Kedah · 12 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 294 turns · 40,009 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil 'alamin Wassalatu Wassala Asyrofil Ambiya Iwal Mursalin Wa ‘Ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Rabbish Rohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul Uqdatan Minlisani Yafqhohu Qhouli. Dewan disambung semula. Bacaan doa.

Setiausaha Dewan

-BACAAN DOA.

Setiausaha Dewan

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbussamawati wal ard robbul ‘alamin wassalamu 'ala sayyidina muhammadin sayyidul mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.

Dengan nama Allah, Tuhan yang maha pemurah dan maha penyayang, segala pujian bagi Allah, Tuhan yang memerintah sekalian langit dan bumi dan Tuhan sekalian alam. Selawat, dan salam atas Rasul kami Nabi Muhammad, penghulu sekalian rasul dan di atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya allah yang maha berkuasa, engkaulah tuhan yang maha adil bijaksana, dan pemurah, Tuhan yang telah mengaturkan kewajipan sultan pemerintah, dan meletakkan tanggungan pertubuhan Dewan untuk keselamatan pemerintah dan kesejahteraan rakyat. Kami hamba-hambamu yang engkau telah berkenaan meletakkan tanggungjawab bagi menyempurnakan segala pekerjaan di dalam Dewan ini memohon dengan limpah kurniaan-mu, berkatilah apa jua kiranya amalan-amalan pekerjaan kami di dalam Dewan ini. Sesungguhnya kami menjunjung perintah dan kebesaranmu, maka anugerahkanlah kepada kami taufik dan hidayah-mu yang menyeluruh bagi memimpin kami ketika berunding dan menimbang segala perkara yang didatangkan di hadapan kami dan kekalkanlah di hati kami sifat-sifat amanah, jujur dan bertanggungjawab bagi menegakkan syariat mu, menambahkan kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Kedah Darul Aman dan sekalian penduduknya. Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah Wafil Akhirati Hasanah Waqina Adzabannar. Amin Ya Rabbal Alamin.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari ini Dewan Undangan Negeri Kedah ada menerima kunjungan pemerhati daripada Kolej Sultan Abdul Hamid seramai 30 orang, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kupang seramai 15 orang. Selamat datang diucapkan kepada semua. Urusan seterusnya. Tuan setiausaha.

Sambungan Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Setiausaha Dewan

Sambungan Pertanyaan-pertanyaan Mulut.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Pinang.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

Hujan lebat musim tengkujuh, Soalan saya nombor tujuh.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

7. Pohon dinyatakan: -

Apakah masalah dan kekangan jawatan kosong yang penting di masjid-masjid yang dibiarkan agak kosong sekian lama?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Exco.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. YB. Bukit Pinang mula dengan pantun, kita kena jawab dengan pantun lah.

Kalau nak kahwin jangan lama-lama bertunang, Terima kasih Bukit Pinang.

Speaker

Hebat pantun pun!

Bakar sikit, bakar sikit! Dah hari ini pakai baju melayu. Soalan YB. Bukit Pinang tentang kekangan kepada pelantikan perjawatan yang kosong di masjid-masjid yang sebahagian daripadanya agak lama tidak diisi. Kalau kita melihat kepada statistik yang ada pada hari ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, dikemaskini pada 5 haribulan Oktober 2025, di Kedah kita ada 588 buah masjid. Daripada 588 buah masjid itu, 54 kekosongan jawatan imam, 195 kekosongan jawatan pembantu imam ataupun bilal, sebab setiap masjid dia akan terima seorang imam, 2 pembantu imam dan juga 2 siak dan bagi siak kekosongan 204. Kalau ikut peratusan, kekosongan imam 9%, kekosongan pembantu imam 17%, dan juga kekosongan siak 18%.

Jadi, antara punca ataupun sebab kekosongan ini tidak diisi, ketiadaan calon yang berminat untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut dan juga calon yang berminat juga dia perlu melalui ujian bertulis dan juga ujian lisan. Jadi juga bergantung kepada keputusan ujian-ujian tersebut dan juga mungkin atas faktor elaun yang diterima pada hari ini, mungkin tidak menjanjikan kita panggil apa pendapatan yang terbaik untuk mereka dan pengurusan di masjid ini juga memerlukan kepada penumpuan dan juga tanggungjawab yang besar. Jadi atas faktor-faktor itu kita melihat berlaku kekosongan yang telah kita sebutkan tadi di masjid-masjid di Negeri Kedah Darul Aman. Walau bagaimanapun, walaupun tidak ada imam ya, tetapi pembantu imam melaksanakan tanggungjawab imam untuk solat lima waktu. Cuma hanya juru nikah saja, pembantu imam dia tak boleh jadi juru nikah. Jadi, bila tak ada imam di satu-satu kariah, maka imam bersebelahan kariah tersebut dia akan melaksanakan tanggungjawab sebagai juru nikah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan, YB. Bukit Pinang.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Memang tidak dapat dinafikan orang nak isi kekosong imam ini memang sukar juga, termasuklah di masjid kariah saya pun sukar mungkin tak berani kut, pasai nak kahwin orang kan? Jadi, bagaimanakah proses pelantikan pegawai imam-imam untuk memastikan memenuhi jawatan kosong tersebut? Walaupun dibuka iklan, tetapi tidak ada yang mahu pohon, termasuk siak dan juga bilal. Proses untuk memastikannya tu.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Exco.

Terima kasih kepada YB. Bukit Pinang. Rasanya bukan dia tak berani nak menikah orang, nak menikah lagi pun ‘segheyau’ jugak rasanya. Tentang proses untuk pengisian jawatan pegawai-pegawai masjid. Calon tu sebenarnya dia mesti dalam enakmen kita mesti berada dalam kariah tersebut. Dalam enakmen yang berada dalam negeri, Seksyen 63, “jawatan pegawai masjid hanya boleh diisi oleh ahli kariah masjid berkenaan”.

Jadi, daripada kariah itulah sebenarnya calon-calon yang mungkin difikirkan layak oleh jawatankuasa kariah bagi memohon permohonan itu dan daripada calon-calon yang diangkat itu, barulah boleh diproses oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, khususnya bahagian masjid. Kalau tak ada pencalonan daripada kariah, maka nak proses macam mana. Jadi, antaranya sebab itulah kita harap di peringkat jawatan kariah sendiri dia mengenal pasti awal, mereka-mereka yang layak ni dan kena berbincang, bersembang na, untuk mereka yang layak ini memohon ataupun kalau boleh peringkat jawatankuasa kariah itu sendiri dalam tempoh yang panjang merancang anak-anak kariah ini, yang mungkin akan menjadi bakal imam dihantar belajar di sekolah-sekolah agama ataupun IQDAR secara khusus, institusi-institusi mana yang mereka ini mampu pada masa depan untuk mengisi jawatan yang ada khususnya bagi memastikan jawatan-jawatan yang ada ini diisi. Jadi, perancangan kita harap dia mai daripada pihak jawatankuasa kariah supaya jawatan-jawatan ini dapat kita isi dan institusi masjid dapat berjalan dengan baik.

Keduanya, kita juga melihat ada beberapa yang berlaku di masjid kita ni bila ada pencalonan, adalah walaupun tak banyak, bantahan. Itu pun antara yang menjadi suatu perkara menyebabkan calon-calon yang dicadangkan tu layak tapi bila ada bantahan, kita pun tak pasti isu-isu apa yang mungkin berlaku di peringkat kariah menyebabkan bantahan itu juga menjadi sukar untuk pihak jabatan nak buat keputusan untuk nak melantik mereka yang layak tapi bila lulus ujian tapi ada bantahan. Jadi, inilah antara perkara-perkara yang saya sebut menjadi kekangan untuk kita mengisi keseluruhan, tapi kita mengharapkan Alhamdulillah walaupun hari ini ada kekosongan masjid-masjid di Negeri Kedah kita dapat berjalan dengan baik, bila ada pembantu imam, dah jawatankuasa yang mengurus dengan baik, cuma kita mengharapkan perancangan di peringkat masjid untuk merancang masa depan masjid dengan anak-anak kariah yang ada untuk mereka mendedahkan potensi-potensi yang ada di masjid untuk diuruskan dan kemudian mereka ini balik berbakti kepada kariah masing-masing.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, soalan tambahan.

Mohon, Mohon mencelah.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Soalan tambahan!

Speaker

Siapa dulu? YB. Tokai dulu!

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Daripada jawapan Exco tadi ni kita lihat punca-punca dia satu, ilmu pengetahuan, yng keduanya minat dan yang ketiganya elaun. Bila kita tengok jawapan bertulis kepada soalan YB. Bukit Pinang, imam lantikan Persekutuan, Persekutuan bagi RM850, negeri bagi RM50, Zakat RM300, jadi RM1,200. Lantikan negeri, peruntukan negeri RM800, Zakat bagi RM400, jadi RM1,200, samalah na.

Jadi, satu lagi adalah berhubung dengan usia ni. Sekarang ni kalau umur 60 tahun ke atas dia kena medical check-up. Banyak juga yang kita periksa imam-imam yang terpaksa buat medical check-up bila usia meningkat. Tapi Alhamdulillah, kebanyakannya luluslah dan kita pun tak mau lah nak synchronize sangat dia punya kesihatan tu. Tapi kalau sihat elok, bacaan elok, Insya-allah. Tapi bacaan tu lah yang kadang-kadang sukar kita nak nak test, nak uji ni. Setengah tu kalau setengah masjid yang kita pergi itu kadang-kadang Al-Fatihah dia pun kita boleh raguilah, mungkin faktor usia.

Yang keduanya tentang elaun ni, adakah boleh apa collection masjid tu saya rasa ada yang simpanannya sampai ratus ribu ada. Kita ambillah kalau nak bagi kemudahan kepada imam tu mungkin collection daripada masjid tu mungkin certain-certain persent kita isytiharkan sebagai elaun ataupun imbuhan tambahan kepada tok imam, kerana kerja depa ni memang dua puluh empat jam lah na, bukan setakat nikah kahwin, khalwat pun depa kena handle juga ni, ha… tok imam pi pantau dulu barulah lapor ke pejabat agama.

Jadi, adakah peruntukan di dalam enakmen kita ataupun mana-mana boleh diambil daripada collection masjid tu untuk sedikit imbuhan kepada imam dan diumumkan di dalam kita kata, setiap Jumaat ka ataupun apa mesyuarat agung tahunan masjid ka. Terima kasih YB. Tuan Speaker, itu soalan saya.

Speaker

Dipersilakan YB. Kupang. Jawab sekali Yang Berhormat Exco.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin bertanya adakah kerajaan bercadang untuk mengasingkan di antara imam dengan pengerusi ataupun mewujudkan satu jawatan pengerusi pengurusan masjid sebab kita merasakan bahawa tugas-tugas imam ni memang banyak. Kemudian, dalam masa yang sama dia nak mempengerusikan masjid itu. Ada atau tidak cadangan daripada kerajaan untuk pengasingan antara imam dengan pengerusi?

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco.

Baik. Terima kasih kepada YB. Tokai, terima kasih kepada YB. Kupang. Jawapan kepada YB. Kupang dulu, setakat la ni, tak dak lagi lah cadangan untuk pengasingan jawatan antara pengerusi dengan imam di kariah-kariah yang ada. Dan, kita pun melihat ada berapa negeri yang melaksanakan tetapi kita panggil apa, pengisian pengerusi itu lebih didominasi atas dasar politik. Jadi, mungkin akan menyebabkan isu-isu masjid ini akan berlaku lebih tegang dan sebagainya. Jadi, setakat la ni belum lagi ada cadangan ke arah tersebut.

Bagi jawapan kepada YB. Tokai, memang saya tanya di peringkat pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, di peringkat masjid dia boleh cadang tambahan elaun untuk imam ataupun jawatankuasa, cuma proses tu dia perlu melalui jabatan, permohonan itu diangkat kepada jabatan agama. Maksud dia di peringkat jawatankuasa masjid boleh mencadangkan penambahan sebagai contoh, mungkin ada setengah masjid, imam dia ataupun pegawai dia kakitangan kerajaan yang dah ada pendapatan tetap, mungkin tak jadi masalah. Tapi ada masjid-masjid yang imam dia tak dak perjawatan tetap na, melaksanakan tugas tu macam yang kita sebut untuk nak pastikan kariah dia tu ada imam. Jadi, kalau perlu di peringkat jawatankuasa, boleh cadangkan penambahan kepada elaun imam dan persetujuan itu diangkat kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah untuk diluluskan. Dan ada juga satu yang sampai kepada saya, bila masjid tu dia minta juga nak cari imam tak dak, dah kosong lima enam tahun. Paksa, paksa lah kita kata, anak muda lepasan daripada universiti Alhamdulillah ada, jadi jawatankuasa masjid tu nak bantu, dia cari pekerjaan tambahan untuk imam, khususnya imam ni mengajar di sebuah sekolah agama rakyat.

Jadi pagi, yang berdekatan sekolah dengan rumah dia. Jadi, dia boleh ada pendapatan tambahan di samping jawatan imam. Jadi kita pun melihat perkara ini dan juga dibincangkan di peringkat Parlimen, kita pun pernah berjumpa dengan YB. Menteri sebelum daripada ni untuk mengutarakan supaya ia dikaji semula elaun ini. Tapi setakat hari ini masih lagi belum kita nampak ada peningkatan kepada elaun imam dan juga pegawai-pegawai masjid ni. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Kundor.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Assalamualaikum Salam Sejahtera.

Pagi-pagi kena sarapan, Soalan saya nombor lapan.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

8. Pohon dinyatakan: -

Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan khusus bagi membasmi keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak dari keluarga miskin dan bermasalah?

Speaker

Aih! Semua pakat awai dengan pantun saja ni. Dipersilakan Yang Berhormat Exco.

Terima kasih YB. Pengkalan Kundor.

Pergi kenduri kari kundur, Saya jawab soalan Pengkalan Kundor.

Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor. Soalan sekitar mengenai perancangan kerajaan untuk keciciran pendidikan dari segi kalangan golongan-golongan miskin dan yang bermasalah. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap isu keciciran pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar miskin dan yang berdepan masalah sosio-ekonomi.

Sehubungan itu, berapa perancangan dan inisiatif khusus telah dirangka, dan dilaksanakan melalui tiga aspek utama yang diketengahkan iaitu memastikan ekosistem sekolah serta suasana menyokong pembelajaran. Yang kedua, menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dan keluarga pelajar untuk mendapatkan keperluan asas ke sekolah. Yang ketiga, bimbingan dan sokongan moral kepada pelajar dan keluarga pelajar.

Antara inisiatif Kerajaan Negeri adalah melaksanakan program yang dilancarkan iaitu pada tahun lepas 2024, program The Pearl of Kedah. Program ini merupakan program jangka panjang yang dirangka, sebagai usaha Kerajaan Negeri bagi membantu dan menangani pelajar-pelajar miskin yang berpotensi tercicir dalam bidang pendidikan. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan sokongan akademik dan MoTivasi kepada pelajar bagi membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan dan kehidupan. Program ini dilaksanakan bermula 2024 dan akan diteruskan sehingga 2028, selama 5 tahun yang akan melibatkan golongan pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 13 tahun pada 2024. Untuk makluman, jumlah keseluruhan pelajar yang telah menyertai program ini adalah seramai 300 orang pelajar dari seluruh Negeri Kedah. Para pelajar ini akan dilatih dan untuk meningkatkan kemahiran tambahan antaranya kemahiran soft skill yang diperlukan pada masa kini, seperti kemahiran mengenali potensi sendiri, kemahiran kepimpinan, kemahiran sosial dan lain-lain kemahiran sebagai persiapan ke arah melahirkan generasi ‘The Greater Kedah’ yang dipacu oleh Kerajaan Negeri.

Anak-anak ini sebenarnya anak-anak yang berada di rumah, daripada kalangan golongan yang miskin dan mereka belajar di sekolah menengah biasa dan sebolehnya anak-anak ini adalah anak-anak yang pertama dalam keluarga itu. Ini perancangan kita, tapi ada jugalah apabila kita dapat bukan daripada anak yang pertama, bukan daripada golongan yang di rumah, ada juga dua tiga orang yang berada di asrama, kerana mereka ni, anak-anak ini waktu cuti sekolah anak-anak ini akan diadakan program-program latihan kepada mereka, program-program kemahiran kepada mereka, untuk mereka ada keyakinan diri yang tinggi untuk terus memacu dari segi pendidikan mereka. Pada masa yang sama, pihak penyelaras program yang dilantik juga bertanggungjawab memantau perkembangan akademik dan kurikulum persekolahan para peserta ini agar tidak ketinggalan kerana kemiskinan yang dihadapi oleh mereka. Sebagai bapa angkat dan mak angkat kepada anak-anak ini, kita menyeru kepada semua ADUN. Pemilihan ini ada yang dipilih oleh pihak ADUN, mereka sebagai bapa dan mak angkat kepada anak-anak ini dan memastikan anak ini dari segi pendidikan mereka, pembelajaran mereka di sekolah di pantau oleh pihak ADUN. Pihak kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak 2,056 pada tahun 2024 dan 2025 untuk adakan aktiviti-aktiviti kepada anak-anak ini termasuklah peralatan untuk memulakan sesi persekolahan yang baru.

Di samping yang sama juga, ada agensi lain membantu untuk anak-anak golongan asnaf ini tidak tercicir daripada pendidikan terutamanya JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) pun juga ada program melibatkan ziarah cakna, mereka melihat ziarah ke rumah anak-anak yang berisiko tercicir ini. Begitu juga, dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menyediakan bantuan kewangan program kebajikan pendidikan kepada institusi pendidikan antaranya sekolah agama, sekolah pondok dan tahfiz di seluruh Negeri Kedah. Bantuan kewangan program kebajikan pendidikan ini adalah disasarkan kepada golongan pelajar daripada golongan keluarga miskin dan miskin tegar yang terdiri daripada golongan asnaf yang berdaftar di bawah Lembaga Zakat. Sebagai contoh, agihan wakalah zakat dan bantuan operasi kepada 341 Institusi Pendidikan Islam di Negeri Kedah, sebanyak RM1.55 juta pada tahun 2025 bagi memastikan keciciran pendidikan dalam kalangan murid miskin dan pelajar di sekolah dapat dikurangkan dan dibanteras seminima yang mungkin. Pada masa yang sama juga, Lembaga Zakat Negeri Kedah juga ada menubuhkan sekolah zakat di bawah Inisiatif Pondok Moden Zakat Kedah, untuk membantu mengatasi keciciran pelajar daripada keluarga miskin dan miskin tegas serta orang asli. Sekolah zakat ini telah mula beroperasi bermula Mac 2018. Mekanisme bantuan ini adalah berbentuk pembiayaan penuh yang ditaja merangkumi yuran persekolahan, asrama dan bantuan kebajikan, keperluan asas barangan ke sekolah, supaya golongan sebegini boleh terus, kekal, berada dalam sistem pendidikan dan tidak berlaku sebarang keciciran serta dapat menjalani pembelajaran akademik dengan sebaik mungkin.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan Bantuan Kecil Sekolah-sekolah Menengah (BKSM) kepada pelajar-pelajar sekolah menengah agama rakyat yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000. Kadar biasiswa iaitu sebanyak RM600 untuk pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, dan RM715 untuk pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Biasiswa ini bermula pada tahun 2024, dan merangkumi pemberian kepada pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Bagi sekolah agama rakyat pula, pemberian fidyah adalah dalam bentuk tajaan makanan, sebanyak RM5 sehari, bagi setiap hari persekolahan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan wang fidyah kepada pelajar sekolah agama rakyat pada tahun 2025 adalah sebanyak RM719,320. Sekian. Wassalam.

Speaker

Soalan tambahan, YB. Pengkalan Kundor.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Tahniah saya ucapkan atas pelancaran program ‘The Pearl of Kedah’ ini. Cuma soalan saya bagaimana Kerajaan Negeri nak memastikan bahawa pelaksanaan program ini berkesan secara jangka masa panjang, supaya anak-anak ni takkan terperangkap dalam kemiskinan yang berpanjangan?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Exco.

Terima kasih untuk soalan tambahan ini. Sebenarnya kita juga merancang untuk ‘The Pearl of Kedah’ ini dan telah dilancarkan dan tak disebutlah dalam bajet tu ada peruntukan. Yang kita peruntukkan kepada anak-anak ‘The Pearl of Kedah’ ini, setiap bulan kita akan carum kepada SSPN sebanyak RM30, setahun sebanyak RM360 mereka akan dapat selama 3 tahun kita akan carum. Keseluruhannya jumlah akan dapat RM1,080 setiap anak-anak yang telah terlibat dengan ‘The Pearl of Kedah’ ini.

Ketika mereka tingkatan 5 mereka akan dapat sedikit caruman ini untuk meneruskan lah pembelajaran mereka dan pada masa yang sama, mereka boleh memohon sumbangan-sumbangan kerajaan, inisiatif yang lain, iBAKIP, Tabung Tengku Mahmud, ada lagi yang boleh menyokong untuk teruskan mereka menyambung pembelajaran mereka. Sekian.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Lunas.

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Kita pantun sikit noh?

Pagi hari minum jamu, Agar badan tetap kuat dan tahan, Tak semua harus jadi yang satu, Yang penting jawab soalan sembilan.

9. Pohon dinyatakan: -

a) Sejauh manakah kemudahan asas di kawasan perindustrian utama di Kedah, termasuk di Kulim Hi-Tech Park dan kawasan sekitarnya berada pada tahap yang mampu menampung pertumbuhan pelaburan baharu?

b) Apakah pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi memastikan kemudahan asas di kawasan industri sentiasa dinaik taraf dan diselenggara dengan baik supaya Kedah kekal sebagai destinasi pelaburan yang diyakini?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Exco. Nak kena jawab pantun juga ka?

Terima kasih YB. Speaker. Saya ni taklah pandai pantun, tapi pagi ni semua mula pantun. Okay.. (sambil ketawa).

Dari Alor Setar ke Bukit Nenas, Saya jawab soalan YB. Lunas.

Boleh kot noh? (sambil ketawa) Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. YB. Speaker yang dihormati dan juga rakan-rakan YB. dan Ketua-ketua Jabatan. Alhamdulillah, pada pagi ini giliran saya untuk kongsikan akan perkembangan terkini atas soalan yang bertanyakan tentang kawasan perindustrian utama di negeri kita Kedah. Ada dua bahagian soalan dan jadi satu lagi bahagian berkaitan dengan perancangan jangka pendek dan juga jangka sederhana serta panjang. Ingin saya katakan bahawa negeri kita Kedah, adalah sebuah negeri yang Allah telah pilih untuk menjadi kekuatan buat negara kita. Ini adalah satu anugerah yang mana saya rasakan tidak hanya kita di Kedah harus menghargainya, tetapi Kerajaan Pusat harus melihat betapa strategiknya Kedah untuk diberikan keutamaan. Mengapa saya kata begitu? Kerana kalau kita lihat daripada konteks kesediaan kita untuk menawarkan kawasan perindustrian di negeri kita ini, kita jauh lebih mendahului negeri jiran kita Pulau Pinang. Kalau kita ambil contoh keluasan Pulau Pinang hari ini hanyalah sekitar iaitu 1,048 km persegi, Kulim sahaja saiznya adalah 1,344 km persegi, sedangkan Kulim dan Pulau Pinang ini bersebelahan.

Jadi dengan kata lain, kita juga telah mempersiapkan kawasan-kawasan perindustrian kita. Tidak dinafikan akan sumbangan Kerajaan Pusat kerana kita memang dalam konteks negara ini, Kerajaan Pusat harus memainkan peranannya untuk memacu pembangunan industri. Sebab apa? Segala cukai-cukai semuanya dibawa ke Pusat. Jadi dengan kata lain, kerjasama itu bukanlah dalam konteks persaingan State dan Federal. Kita bergerak sebagai sebuah pasukan dan dalam kes ini, yang ingin saya kongsikan konteks pembangunan infrastruktur, yang mana kita tahu adalah antara faktor terpenting yang harus diberikan perhatian oleh negeri dan negara. Kita ada “crown jewel” for the country iaitu Kulim Hi-Tech Park dan kita sedang membangunkan Special Border Economic Zone iaitu Bukit Kayu Hitam. Tetapi apa yang kita boleh katakan di sini, kita masih lagi melihat cara negara memacu akan pembangunan perindustrian di negara kita ini, masih lagi dalam konteks industrial park, tidak dalam konteks yang jauh lebih besar. Mengapa saya kata begitu? Kerana kita terlepas pandang untuk mengangkat Kulim sebagai destinasi pelaburan terbaik negara dan diberi sokongan infrastruktur yang sebaiknya. Tetapi dalam perkara ini kalau kita lihat apa yang kita ada hari ini, kita memadai, tetapi bukanlah sesuatu yang boleh membawa wow factor kepada negara dan juga pelabur di luar sana. Jadi dengan kata lain YB. Tuan Speaker, kalau kita lihat daripada kemudahan infrastruktur air, sebagai contohnya kita ada komitmen daripada SADA, State Own Company (GLC), yang memberi komitmen penuh.

Begitu juga dalam konteks Kulim Hi-Tech Park, kita ada Nur Power Dedicated Independent Power Provider, dan di masa yang sama kita ada TNB, yang sentiasa bersedia untuk memberikan komitmen dan, usaha sama kita lakukan untuk industrial park kita yang lain termasuk lah di Bukit Kayu Hitam di Kedah Rubber City dan juga di kawasan Gurun dan lain-lain kawasan perindustrian. Namun demikian izinkan saya, dalam konteks untuk melihat daya saing negara, ini bukan hanya cerita tentang daya saing Kedah, sebab kita banyak bergantung kepada kesungguhan dan komitmen negara dan kalau boleh saya katakan di sini, kita masih lagi gagal untuk melihat dalam konteks negara, untuk melihat betapa strategiknya Kulim untuk dijadikan sebagai Special Economic Zone, bukan hanya sebagai sebuah kawasan perindustrian bersaiz 17,000 ekar yang kita hari ini tawarkan di Kulim industrial coridor dan sekitar 5,000 ekar yang kita tawarkan di Kulim Hi-Tech Park. Ini adalah satu perkara yang saya rasakan perlu diberi perhatian. Kembali kepada pertanyaan, di mana dalam konteks Special Economic Zone ini, hari ni kalau kita lihat negara China, dia ada 500 Special Economic Zone dan di seluruh dunia ada 5,400 Economic Zone, di seluruh dunia. Hari ini dunia sedang bersaing untuk mempersiapkan platform-platform pelaburan terbaik di negara masing-masing. Tetapi malangnya di negara kita hanya ada dua sahaja, iaitu di Johor-Singapore (JS-SEZ) dan satu lagi di Bukit Kayu Hitam Special Economic Zone.

Jadi kembali kepada pertanyaan iaitu dalam konteks prasarana, kita ada segala prasarana untuk membolehkan kita bergerak ke hadapan, tetapi dalam konteks kelajuan, speed, saya merasakan kita bergerak dalam kadar pace yang perlahan, ya, dalam konteks lebuh raya harus dibina segera, dalam konteks menghubungkan connectivity. Di sinilah isu dan cabaran terbesar negeri kita Kedah, kerana kita berada di negeri pembangkang dan Pusat yang hari ini masih bermain sentimen politik yang mana tahun 60-an, 70-an, 80-an masih dibawa sehingga ke hari ini. Kita boleh lihat bagaimana hari ini, connectivity di antara kawasan-kawasan perindustrian kita masih lagi dilihat dalam konteks ianya harus mendatangkan keuntungan dahulu, barulah dibangunkan prasarananya. Yang inilah kegagalan kita, ‘we miss the forest for the trees’, ini dipanggilkan kegagalan untuk melihat gambaran lebih luas daripada kepentingan-kepentingan kecil yang harus diutamakan. Jadi dengan kata lain, kita dalam konteks negeri kita Kedah ini YB. Tuan Speaker, iaitu infrastruktur kita berada dalam kedudukan yang sederhana, kalau boleh saya katakan, bukan sederhana dalam konteks untuk hari ini kita baik, tetapi untuk menjadikan negeri kita sebuah negeri maju dan Malaysia menjadikan Kedah sebagai ‘The Crown Jewel’ for the State, for the country, kita tidak berada pada tahap yang terbaik pada pandangan saya.

Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan, YB. Lunas.

Terima kasih Yang Berhormat Jitra. Penjelasan yang jelas, panjang. Baik, kalau ikut daripada apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Jitra tadi, nampak yang Kedah ni ada potential untuk pergi jauh, terutama sekali dalam menjadi platform kepada pelaburan dalam negara kita diberi tumpuan.

Soalan saya, apakah hala tuju jangka masa panjang perindustrian Kedah? Dan dalam waktu yang sama jika kerangka ini dibina dengan baik tetapi tidak mendapat sokongan dan juga dokongan daripada kerajaan di peringkat Persekutuan kerana ada masih lagi dibawa politik-politik sempit ini dan sudah semestinya ianya menjadi satu kerugian kepada Negeri Kedah ini.

Mohon jawapan daripada Yang Berhormat.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco.

Sahabat saya YB. Lunas, benar apa yang dikatakan. Hari ini Kedah menawarkan kawasan perindustrian seluas 40,000 ekar, seluruh negeri kita basically 40,000 ekar. Dan ini adalah komitmen kita kepada negara. Ini bukan cerita Kedah per say, ini cerita komitmen kita kepada negara untuk terus memastikan kelangsungan dan daya saing negara kita. Namun demikian, apa yang kita lihat dalam konteks KXP, bertahun kita mengusahakan agar ianya dapat direalisasikan tetapi kerana permainan politik sempit, yang mana jauh ketinggalan dalam konteks bentuk sebuah negara, kita lihat hari ini KXP masih lagi tidak menjadi kenyataan, dan daripada lapan perkara yang harus dilakukan atau dipersiapkan, disediakan oleh negeri, enam daripadanya adalah komitmen yang perlu diselesaikan oleh negeri telah selesai, hanya dua lagi iaitu yang harus dilakukan oleh MOT, secara khususnya, masih tidak dilakukan. Apa dua tu? Aerial Drone License dan juga National Aerospace Strategic Plan, yang ini di bawah KXP. Dan baru-baru ini menteri MOT, saya bercakap ini bukan untuk bercakap isu nasional, saya cakap tentang negeri kita.

Ketika mana kita berusaha bertahun untuk memastikan projek ini dapat disaksikan di negeri kita Kedah dan Menteri Pengangkutan telah membuat pengumuman dan memberi komitmen untuk terus memperkasakan iaitu Lapangan Terbang Senai, Lapangan Terbang KLIA dan juga Lapangan Terbang Pulau Pinang sebagai kargo,‘hub cargo, untuk membolehkan segmen yang kita fokuskan iaitu untuk menjadi Cargo Airport telah juga dicuri dalam konteks di mana idea dan kesungguhan kita hari ini dicuri oleh seorang pemimpin menteri yang melihat daripada sudut politik yang sempit. Inilah yang merugikan negara kita. Sedangkan kita tahu kedudukan Airport Pulau Pinang, mereka tidak dalam konteks terbaik untuk menawarkan, untuk perancangan 30 tahun akan datang, 50 tahun akan datang, the best option that the country has in the northern region adalah di Kedah, di mana kita ada KXP, yang kita tawarkan buat negara. Namun, malangnya hari ini kita melihat politician bersikap seperti politician, tidak mempunyai jiwa sebagai seorang Statesman. Inilah masalah yang kita hadapi hari ini.

Jadi, dengan kata lain kita juga boleh melihat bahawa kita telah meletakkan perancangan ini dalam gagasan besar kita, The Greater Kedah. The Greater Kedah bukanlah sesuatu impian kosong, ia adalah maruah kita dan sesiapa juga yang mencaci, mencela akan gagasan besar ini, dia tidak ada jiwa dan kesungguhan untuk negeri ini. Orang yang mana dia lahir dan besar atau mencari kehidupan di negeri ini, harus punya jiwa dan kesungguhan untuk merealisasikan, walau apapun halangan, harus menjadi komitmen bersama kita untuk menjayakannya. Kalau tidak kita adalah pengkhianat kepada negeri kita sendiri. Jadi tuan-tuan, yang saya hormati YB. Tuan Speaker, semua, dalam konteks negeri kita Kedah ini kita lihat KRC, insha-Allah RM2.3 bilion pelaburan akan masuk dan mulakan usaha untuk membangunkan kilang ini dilakukan, sebuah syarikat daripada negara China dan kita lihat, insha-Allah, ia akan memberi peluang pekerjaan yang banyak ya, kepada penduduk khususnya di Padang Terap, KRC, dan ini adalah contoh bagaimana kita harus melihat usaha membangunkan prasarana itu perlu digerakkan, Alhamdulillah, sudah bertahun kita memohon, saya difahamkan bahawa kita telah mendapat bajet untuk menaik taraf jalan, daripada Pokok Sena di kawasan itu di kawasan Pokok Sena untuk connectivity yang baik.

Saya ingin menyatakan di sini, saya bukan overly praise negara China, tetapi sebagai sebuah kerajaan, untuk membolehkan negara ini bergerak laju, kita harus belajar daripada beberapa negara, antaranya adalah China. Kereta api laju China tidak menguntungkan kepada negara China, tidak menguntungkan kepada pelaburan tersebut, tetapi kereta api laju telah mobilize millions and hundreds of millions, if not billions of Chinese in China, to go from one city to another city, untuk membolehkan ekonomi digerakkan dan dirangsangkan. Inilah yang kita selalu kata, negara kita selalu chicken and egg issue, kalau ada keuntungan, nampak ada profit baru kita nak labur, tak ada profit tak nak melabur. Inilah masalah kita hari ini. Sebagai negara, Pusat harus punya jiwa dan kesungguhan untuk melihat bahawa prasarana jalan raya connectivity, jalan kereta api dan juga apa juga bentuk termasuk airport, harus diberikan sokongan dan dokongan terbaik. Kalau Kerajaan Pusat tidak boleh lakukannya, maka PFI (Private Finance Initiative) perlu diberikan laluan yang sebaiknya bagi boleh direalisasikan.

Jadi YB. Tuan Speaker, saya yakin dan percaya kita mempunyai prospek yang sangat baik untuk memajukan 40,000 ekar kawasan perindustrian kita dan saya yakin dan percaya, Kubang Pasu adalah satu destinasi yang harus diluaskan kawasan menjadikan the entire Kubang Pasu. Berapakah saiz Kubang Pasu? Saiz Kubang Pasu 948 km persegi. 948 km persegi. Berapakah saiz SBEZ Bukit Kayu Hitam hari ini, iaitu 44 km persegi, 44 km persegi sahaja. We talk about Special Economic Zone, we talk about driving the economy, kerajaan harus mula melihat seluruh Kubang Pasu, seluruh Kulim, North and South of Kedah menjadi SEZ, Special Economic Zone dengan kata lain mengapa Special Economic Zone ini penting tuan-tuan? Kita mungkin akan tanya YB. semua, kita akan tanya industrial park sudah memadai, industrial park we only talk about kilang, (dengan izin) YB. Tuan Speaker. Kita hari ini kalau kita sebut Special Economic Zone, di situ ada kilang, di situ ada komersial, di situ ada residential, di situ ada education hub, di situ R&D Centre, di situlah segalanya, maka akan terbangunlah sebuah tamadun dan kebangkitan dan kekuatan. Jadi YB. Tuan Speaker dan juga YB. Lunas, saya yakin dan percaya, hari ini kita masih dalam politik lama di mana cara pendekatan kementerian masih lagi belum dalam konteks berjiwa besar melihat beyond political differences dan inilah cabaran hari ini insya-Allah kita akan ambil Putrajaya. Kedah akan mendunia! Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Jitra dan seterusnya dipersilakan Dipersilakan YB. Belantek..…. (YB. Bukit Lada minta laluan)

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tambahan! Soalan Tambahan boleh YB. Speaker? Tak bagi dah?

Speaker

YB. Belantek dah bangun dah.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Satu, dua, tiga sampai sepuluh, Soalan saya nombor sepuluh

10. Sejak Perikatan Nasional mentadbir Negeri Kedah, perpaduan rakyat di negeri ini dilihat semakin kukuh dan harmoni berbanding sebelum ini.

Pohon dinyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan semangat perpaduan yang sukar dicapai ini dapat terus diperkukuhkan dan dikekalkan pada masa hadapan?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Exco.

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Pagi-pagi pakai batik, Saya jawab soalan Belantek.

Speaker

Pandai pantun!

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Yang Berhormat Tuan Speaker, salam sejahtera dan selamat pagi. Soalan kesepuluh, soalan perpaduan.

Membina itu payah, Meruntuh itu mudah, Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.

Soalan dia, sejak Perikatan Nasional (PN) mentadbir Negeri Kedah, perpaduan rakyat di negeri ini dilihat semakin kukuh dan harmoni berbanding sebelum ini. Pohon menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan semangat perpaduan yang sukar dicapai ini dapat terus diperkukuhkan dan dikekalkan pada masa hadapan? Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Belantek, atas pertanyaan yang sangat tepat dan berwawasan kerana turut menyentuh salah satu tunjang kekuatan negeri kita iaitu keharmonian dan perpaduan yang terdapat di kalangan rakyat yang berbilang kaum di negeri kita. Pertanyaan ini juga mengajak kita semua, untuk melihat bahawa selain pembangunan fizikal, pembangunan, kepercayaan dan hubungan antara komuniti adalah asas penting kepada kemajuan dan kestabilan jangka panjang negeri ini. Saya bersetuju, bahawa semangat perpaduan ini adalah nilai teras dalam Perikatan Nasional dan saya juga percaya kita sudah bersedia, kita bukan sahaja mampu mentadbir negeri ini sahaja, tetapi juga dapat memikul tanggungjawab yang lebih besar di peringkat Persekutuan nanti.

