Kedah · 20 August 2025
15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 201 turns · 21,181 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Ahli-ahli yang berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Bacaan doa.
-BACAAN DOA
Urusan seterusnya. Tuan Setiausaha Dewan.
Pembentangan Kertas-Kertas Dewan oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah.
Pembentangan Kertas-Kertas Dewan Oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan YAB Dato’ Seri Menteri Besar untuk membentangkannya.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wbarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya pohon membentangkan Kertas – Kertas Dewan yang berikut seperti di meja Ahli-ahli Yang Berhormat:
Kertas Dewan Bil. 7 Tahun 2025 - Penyata Kewangan Lembaga Tabung Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.
Kertas Dewan Bil. 8 Tahun 2025 - Penyata Kewangan Lembaga Muzium Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.
Kertas Dewan Bil. 9 Tahun 2025 - Penyata Kewangan Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.
Kertas Dewan Bil. 10 Tahun 2025 - Penyata Kewangan Majlis Sukan Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih YAB. Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli – ahli Yang Berhormat sekalian. Pada pagi ini kita ada menerima pemerhati daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) seramai 30 orang dan Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) seramai 9 orang.
Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha
Sesi pertanyaan – pertanyaan mulut.
Sesi Pertanyaan – Pertanyaan MulutQuestions
Dipersilakan YB. ADUN Sidam.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Pantun sikit boleh?
Boleh! Boleh!
Pagi-pagi dari Olak Madu, mohon jawapan soalan nombor 1. Terima kasih.
1. Penambahan penduduk dan keperluan tempat tinggal begitu penting dan akhir-akhir ini ramai mencari rumah rumah untuk disewa.
Pohon dinyatakan apakah langkah dan usaha kerajaan bagi menampung keperluan penduduk yang kurang mampu agar dapat membeli rumah sendiri?
Terima kasih YB. Sidam. Dipersilakan YB. Kuala Ketil.
Yang pertama ni dia gelabah sikit.
Silakan Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Sidam, YAB. Jeneri dan kepada seluruh Ahli-ahli Sidang Dewan yang saya hormati pada pagi ini, dan terima kasih kehadiran daripada MBAS dan MINDA pada pagi ini. Saya jawab sikit pantun boleh ya?
Tepuk amai-amai, Belalang kupu-kupu, Tepuk biar rama,i Saya jawab soalan nombor satu.
Hat tu yang boleh ingat pun YB. Sidam. Soalan daripada YB. Sidam ni adalah berbunyi begini, penambahan penduduk dan keperluan tempat tinggal begitu penting dan akhir-akhir ini ramai mencari rumah-rumah untuk disewa. Pohon dinyatakan apakah langkah dan usaha kerajaan bagi menampung keperluan penduduk yang kurang mampu agar dapat membeli rumah sendiri. Soalan daripada YB. Sidam ini adalah lebih kepada general statement sebab yang pertama adalah mencari rumah sewa, yang kedua membeli rumah sendiri. Tak tau berapa ramai, kawasan mana, jadi jawapan saya pun agak panjang, mencakupi semua perkara, dan akhir perbincangan nanti saya akan bagitahu apakah pakej-pakej yang kerajaan buat. Baik YB. Sidam na?
Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut; Pertamanya, kita telah membuat pemutihan di Unit Perumahan PPR Paya Nahu 1 dan Paya Nahu 2. Paya Nahu 1 ini ada lebih kurang 590 unit rumah tersebut yang telah diduduki sejak 1998 lagi. Kos sewa transit di situ adalah RM90 sahaja. Kita telah buat pemutihan dan ada lebih kurang 30 unit kosong yang kita dapati ada di situ. Bagi PPR Paya Nahu 2, ada lebih kurang 1,472 unit perumahan di situ yang telah diduduki sejak 2004 dengan kadar sewaan transit sebanyak RM124. Murah, kalau ikutkan kedua-dua itu agak murah. Pemutihan ini dibuat sejak tahun ini kita buat pemutihan dan lot-lot yang akan kosong setelah kita buat pemutihan tersebut dibuat oleh Bahagian Perumahan. Kita akan offer, kita akan tawarkan kepada rakyat lah kepada golongan yang mungkin baru berkahwin dan sebagainya yang tidak mampu nak beli rumah, boleh dapatkan di rumah transit sebut. Kita akan iklankan dalam iHome nanti. Secara ringkas dia macam tu YB. Sidam.
Selain daripada PPR Paya Nahu di Sungai Petani, kita ada juga beberapa PPR termasuk di PPR Kota Setar. Masih ada kosong dalam 58 unit di PPR Kota Setar. PPR Jerlun, kita masih ada kosong dalam 176 unit dan PPR Aman Jaya masih ada 35 unit. Ini antara tiga PPR yang ada kekosongan yang banyaklah. Cuma PPR Jerlun ni adalah PPR yang dimiliki.
Proses permohonan kepada PPR-PPR ni adalah melalui KPKT ataupun dalam bahasa mudahnya adalah TEDUH, buat permohonan di situ. Cuma SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) membantu kepada calon-calon yang membuat permohonan untuk memudahkan mereka dapat memiliki lot-lot yang kosong tersebut.
Seterusnya, kita ada juga projek Perumahan Residensi Rakyat tahun 2025. Yang pertamanya kita ada di Junjong. Junjong lebih kurang 580 unit yang telah ditawarkan, telah pun dapat CEC dengan bantuan pihak perumahan dan juga PBT Kulim, telah berjaya mendapatkan CEC dan telah pun dimasuki oleh pemohon-pemohon tersebut. Dan mereka juga tawarkan rumah PPR Junjong ni harga RM180,000. Ada 271 unit dan RM270,000 dengan jumlah 309 unit. Itu antara beberapa rumah yang ditawarkan oleh Residensi ataupun PRIMA. Bermakna kategori RM180,000 itu termasuk rumah mampu milik. Ini masuk dalam kita punya untuk capai 2070 nantilah.
Selain daripada projek Prima di Junjong, kita juga ada projek Prima di Simpang Empat, Pengkalan Kundor. Iaitu fasa 1 sebanyak 430 unit akan siap pada September 2025. Dan projek Prima Simpang Empat Pengkalan Kundor Fasa Kedua sebanyak 200 unit, juga dijangka mula pada 2026, Suku Tahun 2026 akan bermula. Dan Prima Junjong di Fasa Kedua, yang tadi adalah Fasa 1, yang Fasa 2 juga 200 unit akan dimulakan pada Suku 2026. Ini juga adalah tawaran-tawaran, Projek Prima juga akan membuka tawaran kepada rakyat untuk rumah mampu milik untuk dimiliki.
Yang seterusnya, yang kelima adalah program Pembinaan Desa Sejahtera di setiap daerah dalam Negeri Kedah. Kerajaan telah meluluskan sebanyak 1,200 lot untuk disiapkan di setiap daerah. Bukan setiap daerah 1,200 lot, bergantung kepada daerah tersebut tetapi keseluruhannya adalah 1,200 lot. Perintis pemulaan kepada Desa Sejahtera ini adalah di Padang Terap, iaitu untuk 101 unit atau 101 lot telah dibuka dan telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar. Namun, hari ini masih dalam 50 lot yang telah siap untuk proses tawaran yang pertama. Yang baki itu dalam kemajuan. Untuk progres setakat hari ini, pemohon-pemohon yang telah berjaya, 7 pemohon telah berjaya. Daripada 50 lot itu, 7 pembohon telah berjaya dan akan dilaksanakan program bersama dengan CSR TNB ini dengan nilai RM89,000 anggaran kos 1 lot tersebut. Program dengan TNB ya. Itu 7 orang yang pertama tadi lah, yang lain itu akan proses yang seterusnya.
Jadi, permohonan-pemohonan untuk Desa Sejahtera ini ada pelbagai syaratnya. Syarat yang akan ditapis secara ketat oleh focus group daerah itu sendiri. Permohonan-permohonan yang masuk daripada daerah tersebut akan ditapis melalui mesyuarat focus group dan pemohon-pemohon yang layak sahaja yang akan dapat. Yang ini adalah untuk sekiranya yang mungkin YB. Sidam maksudkan orang yang tak mampu dan sebagainya, yang mengikut syarat-syarat asas itu, tidak ada tanah, bekerja, tidak ada tanah, tidak ada rumah lagi. Jadi inilah syarat, termasuk tapisan pihak polis. Dia tidak ada terlibat dengan jenayah ataupun kes-kes dadah dan sebagainya. Itu syarat-syarat asas kita.
Jadi, kita harap dengan berbaki banyak ribu lot lagi ini, kita harap di setiap daerah akan mempercepatkan proses ini supaya tawaran ini boleh sampai kepada rakyat. Sampai kepada rakyat yang berkehendakkan. Lot ini lot kosong ya YB. Sidam, bukan ada rumah lagi, lot kosong saja. Jadi, kita dengan bantuan Jabatan Kerja Raya dan sebagainya, kita sediakan infra; jalan, longkang, air, elektrik. Tapi lot itu kosong. Bermakna, pemohon ni akan masuk, ambil lot itu, dia akan bayar premium RM1,000 dan dia akan duduki lot tersebut. Dan dia diperlukan buat rumah dalam tempoh 3 tahun. Kalau dia tak mahu buat, dia kena surrender balik lah.
Seterusnya, kerajaan negeri juga telah pun merangka satu dasar perumahan baru, Dasar Perumahan Mampu Milik. Sebelum ini, dengan dasar yang sebelum ini, rumah yang terlampau, kos terlampau rendah, sebahagian tidak mampu dibuat oleh pemaju-pemaju. Dan akhirnya, lot-lot tersebut dibiarkan kosong. Jadi, kita telah putuskan pada tahun ini adalah dasar perumahan yang baru. Dasar perumahan baru yang lebih kompetitif yang boleh ditawarkan oleh pemaju untuk rakyat dapat memiliki rumah tersebut. Secara kasarnya saya menyatakan begini, dasar perumahan ini, dia ada kategori A dan B. Dulu, kita ada Rumah Kasih Rakyat, Rumah Aman Makmur dan sebagainya. Kita nak hafal pun payah juga. Sekarang kita beri kategori dua, A dan B. Bagi ketegori A, rumahnya bernilai RM90,000 sampai RM220,000. Range rumah itulah, dia ada flat dan ada landed. Ada flat, kalau flat ni adalah kos dalam anggaran tersebut juga iaitu RM90,000 sampai RM220,000. Jadi, rumah ketegori B ni, untuk ketegori B, nilai dia RM60,000 sampai RM190,000. Ni antara range ataupun antara pemaju boleh buat dan pilih dalam range yang mana yang dia nak buat. Termasuk flat ataupun rumah yang landed.
Itu untuk pembinaan bagi rumah yang rezab Melayu, melebihi 100 unit, kita juga masih kekalkan syarat kita adalah pemaju kena serahkan untuk lot bumiputera adalah 10%. 10% bagi ketegori B, dan ketegori A adalah 30%. Ini adalah yang kita rangka supaya pemaju boleh buat rumah tersebut, tidak dibiarkan kosong dan rakyat kalau dengan gaji minima hari ini, RM1,700 boleh buat loan dan boleh membeli rumah sebut.
Seterusnya, dalam keadaan begini juga, kita di setiap PBT bekerjasama dengan pemaju-pemaju perumahan untuk membina rumah-rumah, termasuk rumah pemilik di setiap PBT kita dan angka terkini yang saya perolehi sejak 2020 sampai 2025 ni, kita dah memiliki 9,157 unit yang telah masuk KM untuk disegerakan pembinaan. Ini KM, bila masuk KM, mana dia akan buat rumah lah. Dan kita minta setiap PBT juga untuk terus mengadakan libat urus dengan pemaju supaya setiap KM ni disegerakan buat pembinaan, jangan masuk KM kosong. Sebab kita nak capai sasaran kita pada 2030 adalah 15,000 unit rumah mampu milik kepada rakyat Negeri Kedah, itu sasaran kita. Maknanya bermula tahun ni sampai 2030, sekurang-kurangnya setahun 1,200 unit lah kita kena buat YB. Sidam ya. Yang ni kita fokus kepada YB. Sidam kata tadi, mungkin orang yang tak mampu tadi yang berpendapatan rendah, dia boleh fokus kepada rumah mampu milik.
Seterusnya perkara yang nombor 9, dia ada 16 perkara ni. YB. Sidam ya, ini baru nombor 9. Boleh?
Panjang lagi YB.?
Ya, panjang lagi. Depa suruh kita rendang, kita rendang macam ni.
Ringkaskan!
Ringkas! Ringkas. Perkara nomBor 9 adalah kita masih ada program bersama SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad). Dengan SPNB ni masih ada Rumah Mesra Rakyat, PMR ataupun Perumahan Mesra Rakyat. Dengan pendapatan minima bawah RM5,000, boleh mohon melalui SPNB. Syaratnya adalah warganegara Malaysia, umur 18 tahun ke atas, memiliki tanah lah, dia ada memiliki tanah. Kalau tak dak tanah, nak buat rumah kat mana kan? P. Ramlee buat rumah atas pokok. Tapi bila orang tebang pokok tu, dia marah kawan tu kan. Jadi, hat ni kita nak mesti ada tanah buat rumah. Kalau tanah tu bukan milik dia, milik saudara dan sebagainya, mesti ada satu surat yang mengizinkan untuk buat rumah. Ni pakej yang ada dengan SPNB. Hat ni orang kampung banyak buat Rumah Mesra Rakyat.
Perkara ke 10 adalah kita juga membuat pameran MAPEX ataupun pameran-pameran perumahan. Sebab untuk memberitahu kepada rakyat supaya bila dia datang, dia boleh lihat dengan pameran sebut, mendapatkan kawasan mana yang dia boleh ada rumah, tempat mana, harga rumah mana yang dia mampu.
Perkara ke 11 adalah jaminan kredit. Skim jaminan kredit perumahan SJKP ataupun Skim Jaminan Kredit Perumahan. Ini juga ditawarkan kepada rakyat yang ada pendapatan tetapi tak mampu nak buat pinjaman dan sebagainya. Skim Jaminan Kredit ni adalah membantu kepada individu ataupun rakyat untuk membuat loan dan sebagainya untuk memiliki rumah.
Seterusnya perkara yang ke 12, Zakat Kedah. Ini paket juga yang Zakat Kedah tengah buat ni. Zakat Kedah pada tahun 2023 sampai 2024 telah berjaya membina 350 buah rumah. Kedah ni, Baling yang paling tinggi, 350 buah rumah dengan kos bernilai RM22.3 juta. Ini bina rumah baru. Manakala untuk baik pulih YB. Speaker, 273 buah rumah telah dibaik pulih oleh Zakat dengan nilai RM9.4 juta. Ini pada tahun 2023 - 2024.
Bagi 2025, untuk tahun ni sampai ke bulan Ogos ni, 16 buah rumah untuk baik pulih rumah ni, Zakat telah berjaya membuat pembaikan 16 buah rumah dengan nilai RM566,400. Itu baik pulih. Untuk membina rumah pula, jumlah 51 buah rumah telah berjaya dibina oleh Zakat dengan nilai RM3.3 juta dan menunggu untuk bina rumah pula, menunggu ya, tadi bina dah YB. Sidam, ini menunggu. 87 buah rumah sedang dalam listing tunggu untuk kelulusan bina rumah dengan nilai RM5.5 juta. Ini pakej yang ditawarkan oleh Zakat. Bermakna, tadi mungkin dia ada slip gaji, yang ni tak dak langsung, susah. Menjadi asnaf ini adalah satu-satu pakej yang ditawarkan oleh kerajaan. Maksudnya asnaf ni orang yang tiada pendapatan lah, fakir miskin dan sebagainya.
Tak dak slip gaji pun boleh?
Boleh!
Boleh na? 3 minit lagi.
Dan yang terakhir (saja duk melawak ni). Yang terakhir adalah kita juga sedang berusaha mengadakan perbincangan dengan REDA untuk mencari kaedah yang terbaik bagi membina rumah-rumah yang harga lebih baik, lebih murah dengan menggunakan tanah-tanah kerajaan. Kalau tanah-tanah persendirian ni, tanah-tanah swasta ni, tanah-tanah pemaju dia jadi mahal. Jadi, kita kena cari satu kaedah bagaimana nak membantu. Termasuk yang kita kata tadi, termasuk di Desa Sejahtera. Andai kata diberi ruang dan peluang, mereka juga mampu nak bantu untuk nak bina rumah yang lebih seragam, lebih tersusun supaya rakyat dapat memiliki rumah tersebut.
Ini adalah sebahagian perkara-perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri bagi membantu rakyat-rakyat yang kurang berpendapatan. Dan sebaik-baiknya, hari ni dengan keadaan gaji RM1,700 yang paling minima saya rasa rakyat boleh untuk membuat pinjaman bank dan sebagainya. Itu sahaja, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih YB. Exco.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan YB. Sidam.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya balik kepada pemutihan tadi ni, pemutihan di Flat Paya Nahu di kawasan Sidam tu. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memberi kelebihan sikit kepada mereka yang bayar tak culas, yang bayar cantik-cantik ni. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memberi mereka memiliki rumah tersebut? Sebagai contoh, kalau dah bayar sampai 10 tahun mungkin mereka berpeluang untuk memiliki rumah tersebut. Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Exco.
Yang Berhormat Speaker dan YB. Sidam. Saya bersetuju dengan pandangan YB. Sidam tadi sebab saya pun kerap turun di Paya Nahu tu. Bukan ADUN situ la na, tapi kerap turun. Dengan pemutihan yang dibuat oleh Bahagian Perumahan, 1,472 unit yang ada di Paya Nahu 1 tu pun, barulah yang datang buat pemutihan adalah 400 ke 500 orang. Maknanya lagi ramai lagi yang belum buat pemutihan. Mereka masuk dah lama. Sebahagiannya tak bayar sewa transit ni, Yang Berhormat Speaker. Sebahagian besar di Paya Nahu ni. Sebahagian kecil sahaja yang berani turun buat pemutihan tu yang berani tu.
Bila tak bayar sewa transit, Bahagian Perumahan tidak mendapat satu jumlah duit yang boleh nak buat selenggaraan dan sebagainya. Sebab tu bila turun di Paya Nahu 1 dan 2 ni, kita lihat banyak masalah-masalah selenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh Bahagian Perumahan, menggunakan dana kerajaan negeri sendiri untuk baiki. Yang terbaru saya pergi, paip air bocor, air overflow dah turun macam air hujan, dalam padang bola tu pula, ular sawa 60kilo dapat tangkap. So, banyaklah dengan semak lagi kan, dah turun sini, banyak kali saya turun.
Saya bersetuju dengan YB. Sidam tu kalau mungkin suatu ketika nanti, kita mencadangkan supaya penyewa yang dah bayar lama, mungkin dah 10 tahun. Kalau masuk 2004 tu pun dah lama kan? Kalau 1998 lagi lama. Sekarang dah berpuluh-puluh tahun dah. Jadi, kalau boleh kita bagi untuk milikan terus, itu cadangan yang baik.
Walau bagaimanapun, bukanlah saya mengatakan yang hari ini kita setuju. Tapi kita akan adakan perbincangan dengan KPKT dan juga Bahagian Perumahan dan Pejabat SUK untuk mencadangkan satu kaedah yang terbaik untuk bantu supaya penyewa- penyewa ni, berani nak bayar, sanggup nak bayar. Kalau tidak dia kata, “mungkin nak bayar buat apa, tak jadi hak milik dia”. Jadi, saya rasa dengan kaedah tu, dia akan lebih membantu lah nak bayar, Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih YB. Exco. Soalan seterusnya. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Ayer Hitam.
YB. Speaker, soalan tambahan satu!
Ada sikit lagi? Ya, silakan.
Adakah tindakan atau usaha yang diambil oleh kerajaan negeri dalam mengatasi masalah Flat Setia Jaya yang kosong dan terbiar sejak sekian lama? Ramai penduduk di sekitar berpendapat keadaan flat yang terbiar kosong mengundang pelbagai risiko keselamatan seperti gejala sosial dan tempat penagihan dadah.
Soalan saya, adakah terdapat usaha untuk melakukan baik pulih atau mengubah suai bagi mendapatkan penyewa baru daripada terbiar begitu saja? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Kuala Ketil. Ringkaskan.
