Kedah · 21 August 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 147 turns · 22,785 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula.

I. Bacaan Doa.

Setiausaha Dewan

Bacaan Doa!

Speaker

Untuk makluman semua Ahli - Ahli Yang Berhormat, Dewan pada pagi ini ada menerima pemerhati daripada Tenaga Nasional Berhad seramai 17 orang pegawai dan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) selamai 30 orang.

Selamat datang ke Dewan Undangan Negeri Kedah.

Speaker

Urusan seterusnya.

Setiausaha Dewan

Sesi pertanyaan-pertanyaan mulut.

II. Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Speaker

Dipersilakan YB. Anak Bukit.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker.

Awal persidangan pembuka bicara. Sarapan pagi belum tersedia. Soalan saya nombor 5. Mohon jawapan dengan segera

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

5. Pohon dinyatakan :-

a) Apakah perkembangan pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat Sejahtera Negeri Kedah bagi tahun 2025?

b) Berapa jumlah DUN dan pelajar yang terlibat? Keberkesanan program ini dalam meningkatkan prestasi pelajar, khususnya bagi golongan B40 dan adakah kerajaan bercadang agar program ini dapat dilaksanakan di semua 36 DUN pada masa hadapan?

Speaker

Dipersilakan yang berhormat, YB. Sungai Limau.

Cara tanya marah tak makan pagi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker. Yang Berhormat Anak Bukit. Saya jawab juga dengan pantun.

Burung Merbah Hinggap Ke Dahan, Singgah Sebentar Mencari Makan, Dan, dan dia makan. Soalan Anak Bukit Saya Raikan, Insyaallah Ada Jawapan Yang Meyakinkan.

Sebelum saya menjawab soalan. Daripada YB. Anak Bukit, YB. Tuan Speaker terlebih dahulu. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah, kepada Yang Bahagia Cikgu Abdul Rahim bin Mat. Di atas pelantikan sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang baru. Hari ini wakil dia yang hadir.

Hari ini saya dimaklumkan ada perhimpunan di jabatan dan kita mengharapkan kerjasama daripada pihak Pengarah dan Jabatan Pendidikan untuk kita memacu dan membangunkan pendidikan di Negeri Kedah Darul Aman ini.

Dan yang kedua kita juga mendoakan semoga Allah S.W.T. memberikan keadilan kepada almarhumah Anakanda adik Zara kita yang sekarang ini telah pun proses di mahkamah dan tuntutan daripada semua sudah pasti untuk kita menuntut keadilan dan kita juga pastikan di peringkat Jabatan dan sekolah-sekolah supaya tidak ada kes – kes buli yang boleh membawa kepada terkorbannya anak-anak kita yang sedang menuntut di sekolah.

Berkaitan dengan dua soalan yang ditanya oleh YB. Anak Bukit. Perkembangan pelaksanaan program tuisyen. Sejahtera Negeri Kedah 2025. Alhamdulillah. Di peringkat negeri untuk tahun ini kita telah masuk tahun yang kedua. Dari sudut pelaksanaan tuisyen Rakyat Sejahtera ini yang telah pun dimulakan pada pertengahan Jun yang lalu dan ada yang DUN mula lebih lewat. Kita laksanakan sebanyak. 8 pertemuan. Untuk setiap subjek. Ada 4 subjek yang telah pun diberikan penumpuan tuisyen secara percuma ini.

Iaitu bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan juga Sejarah yang menjadi subjek teras kepada SPM dan ia dilaksanakan pada setiap Jumaat dan Sabtu oleh DUN-DUN yang terlibat. Dan bagi soalan B, DUN yang terlibat dan juga cadangan untuk tahun yang seterusnya melibatkan semua DUN dan memanglah itu perancangan di peringkat negeri.

Untuk maklumat semua, tumpuan tuisyen rakyat sejahtera ini. Kita laksanakan di peringkat kajian secara percuma. Pada tahun lepas, 2024 dilaksanakan di 5 DUN secara rintis. Alhamdulillah, daripada feedback kajian dan juga respon yang diberikan oleh DUN yang terlibat, program ini boleh kita perluaskan. Maka 2025 ini kita perluaskan. Dan diluluskan bajet untuk 15 tempat tapi oleh kerana kita nak laksanakan secara besar juga. Maka kita laksanakan. Dengan bajet yang ada 15. Tambah kepada di Dun-Dun Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dan juga Dun-Dun yang melibatkan EXCO kerajaan. Di bawah peruntukan masing-masing.

Alhamdulillah. Untuk tahun 2025 ini, kita mampu laksanakan di 25 tempat yang tumpuan kita berikan khususnya kepada anak-anak B40 di kalangan mereka sebaran kita minta yang cari. MKK yang cari. Sebaran di peringkat Dun-Dun. Kepada kampung-kampung. Penghulu-penghulu dan Alhamdulillah. Antara 30 hingga 50 orang anak-anak kita terlibat di setiap pelaksanaan tuisyen Rakyat Sejahtera dilaksanakan. Dan memberi impak kepada 1000 sehingga 1250 orang anak – anak B40 yang terlibat dalam tuisyen Rakyat Sejahtera yang telah pun dilaksanakan dan masih lagi ada DUN yang belum lagi habis. Insyaallah kita akan melihat perkara ini bila dapat laporan daripada DUN – DUN untuk kita laksanakan pada tahun depan.

Dan di peringkat kerajaan juga selain daripada SPM dengan peruntukkan yang ada juga kita akan melaksanakan seperti tahun lepas. Qariah STAM. Untuk kita berikan input memberikan bimbingan daripada pakar – pakar kepada anak-anak kita. Yang mengambil STAM seluruh negeri. Tahun lepas pelajar yang mengambil STAM 544 orang. Dan yang hadir dalam program Qariah STAM. Yang kita laksanakan. 497 orang. Tahun ini saya dimaklumkan. Lebih kurang 600 orang pelajar yang mendaftar STAM di Negeri Kedah. Dan insyaallah kita akan laksanakan Qariah STAM 2025 pada 12 sehingga 16 September yang akan datang untuk kita berikan input bantuan bimbingan daripada guru – guru pakar tentang STAM. Subjek STAM yang akan mereka duduki insyaallah.

Jadi, itulah penjelasan dan kita mengharapkan selain daripada peruntukkan daripada pihak kerajaan, badan-badan swasta untuk turut terlibat dengan untuk kita nak memastikan tuisyen rakyat sejahtera secara percuma yang kita laksanakan di peringkat negeri ini dapat kita kembangkan kepada 36 DUN insyaallah pada tahun 2026 yang akan datang. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Yang Berhormat boleh saya mencelah sikit tak?

Speaker

Dipersilakan YB. Anak Bukit dulu. Sekejap lagi kita akan bagi.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

YB. Tuan Speaker. Saya ucap tahniahlah kepada kerajaan negeri atas pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat ini yang menjadi kesejahteraan kepada pelajar-pelajar.

Soalan tambahan saya. Adakah kerajaan negeri mempunyai mekanisme pemantauan khusus untuk menilai keberkesanan Program Tuisyen Rakyat Sejahtera ini terhadap pencapaian akademik pelajar. Khususnya golongan B40. Dan dalam masa yang sama. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan kesinambungan program ini pada tahun – tahun mendatang sekiranya sumbangan atau tajaan dari pihak swasta tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bagi program tuisyen tersebut. Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Sungai Limau.

Terima kasih kepada YB. Anak Bukit. Yang Berhormat Speaker. Dari sudut pemantauan oleh kerana kita laksanakan program ini di peringkat Dun – Dun dan kita mendapat kerjasama penuh daripada Adun – Adun yang terlibat untuk memastikan bahawa pelajar yang hadir ke tuisyen rakyat sejahtera ini.

Dari sudut yang pertamanya mereka di kalangan B40 dan kita minta juga laporan daripada Dun – Dun selepas daripada pelaksanaan tuisyen rakyat sejahtera ini. Untuk kita pastikan yang pertama, bagi tahun ini, berapakah nilai pencapaian SPM mereka bagi subjek yang telah pun kita buat tuisyen dan untuk kita melihat tahun depan. Apakah keputusan yang akan mereka perolehi.

Yang keduanya daripada laporan yang kita minta daripada Dun – Dun juga melibatkan komen daripada guru – guru pakar yang terlibat. Mungkin dari sudut pelaksanaan. Dari sudut pelajar-pelajar yang. Sedang mengikuti apa isu-isu yang berbangkit untuk kita pastikan bahawa sasaran program yang kita buat ini akan berjaya insyaallah. Dan untuk memastikan juga program ini dapat berterusan, jadi tahun ini kita ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Wira Pegawai Kewangan Negeri yang meluluskan bajet untuk tahun ini. Saya pun sedia maklum, Dun – Dun maklum tak cukup. Bajet yang kita berikan untuk setiap Dun.

Kita berikan RM8,000 untuk pelaksanaan program ini selama 2 bulan. Setiap Jumaat Sabtu. Dan kemudian. Kita juga daripada bajet itu. Kita alihkan sebahagiannya juga untuk STAM. Jadi kita mengajak kepada. JLC. Syarikat-syarikat korporat untuk membantu pihak kerajaan khususnya bagi kita memastikan bahawa anak-anak kita B40 ini yang mungkin tidak ada peluang untuk mengambil apa-apa tuisyen. Tapi kita menyediakan di peringkat kerajaan. Platform. Supaya tuisyen secara percuma yang kita namakan Tuisyen Rakyat Sejahtera ini dapat kita laksanakan.

Saya pun mohon maaf untuk YB. Anak Bukit. Tahun ini masih lagi tak sempat untuk kita buat di Anak Bukit. Itu dia tanya tu. Dun – Dun lain. Mungkin hak yang duk buat ni pun. Mereka pun rasa usah hati.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Anak Bukit kecik hati. Tak bagi.

Hat yang duk buat ni pasai tak tanya. Kami nak kena sediakan laporan. Bajet tak cukup. Tu yang depa pun tak tanya. Tapi kita akan buat post-mortem. Untuk pelaksanaan penambahbaikan. Program ini pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Saya nak bertanya.

Speaker

Terima kasih. Yb. Exco. Silakan YB. Pantai Merdeka.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

YB. Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar. Saya ada dua benda. Sebab di Dun saya. Memang kita jalankan tuisyen rakyat. Tetapi dia banyak clash dengan trial dan exam. Jadi, kita kata empat puluh pelajar tu. Minggu pertama. Bila minggu berikutnya dia koi kurang. Sebab dia clash bertembung dengan trial dan exam. Kita kena cari masa yang sesuai dan feedback. Memang depa seronok. Yang kedua memang confirm bajet tak cukup. Sebab kami tak boleh bayar sewa bangunan. Di tempat saya depa balajar. Dalam keadaan ekon, Ustaz YB. Sungai Limau.

Jadi, kalau bajet tu boleh lebihkan sikit. Untuk sewa bangunan tu. Kita alu - alu kan. Tahniah kepada YB. Sungai Limau dan kepada semua lah yang terlibat. Kerana memang memberi manfaat kepada rakyat dan mereka memang seronok depa tanya tahun depan ada lagi? Saya kata kita tengok bajet dulu. Sekian. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Exco.

Baik. Terima kasih kepada YB. Pantai Merdeka. Bahagian bajet tu. Insyaallah. Dato PKN dengar. Dan tentang pelaksanaan program ni. Untuk kita pun. Tahun lepas pun. Ada isu yang sama. Kita mula tahun lepas pada bulan 8. Jadi tahun ni kita anjakkan lebih awal. Supaya tidak bertembung dengan program sekolah. Program-program besar peringkat sekolah. Tapi rupanya masih ada lagi. Sebab kita nak selaras semua tu mungkin agak sukar. Tapi insya Allah kita bila buat post-mortem kita akan tengok feedback. Daripada Dun – Dun. Untuk mastikan bahawa isu-isu berbangkit dapat kita tangani dengan baik.

Saya juga mohon juga kerjasama daripada khususnya pegawai pendidikan di peringkat daerah – daerah PPD ni. Supaya memberikan kerjasama. Program yang kita buat ni program tuisyen percuma. Saya difahamkan ada yang kita panggil, tak bagi anak-anak kita pergi. Ada. Ada halangan. Jadi ini suatu yang tidak tak sihatlah. Halangan kepada guru yang kita nak ambil. Guru pakar. Halangan kepada anak-anak. Ini suatu yang kita nak bagi secara percuma. Yang kalau boleh tu PPD, JPM boleh cadang. Siapa – siapa guru. Untuk kita buat kotlah takut yang pergi ceramah tu orang politik. Tak bagi tu. Kalau boleh nak macam tu pun. Kita di peringkat kerajaan. Kita bersedia untuk bekerjasama. Sebab kita nak pastikan anak-anak kita ini mendapat akses yang terbaik pendidikan. Dan itulah yang ingin kita capai. Khususnya bukan hanya aspek akademik sahsiah. Tapi yang paling penting untuk membangunkan anak-anak yang akan mewarisi The Greater Kedah yang kita impikan. YB. Tuan Speaker. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang diberi dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Tanjung Dawai.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Mohon jawapan nomor 6.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

6. Pohon dinyatakan apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan kemampanan alam sekitar?

Speaker

Persilakan Yang Berhormat Exco.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Terima kasih kepada YB. Tanjung Dawai.

Pelihara hutan, pelihara sungai. Menjaga alam sekitar tanggungjawab kita bersama. Terima kasih soalan daripada YB. Tanjung Dawai. Inilah jawapan kepada soalan yang ditanya.

YB. Tuan Speaker. Soalannya berbunyi. Pohon nyatakan apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan kemampanan alam sekitar. Mampan seperti yang tidak sedia maklum bermaksud berdaya tahan ataupun tidak merugikan alam, tidak merugikan masyarakat dan ekonomi dalam masa jangka panjang. Ini dalam konteks alam sekitar. YB. Tuan Speaker, Yang Berhormat semua dan para pemerhatian sekalian.

Perkara alam sekitar ini sangat dititik beratkan oleh kerajaan negeri. Di mana dalam setiap kali ucapan bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar akan disebut disentuh berkenaan dengan alam sekitar. Demikian juga dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan juga menyentuh berkenaan dengan alam sekitar.

Ini menunjukkan kerajaan negeri sangat komited insyaallah dalam memastikan kemampanan alam sekitar di negeri ini terpelihara. Selaras dengan dasar alam sekitar negara atau DASN yang merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membangunkan ekonomi sosial, budaya yang berterusan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memastikan kesejahteraan alam sekitar dengan melaksanakan pembangunan yang lestari.

DASN ini atau Dasar Alam Sekitar Negara ini bertujuan untuk mencapai alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif. Memelihara warisan alam semula jadi kurniaan Allah dan menggalakkan cara hidup serta pola penggunaan yang lestari.

YB. Tuan Speaker dan Ahli – Ahli Dewan sekalian, sebenarnya panjang jawapan, saya cuba ringkaskan.

Sebelum itu, saya ingin menyebut bahawa di Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022 hingga 2030 bertujuan untuk memelihara dan memulihara biodiversiti negara secara mampan. Dasar ini dilancarkan pada Oktober 2023 yang menekankan kerjasama erat antara kerajaan persekutuan dan negeri dalam melaksanakan dasar ini. Alhamdulillah, setakat ini memang kita bekerjasama erat dengan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan ini kerana ia adalah sebahagian daripada agenda kita dalam The Greater Kedah dengan visi pembangunan negeri yang mampan dan lestari. Sebagian itu, kerajaan negeri telah dan sedang meraksanakan beberapa pendekatan holistik dalam memastikan kemampanan alam sekitar melalui pelbagai inisiatif daripada pemuliharan hutan dan bakau pengurusan sumber air penglibatan komuniti hingga kepada pembangunan yang berasaskan sains dan pendidikan. Ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan jangka panjang dan juga jangka sederhana untuk mengimbangi pembangunan dan kelestarian alam bagi generasi kini dan generasi akan datang.

YB. Tuan Speaker, diantara langkah strategik yang telah dan terus akan dilaksanakan ialah yang pertama pemuliharan hutan dan biodiversity di bawah kerangka The Greater Kedah 2050 bagi memastikan kemampanan alam sekitar di bawah Teras 6 Kemampanan Alam Sekitar. Kerajaan Negeri telah melaksanakan program penanaman pokok secara besar-besaran program penanaman 2 juta pokok merupakan program yang telah diterajui oleh Jemaah Datuk Negeri Kedah bersama Kerajaan Negeri dalam usaha memulihara alam sekitar dan penghijauan Negeri Kedah.Untuk maklumat Dewan, program ini telah dilancarkan pada 21 hari bulan Januari tahun 2025 oleh Kebawah Dulia Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan sejak pelancaran program tersebut sehingga kelmarin jumlah pokok yang ditanam ialah sebanyak 116,625 pokok telah berjaya ditanam.

Selain itu, di bawah kerangka The Greater Kedah, usaha pemuliharaan dan kawasan hutan seperti kawasan hutan di Tadahan Hutan Simpan Ulu Moda, turut diberikan keutamaan. Di mana Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO bagi jerai Geopark serta menjadikan Pulau Langkawi sebagai Pulau Rendah Karbon menjelang 2035.

Yang kedua langkah strategik kita ialah penglibatan komuniti dan kesedaran awam melalui program yang disebut CEPA, Community And Education Public Awareness. Kerajaan Negeri dengan pihak Bukasa Tempatan dan juga agensi lain telah menganjurkan pelbagai program di bawah portfolio yang diamanahkan kepada saya seperti Hari Lestari, Sungai Hari Alam Sekitar, Karnival Air, Karnival Alam Sekitar dan juga program pemuliharaan hutan bakau. Program ini mendapat kerjasama daripada agensi - agensi Kerajaan, NGO, Pihak Pusat Pengajian dan juga masyarakat setempat.

Ini semua bertujuan untuk menimbulkan kesedaran semangat supaya sama-sama menjaga alam sekitar bergotong - royong dan seumpamanya di samping menitibberatkan soal kebersihan sungai, pantai, hutan bakau dan sebagainya. Jabatan Alam Sekitar sebagai contoh telah melaksanakan program pendidikan kesedaran ini melalui program CEPA yang saya sebut tadi, Program Sekolah Lestari, Program Rakan Alam Sekitar dan juga latihan-latihan melalui Institut Alam Sekitar Malaysia, IMAS bagi memastikan industri mematuhi standar alam sekitar yang ditetapkan. Dan kejayaan agenda ini memerlukan komitmen dan sokongan bersama daripada semua pihak daripada masyarakat, pemimpin, industri agensi kerajaan dan semua pihak yang bertanggungjawab mesti bersama-sama mengikut tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

Yang ketiga kerajaan negeri turut memastikan kemampanan alam sekitar melalui pemerkasaan dan pelaksanaan undang-undang. Samping kesedaran kampen kesedaran juga melaksanakan penguatkuasaan dari segi pelaksanaan undang-undang. Terutamanya melalui Jabatan Alam Sekitar yang sentiasa melaksanakan pelbagai operasi dan inisiatif strategik untuk melindungi alam sekitar dan memenuhi kerangka undang-undang Pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dengan mengenakan hukuman yang lebih berat seperti denda maksimum sehingga RM10juta dan terus-menerus melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu OPS, Hazard dan seumpamanya.

Demikian juga Jabatan Perhilitan Negeri Kedah melaksanakan pelbagai inisiatif kemampanan alam sekitar yang dilaksanakan melalui perlindungan hidupan liar. Sebagai contoh, tahun 2024, Jabatan Perhilitan telah melaksanakan 5 operasi bersepadu Khazanah OBK kawasan hutan simpan di Negeri Kedah seperti di Bintang Hijau, Gunung Inas Hutan Simpan Ulu Muda, Hutan Simpan Telui dan lain-lain.

YB. Tuan Speaker di samping itu ada juga operasi yang dilaksanakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan dan Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) dari Polis Diraja Malaysia sebanyak 65 ekor hidupan liar telah dirampas sepanjang operasi berlangsung dimana 59 ekor adalah daripada kelas Avers, 5 ekor daripada kelas Mamalia, dan 1 ekor adalah daripada kelas Reptilia.

Manakala tahun ini sehingga Jun 2025 Jabatan Perhilitan telah menjalankan 26 kali operasi pemantauan dan rondaan penguatkuasaan di beberapa kawasan hotspot.

Yang keempat, Kerajaan Negeri turut memastikan kemampanan alam sekitar melalui pengurusan sumber air sungai. Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menangani isu kemerosotan kualiti air sungai ini yang disebut JKKAS untuk memantau dan memastikan isu kemerosotan kualiti sungai ini dapat diatasi dan tidak ada lagi tindakan-tindakan ataupun kita berjaya mengurangkan tindakan-tindakan yang mencemarkan sungai melalui Jabatan Alam Sekitar melalui Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) yang kita pun telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menambahkan stesen pemantauan kualiti sungai. Kalau dulu cuma ada 3 ya di Lembangan Sungai Muda ada 2 stesen, di Sungai Kedah, Lembangan Sungai Kedah ada 1 stesen, tapi Lembaga Sumber Air Negeri telah memutuskan untuk menambahkan sehingga 75 stesen pemantauan kualiti air ini yang meliputi Lembangan Sungai Merbok, Lembangan Sungai Lembangan Sungai Kerian, Lembangan Sungai Kulim dan juga mantau kualiti air di semua muka sauh logi rawatan air di Negeri Kedah.