Namun, ia hanya boleh berlaku apabila kita membuktikannya, melalui tindakan dan dasar yang ada pada kita hari ini bahawa perpaduan yang kita laungkan itu benar-benar dirasai dan dihayati oleh rakyat kita. Di Negeri Kedah, kita bersyukur kerana suasana pentadbiran negeri ini tidak dipenuhi dengan suara-suara yang gema, mengapi-apikan sentimen kaum, seperti yang kita lihat di sesetengah tempat yang lain. Rakyat negeri ini terdiri daripada pelbagai komuniti, dan dalam kemajmukan itu, ada ruang untuk kita saling memperkukuh, tetapi kita juga perlu berhati-hati kerana integrasi kaum jika tidak diuruskan dengan ikhlas, ia boleh menjadi alat yang convenient untuk sesetengah individu menaikkan nama mereka sendiri atas nama membela kaum.

Dalam pengalaman saya, selalunya mereka yang berselindung di sebalik retorik membela kaum ini, akhirnya memporak-perandakan kepercayaan antara rakyat. Mereka menjauhkan kita antara satu sama lain, mencetus rasa curiga, mewujudkan tembok yang tidak pernah ada sebelum ini. Inilah yang kita perlu elakkan bersama, kerana sejarah telah membuktikan bahawa taktik “pecah dan perintah” iaitu divide and conquer ini tidak membawa kita ke mana-mana, selain menjadikan kita lemah dan mudah dimanipulasi.

Seterusnya, dalam pengalaman saya mengurus Portfolio Masyarakat Cina, India dan Siam, NGO dan Sumber Manusia, saya lihat sendiri betapa pentingnya semua komuniti dirangkul sebagai sebahagian daripada naratif besar pembangunan negeri. Saya berusaha memastikan suara komuniti Cina, India, Siam dan lain-lain turut didengar dan dilibatkan, bukan kerana mereka minta diberi keistimewaan, tetapi kerana mereka juga rakyat negeri ini yang menyumbang kepada pembangunan dalam kerangka The Greater Kedah. Kita mahu pastikan penyertaan semua kaum bukan hanya berlaku di atas pentas sambutan atau gambar media sosial sahaja, tetapi dapat diterjemah melalui dasar yang benar-benar menyentuh kehidupan harian mereka.

Untuk menjawab soalan YB. Belantek, izinkan saya berkongsi beberapa langkah yang sedang dan akan terus diperkuatkan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan semangat perpaduan ini dikekalkan. Melalui penganjuran program berteraskan perpaduan komuniti, pelbagai program seperti sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Tanglung, Pesta Ponggal, Pesta Loy Krathong, Songkran, Sukan Perpaduan yang dianjurkan oleh Exco Belia dan Sukan, aktiviti gotong-royong yang sering dianjurkan oleh Exco Kerajaan Tempatan dan program kemasyarakatan di peringkat akar umbi, terus dilaksanakan bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim dan saling mengenali antara komuniti. Seterusnya, inisiatif di bawah agenda The Greater Kedah. Program ini menjadi platform penyatuan masyarakat melalui pelbagai projek pembangunan sosial, ekonomi dan kemasyarakatan yang melibatkan semua lapisan rakyat di Negeri Kedah, tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan bangsa.

Di samping itu, pengukuhan peranan Agensi dan Jabatan Kerajaan Negeri. Semua Jabatan dan Agensi digerakkan untuk melaksanakan program yang menekankan nilai kebersamaan, toleransi dan hormat-menghormati selaras dengan Aspirasi Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Selain daripada itu, melalui pembangunan ekonomi inklusif, Kerajaan Negeri memastikan skim bantuan seperti Tabung Usahawan Wanita, SKIM Pendidikan Sejahtera Care, Bantuan Pesakit Terlantar, Rumah Transit dan sebagainya disampaikan secara adil dan saksama, tanpa mengira kaum dan latar belakang penerima.

Selain daripada itu, pendidikan nilai dan jati diri adalah usaha diteruskan untuk menanam nilai perpaduan cinta negeri dan semangat kekitaan dalam kalangan generasi muda melalui program pendidikan di sekolah seperti Kem Perpaduan Remaja, Institusi Pengajian dan Belia yang memupuk semangat perpaduan. Akhir kata, perpaduan yang sejati tidak boleh bergantung kepada simbolik, slogan atau retorik semata-mata. Ia hanya akan menjadi realiti apabila kita ikhlas dalam memandang rakyat sebagai rakyat bukan melalui lensa kaum, tetapi dengan semangat kebersamaan sebagai anak Negeri Kedah. Jika prinsip ini terus menjadi pegangan bersama, saya yakin Kedah akan terus menjadi negeri contoh yang stabil, inklusif dan matang, terus menjadi negeri contoh dan bersedia untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina Malaysia yang lebih bersatu dan bersejahtera. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan, YB. Belantek.

Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Kulim. Daripada jawapan YB. tadi ada menyebut pelbagai program dan sambutan perayaan pelbagai kaum, telah dianjurkan bagi mengukuhkan perpaduan di negeri ini. Soalan saya, apakah mekanisme pemantauan atau penilaian yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap program yang dianjurkan benar-benar mencapai objektif perpaduan yang di hasratkan dan bukan sekadar bersifat simbolik atau acara tahunan semata-mata? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco. (YB. Kota Darul Aman minta laluan)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Soalan tambahan. Saya tambah sekali.

Speaker

Okay YB. Kota Darul Aman, satgi YB. Exco jawab sekali.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Ok, terima kasih YB. Tuan Speaker. Semalam apabila YB. Pantai Merdeka memberi perbahasan, kami telah minta penambahan peruntukan RM300 ribu, untuk bagi lebih banyak kepada Sekolah Tamil dan Sekolah Cina, tetapi dalam hujah YB. Pantai Merdeka dia kata, “You have to be grateful first you know?” So, adakah ini bertentangan dengan hasrat kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan dan juga mengukuhkan pendidikan negeri? Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco.

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Terima kasih, soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Belantek dan YB. Kota Darul Aman. Saya jawab Yang Berhormat ADUN Belantek dulu. Mekanisme dan pemantauan yang digunakan untuk menilai kejayaan sesuatu program adalah dari segi penglibatan masyarakat setempat yang hadir bagi menjayakan program dan perayaan yang diadakan dengan menggunakan peruntukan tersebut. Sebagai contoh, pada tahun 2025, penganjuran Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Kedah telah dihadiri oleh hampir 5,000 orang pengunjung yang hadir menyaksikan sambutan berkenaan. Pengunjung yang hadir bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Cina, malah turut dihadiri oleh kalangan masyarakat kaum Melayu, India dan lain-lain yang rata-rata menyatakan keterujaan mereka untuk melihat sambutan berkenaan yang jarang-jarang sekali diadakan dalam skala yang besar dan turut dihadiri oleh Keluarga Diraja Negeri Kedah.

Selain daripada itu, kejayaan sesebuah program yang dianjurkan bukan sahaja boleh dinilai dari segi kehadiran pengunjung, malah turut dapat dinilai dari segi impak kepada masyarakat setempat. Sebagai contoh, penganjuran Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah tahun 2025 yang diadakan di Wat Thammasiri Vararam, Kampung Kura, Daerah Sik, pada 19 hari bulan April 2025 yang lalu. Penganjuran dan penyertaan turut melibatkan NGO-NGO masyarakat Siam seperti Persatuan Sami Siam Negeri Kedah-Perlis, Persatuan Siam Kedah, Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Kedah (PEKEMAS) dan lain-lain lagi. Dan contoh yang seterusnya, seperti Hari Wesak Peringkat Negeri Kedah tahun 2025 yang diadakan pada 10 Mei 2025 yang lalu, bertempat di Persatuan Buddhist Negeri Kedah, Jalan Gangsa, Alor Setar.

Sambutan perayaan berkenaan telah dijayakan dengan perarakan 12 buah kereta berhias yang berada di sekitar Bandaraya Alor Setar. Perarakan seumpama ini merupakan perarakan kali pertama yang telah diatur jaya oleh Kerajaan Negeri Kedah dan pihak penganjur. Walaupun sambutan ini hanya melibatkan masyarakat Cina, tetapi masyarakat-masyarakat lain tetap berkumpul di kawasan-kawasan tertentu untuk menyaksikan kemeriahan perarakan kereta berhias yang berkenaan. Selain itu, pada 1 haribulan November 2025 yang lalu, Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang diadakan di Dewan Sungai Petani dan majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah kita. Majlis berkenaan bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India, malah turut dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum. Komunikasi dan pergaulan yang mesra dalam kalangan pelbagai latar masyarakat sewaktu majlis berkenaan, mencerminkan bahawa sambutan perayaan sesuatu kaum bukan saja semata-mata sambutan perayaan, malah menjadi wadah untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di dalam Negeri Kedah.

Untuk menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Kota Darul Aman, soalan saya simple saja kepada YB. Pantai Merdeka. Adakah YB. Pantai Merdeka setuju dan sokong jika pada masa depan, tahun depan, ada peningkatan penambahan peruntukan untuk bajet SJKC dan SJKT. Adakah YB. Pantai Merdeka setuju dan sokong?

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya jawab, sebenarnya YB. Kota Darul Aman misconstrued my Statement, salah paham, haa itu ceritanya. Maksud saya terima dulu, esok bila kerajaan ada lebihan, kerajaan akan bagi, ambik la, itu ja. Saya bukan bias, saya bukan rasis nah, maksudnya you misconstrued my Statement, itu saja. Nah ha, itu saja.

Jadi jawapan saya, memang saya setuju. Sebab mereka juga adalah rakyat Negeri Kedah. Sekian, terima kasih. Saya setuju.

Speaker

Baik, terima kasih (YB. Kota Siputeh dan YB. Sidam mencelah)

Yang Berhormat Speaker.

Minta mencelah sikit.

Speaker

Ahh…bagi? Nak bagi?

Sidam dulu kut?

Eh, Kota Siputeh Bangkit dulu.

Speaker

Ok. Seeloknya YB. habiskan, sebab kita nak nak apa nama…

Sikit soalan saja.

Sikit saja, sikit saja.

Soalan tambahan YB.

Speaker

Silakan! Silakan!

Saya pun nak tanya juga Yang Berhormat YB. Exco….

Kota Siputeh dulu, Kota Siputeh dulu, Kota Siputeh dulu…

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Bagi YB. Kota Siputeh dulu.

Baik. Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Exco. Kota Siputeh ingin bertanya juga pandangan berkenaan, adakah Yang Berhormat Exco, Kulim bersetuju bahawa hari ini pihak Kerajaan Negeri Kedah kita ni, inilah mungkin orang yang tak faham konsep keutamaan, orang yang tak faham dalam konteks pentadbiran, bila mana kita bagi ni bukan terhadnya kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, i-Kafalah pun bagi kepada semua kaum, tak kira agama, tak kira bangsa kan, kita bagi Tabung Tengku Mahmud, kita bagi iBAKIPT tak kira bangsa, tak kira kaum kan, jangan tengok Sekolah Kebangsaan Cina semata-mata. Itu kita tak campur lagi pesta-pesta macam disebut tak sat tu iaitu Loy Krathong la, apa pesta-pesta di bawah orang-orang Siam ni peringkat kebangsaan sedangkan masyarakat Siam ni adalah…(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Soalan YB.!

Ni pandangan YB. ya. Masyarakat Siam tadi ni bukan juga adalah merupakan orang ni, mereka adalah bumiputera, tapi peringkat kebangsaan di Persekutuan pun tak angkat masyarakat-masyarakat Siam ni tapi Kedah sambut setiap tahun. Apa pandangan Yang Berhormat Exco?

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco dan landing terus.

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

YB. Sidam nanti saya bagi peluang…. (YB. Sidam mencelah)

Sikit saja, sikit saja, bukan banyak.

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Nanti saya bagi peluang dalam sesi penggulungan nanti.

Bukan YB., nak jelaskan…

Speaker

YB., ada sesi penggulungan nanti…

Saya nak jelaskan apa yang… (YB. Kulim mencelah)

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Jangan takut, saya akan bagi YB. Sidam…

Speaker

Dia tak bagi la, YB.

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Saya dah janji di sini, bukan macam YB. Bakar Arang tak bagi langsung.

Tadi kata nak bagi, tadi kata nak bagi Exco…

Speaker

Okay YB. Sidam, YB. Exco belum bagi. Nanti …

Boleh! Boleh! Satu minit, okay. Terima kasih Exco…

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Okay, tak apa! Tak apa! Kami Kerajaan Negeri bagi, sebab kami sporting, steady and respect sistem Dewan Undangan Negeri.

Saya berterima kasih kepada Exco.

Speaker

Soalan YB…

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Okay, kami di sini adalah pembangkang. Jadi kami akan membangkang apa yang kami rasa tak perlu, tak sesuai. Betoi YB. Tuan Speaker? Jadi kerja kami, tanggungjawab kami ialah memohon mencadangkan dan meminta daripada sebelah sana. Yang sebelah sana kena memberi alasan, bukti-bukti yang kukuh untuk menegakkan apa yang disebut dalam belanjawan. Macam tu, betoi tak? Jadi kerja kami, kami buat. Kerja belah sana, belah sana buat, betoi? Jadi tak perlulah kata kami ni tak memahami, ataupun tak menghargai ataupun tak bersyukur. Kami kerja, kerja kami. Belah sana, buat kerja belah sana, bagi alasan-alasan yang kukuh, alasan-alasan yang dapat menegakkan….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Okay YB., okay YB.

Menegakkan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat dalam belanjawan.

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

YB. Sidam satu minit, YB. Sidam satu minit sudah lepas.

Satu soalan lagi, adakah Yang Berhormat Exco setuju dengan penambahan ataupun tidak ada penambahan dalam belanjawan tersebut untuk membantu sekolah SJKC dan SJKT? Jawapannya ya atau tidak, itu saja.

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Saya tanya YB. Pantai Merdeka, you balik pulak tanya saya.

Speaker

Ok YB. Kulim, terus landing.

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya setuju dengan apa yang disebut YB. Kota Siputeh tadi okay. Bagi saya keikhlasan dan keprihatinan Kerajaan Negeri bukan lihat dari segi angka saja, daripada sudut bajet, kita ada daripada pergerakan kita ada daripada Kerajaan Negeri yang selalu menghulurkan bantuan kepada sekolah-sekolah jika ada keperluan dan permohonan di sana. Jadi bagi saya cukuplah YB. Sidam, tak perlulah politikkan isu ini lagi, jangan membangkang semata-mata untuk membangkang sahaja. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Dipersilakan….(YB. Sidam mencelah)

Tak jawab lagi tu, ya atau tidak, setuju atau tidak

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Bandar Baharu.

Encik Wong Chia ZenGERAKAN · PNKulim

Tak pa, sekejap lagi saya akan jawab dalam sesi penggulungan sekejap lagi noh. Ada lagi noh, jangan takut!

Speaker

Okay silakan, YB. Bandar Baharu.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker,

Selepas subuh terus sarapan. Minum susu dalam gelas, Kuala ketil saya mohon jawapan, Soalan saya nombor sebelas.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

11. Pohon dinyatakan: -

a) Berapakah jumlah penjanaan sisa pepejal di Negeri Kedah mengikut daerah?

b) Apakah syarikat yang mendapat kontrak pelupusan sisa pepejal di tapak-tapak pelupusan di seluruh Negeri Kedah termasuk Pulau Langkawi?

c) Apakah status operasi Loji Insinerator Langkawi?

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Kalau nak bahagia, Datanglah ke Bandar Baharu. Daerah bahagia, Saya jawab soalan Bandar Baharu.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 11 (a) Berapakah jumlah penjanaan sisa pepejal di Negeri Kedah mengikut daerah? (b) Apakah syarikat yang mendapat kontrak pelupusan sisa pepejal di tapak-tapak pelupusan di seluruh Negeri Kedah termasuk Pulau Langkawi? Dan (c) Apakah status operasi loji insinerator di Langkawi?

Jawapan soalan (a), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam SWCorp mengawal selia tiga tapak pelupusan di Negeri Kedah iaitu Tapak Pelupusan Sanitari Jabi, Mukim Jabi Daerah Pokok Sena, Tapak Pelupusan Belanga Pecah Mukim Kuah, Daerah Langkawi dan Tapak Pelupusan Padang Cina, Mukim Padang Cina, Kulim Kedah.

Bagi penjanaan sisa pepejal mengikut daerah tahun berakhir September 2025 iaitu di Alor Setar ataupun Kota Setar, Daerah Kota Setar ialah 91,646.17 tan, bagi Daerah Padang Terap ialah 5,154.69 tan, bagi Daerah Kubang Pasu sebanyak 42,906.85 tan, bagi Daerah Yan 9,571.38 tan. Daerah kecil, sampah banyak ni. Bagi Daerah Pendang sebanyak 11,906.25 tan, bagi Daerah Kulim 102,436.16 tan, Daerah Kuala Muda 130,780.48 tan, Daerah Bandar Baharu 2,170.28 tan, sikit saja, daerah kecik YB. daerah kecil, sampah buang sikit, betul la tu. Dia buang dalam sungai ka separuh?

Daerah Baling, banyak pula dah 15,220.40 tan, banyak Baling ni kawasan kita pula tu. Sik 6,412.41 tan, Hi-Tech 26,336.60 tan dan akhirnya Langkawi 38,367.89 tan. Bagi jumlah keseluruhan penjanaan sisa pepejal yang dibuang pada tahun ini berakhir September dalam 482,909.56 tan, itu adalah jumlah yang cukup besar yang dibuang oleh rakyat Kedah dalam penjanaan sisa pepejal.

Bagi soalan (b), pada masa ini terdapat tiga buah tapak pusat pelupusan sisa pepejal sanitari, satu buah loji insinerator dan satu buah LTP sisa pepejal yang beroperasi di Negeri Kedah. Berikut adalah syarikat yang dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bagi tujuan kontrak pengoperasian dan penyelenggaraan fasiliti tersebut.

Yang pertama adalah di Tapak Pelupusan Padang Cina, kontrak yang akan berakhir pada 2027, kontraktornya adalah Panimex Construction dengan nilai berjumlah kos RM44 juta (RM4,558,640.00). Lebih kurang RM44 juta lah kos dia. Bagi Jabi ialah kontrak yang akan berakhir pada 2027 juga, kontaktornya adalah Greenviro Solution, kontrak bernilai RM30,963,600.00. Manakala di Belangga Pecah, kontraktor adalah HAKS Environment, kontrak berakhir 2026 dengan nilai kontrak RM7,633,500, itulah nilai kontrak dan jangka hayatnya akan berakhir 2026. Manakala untuk insinerator Bumi Segar Sendirian Berhad, kontrak akan berakhir pada 2030 bermula 2024. KPKT award dan berakhir 2030 bernilai RM73 juta (RM73,188,288.00) selama 6 tahun itulah kontrak yang telah diberikan kepada insinerator. Untuk soalan (c), bagi status insinerator yang ditanyakan oleh YB. Bandar Baharu, Kementerian Perumahan dan Tempatan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal telah memuktamadkan pelantikan operator untuk perkhidmatan pengoperasian dan penilaian Loji Insinerator Pulau Langkawi kepada Bumi Segar Sendirian Berhad, kontrak yang akan berakhir pada 2030. Skop kontinjen kontrak adalah melaksanakan kerja-kerja penjagaan melibatkan housekeeping, landskap, kawalan keselamatan dan kawalan pencemaran, pembaikan Line A dan pembaikan baru Line B serta kerja-kerja pengoperasian dan penyelenggaraan loji. Bagi status operasi semasa Loji Insinerator Pulau Langkawi adalah aktiviti pelupusan sampah dan pembakaran di loji insinerator masih tertangguh berikutan kerja-kerja perbaikan struktur dan sistem Line A. Kerja-kerja pembaikan ini melibatkan penggantian komponen penting yang rosak dan pembaikan struktur yang usang yang sepatutnya selesai pada Ogos 2025. Sehingga kini, peratus semasa bagi kerja-kerja pembaikan Line A adalah 76% dan dijangka selesai pada November 2025. Operator dikenakan LAD sebanyak RM817.30 per hari. Line A dijangka akan bermula beroperasi selepas proses pengujian dan pentauliahan selesai. Manakala bagi pembinaan line baharu atau Line B adalah menggunakan konsep sistem multi stage hydraulic mechanical, pihak operator sedang melaksanakan kerja-kerja calibration by OMB. Sehingga kini peratus bagi kerja kerja pembaikan Line B adalah 30% berbanding 38% yang dirancang. Kelewatan sebanyak 40 hari berikutan terdapat isu publication material dan pembekal daripada China. Pihak operator dijangka akan menyerahkan Line B pada 27 Jun 2026 berdasarkan kontrak yang telah ditetapkan.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco dan seterusnya hanya Dewan membenarkan satu soalan tambahan sebab kita akan beralih kepada perbahasan ucapan dasar. Dipersilakan.

Boleh jadi dua. Bersekali tak boleh?

Speaker

Bersekali. Silakan!

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Terima kasih YB. Kuala Ketil atas respon jawapan tersebut. Yang pertamanya melihat kepada penjanaan sisa pepejal di Negeri Kedah ini kita melihat bahawa bandar-bandar yang maju, yang aktif akan menjanakan sisa pepejal yang lebih banyak daripada bandar yang kurang maju. Kemudian yang keduanya, melihat kepada operasi loji insinerator Langkawi ini, saya difahamkan loji insinerator Langkawi ini adalah di bawah pengendalian ataupun pemantauan KPKT sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Kuala Ketil tadi membawa kelewatan. Yang pertama, dia telah berhenti kerja sejak 2024 untuk maklumat YB. Tuan Speaker dan sudah hampir setahun loji tersebut tidak beroperasi dan laporan yang terkini daripada YB. Kuala Ketil menunjukkan bahawa prestasi penambahbaikan dan juga pembaikan masih lagi di tahap yang lembab. Apakah sebenarnya masalah yang berlaku di peringkat KPKT berkaitan dengan penyelenggaraan dan pengoperasian loji ini? Kalau lihat Menteri KPKT selepas selesai sahaja program Himpunan Turun Anuar, dia terus memberi komen tentang 20 tan sampah yang dijanakan semasa himpunan tersebut, tetapi ini lebih daripada setahun. Apakah peranan daripada menteri ataupun daripada KPKT sendiri untuk memastikan bahawa loji insinerator di Pulau Langkawi ini dapat berkhidmat dengan baik sedangkan Pulau Langkawi tersebut memberi sangat banyak manfaatnya bukan hanya di peringkat Kedah tapi juga di seluruh Malaysia dan juga terkenal di peringkat antarabangsa? Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Silakan YB. Tokai.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Ringkas saja. Saya nak tanya, bagaimana dengan hutang dengan SWCorp dulu sampai RM97 juta? Kemudian tipping fee, adakah dikaji semula tipping fee? Dan yang ketiganya berhubung dengan di Padang Cina ini akan tamat pada tahun depan. Apakah alternatif yang dicari oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mencari tapak yang lain ataupun diubah kepada WTE kah ataupun bagaimana? Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Mohon jawab sekali sebab di Pokok Sena ni.

Speaker

Silakan!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker. Kebetulan ada dua di Negeri Kedah yang paling banyak ni antara di tempat kami lah di Jabi. Jadi, saya pohon kepada pihak Exco supaya melihat bila musim hujan macam ni, taman-taman yang ada di kawasan kami ni memang bau busuk tu sampai ke taman. Jadi, saya harap boleh ambil tindakan lah.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco untuk merangkum sekali.

Mejar(B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Saya akan jawab soalan YB. Bandar Baharu, tapi YB. Tokai tak sepatutnya macam tu, tanya satu tapi tiga soalan tadi. Yang Berhormat Tuan Speaker, mengenai status loji insinerator, saya setuju dengan pandangan YB. Bandar Baharu sebab kita pun sendiri amat risau dengan kelewatan yang terjadi sebab di Langkawi hanya itu satu-satunya tempat untuk pelupusan sampah. Jika insinerator tidak dapat berjaya di award pada tahun sebenar, dia akan melibatkan tambahan longgokan sampah di kawasan tersebut. Walaupun dia ada bagi kontrak pembesaran kawasan yang lebih besar, tetapi kita melihat ianya akan mendatangkan sampah yang banyak, bau dan sebagainya.

Sebab itulah kita nak insinerator ni diletakkan di Langkawi, beroperasi di Langkawi sebab Pulau Langkawi ialah pulau pelancongan. Jadi, inilah kerisauan kita. Jadi macam tulah kita jawab sebab ini bukan tugas negeri, ini adalah tugas KPKT dan kita minta pegawai KPKT hantar staf dia untuk betul-betul menyelia insinerator supaya dapat dilaksanakan pada tahun hadapan. Saya pernah melawat loji ini, tapi waktu saya melawat pun loji tu dalam keadaan tidak beroperasi, jadi tak dapat nak lihat bagaimana operasi yang berjalan. Jadi, kita harap loji insinerator dapat dilaksanakan supaya kita tidak mahu sampah-sampah yang terlalu banyak diletakkan di tempat Belanga Pecah tu. Jadi itulah pandangan saya, saya pun setuju dengan pandangan YB. Bandar Baharu, insinerator ni perlu diaward atau dilaksanakan pada tahun hadapan. Jadi bagi soalan YB. Tokai, walaupun kontrak di Padang Cina akan berakhir, tetapi memandangkan kita Kedah ni telah menandatangani Akta 672, segala urusan tentang kontrak yang diberikan untuk pengurusan sisa pepejal ni adalah di bawah bidang kuasa KPKT, bukan di bidang kuasa kita. Malahan pemilihan dan sebagainya pun diserahkan kepada KPKT. Kita hanya terima saja untuk mereka bertapak di situ dan melaksanakan proses pelupusan. Walau bagaimanapun, tapak itu masih luas, masih ada lagi kawasan tambahan. Andainya sampah yang makin banyak, akan ada tapak yang masih cukup untuk pelupusan sisa pepejal di Padang Cina. Mengenai kos dan sebagainya pun masih dalam peringkat KPKT. Kita belum ada muktamad tentang kos tersebut. Dan untuk di Jabi, saya ambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh YB. Bukit Lada. Walaupun semasa lawatan tapak itu pada hari biasa memang dalam keadaan baik, tidak ada masalah bau dan sebagainya, tapi bila musim hujan, ia mendatangkan masalah. Benda yang dibangkitkan saya akan ambil maklum dan saya akan minta untuk perkara ini diberikan perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Sambungan perbahasan ucapan Bajet 2026 secara dasar sehingga selesai.

Sambungan Perbahasan Ucapan Bajet 2026 Secara DasarAddress / budget

Speaker

Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Gurun.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ADUN Jeneri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, pengunjung ke Dewan yang mulia ini daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kupang serta Kolej Sultan Abdul Hamid. Tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah S.W.T sekalian, pertama-tamanya sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah menyampaikan ucapan bajet yang mana bajet ini akan menentukan hala tuju kewangan negeri dalam situasi yang lebih mencabar pada tahun hadapan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya saya diberi kesempatan untuk turut serta dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Kedah Tahun 2026 pada kali ini. Pembangunan belia menjelang Kedah Maju 2030. Yang Berhormat Tuan Speaker, belia merupakan tunjang utama kepada nadi kemajuan negeri, khususnya dalam merealisasikan agenda Kedah Maju 2030. Dalam era yang penuh cabaran ini, perhatian yang lebih besar perlu diberikan kepada pembangunan dan kecemerlangan belia yang menyeluruh, bukan sahaja dari aspek pendidikan dan kemahiran tetapi juga dari sudut keusahawanan dan kepimpinan. Belia berkemahiran sebagai tarikan pelabur. Golongan belia di Kedah harus diberi tumpuan untuk menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan pasaran dan pelan pembangunan ekonomi negeri. Kita perlu melahirkan lebih ramai belia yang mempunyai kemahiran teknikal dan profesional bagi menampung keperluan pelabur yang datang ke negeri ini, sekaligus membuka peluang pekerjaan berkualiti kepada anak tempatan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam fokus mensejahterakan rakyat melalui pembangunan ekonomi, kerajaan telah menyediakan pelbagai skim bantuan untuk peniaga kecil dan industri asas tani. Untuk itu, golongan belia yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan termasuk dalam sektor asas tani wajar diberi perhatian yang lebih serius. Oleh itu, perlu ada program geran berterusan, program pembiayaan mikro, rujukan teknikal serta akses pasaran bagi meningkatkan kesejahteraan ekonomi. Ramai anak muda yang mempunyai kemahiran dan potensi besar, namun kurang pendedahan tentang pengurusan kewangan serta tadbir urus perniagaan.

Agensi-agensi berkaitan perlu turun padang memberikan bimbingan dan latihan yang tersusun. Program ini melibatkan mentorship secara on-demand (dengan izin), latihan kewangan peribadi, dan penilaian secara berkala untuk memastikan impak yang nyata. Jika dibimbing dengan betul, saya yakin Kedah mampu melahirkan generasi usahawan muda berpendapatan tinggi dan berdikari. Pembangunan Sukan dan Bola Sepak Negeri Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyambut baik peruntukan Kerajaan Negeri Kedah dalam Pelan Pembangunan Bola Sepak Kedah 2035 yang bermula dari akar umbi. Langkah ini membuktikan bahawa kerajaan tidak melupakan sukan yang paling dekat di hati rakyat Kedah. Dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan bimbingan Yang Berhormat Exco, saya yakin Kedah mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak ke tahap yang lebih tinggi, insya-Allah. Sektor pertanian dan asas tani. Kedah sebagai “Negeri Jelapang Padi” juga bergantung kepada tanaman lain seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Saya memohon agar sistem perparitan dan punca air untuk pekebun-pekebun diselenggara dengan baik dan berterusan. Pemantauan yang rapi daripada agensi berkaitan penting bagi memastikan produktiviti ini kekal tinggi. Sekiranya kepakaran pegawai dan kemahiran pekebun dapat digabungkan, tidak mustahil Kedah menjadi pembekal utama hasil pertanian kepada negeri-negeri lain. Isu sempadan DUN dan pertindihan bidang kuasa. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap isu pertindihan bidang kuasa di kawasan sempadan DUN, khususnya di kawasan saya. Masalah ini menyebabkan rakyat keliru kemana harus mereka mengadu, manakala agensi pula berhadapan kekangan dalam membuat keputusan. Perkara ini nampak kecil, namun dari sudut pelaksanaan ia memberi beban besar kepada rakyat dan mencetuskan persepsi negatif terhadap kerajaan. Saya berharap agensi-agensi terlibat dapat berbincang secara bersepadu bagi mencari penyelesaian terbaik. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang banyak membantu rakyat. Ucapan terima kasih khusus kepada JPS Kuala Muda, Pejabat Daerah Kuala Muda, JKR, SADA serta Majlis Perbandaran Sungai Petani yang komited menangani isu banjir dan bekalan air di DUN Gurun. Alhamdulillah, setelah sekian lama, masalah air di Gurun kini hampir selesai sepenuhnya. Jasa dan usaha semua pihak amat saya hargai. Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan atas tambahan terbaru peruntukan khas diberikan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mengambil inisiatif ini dan saya berharap segala peruntukan dan fokus kerajaan dalam membina Kedah yang lebih maju dapat direalisasikan melalui semangat dan jalinan kerjasama semua pihak. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyokong dan memberikan kerjasama kepada saya dan team “Ex Double Treble” mengadakan satu perlawanan bola sepak yang membabitkan legenda-legenda sukan bola sepak di Negeri Kedah. Pada malam itu juga, pada10 Oktober dengan kehadiran 18 ribu penonton di Stadium Darul Aman, bagi meriahkan dan mengembalikan “gelombang hijau kuning” di Stadium Darul Aman pada malam itu. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Izinkan saya menutup perbahasan ini dengan serangkap pantun, sebab pagi ini saya mendengar ramai ADUN yang berpantun, jadi saya juga ingin berpantun: Menziarahi Gurun hingga senja, Berkongsi rezeki menjual Kek Batik Luna, Bajet Negeri Kedah 2026 bertambah ceria, Dengan ini saya menyokong bajet negeri kita.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikuk Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Gurun dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hangat.

Puan Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Yang Berhormat Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar Kedah merangkap ADUN Jeneri, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Wira Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri, Barisan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat ketua- ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, pengamal-pengamal media dan tetamu-tetamu pemerhati sekalian, hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, hari ini hari yang ketiga berlangsungnya sesi perbahasan ucapan bajet untuk tahun 2026.

Merujuk kepada Buku Ucapan Bajet yang dibentangkan oleh YB. Jeneri pada 10 haribulan yang lalu, ternyata kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan bajet pada kali ini. Saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih bagi pihak penduduk-penduduk di seluruh DUN Ayer Hangat di atas bantuan-bantuan dan sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Antaranya sumbangan iBAKIPT kepada 78 orang pelajar bagi tempoh 1 Mac hingga 31 Oktober 2025 iaitu sebanyak RM23,400. Begitu juga dengan bantuan i-Kafalah kepada 122 orang waris sehingga Oktober 2025 sebanyak RM61,000. Manakala bagi Tabung Tengku Mahmud sehingga 31 Oktober seramai 105 mahasiswa telah menerima sumbangan ini dengan jumlah RM159,195 atau anggaran dalam RM1,500 telah diterima oleh setiap pelajar. Manis bersari nangka seulas, Dimakan sama burung tekukur, Tangan memberi dengan ikhlas, Tangan menerima dengan bersyukur. Saya akan meneruskan ucapan saya dengan menyentuh beberapa isu terutamanya berkaitan dengan telah diberi tugas untuk bercakap mengenai wanita. Tabung Sejahtera Wanita yang dinamakan semula dengan Sejahtera Care dikekalkan peruntukan berjumlah RM500,000. Dan adalah diharapkan kumpulan ini sebagai permulaan atau perintis untuk untuk lebih ramai wanita dapat menjana pendapatan dari kemahiran mengurut untuk masa-masa akan datang. Dari tahun ketahun golongan wanita sentiasa diperkasakan dengan pelbagai jenis program untuk memajukan diri kaum wanita. Yang menjadi isu akhir-akhir ini adalah masalah kesihatan mental kaum lelaki yang dilihat semakin serius. Kita panaskan sikit Dewan. Tak perlulah saya sebut kes-kes seperti Seksyen 302, 305 dan 306 Kanun Keseksaan ini. Isu ini mula menjadi kerisauan kerana benda yang dulu kita kita rasakan jauh dengan kita kini segalanya bagaikan bom jangka. Boleh jadi ada di kalangan kita ini yang sedang mengalami kemurungan, mengalami gangguan fikiran atau berada dalam tekanan dan sebagainya. Contohnya kes di Pida Tiga baru-baru ini, marilah kita sama-sama ambil iktibar atas kejadian tersebut. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Maka suka juga saya sarankan agar kesihatan mental lelaki perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dan juga kementerian berkaitan supaya menjadi agenda penting negara bagi mewujudkan masyarakat yang sihat mental dan fizikal. Meninggalkan generasi atau pewaris negara yang waras dan kejadian-kejadian ngeri seperti ini tidak akan berulang lagi.

Pelancongan, tahniah saya ucapkan kepada Exco Pelancongan atas usaha yang sangat bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan Negeri Kedah di mata dunia sempena Tahun Melawat Kedah dengan tema ‘Eksperience Kedah’. Saya ingin menarik sedikit perhatian mengenai caj masuk yang dikenakan oleh Thailand yang dicadangkan akan dilaksanakan pada suku kedua atau ketiga pada tahun 2026. Iaitu sebanyak 300bath seorang atau lebih kurang RM39 yang masuk melalui udara dan RM150 seorang yang masuk melalui darat dan laut. Mungkin menjadikan Kedah sebagai destinasi pelancongan alternatif untuk pelancong dalam dan luar negara. Mapping perlu dibuat kepada semua kemudahan asas contoh tandas awam, klinik, surau, kedai serbaneka, kedai makan dan lain-lain lokasi tumpuan untuk kemudahan pelancong. Kemudahan infra boleh ditingkatkan lagi, begitu juga usaha-usaha pemasaran antarabangsa supaya pelancong memilih Kedah sebagai destinasi yang worth it untuk dikunjungi. Saya nak sentuh sikit tentang yang orang duk kata pasal kemerosotan pelancong mai ke Langkawi ni. Ada artikel yang mengatakan pada tahun ini jatuh sehingga 39% orang, YB. Exco. Saya sebenarnya bila kita duduk di Langkawi, saya sepanjang tahun ni berada di Langkawi dan apa yang dikatakan itu adalah tidak benar sama sekali. Kalau kita nak tengok kedatangan pelancong ni kita boleh tengok di kedai-kedai makanlah contoh senang saya sebut. Sepanjang tahun tak kira waktu, tak kira walaupun hari cuti, kebanyakan hari biasa terutamanya bulan 10, bulan 11 hujung tahun ni, semua kedai-kedai makan di Langkawi penuh sehingga jem dengan bas-bas yang datang daripada tanah besar. Saya nak sebut dua tiga kedai yang mungkin menjadi orang kata kunjungan pelancong lah terutama di kawasan kita YB. Speaker dia Ulu Melaka, seperti Kak Yan Nasi Campur, Laksa Ikan Sekor, Dangau Restoran, apa lagi, Kak Yan Peneram. Lapar pula noh sebut bab makan. Jadi macam apa tu, Pak Malau dan sebagainya. Sepanjang tahun kalau ikut tidak ada kekosongan langsung, maksudnya sentiasa ada penghujung. Jadi ada orang kata apa, komen-komen negatif seperti ini sebenarnya tidak membantu untuk negeri dan sebenarnya adalah salah. Kalau nak dapatkan data yang betul sebenarnya kita kena dapat daripada pihak yang betul seperti LADA, seperti tourism yang mana mereka ada data-data kemasukan pelancong daripada Januari hinggalah kepada hari ini. Pertanian. Peruntukan RM5.6 juta yang disediakan dalam bajet tahun depan untuk menaik taraf sistem pengairan di luar jelapang diharap dapatlah membantu kerja-kerja membaiki sistem saliran. Contohnya di Lubuk Sembilang yang mana masalah saliran air di sini tidak selesai-selesai sejak lama dulu. Ini adalah untuk kemudahan bagi petani-petani di sekitar Ulu Melaka. Saya baru-baru ni turun bergotong-royong bersama dengan petani membina empangan di situ yang saya harapkan benda ni dapatlah kita selesaikan untuk bajet tahun depan.