Cara tanya tu macam kontaktor perumahan ooo... Terima kasih Yang Berhormat Derga. Flat Setia Jaya ni tepi lebuh raya tu Yang Berhormat Speaker. Kita nak keluar Tol Alor Setar Utara tepi jalan tu, kalau tengok tu nampak warna pun macam-macam cara warna tu, kan? Ha, tu dia flat tu lah. Flat ni ada sepuluh blok flat ni. Ada sepuluh blok. Satu blok lebih kurang tujuh ke lapan puluh unit rumah. Betol Yang Berhormat Derga na? Dia rajin, kerap pergi situ. Saya anggaran ni lah, kan? Lebih kurang tujuh puluh ke lapan puluh unit lah dalam satu blok. Kita ada satu blok tu, blok hat bawah perumahan punya. Blok, dipanggil blok J ya. A sampai I tu sembilan blok yang KPKT punya. Kita ada JV dulu ni, buat JV dengan kerajaan negeri.
Memang masalah banyak berlaku di situ. Nilai pada masa tu dalam RM33,000 saja rumah flat tu. Sekarang ni banyak yang kosong. Sebenarnya Bahagian Perumahan pun faham isu ni dan kita pun sedang buat pemutihan sebenarnya. Buat pemutihan. Mana lot - lot yang kosong terbiar tu, kita sama ada nak buat selenggaraan semula ataupun nak tawar kepada orang baru.
Bila lot-lot kosong ni, tanpa penghuni, dia akan rosak lah. Dia akan rosak dan akan salah guna oleh individu tentu. Seperti maksud YB. Derga tadi dengan dadah dan sebagainya. Memang isu itu berlaku. insyaAllah di Bahagian Perumahan kita akan ambil maklum isu ni. Itulah kita sedang buat pemutihan.
Dan saya bersetuju jika andainya bangunan-bangunan seperti ni kita serahkan kepada swasta untuk uruskan. Saya pernah melawat di CLQ di KTPC di Hi-Tech. Di mana melantik Syarikat Akujaya sebagai syarikat yang mengendalikan CLQ tersebut. Bermakna JV dengan KTPC, orang yang masuk menginap tersebut akan diuruskan oleh Syarikat Akujaya ni. Mereka ada sistem keselamatan sendiri, sistem pembersihan sendiri dan blok tu ada surau, ada mini market dalam tu, juga bilik yang lebih selesa dan sebagainya. Jadi, kemungkinan saya bersetuju kalau andai kata selepas ini kita lantik syarikat yang mengendalikan dia menjaga tu. Kalau Bahagian Perumahan dengan staf tak seberapa orang ni tak mampu nak handle 10 blok tersebut dengan keadaan penduduk yang padat, ramai peniaga yang ikut dan saja walaupun macam-macam kes dan sebagainya. Jadi, andai kata ada pemaju – pemaju yang selepas ini mampu nak uruskan tu, dia akan lebih baik lah.
Sepertimana kita buat kutipan hutang. Dulu, kutipan hutang juga diuruskan oleh Bahagian Perumahan. Kita pun tak mampu nak kutip hutang, nak pergi ke pintu-pintu nak kutip. Tapi sekarang ini kita lantik syarikat yang mengutip hutang. Syarikat tu kutip hutang, kita dapat sikit pendapatan lah. Kalau nak harap kita kutip ni memang orang tak akan mai bayar, payah. Saya harap YB. Derga bersabar sekejap. Sempatlah PRU Ke 16 ni sempat selesai insyaAllah. Sabaq sat.
Terima kasih YB. Kuala Ketil. Seterusnya, Yang Berhormat Ayer Hitam.
Terima kasih YB. Speaker. Mohon jawapan untuk soalan nombor 2.
2. Berdasarkan siaran media pada 6 Mei 2025, syarikat RANHILL telah mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri bagi membincangkan kerjasama strategik dalam pelbagai aspek pembangunan, khususnya berkaitan perkhidmatan utiliti dan infrastruktur.
Pohon dinyatakan:-
Adakah kerajaan negeri berhasrat memberi ruang kepada syarikat ini untuk mengambil alih tugas SADA sebagai operator air tunggal negeri?
Dipersilakan YAB. Menteri Besar.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, YB. Ayer Hitam, terima kasih. Soalan ni jawapannya panjang boleh, pendek pun boleh. Nak pendek ka nak panjang?
Soalan dia, tentang satu siaran media pada 6 Mei tahun ini. Ada syarikat yang datang untuk mencadangkan lah. Saya pun tak pasti di mana datangnya yang berita itu, tetapi telah ditulis lah dan disiarkan. Jadi, soalan bersabit dengan kenyataan tu, adakah kerajaan negeri berhasrat memberi ruang kepada syarikat ini untuk mengambil alih tugas SADA sebagai operator air tunggal?
Pada pengamatan saya sejak 2008 sampai 2025 ni, dekat-dekat 20 tahun dah. Skop ataupun sektor bekalan air, dia mencakupi hampir 1 per 3 daripada isu-isu negeri, bidang kuasa negeri, tugasan kita di pihak negeri kerana air akan jadi begitu mustahak untuk diambil berat oleh kerajaan. Ia akan memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan rakyat. Maka saban tahun kita akan menghadapi isu air, walaupun tak dak isu, ia akan jadi isu juga. Menjelang hari-hari raya, hari-hari keramaian di mana peningkatan bekalan air meningkat maka isu ini akan ditimbulkan. Di Kedah ni, kalau dulu, dulu, sebelum tahun 2005 isu besar yang akan dimainkan untuk modal politik ialah pembalakan, berlarutan lah sampai 2010, 2013. Selain daripada pembalakan, yang kedua isu air lah. Jadi, kedua-dua isu tu kena cermat kerana mudah di spin mudah dieksploit untuk memberi gambaran yang salah.
Yang Berhormat Speaker, kita ambil alih kerajaan ni kali pertama 2008. 2008 pakat dengan ni lah, YB. Sidam masa tu ada kan? Ngam lah (sambilm ketawa) macam ni lah (hand gesture) tahun 2008. Tapi dia ada lima kerusi. Lima kerusi pun goyang, hari-hari kena tengok, hilang tak hilang, kena follow. Saya ada pengalaman yang ngeri lah berpakat dengan YB. Sidam ni (sambil ketawa). Bukanlah YB. Sidam, tapi rejim dia. Hari-hari kena follow, kena lantik team khas follow tengok dia pi mana. Dia pi Putrajaya ka? (sambil ketawa) Ada lompat daripada lima tu lompat dua. Akhirnya tak jatuh lah, Alhamdulillah tak jatuh. tapi hampir-hampir jatuh lah. Sehinggalah jadi kudis yang tidak dapat ditampal lagi, pengalaman berkawan dengan rejim Sidam ni.
Saya ada pengalaman khusus dan saya boleh menulis buku khusus tentang pengalaman bersahabat dengan rejim Sidam ni. “Yang Manis Ambil Kat Depa, Hat Hodoh Kita Tanggung”. Tajuk buku tu, tajuk dia. Jawapan pendek saya kepada soalan ni ialah, tidak mungkin perkara ni dapat dibenarkan berlaku. Selagi saya dan rakan-rakan ada di sini, tidak mungkin SADA diserahkan kepada pihak lain. SADA adalah syarikat yang ditubuh di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menjalankan fungsi dan tanggungjawab perkhidmatan bekalan melalui Perjanjian Pengkoperatan 2010. SADA merupakan operator air yang telah dilesenkan di bawah Seksyen 9 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 WSIA 2006, Akta 655.
Pengambilalihan peranan SADA sebagai operator air di Kedah adalah tidak realistik serta tertakluk kepada syarat-syarat perlesenan dan klausa-klausa perjanjian yang telah dimasuki oleh SADA. SADA terikat dengan syarat-syarat standard lesen di bawah Peraturan 12, Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air Perlesenan 2007, iaitu sekiranya terdapat perubahan dalam pegangan syer dalam pemegang lesen atau syarikat induknya yang mengakibatkan perubahan dalam kawalan pemegang lesen atau syarikat induk, kelulusan secara bertulis daripada menteri hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Sekarang ini Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) lah - TPM2. Syarat perlesenan di atas bermaksud apa-apa perubahan dalam pegangan atau pemilikan ekuiti SADA 100% yang dipegang oleh Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) tidak boleh dipindah milik tanpa kelulusan menteri terlebih dahulu.
(b) Perjanjian Utama Migrasi Klausa 5.1 (d) Restriction in Shareholding, memperuntukkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah hendaklah memegang pemilikan ekuiti SADA 100% melalui Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) sepanjang tempoh perjanjian kemudahan dan perjanjian pajakan iaitu selama 45 tahun melibatkan inovasi hutang pinjaman bekalan air Kegeri Kedah kepada PAAB (Pengurusan Aset Air Berhad) berjumlah RM1.122 bilion.
(c) Klausa 9(2) Perlembagaan SADA memperuntukkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah hendaklah memegang pemilikan ekuiti SADA 100% melalui Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dan tidak boleh dipindah milik sama ada keseluruhan atau sebahagian kepada mana-mana individu, syarikat, badan korporat atau pihak ketiga sepanjang tempoh berkuatkuasanya perjanjian kemudahan dan perjanjian pajakan di antara PAAB dan SADA yang ditandatangani pada 4 Mac 2021. Saya faham perangai orang berniaga, dia akan pergi cari tang mana ada untung dia pi nak masuk situ lah. Saya tak boleh salahkan orang berniaga, tang mana untung. YB. Kubang Rotan? Mana ada orang berniaga pi tang rugi. Tang mana ada orang mai dia pi buka gerai tang tu lah, di situ lebih mudah untung. Sama dengan SADA, masa SADA duk tengah tenat, tenat ni dia ada rekod. SADA pernah rugi RM36 juta semasa rejim sana duduk di sini. 2019 rugi RM36 juta, berhutang RM158 juta, 2018 – 2019. Masa tu tak dak siapa steam lah, tengok pun tak mau, kurap penuh kan noh? Bedak tak buh, rambut tak sikat, tak dak siapa lalu. Tapi bila kita mula memulihkan SADA, bermula tahun 2020 bila kita masuk jadi kerajaan, mai saya baca rekod supaya kita dapat buat perbandingan yang adil. Kalau nak baca semua ni 24 buka surat, jenuh dengar.
SADA ditubuh sebagai syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah (JBAK) tahun 2010. JBAK ni ditubuh di bawah Enakmen Syarikat Pengganti yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ni tahun 2008. Berselari dengan kehendak WSIA maka kita kena korporatkan Jabatan Bekalan Air Negeri dan Enakmen Syarikat Pengganti ni telah diluluskan pada tahun 2008. Kita ada pengalaman, sepanjang diuruskan oleh JBAK dan juga JKR Air, kita pernah beri konsesi kepada dua syarikat. Syarikat yang pertama adalah, saya kena baca juga nama syarikat tu kan, tak dak pilihan lah nak sembunyi buat apa kan? Konsesi Taliworks Langkawi Sdn. Bhd. 25 tahun diberi kepada Taliworks ni awal lagi lah, tapi yang dapat kita kesan, berapa rugi?
Bermula tahun 2010 bila SADA ditubuhkan, kita telah kerugian lebih kurang RM28 sehingga RM30 juta setahun mulai tahun 2010 hingga tahun 2020 di mana berakhirnya perjanjian konsesi tu. Kita collect RM22 juta hingga RM23 juta setahun, tapi kita bayar kat Taliworks RM50 hingga RM54 juta setahun, selama 25 tahun. Konsesi Air Utara Indah (AUI). AUISB, (sambil ketawa) yang ni 30 tahun. Perbandingan kos pengeluaran air bersih yang dibuat bagi tahun 2012 menunjukkan SADA perlu membayar lebih kurang RM60 juta setahun ataupun 25 sen untuk per meter padu bagi pengeluaran air bersih oleh AUI. Jika SADA mengurus sendiri kos operasi adalah sekitar 15 sen. Perbezaan lebih kurang RM22 juta setahun yang ditanggung oleh SADA mulai 2010 hingga 2020. Hat ni berlangsung selama 30 tahun, 25 tahun di Langkawi, 30 tahun untuk AUI operasi lima loji utama yang mengawal 63% bekalan air bersih, air terawat di seluruh negeri, mengakibatkan kita tanggung RM22 juta setahun. Bila perjanjian konsesi tamat, memang pada masa itu depa mai lah nak sambung. Mungkinlah depa ada connection masa itu di
Peringkat Persekutuan, maka mai ke pihak negeri lah untuk minta sambung. Dengan beraninya, walaupun tak tau kita ‘tega’ mana, (sambil ketawa) bertekad bersungguh-sungguh, pejam mata tauhid, serah kepada Allah Ta'ala, apa jadi pun dua konsesi ini tidak akan disambung lagi walaupun kita terpaksa merangkak.
Semangat ini dikongsi bersama dengan rakan-rakan di SADA yang menjadi tulang belakang kepada bekalan air bersih dan kita mula uruskan sendiri 10 loji yang diberi kepada dua konsesi ni, tiap-tiap bulan bermula tahun 2020 setelah tamat perjanjian pada Ogos dan Oktober, kita telah buat penjimatan sebulan RM4 juta. Tuan-tuan sekalian, kalau tak dak sikit political will dan keberanian untuk berjalan sendiri selepas kita direndam begitu lama, (sambil ketawa) 25 tahun, 30 tahun. Manisnya orang ambil, deritanya kita tanggung, selama puluhan tahun. Jadi, dia nak berulang lagi pada tahun ni, mungkinlah kerana perundingan di peringkat Pusat, kuasa menteri boleh diperolehi, saya tak pasti yang itu. Maka depa mai lah di negeri, pi tanya negeri dulu boleh ka tak boleh. Kalau boleh, mungkinlah macam tu pada pemikiran saya. Mudahkah menteri nak lepas benda ni kan? Pasai apa depa duk mai? Bukan satu syarikat YB. Ayer Hitam, banyak. Yang keluar berita syarikat ni lah, lepas syarikat ni keluar berita, ada 4 lagi hantar surat mai nak ambil fungsi SADA. Saya kata, sesuai lah dengan soalan YB. Ayer Hitam ni, sesuatu penjelasan dan pendirian muktamad tentang dasar kerjaan negeri berkenaan dengan bekalan air ni kena dibuat di Dewan yang muda ini bahawa kita by hook or by crook, kita tidak akan menyerahkan SADA kepada mana-mana pihak.
Menarik cerita ni YAB. Menteri Besar. Seminit lagi.
Seminit lagi? Kita dah buat Pelan Pembangunan, saya fikir setengah-setengah orang fikir kita ni tak tahu buat kerja apa. Mungkin depa anggap kita di Kedah dan di agensi-agensi kerajaan negeri ni tidak merancang untuk kelestarian bekalan air negeri ni. Kita ada rancangan sampai 2045, kita ada 32 projek LRA. Sampai 2045, kita ada projek sampai 2050 untuk pastikan bekalan air negeri ni sentiasa berada pada tahap yang munasabah. Untuk sekilas, pada tahun 2010 bila SADA mula ditubuhkan daripada rejim JBA, SADA catat keuntungan selepas cukai RM12.1 juta. SADA terus mencatat pertumbuhan positif memperolehi keuntungan RM18.8 juta 2011, RM23.1 juta 2012, RM22.9 juta 2013 dan menurun balik pada 2014, RM21.2 juta. Lepas tu rejim pun berubah, kerana pilihan raya 2013, 2014 orang lain masuk balik.
Keuntungan SADA menyusut selepas daripada itu RM13.1 juta pada tahun 2015, RM6.1 juta pada tahun 2016, RM420 ribu pada tahun 2017. Koi duk menjunam. Ada orang kata, “masa ni kerajaan terbaik pernah memerintah di dunia”, tapi dari segi prestasi SADA menjunam. Sekarang ni depa ada di Persekutuan, sekarang ni duk berkawan dengan YB. Sidam. Jadi menyusut. Mai pula rejim Sidam 2018. Pada tahun 2018 keuntungan SADA menurun kepada RM31 ribu 2018, seterusnya mencatat kerugian pada 2019 RM36 juta. Ada orang cakap pandai dalam Tiktok saya duk tengok, dia jaga air pada masa tu, dia duduk sebelah sini lah. Dia cakap, “hoh heh, hoh heh”, rugi RM36 juta. La ni duk comment lagi pasal air. Masa tu saya duduk sebelah sana, tiga kali Sidang DUN saya tanya dia, “macam mana langkah untuk mengatasi krisis bekalan air di Kedah?” Dia kata, “kita akan pesan kepada anak-anak kita, masa berus gigi, tutup paip”. Tiga kali jawapan yang sama. Kata, “hang reti jawab takat berus gigi sahaja”, tapi jadi EXCO. Selepas itu sembang pandai, sampai la sembang pandai. Masa dia rugi RM36 juta, hutang RM158 juta. Itu hat jadi MADANI sekarang tu, angkat lagu tu (sambil mengangkat tangan). Hat tu baru saya sembang pasal air. Saya tak suka bongkar cerita orang, tapi bila depa duk cakap pandai kan, mai aku cerita pasal hang semasa hang duduk sini. RM36 juta terekod. Semasa hutang RM158 juta iaitu 44% daripada keseluruhan perbelanjaan SADA terhutang kepada pembekal-pembekal.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bermula tahun 2020 kita ambil alih, saya bawa masuk balik orang yang menubuhkan SADA, dengan segala susah payah dia pun naik wheelchair datang. Dia kata, “kalau orang lain panggil, aku tak mai dah, hang panggil aku mai juga sebab kita ni adik-beradik, macam adik-beradik”. Walaupun tak ada pertalian darah tapi ada sikap sayangkan negeri dan untuk berjuang pastikan semua kepentingan negeri ni dapat dipelihara. Dia kata, “hang tak usah bayar gaji aku, sehingga SADA untung balik baru aku ambil gaji”. Naik wheelchair, terpaksa buat pejabat di bawah sebab dia tak boleh naik atas, tapi dia nak kerja. Saya nak pakai kepala dia sahaja, bukan nak pakai kaki. Dia pun mai kerja.
Tahun 2020 selepas ambil alih bulan lima, kita challenge dia tahun 2020 tu daripada rugi RM36 juta, kita catat untung yang pertama RM149 ribu pada tahun 2020. Tahun 2021 keuntungan meningkat kepada RM29.5 juta, tahun 2022 keuntungan RM29.4 juta, tahun 2023 RM25.2 juta, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tahun 2024, kita telah catat untung tertinggi dalam sejarah penubuhan SADA, RM41.5 juta. Tahun 2025 ni, rupanya tak dak orang nak kacau sangat kan, depa nak cakap kita zip mulut, hang cakap pandai sahaja, hutang banyak pasal hang. Tahun 2025 ini, kita buat unjuran sebelum ditolak bayaran bonus dan cukai, kita akan catat keuntungan RM80 juta. Semua keuntungan ini dijana untuk membayar hutang, kita ada hutang RM1.12 bilion tentang bekalan air di negeri ini.