Semua ini adalah satu usaha untuk memastikan bahawa kualiti air sungai ini dapat dijamin dan kita dapat membekalkan air yang bersih kepada seluruh masyarakat. Saya kira semua inisiatif yang disebutkan tadi, sebahagiannya daripada apa yang telah dibuat adalah telah menunjukkan iltizam komitmen Kerajaan Negeri untuk mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar dan kita harap usaha ini mendapat sokongan padu daripada semua agensi dan juga seluruh masyarakat. Sekian, terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Behormat Exco. Soalan tambahan, YB. Tanjung Dawai .

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Tadi ada disebutkan projek tanam pokok sebanyak 2 juta pokok sehingga 2030 Adakah Kerajaan Negeri yakin untuk mencapai sasaran sebanyak 2 juta pokok tersebut dan apakah usaha yang telah dibuat dan sedang dibuat bagi mencapai sasaran tersebut? Terima kasih.

Speaker

Kita persilahkan YB. Tokai, jawab sekali Yang Behormat Exco.

Mungkin ada hubungan dengan YB. Tanjung Dawai. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Tadi disebut tentang pemeliharaan hutan. Yang kedua tentang menjaga kualiti air sungai. Saya nak sentuh kedua-duanya.

Pertama tentang pemeliharaan hutan. Kita dapati dari Kedah ini banyak projek-projek panel solar yang muncul yang baru muncul – muncul dan juga sudah ada. Di tempat saya pun, Titi Akar dan Paya Serdang. Paya Mekuang, sudah ada dua projek solar yang besar. Banyak kawasan-kawasan yang sepatutnya ada hutan telah dicerahkan untuk diletakkan panel solar. Ini mengurangkan pelepasan gas oksigen dan juga pengurangan karbon dioksida menjadi greenhouse gas ini akan tambah dan menyebabkan naik suhu bumi kita ini. Itu satu. Jadi berhubung dengan pengurangan hutan disebabkan oleh panel solar ini adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan floating panel solar. Saya pernah sebut kepada YB. Jitra dalam sidang yang lepas. Sebagaimana yang sedang dilaksanakan di Terengganu iaitu di Tasik Kenyir. Kita ada Tasik Beris kita ada Pedu kita ada Empangan Muda yang luas. Kawasan ini kita tidak perlu buang hutan tetapi kita letak panel solar di situ.

Yang keduanya tentang pencemaran ataupun meningkatkan kualiti air sungai. Kita banyak buat kempen tentang penggunaan plastik dan kita juga mengadakan penguatkuasaan penggunaan biodegradable plastik di pasaraya dan juga di kedai-kedai. Jadi apakah setakat ini keberkesanan recycle untuk plastik dan juga penguatkuasaan penggunaan plastik yang masih lagi menggunakan polystyrene. Polystyrene ini sampai 100 tahun, 1000 tahun, dia tak biodegradable, dia tak hancur.

Jadi, ini mencemarkan sungai bila air sungai pergi ke laut dimakan oleh ikan dia jadi mikroplastik dan memberi kesan kepada kesihatan kita dia boleh masuk dalam otak kita melalui blood brain barrier sepatutnya tak boleh tapi mikroplastik ini dia boleh dah merosakkan ingatan merosakkan psikologi merosakkan otak lah senang gitu lah.

Jadi, pohon jawapan daripada YB. Kuala Nerang berhubungan dua isu ini iaitu solar floating panel dan juga plastik biodegradable yang sepatut dilaksanakan di Negeri Kedah ini. Sekian terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Silakan Yang Behormat Exco untuk dua jawapan sekali.

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Tanjung Dawai, terima kasih YB. Tokai.

Berhubung dengan soalan daripada YB. Tokai tentang keyakinan kerajaan negeri untuk mencapai sasaran 2 juta pokok adakah kerajaan negeri yakin? Insyaallah kerajaan negeri yakin boleh capai kerana kita telah membuktikan dalam tempoh yang lalu dalam RMK angka 12. 2021 hingga 2025 selama 5 tahun. Kedah telah pun melebihi sasaran yang ditetapkan. Kalau peringkat awal dulu disasarkan sebanyak 1.125 juta pokok tetapi dalam tempoh tersebut kerajaan negeri telahpun melalui Jabatan Perhutanan dan lain-lain agensi telah menanam sebanyak 2.8 juta pokok yang lebih daripada sasaran. Lebih daripada sekali ganda yang telah ditetapkan.

Jadi, kita percaya insyaallah dalam tempoh 2025 hingga 2030 ini juga, sasaran ini boleh dicapai kalau dulu 225 ribu disasarkan dalam RMK yang ke-12 tetapi untuk tempoh 6 tahun yang akan datang ini disasarkan sebanyak 337 ribu pokok dalam masa setahun disasarkan. Untuk maklumat semua setakat ini kita telah pun ada tapak untuk semaian yang berkapasiti sebanyak 200 ribu pokok dalam satu tempoh masa oleh Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perhutanan bersedia untuk membekalkan secara percuma kepada agensi atau pun NGO atau pihak-pihak tertentu yang berhasrat untuk melaksanakan projek penanaman pokok ini. Jadi insyaallah yang ini kita yakin, kita percaya dengan adanya kerjasama yang baik dan juga pengalaman yang lepas kita boleh mencapai target 2 juta pokok ini sehingga 2000 tahun 2030,

Yang kedua soalan daripada YB. Tanjung Dawai berhubung dengan floating solar. Eh maaf YB. Tokai. Floating solar ini telah dibincangkan banyak kali dan beberapa agensi beberapa syarikat telah pun menemui kerajaan negeri untuk melaksanakan telah membentangkan proposal dan mereka telah membuat kajian di Tasik Aning, Tasik Pedu dan sebagainya. Cuma pelaksanaannya tidak telaksana setakat ini kerana ada beberapa sekatan, beberapa kalangan yang dari sudut teknikal yang pihak berkenaan syarikat berkenaan tidak dapat penuhi setakat ini. Kalau syarikat-syarikat berkenaan telah dapat memenuhi perkara-perkara yang kita gariskan memberikan jaminan-jaminan yang tertentu tidak mencemarkan sumber air yang kita jadikan bekalan untuk domestik dan industri, yang itu insyaallah akan terus dipertimbangkan YB. Tokai Dan berhubung dengan kempen plastik. Sebenarnya melalui idaman dari jabatan dan sekitar kita terus melaksanakan kempen untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penggunaan plastik yang berleluasa ini.

Oleh itu diadakan program Trash to Cash dan sebagainya, kempen untuk jual plastik-plastik ini supaya plastik ini dapat dilupuskan dengan cara yang lebih selamat dan masa yang sama memberikan pulangan wang kepada orang yang mengumpulkan dan menjual. Kalau semua orang ambil sikap dia tidak, apa orang kata buang berata-rata, sebaliknya ditempatkan di tempat yang disediakan banyak kita tengok, E-idaman, swcorp dan banyak pihak yang lain menyediakan tempat-tempat, bahkan ada mesin kitar semula pula, bukan setakat secara manual saja, tapi ada mesin ditimbang siap dan boleh claim bayaran duitnya nanti, yang secara lebih sistematik dapat diuruskan ya, plastik-plastik ini supaya tidak timbul masalah seperti mana disebut oleh YB. Tokai tadi. Sekian, terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Dipersilakan, Yang Berhormat Belantek.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Soalan saya nombor 7. Terima kasih

7. Kedah merekod pelaburan RM4.2 billion pada suku pertama 2025 dengan hampir RM3.9 billion datang dari sektor pembuatan melalui Koridor Perindustrian Kulim, Kedah Rubber City dantaman Teknologi Sains Kedah. Pohon dinyatakan apakah perancangan kerajaan negeri untuk memastikan manfaat ekonomi industri berteknogi tinggi ini memberi faedah kepada rakyat di kawasan luar bandar?

Speaker

Silakan, Yang Behormat Exco

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera. Nikmat Untuk Semua. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Was Salatu Wassalamu Ala Asyrafil Anbiya’i Wal Mursalin Sayyidina Muhammadin Wa'ala Alihi Wa Sahbihi Ajmain, Rabbi Shrah Li Sadri Wa Yassir Li Amri Wahlul Uqdatan Mil Lisani Yafqahu Qawli.

Yang Dihormati, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Jeneri. Sahabat – sahabat Adun baik dibarisan kerajaan mahupun pembangkang dan juga pegawai tinggi kerajaan negeri dan juga persekutuan dan semua pelajar-pelajar yang datang pada hari ini. Terima kasih YB. Belantek di atas soalan diberikan daripada YB. Belantek iaitu berbunyi, Kedah merekod pelaburan RM4.2 billion pada suku pertama 2025 dengan hampir RM3.9 billion datang dari sektor pembuatan melalui koridor – koridor pembangunan ekonomi kita. Sebelum saya teruskan kepada menjawab soalan ini yang mana berteras kepada memohon dinyatakan apakah perancangan kerajaan negeri untuk memastikan manfaat ekonomi industri berteknogi tinggi ini memberi faedah kepada rakyat di di seluruh negeri Kedah. YB. Tuan Speaker, di awal ini saya nak minta sedikit masa tambahan sebab ada isu besar yang nak disampaikan. Kalau kita miss this opportunity, Agenda The Greater Kedah negeri kita akan tergendala kerana ia berkait dengan pusat. Jadi kena ada ruang sedikit saja YB. Tuan Speaker untuk tujuan tersebut. Pertama sekali izinkan saya menyatakan di dewan yang mulia ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita untuk tempoh 5 tahun terkini negeri kita berjaya mencatat atau membawa masuk pelaburan berjumlah RM132bilion. Iaitu satu jumlah yang terbesar dalam sejarah pentabiran negeri kita sepanjang kewujudan kita dalam konteks hari ini. Dengan kata lain dalam tempoh 5 tahun RM132bilion dan kalau kita ambil tempoh 30 tahun terkini total keseluruhan adalah RM182bilion. Jadi maksudnya 25 tahun sebelum 5 tahun terkini kita hanya merekodkan 50 bilion pelaburan tetapi dalam tempoh 5 tahun terkini sebanyak 132 bilion. Kalau kita lihat dalam konteks hari ini kita berada di kedudukan yang pertama untuk manufacturing sektor pada tahun 2024 iaitu kita telah merekodkan jumlah keserluruhan pelaburan sebanyak 45.8 bilion ataupun 12%. We are ranked first in the country for manufacturing sector . Alhamdulillah terima kasih saya ucapkan kepada semua agensi-agensi baik dari pihak negeri kita mahupun persekutuan kerjasama erat kita telah membolehkan semua ini dapat dijadikan sebahagian daripada sejarah pencapaian negeri kita. Yang Berhormat Tuan Speaker dan ahli dewan yang saya hormati. Izinkan juga saya untuk membawa kepada prospek peluang pekerjaan yang menjadi satu perkara yang sangat kritikal kepada negara kita. Alhamdulillah hari ini kita melihat Kulim Hitech Park menjadi enjin penciptaan peluang pekerjaan di negeri kita dengan jumlah tenaga kerja di kawasan Kulim Hitech Park dan Kulim Industrial Corridor yang sedang dibangunkan dan sedang membangun dengan rancak hari ini sekitar 47,000 orang mendapat pekerjaan dan majoritinya adalah rakyat negeri kita Kedah.

Alhamdulillah. Kita juga sedang menyusun dan merangka usaha untuk memastikan bahawa industrial park kita yang lain seperti contohnya iaitu di Kedah Rubber City (KRC) dapat mencipta sekitar 15,000 peluang pekerjaan dan sekiranya perancangan kita dalam kerjasama dengan Shenzhen City dalam membangunkan Delapan Special Border Economic Zone (SBEZ) dan Kedah Scientological Park kita menjangkakan sekitar 50,000 peluang pekerjaan akan diciptakan. Itu tentang unjuran dan juga realiti hari ini. Di sini yang saya ingin katakan YB. Tuan Speaker dan Ahli Dewan Yang Mulia bahawa ada sesuatu yang begitu menggusarkan. Kenapa? Karena kalau kita ambil contoh dalam konteks negeri kita menjadi Hub Semikonduktor dunia bukan lagi semikonduktor untuk malaysia tetapi kita telah menjadi powerhouse untuk semikonduktor. Dunia kita tahu bahawa sebelum berita terkini berkaitan dengan tarif daripada 25% diturunkan kepada 19%. Itu adalah sesuatu yang masih lagi memberi tekanan besar kepada kita. Namun demikian lebih menggusarkan yang terkini development daripada kerajaan Trump bahawa mereka akan mengenakan tax atau tarif sebanyak 100% kepada semikonduktor companies yang mana tidak beroperasi di Amerika atau setidaknya mempunyai kilang di Amerika di masa yang sama mempunyai kilang diluar daripada Amerika. Siapa yang tak ada kilang atau berhasrat untuk membuka kilang di Amerika mereka akan kena tarif 100%. Ini adalah satu pembulian yang dilakukan oleh sebuah negara yang dahulu dilihat sebagai satu negara yang mampu membangunkan ekonomi dunia tetapi pendekatan kerajaan Trump ini jelas bahawa ia telah m enjadi pembuli antarabangsa dalam konteks ekonomi dan geopolitik hari ini. Namun demikian saya mengharapkan agar Putrajaya tidaklah kita menjadi seperti pengemis dalam banyak perkara berkaitan dengan hak kita supaya kita menjadi sebuah negara yang bermaruah dalam konteks ini penyusunan secara rapi dan terancang harus dibuat bagi membolehkan shifting shifting akan teras ekonomi kita dapat dilakukan. Itu satu perkara YB. Tuan Speaker. Yang lebih kritikal yang ingin saya sampaikan pada pagi ini ialah tentang satu yang begitu mengejutkan saya telah mendapat laporan. Laporan ini adalah daripada sumbernya adalah daripada KPT sendiri dan laporan ini adalah berkaitan dengan jumlah kemasukan pelajar ke universiti awam. Saya ringkaskan untuk 5 top universiti di Malaysia ini iaitu UM UKM, UPM, USM dan UTM. Saya tak ambil yang 15 lagi. Ambil yang top 5. Top 5 universiti ini enrollment. Enrollment saya cakap tentang enrollment. Enrollment ini maksud dia maksud year 1, year 2, year 3 year 4. Semua yang dalam 4 tahun itu enrollment. Enrollment di 5 RU ini. Hari ini seramai 180,000 orang. 180,000 orang pastinya inilah universiti yang akan menjadi powerhouse kepada penghasilan talent-talent terbaik negara. Ini tidak boleh dinafikan. Tapi apa berlaku daripada 180,000 orang iaitu hanya 141,000 sahaja rakyat malaysia dan 38,000 adalah rakyat negara asing. Dengan kata lain 27%.

Hari ini para profesor kita kita punya pensyarah yang dibayar gaji oleh rakyat yang mana kita finance the universiti atas taxpayer money tetapi 27% yang ada di sana itu yang diajar bukan rakyat kita. Ini satu perkara yang harus menjadi perkara yang sangat penting diberi perhatian oleh kerajaan. Kenapa saya kata begitu YB. Tuan Speaker. Izin kan saya YB. Tuan Speaker.

Speaker

Silakan

Saya ambil contoh, Universiti Melayu enrollment 2024 24%. USM 25%. Ini untuk pelajar antarabangsa. UKM 20%. UPM 22%. UTM 15%. Jadi apa yang dikatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi dalam konteks seseluruhan hanya 10%. Ini adalah satu permainan fakta. Kita cakap pasal kritikal program. Kita bukan cakap program-program yang tidak ada nilai pasaran ataupun pasarannya rendah. Nanti saya pergi satu angle yang sangat kritikal. Jadi disinilah apabila YAB Menteri kata hanya sekitar 5-10% sahaja, tapi dalam konteks RU sehingga 27% tempat anak bangsa kita regardless race & religion Melayu China, India, Sabahan, Sarawakian sepatutnya diisi lebih banyak oleh orang Malaysia diberikan kepada rakyat negara asing.

Dan ini YB. Tuan Speaker, saya ambil contoh dalam kes ini ianya adalah sangat mendukacitakan. Kenapa? UKM sebuah universiti yang dibina atas tangisan bangsa dia. Sebuah universiti yang dibina atas keringat bangsa dia. Untuk lihat anak bangsa. Satu program iaitu Electrical Electronics. Bachelor Honours Electrical Electronics. 200 tempat. Daripada 200 tempat itu, 45%, 90 tempat diberikan kepada rakyat negara China from Mainland China. We are not against China. Kita tak against China. Sebab kita buka pintu dia datanglah. Kalau kita kata no ataupun kita tidak membuka pintu seluas itu dia tak datang. They can go any part of the world. Tapi hari ini Universiti Kebangsaan Malaysia, atas keringat dan darah perjuangan bangsa, hari ini tempat tersebut diberikan kepada orang asing. Daripada 200 tempat hanya 110 tempat sahaja yang di isi oleh rakyat Malaysia dan rakyat negara lain. Jadi apa sudah jadi dengan pendidikan tinggi negara. Ini satu perkara yang sangat mendukacitakan. Apabila itu berlaku YB. Tuan Speaker, saya ingin menyatakan disini bahawa dalam kes ini hari ini ada 1.9 juta rakyat kita yang mana under employment. 1.9 juta anak-anak kita mungkin. Apa makna under employment? Ada ijazah tapi tak dapat kerja sesuai dengan ijazah dia.

Mereka mungkin kerja guna STPM, mungkin kerja guna Matrik pumya Cert. Mungkin juga guna spm. So 1.9 juta under employment. Kalau 1.9 juta under employment, 500 ribu tidak berkerja. 2.4 juta hari ini dalam sistem yang mana mereka ini sama ada under employment ataupun unemployed. YB. Tuan Speaker lebih penting lagi untuk kita berikan disini saya kongsikan. Ini fakta-fakta ini dikeluarkan oleh economist kita even penasihat kepada Prime Minister. Professor Yee Kim Leng from Sunway University. Menyatakan akan isu ini. Ini bukan satu statement yang hanya saya ambil untuk ritorik politik. Tidak ini berdasarkan fakta. Lebih mendukacitakan, baru – baru ini iaitu Chief Advisor untuk negara Bangladesh iaitu Profesor Muhammad Yunus. Kita kagumi beliau. Satu sosok luar biasa yang membangunkan Grameen Bank untuk membantu rakyat-rakyat miskin. Fair enough. Dia datang ke negara kita bertemu dengan menteri kita. YB. Menteri KPT dan juga menteri-menteri lain saya percaya. Dalam The Daily Star. Ini surat khabar di Bangladesh. Dhaka Tribute Bangladesh. Semua berita ini dah keluar tapi tak keluar saya cuba google tak keluar satu berita pun di negara kita Malaysia. Tentang apa? Chief Advisor Muhammad Yunus. Profesor Muhammad Yunus request apa? Dia request supaya 10,000 mahasiswa Bangladesh yang sekarang ini sedang belajar di universiti kita diberikan Graduate Plus. Graduate Plus ini maksud apa? Grad boleh kerja di negara kita. Tadi kita ada 1.9 million yang Under Employment. 500,000 tak ada kerja. Apa statement Menteri kita? Akan di perhalusi dan di pertimbangkan dan kemungkinan akan dibenarkan. Kita ini terlalu baik dan lunak. Point saya, kalau ini berlaku nothing wrong with them. Mereka hanya minta kita bagaimana memposisikan diri kita. Profesor Muhammad Yunus tak ada salah dalam perkara ini. Saya bukan nak kata kita anti Bangladesh. Tidak. Tetapi kita minta, berita – berita ini tak keluar dalam surat khabar kita. Jadi kalau kata 10,000, hari ini yang blue collar white force ratus ribu. Ini white collar kalau blue collar kerja di ladang ratus ribu. Ini white collar. Jadi, YB. Tuan Speaker, dengan kata lain ini adalah satu perkara dalam konteks kelangsungan pembekalan tenaga kerja yang mahir. Bayangkan kalau E&E program di UKM 200 tempat 45% bagi ke rakyat negara asing, yang E&E program ni, Electrical Electronics punya degree ni, dia kerja mana? Dia kerja semiconductor. Dia kerja mana? Dia kerja dalam sektor – sektor pembuatan dan seumpamanya. So kita sebenarnya memberi 45 menafikan 45% hak rakyat malaysia untuk membangunkan negara ini. Saya harap sahabat saya di belah sana bangkitkan perkara ini. This is not about Malay, Chinese, Indian, this is the right of our nation untuk mempertahankan hak pendidikan buat anak bangsa kita. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Jitra. Soalan tambahan. YB. Belantek.

Soalan tambahan saya. Adakah negara menyediakan geraduan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan industri? Terima kasih.

