Kedah · 11 November 2025
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 260 turns · 37,343 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi dewan disambung semula bacaan doa. dipersilakan Tuan Setiausaha.
Bacaan doa.
Ahli-ahli yang berhormat sekalian pada hari ini Dewan Undangan Negeri Kedah ada menerima kunjungan daripada pemerhati, daripada Kolej Sultan Abdul Hamid seramai 30 orang. Selamat datang diucapkan kepada semua.
Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.
Sesi pertanyaan-pertanyaan mulut.
I. Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Mulut.Questions
Dipersilakan YB. Pedu.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan semua ahli mesyuarat. saya nak patun sikit YB. Tuan Speaker, Dari Pedu ke Jeneri, Singgah sat di telaga batu, Soalan hari ini di awal pagi, Mohon jawapan nombor satu,
1. Pohon dinyatakan apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mempertimbangkan rayuan rakyat terhadap kadar premium tanah yang tinggi bagi lot kediaman dan pertanian di Negeri Kedah?
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.
YB. Tuan Speaker, Pedu mohon dinyatakan langkah Kerajaan Negeri dalam mempertimbangkan rayuan terhadap kadar premium yang tinggi bagi lot kediaman dan pertanian di Kedah. Jawapannya ialah kadar premium di bawah kaedah 8 Kaedah-Kaedah Tanah Kedah Darul Aman 2018 telah dibuat pindaan dan diwartakan menurut warta Nombor 36 Jilid 67 Tambahan Nombor 10 bertarikh 5 September 2024. Walaubagaimanapun, kadar premium yang dikenakan tersebut didapati mendapat rungutan daripada pemohon yang menyatakan premium yang dikenakan adalah tinggi dan membebankan pemohon terutama yang berpendapatan rendah. Oleh demikian, pentadbiran tanah Kedah telah membuat kajian dan semakan semula berdasarkan semakan semula tersebut kadar premium di bawah Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Tanah Kedah Darul Aman 2018 telah dipinda semula dan diwartakan menurut Warta Nombor 14 Jilid 68 Tambahan Nombor 6 bertarikh 3 April 2025. Pengurangan kadar premium yang dikenakan pada tahun 2025 berbanding tahun 2024 bagi kategori pertanian adalah antara 10% hingga 30% dan kategori bangunan kediaman adalah antara 10% hingga 20% mengikut pendapatan isi rumah. Saya rasa pernah diterangkan di Dewan Yang Mulia ini YB. Tuan Speaker sebelum ini. Contoh bagi pemohon yang berpendapatan isi rumah RM1,700 sebulan ke bawah. Isi rumah bukan pemohon satu rumah tu yang berdaftar dengan E-Kasih atau JKM atau Lembaga Zakat dikenakan premium 10% sahaja daripada nilaian tanah. Kalau nilaian tanah itu 30% maka premiumnya RM3,000. bagi isi rumah yang berpendapatan RM1,700 himgga RM3,000 sebulan, premium dikenakan ialah 20% pada 2025. Ini dikurangkan daripada 30% kepada 20%, kalau tanah tu nilai dia RM30,000, 20% RM6,000 lah.
Bagi isi rumah yang berpendapatan RM5,000 hingga RM7,000, premiumnya ialah 25% dikurangkan daripada 40% ke 25% sahaja. Bagi pendapatan isi rumah RM7,000 hingga RM10,000 sebulan dikurangkan daripada 50% kepada 30% daripada nilaian tanah. Bagi permohon yang berpendapatan isi rumah lebih daripada RM10,000 sebulan dikurangkan daripada 60% ke 30% nilaian tanah. Kategori bangunan, yang tadi tu pertanian. Bagi pemohon berpendapatan isi rumah RM5,000 sebulan ke bawah dikurangkan daripada 40% daripada nilaian kepada 30%. RM5,000 hingga RM7,000 sebulan dikurangkan daripada 50% ke 35%. Pendapatan RM7,000 hingga RM10,000 dikurangkan daripada 60% ke 40%. Pendapatan RM10,000 ke atas dikurangkan daripada 70% ke 50%. Sekian YB. Tuan Speaker.
Soalan tambahan dipersilakan YB. Tokai.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang tadi ni pendapatan negeri akan kekurangan bila dikurangkan peratus premium. Saya nak mencadangkan untuk menambah pendapatan negeri. Sebab bila kita lihat mutakhir ini banyak kawasan-kawasan yang ditimbus oleh individu menjadi kawasan kediaman. Kadang-kadang kalau ikut kanun tanah negara hanya 5% dibenarkan. Tapi yang ni 100% ditimbus jadi kawasan kediaman. Jadi apakah salahnya untuk menambah pendapatan negeri selain daripada hutan air dan juga cukai hiburan, kita tukarkan syarat dia daripada pertanian kepada kediaman sebab banyak kawasan-kawasan yang kita lihat di Titi Haji Deris dan di Kobah misalnya, banyak dah 100% dah ditukar jadi kediaman jadi nak harap ditukar balik kepada pertanian tu saya rasa sampai kiamat pun tak bertukar balik kut. Jadi, tukar kepada status kediaman daripada pertanian boleh menambahkan hasil negeri. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Silakan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.
Terima kasih YB. Tokai, Yang Berhormat Tuan Speaker, tukar tu boleh tapi kena dimohon oleh pemohon tanah. Kerajaan ni boleh bagi notis saja sebagai tanda syarat. Bagi notis banyak sangat, jadi isu pula. Jadi kena atas keprihatinan pemilik-pemilik. Sebab bagi tanah pertanian yang 100% dibuat bangunan telah melanggar syarat tanah, dia boleh dikenakan kompaunl. Ada tindakan-tindakan berdasarkan KTN. Saya harap permohon pemilik-pemilik tanah yang telah melanggar syarat tanah daripada pertanian buat bangunan, kemukakan permohonan ke Pejabat Tanah untuk menukar syarat daripada pertanian kepada bangunan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Jeneri, seterusnya Yang Berhormat Sidam.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, saya mohon jawapan kepada soalan nombor dua. Tak ada pantunlah.
2. Musim tengkujuh menjelma lagi dan Negeri Kedah adalah antara negeri yang menghadapi risiko banjir dan banjir lumpur.
Pohon dinyatakan: -
Adakah kerajaan sudah mengenal pasti kawasan berpotensi bencana dan apakah kesiapsiagaan kerajaan dan agensi kerajaan jika berlaku sebarang bencana dan kecemasan?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Assalamualaikum selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Berhormat Sidam, soalan Musim tengkujuh menjelma lagi dan Negeri Kedah adalah antara negeri yang menghadapi risiko banjir dan banjir lumpur. Pohon dinyatakan adakah kerajaan sudah mengenal pasti kawasan berpotensi bencana dan apakah kesiapsiagaan kerajaan dan agensi kerajaan jika berlaku sebarang bencana dan kecemasan? Jawapannya Kerajaan Negeri Kedah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau lebih dikenali sebagai JPBN sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang bencana sepanjang musim barat daya atau musim timur Laut yang dijangka bermula pada bulan November hingga March setiap tahun. Berdasarkan data hotspot JPS Kedah sebanyak 119 lokasi telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir di seluruh negeri Kedah. Hotspot banjir JPS ialah kawasan yang berisiko mengalami banjir dengan kekerapan tidak kurang daripada tiga kali dalam tempoh 3 tahun terkini. Antara daerah yang dikenal pasti berisiko tinggi ialah Baling, Kuala Muda, Yan, Kubang Pasu, Pendang, Dan Kota Setar. Kawasan-kawasan ini kerap terjejas akibat limpahan sungai, hujan yang lebat berterusan dan banjir piong di kawasan berbukit. Bagi persiapan dan kesiapsiagaan hadapi banjir di semua peringkat antaranya ialah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Setiausaha Kerajaan Negeri SUK diadakan bagi menyelaras tindakan di antara semua agensi termasuklah pihak berkuasa tempatan PBT Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jabatan bomba dan penyelamat (JBPM), angkatan pertahanan awam malaysia (APM), polis diraja malaysia (PDRM) serta Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Arahan kesiapsiagaan turut dikeluarkan kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk mengaktifkan pelan tindakan masing-masing. Dari segi kekuatan sumber manusia seramai lebih 5,000 petugas daripada pelbagai agensi telah bersiap siaga 24 jam di lokasi strategik. Dari segi logistik pula sebanyak 199 bot penyelamat 113 lori, 387 kenderaan pacuan empat roda serta lain-lain logistik sedia digerakkan semasa bencana berlaku. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga turut disiapkan dengan keperluan asas seperti makanan, selimut, tilam dan kit kebersihan bagi kegunaan mangsa. Dari segi amaran awal dan pemantauan aras sungai, JPS bersama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia melaksanakan pemantauan paras sungai dan hujan melalui sistem terimetri dan juga public info banjir yang dikemaskini daripada masa ke semasa.
Langkah dan tindakan yang diambil semasa bencana apabila amaran cuaca buruk dikeluarkan, Pusat Kawalan Operasi Bencana PKOB di setiap daerah akan diaktifkan serta-merta bagi menyelaras pengoperasian bantuan pemindahan dan juga keselamatan mangsa. Peranan PKOB negeri dan daerah juga di aktifkan apabila sesuatu bencana berlaku. pegawai daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah akan memainkan peranan utama selaku pengurus bencana di peringkat daerah. Melalui peranan ini pegawai daerah akan menilai tahap ke seriusan sesuatu bencana dan jika difikirkan wajar, pusat kawalan operasi bencana daerah PKOB akan diaktifkan. Pusat Kawalan Operasi Bencana daerah PKOB daerah adalah satu badan yang digerakkan bagi tujuan untuk menyelaras segala pengurusan bencana seperti pengumpulan maklumat, atur urus logistik, kenderaan bantuan kecemasan dan misi menyelamat serta pembukaan dan pengurusan pusat pemindahan sementara. PKOB daerah juga akan melaporkan situasi bencana kepada Sekretariat Bencana di peringkat negeri yang diurusetiakan bersama oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM dan Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat SUK Kedah. Sebanyak 804 buah Pusat Pemindahan Sementara PPS diwujudkan di Negeri Kedah merangkumi 12 daerah dengan jumlah kapasiti 165,995 orang boleh ditempatkan pada satu-satu masa. Ianya terdiri daripada sekolah 590 buah dewan, 104 buah balai raya 2 buah, masjid 43, buah surau 58, buah pusat komuniti 4, buah dan lain-lain satu buah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco, soalan tambahan Yang Berhormat Sidam.
Bolehkah pihak kerajaan nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan depoh bencana negeri sentiasa bersedia menghadapi situasi banjir. Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Exco.
Terima kasih YB. Sidam untuk soalan tambahan. Bagi menghadapi kemungkinan kejadian bencana terutama semasa monsun timur laut. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah telah mengambil langkah proaktif melalui penyediaan dan pengukuhan depoh bencana negeri. Depoh ini berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan juga pengedaran utama bagi barang-barang keperluan asas seperti masa bencana di seluruh negeri. Antara barangan yang disediakan di tempoh termasuklah retort, biskut, serta barang-barang keperluan asas yang lain seperti pakaian, tuala, selimut, toto, kain batik, dan kain pelekat. Selain pada itu, bagi memenuhi keperluan khusus, mangsa yang berlainan latar belakang juga akan disediakan. JKM Kedah turut mengekalkan mini depoh dan ministor bencana di setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bagi memastikan bantuan dapat digerakkan dengan cepat dan teratur sebaik saja berlakunya bencana. Proses penghantaran dan pengagihan bekalan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti NADMA, Pejabat Daerah, APM, RELA serta Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan keperluan mangsa dapat disalurkan dengan segera terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Exco dan seterusnya Yang Berhormat YB. Guar Chempedak.
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih YB. Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh mohon jawapan untuk soalan nombor tiga terima kasih.
3. Kita sudah menghampiri penghujung tahun 2025 di mana Program Tahun Melawat Kedah 2025 begitu berjaya melonjakkan aktiviti pelancongan Negeri Kedah.
Pohon dinyatakan apakah perancangan pihak pelancongan untuk tahun 2026 di mana ia juga adalah tahun Melawat Malaysia?
Silakan Yang Berhormat Kubang Rotan.
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih YB. Guar Chempedak, Yang Berhormat Tuan Speaker soalan daripada YB. Guar Chempedak. Kita sudah menghampiri tahun 2026 di mana program Tahun Melawat Kedah 2025 begitu berjaya melonjakkan aktiviti pelancongan di negeri Kedah. Mohon dinyatakan apakah perancangan pihak pelancongan untuk tahun 2026 di mana ia juga adalah tahun melawat malaysia. YB. Tuan Speaker, terima kasih kepada YB. YB. Guar Chempedak kerana telah memberi kredit kepada pencapaian penganjuran tahun melawat Kedah 2025 ataupun TMK2025. Alhamdulillah seperti mana yang diperkatakan YB. YB. Guar Chempedak TMK 2025 berjaya melonjakkan aktiviti pelancongan di negeri Kedah. Selain daripada menambah ataupun pertambahan destinasi destinasi ataupun produk-produk pelancongan baru TMK2025 menjadi pemangkin kepada bertambah segarnya destinasi dan juga produk pelancongan yang sedia ada. Bagi tahun ini kita menyenaraikan dalam kalendar acara TMK 2025 hampir 170 acara kecil dan besar. Boleh dikatakan di setiap daerah dalam negeri Kedah. Di luar kalendar rasmi TMK ini ada puluhan lagi acara-acara yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Boleh dikatakan setiap minggulah kalau tidak setiap hari pun ada sahaja acara-acara yang dimaksudkan di sana sini. Sebenarnya semua ini adalah bertepatan dengan matlamat penganjuran TMK 2025 yang mana kita bukan sahaja untuk menarik kedatangan pelancong semata-mata, tetapi juga kita ingin menggerakkan ekosistem dan juga orang kata budaya pelancongan di kalangan rakyat. Kalau di Langkawi ini Yang Berhormat Tuan Speaker, mungkin sedia maklum ianya tidak menjadi masalah. Kerana sektor pelancongan ni menjadi sebahagian daripada cara hidup penduduknya. Tetapi di tanah besar ini walaupun sektor ini dah lama, tetapi hanya tahun-tahun kebelakangan ini kita gerakkannya dalam erti kata sebenar. Alhamdulillah ianya berjaya sepertimana yang kita rancangkan. dan semua kejayaan-kejayaan ini menjadi dorongan kepada kita untuk terus memperkasakan sektor pelancongan ini pada tahun hadapan selari dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026. Sepertimana yang pernah saya nyatakan dalam dewan yang mulia ini. Sebenarnya apa yang kita lakukan pada hari ini adalah usaha permulaan kepada usaha-usaha kita yang berterusan selepas pada ini untuk kita mengangkat sektor pelancongan dalam negeri Kedah kita ini.
Untuk makluman YB. Guar Cempedak dan Dewan Yang Mulia ini. Antara langkah yang sedang dan akan dilaksanakan atau hadapan ialah menambah baik ataupun membaik pulih pembangunan serta mengaktifkan destinasi pelancongan baru di seluruh Kedah. Salah satu contoh utama ialah kemudahan lif di Gunung Keriang yang sekian lama terbiar serta Tree Top Walk di Sungai Sedim yang memerlukan pembaikan. Kedua-dua tarikan ini akan diperbaiki dan diberi nafas baru pada tahun ini juga agar dapat kembali aktif sebagai destinasi pelancongan pilihan menjelang tahun hadapan. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga turut meneroka destinasi pelancongan baru untuk diketengahkan kepada umum. Sebagai contoh usaha sedang dijalankan bersama jabatan perhutanan bagi memastikan Taman Eko Rimba Sungai Teroi serta Pokok Mengkudu Gergasi yang berusia lebih 100 tahun dapat dibuka kepada lebih ramai lagi pengunjung. Dan kita juga sekarang ini sedang giat mengindahkan Pantai Leman dan Port Padang Garam yang bertempat di Kuala Kedah, yang mana kedua tempat ini sebelum ini tidak diberi perhatian. Sekarang ini alhamdulillah selepas diberi nafas baru serta sedikit penambah baikan, kini ianya menjadi tumpuan pengunjung datang menikmati panorama dan keindahannya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga turut menjadikan 170 acara yang tersenaraikan pada tahun ini menjadi panduan kepada kita sebenarnya. Untuk kita memilih untuk kita melihat acara-acara yang boleh diangkat yang boleh digilap dan dianjurkan dengan segala yang lebih besar pada tahun hadapan. Antaranya saya sebut sikit ada The Magnificient Baling 100 yang akan dianjurkan di Baling. Selepas itu, Kedah International RC Powerboat yang akan diadakan di Pendang. Lepas tu Durian Agro Tourism Fest yang kita akan anjurkan di bandar paling bahagia iaitu di Bandar Baru dan juga Iftar Perdana Eksperience Kedah dan juga Temasya Orang Kedah kita akan anjurkan di Alor Setar dan banyak lagi yang sedang di muktamadkan. Insya-Allah pada tahun hadapan kita akan pastikan insya-Allah sekurang-kurangnya satu acara yang berasaskan pelancongan dianjurkan secara besar-besaran di setiap daerah dalam negeri Kedah. Baru-baru ini Yang Berhormat Tuan Speaker, kita ada menganjurkan Program Jom Serkap Ikan yang mana dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Anak Bukit. Program tersebut kita lihat ianya mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Insya-Allah pada tahun hadapan program Jom Serkap Ikan ni kita akan buat secara besar-besaran dan di peringkat internasional. Nampak macam dengan lawak sikit YB. Tuan Speaker tetapi jika kena pada cara dia dengan promosi dia saya yakin dan saya percaya program tersebut merupakan satu program yang berasaskan kepada budaya tradisi kita yang akan dianjurkan sebagai acara tahunan yang popular di rantau ini Insya-Allah.
Perlu juga saya maklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa hubungan kerjasama antara Kedah Tourism dengan pelbagai agensi dan rakan strategik dalam dalam serta luar negara kini semakin kukuh. Jalinan ini membolehkan Kedah Tourism melaksanakan pelbagai aktiviti promosi pelancongan di peringkat domestik dan juga antarabangsa. Setakat ini Kedah Tourism telah melangkah keluar ke Jepun, Thailand, Indonesia dan Brunei bagi melaksanakan aktiviti promosi secara langsung. Berdasarkan pengalaman itu Kedah Tourism berjaya menganjurkan sendiri program Business to Business (B2B) di Sabah yang memberi peluang kepada 16 syarikat dan agensi pelancongan menyertainya. Untuk makluman lanjut, pada tahun ini juga beberapa Program Familiarisation Trip (FAM Trip) telah diadakan di Kedah. Melibatkan hampir 300 peserta terdiri daripada ejen pelancongan, mempengaruh media sosial dan wakil media dari dalam dan luar negara. Pelaksanaan program ini dijayakan melalui kerjasama erat antara Kedah Tourism dengan beberapa rakan strategik seperti Tourism Malaysia, Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia, Bumitra Islamic Tourism Centre, serta Travel For Ordering Indonesia. Dua hari lepas telah berlangsungnya satu forum pelancongan di Star City, Alor Setar iaitu satu forum yang dianjurkan oleh PATA Malaysia Chapter, PATA ni Pacific Asia Travel Assosiation. Forum tersebut adalah PATA InterState Tourism Networking Forum 2025 yang mana menghimpunkan ahli-ahli PATA dari seluruh negara termasuk daripada Indonesia, Singapura dan juga Thailand. Mereka datang untuk berbincang tentang hala tuju pelancongan dan juga duduk bersama untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara agensi kerajaan dan juga sektor swasta. Jadi ini juga menjadi satu platform yang dapat mengukuhkan lagi destinasi pelancongan di Kedah ini dirantau ini. Jadi saya ambil kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PATA Malaysia Chapter kerana memilih Kedah sebagai acara ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, segala langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini menjadi cerminan tentang komitmen kita untuk mengangkat Kedah sebagai satu destinasi pelancongan yang berada pada kelasnya tersendiri. Tanpa mengorbankan identiti warisan dan juga kekayaan alam semula jadinya. Dan insya-Allah dengan kerjasama baik antara kerajaan, pihak berkuasa tempatan, rakan-rakan dalam industri pelancongan, serta komunis tempat serta rakan-rakan strategik dari dalam dan luar negara. Kita akan terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan. Semoga usaha ini diberkati demi kemajuan negeri yang tercinta ini. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Exco, soalan tambahan, dipersilakan Yang Berhormat Tokai.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Terima kasih YB Kubang Rotan yang memberi jawapan yang agak imprehensif, RC Pendang tu bila nak buat. Habaq ah. Saya nak tanya berhubung dengan Gunung Jerai. Kita mengucapkan tahniahlah kerana tahun sudah 264 ribu pelawat dan PKNK berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan pelancongan di Gunung Jerai.
Saya nampak masih ada beberapa perkara yang masih perlu upgrade kan di atas kerana kawasan tu kawasan yang dingin kawasan tu kawasan promosi percutian di musim dingin sebab Kedah ini tidak ada 4 musim sentiasa dinginlah di atas tu terutama di waktu malam dan pagi, dan dia juga dia banyak bunga-bunga, bunga-bunga yang berkembang mekar di atas Gunung Jerai jadi apa penternakan madu lebah atau madu apa satu lagi tu, kita tak bermadu jadi kita tak ingatlah, madu kelulut haa, madu lebah dan madu kelulut diperkasakan di atas Gunung Jerai sebab banyak bunga-bunga yang di atas tu. Jadi saya rasakan ini merupakan satu bentuk promosi untuk pelancongan di Gunung Jerai dan jugak promosi khusus peranginan dingin di atas Gunung Jerai saya nampak agak berkurangan.
Masih berkuranganlah tidak seperti di Genting Highland dan tempat-tempat yang lain. Jadi apakah komen daripada Exco Pelancongan untuk menambahkan jumlah daripada 264 ribu p ke sampai 500 ribu ka tahun ni ke atas Gunung Jerai. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Tambahan sikit. Boleh kot noh. Tajuk yang sama juga berkenaan dengan Gunung Jerai. Jadi saya nak mencadangkan supaya diadakan satu lagi untuk yang dari segi pelancongan islam lah saya nampak ada lagi yang penting yang boleh kita ambil. Saya ambil satu tempat Al-Bumari begitu juga di langgar ada satu tempat iaitu Syeikh Abdul Qadir Al-Husaini. Dua perkuburan ini menunjukkan bahawa kedatangan Islam lebih awal daripada negeri Melaka. Jadi kalau boleh kita bawakan warta ini untuk kita perhebatkan lagilah daripada pelancongan Islam dan di atas Gunung Jerai itu ada lagi satu tempat yang kita belum kemukakan kepada masyarakat.
Terima kasih Bukit Lada. Silakan Yang Berhormat Exco. Dua sekali.
Baik. Terima kasih kepada Tokai dan juga Bukit Lada di atas soalan tambahan ini. Yang pertamanya kalau kita ikut laporan Jabatan DOSM daripada Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini di antara destinasi pelancongan dan terbesar di tanah ini adalah Gunung Jerai. Yang keduanya, saya juga telah beberapa kali berbincang dengan pihak PKNK yang mengurus kawasan Gunung Jerai untuk penambahbaikan dari segi infra dan sebagainya di kawasan itu dan langkah-langkah telah dilaksanakan oleh PKNK. Alhamdulillah yang kedua. Yang ketiganya, sebenarnya kalau kita pergi tu akan jem berjam-jam di atas tu nak bagitau. Dia gunung tu besar tu sahaja tapi kita melihat adanya potensi sebab tu lah yang saya bagitahu tadi, beberapa cadangan-cadangan lain untuk kita memperhebatkan lagi, Gunung Jerai kita ini termasuk lah melalui kerjasama daripada Jabatan Hutan tadi ni. Juga akan ada lepas daripada ni dalam masa terdekat ini PKNK akan ada campsite dan sebagainya, yang sedang dimajukan di atas sana dan ini juga menjadi sebahagian daripada usaha untuk memajukan pelancongan di atas Gunung Jerai itu. Dan saya juga difahamkan oleh PKNK yang berhormat Tokai, sekarang ini di atas Gunung Jerai itu ada satu ladang strawberi dalam strawberi ini saya dipahamkan akan dipindah untuk dimajukan dengan skala yang lebih besar untuk memberi lebih orang kata tumpuan pada pelancong lepas pada semua ini.
Yang Berhormat Tokai saya yakin dan saya percaya sebab itulah yang saya katakan tadi, tahun ini ialah tahun permula untuk merancakkan sesuatu, dengan ini ianya melibatkan semua pihak agensi-agensi, syarikat-syarikat untuk sama-sama memajukan sektor pelancongan. Apapun Yang Amat Berhormat saya menyambut baik pandangan Tokai tadi. InsyaAllah kita akan melihat apa lagi yang boleh kita tambah nilai di atas Gunung Jerai itu. Berbalik kepada soalan ataupun pandangan daripada Bukit Lada. Saya rasa Bukit Lada pun sedia maklum. Sebelum ini kita pernah berbincang dan saya menyokong penuh segala usaha terhadap pelancongan Islam di negeri kita termasuklah sokongan penuh saya terhadap DARSA yang menganjurkan satu program lawatan atau pondok dan juga tuan-tuan guru di negeri Kedah ini.
Seperti mana yang kita sedia maklum Kedah ini adalah satu negeri yang mana pondok lebih banyak daripada negeri lain, lebih daripada 100 pondok di Negeri Kedah ini. Ini nak bagitahu kata Kedah ini adalah negeri yang kuat dari segi pegangan agamanya. Negeri yang terus mengangkat syiar islam di negeri Kedah kita ini. Berkaitan dengan benda-benda yang yang berhormat apa ni Bukit Lada ajukan tadi. Insya-Allah pada tahun hadapan kita akan terus memperkasakan lagi aktiviti-aktiviti ataupun program- program yang berkaitan dengan islamik di negeri kita ini. Saya mengharapkan sokongan semua, mudah-mudahan hasrat besar kita ini untuk mengangkat sektor pelancongan ini untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri Kedah ini akan dipermudahkan dan juga diberkati. Terima kasih semua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Kota Siputeh.
Bismillahirrahmanirrahim, soalan nombor empat.
4. Mohon pihak Kerajaan Negeri membantu akomodasi bersama pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Kementerian Pengangkutan untuk meninjau keadaan Stesen Keretapi Kodiang khususnya bagi: -
i) Akses bagi Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas di Stesen Kodiang
ii) Menjadikan Kodiang sebagai stesen hentian akhir bagi Negeri Kedah untuk Keretapi Laju (ETS)
Dipersilakan Yang Berhormat Exco.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Adun Siputeh.
Adun Siputeh Segar Berseri, Rajin Jaga Kawasan Duk Pi Sana Sini, Selalu Dia Duk Tanya Pasal Padi, Hari Ini Dia Tanya Pasal Kereta Api.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih atas kepercayaan ahli Yang Berhormat terhadap penyediaan akses bagi golongan OKU atau orang kelainan upaya dan warga emas di stesen kereta api Kodiang. Kementerian Pengangkutan melalui Badan Akses Kereta Api atau RAC sentiasa komited dalam memastikan kemudahan di stesen-stesen kereta api mesra pengguna serta dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat termasuk golongan OKU, wanita mengandung dan warga emas. Sebagai pemilik dan pengurus aset kereta api negara merancang pelaksanaan pemasangan lif secara berperingkat di stesen-stesen yang masih belum dilengkapi kemudahan tersebut.
Inisiatif ini merupakan daripada usaha berterusan untuk menambah baik kemudahan infrastruktur, real sejajar dengan matlamat kementerian bagi memperkukuh pengangkutan awam yang inklusif dan selamat. Stesen Kodiang menyediakan kemudahan akses OKU seperti parkir khas OKU, pintu masuk automatik yang lebih luas dan pintu gate manual bagi memudahkan pergerakan masuk dan keluar terutamanya yang berkerusi roda. Selain itu, di platform juga disediakan laluan berpandu bagi memudahkan OKU penglihatan berjalan menaiki train serta ke tandas mesra OKU Rail Stations manakala projek pembinaan lift juga sedang dilaksanakan bermula pada bulan April 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan April tahun 2026. Apabila siap kelak, kemudian rail tersebut akan meningkatkan accessibility serta keselesaan pengguna khususnya golongan OKU dan warga emas. RAC akan terus melaksanakan inisiatif seumpama di stesen-stesen lain secara berperingkat bagi memastikan segala kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat. Perkhidmatan ETS tidak berhenti di stesen Kodiang pada masa ini sebab kurang jumlah penumpang yang diperlukan untuk berhenti di Kodiang. Penumpang yang ingin menggunakan komentar ETS boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut di stesen yang berhampiran iaitu stesen Anak Bukit atau stesen Arau.
Walaubagaimanapun, KTMB akan mengkaji jumlah atau permintaan penumpang dari masa ke semasa bagi menyediakan perkhidmatan ETS di stesen Kodiang sebagai stesen hentian terakhir bagi negeri Kedah pada masa akan datang. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, KTMB menyediakan 10 perkhidmatan ETS naik turun di stesen Arau dan perkhidmatan ETS naik turun di stesen Anak Bukit. Berikut adalah jadual waktu yang melibatkan stesen tersebut. Stesen Arau 12.30 tengahari, 2.00 petang, 4.00 petang, 10.30 malam. Pagi pun ada pukul 3.00 pagi, 4.45 pagi pun ada lagi. Stesen Anak Bukit 3.00 petang. Itu untuk laluan ke Utara untuk laluan ke Selatan Arau 7:30 pagi, 10.03 pagi, 2.27 petang, 4.13 petang dan 5.18 petang. Stesen Anak Bukit laluan ke Selatan jam 4.29 petang. TMB akan mengerjakan perkhidmatan komentar berhenti di stesen Kodiang sebanyak 36 trip. KTMB ada menyediakan 36 trip sehari. Jumlah penumpang komentar naik turun di stesen Kodiang takat ni adalah berjumlah 615 orang sehari. Sekian, Terima Kasih YB. Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Exco dan seterusnya soalan tambahan.
YB. Tuan Speaker, Terima kasih Suka Menanti. Kota Siputeh disini ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terlebih dahulu kepada pihak MOT dan Kereta Api Tanah Melayu (KTM) kerana melunaskan permohonan Kota Siputeh yang telah membawa surat dan juga usul yang kita tulis surat kepada KTM untuk memohon melaksanakan deif tu, Terima Kasih. Cuma disini ada dua perkara mengulas sikit berkenaan tambahan nak mohon pihak Pejabat Daerah Kubang Pasu dan pihak DO juga telah membantu kami. Sebegitu pihak DUN sendiri juga telah menulis surat.
Namun ada beberapa lagi perkara yang tidak dilunaskan tuntas berkenaan dengan pembersihan semak samun dekat dalam kawasan di tempat orang main sepak raga tuju dekat bawah titi stesen. Mereka masih lagi tak buat pencucian semak samun ular melekaq macam tu memang masih lagi masalah. Baru-baru ini mereka ada turun buat pencucian dekat sepanjang laluan rail daripada Megat Dewa sampai ke Kota Siputeh tapi perkara tu masih lagi dipotong atau dipangkas sedikit-sedikit sahaja tidak dibuat secara tuntas. Ini contoh banyak lagi tempat yang masih lagi naik hutan, kita mohon untuk laksanakan. Hari tu lepa turun pun lepa takmai bersama kita padahal kita yang tulis surat kepada mereka tapi mereka tak mai untuk kita tunjuk satu persatu tempat ini.
Yang kedua berkenaan isu ETS sebentar tadi, terima kasih atas respon Yang Berhormat Exco. Namun begitu, Kota Siputeh ingin mencadangkan juga untuk kita mendesak gesaan ini kerana saya faham jawapan daripada KTM bahawa jumlah tidak cukup dari segi pengguna disebabkan oleh mereka mencuri habis semua pengguna kita daripada Changlun, Bukit Kayu Hitam, Ayer Hitam, Kota Siputeh, semua pi ke Arau. Disebabkan itu, saya tulis disini dalam isu mohon KTM Kodiang ini untuk kita adakan laluan ETS terakhir di negeri Kedah sebagai aspek ekonomi kerana penting bagi mengekang aliran ekonomi di negeri Perlis. Orang Perlis telah banyak ambil duit orang Kedah. Jadinya kita harap kita boleh bawa duit tu masuk untuk ekonomi setempat. Terima kasih.
Kemukakan soalan lain.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak mencelah. Minta Exco jawab boleh kut.
Silakan YB. Lunas.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya kepada YB. Suka Menanti. Balik kepada soalan YB. Kota Siputeh, nampak cerita kereta api ni lalu sampai Kodiang. Kemudian banyak yang terus pi sampai Siam. Sedangkan saya nak tarik perhatian Yang Berhormat Suka Menanti juga. Ada atau tidak perancangan dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk meminta pihak TNB mewujudkan laluan. Minta maaf pihak KTM. Pihak KTM ada perancangan untuk mengadakan laluan khususnya ke kawasan Kulim Hi-Tech kerana itu adalah kawasan yang berkepadatan tinggi dari segi penduduk dan juga industry. Jadi dari segi keuntungan kepada KTM itu saya rasa itu ruang dia lebih besar. Sekiranya diwujud satu jaringan sistem rail ini melalui kawasan Kulim Hi-Tech memandangkan kawasan yang pesat membangun dan sewajarnya diberikan perhatian. Jadi, orang Kulim pun teringin juga nak naik kereta api itu. Terima kasih.
Terima Kasih YB. Lunas. Dipersilakan Yang Berhormat Exco.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Kota Siputeh dan YB. Lunas. Untuk bagi mana-mana kereta api berhenti di mana-mana stesen perkiraan jumlah penumpang adalah menjadi utama. Betul macam YB. Kota Siputeh kata, kita dok pi belanja belah Perlis. Belanja belah Siam banyak-banyak. Tapi tak buat pasal apa. Kedudukan session itu. Dan bukan kedudukan kampung-kampung depa ni kalau dekat dengan stesen mana depa tengok itulah. Macam kita pun stesen mana hat dekat kita pi tang itulah. Jadi, ini jadi satu perkiraan daripada pihak ataupun pertimbangan daripada pihak KTMB juga tang mana lepa nak bagi singgah mana terakhir. Walau bagaimanapun, insyaAllah kita akan panjangkan cadangan kepada pihak KTMB untuk mempertimbangkan supaya Kodiang ini menjadi perhentian terakhir di negeri Kedah sebelum di Perlis. Mudah-mudahan mendapat pertimbangan daripada pihak KTMB.
Untuk cadangan YB. Lunas, baru ini YAB. Perdana Menteri kata depa nak buat monorel sampai pi ke Butterworth. Kut minta dia sambung pi sampai Kulim kut insyaAllah. Saya rasa satu cadangan yang baik YB. Lunas, pasal penambahan penduduk di daerah Kulim pun makin meningkat dari setahun ke setahun. Dan Kulim seperti mana kita tahu adalah satu Kawasan industri yang pesat membangun. Mungkin pihak KTMB boleh menimbang cadangan daripada Lunas untuk tengoklah macam mana depa boleh reka laluan ataupun jajaran baru. Pi ke Kulim ataupun laluan khas kah, pi berhenti kat Kulim sat angkut penumpang sama ada kereta api atau menorel pun boleh juga untuk pekerja-pekerja yang duduk di Kulim, Penang ataupun orang Penang yang mai Kulim tak payah bawa kereta, naik kereta api. Selalu jangan bernas dan insyaAllah kita panjangkan pada pihak KTMB nanti. InsyaAllah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima Kasih Yang Berhormat Exco. Dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Anak Bukit.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Yang Berhormat Tuan Speaker.