Kecenderungan pada waktu dulu ialah kita buat hutang walaupun hutang lama-lama sebelum tahun 2008. Kita ada kecenderungan ambil pinjaman daripada kita ambil geran kerana kalau dapat pinjaman boleh lantik kontraktor sendiri. Dulu-dulu, zaman dululah masa YB. Sidam menyanyi “hoi ya hoi, hoi ya hoi”. Lepas tu dia pakat “hoi ya hoi, hoi ya hoi”, buat kerajaan. “Hoi ya hoi” tu tinggal hutang kat kita. Ada nak geram ka? Tu nak tekan tu. Sat lagi la, dah nak habis dah (sambil ketawa). Kita catat keuntungan ni bukan kerana nak enjoy tak, pasal kita ada beban yang telah kita galas sekian lama. Beban RM1.12 bilion tu lah, campur lagi pinjaman-pinjaman akan datang sehingga 2045 tu. Kita akan kena mula bayar kepada PAAB bermula tahun 2026. 2026 kita kena bayar setahun RM38.4 juta, hutang, 2027 kita kena bayar RM58.8 juta setahun, 2028 kita kena bayar RM70.8 juta, 2029 RM70.8 juta, 2030 kita kena bayar RM151.2 juta setahun. Itulah beban yang sedang kita tanggung dan selepas 2030 tu akan berlangsung lagi lah tak tahu siapa nak bayar masa tu, harap-harap boleh bayar lah.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, semua usaha-usaha sedang dibuat. Saya rasa rakyat dah faham kerana banyak kali sudah kita bercakap di Dewan ini, di luar tentang industri air, bekalan air. Hanya oleh kerana tak dak modal, depa duk ungkit tentang LRA tak siap tu lah. Tak dak siapa di dunia ni atas usaha yang telah kita buat, susah payah yang kita lalui daripada 600 orang kakitangan JBA yang dikorporatkan jadi SADA, sekarang ni ada 1,500 orang sedang bertungkus-lumus siang malam. Tidak ada orang yang kerja di syarikat lain yang bekerja 3 - 4 pagi kecuali rakan-rakan kita di SADA. Mereka ni berjaga malam, kena repair walaupun pecah tengah malam, pagi, mereka duduk dalam lubang tu. Termasuk dengan CEO, CEO duduk tunggu di situ nak bagi siap juga supaya bekalan air ini dapat dipulihkan. Itulah susah payah yang dihadapi oleh kita dan kita selepas perjuangan yang begitu memeritkan, kita gagaskan satu slogan di SADA ini untuk naikkan semangat rakan-rakan kita. Kita gagaskan SADA bangkit, daripada hutang RM36 juta sekarang ni telah berlaku kebangkitan yang hebat di SADA, telah mampu untuk catat keuntungan RM80 juta untuk bayar hutang. Tidak ada siapa pun diizinkan untuk sentuh SADA untuk kaut kemanisan seperti yang telah berlaku pada rejim-rejim sebelum ni selama 30 tahun tu. Terima kasih, YB. Speaker.
Soalan tambahan, YB. Ayer Hitam.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih YAB. Dato’ Seri Menteri Besar di atas penjelasan yang cukup panjang lebar, yang meyakinkan kita bahawa kerajaan negeri insyaAllah tidak akan memberikan konsesi ataupun pengoperasian kepada Syarikat Ranhill, walaupun Ranhill ni sebuah syarikat yang besar. Dia menguasai 100% pengoperasian air di Johor. Kita risau rekod itu digunakan, tapi dengan ketegasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita yakin lah SADA akan terus diberi kepercayaan dan saya nampak CEO SADA pun senyum panjang lebar tadi, suka benda ini dan kakitangan SADA pun insyaAllah akan bertambah semangat untuk meneruskan pekerjaannya. Saya tiada soalan tambahan, cuma nak zahirkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita.
Terima kasih YB. Ayer Hitam.
Soalan tambahan. Ada sikit.
Ringkaskan YB. Sidam.
Yang Berhormat Speaker, bagi soalan sikit sahaja, saya nak mencelah juga.
YB. Sidam bangun dulu YB.
YB. Sidam, bagi masa sikit na? Saya bukan nak tanya soalan Yang Berhormat Speaker, saya nak ucap penghargaan, terima kasih yang mana, saya mewakili DUN Bayu dan juga rakyat di kawasan Pekan Pulai hendak merakamkan penghargaan terima kasih banyak-banyak kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar yang telah pun dalam proses meluluskan
peruntukan RM50k untuk wang ihsan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat DUN Bayu ni. Masyarakat DUN Bayu, terima kasih banyak-banyak YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.
Terima kasih YB. Bayu. YB. Sidam, ringkaskan.
YB. Tuan Speaker, seperti yang YAB. Jeneri unjurkan tadi keuntungan sampai RM80 juta tu, saya rasa ada atau tidak keperluan untuk kita naikkan tarif air tu? Saya rasa tak perlu naik kot? Jadi, kita kekalkan seperti sekarang, pasal keuntungan dah banyak dah kita tengok tadi pun keuntungan dah macam-macam.
Lagi satu YAB. Menteri Besar, kalau boleh hutang-hutang tu biar kami bayar, janji kami duduk sebelah sana. Terima kasih.
Silakan YAB. Menteri Besar.
Ada hati nak bayar hutang, hutang lapuk pun tinggal kat orang (sambil ketawa). Tak pa, semangat tu bagus, kita lawan dulu. Pertama sekali, kenaikan tarif ni bukan Kedah sahaja yang berlaku, cuma oleh kerana media ini dikawal oleh Kerajaan Persekutuan, dia tak habaq lah. Mula-mula dia habaq kata 10 operator air yang mohon, tapi bila diluluskan, dia habaq 4 sahaja. SG4 sahaja dia maklum. Saya ada banyak pengetahuan juga tentang negeri-negeri lain ini pun. Ada negeri, sudahlah tak bayar hutang, hutang TNB RM700 juta tidak bayar, ada negeri, bukan negeri SG4 tapi dia tak habaq, dia tak sebutlah dalam media. Dia sebut Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, pasal negeri pembangkang. Kalau dia jujur dan dia ikhlas, dia jaga kementerian tu, dia beritahulah betul-betul negeri lain dia macam mana? Yang mohon ni semua mohon, 10 operator bekalan air minta, dan semua tu dibenarkan. Kuasa eksekutif kepada bekalan air bersih ini dipegang oleh Persekutuan, bukan negeri. Dia ada perjanjian di bawah Akta WSIA 2006 tu Seksyen 3 memberi kuasa eksekutif kepada Persekutuan melalui SPAN. SPAN ni ditubuh di bawah 654, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Tubuhkan SPAN sebagai regulator dan rejim perlesenan, SPAN ni yang keluarkan lesen. Semua business plan operator air dikawal oleh SPAN.
Kalau SPAN mendapati business plan, charge bill, pendapatan tidak mampu untuk tampung bayaran hutang, maka SPAN boleh ambil alih dengan kuasa eksekutif tadi. Jadi bila kita mohon, semua operator air mohon untuk naik tarif, semua diluluskan. Pasal apa sebut Kedah sahaja? Ingat Kedah lekeh seorang sahaja ka? Taaakkk… Semua negeri yang sama, semua negeri menghadapi masalah yang sama. Kita kena catat keuntungan untuk bayar hutang. Saya sebut dah tadi, kena bayar hutang tu. Nanti YB. Sidam cakap, “ada air putus sana sini”. Kalau air putus sana sini, hutang tak boleh bayar, teruk sangat lah. Memang keadaan infra kita sedang kita buat penambahbaikan dan pada masa yang sama kita nak pastikan negeri kita ni terus mendeka.
Kalau industri bekalan air bersih terawat ni telah diambil alih dengan mengubah jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2005, hanya tinggal sumber air, parit, dan terusan sahaja kepada negeri. Bekalan air telah ditakluk oleh Persekutuan. Negeri ni bila dia menyertai Malaysia, ada tiga sahaja, kalau tiga ni habis, habislah kita tak dak kedaulatan apa dah. Kita ada air, tanah, hutan, agama, di bawah Tunku Sultan. Kalau semua ni diambil alih, kita tak ada kedaulatan apa-apa. Pada hal asal-asalnya sebelum Pembentukan Persekutuan kita ni negeri yang berdaulat, negeri yang berdiri sendiri, ada kerajaan, ada Undang-Undang Tubuh. Kalau semuanya ditakluk oleh Persekutuan, kita ni nak tinggal apa? Saya tak mahu zaman saya jadi MB negeri ni terlondeh, tak ada apa satu dah, semua boleh kat depa. Benda tu akan dipertahankan. Kita nak pastikan business plan kita boleh mampu bayar hutang sehingga kita ni mengekalkan kedaulatan kita walaupun tahun 2005 tu sebahagiannya telah disedut masuk ke petak Persekutuan. Saya tak akan benarkan lagi benda ni berlaku, tarif walaupun dinaikkan ke 81 sen, tarif kita berbanding negeri-negeri lain masih jauh lebih rendah dan tidak membebankan, insyaAllah. Itu sahaja, terima kasih YB. Sidam.
Terima kasih, YAB. Menteri Besar. Dipersilakan YB. Pantai Merdeka.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, soalan saya, soalan yang ketiga. Terima kasih.
3. Pohon dinyatakan :-
a) Apakah garis panduan dan kaedah pemilihan pelajar yang digunakan dalam program The Pearl of Kedah 2025, khususnya bagi memastikan penyertaan pelajar daripada keluarga B40 dan miskin tegar?
b) Berapakah jumlah pelajar yang disasarkan untuk menyertai Program The Pearl of Kedah ini pada tahun 2025 dan apakah bentuk sokongan (akademik, kewangan, motivasi) yang disediakan kepada peserta?
c) Apakah langkah pemantauan dan penilaian yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan keberkesanan program ini dalam membantu keluar daripada kitaran kemiskinan melalui pendidikan?
Dipersilakan Yang Berhormat Merbau Pulas.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Yang Berhormat Speaker, YAB. Menteri Besar dan juga YB. Pantai Merdeka. InsyaAllah saya akan beri jawapan soalan nombor tiga iaitu apakah garis panduan kaedah pemilihan pelajar yang digunakan dalam program The Pearl of Kedah 2025, soalan (a) daripada keluarga B40 dan miskin tegar. (b) Berapakah jumlah pelajar yang disasarkan untuk menyertai program The Pearl of Kedah 2025? Yang (c), apakah langkah pemantauan dan penilaian yang dijalankan oleh kerajaan negeri bagi memastikan keberkesanan program ini dalam membantu keluar daripada kitaran kemiskinan melalui pendidikan?
Garis panduan dan kaedah pemilihan pelajar adalah berpandukan kepada purata pendapatan isi keluarga. Hanya pelajar yang berkelayakan sahaja akan dipertimbangkan bagi menyertai program The Pearl of Kedah ini. Peserta yang memohon hendaklah tergolong daripada golongan miskin ataupun golongan asnaf. Saringan dan mengenalpastian nama peserta adalah daripada pihak pusat khidmat wakil rakyat yang menjadi pusat pengumpulan data keluarga yang kurang berkemampuan.
Prioriti pemilihan peserta adalah kepada anak-anak daripada keluarga yang susah dan anak-anak yatim piatu yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi dalam sesebuah keluarga tersebut. Antara kriteria dan syarat kelayakan lain yang akan dipertimbangkan sebelum pengambilan peserta bagi menyertai program ini adalah seperti berikut; anak Negeri Kedah atau sedang bermastautin dan menetap di Negeri Kedah, berumur 13 tahun pada tahun 2025, keutamaan kepada keluarga asnaf dan miskin, bebas dari masalah disiplin dan mempunyai dan mempunyai sahsiah diri yang baik, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kurikulum di sekolah.
Jawapan (b) jumlah peserta. Jumlah peserta yang disasarkan pada tahun 2025 ialah seramai 180 orang iaitu 5 orang daripada setiap DUN. Pada masa yang sama generasi The Pearl of Kedah yang pertama pada tahun 2024 adalah seramai 120 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peserta dalam program ini seramai 300 orang 2025. Peserta ini akan dipantau selama 3 tahun, kita tidak ada pengambilan pada tahun hadapan, tidak ada pengambilan. Peserta ini sahaja kita akan pantau mereka sehingga 2026/2027. Selama 3 tahun mereka terus dapat mengambil SPM untuk penyediaan The Greater Kedah. Anak-anak ini akan dipantau dengan peruntukan yang sedia ada ini dan 300 inilah sahaja yang kita akan jadikan program The Pearl of Kedah untuk pilot projek ini.
Terdapat pelbagai jenis bentuk sokongan yang disediakan oleh peserta yang menyertai program The Pearl of Kedah ini. Antaranya peserta-peserta The Pearl of Kedah ini akan dibantu dari segi perkembangan akademik, suntikan motivasi, didikan kepimpinan dan sumbangan berupa bantuan alatan persekolahan serta keperluan lain. Peserta-peserta ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran tambahan, antaranya kemahiran soft skill yang diperlukan pada masa kini seperti kemahiran mengenali potensi diri, kemahiran kepimpinan, kemahiran sosial dan lain-lain kemahiran sebagai persiapan ke arah melahirkan generasi The Greater Kedah yang dipacu oleh kerajaan negeri.
Pada masa yang sama pihak penyelaras program yang dilantik juga bertanggungjawab memantau perkembangan akademik dan kurikulum persekolahan para peserta ini agar tidak ketinggalan kerana kemiskinan yang dihadapi oleh mereka. Pelajar-pelajar ini juga disuntik dengan semangat dan motivasi diri agar tidak menjadikan kemiskinan keluarga sebagai salah satu sebab mereka tidak boleh berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Anak-anak ini juga untuk pengetahuan seluruh Sidang Dewan, anak-anak yang belajar di sekolah harian yang bersama dengan keluarga di rumah, bukan anak-anak yang berada di asrama. Anak-anak yang bersama keluarga di rumah dan anak-anak yang kebiasaan sahaja. Kadang-kadang kita kata kalau kita tak pantau mereka mungkin mereka gagal, kalau kita bantu mereka mungkin mereka akan berjaya insyaAllah.
Yang (c) adalah antara langkah-langkah pemantauan dan penilaian. (a) Pemantauan kualiti pembelajaran menerusi semakan modul dan bahan pembelajaran diguna pakai sepanjang peserta berada dalam program ini. Anak-anak ini akan ditemukanlah, ada jadual-jadual yang telah kita tetapkan dan mereka ini akan ada bimbingan, kita akan melihat dari segi pelajaran mereka. Sekiranya mereka lemah apa subjek, subjek itu akan diberi keutamaan kepada anak-anak ini. Ini bagi memastikan modul pembelajaran yang diguna pakai tersebut menepati dan selaras dengan kurikulum di sekolah agar pelajar dapat mendalami dan memahami dengan baik menerusi kedua-dua konteks pembelajaran yang mereka pelajari.
Pemantauan dan penilaian menerusi pra dan pasca program juga turut dilakukan bagi mengukur dan menilai tahap kefahaman dan dapatan peserta-peserta sebelum menyertai program ini dan selepas mereka tamat menjalani program yang dijalankan ini. Antara lain, perbincangan target program secara berkala antara pihak kerajaan negeri bersama penyelaras program. Perbincangan ini diadakan bagi melihat kepada perkembangan semasa para peserta sepanjang berada dalam program. Peserta akan dinilai, menerusi pemantauan oleh guru dan pelatih setelah sebuah modul itu selesai dilaksanakan. Selain itu, jalinan kerjasama dan hubungan antara kerajaan negeri, penyelaras program, bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN, akan diperkemaskan supaya aliran pemakluman dan penyampaian maklumat disampaikan dengan baik dan telus kepada keluarga peserta The Pearl of Kedah ini. Itu jawapan.
Terima kasih YB. Merbau Pulas. Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Silakan YB. Pantai Merdeka.
Adakah pihak kerajaan negeri mempunyai inisiatif sokongan atau bantuan jangka panjang yang disediakan untuk peserta program The Pearl of Kedah? Terima kasih.
Silakan YB. Merbau Pulas.
Ya, memang kita ada perancangan kerana anak-anak ini anak-anak yang B40 dan asnaf. Dan anak-anak yang 300 orang ini perancangan pada masa depan bermula pada tahun hadapan. Mereka ini akan kita ada merancang untuk bantuan kewangan tambahan untuk membuat simpanan pendidikan. Kita akan carum anak-anak ini dengan SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) minima RM30 sebulan kepada anak-anak ini.
Seandainya dalam caruman ketika anak-anak ini bersama dengan program kita dan kita telah carum dengan SSPN, seandainya berlaku kematian kepada warisnya, anak-anak ini akan dapat sebahagian daripada kita panggil khairat kematian daripada SSPN dan akan dibantulah dan apabila mereka keluar untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi, mereka juga ada wang sebagai wang tabungan untuk mereka terus menyambungkan pembelajaran. Ini di antara program yang kita merancang untuk jangka panjang anak ini selama berada dengan kita dan caruman ini akan berlaku setiap bulan, minimanya RM30, insyaAllah. Sekian.
Terima kasih YB. Merbau Pulas. Seterusnya, dipersilakan YB. Lunas.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker,
Satu, dua, tiga, empat, Jangan lari soalan nombor empat, Ekopelancongan rakyat minat, Harap Exco jawabnya tepat.
4. Sektor Eco Pelancongan semakin mendapat tempat di hati pengusaha-pengusaha pelancongan di Malaysia.
Pohon dinyatakan apakah perancangan dan usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan para pengusaha eco pelancongan di Negeri Kedah untuk memperkenalkan produk eco pelancongan Kedah ke peringkat nasional dan antarabangsa?
Silakan Yang Berhormat Kubang Rotan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ada pantun no, nak jawab macam mana ya? Dua tiga kucing berlari, tunggu sat saya nak cari. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan daripada YB. Lunas ni iaitu sektor ekopelancongan semakin mendapat tempat di hati pengusaha-pengusaha pelancongan di Malaysia. Pohon dinyatakan apakah perancangan dan usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan para pengusaha ekopelancongan di negeri Kedah untuk memperkenalkan produk ekopelancongan Kedah ke peringkat nasional dan antarabangsa.
Yang Berhormat Tuan Speaker, memang benar sektor ekopelancongan sekarang ni semakin mendapat tempat di negara kita. Bukan sahaja negara kita, tetapi juga di seluruh dunia. Kedah ni Alhamdulillah, telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan banyak tempat yang bersesuaian dengan kehendak konsep ekopelancongan itu sendiri. Dan usaha-usaha untuk membangun dan juga menambah baik pelaburan ekopelancongan kita ni telah dan sedang dilaksanakan. Malah sebahagiannya itu telah pun mendapat tempat, sudah pun dikenali dalam kalangan pelancong dan juga pelawat dari dalam dan luar negara. Kerajaan negeri melalui Kedah Tourism telah pun mengambil beberapa inisiatif untuk terus mengangkat, mempromosikan pelaburan ekopelancongan di tempat kita. Antaranya penganjuran famtrip, familiarization trip membawa media, wakil media, influencer dan penggiat kandungan digital untuk merasai sendiri pengalaman aktiviti ekopelancongan di pelbagai lokasi menarik di Negeri Kedah.
Sehingga Jun 2025, beberapa famtrip telah berjaya dilaksanakan menyebabkan destinasi seperti Gunung Jerai, Gua Sirih, Sedim, Pulau Songsong dan beberapa tempat lain di Langkawi. Penganjuran acara berkonsepkan ekopelancongan antaranya Dam Camp di Tasik Pedu, Larian Magnificent Baling yang 3 hari lepas dianjurkan serta yang dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Tempatan serta Mong Gajah 4x4 juga di Tasik Pedu. Penyertaan dalam pameran pelancongan domestik dan antarabangsa, menyediakan pakej menarik melalui platform digital dengan kerjasama antara Kedah Tourism dan Jagotrip bagi membolehkan pakej-pakej itu dijual di platform pelancongan popular di China. Dalam masa yang sama, Kedah Tourism turut menjalin kerjasama dengan Travel4All dari Indonesia untuk membolehkan pakej-pakej pelancongan dijual melalui platform digital iaitu MampirMalaysia.com Menggandakan usaha promosi dengan menyediakan pelbagai pakej ekopelancongan yang ekslusif untuk dijual melalui platform online travel agent.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya saya sendiri juga turun ke lapangan beberapa kali untuk turut mempromosikan produk-produk ekopelancongan dalam negeri kita ini. Dalam masa yang sama, Kedah Tourism sentiasa menyokong usaha promosi yang dijalankan oleh pelbagai pihak sama ada jabatan dan agensi kerajaan mahupun NGO-NGO dan para pemain industri kecil dan besar. Selain daripada aktiviti promosi, kerajaan negeri juga membaik-pulih serta menaik taraf produk ekopelancongan yang terdapat di seluruh daerah di Negeri Kedah. Pihak PBT juga turut menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi memastikan produk ekopelancongan tersebut sentiasa berada dalam keadaan sedia dikunjungi bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pelancong.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kita yakin dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan ini insyaAllah, nama produk-produk ekopelancongan di dalam negeri kita ini akan meniti di bibir para pelancong yang berkunjung di rantau ini dan menjadikan Kedah nanti akan menjadi destinasi yang wajib dikunjungi dan wajib disinggah, insyaAllah. Terima kasih.
