Kedah · 23 April 2025

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 329 turns · 37,401 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Dewan di sambung semula. Bacaan doa.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

-DOA

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suka saya nak mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekali lagi, sekiranya Ahli Yang Berhormat ingin address kepada Tuanku, maka kena sebut penuh Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan. Jangan kita ringkas-ringkaskan. Yang ni kena ambil perhatian sebab semua benda ni di rekod dan kita tak mahu ada yang tersilap dan sebagainya.

Kemudian, satu lagi peringatan daripada saya adalah tentang ketepatan masa. Ketepatan masa, jadi sekiranya YB.-YB. diberikan masa 15 minit, cuba habiskan dalam 15 minit dan insyaAllah akan ada waktu kecederaan tu akan ada, tetapi jangan panjang sangat. Jangan ambil waktu kecederaan tu lebih daripada waktu asal. Yang ni tolong bagi perhatian. Kemudian, jawapan-jawapan ataupun soalan-soalan mestilah tidak bertindih.

Jangan diulang-ulang perkara yang sama. Sebab saya melihat juga kadang-kadang diulang, kita ulang perkara-perkara yang sama berkali-kali dan mengambil masa. Jadi, tumpu kepada soalan.

Urusan seterusnya. Sambungan kepada pertanyaan mulut. Saya menjemput YB. Ayer Hangat. Silakan YB. Ayer Hangat.

I. Sambungan Sesi Pertanyaan – Pertanyaan MulutQuestions

Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Terima kasih YB. Speaker, izinkan saya untuk membacakan soalan nombor 7.

Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

7. Pohon dinyatakan sejauh manakah perkembangan projek pertukaran paip bawah laut yang sedang diusahakan oleh SADA bagi mengatasi masalah bekalan air di Pulau Langkawi?

Speaker

Silakan YB. EXCO.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Ayer Hangat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat kepimpinan EXCO dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya menjawab soalan ini, izinkan saya memaklumkan bahawa sejak SADA (Syarikat Air Darul Aman) mengambil alih daripada syarikat teleworks pada 1 November 2020 untuk kerja baik pulih kebocoran ini, sebanyak 42 poin kebocoran telah diperbaiki secara in-house oleh SADA dengan kaedah underwater clamping dan kos keseluruhan itu ialah sebanyak RM3.1 juta. Dan pada masa kini, juga sebelum ini pun, apabila dibuat kerja pembaikan itu tak boleh dibuat setiap hari tapi dibuat setiap dua minggu sekali bergantung kepada keadaan cuaca dan keadaan gelombang di laut. Hasil daripada kerja buat yang telah dilakukan oleh SADA itu telah dapat menjimatkan atau menurunkan kadar kehilangan air di sana sebanyak 16 MLD (Million Liter Per Day) atau 27% daripada jumlah yang begitu banyak asalnya 55% atau 33 MLD kehilangan yang dibawa daripada LRA (Loji Rawatan Air) Sungai Baru di Perlis, dibawa ke Penarak sebanyak 60 MLD dapat dikurangkan kepada sebanyak 27%. Baik, berbalik kepada soalan ini. Saya nak jawab ringkas saja Yang Berhormat Speaker sebab hasrat saya untuk mengulas lebih panjang dalam jawapan soalan nombor 18 yang mungkin lebih banyak maklumat yang kita perlu sampaikan dan juga mungkin lebih menarik.

Baik, berhubung dengan soalan tadi, untuk makluman, SADA (Syarikat Air Darul Aman) akan melaksanakan projek pembaikan dasar laut ini bagi meningkatkan kestabilan air terawat ke Pulau Langkawi dan projek ini insyaAllah akan diberikan SST pada bulan 5 nanti dan iInsyaAllah akan dimulakan. Kemudian dijangka siap insyaAllah selewat-lewatnya pada awal tahun depan bulan Februari 2026. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. EXCO. Ada soalan tambahan? Silakan.

Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Sikit soalan tambahan. Apakah skop kerja pembaikan paip dasar laut ini dengan wang pinjaman yang bernilai 50 juta itu? dan apakah manfaat yang akan diperolehi apabila projek ini selesai kelak?

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Berhubung dengan skop kerja yang terlibat ialah yang pertama, membekal dan memasang sebanyak 19 unit pressure steel clamp yang dipasang di paip tersebut sebanyak 19 tempat. Yang ini biasanya untuk paip yang bocor secara memanjang, mungkin lebih panjang tetapi kalau paip yang bocor secara spot, berlubang, akan dibuat pembaikan. Skop yang kedua, dibekalkan dan pasang sebanyak 6 unit rubber patch stopper untuk menghalang air daripada keluar daripada paip tersebut. Dan yang ketiga ialah untuk mengelakkan daripada kakisan ataupun karat. Skop yang ketiga ialah cathodic protection, kaedah untuk mencegah daripada karat. Itu skopnya. Dan dari segi manfaat yang dapat tentunya akan insyaAllah memberikan bekalan yang lebih sempurna kepada lebih kurang 3,500 akaun yang ada di sana yang kurang mendapat bekalan hari ini yang terpaksa SADA (Syarikat Air Darul Aman) menghantar lori tangki dan juga menbuat beberapa buah rumah pam untuk meningkatkan tekanan air. Dan insyaAllah sekaligus akan mengurangkan NRW (Non-Revenue Water) di sana. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

YB. Tuan Speaker, peraturan mesyuarat.

Speaker

Ya, silakan.

Saya nak bawa peraturan mesyuarat nombor 22 tentang pertanyaan. Saya nak tau petua daripada YB. Tuan Speaker adakah menjadi amalan kita di DUN ni, kerana pengalaman saya di Parlimen, kalau sekiranya soalan-soalan itu telah berlalu. Maknanya soalan-soalan itu telah berlalu, maknanya tidak boleh diulang semula. Macam ini soalan nombor 7 kan, dia telah berlalu. Jadi apakah petua daripada Tuan Speaker boleh kita ulang semula ketika sekiranya ahli itu tidak hadir pada hari semalam? Saya minta petua sajalah. Soalan tentang pertanyaan nombor 22, bahagian 6. Kalau sekiranya tak sempat jawab, dia boleh jawab secara bertulis. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Maaf, saya nak kena rujuk kepada peraturan.

Jawab ke depanlah. Sidang yang akan datang, jawab.

Speaker

Jawapan saya, petua saya mudah saja. Peraturan 22 betul, apa yang dikemukakan oleh YB. Tokai. Tetapi Speaker mempunyai kuasa, kuasa untuk menimbang semula perkara ini. Dan dalam perbincangan tadi, saya pun dah berjumpa dengan Yang Berhormat Ayer Hangat, Yang Berhormat EXCO dan juga Setiausaha Dewan. Dan kita rasa perkara ini perlu kita kemukakan balik soalan itu. Terima kasih. Teruskan, YB. Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Soalan tambahan saya, apakah anggaran kos yang diperlukan untuk penggantian paip yang baru? Sebab bila tiap-tiap kali kita repair, kita belanja sangat banyak. Jadi, apakah cadangan untuk pertukaran paip yang baru untuk sambung ke Langkawi?

Terima kasih. Yang Berhormat Speaker, soalan daripada YB. Kota Darul Aman. Maksudnya tukar paip keseluruhan ka? Oh! Kalau yang itu lagi berbilion harga yang diperlukan. Sebab itu kita cuma belanjakan lebih kurang RM50 juta termasuk kos untuk consultation dan sebanyak lebih kurang RM10 juta yang selebihnya adalah kos pembaikan penukaran dalam skop yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. EXCO. Seterusnya, saya menjemput YB. Anak Bukit. Soalan nombor 13.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mohon jawapan soalan ke 13. Terima kasih.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

13. Pohon dinyatakan :-

a) Apakah cabaran utama yang dihadapi dalam menguruskan permohonan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar Negeri Kedah, termasuk dari segi proses kelulusan, penyelarasan dengan agensi berkaitan, serta keberkesanan penyampaian bantuan?

b) Agensi manakah yang terlibat dalam pelaksanaan program ini, dan apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada pesakit terlantar, sama ada dalam bentuk kewangan, perubatan, atau sokongan lain?

Speaker

Silakan YB. EXCO.

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Anak Bukit. Sebelum menjawab soalan,

Minum air dalam gelas, Minum bersama pulut hitam, Saya jawab soalan tiga belas, Mewakili ADUN Bukit Kayu Hitam.

Boleh tera tu?

Speaker

Perempuan sama perempuan takpa.

Soalan, apakah cabaran yang dihadapi dalam menguruskan permohonan bantuan sejahtera pesakit terlantar? Yang kedua, Agensi manakah yang terlibat dalam pelaksanaan program ini?

Jawapan (a) Pengurusan permohonan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar Negeri Kedah berjalan dengan lancar tanpa sebarang cabaran kritikal. Proses kelulusan, penyelarasan dan agensi berkaitan, serta penyampaian bantuan dilaksanakan secara efisien dan berkesan mengikut prosedur yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, cabaran program ini bergantung kepada kewangan dan kebergantungan bajet tahunan kerajaan Negeri Kedah serta ketiadaan sistem bagi membantu semakan permohonan baru dan permohonan berganda. Semakan data hanya dapat diakses oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui mekanisme yang dibangunkan sendiri menggunakan google drive.

Jawapan (b), setiap permohonan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar yang diterima melalui semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) akan diangkat untuk dipertimbangkan akhir dalam Jawatankuasa Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar. Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Hjh. Halimaton Saadiah Binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat Perpaduan selaku EXCO yang terbabit turut dianggotai oleh agensi-agensi tetap seperti berikut; Pejabat Pegawai Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, kedua Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah,Lembaga Zakat Negeri Kedah, Baitulmal Negeri Kedah, yang kelima PERKESO Negeri Kedah dan yang keenam Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) selaku urus setia.

Jawatankuasa BSPT (Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar) berperanan mengadakan sesi lawatan turun padang ke setiap daerah dan DUN bagi lebih mendekati para penerima BSPT. Tidak hanya agensi-agensi di dalam Jawatankuasa BSPT sahaja akan terlibat, bahkan akan turut melibatkan beberapa pihak-pihak lain yang turut menyalurkan bantuan tambahan seperti Pejabat Ahli Parlimen, Pejabat Menteri Besar, MBI Incorporated, UPDA (Urus Setia Penerangan Darul Aman) dan pihak-pihak lain yang memiliki niat dan iltizam yang sama bagi membantu golongan sasar tersebut. Sebagai contoh, penerima BSPT tidak hanya menerima bantuan tunai secara sekaligus RM500, tetapi dengan inisiatif lawatan turun padang yang dianjurkan setiap bulan, para penerima akan mendapat insentif ini turut menikmati sumbangan tambahan berbentuk tunai dan barangan seperti berikut; Pejabat EXCO (Sumbangan Tunai, Kit Makanan & Keperluan Harian) yang kedua Lembaga Zakat Negeri Kedah (Sumbangan Tunai, Katil Khas, Baiki Rumah); yang ketiga Baitulmal Negeri Kedah (Sumbangan Tunai) yang keempat MBI (Sumbangan Tunai); dan yang kelima

PERKESO Negeri Kedah; (Semakan dan penyaluran bantuan berkaitan pencen elat dan lain-lain manfaat yang berkaitan kepada yang berkelayakan).

Maka dengan ini dapat dirumuskan, melalui insentif BSPT ini manfaat yang dapat diperolehi oleh penerima bantuan BSPT bukan hanya melalui bantuan tunai secara sekaligus sahaja, malah impak sampingan yang turut dirasai hasil kolaborasi rentas agensi dan pihak-pihak yang berkaitan dapat diterjemahkan melalui konsep “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”. Sekian, terima kasih.

Speaker

Kita tiada soalan tambahan untuk soalan ini sebab tuan tubuh tak dak. Jadi, kita teruskankan kepada soalan seterusnya. Saya menjemput YB. Ayer Hitam. Silakan.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya mohon jawapan untuk soalan nombor 14.

14

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Pohon dinyatakan: - a) Berapakah kutipan hasil negeri Kedah bagi tahun 2024?

b) Sejauh manakah kutipan ini menepati hasrat kerajaan untuk mencapai kutipan hasil negeri RM1 bilion menjelang tahun 2018?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Ayer Hitam. Soalannya, kutipan hasil tahun 2024 dan sejauh manakah kutipan ini menepati hasrat kerajaan mencapai RM1 bilion menjelang tahun 2028, bukan 2018 ini, typing error. Bagi tahun 2024, kutipan hasil bagi Negeri Kedah keseluruhannya adalah RM769,533,926.33. Kutipan hasil kerajaan menunjukkan peningkatan yang konsisten saban tahun bermula 2018, RM559 juta, 2019 ini special sikit Yang Berhormat Speaker, pasal Tun jadi PM pada masa itu dia bagi RM200 juta ‘cemey’. Jadi, catatan 2019 ini dengan peruntukan khas PM pada masa itu RM200 juta menjadikan hasil kerajaan negeri RM778 juta, tinggi lah. Sebab dapat duit itu lah, dapat RM200 juta kalau tak dapat itu RM578 juta lah. Ini yang PH (Pakatan Harapan) duk syok ni, pasal dia kata zaman dia hasil tinggi, mau tak tinggi dapat ‘cemey’.

Speaker

Kita pun kalau PMX bagi RM200 juta itu tinggi lah.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Oh! Lega lah! (sambil ketawa)

Speaker

Doa! Doa!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tahun 2020 RM560 juta, ini perpuluhannya saya tak baca lah YB. Speaker. 2021 RM688 juta, 2022 RM596 juta, 2023 RM629 juta, 2024 RM769 juta. Meningkat pada tahun 2023 ini RM629 juta kepada RM769 juta pada 2024. Peningkatan ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk mengukuhkan hasil negeri bagi mencapai sasaran RM1 bilion pada tahun 2028. Untuk capai hasrat ini, kerajaan sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk mengenal pasti sumber hasil baru. Antara sumber hasil baru yang telah dikenal pasti tapi tak boleh mula adalah galian REE (Rare Earth Element). Lama dah pasal REE ni pun saya pun sebut di Dewan ni berkali-kali dah tetapi oleh kerana SOP tak dak. Semua galian REE ni ada di hutan simpan tapi Kementerian buat dasar, hutan simpan tak boleh melombong. Lepas tu nak buat macam mana? Pernah berkali-kali sesi libat urus saya suruh batal buang dasar nombor 12 tu. Dasar nombor 12 tu tak boleh melombong dalam hutan simpan.

Walaupun kita bagi lesen eksplorasi, dia boleh eksplor tapi bila nak melombong dia kena ada EIA (Environmental Impact Assessment). Bila pergi untuk EIA dia tak proses sebab ada dasar dalam kementerian nombor 12, tidak dibenarkan melombong dalam hutan simpan jadi stop kat situ lah. Jadi, semua pemuda-pemuda yang telah memulakan kerja eksplorasi REE di seluruh negara kecuali di Perak yang dibuat pilot projek untuk tanah kerajaan untuk hutan simpan tak dak jalan lagi. Tapi saya dengar ada jalan juga. Ada. Kita saja kena, orang lain tak kena pun. Ada 23 lombong haram tapi kita saja depa attack, senyap sudah la (sambil ketawa).

Kita akan terus beri kerjasama dan menantilah SOP yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hasil baru REE. Kita juga buat semakan hasil Tanah Negeri Kedah menguatkuasakan kutipan duti hiburan bagi aktiviti yang belum

dikenalkan duti. Mengenal pasti hasil baru serta semakan semula kadar sedia ada bagi Jabatan Pemungut Hasil di negeri ini. Usaha ini perlu pendekatan yang sistematik serta pelaksanaan yang berkesan bagi pastikan pertumbuhan hasil yang mampan. Selain itu, kejayaan dalam merealisasikan dasar ini bergantung kepada kerjasama menyeluruh daripada semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan. Komitmen dan usaha kolektif daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan hasrat kerajaan mencapai kutipan hasil RM1 biilion menjelang 2028 dapat direalisasikan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YAB. Soalan tambahan YB. Ayer Hitam.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas jawapan yang jelas dan mudah faham. Cuma saya pun tak faham bagaimana orang di luar tak faham. Bila kita tuntut RM200 juta sebagai pampasan kepada penggunaan tanah kita, bila pemberita tanya dia, dia kata dah beri RM1 billion kepada Kedah. Tanya kura-kura, dia jawab arnab, mungkin dia tak sama. Saya hairan, mungkin dia tak faham. Jawapan yang dia bagi mudah ja.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Tuan Speaker ialah bila sebut tentang semakan Lembaga Hasil tentulah dia akan menimbulkan kegusaran kepada pihak di bawah dan saya juga mendengar rungutan jugaklah tentang kenaikan kutipan premium tanah ni. Jadi, kalau boleh Yang Amat Berhormat Jeneri bagi ulasan tentang hal ini. Terim kasih.

Speaker

Silakan YAB. Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Ayer Hitam. YB. Speaker dan YB. Ayer Hitam, nak memahami sesuatu perkara yang datang di depan kita, orang putih panggil subject matter. Memahami subject matter bahawa kita boleh deal isu itu dengan tepat. Masalah orang ni dia tak faham subject matter. Bukan kawan tu sahaja dia tak faham. Banyak orang tak faham. Sekarang ni oleh kerana kita dapat pelaburan yang tinggi, masuk ratus-ratus bilion. Lebih RM100 bilion masuk dalam tempoh 5 tahun ni.

Orang kata Kedah dapat duit banyak. Yang ni pun tak faham juga. Lepas tu dia habaq kata kenapa Kedah tak boleh bayar gaji pemain bola, dapat duit banyak. Jadi saya kata, “koi duk bodoh, koi duk bodoh kan”? Lepas tu dia membodohkan orang lain pula. Dia tulis di sana, dia tulis di sini. Dia jadi orang-orang yang menyeru kepada kesesatan. Dia sesatkan orang ramai. Pasai dia pun tak faham, dia buat macam dia faham. Lepas tu dia cakap. Orang pun ada yang percaya juga. Jadi, kalau kita dah bodoh, janganlah membodohkan orang lain pula.

Pelaburan, investment yang datang puluh-puluh bilion tu, bukan dia bagi duit kat kita. Kalau duit bagi kat kita, syok banyak tu (sambil ketawa). Dia melabur di sini, dia buat kilang dia, dia beli mesin, dia bangunkan teknologi, dia sediakan sistem dia. Itulah pelaburan kalau satu-satu syarikat daripada China, daripada US bawa mai RM78 bilion macam AT&S bangunkan kilang dia RM11 bilion. Termasuk dengan teknologi, bangunan, sistem yang dibangunkan, pajakan tanah, semua termasuk. Investment bukan dia bawa mai bagi kat Dato’ Wira ni SFO ni, kalau tidak jenuh kandaq duit la, bilion-bilion (sambil ketawa). Sama dengan projek-projek. Ada juga orang faham kata projek LRA (Loji Rawatan Air), Kerajaan Persekutuan dah lulus, duit dah dapat, kerja tak siap. Ini pun bodoh juga. Dia orang Kedah ni kalau tak kata bodoh, nak kata apa YB. Tuan Speaker?

Speaker

Tak dak benda lain, bodo dengan bangang.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

(Sambil ketawa) Tambah lagi nampaknya? Sungai Tiang dengan Jeneri sebelah-sebelah saja. Kelulusan projek-projek LRA tu bukan dia bawa mai duit seketul. Tidak! Kita bayar dulu. Dasar Persekutuan sekarang ni, walaupun duit tu geran ataupun pinjaman, bukan dia hantar duit mai. Buat kerja dulu, State bayar dulu. Kita bayar dulu dekat kontraktor, baru boleh claim dekat Persekutuan. Itulah projek-projek dalam LRA yang sedang berjalan sekarang ni. Depa kata oleh kerana projek Sungai Limau ka apa, sakit kan no? Duit sudah bagi mana pergi duit tu? Dia buat macam tu. Tak betul. Duit tu ada sana. Dia tak bagi duit tu kat kita. Duit tu ada sana, selepas kontraktor buat ikut progress berapa-berapa persen, dia hantar claim dekat kita, kita bayar dulu. Lepas tu baru kita boleh claim.

Sekarang ni ada satu-satu ketika kita bayar dulu kepada kontraktor untuk projek-projek ni sampai RM40 juta, RM50 juta. Sangkut situ. Jadi, cashflow kita pun kadang-kadang terganggu juga. Padahal perjanjian pinjaman tu dengan Persekutuan tapi state kena advance dulu. Yang ni orang tak tau.

Orang duk faham kata Kedah dapat duit RM931 juta Persekutuan bagi untuk buat projek ini. Pasai apa projek tak siap? Duit tu tak ada di sini, duit ada di Kementerian Kewangan. Untuk dipahami oleh penyeru-penyeru kepada kesesatan ni lah. Dalam istilah agama dipanggil “ruwaibidhah”. Ruwaibidhah ni dia tak ‘qeti’ tapi dia cakap dan dia cakap, dia ajak orang jadi silap macam dia juga. Jadi, jangan jadi ruwaibidhah. Wadhallu, sesat dan menyesatkan. Boleh ‘teqa’ tu YB. Speaker?

Speaker

Saya tak campur bab tu.

Boleh mencelah sikit?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Haii, duduk jawab soalan ni! (sambil ketawa)

Sikit.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Soalan tadi apa dia tak tau? Ooo hasil tanah.

Baiklah. Terima kasih. Boleh noh?

Speaker

Dak! Kita bagi YAB. jawab dulu nanti saya akan buka ruang untuk soalan tambahan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Sat! Sat! Saya nak habaq hat ni YB. Ayer Hitam tanya pasal apa premium? Ada sedikit isu lah tentang complaint orang, dia kata premium tanah naik. Jawapan dia macam ni, premium tanah ni, dia berasaskan kepada nilaian tanah tu.

Percentage dia tak lari, nilaian tanah tu. Dulu-dulu, pak kita pi minta tanah, pi pejabat tanah, nak nilai tanah tu. Kawan pejabat tanah tu saja yang nilai. “Tanah Pak Long kampung apa?” “Kampung Sungai Pau”. “Kut tu orang duk jual berapa duit?” “Serelung RM20 ribu”. “Tanah Pak Long?” “2 relung”. “Ha, RM40 ribu”.

Nilaian RM40 ribu tu, dia ambil percentage 10%. Jadi, premium Pak Long kena bayar, RM4 ribu. Contoh lah. Sekarang ni tak berlaku macam tu dah. Semua nilaian tanah tak dibuat oleh pejabat tanah, dibuat oleh JPPH, (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta). Kena submit kat sana, JPPH akan kemukakan penilaian dia berdasarkan kaedah-kaedah penilaian yang dilaksanakan. Jadi, kita punya premium ni, bagi pemohon yang berpendapatan di bawah RM1,700, kita kenakan 10% daripada nilaian JPPH. Untuk pemohon yang berpendapatan RM1,700. Ini barunya pasal kita ambil gaji minimum, RM1,700 hingga RM5,000, 20% daripada nilaian JPPH. RM5,001 hingga RM7,000, 25%, RM7,001 hingga RM10,000, 30%, lebih daripada RM10,000, 40%, atau apa-apa keputusan yang diputuskan oleh pihak berkuasa negeri-negeri.

Masalah pemohon-pemohon tanah ni YB. Ayer Hitam, dia kontraktor, duit berkepuk-kepuklah. Masalah dia memohon tanah tu, dia buh nama bini dia, suri rumah. Hat ni pihak pejabat tanah (SO) akan buat siasatan. Pergi jumpa, pergi tengok. Dia akan kemukaan siasatan yang benar. Dia kata, “suri rumah, suri rumah lah, tapi laki dia Alphard 8 biji”. Contoh. Kaya, projek macam-macam. Jadi, kita kena nilai balik benda tu. Jadi saya harap, pemohon ni jujurlah. Sebab tiap-tiap pemohonan tu akan disiasat, akan dikemukakan laporan. Betul ka tak betul hat hang habaq ni. Trend dia ialah buh nama isteri atau pasangan yang tidak bekerja. Jadi, dia duduk di bawah RM1,700 tu. Duduk di bawah RM1,700 murah lah. Kita pun tak mau lah kita kehilangan hasil tu akibat daripada maklumat yang tidak benar. Tapi bukanlah semua. Ada hat betul-betul yang orang tua-tua duk mohon ni, Alhamdulillah.

Saya habaq dekat Dato' Seri SS, untuk orang miskin memohon tanah, harga RM10.00 pun saya bagi. Untuk orang miskin, bagilah. Dia ada hak atas tanah tu. Moga dengan tanah tu dia dapat ubah kehidupan keluarga dia. RM10.00 pun tak apa. Kalau orang kaya pi buat-buat susah, pasal nak kena bayar ni ataupun dia pi pakat dengan kawan-kawan dia, “hang toksahlah buh nama hang, hang orang kaya, buh la nama anak bini”. Benda ni tak benar. Jadi, sekarang ni dunia dah terbuka, orang dah boleh cek dah hang betul tak betul. Hanya di hujung jari saja. Jadi, saya tidaklah berhasrat untuk kata kesemua. Saya harap pemohon-pemohon pun jujur. Bila dia dapat tanah tu, kalau selepas dari 10 tahun, dia boleh buat transaksi tanah tu, boleh jual beli. Dalam tempoh 10 tahun dia boleh buat gadaian tanah tu bila divalue oleh JPPH selepas dia dapat tanah tu. Tanah tu value dia ratus-ratus ribu pula. Dia pi buat gadaian ataupun dia jual tanah lepas tu dia bayar premium RM5,000, RM6,000, dia pi jual RM500 ribu.

Ini saya rasa tak fair untuk negeri. Sebab negeri ni hanya akan dapat kutip premium atas tanah yang sama selepas 99 tahun. Wajib dah tak dak YB. Pantai Merdeka! YB. Pantai Merdeka pi dululah, saya kemudian (sambil ketawa). Selepas 99 tahun baru dapat premium sekali lagi. Sekali seumur hidup ni, sekali tu sajalah kita pun. Itulah premium tanah. Jadi, dia kena jujur untuk urusan permohonan tanah.

Cuma ada 1, 2 kes yang datang kepada saya, tanah serelung di Charok Pelanduk di Sik nu kena RM30,000 lebih. Jadi saya pun minta kaji semula. Pasal apa kena RM30,000? Tanah tu serelung saja tapak rumah. Bila dikaji semula, nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, tanah tu harganya RM111,000 tanah tu. JPPH buat harga lagu tu, bila letak 10%, RM30,000. RM10,000, ada lah harga-harga lain lagi. Nilaian JPPH tu, kemungkinan perlu diperhatikan semula. Kita hantar balik. Betulkah nilaian ni RM111,000? Berdasarkan nilaian tu lah. Kita pun nak bersandar di mana, bukan boleh buat ikut suka macam dulu-dulu dah. Sekarang ni kalau pergi ke mahkamah pun, kita kena kemukakan butiran-butiran tu. Agensi yang layak untuk buat penilaian harta ni iaitu JPPH lah. Itulah dasar yang telah diguna pakai.

Saya harap rakyat Kedah memahami bahawa itulah kaedah untuk menentukan premium tanah. Tapi saya nak maklum kat Dewan yang mulia ini, pemohonan tanah pun tak banyak dah. Tanah-tanah kerajaan ni kebanyakannya telah dilupuskan, telah dimiliki oleh orang. Sama ada secara pajakan terutamanya. Sekarang ni, yang lulus baru ni cuma pajakan 99 tahun. Kalau pelabur-pelabur tanah-tanah bandar ni 60 tahun. Tak dak dah tanah yang boleh mohon besar-besar ni YB. Speaker. Kut Sungai Tiang hat duk menebas apa semua tu, tanah rizab. Rizab hutan tak boleh. Tanah kerajaan boleh mohon, tanah hutan tak boleh. Kita pun tak tak bagi dah. Kita pun menghadkan jumlah tanah yang boleh dimohon. Mula tahun 2024, 5 ekar saja. Dulu 10 ekar sekarang ni 3 ekar. 3 ekar, maaf 3 ekar. Kemungkinan pada masa depan kena diturunkan lagi. Jadi, toksah lah duk pi menebas luas-luas, (sambil ketawa) boleh mohon setakat 3 ekar saja. Terima kasih, YB Speaker.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Silakan YB. Tokai. YB. Tokai dulu tadi.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya ada dua persoalan di sini. Kita ada banyak ubah syarat daripada kampung ke perumahan. Saya rasa banyak juga tempat tu. Jadi, saya nak tanyalah, apakah bentuk cukai tanah orang yang menerima perubahan ini sanggup untuk membayar daripada kampung ke perumahan terutama yang dah jadi pekan-pekan lah. Dulu mungkin kampung, la jadi pekan. itu yang pertama.

Yang keduanya tentang tanah-tanah yang dicagarkan ke bank. Pihak mana yang sepatutnya lah kena bayar? Di sini syarikat-syarikat perumahan ni dia nak buat, dia pergi cagar ke bank. Jadi, siapa sebenarnya yang kena bayar? Adakah mereka ini culas untuk bayar cukai-cukai setiap tahun tu kalau projek tu dia jadi delay? Kadang-kadang 5 tahun, 6 tahun tak jalan lagi, padahal dia dah pergi dapat duit daripada bank dah. Jadi, tanah-tanah yang dicagarkan begini ni? Sekian, YB. Tuan Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Okay YB. Tuan Speaker. Saya ingin memohon berapakah anggaran jumlah tambahan Capitation Grant yang bakal dikerima oleh kerajaan negeri bagi tahun 2025? Berdasarkan populasi kita Capitation Grant iaitu pemberian mengikut bilangan orang yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri. Saya rasa YAB. Menteri Besar dah masuk dalam mesyuarat tersebut juga, pemberian mengikut bilangan orang.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ya, bantuan per kapita hari tu. Mengikut dalam perlembagaan dia kena bagi lah, lagi ramai lagi bagus. Sekarang ni pun, jawab hat ni dulu lah sebab ni spesifik sikit kena tunggu angka daripada SFO. MB tak boleh hafal semua, MB hafal yang penting-penting sahaja. Itu kita tak jangka soalan tu nak mai kan. Tapi semua negeri di Malaysia sekarang ini pohon kaedah pengiraan dan jumlah itu ditambah. Bukan Kedah sahaja tau, semua negeri mohon tambah bantuan per kapita itu sesuai. La ni RM12 berapa kupang lah untuk satu kepala. Kita minta ditambah lagi lah jumlah itu.

YB. Tokai tanya tadi, siapa nak kena pergi bayar cukai tanah tu kan? Yang depa sandar di bank tu. Saya pun tak dak pengalaman, YB. Tokai sendiri ada pengalaman tanah dia ada banyak (sambil ketawa). Yang kena bayar cukai tanah tu tuan tanah. Walaupun tanah tu ada di mana-mana lah, cukai tanah tuan tanah kena bayar. Jadi, kalau ada tanah bank cagar tu, cagar di bank pi bayar (sambil ketawa). Tukar syarat? Banyak. Tukar syarat ni dimohon oleh pemilik tanah tu.

Yang kita tukar dia tak tau ni zoning. Untuk kawasan-kawasan kita rezoning, itu kerajaan buat. Cukai tak berubah lagi. Cukai berubah selepas tuan tanah tu pergi mohon untuk tukar syarat. Itu berubah lah. Dia tau lah dia mohon kan, dia lah pergi bayar. Untuk zoning dia tak kena bayar cukai zone baru. Syarat baru, baru kena cukai tanah. Zoning tak payah, yang kerajaan duk buat ni zoning.

Kata lah bendang, bendang tu depa tak mau bayar RM200 juta. Kita tukar zon pertanian ke zon komersial, yang tu dia tak kena bayar cukai komersial lagi. Esok ni lepas dia nak develop tanah tu, rezoning pun sesuai dah, dia pun mohon untuk dibangunkan dengan supermarket, mega mall ka apa ka. Hat tu dia kena bayar cukai tanah berdasarkan syarat baru tu lah, untuk zoning tak perlu. Yang kerajaan duk buat ni zoning. Terima kasih.

Soalan YB. Kota Darul Aman ni spesifik. RM100 ribu orang pertama, kadar semasa RM72, bukan RM12 per orang. Kadar kenaikan yang dicadangkan ni RM100 seorang. 500 ribu orang berikutnya RM10. Haa.. duk tang ni RM10.20. Dicadangkan kenaikan RM13.26 daripada RM10.20. Formula-formula dia lah. Untuk 500 ribu orang berikutnya, YB. tolong beranak ramai sikit lah pasal nak bagi ramai ni. Kalau rakyat sikit rugi lah. Rakyat ramai dapat banyak lah. Bilangan orang selebihnya RM11.40. Dicadangkan juga lah kenaikan. Ini semua negeri sokong untuk bantuan per kapita dinaikkan. Terima kasih.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Saya tanya ni sebab kita dah mohon lama tapi tak diluluskan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Banyak kali, saya pun ingat 5 tahun jadi Menteri Besar ni tiap-tiap kali pergi Mesyuarat Majlis Kewangan Negara dibangkitkan hal ni. Bila nak naik? Saya harap benda-benda ni akan jadi prioriti Kerajaan Persekutuan lah. Negeri-negeri ni dia korbankan banyak, bukan Kedah saja, semua negeri berkorban menyerahkan kuasa negeri untuk menubuhkan Persekutuan. Perjanjian penubuhan Persekutuan Tenah Melayu ni 1957. Kemudian tu masuk lagi, Persekutuan Tanah Melayu 1948, 1957. Masuk lagi Perjanjian Malaysia 1963. Semua negeri serah kuasa dia kepada Persekutuan. Kalau tidak kuasa-kuasa kutip-kutip cukai ni semua kita. Kita pergi kutip ikut suka kita lah kan. Tapi dah kita serah kepada Persekutuan hal ni. Negeri tinggal kuasa air, tanah, agama. Selain daripada tu, semua bagi kepada Persekutuan. Sebab tu orang susah nak faham, depa compare state dengan federal. Pasal apa federal boleh buat, state tak boleh buat? Memang state tak boleh buat, state tak dak bidang kuasa tu.

