Kedah · 13 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 587 turns · 44,599 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

َ ْبِسْمِ َّللاه ِ الرَّحْمٰ نِ الرَّحِ يْمِ، اَلْحَمْدُ َّللِ ه ِ رَب ِ الْعٰلَمِيْنَ، وَالصَّلٰوةُ وَالسََّلَ مُ عَلٰى أَشْرَفِ اَل ِنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، سَي ِدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِه وَصَحْبِهِ أَجْمَع. رَب ِ اشْرَحْ لِي صَدْرِ ي، وَيَس ِرْ لِي أَمْرِ ي، وَاحْلُلْ عُقْدَة مِنْ لِسَانِي، يَفْقَهُوا قَوْ لِي.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Dewan disambung semula. Bacaan doa, dipersilakan Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

DOA

ُبِسْمِ َّللاه ِ الرَّحْمٰ نِ الرَّحِ يْمِ، اَلْحَمْدُ َّللِ ه ِ رَب ِ السَّمٰ وَاتِ وَاَلْ َرْضِ ، رَب ِ الْعٰلَمِيْنَ، وَالصَّلٰوة ،َوَالسََّلَ مُ عَلٰى سَي ِدِنَا مُحَمَّدٍ سَي ِدِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang memerintah sekalian langit dan bumi, dan Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas Rasul kami Nabi Muhammad penghulu sekalian Rasul, dan atas keluarga serta sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah yang Maha Berkuasa, Engkaulah Tuhan yang Maha Adil, Bijaksana dan Pemurah. Tuhan yang telah mengaturkan kewajiban Sultan, pemerintah, dan meletakkan tanggungan pertubuhan dewan untuk keselamatan pemerintah dan kesejahteraan rakyat.

Kami hamba hamba-Mu yang Engkau telah perkenankan meletakkan tanggungjawab bagi menyempurnakan segala pekerjaan di dalam dewan ini memohon dengan limpah kurniaan-Mu berkatilah apa jua kiranya amalan-amalan pekerjaan kami di dalam dewan ini. Sesungguhnya kami menjunjung perintah dan kebesaran-Mu. Maka anugerahkanlah kepada kami taufik dan hidayah-Mu yang menyeluruh bagi memimpin kami ketika berunding dan menimbang segala perkara yang didatangkan di hadapan kami.

Dan kekalkanlah di hati kami sifat-sifat amanah, jujur dan bertanggungjawab bagi menegakkan syariat-Mu dan menambahkan kemakmuran serta kesejahteraan negeri Kedah Darul Aman dan sekalian penduduknya.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ، وَفِي اْلْ خِ رَةِ حَسَنَة ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Speaker

آ مِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Ahli-ahli yang berhormat sekalian, pada hari ini Dewan Undangan Negeri Kedah telah menerima kunjungan pemerhati daripada Sekolah Kebangsaan Tengku Abdul Aziz, Simpang Empat seramai 44 orang. Selamat datang diucapkan kepada semua. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Sambungan pertanyaan-pertanyaan mulut.

Sambungan Sesi Pertanyaan Pertanyaan MulutQuestions

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuah.

Tuan Speaker,

“Sarapan pagi makan ketupat palas, Soalan saya nombor dua belas”.

12. Pohon dinyatakan adakah Kerajaan Negeri sedar tentang rungutan berterusan penduduk DUN Kuah berkaitan gangguan bekalan air yang kerap berlaku dan apakah pelan jangka pendek serta jangka panjang bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi di Langkawi khususnya di kawasan tumpuan pelancong?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Exco.

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Kuah.

“Dari Kuah ke Kubang Palas, Ini jawapan nombor dua belas”.

Insya-Allah.

Speaker

Kemas, pagi-pagi kemas.

Soalan ada di skrin, saya tak perlu ulang. Izinkan saya untuk memberikan sedikit pencerahan berhubung dengan bekalan air di Langkawi. Tidak menafikan, kita tidak menafikan memang terdapat beberapa gangguan cuma isu kekerapan ini saya kira cuma di tempat tertentu sahaja seperti dilaporkan oleh SADA, di mana ada 13 akaun yang didapati terjejas daripada jumlah akaun yang begitu banyak di Langkawi sebanyak 33,600 akaun yang menunjukkan cuma 0.0004%. Namun demikian, gangguan-gangguan ini telah pun dan akan terus diatasi dari semasa ke semasa. Saya telah dapat data daripada SADA menunjukkan bahawa setiap aduan setiap bulan telah pun diatasi dengan baik dan tidak ada kes yang ketinggalan, cuma yang belum diperbaiki itu ada di tempat-tempat yang insya-Allah saya akan sebutkan nanti dan akan dibaiki dalam masa yang terdekat insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, SADA sentiasa komited untuk melaksanakan langkah-langkah penyelesaian bagi memastikan bekalan air yang lebih stabil kepada penduduk khasnya di kawasan tumpuan pelancong khususnya di Langkawi dengan mengambil beberapa tindakan: pertama tindakan segera, kedua tindakan jangka pendek, ketiga tindakan jangka sederhana dan tindakan jangka panjang. Untuk tindakan segera, seperti biasa seperti yang kita sedia maklum, menghantar bekalan air melalui lori tangki. Cuma kita harap pada akaun yang terjejas, pengguna yang terjejas segera menghubungi SADA sebaik sahaja mungkin bekalan terputus supaya SADA ada masa untuk menghantar bekalan lori tangki air.

Yang kedua, tindakan segera ialah SADA mengenal pasti kebocoran dalam program Non-Revenue Water (NRW) SADA secara berterusan untuk mengurangkan kehilangan air dan bila berlakunya banyak kebocoran ini terutamanya tekanan air menjadi rendah, kawasan-kawasan yang hujung, yang tinggi di hujung sistem akan terjejas. Yang kedua, penyelesaian secara jangka pendek. Pertama pembaikan kebocoran paip dasar laut secara berterusan mengikut jendela pasang surut laut bagi meningkatkan kapasiti bekalan air. Ini ada dua perkara, satu tindakan pembaikan oleh SADA sendiri dan satu lagi insya-Allah yang akan dilaksanakan oleh kontraktor dengan kos yang lebih besar sebanyak RM40 juta yang disebutkan sebelum ini.

Selain itu, pembinaan rumah pam. Pembinaan rumah pam ingin saya maklumkan di sini sebagai satu tindakan di mana SADA telah membelanjakan jumlah wang yang besar untuk membina rumah pam di Taman Delima nombor satu, yang kedua di KEDA Tok Rendong, yang ketiga di Kampung Kisam, yang keempat di Taman Dayang Taman Seroja, yang kelima di Kampung Kilim yang baru siap 90% dan yang keenam Kampung Makam Mahsuri dah siap semua 100%. Ini sebagai satu usaha untuk kita mengatasi bekalan air di sana.

Untuk Kampung Belanga Pecah, Yang Berhormat Tuan Speaker, kerja-kerja preliminaries ataupun kerja awalan sedang dibuat dan saya yakin insya-Allah akan siap tak berapa lama lagi dan akan dapat mengatasi masalah di sana. Di samping itu ada beberapa tempat lagi yang dalam perancangan pihak kerajaan melalui SADA untuk kita mengambil tindakan bagi mengatasi masalah bekalan air ini termasuk pemasangan paip retikulasi di Kampung Ranggut, pemasangan paip retikulasi di Kampung Perana Belakang Mahsuri Hardware dan juga di beberapa tempat yang lain.

Kemudian yang ketiga, penyelesaian jangka sederhana untuk meningkatkan bekalan air di Langkawi. Ini yang saya sebut tadi, projek pembaikan dasar laut dari Tanah Besar ke Langkawi dalam proses perolehan kontraktor. Tak lama dah insya-Allah dijangka bulan Disember ini akan keluar SST insya-Allah. Di samping itu, kerja menaik taraf sistem di Loji Rawatan Air Padang Saga Fasa 2 Langkawi dalam peringkat pembinaan insya-Allah. Kemudian ketiga, penyelesaian jangka panjang di Langkawi: pertama projek pembinaan LRA di Padang Saga Fasa 4, yang kedua projek LRA di Padang Saga Fasa 5. Begitu juga projek jangka panjang berhubung dengan sumber air, projek pembinaan empangan air bawah tanah (UGD) dan juga Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Padang Saga. Dan insya-Allah dengan usaha-usaha yang kita buat ini kita harap dari masa ke semasa kita akan dapat pertingkatkan kualiti perkhidmatan, mutu perkhidmatan kepada penduduk di Langkawi khasnya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat dan soalan tambahan, YB. Kuah.

Terima kasih YB. Exco. Soalan tambahan, mohon nyatakan maklumat tentang jadual pembaikan paip dasar laut bagi tahun 2024 dan 2025 serta kos yang terlibat bagi kedua tahun tersebut dan sejauh mana prestasi kerja-kerja pembaikan tersebut. Sekian, terima kasih.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tambahan, boleh kira sekali?

Speaker

Sekali nanti jawab.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak SADA. Terutama di Bukit Lada baru ini kami baru dapat rumah pam yang baru. Sebelum ini dah lebih kurang 700 biji rumah. Jadi kali ini mungkin 700 lebih dah lah. Cuma saya nak minta kalau boleh tengok lagi ada dua tiga buah rumah yang masih belum sampai air. Itu dikhabarkan mungkin ada kebocoran paip dan sebagainya. Terima kasih saya ucapkan dan alhamdulillah lebih kurang 500 buah rumah selesailah isu depa di kawasan Kampung Budi.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Speaker, soalan tambahan boleh?

Speaker

YB boleh sekali?

Ya, sila.

Speaker

Silakan YB. Kota Darulaman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Soalan saya berkaitan dengan kos penghantaran air melalui lori. Berapakah perbelanjaan tahun ini? Adakah naik atau turun? Penghantaran air melalui lori SADA.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Jawab yang kemudian dulu bertanya adakah naik? Memang kos naik. Details kita akan bagi kemudian secara bertulis kalau perlulah. Kemudian soalan, bukan soalan ya, penghargaan terima kasih daripada Bukit Lada. Saya turut menyanjung tinggi dan mengucapkan rakaman terima kasih dan juga tahniah kepada SADA di atas satu tindakan yang pantas, yang bersungguh-sungguh untuk membuat penyelesaian tindakan jangka pendek dan sederhana ini dengan membanyakkan rumah-rumah pam.

Cuma Yang Berhormat Bukit Lada boleh bagi senarai, insya-Allah kita akan usahakan untuk dibina rumah pam tambahan dan juga tindakan-tindakan legasi yang lain. Saya sangat bersyukur dan sangat berbangga dengan pentadbiran pengurusan SADA ini, di mana isu-isu yang berkaitan dengan bekalan air ini dapat diatasi.

Sebagai contoh, tindakan SADA mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan bekalan air di Langkawi ketika LIMA 2023 dan 2025. Tidak ada isu-isu besar, kalau ada pun mungkin sedikit sahaja. Satu ucapan yang saya kira sangat kita hargai. Walaupun tarif air naik sikit, tapi saya kira mutu perkhidmatan, kualiti perkhidmatan bertambah baik dari masa ke semasa. Cuma kita nak buat dalam masa sehari dua memanglah tak boleh, nak kena ambil masa yang agak panjang. Kita perlukan dan SADA pun ada tujuh pelan tindakan macam mana dia nak perbaiki kualiti, mengangkat kualiti, memperbaiki kualiti air dan perkhidmatannya seperti mana yang dibangkit oleh DUN Sidam kemarin dulu. Ya, insya-Allah ada pelan itu.

Dan balik pada soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kuah tadi, jumlah pembaikan paip dasar laut oleh SADA tahun 2024 jumlahnya 40 pembaikan. Empat puluh pembaikan dengan kos RM1,481,190.00, lebih kurang RM1.5 juta. Yang ini dibuat secara dalaman oleh SADA sendiri.

Yang kedua ialah pada tahun 2025 sebanyak 54 pembaikan, banyak ya, bertambah. Maklumlah paip dah 30–40 tahun punya paip, jadi banyak kebocoran. Kos yang agak tinggi RM1,907,567.00, lebih kurang RM2 juta pada tahun 2025. Semua ini untuk memastikan Yang Berhormat Tuan Speaker, bekalan air ke Langkawi dapat dibekalkan, disediakan dengan baik. Dari segi kejayaan, ditanya oleh Yang Berhormat Kuah tadi, alhamdulillah hasil daripada tindakan ini kita dapat meningkatkan kualiti dan meningkatkan kuantiti bekalan air ini daripada 26 MLD sebelum ini daripada Sungai Baru ke Penara dan dapat ditingkatkan sehingga ke 45 MLD atau juta liter sehari. Jadi ini satu kejayaan yang saya kira kita patut bersyukur.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Lada.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

“Minyak naik lagi. Kami sudah malas. Soalan kami nombor tiga belas”.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

13. Pohon dinyatakan: -

a) Adakah Kem Bina Sahsiah dibawah pembangunan insan akan di teruskan?

b) Apakah keistimewaan kem ini jika dibandingkan dengan kem - kem yang lain?

c) Nyatakan kejayaan - kejayaan kem ini dalam penganjuran sebelum ini?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat EXCO.

“Enak makan ayam berlada, Jawapan untuk Bukit Lada”.

Speaker

Semua pantun.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan 13 iaitu mengenai kem bina sahsiah. A) adakah kem bina sahsiah ini akan diteruskan? Ya, insya-Allah kem bina sahsiah ini di bawah pembangunan insan akan diteruskan pada tahun ini. B) keistimewaan kem bina sahsiah? Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk maklumat ahli-ahli yang berhormat, satu laporan penuh pelaksanaan kem bina sahsiah telah pun diedarkan ke meja masing-masing. Buku ini, ini siri yang baru ni lah setelah edarkan di meja masing-masing.

Saya menggalakkan semua Ahli Yang Berhormat untuk meneliti kandungan laporan ini kerana ia menggariskan bahawa program ini bukan sekadar kem MoTivasi biasa tetapi satu intervensi bersasar dan berstruktur dengan penekanan kepada pembinaan karakter remaja yang berintegriti dan berdaya tahan selari dengan aspirasi “The Greater Kedah.” Kem bina sahsiah mempunyai keistimewaan dan nilai tersendiri yang membezakan daripada kem-kem pembangunan remaja yang lain. Kem ini ada kali yang ke-16 yang telah dilaksanakan. Pada tahun ini kita akan laksanakan pada 20 Disember sehingga 30 Disember iaitu selama 11 hari 10 malam kem ini dilaksanakan ini.

Pertama kem ini berkonsepkan pembangunan seimbang imej remaja sejahtera iaitu I, iman yang kukuh; M, mental yang cerdas; E, emosi yang stabil; J, jasmani yang sihat. Keseimbangan ini diterapkan melalui pendekatan spiritual, intelektual, sosial dan fizikal yang terancang.

Kedua, lokasi pelaksanaan yang pelbagai dan dinamik. Program ini tidak statik di satu tempat semata-mata tetapi bergerak mengikut fasa. Di tapak program utama bagi sesi pembangunan diri di Masjid Al-Bukhary Alor Setar bagi daurah fardhu ain dan pembinaan rohani. Dan di tapak perkhemahan Gunung Jerai, Yan bagi latihan lasak kepimpinan dan ketahan diri. Gabungan ini memberi pengalaman menyeluruh dalam pembinaan watak dan ketahanan anak muda, baik dari segi mental mahupun fizikal.

Yang ketiga, satu keistimewaan utama kem bina sahsiah ialah sepanjang tempoh ini fasilitator program akan terus berhubung dengan peserta secara berkala melalui kaedah komunikasi selamat dan dipantau dalam group WhatsApp peserta. Langkah ini membuktikan bahawa pembinaan insan bukan berlaku semasa kem semata-mata tetapi diteruskan hingga ke persekitaran harian peserta dalam bentuk satu ekosistem bimbingan berterusan yang menyeluruh selama 42 hari.

Selepas dia pulang daripada kem ini selama sebelas hari, dia akan terus dilihat perkembangan dia, apakah aktiviti harian dia selama 42 hari oleh fasilitator yang telah diamanahkan untuk membantu anak-anak ini membina jati diri yang sepatutnya ada pada mereka. Selain itu, keistimewaan kem ini adalah seiring dengan aspirasi “The Greater Kedah” dalam membangun insan dengan membina pelapis berminda negarawan. Slot khas “The Greater Kedah” juga akan ditambah baik dan sudut pengisian dan modul agar pelaksanaannya lebih menyentuh aspek pembinaan minda remaja yang berwawasan, berpemikaran strategik serta berjiwa negarawan.

Kejayaan dan impak program. Setakat ini lebih 3000 remaja telah melalui proses ini antara pencapaian yang dibanggakan. Disiplin rohani remaja meningkat, ramai peserta mula menjaga solat dan adab secara sukarela. Dalam buku ini kita ada tulis, ada bagi laporan sedikit iaitu dalam siasatan kepada kem ini, kita tanya kepada peserta ini apakah solat yang sering ditinggalkan? Hampir 80% anak-anak kita menjawab solat yang ditinggalkan adalah solat Subuh. Jadi kita nak pastikan anak-anak kita solat Subuh tinggi tentang kurang mendirikan dan tinggal solat, sering ditinggalkan dan juga solat Isyak juga ditinggalkan. Dua hadis Nabi menyebut ni kedua-dua ni kena pastikan anak-anak kita tidak meninggalkan solat.

Jadi apabila peratus tinggi meninggalkan solat Subuh, kita mohon kepada para keluarga dan juga institusi adakan program-program komuniti, program yang boleh bagaimana solat Subuh seperti Jumaat diteruskan di peringkat negeri Kedah ini supaya anak-anak ini rasa tidak ketinggalan. Mereka juga sepatutnya mengimarahkan masjid di waktu solat dan Subuh. Dan di sini juga kita tanya apakah kalau tertekan siapakah yang akan kamu hubungi? Dia kata “kawan,” 50% kawan. Mana anak-anak kita ni bila tertekan dia tak jumpa, dia jumpa ayah hanya 38%, guru 33%, tapi yang dia jumpa adalah kawan 50.8%. Sebab itu kita nak pastikan anak-anak kita berkawan dengan siapa, siapa kawan mereka, ke mana mereka pergi supaya anak-anak kita tidak terjebak dengan perkara yang boleh merosakkan dalam situasi yang ada pada masa kini dengan pelbagai perkara yang berlaku dalam negara kita.

Dan juga kejayaan di sini, keyakinan berkomunikasi meningkat. Laporan sekolah menunjukkan mereka lebih aktif dalam pengucapan awam dan kepimpinan pelajar. Kesedaran sosial tinggi, ramai pelajar terlibat dengan kerja komuniti dan sukarelawan setelah tamat program. Ada juga maklum balas daripada waris yang menghantar anaknya ke program ini sebut kepada kita, “Alhamdulillah anak saya bangun solat sendiri dah.” Mengikuti program ini bangun solat sendiri.

Sebelum ini mak kena ketuk pintu, ayah kena ketuk pintu bilik tapi sekarang bangun dengar saja azan, bangun sendiri solat sendiri. “Anak saya bila masuk waktu terus ambil wuduk dan solat, terima kasih atas bimbingan yang diberikan.” Alhamdulillah inilah sebahagian yang kita dapat hasil daripada program yang kita laksanakan ini, itulah yang kita hendak pun, remaja negeri Kedah orang yang mesti tidak tinggalkan solat.

إِنَّ الصََّلَ ةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ

Sesungguhnya solat itu mencegah kita daripada perkara keji dan perkara munkar. Kalau kita tak dirikan solat apa yang ada dalam diri kita? Polis mana yang boleh jaga kita melainkan iman sahaja yang boleh menjaga kita untuk menjadi seorang yang hebat di dunia dan juga di akhirat. Sekian jawapan.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan YB. Bukit Lada.

Lepas ni YB. Tokai.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Untuk soalan tambahan, terima kasih YB. Tuan Speaker. Kita lihat dalam buku yang disediakan pada kita ini ada disebutkan tentang statistik iaitu masa yang banyak dihabiskan dengan apa. Jadi daripada kajian yang dibuat ini melalui program Kem Bina Sahsiah ini yang mencari bahan ilmiah hanya 4.9%, yang berbakinya berkomunikasi dengan rakan, melayari laman web, menonton video dan bermain game. Jadi ini hakikat apa yang berlaku pada remaja kita. Jadi, alhamdulillah program Kem Bina Sahsiah lebih kurang 11 hari 10 malam untuk tahun ini akan dilaksanakan pada 20 Disember. Kita masih lagi membuka kepada penyertaan, kita hanya target dalam 200 peserta. Jadi soalan tambahan saya ialah, hari yang kita gunakan yang dilakukan program ini hanya lebih kurang 11 hari, jadi nampak macam kita tak mampu nak mengatasi segala apa yang kita dapat lihat daripada gejala sosial dan sebagainya. Apakah ada lagi program-program lain yang untuk kita mengatasi masalah sosial anak muda pada kali ini? Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Tokai untuk bersekali.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Tahniah program Kem Bina Sahsiah yang telah membentuk anak-anak remaja menjadi lebih baik, mulia dari segi akhlak dan juga amalan. Cuma saya nak tanya, apakah kita mempunyai satu alumni untuk bekas-bekas mereka yang menyertai Kem Bina Sahsiah ini dan juga kita follow up mereka selepas kursus ataupun apa yang kita buat pada mereka ini? sama ada mereka ini terus maju ke depan ataupun mundur ke belakang selepas Kem Bina Sahsiah ini. Saya mengharapkan mereka ini lebih maju ke depanlah, ramai yang boleh masuk ke institut pengajian tinggi dan juga menjadi pemimpin ataupun menjadi leader di dalam masyarakat. Di alumni juga follow up kepada mereka-mereka yang telah menyertai Kem Bina Sahsiah ini. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Silakan Yang Berhormat EXCO.

Saya menjawab yang nombor dua dulu. Sebenarnya sudah ada alumni, alumni itulah yang menjadi fasilitator balik pada Kem Bina Sahsiah yang ada ini dan dimaklumkan dulu Kem Bina Sahsiah di zaman Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan kita laksanakan selama 21 hari. 21 hari anak-anak ini akan dididik. Tetapi disebabkan zaman sekarang ni waktu ayah mak apa semua dipendekkan. Kalau panjang, mungkin penyertaan itu kurang, kita pendekkan kepada 11 hari 10 malam ini. Dan ramai daripada kesan-kesan daripada yang dahulu yang hadir dengan Kem Bina Sahsiah ini dah jadi fasilitator, dah jadi orang-orang yang hebat, yang sentiasa menggalakkan kawan-kawan yang lain, orang-orang yang lain hadir dan juga kita mengharapkan kita akan wujudkan alumni insya-Allah.

Yang seterusnya, apakah program lain selain daripada Kem Bina Sahsiah? Kerajaan Negeri Kedah memandang serius ancaman sekarang ni kepada kita gejala sosial yang banyak terlibat dengan dadah, anak-anak kita ni banyak terlibat dengan dadah, benda-benda yang akan rasa sesuatu yang boleh sebab bila dah jumpa kawan, dia ada stres, jumpa kawan-kawan ajaklah perkara-perkara yang boleh merosakkan.

Jadi secara tak langsung ini, Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan agensi utama seperti Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM), Agensi-Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif pencegahan dijalankan seperti kita bawa pi tengok di Sungai Petani, tu anak-anak pelajar sekolah ni tengok wayang, dia tak boleh pergi masjid terus, dia kena pi tengok wayang dulu. Tengok wayang, program “Back to Cinema” yang menekankan kesedaran bahawa rokok, vape dan dadah melalui tayangan filem pendek The Blackmark dan Legasi Bomba The Movie. Ini program yang ditayangkan di pawagam yang boleh kita lihat di situ bagaimana dia menceritakan. Saya pun tak tengok, dimaklumkan kepada saya lah bagaimana kesan-kesan daripada kita dapat mengambil dadah, vape dan pelbagai lagi yang berlaku di dalam masyarakat.

Program ini mendidik ibubapa dan anak muda tentang tanggungjawab bersama membendung gejala ketagihan. Bolehlah pi tengok bahawa anak-anak pergi tengok wayang pulaklah, dulu kita tengok Mat Kilau, dulu untuk semangat nak tengok wayang Mat Kilau, sekarang kita tengok pula wayang tajuk ni, bawa pi tengok supaya depa ada kesedaran dari segi kesan-kesan yang buruk apabila melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri sendiri.

Yang keduanya, program Alter Komuniti, suatu pendekatan pemulihan sepanjang hayat yang dijajarkan secara sistematik di setiap daerah. Ini menekankan pendekatan komprehensif dan inklusif, merangkumi pendidikan, rawatan dalam komuniti, penguatkuasaan undang-undang dan sokongan sosial. Selain itu, salah satu pendekatan strategik yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah kita ada program Hari Komuniti Kampungku Sejahtera. Bila komuniti kampung itu sejahtera, yang kita dah adakan sebanyak tiga kali di peringkat DUN, yang terakhir saya lihat di DUN Belantek, kita lihat kerjasama yang baik dengan masyarakat sekampung dan juga bagaimana peranan MKK membawa keluar anak-anak muda kita mendengar penerangan daripada polis, mendengar penerangan daripada AADK, mendengar penerangan daripada pihak penjara dan pameran-pameran daripada penjara pun ada. Kita lihat begitu sedang diusahakan oleh kita untuk anak-anak remaja di kampung-kampung di luar bandar, mereka mendapat pendedahan kalau melakukan kesilapan, apa kesalahan, apa yang akan dikenakan kepada mereka. Sedang berjalan sekarang ini kita sudah ada tiga DUN, dan insya-Allah bulan 12 Disember ini akan ada di daerah Pendang iaitu di DUN Sungai Tiang dan seterusnya bulan Januari akan ada di daerah Bandar Baru, di DUN Bandar Baru. Semua program komuniti untuk mendekatkan masyarakat, memberi kefahaman dan memberi penjelasan kepada mereka apa sepatutnya mereka berada dalam masyarakat dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Jadi itulah sebahagian daripada yang kita laksanakan untuk program pencegahan anak-anak remaja kita kepada masalah sosial ini. Sekian, wasalam.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hangat.

Puan Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Pecah kaca pecah gelas Soalan saya nombor 14

Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

14. Bilangan jentera membajak dan menuai padi sangat tidak mencukupi bagi keluasan sawah di Langkawi. Kekurangan jentera-jentera ini menyebabkan sawah lambat di usahakan serta padi tidak dapat diambil pada waktu yang sepatutnya dan menurunkan mutu padi. Pohon dinyatakan apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah ini?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Exco

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, ahli-ahli yang berhormat. Soalan daripada Air Hangat berbunyi bilangan jentera membajak dan menuai padi sangat tidak mencukupi bagi bilangan sawah di Langkawi. Kekurangan jentera- jentera ini menyebabkan sawah lambat diusahakan serta padi tidak dapat diambil pada waktu yang sepatutnya dan menurunkan mutu padi. Pohon nyatakan apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah ini. Yang Berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli yang berhormat, untuk makluman di dalam Langkawi terdapat lebih kurang 1080 orang pesawah yang mengusahakan tanaman padi dengan keluasan hapir 1798.92 hektar ini berdasarkan bancian musim dua tahun 2025 ada kot YB. Speaker 5000 ekar di Langkawi.

