binti Adri. Acara olahraga kita ada tiga orang, Guru Parasat Al-Sigar, Muhammad Hafiz Raiz Qamaruddin dan juga Huzma Nur Amini binti Nurizan. Untuk pelayaran kita ada enam orang, campur dengan dua orang yang bertanding di tempat-tempat yang berbeza. Di Langkawi dan juga di Singapore Youth Sailing. Untuk ping pong, kita ada seorang atlet kita Wong Ki Shen. Untuk berbasikal kita ada yang seperti disebut oleh YB Gurun kemarin dalam perbahasan dia kita ada empat di peringkat Asian Championship Thailand. Dan yang paling menariknya salah seorang daripada atlet kita iaitu Nur Izzah Izzati Muhammad Asri telah pun bertanding di Olympic kalau tak silap saya. Dan yang terbarunya dia telah memenangi di kejohanan Asian Track di Melaka baru baru ni. Alhamdulillah noh! Ni antara atlet-atlet kita termasuk juga Darwish Putra Sanusi yang juga turut bertanding di Asian Track Cycling Championship 2025, Malaysia.
YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suka saya memaklumkan dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa terdapat pembahagian keurusetiaan pembangunan sukan berprestasi tinggi dan Sukan Para. Sukan berprestasi tinggi, SUKMA biasa diuruskan oleh Majlis Sukan Negeri Kedah dan pembangunan Sukan Para-OKU ada di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Pengasingan keurusetiaan ini adalah sama seperti di negeri-negeri yang lain. Walau bagaimanapun, pembangunan Sukan Para ini sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan negeri kerana atlet yang bertanding membawa satu bendera imej negeri di peringkat kebangsaan.
Oleh sebab yang demikian, pada tahun ini kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas bagi tahun ini sebanyak RM50,000 bagi program pembangunan seperti yang disebut oleh YB. Gurun kemarin. Sebenarnya ini adalah antara program peruntukan yang lama dah yang tidak pernah diberi kepada Sukan Para ini. Saya ucap terima kasih kepada pihak kerajaan negeri dan juga khususnya kepada sahabat saya sebelah ini YB. Dato’ Wira yang telah sudi untuk melabur, walaupun penilaiannya agak kecil tetapi kita yakin dalam peruntukan yang kecil itu dapat membantu untuk melaksanakan latihan pusat sebagai persediaan awal kepada atlet untuk menghadapi temasya Para SUKMA pada tahun 2026 di Negeri Selangor.
Peruntukkan ini juga, orang kata apa disamping digunakan untuk melaksanakan latihan dan juga disamping itu aktiviti-aktiviti secara khusus. Pertamanya, latihan secara fizikal. Latihan pusat ini akan dilaksanakan bermula pada bulan Ogos sehingga Desember 2025 di mana atlet akan menjalani latihan bagi enam jenis sukan iaitu sukan olahraga, powerlifting, memanah, renang, badminton dan tenpin bowling. Kedua, kem motivasi sesi peningkatan sendiri, kendiri melalui kem motivasi bagi meningkatkan semangat kendiri atlet untuk menghadapi cabaran semasa temasya Para SUKMA 2026 nanti. Yang ketiganya, peruntukan ini juga digunakan untuk sesi brainstorming antara jurulatih, sesi perbincangan di antara jurulatih setiap sukan untuk membincangkan dan berkongsi pandangan ke arah untuk meningkatkan lagi prestasi atlet agar lebih cemerlang.
Latihan pusat ini dapat membantu atlet untuk meningkatkan prestasi mereka dalam sukan dan secara tidak langsung mereka juga akan lebih bersemangat dan lebih bersedia untuk menghadapi temasya Para SUKMA pada tahun 2026 nanti, berbanding sebelum-sebelum ini. Kita mengharapkan latihan pusat ini dapat dijalankan sebaik mungkin agar tidak ada alasan lagi selepas ini bila kita menuntut tentang kejayaan insyaAllah. Pasukan Para SUKMA ini akan menjadi satu yang terbaik untuk kita. Kita….
10 minit lagi YB. 10 minit lagi.
10 minit lagi?
Ya ya.
Uih! Banyak lagi ni. Kena jalan laju ni. Latihan pusat ini juga dapat melahirkan atlet baru sebagai pelapis untuk atlet para SUKMA yang akan datang menaikkan had umur untuk menyertai temasya Para SUKMA yang dah terhad sehingga 45 tahun sahaja. Bagi pembangunan sukan para Jabatan Belia Sukan Negeri Kedah dan akan melaksanakan program Liga Sukan OKU di SOCU iaitu sebuah program berbentuk pertandingan sukan yang terdiri daripada sukan bola tampar, bola tampar duduk futsal dan tenpin bowling bagi memberi peluang golongan OKU bersaing secara sihat dalam aktiviti sukan. Latihan berterusan dan dengan sokongan kerajaan negeri dalam memperkasakan sukan OKU ini lebih signifikan ke arah mempertingkatkan prestasi atlet OKU.
Untuk maklumat Ahli-ahli yang Berhormat, kerajaan negeri sentiasa bersama dengan Jabatan Belia Sukan Negeri Kedah turut mengambil langkah proaktif dalam pembangunan Para-OKU ini dengan cadangan mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan OKU dan sukan untuk semua. Pusat kecemerlangan ini akan menempatkan infrastruktur yang mudah, yang moden dan lengkap untuk digunakan khusus kepada atlet-atlet kurang upaya. Antara cadangan infra yang akan dilaksanakan antaranya gimnasium angkat berat untuk atlet-atlet OKU, gimnasium angkat berat untuk atlet normal dan orang awam, gimnasium rakyat, radio dan latihan kekuatan pentas simulasi pertanian atau majlis rasmi dan lain-lain kerja yang berkaitan dalam apa aktiviti Sukan Para ini.
YB, Ada sebut bola tampar?
Ya!
Bola tampar duduk?
Bola tampar duduk.
Ada noh?
Untuk makluman, itu Para. Para dia duduk bawah.
Ooo…
Dia tak main macam kita yang normal ni. Ini untuk Para ja. Inisiatifnya juga dijangka mampu memanfaat dan memberi kemudahan besar kepada rakyat Negeri Kedah melalui peruntukan naik taraf kemudahan sukan dan membina baharu kemudahan sukan berskala kecil. Projek ini akan dilaksanakan pada tahun 2025 ini melalui peruntukan RMK12 RP5 2020-2025. Pembangunan pusat kecemerlangan sukan OKU sebagai satu langkah yang membuktikan jabatan dan kerajaan negeri serius dalam mempertingkatkan jumlah atlet dan prestasi atlet OKU Negeri Kedah.
Beberapa atlet Para Negeri Kedah juga telah menempa kejayaan di Peringkat Antarabangsa ASEAN dan sukan KOMANWEL yang lalu dan kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk pihak kerajaan memastikan atlet-atlet berkualiti seperti ini dapat dilahirkan. Maksudnya disini bukan sahaja kita fokus kepada atlet-atlet yang normal, tetapi kita juga dalam ihsan kerajaan negeri kita fokus kepada kerajaan pada pasukan atlet-atlet yang kurang bernasib baik.
Untuk pertama kalinya, Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan program pemberian ganjaran kepada atlet SUKMA dan Para-SUKMA dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah baru-baru ini. Dan ini adalah antara program pertama yang kita jalankan secara bersekalilah, dan sebelum ini berasingan. Jadi, ini adalah antara langkah baik untuk menunjukkan bahawa sukan ini adalah satu sukan bukan memisahkan tapi sukan ini lebih berkonsepkan, menyatukan. Jadi, kita ambil konsep itulah.