Kuasa tu telah diserahkan kepada Persekutuan menjelang Perjanjian Persekutuan ni tahun 1957 dan 1963. Jadi kena faham benda-benda tu elok, baru bercakap. Masalah depa, banding kita dengan orang yang ada kuasa lain. Tak betul lah macam tu. Kita boleh mohon saja. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. MB. Seterusnya, soalan seterusnya saya menjemput YB. Ayer Hangat. Silakan.

Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 15. Terima kasih.

Puan Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

15. Kerajaan negeri memperuntukan sejumlah dana yang besar kepada pengurusan Majlis Ketua Kampung setiap tahun.

Pohon dinyatakan apakah kursus atau bentuk kemahiran pengurusan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi memantapkan jawatankuasa MKK untuk mereka memahami tugas dan peranan sebagai orang tengah antara kerajaan dan rakyat dan aktif melaksankan tugas setiap masa?

Terima kasih YB. Speaker.

Bawa pinggan untuk makan, Makan bersama kuah pengat, Angka 15 nombor soalan, Dijawab untuk Ayer Hangat.

Ini soalan sendiri. Ini soalan jawapan kepada saya sendiri dan soalan daripada Ayer Hangat. Peruntukan telah diperuntukkan untuk Majlis Ketua Kampung dan mohon nyatakanlah kursus dan bentuk kemahiran pengurusan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memantapkan Jawatankuasa MKK untuk mereka memahami tugas dan peranan sebagai orang tengah antara kerajaan dan rakyat dan aktif melaksanakan tugas setiap masa?

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar setiap tahun bagi menyokong pengurusan Majlis Ketua Kampung. Dana ini digunakan untuk pelbagai tujuan. Termasuklah pembangunan infrastruktur di kampung, program kesejahteraan masyarakat dan latihan kepada pengerusi dan setiausaha Ketua Kampung untuk mereka dapat menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kerajaan Negeri ada menyediakan kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang berkaitan dengan kemahiran pengurusan dan pentadbiran. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pejabat daerah yang telah menjalankan kursus-kursus di semua daerah. Kepada Ketua Kampung, di bawah seliaan penghulu dan juga daripada ADUN untuk memberi kursus pengurusan dan pentadbiran sehingga ada Ketua Kampung yang cekap. Kadang-kadang tidak ada pengalaman pun cekap untuk menguruskan apa-apa suatu arahan daripada peringkat negeri untuk mereka uruskan.

Kursus dan bengkel seumpama ini dapat membantu MKK untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan tugas, peranan, tanggungjawab sebagai pemimpin di peringkat komuniti. Maksudnya Ketua Kampung ini pemimpin, masyarakat memandang Ketua Kampung ini, MKK ini sebagai orang yang ada autoriti untuk memberi apa-apa keputusan kepada penduduk setempat. Ini secara tidak langsung dapat mengasah kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang berkesan untuk menjadikan kepimpinan yang berkualiti dan berkaliber. Melalui kursus dan bengkel yang disertai ini, MKK dilihat dapat meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan tugas sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat. Pada masa yang sama juga, kursus dan bengkel kemahiran pengurusan dan pentadbiran ini dapat membantu MKK untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif dan inovatif yang dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kampung.

Selain itu, MKK juga turut didedahkan dengan kursus dan taklimat berkenaan pengurusan bencana dan keselamatan persekitaran. Kursus sebegini membantu MKK untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan prosedur pengurusan bencana di peringkat daerah. Secara tidak langsung, MKK selaku wakil kepada masyarakat di kampung, dapat menyalurkan maklumat atau info yang tepat dan telus sekiranya berlaku sebarang bencana agar tiada masyarakat kampung yang tercicir terutama dari segi aspek keselamatan dan bantuan yang diperlukan oleh mereka yang terlibat. Seumpamanya, macam contoh banjir baru-baru ini, sumbangan banjir yang kita bagi baru-baru ini adalah terlibat itu semua yang terkena banjir, sama ada dia pindah ataupun tak pindah. Inilah yang kita perlukan kepada kecekapan ketua kampung yang memantau setiap kawasan yang terlibat dengan banjir, sebab semua orang dapat sumbangan sejahtera daripada kerajaan ini. Inilah kita memohon kepada MKK untuk memainkan peranan yang sebaiknya.

Jangan pula kalau kata tak kena sikit, mungkin kita kata kawasan tak kena kerana adik-beradik kita, kita bagi. Tak boleh. Mesti kita meletakkan suatu amanah dengan kepimpinan yang ada. Mesti orang itu terlibat dengan apa yang tertetapkan oleh kerajaan.

Di samping itu, MKK juga didedahkan dengan langkah-langkah persiapan dan persiapsiagaan untuk berhadapan dengan situasi kemungkinan bencana yang tidak menentu. Sekarang ini memang cuaca tidak menentu. Kita tengok hujan, pagi tadi hujan. Tapi tengok air sungai makin surut. Hujan disebut dikatakan akan adakan kemarau yang panjang 2025 sehingga 2035 akan berlaku perubahan cuaca. Ini juga kita akan beri taklimat kepada MKK.

Taklimat daripada jabatan dan agensi pengurusan bencana juga turut diadakan bagi memastikan MKK sentiasa bersedia dan memiliki ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk membantu masyarakat kampung yang memerlukan. MKK juga diberi kursus untuk pengukuhan peranan MKK sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan. MKK menjadi mata telinga kepada kerajaan dan MKK tidak boleh menjadi informer kepada orang lain. Kadang-kadang MKK menjadi informer kepada orang lain. Ini perlu kita pastikan, bukan informer untuk orang lain. MKK adalah mata, telinga kepada kerajaan yang membayar kepada mereka elaun setiap bulan. Pertuntukan untuk setahun sahaja hampir 12 juta elaun kepada pengerusi dan setiausaha.

MKK diberi pendedahan berkaitan dengan penyaluran maklumat dari segi masalah dan aduan masyarakat agar disalurkan dengan lebih cepat dan efisien kepada pihak kerajaan. Ini bagi memastikan komunikasi jenis bottom-up dapat dilakukan supaya masyarakat di peringkat kampung atau luar bandar tidak berasa ketinggalan dan dipinggirkan dari segi suara dan keperluan mereka sebagai rakyat. Kita mendapat maklumat juga, sebahagian daripada kepimpinan yang kerajaan ini, kerja dengan kerajaan tetapi menjadi mata telinga kepada orang lain. Memberi info kepada orang lain yang menyebabkan serangan-serangan begitu hebat kepada kerajaan. Ini juga kita perlu beri perhatian. Selain itu, MKK juga memainkan peranan utama sebagai ejen dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. Dengan adanya semangat penyatuan sesama kaum yang dititik-beratkan oleh MKK dalam kalangan masyarakat di kampung, semestinya keharmonian sebuah kampung itu akan terjamin kesejahteraannya. Dalam pada itu, antara kursus yang anjurkan oleh MKK, Kursus Asas Pengurusan Kewangan serta manfaat perlindungan sosial oleh Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kursus umpama ini memberi pendedahan kepada MKK berkenaan dengan perancangan dan pengurusan kewangan yang lebih efektif dan memberi pulangan yang lebih baik pada masa hadapan.

Di samping itu, MKK juga telah diberi kursus isu asas tanah. Hal-hal tanah, lot lidi dan isu-isu tanah yang acap kali berlaku dalam masyarakat kampung. Dah jadi ejen jual tanah lot lidi. Ada juga yang berlaku, bila ketua kampung jual ini, orang panggil, orang kata, “bolehlah ketua kampung mendapat maklumat, dia tahu pun dia pun jadi ejen jual tanah lot lidi”. Akhirnya masyarakat setempat akan terkesan dengan apa yang berlaku bila beli lot itu nak buat rumah tak boleh masuk air, tak boleh masuk elektrik mai lah berduyun pula kat pejabat YB. pula nak kena menyelesaikan masalah itu. Ini juga suatu masalah kepada MKK. Pastikan apa yang kita nak salurkan kepada masyarakat itu satu saluran yang betul dan perkara yang betul daripada kerajaan.

Bukan kita boleh reka sebab kita boleh, aku dah jadi MKK, ada cop, aku boleh buat apa saja. Itu bukan. Ini satu arahan juga, amaran kepada mereka jangan buat sesuatu yang menyusahkan Yang Berhormat, menyusahkan pejabat daerah, menyusahkan kerajaan itu sendiri. Kursus umpama ini dapat memberi pencerahan berkaitan permasalahan tentang isu-isu tanah yang sering kali dihadapi oleh masyarakat di kampung. Memandangkan golongan sebegini kurang pengetahuan dan ilmu berkaitan ilmu tanah dan menjadikan mereka mudah ditipu oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Dengan adanya kursus sebegini, sedikit sebanyak MKK dapat membantu masyarakat di kampung untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan supaya permasalahan berkaitan isu penipuan tanah dapat dielakkan pada masa-masa akan datang. Antara kursus, bengkel, program dan taklimat lain yang dianjurkan oleh adalah seperti berikut; Program Komuniti Polisi dengan Kerjasama Polisi Raja Malaysia. Kedua Taklimat senario penagihan dadah Agensi Antidadah Kebangsaan. Ini perlu MKK melihat sebab kita nampak di kampung inilah tempat sasaran dan pot-pot. Baru ini disebarkan penagihan dadah tinggi di Daerah Pendang.

Macam inilah YB. Speaker, kita ini duduk saja-saja, kita tak periksa kesihatan kita, kita rasa kita sihat. Bila kita periksa kesihatan kita, jumpa doktor, dia ambil darah kita, dia saring darah kita, oiii banyaknya penyakit. Begitulah yang berlaku. Bila kita banyak kita buat siasatan, banyak kita turun ke bawah, kita cari pot-pot yang tak ini, tinggilah kenaikan itu berlaku dan disebarkan. Sebenarnya begitulah prosesnya. Kita tak tahu kita nampak kita sihat saja, kita periksa tengok kanser stage 4. Kita tak tahu, kita tak pernah check. Begitulah juga dengan keadaan penagihan dadah yang berlaku ini. Taklimat berkaitan perkhidmatan dan bantuan komuniti JKM, Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Minit Mesyuarat, Kursus Verifikasi Indikatif Sempadan Pentadbiran Majlis Ketua Kampung bersama Pelan Malaysia baru-baru ini.Itulah salah satu lah yang Pelan Malaysia nak menetapkan, meletakkan kampung-kampung yang sepatutnya. Serta bermacam-macam lagi perancangan kerajaan untuk memantapkan lagi institusi MKK di Negeri Kedah. Itu jawapan.

Speaker

Terima kasih YB. Merbau Pulas. Soalan tambahan?

Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Terima kasih YB. EXCO di atas jawapan lebar yang diberikan. Sikit soalan tambahan daripada saya. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk meletakkan KPI kepada setiap pengerusi MKK ini sebelum dibuat lantikan semula yang akan datang? Terima kasih.

Terima kasih soalan tambahan. KPI (Key Performance Indicator) lah. Untuk makluman semua, pelantikan MKK adalah pelantikan politik. Bila berlaku pelantikan politik ini sudah pastilah pimpinan politik mana-mana parti yang terlibat telah mengenal pasti orang yang selayaknya diangkat menjadi pengerusi dan setiausaha dalam kampung yang berkenaan dan mereka mampu membuat satu tugasan. Tetapi tidak terkecuali, saya sebutkan awal, tidak terkecuali sekiranya kita nampak kita dah bimbing, bagi kursus, ajar buat surat-menyurat, kita bagi maklumat tak sampai kepada masyarakat, kita minta senarai nama Beras Sejahtera tak boleh, apa pun tak boleh diberikan kerjasama kepada pejabat daerah, penghulu mukim ataupun kepada pejabat ADUN, boleh kita senaraikan tapi untuk kita pertukaran, ini adalah pertukaran, ada beberapa syarat yang boleh ditukarkan MKK ini. MKK ini hanya dua tahun sekali pelantikan mereka. Sampai 2026 habis untuk pelantikan ini dan akan disambung lantikan ataupun dilantik yang baru.

Tetapi sebenarnya untuk makluman Ahli Dewan, setiap minggu dalam Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ini, ada saja pertukaran Majlis Ketua Kampung. Ini kita tengok, kita tidak pernah melarang, menghadkan mengikut keadaan di tempat yang berkenaan dan perkhidmatan yang mereka berikan kepada masyarakat ini, ada hak boleh bertukar, menukarkan MKK. Tetapi kita mohon kepada setiap ADUN, penghulu mukim, ataupun pimpinan-pimpinan politik, mereka itu baru pegang jadi ketua kampung, tak sampai lagi setahun, duduk syok, duduk pegang, duduk cop itu, tau-tau kena tukar dah. Bila kena tukar, dia kena tukar bubuh orang lain. Dia ada satu perasaan yang elaun pun tak banyak RM500 saja. Tapi bila kita tukar mereka, dia ada satu perasaan yang sensitif. Kalau dia boleh berlapang dada, Alhamdulillah. Kalau dia tidak berlapang dada, dia mulalah mereka-reka. Inilah yang menyebabkan kita amat-amat sangat melihat secara lebih terperinci untuk berlaku pertukaran.Sebab ini lantikan politik, akan mencacamerbakan kepimpinan. KPI memang kita letak KPI, kalau dia tidak boleh, tak mampu, dan dia pun mungkin tidak ada kemampuan dari

segi... bila kita lantik MKK, mestilah orang yang boleh menulis, membaca, menyampaikan maklumat, dan boleh memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat. Kalau tidak ada kemampuan itu, boleh kita lihat semula. Sebab lantikan-lantikan ini semua lantikan politik. Dan saya harap semua MKK memberi kerjasama kepada penghulu mukim dan penghulu mukim juga. Penghulu mukim juga janganlah… minta maaf YB. Dato’ SS nak sebut penghulu mukim. Penghulu mukim juga kadang-kadang berilah kerjasama kepada MKK. Kita ada dua sekarang ini kepimpinan masyarakat. Satu MKK, yang satu lagi, JPKKP (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan). Ada sesetengah, dia suka pi dekat JPKKP. Sedangkan dia berkhidmat di Kedah ni.

Yang inilah yang kita rasa MKK ni duk lapor macam-macam dah dekat kita. Berilah kerjasama, di sana pun kita perlu pergi, kat sini pun kita perlu beri perhatian. Jangan tengok sorang-sorang, kena tengok dua-dua orang. JPKKP pun kena, MKK pun kena supaya kita seimbang untuk membuat program-program pembangunan di peringkat kampung. Wallahu a'lam.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Ya, silakan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Berdasarkan lantikan tersebut, berapakah peratusan pembahagian antara tiga parti? Sebab dia lantikan parti kan? Jadi PAS dapat berapa? Bersatu dapat berapa? Gerakan dapat berapa? Terima kasih.

Terima kasih Kota Darul Aman. Saya tidak boleh bagi secara figure ini. Boleh kita bagi, sebab lantikan ni sampai kepada Mesyuarat EXCO, dia tak tulis dah parti mana. Parti-parti tu akan sampai di peringkat ADUN sahaja. Lepas tu di peringkat daerah pun tak tahu mana parti. Sampai di peringkat BPEN (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri) pun tak tahu parti mana. Cuma senarai nama yang kami terima. Tapi kalau sekiranya ada kemampuan untuk kita sampaikan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Apa tujuan Yang Berhormat nak nama tu?

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Bukan, nak tahu sama ada pembahagian sama rata. Terima kasih.

InsyaAllah sama rata.

Speaker

Yang Berhormat Merbau Pulas, kebiasaannya lah. Kerajaan yang ada ni dia adil, pembahagian tu elok. Sebab kita berbincang, bukan kita buat keputusan sorang-sorang

Yang Berhormat Speaker, minta laluan.

Speaker

Masa mencemburui kita, YB. Bayu.

Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Jawapan kepada soalan tu ada dalam jawapan bertulis penggal lepas. Saya dah tanya dah. Boleh rujuk penggal lepas.

Yang Berhormat Speaker, boleh bagi laluan. YB. Merbau Pulas.

Speaker

Saya minta maaf YB Bayu. Masa dah tak mengizinkan. Jadi saya nak teruskan kepada soalan yang ke-16. Dipersilakan YB. Tanjung Dawai. Minta maaf YB. Bayu.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Tuan Speaker. Mohon jawapan bagi soalan nombor 16.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

16. Kejayaan Kedah meraih pelaburan bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM45.8 bilion amat membanggakan.

Pohon dinyatakan :-

a) Apakah daya penarik kepada pelabur yang ditawarkan oleh Kedah?

b) Berapa peratus anak Kedah yang dijangka mendapat peluang pekerjaan melalui limpahan pelaburan ini?

Speaker

Yang Berhormat Jitra, suka saya nak mengingatkan masa kita terhad. Jadi, kalau ada keperluan daripada Yang Berhormat Jitra untuk memanjangkan soalan-soalan ini kita nak jawab, jadi masukkan dalam penggulungan nanti. Saya akan hentikan sesi soalan mulut ini insyaAllah dalam 10:15. Jadi, cuba adjust masa.

Terima kasih YB Speaker. Yang saya hormati sahabat kita YB. Tanjung Dawai. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua. Soalan yang diutarakan adalah Kerajaan Kedah meraih pelaburan bagi tahun 2024 sebanyak RM45.8 bilion amat membanggakan. Apakah yang menyebabkan kita menjadi destinasi pilihan pelabur?

Izinkan saya Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan semua, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, saya ingin menyatakan di sini bahawa kita telah menunjukkan satu gerak kerja yang cukup ampuh yang mana seluruh jentera negeri dan juga agensi-agensi peringkat Pusat telah dapat bekerja sebagai sebuah pasukan yang membolehkan kita menjadi prefer investment destination di negara kita, Alhamdulillah.

Jadi dengan kata lain, kalau boleh saya rumuskan disini the crown jewel for our country adalah Kulim Hi-tech Park. Tiada siapa dapat menafikan walaupun ada pihak-pihak cuba untuk mengambil segala kredit akan kewujudan Kulim Hi-tech Park ini. Tapi marilah kita berjua besar dan berlapang dada. Tidak akan ada federal tanpa adanya negeri. Jadi, kita menyumbang kepada pembentukan negara dan di sinilah sebenarnya bermula titik sebuah usaha yang mana dibangunkan Kulim Hi-tech Park ini.

Saya tidak berniat untuk menyatakan bahawa kepimpinan terdahulu ataupun usaha-usaha para pemimpin dahulu tidak membawa kepada kegemilangan atau kejayaan luar biasa. Mungkin pada ketika itu banyak isu dan cabaran yang tidak dapat ditangani dengan sempurna. Kerana apa saya berkata demikian YB. Speaker, untuk tempoh daripada 1996 tertubuhnya Kulim Hi-tech Park sehingga 2024, jumlah keseluruhan pelaburan yang masuk di KTPC (Kulim Technology Park Corporation) ini adalah sebanyak RM181.5 bilion.

Namun demikian, untuk tempoh 24 tahun terawal sebelum kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengambil alih iaitu pada tahun 2021 sehinggalah tahun 2024 di mana tempoh 24 tahun yang awal itu hanya RM50 bilion pelaburan yang masuk ke Kulim Hi-tech Park dan tempoh 5 tahun terkini RM132.5 bilion. Ini reality, kita tak ambil semua kredit ini sebab kita tahu kita bekerjasama dengan MIDA (Malaysian Investment Development Authority), kita bekerjasama dengan bomba, kita bekerjasama dengan kastam, kita bekerjasama dengan semua agensi, jabatan-jabatan dan GLC (Government-Linked Companies) untuk membolehkan ini menjadi realiti. Jadi dengan kata lain, Alhamdulillah usaha dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang membolehkan kita berada di sini hari ini menjadi bukan kebanggaan negeri, tetapi kebanggaan negara kita. Jadi, saya mengharapkan usaha ini dapat diterus, dikembangkan dan baru-baru ini kita telah didatangkan satu polemik yang hampir merugikan negara, yang hampir membuatkan kita berasa kecewa tentang kegagalan pemimpin-pemimpin kita untuk duduk bersama dan menyelesaikan isu-isu.

Jadi, saya berharap perbezaan di antara kita kerajaan negeri dan Pusat sewajarnya diambil sebagai satu rahmat buat kita untuk lebih teliti dan lebih bersungguh dalam melakukan gerak kerja. Jadi, isu NOC (No Objection Certificate) yang kita hadapi untuk membolehkan KTPC mengambil alih Fasa 5 telah berlarutan lebih satu tahun dan saya di sini tidak berniat untuk memanjangkan polemik, saya hanya ingin menjelaskan bagi pihak kerajaan negeri kita, bagi pihak rakyat Kedah, sepertimana yang diamanahkan oleh YAB. Menteri Besar kepada saya, agar kita terus melangkah ke depan tanpa melihat isu-isu yang boleh mengguriskan hati sesiapa. Tapi pengajarannya luar biasa, setahun lebih kita tidak memperoleh NOC yang kita pohon. Kerana apa kita tidak memperoleh? Kerana peringkat awal kita telah mengenal pasti tanah untuk diambil alih, peringkat awal. Dan pada ketika itu harga tanah itu mengikut nilaian JPPH adalah lebih kurang RM7 sekaki persegi. Dengan harga RM7 sekaki persegi ini, kalau 450 ekar, kita boleh memperoleh tanah tersebut dengan harga lebih kurang RM137 juta. Namun demikian, kebijaksanaan kepimpinan kita, pastinya pihak penjual tanah akan berfikir ataupun membuat tawaran baru untuk harga lebih tinggi. Jadi, kita membuat antisipasi daripada apa yang telah diberikan oleh JPPH pada harga RM10.

Sebab itulah kita, apabila kita mengumumkakan permohonan kita kepada Kementerian Kewangan, kita memohon untuk mendapatkan dana yang mencukupi pada harga tersebut. Kalau harga sekaki persegi RM10, maka nilainya untuk 450 ekar ini adalah sebanyak RM165 juta. Jadi, cukuplah duit itu dan apabila berlaku pertelingkahan ataupun semakan di mahkamah, dan di situ kita melihat bahawa pemilik tanah tidak bersetuju pada harga, bukan RM7 yang disebut oleh JPPH, malahan harga kita RM10 pun mereka tidak bersetuju, sedangkan kita bersandar kepada JPPH, satu agensi yang berautoriti. Tidak mengapa, kita santuni dan kita fahami akan kepentingan pemilik tanah, maka kita telah mengusulkan NOC untuk mengambil alih tanah lain atau membeli tanah lain, iaitu tanah boustead. Isu di sini, apabila kita telah melakukan segala yang termampu kita bagi membolehkan pengambil alihan atau pembelian ini berlaku, ianya tidak berlaku seperti diharapkan. Malahan, setahun lebih permohonan NOC kita tidak dijawab. Boleh, tak boleh! Dan kita juga tidak boleh menunggu lagi sebab geran yang diberikan ini ada tarikh tempoh dia sebab ia diberikan dalam RMK-12 dan kita dah nak masuk RMK-13, masih tidak digunakan. Jadi kita mengambil langkah, walaupun NOC itu tidak dijawab, kita membatalkan NOC tersebut dan kita berpindah kepada tanah asal tadi. Namun tanah asal ini, harganya tidak lagi pada harga RM15 ataupun berapa harganya sekarang RM18.30 sekaki. Jadi atas sebab harga tersebut, maka berlakulah peningkatan harga keseluruhan untuk mengambil alih tanah seluas 450 hektar itu. Jadi, daripada loan yang diberikan sebanyak RM195 juta, jadi kita akan top up lagi duit negeri.

Duit negeri ini, duit negeri inilah daripada kantung kewangan kita ataupun pendekatan kewangan kita untuk menampung lagi sekitar RM182 juta. Jadi, apa yang dapat kita katakan di sini ialah kerana kita peringkat negeri dan Pusat tidak dapat duduk bersama dan melihat secara baik, mengambil masa dan merugikan. Tapi saya ingin menyatakan di sini, Dewan Yang Mulia ini, satu sosok tubuh yang harus diberikan ucapan terima kasih adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, kerana dalam satu pertemuan di antara Yang Berhormat Menteri Besar dengan beliau dalam tempoh 30 minit sahaja menyatakan akan perkara ini dan beliau telah mengarahkan MOF dan Menteri Ekonomi untuk menyelesaikan masalah ini dan Alhamdulillah, isu ini dapat diselesaikan. Jadi tidak berbangkit isu Kerajaan Kedah menambah hutang untuk pengambilan tanah ini sebanyak RM182 juta. Kerana apa? Kerana kita mempunyai kekuatan kewangan kita. Bagaimana kita menguruskannya adalah bergantung kepada kebijaksanaan pengurusan kewangan kita.

Speaker

Yang Berhormat Jitra, saya nak bagi laluan kepada soalan tambahan sikit. Kemudian yang selebihnya Yang Berhormat Jitra masukkan nanti dalam penggulungan. Saya buka kepada soalan tambahan sekiranya ada.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan YB. Jitra. Soalan tambahan saya, kita telah pun dijemput ke Shenzhen baru-baru ini. Daripada dua buah negeri yang terpilih, Kedah salah satunya dan kita telah pun diberi peluang untuk mengemukakan apa yang ada di Negeri Kedah untuk mereka datang dan saya yakin pihak kerajaan negeri berjaya untuk meyakinkan. Jadi, apakah hasil daripada kunjungan dan pembentangan yang dibuat oleh pihak EXCO, pihak kerajaan negeri berkeyakinan bahawa mereka akan hadir dan juga melabur di Kedah ini? Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Jitra, yang ini pun jawab pendek sahaja dan masukkan dalam penggulungan nanti. Sebab saya akan hentikan pada 10.17 pagi.

Okay, seminit saja. Baik, saya cuba meringkaskan agar dapat menjawab soalan yang telah diutarakan. YB. Speaker dan YB. Tanjung Dawai, antara sebab mengapa kita menjadi destinasi pilihan ialah pertama political stability and good governance. Kerajaan kita hari ini tidak ada isu nak jumpa EXCO, nak jumpa MB kena ada itu dan ini. Semua orang transparent, semua orang bekerja dalam keadaan yang jelas akan kita sedang bergerak memacu negeri kita, pertama. Kedua, kita open economic policy walaupun selalu orang pakai peringkat negara tapi state juga, kita mesra pelabur, kita tak bermain sentimen, kita profesional, kita membuka laluan-laluan kepada siapa yang punya interest dan kita faham pelaburan itu baik untuk negeri kita. Ketiga, kita bersedia mendokong segala pembangunan prasarana dalam kemampuan negeri dengan kerjasama agensi-agensi Pusat. Kita laksanakan untuk menyediakan prasarana tersebut. Kita ada komitmen untuk environment sustainability. Kita lihat bagaimana di Kulim Hi-tech Park malahan, di Bukit Kaya Hitam kita akan bangunkan renewal energy zone dan kita akan usahakan pembangunan pembekalan green energy sebanyak 2 gigawatt, insyaAllah.

Jadi, usaha ini memberi gambaran kepada mereka bahawa kita bersungguh-sungguh untuk mendokong agenda berkaitan dengan persekitaran yang baik. Strong education system, talent yang mana kita usahakan, di mana kita ada Kedah Investment Team yang membentuk iaitu satu center dipanggil Kedah Talent Center. Yang mana kita telah bekerjasama, bergerak bersama industri-industri dan institut pengajian tinggi untuk membekalkan talent yang mencukupi.

YB. Speaker, satu lagi perkara yang ingin saya kongsikan di sini ialah setiap pelabur yang datang atau menunjukkan hasrat kepada kita, kita santuni mereka tanpa melihat berapa banyak jumlah pelaburan mereka. Kita memberikan perkhidmatan profesional, kita memberikan nasihat, kita memberikan mereka segala keperluan maklumat yang mereka memerlukan. Inilah yang membuatkan hari ini bukan hanya Kulim Hi-tech Park tapi Padang Meha, sedang maju dan berkembang dan yang terbaru KRC (Kedah Rubber City) telah ada pelabur yang akan masuk menjadi anchor investor di KRC dan juga di Delapan SBEZ di mana baru-baru ini di Shenzhen, saya telah membentangkan negeri kita, insyaAllah sekiranya kita terpilih difahamkan sekitar RM100 bilion pelaburan, RM100 bilion pelaburan akan masuk ke Malaysia dan antara preferred destination mereka adalah Negeri Kedah, insyaAllah doakan. Terima kasih YB. Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Jitra, mudah saya nak mengawal YB. Jitra ni sebab dia faham.

Yang Berhormat Speaker, saya kurang faham. Dia macam ni, sebenarnya ada satu soalan lagi yang penting. Kalau boleh sambung sikit. Sebab tu YB. Jitra ambil lama sangat. Kalau boleh lain kali jawapan macam YB. Speaker bagitau kena gulung tu panjang sikit tak pa, yang jawapan ni ringkas-ringkas, dia mengambil masa yang soalan saya. Penggal lepas pun sama juga, hat hujung sekali dia tahan saya.

Speaker

Terima kasih YB. Bayu. Yang lain-lain yang belum sempat dijawab, kita minta Yang Berhormat EXCO akan menjawab dalam penggulungan. Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Sambungan penggulungan di atas usul menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar oleh pihak kerajaan.

II. Sambungan Penggulungan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar Oleh Pihak Kerajaan.Motion

Speaker

Dijemput YB. Suka Menanti, dipersilakan. Ambil masa yang berbaki kelmarin saja na. 15 minit.

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih YB. Speaker. Amboi, dia bagi amaran awal. Hat kelmarin kira tak aci lah? Tak boleh?

Speaker

Tak boleh! Nanti YB. Bayu marah.

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua- ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Berhubung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, berkenaan saranan agar pihak MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) dan MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute) meningkatkan usaha dalam melaksanakan kajian dalam penghasilan benih padi yang berkualiti. Pihak Jawatankuasa Pertanian Negeri Kedah telah mengorak langkah dengan menyusun atur bekerjasama dengan Agensi Nuklear dan ATM untuk menjalankan uji kaji benih yang bakal dilaksanakan. Beberapa pertemuan dan lawatan tapak telah adakan bersama-sama pihak Agensi Nuklear dalam mengenal pasti ciri-ciri benih padi yang bakal digunakan nanti. Benih padi tersebut haruslah mempunyai ciri-ciri benih yang berkualiti seperti tahan penyakit, akar pokok padi yang kuat untuk mengelakkan mudah rebah serta berkualiti dari segi penghasilan berat padi tersebut. Setakat ini benih padi varieti NMR152 sahaja yang keluarkan oleh Agensi Nuklear yang sesuai dengan kebanyakan jenis dan struktur tanah sawah padi di Negeri Kedah ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, menjawab soalan YB. Kota Siputeh dalam soalan tambahan kemarin ini beliau mencelah, “apakah mekanisme penjualan benih padi? Perlukah lesen dan adakah kita perlu mengikut harga benih padi yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan? Terima kasih YB. Kota Siputeh. Menjawab soalan pertama mekanisme penjualan benih sah hanya melalui syarikat pengeluaran yang dilantik oleh pihak kerajaan melalui KPKM iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Bahagian Kawal Selia Padi Beras. Syarikat yang dilantik akan tetapkan kuota untuk pengeluaran benih padi yang sah. Ini kerana subsidi benih padi akan dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pengeluar yang dilantik sahaja selain pengeluar benih yang dilantik adalah tidak boleh menjual benih padi sah.

Dalam hal ini, Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Kota Siputeh, saya telah pun mencadangkan di peringkat Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula sistem pembiayaan ataupun subsidi benih padi yang disalurkan kepada pihak kilang dan sebagainya supaya diubah. Subsidi ini diberi terus kepada pesawah-pesawah agar pesawah-pesawah mempunyai option (pilihan) untuk mendapatkan benih yang berkualiti untuk mereka tanam. Sekarang ini, rungutan ramai daripada pesawah-pesawah mengenai dengan kualiti benih padi yang kurang bermutu. Merujuk kepada harga jualan benih padi Kedah yang bakal dijual kelak, pihak Jawatankuasa Pertanian Negeri Kedah, belum lagi menentukan jenis mekanisme penjualan. Ianya masih lagi diteliti dengan terperinci, serta perlu mengambil kira beberapa aspek antaranya adalah perbincangan bersama pemilik pattern dan varieti benih tersebut. InsyaAllah, selepas kerajaan menentukan prestasi benih tersebut nanti, pihak kami akan memaklumkan kepada umum.

Seterusnya menjawab soalan kedua, Yang Berhormat Kota Siputeh juga mengenai Pusat Pengumpulan Ladang ataupun PPL. Pusat Pengumpulan Ladang merupakan tempat pengumpulan hasil-hasil pertanian di sekitar kawasan pengeluaran. Selain daripada aktiviti pengendalian selepas tuai seperti pengedaran, pembungkusan dan perlebelan ataupun GPL (General Public License), aktiviti pemasaran juga boleh dilakukan di PPL (Pusat Pengumpulan Ladang) bagi tujuan hasilan pertanian di situ dapat dipasarkan secara terus kepada pengguna yang secara langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan serta keterjaminan pemasaran melalui interaksi secara terus antara pengeluar, pemasar dan pengguna. Di antara syarat-syarat pertama setelah mendaftar sebagai peserta ladang kontrak atau Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran atau RPKP, warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun. Kita tak boleh dah YB. Speaker, lepas dah. Pemohon adalah individu atau kelompok Persatuan Koperasi, wakil agensi yang telah mengusahakan aktiviti pengumpulan hasil ladang sama ada daripada pengeluaran padi sendiri ataupun daripada pengeluaran yang lain.