Kuala Nerang Pekan Lama, Soalan saya nombor 5.
5. Pohon dinyatakan: - i. Apakah status projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit.
ii. Apakah tindakan pihak kerajaan bagi memastikan projek ini dapat siap dengan kadar segera (100%) demi memastikan kesejahteraan rakyat dalam mengurangkan risiko banjir dan keselamatan penduduk?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima Kasih Yang Berhormat Anak Bukit. Soalan berhubung dengan projek RTB Rancangan Tempatan Tebatan Banjir. Untuk makluman Yang Berhormat dan dewan, RTB di Sungai Kedah, Anak Bukit ini, atau RTB SKAB ini, terdapat tiga pakej. Yang pertama, bernilai 101 juta telah pun siap pada sebenarnya lama dah, 2012 bulan Oktober. Kemudian pakej yang ke tiga juga telah siap sepenuhnya pada April 2021. Yang menjadi isu sekarang ini ialah RTB Scalp ini atau RTB Sungai Kedah Anak Bukit ni pakej yang kedua.
Pakej yang kedua sebenarnya telah disambung oleh kontraktor penyiap yang asal gagal menyiapkannya lalu melantik kontraktor penyiap yang kalau dikira cut off setakat 23 Oktober 2025 telah pun mendapat lanjutan masa EoT yang keempat Ketika itu peratus kemajuannya ialah 93.08% berbanding dengan ikut jadual 99.99%. Namun demikian oleh kerana ada beberapa isu-isu teknikal yang mendapat kelulusan daripada penguasa projek, pengusaha projek ini adalah JPS di ibu pejabat dan projek ini di bawah kerajaan persekutuan sebenarnya. Mendapat lanjutan masa lagi 231 hari dan juga masa yang ke lima dan tempoh masa empat belas hari bulan Jun tahun 2026.
Kemudian yang kedua ditanya berhubung dengan apa tindakan kerajaan khasnya Kerajaan Negeri bagi memastikan projek ini dapat disiapkan dengan kadar segera. Apa pun kita berusaha untuk memastikan projek ini siap dalam masa yang ditetapkan dengan mengambil kira syarat-syarat kontrak dan sekiranya didapati tidak patuh maka pegawai penguasa atau wakil pegawai penguasa akan mengambil tindakan yang perlu dan segera untuk memastikan penyelarasan dan pemantauan yang berterusan. Insya-Allah Kerajaan Negeri akan berusaha bekerjasama dengan pasukan khas projek ini untuk kita sama-sama memastikan risiko banjir dan juga projek ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan isu-isu yang berkaitan dengan laluan lalu lintas, banjir dan seumpamanya dapat diatasi. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya, soalan tambahan YB Anak Bukit.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Kuala Nerang dan Yang Berhormat Kubang Rotan kerana buat lawatan ke projek rancangan tebatan banjir baru-baru ini. Soalan saya ialah ada tak projek-projek yang akan dilaksanakan di Kedah mulai tahun hadapan dan apakah usaha Kerajaan Negeri untuk pastikan supaya projek tersebut berjalan dengan lancar mengikut jadual? Terima Kasih.
Silakan Yang Berhormat Exco.
Terima Kasih Yang Berhormat Speaker. Terima Kasih Yang Berhormat Anak Bukit. Saya turut merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas keprihatinan dan itu juga salah satu usaha menunjukkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk membantu bagi memastikan projek itu dapat siap. Yang Berhormat sendiri turun melawat projek baru-baru ini. Untuk makluman berhubung dengan soalan tambahan daripada Yang Berhormat Anak Bukit tadi. Projek yang akan dilaksanakan pada tahun depan. Terdiri daripada 2 jenis projek secara umumnya.
Yang Pertama, sambung projek RMK 12 yang akan berakhir hujung tahun ini. Ada 7 projek semuanya. InsyaAllah akan disambung. Kemudian ada projek yang akan dibuat pada tahun depan dengan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak 3 juta iaitu projek tempatan banjir di Pengkalan Lebai Man, Daerah Kuala Muda. Fasa dua dengan kos keseluruhan 3 juta. Status setakat ini ialah peringkat perolehan dan dijangka pembinaan akan dimulakan pada tahun hadapan. Saya juga ingin mengambil kesempatan bagi mengulangi dan memaklumkan semula tentang tujuh projek yang telah dibuat sebelum ini dan akan diteruskan pada tahun ini. Yang pertama RTB Anak Bukit tadi dengan keseluruhan kos 41 juta, peratus kemajuan secara keseluruhannya 92%. RTB Pendang nombor dua 350 juta dengan peratus kemajuan setakat ini pakej satu 68%, pakej kedua 87%. Projek ketiga yang diteruskan insyaAllah pada tahun depan, RTB Baling dengan kos 15 juta dan telah siap 40%. Yang keempat, projek RTB Bandar Jitra Selatan 45 juta telah siap 75%. Yang kelima, RTB Baling Fasa 2 dengan 156 juta dah siap sebanyak 6% dan yang itu jangka siap memang lambat lagilah. Yang keenam, RTB Embangan Sungai Bongkok yang ini belum peringkat pembinaan tapi peringkat awal pembinaan 2% dengan kos 68 juta. Yang ketujuh, RTB di Bandar Baharu dengan kos 150 juta dan ini adalah di peringkat fasa perolehan dan pembinaan akan dimulakan pada tahun 2026.
Yang berikutnya, soalan tambahan tadi yang bertanyakan tentang usaha-usaha. Kerajaan Negeri memainkan peranan yang penting dalam memastikan projek RTB ini dilaksanakan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Kita memahami projek ini amat penting untuk mengurangkan risiko banjir, melindungi harta benda dan juga keselamatan awam. Sebab itu, berbagai-bagai usaha kita buat, antaranya ialah Kerajaan Negeri memperkukuhkan kerjasama di antara agensi Kerajaan Negeri JPS, JKR, PBT, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain. Bagi memastikan kelulusan teknikal, pelan reka bentuk serta isu diselesaikan tanpa kelewatan. Jadi kita harap pendekatan yang bersepadu ini akan dapat membantu mempercepatkan kelulusan KM. Kebenaran merancang, utiliti dan juga kelancaran kerja di tapak.
Dalam pada masa yang sama, Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan dengan bantu agensi dalam proses pengambilan balik tanah oleh Pejabat Tanah supaya pembinaan tidak terganggu dan berjalan lancar. Pelan mitigasi risiko akan disediakan oleh pihak GPS bagi menghadapi cabaran seperti cuaca yang tidak menentu ataupun kekurangan bahan binaan. Lagi satu ialah pemeriksaan berkala di tapak juga dilakukan bagi memastikan kualiti kerja memenuhi, menepati spesifikasi reka bentuk yang ditetapkan.
Kesimpulannya, Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha-usaha yang dibuat termasuk juga penstrukturan semula Jabatan Pengairan saliran yang merupakan agensi utama dalam melaksanakan projek tebatan banjir ini. Akhir sekali, Kerajaan Negeri turut melibatkan komuniti setempat dengan mengadakan sesi libat urus bagi menjelaskan tujuan dan manfaat projek yang akan dilaksanakan. Kesimpulannya, usaha yang bersepadu pihak Kerajaan Negeri dan semua pihak, semua agensi seluruh masyarakat. Kita harap dapat memastikan projek ini berjalan mengikut jadual. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Bakar Arang.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Pohon jawapan untuk soalan nombor enam.
6. Pohon dinyatakan: - i) Apakah sasaran sukan yang ditetapkan Kerajaan Negeri bagi tahun 2025 termasuk jumlah kejohanan negeri, penyertaan atlet, pembangunan kemudahan sukan?
ii) Apakah pencapaian sebenar setakat ini?
iii) Apakah sasaran baru dan perancangan khusus yang akan dilaksanakan bagi memperkukuh sukan Negeri Kedah bagi tahun 2026?
Silakan Yang Berhormat Exco.
Terima kasih YB. Bakar Arang. Terima Kasih YB. Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Bakar Arang, tanya tiga soalan. Yang pertamanya, apakah sasaran sukan yang ditetapkan Kerajaan Negeri bagi tahun 2025 termasuk jumlah kejohanan negeri, penyertaan atlet, pembangunan, kemudahan sukan. Yang kedua, apakah pencapaian sebenar setakat ini. Dan, yang ketiga apakah sasaran baru dan perancangan khusus yang akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan sukan Negeri Kedah bagi tahun 2026.
Soalan pertama jawapannya, sasaran sukan yang telah ditetapkan pada tahun 2025 adalah melibatkan enam jenis sukan yang telah dipertandingkan di dalam sukan termasha Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) 2025 seperti bola sepak, sepak takraw, memanah, bola jaring, pencak silat dan olahraga. Namun demikian, bagi acara sukan yang banyak memberi sumbangan pingat dan kontrak seperti pelayaran, berbasikal dan angkat berat turut diberikan penekanan oleh Majlis Sukan Negeri Kedah. Berdasarkan rekod Majlis Sukan Negeri Kedah pada tahun 2025 sahaja, pasukan Kedah telah menyertai sebanyak 24 pertandingan di pelbagai peringkat dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara dan negeri-negeri lain dengan melibatkan sejumlah 368 orang atlet. Selain itu, terdapat beberapa projek kemudahan sukan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Majlis Sukan di Kedah, Perbadanan Stadium Negeri Kedah serta Kerajaan Tempatan iaitu bagi tujuan pembangunan sukan-sukan yang disasarkan. Yang pertamanya itu, menaik taraf Padang Bola Sepak di Kompleks Sukan Mu’adzam Shah. Yang kedua, menaik taraf Trek Larian di Stadium Darul Aman. Yang Ketiga, membina Padang Bola Sepak di Daerah Pokok Sena. Yang Keempat, cadangan pembinaan ‘Multipurpose Indoor’ Stadium Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di Paya Nahu, Sungai Petani.
Kerajaan Negeri Kedah pada masa yang sama turut memberi fokus kepada pembinaan dan naik taraf fasiliti sukan-sukan yang lain, antaranya bina baharu Gelanggang Bowling padang Kompleks di Kompleks Sukan Mu’adzam Shah, naik taraf teffhoki di Kompleks Sukan Mu’adzam Shah, naik taraf gelanggang-gelanggang futsal di seluruh Negeri Kedah. Untuk saya jawab soalan soalan B untuk pencapaian, setakat 2025 sukan di Negeri Kedah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan melalui pelbagai pencapaian di peringkat negeri dan kebangsaan. Antara kejayaan yang boleh dibanggakan termasuk lah penemuan bakat-bakat baru menerusi penganjuran Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) 2025. Kejohanan SUKDA kali ke-6 tahun 2025 telah berjaya mengumpul atlet keseluruhan sebanyak 1,275 orang daripada semua-semua daerah dan jumlah atlet baru yang ditemui sebanyak 157 orang, iaitu 12%.
Selain itu, atlet-atlet Kedah juga berjaya mengharumkan nama di negeri di dalam sukan masing-masing contohnya atlet olahraga Kedah telah berjaya memecah rekod di dalam acara MSSM, atlet Ragbi berumur 17 tahun berjaya ditempatkan di dalam Skuad ‘Senior’ Kebangsaan serta 3 orang atlet berjaya di dalam pemilihan sukan di dalam pemilihan Skuad Kebangsaan untuk Kejohanan Remaja Dunia sekaligus membuktikan keberkesanan program pembangunan sukan di negeri ini. Dalam masa yang sama, pasukan Ragbi Kedah juga telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Ragbi MSSM 2025. Pasukan menembak Kedah yang tampil juara bagi kategori ‘junior’ dalam kejohanan ‘varsity shooting’ atlet angkat berat Kedah yang terpilih mewakili Malaysia termasha Sukan Remaja Asia 2025 di Bahrain serta banyak lagi pencapaian atlet-atlet kelahiran Kedah yang dilihat menjadi aset berharga bagi Negeri Kedah.
Antara lain yang mungkin disebut oleh Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Jeneri kelmarin, kita ada Pearly Tan, Sinvasangari, juga Nurul Izzah. Dan juga di peringkat Angkat Berat Mohd Azzul Bidin yang telah memenangi pingat emas Kejohanan Komanwel ‘Web Listing Championship’ di Ahmedabad, India. Itu yang itu, kemudian untuk yang terkini Sekolah TATAR Sekolah Tengku Ahmad Tajuddin telah menjadi johan bawah 17 tahun Piala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini.
Kemudian yang terbaru, dalam Piala Tun Ali baru-baru ini, kalau tengok pasukan kita telah memasuki final walaupun kita tewas dalam Kejohanan Sepak Takraw di Melaka, tapi alhamdulillah noh kita telah mencapai satu target yang tinggi, tahun lepas kita jadi Johan kategori kuadral 4 orang tu, mana tahun ni kita jadi Naib Johan Piala Antara Regu dan ini antara ‘tournament-tournament’ yang kita kata yang berprestij dan lama dah Kedah tak pernah ungguli piala-piala ni. Jadi, itulah antara apa kejayaan-kejayaan Kedah yang saya rasa semua orang ketahui dan Insya-Allah, kita mengharapkan pada tahun-tahun hadapan banyak lagi atlet-atlet kita akan dapat kita lahirkan. Untuk soalan yang ketiga, perancangan dan sasaran baharu Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti atlet dan memperkukuhkan sukan di Kedah pada tahun 2026, antaranya perancangan melantik jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan mempunyai rekod yang cemerlang. Yang kedua, mendedahkan atlet dengan kejohanan yang berprestij di kalangan peringkat umur. Yang ketiga, menghantar jurulatih dan pegawai sukan untuk kursus-kursus berprestasi tinggi. Yang keempat, memanfaatkan pencapai hasil pencarian bakat yang telah dijalankan bagi implikasikan sepenuhnya dalam Pelan Pembangunan Sukan Tahun 2026. Melaksanakan program pencarian bakat baru wanita yang akan diadakan di Padang Hoki MPSPK dan Kompleks Sukan Mu’adzam Shah dalam masa terdekat.
Untuk makluman, yang ni kita dah laksanakan besok di Sungai Petani. Siapa yang ada bakat, dalam program Pencarian Bakat Talent Identification Programme (TID) kita ada di Padang Hoki Majlis Perbadanan Sungai Petani, antara sukan-sukan yang difokuskan ialah wushu, taekwondo, olahraga, memanah, angkat berat. Jadi kawasan YB lah tak jauhlah dengan apa Bakar Arang tu. Kemudian pada 13 hari bulan kita ada pencarian bakat TID silat, olahraga, akuatik, renang, terjun, basikal, dan angkat berat. Yang itulah Bakar Arang, cuma untuk sasaran kita untuk 2026 itu meningkatkan prestasi Kontinjen Kedah didalam sukan 2026 berbanding edisi sebelumnya iaitu tahun depan di Selangor Sukma. Kemudian menyasarkan sebanyak 20 orang atlet untuk bertanding mewakili negara pertandingan ataupun Kejohanan Peringkat Antarabangsa. Untuk makluman YB juga, setakat ini peserta-peserta atlet Kedah hampir 32 orang telah mewakili negara, itulah antara kejayaan yang dapat saya maklumkan untuk hari ini. Baik, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan, YB. Bakar Arang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya ialah kita tahu yang Pearly Tan dan Thinaah merupakan Pemain Badminton Beregu dari Malaysia yang pertama kali mendapat nombor 1 di dunia ‘rangking’. Jadi, Pearly Tan adalah daripada Negeri Kedah. Jadi saya nak tanya jadi adalah, apakah penghargaan ganjaran yang akan diberikan kepada Pearly Tan sebab ini adalah kali pertama beliau menjadi wanita beregu dari negara kita nombor 1 didunia? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Exco.
Terima kasih YB. Bakar Arang. Saya ingat kejayaan Pearly Tan di Kejohanan Badminton Regu di saya tak ingat di mana tu, satu kejayaan yang besar dan alhamdulillah di peringkat negeri kita sentiasa menghargai pengorbanan atlet untuk makluman macam tahun lepas kita dah bagi ganjaran kepada atlet-atlet kita yang berjaya. Dan, Insya-Allah untuk atlet Pearly Tan mungkin kita akan masuk dalam perbelanjaan untuk tahun inilah, Insya-Allah. Baik, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco! YB. Ayer Hitam ada masa sikit lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Suka Menanti, saya nak tarik perhatian tentang jawapan yang diberi tadi tentang satu sukan Teqball yang peserta daripada Kedah kitalah ada 3 orang peserta daripada Malaysia yang ambil bahagian dalam Teqball di Sukan Asia Sukan Belia Asia di Bahrain pada hujung bulan Oktober lepas. Dan 2 daripadanya daripada Kedah, 2 daripadanya dari Kubang Pasu, seorang daripada Jitra, seorang dari Ayer Hitam, alhamdulillah lah. Dan mereka mendapat pencapaian membanggakan dapat dua pingat gangsa di Peringkat Asian lah kan.
Dan tempoh ni, merupakan 1 satu yang dipertandingkan di peringkat olimpik, saya nampak kitalah patut ada satu pemikiran kita usaha kita untuk kita nak angkat seboleh mungkinlah sukan-sukan yang agak ganjil ni yang baru ni okey, yang boleh di semua pihak rupanya anak muda kan kalau mereka berjaya mendapat gangsa di Peringkat Asian, ada lorong untuk depa akan dapat kejayaan lebih besar di peringkat olimpik mungkin. Jadi, adakah pihak Kerajaan Negeri atau pihak Exco sendiri ada memikir tentang ini untuk kita nak kembangkan ataupun kita nak adakan sukan-sukan yang sebegini untuk dikembangkan untuk fikir bakat peringkat bawahan yang saya rasa jika diberi peluang mereka akan dapat menyertai dan juga kembangkan bakat mereka.
Silakan Yang Berhormat Exco. Ringkaskan.
Baik, terima kasih YB. Ayer Hitam. Soalan tambahan noh, untuk makluman YB. Ayer Hitam yang kita menyedari tentang kejayaan-kejayaan pasukan saya pun tak pernah terus terang sebagai Exco pasal tak pernah lalui dunia sukan ni apa nama dia Teqball ni main apa tak tau macam-macam la ni ada Pickleball, Teqball, saya macam-macam ball. Saya tahu dulu football ya saya tapi apa pun Insya-Allah noh.
Dari sudut kita di Exco Kerajaan Negeri dan Insya-Allah di peringkat Kerajaan Negeri kita sentiasa menghargai sukan-sukan yang ni sebab untuk makluman apa YB. Ayer Hitam kita di peringkat Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga kerajaan kita hanya fokus mungkin kita fokus kepada sukan-sukan berprestij tinggi tapi apa pun sukan-sukan ini kita tidak akan tinggal dan untuk makluman YB Ayer Hitam wakil yang berjaya di apa baru ni Insya-Allah kita akan panggil dan kita akan bagi galakkan dan ada-ada benda-benda yang tertentu yang kita rasa kita boleh bagi sebagai sangatlah untuk anak-anak apa anak-anak kita di peringkat sekolah yang lainlah, Insya-Allah. Terima kasih YB Ayer Hitam.
II. Sesi Perbahasan Di Atas Ucapan Bajet 2026 Secara DasarAddress / budget
Terima kasih Yang Berhormat Exco dan seterusnya kita beralih kepada perbahasan di atas ucapan Bajet Tahun 2026 Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, masa yang diberi kepada ADUN-ADUN sebanyak 10 hingga 12 minit untuk berbahas, Back Benchers 20 minit dan Ketua Pembangkang 20 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Sidam.
Baik, terima kasih YB. Tuan Speaker. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Barisan Exco, YB. - YB., Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian.
Berjumpa lagi Yang Berhormat - Yang Berhormat semua di Dewan Yang Mulia ini, bagi melaksanakan tanggungjawab perundangan semak dan imbang serta menyuarakan denyut nadi rakyat dan ekspresi rakyat sesungguhnya yang mencerminkan komitmen kita dalam memastikan kepentingan rakyat Negeri Kedah berada di hadapan. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk memberi ucapan dan berbahas sempena pembukaan Sidang DUN kali ini dalam dewan yang mulia ini. Saya ingin menyentuh beberapa perkara penting yang akan saya ketengahkan yang boleh diambil perhatian oleh pihak kerajaan perhatian yang sewajarnya demi kesejahteraan penduduk Negeri Kedah sendiri antara isu-isu yang diangkat adalah berkaitan dengan kepentingan air terawat di Negeri Kedah perkembangan, pembangunan negeri dan hal berkaitan kebajikan rakyat.
Pertama sekali ialah mengenai Loji Rawatan Air (LRA). Yang Berhormat Tuan Speaker, LRA Bukit Selambau mengalami kelewatan dan kali ini memang ketara di mana EoT yang ketiga telah diberikan sehingga 16 November 2025 ini. Dikatakan isu utamanya ialah penghantaran pam yang akan mengambil masa sehingga 6 bulan menyebabkan kelesuan kepada perkembangan projek. Pembinaan LRA ini dilihatkan jadi projek ‘gajah putih’ seperti mana yang terjadi kepada LRA Sungai Limau saya berpendapat, Kerajaan Negeri perlu fokus dari segi peruntukan sewajarnya supaya masa ini dapat diselesaikan, di samping turut menyediakan pelan alternatif bagi menyiapkan projek LRA ini dengan kadar segera. Ini penting kerana projek-projek inilah adalah sebahagian daripada strategi untuk mewujudkan rizab air terawat yang lebih kukuh di Negeri Kedah pada masa ini.
Walaupun tidak disebut dalam belanjawan kelmarin mengenai LRA Bukit Selambau tapi saya berpendapat dengan komitmen ataupun campur tangan Yang Amat Berhormat, saya yakin bahawa projek ini dapat diselesaikan walaupun terlewat. Jadi, saya nak ungkit balik hal kelulut dalam sidang yang lepas, dulu kita ingatkan kelulut boleh buat sarang tanpa kita ganggu, rupa-rupanya kelulut pun tak buat sarang bila kita tak ganggu. Saya harapkan kali ini dengan penglibatan semua pihak termasuk agensi-agensi dan juga Kerajaan Negeri dapat menyiapkan projek LRA Bukit Selambau dengan berjaya. Selain itu, saya turut mengambil keselamatan dengan menekankan bahawa langkah meningkatkan kualiti air yang dibekalkan perlulah seiring dengan kenaikan tarif air yang telah dikuatkuasakan baru-baru ini yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya mengenai perumahan mampu milik. Keperluan rumah mampu milik sangat penting khususnya di Negeri Kedah yang majoritinya berpendapatan sederhana dan rendah di samping populasi yang terus populasi penduduk yang terus meningkat. Mengikut statistik bilangan unit Rumah Mampu Milik (RMM) bagi tahun 2020 sehingga 2025 mengikut ‘list’ kebenaran merancang di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti dalam buku jawapan bertulis mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Sidang DUN ke-15 yang lalu, menunjukkan tiada pembinaan dijalankan oleh 11 PBT di Kedah, pada tahun berakhir 2024 dan 2025.
Melainkan melalui Majlis Perbandaran Kulim iaitu pembinaan sebanyak 112 unit. Pada tahun 2025, hanya 3 PBT yang merancang tanpa pembinaan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani 271, Majlis Perbandaran Kubang Pasu 72 unit, dan Majlis Bandaraya Alor Setar sebanyak 42 unit. Saranan saya, agar perumahan mampu milik ini dapat dibina mengikut perancangan seperti dalam Kerangka Asas Belanjawan di Kedah 2025 bagi membantu golongan B40 dan M40 yang belum memiliki rumah, selaras dengan inisiatif rumah mampu milik RM1 juta yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia dalam RMK13.
Kesimpulannya, rumah mampu milik perlu terus menjadi fokus belanjawan kerana ia adalah asas penting dalam memastikan kesejahteraan sosial, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan lestari di Kedah. Inisiatif ini bukan setakat menjadikan tempat tinggal malahan menjadi pemangkin kepada pembangunan inskusif stabil dan mampan di Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya mengenai pembangunan dan penyelenggaraan rumah awam. Selaras dengan yang umumkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri kelmarin iaitu operasi pemutihan mengenai perjanjian sewa beli Skim Rumah di Paya Nahu, Paya Nahu 1 dan Paya Nahu 2 yang melibatkan 2,064 unit rumah. Saya pohon pihak kerajaan menitikberatkan mengenai penjagaan infrastruktur seperti longkang yang tersumbat, longkang yang kotor sangat-sangat dan sistem paip air yang bocor dan kebanyakan rosak. Seterusnya, mengenai lampu jalan yang tidak berfungsi, taman permainan yang tidak terurus dan bermacam-macam lagi di kawasan Paya Nahu. Selain itu, aktiviti pembuangan sampah yang tidak terkawal amat menyakitkan mata memandang. Oleh itu, apabila operasi pemulihan telah siap, diharapkan ia dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk-penduduk di sana.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya mengenai projek naik taraf jalan. Saya menyambut baik kerja naik taraf jalan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri mengenai naik taraf jalan batu 42 Sungai Petani, Baling ataupun ringkasnya kita sebut K824 seperti dalam buku bajet di Daerah Kuala Muda yang diumumkan dalam ucapan bajet oleh Yang Berhormat tapi kita tak tahu apakah bentuk naik taraf itu. Jadi, saya memohon dan mencadangkan supaya projek naik taraf itu dijadikan daripada dua lorong kepada empat lorong kerana laluan tersebut memang sangat-sangat sibuk, menjadi laluan utama sekitar penduduk sekitar yang menghubungkan Bandar Kulim ke Sungai Petani, Kulim Hi-Tech ke Sungai Petani.
Selain itu, kenderaan berat yang berkelajuan rendah seperti lori turut menggunakan laluan tersebut, sebagai jaringan utama penghubung ekonomi terusnya meningkatkan kesesakan. Kesibukkan puncak pula berlaku pada awal pagi di mana ibu bapa bergegas menghantar anak-anak ke sekolah. Jadi, harapkan Yang Amat Berhormat memberi perhatian mengenai perkara ini. Seterusnya, mengenai penambahbaikan infrastruktur keselamatan pasif. Pembinaan penghadang jalan dan pemasangan lampu jalan terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti selekoh tajam, jambatan, cerunan dan kawasan pembahagi jalan sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.
Kepentingan penghadang jalan tidak boleh dipandang ringan terutama dari sudut-sudut keselamatan tragedi-tragedi yang mengorbankan 6 anak-beranak selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai itu pada 5 Julai 2025 yang lepas, perlu diberi perhatian bagi mengelakkan strategi seumpamanya berulang. Oleh itu, saya percaya pihak kerajaan perlu menyediakan satu bajet secukupnya kepada infrastruktur keselamatan pasif, kerana penghadang jalan raya termasuk pemasangan lampu jalan, elemen keselamatan adalah elemen keselamatan yang sangat penting di mana ianya bukan setakat struktur fizikal tetapi komponen strategik dalam mengurangkan risiko menyelamatkan nyawa dan melindungi infrastruktur awam. Yang Berhormat Tuan Speaker, minta maaf kering.
Seterusnya, mengenai insurans rumah yang telah di habis dibayar. Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, saya sudah beberapa kali menerima aduan mengenai rumah terbakar yang tidak lagi dilindungi insurans. Di mana, pemilik rumah ataupun mangsa sudah tidak mampu untuk menampung kos yang tinggi membaiki rumah yang musnah akibat kebakaran. Oleh yang demikian dan sarankan pihak Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan, sekiranya dapat memberi insentif pengurangan insurans melalui belanjawan yang dibentangkan bagi mengelakkan mereka yang bagi menggalakkan mereka membeli insurans tersebut. Di samping itu, dipohon pihak kerajaan memperketatkan undang-undang secara keseluruhan dengan mewajibkan pemilik rumah mencarum insurans rumah yang walaupun telah habis dibayar bagi melindungi masa depan mereka sendiri.
Seterusnya, pengukuhan eleman menarik pelabur ke Negeri Kedah memenangkan Kerajaan Negeri Kedah dilihat komited mewujudkan iklim pelaburan stabil, kondusif dan mesra pelabur melalui Invest Kedah dengan pembiayaan pengurusan dan pembinaan strategik, industri dengan Konglomerat Antarabangsa. Saya juga mengambil kesempatan supaya Yang Amat Berhormat turut memberi perhatian sewajarnya berdekatan perkara ataupun projek-projek yang telah diumumkan sebelum ini dan belum dapat dilaksanakan seperti projek Pelabuhan Tanglang, Kedah Rubber City, Widad Langkasuka, Litar Lumba Sungai Petani dan lain-lain. Besar harapan saya, agar pembinaan projek-projek besar seperti ini dapat direalisasikan demi kebaikan rakyat Negeri Kedah. Seterusnya mengenai kesiapsiagaan menghadapi banjir, saya hargai inisiatif Kerajaan Negeri dalam menarik dalam menaik taraf infrastruktur saliran termasuk menyambung projek Tambatan Banjir iaitu Jajaran Pengkalan Lebai Man, bagi mengatasi masalah banjir. Namun, saya berpendapat kerajaan perlu turut mengkaji dan mengambil langkah proaktif kesan daripada projek tersebut di mana apabila hujan lebat ada aduan yang diterima mengenai air yang melimpah dari ke kawasan perumahan.
Perkara ini berlaku di mana terdapat banjir kilat dan berlumpur yang berlaku di Taman Keranji, Taman Beringin dan Taman Bertam di Sungai Petani, akibat dari limpahan dari projek Kerajaan Negeri. Seterusnya, semua ini menimbulkan tanda tanya di mana penduduk berdekatan berdekatan tidak mendapat info secukupnya mengenai projek yang dijalankan berhampiran taman perumahan mereka. Seterusnya, mengenai peruntukan sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, di atas prinsip setiap anak adalah amanah yang dilaungkan oleh pihak Yang Berhormat, saya pohon Yang Amat Berhormat Jeneri untuk menaikkan peruntukan bantuan kepada sekolah kebangsaan Cina dan sekolah kebangsaan Tamil yang ketika ini berjumlah kira-kira 157 buah sekolah, peruntukan sebanyak 300,000 yang diumumkan dilihat tidak memadai bagi memperkasakan sekolah kebangsaan Cina dan Tamil yang terdapat di Kedah. Penambahan ini perlu untuk meningkatkan mutu sistem pembelajaran SJKC dan SJKT. Selain daripada itu, buat masa ini ramai ibu bapa berbangsa Melayu juga memilih menghantar anak mereka ke sekolah SKJC. Jadi, diharapkan pihak kerajaan dapat memberi perhatian dalam perkara ini. Dalam masa yang sama, saya memohon kerajaan melalui Exco untuk melihat serta mendokong komunisi komuniti masyarakat Siam di Kedah dengan turut memberi bantuan, sokongan, kewangan, memberi bantuan sokongan kewangan untuk dan peruntukan Sekolah Bahasa Siam agar lebih tinggi dan secara konsisten. Dengan adanya peruntukan ini, diharap dia dapat memelihara dan memartabatkan sistem pembelajaran ke tahap lebih tinggi di kalangan komuniti Siam yang dianggar sebanyak berjumlah kira-kira 42,000 ribu orang di Negeri Kedah. Saya juga menjemput Exco Masyarakat Siam boleh turun bersama-sama saya melihat sendiri kedaifan dan kekurangan dalam sistem pembelajaran Sekolah Bahasa Siam Negeri Kedah.
Sekadar itu, saya juga memohon campur tangan Yang Amat Berhormat dan juga Exco, untuk mempermudahkan urusan pertukaran nama Wat Siam. Kerana sebahagian Wat Siam menggunakan nama penama individu sebagai pemilik tanah dan apabila penama tersebut meninggal dunia maka berlakulah kesukaran dalam proses pertukaran nama dan status-status Wat Siam yang baru. Jadi, nak tubuhkan nak daftar diri pun tak boleh Yang Berhormat, jadi masalah ni berlaku jadi saya harap perkara ini akan dibawa berjumpa Yang Amat Berhormat, untuk kita selesaikan. Mohonlah, mohon Pihak Berhormat mengambil maklum dan tindakan sebahagiannya kerana perkara yang ini berlarutan tanpa penyelesaian. Akhir kata, saya berharap agar cadangan-cadangan dan semua permohonan-perempuan yang saya kemukakan dapat diambil perhatian dipertimbangkan oleh Pihak Kerajaan Negeri Kedah, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sidam. Dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Asrofil Mursalin Wa Alihi Wa Sahbihi Ajma'in. Rabbish Rahli Sadri Wa Yassirli Amri Wahlul Datamir Lisani Yafahu Qauli. Subhanaka la 'ilma Lana illa Ma Allamtana Innaka Antal 'ali Murhakim. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah Hil Ali Yil Azim, Ammabai’.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Yang Berusaha Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan, Agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Yang Dihormati Pegawai Dewan, seterusnya Yang Dikasihi Para Pemerhati sama ada yang mengikuti perbahasan kita melalui dalam dewan ataupun secara atas talian.
Terima kasih Yang Berhormat Sidam, dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin Wassalatu wassalamu ala asyarofil anbiya-i wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajma'in. Rabbisyrohli sodri wa yassirlli amri wahl ukhdattan mirlisani yafkhohu qauli. Subhanaka la 'ilma lana illa ma ‘allamtana innaka antal 'alimul hakim. La hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim. Amma ba’.
Terima kasih Yang Amat Berhormat YB. Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Kerajaan Negeri, Yang Berusaha Yang Bahagia Ketua-Ketua Jabatan Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Yang Dihormati para Pegawai Dewan, seterusnya yang dikasihi para pemerhati, sama ada yang mengikuti perbahasan ataupun persidangan kita melalui dalam dewan ataupun secara atas talian di luar sana.
Terima Kasih YB. Tuan Speaker kerana memberi laluan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2026 pada hari ini. Saya diberi masa 20 minit, InshaAllah, saya cuba patuh masa mungkin tak lebih, ataupun lebih seminit dua, InshaAllah.
20 ke 30 minit.
Ah, banyak. Semalam kita ada perjumpaan dengan Adun-Adun Kerajaan selepas pembentangan bajet. Kita pun dah agih-agih dah kepada semua Adun kerajaan ni supaya bercakap menyentuh semua aspek, semua segmen yang ada dalam bajet dan tidak berlaku pertindihan yang ketara sesama Adun, supaya dapat kita hadam, kita lumatkan bajet yang kita bentang ni, untuk kepentingan rakyat luar sana. InshaAllahsaya cuma akan cakap satu dua perkara, akan beri peluang kepada lain-lain Adun untuk pembahagian dengan sebaiknya, InshaAllah.