Soalan tambahan, YB. Lunas.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Rotan, jawapannya padat dan tepat. Baik, soalan saya bunyinya begini, Negeri Kedah ni kita beruntung kerana kita ada banyak keindahan alam semula jadi yang semestinya boleh menjadi tarikan pelancongan. Sebagai contoh, kita ada Gunung Jerai, Tasik Pedu, kemudian jelapang padi yang luas, yang terbesar dalam negara kita lah dan kita juga antara negeri yang membekalkan sumber makanan kepada negara. Semua ni adalah kurniaan Allah SWT yang unik. Soalan saya kepada YB. Kubang Rotan, apakah kita punya perancangan ataupun pelan, branding untuk menjadikan Kedah sebagai ikon ekopelancongan Malaysia dan juga ada atau tidak kita bekerjasama dengan sama ada penerbangan, syarikat penerbangan mana-mana domestik ataupun international ataupun platform digital untuk mastikan ekopelancongan ini dapat kita war-warkan ke seluruh tempat, bukan sekadar dalam negara kita, malahan fokus utama kita kepada pelancong luar negara? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Kubang Rotan.
Baik, terima kasih YB. Lunas. Soalan daripada YB. Lunas sendiri mencerminkan minat dan juga tanggungjawab YB. Lunas sendiri untuk membangunkan sektor pelancongan dalam negari kita ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebahagian daripada jawapan yang saya bagitahu tadi ini, menjawab persoalan tambahan daripada YB. Lunas. Apapun, begini saya jawab secara ringkas. Sebenarnya, Negeri Kedah kita ini setiap 12 daerah yang ada dalam Negeri Kedah kita ini, mempunyai semua daerah ini mempunyai produk-produk yang berkonsepkan ekopelancongan. Sekadar hari ini, kita ada 88 produk ekopelancongan dalam daerah di seluruh Negeri Kedah kita ini. 88 itu bukan sikit, itu jumlah yang banyak. Itu adalah yang berdaftar Yang Berhormat Tuan Speaker.
Baik, untuk tahun 2025 berbalik kepada persoalan daripada YB. Lunas. Tahun 2025 ini adalah kita pelan, kita khususkan, adalah tahun untuk kita memfokuskan kepada pelancongan acara. Kalau kita perasan, kalau YB. Lunas dan juga Yang Berhormat Tuan Speaker, semua yang ada sini perasan, daripada 170 acara yang telah dimasukkan dalam Kalender Pelancongan Tahun Melawat Kedah ini, semua itu berada di setiap daerah dalam Negeri Kedah. Kenapa kita buat macam itu? Itu juga sebagai strategi kita untuk kita perkenalkan produk-produk yang ada di setiap daerah itu. Setiap daerah itu yang seperti saya cakap tadi ini, setiap daerah itu mempunyai produk-produk yang berkonsepkan ekopelancongan.
Itu sebagai strategi kita yang pertama. Cuma, cuma, kita ada sedikit kekangan. Ada di antara produk-produk yang kita ada ini Yang Berhormat Tuan Speaker, tidak mempunyai lesen. Okey? Apabila tidak mempunyai lesen, kita tidak boleh mempromosi, kita tidak boleh membantu mereka untuk kembangkan lagi perusahaan ataupun peniagaan mereka.
Jadi, dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat di luar sana yang juga merupakan pengusaha-pengusaha produk-produk yang berkonsepkan ekopelancongan ini untuk memohon lesen dan seterusnya untuk memohon KM daripada Majlis untuk kita membantu untuk mereka menjalankan peniagaan secara sah dan seterusnya membantu kembangkan lagi peniagaan mereka dengan bantuan, dengan geran dan sebagainya dan juga akan mempromosikan ke tahap yang lebih tinggi. Apapun, dengan berbaki 132 hari lagi sebelum tahun 2025 ini menutup tirainya, kita akan memanfaatkan sepenuhnya untuk terus mempromosi, untuk terus melaksanakan kerja-kerja kita mempromosi dan juga memberi perhatian kepada semua produk-produk yang ada dalam Negeri Kedah ini. Terima kasih YB. Speaker.
Soalan tambahan.
Terima kasih YB. Exco.
YB. Speaker, dalam pengetahuan saya kena Bayu time soalan tu.
YB. Bayu, YB. Tokai dulu, bagi YB. Tokai.
Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kepada YB. Kubang Rotan, hari Jumaat lepas team saya pergi buat trekking di Gunung Kerengga. Apa yang menjadi keluhan mereka adalah papan-papan tanda yang telah pudar, tidak menunjukkan arah yang kita kata sepatutnya lah. Saya bukan bercakap untuk Padang Terap sahaja, mungkin daerah-
daerah lain juga terlibat. Jadi, naik taraf papan-papan tanda menuju kepada kawasan ekopelancongan ini perlu diberi perhatian yang serius, kerana tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia. Jadi, kita membuka ruang seluas-luasnya kepada pelancong daripada luar negara, daripada dalam negeri untuk kita menuju ke tempat-tempat yang kita war-warkan sebagai ekopelancongan.
Jadi, saya harap pihak PBT, pihak EXCO Pelancongan, pihak kerajaan negeri memberi perhatian kepada papan-papan tanda ini agar lebih jelas. Satu lagi, di tepi lebuh raya, saya tak pasti sama ada masih wujud ataupun tidak Resort Tasik Pedu. Saya rasa Resort Tasik Pedu dah tak dak, tapi iklan di tepi lebuh raya masih ada lagi, benda-benda itu. Jadi, saya harap ini diberi perhatian, ya lah, resort tu tak dak dah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, harap YB. Kubang Rotan beri perhatian.
Terima kasih YB. Tokai. Kira sekali jawab dengan YB. Bayu, YB. Exco. Silakan YB. Bayu.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya berkenaan dengan Baling lah. Adakah perancangan jangka panjang kerajaan negeri bagi membangun pelancongan mampan di Baling, yang mana Baling telah diangkat sebagai Daerah Ekopelancongan Negeri, khususnya berkenaan gua air terjun, agropelancongan dan tapak bersejarah yang pernah saya bangkitkan sebelum ini. Dan satu lagi yang kita bincang hari itu, YB. Kubang Rotan ada hadir di pejabat daerah bersama dengan Tuan DO. Perlu wujud satu pusat info pelancongan di setiap daerah. Yang mana kita tengok macam di Baling, dipilih sebagai ekopelancongan. Tapi pelancong daripada Singapura merayau rata, tanya tempat yang tertentu untuk nak melancong. Jadi, saya harap kalau boleh Baling sebagai ekopelancongan ni disediakan sebagai satu pusat info pelancongan. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Kubang Rotan.
Baik. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada YB, Tokai, terima kasih kepada YB. Bayu. Saya menyambut baik saranan daripada YB. Tokai. Sebenarnya, kita ada buat penggantian, ada beberapa penggantian dibuat signboard signage ini. Tapi tak apa, saya akan panjangkan kepada PBT, kita akan minta pihak JKR untuk membantu. Apapun saya nak bagitahu, berbalik dengan satu saranan daripada YB. Tokai. Ada juga segelintir, ada juga sahabat-sahabat di luar sana, menghantar orang panggil apa, permohonan daripada pejabat saya untuk memberi peruntukan untuk buat signboard dan sebagainya ni. Suka saya nyatakan, sebenarnya bajet kita ni hanya RM3 juta. Bukan saya nak meletakkan kata bajet, alasan bajet tidak.
Negeri Kedah kita ini, kita buat Tahun Melawat Kedah 2025 dengan bajet hanya RM3 juta. Kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang tidak menganjur pun tahun melawat negeri masing-masing, lebih daripada itu. Ada yang RM10 juta, ada yang RM20 juta, ada yang RM100 juta. Tapi Kedah kita ini dengan RM3 juta, kita tetap buat. Sebab apa? Sebab nak bagitahu, sebab kita berpegang kepada;
ِالرَّجِ يم ِالشَّيْطَان َمِن ِ َّبِاَلل ُأَعُوذ لَشَدِيد عَذَابِي َّإِن ۡكَفَرۡ تُم وَلَئِن َۡلَ َزِ يدَنَّكُم ۡشَكَرۡ تُم لَئِن
Saya nak bagitau, kita bersyukur dengan peruntukan yang RM3 juta itu sahaja, membolehkan kita ini bergerak, mengangkat usaha-usaha kita untuk merancakkan sektor pelancongan. Walau macam mana pun, setiap pandangan, setiap cadangan, kita akan ambil maklum, kita akan tambah baik dari semasa ke semasa. Itu yang pertama. Terima kasih YB. Tokai.
Yang kedua, berbalik kepada YB. Bayu. Saya menyambut baik hasrat daripada YB. Bayu dan ucapkan terima kasih. Untuk makluman YB, Bayu sendiri dan juga semua yang ada dalam Dewan mulia ini, boleh saya katakan, selepas Langkawi, Daerah Baling ini mempunyai satu persediaan pelancongan yang cukup baik. Baling dulu. Tepuk sikit Baling tu. Okey, tengok DO dia kan, Baling. Tetapi saya nak bagitau, dalam kita merancang merancakkan sektor pelancongan dalam Negeri Kedah kita ini, yang selalu saya cakap tahun 2025 adalah tahun pemula dalam usaha kita untuk merancakkan sektor pelancongan dalam kita memperbanyakkan acara-acara pelancongan di setiap daerah ini.
Sebenarnya kita ada step dia nak bagitau. Kita nak buat apa-apa ni bukan kita nak jalan terus macam itu. Tapi pandangan itu yang disuarakan oleh YB. Bayu, kita pegang, kita pegang dan saya juga berbincang dengan DO. Sekarang ini nak bagitau, kita nak bagi orang kenal setiap daerah dulu, orang datang tempat kita, kemudahan infra disiapkan sepenuhnya dulu. Lepas pada ini, bukan sahaja Baling ada tempat untuk pusat infra ni. Mungkin insyaAllah, di tempat-tempat lain juga kita akan wujudkan juga. Itu yang pertama.
Yang kedua, dalam dunia yang dikatakan semua maklumat di hujung jari ni, pelancong sekarang ni Yang Berhormat Tuan Speaker, semua ni di hujung jari, di hujung jari. Tetapi masih ada lagi nak beritau, keperluan tu ada, mungkin belum sampai masa. Tapi sampai masa nanti insyaAllah, cadangan itu kita akan bincang, kita akan merialisasikan benda itu. Apa pun, terima kasih atas sokongan dan juga komitmen daripada YB. Bayu dan juga semua daripada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Terima kasih semua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Kubang Rotan. Di samping infra lain YB. Kubang Rotan, makan sedap merupakan salah satu daripada tarikan pelancongan juga tu. Makan sedap, orang akan mai. Okey. Untuk seterusnya dipersilakan Tuan Setiausaha Dewan.
Sesi perbahasan usul-usul.
Sesi Perbahasan Usul-UsulMotion
Usul mendesak Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan SST yang mana memberi kesan langsung kepada rakyat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin mengingatkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar memanfaatkan sesi ini bagi membahaskan usul yang akan dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN Belantek dengan sebaik-baiknya. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat ADUN Belantek untuk membentangkan usul tersebut. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah, ADUN Jeneri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang Berhormat-Yang Berhormat, Tuan-tuan, Ketua-ketua Jabatan Pesekutuan dan Negeri, hadirin hadirat yang saya hormati sekalian dan tidak lupa kepada warga Belantek yang mungkin mengikuti secara talian terus perbahasan kita pada pagi ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya Ahmad bin Sulaiman dari Dewan Undangan Negeri Kawasan Belantek dengan ini ingin mengemukakan usul di bawah peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah untuk dipertimbangkan dan dibahaskan dalam Sidang Dewan yang mulia ini.
“Bahawasanya Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini mencadangkan satu usul mendesak Kerajaan Pesekutuan mengkaji semula pelaksanaan, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada rakyat. Bahawa Dewan Undangan Negeri pada hari ini mengambil maklum bahawa pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) oleh Kerajaan Pesekutuan, yang dituruti dengan semakan semula peluasan cukai tersebut berkuat kuasa pada 1 Julai 2025, telah memberi kesan langsung terhadap peningkatan kos barangan dan perkhidmatan harian. Dan bahawa rakyat khususnya di Negeri Kedah yang majoritinya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kini semakin terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan asas perkhidmatan dan kos sara hidup yang kian meningkat. Dan bahawa langkah terkini oleh Kerajaan Pesekutuan yang melibatkan peluasan skop atau kadar SST tanpa mekanisme pemantauan dan subsidi yang berkesan, berpotensi menjejaskan kebajikan rakyat serta menambah jurang ekonomi antara negeri dan wilayah”.
“Maka dengan ini Dewan Negeri Kedah mendesak Kerajaan Pesekutuan. Satu, melaksanakan kajian semula terhadap langkah peluasan cukai SST yang benar-benar membebankan rakyat di bawah khususnya mereka yang berada di dalam golongan B40. Kedua, memperketatkan kawalan pencatutan harga dan pemantauan yang berkesan terhadap rantaian kesan dan impak daripada pelaksanaan SST. Dan yang ketiga, menyediakan langkah penyaluran subsidi bersasar dan bantuan kewangan khas yang efektif kepada golongan yang terjejas secara langsung mahupun tidak langsung akibat daripada pelaksanaan SST termasuklah dalam kategori peniaga kecil, petani, mahupun nelayan-nelayan.
Dan usul ini Yang Berhormat Tuan Speaker, jika diterima oleh Dewan Yang Mulia ini, akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri untuk perhatian dan tindakan segera”.
Sekian, terima kasih.
Mohon sokongan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong usul yang dibentangkan oleh sahabat saya, YB. Belantek.
Terima kasih YB Ayer Hitam. Silakan YB. Belantek.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya akan lanjutkan lagi penghujahan saya.
Ya, kita buka terus untuk perbahasan. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kerana memberi keizinan kepada saya untuk membentangkan seterusnya, memberi hujahan selanjutnya dan dalam membentangkan satu usul berkenaan desakan kepada Kerajaan Persekutuan.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita mengambil maklum, Yang Berhormat Tuan Speaker, pelaksanaan cukai SST yang telah menggantikan rejim pencukaian GST, diikuti langkah semakan semula peluasan cukai tersebut berkuat kuasa 1 Julai 2025 yang lalu. Apa yang membimbangkan kita ialah langkah Kerajaan Persekutuan yang meluaskan skop sekadar SST tanpa menyediakan mekanisme pemantauan yang berkesan, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Malah lebih parah lagi disusuli dengan pemansuhan subsidi. Sekaligus berpontensi menjejas kebajikan rakyat di negeri ini yang kebanyakan terdiri daripada yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bahkan, kini rakyat terus dibebankan dengan kenaikan kos sarah hidup yang terus memuncak di era pemerintahan sekarang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, suka saya menyebut sekali lagi tuntutan yang kita lanjutkan, kita sebut dalam Dewan yang mulia ini. Pertama, desakan kita supaya Kerajaan Persekutuan melaksanakan kajian semula terhadap peluasan cukai SST yang benar-benar membebankan rakyat di bawah. Khususnya mereka yang berada dalam gulungan B40 termasuk juga gulungan M40.
Yang kedua, usul ini juga mendesak kerajaan supaya memperketatkan kawalan pencatutan harga dan pemantauan yang berkesan terhadap rantaian kesan dan impak daripada pelaksanaan SST.
Yang ketiga, menyediakan langkah penyaluran subsidi bersasar dan bantuan kewangan yang efektif untuk semua. Dan ini adalah tiga tuntutan utama yang kita sebut dalam usul pada hari ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menjelaskan mengapa usul ini penting untuk diperhatikan oleh setiap daripada kita. Usul ini tidak bermaksud kita melanggar sempadan kuasa Persekutuan. Bahkan perkara ini telah termaktub secara jelas dalam jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan. Usul ini juga tidak bermaksud untuk mengubah Dewan ini menjadi Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Ia tidak sekali-kali bermaksud melebihi had kuasa negeri dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Namun usul ini penting Tuan-tuan yang saya hormati sekalian, sebagai isyarat utama kepada Kerajaan Persekutuan bahawa persidangan DUN Kedah ini juga mengambil berat tentang situasi yang sedang melanda rakyat dan negara.
Pelaksanaan sebarang bentuk sistem pencukaian termasuk melibatkan pengstrukturan fiskal yang tidak teratur boleh memberikan kesan langsung kepada rakyat di bawah sana Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita amat memahami keperluan di peringkat Kementerian Kewangan untuk mengadakan suatu bentuk perancangan fiskal yang cantik, yang berhemat. Berhadapan dengan situasi geopolitik yang tidak menentu, penyisihan perdagangan ditambah lagi pertambahan hutang negara yang secara tidak langsung boleh mencerminkan risiko pertumbuhan ekonomi yang ketara. Kita berterima kasih banyak kepada pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan. perancang-perancang yang berfikir, menyusun pelan perancangan ekonomi yang terbaik.
Tapi ini juga tidak bermaksud Kerajaan Persekutuan boleh sekadar mengambil jalan mudah dengan menekan rakyat dengan dasar-dasar fiskal yang membebankan dengan pelaksanaan cukai-cukai tambahan kepada rakyat, di samping kononnya, di samping rasionalisasi subsidi bahan api dan elektrik. Dasar-dasar ekonomi sebegini Yang Berhormat Tuan Speaker, meskipun ada asasnya yang tersendiri, ianya tetap memberi kesan. Memberi kesan secara mikro jika tidak ditangani dengan cermat dan teliti. Kementerian Kewangan seharusnya mencari jalan keluar yang strategik dan meneliti ruang-ruang pencukaian lain yang berpegang kepada prinsip pengagihan kekayaan yang seimbang dan adil. Dan inilah prinsip yang kita pegang dan seharusnya dijadikan prinsip kewangan di peringkat kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sedangkan di sana masih terdapat lagi cara-cara lain untuk kita pilih. Terdapat sistem pencukaian lain yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan itu sendiri. Seperti cukai ke atas pendapatan luar negara, cukai dividen daripada pendapatan syarikat tersenarai, serta cukai keuntungan jualan hartanah yang sepatutnya diteroka oleh kerajaan dalam usaha menghasilkan suatu pendapatan fiscal yang lebih stabil. Persoalannya, adakah semua alternatif ini, alternatif sistem cukai ini diperhalusi dengan mendalam sebelum kerajaan mengambil langkah memperluaskan capaian SST ini?
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengajak Tuan-tuan yang saya hormati sekalian sikit kepada keadaan rakyat di negeri ini yang peratusnya ada kemiskinan, kadar kemiskinan. Kita dihimpit pula dengan cukai. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kedah masih negeri yang dikategorikan sebagai miskin, mempunyai peratus kemiskinan yang tinggi. Had kemiskinan relatif di Negeri Kedah adalah RM2,201 pendapatan dengan peratus insiden kemiskinan relatif adalah 11.9 peratus. Jika kita mengambil ukuran kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif mengikut daerah-daerah yang ada di Negeri Kedah ini Tuan-Speaker, 6 daerah yang boleh diklasifikasikan sebagai red flag ataupun “bendera merah” Yang Berhormat Tuan Speaker. Dan izinkan saya menyebut daerah-daerah ini. Ini adalah data 2022 Yang Berhormat Tuan Speaker.
Pertama, Daerah Baling yang mempunyai 14.4 peratus kemiskinan mutlak manakala 19.7 peratus kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak ini mencerminkan pendapatan bulanan yang diterima oleh rakyat di daerah ini masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas. Itu kemiskinan mutlak Yang Berhormat Tuan Speaker, manakala kemiskinan relatif pula bermaksud pendapatan isi rumah di bawah separuh daripada pendapatan penengah daerah. Kuala Muda, 13.8 peratus kemiskinan mutlak 15.7 peratus kemiskinan relatif. Kulim, 11.4 peratus kemiskinan mutlak dan 11.3 peratus kemiskinan relatif.
Padang Terap, 8.9 peratus kemiskinan mutlak dan 11.3 peratus kemiskinan relatif. Pendang, 7.3 peratus kemiskinan mutlak dan 12.5 peratus kemiskinan relatif. Yan, 6.0 peratus kemiskinan mutlak dan 12.4 peratus kemiskinan relatif.