Beberapa lagi syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon, untuk makluman YB. Kota Siputeh, terdapat dua Pusat Pengumpulan Ladang atau PPL di sekitar Jerlun dan Kota Siputeh iaitu di PPL Kampung Pering, Padang Sera, Kodiang dan PPL Kampung Pida 3 Baru, Jalan Sanglang. Ianya meliputi projek kelompok tanaman jagung manis dan projek tanaman mangga harum manis.YB. Kota Siputeh jika ada masa jom kita pi tengok. Nanti buat jamuan sikit, YB. Speaker pun nak ikut juga. Disebabkan masa, insyaAllah kita akan bagi jawapan yang selebihnya dalam jawapan bertulis.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berikutan lawatan saya bersama dengan Jabatan Pertanian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah Pedu dan juga Derga baru-baru ini di Malang, Indonesia telah mengenal pasti varieti benih padi yang baru, boleh kita guna pakai dan dikaji demi kepentingan petani, pesawah untuk menghasilkan hasil mereka dengan lebih baik. Usaha untuk menguji kaji benih tersebut akan bakal dilaksanakan tidak lama lagi, insyaAllah. Inilah antara usaha yang sedang dilaksanakan demi menjadikan sub-sektor pertanian iaitu padi, agar terus kekal relevan untuk diusahakan. Ramai petani dan pesawah perungut dah, mereka letih dah, tapi inilah kita bersungguh-sungguh untuk membantu dan memartabatkan industri serta pesawah dan pertani kita.

Yang Berhormat Tuan Speaker, YB. Kuah ada menyentuh berkenaan pemohonan mengadakan undang-undang untuk pendaftaran ternakan dan keperluan penandaan kepada ternakan yang dipelihara. Untuk makluman YB. Kuah, pendaftaran ternakan seperti lembu dan kerbau telah dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Enakmen Pendaftaran Kerbau Lembu Pindaan Pertama 1990. Kerajaan Negeri mengambil maklum akan keperluan tanda pengenalan terhadap ternakan yang dipelihara melalui proses penambahbaikan enakmen tersebut yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Kedah.

Terima kasih YB. Kuah atas pandangan yang sangat relevan dan pandangan yang jauh berkenaan kebergantungan kepada satu operator feri sahaja. Untuk makluman, sekarang ini sudah ada pilihan dari Syarikat Sunny Express. Namun, Kerajaan Negeri juga mengintai akan peluang-peluang untuk bekerjasama dengan pihak-pihak swasta atau mana-mana pihak yang berminat untuk kita menyemak sama ada pihak kerajaan negeri dapat menubuhkan satu syarikat GLC dan sebagainya untuk kita buat niaga feri pula, feri service pula. Sebab dulu-dulu kalau kita ingat kita boleh pergi ke Langkawi balik hari, pergi pagi, petang kita boleh balik ataupun boleh ambil pagi, malam. Sekarang tak dak dah. Kalau pergi sana kena tidur lah satu malam, lebih-lebih lagi, kesian juga kepada penduduk Langkawi khususnya kalau ada sakit demam nak kena mai sini ataupun nak mai melawat adik beradik sakit demam nak kena mai tidur di Alor Setar, baru boleh balik pagi esok.

Jadi, inilah antara rungutan penduduk Langkawi khasnya tentang jadual feri yang ada masa kini. Saya juga ada berbincang dengan pihak operator feri, antara keresahan mereka adalah isu air ataupun paras laut. Itu sebab usaha-usaha dijalankan untuk korek pasir-pasir apa semua tu di Kuala Perlis. Juga di Kuala Kedah, usaha-usaha sedang dijalankan tentang pembaikan, menaik taraf jeti baru. Tapi pada masa itu pihak Kerajaan Negeri ada bincang dengan pihak MOT (Ministry of Transport) nak cadangkan jeti baru Kuala Kedah tu jangan buat tempat sekarang ini, pindah pi tengah laut nu. Bila pindah pi Tengah laut nu, selesai masalah yang dihadapi sekarang ini. Tapi nak pi buat di situ juga. Kita tengoklah apa nak jadi pula selepas ni. Kalau kita buat tengah laut tu, selesai masalah air pasang surut, yang pertama.

Yang kedua, sekarang ni laluan dalam jeti duk ada ni dah mula sibuk dah, dengan perahu nelayan. Kalau buat di sana kita boleh buat bukan sahaja tempat jeti baru tetapi tempat pelancongan baru. Ini untuk sahabat saya YB. Kubang Rotan. Tapi dah depa buat di situ, belanja hampir RM240 juta, nak buat macam mana, dah buat dah pun. Itulah antara cadangan kerajaan negeri sebabnya pengangkutan ini di bawah kuasa penuh Kerajaan Pusat. Yang Berhormat Speaker, namun kita juga mengambil kira bahawa sebarang penubuhan syarikat feri milik negeri ini memerlukan kajian yang teliti dari sudut kos operasi, daya saing komersial, faktor pengurusan dan sokongan teknikal agar ia benar-benar mampu beroperasi secara mampan dan tidak menjadi beban kewangan kepada kerajaan negeri. Ini masih lagi dalam kajian YB. Speaker. InsyaAllah, sekiranya kajian ini dapat memberi satu gambaran yang positif mungkin ia dapat membantu untuk penduduk Langkawi khususnya dalam hal feri tak cukup.

Berkenaan cadangan pelepasan benih ikan ke sungai yang dibangkitkan oleh YB. Bayu, (keluar pula dah). Untuk makluman YB. Bayu dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, program pelepasan benih ikan di sungai-sungai oleh pihak Jabatan Perikanan Negeri Kedah telah dilaksanakan dalam beberapa siri sepanjang tahun. Sebagai contoh, Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit menerima hampir lebih 10 siri program pelepasan benih ikan dan benih udang galah sepanjang tahun 2024. Kita juga telah adakan program ini di Bandar Baharu kalau tak silap saya, awal dulu ni. Jabatan Perikanan Kedah akan terus giat melaksanakan program pelepasan benih ikan di sungai-sungai seluruh Negeri Kedah, insyaAllah.

Berkenaan cadangan YB. Pedu, penyediaan dana oleh kerajaan negeri untuk latihan kepada petani dan pesawah, insyAllah saya akan berbincang dengan Dato’ Wira kita lah. Tengok macam mana, nak cari duit tang mana untuk kita nak bantu supaya petani-petani kita dapat pendedahan bagaimana teknik dan pengurusan sawah yang telah dilangsungkan ataupun dilaksanakan di negara-negara jiran kita.

Baru-baru ini lawatan kita ke Malang, Indonesia melihat bagaimana petani, pesawah sana menyelenggara dan dapat hasil yang begitu memberangsangkan dan pihak sana pun juga sanggup menerima kunjungan ataupun dapat kita hantar pergi bakal-bakal petani, pesawah dan anak muda kita ke sana untuk dapat nikmat bagaimana mereka melaksanakan ataupun mengurus padi atau bendang depa hingga mendapat hasil sehingga 15 tan per hektar. Saya rasa ini satu pandangan yang baik yang perlu, insyAllah saya bincang, tengoklah bagaimana Dato’ Wira PKN kita.

Speaker

Ya, YB. Suka Menanti, saya menyokong benda tu, saya setuju. Cuma bila YB. Suka Menanti duk bercakap, kata pergi tengok di Malang apa semuanya, saya tak boleh nak bayangkan macam mana keadaan di sana tu. Jadi, untuk seterusnya tu, saya rasa untuk nak memudahkan, saya nak mengendalikan Sidang Dewan, saya nak faham apa yang YB maksudkan tu, elok kita jemput Speaker sekali.

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Saya faham. Betul, kalau kelmarin YB. Speaker faham pantun saya tu, macam YB. Derga duk cakap banyak sangat, bawa pi sana sini, balik tanya banyak lagi. Lepas ni kita bawa YB. Speaker pula pi. Itulah jawapan saya YB. Speaker, InsyaAllah.

Speaker

Terima kasih! Terima kasih! Masa ada 3 minit lagi.

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Haa… Tudia lah, duk ajak pi Malang pula dah. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perancangan guna tanah bagi sumber makanan dan pembangunan lain perlu diteliti dengan sebaiknya agar ia memberi manfaat yang menyeluruh pada rakyat Kedah khususnya serta rakyat Malaysia amnya. Ianya perlu dan wajar diberi perhatian agar negeri ini dapat berkembang dan mendokong keperluan negara Malaysia dan menjadi negeri pengeluaran padi utama negara juga menjadi negeri gedung makanan negara, insyaAllah.

Berkenaan Program Keterjaminan Makanan (KPKM) mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar melalui kerjasama kerajaan negeri melalui BPEN (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri) yang telah memohon sebanyak 19 projek berjumlah RM33 juta telah diperhalusi di peringkat kementerian, kelulusan sebanyak 7 projek bernilai RM11.21 juta diberikan dan peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Pejabat

Kewangan Negeri Kedah baru-baru ini. Ucapan terima kasih kepada pihak kementerian dan pihak Dato’ Sri KSU (Ketua Setiausaha) yang sudi membantu negeri ini untuk memajukan sektor pertanian hari ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kita sedar dan faham bahawa teknologi atau arus komponen akan datang bersama kos yang tinggi. Disebabkan itulah usahasama bersama kerajaan dan syarikat awam, swasta adalah sangat diperlukan. Kita mempunyai tanah dan tenaga kerja, insyaAllah selama ini akan dirancang dengan sebaiknya agar membawa manfaat kepada semua pihak. Contoh projek yang sedang dilaksanakan ialah Pemerkasaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan atau (TKPM) kepada SME Agro Park di Gajah Mati, Pokok Sena, di mana kita akan menjadikan Pusat Pertanian Kedah, insyaAllah dengan fokus kepada tanaman rockmelon yang kita sasarkan pengeluaran hasil satu juta biji rockmelon setahun, Insyaallah. Yang Berhormat Tuan Speaker, menyentuh kembali sektor padi dan beras, dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, nasib pesawah yang merupakan tunjang kepada sektor pertanian padi dan beras perlu diberi perhatian yang serius. Dengan kos input pertanian yang tinggi, hasil pendapatan yang sangat rendah, keringat yang mereka keluarkan dirasakan tidak setimpal. Harga belian padi meningkat tapi jelas ianya hanya akan menjejaskan rantaian pasaran.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sektor pertanian inilah sangat luas dan ianya bukan sahaja berkaitan cucuk tanam, padi beras dan agro pelancongan sahaja bahkan gastronomi agro juga termasuk sekali. InsyaAllah, program seperti Hari Perternak dan Peladang yang akan dianjurkan tidak lama lagi dan tahun ini akan diperkasakan penganjuran tersebut akan diharap menjadi world class exhibition (dengan izin) kerana bakal menampilkan pemain-pemain industri berkaitan pertanian dari luar negara seperti Thailand, Indonesia dan lain-lain lagi Insyaallah, selain pemain-pemain industri berkaitan pertanian yang sedia ada dalam negara.

Tanaman utama lain seperti mempelam harum manis juga giat diperluaskan ataupun diusahakan. Pada awal bulan Mei insyaAllah, iaitu pada tanggal 1 hingga 4 haribulan akan berlangsung Festival Mempelam Kedah di Pusat Mempelam Kedah di Sala, Yan. Jadi, saya mempelawa seluruh para hadirin bersama-sama kita pergi ke Pusat Mempelam Kedah di Sala, Yan, tanggal 1 hingga 4 Mei untuk menikmati kemanisan Harumanis D’Aman Kedah dan insyaAllah, selepas tamat Sidang DUN ini pun, pakat-pakat boleh rasa sikit kut. Pakat-pakat tengok di luar lah. Sebelum saya menamatkan penggulunggan ini YB. Tuan Speaker, industri burung walit juga kita sedang membantu dengan perbincangan yang telah diadakan dengan pihak Persatuan Burung Walit Kedah. Saya rasa YB. Tokai ada bangkit kut soalan ini dalam soalan bertulis. Mungkin selepas ni nak pi China pula. Cadang la YB. Speaker kut teringin nak pi.

Speaker

Setuju! Setuju!

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Nak pi tengok pasaran. Saya ingin juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan sama ada Pusat ataupun negeri dan badan-badan berkanun serta semua pihak terlibat yang membantu saya untuk terus berkhidmat sebagai EXCO Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan juga sebagai ADUN Suka Menanti sehingga ke hari ini. Juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JKR, MADA dan juga Datuk Bandar serta pihak JKR terutamanya yang telah meluluskan RM5 juta untuk baik pulih parit di Taman Wira ini yang selalu terkena banjir kilat, Alhamdulillah. InsyaAllah, projek itu akan dilaksanakan pada bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh 4 atau 5 bulan.

Akhir kata YB. Tuan Speaker, saya dengan penuh takzim menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang amat disayangi. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada YB. Suka Menanti. Seterusnya dijemput YB. Kuala Ketil. Dipersilakan. Masa yang diberikan 25 minit sahaja.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alḥamdulillhi rabbil-'alamin Waṣ-ṣalatu was-salamu 'ala asyrafil-anbiya’i wal-mursalin, wa 'ala alihi wa ṣaḥbihi ajma'in. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, seterusnya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang, seterusnya Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Negeri, Yang Berhormat- Yang Berhormat ADUN, ketua jabatan dan agensi dan seluruh para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Pertamanya, marilah kita merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan limpah kurnia serta rahmat-Nya kita diberi berkesempatan berkumpul di dalam sidang kali ini. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana beri ruang kepada saya untuk menggulung atas apa yang telah dibahaskan oleh semua

Yang Berhormat berdasarkan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada Ahad yang lalu.

Sebelum saya melanjutkan penggulungan pada hari ini, saya ingin menyampaikan sokongan penuh saya terhadap Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang telah disampaikan pada Ahad yang lepas.

Yang Berhormat Speaker, sebelum saya teruskan kepada beberapa jawapan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat, sepanjang perbahasan pada sidang kali ini, izinkan saya menjelaskan beberapa perkara yang telah menjadi keutamaan kepada portfolio saya sepanjang tahun lepas dan juga tahun ini di bawah Portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan dan juga Kesihatan.

Yang pertamanya adalah membuka tirai membuka tirai 2025. Kita telah mengadakan kerjasama dengan semua daerah, PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan juga EXCO Pelancongan, iaitu bagi Program Gotong-royong Perdana bagi menyambut tahun 2025 ataupun Tahun Melawat Kedah. Yang keduanya kita telah pun mengeluarkan arahan menghentikan perniagaan pasar malam bila masuknya waktu Maghrib. Ini kita telah arahkan kepada semua PBT untuk mengambil tindakan kepada arahan-arahan ini. Meneruskan program Kedah Bersih, iaitu pada tahun ini, iaitu satu program gotong-royong di semua PBT dengan kerjasama semua jabatan, agensi, SWCorp, ketua-ketua kampung dan juga pusat-pusat khidmat wakil rakyat.

Menambah baik papan iklan, billboard iaitu meletakkan tulisan rumi sebagai tulisan yang utama, tulisan rumi atau tulisan bahasa Malaysia sebagai tulisan yang utama manakala tulisan Jawi adalah tulisan yang digalakkan. Serta tidak membenarkan mengeksploitasi gambar wanita seksi di papan billboard untuk tujuan tertentu dan juga tidak membenarkan mengiklan bahan-bahan terlarang ataupun perkataan-perkataan yang boleh menggugat kepada perpaduan dan juga keharmonian kaum.

Seterusnya Kerajaan Tempatan juga melalui Pegawai Undang-undang sedang dalam fasa membuat semakan Undang-undang Kecil yang mana boleh dikategorikan sebagai undang-undang yang lama kita sedang membuat semakan tersebut. Yang keenam, semua PBT juga melaksanakan program kemasyarakatan di semua PBT-PBT. Yang ketujuh, semua PBT juga diarahkan memberikan khidmat dan bantuan ketika Kedah dilanda banjir ataupun musibah atau bencana.

Yang kelapan, mengenakan pada tahun ini adalah sukan PBT iaitu akan dilaksanakan bulan Jun 2025 sebagai satu daripada kaedah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhwah di kalangan semua kakitangan PBT seluruh Kedah. Pada kali ini, Baling akan menjadi tuan rumah pada sukan tersebut. Tahniah Baling! Baling lagi depa kata, permulaan. Dulu ada merata, Yang Berhormat Speaker, sukan bola ni berada di tempat lain, takraw berada di tempat lain. Jadi payah. Kali ini saya himpun setempat, 3 hari 2 malam di satu tempat.

Speaker

Itulah, kalau ada ruang tengok-tengok YB. Bayu sama.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Haa… Sekali kawasan Bayu lah tu. Bayu dalam Baling lah YB. Tuan Speaker. Bukan adik beradik lain, tak dak. Tahun ini juga program yang kesembilan. Tahun ini juga saya telah melaksanakan lawatan ke bazar-bazar Ramadan di setiap beberapa daerah iaitu di antaranya adalah di Pasar Billion, di Bandaraya Alor Setar, Pendang, Jitra, di Baling dan juga di Padang Terap. Ini adalah sebagai satu sokongan kepada PBT-PBT yang telah menyediakan infra yang terbaik kepada peniaga-peniaga kita di sepanjang tempoh bulan Ramadan. Jadi kita harap, para peniaga yang berniaga bukan saja mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri, malah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada PBT untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka untuk mencari rezeki pada bulan Ramadan tersebut.

YB. Tuan Speaker!

Speaker

Ya, YB. Kuala Ketil beri laluan kepada YB. Tokai, boleh?

Saya mencelah YB. Kuala Ketil. Saya nak minta lah, lain kali kalau nak pi tu jangan terjah terus. Hello-hello lah sama kepada tuan rumah. Terima kasih.

Speaker

Tuan rumah tak tau noh?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Ooo… Kes pi Pendang ka? Pendang pi luar negeri pada masa tu. Seterusnya ialah “Langkawi Bersih”. Baru ni kita telah melaksanakan satu Program Gotong Royong Perdana dan pelancaran “Langkawi Bersih” sempena menyambut LIMA 2025 iaitu akan bermula pada 20 hingga 24 Mei 2025. Ini adalah rentetan daripada kes denggi yang amat tinggi di Langkawi iaitu mencecah kepada 203 kes berbanding sebelum-sebelum ni. Jadi dalam Kedah ni, Langkawi paling tinggi. Jadi, kita mengambil berat kes ini sebab untuk mengelakkan pelancong-pelancong ataupun pemain-pemain industri dalam LIMA ini tergugat. Jadi, tujuan kita membuat program bersih ni supaya memastikan semua jabatan, agensi, kampung-kampung yang terlibat membuat persiapan awal sebagai tuan rumah serta memastikan supaya tidak berlaku kecacatan kepada program LIMA nanti. Dan saya ucapkan terima kasih pada Tuan DO Langkawi yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam program tersebut.

Seterusnya kita juga pada tahun ini akan mengadakan satu seminar kenderaan terbiar iaitu pada bulan Julai nanti dengan semua PBT di seluruh negara akan hadir di Kedah. Kita akan buat di Raia Hotel iaitu kita mengambil pendirian sekarang terdapat banyak kenderaaan terbiar dalam kawasan PBT yang tidak dapat diuruskan secara baik. Jadi, mungkin dengan seminar ini yang akan disertai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan sendiri, kita akan memudahkanlah urusan-urusan di setiap PBT untuk tarik setiap kenderaaan tersebut dan lupuskan dengan cara yang sistematik.

Seterusnya juga kita sedang merangka satu garis panduan hiburan di tempat terbuka bagi kita mengengkang perkara yang tidak baik berlaku. Sebelum ni beberapa hiburan ataupun program yang diadakan di tempat terbuka banyak sangat mendapat tentangan daripada rakyat dan juga orang ramai. Jadi, kita sedang sediakan garis panduan tersebut di peringkat akhir yang mungkin melibatkan libat urus dengan beberapa jabatan dan agensi dan kita akan kenalkanlah supaya tidak akan ada lagi perkara-perkara yang boleh mencacatkan kepada program tersebut.

Seterusnya untuk makluman hadirin juga adalah tentang Bandar Diraja. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah ataupun Plan Malaysia Kedah telah menyediakan Pelan Pembangunan Bandar Diraja Anak Bukit pada tahun 2022 dan ianya juga telah diangkat untuk pemakluman dasar dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Kedah Kali Ke-165 bilangan 2023 pada 28 Mac yang lalu. Sepanjang penyediaan pelan pembangunan ini melibatkan kerjasama rapat dengan pihak BPEN (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah), JKR (Jabatan Kerja Raya), JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar) termasuk rujukan dan persetujuan di peringkat Pengelola Bijaya Diraja.

Berdasarkan definasi dalam Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Bandar Diraja, bandar ini adalah bandar yang dimasyurkan sebagai Bandar Diraja yang mempunyai karektor, budaya dan sejarah tersendiri. Sempadan kawasan Bandar Diraja Anak Bukit adalah bermula dari persimpangan Ibnu Sina iaitu di hospital lama sehinggalah ke tepi persimpangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim iaitu sepanjang 7 km dan keluasan lebih kurang 1,407.87 ekar iaitu berdasarkan kepada sempadan fizikal sungai di sebelah timur dan landasan kereta api di sebelah barat. Ini saya nak maklumkan supaya semua rakyat dalam Bandar Raya Alor Setar sendiri memahami tugas dan peranan Datuk Bandar untuk menyusun atur beberapa perkara yang melibatkan sempadan Bandar Diraja ini. Kadang-kadang tertimbul persoalan contohnya peniaga akan rasa terkesan apabila ada program-program yang diatur semula oleh Datuk Bandar. Saya harap rakyat faham inilah tujuan kita mengangkat sebagai Bandar Diraja ini satu-satunya adalah sebagai ‘kartel’ pelancongan bagi Negeri Kedah ini.

Speaker

YB. Kuala Ketil, YB. Tokai minta laluan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bila nak habis ni. Tunggu sat.

Masa kecederaan YB. Speaker boleh bagi. Terima kasih YB. Kuala Ketil. Memang Bandar Diraja ini kita dah bincang lama dah, dan apa yang menjadi masalah kepada penyusunan Bandar Diraja ini adalah rumah-rumah yang duduk di tepi jalan sekitar, kita kata daripada airport itu sampai kepada persimpangan Ibnu Sina ni. Pembaikan depan-depan rumah mereka ataupun pagar-pagar rumah mereka itu perlu diberi perhatian juga lah. Kerana kadang-kadang yang telah terlalu lama itu perlu kita tambah baik bagi nampak cantik. Kemudian, kerjasama dengan JKR ini. Saya rasa masalah dari dulu lagi, JKR hanya memberikan sumbangan untuk pembersihan perabot-perabot jalan ini. Saya tak ingat setahun dua kali saja kot. Jadi, kita harap peruntukkan itu perlu ditambah terutama sekali di Bandar Diraja di Negeri Kedah ini supaya pembersihan dilakukan dengan lebih kerap agar ia menjadi sejuk mata memandang lah. Jangan rumput itu sama tinggi dengan orang sudah lah. Saya harap benda ini perlu diberi perhatian oleh pihak yang terbabit. Terima kasih, YB. Kuala Ketil dan YB. Tuan Speaker.

Speaker

Teruskan YB. Kuala Ketil.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berhormat Tokai. Saya ambil maklum tentang cadangan oleh YB. Tokai tadi dan juga untuk pembersihan jalan itu, sebenarnya telah pun ada perbincangan antara pihak Datuk Bandar dan juga THB serta juga JKR. Dan seterusnya adalah pembangunan koridor Utiliti Infra Darul Aman ataupun UiDA. UiDA ini kita telah diberikan kebenaran untuk pemetaan izin lalu kepada utiliti-utiliti dalam perbandaran kita. Dan baru-baru ini kita telah mengadakan perbincangan tentang bagaimana kesan kepada letupan gas di Putra Height. UiDA juga akan ada peranan ini untuk remapping semula laluan gas dalam Negeri Kedah ini.

Dan yang terakhirnya adalah untuk semperna Tahun Melawat Kedah ini juga, PBT di semua daerah ataupun kawasan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Tahun Melawat Kedah 2025 ataupun program-program yang dianjur oleh kerajaan negeri untuk merancakkan lagi program-program berkaitan dengan sambutan Kedah 2025 ini ataupun Tahun Melawat Kedah 2025, insyaAllah.

Seterusnya saya akan sentuh sikit tentang pencapaian-pencapaian oleh setiap PBT sepanjang tempoh ini. Yang pertama adalah daripada Datuk Bandar sendiri iaitu ASEAN Clean Tourist City 2024 hingga 2026. Yang kedua adalah Dataran Medan Bandar Alor Setar dipilih sebagai pemenang Anugerah Dataran Warisan Islam Berprestij 2024 dan MBAS juga terima Anugerah Bandar Mampan 2024. Tahniah kepada Datuk Bandar.

Seterusnya Majlis Perbandaran Sungai Pertani, Bandar Mampan oleh Pelan Malaysia dan juga Malaysia Landscape Architecture Award 2025. Yang ketiga, tempat pertama Anugerah Penarafan Kedah Cashless di peringkat PBT Negeri Kedah tahun 2024. Seterusnya adalah Majlis Perbandaran Langkawi, Bandar Mampan 2024 peringkat Negeri Kedah dan Anugerah Bandar Rendah Carbon Majlis Perbandaran Langkawi. Majlis Pembandaran Kulim telah menerima The Champion of East Doing Business dan yang keduanya adalah Bandar Mampan Tahun 2024 peringkat Negeri Kedah. Majlis Daerah Baling, Anugerah Bandar Mampan tahun 2024 peringkat Negeri Kedah Darul Aman dan Anugerah 5 bintang, iaitu Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2024.

Majlis Daerah Pendang, penganugerahan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan iaitu 5 bintang, Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik, Best PBT Award Tahun 2024 bagi pelaksanaan Pembayaran Tanpa Tunai oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan penganugerahan Bandar Mampan tahun 2024. Majlis Daerah Yan, Anugerah Bandar Mampan bagi pelaksanaan program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia. Majlis Daerah Sik, Penyata Kewangan Terbaik Tahun 2023, pencapaian Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap 2024. Majlis Daerah Padang Terap, iaitu Anugerah Bandar Mampan bagi pelaksanaan program Jaringan Penunjuk Pembangunan Bandar Mampan, Bandar Luar Bandar dan Anugerah 5 bintang dalam Penarafan Bintang PBT 2024. Majlis Daerah Bandar Baharu, Anugerah 4 Bintang Sistem Penarafan Bintang PBT, Anugerah Bandar Paling Bahagia. Tahun ni baru dapat, Anugerah Bandar Paling Bahagia.

Siapa yang nak bahagia pi duduk di Bandar Baharu. Kalau duduk di Pendang tak berapa nak bahagia sikit la noh? Anugerah Bandar Mampan 2024, Anugerah Bandar Sederhana Mampan iaitu pada 2023. Majlis Daerah Kubang Pasu, Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik bagi Pelaksanaan Pembayaran Tanpa Tunai 2024 dan Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2024. Dan last sekali adalah Hi-tech, Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 dan Pemenang Tempat Kedua kategori Pihak BerkuasaTempatan dalam Majlis Apresiasi Kedah Cashless Tahun 2024. Seterusnya, saya akan pergi kepada bahagian perumahan. Panjang lagi Speaker, 20 minit lagi dan kut noh?

Speaker

6 minit lagi!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

6 minit? Untuk dasar perumahan Negeri Kedah, insyaAllah kita telah pun laksanakan satu dasar perumahan yang baru iaitu melibatkan dua zon sahaja. Dulu kita bagi kepada tiga zon, sekarang kita telah tetapkan kepada dua zon. Zon pertama adalah Tanah Besar, yang keduanya zon di Pulau Langkawi. Bagi jenis rumah pemilik, dulu ada tiga kategori, sekarang kita telah tetapkan untuk dua kategori sahaja ya YB. Tuan Speaker. Kategori A bagi harga rumah RM160,000 sehingga RM220,000. Ini rumah mampu pemilik. Kategori B adalah rumah nilai RM60,000 sehingga RM160,000. Bermakna lebih daripada 100 unit, mesti kena buatkan rumah mampu milik ini. Komposisi pembinaan rumah pemilik, 40% daripada keseluruhan pemohonan perumahan mampu milik perlu dibina perumahan mampu milik iaitu bagi rumah mampu milik kategori A adalah 30%, rumah mampu milik B adalah 10%.

Ini adalah perubahan yang kita baru buat untuk diperkenalkan dalam dasar perumahan kita yang melibatkan perumahan swasta. Bagi kategori yang bawah 100 unit, kita akan kenakan pocket development, iaitu 1% hingga 3% kita akan caskan kepada pemaju untuk bayar kepada kerajaan. Manakala sasaran rumah mampu milik yang kita perjelaskan dalam manifesto 2030 adalah 15 ribu unit. Pencapaian sekarang adalah 3,378 unit rumah pemilik telah kita sediakan. InsyaAllah dengan baki lagi 7 tahun, kita akan capai untuk manifesto ini.

Bagi portfolio kesihatan adalah sedikit tentang peruntukan pembangunan yang kita telah perolehi daripada kementerian untuk kita jayakan agenda-agenda pembangunan di dalam Negeri Kedah ini. Pada 2024 peruntukan untuk pembaikan klinik daif, kita telah dapat peruntukan sebanyak RM13 juta pada 2024 dan pada 2025 kita telah pun dapat peruntukan sebanyak RM26 juta. Ini menunjukkan bahawa komitmen yang tinggi daripada pejabat kesihatan negeri dan Kerajaan Pusat untuk membantu Negeri Kedah. Bagi peruntukan pembangunan E42 yang diagih kepada JKN (Jabatan Kesihatan Negeri) Kedah adalah sebanyak pada 2024 sebanyak RM249 juta dan pada 2025 setakat bulan April ini adalah RM182 juta. InsyaAllah pada tahun ini juga kita akan dapat pembangunan tambahan Hospital Kulim, bajet lebih kurang RM500 juta akan mula dilaksanakan.

Seterusnya saya akan tumpukan kepada beberapa persoalan Dewan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat…. (YB. Tokai mencelah)

YB. Tuan Speaker.

Speaker

YB. Kuala Ketil, YB. Tokai minta laluan.

Pasal khusus untuk... Terima kasih YB. Kuala Ketil, terima kasih YB. Tuan Speaker. Khusus untuk yang dianjurkan oleh Kedah ni ataupun perubatan sejahtera. Terutama sekali kita di PKWR (Pusat Khidmat Wakil Rakyat) sering menerima keluhan daripada pesakit-pesakit bahawasanya mereka nak dapat bantuan daripada hospital ataupun pusat kesihatan ini macam seolah-olah tidak ada hebahan daripada hospital.

Jadi, saya harap pihak hospital ataupun pusat kesihatan yang ada kemudahan ini berilah hebahan kepada pesakit-pesakit yang betul-betul memerlukan. Hat mai YAB. Menteri Besar kata, “naik Alphard sampai 7 biji di rumah tu”, yang tu tak payahlah. Yang betul-betul memerlukan, kerana kita di PKWR memang selalu terima. Dia kata, “tak tau pun cara mana nak dapat” dan ada setengah pegawai kerja sosial di hospital ataupun pusat kesihatan ini seolah-olah tak mahu bagi duit itu. Sebab itulah bila habis tahun kita tengok, ada lagi baki-baki yang di hospital itu masih banyak duit itu tertangguh untuk diberikan kepada pesakit. Terima kasih Tuan Speaker dan YB. Kuala Ketil, harap ambil perhatian.

Speaker

Terima kasih YB. Tokai. Teruskan YB. Kuala Ketil.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berhormat Tokai atas pertanyaan tadi. Ya, kita sedia maklum bahawa pernah banyak kali dah kita ulang dalam Dewan dan juga di luar bahawa kita memang ada peruntukan untuk Tabung Bantuan Sejahtera di semua hospital. Termasuk yang tahun ini kita akan tambah di Hospital Baling dan Hospital Pendang sebelum ini kita letak kepada PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) Pendang dan kita tarik duit ini daripada PKD dan akan letak di Hospital Pendang. Jadi, itulah peruntukan yang ada di setiap hospital yang boleh digunakan untuk rakyat. Bukan duit Tabung Bantuan Sejahtera saja ada di hospital, banyak lagi duit lain, duit zakat pun banyak lagi. Kadang-kadang program tu dia tengok kalaulah bajet lain tak cukup barulah dia akan pergi kepada Tabung Bantuan Sejahtera. Limit kita untuk peruntukan itu adalah RM3,000 untuk satu orang. Kecuali pakej tertentu saya luluskan juga RM4,000 ataupun RM5,000. Tapi limit dia adalah untuk pengguna biasa ini adalah RM3,000. Saya harap rakyat boleh mengambil manfaat. Termasuklah paling mudah adalah untuk katil hospital dan juga kerusi roda. Boleh juga dimohon menggunakan Tabung Bantuan Sejahtera. Sekiranya pesakit itu duduk di hospital, dia nak keluar hospital, dia perlukan katil, dia boleh buat permohonan dengan Pegawai Kerja Sosial di setiap hospital tersebut. Tak perlu lagi nak menyusahkan wakil rakyat, keluar nak minta katil dan sebagainya. Itu salah satu cara lah yang boleh.

Seterusnya, saya pergi kepada persoalan Dewan, yang pertama saya pergi kepada Bandar Baharu. Yang Berhormat Bandar Baharu ada bertanyakan tentang industri, kawasan industri sepertimana dihighlight dalam titah Tuanku. Kawasan industri kita dapati dalam Bandar Baharu ni, kita telah gazetkan iaitu Rancangan Tempatan 2035, 619.64 hektar untuk kawasan industri. Ini adalah bagi tujuan untuk merancakkan pembangunan di kawasan Bandar Baharu.