Terima kasih YB. Belantek. Satu soalan yang saya yakin dan percaya kalau boleh kita sama-sama perhalusi. Dalam perkara ini saya nak kata disinilah. I`am not against Kementerian Pengajian Tinggi. I was part of them. Tidak ada apa, melainkan kerisauan mungkin setidak – tidaknya saya pernah dalam sistem tersebut dan saya ada sedikit pengetahuan. Itu saja. Hari ini intake kita. Intake kita setiap tahun pengambilan pelajar. Siapa pelajar ini? Anak-anak kita regardless race & religion 150,000. Dengan kata lain pembekalan tenaga kerja hari ini kita boleh lihat tadi berlaku mismatch yang sangat ketara di antara graduan dilahirkan dengan industri yang memerlukan. Sebab itu ada 1.9juta under employment to certain extent. Itu satu indicator. Hari ini kita ingin menyatakan. Semalam saya sembang dengan sahabat saya daripada Kota Siputeh. Correct me if i am wrong dengan izin ya arif. Eh yang arif. Dengan izin ya YB. Tuan Speaker. Macam lawyer pulak. YB. Tuan Speaker di sekolah Kota Siputeh tak ada science stream. Tak ada science stream. Sekolah kampung, anak kampung, mak ayah kerja bendang, guard, di satu DUN tak ada science stream. Minta maaf dari Kementerian Pendidikan. Boleh lihat lah. Hari ini ada wakil dia. Tadi sempat salam pagi tadi. Tak ada science stream. Adakah anak Kota Siputeh tak layak untuk menjadi Engineer? Adakah anak Kota Siputeh tak layak menjadi Medical Doctor? Adakah anak Kota Siputeh tak layak menjadi professional? Ini sistem pendidikan yang harus dirombak dengan serius dengan sungguh-sungguh sebab apa? Sebab balik kepada cerita tadi kalau negara nak pergi kepada High Tech, kalau negara nak pergi kepada High Income Nation, dia punya fundamentals adalah science, technology, engineering, mathematics. Dia kena pergi balik kepada sekolah. Dia bukannya cerita di universiti – universiti nak buat apa dah? Universiti kalau kita dulu STPM aliran Science Social kita akan pergi Science Social tapi roots of the problem root cause of the problem di sekolah. So kena lihat begini sebab tu saya kata kalau benda ni tidak diubah 1.9 million akan jadi 2.5 million. 2.5 million jadi 4 million. Belum lagi cerita baiknya kita orang minta graduted plus kita pun pertimbangkan. Itu belawan lagi.

Sepatutnya mereka habis belajar balik ataupun kalau mereka betul – betul yang competitors competent terbaik, tak ada rakyat Malaysia yang boleh bidang tu itu barulah bagi pada mereka. Tapi kalau engineer takkan tak ada orang Jitra boleh jadi engineer dalam bidang electrical electronics, takkan tak ada orang daripada Alor Mungkudu tak ada boleh jadi engineer. Thousands of them are available. Jadi, inilah YB. Tuan Speaker balik pada soalan tadi, realitinya kalau di pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pendidikan tidak menyusun dengan betul work dengan MITI, tidak ada sit down, kita ni di negeri telahlah tak dipanggil langsung. Perbincangan – perbincangan. Semua buat di Putrajaya kenapa? Kerana terlalu egonya Putrajaya hari ni apa salah atas nama membenarkan negara bangsa. Panggillah semua negeri jangan tengok political colour untuk membangunkan anak bangsa kita bersama sebab kita ada juga cerdik pandai kita bukan hanya ada di Putrajaya. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan terusnya YB. Tokai.

Ni kena paksa bagi soalan ni. Ok terima kasih YB. Tuan Speaker kerana bagi bola tanggung kat saya. Sebenarnya masalah yang kita hadapi adalah miss match daripada student dan juga ruang pekerjaan dan lambakkan graduate – graduate yang hadir dalam masyarakat ini terpaksa masuk ke dalam pasaran kerja yang kita kata sekarang ni gig ekonomi. Jadi apakah…

Speaker

YB. Tokai. Soalan.

Oh soalan. Ok soalan nombor 8.

Speaker

Nombor 8.

Saya ingat soalan tambahan. Ya ya ya soalan nombor 8.

8. Pohon dinyatakan :-a) Jumlah kutipan hasil cukai dan premium tanah sepanjang apabila ditutup pada 31 Mei 2025 .

b) Apakah kaedah lain yang akan dilaksanakan oleh negeri untuk menambah hasil ini selain menaikkan cukai dan premium?

Speaker

Silakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB. Tuan Speaker. YB. Tokai. Terima kasih di atas soalan ni. Jumlah kutipan hasil cukai dan premium tanah apabila ditutup pada 31 mei 2025. Untuk tahun 2025 lah kan noh. Apakah kaedah lain yang dilaksanakan oleh negeri untuk menambah hasil selain menaikkan cukai dan premium. Ini nak jolok orang la ni. Dia tak dak pembangkang jolok kawan sendiri pun boleh jolok. Bagi jawapan kepada YB. Tokai jumlah kutipan hasil cukai tanah dan premium tahun 2025 sehingga 31 mei 2025 adalah seperti berikut. Kutipan hasil cukai tanah RM172,400,502.93. Premium RM39,243,247.63. Kaedah lain yang telah dilaksanakan oleh Pentadbiran Tanah Negeri bagi meningkat jumlah kutipan hasil seperti adalah seperti berikut :-i. Pengenaan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) ke atas Jeti, Pelantar dan Aktiviti Akuakultur; ii. Pengenaan Lesen Pendudukan Sementara ke atas aktiviti perniagaan di atas tanah kerajaan/ tanah rizab; iii. Pengenaan Permit Penggunaan bagi tanah ketegori petani an yang digunakan bagi maksud lain; iv. Pengenaan Permit Penggunaan bagi tanah kategori bangunan/ industri dan syarat nyata yang digunakan bagi maksud lain; v. Pemerkasaan Pasukan Penguatkuasa Pentadbiran Tanah dan perlaksanaan Opss - Tiris; vi. Pengenaan Permit Ruang Udara di atas tanah kerajaan/tanah rizab Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan. Ha yang ni baru soalan tambahan YB. Tokai untuk no 8.

Terima kasih YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Tak akhir ini. Kita lihat banyak kawasan-kawasan di tepi jalan-jalan besar first layer, second layer ditimbus dan dibuat perumahan. Mereka ni bukan projek – projek perumahan tapi individu. Kalau kita tengok di Titi Haji Deris. Kita tengok di sebelah nak mai ketanah Merah. Banyak kawasan-kawasan bendang tu habis. Kawasan – kawasan di timbus buat rumah persendirian. Dan kawasan – kawasan itu adalah lot – lot petani an ataupun tanah petani an. Apakah kerajaan mempunyai satu kaedah untuk kita menaik taraf zon, ni Plan Malaysia la nah. Daripada petani an itu kepada bangunan supaya collection ataupun kutipan hasil itu boleh kita tingkatkan daripada petani an ke bangunan. Ini satu sumber pendapatan yang saya rasa boleh diterokai sumber baru lah. Mereka tu tidak akan jadi bendang dah. Timbus tu tak jadi bendang lah. Jadi rumah sampai ke anak cucu esok. Jadi kaedah yang kita boleh gunakan untuk menambah pendapatan kepada negeri melalui cukai daripada petani an yang lima ranggit satu hekar tu kepada bangunan. Itu cadangan daripada saya ada juga soalan yang ditimbulkan supaya kerajaan negeri boleh memikirkan kaedah ini. Terima kasih.

Soalan tambahan boleh? Soalan tambahan.

Speaker

Bagi jawapan.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Soalan tambahan ialah mulai daripada 1 Mei 2025 ada fee pejabat bagi setiap urusan di Pejabat Tanah dan Galian dikuatkuasakan. Adakah ini satu bentuk ataupun memberi beban kepada penduduk dan sebagainya? Adakah ini patut diadakan? Terima kasih.

Speaker

Silakan YAB. Jeneri.

Satu soalan lagi nak minta YAB. Jeneri jawab sekali.

Speaker

Silakan YB. Bayu.

YB. Tuan Speaker. Saya nak bertanya berkenaan dengan tanah ini. Adakah kerajaan negeri sedar banyak permohonan tanah masih belum diproses menjejaskan urusan hak milik dan juga pewarisan? Dan apakah langkah diambil untuk mempercepatkan proses ini termasuk penambahan kaki tangan dan rekod yang memantau Pejabat Tanah? Kadang-kadang Pejabat Tanah macam di Daerah Baling masih banyak lagi tunggakkan yang hampir 3,000 ke 4,000 permohonan yang masih belum diproses. Termasuklah di peringkat daerah lain. Apakah tindak? Adakah kakitangan tidak mencukupi ataupun perlu ditambah kakitangan untuk proses tersebut?

Speaker

Silakan YAB. Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Tokai, YB. Sidam, YB. Bayu. Tajuk memang core busines kerajaan negeri. Tanah. Untuk makluman hasil negeri negeri mana khususnya di Kedah 68% jumlah hasil kita bergantung pada tanah. Cukai Tanah, Premium Tanah, Fee. 68%. 32% hasil – hasil lain. Hasil Cukai dan Bukan Cukai. Jadi kalau pentadbiran tanah kita ini tak cekap tidak memikirkan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan melalui tanah, maka habislah kita. Jadi yang YB. Sidam tanya fee itu bukan baru. Dalam aturan tanah Kedah memang telah lama dikuasakan dari masa ke semasa keadaannya ditambah baik berdasarkan keperluan. Dulu YB. Sidam, penjabat kita tak ada aircond. Pakai kipas ja. Buka tingkap nako. Pakai mesin taip ketukung – ketukang ketukung – ketukang kan. La ni penjabat kita kalau pi, masuk-masuk sejuk dah. Jadi boleh bayangkan betapa berlaku peningkatan pada kos untuk pentadbiran tanah.

Yang kedua YB. Tokai tanya apa tadi? Rumah kan, rumah yang dibina di bendang- bendang. Ubah syarat. Saya telah maklumkan beberapa kali sebelum ini ada dalam kawasan sawah padi kita 4,000 ekor lebih. Yang telah termasuk dalam RTD telah ditukar zoning. Jadi, Zon Perumahan dan Komersial. Tapi masih sawah padi. Ini yang kita minta duit kat pusat tu. Kalau tak bayar untuk 4,000 ni kita minta bayaran khas lah untuk kita mengelak kita bangunkan kawasan tanah yang telah masuk dalam RTD ni dengan projek selain pada padi. Dia tak pertimbang lagi. Kalau depa pertimbang tu alhamdulillah. Kita boleh kekalkan sawah padi tu. Tapi kalau tak dipertimbangkan, keperluan kepada perumahan dan perniagaan ni semakin hari semakin mendesak. Khusunya di lokasi yang YB. Tokai sebutkan tadi. Di first layer, second layer ni memang orang nak duduk. Padi lepas kebelakang tak apa. Pasai di biar 6 bulan baru orang turun pi. Tapi orang nak duduk. Jadi sebahagian besar daripada sawah padi kita telah bertukar zon. Zoning yang dah tukar dah jadi perumahan. Zoning ni dah jadi zoning perniagaan. Tapi aktivitinya masih sawah padi. Ada dalam KTN juga Kebenaran tanah-tanah yang bersyarat petani an 1.5 daripada tanah tu boleh dibina banggunan. Kalau lebih daripada 1.5 dibina bangunan zoning petani an syarat petani an dia langgar syarat. Kita boleh kenakan dia permit langgar syarat. Kita nak dendalah. Tapi untuk realiti yang kita sedang hadapi di Kedah ni yang telah kita bangkitkan beberapa kali, banyak kawasan petani an sawah padi kita telah termasuk dalam rancangan pembangunan daerah untuk aktiviti yang lebih ekonomi termasuklah aktiviti perumahan.

Untuk permohonan – permohonan tanah yang masih diproses yang saya pernah sebut di Dewan Mulia ini paling tinggi Padang Terap. Ada banyak aspek teknikal yang perlu diteliti dalam pembangunan tanah. Ada banyak pertindihan kesilapan, ukuran kita tak mahu benda itu berlaku. Di Padang Terap, di Baling kita sering bertemu dengan tanah Jabatan Hutan. Banyak orang mohon. Pejabat Tanah terima. Bila buka fail, pi tengok tanah itu Jabatan Hutan punya, tak boleh mohon. Tanah bukan tanah state. Bukan state land, tanah itu Jabatan Perhutanan. Orang kampung kata aku mohon dah!

Minta Jabatan Hutan jawab lah. Permohonan itu kepada…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Jabatan Hutan tak boleh jawab.

Bukan Jabatan Hutan, Jabatan Tanah minta jawab lah sebab dia ditunggu, waris dia tunggu-tunggu.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Nanti saya jawab dulu. Ini bukan sembang ni Dewan ni. Jabatan Hutan tak ada rekod permohonan tanah, yang ada Pejabat Tanah. Jadi satu-satu tanah yang dipohon dan tidak boleh diproses. Dia kena minta permit penggunaan di Jabatan Perhutanan. Jabatan Hutan pun nak kekalkan jumlah keluasan hutan yang di bawah pentadbiran dia. Kalau di Kedah ni 36% liputan muka bumi kita masih hutan. Diberi kadar itu oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kepada negeri untuk kekalkan, dia tak boleh bagilah Permit Penggunaan. Sat g dia pergi tukar jadi sawit, jadi getah hutan itu. Tak jadi hutan dah. Untuk tanah – tanah yang masih berada di Pejabat Tanah memang kita beri penekanan kepada semua Pentadbir Tanah Daerah untuk menyegerahkan proses tu.

Di pihak Dato` Seri Setiausaha Kerajaan telah beri syarat tiap-tiap seorang pegawai kakitangan Pejabat Tanah tidak kurang 10 fail sebulan dia kena proses. Tidak kurang daripada 10. Kalau setahun dia seorang proses 120. Dan tiap-tiap kali kita Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Peringkat Negeri ini kita beri kelulusan. Yang terakhir sekali 570 fail lulus dalam satu mesyuarat. Semuanya kategori petani anlah. Untuk tanah-tanah yang dimohon oleh orang – orang kampung memang kita beri kutamaan tetapi oleh kerana banyak aspek teknikal yang perlu diberi perhatian untuk mengelak kesilapan. Untuk maklumat YB. Bayu. Tiap-tiap minggu kita ada kelulusan berpuluh – puluh. Tidak kurang 40 fail tanah. Tiap – tiap minggu dalam Mesyuarat Exco.

Kita juga menghadapi kes – kes mahkamah akibat daripada kesilapan – kesilapan 30 40 tahun dulu berlaku pertindihan geran. Bagi kat orang sebelah, lepastu kawan tu memohon. Masa itu pejabat macam dulu itulah. Tuk tak tuk tak tak. Fail ok buka besar-besar tak digital lagi. Pakai manual. Ada pertindihan pada satu tapak ada dua geran. Kita terpaksa bayar selepas 30 tahun ada tuntutan di mahkamah kesilapan itu memang berlaku di pejabat kita 30 40 tahun dulu. Kita kena bayar berjuta-juta daripada kes itu sahaja. Sebagian besar duit kutipan kita ini bagi kepada bayar tuntutan. Akibat kesilapan. Jadi untuk elak benda itu berulang biarlah lama sikit tapi taklah sampai puluh - puluh tahun macam zaman dulu dah. Zaman dulu kan nak lulus geran, dia usik sana, dia usik sini. Tunggu pilihan raya dulu. Baru dia pergi proses geran. La ni tak berlaku macam tu dah. Kita tak kira siapa kalau orang susah. Bukan kita nak sangat tentang jumlah premium yang berjaya di punggut. Kalau orang susah betul-betul RM10 pun kita bagi tanah tu. Sebab dia bergantung pada tanah.

Tapi kalau dia ada kemampuan ada keupayaan kereta besar – besar anak kerja bagus – bagus, tapi minta tanah letak kerja suri rumah. Saya rasa tak munasah benda – benda lagutu noh. Laki doktor bini doktor, anak doktor persyarah apa semua lepastu habaq pekerjaan suri rumah. Pendapatan bawah RM1,700. Tak masuk akal. Bukan ada dalam dewan ni. Bukan. Orang lain. Boh nama bini tak betul tu.

Bila pula bini hang pi dok munggar tanah. Pekerjaan suri rumah. Pendapatan tiada. Tapi minta tanah. Saya rasa tak masuk akal. Saya ada mak, mak saya anak 13. Tak ada peluang langsung nak pergi munggar tanah, pergi menebas. Tak ada. Dok jaga anak ja. Tapi banyak pemohonan sekarang ni. Dia pun suri rumah. Kata bila Mat Leo ni pergi duduk merintih tanah minta tanah pula. Tak betul ni, tentulah ada benda-benda yang disembunyikan. Jadi kita minta kakitangan Pejabat Tanah, SO kita periksa betul-betul, periksa sungguh – sungguh. Betul tak betul. Buat laporan yang tepat. Pendapatan isi rumah. Yang ada isu sikit baru – baru ni, ni ialah kerana katanya premium tinggi. Adalah komplain sampai kat saya. Premium kita ni standard.

Bagi pemohon yang berpendapatan di bawah RM1,700. Kadar gaji minimum. Kadar premium tanah petani an ialah 10% daripada nilaian JPPH. Dulu Pejabat Tanah letak nilai sendiri. Ada SO di Pejabat Tanah dululah. Dia kata tanah Pak Long di mana? Di Sungai Pau. Kot tu orang dok duit jual apa duit serelong? 15,000. Dia pun pakai nilai itulah. Dia pun bubuh premium 10% RM15,000, RM1500. Tapi sekarang tak boleh dah. Semua pemohonan tanah kena hantar di JPPH. JPPH punya penilaian ni dia dia standard lah di bawah MOF. Kalau tanah – tanah yang bersyarat dalam zon industri, dalam zon perniagaan. Tanah syarat bangunan. Tentulah tinggi nilai dia. Tanah-tanah petani an dimohon di kampung-kampung. Pun JPPH buat value. Kita tak boleh value sendiri di Pejabat Tanah lah. Cuma ada satu dua kes yang datang komplen kat kita, saya berpandangan JPPH Over Value. Terlebih nilai mungkin kerana ada evidence di kawasan tu orang tanam musangking dijual beli dengan harga ratus - ratus ribu, bukan kerana nilai tanah tu tinggi tapi kerana musangking tu. Mahal. Apakah value tanah tu dijual beli dengan harga yang tinggi? Apakah evidence tu dipakai sebagai base kepada nilaian tanah di kawasan tu? Itu tak tepat. Untuk kes yang macam tu, kita minta pemohon yang merasa terkilan untuk datang balik ke Pejabat Tanah minta di value semula. Dan PTG pun dah panggil JPPH untuk mencermati value yang dibuat di beberapa daerah khusus Padang Terap, Baling, Sik yang premiumnya dirasakan melampaui nilai semasa. Tapi kadar premium kita 10% daripada value untuk pemohon berpendapatan di bawah RM1700. Untuk pemohon yang berpendapatan RM1,700 hingga RM5,000 20% daripada nilai JPPH. Untuk pendapatan RM5000 hingga RM7000, 25% daripada value.

Yang RM7,000 hingga RM10,000, 30%. Yang berpendapatan lebih daripada RM10,000, 40%. Tak ada lebih daripada tu dah. Bergantung kepada pendapatan isi rumah pemohon. Dia kena ambil kira isi rumah juga pasal ayah tu esok ni nak waris tanah tu ke anak-anak. Ada anak-anak kerja hebat – hebat kan. Esok dia dapat tanah tu free tanah pusaka. Jadi dia bertanggungjawab jugalah dalam kadar premium yang dikenakan kepada satu-satu tanah. Terima kasih. Assalamualaikum.

Speaker

Terima kasih YAB. Jeneri. Silakan YB. Pedu.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Apa nak tanya, bukan nak tanya. Nak cadang. Pasal sebut tambah premium, hasil tanah, hasil negeri. Jadi berpandangan macam apa YB. Tokai sebut tadi, tanah, bendang tambun buat rumah. Tadi dia ada peratus dia untuk buat rumah. Ni tanah yang dijadikan lot lidi. Jadi lot lidi ni bukan kata baru. Berpuluh – puluh tahun dah. Jadi lot lidi ni dah berpuluh tahun dah. Tanah tu sepuluh relong contoh. Tanah petani an dia dapat hasil, kerajaan dapat hasil cuma dalam ratus - ratus itu lah. Apa kata kerajaan, nak cadang lah, cadang kerajaan kalau mereka ada undang – undang Yang boleh pinda supaya lot lidi ni dijadikan geran. Jadi pertamanya langgar syarat tadi, satu. Boleh kita ambil dah pendapatan daripada langgar syarat tu. Keduanya apabila dijadikan setiap geran daripada lot tu kita boleh ambil premium di lot-lot tu dan ketiganya kita dapat hasil, cukai setiap tahun dah boleh ambil dah setiap lot tu. Maknanya kalau kata contoh satu lot lidi tu ada sepuluh lot. Pendapatan cukai tahun ni dia dapat RM100. Tapi apabila kita dah pecah kita dah dapat dengan langgar syarat tadi contohlah RM500 satu lot. Maknanya kita dapat dah RM5,000. Dengan premium selepas tu. Dengan cukai tahunan ni semua. Mungkin dia tu boleh mendapat tambah pendapatan negeri. Itulah sikit cadangan.

Speaker

Silakan YAB. Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Isu lot lidi ni kita boleh buat satu seminar di Sungai Petani. Tahun lepas kot. Untung secupak rugi segantang. Kita pun dah cakap banyak kali larangan nasihat kepada pembeli – pembeli. Nasihat kepada orang ramai pemilik tanah. Jangan buat lot lidi.

Kerana dia bukan sahaja bukanlah mendatangkan hasil tapi banyak mendatangkan masalah. Masa peringkat awal mungkin kita seronok pasal boleh buat rumah tak kena pinjam bank. Ada duit sikit-sikit jual sekerap kan. Jual kebun ka buat rumah atas lot lidi. Tapi mari generasi yang kedua nak pusaka tak boleh. Jadi orang fikir pendek ni memang dia rasa untung. Kerajaan pula tak boleh bertindak suka - suka pergi duk sukat – sukat buat bagi jadi geran sekeping – sekeping. Tak boleh. Kita ada akta lain. Yang mengikat kita yang mengikat kerajaan. Tuan tanah tu kena mohon. Kita terikat dengan 171, 172. Kebenaran merancang parit, bangunan. Tiap – tiap lot kalau nak disediakan untuk buat rumah ni dia kena ada perkara-perkara tu.