Tahniah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas pembentangan Bajet 2026, yang bertemakan, E.R.A.T SEJAHTERA 2026. Satu kesinambungan daripada tema tahun lepas E.R.A.T SEJAHTERA 2025, yang mengambil tema daripada perancangan Pelan Pembangunan Kedah 2035, dan juga mengambil tema daripada blueprint The Greater Kedah 2050. Satu rancangan bajet yang kita patut puji yang tidak meninggalkan Pelan Pembangunan 2035 dan juga The Greater Kedah, supaya pelan-pelan itu, Pelan Kedah 2035 dan Wawasan The Greater Kedah sentiasa berjalan, tidak tinggal di atas kertas semata-mata, tidak tinggal buku semata-mata. Bermaksud setiap rancangan yang kita buat, InshaAllahdia akan diikuti dengan tindakan yang sepatutnya, untuk mencapai objektif matlamat yang kita tetapkan.
Bahasa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar mudah, kita mudah faham, tidak ada perkataan yang bombastic, tiada perkataan-perkataan yang kita kena fikir tentang perkataan itu, daripada kita nak kena fikir tentang apa yang dibentangkan. Bersahaja, diselangi dengan pantun, pepatah dan yang besarnya disulam dengan ayat Al-Quran. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar telah ambil petikan daripada Surah Yusuf. Surah menceritakan tentang Nabi Yusuf. YB. Bakar Arang, dalam Al-Quran dia adalah satu surah yang panjang, 111 ayat, khusus tentang cerita Nabi Yusuf sahaja. Yusuf ni dilahirkan 1700 tahun, lebih kurang, sebelum Nabi Isa.
Bermaksud dia mendahului zaman Nabi Isa lah, dan cerita yang panjang tentang peribadi dia, peringkat kanak-kanak, sehinggalah menjadi pemerintah, menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan di Kerajaan Mesir. Tak begitu, YB. Pantai Merdeka? Kalau salah, tegur noh. Dan tiga ayat yang dibaca oleh Yang Berhormat Menteri Besar, saya cuba, saya nak baca sekali lagi terjemahan dia untuk kita sama-sama faham apa yang dihasratkan oleh YAB. Menteri Besar dalam perancangan bajet kita pada tahun hadapan.
Surah Yusuf ayat 47 hingga 49, mafhum nya, (Yusuf) menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan makanan. Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun kemarau panjang, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk jadikan benih. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan dan padanya mereka dapat memerah dari hasil anggur, zaitun dan sebagainya”.
Tiga ayat ini menceritakan tentang, kalau sebut pakai teori lah, teori ekonomi, untuk menangani zaman kemelesetan ekonomi Mesir pada ketika itu. Dari perkataan Allah ta’ala supaya, Nabi Yusuf ni merancang satu bajet, satu pancang ekonomi, untuk menangani kemerosotan ekonomi dengan langkah penjimatan dan juga simpanan, pembelanjaan yang berhemah dan simpanan yang mencukupi untuk menangani, menghadapi masa sukar di masa hadapan.
YB. Tuan Speaker, Bajet 2026 diunjurkan hasilnya 838 juta. Satu peningkatan sebanyak 48 juta berbanding tahun sebelum ini, dan juga unjuran perbelanjaan pun meningkat sebanyak 91.4 juta kepada anggaran awal 937 juta. Peningkatan dalam unjuran hasil dan juga unjuran perbelanjaan, yang menyebabkan akan berlaku defisit sebanyak 99 juta kurang lebih 11.81%, cuma kalau kita buat perbandingan dengan belanjawan sebelum ni, 2024 diunjurkan defisit 14%, 2025 turun sikit 12.6% unjuran defisit. Tahun depan diunjurkan 11.81% bermaksud ada penurunan dari setahun ke setahun, dan kita haraplah defisit ni dari semasa ke semasa akan terus turun, dan InshaAllahmungkin tahun depan kita boleh unjurkan di bawah 10, bawah dua digit, mungkin, InshaAllah. Cuma kita tidaklah nak mengorbankan pembangunan, boleh saja buat bajet yang seimbang dengan kita kurangkan belanjaan, boleh, tetapi itu satu tindakan yang menafikan pembangunan. Cuma nak lihat cantiknya imbangan bajet, dan kita harap, InshaAllah walaupun kita ada bajet defisit, saya tahniah lah kepada pasukan Pegawai Kewangan Negeri dan pasukannya yang berjaya menangani defisit dengan cukup baik.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar ada membentangkan tentang prestasi belanjawan 2024, yang ketika itu kutipan hasilnya mencapai 758.3 juta, 769.53 juta melebihi daripada anggaran dan perbelanjaan pula dihemahkan, dijimatkan, dikawal kepada 758.37 juta menyebabkan dia ada surplus, lebihan daripada perbelanjaan itu sekitar 11.16 juta, termasuk jika kita tangani defisit dengan baik, kita InshaAllah boleh terus bangunkan negeri kita dengan perancangan yang telah kita buat.
Tahniah kepada pasukan Pegawai Kewangan Negeri dan sahabat-sahabat bersama-sama dengan beliau. Kita berharaplah, InshaAllah, penjimatan dan hemahnya belanja ini satu masa, 2 tahun lagi seperti yang diidamkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam ucapan bajet tahun lepas, kita merangka untuk mengutip 1 billion hasil, akan mencapai kejayaan. Kalau kita dapat 1 billion hasil dengan perbelanjaan yang bawah 1 billion, kita akan sentiasa berada dalam kerangka belanjawan yang surplus, yang akan memajukan lagi atau merancakkan lagi pembangunan di negeri kita InshaAllah. Dengan itu, kita tak perlulah nak panjat Putrajaya, nak mintak tolong Putrajaya untuk bayarkan gaji kakitangan Kerajaan Negeri seperti yang pernah dibuat oleh seseorang pada masa lepas. Yang baru-baru ni dia ada komen dia ada sebut tentang kutipan ataupun cadangan MBAS untuk cukai pintu untuk tampung, katung ataupun hasil Kerajaan Negeri, satu kekeliruan, dah tau dah sebenarnya kutipan daripada MBAS atau PBT adalah untuk PBT untuk MBAS, bukan masuk kantung Kerajaan Negeri, bukan masuk tangkapan hasil Kerajaan Negeri. Satu andaian, satu pendapat, satu hujahan yang tak betul, yang dibuat seseorang yang pernah menjadi orang kuat dalam negeri, yang mengambil kesempatan daripada semakan cukai pintu yang dibuat MBAS dalam sedikit masa ini. Saya berharaplah perkara-perkara ini tidak lagi dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sebenarnya untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan.
YB. Tuan Speaker, sebelum saya panjangkan ni saya nak sampaikan ucapan terima kasih. Sahabat-sahabat Ahli Parlimen, 14 Ahli Parlimen dan sebahagian ada PM saya ada yang call saya minta sampaikan ucapan terima kasih untuk direkodkan dalam Dewan Mulia Ini, atas keprihatinan kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk memberi peruntukan 50 ribu setahun kepada mereka untuk mereka menjalankan operasi pusat khidmat dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Juga terima kasih daripada penjawat awam, semalam selepas di sidang dewan di luar sana saya berjumpa dengan beberapa orang penjawat awam Kerajaan Negeri, mereka terima kasih, seronok, gembira, ceria, merah muka tentang keputusan kerajaan untuk memberi bantuan khas 2 ribu ringgit untuk tahun depan yang, InshaAllah, sedikit sebanyak akan bantu mereka di musim persekolahan dan juga musim perayaan. Ada seorang tu dia sebut dia dapat 4 ribu, sebab dia dan suaminya bekerja di sini.
So, 4 ribu ni banyaklah pada mereka yang begitu kan, mungkin 4 ribu bagi sebahagian orang tu tak besar mana, tapi kebanyakan orang kita ni, InshaAllah, 4 ribu besar untuk dibelanjakan. 2 ribu pun besar untuk dibelanjakan, mengurangkan atau meringankan beban yang dihadapi masa ke semasa. YB. Tuan Speaker, terima kasih juga kepada pihak Pejabat Kewangan Negeri yang membuka bancian kepada awam untuk membuat saranan terhadap peruntukan Bajet 2026. Saya difahamkan banyak sambutan daripada orang bawah untuk memberi pendapat tentang Bajet 2026 yang disebut di sini ialah daripada sekian banyak tu, 38.12% meminta supaya Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada kemudahan infrastruktur, di samping 23.17% memberi perhatian kepada bantuan kerajaan kepada mereka lah, kepada peringkat bawah untuk bantuan kebajikan khususnya. Infra ini menunjukkan bahawa masih lagi kita ada isu di bawah sana tentang kemudahan infra, masih ada isu lagi. Semalam bila saya post status Facebook saya, dalam Facebook peribadi, bercerita tentang bajet pada semalam yang dibentangkan oleh Menteri Besar kita. Seorang sahabat saya Cikgu Ramzi Nanyan (bekas pengetua), dia catat situ, dia komen situ pada saya supaya minta fokus kepada jalan desa. Maksudnya masih ada di bawah sana infra yang kita perlu beri perhatian terutamanya di kawasan-kawasan macam kawasan kami lah, di kawasan di Parlimen Jerlun, Parlimen Kubang Pasu, Ayer Hitam, di Kota Siputeh, Anak Bukit, di Kubang Rotan, Pengkalan Kundur, Sungai Limau, di Tokai dan sebagainya yang terlibat dengan kawasan MADA ni, yang jalan-jalan dia masih lagi jalan-jalan ladang, yang masih lagi di bawah keselesaan untuk di lalui lah pada setiap masa
YB. Tuan Speaker, saya nak sentuh tentang jalan dengan lebih lanjut lagi lah, InshaAllah. Terima kasih kerana memperuntukkan sejumlah kurang lebih 300 juta untuk baiki jalan kampung dan jalan ladang, di kawasan-kawasan pedalaman khususnya. Tentulah ianya merupakan satu pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi desa, yang akan memberikan keselesaan kepada pengusaha-pengusaha, kalau di kawasan kami ni pesawah-pesawah, dan juga rakyat untuk menggunakan pengangkutan yang lebih baik untuk ekonomi harian mereka untuk aktiviti harian mereka sama ada sosial ataupun ekonomi. Cuma bila saya bertanya soalan bertulis dalam sidang yang lepas, tentang keputusan kerajaan untuk menggunakan peruntukan MARIS untuk jalan ladang, jawapannya bagus, Alhamdulillah, cuma prasarana kita boleh tingkatkan lagi lah.
Soalan saya berkaitan dengan kawasan MADA yang mendapat peruntukan penerapan premix tar di bawah MARIS, Alhamdulillah, kerajaan telah pun mendaftarkan sekitar 129 jalan ladang di 5 daerah; Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Yan. Yang kurang lebih 372.3 km, banyak, Alhamdulillah. Dan sehingga September 2025, sepanjang 142.48 km telah pun di premix ataupun diskarakan dengan premix, dengan tar, Alhamdulillah terima kasih, cuma dia masih lagi di bawah 50% keseluruhannya.
Saya harap lah ada masa lagi, masa kita, peruntukan pun kita ada, supaya jalan-jalan yang bakinya itu, hampir separuh lagi yang belum turap semula tu ataupun diturap baru, diturap supaya penduduk sawah dan penduduk di kawasan-kawasan ladang itu dapat menggunakan jalan dengan lebih baik. Jalan ladang merupakan jalan guna sama di antara orang kampung dengan pesawah. Kami di Ayer Hitam tu memang dah, memang kampung kami itu itu lah, pida pida itu lah, kampung-kampung yang berkongsi jalan dengan pesawah, dengan petani, kereta, MoTosikal berhambat dengan trektar, mesin padi dengan lori, jalan yang sama, sebab tu lah trektar ataupun jentera tuai, jentera pembajak ini mereka lebih kuat, lebih gagah, lebih berpeluang untuk rosakkan jalan berbanding kereta. Tapi kesannya kepada kereta, kepada MoTor. Di Jalan Pida 3 Sungai Korok sejauh lebih kurang 4.6 km, yang sekarang menjadi jalan utama kepada penduduk untuk berhubung di atas Sungai Korok dengan sebelah jalan Tunjang dengan jalan apa nama dia, Kodiang, sentiasa rosak dan sentiasa ada kemalangan melibatkan MoTosikal dan juga kenderaan yang lebih kecik lah. Kemalangan jiwa pun ada tahun lepas ada seorang wanita meninggal, jatuh lubang, patah kaki, terhentak dada dia, pergi hospital, selang seminggu meninggal. Ada, patah kaki tu biasalah yang tu. Saya haraplah supaya jalan-jalan ini diberi perhatian, bukan saja oleh pihak Kerajaan Negeri, juga oleh pihak berkuasa atau pihak yang bertanggungjawab dalam kawasan itu, ni kawasan MADA, jadi kita haraplah MADA ambil tindakan yang bersepadu dengan Kerajaan Negeri dan juga Kementerian.
Saya cadangkan dah, supaya Kementerian pertanian yang hidup bersama duduk bersama dengan kementerian apa pembangunan desa ataupun pembangunan luar bandar juga dengan pihak-pihak lain boleh fikirkan satu kaedah untuk kita menyelesaikan masalah ni. Dah lama dah, dah lama dah. Saya cadangkan dulu, dan saya sekarang nak cadangkan sekali lagi supaya kita fikirkan untuk membina jalan ni menggunakan konkrit menggunakan simen daripada kita buat premix. Saya biasa bagi contoh satu jalan di Manggol di Matang Bongor dibina sekitar tahun 1180-an dulu sampai sekarang, sampai sekarang, walaupun tak panjang tapi sampai sekarang masih lagi dapat digunakan dengan baik tanpa perlu dibaiki. Cuma 2 tahun lepas diletakkan premix atas dia tu. Condition dia masih lagi apa nama tar premix yang, sorry, masih lagi simen konkrit yang tahan sekian lama. Ni kalau RISDA dah mula buat, RISDA saya lihat dalam berita RISDA dah mula buat jalan-jalan tar menggunakan apa nama simen konkrit, saya cadangkanlah supaya di pihak MADA pun ada seanjakan untuk memikirkan menggantikan menyalurkan memberi bantuan ataupun menyelenggara jalan menggunakan batu kasaran kepada membina jalan menggunakan konkrit supaya dia lebih tahan dan memberi kemudahan, keselesaan pada rakyat yang menggunakan, dipanggil guna sama, antara rakyat dan juga pesawah ataupun petani.
Saya suka nak sebut lah, satu jalan lagi supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melihat jalan ni untuk diberikan perhatian dengan segera. Jalan Pida 1 Tok Tambak dah lama, Jalan Hutan Tualang, Jalan Pida 7, Jalan Pida 5, Jalan Matang Bonglai Kecil, Jalan Seberang Kemboja ke Kubang Sepat dan sebagainya yang memerlukan perhatian yang khusus untuk dinaik tarafkan ataupun di premix semula ataupun dengan pembaharuan untuk kita buat jalan menggunakan konkrit. Terima kasih kepada MADA lah yang tolong bukan tak tolong tolong MADA, bila kita ada berlaku kerosakan kita telefon MADA, Alhamdulillah dia hantar se-lori dua tampung, Alhamdulillah, terutama pada musim perayaan untuk memberi keselesaan pada rakyat, tapi itu tidak mencukupi.
YB. Tuan Speaker, saya juga sentuh tentang Kegemilangan Jelapang Padi Negeri yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam ucapan beliau semalam. Sebanyak 1.6 juta diperuntukkan untuk pembangunan teknologi pintar dan 5.6 juta untuk menaik taraf sistem pengairan pada jelapang untuk memastikan getah jelapang padi ni terus berfungsi dan menyumbang kepada penyediaan 43% jumlah beras negara. Dan saya berharaplah, jadi YB. Suka Menanti yang telah pun merintis jalan ke arah mengadakan benih, variety benih sendiri di Kedah ni, diteruskan supaya kita dapat menghasilkan variety padi yang banyak jenis, sesuai dengan keadaan tempat, tanah sebagainya supaya hasil padi dapat ditingkatkan.
Juga, saya lebih suka kalau kita tekankan kepada pendidikan kesedaran komuniti pesawah itu sendiri untuk mereka tidak lagi bergantung 100% kepada pemberi benih daripada kartel, ataupun penjual-penjual yang sentiasa boleh main harga disebut sebagai kartel di sini. Kesedaran supaya kesempatan yang ada ni kita ambil, kita gemblengkan tenaga mereka supaya ada kesedaran untuk mereka menghasilkan benih sendiri dan jika ada ruang untuk bersama mereka menggunakan benih yang dibiakkan di kawasan mereka untuk menjimatkan belanja dan juga untuk memastikan bahawa variety tu sesuai dengan tempat, sesuai dengan tanah sesuai dengan keadaan ataupun waqiaq mereka sendiri, tidak bergantung kepada benih yang tak menjamin kepada penghasilan yang lebih besar yang dijual ataupun disediakan oleh pihak-pihak yang diberi lesen untuk menjual benih padi. Juga kita berharap pendidikan kepada petani kita untuk menyahut seruan supaya kita adakan satu ataupun projek tanam padi berskala besar, rice eState, yang sekarang ni masih lagi menjadi satu yang tidak mendapat sambutan di peringkat bawah, mungkin kesedaran ataupun pengetahunan mereka kurang tentang tu. Jika kita sentiasa adakan perjumpaan, penerangan sebagainya, MoTivasi sebagainya, saya yakin kita boleh mempengaruhi petani-petani, yang sebagiannya mengusahakan tanah yang sikit, yang tak banyak, bersama-sama mereka bergabung untuk membantu untuk satu estet, untuk dijalankan sawah padi ini supaya menghasilkan hasil yang lebih berbanding yang mereka buat sekarang.
Di kesempatan ini juga YB. Tuan Speaker, saya nak terima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan peruntukan jumlah 1.28 billion untuk merealisasikan projek Pemindahan Air Jeniang (Jeniang Water Transfer) fasa 2, yang fasa 1 dah siap lama dah 2022, agak 5 tahun tanpa disambung dan Alhamdulillah disambung tahun depan ni kalau ikut Bajet 2026 yang dibentangkan oleh YAB. Perdana Menteri, InshaAllah kita dapat 1.28 billion, sebahagiannya 353 juta tu untuk pengambilan tanah. Cuma saya harap, InshaAllah, Kerajaan Negeri akan beri kerjasama yang baik supaya pengambil tanah ni dapat diselesaikan secepat mungkin dan seterusnya dapat memulakan projek penggabungan penyambungan daripada Jeniang Barrage (Beris Dam) ataupun di Sungai Muda sana ni, dari terusan terbuka yang dipahamkan lebih 20 km ke regulator MADA di Guar Kepayang, Pendang. Jika ini dapat dihasilkan dengan segera, InshaAllahkita punya program untuk penanaman padi lima kali dua tahun akan lebih terjamin sebab air perlu banyak untuk kita gunakan dalam sawah. Jika kita ada sistem yang baik pun, parit gila yang sedia ada pun di kawasan-kawasan yang sedang diusahakan oleh MMC sekarang ni, tapi tanpa ada bekalan yang cukup, tidak mungkinlah bekalan air itu ataupun tidak mungkin lah penanaman padi tu akan mendapat hasil yang baik. Terima kasih pada pihak Kerajaan Persekutuan. InshaAllah akan beri manfaat kepada 34 ribu hektar kawasan MADA dan juga kawasan luar MADA.
YB. Tuan Speaker, saya nak landing ucapan saya ni dengan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah memberi ah kerjasama sehingga Ayer Hitam ni berjaya lah mengadakan beberapa program-program sepanjang tahun ini, InshaAllah. Terutamanya kepada Sungai Limau, sebab Sungai Limau yang ada ni, kerana memberikan sumbangan untuk kita menjayakan program berbentuk pendidikan walaupun Ayer Hitam tak dapat Tuition Rakyat ni, tahun ni tak dapat, tapi tahun depan dapat kot InshaAllah. Jadi terima kasih kepada Sungai Limau memberikan beberapa peruntukan untuk menjayakan program untuk berbentuk pendidikan di kawasan Ayer Hitam.
Terima kasih kepada Merbau Pulas, walaupun tak ada, nak sebut sumbangan kepada komuniti sejahtera, baru-baru ni dia Yang Berhormat Merbau Pulas memberi sumbangan untuk kita menjayakan program Karnival Pesta Bendang jugak di Kampung Matang Kenanga, bersama-sama dengan kerjasama pihak Universiti Al-Bukhary dan juga Universiti Utara Malaysia (UUM). Dan saya juga nak sebut seperti yang disebut Yang Berhormat Kubang Rotan tadi tentang pesta tangkap ikan di Kubang Rotan di Bendang Haji Din, yang bersama dengan Anak Bukit dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, sambutan yang besar, cuma peringkat negeri ja la kot Kubang Rotan? Kami buat di Permatang Perdana tu peringkat kebangsaan, peringkat antarabangsa. Penglibatan daripada pelajar-pelajar University Al-Bukhary dan UUM yang mai daripada 18 negara.
Bermaksud kita boleh, kita boleh, sinergikan di antara program daripada Merbau Pulas yang berbentuk komuniti sejahtera tu dengan program daripada Kubang Rotan berlandaskan pelancongan, yang kita betul betul tu lah, InshaAllah. Saya minta lah YB. Kubang Rotan masukkan sikit lah sebagai apa nama program yang ada dalam peta pelancongan Kedah untuk tahun depan ni bukan dibuat di Ayer Hitam di Kota Siputeh dan tempat lain tidak saja di Anak Bukit yang memang dah ok supaya kita dapat gunakan kesempatan bendang yang kita ada ni untuk menarik pelancong luar khususnya untuk datang ke Negeri Kedah ni. Terima kasih kepada YB. Suka Menanti juga sentiasa bawa turun pejabat kelapangan tak jemu-jemu beberapa kali dan terakhir turun ke Bukit Guar Manau di Padang Perahu bersama dengan semua lah agensi di bawah pertanian dan kita nak angkat Guar Manau tu sebagai pusat, InshaAllahlah durian kampung terbaik Kedah, nah InshaAllah. Terima kasih. Terima kasih YB. Alor Mengkudu beri peruntukan untuk cungkil bakat, under 9 dan under 12 bola sepak peringkat kids budak-budak ni, kenari dan sebagainya. Terima kasih kepada YB. Kubang Rotan sekali lagi, peruntukkan untuk kita kembangkan kebudayaan kesenian Wau, Wau ya kita buat Wau bersama dengan JKKN cuma buat di kawasan Kota Siputeh melibatkan budak sekolah ni pun, pelajar-pelajar tingkatan enam ini datang untuk mereka tunjuk bakat mereka dalam membuat Wau Sabuk ka apa tu untuk terus menghidupkan budaya kita, tradisi kita yang kita patut sanjungi lah daripada semasa ke semasa. Terima kasih YB. Kuala Ketil juga yang telah pun beri sumbangan dan InshaAllah akan melaksanakan program Kedah Bersih dan Sihat di Ayer Hitam, patutnya minggu depan tapi Yang Berhormat Kuala Ketil ada program, kita bawa ke bulan depan lah InshaAllah, dua hari se-malam yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat di Pida 3 InshaAllah, Pida 3 ni ketika kawasan yang baru-baru ini berlaku peristiwa yang sungguh tragedi lah ya pembunuhan adik ipar oleh abang ipar. InshaAllah, kita bawa ke kawasan tu lah, InshaAllah.
Kemudian nak terima kasih juga kepada ketiga-tiga lagi Exco, YB. Jitra, YB. Bukit Kayu Hitam dan YB. Kulim, yang ada komitmen untuk beri bantuan kepada Ayer Hitam, InshaAllah. Memberi komitmen tentang pendidikan, tentang Pembangunan Keusahawanan Wanita dan juga program dengan masyarakat Siam, InshaAllah, yang kita akan laksanakan lah dalam masa terdekat ni.
Terima kasih kepada Perikanan. Yang bagi 40 ribu ekor Ikan Baung baru-baru ni yang kita lepaskan di Terusan Lana Bulu. Ini sebab kita pun dengki juga, cemburu dengan YB. Anak Bukit yang selalu dapat ihsan daripada Jabatan Perikanan, lepaskan benih udang galah di sungai Anak Bukit dan sebagainya. Jadi, alhamdulillah tak lupa kepada kami Jabatan Perikanan bagi 40 ribu dan saya haraplah ini bukan terakhir, mungkin tahun depan kita boleh kembangkan dengan pelepasan anak benih udang galah pula di Sungai Korok atau sungai-sungai lain yang ada, terusan lain yang ada di kawasan Ayer Hitam dan Kota Siputeh juga. Terima kasih pada JKR yang masukkan projek naik taraf sambungan Jalan kemboja Sanglang dalam RP ke-2 RMK13, InshaAllah.
Seminit lagi YB.
Baik. Tahun depan akan siap, naik taraf daripada Simpang Kuala sampai ke Kemboja, Jalan Putra, empat lorong, InshaAllah, September 2026. Kalau tak berlaku kelewatan, tapi saya yakin tak berlaku kelewatan, nampak dah progress dia cukup banyak, Alhamdulillah, on track dah. Dan kita minta supaya disambung daripada titik Kemboja ke Sanglang kurang lebih lagi 12 km, bila mana ada pengakuan daripada JKR untuk masukkan dalam RP ke-2 RMK ke-13, InshaAllah lah, maksudnya dalam tiga empat tahun lagi lengkaplah jalan daripada Alor Setar ke sempadan Perlis. Perlis siap dah, Perlis depa siap lama dah, dan boleh memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia khususnya Kedah untuk menggunakan jalan raya yang lebih baik lah demi keselamatan dan juga kelancaran perjalanan.
Dan terima kasih juga JKR melalui Kerajaan Negeri yang telah meneruskan peruntukan untuk mengambil tindakan kepada ‘hotspot’ di sepanjang jalan Sungai Korok, yang hari tu ni melibatkan kematian enam orang sekeluarga tu lah, seperti yang disebutkan YB. Sidam tadi. Alhamdulillah, difahamkan sudah mula pasang guard rail, pasang lampu jalan, sudah ada pasang beberapa perkara lagi lah, line jalan yang lebih terang sebagainya untuk panduan ataupun untuk kemudahan pengguna-pengguna. Tragedi itu memang lah kita tak nak berlaku, tapi dah ditakdirkan Allah ta'ala. Sehari beribu buah kereta lalu kot tu, bukan sebuah tu ja, beribu buah lalu, jadi ni dalam tahun ni sebuah saja jatuh sungai tapi itu takdir, tapi kita tak boleh salahkan takdir, kita kena usaha supaya jalan tu selamat. Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi kerana telah diambil tindakan dan harap lah semua jalan ataupun kawasan yang ada potensi untuk berlaku kemalangan ni diselenggara dengan baik supaya rakyat rasa lebih selamat untuk menggunakan jalan.
Dan akhirnya saya nak minta semua kita sama-sama mendoakan kesejahteraan ke atas yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, kami yang sedang sekarang ni diuji dengan uzuran dah, masih dalam icu masih tak sedar, kita doakan supaya Allah subhanahu wa ta’ala beri kemudahan kesihatan pada beliau untuk beliau kembali sihat untuk teruskan tugasnya Insya-Allah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih atas peluang diberikan walaupun saya tak fokus banyak tentang bajet, tapi InshaAllahapa yang disebutkan tu akan merupakan satu permulaan kepada sahabat-sahabat daripada semua DUN untuk memberi perbahasan yang baik sebelum kita meneruskan apa bajet kita pada hari Khamis. Dengan ini saya menyokong penuh Bajet 2026 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar semalam.
Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih YB. Ayer Hitam dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Kota Siputeh. YB. Pedu selepas ini.
Bismillahhir Rahmanir Rahim, Robbish rohli sodri wayasirli amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu qauli. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, yang dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, barisan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Sejahtera yang dihormati Allah S.W.T sekalian.
Sebelum itu, buat para penyeri Negeri Kedah dalam kalangan penjawat awam negeri mahupun persekutuan yang dihormati dan dikasihi sekalian,
Assalamualaikum dan Salam Kedah Sejahtera.
Saya turut mengalu-alukan rakan-rakan dari MINDA dan juga Kolej Sultan Abdul Hamid. Baik, masa tidak mengizinkan, jadi saya terus nak ke permasalahan berkenaan dengan perit jerih anak negeri Kedah dan bicara hal perit jerih rakyat kita, anak negeri Kedah ini semestinya masih lagi berlegar rata-rata dalam bab padi.
Suka untuk saya menyorot banyak perkara yang berkali-kali dibangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini, perihal isu terkait pesawah atau petani, mak tani kita yang seakan-akan tidak pernah tuntas diselesaikan. Sejak dari kenaikan harga diesel yang telah mengganggu segenap rantaian ekosistem industri padi, kos pengeluaran pesawah semakin meningkat meliputi racun, baja, sewaan jentera serta sewaan bendang. Realitinya, pesawah semakin terbeban di lapangan.
Bukan sahaja diesel memberi kesan rantaian dalam kos operasi pengeluaran padi, bila diumumkan inisiatif minyak petrol BUDI 95 untuk RON95 ini, pesawah berterusan ketinggalan bila mana sekali lagi terjejas kos operasi bagi tujuan kegunaan pam racun, pam benih, pam air yang guna petrol, mesin janakuasa generator atau genset bagi kegunaan dron yang mana segenap ini memberi kesan rantaian terhadap kos yang membebankan pesawah.
Atas kesedaran itu, Kota Siputeh pernah mengeluarkan satu kenyataan pada 23 September yang memberikan cadangan yang mohon juga diteliti oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk dikuatkuasakan segera bagi mewujudkan Kad Petrol Pesawah sebagai mekanisme subsidi khas petrol kepada pesawah. Kalau kita tengok nelayan, ada orang kata subsidi kad petrol bagi nelayan dan kita nak cadangkan rentetan daripada BUDI 95 itu yang tak dapat, takkanlah pesawah petani ini nak pakai dia punya untuk kegunaan mereka nak bergerak. Sabit tu kita cadangkan juga untuk ada kad petrol bagi petani-petani kita.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pihak Kerajaan Persekutuan yang kononnya Madani bersorak-sorai seakan-akan jadi “terpaling juara” naikkan harga belian padi kepada RM1,500 per tan walhal realitinya RM1,500 per tan ini hanya paras-paras hidung saja. Bukan semua orang ada bendang sampai sepuluh relung. Kalau kita tengok daripada data dalam Negeri Kedah ini, rata-rata petani dalam kawasan kita, negeri Kedah umumnya secara purata hanya ada sekitar lima relung sahaja, ini realiti. Maka kalau kita nak kira kos buat bendang adalah sejumlah RM1,500. Bila didarab dengan lima relung, jadi RM7,500. Hasil purata bagi satu relung adalah satu perpuluhan lima metrik tan bersih, dah tolak potongan dua puluh peratus, maka bagi lima relung ini bersamaan dengan tujuh perpuluhan lima metrik tan. Kita ambil cerita purata tadi itu, setiap petani rata-rata di Negeri Kedah ada lebih kurang lima relung, jadinya tujuh perpuluhan lima metrik tan menjadikan hasilnya bila kita darab dan dah tolak dua puluh peratus tadi itu, jumlah total RM11,250. Tolak dengan kos operasi buat bendang sekarang ini sejumlah RM8,000, maka untuk kita kira lima relung tadi itu, untungnya RM3,250.
Lepas itu, subsidi kerajaan untuk 7.5 tan dikira dengan RM0.50 sen jadi RM3,750. Maka campur hasil bersih tadi RM3,250 dengan subsidi RM3,750, jadi jumlahnya RM7,000. Hasil bersih bagi yang buat bendang lima relung di Negeri Kedah ini kalau dibahagi dengan enam bulan tempoh nak buat bendang RM7,000 bahagi enam sama dengan RM1,166. Bahagi pula dengan tiga kerana nak buat modal operasi ke depan, lepas itu nak bayar zakat, nak belanja kerja, anak-anak pergi mengaji, anak-anak nak pergi masuk universiti, kan. Jadi bila masa petani ini kaya, yang orang duk kata petani ini kaya semua macam-macam.
Sebab itu pesawah tuntut sebenarnya adalah tingkatkan harga belian padi kepada RM1,800 per tan demi menimbangi segenap kenaikan kesan dari kenaikan harga diesel dan petrol yang membebankan pesawah oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam pada isu padi benih juga, saat harga lantai belian padi ditambat pada RM1,500 per tan, tiada keseimbangan dalam penentuan harga kawalan benih, harga lantai padi dan harga beras. Kerajaan Madani dengan penuh rasa bangga turunkan harga padi benih hanya sebanyak RM2 daripada RM58 kepada RM56 yang tidak membawa apa-apa makna pun kepada petani kita. Ini adalah satu penindasan nyata kepada pesawah kerana kuasa menetapkan harga kawalan padi benih ini terletak di tangan Kerajaan Persekutuan. Sudahlah kilang-kilang benih ini pun dapat subsidi, tapi rata-rata pesawah terpaksa beli benih yang tidak berkualiti dalam pada harga yang tidak setara dengan harga belian padi. Perlu di ingat, harga yang dinaikkan Kerajaan Madani sebelum ini adalah dari RM35, sebelum Kerajaan Madani ambil alih waktu harga lantai belian padi adalah RM1,200 per tan. Maka harga benih waktu itu ialah RM35 dan melonjak kepada RM58 lonjakan sebanyak RM23 adalah kerana sewaktu krisis beras hilang, ada kilang-kilang ‘cukong’ yang dah beli harga padi pada RM1,800 per tan. Tapi situasi sekarang dah berubah. Kerajaan hanya tambat harga lantai padi, tapi harga benih hanya turun RM2.
Yang Berhormat Tuan Speaker, jika mengikut kadar nisbah asal sebelum Kerajaan Madani, RM35 bagi RM1,200 per tan, maka untuk harga lantai semasa RM1,500 per tan, harga maksimum benih padi yang sewajarnya adalah sekitar RM43 ke RM45 bagi setiap 20kilogram bukan RM56, Yang Berhormat Speaker. Maka kenaikan ini siapa yang untung? koi bunuh, siapa yang untung? Adakah pesawah yang miskin ataupun kapitalis? Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam pembentangan Belanjawan Madani 2026 baru-baru ini, Perdana Menteri X (PMX) ada umumkan kononnya bajet terbesar kepada pesawah sejumlah RM2.62 bilion. Ini saya nak cerita sikit, Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan pembentangan PMX dalam bajet baru-baru ini.
Beliau umum bahawa pada tahun ini Belanjawan Madani untuk petani, untuk pesawah adalah yang terbesar, sebanyak RM2.62 bilion. Dengar sakan, kan. Kemudiannya beliau maklumkan bahawa jumlah bagi insentif kepada nelayan juga kekal kepada RM160 billion. Saya nak cerita, Yang Berhormat Speaker, ini satu benda yang perlu kita mohon kepada ahli-ahli Parlimen kita juga untuk tanya berkenaan dengan fallacy ini. Kerana apa? Kalau kita tengok pada pembentangan Bajet 2025, Yang Berhormat Tuan Speaker, PMX mengumumkan bahawa jumlah bercampur antara pesawah dan juga nelayan adalah sejumlah RM2.78 bilion, iaitu pesawah dan nelayan campur sekali RM2.78 bilion. Ini ada bukti di sini ya. Belanjawan 2025.