Yang keduanya adalah tentang cadangan untuk orang Bandar Baharu bersalin di Bandar Baharu. Ramai lagi yang nak bersalin ni. Setakat saya bincang ni, insyaAllah kita akan adakan perbincangan dengan Pengarah Kesihatan Negeri untuk naik taraf klinik yang ada di Bandar Baharu ni untuk membolehkan orang yang bersalin di Bandar Baharu. Kebanyakan orang kita ni, dia tak mau bersalin di klinik, dia takut. Dia nak bersalin di hospital, dia nak pergi juga di hospital. Termasuk dulu kes di Hospital Jitra. Dia orang tak nak bersalin di Hospital Jitra, dia sanggup pergi di Hospital Kangar dan sebagainya. Saya melawat Hospital Jitra, saya melihat peralatan di Hospital Jitra itu cukup baik, selesa untuk orang bersalin. Tapi mungkin sebab orang tak mahu bersalin di situ, dia nak pergi bersalin ke Hospital Kangar. Hospital Kangar itu dapat nombor IC dia lain lah. Dan Hospital Jitra pun bagitau sebulan, 3 hingga 4 orang saja yang bersalin di situ. Tak ramai. Sedangkan facilities yang kita sediakan, complete. Saya pun risau, takut di Bandar Baharu esok, kita naik taraf dengan kos yang tinggi, klinik dan sebagainya supaya boleh bersalin, akhirnya orang tak mau bersalin di situ. Dia pi bersalin juga di Parit Buntar dan sebagainya. Tapi tak palah, permohonan daripada YB. Bandar Baharu itu saya dah berbincang dengan Pengarah Kesihatan Negeri mungkin kita boleh... (YB. Ayer Hitam mencelah)

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Sikit saja.

Speaker

YB. Ayer Hitam minta laluan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Masa tak cukup YB. Ayer Hitam.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Ketil, Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya cuma nak sentuh sikit sepertimana YB. Kuala Ketil sebut pasal hospital Jitra ni. Orang tak mau pi bersalin. Saya rasa dia ada persepsi yang tak berapa elok. Bukan sebenar, persepsi masyarakat di Jitra sana tu. Hospital Jitra ini dia rasa servisnya tak bagus. Perasaan itu, persepsi. Jadi, saya rasa pihak jabatan kesihatan terutamanya boleh mengubah persepsi masyarakat ini dengan menganjurkan apa-apa program yang boleh mengembalikan kembali kenyakinan rakyat untuk pergi mendapatkan perkhidmatan di Hospital Jitra.

Speaker

YB. Kuala Ketil, sekarang masuk waktu kecederaan. 3 minit lagi.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. InsyaAllah saya usahakan. Seterusnya soalan daripada YB. Tokai juga berkaitan dengan isu laluan Petronas yang telah diceroboh. Kita dah dapatkan sedikit gambaran daripada pihak Petronas bahawa dia punya kawasan laluan paip right of way itu telah diceroboh oleh pihak luar dan mereka ada kuasa untuk mengambil tindakan daripada pihak yang telah menceroboh laluan tersebut.

Ini telah dimaklumkan oleh pihak Petronas sendiri dan insyaAllah pihak kerajaan juga akan mengadakan libat urus dengan pihak Petronas untuk memastikan jajaran-jajaran paip gas Petronas ini yang sudah sekian lama. Hari ini baru timbul isu ini dan kita akan cuba kenal pasti semula dan kita akan remap balik dengan Koridor Utiliti Darul Aman supaya benda difahami oleh pembangunan masa hadapan. Kita tak nak lepas ini ada pemaju-maju yang memohon TM dan sebagainya dibuat pembinaan di atas kawasan paip gas tersebut. InsyaAllah kita akan usahakan ini.

Seterusnya yang dibangkitkan oleh YB. Sidam berkaitan dengan bantuan peniaga kecil, elektrik dan tandas, isu peniaga Bandar Puteri Jaya, status Pekan Baru dan naik taraf lorong. Apa yang saya suka maklumkan kepada Yang Berhormat, di Bandar Puteri Jaya dah ada Laman Niaga. Saya pun dah pergi tengok dah Laman Niaga ini tempat yang luas. Memang boleh menempatkan kepada semua perniagaan di situ. Timbul juga persoalan di setiap peniaga-peniaga ini dia ada ketua-ketua dia. Kadang-kadang nak himpun ketua-ketua ni yang organise dalam Bandar Puteri Jaya ni, depa tak mau duduk sekali. Kalau Yang Berhormat boleh satukan semua kepala-kepala ni, duduklah setempat, saya rasa selesai. Tempat tu cantik, dah dibangunkan oleh pihak Perbandaran Sungai Petani dengan kos yang cukup tinggi. Di situ pun disediakan ada tandas, ada elektrik dan semua sekali. Termasuk di Pekan Rabu ni, sekarang ni masih dalam perbincangan dari pihak Majlis Pembandaran dengan pihak pemaju. Kita akan bangkitkan dalam Jawatankuasa Pelaburan nanti sebab masih dalam status masih belum selesai lagi dan juga naik taraf lorong-lorong di pekan Sungai Petani. Itu kita ambil maklum dan kita berterima kasih banyak lah kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen kerana membantu naik taraf lorong tersebut, menjadi tempat-tempat yang dikunjungi oleh peniaga, orang ramai dan juga menjadi sebuah tempat pelancongan.

Mengenai permasalahan di Flat Paya Nahu, ada dibangkitkan juga kelmarin kan? Jadi, untuk maklumkan kepada Yang Berhormat, Flat Paya Nahu ini adalah hotspot segala-galanya. Dia hotspot segala-galanya, dadah pun di situ, denggi pun di situ, pencerobohan pun di situ, banyak sangat. Dan saya telah buat beberapa lawatan di situ dan yang terakhir bulan lepas, sebelum bulan puasa, kita ada Gotong Royong Perdana di situ. Kita bersihkan banyak juga lah benda yang kita bersihkan. Termasuk rumah yang tidak diduduki itu, kita tutup dengan simen supaya tak dicerobohi oleh orang yang bukan pemilik dia. Sebahagian besarnya diceroboh oleh orang-orang luar. Jadi, kawasan itu kita dah bersih dan Alhamdulillah pada bacaan kali ini untuk denggi di Kuala Muda, turun. Turun yang agak drastik. Penyumbang kepada bacaan denggi itu, kebanyakan datang daripada kawasan Flat Paya Nahu. Jadi, kita harap Yang Berhormat pun juga bantu kita. Untuk kawasan-kawasan itu kita dah bersihkan semak samun, sampah sarap. Kadang-kadang di situ ada orang bela anjing, orang bela ayam sabung, orang bela burung, orang bela kucing.

Semua ada di kawasan perumahan itu. Perumahan itu adalah perumahan kerajaan. Bukan perumahan awam, perumahan swasta tapi perumahan kerajaan. Rumah itu hanyalah untuk orang duduk transit, RM90, RM120 sahaja. Itu pun sebahagian besar tak bayar Yang Berhormat. Elektrik kebanyakan kena curi. Baru-baru ini terbakar kedai repair motor di bawah tu, terbakar bawah bangunan itu. Alhamdulillah, tak terbakar semua kali. Jadi kecurian elektrik berlaku, kecurian air berlaku. Banyak sangat masalah di situ. Nak selesaikan semua sekali, ambil masa yang panjang. InsyaAllah, saya cuba dalam masa yang terbaik untuk selesaikan permasalahan itu dan rasanya ia akan menjadi satu unit yang terbaik lah selepas ini.

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Kuala Ketil. Ada satu masalah lagi lah yang saya tak highlightkan kemarin iaitu sistem paip air yang telah lama usang. Jadi bocor sana, bocor sini. Bila kita report dekat SADA, memang SADA tak repair lah. Dalam kawasan itu adalah tanggungjawab pihak kerajaan negeri, Bahagian Perumahan. Jadi bocor banyak. Jadi, kita rasa macam rugilah, rugi banyak air tu. Jadi, harap-harap dapat perhatian daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Saya setuju Yang Berhormat, bukan sekadar bocor, overflow pun banyak. Dia macam hujan dah. Hat dia bocor, overflow dan juga yang curi pun banyak. Saya pergi jumpa sendiri, kedai makan bawah tu, dia guna paip air tu. Saya tanya, “guna paip air ni? Dia kata, “guna air ni, percuma”. Saya kata, “percuma tak boleh, salah. Abang berniaga, guna air curi, tak boleh”. Dia senyum saja lah.

Speaker

Okey, YB. Kuala Ketil boleh tamatkan penggulungan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Macam tu la na? InsyaAllah dengan Bahagian Perumahan kita akan tolong bantu. Seterusnya Yang Berhormat Kota Darulaman, tentang isu di Flat Simpang Kuala, dan juga penanaman pokok oleh MBAS. Memang MBAS telah mengambil langkah yang positif tentang penanaman pokok ni. Mengenai isu pemanasan global dari aktiviti penanaman pokok di kawasan pentadbiran. Iaitu penanaman secara sistematik oleh MBAS dan juga Pelan Tindakan Rendah Karbon 2035 ini oleh MBAS sendiri dan beberapa pokok yang spesifik yang kita perkenalkan seperti pokok Tekoma tu. Pokok Tekoma ni, waktu musim bunga, bunga dia lebat, dia cantiklah untuk pemandangan, untuk diambil gambar dan sebagainya. Pokok Jati dan pokok Angsana dan juga penyelenggaraan dan pemangkasan oleh pihak MBAS. Tetapi, seperti kita sedia maklum pokok ni pada amnya memang untuk mencantikkan bandar raya tetapi bila bertambah besarnya ia akan mendatangkan bahaya kepada orang ramai semula, tumbang dan sebagainya. Kadang-kadang ini memerlukan kos yang tinggi juga lah untuk di pihak Bandaraya untuk nak buat penyenggaraan dan sebagainya.

Berkaitan dengan di Flat Simpang Kuala berkenaan lampu dan sebagainya, saya pun dah maklum kepada Bahagian Perumahan, Bahagian Perumahan pun dah buat semakan dan sebahagiannya kita dah buat pembaikan dan sebahagian lagi kita akan usahakan lah. Sama juga di Flat Paya Nahu, Flat Simpang Kuala ni adalah flat kerajaan. Sama juga penghuninya ramai yang tak bayar. Pada amnya kita akan baiki setelah duit kita yang ada tu, duit tabung yang kita dapat tu, itulah pembaikan yang kita kena buat. Tapi kalau ramai yang tak bayar, kita nak baiki macam mana? Kan? Kita terpaksa minta kepada kerajaan, kerajaan kena tampung, KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) kena tanggung. KPKT pun bukan tanggung sepenuhnya. Jadi, inilah kita nak juga minta jasa baik Yang Berhormat untuk boleh war-war kepada rakyat di situ supaya bila duduk rumah tu, tolonglah bayar kan? Bayar ni rumah dia duduk. Ni sampai dia duduk sampai bertahun-tahun ni, sampai 15 tahun, 20 tahun tak bayar ni. Jadi tu yang jadi masalah kepada kita lah. Kita harap bila depa boleh bayar tu, ada sikitlah duit tabung daripada kita yang boleh kita bantu pembaikan-pembaikan di situ.

Speaker

Ok, boleh buat penggulungan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Sikit lagi, boleh sikit lagi? Berkenaan Yang Berhormat Bakar Arang ada isu pasal parking. Saya dah semak skala parking yang keluarkan MPSPK (Majlis Perbandaran Sungai Petani) ni. Sebenarnya hari Ahad sampai Jumaat. Dalam jadual ni, Ahad sampai Jumaat 8.00 am sampai 7.00pm. Itulah nilai parking dan 30 minit yang pertama 30 sen sahaja, sejam 60 sen, sehari RM3, sebulan RM60. Ini ialah yang dikeluarkan oleh jadual lah. Saya rasa tak timbul isu pergi ke hari lain yang kena charge mahal. Saya tak pasti, tapi yang dikeluarkan oleh jadual ni, macam tu. Seperti juga tempat-tempat lain. Yang hanya mahal sikit pun di MBAS saja, yang lain tu lebih kurang sama. Langkawi sendiri pun di Pekan Kuah 20 minit, 20 sen, sejam 60 sen, sehari RM3. Jadi, sebulan RM90. Dia lebih kurang sama saja lah. Jadual dikeluarkan oleh setiap PBT ni lebih kurang sama.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Apa yang saya mohon adalah pengecualian charge daripada 2 hari dari satu minggu tu. Jumaat atau Sabtu.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang kita hanya Ahad sampai Jumaat saja. Sabtu tak dak.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Bukan, dia tambahan sehari. Sebab Jumaat tak kerja kan? Jadi, kita nak menggalakkan ekonomi tu. Tambah satu hari dan selaras untuk semua PBT dan juga pengurangan kompaun. Macam MBAS charge RM100 untuk kompaun parking.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Nak tambah lagi tu saya kena bincang dengan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) sebab kita pun kos yang tinggi kan. Duit inilah duit untuk penyelenggaraan. Kalau kita kurangkan lagi hari, bermakna kutipan kita semakin kurang lah. Duit inilah untuk bantu penyelenggaraan. Kalau kita nak, maksud Yang Berhormat nak pergi sampai Sabtu sekali? Jumaat dan Sabtu ataupun Sabtu dan Jumaat tu kurang kan?

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Sebab sebelum ni pakai kupon Jumaat dan Sabtu diberikan pengecualian. Cuma sekarang bagi infleksi tu, hanya Sabtu saja.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tak pa lah kita akan kaji tengoklah. Sebab nak pengecualian tu dia akan melibatkan kos yang tinggi juga kan. Dan yang terakhir ni Yang Berhormat Speaker, terakhir! Terakhir!

Speaker

Saya pun duk tunggu yang tu.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang terakhir adalah tentang sistem pengurusan sisa pepejal di Langkawi yang bangkitkan oleh Yang Berhormat Kuah. KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal telah melantik Syarikat Bumi Segar Indah Sendirian Berhad sebagai operator loji melalui kontrak perkhidmatan pengoperasian dan penyelenggaraan insinerator Pulau Langkawi selama 6 tahun bermula 3 Mei 2024 sehingga 2 Mei 2030. Skop kontrak ni meliputi perkhidmatan pengoperasian loji, penyelenggaraan aset loji, servis dan juga pemasangan Line B untuk tempoh 2 tahun bermula tarikh lantikan kontrak. Kontrak ni juga telah mendapat perjanjian tambahan untuk tempoh setahun bermula 3 Mei 2030 sehingga 2 Mei 2031 berikutan kerosakan aset Line A yang mengakibat loji tidak dapat berfungsi.

Kontrak pembaikan aset Line A telah ditawar kepada operator loji untuk tempoh 6 bulan bermula 3 Mei 2024 sehingga 2 Mei 2025. Kerja-kerja pembaikan aset Line A masih berjalan dengan peratusan kemajuan direkodkan sehingga 3 Mac 2025 mencapai 43% berbanding 49% mengikut perancangan iaitu kelewatan sebanyak 14 hari. Manakala kemajuan semasa bagi penjadian reka bentuk dan pemasangan Line B adalah 32% berbanding 42% mengikut perancangan iaitu kelewatan sebanyak 52 hari. Kelewatan ini berpunca daripada proses memuktamadkan pindaan reka bentuk asal yang mengubah operasi loji insinerator kepada cadangan Waste to Energy ataupun WTE. Sebagai maklumat tambahan, perkara ini bawah pemantauan teliti pihak JPSPN (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara) selaku jabatan yang bertanggungjawab dan Kempen Langkawi Bersih SWCorp telah komited dalam menjalankan Kempen Langkawi Bersih.

Selain memastikan syarikat konsesi Idaman melaksanakan tanggungjawab sebagai penyedia perkhidmatan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWCorp juga bersama Idaman turut serta dalam setiap aktiviti gotong royong pembersihan kawasan anjuran pelbagai pihak termasuk pejabat daerah, Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan, Pejabat Kesihatan, LADA ataupun mana-mana NGO.

Pada masa yang sama, SWCorp juga telah merangka beberapa program tahun 2025 antaranya Transformasi Minda, Waste to Waste dan Art PPR Anggerik Lestari, Program Pemerkasaan Komuniti PPR Taman Dahlia, Program Inisiatif Chenang Sifar Sisa dan pemasangan kamera tertutup CCTV di hotspot sampah haram. Itu beberapa jawapan yang saya boleh berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Akhir sekali YB. Tuan Speaker, saya menghargai semua cadangan, teguran dan pandangan yang telah diberikan khususnya berkaitan dengan isu-isu di bawah portfolio saya yang merangkumi perumahan tempatan dan kesihatan berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya berharap perkara-perkara tersebut akan diberi perhatian sewajarnya dan tindakan yang sesuai oleh pihak-pihak yang berkaitan. Semalam saya bangkitkan isu tentang anjing liar dan anjing berlesen dan tidak berlesen. Sebahagiannya telah dimuat naik dalam akhbar, sama ada akhbar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina. Bahasa Cina saya tak berapa nak faham, jadi tolong translate. Tapi saya nak highlight kepada mereka semua bahawa kita bukan lah buat perkara yang bertentangan dengan undang-undang, kita buat perkara yang mengikut undang-undang. Dalam mana-mana yang ada undang-undang, kita buat. Saya nak fahamkan kepada semua, boleh melaksanakan tugas tersebut berdasarkan kepada undang-undang tersebut. Itu yang kita nak highlightkan. Saya tak naklah dispin ataupun dilencongkan maklumat oleh mana-mana wartawan atau media, mengatakan kita ini tujuan kita hanyalah untuk membunuh binatang dan sebagainya. Yang itulah yang saya nak sampaikan.

Akhir sekali, sebelum akhir bicara saya menyeru seluruh Dewan agar dapat merancakkan lagi Eksperience Kedah sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah saya menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Tuanku Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Kuala Ketil. Jawapan yang lengkap. Seterusnya saya menjemput YB. Kuala Nerang. Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah Wassala Tuwassala Mu’ala Rasullillah Wamantabiahu Wanasarohu Walwalah Ammabaq. Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang, Yang Berhormat Pegawai Kewangan, Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker beri ruang pada saya untuk menggulung dan juga menjawab beberapa persoalan. Saya mohon maaf sekiranya tak dapat menjawab semua kalau masa tidak mengizinkan, InsyaAllah kita akan menjawab secara bertulis. Saya akan ambil perkara-perkara yang penting untuk diketengahkan. Sementara yang dah disebut oleh kawan-kawan, saya tidak akan mengulanginya.

Terbih dahulu, saya ingin merafakkan sembah menjunjung kasih serta menjunjung tinggi dan penuh penghormatan ke atas Titah Ucapan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan pada pembukaan Sidang DUN kali ini. Bagi patik, titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan adalah menunjukkan keprihatinan yang sangat tinggi untuk menyantuni kehendak dan keperluan rakyat.

Yang Berhormat Speaker, Kerajaan Negeri sedang giat melaksanakan projek seperti program tebatan banjir, pemulihan dan pemuliharaan sungai, program kajian kejuruteraan, program pemulihan kerosakan banjir, program pemuliharaan muara sungai, program mencegah hakisan pantai, program meningkatkan sistem pengairan dan saliran, program pemodenan peralatan mekanikal dan elektrikal tebatan banjir dan program pembangunan kolam takungan serta pembangunan atau pejabat pusat operasi JPS sebagai langkah menghadapi bencana banjir dan juga mitigasi perubahan iklim dengan jumlah untuk tahun 2020 sehingga 2024 sebanyak RM60.2 juta.

Selain itu, hasil kerjasama yang baik dan erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan secara berterusan khususnya PETRA (Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air) telah mendatangkan pelbagai manfaat, menurunkan pelbagai projek terutamanya rancangan tebatan banjir, projek keselamatan empangan, naik taraf infrastruktur banjir, program pemuliharaan pengairan sungai, kerja pemuliharaan akibat banjir, pembangunan denai sungai kebangsaan sebagai kawalan pencemaran sungai dan risiko banjir, projek pemuliharaan pantai, peningkatan kapasiti infrastruktur, fasiliti taman laut, program pembangunan punca air bumi, membaiki

kerosakan jambatan, projek jeti nelayan, projek perolehan tanah sistem perparitan, Skim Pemindahan Air Jeniang Fasa 1 dengan jumlah keseluruhan bagi tempoh 2020 hingga 2024 sebanyak RM357.6 juta. Terima kasih kepada Kerajaan Pusat.

Selain itu, kerajaan negeri turut melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah merancang pembangunan infrastruktur Sabo Dam 2035, PICK2035 dengan sasaran untuk kita menambah pembinaan ini sebanyak 8 buah struktur sabo yang melibatkan kerjasama dan pertukaran kepakaran dan perkongsian teknologi Jepun bagi menghadapi bencana pada masa akan datang. Dan kita mohon berlindung supaya dielakkan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini.

InsyaAllah, program ini akan diatur bersama kementerian agar hasrat kerajaan negeri dapat direalisasikan. Yang Berhormat Speaker, bagi mendokong pembangunan koridor di sempadan Malaysia-Thailand, kerajaan negeri telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya bagi melaksanakan projek membina jejambat melintasi pekan Changlun berjumlah RM80 juta serta pembinaan laluan jalan raya bagi menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam Kedah ke CIQ Sadao di Thailand dengan kos berjumlah RM210 juta.

Yang Berhormat Speaker, sebagai langkah bagi menjamin kelestarian sumber air yang mencukupi, kerajaan negeri melalui Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dengan kerjasama bahagian atau Jabatan Bekalan Air (JBA) telah melaksanakan kajian pembangunan Baros Pantai Perai berserta dengan taps kakungan air pinggiran sungai, Kampung Terat Batu di Daerah Kulim, kajian pembangunan kolam TAPS (Takungan Air Pinggiran Sungai) Kampung Sungai Sedim, kajian pembangunan kolam TAPS Kampung Kota Mengkuang serta projek pembinaan TAPS Kampung Kuala Lesung, Daerah Kuala Muda dengan kos projek RM65 juta. InsyaAllah Yang Berhormat Tuan Speaker, segala yang dirancang dapat direalisasikan demi manfaat rakyat negeri ini.

Yang Berrhormat Speaker, kelestarian alam sekitar amat penting dalam ekosistem kehidupan semua makhluk di atas muka bumi ini. Usaha menjaga memelihara kelestarian alam sekitar ini amat dititikberatkan dalam Islam. Dunia kita hari ini berdepan dengan realiti perubahan iklim yang tidak boleh dipandang enteng. Negeri Kedah sebagai salah satu negeri utama pertanian dan sumber air negara, telah menyaksikan sendiri impak perubahan iklim daripada musim kemarau yang berpanjangan, fenomena El Nino sehinggalah kepada banjir luar biasa yang berlaku pada tahun 2024 yang lalu yang melanda pelbagai daerah, yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 10,000 ARR. Telah dipindahkan dan kerosakan pelbagai infrastruktur utama yang menjejaskan hampir 16,000 hektar kawasan sawah padi seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Yang Berhormat Speaker, oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kita bersama baik kerajaan negeri, agensi mahupun rakyat untuk melaksanakan langkah persediaan yang menyeluruh dan berkesan seperti pembaikan infrastruktur dan sistem amaran awal dan penubuhan pusat pemindahan sementara oleh agensi yang berkaitan. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua barisan hadapan termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua sukarelawan NGO khasnya Khidmat Malaysia dan juga Jabatan Amal Malaysia yang sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Perubahan iklim dan persediaan yang awal untuk menghadapi bencana ini perlu ditekankan dan juga berkaitan dengan pemeliharaan dan kebersihan alam sekitar. Dan kita menyaksikan sendiri bagaimana pencemaran di kawasan perairan seperti pembuangan sampah secara tidak terkawal telah menjadi salah satu sebab faktor yang menyumbang kepada pencemaran air. Justeru itu, beberapa langkah proaktif demi menjamin kebersihan kawasan perairan negeri ini seperti penguatkuasaan undang-undang alam sekitar, pemuliharaan dan pembersihan berkala, pengurusan sisa yang lebih mampan dan pendidikan serta kesedaran masyarakat sedang, telah dan akan dilaksanakan. Kita tidak mahu warisan sungai dan laut hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan gambar lama. Anak-anak cucu kita juga berhak menikmati sungai yang bersih, laut yang indah, hasil laut yang segar. Yang Berhormat Speaker, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk bergerak seiring dan proaktif dalam mengukuhkan pelaksanaan pemeliharaan kepelbagaian biodiversiti dalam usaha untuk selaras dengan Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Negara 2020 - 2030.

Yang Berhormat Speaker, kerajaan negeri juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah membekalkan peruntukan EFT berjumlah RM7.4 juta bagi fasa pertama tahun 2025 dalam usaha pemeliharaan bagi aspek biodiversiti. Sebagai makluman, Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli Berhormat dan Dewan, menerusi Program Penghijauan Malaysia, Rancangan Malaysia Ke-12, tahun 2021 Kempen Tanaman 100 Juta Pokok, kerajaan negeri telah berjaya menanam pokok sebanyak 2,808,728 pokok, melebihi target yang disasarkan kepada Kerajaan Negeri Kedah sebanyak 1,125,000 pokok. Dan kali ini kita lihat bagaimana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah pun menyambut baik program penanaman 2 juta pokok yang diterajui oleh Jemaah Datuk-Datuk Negeri Kedah yang turut dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Pada 21 Januari 2025 yang lalu, jabatan perhutanan bersama dengan Jemaah Datuk telah melancarkan Program Penanaman 2 Juta Pokok di seluruh Negeri Kedah yang kita harap dapat dicapai pada tahun 2030 nanti. Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sendiri telah menanam pokok tampoi pada tarikh tersebut.

Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kehijauan dan kelestarian alam terpelihara di samping kerancakan pembangunan di seluruh Negeri Kedah seperti titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah. Oleh yang demikian, saya mengambil peluang ini untuk menyeru semua Ahli Yang Berhormat, jabatan, agensi dan juga orang perseorangan supaya sama-sama kita dapat melabur baik dalam bentuk fikiran, wang ringgit dan sebagainya dalam kita memastikan keadaan Negeri Kedah ini yang lebih lestari untuk generasi yang akan datang. Sama-sama kita berganding bahu untuk mengekalkan khazanah biodiversiti Negeri Kedah.

Yang Berhormat Speaker, undang-undang tanpa penguatkuasaan ibarat pedang yang tumpul. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada dasar dan kertas, sebaliknya kita mesti buktikan melalui tindakan bahawa Negeri Kedah serius dalam menjaga kelestarian alam. Bagi menangani pencemaran kawasan perairan Negeri Kedah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil langkah pencegahan antaranya pertama, pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS perketatkan hukuman orang yang mencemarkan sungai dengan menaikkan denda sehingga RM10 juta dan hukuman mandatori penjara tidak lebih 5 tahun bagi kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta tersebut.

Yang kedua, tindakan undang-undang dalam tahun 2021 hingga 2024 sebanyak 15 premis telah dibawa ke mahkamah dan didenda dengan jumlah lebih kurang RM359,000. Kemudian diadakan kajian semula Stesen Pemantauan Kualiti Air dan juga yang keempat kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar juga mengambil langkah proaktif dengan mencadangkan mitigasi terhadap beberapa aspek keperluan bagi setiap projek yang tertakluk di bawah Penilaian Alam Sekitar atau EIA (Environmental Impact Assessment) di mana pelaksana projek perlu menyenaraikan impak yang dijangka akan berlaku semasa dan selepas projek bagi mengurangkan dan menghapuskan kesan negatif kepada alam sekitar.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Negeri Kedah kini sedang bergerak aktif dalam meneroka potensi pasaran kredit karbon sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan ekonomi hijau dan pemuliharaan alam sekitar. Awal 2025, kerajaan negeri dan beberapa agensi swasta dan jabatan telah bersama-sama berganding bahu dalam Bengkel Eksplorasi Pembangunan Projek Rangka Kewangan REDD+, Reducing Emission from Deforestation and Forest Degradation di Kelab

Cinta Sayang, Sungai Petani dan bengkel tersebut dikendalikan oleh Malaysia Forest Fund (MFF), iaitu sebuah anak syarikat di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NREST) untuk membimbing dan beri kefahaman secara menyeluruh kepada semua jabatan dan agensi pelaksana yang berkaitan untuk memahami konteks pelaksanaan dan pembangunan carbon kredit ini. Kerajaan negeri juga dalam kerangka menjalankan penyediaan sumber dan potensi carbon kredit melalui kajian rujukan stok carbon baseline projek di hutan-hutan seluruh Negeri Kedah dengan kerjasama MFF dan di samping itu, kerajaan negeri juga sedang membangunkan rangka kerja polisi dan peraturan berkaitan carbon credit berdasarkan pasaran karbon kebangsaan dan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim.

Yang Berhormat Speaker serta Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri sentiasa komited untuk memperkukuhkan agenda kelestarian alam di seluruh negeri termasuk di peringkat daerah. Selaras dengan itu, sebagai usaha kempen kesedaran portfolio ini telah mengadakan pelbagai program karnival air dan alam sekitar. Antaranya yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun ini ialah di Baling, di Langkawi, Pokok Sena, Padang Serai, Kulim, Sik dan Padang Terap menyambung program-program yang telah dilaksanakan pada tahun yang lalu. Sehubungan itu, kerajaan negeri juga amat mengalu-alukan penyertaan sektor swasta, industri pendidikan dan NGO bagi memperluaskan jangkauan program dan kerjasama ini ke seluruh masyarakat dan semua ini adalah kunci kejayaan kepada kelestarian alam sekitar insyaAllah.

Yang Berhormat Speaker, dalam kekangan masa yang terhad ini saya juga akan memberikan sedikit sebanyak ulasan berhubung apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Yang pertama, Yang Berhormat daripada Sidam telah menyebut tentang beberapa isu berhubung dengan LRA dan juga berhubung dengan infrastruktur jalan raya. Sebahagian daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat dalam proses dan telah pun sebahagiannya dikemukakan untuk permohonan peruntukan dan insyaAllah, apabila peruntukan diluluskan akan dilaksanakan sebahagiannya ialah melalui permohonan kelulusan program tahap 2026. Demikian juga ada yang disebut berhubung dengan kesesakan lalu lintas dan seumpamanya dan itu sebahagian daripadanya InsyaAllah akan dilaksanakan melalui Smart Traffic Light yang akan dilaksanakan juga. InsyaAllah, kita harap dapat mengurangkan kesesakan. Di samping itu ada juga dalam perancangan dan permohonan untuk kita membina laluan baru yang kita harap mendapat kelulusan khususnya daripada Kerajaan Persekutuan.

Satu isu yang menarik yang selalu disebut di dalam Dewan ini, walaupun telah diterangkan berbanyak kali berhubung dengan LRA. Yang Berhormat Speaker, izinkan saya menyebut sepertimana yang dipohon oleh Yang Berhormat Bukit Arang, maaf Bakar Arang. Alhamdulillah, Yang Berhormat Timbalan Menteri dah turun dan kita lihat beliau telah memberikan kerjasama dan faham apa yang berlaku. Kelewatan bukan disebabkan oleh kelemahan pengurusan kerajaan negeri, bukan kerana SO bukan kerana pegawai penguasa atau JKR dan sebagainya, tetapi ialah kerana kontraktor sendiri, masalah di pihak kontraktor. Yang Berhormat pun sedia maklum, Yang Berhormat pun turun bersama dalam lawatan tersebut. Dan kita yakin insyaAllah, sekiranya mereka dapat mengatasi masalah dalaman mereka, boleh diselesaikan. Saya percaya insyaAllah boleh diselesaikan. Sebab, itu hanya satu projek, sementara projek yang lain yang juga dikendalikan oleh JKR dan pegawai penguasa yang sama oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, projek umpamanya di Pelubang. Loji Rawatan Air Pelubang yang sehingga 15 April 2025 telah dimaklumkan kemajuannya mencapai 59.8% kemajuan semasa. Mendahului jadual sebanyak 0.39%, dia boleh buat. Demikian juga di Lubuk Buntar. Di Lubuk Buntar jadualnya 91.5%, sebenar 92%. Juga mendahului jadual sebanyak 0.5%. Ya.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker. Mohon mencelah.

Tak kut, bagi habis dulu kut, satgi saya bagi. Saya tak macam YB. Bakar Arang, tak bagi laluan kepada kawan-kawan saya. Saya bagi, tapi dengan syarat ada masa sat lagi, insyaAllah. Jenun baru, walaupun belum siap sepenuhnya yang YB. Bakar Arang sebut tak nampak lagi impak. Sebenarnya Yang Berhormat Speaker, walaupun loji rawatan di Pelubang dan juga di Jenun Baru dan juga beberapa projek yang lain yang belum siap tetapi manfaatnya telah dirasai. Boleh dirasai apabila JKR dan SADA telah membuat bypass sehingga boleh memberikan bekalan air. Contoh di Loji Rawatan Air Jenun Baru. Skop pemasangan paip 400mm sepanjang 4km, ya, dah siap dan kawasan yang terlibat di Kampung Bahagia, Gelam, Kampung Pisang Sungai Dedap, Matang Kecil, Sungai Limau, Yan, Sungai Kering, Jemerlang. Lebih kurang 3,000 akaun telah mendapat manfaat, disahkan oleh Yang Berhormat Sungai Limau. Jadi, kenyataan kita tak nampak impak, memanglah dia tak sampai ke Bakar Arang, tapi dia sampai di Sungai Limau.

Yang kedua, Loji Rawatan Air Pelubang yang saya sebut tadi mendahului jadual. Apabila telah disiapkan pemasangan paip ke Kubang Rotan sepanjang 4km, ia telah memberikan manfaat kepada 2,000 akaun di Kampung Keluncur, Kampung Batin,

Kampung Bakar Kapur, Teluk Talipon, Jalan Kubang Rotan, LKIM dan Kota Nelayan. Ini belum siap. Kalau insyaAllah dah siap nanti, umpamanya di kawasan Pida, siap tangki dan siap dengan pam dan seumpamanya, kita yakin insyaAllah bekalan air akan bertambah baik di tempat-tempat yang sedemikian. Yang berhormat… (YB. Bakar Arang minta laluan)

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, Boleh mencelah?

Nanti sat dulu!