Speaker

Banyak tu, padi Langkawi memang banyak.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Namun begitu Yang Berhormat Tuan Speaker jumlah jentera bajak, jentera menuai, serta penggunaan dron pertanian masih belum mencukupi bagi menampung keperluan sebenar pesawah di sana. Ini terbukti jelas dalam perjumpaan- perjumpaan saya berapa kali dengan pihak-pihak yang tertentu pihak-pihak pesawah petani di Langkawi dan juga di Pulau Tuba yang menyuarakan agar langkah-langkah tertentu diambil untuk mengatasi masalah ini. Untuk maklumat ahli-ahli yang berhormat sekalian, perincian keperluan jentera di Langkawi adalah seperti berikut. Jentera tractor contohnya, jumlah keperluan sebenar bagi seluruh Langkawi perlu kita adakan sejumlah 37 buah jentera traktor. Tapi yang sedia ada di PPN 16unit, yang pihak swasta 8 unit, bernas 3 unit. Jadi kita masih kurang 10unit buah tractor. Jentera jentuai, jumlah keperluan sebenar yang besar 11unit yang kecil 5 unit. Di PPN ada 4 jentuai besar dan 3 kecil, di pihak swasta hanya ada tiga jentuai besar, bernas ada dua jentuai kecil. Jumlah keseluruhan ialah 7 besar dan 5 kecil. Jadi keperluan tambahan sejumlah 4 jentuai besar. Bagi dron, jumlah keperluan sekurang-kurangnya kena ada tujuh. Yang sedia ada PPN ada satu, pihak swasta ada empat, dan pihak bernas insya-Allah akan menambah lagi unit. Keperluan mungkin ada dua ataupun lebih lagi. Walaubagaimanapun Yang Berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli yang berhormat. Kita sedang menjalankan satu usaha utnuk mengenalkan jentera-jentera moden kepada seluruh ahli-ahli pesawah petani di Langkawi dengan kita memulakan satu program ataupun projek tanaman padi di Kampung Ewa seluas 110 relung yang dulunya terbiar selama lebih kurang 10 tahun. Alhamdulillah projek ini mendapat sambutan yang kita paling seronok adalah daripada sambutan daripada anak-anak muda. Satu persatuan NGO anak muda PAMP yang sudi bersama dan memang nampak sangat ada setengah tu tak pernah turun bendang pun. Tetapi dengan ada program kita ni depa seronok terjun bendang sampai hari ni lagi yang buat speaker depa duk mengala padi. Alhamdulillah sambutan yang begitu baik dan inilah antara usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam kita mengambil minat ataupun menarik minat anak muda untuk menceburi dalam bidang pertanian khususnya padi. Insya-Allah. Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk seluruh masyarakat pesawah di langkawi dapat menghasilkan keperluan yang mencukupi untuk seluruh penduduk Langkawi. Tanpa bergantung kepada hasil-hasil daripada luar. Tak perlu nak import dah daripada darat ke Siam ke manakah.

Kita cuba program-program kita sedang atur agar penduduk langkawi apa-apa jadi pun insya-Allah beras ada nak makan. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita juga telah mengesyorkan ataupun membuat satu permohonan kepada pihak kementerian beberapa cadangan untuk dipertimbangkan peruntukan bagi projek-projek yang kita rasa perlu untuk membangunkan pertanian di Langkawi. Di antara projek yang kita telah kita membuat permohonan semasa perjumpaan saya dengan pihak kementerian bulan sudah adalah projek di antaranya Yang Berhormat Tuan Speaker pembangunan kawasan padi Kampung Ewa, Pusat Ternakan Kerbau Dan Agro Pelancongan Pulau Tuba, Infrastruktur asas pengairan jalan ladang dan parit, mesin dan peralatan pertanian, pusat pengumpulan hasil dan latihan pesawah, pusat ternakan dan kemudian agro pelancongan, promosi pengurusan dan nilai tambah produk, mesin-mesin peralatan traktor, misin menuai, drone, pam air, sistem tangki baja, peralatan pemprosesan hasil dan gudang simpan. Ini adalah antara projek-projek yang kita nak buat permohonana kepada pihak kementerian dan insya-Allah dia akan mendapat respond yang positif harapnya. sekira lulus peruntukan ini dapat disalurkan dengan segera untuk kita membolehkan paling pesawah dapat menjalankan khususnya tanaman padi dua kali setahun. Yang Berhormat Tuan Speaker, Langkawi selama ni boleh buat setahun sekali saja harap air hujan ja. Jadi itulah saya minta kerjasama daripada pihak agensi Kerajaan Negeri dan juga pusat memberi fokus yang lebih kepada Langkawi. Kesian kat orang Langkawi boleh buat setahun sekali sahaja. Yang Berhormat Tuan Speaker kita juga berharap dan saya ucap ribuan terima kasih kepada Dato' Wira PKN kita yang begitu menyantuni keperluan pertanian di Langkawi juga di Kedah. Dia dah bagi tambah sikit untuk tahun depan insya-Allah dengan tambahan peruntukan tu insya-Allah kita akan tambah lagilah keperluan jentera dan sebagainya di Langkawi. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Exco dia Langkawi ni bukan untuk keperluan penduduk sahaja di sekitar 100,000 lebih tetapi juga untuk 3 juta pelancong lebih kurang. Dipersilakan soalan tambahan daripada YB. Ayer Hangat. Dipersilakan.

Puan Shamsilah binti SiruBERSATU · PNAyer Hangat

Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya berkaitan rungutan masalah subsidi diesel yang tak cukup ni. Apakah usaha yang diambil oleh LPP Lembaga Pertubuhan Peladang untuk membantu pengusaha jentera ni dan juga para petani. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. GhaniBERSATU · PNSuka Menanti

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi tujuan tersebut kita telah membuat perbincangan dengan pihak LKM juga dan juga pihak perikanan untuk mengenalpasti masalah diesel. Masalah diesel ini sebenarnya bukan hanya di Langkawi, dia banyak tempat. Banyak rungutan-rungutan kita terima dari nelayan-nelayan khususnya tentang kekurangan diesel. Dan perbincangan telah kita lakukan dengan pihak-pihak berwajib. InsyaAllah tindakan sewajarnya akan segera diambil. Dan tahun depan insyaAllah kalau ada apa-apa perubahan. Tahun ni kita dah bincang, ada jawapan kebanyakannya tu peruntukan dah habis. Tapi apa-apapun, semuanya telah kita suarakan kepada pihak berwajib dengan semasa sesi-sesi dialog kita lakukan bersama dengan pihak jabatan kerajaan bersama dengan penduduk. Kita telah membuat sesi dialog sebanyak tiga kali di Langkawi. Bersama dengan seluruh jabatan-jabatan agensi yang berkaitan untuk mengatasi segala masalah bukan saja diesel tetapi segala serbi masalah pertanian di Langkawi. Insya-Allah Yang Berhormat Tuan Speaker. Satu program ataupun satu projek besar sedang dirancang untuk Langkawi khususnya dalam ternakan ikan. Tak boleh umum lagi sini tapi senang dibincang sedang rancang. Khususnya yang boleh saya sebut sini adalah pemulihan semula kolam- kolam ikan di Bukit Malut yang telah lama terbiar. Itu sedang dilancang dan insya-Allah bila dapat diusahakan nanti dan bila siap, ia dapat memberi kemudahan, kelebihan dan mendapat yang besar kepada peranannya di Langkawi insya-Allah terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dipersilakan yang Berhormat Guar Cempedak.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih YB. Tuan Speaker, bismillahirrahmanirrahim jawapan untuk soalan nombor 15, terima kasih.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

15. Landbridge antara Chumpon dan Ranong di Selatan Thailand, apabila siap dibangunkan akan memberi kelebihan kepada Kedah sebagai pintu sempadan yang sibuk menguruskan keluar masuk kontena. Pohon dinyatakan: - a) Apakah persediaan pihak kerajaan untuk memastikan pintu sempadan sudah bersedia? b) Adakah laluan yang sedia ada mencukupi untuk menampung pertambahan kenderaan?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Exco.

Buah chempedak diluar pagar, Saya Jawab soalan Guar Chempedak. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri, rakan-rakan yang berhormat, ketua-ketua jabatan. Kembali kepada soalan yang telah di panjangkan oleh Yang Berhormat Guar Cempedak. berkenaan dengan kesediaan kita ya tentang rentetan daripada usaha kerajaan thailand untuk membina Land Bridge. YB. Tuan Speaker di antara Ranong dan Chumpon. Ini adalah satu jarak dalam konteks kilometernya lebih kurang lebih kurang 90 km. Kalau kita lihat negeri kita Kedah secara khususnya sentiasa bersedia menjadi hub strategik kepada negara untuk memanfaatkan apa yang kita panggil sebagai border ekonomi iaitu zon ekonomi sempadan. Namun demikian kalau kita lihat apa yang telah dilakukan. Thailand nampaknya lebih ke hadapan daripada kita kalau kita ambil contoh dalam konteks pembinaan jalan raya di sebelah sempadan sana. Kita boleh nampak ya Thailand telah dan sedang giat melaksanakan pembangunan jalan di sebelah Thailand iaitu di sebelah Sadau sana. Dan kita dijangkakan akan siap pada tahun 2025 ini ya dijangkakan. Tapi dengan kata lain apa yang boleh saya rumuskan di sini iaitu mereka lebih dahulu dalam menggerakkan aspek-aspek infrastruktur ini.

Dan dalam konteks negeri kita, yang pastinya kita bergantung kepada kerajaan persekutuan iaitu kita mengharapkan adanya flyover di Changlun to ease the traffic. Alhamdulillah, kita ucap terima kasih kepada kerajaan pusat, kerana kita difahamkan telah pun mendapat kelulusan dan ia akan memberikan kelegaan. Tapi kelegaan ini sementara. Sebab, apabila kita benar-benar beroperasi pada tahap tertinggi saya yakin dan percaya laluan dua lorong sahaja hari ni yang ada di Bukit Kayu Hitam sehingga lah sampai ke Alor Setar ini ia nya tidak akan dapat menampung jumlah traffic yang begitu besar bagi tempoh tahun akan datang. Jadi dengan kata lain saya dapat melihat di sini sebenarnya ianya adalah satu perkara yang harus diberikan perhatian. Kerana apa? kerana Projek Ranon Chumpon Land Bridge Thailand ini, walaupun kosnya besar iaitu sekitar 32 bilion US dollar atau dengan kata lain dalam konteks ringgit malaysia 132 billion. Tetapi kalau Thailand serius untuk melakukan usaha ini, dia akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi thailand sekitar 1.5% yang mana saya dapat kalau itu berlaku dia akan memberi kesan negatif kepada kita. Tapi kembali kepada tajuk berkaitan dengan kesediaan kita ini. Saya masih mengharapkan agar sesuatu yang lebih strategik dilakukan oleh kedua-dua pihak Kerajaan Negeri kita dan pusat. Tapi kadangkala itulah kita harus dengan kata lain perlu bekerja erat dengan pusat dan di sinilah sebenarnya perlunya pihak federal ini untuk terus melihat Kedah ini seperti yang saya katakan semalam sebagai sebuah negeri yang strategik. Sebab apa kalau kita lewat atau lambat dalam tindakan-tindakan kita khususnya dalam konteks geopolitik dan geo ekonomi ini, kita akan tertinggal dan kehilangan daya saing kita. Jadi itu jawapan saya YB. Tuan Speaker. Apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini, kerajaan pusat dan negeri memadai untuk tempoh jangka masa sederhana tetapi tidak mampu untuk menampung kebangkitan ataupun kepesatan ekonomi yang akan berkembang di belah utara Kedah ini khususnya di daerah Kubang Pasu dan impaknya keseluruh negeri Kedah dan negara. terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco dan silakan soalan tambahan.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Soalan tambahan adakah Land Bridge ini akan menjadi ancaman ekonomi kepada negara Malaysia. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat.

Terima kasih Guar Chempedak. YB. Tuan Speaker izinkan saya untuk membawakan satu naratif di mana hari ini kita sedang melihat sempadan ini mungkin dalam konteks ianya adalah satu peluang yang mana kita rasakan ianya perlu kita ambil. Tetapi kita mungkin perlu melihatnya dalam konteks yang lebih besar iaitu kita perlu membangunkan apa yang dipanggil sebagai logistik and supply change ekonomi. Yang ini harus dilihat secara mendalam bagi membolehkan ya usaha kita untuk menjadikan negeri kita Kedah dan negara kita Malaysia ini preferred investment destination. Kalaulah menjadi kenyataan Land Bridge ini maksudnya kita juga akan memanfaatkan apa ni Chumpon untuk pergi ke sebelah timur dunia sana. Di mana kalau dibelah di belah teluk Thailand. Dan dibelah laut andaman ini iaitu Ranong yang mana ia akan menjadi destinasi yang mana akan boleh menghubungkan kita ke belah sana dunia iaitu ke teluk Thailand dan ke South China Sea dan seterusnya ke Asia Pasifik. Jadi apa yang boleh saya katakan di sini, kalau kita tidak laju negara tidak laju untuk mengangkat kita menjadi destinasi pelaburan, maka akhirnya para pelabur akan pergi ke sebelah Thailand. sebab pintu untuk keluar ke belah teluk Thailand dan ke South Chinese Sea dan ke Japan dan seluruhnya dia akan bermula di sana. So kita akan menjadi satu kawasan perindustrian yang tertinggal. Di sinilah yang saya katakan tadi yang saya katakan KXP tu sangat penting. Kalau Thailand bangunkan Land Bridge itu dan membangunkan pelabuhan Songkhla nya. Kita di sini harus segera membangunkan KXP kita. Supaya kita kawasan pelaburan kita yang jauh lebih matang daripada Thailand. Kita ada Kulim High-Tech Park kita ada even kita ada pulau Pinang kita ada special border ekonomik zone. Semua ini kita lebih ke hadapan daripada Thailand. Tetapi kalau kita tidak mempersiapkan logistiknya and supply chain economy dengan baik. Maka kita akan kehilangan ekonomi logistik itu kepada Thailand sebab mereka telah berusaha untuk membinanya. Walaupun jumlahnya besar tetapi kalau ada pelabur-pelabur di belah Thailand melihat ini satu projek yang sangat lucerative sangat menguntungkan tidak mustahil. Betul hari ini tidak akan berlaku dalam tempoh dua tiga tahun dia akan ambil masa 10 ke 20 tahun untuk Thailand bina Land Bridge ini. Dan impact dia akan terasa masa kita masih ada lagi. Saya percaya kalau kita umur panjang ada 30 tahun lagi kita akan lihat kalau Thailand buat benda ni kita akan kita lihat kawasan perindustrian kita jadi kawasan perindustrian sunset yang tidak lagi menarik kepada dunia untuk datang. Dan pelabuhan kita Pulau Pinang dan Juga Port Klang dan PTP Tanjung Pelepas akan menjadi satu kawasan pelabuhan yang tidak menarik lagi kepada dunia sebab dunia dah cross di atas sana.

Yang ini kita kena faham dalam konteks negara. Dan apa yang boleh saya katakan di sini hari ini Selat Melaka, Melaka Street ini memberi laluan kepada 20 ke 30 kapal yang lalu. maksudnya dengan kata lain trafik kapal-kapal yang lalu laluan ke perkapalan dunia lalu di Selat Melaka ni sekitar 20 ke 30%. Apabila Chumpon Land Bridge ini ya Land Bridge ini dibuka dia akan divert easily 10 ke 15 peratus. Bayangkan apa akan jadi kepada pelabuhan Pulau Pinang apakah jadi pada pelabuhan Klang dan juga PTP. Ini sebenarnya isu ini isu yang sangat-sangat besar untuk kita berikan perhatian dan kita sebagai negeri Kedah kita sebenarnya dalam konteks ini kita tidak perlu bimbang dalam konteks pelabuhan sebab kita tak ada pelabuhan. Tapi kalau kita nak bina Sanglang one day, kita kena faham akan saingan yang akan kita hadapi. YB. Tuan Speaker kalau boleh saya katakan di sini saya kalau boleh saya katakan di sini iaitu. (Kota Darulaman mencelah)

Speaker

Kota Darulaman bangun YB, tak bagi laluan YB.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tadi tadi sebelum terlepas.

Jadi dalam kes ini, untuk membolehkan kita bersaing secara kompetitif. Iaitu kita kena pastikan kalau Thailand fikir pasal untuk buat Land Bridge dan mana port dia akan dibangunkan, kita kena bangunkan kargo airport. Yang nilah yang sebenarnya harus di segerakan supaya investors kita tidak akan bawa kontena dia naik ke atas. Mungkin di atas lebih strategik dan lebih lebih baik. Thailand dah bina 6 lorong dah di sebelah Sadau. Kita masih lagi kalau di belah Changlun dua lorong lagi. So kita kita lihat it's a bottom neck pekan kita bottom neck pekan Changlun adalah bottom neck. Ada tak dalam perancangan besar negara kita kita nak ada ring road yang proper untuk binakan di belah utara? tak ada. Kita nak bangunkan SLAM, Sidam Logistic Aerospace Hub. Saya difahamkan NCIA bajet daripada ada sampai tak ada bajet dah nak bangunkan SLAM ni. Kerajaan pusat tidak ada satu kesungguhan untuk membolehkan perkara ini dilihat secara serius. Saya bukan nak hentam kerajaan pusat. Tetapi this is not about State of Kedah. This about the survival of our country and nation. Sebab tu kena bangunkan segera sebelum orang lain lebih laju lebih cepat bagunkan. Perkara-perkara ini bagi membolehkan kita untuk membangunkan ekonomi kita.

Jadi dengan kata lain YB. Tuan Speaker kembali kepada Guar Chempedak tadi iaitu kita kena dua perkara. Satu iaitu kita kena lihat logistik and supply chain economy yang kedua maritime economy. Maritime ekonomi yang ini kita kena lihat apa jadi kepada negara kalau pelabuhan Klang pelabuhan Tanjung Pelepas tidak lagi menjadi refer port for global trade. Ini akan memberi kesan kepada daya saing negara dan ini akan memberi kesan kepada kita semua. Jadi untuk itu saya YB. Tuan Speaker dan juga YB. Guar Chempedak ianya boleh menjadi ancaman ekonomi dan ianya boleh menjadi opportuniti. Kenapa kalau kita hari ini mampu mengekalkan tarikan luar biasa kita kepada pelabur asing untuk terus menjadikan kita sebagai hub pelaburan mereka. Kita bukan cakap hub logistik, hub pelaburan mereka iaitu semua SemiConductor Company all the High-Tech Company pilih kita seperti di Kulim akan pilih Bukit Kayu Hitam akan pilih Gurun akan pilih State State yang ada di belah utara negara ini termasuk Pulau Pinang dan northern Perak. Dan apabila mereka kekal di sini maksudnya the biggest chance of economy tu berada di dalam negara kita. Tapi kalau kita tak strategik tak laju tak efisien orang akan pindah ke sebelah sana sebab dia akan potong di atas sana dan itulah cabaran terbesar. Peluang ada ancaman juga ada. Bagaimana kita respons kepada dua perkara ini terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco, dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Kupang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh mohon jawapan nombor 16.

16. Pohon dinyatakan sejauh manakah hasil rundingan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dalam meneruskan Projek Kedah Aerotropolis?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Tuan Speaker, ahli-ahli dewan sekalian. banyak hari duk diam, kemarin sepatah tak boleh cakap apa noh, duk diam mendengar. Terima kasih YB. Kupang soalan dia tentang KXP. Nyatakan sejauh mana hasil rundingan Negeri dan Persekutuan tentang Kedah Aerotropolis. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita telah dengar kepentingan strategik ekonomi dan sosial dalam jawapan soalan nombor 15. Sejauh mana usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk merealisasikan. Alhamdulillah, dalam mesyuarat MPFN yang terakhir Kedah Aerotropolis diberi kelulusan semua komponen selain daripada komponen airport. Dalam komponen airport kita masih tertangguh pada dua nasihat. Yang nasihat untuk MPFN ni adalah syarat lah cuma dinamakan nasihat. 8 nasihat yang diberikan oleh MPFN dalam pembangunan Kedah Aerotropolis ini kita telah memenuhi enam dalam bidang kuasa kita, bidang kerja kita. Tertangguh lagi dua yang terletak di dalam bidang kuasa dan bidang kerja Persekutuan iaitu NASP Nasional Airports Strategic Plan dan juga license untuk aerodome ni bagi Wilayah Utara Semenanjung terletak di bawah TUDM. Dan kerja-kerja libat urus bersama TUDM sedang dilaksanakan. Saya ingin berkongsi sedikit tentang kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh KXP anak syarikat yang ditubuhkan di bawah PKNK pada 2019 sebagai special purpose vehicle untuk melaksanakan urusan-urusan yang berkaitan dengan Kedah Aerotropolis. Kita telah menyelesaikan laporan penilaian impak alam sekeliling PIA. Selesai. Kita telah selesaikan laporan penilaian impak sosial SIA. Selesai. Kita telah selesaikan laporan penilaian import trafik TIA, selesai. Kita telah selesaikan laporan penilaian impak warisan HIA, selesai. Kita selesaikan Geological Terent Mapping Technical Assessment, selesai. Land disturbing pollution prevention and mitigation majors, selesai. Nasihat satu yang telah dilepasi kelulusan permohonan penubuhan aerodrome dalam proses pematuhan yang saya sebutkan tadi bidang kuasa Persekutuan di bawah TUDM. Nasihat dua, penentuan rizab Melayu penggantian penempatan penduduk telah diselesaikan. Penjajaran rentis Sungai Jerung selesai. Bukan buat lagi tapi teknikalnya telah selesai. Sungai tu kena alih, kos untuk alih Sungai Jerung saja RM400 juta. Satu perbelanjaan yang besar. Nasihat empat libat urus bersama CAAM dan TUDM dalam proses yang saya sebutkan tadi. Nasihat 5 rancangan pemajuan oleh PBN dan PBT selesai. Perbincangan dengan pihak berkuasa pengankutan awam APAC dan KTMB selesai. Nasihat 7 merancang Kedah Aerotropolis sebagai gerbang masuk antarabangsa baharu, hub pengangkutan wilayah utara, operational head quarters and distribution centre.

Pembangunan berdaya huni SLAM sebagai taman industri dan teknologi tinggi selesai. Tapi saya dimaklumkan SLAM ni oleh kerana dia projek ini NCIA di keluasan tanah 700 ekar. Pada ketika KE telah menyediakan peruntukan. Mari kerajaan baru ni katanya peruntukan tu telah dihabiskan ke tempat lain, sayanglah. Nasihat kelapan langkah mitigasi bagi kawasan pertempatan yang terletak di zon satelit dan zon bunyi bising melebihi 60 decibal (dB) unit dia. Merujuk kepada jawatankuasa pusat sasaran penting negara untuk aspek keselamatan dalam cadangan reka bentuk pembangunan. Merangka plan tindakan kecemasan, menyediakan penilaian pengurusan risiko selesai. Enam telah selesai tinggal lagi dua dan kita tidak pernah berhentilah untuk terus melaksanakan tugasan kita bagi kita realisasikan KXP ini atas kepentingan kepingan yang telah disentuh oleh Jitra. Saya telah sebutkan di Dewan Yang Mulia ini projek ni bukanlah projek yang dirancang di zaman saya, zaman rakan-rakan ni. Dicadangkan sejak 2014, tapi bila kita hadapi masalah-masalah yang sengaja yang tidak sengaja yang disengajakan, maka beban salah silap tu semua diletak atas kepala kita. Tapi kita meneruskan projek yang lama. Masa depa duduk di sini depalah yang mencadangkan perkara ini. Masa kedudukan beralih, mereka macam menentang juga projek ni, dibuat mainan-mainan. Macam kita ni jadi mat jenin seolah-olah macam tulah. Tapi saya ingin membuat tekad dan keazaman di Dewan Yang Mulia ini kepada seluruh rakyat Negeri Kedah dengan segala kudrat yang kita ada. kita akan pastikan KXP akan jadi kenyataan. Saya telah maklumkan dulu bahawa KXP bukan sahaja adalah infrastruktur penting dalam aspek pengangkutan dan logistik. KXP akan jadi game changer ekonomi kepada Wilayah Utara. Bukan saja untuk Kedah tetapi untuk negeri-negeri di utara termasuk Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak. KXP ini akan jadi game changer. KXP akan ada komponen yang disebutkan dalam perhubungan baru daripada second bridge daripada Tasik Gelugor akan ada jajaran baru laluan keretapi. Akan ada satu highway baru daripada Bandar Baharu lalu KXP, keluar di Sungai Petani. Akan ada kawasan industri baru, akan ada kawasan business park yang baru, ada kawasan residential penempatan bandar baru di Sidam. Sebab tulah projek ni sangat penting untuk negeri dan untuk negara. Saya harap semua pihak hentikan politik sempit kepentingan politik sempit. Depa takut projek ni jadi zaman kita. Saya selepas, lima tahun ni itulah kesimpulan dalam kepala saya. Takut projek ni jadi zaman tok lebai jadi kerajaan. Bila projek sebesar ini seperti ini untuk negara jadi zaman ini maka momokan bahawa lebai ni tak pandai jadi kerajaan, lebai tak reti merancang, lebai tak reti tu tak reti ni akan dihapuskan. Maka satu politik baru akan muncul di negara ini hak ni dia tak mahu bagi jadi. Hatni tak boleh. Cap kepada kita ni nak dikekalkan juga.

Saya harap kepentingan negara kepentingan negeri kepentingan rakyat untuk pembangunan ekonomi yang lebih cerah bagi kita di Wilayah Utara ni, projek ni perlu dapat kerjasama penuh daripada semua pihak tak kiralah parti apa pun, tak kiralah kerajaan mana pun mai kita sama-sama realisasikan KXP sebagai satu game changer ekonomi untuk Wilayah Utara negara ini.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Jeneri, Soalan Tambahan Yang Berhormat Kupang.

Soalan tambahan. Melibatkan beberapa agensi yang menjadikan kekangan daripada projek ini boleh diteruskan. Adakah ada tempoh yang diberikan daripada agensi-agensi tersebut.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat.

Boleh tambah satu.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Boleh YB. Sidam. Boleh.

Speaker

Silakan.

Terima Kasih, Tuan Speaker. Terima kasih Jeneri. Aaa. Balik kepada apa kenyataan YAB. Jeneri kata tadi. Pihak belah sana takut projek besar ini berlaku dalam Kerajaan Lebai kan. Tapi saya rasa itu, saya nak sangkal lah. Projek yang besar. Lebih besar daripada itu iaitu KXP di Kulim Hi-Tech pun dilakukan sebelum Lebai ambil alih. Jadi saya rasa ini bukti, yang kita tidak takut kepada benda itu. Terima kasih.

Speaker

Silakan, Yang Amat Berhormat Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

KHTP tu pun sebab tak boleh sekat dah. Kalau boleh sekat, hangpa sekat. Tak boleh sekat dah. Dia mara sampai ke Padang Meha dah. Dia akan terus mara selama kita bersedia untuk menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk pelabur datang. KHTP akan terus berkembang. Kita sedang mengusahakan KHTP 2 untuk membesarkan lagi kawasan industri kita. Kalau boleh sekat, tentu depa sekat tapi saya pun dah mula nak sembunyi sikit dah. Dulu saya suka cakap ah, habaq tu habaq ni depa panggil apa Menteri Besar Pengumuman.