Dalam Belanjawan 2025, beliau sebut RM2.78 bilion untuk pesawah dan nelayan. Okey, jelas. Kemudiannya dalam Belanjawan 2026, beliau kata RM2.62 bilion, dengan jumlah kepada nelayan adalah sebanyak RM160 juta. Okey, RM160 juta campur dengan RM2.62 bilion, bukankah jumlahnya RM2.78 bilion?
Ini satu persoalan ya. Mungkin dia kata ada pengurangan. Sebab kalau kita tengok di sini, pada tahun 2025, jumlah kepada nelayan adalah sebanyak RM178 juta. Maka para nelayan kita di sini perlu tanya juga. Adakah jumlah mereka yang dah jadi RM160 juta ini dikurangkan untuk diberi kepada pesawah RM2.62 bilion? Tapi persoalan balik kepada pesawah ialah, berapa banyak insentif yang dah diumum? Sebagai contoh, sejak 11 Jun 2024, katanya nak buat insentif membajak, insentif menuai, insentif membajak tambahan RM60 yang baru saja diberi musim ini yang sepatutnya ‘backdated’ tiga musim seperti dijanjikan tak bagi-bagi pun. Campur dengan RM650 insentif menuai, sampai sekarang tak terlaksana.
Itu belum campur elaun tunggu tuai yang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) senyap langsung, tak ada respon. Ada tak elaun tunggu tuai untuk nak bagi pada pesawah-pesawah kita? Itu tak campur lagi, Yang Berhormat Tuan Speaker, yang kononnya dulu nak buat pencucian tali air sampai 4 kali. Bila datang COVID, sebab bendang tak turun bendang buat, maka turun 2 kali. Kemudiannya dilaksanakan empat kali, sekarang dah turun balik jadi 2 kali. Mana pergi duit ini? Habismana pergi duit ini? Sembang bilion-bilion tapi langsung tak ada pun pelaksanaan yang kita nampak memberi manfaat pada rakyat. Maka dekat sini. (YB. Tuan Speaker mencelah)
YB. Kota Siputeh, saya pun duk campur minit tu, jadi YB. Kota Siputeh ada lima minit lagi.
Mohon masa lagi, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Maka, dekat sini bila kita tanya persoalan duit tadi, kita dah tanyakan, kemudiannya PMX berkata bahawa petani ini dapat RM4,300 per hektar. Oh, macam kaya sangat petani ni dapat RM4,300 per hektar, walhal ini adalah merupakan keseluruhan subsidi insentif yang kerajaan berikan kepada petani. Nilai yang besar ini dimomokkan menggunakan nama petani untuk asas peruntukan bajet.
Namun, realitinya, Yang Berhormat Tuan Speaker dan Dewan Yang Mulia, sebenarnya hanya 30% sahaja daripada peruntukan itu sampai terus kepada petani. Selebihnya kepada vendor, syarikat melalui tender atau kontrak nilaian jutaan ringgit. Apabila tadbir urus yang lemah antara pihak kerajaan dengan syarikat atau pemegang konsesi seperti kelewatan penghantaran baja dan sebagainya menyebabkan tumbesaran pokok terganggu, nama petani akan dikaitkan semula kerana gagal mengusahakan sawah dengan baik sehingga hasil jatuh. Apa gunanya nilai RM2.62 bilion tapi manfaatnya tidak sepenuhnya kepada petani, seolah-olah petani ini hanya dipergunakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Kota Siputeh ingin mencadangkan juga, demi membantu gesaan kenaikan harga lantai RM1,800 per tan belian padi, kerajaan perlu meninjau harga beras putih tempatan (BPT) kerana ia turut mempengaruhi harga lantai padi.
Oleh itu, kerajaan perlu meneliti semula kawalan terhadap kemasukan beras import (BPI) yang kini jauh lebih murah berbanding BPT. Secara logik, jika harga BPT (beras putih tempatan) ialah RM2.60 sekilogram, maka BPI sepatutnya berada sekurang-kurangnya pada kadar RM2.80 sekilogram. Namun keadaan kini terbalik apabila BPI lebih rendah kerana tiada kawalan harga. Saya mencadangkan, Kota Siputeh mencadangkan kerajaan sama ada mengapungkan BPT atau menetapkan julat toleransi antara RM3.20 hingga RM3.80 sekilogram. Langkah ini akan membolehkan harga lantai padi diselaraskan pada kadar RM1,800 per tan secara lebih adil dan mampan.
Cerita isu import ini juga satu masalah, Yang Berhormat Tuan Speaker, bila mana PNV The International Union for the Protection of New Varieties of Plants (UPOV) yang mana dah nak digubal, sudah sampai ke fasa akhir. Kita ada dapat makluman daripada sumber kita di Genneva yang memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah menghantar cadangan untuk nak selaraskan dan meratifikasi UPOV sebegitu juga perjanjian timbal balas (reciprocal trade agreement) dengan US, yang akan menambah tekanan dan menjahanamkan petani.
Sudahnya, banyak perkara bukan sahaja tak dibawa ke dalam Parlimen, malah negeri selaku pemegang taruh tiada perbincangan pun, mahupun penjelasan. Justeru, kita di Kota Siputeh ingin menggesa Dewan yang mulia DUN Kedah ini untuk menyuarakan penolakan secara rasmi atas tindakan penjajahan dan penindasan baharu ini, khususnya ke atas rakyat dan pesawah negeri Kedah. Kota Seputih dari itu menggesa juga, sejajar dengan cadangan Pengerusi PN, Ahli Parlimen Pagoh bagi menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) serta Kertas Putih Industri Padi dan Beras Negara.
Maka bagi Kedah ini, turut dicadangkan oleh Jitra kelmarin, waktu sesi perbincangan bersama dengan beliau selaku penyumbang utama parlimen negara, wajar ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu bagi mengkaji dan menyiasat segala kepincangan industri beras dalam negeri Kedah, yang dinaungi sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, demi kemaslahatan para pesawah Kedah untuk dijadikan panduan supaya pihak Kerajaan Madani tidaklah dapat sewenang-wenangnya berbuat onar ke atas nasib para pejuang food security negara.
YB. Tuan Speaker, ada sikit lagi, nah cerita bab kawasan. Bila pejuangkan nasib petani ini, walaun-walaun ni ramai pula hingaq, depa kata apa hangpa bagi kat petani? Hangpa tahu dak rakyat kami ni, dah terang-terang ramainya petani. Bila kami bantu rakyat di bawah, petani tulah yang dapat segala manfaat yang kita gagaskan dari yang lahir sampai ke mati, usaha tanpa henti, bakti Kedah sejahtera buat rakyat kita.Ni mai, walaun nak jawab. Kedah bagi bantuan PermataKu Sejahtera. Bayi dapat RM200. Program Pearl of Kedah umur daripada 13 sampai 17 tahun, caruman sebulan RM30 selama tiga tahun, dapat satu ribu lebih bagi dekat lima orang untuk awal-awal ni, pilot project kepada DUN.
Ada program kem lagi untuk nak pasak jati diri supaya anak-anak orang Kedah ni, orang-orang asnaf ni, anak-anak orang susah ni, boleh bangkit ubah nasib mereka. Kemudian kita bagi Tuisyen Rakyat Sejahtera kepada anak-anak petani nilah. Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (IBAKIPT) kita bagi RM300 seorang. Tabung Tengku Mahmud, kita bagi untuk diploma dan degree RM1,000 hingga RM1,500.
Bantuan Beras Sejahtera, lepas tu ada pula Bakul Makanan, Tabung Usahawan Wanita Sejahtera, Geran Keusahawanan Mesin Hisap Padi Komuniti, Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar RM500 untuk orang-orang kronik, Khairat Kematian RM500, tak campur dengan ADUN-ADUN yang buat lampu solar, yang buat kerusi roda, yang bagi katil pesakit dan macam-macam lagi. Hat ni lah yang kita duk bagi dekat orang-orang petani ni. Kalau tanya, apa orang Kedah bagi? (YB. Kota Darul Aman mohon laluan)
Duduk, saya tak bagi. Selalu saya tak bagi. Tak bagi, masa nak habis dah. Duduk.
Boleh gulunglah.
Maka, menyentuh dalam bab kawasan dan pembangunan Dewan Undangan Negeri Kota Seputih, tinggi penghargaan nak diucapkan kepada pihak DEPEND atas inisiatif pihak kerajaan baru-baru ini yang mewujudkan satu mekanisme yang membolehkan rakyat untuk terus memberi cadangan dalam agenda pembangunan negeri mahupun kawasan menerusi Bajet 2026.
Langkah pihak Kerajaan Negeri yang juga telah melaksanakan satu galasah atau persidangan bersama pihak ADUN-ADUN baru-baru ini bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk pembangunan RMK-13 Negeri Kedah amatlah dialu-alukan, kerana para ADUN ini lebih memahami kawasan masing-masing.
Namun begitu, saya berharaplah Kota Seputih ini janganlah dipinggirkan. Janganlah ulang kesilapan pemerintahan terdahulu yang payah nak pisah kami dekat belah utara Kedah ni, dekat belah Kota Seputih ni. Sokonglah pembangunan infrastruktur dalam kawasan. Macam mana dimaklumkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam sebentar tadi, kan? Banyak titi jahanam, lampu jalan tak ada, jalan-jalan yang rosak. Mohon para pendiri negeri Kedah, berilah kepedulian.
Saya percaya dengan konsep ekuiti berbanding equality dalam agihan sumber. Justeru, mohonlah dapat diberikan fokus bukan hanya belah pekan sahaja. Hat dah cerah tu tak payahlah dicerahkan lagi, kan? Hak elok tu tak payahlah nak elokkan lagi. Hat jalan yang elok, tak berlubang pun. Hat jalan di Kota Siputeh ni berlubang macam muka cek ni kan. Boh lah, turaplah jalan tu bagi perelok. Orang kampung pun nak rasa suasana yang kondusif.
Sebegitu dalam aspek kelestarian ekonomi, mohon tinjau untuk pembangunan hak komersial. Mohon DEPEND bantu dan membangunkan Pekan Baharu dalam kawasan Kota Siputeh. Kalau perlu pengambilan semula, ambillah yang penting boleh jana ekonomi setempat. Dan sebagai penutup, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Juga saya nak ucapkan terima kasih kepada Exco-Exco, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Exco-Exco Negeri Kedah. Terima kasih kepada DO, doa lah buat MPKP, buat YDP MPKP, dan seluruh Tok-Tok Penghulu.
Terima kasih juga kepada MKK-MKK. Saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh agensi-agensi seperti JKR Kubang Pasu, memang steady, banyak bantu pembangunan dekat kawasan kita. Terima kasih JKM. Allahu Akbar, salin Cik Wan, masuk pula Puan Anis. Steady, salin tak tumpah, memang terbaik.
MADA, orang-orang yang ada kat kawasan ni cukup bagus buat kerja bantu kita kat lapangan. Terima kasih MADA. SADA tak kira waktu, tak kira siang malam, telefon apa semua benda menjawab, turun masuk redah, itu SADA. Terima kasih, terima kasih. APM, pokok tumbang, apa jadi pun depa pi tolong, terima kasih. JPS dan semualah agensi, tak kiralah persekutuan mahupun negeri, terima kasih kerana membantu negeri Kedah, bantu orang Kedah. Moga pembangunan kelestarian negeri ini terus kita dapat bina sebagai mercu kejayaan dalam mereka. Dan insya-Allah, dari itu, saya ADUN Kota Siputeh menyokong Bajet 2026.
Assalamualaikum warahmatullahi ta‘ala wabarakatuh. Terima kasih, Speaker.
Okay, terima kasih Kota Siputeh. Patut kena terima kasih juga kepada YB. Tuan Speaker sebab bagi lebih masa. Lain kali lah untuk pembahas yang lain. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pedu. Persilakan.
Bimislillahiramanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada YB. Timbalan YB. Tuan Speaker yang memberi peluang kepada Pedu untuk berucap membahas Bajet 2026. Sepatutnya tak ada dalam senarai pun Pedu ni untuk berucap pada bahas kali ni. Nak bagi peluang kepada kawan-kawan kita tambah masa. Tiba-tiba ada nama juga, makinlah hormat kepada YB. Tuan Speaker pasai dia sebut nama.
Yang dihormati kepada semua Exco-Exco, ADUN-ADUN dan semua ketua-ketua jabatan yang ada pada pagi ni. Masa lima minit?
YB. Pedu tak apa, saya bagi masa lebih sikit.
Alhamdulillah, semua tiga orang telah pun berucap mengenai Bajet 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri pada pagi kelmarin. Ada sebanyak 197 perkara yang telah dibentangkan. Cumanya, pada pagi ini Pedu ingin mengambil sedikit masa untuk membahas bajet yang telah dibentangkan.
Pertamanya, kita melihat kepada projek loji rawatan air (LRA) yang ditambah modal, atau dalam bahasa mudahnya, disambung pelaksanaan untuk projek-projek LRA di dalam negeri Kedah. Cuma, Pedu ingin mencadangkan supaya SADA dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melihat kawasan-kawasan yang masih menggunakan air masyarakat. Contohnya, di perenggan antara Sungai Tiang dengan Pedu, di Sungai Pisang, dan banyak lagi kawasan yang masih menggunakan paip masyarakat.
Jadi, saya ingin mencadangkan supaya SADA dan KKDW membuat satu LRA mini. Kalau kita nak tunggu yang berlubang, Sungai Limau atau Bukit Selambau, sampai bila akan sampai ke penghujung kawasan. Contoh di Sungai Pisang yang bersepadan dengan Pedu, paip SADA pun belum ada, bukan setakat air tak sampai, paip pun belum dipasang. Kalau nak buat sambungan dari Padang Durian sampai ke Sungai Pisang, banyak kilometer juga jaraknya, mungkin memakan belanja berjuta-juta ringgit.
Apa kata SADA atau kementerian buat LRA mini yang berkapasiti kecil, cukup untuk tiga atau empat kampung sahaja, mungkin 200 hingga 300 akaun air. Kosnya akan jauh lebih rendah. Contohnya di Sungai Pisang atau Sungai Siput, tandak sumber air masyarakat sudah ada. Cuma perlu dibuat kolam untuk proses rawatan. Dari situ, air boleh terus disalurkan ke rumah-rumah.
Buat masa ini banyak kawasan masih menggunakan air masyarakat yang tidak dirawat air yang bercampur dengan kencing tikus, kencing musang dan sebagainya. Mujurlah Allah masih pelihara, belum berlaku penyakit yang teruk. Contoh di sebelah sana Puncak Janing, paip ada tapi air tidak sampai. Masyarakat pun ada, jadi bila guna dua, tapi apabila kita buat satu lagi LRA mini disitu jadi boleh lah air digunakan sepenuhnya air yang telah dirawat. Kalau nak tunggu projek besar, entah berapa puluh tahun lagi. Paip pun belum sampai, apatah lagi air. Jadi saya mohon supaya kerajaan ambil cakna dan wujudkan projek LRA mini di kawasan penghujung yang belum menerima bekalan air SADA. Itu sedikit berkenaan air YB. Tuan Speaker.
Sekarang beralih kepada pertanian. Dalam bajet kali ini, peruntukan untuk pertanian hanya RM1.2 juta. Tidak banyak. Jadi Pedu mencadangkan, dengan bajet yang kecil ini, biarlah ia digunakan untuk menggalakkan anak muda menjadi petani berjaya. Dengan bajet RM1.2 juta ini, kita boleh wujudkan pusat latihan pertanian di lapangan. Contohnya, kita sediakan tapak lima atau sepuluh relung, dan bawa anak-anak muda yang belum ada kerja tetap untuk berkongsi tenaga di situ. Mereka boleh belajar menanam, mengurus tanah, memasarkan hasil, dan belajar terus daripada pegawai pertanian yang turun memberi bimbingan.
Apabila mereka sudah mahir, mereka boleh balik ke kampung masing-masing dan kembangkan usaha sendiri. Kalau setahun kita dapat lahirkan 10 orang petani muda yang berjaya, insya-Allah mereka akan bimbing kawan-kawan lain pula. Lama-kelamaan, ia akan jadi rantaian kejayaan anak muda tempatan dalam bidang pertanian. Kita juga boleh kurangkan kebergantungan pada sayur import. Sekarang banyak tanah di kampung dibiarkan kosong, malah ada orang luar yang datang menanam dan jadi kaya di atas tanah kita, sedangkan tuan tanah tak dapat banyak hasil pun. Jadi kalau anak muda tempatan boleh guna tanah sendiri, mereka dapat hasil, ekonomi kampung pun hidup semula. Akhir sekali YB. Tuan Speaker, tentang penternakan.
Peruntukan untuk ternakan hampir RM5 juta. Kalau kita guna sistem sama seperti tadi, buat pusat ternakan mini sebagai tempat latihan dan amali, ilmu itu boleh dikongsi dengan lebih ramai. Misalnya, dalam peternakan kerbau, perlu ada tempat berlindung, tempat mengubang; kalau tak ada, mudah mati. Bila ada kemahiran ini, kita boleh hasilkan lebih banyak daging tempatan. Jadi, walaupun pada awalnya tak bercadang nak bercakap hari ini, sebab YB. Tuan Speaker sebut nama, kita pun bangkitlah sedikit untuk dua perkara ni, air dan pertanian. Dua perkara ini insya-Allah boleh bantu Kerajaan Negeri Kedah menambah ekonomi rakyat dan negeri jika terus diperjuangkan. Dengan itu, saya menyokong penuh Bajet 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri pada pagi kelmarin. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih YB. Pedu, terima kasih juga berkongsi masalah rakyat saya di Sungai Tiang tu, saya yang panggil YB. Pedu tdi bukan apa, saya difahamkan YB. Pedu ada nak bercakap tentang projek ternakan kerbau balang. Sebab tu saya rasa berminat, mungkin masa lain kot. Seterusnya, saya menjemput YB. Bukit Lada.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, YAB Jeneri para Exco seterusnya para pegawai kerajaan. Allahamdulillah saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT diberikan peluang untuk bersama membahas pembentangan bajet 2026 negeri Kedah pada kali ini. Pertama sekali saya nak ucapkan syabas dan tahinah kepada YAB Jeneri kerana telah berjaya membentang bajet yang menelan belanja hampir 1.33 bilion. Saya ingin memfokuskan kepada berapa perkara dan bajet pada kali ini dirangkumkan dalam slogan ERAT SEJAHTERA iaitu E ekonomi R untuk rakyat A untuk alam dan untuk T untuk urus tadbir. Embun pagi membasahi bumi, Sawah menghijau damai berseri, Perak sejahtera tekad yang murni, Kemakmuran dirasai seisi negeri. Saya ingin memfokuskan ucapan saya kepada beberapa perkara yang semua berkenaan dengan pendidikan. Di dalam ucapan bajet pada kali ini terdapat 198 poin yang dikemukakan oleh YAB Jeneri. 27 daripada-nya ataupun 13.6% adalah ucapan berkaitan dengan pendidikan. Melibatkan keseluruhan bajet sebanyak 19.3 juta pada kali ini. 193.93 juta jadi itu satu yang sangat besar kepada kita. Nanti saya akan sentuhkan dalam ucapan saya dan saya ingin juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Jeneri kerana telah memetik secara khusus kepada daerah Pokok Sena dalam bajet pada kali ini. Sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang disebutkan tentang daerah Pokok Sena ini. Yang pertama ialah kisah anak muda Pokok Sena saudara Muhammad Muiz Rozaini yang telah diterbangkan ke Osaka, Jepun dalam World Expo Osaka 2025. Saya ingin menjemput semua tuan-tuan Yang Berhormat sekalian untuk ke gerai mereka di Gerai Roti Canai Terbang bersebelahan dengan Balai Polis Pokok Sena dan tak perlu pergi ke Osaka lah. Keduanya ialah berkenaan dengan hub D Melon di Pokok Sena. Jadi saya mengucapkan tahniah kepada exco pertanian dan dianggarkan telah pun mengeluarkan untuk tahun ini 60.6 tan setahun dan di target untuk setiap tahun sasaran 1 juta biji untuk setahun dan kita doakan semoga hasrat ini akan tercapai. YB. Tuan Speaker tak makan lagi kita boleh pi cuba tengok memang sedap minta exco bagi seorang sebiji lagi. Yang ketiganya ialah kami mengalukan cadangan pihak Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pokok Sena salah satu rumah sembelihan ruminan di Veterinar Pokok Sena dan diberikan peruntukan sebanyak RM300,000 terima kasih kepada Kerajaan Negeri.
Jadi, fokus saya ialah berkenaan dengan pendidikan iaitu anggaran perbelanjaan melibatkan 193.9 juta yang dikemukakan pada kali ini iaitu meliputi. Saya senaraikan lebih kurang 16 projek dalam buku ini adalah lebih kurang 16 projek pembinaan asrama baru IQDAR 15 juta, kolej kediaman UniSHAM 65 juta, 25 juta daripada pihak Zakat. Smart Islamic Kompleks Unisham, Masjid dan Dewan 15 juta pengurusan UNISHAM 6 juta. Penambah kewangan 6 juta kepada Lembaga Maktab Mahmud kepada 42 juta untuk 2026. 5 juta membangunkan pembangunan awal Maktab Mahmud Yan, 3 juta tahfiz TVET di Sik, 1.5 juta kepada SAR. Sekolah Menengah Agama dan KAFA 26.8 juta. Dan semalam saya pun dapat mesej lagi saya pun tunjuk depa tanya pasaipa yang KAFA tak dapat apa. Saya tunjuk kat depa ada dua perkara yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri kepada KAFA dan kepada guru agama 26.8 juta. Kemudian saya sebutkan lagi ada 400 ribu untuk naik taraf bangunan KAFA dan tadika. Akhirnya depa kata sebenarnya, depa nak macam orang lain juga yg dapat 2,000 tu dia kata. Hak tu ke yang tak puas hati. Jadi kita harap pihak kerajaan boleh tengoklah kot-kot lah ada sikit sumbangan kepada guru-guru KAFA ini. Kemudian 300 ribu kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Tabung Tunku Mahmud 7.17 juta daripada 8.39 juta kepada 4884 pelajar. 2.1 juta I-BAKIPT. Tapi nak buat macam mana habis dah YB. Tuan Speaker. Walaupun 1.8 juta, jadi mujurlah ada Tabung Tengku Mahmud kami pun kata isilah Tabung Tengku Mahmud yang masih ada lagi dalam RM1 juta lagi insya-Allah. Kemudian RM480,000 saya ucapkan tahniah kepada exco pendidikan yang memberikan tuisyen rakyat kepada kami khususnya di Bukit Lada dan 4 juta pembaikan asrama pelajar Mesir, RM150000 untuk Cordova Of Kedah dan keseluruhan ialah 193.9 juta untuk pendidikan. Jadi saya merasakan bahawa, kerajaan kita ini sangat menitikberatkan berhubung dengan pendidikan. Kerana kita sangat penting untuk kita melihat generasi kita pada masa hadapan. Bagaimana kita melihat dalam berita harian 20 Ogos 2025 telah menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan KPM merekodkan 19,179 guru sekolah menengah dan rendah memilih untuk bersara awal. Dan apakah alasan mereka ialah kerana mereka tidak berminat. 2022, 5306 guru bersara awal dan 2023 6,394 orang. Maknanya setahun dalam lima enam ribu orang guru untuk bersara awal. Jadi tentulah ada punca tentulah ada sebab. Jadi saya mengharapkan pihak kerajaan sama ada Kerajaan Negeri ataupun kerajaan pusat. Cuba fikir cuba cari jalan apa punca kita mendidik semakin pendidikan yang kita berikan semakin banyak isu yang berlaku. Pembunuhan, rogol dan sebagainya. Tajuk rogol tapi sebenarnya suka sama suka. Jadi ubat yang diberikan tu nampak macam tak sesuai kan. Orang duk bincang bab isu pelajar ada masalah dan sebagainya pi duk bincang nak bagi guru campur di antara dua pelajaran campur sekali dan sebagainya.
Jadi, saya merasakan bahawa pihak kerajaan perlu mencari sesuatu supaya kemenjadian pelajar ini perlu diambil perhatian. Tidak perlu idea-idea yang nampak pelik bombastik dan sebagainya. Tapi saya bagi pandangan kami ialah kita perlu kembalikan anak-anak pelajar kita supaya mereka dididik dengan mereka mengenali siapa tuhan mereka mengenali siapa rasul mereka. Supaya kita mendidik mereka menjadikan Nabi SAW sebagai idola kepada mereka. Jadi perkara inilah yang perlu dititikberatkan supaya ia memberikan kebaikan kepada anak-anak generasi kita pada masa hadapan. Kemudian saya nak tumpukan kepada kawasan saya sendirilah iaitu berkenaan dengan, saya ucapkan terima kasih pada EXCO Sukan kerana menyediakan kepada kami satu mini stadium. Alhamdulillah nak banding dengan Baling tu cantiklah lengkap prasarana mereka kan di Kupang itu. Tapi kalau ada Pokok Sena ni baru nak buat padang pun alhamdulillah lah padang sahaja pun dekat-dekat 500 ribu setengah juta. Jadi kami mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri supaya bila berlaku banjir ni dia masalah dia air tak boleh nak lalu dengan cepat akhirnya padang tu akan jadi rosak. Jadi kita mencadangkan kalau boleh buat kalvet iaitu 600 mm dengan 900 mm bagi pengaliran air di padang tersebut. Keduanya mencadangkan pembinaan astaka untuk pastikan ada orang nak boleh tengoklah kalau pi duk di padang cantik tak ada astaka pun tak cantik juga. Cadangan yang ketiga ialah untuk memasangan lampu limpah dan pagar di padang tersebutlah. itu yang pertama. Yang keduanya isu banjirlah. Baru ni pun kami banjir lagi dua kali banjir. Dan hat yang masalahnya ada satu tamanlah. Jadi kita pun faham macam mana perasaan mereka kan 450 buah rumah yang terlibat. Dan satu taman tu 188 buah rumah. Yang peliknya ada dua rumah contoh rumah tu tak tenggelam. Itu nak minta MBAS dah tengok kot jadi kut mana rumah contoh tak tenggelam dia tinggi dua kaki daripada rumah lain. Hat rumah hat lain semuanya tenggelam. Jadi cuba check tengok pasal apa yang tak buat bagi tinggi hari tu ni semua rumah tu. Depa pun beli siap semua ada, waktu awai memang tak tenggelam bila mai musim macam ni baru dia tenggelam. Jadi kita harap pihak kerajaan boleh tengok balik dan kita mencadangkan kepada pihak kerajaan. Sebelum ni pun kita dah cadang dan berapa banyak dah dalam mesyuarat bukan kali ini sahaja kita sebutkan perkara ini. Iaitu permohonan naik taraf parit tanah di Padang Serai, Taman Puteri kepada jenis U drain bagi mengalirkan limpahan air ketika banjir ke parit dengan lebih baik dengan anggaran kos lebih kurang 500k. Cadangan mengubah laluan asal Sungai Durian dengan memasang kalvet terus ke Sungai Nawa oleh JPS. Kemudian yang ketiga cadangan pembinaan RTB, Rancangan Tebatan Banjir untuk Sungai Nawa. Tadi ada tujuh YB. Exco sebut kan YB. Exco sebut ada tujuh RTB.
Jadi, nak minta satu jadi lapan RTB. Dan tadi saya pun nak sebut berkenaan apa yang disebutkan oleh ketua pembangkang. Dia kata saya mesti dengar punya berkenaan dengan kalaulah iaitu berkenaan dengan LRA. Mesti pihak pembangkang akan sebut LRA dan memang ketua makan awal-awal sekali sebut lra saya harap pihak pembangkang dapat memahami dan dapat berjuang bukan sekadar sebut pasal LRA. Mai dalam dewan sebut LRA. Sedangkan LRA baru tiga kali saja mendapat apa nama tarikh, sedangkan RTB ini lima kali dah pun tak habis lagi. Tapi alhamdulillah Kerajaan Negeri tak pernah kacau tak pernah kata kerajaan pusat lemah. Kita tak pernah kata kerajaan pusat lemah kerana RTB ni daripada kerajaan pusat. Tapi disebabkan oleh kerana kita di peringkat negeri ini tak ada isu maka isu LRA lah yang akan menjadi isu utama kepada pihak pembangkang. Jadi sepatutnya kita win-winlah kita kalau boleh pihak pembangkang ni saya mencadangkan supaya bercakap bab RTB. Bagi peluang kepada RTB supaya kita harap pihak kerajaan pusat tolong pastikan RTB yang ada tujuh ini bagi selesai barulah kami tak banjir dah… (YB. Sidam Mencelah)
Boleh celah sikit, baik terima kasih. Saya faham YB. Bukit Lada cumanya perbezaan ialah antara LRA dan RTB. LRA ini adalah satu keperluan tetapi RTB ni adalah satu penghadang ataupun taklah berlaku selalu RTB ni terima kasih.
Jadi, itu pun mungkin tak berapa nak jelas jugak tu, dia pening juga, kedua-dua tu penting, RTB tu untuk air lebih LRA air tak ada dua-dua penting. Sebab itulah siap mengharapkan pihak pembangkang pi goyang di peringkat pusat supaya hak honggak Kerajaan Negeri jaa. Pi honggaq kerajaan pusat supaya 7 RTB tu disegerakan. Barulah isu banjir nak kata teruk tak teruk kami ni 450 buah rumah baru ni banjir termasuk apa nama DO pula baru mai pula Allah kesian kat dia. Pukul 2:00 pukul tiga duk di situ tak balik. DO pula tidur lena sekali dengan mangsa-mangsa banjir. Jadi kita mengharap oh sanggup tinggal seorang ah. Jadi kalau boleh kita mengharapkan pihak pembangkang ni utara kan yang ini juga supaya kita segerakan RTB dan LRA terima kasih. Kemudian, cadangan keperluan penyediaan pelan induk saliran air daerah Pokok Sena. Jadi disebabkan banjir berlaku setiap hari dan berlaku kerap, jadi kita mencadangkan supaya ada penyediaan plan induk lah untuk saliran air di daerah Pokok Sena dan cadangan naik taraf parit FT0175139.4013990. Dan yang terakhir kajian semula kolam takungan air di daerah Pokok Sena kerana ada kolam takungan tapi air tak masuk. Pelik tak tu.
Yang terakhir sekali isu hampir pilihanraya lah Yang Berhormat Tuan Speaker. Iaitu di Pokok Sena ni kami dua tahun dah 2024, 2025 keputusan dalam fokus group pembaikkan dan pembinaan rumah tak dapat dilaksanakan. Nama tu naik, tiba-tiba ada nama lain mai duduk di depan. Penghulu pun tak tahu nama tu mai ikut mana pun tak tahu. Akhirnya rumah yang dapat tu orang yang tak sepatutnya dapat. Orang lain yang lebih teruk lagi tak dapat depa ni dapat. Jadi itu isu hampir pilihan raya. Jadi kesianlah kepada pegawai pejabat daerah, penghulu dan sebagainya. Saya tak kisah nak buh JPKKP ke nak boh apa yang buat program itu tak kisah. Yang pentingnya kita bagi kena kepada orang dia dan kena dengan saluran dialah. Yang tu saya harapkan. Terakhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat di atas pembentangan bajet yang dikemukakan sangat menyeluruh kepada semua rakyat. Begitulah juga kepada pihak Exco. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wira SFO. Alhamdulillah banyak bendalah kami bersembang bisik-bisik tu alhamdulillah ada benda yang diberikan. Jadi seronoklah kan kita bersama-sembang tu ada juga kan bisik- bisik tak boleh duk cerita kat orang apa-apa tu kan. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Datuk SFO, kemudian kepada semua pegawai-pegawai kerajaan Tuan DO dan sebagainya terakhir sekali. بلدة طيبة ورب غفور Negeri Kedah aman sentosa rakyat bersatu hidup makmur di bawah rahmat tuhan yang Esa. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lada, dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bayu, dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Asrofil Ambiya Iwal Mursalin Wa Ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Barisan Exco Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan juga Persekutuan, Pegawai-Pegawai Daerah, Petugas Petugas Media, Para Pemerhati yang mengikuti persidangan secara fizikal mahupun atas talian serta pengundi-pengundi Bayu yang saya amat-amat kasihi.
Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun di dewan yang mulia ini untuk kita membahas dan menyuarakan hasrat rakyat. Serta memastikan kebajikan dan pembangunan ekonomi negeri dapat ditangani secara berkesan. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih atas peluang yang diberika kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Dewan yang mulia ini. Pertama sekali izinkan saya merakamkan penghargaan setinggi-tinggi dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di atas pembentangan belanjawan negeri Kedah yang memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan rakyat serta usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan ekonomi dan membela kepentingan masyarakat semua lapisan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Dun Bayu mempunyai potensi besar khususnya dalam sektor pelancongan yang berasaskan alam semulajadi, sejarah dan pelancongan desa. Kawasan kami kaya dengan keindahan alam warisan sejarah serta budaya tempatan yang boleh dijadikan tarikan pelancongan. Dengan sedikit bantuan dan promosi daripada agensi pelancongan negeri, saya yakin Bayu mampu menjadi destinasi pelancongan luar bandar yang berjaya dan memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. Dalam sektor pertanian pula saya mencadangkan agar jabatan dan agensi berkaitan dapat merangka plan pembangunan pertanian berdasarkan potensi setempat. Bukan plan umum yang mana yang sama digunakan di semua kawasan. Setiap kampung ada kekuatan masing-masing ada yang berjaya dalam ternakan ikan, udang dan sebagainya. Ada yang menumpukan kepada penanaman sayur dan tanaman kontang. Jika potensi ini dikembangkan secara tersusun dan disokong dengan kemudahan serta bimbingan teknikal ia akan memberi pulangan hasil yang lebih baik menambah pendapatan rakyat serta menyumbang kepada ekonomi negeri. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kita membicarakan soal pembangunan ekonomi rakyat di luar bandar. Kita tidak boleh menutup mata terhadap nasib para penoreh getah yang menjadi tulang belakang ekonomi desa sejak dahulu lagi. Hari ini isu yang mereka hadapi bukan lagi soal minat, bukan soal usaha, tetapi soal keadaan yang menekan dan sistem yang tidak memihak kepada mereka. Kita tahu bahawa majoriti rakyat luar bandar termasuk di Dun Bayu bergantung kepada pendapatan hasil getah untuk menyara keluarga. Namun pendapatan ini semakin tidak stabil kerana dua faktor utama iaitu harga getah yang tidak menentu dan keadaan musim yang tidak mengizinkan. Dalam satu tahun, hujan turun sepanjang masa dan para penoreh hanya mampu turun bekerja dalam tempoh dua hingga 4 bulan sahaja. Tetapi pendapatan daripada beberapa bulan ini terpaksa menanggung kos sara hidup sepanjang tahun. Keadaan ini amat membebankan rakyat di kampung. Jika kita bandingkan dengan negara Thailand mereka jauh ke hadapan.