Untuk makluman Ahli Dewan semua, dalam program ganjaran itu kita telah membelanjakan hampir RM316,450 untuk atlet-atlet yang telah berjaya. Atlet SUKMA sebanyak RM192,000, Para SUKMA RM108,400, Para-ASEAN Combodia RM11,000, Olimpik Paris 2024, iaitu Lee Zii Jia sebanyak RM5,000 dan keseluruhannya RM316,450. Jadi, saya nak menyahut balik apa yang telah disaran oleh YB. Gurun kemarin tentang harapan dan juga orang kata apa, sukan ini sebab memerlukan dana yang besar. Jadi, antara cadangan daripada YB. Gurun kelmarin, mengharapkan apabila pelaburan dah masuk banyak, tolong alirkan sikit jumlah pelaburan dan nikmat yang telah dimasuk pada kerajaan itu kepada sukan lah. Jadi, itulah yang saya ingat YB. Jitra amat maklu soal-soal yang macam itu. InsyaAllah.
5 minit lagi YB.
Baik, insyaAllah sikit. Saya nak jawab balik apa yang telah dibangkitkan oleh ADUN Kuah berkenaan dengan masalah sosial di Langkawi.
Pada tahun 2025, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Langkawi telah merangka 14 program. Antaranya, Kem Belia dan Rakan Prihatin, Rakan Muda Skill for Life, Hari Sukarelawan Belia dan lain-lain bagi bertujuan membentuk belia di daerah tersebut. List program-program itu ada di sini. Saya ingat saya tak sempatlah baca dah. Cuma saya mengharapkan bahawa program-program seperti Rakan Muda, Rakan Muda Masjid, Rakan Muda Hari Belia dan juga program-program tersebut, YB. Kuah dan juga tempat lain tolong semak dan insyaAllah ini antara langkah-langkah kita yang telah kita wujudkan supaya masalah isu belia apa yang berlaku di apa Langkawi dapat kita tangani sepenuhnya, insyaAllah.
Untuk ADUN Belantik, memelihara dengan mempromosi sukan tradisional, Kerajaan Kedah telah bersama-sama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian yang berperanan menyemarakkan seni, warisan budaya sentiasa menganjurkan pertandingan atau mengadakan demonstrasi sukan tradisional dalam program-program anjuran kerajaan negeri. Jabatan JKKN Kedah atau lain-lain jabatan dan agensi sebagai contoh program Temasya Orang Kedah untuk 2024 yang lalu, Kerajaan Negeri Kedah melalui JKKN Kedah telah menganjurkan pertandingan sepak raga ratus, pertandingan congkak, pertandingan batu seremban. JKKN Kedah juga telah menganjurkan sesi interaktif sukan tradisional seperti congkak, dam haji dan batu seremban di khemah pameran JKKN semasa Program Pesona Langkawi sempena LIMA 2023 di Dataran Lang, Kuah Langkawi. Selain itu, Majlis Bandaraya Alor Setar juga telah menganjurkan karnival sukan yang mengangkat sukan tradisional congkak dan batu seremban bagi menarik minat kakitangan MBAS untuk menjadikan sukan tradisional sebagai salah satu aktiviti mengisi masa lapang. Terima kasih Dato’ Bandar, ka tak dak? Ada wakil, setiausaha ada di belakang.
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah juga telah menganjurkan pertandingan sukan tradisional sempena Pesta Buku Kedah pada 25 September 2024 bertempat di Village Mall, Sungai Petani, Kedah. Di samping itu, program sukan tradisional adalah salah satu kategori di bawah Sukan Massa yang juga dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Penganjuran program sukan tradisional masih dilaksanakan sepertimana yang baru dilaksanakan di Sintok sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri 2024. Namun demikian, peruntukan yang disediakan oleh kementerian untuk sukan tradisional tidak seperti jumlah peruntukan bagi sukan masa yang lain. Ini berdasarkan kerana sukan tradisional ini tidak termasuk dalam senarai keutamaan seperti senarai sukan masa yang lain. Begitu juga dengan kekerapan perlaksanaan profil program arahan berserta bajet untuk perlaksanaan masih tidak menjadi sukan tradisional sebagai acara yang popular lah.
Namun demikian, pihak kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian atau pihak-pihak lain bagi merancang serta melaksanakan program sukan tradisional dengan peruntukan sedia ada dari pihak jabatan serta sokongan kewangan dan pengurusan kerajaan negeri serta tenaga pakar dari Persekutuan sukan tradisional. Semua pihak boleh terlibat untuk merancang bagi merangka satu penganjuran sukan tradisional peringkat negeri dengan melibatkan semua daerah untuk menghantar penyertaan.
Satu minit lagi YB.
Seminit lagi noh! Sat kalau seminit nak pilih-pilih sat. Seterusnya, bagi perancangan ke depan mungkin boleh dipertimbangkan peruntukan ini terserahkan kepada setiap daerah melalui pejabat belia dan sukan dan insyaAllah usaha-usaha ini akan menambahbaikkan lagi, apa merancakkan lagi sukan ini dapat dilaksanakan. Bagi menggalakkan perancangan sukan tradisional juga, boleh dianjurkan dalam segmen pada hari berlangsungnya Hari Sukan Negara di atas kekuatan penglibatan penyertaan yang maksimum pada hari tersebut. Sebenarnya, secara tidak langsung dapat mempromosikan sukan tradisional sebagai sebahagian warisan budaya negeri serta menarik minat generasi muda untuk menjadi sebahagian daripada yang terlibat.
Tuan Speaker, boleh celah sikit?
Boleh, sila.
Sedikit pertanyaan saja, berkenaan dengan KDFC. Adakah EXCO Sukan sedar bahawa 30 April ni, jika KDA tidak selesaikan tunggakan sebanyak RM7 juta tu, dia akan disingkirkan dari MFL. So, nak tanya kepada kerajaan negeri. Apakah tindakan pelan kecemasan kerajaan negeri dalam menangani isu KDA ini?
Silakan Yang Berhormat.
Saya ingat wakil YB. Bakar Arang dah tanya atau saya ingat ada salah satu daripada depa tu soalan bertulis kan? Tapi apa pun sebab dah ditanya kita jawablah nah. Isu KDA FC seperti yang dimaklum dan saya ingat dalam sesi yang lepas telah juga saya dah bercakap dah tentang suasana ataupun kedudukan KDA FC dengan kerajaan negeri. Tapi apa pun untuk makluman, di pihak kerajaan negeri kita sentiasa memantau dan untuk makluman juga, pihak pembangkang dan Ahli Dewan dalam tempoh semasa nah, dalam tempoh semasa kita sedang membayar untuk membantu KDA FC ini sebanyak hampir RM200 ribu sebulan, KWSP tunggakkan KWSP.
Jadi, itu sebahagian daripada untuk membolehkan pasukan KDA FC bertanding pada tahun ini. Untuk makluman, YB. Bakar Arang, jadi soal pembahagian kedudukan orang kata apa KDA FC dengan KFA dah tidak orang kata kita dah separate lama dah. Cuma untuk makluman, saya pun kepil juga di sini nah. Sebab kita selalu ulang bahawa tanggungjawab khususnya isu gaji, isu gaji ini adalah hak kepada owner yang mengurus pasukan KDA FC. Sebab itu kita berulang kali tapi soalan-soalan sentiasa bangkit, cuma di sini saya kepilkan dua. Dua daripada Kerajaan Negeri Perak kalau Ahli Yang Berhormat tengok di sini nah. Yang pertama, 2022, kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenang melunaskan tunggakan gaji pemain Perak FC. Ini jawapan daripada MB Perak, 2022 noh. Yang keduanya, yang terbaru pada 21 April 2025 pukul 2.26 pm, 21 bila, kemarin noh. EXCO sukan, gaji Perak FC bukan di bawah kerajaan negeri. Jadi, bukan sekadar menjadi satu kehairanan kepada pihak pembangkang, tapi semuanya dasar ini telah difahami sepenuhnya di semua peringkat di Malaysia.