Kalau pergi tengok lot lidi tu coras atap bertembung. Belaga. Parit nak buh tang mana tak tau dah. Ini cakap orang Sik. Nak buat lagu mana. Masa peringkat tu nak buat lagu mana dah. Tak boleh buat apa dah. Jadi saya menasihatkan di Dewan Yang Mulia ni, rakan – rakan yang suka buat lot lidi cari keuntungan segera. Cari tanah murah, nak mudah. Elakkan. Kerana kelak kita akan rasa untung secupak. Tapi rugi akan datang rugi segantang. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YAB. Jeneri. Urusan selanjutnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Sambungan perbahasan Usul – Usul.

Usul mencadangkan Pelaksanaan Program Pembiak Bakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti Untuk Memperkayakan Keperbagaian Variti Dan Memperkasalkan Kearifan Tempatan Di Negeri Kedah Darul Aman.

III. Usul Mencadangkan Pelaksanaan Program Pembiak Bakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti Untuk Memperkayakan Keperbagaian Variti Dan Memperkasalkan Kearifan Tempatan Di Negeri Kedah Darul Aman.Motion

Speaker

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Adun Kota Siputeh untuk membentangkan usul tersebut.

Bismillahirrahmanirrahim. YB. Tuan Speaker. Cadangan ini adalah satu anjakan paradigma melalui pelaksanaan program pembiak bakaan tanaman oleh komuniti Participatory Plant Breeding (PPB). Sebuah pendekatan kolaboratif yang menggabungkan kepakaran saintifik penyelidikan dan kearifan dan pengalaman praktikal para pesawah padi di Kedah. Kerajaan negeri dicadangkan untuk menerajui dan membiayai satu program rintis PPB yang melibatkan kerjasama strategik antara pesawah Lembaga Kemajuan Petani an Muda (MADA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Petani an Malaysia (MARDI), Serta Universiti Tempatan.

Program ini bukan bertujuan untuk menggantikan sistem pendidikan sedia ada tetapi untuk melengkapinya dengan mewujudkan varieti-varieti padi baru yang dibiak baka dan diuji sendiri oleh petani di sawah-sawah mereka. Saya berharap usul ini dapat membela nasib pesawah-pesawah padi di negeri Kedah dan rata-rata pesawah dan petani seluruh tanah air.

Ahli - Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah dihadapan Dewan sekarang adalah satu usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawasanya Dewan undangan Negeri Kedah yang bersidang pada hari ini mencadangkan Pelaksanaan Program Pembiak Bakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti PPB ntuk memperkayakan kepelbagaian varieti dan memperkasakan kearifan tempatan di Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian terima kasih.

Saya pohon mencadangkan.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Yang Berhormat Tuan Speaker saya pohon menyokong usul tersebut.

Speaker

Terima kasih. Silakan YB. Kota Siputeh.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Hadirin hadirat. Barisan Exco. Yang Dihormati serta Ahli Sidang Dewan Yang saya muliakan sekalian. Saya Muhammad Ashraf Mustaqim bin Badrum Munir Ahli Dewan Undangan Kedah kawasan Kota Siputeh. Dengan ini mencadangkan Usul Pelaksanaan Program Pembiak Bakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti atau dalam bahasa inggeris Participatory Plant Breeding PPB dengan izin.

Yang Berhormat Tuan Speaker serta Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan. Kedah Darul Aman yang digelar Jelapang Padi Negara ternyata penyumbang utama kepada sekuriti makanan Malaysia. Tanggungjawab ini bukan sekadar aspek ekonomi tetapi soal maruah kedaulatan dan kelangsungan rakyat. Biarpun sebagai Jelapang Padi Negara, pesawah kita hari ini terlalu bergantung kepada benih seragam yang telah ditetapkan. Bila mai penyakit habis rebah serentak. Bila iklim tak menentu pesawah yang rugi dan bukannya para kapitalis iaitu syarikat padi benih. Ini bukan soal benih saja. Ini soal hidup mati pesawah dan kedaulatan makanan negara yang mana para pendiri di negeri jelapang padi ini memegang tanggungjawab untuk membela untung nasib pesawah yang juga rakyat Kedah kita yang tercinta.

YB. Tuan Speaker. Kita tengok bila mana monopoli syarikat-syarikat benih yang mana ada ni. Kalau kita amati syarikat benih yang ada ada sekitar 12 syarikat saja yang pegang hak pelesenan. Namun ada sebahagian besar mereka sebenarnya adalah merupakan cukong – cukong beras dan bukanlah syarikat yang ada kemuliaan untuk membuat padi benih pun. Mereka tidak ada bendang. Tapi diizinkan menjadi kartel padi benih dengan dikuatiri manipulasi percampuran padi biasa dengan padi benih dalam pada tak tahu mana hala pergi ambil benih. Hingga bila mana diusahakan pak tani habis lup dengan berlambak jadi padi angin. Terkini kita tengok jadi fenomena keladi agas dan juga rumput sambau. Ini cerita keladi agas.

Ada orang kata mereka mai dengan air dan sebagainya. Sampai naik jadi fenomena pergi merata - rata tengok jadi keladi agas penuh berimbun dekat petak – petak bendang. Tapi yang heran kalau kata keladi agas, rumput sambau telah lah. Mai orang kata dengan air lah kata keladi agas ini. Yang herannya Sampai dekat bendang darat yang harap daripada natural daripada alami iaitu hujan sahaja pun tapi penuh keladi agas. Namun permasalahan ini langsung seakannya tak ada kepedulian dari pihak kementerian petani an akan segala kerugian dan terpaksa ditanggung pak tani.

Sampai ke hari ini bila dirujuk kepada pesawah bila kita tengok pada pesawah. Tiada tindakan konstruktif dari Agensi Jabatan Petani an dan MARDI untuk kaji berkenaan bahan aktif atau bahan perawih dalam menangani isu ini. Banyak rungutan YB. Tuan Speaker. Depa kata YB. Tuan Speaker, mereka dah ceruk layan, ceruk basah gan, glyphosate atau ametrine pun tak jadi apa YB. Tuan Speaker. Maka itu bab kualiti. Berbalik pada konteks varieti benih yang hasil padinya dari benih seragam. Masih rata – rata adalah sekitar 200 biji padi setangkai. Malah sehingga hari ini dalam pada faktanya Malaysia jika kita meninjau kewujudan MARDI sejak 1969. Hanya mempunyai kurang ataupun tak sampai 60 varieti benih padi ini. Yang mana dihasilkan dan digunakan meluas termasuk dari kesenamungan varieti tradisional Tinggalah kepada varieti moden Maaf varieti moden. Jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan negara-negara serantau jiran - jiran kita. Negara – negara jiran ni sampai dah ada ribuan varieti - varieti benih padi. Yang mana keterbatasan ini mencerminkan kelemahan dalam kepelbagaian genetik padi kita. Sekaligus meningkatkan kerentanan terhadap ancaman penyakit perubahan iklim dan turun naik pasaran. Sementara negara jiran lebih bersedia kerana kepelbagaian varieti yang luas memberikan mereka pilihan untuk menyesuaikan tanaman dengan pelbagai keadaan ekologi dan permintaan pengguna menjadikan sekuriti makanan mereka jauh lebih ampuh berbanding kita.

YB. Tuan Speaker. Sebelum saya lanjut suka untuk saya ambil peluang bagi terus membawa suara pesawah kerana masih ada lagi beberapa isu membelenggu nasib pesawah yang menunjukkan kegagalan kerajaan persekutuan. Yang pertama sekali Insentif Isu Membajak dan Menuai. Cerita insentif Insentif Isu Membajak dan Menuai ni, kita dah bawa pada sidang lepas. Masalahnya daripada 11 Jun 2024 diumumkan Pekeliling Kerajaan Persekutuan masuk pula dalam bajet sampai 11 Jun 2025 sampai ke hari ni dah 3 musim satu duit pun tak masuk. Yang kita herannya kata Kerajaan Persekutuan nak buat mereka tengah mengkaji mekanisme macam mana nak bayar Walhal RM100 untuk insentif membajak duk bagi menbajak selama ni pun dah ada mekanisme dia. Tapi duk nak kaji mekanisme lagu mana lagi. Yang kita nak tanya ni ada duit ke tak ada duit. Kerana kita tengok dekat sini isu ni sampai 3 musim dan difahamkan pula kata 3 musim tak dapat mereka takkan backdated untuk nak bayar yang mana musim – musim yang lepas. Musim yang baru ni pula akan ikut pembayaran musim baru. Habis pak tani ni kena bohong.

Kalau masuk cerita yang kedua isu kedua, Elaun Tunggu Tuai. Elaun Tunggu Tuai ni RM600 yang kena bayar pada bulan 5 dan bulan 6 sebanyak RM600 yang memang dapat oleh pak tani ni. Nak tunggu orang kata nak penuaian. Cerita dia bulan 5 dan bulan 6 patut masuk duit sampai ke lani tak masuk Elaun Tunggu Tuai depa. Ni nak masuk pula untuk pembayaran seterusnya Elaun Tunggu Tuai dah habis mengerat setengah musim mengerat kita ni, Disember dengan Januari akan pula dapat sepatutnya Elaun Tunggu

Tuai. Kalau Elaun Tunggu Tuai ni tak masuk dia bertangguh lepas tu dengan Pak Tani lani tengah kena macam-macam kan dengan terpaksa meracun balik dengan keladi agas dan sebagainya duit dia keluar, duit dia keluar, hasil rendah input tinggi. Maka akhirnya apa nak jadi pak tani ni bulan Disember - Januari depa ada anak nak masuk sekolah nak kena beli baju barang – barang. Nasib baiklah ada Kerajaan Kedah Sejahtera ni yang bagi banyak sumbangan dan macam-macam kepada rakyat dari Kedah.

Baik seterusnya. Kita nak cakap juga tentang insurans YB. Tuan Speaker. Insurans ni dah janji ada juga yang masih orang tak dapat. Maka kita nak tanya lah ni ada duit ke tak yang sebenarnya kerajaan persekutuan ni. Bila berjanji macam-macam dekat pesawah kita. Yang punya banyak orang Kedah dan para pesawah mahupun orang susah ni duk kena bohong dengan kerajaan pesekutuan itu pun ada lagi yang tak ketahuan. Nak honggaq. Honggaq benda apa tak tau.

Justeru di kesempatan ini juga mewakili pesawah dalam kawasan jelapang antara yang terluas dalam negeri Kedah mahupun Malaysia setinggi-tinggi perhargaan Kota Siputeh menzahirkan mewakili pesawah kawasan maupun para pesawah negeri kepada yang YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Jeneri dan juga yang berhormat Exco Petani an Negeri Kedah, Yang Berhormat Suka Menanti. Kerana sedaya upaya berjuang mempertahankan hak pesawah negeri Kedah dalam pada tekad untuk dapat kita mengurus hitung nasib petani an agar diberi lebih autonomi bab pengurusan hasil padi beras kepada negeri serta atas pelbagai usaha pihak negeri dalam membela nasib petani dengan bermacam inisiatif dan program demi memastikan kelestarian sektor petani an khususnya industri padi Negeri Kedah.

YB. Tuan Speaker. Berbalik kepada tekad usul ternyata sektor padi negeri kita sedang menghadapi cabaran besar. Pesawah terlalu bergantung Kepada beberapa varieti commercial yang seragam. Kebergantungan ini menjadikan mereka mudah terdedah kepada penyakit perubahan iklim yang semakin tidak menentu dan ketidakstabilan hasil pada masa yang sama warisan benih tempatan hasil titik peluh nenek moyang dan kearifan tempatan rakyat Kedah semakin terpinggir.

YB. Tuan Speaker. Bagi menjawab cabaran ini Kita perlu melakukan anjakan paradigma. Salah satu pendekatan yang terbukti di peringkat antarabangsa ialah Pembiakbakaan Tanaman Oleh Komuniti iaitu Participatory Plant Breeding. Komuniti orang – orang pesawah pak tani kita dalam kawasan sendiri yang tanam. Maka kaedah ini meletakkan pesawah bukan sekadar pengguna tetapi sebagai rakan setara dalam inovasi. Mereka dilibatkan sejak awal memilih benih, menilai sifat tanaman dan membangunkan varieti baru yang sesuai dengan tanah dan iklim setempat.

Malangnya budaya ini telah semakin lenyap bila mana pengawalannya melampau dan mengarus keuntungan kartel maupun cukong – cukong sehingga pesawah seakannya lebih terdidik menjadi hamba dari bebas merdeka menjadi inovator yang seharuhnya mendiri membangun pertiwi. Pengalaman dari China India, Filipina Thailand dan Bangladesh sebagai contoh membuktikan pendekatan ini mampu melahirkan ribuan varieti unik dengan ciri khusus dan mapan. Ada yang tahan kemarau, ada yang tahan banjir malah ada yang mempunyai rasa dan tekstur istimewa yang bernilai di pasaran.

YB. Tuan Speaker. Saya izin tunjuk ini contohnya pengalaman, perkongsian kita ada, kita punya sahabat-sahabat rakan-rakan, pesawah dan sebagainya, yang mana turun pengalaman di Filipina, mereka tengok sendiri pengalaman di Indonesia. Kita ada pengalaman juga rakan-rakan kita yang pergi ke China. Yang mana mereka ni, petani-petani sendiri di kawasan, di lapangan yang menjadi support sistem kepada kerajaan. Kalau kita tengok macam saya katakan tadi kita di kawasan, pesawah-pesawah kita ni hanya ada, di Malaysia ni hanya ada 60 varieti. Tapi negara lain dah sampai ribuan varieti. Inilah pendekatan yang ingin kita bawa ke Kedah yang seharusnya dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Petani an demi memerdekakan dan memajukan petani. Bukanlah melahirkan Kelompok pesawah mahupun petani yang tertawan mindanya dalam cengkaman tingkah pemikiran kapitalis tanpa usaha giat dalam membangunkan inovasi serta mengakar kearifan tempatan. Melahirkan satu varieti benih padi bukanlah proses yang mudah atau singkat

YB. Tuan Speaker. Kalau kita nak tengok sebenarnya YB. Tuan Speaker. Proses untuk kita nak buat benih ni dia berulang-ulang. Dia tak boleh sekali, dua, tiga, empat, lima musim tiba-tiba terus ada hasil. Ada yang yang lazimnya kita nak dapatkan benih ni kena ada sampai 10 kali proses penanaman. Bila kita test, kita plot sebab kita nak pastikan bahawa resam, resmi tanah tu dia urayan, mikroorganisme dia orang kata bercampak dia memerlukan tindak orang kata pemerhatian saintifik dengan juga orang kata pengetahuan penilaian, petua segalanya ini yang perlu saling kait sebab kita tahu benih yang benar-benar mapan lahir daripada kesimbangan antara potensi genetik dengan sifat tanah yang unik.

Tanah yang berbeza akan bagi respon yang berbeza kepada varieti yang sama. Ia mesti diuji berulang kali melalui penyelangan genetik pemerhatian lapangan dan penilaian ciri-ciri penting seperti ketahanan terhadap penyakit keupayaan menyesuaikan diri dengan cuaca yang berubah-ubah serta kestabilan hasil dari musim ke musim. Kita nak kalau boleh padi kita hasil dia benih tu padi tu contohnya dia rendah-rendah rendang ja. Bila main angin ribut taufan ni dia tak jadi rebah, kita tak mahu ada kualiti jadi padi angin dan sebagainya itu sebagai contoh.

Proses ini lazimnya tuntutnya sekurang-kurangnya 10 musim penanaman. Ada kalanya sampai 10 tahun dan perlu ingatkan inilah yang usaha yang sedang digiatkan di Kedah melalui inisiatif EXCO Petani an Yang Berhormat Suka Menanti yang bekerjasama dengan Kapten Zakaria dari Lembah Organik Kampung Lintang Sik yang telah berjaya menghasilkan varieti dengan potensi luar biasa. Antara 500 hingga 700 biji padi pada satu batang hebat, itu yang kita mahu. YB. Tuan Speaker.

Speaker

3 minit lagi YB. Kota Siputeh.

Ada kena ada masa sikit sebab ada isu yang besar macam mana Yang Berhormat Jitra habaq tadi dia ada satu isu besar yang terkait dengan ni. Kita nak tunjuk contoh YB. Tuan Speaker.

Speaker

Ringkaskan.

Baik. Di Bangladesh orang ni Nur Muhammad dia tak mengaji tinggi pun. Di Bangladesh, Nur Muhammad tak mengaji tinggi. Dia orang yang mengaji sampai orang kata darjah lima lah darjah lima sahaja. Tapi akhirnya dia jadi macam ibaratnya saintis. Orang kata bila dia nak saintis tu macam uish takutnya nak kena jadi saintis. Tapi bukan lagu tu sebenarnya YB. Tuan Speaker. Kita sebenarnya semua ada pengalaman, mereka tahu apa yang mereka lakukan, tapi kita perlu untuk menggalakkan inovasi daripada mereka boleh tambah lagi kewangan mereka. Maka melahirkan pesawah yang mandiri dan inovatif di seluruh Kedah adalah iltizam kita. Justaru Kota Seputih mencadangkan agar kerajaan Negeri Kedah menerajui dan membayari satu program rintis, Pembiak Bakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti (PPB) yang boleh dikenali sebagai Padi Sejahtera Kedah atau PASAK yang mencontohi semangat Kapten Zakaria, pesawah yang berjaya membangunkan varieti benih komuniti sendiri.

PASAK boleh dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Pesawah, Lembaga Kemajuan Petani an Muda (MADA), Institut Pendidikan Dan Kemajuan Petani an Malaysia (Mardi), Universiti Tempatan, NGO dan Koperasi Peladang.

Matlamatnya bukan untuk menggantikan sistem petani an sedia ada tapi untuk menlengkapinya dengan pembiakan varieti baru yang diuji dan dibangunkan terus di lokaliti pesawah sekaligus meningkatkan hasil setiap pulangan melalui benih kualiti. Maka struktur PASAK ni boleh ada yang mana YAB. Dato’ Seri Menteri Besar akan jadi pemimpinnya dan dipengerusikan oleh EXCO petani an dengan perlibatan agensi universiti NGO NGI. Tapi dengan kita libatkan Kluster Pesawah dalam 10-20 orang di setiap kawasan, yang paling penting kita kena ada Bank Benih Komuniti Padi Sejahtera Kedah (PASAK), kita kena ada bank benih kita sendiri, yang mana diwujudkan sebagai komponen utama bagi Simpanan Pemilihan Dan Pengkongsian Benih Secara Sistematik. Saya langkau lagi YB. Tuan Speaker. Yang mana daripada itu bila kita ada bank benih ni kita ada benih yang serasi lokaliti untuk tidak bergantung pada benih seragam yang rendah pulangan dalam pada mencapai hasil optimum, yang kita nak capai sekurangnya 500 biji padi setangkai, dengan daya tahan tinggi terhadap perubahan iklim dan penyakit.

Penutupnya YB. Tuan Speaker, ini penting, ini yang penting masuk.

Yang berhormat Tuan Speaker. Ancaman pindaan PMVP 2004 dan UPOV UPOV 1991. Kejayaan Program Paksi atau Program Pembiak Bakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti ini bergantung kepada kerangka undang-undang yang melindungi Hak petani.

Disinilah timbul pesoalan besar. Bila mana Kerajaan Pesekutuan melalui Kementerian Petani an dari peruntusan menteri bertarikh 28 Jun 2025 secara jelas, bercadang untuk meminda Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 yang dah difahamkan agar selari dengan Konvensyen UPOV 1991. Walhal PMVP 2004 sedia ada, sebenarnya dah cukup baik yang melindungi kepentingan awam para petani. Namun pindaan mengikut UPOV 1991 dalam tekad untuk meratifikasinya akan bagi kesan besar kepada nasib petani mahupun pesawah dalam negara. Isu yang sedang kita bahas hari ini bukan soal teknikal undang-undang benih semata. Ia menyentuh soal kedaulatan negara apabila ada langkah supaya Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 atau PMVP 2004 dipinda agar selari dengan perjanjian UPOV 1991. Kita sebenarnya sedang bicara tentang sama ada hak rakyat Kedah kita ni akan terus kekal atau diserahkan kepada kuasa luar.

Undang-undang Yang setiap ada iaitu PMVP 2004 hakikatnya sudah menzahirkan roh keadilan kepada petani yang jika perlu ditambah baik sewajarnya beri lebih kebebasan kepada petani. Tapi PMVP 2004 sekurangnya mengintiraf hak-hak asas petani kita. Petani boleh simpan benih.

Mereka boleh guna semula. Mereka boleh berkongsi sesama mereka. Malah dapat menjual benih secara kecilan untuk bantu tambah lagi sumber pendapatan kesan daripada kenaikan harga barang. Undang – undang ini Juga mewajibkan keizinan komuniti jika sumber biologi atau pengetahuan Tradisi digunakan. Malah kerajaan ada kuasa untuk mengawal harga benih dan mengeluarkan lesen wajib jika ada monopoli atau kekurangan bekalan. Tapi semua itu akan terhapus jika kita tunduk kepada kehendak UPOV 1991. Hak petani untuk tukar benih takkan lagi diiktiraf. Kuasa kerajaan untuk memastikan harga munasabah akan dipersoalkan. Keizinan Komuniti tidak lagi menjadi syarat sebaliknya, kuasa besar diberikan kepada syarikat benih rangkaian antarabangsa untuk menguasai bukan sahaja benih, tapi hasil tuaian oleh varieti terbitan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tutup. Implikasi ini sebenarnya sangat serius. Ini adalah pekeliling pengumuman daripada Yang Berhormat Menteri. Implikasi dia serius bila petani tidak lagi bebas dengan benih mereka, bila komuniti hilang menentukan penggunaan sumber dan bila kerajaan hilang kuasa campur tangan bagi kepentingan awam, maka keselamatan makanan negara ini akan semakin rapuh. Kita bukan sahaja akan bergantung kepada benih asing tapi juga kepada syarikat luar untuk menentukan bekalan harga kita.