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Sikit saja! Sikit saja! Sikit saja.

Takpa! Takpa! Satgi dia kona pi kut lain, tak sampai apa saya nak habaq.

Speaker

Takpa, YB. Bakar Arang sabar sat, sebab YB. Kuala Nerang akan bagi laluan nanti.

InsyaAllah. Saya nak habaq juga sebab dibangkitkan banyak kali projek ni lewat. Lewat ni sebenarnya kalau nak kira lewat, ada projek di bawah kendalian pihak lain yang bukan JKR dan bukan di bawah kerajaan negeri, SO bukan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri tapi pihak lain. Umpama yang saya boleh bagi contoh, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan. Projek yang dibuat itu pada tahun 2018, 1/2/2018 yang sepatutnya siap ialah pada tahun 2022, 31 Januari 2022. Tapi apa jadi Ahli-ahli Yang Berhoramat sekalian? Dengan beberapa alas an, dengan beberapa sebab-sebab teknikal yang dibenarkan, EOT (Extension of Time) telah disambung, bukan hanya 2 kali bukan hanya 4 kali tetapi sehingga 6 kali, sehingga 31/5/2025. Sambung 6 kali, bukan saja-saja sambung, yang mengendalikan tu ialah orang yang profesional. Disambung sehingga 31 haribulan Mei dan hari ini kemajuan kerja ialah sebanyak 95%, saya yakin insyaAllah boleh siap.

Sebab itulah jalan di Datuk Kumbar Yang Berhormat, Derga. InsyaAllah, hari tu cadang saja pada mula-mulanya EOT 5 sampai 31 Disember yang lepas, sepatutnya jalan itu telah diturap pada hujung tahun lepas. Tapi oleh kerana ada benda yang tak selesai lagi dan insyaAllah akan dibuat selepas ini dan akan selesai sebelum ini. Point yang saya nak habaq ialah, EOT diberikan dengan alasan-alasan yang tertentu yang dibenarkan, bukan saja-saja bagi dan ada denda, macam projek ini denda RM44,000 sehari, bukan sebulan dan tarikh lewat itu tak boleh kira sebagai lewat daripada tarikh yang siap tahun 2022. Kalau nak kira itu maknanya sudah 1,276 hari. Bayangkan 1,276 hari kali dengan RM44,000, berapa juta kena denda kontraktor itu? Jadi, tarikh yang dikira lewat ini ialah apabila dapat EOT, tarikh yang terakhir, kalau selepas itu dia tak boleh siap maka dia akan didenda mulai tarikh dia tidak dibenarkan lagi untuk dapat EOT. Jadi, jangan ambil angka yang sedemikian, tak adil. Dan JKR serta JPS ada juga projek yang telah siap mendahului jadual.

Saya ada senarai yang lengkap, berbelas projek yang dah siap awal mendahului jadual. Demikian juga ada projek JKR dan JPS yang telah ditamatkan, yang dah lewat pun ada, macam RTB yang disebutkan tadi. Tapi insyaAllah itu boleh siap, cumanya lewat daripada tarikh asal yang telah janjikan. Dengan alasan-alasan yang tertentu, maka RTB tersebut lewat daripada tarikh yang dijangkakan pada peringkat awal, tapi setelah diberi EOT, dia boleh insyaAllah siap pada masa yang dibenarkan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Sat, sat.

Speaker

YB. Kuala Nerang, YB. Kota Darulaman dan YB. Bakar Arang duk minta laluan. Boleh bagi ka?

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB. Kuala Nerang, tadi kata akan ambil tindakan terhadap kontraktor. So saya nak tanya adalah, apakah tindakan yang telah dilakukan terhadap kontraktor untuk LRA Bukit Selambau? Itu soalan saya. Terima kasih.

Speaker

Okay, silakan YB. Kuala Nerang.

Terima kasih YB. Bakar Arang, terima kasih YB. Tuan Speaker. Tindakan pemantauan ini sebenarnya telah dilakukan secara begitu kerap. Bermula dengan mesyuarat tapak sebulan sekali, mesyuarat teknikal dua minggu sekali. Bila dia gagal mematuhi apa yang diarahkan, notis amaran dikeluarkan, notis amaran dikeluarkan kepada kontraktor. Jadi, ini antara tindakan-tindakan yang kita buat untuk memastikan kontraktor ini dia mematuhi, memenuhi jadual yang dirancangkan. Tapi sampai akhirnya kalau dia gagal juga, dia gagal juga buat sepertimana yang ditetapkan, dijadualkan itulah langkah terakhir kita terpaksa kita terminate, terpaksa kita batalkan dan proses penamatan ini pun bukan dibuat secara sesuka hati, dia perlu melalui proses yang tertentu, melalui CCP (Contract Coordination Panel) di peringkat negeri kemudian angkat kepada PETRA, dipersetujui, diluluskan baru boleh ditamatkan secara rasmi sebab ia melibatkan beberapa SOP yang tertentu dan juga akan memberikan kesan. Kalau tak kena gaya, tindakan undang-undang. Sebab itu, kita berhati-hati dan mengambil tindakan yang proaktif dan selamat untuk manfaat. Cumanya saya percaya, memang dia akan makan masa, makan masa yang panjang bila ditamatkan dan projek ini pun seperti mana yang kita sedia maklum, rancangan idea asalnya saya sebut dah dulu dalam Sidang DUN yang lepas, idea Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak (Allahummaghfilahu warhamhu) bagaimana menyedari ketika itu rizab simpanan air kita sebenarnya bawah daripada kosong. Tak dak rizab, tak dak air, air memang tak cukup dah disedari, bukan masa itu sebelum itu pun dah tak cukup. Jadi sebab itu dibuat kajian, dia suruh buat kajian. Buat kajian tahun 2008 masa itu, selepas itu 2016, 2016 baru dapat kelulusan. Mai 2016 dapat kelulusan, dah siap dengan design, tiba-tiba pada tahun 2018 ditangguhkan projek itu kerana nak dibuat kajian oleh kerajaan pada masa itu. Bila tangguh, tak buat. Mai kerajaan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor tahun 2020, 17 Mei angkat sumpah, kemudian pada Jun 2021 kita mula SST dan mula buat projek LRA kelima-lima projek ini. Jadi sebab tang tu pun dah drag. Kalau nak kira sepatutnya lewat u, lewat daripada dulu ni, kan? Tak masuk kira Covid lagi, bukan nak cipta, nak bagi alasan, nak helah, nak kona pi kut lain, itu reality yang kita semua mesti hadapi. Projek JPP tadi yang saya sebut, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, yang lewat…. (YB. Kota Darul Aman minta laluan)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker.

Speaker

Bagi EXCO jawab dulu.

Dengar dulu, duduk dulu, sat saya bagi. Jangan bimbang, saya bagi. YB. Speaker bagi masa, insyaAllah saya bagi. Projek JPP, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, yang sepatutnya siap pada tahun 2022, tertangguh juga disebabkan lewat kerana Covid! Jadi kita tak boleh menafikan, bukan kita nak cipta, nak reka alasan, pasal ni tak siap, pasal ni tak siap. Sebab-sebab yang, yang muhasabah, yang dibenarkan mengikut peraturan-peraturan yang ada. Sila Yang Berhormat Kota Darulaman.

Speaker

Silakan YB. Kota Darulaman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Bagi saya bila siapa jadi kerajaan pun sama, tapi kita duk salahkan ni, salahkan tu. Tapi yang penting tu apa tekad politik kita bila kita berhadapan dengan segala projek kerajaan yang selalu tertangguh, EOT 1 sampai 6, ataupun lagi lama tamat. Jadi, apakah tekad politik untuk kita menggubal satu dasar yang boleh menggubal undang-undang supaya kita dapat melaksanakan. Ada kontraktor yang lebih pakar dan melaksanakan semua projek ni dalam jadual yang diberikan. Sebab yang ni memang merugikan satu kerajaan. Bila semuanya tertangguh dan memang saya rasa satu kerajaan negeri dan juga Persekutuan kena bekerjasama supaya ada satu reformasi dalam dasar kerajaan.

Speaker

Yang Berhormat, saya tambah sikit, saya pun nak jawab juga. Saya nak minta YB.-YB. kita kena bagi perhatian kepada perkara ni. Kita nak kena berlaku adil dalam untuk kita nak komen tentang projek-projek sama ada daripada kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan, jangan kita tumpu kepada satu. Macam sekarang ni kita nak mengelakkan pembaziran duit rakyat, kita tak mahu projek-projek tu delay. Jadi saya nak, kalau kata projek negeri pun kita komen, kita nak kena tengok juga kalau kata ada projek-projek Persekutuan di mana yang disebut oleh EXCO tadi ni, yang jarang kita dengar, yang ni pun YB.-YB. kena ambil peranan. Kita kena bangkitkan supaya perkara ni kita dapat selesaikan dan tidak membazirkan wang rakyat. Teruskan YB. EXCO.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker atas pencerahan, penegasan, terima kasih. Ya, saya amat bersetuju bahawa memang kita kena ada sikap yang tegas dan bersungguh-sungguh. Pada saya dalam kes ini, kita tidak meletakkan salah itu kepada pihak pengurusan sama ada SOnya ataupun pihak yang mewakili SO ataupun agensi-agensi yang berkenaan sebab kita percaya projek-projek yang dikendalikan oleh konsultan, oleh kontraktor ramai yang boleh buat, ramai yang boleh siap, tapi juga ada sebahagian yang tidak boleh siap. Ibaratnya kalau kita dalam kelas Yang Berhormat, cikgu mengajar kan, ada pelajar-pelajar yang cemerlang, ada yang boleh siap, tapi kebanyakannya mungkinlah ada satu dua yang tercicir, atas sebab-sebab yang tertentu, dia malas belajar umpamanya, jadi dia fail lah kan? Hat, ini mungkin ada masalah yang tertentu yang menyebabkan dia gagal perform, gagal untuk melaksanakan projek itu dengan sempurna. Baik, Yang Berhormat Speaker, boleh pi tang lain dah kut?

Yang Berhormat Speaker, saya ingin beralih kepada apa yang dibangkitkan oleh YB. Anak Bukit dan juga YB. Bayu. Untuk makluman, projek-projek RTB oleh JPS ini merupakan projek berskala besar dan ia dilaksanakan berdasarkan pada kajian, bukan boleh buat begitu saja. Kajian-kajian yang telah pun dianalisis dan dibuat untuk mengelakkan kejadian banjir berlaku dan berulang. Sebagai contoh, kejayaan projek RTB (Rancangan Tebatan Banjir) di Negeri Kedah ini di Lembangan Sungai Muda berjumlah RM1.5 bilion. RM1.5 bilion yang siap pada tahun 2015.

Waktu bina, waktu buat itu pun memang ada banyak masalah walaupun pada masa itu kita bukan kerajaan tetapi memang agensi kerajaan ada maklumat ini, banyak masalah. Tapi Alhamdulillah, setelah selesai projek itu dilaksanakan, semasa banjir hujung tahun lepas kawasan yang berkenaan di Lembangan Sungai Muda tiada laporan kejadian banjir. Betul na, disahkan? Jadi, ini antara kesannya. Sebab itu RTB yang sedang dibuat, RTB Jitra, RTB Anak Bukit antaranya ialah untuk mengalihkan aliran air sungai yang banyak itu bukan hanya ke laut tapi juga kepada terusan-terusan yang sedia ada di tempat yang lain.

Jadi, Yang Berhormat Speaker, kita perlu beri penjelasan, kefahaman bahawa banjir yang berlaku di semua daerah yang baru-baru ini berlaku antaranya seperti yang disebut ialah kerana terhalangnya aliran sungai dan pembuangan sisa dan seumpamanya. Antara puncanya yang kita mesti akui juga ialah kerana berlakunya hujan lebat, hujan lebat selama tiga hari, 200mm lebih kurang 70% daripada hujan yang turun dalam tempoh sebulan. Tiga hari, 200mm itu sama dengan tempoh sebulan.

Jadi hujan lebat, di hulu dan banyak tempat itu salah satunya bila air mai banyak begitu, keadaan berlaku. Bulan November 2024, jumlah hujan 300mm dalam masa tiga hari, lagi banyak 300mm dalam masa tiga hari. Kalau ikut purata sebelum itu, sebulan 275mm dan ketika berlaku itu pula berlaku air pasang besar, air pasang tinggi. Jadi air memang tak boleh pergi, dia sebak, dia tak boleh pergi ke laut.

Di bawah pelaksanaan RTB sungai Kedah dan Anak Bukit telah dilaksanakan kerja mendalamkan sungai iaitu projek RTB Sungai Kedah, Anak Bukit Pakej 3 tahun 2021. Yang Berhormat Anak Bukit, cuma mungkin kesan dia tak sehebat seperti yang diharapkan oleh YB. Anak Bukit. Kita harap selepas ini apabila siap RTB di kawasan tersebut akan selesai masalah ini. Sebenarnya penyelesaian kepada masalah banjir di Sungai Kedah tidak hanya semata-mata dengan mendalamkan sungai sebab masalah paras air laut yang makin tahun dia makin meningkat. Selain daripada itu, jumlah lumpur, enapan yang dibawa ketika banjir juga boleh menyebabkan sungai menjadi cetek. Sebab itu projek RTB Sungai Kedah/Anak Bukit dilaksanakan supaya jumlah air dari hulu akan dilencongkan keterusan yang baru dibina.

Bila projek ini siap nanti, insyaAllah aliran air dari hulu tidak semuanya akan lalu masuk ke bandar Alor Setar. Projek Tebatan Banjir Sungai Kedah Pakej 2 telah bermula sejak September 2013 dan terhenti pada 2018 sebab masalah kontraktor asal tidak dapat menyiapkan projek dalam tempoh yang disiapkan. Yang ni pun berbalik lebih kurang cerita LRA tadi juga lah. La ni, buat masa ini, kontraktor penyelamat Kim Khod Engineering Sendirian Berhad telah dilantik oleh JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) bukan JPS Negeri Kedah, JPS Peringkat Persekutuan. Projek RTB ni di bawah kawalan terus PETRA dan diuruskan oleh JPS Peringkat Persekutuan. Kontraktor ini telah masuk pada Mac 2020 dan sedang dibuat. Kalau diikutkan jajarannya lebih kurang seperti yang disebut oleh YB. Anak Bukit, 12.6km dan dia tak longgok setempat, Panjang. Jadi, ada tempat yang ada pekerja, ada tempat yang tiada pekerja. Kerja sedang berjalan, walaupun diakui dari segi peratus kemajuan agak lewat, kita terima hakikat itu.

Speaker

Panjang lagi YB.?

Bolehlah kalau nak perabis, tapi takdan jawab banyaklah.

Speaker

Silakan YB. Kota Darulaman.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, saya cuma minta sama ada kerja-kerja pendalaman sungai boleh dibuat dari sepanjang sungai sebab yang itu akan meringankan beban sebab selut terlalu banyak dan jika projek itu boleh dijalankan maka banjir kilat akan kurang di seluruh Bandaraya Alor Setar.

Speaker

Silakan Yang Berhormat EXCO, ringkaskan.

InsyaAllah, ada duit boleh. Ada bajet insya Allah kita buat.

YB. Tuan Speaker, boleh saya kemukakan sedikit soalan?

Speaker

Boleh? Boleh bagi laluan YB.? Silakan.

Saya nak dapat sedikit maklumat daripada YB. Kuala Nerang tentang kedudukan titi Kampung Tanjung. Adakah masih lagi dalam projek RTB ataupun saya dipahamkan dah hilang daripada skrin dah sekarang.

Speaker

Silakan Yang Berhormat EXCO, ringkaskan sebab masa kecederaan yang lama. Dipersilakan YB. EXCO

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kupang. Baik, bagi masa untuk saya semak dan kita akan bagi jawapan selepas ini, apa yang berlaku yang menyebabkan dia hilang daripada radar.

Yang Berhormat Speaker, demikian juga apa yang dibangkitkan oleh YB. Bayu berhubung dengan bencana banjir. Untuk makluman, tahun 2024 JPS telah menerima dua projek RTB pembinaan infrastruktur sabo di Daerah Baling, RTB Fasa 1 untuk memfokuskan kerja-kerja menaik taraf Sungai Kupang, melebar dan mendalamkan, menaik taraf struktur lintasan dan pembinaan ban sungai yang terlibat. Projek RTB Baling adalah seperti Sungai Ketil serta anak sungai seperti Sungai Baling, Sungai Charok, Sungai Pendiat, Sungai Pegang, Charok Batu Sebelah, Sungai Teduri dan Sungai Kupang. Ketiga-tiga projek ini dijangka akan dapat mengurangkan risiko banjir dan kerugian harta benda yang telah berlaku, ataupun kita harap dapat dielakkan. Untuk kes ini, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bayu, masalah pasir, JPS sendiri mengalu-alukan kalau ada pengeluaran pasir untuk kerja mencuci sungai. Cumanya kita harap berlaku mengikut proses yang tertentulah, memohon melalui JPS, diangkat kepada MMK untuk kebenaran sebab kena mengambil kira dan mematuhi SOP yang tertentu supaya tidak menjejaskan struktur tebing dan juga kepada struktur yang mungkin ada yang berdekatan.

Speaker

YB. Jitra duk tengok lama dah, YB. ambil masa dia panjang.

Akhir sekali, akhir dah. Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada CEO SADA dan pasukannya yang bukan hanya seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat dalam sesi yang lepas telah mencatat keuntungan, tapi masa yang sama telah memulangkan keuntungan itu kepada rakyat dengan memberikan perkhidmatan yang saya percaya antara lain ialah telah menghantar bekalan lori air ni. Kalau tahun 2018 cuma RM setengah juta, tetapi bila mai tahun 2024 sampai RM16 juta. Bagi saya, bukan menunjukkan akaun itu makin bertambah, akaun lebih kurang banyak itu juga kita di Negeri Kedah ni. Untuk makluman semua, akaun SADA di Negeri Kedah ni ialah 665,774 akaun. Yang terjejas, yang tak dak air ni cuma 3,868 akaun yang terjejas di 164 kawasan. Kalau ikut peratus, cuba bahagi tengok cuma 0.58% yang terjejas. Jadi, hat ini yang SADA duk hantar ni, duk hantar berulang kali, kadang-kadang sampai 12.00 pagi, 3.00, 4.00 pagi hantar lori air ni.

Betul na Yang Berhormat Pantai Merdeka? Sanggup sepa hantar, itu yang kos meningkat. Bukannya maknanya bilangan akaun yang terjejas itu meningkat. Kalau dalam sidang yang dulu kita laporkan cuma lebih kurang 1% hingga 2% yang terjejas. Tapi Alhamdulillah, melalui tindakan dalaman projek SADA, projek-projek kecil SADA. Kecil-kecl pun jumlah tahun lepas pun sampai hampir RM50 juta, buat rumah pam, tukar paip dan sebagainya. Itu tak termasuk RM16 juta hat hantar air tu. Itu antara inisiatif yang kita buat sementara menunggu LRA kita siap. Jadi, bukan kita hanya melihat sahaja, setiap aduan yang disampaikan kita ambil tindakan segera, mana yang tak dak air, kita hantar air sebab memang tanggungjawab SADA kepada pengguna akaun dia bila tak ada air, SADA wajib hantar air walaupun pukul 13, 14 pagi.

Jadi tuan-tuan kita lihat, lori air hantar pada tahun 2024 kos dia RM16 juta ringgit. Tapi Alhamdulillah, pada bulan Januari hingga Mac yang lepas, kos itu telah menurun berbanding dengan bulan Januari tahun yang dulu. Pasal apa? Pasal tahun lepas masa itu kemarau agak kuat, berbanding dengan kemarau tahun ni. Jadi, kurang sikit lah kalau tahun lepas Januari hingga Mac RM4.9 juta, tahun ni Januari hingga Mac cuma RM1.71 juta. Jadi Yang Berhormat Speaker, yang lain-lain yang saya tak sempat jawab saya mohon berbanyak maaf dan insyaAllah kita akan berikan jawapan secara bertulis.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan penekanan yang diberikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan, saya percaya semua yang kita hasratkan ni bukan mudah untuk dicapai dengan semangat semata-mata sebaliknya memerlukan segenap cara, segenap komitmen, yang saya percaya insyaAllah dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang kita kasihi dibantu kuat oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan, Yang Berhormat Penasiahat Undang-undang, Barisan EXCO dan para pegawai, ketua-ketua jabatan baik peringkat negeri atau Persekutuan, saya amat yakin dan insyaAllah kita akan dapat mencapai apa yang kita cita-citakan. Mudah-mudahan usaha ini diberkati, dirahmati Allah dan diterima sebagai ibadah di sisinya.

Saya menyokong sekali lagi menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan yang telah merasmikan persidangan sidang pada kali ini, sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerang (EXCO) dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Jitra.

Terima kasih YB Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu wassalamu ‘ala Asyrafil Anbiya’i wal Mursalin, Sayyidina Muhammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in. Rabbi syrahli sodri, Wayassirli amri, Wahlul ‘uqdatam millisani, Yafqahu qawli. Yang saya hormati dan kasihi Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, para pegawai kerajaan negeri dan Pusat, para pengamal media, para pemerhati sekalian dan juga kepada seluruh warga Jitra yang bersama dalam sidang ini.

Yang Berhormat Speaker, bersyukur kita kepada Allah SWT dapat kita bersama dalam sidang ini untuk menyatakan bahawa saya secara peribadinya menjunjung kasih akan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-15 ini. Saya yakin dan percaya segala nasihat, peringatan dan harapan dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan adalah suatu panduan yang amat berguna buat kita semua. Kita mungkin orang biasa di negeri kita Kedah, tetapi kita sebenarnya sudah melontarkan diri kita dalam gelanggang yang luar biasa. Jadi untuk itu, marilah kita siapa juga baik kita sebagai penjawat awam, kerajaan negeri maupun Pusat dan kepimpinan negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita memberikan segalanya yang termampu bagi membolehkan negeri ini akan melonjak tinggi dan menjadi kebanggaan semua. Jadi, dalam ucapan penggulungan saya ini saya akan menyentuh aspek-aspek berkaitan dengan portfolio saya iaitu industri dan pelaburan, pengajian tinggi, sains, teknologi dan inovasi.

Yang Berhormat Speaker, tahun 2024 adalah satu tahun yang cukup bermakna buat kita. Sebuah “Negeri Jelapang Padi” yang biasa-biasa, kadangkala sepi dan sunyi daripada limelight dari pihak mereka di Putrajaya. Tetapi kita tidak pernah memikirkan itu semua, kita terus buat kerja dan kita usahakan sedaya mungkin. Alhamdulillah, rekod menunjukkan bahawa kita adalah destinasi pelaburan utama negara apabila kita berkedudukan nombor 1 dengan RM44.1 bilion pelaburan masuk pada tahun 2024. Saya yakin dan percaya segala aspirasi daripada ucapan atau Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan juga kesungguhan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga barisan pentadbir negeri di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato' Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, seluruh kita bekerja sebagai

sebuah pasukan dan saya di peringkat EXCO telah menggerakkan satu pasukan dipanggil Kedah Investment Team bagi membolehkan setiap perkara dari setiap sudut yang mungkin kita dulu lemah dan tidak mampu telah kita baiki bagi membolehkan kita menjadi sebuah pasukan yang mantap insyaAllah, dalam menarik seramai mungkin pelaburan. Alhamdulillah pada tahun 2024 hasil daripada usaha kita semua, kerajaan negeri dan Pusat, kita telah mampu mencipta peluang pekerjaan hampir 10,000 peluang pekerjaan untuk anak Kedah.

Dan suka saya menyatakan di sini bahawa seramai 45,000 pekerja yang sedang bekerja di Kulim Hi-Tech Park hari ini, 75% daripada mereka adalah anak Kedah dan ini adalah satu pencapaian dan kesungguhan kita untuk mencipta peluang pekerjaan buat anak Kedah. Tapi kita tidak menafikan anak-anak negeri lain untuk mencari rezeki di negeri kita kerana kita tahu, abang, kakak kita dan keluarga kita, ramai dahulu telah berhijrah ke kota-kota bagi mendapatkan pekerjaan di sana. Kita berlapang dada tetapi pada masa yang sama kita mengusahakan agar anak negeri mendapat ruangnya bagi membolehkan dia mendapat manfaat atas pembangunan negerinya.

Yang Berhormat Speaker, izinkan saya menyatakan di sini bukanlah untuk mendabit dada, apatah lagi untuk menunjuk kita lebih baik daripada sesiapa tetapi sekadar rekod agar Dewan Yang Mulia ini mencatatkannya dalam tinta emasnya, mencatatkan akan sejarah untuk tempoh 29 tahun penubuhan Kulim Hi-Tech Park, pada tahun yang terkini ini jumlah keseluruhan daripada 29 tahun itu nilai pelaburan yang telah direkodkan adalah RM181.5 bilion dan pada 5 tahun terkini di bawah kerajaan kita, di bawah pentadbiran dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita telah merekodkan jumlah tertinggi iaitu dengan jumlah sebanyak RM132 bilion. Tahniah kepada semua.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker. Boleh mencelah.

Nanti dulu. Kita juga berharap dan kita sedang menggerakkan usaha untuk mengangkat Kedah Rubber City menjadi sebuah lagi kejayaan buat semua. Kita tahu kita anak penoreh getah, kita dahulu anak orang miskin yang kita tahu jerih perihnya ibu ayah. Hari ini kita datangkan usaha untuk membangunkan sebuah Rubber City yang boleh mengangkat daripada mungkin pandangan rendah masyarakat kepada penoreh getah kepada tingginya pandangan dunia kepada satu industri yang harus kita bangunkan bersama.

Ini bukan panggilan biasa, ini sebuah perjuangan dan KRC harus dijadikan kenyataan bagi membolehkan semua pakar-pakar dunia, semua pengkaji-pengkaji terkemuka dunia, semua syarikat-syarikat besar dunia akan datang ke negeri kita dan bersama membangunkan Kedah Rubber City ini.

Saya yakin dan percaya, ia dapat dilakukan dengan kesungguhan. Mungkin tidak semudah yang dikata, tapi usahakan. Marilah sama-sama, kita jangan berpolemik untuk mencari salah siapa. Kita harus mewariskan negeri yang baik dan maju serta berjaya untuk anak cucu kita. Jadi, saya juga mengharapkan agar Kerajaan Pusat yang mungkin ada pegawai-pegawainya di sini pada hari ini dan juga di luar sana agar memikirkan supaya agensi-agensi kerajaan berkaitan getah seperti RRI, RISDA FELDA, FELCRA dan semuanya perlulah mempunyai officenya di Kedah Rubber City ini agar ditempatkan di satu tempat bagi membolehkan kita membangunkan industri ini secara menyeluruh dalam konteks negeri dan negara kita. Ini bukan cerita Kedah, ini bukan cerita Kedah ingin mendahului yang lain. Ini cerita perjuangan bangsa yang mana majoriti penoreh getah adalah orang Melayu. Jadi, di sinilah sebuah perjuangan yang harus kita gerakkan dan tegakkan bersama. Jadi, ia akan menceritakan kebangkitan seluruh petani, penoreh getah di seluruh negara apabila terbinanya sebuah kota yang mana dipanggil Kedah Rubber City.

Jadi, Ahli Dewan yang dikasihi, YB. Speaker, di masa yang sama kita akan mengusahakan untuk mencipta lebih kurang 15,000 peluang pekerjaan dengan nilaian pelaburan sekitar RM15 bilion ke RM20 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dan suka saya menyatakan di sini telah ada syarikat tayar yang bersetuju untuk masuk melabur. Tapi tidaklah saya kongsikan namanya di sini. Perjanjian telah ditandatangani atas keperluan-keperluan tertentu tidak saya kongsikan. InsyaAllah, ia akan menjadi anchor tenant yang akan mengembangkan industri getah ini dan saya berharap sepertimana YB. Bayu ada menyatakan bagaimana untuk membantu para penoreh getah kita. Kita akan cuba untuk gerakkan gagasan, semua daerah-daerah kita yang menanam getah, yang ekonominya adalah daripada getah akan menjadi pembekal getah latex kepada kilang ini. Ini harus dibangunkan, kajian harus dibangunkan agar apa yang kita bekalkan memenuhi, mematuhi piawai syarikat ini InsyaAllah. Jadi kita usahakan bersama.

Pada masa yang sama izinkan saya YB. Speaker, untuk menyatakan bahawa Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone yang kita telah usahakan beberapa tahun lalu. Secara asasnya sekitar tahun 2016, kita mula secara agresif menggerakkan agenda membangunkan Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone. Dengan keluasan 11,800 ekar, baru-baru ini di Shenzhen saya telah berkesempatan membentangkan akan Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone ini dan lain-lain industrial park yang ada di negeri kita. Kita telah dipanggil bersama sebuah

negeri lagi yang juga sebuah negeri yang kompetitif dan maju di negeri kita. Namun demikian, itu bukan halangan untuk kita mempersembahkan yang terbaik buat negeri kita. Kita menyatakan Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone ini, prasarananya telah tersedia dan kita bersedia menanti kemasukan pelabur-pelabur. Marilah kita sama-sama berdoa dan berharap agar jumlah pelaburan yang difahamkan akan keluar daripada Shenzhen City sahaja iaitu sekitar RM100 bilion dan kita mengharapkan sejumlah yang besar dapat sampai ke negeri kita Kedah. Bukan hanya di Bukit Kayu Hitam, tetapi juga di Kulim Hi-Tech Park, mungkin juga di Gurun Heavy Industrial Park, di Padang Meha dan di lain-lain industrial park yang kita ada.

YB. Speaker dan Ahli Dewan yang saya muliakan, kita juga berusaha untuk memastikan industrial park-industrial park kita yang lain juga berada pada kedudukan terbaik untuk menawarkan diri kita bagi membolehkan kita bersaing secara kompetitif. Kita juga telah mengenal pasti tanah seluas 17,000 ekor iaitu dipanggil Kulim Industrial Corridor. Jadi, kita akan usahakan dan telah pun ada pelabur-pelabur masuk ke Kulim Industrial Corridor ini di Padang Meha secara khususnya dan mereka membawa pelaburan bernilai berbilion-bilion ringgit. Disinilah yang sedang kita garapkan satu usaha menyeluruh di mana Invest Kedah sebagai investment arm kepada Negeri Kedah, sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk menyantuni setiap pelabur yang datang. Maka kita telah gerakkan pasukan kita dengan segala perancangan rapi. Bukan sahaja dalam konteks menarik mereka melabur, tetapi kita juga ingin memastikan bahawa apabila mereka datang ke negeri atau ke negara asing, mereka merasakan kitalah sahabat sejati mereka yang sudi menyantuni mereka, memahamkan mereka dan membantu mereka dalam segala perkara. Atas kesungguhan Invest Kedah inilah dan juga agensi-agensi lain yang memberi sokongan dan dokongan yang luar biasa. Cabarannya bukan sedikit, banyak dan bertimpa-timpa tetapi saya menyatakan di sini, agensi-agensi kita, majlis perbandaran kita, pejabat daerah kita, agensi-agensi Pusat dan juga negeri, semuanya menghulurkan tangan mereka untuk membolehkan sesuatu yang kadangkala berat untuk kita selesaikan sendiri dapat kita atasi dengan baik dan berjaya, Alhamdulillah. Jadi, Yang Berhormat Speaker, dalam usaha kita untuk meneruskan kelangsungan negeri kita ini, kita menawarkan tanah perindustrian ataupun yang telah kita zoningkan dengan jumlah yang cukup besar iaitu seluas 40,000 ekor untuk ditawarkan kepada dunia.

Dalam usaha kita untuk menggerakkan agenda kita ini, kita telah merangka satu gagasan dipanggil ‘The Greater Kedah’. The Greater Kedah ini bukanlah impian seorang Menteri Besar, bukanlah harapan seorang yang mengharapkan sesuatu luar biasa berlaku, ia adalah semua harapan, harapan semua kita, harapan anak cucu kita untuk melihat negeri ini akan berjaya. Jadi, The Greater Kedah digagaskan dan dibangunkan dan kita menyasarkan pada tahun 2050 kita dapat menjana GDP

(Keluaran Dalam Negara Kasar) negeri kita pada jumlah RM576 bilion. Hari ini kita jauh daripada jumlah itu, tapi percayalah tiada yang mustahil kalau kita terus melangkah dan yakin dan saya menyeru sahabat saya daripada barisan pembangkang, mari kita satukan hati kita, kita menzahirkan satu tinta perjuangan bersama bagi membolehkan negeri ini berjaya. Jadi, dalam gagasan The Greater Kedah kita yakin dan percaya... (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Kota Darulaman bangun. Bagi laluan YB.?

Ada lagi. Sekejap, nanti saya bagi.

Speaker

Belum lagi YB. Kota Darulaman.

Jadi, untuk membolehkan kita bersaing secara kompetitif, saya ingin masuk kepada perkara yang sangat penting iaitu kita memerlukan inland port di Kulim. Kita memerlukan inland port di Kulim kerana apa? Saya telah merujuk kepada Jabatan Kastam dan mereka memaklumkan segala eksport daripada syarikat-syarikat, kilang-kilang di Kulim dan di mana juga di Negeri Kedah yang melalui pelabuhan Pulau Pinang, direkodkan sebagai eksport Pulau Pinang, bukan eksport Kedah dan inilah yang menjadi punca kepada rendahnya GDP negeri kita. Maka kita harus berjuang untuk mendapatkan hak kita, paling tidak mempunyai inland portnya. Dan saya suka menyatakan bahawa kita juga harus bergerak untuk memiliki pelabuhan kita sendiri. Jadi saya percaya, usaha harus terus digembeling dalam konteks Special Border Economic Zone yang juga turut mencakupi akan silvia di belah Perlis dan juga di selatan Thailand. Sanglang Deep Sea Port adalah satu lagi perkara yang harus diberi pertimbangan serius oleh Kerajaan Pusat untuk membolehkan ia menjadi pelabuhan di belah utara tanah air. Hari ini bukan lagi cerita tentang Kedah, Pulau Pinang YB. Speaker. Hari ini kita mengusulkan agar negara melihat ini cerita strategiknya Malaysia di peta dunia dalam menarik pelabur, bukan lagi cerita negeri di antara Pinang dan juga Kedah. Kita lebih berjiwa besar, saya yakin sahabat kita di Pinang juga, maka marilah kita usahakan agar inland port dapat disegerakan di Kulim Hi-Tech Park atau di Kulim bagi membolehkan eksport dilakukan dan direkodkan dengan baik di negeri kita.