Data-data ini Yang Berhormat Tuan Speaker, memberikan gambaran bahawa memberikan gambaran terhadap himpitan kemiskinan yang sedang melanda rakyat negeri ini. Jika kita tidak membentengi dasar-dasar, yakni mencari jalan, membentengi dasar-dasar yang membebankan rakyat, maka siapa lagi yang harus memikul tanggungjawab ini? Siapa lagi yang akan harus memikul tanggungjawab ini? Maka selain peranan aktif yang dimainkan Ahli-ahli Parlimen kita di Dewan Rakyat dan dua orang Senator kita di Dewan Negara, maka Sidang DUN pada hari ini juga ingin tampil mengambil tanggungjawab yang sama Yang Berhormat Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tuan Speaker, usul ini bukan sekadar mahu membahaskan mengenai rejim percukaian negara semata-mata. Tetapi apa yang sebenarnya yang menjadi perhatian kita adalah menyentuh soal denyut nadi hati rakyat di Negeri Kedah ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Khususnya rakyat di Negeri Kedah yang semakin terhimpit dengan beban kos sara hidup yang terus meningkat tanpa peningkatan yang setimpal.
Hari ini Yang Berhormat Tuan Speaker, saya rasa rakyat tidak lagi bercakap tentang gaya hidup. Mereka hanya mahu terus hidup. Ibu-ibu di kampung mungkin berkira-kira untuk membeli susu anak. Pelajar universiti yang mendapat tawaran yang terbaik mungkin memikirkan soal kewangan. Kita pergi pasar malam, golongan pasar malam, membeli keperluan asas sahaja. Membeli ikan, membeli daging yang sepatutnya cukup untuk keperluan asas. Mungkin yang jual-jual di tepi-tepi, di hujung-hujung nak keluar tu Yang Berhormat Tuan Speaker, apom balik ka apa, kuih-kuih tu tak apa, kita tak beli lagi pun tak pa Tuan-tuandan Yang Berhormat Tuan Speaker. Itulah apa yang dirasai oleh rakyat kita di bawah sana. Mungkin kita di dalam golongan yang Alhamdulillah, berpendapatan tinggi, kita tidak merasai ini. Tapi, saya rasa yakin bahawa saya dan juga semua Yang Berhormat- Yang Berhormat, semua sekali yang ada di sini, turun ziarah buat beras sejahtera akan berjumpa dengan golongan-golongan miskin.
Kita masuk dalam rumah yang agak uzur Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan dihuni oleh sepasang suami isteri yang agak berumur, sakit pula Yang Berhormat Tuan Speaker, kipas angin pula yang bergerak tak bergerak, mengharapkan bantuan, terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kita jumpa semua ni, mereka ni dihimpit kemiskinan. Ramai lagi di Negeri Kedah ni Yang Berhormat Tuan Speaker.
Jadi, saya ingin membangkit keresahan rakyat Negeri Kedah ini terhadap peluasan skop SST ini yang kini melibatkan barangan keperluan harian seperti sabun, ubat gigi, peralatan dapur dan makanan proses Yang Berhormat Tuan Speaker. Ini adalah semua barangan asas yang digunakan oleh setiap isi rumah di Malaysia. Meskipun pelaksanaan SST ini bertujuan untuk meningkatkan fiskal kerajaan, hakikatnya ia menambah tekanan kepada kos hidup rakyat yang sedia parah. Lebih mengecewakan Tuan Speaker, dalam masa yang sama, subsidi ke atas barangan asas turut dipotong atau dalam istilah lembutnya disasarkan. Akhirnya rakyat menanggung dua beban serentak Yang Berhormat Tuan Speaker. Subsidi yang ditarik dan cukai yang dinaikkan. Subsidi yang ditarik, cukai dinaikkan, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Walaupun menteri berhujah tidak semua perkhidmatan SST secara langsung, kita tidak boleh menafikan bahawa sektor penting Yang Berhormat Tuan Speaker seperti logistik turut dikendalkan levi yang tinggi. Sektor pengangkutan terutamanya Yang Berhormat Tuan Speaker. Sektor logistik ini adalah nadi kepada rantaian bekalan negara. Apabila kos logistik meningkat, kos logistik, contoh kos pengangkutan naik dan akhirnya harga produk turut naik Yang Berhormat Tuan Speaker. Sama ada makanan ka, ubat-ubatan ka atau barangan dapur, semuanya menjadi lebih mahal. Dan kesan domino-ino dia pergi kepada siapa Yang Berhormat Tuan Speaker? Sudah tentu dirasai oleh pengguna akhir. Pengguna akhir ni kitalah rakyat yang ada pada hari ini. Peniaga pula tidak mempunyai pilihan selain memindahkan kos tersebut kepada rakyat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, apa yang lebih bingungkan, langkah ini bertentangan dengan jaminan yang pernah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pertengahan tahun 2024. Apabila beliau menyatakan, “saya tidak mahu perkenalkan instrumen pencukaian baru yang membebankan rakyat”. “Saya tidak mahu perkenalkan instrumen pencukaian baru yang membebankan rakyat”. Namun hari ini Yang Berhormat Tuan Speaker, bukan sahaja SST diperluaskan, malah cukai-cukai baru diperkenalkan. Janji tidak ditepati dan rakyat terus menanggung kesannya. Keyakinan rakyat terhadap dasar fiskal kerajaan semakin terhakis apabila wujud percanggahan antara kata dan tindakan. Walaupun rakyat sudah lama merintih tentang kos hara hidup yang meningkat, ia ibarat air yang jatuh ke daun tadi. Masih belum ada langkah intervensi yang konkrit dan bersifat struktural daripada Kerajaan Persekutuan. Tiada pelan menyeluruh yang diumumkan bagi menangani kenaikan harga komoditi makanan. Tiada mekanisme pemantauan harga yang telus dan berkesan. Dan tiada reformasi besar-besaran dalam sistem subsidi yang benar-benar boleh melindungi golongan rakyat yang berpendapatan rendah yang tidak punya pendapatan yang tinggi. Apa yang rakyat dengar hanyalah penyataan retorik dan janji manis yang tidak menjelma menjadi dasar perkongkrit.
Panjang lagi ka YB. Belantek?
Sikit lagi Yang Berhormat Tuan Speaker.
2 minit lagi.
Saya ingin tegaskan di sini bahawa negara tidak semestinya perlu menambah beban cukai kepada rakyat jika pengurusan fiskal diurus dengan lebih berhemah. Ketirisan, pembaziran, kebocoran dalam perolehan kerajaan masih berlaku saban tahun seperti dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara. Namun, isu ini tidak ditangani secara serius. Adakah adil rakyat terpaksa tanggung? Adakah adil rakyat terpaksa menanggung beban pencukaian tambahan semata-mata kerana kelemahan kerajaan dalam menguruskan kewangan negara?
Yang Berhormat Tuan Speaker, usul ini adalah isyarat daripada rakyat Kedah kepada Kerajaan Persekutuan bagi menyampaikan kegelisahan dan harapan rakyat yang semakin terbeban dengan tekanan ekonomi yang terbeban. Kita tidak berniat Yang Berhormat Tuan Speaker, kita tidak berniat untuk mencabar keabsahan dasar fiskal Kerajaan Persekutuan. Tetapi ingin mengingatkan bahawa sebarang dasar, walau sebaik manapun niatnya, tetapi perlu tetap diukur dari sudut kesannya kepada kehidupan rakyat dan di peringkat akar umbi. Saya yakin apabila suara ini, usul ini, yang kita sampaikan ini dengan tertib dan konstruktif, Kerajaan Persekutuan yang berjiwa besar akan menilai semula langkah fiskalnya dengan lebih teliti dan saksama. Kita di Dewan ini, semua Yang Berhormat di sini, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian, yang diberi mandat oleh rakyat tidak boleh berdiam diri. Apabila rakyat di bawah pentadbiran kita semakin terhimpit, rakyat ditampung hidup dalam tertekan. Maka, saya menyeru agar Dewan ini bersatu menyampaikan mesej jelas kepada Kerajaan Persekutuan bahawa rakyat Kedah mahu keadaan fiskal yang lebih saksama dan dasar percukaian yang tidak lagi menambah derita yang sedang berdarah. Oleh demikian Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mencadangkan satu usul seperti berikut;
“Bahawasanya, Dewan Undangan Negeri Kedah yang bersidang pada hari ini mendesak Kerajaan Persekutuan, mengkaji semula pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan yang mana memberi kesan langsung kepada rakyat”.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Belantek. Dipersilakan YB. Bandar Baharu. Ada YB. Sidam, YB. Kota Darul Aman dan YB. Bakar Arang ada yang nak mengambil bahagian? Kita akan bagi, insyaAllah.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan EXCO, rakan-rakan Yang Berhormat sekalian. Seterusnya, Dato’ Seri SS dan rakan-rakan di sebelah sana, rakan-rakan daripada barisan pembangkang, seluruh hadirin hadirat pemerhati dan Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyokong usul yang dibawa oleh YB. Belantek berkaitan dengan SST. Apa itu SST? Sale and Services Tax, cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Dan ada satu cukai lagi yang pernah dipraktiskan di negara kita adalah GST, iaitu Goods and Services Tax. Kena sebut betul-betul, takut jadi General & Services Tax. Cukai barangan dan juga perkhidmatan, Goods and Services Tax.
Untuk maklumat semua, negara Malaysia di antara negara yang melaksanakan SST ini. Tapi di sekitar Asia Tenggara ini, tak ada negara-negara yang melaksanakan SST. Yang terdekat dengan Negara Malaysia adalah Pakistan yang melaksanakan SST. Yang lain-lain jiran kita, mereka mempraktiskan GST, ataupun satu terms lagi yang digunakan VAT, (dengan izin) Value Added Tax, penambahan nilai ke atas barang-barang yang nilainya ditambah baik. Singapura, Thailand, Indonesia, mereka mempraktiskan GST. Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10%. Filipina, Brunei, Myanmar juga menggunakan atau melaksanakan GST. Jadi ini kelainan yang berlaku di Malaysia ini YB. Belantek. Dan kita sudah tentulah sebagaimana yang dibangkitkan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat khususnya rakyat luar bandar ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Dan ada kelemahan-kelemahan yang kita lihat bagaimana cukai SST ini, dia merupakan satu cukai yang bertingkat ataupun dalam Bahasa Inggerisnya (dengan izin) Cascaded Tax, cukai bertingkat ataupun cukai berperingkat.
Cascade ini dia lebih kepada merit kepada bertingkat-tingkat ataupun berperingkat-peringkat. Daripada peringkat awal diproses di kilang, sampai lah dia keluar daripada kilang ataupun masuk ke kilang lain. Sampai ke peringkat penjualan, pemasaran, pengedaran dan sampai ke pengguna. Ada cukai yang berperingkat-peringkat. Dan akhirnya pengguna yang akan terima bebanan cukai yang bertingkat-tingkat ini. Jadi, setiap peringkat itu ada cukai. Dan lebih digelar sebagai SST adalah Double Tax.
Kemudian, kita lihat kepada komponen yang di‘tax’ itu, yang tidak telus. Bagaimana yang dikena ‘tax’? Kita ada barangan, contoh handset kita. Handset kita ni, mudah, nampak seketul, nampak satu. Nampak satu unit, satu unit handset. Tapi cukai mana yang kena pada handset ini? Pada phone ini? Aksesori dia kah? Ataupun bahagian elektroniknya kah? Sebab dia ni barang elektronik. Kameranya kah? Kamera, pelbagai jenis kamera dan kategori kamera yang ada pada handset ini. Ataupun soft, orang panggil hardware ataupun software yang ada dalam handset ini juga. Yang kita guna, semua orang guna. Dan juga satu lagi mungkin aplikasi, apps. Semua orang download apps. Semuanya bercukai. Cukai yang mana yang kita kena? Ini di antara yang tidak jelas dalam SST ni. Tuan-tuan, jadi tak kira orang, tak kira kecil ka, besar ka, semua kena cukai. Kemudian ini menyebabkan harga barangan ini tidak stabil dan berubah, berubah setiap masa sepanjang masa. Baik barangan asas ataupun barangan-barangan mewah ataupun barangan-barangan yang lain. Dia harganya tak stabil. Tidak stabil. Kita lihat apa nama? Harganya naik tak menentu. Jaranglah harganya turun. Kebanyakan naik yang tak menentu dan kita tak tahu. Macam pasaran saham, pasaran saham pun dia ada naik turun dia. Tapi ini tidak, kebanyakannya menjurus tak pun trendnya adalah meningkat sepanjang masa.
Dan yang kelima, di antara kelemahan-kelemahan SST ni adalah pada sektor perkhidmatan yang tidak seragam. Tidak ada keseragaman dalam sektor-sektor perkhidmatan, service-service sector. Daripada potong rumput, daripada potong rambut dan juga perkhidmatan-perkhidmatan termasuk pencucian dan sebagainya, tidak ada keselarasan. Ini diantara kelemahan-kelemahan yang berlaku, dan kesan langsung kepada rakyat luar bandar. Kita lihat bagaimana keperluan asas, keperluan harian meningkat. Walaupun ada barang-barang asas yang tidak dikenakan cukai. Beras, telur. Apa lagi? Telur. Telur, setakat telur tu sahaja tak kena cukai. Tapi bila telur tu bertukar kepada roti telur, sudah berubah bentuk dan sudah dicukaikan. Nasi, beras. Beras, bila dia berubah dari beras dia menjadi nasi, sudah dicukaikan. Tak kira lah nasi putih ka, nasi briyani ka, nasi mandi ka, nasi apa sekalipun, sudah dicukaikan. Ini diantara benda-benda yang berlaku sekarang.
Oleh sebab itulah harga barangan keperluan harian meningkat daripada masa ke masa. Ini menghimpit kehidupan masyarakat. Ini kesan langsung kepada rakyat. Termasuk rakyat luar bandar lagi terasa. Sebagaimana disebut oleh YB. Belantek tadi, rakyat luar bandar, rakyat miskin ini lagi terasa keadaannya.
Kemudian kos yang dipindahkan, termasuklah kos logistik, termasuklah kos-kos yang lain yang bersangkutan dengan pengedaran ataupun distribution barangan ini ke luar bandar misalnya. Daripada bandar, daripada kilang apa semuanya sampai ke pengguna yang berada di luar bandar itu telah mulai proses, pelbagai proses yang ada. Termasuklah kos-kos yang akan dipindahkan, yang terakhirnya sasaran yang terakhirnya adalah pengguna itu sendiri. Dan kita lihat bagaimana kesan secara langsung ini dari segi pendapatan. Pendapatan luar bandar, masyarakat luar bandar, rakyat luar bandar. Kita lihat bagaimana pendapatan mereka sangat-sangat terhad. Kos pengeluaran kalau sekiranya penduduk luar bandar, masyarakat luar bandar ini mengusahakan. Tak kira apa-apa usaha-usaha sama ada perusahaan kecil, perusahaan sederhana, perusahaan kampung dan sebagainya, kos pengeluaran mereka ni meningkat. Tak setara ataupun tak seimbang dengan hasil-hasil yang dikeluarkan oleh mereka. Pak tani misalnya, tak kiralah pak tani ka, nelayan ka, apa ka, semua kena. Nelayan, nelayan nak masuk nak jadi nelayan sekarang ini kena ada bot, kena guna minyak dan sebagainya. Ini semua kos-kos yang meningkat tapi hasil mereka tidak setara dengan apa yang mereka keluarkan. Begitu juga petani-petani termasuklah pesawah-pesawah dan sebagainya. Jadi, ini tekanan yang dihadapi oleh masyarakat khususnya di kampung.
Kalau kita lihat bagaimana jurang ekonomi ini akan akan bertambah. Jurang ekonomi di antara bandar dan juga luar bandar ni akan akan bertambah lebar. Lebar daripada masa ke masa. Kalau sekiranya apa-apa yang dilaksanakan dalam SST sekarang ni berlanjutan, berlarutan, jurang ini akan melebarkan lagi. Kita lihat bagaimana dengan perkhidmatan talian internet pun luar bandar ni dia slow. Tak hebat yang ada di bandar ni. Jadi, proses penggunaan internet ini satu keperluan sekarang. Tidak kira duduk dekat mana pun akan berlaku proses ini.
Tuan-tuan, Yang Berhormat Speaker dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian…. (YB. Tuan Speaker mencelah)
Satu minit lagi.
Okey, saya nak tutup dah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi kuasa membeli, kuasa membeli di kalangan masyarakat luar bandar ni juga menurun. Oleh sebab itu saya lihat kesan langsung dan tidak langsung ini yang akan terhimpitnya semua orang dan paling ketaranya adalah golongan-golongan luar bandar. Dan saya melihat bahawa SST ini dia kena semua orang, daripada baby sampai yang mati pun kena. Daripada buaian sampai liang lahad. Pepatah Arab dia kata apa, “yang kita lihat, tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad. "Utlubil ilma minal mahdi ila lahdi". Tuntutlah ilmu daripada buaian sampailah ke liang lahat. Tapi sekarang ni bukan pepatah itu yang kita dengar, “cukailah kamu daripada buaian ke liang lahad”. Ya! Mati pun nak beli, nak beli papan pun ada. Lung pun kena cukai! Buaian pun kena, susu apa semua, kena cukai semua. Ini di antara kehidupan yang kena kat kita. Jadi, ni from cradle to grave (dengan izin), daripada buaian ke dalam kubur. Ini kena semua orang. Jadi sebagai akhirnya, saya ingin bagi satu pantun lah untuk kita bersama. Dari rambut ke hujung jari, daripada rambut sampai hujung jari kaki.
Dari rambut ke hujung kaki, disapu dipakai semua bercukai. Tak kira kita sapu kah kita pakai kah, semua semuanya bercukai. Manis di mulut menawan hati, janji terabai tidak tertunai. Ini saya ulang balik.
Dari rambut ke hujung kaki, Disapu dipakai semua bercukai, Manis di mulut menawan hati, Janji terabai tidak tertunai.
Sekian, saya mohon menyokong usul berkenaan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih YB Bandar Baharu. Dipersilakan YB. Sidam.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan dan juga pemerhati sekalian.
Saya ingin membahas sikit tentang usul yang ditimbulkan tadi, Yang mana telah mendesak Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Di sini saya rasa tajuknya pun dah terlalu umum YB. Tuan Speaker, sebab mengkaji apa maksudnya mengkaji semula itu adalah tiga. Satu, kemungkinan, adakah nak kurangkan peratus SST atau tukar SST kepada GST atau mansuhkan? Jadi, kita pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan kajian semula. Tetapi seperti yang kita dengar daripada YB. Belantek dan juga YB. Bandar Baharu tadi kata, lebih kepada menyokong kepada GST. Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau kita nak ambil pendekatan bahawa kita menyokong GST, saya rasa GST itu lebih membebankan. Tuan-tuan dan Puan-puan, kalau kita lihat kepada cukai yang dikenakan seperti sekarang, SST yang digunakan. Cukai sekarang kalau pendapat kita ialah, cukai hanya dikenakan sekali di satu peringkat sahaja, tidak melibatkan mana-mana kedai lagi di bahagian bawah. Kecuali satu kedai ataupun gerai ataupun pusat itu menjual ataupun menjalankan perkhidmatan ataupun perjualannya melebihi RM1.5 juta. Saya tak tahu. Saya sambung, terima kasih.
Kedua ialah melalui apa yang dilakukan sekarang ialah SST, lebih kepada menstabilkan harga. Di mana makanan-makanan, harga mentah, barangan asas banyak dikecualikan daripada SST. Iaitu dari segi makanan mentah, ubat-ubatan, pendidikan dan sebagainya dikecualikan. Seterusnya, lebih kepada kita lihat tidak membebankan golongan B40 kerana mengikut kajian Bank Dunia pada tahun 2018. Ini menyatakan bahawa kesan kepada golongan B40, ini adalah GST ini. GST memberi kesan kepada pendapatan boleh guna B40 sebanyak 6.3%. Tetapi kesan itu kepada golongan T20 hanya 3.5%. Jadi, ini kalau kita bandingkan bahawa SST dan GST, saya rasa GST lebih membebankan pihak pengguna.
YB. Sidam, nak beri laluan tak?
Sekejap boleh? Sikit lagi! Sikit lagi!
Sekejap lagi.