Tapi Yang Berhormat Tuan Speaker untuk nak fahamkan ini, kena tahu bahawa negara -negara luar yang tandatangan CPTPP ini juga. Yang tandatangan UPOV ini juga. Sebenarnya mereka tak tunduk kepada UPOV ini. Negara seperti India Negara Thailand, Indonesia yang memang tegas dengan ancaman luar. Tapi yang contohnya CPTPP di bawah Filipina dan Brunei Mereka tak tunduk kepada UPOV walaupun sedangkan mereka sejak 2 tahun lepas sepatutnya dah ratifikasi UPOV. Tapi tampaknya tiada tindakan ke arah Itu. Lantaran bagi signal jelas tidak akan tunduk kepada gasaan ini. Yang Malaysia Boleh juga memilih jalan yang sama. Jika kita benar-benar meletakkan kepentingan rakyat di depan sebegitu soal kedalatan dan maruah negara. Jika kita akur kepada UPOV tanpa kritis. Kita akan menggadaikan hak petani. Menjejaskan biodiversiti aan merisikokan masa depan keselamatan makanan negara.

Justeru saya tegaskan di dewan ini. Undang-undang kita mesti kekal berpihak kepada rakyat. Bukan kepada kuasa luar jangan sampai kerana UPOV salah satu kedaulatan negara ini tergadai di tangan syarikat antarabangsa. Usul ini adalah soal hak rakyat untuk menentukan masa depan keselamatan makanan mereka sendiri dengan mengangkat Projek Pembakaan Komuniti Padi Sujahtera Kedah Atau PASAK ini. Kita bukan sahaja melahirkan varieti baru tapi juga melahirkan keyakinan bahawa rakyat sendiri mampu mencipta inovasi.

Dengan menolak Pindaan PNVP 2004 yang menekan kita bukan sahaja mempertahankan petani tapi juga mempertahankan Kedahulatan negeri dan negara.

Oleh itu, pertahanan yang menolak pindaan PNVP 2004 adalah syarat asas untuk menjayakan projek PASAK dalam pada memastikan pesawah Kedah terus berdaulat. Maka dengan penuh tanggungjawab saya terut mengusulkan bahawa :-

1. Dewan ini menegaskan bahawa kejayaan PASAK bergantung pada pelaksanaan Akta PNVP 2004 yang sedia ada yang menjamin hak petani.

2. Dewan ini menolak sebarang usaha tergesa-gesa untuk memindah PNVP 2004 selaras UPOV 101. Kerana ia akan menjejaskan hak pesawat melemahkan kearifan tempatan serta membuka monopoli syarikat asing kata benih dan keringat rakyat Kedah.

3. Dewan ini merayu dan menyeru Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan konsultasi menyeluruh dengan petani, NGO Akademik dan pihak kerajaan negeri sendiri sebelum sebarang pindaan dibentangkan.

Ada pula tak hormat langsung kita pemegang taruh dalam kawasan ni. Macam Yang Berhormat EXCO takda muka. Macam YAB. Dato’ Seri Menteri Besar kita takda muka. Dewan ini menegaskan pendirian bahawa kedaulatan benih adalah kedaulatan makanan negeri dan negara dan inisiatif PASAK ini adalah manifestasi nyata untuk mempertahankannya. Ini bermakna jika pindaan ini diteruskan, program seperti Pembiak Bakaan Benih Komuniti yang diusulkan akan lumpuh sebelum bermula. Sebegitu segala inisiatif YAB. Dato’ Seri Menteri Besar dan Yang Berhormat EXCO akan menjadi buntu. Apa Yang Berhormat EXCO buat, habis semua kena kacau. Bank benih komuniti akan terbatal fungsinya varieti baru hasil kearifan dan jiwa mandiri yang seharusnya dibugar ke atas pesawah Kedah berisiko dikunci haknya oleh syarikat asing.

Dari itu, marilah kita bersama menyokong usul ini demi masa depan pesawah, demi maruah Kedah dan demi Kedaulatan Makanan Malaysia. Sekian, saya mohon bercadangkan usul.

Speaker

Terima kasih YB. Kota Siputeh. Dia punya landing panjang landasan dia tu. Seterusnya dipersilakan YB. Anak Bukit.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Ahli – ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato` Seri Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Dato` Wira Pegawai Kewangan. Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang. Datuk-Datuk, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Tuan – Tuan Puan – Puan Yang saya hormati sekalian.

Izinkan saya terlebih dahulu merakamkan perhormatan Yang Berhormat Tuan Speaker serta segenap Ahli Dewan yang mulia ini. Negeri Kedah Sejak sekian lama dikenali sebagai Jelapang Padi Negara dan gelaran ini adalah amat besar kepada kita. Tanggungjawab kita bukan sahaja menjaga tahap pengeluaran tetapi juga memastikan kedaulatan benih serta kepelbagaian varieti padi terus terpihara. Hal ini bukanlah perkara kecil kerana isu benih padi secara langsung berkait rapat dengan keselamatan makanan negara yang menjadi nadi kelangsungan hidup rakyat.

Yang berhormat Tuan Speaker. Dalam isu benih padi saya ingin menegaskan bahawa Program Pembiakkan Tanaman Padi Oleh Komuniti mesti digerakkan dengan lebih serius. Petani perlu dilibatkan secara langsung kerana mereka lah yang paling memahami keadaan sawah dan cabaran sebenar di lapangan. Kita juga perlu sedar bahawa tanah di Kedah tidak sama antara satu daerah dengan daerah yang lain. Tanah di Pendang, Yan dan di Kulau Kedah mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Justeru itu varieti padi yang ditanam juga mestilah disesuaikan dengan lokaliti masing-masing. Contoh tanah di Pendang tak sama dengan tanah di Jerlun. Tanah di Kota Siputeh tak sama dengan tanah di Anak Bukit. Tanah Anak Bukit ni kerap banjir. Tanah Siputeh tinggi. Dia tak sama. Jadi hat ini kita minta supaya dikaji balik tanah-tanah ni bersesuaian dengan varieti atau padi yang ditanam. Dekat saja kita nampak dah perbezaan tanah yang ada dalam ni Kedah.

Dahulu Kedah cukup terkenal dengan jenama Padi Mahsuri yang menjadi kebanggaan negeri dan simbol identiti kita sebagai Jelapang Padi Negara. Kenapa kita tidak wujudkan semula jenama ini agar ia menjadi lambang kehebatan dan imej Kedah di persada nasional. Saya ingat dulu lagi waktu kecik. Waktu zaman menanam padi waktu tu duduk kita duduk apa ni kaedah semai. Orang – orang petani daripada Selatan Thailand sanggup ambil benih Padi Mahsuri tu bawa balik pergi ke sana. Sebab apa? Sebab Padi Mahsuri pada waktu tu dengan cukup elok dengan lembut dan wangi. Itulah diantara sebagai salah satu kebanggaan Negeri Kedah pada waktu tu. Kerana kita boleh melahirkan padi bernama Mahsuri.

Sejarah tu ada tahun 1970-an. Kita harus akui bahawa Negara jiran kita seperti Vietnam, Indonesia, dan juga Thailand. Telah mendahului kita dalam kepergayaan benih padi. Mereka menghasilkan varieti yang lebih tahap lasak lebih produktif dan sesuai dengan pelbagai jenis tanah Malah ada varieti luar negara yang mampu menghasilkan setangkat 400 hingga 500 biji benih.

Berbanding dengan kita yang masih bergantung pada varieti yang hanya mampu menghasilkan 200 hingga 500 biji saja setangkai. Yang Berhormat Tuan Speaker. Cuba kita bayangkan kalau kita tanya Pak Tani. Pak Tani ni nak tanam padi bila dia nak pilih benih. Pada waktu tu dia boleh pilih-pilih yang mana sama ada dia pilih benih satu tangkai yang menghasilkan padi ada 200 biji ataupun satu tangkai padi yang menghasilkan 400 hingga 500 biji. Mesti Pak Tani dia pilih yang banyak sebab yang tu adalah menghasilkan pendapatan dia. Tapi sekarang ni berbeza antara kita dengan negara – negara jiran. Negara jiran dia boleh mengeluarkan varieti satu tangkai tu 400 hingga 500 biji padi. Tapi kita ni masih lagi tekat satu tangkai padi dalam 200 hingga 250 biji. Dalam 200 biji tu pun kalau kita tengok padi tu dia boleh memberi impak kepada 40% kepada Negara Malaysia. Tapi kalau kata padi satu tangkai padi tu boleh pergi sampai 400 hingga 800 biji. Maksud kata dia boleh menambah lagi makanan kepada 80% di peringkat negara.

Ini diantara beza satu tangkai padi yang diperjuangkan oleh pak-pak tani satu tangkai padi 200 biji dengan satu tangkai padi yang berada di luar negara 400 hingga 500 biji. Ni beza, bahasa mudahnya kita nak bagitahu. Kalau kita berani mencuba Dan memperkenalkan varieti baru yang lebih produktif. Saya yakin Kedah boleh meningkatkan sumbangan Padi Negara sehingga 80%. Dan tidak lagi terlalu bergantung kepada hanya beberapa varieti sahaja yang ada pada sekarang ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Hari ini kita berdepan dengan masalah serius dalam pengeluaran benih padi. Masalah Padi Angin. Masalah Terbunga Sambau. Dan juga serangan Keladi Agas. Semuanya semakin merisaukan lebih – lebih merisaukan bahawa kemungkinan benih – benih ni turut membawa masalah yang menjejaskan hasil Pak Tani. Tanam – tanam, tabur - tabur padi tiba-tiba naik Keladi Agas. Bila Keladi Agas ni salah satu dia Pak Tani terpaksa bawa keluar modal yang cukup banyak nak beli racun. Bukan kata sikit. Dah la pendapatan dapat sikit. Tiba-tiba kita kena bawa keluar pulak duit racun tu terlampau banyak. Sebab apa? Mai mana Keladi Agas ni. Ini diantara persoalan yang ditimbulkan oleh Pak Tani - Pak Tani ni tentang benih-benih padi yang ada pada sekarang ni. Malah kita khuatir. Jika ada kilang pengeluaran benih padi menghasilkan benih yang bercampur baur dengan benih asing yang akhirnya menurunkan kualiti pengeluaran dan merugikan pesawah. Sebab itu saya cadangkan agar kita wujudkan Bank Benih Padi di setiap daerah supaya benih padi dapat dipantau dipelihara dan di kawalselia dengan lebih teliti.

Kuasa untuk menguruskan benih ini sepatutnya kita berikan kepada pertubuhan peladang kawasan. Sebab mereka yang mengetahui jumlah bendang dan jumlah Pak Tani. Bukan semata-mata bergantung kepada syarikat besar diserahkan. Pada masa yang sama semua program benih perlu diperluaskan supaya kita dapat melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang mampu menghasilkan benih berkualiti dengan potensi yang cukup besar. Saya mohon agar Kerajaan Persekutuan diberi kebebasan untuk membangunkan industri padi sendiri. Kedah sebagai Jelapang Padi Negara. Perlu diberi peluang dan kuasa yang lebih luas untuk memastikan kualiti benih dan pengeluaran padi dapat dikawal daripada peringkat akar umbi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sejak dari zaman kita merdeka sehingga kini Malaysia hanya boleh mengeluarkan tidak sampai 60 varieti padi. Sedangkan negara-negara lain sudah mempunyai beratus-ratus varieti yang lebih maju dan berdaya saing. Kita lihat di Vietnam sejak tamatnya Perang Amerika Vietnam selepas tahun 1986 industri padi mereka berkembang dengan pesat sehingga kini mampu menandingi kuasa-kuasa besar dalam industri padi dunia. Begitu juga di Indonesia. Walaupun negara itu berdepan kemelesetan ekonomi tahun 1998, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus mara dan menandingi dalam industri padi antarabangsa.

Dewan Yang Mulia ini, di sana, di Indonesia, di Vietnam, di Thailand. Kalau kita tengok satu tangkai padi melebih 400 hingga 700 biji padi. Itu teknologi yang diperbuat sekarang ni. Kita ketinggalan banyak ke belakang. Sebab itulah kalau tengok dulu Vietnam ni satu negaranya susah. Tapi selepas Perang Amerika mereka bangun. Bagaimana sekarang ni sebagai pengeksport padi yang terbesar. Pengeksport beras yang terbesar dalam ASEAN. Hat ni kita nak tengok. Kita nak kena belajar tentang kebolehan dan juga kecerdekan yang ada di peringkat Vietnam tu sendiri. Sebaliknya benih padi Malaysia masih terlalu bergantung kepada beberapa agensi dan badan tertentu sahaja. Sudah tiba masanya kita memberi lebih kebebasan kepada Pak Tani untuk menentukan Siliverity Padi yang sesuai berdasarkan pengalaman dan keadaan tanah mereka. Pada masa sama, Kerajaan Persekutuan sepharusnya memberi pengeiktirafan kepada Pak Tani yang berinovasi dalam menghasilkan benih atau kaedah penanaman baharu. Tanpa langkah ni kita harus kita akan terus ketinggalan. Sedangkan dunia sudah melangkah jauh ke hadapan. Hakikatnya, Malaysia berada terlalu jauh di belakang dalam aspek inovasi padi.

Speaker

Panjang lagi YB.? Sila landing.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Pak Tani la ni orang cerdik. Bukannya zaman dulu. Mereka dah nampak dunia luar. Maklumat semua dihujung jari. Mereka dah ada Group whatsapp. Di tempat saya tu, umur 75 tahun ada tiktok. Dia boleh tengok tiktok tu tentang padi yang ada di Indonesia dan juga di Filipina. Umur 75 tahun, tiktok. Tambah pulak dia tengok tiktok tu, nama dia dengar Muhamad Sanusi Mohd Noor. Lagi dia syok. 75 Tahun di Kampung Tuk Pulau. Jadi pada waktu ni kita tengok maklumat ni semua dah di hunjung jari. Depa tahu dah keadaan padi sekarang ni.

YB. Tuan Speaker. Kita juga perlu meneliti semula aspek undang-undang yang berkaitan dengan benih padi. Saya cadangkan supaya dikaji semula Akta Pelindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634) yang terlalu mengikat dan membebankan petani. Akta ini seharusnya memberi ruang supaya pesawah kita bebas memilih dan bereksperimen dengan varieti padi yang sesuai dengan tanah mereka. Jangan sampai undang-undang menjadi penghalang kepada mereka untuk mencuba sesuatu yang boleh meningkatkan hasil pendapatan. Karenah barokrasi dan Prosedur Operasi Standard (SOP) menyukarkan di semua peringkat harus dipermudahkan agar hasil padi negara dapat dipertingkatkan. Benih padi ini bukan sekadar soal perundangan tetapi ia juga menyentuh soal kebebasan petani untuk berinovasi dan meningkatkan produktiviti.

Seperti pepatah orang-orang lama. “Orang Yang Ada Ilmu Secupak Tidak Sama Dengan Orang Yang Ada Pengalaman Segantang”. Bermaksud kata pengalaman petani di sawah jauh lebih berharga dan itulah yang sepatutnya kita raikan melalui dasar yang lebih fleksibel dan mesra pesawah.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau kita lihat sendiri di negara kita. Kita lihat di Sabah. Mereka sudah ada lembaga padi dan beras Sabah. Maka timbul persoalan kenapa tidak Kedah juga mempunyai lembaga padi dan beras Kedah sendiri. Ini bukan sekadar soal pentadbiran tetapi soal maruah negeri Kedah yang mula menanam padi di tanah air ini mesti ada naratif idea sendiri dengan Padi Mahsuri dijadikan simbol jenama negeri.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Jika kita mahu Kedah terus kekal sebagai jalapang padi negara Kita mesti berani mengubah cara fikir kita tentang benih. Jadi soal kawalan perundangan, kebebasan petani memilih varieti hinggalah kepada naratif kenegerian hinggalah kawalan makanan semua adalah asas penting untuk kelansungan keselamatan makanan negara.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya menyokong penuh usul ini. Wallahualam Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Anak Bukit. Seterusnya saya menjemput kepada pihak pembangkang sekiranya yang ada. Silakan YB. Sidam.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Tuan Speaker. Timbalan Tuan Speaker. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan dan Puan - puan hadirin dan juga yang kita raikan, Pemerhati dari dua kawasan yang hadir pada pagi ini.

YB. Tuan Speaker, Saya tak ada teks, saya nak goreng – goreng ja.

Speaker

Boleh Jangan goreng lama ja.

Okay baik, terima kasih. Kami bagi pihak pembangkang saya rasa kita pun tidak ada halangan ataupun membangkang apa usul yang dikotakan, dibangkitkan oleh YB. Kota Siputeh. Tetapi daripada pengalaman-pengalaman yang ada saya rasa kita memerlukan beberapa kajian dan sebagainya. Jika YB. Kota Siputeh dan juga tadi YB. Anak Bukit dapat memberikan info-info ataupun cara-cara macam mana hendak memperbaiki pendapatan petani, saya rasa kami pun juga mempunyai tujuan yang sama dalam hal-hal berkaitan. Cumanya. Apakah persoalan yang akan timbul ialah adakah kita dah bersedia? Adakah petani kita dah bersedia untuk ke arah itu? Adakah petani juga mempunyai kesanggupan untuk mendapatkan membuat kajian untuk mendapatkan varieti-varieti yang paling sesuai dalam kawasan masing-masing? Adakah petani juga ada kemampuan untuk melakukannya walaupun melakukannya sedangkan ia memerlukan kajian dan ia memerlukan pengumpulan bahan-bahan genetik untuk mendapatkan varieti yang terbaik termasuk dengan keupayaan petani-petani dan juga dana-dana? Adakah kerajaan sanggup untuk mengeluarkan dana untuk tujuan itu.

Selain daripada itu adakah juga petani sanggup mengorbankan tanah mereka untuk ujian dalam yang mana yang seperti dikatakan oleh YB. Kota Siputeh itu memerlukan masa sehingga lebih kurang 10 tahun daripada 1 tahun Sampai 10 tahun. Kajian. Jadi adakah petani kita sanggup untuk mengorbankan tanah itu untuk tujuan-tujuan analisis tujuan ujian dan sebagainya. Jika keadaan berjaya bagus kita pun kata bagus sebab apa sekali saja uji petani dah dapat hasil yang baik. Tetapi Jika sekali tak berjaya dua kali tak berjaya tiga kali tak berjaya, adakah kos itu akan ditanggung oleh petani-petani itu sendiri. Jadi ini perlu kita lihat juga sebab apa keresahan ataupun kerugian yang dialami oleh petani itu kita pun tak jangka akan berlaku atau tidak. Terbaik kalau kita dapat varieti yang terbaik dan sesuai untuk kawasan itu sesuai untuk tanah di kawasan itu maknanya satu keuntungan untuk petani tetapi kita tidak dapat menjangka bahawa adakah varieti itu sesuai sebab memerlukan kajian-kajian dan juga ujian-ujian yang beberapa kali untuk kita dapatkan varieti yang terbaik untuk kawasan itu.

Tuan-tuan dan puan-puan dan juga Ahli Yang Berhormat. Tadi disebutkan juga bahawa peningkatan padi angin, rumpai yang banyak itu termasuk dengan keladi agas memang memberi memberi cabaran kepada petani-petani. Adakah kita memerlukan varieti yang terbaik untuk menghadapi serangan keladi agas tadi?

Jadi saya lebih kepada, saya berpetani sebelum in,i sebelum ini pun saya petani. Jadi saya lebih suka kepada jika kita mencari satu penyelesaian lain daripada itu, selain daripada mendapatkan varieti padi, kita kena galakkan petani – petani ini mengubah cara daripada semaian kepada maksud saya daripada taburan kepada tanaman. Maksud saya taburan ini kita tabur sekali bersama-sama dengan kenaikan rumput. Tetapi dalam sistem yang digunakan dulu, kita gunakan sistem tanaman kita. Semaian dulu, lepas itu biar padi itu dah berumur 40 hari dan selepas itu, baru kita tanam. Jadi peningkatan rumput dengan padi tak sama, rumput akan naik perlahan, sebab apa? Padi dah umur 45 hari.

Jadi ini saya rasa lebih kepada cara – cara untuk membantu petani untuk menghadapi kaladi agas dan juga apa itu siput gondang emas. Jadi inilah yang saya rasa lebih kita perlu beri perhatian untuk membantu petani – petani ini. Untuk satu pengalaman yang kita boleh kongsikan ialah apabila kita tabur menggunakan sistem tabur ini dia akan naik sekali dengan rumput dan juga dia akan tewas dengan siput gondang emas. Siput gondang emas akan memakan pucuk – pucuk yang baru naik itu dan menyebabkan petani akan lebih banyak mendapat kerugian daripada sistem tanaman. Jadi saya rasa kita kena gunakan satu lagi cara, gunakan balik berselang – seli iaitu mungkin beberapa musim kepada cara taburan dan beberapa musim kepada cara tanaman. Saya rasa ini lebih dapat memberi keuntungan dan juga kebaikan kepada petani.