Saya cakap supaya rakyat tahu, rupanya bila rakyat tahu dan depa pun tahu, depa sediakan halangan-halangan. Ini bukan tuduhan untuk menutup kelemahan tapi memang kita sedang menghadapi perkara-perkara seperti itu. Kerana politik sempit, maka kepentingan yang lebih besar cuba dipadamkan. Itu saya rasa politik yang merugikan negara kita. Saya harap perkara ini dapat dihentikan di zaman moden ni, di zaman anak-anak muda boleh dapat semua maklumat di hujung jari, semua perkara boleh dapat dengan mudah. Politik ini tak sesuai dah, orang boleh tahu. Jadi saya pun kata ish daripada kita maklum saya setuju dengan YB. Jitra kelmarin dia jawab apabila kita mendedahkan banyak maklumat dalam laporan-laporan kita. Maklumat itu dicuri ada pihak-pihak yang telah sign MOU dengan kita telah mengadakan rundingan beberapa kali akhirnya depa tulis surat suruh kawan tu mai kat depa, pelabur-pelabur kita, operator-operator yang sedang kita adakan usahasama.

Walaupun, sebelum ni depa kata kita cari kawasan lebih besar di tanah greenfield yang kita boleh gariskan kut mana yang kita nak gariskan. Oleh itu, dalam maklumat tu dah ada sampai kat depa, depa tulis surat kat depa tu mai. Maka adalah MOU di sign baru-baru ni dengan pihak-pihak tu semua. Dia kata kalau kerja duk salin kulit lagu ni siapa pun boleh jadi kerajaan. Siapa pun boleh buat, salin kulit orang.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Nak mohon celah sikit.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ni sedang jawab. Nak celah satgi, saya gulung, you celah. Jawapan tak boleh celah.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Nak tanya sikit.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Nak tanya banyak pun tak apa tapi sat lagi. Sekarang tengah jawab

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Tadi YB Jeneri kata siapa itu depa. Depa tu sapa.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tak boleh cakap sekarang. Duduk

Speaker

Belum boleh bercakap lagi.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Sedang jawab. You belajar peraturan dewan dengan Kota Darulaman. Dia cakap saya tak pandai. Dia pandai. You belajar dengan dia. Sedang jawab takleh celah. Gulung satgi you celah. Faham? Faham, okay la. Kupang tanya apa tadi tak tau. Agensi yang terlibat, MoT la nombor satu. Kita tau MoT ni sapa. Cuma kita harap kita memegang kepada falsafah yang sama. Falsafah kita ialah untuk ekonomi jangan disekat oleh politik, untuk ekonomi berkembang, ekonomi perlu berkembang merentasi kepentingan politik. Saya harap perkara itu dapat difahami dan dipegang oleh siapa-siapa jugalah untuk ekonomi biarlah ia berkembang untuk kepentingan rakyat. Politik kita pergi medan lain untuk bertembung.

Biarlah semua luka dan calar ni, saya tanggung untuk Negeri Kedah, untuk kerajaan, untuk rakyat. Kita hadapi bersama. MoT jelah dengan TUDM, Kupang. Saya harap semua agensi-agensi ni pun memahami aspirasi dan hasrat kita dan kita telah memenuhi syarat-syarat yang mereka tetapkan, semakin hari semakin hampir. Tetapi apabila macam kita race 100 meter semakin hampir dengan garisan penamat, semakin hilang tenaga. Tapi pada waktu inilah semua pelari-pelari pecut akan pulun sehabis lima meter terakhirlah akan menentukan kita menang atau kita kalah. Inisiatif kita sedang berada di situ insyaAllah kita akan kerahkan seluruh kudrat kita ada untuk kita pastikan projek ini menjadi kenyataan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Jeneri. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Sambungan penggulungan ucapan Bajet 2026 oleh pihak kerajaan.

II. Sambungan Penggulungan Ucapan Bajet 2026 Oleh Pihak KerajaanAddress / budget

Speaker

Dipersilakan, Yang Berhormat Kuala Ketil untuk sambungan daripada kemarin.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan seluruh Ahli Dewan. Terima kasih, kerana beri ruang untuk saya sambung bahagian kedua penggulungan pada hari ini. Semalam baru hat bahagian pertama pun tak habis lagi. Ni dia masuk bahagian kedua. Ni hat jawapan soalan. Bagi ruang sikit boleh kut speaker noh.

Speaker

Special untuk Kuala Ketil, dua hari bagi lepas.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Tuan Speaker hari ini handsome, nampak. Aaa, saya refer balik pada persoalan di bangkitkan oleh Yang Berhormat Tokai semalam. Saya yakin benda tu memang ada dibuat sebab untuk nak bawa orang ramai datang membuat bantahan dan sebagainya. Memanglah diusahakan oleh pihak tertentu untuk yang tahu mungkin untuk mudahkan orang. Yang kedua, untuk nak tunjukkan bahawa apa yang dibuat oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) tak betul. Persepsi itu. Letakkan persepsi tu tak betul, jadi supaya orang ramai datang buat bantahan. Ini proses yang berlaku, saya yakin benda itu berlaku di luar sana. Namun, aii jangan dok api api (gelak).

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh saya celah.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tak boleh celah. Saya bagitau dah semalam tak boleh mencelah.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Itu bukan. Saya nak perbetulkan apa yang dikatakan tadi. Sebab bila

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Takleh! Takleh!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Soalan-soalan. Ni soalan jawab soalan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Soalan-soalan. Ni proses bantahan. Jadi saya rasa tidak perlu salahkan mana-mana pihak.

Speaker

Tidak boleh mencelah time ni YB.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Saya tak bagi mencelah. Tadi you mai, you terus salam sama saya tadi. Sebelum ni okay ja. Ni saya nak jawab, tak habis lagi.

Speaker

Okay. Teruskan Yang Berhormat Kuala Ketil.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tak habis jawab lagi Yang Berhormat Kota Darulaman nohh. Cerita proses tu memang dibuat. Takpa la. Memang kita akui situ satu proses nohh. Memang dibenarkan oleh akta pun. Ejen dibenarkan. Saya tak kata salah. Saya tahu memang dibuat oleh pihak tertentu untuk menjadi ejen, jadi orang perantara sebagainya itu memang dibenarkan tak apalah buat. Cuma mungkin untuk sebahagian orang yang tu dia tak faham nak buat. Dia tak teringin pun nak buat tapi diusahakan oleh orang tertentu supaya benda dibuat akan meninggalkan satu persepsi kepada apa yang dibuat oleh ni tak betul semuanya. Jadi, kita harap persepsi itu tak akan berlaku di kalangan warga Bandaraya atau warga PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang ada seluruh Kedah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya akan ringkaskan pembahasan penggulungan hari ini. Sebab ada banyak benda yang akan di cakap pasal lagi dan saya sangat menggalakkan warga Bandaraya atau warga PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) atau warga Perbandaran semua untuk proses semakan ataupun bantahan selepas ini kalau ada lagi. Buat atau mencuba di bandaraya ni kita dah habislah tempoh dia.

Kita akan buat semakan aa pendengaran awam pada, ikut tarikh 22 hari bulan 11 ini kerana proses pendengaran awam. Jadi, kita menyeru kepada semua orang-orang yang buat bantahan, yang terima surat daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) amnya datang untuk hadir membuat sesi pendengaran. Dan saya akan juga minta pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mempermudahkan urusan ini, mempermudahkan urusan pendengaran awam sama ada klasifikasikan untuk bagi industri saja, perumahan dan sebagainya. Kita memudahkan pair-pair yang terlibat dengan bantahan sebenarnya membuat penerangan daripada MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar) yang bagi kalinya dan saya yakin dengan kerja buat di pihak PBT. Jujur nilai yang dibuat oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) sebagainya. Benda ni mereka adalah mempunyai kepakaran di bidang mereka bukan mereka buat saja semberono. Mereka ada kepakaran dan mereka boleh menjelaskan kepada pihak-pihak yang membuat bantahan dan akhir sekali untuk isu berkaitan cukai.

Saya nak bawa kepada semua warga yang duduk di perbandaran di bandaraya seluruh negeri Kedah. Saya nak bawa sedikit naratif bahawa bagaimana kehidupan di Bandaraya dengan kehidupan di luar bandar. Rata-rata ADUN yang ada dalam ni. Aaa, YB. Pantai Merdeka datang dari luar bandar. YB. Bukit Selambau datang dari luar bandar. YB. Bayu datang luar bandar. YB. Anak Bukit ada sikit la bandar dan luar bandar. YB. Ayer Hangat pun luar bandar. YB. Kota Siputeh luar bandar. YB. Kuah pekanlah. YB. Jerlun luar bandar. YB. Pedu, YB. Ayer Hitam semua bandar datang daripada kawasan luar bandar yang kita bercakap sekarang ni adalah kawasan dalam bandar. Apa yang diberi perkhidmatan dalam bandar oleh (Pihak Berkuasa Tempatan) PBT menyediakan kepada rakyat dalam bandar. Jalan yang baik, landskap, lampu jalan, internet, tempat riadah, fasiliti sukan dan rekreasi, pelancongan, pengurusan sampah, pengangkutan awam dan pelbagai lagi diusahakan oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) untuk rakyat dalam kawasan perbandaran.

Benda ni tak pernah diabaikan. Lubang sikit pun buat. Complain sikit buat. Inilah usaha-usaha dibuat oleh PBT untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dalam Perbandaran berganding pada wakil-wakil dan luar bandar ni apa yang berani jalan pun teruk. Jalan teruk, jalan berlubang. Hari ini buat jalan baris tiga, bulan lepas tu lori, traktor lalu semua pecah habis. Complain wakil rakyatlah. Bawah Sungai Buluh pi tampai pula. Inilah yang berlaku dalam kawasan luar bandar. Landskap tak adalah. Pokok Palas banyaklah. Pokok getah banyak ah tak ada landskap. Lampu jalan, lampu jalan pun tak ada puas merayu nak dapat lampu jalan. Wakil-wakil rakyat ni lah keluar duit beli lampu solar sebagainya. Nak bagi cerah orang lalu. Pasal runggut. Curi pula kan. Internet sudah tentu Yang Berhormat Tuan Speaker.

Internet, Tiktok duduklah penjuru mana pun, duduklah sungai pun dapat internet, duk di Pulau Paya dapat tak tahulah. Duk dalam laut pun dapat. Kita di kampung ni internet ya Allah, wakil rakyatlah buat pusat internet bagi anak kampung mai tuisyen di pusat khidmat wakil rakyat, sampai tara tu payah. Tempat riadah, tak ada malam-malam kerja ronda jumpa lah anak-anak muda berhimpun bawah tiang lampu, cerah. Tanya pasal apa ni. Internet tak ada. Tempat ni kami jumpa pun. Jumpa kedai kopi tulah tempat depa berhimpunan. Fasiliti sukan dan rekreasi lagi takdak kalaulah wakil rakyat tu pandai buat tempat futsal sebenarnya yang itulah depa boleh main. Tempat takraw itulah depa boleh main. Pelancongan lagilah tak ada. Lagi tak ada kan. Nak melancong apa dalam kampung tu. Dalam hutan. Kan kampung luar bandar ni. Pengurusan sampah lagilah tak ada.

Kita bercakap atas urusan sampah di kampung semua urusan sampah pun sendiri. Korek lubang bakar wakil rakyatlah kadang-kadang. Pula dah. Mohon maaf tadi, pendengaran awam pada 22 hari bulan 6 perbetul balik kenyataan tadi. Bulan 11 eh 22 hingga 26 hari bulan 11, 5 hari. Urusan sampah, wakil rakyatlah beli tong sampah bagi, beli kok simen bagi untuk pengurusan sampah. Pengangkutan awam lagi lah tak ada harap bas pink tu di Bandaraya. Bas Pink tu, My Bus tu orang pun tak ada. Bas lalu sebab jadual dia. Orang tak dak naik sebab kereta banyak. Kita di kampung hat naik tu bangla jah lah kan, bas tu dan pelbagai lagilah ceritanya Yang Berhormat Tuan Speaker. Mana nak kita nak cerita pasal Bandaraya ni dan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) ni, semua kemudahan ni, semua rakyat dapat walaupun diberi ruang tu macam-macam. Tapi inilah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) kepada rakyat dalam kawasan perbandaran, dalam kawasan Bandaraya. Tuan-tuan amat bersyukur dengan apa yang dapat. Nikmat syukur tu sepertimana rekod sekarang ni nikmat syukur apa lagi yang kau nak dustakan lagi. Tu nikmat dia tu. Kalau kenaikan takat RM 300-400 setahun dibahagi dengan bulan. Tak ada. Tak sepatutnya menjadi satu bantahan, sebab ini jugalah akan digunakan oleh PBT untuk memberikan kemudahan kepada rakyat.

Tuan-tuan Yang Berhormat Tuan Speaker, hari ini dapat kenyataan media. Minyak diesel naik lagi. Minyak diesel naik RM 3.07. 5 sen naik. Minyak diesel naik ni bukan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang kena ni. Seluruh rakyat Malaysia, rakyat Kedah kena. Ni hat buat trator kena, buat peckho kena, hat buat mesin rumput kena, semua kena. Tak ada siapa bantah pun. Mana ada pembangkang nak bantah ni. Tak ada pun pembangkang nak bagi tepuk tangan, tepuk meja, bantah ni. Saya cabar pembangkang kalau berani bantah ni sebab ini seluruh rakyat Malaysia kena bukan rakyat PBT. Sekurangnya, orang miskin ka kayakah semua kena yang ni patut menjadi satu bantahan yang kuat. Kenapa benda yang, yang kita kata boleh bantah kita tak bantah. Tapi (Yang Berhormat Tuan Speaker …mencelah YB Bakar Arang).

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Yang Berhormat Tuan Speaker

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Takyah, tak bagi celah. (YB. Tuan Speaker mencelah).

Speaker

YB. Bakar Arang.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. boleh pakai BUDI MADANI ahh?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Takdak. Takdak. Takdak.

Speaker

Tak bagi YB.

Pesawah tak dapat BUDI MADANI.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Inilah yang kita nak katakan hari ini, secara realitinya. Secara realistiknya, apa yang berlaku pada hari ini. Kalau 32 tahun dulu dibuat benda ni. Dilaksanakan setiap 5 tahun. Isu takkan timbul hari ni sebab 5 tahun sekali proses berlaku ada tindakan walaupun RM 10. Hari ni tak akan berlaku isu ni. Tapi kerana proses sudah sudah 30 tahun tak berlaku di MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar). 40 tahun lebih di PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang lain. Inilah akan menjadi ancaman. Inilah akan menjadi kecaman rakyat pada hari ini. Sekarang kena tengok siapa yang bersalah sebenarnya.

Adakah kerajaan hari ini atau kerajaan terdahulu. Kena tengok siapa yang bersalah hari ini. Kita buat yang betul kita tak takut sebab ini adalah proses undang-undang. Kita bagi ruang kepada rakyat seluas-luasnya untuk proses semakan dan bantahan. InsyaAllah, saya harap benda ini akan berjalan dengan lancar, dengan baik akan diuruskan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan kita mengalukanlah pada warga Bandaraya, warga PBT lain yang mendapat notis naikkan ni, ada ruang untuk bantahan. Silakan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya terus saya akan pergi kepada persoalan – persoalan yang dibangkitkan dalam kawasan saya. Boleh Speaker nohh. Tak banyak. Dalam sejam lagi kot.

Speaker

Silakan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Boleh.

Speaker

5 minit lagi.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

5 minit. Naik feri pun sejam setengah. Nak cari penting tu payahlah. Seterusnya, yang dibangkit dalam buku Bajet Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar telah bangkitkan tentang kecemerlangan-kecemerlangan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang menerima-menerima banyak anugerah. Kalau saya nak baca ni banyak anugerah-anugerah kecemerlangan pengurusan persekitaran diterima oleh Bandaraya Alor Setar, Sungai Petani, Langkawi, Kulim dan juga Kubang Pasu.

My Place Award diterima oleh Sungai Petani dan juga Langkawi. Smart City 2025, Early Adopter, Majlis Sungai Petani, Pendang, Kulim, Kubang Pasu, High-Tech, PBT cemerlang, penambah bintang, audit technical, Bandaraya Alor Setar, Perbandaran Sungai Petani, Kubang Pasu. Bandaraya yang paling bahagia, Bandar Baharu. Hari ni tak lepas nohh. Bandar mampan. Apa semua pihak PBT mendapat anugerah tersebut dan juga yang baru ni kita dapat, Yang Berbahagia Dato Haji Helmi, Yang di-Pertuan Bandaraya Kulim mendapat naib johan Anugerah Kepimpinan PBT terbaik. Baru dapat.

Dan Majlis Bandaraya Alor Setar dapat anugerah Toilet of The Year sampai tera tu usaha. Toilet of the Year pun kita dapat anugerah. Ya, tandas (gelak). Saya nak highlightkan apa Speaker. Anugerah-anugerah ini dibuat oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) untuk nak berikan bahawa inilah usaha yang dibuat untuk rakyat. Bukan semata nak terus mudah tapi nak buat untuk rakyat. Yang ni patut dihadap oleh pembangkang-pembangkang ni. Usaha-usaha ni. Kena terima kasih pada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) ni. Buat macam mana itu saja pembangkang tak sentuh benda-benda macam ni. Seterusnya, kepada ruang niaga yang disentuh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar. Satu juta peruntukkan kepada PBT untuk ruang niaga. Saya ada upaya pecahan ni telah dibelanjakan hampir 1.1 juta yang lepas, 1.1 juta kepada semua PBT. Berbelanjakan untuk kemudahan ruang niaga. Saya akan cepat-cepat sikit aaa Yang Berhormat Tuan Speaker nohh.

Kemudian, baru ni kita buat hal Cuci-cuci Malaysia juga disentuhkan dalam buku Bajet. Saya akan saya akan read pada buku Bajet. Okey, kita dah buat baru ni pada 27 September di Yan sebagai tuan rumah. Telah menghimpunkan seramai 3,270 orang peserta yang telah beliau mengumpul sebanyak 4833.20 kilo minyak masak yang terpakai dengan kos bernilai RM 15,669. Ini usaha-usaha dibuat pada program Hari Cuci Malaysia. Program ini adalah dianjurkan oleh KPKT. Kita ambil peluang diselaraskan, serentakkan di seluruh PBT, di seluruh negeri Kedah pada tarikh tersebut. Dan saya relate pada persoalan yang dibangkitkan oleh YB. Sidam, Paya Nahu terhadap penyelenggaraan. Yang lepas kita telah belanjakan hampir untuk Paya Nahu 1, RM536,400 perbelanjaan di usahakan untuk pembaikan ataupun pengsenggaraan di Paya Nahu 1 dan Paya Nahu 2 kita telah belanjakan RM 229,840.

Perbelanjaan telah diusahakan oleh bahagian perumahan untuk program penyenggaraan dan pembaikan supaya Paya Nahu 1 dan Paya Nahu 2. Dan juga dibangkitkan oleh YB. Sidam juga. Isu rumah mampu milik saya dah bagi kat sini kata tak ada kan, kita ada data itu banyak tu. Jangan kata tak dak. Kita dah lulus KM9781 eh yang dibuat, sedang dibuat untuk September 2025 ni, 109 unit rumah mampu milik. Yang rumah-rumah lain banyak tu, bukan rumah mampu milik. Rumah biasa ah pemilik ni ialah kadar kita 30% tu lah okay.

Boleh mencelah.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tak payah mencelah ahh.

Nak tunjuk fakta seperti dalam buku.

Speaker

Sidam. Kuala Ketil beri kebenaran kepada Sidam.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Dak-dak, nak perabih dah sat.

Speaker

Haa, bagi perabih.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Lepas tu, formula kesihatan, Tabung Sejahtera ini juga ada sentuh dalam buku Bajet kita telah belanjakan lebih kurang RM239,622.35 sen perbelanjaan tahun ni sampai ke bulan Oktober ni lah. Perbelanjaan yang dibuat oleh Tabung Bantuan Sejahtera melibatkan 166 orang. Ni satu peruntukan yang cukup baiklah untuk rakyat dan kita dah disentuh dalam buku bajet kita akan dapat sedikit tambahan untuk katil dan juga kerusi roda. Saya juga nak bangkitkan kepada pembangkang. Ini juga sepatutnya pembangkang membuat cadangan supaya ditambahkan lagi pertukaran ni sebab dialah bagi pada orang-orang golongan yang kurang berkemampuan dan saya boleh kata dekat sini. Bukan apa YB. Sidam dan sebagainya. Sebahagian besar guna duit-duit tabung menteri termasuknya ialah golongan bukan Melayu, sebahagian besarnya.

Sebab orang Melayu ada pilihan kepada option kedua guna zakat. Sebagai kerja khidmat sosial tu ada duit zakat, ada duit tabung macam sejahtera kan. Ada pilihan kedua depa pergi kepada zakat tapi kebanyakan orang yang guna peruntukan ni adalah orang bukan Melayu. Jadi maksud dia sesiapa boleh guna pakai. Inilah yang patut diberi sentuh oleh pembangkang. Benda-benda macam ni dia satu kebaikan kepada kerajaan. Jangan duk anggap bila kita bentang bajet ini. Bajet suka sendiri syok sendiri nah bajet ni bajet yang ikut kemampuan kita ni kita bagi. Negeri yang tak buat ni YB. Sidam. Kan, negeri yang tak buat ni. Kedah buat ni. Benda ni. Bagus tak baguslah, patut kena cadang yang bagus kena puji ah, bukan bajet syok sendiri nah dan akhir sekali untuk persoalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Baharu. YB. Bandar Baharu dengar ni.

Pasal nak bina hospital tu kita pun faham. Memang hospital tak leh nak buat dah hospital di Bandar Baharu ni kan. Sebab radius hospital yang ada sekarang ni Kulim 25 km, Hospital Parit Buntar 27 km, Hospital Selama 14 km, Sungai Bakap 21 km. Mana radius tu dia ikut masih jarak tu dekat nak buat hospital baru pun tak boleh. Walau bagaimanapun, kita akan naik taraf berapa klinik yang ada di situ nah. Bukanlah tak boleh bersalin tapi naik taraf supaya lebih keselesaan pada orang Bandar Baharu. Setakat la ni, toksah jawab. Setakat la ni hospital tak boleh buat lagilah. Kemungkinan ke depan kita akan usahakan. Walau bagaimanapun, kita akan mencadangkan pada kerajaan untuk memudahkan urusan orang yang duduk di Kedah beranak di luar. Bersalin di luar. Contohnya IC bukan 02 bila dia mohon dapat baiki sebagainya.

Kita minta dipermudahkan urusan tersebut. Mengambil kira kepada alamat ataupun mengundi di tempat kelahiran dia tempat, kampung yang sebenar, bukan kerana bila 08 reject, 07 reject sebab saya ada pengalaman tu Yang Berhormat Bandar Baharu. Anak saya yang pertama lahir di Kuala Lumpur. Anak yang kedua lahir di Selayang. Anak ketiga di Sungai Buloh. Anak keempat eh salah anak macam ada bini ramai pula. Anak pertama di Kuala Lumpur. Anak kedua di Perak. Anak ketiga di Selayang. Keempat di Sungai Buluh. Anak kelima baru Kedah. Anak askar ni merata tempat ada. Bini ada satu, anak merata dok.

Speaker

Jaga. Jangan silap kira YB.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Jadi itulah persoalan yang telah dibangkitkan pada saya yang sempat saya jawab pada pagi ini Yang Amat Berhormat Speaker. Terima kasih banyak dan saya juga setuju dengan Yang Berhormat Dato’ Seri Menter Besar bagi tahu tentang KXP. KXP ni ada pegang kena bantu menjayakan KXP kerana KXP berlaku dalam kawasan dekat dengan Sidam saja. Bila dia naik permohonan sidang pun dapat. Orang Sidam boleh ceritakan rakyat Sidam ni inilah permohonan yang saya usahakan buat ni. Balik pada YB. Sidam tapi satu bangkang pun tak usaha. Saya pun hairan. Saya tentu dapat nikmat dah kan. Saya di Kuala Ketil tentulah permohonan akan mai dekat Kuala Ketil. Mungkin satu hari. Mungkin hari-hari Perbandaran Baling. Aahh, saya dah tahu dah nikmat tu akan sampai. Tapi YB. Sidam kawasan dia akan berlaku dekat dengan Dun Sidam tapi kenapa lah tak mahu bantu bagi usaha cepat. Dia akan beri peluang pekerjaan dan sebagainya noh. Harap YB. Sidam lepas ni tolong bantu.

Bagi lah mencelah sikit.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bukan. Bantu bukan kerana ni.

Dok sebut Sidam banyak kali.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Dak, ada sebab ada Aerospace situ. Logistic Aerospace kan buat pun kalau dan. Jerung tu dengan Sidam tu sempadan saja kan. Haa jadi maksud nak kena usahakah yang pasal KXP ni ialah pembangunan termasuk yang apa. Apa ni Jitra cakap tentang pelaburan. Saya sangat setuju, satu ketika tu waktu 1965 saya keluar daripada kampung pergi duduk di Kuala Lumpur. Waktu tu orang kampung di Baling ni nak keluar kerja di kilang ni kena ke luar pukul 5.00 pagi kan balik pukul 9.00 malam. Kerja di Prai tu YB. Sidam. Kerja di Prai orang Sidam pun ada juga kan sidai. Tapi tak apa. Kita tau nak jawab.

Bagilah sikit.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Okay-okay. Baik.

Terima kasih, YB. Kuala Ketil yang baik hati.

Speaker

YB. Sidam silakan.

Terima kasih. Saya nak beritahu berkenaan dengan yang permohonan apa Kulim International Airport (KXP) tu bukan kita tak sokong Yang Berhormat Tuan Speaker, cuma yang kita nak highlight kan ialah pengambilan tanah. Pengambilan tanah bagi masyarakat Siam tu tolong elok-elok sikit pasal bahagian tu ada kawasan tanah orang Siam. Jadi bila dah ambil tanah tu orang Siam ni tak boleh pergi beli tang mana dah. Sebab semua kawasan di area-area itu adalah Tanah Rizab Melayu.

Ada duit sejuta pun tak boleh nak beli. Haa itu yang saya rasa nombor satu. Kemudian yang kedua, ialah seperti yang YB. Kuala Ketil katakan tadi berkenaan dengan rumah. Rumah mampu milik kalau kita tengok dalam muka surat 113 buku jawapan Penggal Kedua yang lepas. Ita ada tulis di sini ni. Dalam pembinaan ada berapa Yang Berhormat Tuan Speaker. Dalam pembinaan ada, dalam perancangan adalah tapi dalam kebanyakan yang ni yang ada hanya pembinaan ialah yang tertulis. Dah boleh rujuk dah boleh rujuk semua dalam ni. Itu saja. Terima kasih YB. Kuala Ketil dan Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih! Silakan Yang Berhormat Kuala Ketil.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih YB. Sidam. Saya akan buat semakan balik lah pasai buku tu noh tapi pasai tanah yang diambil tu, saya dipahamkan sebelum ni, kita pon ada buat penjelasan diperjelaskan oleh pihak Kulim International Airport (KXP), tanah hat ambil itu pindah ke tempat lain akan dibuat perkampungan baru. Kampung Jerung tu pun ada masjid, Kampung Jerung tu penempatan orang melayu, semua pun akan dipindahkan. Itulah usaha-usaha yang dibuat dulu lah, ha saya harap yang tu bukan berlaku bukan nak robohkan sebagainya tak tapi akan dipindahkan tempat.