Teknologi penorehan mereka membolehkan penoreh bekerja ketika musim hujan melalui penggunaan peralatan khas seperti rainguard dan sistem mekanisasi yang lebih moden. Soalnya mengapakah malaysia negara yang pernah menjadi pengeluar getah terbesar dunia tidak dapat melaksanakan teknologi ini. Kerajaan pusat kena ambil tindakan. Sebab kita dulu dah jadi pengeluaran nombor dua tapi sekarang ni dah jatuh nombor 7. Saya minta kalau boleh pihak pembangkang maklum kepada pihak kerajaan pusat mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini. Kita ada LGM kita ada RISDA kita ada agensi yang sepatutnya menggerakkan pemodenan industri getah. Namun sehingga kini teknologi yang boleh membantu penoreh kecil ini tidak disalurkan secara menyeluruh. Inilah yang membuatkan rakyat merasa kecewa dan tertinggal. Yang Berhormat Tuan Speaker, selain itu terdapat juga isu ketirisan harga getah di peringkat ladang. Harga KGK kandungan getah kering kepada KGB kandungan kertas basah SMR 20 kepada harga kak lang di kampung yang begitu tidak stabil. Yang mana getah di peringkat ladang yang digunakan di peringkat pembeli serta kilang tidak dipantau secara telus. Pengiraan kandungan getah kering tidak mempunyai kawal selia yang jelas menyebabkan pekebun dan penoreh getah menerima harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar. Ketirisan ini berlaku kena tiada mekanisme audit yang kemas dan tiada penguatkuasaan yang tegas daripada pihak yang berkaitan. Oleh itu saya menyarankan agar kerajaan pusat melalui Kementerian Komuniti dan juga kementerian yang menjaga pembagunan luar bandar mengambil tindakan yang lebih serius dan menyeluruh. Antaranya melaksanakan program mekanisasi penorehan secara nasional dengan menyediakan peralatan teknologi tingi kepada pekebun kecil. Memberi subsidi dan skim pembiayaan mikro untuk pembelian mesin peralatan dan penorehan getah. Dan yang ketiga menubuhkan satu jawatankuasa kawal selia harga getah yang berfungsi memantau dan mengaudit formula harga rel kilang ke ladang secara telus. Dan yang keempat meletakkan harga lantai minimum bagi memastikan penoreh getah mendapat pulangan yang adil dan tidak terus terhimpit dengan kos sara hidup yang meningkat. Yang Berhormat Speaker, saya pernah dilantik sebagai Ahli Pihak Berkuasa RISDA Malaysia. Kalau di wilayah utara ni Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak saya seorang saja. Masa tu kami yang menyusun atur program-program semua tapi saya rasa kecewa di pihak kerajaan sekarang ni yang mana masa kami menjadi ahli pihak berkuasa RISDA tu kami buat program di kampung tidak pun menyentuh politik. Dan kami tidak pun menyusun program-program RISDA ni ke arah politik. Tapi hari ini kita melihat RISDA terpaksa akur dengan arahan-arahan daripada kementerian turun ke kampung-kampung dan menaikkan imej pemimpin dan parti tertentu. Ini tidak baik dari segi masa depan negara.
Saya harap selepas ini tidaklah berlaku seperti ini kerana di masa kita berkuasa semasa kami berkuasa kami tidak pun menggunakan agensi kerajaan untuk kepentingan politik peribadi atau sesuatu parti. Jadi saya harap lepas ni tidaklah berlaku seperti ini yang mana kalau anak jantan turun program sendiri tanpa menggunakan agensi kerajaan. Jadi saya harap dapat diperbetulkan di peringkat pusat. Saya yakin dan percaya jika dua perkara utama yang dapat dilaksanakan iaitu pemodenan teknologi penorehan dan kawal selia harga yang telus, industri getah ini akan kembali berdaya saing dan yang paling penting rakyat luar bandar akan kembali mempunyai masa depan ekonomi yang terjamin dan stabil. Yang Berhormat Speaker, dari segi infrastruktur pula saya ingin menarik perhatian beberapa titi dan jalan rosak yang perlu dibaik segera contohnya di titi Kampung Teluk Rambung kawasan saya Batu 8 Siong yang dilanda banjir tempoh hari masih belum dibaik pulih sepenuhnya. Penduduk di sini terpaksa menggunakan titi batang kelapa sebagai laluan sementara. Keadaan ini amat berisiko kepada keselamatan terutamanya bagi mereka yang keluar mencari rezeki dan pelajar sekolah yang ulang-alik. Hari ini isu keselamatan lama dah setahun lebih dekat 2 tahun. JKR, KKRW, SU dah turun pun tengok. Tapi mengapa tidak ambil tindakan. Jadi saya harap kerajaan pusat, janganlah nak harap Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri bukan tanggungjawab di sangat yang tu. Itu tanggungjawab kerajaan pusat. Kerana dalam kampung tu tu kalau nak perkena kami pun dalam kampung tu ada pelbagai parti politik. Parti sebelah sana pun ada parti sebelah sini pun ada tapi mengapa nak hukum tak nak buat titi yang runtuh semasa berlaku bencana banjir. Sedangkan kalau keselamatan anak-anak sekolah keluar kalau berlaku keselamatan ia akan menjadi isu yang besar. Saya harap KKRW, SU, JKR, eh JKR tak terlibatlah KKRW, SU mengambil perhatian yang sirius lah kerana titi ni adalah merupakan titi jalan yang penting untuk laluan anak-anak sekolah, orang nak cari makan dan juga nak ke masjid. Yang Berhormat Speaker, berkenaan isu banjir pula saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JPS, wakil JPS ada tak? kerana telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan mendalamkan sungai secara kecil-kecilan seperti yang saya bangkitkan dalam sidang dun yang lepas. Alhamdulillah hasilnya dapat kita lihat apabila hujan tempoh hari, tidak lagi menyebabkan banjir seteruk sebelumnya. Namun begitu bagi kawasan seperti Kampung Bukit Sebelah, Mukim Siong dan Bendang Sira, Mukim Baling, Bongor. Saya ingin mencadangkan supaya satu pelan penempatan semula di kawasan bebas bencana diwujudkan.
Kita tidak boleh terus membiarkan penduduk berisiko ini di kawasan tersebut tanpa pelan jangka masa panjang. Dah tak boleh buat apa dah Yang Berhormat Speaker kawasan dua tempat ni di Bukit Sebelah dan juga di Kampung Bendang Sira. Buat rumah 1meter dengan sungai nak buat macam mana dah berapa keturunan dah duduk di situ. Tapi sampai bila kami nak mengurus banjir. Kesian kat Pegawai Daerah saya, kesian dekat agensi-agensi kerajaan, kesianlah kepada pemimpin masyarakat yang sentiasa 1 tahun sampai 8-9 kali banjir. Apa kesudahan. Penyelesaian muktamad yang kami mahukan. Kalau boleh, ada saya bincang dengan JPKK, MKK ada tanah di sebelah tu kalau boleh dan saya dah bincang pun dengan penduduk di situ yang di Bukit Sebelah dok ada 20 buah rumah di Bendang Sira dalam lebih kurang 7 buah rumah dia bersetuju untuk pindah. Tapi saya nak minta lah kerjasama daripada kerajaan pusat Kerajaan Negeri tolonglah sediakan tempat kepada penduduk-penduduk ini supaya kami ni di Baling tidak sentiasa dalam keadaan mengurus banjir. Kesian Wakil Rakyat ni tugas dia Yang Berhormat Speaker nak fikir juga tentang ekonomi dan pembangunan yang lain bukan nak mengurus banjir sentiasa. Jadi saya harap pihak-pihak yang berkaitan mengambil lah apa ni perhatian yang serius tentang perkara ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, sumber makanan masyarakat. Saya juga ingin menyentuh tentang isu sumber alam. Sebelum ini saya bangkitkan tentang kekurangan ikan di sungai-sungai. Alhamdulillah perkara ini telah mendapat perhatian Jabatan Perikanan yang mengambil langkah melepaskan di sungai-sungai termasuk di Dun Bayu di mana sebanyak 50,000 ekor ikan telah dilepaskan di Sungai Ketil. Namun begitu terima kasih kepada Jabatan Perikanan yang telah pun membantu untuk menyediakan makanan kepada masyarakat. Jadi saya harap lepas ni tambah lagilah benih jangan Ikan Baung saja kalau boleh ikan-ikan lain sama. Jangan kacau Lunas jangan kacau. Namun begitu peranan penduduk amat penting untuk menjaga sumber ini. Diharapkan agar tidak ada lagi aktiviti penangkapan ikan menggunakan arus elektrik, tuba dan sebagainya. Saya juga menyarankan supaya dilakukan pemantauan berkala pemasangan papan amaran serta penguatkuasaan yang lebih ketat. Jadi saya minta kau boleh pihak-pihak berkuasa tolong pantau. Zaman dulu ikan banyak tapi hari ini ikan di sungai dah tak ada dah sebab apa sebab bom, karan dan sebagainya. Jadi saya mohon pihak berkuasa memantau dan kalau boleh ambil tindakan menangkap jikalau terdapat apa ni orang-orang ataupun individu yang menggunakan karan dan sebagainya. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan ribut angin kencang. Banyak kejadian pokok tumbang ke atas rumah dan premis penduduk. Kami di peringkat Dun Bayu telah melaksanakan program penebangan pokok-pokok berisiko. Alhamdulillah program ini berjalan dengan baik, namun saya memohon Jabatan Perhutanan dapat mempermudahkan urusan kontraktor yang dilantik.
Program ini bukanlah untuk keuntungan atau tujuan pembalakan, sebaliknya bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda rakyat. Kadangkala prosedur yang terlalu ketat boleh membantut kerja-kerja kecemasan ini. Banyak aduan baru ni ribut kami dah susun dah pun masuk ke kampung-kampung dah kenal pasti pokok yang nak ditebang. Jadi tak sempat nak tebang angin mari timpa lagi. Jadi Wakil Rakyat dan juga pemimpin-pemimpin kerajaan terpaksalah turun membantu turun nak selesai masalah. Jadi saya mohon kalau boleh Jabatan Perhutanan terima kasih banyak banyak bagi kerjasama kepada saya dan saya mohon kalau boleh proses untuk nak keluarkan kayu tu dipermudahkan. Bukan kami ni meniaga balak Yang Berhormat Tuan Speaker saya tak meniaga balak. Tapi saya menyelesai masalah rakyat menebang pokok-pokok yang berisiko sahaja bukan tebang balak pun. Jadi saya harap dipermudahkan urusan kami untuk menjalankan kerja-kerja demi masyarakat di kawasan saya dan kawasan-kawasan lain.
Yang Berhormat, yang ribut baru ni tak kena rumah dah lah.
Kena juga YB. Tuan Speaker kena sebab tulah saya ni rasa. masa tambah sikit neh. Tambah masa sikitlah. Yang Berhormat Tuan Speaker cukup baik dengan saya dia orang punya orang yang bagus saya amat yakin dia ada kebolehan yang bijaksanaan. Berkenaan sektor pelancongan luar bandar pula. Selaras dengan status Baling sebagai eko pelancongan. Saya dimaklumkan ada dana daripada pusat. YB. Kubang Rotan kalau boleh saya mohon saya tak rasa cemburu kalau dana-dana ni diberi kepada kawasan-kawasan lain. Tetapi memandangkan Baling ni dipilih sebagai kawasan eko pelancongan. Kalau boleh berilah penumpuan kepada kawasan-kawasan saya ini yang mana banyak produk-produk baru yang boleh diketengahkan. Saya harap YB. Kubang Rotan berilah perhatian yang serius, kerana Baling ni merupakan kawasan eko pelancongan. Terima kasih Yang Berhormat Exco Pelancongan yang ada jugalah bantu. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin nak bangkitkan berkenaan isu baik pulih rumah usang yang dibangkit yang dibangkitkan oleh Bukit Lada tadi. Dalam mesyuarat fokus group yang lalu, masih banyak rumah yang menanti giliran untuk dibaikpulih. Ada yang dimaklumkan, walaupun sudah ada dalam senarai giliran perlu menunggu sehingga lebih setahun sebelum peruntukan dapat disalurkan. Mohon agar agensi yang terlibat untuk mempercepatkan proses ini. Di peringkat Pusat Khidmat, kami sudah cuba membantu sedaya upaya tetapi kemampuan kami amat terhad.
Jadi kalau boleh dana untuk repair rumah usang ini diperbanyakkan dipertambah, kalau boleh wakil-wakil pembangkang yang ada ini maklum kepada pusat. Bantulah rumah yang usang rumah yang uzur ni bukan daripada satu warna bukan daripada parti tertentu, tetapi semua lapisan masyarakat memerlukan. Jadi saya harap mohon kepada kerajaa pusat bantulah negeri untuk menyelesaikan rumah- rumah usang dan rumah yang uzur ini. Jadi berkenaan dengan apa ni, saya tertarik terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat dia menambah elaun apa ni Tok Batin Kampung Asli Lubok Legong. Terima kasihlah tu pengundi saya, tapi saya nak mohon juga saya nak mencadang juga kepada Kerajaan Negeri. YB. Merbau Pulas tolong beri perhatian kerana kita tengok elaun tok batin dah naik kalau boleh elaun MKK pun di naikkanlah juga. Setuju tak YB.-YB. yang ada dalam DUN ni setuju tak. Semua pakat setuju YB. Merbau Pulas, kalau boleh elaun kita naik. Kerana kita tengok MKK ni ketua kampung kalau banjir ni tak tidur malam. Dah kalau ada masalah-masalah yang berkaitan di peringkat apa ni kampung dialah ke depan apa salah RM500 naik ke jumlah yang munasabah. Satu lagi dalam komuniti MKK ni kalau ada program kalau ada bencana dia kena buat mesyuarat. YB. Merbau Pulas, dia kena buat mesyuarat. Jadi orang yang AJK anak hadir tu kalau boleh bagilah elaun walaupun sedikit. Kerana kehadiran tu dia perlu tinggal kerja, perlu tinggal hal-hal lain keluarga. Jadi dia nak menumpukan soal menyelesai masalah rakyat ni sebulan sekali boleh nah. setuju tak YB semua? Habis semua setuju tengok noh. Jadi saya tak naklah berucap panjang sebab saya tengok YB. Tuan Speaker pun saya jet sekali jaa, jet dua kali dia tak makan dah. Jadi sebelum saya mengakhiri ucapan saya saya dengan ini menyokong sepenuh-penuhnya belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah dan sebelum saya apa ni berhenti saya nak pantunlah sikit boleh noh pantun sikit. Indahnya bayu saujana mata Gunung baling berdiri gagah Rakyat hidup aman sejahtera Itulah hasrat kerja Bersama
Pokok tumbang ribut melanda Rumah bocor peniaga derita Bersama-samalah kita bina Bayu Kedah makmur rakyat sejahtera Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih, YB. Bayu yang saya lihat cukup berhemah hari ini. Terima kasih. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Bandar Baharu dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. “Alhamdulillahi Rabbil’ Alamin, Wassalatu Wassalamu ‘ala Sayyidina Muhammad, Wa ‘ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’in”. “Rabbi Shrah Li Sadri, Wa Yassir Li Amri, Wahlul ‘uqdatan Min Lisani, Yafqahu Qawli”. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, seterusnya rakan-rakan Yang Berhormat, Yang Berhormat rakan-rakan daripada agensi-agensi kerajaan dan juga Kerajaan Negeri dan persekutuan.Tuan-tuan saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkanlah ribuan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri atas pembentangan bajet 2026 semalam yang mana saya melihat jenis sebuah satu bajet yang berimbang meliputi semua perkara scan up skill dalam pentadbiran urusan negeri Kedah ini.
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada pengurusan pentadbiran Negeri Kedah yang di terajui oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan SUK atas penerimaan Sijil Tanpa Teguran kenyataan kewangan bagi tahun 2024 yang lalu insya-Allah. Ini satu kejayaan yang merangsangkan dan kita mengharapkan bagi tahun 2025 ini juga akan mendapat sekali lagi Sijil Tanpa Teguran Pengurusan Kewangan Negeri Kedah tahniah sekali lagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya terus kepada isu-isu di peringkat kawasan saya dulu sebelum saya membincangkan tentang bajet tahun 2026 ini. Alhamdulilah melihat kepada perbahasan sidang dewan yang lepas, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah menitahkan tentang pembangunan kawasan industri di Bandar Baharu. Walau bagaimanapun, kita melihat masih belum ada satu tindakan yang berkesan untuk mewujudkan kawasan industri di daerah Bandar Baharu ini.
Ada satu inisiatif yang telah dilaksanakan di peringkat majlis daerah untuk membincangkan KM berkaitan dengan satu kawasan yang telah sedia ada di sana cuma menjadi masalahnya apabila kawasan tersebut digazetkan sebagai kawasan simpanan melayu dan memerlukan satu kita panggil scaping pindah status kepada status bukan rizab Melayu dan saya dapati di daerah Bandar Baharu kebanyakannya majoriti tanah yang ada itu adalah Tanah Reserve Melayu saya mengharapkan satu pengurusan urus yang lebih baik agar scaping dapat dilakukan bagi mudahkan kita menguruskan kawasan yang telah dimasuki yang telah kita bawa dalam KM ini untuk kita tukar status kepada status industri. Itu yang pertamanya.
Kemudian yang keduanya, satu projek yang telah berjalan sejak 2019 berkaitan dengan Projek Desa Sejahtera dari Perkampungan Rimbunan Kasih, Bandar Baharu di Lubuk Buntar yang telah dibina sejak 2019 lagi. Ia mempunyai satu perjanjian dengan satu syarikat Iris Corporation. Dan kita mendapati sudah pun tidak wujud dan tidak beroperasi dan menjadi masalah kepada penduduk-penduduk di dalam 100 buah rumah yang ada di situ tentang hak milik mereka masih tergantung. Mereka terpinga-pinga apakah status peruntukan mereka dan menjadi masalah kepada bekalan air bekalan elektrik dan sebagainya begitu juga dengan pewarisan rumah ini. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar kawasan ini diurus dengan baik oleh Kerajaan Negeri menjadikannya sebagai satu projek desa sejahtera di daerah bandar baharu ini. Mungkin ada perkara-perkara lipat urus yang yang lebih sesuai untuk kita projek ni projek persekutuan projek pusat dan boleh di libat uruskan pusat agar ianya dapat menjadi hak milik kepada peserta-peserta Rimpunan Kasih ini.
Yang ketiga, berkaitan dengan kemudahan kesihatan yang sudah berkali-kali saya bangkitkan dalam sidang Dewan Yang Mulia ini YB. Tuan Speaker. Kemudahan kesihatan di Bandar Baharu ini. Di antaranya, permintaan dan juga hasrat warga bandar baru adalah sebuah hospital terdiri dan terbinanya sebuah hospital di Bandar Baharu ini memang di antara alasan yang telah diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan adalah perlunya penduduk di bandar baharu ni sekurang-kurangnya mempunyai 50,000 orang penduduk. Itu minimum. Sekarang ni sudah mencapai 40,000 lebih dan apa yang menjadi masalahnya penduduk di Bandar Baharu ni mereka akan merujuk kes-kes kesihatan mereka ke hospital-hospital di negeri yang berdekatan di Hospital Parit Buntar, Hospital Selama, Perak dan juga di Hospital Sungai Bakap dan menjadi satu masalah kepada agensi-agensi kita. Agensi daripada JPAM, agensi Pertahanan Awam Malaysia dan juga BOMBA.
Apabila berlakunya kemalangan ataupun kes-kes trauma mereka terus pergi hantar mangsa-mangsa ini ke hospital terdekat ini kerana Hospital Kulim agak jauh dengan Bandar Baharu ini dengan laluannya yang agak sukar ketika malamnya yang menjadi halangan. Apa yang berlaku apabila kes ini dirujuk kepada hospital. Apa jawapan daripada hospital. Soalannya mereka bertanya kenapa datang sini? Itu konotasi yang berlaku. Hospital berkenaan, pegawai yang menerima pesakit ini bertanya balik kepada agensi BOMBA ataupun agensi Pertahanan Awam kenapa rujuk ke sini. Apa maksudnya. Mereka tidak bersedia untuk menerima pesakit-pesakit walaupun dalam keadaan trauma dan kecemasan. Ini berlaku keadaannya.
Satu kes yang berlaku adik ni dalam daerah Bandar Baharu ini, seorang wanita ibu mengandung dia pergi refer Hospital Selama Perak dalam keadaan waktu malam. Waktu malam dia refer, dia pergi ke Hospital Selama Perak pagi, pukul 9.00 pagi dalam keadaan mengandung, naik MoTosikal. Pergi ke Hospital Selama dan mereka nak merujuk dia ke Taiping dalam keadaan keseorangan. Suaminya seorang pemandu lori, pemandu lori biasanya bukan ada di rumah, kena trip nya ke Singapore ke Johor dan sebagainya. Macam mana nak pulang kembali ke rumah untuk membantu isterinya. Isterinya keseorangan naik MoTor ke Selama, Perak dan hospital nak merujuk ke Taiping. Jadi bagi ibu ini dia agak sukar untuk dibawa ke Taiping dan dia mengambil keputusan untuk tukar daripada Hospital Selama, Perak ke hospital naik MoTor ini. Bayangkan ibu mengandungkan seorang ke hospital ke Hospital Kulim ini keadaan yang berlaku. Memang kita mengharapkan apa nama ramainya penduduk nak dibandingkan dengan hospital kadang-kadang ibu pun tak berani nak bersalin dalam kawasan Bandar Baharu ini.
Nak bersalin pun tak berani, nak mengandung pun tak berani disebabkan takut dengan risiko-risiko begini. Ini diantaranya oleh sebab itu tuan-tuan saya mengharapkan di antara kes ini macam chicken and egg lah. Bukan nak tengok yang mana dulu, nak bina hospital dulu ataupun nak tunggu orang bersalin dulu ataupun nak tunggu ramainya rakyat Bandar Baharu dulu barulah kita nak bina hospital. Ini galakkan kepada penambahan penduduk perlu juga atas kita bina sebuah hospital ataupun klinik untuk memberi kemudahan kepada rakyat warga Bandar Baharu ini. Itu diantara yang saya perlu bangkitkan agar kita dapat perhatian dan saya berharap Jabatan Kesihatan khususnya dapat memberi perhatian untuk membina kemudahan-kemudahan ini. YB. Tuan Speaker (YB. Tokai mencelah)
YB. Bandar Baharu, YB. Tuan Speaker. Terima kasih Tuan Speaker dan YB. Bandar Baharu. Saya amat menyokong apa yang disuarakan oleh YB. Bandar Baharu tadi ni. Kerana kita telah lama memperjuangkan kewujudan hospital di Bandar Baharu kerana bila mencari ibu-ibu nak bersalin dia terpaksa pi ke apa Perak ataupun Pulau Pinang. Jadi dia punya tempat lahir tu dia akan jadi negeri lainlah bukan negeri Kedah lagi. Jadi kemudahan yang diberikan kepada rakyat ini Kedah ini ialah ada masalah di situlah. Jadi minta YB. Kuala Ketil usulkan seterusnya ke pihak Kementerian Kesihatan. Terima Kasih YB. Timbalan Tuan Speaker dan YB. Bandar Baharu.
Terima kasih YB. Tokai.
Terima kasih Yang Berhormat Tokai. Warga Bandar Baharu ni dihantar kekurangan dia. Dia sukar untuk mendapat pekerjaan dalam Kerajaan Negeri Kedah. Kerana mereka ni quote apa kat pengenalan dia 08 dan 07, 08 Perak, 07 Pulau Pinang. Itu diantaranya, jadi keperluan tu sangat mendesak untuk memastikan bahawa Bandar Baharu boleh berkhidmat dalam Kerajaan Negeri Kedah. Jadi tak ramailah, yang dapat 2,000 ni daripada Bandar Baharu itu keadaannya. Terima kasih YB. Tokai. Saya merujuk kepada pembentangan semalam berkaitan dengan Bajet 2026. Potensi hasil baharu daripada Sungai Muda yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri semalam.
Kita lihat Lembangan Sungai Muda ni, satu lembangan yang sangat luas terkenal Lembangan Sungai Muda ni, dengan di antaranya potensi-potensi yang ada, pasir dalam Sungai Muda di antara pasir yang berkualiti, untuk dibina untuk dijadikan bahan binaan dan dibawa sampai ke negeri mana tu Sungai Muda ini, itu di antaranya. Oleh sebab itulah, kita kena mengeksploitasi kualiti hasil Sungai Muda ini dengan harga dan juga caj yang lebih lebih kompetitif, lebih bermakna untuk keuntungan Negeri Kedah ini. Dan pengurusan perlombongan pasir ini perlulah dibuat secara secara lestari dan saya berharap mana mana kontraktor dan juga syarikat ataupun Government-Linked Company (GLC) yang terlibat di dalam kuari pasir ni dapat melaksanakan proses pemuliharaan tapak ataupun ‘rehabilitation process’ ataupun program selepas daripada kawasan ini diambil pasirnya.
Dan kita lihat bagaimana di setengah-setengah negeri dia boleh mendapat, menjanakan tenaga menggunakan Mikro-hidro, Hidroelektrik ataupun menjanakan tenaga sebab itulah dalam aliran Air Sungai Muda ini boleh kita dapatkan hasil tenaga daripadanya untuk memastikan bahawa tenaga yang terhasil tenaga hijau ‘green energy’ ni akan memberi manfaat yang banyak kepada Negeri Kedah itu sendiri. Kemudian, kita melihat bagaimana Sungai Muda ini merupakan nadi kepada kehidupan rakyat Negeri Kedah, sumber-sumber daripada Sungai Muda ini digunakan untuk pertanian dan juga perusahaan industri dan sebagainya, dia merupakan ikon kepada pembangunan Negeri Kedah jantung ekonomi kepada kepada Kerajaan Negeri Kedah. Sebab itulah, saya berharapkan kepada agensi-agensi yang berkenaan ataupun portfolio yang berkenaan cuba ‘highlight’ kan Sungai Muda ini sebagai jantung kepada Negeri Kedah. Semua kita makan beras, makan nasi yang terhasil daripada beras daripada Negeri Kedah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), sangat masyhur kerana Sungai Muda. Ini Kedah juga masyhur dengan Sungai Muda ini.
Tuan-tuan, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mencadangkan agar satu program peringkat antarabangsa contohnya ‘Muda River International Festival’ boleh dijadikan sebagai satu ikon bagaimana D’ Tour di Langkawi itu sudah terlekat setiap tahun dalam kalendar, dalam kalendar pelancongan, kalendar sukan. Oleh sebab itulah, Sungai Muda ni juga ataupun Muda River International Festival ini, perlu di highlight kan dengan program-program, program-program sukan, program-program apa pelancongan, supaya Muda ini terkenal, terkenal dengan dengan sungainya, Kedah ini terkenal dengan dengan Sungai Mudanya.
Ianya merupakan sumber warisan, sumber rezeki, kelestarian dan sebagainya. Dan kita mengharapkan Sungai Muda ini juga menjadi simbol perpaduan bukan hanya perpaduan didalam negeri tapi juga menjadi simbol perpaduan di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Bukanlah menjadi simbol pertelagahan, sebab tu satu libat urus yang baik kita pastikan Insya-Allah, Sungai Muda ini boleh di di masyhurkan di peringkat Antarabangsa dan juga jadi simbol perpaduan kepada negeri-negeri yang ada di di sekitarnya, di antaranya Perlis, Kedah dan juga Pulau Pinang. Yang Berhormat Speaker, isu yang kedua terakhir tentang The Greater Kedah. Alhamdulillah satu perjalanan yang hebat yang kita dapati dalam projek The Greater Kedah ini saya mengucapkan mengambil kesempatan ini mengucapkan menjunjung jutaan setinggi-tinggi, jutaan terima kasih menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang mencetuskan idea ini. Alhamdulillah, kita lihat proses perjalanan berjalan dengan lancar.
Tapi melihat kepada kadar itu saya juga ingin mengusulkan satu perkara, ingin mencadangkan satu perkara agar program ‘continuing education’ untuk seluruh dengan izin untuk seluruh warga Negeri Kedah ini. Bagaimana kita lihat, di peringkat profesional-profesional di seluruh negara ataupun dimana saja dia ada ‘continuing professional development’ ataupun pembangunan berterusan profesional. Dalam kita menghadapi masalah semasa dalam masyarakat ini, masalah yang disebut tadi masalah rogol, masalah buli, masalah-masalah masyarakat, perceraian dan sebagainya. Kita melihatkan satu keperluan kepada masyarakat kita pendidikan di luar bilik darjah, pendidikan di luar sekolah sangat penting kepada masyarakat kita, sangat penting dimana inilah kalau kita lihat.
YB. Tuan Speaker! Boleh bagi laluan sikit.
Ya, silakan YB. Bayu!
Adakah YB. Bandar Baharu setuju, jikalau masalah sosial di sekolah ni makin menjadi-jadi. Adakah kita ada keperluan untuk wujudkan semula mata pelajaran Sivik ataupun Tata Rakyat, untuk kembalikan pelajar kepada tata susila yang baik? Terima kasih.
Okey, YB. Bandar Baru boleh jawab dan terus buat penggulungan.
Okey, alhamdulillah terima kasih YB. Bayu. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya sangat bersetuju, kesedaran sivik ini bukan hanya untuk pelajar sekolah sahaja tapi juga untuk orang dewasa. Makna kata Pendidikan Moral ini, sosial ini, bukan hanya untuk pelajar tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ataupun tamat universiti mereka habis pendidikan mereka tamat. Tidak tapi satu keperluan kepada kita ketika mana mereka ini berkeluarga bekerja dan juga persiapan mereka menghadapi hari tua, inilah pendidikan jadi satu keutamaan.
Alhamdulillah kita melihat bagi kita golongan muslim ini kita ada pendidikan pendidikan tak rasmi di masjid-masjid dan juga di surau-surau dengan ceramah dan sebagainya. Sebab itulah usaha-usaha ke arah itu perlu di perkemaskan perlu dipertingkatkan dan kalau sekiranya ada bajet ataupun belanjawan tambahan perlu diberikan khususnya dalam merealisasikan kuliah-kuliah ceramah-ceramah untuk nak pastikan bahawa rakyat kita, masyarakat kita, ni dapat membuat persiapan bukan hanya untuk menghadapi dunia mereka, menghadapi hari tua mereka, tapi juga menghadapi akhirat mereka dan juga hari hari kematian mereka. Ini diantaranya.
Oleh sebab itu saya amat mengharapkan galakan daripada kerajaan berkaitan dengan program-program di masjid, di surau dan juga di dewan-dewan masyarakat dan seumpamanya yakni program menghadapi hari tua. Oleh sebab itu saya, sebagai akhirnya saya simpulkan Yang Berhormat Tuan Speaker simpulan kita melihat kepada satu aduan daripada rakyat berkaitan dengan jalan tak berlampu, jalan gelap dan sebagainya. Tapi menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk pastikan juga mereka ni tidak menghadapi zaman gelap ketika usia tua mereka, zaman gelap ketika selepas kematian mereka gelapnya dalam kubur rakyat tak pernah bertanya tapi mereka asyik bertanya tentang gelap, jalan-jalan mereka, lampu di kampung mereka, itu saja.
Selain perlu di dibangkitkan oleh kita sebagai pemimpin kepada masyarakat begitu juga kita lihat bagaimana jalan berlopak, berlubang, titi yang rosak, jalan simpang-siul dan sebagainya mendapat komplain dan juga aduan masyarakat mereka nak jalan yang besar lebar, bertar dan sebagainya jalan kampung tu tak mau dah jalan tanah merah kalau boleh jalan-jalan apa nama jalan batu kasaran tak mau, nak jalan yang lebih baik tapi adakah mereka ini sedar bahawa mereka juga perlu umat persiapan untuk meniti titian sirat yang jalannya lebih lancar, dan ini kesedaran kita sebagai pemimpin masyarakat ni perlu menyedarkan rakyat ini sejauh manakah kita untuk supaya mereka ni bersedia untuk melintasi titian sirat itu. Kita pun belum tentu bagaimana yang berada disini. Dan, begitu juga dengan keadaan aduanya terhadap terhadap Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan sebagainya. Alhamdulillah, terima kasih tahniah kepada SADA atas progress yang berangsangkan, untuk memastikan rakyat menerima air yang baik, untuk menghilangkan dahaga mereka, tapi adakah mereka ini rakyat ini sedar bahawa mereka telah buat persiapan untuk minum di Telaga Kautsar.
Ini, adakah kita sebagai pemimpin bersedia untuk membawa mereka ini membimbing mereka bersama dengan rakyat ni untuk memastikan bahawa rakyat kita juga mampu untuk minum di Telaga Kautsar. Inilah diantara apa yang aaa disimpulkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri dalam Surah Al anfal ayat 27 ini. Yang berbunyi, Au Zubillah himinashsyaitan nirrajim:
َيَـٰٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ َلَ تَخُونُوا۟ ٱَّللَّ َ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٰٓ ا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُون
Seterusnya ayat 28, Allah berfirman:
ٌٌۭوَٱعْلَمُوٰٓ ا۟ أَنَّمَآٰ أَمْوَٰ لُكُمْ وَأَوْ لَـٰدُكُمْ فِتْنَةٌ ٌۭ وَأَنَّ ٱَّللَّ َ عِندَهُۥٰٓ أَجْرٌ عَظِيم ٨٢
“Sesungguhnya harta benda itu dan anak-pinak dan orang-orang dibawahan kita adalah fitnah, sesungguhnya Allah Ta'ala maha besar ganjarannya”.
Seterusnya, sikit lagi 2 ayat lagi yang saya nak baca berkaitan dengan sambungan dengan ayat ini Allah Ta’ala menyebut:
َيَـٰٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٰٓ ا۟ إِن تَتَّقُوا۟ ٱَّللَّ َ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْ قَان ٌۭا وَيُكَف ِرْ عَنكُمْ سَي ِـَٔاتِكُمْ و ِيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَٱَّللَّ ُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيم ٩٢
“Allah ta’ala menyebut: Wahai orang-orang! Kalau sekiranya engkau bertaqwa kepada Allah ta’ala, Allah ta’ala akan wujudkan kepada kamu zhohirkan kepada kamu furqanan, satu furqan satu mata timbang. Dan Allah menghapuskan segala kesalahan kamu dan mengampunkan segala dosa kamu, dan sesungguhnya Allah ta’ala lah yang maha besar pemberiannya”.
Dan, akhirnya daripada ayat 30 Surah Al-anfal ni, Allah taala memberi satu perbandingan kepada kita.
ۖ ُ َّوَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ ٱَّلل َوَٱَّللَّ ُ خَيْرُ ٱلْمَـٰكِرِ ين ٠٣
Ayat yang kita selalu dengar, “dan awak ingatlah wahai Muhammad ketika mana orang-orang kafir itu merancang untuk menangkap engkau, untuk membunuh engkau, untuk mengusir engkau, dan sesungguhnya mereka merancang dan Allah taala merancang dan perancangan Allahlah sebaik-baik perancangan. Insya-Allah mudah-mudahan perancangan yang telah dibentangkan oleh yang amat berhormat Jeneri ini, akan dilaksanakan dengan baik dengan bantuan dan pertolongan Allah ta’ala, Insya-Allah. Dan dengan itu, saya akhirnya dengan menyokong penuh, pembentangan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Jeneri. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullah.
Terima kasih YB. Bandar Baru! Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Derga.
Saya ingat tak dan, dan. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan dan Negeri Persekutuan, Yang Diraikan Pemerhati-pemerhati di dalam dan di luar dewan, semoga kita diperoleh berkaitan pada hari ini Insya-Allah.