Yang Berhormat Tuan Speaker, lagi satu saya rasa kajian – kajian yang perlu dilakukan seperti yang dicadangkan oleh YB. Kota Siputeh ialah kajian untuk mendapatkan varieti yang terbaik. Padi ini dia ada banyak varieti. Sebagai contoh Padi Kebal hanya memasak 100 hari untuk matang untuk masak. Padi 297, Padi 219 Dan Padi 330 memasak lebih kurang 120 hari. Jadi ini akan datangkan masalah juga kepada petani – petani jika kajian-kajian tidak dilakukan dengan betul. Sebab apa? Dalam jika petani ini tidak seragam maksud saya tadi yang kita kata benih seragam. Benih seragam itu adalah untuk mendapatkan tempoh masak yang sekali, sekaligus supaya tidak ada petani yang dah masak, ada petani lagi ada tanaman lagi yang belum masak. Jadi ini menyukarkan kepada mereka apabila mesin untuk dapatkan padi itu, nak kena masuk ke dalam bahagian dalam sana, sana dah masak tapi di tepi-tepi jalan ni belum masak.

Jadi ini perlu kajian dan juga pemerhatian sangat-sangat teliti sebelum kita melakukan apa-apa varieti sebelum kita meluluskan apa-apa varieti.

Izinkan

Silakan

Terima kasih sahabat YB. Sidam yang mana saya di sini ingin beri respon. Saya setuju dengan apa yang dinyatakan, tapi di sini yang kita nak nyatakan di sini, yang pertama sekali adalah kita kena faham dalam konteks varieti dan juga kualiti. Daripada segi sudut varieti, varieti dekat sini, hasilnya sekarang ni daripada Benih MGUI, Benih MGUI ni ataupun benih seragam ni, memang 200. Kita cakap tentang inovasi kemajuan petani an. Dulu Malaysia kita pernah duduk yang paling leading dalam petani an. Sekarang ni kita yang paling bottom. Jadinya kita cakap, apa Inisiatif dan inovasi sejauh mana untuk kita nak tingkatkan. Bila kita duduk di bawah UPOF, kita akan kekal hak petani an tu dah tak bebas, kita akan kekal dengan hasil 200 biji satu tangkai ni juga. Tapi, dengan kualiti pula. Itu tadi varieti, dengan kualiti pula yang ada pada padi angin, mai dengan macam-macam penyakit. Bila bercakap tentang apa yang YB. Sidam nyatakan sebentar tadi, adalah berkenaan dengan kajian. Kajian ada siapa yang duk buat dan sebagainya, memang ada tu yang kita sebut tadi Kapten Zakaria tu.

Contoh yang dah ada, yang Kapten Zakaria di Belantek, di Sik tu. Dia dah bangunkan sehingga 500, dia boleh hasilkan sampai 500 ke 700 biji dan ada padi, padinya padi organik, ada tekstur, dengan rasa dengan kepelbagaian, varieti yang ada.

Ini yang kita nak transfer the knowledge tu dan kita nak pastikan supaya setiap kita akan mendirikan setiap kawasan dengan budaya yang sama. Tapi sekaligus, saya nak nyatakan disini, ini akan mengekang kita untuk kita inovasi dan maju, sekiranya ada undang-undang yang menyekat hak petani, sekiranya Akta PNVP tu, 2004 tu di, orang kata dipinda, malah selari dengan UPOV. Tapi kita takkan melahirkan orang kata petani-petani yang inovasi, yang mandiri, dan itu yang tak sepatutnya kita buat, itu yang untuk makluman.

Terima kasih YB. Kota Siputeh. Saya rasa seperti yang YB. Kota Siputeh kata kajian-kajian tadi ni yang boleh mendapatkan dari 500 hingga 700 biji. Ya, terbaik itu memang terbaik, tetapi adakah ia sesuai dengan beberapa kawasan lah. Jadi ini lebih, mesti ada lagi kajiannya. Adakah apabila tangkai yang besar, adakah kajian yang kita kena buat ialah, adakah pokok itu tahan, dengan keberatan itu. Jadi, betul-betul seperti kata, memang kajiannya juga bermacam-macam yang kita perlu adakan. Selain benda itu, kajian banyak lagi kajian yang perlu diambil kira-kira lah, perlu diambil kira untuk mendapatkan varieti yang baru ni. Sebagai contoh, YB. Tuan Speaker. Adakah kita boleh sediakan varieti-varieti yang mempunyai peratus pencambahan dan juga kadar pencambahan? Maksud saya adalah, peratus pencambahan ialah apabila dapat sampai 10 kg benih berapa peratus yang akan bercambah? Selalunya buat masa sekarang yang disupply atau diberi oleh yang dikeluarkan sekarang lebih kurang 80% pencambahan. Ini adalah peratus pencambahan.

Lagi satu ialah, kajian yang perlu dibuat ialah kadar pencambahan jenis satu biji itu, dia boleh dapat rumpun yang sebesar mana ini. Juga perlu dapat kajian-kajian yang menyeluruh supaya tidak merugikan petani dan juga tidak mengambil masa yang terlalu lama seperti yang YB. Kota Siputeh kata tadi. Mungkin sampai 10 tahun, mungkin kajian-kajian yang terbaik ni akan dapat menyingkatkan empoh ujian-ujian dan sebagainya . Saya nak, bukan saya nak menjawab kepada soalan daripada YB. Kota Siputeh, tetapi saya hanya nak berkongsi di mana, saya di kawasan Sidam saya selalu mengikuti perkembangan petani dan elaun membajak seperti yang diungkit oleh YB. Kota Siputeh tadi.

Di kawasan Sidam tidak ada masalah. Saya selalu mengikuti petani-petani dan walaupun dulu saya petani, tapi sekarang tak. Tapi selalu saya mengikuti apakah elaun elaun yang mereka dapat. Memang elaun membajak, memang mereka dapat. Jadi perlu perlulah.

YB. Tuan Speaker

Sekejap, tinggal sikit. Jadi kalau kalau kita mengambil ataupun selalu mengikuti, saya rasa elaun – elaun seperti ini tidak ada masalah untuk petani-petani sendiri. Ya, silakan Exco.

Terima kasih YB. Sidam, YB. Tuan Speaker. Saya sebenarnya dah mendengarnya keseluruhan. Cuma saya nak olah sedikit. Mungkin YB. Sidam juga bersetuju dengan saya. Hari ini, isu dia petani kita ini, lebih awal daripada segala yang ada di muka bumi Kedah ini, lebih tahu padi itu daripada mereka yang hari ini sedang menyusun lah dipanggil. Tapi tak apa, itu satu perubahan. Setujukah YB. Sidam, kalau saya katakan sepatutnya MARDI ke bekerjasama dengan petani itu untuk membangunkan varieti dan membimbing petani itu untuk memasihkan benih padi. Bukan bekerjasama dengan kilang yang mana mereka ini sepatutnya terus kepada petani sit down dengan petani, buat kajian, buat research dipantau oleh MARDI dan juga mungkin PPK kawasan untuk membangunkan varieti yang berkaitan dan juga penghasilan.

Jadi saya rasa hari ini isu dia, saya ingin nyatakan sini. Adakah ini juga, saya bukan nak bermain spekulasi, adakah ini sabotaj yang sedang dilakukan kepada para petani dengan keladi agas dan seumpama ini, di mana element of control. Apabila seorang penjual dia menjual barangan dia, barangan dia tidak baik, sepatutnya dia boleh dipulangkan dan dipulangkan duit dia balik. Kita beli benih tu tapi akhirnya lautan keladi agas dan apa semua, akhirnya petani akan tanggung, disalahkan saliran mungkin melalui air dan sumpamanya. Di mana pembelaan, sedangkan mereka ketika mana mereka menjual tu dengan harga yang tidak ada kompromi, so called.

Jadi ini sebenarnya kita cakap pasal ni, petani kita saya rasa kita tak ada beza dalam hal ni baik YB. Sidam maupun saya, YB. Jitra. Jadi dengan perkara inilah sebab tadi YB. Kota Siputeh dah kata kalau yang tidak berkaitan dengan air pun belambak keladi agas ni.

Jadi, sebenarnya adakah ini sebenarnya sedang berlaku satu sabotaj kepada petani-petani kita hari ini oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di atas sana yang akhirnya petani kita kecewa give up, tinggalkan padi kita maka bila bekalan padi itu makin mengecil di import itulah sebenarnya yang sedang disusun dan diatur. Itu saya nak tanya, YB. Sidam setuju tak dengan saya akan perkara tersebut? Terima kasih baik.

Terima kasih YB. Jitra. Ada beberapa perkara yang sah kita ada persamaan pengetahuan yang kita ada ada persamaan. Jadi apa yang beberapa perkara tu saya setuju. Tetapi ada beberapa perkara perlu kita tengok dulu seperti apa yang dikatakan oleh YB. Jitra tadi. Adakah kemungkinan ada sabotaj ini kita tak berani nak kata sebab kita tak nampak dan tidak ada bukti. Jadi kalau benar-benar kita nak kaji benar-benar kita nak nak lihat apa yang sebenarnya berlaku, kita siasat tengok dulu. Saya pun tidak ada kemampuan untuk siasat sana. Jadi kita harap-harap kalau ada siapa-siapa yang boleh buat penyiasatan tu terpulang lah. Saya tak berani. Terima kasih YB. Jitra. Saya ulang tadi seperti yang di kawasan saya tadi petani-petani ada mendapat. Bukan mendapat daripada direct tetapi kos – kos pembajak itu sampai kepada pihak yang membajak itu. Jadi di kawasan saya tidak ada masalah yang berhormat.

Lagi satu ialah kajian kajian yang perlu adalah kita perlu menjadikan beberapa institusi pengajian atau sebagainya untuk sama-sama membuat kajian seperti yang sedang ada sekarang ialah pihak IRRI. International Rice Research Institute ada bersama-sama dengan MARDI untuk mendapatkan varieti – varieti yang terbaik untuk petani. Jadi..

Yang Berhormat Tuan Speaker sikit lgi.

Speaker

YB. Kota Siputeh, duduk dulu.

Saya nk landing dah ni. Cukup dah. Okey itu saja saya rasa untuk pengetahuan kita berkongsi dan juga untuk menjadikan YB. Kota Siputeh cara – cara ataupun kongsi pengetahuan dan juga untuk kita sama-sama buat kajian dalam menghadapi dan juga mendapatkan varieti yang terbaik untuk petani-petani kita. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih kepada YB. Sidam. Ahli - Ahli Yang Berhormat sekalian, ada dua peringatan yang ingin saya berkongsi dengan Ahli - Ahli Yang Berhormat. Yang pertama fakta – fakta yang akan disebut di dalam Dewan Yang Mulia ini mestilah yang berasas dan tepat. Saya tak mahu kita ambil di kedai kopi sebelum kita bawa masuk ke dalam dewan perkara-perkara yang yang masih hiasi dengar cakap dan sebagainya saya tak mahu. Fakta mestilah jelas. Yang kedua saya suka juga nak mengingatkan pada Ahli - Ahli Yang Berhormat supaya jangan jadikan dewan ini sebagai kedai kopi, seorang bangkit cakap, sat lagi kawan ni tak puas hati bangkit pula, lagi kawan ni bangkit, orang yang sama jadi saya tak mahu itu berlaku.

Jadi, bila saya bagi ruang untuk tuan – tuan berbahas gunakan ruang itu kemudian bila ada jawapan – jawapan daripada rakan – rakan kita yang lain yang kita tak setuju kita kena menghormati mereka. Ini bukan kedai kopi, ini Dewan Undangan Negeri Yang Mulia. Minta Yang Berhormat – Yang Berhormat ambil perhatian tentang dua peringatan itu.

Selanjutnya saya menjemput YB. Kupang. Silakan YB. Kupang.

Assalamualaikum assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah Rabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Ashrafil Anbiya Wal-Mursalin Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma'in Amin. Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato` Seri Menteri Besar Kedah. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Masyarakat Kerajaan Negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ketua jabatan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah sekalian.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker yang memberi peluang pada saya membahas usul pelaksanaan Program Pembiak Pembakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti Untuk Memperkayakan Kepelbagaian Varieti Dan Memperkasakan Kearifan Tempatan Di Negeri Kedah. Itu bunyi usulnya usul. Ini sekaligus merupakan suara rintihan rakyat terutama kepada penanam-penanam padi di negeri Kedah iaitu negeri jelapang di mana mereka berusaha dalam sektor ini bukan baru tetapi berabad lamanya tetapi kalau dilihat mereka ini agak-agaknya masih terkurung dalam kawalan sistem kapitalis yang menindas golongan-golongan marhain.

Sesungguhnya selama ini mereka seolah-olah dipaksa dengan peraturan dan akta yang kadang-kadangnya berat sebelah, kadang-kadangnya menguntungkan dan lebih menguntungkan orang tengah daripada petani itu sendiri.

Yang Berhormat Tuan Speaker sebelum saya menyokong usul ini mari kita lihat kalau kita tinjau daripada utara sampai keselatan Kedah ni di mana kita akan melalui satu perjalanan yang begitu jauh dan kita akan merentasi sawah lebar yang luas yang mencerminkan Kedah sebagai pembekal utama makanan negara. Kita disitu disitulah petani membanting tulang memerah keringat bagi menentukan keterjaminan makanan negara dan mengikut logiknya lah boleh kita gambarkan bahawa mereka ini telah sepatutnya telah menjadi usahawan tani dan telah menjadi jutawan tani kerana padi itu adalah makanan utama negara. Tapi saya rasa yang meraih gelaran jutawan daripada hasil petani an terutamanya padi bukan petani sendiri tetapi orang lain yang memerahkan keringat mereka dan meraih keuntungan dan ini adalah satu sistem yang tidak menguntungkan petani itu sendiri.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang kita nampak sekarang ini ialah hanyalah petani-petani yang terkongkong dengan sistem yang terhimpit oleh orang-orang tengah di mana petani-petani kita hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang sekaligus seolah-olah menjadi abdi kepada orang-orang tengah ini. Mereka dipaksa dengan sistem bekerja untuk tauke kilang di dalam suatu hal dan kalau kita lihat mereka dipaksa sampai kepada pemilihan benih pun terpaksalah bergantung kepada orang lain dan juga dalam penentuan grade padi sama ada dia hanya grade A, B fan C dan juga dalam penentuan harga. Semuanya dikawal oleh orang tengah. Mereka dipaksa dengan sistem bekerja untuk tauke pengilang-pengilang di dalam semua hal. Jadi semuanya bergantung kepada orang tengah dalam mengawal sistem ini. Oleh itu saya rasa sampai lah masanya program program pembiak bakaan dan tanam padi diusahakan oleh komuniti setempat bagi memperkayakan kepelbagaian varieti dan juga memperkasakan experience tempatan untuk diperkenalkan sebagai satu sistem agar menjadi satu inovasi kepada petani dalam memperkasakan hasil petani an mereka dan usaha ini amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW. Di mana Rasulullah bersabda :

أنتم أعلم بأمور دنياكم

“Kamu Lebih Mengetahui Tentang Urusan Dunia Kamu Dalam Soal Petani an”

Bagaimana nak usahakan padi itu. Besar buah pinang sebiji ka macamna. Itu terpulang kepada kita Rasulullah SAW memberikan laluan untuk kita buat kajian. Dan disinilah saya rasa petani-petani kita harus diberi peluang untuk mengambil usaha ini dan kita rasakan bahawa penglibatan mereka secara langsung di dalam menentukan benih umpanya dengan experience yang mereka lalui adalah amat bertepatan. Dalam negara kita terdapat beberapa akta mengenai dengan petani an ini antara lainnya kalau kita lihat akta 634 di mana akta 634 ini bertujuan untuk memberi hak eksklusif kepada pembiak baka untuk membiak, menjual mengimport varieti tumbuhan baru yang mereka hasilkan. Jadi kalau kita lihat dalam akta ini tujuannya memberi hak eksklusif kepada pembiak baka untuk membiak, menjual dan sebagainya.

Jadi maknanya Akta ini memberi perlindungan kepada pembiak baka ini dan dalam masa yang sama petani-petani di negara kita terpaksa terikat dengan akta ini, peruntukan dalam akta ini dan tidak boleh mengeluarkan usaha untuk mengeluarkan hasil padi sendiri tetapi bergantung kepada bekalan yang diberi kepada pengusaha-pengusaha ini. Jadi saya rasa ini adalah suatu yang menyekat keupayaan petani itu sendiri yang mereka ini telah pun terlibat secara langsung begitu lama di dalam industri padi. Jadi saya rasa akta ini walaupun akta ini untuk tujuan keseluruhan tetapi dalam konteks padi saya rasa perlu diberi kelonggaran bahawa petani-petani kita ini diberi peluang untuk mengusahakan hasil kajian mereka.

Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya rasa di dalam memajukan industri padi ini satu gerakan sepadu perlu diadakan di antara pemain-pemain industri padi dengan petani itu sendiri. Dan kalau kita lihat bahawa di negara kita ini banyak agensi-agensi ditubuhkan tetapi kadang-kadang tidak memberi kesan yang positif. Saya rujuk kepada getah umpamanya. Getah ini kita ada LGM, Lembaga Getah Negara. Kita ada RRI, ada RISDA. Tapi sampai sekarang ni penorah – penorah getah duduk takok lama. Tak berubah. Jadi apakah peranan agensi-agensi ini di dalam peranan mereka memajukan industri getah. Dan begitu juga dengan padi ini. Kita lihat bahawa petani-petani kita ini masih dalam takut lama kalau dulu mewarisi usaha yang dilakukan oleh tok nenek mereka sampai sekarang pun dalam tahap itu. Juga jadi saya rasa ini suatu yang ada tak betul kita tidak pernah jumpa seorang yang kaya penanam padi yang kaya menjadi jutawan dan sebagainya tapi yang menjadi jutawan itu ialah orang lain. Sedangkan keringat mereka inilah yang diperah setiap hari sehingga mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada tauke – tauke dan juga pengilang-pengilang di dalam mendapatkan hasil. Ini saya rasa tak begitu manis dan kalau kita tidak menjadikan industri padi ini sebagai suatu yang boleh memberikan hasil ataupun impak yang besar kepada hasil negeri, kita gagal.

Jadi, oleh itu satu tindakan yang perlu diambil dan saya amat menyokong usul ini supaya kita melaksanakan program untuk memberikan laluan kepada petani-petani kita membuat satu kajian dan juga terlibat dengan cara langsungnya di dalam..

Speaker

YB. Belantek mintak laluan

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Terima kasih YB. Kupang. Kita menyebut disini usul memperkayakan kepelbagaian varieti. Bila kita sebut varieti disini saya rasa tak dapat lari juga daripada kita menyebut varieti padi huma. Padi huma cukup masyur sekarang ini terutama di daerah luar pandang di daerah Sik sekarang ini permintaan banyak untuk padi huma YB. Tuan Speaker. Saya sebut sikit bagaimana anggaran satu ekar bagi buat padi huma ini dia boleh mendapat hasil satu 1/5 tan hingga 2 tan dan kos untuk satu ekar ini Rm23,000. Termasuk semua sub infra selama tiga tahun. Pukat, piping, baju organik tangki dan lain-lain. Dan saya rasa ini baik dah dibantu oleh jabatan-jabatan berkenaan. Jadi disini kita nak menarik, menggalakkan kalau boleh penanaman padi huma ini diperkasakan dibantu petani-petani kita terutamanya di luar bandar bukan kita tumpu kepada varieti padi yang ada di kawasan MADA ni sahaja. Sebab apa harga semasa sekilo benih padi huma ni tuan speaker RM50 dan lebih. Itu benih. Varieti benih. Sekilo beras pula boleh jual hingga RM25 ke atas.

Jadi saya dapat bertemu dengan petani yang sedang mengusahakan padi huma ni di kawasan saya di DUN Belantik khususnya. Mereka cukup seronok. Pemintaan banyak. Jadi selain daripada kita menumpukan kepada apa yang kita bincangkan hari ini menyokong usul hari in,i padi huma, varieti padi huma jangan kita tinggalkan. Malah kita kena perkasakan. Yang saya rasa YB. Tuan Speaker sendiri pun kalau ada tanah boleh kita pergi buat padi huma ni tanah YB. Tuan Speaker. Jadi kupang saya mencadangkan supaya penanaman padi huma ni diperluaskan, diperkemaskan, dan dibantu sebaik mungkin untuk rakyat negeri Kedah ni. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Belantek. YB. Kupang sila teruskan.

Terima kasih YB. Belantek. Saya memang amat menyokong. Sebab kampung saya ni YB. Tuan Speaker, bendang tak luas pun. Tapi bukit yang banyak. Jadi kita usahakan pada benih bukit ni pula saya rasa saya pun boleh jadi jutawan tanah. Insyaallah.

Speaker

Insyaallah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, apa yang kita nak timbulkan di sini ialah satu perkara yang perlu diperkasakan ialah kerjasama sepadu di antara petani dengan agensi-agensi kerajaan lah yang ada kaitan dengan petani an, MARDI dan sebagainya. Kerana kita tak mahu maknanya MARDI di satu pihak dan petani di pihak yang lain. Jadi bila buat keputusan kadang-kadang tu tidak menguntungkan petani. Kerana kadang-kadang kita lihat bahawa pengalaman di lapangan berbeza dengan pengalaman dalam makmal. Pengalaman dalam makmal barangkali apa namanya dengan kajian ilmiah dan sebagainya. Tapi apa yang berlaku di lapangan itu kadang-kadang lebih menguntungkan. Tapi dia tidak direkodkan sebagai suatu kajian yang saintifik dan sebagainya. Tapi hasilnya lumayan. Jadi bagaimana nak disepadukan di antara pengalaman di makmal dengan pengalaman di lapangan. Ini perlu diperkemaskan. Dan selain daripada itu benih-benih padi ini kalau sekiranya petani dipaksa menerima daripada satu pihak. Jadi orang lain yang buat kajian orang lain yang usahakan benih-benih ini kemudian nak suruh petani kita gunakan. Jadi saya rasa macam orang kata apa macam kita gantai belakang seorang garu. Jadi kita kata seorang garu ini atas sikit bawah sikit, tepi sikit kanan sikit, akhirnya kita tak terlaksana garu itu.