Jadi saya rasa, apa yang diusulkan di sini ialah mendesak kita mengkaji itu adalah satu mungkin tidak bersesuaian. Sebab, apa yang dilakukan ataupun apa yang difikirkan, saya rasa telah melalui bermacam-macam kajian untuk dilakukan pelaksanaan SST ini. Saya yakin, pihak kementerian telah melakukan bermacam-macam kajian, bermacam-macam kaedah untuk tidak membebankan rakyat di bahagian bawah. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kita lihat kepada GST seperti yang disokong tadi oleh YB. Bandar Baharu, GST itu akan kena kepada semua orang…. (YB. Bandar Baharu mohon mencelah)
YB. Tuan Speaker, mohon mencelah. Saya tak sokong GST.
Tak sokong ya, tapi lebih kepada kebaikan GST. Betul tak?
Saya tak sokong GST.
Ok, baik. Tak apa, saya tarik balik. Kalau kita lihat kepada GST, sebab kita tidak ada pilihan. Yang saya sebut tadi ialah kita tidak ada pilihan lain kecuali dua saja, kurangkan peratus SST ataupun perkenalkan balik GST. Yang ketiga ialah untuk mansuhkan memang tak bolehlah. Sebab semua negara akan menjalankan kutipan cukai dan sebagainya, termasuk juga dalam Negeri Kedah. Jadi, hanya dua untuk kita bahaskan…. (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Sidam, YB. Pengkalan Kundor ni dah dua kali nak minta mencelah. Kita bagi laluan sikit.
Okey baik, silakan! Silakan!
Terima kasih YB. Sidam yang baik hati. Pandangan saya lah, sebenarnya isu peluasan SST ni bukanlah menjadi isu sebab orang sokong GST ka ataupun apa ka. Tapi saya rasa, peluasan SST ni menjadi isu sebab telah banyak cukai baru diperkenalkan. Jadi, sebelum peluasan SST itu, banyak cukai-cukai lain dikenakan. Saya nak petik kenyataan daripada pengilang-pengilang Malaysia. The Federation of Malaysian Manufacturers pada 5 Mac 2025 (dengan izin) YB. Tuan Speaker. “Don't increase any tax on micro, small and medium industries again. There are 9 taxes introduced this year. We have enough taxes already. The government needs to find a better way for revenue generation”. Dah 9 cukai dah tahun ni sahaja. Bila dibuat peluasan SST, itu yang menimbulkan kemarahan dan menjadi isu tu.
Baik, terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Apa yang diceritakan tadi oleh YB. Pengkalan Kundor tadi, saya rasa bukan kita perlu memikirkan benda tu. Saya rasa telah difikirkan dan telah dianalisis oleh pihak-pihak yang melakukan, yang menjalankan ataupun memperkenalkan SST semula. Jadi, saya berbalik kepada perbahasan saya tadi. Seperti saya katakan tadi, memang kalau GST antara dua sahaja, SST atau GST. Kalau kita guna GST balik, bermakna seperti yang kita tahu, semua akan kena cukai. Yang bebannya ialah pengguna yang terakhir di mana peringkat satu, peringkat dua, peringkat tiga sebelum nak sampai pengguna, mereka boleh claim balik. Mereka boleh claim balik cukai itu. Jadi pengguna yang duk guna tu, sehingga kedai runcit di kampung-kampung pun, ada yang nak kena cukai. Tak kiralah berapa ringgit dia beli, semua nak kena cukai. Sehingga kita nak guna ATM card, pergi jolok duit pun, kena cukai. Jadi, ini lebih kepada membebankan rakyat.
Yang akhir sekali kesimpulan saya ialah, last dah YB. Tuan Speaker, saya rasa pendapat bahawa usul untuk mendesakkan penggunaan ataupun penggunaan GST hanya untuk memberi gambaran buruk kepada Kerajaan Pusat. Jadi, saya yakin kalau mana-mana kerajaan buat masa sekarang memperkenalkan balik GST, saya rasa kerajaan itu tidak akan stabil dan mungkin akan jatuh pada PRU berikutnya. Sekian, terima kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih YB. Sidam. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada beberapa senerai nama yang ada di depan saya yang untuk berbahas. Ramai saya tengok dan kemungkinan saya tak akan dapat memenuhi semua nama-nama ini. Jadi, saya nak minta kepada pembahas-pembahas apabila berbahas cuba ringkaskan padat dan jangan panjang sangat. Kita beri ruang kepada rakan-rakan kita yang lain. Untuk seterusnya, saya menjemput YB, Lunas. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, Sum Alhamhamdulillah, wama taufiqi waktusomi illa billah ‘alai hitawakkal tuwailai unip. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, seterusnya, rakyat Negeri Kedah yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, pertama sekali panjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan ruang dan peluang untuk membahaskan isu ataupun usul yang dibentangkan oleh YB. Belantek tadi. Ruang yang ada juga saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhammah, adik Zara Qairina. Mudah-mudahan keadilan dapat ditegakkan dalam kes beliau.
Yang Berhormat Tuan Speaker, hari ini saya bangun berdiri bukan hanya sebagai wakil rakyat, tapi sebagai suara ribuan rakyat di Kedah dan juga jutaan rakyat di Malaysia yang kini sedang menanggung kesan terus daripada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan ataupun lebih dikenali dengan SST. Kita faham, tujuan utama cukai ialah menambah hasil negara. Tapi persoalan besar yang sedang bermain di fikiran rakyat, hasil cukai itu untuk siapa? Adakah hasil itu benar-benar kembali kepada rakyat yang tertekan dengan kos hara hidup atau hanya menambah beban mereka yang sedia sempit poketnya? Justeru itu, hari ini saya mendesak dengan penuh tegas agar kerajaan di peringkat Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan SST. Kerana ia terbukti memberi kesan yang tidak baik kepada rakyat terbanyak. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak bawa satu cerita. Ada seorang ibu tunggal di Lunas namanya Kak Siah, kerja kilang. Gajinya RM1,800 sahaja YB. Bukit Kayu Hitam.
Muda lagi kah?
Lebih kurang YB. Tuan Speaker juga. Mungkin saya boleh usulkan nanti. Gaji dia, kerja kilang dia, gaji dia RM1,800 sahaja. Dengan duit itulah dia nak kena bayar sewa rumah, nak beli susu anak, belanja dapur, belanja petrol, nak pergi tempat kerja. Dia mengadu kepada saya, “YB., kalau dulu saya boleh beli seekor ayam, sekarang saya terpaksa beli separuh sahaja ayam itu. Kalau dulu saya boleh hantar anak saya pergi tuisyen, ada lebihan sikit daripada pendapatan. Tapi sekarang saya terpaksa batalkan hantar anak pergi tuisyen. Duit tak cukup”, dia kata pada saya. “Mujurlah ada Tuisyen Kedah Sejahtera. Kalau tidak dia kata tak pergi dah tuisyen”. Ini realiti Yang Berhormat Tuan Speaker. SST mungkin nampak kecil di atas kertas, 8%. Mungkin tak mempunyai apa-apa kesan bagi segelintir kelompok rakyat dalam negara. Tapi bila kita sampai ke pasar tani, pasar pagi, kedai makan, bil bulanan, rakyat rasa lain. Kos dia naik berkali ganda. B40 dah memang lama rasa tertekan dan susah ini. M40 yang kata kononnya selesa pun dah rasa ketat, semua serba tak cukup.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, adakah kerajaan boleh mengatakan yang SST ini tidak membebankan mereka? Ya, mungkin menteri-menteri yang berjawatan besar di peringkat Persekutuan, tak rasa apa-apa 8%. Tapi rakyat B40 adalah kelompok yang terbanyak mewakili rakyat dalam negara. Jadi, ianya amat membebankan. Kalau kita tengok peniaga kecil, jelas mereka terhimpit. Ada kedai makan yang saya pergi. Dia kata kepada saya, “dengan kenaikan kos ini, akibat SST ini, takkan saya tak naikkan harga makanan”. Dia buka kedai makan, dia kata “takkan tak naikkan harga makanan”. Kalau saya naikkan harga makanan, pelanggan lari, perniagaan kami akan terjejas”.
Kalau kita tengok daripada sudut IKS pula, yang kita harap boleh jadi tulang belakang kepada ekonomi negara. Kos pengeluaran mereka semakin hari, semakin meningkat. Barang tempatan tak mampu nak bersaing. Ada yang terpaksa kecilkan perniagaan, malahan yang terpaksa gulung tikar pun ada. Sebab itu saya nyatakan, SST bukan sahaja menekan rakyat, tapi secara perlahan-lahan, ianya membunuh perniagaan kecil dan juga industri kecil sederhana ataupun IKS. Yang Berhormat Tuan Speaker, apa yang saya suarakan dan saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini, bukan sekadar pandangan saya dan teman-teman wakil rakyat yang lain yang sentiasa turun di lapangan. Malahan kalau kita rujuk kepada pakar-pakar ekonomi dan percukaian juga dah memberikan pandangan. Pandangan pertama, Dr. Nur Kazimah Ahmad dari UNITEN, dia sebut, “SST ini sepatutnya dilaksanakan secara bersasar. Hanya dikenakan kepada barang-barang mewah dan gaya hidup tertentu supaya rakyat biasa tidak terbeban”.
Yang kedua, pandangan dikongsikan oleh Prof. Madya Dr. Mustazam Mansur daripada UKM. Beliau mencadangkan kepada Kerajaan, pelbagaikan bentuk cukai termasuk keuntungan luar biasa ataupun windfall tax terhadap syarikat besar yang untungnya berbilion-bilion seperti yang selalu disebut oleh PMX, “bilion-bilion”. Jangan hanya bergantung pada SST yang menekan rakyat marhaen.
Pandangan ketiga juga disuarakan oleh Presiden Persatuan Akauntan Cukai Malaysia, Tuan Abdul Aziz Abu Bakar yang menyebut bahawa sistem SST ini masih lemah kerena ia tidak mampu menutup ekonomi kelabu iaitu ekonomi yang tidak direkodkan. Akibatnya yang menanggung kesan adalah rakyat. Harga tetap berlambung dan hasil negara tidak optimum. Yang Berhormat Tuan Speaker, kalaulah pakar-pakar ini sudah memberikan pandangan adakah kerajaan di peringkat Pesekutuan yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang sebelum dia menjadi Perdana Menteri 20 tahun lebih dia jadi pembangkang dalam mana-mana ucapan, dalam mana-mana kempen dia, dia selalu nyatakan rakyat terbela, rakyat wajib dibela. Nah! Hari ini bila kamu ada kuasa, kamu memimpin Kerajaan, mengapa dia tak buat benda-benda itu? Yang Berhormat Tuan Speaker, itu yang dikatakan cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Cakap-cakap tapi tak bikin!
YB. Tuan Speaker, boleh celah?
YB. Kota Darul Aman sekejap! Saya tak bagi laluan, sekejap lagi saya bagi. SST ini mungkin kita nampak kecil hanya 8% sahaja di atas kertas, tapi realitinya ia cukai berganda kerana dikenakan kepada ataupun beberapa peringkat rangkaian bekalan. Barang yang sudah dicukai ketika dikeluarkan dicukai lagi ketika dijual. Akhirnya, yang menanggung Kesan, yang terpaksa membayar harga yang lebih tinggi adalah rakyat di peringkat bawahan. Ini yang dikatakan ataupun membangkit kemarahan rakyat. Mereka nampak harga naik, tapi tidak nampak apa manfaat terus kepada mereka. Ini bukan keadilan, dan ini bukan Parti Keadilan, ini kezaliman kerana SST hanya membebankan rakyat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tidak hanya mahu membangkang tanpa membawa jalan keluar. Maka saya nyatakan tuntutan jelas dalam sidang DUN ini. Pertama, saya menuntut kerajaan mengkaji semula pelaksanaan SST secara menyeluruh, libatkan pakar, peniaga, NGO, pengguna dan rakyat biasa sebelum membuat sesuatu keputusan
yang besar. Kedua, pengecualian untuk barangan asas dan perkhidmatan penting seperti makanan, kesihatan, pendidikan, dan juga perkhidmatan asas rakyat. Ketiga, fokus kepada syarikat besar dan sektor yang untung besar, kutip cukai daripada mereka, jangan kutip daripada poket rakyat, bukan kutip daripada pakcik-pakcik di pasar malam, makcik-makcik yang jual nasi lemak tepi jalan yang pendapatan mereka belum tentu cukup untuk hari tersebut.
Yang keempat, tutup kebocoran hasil negara kerana saya nak rujuk kepada laporan Ketua Audit Negara Siri 2, 2025 yang mana ia memberikan gambaran jelas bagaimana wang negara diurus dengan sambil lewa. Pertama, dalam isu FELCRA. Perolehan empat ladang sawit di Sabah dan Kelantan bernilai RM241.76 juta tetapi tatakelola lemah, keputusan pelaburan meragukan. Ada lima, tapi saya nak sebut lagi satu sahaja. Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kenal tak? Ha! Kenal. menggunakan kaedah pre-Q terpilih dalam perolehan yang selalu dia duk sebut dalam ucapan tatakelola, tatakelola, sebenarnya itu tata kelentong, bukan tatakelola, sebab ini laporan Ketua Audit Negara. Bila dia guna kaedah pre-Q terpilih dalam perolehan, risiko besar disalahgunakan. Sepatutnya tender terbuka lebih telus dan lebih adil. Kalau yang jaga Kementerian Kewangan yang terlibat dalam soal pecukaian ini pun Kementerian dia gagal, macam mana dia nak urus tadbir percukaian dengan baik yang ada dalam negara kita.
Justeru itu, saya nak beritahu YB. Kota Darul Aman, YB. Bakar Arang, dan YB. Sidam, hilang dah? Tiga orang ni, saya nak cadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, memecat segera Menteri Kewangan! Sebab gagal dalam soal mengurus tadbir kewangan dengan baik. Setuju atau tidak Dewan? Gagal! Jelas gagal!
Pohon Belantek mencelah.
YB. Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat 35(3) di mana adalah salah untuk menggunakan nama Perdana Menteri dibaca keluar dalam Dewan. Jadi, kita minta YB. Lunas untuk tarik balik.
Baik. saya tarik balik, saya sebut PMX, orang yang sama.
YB. Belantek, mencelah sikit sahaja. Boleh tak YB. Lunas? Terima kasih.
Ya, sila.
Terima kasih.
Dia duk tengah semangat ni YB. Belantek. Kita bagi ruang dekat YB. Lunas sat dahulu kut?
Saya nak tanya soalan kepada YB. Lunas. Adakah YB. Lunas sedar bahawa diakibatkan oleh GST yang dulu, kerajaan dahulu tumbang, jatuh. GST yang dulu. Dan adakah kerana SST ini kerajaan yang ada sekarang boleh tumbang?
Baik. Terima kasih YB. Belantek. Saya setuju apa yang nyatakan oleh YB. Belantek. Kalau dikatakan kerajaan dulu tumbang kerana GST, ya, mungkin itu salah satu faktornya. Tapi sepatutnya bila kerajaan baru hari ini memerintah, yang mengatakan GST itu tak tepat, tak betul, jadi perbetulkanlah apa yang sepatutnya yang sebelum ni dilakukan. Tapi pembetulan itu tidak dilakukan dengan sebaik mungkin, sebaliknya diletakkan nama bertukar daripada GST kepada SST, dinaikkan pula kepada 8%.
Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya tutup dengan suara hati rakyat. Hari ini rakyat sudah cukup penat. Mereka bukan minta kemewahan, dia tak minta kita lambakkan duit kepada dia pun. Mereka cuma minta mahu hidup dengan tenang, cukup makan, cukup pakaian dan sedikit ruang untuk anak-anak mereka belajar dengan baik. Tapi dengan pelaksanaan SST, ruang ini semakin mengecil. Tangisan seorang ibu yang terpaksa memotong belanja dapur, keluhan seorang ayah yang terpaksa bekerja lebih masa untuk menanggung perbelanjaan keluarga, jeritan seorang peniaga kecil yang risau
kedainya ditutup bila pelanggan semakin kurang. Ini antara sebahagian daripada luahan kecewaan rakyat ataupun suara rakyat yang kita wakili.
Justeru itu, saya juga menuntut PMX untuk melaksanakan segala janji-janji yang beliau buat sebelum ini. Dalam soal membela kebajikan rakyat, saya tuntut “cakap mesti serupa bikin”. Jangan bila sudah ada kuasa, cakapnya lain, buatnya lain. Laksanakan janji-janji yang telah diucapkan, yang telah dilaung-laungkan dalam mana-mana kempen untuk mendapatkan kuasa. Sekarang rakyat dah bagi, rakyat dah bagi ruang untuk kamu menjadi Perdana Menteri, rakyat dah bagi ruang untuk kamu berkuasa. Perbetulkan apa kekurangan, perbetulkan apa juga kesilapan yang berlaku dengan mengambil kira pandangan dan masalah rakyat terutama di peringkat bawah ini. Jangan laksanakan sesuatu kerana menjaga kelompok tertentu, kelompok elit tertentu, sebaliknya yang menjadi mangsa adalah rakyat daripada peringkat bawahan ini.
Kita di Negeri Kedah ini masih ramai yang berada di luar bandar, masih ramai yang terjejas dengan masalah kemiskinan. Justeru itu, suka saya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula pelaksanaan cukai SST ini agar ianya cukai yang nak dilaksanakan tidak membebankan rakyat khususnya rakyat ataupun kelompok B40 ni. Jadi, saya dengan ini menyokong….(YB. Kota Darul Aman mohon mencelah)
Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh saya mencelah?
Boleh.
YB. Tuan Speaker, YB. Lunas apabila berhujah itu dia selalu cakap tentang barang makanan. Jadi, adakah YB. Lunas sedar bahawa semua barangan seperti ayam, beras, sayur-sayuran, minyak masak, ubat-ubatan, semuanya dikecualikan cukai SST? Adakah YB. Lunas tahu tentang itu? Adakah YB. Lunas telah bantu ibu tunggal itu untuk memohon STR (Sumbangan Tunai Rahmah)? Terima kasih.
Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Kalau dia tanya adakah Lunas telah membantu ibu tunggal tersebut? Lunas telah membantu. Itu saya boleh berikan jaminan. Salah satu bantuan yang Lunas berikan adalah kelulusan ‘Beras Sejahtera’ di bawah portfolio Merbau Pulas. So, kita berikan bantuan bulanan secara tetap kepada ibu tunggal tersebut, dan kalau nak saya nyatakan juga ruang yang ada YB. Kota Darul Aman, Lunas walaupun kita tidak menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan, Lunas dah usahakan program ‘Jualan Lunas Prihatin’ dah 48 kali sejak diberikan amanah oleh rakyat, dan saya rasa YB. Kota Darul Aman sendiri pun tak ada lagi program macam itu. Terima kasih.
Kita dah anjurkan YB. Tuan Speaker. Jadi, saya nak beritahu YB. Lunas, selain daripada bantuan beras, mungkin 5kg, 10kg, satu bulan cuma RM26. Jadi, kita ada bantuan STR yang beribu ringgit kepada penduduk tersebut. Jadi kita minta dia mohon STR juga.
Itu memang tanggungjawab kerajaan. Kalau tidak tak payah jadi kerajaan!
YB. Lunas, saya bagi satu minit sahaja lagi.
YB. Kota Darul Aman, itu bukan yang kita usahakan sendiri. Kalau yang saya buat ‘Jualan Lunas Prihatin’, itu atas inisiatif kita sendiri sebagai wakil rakyat, tanpa menggunakan satu sen pun peruntukan kerajaan negeri. Yang kita tuntut Adalah, YB. Kota Darul Aman buat apa yang Lunas cakapkan! Itu yang saya nyatakan tadi. Nanti sat nak jawab!
Kota Darul Aman buat setiap bulan.
Kita akan bagi ruang untuk YB. Kota Darul Aman selepas ini. Sat lagi saya bagi ruang.
Mana ada saya bagi beras saja. Kita bagi gula, kopi, bihun, semua kita bagi. Ada 8 ke 10 barang kita bagi. YB. Kota Darul Aman, takkan orang bagi makan beras saja?