Saya juga ada bercakap dengan pegawai daerah untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa yang terdekat. Begitu juga kerja-kerja membaiki parit-paris kecil yang menyebabkan banjir kilat seperti yang selalu berlaku di Kampung Ranggut, Kampung Kilim, Kampung Nyior Cabang dan beberapa kampung lagilah di seluruh Pulau Langkawi. Program pembangunan usahawan pertanian melalui industri asas tani turut diperuntukkan sejumlah RM1.2 juta. Peruntukan bagi pembangunan usahawan ternak di peruntukkan sebanyak RM4.89 juta. Jadi, bila kerajaan dah bagi RM4.89 juta saya harap kepada penternak-penternak lembu ni tolonglah buat kandang bagi elok-elok, kurung lembu bagi elok-elok. Sebab di Langkawi ni boleh kata setiap bulan berlaku kejadian kemalangan maut yang melibatkan haiwan ternakan liar ni. Dalam kita duk pedo pun semalam pun terjadi lagi satu. Contoh yang terdekat adalah yang melibatkan di Ulu Melaka, adik Siti Sarah yang berumur 23 tahun yang meninggal kerana berlanggar dengan lembu di Ulu Melaka. Kejadian ni sangat kerap berlaku akibat sikap tak bertanggungjawab tuan-tuan lembu lah. Jadi, saya juga suka menyarankan kepada jabatan berkaitan, Jabatan Vaterinar dan pihak-pihak lain untuk menguatkuasakan undang-undang ataupun peraturan yang lebih ketat kepada penternak-penternak lembu ini untuk tags setiap lembu. Sebab mengikut rujukan saya dengan Bahagian Veterinar kerja-kerja tags lembu ni dibuat sangat jarang setahun dua kali ataupun tiga kali macam tu. Jadi, kita tidak ada jumlah sebenar bilangan haiwan ternakan di seluruh Langkawi. Jadi kalau nak kenai tuan tu bila terjadi suatu kemalangan tu sangatlah susah. Sebab bila jadi satu kejadian melibatkan haiwan ternakan bebas, automatik lembu tu tak bertuan. Dia ada tuan tapi bila kemalangan dia tak ada tuan. Isu nelayan. Di Langkawi ada beberapa pengkalan kecil untuk nelayan mencari rezeki. Antaranya di Kampung Bohor Merah, Pantai Pasir Berdengung, Pantai Kok dan banyak lagi pengkalan kecil. Antara rungutan mereka adalah tak dapat lesen untuk membolehkan mereka mendapatkan subsidi diesel. Nelayan menggunakan minyak yang banyak untuk setiap kali keluar menangkap ikan dan kadang-kadang kos minyak diesel itu lebih daripada hasil tangkapan. Selain itu juga, berdasarkan Pekeliling Perlesenan Bilangan 3 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bertarikh 16 April 2025 yang bertajuk “Dasar Penggunaan Lampu Dalam Operasi Penangkapan Ikan di Perairan Malaysia” yang mana Jabatan Perikanan telah menetapkan dasar pengawalan terhadap penggunaan lampu bawah air dan juga hanya lampu yang berwarna putih dan hijau sahaja dibenarkan kepada semua vesel penangkapan untuk menggantikan lampu hijau. Kerana menurut kajian awal oleh penyelidik jabatan pada tahun 2023 mendapati bahawa penggunaan lampu bawah air akan menarik lebih banyak spesies ikan dan sotong yang belum matang bagi perairan laut pantai terutama bagi nelayan di Zon A dan Zon B.

Ini menimbulkan rungutan para nelayan berikutan kos untuk menggantikan lampu hijau yang digunakan sekarang agak tinggi. Lampu hijau sekarang harganya antara RM550 hingga RM600 sebiji. Kalau nak kena ganti, ganti tiga biji bernilai lebih kurang RM1,800 yang mana agak membebankan kepada nelayan-nelayan kecil di pinggir pantai. Jadi, sukalah saya sarankan kita bersama-sama dapat memikirkan bagaimana kita dapat membantu untuk meringankan beban yang ditanggung nelayan laut pantai ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, pendidikan tinggi. Saya juga nak mengucapkan tahniah kepada YB. Exco Pengajian Tinggi yang telah melaksanakan Program Bakti Siswa Perdana dengan jayanya. Anak-anak mahasiswa adalah harapan bangsa, merekalah pelapis dan pelaksana kepada apa yang kita rancangkan pada hari ini. Cuma, ada sedikit rungutan aduan mengenai pelajar-pelajar intern yang diambil bekerja di hotel-hotel fivestar di Langkawi ni adalah kebanyakannya pelajar daripada luar negara. Itu memang orang kata apa, ramai, banyak hotel fivestar, hotel besar ni ambil. Jadi, bukan diambil daripada mahasiswa daripada universiti-universiti tempatan yang mana kita ada kursus pelancongan dan kursus berkaitan pelancongan dan sebagainya. Ini bagi saya agak merugikan potensi anak-anak kita yang sepatutnya diberi keutamaan untuk menimba pengalaman dari hotel di negeri kita sendiri.

Speaker

Boleh landing YB.

Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Okay dua tajuk lagi, sukan. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bajet sebanyak RM4.78 juta untuk pembaikan prasarana sukan. Harap-harap dapatlah dibagikan sedikit untuk membaiki gelanggang futsal di Kampung Tua, Jalan Tanjung Rhu yang sangat perlukan pemulihan. Kerana di sini berkumpulnya anak-anak muda yang bermain sepak raga tuju, takraw, futsal, bola bocce dan sebagainya. Saya juga suka sarankan agar program-program Yang Berhormat Exco tahun depan bagilah tumpuan kepada aktiviti sukan. Biar semua anak-anak kita ni bermain satu sukan dan mereka ni tak menjadi ‘hantu gadget’. Kadang-kadang punca anak-anak muda tidak suka bersukan adalah kurangnya fasiliti yang selamat terutama di dalam kampung-kampung. Harapan kita supaya lebih ramai rakyat sihat, akan kuranglah berlaku kesesakan di hospital, akan kuranglah giliran menunggu untuk dialisis dan peruntukan i-Kafalah insya-Allah akan mencukupi. sebab tak ramai yang meninggal.

Yang terakhir, sekali isu kesihatan. Terima kasih saya ucapkan dan terima kasih untuk peruntukan Bantuan Kedah Sejahtera dan Bantuan Pesakit Terlantar dengan jumlah RM2.65 juta. Termasuk inisiatif baru iaitu bantuan katil dan kerusi roda kepada pesakit yang mana membuktikan kerajaan cakna dengan aduan rakyat. Mungkin saya boleh cadangkan di sini supaya pihak Lembaga Zakat memperuntukkan kepada setiap masjid, setiap masjid di Negeri Kedah ini stok katil hospital ataupun kerusi roda yang boleh diwakafkan bagi kemudahan anak-anak kariah masing-masing. Yang Berhormat Speaker dan Sidang Dewan yang dihormati sekalian, akhir kata saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, agensi Negeri dan Persekutuan, Pejabat Daerah Langkawi Majlis Perbandaran Langkawi, LADA, SADA, JKR, JPS, pasukan keselamatan, NGO dan pemain industri pelancongan yang sentiasa memberi bantuan, sokongan dan kerjasama yang terbaik dalam apa jua keadaan termasuk menyediakan infra awam, keselamatan pengurusan bencana, promosi pelancongan, perpaduan kaum, bantuan kepada fakir miskin dan orang yang kurang berkemampuan di Langkawi. Terima kasih juga saya mengucapkan kepada rakan-rakan facebook saya rakan-rakan tiktok dan netizen-netizen yang memberi komen positif dan negatif. Saya tak marah, yang baik kita teruskan yang tak baik kita sama-sama betulkan. Sebab semua yang kita buat ini adalah demi kesejahteraan kita bersama bukan untuk kepentingan diri kita sendiri. Akhir kata saya tutup dengan serangkap pantun. Apabila meniup abu di dapur, Hati-hati terkena mata, Apabila hidup tahu bersyukur, Berbagai rezeki dia nikmati bersama.

Sekian, saya mohon menyokong Ucapan Bajet 2026.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Air Hangat dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Pada hemat saya, bajet negeri bernilai RM1.33 bilion, tiada daya tarikan baharu kepada rakyat, tiada wow factor dan bajet ini dilihatkan sebagai business as usual (dengan izin) tanpa banyak perubahan dalam tempoh lima tahun ni. Angka defisit naik 11 peratus ataupun RM99 juta. Dari sudut pengurusan fiskal, ini tidak menandakan kecekapan sebaliknya menandakan kelemahan dalam strategik pertubuhan hasil negeri. KDNK negeri pada tahun 2024 hanya 4.2%, jauh dari sasaran yang ditetapkan dalam gagasan The Greater Kedah iaitu 8 hingga 10%. Pelaburan Januari hingga Jun 2025 cuma RM7.94 bilion mustahil untuk kita capai sasaran RM36 bilion jika tidak letak lebih banyak usaha dan juga penglibatan daripada agensi Persekutuan ataupun Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan hala tuju ekonomi tidak menyakinkan dan bila kita lihat pada tahun depan pakar-pakar ekonomi meramalkan ekonomi tahun depan akan lebih mencabar. Jadi, banyak lagi usaha perlu diambil oleh kerajaan. Seterusnya, tentang kenaikan cukai tafsiran yang tidak masuk akal, melampau ataupun tidak realistik di Majlis Bandaraya Alor Setar. Walaupun tidak tahu secara dasarnya, semakan semula cukai tafsiran ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 1 Oktober 2025 seperti yang termaktub dalam notis MBAS mengikut Seksyen 141 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171. Saya ucapkan terima kasih kepada YAB. Jeneri walaupun jadual kerja sibuk gila, masih ada masa intai posting facebook saya dan masukkan Kota Darul Aman dalam Ucapan Bajet 2026. Bentang bajet, baca teks ucapan cukuplah, ni tiba-tiba mai tanya soalan. Sengaja provoke minta saya jawab soalan dalam pembentangan bajet. Yang tu agak nakal lah. Macam mana saya nak jawab, YB. Speaker pun tak panggil saya jawab. Itu sesi YAB. Jeneri, habaqlah kat dunia apa yang hang nak buat, bukan sesi tanya soalan ataupun perbahasan. Tak reti peraturan mesyuarat lansung!

Speaker

YB. Pengkalan Kundor bangun YB.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Hari ini, pagi tadi saya jumpa semua ADUN saya kata, “hari ini 23 orang saya tak bagi bangun, tak bagi celah, confirm.

Speaker

Ok, dia tak bagi YB.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Thank you. Jadi, tiba masa pengulungan nanti. Saya rasa, saya tidak perlu menjawab lah. Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah membantah kenaikan cukai tafsiran selepas 32 tahun. Banyak tahun saya bersama dengan MBAS dan saya memang faham kekangan kewangan yang dihadapi oleh MBAS. Rata-rata rakyat juga faham apabila mereka buat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan mereka sentiasa kata, “tiada peruntukan, longkang rosak tak boleh buat, jalan tak boleh turap dan sebagainya”. Jadi, keperluan menambahkan hasil rakyat boleh terima. Tak usah duk kata, “kalau ada pihak tak suka naik cukai, pi pindah undang-undang di Parlimen”. Ini seolah-olah panggil pembayar cukai pergi ke negeri lain. Ini tanggungjawab kita untuk kita laksanakan tugas kita. Kuasa mutlak kelulusan cukai ini di bawah Kerajaan Negeri Akta 171 Seksyen 144, MB boleh buat keputusan. Jadi, bukan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. YB. Tuan Speaker, Kota Darulaman bawa keluhan rakyat, bukan kelentong tanpa fakta. Bila saya bangkitkan kenyataan 245%, peratus itu bukan merujuk kepada satu kilang. Sebenarnya ia merupakan satu kilang, fakta itu tepat. Tapi banyak lagi yang lagi tinggi berbanding 245%. Kenaikan lagi dasyat di kawasan berikut, sebagai contoh Seberang Jalan Putra, cadangannya RM45 naik sehingga RM3,813, bersamaan 757%, Taman Golf RM204 naik sehingga RM1,524, 647%. Pekan Bukit Pinang, dii mana RM74.50 naik sehingga RM1,026, 1,278%. Pekan Pokok Sena RM500 naik sehingga RM3,406, 581%. Pekan Kuala Sungai RM180 naik sehingga RM1,254, 596%. Di mana logiknya kenaikan 581% hingga 1,278%? Kaedah nilaian tafsiran sebenarnya tidak mencerminkan realiti pasaran dan juga pendapatan rakyat. Tiada perbezaan antara bandar dan kampung. Kita ambil di Kota Sarang Semut, rumah dua tingkat bernilai dinilai hampir RM9 juta eh! RM1 juta, tapi di Bandaraya Alor Setar satu tingkat tak sampai RM1 juta. Jadi, mana jurunilai yang buat pemeriksaan di lapangan? Jika tiada jurunilai bertauliah, jemput YAB. Jeneri, yang itu pakar penilai. Sebagai contoh, kita ambil rumah kedai jenis papan di pekan Anak Bukit. Nilai tafsiran 2025, nilaian dia cuma RM8,450 dan dikenakan 5%, cukai dia bayar RM422.50. Nilai tafsiran bagi 2026....(YB. Guar Chempedak Mencelah).

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

YB. Kota Darulaman!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tak bagi celah, tadi dah maklum dah.

Speaker

Guar Chempedak bangun.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Alah.. boleh lah!

Lunas boleh, Lunas!?

Speaker

Lunas juga bangun! Bagi laluan na Lunas?

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tadi jumpa tak bagi (sambil ketawa)

Belantek bangun, belantek!

Speaker

Belantik juga bangun!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Yang Berhormat Tuan Speaker, 23 orang saya tak bagi. YB. Exco dah duduk dah, 23 yang lain saya tak bagi bangun (sambil ketawa)

Belakang pun tak lagi ya?

Speaker

YB. Lunas tak mau duduk?

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Jadi nilai tafsiran bagi 2026, hartanah itu dinilai RM1.1 juta dan dikenakan 0.3%. Cukai menjadi RM3,300 kenaikan lebih RM680, yang ni di pekan Anak Bukit kawasan banjir. Sewa dia cuma RM300 sebulan, kutip satu tahun RM3,600 semua bayar kat MBAS jika ini dilaksanakan tahun depan. Lagi teruk, kilangnya telah tidak beroperasi selama 20 tahun tapi kenapa cukai taksiran begitu tinggi. Ini realiti sebenar di lapangan. Alor Setar “Bandaraya Berdaya Hurni” dan juga “Menua”. Macam mana pak cik, mak cik kita nak bayar dengan cukai semakan semula yang begitu tinggi? Kerajaan kata kos sara hidup tinggi, ramai orang terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja untuk menampung belanja keluarga. Tapi, kenaikan melampau ini bagi saya, saya cadangkan kerajaan betul-betul perlu lihat semua fakta bagi 90 ribu orang pegangan hartanah tersebut. Baru-baru ini saya singgah bersama YB. Bakar Arang di Taman Golf. Seorang pak cik datang mengeluh dan tanya, “kenapa cukai naik begitu tinggi?” Tingkat bawah dia ada rumah kedai, tingkat bawah dia dinilai RM825,000, cukai yang kena tahun depan RM2,475, 0.3% saja. Tingkat atas RM489,000, cukai yang dikenakan RM1,467, 0.3% juga. MBAS menilai keseluruhan premis tersebut pada harga RM1.3 juta. 2025 cukai yang dia bayar hanya RM741, tahun depan dia kena bayar hampir RM4,000. Dia tanya kepada saya, “sekarang ini MBAS nilai RM1.3juta. MBAS boleh beli balik tak? Saya sanggup jual bagi MBAS, saya bagi diskaun RM300,000, RM1 juta tu saya boleh pencen terus. Rumah tak payah lagi senang, tak payah bayar dah. Analisa ke atas 300 sample yang saya terima untuk kes bantahan, 71 unit naik ke 100 hingga 300 peratus, 21 unit naik 300 hingga 500 peratus, 10 unit naik 600 hingga 800 peratus. Ini tsunami cukai, bukan semakan teknikal. Tambahan pula rakyat terpaksa ambil jurunilai untuk buktikan bahawa harga nilaiannya tidak begitu tinggi untuk buat bantahan. Tapi kos untuk penilaian satu juta hartanah tu hampir RM1,000. Jadi, rakyat terpaksa korek tabung... (YB. Guar Chempedak mencelah)

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

YB. Kota Darulaman 30 second. Boleh?

Speaker

YB. Guar Chempedak! YB. Kota Darulaman, bagi laluan tak Guar Chempedak!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tak bagi!

Speaker

Tak bagi!?

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Kecuali YB. Speaker bagi masa.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Kota Darulaman dah pergi berbincang dengan Datuk Bandar atau belum? Dah bawa isu-isu ni kepada Datuk Bandar atau belum? Terima kasih.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Okey. Untuk isu ini 20,000 pegangan hartanah telah buat aduan bantahan. Jadi, masa semua serbu ke Bilik Gerakan MBAS, bila minta Notis Taksiran, kita minta semakan semula tu kertas tu, pegawai MBAS cuma pakai tangan tulis saja. Tapi bila untuk sesi pendengaran, MBAS keluar notis kena bawa senarai semakan tu. So, apa maksudnya? Yang ni adakah sengaja untuk menyusahkan rakyat kita?

Speaker

YB. Kota Darul Aman boleh landing.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Okey, yang ni sangat penting, sebab jika tidak banyak lot kedai tidak berpenghuni, ekonomi kita akan merudum. Kenaikan cukai ini akan membunuh perniagaan. Jadi ,saya mohon supaya kerajaan betul-betul prihatin terhadap isu ini. Bukan kita tolak, kita sokong, cuma kenaikan tu perlulah agak kepada rakyat. Kita lihat tahun depan cukai tanah akan naik juga, tapi belum diwartakan. Cadangan kenaikan tu 850 ribu rakyat akan terkesan. Cukai tanah bagi pertanian naik 17 hingga 150 peratus, bangunan kediaman 14 hingga 43%, bangunan perniagaan 50 hingga 110%, industri 16 hingga 50%. Cukai kita naik, gaji kita naik 7% bonus dapat RM2,000, tunggu tahun depan semua bayar cukai saja. Ambil bonus bayar cukai, naik gaji banyar cukai. Saya ingin cadangkan Kerajaan Negeri tangguh serta merta pelaksanaan 2026 ini. Batalkan kaedah nilai pasaran ataupun nilai tambah dan kembali kepada formula nilai tahunan yang lebih realistik.

Speaker

YB. Gurun bangun YB.YB. Gurun bangun.

YB. Kota Darul Aman, boleh?

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Boleh! Boleh!

Speaker

Silakan! Silakan ringkas!

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Adakah YB. Kota Darul Aman setuju dengan kenaikan SST? Kenaikan SST.

Speaker

Dipersilakan YB. Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Okey, kalau kita lihat Bajet Belanjawan 2026, tahun ni tak ada kenaikan tax yang baru dan kita bagi banyak duit kepada rakyat. Kita kurangkan ketirisan dan kita sampaikan kepada rakyat. Janji-janji yang kita janjikan, minyak turun minyak sekarang dah turun. Haaa…

Speaker

Okay, boleh landing YB.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Boleh landing na? Saya ada dua isu yang saya akan petik. Pertama, saya minta kerajaan untuk pertimbangkan peruntukan tahunan kepada pendidikan SMJK persendirian sebab telah diketepikan bertahun-tahun. i-kafalah saya minta untuk kerajaan percepatkan sebab aduan kata 6 bulan baru dapat bayaran. So, kena belajar model bayaran segera seperti semasa kita jadi Kerajaan Pakatan Harapan dulu. Dalam satu minggu akan bayar. So, barulah i-Kafalah benar-benar berfungsi sebagai talian hayat.

Kemudiannya tentang peruntukan Ahli Parlimen RM700,000 kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen. Bagi saya tak usah bagi, bertanding atas tiket Parlimen mintalah kat Pusat. Peruntukan Kerajaan Negeri tak cukup dah nak jaga 14 Ahli Parlimen lagi. Kalau benar-benar sayangkan rakyat, jangan pentingkan political show. Kalau MOU perlu, jumpa PMX, sign saja, macam kami buat dulu masa hangpa jadi Kerajaan Persekutuan. Jadi, hentikan politik angkuh dan drama. Yang penting, wang turun rakyat dijaga. Sign MOU saya rasa senang-senang RM200,000 boleh dapat, yang tu tak ada masalah. Last sekali, rakyat tidak menolak pembangunan tetapi pembangunan mesti realistik dan tidak membebankan. Cukai jangan cekik poket-poket rakyat. Bantuan jangan lambat dan ekonomi jangan dibiarkan lembap. “Kedah Sejahtera Cukai Untuk Semua”. Terima kasih

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

YB. Kota Darul Aman!

Speaker

Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Kupang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, YB. Guar minta dulu.

Speaker

YB. Guar minta laluan. Dipersilakan Yang Berhormat Guar Chempedak.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, para pemerhati, pengamal media serta para hadirin sekalian. Yang Berhormat Speaker, pertama sekali saya ingin mengucapkan perhargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas Pembentangan Bajet Negeri Kedah yang begitu komprehensif, realistik dan optimistik. Tapi tidak kepada pembangkang rasanya.

Dalam ucapan tersebut, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyentuh banyak perkara di mana sebahagiannya akan saya bahaskan pada hari ini dan saya berharap pihak pembangkang tidak meroyan di atas isu-isu yang akan dibangkitkan. Yang Berhormat Speaker, pada pembentangan bajet, Pperkara 75 Pajakan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri menjunjung kasih atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah atas isu kedudukan dan hubungan Negeri Kedah dengan Pulau Pinang khususnya yang membabitkan aspek sejarah dan situasi semasa hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah menzahirkan keperluan untuk isu-isu ini diperjelaskan secara telus termasuk yang berkaitan dengan pajakan. Meneliti perkembangan politik kenegaraan di tanah air, kita melihat terdapat momentum yang positif ke arah kuasa dan hak negeri dalam kerangka Persekutuan Malaysia. Semalam, pada 11 November 2025, Kabinet Khas yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dalam tuntutan serahan 40% hasil Negeri Sabah. Keputusan Kerajaan Persekutuan ini memang untuk tidak merayu, sudah boleh diramalkan kerana Pilihan Raya Sabah yang akan diadakan pada 25 November nanti. Usaha tuntutan hak negeri khususnya di Borneo ini dilakukan dengan amat terancang dan konsisten. Dan perkara ini ditambah dengan sokongan rakyat dan masa yang tepat adalah kunci daripada kejayaan tuntutan tersebut. Kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri Sabah ini sedikit sebanyak memberi petunjuk kepada kita di Negeri Kedah untuk terus memperhebatkan lagi usaha bagi menuntut hak negeri ini khususnya melibatkan pajakan Pulau Pinang. Mungkin sudah tiba masanya, negeri-negeri mula berpakat antara satu sama lain untuk mewujudkan platform khas bagi membincangkan hak-hak negeri yang wajar dituntut dan diperkasa pada masa hadapan.

Platform ini wajar hanya disertai oleh negeri-negeri tanpa penglibatan Kerajaan Persekutuan agar buah pandangan lebih ikhlas, jujur serta bebas dari pengaruh Kerajaan Persekutuan. Mungkin, hasil-hasil daripada perbincangan platform khas tersebut mempunyai merit untuk dibawa ke platform rasmi negara seperti Majlis Raja-Raja dan juga Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.

Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri mungkin boleh mula mengadakan perbincangan dengan Negeri-negeri SG4, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan juga Wilayah Borneo berhubung kaedah dan cara untuk menggerakkan agenda desentralisasi kuasa dari Persekutuan ke negeri dengan lebih menyeluruh agar momentum ini bukan hanya menjadi usaha berasingan negeri secara piecemeal (dengan izin) malah satu Concerted Effort negeri-negeri secara keseluruhannya. Bak kata orang tua-tua, “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”.

Insya-Allah, jika negeri-negeri semuanya mula bersuara dan bersama-sama menuntut hak-hak negeri dipulihkan, saya percaya dan yakin usaha ini lama-kelamaan pasti membuahkan hasil.Yang Berhormat Speaker, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas komitmen serta dedikasi untuk menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dalam isu pampasan Pulau Pinang. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah berhubung perkara ini telah dan sedang pun dilaksanakan dengan sempurna oleh Kerajaan Negeri. Tahniah diucapkan. DUN Guar Chempedak menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri dalam usaha untuk melantik peguam bagi meneliti perkara ini dengan lebih serius secara perundangan.

Jika kita meneliti sejarah pentadbiran Negeri Kedah, tidak dinafikan bahawa setiap kerajaan yang memerintah, Kerajaan Negeri sentiasa menuntut hak-hak negeri. Namun, ini adalah pada hemat saya yang pertama yang mula menggerakkan secara serius melalui lantikan pengkaji sejarah dan peguam bagi membawa isu ini ke mahkamah. Insya-Allah, usaha murni ini akan membuahkan hasil dan menegakkan semula kebenaran sejarah Negeri Kedah. Dun Guar Chempedak mengharapkan tanah Pulau Pinang sebagai hak Negeri Kedah yang dipajak dapat diiktiraf oleh negara-negara rasmi dan hak untuk mengkaji semula kadar pajakan diberi semula kepada Kerajaan Negeri khususnya Dewan ini untuk diteliti.

YB. Guar Chempedak! Boleh ya YB. Guar Chempedak?

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Silakan!

Terima kasih YB. Guar Chempedak, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya tertarik banyak kali YB. Guar Chempedak menyebut Pulau Pinang, Pulau Pinang, Pulau Pinang. Saya ingin merujuk pembentangan yang telah dibuat YB. Kota Darulaman tadi. Sedarkah YB. Guar Chempedak bahawa cukai pintu Pulau Pinang akan naik antara 29% hingga 200% mulai 2026? Terima kasih YB. Guar Chempedak.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih YB. Belantek. Inilah yang saya cuba bangun tadi nyatakan kepada YB. Kota Darulaman… (YB. Kota Darul Aman minta laluan)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker…

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Negeri mana yang tidak menaikkan cukai. Negeri mana yang kekal cukai pada tahun 2025 untuk tahun 2026? Terima kasih YB. Belantek. Berbalik kepada isu pajakan Pulau Pinang, untuk Exco Pulau Pinang yang merasa gelisah dan gundah di atas tuntutan ini, Guar Chempedak ingin menyatakan bahawa kami semua yang berada di dalam Dewan yang mulia pada pagi hari tidak akan berundur walaupun satu inci dan kami akan terus mendesak, bersuara dan menuntut hak kami ke atas Pulau Pinang, dulu, kini dan selama-lamanya. Terima Kasih di atas sokongan.

Dan bagi mereka-mereka yang cuba meraih, meraih simpati daripada bajet yang dibentangkan. Ada beberapa pemimpin-pemimpin yang di luar sana yang begitu meroyan, cuba mencari, mengambil kesempatan, tempat yang telah dibersihkan yang dulunya semak-samun juga dibuat Tiktok untuk menyatakan bahawa dulu kami yang buat projek ni, masa semak samun, depa tak pi ambil gambar pun, tak pi buat filem pun. Tapi masa hari ini, apabila telah dibersihkan, nampak cantik menjadi satu tempat tumpuan, maka mereka timbul, inilah pemimpin-pemimpin yang lalu. Termasuk juga yang meroyan pasal kenaikan cukai pintu. Tapi yang ingin saya pertanyakan, bertanya kepada mereka, ketika mereka berada di Dewan ini, apakah yang mereka lakukan? Kenapa ketika ini mereka begitu meroyan, mencari kesempatan untuk membangkitkan isu-isu yang negatif untuk menampilkan, menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini gagal melaksanakan atau menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya.

Tetapi daripada bajet yang dibentangkan untuk 2026 ini merangkumi untuk kesejahteraan rakyat. Adakah mereka merasa begitu takut dan khuatir? Kerana apa? Kerana ketika mereka berada di Dewan ini kenapa tidak dilakukan. Pada hari ini mereka melihat Kedah bergerak begitu maju ke hadapan. Kedah akan menjadi sebuah negeri di mana pelabur-pelabur asing begitu berminat dan ingin melabur di sini. Cuma kita mempunyai kekangan pada masa ini disebabkan halangan-halangan daripada Persekutuan.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

YB. Speaker, mencelah.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Ya, YB. Bukit Selambau.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Terima kasih, YB. Guar Chempedak dan Yang Berhormat Speaker. Berkaitan dengan apa yang disebut oleh YB. Kota Darulaman, dia tidak bersetuju, dia nak complain, dia nak kata itu hak dia. Tapi dia guna bahasa tak sat ni dekat Menteri Besar, hang! Jadi, hang ni boleh ka tidak? Hang! Saya kira biadap lah ‘hang’ tu. Boleh tak? Bersetuju dak dengan saya? Benda tu dia kena tarik balik la ucapan ni, tak boleh!

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih YB. Bukit Selambau. Saya pun terlepas pandang benda tu. Saya rasa itu tidak menghormati seorang Menteri Besar di sebuah negeri yang berdaulat. Saya mohon YB. Kota Darulaman tarik kembali kata-kata tersebut. Saya teruskan. Tadi saya menyatakan, ada beberapa pemimpin yang dulunya pernah berada di Dewan ini tetapi pada hari ini mereka merasa gelisah dan sebagainya. Mereka cuba menampilkan bahawa diri mereka ini sekarang cuba memperjuangkan untuk rakyat. Ayuh! Saya mengajak mereka ini, pada ketika ini, hari ini, kalau mereka ingin untuk memperjuangkan memperjuangkan kemakmuran rakyat Negeri Kedah bersama-sama dengan Kerajaan Negeri untuk menuntut kedaulatan dan pajakan Pulau Pinang dan juga projek KXP. Kita tidak pernah mengambil credit, kita tidak menyatakan bahawa KXP itu diusahakan, dimulakan oleh kita. Tetapi KXP itu kita nyatakan adalah daripada kerajaan yang lalu tetapi kerana ia membawa kebaikan untuk negeri, kita berusaha untuk terus melaksanakan projek tersebut. Ayuh! Mereka ini, kalau ingin menampilkan, menunjukkan bahawa mereka prihatin kepada rakyat Kedah, sama-sama kita berjuang untuk menuntut hak ini dipercepatkan.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perikanan Negeri Kedah yang telah melabuhkan 12 unit Tukun Dasar Lembut, Penghalang Pukat Tunda Rekreasi di Perairan Pulau Telur, Yan, Kedah pada 14 Oktober yang lalu. Dan sebelum ini, keresahan nelayan-nelayan yang dibangkitkan oleh saya beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini telah terjawab. Dengan adanya tukun-tukun ini sebagai penghalang kepada kumpulan-kumpulan yang melakukan tangkapan secara haram di perairan 15 kilometer daripada pantai iaitu Pukat Tunda. Dan baru-baru ini juga tahniah diucapkan kerana telah melakukan operasi dan berjaya menangkap sebuah kapal yang beroperasi 15 batu nautika daripada pantai. Tahniah saya ucapkan!

Dan seterusnya, terima kasih juga kepada pihak PKNK yang pesat membangunkan prasarana pelancongan di Gunung Jerai. Ia menjadi daya tarikan pelancong ke Kedah amnya dan daerah yang khususnya. Kalau pada Tahun Melawat Kedah (TMK 2025) ini kita mensasarkan 500 ribu pengunjung ke Daerah Yan dan Gunung Jerai saja telah menarik pelancong seramai 250,000 orang setakat ini. Insya-Allah target 500 ribu itu akan tercapai. Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus untuk menjadikan Gunung Jerai ini sebagai satu destinasi pelancongan ke Negeri Kedah dan juga masih terdapat beberapa pembaikan-pembaikan yang perlu diberi perhatian. Secara keseluruhannya seperti tempat meletak kereta, laluan trafik yang begitu sukar ketika cuti panjang dan jambatan baru untuk masuk ke kaki Gunung Jerai.

Juga tidak akan ketinggalan, ucapan terima kasih kepada jabatan perhutanan yang banyak membantu membangunkan prasarana dan juga memberi peluang kepada koperasi-koperasi nelayan untuk sama-sama membangunkan Pulau Songsong supaya ia dijadikan satu destinasi tarikan pelancong untuk Daerah Yan dan juga untuk Negeri Kedah. Pulau Songsong ini pernah ditulis oleh pemberita pada Julai yang lalu adalah “Pulau Songsang” kerana kebersihan yang tidak terjaga dan tidak terurus. Tapi Insya-Allah mulai bulan November ini Daerah Yan, kita sudah ada satu pasukan, satu team yang akan bertugas di sana untuk memastikan kebersihan Pulau Songsong ini terjaga.

Berbalik kepada isu benih padi. Ini juga yang disenyapkan oleh para Tiktokers yang mencari kesempatan di luar yang hanya mencari kesempatan kesalahan-kesalahan Kerajaan Negeri. Benih padi ini kalau kita lihat, kalau kita dengar rintihan daripada Pak Tani, musim yang lalu hasil padi terganggu dan berkurang kerana adanya musuh padi, keladi agas dan musim yang lalu disebabkan oleh padi angin. Di manakah agensi yang bertanggungjawab untuk mengkaji, untuk meneliti pembekal-pembekal benih padi ini, yang mana ketika dimulakan dulu adalah untuk menjamin benih-benih yang berkualiti.

Pada hari ini kalau kita tengok, dah dua musim yang berlalu satu diserang oleh padi angin, musim yang baru ini oleh keladi agas. Adakah kualiti padi ini dipantau? Adakah kualiti padi ini diteliti? Adakah kualiti benih padi ini disemak ataupun sebagainya? Apakah tindakan daripada pihak agensi kerajaan yang berkaitan untuk memastikan musim ini dan musim yang akan datang, benih-benih padi yang di dijual kepada Pak Tani ini yang disalurkan kepada kepada Pak Tani ini, menepati piawaian yang ditetapkan? Adakah ini satu konspirasi? Adakah ini satu tindakan yang diambil oleh pihak-pihak pembekal untuk memastikan bahawa keluaran padi pada hari ini tidak mencukupi? Adakah ini salah satu taktik? Ini adalah pertanyaan saya kepada pihak-pihak yang berkaitan. Kerana apa? Kerana Kedah membekalkan 43% beras untuk negara.

Seharusnya sudah ada badan ataupun agensi yang bertanggungjawab untuk terus meneliti, memperbaiki benih padi kepada pak tani-pak tani di sini. Sebab masalah ini bukanlah hanya masalah pak tani di kawasan saya tetapi keseluruhan di Negeri Kedah, Perlis dan juga Pulau Pinang Utara. Adakah ini satu kebetulan? Saya mohon, inilah saya berharap pihak pembangkang juga bersama-sama membawa isu ini kerana kawan di sana adalah kawan-kawan pembangkang.

Speaker

YB Guar Chempedak, boleh buat penggulungan.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Ya, YB. Speaker dah tegur. Dengan ini, saya menyokong penuh Bajet 2026, “Erat Sejahtera 2026” yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Guar Chempedak. Tadi YB. Bukit Selambau ada membangkitkan supaya YB. Kota Darulaman memohon maaf kepada Yang Amat Berhormat di atas perkataan “hang”, yang diucapkan tu. Jadi, saya mohon kepada YB. Kota Darulaman untuk memohon maaf.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Kota Darulaman tarik balik dengan perkataan “hang” tukar kepada “beliau”.

Speaker

Terima kasih YB. Kota Darulaman. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya merasa dukacita sedikit hari ini kerana ada di kalangan kita yang tidak mematuhi peraturan. Malam tadi, saya ada terbaca di media sosial ruangan Facebook, fb-fb Yang Berhormat sekalian.

Jadi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita di Dewan ini kita dibekalkan dengan dokumen-dokumen. Ada setengahnya ditulis dengan perkataan SULIT dan ada setengahnya ditulis dengan perkataan TERHAD. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya yakin memang seorang yang bijaksana, tahu apa definisi kepada perkataan SULIT dan perkataan TERHAD. Dan ada di antara kita yang telah pun melanggar Akta Rahsia Rasmi Kerajaan. Ini satu perkara yang amat mendukacitakan saya lah. Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka nak mengingatkan bahawa dokumen-dokumen yang ditanda dengan perkataan TERHAD, SULIT dan sebagainya tu, bukannya untuk kita hebahkan di media sosial. Tak boleh! Semua dokumen-dokumen yang kita terima untuk Persidangan Dewan DUN tidak boleh disebarkan dalam media massa ataupun mana-mana media.

Oleh yang demikian, saya memberi amaran yang sekeras-kerasnya berkaitan dengan perkara ini sebab dokumen berperingkat ini adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan Tahun 1972. Jadi, saya pohon kepada Yang Berhormat yang menyebarkan dokumen berkenaan di Facebook beliau supaya menarik balik hantaran di Facebook tersebut dengan segera dan jika tidak, tindakan akan diambil dengan merujuk Yang Berhormat kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Sekiranya ada di kalangan, saya tak nak sebut nama Yang Berhormat mana yang telah membuat hantaran di Facebook tu dia tahu apa yang saya cakap ini, tarik balik hantaran tersebut dan kalau tak faham boleh jumpa saya! Jadi sekali lagi, saya nak memperingatkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, selaku pemimpin masyarakat kita mestilah bukan sahaja kelihatan bijak tetapi memang kita betul-betul kena bijak. Sekian, dan saya harap Yang Berhormat yang berkenaan patuh kepada arahan yang telah saya keluarkan. Terima kasih.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tanjung Dawai. Dipersilakan.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alhamdulillah Wasolatu Wassalamu Wa’ala Rasulillah Wa Ala Alihi Wasahbihi Waman Walah. Yang Dihormati Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri seterusnya Pegawai-pegawai Kerajaan dan para pemerhati yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, kita telah pun dibentangkan Bajet 2026 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan daripada pembentangan itu kita berkeyakinan bahawa Kedah sedang melonjak dan berada di atas landasan yang benar dan betul untuk mencapai targetnya. Sebelum daripada saya meneruskan perbahasan ini, saya ingin memperbetulkan apa yang disebutkan oleh pihak Yang Berhormat Sidam berkaitan dengan loji rawatan air di Sungai Lima, Baling yang disebut sebagai projek gajah putih ataupun projek yang tidak ada haluan dan terbiar. Projek tersebut sememangnya telah pun dibatalkan pada bulan Julai yang lalu.