Jadi macam itulah benih orang lain buat. Kemudian nak suruh petani tanam petani menghadapi masalah dengan tanah dan sebagainya jadi saya rasa ini adalah persepadukan di antara pengalaman-pengalaman ilmiah di makmal dengan pengalaman di lapangan amat penting. Jadi YB. Tuan Speaker saya dengar ini menyokong di atas usul yang telah dikemukakan iaitu bahawasanya Dewan Udangan Negeri Kedah yang bersilang pada hari ini mencadangkan Pelaksanaan Program Pembiak Bakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti Untuk Memperkayakan Kepelbagaian Varieti Dan Juga Memperkasakan Kearifan Tempatan di negeri Kedah Darul Aman. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Kupang. Saya menjemput YB. Kota Darul Aman. Silakan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Sidang hadirin dan hadirat sekalian. Salam malaysia madani. Saya mohon mengambil sedikit ruang dalam Dewan Yang Mulia ini untuk membahaskan usul YB. Kota Siputeh. Saya akui niat di sebalik usul ini kelihatan murni untuk memperkasakan kearifan tempatan dan kononnya memperkayakan kepelbagaian varieti. Namun setelah meneliti usul ini, saya mendapati ia tersasar daripada sasaran sebenar. Isu pokok pesawah bukan kekurangan varieti tetapi bagaimana kita meningkatkan hasil sehektar secara konsisten dan mampan. Kita lihat pada tadi dimana kajian yang oleh Kapten Zakaria di Belantek, Sik. Dimana 700 biji dalam setangkai. Jadi usaha tu atas usaha sendiri dan bukan senang apabila saya turun berjumpa dengan beliau memang usaha tu agak, pemulaan tu sangat susah, dimana dia menghadapi cabaran untuk menghasilkan dan juga untuk memasarkan hasilnya. Jadi bagi pesawah memang kita faham suasana mereka dimana nak cari makan bukan senang. Dan juga jika tanpa bantuan daripada kerajaan pesekutuan memang bagi pesawah memang susah untuk mereka sara hidup.

Jadi kerajaan persekutuan melalui MARDI dan agensi berkaitan telah menghasilkan pelbagai varieti berdasarkan berdaya hasil bagi pelbagai kondisi. Izinkan saya bentangkan faktanya, kita ada varieti popular contohnya MR297, MR315, MR269-303 dan banyak lagi dan juga kita ada varieti kebal padi angin MR220-CL1, MR234 ada berapa siri kita ada varieti tahan kemarau ataupun banjir kita ada IS21, UKMRC2, UKMRC8. Jadi varieti memang dia banyak dikaji selidik untuk penambahbaikan hasilnya. Jadi kekurangan varieti bukan satu isu untuk kita mencapai hasil yang lebih banyak. Jadi kita lihat memang kerajaan persekutuan ada mekanisme dan juga mempunyai satu jawatankuasa pemandu yang menyalurkan kebanyakan varieti melalui kouta kepada pengeluar benih. Jadi masalahnya bagaimana kita menguruskan pilihan yang ada dengan cekap, keperluan mendesak kini adalah varieti matang bawah 90 hari untuk menyokong penanaman 5 musim 2 tahun dan ini sedang diusahakan di peringkat persekutuan. Jadi oleh itu jika program sebegini dilaksanakan di negeri, maka memang tidak keperluan sebab ia akan bertindak dengan usaha-usaha sedia ada. Daripada kita membazirkan sumber untuk mencipta varieti baru, kerajaan negeri dan pesekutuan dicadangkan untuk bekerjasama dalam 4 tonggak utama bagi meningkatkan hasil padi, ini termaksudlah meningkatkan kualiti benih.

Speaker

YB. Kota Darul Aman, YB. Kota Siputeh mintak laluan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tak bagi laluan habis yang sat saja. Ramai pesawah masih menggunakan benih padi tidak sah kerana harganya lebih murah atau bekalan benih sah tidak mencukupi pada sesuatu musim yang diperlukan. Jadi penggunaan benih yang tidak diperakui berdasarkan skim pengesahan benih padi jabatan pertanian membawa pada kadar pencambahan rendah dan meningkatkan risiko serangan perosak.

Jadi fokus kita sepatutnya adalah memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap penjualan benih tidak sah dan memastikan bekalan benih sah mencukupi di musim kritikal. Dan seterusnya yang kedua, kita perlu memulihkan kesumburan tanah kita tahu bahawa tanah sawah kita semakin terjejas akibat penggunaan berterusan dan pembajakan kimia yang tidak terurus dan tidak terkawal. Jadi usaha perlu ditumpukan untuk melaksanakan pemulihan tanah berskala contohnya pemulihan tanah, pengapuran dan pembajakan spesifik setempat. Selain itu kita juga perlu menaik taraf infrastruktur. Jadi kita faham bahawa infrastruktur ladang yang rendah menjejaskan pengurusan air dan jentera. Kerajaan persekutuan sedang memberi fokus untuk menaik taraf infrastruktur tersia di bawah jelapang seperti MADA daripada 18 meter per hektar kepada 30 meter per hektar. Dan kita juga nampak Yang Amar Berhormat Perdana Menteri kita telah turun pada bulan Julai untuk melihat peruntukan satu bilion untuk pelaksanaan projek tersia tersebut. Ini adalah kerjasama yang kita perlukan dan bukan program yang berjalan sendiri.

Jadi selain itu juga kita kena faham bahawa kita perlu beralih daripada plot – plot sawah kecil yang tidak ekonomik kepada pelaksanaan projek penanaman padi berskala besar (PPSB) dan juga projek penanaman lima musim dalam dua tahun untuk mengoptimamkan kos dan meningkatkan hasil secara bersepadu. Berdasarkan projek perintis pada tahun 2022 dan juga 2023 didapati purata hasil mencapai 4.91 tan per hektar tapi dia memerlukan satu perjalanan..

Speaker

YB. Kota Darul Aman nak bagi laluan tak.

Yang Amar Berhormat Perdana Menteri cakap kata nak tingkatkan hasil. Sekarang ni dengan varieti NGUI ataupun varieti seragam memang kita punya benih padi ataupun kita punya hasil padi kita menghasilkan 200 ini varieti kita. Dia boleh pi 200 sahaja. Tak ada pi lebih. Dan ini memang objektif saya rasa bila duduk bawah CPTPP ni bila duduk di bawah pattern dunia ni pun kita akan seragam maintain 200. Kita nak tingkatkan hasil ni 5 kali penanaman kita kena faham jugak rata-rata Pak Tani di negeri Kedah kita ni usia 60 tahun kat atas. Anak-anak muda tak mahu balik ni. MADA buat pelbagai insentif pun masih tak berjaya. Tapi kita kena tengok kat sini 200 kali nak tanam 5 musim. Kalau kata benih yang kita usahakan dengan varieti yang kita usahakan kita boleh dapat 500. 500 kali dengan 5 musim. 200 kali dengan 5 musim. Mana lagi besar? Matematik faham kat mana betul tak? Kalau kita cakap nak tingkatkan hasil macam manapun telah lah kita nak siapkan parik-parik gila yang pun akan ambil masa. Kalau kata kita bangunkan bank-bank ni dan kita dah mula di setiap kommuniti bercambah kita bangunkan usaha kita termasuk tak disekat inisiatif negeri Kedah sendiri untuk nak bawa nak buat benih kita sendiri. Kita pasti akan membantu pihak kementerian, yang mana pihak kementerian sepatutnya jadi macam negara-negara luar, yang bantu untuk inovasi pesawah itu sendiri tapi perkara itu tak berlaku. Kita Malaysia, hakikatnya tuan, untuk pengetahuan YB. Kota Darul Aman, Yang Berhormat kena tahu kita memang berada di bawah sekali ranking petanian dunia ni dekat dalam rantau asia ni. Kita takkan nak teruskan kita macam tu. Kita perlu galakkan inovasi dan beri kebebasan kepada pesawah, kepada petani kita untuk petani kita lebih maju, di samping membantu jadi support sistem kepada kerajaan. Mana-mana kerajaan. Kerajaan persekutuan kepada kementerian itu sendiri. Itu yang sepatutnya dan itu budaya yang berlaku kerana itu, negara-negara luar juga tak mahu tunduk kepada sistem yang mencengkam UPOV yang mana negara-negara teras petanian ni yang negara-negara AGRI ni memang mereka tak mahu tunduk kepada UPOV dan juga orang kata dasar-dasar yang mencengkam. Terima kasih.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih. Memang kita tiada seperti YB. Sidam kata tadi kita memang tiada halangan untuk petani untuk usahakan dia punya varieti yang boleh menghasilkan biji benih yang dalam paling banyak dalam setangkai. Tapi untuk menjaga sebab bila kita menjadi pesawah kita tanam varieti itu, kita kena tengok dalam skala yang besar sebab kita kata dalam tadi seperti yang saya kata, memperluaskan skala ekonomi. Jika memang jika varieti itu memang stabil dan juga boleh hasilkan biji benih-benih yang banyak kita cadangkan untuk diangkat sebagai MARDI, sebagai satu varieti yang boleh dikaji selit dan lagi, diperincikan dengan kaji teknikal supaya dia boleh diperluaskan penanamannya.

Jadi hujah terakhir saya, program ini bercanggah dengan undang – undang persekutuan di mana dibawah konsep federalisme industri padi dan beras adalah dibawah akta kawalan padi dan beras 1994 akta 522. Jadi menwujakan biji benih di peringkat negeri akan melanggar akta ini, tambahan pula kerajaan persekutuan sedang dalam proses memindah akta 522 dan parlimen ada platform yang betul untuk membahaskan seberang penambahbaikan. Jadi saya memang berharap YB. Kota Siputeh dapat bertanding dalam parlimen pada penggal akan datang, sebab dia memang pakar dalam bawa isu – isu parlimen ke dewan.

Jadi oleh itu, berdasarkan fokus pada peningkatan hasil mekanisme persekutuan yang sedia ada dan juga untuk mengelakkan percanggahan undang-undang saya mohon usul ini ditolak sebaliknya kita perlu menumpukan pada kolaborasi negeri dan persekutuan untuk meningkatkan hasil. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Seterusnya, saya menjemput YB. Ayer Hitam. Yb. Sungai Limau nak bagi bahas sikit, kita jemput Yb. Sungai Limau dulu. Minta maaf saya terlepas pandang.

Kita tak prepare apa pun, tapi tengok isu yang berbangkit tentang pertanian.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato` Seri Menteri Besar Kedah, Seluruh Ahli – Ahli Yang Berhormat, Ketua – Ketua Jabatan. Usul yang dicadangkan oleh YB. Kota Siputeh, Perlaksanaan Program Pembiakan Tanaman Padi Oleh Komuniti Untuk Memperkaya Keberkayaan Varieti Dan Perkasa Kearifan Tempatan di Kedah. Tadi YB. Kota Darul Aman sebut yang diusulkan ini bertentangan dengan akta yang sedia ada. Jadi sesuai kita bincang di peringkat negeri supaya kalau usul ini dipersetujui, kita boleh angkat. Mohon pengecualian daripada akta itu untuk negeri Kedah yang kita merupakan negeri Jelapang Padi. Tadi pun YB. Kota Darul Aman sebut banyak varieti yang kita ada yang diussahakn oleh petani – petani. Tapi daripada pandangan Adun – Adun Yang Berhormat yang telah berbahas, tak ada satu pun yang memenuhi piawaian 400 biji hingga 700 yang telah pun diperolehi oleh negara-negara lain kan? Yang duk ada tu, masih lagi, kita duk cakap tentang Padi Kebal 297 yang 200, kadang-kadang tak sampai satu serelung nak dapat 2 tan pun payah pada musim ni dan musim sebelum.

Maksudnya sepatutnya perkara ni kerajaan di peringkat persekutuan boleh untuk melihat apa yang kita bincang tuntutan kita di peringkat negeri supaya percambahan kepada usaha untuk mempertingkatkan hasil kepada petani kita. Saya nak pendekkan supaya kita boleh berfikir sejenak. Usaha yang dilakukan ada sebahagian daripada petani walaupun benda tu salah tapi ada jugalah duk buat kecil-kecilan di peringkat kampung yang dia mengusahakan benih dia sendiri. Benih dia bukan dia ambil daripada benih yang asing. Benih yang telah pun sedia ada. Yang telah pun ditiraf oleh kerajaan cuma dia buat sendiri, dia proses sendiri. Untuk penggunaan dia sendiri. Walaupun dia salah. Tapi kita kena fikir pasal apa petani ni dia buat sendiri sedangkan kalau dia ambil daripada pengilang ada subsidi. Benih yang dia nak buat tu sepatutnya boleh dah untuk dia jual beras. Dia boleh dapat dah hasilnya tetapi dia buat sendiri tanpa subsidi dengan peralatan yang ada kos yang lebih. Tapi dia nak buat juga kerana dia yakin yang dia buat sendiri bila dia menabur tumbuh elok. Boleh meningkatkan hasil dia. Tak tumbuh sekali dengan sambau. Takda lalang, takda keladi agas. Yang lain-lain.

Jadi bila berlaku keadaan ni mungkin bila banyak petani yang buat sedemikian sebenarnya satu mesej yang dihantar oleh petani kita hilangnya kepercayaan mereka kepada supplier yang telah membekalkan. Itu yang sepatutnya saya rasa kerajaan perlu kajian supaya mengembalikan balik kepercayaan ni dengan menyediakan benih yang terbaik, berikan subsidi yang yang boleh untuk membantu petani ni menghasilkan tanaman dia yang akan menyara hidup dia 6 bulan dan seterusnya. Jadi saya rasa itulah yang ingin saya kongsi supaya kita semua melihat usaha yang sedang kita rangka ke depan menyekat Pak Tani – Pak Tani kita daripada bukan hanya untuk inovasi mereka dalam benih tetapi sebenarnya menyekat mereka daripada mendapatkan bekalan benih subsidi yang terbaik yang ada yang diberikan oleh kerajaan tetapi dinikmati oleh orang tengah dan setengah daripada pihak. Jadi saya rasa setakat itu. Terima kasih atas ruang yang diberikan. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yb. Sungai Limau. Seterusnya saya menjemput YB. Ayer Hitam.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Ashrafil Anbiya Ibn Salin Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma'in Rabbish Rahli Sadri Wa Yasirli Amri Wahlul Uqdatami Lisani Ya Qawwil Qawwili Ammabaq.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato` Seri Menteri Besar Kedah. Yang Berhormat Ahli – Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Ahli – Ahli Dewan Negeri. Yang Berbahagia Yang Berusaha Ketua – Ketua Jabatan Agennsi – Agensi Negeri dan Persekutuan. Yang Dihormati Pegawai – Pegawai Dewan. Yang Dimuliakan tetamu – tetamu kita pada hari ini sama ada yang ikuti secara fizikal ataupun di atas talian di luar sana.

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker yang beri laluan kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang diangkat oleh YB. Kota Siputeh. Jiran saya, sahabat saya dan juga adinda saya dalam Parlimen Jerlun.

Ada 2 DUN, Ayer Hitam dan Kota Siputeh. Kubang Pasu ada 4 DUN. Sebab itu Kubang Pasu antara daerah yang paling banyak ada sawah bendang. Kami berada dalam wilayah 2, MADA. Hampir 2.3 daripada kawasan padi itu, dalam Wilayah 2. Jadi tak perlu pun. Saya tak pakai teks. Teks tu dah sedia juga, tapi dah tengok kawan-kawan semua pakai ambik poin dah. Jadi kita tak pakai teks tu lah. Saya Ketua Backbenchers. Sebelum ni cakap awal. Cakap awal ni poin yang orang tak ambik dulu. Kali ni dia pun bagi saya last untuk cakap last ni. Jadi poin saya pun pakat ambil dah.

Jadi saya akan ulas secara santai. Terima kasih YB. Tuan Speaker yang beri laluan. Dan insyaallah kita akan sokong usul ni supaya diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. Tak seperti yang kata YB. Sidam dan juga YB. Kota Darul Aman yang kata agak tersimpang, tersasar. Kita DUN Kedah ni wakili rakyat Kedah. Dan Kedah merupakan di Jelapang Padi Negara. 43% daripada beras yang dimakan oleh rakyat Malaysia tu dia mai dari Kedah. Dan suara kita patut didengar oleh persekutuan, Putrajaya, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan. Khususnya dalam kita mengangkat supaya beras ni, padi ni, yang dihasilkan di Kedah ni, di takbir, dilihat ataupun dikelola semaksima mungkin oleh orang ataupun pesawah-pesawah di Kedah ni. Kita ni di Jelapang Padi kepada negeri kita atau negara kita yang kita sayangi.

YB. Tuan Speaker, seperti disebut oleh, dihurai panjang oleh YB. Kota Siputeh, disokong oleh YB. Anak Bukit, disokong oleh YB. Kupang akhirnya dengan hadis dan juga penerangan tertentu. Yang dimuktamadkan bahawa akta ni ataupun usul ni perlu disokong sepenuhnya. Supaya kita ada hak kita untuk menentukan. Varieti - varieti yang baharu yang sepadan dengan keadaan kita. Memang kita okey dah ada 60 kurang lebih varieti yang disediakan oleh pihak kerajaan atau diusahakan oleh MARDI dan sebagainya dalam negara kita. Tapi masih sikit berbanding dengan negara-negara lain yang jiran kita, yang juga mengusahakan tanam padi yang beratus beribu, yang beri pilihan yang besar kepada pesawah untuk pilih yang bersesuaian dengan tempatnya. Seperti yang disebut oleh YB. Anak Bukit. YB. Kota Siputeh bekerjasama dengan YB. Anak Bukit. Di segi tanah dia, di segi persekitaran dia, dia mempunyai varieti yang berbeza. Kita ada seorang, saya ingat seorang usaha, usahalah dia sebut usaha, varieti di Kubang Siam. Kubang Jawi. Arwah dah. Almarhum dah. Ustraz Mohamad Ishak Mahmud. Diusahakan varieti yang sendiri. Yang diambil daripada berbagai varieti yang established ni, dicampur sebagainya, dihasilkan varieti sendiri. Yang jadi viral satu masa dulu. Yang diminta ataupun dia mohon oleh kawan – kawan, rakan – rakan, untuk dapatkan varieti itu dan dia buat. Skala yang besar dia, bendang dia tu. Untuk guna dia sendiri dan berkongsi dengan apa nama sahabat – sahabat dia. Dia jual ka tak tahu lah tapi dia kongsi dengan sahabat – sahabat dia. Dan menghasilkan hasil yang besar. Yang banyak. Sesuai dengan keadaan tempat dia tu. Di Kubang Siam, Kubang Jawi tu. Ataupun di kawasan Anak Bukit tu. Tapi tak boleh kongsi di kawasan Ayer Hitam atau kawasan Siputeh. Sebab tak sama. Tanah dia. Tak sama persekitaran dia. Itu yang kita maksudkan. Supaya dibuka ruang kepada komuniti ataupun orang tempatan, orang keseluruhan yang ada kemampuan untuk mencipta varieti sendiri ni supaya dapat dikongsi bersama. Menghasilkan padi yang lebih banyak. Dan keadaan kita sekarang ni. Sekarang-sekarang ni keadaan yang mendesak. Tadi disebut oleh apa nama YB. Tokai. Di mana ada kawasan-kawasan bendang yang ditimbus untuk di binakan rumah. Mengecil kawasannya. Walaupun kita ada 100 ribu hektare lebih keluasan MADA di Kedah dan Perlis. Tapi semakin lama, semakin kecil, kita tak kawal.

Jadi varieti yang baik, menghasilkan biji benih yang banyak, 400, 500, 700 biji setangkai, menampung kepada kurangan yang dihasilkan disebabkan oleh kurangan tanah. Input kepada sawah ni bukan padi sahaja, bukan benih sahaja. Pertama tanah, kedua air, ketiga benih dan seterusnya lah. Semua ni sebenarnya seimbang. Kalau tanah kurang ataupun apa nama usaha yang dibuat oleh pesawah-pesawah menjadi kurang, kita tampung dengan varieti padi yang banyak yang menghasilkan benih atau menghasilkan hasil yang banyak untuk menampung keperluan ni. Bahkan kita usaha meningkatkan keperluan negara ni dengan menambah tinggi pendapatan ataupun hasil daripada padi di Kedah ni untuk menampung lebih banyak keperluan beras di pangkat negara.