Jadi, saya ingat bukan satu benda yang pelik. Tapi apapun, di pihak kerajaan negeri sepertimana yang telah YB. Bakar Arang tanya tadi, kita sentiasa peka dan sentiasa memberi bantuan secara tidak formal, tidak secara langsung. Contohnya, di sudut penggunaan infra, stadium. Itu antara bentuk-bentuk yang telah kita sumbang noh. Kadang-kadang ada sampai peringkat kita tak boleh nak training ka, so kita sediakan tempat yang itu untuk kemudahan latihan, untuk kemudahan apa perlawanan. Jadi, tak timbul lah kalau kata kerajaan kita tidak membantu, jadi saya menafikan itu. Tapi untuk ke depan, insyaAllah. Saya rasa saya tak boleh kata iya, sebab ini tanggungjawab adalah KDA FC. Dan pihak pentadbiran KDA FC pun tak pernah berjumpa dengan kita untuk mengetahui keadaan sebenar, sebab saya dapat maklumat dalam tempoh yang terdekat ini, kata ada sesetengah pihak yang cuba untuk membantu KDA FC. Jadi, itu adalah urusan KDA FC. Jadi, itulah saya ingat jawapan saya untuk petang ini.
Jadi, pengakhiran saya tentang sukan apa, sukan. Apa dok cakap tadi ni.
Panjang lagi ka YB.?
Dak, nak habis dah nak habis dah.
Ha, ok!
Oh, sukan tradisional ni lah! Yang terdekat ni untuk makluman, YB. Kubang Rotan duk tengok saya, saya akan maklum YB. Kubang Rotan, insyaAllah. Baru ini saya pi rasmi sukan karom Ini adalah antara kerjasama di bawah EXCO Pelancongan, kita jadikan sukan sebagai sukan sport tourism. Jadi, kehadiran Alhamdulillah, waktu itu YB. Kubang Rotan duk ada di Kuala Lumpur bersama dengan MATTA dalam program itu. Jadi, saya pergi wakil YB. Kubang Rotan dan kita merasmikan dan kehadirannya Alhamdulillah noh, kehadirannya hampir 700 orang bagi peserta untuk 2 acara beregu dan 1,000. YB. Kubang Rotan kata 1,000 nah. Jadi, itu antara program-program sukan tradisional yang telah kita laksanakan. InsyaAllah bertepatan dengan TMK untuk 2025 ini.
Jadi, yang terakhirnya saya nak jawab berkenaan dengan isu cadangan perahu panjang ini. Saya ingat daripada YB. Anak Bukit noh. YB. Anak Bukit takdak pulak. Untuk makluman, saya dapat selami apa yang ditanya itu, isu berkenaan dengan cadangan perahu panjang ini biasanya kita buat di dalam Alor Setar tu, sempena dengan Hari Keputeraan tu. Tapi kita tak buat lama dah. Tapi untuk makluman, di UniSHAMS dan juga di Pendang. Pendang akan berlangsung, Dragon Boat ini pada 17 hingga 18 ni. Jadi, yang tu, tu. Tapi di peringkat kerajaan negeri dan juga di peringkat EXCO, saya ingat kita boleh masukkan, kita mungkin akan ada perbincangan dengan EXCO Pelancongan. Mungkin kita akan adakan semula. Sila-sila! YB. Anak Bukit tengah dok jawab ni! Jadi, kita nak habaq kata akan ada, InsyaAllah. InsyaAllah untuk tahun ini kita akan cuba, kita akan buat perbincangan sebab sukan ni dah lama kita dah tak mainkan dan insyaAllah kita akan cuba bertanding dan kita yakin sambutan daripada sungai, sambutan daripada ahli-ahli yang terlibat dalam sukan ni, ramai. Dan sambutannya memang meriah noh. Jadi, saya ingat tak terbabitlah dengan isu-isu sungai banjir tu tak terbabit insyaAllah. Kita kayuh pun tak sampai air tak keluar ke kampung-kampung lah, insyaAllah. Jadi…
Panjang lagi YB.?
Baik, baik. Sebagai penutup lah. Untuk hari ni, saya ucap terima kasih semua. Dalam usaha untuk memacu negeri ke arah kemajuan dan kemakmuran pihak kerajaan negeri yang dimimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa bersiap siaga dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik meliputi pelbagai aspek, termasuklah dalam hal ehwal kos sara hidup rakyat, pembangunan infra, kebajikan
serta pelbagai isu-isu yang berkaitan. Oleh yang demikian, pelbagai rangka strategi dan kaedah akan dan telah dilaksanakan bagi menangani masalah sekaligus merealisasikan hasrat yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Ucapan terima kasih semua kepada agensi yang terlibat dalam membantu khususnya dalam bidang sukan seperti Majlis Sukan Negeri Kedah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, PKNK, MBAS dan semua pihak-pihak yang tak dapat saya sebut di sini.
Negeri Kedah ini bukan sekadar tanah tumpah darah. Ia adalah warisan hati, tempat kita membesar dan tanah yang akan mewariskan kita kepada sejarah. Maka jadilah rakyat yang cinta akan negeri bukan hanya dengan kata tapi dengan tindakan dan pengorbanan.
Akhir kata, sebelum saya menamatkan penggulungan, saya dengan penuh takzim menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Wallahualam, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Mengkudu. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Kubang Rotan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahirrahhirabila’lamin Wassolatu’ Wassalamu’ Ala Asyrafil Anbiya’I Wal Mursalin, Waa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’in.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Perancang Undang-Undang Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, seterusnya, hadirin yang saya hormati sekalian.
Kedah dengan modal alam semula jadinya yang cantik dan unik akan menggabungkan teknologi tinggi dalam pelancongan hijau. Akan ada Eco Resort Pintar, AI Tour Guide, Drone View Tour, dan Realiti Maya untuk tapak-tapak bersejarah. Immersive Heritage Experience akan menjadi perkara biasa. Pasang saja headset, pelancong dan pelawat akan terus hidup misalnya semasa era kegemilangan Kerajaan Kedah Tua.
Langkawi akan menjadi Smart Island sehebat Bali dan Phuket atau lebih hebat lagi dan ia bukan lagi pulau yang biasa-biasa tetapi berasas Hi-Tech Eco dengan pengangkutan mesra alam, kereta terbang, sistem solar seluruh pulau, resort-resort pintar dan hotel bawah air dan tidak ada lagi masalah feri lambat, feri itu, feri ini. YB. Kuah tengok saya, bulat biji mata! Itu bukanlah petikan daripada mana-mana cerita science fiction.
Bukan juga ramalan oleh mana-mana pawang dan dukun. Ia juga khayalan atau angan-angan saya. Sebaliknya, itulah gambaran yang diberi oleh Chatgpt apabila diminta menggambarkan keadaan pelancongan di Kedah 25 tahun yang akan datang. Dia jawab panjang lebar tapi saya ambil sikit sahaja. Saya ambil 25 tahun itu, insya Allah 25 tahun lagi saya boleh rasa. Kalau 50 tahun lagi, saya tak tahulah.
Apa yang digambarkan oleh Chatgpt itu sesungguhnya adalah manifestasi harapan saya dan saya yakin harapan kita semua walaupun sukar untuk kita bayangkan bagaimana konsep dan bentuk pelancongan pada masa hadapan, namun asas dan paksinya tetap satu. Iaitu kita mahu melihat Kedah berada dalam senarai teratas dalam senarai destinasi pelancongan berkelas dunia dan Tahun Melawat Kedah 2025, TMK 2025 adalah pembuka jalan ke arah laluan itu. Saya katakan demikian kerana dalam sejarah sektor pelancongan di Negeri Kedah. Inilah julung-julung kalinya kerajaan negeri mempromosikan negeri ini secara begitu bersungguh-sungguh, sebagai destinasi pelancongan. Memang benar, pada tahun 2016 pernah dilancarkan Program Tahun Melawat Kedah. Ia tidak gagal, cuma skalanya lebih kecil dan pelaksanaannya dipengaruhi oleh beberapa faktor semasa ketika itu.