Speaker

YB. Kota Darulaman bangun YB.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Sebab sentuh Pulau Pinang, saya terus bangun. Boleh ya?

Silakan!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Setahu kita, apabila KHTP (Kulim Hi-Tech Park) telah lama ditubuhkan dan limpahan pelaburan yang masuk disebabkan Pulau Pinang setelah tempatnya penuh dan Kedah merupakan tempat jiran yang paling sesuai untuk kita kembangkan. Dan daripada pelaburan, kita tengok MITI dan MIDA merupakan agensi yang paling penting untuk menarik pelabur. Jadi, daripada RM45.8 bilion berapa angka ataupun peratusan yang benar-benar ditarik oleh kerajaan negeri melalui MOU semasa lawatan ke luar negara? Jika majoriti pelaburan ini merupakan angka yang dibawa ataupun ditarik oleh MIDA dan MITI, jadi bagaimana kita nak satukan bahawa yang ini merupakan satu kejayaan Kerajaan Persekutuan? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Jitra.

Saya kasihan dengan YB. sahabat saya, YB. Kota Darulaman, masih terikat dengan MIDA dan negeri. Ini adalah kerjasama 2 parti, ‘its take two to thank go’, dia bukan cerita MIDA sahaja. MIDA boleh mempromosi negara kita tetapi bila datang ke pelaburan, pelabur ini dia ada strategic investment team dia, akan membuat assesment semua destinasi pelaburan dan mereka memilih kita. Di sinilah bagaimana kita berperanan, kita melengkapkan ekosistem MIDA untuk membolehkan kita dapat menarik sebanyak mungkin pelabur ke negara kita dan dalam konteks di negeri kita. Jadi, saya berharap agar YB. dapat bertenang, jadi bagi membolehkan untuk kita sama-sama faham bahawa…. (YB. Kota Darulaman minta laluan)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker.

Speaker

Tak bagi laluan YB. Belum bagi laluan lagi.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Sikit saja, sikit saja.

Ini bukan polemik antara MIDA dan MITI. MIDA dipertanggungjawabkan mempromosi Malaysia. Jadi, kita juga berperanan untuk membantu dalam konteks bila MIDA ada leads kita akan terus support. Ada ketikanya kita yang ada leads dan MIDA akan facilitate, dia begitulah pendekatan kita. Kita tidak mengatakan hanya from one party tetapi dia adalah kombinasi di antara dua agensi, federal dan juga negeri kita Invest Kedah.

Jadi Yang Berhormat tidak mengapa, jangan bimbang, yang penting kerja dicipta untuk anak-anak kita, mungkin one day anak Yang Berhormat menjadi CEO one of the MNC di negeri kita Kedah. Jadi, kita harus kerja sungguh-sungguh untuk persiapkan itu semua. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kita perlu ada inland port kita bagi membolehkan kita mempunyai satu, ini perancangan jangka panjang negara, ini bukan cerita 5 tahun, ini cerita the next 30 years, ini cerita the next 50 years bagaimana untuk menyusun negara ini untuk 50 tahun akan datang, infrastruktur ini perlu dibangunkan. Jadi kita juga berharap, kita memerlukan KXP.

YB. Speaker, kita memerlukan KXP bagi membolehkan dunia akan lebih dekat apabila teknologi terus bergerak laju. Mungkin suatu hari nanti melalui sea freight tidak lagi menjadi pilihan utama. Apabila semua komponen dan chip menjadi begitu kecil dan sangat ringan, maka the best mode to transport, to export adalah melalui air freight. Jadi untuk itu hari ini, Lapangan Terbang Pulau Pinang sudah tidak mampu lagi, sebenarnya kapasiti telah sampai ke tahap tertinggi. Namun, kerana kesempitan pemikiran dan kependekan akal untuk melihat jangka panjang, maka akhirnya diusahakan juga untuk membangunkan Airport Pulau Pinang. Marilah, saya menyeru kepada Kerajaan Pusat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan, berjiwa besarlah untuk melihat masa depan negara bukan lagi daripada sudut-sudut pandang politik yang sempit dan merugikan kita kerana kita hari

ini dipertanggungjawab untuk menjadi pemimpin, baik kami di peringkat negeri dan kalian di peringkat negara, bangunkanlah prasarana ini untuk masa depan negara kita. Harus lihat Kedah adalah the best destination. Bukan untuk Kedah, tetapi untuk northern region for Malaysia and southern region for Thailand and Southeast Asia. Ini sebenarnya kita, kita jangan melihat dalam boundary negeri, kita harus melihat kedudukan kita dari sudut regional, barulah kita nampak betapa strategiknya Kedah untuk diangkat menjadi sebuah destinasi yang perlukan mega investment dalam bentuk pembangunan prasarana.

Speaker

10 minit lagi YB.

YB. Tuan Speaker, mencelah sikit.

Banyak gangguan ni. Boleh? Nanti YB Speaker bagi masa tambahan boleh?

Speaker

Ada! Ada! YB. Sidam bangun YB. Boleh bagi laluan kepada YB Sidam?

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya rasa tuntutan daripada YB. Jitra tadi nampak macam ada lah. Tapi apa yang kita rasa lebih menguntungkan dan juga menjimatkan perbelanjaan ialah kita naik taraf lapangan terbang di Alor Setar. Jadi nampak macam ada lebih berfungsi. Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat EXCO.

Kita sebenarnya melihat, kenapa kita katakan di Sidam itu the best place? Kerana kita melihat Pulau Pinang itu sebagai feeder kita. Walaupun dalam greater Penang kita

dianggap feeder kepada Pulau Pinang, tapi dalam pemikiran negeri hari ini dalam masa 20 tahun akan datang Pulau Pinang akan menjadi feeder kepada negeri kita. Jadi, sebab itulah the best location adalah di sana. Tapi tidak mustahil untuk menjadikan Airport Alor Setar sebagai passenger airport, apabila kita punya special border economic zone menjadi satu kawasan perindustrian yang berjaya. Berbalik kepada cerita ini YB Sidam, saya nak usulkan kepada dalam konteks YB. boleh bercakap dengan menteri-menteri di sebelah sana. Marilah kita melihat bagaimana kita boleh menjadikan Pulau Pinang sebagai financial hub sepertimana Hong Kong menjadi financial hub dan Shenzhen menjadi tempat-tempat syarikat-syarikat multinational corporation, giant-giant corporation itu berada. Jadi di Pulau Pinang financial hub, manufacturing and everything di sebelah Kulim dan di Kulim, Bandar Baharu yang mana insyaAllah akan dibangunkan pula satu lagi kawasan perindustrian dalam kerangka segitiga emas itu iaitu Kulim, Bandar Baharu.

Jadi, YB. kena bawa usul ini. Jangan compete with us, we are too big to be competed. Jadi, dengan kata lain focus on something, now apa yang berlaku Pinang, extension tambak laut, this is not good and costly kita ada land, kita boleh tawarkan tanah kita, we are not talking about Kedah per say we are talking about our country, Malaysia. Jadi, gunakan Kedah untuk menjadi hab kepada pembangunan industri-industri mega ini. Jadi YB. Speaker… (YB. Sidam minta laluan)

Boleh minta laluan

Speaker

Ringkas saja YB. Sidam.

Berkenaan dengan naiknya KXP ni, yang masalahnya datang kepada kita ialah pengambilan tanah. Jadi, tanah-tanah orang kampung ni depa duk mai bising, tanah depa kena dan sebagainya. Jadi, masalah itu yang lebih banyak kepada kita. Kita nak selesaikan itu pun nak kena jawab balik lah, terima kasih.

Speaker

Silakan YB. EXCO.

Terima kasih YB. Sidam, soalan yang baik. YB. Sidam, kalau kita mempunyai mekanisme yang baik, pendekatan yang teratur dan telus yang adil, saya yakin rakyat bersedia memberikan. YB. tahu cerita bagaimana Shenzhen, bukanlah sebab saya balik dan Shenzhen terus cerita pasal Shenzhen banyak. Tapi saya tanya macam mana sebuah perkampungan nelayan boleh menjadi sebuah kota metropolitan luar biasa, bagaimana pengambilan tanah, sehinggakan dikisahkan, dia kata, masyarakat di sana, kata dia orang hari-hari doa minta negara ambil alih tanah dia. Sebab kalau negara ambil alih tanah dia mereka akan jadi kaya. So kita harus gerakkan usaha, janganlah seperti di Kampung Baru, yang mana orang-orang Kampung Baru menderita dan Kampung Sungai Baru menderita. Kita harus datang ke mekanisme pengambilalihan yang adil, yang baik, pemilik tanah merasa tidak terpedaya atau dipedaya dan mereka merasakan inilah sumbangan mereka untuk memajukan negeri dan negara. Jadi, YB. jangan bimbang, kita akan usahakan kiranya kerajaan ini terus memerintah Negeri Kedah ini, maka keadilan menjadi tunjang kepada sebarang perbincangan dan keputusan.

Sikit! Sikit saja boleh ka? Boleh na? Ada sikit la berkenaan dengan pengambilan tanah ni. Boleh na? Ok, cerita dia macam ni, mungkin Yang Berhormat bagi contoh dekat China sana, jadi di sana saya rasa tidak ada Akta Tanah Melayu, Tanah Simpanan Melayu. Jadi di Sidam ni, orang Siam mana yang terkena rampasan tu, dia nak beli kat mana ni? Semua tanahnya telah dijadikan… Faham no? Tanah Simpanan Melayu ni menjadikan satu perenggan…. (YB. Jitra mencelah)

Baik! Baik! Saya faham dah. YB. Sidam, masalah yang sebegini adalah masalah yang baik untuk kita tangani, in order for us to progress, kita perlu menghadapi cabaran ini dan saya yakin dan percaya kerajaan kita, kerajaan hari ini akan menyantuni sebaik mungkin setiap rakyatnya apabila proses pengambilan tanah itu dilakukan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker.

Speaker

Stop dulu, tak bagi laluan untuk YB.

Saya rasa saya paling generous lah dalam sidang ni, bagi ruang kepada sahabat-sahabat daripada pembangkang.

Speaker

Okay, silakan Yang Berhormat, kita tambah masa sikit. Silakan.

Jadi, untuk kita meneruskan kelangsungan kita, saya ditanya oleh sahabat kita daripada Bakar Arang. Dia tanya, “YB., apa akan berlaku kepada syarikat-syarikat tempatan apabila pelabur-pelabur besar ini datang?” Betul, saya juga terfikir, perkara ini tidak mudah kerana mereka datang dengan kecekapan, teknologi tingg,i efisiensi dan segalanya, mereka bukan biasa-biasa, mereka ini world class corporation, sebab itu mereka menjadi pemimpin dunia.

Jadi di sinilah, setelah saya semak akan apa yang diberikan oleh MIDA kepada syarikat tempatan dalam Skim Pembangunan Vendor Tempatan (Local Vendor Development Program) saya dapati bahawa pakej yang ditawarkan oleh MIDA, which is beyond our capability, ini adalah agensi Pusat, tidak begitu memberangsangkan. Dan di sini saya ingin menyarankan agar dilihat kembali agar geran atau bantuan yang sewajar diberikan supaya syarikat-syarikat tempatan dapat menjadi sebahagian daripada supply chain kepada syarikat-syarikat besar ini apabila mereka masuk melabur ke negara kita. Ini sangat perlu diberi kajian khusus, bukan lagi cerita berapa bilion masuk ke negara kita, cerita berapa banyak local vendors dapat dibangunkan dan mereka ini dalam tempoh 20 tahun akan datang, 30 tahun akan datang, akan menjadi MNC (Multinational Corporation) yang akan menjadi kekuatan kita pula dengan teknologinya dan akan menguasai dunia. Perancangan ini harus dibangunkan di peringkat negara dan kita di peringkat negeri bersedia menyumbang tenaga. Jadi dengan kata lain, usaha kita ini juga akan bergerak seiring dengan pembangunan modal insan, YB Speaker.

Di mana kita dalam kes ini ingin saya nyatakan, kita negeri kecil, tidak negeri seperti Selangor dan yang lain-lain yang punya dana yang banyak mungkin untuk pembangunan modal insannya. Tapi negeri kita ada universiti sendiri. Saya pernah mengesyorkan ketika mana dalam pertemuan dengan menteri ekonomi agar diusahakan satu gerak kerja, kerjasama di antara universiti awam dengan universiti negeri.

Malahan saya menyatakan adalah tidak adil untuk menjadikan universiti negeri ini sebuah IPTS, sedangkan ia dibayai oleh negeri, duit negeri, tapi dalam pendaftarannya adalah IPTS. Apa beza negeri dan negara? Mengapa IPTA yang biaya oleh negara dipanggil IPTA, tidak dikenakan cukai dan seumpamanya tetapi sebagai institusi pengajian tinggi milik negeri diklasifikasikan, didaftar sebagai swasta dan perlu bayar cukai dan seumpamanya.

Namun demikian, ini satu perkara yang harus kita di Dewan Undangan Negeri Kedah ingin memberikan mesej kepada Kerajaan Pusat agar melihat perkara ini, jadikan universiti negeri sebagai IPTA negeri. Jadi, ini boleh memberi perubahan landskap dan kerjasama. Jadi, kita berusaha untuk membangunkan Kedah, telah digerakkan dan telah dipilih, UniSHAMS sebagai sekretariat untuk pembangunan Cordoba of Kedah, di mana kita ingin membekalkan pelajar-pelajar atau workforce kepada industri ini mengikut keperluan industri.

Hari ini, saya rasa duka cita apabila saya melihat di luar sana masih berlaku, apabila pelajar-pelajar yang memohon ke university, mereka ini ada sebahagiannya terperangkap dalam apa yang dipanggil sebagai program lelong. Ini berlaku, di mana program lelong ini adalah program-program tak laku, tak ada takers, tapi pelajar-pelajar ini nak belajar di universiti mereka mungkin nak ikuti program-program yang mereka sukai, accounting, finance, business or engineering tapi kerana CGPA tidak sampai ke cut-off yang ditetapkan mereka rendah daripada itu datang dari kampung, tapi tetap ada cita-cita dan ada PTPTN menanti. Apa yang berlaku YB. Speaker? Mereka terperangkap dan memilih program yang dipanggil program lelong yang tidak punya demand dalam pasaran. Itulah yang menyumbang kepada pengangguran dan itulah yang menyumbang kepada pekerja-pekerja yang ada hari ini dipanggil overqualified underpaid.

Speaker

Tambahan masa, tambahan masa untuk YB. 10 minit.

Ooo... Terima kasih.

Speaker

Tinggal 5 minit saja lagi.

Ooo… tinggal 5 minit, ingat 10 minit baru. Okay, jadi maksud dia, anak-anak kita ini, mereka ini bersemangat untuk belajar, bersemangat untuk menjadi orang berjaya dan pandai, mengikuti program di universiti, malang apabila keluar, tiada pekerjaan dalam bidang itu. Untuk itu, kita telah menyusun at least di peringkat kita, memadankan keperluan industri dengan qualification yang ada yang sedang diambil oleh anak-anak kita. Saya ingin menyarankan di sini, agar kita dapat bekerjasama erat dengan Kementerian Pengajian Tinggi, MIDA dan MITI, bergerak bersama untuk menyusun keperluan industri dengan graduan-graduan yang ditawarkan ke dalam sektor pekerjaan. Ini sangat penting, jadi kita boleh sebagai contoh, kita ambil pengalaman kita di Kedah, sebuah syarikat nak masuk, dia kata dia nak 1,000 pekerja, daripada 1,000 pekerja itu, dia kata dia nak 400 orang engineer dan dia akan masuk dalam tempoh 2 tahun, 3 tahun. Jadi kita dah boleh buat perancangan dengan universiti-universiti ini, untuk membekalkan engineer sedemikian jumlahnya dan berapa ramai technician, daripada kolej mana dan semua. Hari ini zaman big data, zaman AI semua ini boleh dilakukan dengan mudah, bukan zaman tahun 70-80an, yang kita guna spreadsheet yang jauh ketinggalan. Jadi, saya mencadangkan agar… (YB. Kota Darulaman minta laluan)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, boleh mencelah?

Speaker

Tak bagi laluan lagi YB.

Jadi saya mencadangkan agar Kerajaan Pusat melihat usaha ini sebagai satu usaha yang sangat serius perlu diberi perhatian. Janganlah biarkan anak-anak kita, khususnya anak-anak orang susah, orang miskin yang mungkin latar belakangnya tidak seberapa, ingin dan berharap untuk mengikuti program-program baik di universiti-universiti awam. Mereka tak mampu nak pergi universiti-universiti swasta yang mahal yurannya. Mereka mengharapkan universiti awam, tapi apabila sampai ke universiti awam, program-program ditawarkan kepada mereka bukanlah program-program yang dapat menjamin peluang kerja yang baik. Ini adalah satu penganiayaan kepada anak-anak kita. Jadi Kementerian Pengajian Tinggi harus melihat perkara ini dan tidak ada konsep program lelong lagi sepatutnya berlaku dalam dunia moden hari ini.

Speaker

3 minit lagi YB. Jitra.

Di samping itu YB. Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang usaha kita membangunkan satu kawasan dipanggil Renewable Energy Zone yang mana kita merancang untuk menghasilkan sekitar 2 ke 3 gigawatt renewable green energy daripada solar. Jadi, Renewable Energy Zone ini adalah satu inisiatif kerajaan negeri yang telah diusulkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kita ada anak syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan ini iaitu KESTER di bawah Invest Kedah, yang akan memacu agenda ini. Apa yang ingin saya nyatakan disini, telah sampai masanya dan waktunya negeri tidak lagi boleh bergerak dan membiarkan mereka yang datang dari Putrajaya mengatur kita semahunya. Kita harus menjadi sebahagian dan mempunyai equiti dalam setiap pembangunan strategik yang mereka lakukan di negeri kita ini. Jadi dengan kata lain, kita harap ke depan ini semua projek-projek pembangunan infrastruktur yang boleh menjana pendapatan dan kekayaan kepada negeri, ada kepentingan negeri di dalamnya, ada equiti negeri di dalamnya, yang inilah yang sedang kita usahakan, yang dipanggilkan non-tax revenue yang harus menjadi agenda kita untuk meningkatkan kekayaan kita, kerana tax revenue adalah sesuatu yang mungkin membebankan pengguna, membebankan rakyat. The non-tax revenue ini adalah usaha baru kita bagi membolehkan kita memacu ekonomi kita.

Jadi, akhir kata YB. Speaker, di penghujung ini saya juga ingin seperti sahabat-sahabat lain, walaupun saya tidaklah arif sangat dalam berpantun, saya sebelum pantun itu, saya nak kata, YB. Speaker, kita mungkin anak petani penoreh getah dan apa jua. Kita datang dari latar belakang yang cukup daif dan ada ketika kadangkala menitis air mata untuk cerita. Tapi hari ini kita berdiri di sini, di dalam Dewan Yang Mulia ini, di bawah kepimpinan Menteri Besar kita dan sahabat-sahabat semua, ini masa kita untuk memberikan yang terbaik buat negeri ini agar apabila kita bersara kita rasa puas dan bahagia bahawa kita telah melakukan yang luar biasa walaupun kita orang biasa pada pandangan mata semua. Jadi usahakan semua untuk kita menjadi sebahagian daripada cerita kebangkitan negeri kita, The Greater Kedah yang kita impikan pada tahun 2050 kita mencapai GDP RM576 bilion dan journey ini akan disambung oleh anak cucu kita sehingga tahun 2125, 100 years from today untuk membina sebuah negeri yang berjaya dan maju. Jadi saya sudahi akan kata-kata saya dengan sedikit pantun, iaitu;

Pohon jati akar berlengkar, Di tepi sawah tempat bertemu, Kita bersatu jangan bertengkar, Negeri sejahtera, rakyat maju.

Biarlah kelak sejarah mencatat bahawa kita adalah generasi pemimpin yang bangkit membina dan bukan mereka yang meruntuhkan harapan ketika mana kami menghulurkan tangan dan semua kita harapkan memberi sokongan bagi membolehkan sebuah agenda besar negeri, The Greater Kedah menjadi kenyataan. Bangsa Kedah, bangsa berjaya. Akhir kalam, saya dengan ini menjunjung kasih dan menyokong akan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Wabillahitaufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Jitra. Seterusnya Yang Berhormat Sungai Limau. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu wassalamu ‘ala Rasullillah Hil Amin, Waala Alihi wa sahbihi ajma’in, Rabbi syrahli sodri, Wayassirli amri, Wahlul ‘uqdatam millisani, Yafqahu qawli, Amma baq. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, seluruh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan peringkat Persekutuan dan juga negeri, barisan pengamal media, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk sama-sama menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman pada pagi ini hari yang terakhir yang sudah pasti kita semua akan melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan amanah kepada kita dalam setiap posisi yang semua amanah-amanah itu akan disoal dan ditanya oleh Allah SWT.

Sebelum itu, izinkan saya untuk merakamkan penghargaan ucapan jutaan terima kasih serta menjunjung kasih atas titah ucapan perasmian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada hari pertama Pembukaan Sidang Dewan kita. Kita gulung selepas daripada YB. Jitra ni payah, dengan nada tinggi kita cakap slow.

Tapi insyaAllah, sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini, kalau kita melihat kepada Ucapan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, banyak meyentuh tentang peranan dan fungsi Ahli-ahli Yang Berhormat, juga meyentuh tentang Islam sebagai ataupun agama rasmi, Undang-undang Tubuh Negeri dan juga Perlembagaan Persekutuan tentang bagaimana Kedah ini yang pernah suatu ketika dahulu maju. Maju bukan sekadar kebendaan tetapi maju kerana melaksanakan Islam sebagai ajaran.

Jadi, bersempena apa yang telah pun dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, saya mengajak kepada kita semua dalam soal dasar dan pelaksanaan gerak kerja yang kita laksanakan. Izinkan saya untuk menegaskan bahawa perkara asas yang cukup besar dan maknanya iaitu untuk kita melahirkan insan yang beriman yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dalam setiap urusan pentadbiran, kepimpinan dan juga dalam usaha kita melahirkan modal insan yang kita sebut mereka itu semuanya khususnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman. Ayat yang seringkali diulang-ulang untuk kita baca. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam Suratun Nisa Ayat 58;

إِنه َٱَّلله ۡيَأۡمُرُكُم أَن ْتُؤَد وا ِٱْلۡ َمََٰ نََٰت َٰإِلَى ۖأَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡ تُم َبَيۡن ِٱلنهاس أَن ْتَحۡ كُمُوا ِۚبِٱلۡعَدۡ ل إِنه َٱَّلله نِعِمها يَعِظُكُم بِهِۦ إِنه َٱَّلله َكَان سَمِيعَ ا بَصِ يرٗ ا

"Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu untuk menyampaikan amanah, melaksanakan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum sesama manusia, hendaklah kamu menghukumnya dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sesungguhnya Allah maha mendengar, lagi maha melihat."

Amanah Yang dipikul oleh setiap kita, kalau seluruh kita melaksanakan amanah tersebut mengikut garis panduan sama ada garis panduan tugas ataupun garis panduan dari sudut agama, sudah pasti kita akan melaksanakan bukan hanya sekadar untuk mendapat pujian daripada ketua, bukan hanya sekadar untuk menyampaikan dan melaksanakan amanah yang akan dinikmati oleh orang lain, tetapi juga pelaksanaan kita dalam setiap pekerjaan kita. Ia akan dinilai oleh Allah SWT dan Allah akan berikan ganjaran atas apa yang kita laksanakan. Inilah tuntutan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan supaya kita pastikan bahawa ajaran Islam bukan hanya kita laksanakan dari sudut pemahaman kita, ia merupakan amalan peribadi, urusan peribadi tetapi sebenarnya semua yang kita laksanakan dalam kehidupan kita adalah mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Itulah tuntutannya.

Sesungguhnya Yang Berhormat Speaker dan Ahli Sidang Dewan yang mulia sekalian, antara punca utama sesebuah negara atau negeri bergelut dalam membina pentadbiran yang benar-benar berteraskan nilai Islam ialah kerana kita masih dibelenggu oleh warisan pemahaman sistem pentadbiran yang ditinggalkan oleh penjajah. Satu sistem yang secara halus dan terancang telah mengasingkan agama daripada urusan pentadbiran dan pemerintahan. Penjajah bukan sekadar datang merampas tanah dan hasil bumi kita, tetapi lebih daripada itu mereka berusaha merobohkan sistem nilai dan pemikiran kita dengan menjauhkan Islam daripada ruang kuasa pentadbiran dan juga undang-undang. Seolah-olah Islam dianggap asing dalam kehidupan kita seharian, sedangkan Allah SWT menegaskan di dalam Al-Quran; Inna dina'inda Allahil-Islam. “Sesungguhnya agama ataupun cara hidup yang diredai oleh Allah SWT adalah Islam” dan Allah SWT juga telah meletakkan garis panduan untuk kita pastikan bahawa semua yang kita laksanakan berpandukan kepada agama, kita akan mendapat keberkatan, kita akan mendapat kebaikan, ganjaran daripada Allah SWT.

Bayangkan kalau di kalangan kita seluruh pegawai-pegawai, Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakyat jelata seluruhnya, kita menganggap bahawa semua yang kita laksanakan sama ada dalam urusan pekerjaan kita sebagai contoh, tak kiralah apa jua pekerjaan yang kita buat kita menganggap pekerjaan itu kerana melaksanakan perintah Allah, bukan sekadar bekerja untuk mencari rezeki tetapi kerana melaksanakan perintah Allah. Allah memerintahkan kita untuk mencari rezeki yang halal maka kita bekerja. Sepanjang kita keluar daripada rumah, sehinggalah kita balik rumah, sepanjang waktu itu, itulah ibadah kita, ubudiyyah kepada Allah SWT. Kalau setiap daripada kita beranggapan sedemikian, kita keluar bekerja, kita sedang beribadah, kita keluar bekerja, Allah melihat apa yang kita buat, kita keluar bekerja, setiap yang kita buat, dikira, dihisab oleh Allah sama ada kebaikannya ataupun dosa yang kita buat semuanya dinilai oleh Allah SWT.

Mana mungkin dalam tengah kita beribadah kepada Allah mempunyai niat yang baik itu, kita akan melakukan perkara-perkara buruk, amalan-amalan yang dimurkai oleh Allah SWT, rasuahnya, tipunya, menganiaya orangnya, mana mungkin kalau kita melaksanakan sifat ihsan yang disebut dalam hadis baginda Rasullullah SAW:

أ ْن َتَعْبُد َهاللّ َكَأَنهك ،ُتَرَاه ْفَإِن ْلَم ْتَكُن ،ُتَرَاه ُفَإِنهه َيَرَاك

"Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya; sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya, maka (ketahuilah bahawa) sesungguhnya Dia melihatmu." (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Sifat ihsan yang disebut iaitu kita melaksanakan sesuatu urusan. Ubudiyyah kita kepada Allah SWT, seolah-olah kita melihat Allah. Kita ambil perumpamaan contoh, kita dengan manusia pun kalau orang besar di hadapan kita, sudah pasti kita akan buat kerja bersungguh-sungguh supaya pekerjaan itu dinilai baik tetapi sudah pasti di dunia ini kita tidak akan melihat Allah, tapi satu keyakinan yang mesti ada pada kita. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa melihat apa yang kami kerjakan. Inilah yang perlu kita bawa dalam setiap urusan kita Khususnya pekerjaan dan generasi inilah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan sekalian tuan-tuan, puan-puan yang mengikuti secara langsung untuk kita nak bina generasi inilah yang takut kepada Allah SWT yang melaksanakan sungguh-sungguh pekerjaannya kerana Allah. The Greater Kedah yang kita ungkapkan, yang kita ucapkan untuk bukan hanya mengembalikan kegemilangan Negeri Kedah yang pernah kita capai dulu untuk masa depan kita nak menjadikan negeri kita ini negeri yang maju. Sejarah telah membuktikan bahawa dulu kita pernah maju dan Tuanku Baginda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Contoh, Tuanku Sultan sebut dalam muka surat 8, Tamadun Kedah Tua juga perlu ditonjolkan sebagai produk pelancongan yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi terutamanya dari segi kemajuan teknologi, kebudayaan dan perdagangan antarabangsa sehingga membawa kepada kegemilangan warisan tamadun yang bertunjangkan agama Islam.

Speaker

5 minit lagi YB. Sungai Limau.

Islam pernah maju dulu di negeri kita dan di zaman baginda Rasulullah S.A.W, penubuhan negara Islam Madinah pada waktu itu Madinah rakyatnya majmuk, bukan hanya semua Islam tetapi di kalangan bukan Islam juga ditadbir dalam negara Islam Madinah. Kegemilangan Islam selepas baginda Rasulullah S.A.W, Khulafa Ar-Rasyidin juga semuanya berteraskan Islam. Jadi, marilah kita mengembalikan keyakinan kita, pemikiran kita, pentadbiran kita dalam segala yang kita laksanakan dengan memastikan bahawa Islam tetap menjadi ajaran dan rujukkan kita. Sudah tiba masanya untuk kita keluar daripada belenggu warisan kolonial. Kita perlu membina semula sebuah sistem pentadbiran yang bukan sahaja cekap dan berkesan tetapi juga berteraskan nilai Islam yang sebenar, adil, amanah, berintegriti, sejahtera dan membawa rahmat kepada seluruh rakyat. Nabi S.A.W juga bersabda;

مَا ْمِن وَل يَلِي ،ًرَعِيهة َوَهُو عَسَى لَهُم، إِّله َحَرهم ُهاللّ ِعَلَيْه َالْجَنهة

"Tidak ada seorang pun pemimpin yang bila diberikan amanah dia menipu rakyatnya. Maka yang Allah SWT sediakan untuknya di hari akhirat dia dijauhkan daripada Syurga". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Inilah yang perlu kita pegang supaya kita akan melaksanakan tanggungjawab kita dengan penuh sungguh-sungguh apa yang Allah S.W.T. perintahkan. Kita bangkit bukan hanya untuk membetulkan system, tetapi untuk menyambung kembali hubungan kita dengan Allah melalui pentadbiran yang berasaskan Islam.

Speaker

Pohon laluan untuk YB. YAB. Jeneri mengemukakan usul.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a) dibaca dengan usul di bawah Peraturan 12 (Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman) supaya Sidang Dewan pada hari ini diteruskan sehingga selesai atur cara Mesyuarat Dewan. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.

Speaker

Terima kasih Merbau Pulas. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tersebut. Sekian, terima kasih. Silakan sambung YB. Sungai Limau, tinggal seminit lagi. Tak pa, lajak sikit tak pa.

Saya minta 3 minit saja YB. Speaker.

Speaker

Silakan YB.

InsyaAllah, saya sebut dalam jawapan kepada YB. Lunas, soalan. Ada 7 gagasan yang telah pun kerajaan letakkan untuk Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Islam iaitu untuk merealisasikan hala tuju Kedah 2035, yang pertama menjadikan pengurusan agama di Negeri Kedah sebagai rujukan dunia. Yang kedua menjadikan seluruh daerah di Negeri Kedah subur dengan pemberdayaan ilmu. Kita ada Raudatul ilmi, kita ada program Nur ala Nur di jabatan-jabatan dan juga program sokongan kita, penghayatan Al-Quran untuk kita bacakan di awal pagi dan kita harap ia dikembangkan kepada seluruh jabatan-jabatan, institusi-institusi pendidikan sehinggalah Al-Quran ini dibaca di rumah-rumah kita.

Yang ketiga memperkasa agenda kewangan Islam sebagai instrumen pembangunan. Kita berbangga dengan Zakat. Alhamdulillah, Zakat telah pun banyak untuk membantu masyarakat kita. Alhamdulillah hari ini, GLC-GLC Kerajaan, PKNK, KHDP dan juga anak-anak syarikat kerajaan, CSR yang dibuat juga untuk membantu masyarakat dan kita juga di peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah akan menyelaras maklumat-maklumat, sumbangan-sumbangan, program-program yang telah pun dilaksanakan di masjid-masjid supaya kita tahu nilai dia dan ini juga merupakan antara instrumen pembangunan Islam melalui kewangan Islam.

Yang keempat, mengangkat usaha dakwah merentasi gender dan peringkat umur masyarakat. Yang kelima memperkasa undang-undang syariah dan penyelesaian isu kekeluargaan. Keenam mengangkat martabat institusi pondok dan sekolah agama rakyat dan yang ketujuh kemenjadian pelajar daripada sekolah-sekolah seluruh negeri Kedah Darul Aman.

Kita meletakkan perkara ini dan kita telah melaksanakan program dan agenda-agenda untuk melaksanakan apa yang telah pun kita letakkan. Yang menjawab beberapa isu yang telah pun dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sentuh secara direct. Pertamanya, ketua pembangkang tentang cadangan sistem solar. Alhamdulillah, masjid-masjid sebenarnya bukan pembiayaan kerajaan tetapi ia merupakan pembiayaan swasta. Bukan negeri yang keluarkan duit, masjid pun tak keluarkan duit. Syarikat swasta yang berkehendak nak tempat, jadi Majlis Agama Islam membenarkan beberapa masjid.