Tapi, pihak Kerajaan Negeri telah bertindak pantas dengan membuat perakuan titi kerja yang telah pun dibuat dan yang berbaki untuk diteruskan projek tersebut dengan tender yang akan dibuka insya-Allah pada awal tahun hadapan.

Kerajaan Negeri tidak akan membiarkan projek-projek yang menyentuh tentang kemasalahatan dan kepentingan rakyat terbiar tanpa dipedulikan dan itu bukan sikap Kerajaan Negeri yang ada sekarang ini. Yang kedua, saya juga ingin menyentuh apa yang dibahaskan oleh pihak pembangkang, seolah-olah Kerajaan Negeri ini bergantung penuh kepada cukai tanah dan itu adalah suatu kebenaran, bukan sekadar di Kedah, bahkan di seluruh negeri yang ada dalam Malaysia ini. Rekod yang termaktub, rekod yang boleh kita tengok bahawa pendapatan daripada cukai tanah sama ada cukai atau pun premium tanah, Kedah daripada tahun-tahun sebelum ni bergantung penuh sepertimana contoh yang sedikit kongsikan pada tahun 2008 sebanyak 53.8% hasil negeri adalah lebih daripada hasil tanah. Pada tahun 2019, hasil cukai tanah adalah 61.9%. Ini adalah bukan suatu keaiban bahkan saya yakin bahawa elaun Ahli-ahli Yang Berhormat juga dibayar daripada hasil cukai tanah ini. Yang Berhormat Speaker, berkaitan dengan defisit yang disebut oleh YB. Kota Darulaman, saya yakin apa yang dikongsikan itu, apa yang ditulis oleh seorang pegawai JAIK. Defisit RM99 juta itu adalah anggaran, tetapi rekod yang telah pun dibuktikan oleh kerajaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bagaimana kita setiap tahun ada lebihan. Tahun lepas 2024, kita ada lebihan RM11.1 juta dan kalau tengok kepada defisit tahun-tahun sebelum ini, masyaAllah! Jumlahnya begitu tinggi sekali. 2015 defisit RM97.36 juta, tahun 2016 defisiti Kerajaan Negeri Kedah RM59.28 juta, tahun 2017 defisit RM36.05 juta dan defisit pada tahun 2018 ketika PH ialah RM49.38 juta. Ini perkara biasa, tapi bila anggaran dibaca sebagai tidak sebagai anggaran, kita menghukum seolah-olah belanjawan ini belanjawan gagal bahkan disebut sebagai “The Crazy Kedah”.

Yang Berhormat Speaker, saya melihat kepada Pembentangan Bajet 2026 ini dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berdasarkan ayat daripada Surah Yusuf tentang Baginda Nabi Yusuf Alaihissalam ialah kisah tentang bagaimana pentadbiran sebuah negeri perlu diambil, perlu dipertanggungjawabkan kepada orang yang mempunyai kelayakan di sudut ilmu dan juga kematangan di sudut tindakannya. Nabi Yusuf Alaihissalam telah meminta kepada Raja Mesir:

َق َال ْاج َع ْل ِن ْي َع ٰلى َخ َز ا ى ِن َ ْاَل ْر ِۚض ِا ِ ن ْي َح ِف ْي ٌظ َع ِل ْي ٌم

Nabi Yusuf berkata, “jadikanlah aku orang yang menjaga perbendaharaan bumi, hasil bumi yak ni Mesir, sesungguhnya aku tahu cara untuk mengendalikannya (uruskannya) tahu menjaga dan juga mengurus perbendaharaan negeri yang ketika itu akan menghadapi ujian besar”.

Seorang pemimpin dia perlu mengetahui dan menghargai sumber dan tenaga yang ada dalam negerinya. Dia kena guna untuk menjana kekayaan dan kemewahan untuk negeri dia. Pada masa yang sama dia perlu menyimpan bagi menghadapi kemungkinan cabaran-cabaran yang diluar jangka seperti mana Nabi Yusuf Alaihissalam berpesan kepada rakyat Mesir, tindakan yang sepatutnya mereka lakukan. Nabi Yusuf sebagai seorang pemimpin juga memperlihatkan kualiti bagaimana beliau tidak menyimpan dendam kesumat terhadap saudara yang pernah mengkhianati dan menzaliminya. Begitulah sifat dan ciri pemimpin yang tidak menzalimi dan juga tidak berdendam. Walaupun apa yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, tetapi apabila berkuasa, pihak kerajaan sekarang tidak mengulangi perbuatan yang sama.

Yang Berhormat Speaker, antara apa yang disentuh dalam bajet ialah berkaitan dengan unsur nadi bumi REE dan saya ingin untuk di Kedah ini sepertimana Sarawak telah melaungkan, “jangan usik REE kami”. Kedah juga kita ingin untuk menyatakan kepada Putrajaya, “jangan usik REE di Kedah ini”. Ini hak Kedah! Dengan nilai RM62 bilion, satu kekayaan yang kalau diproses mengikut kajian, Kedah dapat menghasilkan sekitar RM3 bilion untuk di Kedah ini. Jadi, pengalaman-pengalaman kita dengan Putrajaya yang tak peduli walaupun dengna perjanjian sepertimana yang termeterai dalam isu Petronas dengan negeri-negeri mengeluarkan minyak, kita tidak mahu mengulangi perkara yang sama sepertimana yang dilakukan terhadap negeri-negeri yang mengeluarkan minyak. Hari ini sepertimana YB. Guar Chempedak sebut berkaitan dengan kejayaan Sabah menuntut 40% hasil daripada kutipan yang dibuat oleh Putrajaya terhadap Sabah pada 7 haribulan hari tu, mahkamah tinggi di Kota Kinabalu memberikan kemenangan terhadap tuntutan tersebut.

YB. Speaker, REE ini adalah hak kita dan kita yakin negeri-negeri juga tidak akan melepaskan dari segi tiu. Tetapi apa yang diucapkan, di samping telah diberi peringatan oleh White House dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika baru-baru ini memberi peringatan kepada Malaysia supaya tidak melanggar perjanjian itu. Jangan mengubah apa yang dibuat perjanjian, jangan halang eksport Rare-Earth Elements (REE) ke Amerika. Mereka juga beri peringatan jangan buat kuota REE untuk eksport ke Amerika. Saya yakin, bagi saya apa yang dibuat oleh pihak Putrajaya mencabuli hak Kerajaan Negeri untuk berbincang dan mendapatkan hak yang sepatutnya berkaitan dengan unsur nadir bumi ni.

Yang Berhormat Speaker, berkaitan dengan air Sungai Muda, tuntutan kita setahun tak banyak RM50 juta dengan apa yang digunakan oleh pihak Pulau Pinang sebanyak 84% daripada sumber air Sungai Muda. Satu tuntutan yang kita kena bawa ke mahkamah dan kita dalam proses itu, Insya-Allah. Mereka senang-senang dapat, sedangkan kita keluarkan kos untuk memelihara mitigasi bagaimana susahnya untuk kita menguruskan sumber air ini. Kita kehilangan sumber, kehilangan pendapatan dengan sebab kita nak jaga negeri, bahkan orang lain tumpang apa yang ada pada negeri kita. Maka patut dan wajar sangat negeri jiran kita untuk bertimbang rasa. Tapi mereka tidak prihatin dan bahkan tidak peduli dengan apa yang kita minta. Maka, tidak ada jalan lain melainkan sepertimana yang dibuat oleh pihak Sabah, jalannya adalah ke mahkamah. Saya sokong supaya perkara ini dibawa ke mahkamah. Kalaulah pihak SADA sendiri, agensi dalam Kerajaan Negeri pun kena bayar kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, pihak luar senang-senang dapat guna sumber air kita tanpa bayar walaupun satu sen, itu ada perkara yang tidak wajar.

Yang Berhormat Speaker, bagi akhir untuk saya kongsikan pada masa ini ialah berkaitan dengan apa yang disebut oleh Kota Darul Aman mempercepatkan pembayaran wang kairat kematian ataupun wang kafalah. Saya nak kongsi pengalaman bila kita ambil alih, tengah jalan pada tahun 2020, bagaimana isu di Tanjung Dawai. Isu di Tanjung Tawai, wang khairat kematian ini sampai berita kat kita kuotanya 80 orang. Untuk satu DUN 80 orang, bayaran tertunggak tak usah cerita lah, bayaran masa tu RM300. Eh! RM250. Kalau 80, susah nak pergi bincang dengan malaikat maut ambil dekat 80 orang, setahun. Sekarang kuota Tanjung Dawai RM220, habis dah bulan 9, mungkin ada peruntukan tambahan, mungkin cara pembayarannya, tapi tu tanda keprihatinan kerajaan sekarang. Bayangkan bandingkan 80 sebelum ni tak ada kuota, tahun ni baru ada kuota RM220 untuk Tanjung Dawai. Tapi, Alhamdulillah bila kita kembalikan kepada jumlah asal sepertimana zaman Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan dulu ke RM500, mati pun ramai. Saya punya pandangan mungkinlah si mati tu dia nak bagi kat ahli waris dia, duit banyak sikit, kalau mati waktu zaman PH dulu RM300 tak banyak, RM250!

Yang kedua, benteng pemecah ombak di Kampung Huma, Tanjung Dawai. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri, yang telah pun membuat tindakan segera, projek segera, lebih daripada RM3 juta diperuntukkan untuk buat benteng sementara bagi menghalang hakisan yang kritikal sangat-sangat di Kampung Huma. Saya ingat penggal lepas kalau saya berdiri di tempat mula terhakis tu, tak nampak Pulau Bidan, tak nampak Pulau Songsong. Masuk penggal baru, ‘terpelahang’ nampak semua dan jarak ke jalan raya ni tak sampai 100 meter dah.

Kita menunggu tindakan daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang diharapkan moga-moga sungguh bagai yang didengar, pada bulan depan akan dimulakan projek benteng pemecah ombak itu tersebut, Insya-Allah yang kosnya lebih kurang RM20 juta. Yang seterusnya berkaitan dengan, saya pernah sebut perkara ni dalam Dewan. Loji ataupun tangki air baru dibina di Ruat di Kampung Ruat Yan sebelum naik Bukit Tanjung Jaga, baru ni viral konon-konon macam di Thailand. Ha… ‘gon’ dia tu macam di Thailand katanya. Jadi, kalau daripada Yan ni, tangki air tu sebelum naik bukit tu, apa kata kalau pihak SADA, kut-kut lah kalau tak boleh nak sambung dengan paip hat ditanam dalam tanah, buh lah paip atas darat besar-besar peha ka, sambung pi ke Singkir untuk air ke Singkir dan Tanjung Dawai, pasai dekat dah. Nak tunggu projek di Bukit Selambau mungkin lewat sikit. Tapi hat Jenun Baru yang berakhir di Ruat tu rasa macam dekat sangat dah nak boleh guna. Kut-kut lah boleh sambung sikit lagi pi ke Singkir, turun ‘gon’ tu saja, pi ke Singkir untuk orang Singkir dan juga Tanjung Dawai sebelum tunggu siap di Bukit Selambau. Saya juga nak ucap ribuan terima kasih atas tindakan pantas pihak SADA, bagaimana pihak SADA buat keputusan dengan kos RM600 ribu, bina rumah pam yang baru dan juga tangki air di Merbok, bagi mengatasi masalah air di beberapa kampung.

Dan, saya juga nak berkongsi untuk sahabat-sahabat pembangkang yang minta lebihan ataupun peruntukan tambahan untuk sekolah-sekolah yang jenis kebangsaan. Kerajaan Negeri bagi kepada sekolah agama bagi pondok tahfiz. Minta maaf saya selsema! Sekolah-sekolah ini tak dapat bantuan Pusat. Saya ada sekolah, YB. Pantai Merdeka ada sekolah. Tak ada bantuan Pusat kecuali beberapa tahun ni dapat untuk baik pulih, lain tanggung sendiri. Tambah pondok-pondok pendidikan di Malaysia kita ini bebas, mak ayah nak bagi hantar sekolah mana pun terserah, yang penting mak, ayah tu kena tahu kewajipan dia menyekolahkan anak itu. Di mana dia hantar, tu hak dia.

Tapi kerajaan kita ni, daripada dulu lagi sekolah-sekolah yang tak berdaftar ataupun daftar tak pernah dengan pihak negeri sahaja, dia tak dapat bantuan sepertimana sekolah jenis kebangsaan, dapat guru, dapat bantuan pembangunan, macam-macam. Peruntukan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat untuk sekolah-sekolah agama ni sikit ni, sikit. Tapi dah kami diajar dengan bersyukur, terima, kami yakin dengan keberkatan, sikit tapi kalau bersyukur, Insya-Allah berkat. Dan jaminan diberikan oleh sahabat-sahabat peruntukan tahun-tahun depan ni, Insya-Allah akan bertambah, bukan untuk sekolah agama sahaja tapi sekolah jenis kebangsaan juga.

Isu sekolah jenis kebangsaan la ni, tak ramai dah anak Cina ataupun anak India, tu tak jadi persoalan sangatlah. Jadi, anak-anak Melayu ni membantu untuk sekolah tu terus beroperasi walaupun nama SJKC, tapi orang melayu ramai, kalau tidak tutup sekolah itu. Tapi kerajaan ada ingatan untuk bantu sikit-sikit. Pasal apa? Pasal Kerajaan Pusat bantu penuh sekolah-sekolah macam tu. Nak banding dengan sekolah tahfiz, sekolah pondok, sekolah agama yang lain, berdiri sendiri. Jadi, saya menyokong penuh Bajet 2026 ini dan moga-moga apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membawa kita Kedah, ke depan dengan lebih pantas dan kita akan mencapai apa yang kita letakkan sebagai untuk pembangunan dan juga untuk The Greater Kedah, Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Wallahuaklam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Speaker

Terima kepada kepada YB. Tanjung Dawai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kupang! Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, Wassalatu Wassalamu A'ala Rasulillah Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Waman Walah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, pemerhati dan hadirin yang dirahmati Allah.

Terima kasih Tuan Speaker, yang telah memberi laluan kepada saya untuk membahas ucapan Belanjawan 2026, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Dewan yang mulia ini. Pada hemat saya, rangka belanjawan yang dibentangkan itu, amat relevan lagi berunjuran yang munasabah.

Di para 18, muka surat 8 misalnya, Yang Amat Berhormat menyarankan langkah proaktif melindungi bekalan makanan asas terutamanya beras, juga langkah menstabilkan kos sara hidup dan memperkukuhkan pelaburan dalam sektor pertanian bernilai tinggi termasuk penggunaan teknologi terkini. Pokoknya ialah soal proaktif melindungi bekalan makanan, ini kunci yang ada dalam para ini. Dan yang keduanya, menstabilkan kos sara hidup. Dan yang ketiganya ialah, memperkukuhkan pelaburan dalam sektor pertanian. Ini tiga kata kunci yang perlu kita huraikan dan diberi perhatian.

Sehubungan dengan itu, seperti yang kita sedia maklum bahawa Kedah adalah sebuah negeri pertanian walaupun pertumbuhan industri pembuatan berlaku secara pesat dan menggalakkan. Tetapi setakat ini pertanian tetap menjadi penyumbang utama negeri ini kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru itu, mahu tidak mahu kerajaan perlu memperkasakan sektor pertanian supaya Kedah dilihat sebagai negeri tunjang dalam pembekalan dan keterjaminan makanan negara. Saranan ini terkait juga, secara langsung dengan rakan-rakan daripada State-Government 4 (SG-4), yang tentunya sudah mempunyai blueprintnya dalam rangka memperkasakan sektor ini. Untuk itu usaha penjenamaan semula dengan imej dan pendekatan baru sektor pertanian ini perlu diberi perhatian, malah dasar pertanian itu sendiri pun perlu dilihat dan di reform.

Kita faham bahawa sektor pertanian adalah di bawah Kerajaan Persekutuan namun, Kerajaan Negeri tetap mempunyai kuasa pencelahan dalam menentu hala tuju industri ini bagi mengimbangi dan menggariskan sempadan punca kuasa milik Negeri dan Persekutuan. Dengan ini saya ingin mencadangkan, supaya kerajaan memperkukuhkan lagi sektor pertanian dengan menggandakan usaha R&D serta menyelaras agenda dan program yang sedang dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Pertanian dan Industri Asas Tani di peringkat negeri yang sedia ada. Saya berkeyakinan bahawa UniSHAMS, boleh dimanfaatkan sebagai penggerak utama, di mana pada akhirnya Insya-Allah akan terbangun sebuah fakulti pertanian di UniSHAMS, Insya-Allah.

Yang Berhormat Speaker, seperti yang telah disebutkan oleh rakan-rakan bahawa 43% sumbangan Kedah kepada keperluan beras negara adalah tidak berbaloi jika diukur dengan saiz keluasan 83,999 hektar tanah bendang, yang disediakan untuk tanaman padi. Ketidakberbaloinya hasil ini, berlaku disebabkan oleh banyak faktor, antaranya ialah disebabkan oleh 3S iaitu Sistem, Sekatan dan Sikap. Yang paling nyata dan sangat tak patut ialah pengekalan sistem yang diwarisi sejak berkurun-kurun. Di mana kapitalis penindas yang mengikat para petani yang membanting tulang, memerah keringat, bekerja untuk mengkayakan golongan ini sejak ratusan tahun.

Jadi, kalaulah tidak kerana melangkaui bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, nescaya saya amat menyokong apa yang dicadangkan oleh YB. Kota Siputeh dan juga YB. Kuala Kedah. Maaf! Apa nama ni, YB. Anak Bukit, Kuala Kedah pula. Dicadangkan oleh mereka supaya Kerajaan Negeri tubuh satu lembaga penyiasat yang bebas, yang berfungsi sepertimana Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan peruntukan khusus di bawah Enakmen bagi menyiasat sampai ke akar umbi akan punca keadaan yang sebenar yang berlaku dan cara-cara mengatasinya.

Sebab sekarang ni kita buat apa nama ni secara mendatar, tidak kepada akar umbi. Seratus tahun lagi pun akan bangkit soal subsidi, akan bangkit soal baja, akan bangkit soal benih tapi soal pokok yang menyebabkan benda itu berlaku kita tak sentuh langsung. Jadi, kita perlu sampai kepada akar umbinya untuk mengatasi ini. Jadi, untuk menyelesaikan masalah yang berakar umbi ini, kita perlu kepada political wing, ha itu yang mustahak itu.

Kita perlu kepada punca kuasa, kita perlu kepada ilmu, kita perlu kepada pengalaman, kita perlu kepada pengetahuan, kita perlu kepada sokongan, juga kesedaran rakyat dan yang tidak kurang penting juga ialah kita perlu kepada wira-wira yang berani tampil untuk bulldoze segala halangan, kekangan, yang merintangi usaha-usaha, perubahan-perubahan yang hendak kita lakukan. Ini soal pokok dia, 100 tahun lagi pun kalau kita bincang masalah pertanian hanya menyentuh soal-soal yang ranting-ranting, maka petani-petani kita sampai kiamat pun duk tara tulah tak akan berubah. Yang Berhormat Speaker, saya amat optimis bahawa perubahan-perubahan begini, boleh berlaku sekiranya kita mahu melakukannya.

Manjadda Wajada, Mantolaba jalaba, Mansara Ala Darbi Wasola

Maksudnya: “Siapa yang bersungguh dia dapat, siapa yang menuntut dia akan memperolehi, dan siapa yang berjalan diatas landasan dia akan sampai”.

Ini kita berjalan tak ikut landasan, duk turun dalam bendang saja. Mana boleh laju berjalan dalam bendang. YB. Tuan Speaker…. (YB. Tokai minta laluan)

YB. Kupang! Nak celah sikit, boleh?

Speaker

YB. Kupang! Bagi laluan pada YB. Tokai, boleh?

Speaker

Silakan YB. Tokai!

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB. Kupang. Bila kita sebut tentang padi dan kita maklum sejak tok nenek kita dululah nah, pagi ini menjadi sebahagian daripada hidup kita. Tetapi kalau dulu kita tengok, depa tanam padi dari segi benih buat sendiri, musuh amat kurang, dari segi musuh apa inilah. Sekarang ni dengan apa padi angin disebut tadi dengan keladi agas disebut oleh YB. Guar Chempedak tadi dan berbagai-bagai masalah padi. Kemudian keluar pula bermacam-macam baja dan juga racun. Jadi, macam satu apa jawatankuasa macam RCI yang dicadangkan oleh YB. Kupang tadi ni saya rasa perlu segera kita laksanakan supaya ke akar umbi ni kita boleh kaji. Kalau dikatakan benih sah, tapi tiga kali tabur tak tumbuh lagi sah macam mana. Kemudian kalau kata racun ni berkesan sebab apa, bila buh racun ini, jenis musuh yang lain pula yang datang. Adakah ada unsur-unsur di bawah nu di sebalik karpet tu yang sedang menyediakan benih-benih dan musuh tanaman kepada petani-petani kita? Jadi, depa keluarkan racun. Jadi inilah mungkin kartel-kartel yang sedang berleluasa ini untuk memiskinkan terus petani-petani kita. Setuju tak YB. Kupang dengan idea saya ni? Terima kasih.

Speaker

Okay! Terima kasih YB. Tokai, teruskan YB. Kupang!

Yang Berhormat Speaker, memang saya amat bersetuju sebab itu saya kata dalam tiga sebab yang berlaku tu pertama sistem, yang keduanya sekatan. Sekatan ini ialah antaranya ialah akta-akta yang ada mengenai benih dan sebagainya. Ini menyekat daripada petani untuk bergerak maju, ini perlu di dibanteraskan, Insya-Allah. Yang Berhormat Speaker, saya amat optimis bahawa apa yang saya sebutkan tadi iaitu:

Manjadda Wajada, Mantolaba jalaba, Mansara Ala Darbi Wasola

(dengan izin) itu pepatah Arab Tuan Speaker. Lebih-lebih lagi saya optimis perubahan ini boleh berlaku sewaktu Kedah di bawah kepimpinan YAB. Jeneri, kerana setakat ini, kita tidak hilang fokus, setakat ini kita berjiwa besar, kita sedang memburu kebenaran, di mana kebenaran maka kita akan cari di mana dia. Sebab itu soal Pulau Pinang, soal sejarah Kedah, sekarang ini kerajaan sedang berusaha untuk mengenal kembali, melihat dokumen-dokumen yang mencecah ribu-ribuan yang ada di perpustakaan di Eropah sedang diterokai untuk menentukan apa sebenarnya sejarah Kedah yang berlalu sejak berkurun-kurun, di mana penjajah telah menyekat kita dan telah membohongi kita itu.

Jadi Yang Berhormat Speaker, kita perlulah kepada perkara-perkara untuk memburu kebenaran ini. Jadi saya harap semua Ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan ini supaya berganding bahu untuk kita letakkan asas yang di mana kita perlu mencari kebenaran dan mengembalikan perjalanan kita itu di atas landasan kebenaran.

Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menyentuh sedikit lah, perkara-perkara yang dibangkitkan oleh teman-teman kita semalam iaitu semenjak dua menjak yang kita sering dengar berita sedih dan menyayatkan hati. Berita anak-anak di sekolah dijangkiti wabak sosial, rogol, buli, bunuh, gantung diri. Yang gantung diri itu tuan-tuan sekalian saya nak tergelak juga berlaku di kawasan saya, dua tiga hari kelmarin dia menikah hari Jumaat, kenduri hari Sabtu, hari Ahad gantung diri, dan kes ini sedang disiasat oleh polis. Wallahualam, sebabnya kemurungan dan sebagainya lah.

Jadi Tuan Speaker, bila kita lihat kepada masalah yang sedang berlaku di negara kita ini dalam semua aspek, sesekali kita nampak macam ada yang tak kena saja bernaung di bawah Kerajaan Madani ini terutama kementerian pendidikan. Jadi kira-kira kalau macam tulah gayanya, elok kalau mereka ini hayati kata-kata bidalan melayu, “Pokok kalau tak pandai menari, biar angin sahaja yang mengajarnya”. Jadi, Pakatan Harapan (PH) kalau tak pandai memerintah, biar Perikatan Nasional (PN) saja yang menggantikannya (mendapt sorakan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat). Kita perhatikan tindakan Kerajaan Madani ini buat kata pepatah, “Tinggi rumput dari padi, tinggi kadut dari sirih, bila bercakap ada janji, bila dituntut habis terlondeh”.

Yang Berhormat Speaker, selain daripada isi perbahasan ini yang saya sebut di atas, sedikit komen mengenai dengan Perjanjian Timbal Balas dengan Amerika.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

YB. Tuan Speaker!

Speaker

YB. Tanjung Dawai minta laluan!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Tuan Speaker. Saya tak mahu bangkitkan berkaitan dengan ADUN tak boleh masuk sekolah. Walaupun kita tak boleh masuk sekolah, tapi bantuan kita sampai tetap sampai. Saya nak tanya berkaitan dengan sekarang ni PPD ataupun JPN yang duk pantau guru. Guru, yang ramai dikenakan tindakan pasal komen-komen depa dalam Facebook sedangkan komen tu komen peribadi, depa dikenakan tindakan. Hari ini ada kawan saya, kawan baik saya tu, kena di Penang. Menteri Besar kita kalau di Kedah ni, waktu kerja, kerja, lepas pukul 5.00 terserah, naik pentas ka, nak bercakap apa politik tu hak peribadi, tapi kerajaan hari ini berbeza. Apa pandangan YB. Kupang?

Saya kira itu adalah salah satu daripada gejala yang perlu kita selesaikan. Di mana kadang-kadang kita lihat bahawa campur tangan politik terlalu banyak di dalam pengurusan pendidikan dan sebagainya dan ini adalah satu daripada tanda umat yang tidak tamadun, tuan-tuan sekali.

Guru-guru tak boleh main peranan, jegil sikit kena marah, sikit-sikit kena ambil tindakan, kesian guru-guru, niat bagus, kerja bagus, nak didik anak-anak, tiba-tiba kena naik turun mahkamah. Ini adalah suatu budaya yang pelik tak pernah berlaku lah, dalam dunia, kecuali di Malaysia kut, saya rasa gitu lah. Ini adalah satu perkara yang perlu dibanteraskan dan perlu dapat kesedaran daripada semua pihak.

Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada perbahasan di atas, sedikit komen mengenai Perjanjian Timbal Balas dengan Amerika yang menjadi isu besar negara waktu ini. Jadi, dengan termeterainya perjanjian timbal balas ini, berlakulah apa yang disebut sebagai confuse and control’’. Kalau dulu pihak penjajah menggunakan taktik divide and roll tapi sekarang ni Amerika menggunakan confuse and control. Jadi oleh itu, Malaysia kini tuan-tuan sekalian, khususnya Perdana Menteri Ke-10 (PMX) ibarat orang yang tertelan ikan puyu. Telan ikan puyu ni tuan-tuan sekalian, ikan puyu hidup, dia tertelan, jadi bayangkan. Jadi, kalau Kota Darul Aman ka nak cuba try tengoklah, balik telan ikan puyu, macam mana cerita. Peritnya kalau ikan puyu duk di kerongkong. Jadi kita sekarang Malaysia macam itulah, macam tulah ikan puyu, galak pi tandatangan, jadi tercekiklah kita sekarang ni. Nak luah tak boleh, nak telan tak boleh, jadi ikan puyu duk kelupur dalam kerongkong kita, haa.. mampuih, tuan-tuan sekalian.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya kira sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, suka saya panjangkan sedikitlah, masalah-masalah di kawasan saya. Jadi, dalam kunjungan saya di pejabat-pejabat penghulu, mukim-mukim di bawah DUN Kupang ini. Penghulu ni kerja seorang-seorang, kerani tak dak, jadi mana ada jabatan ataupun pejabat yang tak ada kerani tuan-tuan sekalian, dia kena ada penolong, jadi dialah seorang-seorang. Pejabat hebat, ada kemudahan-kemudahan tapi duduk seorang-seorang dia, kalau kita tak pi melawat duduk seorang.

Jadi, kesianlah saya harap kerajaan mempertimbangkan supaya mewujudkan paling tidak kerani, kalau pun tidak penolong penuh penghulu, kerani pun cukup untuk membantu pengurusan yang cukup banyak yang dihadapi oleh para penghulu kita ini. Dan sebelum itu saya ada pantun sikit lah.

Usah dihairan lontaran pembangkang, Itu hanya suara katak tepi longkang, Bunyi bising waktu hujan, Perjanjian dua hala nak lingkup negara tak pula dibincangkan dan dibimbangkan, Sedang akibatnya amat menakutkan. Hilang isi bumi hilang kedaulatan, Apa yang kita cadangkan langsung tak mahu faham.

Jadi sekarang sekadar itu, saya memohon untuk menyokong cadangan Belanjawan 2026 yang dibentangkan. Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Kupang! Oh, yang tadi tu pantun eh? Saya pun tak tau berapa kerat pantun tu. Tapi tak apalah dia kata pantun, kita pantun lah. Jadi, seterusnya saya menjemput pembahas yang terakhir, saya menjemput YB. Lunas, Dipersilakan!

Speaker

Minta maaf ada yang tertinggal. Boleh duduk sat boleh? YB. Bukit Pinang dipersilakan! Minta maaf.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah Wasolatu Wassalamu Ala Rasulillah Waman Tabi'ahum Biihsani Ilayyumiddin. Qhola Rabbi Shrahli Sodri Wa Yassirli Amri Wahlul Uqdatan Millisani Yafqahu Qauli. Firman allahu ta'ala, Auzubillah minashaitan nirajeem:

ِوَٱلْعَصْر ١ ٍإِنَّ ٱْلِْنسَـٰنَ لَفِى خُسْر ٢ ِإَِلَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْ ا۟ بِٱلْحَق ِ وَتَوَاصَوْ ا۟ بِٱلصَّبْر ٣

Kata Allah, “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan perkara yang benar dengan penuh kesabaran”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Datuk Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Sidam, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berbahagia dikasihi Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan, serta wrtawan dan pemerhati yang dihormati sekalian.

Yang Berhormat Speaker,

Dari Dewan Wisma Darul Aman ke Batu 13, Singgah sebentar makan Nasi Kandar Al-Baik, Sepanjang sidang Dewan sejak 2013, Inilah bajet yang paling baik bagi saya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam penelitian saya, Bajet 2026 adalah bajet yang terbaik. Tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar daripada Yang Berhormat Jeneri, di mana beliau telah membentang bajet mengambil masa hampir 1 jam setengah, dengan penuh confident dan komitmen bagi memastikan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Semua Bajet 2026, Yang Amat Berhormat telah meletakkan 4 Strategi, 14 Fokus dan 40 Inisiatif, 198 Bilangan dan 88 muka surat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, tahniah dan syabas, bermula daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’-Dato’ dan semua lah kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Tanpa kerjasama semua pihak, saya yakin Bajet 2026 takkan tercapai. Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar meletakkan anggaran hasil RM83 juta.

Saya bersyukur dan ucapan jutaan terima kasih dalam Bajet 2026, akan meneruskan Aspirasi Kedah Sejahtera peruntukan ADUN RM16.6 juta disediakan, peruntukan Ahli Parlimen RM50,000 dan setahun RM700,000, peruntukan RM10.3 juta untuk merangka mendekatkan jurang antara rakyat dan kerajaan, kita boleh semak dalam muka surat 55. Bantuan khairat kematian, i-Kafalah, bantuan RM500 seorang, waris telah mendapat sebanyak 6,017 orang kematian dan waris menerima RM3.8 juta, RM500 ringgit. Dalam DUN Bukit Pinang, 132 orang RM86,000 termasuk lah semua DUN, kita boleh semak dalam jawapan bertulis iaitu muka surat 25, DUN Sidam pun dapat, DUN Kota Darul Aman pun dapat, DUN Bakar Arang pun dapat, tak terpinggir. Termasuk lah semua DUN. Lembaga Maktab Mahmud RM42 juta Bajet 2026, meningkat RM6 juta daripada Bajet 2025. Bantuan Sekolah Agama Rakyat, Tadika Islam Negeri dan KAFA, peruntukan RM26.8 juta. Bantuan kepada Sekolah Kebangsaan Cina dan Sekolah Kebangsaan Tamil muka surat 60 iaitu RM300 ribu yang dipohon supaya ditambah, Insya-Allah, saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, orang yang prihatin dan sentimental.

Yang Berhormat Tuan Speaker, bantuan kepada pelajar-pelajar melalui Tabung Tengku Mahmud (TTM), seramai 4,884 pelajar yang dapat manfaat, RM7.71 juta, muka surat 61, kita boleh tengok dalam bajet. DUN Bukit Pinang terdapat 139 pelajar, dengan jumlah RM221,577 dalam buku jawapan bertulis iaitu muka surat 29, semua DUN dapat, termasuk DUN pembangkang. Dalam bajet ini juga, Bukit Pinang mohon pertimbangkan semula iaitu, P04 dan ADUN sebelum ini kita pernah dapat, kita pun dikembalikan semula, supaya senang ADUN-ADUN dapat melaksanakan tugas apabila berlakunya emergency. Sudahlah kita ADUN pembangkang sekarang ini daripada Kerajaan Pusat, dulu kita telah dapat RM300 ribu setiap ADUN daripada ICU, tetapi ditarik balik oleh Kerajaan MADANI yang tidak ikut prinsip Islam yang sebenarnya.

Kalau lah mengikut prinsip Islam, MADANI ini mestilah keadilan, keseluruhan rakyat, sebab itulah kita amatlah mendukacita lah dengan keadaan yang berlaku pada hari ini, mungkin musibah Allah Ta’ala kita tak sedar. Oleh kerana kerajaan yang tidak prihatin kepada rakyat, tidak prihatin pada Kerajaan Negeri, inilah puncanya Allah Ta'ala telah menurun musibah. Kita tidak pernah melihat berlakunya musibah besar iaitu anggota bomba mati ramai-ramai accident, pelajar sekolah mati ramai sebuah bas, berlakunya rogol bergilir-gilir dalam sekolah, tak pernah berlaku empat orang bergilir-gilir, tak pernah berlaku sebelum ini. Telah berlaku pembunuhan dalam bilik air, pelajar menikam, ibu pelajar mengatakan 200 tikaman. Inilah musibah Allah Ta’ala bagi kepada kita oleh kerana pemimpin yang tidak adil, pemimpin yang melanggar prinsip Islam, walaupun mereka tekankan MADANI, tetapi yang sebenarnya bukan MADANI, prinsip Islam mesti melakukan kasih sayang, menghormati di antara satu sama lain, inilah yang kita hendak, kita pohon supaya Kerajaan Pusat mestilah memberi perhatian seseriousnya, apabila kita meletakkan dasar Kerajaan Negeri, The Greater Kedah.

Tapi kita lihat sekarang ni, (PMX) Yang Berhormat Perdana Menteri cakapnya tak serupa bikin, sepatutnyalah, dengan beliau orang yang segak, cantik, remaja, walaupun umur dah banyak tapi masih remaja. Saya amat kagumlah apabila jalan pun cergas, turun kapal terbang berlari, cantik, Alhamdulillah, saya amat kagum dengan Yang Berhormat Perdana Menteri, walaupun berumur, tapi anggotanya seperti muda. Tapi janganlah, sikap kita tidak sepertimana percakapan kita.

Itulah, satu lagi saya minta, YB. Kota Darul Aman kalau nak buat kenyataan-kenyataan, nak menikam Kerajaan Negeri, saya amat prihatin, amat kagumlah dengan Datuk Bandar sekarang, secara telus terbuka untuk complain bantahan, inilah seorang pemimpin yang sanggup menerima risiko, berlapang dada. Tapi kita kena ingat, masa yang sama juga Kerajaan Negeri lain, Kerajaan Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Sembilan, Kerajaan Johor, Kerajaan Selangor, Kerajaan Melaka, semua naik cukai tanah! Suka naik cukai-cukai. Tapi YB. Kota Darul Aman kata apa? Sengap, bisu, seribu bahasa. Kita sebagai rakyat Kedah, mestilah memberi komitmen terhadap Kerajaan Negeri. Kerajaan nak buat baik, kita tiba-tiba masa yang sama, seolah-olah kita tak bagi sokongan, kalau kita sebagai rakyat Negeri Kedah, kita sebagai YB. tak bagi sokongan, mana mungkin Bajet 2026 akan tercapai.

Saya sekali lagi lah, saya amat kagum lah, YAB. Menteri Besar Kedah ni orang yang sentimental saya tengok, sehingga muka surat 36 dalam buku bajet, dapatan atas talian Bajet 2026, saya angkat jutaan terima kasihlah, jalan DUN Bukit Pinang iaitu di Kampung Alor Setoi, Mukim Tajar seperti dicadangkan oleh Puan Siti Aisyah, untuk memberi jalan baik pulih seelok-eloknya. Saya nak kena pi risik juga ni, walaupun dalam DUN saya, Yang Amat Berhormat prihatin dengan permohonan dalam talian oleh Puan Siti Aisyah ni, sama ada puan atau cik saya nak kena risik juga ni. Tapi saya amat-amat bangkanglah kalau YAB. ada niat-niat yang lain tapi saya tidak mungkin, YAB. kita orangnya telus. Inilah prihatinnya YAB. Menteri Besar, sehingga dalam permohonan dalam talian pun beliau ambil kira untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Inilah seorang pemimpin yang berlapang dada sepertimana Datuk Bandar ni. Sebab itulah saya sebagai ADUN, satu lagi saya minta lah perhatian…(YB. Sidam mencelah)

Boleh mencelah?