Kini dalam iklim sosiopolitik yang lebih baik, di bawah kestabilan kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, di bawah teguhnya kerjasama Perikatan Nasional, Alhamdulillah kita diberikan oleh Allah SWT ilham dan kesempatan untuk menggerakkan semula agenda Tahun Melawat Kedah. Dan insyaAllah seperti mana yang saya pernah tegaskan di Dewan ini pada penggal yang lalu. Dan dalam bentuk ucapan serta kenyataan lain, peluang ini kita akan manfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
Yang Berhormat Speaker dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum meneruskan penggulungan ini, izinkan saya merafak sembah dan menyunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang dalam titah ucapan baginda sempena Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-15 yang mahukan TMK 2025 menjadi platform terbaik untuk meletakkan Negeri Kedah sebagai destinasi pelancongan utama negara kita ini.
Dalam titah ucapan itu, baginda turut menggesa agar produk pelancongan sama ada di Tanah Besar ataupun di Langkawi ditambah baik dan dinaik taraf di samping mengenal pasti produk-produk pelancongan baru untuk diperkenalkan serta memperkasakan jaringan perhubungan dan pengangkutan terutamanya perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi.
Perkara lain yang disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ialah perlunya Tamadun Kedah Tua ditonjolkan sebagai produk pelancongan yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi. Terutamanya dari segi kemajuan teknologi, kebudayaan dan perdagangan antarabangsa sehingga membawa kepada kegemilangan warisan tamadun yang bertunjangkan agama Islam. Sesungguhnya, keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu, merupakan pendorong dan pembakar semangat untuk pihak saya menggandakan lagi usaha bagi memastikan sektor pelancongan di Kedah ini benar-benar bersemarak sebagaimana yang dihasratkan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, semenjak melangkah masuk ke tahun 2025, usaha untuk menjayakan TMK 2025 berjalan pantas tanpa mengenal koma dan titik, apa juga yang telah dirancang dan dimulakan sejak pelancarannya pada Ogos tahun lepas, diteruskan dengan fokus yang jelas iaitu untuk terus menambahkan kegemilangan Pulau Langkawi dan menggilap segala potensi yang ada di Tanah Besar ini. Alhamdulillah, sepanjang tempoh 4 bulan pertama ini boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja program yang mempunyai hubung kait dengan TMK 2025. Skalanya mungkin berbeza-beza, ada yang kecil dan ada yang besar. Namun, kesemuanya bergerak atas teras yang sama, atas nama “Experience Kedah” Frasa yang menjadi tema TMK 2025, frasa yang ingin kita sematkan dalam minda dan dalam hati sanubari setiap pelancong dan pelawat ke negeri ini.
Hampir setiap hari juga, saya bertemu dengan pihak-pihak yang berminat untuk membantu menjayakan TMK 2025, sama ada melalui penganjuran acara, mempromosi produk sedia ada, mengangkat produk baru dan sebagainya. Permohonan-permohonan secara rasmi ataupun tidak, juga tidak terkira banyaknya. Bagi saya, semua ini adalah petunjuk positif bahawa TMK 2025 telah mencapai sebahagian daripada matlamatnya. Minat yang ditunjukkan itu membuktikan ia berjaya mencetuskan fenomena di kalangan pemain-pemain industri dan orang ramai. Apatah lagi apabila di sana sini orang mula bercakap mengenainya.
Semua itu bukanlah usaha pihak saya bersendirian. Sebaliknya hasil daripada komitmen secara kolektif oleh pelbagai pihak daripada pucuk pimpinan kerajaan negeri, sahabat-sahabat para YB. di Dewan ini termasuk rakan-rakan di barisan pembangkang, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta,
NGO-NGO, orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan industri ini. Apakah perkataan yang lebih baik untuk saya ucapkan atas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan, melainkan setinggi-tinggi perhargaan dan juga jutaan terima kasih saya ucapkan.
Barangkali perlu saya maklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini, bahawa selain memberi tumpuan kepada mempromosi destinasi-destinasi pelancongan sedia popular dan destinasi-destinasi baru yang berpotensi, kita juga memberi tumpuan pada segmen pelancongan acara, kerana ia merupakan kaedah yang berkesan untuk menarik kehadiran pelancong dan pelawat. Itulah sebabnya kita menyenaraikan sebanyak 170 acara dalam kalendar acara penganjuran Tahun Melawat Kedah 2025. Kita juga berusaha memperlebagaikan acara-acara ini seperti yang menepati kehendak semua peringkat khalayak, bukannya terbatas kepada kumpulan tertentu sahaja. Ini termasuklah memberikan penekanan terhadap segmen-segmen contohnya yang berteraskan agama, pendidikan dan kesukanan. Sebagai contoh, sepanjang bulan Ramadhan lalu, sebagaimana disebut oleh YB. Pantai Merdeka, kita berjaya menganjurkan program “Iftar Perdana Experience Kedah 2025” dengan kerjasama Yayasan Islam Negeri Kedah bertempat di Dataran Medan Bandar Alor Setar. Selama empat Jumaat berturut-turut program itu diadakan dan ianya berjaya menarik ribuan orang ramai dengan jumlahnya meningkat dari seminggu ke minggu, dari minggu ke minggu.
Keadaan itu bukan sahaja mendorong pihak saya berhasrat untuk mengadakan lagi program yang sama pada tahun hadapan, malah jika boleh mahu melihat ia diadakan di setiap bandar-bandar utama dalam Negeri Kedah kita ini. Program itu juga menginspirasikan saya, untuk melihat masjid-masjid di seluruh Kedah ini menjadi hub komuniti di mana hub itu sendiri nanti boleh diangkat sebagai satu sumber daya pelancongan. Alangkah manisnya jika pelancong dan pelawat dapat menimba sebahagian daripada Experience Kedah itu, dengan melihat dari dekat akrabnya hubungan komuniti kita di Negeri Kedah ini dengan masjid. Mungkin sahabat saya, YB. Sungai Limau boleh tengok-tengokkan perkara ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada banyak lagi yang hendak saya kongsikan tentang apa yang telah, sedang, dan akan pihak saya buat. Walau bagaimanapun saya nak bagi laluan kepada diri sendiri untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh sahabat-sahabat kita semasa sesi perbahasan. Pertamanya, mengenai saranan sahabat saya dari YB. Bayu, yang berpandangan bahawa pelepasan benih ikan ke sungai ini bukan sahaja dapat membekalkan sumber makanan, tetapi juga apabila sungai bersih dan terkawal ianya berpotensi menjadi salah satu produk pelancongan yang dapat menarik minat pelancong.
Saranan YB. Bayu itu bertepatan dengan usaha kerajaan negeri sekarang, yang sedang meneliti beberapa kawasan sungai yang sesuai untuk dibangunkan aktiviti pelancongan seperti river cruise, berkayak, memancing dan juga tapak rekreasi keluarga. Kita juga sedang menggalakkan penglibatan komuniti tempatan untuk terlibat secara langsung contohnya melalui homestay, penyediaan makanan tradisional dan jualan produk tempatan. Bayangkanlah kalau benih-benih ikan yang
YB. Bayu cadangkan itu, membesar dan hidup subur tentu ia boleh menjadi sumber baru yang boleh diketengahkan kepada pelancong dan pada masa yang sama dapat menambah sumber pendapatan penduduk setempat.
Untuk makluman, pada masa yang sama kita juga akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti JPS, pihak berkuasa tempatan dan juga NGO untuk memastikan aspek kebersihan, keselamatan dan kelestarian sungai sentiasa terjaga. InsyaAllah, sungai di Kedah bukan sahaja menjadi tempat riadah, tapi juga mampu menjadi tarikan pelancong yang membawa manfaat ekonomi kepada rakyat di negeri ini. Cadangan Yang Berhormat Kuah, supaya ditubuhkan jawatankuasa pelaksana TMK 2025 di peringkat Pulau Langkawi juga, saya ambil perhatian dan amat dialu-alukan. Begitu juga dengan saranan supaya kerajaan negeri menyediakan perkhidmatan feri bagi mengatasi masalah pengangkutan ke Pulau Langkawi. Saya mengambil maklum cadangan itu dan melihat kewajaran ia diberikan pertimbangan. Walau bagaimanapun, banyak perkara yang perlu diambil kira.