Saya harap tu berlaku. Jadi itulah kita minta tentang pembangunan tapi saya cerita balik saya pelaburan ni ketika dulu orang nak kerja kilang jauh. Hari ini menyediakan peluang 38,000 ribu peluang pekerjaan hari ini anak-anak muda kita duduk di Kuala Ketil, duk di Baling hanya naik MoTor 10 minit saja.

Ini benda-benda yang kita kena usahakan supaya nak bagi peluang pejabat rakyat kita, orang muda kita, yang ni kita kena support ni nah, kita minta pihak pembangkang pun tolong support pun benda-benda macam ni supaya terus berkembang maju sebab yang akan menyediakan peluang pekerjaan ini pada anak-anak kita, anak orang Kedah kita, walaupun dia tak dapat duit billion tu, tak dapat duit billion tu tapi peluang pekerjaan tu, rakyat kita yang akan dapat. Jadi saya rasa yang tu lah Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih banyak atas ruang dan peluang yang diberi kepada saya. Akhir sekali, saya menyokong ucapan bajet dibentang oleh Yang Amat Menteri Besar pada 10 hari bulan.

Sekian, Wallahu A’lam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Ketil! Dan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Kuala Nerang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Wassalatu Wassalamu Ala Rasulillah Waman Tabi'ahu Wanasorahu Wawalah. Rabbish Rahli Sadri Wa Yassirli Amri Wahlul Uqdatan Min Lisaani Yaf Qahu Qauli.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri, Yang Berhormat Rakan-rakan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, Para Ketua Jabatan dan Wakil-wakilnya serta para pemerhati yang dihormati sekalian.

Syukur alhamdulillah, saya juga turut merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di atas Pembentangan Bajet 2026, yang sangat berhemah.

Yang saya kira bajet ini merupakan bajet yang sangat baik untuk semua rakyat, semua pihak, selari dengan hasrat, cita-cita, tema kita, Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua, Kedah negeri tempat orang kaya berbakti dan tempat orang miskin bertuduh. Saya juga merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan juga pasukannya yang bertungkus-lumus, untuk menjayakan untuk menyiapkan bajet ini yang saya kira bukan sahaja bajet yang berhemah tapi juga bajet yang sangat prihatin kepada semua rakyat.

Tanda prihatin ini dibuktikan di mana Kerajaan Negeri meneruskan sumbangan, meneruskan bajet peruntukan, termasuk kepada wakil-wakil rakyat pembangkang di sebelah sana. Tanpa menandatangani sebarang Memorandum of Understanding (MOU) dan tidak bercadang untuk menarik balik kecuali kalau, kecuali tak mahu. Jadi saya kira amat tidak wajar apabila pihak pembangkang menyebut bahawa bajet ni bajet syok sendiri, kalau tarik balik, baru dia syok kut. Bajet ni saya kira bajet yang prihatin kepada seluruh rakyat. Jadi kita harap YB.Bakar Arang tarik balik kerana kenyataan itu mengguris menyinggung penjawat-penjawat awam yang bertungkus-lumus menyediakan bajet kepada semua rakyat di Negeri Kedah ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang berhubung dengan portfolio saya. Yang pertama, berhubung cabaran ekonomi dan pembangunan infrastruktur. Landskap ekonomi global dijangka semakin mencabar pada tahun 2026, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam ucapan bajet dengan cabaran perubahan iklim yang memberi perubahan langsung terhadap pembangunan infrastruktur, bekalan air, serta sumber semula jadi. Namun begitu, Kerajaan Negeri terus beriltizam untuk memperkukuhkan daya saing ekonomi melalui pembangunan infrastruktur dalam sektor kerja raya, bekalan air, sumber air pengairan dan saliran di negeri ini.

Yang kedua, komitmen Agensi-Agensi Kerajaan Negeri khasnya melalui Agensi Pelaksana seperti JKR, JPS, Lembaga Sumber Air dan SADA. Kerajaan Negeri Insya-Allah akan terus menerus melaksanakan projek-projek berimpak besar bagi memperkukuhkan kena aktiviti dan juga kesejahteraan rakyat seluruh Negeri Kedah.

Yang ketiga, strategi erat sejahtera fokus pembangunan infrastruktur, di bawah erat sejahtera, tumpuan diberikan kepada pembangunan sektor kerja raya, pengairan saliran, serta bekalan air.

Antaranya yang saya boleh sebut ialah pertama meningkatkan taraf Jalan Kota Sarang Semut ke Pekan Pendang fasa satu bernilai RM62 juta, Insya-Allah siap Mei 2026. Yang kedua, projek Jalan Baru Kebun 500 Tualang dan Bukit Sekecung dan melebarkan Simpan Kepala Batas Bukit Pinang Lengkuas serta Jalan Batu 42 Sungai Petani Baling akan dimulakan Insya-Allah tahun depan 2026. Yang ketiga, projek Jambatan Baru melibatkan Sungai Pendang, Sungai Getah dan Sungai Chepir dengan kos semua sekali 12.65 juta dijangka siap Insya-Allah tahun depan. Yang keempat, sebanyak 21 projek jalan dan jambatan turut diluruskan dengan jumlah RM5.8 juta. Yang keempat, bekalan air dan pengurusan sumber Kerajaan Negeri terus menyokong usaha memperluaskan capaian.

Speaker

YB. Tokai bangun, YB!

YB. Kuala Nerang!

Speaker

YB. Tokai

Terima kasih Speaker, YB. Kuala Nerang. Berhubung dengan Jalan Kota Sarang Semut ke Pendang tadi ni yang dijangka siap tahun depan. Saya nak dapat maklumat sebenarnya apa masalah yang berlaku terhadap Kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dikatakan mulanya dikatakan kos pengubahan hanya 900,000 tetapi tiba-tiba naik sampai 12 juta. Sebenarnya apa yang berlaku di situ yang menyebabkan kelewatan sepatutnya dah lama siap tu. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Exco.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Tokai. Insya-Allah saya akan rujuk dan akan beri jawapan kemudian. Tadi saya sebut mengenai projek sambungan RMK12 dengan peruntukan 242.18 juta yang melibatkan naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang 200 juta. Loji Pelubang setakat ini alhamdulillah, kemajuan yang menggalakkan. Yang kedua, pembaikan paip Dasar Laut Tanah Besar Langkawi 40 juta dan yang ketiga meningkatkan sistem pengepaman pada Mat Sirat Langkawi 1.4 juta.

Selain itu, peruntukan turut disediakan bagi urusan pengambilan balik tanah laluan keluar masuk ke LRA serta pengurusan air negeri. Yang kelima, Yang Berhormat Tuan Speaker pembangunan di bawah RMK13, hasil usaha dan rundingan berterusan semua pihak beberapa projek berskala besar telah dikenal pasti di bawah RMK13 antaranya ialah sumber air Jeniang Transfer, yang kita sedia maklum Jeniang Transfer 2 yang bernilai RM1.28 billion. Yang kedua, Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Karangan bernilai RM 496 juta.

Ketiga, RTB Sungai Temin, Sungai Bata Kubang Pasu bernilai RM290 juta. Projek Saliran Mesra Alam Taman Selasih Kulim, ini juga yang kita telah mohon lama dan banyak kali bernilai 46.8 juta dan Projek Hakisan Pantai Leman, Kuala Kedah RM6 juta.

Selain itu, kerja raya menggantikan Jambatan Sungai Petani Baling 31 juta, Jambatan Jalan Gurun Kepala Batas 18 juta, kerja awalan bina Jambatan Jejambat flyover Jalan Alor Setar Butterworth 67 juta dan kajian kemungkinan Jalan Baru Pantai Johor ke Hutan Kampung 2 juta, serta kerja awalan naik taraf Jalan Kelang Lama Mahang bernilai RM5 juta, Insya-Allah. Projek-projek ini akan mengubah landskap pembangunan ekonomi negeri dan juga kesejahteraan rakyat selaras dengan matlamat Kedah sebagai negeri yang maju, makmur dan sejahtera. Yang keenam, point saya keenam Yang Berhormat Tuan Speaker, nilai kebajikan dan tanggungjawab sosial, yang kita jadikan panduan hari ini antara lain ialah sebagaimana sabda nabi SalAllahualaihiwasallam:

''خير الناس أنفعهم للناس

“Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain”. (Hadis riwayat Ath-Thabari)

Mudah-mudahan kita dapat terus memberikan, melaksanakan tanggungjawab ini untuk memberikan manfaat dan faedah kepada seluruh rakyat tanpa mengira batas politik, fahaman, agama dan bangsa moga-moga ia membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat di Negeri Kedah ini. Point yang ketujuh, Yang Berhormat Tuan Speaker, sumber asli dan alam sekitar, sidang DUN telah membincangkan pelbagai isu berkaitan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam dan pembangunan mampan negeri. Kerajaan Negeri Kedah sentiasa komited dalam menjalankan langkah mitigasi dan adaptasi mengatasi menghadapi perubahan iklim termasuk banjir kilat dan lain-lain yang memberi impak langsung kepada rakyat dan sektor pertanian. Pelbagai langkah dilaksanakan melalui pelbagai usaha meningkatkan infrastruktur kawalan bencana melalui RTB, pembinaan struktur Sabo, pemuliharaan muara sungai dan juga sistem amaran awal oleh JPS.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam untuk melestarikan alam ini, pelbagai usaha diadakan, dijalankan, di samping usaha untuk menjaga kebersihan dan kelestarian sungai ya, terutamanya sungai-sungai utama di Negeri Kedah. JPS dan Pihak Berkuasa Negeri melakukan beberapa tindakan antara lain termasuk pemasangan log boom dan perangkap greece dengan menyengara secara berkala, menahan sampah-sampah yang tercemar.

Di samping itu, Jabatan Alam Sekitar juga turut memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan bahawa Pindaan Akta Kualitii Alam Sekitar 1974 dan juga pendidikan kepada masyarakat dapat dilaksanakan supaya masing-masing mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kelestarian alam sekitar ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri telah terus menegaskan komitmen terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam dan perubahan iklim, perlindungan kebajikan rakyat dan juga bantuan pasca bencana serta bantuan-bantuan yang lain.

Yang Berhormat Tuan Speaker, bila disebut tadi berhubung dengan kelestarian alam sekitar, ia berhubung dengan aktiviti penanaman pokok juga, Kerajaan Negeri terus mendukung dan menyokong inisiatif yang telah dicetuskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah untuk menanam pokok sebanyak 2.2 juta pokok bagi tempoh sehingga 2030. Kerjasama daripada pelbagai agensi baik negeri, persekutuan dan pihak berkuasa dan juga syarikat swasta setakat ini telah pun menanam sebanyak 217 ribu pokok, moga-moga dengan itu dapat kita sama-sama memelihara sumber alam ini. Di samping itu Yang Berhormat Tuan Speaker, pelbagai aktiviti telah kita laksanakan, kita jalankan, untuk menimbulkan kesedaran dan juga kefahaman kepada rakyat tentang kepentingan menjaga kelestarian alam ini. Antaranya kita telah mengadakan Program Karnival Air dan Alam Sekitar di Baling pada tahun 2025 ini. Di Langkawi telah diadakan pada bulan 5 yang lepas. Di Pokok Sena pun, telah diadakan pada bulan 8. Di Padang Terap diadakan pada bulan 10 yang lepas. Di Sik, Insya-Allah pada 27 hingga 29 hari bulan 11 ini, dan terakhir di Kulim pada hujung bulan 12 nanti, Insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya untuk menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh beberapa ADUN kita semasa berbahas tadi. Saya mulakan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang YB. Sidam, berhubung dengan naik taraf Jalan Kuala Muda. Untuk makluman, skop kerja yang ditanya itu ialah kerja yang melibatkan pelebaran jalan sedia ada, lebar jalan sedia ada kemudian turap balik jalan dan selenggaraan dibahagian kiri kanan jalan itu, Insya-Allah.

Dan, semua ini akan dilaksanakan, termasuk juga apa yang dibangkitkan oleh ADUN tadi berhubung dengan isu Infrastruktur Keselamatan Pasif di Jalan-jalan. Dalam hal ni ada dua inisiatif yang dibuat, yang pertama pemasangan lampu terutamanya di simpang-simpang dan selekoh lampu termasuk juga, lampu solar akan diperluaskan, Insya-Allah. Demikian juga, berhubung dengan keselamatan ini akan dipasang dan juga telah pun dipasang di beberapa tempat guardrail ataupun penghadang keselamatan, papan tanda amaran, atau pepaku jalan road studs dan juga pelekat reflective pada tiang guardrail.

Untuk makluman semua, JKR Kuala Muda telah pun buat perancangan dan mohon peruntukan Malaysian Road Records Information System (MARRIS) untuk tahun 2026 untuk semua kerja-kerja yang yang saya sebutkan tadi. Selain daripada itu, Yang Berhormat Sidam juga sebut berhubung dengan RTB di Jajaran Lebai Man. Untuk makluman, JPS telah pun dilaksanakan projek ini untuk menangani isu banjir di Taman Keranji dan Taman Bertam Pengkalan Lebai Man ini, telah buat, telah mula dan mula tu tahun ini juga tahun 2025 bulan Julai yang lepas telah mula buat dan dijangka siap Insya-Allah pada 31 Januari tahun 2026. Ada satu lagi fasa, RTB Lebai Man ini akan dilaksanakan Insya-Allah bermula pada Jun 2026.

Jadi, kita harap dengan adanya RTB tersebut akan dapat mengatasi masalah banjir di sana. Untuk maklumat Yang Berhormat Sidam, JPS juga akan ada perjumpaan dengan penduduk termasuk juga dengan Yang Berhormat Sidam sendiri pada 17 hari bulan nanti untuk menerangkan skop kerja dan juga perbincangan lanjut. Kita harap ini semua akan bawa manfaat kepada semua rakyat.

Terima kasih, terima kasih!

Baik, sama-sama. Terima kasih juga kepada JPS dan Kerajaan Negeri. Yang kelima, maaf kalau silap nombor, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Derga, Derga tak ada, berhubung jalan, tak ada lampu jalan dan sebagainya. Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah telah mengenal pasti keperluan untuk tambah baik fasiliti keselamatan jalan raya seperti sistem pencahayaan tambah lampu dan juga kemudahan keselamatan trafik yang lain. Kemudian Yang Berhormat Bukit Lada, Yang Berhormat Bukit Lada bangkit tiga perkara, naik taraf parit sedia ada, parit tanah tu naik taraf kepada U-drain. Yang ini difahamkan pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) juga telah dan merancang untuk mengadakan ataupun menjalankan projek tersebut.

Yang kedua, cadangan oleh Yang Berhormat Bukit Lada nak ubah Jajaran asal Sungai Durian tu alih terus pergi Sungai Nawa betul ya? Tanpa melalui Taman Puteri, teruih pi Sungai Nawa. Ada sikit isu yang berbangkit Yang Berhormat Tuan Speaker, tanah yang terlibat yang dicadangkan tu nanti dia lalu kawasan tanah milik pemaju ya, jadi bila melalui tanah milik pemaju, milik persendirian ini, akan diadakan sesi libat urus perbincangan, dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk mencari jalan sebelum pelaksanaan dapat dilaksanakan.

Kemudian, RTB juga dicadangkan oleh Bukit Lada, RTB untuk Sungai Nawa. Untuk makluman Yang Berhormat, kerja ukur telah pun dibuat dan telah siap pun pada 26 hari bulan 9 2025 yang lepas dengan kos 93 juta. Kerja ukur tu, tujuan dia ialah untuk membuat, mencari dan mendapatkan data maklumat untuk dibuat kajian Pelan Induk Saliran di Pokok Sena Kedah, yang kita harap dapat diangkat untuk pembinaan RTB ini dapat dipertimbangkan dalam Rolling Plan RMK13 2026 nanti, Insya-Allah.

Doalah Yang Berhormat, moga-moga lancar dan ada rezeki. Yang Berhormat Belantek, ada bangkit berhubung dengan penghadang di jambatan. Untuk makluman Yang Berhormat, JKR Negeri Kedah telah pun kenal pasti keperluan untuk pasang penghadang ini dan telah membuat permohonan untuk pemasangan pada tahun 2026, Insya-Allah, pun sama Yang Berhormat doa, moga-moga ada rezeki. Selain itu, tindakan segera untuk sementara, JKR akan tingkatkan dengan pasang reflektif 'delineator rope’ dan juga ‘road barrier’ dan lain-lain tindakan segera untuk sementara. Yang Berhormat..

Yang Berhormat!

Aah! Ya

Yang Berhormat, sikit mengenai titi

Speaker

Silakan! YB. Belantek.

Berkaitan dengan penghadang tadi itu Yang Berhormat Kuala Nerang, FT17503772 tu titi Sik dalam tu, yang berkaitan dengan penghalang tadi. Jadi jawapan tempoh nak menyiapkan tu masih memakan masa. Jadi mengapa berlaku kelewatan ini, mengapa berlaku kelewatan ini?

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Exco

Yang Berhormat Tuan Speaker, ada beberapa isu teknikal yang sedang dalam proses di cari jalan untuk penyelesaian dan kita akan usahakan supaya dapat diselesaikan sebaik mungkin dan rasa cepat mungkin, Insya-Allah. Ada, YB. Kota Darul Aman bangkit berhubung dengan kejadian tragis di Sungai Korok, berhubung dengan guardrail dan juga tindakan-tindakan perlu. Ada pihak yang bangkit, ikut catatan saya bukan eh Darul Aman YB.Kota Darul Aman. Untuk maklumat YB. Ayer Hitam bangkit, minta maaf, minta maaf. YB. Ayer Hitam bangkit berhubung dengan langkah keselamatan untuk lokasi-lokasi yang telah menyebabkan yang telah berlaku kemalangan tragis di K2 dan K4 Sungai Korok.

Untuk makluman, JKR telah pun pertama siap pasang road studs ataupun paku jalan ni, sepanjang jalan tersebut di lokasi K2 dan K4 satu. Yang kedua guardrail ataupun penghadang jalan tu telah pun dipasang di K2 sepanjang 892 meter panjang, dan juga K4 dah mula pasang pada 13 hari bulan 11 yang lalu dan panjang terlibat lebih kurang 770 meter.

Yang ketiga, langkah keselamatan kita ialah pasang di ‘delineator post type G’ ni telah pun mencapai kemajuan 50% setakat ni. Dan, Insya-Allah akan siap semua ni pada 20 hari bulan atau hujung bulan November ini. Satu lagi ialah lampu jalan telah pun pasang semua sekali 35 unit di tempat yang berkenaan. YB. Lunas, pun tak ada, tak ada tak payah jawabkah macam mana Yang Berhormat, nak jimat masa ni ramai lagi.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Bertulis, bertulis

Jawapan bertulis, jawapan bertulis. Lunas jawapan bertulis. Bukit Pinang? Bukit Pinang pon tak dak gak! Tu tambah banyak masa, bilik air hah.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Yang Berhormat Tuan Speaker! Mohon mencelah sikit.

Ya, ya.

Speaker

Silakan! YB. Bakar Arang.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB Exco, saya nak tanya tentang status LRA Bukit Selambau, sebab minggu ini EoT ‘three’ 3 sudah sampai. Jadi, apakah perancangan seterusnya? Dan juga saya nak ‘add out’ sedikit di sini.

Kalau Kerajaan Negeri boleh selesaikan LRA Bukit Selambau dan EoT 3 time, saya tak akan cakap ini bajet syok sendiri punya. Dan juga, sebagai Exco jangan jadikan penjawat awam sebagai tebusan kepada ini semua, tunjukkan kepemimpinan anda. Sekian, terima kasih.

Sangat tidak adil! kalau dengan sebab projek LRA Bukit Selambau yang sedemikian rupa lalu dijadikan katanya dikatakan projek bagi..

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

EOT tiga kali dah, sudah EoT tiga kali

Untuk makluman Yang Berhormat, duduk!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

4, 5 kali pon ada. Habih, habih!

Untuk makluman, Yang Berhormat. Saya nak bagitau lah baca sekali lagi supaya Yang Berhormat faham.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Berani kata.

Speaker

YB Bakar Arang! Sila duduk.

Duduk! Yang Berhormat faham. Saya dah cakap banyak kali dalam dewan ini! Tapi Yang Berhormat masih tak faham, masih bangkitkan dalam dewan ini. EoT bukan kuasa seorang-seorang saja saya nak bagi, tak ada kuasa. Tapi pihak yang profesional, pegawai penguasa, yang ada kemahiran kepakaran bidang tu, bila cukup syarat dia bagilah EOT. Saya nak sebut, Yang Berhormat, jangan bangkit! Boleh? Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Silakan!

Untuk makluman Yang Berhormat, Projek LRA yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri diberikan EoT untuk Bukit Selambau sebanyak empat kali sehingga tahun depan. Tahukah Yang Berhormat, projek Loji Kumbahan di Alor Setar bernilai RM238 juta, yang dimulakan pada tahun 2018 yang sepatutnya siap pada tahun 2022, EoT dia bukan empat kali tapi Yang Berhormat tahu tak berapa kali? enam kali EOT, enam kali EoT sehingga 31 Mei 2025.

Jadi soal EoT ini jangan dibangkitkan kalau Yang Berhormat tak faham, soal teknikal, bukan kita tak buat, bukan tinggal saja, tapi sekarang ini Projek Bukit Selambau kita tengah buat dengan kemajuan sebanyak 50.24% sehingga 31 Oktober 2025. Pasang paip dah 81.79KM, saya selalu turun di Bukit Selambau, saya tak pasti Yang Berhormat Bakar Arang turun tiap-tiap hari ka dak. Projek kita berjalan, ada beberapa isu-isu teknikal yang perlu diberikan pertimbangan lalu diberikan EOT. Kalau perlu diberikan EOT, akan diberikan EOT.

Jangan dibangkitkan soal ini, menyebabkan yang dikatakan ini projek ini kelemahan Kerajaan Negeri, lalu dikatakan bajet ini bajet syok sendiri. Takkan dengan sebab Loji LRA Bukit Selambau, satu projek lalu di rangkumkan semua bajet syok sendiri. Sangat tak adil! Jadi, saya harap YB. Bakar Arang ni lebih rasional, lebih matang dalam bertindak dalam berfikir supaya tidak membuat pertimbangan yang tidak adil dan menuduh yang bukan-bukan kepada pihak Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya dengan ini menyokong Bajet 2026 yang dibentangkan. Sekian, mohon maaf. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerang. Dan, dipersilakan YB. Bakar Arang untuk menarik balik, kenyataan bajet syok sendiri kerana 36(6) menghina sebahagian daripada Ahli Dewan. Dipersilakan YB. Bakar Arang. Mengguris hati pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus membuat kerja berhari-hari, berbulan-bulan dan dalam 36(6) menghina ataupun tarik balik, itu lebih baik.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Tuan Speaker, yang bajet syok sendiri ni untuk mengingatkan sebenarnya Exco-exco kepimpinan di sana untuk tahu peranan mereka. Kalau kita lihat balik, sebenarnya dua kali punya bajet, banyak projek telah diumumkan tetapi tidak diteruskan. Dan tahun ini, sudah ada banyak banyak

Tak teruih apa, tengah dok buat la ni

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Pelabuhan Sanglang, lepas tu projek LRA Bukit Selambau. Saya ajukan ini bukan untuk..

Speaker

Tadi ni berkenaan dengan bajet, bukan-bukan projek bajet syok sendiri. Menghina, mengguris, perasaan pegawai kerajaan 36(6) Peraturan Menghina Pegawai Kerajaan.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Saya punya maksud bukan untuk menguris penjawat awam semua. Ini semua adalah untuk mengingatkan kepada Exco-exco yang di sini menjadi sebagai satu kepimpinan yang betul untuk Negeri Kedah.

Speaker

Ingat! Gunakan bahasa yang lain bukan menggunakan bahasa ini sebab perkataan itu mengguris perasaan.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Okay! Saya tarik.

Speaker

Sebahagian besar daripada Pegawai-pegawai Kerajaan. Silakan Yang Berhormat, tarik balik, menjadi selesai masalah.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Tarik balik lah! Bukan dia susah pon!

Tarik balik sahaja!

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Bajet penambahbaikan lah, saya ganti itu bajet syok sendiri kepada bajet yang boleh di penambahbaikan kan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Tarik balik dak?

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Tuan Speaker, saya cadangkan untuk saya gantikan bajet yang boleh dibuat penambahbaikan, itu saja.

Speaker

Okay, tak tarik, tak kata apa. Terima kasih tapi itu bahasa yang lebih cantik. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Kayu Hitam.

Auzubillahi-sami ali minashaitan nirajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin sayyidina muhammadin waala alihi wasahbihi ajma'in. Subhanaka la 'ilma lana illa ma 'allamtana innaka antal alimul hakim rabbi Syrahli sadri vasil di amri wahlun uhdata milisani yafahu qauli.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato' Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato' Wira Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Yang Berhormat Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Yang Berbahagia Pegawai Daerah dan YDP PBT, Yang Berbahagia Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan, anak-anak dihormati daripada Sekolah Simpang Empat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah subhanahu wa ta'ala kerana dengan limpah dan izin-nya, maka kita dapat hadir di Dewan Yang Mulia ini bagi membahaskan Bajet 2026. Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Jeneri, di atas kejayaan pembentangan Bajet 2026 pada sidang kali ini.

Keduanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana di dalam Bajet 2026 tetap memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat melalui portfolio kebajikan wanita keluarga masyarakat dan perpaduan Negeri Kedah, malah tidak mengurangkan sedikit pun peruntukkan daripada bajet tahun yang lalu. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga tersentuh dengan tanggapan serong yang dilemparkan oleh YB. Bakar Arang yang mengatakan Bajet 2026 adalah bajet syok sendiri.

Saya ingin bertanya, adakah Bajet 2026 yang menyediakan peruntukan 35 juta ringgit melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu golongan susah dianggap sebagai bajet syok sendiri juga? Saya bagi contoh, pada tahun 2025 dengan bajet yang lebih kurang sama banyak seramai 5,899 keluarga telah menikmati bantuan bulanan di antara 100 hingga 600 ringgit sebulan. Daripada bajet itu juga 958,000 telah dibelanjakan untuk bantuan pemulihan bencana dan juga bayaran makan minum mangsa banjir dan petugas di PPS pada tahun 2025. Terima kasih lah YB. Bakar Arang kerana tarik balik kalau tidak, siap.

Tu kita tak kira lagi dengan bantuan-bantuan lain seperti i-Kafalah, iBAKIPT, bantuan BSPT, bermacam-macam lagi bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat Negeri Kedah. Sudah pasti dengan bajet tahun 2026 ini, golongan susah yang terus menikmati bantuan-bantuan tersebut. Adakah itu juga dikatakan syok sendiri juga? Saya setuju apa yang telah pun diutarakan oleh YB. Kuala Nerang tadi juga kena… Saya berucap dia tarik balik, kalau tak tarik banyak lagi nak kata kat dia.

Untuk Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT). Yang Berhormat Tuan Speaker, Program Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar tetap mendapat peruntukan yang besar untuk tahun 2026, terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana terus mengekalkan program ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita saya maklumkan mulai tahun 2026, BSPT akan dibuka untuk pemohon kategori baru selain daripada pemohon kategori pesakit terlantar, kalau sebelum ini BSPT hanya diberikan kepada pesakit yang terlantar sahaja, tetapi mulai tahun 2026 pesakit kronik yang tidak terlantar juga layak memohon dan diberi pertimbangan untuk menerima bantuan ini. Contohnya pesakit jantung, pesakit buah pinggang, sakit kanser, dan penyakit-penyakit kronik yang lain, tetapi tidak terlantar boleh lah memohon untuk mendapatkan bantuan ini. Cara memohon adalah melalui Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah. Pusat Khidmat Adun juga boleh memainkan peranan, untuk membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan permohonan yang layak memohon. Cara pemberian bantuan ini masih kekal… (YB. Tokai mencelah)

YB. Bukit Kayu Hitam…YB. Tuan Speaker!