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Nak celah-celah, masa seminit saja lagi, nak gulung dah…

Boleh tambah 1 minit kut...

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Ya sila, takpa, saya bagi lah.

Baik, terima kasih YB. Bukit Pinang, terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya cuma nak memperbetulkan fakta saja lah seperti yang YB. Bukit Pinang kata tadi, kami tak sokong. Sebenarnya saya mendengar apa yang YB. Kota Darul Aman kata tadi, kami pun menyokong mengikut keperluan daripada MBAS, di mana kalau tak ada duit macam mana nak bergerak kan? Jadi, apa yang disampaikan oleh YB. Kota Darul Aman tadi ialah kenaikan itu berperingkat-peringkat, bukan satu kali lompat naik, tapi naik pelan-pelan, tak mengejutkan. Itu saja, terima kasih YB. Bukit Pinang.

Dato’ Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih YB. Sidam. Okay, saya terima dengan lapang dada lah sepertimana Datuk Bandar. Datuk Bandar saya kagum, bila dengar Datuk Bandar bagi jawapan dalam TikTok… Sila, sila, nak buat bantahan sila, itulah seorang pemimpin yang, walaupun tak popular, tapi inilah hakikat yang sebenarnya.

Dan satu lagi, saya nak pohon jugalah supaya jalan daripada simpang Hutan Kampung ke Airport, kalau tak silap saya, memang Exco pun telah menjelaskan, Kerajaan Pusat telah lulus, tapi dah lama sangat. Sebab pengambilan tanah tu dah ambil bertahun-tahun, saya ingat semasa saya jadi Exco, saya menjadi ADUN 2013 dulu kut tak silap saya, jalan tu telah diluluskan RM150 juta dan pihak JKR pun telah hantar surat kata kementerian telah lulus RM150 juta, untuk diupgradekan jalan itu. Kalau tak upgrade sampai sekarang, sehingga penduduk-penduduk, dengan market ikan di situ dan juga buka pasar malam hari Rabu malam. Bila hujan lebat saja, masalah, parit memang tak ada tapi kalau diupgradekan jalan, saya yakin dekat jalan tu air boleh pi ke kiri kanan longkang, iaitu 5 kaki, bila dah upgradekan. Tapi kalau ikut saya, memang Exco kata dah nak buat, tapi bila orang, tapi saya minta pohonlah, supaya bila Exco jumpa Kerajaan Pusat, mohon bagi perhatian yang serius, sebab benda tu dah diluluskan lama kalau tak silap saya pada tahun 2014. Ppihak Exco Kerajaan Negeri telah jawab dan luluskan di DUN Bukit Pinang tapi dibawa pada kawasan lain, saya tak mahu sebutlah kawasan mana, duit tu dibawa ke kawasan lain.

Yang keduanya, iaitu jalan ke Masjid Teluk. Teluk tu jalan memang dulu memang, pasal korek jalan nak buh kok besar untuk SADA, tapi dah diturap banyak kali dah, tapi masih dalam keadaan yang sama. Saya bila rakyat kata, sampai duk hantar WhatsApp, kita kadang-kadang baca pun letih juga, bukan letih apa, sampai dia kata “YB. tak pernah turun jalan, kan mailah tengok, turun”, sedangkan kita duk turun hari-hari jalan tu, kita duk turun hari-hari dah memang laluan kita, memang kita nak pi bantu rakyat, duok turun hari-hari. Tapi dia kata, “YB. ni tak pernah turun padang”, bila depa sebut YB. tak pernah turun padang ni, kita ni tuhan saja bagi mengetahui bila berlakunya banjir ni, kadang tak tidur malam.

Saya ucap tahniah dan syabas kepada DO Pokok Sena. Banjir di kawasan Pokok Sena ni berlaku, di kawasan lain tak pernah berlaku, banjir yang pertama ni DUN Bukit Pinang dan Bukit Lada saja berlaku, sehingga seperti kata DUN Bukit Lada hampir 400 buah rumah, DUN Bukit Pinang hampir 50 buah rumah kena pindah dan di kawasan…fasa kedua lah, baru terlibat dengan kawasan Pendang, Baling.

Walaupun orang baru yang pi ke Pokok Sena, tapi saya ingat Pokok Sena dia dapat DO yang cemerlang semua daripada dululah, Datuk Seri kita, Setiausaha Kerajaan Negeri kita daripada bekas DO Pokok Sena dan DO yang cergas dulu aktif dalam TikTok pun daripada Pokok Sena, yang telah pergi kepada Bandar Baharu, dan sekarang ni DO baru Pokok Sena pun TikTok, aii hebat juga... Tak TikTok pun kawan lain lah bila pi tengok DO turun tengok banjir tapi orang lain yang buat TikTok nya, dan bila buat TikTok nya DO Pokok Sena pun dapat nama, Alhamdulillah tahniah dan syabas, orangnya segak juga tapi masih ada yang punya lah (sambil ketawa). Saya ingat sekadar itulah yang saya dapat bahaskan Bajet 2026 dan menyokong penuh lah apa impian yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, Wabillahi Taufik, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Bukit Pinang. Saya yakin cara YB. Bukit Pinang minta tu, permohonan-permohonan YB. tu akan cepat diluluskan, sebab dia penuh berhemah. Jadi, untuk seterusnya selaku pembahas, saya jemput pembahas yang terakhir untuk sesi perbahasan kita. Dipersilakan YB. Lunas.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, summalhamdulillah wama taufiqi wa qusomi wa illa billah alaihi tawakaltu wailaihi munib, Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh, Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingat kena minta Yang Berhormat tambah masa, pasal tadi kesalahan, menyebabkan saya hilang banyak point, terkejut. Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Agensi, Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya, Tuan-tuan Puan-puan Rakyat Kedah yang dikasihi Allah sekalian. Alhamdulillah, pertama sekali kita syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa ta'ala, kerana dapat kita hadir sama-sama dalam program ataupun Sidang DUN sempena perbahasan Bajet Negeri Kedah 2026 yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Jeneri serta seluruh barisan pentadbiran Kerajaan Negeri di atas pembentangan Bajet 2026, yang bertemakan E.R.A.T SEJAHTERA. Tema ini amat bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan, memperkasakan rakyat dan memastikan pembangunan berjalan seimbang di seluruh negeri.

Walau bagaimanapun, dalam ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bakar Arang semalam, relax, jangan tengok saya, tengok depan (sambil ketawa)… okay, dia ada menyatakan bahawa Bajet Negeri Kedah ini, tidak lebih daripada bajet syok sendiri, dan ini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang wakil rakyat yang dipilih untuk rakyat. Sekiranya bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri itu ada kekurangan ataupun ada di mana-mana lompongan, langkah yang paling terbaik yang sepatutnya diberikan oleh YB. Bakar Arang ialah memberikan cadangan, itu cara, peranan yang sepatutnya dimainkan oleh wakil rakyat. Bukan menyatakan bajet ini sia-sia, kerana Yang Berhormat Bakar Arang kena ingat, bajet ini dirangka, disusun oleh Anggota Penjawat Awam Negeri Kedah, yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Barisan Exco dan juga Pegawai-pegawai terutama Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri. Bajet ini di deraf bukan dibuat di kedai tose Mutu Sami, bajet ini bukan ditulis di kedai makan Char Kon Choi, dan bukan ditulis di kedai Nasi Lemak Mak Minah Janda, tetapi dirangka dan dibuat dalam Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah untuk memberikan nikmat bertepatan dengan tema “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Jadi tindakan YB. Bakar Arang ini, memperkecilkan Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri dan memang lah layak Yang Amat Berhormat hanya boleh jadi pembangkang, dan Insya-Allah tidak akan jadi Kerajaan Negeri Kedah! Jangan marah YB. Bakar Arang, satgi saya bagi, saya tahu dia nak tanya tu.

Baik, sebab itu saya ada satu benda yang saya belajar daripada Yang Amat Berhormat Jeneri. Dia kata, “kalau benda tu baik dan benar, datanglah daripada mana-mana pihak pun kita kena kata baik, kalau benda tu tak baik walaupun daripada geng kita, kelompok kita, kita tetap kena kata tak baik”. Saya melihat juga kalau mengambil kira pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat PMX (Perdana Menteri Malaysia), ada perkara yang saya setuju dan ada benda yang saya tak setuju, tapi saya tidak mengeluarkan kenyataan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat PMX itu sia-sia, kerana ada bahagian-bahagian, part-part yang dibentangkan tu membawa nikmat untuk rakyat. Dalam konteks Negeri Kedah juga, YB. Bakar Arang, YB. Kota Darul Aman, dan YB. Sidam sepatutnya melihat dalam skop yang lebih luas. Apa benda yang dibuat oleh Kerajaan Negeri, yang membawa nikmat untuk rakyat Negeri Kedah, sewajarnya diberikan sokongan dan dokongan. Itu barulah Yang Berhormat menjadi pembangkang yang terbaik, yang boleh rakyat di bawah sokong dan bagi undi lagi, ini Yang Berhormat boleh kata bajet ini syok sendiri. Tak ada siapa masuk dalam Dewan ni buat bajet syok sendiri, Yang Berhormat. Saya tak tau kut-kut tiga-tiga Yang Berhormat daripada pembangkang jadi wakil rakyat sebab syok sendiri. Harapnya tidak begitu.

Yang Berhormat Speaker…. (YB. Tokai mencelah)

YB. Lunas…

Ya, sila YB. Tokai.

Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Lunas. Kalaulah macam tu, boleh tak kita katakan, YB. Bakar Arang yang mengeluarkan bajet syok sendiri ni, katakan dia ni seolah-olah menghina pegawai-pegawai ataupun kakitangan kerajaan yang bertungkus lumus siang malam, menyediakan bajet untuk 2026 ni?

Terima kasih YB. Tokai. Saya setuju dengan apa yang dinyatakan YB. Tokai, sebab kita tidak boleh memperkecilkan peranan dan sumbangan penjawat awam. Kalau bertukar kerajaan di mana-mana sekali pun, yang akan jadi penjawat awam, yang akan mengikut kerajaan, government of the day, adalah penjawat awam yang sama. Jadi takkan esok, kalaulah, tapi saya harap tak jadilah, Pakatan Harapan (PH) nak perintah Kedah ni, dengan ‘honggaq’ lah ‘senget’ lah apa semua ni, kalau esok diorang nak perintah Kedah takkan dia nak buang semua penjawat awam ni! Saya rasa tak akan, sebab inilah barisan penjawat awam terbaik yang dah merangka pelbagai program sehingga terlaksananya bajet-bajet tahun-tahun sebelum dan sampai tahun ni kita dapat surplus. Tahniah kepada penjawat awam Negeri Kedah!

Yang kedua saya sentuh sikit, Yang Berhormat Tuan Speaker berkenaan dengan kenaikan cukai pintu. Cara YB. Kota Darul Aman menghentam Kerajaan Negeri seolah-olah macam kita ni, kalau Bahasa Jerman dia panggil “buta perut”, seolah-olah macam kita ni tak reti apa, asalkan bentang, naik, Datuk Bandar Alor Setar bentang wah 800, 900 peratus semua naik. Tak berlaku begitu, dengarlah bagi habis dulu, apa benda yang nak dibentangkan. Bila dah Datuk Bandar bentangkan benda tu, kita ada sesi terbuka untuk bantahan awam. Walaupun dimaklumkan lebih daripada 28,000 bantahan awam dihantar ke pejabat Datuk Bandar, Datuk Bandar pun dah duduk pakai kerusi kecik penuh bilik dia, semua pakat hantar bantahan, dan ada yang hantar sampai lapan kali, punya nak habaq kata membantah. Tak apa, itu ruang hak yang diberikan, tak salah pun untuk buat bantahan, dan di situ dia akan buat penilaian sebelum dibentangkan semula dan kalau Kerajaan Negeri bersetuju baru dinaikkan.

Saya ambil satu lagi contoh yang baik dibuat oleh Majlis Perbandaran Kulim, Dato’ YDP pun ada di sini. Sebelum kita nak naikkan ataupun buat apa-apa pelarasan melalui cukai, kita buat sesi libat urus dulu, Yang Berhormat Kuala Ketil pun hadir, Yang Berhormat Merbau Pulas pun hadir, Yang Berhormat Kulim saya tak pasti, dia hantar wakil, dia ada di luar negara, urusan tugas-tugas rasmi, dan dalam tu kita panggil semua wakil-wakil daripada parti politik, parti Yang Berhormat pun ada, daripada DAP, PKR pun ada dan parti-parti lain pun ada, wakil-wakil daripada NGO ada, media, tak kira surat khabar Tamil ka, surat khabar Cina ka, surat khabar Melayu semua kita panggil untuk membuat pembentangan bagi mereka melihat adakah sebarang kenaikan tersebut membebankan rakyat, dan Alhamdulillah saya dimaklumkan oleh Dato’ YDP setakat hari ini, Majlis Bandaran Kulim, kita baru terima 98 bantahan. Tak ada orang yang seronok-seronok nak naik cukai, orang gila pun dia tak naik cukai. Tapi ada keperluan-keperluan mendesak yang mana kita kena semak balik, ada Kulim sampai 40 tahun tak naik. Kalau kata baru beranak sampai umur saya ni, tak pernah naik… (YB. Belantek mencelah)

YB. Lunas…mohon mencelah.

Ya, sila YB. Belantek.

Urmmm…adakah dalam pengetahuan YB. Lunas bahawa kadar cukai baru telah dibuat oleh Negeri Johor pada 2019, Pahang pada 2020 dan Melaka pada 2024, manakala Pulau Pinang dan Perlis akan mula berkuat kuasa pada 2026? Terima kasih YB. Lunas.

Terima kasih Yang Berhormat Belantek. Ya betul, tapi pasal yang tu yang naik tu negeri hat geng depa. Bila negeri geng depa hat naik, naik pi berapa pun, 800 peratus pun, ada telinga, pekakkan, ada perut, kasi buta. Pasai, sama geng. Sebab tu saya daripada awal saya tegaskan tadi, kalau ada benda yang baik datang daripada siapa pun kita setuju, kalau tak baik geng kita pun kita kena kata tak betul. Ni jiran kita ni Pulau Pinang yang kita nak ambil balik…(YB. Kota Darul Aman minta laluan)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker…

Nanti sat YB. Kota Darul Aman, tadi pun dia kalut tak bagi saya. Tapi saya jangan risau, kita akan bagi, saya professional jangan risau, you salah jawab saya balun ja.

Baik, negeri sebelah kita ni yang kita nak ambil balik ni, kita punya Pulau Pinang ni, dia naikkan cukai daripada 26% sampai 200%. Saya tak dengar pula ada dibuka untuk bantahan awam, ataupun diberi ruang untuk rakyat membantah, diaaaammm saja, pekak seribu bahasa, esok Januari, naik! Jadi kalau Yang Berhormat Kota Darul Aman dengan YB. Bakar Arang tak bersetuju, saya minta penggal depan bertandinglah di Pulau Pinang, jangan bertanding di Kedah, ganti yang faham mai ke Kedah ni. Boleh kut? Baik. Yang Berhormat Tuan Speaker… (YB. Kota Siputeh minta laluan)

Yang Berhormat Tuan Speaker…

Ya…sila.

Yang Berhormat Tuan Speaker, adakah YB. Lunas bersetuju bahawa bilamana pihak Kerajaan Negeri nak minta tuntut RM200 juta sebab tadi ada sentuh Pulau Pinang na, minta RM200 juta, lepas tu kita minta tuntut untuk naikkan harga cukai dan sebagainya ni, daripada itu bolehlah kita naik tambah bagi peruntukan kepada sekolah Cina, kita boleh bagi macam-macam lagi kepada rakyat Negeri Kedah betul dak, kan? Tapi, semua benda depa nak bangkang. Lagu mana tu Yang Berhormat Lunas?

Terima kasih Yang Berhormat Kota Siputeh. Yalah, bangkang punya bangkang jadi bengkang tau. Baik, saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Siputeh berkenaan dengan tuntutan kita tu RM200 juta. Tapi agak peliklah, sewa negeri orang, ambik negeri orang, kita tuan tanah, kita terpulanglah nak naik sewa berapa pun. Tiba-tiba depa tak mahu bayar. Ini dah jadi terbalik pulak. Macam kita ada rumah, kita bagi orang tu sewa RM100 sebulan, tiba-tiba kita kata la ni aku nak RM200, mau, tak mau? Tak mau keluar! Ini dia pula tekan kita, “oh! Tak boleh, ni semua tak boleh, kena ikut perjanjian asal”. Ini dia dipanggilkan pelik, Kerajaan Pulau Pinang dah jadi “Kerajaan Dua Alam”. Baik, kemudian berkenaan dengan peruntukan Ahli Parlimen. Saya sebenarnya saya tak berminat pun nak jawab sangat pasal benda ni sebab itu atas kemampuan Kerajaan Negeri untuk membantu. Kerana kalau Ahli-ahli Parlimen kita tidak diberikan peruntukan, daripada awal mula jadi Ahli Parlimen sampai sekarang tak boleh bagi peruntukan, lepas tu mereka hasut di bawah pula bagitahu kepada rakyat, “inilah nak jadi wakil rakyat peruntukan tak dak”. Kemudian YB. Kota Darul Aman kata, “pi lah jumpa PMX sign MoU”. You tau ka apa itu maksud MoU, apa itu deraf yang ada dalam MoU? Kalau you jadi wakil rakyat, diberikan syarat, ikat tangan you sampai you tak boleh bercakap, mulut you suruh diam, bagi you angkat duit, you mau kah? Mesti tak mau. Sebab tu keseluruhan Ahli-ahli Parlimen kita daripada Perikatan Nasional tak mau terima MoU tu. Siapa tak mau duit? Semua orang buat duit. Tapi kalau syarat yang mengikat tu sampai menjerut kita, dah tentu kita tidak akan bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Jadi Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada pentadbiran Jeneri yang memberikan juga peruntukan RM50,000 satu Ahli Parlimen. Bolehlah mereka, kos pejabat ka, kos kerani ka, boleh la dari segi pentadbiran kan sebelum kita ambil alih kerajaan di Putrajaya, insya-Allah Pilihan Raya Umum yang akan datang. Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau kita tengok daripada Bajet Negeri Kedah, sejumlah RM1.33 bilion diperuntukkan dan RM937 juta adalah dalam bentuk perbelanjaan mengurus dan RM491 juta dari segi pembangunan. Anggaran hasil negeri sebanyak RM838 juta pula menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang betul dan kukuh untuk menuju sasaran RM1 bilion pada tahun 2028. Dan apa yang paling membanggakan, yang ini mungkin YB. Sidang, YB. Bakar Arang dan YB. Kota Darul Aman tak mau mengaku ataupun malu nak mengaku, bahawasanya Kerajaan Negeri Kedah menerima sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara. Mau mengaku ka tak mau? Tak mau? Tak mau tak pa.

Ini tandanya Kerajaan Negeri ini mentadbir dengan baik, berdisiplin dan amanah dalam menguruskan soal hasil negeri dan rakyat. Tak ada lagi pun di kalangan pimpinan kerajaan yang ditangkap pecah amanah, di rumahnya berpuluh juta, songlap komisen, bak kata PMX, “sakau! Sakau! Sakau!” tak dak sakau sini. Alhamdulillah. Sebab itu kita boleh dapat sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara. Alhamdulillah. Saya minta Yang Amat Berhormat Jeneri teruskan pentadbiran yang baik bersama dengan barisan Exco dan juga anggota Kerajaan Negeri Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, bajet kali ini benar-benar menunjukkan keprihatinan rakyat terhadap kerajaan. Sebanyak RM25 juta disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan iaitu Beras Sejahtera. Terima kasih Yang Amat Berhormat Jeneri dan juga Yang Berhormat Merbau Pulas. Tambahan beras kepada YB. Bukit Selambau dan YB. Lunas. Tapi tambah pun, bodek pun, dia tak naik 500 set pun dia tambah 50 pun Alhamdulillah. Kami syukur. Bukan nak bising apa, cuma Alhamdulillah syukur. Kemudian bantuan pesakit luar, Bantuan Kesihatan Sejahtera. Maknanya RM25 juta ini hasil keprihatinan Kerajaan Negeri memberikan peruntukan tersebut termasuk yang menikmati rakyat di kawasan wakil-wakil rakyat daripada pembangkang. Berani atau tidak YB. Sidam dan YB. Kota Darul Aman dan YB. Bakar Arang pi bagitau dekat rakyat di kawasan, “Ini semua bajet yang sia-sia, jangan ambil, ini duit sia-sia.” Saya yakin, tak sampai habis penggal ni ketiga-tiga Yang Berhormat ni akan bertukar kerusi. Selain daripada itu, RM16.6 juta diberikan kepada ADUN-ADUN untuk bantuan segera di kawasan masing-masing. Nak cerita kata Kerajaan Negeri Kedah ni, bawah Yang Amat Berhormat Jeneri ni prihatin. Kita tak suruh pun ketiga-tiga wakil rakyat daripada pembangkang ni sign MoU, tak suruh jeruk tengkuk pun. Kena sokong kerajaan, tak sokong tak bagi bantuan, dak! Kita bagi juga. Itu tak berlaku di peringkat Persekutuan. Itu pun tak bagus situlah. Saya pun tak tahu dah nak harap wakil rakyat daripada tiga-tiga ni yang baik katakanlah baik, yang kurang baik buat teguran, betulkan, beri cadangan itu sebagai wakil rakyat yang baik. Dalam masa yang sama, saya juga menyokong peruntukan besar kepada pendidikan dan agama. Sebanyak RM42 juta diberikan kepada Lembaga Maktab Mahmud, RM26.5 juta dibagi kepada sekolah agama dan KAFA, dan RM12 juta elaun imam, siak dan bilal. Insya-Allah mungkin tahun depan dengan rezeki lebih lagi, mungkin Yang Amat Berhormat Jeneri boleh tambah lagi elaun kepada imam, bilal dan siak ini.

Yang Berhormat Speaker, dalam soal isu kemudahan asas seperti jalan raya, longkang dan bekalan air, ianya menjadi keperluan utama rakyat. Bajet 2026 menyediakan RM305 juta peruntukan MARRIS bagi penyelenggaraan jalan. Saya amat menghargai usaha ini kerana ianya memberi kesan yang langsung kepada kehidupan rakyat. Namun saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri terhadap keadaan jalan-jalan utama yang menghubungkan kawasan Lunas ke Kulim Hi-Tech. Jalan-jalan ni semakin sibuk dan padat setiap hari. Pekerja, pelajar, orang tempatan guna setiap hari. Sebab itu saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kedah memasukkan kerja-kerja pembesaran dan penyelenggaraan jalan utama menuju ke Kulim Hi-Tech sebagai keutamaan dalam perancangan MARRIS dan projek pembangunan akan datang. Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau kita ambil contoh laluan daripada Padang Serai ke Lunas yang menjadi nadi pergerakan harian penduduk dan industri, aliran trafiknya semakin tinggi. Keadaan jalan yang sempit dan ada sebahagiannya cepat rosak disebabkan ada kenderaan-kenderaan berat yang membawa lebih daripada muatan yang dibenarkan dan ia mengundang risiko keselamatan dan juga mengganggu ataupun melambatkan pertumbuhan ekonomi setempat. Kita faham High-Tech ini adalah antara benda yang diberikan perhatian yang utama oleh kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Kedah. Sebab itu kemudahan prasarana akses masuk keluar ke kawasan Kulim High-Tech ini perlu diberikan keutamaan oleh Kerajaan Negeri Kedah kerana prasarana infrastruktur yang lengkap akan memberikan kita kelebihan dari segi penawaran kepada pelabur asing untuk masuk dan melabur, khususnya di Negeri Kedah Darul Aman. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam masa yang sama kita juga perlu menjaga keseimbangan pembangunan dan kelestarian alam. Dalam Sidang DUN yang lepas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah bertitah supaya kita menjaga dan memelihara kelestarian alam. Justeru itu, saya mohon pihak kerajaan memberikan perhatian supaya aktiviti-aktiviti melibatkan kuari pasir perlu diteliti dengan terlebih dahulu, tidak diberikan kelulusan sebegitu mudah kepada kontraktor-kontraktor untuk menjalankan aktiviti melibatkan pengorekan pasir. Kerana di tempat saya sendiri, laluan Sungai Kulim itu ada dua syarikat yang beroperasi mengorek pasir, dan sikit sebanyak kesan daripada aktiviti tersebut menyebabkan sungai semakin melebar, tanah-tanah penduduk runtuh, dan ini mengundang masalah baru terutama kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Saya faham, Kerajaan Negeri memerlukan hasil untuk menjana pendapatan negeri, tetapi kita kena ingat cukai pasir yang kita letakkan kepada kontraktor itu mungkin kita dapat satu tapak RM200,000 atau RM300,000, tetapi musibah dan bencana yang disebabkan aktiviti tersebut menyebabkan kerugian jutaan ringgit. Dan mana yang lebih untung? Memelihara kelestarian alam ataupun membenarkan kontraktor-kontraktor ini mengaut keuntungan yang menyusahkan rakyat dan menyusahkan agensi kerajaan untuk mendapatkan peruntukan bagi menyelesaikan masalah rakyat yang saban hari mengadu, meluahkan perkara-perkara ini kepada wakil rakyat mereka masing-masing.

Speaker

YB. Lunas boleh buat penggulungan.

Sikit lagi YB. Tuan Speaker. Baik, ruang dan kesempatan ini juga saya ingin meminta ataupun mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri dan minta diberikan perhatian oleh JPS juga isu banjir yang melibatkan kawasan saya iaitu Kampung Batu Lima di belakang Taman Kancil. Isu ini dah belasan tahun, setiap tahun akan berlaku musibah banjir yang akan menyebabkan 24 keluarga, 24 rumah terpaksa berpindah ke surau berdekatan, Surau Taman Kancil. Isu ini tidak ada penyelesaian sejak daripada dulu sehingga sekarang. Saya faham, ada beberapa cadangan sebelum ini yang diberikan untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun ianya melibatkan kos yang sangat tinggi dan tidak mampu diselesaikan dalam waktu terdekat. Pernah dicadangkan untuk dibuat tebatan banjir tetapi kosnya ratus juta kerana ia melibatkan jajaran Sungai Kulim sampailah ke Sungai Perai. Yang kedua, ada juga cadangan untuk membina tebing kiri dan kanan sungai, namun kosnya juga tinggi, RM25 juta. Dan apa yang saya nak cadangkan dalam Dewan ini ialah untuk kita membina flood wall concrete seperti tembok yang tebalnya lebih kurang satu kaki dan panjang tembok tersebut antara 750 meter ke 800 meter dan kosnya sekitar RM2 juta sahaja. Dan ini mungkin boleh diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri bersama agensi seperti JPS dan ada tindakan diambil walaupun mungkin bukan dalam masa terdekat, tetapi sudah ada perancangan daripada pihak JPS untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Batu Lima, Lunas, belakang Taman Kancil.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sikiiiit lagi, tak banyak dah. Memandangkan kawasan High-Tech itu sebahagiannya Lunas dan DUN Merbau Pulas, ada perkara yang perlu diberi perhatian juga dan saya nak minta pihak Kerajaan Negeri memberi perhatian untuk menambah peruntukan khas kepada pihak JPS dan MPKK untuk meningkatkan penyelenggaraan longkang, parit besar secara berkala, dan ini juga boleh mengurangkan masalah banjir. Kalau kawasan kita itu terlibat dengan banjir, pelabur akan buat penilaian risiko sebelum dia nak labur. Kalau kawasan itu, kawasan akses nak pergi ke tempat dia itu banjir, tenggelam, sudah tentu mereka akan buat keputusan untuk mencari tempat yang lebih baik untuk membuat pelaburan.

Speaker

Okay, YB. Lunas boleh landing.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebab itu saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Elmi, Yang Dipertua Majlis Bandaraya Kulim, di atas beberapa kejayaan. Dan kejayaan ini juga adalah kejayaan warga MPKK, antaranya menjadi Naib Johan Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik Perbandaran Malaysia. Yang kedua, MPKK juga diiktiraf sebagai nombor satu Bandar Mampan Negeri Kedah dan Smart City Early Adopter 2025. Semoga prestasi cemerlang ini dapat dikekalkan dan menjadi contoh kepada PBT lain untuk memberikan khidmat yang lebih baik dan terbaik khususnya kepada rakyat di kawasan masing-masing. Yang berhormat Speaker, kesimpulannya, Bajet 2026 ini adalah bajet yang menyeluruh, realistik dan berpandangan jauh. Ia mengimbangkan antara pembangunan ekonomi, kebajikan rakyat dan penjagaan alam sekitar. Bajet 2026 ini memberikan harapan kepada rakyat Negeri Kedah dengan tema “Erat Sejahtera”. Ianya perlu diterjemahkan melalui tindakan, bukan sekadar slogan, erat hubungan kerajaan dengan rakyat, erat kerjasama antara agensi, erat semangat perpaduan dalam membangunkan negeri yang kita cintai. Saya percaya jika bajet ini dilaksanakan dengan baik, Kedah akan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negeri yang aman, maju dan makmur bukan sahaja untuk hari ini tetapi juga kepada generasi yang akan datang. Insya-Allah, dengan gabungan mantap kepimpinan yang ada, ditambah pula dengan kecekapan penjawat awam, tidak mustahil dalam tempoh lima, sepuluh tahun lagi Negeri Kedah akan menjadi sebuah negeri yang termaju di Malaysia dan seterusnya mengangkat martabat rakyat Negeri Kedah serta membawa rakyat keluar daripada masalah kemiskinan seterusnya menjadi model kepada negeri-negeri yang lain.

Dan kita juga negeri yang matang, sejahtera dari segi politiknya, melihat dengan bukan mata lalat tapi dengan mata lebah. Insya-Allah kerajaan yang baik, dipimpin oleh pemimpin yang baik, nikmatnya Allah akan bagi dengan hasil yang luar biasa dan kita dah nampak pada hari ini. Jadi setakat itu sahaja, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Handsome bergaya, memberi masa yang lebih. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T dan doa banyak-banyak negeri kita dalam lindungan serta dipermudahkan apa juga urusan dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat Negeri Kedah. ُوَالسََّلَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱَّلله ِ وَبَرَكَاتُه

Speaker

Terima kasih kepada YB. Lunas selaku pembahas terakhir kita. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

Sesi penggulungan oleh pihak kerajaan.

Sesi Penggulungan Oleh Pihak Kerajaan

Speaker

Untuk sesi penggulungan, saya menjemput Yang Berhormat Kulim. Dipersilakan.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Hebat perbahasan YB. Lunas tadi, ambil masa macam penggulungan Exco juga. Baik, Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan rakan-rakan media, seterusnya sidang hadirin yang saya kasihi sekalian. Salam sejahtera, selamat tengah hari dan salam Kedah Sejahtera Nimat Untuk Semua. Ta jia hao, jung hao, vanakkam, sawadee khap. Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kerana kita dapat bersama-sama berhimpun di Dewan yang mulia ini sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman ke-15, Mesyuarat Bajet 2026 ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah atas pembentangan Bajet 2026 yang berpaksikan keutuhan rakyat dalam merealisasikan aspirasi “The Greater Kedah.”

Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bajet kali ini, khususnya yang telah memberikan pandangan. Setiap saranan amat dihargai dan akan dijadikan panduan penting dalam penambahbaikan dasar-dasar serta pelaksanaan inisiatif di bawah bidang tanggungjawab saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India, Siam dan NGO Negeri Kedah Darul Aman. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap dakwaan semasa “Himpunan Honggaq Honggaq”, kononnya terdapat lebih 100 ribu belia Kedah yang masih menganggur. Tohmahan ini bukan sahaja tidak berasas, malah berpotensi mengelirukan rakyat dan menggugat keyakinan pelabur terhadap negeri kita. Berdasarkan data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran di Kedah telah menurun secara konsisten dan kini berada pada tahap 1.7% setakat suku keempat tahun 2024, antara yang terendah di Malaysia ini. Daripada jumlah tenaga buruh Negeri Kedah yang dianggarkan sekitar 1.4 juta orang daripada populasi 2.2 juta orang. Dakwaan bahawa 100 ribu belia menganggur jelas tidak masuk akal. Ini honggaq pun tak betul, matematik tak baca, matematik tak lulus. Angka tersebut bersamaan hampir 7% daripada keseluruhan tenaga buruh negeri ini, iaitu jauh menyimpang daripada kadar pengangguran rasmi yang hanya berada pada 1.7% mengikut data terkini. Maka tuduhan ini bukan sahaja tidak selari dengan fakta, malah mencerminkan cubaan untuk mencemarkan imej negeri tanpa asas yang kukuh. Perlu juga kita lihat dalam konteks pertumbuhan ekonomi negeri, bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 sahaja, Kedah telah meluluskan pelaburan sebanyak RM7.94 bilion melibatkan 34 projek baharu yang dijangka mewujudkan hampir 3,899 peluang pekerjaan. Pelaburan ini tertumpu di kawasan perindustrian seperti Padang Meha, Kulim Hi-Tech Park, Padang Serai dan Bakar Arang. Maklumat daripada PERKESO pula menunjukkan sebanyak 74,666 kekosongan jawatan diiklankan dalam tempoh yang sama, iaitu dari tahun 2024 hingga Oktober 2025. Sektor pembuatan menjadi… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Yang Berhormat Kulim, tolong bagi laluan kepada Yang Amat Berhormat Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya sidang pada pagi ini disambung semula pada jam 2:30 petang setelah ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari. Terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Menteri Besar tersebut. Sekian, terima kasih.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Sektor pembuatan menjadi penyumbang utama dengan 20,891 kekosongan, diikuti dengan sektor pembinaan 8,709 dan perdagangan borong serta runcit 8,891. Ini menunjukkan keaktifan pasaran kerja yang sedang berkembang di negeri ini. Kerajaan Negeri Kedah akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi Persekutuan seperti Kementerian Sumber Manusia, PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja untuk memperkukuhkan kemahiran tenaga kerja, menganjurkan karnival pekerjaan serta memadankan pencari kerja dengan kekosongan yang sedia ada. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, walaupun pembangunan Kampung Baru adalah tertakluk di bawah program Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri tetap memberi perhatian terhadap pembangunan kampung-kampung baru sebagai sebahagian daripada agenda memperkasa komuniti luar bandar. Sebanyak RM13.4 juta telah diperuntukkan untuk Majlis Ketua-ketua Kampung (MKK) termasuk tambahan peruntukan dan bilangan bagi MKK Kampung Baru Cina. Pejabat saya sendiri melalui kerjasama dengan pihak Sin Chew Daily jadi di sini saya sebut Sin Chew Daily dalam kesempatan ini dengan dukacitanya saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Tan Sri Tiong Hiew King, mantan pengarah Sin Chew, atas pemergian beliau pada hari semalam. Sebagai tokoh yang banyak berjasa dalam dunia media, khususnya melalui Sin Chew dan MCIL, sumbangan beliau cukup besar dalam membentuk lanskap komunikasi negara. Pemergian beliau satu kehilangan yang besar dan semoga keluarga beliau tabah menghadapi saat yang sukar ini.

Melalui kerjasama dengan pihak Sin Chew Daily, akan melaksanakan inisiatif mempromosikan kampung-kampung baru melalui aktiviti-aktiviti penceritaan komuniti (storytelling) yang menunjukkan tempat-tempat warisan, bangunan bersejarah, produk tempatan serta nilai budaya setempat. Usaha ini juga diselaraskan dengan program pelancongan “Experience Kedah” agar elemen kampung tradisi turut menyumbang kepada sektor pelancongan negeri. Tidak terlupa juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Rotan atas sokongan dan bantuan terhadap inisiatif ini. Inilah dia berita yang diterbitkan dalam Sin Chew Daily yang ini saya makan durian di Junjong, Kulim punya, ada promosi produk dan bandar-bandar Kampung Baru Cina dengan makanan, produk agro dan sebagainya. Okey, baik. Durian ada lagi, yang saya sendiri tanam punya, nanti saya hantar. Pembangunan kampung baru ini bertujuan bukan hanya menambah baik infrastruktur fizikal, tetapi juga untuk menaikkan nilai setempat, create value, melalui promosi tarikan komuniti dan penglibatan sektor tempatan. Harapan kita ialah dengan membawa lebih banyak warna dan aktiviti ke kawasan ini, kita dapat merancakkan semula ekonomi kampung, memperkukuhkan rantaian bekalan setempat dan membuka peluang pekerjaan baharu khususnya dalam sektor agro, pelancongan dan makanan. Semua ini akhirnya memberi impak yang positif terhadap mobiliti sosial dan taraf hidup rakyat di seluruh negeri. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati sekalian, kelas bahasa Siam yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sidam. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, di Negeri Kedah terdapat 26 buah wat daripada 40 buah wat Siam di Negeri Kedah yang menawarkan pembelajaran kelas bahasa Siam. Saya masih ingat semasa anjuran Pesta Songkran peringkat Negeri Kedah yang diadakan pada April 2025 yang lalu, saya pun telah melawat Sekolah Bahasa Siam yang terdapat di Watt Taman Sri Wanam, Kampung Kuram, Mukim Jeneri, Daerah Sik. Pada masa itu saya juga beramah mesra dengan guru-guru dan seramai 20 orang pelajar yang berada di sana. Hasil dari lawatan tersebut, saya on the spot telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM5,000 kepada sekolah berkenaan supaya bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan dapat menuntut ilmu dan mewarisi budaya bahasa kita dengan selesa. Saya juga akan sentiasa berusaha untuk memastikan hal ehwal masyarakat Siam di Negeri Kedah tidak dianak tirikan. Saya akan turun, bukan turun Sidam, bukan turun PMX, saya akan turun ke sekolah-sekolah kelas bahasa Siam. Sekolah ini saya boleh masuk lagi, kerana sekolah-sekolah lain saya telah dilarang masuk dah. Nanti saya akan jemput YB. Sidam sekali. YB. Sidam jangan takut, saya tidak suruh YB. Sidam keluar duit walaupun saya tahu YB. Sidam ada kabel yang kuat di peringkat kerajaan Persekutuan sana.