YB. Kuah sendiri sedia maklum bahawa suatu masa dahulu pihak LADA pernah mengadakan perkhidmatan feri dengan harapan ia akan meningkatkan keupayaan sektor pelancongan dan memudahkan pergerakan penduduk setempat. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak mencapai matlamat yang disasarkan, apabila feri-feri yang dibeli, gagal beroperasi secara optimum dan berterusan. Beberapa isu teknikal serta kelemahan dalam aspek penyelenggaraan dan pengurusan operasi telah menyebabkan feri-feri tersebut tidak dapat digunakan seperti yang dirancang. Akibatnya, pelaburan yang dibuat, tidak memberikan pulangan yang sewajarnya kepada agensi dan telah menimbulkan implikasi kewangan serta reputasi kepada pihak LADA dan anak-anak syarikatnya. Sahabat kita dari YB. Bakar Arang juga senada dengan YB. Kuah, yang mencadangkan supaya diwujudkan penerbangan terus dari Alor Setar ke Langkawi. Dan saya bersetuju dengan YB. Bakar Arang bahawa kewujudan perkhidmatan itu akan membolehkan Alor Setar menjadi stopover kepada pelancong dan pelawat, bukannya setakat laluan untuk ke Langkawi.
Secara umumnya, kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu dan sebarang cadangan yang bertujuan memperluas aksesibiliti ke destinasi pelancongan utama, khususnya Langkawi yang merupakan ekonomi pelancongan bertaraf antarabangsa. Walau bagaimanapun, perlu diambil maklum bahawa jarak antara Alor Setar dan Langkawi ini yang sekitar 100 km sahaja, menjadikan laluan ini kurang kompetitif dari segi operasi penerbangan komersial berbanding laluan darat yang sedia ada. Namun begitu, Kerajaan Negeri Kedah melalui portfolio pelancongan bersedia untuk berbincang lebih lanjut dengan pihak Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airport Holding Berhad dan syarikat penerbangan bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan laluan ini.
Terima kasih kepada YB. Bakar Arang atas cadangan konstruktif ini dan sekali lagi memberi jaminan bahawa perkara ini akan diteliti dengan sewajarnya demi manfaat bersama rakyat dan pembangunan negeri. Saya juga berterima kasih atas saranan Yang Berhormat Gurun supaya infrastruktur di Gunung Jerai terus ditambah baik agar menarik lebih ramai lagi pelancong. Seperti yang pernah dimaklumkan di Dewan ini pada November lalu, Kerajaan Negeri melalui PKNK telah menaik taraf kemudahan-kemudahan yang terdapat di Gunung Jerai, antaranya dengan penambahan tempat letak kereta, penurapan jalan ke kawasan resort, menaik taraf tandas awam, menyediakan tandas untuk OKU, selain menaik taraf kemudahan letak kereta dan perkhidmatan di kaki gunung tersebut.
InsyaAllah kerja-kerja penambahbaikkan lain akan terus dilakukan secara berterusan berdasarkan keperluan dan tentunya juga kemampuan. Kepada sahabat saya dari YB. Pantai Merdeka, terima kasih atas perhatian dan keprihatinan terhadap tapak Sejarah Sungai Batu, sebuah khazanah ekologi yang bukan sahaja penting bagi Kedah, tetapi juga bagi sejarah termadun dunia. Ia merupakan warisan sejarah kita yang amat berharga. Namun begitu, sebagai mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kita berdepan cabaran dari segi menjadikan tapak ini sebagai lokasi pelancongan ekologi yang aktif dan mampan. Sebagai maklum balas kepada isu yang dibangkitkan, kerajaan negeri akan mengambil beberapa langkah strategik, bagi memastikan Sungai Batu tidak hanya dilawati oleh penyelidik, tetapi juga oleh pelancong umum dan pelajar. Antara langkah yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk, mewujudkan pusat interprestasi Sungai Batu, memperkenalkan pakej lawatan edu pelancongan, meningkatkan infrastruktur sokongan, mengadakan festival warisan Sungai Batu secara tahunan dengan penglibatan komuniti setempat, aktiviti kebudayaan, persembahan sejarah dan jualan produk tempatan yang boleh memeriahkan kawasan ini dan menarik kunjungan berulang.
Kerajaan negeri juga sedang berusaha mendapatkan perakuan tapak warisan dunia UNESCO untuk komplek ekologi Lembah Bujang secara keteruhan, termasuklah Sungai Batu sebagai komponen utama. Ini akan meningkatkan nilai tapak ini di peringkat antarabangsa sekaligus membawa limpan pelancong dan penyelidik dari seluruh dunia.
Yang Berhormat Kubang Rotan, laju sangat tu. Ada 10 minit lagi.
Ya, biasanya dok buat slow tu takdan perabih, tulis teruk ni. Kami percaya dengan strategi promosi yang berterusan, sokongan komuniti setempat dan usaha pemeliharaan yang serius, Sungai Batu akan menjadi satu daripada permata pelancongan sejarah Kedah yang mampu menjana manfaat ekonomi, pendidikan dan identiti negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ingin berkongsi dengan Dewan Yang Mulia ini beberapa perkembangan mutakhir dalam usaha kita untuk menjayakan TMK 2025. Pertama, kita dalam proses untuk mewujudkan sebatang jalan yang akan dikenali sebagai Jalan Pelancongan. Jalan ini akan berupa laluan pelancongan rasmi yang menghubungkan lokasi-lokasi menarik untuk memberikan maklumat dan pengalaman terancang dan menyeluruh kepada masyarakat setempat dan juga pelancong. Jalan yang dicadangkan akan bermula dari Jalan Anak Bukit berhadapan Wisma Daru Aman dan berakhir di Maktab Mahmud di Jalan Pegawai atau sekarang ini dikenali sebagai Persiaran Sultan Abdul Hamid. Anggarannya 5.2km, kerana di sekitar laluan ini terdapat lebih 14 tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong. Kita juga pada masa ini sedang dalam proses membangunkan sebuah destinasi pelancongan baru iaitu kawasan tepi laut Padang Garam….
YB. Tuan Speaker.
YB. Kubang Rotan…YB. Bayu…
YB. Kubang Rotan, sahabat. Sahabatku YB. Kubang Rotan. Minta laluan sat nah.
Bagi laluan dekat dia. Silakan.
Yang pertama saya nak ucap tahniah terima kasih banyaklah di atas YB. Kubang Rotan yang memberi perhatian terhadap cadangan yang saya berkenaan ikan tu. Yang kedua, saya nak minta kalau boleh sebab kita ada perancangan untuk buka nak pintu sepadan. Kena masuk Perlis, perlu pintu sempadan la. Pintu sempadan tu kalua jadi sebab kami di peringkat Dun Bayu, itu kawasan-kawasan ekopelancongan. Kalau boleh saya minta YB. Kubang Rotan, beri perhatian kepada produk-produk baru di Dun Bayu dan juga Dun Belantik, sahabat saya. Sebab akan menjadi, jikalau menjadi kenyataan pintu sempadan itu dibuka, kita boleh tarik pelancong daripada Thailand masuk ke sini sempena tahun melawat. Hat keluar tak keluar, kita ada cara untuk nak sekat itu. InsyaAllah.
Silakan, Yang Berhormat Kubang Rotan…
Speaker... YB. Tuan Speaker, sebelum apa…
YB. Tokai.
Sebelum EXCO meneruskan apa ucapan, dan Speaker kata terlalu laju, nak pergi slow sikit la nah. Tadi sebut tentang Kedah Tua, saya cukup minat, saya dok run on apa YouTube taksat ini, dia tunjuk sejarah apa Kedah Tua dan juga gambaran-gambaran apa sejarah Kedah Tua tu. Jadi kalau sekiranya kita mempunyai apa teknologi komputer yang ada audio visual, sama ada di YouTube ini seterusnya ataupun di tempat tu sendiri, daripada sejarah permulaan 2,700 tahun sebelum itu,
sampailah apa kita kata mencapai kemerdekaan dan juga teknologi terkini kita gunakan untuk membangunkan apa pembangunan secara komputerized di sejarah Kedah Tua di Sungai Batu ini. Saya rasa itu akan menarik minat kepada pelancong-pelancong di luar untuk sampai ke situ. Terima kasih.