Speaker

YB. Tokai bangun, YB.

Minta maaf YB. Bukit Kayu Hitam, terima kasih YB. Speaker.

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Sakit-sakit yang terlantar tadi ni, saya dah nampak mutakhir ini, banyak isu-isu yang melibatkan pesakit-pesakit ginjal ataupun buah pinggang yang memerlukan dialisis, dan kebanyakan pusat dialisis yang disediakan oleh pihak hospital ataupun pihak kerajaan ni memang tak cukup nah, kerana banyak pertambahan berlaku, jadi wujud pusat-pusat dialisis swasta yang banyak di pekan-bukan kecik dan juga pekan besar, jadi saya rasa ini perlu diberi perhatian jugalah oleh JKM berhubung dengan keperluan ah mereka-mereka yang nak kena dialisis oleh sebab penyakit buah pinggang kronik ini.

Terima kasih YB. Tuan Speaker….(YB. Kota Darul Aman mencelah)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker…YB. Tuan Speaker, soalan tambahan.

Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah bt. SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Kejap eh, japgi ya.

Terima kasih Yang Berhormat Tokai. In shaa Allah kita akan berbincang bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga agensi daripada Lembaga Zakat untuk penambahbaikan macam mana untuk menangani masalah-masalah pesakit kronik yang terlantar contohnya macam seperti yang apa YB. Tokai katakan tadi iaitu untuk nak cuci buah pinggang ni, In shaa-Allah kita akan lakukan yang terbaik untuk mereka. Untuk makluman juga cara pemberian bantuan ini adalah masih kekal iaitu secara one-off berjumlah RM500 seorang. Selain pemberian bantuan kewangan antara inisiatif tambahan yang digarapkan oleh jawatankuasa pesakit terlantar ialah program turun ke padang menziarahi rumah pesakit ataupun penerima bantuan pada setiap bulan merangkumi 36 DUN.

Terima kasih kepada Agensi-Agensi Kerajaan yang turut terlibat di dalam pelaksanaan program BSPT ini iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kewangan Negeri, BPEN Negeri Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Baitulmal Negeri Kedah, PERKESO dan MBI yang turut menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan dan peralatan pesakit yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan pesakit.

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk tahun 2026, golongan emas juga tidak dilupakan, sebanyak 150 ribu ringgit disediakan untuk 15 PAWE bagi menjalankan aktiviti dan pengurusan. Tahun 2025, setiap PAWE menerima RM5ribu dan Inshaa-Allah bagi bajet kali ini, kita akan naikkan kepada RM10 ribu bagi setiap PAWE. Tahun 2035, Negeri Kedah akan menjadi Negeri Tua, di mana jumlah warga emas akan mencapai 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk Negeri Kedah.

Oleh yang demikian, Negeri Kedah perlu bersedia untuk melaksanakan program-program yang mesra warga emas, di antaranya ialah menyediakan prasarana. Kerajaan juga perlu menyediakan pusat-pusat aktiviti yang mereka ini supaya mereka terus sihat aktif dan produktif. Oleh itu Negeri Kedah amat memerlukan PAWE yang lebih inklusif dan mampu menjalankan aktiviti yang bersesuaian bagi menjadikan warga emas masih bernilai di dalam masyarakat bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Untuk Rumah Transit. Yang Berhormat Tuan Speaker, Bajet 2026 Negeri Kedah kali ini tidak ketinggalan memberi tumpuan kepada aspek kebajikan terutamanya melibatkan di bawah inisiatif lima kemudahan pusat jagaan dan rumah transit yang dengan peruntukan sebanyak setengah juta ringgit bagi maksud pengoperasian rumah transit serta membaik pulih dan penyelenggaraan. Untuk makluman Sidang Dewan Yang Dihormati, lokasi baru Rumah Transit Langkawi terletak di Mukim Kedawang, Pekan Kuah.

Buat masa ini segala persiapan bagi membuka rumah transit ini sudah masuk fasa akhir dan dijangka akan beroperasi akhir tahun ini Inshaa-Allah. Pusat Jagaan Rumah Transit Langkawi akan berfungsi sebagai penempatan sementara bagi golongan gelandangan, pengemis kanak-kanak jalanan, mangsa keganasan rumahtangga, mangsa bencana serta kes-kes sosial mendesak yang memerlukan tindakan segera sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau agensi berkaitan. Penubuhan pusat ini amat signifikan, memandangkan kedudukan geografi Langkawi yang bergantung kepada pergantungan feri yang beroperasi mengikut jadual tertentu dan hanya pada waktu siang sahaja. Oleh itu, penubuhan Rumah Transit Langkawi menjadi satu kemudahan penting bagi menampung kes-kes kecemasan di luar waktu feri beroperasi. Sekaligus, memastikan perlindungan segera dapat diberikan kepada golongan rentan di pulau berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, Rumah Transit Negeri Kedah yang beroperasi di Taman Pulasan Jitra, dari tahun 2019 hingga tahun 2024, telah pun dipindah ke tempat baru iaitu di Taman Temin Jaya Changlun apabila owner rumah di Taman Pulasan tidak menyambung kontrak sewaannya. Dasar Wanita Negeri Kedah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Inshaa-Allah pada tahun 2026, Kedah akan mempunyai satu dasar yang khusus berkaitan dengan Pembangunan Wanita yang dinamakan Dasar Wanita Negeri Kedah 2035. Inshaa-Allah, Dasar Wanita ini akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2026. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Dasar Wanita Negeri Kedah 2035 sudah melalui kerja-kerja terakhir bancian, pengumpulan, pemprosesan data dan tapisan, bagi mengenal pasti keperluan sebenar wanita, di pelbagai lapisan masyarakat. Kerja-kerja bancian secara bersemuka, secara online, secara OCC libat urus bersama Agensi Kerajaan termasuk lah Pejabat-pejabat Daerah dan juga perbincangan bersama pihak swasta dan NGO juga telah diadakan. Terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana dalam Bajet 2026 memperuntukkan sebanyak RM150ribu lagi bagi menjadikan Dasar Wanita ini satu kenyataan. Adalah diharapkan dengan adanya Dasar Wanita Negeri Kedah 2035 ini, wanita Negeri Kedah akan mempunyai landasan dan hala tuju yang lebih mampan bagi mengiringi wawasan The Greater Kedah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir sekali… (YB. Kota Darul Aman mencelah)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker…nak tanya satu soalan,

Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah bt. SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Okay.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Apabila kita lihat baca buku ini saya mendapati bahawa Program Permataku Sejahtera tak ditulis, adakah program tu masih diteruskan? Yang bagi kelahiran bayi baru. Terima kasih.

Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah bt. SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Kota Darul Aman. Program Permataku Sejahtera Inshaa-Allah akan diteruskan. Saya tak sebut di sini sebab dia bukan dibawah portfolio saya. Nanti Yang Berhormat Lunas eh…YB. Merbau Pulas akan jelaskan di dalam penggulungan nanti YB., boleh YB.?

Akhir sekali Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin respon perbahasan YB. Ayer Hangat dalam perbahasan sidang dewan yang mana beliau telah menyentuh berkenaan dengan Program Sejahtera Care dan Program Wanita Negeri Kedah. Terima kasih YB. Ayer Hangat, ada juga sentuh portfolio saya dalam perbahasan dewan pada kali ini. Berkenaan dengan Program Sejahtera Care. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ayer Hangat dan Ahli Dewan semua, Sejahtera Care merupakan program atau produk baru Kerajaan Negeri Kedah di bawah portfolio Wanita, Keluarga & Masyarakat. Sepertimana yang dikatakan Yang Amat Berhormat Jeneri, Sejahtera Care adalah penjenamaan semula kepada Tabung Sejahtera Wanita.

Matlamat utama program ini adalah melahirkan usahawan wanita Negeri Kedah melalui, pertamanya kursus perniagaan, latihan kemahiran, bantuan nasihat dan juga bantuan peralatan. Di antara bidang keusahawanan yang menjadi fokus utama untuk program Sejahtera Care ini adalah, yang pertamanya urutan, penjagaan kanak-kanak, penjagaan orang tua penjagaan OKU, penjagaan ibu bersalin, penjagaan kecantikan, fisioterapi dan perniagaan berasaskan perkhidmatan. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 23 hingga 25 November ini, Sejahtera Care akan menganjurkan program latihan pensijilan kemahiran tahap tiga bagi urutan terapi di Hotel Park Avenue, Sungai Petani. Ini merupakan program pertama di bawah Sejahtera Care. Untuk makluman semua, hanya untuk wanita sahaja urut-urut ni.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk latihan kali pertama ini seramai 150 orang peserta yang mempunyai pengalaman di bidang urutan telah pun dipilih, mereka ini dipilih oleh melalui permohonan dengan mengisi borang dan borang tersebut disahkan oleh Pusat Khidmat Adun. Selepas tamat kursus ini, mereka layak untuk mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga. Dengan memiliki sijil ini, adalah diharapkan mereka akan meningkatkan kerjaya mereka dengan lebih profesional dan berpendapatan tinggi, dan diharap juga dengan adanya latihan ini, Kedah akan melahirkan 150 orang lagi usahawan wanita di bidang perkhidmatan.

Untuk tahun 2026, terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana mengekalkan peruntukan sebanyak setengah juta ringgit lagi untuk pelaksanaan program Usahawan Wanita di bawah Sejahtera Care. Dengan ini, In shaa Allah, Sejahtera Care akan membuka peluang pula kepada wanita-wanita lain yang berminat di bidang perkhidmatan lain seperti penjagaan orang tua, penjagaan OKU, fisioterapi, kecantikan dan lain-lain tanpa menghentikan program latihan urutan terapi Sejahtera Care yang sedia ada.

Untuk aktiviti tahunan pula Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan aktiviti wanita sukacita saya maklumkan, bahawa pada tahun 2026, beberapa acara telah pun dirancang dan dicadangkan untuk dijadikan, terutamanya program-program yang bersifat acara tahunan. Antaranya adalah, pertamanya Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Kedah yang akan dikenali sebagai sambutan Hari Sayyidatina Fatimah. Yang keduanya, sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Negeri Kedah. Ketiganya, sambutan Hari Kanak-kanak, Warga Emas dan OKU Peringkat Negeri Kedah, Sambutan Bulan Keluarga peringkat Negeri Kedah dan Majlis Wanita Bertadarus yang khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan nanti, In shaa Allah. Dan yang keenam, Seminar Wanita Bangkit Berniaga, program Sinergi Celik Kewangan, Program Hentikan Keganasan Terhadap Wanita, dan yang terakhir, Konvensyen Wanita dan Undang-undang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan pada kali ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Wira Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Undang-undang Negeri, Kakitangan MMK, BPEN Negeri Kedah, Pejabat Kewangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan terutamanya Pegawai-pegawai Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, LPPKN Negeri Kedah, Jabatan Perpaduan Negeri Kedah, Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah, Lembaga Zakat, MAIK, PERKESO, KWSP dan PBT dan juga tak lupa pada Penghulu-Penghulu dan MKK yang sentiasa memberi kerjasama yang baik di dalam menjayakan setiap program yang dijalankan oleh Pejabat Exco Kebajikan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Perpaduan Negeri Kedah. Terima kasih pada semua.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya sudahi ucapan pada kali ini dengan dua rangkap pantun,

Burung Merbah hinggap di dahan, Berkicau riang menyambut mentari, Rakyat bersatu penuh keharmonian. Negeri makmur aman bestari.

Rasa hati begitu resah, Bila kekasih melangkah pergi, Hari ini kita berpisah, In shaa Allah tahun depan berjumpa lagi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong Bajet Negeri Kedah Tahun 2026.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kayu Hitam. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Jitra. Masa yang diperuntukkan adalah sebanyak 30 minit, dipersilakan.

Hari ni YB. Tuan Speaker nampak segak (sambil ketawa). Senyuman manis.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ‘ala asyrofil anbiya’i wal mursalin saidina muhammadin wa ala alihi wasabi ajma'in. Rabbisyrohli sodri wa yassirli amri wahlul ukhdatan mirlisani yafqohu qauli.

Yang Berhormat Tuan Speaker yang dihormati, Barisan Kepimpinan rakan-rakan YB. Exco dan juga YB. - YB. juga barisan Kepimpinan Pentadbiran Negeri yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Seri SS dan juga Ketua-ketua Jabatan Agensi Pusat dan juga Kerajaan.

Bersyukur kita pada Allah subhanahu wa ta’ala dengan izin Allah dapat kita bentangkan bajet kita pada sidang kali ini, dan saya daripada Jitra dan selaku Exco Industri Pelaburan Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi & Inovasi ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Jeneri Menteri Besar kita di atas pembentangan bajet yang saya rasakan ia adalah satu bajet yang komprehensif, menyeluruh dan juga menyentuh setiap lapisan masyarakat yang ada di Negeri Kedah ini, Alhamdulillah. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah untuk membangunkan sebuah negeri yang mana kita tahu kita adalah negeri yang tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan dalam konteks politiknya, cabarannya cukup besar.

Kembali kepada isu-isu yang dibangkitkan khususnya dalam konteks pelaburan seperti yang telah saya nyatakan semalam bahawa terlalu banyak sebenarnya ruang dan peluang untuk negara ini pergi jauh dan lebih maju, sekiranya Kerajaan Pusat boleh berlapang dada dan mempunyai nilai-nilai sebagai Statesman, khususnya kepada YAB. Perdana Menteri dan juga Menteri-Menteri yang ada di Putrajaya. Telah tiba masanya untuk kita mengenepikan bentuk politik lama kita, yang mana membelenggu negara ini hampir ya 50 tahun lebih, kita telah merdeka 68 tahun.

Kalau kita lihat hari ini Kedah sedang dipimpin oleh seorang YAB. Menteri Besar, oleh kerajaan yang di bawah Perikatan Nasional yang bersungguh-sungguh dalam segala keterbatasan. Saya ingin menyatakan dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Agensi-Agensi, khususnya Agensi Peringkat Negeri dan Nasional, Peringkat Federal yang telah memberikan komitmen, tetapi ada ruang-ruang sebenarnya di luar kemampuan agensi-agensi ini untuk melakukannya kerana keterbatasan atau halangan-halangan yang dilakukan di peringkat atas sana. YB. Tuan Speaker, dalam konteks pelaburan negeri kita, kita tahu dan kita sering bercakap tentang betapa penting dan strategiknya Kulim Hi-Tech Park.

Benar, ia tidak dibina, dibentuk ketika mana kita Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah negeri ini, ia telah dibangunkan lebih 30 tahun yang lalu, tetapi satu perkara yang ingin saya nyatakan agar semua dapat mengambil ini sebagai satu perkara positif iaitu dalam lima tahun pemerintahan di bawah YAB. Jeneri kita telah merekodkan pelaburan yang masuk ke Kulim Hi-tech Park ini sebanyak 132 billion daripada keseluruhan 182 billion. Jadi apa maknanya? Maknanya ialah kita mampu dan berjaya meneruskan apa yang diimpikan oleh kerajaan terdahulu, dan sifat inilah sifat mulia yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Kedah hari ini.

Kita tidak berusaha untuk menghalangnya malah menyuburkannya dan memberikan ruang seluas-luasnya, dengan sokongan dan segala pendekatan yang kita mampu lakukan, termasuklah pembentukan yang dipanggilkan E10 iaitu untuk membolehkan para pelabur dapat melakukan aktiviti pelaburan mereka dengan rancak dan laju, speed, iaitu daripada kebenaran merancang sehingga ‘first good being exported’ boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan, dan ini perlu diberikan tepukan ataupun satu penghormatan kepada Majlis Perbandaran Kulim di atas kejayaan menjadi benchmark kepada negeri dan negara. Ini dilakukan di zaman era pentadbiran Yang Amat Berhormat Jeneri, dan inilah suatu perkara yang harus kita semua dokong dan sokong, sebab apa? E10 ini hari ini telah menjadi panduan kepada Johor Economic Zone dan Johor dipanggil Johor Fast Lane dan juga negeri-negeri lain datang belajar daripada kita, kita tidak rasa bongkak, tidak rasa angkuh, sebab kita membawa semangat nasional yang bersama untuk kelangsungan negara kita Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Speaker, di masa yang sama kita tahu SBEZ dibangunkan. Saya semalam telah menyampaikan satu lontaran idea, agar kita melihat SBEZ ini dilihat secara menyeluruh, komprehensif, bersepadu, janganlah SEZ Bukit Kayu Hitam ni di kesampingkan dalam konteks sokongannya hanyalah minimum ataupun biasa-biasa berbanding dengan Johor-Singapore Economic Zone.

Ini harus, kematangan Kerajaan Pusat harus menjadi tunjang kepada pembangunan negara, kalau apa yang ada di sebelah selatan sana, perlu ada, ‘it should be a mirror to us’ dan dibangunkan di belah utara ini, ini bukan cerita Kedah, ini bukan cerita Johor bawah Kerajaan Pusat dan kita Kedah di bawah Pembangkang, ini cerita kelangsungan negara kita untuk bersaing dan mencipta peluang pekerjaan buat rakyat kita, rakyat kita ni buka Kedah sahaja, rakyat Malaysia, dan kalau boleh suatu hari nanti menjadi tumpuan kepada para saintis, para jurutera terkemuka dunia, untuk datang ke negara kita dan ke negeri kita Kedah khususnya. Jadi sebab itulah, tadi saya juga ada kupas tentang perlunya dibangunkan, dipanggil sebagai Logistic & Supply Chain Economy yang perlu menjadi tunjang kepada pengukuhan, positioning kita di Bukit Kayu Hitam, bukan hanya cerita tentang Inland Port. Saya buat semakan ya, lebih kurang 200 TEU akan keluar daripada Inland Port kita di Bukit Kayu Hitam yang mana dalam konteks TEU ini 200 ribu ya bukan 200, 200 ribu TEU menjelang tahun 2030 ya, dengan kata lain lebih kurang jumlah dia kalau 20 footer punya kontena itu ya lebih kurang jumlah dia ada dalam lebih kurang seribu.

Jadi kalau kita ambil contoh seribu dalam konteks yang akan keluar ya, berapa banyak akan ada lori-lori atau kontena-kontena ini di lebuh raya kita. Sebab itu perlu dilihat secara segera, untuk melebarkan laluan ini kerana kita ada savior juga di sebelah Perlis, juga menggunakan laluan yang sama dan inilah antara cabaran yang harus Kerajaan Pusat lihat supaya ianya menjadi kekuatan baharu kepada kita ya untuk membolehkan menjadi kan Bukit Kayu Hitam itu bukan sahaja sebagai Industrial Park ataupun Economic Zone dalam konteks manufacturing tetapi juga untuk logistic and supply chains economy.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang saya muliakan, kita juga berusaha untuk membangunkan KRC, In shaa Allah, dalam tahun hujung tahun ini dan tahun hadapan akan dibina kilang, iaitu kilang tayar di SRC oleh sebuah syarikat daripada China, Prinx Tyre dengan jumlah pelaburan 2.3 billion. Ini adalah katalis kepada KRC di Padang Terap, lama kita tunggu eh, dulu telah ada syarikat glove nak masuk tetapi kerana masa itu Covid ada demand yang tinggi lepas Covid apa ni tidak lagi menjadi isu atau cabaran jadi permintaan kepada glove ini sudah berkurangan jadi syarikat ini dia tak masuk dia bukan kerana sentimen kita panggil dia masuk, dia lihat strategik business decision dia. Jadi sebab itulah dalam konteks itu kita telah menyusun kembali dari segi positioning untuk membolehkan agar KRC ini dapat dibangunkan dan dimajukan.

YB. Tuan Speaker, kita akan usahakan sebaik mungkin dalam aspek-aspek pelaburan ini, dan di masa yang sama kita telah membangunkan satu gagasan besar dipanggil The Greater Kedah. The Greater Kedah ini, semalam sahabat saya daripada YB.

Bakar Arang, dia kata “bukan The Greater Kedah, the crazy Kedah”, saya rasa duka cita, sahabat saya orang hebat, orang baik, orang yang ada vision, tapi mungkin dia slip tongue lah semalam, dia sebut ‘the crazy Kedah’. Saya minta YB. Bakar Arang tarik baliklah ya, kerana apa? Kerana ini adalah satu gagasan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kita, dilontarkan akan idea ini, perlu disambut dengan penuh rasa kehormatan dan kesungguhan, walau mungkin kita merangkak sekalipun untuk memulakannya, kita harus bergerak, walau apa pun cabarannya dalam konteks kemampuan kita hari ini, kita harus terus yakin dan kita harus menghormati kemuliaan dewan ini, cokmar ini, adalah lambang kemuliaan dewan ini. Jadi janganlah kita sekali-kali menggunakan dewan ini hanya semata-mata untuk menunjukkan sifat penentangan kita, kerana kita berbeza. Timbulkan, bina keunikan kita di Kedah ini, iaitu walaupun kita berbeza dari segi pandangan politik, tapi tak ada siapa boleh menggoyahkan atau melakukan apa juga serangan dalam bentuk pembangunan negeri kita apatah lagi ianya datang daripada Titah Tuanku Sultan kita.

Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker…(YB. Tokai mencelah)

YB. Tuan Speaker! YB. Tuan Speaker…

Speaker

YB. Tokai minta laluan.

Minta YB. Jitra tarik nafas sat ahh, saya takut jadi macam YB. Kulim kelmarin.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Tadi kita mengucapkan terima kasih kepada YB. Bakar Arang kerana telah menarik balik naa, ataupun mengubah ayat, apa kita kata satu kata-kata yang cukup menusuk hati penjawat awam, tapi bila YB. Jitra mengeluarkan pandangan tadi, saya rasa ini juga satu perkara yang cukup besar dan kita harap YB. Bakar Arang, kalau boleh apa tarik balik lah nah daripada The Greater Kedah yang dia sebut tu nah, sebab ini adalah gagasan daripada Tuanku Sultan sendiri, dan ia dibuat oleh pegawai-pegawai kerajaan, dilaksanakan kertas kerja dan juga berjegil siang dan malam untuk mengeluarkan suatu gagasan The Greater Kedah ni. Jadi saya harap YB. Bakar Arang berjiwa besar lah haa untuk meluahkan kata-kata supaya apa yang disebut itu ditarik balik. Terima kasih, YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Tokai. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya suka nak melihat dewan kita ini dalam keharmonian. Kita boleh berbeza pandangan, berbeza pendapat kerana parti kita tidak sama, ada blok pembangkang, ada blok kerajaan. Pembangkang nak kena bangkang, kerajaan nak kena tunjuk apa yang dia buat. Tetapi dalam kita nak membangkang ataupun kita nak mempersoalkan apa idea-idea kawan-kawan kita itu, bahasa-bahasa kita sebagai orang Kedah perlulah kita jaga. Jadi atas perkara ini saya mohonlah, mohon kepada YB. Bakar Arang, atas apa yang diungkapkan oleh YB. Jitra tadi ini. Kita tarik baliklah. Kita jaga keharmonian kita, insya-Allah.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, saya tarik balik “The Crazy Kedah”, tetapi saya nak mengingatkan ini adalah satu kritikan, ini adalah satu teguran, ini adalah untuk kebaikan negeri Kedah kita. Terima kasih.

Speaker

Ya, terima kasih YB. Bakar Arang. Dan Jitra boleh teruskan.

Terima kasih YB Tuan Speaker, terima kasih YB. Bakar Arang. Saya nak jaga YB. Bakar Arang, dia orang muda, semangat dia luar biasa. Jadi kita nak bina negeri ini bersama. Jadi apabila Statement sedemikian rupa menyentuh pihak istana, jadi tidak elok dan tidak molek. Kita jaga ya. Walau di luar sana orang berperang, tapi kita di sini berjiwa besar atas kelangsungan negeri kita. Itu semangat kita.

Jadi kembali kepada usaha kita, YB. Tuan Speaker, dalam kerangka besar “The Greater Kedah” ini. Saya kata saya pun tidaklah nak minta dua kali minta maaf,tak cukup dah tu, tapi nak bagi tahu, ni dia hasil dia. Bukan saya kata nak cerita pasal tebalnya report ni, tetapi dalam sejarah negeri Kedah, ya Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha boleh betulkan saya, tetapi dalam sejarah negeri Kedah, inilah kali pertama di mana satu laporan komprehensif dikeluarkan setiap tiga bulan akan prestasi, akan projek-projek strategik negeri kita dan dibentangkan di dalam laporan ini. Dan ini satu kesungguhan— kesungguhan kepimpinan Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri; kesungguhan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri—pertama kali. Dan kita akan terus lakukan, dan ini akan merekodkan satu perkembangan yang sangat positif sebenarnya kepada negeri kita.

Tapi YB. Tuan Speaker dan semua ahli dewan, pastinya tidak akan dapat dilihat dalam satu dua tahun. Dia perlukan masa. Sebab itulah kita punya gagasan dipanggil gagasan “The Greater Kedah 2050”, 25 years journey dengan izin YB. Tuan Speaker. Satu perjalanan yang panjang untuk membangunkan sebuah negeri yang maju—bukan material sahaja tetapi rohani, jiwa, kesungguhan, akhlak dan segalanya dibangunkan dalam perancangan negeri kita ini.

Bukan biasa-biasa. Dan saya harap ia menjadi satu dokumen yang akan kita semua jaga dan usahakan. Sebab tu saya kata kita dalam keterbatasan bajet. Kalau kita ada bajet yang besar, kita boleh buat, Yang Berhormat, lebih hebat daripada apa yang Putrajaya buat hari ini yang mana kita lihat defisitnya lagi jauh, yang kita lihat dalam tempoh 3 tahun: 600 billion pertambahan hutang negara. Apa makna pentadbiran kalau sebegitu sekali gagalannya untuk mencorakkan sebuah pembangunan negara? Ini kita tak nak ulas sangat. Perkara tersebut menunjukkan bahawa mereka lebih gagal dalam sumber kekayaan negara dipunggah ke Putrajaya tetapi mereka masih gagal untuk menyusun ekonomi negara ini, khususnya negeri-negeri pembangkang terus ditindas. Dan inilah perkara yang ingin saya nyatakan di sini.

Sebab itu, marilah kita semua rakyat Kedah untuk bangun dan bangkit. Ya, patah sayap, paruh kita tongkatkan untuk terus memastikan kelangsungan negeri kita. Jangan biar siapa pun datang dan menghina negeri kita. Insya-Allah kita akan berjaya. YB. Tuan Speaker, izinkan juga saya untuk menyentuh tentang pengajian tinggi bawah potfolio saya, yang mana saya lihat bahawa sesungguhnya Kerajaan Negeri terus komited dan memberi komitmen untuk memajukan pendidikan tinggi kita. Kita ada sebuah universiti dipanggil UniSHAMS, dibina atas iltizam dan kesungguhan pemimpin kita terdahulu Almarhum Tan Sri Datuk Seri Ustaz Azizan—satu sosok tubuh latar belakang akademik, pernah menjadi pensyarah di universiti di UKM—dan beliau mempunyai impian untuk melihat negeri ini dibangunkan oleh anak negerinya sendiri.