Pertama kali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah di atas pembentangan Bajet Negeri Kedah pada Tahun 2026 yang hadir dengan naratif, yang tepat menekan daya tahan dan ketangkasan strategik dalam menguruskan ekonomi negeri. Kita amat menghargai Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang menempatkan Surah Yusuf Alaihissalam sebagai teras falsafah ekonomi negeri satu pendekatan ‘speed ritual’ yang dianjurkan secara ilmiah prinsip ‘physical’ dan kelestarian ekonomi. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong sepenuhnya usaha Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar mengukuhkan asas ekonomi Kedah melalui Blueprint The Greater Kedah 2050. Dokumen strategik ini bukan sahaja mengatur langkah ke arah negeri pintar dan bertindak impak tinggi tetapi juga mengangkat Negeri Kedah sebagai aktor ekonomi serantau dalam konteks Geo-Ekonomi Utara Semenanjung.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin sebut tentang isu semak-samun di sepanjang kawasan Landasan Kereta Api khususnya di Alor Setar, perkara ini telah dibangkitkan oleh sahabat saya ADUN YB. Kota Siputeh dia menghubungkan jalan tu juga, menghubung ke sampai ke Kodiang. Isu ni dah banyak kali kita bangkitkan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) ataupun Keretapi Tanah Melayu (KTM) dah pun banyak kali turun kepada untuk semak tengok, Insya-Allah akan selesaikan tapi hampir, 2 tahun macam tulah keadaannya saya berharap RAC ataupun KTM tak payahlah duk menuding jari kepada sesiapa, kerana depa dua agensi itu saja yang boleh menyelesaikan masalah semak-samun tu.
Saya mohon agar Kerajaan Negeri campur tangan demi memastikan keselesaan dan kebajikan penduduk terpelihara, rakyat tak mahu dengar alasan lagi, depa nak tengok tindakan, kita ni negeri pelancongan juga, tak manis kalau pelawat lalu nampak kawasan penuh dengan semak-samun.
Yang Berhormat Tuan Speaker, isu kedua yang saya akan bangkitkan adalah kes-kes di sekolah sekarang ini. Kita duduk baca ni diberita makin banyak kes melibatkan pembunuhan, kematian pelajar, kes buli dan kes salah laku seksual dan sebagainya. Benda ini sangatlah membimbangkan, bukan saja untuk ibu bapa tetapi untuk masa depan negara kita. Bila sebut sekolah kita bayangkan tempat yang paling selamat tetapi sekarang ibu bapa risau nak hantar anak ke sekolah sebab macam-macam yang boleh terjadi. Dulu masa kita sekolah, kita kena rotan, tapi hasilnya kita menjadi manusia yang orang hormat, tahu adab, tahu mana yang salah dan mana yang betul. Saya cadangkan supaya Kementerian Pendidikan mempertimbangkan mengembalikan hukuman rotan sebagai antara usaha untuk mendisiplinkan pelajar.
Yang Berhormat Derga! bagi laluan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.
Oh.
Hahah berani tak bagi,
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan Di Bawah Peraturan 12 1A, Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, supaya sidang dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2:30 petang, selepas ditangguhkan pada jam 1 tengah hari. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker! Saya pohon menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan juga Yang Berhormat Sungai Limau. Teruskannya Yang Berhormat Derga sehingga jam 1.
Yang Berhormat Tuan Speaker! Minta mencelah boleh?
Ada orang nak mencelah? Oh yang ni.
YB. Derga! YB. Lunas minta laluan tu.
Okay.
Yang Berhormat Speaker tengok, YB. Derga dia gelisah. Hehe, baik. Dalam ucapan YB. Derga tadi, dia ada sebutkan tentang masalah yang melibatkan gejala sosial dan buli apa semua yang berlaku di sekolah, dan dia dah sampai ke tahap kehilangan nyawa. Dan ini satu benda yang sangat serius dan sepatutnya sekolah menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Soalan saya, pada Yang Berhormat Derga, adakah perkara ini berlaku disebabkan kegagalan sistem pendidikan kita ataupun kegagalan Menteri Pendidikan kita, pertama sekali isu yang jadi ni semakin memuncak terutama sewaktu dia jadi Menteri Pendidikan, dan waktu yang sama tidak ada langkah-langkah yang jelas ataupun proaktif untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan gejala sosial di sekolah.
Dan kita tengok dia lebih banyak berpolitik daripada soal menumpukan soal-soal melibatkan pentadbiran menyelesaikan masalah sosialnya ni. Terima kasih.
Saya pon nak tolong YB. Derga juga. YB. Derga setuju dak kalau kita katakan bahawa kita boleh desak Kementerian Komunikasi ini untuk tapis content-content yang ganas dan lucah di internet, bukan hanya laju menyekat content-content politik.
Ya, dia jadi dia 2 soalan, Yang Berhormat Tuan Speaker noh! Jadi saya mungkin saya jawab dalam bertulis tu. Dak! panjang sangatkan, jadi saya hantar depa dalam bertulis noh. Saya ganti Menteri.
Tu ka, jawab pi lah sikit
Ya ya, kita ambil hat wanita dulu, wanita dulu
Ambil wanita dulu.
Jadi YB. Pengkalan Kundor tu, saya setuju lah kan, kalau kata dia tapis tu memang sesuai memang layak sangat la ni buka pagi pun dah keluar yang pelik-pelik ni kan ha jadi setuju sangat, tapi kalau boleh daripada pembangkang pun setujulah yang pendapat kami daripada kerajaan ini negeri kan. Okey, sambung balik tadi noh.
Ya, ya, teruskan, teruskan.
Dak.
Bertulis pon tak apa
YB. Lunas, kita bagi bertulis. Sebab dia panjang
Boleh, boleh, jawapan dia panjang ka?
Ya.
Ah panjang, bertulis lah.
Okey, berkenaan dengan hat anak salah laku di sekolah kerana salah satu mungkin dia daripada sosial media juga. Jadi, minta Menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Komunikasi kena tapis lah benda-benda macam tu kan.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker saya nak bangkitkan pula isu keselamatan jalan raya iaitu Jalan Datuk Kumbar nak ke Mydin, jalan itu lah makin sibuk banyak lori, MoTor, kereta, terutamanya waktu malam, waktu-waktu time balik kerja, nak pi kerja, jalan tu separuh Alor Mengkudu jadi separuh Derga. Jadi, minta pihak saya pun dah bangkit dah daripada tahun lepas berkenaan dengan lampu jalan, jalan tu memang sunyi sangat, dan memang sunyi sebab rumah ada sebiji dekat situ jalan tu, kan gelap sangat jadi minta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atau pihak bandaraya pasang lah lampu jalan solar pon okey, jarang-jarang lama-lama sekali pon okey, kerana kerap berlaku sangat kemalangan disitu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, penduduk dah banyak mengadu banyak kali ramai yang bimbang bukan saja risiko kemalangan tapi juga pernah berlaku kes jenayah lah jalan tu, saya juga menyeru pihak Kerajaan Negeri atau agensi pandang serius perkara ini, paling tidak pasang lah lampu solar, sementara kalau bajet kalau ada lebih pasang yang elektrik punya lah. Nyawa rakyat ini jangan kita main-main, kemajuan itu bukan pada bangunan tinggi atau projek besar, tetapi pada lampu jalan yang dibuat buat rakyat rasa selamat daripada sebarang ancaman.
Kadang benda nampak kecil, semak tepi landasan lampu jalan, disiplin di sekolah tapi semua itu yang buat rakyat rasa mereka tidak dijaga dan dihargai dan dengarlah suaranya. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri yang berjiwa rakyat, Kedah akan terus bergerak ke depan kita nak Kedah bukan saja maju dari segi ekonomi, tapi juga buat berakhlak, berdisiplin, sejahtera dan nikmat untuk semua.
Ni YB. Derga, Derga ada banjir dak?
Berkenaan dengan banjir setakat terkini alhamdulillah, kerana mungkin kita dok sembang tadi dengan DO Kulim, DO daripada Pokok Sena daripada Pokok Sena tu dia bawak pi Kulim, aaa jadi gitu, tapi sebelum ni ramalan dia kalau Pokok Sena tu kering dia akan mai di Derga lah, tapi alhamdulillah dengan kerja sama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), cuci parit, cuci longkang, cuci sungai berjalan lancar, air lalu saja, terima kasih JPS. DO Pokok Sena bawa pergi Kulim.
Izinkan saya menyatakan bahawa saya berdiri teguh memberi sokongan penuh pada bajet 2026 tahun ini. Bagi saya ini bukan sekadar bajet pengurusan tetapi plan hala tuju strategik untuk menjadikan Kedah negeri berdaya tahan dalam kesedaran geo-politik yang penuh cabaran. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada JPS, JKR, SADA, Pejabat Daerah Kota Setar, Pejabat Kewangan Negeri dan seluruh Agensi Kerajaan dah Pusat dengan penghargaan terima kasih.
Laluan, YB. Kota Siputeh.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Derga. Apa ni bercakap pasal JPS dengan MADA ni, saya mohon pandangan sebab dia sebut sentuh pasal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kita juga nak bercakap nilai dalam konteks dalam kawasan kita dah terkait dengan bab MADA sekalilah. Apa pandangan Yang Berhormat Derga, berkenaan dengan JPS dengan MADA ni, untuk kita buat bila kita turun kadang-kadang ada pihak yang ada maklumkan bahawa ni bukan MADA punya, contohnya
sungai-sungai, tali-tali air, ni dan sebagainya dia kata hak tu ni JPS punya, ada pula kalanya JPS kata ni bukan JPS punya, hak ni MADA punya, dia punya kadang-kadang depa duk toi depan kita pula waktu kita turun kelapangan bersama-sama kan, apa pandangan YB. Derga adakah mungkin kita boleh laksanakan ataupun kita boleh cadangkan untuk buat satu kita ada Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) contohnya memang ada pecahan daripada segi orang kata agihan belahan kawasan tu, adakah perkara yang sama perlu diperjelaskan ataupun buat perenggan yang secara kejelasanlah hat mana perenggan belah JPS, hat mana perenggan belah MADA yang perlu kita bagi memudahkan untuk kita berhubung untuk capaian dengan siapa yang kita boleh secara terus? Apa pandangan Yang Berhormat Derga.
Yang ni, nak jawapan bertulis juga ka, boleh jawab?
Saya rasa macam boleh jawab tu.
Silakan!
Boleh mencelah sikit YB. Derga?
Jangan lama sangat! Nak rehat dah.
Okey baik! Terima kasih YB. Derga. Sebenarnya saya nak nak ‘reverse’ balik dekat kenyataan ataupun soalan daripada YB. Lunas tadi, yang menyatakan kes-kes yang berlaku di sekolah tu adalah mungkin berpunca daripada Menteri, tapi saya rasa benda ni kita kena sangkalkan, sebab benda ni benda nak berlaku, jadi benda yang tak baik kadang-kadang boleh berlaku dalam kawasan di Negeri Kedah juga. Jadi, jangan oleh kerana baju tak sama kita nak salahkan mana-mana pihak, benda ni telah ditakdirkan untuk berlaku. Terima kasih.
Tapi sebelum tu..
Dak! Saya saya ingat bagi YB. Kota Siputeh, kita bagi YB. Derga terus buat penggulungan.
Hat tu betui, hat tu betui. Jadi soalan hat tadi hat YB. Lunas hah, dia nak jumpa juga speaker jawapan dia noh, toksah dok kata betui betui
Buat penggulungan! Kita dah sampai masa dah
Okey, saya pun nak gulung dah, nak gulung dah. Betul tadi lah betul walaupun berbeza baju berbeza politik, kerana mungkin tu lah masalah dia Menteri kena tegas dalam isu-isu macam itu, kan kena bagi arahan tapi jangan dia dok jegil mata, jegil mata memang tak jalan kerja tu. Insya-Allah jadi saya menyokong penuh pasal Bajet pada 2026.
Sebelum saya akhiri ucapan bajet saya pada tengahari ini,marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada sahabat saya iaitu penghulu Huzaimi yang baru saja menghembuskan nafasnya kelmarin, jadi sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah. Okey, sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Derga, jangan lupa jawapan bertulis tu kena bagi sebab ini janji dalam dewan. Jadi, dengan ini, dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari]
[Sidang Dewan disambung pada jam: 2:30 petang]
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil alamin wassalatu wassalamuala asyrafil mursalin wa ‘ala alihi wasahbihi ajma'in. Dewan disambung semula.
Ada satu pengumuman mengenai dengan lawatan daripada Dewan Undangan Negeri Kedah menerima kunjungan pemerhati daripada Pertubuhan Wanita Sejahtera seramai 22 orang. Selamat datang diucapkan kepada semua.
Seterusnya, kita persilakan Yang Berhormat Pengkalan Kundor, untuk perbahasan bajet.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Dihormati Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar seterusnya sidang dewan sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dalam perbahasan kali ini pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah di atas pelbagai usaha yang dilakukan dalam memastikan kesejahteraan rakyat Negeri Kedah. Antaranya sumbangan Beras Sejahtera setiap bulan, bantuan awal ke IPT, Tabung Tengku Mahmud (TTM), pembaikan jalan, Skim Kafalah dan pembaikan rumah. DUN Pengkalan Kundor antara yang mendapat manfaat daripada usaha-usaha Kerajaan Negeri ini, saya petik jawapan kepada pertanyaan bertulis.
Yang pertamanya, seramai 182 pelajar dari DUN Pengkalan Kundor menerima sumbangan pendidikan Tabung Tengku Mahmud setakat 31 Oktober 2025 dengan jumlah keseluruhan RM 261,774 dan pembaikan jalan jumlah keseluruhan jalan yang telah dibaiki di bawah peruntukan MARIS bagi DUN Pengkalan Kundor dari tahun 2023 hingga 2025 adalah 71 jalan. 32 jalan pada tahun 2023, 28 pada tahun 2024 dan 11 pada tahun 2025. In sha-Allah masih ada lagi jalan yang perlu dibaiki dan akan dibaiki dengan komitmen Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan iaitu JKR, GPS dan Pejabat Daerah. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, merujuk ucapan Bajet 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, pada perenggan 189 berkenaan dengan Web TV Kedah. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas pelancaran Web TV Kedah ini sebagai suara negeri.
Cadangan saya agar TV Kedah boleh menjadi media alternatif kepada rakyat dan suara alternatif mewakili rakyat. TV Kedah boleh siarkan apa yang tidak disiarkan di media arus perdana, contohnya boleh siarkan berkenaan dengan kesusahan pertanian hari ini, yang berhadapan dengan masalah baja, kartel dan pendapatan yang tidak setimpal dengan kesusahan mereka memerah kudrat untuk menjamin keterjaminan makanan kita, jadi TV Kedah boleh jadi suara alternatif yang menyiarkan berita-berita dan isu-isu rakyat yang mungkin tidak disiarkan di media massa.
Seterusnya, pada perenggan 173 Bajet 2026 ini berkenaan Program Kad Siswa Kedah yang akan memanfaatkan 20 ribu mahasiswa Kedah. Kad Siswa Kedah ini menawarkan perlindungan insurans serta diskaun di premis perniagaan terpilih seluruh negara. Tahniah saya ucapkan di atas inisiatif yang sangat baik untuk anak muda Negeri Kedah ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, cadangan saya agar pemegang kad siswa ini mesti diberikan juga akses kepada kursus-kursus yang mempersiapkan mereka untuk pasaran kerja, contohnya kursus Kemahiran AI, Keusahawanan, Digital dan pelbagai kursus yang diperlukan oleh majikan. Jadi tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui portfolio-portfolio yang berkaitan.
Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, yang keempat dan yang paling penting sekali yang saya nak ambil kesempatan sentuh pada perbahasan kali ini adalah pada perenggan 71 Bajet 2026 pada kali ini, berkenaan dengan perjanjian timbal balas perdagangan Agreement on Reciprocal Trade (ART) yang ditandatangani oleh Malaysia dan Amerika Syarikat. YB. Tuan Speaker dan sidang dewan sekalian, saya harap kita boleh membincangkan implikasi perjanjian ini secara objektif mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan negeri, khususnya mengenai pertanian atau agriculture pada artikel 2.3, kritikal minerals melibatkan REE pada artikel 6.1 dan GLC negeri pada artikel 6.2. Jangan sesekali menyangka bahawa perjanjian ini tidak ada kaitan dengan negeri tetapi sebenarnya negeri-negeri lah antara pihak yang berkepentingan yang akan terkesan secara langsung apabila ia dilaksanakan. Sidang dewan sekalian pada artikel 2.3, berkenaan dengan pertanian. Saya sebut dengan izin YB. Tuan Speaker, ‘Malaysia shall provide non-discriminatory market access’, implikasinya adalah Malaysia tidak boleh memberikan layanan istimewa lagi kepada produk tempatan berbanding produk pertanian daripada US, jadi petani-petani kita berisiko terpaksa bersaing dengan barangan Amerika yang mempunyai modal lebih besar dan teknologi yang lebih canggih, dan rakyat kita pun nak makan juga.
Rakyat kita pun nak cari rezeki. Kita juga berisiko hilang hak dan kebebasan rundingan dengan negara lain, kerana disebut pada 2.3(b), ‘Malaysia shall not enter into agreement or understanding with third countries that incompatible with US or disadvantage US export’. Jika kita nak bekerjasama dengan negara luar, yang kita nampak mampu memberi manfaat yang baik untuk pertanian dan petani kita, tidak boleh, melainkan mesti pastikan tidak menjejaskan kepentingan Amerika. Kita kena utamakan kepentingan US sedangkan tidak ada keperluan untuk negara-negara lain memenuhi standard US.
Sidang dewan sekalian seterusnya, article 6.1 ART ini, mengenai mineral kritikal dalam konteks Kedah adalah REE. Disebut, Malaysia shall facilitate and proMoTes investment by US in sectors including critical minerals, dan ini membuka ruang kepada US yang sebelum ini tidak berlaku. Seingat saya Kedah telah pun bersetuju dengan pendirian Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli bahawa Malaysia tidak akan eksport bahan mentah nadhir bumi, semua unsur nadhir bumi mesti diproses dalam negara, demi menjana nilai tambah ekonomi dan peluang pekerjaan. Tambahan pula 70% anggaran deposit REE adalah di negeri-negeri SG4. Sejauh mana pendapat negeri-negeri ini ditanya, sejauh mana kita dilibatkan sebelum sign perjanjian ini sedangkan kepentingan negeri kita terlibat. Sidang dewan sekalian, seterusnya, pada para 6.2 menyebut mengenai State Own Enterprise (GLC) milik Kerajaan Negeri terkait dengan perkara ini apabila disebut, ‘Malaysia shall refrain from discriminating against US goods or service’, ‘Malaysia shall refrain from providing non-commercial assistance or subsidizing its goods producing SOE’. Ikut perjanjian ini kita perlu sentiasa bertindak atas dasar komersial, sedangkan ada banyak ketika perkiraan kita fokus kepada nak membantu rakyat walaupun tidak menguntungkan secara komersial, dan bantuan ini mampu kita berikan melalui subsidi kepada syarikat-syarikat di bawah Kerajaan Negeri. Dengan bantuan kerajaan, maka barangan dan servis boleh diperoleh rakyat dengan kos yang lebih rendah.
Jadi sidang dewan sekalian, perjanjian ini ART ini walaupun nampak seperti kaitannya hanyalah melibatkan antara dua negara tetapi sebenarnya Malaysia ini mengandungi 14 negeri, maka setiap negeri itu akan terlibat dengan implikasi perjanjian ini. YB. Tuan Speaker dan sidang dewan sekalian, implikasi perjanjian ini akan kena bukan hanya kepada Kerajaan MADANI yang sign perjanjian dan penyokong MADANI, tetapi negeri kita yang tak MADANI ni pun kena tempuh implikasinya kerana Malaysia wujud dengan 14 negeri termasuk lah Kedah. Jadi jangan remehkan kepedulian negeri dan rakyat, jangan mengelak dari bertanggungjawab dengan rakyat, tak baca perjanjian, baca tak habis, read documentarily dan pelbagai lagi ayat-ayat jawapan-jawapan yang saya lihat nak mengelak daripada bertanggungjawab, nak mengelak daripada menjawab dan nak mengelak daripada implikasi-implikasi yang sepatutnya diketahui oleh rakyat.
Tapi tengoklah apa yang berlaku sekarang ini, pihak yang berkritik bukan hanya walaun, pihak yang berkritik bukan hanya pembangkang, tetapi semua pihak yang berkepentingan bahkan pakar-pakar ekonomi dalam dan juga luar negara. Jadi Sidang Dewan Sekalian, apabila kerajaan mengelak untuk menjawab dengan alasan yang sama, ayat yang sama, bacalah perjanjian tu, baca tak habis, baca separuh, baca betul-betul, itulah ayat yang diberikan. Ini adalah sikap pemerintah yang sombong dan meremehkan perbezaan pandangan. Sidang Dewan Sekalian, sebab kita baca lah maka kita tahu bahawa perjanjian ini adalah perjanjian yang berat sebelah terang-terangan, untung secupak rugi segantang, kalau mat salleh kata ‘pennywise and pound foolish’.
Sidang dewan sekalian ada lebih 40 kali ‘Malaysia shall...’ disebut cuma 3 kali ‘US shall…’, kewajipan mandatori secara undang-undang ini di pihak US cuma 3 kali, tapi Malaysia lebih 40 kali. Jadi bagaimana kita nak katakan bahawa perjanjian ini adalah perjanjian yang adil?
3 minit lagi YB.
Sidang Dewan Sekalian, obligasi Malaysia berdasarkan perjanjian ini puluhan kali ganda, sedangkan US tidak dibebankan dengan kewajipan serupa. Tiada survey pandangan awam atau libat urus secukupnya dengan negeri-negeri berkepentingan sebelum perjanjian ini ditandatangani. Isu ini adalah isu antarabangsa melibatkan negara kita dengan negara kuasa besar dunia, yang melibatkan kepentingan rakyat, kepentingan pelbagai agensi dalam negara tetapi penglibatannya macam mesyuarat JKK saja bukan macam mesyuarat negara, bukan macam urusan negara dan urusan antarabangsa.
Sidang Dewan Sekalian, Kerajaan Malaysia yang memegang amanah rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk menempuh risiko dengan menandatangani perjanjian ini, maka Kerajaan Negeri Kedah, saya nak gesa dan mencadangkan supaya mengambil langkah awal untuk menyemak semua perkara yang terkandung dalam perjanjian ini dan berusaha melindungi masa depan dan kepentingan rakyat Kedah. Kita perlu ambil langkah awal untuk baca satu persatu dan semak, buat sesi sidang meja bulat, buat rundingan, buat perbincangan yang serius untuk mengenal pasti setiap para setiap perkara di dalam perjanjian ini yang mana implikasinya nanti akan memberi kesan kepada rakyat Negeri Kedah, Agensi-Agensi kita, dan Kerajaan Negeri secara umumnya.
Jika ada peluang untuk kita sampaikan dan berbincang dengan kerajaan Persekutuan agar tidak melakukan apa-apa pindaan terhadap undang-undang tempatan bagi merealisasikan ART jika ia memudaratkan rakyat. Untuk melaksanakan perjanjian ini, maka di sana ada keperluan untuk meminda undang-undang tempatan ada undang-undang yang perlu dipinda untuk melaksanakan beberapa perkara ataupun obligasi-obligasi yang terdapat di dalam perjanjian ini, maka sekiranya ia memudaratkan rakyat apatah lagi ada implikasi yang secara langsung memberi kesan kepada rakyat Negeri Kedah khususnya dalam soal pertanian, dalam soal REE, maka janganlah sesekali kita menyokong atau pun kita desak lah Kerajaan Persekutuan agar tidak rectify ataupun tidak membuat pindaan terhadap undang-undang ini, jika ia sekiranya memudaratkan rakyat.
Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker …
Ya, sila gulung.
Berdasarkan….
Masa sudah pun tamat. Sila gulung.
Berdasarkan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi maka saya mohon agar Kerajaan Negeri Kedah dan juga Kerajaan Malaysia, memikirkan tentang kesan ataupun implikasi Perjanjian ART ini dengan semangat negara, kerana kesan ataupun implikasi perjanjian ini perlu dihadapi oleh kita semua sebagai sebuah negara, kesannya bukan hanya pada hari ini, bukan hanya pada hari ditandatangani, bukan hanya sebulan dua atau setahun dua yang memberi kesan jangka masa panjang dan jika sekiranya kita masih lagi politicking tak habis-habis tak berkesudahan, kita tidak mampu berfikir sebagai negarawan dan pihak yang sayang akan negara maka implikasinya nanti adalah pada generasi anak cucu kita. Jadi kita perlu sit down berbincang sebagai sebuah negara walaupun merentasi ideologi politik agar untuk memastikan bahawa pelaksanaan ART ini tidak akan memprejudiskan ataupun memberi kesan yang mudarat kepada rakyat dan negeri, seterusnya negara kita. Dengan itu saya menyokong Bajet Kedah 2026.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kundor, dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Tokai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala rasulil amin wa’ala alihi wasahbihi ajma’in. Rabbisyh rohli sodri wa yassirli amri wahlul ukhdatan mirlisani yafqahu qauli. Terima kasih YB. Tuan Speaker, sahabat-sahabat Exco, Adun semua, Pegawai Kerajaan Pusat dan juga Negeri, serta kaki tangan serta pemerhati dan seluruh hadirin yang dihormati sekalian. Terima kasih di atas peluang yang diberikan pada petang ini, dan saya ingin menyentuh beberapa perkara yang khusus berhubung dengan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kelmarin. Sebenarnya, saya terlibat ataupun berada di dalam kalangan mereka yang mengkaji penilaian semula ataupun tarif di peringkat PBT, YB. Kota Darul Aman ya. Penilaian semula ini adalah mesti dilakukan ataupun wajib dilakukan setiap lima tahun tetapi kewajipan itu bukanlah seperti kewajipan tinggal sembahyang ya, aa boleh diberikan ruang masa, sebab itulah sehingga ada PBT yang 40 tahun, ada PBT yang 31 tahun baru mengadakan penilaian semula ataupun kadar taksiran ini dan saya ingin menyentuh apa yang telah berlaku di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kerana pada masa itu kita, kalau tak silap saya Dato Paduka Amar menjadi SS dan dia telah mengatakan, kita mesti menjalankan kajian tersebut kerana sudah terlalu lama tidak menjalankan kajian.
Dan untuk rujukan kita, senarai penilaian semula 2025 Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), ini belum diluluskan di peringkat negeri lagi. Ini apa cadangan; jenis harta kediaman kadar baru 0.09% jumlah pegangan 18,548, jumlah yang melibatkan penurunan cukai 2,237. Jumlah yang kenaikan cukai 16,308. Yang tidak naik tidak turun 3 dan seterusnya lah saya tak mahu sentuh semua nah. Kediaman kadar baru 0.11%, jumlah pegangan 62,451. Jumlah pegangan yang mengalami penurunan 5,376. Jumlah pegangan yang mengalami kenaikan 57,094. Jumlah yang tak naik tak turun 11. Hotel, kadar baru 0.16% jumlah pegangan 17 penurunan 1 kenaikan 16 tak naik tak turun 0. Perniagaan termasuk hospital swasta, kadar baru 0.3% jumlah pegangan 7 penurunan tidak ada, kenaikan ada, ni perniagaan termasuk hospital swasta lah 7. Kemudian stesen minyak industri ringan, industri bangunan persatuan harta khas lot 0. Ini semua kadar-kadar dia tidak lebih daripada, saya tengok sini tidak lebih daripada 0.5% kadar baru.
Jadi yang dikatakan sampai 245% itu, itu merupakan satu tohmahan yang tidak benar lah seperti mana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar semalam ya. Kemudian, kita perlu faham bahawasanya kadar taksiran ini perlu disemak disebabkan oleh kemajuan pembangunan. Saya ambil contoh di tempat saya, rumah saya sendirilah nah, saya beli lot tanah 4,800 tahun ‘85, sekarang ni orang jual 70 ribu, saya buat rumah, upah orang lah bukan buat sendiri ya 78 ribu ah, sekarang ni kadar dia 400 ribu. Jadi takkanlah penilaian ini masih statik di, apa kita kata, dalam tahun 90-an, tahun 80-an, mestilah dinaikkan, sebab itulah kajian semula ini perlu dilakukan dan ada yang kadar dia naik dan ada yang kadar turun disebabkan oleh beberapa perkara lah, jadi saya tak perlu sentuh perkara tersebut.
Banyak benda-benda yang diperbaharui di kediaman-kediaman yang kita duduk tersebut ah, kalau dulu sampah kita kena letak di dalam tong yang besar-besar kena berjalan jauh, tapi sekarang ni depan rumah dah ada tong sampah. Lampu jalan mungkin dulu tak terang, sekarang ni diubah kepada lampu LED. Kemudian cuci longkang, dua minggu sekali, depa mai cuci. Potong rumput. Kemudian padang permainan semua ini perlu kepada pengurusan ataupun perlu kepada kos. Jadi inilah yang menyebabkan taksiran semula ini dinilai dan ada yang naik saya sebut tadi, ada yang turun.
Satu masalah yang saya dapati di Negeri Kedah ini, berhubung dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ataupun Pihak PBT, banyak yang telah dicuri, haa ni YB. Kota Darul Aman kena tegur nah masyarakat di tempat tersebut. Saya pi ke Yala, pi ke Pattani, jom kita pi sekali lepas ni nah. Tengok di tepi-tepi sungai, sungai yang cantik suasana yang indah, yang elok dengan alat-alat untuk laksanakan exercise goyang kaki, goyang tangan, apa panjat macam monyet tu semua ada, ini semua adalah memberi kemudahan kepada rakyat dan saya tanya orang Pattani orang Yala “tak ada kecurian?”, dia kata “Alhamdulillah, di sini tidak berlaku kecurian”.
Kenapa benda ini berlaku di tempat kita? Bahkan di Pendang kita letak bunga-bunga yang ada lampu, pun itu dicuri, kita letak lampu solar pun kena curi, disebabkan oleh apa? Sebab itulah saya mengucapkan tahniah kepada YB. Sungai Limau yang telah membuat satu peraturan bahawasanya tempat kita ini, di waktu Maghrib, PBT-PBT supaya melaksanakan arahan rakyat kita ni berhenti sat waktu Maghrib untuk kita menunaikan solat Maghrib, kerana Maghrib ni waktu dia singkat, jika sekiranya rakyat kita patuh kepada arahan Allah subhanahu wa ta’ala ini, saya rasa ramai di antara kita yang mempunyai sikap takut kepada Allah subhanahu wa ta’ala, sepertimana yang Rasulullah menyebut eh dalam Hadis Jibril, disebut, ditanya berhubung dengan ihsan, Maa hual Ihsan:
أَنْ تَعْبُدَ َّللاَّ َ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك
“Hendaklah kamu takut kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah tapi semestinya kita tak dapat lihat tetapi Allah sentiasa lihat.”
Kalau sekiranya ini wujud dalam masyarakat kita ini ada dalam masyarakat kita Insha Allah saya rasa apa benda ni tidak akan berlaku, sebab setiap apa yang kita dapat hasil curi tu, kita jamu kepada anak isteri kita ia akan menjadikan badan dia, darah dia, daging dia, sel dia, adalah sumber yang haram, dan sumber yang haram ni, Rasulullah kata apa:
كُلُّ لَحْمٍ نَبَتَ مِنْ حَرَامٍ فَالنَّارُ اَوْ لٰى بِه
“Setiap darah dan daging yang tumbuh daripada sumber yang haram itu maka api neraka lah lebih layak untuknya”.
Jadi kalau kita takut kepada arahan Allah, kita bentuk masyarakat yang takut kepada Allah, sentiasa melihat apa yang kita laksanakan, saya rasa benda-benda macam ini tidak akan berlaku di tempat kita. Tu tajuk pertama nah. Tajuk kedua berhubung dengan iKAFALAH. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah, tahniah kepada Pegawai Kewangan dan semua kaki tangan tinggi kerajaan yang telah mengesyorkan supaya sedikit sebanyak kita membantu mereka-mereka yang telah kehilangan ahli waris, cuma apa yang berlaku sekarang ini, kita semenjak kebelakangan ini, saya pun tak tahu apa puncanya kematian makin bertambah dan makin banyak.
Kalau sebelum kita ada iKAFALAH tu saya rasa tak ramai sangat orang kawasan saya meninggal, tapi pada kali ini, pada saat ini, pada masa ini, bulan sepuluh dah habis dah kuota. Jadi saya haraplah eh kepada SFO dan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, fikir-fikir semula lah kuota untuk kematian ini, dulu kita dok marah kepada kerajaan sebelum ini, 95 orang setiap DUN, kita sekarang ni saya tak ingat berapa 210 ka 190, saya tak ingat yang tu, tetapi kuota dah habis. Bila kuota dah habis, saya taktau lah yang meninggal lepas bukan sepuluh ni, mana kita nak letak ni, nak bawak pi ke tahun depan, tahun depan mungkin bulan enam dah habis.
Jadi, ini lah yang perlu difikirkan oleh Kerajaan Negeri supaya perkara ini difikirkan semula, kuota ini difikirkan semula, kalau perlu tambah, tambah lah. Langkawi pun saya rasa ramai juga yang meninggal tahun ni kan. Kemudian mereka yang meninggal di luar negara. Ini menjadi keluhan daripada rakyat di peringkat bawah, dia kata “dok dengan kita daripada kecil” bukan anak-anak tak sebut ni macam tulah orang jiran-jiran sebut, “daripada kecil bersama dengan kami, tiba-tiba bila pi Mekah meninggal sana, balik mai iKAFALAH tak dapat” dia kata. Apakah ini peraturan yang telah ditetapkan, mereka yang meninggal di luar negeri atau pun luar negara apabila pergi berjalan, tidak mendapat bantuan daripada iKAFALAH ini?
Kemudian, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB. Kuala Ketil, kerana inisiatif untuk meletakkan kerusi roda dan juga katil kepada pesakit terlantar pada kali ini, Alhamdulillah. Kalau sebelum ini, itu tidak ada eh tanya bantuan Perubatan Sejahtera dan bantuan Perubatan Sejahtera pun di sebarkan kepada seluruh hospital di Negeri Kedah sahabat-sahabat semua ya, yang berada di tempat-tempat lain dulu hospital tertentu saja Sungai Petani, Alor Setar, Langkawi, apa Pusat Kesihatan Pendang, Pusat Kesihatan Kulim tak silap saya, itu sahaja. Sekarang ni semua hospital telah disebar luaskan bantuan Perubatan Sejahtera ini, jadi kalau ada waris-waris kita yang menghadapi masalah kewangan. Jadi janganlah semua nak minta daripada bantuan perubatan ya, jangan anggap kata kita ni semua orang miskin, semua nak kerajaan bantu, jadi kalau yang betul-betul berada di tahap yang kita kata tak mampu itu, Inshaa Allah ini boleh diberikan bantuan melalui Tabung Perubatan Sejahtera.