Baik
Silakan Yang Berhormat EXCO.
Baik, terima kasih. Yang Berhormat Tuan Speaker, itu pasal saya sangat laju. Biasanya saya tak habis saya punya baca ni, sebab nanti kawan-kawan akan, akan mencelah. Baik, saya nak jawab kepada YB. Bayu insyaAllah. Kerajaan negeri sentiasa aktif, sentiasa orang kata menggalakkan wujudnya produk-produk baru dalam negeri Kedah kita ini, termasuklah di DUN Bayu. Bayu ni berada dalam Baling. Banyak produk-produk pelancongan berasaskan orang kata ekopelancongan diwujudkan di Daerah Baling ni. Terima kasih lah kepada semua orang Baling. Jadi, saya sentiasa mengalu-alukan sekiranya boleh jumpa dengan yang pertamanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Kedah tourism. Duduk bersama bagi membincang untuk terus mempromosikan. Kalau ada peluang untuk kita membantu segi peruntukan, insyaAllah kita akan bantu. Sebab kita galakkan, untuk kita sama-sama bangunkan produk pelancongan dalam negeri Kedah kita ini. Tak tinggal yang ada saja, nak juga yang baru. Itu yang pertama.
Berbalik kepada YB. Tokai, saya boleh jawab macam ni, dalam masa dekat ni, pihak saya akan berjumpa dengan Jabatan Warisan. Mungkin ada benda-benda ataupun perkhabaran baru, yang akan diumumkan. Bukan masa la, saya tak boleh umum lagi. Sebabnya, sekarang ini insyaAllah Jabatan Warisan sendiri dalam usaha bersama-sama Kerajaan Negeri untuk membangunkan secara serius Sungai Batu ini. Walau bagaimanapun, apa yang ada pada sekarang ini sebelum ni kita Sungai Batu ini dibantu oleh satu persatuan, persatuan. Tapi baru-baru ini, mereka ditimpa kemalangan apabila ribut dan sebagainya ini habis semua. Mereka punya khemah dan sebagainya, rosak. Jadi pun, saya nak usaha untuk membantu mereka. Itulah serba sikit serba halangan. Kadang-kadang ada beberapa perkara yang kita tiap-tiap selesaikan benda tu dalam masa sekelip mata. Makan masa.
Apapun, saya sambut baik saranan YB. Tokai. Saya sambut baik saranan daripada YB. Bayu. InsyaAllah kita buat yang terbaik lah untuk set-up pelancongan dalam Kedah dah kita ini. Nak sambung sikit?...
3 minit YB.
Ha, tu dia. Keh tu, dok pederas tu. Habis la, 3 minit terus jadi jem. Jem. Okey. Okey, sekali lagi saya ulang balik lah. Kita juga pada masa ini sedang dalam proses membangunkan sebuah destinasi pelancongan baru iaitu kawasan tepi laut Padang Garam, di Kuala Kedah. Ia sebuah kawasan yang menarik dan berpotensi bukan sahaja untuk aktiviti riadah warga setempat, tetapi juga untuk mengundang kehadiran pelancong dan pelawat. Setakat ini, pembangunan fasa pertamanya telahpun siap dilaksana dan telah mula menjadi tumpuan umum. InsyaAllah kita berharap pembangunan bagi fasa berikutnya akan dapat dimulakan tidak lama lagi.
Di Gunung Keriang ada lift tetapi telah sekian lama tersadai. Alhamdulillah, kita telah berusaha mendapatkan peruntukan dan telahpun diluluskan untuk membolehkan lift itu beroperasi semula. Kita berharap juga usaha ini akan disambut oleh pihak-pihak lain termasuklah daripada Majlis Bandaraya Alor Setar, bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan suasana yang meransang kehadiran pelancong dan juga pelawat ke daerah itu.
Usaha menaik taraf bagi mencantikkan lagi Jambatan Tok Pasai yang merupakan ekon Kuala Kedah juga telah berjalan di satu peringkat, di mana ia kini dimandikan dengan cahaya pada setiap malam. Akan menyusul nanti adalah langkah penambahbaikkan peringkat seterusnya. Sementara itu di Pulau Langkawi, pihak saya sedang mengusahakan sebuah dataran khusus untuk menempatkan para peniaga bagi tujuan memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan di pulau itu. Ini yang saya maksudkan tadi di Pekan Kuah.
Demikianlah, seperti yang saya katakan awal-awal tadi kita tidak pernah berhenti dalam usaha memberikan yang terbaik kepada TMK 2025 khususnya dan sektor pelancongan di Kedah ini umumnya. Dalam menggerakkan semua usaha itu, Kerajaan Negeri tetap memberi penekanan terhadap aspek perniagaan alam sekitar dan kelestariannya. Kita tidak mahu hanya memberi fokus pada menarik sesetengah pelancong namun pada masa yang sama membiarkan rumah kita berkeadaan bersepah dan tidak terurus.
Sebab itulah, pada penghujung tahun lepas kita lancarkan program ‘Gotong Royong Perdana’ yang melibatkan semua Dun di seluruh negeri. Sebab itu juga di kawasan saya sendiri aktiviti-aktiviti gotong royong kerap diadakan. Mesej kita jelas, iaitu untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan lestari. Sambil pada masa yang sama menegakkan semula tradisi gotong royong yang menjadi sebahagian daripada warisan kita. Sebagaimana tahun lalu, tahun ini juga saya menetapkan harapan yang sama, jika boleh biarlah pelancong datang semula ke negeri kita kena terpukau dengan kebersihannya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dewan ini peruntukan untuk promosi TMK 2025 adalah sebanyak 3 juta sahaja. Ada juga suara-suara nakal yang bertanya saya cukupkah peruntukan sebanyak itu? Jawapannya mudah. Yang menentukan cukup atau tidak bukanlah jumlah peruntukan itu semata-mata, tetapi bagaimana kita menggunakannya. Saya suka melihat perkara ini daripada perspektif orang berniaga kerana saya ada sedikit pengalaman dalam perniagaan ini walaupun sekadar perniagaan kecil-kecilan. Di samping itu, kerana usahawan juga di bawah portfolio saya maka saya nak jadikan ia sebagai sedikit motivasi kepada usahawan-usahawan muda dan bakal usahawan-usahawan di luar sana. Ingatlah duit ini sebenarnya berhantu. Sebab itu selalunya, semakin banyak kita dapat semakin kita rasa sedikit. Bawa mai banyak mana pun duit dok rasa tak cukup situ lah YB. Tuan Speaker.
Dalam hal peruntukan ini, perkara yang paling penting kita ambil kira adalah mengukur baju di badan sendiri. Tidak kira sebesar mana pun keperluan kita mesti sesuaikan dengan kemampuan. Kena ingat kejayaan tidak diukur dengan berapa banyak modal yang dilabur, tetapi dengan keupayaan kita mengembangkan modal itu. Dengan peruntukan yang terhad, kita akan lebih cermat dan lebih berhemat. Saya cakap ni ikhlas ni YB. Tuan Speaker. Tak nak lah setakat ni makan diri mai budget hujung tahun ni.
Masa kecederaan dah.
Okay! saya juga berulang alik ke MOTAC bagi mendapatkan peruntukan tambahan. Alhamdulillah usaha itu berjaya apabila kita diberi peruntukan sebanyak RM1 juta. Selain peruntukan menambah baik pulih produk yang memerlukan penambahbaikan dan sampai ke peringkat ini usaha untuk mendapatkan peruntukan seterusnya terus berjalan.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak MOTAC atas kerjasama, atas sokongan, atas peruntukan yang telah diberikan kepada negeri Kedah. Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang sedang berlangsung sekarang sesungguhnya hanyalah permulaan. Seperti saya sebutkan tadi ini merupakan kali pertama kita mempromosikan sektor pelancongan di Kedah ini terutamanya di Tanah Besar secara all out. Kelemahan dan kekurangan tentunya ada namun kita sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.