Yang seterusnya, Bukit Pinang tentang IOCC Langkawi dan kertas telah pun dikemukakan oleh Telekom Malaysia kepada kerajaan beberapa cadangan sebab ia memerlukan kos yang tinggi dan kita akan angkat kepada Kementerian Digital pada waktu yang terdekat, insyaAllah.

Berkaitan dengan penerangan, program-program di RTM, memang sampai hari ini masih tak boleh tapi kita akan cuba sebab tadi pun Yang Berhormat Pembangkang, menyebut kerjasama negeri dan Persekutuan. Negeri, kita bersedia untuk bekerjasama tapi kalau YB. Menteri mai pun tak jumpa kita, tak jemput kita hadir program, mesyuarat pun tak buat, bagaimana kerjasama itu dapat kita jalankan. Dan juga kita mengharapkan institusi-institusi di bawah kerajaan negeri lah untuk melaksanakan program-program yang telah pun dirancang di peringkat negeri dan kita juga mengharapkan semua seluruh jabatan-jabatan berkaitan penerangan ini untuk kita sampaikan maklumat kepada masyarakat. Jadi, ada beberapa lagi soalan dibangkitkan oleh YB. -YB. Pantai Merdeka, Bakar Arang dan juga Bukit Lada yang saya tak sempat untuk jawab tapi insyaAllah kita akan sampaikan secara bertulis dan apa yang boleh kita kongsi kita di peringkat negeri berusaha untuk melaksanakan perkara-perkara yang menjadi agenda negeri untuk mensejahterakan rakyat di Negeri Kedah Darat Aman dan kita juga mengharapkan supaya di peringkat Persekutuan ‘federal’ dia juga memahami tugas federalisme yang kita sebut dan semua pakat faham tanggungjawab. Negeri serah kuasa, tapi bukan serah semata-mata, ada hak-hak negeri yang perlu diberikan kepada negeri oleh Persekutuan. Kita harap ia akan dipulangkan kembali antaranya kerjasama yang disebut oleh YB. Bakar Arang tadi. Tapi kalau kita minta seeemua tak layan, duk layan negeri sebelah sahaja bagi ‘cemey’ pun bagi. Jadi, itu juga kita nampak tidak adil kepada negeri yang kita cintai. Jadi terimalah dua rangkap pantun;

Madrasah ilmu surau diseri, Anak watan di asuh rapi, Agama disemai dalam diri, Agar hidup diredhai Ilahi.

Bersama memimpin Kedah tercinta, Menjaga amanah tak pernah leka, Biar berbeza dalam pandangan kita, Tujuan sama untuk rakyat sejahtera.

Dengan ini saya menyokong Ucapan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Alkholu qauli haza wa astaghfirullhalaẓim liwalakum. wassalamualaikum waraḥmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Limau. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Merbau Pulas.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam Wabarakatuh.

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu wassalamu ‘ala Asyrafil Anbiya’i wal Mursalin, Sayyidina Muhammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang saya kasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Yang Berbahagia Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN, Pegawai-pegawai daerah yang saya kasihi, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, seterusnya hadirin yang dihormati sekalian. Saya mulakan penggulungan saya ini dengan surah As-Sajidah ayat 5;

ِالرهجِ يم ِالشهيْطَان َمِن ِبِاَّلله ُعُوذ أ ُيُدَب ِر َٱْلۡ َمۡ ر َمِن ِٱلسهمَا ء إِلَى ِٱْلۡ َرۡ ض ثُمه ُيَعۡرُج ِإِلَيۡه فِى يَوۡ م َكَان مِقۡدَارُهُۥ َأَلۡف سَنَة م ِمها َتَعُد ون

"Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepada-Nya dalam satu yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitungan kamu."

Syukur Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT, kerena dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita masih lagi dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah rakyat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri ini dengan penuh tertib, semangat demokrasi dan rasa bertanggungjawab yang tinggi. Terlebih dahulu izinkan patik mengambil kesempatan

ini untuk merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman di atas titah ucapan sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-15 pada 20 April yang lalu. Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah memberi panduan serta arah tuju yang jelas kepada patik semua, khususnya dalam urusan memperkukuhkan dasar pentadbiran, mempercepatkan pembangunan negeri dan memperkasakan kesejahteraan rakyat.

Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah di atas kepimpinan yang berwawasan serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memperjuangkan agenda pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Tidak lupa juga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang sangat prihatin dan semangat yang ditunjukkan amat dihargai dan menjadi bukti bahawa kita semua komited dalam melaksanakan amanah rakyat dengan sebaik mungkin. Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, bersama pegawai-pegawai kerajaan negeri dan Pesekutuan yang selama ini banyak membantu dan bertungkus- lumus memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi demi memastikan rakyat Negeri Kedah mendapat bantuan dan manfaat yang sewajarnya yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pesekutuan. Saya berharap semangat kerjasama ini akan terus dikekalkan demi memastikan segala dasar dan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar, efisien dan memberi manfaat yang menyeluruh kepada seluruh rakyat Negeri Kedah.

Merujuk kepada Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Kerajaan Negeri melalui portfolio Ahli-Ahli Majlis Masyarakat Kerajaan akan terus mempergiatkan pelaksanaan dasar yang digariskan sejajar dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan Gagasan The Greater Kedah demi kelangsungan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat Negeri Kedah.

Bagi menggulung perbahasan berkaitan kesejahteraan masyarakat, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan setiap dasar program dan inisiatif yang dilaksanakan benar-benar menyentuh keperluan rakyat di setiap lapisan masyarakat. Pelbagai langkah diambil oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, termasuk penambahbaikan sistem kebajikan, pembangunan ekonomi setempat, pemerkasaan pendidikan, kesihatan dan perumahan rakyat. Seperti Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang menekankan bahawa kesejahteraan rakyat adalah nadi penting bagi sebuah kerajaan yang baik dan stabil.

Yang Berhormat Speaker, saya ingin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB. Bayu, iaitu mengenai Ketua Kampung, MKK. Setiap MKK di Daerah Baling, di DUN Bayu, yang disebut oleh DUN Bayu, satu kampung 3,000 penduduk yang berada di bawah satu kampung yang disebut oleh DUN Bayu. Sebenarnya MKK ini adalah berkhidmat di luar kampung, di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan. Bukan dalam kawasan taman, dalam kawasan kampung sahaja dan di dalam Parlimen luar bandar. Namun sekiranya terdapat kampung yang terletak di luar kawasan operasi PBT, di dalam Parlimen bandar, kampung tersebut akan diambil kira sebagai MKK. MKK boleh ditubuhkan di kampung mana-mana dilantik yang mempunyai bilangan penduduk 1,000 orang. Bayu, 1,000 orang! 200 buah rumah bagi kampung di Semenanjung Malaysia. Jadi, Tuan Pengawai Daerah dengan Penghulu, tengok baliklah yang dirungut oleh YB. Bayu.

Bagi penubuhan MKK yang kurang daripada 1,000 orang ataupun kurang daripada 200 buah rumah, perlulah menyediakan justifikasi kepada pejabat daerah untuk penilaian. Ada kampung yang tak sampai, apa semua tu, perbincangan di peringkat anak-beranak lah, diperingkat daerah dengan penghulu. Pembahagian, mungkin kawan itu saya rasa macam ni, dia duduk kampung nu, beradik-beradik dia banyak kampung ni, lepas tu dia nak ambil kampung itu juga sebagai dia penyelia. Ini anggapan saya, tapi insyaAllah kita percaya, yakin penuh kepada semua pegawai-pegawai daerah dapat menangani insyaAllah, apa yang telah ditimbulkan oleh Bayu itu. Jumlah kampung di Kedah ni sebanyak, yang terbarulah 1,100 kampung yang didaftarkan di bawah Pelan Malaysia. Jadi kalau ikut yang ni, kita ada 1,240 ketua kampung. Mana satu ketua kampung, satu kampung. Tapi ini jumlah yang telah dibuat oleh Pelan Malaysia dan mungkin ada kampung-kampung kecil yang tak masuk daftar tu. Kadang-kadang naik bukit sikit, kampung lain, dia panggil kampung gon, turun bukit, kampung turun bukit, tepi sungai, kampung tepi sungai. Sedangkan kampung yang besar tu, kampung yang lain. Mungkin itu juga berlaku, kampung-kampung dalam Kawasan, dalam DUN yang kita ada. Seterusnya, tak mahu jawab banyak tentang MKK sebab MB kata, “kena jawab sikit-sikit saja”. Dia kata, “man kasura kalamun, kasura zambun”. “Siapa banyak cakap, dia kata banyak dosa”. Itu saya pun tak mahu banyak cakap. MB pesan (sambil ketawa). Jadi saya akan jawab secepat mungkin. Itu disebut sikit lah, YB. Sidam sebut infra. Kalau kita lihat di Kedah ni, kalau dalam bandar tu mungkin saya rasa infra tu sudah agak kesesuaian, mencukupilah untuk masyarakat bandar.

Cuma dari segi sampahnya sikit, sampah tu kita yang buat dia. Kita yang tak buang, kita yang tak ada siviknya. Kita lempar sampah ikut suka kadang-kadang. Tapi dari segi peraturan bandar tu saya rasa dah agak selesa lah di Kedah ni. Dan yang saya sebutkan di sini adalah antaranya luar bandar. Luar bandar ni memanglah, dalam bandar ni hebat. Dan orang bandar, orang luar bandar lah yang kadang-kadang

banyak berlaku kekurangan infra di luar bandar. Antara inisiatif kerajaan yang disediakan adalah dari segi kerja-kerja penyelenggaraan jalan, kampung dan jambatan di kawasan kampung, luar bandar, penurapan jalan minitar, serta banyak lagi projek-projek kecil yang memberi manfaat kepada kesejahteraan penduduk di kawasan kampung-kampung. Secara tak langsung, berikutnya adalah jumlah bagi keseluruhannya bagi fasa 1 tahun 2025, sebanyak 309 projek yang melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM38 juta telah diperuntukkan kepada 12 daerah bagi perbelanjaan projek-projek berkaitan. Iaitu projek-projek mengenai jalan tar, parit, semuanya untuk luar bandar. Daerah Kuala Muda saja 28 projek RM7.2 juta, Baling 21 projek RM31 juta, Kulim RM34 juta, Bandar Baharu RM24 juta, Langkawi RM1.8 juta, Pendang RM2.3 juta, Yan RM2.2 juta, Kubang Pasu RM3.2 juta 24 projek. Keseluruhannya 309 projek berjumlah RM38.18 juta termasuklah Sik 23 projek RM21 juta.

Jadi, ini diantara sebahagian kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memastikan penduduk luar bandar juga dapat menikmati pembangunan yang ada dan sebagai pembangunan yang mereka memudahkan urusan mereka untuk berurusan ke urusan-urusan harian mereka. Yang lain saya tidak nak sebut dah tentang sosial, tidak nak sebut sebab tak banyak ditimbulkan cuma kita berdoa kepada Allah S.W.T semoga kita akan diberkati dan dimurahkan rezeki, dimudahkan segala urusan kita untuk kita menjalankan tugas kita dan seterusnya saya akan menjawab sedikit bagi pihak adinda saya ADUN Bukit Kayu Hitam dan kita berdoalah kepada Allah S.W.T semoga Yang Berhormat terus kembali sihat seperti sediakala dan dapat meneruskan tugasan yang telah diamanahkan dengan segera, insyaAllah.

Dalam Portfolio Kebajikan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang dibangkitkan oleh YB. Bandar Baharu, insentif kerajaan negeri kepada sukarelawan-sukarelawan membantu mangsa banjir. Untuk makluman YB Bandar Baharu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan pelaksanaan Skim Elaun Kewangan Sukarelawan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dengan menggunakan peruntukan sedia ada B.15 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah tahun 2024. Program sukarelawan dan khidmat sosial yang melibatkan ahli komuniti sebagai sukarelawan diwujudkan sejajar dengan strategi yang telah ditetapkan dalam Dasar Kebajikan Negara 1990 yang memberi penekanan kepada membina dan memupuk semangat tolong-menolong, saling membantu ke arah masyarakat yang Sejahtera. Peranan sukarelawan menjadi semakin penting bukan sekadar sebagai mata dan telinga Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kerajaan Negeri Kedah, tetapi juga sebagai ejen perubahan dan pembangunan masyarakat setempat. Sehingga bulan Julai 2024, seramai 606 orang telah berdaftar sebagai sukarelawan JKM Negeri Kedah dan yang aktif seramai 224 orang melibatkan sukarelawan program khidmat bantu di rumah.

Selain itu, lebih 5,000 sukarelawan NGO kebajikan dan seluruh Negeri Kedah telah menjadi Rakan Strategik JKM Kedah dan terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarelawan kemasyarakatan, termasuk digerakkan dalam misi bantuan banjir. Ini pun juga nak ringkaskan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Objektif pelaksanaan Skim Elaun Kewangan ini adalah satunya, memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan sukarelawan. Dua, memberi penghargaan berbentuk token tunai dalam usaha meningkatkan kemahiran dan motivasi. Yang ketiga, melahirkan barisan sukarelawan Negeri Kedah yang berdaya tahan, bermotivasi. Pelaksanaan program melibatkan kuota 10 orang sukarelawan dalam pertubuhan sukarelawan kebajikan masyarakat bagi setiap 12 daerah dalam tempoh 12 bulan yang akan melibatkan seramai 120 orang sukarelawan.

Selain itu, penglibatan sukarelawan ini akan diatur secara penggiliran. Elaun kewangan tersebut dipertimbangkan secara himpunan mata di atas kerja-kerja sukarelawan yang dilaksanakan. Sebagai contoh, setiap program, satu program RM2 lima mata points dia. Yang kedua, maksimum yang dibenarkan 50 mata sahaja. Yang seterusnya, RM2 kali 50 mata dia akan dapat sekali program dapat RM100. Itu yang diberi lah. Program yang dianjurkan merupakan insentif kepada Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Masyarakat Daerah.

Seterusnya, saya akan memberi sedikit penjelasan mengenai Kuah yang disebut oleh YB. Kuah, masalah sosial dan keharmonian penduduk Langkawi, cadangan pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga. Untuk makluman YB. Kuah, Kawasan Rukun Tetangga berperanan sebagai ejen yang membantu menjadikan mekanisme perantaraan dan pendamai dalam komuniti dan boleh bertindak sebagai mata telinga kepada pihak yang berautoriti. Jadi, di sini disebut fungsi dia menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, Kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup. Kedua, menerima maklumat untuk memerhati dan menyiasat semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan. Yang ketiga, mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah.

Empat, menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selain menyelesaikan apa-apa pertikaian. Lima, menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh ketua pengarah dari semasa ke semasa.

Terdapat 27 Kawasan Rukun Tetangga di Daerah Langkawi yang ditubuhkan sejak 1996. Kalau nak semua ini kita akan bagi, tapi cuma nak sebut saja kat sini dan juga untuk pengetahuan YB. Kuah juga di Langkawi ada 20 Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang melibatkan jumlah keanggotaan peronda seramai 1,031 orang.

Berikut adalah senarai skim, saya tak nak bagi senarai skim ni banyak, senarai ni banyak sehingga 20. Akhirnya itulah jawapan yang saya boleh beri, mewakili adinda saya, YB. Bukit Kayu Hitam.

Jadi, terusnya sebagai penutup ucapan penggulunggan saya pada hari ini, izinkan saya sekali lagi merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan yang penuh berhemah demi kesejahteraan, kemakmuran rakyat Negeri Kedah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Segala pandangan, cadangan dan kritikan yang telah dikemukakan akan diambil maklum, diberi perhatian dan diambil tindakan selanjutnya oleh pihak kerajaan negeri demi memastikan setiap dasar program dan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memberi infak positif kepada rakyat dan pertimbangan negeri. Dan saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia DO Kulim, sebab dia akan bersara tidak berapa lama lagi. Saya ucapkan terima kasih, tahniah pada semua kerjasama yang baik diberikan kepada pihak, sebagai ADUN Merbau Pulas dan juga kepada Yang Dipertua MPKK, Yang Dipertua PBT Hi-Tech, dulu saudara Encik Halim, dan sekarang ni Puan Sunita, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada JKR, JPS, semua agensi yang membantu, sebab Merbau Pulas ni KHTP itu adalah Merbau Pulas itu ada dalam DUN Merbau Pulas dan sebahagiannya Lunas sedikit. Jadi, kami kedua-dua ni memohonlah kerjasama yang baik semua agensi yang ada di situ melihat dan memantau kampung-kampung yang kecil di kawasan-kawasan MPKK dan juga PBT Hi-Tech, semoga mereka tidak terpencil dan terus terpencil daripada arus pembangunan.

Inilah yang kita nak dapat pihak Majlis dan juga pejabat daerah dan juga PBT Hi-Tech melihat kampung-kampung ini. Antaranya Kampung Padang Cina, Kampung Padang Meha, itu kampung-kampung yang agak tersepit, Kampung Baru, tersepit dalam pembangunan arus perdana yang hebat dengan industri yang begitu hebat. Jadi, masyarakat di situ selalulah merayu, memohon supaya apa-apa, kadang-kadang berlaku banjir kilat, kadang-kadang berlaku kesesakan, pengorbanan-pengorbanan dilakukan kepada mereka itu sepatutnya diberi penghargaan yang setimpalnya kepada mereka, insyaAllah.

Akhir kata, saya doakan agar kita semua sentiasa diberi kekuatan, keikhlasan dan kebijaksanaan dalam meneruskan khidmat kepada rakyat dan negeri yang kita cintai ini. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dan dipemudahkan oleh Allah S.W.T. "Rabbana ighfir lana dhunubana, wa kaffir ‘anna sayyi’atina, wa tawaffana ma ‘al-abrār." Izinkan saya sudahi penggulungan saya dengan serangkap pantun;

Laksa Kedah kuah pekat dan pedas, Makan sekali dengan timun muda, Sekian gulungan saya yang ringkas, Kalau terlebih mohon maaf dipinta.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Merbau Pulas, memberi masa yang lebih kepada Yang Amat Berhormat Jeneri. Bermakna hadam sungguh ayat yang baca awal tadi itu, cuma YAB. Jeneri itu gempar saja, dia nak ambil masa.

Seterusnya, dipersilakan Yang Amat Berhormat Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih YB. Speaker. Yang Berhormat rakan-rakan di belakang saya, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang, Yang Berhormat Dato’ Wira Pegawai Kewangan dan pasukannya, Yang Berhormat Dato’-Dato’ Ahli Yang Berhormat EXCO, ADUN-ADUN, Ketua Pembangkang, rakan saya kelmarin masuk bilik saya, lepas ni dia langkah mai sebelah sini pulak (sambil ketawa).

Terima kasih pada rakan-rakan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, bermula dari hari kedua sampailah kemarin. Tidak banyak isu-isu besar yang dibangkitkan pada persidangan kali ini, tapi banyak depa duk kacau YB. Jitra (sambil ketawa). Kalau suara deras depa kacau. Kita cakap pelan-pelan sudah na? Pertama sekali saya nak betulkan satu fakta yang telah dibangkitkan dalam jawapan soalan lisan kelmarin dulu.

Saya sebutkan tentang KAGUMN (Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara) yang telah menghasilkan satu cadangan yang dikemukakan dalam MPFN (Majlis Perancang Fizikal Negara), RM41 juta. Tau-tau surat khabar tulis saya tolak. Saya tak tau, surat khabar ni mengaji sekolah mana tak tau? (sambil ketawa) Pi sekolah mana? Tengok balik video itu YB. Sidam, bila saya kata saya tolak. Tak dak! Saya kata, “kita kemukakan maklum balas kita, kaedah pengiraan kita, beberapa mekanisme yang kita ambil kira untuk kita buat tuntutan

RM200 juta”. Bukan kita tolak RM41 juta. Tapi tajuk kan no? Dia buat cerita bagi sensasi, macam kita ni berlagak lah, dia nak buat seolah-olah kita ni berlagak. Oh! bagi dah RM41 juta tak mau, nak RM200 juta, sombong kan no? Haaa…macam tu. Daaakkk!!! RM41 juta itu pun tak bayar pun, cuma dibangunkan sistem, dibuat kiraan, dicadangkan kepada MPFN. Kita pecahlah, kita kemukakan kita punya pula, itu dipanggil perundingan. Tak selesai lagi, sebab perundingan tak selesai, selama perundingan masih boleh berjalan di atas muka bumi ni kita akan guna lah kaedah tu. Dengan harapan, cadangan kita tu diterima pakai, capai satu konsensus antara kedua pihak dan dipertimbangkan.

Selepas itu depa kona pi lagi, kata bagi dah RM1 billion. Kata, “kut mana pulak dah RM1 bilion?” RM1 bilion tu bukan duit untuk ganti rugi kos melepas yang telah kita korbankan, RM1 billion tu buat projek “parit gila”, bukan Mail parit gila, dah aihh! Ini pun satu pasal juga. Oh! Kedah dapat dah RM1 bilion, minta apa lagi? Tak dapat pun, duit tu buat parit gila, bukan ganti cukai tanah yang kita hilang tu, bukan. Pun bukan RM1 bilion. Bagi kat MADA, buat parit gila, RM526 juta, RM235 juta lagi repair Empangan Pedu, butterfly bath tu. Kedua-dua tu RM761 juta, bukan RM1 bilion, bukan dapat kat state. Projek tu pula dibuat secara PFI, dibangunkan oleh PFI, MMC buat. Depa duk faham kata depa bagi kat kita RM1 bilion. Mai kut mana pulak? Ni saya keluar ayat tadi (sambil ketawa), sabar! Sabar! Kalau tak dak YB. Dato’ Seri Setiausaha ni, lama dah saya akan pi (sambil ketawa). Pasal benda tak betul, dipalitkan kepada kita supaya kita menjadi hitam, walaupun kita putih, taklah putih sangaaattt (sambil ketawa) cerah dah. Tapi sentiasa dipalit untuk kita menjadi hitam, pasal ni trend politik yang tidak sihat. Benda hat tak elok semua nak palit kat kita kan? Kalau projek tu kita dah ikut sistem, ikut prosedur, ikut SOP, ikut kontrak yang telah dipersetujui antara kita dengan pihak kontraktor yang menang tender terbuka, salah tu semua mai kat kita. Kata tak betul ni, seolah-olah kita yang buat projek tu. Bila pulak aku duk pi bawa ‘backhoe’ kut dalam tapak LRA tu? Tak ada, semua sistem tu telah mengikat, sistem kita ni telah mengikat kita. Kita follow lah sampai lah, sampai hujungnya ada penyelesaian, tamatkah, sambungkah. Walau bagaimanapun, ikut dalam sistem itu lah.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tidak pernah terlupa untuk mengingatkan kita tentang sejarah supaya kita ambil sejarah tu sebagai pedoman dan pengajaran dan sejarah tu jugalah ilmu untuk kita memahami senario semasa. Daripada latar belakang sejarah senario semasa inilah kita merancang untuk kita pergi ke depan. Itulah ilmu sejarah diajar, memahami masa lalu, memahami keadaan masa lalu, memahami keadaan semasa dan merancang untuk masa depan. Sebab itulah saya kata kegemilangan Kedah ini perlu dikembalikan oleh anak-anak Kedah, sebab itulah perjuangan kita ni tak pernah berhenti.

Jangan depa duk pi usik kita, suruh kita senyap. Kita tak akan senyap dan kita tak akan diam, perjuangan akan terus berjalan sampai kita mati, sampai kita menang, sampai kita mati. Kalau tak berjaya di zaman saya, mungkin berjaya di zaman generasi selepas saya. Mungkinlah selepas ini siapa-siapa yang mai duduk tang ni kan, duduk-duduk jadi EXCO, dia akan meneruskan usaha ni. Saya harap begitulah semangat kita, kecintaan kita. Kita buktikan kecintaan kepada negeri ni, dengan memperjuangkan nasib negeri ini. Jangan kita kata kita cinta negeri ni, tapi kita pejuang nasib orang lain. Bila kita cakap tentang negeri ini, ada sahaja ayat nak bantah, nak madamkan cahaya yang sedang kita nyalakan. Ada di negeri ini, oleh kerana ketaksuban kepada political master dia di tempat lain, dia duk sokong kawan tu. Padahal dia sedang memadamkan cahaya yang sedang kita usahakan. Saya kata, “itu bukan kecintaan kepada negeri, itu ketaksuban kepada fahaman politik”. Lagu mana kita tak taulah, dia ada hutang duit kawan tu ka, saya tak tau, tapi nampak macam tu.

Pemimpin-pemimpin politik yang mengaku kata mencintai negerii ni, duk nyanyi lagu Negeri Kedah kan, cinta akan Kedah, kena sokong benda-benda baik yang sedang kita bawa. Janganlah kerana kepentingan politik, semasa duduk di sini sokong, langkah pi duduk sana tak sokong pulak. Macam KXP (Kulim International Airport), semua yang duduk di belah sini dulu, tak ada siapa yang bantah KXP. Saya konsisten, saya semasa duduk di tempat YB. Sidam, Ketua Pembangkang, saya sokong KXP, sampai la ni terpacak sokong, tak berganjak langsung. Itu ahli politik yang ada prinsip, benda baik, sokong, kut mana pun tak apa. Tapi nampak kawan-kawan yang tak dak dalam Dewan ni dah, dulu depa duduk sini mereka yang bawa, kita sambungkan hat depa. Depa pi luar, depa hentam kita balik. Projek tu projek depa yang bawa, kata pelik hampa ni. Mengaji sekolah mana tau tau? Dunia ni dihiasi aksesori-aksesori yang tidak perlu. Kerat tauk buanglah orang jenis tu, aksesori yang tidak perlu. Tuan-tuan sekalian, kita pernah jadi negara industri…YB. Sidam nak cakap ka? Tunggu sat dulu. Baru introduction tu.

Speaker

Tak bagi lagi YB. Sidam.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Muqaddimah! Muqaddimah! Kita boleh pi sampai pukul 3.00 pasal ada usul dah, sampai selesai. YB. Sidam bukan kena sembahyang Zohor (sambil ketawa). Kita ada sejarah panjang, 2,000 tahun dulu kita terkenal sebuah negara industri, negara industri besi di sepanjang laluan perhubungan, semasa tu pakai sungai saja dengan laut. Sepanjang-panjang jalan perhubungan kita, kita ada industri besi.

Di sepanjang tu juga, di samping industri besi kita ada barangan setempat, rempah-ratus, bahan-bahan hutan yang didagangkan bersama kekuatan maritim kita pada masa itu. Pusat kita di Lembah Merbok itulah, di kaki Gunung Jerai, semua seluruh dunia. Kelmarin Pesuruhjaya Tinggi India mai, cerita tentang kegemilangan dulu yang perlu dibangkitkan semula. Dia pun mengikuti sejarah kita. Dia kata, “orang India dulu mai belayar, tengok Gunung Jerai itulah sebagai rumah api”. Nu di India. Orang India pun nampak, orang di sini tak nampak, pelik sungguh. Selepas berlaku perubahan iklim, jalan-jalan perhubungan yang kebanyakan memakai aliran sungai mula tertimbus. Maka industri besi semakin perlahan, pelabuhan-pelabuhan menjadi cetek. Sama dengan yang dibangkitkan oleh Kuala Kedah. Kita sedang berubah YB. Anak Bukit, alam ni Allah cipta memang macam tu, pada masa suatu ketika dalam, lama-kelamaan menjadi cetek, tapi orang saja, pada satu masa kurus, lama-kelamaan menjadi kembung. Bukan YB. Anak Bukit, orang lain! Orang lain!

Tu perubahan yang berlaku, baik kepada sungai, baik kepada tubuh kita. Dulu saya kecil, sekarang ni besar dah. Saya lah saya sebut tadi tu. Perubahan! Perubahan berlaku ribuan tahun dulu, akhirnya pelabuhan kita tertimbus. Maka Kedah daripada sebuah negara industri yang berdagang di sungai dan laut, telah berubah menjadi negeri pertanian, mula berpindah pusat pemerintahan di Lembangan Sungai Merbok ke Kota Siputeh. Daripada pentadbiran Tuanku Sultan Kedah yang gemilang ribuan tahun ini, menggagaskan perubahan ekonomi, beralih daripada industri kepada pertanian, mula diusahakan sawah padi. Sebab itulah sawah padi kita di Kota Siputeh banyak. Kota Siputeh, di sanalah pusat kegemilangan pemerintahan untuk menggagaskan ekonomi pertanian. Masa berubah, pusat pemerintahan berubah, sampai Kuala Kedah kena serang dengan Siam, kena kecoh dengan Inggeris, kena kerat Pulau Pinang curi bawa lari, potong sana, potong sini. Waktu kita di bawah kuasa lemah, depa kuasai kita, waktu kita kuat, kita lawanlah balik! Pasal apa nak mengalah?! Saya pun hairan, semasa kita kuat, tak mahu lawan, duk senyaaap, takut. Takut apa tak tau? Waktu itu kita tak berupaya kerana Inggeris pakat dengan Siam pekena kita, terpaksa akur dengan keadaan kita pada masa itu. Bila kita mendongak semula, baliklah tengok keadaan itu, betul ke tak betul, keadilan sudah telah terlaksanakah kepada kita atau telah dianiaya. Kalau telah dianiaya, pada masa ini, anak cucu mesti bangkit lawan balik! Itu basic saja dalam kehidupan ini, janganlah kata kita melampau nak ambil negeri orang. Tak! negeri kita.

Kena mengaku hat tu dulu, baru kita boleh berjuang. Hat tu tak berani mengaku dah. Dia kata, “ini nak langgar perlembagaan”. Bukan, perlembagaan itu kita yang tulis! Yang tak boleh ubah di dunia ini Al-Quran dengan Hadith saja, yang lain semua boleh ubah dan kita akan ubah benda itu berdasarkan peraturan yang ada ni, dalam sistem ni juga. Bukan saya balik pi Sik tubuh Askar Melayu pergi perang tu. Dak aihh! (sambil ketawa) Duk lagu tu juga, dalam sistem yang sama.

Selama mana sistem ni membenarkan, undang-undang membenarkan kita bergerak, kita akan jalanlah. Kita tak akan buat benda pelik-pelik, luar daripada kebiasaan, cuma perjuangan ini mesti diteruskan. Ada YB. Pengkalan Kundur bangkit pasal isu dengan Pulau Pinang. Saya nak tegaskan di sini bahawa isu tu tidak pernah kita anggap telah berakhir dan perjuangan untuk menuntut apa yang telah menjadi hak kita akan diteruskan oleh kerajaan ini. Kalau nak suruh perjuangan ini berhenti, sila kalahkan kami semua dalam pilihanraya yang akan datang! Larat ka? Rakyat Kedah, kalau sayangkan perjuangan ni, kekalkan mereka ni semua! Jangan bagi orang lain mai sini, orang lain tu semua akan menghentikan perjuangan ini, orang yang akan tunduk kepada desakan dan tekanan menggantikan gerombolan penjajah Inggeris dan Siam yang telah menekan kita sekian lama. Puak tu akan main ganti, kalau hampa biar puak ini akan kembali sebagaimana kita lemah pada masa lalu. Untuk menjadi kuat, pertahan depa ni semua. Hampa pun jangan lemah, jangan takut, dengan gentar kat siapa-siapa, lawan! Bukan suruh nikah dua, lawan! (sambil ketawa) Sikit lagi. Kita telah menyelesaikan kajian penting kepada dokumen-dokumen sejarah berkaitan hubungan dengan Pulau Pinang.

Saya ada sebutkan di Dewan ini bahawa lebih daripada 20 ribu helaian telah dikaji, telah dibukukan dan telah dibuat pembentangan, saya ingat dokumen dia sama tinggi dengan saya berdiri, dokumen. Yang kita tak pernah tengok pun kita ada, yang tak pernah didedah pun kita jumpa, lalu dokumen-dokumen inilah yang akan memandu hala tuju kemana kita nak pergi. Kita tengok dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada, sama ada Perjanjian Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Perkara Lima, Jadual Keempat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu atau Perkara 167 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Perkara Satu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, semua itu akan diperhalusi selumat-lumatnya untuk kita bawa perjuangan ini sampai kita capai titik yang hendak kita tuju. Di sinilah kami akan berhenti, kami telah berpuas hati. Pada masa itu semua hak kita yang telah hilang telah pun kembali. Kena ada semangat macam itu YB. Sidam, baru boleh duduk dalam Dewan ini, mewakili rakyat negeri ini berjuang untuk negeri ini! Jangan berjuang untuk negeri lain, jangan berjuang untuk puak lain yang nak tekan kita. Dalam geopolitik, walaupun dalam peringkat nasional mesti ada persaingan ini dan kita duduk dalam Dewan ini hendaklah berdiri bersama negeri dan rakyat Kedah Darul Aman.

Kalau semangat bersama negeri lain, berasa lekeh negeri ini, hampa keluar Dewan ini, pi duk tang lain. Balik Perlis! YB. Sidam tak apa la balik Olak Madu. KXP, banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan. KXP pun akan terus berjalan, cuma saya senyap sikit sebab dia trigger banyak hal dan kita sedang menguruskan yang terakhir, permohonan Aerodrome. Aerodrome di Utara Semenanjung ini diuruskan oleh TUDM dan kita akan buat sesi libat urus untuk memperjelaskan. Komen dulu semasa kita

punya runway nak naik pi kut tu, dia tak selari dengan Butterworth. Selepas kita tamatkan konsultan ADPI (Aéroports de Paris International) di Perancis tu kita buat design baru, kita telah parallelkan, selarikan runway antara Butterworth dengan runway cadangan kita di KXP. Sekarang ni kapal terbang akan naik pi kut tu (sambil tunjuk arah), tak dak duk ‘senerih’ sayap dah aihh, angin pun tak tempuh dah. Jadi, komen itulah akan kita buka untuk dapat komen teknikal daripada TUDM, sedang diusahakan perkara itu. Dan saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengarahkan KSN (Ketua Setiausaha Negara) pada masa itu untuk memasukkan hal KXP ni dalam Mesyuarat Kabinet. Terima kasih Kerajaan Persekutuan. Hat kena cakap terima kasih, kita kata terima kasih, hat tak betul, kita habaq tak betul, lagu tu saja kita ini, bukannya ada lebih-lebih. Hat betul, kita kata betul, hat tak betul, kita mengaku tak betul. Simple saja, kalau kita duk pertahan hat tak betul, kita kata betul, sampai kiamat pun orang hentam kita. Pasal, sekarang ni bukan boleh tipu dah, bukan boleh kecoh-kecoh macam dulu. Dulu TV tak dak colour, bukanlah pasal colour, dak. Tekan saja keluar. Gambar YB. Sidam pun boleh keluar, buat AI (Artificial Intelligence) kan? Boleh, tuan-tuan simple saja pengurusan kita ni, hat betul, kata betul, hat tak betul, kata tak betul. Hat boleh, kata boleh, hat tak boleh, tak boleh lah.