YB. Sidam tidak perlu gusar kerana Kerajaan Negeri melalui portfolio saya akan sentiasa memantau segala keperluan kelas-kelas berkenaan bagi memenuhi keperluan pelajar yang mengikuti kelas bahasa Siam di wat-wat Siam di Negeri Kedah. Seterusnya, untuk membalas pertanyaan YB. Sidam yang berkaitan isu pertukaran nama tanah tapak yang melibatkan wat Siam yang dibina di atas tanah individu, swasta, atau belum tukar nama kepemilikan wat Siam. Saya telah beberapa kali mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bagi menyelesaikan isu pemilikan tanah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI), seperti kuil Hindu. Sebagai contoh, pada Oktober yang lepas isu Kuil Ladang Pinang Tunggal dibawa oleh YB. Sidam sendiri kepada saya. Saya telah mengadakan perjumpaan bersama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda, MPSPK, pemilik Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Pinang Tunggal serta pemaju bagi menyelesaikan isu pemilikan tapak yang sudah hampir 15 tahun berlarutan dan tiada kata putus. Bagi tanggungjawab sebagai Exco yang menjaga Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, saya sentiasa menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan RIBI di Negeri Kedah. Mengambil lagi satu contoh, isu berkaitan pembinaan kuil di Kuarters JKR Tongkang Yard, Alor Setar, kawasan Yang Berhormat Kota Darulaman, yang sudah lama berlarutan dan tiada penyelesaian. Akhirnya dapat penyelesaian dan penawaran tapak yang diputuskan dalam Mesyuarat RIBI negeri. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri SUK. Sekiranya terdapat isu yang melibatkan RIBI, saya sentiasa bersedia untuk membawa isu tersebut untuk dibincangkan dalam Mesyuarat RIBI Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Oleh yang demikian, atas rasa tanggungjawab, saya sentiasa komited dan terbuka untuk berbincang dengan semua pihak yang terlibat agar isu ini dapat diselesaikan dengan win-win situation. Saya percaya, sekiranya timbul isu berkaitan pemilikan tanah yang melibatkan wat Siam di Negeri Kedah dapat diselesaikan dengan kaedah yang sama, di mana saya sentiasa mengamalkan dasar buka pintu dan terbuka untuk perbincangkan isu-isu yang berkaitan. Hanya hari Jumaat dan Sabtu saya pintu tutup saja, tetapi Kulim buka, Wisma tutup. Pada masa yang sama, saya percaya pihak Pentadbiran Tanah dan Daerah serta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah sentiasa memberikan kerjasama yang baik dan nasihat yang berpatutan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkenaan. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian…. masa tak cukup…(YB. Sidam mencelah)

Bukan! Bukan! Nasihat saja. Nasihat kepada Exco, jangan laju sangat. Saya nampak letih itu. Slow, slow sikit.

Speaker

YB. Kulim, sekiranya ada banyak lagi, YB. Kulim, kita boleh sambung petang.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Momentum sudah lain lah… YB. Speaker.

Speaker

Saya nak jaga kesihatan YB. ni pasal rakyat.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Okay, okay, betul juga. Pagi tadi belum makan ubat lagi. Ubat darah tinggi belum makan. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, perpaduan kaum tidak boleh dilihat sebagai simbol semata-mata tetapi mesti dibina melalui dasar dan tindakan inklusif merangkumi semua aspek kehidupan rakyat. Ia bukan sekadar gambar di majlis perayaan atau paparan kempen di media sosial, tetapi perlu diterjemahkan dalam bentuk integriti sosial, pentadbiran yang adil serta pengiktirafan terhadap keperluan semua kaum daripada pendidikan, kebajikan, keagamaan hingga ke penyertaan dalam proses pembangunan negeri. Sebagai Kerajaan Negeri, komitmen ke arah ini diteruskan melalui peruntukan sebanyak RM600,000 bagi menyokong penganjuran perayaan utama kaum Cina, India dan Siam. Peruntukan ini dikekalkan sebagaimana tahun sebelumnya dan adalah komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum terus diperkasa secara berterusan. Ia bukan sekadar soal angka tetapi lambang keprihatinan yang diterjemah dalam bentuk sokongan nyata terhadap usaha membina masyarakat yang bersatu dalam kepelbagaian. Komitmen ini juga diterjemahkan dalam pendekatan yang lebih menyeluruh termasuk dari aspek kebajikan dan komuniti bukan Islam. Sebagai contoh, dalam hal Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI), sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan di peringkat negeri dan saya sendiri turut terlibat secara langsung dalam proses ini. Namun saya percaya, masih banyak ruang untuk kita memperkemaskan lagi dari segi peruntukan, mekanisme dan kejelasan pelaksanaan agar masyarakat bukan Islam turut merasai bahawa hak dan keperluan mereka diurus dengan adil dan telus seiring dengan semangat Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.

Pengalaman saya di lapangan turut mengukuhkan keyakinan ini. Ketika menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Kulim, saya amat tersentuh melihat keterlibatan pelbagai kaum, bukan hanya sebagai tetamu tetapi juga sebagai sukarelawan, petugas dan penganjur bersama berganding bahu menjalankan program tersebut. Inilah wajah sebenar perpaduan rakyat Kedah, tidak semata-mata ditunjukkan di atas pentas tetapi dihidupkan melalui kerjasama dan keikhlasan yang berlaku di sebalik tabir. Perpaduan yang lahir bukan daripada slogan tetapi daripada rasa saling hormat dan pertanggungjawaban bersama yang tulen. Di samping itu, sebagai Pengerusi Parti Gerakan Negeri Kedah, saya ingin mengulangi pendirian bahawa parti kami tidak pernah sesekali meninggalkan prinsip perjuangan asal kami untuk membina sebuah negara yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian, Unity in Diversity. Kami bukan tentang kepada mana-mana kaum, tetapi jambatan yang menyambung semua komuniti. Kami percaya, kekuatan Malaysia terletak pada sebuah masyarakat yang saling menghormati, bekerjasama dan menghargai perbezaan. Kami mahu melihat perpaduan di Negeri Kedah ini terus dipelihara dan dijadikan contoh kepada seluruh negara bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Siam, lain-lain atau apa jua latar belakang berhak merasai negeri ini sebagai tanah air mereka; tempat mereka menyumbang dan membina masa depan bersama. Baik, Yang Berhormat Tuan Speaker, tepat pukul 1:00 tengah hari saya berhenti di sini. Selepas makan tengah hari saya sambungkan, boleh? Baik, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Kulim. Saya tengok cara dia ‘pederaih’ tu ingat dia nak perhabis, rupanya ada lagi petang. Tapi tak apa, petang kita bagi lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari, dan sambungan Persidangan Dewan pada jam 2:30 petang.

[Sidang Dewan ditangguh pada jam 1.00 tengah hari]

[Sidang Dewan disambung pada jam 2.30 petang]

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin Wassola Tuwassala Muala Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Wa Ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Dewan sambung semula dan diteruskan dengan sambungan perbahasan bajet. Dipersilakan Yang Berhormat Kulim.

Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana sudi memberi tambahan masa kepada saya untuk meneruskan ucapan penggulungan pada petang ini. Tadi, sebelum makan tengah hari saya ada sebut, sebagai Pengerusi Parti Gerakan Negeri Kedah, parti kami menegaskan prinsip asas perjuangan asal kami untuk membina sesebuah negara yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian. Iaitu unity in diversity dan kami bukan benteng kepada mana-mana kaum tetapi jambatan yang menyambung semua komuniti. Dalam semangat ini, saya juga ingin mengajak semua untuk melihat semula maksud patriotisme dengan lebih luas. Kadangkala kita terperangkap dalam anggapan bahawa patriotisme ni hanya boleh ditunjukkan melalui kefasihan bahasa atau amalan budaya tertentu. Tetapi bagi saya, patriotisme adalah rasa cinta yang tulus kepada tanah air dan ia boleh dizahirkan melalui kerja yang jujur, kesetiaan, sumbangan kepada negara dalam pelbagai bentuk. Tidak adil sekiranya semangat patriotik komuniti minoriti sering dipertikaikan hanya kerana mereka kurang fasih bertutur dalam bahasa rasmi. Mungkin nenek moyang mereka datang dari rantau yang lain, tetapi identiti mereka hari ini tidak lagi terikat kepada negara asal malah, ramai tidak mempunyai sebarang kaitan lagi dengan akar usul tersebut. Mereka lahir di sini, membesar di sini, membayar cukai, berniaga dan berkhidmat untuk negara ini. Sama seperti rakyat lain yang dilahirkan di bumi ini, dibesarkan di bumi ini, segala yang diperjuangkan adalah untuk tanah tumpah darah kita sendiri. Justeru, saya menyeru agar kita tidak lagi mengukur kesetiaan rakyat melalui ukuran yang sempit. Malaysia adalah rumah untuk semua rakyatnya. Kita mesti menyamai budaya melihat rakyat sebagai warganegara yang mempunyai tempat yang sama di tanah ini. Tanah yang kita semua cintai, tanah yang kita semua panggil rumah.

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, setiap komuniti mempunyai latar belakang keperluan dan kepekaan yang berbeza. Tidak kira Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain, masing-masing ada sensitiviti tersendiri. Oleh itu, apabila kita bercakap di ruang awam, terutamanya sebagai pemimpin masyarakat, kita harus lebih berhati-hati dan berempati. Kenyataan yang mungkin biasa bagi satu komuniti tidak semestinya boleh diterima oleh komuniti yang lain. Justeru, adalah penting untuk kita sentiasa mengamalkan pendekatan yang lebih memahami, mempertimbangkan sudut pandang berbeza dan meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap keperluan serta sensitiviti setiap lapisan masyarakat. Perpaduan sejati dibina atas kesediaan semua pihak untuk saling mendengar dan menghormati. Mengekalkan perpaduan dalam masyarakat majmuk kita ini umpama “menatang minyak yang penuh” kerana ia memerlukan keseimbangan, kesabaran dan kepekaan yang berterusan demi menjamin keharmonian yang telah lama kita bina bersama. Yang Berhormat Tuan Speaker dan para sidang hadirin sekalian, pendidikan merupakan asas kepada kemajuan sesebuah masyarakat. Ia bukan sahaja alat untuk menimba ilmu, tetapi juga menjadi landasan utama untuk memperbaiki taraf hidup, membuka peluang dan memperkasakan mobiliti sosial. Sekolah adalah tempat di mana proses ini bermula. Justeru, sekolah mesti menjadi ruang yang selamat, kondusif dan bebas daripada tekanan politik atau gangguan luar. Sebagai wakil rakyat dan juga sebagai seorang bapa, saya semakin bimbang dengan pelbagai isu yang timbul berkaitan sekolah pada hari ini. Kes buli semakin berlarutan, guru-guru pula dibebani dengan beban kerja pentadbiran yang berlebihan dan perhatian terhadap murid semakin berkurang. Ibu bapa pula ada yang terlalu sibuk hingga tidak memberi perhatian penuh terhadap perkembangan anak-anak mereka. Jika keadaan ini dibiarkan, ia akan menghakis kualiti pendidikan kita dari akar umbi. Saya ingin menyentuh sedikit tentang peruntukan tahunan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT). Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sebanyak RM300 ribu malaysia diperuntukkan kepada SJKC dan SJKT di negeri ini, sebagaimana yang dikekalkan dari tahun sebelumnya lagi. Ini adalah salah satu bentuk komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan sistem pendidikan di semua jenis aliran terus diberi sokongan tanpa diskriminasi terhadap bahasa pengantar kerana yang penting ialah pendidikan yang berkualiti untuk semua rakyat. Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Sidam, saya rasa soalan itu perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Isunya bukan semata-mata tentang cukup atau tidak cukup, tetapi bagaimana peruntukan ini dimanfaatkan dengan berkesan dan bagaimana komitmen Kerajaan Negeri diterus secara konsisten.

Buat masa ini, jumlah RM300,000 itu dikekalkan sebagai kesinambungan daripada tahun lalu. Menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri tidak menghentikan sokongan terhadap pendidikan pelbagai aliran. Bagi sesetengah sekolah-sekolah kurang murid iaitu SKM atau sekolah-sekolah micro, mereka masih menunggu peruntukan daripada Pusat yang tak sampai-sampai lagi. Peruntukan SJKC dan SJKT daripada peringkat Pusat, peringkat Persekutuan pun tidak cukup untuk satu Malaysia. Jadi, ada inisiatif dan usaha daripada Kerajaan Negeri, peruntukan daripada negeri juga merupakan “hujan rahmat” yang datang tepat pada masanya bagi sekolah-sekolah mikro, sekolah-sekolah kurang murid yang memerlukan untuk penyelenggaraan minor. Namun begitu, jika ada keperluan tambahan yang munasabah dan disokong dengan asas yang jelas sama ada untuk SJKT, SJKC ataupun sekolah kebangsaan, maka ruang perbincangan sentiasa terbuka asalkan ia membawa manfaat kepada pelajar-pelajar dan komuniti secara keseluruhan, bukan untuk dijadikan polemik politik. Lagi pun kalau betul-betul ikhlas mahu bantu, saya yakin Ketua Pembangkang YB. Sidam juga boleh bawa suara ini bersama kita ke peringkat Pusat. Bukan sekadar tanya, tetapi bantu mencari jalan bersama-sama untuk menambahkan peruntukan SJKC dan SJKT. Dan untuk maklumat Yang Berhormat Sidam juga, bulan lepas semasa saya menghadiri Pesta Tanglung di sekolah SJKC Min Terk, kawasan YB. Sidam juga sekolah yang di bawah kawasan YB. Sidam. On the spot pun saya terus meluluskan RM10, RM10 pula.. RM10 RM10 ribu kepada SJKC Min Terk sebagai tanda sokongan kepada pembangunan SJKC Min Terk. Dan pada hujung bulan yang lepas Kerajaan Negeri juga terus meluluskan RM100 ribu kepada SMJK Keat Hwa, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa. Jadi, yang RM100,000 ni belum campur dengan RM300 ribu yang telah diumumkan dalam bajet. Jadi jumlahnya telah melebihi RM300 ribu seperti yang terkandung dalam Bajet 2025.

Speaker

Boleh gulung YB. Kulim.

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Ada sikit lagi Yang Berhormat Tuan Speaker. Namun, baru-baru ini berlaku satu perkara yang sangat mengecewakan saya secara peribadi. Ia berlaku di sebuah sekolah di kawasan saya di Kulim. Saya dimaklumkan bahawa seorang guru besar telah ditukarkan ke sekolah lain hanya kerana sebuah gambar yang dimuat naik di laman Facebook sekolah tersebut. Gambar itu memaparkan seorang murid menerima hadiah daripada satu pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah NGO luar dan disokong oleh saya melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim.

Walaupun saya tidak hadir ke program berkenaan, wajah saya ada dipaparkan di skrin atas pentas kerana saya menyokong inisiatif itu. Disebabkan skrin tersebut, sekolah itu dikaitkan dengan saya dan saya difahamkan perkara ini kemudiannya menimbulkan perhatian hingga menyebabkan guru besar tersebut diarahkan memberikan penjelasan. Tidak lama selepas itu, beliau ditukarkan. Saya jadi hairan kenapa kementerian pendidikan begitu sensitif sekali. Saya tidak lihat kerajaan dahulu pun begitu cepat melatah hanya kerana satu gambar dalam facebook. Inilah gambar dia okey, ada gambar ada Pengerusi NGO, ada murid-murid, saya sudah tutup dengan kartun punya muka. Dan inilah gambar saya di belakang screen. Itu sahajaaaa.. Handsome ya? Handsome boleh nikah lah (sambil ketawa). So inilah gambar saya, bukan pengganas okey, bukan terrorist okey, tapi gambar seorang wakil Kerajaan Negeri. Sekiranya benar guru besar tersebut dikenakan tindakan semata-mata kerana saya menyokong program di luar sekolah yang tidak pun berkaitan politik, saya rasa kementerian pendidikan perlu menilai semula keutamaan mereka dalam menangani isu pendidikan hari ini. Saya tidak tahu apakah dosa saya sebagai seorang wakil rakyat pembangkang di peringkat Persekutuan sehingga sebarang kaitan dengan saya dianggap sesuatu yang salah atau mencemarkan imej sekolah. Jangan lupa, kami juga wakil kerajaan di peringkat negeri. So, mungkin pada masa depan saya ada terjumpa dengan guru-guru, guru besar, penjawat awam, murid-murid, pelajar-pelajar mungkin saya kena tukarkan tutupkan muka sayalah dengan kartun boys punya picture. Saya kecewa, jika kita benar-benar mahu menumpukan kepada kualiti pendidikan dan masa depan anak-anak kita, tindakan seperti ini amat tidak membantu. Banyak lagi isu lebih besar yang boleh diberi perhatian, kualiti guru, kemudahan sekolah, pelaksanaan kokurikulum, keselamatan sekolah dan sebagainya. Tak perlulah besar-besarkan perkara yang kecil sebegini sehingga guru-guru, penjawat awam yang bekerja dengan jujur dan ikhlas menjadi mangsa. Saya di peringkat negeri, saya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan kita. Jangan jadikan perbezaan politik sebagai alasan untuk menutup ruang kerjasama, lebih-lebih lagi dalam hal melibatkan pendidikan anak-anak kita. Saya menyambut baik, Yang Berhormat Tuan Speaker dan para hadirin para sidang hadirin yang saya hormati. Saya menyambut baik peruntukan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri dalam Bajet Kedah 2026 untuk menangani isu banjir secara menyeluruh daripada aspek kesiapsiagaan sehinggalah pemuliharaan pasca bencana. Sebagai wakil rakyat Kulim, saya ingin menekankan bahawa peruntukan ini amat relevan dan tepat pada masanya. Dalam kejadian banjir bulan lalu sahaja, sebanyak 412 buah rumah di kawasan Kulim telah terjejas. Kejadian ini benar-benar menguji keupayaan semua pihak yang membuktikan keperluan kepada kesiapsiagaan serta sistem sokongan bencana yang lebih efisien.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah tampil membantu ketika saat genting itu daripada agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti Pejabat Daerah, MPKK, JPS, SADA, APM, JKR, Bomba, Kesihatan, JKM, penghulu- penghulu dan MKK dan semua hinggalah kepada organisasi masyarakat sivil dan NGO seperti JCS Kulim, Persatuan Hangkang Kedah Selatan, Kwong Hock Keong Kulim, Lions Club Of Kulim Central, semangat gotong-royong dan kesediaan semua pihak untuk mengenepikan batas peranan demi membantu rakyat yang terkesan amat saya hargai. Inilah contoh solidariti yang patut kita terus pupuk, di mana seluruh ekosistem negeri bergerak seiring demi kesejahteraan masyarakat. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai penutup saya ingin menegaskan bahawa segala usaha dan pendirian yang saya sampaikan ini bukan atas kapasiti individu semata-mata tetapi lahir daripada komitmen sebagai sebahagian dari Kerajaan Negeri Kedah yang mendukung aspirasi bersama untuk membina negeri yang stabil, inklusif dan berdaya saing. Kita tidak boleh membiarkan rakyat terperangkap dalam retorik yang melemahkan, fitnah yang merosakkan atau pendekatan yang memecahbelahkan. Masa depan negeri ini bergantung kepada kebersamaan kita merentasi kaum, agama, latar belakang, dan fahaman politik dalam membina negeri yang lebih makmur, lebih adil, lebih bersatu, lebih sejahtera. Saya percaya jika kita terus bergerak dengan ikhlas berlandaskan data dan berpaksi kepada kepentingan rakyat, Kedah mampu menjadi model kemajuan yang bukan sahaja membanggakan tetapi juga membawa rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia. Dengan penuh keyakinan dan rasa tanggungjawab saya menyokong Pembentang Bajet Kedah 2026 ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah dan menyeru agar kita semua terus bersatu tenaga, setia sekata dan beriltizam tinggi bagi memastikan pelaksanaannya mecapai matlamat yang digariskan demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat Kedah Darul Aman. Sekian, terima kasih, xiexie ta chia, nanri vanikam, khap khun khap.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kulim dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Alor Mengkudu.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajmain. Subha nakala ‘ilmalan ma ‘allamtana innaka antal ‘ali mulhakim. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uqdatan millisani yafkhohu khauli. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, seterusnya sidang hadirin yang dihormati Allah SWT. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Bajet Negeri Kedah Tahun 2026 yang saya kira bersifat inklusif, realistik dan berorientasikan masa hadapan. Belanjawan ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan kesejahteraan rakyat, memperkasakan ekonomi negeri serta memastikan pembangunan insan khususnya dalam kalangan generasi muda terus menjadi keutamaan. Sehubungan itu, saya menafikan komen-komen negatif daripada pembangkang yang menempelak dan memperlekehkan Bajet 2026 Negeri Kedah. Pandanglah dengan pandangan tepat dan benar dari hati yang bersih dan suci dalam menilai sesuatu. Semua keadaan kita di Dewan yang mulia ini bukan sekadar kita membahaskan isu-isu yang kita rasa perlu dibahaskan, kita ambillah kesempatan untuk kita manfaatkan bersama demi untuk kesejahteraan rakyat dan juga Negeri Kedah secara khususnya. Yang Berhormat Tuan Speaker, dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan bajet kali ini khususnya terhadap portfolio saya iaitu Portfolio Belia Dan Sukan. Setiap pandangan, teguran dan cadangan diberikan amat dihargai dan akan dijadikan panduan dalam perkukuhkan dasar serta pelaksanaan program di bawah Portfolio Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup dan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Portfolio Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup dan Belia dan Sukan merupakan nadi penting dalam melahirkan generasi pelapis yang berdaya tahan, progresif, serta bersemangat tinggi dalam membangunkan negeri. Justeru, segala inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan fizikal dan kemudahan sukan, tetapi turut memberi tumpuan kepada pembinaan sahsiah kepimpinan dalam kalangan belia di Negeri Kedah.

Portfolio ini juga memastikan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan literasi pengguna, pengurusan kos sara hidup yang mapan sekaligus memberi kesan positif terhadap kestabilan ekonomi dan kesejahteraan sosial di Negeri Kedah yang kita cintai ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, ucapan terima kasih juga saya tujukan khas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri SUK, Dato’ Wira SFO yang telah menyediakan peruntukan tambahan kepada Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah (SBS). Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan prihatin dalam usaha menambah baik usaha pembangunan belia di Negeri Kedah. Skretariat Belia ini berfungsi untuk menyelaraskan program-program belia di bawah tiga teras utama iaitu teras pertama program pembangunan 3K, Kemahiran, Keusahawan, Kompetensi atau Inovasi. Teras ini menumpukan kepada pembangunan potensi dan keupayaan golongan belia melalui penguasaan kemahiran keusahawanan dan kompetensi yang berasaskan inovasi. Usaha ini bertujuan melahirkan belia yang berdaya saing, kreatif serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi dan teknologi semasa. Di bawah teras pembangunan terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024 dan 2025. Program yang telah dan akan dilaksanakan ini adalah bertujuan mencapai objektif pendedahan kemahiran, soft skills dan upskilin iaitu melalui Kursus Usahawan Sejahtera. Contohnya sepertimana telah dilaksanakan program yang telah dijalankan seperti kursus kecerdasan buatan AI, kursus usahawan coklat, kursus gunting rambut dan lain-lain yang telah kita laksanakan pada 2024. Teras yang kedua, membina kepimpinan dan kematangan politik. Pihak Sekretariat Belia Sejahtera juga telah menyusun beberapa program kursus kepimpinan bagi tujuan mengetengahkan ketokohan kepimpinan anak muda. Sebagai contoh, Program Kepimpinan Belia 2025 yang akan diadakan di Pusat Latihan Yayasan Kedah Sejahtera. Kursus ini bertujuan menyediakan satu platform bagi belia untuk memperoleh kemahiran kepimpinan yang relevan dan berkualiti. Program ini diharap dapat melahirkan pemimpin muda yang bukan hanya cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam pengurusan komunikasi dan nilai-nilai pimpinan yang tinggi. Untuk makluman Ahli Dewan semua, program kepimpinan ini telah pun dilaksanakan pada tahun 2024 iaitu Program Kepimpinan di Fityan, Yan dan kehadirannya hampir 80 orang. Teras yang ketiga, kesihatan dan kesejahteraan. Teras ini memberi tumpuan kepada usaha memastikan golongan belia mempunyai tahap kesihatan fizikal mental dan sosial yang seimbang bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna. Penekanan diberikan kepada gaya hidup sihat, keseimbangan emosi, serta persekitaran yang menyokong kesejahteraan holistik.

Selain itu, ia bertujuan menggalakkan kesejahteraan sosial dan emosi termasuk membina hubungan positif, kemahiran daya tahan, serta keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Melalui pelaksanaan teras ini ia akan mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan dadah, alkohol serta tingkah laku yang berisiko tinggi. Untuk makluman Ahli Dewan semuanya dan juga Yang Berhormat Tuan Speaker. Kerjasama Seketariat Belia sekarang sedang berusaha untuk bekerjasama dengan satu NGO yang legal untuk mendekati anak-anak muda dan juga belia-belia diperingkat sekolah dalam memberi taklimat berkenaan dengan isu-isu dadah. Dan kita mengharapkan pihak JPN ataupun mana-mana pihak kementerian tidak mengekang program-program sebegini. Sebab ini kita lebih tumpukan kepada isu semasa yang kita rasa boleh membawa kesan yang buruk kepada negara lah. Melalui perlaksanaan teras ini, dua program utama yang dianjurkan sekretariat ini iaitu Program Karnival Futsal Community Sejahtera 3.0 yang telah dilaksanakan terdiri daripada 50 pasukan daripada Negeri Kedah, Pulau Pinang dan juga Perlis. Kehadiran ini satu yang membanggakan kita. Kemudian, program pertandingan e-sport yang melibatkan hampir 1,200 peserta dan kebanyakan peserta-peserta bukan sekadar di Negeri Kedah malah kehadirannya daripada seluruh Malaysia. Yang paling mengejutkan saya, antara negeri yang menghantar bilangan paling banyak ialah Johor, sebanyak 97 peserta. Jadi, ini satu pertandingan yang bagus dan sesuai untuk anak muda lah. Kedua-dua program inisiatif belia negeri ini telah mendapat sambutan tinggi dalam kalangan anak-anak muda yang melibatkan peserta di seluruh negara melalui peruntukan khas yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah dilihat mampu bergerak dengan lebih cemerlang dalam mencapai aspirasi dan usaha pembangunan belia. Kerajaan Negeri Kedah juga telah meluluskan Pelan Pembangunan Bola Sepak Kedah 2035 (KF35) untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri dengan sasaran menjadi juara SUKMA 2030. Pelan ini juga turut disentuh dan disebut oleh Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Gurun dalam perbahasan. Pelan ini akan mengfokuskan kepada aspek-aspek seperti berikut, program pencarian bakat talent scouting, pemerkasaan pengetahuan dan pengalaman jurulatih, kompetensi personal pengurusan pasukan, pengadil-pengadil dan penambahbaikan fasiliti padang latihan. Pelan pembangunan ini akan digabung jalin dan dibantu oleh program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang dikawal selia oleh Majlis Sukan Negara Malaysia. Seterusnya, Kedah akan menjalin kerjasama strategik bersama dengan pemegang-pemegang taruh yang berkaitan seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia, Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah, Ahli-Ahli Gabungan Persatuan Bola Sepak Negeri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta untuk merealisasikan program ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, bagi tujuan pembangunan infra, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sejumlah RM4.78 juta bagi tujuan pembangunan kemudahan infra dan prasarana sukan yang mencapai standard up to date dengan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih Stadium Aman, Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim dan Pusat Aquatic Negeri Kedah. Di bawah peruntukan ini, trek larian akan dibaik pulih di Stadium Darul Aman dan projek ini dijangka siap pasa Mei 2026. Dengan adanya trek baru ini, Negeri Kedah akan kembali menganjur kejohanan-kejohanan olahraga pada semua peringkat dalam usaha mengembalikan kegemilangan Negeri Kedah dalam acara olahraga. Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Sukan Belia Negeri Kedah telah mendapat peruntukan sebanyak RM2 juta bagi kerja-kerja membina baru, RM1 juta dan menaik taraf RM1 juta kemudahan sukan di negeri ini. Antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut. Bina baru Pusat Kecemerlangan Sukan OKU, Padang Bola Sepak Daerah Pokok Sena, Gelanggang Sukan di Maahad Tarbiah Islamiyah secara pelbagai guna lah gelanggang ini di Derang di dalam kawasan Pokok Sena, kawasan yang selalu selalu bah tu. Dan naik taraf empat padang bola sepak iaitu Mini Stadium Pendang, Kampung Kuala Hai, Sik, Padang Awam Kuala Ketil, Padang Awam Naka, Padang Awam di Kupang, Baling. 8 buah gelanggang futsal yang terlibat, Tengku Husna Alor Setar, Taman Gurun Jaya, Taman Nuri, Taman Bersatu, Taman Bandar Baharu, Taman Awam Budiman, Taman Tunku Tabor, Jenaris, Tikam Batu. Menaik taraf lantai kolam renang juga kita lakukan di Kelab Sungai Petani. Kerajaan Negeri Kedah juga telah memperuntukkan sejumlah RM10 juta pada tahun 2026 di mana kontijen Kedah akan menghadapi kejohanan terbesar negara iaitu SUKMA di Selangor 2026. Jadi, perancangan ini ialah bagi mempertingkatkan prestasi peserta berbakat bagi mewakili Negeri Kedah ke SUKMA 2026 seperti berikut. Bakat-bakat baru yang dikesan ni akan dipanggil ke kem latihan untuk setiap sukan bagi penilaian seterusnya. Ada di antara bakat-bakat ini berkemungkinan boleh terus diserapkan sebagai atlet SUKMA Kedah ke SUKMA Selangor 2026. Ada daripada mereka juga akan diklasifikasikan sebagai atlit SUKMA yang akan datang. Kesemua bakat-bakat baharu hasil daripada talent scotting yang diadakan serta hasil daripada penganjuran SUKDA 2025 akan diberikan peluang untuk bersama-sama dengan atlet-atlet yang telah disahkan untuk bertanding di SUKMA Selangor 2026 dalam kem MoTivasi serta kerjasama sepasukan di bawah kelolaan Majlis Sukan Negeri Kedah untuk SUKMA Selangor 2026. Di bawah MSNK juga, bakat-bakat baru ini akan didedahkan dengan kejohanan-kejohanan yang lebih kompetitif dan berprestij.

Untuk menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh ADUN-ADUN, YB. ADUN Bukit Lada berkenaan dengan Padang Bola Sepak Pokok Sena. Pada tahun ini kita telah mendapat peruntukan sebanyak RM432 ribu daripada Kementerian Belia Dan Sukan bagi tujuan bina baru sebuah padang di Daerah Pokok Sena. Berkaitan cadangan YB. Bukit Lada bagi membina sistem perparitan, astaka, lampu limpah dan pagar. Pihak kerajaan sedia maklum dan lakaran awal cadangan pembinaan ini daripada Pejabat Daerah Pokok Sena juga telah memasukkan dengan cadangan-cadangan tersebut. Namun demikian, atas jumlah peruntukan yang diterima buat masa ini kita hanya membina padang tersebut dahulu. Komponen-komponen lain akan dimohon secara berperingkat melalui peruntukan secara naik taraf. Untuk soalan YB. Gurun, tak pernah tanya, tahun ni tanya bab belia. Tidak biasa bola saja duk hantar mai. Belia berkemahiran sebagai tarikan pelabur di bawah Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang dilancarkan pada tahun 2021 merupakan sebuah rancangan komprehensif dan wawasan baharu pembangunan Negeri Kedah bagi tempoh jangka panjang melibatkan pembangunan sosioekonomi yang holistik agar Negeri Kedah menjadi sebuah negeri yang mampan dan berdaya saing. Di bawah teras empat iaitu keseimbangan modal insan dan bakat. Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada peningkatan kecemerlangan modal insan melalui pembentukan dan pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Hal ini boleh dilihat melalui strategi yang ditetapkan di mana ia memfokuskan kepada pemerkasaan ekosistem pendidikan negeri serta memperkasakan bidang kemahiran yang relevan dengan kehendak industri. Bermula 2021 hingga Oktober 2005, sejumlah 7,626 orang belia berkemahiran tinggi telah dilahirkan melalui beberapa institusi kemahiran di Negeri Kedah. Jumlah ini adalah termasuk lepasan sekolah dan graduan institusi kemahiran bagi beberapa institusi kemahiran seperti KISMEC, Institut Kemahiran Belia Negara, Jitra, Institut Kemahiran Mara, Alor Setar, Kolej Komuniti, Bandar Darul Aman dan beberapa lagi agensi yang tertentu. Ini adalah sejajar dengan matlamat Pelan Pembangunan Kedah 2035 untuk memperkukukan pembanggunan modal insan berkemahiran tinggi dalam memenuhi keperluan tenaga kerja industri di Negeri Kedah. YB. Adun Ayer Hangat. Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Ayer Hangat, Kerajaan Negeri di bawah Portfolio Belia dan Sukan mengambil maklum dan akan masukkan permohonan naik taraf Gelanggang Futsal di Tanjung Rhu di dalam rancangan pembangunan sukan bagi tahun 2026. Betul Ayer Hangat na? Sebab Ayer Hangat ini ada tiga gelanggang ni, satu di bawah DUN Ayer Hangat, Teluk Ewa, Nyior Cabang kemudian Teluk Tuan. Betui? YB. Ayer Hangat pun tak tau dah dekat mana padang tu kan. Tak apa, saya rasa yang itu lah. Tapi untuk makluman, gelanggang-gelanggang yang tanah di bawah negeri, kita boleh luluskan.

Tapi kalau tanah persendirian agak sukar lah. Sebab kadang-kadang ada sebahagian daripada gelanggang-gelanggang futsal ni atas nama tanah sendiri, yang tu kena berurusan dengan tuan tanah tu lah kan. Tapi apa pun, kalau perlu pertolongan kita boleh bantu lah insya-Allah. Seterusnya, Kerajaan Negeri turut mengambil maklum akan cadangan berkenaan memperbanyakkan program-program yang melibatkan golongan belia di Langkawi. Insya-Allah kita akan bekerjasama dengan NGO-NGO serta agensi bagi merancakkan aktiviti sukan dan riadah. Untuk makluman YB., kita telah melaksanakan beberapa program seperti bola sepak, sepak raga tuju dan yang terdekat pada minggu hadapan 22 November akan diadakan pertandingan sepak takraw, serta futsal yang dijangka dilaksanakan bulan Disember ini. Dalam masa yang sama juga di Langkawi ni program-program sukan adalah terlalu banyak. Saya ucap terima kasih kepada tuan DO Langkawi, saya tak tau ada tak dak hari ini, ada wakil kut. Sebab dia sentiasa duk berkomunikasi dengan dengan saya. Semua program-program di sana, selalu dia duk hantar whatsapp lah. Kadang-kadang nampak dia tu lebih daripada orang lain, nampak dia duk kayuh basikal, dia duk jadi aktiflah DO. Saya ucap tahniah kepada DO dan juga LADA lah yang telah banyak membantu untuk memperbanyakkan program-program sebegini. Sebagai penutup Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat. Dalam menjayakan bajet Negeri Kedah tahun 2026, pihak Kerajaan Negeri sentiasa siap siaga dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam pelbagai aspek termasuklah pembangunan sukan di Negeri Kedah serta pelbagai rangka, strategi dan kaedah yang akan dan telah dilaksanakan bagi menangani masalah dan merealisasikan langkah yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Saya juga akan sentiasa memastikan hubungan baik di antara Kerajaan Negeri dan kementerian akan terus terpelihara demi kemajuan dan kebajikan rakyat. Pihak saya juga sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memajukan sukan di Negeri Kedah yang tercinta ini. Jalinan kerjasama yang baik dari semua jabatan dan Agensi Persekutuan terutamanya adalah sangat penting dan usaha menterjemahkan kejayaan dan kegemilangan serta usaha untuk makmurkan negeri Kedah yang tercinta ini. Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat, sama ada di bawah portfolio saya ataupun tidak iaitu seperti Majlis Sukan Negeri Kedah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, BPEN, PSNK (Perbadanan Stadium Negeri Kedah), KFA serta KPDNKK yang telah memberi sumbangan yang besar dalam membangunkan belia-belia di Negeri kedah. Juga tidak dilupakan kepada pegawai-pegawai daerah, ADUN-ADUN yang sentiasa menyokong program di bawah portfolio saya contohnya waktu SUKDA hari itu lah.

Jadi, saya ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih kepada semua DO-DO yang ada program-program melepaskan pasukan, satu program yang besar. Terima kasih kepada DO Sungai Petani, angguk banyak tu. Terima kasih, terima kasih kepada semua lah. Bersama-sama kita menabur benih sejahtera di bumi Kedah membina belia cemerlang, teguh semangat, teguh cahaya dengan setiap langkah atlet di gelanggang tercatat sejarah kegemilangan negeri tercinta. Gunung Jerai megah berdiri, Sawah menguning indah berseri, Belia Kedah teguh berdiri, Menjulang maruah bangsa dan negeri.