Saya dan rakan-rakan dalam pasukan saya tidak ada lampu aladin atau cincin hikmat. Yang kami ada hanya niat yang ikhlas, matlamat yang jelas, dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memajukan industri ini. Kami mungkin tidak boleh menunjukkan hasilnya secara mengejut dan dengan mendadak kerana tahun ini hanya tahun permula. Dengan segala kudrat yang ada kami fokuskan semua usaha demi pelancongan di negeri tercinta, semoga masyhurnya ke merata dunia. Insya Allah, hasil sebenar akan dapat dilihat dalam masa-masa mendatang dan saya yakin Kedah akan dapat mengiringi negara dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 nanti dengan langkah yang bergaya. Tetapi, pra-syaratnya bagi semua itu adalah kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pihak. Kata pantun orang tua-tua…
Kalau Rotan Sudah Diikat Kuat Dan Kukuh, Tidak Akan Patah, Kerja Bersama Membawa Berkat, Segala Yang Susah Menjadi Mudah.
Akhir sekali, saya dengan ini menyokong dan menjunjung titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian Wa Bilahi Taufiq Wahidayah. Wassalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Terima kasih yang berhormat YB. Kubang Rotan.
Seterusnya yang berhormat YB. Suka Menanti. Dipersilakan. Kita akan tamat 4.30 petang Yang Berhormat.
InsyaAllah. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah. Ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri, barisan pengamal media cetak dan media elektronik, Ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu kita panjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT kerana kita diberi kesempatan untuk bersama-sama berkumpu di dalam Dewan Yang Mulia ini sekali lagi untuk membawa amanah dan tanggungjawab dari rakyat negeri Kedah kepada kita semua.
Buah Di Gurun Buah Pelaga Buah Berangan, Boleh Tanam Di Samping Padi, Mai Kita Jangan Dok Berangan, Kita Buat Sampai Jadi.
InsyaAllah. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang unik. Kaya dengan berbagai sektor-sektor yang menyumbang kepada perhasilan ekonomi kepada negeri. Di antara sektor ekonomi yang sejak sekian lama menjadi penyumbang kepada negeri ialah sektor pertanian. Sektor pertanian yang utama negeri Kedah ialah pengeluaran beras yang menjadi teras dan asas keselamatan atau security makanan negeri serta negara. Ianya membawa maksud yang mendalam dan perlu diberi perhatian serta difahami dengan baik oleh semua pihak. Sektor-sektor padi dan beras adalah merupakan tanggungjawab bersama di antara negeri dan Persekutuan. Peranan dan kebersamaan di antara pihak swasta juga adalah sangat perlu bagi memastikan isu berkaitan keselamatan makanan terutama yang beras, adalah berada di tahap yang tidak membimbangkan rakyat keseluruhannya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, berkenaan peranan hakiki setiap Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu dalam melaksanakan semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan ini, kami di pihak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam mendepani apa jua permasalahan, mendengar pandangan, dan kritikan yang membina demi kepentingan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.
Patik juga menjunjung kasih di atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke atas sektor pertanian dan seluruh masyarakat petani dan pesawah, penternak di seluruh negeri Kedah ini.
Di antara lain yang dititah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ialah perkenaan sokongan terhadap padi lima kali dua tahun. Berikut ialah pelan projek padi lima kali dalam tempoh dua tahun. Bagi Jabatan MADA Dalam Jelapang, projek penanaman padi lima kali dua tahun telah dilaksanakan pada tahun 2023 di kawasan sawah seluas 169.2 hektar, yang melibatkan seramai 111 orang pesawah. Lokasi yang terlibat adalah Kampung Titi Gajah A, Titi Baru.
Direkodkan bahawa purata hasil tuaian, keseluruhan projek bagi musim tambahan tersebut adalah pada 4.39 tan per hektar. Pencapaian musim tambahan ini telah meningkat sebanyak 5.8% berbanding purata hasil dua musim sebelumnya hanya pada kadar 4.15 tan per hektar sahaja. Projek SMART SBB bersama Syarikat Advansia Sdn. Bhd. dilaksanakan di lima lokasi iaitu Tempayan Pecah (PPK F-II Jerlun), Sungai Baru Tengah (PPK I-II Kuala Sungai), Kuala Sungai (PPK I-II Kuala Sungai), Lubuk Pinang (PPK C-II Kerpan) dan Kangkong (PPK C-IV Kangkong) dengan jumlah keluasan 74.61 hektar. Purata hasil yang dipenuhi bagi musim 2 2022 dan musim 1 2023 masing-masing adalah 6.06 tan per hektar dan 6.60 tan per hektar. Projek SMART SBB ala Sekinchan, InsyaAllah Yang Amat Berhormat, kita buat lepas ini ala Kedah. Pihak MADA telah menjalankan projek ini di kawasan Tok Mengkula (Kerpan), Gulau (Titi Haji Idris), Batu 17 (Sungai Limau Dalam) dan Batu 17 (Guar Chempedak) dengan keluasan berjumlah 127.181 hektar. Projek ini mula dilaksanakan pada musim 2, tahun 2023 dengan kerjasama PLS Marketing Sdn Bhd.
Bagi pihak Jabatan Pertanian Negeri Kedah iaitu kawasan di luar jelapang, projek padi lima musim 2 tahun, projek kelompok padi Kampung Rantau Panjang seluas 110 hektar dan melibatkan 105 orang petani dalam kawasan Skim JPS Kota 2. Dalam bulan Januari hingga Mac pihak Jabatan Pertanian telah menaik taraf kemudahan yang sedia ada dan bina baru bagi sistem pengairan dan saliran serta menjalankan perataan tanah sawah supaya memberikan kemudahan dan kelancaran untuk menjayakan pelaksanaan projek tersebut.
Bagi penanaman musim 5 kali 2 tahun, dimulakan dalam bulan April 2023, dituai dalam bulan August 2023, hasil keseluruhan 588,111 kilogram. Nilai hasil hampir 1 juta, potensi hasil 5,346 tan per hektar. Kurang lebih ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, perancangan di pihak jawatankuasa Pertanian Negeri Kedah untuk mewujudkan kawasan bagi tujuan penyelidikan berkaitan padi, sedang berjalan di kawasan seluas 20.5 hektar di Kampung Sungai Mati Tobiar, Pendang serta di beberapa kawasan terbiar lain yang mendapat sokongan dan usaha sama penduduk tempatan.
Terdapat beberapa syarikat swasta dan GLC yang mengujikaji produk berkaitan pertanian di tapak-tapak tersebut. Antaranya Malaysian NPK Fertilizer NAFAS, Eco Way Organic dan Syarikat Racun Bayer.
Tujuan diadakan test plot, ataupun tapak ujian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti teknologi dan cara pertanianan yang terkini yang dapat dikongsi bersama-sama petani dan pesawah kita semua. Berhubung titah Kebawah Duli… (YB. Tokai minta laluan)
YB. Tuan Speaker? Tuan Speaker?
Teruskan.
Terima kasih Tuan Speaker, YB. Suka Menanti, bila sebut Sungai Mati itu saya ter ter tergerak sebab Sungai Mati ini adalah kawasan banjir setahun 3 kali 4 kali macam itu nah, jadi apakah ini sudah dibuat pengkajian yang begitu teliti terhadap area untuk tadi, pagi tadi sebut penyediaan benih kawasan penyediaan benih, itu yang pertama yang keduanya isu yang selalu dibangkitkan oleh petani adalah tentang 5 kali 2 tahun ini tentang subsidi dan juga bantuan-bantuan yang lain, jadi yang ke keterusnya bila 4 kali ok dapat, kalau yang 5 kali itu daripada pengalaman yang telah lalu itu apakah dia mempunyai masalah ataupun memberi masalah kepada petani musim yang di luar itu. Terima kasih YB. Suka Menanti.