Tidak bermaksud orang bukan Kedah tak boleh belajar di UniSHAMS, tetapi ingin menunjukkan bahawa negeri ini dahulu pernah menjadi sebuah negara yang hebat, iaitu ketika mana Empayar Kedah Tua. Dia ingin membangunkan satu gagasan pendidikan yang besar dan luas. Alhamdulillah kita telah bergerak ke arah tersebut. Kita tahu kita tidak mendapat bantuan kewangan dalam konteks dana-dana seperti IPTA, tetapi Kerajaan Negeri kita dalam keterbatasan kita masih mampu memberi dana dan UniSHAMS terus melangkah. Baru-baru ini kita telah, dalam konvokesyen nya, kita telah lihat jumlah pelajar yang terus meningkat.

Untuk makluman YB. semua, rakan-rakan semua, UniSHAMS insya-Allah sekiranya dipermudahkan oleh KPT dan semua mereka yang punya kuasa di Putrajaya, kita akan menawarkan program Engineering kita tahun hadapan; kita akan menawarkan program Nursing kita tahun depan; dan insya-Allah tahun 2028 kita akan menawarkan program Dentistry kita. Jadi dia akan menjadi sebuah universiti komprehensif pertama di negeri kita Kedah ini. Tidak ada universiti komprehensif walaupun daripada kerajaan pusat di negeri Kedah ini. UUM university management, kita tak ada medical school, kita tak ada medicine, kita tak ada engineering dalam konteks semuanya dalam satu institusi. UniSHAMS inilah iltizam dan kesungguhan kita untuk memastikan pendidikan tinggi di negeri Kedah ini terus dilonjakkan, insya-Allah.

Doakan. Dan saya harap hari ini Menteri Pengajian Tinggi yang mungkin mengikuti sidang ini atau kemudian, janganlah halang kesungguhan UniSHAMS ini untuk menjadikan UniSHAMS sebuah universiti komprehensif. Berikanlah kelulusan, sokongan dan dokongan agar sebuah negeri mampu berdiri di kakinya sendiri dan insya-Allah menyumbang kepada negara dalam kemajuan negara kita Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Speaker, apa yang ingin saya katakan, kita juga telah bergerak sepertimana yang dibentangkan, dikongsikan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri tentang penubuhan kolej kediaman pelajar kita untuk 2,400 orang pelajar dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah. Ini menunjukkan bahawa kita bergerak secara strategik dalam menyusun keperluan dalam mendukung pendidikan di negeri kita ini. Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah. Ini adalah game changer yang sama-sama kita usahakan untuk pendidikan tinggi negeri kita.

Dan alhamdulillah, kita juga telah seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri tentang pembinaan Smart Islamic Complex di UniSHAMS. Ini juga satu pencapaian yang saya harapkan lebih ramai—I'm calling kepada semua Kedahan di luar sana yang hari ini menjadi tokoh korporat terkemuka, yang menjadi tokoh korporat yang membina negara bangsa—kembalilah ke negeri Kedah. Bersama kita majukan negeri kita. Hari ini dewan ini memanggil kalian semua untuk menjadi sebahagian daripada cerita kebangkitan negeri kita untuk membangunkan sektor pendidikan dan penyelidikan. I'm calling all corporate leaders from Kedah di luar sana untuk kembali menyumbang kepada negeri kita. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam usaha kita untuk memajukan negeri kita ini juga menjadi perkara yang dimomokkan oleh YB. Bakar Arang, tapi cukuplah tak payah minta maaf lagi, iaitu tentang YB. Bakar Arang mempersoalkan saya nampak angle YB. Bakar Arang, iaitu dia kata tentang lahirkan seribu saintis. Mana dananya dalam bajet?

Yang Berhormat Bakar Arang, ingin saya nyatakan, kita telah menyusun gerak kerja kita, langkah kita. Insya-Allah sekiranya semuanya baik dan teratur, GLC-GLC kita boleh mendapatkan corporation dan agensi-agensi lain. Kita akan gabungkan untuk bersama mendanai program “1000 Young Scientist of Kedah” ini. Insya-Allah. Doakan.

Mungkin anak YB. Bakar Arang sendiri akan menjadi sebahagian daripada pasukan ini, yang mana akan kita bangunkan. Kita bukan cerita tahun depan nak lahir seribu saintis— jangan fikir macam tu. It is a journey, a journey yang kita sama-sama mulakan hari ini dengan seribu satu kepayahan agar suatu hari nanti these young scientists and young professionals akan mendominasi semua jawatan-jawatan strategik yang ada di negeri kita Kedah, di peringkat nasional, dan di peringkat antarabangsa.

This is the journey. Sebab itulah Kerajaan Negeri kita membangunkan agenda dipanggil “Cordoba of Kedah.”

Jadi, YB. Sidam nak tanya ka? (YB. Sidam mencelah)

Sikit saja boleh?

Boleh.

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Okey, tadi saya nak reverse balik kepada kenyataan YB. Jitra yang menyatakan hutang negara sampai 600 bilion, tetapi sebenarnya kalau kita tengok pada fakta ia adalah satu kekurangan daripada sebelum-sebelum itu. Jadi ini bermakna satu langkah yang ke depan yang positif bila kita nampak walaupun hutang itu tidak bertambah tetapi semakin berkurangan. Terima kasih.

YB. Sidam, isu ini telah dibahaskan dan rasanya kita buang masa membahaskan perkara yang sama kerana daripada RM600 bilion hutang negara kepada RM1.3 trilion, itu jumlah yang luar biasa. Mungkin sebenarnya dari segi jumlah hutang baharu itu dikurangkan, tetapi itu Malaysia; jumlah keseluruhan ketika mana kerajaan Madani hari ini memerintah, dalam tempoh beberapa tahun tiga tahun ini RM600 bilion itu sebenarnya kita lihat gambaran besarnya angkanya.

Mungkin ada tujuannya, tetapi kita nak lihat apa sebenarnya yang dibangunkan. Jadi itu soalan yang dilontarkan. Mungkin YB. Sidam akan bersetuju dengan saya tanya dengan PMX: RM600 bilion ini buat apa? Buat lebuhraya baharu? Buat apa? Buat airport baharu? Buat apa? Buat pelabuhan baharu? Kita tak nampak ini semua. Jadi RM600 bilion itu di mana sebenarnya?

Jadi, dengan kata lain, kita harus melihat bagaimana perkara ini kita dapat usahakan atau bangunkan bersama dalam konteks negara kita.

Speaker

Yang Berhormat Jitra, ada 10 minit lagi.

Yang keduanya, saya nak juga bercakap tentang satu perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ramai sahabat-sahabat kita, YB-YB kita telah membangkitkan ataupun bertanya tentang isu pendidikan. Saya, walaupun pendidikan ini bawah sahabat saya YB. Sungai Limau, tapi apa yang YB. Sungai Limau bekalkan, ia akan sampai ke universiti, ia akan sampai usia YB. Tuan Speaker, dan di universiti lah ia akan diolah untuk menjadikan satu generasi yang hebat untuk negeri dan negara kita.

Tapi di sini saya sebenarnya ingin menyatakan bahawa tadi YB. Merbau Pulas pun cerita, kita ada program dipanggil “The Pearl of Kedah,” satu usaha dibangunkan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan ataupun mempersiapkan anak-anak kita. Soalan saya mudah saja: apa jadi dengan sekolah kita? Apa jadi dengan sekolah kita hari ini? Kita ada wakil daripada JPN, tapi jangan ambil ini personal, don’t take it personally. Tetapi ini harus dikupas di peringkat nasional, apa jadi dengan sistem pendidikan kita hari ini sehinggakan kita terpaksa melakukan sesuatu untuk membolehkan anak-anak kita ini punya kesedaran dan punya nilai dan jiwa dan akhlak yang mulia?

Sehingga kita lihat di sekolah, dibunuh, pelajar dibunuh di sekolah, pelajar dirogol, ataupun apa juga kepincangan hari ini yang menyakitkan dan benar-benar membuatkan kita rasa kecewa dengan sistem persekolahan kita. Saya pun bukanlah nak mengapi-apikan keadaan ini.

Saya kongsikan di sini dan tak perlulah guru besar sekolah di kawasan saya ni, Sekolah Kebangsaan Penghulu Haji Darus. Saya pergi lawat baru-baru ni. Ini adalah gambar di mana saya sebagai EXCO, saya sebagai ADUN, berbincang dengan guru besar sekolah ini di luar pagar sahaja. Itu saja level dia. Level saya ni bukanlah saya proud pun, saya ni Haim Hilman ni apa-apa tidak tetapi di mana akhlak dan budi bahasa?

Ini bukan nak hentam cikgu ni JPN tak payah hentam cikgu ni tak payah buat surat tunjuk sebab. Cikgu ni apa masalah? Tak payah. Isu dia, cikgu ni kata:

“YB., saya minta maaf, tak boleh panggil YB. masuk kawasan sekolah.”

Walaupun pokok ni sebesar pokok balak, yang mana condong ke kawasan sekolah, yang orang kampung bimbang, cikgu-cikgu bimbang, minta pokok ni ditebang. Tapi pokok ni sebahagian dalam kawasan sekolah.

Jadi saya tak boleh pergi potong pokok itu suka-suka hati saya. Kalau dia timpa, hempap sekolah, kita disalahkan. Tapi perkara ni dah sampai PPD, dah sampai mungkin JPN. Saya nak tulis surat kepada menteri pasal ni. Kalau PPD tak boleh slesai, JPN tak boleh selesai, dalam seminggu ni, biar saya tulis surat kepada YAB. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasal pokok ini. Kegagalan JPN Negeri untuk menyelesaikan masalah pokok ja pun. Itupun tak berani saya masuk ke sekolah untuk melihat dari segi kawasan mana begitu begini saja. Ini lah gambar dia di luar pagar tempat buang sampah berdiri dekat situ tuan – tuan. Inilah level pendidikan. Ini lah level pendidikan kita. Kalau inilah caranya sampai guru besar melayan seorang pemimpin negeri, beginilah caranya — what kind of product will they produce in school today?

Jadi ini cabaran kepada JPN, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ubahlah sikap ni. Sebab tu negara ni huru-hara dalam pendidikan. Sebab apa? Kerana kita sendiri meletakkan guru di tempat yang mereka takut. Guru besar ni cakap:

“Minta maaf YB., saya tak berani nak panggil masuk.”

Jangan pergi salahkan cikgu ni. Silap-silap cikgu ni kena tukar 24 jam pula. Dia minta maaf sebab kata tak dibenarkan masuk. Tak apalah saya pun bukan nak sangat masuk, tapi dari segi adabnya, akhlaknya, di mana?

Jadi YB. Tuan Speaker, dalam usaha kita ini, kita akan melahirkan seribu saintis, alright? Dan kita juga akan usahakan untuk melahirkan anak-anak kita ini dalam konteks di mana mereka mendapat kemahiran. Alhamdulillah Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besarkita baru ini telah memberikan dana RM400,000 untuk membangunkan satu lagi bentuk sokongan kepada anak-anak kita ini, iaitu dipanggil sistem takaful perlindungan untuk anak-anak mahasiswa Kedah yang belajar di IPT hari ini. Alhamdulillah, terima kasih. Bermula RM400 ribu. Nanti mungkin kalau kita lihat tak boleh cover semua orang, kita akan tingkatkan dari masa ke semasa. Dengan kata lain, program Bakti Siswa Perdana baru ni juga kita berjaya untuk menganjurkan program. Parti siswa ditekan saya nak mohon maaflah di sini di mana kita ditekan, diminta senarai nama-nama pelajar ini, siapa yang pergi dan begitu begini. Tapi saya cakap kepada pegawai saya:

“Minta pihak-pihak yang nak nama ni berhubung terus dengan saya. Biar saya jawab dekat dia. Atas apa hak dia nak tahu sampai siapa anak negeri Kedah masuk kampung bantu orang Kedah dan tolong masyarakat kampung di Kedah ini? Nak bagi laporan pada dia? Ini negeri kita. Kita buat cara kita. Dan kita tak menyalahi siapa-siapa.”

Ini sampai nak minta nama budak ni, universiti mana, buat apa, cerita ni masa cuti semester, tidak ada kaitan. Tapi inilah budaya menakut-nakutkan. Intimidation ini terus dilakukan. Ini betul-betul zaman dah kolonial, zaman orang yang belum lagi merdeka. Mana - mana British buatkan nenek moyang kita, menakut-nakutkan, itulah yang diguna pakai hari ini. Memalukan dalam konteks pendidikan tinggi negara hari ini.

Jadi YB. Tuan Speaker, saya juga ingin menyatakan di sini ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana apa terus menyokong kita untuk membangunkan anak-anak Kedah.

Tapi saya lihat statistik, boleh lihat dalam DOSM, boleh lihat dalam UNTact, di mana hari ini Malaysia jumlah yang mana dalam bidang STEM hanya sekitar 40% daripada graduan yang kita lahirkan. Kita nak pergi negara maju, kita nak pergi sebuah negara yang bersaing, competitive, di level tertinggi. Tapi 40% daripada anak-anak kita mengambil bidang STEM. Yang ini satu perkara yang harus diberikan perhatian serius di peringkat pusat agar jumlah ini dapat ditingkatkan. Sebab itulah kita datangkan “One Program One Thousand Young Scientists.” Bukan saya tak rasa bimbang nak launchkan, nak sebut benda ni. Tetapi mana 100,000 Young Scientist Malaysia? Mana program kerajaan Madani punya 100,000 Young Scientist Malaysia dibangunkan? Tak ada. They have no inspiration to do that. Tapi dalam kes ini, negeri kita walaupun kecil, kita ada kesungguhan untuk melahirkannya. Mudah-mudahan Allah permudahkan, memberi kejayaan.

YB. Tuan Speaker, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kita juga berharap agar negeri kita ini tidak terus dianaktirikan. Kadangkala saya terfikir, cakap lantang dalam dewan ni, besok kena block lah kita, macam-macam. Tapi kalau kita tidak memaklumkan kepada mereka akan kepincangan dan kebobrokan pendekatan mereka, jadi kita rasa kita ini akan selamanya ditinggalkan dan ditindas. Termasuklah juga ada sahabat-sahabat yang bertanya tentang ERP dan seumpamanya. Saya sebagai EXCO pelaburan ingin menyatakan bahawa kita sebenarnya sedang bermain dengan api. Kita sedang bermain dengan api. Inilah kegopohan pemimpin untuk dilihat sebagai seorang yang hebat di pentas dunia akan boleh menghancurkan dan memusnahkan sebuah negara kecil seperti kita. Kena kita fahami, kita bukan apa. Apabila kita bermain dengan pemain giant dalam konteks ini Amerika, dan kita hanya sebuah negara kecil, kita akan subject to manipulation yang luar biasa. Kita akan menghadapi banyak tekanan berat terhadap industri tempatan yang tidak kompetitif.

Speaker

YB. boleh buat penggulungan.

Okay, terima kasih YB. Tuan Speaker. Antaranya, YB. Tuan Speaker, kalau boleh saya katakan ialah, apa akan jadi kepada syarikat-syarikat tempatan? Syarikat tempatan ni orang kita Malaysia. Saya cakap tempatan ini orang kita Cina Malaysia. Mereka ini akan bersaing apabila ruang dan peluang syarikat-syarikat Amerika masuk dengan teknologi dan advancement semua ini. Dan apa jadi kepada mereka? Mereka akan musnah.

Jangan kita lihat on paper, things seem very simple and possible, tetapi sebenarnya mungkin akan memusnahkan. Kedua, kita kehilangan kuasa dasar kerajaan. Dan dalam kes ini, kita tak mahu being dictated by any country dalam bagaimana patut kita melindungi pelabur-pelabur kita. Apa lagi YB. Tuan Speaker? Risiko dominasi syarikat gergasi Amerika. Mana syarikat gergasi Malaysia yang boleh, orang kata, apple-to-apple dengan syarikat gergasi Amerika? Tell me. Kita ada apa? Hanya kita ada, kalau dalam konteks ini, Petronas saja. Itulah satu-satunya. Mana lagi? Kita ada bank yang terbesar di dunia yang boleh apple-to-apple in banking industry, dalam investment, dalam kewangan? Ini semua adalah perkara yang sangat bahaya apabila kita terlalu mengambil mudah. Risiko dominasi gergasi mereka. Dalam konteks pattern, apabila dipatenkan semua teknologi dan penemuan, kita tak boleh buat dah. All these things adalah bahaya. Kita juga dalam konteks ekonomi digital dan seumpamanya.

Jadi saya nak merumuskannya, YB. Tuan Speaker — seperti yang YB. Tuan Speaker ingatkan berapa kali. Walaupun puji awal-awal tadi, dah dapat extra ke YB.? Dah bagi ke? Dah bagi ya? Okay, YB. Tuan Speaker, saya berdiri di sini bukanlah untuk mencari silap siapa-siapa. Tidak sekali. Dalam konteks pelaburan negara dan khususnya negeri kita, saya bercakap dari hati saya. Sebab saya sayang Kedah ini dan saya sayang Malaysia. Kerana apa? Kerana keputusan sebahagiannya bukan dalam tangan kita di negeri ini. Kalau tentang tanah, tentang perkara berkaitan dengan ease of doing business, related to the State matters, kita buat segala termampu.

Saya nak ambil kesempatan ucapkan terima kasih, jutaan terima kasih, semua agensi-agensi kerajaan yang terlibat membolehkan pelaburan masuk ke negeri kita. Walau apa pun orang kata tentang kita, tetapi kita tetap komited dan memberikan yang terbaik. Ini satu pujian saya berikan kepada agensi-agensi kita semua.

YB. Tuan Speaker, dan juga dalam konteks kita menarik pelaburan ini, bukan cerita Kedah lawan Penang. Kita tak nak lawan Penang. Kita nak ambil Penang tu, bukan lawan Penang. Mereka ini masih ingat kita nak lawan Penang. Tak. Kita tak nak lawan Penang. Penang tu kita punya. Matters of time sahaja. Kalau tak setahun dua, mungkin dalam tempoh yang akan datang pasti kembali kepada kita. Penang jangan takut. Itu kami punya. Itu Kedah punya. Apa nak takut? Kembalikan sahaja. Jadi kita akan bangunkan Penang lebih berjaya, lebih baik daripada hari ini.

YB. Tuan Speaker, dalam konteks pendidikan pula, saya kata tadi: janganlah guru besar di Sekolah Kebangsaan Penghulu Haji Darus hari ini menjadi sejarah hitam. Dia nak pencen empat bulan lagi, YB. Tuan Speaker. Saya minta angkat dia sebagai guru besar bermaruah. Sayangi dia kerana apa? Kerana dia ada jiwa. Dalam takut-takut dia tepi pagar, dia jumpa saya: “Boleh tak YB. tolong tebang pokok ni?” Saya kata saya usahakan sebaik mungkin. Jangan malukan guru besar kita. Jangan malukan cikgu kita sehingga dia takut untuk berbicara.

Yang ketiga, tentang pengajian tinggi YB. Tuan Speaker, saya mengharapkan agar usaha kerajaan kita, Kedah dan UniSHAM, untuk menawarkan program Nursing, menawarkan program Dentistry, menawarkan program Engineering tidak akan dihalang oleh mereka di luar, di atas sana. Tidak ada untungnya kalau kita halang. Kerana kita hanya akan mematikan sebuah negeri dan institusi yang ingin menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi negara. Akhir sekali, YB. Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan kepada YAB. Jeneri atas segala usaha yang membolehkan Invest Kedah terus melangkah dengan peruntukan bajet berjumlah RM2.4 juta. Insya-Allah kita akan terus memacu agenda pelaburan di negeri kita sehingga berjaya.

Jadi, dengan rasa syukur dan penuh rasa hormat, saya dengan ini menyokong penuh Bajet 2026 Negeri Kedah Darul Aman.

وَبِاَّلله ِ التَّوْ فِيقِ وَالْهُدَايَةِ، وَالسََّلَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ َّللاه ِ وَبَرَكَاتُهُ.

The Greater Kedah is real. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Jitra. Tak ada dah yang mengantuk-mengantuk tu saya tengok okey dah. Jadi saya jemput Yang Berhormat Sungai Limau.

Kena lepas jitra ni kita letih laa. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'in wassolatu wassalamu ala ashrofil ambiya iwal mursalin, wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Rabbish rahli sadri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqohuqauli. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato' Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Wira Pegawai Kewangan, Yang Berhormat Pegawai Undang- Undang, rakan-rakan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat ketua-ketua jabatan, para pemerhati, rakan-rakan media yang mengikuti sepanjang perjalanan sidang dun ni di bilik bawah. Tuan-tuan puan-puan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita syukur kepada Allah Subhanahuwataala yang memberikan kesempatan untuk kita bertemu berkumpul dalam Dewan Yang Mulia ini untuk mesyuarat ketiga penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah untuk pembentangan bajet yang dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri pada hari isnin yang lalu. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum itu izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua jabatan-jabatan yang telah pun membantu sepanjang perjalanan kita melaksanakan tugas tanggungjawab sebagai pegawai kerajaan di exco dan juga peringkat negeri jabatan di peringkat persekutuan seluruh agensi-agensi. Dan kita harap semua yang kita laksanakan sama ada berbentuk tanggungjawab ataupun sukarela yang kita berikan ia akan menjadi amal soleh di sisi Allah Subhanahuwataala. Kesempatan ini juga sebelum saya menjawab persoalan daripada rakan-rakan adun sekalian. Ingin saya ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri dalam pembentangan bajet 2026 yang lalu. Yang telah pun dibentangkan beberapa hari yang lepas untuk portfolio pendidikan. Secara keseluruhan diperuntukkan lebih kurang 193.9 juta yang telah pun ada dalam bajet negeri yang telahpun dibentangkan. dan ia juga menunjukkan peningkatan daripada pembentangan ataupun bajet yang lepas dan ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dan perhatian yang diberikan kepada bidang pendidikan khususnya kepada seluruh anak-anak negeri Kedah kerana kita yakin pendidikanlah yang menjadi teras kepada The Greater Kedah yang ingin kita bangunkan. Saya mulakan ucapan ini juga dengan ayat al-quran yang telah pun dibacakan oleh YB. Pantai Merdeka pada 2 hari yang lepas. Firman Allah Subhanahuwataala dalam surah ibrahim ayat 7 لَئِن شَكَرْتُمْ َلَ َزِ يدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيد ۭ ۭ

Maksudnya: Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras Kita bersyukur atas nikmat Allah menggunakannya nikmat yang Allah kurniakan pada tempat yang betul pada jalan yang betul pada perkara yang diberikan keizinan oleh Allah SWT. Khususnya untuk apa jua sama ada manfaat kepada umum ataupun manfaat kepada khusus. Mungkin dalam ucapan yang telahpun disebut oleh YB. Pantai Merdeka tadi telah pun diambil dalam angle yang yang salah. Bila disebutkan kepada saya oleh Yang Berhormat Kulim ada surat khabar tulis yang surat khabar bahasa cina. Dia kata bersyukur dulu baru kami tambah peruntukan. Bukan ayat yang dibacakan itu dan makna yang diberikan itu adalah perintah Allah supaya kita sentiasa bersyukur dan jaminan Allah bagi orang yang bersyukur nescaya Allah akan tambah nikmat. Kalau tuan-tuan ahli-ahli yang berhormat kita amati bajet tahun demi tahun di peringkat negeri. Ada sahaja penambahan khususnya dari sudut pendapatan kerajaan. Penambahan dari sudut perbelanjaan. Penambahan dari sudut program- program yang dilaksanakan di peringkat kerajaan. Mungkin bajet tahun 2025 bajet yang dikemukakan perbelanjaannya lebih kurang 889 juta. Kali ini bajet yang dibentangkan belanja dia lebih daripada 900 lebih kurang 37 juta, penambahan lebih kurang 50 juta. Makna dia penambahan bajet, penambahan program, penambahan manfaat, untuk rakyat negeri Kedah Darul Aman. Jadi dengan program yang dilaksanakan program-program kebajikan kita teruskan, Khairat Kematian, Bantuan Beras Sejahtera, bantuan i-BAKIPT, Bantuan Pembiayaan Pendidikan ada program-program baru. Sebagai contoh kalau Portfolio Pendidikan Tuisyen Rakyat Sejahtera yang adakan tahun ini 2025 ramai juga adun-adun duk tanya tak mai kawasan kami ka. Sebab tahun ni dilulus bajet RM150,000 kita mampu laksanakan di 26 DUN dengan EXCO bawa keluar peruntukan sendiri. Alhamdulillah kerana keberkesanan program itu dilaksanakan Kerajaan Negeri setuju untuk tahun 2026 yang akan datang diperluaskan kepada seluruh 36 DUN dilaksanakan Tuisyen Rakyat Sejahtera. Ada program khariah STAM, Tuisyen Rakyat Sejahtera untuk SPM dan program-program lain yang saya yakin juga menunjukkan peningkatan daripada peruntukan kerajaan. Insya-Allah untuk 2026 di samping program pendigitalan yang kita sediakan smart tv untuk sekolah-sekolah agama. Kita juga merangka untuk 2026 mengorak langkah untuk program robotik supaya sekolah-sekolah agama ini tidak ketinggalan daripada sekolah-sekolah arus perdana kerajaan yang telah pun melaksanakan robotik di sekolah masing-masing.

Jadi ada juga bantuan-bantuan yang lain seperti diumumkan sebut oleh jitra tadi. Bantuan untuk siswa Kedah kad pintar, kad mahasiswa program yang juga saya yakin The Pearl of Kedah semua program-program baru menunjukkan bahawa peningkatan pendapatan kerajaan dan juga peningkatan kerajaan berbelanja untuk manfaat rakyat. Jadi sidang Yang Berhormat Tuan Speaker, yang ahli-ahli yang berhormat sidang hadirin sekalian. saya juga bila sebut tuisyen rakyat sejahtera ada rungutan yang saya juga sebut dalam sidang yang lepas daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada pengurus yang menguruskan tuisyen ni kerjasama daripada JPN kerjasama daripada PPD. Kita di peringkat kerajaan kita nak kerjasama supaya pihak JPN pihak PPD membekalkan guru-guru pakar untuk membantu anak-anak kita khususnya B40 yang mengikuti tusyen rakyat sejahtera ini. Tapi malangnya ada yang menakut-nakutkan guru-guru ni sekatan halangan. Jadi kita harap untuk 2026 sekali lagi saya mohon kepada JPN negeri kepada PPD untuk memberikan kerjasama penuh. Hantarlah guru-guru mana pun nak tengok parti politik mana pun ikutlah JPN ni tapi yang paling penting dia memberikan manfaat kepada anak-anak kita B40 yang mengikuti tusyen rakyat sejahtera ini. Kemudian di peringkat negeri juga kita ada i-BAKIPT, SPPNK, Skim Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah. Mungkin sebahagian tuan-tuan puan-puan kita duk biasa dengan i-BAKIPT untuk tahun 2025 ni kerajaan membelanjakan 1.27 juta manfaat kepada 4,244 orang pelajar. Anak-anak kita yang berjaya masuk ke IPT dan untuk makluman juga skim pembiayaan pinjaman sifar ujrah, Skim Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah. Yang juga memberi manfaat kepada 155 orang pelajar baru. Setiap tahun ada penambahan pelajar-pelajar yang mendapat pembiayaan boleh ubah ini dengan sifar ujrah dan peruntukan untuk tahun ini pelajar 1.125 juta. Dan ada juga di peringkat sekolah menengah biasiswa kecil sekolah menengah yang kita berikan kepada anak-anak pelajar di sekolah menengah berjumlah pelajar 589 orang pelajar di 240 buah sekolah. Dengan bantuan bulanan yang diberikan, ada yang terima setahun 600 lebih ada yang terima bagi tahap dua setahun 700 lebih. Dan alhamdulillah mulai 2024 bukan hanya kita kemukakan mengambil anak-anak daripada sekolah menengah biasa diperluaskan kepada sekolah-sekolah menengah agama rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Inilah antara komitmen Kerajaan Negeri dalam usaha untuk kita membantu sekolah-sekolah membantu pelajar-pelajar membantu anak-anak Kedah secara khusus. Supaya mereka dapat belajar dengan baik. Saya juga melihat baru-baru ini di facebook mungkin, saya tengok tu pun pasal YB. Kulim lah yang tunjuk. Ada satu kita panggil apa hantaran, posting ni hantar kah lontar tak tahulah ni? daripada saya tak sebut namalah saya rasa YB. Kota Darulaman kut yang tulis dalam bahasa cina saya pun tak faham tapi YB. Kulim kata ada pegawai tolong terjemah. Saya pun baca saya bacakan di sini terjemahan.