Kemudian kita berunding, macam kita tuntut bayaran untuk tanah-tanah bendang. Kita akan teruskan, pasal itu kita fikir itulah hak kita dan semua rakyat Negeri Kedah berdiri di atas tuntutan itu. Mana ada orang nak lepas, kita kena tolong pertahan. Kulim Hi-tech Park, saya nampaklah kecenderungan ahli-ahli politik, pembangkang di negeri inilah. Oh! Dia kata, “tu projek federal bukan state punya”. KTPC, Kulim Hi-Tech Park tu, Federal. Masa dia duduk di sini, dia kata tu state punya (sambil ketawa). Hampa ni tak konsisten sungguh. Tak boleh lagu tu, kena konsisten. Semasa duduk di sini, kata state punya, semasa duduk sana kata state punya juga lah. Pasal hakikat dia memang kerja tu state buat, yang YB. Jitra sebut tadi tu. Kita buat loan, kita buat pinjaman, lepas tu kita bayar balik. Kita pinjam duit YB. Sidam pergi beli motor, selepas tu duit pinjam tu kita bayar balik habis dah dekat YB. Sidam. Motor tu hak YB. Sidam ka hak saya? Masalah depa kata, motor tu pun hak YB. Sidam juga, pasal pinjam duit Sidam. Pening hampa ni. Duit aku bayar dah, motor takkan hat hang juga, duit motor hat aku lah, aku bayar dah hutang hang. Masalah orang tak reti ni, lagu tu kita pinjam duit Federal melalui PKNK, kita tubuhkan KTPC (Kulim Technology Park Corporation), yang menguruskan taman tu. Mereka inilah yang urus, ada 80 orang lebih pegawai yang mengendalikan taman tu. Satu-satunya projek yang berkait dengan Kulim Hi-Tech Park dan dibiayai sepenuhnya oleh Persekutuan adalah BKE (Butterworth-Kulim Expressway), highway daripada Butterworth pi Kulim, sambung lagi pi ke Baling. Tu Federal punya projek, lain daripada tu semua duit loan dan bila kita loan satu pengambilan balik tanah buat fasal 1, 2, 3, Federal bagi geran untuk infra.

Kita tak pernah sembunyi benda tu. Bersama dengan loan RM195 juta ni, ada geran RM131 juta untuk infra. Pasal apa dia kena bagi duit infra? Pasal semua cukai industri kilang di situ, pergi Federal. Kalau semua bangun dengan duit loan, dia tak bagi duit apa langsung, ooii.. untung banyak, modai tak kena. La ni sama-sama bawa keluar modal, kita hutang RM195, dia bagi duit infra RM131 juta, pakat lagu tu jadilah benda tu. Tapi yang tak tak berlaku ialah fasa 4A, hutang Federal pun dak, Federal infra pun tak bagi. Kita bangunkan 249 ekar, fasa 4A. Itu nak kata duit projek Federal juga kah? Semua duit aku, duit roadtax ka, brek ka, kulit gear ka, apa semua duit aku. Takkan nak kata moto hang jugak? Haa.. macam mana tu? 4A 100% duit kita, itu projek state. Fasa 5, pinjam RM195 juta, dia bagi duit infra RM131 juta. RM195 juta tu dengan perkembangan semasa, tak cukup! Tapi saya pun hairan, kawan saya ni, dia suka main Tiktok. Dia menguruskan sebuah kementerian penting, kena jadi statesman, jangan kona-kona. Kalau duduk dalam ekonomi, kena ada fakta. Kita kata, kita pinjam duit hang RM195 juta, hang charge kami 4% setahun, ada collecteral, ada jaminan. Kita gadai tanah PKNK buat jaminan, buat cagaran, pada pinjaman tu. Dulu tak ada, sekarang ada, cagaran tanah-tanah PKNK untuk buat pinjaman RM195 juta.

Oleh kerana perkembangan semasa ni, duit tu tak cukup dah untuk dapatkan tanah tu kerana dulu JPPH (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta) value RM7, RM8, kita minta RM10, tak cukup, harganya dah jadi RM18 lebih. Kita minta NOC (No Objection Certificate), ni YB. Jitra dah cerita tadi. Kalau dia minta surat, tak apa, kita boleh bagi surat tu. Dia balik duk senyap setahun, lepas tu dia kata kita surat tak bagi. Dah hang tak minta, cuba hang minta. Tak dak mulut ka dia ni ha? Saya pun hairan, tapi Tiktok pandai, sampai Rumah Terbuka Menteri Besar pun dia komen. Tak dak sangkut paut dengan Kementerian Ekonomi langsung. Tunjuk saya menyanyi, dia kata, hat dia tak hebat, hat saya hebat. Memang pun semua orang tau! (sambil ketawa) Tak dak sapa tak tau, semua orang tau kata hang formula sahaja, kerja tak jalan. Tak habaq pun orang tau, tapi pi duk komen benda-benda lagu tu, dia kata kita tak bagi surat sebab tu dia tak sign NOC. Setahun, takkan tak boleh buka mulut, “surat mana?” Kita hantarlah surat.

Proses dia, NOC kena lulus dulu, baru kita boleh deal dengan pembelian tanah tu. Kita dah lock secara rundingan RM7.66, tanah Boustead (Holdings), lock dah, ok uruskan NOC. NOC lulus, baru boleh bawa keluar surat, dia pun syarikat di bawah LTAT, bukan orang lain pun. Tapi dah nak main politik juga, kata kita tak bagi surat, surat sekeping, minta kita bagi la, bukan susah pun. Surat sekeping tu jadi alasan, hold setahun. Saya tabik spring kepada PMX yang menguruskan hal ni 30 minit saja! 30 minit jumpa PMX, selesai! Tapi oleh kerana kita pi jumpa PMX, janganlah kecik hati pula. Dah aku bagi masa hang setahun untuk urus, hang tak settle, kita pergi jumpa bos hang. Bos hang boleh selesai, hang jangan kecil hati kat bos hang pula.

Sekarang ni tengah pemilihan parti kan? Mungkin ada orang lawan dia, tak taulah siapa lawan dia, saya sokonglah. Kita taruh api sikitlah, kasi panas. Pemilihan mesti panas baru rancak.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, proses dia macam tu, kita tambah dana dalaman kita. Dia pi habaq kata, kita terpaksa berhutang pula kerana kita tak bagi surat sepucuk tu. Dak aihh! Kita tak hutang aihh! Hang tau mana? Kami tak tau kata kami berhutang, hang pulak pi tau. Tu kata pelik dia ni, buka mulut saja, haaa… buka mulut saja… (sambil ketawa) tak boleh lagutu, tak boleh. Kami tak berhutang, kami ada dana dalaman untuk menampung kekurangan RM360 juta kos tanah tu. Oleh kerana loan tu tinggal RM180 juta lebih kita dah guna sikit untuk buat pengambilan 12 ekar sebelum ni, kita tampung dengan dana dalaman, tak dak pinjam pun. Macam mana dia boleh kata pinjam, YB. Sidam, tolong pi perbetul. Bos awak kan?

Sepatutnya hari tu yang menteri mai tu, Yang Amat Berhormat la tanya, kan benda tu hari tu dah mai duduk depan-depan dah, tapi pakat senyap pula hari tu.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Duduk depan-depan cakap elok, balik-balik sana baru tak elok (sambil ketawa). Saya hairan jugak dia ni pun, masa depan tak berani cakap, balik sana baru berani. Kunyit ka apa tak tau. Tarik balik YB. Speaker, ‘kunyit’.

Speaker

Silakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Kunyit tu apa pun saya tak tau. Depan-depan tak cakap, mai duduk elok, makan ‘darai’ apa semua kan no? Makan kuih ‘darai’ habis berbakul-bakul, balik-balik buat TikTok, pelik juga dia ni pun. Tak boleh berkawan lagutu, sekali kita berkawan, kita berkawan sampai mati. Bergaduh tak macam tu, bergaduh sat dah selesai habislah.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Tuanku telah menitahkan untuk diberi perhatian kepada pembangunan Bandar Baharu. Saya telah berbincang dan kita akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Pembangunan Ekonomi Daerah Bandar Baharu untuk melaksanakan titah ini. Buat masa ini, ada 1,600 ekar akan dimajukan oleh pihak swasta merangkumi kawasan industri, perumahan dan komersial dijangka

memacu pertumbuhan Bandar Baharu pada ketika ini yang dah ada. Jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan oleh negeri untuk melaksanakan titah Tuanku Sultan ini, akan melihat lebih jauh keperluan-keperluan Bandar Baharu untuk dibangunkan bersesuaian dengan lokasi yang strategik tapi tak tahu di mana silapnya terlepas pandang, Bandar Baharu tak ada apa.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Bandar Baharu juga kita telah pelan negeri ini. Sebelum saya ada di sini, telah disebut tentang NCH dulu nama macam-macamlah, Northern Corridor Highway, dulu nama lain sebuah jajaran highway baru daripada Bandar Baharu keluar di Sungai Petani. Saya sokong projek itu, daripada dulu sampai la ni. Tak ada ubah punya walaupun tukar tempat kerana kita faham keperluan jajaran NCH untuk menjadi katalis kepada pertumbuhan Bandar Baharu. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dulu telah saya difahamkan EPU (Unit Perancang Ekonomi) telah buat tender. Jadi kerana jajarannya disambung daripada Changkat Jering sampai Padang Besar, ada spot-spot tertentu, trafik kurang. Bila trafik kurang, orang tak berapa minat. Trafik kurang ni contohnya daripada Sungai Petani pi ke Padang Besar, trafik dia kurang, orang jarang pi. Tapi trafik yang tinggi ni alirannya, Bandar Baharu sampai Sungai Petani. Itu satu pakej yang patut dilaksanakan. Saya harap, Dewan yang mulia ni merekodkan permohonan kita supaya Kerajaan Persekutuan melalui EPU meneruskan rancangan bagi pakej Bandar Baharu sampai Sungai Petani. Bukan saja dapat menjadi katalis kepada pembangunan Daerah Bandar Baharu, tapi dapat menyelesaikan penyuraian trafik di Seberang Jaya dan Juru.

Sekarang ni Kerajaan Persekutuan dah dimaklumkan meluluskan pembinaan jalan bertingkat di Juru dan Seberang Jaya untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Saya dah hujah dalam mesyuarat yang sama bahawa untuk pemandu-pemandu kenderaan-kenderaan yang nak bergerak lebih daripada Seberang Jaya, khususnya nak mai ke Kedah, mereka perlu ada alternatif daripada jalan bertingkat tu yang saya yakin tetap akan jem, sebab kalau pergi Bangkok, jalan tujuh tingkat duduk jem situ juga. Mesti ada penyuraian baru dan penyuraian trafik yang paling munasabah adalah Bandar Baharu keluar Sungai Petani, tak gaduh lintas Seberang Jaya dan Juru dah. Saya harap perkara ni diberi pertimbangan khusus dan kita bagi pihak kerajaan negeri menanti-nantilah sejak 10 atau 11 tahun yang lalu untuk projek jajaran highway baru, Bandar Baharu ke Sungai Petani menjadi realiti, insyaAllah.

YB. Tokai sebut pasal pembangunan Kota Putra, Durian Burung. Kebanyakan tanah-tanah di Durian Burung dan Kota Putra ni adalah milik syarikat swasta, ada syarikat Tradewind, ada syarikat macam-macam lah. Dan bila swasta, dia bergantung kepada bisnes, tanah-tanah dia, dia kena nilai daripada perniagaan dia, baru dia nak laksanakan projek tu.

Kalau dia buat, pastu rugi, tak dak syarikat yang beroperasi macam tu, untung dia buat lah, rugi dia tak buat, dia kena nilai benda tu, dan kita telah bantu untuk tukar syarat-syarat tanah yang berstatus petanian ni, untuk jadi tanah industri di sekitar Kota Putra ni supaya ia juga dapat membantu kemasukan industri ke Daerah Padang Terap khususnya di Kota Putra untuk bangunkan bandar sempadan. Kita tukar syarat, kita luluskan dalam SPC (Surat Penyelesaian Cukai) untuk ditukar syarat tanah ini. Di mana swasta dia macam tulah doktor, kalau klinik tak dak orang mai tak payah buka lah. Buka buat apa, orang tak mai. Macam tulah, di Kota Putra pun, kena tengok business assessment untuk dibangunkan, saya rasa macam tu.

KXP (Kulim International Airport) saya sudah sebutkan tadi kita akan teruskan usaha untuk menjayakan projek ini. Untuk peruntukan RM1 bilion yang diberi kepada MADA dan pembaikan butterfly valve di Pedu, kita rakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah turun merasmikan projek itu di Ayer Hitam. Tapi depa tak jemput YB. Ayer Hitam ya? Kesiaaaan… Pejabat dia dekat tu saja, depa tak jemput dia. Tak berapa manis la noh? Lain kali kalau buat program besar-besar tu ada wakil-wakil rakyat kita jemput lah. YB. Sidam tolong habaq kat depa. Tulis! Tulis!

Lot lidi, lot lidi ni pun jadi hantu juga (sambil ketawa). Banyak kali dah kita habaq jangan beli lah lot lidi walaupun murah, pasal masa ke depan dia jadi payah. Buat apa jimat duit pada masa ni, pada masa depan dia jem, tak boleh buat. Mati pemilik tu, nak pusaka tak boleh. Anak-anak duk dalam tu, nak pusaka macam mana? Siapa nak pegang geran tu? Bukan ada geran pun, geran nama orang lain. Buh nama, kalau buh nama pun esok, nak genjak pi, nak genjak mai, tak boleh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya nak ulang sekali lagi kepada bakal-bakal pembeli tanah dan nak bina rumah, tak usah beli lot lidi. Saya mungkin menjadi musuh kepada orang jual lot lidi, memang tak boleh beli, dan tak usah jual lah dekat orang, naya orang tu. Dia ada undang-undang yang berkaitan permohonan memecah satu lot besar menjadi lot-lot kecil akan melalui proses ubah jenis kegunaan tanah UJKT (Urusetia Jawatankuasa Kerja Tanah) serentak dengan proses pecah sempadan daripada pertanian kepada bangunan. Kena ubah macam kita mohon buat taman tu, baru dia jadi laku, perlu disah. Kemudian barulah tanah-tanah yang dipecah tersebut dapat dipindah milik kepada pembeli, pun tertakluk kepada KM (Kebenaran Merancang). Kos dia mungkin lebih, tapi masalah tak akan berbangkit di kemudian hari.

Masalah kita ni nak jimat la ni, nak rugi kemudian, lot lidi. Tak usah buat begitu. Lot lidi adalah pecah lot yang dibuat tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang, maka pembeli tidak dapat didaftar dan dapat hak milik, hakikat terdapat permintaan yang menggalakkan dari kalangan pembeli. Ni pun susah juga, orang nak juga, mai masalah dia cari wakil rakyat.

Kebanyakannya kawasan bendang ni kerana tanah mahal, depa nak beli lot nak buat rumah kecil, dia pi hat tu juga. Saya kata tak usah beli, tolonglah tak usah beli. Untuk kes lot lidi yang sedia ada, kerajaan ambil maklum situasi ini, pemilik tanah boleh buat serahan keseluruhan tanah dan dipohon semula atas kategori bangunan oleh pembeli-pembeli lot kecil berkenaan. Serah balik kepada kerajaan semua, mohon balik. Tapi dia akan tolak lah, akses, parit, jalan, semua kena tolak daripada lot tu. Kalau lot lidi tu tanah petak, tak dak parit, tak dak jalan. Namun pembeli tertakluk menjelaskan premium tanah kategori bangunan sebelum hak milik dapat dikeluarkan. Sekarang ni tanah tu pertanian, bila serah, mohon balik, dia jadi syarat bangunan, barulah dapat ditadbir dengan berlunaskan undang-undang. Suka untuk saya sarankan pihak PBT dan Pelan Malaysia mengkaji dan facilitate/legalize untuk membenarkan lot lidi ini tapi kena ikut proses yang benar.

Dalam keadaan sekarang ini, pindah milik tanah kategori pertanian tertakluk kepada Sekyen 205(3) yang tidak membenarkan pindah milik tanah pertanian kurang daripada satu ekar. Sungai dalam lot tanah, kalau ikut undang-undang, sungai-sungai yang dimasukkan dalam geran adalah pemilik, milik tuan tu lah, sungai tu dia punya secara sah oleh mana-mana badan yang dilupuskan kepadanya tanah berkenaan, sungai tu hak dia. Ini bukanlah isu maraan sungai secara semula jadi, sungai makan lot sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 49 KTN (Kanun Tanah Negara). Ada kesilapan-kesilapan dulu-dulu, kita tak tau di situ ada sungai, contoh di Langkawi dikeluarkan, dilupuskan satu tanah 1,000 ekar kepada satu syarikat, dalam tu ada sungai, ada jalan, semua jadi dia punya dan terjadi juga di Sungai Ular di Kulim, sungai tu duk dalam geran, tapi geran tu geran PKNK, geran BDB, geran syarikat, sungai tu dia punya. Untuk isu sungai dalam lot antara langkah yang boleh diambil oleh tuan tanah adalah menyerah semula sebahagian tanah kepada kerajaan dan tanah tersebut akan diukur semula untuk dikeluarkan hak milik sambungan.

Ada kemungkinan tanah yang terlibat dengan keadaan ini di mana sungai berada di tengah lot akan terpisah dua dan dua hak milik akan didaftarkan atas nama tuan asal. Jadi dua geran. Masalah dia, ada orang suka sungai dalam tanah dia, dia boleh buat chalet, dia boleh buat apa guna sungai tu. Ada dia tak suka kalau sungai tu kembang, bila banjir mai, sungai tu melimpah, tanah dia banjir, selepas tu dia kena bayar cukai tanah, termasuk cukai tanah dengan sungai tu. Itulah dua pertimbangan yang perlu dibuat, tuan-tuan boleh serahkan untuk dibuat geran baru.

Pencerobohan tanah Kerajaan. Kerajaan memandang serius isu-isu ini akan dipantau dari semasa ke semasa, sekarang ni dibuat operasi bersepadu agensi PDRM, Perhutanan, PTG (Pejabat Pengarah Tanah& Galian), JMG (Jabatan Mineral & Geosains), Perhilitan dan lain-lain untuk mengatasi masalah pencerobohan.

Kepada soalan YB. Tokai berkenaan dengan Kedah Aerotropolis akan dikemukakan secara bertulis, panjang isu Aerotropolis ni dia agak teknikal. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, itu saja isu-isu yang saya nak bangkitkan dalam penggulungan ini. Takdan sampai pukul 3.00 juga noh? Cadang tadi nak tahaq sampai pukul 3.00 (sambil ketawa). Saya rakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan EXCO yang telah membuat penggulungan berdasarkan portfolio masing-masing. Ahli-ahli Berhormat sekalian, kalau tengok EXCO dulu dengan EXCO sekarang ni jauh berbeza. Setiap orang ada fungsi, yang telah berfungsi dengan baik, saya ucap terima kasih dan saya bersaksi kepada Allah Ta'ala anda semua telah bekerja dengan bersungguh-sungguh. Satgi depa tak tolong saksi kita sama, jahanam kita (sambil ketawa).

Islam ni lagu tu, bila ada orang mati, bila selesai sembahyang mayat, orang yang hadir tu akan tanya, “apa kamu bersaksi kepada mayat ini?” Orang semua tu akan bersaksi baik, biar ada pengakuan kepada orang ramai bahawa dia ni baik. Ni Allah ambil kira juga, sama macam kerja buat kita hari inilah. Kalau semua orang kata baik kan, insyaAllah akan dicatit sebagai baik. Kalau kita duk berasa kita baik, orang lain semua hentam, (sambil ketawa) mungkin orang tanya, “apa pandanganmu kepada mayat ni?” Orang senyap tak kata apa, pasal jahat (sambil ketawa).

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya habiskan dengan satu doa yang akan jadi pedoman dan pegangan kita semua. Semoga Allah terus beri kekuatan kepada kita mentadbir dan memberi pandangan-pandangan berdasarkan fungsi masing-masing. Saya minta maaf kepada rakan-rakan di sana, tiga orang. Semua tu rakan saya, tuan-tuan pun bercakap kerana tuan-tuan ada di situ. Kalau tuan-tuan ada di sini, mungkin sokong saya terpacak juga lah kan? Tapi oleh kerana ada di situ, kena becakap juga lah sebagai pembangkang, baru ada semak dan imbang. Saya faham benda tu semua. Cakap-cakap saya ni hanya gurauan untuk menghidupkan suasana di Dewan ni. Saya menghormati fungsi tuan-tuan tiga orang ni, insyaAllah bilangan tuan-tuan tidak akan bertambah lagi (sambil ketawa). Tak dak pun tak syok juga, ada ramai pun susah kan, cukuplah tiga.

Firman Allah S.W.T

رَبهنَا إِنهنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي ِلِْلْ ِيمَان ْأَن آمِنُوا ْبِرَب ِكُم فَآمَنهاۚ رَبهنَا ْفَاغْفِر لَنَا ذُنُوبَنَا ْوَكَف ِر عَنها سَي ِئَاتِنَا وَتَوَفهنَا َمَع ِاْلْ َبْرَار رَبهنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتهنَا َٰعَلَى َرُسُلِك َوَّل تُخْزِ نَا َيَوْ م ِالْقِيَامَة َإِنهك َّل ُتُخْلِف َالْمِيعَاد

(Surah Ali 'Imran, ayat 193-194)

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru yang menyeru kepada iman, (iaitu) ‘Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu!’ lalu kami pun beriman. Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kejahatan-kejahatan kami, serta matikanlah kami bersama orang-orang yang berbuat baik. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.”

Dengan doa ini supaya hati kita menjadi lembut, sejuk untuk kita bekerja walaupun gaya kita mungkin kasar, robust, tetapi kalau Allah tetapkan hati kita dalam keadaan tenang sejuk istiqamah, berdiri di atas jalan benar sedaya upaya tanpa terpesong dengan apa-apa, insyaAllah, Allah akan matikan kita semua dalam Dewan ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli EXCO, saya sendiri, para pegawai, para ketua-ketua agensi Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan yang menyaksikan persidangan ini, Allah matikan kita sebagai orang yang memiliki hati yang tenang, jiwa yang tenang. “Ya ayyatuha an-nafsul-mutma'innah Irji'i ila rabbiki radiyatan mardiyyah Fadkhuli fi 'ibadi Wadkhuli jannati” dan masuk syurga dengan tenang InsyaAllah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Jeneri. Speaker juga bersaksikan Yang Amat Berhormat Jeneri cukup menghayati ayat yang dibaca oleh YB. Merbau Pulas tadi. Kalau tidak kita pukul 3.00 juga.

Jadi, untuk seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi;

“Patek-patek sekalian, Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman dalam persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenannya Tuanku menyampaikan titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 15”.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” dan yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Speaker

Usul ini diluluskan.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025.

III. Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025 dibacakan bagi kali yang pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan Rang Undang-Undang tersebut, dukacita dimaklumkan ianya tidak sempat disiarkan di dalam Warta Kerajaan menurut Peraturan 65, Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Oleh kerana Rang Undang-Undang ini mustahak diadakan dengan segera, maka kebenaran Yang Berhormat Tuan Speaker telah pun diambil menurut sepertimana yang dikehendaki oleh Peraturan Dewan. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama “Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014. Bacaan kali pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

Silakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025 seperti berikut:

1. Dalam usaha menambah baik perundangan Syariah di Negeri Kedah Darul Aman, Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 25 sehingga 26 Ogos 2024 telah meluluskan beberapa rang undang-undang seperti yang berikut:

(i) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024;

(ii) Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024;

(iii) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024;

(iv) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024;

(v) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024; dan (vi) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024.

2. Tujuan pindaan undang-undang yang dinyatakan di atas secara umumnya adalah bagi memperuntukkan lapisan mahkamah baharu yang tertinggi iaitu Mahkamah Utama Syariah dan memperuntukkan penubuhan mahkamah syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman yang secara tidak langsungnya pindaan dalam enakmen yang berkaitan perlulah dilaksanakan.

3. Bagi memastikan kelancaran pengurusan pentadbiran dan kehakiman empat (4) lapisan Mahkamah Syariah, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 juga perlu dipinda.

4. Tujuan pindaan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 adalah untuk menyelaras beberapa peruntukan undang-undang sedia ada enakmen tersebut agar selari dengan peruntukan dalam Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024.

5. Peruntukan yang dicadangkan untuk dipinda adalah tafsiran hakim, mahkamah dan pendaftar. Tafsiran yang sedia ada adalah merujuk kepada Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008 yang akan dimansuhkan apabila Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024 dikuatkuasakan.

6. Rang Undang-Undang ini mempunyai tiga (3) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

PERBAHASAN

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan.

[Tiada Perbahasan]

Speaker

Tidak ada.

Speaker

PENGGULUNGAN

Dipersilakan pihak Kerajaan untuk menggulung Rang Undang-Undang tersebut.

Speaker

Tidak ada.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014. Bacaan kali kedua.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali ketiga.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025.

Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut. Bacaan Kali Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025.

IV. Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025 dibacakan bagi kali yang pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan Rang Undang-Undang tersebut, dukacita dimaklumkan ianya tidak sempat disiarkan di dalam Warta Kerajaan menurut Peraturan 65, Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Oleh kerana Rang Undang-Undang ini mustahak diadakan dengan segera, maka kebenaran Yang Berhormat Tuan Speaker telah pun diambil menurut sepertimana yang dikehendaki oleh Peraturan Dewan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama “Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014. Bacaan kali pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan Rang Undang-Undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

Silakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025 seperti berikut:

1. Dalam usaha menambah baik perundangan Syariah di Negeri Kedah, Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 25 sehingga 26 Ogos 2024 telah meluluskan beberapa rang undang-undang seperti yang berikut:

(i) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024; (ii) Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024; (iii) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024; (iv) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024;

(v) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024; dan (vi) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024.

2. Tujuan pindaan undang-undang yang dinyatakan di atas secara umumnya adalah bagi memperuntukkan lapisan mahkamah baharu yang tertinggi iaitu Mahkamah Utama Syariah dan memperuntukkan penubuhan mahkamah syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman yang secara tidak langsungnya pindaan dalam enakmen yang berkaitan perlu dilaksanakan.

3. Bagi memastikan kelancaran pengurusan pentadbiran dan kehakiman empat (4) lapisan Mahkamah Syariah, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 juga perlu dipinda.

4. Tujuan pindaan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 adalah untuk menyelaras beberapa peruntukan undang-undang sedia ada enakmen tersebut agar selari dengan peruntukan dalam Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024.

5. Peruntukan yang dicadangkan untuk dipinda adalah tafsiran hakim, mahkamah pendaftar, seksyen 5 dan seksyen 168. Tafsiran yang sedia ada adalah merujuk kepada Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008 yang akan dimansuhkan apabila Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024 dikuatkuasakan.

6. Rang Undang-Undang ini mempunyai lima (5) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini.

Sekian, terima kasih.

Speaker

PERBAHASAN

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan.

[Tiada Perbahasan]

Speaker

Dipersilakan pihak Kerajaan untuk menggulung Rang Undang-Undang tersebut.

Speaker

Ada? Silakan YB.

Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi, Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) adalah bertujuan untuk menyelaras beberapa peruntukan undang-undang sedia ada dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2014 agar selari dengan peruntukan Enakmen Mahkamah Syariah Kedah Syariah 2024 yang kita telah pun buat pindaan.

Jadi, beberapa perkataan hakim, perkataan mahkamah dan perkataan pendaftar yang sebelum ni merujuk pindaan ini dibuat kepada seksyen 5 dan seksyen 168 dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024. Tafsiran yang sedia ada untuk perkataan hakim, mahkamah dan pendaftar itu merujuk kepada Enakmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman 2008. Jadi, sedangkan Enakmen 2008 ini akan dimansuhkan, apabila Enakmen Mahkamah Syariah Kedah 2024 dikuatkuasakan. Dan untuk seksyen ini juga ada lagi tambahan iaitu seksyen 168, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2014 yang sebelum ini memperuntukkan tempoh had masa untuk memfail kebenaran merayu di mahkamah rayuan syariah adalah sebulan, sedangkan subseksyen 25(1) Enakmen Mahkamah Syariah Kedah Darul Aman 2024 hanya memperuntukkan tempoh masa selama 14 hari. Jadi, inilah pindaan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan kekeliruan apabila enakmen ini dikuatkuasakan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Limau.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014”. Bacaan kali kedua.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Speaker

Silakan Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Speaker

Silakan Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Speaker

Silakan Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

FASAL 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Speaker

Silakan Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

FASAL 4

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Speaker

Silakan Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

FASAL 5

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.

[Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali ketiga.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Speaker

Silakan Yang Berhomat Sungai Limau.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025.

Setiausaha Dewan

Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut. Bacaan Kali Ketiga.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Tangguhan Sidang Dewan.

Tangguhan Sidang Dewan

Speaker

Dipersilakan YAB. Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum membacakan bait-bait ayat penangguhan Dewan, sekali lagi saya mengambil kesempatan di hujung-hujung ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada persidangan dewan kali ini dengan sempurna. Sedaya upaya untuk melontarkankan pandangan, cadangan kepada Dewan ini supaya diambil perhatian oleh semua pihak yang ada authority dan tanggungjawab untuk melaksanakan apa yang telah diputuskan.

Saya ucapkan terima kasih juga kepada YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri dan pasukannya yang memimpin pentadbiran kerajaan dengan baik selama beliau berada di sini. Kita harap beliau dipanjangkan usia untuk terus berada di sini. Pasai nampak muda, depa tak tau kata…. (sambil ketawa). Muda memang muda, insyaAllah akan terus berkhidmat untuk kita semua. Terima kasih juga kepada ketua-ketua jabatan agensi negeri dan Persekutuan yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, insyaAllah.

Kita akan bertemu lagi pada Dewan akan datang, saya harap sebelum kita dapat bertemu lagi, jaga kesihatan masing-masing. Kalau ada aktiviti tu bolehlah pi katok-katok golf, pi driving range, tak reti main tak pa, pi la katok, bola tu seraga sepuluh ringgit, driver boleh pinjam. Saya pinjam driver pengarah air ni, Pengarah Lembaga Sumber Air. Driver tu dia punya, bola tu sepuluh ringgit. Saya pi melawat, saya Presiden Kedah Royal Club tu, saya presiden. Kerja saya duk pi melawat pi duk tengok. Kebetulan kenalan saya dia ambik driving range tu. Dia yang kendalikan. Time pi melawat tu dia kata, “try la bos”. Kita pun hayunlah (sambil ketawa). Orang ambil gambar, saya bukan main golf. InsyaAllah akan datang, akan cuba sebab seboleh-bolehnya dalam hidup kita ni, kita cuba semua benda yang tak salah, kita menguasai.

Sebab itulah ada dalam kalangan golfer-golfer ni yang baik-baik kan noh, kalau depa tengok saya hayun pun depa tau, ni ‘mangkuk hayun’ punya…. (sambil ketawa). Depa tau dengan ‘cengkoi’, dengan pegang tak betul kan noh, ini ‘mangkuk hayun’, bukan main golf. Tapi oleh kerana depa tak dak modal nak kembalikan kita dengan

kehitaman tadi, sebab depa kata, “saya ni kerja buang masa, main golf”. Bukan main golf lagutu cek oooiiii, main golf di padang. Hat tu driving range, tempat orang training. Saya pun sempena lawatan tu saya hentam pi tengok, jadi lagu mana kan? Pecah juga la ibu jari ni, tak pandai buat. Tu la…. Kawan ni teruk sungguh (sambil ketawa). Lepas tu depa ungkitlah, dulu kata tak main golf, main rugby. Memang saya tak main golf lagi, insyaAllah pada masa depan belum tentu lagi. Kalau saya main saya ajak YB. Sidam sekali. Haaa…. Kita pi tengok siapa masuk tasik (sambil ketawa). Pakat-pakat jadi ‘mangkuk hayun’ dah. Sepuluh ringgit saja bola tu satu raga, berapa puluh biji saya pun tak tau. Hayun pi lah. Adoi… Meriahnya Negeri Kedah ni (sambil ketawa), macam tu pun orang buat isu, tak dak isu lain, tak dak. Bukannya kita duk pelari anak dara orang pun, katok bola golf saja (sambil ketawa).

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Yang Berhormat Speaker, saya telah menceburi bidang sukan baru, yang akan saya pamerkan pada malam esok di satu tempatlah di Malaysia ni. ‘Chingay’, haa… Kita akan saksikan ‘chingay’ pada malam esok, insyaAllah. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat YB. Merbau Pulas.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu. Tak dak ‘chingay’ la yang ni.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang begini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi pada masa-masa yang akan datang.

Dewan dibuka penuh istiadat diraja, Ditutup pula dengan gembira. Sekian sahaja Dewan kita, Moga berjumpa di lain masa.

Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa di tepi perigi. Salam perpisahan untuk semua, Di lain masa bersua lagi.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Sekian Wallahu Alam. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada jam 1.40 petang]