Silakan Yang Berhormat.
Baik terima kasih YB. Tokai. Untuk kawasan yang kita adakan ujian, kawasan tapak asal memang benar ia mengalami beberapa masalah terutamanya banjir. Jadi oleh itu kita telah pun kenal pasti beberapa tapak lain di luar MADA juga untuk jadikan test plot dan pun tapak ujian. Contohnya di Tualang, kita ada 70 ekar. Di Langkawi Yang Berhormat Speaker, kita ada hampir 100 ekar untuk menjadikan tapak-tapak ujian. Inilah usaha-usaha yang dijanjikan.
Kita usahakan supaya kita dapat menjalankan ujian ini dengan baik dan bagi hasil kepada seluruh masyarakat petani kita. Terima kasih YB. Tokai. Dan juga untuk soalan kedua iaitu mengenai dengan 5 kali 2 tahun, memang ia masih lagi peringkat awalan beberapa ujian kita sedang jalankan lagi.
Terutamanya kita juga mendapat, kita mengharap peruntukan yang lebih daripada pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyempurnakan saliran air kerana 5 kali 2 tahun ini memerlukan saliran ataupun infrastruktur yang sempurna, untuk ia betul-betul dapat berjaya.
Tentang subsidi ini, YB. Tokai tak sembang pasai subsidi ni, YB. Kota Siputeh dok bangkit tadi bab duit raya pun tak dapat lagi. Itu janji sebelum bulan puasa ya dak. Jadi saya rasa tak perlu saya nak ulas bab subsidi ni kot, YB. Tokai faham siap dah. Baik Tuan Speaker…
Sikit boleh dak? Saya mencelah sikit.
Ya!
Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB. Suka Menanti. Saya cuma nak sambung apa yang disebut oleh apa nama YB. Tokai tadi tentang yang dijawab oleh apa nama YB. Suka Menanti tentang apa perlunya perairan yang sempurna untuk membantu, menjayakan program lima kali dua tahun ni. Dalam perbahasan saya semalam saya sebut tentang peruntukan yang berkurang ataupun dikurangkan dari tiga billion ke sebillion seperti yang telah diluluskan dalam belanjawan 2024 berbanding dengan belanjawan 2025 Kerajaan Persekutuan. Satu perkara yang kita kena beri perhatian ialah projek di Jeniang. Apa Jeniang transfer yang belum lagi mendapat kelulusan dari pihak pusat untuk melaksanakan fasa kedua untuk menyalurkan air daripada Jeniang sana tu ke kawasan Pendang untuk menampung keperluan air. Jika berlaku penanaman padi lima kali dua tahun ni secara meluas, air yang perlukan itu banyak.
Jadi, Jeniang transfer belum dipersedia untuk diproses ataupun dijayakan. Saya rasa akan jadi satu kekurangan lah ataupun kekangan kepada kejayaan projek penanaman padi lima kali dua tahun ni. Sebab air ni penting sekarang pun dalam dua kali setahun ni pun masalah air ni pun ni ada kekangan di setengah-setengah tempat. Apatah lagi kalau berlaku lima kali dua tahun, air yang banyak tak dapat disediakan jadi projek tu akan bukan terbengkalai akan jadi terencat lah perjalanan penanaman apa nama depa habaq semua tu.
YB. Kota Siputeh.
Aaa.. last.
Bangun. Bagi laluan ka YB.?
Bagi saya jawab sat hat yang….
Jawab dulu, cuma ada lebih kurang tiga minit dan besok YB. boleh sambung penggulungan. Silakan.
Baik, terima kasih Tuan Speaker. Untuk soalan YB. Ayer Hitam tadi, yang mana faktor utama untuk menjayakan program lima kali dua tahun ni adalah untuk struktur saliran air yang sempurna. Kita mula ni disebut-sebut untuk mendapat peruntukan sejumlah lima bilion kalau tak silap saya. Untuk keseluruhan ya program tali air, kita orang Kedah panggil tali air lah kan. Lepas tu turun tiga bilion lepas tu baru-baru ni diumumkan satu billion. Itulah nak kata nasib kita macam mana Allahu a'lam tapi itulah yang, YB. Ayer Hitam apapun pihak kerajaan Negeri tak berdiam diri. Contohnya kita dah ambil inisiatif untuk memperkenalkan menguji-kaji satu benih beraji padi yang apa tempoh matangnya pendek, yang agak bersesuaian untuk program lima kali dua tahun tu, tempoh matang yang hanya memerlukan antara 70 dengan 80 hari sahaja.
Jadi, dengan usaha-usaha ni diharap dapat menjayakan program lima kali dua tahun kita lah. Selain pada kita masih lagi mengharap agar peruntukan yang dijanjikan oleh kerajaan Persekutuan tu benar-benar ditunai dalam tempoh yang terdekat ni tu nak kata. Terima kasih. Sila.
Baik.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Suka Menanti. Alang-alang nak tanya ni dan untuk YB. Suka Menanti nanti sambung juga esok, sebab semalam tak dan untuk nak ni kan, YB. Suka Menanti nanti boleh bantu. Iaitu pertama sekali tadi bercakap pasal padi benih ni lah. Padi benih ni, bila depa benda naik ataupun depa tak buat apa-apa kan? depa tak tunai janji mereka senyap tapi turun dua ringgit sahaja pun benih macam tak serupa tak turun depa bersorak-sorai padahal pak tani punya angin pak tani punya marah terasa. Sebab kalau kita congak balik, dengan satu tan metrik benih padi, mampu menghasilkan sekitar 50 kampit 20 kilo. Nilai jualan benih pada harga RM56 ini, yang depa umum ni, mencecah RM2,800 per tan berbanding harga lantai belian padi RM1,500 per tan. Jurang keuntungan pengilang dan pemborong benih jauh lebih besar daripada margin pendapatan pesawah. Itu pun, pengilang dapat lagi, subsidi tambahan. Maka kat sini nak bela Pak Tani kah nak bela pengilang ni? Itu kita nak tanya. Maka hari ni sampai sekarang tak berjawab perkara ni.
Jadinya, sebab itulah kita nak tanya dan kita puji usaha EXCO, yang berhormat EXCO dan juga kerajaan negeri Kedah, kita nak buat benih sendiri. Tapi bila nak buat benih sendiri ni, macam mana soal lesen dan juga mekanisme kita nak jual ni dan berapa harga? Adakah kita nak ikut harga depa nak tetap kah? Ataupun kita nak jual harga kita murah dan kita harap kita boleh bagi Pak Tani Kedah saja. Dan depa ni kalau tak mahu bela Pak Tani Kedah, depa ni tak fikir kita ni sampai rugi tadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ayer Hitam, kita ni berkorban tanah bendang kita, berkorban air kita, pasal itu kita tuntut balik RM200 juta tu, pasal kita tak boleh nak untung banyak perkara.
Akhirnya, kita harap yang mana kat sini, pihak kerajaan Persekutuan pedulilah tentang kita dan tu mekanisme tadi dan terakhir sekali tambahan untuk Yang Berhormat jawab sekali lah, kot kot boleh sambung esok ka. Saya dah bercakap tentang ni daripada sidang yang pertama iaitu nak mohon tapak untuk nak pengumpulan buah-buahan. Kota Siputeh ni ada banyak bahan hasil-hasil pertanian tapi tak tahu nak letak kat mana hasil-hasil pertanian kami. Itu saja, Terima kasih.
Terima kasih. Cuma yang Berhormat EXCO masa pun sudah cukup, kalau Yang Berhormat nak jawab pakat nak balik semua dah ni. Tinggai Yang Berhormat sorang sorang. Jadi untuk itu, apa nama EXCO Yang Berhormat EXCO akan sambung jawapan pada esok. Dan seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 9:00 pagi esok.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]