Kemudian, seterusnya ada sedikitlah saya nak masuk tentang REE ini, kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sentuh tentang REE ni. Sepertimana disebutkan oleh YB. Pengkalan Kundor tadi juga nah, kita ni seolah-olah telah dijajah kali kedua berhubung dengan hasil negeri kita, hasil negara kita, tetapi kita terpaksa mengikut apa yang US ladangkan.
Jadi merupakan satu yang tidak baik untuk kita, dan baru-baru ini kita telah dengar apa yang disuarakan oleh sahabat jiran kita, dari Thailand dan juga dari Indonesia, juga menyebabkan kita rasa sedih, Perdana Menteri kita telah disebut sebagai manusia yang ‘dot dot dot’ lah saya tak mau sebutlah perkataan itu, tapi inilah yang berlaku kepada kita setelah kita mengambil ataupun menerima Donald Trump dalam perjanjian disebut sebagai perjanjian dua hala, tetapi apa yang berlaku sebenarnya bukan dua hala. Hari ini sebenarnya adalah…(YB. Tuan Speaker mencelah)
Boleh landing dah YB.
Haa?
Boleh landing dah.
Banyak lagi ni, ada lagi 15 tajuk ni. Tak apalah, kita berhenti setakat tu dulu hari ini nah. Cuma masalah yang berlaku di tempat saya nah, ada seorang buat rumah, rumah dia seberang jalan dia nak masuk elektrik, kalau dulu kita tarik kabel di atas jalan raya, sekarang ni JKR dah tak benarkan dia kata, tuan rumah itulah kata, jadi terpaksa jacking di bawah jalan, bila jack ni dia kata kena 15 ribu ringgit nak tarik wayar hitam aje. Haa inilah masalah yang saya harap kerajaan kena fikirkan terutama sekali JKR dan juga TNB, dengan hanya wayar hitam kalau dulu bayar 450 sekarang ni, 15 ribu kena bayar.
Kemudian MyBas. MyBas di stesen kereta api Kobah nah, saya harap tolong-tolong lah MyBas ni jadikan stesen kereta api Kobah tu sebagai feeder bas untuk orang-orang yang nak pergi kerja, letak kereta di luar pagar kena curi bateri, tayar, dok dalam pagar kena bayar, sebulan 40 ringgit. Kalau sekiranya ada feeder bas ni, saya rasa boleh membantu rakyat di Pendang untuk pergi kerja melalui KTM tersebut. Jadi oleh kerana YB.
Tuan Speaker dok perhati 4 5 kali, saya tak mahu berkelai dengan dia jadi saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong penuh bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, supaya semua yang diladang ini dapat dilaksanakan dan saya harap pada tahun ini ada surplus lagilah di dalam bajet kita. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Tokai dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Bakar Arang.
Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan, pengunjung, para hadirin yang hadir ke sidang yang mulia ini. Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani. YB. Tuan Speaker, saya bangun hari ini dengan rasa berat, bukan sebab saya tidak faham bajet tetapi kerana bajet inilah yang tidak faham rakyat. Saya bangun kerana terlalu banyak persoalan yang Kerajaan Negeri elakkan, terlalu banyak suara rakyat yang ditelan diam, terlalu banyak keputusan yang dibuat seakan-akan negeri ini bukan milik rakyat tetapi milik sekumpulan kecil yang hanya mendengar soalan sendiri. Tidak semua di dewan ini tahu rakyat sekarang bukan lagi minta bulan dan bintang, mereka hanya minta kerajaan yang berhenti menyusahkan mereka. Tetapi tahu kenapa satu demi satu dasar yang dilaksanakan semakin jauh daripada tunjuk nadi rakyat.
Hari ini saya tidak mahu baca ucapan lembut. Hari ini saya mahu bercakap apa yang benar walaupun pahit, walaupun tidak sedap didengar. YB. Tuan Speaker, negeri ini sedang bergerak ke arah yang membimbangkan dan apa yang paling menakutkan bukanlah masalah itu sendiri tetapi kegagalan kerajaan untuk melihat masalah itu. Kerajaan sibuk mempromosikan slogan “The Greater Kedah”, tetapi dasar-dasar yang dibuat sebenarnya sedang membawa negeri ini ke arah satu keadaan yang rakyat di luar sana bagi tahu saya — “Crazy Kedah”. Dasar pelik, keputusan tidak masuk akal, beban bertambah dan rakyat terpaksa menanggung kos eksperimen kerajaan. YB. Tuan Speaker, kita boleh lihat Sungai Petani kini menjadi jelas bagaimana kerajaan melaksanakan dasar tanpa dengar suara rakyat. Banyak rakyat di luar sana marah tentang satu sistem palang yang telah diteruskan oleh kerajaan, yang itu di Lagenda Height.
Perniaga di sana merungut sejak pelaksanaan palang ini, pelanggan semakin kurang dan butang kecemasan ekonomi ditekan tetapi telah dibawa kerajaan tidak peduli. Dan seorang peniaga pernah beritahu saya, “YB, sistem ini bukan bantu kami, sistem ini bunuh kami perlahan-lahan.”
Saya tak tahu bagaimana kerajaan boleh rasa sistem itu berjaya apabila perniagaan di lapangan sendiri kata tiada satu hari pun saya tak rugi. Saya bagi contoh, sejak sistem palang dilakukan ada seorang pengusaha kedai hardware dengan 11 orang pekerja. Sistem itu membawa satu kesesakan dan kesulitan kepada mereka. Tidak ada masalah dengan caj parking itu, tetapi hari itu dia bagi tahu pernah satu kali, 11 pekerja whole day sale baru tujuh ringgit setengah.
Dan bayangkan situasi macam ini, sana pun ada kedai pakaian, kedai makan — ada satu kedai makan dia bagi tahu, the whole day sale selalu buat ada RM2,000 dan sekarang tinggal RM200 ke RM300.
Ini telah menunjukkan penurunan yang mendadak sejak sistem palang itu dilaksanakan. Peniaga sana pun tak ada isu dengan caj parking itu, cumanya sejak sistem itu dilaksanakan dia menyebabkan kesesakan di area sana. Dan sekarang juga beberapa kawasan yang juga akan dilaksanakan termasuk di kawasan DUN saya — Taman Pekan Baru dan satu lagi di N-City. Apa yang saya bimbang di sini adalah tentang hala tuju kerajaan tempatan. Adakah ini akan mewujudkan Sungai Petani sebagai bandar yang berpalang, di mana masa akan datang semua taman-taman, semua kedai-kedai perniagaan itu semua ada palang. Jadi ini sangat membimbangkan dan ini menunjukkan hala tuju yang dibawa oleh Kerajaan Negeri ini adalah tidak betul. Bagi saya ini bukan pembangunan…. (YB. Bukit Selambau mohon mencelah)
Boleh mencelah?
Tidak boleh celah.
YB. Bukit Selambau.
Takpa, bagi takpa. Masa saya, saya bagi. Nak berapa minit saya bagi, okay?
Okay, YB. Tuan Speaker. Apa salah Sungai Petani sampai dijadikan bahan eksperimen nak modenkan bandar? Silakan, tapi jangan buat dasar dulu tanpa rakyat, kemudian jangan jadikan rakyat mangsa kepada polisi yang tidak pernah diuji.
YB. Tuan Speaker, dalam masa yang sama kita dengar di Alor Setar kerajaan bersiap-siap pula mahu menaikkan cukai pintu. YB. Tuan Speaker, saya nak tanya terus, adakah ini masa yang paling sesuai? Ekonomi kita pun perlahan. Semalam kita dengar dari ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, keluarga yang kita tahu ada banyak yang tengah hitung duit cukup ke tidak untuk makan seminggu. Dan di Alor Setar, kita nampak banyak kedai tutup, banyak keluarga terpaksa pilih antara bayar sewa atau bayar sekolah anak. Dalam keadaan macam ni, kerajaan Kedah mahu ambil pendekatan yang paling senang untuk naikkan cukai. Tidak tahu sebenarnya, 32 tahun cukai pintu tak naik, tak naik, tapi kita lihat…(YB. Berlantek mohon mencelah)
Speaker? Berlantek boleh mencelah?
YB. Belantik?
Tak bagi?
Tak bagi?
Nanti, nanti. Saya nak habiskan beberapa point.
Banyak mau jawab lah you.
Lunas boleh?
Lunas, bangun YB.
Saya teruskan dulu, nanti saya bagi celah.
Kawan belakang boleh? Tapi tak hentam belakang.
Bagi saya habis semua dulu, senang masuk ni, minyak senang tekan ni tak bagi stop dulu lah. YB. Tuan Speaker, di Alor Setar semalam saya pergi makan di luar, ada penduduk bagi tahu dan tunjukkan bil cukai semakan cukai yang naik sampai beratus. Dulu bayar tahun lalu RM300, dan kali ini, tahun ni, cukai bil datang kata nak bayar RM700. Jadi ini adalah kenaikan yang sangat tinggi.
Tapi itu hanyalah salah satu contoh. kita pun pernah tengok banyak contoh lain sampai 300%, 400%, atau 200%, tiap-tiap nilai pun berbeza. Jadi saya faham, kenaikan ini adalah satu yang perlu dilalui. Proses tadi YB. Tokai ada kata, sekarang memang berbeza. Oh, saya bagi satu contoh. Katakanlah you pergi ke satu kedai kopi, you minum kopi tu 30 tahun, okay RM1. Tiba-tiba satu hari tauke bagi tahu RM10 untuk kopi tu, siapa boleh terima? Tak ada orang boleh terima. Jadi, you boleh naik, tapi you naik perlahan-perlahan dan bagi satu penjelasan yang bagus untuk rakyat. Inilah saya rasa Kerajaan Negeri perlu fikir dan cakna kepada isu ini.
Dan, YB. Tuan Speaker, satu lagi isu saya ingin bawakan. Saya selalu mengikuti TikTok daripada YB. Jitra di mana dia ada satu visi, di mana bahawa nak menjadikan negeri Kedah melahirkan seribu saintis in the future untuk negeri Kedah. Jadi kalau betul, saya nak tanya, kalau betul kita ada 1,000 saintis, mana pelan untuk guna kepakaran mereka? Dan di dalam Bajet 2026, bajet mana untuk R&D? Mana pusat penyelidikan? Mana industri teknologi tinggi yang akan…(YB. Guar Cempedak mencelah)
Bakar Arang, sahabat bagi laluan.
Nanti sat, nanti sat.
1 minit, 60 seconds.
Okay, sabaq sat.
Guar Cempedak?
Be fair, be fair lah our floor.
Jadi dalam Bajet 2026 ni saya tidak nampak ada apa-apa untuk membangun atau melahirkan saintis 1,000 ini. Kosong. Tak sampai satu dan dua per enam. Kita semua bercakap di sini seolah-olah Kedah ni macam Silicon Valley, tetapi bajetnya tak sampai pun tahap makmal sekolah menengah. Jadi kalau benar kerajaan mahu masa depan saintis, peruntukan mesti setimpal. Kita tak boleh hidup atas retorik saja. Kita tak boleh sembang saja. Sains itu bukan satu content Facebook ataupun content TikTok. Sains itu perlu pelaburan.
2 minit YB.
Tuan Speaker, satu lagi saya ingin bawakan adalah…(YB. Lunas mohon laluan)
Minta laluan.
Saya sangat dukacita untuk melihat peruntukan untuk rumah ibadat bukan Islam dalam bajet tahun demi tahun. Permohonan naik taraf ambil masa lama, peruntukan pula agak terhad. Negeri ini aman kerana semua kaum saling hormat, tetapi hormat itu mesti diterjemahkan dalam bajet dan bukannya hanya dalam ucapan.
Kerajaan Negeri perlu ingat. Kehadiran kepada rumah ibadat bukan Islam itu bukan satu pilihan, tetapi tanggungjawab negeri majmuk. Lebih membimbangkan sebenarnya di negeri Kedah ini, saya pun masuk ke sidang DUN untuk bajet ini kali ketiga. Banyak projek kita dengar beberapa tahun ini yang dirancang mega bertahun-tahun, kini semua sudah hilang dari radar.
Pelabuhan Sanglang diumumkan seperti mega projek, tapi sekarang jadi macam mana? Sunyi. Okay, yang satu lagi, LRA Bukit Selambau. Tiga kali masuk ke sidang DUN, tiga kali masuk ke sidang bajet, tanya, jawapannya sama, akan jalan, akan selesai pada masa akan datang.
Boleh landing YB.
Tapi hari ini sudah EOT, tetapi tak nampak lagi projek ini akan selesai.
Bakar Arang, Lunas bangun.
Bakar Arang boleh ka?
Okay, Lunas silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih YB. Bakar Arang. Kalau dia tak bagi, besok saya berucap saya tak bagi dia jugak.
Baik, saya amati ucapan daripada Yang Berhormat Bakar Arang. Mula tu, mukadimah dia pun saya dah terpaku pasai dia kata Kerajaan Negeri ini sedang dipimpin ke arah yang membimbangkan. Saya terus jadi bimbang, kan. Pasal nak tengok apa benda dia nak habaq ni. Rupanya yang pertama, bimbang pasal palang parking. Nanti sat, nak jawab dulu.
Bimbang pasal palang parking. Kononnya, yalah mungkin ada dia cakap berkenaan dengan hasil jualan yang menurun, yang melibatkan peniaga. Tapi saya rasa, itu sebagai wakil rakyat, YB. Bakar Arang boleh saja pergi berjumpa dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran di situ, berbincang lagi apa kaedah terbaik untuk kita selesai. Ini bukan membimbangkan. Lainlah kalau yang jemput Donald Trump menari macam tu, satgi pi ke China, mai salam macam tu, itu sangat membimbangkan! Kerana dua-dua nak main, dipanggil play safe, dengan izin Yang Berhormat Tuan Speaker. Baik, itu pasal parking lah. Yang kedua, berkenaan dengan cukai pintu. Kita pun faham, ada setengah tempat, macam di kawasan saya sendiri, Majlis Perbandaran Kulim, kita dah tak naik cukai pintu 40 tahun. Dan kos untuk menyelenggara apa semua tu, kuasa tinggi. Aduan daripada rakyat ni berlambak. Kalau kawasan saya pun, beribu, Yang Berhormat Bakar Arang.
Okay, soalan dia?
Sikit lagi. Tak jumpa lagi nak sampai qhun dia tu, boleh minta pada YB. Tuan Speaker. Baik, cadangan daripada Yang Berhormat Bakar Arang supaya cukai ni naik pelan-pelan, jadi kot boleh jelaskan, pelan-pelan tu lagu mana?
Saya ambil contoh di Majlis Perbandaran Kulim ni. Datuk YDP pun ada. Kita buat sesi libat urus ataupun town hall, kita libatkan semua pihak baru ni, termasuk daripada parti-parti politik. Wakil daripada parti Yang Berhormat pun ada. Dan dalam tu diberikan penjelasan kadar-kadar yang naik tu tidaklah sampai membebankan rakyat. Contohnya kalau rumah dia lima enam ratus ribu, takkan cukai dia nak naik RM13. Jadi kadar yang dinaikkan tu munasabah. Dan dalam waktu yang sama, kita buka juga ruang supaya perbahasan tu, maknanya bantahan awam tu boleh dibuat. Belum ada lagi keputusan daripada kerajaan untuk menaikkan cukai tu. Kita dengar dulu saluran. Jadi inilah saya katakan Kerajaan Negeri Kedah ni terbaik dalam mendengar masalah rakyat. Jadi YB. Bakar Arang jangan bimbang, kita tidak bawa negeri ini ke arah kehancuran. Daripada Dato’ SS, semua ada, pegawai-pegawai negeri, bila Yang Berhormat cakap membimbangkan tu, ia mengguris hati penjawat-penjawat awam yang bertungkus-lumus hari-hari untuk mencari kaedah terbaik mentadbir negeri. Terima kasih.
Silakan YB. Bakar Arang, 1 minit.
Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Jadi untuk YB Lunas, berkenaan isu palang ini, sebenarnya penduduk, peniaga, kita jangan lihat hanya perniagaan sahaja. Peniaga dia ada hire employee, dia ambil pekerja. Dia bagi tahu bila satu perniagaan sales-nya drop, mereka pun takut, mereka pun takut kerja mereka hilang. Contoh saya bagi satu, kedai hardware, 11 orang bekerja, kedai makan 5 orang pekerja. Kalau area itu ada 100 lebih perniagaan, bahagilah. Kalau contoh satu perniagaan tu lima orang pekerja, maksudnya 500 orang tu mungkin ada mengalami masalah. Kita jangan tengok isu dari “oh kita perjuangkan hanya untuk peniaga”. Ini isu rakyat juga. Mereka juga bayar cukai pintu, mereka juga bayar cukai perniagaan. Jadi yang saya lihat di sini adalah, kita pun sebenarnya Kerajaan Negeri sudah buat Flexi pay. Dan kalau kita lihat kepada hasil bayaran flexi parking berbanding dengan kupon 2024 dan 2025. 2024 – 500,000, hasil kutipan MPSPK.
Ada YB. bangun tapi nak suruh landing lah. Sila landing, YB.
Untuk 2025 ni 2 juta, maksudnya Fleksi pay sudah menaikkan hasil tiga kali ganda. Jadi apa lagi keperluan untuk buat satu sistem berpalang di Sungai Petani? Inilah pandangan saya dan saya berharap Kerajaan Negeri dengar masalah rakyat. Kita lihat dari sekarang, memang dari semakan cukai tanah yang naik di Alor Setar, dan juga sistem ini satu persatu halatujunya adalah membawa negeri kita ke arah yang tidak baik. Ini bukan saya kata suka-suka. Akhir sekali, YB. Tuan Speaker, saya berpendapat bajet 2026 ini adalah bajet syok sendiri, bajet yang tak menyentuh denyut nadi rakyat, bajet yang tak jujur kepada realiti ekonomi, bajet yang banyak slogan tetapi kurang solusi, bajet yang indah di pentas tapi sakit di lapangan.
Rakyat tak mahu retorik. Rakyat tak mahu kerajaan sibuk memujuk diri sendiri. Rakyat mahu kerajaan turun, dengar, dan buat kerja yang relevan. Jadi di sini saya berharap kita semua bukan bekerja untuk ego sendiri. Kita semua di sini bekerja untuk rakyat, dan rakyat sedang menunggu Kerajaan Negeri bangun daripada mimpi ini. Sekian, terima kasih YB. Tuan Speaker.
Okey, dipersilakan Yang Berhormat Kuah.
Bismillahhirahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera. YB. Tuan Speaker, izinkan saya berbicara dari hati seorang anak pulau. Pulau yang dilingkari laut biru, disinari matahari tropika namun menanggung gelombang cabaran yang tidak pernah reda. Pulau Langkawi ini bukan sekadar tanah tumpah bakti saya tetapi cermin kepada Negeri Kedah tempat di mana keindahan dan kemajuan mesti seiring dengan kasih terhadap alam dan rakyatnya. Alhamdulillah, saya berdiri di Dewan Yang Mulia ini penuh rasa syukur menyertai perbahasan di atas ucapan bajet negeri Kedah tahun 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar negeri Kedah. Bajet ini bertemakan Erat Sejahtera, Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera, Alam Terpelihara dan Tadbir Urus Cemerlang.
Saya menyokong penuh asas bajet ini kerana dalam kata ERAT itu tersirat semangat eratkan kembali hubungan negeri dan rakyat, eratkan kembali antara pembangunan dan alam, dan eratkan kembali antara cita-cita dengan realiti kehidupan. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah atas komitmen beliau membawa Kedah ke negeri yang berdaya saing dan berdaya tahan berpaksikan kesejahteraan rakyat dan kemampanan ekonomi. Tidak saya lupakan juga ucapan terima kasih kepada seluruh warga pentadbiran Langkawi. Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Langkawi, Penggiat Rakyat Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), serta semua ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan pusat yang sentiasa berganding bahu memastikan urus tadbir dan perkhidmatan awam di Langkawi berjalan dengan cekap dan mesra rakyat.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keprihatinan yang telah diberikan kepada Pulau Langkawi, khususnya melalui pelbagai peruntukan dan inisiatif pembangunan dalam Bajet 2026 ini. Antaranya termasuklah peruntukan bagi Rumah Anjung Kasih Langkawi, menaik taraf infrastruktur bekalan air pelancongan, pembinaan kemudahan awam di kawasan tumpuan pelancong, usaha menambah baik sistem saliran dan tempatan banjir di beberapa lokasi kritikal serta sokongan kepada inisiatif Majlis Perbandaran Langkawi Pelancongan dalam menjayakan agenda The Greener, The Smartest City.
YB. Tuan Speaker dan hadirin sekalian, tahun 2026 bakal menjadi detik penting bagi Kedah apabila inisiatif pelaburan berimpak tinggi mula memperlihatkan hasilnya. Saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan seluruh pasukan ekonomi negeri atas usaha mengekalkan momentum pelaburan melebihi RM4 bilion dalam suku pertama tahun ini dan dijangka terus meningkat melepasi RM7 bilion menjelang hujung tahun ini, meliputi sektor logistik, pertanian moden, tenaga baharu dan pelancongan.
Kedah kini tidak lagi hanya menjadi negeri jelapang padi tetapi negeri berdaya saing yang menyimbangkan kemajuan dan kelestarian. Namun saya menyeru dan mengajak agar kemajuan industri jangan lupa pembangunan di wilayah maritim dan pelancongan, khususnya di Langkawi yang menjadi wajah negeri kita kepada dunia. Pulau Langkawi bukan sekadar destinasi pelancongan. Ianya menjadi nadi ekonomi Kedah di lautan biru dengan hampir 3 juta orang pelawat pada tahun lalu dan sumbangan ekonomi melebihi RM1.3 bilion. Langkawi adalah anugerah yang mesti dijaga dengan penuh amanah.
Dalam semangat Erat Sejahtera, saya menyeru agar Kerajaan Negeri terus memperkasakan Langkawi sebagai pulau hijau dan pintar, seiring kejayaan Majlis Perbandaran Langkawi melalui inisiatif Greener and Smartest City. Saya yakin, dengan sokongan Kerajaan Negeri dan agensi pelaksana seperti LADA dan majlis, Langkawi boleh menjadi pulau hijau yang paling maju di rantau Asia Tenggara bukan sekadar destinasi pelancongan tetapi model pembangunan lestari dunia seperti Jeju dan Okinawa, Jepun.
Namun di sebalik kemajuan, rakyat di akar umbi masih menanggung cabaran lama. Contohnya di Mukim Kedawang, baru-baru ini banjir kilat telah mengganggu kehidupan. Air naik setinggi pinggang dan masuk rumah, membawa lumpur, dan aktiviti pelancongan terhenti seketika. Ini bukan semata-mata bencana alam, tetapi akibat sungai yang cetek, parit yang tidak diselenggara dan bukit yang telah ditarah tanpa kawalan, ditambah pula dengan air laut pasang besar. Saya mohon agar Kerajaan Negeri menubuhkan Unit Penyelenggaraan Sungai dan Saliran Pulau Langkawi bagi mendalamkan sungai-sungai utama di Langkawi selaras aktiviti pembangunan tanah supaya tidak lagi mengganggu sistem saliran semula jadi. Sudah tiba masanya kerja-kerja pencegahan diutamakan sebelum bencana besar berlaku. Selain itu, saya ingin menegur secara konstruktif isu pembangunan pesisir pantai dan pendalaman laut. Terdapat maklumat bahawa projek-projek persendirian bakal dilaksanakan tanpa penilaian impak menyeluruh terhadap ekosistem laut. Jika tidak dikawal, ia boleh menjejaskan status Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark dunia. Saya ingin menegaskan, Langkawi tidak perlu menjadi seperti tempat lain yang hilang keindahan asli kerana kerakusan pembangunan.
Kita tidak perlu menambak laut untuk mengejar kemajuan. Cukuplah kita pelihara apa yang Tuhan ciptakan indah. Jangan sampai aktiviti penambakan merebak sehingga menjejaskan Pulau Tuba, kawasan sensitif dan simbol tradisi nelayan kita. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar kawasan larangan pemberi milikan tanah di zon sensitif di persisiran pantai. Kawasan seperti di persisir Kuah dan sekitar pesisir Langkawi wajah dikawal ketat di bawah dasar ini. Bukan untuk mengekang pembangunan tetapi menyantuni alam agar Langkawi kekal dengan wajah semula jadinya.
Saya ingin membawa perhatian kepada isu keselamatan jalan raya akibat haiwan liar di Langkawi. Hampir setiap bulan berlaku insiden kemalangan maut melibatkan pelancong dan penduduk sama ada dilanggar anjing lembu kambing kerbau yang merayau-rayau tanpa kawalan. Maka saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan pusat penempatan dan kawalan haiwan liar Langkawi dengan kerjasama majlis LADA, jabatan veterinar dan juga pertubuhan bukan kerajaan pencinta haiwan yang sah di Langkawi.
Pusat ini boleh dijadikan sebagai projek perintis dengan izin projek bagi negeri Kedah dalam membangunkan model pengurusan haiwan liar yang lebih berperikemanusiaan dan berasaskan undang-undang. Haiwan terbiar yang sihat boleh dilelong atau diberikan kepada keluarga angkat yang bersedia untuk menjaga mereka manakala haiwan yang tidak sihat berpenyakit atau bersikap agresif dan garang perlu dilupuskan secara sah mengikut undang-undang demi keselamatan awam.
Kita juga perlu memperkukuhkan pemantauan vaksinasi dan juga program kawalan penyakit oleh jabatan veterinar untuk memastikan Langkawi bebas daripada risiko wabak seperti Rabies. Sekiranya diperlukan saya sendiri sedia bekerjasama dengan semua agensi dan pertubuhan asalkan matlamat kita satu melindungi rakyat menjamin keselamatan pelancong dan memelihara nama baik Langkawi sebagai pulau yang selamat dan sejahtera. Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat saya akan terus bersuara untuk rakyat bukan mewakili haiwan tetapi membela keselamatan dan kesejahteraan manusia yang kita pimpin.
2 minit lagi
Dalam konteks pelancongan masa depan saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengiktirafkan segmen pelancongan warga emas dalam erti kata lain silver hair atau senior tourism. Dunia kini menuju era masyarakat menua dan segment ini merupakan pasaran pelancongan yang berdaya beli tinggi. Langkawi memiliki segala syarat udara yang bersih, pantai yang indah, dan hospital moden yang sedang dibina oleh kerajaan serta budaya yang sopan santun dan menenangkan.
Kita perlu mempersiapkan infrastruktur mesra warga emas termasuk laluan landai kemudahan kesihatan ringan penginapan mesra usia dan program terapi alam semulajadi seperti yang telah berjaya dilaksanakan di Pulau Jeju, Korea Selatan dan Chiang Mai, Thailand.
Golongan ini bukan sahaja mempunyai kemampuan kewangan tetapi juga keinginan untuk berbelanja bagi keselesaan dan kesihatan mereka. Justeru pemain industri di Langkawi dengan sokongan Kerajaan Negeri boleh mempergiat promosi segmen ini sebagai tarikan terbaru 9 tahun melawat Malaysia tahun 2026 di samping meneruskan promosi “Experience Kedah” yang sedang digiatkan oleh Kerajaan Negeri.
Masa sudah pun tamat. Sila landing YB.
YB. Tuan Speaker dalam semangat perpaduan dan kemakmuran saya menyeru agar kita berpandukan di bawah panji Kedah Sejahtera. Negeri kita kecil di peta, namun sumbangan besar kepada tanah air. Kepada kerajaan pusat dengan penuh hormat dan kasih cukup-cukuplah berpolitik jangan kerana perbezaan warna dan kuasa rakyat menjadi mangsa kelewatan projek dan sekatan peruntukan. Kerajaan Negeri ini juga merupakan kejayaan negara. Bila Kedah makmur Malaysia turut memperoleh manfaat bukan kita sesama sendiri tetapi berlumba untuk untuk membangunkan bangsa. Oleh itu Langkawi bukan sekadar pulau pelancongan tapi iaitu amanah Tuhan lambang maruah negeri dan mencerminkan keindahan Kedah di mata dunia. Jika Langkawi makmur maka Kedah akan sentiasa aman dan rakyatnya akan terus sejahtera. Akhir kata saya menyokong bajet ini secara dasar YB. Tuan Speaker. Sekian terima kasih.
Terima kasih yang berhormat Kuah. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Bukit Selambau. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Bukit Selambau.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. yang saya hormati Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan juga persekutuan, pegawai-pegawai daerah yang saya kasihi sekalian tak ketinggalan pada pemerhati yang ada pada petang ini. Pertamanya alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala pada petang ni mungkin akhir dah saya diberi peluang untuk membahas belanjawan ataupun bajet bagi negari Kedah 2026. Sebelum saya meneruskan ucapan berkaitan dengan apa yang sudah pun diberi tanggungjawab iaitu perpaduan. Daripada mula sidang dewan saya jadi YB. sampai hari ini depa bagi perpaduan sahaja. Jadi nak lendik ikut mana tak apa kita tengok sat lagi. Tapi sebelum saya meneruskan ucapan saya ingat perlu juga untuk saya nak bagi sedikit penjelasan barkaitan dengan YB. Bakar Arang tadi kita minta laluan dia tak bagi. Bila sampai gilir saya dia pun jangan minta juga. Kalau minta pon saya tak bagi.
Berkaitan yang disebut parking berpalang. Parking berpalang ni sebenarnya dia ada kebaikan bukan tak ada kebaikan 100%. Jadi apa yang saya difahamkan YB. Bakar Arang pun sudah berjumpa dengan ahli majlis atau Majlis Perbandaran Sungai Petani. Mendapat taklimat secara lebih detail pada masa yang sama beliau menerima pandangan dan juga kebaikan. Tak apa jangan kata apa senyap je dulu. Jadi bila benda yang sedemikian berlaku menunjukkan bahawa di depan macam lain di belakang macam lain. Tambah pula dan dewan hari ini berterang-terang sungguh berlain sungguh. Jadi nak bercakap perpaduan dengan dia macam mana. (YB. Bakar Arang mencelah)
Mohon mencelah.
Tadi saya nk bagi masa saya untuk dia pun tak bagi tambah pulak masa yang dia nak ambik. Tak bagi, confirm tak bagi.
Tak bagi YB.
Sedangkan apa yang sudah kita nampak kebaikan di parking berpalang di Lagenda Height ini ada jumlah yang sudah pun disebut hasil daripada siasatan seharian. Orang yang masuk di dalam Lagenda Height melalui palang tidak kurang satu hari 8000 kenderaan bukan satu jumlah yang kecil.
Mohon mencelah.
Tak bagi, confirm tak bagi.
Satu Kereta pun 2 minit.
Saman yang tertunggak ni yang tak bayar. Ni kertas tu saja sejumlah RM115,460 keping yang tidak dibayar. Ini kebaikan, tapi bila mana berpalang kita masuk pi dengan kita sudah ada kelengkapan satu di antaranya kita kadang kita ada install Flexi apps masuk jalan saja. Mana ada timbul kata jem. Kemudian bila ada aduan kata jem ketika mana nak keluar daripada parking berpalang daripada Lagenda Height. MPSPK sedang mengendalikan satu pintu lagi dua pintu untuk keluar itu mengatasi masalah. Tapi kebaikan kita boleh nampak satu di antaranya mengelak daripada kita kena saman. MPSPK tak perlu nak keluar surat. Saman tak akan kena. Masuk 30 minit pertama tanpa berbayar lepas tu baru berbayar ini. Kebaikan sikitlah nak sebut banyak tak boleh kot. (YB. Sidam mencelah)
Boleh mencelah sikit noh.
Sapa pun tak boleh mencelah time ni.
Tak bagi YB.?
Tak bagi! 3 confirm saya tak bagi. Mintak maaf, mintak maaf. Tapi tak apa jangan ganggu lagi tu mukadimah. Nak habaq buat hat kawan daripada Bakar Arang tu. Ni kita punya YDP. MPSPk duk ada di sini. Bukan cakap kosong ini maklumat daripada MPSPK bukan saya cakap berdasar pada kelentong semata-mata. 8000 kenderaan masuk dan keluar. Kemudian ada penjaga juga di pintu keluar yang mewakili MPSPK. Jika berlakunya kesesakan pintu palang akan dibuka tanpa bayar. Hebat MPSPK ni, sekian takat tu dulu. Saya kita cukup untuk jawanpan semua yang hadir pada hari ini mendapat penjelasan yang tepat kalau kata sangsi sila hubungi MPSPK. YDP duk ada pada hari ini. Jadi sudah tentulah. Akhirnya boleh tambah sikit masa kot noh.
Persilakan YB.
Jadi pertamanya saya ucap terima kasih lah kepada YB. Tuan Speaker yang saya berdiri pada hari ini bagi monyokong yang kita nak buat ERAT Sejahtera 2026 yang sedang dibahaskan. Iaitu komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kesejahteraan yang adil dan saksama kepada semua rakyat Kedah. Itu di antara muqaddimah dia. Sudah tentulah kerajaan yang ada pada hari ini yang memimpin negeri ini sentiasa memastikan bahawa hal ehwal masyarakat Cina India dan Siam tidak pernah di anak tirikan semenjak memegang tampuk pemerintahan. Kami berpegang teguh kepada prinsip bahawa kepelbagaian budaya dan juga agama adalah kekuatan yang menyatupadukan negeri Kedah ini. Selaras dengan visi Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Kami menghargai peranan semua kaum dalam membangunkan negeri yang kita cintai ini. Apabila kita bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan. Ia merangkumi bukan sahaja pembangunan ekonomi semata-mata. Tetapi juga keprihatinan sosial dan kebajikan. Inilah yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri pada hari ini di mana pendidikan adalah hak setiap anak negeri ini dan bantuan kebajikan perlu tersedia bagi setiap rakyat yang memerlukan. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyoroti usaha yang telah dilaksanakan bagi DUN masing-masing yang ada dalam negeri Kedah ini. Sebagai bukti komitmen kita kepada Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi. Peranan Pusat Khidmat Wakil Rakyat yang ada pada hari ini di seluruh negeri Kedah. Pusat Khidmat Wakil Rakyat telah menjadi tonggak penting dan menyalurkan bantuan dan menyantuni masyarakat berbilang kaum. Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan Negeri terhadap keperluan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Elok juga di sini saya ingin menyebut sedikit berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan di DUN saya sendiri. Menjelang sambutan perayaan Deepavali misalnya, masyarakat India di kawasan saya telah disantuni bagi meringankan beban mereka membuat persiapan perayaan Deepavali. Maka dun Bukit Selambau telah menganjur satu program haiti dan menyampaikan hamper sempena Deepavali. Program yang berlangsung meriah di dewan Kuil Seri Subra Maniam di Bas Tanam, Taman Badar Baru, Sungai Lalang pada isnin 13 Oktober. Itu adalah kerjasama dengan ahli majlis perbandaran sungai petani MPSPK zon 5. Saya sendiri sebagai ADUN Bukit Selambau berbesar hati menyampaikan hamper Deepavali kepada seramai 200 penerima dalam kalangan komuniti di dalam kawasan tersebut. Program ini dihadiri oleh YB. Kulim. Terima kasih YB. Kulim oleh kerana menyempurnakan jemputan saya.