Untuk kita mengurangkan import yang menekan makanan jumlah yang bilion-bilion setiap tahun. Jadi, itulah usaha yang kita kena buat. Kita harap apa nama usul kita diterima. Di angkat kepada peringkat yang lebih tinggi. Putrajaya dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk diberi ruang kepada komuniti untuk usahakan. Komuniti ni bukan maksudnya orang kampung biasa sahaja. Kita boleh pi PPK, PPK yang usahakan ataupun kelompok-kelompok tentu, koperasi sebagainya yang ada usaha inisitif untuk buat. Untuk melaksanakan tanaman ataupun penghasilan varieti baru ni ataupun varieti yang tahan ataupun yang sesuai dengan tempat mereka. Cuma kita minta agensi-agensi yang berkaitan, MARDI ke atau sebagainya memberikan semua yang baiknya kepada pihak yang usaha untuk wujudkan varieti yang baru.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih kepada YB. Ayer Hitam. Cadangan dan usul yang dikemukakan oleh kita ni satu cadangan yang baik menunjukkan keselesan, kesungguhan kita negeri Jelapang Padi ni. Dan saya melihat poin-poin yang kemukakan oleh sahabat kita di pihak pembangkang tadi seolah-olah tidak nampak kebaikan ini dan banyak daripada kemarin lagi semuanya menyatakan bahawa kita serah kepada Parlimen untuk kemukakan di Parlimen. Bayangkan isu Zara Khairina tu yang disebutkan oleh semua ahli Parlimen, boleh kata 5-60 orang ahli Parlimen kita bercakap, tiba-tiba tidak ada respon satu pun daripada menteri – menteri. Jadi ini menunjukkan bahawa kalau kita bawa ke Parlimen, kalau di peringkat Parlimen mereka tak mahu ambil perhatian. Jadi kita rasa peringkat Kedah ini kita bawa satu usul daripada kita sendiri dan barulah mereka akan mendengar. Itu pandangan saya.

Mencelah sikit.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Baik.

Terima kasih YB. Ayer Hitam. Saya nak respon sikit kepada YB. Bukit Lada yang menyatakan tidak ada respon daripada menteri KDN. Saya rasa dah ada. Tapi memang ada respon daripada Menteri Dalam Negeri. Jadi saya rasa isi kandungan tu lebih kurang sama saja. Terima kasih.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Sidam. Terima kasih YB. Bukit Lada yang beri pandangan. Ya saya setuju. Kita perlu angkat satu suara daripada Kedah ini melalui Dewan Negeri ini supaya Putrajaya ataupun peringkat persekutuan nampak suara kita. Dengar suara kita dan beri perhatian kepada suara kita dan menerima suara kita sebagai orang yang bekalkan 43% beras negara terlibat secara langsung kepada negara. Supaya ialah varieti yang kita bincangkan pada hari ini. Apa nama pun lah. PASAK. Ini sebut oleh apa nama YB. Kota Siputeh. Padi Sejahtera Kedah. PASAK. Apa nama Pasak apalah? 1 Pasak 2, 3, 4, 5. Peluang kepada apa nama ke depan ini merupakan satu kerjasama antara kita pesawah, petani, komuniti dengan agensi-agensi kerajaan. Yang penting terima dulu usul ini, bawa ke atas dan atas pun terima usul ini. Kemudian kita boleh sit down. Buat meja bulat, buat forum, buat seminar sebagainya. Menggabungkan semua penyelaruhan dan sebagainya untuk sama-sama menikmati.

Speaker

YB. Tokai ada minta laluan YB. Ayer Hitam.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Terima kasih YB. Ayer Hitam. Saya rasa isu pokok yang kita menghadapi masalah dengan padi ini adalah kalau musim tanam padi, benih takda. Kemudian bila tabur benih, dia mai sekali dengan krladi agas lah. Dia mai sekali dengan rumput-rumput lain lah. Yang membekalkan benih pada kita ni, kilang-kilang yang tak buat bendang pun. Ini yang kita jadi masalah. Kita nak daripada orang yang buat bendang tu sendiri, buat benih. Macam Tok Wan saya dulu, ayah saya dulu, tanam padi, ambil padi kering, jemur bagi elok-elok. Anginkan padi tersebut supaya dapat padi yang berat, yang elok, yang isi dia mampat. Itu yang kita buat benih.

Dimana petani tanam, petani buat benih, dia tahulah benih yang dia nak tu. Tak lah kilang yang bekalkan. Kilang pun tak buat sawah, tak buat benang, tak tanam padi. Ambil dekat orang lah. Dia tak tahu hasil dia macam mana. Macam 3-4 tahun lepas, Pak Ali, tempat saya. Dia tanam padi, dia kata ini padi untuk benih yang diusahakan oleh satu syarikat. Maknanya dia jaga elok. Dia buat bendang tu memang 100% punya jaga untuk benih yang baik. Jadi inilah kualiti, varieti yang kita nak supaya petani bila tambah besok, kalau tak 100% pun 90%, dia boleh tumbuh. IRRI, International Rice Research Institute di Lagos, Filipina, dia ada 127,000 varieti padi. Jadi kita pergi situ tengok lah. Tengok macam mana varieti dia. Terima kasih, YB. Tuan Speaker.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Tokai. Saya setuju dengan apa yang sebutkan YB. Tokai dan menjadikan sebahagian pada ucapan saya. Ya, cerita lama-lama begitulah cerita zaman kita dulu. Tokwan kita, ayah kita yang usahakan sawah bendang ni, mereka sendiri yang usahakan. Adakah varieti padi. Atau varieti yang sedia ada, dia jaga dengan elok. Dalam serelung ataupun 2-3 serelung padi yang ditanam, sikit disimpan untuk buat benih. Dikerat semua, simpan lebih kurang sepenjuru. Sepenjuru ni lebih kurang 100-120. Simpan sikit, pergi lama sikit. Potong yang lain, tinggal yang tu. Mungkin tambah 20 hari, 30 hari lagi. Supaya dia betul-betul matang. Bila dikerat, dipukul atau setengah ni diketam, dihiris sebagainya. Bawa balik ke rumah, dijemuk, diurui. Disimpan di jelapang, tempat-tempat yang sesuai. Supaya dapat digunakan untuk mengusahakan sawah selepas itu pula. Proses yang agak lama tapi hasilkan hasil yang cukup banyak, cukup baik. Berbanding dengan sekarang ni, bila beli secara terbuka kepada benih sah, walau benih sah. Tapi kadar kemungkinan dia untuk tumbuh sekitar 20%. Dengan mai pula padi agas bersama dia, disebut begitu. Ataupun tak sesuai dengan tempat sawah itu. Hasil yang kurang. Inilah yang kita nak angkat. Supaya kerajaan beri persetujuan kepada kita ni untuk kita hasilkan sendiri varieti i kita. Untuk kita kembangkan isteri padi di tempat kita ni insyaallah. Dengan itu kita akan menjamin makanan untuk negara kita. Dan insyaallah menambah pendapatan para petani pesawah yang semakin hari semakin tertekan oleh kasar hidup yang semakin meningkat.

YB. Tuan Speaker, saya pun tak nak panjangkan perbahasan. Dengan ini saya menyokong usul dibuat oleh YB. Kota Siputeh Tentang Pembiak Bakaan Tanaman Padi. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Ayer Hitam. Seterusnya EXCO, YB. Suka Menanti.

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato` Seri Menteri Besar Kedah. Yang Berhormat Dato Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Yang Berhormat Dato Wira Kewangan Negeri. Yang Berhormat Ahli – Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Dato – Dato Ahli Yang Berhormat.

Tuan-tuan dan Puan – puan yang dihormati sekalian. Syukur kita pada hari ini kita dapat jumpa Dalam Yang Mulia ini untuk membincangkan satu isu yang amat penting. Bukan sahaja pada penduduk negeri Kedah, malahan seluruh penduduk Negara Malaysia. Saya ingin nak respon sikit Yang Berhormat Tuan Speaker kepada apa yang dikatakan YB. Sidam tadi. Dia tanya, adakah petani-petani kita sanggup nak buat uji-kaji dan sebagainya. Jawapan saya ringkas. Kalau petani kita tak sanggup, mana mungkin negeri Kedah ini menjadi Jelapang Padi Negara kita. Orang dulu-dulu buat bendang apa? Tak ada apa-apa pun YB. Sidam. YB. Sidam biasa buat bendang kan? Dulu buat apa? Hanya memekalkan dengan cangkul parang. Tetapi dapat menghasilkan seperti kata YB. Anak Bukit. Benih mahsuri yang digunakan oleh petani luar negara. Kerana benihnya cantik, rasanya sedap, baunya harum. Mana mungkin petani kita tak sanggup dan tidak mampu menguji-kaji benih yang baru. Hanya YB. Sidam. Petani kita tak sanggup lagi berada dalam keadaan kemiskinan. Walaupun mereka berpeluh. Siang hari, tengah hari, matahari terik. Bersusah payah memandang padi untuk memastikan kita yang ada di dewan ini boleh makan beras setiap hari. Itu jawapan dan respon kepada saya YB. Sidam.

Ahli – Ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian. Terlebih dahulu saya izin mengarakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya. Untuk buat ucapan pengulungan pada Sidang Dewan Yang Mulia ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli – Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menyentuh pesawah kita. Sesungguhnya pesawah negeri Kedah bukan sekadar petani tetapi mereka adalah penjaga amanah negara. Penyambung hayat perut rakyat dan pewaris sawah bendang yang telah terbentang sejak berabad lamanya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, setiap hari lebih dari 70,000 pesawah di Kedah mengerah keringat mereka untuk memastikan rakyat malaysia tidak kelaparan. Namun realitinya mereka masih bergelut dengan beban kos pengeluaran yang tinggi serta hasil yang tidak menentu. Walaupun negeri Kedah dikenali sebagai jelapang kepada negara, realitinya ekonomi pesawah masih berada pada tahap yang membimbangkan. Pendapatan yang terima tidak seimbang dengan beban kos pengeluaran menjadikan sebagian besar pesawah terus bergelut dalam kitaran kemiskinan. Hari ini menuntut perhatian serius agar mereka dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik selari dengan jasa besar yang mereka curahkan kepada negeri dan negara yang kita cintai ini. Ini ditambah pula dengan cadangan ataupun usaha cadangan pindaan akta 634 iaitu Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 yang pada dasarnya bakal mengawal biji benih milik pesawah serta petani kita sejak zaman berzaman.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin tegaskan dewa ini bahawa Akta 634 ini tidak memihak kepada pesawah kecil kita sekali-kali. Cadangan untuk meminda akta ini adalah untuk membolehkan Malaysia memintai konvensyen UPOV. UPOV berkemungkinan akan menjadikan pasaran benih negeri Kedah dimonopoli oleh syarikat-syarikat benih yang besar-besar. Pesawah, petani sayuran dan petani buah-buahan tidak lagi bebas menyimpan, berkongsi dan menjual benih secara kecil-kecilan. Pindaan akta ini akan menjadikan pesawah terlalu bergantung kepada syarikat besar. Mereka hilang hak tradisi menyimpan, bertukar dan menjual benih yang selama ini menjadi tunjang kekuatan sawah bendang melayu Kedah Darul Aman yang kita cintai ini. Inilah bentuk penjajahan moden ke atas petani kecil. Para petani kita mesti dimerdekakan daripada penjajahan ini. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, ketika ini 30% daripada pesawah negeri Kedah mengamalkan aktiviti menyimpan, berkongsi dan menjual benih sesama mereka kerana benih yang mereka hasilkan sendiri lebih berkualiti, diyakini dan boleh menjimatkan kos seperti yang diperkatakan oleh YB. Tokai dan beberapa Ahli Yang Berhormat sebentara tadi.

Dulu-dulu Tok Nenek kita pun buat benih sendiri lah, seperti yang dikatakan oleh YB. Ayer Hitam dan sebagainya. Dalam 10 petak, 1 petak dia buat benih. Tak ada apa nak kena tunggu mana - mana saintis pun. Mereka sendiri saintis, itu telah membuktikan YB. Sidam, bahawa petani kita berkemampuan mempunyai daya pemikiran yang baik dapat menghasilkan benih-benih yang dulu ini…

Boleh mencelah?

Speaker

Saya tak benarkan celahan. Saya minta EXCO terus buat pergulungan.

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Malangnya ada pula cadangan RUU Kualiti Benih Tanaman yang akan mewajibkan perlesihanan kepada semua individu yang menyimpan, memproses dan menjual benih tanaman. RUU ini adalah satu tindakan yang akan membebankan petani-petani kecil kita. Peraturan sedia ada dengan beberapa penambahbaikan seperti persijilan mirip sijil halal sudah mencukupi untuk mengawal selera pasaran benih komersial. RUU ini berkemungkinan hanya akan menjadi alat untuk mengawal sistem benih padi, benih petani yang akhirnya membuka jalan kepada penguasaan pasaran oleh syarikat-syarikat besar sahaja.

YB. Tuan Speaker. Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli YB. Kota Siputeh yang telah membawa usul bersejarah ini ke dalam Dewan. Usul tersebut mencadangkan Pelaksanaan Program Pembiak Bakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti atau PPB sebagai langkah strategik untuk memperkaya kepelbagaian varieti padi dan memperkasakan kearifan tempatan petani kita di negeri Kedah Darul Aman ini. Sebagai Jelapang Padi Negara, Kedah tidak boleh terlalu bergantung kepada beberapa varieti popular sahaja. Risiko penyakit seragam, perubahan iklim dan kehilangan kepelbagaian genetik amat besar jika kita terus bergantung kepada sistem semasa. Justeru, saya menyatakan sokongan penuh terhadap usul YB. Kota Siputeh supaya nasib para pesawah serta petani Kedah Darul Aman ini lebih terbela.

YB. Tuan Speaker, daripada kita menyekat pesawah, mengapa tidak kita angkat mereka sebagai rakan kongsi inovasi. Jangan ingat pesawah petani kita ini tak cerdik. Mereka cerdik. Tapi mereka dah ikat tangan, ikat kaki, tinggal tak boh tape dekat mulut mereka lagi. Bagilah ruang untuk mereka berinovasi. YB. Sidam. YB. Sidam juga seorang bekas petani. Tentu sekali kalau kita disekat, macam mana kita nak bergerak. Bagilah petani kita ini ada pilihan. Seperti yang berkatakan oleh YB. Tokai dan juga YB. Kupang tadi. Mereka nak benih yang terbaik. Sebab mereka bawa keluar modal. Ingat senang kalau nak buat bendang. YB. Tuan Speaker juga dok gangguk tu, besa buat bendang itu saya tahu. Dok cerita masalah kat saya macam-macam. Banyak mengadu hal itu. Minta mesin pula.

Dua kali sebut Sidam ni tak boleh tak boleh mencelahkah? Dua kali dah sebut nama Sidam ni.

Speaker

Tak, tak celah dah. Pergulungan. Kita bagi habiskan.

Tuan Haji Dzowahir bin Ab GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Daripada kita menyekat pesawah, mengapa tidak kita angkat mereka sebagai rakan kongsi. Inilah yang disebut sebagai Pembiak Bakaan Tumbuhan Participatory atau PPB. Pembiak Bakaan Tumbuhan Participatory adalah anjakkan paradigma dalam dunia petanian. Ia mengiktiraf pesawah bukan hanya sebagai penerima teknologi tetapi sebagai pencipta bersama varieti baru. Melalui PPB, pesawah bekerjasama dengan pakar untuk memilih benih. Bukan buat seorang-seorang.

Bukan bersama pakar. Ujian varieti akan terus di sawah. Pesawah sendiri menilai prestasi varieti yang paling sesuai dengan tanah dan cuaca mereka. Kaedah ini meningkatkan rasa kepunyaan ataupun sense of belonging dengan izin, pesawah terhadap varieti baru mereka. Apabila pesawah percaya, mereka akan menanam tanpa ragu-ragu dan kadar kejayaan juga lebih tinggi. Insyaallah.

YB. Tuan Speaker, kaedah ini bukan teori semata-mata seperti yang disebutkan oleh YB. Kota Siputeh tadi. Di China, Indonesia, Filipina dan Bangladesh, kaedah ini sudah lama dipraktikkan. Hasilnya, mereka berjaya menghasilkan ratusan varieti padi unik yang tahan penyakit tempatan sesuai dengan pelbagai tanah dan mempunyai rasa serta aroma yang digemari pengguna. Yang lebih penting, varieti ini bebas ditanam dan sudah dikongsi tanpa sekatan hak cipta yang terlalu ketat. Inilah asas kekuatan pesawah mereka. YB. Tuan Speaker, justeru saya ingin mencadangkan projek Rintis Padi Kedah Rakyat di sebuah kawasan di Tobiar, Pendang yang mana pada ketika ini telah saya jadikan plot percubaan ataupun Test Plot dengan izin bagi tanaman dan teknologi berasaskan padi.

YB. Tuan Speaker, kawasan ini telah ada kerjasama dengan agensi nuklear serta UITM telah menguji kaji 5 jenis varieti padi bakar baru yang jenis tahan kemarau atau kurang air. Jenis tahan banjir atau pokok tinggi atau batang kuat jenis. Sesuai untuk air masin pun ada daripada uji juga. Jenis biji padi banyak lebih daripada 200 biji setangkai. Jenis tahan penyakit atau kerah batang atau hawak daun dan tempoh penuaian ialah 90 hingga 90 hari sahaja dan ujian-ujian sini sedang dijalankan di tapak percubaan ataupun test plot kita di Tobiar, Pendang. Objektif melahirkan varieti padi Kedah tempatan hasil kebanyakan ilmu, saintis dan kearifan pesawah. Latihan asas pembiakkan bakaan kepada kumpulan pesawah keras pemilihan dan penanaman benih di sawah pesawah sendiri. Dokumentasi dan perkongsian varieti baru dan komuniti pengiktirafan kepada pesawah sebagai pembiakbakaan tempatan. Projek ini bukan sahaja meningkatkan kepelbagaian varieti padi tempatan tetapi juga memperkasakan pesawah sebagai pelindung kedaulatan benih negara.

YB. Tuan Speaker, izinkan saya menegaskan beberapa perkara.

1. Hak pesawah terhadap benih mereka mesti dipertahankan. Cadangan Pindaan Akta 634 wajar disemak semula.

2. Pendekatan Program Pembiakbakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti atau PPB dan projek Rintis Padi Rakyat Kedah perlu disokong demi masa depan pesawah dan petani kita.

Saya juga ingin memohon pertimbangan pihak Kementerian sekali lagi untuk menimbang dan mengkaji semula sistem subsidi benih padi yang diberi terus kepada pesawah. disini saya ingin mencadangkan supaya subsidi benih padi sah diberi terus kepada pesawah, bukan kepada pengilang – pengilang. Yang kedua, saya ingin mohon pihak Kementerian untuk mempertimbangkan, untuk memperbanyakkan lagi syarikat-syarikat yang diberi lesen ataupun quota untuk mengedar benih padi sah. Sekarang ni YB. Tuan Speaker, hanya ada 4 syarikat sahaja yang ada lesen dan quota untuk mengedar benih padi sah untuk Kedah dan Perlis. Jadi, faham-faham lah maksud saya tu.

Kita ada lebih di Kedah sahaja, lebih daripada 70,000. petani syarikat yang boleh bekal subsidi 4 sahaja. Adakah patut? Bagi lagi 10 apa salahnya? Bagi peluang kepada pesawah-pesawah untuk ada pilihan. Kalau kata kilang A benih dia tak elok, dia boleh pilih kelang B. Ini 4 syarikat tu sahaja. Sebab itulah ada pesawah-pesawah kita ni buat benih sendiri. Jangan marah kat mereka. Tengok balik sistem yang ada ni. Kaji balik. Adakah ia menguntungkan petani ataupun menguntungkan orang-orang pihak sahaja. Kita nak jaga petani. Pasal mereka yang buat bendang. Oleh kerana mereka buat bendang, kita boleh makan beras setiap hari. Kena jaga mereka lah. Jangan jaga puak kilang. puak kilang tu kaya dah.

Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker. Sebutir padi yang jatuh ke tanah bukan sekadar makanan tetapi lambang kedaulatan sebuah bangsa. Maka dengan penuh tekat saya nyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman akan terus membela pesawah menuntut hak mereka memperjuangkan insentif yang tertunggak dan melaksanakan pendekatan baru demi menjadikan sawah kedah terus hijau dan menguning hasilnya melimpah dan pesawahnya sejahtera. Saya sudahi dengan serangkap pantun Yang Berhormat Tuan Speaker.

Padi Menguning Indah Terbentang, Angin Berlagu Di Waktu Senja, Peluh Didahi Bukanlah Kurang, Hidup Petani Penuh Berjasa.

Sekian, Wabillahi Taufiq Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Suka Menanti atas pergulungan ke atas usul yang telah pun dibentangkan.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masalah di hadapan Dewan sekarang adalah satu usul yang berbunyi seperti berikut :-

“Bahawasanya Dewan Undangan Negeri Kedah yang bersidang pada hari ini mencadangkan Pelaksanaan Program Pembiakbakaan Tanaman Padi oleh Komuniti untuk memperkayakan kepelbagaian varieti dan memperkasakan kearifan tempatan di Negeri Kedah Darul Aman”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”.

Speaker

Kedengaran saya menampakkan setuju itu lebih. Makan usul ini diluluskan.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Tangguhan Sidang Dewan.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan tangguhan Sidang Dewan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker. Sebelum saya membacakan teks untuk Penangguhan Dewan kali ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli - Ahli Yang Berhormat.

Pegawai-pegawai daripada agensi jabatan negeri dan persekutuan yang telah mengambil bahagian secara langsung dan tidak langsung dalam persiapan dan perbahasan dalam Sedang Dewan pada kali ini. insyaallah kita akan bertemu lagi kalau umur panjang dalam Sidang Bajet yang dijadualkan pada Oktober atau November akan datang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Mesyuarat Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak.

Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Saya juga memohon atas kekhilafan yang berlaku yang tidak disengajakan. InsyaAlah perkara itu tidak akan berulang.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan ini menangguhkan Sidang Dewan pada kali ini sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Dan ketukan ini memang betul – betul.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.