“Pendidikan adalah asas sebuah negara” ni tulisan yang telahpun ditranslate. “Setiap kenyataan ekstrem yang dibuat amat melukakan masyarakat cina. Pembangunan pendidikan memerlukan sokongan dan jaminan kerajaan. Peruntukan sumber mestilah adil dan saksama hanya dengan memastikan peluang pendidikan yang sama rata untuk kanak-kanak semua kaum. Negara dapat mengupuk lebih banyak bakat yang cemerlang dan mencipta masa depan yang lebih baik bersama-sama. Kami menentang keras membenarkan pelampau memecah-belah pendidikan. Membenarkan pemikiran sempit menyekat peluang pembelajaran. Membenarkan prajudis dan ketidakadilan membahayakan generasi akan datang. Pendidikan adalah harapan ia adalah masa depan dan ia adalah hak yang harus dinikmati oleh setiap kanak-kanak. Marilah kita bersatu untuk mempertahankan prinsip pendidikan yang pelbagai sama rata dan progresif.” Ini ditulis di facebook YB. Kota Darulaman dan YB. Kota Darulaman pun mengaku. Dan bila saya lihat senarai sembilan jadual kesembilan perlembagaan persekutuan. Rupa-rupanya pendidikan ini di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Saya minta kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri PMX kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan pasal apa jadi lagu ni. Ada adun kami di negeri Kedah, YB. Kota Darulaman dibangunkan juga oleh YB. Sidam ada pendidikan yang tidak dibantu dan tidak diberikan keadilan apa jadi kepada sistem pendidikan negara kita. Sepatutnya kerajaan persekutuan memberikan peruntukan yang lebih khususnya untuk pendidikan dalam negara kita. Dan Yang Berhormat Kota Darul Aman itu saya tolong bawa apa yang YB. Kota Darulaman perjuangkan saya akan bawa apa yang diperjuangkan oleh rakan-rakan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, PIBG alhamdulillah walaupun kami ni tak boleh nak masuk sekolah. Kami tak boleh nak hadir program PIBG mai jumpa guru besar hantar surat pengetua hantar surat tanda apa tanda tak cukup. Saya bawa suara pengetua saya bawa suara guru besar saya bawa suara PIBG untuk kerajaan PMX memberikan bantuan yang secukupnya khususnya kepada institusi-institusi pendidikan. Saya bawa juga kenyataan daripada YB. Bukit Lada dan juga daripada YB. Tanjung Dawai. Kita ada di Kedah, Yang Berhormat di Kedah saya jumpa dengan pengerusi persatuan-persatuan pengelola sekolah Cina. Saya jumpa dengan pengerusi persatuan sekolah Tamil. Saya pun terang untuk sekolah-sekolah ni saya kata mintalah berhubung dengan YB. Kulim. Alhamdulillah YB. Kulim memberikan respons yang baik bantu sekolah-sekolah ini.

Tapi sekadar yang kita ada. Kerana kita di Kedah ini untuk makluman kepada Yang Berhormat Jitra untuk makluman kepada sidang hadirin sekalian Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita di Kedah juga ada sekolah-sekolah yang tidak mendapat bantuan modal daripada kerajaan persekutuan walaupun sekolah institusi pendidikan pendidikan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Saya bawakan data kita ada sekolah rendah SAR 48 buah 1168 orang guru. Kita ada 38 buah (nada sebak) Sekolah Menengah Agama Rakyat, 859 orang guru. Kita ada pondok yang berdaftar 46 buah, ada lagi yang tidak berdaftar dalam proses 473 orang guru. Kita ada sekolah tahfiz 128 buah dan ada lagi dalam proses dengan 928 orang guru. Keseluruhan sekolah 260 buah dengan guru 3,428 dan dengan hampir lebih 30 ribu pelajar yang bersekolah di sini. Tidak dibantu gaji guru, kalau Yang Berhormat sebut dalam posting ini mencari keadilan adakah Yang Berhormat nak kata kerajaan PMX kerajaan zalim. Sebab tak bantu sekolah-sekolah ini cuma kami tak bawalah naratif yang sedemikian. Kita tak post la di facebook. Kalau nak post YB-YB kita ni setiap kali PIBG mai boleh post ajak semua guru besar ajak semua oh tak cukup tulis di facebook kerajaan tak adil tak bagi peruntukan yang cukup. Ini 260 sekolah dan inilah yang cuba dibantu di peringkat kerajaan tanda sokongan kita untuk sama-sama kita nak bantu.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Mohon mencelah sikit Bukit Lada.

Speaker

Silakan.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker, jadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Exco tadi berkenaan dengan bantuan-bantuan. sebenarnya kita ada lagi sekolah-sekolah kita yang tiada bantuan termasuk PASTI pelajar kita ada 10 ribu di Kedah sahaja. Di Malaysia ada 100,000 pelajar guru pun ada ribuan. Dan guru ini dibayar dengan ada yang elaun RM300, RM400 tak termasuk sekolah SRITI Sekolah Rendah Islam dan sebagainya. Terlalu banyak sekolah-sekolah yang ada. Dan kita pun tak mengharap sedikit bantuan yang banyak daripada pihak kerajaan dan memang sekolah-sekolah ini tak ada bantuan daripada pihak Kerajaan Negeri. Jadi saya merasakan bahawa tidak adil lah kalau kita kata kita mengharapkan sesuatu lebih diberikan kepada sekolah cina dan sekolah india dan sebagainya. Sedangkan kita masih lagi ada di peringkat sekolah kita pun sebelum lagi dapat seperti yang dipohonkan. (YB. Kota Darulaman mencelah)

Speaker

Bagi YB. Bukit Lada habis dulu.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tuan speaker saya Ingin perbetulkan hujah tadi, belanjawan 2026 peruntukan bagi pendidikan merupakan peruntukan yang tertinggi dalam sejarah 66.2 bilion jadi saya rasa tak ada sekolah yang terabai daripada yang dikatakan tadi jadi. Yang satu lagi tentang yang peruntukan 300,000 untuk sekolah cina dan sekolah tamil bagi saya bila tadi YB. Sungai Limau kata kerajaan pendapatan bertambah, perbelanjaan bertambah jadi perlulah pertimbang untuk pembahagian sekolah ini. Sebab RM300 ribu dah 5 tahun saya kat sini masih sama. Sekolah Jenis Kebangsaan Persendirian dibatalkan lepastu tukar dengan syarat ini. Jadi sekarang ni ada 157 sekolah yang dibangkitkan oleh YB. Sidam. Jadi kita mohon kerajaan untuk pertimbang bagi lebih sebab you dah dapat lebih. Jadi patutlah dia ahli kongsikan kepada semua terima kasih.

Terima kasih kepada YB. Bukit Lada, terima kasih kepada YB. Kota Darulaman. Saya setuju dengan YB. Bukit Lada dan masukkan ucapan. Maknanya masih banyak lagi institusi-institusi pendidikan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tapi nak tambah, PASTI dah daftar?

Speaker

YB. Kota Darulaman duduk dahulu. Exco sedang jawab.

Maksud dia ada pelbagai agensi kadang-kadang sukarelawan tolong bantu kerajaan persekutuan buat sekolah bina. Boleh kerajaan sumbangkan bantuan kepada agensi-agensi sebab tolong bantu. Dan saya yakin YB. Kota Darulaman bila sebut bantuan tambahan hak 300 tu hat ada atas kertas. Saya yakin Yang Berhormat Kulim bajet dia dia belanja banyak juga untuk pendidikan sekolah-sekolah ini.

Dan Yang Berhormat kalau Yang Berhormat tulis juga kita menentang keras tidak membenarkan pelampau memencah belah pendidikan, pemikiran sempit, menyekat peluang pembelajaran. Untuk makluman YB. Kota Darulaman untuk makluman YB. Sidam, bajet RM300 ribu yang diberikan kepada sekolah sekolah cina mula diberikan semasa almarhum Tan Sri Ustaz Haji Azizan menjadi Menteri Besar. Itu mula dan RM300 ribu itu diteruskan sampai sekarang.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Sampai sekarang lah 300 ribu.

Speaker

Jangan ganggu bila EXCO tengah berucap.

Masa tu diberikan pada hanya tiga buah sekolah. Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita Jeneri memperluaskan bajet itu kepada seluruh sekolah-sekolah. Mungkin kalau nak bagi semua dalam tempoh yang sama Yang Berhormat Sidam sebut sikit tapi kita bagi berdasarkan projek impak yang boleh diberikan tapi nak kata kami rasis nak kata kami perkauman tidak. Kita berikan bantuan itu semasa Yang Amat Berhormat Jeneri untuk kita perluaskan. YB. Sidam, YB. Kota Darulaman, saya juga nak sebut Yang Berhormat sebut tadi 150 sekolah-sekolah cina SJKC SJKT nu sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah-sekolah menengah hat saya sebut duk pi jumpa YB -YB ni. Sekolah-sekolah agama yang kita ada tadi yang tidak dibantu. Patutnya kita ajak semua untuk memperjuangkan sekolah-sekolah ini paling kurang kerajaan membantu dari sudut memberikan elaun kepada guru ini supaya boleh melepasi elaun minima yang telah pun ditetapkan oleh pihak kerajaan persekutuan. (YB. Sidam mencelah)

Terima kasih YB. Sungai Limau, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tadi YB. Sungai limau ada menyebut bawa almarhum yang bermulanya peruntukan kepada sekolah SJK bermula daripada almarhum Ustaz Azizan. Saya memang akui sebab apa masa tu pihak kami pun bersama-sama dengan Ustaz Azizan masatu. Okey yang kedua ialah permohonan saya untuk ditingkatkan sedikit kepada SJK ni bukan untuk apa. Untuk mempopularkan Yang Amat Berhormat juga supaya pandangan di seluruh negeri Kedah ni akan dapat oh inilah Yang Amat Berhormat yang prihatin kepada semua bangsa, terima kasih.

YB. Sidam!! YB. Jeneri tu popular dah. Bantuan tu pun mula zaman Dato’ Azizan, YB. Sidam kata duduk sekali. la ni YB. Sidam tak duduk sekali pun kami bagi jugalah. Kita bukan alasan popular, adil wadh’u syaik fi mahalli. Adil tu meletakkan sesuatu pada tempat dia bukan sama rata. Bukan YB. Sidam bukan dia YB. Kota Darulaman bukan sama rata. Keperluan tadi saya sebut kalau YB. Sidam boleh perjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina alhamdulillah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil alhamdulillah. Saya yakin ADUN-ADUN lain pun tak halang kita pun pernah bantu. Tapi ada institusi pendidikan yang amat ketinggalan yang kita rasa masih lagi perlu dibantu bukannya oleh negeri malahan peruntukan besar yang ada pada peringkat persekutuan. Mana pi cukai SST yang kutip tiap-tiap hari tu tak boleh bertambahkah. Mana pi cukai-cukai pelaburan yang ada cukai industri tak boleh bantu ke sekolah-sekolah ini. boleh kita tanya.

Speaker

YB. Tokai minta laluan, saya bagi masa tambahan.

Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Sungai Limau. Tadi YB. Sungai Limau ada sebut tentang apa kita kata bantuan disebabkan oleh pembangunan oleh masyarakat berhubung dengan sekolah-sekolah tadi ni. Saya pergi ke Yala satu sekolah agama 6000 student kerajaan Thailand bagi 6000bhat setiap bulan untuk guru-guru dan juga untuk student pun ada peruntukan. Dan kalau tak ada makanan kerajaan bagi makan tengah hari. Dan kalau yang pergi tu tak ada transport bagi basikal lagi ini keprihatinan kerajaan di Thailand sana. Jadi kita harap ini contoh yang patut kita ambil supaya bila masyarakat dah buat sekolah masyarakat cari guru murid-murid maknanya kerajaan dah tak perlu lagi cari tanah cari duit untuk buat bangunan. Nanti bantuan yang lain-lain perlulah di salurkan kepada mereka ini yang telah membantu kerajaan mengurangkan bebanan pendidikan oleh pihak kerajaan. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Tokai, silakan YB. Sungai Limau.

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih pada YB. Tokai masukkan cadangan tersebut dalam penggulungan saya. Dan saya rasa ke inilah antara yang perlu untuk kerajaan persekutuan lihat contoh yang paling dekat dengan negara jiran. Dan kita yakin pendidikan ini macam mana yang kita sebut bukan untuk satu kaum bukan untuk satu bangsa bukan untuk satu parti politik tapi sebenarnya untuk rakyat di negeri Kedah Darul Aman ini dan juga rakyat di Malaysia secara umumnya. Saya juga nak mengambil perhatian daripada apa yang rakan-rakan telah pun sebutkan tadi isu-isu banyak. Isu buli, isu peruntukan, isu kes-kes ada jawapan yang sepatutnya jawapan dalam soalan lisan tu kalau sampai nombor 18 saya boleh jawablah. Tapi tak sampai nombor 18 tu berhenti setakat hari ni nombor 16 saja. Tentang isu-isu yang berlaku saya terima jawapan daripada Jabatan Pendidikan program-program yang dilaksanakan pelbagai program-program daripada pihak PDRM ada PPS yang berkait rapat ataupun berhubung dengan pihak sekolah. Dan program-program yang lain daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah juga melaksanakan program termasuk mengeluarkan khutbah khas berkaitan dengan isu-isu pendidikan ini. Banyak, cuma kalau saya nak baca ni. Saya baca pi lah sikit antara program yang dilaksanakan khususnya oleh JKM Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak, Talian Kasih, Program Remaja Unggul Aspirasi Negara oleh JPN program kerjasama dengan jabatan kesihatan negeri dan PEMADAM, Program Hemah, Paragon Cinema, Program Advokasi Salah Laku Buli Dan Seksual, Fokus Kepada Guru Berkaitan Langkah Pencegahan Awal, Program Town Hall Discussion PDRM kontijen Kedah, buli fokus pada murid dan guru, kemudian Kem Kepimpinan, kemudian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak, Program Hentian Keganasan Terhadap Wanita dan di peringkat Jambatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah juga buat libat urus dengan PDRM dan JKM program-program laksanakan di peringkat Maktab Mahmud Pemantapan Disiplin, Peningkatan Sahsiah, Bina Kepimpinan Ceramah Buli, Kempen Kesedaran banyak. Kalau saya nak senaraikan banyak yang telah dilaksanakan oleh PDRM menempatkan pegawai perhubungan sekolah PPS, rondaan oleh anggota mengadakan mesyuarat pemuafakatan bersama dengan JPN. Banyak agensi-agensi buat program. Tapi bila saya baca jawapan-jawapan yang telah pun diberikan ada satu kalau kita boleh lihat balik. Masa kita mengaji sekolah dulu ambil SPM ataupun apa dia SRP PMR. Bila sebut kes-kes untuk mengatasi jenayah untuk mengatasi isu-isu apa isu sosial. Jawapan pertama kita Yang Berhormat Tuan Speaker, jawapan pertama kita didikan agama. Itu jawapan yang kita berikan dalam kita membuat karangan tentang isu-isu jenayah isu sosial isu apa pun.

Mungkin hari ini bila saya tengok jawapan ni kita rasa kita perlu kembali balik kepada dulu-dulu program-program yang dilaksanakan di sekolah. Program berbentuk keagamaan ini Yang Berhormat Tuan Speaker kerana agama inilah yang membantu untuk membentuk sahsiah diri. yang membantu untuk melatih menjadi manusia yang tunduk yang patuh kepada Allah yang berdisiplin yang berakhlak mulia. إِنَّمَا بُعِثْتُ َلِ ُتَم ِمَ صَالِحَ اَلْ َخَْلَ قِ Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” Utusan nabi,Kalimah dibawa kalimah tauhid, program qiamullail perdana dulu dianjurkan secara besar-besaran. La ni kita tak pasti mungkin dibuat tapi diubah nama. Sedangkan bi’ah solehah ataupun kita sebut persekitaran yang soleh persekitaran yang baik, persekitaran yang membantu anak-anak ni. Kena ada istilah-istilah agama baru dia ingat kepada agama dia ingat kepada Allah. Qiamullail kem solat, kem anak soleh, apa-apalah program yang berbentuk membawa anak-anak kita kepada untuk ingat kepada Allah ingat kepada ajaran rasulullah ingat kepada yaumul qiyamah. Ada nabi sebut pada sahabat-sahabat baginda rasulullah SAW bersabda إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِ يَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِ يَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِ لَقُ الذ ِكْرِ Maksudnya: nabi sebut kepada sahabat bila kamu melalui suatu tempat yang nabi sebut tempat itu salah satu taman daripada taman-taman syurga maka kamu berhenti duduk situ sahabat terpegun syurga yang macam mana nabi sebut atas dunia ketika kami masih hidup tapi kami boleh lalu taman syurga sahabat tanya wama riyadul jannah apakah taman syurga tu nabi sebut khilafuz zikri halaqah zikir ada riwayat yang lain majalah majlis-majlis ilmu. Inilah taman-taman syurga. kalau kita mampu mewujudkan sekolah-sekolah kita institusi institusi pendidikan kita seperti taman-taman syurga kerana hakikatnya. Itulah taman syurga yang nabi maksud ada majlis zikir ada pengajian ilmu ada tempat pembinaan akhlak kepada anak-anak. Bila sebut syurga bila sebut akhirat bila sebut ketuhanan. Adakah kita yang berada di persekitaran itu suasana itu bersedia untuk melakukan perkara-perkara yang merosakkan, perkara-perkara jenayah perkara-perkara buruk perkara-perkara keji. Kerana ia mengingatkan tempat itu kita kepada syurga kepada perintah Allah kepada arahan Allah untuk menuntut ilmu. Inilah suasana yang saya yakin perlu bukan bila kita sebut ini. tuan-tuan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian kita minta semua pihak sebenarnya untuk melihat perkara ini secara langsung.

Sepertimana disebut oleh YB. Jitra, apa sudah jadi dengan institusi pendidikan kita. Ia pendidikan bermula juga daripada rumah bukan semua kita nak letakkan kesalahan kepada sekolah kepada guru kepada pentadbir. Juga ibu ayah berperanan untuk memastikan bahawa anak-anak kita juga dilatih dididik diasuh daripada rumah sekolah. Dan suasana persekolahan itu insya-Allah jika mampu membentuk bi’ah solehah ia akan mampu untuk melahirkan anak-anak yang berjaya pada masa akan datang. Tadi juga YB. Jitra sebut keadaan kita hari ini bila yang berhormat ahli-ahli dihalang untuk masuk sekolah kita sebut tentang adab.

Speaker

YB. Sungai Limau, YB. Derga minta laluan.

Speaker

Emm Sungai Limau. YB. Derga minta beri laluan sikit.

Terima kasih Tuan Speaker. Memandangkan tadi YB. Sungai Limau kata soalan sampai 16. Saya ingin merebut peluang tu lah sikit. Soalan saya berbunyi. Memandangkan kebelakangan ini terdapat beberapa kes yang melibatkan para pelajar.

Speaker

Dalam mulut tu buang dulu baru paham. Buang dulu.

Melibatkan ambang sosial yang berlaku dekat Kedah. 2 kes baru ni ann. Jadi saya minta. Apakah pihak Kerajaan Negeri ataupun pendapat YB. Sungai Limau sebarang program MoTivasi dan kempen kesedaran dalam membantu pihak sekolah dan ibu bapa bagi menangani dan mengekang kejadian seumpama ini daripada ia berterusan. Jadi kita ADUN-ADUN dan Yang Berhormat - Yang Berhormat semua takleh masuk sekolah jadi. Jadi pendapat lah dari YB. Sungai Limau.

Terima kasih YB. Derga. Saya habaq kata soalan tak sampai tapi saya baca dah la tadi sebahagian-sebahagian. InsyaAllah YB. Derga kita hantaq secara bertulis kepada YB. Derga tapi setakat la ni macam tu lah YB. Derga. Kita dok dekat luar gelanggang tak boleh masuk pintu pagar lagi nah. Tapi kita harap atas apa yang telah dibangkitkan. Kita di sekolah juga untuk melahirkan anak-anak yang beradab, yang berakhlak mulia. Tiba-tiba guru-guru kita, pentadbir kita Yang Berhormat Tuan Speaker disekat daripada melakukan akhlak yang sama. Daripada berinteraksi, melayan tetamu dengan mesra sedangkan ini juga perintah Allah.

ُمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاَّللَّ ِ وَالْيَوْ مِ اْلخِ رِ فَلْيُكْرِ مْ ضَيْفَه

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Ada tiga golongan dalam hadis tu siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Memuliakan tetamu ini yang kita ajar, yang nak ajar. Tiba-tiba kepimpinan masyarakat mai depan sekolah kita hanya boleh sembang luar daripada pagar.

Speaker

Aaa, tak jamu ayaq ka apa ni YB. Jitra?

Haa, depan pagaq. Kita nak tunjuk akhlak yang baik. Kita nak modelkan anak-anak kita menjadi baik. Tiba-tiba halangan kepada guru-guru. Saya juga ambil maklum ada berapa aduan. Saya rasa Tanjung Dawai juga sebut guru yang diambil tindakan jadi saya harap pada pihak jabatan pihak kementerian secara khusus yang mencari atas dasar politik sepatutnya bebas negara demokrasi. Tidak ganggu tugas sebagai seorang guru tiba-tiba kerana politik berbeza diambil tindakan, dipecat ke, diturunkan pangkat ke ditukar sekolah ke, tukar kepada lebih jauh itu merupakan amalan-amalan diskriminasi dan juga amalan yang tidak sepatutnya wujud dalam institusi pendidikan yang mengajar manusia menjadi baik. Tiba-tiba ada di sana golongan yang menjadi contoh buruk kepada orang lain.

Jadi saya harap kementerian di peringkat JPN siapa hat dok buat kerja tu berhentilah. Kerana kita yakin guru-guru yang sudah pasti kerana tindakan ini menyebabkan dia susah hati, terpaksa pi jauh, gaji diturunkan dan sebagainya. Ada satu pilihan yang dia ada. Dia boleh buat rayuan, dia boleh buat macam-macam, dia boleh bubuh di Facebook macam YB. Kota Darulaman buat tapi ada satu pilihan yang Nabi sebut:

ٌاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ َّللاَّ ِ حِ جَاب

Takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi kerana tidak ada hijab, tidak ada dinding antara orang yang zalim dengan Allah SWT. Jadi kita ajak orang hat duk buat zalim dekat orang, hat duk cari salah orang, hat nak tukar orang atas apa faktor yang tidak benar supaya dia berhenti supaya, dia tidak tergolong di kalangan orang yang menzalimi orang lain dan takutlah kepada doa mereka. Inilah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ada banyak lagi ni amanah yang tak diberitau. Saya gulung lah.

Speaker

Gulung - gulung.

Boleh gulunglah apa kita tak payah bagi lah. Siapa nak tanya, kawan-kawan pun janganlah supaya takut terlepas ni. Ada juga apabila di peringkat federal umum, imbuhan kepada guru-guru KAFA dan juga pegawai-pegawai masjid. Kita tak umum dalam Bajet tapi kita yakin diperingkat Kerajaan Negeri tidak pernah meninggalkan golongan-golongan ini. Pegawai-pegawai masjid alhamdulilah. Di tahun 2025 ini, diluluskan kepada pegawai-pegawai masjid lantikan negeri. Lantikan persekutuan alhamdulilah JAKIM dah bayar. Yang lantikan negeri juga guru-guru KAFA. Lantikan PIBG dan juga lantikan masjid. Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan mereka. 2025 mereka dapat. Saya yakin 2026, insyaAllah peringkat jabatan sentiasanya akan buat pentas nahh diberikan kepada mereka biasanya pada menjelang Aidilfitri nahh. Jadi insyaAllah harap pegawai masjid dan juga pegawai-pegawai, guru-guru KAFA tidak rasa terpinggir. YB. Kota Darulaman duduk. Tadi dah bagi banyak dah.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Dak. Satu soalan sahaja

Speaker

Masa tidak mengizinkan. Apa kita ada satu lagi.

Kemudian, saya juga mengajak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian nah bagi peringkat MCMC nahh. Biasa aduan line. YB. Bayu la besa dok bawa. Ada lagi hat lain-lain pun nah. Kalau aduan di tempat masing-masing. Kita harap kita akan mengerakkan ketua-ketua komuniti yang seterusnya MKK dan juga ketua-ketua kampung. MCMC mengharapkan supaya boleh download satu apps NEXUS nahh. Dia ada contoh. Jadi bila ada hat ni dimana-mana kita berada kita cuba capai tengok ada line ka dak situ. Bila kita buka app tu secara automatik MCMC akan terima maklumat kawasan tersebut nahh tapi di samping aduan-aduan boleh di buat line MCMC, di peringkat kita kerajaan. Kita tak pernah menghalang. Aduan-aduan boleh dibuat cuma ada kaedah yang lebih cepat, yang boleh kita kongsi bersama-sama dan di peringkat MCMC juga menganjurkan untuk internet selamat. Supaya ada yang sebut tentang laman-laman hat yang tak sesuai laman porno, laman-laman yang tak baik. YB. Pengkalan Kudor ada sebut dan sebagainya. Jadi kita harap di peringkat kementerian mengambil cakna isu ini. Supaya laluan-laluan untuk ke arah kejahatan tu dapat kita sekat khususnya di peringkat kerajaan.

Saya juga untuk di meja ataupun kerusi seluruh ahli sidang sekalian kita ada sediakan sagu hati bukan sagu hati. Cenderahati. Sagu hati ni dia lain. Cenderahati untuk pelancaran TV Kedah yang telahpun kita laksanakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada 1 Oktober yang lalu jadi ada cenderahati yang kita harap sokongan, dokongan daripada semua nah untuk mempromosikan TV Kedah. Web tv ni dan insyaAllah kita nak manfaatkan TV Kedah ni supaya di peringkat daerah-daerah tv, smart tv yang ada di ruang menunggu sebagainya buka line ni buka TV Kedah ni supaya rakyat yang mai tunggu nak bayar bil dalam tempoh 10 minit eh dia boleh tengok program-program negeri dan insyaAllah dia juga boleh dilayari oleh semua.