Okay YB. Lunas, tolong habiskan.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi kesimpulannya, saya menyokong usul yang dibentangkan oleh pihak YB. Belantek dan saya mengharapkan wakil-wakil pembangkang yang ada dalam Dewan ini, sampaikanlah kepada kerajaan di peringkat Persekutuan, supaya menangguhkan dulu pelaksanaan SST dan juga kajian secara menyeluruh dibuat mengambil kira kesemua aspek, kerana ianya mendatangkan kesan yang cukup besar kepada rakyat Malaysia dan dalam waktu yang sama apa yang dikatakan oleh sahabat daripada YB. Sidam kata punca kepada kejatuhan kerajaan dahulu adalah GST, jangan kerana SST ini juga, kerajaan yang ada akan menurut langkah yang sama tumbang pada pilihanraya akan datang, insyaAllah. Terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Okey terima kasih Lunas. Seterusnya saya menjemput YB. Kota Darul Aman.
Selamat pagi, salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang dihormati sekalian. Saya bangun untuk membahaskan usul ini yang dibawa oleh Yang Berhormat Belantek. Saya memang menghargai semangat beliau, namun saya ingin mengatakan bahawa mengapa usul ini harus ditolak secara tuntas kerana bagi saya pagi ini kita melihat kita telah menjadi Ahli Parlimen.
Sebab kita sedang membahas satu perkara di luar jangkauan kuasa kita, isu percukaian Persekutuan termasuk SST adalah perkara di bawah senarai Pesekutuan dan pihak Perikatan Nasional mempunyai lebih 70 orang Ahli Parlimen dan di Kedah kita ada 14 orang Ahli Parlimen dan mereka mempunyai platform yang paling sahih untuk membangkitkan isu ini dan rekod menunjukkan mereka pun telah bahas dalam Sidang Parlimen. Jadi, mengapa isu yang sama perlu kita bawa sekali lagi sebagai usul dalam Dewan ini? Adakah ini satu cubaan untuk bermain politik kepartian dan mengelirukan rakyat Kedah? Dewan yang mulia ini sepatutnya menumpukan masa kepada isu-isu Negeri Kedah, bukan mengulang tayangan perbahasan Parlimen.
Yang Berhormat Tuan Speaker, usul yang dibentangkan pada hari ini pada hemat saya, gagal melihat gambaran yang lebih besar. Ia hanya melihat kepada satu aspek iaitu cukai, bagaimana kita mengoptimumkan cukai negara, hasil negara, ada yang kata SST tak boleh pakai, kena pakai GST. Kalau nak optimum tu kita pakai GST. Sebab kalau ikut pengiraan daripada MOF, GST boleh memberi hasil kepada negara RM80 bilion. Tapi kenapa kita tidak laksanakan? Sebab ia akan membebankan setiap peringkat rakyat dan juga ibu tunggal yang telah dibangkitkan oleh YB. Lunas tadi. Dan kita melaksanakan SST setelah berbincang dengan semua pihak dan sistem cukai yang paling efisien dan paling memihak kepada rakyat adalah SST. Dan hasil daripada cukai tersebut bukannya kita ambil dan kita pakai, tetapi ia dikembalikan kepada rakyat… (YB. Kota Seputih mencelah)
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Saya tak bagi mencelah, nanti. Jadi, kerajaan memerlukan kedudukan fiskal yang kukuh untuk mentadbir negara. Tanpa hasil yang stabil, bagaimana mungkin kerajaan dapat menyalurkan bantuan dan subsidi secara bersasar. Bagaimana mungkin kita dapat membiayai perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan keselamatan untuk semua. Contoh SST yang ada pada hari ini adalah jauh lebih bersasar. Barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, ikan, daging dan sayur-sayuran tidak dikenakan SST. Malah, kenaikan cukai perkhidmatan kepada 8% juga sangat terarah. Kementerian Kewangan (MOF) telah menegaskan ia difokuskan kepada perkhidmatan bersifat discretionary atau bukan keperluan utama.
Perkhidmatan teras seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi tidak termasuk dalam kenaikan kadar umum dan kekal pada kadar 6%. Ini membuktikan Kerajaan Madani amat teliti dalam memastikan sebarang perubahan dasar tidak membebankan majoriti rakyat. Sekarang, izinkan saya bertanya. Kemanakah perginya hasil cukai ini? Sudah tentu tidak hilang begitu saja. Hasil ini dikembalikan terus dalam poket rakyat melalui pelbagai inisiatif. Yang pertama, kita boleh lihat Sumbangan Tunai Rakyat iaitu STR. Ia telah ditambahkan dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah. Bantuan ‘one-off’ RM100 untuk setiap rakyat dewasa penghargaan sempena Hari Merdeka melalui program SARA. Saya yakin, semua dalam Dewan ini akan dapat RM100 pada 31 Ogos nanti. Subsidi bersasar, kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk subsidi elektrik bagi memastikan 85 bangunan domestik tidak terkesan dengan kenaikan harga. Petrol akan turun pada September ini…. (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Kota Darul Aman, YB. Pengkalan Kundor minta laluan.
Saya tak bagi laluan. RM1.99 iaitu merupakan harga petrol yang paling murah di rantau Asia. Kerajaan bekerja keras mengawal harga barang, telur dan ayam. Bila YB. Belantek kata tak ada pemantauan, saya rasa yang itu fakta yang silap. KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri) kita bekerja keras setiap hari untuk memantau harga barangan supaya tidak ada kenaikan yang mendadak. Jadi, kita kena hormat kepada KPDN, pegawai-pegawai kita yang bekerja keras untuk memastikan harga barangan stabil.
YB. Kota Darul Aman.
Saya tak bagi laluan.
Saya nak bagitahu satu sahaja Yang Berhormat. Bila orang lain berbahas, Yang Berhormat nak minta laluan, kadang-kadang dioarang bagi. Jadi, be fair lah na?
Ya, saya akan bagi YB. Lunas jika dia nak mencelah.
Saya tidak mahu bila Yang Berhormat berbahas, orang minta laluan…Tapi ini hak Yang Berhormat, saya tidak boleh paksa Yang Berhormat. Cuma saya nak maklum.
Okey baik. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Dan untuk nelayan, pesawah, kita ada ‘Budi Madani’ di mana mereka dapat RM200 setiap bulan dan juga semua inisiatif ini, bantuan tunai, subsidi elektrik, kawalan harga, kenaikan gaji penjawat awam dan rancangan penurunan harga petrol memerlukan dana yang besar. Jadi, dana ini datangnya daripada hasil negara, termasuklah kutipan SST. Jika kita menolak SST, ibarat mahu menuai hasil tanpa menanam benih. Ia satu permintaan yang tidak masuk akal.
Yang Berhormat Tuan Speaker, adalah sangat ikonik apabila usul ini datang daripada pihak kerajaan negeri pada masa yang sama dalam proses semakan kadar baru cukai tanah yang akan berkuat kuasa pada tahun depan. Jadi, sebelum kita mendesak Putrajaya, eloklah kita fokus kepada dasar di peringkat negeri yang akan memberi kesan langsung kepada rakyat Kedah. Negeri Kedah, bertahun-tahun hasil kita RM600 juta dan tahun depan kita nak capai RM1 bilion. Jadi, tentu kita kena laksanakan sesuatu sistem cukai untuk tambahkan pendapatan kita. Jika tidak laksana, bagaimana kita nak capai RM1 bilion. Jadi, kita juga mendesak kerajaan untuk lihat kenaikan cukai tanah yang akan dilaksanakan tahun depan.
Secara kesimpulannya, usul ini wajar ditolak kerana ia melangkaui bidang kuasa Dewan ini. Ia mengabaikan faktor bahawa SST dilaksanakan secara tersasar dan hasil dipulangkan kepada rakyat. Ia mencuba mengalirkan fokus daripada isu-isu sebenar di Negeri Kedah. Maka, saya memohon agar usul ini ditolak. Marilah kita bawa semula usul ini kepada Ahli-ahli Parlimen supaya mereka ada benda untuk bahas dalam Sidang Parlimen dan tak perlu kita buang masa di sini dan isu yang lagi kritikal untuk kita perlu selesai, isu bekalan air, pengurusan banjir dan prestasi BPT, kos sara hidup setempat di mana kita mempunyai kuasa-kuasa sebenar untuk kita bantu rakyat. Dengan ini, saya mohon menolak usul ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Darul Aman.
Cakap sedikit sahaja, YB. Tuan Speaker.
Seterusnya saya menjemput YB. Pantai Merdeka. Dipersilakan.
Assalamualaikum. Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ketua-ketua Jabatan, Ahli-ahli Dewan dan semua yang ada. Terima kasih di atas keizinan ini. Saya nak bercakap dari perspektif Islam, kerana Perdana Menteri kita ni seorang Islam. Dalam surah Al-Baqarah, begitu jelas, ayat 188 Allah berfirman;
َو َل تَأْكُلُوا ْأَمْوَالَكُم ْبَيْنَكُم ِبِالْبَاطِل
“Janganlah kamu memakan ataupun mengambil harta orang lain secara salah.” Di mana salah? Kita dengar kedua-dua belah pihak. Parti pemerintah, parti pembangkang. Bagi saya, kita orang Islam, tadi YB. Lunas ada membangkitkan beberapa tokoh-tokoh ekonomi. Soalan saya, adakah mereka ini juga dijemput untuk berbahas, berbincang? Sedangkan dalam Quran;
فَسْـَٔلُوٓ ا َأَهْل ِٱلذ ِكْر إِن ْكُنتُم َل َتَعْلَمُون
Surah An-Nahl, Surah ke-16, Ayat 43.
Maka sekiranya kamu tak tahu dalam satu perkara, tanyalah orang yang tahu. Panggil berbincang. Tak tahu lah, kalau tengok parti pembangkang ni, dia sokong seratus peratus sebab ini geng dia. Kita lawan seratus peratus. Eh! Takkan kita tak terasa kami ini, ialah wakil rakyat. Kita pun terasa Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup. Kalau terus terang nak sebut juga, elaun tak cukup ni. Ermm…dia balik, kalau tidak nak cerita lah. What I'm doing at my constituency. Kita buat Tuan-tuan.
Elaun apa itu YB. Pantai Merdeka? Elaun apa itu?
Tak mau habaq yang tu, nanti hentam sahaja pulak (sambil ketawa). Saya dah dua tahun sebagai wakil rakyat, YB. Bukit Kayu Hitam, masuk Tiktok, SyarirLong. Ada seorang terlantar empat tahun. Dia tak dapat lihat kerana accident. Dia memerlukan ensure gold (susu bernutrien) satu tin tu, seratus ringgit. Seratus ringgit tu tahan dua hari. Ni saya pi ni, tengok Tiktok lah. YB. Kota Darul Aman boleh tengok. Kalau dua hari satu tin, cuba bayangkan sebulan. Alhamdulillah, Pantai Merdeka telah menghulurkan sumbangan hasil usaha sendiri, bukan melalui Kerajaan Negeri, bukan kerajaan persekutuan. Usaha sendiri, my own initiative (dengan izin). Saya beli untuk dia 24 tin hari tu. Menangis! Sebab selama ni memang susah, payah. Dua hari, seratus ringgit, dua hari seratus ringgit. Sebab itu kita mengatakan tadi, sebelum nak melaksanakan sesuatu, saya ingat kata-kata Imam Nawawi Rahimullah Ta’ala. Pemimpin, penguasa, dia perlu consult orang-orang yang berilmu pengetahuan.
َّإِن َ َّٱَلل ْيَأْمُرُكُم أَن تُؤَدُّوا ِٱَلْ َمَـٰنَـٰت ٰٓإِلَى أَهْلِهَا
Surah An-Nisa ayat 58.
‘Ahlinya’ jangan tangkap muat. Nak orang yang betul-betul faham macam tadi yang disebut oleh YB. Lunas. Seorang professor kah yang perempuan itu? Takkan kita tak respect pandangan dia, at least. Tuan-tuan yang dirahmati Allah SWT., tadi YB. Kuala Ketil telah membentangkan apa yang telah dilakukan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah. Kita tengok sistem zakat Islam, Masya Allah. Cuma saya tak sempat catat, banyak. Di antaranya pembaikan rumah, bina rumah, pembaikan, semua melalui kutipan. Kita Islam kita ambil daripada orang yang kaya, bagi kepada orang miskin. Takkanlah kalau kita cakap macam ini pun kita masih tak boleh terima bahawa kehidupan sekarang ini memang susah, memang susah. Sebab itu saya menyokong sepenuhnya, apatah lagi disebut oleh YB. Lunas tadi, PMX banyak bercakap tapi tak buat. Pepatah Inggeris pun ada berkata, “action speaks louder than words”, dalam Quran pun ada.
يٰٓاَيُّهَا َالَّذِيْن اٰمَنُوْ ا َلِم َتَقُوْ لُوْ ن مَا َل َتَفْعَلُوْ ن ٢ َكَبُر مَقْتًا َعِنْد ِ ٰاللّ ْاَن تَقُوْ لُوْ ا مَا َل َتَفْعَلُوْ ن ٣
Surah As-Shaff, Surah ke 61, ayat 2 dan 3.
Sepatutnya “walk the talk” (dengan izin). Akhir sekali, bukan modal tak dak, sejuk sangat dah. Saya nak baca sebuah hadith, mungkin PMX…. (YB. Tokai mohon mencelah)
YB. Pantai Merdeka, mencelah.
Siapa tak tau. Oh! Sila! Sila!
Sebelum landing. Boleh?
Boleh.
Boleh, dipersilakan YB. Tokai.
Tadi YB. Pantai Merdeka sebut tentang ambil daripada orang yang kaya, bagi kepada orang miskin. “Huz min akhniya ikum faturaddhafiiya fakhura ikum”
Kita hairan juga, masa bentang dulu dia kata nak ambil cukai daripada barangan kaya-kaya, barang yang mewah. Tapi bila mai nak melaksanakan untuk orang kaya, high value goods ta’ ini ditangguhkan. Untuk low value goods tax ini dikenakan. Jadi, macam mana pandangan YB. Pantai Merdeka?
Ni nak baca hadis itu lah tu. Macam kita ni ada telepati pulak na? Baik, untuk mengakhiri ucapan saya ringkas, saya baca makna sudahlah, hadith riwayat Imam Muslim. Ni bukan kepada pemimpin saja, kita semua, termasuk kita, termasuk kepada YAB. Menteri Besar. Nabi SAW pernah bersabda, “Ya Allah, sesiapa yang menguruskan urusan umatku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia. Dan sesiapa yang menguruskan urusan umatku, lalu dia berlaku lembut kepada mereka, maka permudahkanlah urusannya”.
Saya bimbang, bukan nak mengata, nak mengingatkan lah, dalam hadis yang lain, apabila seseorang dia meminta sesuatu jawatan, maka Allah tidak akan beri pertolongan kepadanya. Saya melihat inilah nasib negara kita, Allah tidak akan beri pertolongan. Minta maaf, saya tidak minta untuk bertanding, tapi ini Qada’ Qadar, Divine Decree. Sat lagi cakap Melayu depa tidak faham pula. Alhamdulillah, dalam dua tahun ini, dalam Dewan yang mulia ini, tahun lepas saja, saya dapat membantu pelajar-pelajar yang ke IPTA dengan inisiatif sendiri, hampir RM60,000, 60 orang seorang RM1,000. Pembaikan rumah dekat RM6,000 – RM70,000. Tahun ini kita mengorak langkah untuk perubatan pula. Selain daripada, pembaikan rumah, IPTA, pengajian, perubatan. Baru sahaja saya dapat RM13,000, saya beli barang dekat farmasi. Ini usaha kita. Sebab itu, kalau berdasarkan hadis saya baca tadi, bila kita berlembut, kita berlunak, Allah tolong kita. Mudah-mudahan, dengan sedikit pencerahan, memberi manfaat kepada kita bersama. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ok, terima kasih YB. Pantai Medeka yang menepati masa. Seterusnya saya menjemput YB. Bakar Arang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Yb. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan semua yang hadir ke Sidang Dewan yang mulia hari ini. Saya berpandangan tentang usul ini, saya rasa usul ini ya, betul, Ia kelihatan untuk menggambarkan bahawa SST itu membebankan rakyat. Tapi tadi saya dengar perbahasan daripada semua, YB Belantek, YB. Bandar Baharu dan juga daripada YB. Lunas. Saya berpandangan semuanya dalam perbahasan ini ada banyak fakta yang silap.
Yang kedua, saya berpandangan juga, ini semua macam usul yang menggambarkan retorik politik, yang menggambarkan Kerajaan Persekutuan ini zalim atau menekan rakyat.
Sebenarnya untuk SST kali ini, saya lihat ini pelarasan kali ini Ia hanyalah melibatkan 4,000 ke 5,000 barang. Tetapi berbanding dengan GST sebelum ini yang dilaksanakan pada 2015 ke 2018 pada zaman PM yang ke-6 dulu, sebenarnya GST, ia merangkumi semua perkhidmatan termasuk barangan-barangan seperti yang kita tahu. Seperti tadi, YB. Bandar Baharu berkata, barang seperti nasi goreng pun campur. Tetapi SST kali ini ia tidak merangkumi barangan-barangan asas yang digunakan oleh B40. Kita boleh lihat sebenarnya banyak barang-barang seperti beras, gula, atau barang kesihatan. Dari konstruksi juga seperti simen juga tidak dikenakan SST. Termasuk juga macam cincin untuk kegunaan sendiri, barangan mewah yang digunakan sendiri, jam tangan itu juga tidak dikenakan SST.
Tetapi kalau kita lihat kepada GST sebelum ini, GST sebelum ini sebenarnya saya bagi satu perbandingan ia merangkumi tiap-tiap peringkat. Saya pernah dulu semasa pelaksanaan GST, saya pergi ke kampung, maggi di kampung lebih mahal daripada maggi di bandar macam di Kuala Lumpur. Kenapa? Sebab GST berperingkat, dari pengusaha you jual kepada pemborong 6%, pemborong jual kepada pemborong yang kedua yang nak hantar ke dalam desa macam di Sik 6%, dan sampai ke peruncit, peruncit nak jual kepada pengguna-pengguna biasa tambah lagi 6%. Jadi, kos itu menjadi tinggi, cumanya, cumanya kelebihan yang kita lihat untuk peniaga dari GST adalah dia boleh claim balik input dan output tax. Tetapi SST dia berbeza, SST dia hanya satu peringkat. Kalau ia boleh menjadikan harga lebih stabil. Cumanya saya rasa memang ada pemantauan dari segi harga itu perlu dilakukan secara lebih ketat….(YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Kota Siputeh minta laluan YB. Bakar Arang.
Ya, boleh.
Terima kasih YB. Bakar Arang kerana menunjukkan bahawa dia lebih ‘anak jantan’. Pertama sekali saya nak beritahu, saya rasa YB. Bakar Arang yang kembali, salah fakta. Saya nak pesan di sini, GST adalah merupakan cukai satu peringkat. GST cukai satu peringkat. PMX kata buat homework. Okey. So, SST pula adalah merupakan cukai pelbagai peringkat, dan kita perlu tahu bahawa kita tak boleh menafikan bahawa dekat sini sebenarnya. Tadi saya tertarik bila kata cinci. Cincin ni, adakah dia mai terus dengan sifat dia terus mai jadi cincin. Dia tetap ada ingredient, perkara-perkara services yang akan menyebabkan dia dikenakan cukai juga. Dan dekat sini yang perlu kita tahu yang seperti semua pakar-pakar ekonomi dunia mengesahkan bahawa SST ni adalah merupakan ada grey area yang mana dia pergi kepada black market. Kalau tadi seperti yang dinyatakan oleh YB. Kota Darul Aman…. Sebelum tu saya nak bercakap, bagi saya habiskan… (YB. Bakar Arang mencelah)
Adakah you sedar bahawa…. (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Bakar Arang, sekejap! Sekejap!
Sepertimana YB. Kota Darul Aman maklumkan bahawa kata kerajaan nak lebih untung, nak bantu rakyat. Tapi masalahnya dekat sini, perkara itu tak terjadi. Sebab apa dia, banyak duit ‘lewahan’ yang tak sampai kepada hasil negara. Kalau benda ni tak sampai, dan ini akan pergi kepada black market, yang tu yang kita persoalkan. Selain daripada persoalan yang dibangkitkan oleh YB. Tokai, kerana PMX bangkit, pernah menyatakan bahawa “hari ini kita jadi kerajaan, kita nak cukai daripada orang-orang kaya”. Tapi perkara itu tak berlaku. Kita nak cukai atas perkara-perkara yang meletakkan hak dan orang kata, memberi keadilan kepada orang yang susah, tetapi perkara itu langsung tak terjadi. Kerana itulah saya rasa, baik buat fakta, baik buat kajian balik lah. Terima kasih.