Buah durian semerbak wangi, Ombak merdeka beralun perkasa, Atlet Kedah gagah berbakti, Menjulang nama negeri tercinta. Oleh yang demikian, saya dengan ini menyokong penuh Pembentangan Bajet 2026 Negeri Kedah Darul Aman oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Wallahualam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Kubang Rotan.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang, Ketua-ketua Jabatan seterusnya pada hadirin yang saya kasihi sekalian.

Yang Berhormat Tuan Speaker terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas Pembentangan Belanjawan 2026 yang sekali lagi membuktikan komitmen teguh Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat Kedah terus menikmati limpahan pembangunan sosioekonomi yang inklusif, mampan berasaskan realiti masa kini dan berorientasikan harapan masa depan.

Bagi pihak diri saya dan seluruh komuniti, penggiat dan penggerak industri pelancongan Negeri Kedah ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas sokongan berterusan kepada sektor pelancongan di Negeri Kedah.

Penambahan jumlah peruntukan daripada RM3 juta pada tahun lalu kepada RM3.2 juta tahun ini bagi terus memperkukuh penjenamaan dan promosi Experience Kedah 2026 serta berjumlah RM5.89 juta untuk menaik taraf dan membaik pulih kemudahan pelancongan, penyelenggaraan bangunan warisan dan taman ekor rimba serta kemudahan infra agro pelancongan, sesungguhnya amat besar maknanya kepada sektor pelancongan di negeri ini. Apatah lagi apabila Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan Experience Kedah pada tahun hadapan. Saya percaya, semua yang terbabit dengan sektor pelancongan menyambut baik pengumuman-pengumuman ini yang merupakan cerminan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk melihat industri pelancongan Kedah benar-benar berdaya saing dan berkembang maju. Ia juga menjadi cerminan tentang komitmen kerajaan untuk melihat kejayaan sektor ini melimpahkan manfaatnya kepada rakyat kita.

Ahli-ahli Dewan Yang Dihormati, sebagaimana telah dimaklumkan sejak dari awal pelancarannya, antara objektif utama TMK 2025 adalah untuk mengangkat Statement pelancongan di tanah besar Kedah ini ke tahap yang lebih tinggi di samping terus menggembilangkan Pulau Langkawi. Waktu itu kita semua tahu realitinya. Ya, sebelum Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK) Langkawi kekal tersohor tetapi bagaimana dengan tanah besar ia hampir tidak kelihatan dalam peta pelancongan negara. Pada peringkat awal ternyata kita berdepan dengan pelbagai cabaran. Banyak benda yang nampak macam dekat tetapi sebenarnya jauh hendak dicekau, tangan pula pendek, dihubung tak sampai. Ia menyebabkan kita berada dalam keadaan angin berseru, ombak bersabung, berendam sesayap air, berpaut sejengkal tali, perut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk, haus tak lepas.

Itu cara orang Melayu berbahasa, berkias, ibarat. Yang betulnya cuma nak bagitau, memang payah sungguh lah. Saya masih ingat awal-awal dahulu kita berdepan dengan pertanyaan demi pertanyaan. “Apa jadi dengan TMK 2025?”. Tak nampak apa pun”? “Tak buat apa pun?”. Jenuh juga lah nak menjawab. Tetapi pihak saya menerima semua itu sebagai teguran dalam orang kata bentuk cabaran. Kami berjalan terus membetulkan posisi sebelum membuat take of dalam erti kata sebenar. Alhamdulillah, hari ini semua itu mula mendapatkan hasil. Destinasi-destinasi dan produk-produk pelancongan di tanah besar telah mula bangkit dan bergerak ke hadapan mengiringi Langkawi.

Selain itu, acara-acara berasaskan pelancongan muncul di segenap pelusuk negeri sepertimana yang saya menjawab kepada Yang Berhormat Guar Chempedak semalam. Boleh dikatakan setiap minggu aaaada sahaja acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan dianjurkan di sana sini dan semua ini secara langsung mendorong kepada peningkatan jumlah kehadiran pelancong dan pelawat ke Negeri Kedah kita. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam penggulungan hari ini saya akan kurang bercakap tentang angka dan cerita-cerita kejayaan yang telah dicapai. Bukan apa, saya telah banyak bercakap mengenainya dalam jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan baik persidangan kali ini mahupun sidang-sidang sebelumnya. Cerita tentang pencapaian, tentang anugerah, tentang pengiktirafan semuanya telah saya kongsikan. Kali ini, fokus saya lebih kepada perkongsian saranan, pelan tindakan dan rancangan-rancangan pada tahun hadapan, tahun di mana kita akan mula melihat hasil sebenar TMK2025 (Tahun Melawat Kedah).

Berdasarkan pengalaman yang kita lalui setakat ini, saya berpandangan kita perlu melakukan sedikit anjakan dalam melihat kepentingan sektor pelancongan. Kita perlu membina naratif baru. Sudah terlalu lama kita memandang sektor ini sebagai pelengkap ekonomi. Hari ini, saya mahu kita di Dewan ini melihatnya sebagai jentera perubahan yang mengubah identiti, daya saing dan hala masa depan negeri kita ini. Untuk mencapai maksud itu, kita perlu mengubah banyak perkara terutama pendekatan. Apabila namanya jentera, bermakna kita perlu bergerak lebih pantas memaksimumkan potensi dan mengoptimumkan hasil. Kita tidak boleh lagi terikat pada formula lama. Sebab itulah dalam menjajakan TMK 2025, kita membina naratif pelancongan berasaskan karakter negeri, manakala melalui Experience Kedah yang menjadi temanya, kita bukan sekadar menawarkan destinasi, tetapi kita mempersembahkan jiwa sebuah negeri yang memiliki sejarah paling tua di Asia Tenggara, kaya dengan warisan budaya, hebat persona alamnya, dengan masyarakat yang ramah mesra dan baik budinya sukar dicari bandingan.

Kita perlu menyesuaikan diri dengan realiti semasa, di mana sektor ini sedang berhadapan generasi pelancong baru yang tidak mencari poster cantik atau slogan menarik. Tetapi memburu pengalaman yang autentik, nilai sosial yang berimpak, naratif yang berasaskan dan destinasi yang unggul. Maka semua itulah yang perlu kita sajikan. Justeru, segala dasar yang kita rangka untuk tahun hadapan bukan untuk mengejar statistik semata-mata, tetapi untuk mengukuhkan kedudukan Kedah sebagai negeri yang hidup untuk dinikmati bukannya sekadar destinasi kaku untuk ditontoni. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pelancongan pada asasnya adalah tentang kehadiran pelawat. Lebih ramai yang datang, lebih besar impaknya kepada ekonomi negeri.

Jika tahun 2025, kita menyasarkan 7 juta kehadiran, maka tahun akan datang sasaran kita mesti melonjak lebih tinggi. Namun, pelancongan juga bukan sekadar angka, ia adalah perniagaan, ia adalah sebuah industri yang menuntut nilai dan pulangan. Oleh itu, dalam kita berusaha menaik, menarik kedatangan seramai mungkin, fokus kedua yang sama penting ialah kualiti perbelanjaan pelancong. Dalam bahasa mudah, kita mahu pelancong datang ramai-ramai, kita mahu mereka berbelanja lebih banyak, tinggal lebih lama dan terlibat lebih dekat dengan komuniti. Kita tidak mahu negeri ini hanya menjadi seperti R&R atau sekadar negeri transit. Kita mahu Kedah diangkat sebagai destinasi utama, bukan perhentian singgah.

Untuk mencapai tujuan itu, Kerajaan Negeri akan terus menambah baik produk-produk sedia ada. Pada tahun hadapan, saya akan pastikan audit menyeluruh terhadap tapak-tapak pelancongan utama dilaksanakan termasuk penilaian kecacatan di lapangan. Pelan naik taraf fasiliti asas pula akan dilaksanakan dalam tiga fasa, segera, pertengahan, dan jangka panjang. Di samping itu, sistem maklum balas digital pelawat akan diperkenalkan bagi memastikan setiap suara pengunjung diambil kira. Komitmen Kerajaan Negeri terhadap produk baru juga tidak berkurang, ia terus menjadi keutamaan. Kita akan bangunkan produk-produk baru berdasarkan kemampuan dan upaya kita.

Pada masa yang sama, kita seboleh-bolehnya akan pastikan agihan yang menyeluruh, tidak tertumpu kepada kawasan atau daerah-daerah tertentu sahaja. Kepada para pengusaha, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan sektor ini, selagi mereka mempunyai potensi untuk menyumbang kepada ekosistem pelancongan negeri, sokongan berterusan akan diberi dalam bentuk-bentuk yang bersesuaian. Bagi memperhebatkan kedatangan pelancong pada tahun depan, beberapa acara bertaraf antarabangsa juga akan dirangka.

Jika tahun ini, fokus kita lebih kepada acara-acara mensasarkan pelancongan dua mistik, maka tahun depan tumpuan kita akan melebar ke luar negara, khususnya pasaran negara-negara tetangga yang mempunyai potensi besar. Ini juga sebagai satu cara untuk kita menyokong Tahun Melawat Malaysia tahun 2026. Peranan Kedah Tourism pula akan diperkukuh. Dengan pengalaman yang telah dikumpul, saya percaya, ia kini sampai ke fasa baru untuk menggerakkan lebih yakin dan berani. Ia akan terus memainkan peranan secara lebih aktif dalam memperluas jaringan kerjasama, memperkukuh perkongsian strategik, memantapkan kehadiran digital, dan juga menambah baik keupayaan pemasarannya agar Kedah benar-benar berada pada radar pelancong serantau dan antarabangsa.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui portfolio saya sedang menggerakkan satu fasa baru iaitu membina rakyat Kedah sebagai host terbaik di Malaysia. Kita mahu budaya pelancongan ini tumbuh bukan sebagai slogan tetapi sebagai identiti baru negeri. Nilai-nilai seperti budi bahasa, sikap ringan tulang, senyuman tulus, adab menyambut tetamu, semua ini bukan sekadar tambahan tetapi produk pelancongan yang paling berharga. Dalam masa yang sama, kita akan memperkukuh pendidikan kelestarian di peringkat komuniti kerana pelancong moden menilai destinasi bukan sahaja pada kecantikan alamnya, tetapi pada tanggungjawab masyarakatnya terhadap alam itu sendiri. Negeri Kedah tidak boleh dan tidak akan menjadi negeri yang cantik di papan iklan tetapi kotor di lorong belakang. Oleh itu, kita akan menggerakkan program komuniti hijau, menggalakkan aktiviti kesukarelawan pelancongan, melipatgandakan kempen kebersihan dan juga mengukuhkan rangkaian CSR yang melibatkan pelajar, NGO dan penggiat industri.

Saya percaya bahawa masa depan pelancongan Kedah tidak ditentukan oleh seberapa banyak hotel baru dibina, tetapi oleh watak manusia yang menyambut tetamu di bumi ini. Jika rakyatnya ramah, bersih, jujur, berdisiplin dan bangga dengan negerinya sendiri, maka, pelancongan tidak lagi menjadi industri, ia menjadi budaya hidup yang kekal. Dan jika kita terus bergerak dengan strategi yang berani, disiplin yang tinggi, naratif yang autentik serta rakyat yang menjadi tuan rumah terbaik, Kedah bukan sahaja bersedia untuk menuai hasil TMK2025 (Tahun Melawat Kedah) tetapi juga menjadi model pelancongan negeri yang disegani di tengah-tengah kerancakan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Yang Amat Berhormat Tuan Speaker, kejayaan sektor pelancongan mesti memberi manfaat kepada rakyat. Sebab itu, Kerajaan Negeri menekankan pelancongan mampan dengan meningkatkan kapasiti penggiat industri seperti pengusaha homestay, seni kraftangan dan komuniti warisan. Rakyat perlu menjadi wajah rasmi negeri, bukan hanya sekadar pemerhati.

Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri mengambil serius cadangan Yang Berhormat Bayu untuk memperkukuhkan promosi produk pelancongan berasaskan ekopelancongan di DUN Bayu. Kerajaan Negeri sedang dan akan terus mempergiatkan usaha promosi Pelancongan Bayu melalui pelbagai saluran termasuklah penghasilan video promosi untuk siaran media sosial, laman web dan pameran antarabangsa. Kerajaan Negeri komited menjadikan Bayu sebagai sebahagian strategi pelancongan Hijau Kedah 2030. Dengan promosi bersepadu, penyertaan komuniti dan penjenamaan semula, Bayu berpotensi menjadi ikon pelancongan alam semula jadi utama di utara Semenanjung dan juga penyumbang penting kepada ekonomi Kedah.

Bagi cadangan Yang Berhormat Bandar Baharu, kerajaan menyokong usaha memasyhurkan Sungai Muda sebagai “Jantung Negeri Kedah”. Untuk makluman, Kerajaan Negeri sedang meneliti pelaksanaan Sungai Muda International Eco Culture Festival mulai 2026 yang bertujuan memperkenalkan Sungai Muda di peringkat antarabangsa dengan tema, “Sungai Muda, Jantung Kehidupan Kedah”. Program ini akan menggabungkan elemen alam sekitar, budaya dan komuniti serta melibatkan negara sahabat seperti Jepun, Thailand dan Indonesia. Kesimpulannya, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan menjadikan Sungai Muda sebagai identiti pelancongan Kedah.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih kepada YB. Ayer Hangat atas puji-pujian yang telah diberikan pada hari ini. Terima kasih juga kerana membantu menjelaskan situasi sebenar Langkawi sebagai menjawab tomahan bahawa Langkawi mengalami kemerosotan pelancong. Sebenarnya Kerajaan Negeri sedar, ada beberapa pihak lama-lama sekali akan buat kenyataan-kenyataan merosakkan nama baik Langkawi, okey. Cerita macam-macam, Langkawi pulau berhantu lah, merosot lah dan sebagainya. Tulis di Facebook la dan sebagainya. Kita taaauuu… Kalau ikut cakap depa ni, Langkawi lagi tak dak orang lah, duk merundum sedia. Betul dak? Kita tau…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Berapa ramai YB, pelancong ke Langkawi tahun ni?

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Ya? Pelancong di Langkawi ni, saya nak bagitahu Yang Berhormat Tuan Speaker, yang duk kata merundum-merundum. Kalau merundum tu bila tahun pandemik tu memang betullah. Bukan sahaja Langkawi, Kota Darulaman woi, satu dunia! Satu dunia! Nak bagitau orang tak pi melancong. Kalau boleh saya nak bagitau sikit lah, peningkatan jumlah pelancong di Langkawi, tahun 2022, Langkawi terima 2,581,605 orang ketibaan. 2023, naik kepada 2,810,322 orang, tahun lepas 2024, naik lagi menjadi 2,904,629 orang dan tahun ini dengan momentum sekarang ini, insya-Allah kita yakin Langkawi akan menerima kehadiran pelancong 3.5 juta. Jadi, baru-baru ini pada pertengahan September, ada kecoh sikit. Ada orang cakap kata Langkawi tak dak orang ketika mana cuti panjang sempena Menyambut Tahun Malaysia. Saya nak bagi tahu, saya ada keluarkan kenyataan 19 September menafikan dakwaan tersebut. Sebabnya… mai saya nak baca sikit. Saya bila orang cakap macam tu saya check terus tau. Statistik yang kita ada menunjukkan sehingga Ogos 2025, Langkawi merekodkan 2,018,153 orang berbanding tahun yang sama, tempoh yang sama bagi tahun lepas iaitu 1,964,814 orang.

Ini menunjukkan ada sikit peningkatan. Bagi tempoh 1 hingga 16 September tahun ini iaitu ketika musim cuti panjang Hari Malaysia, ketibaan melalui Terminal Feri Kuah meningkat 22.43%, manakala Pelabuhan Langkawi mencatat lonjakan 27.86%. Ketibaan penerbangan domestik pula naik 10 peratus, manakala penerbangan antarabangsa melonjak 23%. Tak cukup dengan angka itu, saya cari pula PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Minta maklumat daripada PBT nak yakinkan. Pasal apa lah ada orang sakit ni? Mai time cuti, aaaada sahaja nak cakap tentang keburukan Langkawi, Langkawi merundum dan sebagainya. Tuan Speaker marah dak Tuan Speaker?

Speaker

Tempat tumpah darah.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Haaa…. Okey, lebih menarik lagi fakta dan data daripada Majlis Perbandaran Langkawi menunjukkan jumlah jualan bilik penginapan bagi tempoh 3 bulan iaitu Jun, Julai, Ogos 2025 adalah sebanyak 995,962 bilik berbanding 678,327 bilik pada tempoh yang sama tahun lalu. Ini menunjukkan peningkatan 47%, saya tak tahulah 47% ni banyak ka sedikit! Haaa… Jadi tak betullah kalau nak kata Langkawi merudum, Langkawi jatuh dan sebagainya. Jadi, saya nak minta semua yang ada dalam Dewan ini dan juga di luar sana, jangan terpengaruh dengan tohmahan-tohmahan negatif yang merudum, yang nak merosakkan nama baik Langkawi dan Negeri Kedah ini.

Anak-anak Kedah khususnya dan juga sahabat-sahabat kita di kerusi pembangkang ini sepatutnya menjadi benteng untuk mempertahankan Langkawi. Dan saya nak bagitau Tuan Speaker juga, nak bagi tau, yang duk kata sangat Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri. Ni saya nak ‘beletiaq’ sikit! Tadi elok dah bercakap semua ni dah, mai tajuk ni, dia naik sikit. Bukan apa, saya nak bagitau depan-depan YAB. Jeneri ni. Sebenarnya, tugas untuk memajukan dan juga merancakkan sektor pelancongan di Langkawi ini bukan hanya tugas Kerajaan Negeri. Ini juga adalah tanggungjawab dan tugas Pusat, Federal. Sebab itulah LADA ditubuhkan! LADA ditubuhkan untuk apa? Untuk memaju dan juga memakmurkan dan juga merancakkan sektor pelancongan di Langkawi dan setakat pada hari ini, kita bersama dengan LADA boleh duduk sekali dan berbincang, merancang macam mana nak melonjakkan sektor pelancongan Langkawi dan hasilnya boleh tengok pada hari ini, beberapa banyak pengiktirafan dan anugerah yang diperoleh Langkawi.

Bukankah itu menjadi kebanggaan kita? Baru-baru ini juga Langkawi mendapat pengiktirafan sebagai Pulau Kedua Terbaik di Asia. Ini kita patut bangga! Tak kira siapa lah, jadi semua kepada orang-orang Kedah okey, bersama sama-sama kita bersatu hati, kita sama-sama membela tempat kita, sama-sama kita memajukan pelancongan di Langkawi dan tanah besar ini yang mana manfaatnya akan dirasai, akan dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Kedah ini. Mari kita bersatu. Janganlah mencari ruang, sikit-sikit nak buat dakwaan-dakwaan yang boleh merosakkan nama baik tempat kita. Terima kasih juga kepada YB. Kuah atas saranan yang selari dengan fokus Kerajaan Negeri untuk memperkukuh sektor pelancongan yang inklusif dan mesra semua golongan. Melalui Kedah Tourism Sdn. Bhd dan agensi berkaitan, Kerajaan Negeri mengenal pasti warga emas sebagai segmen pelancong baru berpotensi tinggi, khususnya dalam pelancongan domestik dan kesihatan.

Antara langkah yang dilaksanakan ialah penyertaan dalam program Silver Tourism oleh MOTAC dan Tourism Malaysia. Promosi pakej santai seperti Langkawi, Gunung Jerai dan Tasik Pedu serta kerjasama dengan operator pelancongan bagi memperkenalkan pakej terapi kesihatan, spa herba dan lawatan warisan untuk umur 50 tahun ke atas. Secara keseluruhannya, pelancongan warga emas menjadi sebahagian strategi pelancongan inklusif Kedah dengan tumpuan bukan sahaja kepada promosi tetapi juga aspek keselamatan, kemudahan infrastruktur dan latihan tenaga kerja agar Kedah benar-benar menjadi destinasi mesra warga emas, mesra keluarga, dan mesra semua, selaras dengan aspirasi Kedah Negeri Sejahtera 2035.

Dan ini pula tentang Khai Yi Pan Din. Betulkah Sidam, saya tersebut? Atau yuran memijak bumi yang bakal dikenakan oleh Thailand kepada pelancong-pelancong yang masuk ke negara itu. Saya meletakkan harapan yang sama macam YB. Ayer Hangat agar langkah itu memberi manfaat kepada kita. Kepada semua bakal pelancong, pakat-pakat mailah ke Kedah. Kami janji tidak ada sebarang bayaran dikenakan kepada pelancong dan pelawat yang masuk ke negeri ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sayugia saya tegaskan di sini bahawa dalam memberi tumpuan kepada sektor pelancongan, saya juga sentiasa cakna terhadap sektor kebudayaan dan keusahawanan yang juga merupakan portfolio yang saya pengerusikan. Gerak kerja kebudayaan dan agenda-agenda keusahawanan terus saya letakkan dalam senarai teratas. Seberapa yang boleh saya berusaha menggerakkannya supaya seiring dengan sektor pelancongan kerana ketiga-tiga sektor ini boleh disinergikan. Dalam hubungan ini, izinkan saya menyentuh sedikit apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gurun mengenai pentingnya memberi perhatian serius kepada golongan usahawan belia khususnya peniaga kecil dan pengusaha industri asas tani.

Kerajaan Negeri Kedah melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri ataupun UPUK telah melaksanakan program pembiayaan berbentuk pinjaman dan geran sejak tahun 2015 hinggalah 2024. Insentif ini juga telah memberi manfaat kepada lebih 1,696 usahawan daripada pelbagai sektor dan latar belakang, meliputi bantuan tunai, pembelian peralatan, pembungkusan dan perlabelan produk serta pensijilan halal MeSTI dan GMP. Bagi memperkasakan usahawan mikro, kecil dan sederhana khususnya dari luar bandar, UPUK bekerjasama dengan pejabat daerah dan majlis daerah seluruh negeri dalam menjayakan program Eksplorasi Usahawan Negeri Kedah. Siri jelajah ke setiap daerah bagi perkenalkan produk dan perkhidmatan tempatan.

Demikianlah komitmen berterusan kita terhadap usahawan-usahawan muda dan para peniaga kecil. Amatlah menjadi harapan saya agar tatkala sektor pelancongan berkembang maju, para usahawan akan turut sama mendapat limpahan manfaatnya. Akhir kata, pada kesempatan ini izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar atas kepimpinan yang sentiasa memberikan arah yang jelas serta sokongan padu dalam setiap inisiatif yang kita laksanakan. Penghargaan juga ditujukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini serta seluruh anggota pentadbiran negeri yang saban waktu memberikan kerjasama erat, memastikan setiap perancangan dapat diterjemahkan kepada tindakan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga turut saya tujukan kepada jabatan-jabatan serta agensi-agensi yang terlibat.

Komitmen, profesionalisme dan kesungguhan tuan-tuan dan puan-puan telah menjadi nadi kepada kelancaran pelaksanaan agenda pelancongan negeri. Kepada para pemain industri, rakan-rakan media dan para influencer, sumbangan serta dokongan tuan-tuan dan puan-puan semua amat besar maknanya. Tuan-tuan dan puan-puan bukan sekadar rakan strategik, malah merupakan rakan pemangkin yang membantu memperluaskan capaian, meningkatkan promosi serta memantapkan imej pelancongan negeri ini di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sesungguhnya, setiap kejayaan yang dikecapi dan setiap sasaran yang ingin kita capai pada masa akan datang adalah hasil usaha kolektif. Dengan semangat kebersamaan ini, saya yakin sektor pelancongan negeri akan terus maju berkembang dan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat dan negeri yang dicintai ini. Sekian, saya dengan ini menyokong Belanjawan Kerajaan Negeri Kedah 2026. Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Dan seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Suka Menanti.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri Menteri Besar Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Seri Setiusaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato' Wira Pegawai Kewangan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, dan Sidang Dewan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pertama sekali, marilah kita bersama-sama bersyukur kehadrat Allah SWT kerana memberi kesempatan untuk kita bertemu dan berkumpul dalam Dewan yang mulia ini bagi menghadiri Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan pada hari ini, terutama sekali mengenai isu-isu yang menyentuh tanggungjawab di bawah portfolio saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Jeneri atas pembentangan Bajet Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2026. Bajet ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen yang tinggi dalam memperkukuh sektor pertanian negeri menerusi peruntukan yang memberi tumpuan kepada pembangunan pesawah, peningkatan hasil, serta mengukuhkan jaminan makanan negeri. Tak lupa juga kepada Yang Berbahagia, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang juga begitu prihatin ke atas keperluan peruntukan yang mencukupi untuk menjadikan Kedah ini negeri pengeluar hasil tani utama negara, insya-Allah.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang berbahas dan menyentuh khususnya berkaitan dengan portfolio pertanian, perdagangan, pengangkutan dalam tempoh kita bersidang pada kali ini. Tak dinafikan, banyak persoalan melibatkan pertanian terutamanya berkaitan subjektor padi, kerana negeri ini sinonim sebagai “Negeri Jelapang Padi”.

Banyak yang menyentuh tentang benih padi. Usaha sedang dijalankan dengan menguji 10 benih padi baru, sedang diuji kaji bersama empat agensi kerajaan iaitu UPM, UKM, UITM dan agensi nuklear di tapak ujian kita di Tobiar. Hasil yang diperolehi bagi hujan pertama ialah 5.7 tan per hektar berbanding dengan 2.5 tan per hektar sahaja di kawasan yang sama yang ditanam oleh petani pesawah kita. Ini adalah kerana, tanah yang kita buat tapak ujian itu dulu itu adalah tanah gred B bukan tanah gred A. Insya-Allah, kita akan mengubah tempat ujian untuk mendapatkan hasil yang lebih menyeluruh, insya-Allah. YB Pedu ada menyentuh berkenaan usaha menarik minat anak muda menyertai bidang pertanian dan penyediaan kursus-kursus latihan untuk anak muda dalam bidang pertanian. Yang Berhormat Tuan Speaker, dapatan dari Laporan Interim Banci Pertanian 2024 yang telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah, mendapati daripada keseluruhan pegangan pertanian melibatkan individu Negeri Kedah 50.2% terdiri daripada pegangan pertanian individu yang berumur 60 tahun ke atas.

Justeru, usaha untuk menarik minat anak muda menyertai bidang pertanian, yang juga disebut oleh Yang Berhormat Anak Bukit, amatlah wajar dipergiatkan demi menjamin kesinambungan industri pertanian serta agenda keterjaminan makanan bagi Negeri Kedah yang kita cintai ini. Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan Lembaga Pertubuhan Negeri Kedah dan lain-lain jabatan yang berkaitan, sentiasa komited dalam usaha menarik minat dan meningkatkan penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian.

Antara insentif yang ditawarkan adalah bantuan input pertanian yang disalurkan kepada belia yang telah memulakan projek pertanian seperti tanaman kontan, sayuran dan buah-buahan. Yang kedua, insentif teknologi tanaman iaitu melalui peruntukan khas Negeri atau Persekutuan, belia layak menerima subsidi pemasangan sistem fertigasi, struktur perlindung hujan dan pengairan automatik. Bantuan pembangunan industri asas tani bagi belia juga yang menceburi pemprosesan makanan berasaskan pertanian. Salah satu contoh hasil usaha Kerajaan Negeri menarik minat anak muda menyertai bidang pertanian telah dijalankan adalah melalui Hub Melon D’Aman di Pokok Sena yang diusahakan oleh seorang anak muda berusia 32 tahun bernama Hadri, yang mampu meraih pendapatan lumayan. Contohnya, pada bulan Julai 2025, beliau berjaya menghasilkan sejumlah 4,500 kg melon dan memperolehi pendapatan sebanyak RM36,000 dalam masa hanya 2 bulan setengah.

YB. Pantai Merdeka nampak minat ya, insya-Allah kita boleh bincang YB. Pantai Merdeka. Cari tanah elok-elok kita buat. Melalui bimbingan dan kerjasama dengan jabatan pertanian, Hub Melon D’ Aman ini, akan menjadi pusat rujukan dan latihan talent creation bagi tanaman ini. Kursus serta latihan akan disediakan bagi belia dan anak muda tempatan supaya lebih ramai lagi “Hadri” berjaya dilahirkan, insya-Allah.

Saya juga telah mengemukakan cadangan awalan kepada pihak kementerian untuk menjadikan tapak TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan) di Pokok Sena ini, sebagai “Taman Pertanian Negeri”, di mana kita akan dapat di situ sebagai Hub Pertanian Negeri Kedah ini insya-Allah, di mana anak-anak muda kita dapat pergi mempelajari segala ilmu yang perlu untuk menyiapkan diri sebagai petani yang berjaya, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, antara kursus-kursus yang telah menjalankan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah, bagi setiap daerah pada tahun ini ialah sebagai contoh di Bandar Baharu, Kursus Pensijilan Mesti dan Homebased, Kursus Pengisian Rekod Ladang MyGap, kursus pengurusan perosak dan penyakit tanaman durian, kursus pengurusan perosak dan penyakit tanaman padi, kursus hasilan durian, kursus pertanian bandar. Lagi contoh di Baling, kursus pengurusan tanaman kelapa, kursus pemprosesan hasilan kelapa, kursus pengiraan dan pemasangan komponen sistem pengairan sayuran fertigasi, kursus diagnostik penyakit perosak tanaman durian, khusus pemprosesan makanan hasilan durian, kursus pengenalan padi huma, dan diagnostik perosak penyakit tanaman padi. Lain-lain kursus juga, kursusnya seumpama kursus juga dijalankan di seluruh daerah di Kedah di Kulim, di Sik, di Kuala Muda, di Yan, di Pendang, di Pokok Sena, Padang Terap dan lain-lain daerah, untuk menyiapkan anak muda kita dan juga seluruh lapisan masyarakat yang berminat dalam pertanian.

YB. Kota Siputeh, menyentuh tentang penolakan cadangan Pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 ataupun Akta 634 dan menolak penyertaan Malaysia dalam Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan atau International Union for the Protection of New Varieties of Plants (UPOV) 1991.

Yang Berhormat Tuan Speaker serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dukacita ingin saya maklumkan negara kita sedang dijajah secara halus, sebagaimana yang telah disebut oleh YB. Kota Siputeh, banyak hak-hak pertani yang diketepikan, janji-janji tidak ditepati dan kali ini mereka ingin mengambil biji benih kita pula. Janji seribu janji, kalau janji kita mesti tepati. Pada Sidang Dewan yang lepas, saya telah berucap menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebarang usaha untuk meminda Akta 634 bagi tujuan menyelaraskan dengan Konvensyen UPOV 1991. Nilai ini disokong oleh ribuan pesawah yang bergelut, yang telah lama melihat hak mereka terhakis oleh polisi yang mengutamakan keuntungan korporat. Usul membantah Pindaan Akta 634 ni juga telah diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini. Kali ini, saya sekali lagi memohon agar kementerian pertanian dan keterjaminan makanan mesti menghentikan proses pembentangan Pindaan Akta PNPV 2004 (Perlindungan Varieti Tanaman) ini di Parlimen.

Kami difahamkan pindaan ini dijangka dibentangkan dalam sesi Parlimen yang akan datang untuk tahun 2026. Saya berasa amat kecewa dan bimbang kerana proses pembentangan ini didapati tidak telus. Sehingga saat ini, teks penuh deraf pindaan Akta PNPV 2004 tidak dikongsikan kepada pihak-pihak berkepentingan dalam negara termasuk kepada kerajaan-Kerajaan Negeri, mahupun kepada Ahli-ahli Parlimen dan agensi-agensi lain yang berkaitan. Perkara ini juga disentuh secara panjang lebar oleh YB. Pengkalan Kundor. Pihak TPKM mengatakan penyertaan Malaysia dalam Konvensyen UPOV akan membawa kesan positif. Namun, dakwaan ini berpusat kepada idea bahawa perlindungan yang meluas dan hak monopoli yang diberikan kepada pembiak baka tumbuhan akan menggalakkan pembiak baka komersial untuk melabur dalam pendidikan dan inovasi serta menghasilkan varieti tumbuhan baru.

Walau bagaimanapun, penyertaan ke dalam UPOV 1991 akan membawa kesan yang tidak baik dan sangat besar kepada petani dan kedaulatan makanan negara dan negeri. Pertama, monopoli benih dan kenaikan harga UPOV 1991 akan melanjutkan hak monopoli kepada pembiak baka selama 20 hingga 25 tahun. Kedua, penghapusan hak petani, UPOV 1991 menafikan hak petani untuk bebas menyimpan, menggunakan, bertukar dan menjual benih atau bahan pembiakan yang dituai dari ladang mereka sendiri.

Amalan ini yang diamalkan oleh kira-kira 30% pesawah Negeri Kedah adalah penting untuk menjimatkan kos, menjamin kualiti benih tempatan dan menjadi sumber pendapatan sampingan. Sekatan ini secara langsung mengancam sumber pendapatan petani-petani Kedah dan melanggar hak asasi manusia mereka, termasuk hak untuk mencari rezeki. Ketiga, risiko bioperasi, UPOV 1991 mendesak agar peruntukan-peruntukan penting dalam Akta 634 terutamanya Seksyen 12 dimansuhkan.

Seksyen 12 yang sedia ada mewajibkan pemohon mendedahkan sumber bahan genetik dan mendapatkan persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada masyarakat tempatan atau orang asal, serta menunjukkan pematuhan kepada Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 (Akta ABS 2017).

Pemadaman seksyen 12 ini, akan membuka peluang kepada bioperasi dan melemahkan undang-undang nasional lain yang bertujuan melindungi Biodiversiti Malaysia. UPOV menuntut Seksyen 15 Akta 634 yang membenarkan kerajaan menolak pendaftaran varieti atas alasan kepentingan awam, moral atau kesan negatif terhadap alam sekitar untuk dihapuskan. Pemansuhan ini akan membenarkan hak monopoli diberikan kepada varieti yang berpotensi, membahayakan ketenteraman awam atau alam sekitar seperti tanaman GMO (Genetically Modified Organism), tanaman invasif dan tumbuhan yang bercanggah dengan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Akta PNPV 2004 sedia ada adalah mencukupi dan perlu dipertahankan. Ia telah menunjukkan fungsinya di mana antara 2008 dan 2020, 447 permohonan PBP telah dibuat, dengan sebahagian besar pemohon iaitu 64.65% adalah entiti asing. Ini membuktikan dakwaan bahawa undang-undang sedia ada menghadkan inovasi atau akses kepada benda asing adalah tidak benar. Kita tidak boleh membenarkan penjajahan moral ini berlaku ke atas pesawah dan petani kecil kita, demi masa depan Kedah sebagai jelapang padi negara dan demi keterjaminan makanan rakyat Malaysia. Tolak UPOV 1991! Senada dengan YB. Kota Siputeh, saya mengesa Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertanian untuk menghentikan agenda meminda Akta 634 ini demi UPOV 1991, mengembalikan proses perundangan kepada landasan demokrasi yang telus dan menjunjung tinggi kedaulatan negara serta hak petani.

YB. Bayu ada menyentuh berkenaan dengan pemantauan dan menguatkuasaan terhadap aktiviti menangkap ikan darat secara haram iaitu menggunakan bom ikan atau alat renjatan elektrik. Yang Berhormat Tuan Speaker, pemantaun aktiviti penangkapan ikan secara haram iaitu dengan cara bom ikan atau menggunakan alat renjatan elektrik di Hulu Sungai Kedah, memerlukan kerjasama erat pelbagai agensi dengan pejabat Perikanan Negeri Kedah bertindak sebagai peneraju penguatkuasaan melalui Kaedah-Kaedah Perikanan Sungai 1990. Dengan mengharapkan satu jabatan sahaja sebagai agensi tunggal dalam menguatkuasakan undang-undang ini, agak mustahil dalam memastikan isu dan masalah ini dapat diselesaikan secara tuntas.

Oleh sebab demikian, perlu diwujudkan satu task force daripada pelbagai agensi yang mempunyai punca kuasa yang berkaitan agar isu dan masalah ini dapat diselesaikan secara tuntas. Seperti contohnya, pihak PDRM juga perlu turut memainkan peranan penting dalam menyiasat berkaitan penggunaan bahan letupan, manakala pejabat Perhutanan Negeri Kedah pula mengawal kawasan hutan simpan yang sering menjadi lokasi terpencil bagi aktiviti haram ini. Betui YB. Bayu? Terima kasih. Angguk tu okey lah. Kawasan yang dikenal pasti berpotensi tinggi untuk kejadian bom ikan adalah di bahagian hulu sungai yang terpencil dan sukar diakses yang mengalir melalui daerah berhutan tebal seperti Baling, Sik dan Padang Terap, di mana penjenayah menyasarkan populasi ikan air tawar bernilai tinggi. Bagi mengatasi masalah ini secara berkesan, pihak berkuasa dicadangkan untuk mengukuhkan pasukan petugas khas ataupun task force yang melibatkan PDRM, perikanan dan perhutanan untuk operasi yang bersepadu. Selain tindakan penguatkuasaan yang tegas, dengan meningkatkan hukuman, penglibatan aktif komuniti tempatan melalui program kesedaran dan penubuhan sukarelawan sungai juga amat penting bagi bertindak sebagai mata dan telinga pihak berkuasa, sekaligus menjamin kelestarian ekosistem sungai kita.

YB. Derga ada bersentuh berkenaan dengan penyelenggaraan semak-samun di sekitar landasan kereta api. Yang Berhormat Tuan Speaker, Perbadanan Aset Keretapi iaitu sebuah badan berkanun di bawah kementerian pengangkutan telah ditubuhkan di bawah Akta Kereta Api 1991. Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mula beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah organisasi pada 1 ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dengan kata lain, RAC telah tubuhkan sebagai sebuah agensi kerajaan bagi membantu membangunankan industri keretapi di Malaysia agar setanding dengan industri keretapi di negara-negara maju.