Terima kasih kepada YM YDP MPSP Sungai Petani yang menyumbang sedikit bantuan bagi meringankan bebanan saya. Terima kasih kalau ada bagi lagi YM. Majlis penyampaian bantuan ini adalah lebih daripada sekadar aktiviti penyerahan ialah lambang keakraban dan hubungan erat antara kerajaan dengan rakyatnya. Melihat senyuman dan wajah gembira para penerima terutamanya daripada golongan yang kurang berkemampuan memberikan satu rasa terharu yang mendalam. Kasih sayang dapat kita wujud dengan program yang sedia ada tidak kira siapa dia di kalangan masyarakat yang ada dalam negeri Kedah kita santuni sehingga insya-Allah akan selesainya masalah mereka jika sekiranya memerlukan sesuatu. Yang Berhormat Tuan Speaker,
Ya, sila landing. Masa sudah pun tamat.
Keperhatianan seluruh PKWR seluruh negeri Kedah bukan berhenti kepada perayaan sahaja. Kami komited dalam memastikan bantuan kebajikan di salurkan secara berterusan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan. Kerajaan Negeri berpegang kepada prinsip bahawa kita tidak mahu ada anak-anak yang tercicir daripada arus kehidupan yang selesa hanya kerana kekangan kewangan semata-mata. Inisiatif ini telah pun disebut dalam perkara 20 perhubungan kaum yang sudah pun diberi peruntukan 600 ribu kepada perhubungan kaum ini di kalangan masyarakat India Cina dan Siam. Justeru, melalui pelbagai siri program bantuan kebajikan yang dilaksanakan oleh PKWR termasuk sumbangan perayaan seperti Deepavali yang disebutkan tadi. Program bantuan makanan penting seperti Sumbangan Beras Sejahtera yang saya ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa jumlah keseluruhan penerima daripada dun saya daripada pelbagai lapisan masyarakat India di Bukit Selambau telah mencapai jumlah 430 orang yang penerimanya.
Jadi sehubungan dengan itu, saya mengucap tahniah dan terima kasih kepada kerajaan yang sudah pun meluluskan tambahan 50 lagi kepada Bukit Selambau dan juga sahabat saya Lunas. Rupanya duk kembar boleh dapat habuan bersama. Siapa duit jauh tak boleh dapat. Nak buat apa pun apa pun bukan hanya sekadar beras sejahtera semata-mata. Pengundi tidak akan kurang pengundi bertambah bagi setiap masa dan suku tahun. Maka lihat semula i-BAKIPT, Tabung Tengku Mahmud satu lagi i-KAFALAH dan juga tak apalah banyak tu pun tak apa tengok bukan minta tahun ni yaa! minta tahun depan. Kita tahu minta tahun ni confirm tak dapat. Hak dapat ni pun dua tahun dah cakap di sinilah terima kasih. لَئِن شَكَرْتُمْ َلَ َزِ يدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيد ۭ ۭ Jika kamu syukur akan nikmat Allah subhanahuwataala, nescaya Allah akan tambah. jika kamu kufur akan nikmat Allah Subhanahuwataala ingat azab Allah Subhanahuwataala bersangatan nauzubillahiminzalik. Terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Negeri yang sudah melihat keperluan bagi kami dua DUN ini untuk ditambah alhamdulillah. Cukup dah kot. Saya tak habis lagi nak buat macam mana ni. Ni tak habaq lagi hat 300ribu ni. Tapi tak apa lah. Atas dasar disiplin kompom saya taati dan patuh. Jadi saya mengambil peluang untuk menyokong bajet Kerajaan Negeri 2026 WAllahuaklam Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Selambau. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Belantik silakan.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar merangkap Adun Jeneri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerejaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, pengunjung-pengunjung ke dewan hari ini yang hadir terima kasih banyak-banyak tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Pertama sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah menyampaikan ucapan bajet. Yang mana bajet ini akan menentukan hala tuju kewangan negeri dalam situasi yang lebih mencabar pada tahun depan.
Sebelum saya memulakan perbahasan pada petang ini YB. Tuan Speaker. Saya nak menarik perhatian kepada apa yang disebut oleh YB. Bakar Arang tadi. Kita semua pegang buku bajet tapi seolah-olah YB. Bakar Arang tidak memandang penuh apa isi bajet ini. Buku-buku bajet ini bukan senang dibuat. Kerjasama semua penjawat-penjawat awam yang bertungkus-lumus tapi rupanya dipandang enteng oleh pembangkang dalam meneliti menelusuri isi dalam kandungan ini. Isi bajet ini bukan hanya sekadar dibaca secara fizikal, dalam talian juga. Dan kita minta semua dapat meneliti isi bajet ini dengan baik. Apa yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri dan insya-Allah kalau kita bertemu lagi 3 bulan enam bulan dalam bulan ini dalam dewan ini, insya-Allah kita boleh mengkoreksi balik check balik apa yang dijanji oleh bajet pada hari ini tidak dilaksanakan sama-sama kita bermuhasabah. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak mulakan perbahasan ini insya-Allah dengan menyentuh tentang potensi hasil baharu REE. Dan selepas itu insya-Allah dengan adanya masa saya akan menyentuh sedikit cerita- cerita di kawasan saya. Baik untuk potensi baru REE ini YB. Tuan Speaker, disebut pada nombor 69 muka surat 29 dalam buku bajet. Negeri Kedah dikurniakan sumber rezeki baru iaitu unsur nadir bumi atau REE alhamdulillah. Dan kita menjangkakan dalam tempoh 10 tahun insya-Allah kita akan dapat mengeluarkan hasil sebanyak 250,000 tan REE daripada jumlah rizab keseluruhan 1.196 juta tan. Insya-Allah kita akan mendapat rezeki yang turun dengan hasrat membangunkan industri mineral ini, Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar mineral negeri termasuk meletakkan kadar royalti sebanyak 15%. Alhamdulillah kita mendoakan 10 tahun dari sekarang 20 tahun dari sekarang, bukan untuk kita tapi untuk anak cucu kita dan hasil ini mesti dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kita yang telah diberi amanah di Dewan Yang Mulia hari ini. Saya ingin menarik perhatian berapa yang berlaku baru-baru ini. Kerajaan persekutuan telah menandatangani perjanjian timbal balas perdagangan ART dengan Amerika Syarikat termasuk yang berkaitan dengan REE ini. Dan izinkan saya menyebut beberapa klausa berkenaan REE ini yang disebut dalam indeks tiga komitmen spesifik perkara 6.2 mineral kritikal. Pertama ia menyebut bahawa Malaysia tidak boleh melarang eksport mineral kritikal ke Amerika Syarikat dan tidak meletakkan sebarang kuota tersebut. Dan kedua malaysia hendaklah komited untuk pembangunan sektor unsur nadir bumi dan mineral kritikal melalui kerjasama bersama syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat. Malaysia perlu memberikan peluang yang lebih besar untuk operasi perlombongan mineral termasuk dalam konteks lesen operasi yang melibatkan keupayaan teknikal serta pembangunan perniagaan bagi meningkatkan produktiviti dan pertubuhan operasi.
Dan yang ketiga dalam perjanjian ini menyebut Malaysia bersetuju untuk menggalakkan bekalan magnet unsur nadir bumi dengan syarat yang boleh yang boleh menguntungkan Amerika Syarikat tertakluk kepada pengaturan yang dipersetujui bersama. Malaysia tidak akan menggunakan sekatan terhadap penjualan magnet unsur nadi bumi kepada syarikat- syarikat dari Amerika Syarikat. Tiga klausa ini sangat penting. Yang Berhormat Tuan Speaker, ketiga- tiga peruntukan diatas bukan lagi satu perjanjian win-win atau menang-menang tuan speaker diantara Malaysia dan Amerika Syarikat. Tapi boleh disebut in sebagai satu penjajahan ala moden. Sebahagian besar peruntukan dalam klausa diatas seperti memaksa kedaulatan negara yang mempunyai simpanan REE terbesar terutama di negeri Kedah ini tunduk kepada Amerika Syarikat semata-mata seolah-olah Malaysia tidak mempunyai keupayaan membangunkan industri REE yang tersendiri. Kesan keputusan yang dibuat di peringkat persekutuan, memberi kesan kepada kita di peringkat negeri ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Pendirian Kerajaan Negeri jelas bahawa sebagaimana galian lain REE yang dapat dalam sempadan negeri Kedah adalah hak milik negeri Kedah. Perkara ini termaktub dalam jadual kesembilan perlembagaan persekutuan. Dan Yang Berhormat Tuan Speaker, simpanan REE di Kedah hari ini tertumpu di daerah Yan, Kulim, Sik dan Baling. Daerah lain tak ada tak apalah kita sebut tempat-tempat yang ada saja mungkin di sebelah timur saja ada REE satu hasil yang cukup tinggi ah tuan speaker.
5 minit lagi YB.!
Ouh, cepat sungguh. Jangan kerana perjanjian timbal balas saat ia kelihatan berat sebelah ini memberi kesan yang merugikan kepada negeri Kedah. dan kita tidak menyokong perjanjian berat sebelah ni YB. Tuan Speaker. Dan Kerajaan Negeri negeri Kedah bersama-sama dengan kerajaan SG4 negeri Terengganu, Kelantan dan Perlis dan juga mempunyai unsur-unsur nadir bumi ini satu mendesak mendesak kerajaan Malaysia merundingkan semula peruntukan dalam 6.2 ini yang dilihat sangat berat sebelah dan tidak menguntungkan negara. Rundingan terhadap aspek pelombongan dan lesen operasi seharusnya melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri satu Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang kedua mengetengahkan suatu kerangka hasil di bawah hasil bukan cukai negeri yang jelas supaya segala hasil bumi dari REE dapat dimanfaatkan sebagai hasil fizikal negeri Kedah dan negeri-negeri SG4. Yang ketiga menggubal satu enakmen mineral REE secara khusus bagi menentukan kedudukan satu jawatankuasa khas mineral peringkat negeri serta pengukuhan perundangan yang jelas terhadap REE termasuklah hasil masuk REE yang wajar diberikan kepada negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, jumlah keseluruhan REE di malaysia unsur nadi bumi ini adalah dianggarkan lebih kurang 16 juta tan dengan anggaran nilai RM809.55 bilion. RM809.55 bilion. Moga hasil ini dapat dibahagikan dengan saksama dan adil oleh negeri-negeri yang mempunyai unsur nadir bumi ini YB. Tuan Speaker. Sebelum saya meneruskan sikit lagi YB. Tuan Speaker mengenai apa yang berlaku di kawasan saya, ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk menyebut di sini bahawa dengan suasana keadaan fizikal dewan kita pada hari ini kelihatan nampak sesak nampak sempit dah lama berada di sini kita mencadangkan untuk ke tahun-tahun hadapan supaya kita dapat berada di sebuah bangunan baru untuk persidangan DUN dan YB. Tuan Speaker. Kita bincangkan untuk insya-Allah kita mempunyai bajet yang cukup negeri-negeri lain telah pun ada bangunan-bangunan sendiri, dengan keadaannya lebih selesa dan luas dan menempatkan semua ahli-ahli untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat bersidang.
YB. Kota Siputeh bangun YB.!
Soalan Yang Berhormat Belantik dekat sini, adakah tindakan mempersenda iaitu The Greater Kedah ini adalah merupakan satu pengkhianatan kepada gagasan yang telah dipelopori Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang pertama. Yang kedua adalah adakah tindakan Kerajaan Madani yang membelakangkan federalisme dalam perdagangan timbal balas art dengan US ni adalah boleh dikatakan sebagai satu tindakan the Crazy Madani ataupun MADANON.
Silakan Yang Berhormat Belantik sambil jawab terus landing.
Saya menyokong apa disebut oleh YB. Kota Siputeh tadi dan masukkan menjadi sebahagian dari ucapan saya mesti menghargai bajet yang telah disediakan oleh penjawat-penjawat awam. Terima kasih sekali lagi pada penjawat – penjawat awam kita. Baik YB. Tuan Speaker saya akan cuba landing. Saya ingin menyebut satu projek di kawasan saya projek menggantikan jabatan FT175033772 StateKedah ataupun terkenal dengan Titi Sik Dalam. Pihak JKR saya rasa komited untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit berkaitan kelewatan jabatan tersebut untuk disiapkan. Dan kerja-kerja struktur utama jambatan telah hampir siap dan hanya menunggu penyelesaian isu tanah dan pembayaran dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Dan sebenarnya projek tidak terbengkalai setengah orang pandang kata projek ini tidak terbengkalai kontraktor masih yang sama sejak dari awal. Isunya ini sekarang ni YB. Tuan Speaker yang ialah apabila lencongan daripada titi yang sedang dibina itu telah melalui jalan yang sempit di kampung-kampung. Melibatkan kampung-kampung Carok Kemuning, Kampung Kuala, Kampung Tanjung, Carok Kudung, Carok Sik. Dan jalan ini sempit kereta banyak lalu lintas sesak dan pernah berlaku kemalangan di laluan sementara ini. dan kita memohon supaya menghadang perlu dibina di selekoh-selekoh penting dan untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku. dan jalan ialah merupakan jalan utama yang menuju ke masjid ahli kariah berkenaan. Dan yang akhir YB. Tuan Speaker izinkan saya, saya nak menyebut sedikit mengenai nelayan-nelayan darat yang ada di kawasan saya iaitu nelayan-nelayan darat yang berada di Tasik Gubir. Kita ada mungkin nelayan laut nelayan sungai tapi yang darat ni yang mereka mencari hasil rezeki menangkap ikan di Tasik Gubir YB. Tuan Speaker. Pendapatan mereka bergantung pada cuaca. Ikan yang ada dalam Tasik Gubir adalah ikan Baung, Talapia, Lampam Sungai, Lampam Jawa, Sebarau, Toman, Kelah, Tengkas. Ikan mahal-mahal ni. Semua pakai pukat dan guna rawai. Lebih kurang berapa ramai 30 orang tak ada elaun dan tak boleh meMoTong baru masuk. Jadi mereka juga memerlukan bot pukat dan jala dan alatan rawai dan enjin enjin semua ini memerlukan kos yang tinggi. Jadi fiber bot panjang juga yang 18 kaki tu yang kita panggil 18 kaki tu ataupun ekor biawak tu harganya rm5,000 dan enjin sangkut pula 6,815 kuda. Dan kita memohon insya-Allah Kerajaan Negeri dapat melihat inisiatif ini selain mereka mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat sebanyak rm250 sebulan. Mungkin ada peruntukan yang boleh disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri kemudahan mereka membeli bot, mudah-mudahan mereka memberi membeli pukat dan jala. Ini adalah untuk nelayan nelayan darat di Tasik Gubir di Dun Belantek Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi saya mohon insya-Allah semuanya dipermudahkan urusan daripada ucapan awal saya tadi sampai akhir dapat didengari dan diambil tindakan sewajarnya. Terutama kepada semua yang hadir terutama kepada YB. Bakar Arang yang berulang kali menyebut bajet ni tak berapa clear tak berapa faham bacalah berkali-kali insya-Allah YB. Bakar Arang boleh faham. Dan kita boleh berjumpa di luar kita sembang sampai YB. Bakar Arang faham boleh. Saya rasa itu saja ucapan saya, saya menyokong pembentangan yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dari Jeneri tadi. Terima kasih banyak. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Belantek. Seterusnya Yang Berhormat Pantai Merdeka.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Wassalatu Wassalamu’ Ala’ Ashrafil Anbiya’ Walmursalin, Wa'Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma'in. Amma ba'd. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Izinkan saya memulakan dengan firman Allah di dalam surah Al-Muddaththir, surah yang ke-74 bermula ayat 42 hingga 46 saya akan relate dengan apa yang terkandung pada perkara 197 dan bajet untuk boleh tengok sehari.
Firman Allah SWT:
ُأَعُوذ ِ ّبِاَلل َمِن ِالشّيْطَان ِالرّجِ يم ِبِسْم ِالل ِالرّحْمن ِالرّحِ يم
َمَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَر ٢٤ َ, قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَل ِين ٣٤ َ, وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ ٱلْمِسْكِين ٤٤ َ, وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلْخَآٰئِضِ ين ٥٤ , وَكُنَّا نُكَذ ِبُ بِيَوْ مِ ٱلد ِين ِۭ ٦٤
Yang bermaksud penghuni syurga bertanya kepada penghuni neraka Saqar. Ada empat golongan tuan-tuan. Kita sebagai orang islam ini nasihat untuk kita bersama. Kenapa kamu ada dalam neraka ini. Golongan pertama menjawab “لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَل ِينَ”. Kami dulu tak solat. Golongan kedua, kami tidak memberi makan pada orang miskin. Kerajaan Kedah ni prihatin insyaAllah. Saya tentulah sokong Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Kita satu geng depa ni confirm daklah. Yang ketiga ْوَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱل خَآٰئِضِ ينَ”. Ini seorang akidah. Kami dulu memperkatakan perkara-perkara batin perkara-perkara salah dengan orang-orang yang memperkatakannya. Yang keempat, saya boleh relate dengan 197 “ وَكُنَّا نُكَذ ِبُ بِيَوْ مِ ٱلد ِينِ”. Kami dahulunya menafikan tidak membenarkan adanya hari pembalasan dalam 197 disebut. Sebagai orang beriman dengan hari akhirat. Itulah salah satu golongan yang akan dihumban ke dalam neraka saqar kerana tak percaya ada hari akhirat, hari pembalasan. Jauhilah khianat saya yakin dan percaya insyaAllah kesemua penjawat awam di negeri Kedah ni insyaAllah orang-orang yang amanah. Kenapa di antara hujahnya banyak kita tengok di antaranya dalam perkara 58 prestasi kewangan negeri Kedah, ada lebihan 11.16 juta. Berbelanja hemah, tahu tanggungjawab sebab kita akan ditanya tuan-tuan di negeri akhirat dan dalam bajet ni ada ayat tadi saya nak ulang dalam
Surah Al-Anfal surah kelapan ayat 27:
يَـٰٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ َلَ تَخُونُوا۟ ٱَّللَّ َ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٰٓ ا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُون َۭ ٧٢
Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan amanah Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah yang diamanahkan kepada kamu. Kesemua kita termasuk amat berhormat sedang memikul satu amanah yang besar sedangkan kamu mengetahui yakni salah dan berdosa mengkhianati sesuatu amanah yang ditaklifkan kepada kita. Seterusnya, saya ingin memetiklah beberapa buah hadis saya ni kena bagi panjang sikit abang, YB. Tuan Speaker.
Nak potong ada.
Jadi dalam soal tadi kita perlu meyakini ada hari akhirat jauhilah khianat. Saya ingin memperingatkan kepada kita semua dalam Surah Muhammad, ayat 22, muka surat 748. Tafsir H Zainuddin Hamidy. Tuan-tuan dirujuk Allah berfirman:
فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا۟ فِى ٱَلْ َرْضِ وَتُقَط ِعُوٰٓ ا۟ أَرْحَامَكُم ْۭ ٢٢
Maka apakah sekiranya kamu berkuasa, kamu nak melakukan kerosakan di atas muka bumi dan kamu nak memutuskan hubungan silaturahim. Peringatan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan kita semua. Tengok tafsir H. Zainuddin. Sesiapa yang menjadi pemimpin tidak berpandukan kepada petunjuk al-quran, as-sunnah. Pasti dia akan sentiasa berusaha mengkayakan diri dan kaum keluarga.
Ini bila kita tengok. Disini masyaAllah banyak sungguh untuk rakyat walaupun kita tak sempat nak syncronized dengan izin. Tapi kita tengok sebab itu saya buat kesimpulan. MasyaAllah tahun ni lebih hebat insentif-insentif daripada pihak kerajaan untuk rakyat. Jadi kita perlu ingat juga pada semua yang hadir yang mendengar sebuah hadis. Satu eh saya nak baca dia antara yang mengundang bala apabila “al-amanatu magnama”, apabila amanah dijadikan sumber keuntungan, Obvious of Power dengan izin salah guna kuasa. Mentang-mentang kita menjawat jawatan yang hebat. Kita boleh Negotiated on Behalf of Government. Contoh jangan khianat sebab saya relate dengan apa yang disebutkan kita ada hari akhirat, jangan khianat.
Seterusnya saya nak sebut juga beberapa sebagai peringatan bersama hadis riwayat Imam Ahmad:
َُلَ إِيمَانَ لِمَنْ َلَ أَمَانَةَ لَه
Tak ada iman orang khianat. Percayalah, kita orang islam kita akan kembali bertemu dengan Allah pastinya segala-galanya akan dibongkar satu per satu sebagai peringatan pada semua. Pertama, jangan kita membazir harta milik rakyat. Ini peringatan dalam surah Al-Isra, ayat 27.
Allah berfirman:
إِنَّ ٱلْمُبَذ ِرِ ينَ كَانُوٰٓ ا۟ إِخْوَٰ نَ ٱلشَّيَـٰطِينِ
Sesungguhnya membazir itu adalah sahabat syaitan. Kenapa dikaitkan syaitan. Syaitan ni dia tak bersyukur jadi mungkin YB. Bukit Selambau sebut dan saya nak sebut sikit pada ketua pembangkang yang meminta supaya dinaikkan lagi peruntukan RM300 ribu untuk Sekolah Emerald Cina. You have to be grateful first. You know. Dengan izin. (YB. Sidam mencelah)
Syukur dulu.
Ada disebut. Dah, jangan mencelah. Ini bab agama..
Dak-dak sat lagi sebut. Pasai sebut Sidam.
Betul!
Sebut ketua pembangkang.
Saya nak sebut bahawasanya bersyukur dulu. Dah-dah.
Syukur tu syukur, tetapi RM300 ribu kalau dibahagi dengan 157 sekolah.
Baik-baik, Pantai Merdeka teruskan.
Itulah maksud saya.
Baru dapat RM 1,900. Nak buat apa satu sekolah tu dapat RM 1,900. Nak beli buku pun tak cukup.
Bersyukur dulu.
Nak buat apa satu sekolah tu dapat RM 1,900. Nak beli buku pun tak cukup.
YB. Sidam, YB. Pantai Merdeka tak bagi laluan. Teruskan YB. Pantai Merdeka.
Baik, seterusnya sebagai peringatan selain pada jangan membazir ini yang cukup penting dalam Kitab Riyadus Salihin:
إِنَّ رِ جَاَل يَتَخَوَّضُونَ فِي مَالِ َّللاَّ ِ بِغَيْرِ حَق ٍ، فَلَهُمُ النَّارُ يَوْ مَ الْقِيَامَةِ
(Riwayat Muslim)
Ini untuk kita semua. Saya yakin dan percaya kalau kita menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pimpinan panduan kehidupan Kedah insyaAllah we will achieve The Greater Kedah insyaAllah God Willing dengan izin Allah. Yang disebut ialah jangan kita menyalah guna harta milik rakyat dan saya melihat kalau dah boleh bagi macam-macam, macam ni saya yakin itulah sifat amanah yang wujud di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita.
Okay Pantai Merdeka boleh gulung. Ada 2 minit lagi.
Peringatan sekali lagi, saya ambil banyaklah baca quran, hadis untuk kita semua. Hadis ke-19, dalam kitab hadis 40, Imam Nawawi,
‘'احْفَظِ َّللاَّ َ يَحْفَظْك
Kamu jaga aku, aku jaga kamu. Kamu taat kepada aku. Aku jaga keseluruhan kehidupan kamu di dunia dan insya-Allah saya berdoa selain pada banyak perkara sekali lagi kita mendapat Sijil Tanpa Teguran, Kemudahan Pusat Jagaan Rumah Transit, Bantuan Pada Sekolah Jenis Cina, Tamil dan juga Perhubungan Kaum 600k, pembaikan rumah 884 sejak 2023, penambahan 9.1 juta peruntukan untuk 2026. Jadi saya nak simbolkan insyaAllah, saya yakin dan percaya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan kita semua perlu beri kerjasama sebelum saya lupa ucapan terima kasih kepada semua lah DO Sungai Petani, MPSPK, JKR dan yang lain-lain. Yang banyak memberi kerjasama pada saya selama dua tahun ini.
Jadi saya ingin sudahi dengan firman Allah:
َّوَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْ ا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ م ِنَ السَّمَاءِ وَاَلْ َرْضِ وَلَـٰكِن كَذ َبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُون
Selama mana penduduk di sebuah negeri itu beriman dan bertakwa. Jangan terlibat dengan rasuah, penyelewengan dan sebagainya nescaya kami akan buka segala pintu-pintu keberkatan. Segala pintu-pintu keberkatan yang akan turun daripada langit yakni kepada bumi akan tetapi kamu kata Allah, kamu mendustakan segala janji-janji ku itu makna ketika itu, aku akan seksa di atas kesalahan kamu. Dan insyaAllah saya yakin dan percaya kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar akan terus mampu membawa Kedah kemercu kejayaan yang lebih hebat daripada sedia ada. Justeru, saya menyokong sepenuhnya Bajet 2026 yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Terima kasih, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Okey, Terima kasih kepada YB. Pantai Merdeka. Seterusnya saya menjemput Anak Bukit dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Wira Kewangan, Yang Berhormat Tuan Penasihat Undang-undang, Dato’-Dato’, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Tuan-Tuan, Puan-Puan hadirin sekalian. Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah atas pembentangan Bajet Kedah 2026 yang komprehensif, berfokus dan berpaksikan kepada rakyat. Saya melihat bajet kali ini bukan sekadar angka tetapi menggambarkan roh kesejahteraan dan kebertanggungjawaban negeri dalam memacu Kedah ke arah negeri berdaya moden dan berdaya saing. Kali ini saya ingin memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu Pengukuhan Sumber Bekalan Makanan, Keterlibatan Anak Muda Dalam Sektor Agro Pertanian dan Penstabilan Dasar Pertanian Negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Kedah kekal sebagai Negeri Jelapang Padi dan nadi keselamatan makanan negara, 40% hasil beras adalah daripada Negeri Kedah. Tetapi realitinya, bila tangan petani kita kini berhadapan dengan tekanan hidup yang semakin berat, harga barangan asas meningkat, cuaca tidak menentu dan sistem bantuan pertanian sering terikat dengan birokrasi yang melambatkan tindakan. Lebih membimbangkan, banyak dasar pertanian negeri masih tertakluk kepada Akta Persekutuan. Jadi kawalan harga padi, benih padi sehinggalah kepada jualan padi dan sehinggalah kepada beras yang dikeluarkan sampai jilid beras import. Ini menyebabkan ruang gerak Kerajaan Negeri amat terbatas dalam menggubal dasar yang menepati realiti tempatan.
Saya berharap agar Kerajaan Negeri Kedah dapat memperjuangkan autonomi dasar pertanian dalam negeri. Memperjuangkan hak-hak petani dalam perkara-perkara teknologikal yang melibatkan urusan padi dan produk hasil padi serta subsidi dan juga padi-padi beras tempatan. Kedah harus menjadi model negeri pertanian yang bukan sahaja pengeluar beras tetapi juga pengeluar dasar yang progresif dan berpihak kepada rakyat. Cadangan saya ialah kita hendaklah melihat suara-suara pak-pak tani sekarang ini kerana semakin hari semakin resah.
Jadi, dalam Dewan yang mulia ini saya mencadangkan supaya menubuhkan satu jawatankuasa khas peringkat Negeri Kedah sebagai sebuah badan siasatan negeri untuk mengkaji dan menulis keseluruhan permasalahan rantaian industri padi. Jawatankuasa khas ini berfungsi untuk mendengar setiap keluhan petani dan pengilang secara terbuka. Menilai keseluruhan permasalahan dalam sistem pengagihan benih padi dan harga lantai padi serta subsidi padi dan juga yang berkaitan dengan padi. Menyiasat kesemua permasalahan di peringkat atas sehinggalah ke akar umbi. Suara-suara petani perlu diberi perhatian, perlu di institusikan secara rasmi supaya dasar-dasar negeri ni dapat dan supaya kita dapat membela hak-hak petani khususnya pada rakyat Kedah ini.
Terima kasih YB. Anak Bukit. YB. Tuan Speaker, berkaitan dengan apa yang disebut oleh YB. Anak Bukit tadi. Padi benih ni apa yang kita dapat maklumat bila pengilang atau pengusaha padi benih selesai saja membuatlah buh dalam guni senangnya. Padi benih tersebut dengan harga RM56 sedangkan harga pasaran sebenarnya RM 46, RM 47 lebih kurang macam tulah dengan harapan mereka supaya padi tersebut dapat dipasarkan. Kemudian mereka mohon kerajaan untuk menaikkan harga oleh kerana kos terlalu tinggi kata mereka.
Bilamana masa padi tersebut dijual dengan harga yang paling rendah. Yang menyebabkan ada diantaranya seperti MADA, yang mengusahakan padi benih terpaksa menjaga padi benih, angkat bungkus. Maknanya padi banyak tapi tak laku untuk dijual. Apakah benar benda yang sedemikian.
Terima kasih kepada YB. Bukit Selambau. Yang Berhormat Tuan Speaker. Inilah dia antara salah satu masalah kepada pak tani. Inilah salah satu masalah. Sebab itulah saya cadangkan dalam Dewan yang mulia ini diwujudkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji, menilai dan menyiasat berkaitan dengan hak-hak pak tani tu. Lama dah kita duk dengar ni, keluhan-keluhan. Dah sampai masa dah ni kita nak dengar sendiri keluhan dari pak tani. Kita kena wujudkan jawatankuasa ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Seterusnya adalah isu besar yang sering kita hadapi iaitulah ketiadaan pelapis-pelapis muda dalam sektor pertanian dan penternakan. Ramai anak muda Kedah berminat, mereka berdepan tiga halangan besar iaitulah modal, tanah dan juga pasaran. Mereka melihat pertanian bukan lagi sebagai bidang profesional yang menjamin masa depan tetapi sebagai pekerjaan kelas bawahan. Persepsi inilah yang perlu kita ubah.
Oleh itu, saya mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini agar Kerajaan Negeri memperkenalkan Dana Agro Belia Kedah. Satu skim geran padanan untuk anak-anak muda di bawah usia 40 tahun yang ingin memulakan projek pertanian moden, penternakan, ataupun perikanan. Keutamaan hendaklah diberi kepada projek yang berimpak tinggi dan menggunakan teknologi terkini seperti automaksi dan juga pertanian pintar. Saya juga mencadangkan supaya penubuhan Taman Agro Inovasi Belia di setiap daerah. Ia untuk berfungsi sebagai pusat latihan dan percubaan yang dilengkapi kemudahan teknologi moden serta disedia oleh tenaga pakar daripada universiti tempatan. Anak muda boleh menimba pengalaman, membina rangkaian pasaran dan belajar mengurus risiko sebenar dalam industri agro ini. Selain daripada potensi agrotourisme perlu dimanfaat sepenuhnya. Di semua daerah dalam Negeri Kedah ni, ia kaya memiliki kekayaan luar biasa, keindahan luar biasa yang boleh menjadi tarikan pelancong. Agrotourisme bukan sahaja mempromosikan pertanian sebagai industri bernilai tinggi tetapi juga meningkatkan pendapatan petani dan komuniti setempat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, tiap-tiap tahun kita selalu mengadakan hari penternak, peladang dan nelayan sedangkan dalam 3 golongan ini dia mempunyai satu kelompok yang cukup besar. Pertanian dia mempunyai satu kelompok rakyatnya cukup besar sekarang ni. Penternakan pun mempunyai satu kelompok yang paling besar daripada bela lembu, kerbau, kambing, ayam, itik sampailah kepada binatang-binatang yang disukai dalam rumah arnab apa semua tu.
Macam tu juga dengan perikanan. Perikanan ni dia bukan satu kelompok tapi dia ada perikanan laut dalam, perikanan laut dan juga perikanan di darat dan juga nelayan laut. Kita ada banyak, banyak dah kumpulan-kumpulan besar. Sebab itulah saya cadangkan di sini. Supaya Hari Penternak, Peladang dan Nelayan ni distrukturkan semula, diwujudkan gabungan iaitu besar ni sebagai sering hilang fokus. Jadi, kita buat hari ini hari penternak, penternak saja hari ini adalah hari nelayan, nelayan saja hari ini adalah hari pertanian, pertanian sahaja. Sebab apa yang saya kata tu dengan kita buat macam tu bukan sahaja kita ada satu kumpulan yang besar dalam negeri Kedah bahkan kita boleh menarik pelancong-pelancong mai ke dalam Nnegeri Kedah ni sendiri. Dalam memfokuskan semua ini, sektor kecil dan sederhana akan lebih menonjol dan pelabur dapat mengenal pasti potensi sebenar setiap struktur dengan lebih jelas.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sektor pertanian bukan sekadar isu ekonomi ia adalah isu keselamatan makanan dan kedaulatan negeri. Bila makanan dikawal dari luar maka dasar ekonomi negeri juga akan mudah terpengaruh. Justeru, saya menyeru agar Kedah merangka Pelan Induk Pertanian Negeri Kedah. Pelan ini mestilah melangkaui pendekatan konvensional dan memfokus kepada kelestarian dan adaptasi iklim. Penyertaan generasi muda dan wanita tani menggunakan teknologi hijau serta digital dan juga sasaran eksport agro produk Kedah ke pasaran luar.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri perlu menilai semula hubungan dengan agensi-agensi Persekutuan supaya kita lebih dan di peringkat dia kurang supaya dapat melihat lagi hasil-hasil ataupun sistem yang ada dalam Negeri Kedah. Supaya dapat, kita kata bekerjasama dengan lebih erat dengan Kerajaan Negeri. Kita bukan tolak kerjasama tetapi mahu memastikan tiada pertindihan dasar dan kelewatan pelaksanaan di peringkat akar umbi. Dasar Persekutuan perlu selari dengan realiti negeri. Negeri pula mestilah mencadang bukan sekadar mengikut arahan Pusat. Ini penting supaya dasar pertanian negeri tidak hanya cantik di atas kertas, tetapi memberi kesan terus kepada petani, penternak dan nelayan di kampung.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Bajet Kedah 2026 pada hemat saya mempunyai roh yang positif, sebuah bajet yang berjiwa rakyat dan berpaksikan kesejahteraan negeri. Namun segala perancangan ini akan hanya akan bermakna jika dijalankan dengan ketulusan, keberanian dan keutamaan kepada rakyat di bawah. Saya yakin dan percaya jika semua dasar dan program ini dijayakan dengan penuh keikhlasan, Kedah akan muncul sebagai negeri pertanian moden yang sejahtera, berdaulat dan menjadi model kepada negeri lain. Dalam kesempatan ini juga, saya nak mengucapkan terima kasih. Jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi yang terlibat dalam memainkan peranan, menjayakan khususnya dalam DUN Anak Bukit dalam keperluan tempat.
Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua agensi dan dalam Dewan ini juga. Saya berdoa kepada Allah SWT, limpahkanlah keberkatan kepada Negeri Kedah ini. Makmurkanlah rakyatnya dengan rezeki yang halal lagi mencukupi. Jadi, kalau pemimpin kami pemimpin yang adil dan berhemah agar Negeri Kedah terus aman dan dirahmati. Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan penuh rasa tanggungjawab dan harapan terhadap masa depan negeri ini, saya menyokong penuh Bajet Kedah 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah. Sekian Wallahualam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada YB. Anak Bukit. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan ditangguhkan sehingga jam 9:00 pagi esok.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]