Terima kasih. Adakah YB. Kota Siputeh sedar bahawasanya GST dia merangkumi semua? GST dia merangkumi semua peringkat, tak kira barang. Hanya dalam masa GST dilaksanakan, hanya 300 barang saja yang dikecualikan daripada cukai. (YB. Kota Siputeh mencelah)
Sebab kerajaan... (YB. Tuan Spekaer mencelah)
YB. Kota Siputeh duduk dulu.
Adakah you bersetuju yang sebenarnya kalau GST dilaksanakan dan semua orang kena tax? Adakah bersetuju?
Nak minta saya jawab? Boleh? Hari ini, kalau kita tengok Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau kita lihat soalan yang dinyatakan oleh YB. Bakar Arang. Ini saya cakap merujuk kepada kalau kita cakaplah tentang pakar ekonomi, cakap tentang Ha-Joon Chang. Kita cakap contohnya pakar ekonomi moden hari ni Ha-Joon Chang, yang bercakap tentang kesaksamaan dalam ekonomi. Bila bercakap tentang kesaksamaan dalam ekonomi, kita merujuk bagaimana kalau GST itu sendiri adalah cukai yang kalau ditanyakan tadi, kita boleh pilih item dia. Sebagai sebuah Kerajaan, kita memegang mekanisme, kita pegang radas untuk kita buat pengecualian, itu yang dilakukan.
Persoalan 6% dulu yang pernah dilaksanakan sebelum ini, adalah merupakan persoalan jumlah percentage yang tinggi. Kita boleh buat pada jumlah 3%. Kita boleh buat pada jumlah rendah dengan pengecualian yang radas pengecualian yang lebih besar. Dalam pada radas pengecualian yang lebih besar, yang langsung tak menekan orang susah. Tapi pulangan hasil sebab cukai yang kita letak dekat sini adalah cukai yang mempunyai ketelusan yang tinggi. Cukai yang satu peringkat, satu aliran berbanding cukai pelbagai peringkat. Maka daripada itu kerajaan akan dapat keuntungan lebih daripada duit itu hilang, lolos yang tak diketahui pergi ke black market ataupun boleh jadi, tak mengapa saya tak perlu lanjutkan itu. Terima kasih.
YB. Bakar Arang, habiskan.
Terima kasih YB. Kota Siputeh. Saya berpendapat beginilah, dengan tadi idea-idea yang anda bawakan, saya cadangkan anda bertanding untuk Ahli Parlimen pada PRU akan datang dan bawa usul ini ke Sidang Parlimen nanti. Sebenarnya saya berpendapat tentang GST ini. Sebenarnya GST ini ya, betul, kalau kita baca online tadi YB. Bandar Baharu ada kata memang negara-negara jiran kita semua mengamalkan sistem GST. Banyak yang berkata memang GST adalah sesuatu yang adil, yang saksama dan lebih merangkumi semua. Tetapi kalau kita lihat sebenarnya, kita pun tahu 2015 kita start GST dan 2018 stop GST. Pada masa implementasi GST ini, sebenarnya mempunyai banyak masalah. Dan untuk hari ni kalau kita nak balik kepada GST, sebenarnya bukannya sesuatu yang mudah. Kita kena bentangkan dalam Parlimen sekurang-kurangnya mengambil 2 tahun. Untuk menjalankan mempunyai akta ini, lepas itu kita kena keluar, di mana semua pengusaha-pengusaha di luar sana yang belum ada lagi sistem kena beli sistem lagi, tambah sistem. Mungkin lagi tambah 2 tahun menjadi 4 tahun. Dia jadi sesuatu yang tidak praktikal. Tetapi, kerajaan tujuan dia adalah menambah hasil. Sama juga dengan kerajaan negeri, juga nak menambah hasil. Seperti tadi yang dikatakan oleh YB. Kota Darul Aman, kita nak mencapai sasaran RM1 bilion daripada RM700 juta sebelum ini hasil itu.
Jadi, kerajaan lakukan SST ini tetapi dengan tujuannya tidak membebankan rakyat. Dan kita boleh lihat banyak lagi barang tidak dikenakan SST seperti barang asas seperti yang saya katakan tadi. Dan juga, kita lihat sebenarnya kerajaan juga membuat banyak lagi inisiatif untuk membantu rakyat termasuklah Bantuan SARA RM100, yang selepas ini Bantuan SARA yang diperluaskan ini yang akan bermula pada 31 Ogos ini.
Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri juga mendapat bantuan ini dan juga STR tadi yang dikatakan juga meningkat. Juga kita pun lihat Petrol Subsidi Bersasar dan untuk diesel melalui Budi Madani untuk diesel dan juga harganya juga turun ke RM1.99, akan turun dalam bulan itu. Saya juga nak menegaskan, sebenarnya Perdana Menteri kita adalah orang yang berpegang kepada janji, okey. Walaupun 2 tahun menjadi menjadi Perdana Menteri. Dulu dia cakap, “kalau menang, minyak akan turun”. Ya betul, minyak akan turun. Dia memegang kepada janji dia, okey. Dulu semasa Perikataan Nasional menjadi 33 bulan..
Janji… Janji…
Saya tak bagi laluan dah.
Dia nak landing dah!
Kalau you kata SST itu menekan rakyat dan kenapa dulu masih jalankan SST. Dan juga saya nak kata lagi satu, banyak lagi tax-tax juga dikenakan kepada golongan yang mungkin kata T20 di mana tadi cakap tak ada. Sebenarnya Dividend Tax 2%, Capital Gain Tax, dan cukai barang mewah. Banyak lagi sekurang-kurangnya 5 jenis tax. Cumanya mungkin kita perlu pergi kaji fakta itu dan kita akan nampak. Tetapi at the end saya rasa. Ada satu lagi saya nak kongsikan juga berkenaan dengan SST ini. Saya pernah jumpa petani di Bukit Selambau. dia berkata dengan saya, “sebenarnya SST ini bagus”. Saya pun terkejut, kenapa? Dia bagi tahu saya satu cerita, dia cakap, “sebab SST kali ini dikenakan kepada buah-buahan”… (YB. Bukit Selambau mencelah)
Boleh bagi nama tak, Bukit Selambau?
Buah-buahan import tetapi buah-buahan tempatan tidak ada dikenakan SST. Dia cakap, “SST ini ada baik untuk golongan petani ini”. Sebab dulu kalau kita katakan dulu, dia ini petani yang menanam kita panggil apa, asam limau. Okey, dulu boleh jual RM4 satu kilo, tetapi selepas persaingan import dari luar negara, harga mereka sekarang hanya boleh jual RM1.50, pendapatan kurang. Tetapi dengan SST dikenakan terhadap buah-buahan import. Ini kita nampak ada dua kesan yang baik, satu ialah dia membantu petani tempatan seperti di Negeri Kedah dan juga menambah hasil petani-petani kita dan juga meningkatkan teknologi keupayaan petani kita di negeri untuk bersaing dengan petani-petani dari luar…. (YB. Tuan Speaker mencelah)
Okey, YB. Bakar Arang boleh buat penggulungan.
YB. Tuan Speaker, saya ingin mencelah. Adakah YB. Bakar Arang bersetuju dengan saya bahawa PM (Perdana Menteri) telah umum akan tambah RM300 juta melalui Jualan Rahmah Madani? Ini akan meringankan lagi beban rakyat. Terima kasih.
Ini saya amat setuju, sebab memang Jualan Rahmah ini dia meringankan kos beban rakyat dalam mendapatkan barangan asas dan kita boleh lihat sebenarnya di Negeri Kedah, Kerajaan Madani melalui KPDN melakukan Jualan Ramah setiap bulan di setiap DUN, empat kali. Okey, saya difaham dinaikkan menjadi empat kali. Jadi, akhirnya landing, landing.
Penggulungan ya!
Kesimpulan, saya rasa usul hari ini yang dibangkitkan ini betul, tadi saya baca usul ini saya ingat ia nak menggambarkan bahawa SST membebankan rakyat. Tetapi selepas tadi dengar semua perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa ini banyak fakta yang silap dan juga kedua saya lihat adalah banyak dia seperti satu retorik politik. Jadi, nak bagitahu adalah Kerajaan Persekutuan bukan saja memastikan hasil negara stabil, malah juga menyalurkan subsidi dan bantuan terus untuk meringankan beban rakyat. Justeru, saya menyokong penuh dasar pencukaian semasa dan menolak usul ini, dan kerana perbahasan hari ini tidak menggambarkan realiti sebenar kepentingan rakyat. Sekian, terima kasih.
Okey. Terima kasih YB. Bakar Arang. Saya menjemput pembahas yang terakhir, YB. Guar Chempedak. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uqdatan millisani yafkhohu khauli. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta para pemerhati, pengamal media serta para hadirin sekalian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk membahaskan usul yang pada hemat saya amat mustahak khususnya dalam tempoh semasa yang disifatkan rakyat jelata sebagai zaman hidup yang begitu sulit dan keras. Sebagai ADUN, saya bertanggungjawab untuk menjadi pembesar suara kepada rintihan rakyat di bawah. Yang Berhormat Tuan Speaker, (minta maaf suara ini kerana selsema). Nilai wang tidak sama bagi setiap individu. Mungkin RM1 yang ada di tangan seorang rakyat marhaen ataupun peniaga kecil membawa maksud yang begitu besar ertinya kepada mereka jika dibandingkan dengan menteri ataupun rakyat jelata yang lain, yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. RM1 ini mungkin membawa maksud boleh membeli 3 biji telur, yang telah disubsidikan oleh Kerajaan Madani, 3 sen.
Manakala bagi seorang menteri, mungkin RM1 ini adalah sebagai aksesori tambahan di dalam mobil kereta mereka yang boleh dijumpai di celah kerusi kereta ataupun belakang sofa. Apabila Kerajaan Madani mengumumkan peluasan skop cukai dan perkhidmatan SST dan peningkatan kadar yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2025, tindakan tersebut secara De Facto, telah melaksanakan satu prinsip polisi (dengan izin) Yang Berhormat Tuan Speaker, one fit for all, iaitu polisi tembakan rambang. Kini rakyat bekerja sendiri dengan pendapatan harian RM50 sehari turut terkena tamparan tersebut. Memang benar, barangan asas seperti daging, ayam, ikan, beras, tidak dikenakan SST. Namun, bermula 1 Julai 2025 perkhidmatan penghantaran kini dikenakan 6% SST.
Saya ingin mendedahkan di sini satu gaya perbelanjaan baharu yang ditempuh oleh rakyat jelata hatta yang dalam kategori M40 sekalipun. Rakyat kini memilih untuk membeli di Shopee atau Grab bukan kerana barang lebih murah, kadangkala lebih mahal berbanding di kedai. Namun, rakyat tetap terpaksa membeli melalui platform-platform tersebut disebabkan satu perkara iaitu ada tawaran pay later. Rakyat kini terpaksa menggunakan sistem pay leter, dalam erti kata lain meminjam untuk membeli barangan seperti lampin dan susu anak disebabkan desakan hidup.
Mungkin ini tidak disedari oleh Kerajaan Madani yang melancarkan SST. Untuk barangan seperti ini, kos penghantaran adalah tinggi antara RM10 hingga RM14. Apabila dikenakan pula SST 6%, rakyat perlu tambah pula antara 60 sen hingga 84 sen.
Ini adalah contoh yang nyata apabila kita melakukan order melalui online iaitu pembelian pampers anak-anak ya, harga yang ditawarkan. Ini contoh yang saya bawa, contoh yang nyata okey. Kalau YB. Kota Darul Aman dan YB. Bakar Arang nak juga, saya boleh bagi (sambil menunjukkan helaian kertas) sebentar lagi ya. Pampers yang ditawarkan harga asal RM110 tapi dioffer kepada RM95.90, kos shipping RM14 dan SST 60 sen, itu adalah tambahan. Termasuk juga order susu bayi sebanyak RM22.50, shipping fee RM11 dan SST 66 sen. Ini adalah kos tambahan. 60 sen hingga 84 sen ini adalah harga 2 biji telur yang boleh dimakan 2 kali hidangan oleh seorang rakyat yang di bawah. Saya bawa persamaan contoh telur ini supaya kita dapat memahami, dapat menyelami kehidupan rakyat yang di bawah. Apakah adil dan Madani apabila kerajaan mengadakan polisi pukul rata ini kepada semua rakyat di bawah? Saya harap kita mempunyai sedikit perasaan prihatin terhadap rakyat yang kini telah pun dalam mood berjimat-cermat usahlah ditambah beban ke atas mereka yang sedia ada yang berat dipikul.
Yang Berhormat Tuan Speaker, contoh yang diberikan itu adalah kesan langsung yang terjejas secara terus kepada rakyat yang di bawah. Pelaksanaan cukai khususnya bersifat pukul rata ini dalam kebanyakan masa akan membawa kesan berantai. Apabila perkhidmatan asas seperti penghantaran dikenakan cukai SST, sudah tentu segala barangan yang mengguna pakai perkhidmatan perhantaran turut akan naik harga. Persoalannya kini, berapa banyak perniagaan mempunyai transport ataupun lori penghantaran sendiri? Sudah pasti tidak banyak. Jika kebanyakan perniagaan bergantung kepada perkhidmatan penghantaran, sudah pasti harga barang turut akan naik disebabkan kos operasi kini meningkat. Kesan ini adalah kesan berantai yang akan membawa kepada peningkatan kos sara hidup ke atas rakyat yang telah pun terbeban.
Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk sesebuah negara memungut cukai adalah tidak salah. Namun, kita perlu memahami tujuan dan matlamat berkenaan pungutan cukai tersebut. Cukai yang dikenakan oleh kerajaan mempunyai dua tujuan. Pertama, yang paling jelas adalah sebagai sumber hasil yang segera. Kedua, cukai adalah bertujuan untuk pengawalan ekonomi. Sebagai contoh, SST dikenakan kepada barangan import yang boleh menjadi alat kawalan dan memberi kelebihan yang lebih kompetitif kepada pengeluaran tempatan. Jika pelaksanaan SST yang berkuasa pada 1 Julai 2025 ini adalah semata-mata untuk menambah hasil negara, saya berpendapat negara mempunyai kaedah lain yang boleh dikenakan.
Jika Kerajaan Madani sudah tiada idea untuk mencari hasil negara sehingga terpaksa beralih kepada talian hayat iaitu menaikkan cukai, ini adalah amat zalim kerana cukai yang dinaikkan itu cukai yang memberi kesan secara langsung kepada rakyat di bawah.
SST ini sebenarnya (dengan izin) Yang Berhormat Tuan Speaker, lebih mirip kepada survival solution through tax untuk Kerajaan Madani. Ini adalah pungutan yang secara langsung yang dapat menambah hasil kepada kerajaan. Adakah ini adil kepada rakyat dikala kos sara hidup yang cukup membebankan dan ditambah pula dengan SST ini? Adakah pihak kerajaan telah habis ikhtiar ataupun cara untuk menjana pendapatan negara? Kemana perginya janji-janji PMX apabila kembali dari lawatan ke luar negeri yang dikatakan berbilion-bilion potensi pelaburan yang akan masuk ke negara kita? Kalau masih belum dapat direalisasikan, mailah ke Negeri Kedah ini, mailah. Kami orang Kedah ini, baik hati sejak dari dulu lagi. Kami ada produk yang berpotensi untuk menjana berbilion-bilion pendapatan kepada negara.
Produk yang dimaksudkan itu adalah REE. Mungkin mereka lupa, logam-logam yang mempunyai pasaran yang tinggi ini bukan hanya di Kedah, ianya juga terdapat di Perak, Terengganu dan Kelantan. Di atas dasar semangat kemerdekaan yang akan kita sambut pada 31 Ogos nanti, berilah hak kami, biar kami yang menguruskannya sendiri, yakinlah kepada kami, percayalah kepada kami, kami juga adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Kami adalah bangsa yang berjuang sejak dari dulu lagi. Ada beberapa lagi projek-projek mega yang dapat menjana pendapatan yang lumayan untuk negara, tak perlulah SST. Ini membuat rakyat teringat kepada penjajah yang datang ke negara kita pada beberapa ratus tahun yang lalu, nak menjana pendapatan dengan segera dan cepat adalah menyakau dari poket rakyat, true terma cukai ataupun yang sekarang ini kita namakan SST. Malaysia mempunyai beberapa cukai yang masih boleh dipertimbangkan untuk dinaikkan. Sebagai contoh, cukai korporat, duty arak, tembakau dan juga cukai pendapatan untuk golongan T20. Adalah amat Madani jika cukai-cukai ini yang dinaikkan berbanding SST yang mencangkam kehidupan rakyat era pay later.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sekiranya perkara ini tidak disedari oleh menteri-menteri di Putrajaya, mungkin menteri-menteri perlu mula mendekati rakyat dengan lebih bermakna. Bukan sekadar turun mendengar keluh kesah rakyat hanya di sesi libat urus anjuran jabatan yang mana rata-rata hanya dihadiri oleh wakil-wakil komuniti yang dijemput daripada kalangan tertentu yang tidak pun sedar hakikat cara rakyat menempuh hidup seharian yang sebenar. Jika keluh kesah rakyat marhaen ini terlalu asing kepada Kerajaan Persekutuan, sudah tiba masanya kuasa menentukan kadar cukai jualan dan perkhidmatan ini diserahkan kepada negeri yang lebih mendengar rintihan rakyat.
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk mengguna pakai saluran Majlis Negara seperti Majlis Kewangan Negara dan juga Mesyuarat Menteri-Menteri Besar untuk mula mencadangkan dan menuntut kepada Kerajaan Persekutuan agar kuasa menentukan dan memungut cukai jualan ini diserahkan kepada negeri. Jika kita amati, di negara lain seperti Kanada yang turut merupakan negara berbentuk Persekutuan, cukai jualan adalah ditentukan dan dipungut oleh kerajaan negeri. Di Malaysia, Sabah dan Sarawak telah laksanakan. Antara kebaikan jika kita dapat perolehi daripada kaedah desentralisasi cukai jualan ini adalah pengenaan cukai yang lebih tertumpu berdasarkan tahap kemampuan rakyat berdasarkan lokaliti. Seperti semua sedia maklum, kemampuan dan tahap pendapatan rakyat adalah berbeza bagi yang berada di Selangor, Kuala Lumpur, berbanding yang berada di negeri seperti Kedah. Sekiranya kerajaan negeri mempunyai kuasa menentukan dan memungut cukai SST, sudah pasti kita dapat menyasarkan pengenaan cukai yang lebih bersesuaian dengan tahap kemampuan rakyat berbanding SST yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan yang memakai kaedah pukul rata.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya dengan ini ingin mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong penuh usul yang dibawa oleh YB. Belantek;
“Bahawasanya Dewan Undangan Negeri Kedah yang bersidang pada hari ini mendesak Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang mana memberi kesan langsung kepada rakyat”.
Selain itu, saya turut mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menuntut agar kuasa menentukan dan memungut SST ini diserahkan kepada negeri selaras dengan konsep hal hewal tempatan patut diuruskan oleh kerajaan negeri, bukan oleh Putrajaya yang jauh di sana.
Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua. Terima kasih.
Terima kasih YB. Guar Chempedak. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Dewan sekarang adalah satu usul yang berbunyi seperti berikut;
“Bahawasanya Dewan Undangan Negeri Kedah yang bersidang pada hari ini mendesak Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan ataupun SST, yang mana memberi kesan langsung kepada rakyat”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini pinta kata setuju dan yang tidak katakan tidak.
[Dipersetujui]
Nampaknya yang bersetuju lebih daripada yang tidak bersetuju. Maka dengan ini saya mengumumkan bahawa usul ini diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana semua atur cara mesyuarat pada hari ini telah selesai dijalankan, maka saya dengan ini menangguhkan Persidangan Dewan sehingga jam 9 pagi esok mengikut Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan perkara 12(1)(a).
Sekian, terima kasih.
[Dewan ditangguhkan sehingga jam 12.15. tengahari]