Antara peranan RAC adalah untuk menyedia dan menyelenggara aset-aset KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad), termasuklah kawasan di sekitar landasan. Bagi menjawab soalan YB. Derga, berkenaan kawasan semak-samun di landasan kereta api, pihak Perbadanan Aset Keretapi telah mengeluarkan satu sebut harga pada 15 Oktober yang lalu kepada kontraktor-kontraktor bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau CIDB bagi kita kerja-kerja pembersihan kawasan semak-samun, rumput-rampai, pokok serta kerja penyelenggaraan dan lain-lain kerja yang berkaitan di atas tanah Perbadanan Aset Keretapi Negeri Kedah dan Perlis. Insya-Allah, selepas ni semak-samun di sekitar landasan akan diselenggara dengan baik oleh kontraktor yang telah dilantik.

YB. Kuah ada menyentuh mengenai masalah kehadiran haiwan ternakan mengakibatkan kemalangan serta cadangan penubuhan Pusat Pemeliharaan Haiwan Terbiar Langkawi. Kelmarin, semalam, kemalangan lagi? Yang Berhormat Tuan Speaker, eh! tukar Speaker dah! Tak sedar. Hahaha. Kajian melalui agensi yang berkaitan sentiasa memaklumkan kepada penternak yang terlibat supaya tidak membiarkan ternakan mereka meragut bebas di kawasan awam dan menggalakkan penternak supaya menjalankan aktiviti menanam rumput sebagai sumber makanan tetap.

Insentif dan bantuan diberikan kepada penternak yang berpotensi untuk menanam rumput melalui pemberian biji benih, baja, pemagaran kawasan dan peralatan seperti pam air untuk kegunaan musim kemarau. Bantuan peralatan untuk mengutip jerami juga diberikan supaya sisa pertanian digunakan sepenuhnya dan penternak tidak perlu melepaskan ternakan di kawasan sawah padi selepas penuaian dilakukan. Jabatan juga telah meletakkan syarat yang memerlukan penternak terlibat punyai kandang dan tidak membiarkan ternakan mereka meragut bebas di kawasan awam sekiranya mereka ingin mendapat insentif dan bantuan daripada kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan mengambil maklum cadangan penubuhan Pusat Perlindungan dan Pengurusan Haiwan Terbiar di Langkawi. Ini selaras dengan peningkatan jumlah anjing terbiar seperti kajian telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada tahun 2024, yang menganggarkan jumlah anjing terbiar di Pulau Langkawi adalah sebanyak 2,861 ekor. Pada masa ini, usaha sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti tapak yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Oleh kerana pusat penempatan anjing yang sedia ada tidak dapat menampung anjing-anjing terbiar yang telah berjaya ditangkap. Walau bagaimanapun, kejayaan usaha pengawalan haiwan terbiar ini memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada ahli komuniti seperti penduduk tempatan dan pihak badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung bagi memastikan kebajikan anjing yang terbiar diberikan perhatian. YB Belantek ada menyentuh mengenai bantuan peralatan seperti pukat, jaring atau kelengkapan bot bagi pihak berwajib kepada nelayan darat Negeri Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Jabatan Perikanan Negeri Kedah mempunyai bantuan seperti berikut, geran agropreneur muda startup. Geran agropreneur muda startup adalah program bantuan incubator daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimumkan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.

Geran ini diberi dalam bentuk barangan, nilai maksimum startup sehingga RM30,000 bagi setiap individu bagi projek haluan pertanian, tanaman, ternakan, terperikanan dan RM20,000 bagi projek industri makanan asas tani. Bagi perikanan darat, bantuan bot, pukat dan peralatan penangkapan ikan juga diberikan. Insya-Allah kalau nak YB. Belantek, kita boleh bagi laporan sepenuhnya dalam bentuk tulisan, insya-Allah. Sebagai contoh Yang Berhormat Speaker, Jabatan Perikanan Negeri Kedah telah membantu lima myAP di bawah bantuannya. MyAP, program pembangunan usahawan perikanan di bawah bimbingan jabatan perikanan Malaysia juga, memberi tumpuan kepada pelaksanaan program keusahawanan di sepanjang rantaian nilai sektor perikanan seperti, pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan industri sokongan perikanan termasuk agro pelancongan serta perikanan rekreasi. Jabatan Perikanan telah membantu 32 usahawan di bawah bantuan ini.

YB. Anak Bukit, menyentuh mengenai dengan cadangan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas di peringkat negeri bagi memajukan industri pertanian negeri secara amnya serta galakan pertanian kepada golongan belia melalui dana khas dan pusat-pusat latihan pertanian. Yang Berhormat Tuan Speaker, menjadi segala kemungkinan dari risiko terhadap sekuriti makanan negara, gagasan The Greater Kedah meletakkan securiti makanan sebagai pemboleh daya, enables terhadap strategi makanan negeri bagi tempoh 100 tahun yang akan datang.

Ini bermakna Negeri Kedah mensasarkan kedudukannya sebagai hab makanan negara serantau dan global menjelang 2125, tak dak dah kita semua ni. Pelaksanaan gagasan ini bahagikan kepada beberapa fasa pelaksanaan bagi tempoh jangka pendek pelan operasi dibahagikaan kepada dua fasa. Fasa satu dari tahun 2025 hingga 2030, dan fasa dua dari 2031 hingga 2035. Dalam tempoh 25 tahun yang akan datang, TGK memasarkan sub-sektor agro makanan akan terus menyumbang 10% KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) Negeri Kedah. Peratusan ini mewakili nilai RM57.6 bilion dari keseluruhan nilai KDNK yang diselesaikan berjumlah RM576 bilion pada tahun 2050. Sasaran ini diasaskan kepada sasaran sumbangan agro makanan kepada KDNK Malaysia yang dijangka berkembang pada 4.3% pada tahun 2030. Sasaran ini dapat dicapai melalui 6 objektif strategik, iaitu memperkukuhkan ekonomi warga agro makanan, membangunkan kesediaan infrastruktur bagi merevolusikan pertanian, menyediakan ekosistem perniagaan tani yang kondusif dan menambah baik sinergi awam swasta, membentuk rantaian bekalan bernilai tinggi yang berkesan dan mampan, membangunkan bakat tani yang berteraskan industri, menseimbangkan kemampanan persekitaran dan bioenergy dalam aktiviti agro makanan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, daya maju agro makanan Negeri Kedah tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada aktiviti persendirian keluaran makanan, semua aktiviti pengeluaran makanan memerlukan penyelarasan dan sokongan insentif dari pihak berkuasa. Ini disebabkan aktiviti pengeluaran makanan adalah sangat terdedah kepada risiko terutama berkait supply chain dan pemasaran.

Oleh itu, sebuah agensi yang mampu memayungi dan menyokong aktiviti pengeluaran makanan dan menjamin sektor pertanian Negeri Kedah terus terkembang maju akan ditubuhkan, insya-Allah. Bagi mencapai objektif ini, TGK mensasarkan penubuhan atau mencadangkan Penubuhan Perbadanan Agro Makanan Negeri Kedah, sebagai kenderaan pemacu yang boleh memayungi aktiviti pengeluaran makanan secara lebih mantap dan berdaya saing. Di mana ini akan menguruskan dan membangunkan tanah-tanah kerajaan dengan produk makanan. Untuk itu, kita mensasarkan tanah-tanah kerajaan yang terbiar, distukturkan semula dengan memulakan aktiviti tanaman dan ternakan yang lebih produktif. Ini merangkumi penggunaan teknologi dan amalan pertanian mampan iaitu sustainable farming. Perbadanan ini juga, akan mempunyai fungsi bagi pemantauan serta bertindak sebagai pemacu subsektor padi, yang menjadi nadi penting pertanian Negeri Kedah. Perbadanan Agro Makanan Negeri Kedah yang kita rancang ini akan mempunyai rantaian daripada kilang benih padi sehinggalah kepada penghasilan dan penjualan “Beras Kedah” secara komersial, insya-Allah. Ini diharapkan mampu membendung monopoli pihak-pihak tertentu, dalam subsektor padi beras kita yang akhirnya menekan ‘pak-pak tani’ sehingga tergadai tanah bendang mereka.

Yang Berhormat Tuan Speaker, antara cadangan strategik yang telah dirangka untuk menarik minat belia dan anak muda dalam bidang pertanian melalui Perbadanan Agro Makanan Negeri Kedah, ialah menyediakan geran latihan agro sejahtera, mengintegrasikan latihan praktikal pertanian ke dalam aktiviti agro makanan di kalangan pelajar universiti.

YB. Ayer Hangat, menyentuh mengenai isu larangan penggunaan lampu hijau untuk mencandat sotong dan ditukarkan kepada lampu berwarna putih. Yang Berhormat Tuan Speaker, masalah ini mula menjadi isu hangat apabila Cawangan Konservasi Dan Perlindungan Perikanan DOF (Department Officiary Kedah) telah menjalankan rondaan di sekitar Pelayaran Kuala Kedah dan kawasan sekitarnya serta mengarahkan semua-semua bot suluh sotong yang menggunakan lampu berwarna hijau balik dan menggantikan lampu sama ada berwarna putih ataupun kuning. Depa suruh balik! Tukar lampu.

Speaker

Yang Berhormat Suka Menanti, ada 5 minit lagi.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Baik! Terima kasih Tuan Speaker. Ini adalah rentetan daripada beberapa aduan yang berkaitan penggunaan lampu hijau yang terlalu terang dan menyebabkan masalah kepada navigasi nelayan serta bot-bot lain, sama ada di laut mahupun untuk masuk ke muara. Mereka ini tidak disaman atau diambil tindakan, cuma diminta berpatah balik. Penggunaan lampu suluh sotong sebagai peranti yang menghasilkan cahaya untuk menarik ikan atau sotong secara umum boleh diklasifikasi sebagai sebahagian daripada peranti mengumpul ikan atau peranti pengumpul ikan di bawah Akta Perikanan 1985 di Malaysia. Apabila lampu suluh sotong termasuk dalam kategori peranti mengumpul ikan, jadi adakah ini perlulah lesen yang sah bagi operasinya?

Merujuk Seksyen 11 Akta Perikanan 1985, mana-mana orang di perairan berdekatan Malaysia, yang mengendali atau membenar dikendalikan apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut tanpa sesuatu lesen berkenaan dengannya, memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap, ataupun peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis kepada ketua pengarah sebelum sesuatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan adalah bersalah melakukan sesuatu kesalahan.

Kan YB. Kuala Ketil? Jadi, mana-mana nelayan yang pasang lampu suluh sotong tanpa lesen boleh ditahan dan ditangkap untuk siasatan lanjut. Tolong berhati-hati! Cadangan tindakan penyelesaian sementara, pihak jabatan telah mengeluarkan satu pekeliling melarang penggunaan lampu hijau di bawah air. Untuk penggunaan lampu hijau di atas air, pihak jabatan perikanan masih meneliti secara terperinci. Buat masa ini, hanya lampu putih dan kuning sahaja dibenarkan digunakan oleh semua ‘paser’ penangkapan ikan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada bulan lepas. Dalam pertemuan ini, Alhamdulillah pihak kementerian memberi respons yang sangat positif untuk usaha-usaha Kerajaan Negeri Kedah memajukan sektor pertanian dan telah pun melalui bajet yang telah diumum di Parlimen baru-baru ini, Negeri Kedah mendapat sumbangan ataupun peruntukan yang agak besar.

Terima kasih kita ucapkan kepada pihak kementerian terutamanya Dato’ Seri KSU yang juga turut menyuarakan kebimbangan berhubung isu perubahan kategori Tanah Pertanian Kedah kepada perindustrian di beberapa kawasan Negeri Kedah. Hal ini dilihat boleh memberi kesan negatif terhadap keluasan tanaman padi dan lain-lain sektor pertanian negeri serta usaha ke arah keterjaminan makanan negeri secara amnya. Apa pun, kita telah memberi jaminan kepada pihak kementerian bahawa Kerajaan Negeri Kedah akan berhati-hati dalam meluaskan kawasan-kawasan yang selama ini menjadi kawasan pertanian. Dalam pertemuan tersebut, turut diumumkan bahawa bagi cadangan projek pertanian yang telah dirancang oleh pihak kementerian bagi 2026, antaranya kerja-kerja pembaharuan sistem pengairan di Kurong Hitam Padang Terap, Pemulihan Taman Laut Negeri Kedah, Membaik Pulih Fasiliti Jabatan Pertanian di Langkawi, membaik pulih infrastruktur LKM di Kuala Muda, Membaik Pulih Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan di Tanjung Dawai dan lain-lain lagi projek yang telah pun diluluskan di Parlimen baru-baru ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri KSU dan pihak kementerian di atas keprihatinan serta usaha untuk membantu sektor pertanian Negeri Kedah yang kita cintai.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan. Juga, ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ketua jabatan, agensi-agensi Kerajaan Negeri, mahupun Pusat, yang banyak membantu dalam menjayakan dasar di bawah portfolio khususnya dan Kerajaan Negeri amnya.

Saya turut ingin menzahirkan penghargaan atas sumbangan semua penjawat awam Negeri Kedah, tak kira sama ada Pusat ataupun Kerajaan Negeri yang telah memberi banyak kerjasama dan bantuan serta nasihat. Saya menyeru agar semua pihak, agensi, petani, peladang dan rakyat Kedah berganding bahu dalam memacu agenda kedaulatan makanan negeri.

Kita perlu lihat pertanian bukan sekarang sektor tradisional tetapi sebagai industri strategik masa depan Kedah yang menjana ekonomi, peluang pekerjaan dan jaminan bekalan makanan negara. Dikala fajar menyingsing, ketika kebanyakan daripada kita masih lena di kamar, petani sudah pun melangkah ke bendang. Bertemankan embun pagi dan harapan yang tinggi, mereka mengharung lumpur, menyemai benih kehidupan untuk kita semua. Mereka bukan sekadar menanam padi tetapi menanam keberkatan dan ketenangan pada bumi ini. Hasil tangan mereka lah yang menghidupkan dapur setiap rumah yang menjamin ketercukupan makanan di setiap meja rakyat Malaysia. Hargailah, santunilah, mereka.

Sebelum saya akhiri, izin saya titipkan serangkap pantun sebagai pembakar semangat perjuangan pesawah dan petani kita.

Sawah menghijau tanda kemakmuran, Petani gigih menabur jasa, Bersatu hati demi kemajuan, Kedah makmur rakyat sejahtera.

Hidup Pak Tani! Sejahtera, harmoni. Saya dengan penuh ikhlas dengan ini menyokong penuh pembentangan Bajet Negeri Kedah bagi 2026 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Suka Menanti. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Ketil. YB. Kuala Ketil, saya akan tangguhkan sidang kita pada jam 4:30, jadi kalau kata YB. Kuala Ketil tak sempat nak habiskan, kita sambung balik besok. Sebab saya tak mau YB. Kuala Ketil jadi macam YB. Kulim. Sebab tengok dia dah ada masalah dah. Jadi, jangan laju sangat! Ambil masa, kita ada masa. YB. Kulim, okey lagi noh? Boleh lagi, tak payah pi hospital? Okay? Haaa, okay. Silakan YB. Kuala Ketil!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Boleh sambung esok ka?

Speaker

Ya?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Boleh sambung esok?

Speaker

Boleh! Boleh! Sambung besok!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin wassolatu wassalamu ‘ala asyrofil anbia iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma’in. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang saya hormati Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, yang saya hormati Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang, turut saya hormati Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, sahabat-sahabat saya yang mana yang telah pun selesai penggulungan dan yang akan membuat penggulungan, tak pi tandas apa semua tuu (sambil ketawa)… seterusnya sahabat-sahabat Yang Berhormat, Tuan-tuan Puan-puan Ketua Jabatan Agensi Negeri dan Persekutuan.

Terlebih dahulu mari kita panjatkan sepenuhnya kesyukuran kepada Allah SWT. Dengan limpah kurnia serta izin dan rahmat kasih Allah dapat kita berada di Dewan yang mulia ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker atas beri ruang dan peluang untuk saya membuat penggulungan bagi portfolio saya paling utama ialah Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan. Banyak persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam portfolio saya, tetapi soalan yang panas tu pasal cukai taksiran. Yang Berhormat Dato’ Seri pun dah jawab daripada awal, Exco pun dah jawab separuh, ADUN Lunas pun panjang lebar, saya ingat boleh panjang sikit lagi la (sambil ketawa).

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kesempatan yang ada ini saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas Pembentangan Bajet 2026 pada hari Isnin yang lepas. Pembentangan bajet ini memperlihatkan kepada kita semua bahawa satu usaha yang sangat bersungguh-sungguh di peringkat kerajaan untuk tidak mengabaikan satu pun keluhan dan penderitaan rakyat di Negeri Kedah. Walaupun Kerajaan Negeri mempunyai hasil yang terhad iaitu daripada beberapa sumber cukai seperti cukai tanah, cukai hasil hutan dan cukai hiburan dan perlu menanggung biaya pembangunan dan pengurusan yang tinggi. Di pihak Kerajaan Negeri, akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan usaha agar dapat membantu dan meringankan beban rakyat yang kita termampu.

Seperti pesanan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan bajetnya kepada rakyat Negeri Kedah, berharap rakyat Negeri Kedah kekal tenang, tabah dan bersatu. Dalam sejarah negeri ini setiap kali rakyat dan kerajaan bersatu hati, apa jua badai yang datang kita mampu mengatasinya. Kerajaan tidak menjanjikan bulan dan bintang, tetapi berikrar akan terus bekerja untuk rakyat. Setiap keputusan yang diambil akan menitikberatkan kesejahteraan rakyat Kedah yang tercinta. Dengan bajet yang dibentangkan, hasil 2026 telah menyasarkan hasil tanah RM554.81 juta, pelbagai hasil RM232.88 juta, hasil hutan RM33 juta, hasil daerah RM17.1 juta. Keseluruhan RM880 juta dengan peningkatan sebanyak RM48 juta daripada hasil tahun sebelumnya. Semoga hasil yang diperolehi akan memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Kedah. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menaikkan lagi pelaburan Negeri Kedah, kerana pelaburan kita telah mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM7.94 bilion, di dalam kejayaan pelaburan ini dijangka kita akan dapat mewujudkan 3,899 peluang pekerjaan kepada rakyat. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas Pembentangan Bajet 2026 yang telah mencakupi E.R.A.T iaitu Ekonomi, Rakyat, Alam dan Tadbir Urus.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nyatakan yang lebih awal ini ialah bajet yang cukup realistik bagi Kerajaan Negeri Kedah. Ini tak termasuk lagi dengan tuntutan Pulau Pinang, tuntutan air dan sebagainya. Kalaulah pihak pembangkang mengatakan tak realistik dengan tuntutan ini, kita mintak cabar pada pembangkang, usahakan kepada Pusat bagi kita RM200 juta yang minta untuk padi tadi tu, tanah sawah RM200 juta bagi kat kita, bagi Pulau Pinang tambah bajet, bagi air, tambah kepada kita, Insya-Allah kita akan dapat lebih bilion-bilion lagi, haaa… baru lah kata hebat. Aaa.. tak dak cukai! Jangan pi cepat sangat! Yang ni yang kita kata realistik, kita berdiri di atas kaki yang nyata, atas bumi yang nyata. Apa yang dapat, yang tu yang kita akan kembalikan kepada rakyat, bukan kita buat atas “angan Mat Jenin”, Yang Berhormat Tuan Speaker, noh? Impi yang tinggi besar-besar, buat tak boleh. Sekarang ni kalau kita ikut dengan bajet yang kita dapat ni, semua kemudahan, semua peruntukan yang kita beri kepada rakyat cukup banyak.

Saya tak maulah, sat lagi sahabat-sahabat saya marah. Beras sejahtera la, iBAKIPT la, macam-macam dia bagi ni. Kalau kira yang tu pun, ishh! Tak dak lagi negeri yang bagi, ni pi tengok Pulau Pinang bagi apa? Haa.. Beletiaq lagi ada. Selangor bagi apa? Bukan nak kira… Tapi pembangkang jangan mencelah ya, saya tak bagi dah. Sebab dah banyak, demo buat, TikTok buat, macam-macam lah buat, okay ruang ni tak bagi dah la. Okay boleh naih, YB. Kota Darul Aman naih? Itu mukadimah baru (sambil ketawa).

Saya nak masuk yang bajet yang pasai cukai ni dulu Yang Amat Berhormat Tuan Speaker, sebab takut takdan, nak jawab tebai ni. Kita melihat serangan-serangan pihak-pihak pembangkang terutamanya, bukan setakat di Kedah, tu kempen Pilihan Raya Sabah pun bercakap tentang cukai hat PAS naik ni. Apa kena mengena rakyat Kedah nu dengan rakyat Sabah nu. Tak faham apa pun. Pi bercakap dekat kempen Pilihan Raya Sabah pasal PAS naikkan cukai, laaa... Orang Sabah tu, kempen dia bagi roti Gardenia jaa… Kenapa nak cakap tentang cukai, depa tak faham pun. Tapi kerana nak serang Kedah punya pasal ni, tak puas hati Kedah ni, macam-macam serangan. Serangan oleh pihak YB. Kota Darul Aman. Saya nak bagi statistik, YB. Kota Darul Aman naih, statistik tentang penurunan cukai. Jumlah cukai pintu lama duk ada RM7.3 juta, ni cukai lama. Jumlah cukai pintu baru RM5.5 juta, turun ni, perbezaan cukai adalah RM1.8 juta, ada la angka belakang lagi. Jumlah pegangan 10,000, 10,000 pegangan, dalam Bandaraya ini daripada 95 ribu pegangan, 10,000 terlibat dengan penurunan, tu ada. Yang tu tak dihighlight, tak di cerita kepada rakyat, tak dak cerita kan? Hanya cerita hat naik saja, yang naik, noh.

Seterusnya kenaikan pula, yang tadi turun, ni kenaikan, yang daripada satu sen sampai RM300, yang paling minima RM300. Jumlah pegangan 48,448 unit yang terlibat dengan kenaikan cukai, satu sen sampai RM300, kenaikan yang paling rendah paling minima. RM300 bahagi 12 bulan, berapa ringgit baru, kan? Ini ialah, yang ni tak dihighlight, tak dicerita kepada orang ramai. Nak cerita pasal sampai RM1,000 pun ada. Jumlah pegangan 36,000, 36,953unit pegangan yang terlibat sampai RM1,000. Daripada RM300 sampai RM1,000, duk ada 36,000 pegangan. Makna dia, Yang Amat Tuan Berhormat Speaker, apa yang dibuat oleh MBAS ni sudah ambil kira daripada aspek-aspek ni, kalau dia campur 36 ribu pegangan, campur 48 ribu pegangan, campur lagi 10 ribu pegangan, dah hampir-hampir 90% daripada 95 ribu pegangan. Inilah kiraan yang diambil oleh MBAS, bukan semata-mata untuk nak naik saja, dia ambil juga angka-angka yang realistik, yang bagi kepada rakyat keseluruhan.

Ada yang dihighlightkan oleh pihak pembangkang tentang kenaikan yang tinggi. Saya ada data kenaikan yang tinggi, satu kawasan perindustrian di Mergong, Nombor 86, Jalan Timur 6. Dulu dia kena cukai RM400, RM200 saja, zaman tu tahun 1993. Depa tak sekolah lagi apa? Tak wujud lagi apa, kan? Tahun 1993, ramai tak wujud lagi, saya wujud dah masa tu. Sekarang ni kena RM1,400, memang tinggi, berapa tahun perbezaan daripada 1993 sampai sekarang, berapa tahun perbezaan. Dulu ada bantuan untuk sektor industri berkembang.

Hari ni, kalau tengok gambar ni, punyalah besar store dia, punyalah besar, layaklah kena cukai ni. Kalau RM1,400 pun, dibahagi dengan 12, baru berapa ringgit sebulan? Jualan dia melebihi ribuan sebulan, harian jualan dia ribuan ringgit boleh dapat, takkanlah tak boleh bayar cukai banyak tu. Dia adalah kawasan industri. Kedai perabot Big Ship Jalan Kuala Kedah, yang satu lagi tu. Dulu dia kena cukai RM909 kena cukai, zaman lama juga, la ni dia naik RM2,100, memang kata tinggi, betul tinggi bagi persen, tapi tengok la kilang dia besar mana, kedai perabot dia besar mana, luas! Dekat-dekat lima biji rumah taman boleh duk situ, besar!

Tuan-tuan, penilaian yang dibuat oleh pegawai-pegawai penilai di bawah MBAS ini, mereka adalah pegawai-pegawai yang bertauliah, kita tak kata depa perfect 100%, tapi inilah manusia yang buat nilai, depa pun sudah ambil kira dengan perkara-perkara tersebut. Inilah penilaian yang mereka buat, untuk diberikan kepada orang ramai. Sebab tulah bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar marah dekat YB. Kota Darul Aman sebab tuduh YAB. Menteri Besar naikkan cukai. Bukan YAB.

Menteri Besar naikkan cukai, benda ni dibuat ikut akta tuan-tuan, ni mula nak jadi panaih ni! Ni akta ni, dibuat oleh Persekutuan, saya pun sejak jadi Exco duk kena study akta ni, dulu bukan duk baca pun, sejak-sejak jadi Exco ni hafal akta ni. Tiga bengkel saya buat bersama dengan pegawai-pegawai MBAS, tiga kali bengkel saya buat bersama diorang. Saya pun tak faham, buat bengkel dengan depa ni nilai tambah. Depa tanya, “sebab apa nilai tambah?” Untuk keadilan orang ramai. Kalau dulu guna kadar sewa, mungkin tak akan adil sebab semua akan bagi sama rata, tetapi hari ni nilai tambah, ada pasaran tinggi, ada pasaran rendah. Ada rumah YB. Kuala Nerang dulu beli RM700 ribu, sekarang ni mungkin RM5 juta rumah dia. Minta maaf no. Contoh! Contoh! Contoh nilai bertambah. Rumah YB. Suka Menanti, dulu mungkin beli rumah taman RM70 ribu, sekarang ni mungkin RM300 ribu, RM400 ribu, nilai berbeza. Bila nilai berbeza, kadar cukai juga kan berbeza. Ini adalah realistik pada hari ini, realistik.

Tuan-tuan ini yang kena fahamkan, ada cerita dalam akta dan apa yang kita buat hari ini sudah ambil kira 32 tahun tak dibuat. Kerajaan dulu kerajaan yang bersalah, tak berani buat, kerajaan bersalah! Ramai Exco, UMNO yang bercakap pun pernah jadi Exco PBT juga, yang DAP pun pernah jadi Exco PBT juga, yang PAN pun pernah jadi Exco PBT, semua tak berani buat, semua buat bengkel dan Pengerusi DAP Tan Kok Yew 2019 last buat bengkel, dia yang mencadangkan nilai tambah! Dia yang mencadangkan nilai tambah, YB. Kota Darul Aman. Dia buat Statement, “kenapa kenaikan ini menggunakan nilai tambah?” Dia pertikai pengiraan yang diguna la ni. Dia pun masa tu mencadangkan nilai tambah, cuma dia tak berani buat saja! Tak berani buat!

Encik Wong Chia ZhenGERAKAN · PNKulim

Lawan Pengerusi! Lawan Pengerusi!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Haa…dia tak berani buat, dia tidak ada keberanian nak buat dengan pegawai-pegawai MBAS membuat bengkel tu habis duit berjuta! Sebab bila nak buat penilaian pergi rumah ke rumah tu ada kos! Bukan pi senang-senang lenggang kangkung macam tu, semua ada kos! Berjuta duit dihabiskan oleh MBAS pada masa tu, untuk nak buat penilaian dari rumah ke rumah. Masa tu, 30 tahun dulu adalah 45 ribu pegangan, Yang Berhormat Tuan Speaker. Sekarang ada 95 ribu pegangan. Nak pi atoq ke rumah semua tu nak pi bagi, nak lantik vendor ka, individual, semua ada kos, bengkel ada kos, tapi tidak ada keberanian nak buat. Hari ini complain dalam surat khabar, complain dalam TikTok, complain dalam FB, YB. Kulim noh? Dalam bahasa Cina, saya tak faham, YB. Kulim yang cerita kat saya. Complain! Point dia cerita dengan point-point semua, mesti ada orang bagi tips kat dia ni, cerita detail saya pun tak dapat detail tu, saya cerita point. Rupanya dia bekas Exco dulu, tengok-tengok bekas Exco, tak berani. Kerajaan dulu adalah kerajaan yang bersalah, YB. Kota Darul Aman. Hari ini Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ni, buat benda yang betul! Buat benda betul ni! Kita angkat benda 32 tahun yang tak boleh dibuat tu, kita buat hari ni. Sebab tu saya tak takut, sebab kita buat benda betul, buat apa nak takut. Kalau kita buat benda salah, kita mungkin takut. Sekarang ni kita nak bagi benda yang betul kepada semua PBT ini. Sekarang ni baru dua PBT yang buat, termasuk MPKK. Semua PBT akan buat. Saya berani berhadapan orang ramai sebab benda yang kita buat ni adalah benda yang betul, bukan benda yang salah. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah usaha kita kerajaan, kita tak nak selepas ni kita akan dihina oleh orang selepas ni. Pegawai kerajaan kata, “hangpa dulu jadi kerajaan dulu pun sama saja”. Kita tak mau. Walaupun kita tak popular, tapi selepas naik TikTok tu popular la, saya YAB. Menteri Besar dengan YB. Kulim, kan? Popular dah. Benda-benda yang kita buat ni adalah benda yang dibenarkan oleh akta dan sebagainya.

Saya baca pulak tentang proses. Hari ni bila PBT buat, kita ada proses bantahan dan semakan, 42 hari masa dia bagi. Ini juga adalah akta, Yang Berhormat Tuan Speaker. Bukan saja buat, ada negeri tak buat pun, ini juga ada akta, proses semakan dibuat untuk orang ramai datang buat semakan, buat semakan, kemudian bantahan, buat. Saya hadir sekali kat situ, saya hadir sekali. Kalau orang lain mungkin tak berani pi, orang nak serang dan sebagainya. Saya hadir sekali di tempat orang ramai tu dekat tingkat 3 MBAS, saya hadir sekali dan saya explain beberapa orang yang datang tu buat penjelasan penerangan, semua faham! Semua faham. Dia kata, “kenapa naik tinggi, mahai”.

Saya tanya, “you rumah apa?” “Rumah banglo”. “Dekat jalan mana?” “Dulu you beli nilai berapa?” Nilai sekian-sekian. “Sekarang nilai berapa?” Dia kata, “oh! Macam tu ya?” “Haa.. takpa”. Ramai yang tak bantah hari tu, waktu saya menjelaskan kepada diorang lah. Ada seorang Chinese, rumah dia turun harga. dia ada tiga rumah, bukan bini tiga YB. naih, tiga qumah. Satu qumah tu turun RM19, turun RM19 dia kata, “terima kasih YB. saya belanja KFC nanti”. Sampai tera tu. Kita boleh explain kepada orang, sebab rakyat tak faham.

Tugas wakil rakyat ni tuan-tuan, YB. Kota Darul Aman, YB. Sidam dan juga YB. Bakar Arang, kena explain kepada rakyat, bukan mengapi-apikan mereka lagi. Sekarang ni, penjelasan tu tak sampai kepada rakyat, sebab tu lah rakyat marah, rakyat rasa tercabar dan yang datang buat bantahan tu, saya akan baca sikit-sikit bantahan ni, sebenarnya, juga dibuat oleh ejen, walaupun dibenarkan oleh akta. Ejen tu pula, YB. Kota Darul Aman pun kenai ejen depa, himpun borang, fotostat borang banyak-banyak, sapa nak bantah mai tulis, dah hantar sekali hantar dua ribu, banyak sungguh la! Banyak sungguh, meniaga kan, banyak sungguh. Kalau gentleman yang nak bantah, saya ingat tak dak, tak ramai mana. Kulim buat, tak ramai mana. Gentleman saja pi bantahan. Tapi kerana ada orang yang tolong pi panaskan lagi, tolong buat lagi borang, walaupun dibenarkan akta tak pa, boleh buat tapi akhirnya macam tu lah jadi…(YB. Kupang minta laluan)

Minta pencerahan sikit Yang Berhormat?

Speaker

YB. Kuala Ketil, YB. Kupang minta laluan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Haa, pasukan sahabat boleh!

Yang Berhormat bersetuju dak kalau saya katakan bahawa inilah daripada apa yang sedang berlaku ni kita kembali kepada kaedah zakat sebagai dasar untuk mengenakan cukai. Maksud saya, zakat dia gunakan peratus, dia dua setengah peratus. Kalau sekiranya orang yang banyak harta, maka meningkatlah dia punya kadar zakat yang dikenakan, tapi based on dia punya pendapatan dan kalau sekiranya dia tu saiz dia kecil, maka dia keluar saja dua setengah peratus dalam keadaan yang yang kecil. Jadi, adakah kita boleh berusaha untuk kembali kepada kaedah zakat dalam percukaian?

Speaker

Okay, YB. Kuala Ketil teruskan!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berhormat Kupang. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker, mengenai proses bantahan-bantahan yang dibuat juga mengikut Seksyen 142 Bantahan. Yang kita buat bantahan ialah kerana nilaian yang dibuat oleh MBAS adalah tinggi, kalau tinggi okey boleh dibuat bantahan, pegangan tercicir dari yang dibuat penilaian boleh buat bantahan, nilai yang dibuat oleh MBAS adalah rendah, yang rendah pun dibantah juga, ada, sebab dia mungkin ada potensi rumah dia nak buat loan atau nak jual, dia nak buat nilai tinggi boleh buat bantahan, pegangan milik saya dinilai secara bersama atau secara berasingan. Sepatutnya nilai bersama, dia ada dua tiga lot dan nilai bersama boleh buat bantahan. Pegangan bilik saya tidak boleh dikenakan cukai taksiran, mungkin dia di luar kawasan, di luar kawasan pentadbiran PBT tiba-tiba dapat bil kena cukai, ini juga pun boleh dibuat bantahan.

Yang Berhormat Speaker, proses bantahan yang terima ialah 21 ribu. Betul, kita akui 21 ribu,119 bantahan diterima, bantahan yang sah 19,379, bantahan berulang, ada bantahan berulang 1,710, dia buh QR tu dia buat tiga empat kali, jadi seribu lebih, dia berulang. Pegangan yang tidak berada dalam kawasan MBAS, bukan dalam kawasan pentadbiran MBAS, contohnya di Pokok Sena, ada di Kuala Nerang pun ada buat bantahan, Padang Terap pun ada buat bantahan, ada 30 bantahan. Dia takut dengan TikTok punya pasai, pakat-pakat mai bantah habis, ni bahaya TikTok ni ya.

Analisa bantahan mengikut kaum, saya baca perincian ni juga Yang Berhormat Speaker, bagi orang faham. Melayu 4,127 orang buat bantahan daripada 95,000 tu 4,127 orang, Cina 10,953 orang, India 253, Singh pun ada juga 3 orang, daripada syarikat, 3,522 syarikat buat bantahan, dan lain-lain 551 orang. Mana ada kes kalau tengok dari segi populasi kaum, ramai kaum yang terpengaruh dengan stigma yang dibuat oleh pihak pembangkang, kaum Cina banyak yang datang untuk buat bantahan, 10,000 buat bantahan, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Okay, ada 2 minit lagi sebelum kita sambung balik esok.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Nak ulas ni panjang lagi, buat dua hari boleh la noh. Takut takdan ulas.

Speaker

Kita sambung esok.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Sambung esok noh?

Speaker

Sampai 4:30!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

(sambil ketawa) Dari segi analisa bantahan mengikut perbandingan kenaikan dan penurunan cukai. Bantahan yang ada kenaikan cukai adalah 18,602 ataupun 95%, bantahan yang ada penurunan cukai, dia bantah, turun cukai pun dia bantah juga, 775 bantah, yang tiada perubahan cukai dan tak berubah cukai tak berubah cukai pun sama juga dulu dia kena RM200 sekarang RM200 pun dia bantah juga, ada 2. Bermakna ini pelbagai reaksi yang kita terima daripada masyarakat. Inilah proses demokrasi, pengurusan yang cukup baik, Yang Berhormat Speaker.

Kita buka ruang yang seluasnya, Datuk Bandar tak lari pun! Hari ini lari, dak? Haa.. hari ni tak dak, dia pi urusan anak dia. Tak lari, ada dalam kawasan, depa kata Datuk Bandar lari semua cukup. Saya pun pi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita tak lari, saya sanggup menjawab berdepan sebab kita buat benda yang betul, depa tak setuju, mai buat bantahan. Termasuklah perkara-perkara yang dibangkitkan oleh…(YB. Tokai mencelah)

Okay, jawab esok boleh dak? Nak tanya sikit.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Sikit lagi, sikit lagi. Perabih dulu perabih dulu.

Speaker

Boleh tanya soalan, lepas tu jawab esok!

Haa.. jawab esok!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Okay! Okay!

Terima kasih Tuan Speaker. Di antara bantahan-bantahan yang jumlah 21 ribu ni, adakah kemungkinan-kemungkinan yang YB. Kuala Ketil nampak ini ada satu sendiket, macam sendiket lah nah, ada satu group nah, yang macam seolah-olah suruh orang bantah ni, bukan orang tu sendiri yang nak bantah. Saya nampak seolah-olah macam tu lah daripada apa yang diberikan oleh YB. Kuala Ketil tadi ni. Jawab esok la nah, boleh YB. Tuan Speaker?

Speaker

YB. Kuala Ketil tak payah bangun dah, duduk saja.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Haa?

Speaker

Duduk saja. Jawab, jawab esok.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Jawab esok? Lepastu habis terus la ni?

Speaker

Jawab esok! Dak! Dak! Jawab esok!

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dewan ditangguhkan sehingga jam 9:00 pagi esok.

[Sidang Dewan ditangguh pada jam 4:30 petang.]