Jadi terima kasih juga atas Bajet yang telah pun diberikan untuk TV Kedah dan juga program penerangan pada tahun 2026 dan tahun melawat Kedah di peringkat portfolio, agama dan pendidikan. Kita juga tidak mahu ketinggalan dengan pelancaran program-program pelancongan ilmu. Program di pondok, program Kedah Selawat yang menghimpunkan lebih kurang 150,000 orang Tokleh nah ehh YB. Kubang Rotan nak sebut nama tak boleh. 150,000 orang dan kita ada Festival Al-Quran, kita ada Festival Sunnah dan kita juga ada Program Most Open Day yang akan laksanakan telah pun laksanakan tahun ni di Masjid Zahir dan kita akan kembangkan ke masjid-masjid yang lain dan juga kerjasama dengan pondok-pondok dan institusi-institusi yang lain.

Jadi saya rasa itulah yang boleh untuk saya sebutkan di sini dalam penggulungan pada pagi ini. Sekali lagi, Terima kasih kepada semua, terima kasih dan juga kepada jabatan-jabatan yang telah pun membantu sepanjang melaksanakan tugasan kita semua dan bagi mengakhiri ucapan penggulungan sekali lagi saya rakamkan ucapan terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan, mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan jawatankuasa tetap pendidikan agama komunikasi dan penerangan negeri. Dan ucapan penghargaan kepada jabatan BPN dan semua Agensi-agensi yang telah pun membantu dalam menjayakan dasar bawah portfolio saya. Jabatan Rewah Agama Islam Negeri Kedah juga MCMC Jabatan Pendidikan Negeri semua Jabatan-jabatan aa di peringkat negeri dan persekutuan. Dan kita doakan moga-moga semuanya diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Dan saya juga akhiri dengan 2 rangkap pantun:

Menjala Ikan di Tepi Muara, Airnya Jernih Rasa Selesa, Ilmu Diangkat Agama Dipelihara, Kedah Sejahtera Rakyat Gembira.

Pelayar Perahu di Tengah Laut, Mencari Mutiara di Dasar Samudera, Agama dan Ilmu Sentiasa Berpaut, Kedah 2035 Negeri Sejahtera.

Semoga slogan “The Greater Kedah, Kedah sejahtera Nikmat Untuk Semua” akan dapat kita realisasikan dan saya menyokong Ucapan Bajet 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri. Likulli qauli haza astaghfirullahaladzim li walakum, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada YB. Sungai Limau. Yang terakhir sebelum kita menangguhkan persidangan kita pada jam 1 saya menjemput Yang Berhormat Merbau Pulas.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil’ Alamin Wabihi Nasta’in Walaudwana ila Dzholimin. Subḥānaka Lailma Lana Illa Ma Allamtana Innaka Anta Alīmul Hakem.Qalla Rabbi Shrah Li Sadri Wa Yassirli Amri Wahlul Uqdatan Min Lisani Yafqahu Qawli. Dua orang sebelum saya ni semua. Emm saya pun takut nak cakap ni. Yang saya kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato Wira Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat Adun-adun, Pegawai-pegawai Daerah, Ketua-ketua Jabatan, Persekutuan seterusnya hadirin yang dihormati sekalian. Saya mulakan ucapan saya dengan surah Ar-Ra'd, Ayat 11.

Auzubillahiminasyaitonirrajim,

ِ إ َنَّ ٱَّللَّ َ َلَ يُغَي ِرُ مَا بِقَوۡ مٍ حَتَّىٰ يُغَي ِرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآٰ أَرَادَ ٱَّللَّ ُ بِقَوۡ م سُوٰٓ ءٗ ا فََل مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم م ِن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum maka tak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain dia. Ayat ini menjadi pedoman kepada kita semua bahawa perubahan dan kemajuan bukan datang daripada kata-kata semata-mata tetapi daripada usaha keikhlasan dan tindakan berterusan.

Alhamdulillah segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat melaksanakan dengan jayanya sesi pembentangan Bajet Negeri Kedah tahun 2026 dalam suasana dan penuh semangat tanggungjawab dan kematangan demokrasi. Pembentangan Bajet kali ini memperlihatkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk memberi pencapaian terbaik kepada rakyat dalam melaksanakan agenda pembangunan negeri yang inklusif selaras dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan The Greater Kedah serta aspirasi Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua.

Bajet 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan tetapi manifestasi iltizam Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap dasar program dan inisiatif membawa impak sebenar kepada kesejahteraan rakyat. Bukan main-main bukan syok sendiri ini adalah iltizam kerajaan untuk membangunkan negeri Kedah dan juga kesejahteraan kepada rakyat.

Ini dirangka secara strategik dengan mengambil kira realiti ekonomi semasa kita bukan nak buat macam Mat Jenin ya angan-angan tinggi. Kita mengikut kemampuan yang ada kepada kita pakai baju ukur di badan sendiri jangan ukur badan orang lain. Barulah kita tahu besar mana baju tu walau kita tahu kesesuaian sehelai baju tu dengan badan kita. Cabaran fiskal serta keperluan memperkukuhkan daya sains negeri Kedah dalam konteks serantau dan nasional.

Di kesempatan ini, saya juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan yang seluasnya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah yang telah membentangkan Bajet 2016 dengan misi yang jelas strategi yang menyeluruh serta keazaman tinggi untuk membawa negeri Kedah ke arah pembangunan yang lebih dynamic, berdaya tahan dan berimpak tinggi.

Speaker

Aaa, Merbau Pulas beri laluan kepada Yang Amat Berhormat Jeneri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12 (1A) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2:30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker saya pohon menyokong cadangan itu. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar tersebut sekian terima kasih.

Selain itu, juga saya ingin memberi penghargaan syabas dan tahniah kepada Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Seri Wira Bahagian Kewangan Negeri serta seluruh jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah menzahirkan integriti, dedikasi dan profesionalisme yang tinggi dalam menjayakan perniagaan serta pelaksanaan Bajet Negeri 2026. Kita buat libat urus bajet ini pun Yang Berhormat Tuan Speaker susah untuk kita sampaikan nak melahirkan, nak mengeluarkan, nak mendapatkan pembentangan bajet pada kali ini. Janganlah kita bercakap sewenang-wenangnya rasa sedap mulut nak cakap kita bercakap. Lihatlah apa yang kita cakap itu memberikan impak yang baik ataupun tidak baik. Kecekapan dan kesepaduan pasukan inilah yang memastikan setiap dasar diterjemah dengan tindakan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, perbahasan yang matang telah membahaskan dengan baik beberapa daripada kalangan ADUN yang menyentuh aspek-aspek luar bandar, portfolio, kemiskinan, dan pembangunan insan. Saya amat menghargai segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan. Setiap pandangan itu akan diteliti dengan penuh perhatian sebagai sumbangan bernilai demi memperkukuhkan dasar dan tadbir urus Kerajaan Negeri seperti yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Ucapan Pembentangan Bajet iaitu berteraskan tema Erat Sejahtera yang bukan sekadar slogan tetapi sebuah falsafah pentadbiran yang mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengatur langkah membangun negeri secara inklusif, lestari dan bertanggungjawab. Dalam Erat Sejahtera ini juga, dari segi Kerajaan Negeri dengan komited telah terus mengutamakan rakyat luar bandar melalui pendekatan yang menyuruh iaitu pada tahun 2026 peruntukan di bawah volume bangunan insan telah diberikan sebanyak 13.84 juta diperuntukan untuk memperkasakan institusi Majlis Ketua Kampung.

Sebanyak 770,000 dinaikkan untuk peruntukan SPEED Agenda Pembangunan Insan termasuk program The People of Kedah manakala 4.29 juta diperuntukkan bagi Bantuan Beras Sejahtera. Semua ini adalah untuk rakyat daripada rakyat kepada rakyat. Rakyat sudah merasai bagaimana Beras Sejahtera ini berjalan ke setiap rumah sampai kepada setiap rumah. Dan inilah di antara peranan yang dimainkan oleh kerajaan bermula pada tahun 2020 dengan peningkatan pada tahun ini sebanyak 4.29 juta. Inilah di antara sebahagian yang telah dibuat oleh kerajaan, dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat merasai apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

RM22 juta pembangunan dan perniagaan kemudahan Kediaman Desa Sejahtera dan termasuk juga menaik taraf kemudahan Amaneti Sosial, RM9.9 juta yang akan diberi kepada pejabat-pejabat daerah untuk memastikan infrastruktur daripada peringkat daerah itu diberi keutamaan. Termasuk lah Permata Aku Sejahtera semua ini adalah untuk rakyat negeri Kedah dan seperti mana disebut oleh Bayu pada saya iaitu tentang MKK. Adakah MKK ini ada penambahan dan juga elaun MKK ni boleh ditambah kah sedikit lagi. Perbincangan hasrat tu sudah ada dalam hati kita nya dan dibentangkan tetapi memandangkan keadaan kewangan kita yang saya kata pakai baju ukur badan sendiri itulah kita tidak naikkan MKK jumlah elaun MKK itu pada kali ini. Tetapi kita naikkan tambahan jumlah MKK Kampung Baru seramai 9 orang yang ada di seluruh negeri Kedah sekarang ini. MKK Kampung Baru. Dan pada tahun ini kita mula, pada tahun lepas kita mula Julai kita telah mula bagi elaun kepada Tok Batin. Tak banyak pun bukan ada kenaikan. Kita bagi RM500 saja. Sama dengan elaun MKK kitalah sebagai tanda kita pun juga prihatin kepada mereka di Kampung Lubuk Legong, Baling tu.

Bila kita pergi ke kampung orang Ulu Legong ni. Saya pergi mengunjungi dan bertanya khabar melihat perkembangan mereka. Mereka telah mengadukanlah tentang elaun dan elaun tu hat bulan Julai baru masuk bulan-bulan ini baru masuk elaun. Dia mesej, dia kata setiap 24 hari bulan tunggu kat mesin mesin ATM tak masuk lagi dia kata. Bila Yang Berhormat nak masuk, sekarang dah masuk insyaAllah. Itu walaupun kita lihat RM500 tapi bagi mereka adalah suatu keperluan untuk pembelanjaan bulanan harian dalam keluarga mereka dan aa untuk penambahan Kampung Baru ini untuk pengiktirafan komuniti dan juga masyarakat yang bukan di luar bandar lah. Baru-baru ini ada dah kampung yang dalam bandar dan juga kita bagi penghargaan kepada mereka. Dalam masa yang sama juga ada yang dibangkitkan oleh ADUN Ayer Hitam atas cadangan bernas berkenaan penggunaan jalan konkrit bagi laluan ladang pertanian sebagai alternatif kepada penggunaan batu kerajaan demi ketahanan jangka panjang.

Kerajaan Negeri melalui jawatankuasa teknikal perancangan mengambil maklum dan menyambut baik syor ini untuk makluman Dewan Yang Mulia garis panduan pelaksanaan jalan ladang pertanian di bawah kementerian kemajuan desa dan wilayah pada masa ini mengehadkan penggunaan jalan konkrit kepada kawasan berbukit dan curam sahaja atas faktor kos dan keperluan struktur. Dan juga untuk RMK13 pihak KKDW telah meluluskan 2 projek pembangunan dalam Ruling Plan Pertama pada tahun 2026, RP1, RMK13, iaitu projek menaik taraf jalan Kampung Kubang Leret ke Kampung Bukit Lampam, Pokok Sena yang bernilai RM70 juta. Yang kedua projek menaik taraf loji rawatan air dan membina sistem bekalan air luar bandar di Bikan, Kulim yang bernilai RM66 juta itu sebahagian yang telah diluluskan dalam RMK13 di bawah KKDW.

Saya juga mengambil perhatian serius terhadap isu yang dibangkitkan oleh Bayu iaitu kerosakan Titi Kampung Teluk Rambung yang telah sekian lama belum dibaik pulih akibat bencana banjir hampir 2 tahun lalu. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ni permohonan bahagian baik pulih titi tersebut telah pun dikemukakan. Namun ada disebabkan kekangan peruntukan bagi Program Ameniti Sosial tahun ini pelaksanaannya masih tertangguh. Kerajaan Negeri akan mengangkat semula cadangan ini kepada kementerian KKDW akan diberi keutamaan dalam peruntukan tahun 2026 memandangkan titi ini tergolong dalam inspirasi untuk asas yang kritikal.

Yang Berhormat Tuan Speaker salah satu inisiatif memperkasakan ketua kampung ini juga saya sebutkan tadi dalam program pembangunan luar bandar yaitu Program Hari Komuniti Kampungku Sejahtera merupakan satu pendekatan akar umbi yang mencerminkan tekad Kerajaan Negeri untuk mendekatkan dasar pembangunan terus kepada rakyat luar bandar khususnya komuniti desa yang menjadi nadi negeri Kedah. Program ini bukan sekadar acara tahunan ataupun projek simbolik ialah manifestasi kesungguhan kerajaan dalam menangani cabaran sebenar yang dihadapi rakyat di kampung termasuk isu kekurangan infrastruktur, asas, akses kepada perkhidmatan sosial peluang ekonomi yang terhad serta pengukuhan semangat komuniti setempat. Sebenarnya, program ini adalah program yang kena turun ke bawah. Selepas program ini dijalankan kita akan ada program ziarah. Ziarah ni kita akan bertemu dengan keluarga yang terlibat, anaknya terlibat dengan dadah. Dan kita juga ziarah daripada kalangan penerima-penerima sumbangan daripada JKM yang orang yang bertanggungjawab sebagai ketua rumah itu berada di dalam di dalamlah. Kita bertemu dengan keluarganya untuk memberi semangat. Tanda kita cakna kepada mereka walaupun berlaku penahanan kepada suami berada di dalam tapi kita tetap bertemu dengan keluarganya untuk memberi semangat tanda kita cakna kepada mereka. Walaupun berlaku penahanan kepada suami mereka tapi kita tetap Kerajaan Negeri tetap memberi nasihat kepada mereka dan masa yang sama kita ziarah juga anak-anak yang terlibat dengan Program The Pearl of Kedah.

Bila kita ziarah secara tak langsung saya membawa kepimpinan masyarakat setempat. Baru ni di Belantek saya bawa. Ziarah sebuah rumah saya sendiri pun rasa dalam keadaan dalam kereta pun sebak. Saya bagi sedikit sumbangan bagi pada anak-anak kecilnya sedikit sumbangan. Ibunya berkata Alhamdulillah. Dua tiga hari dah tak boleh MoTong Allah taala hantar rezeki pada hari ini kepada kami. Tak banyak kami bagi dia. Saya tanya meMoTong ni pokok sendiri ka. Dia kata pokok orang. Potong ni enam hari dapat RM300. RM300 ni dia kata buat bergetah ni murah sekarang ni tak mahal. RM 300 dapat seorang RM 150 bahagi dua dengan tauke saya terpaksa bagi pula RM 50 kepada orang yang jaga anak saya saya dapat RM100 itulah yang saya nak belanja.

Saya mohon sangat-sangat kita naiklah harga rantai getah ini supaya rakyat dapat apa merasai lah apa yang sedang berlaku sedangkan pihak cukai tinggi, SST ada beli apa pun barang ada kita bagi walaupun sedikit. Saya dengan rasa sebak dan rasa hati ni tak tahulah kita bagi dengan sedikit inilah dia kata boleh lah makan dua tiga hari. Saya rasa ya Allah inilah rakyat yang realiti sebenarnya. Apabila saya turun ke bawah secara tidak langsung saya melihat rumahnya. Rumahnya seperti mana lampu yang ada di atas ini tapi kita nampak lampu tapi kalau kita tengok rumah dia bukan nampak lampu. Nampak apa. Nampak langit inilah realiti dan insyaAllah saya maklum pada Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kata dah bagi dah insyaAllah kita akan laksanakan penambahbaikan. Dan saya menyeru dalam Dewan Yang Mulia ini saya menyeru kepada seluruh MKK, seluruh MKK tolonglah memberi keperhatian. Sebenarnya di peringkat daerah ini ada peruntukan-peruntukan yang disalurkan kepada rakyat yang memerlukan dengan kita kata penambah baiki rumah ni dengan kadar segera.

Ada juga kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat RM16.6 juta itu ada sebahagiannya adalah untuk bajet pembaiki rumah untuk membantu masyarakat. Dan saya mohon kepada seluruh MKK memberi maklumat-maklumat yang kadar segera sebab kita pun ada CSR. Kita ada zakat, kita ada pelbagai lagi agensi yang boleh menolong kita cuma kadang-kadang kita terlepas pandang kita rasa biasalah rumah aku pun tiris rumah dia pun tiris ikut suka sama-sama kita rasa tidak begitu kita masuk dengan anak OKU ada rumahnya penuh dengan besen-besen yang ditadah ketika hujan turun. Ini suatu yang kita rasa perlu diberi tindakan yang segera. Tapi alhamdulilah tindakan segera telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan semoga inilah apabila kita turun ke bawah kita boleh melihat serampang yang bukan dua mata bermata-mata kita lihat lihat di bawah.

Begitu juga, dengan Permataku Sejahtera inilah di antara sebahagian sebab itulah kita minta sangat KHP ini diadakan. Kami ni saya dalam kawasan Kulim Hi-Tech saya tahu saya melihat perkembangan sekarang daripada mula saja jadi Yang Berhormat 2008 sehingga sekarang perkembangan yang begitu kemajuan yang begitu cepat nampak dan rakyat merasa dapat impak apa yang berlaku ini dulu dia kata kerja dekat kilang dekat Penang gaji minima RM1,700. Sekarang kerja dekat kilang depan rumah dapat RM2500. Dia kata tak perlu naik kenderaan itu di antara sebahagian yang dapat impak kepada rakyat dan apabila berlakunya kontena-kontena ini pergi ke Pulau Pinang cukai bermula daripada Pulau Pinang dan cukai itu hasilnya untuk orang Pulau Pinang kembali kepada Pulau Pinang.

Kedah telah mengorbankan tanah untuk dijadikan tanah industri tetapi cukainya kembali kepada Pulau Pinang. Rakyat Kedah hanya mendapat menikmati cukai yang kita dapat daripada cukai industri. Oleh itu saya mengharapkan percepat apabila Menteri Besar menyebut nak juga bagaimanapun walaupun 5 km terakhir untuk yang slow tapi nak juga KSP ni diadakan untuk pembangunan rakyat negeri Kedah untuk membangunkan kawasan industri dan kita dapat mulakan percukaian ini daripada negeri Kedah sendiri. Seterusnya kita ingat amanat Almarhum Ustaz Azizan kenapa diadakan Unisham tu di Kedah tengah. Alor Setar ni dah maju. Dia kata kita kena buat Unisham ini melalui Sik. Menteri Besar dah sedangkan di Sik itu tak cukup tanah akhirnya buat di Kuala Ketil. Kenapa nak jadikan Kuala Ketil tu bandar universiti sekurang-kurangnya.

Sekurang-kurangnya Kuala Ketil jadi bandar universiti dan ekonomi orang sekitar dapat ditingkatkan dan rumah-rumah sewa kawasan Merbau Pulas pun dah tak ada dah rumah yang kosong. Semua di sewa oleh penghuni-pengundi dan pelajar-pelajar dan inilah di antara sebahagian perancangan kerajaan kenapa kita pindahkan untuk projek ekonomi ini ke arah Kedah tengah ini. Untuk meningkatkan, memajukan selatan dah maju. Utara dah maju. Kita hendak juga Kedah tengah ni maju. Bagaimana Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar nak buat Maahad Tahfiz apa TIBET di Sik akan ada dan kita pun ada apa projek pemajuan kampung pun dalam DUN Jeneri pun ada. Ini untuk memberi peningkatan kepada Kedah tengah ni.

Speaker

Aaa, Merbau Pulas banyak lagikah. Kalau banyak kita sambung lepas.

Aaa, dak-dak dah nak habis dah. Tak ada apa dah. Nak gulung ja. Yang Berhormat Tuan Speaker teruskan yaa. Setiap pandangan dan teguran dan cadangan yang dikemukakan tidak dilihat sebagai kritikan kosong tetapi sebagai cerminan keprihatinan bersama terhadap nasib rakyat serta hasrat luhur kita semua untuk memajukan negeri ini secara menyeluruh dan berimpak tinggi. Saya amat percaya bahawa dalam menghadapi pelbagai cabaran seperti kemiskinan jurang pendidikan pembangunan desa yang tertinggal. Wakil rakyatnya semua daripada kalangan luar bandar yang tertinggal tapi insyaAllah dengan Kerajaan Negeri Kedah yang ada komitmen yang tinggi sentiasa melihat apa keperluan rakyat sama ada infrastruktur atau pembangunan rumah baiki rumah adakah rumah yang bina baru semua diberikan penekanan oleh Kerajaan Negeri.

Semua Ahli Yang Berhormat sokongan dan kerjasama-kerjasama padu daripada pihak dewan ini amat penting bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Kita tidak boleh berpatah ke belakang. Masa depan negeri ini harus dipikul bersama tanpa mengira parti dan posisi politik. Akhir kata, marilah kita terus melangkah ke hadapan dengan tekad yang satu menjadikan negeri Kedah Darul Aman bukan sahaja sebuah negeri yang makmur dari segi ekonomi tetapi juga adil, saksama, sejahtera buat semua rakyatnya.

Saya sudahi dengan serangkap pantun:

Langit Cerah Limpah Rahmat, Bumi Kedah Subur dan Indah, Bajet Ini Amanat Umat, Moga Berkat Allah Menyinari Kedah.

Oleh itu, dengan ini saya menyokong penuh Pembentangan Bajet 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman ke-15. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih pada Yang Berhormat Merbau Pulas. Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari]

[Sidang Dewan disambung pada jam 2.30 petang]

Speaker

Dewan disambung semula. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membuat penggulungan Ucapan Bajet 2026.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Saya pun nak try pakai yang ni juga, tak pernah pakai (merujuk kepada papan rehal - sambil ketawa)). Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Exco, Pegawai-pegawai Kerajaan, Ahli-ahli Berhormat yang dikasihi sekalian.

Persidangan kita pada bulan 11 ni adalah persidangan untuk meluluskan bajet. Yang penting sekali di hujung persidangan ni ialah bajet diluluskan untuk dibelanjakan pada tahun 2026. Adapun sebarang isu-isu yang dibangkitkan, sama ada di pihak kerajaan, ADUN-ADUN ataupun di pihak pembangkang adalah proses untuk meluluskan bajet yang kita sedang bincangkan. Adapun dalam proses ini, adalah perkara-perkara yang puas hati, ada yang tidak puas hati, ada yang bersangkutan, ada yang tidak bersangkutan. Tapi oleh kerana Dewan ini dewan demokrasi kan, bercakap ikut suka, tapi ikut peraturan mesyuarat. Banyak perkara yang dibangkitkan itu berada di luar konteks Belanjawan 2026. Tapi saya agak terkejut juga kerana bajet kita ni dibincangkan di Parlimen. Hebatnya Kedah ni (sambil ketawa), negeri kita ni kecil, bandingkan negeri-negeri lain, kita ada 36 DUN saja, rakyat kita 2.2 juta. Mungkin kerana kita ni negeri yang senior, ada isu-isu yang belum selesai, maka Parlimen yang besar tu, yang sepatutnya bincang bajet negara, bincang Bajet Kedah (sambil ketawa). Sangat mengharukan sayalah kerana Kedah diberi perhatian (sambil ketawa). Tu “The Greater Kedah”. Nampaknya kena jadi PM (Perdana Menteri) lah kalau lagu tu. Sebelum jadi PM sudah dibincang di Federal kan, kalau jadi PM ‘teqa’ mana tak tau. Tugas saya di akhir penggulungan ni ialah untuk menyejukkan keadaan, (sambil ketawa) walaupun banyak hasutan datang untuk memanaskan lagi.

Tapi sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk memelihara keharmonian kita di Kedah ni, untuk mengekalkan tradisi perbahasan di Kedah dalam keadaan adik-beradik, harmoni, saya nampak semua makan ‘tebuan’ hari ini. Pagi tadi makan anak ‘tebuan’ kan noh, ‘cengey’ semua. Kerja saya ni nak meredakan kepanasan supaya pada masa akan datang kita dapat terus berada dalam Dewan ini dengan keadaan harmoni.

Saya tengok di dewan negeri lain, ada Ketua Pembangkang kena gantung, ada Exco langkah pi sana, pi jerit-jerit kat orang, itu Dewan Undangan Negeri. Tapi kita di Kedah tak ada budaya tu dan saya harap budaya tu tidak dibawa masuk ke Dewan Undangan Negeri Kedah ni untuk kita kekalkan tradisi kita berbincang, berbahas dalam keadaan tenang, berfakta, tidak spin, tidak potong-potong separuh, kita bincang sebagai proses yang menyeluruh. Adapun proses yang kita sedang melaksanakan ini dia bukanlah masak lagi. Ada orang buat ‘coq meneqam’ tau coq meneqam, kuih loyang. Kuih loyang ni dia punya acuan dia loyang, tembaga, bila dia bancuh tepung, celup loyang dalam tepung tu, celup dalam belanga. Kalau orang tak tau, dia kata kena mamah sekali dengan loyang tu. Tapi tu proses, kuih loyang tu bila dia agak-agak nak masak, keringkan, mak kita rentap, rentap angkat loyang tu keluar, lekang daripada acuan dia, angkat loyang tu. Kuih tu orang panggil sarang tebuan lah, macam-macam, sedap dimakan.

Tapi kalau proses tadi duk nampak loyang, nampak belanga panas, nampak minyak berasap, semua kan noh, bukan boleh makan lagi. Angkat sejuk satgi baru boleh pepak, sedap bukan main. Sama macam orang buat bengkang, bengkang ni bawah boh api, atas satgi bakar sabut bubuh atas pula, cucuh kan noh. Tu bukan bengkang, bengkang satgi buang api tu semua angkat keluar, hat warna hijau bawah masak, atas dia rangup, hat tu dipanggil bengkang.

Sama dengan proses-proses yang sedang berjalan di negeri ini, macam di MBAS, di PBT mana pun sedang berlaku proses, bukan masak lagi, jangan duk hentam proses tu, tunggu hat masak esok jadi lagu mana, elok ka tak elok ka. Macam berlaku kononnya ratus-ratus, ribu-ribu persen, bukan selesai lagi, ada proses dia. Bantahan lagi, lepas bantahan dibawa ke Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk dibuat rumusan, lepas rumusan semua bawa mai Pihak Berkuasa Negeri (PBN), lepas tu diwartakan, lepas warta baru boleh dilaksanakan. Tu proses dia. La ni kita duk hurai tang proses tu sebagai kesan akhir. Bukaaaan,.. salah tu.

Kesan akhirnya apabila hal itu diwartakan, itulah akhirnya, la ni duk hentam tang proses tu sebagai kesan akhir dan dinaratifkan seolah-olah proses tulah proses akhir kepada kerja itu. Jenuh mamah loyang kita, bengkang bukan api atas bawah tu, bengkang hat dimasak di dalam tu. Jadi, bila dah masak, boleh pakat makanlah. Saya harap saudara-saudara di sana pun, YB. Sidam, YB..Kota Darul Aman dan YB. Bakar Arang, tersimpan, tersemat di hati masing-masing, walaupun suka kat kami tak mahu tunjuk kan (sambil ketawa), tersemat di hati masing-masing untuk melahirkan kebaikan kepada negeri ini.

Semua kenyataan-kenyataan, perbahasan-perbahasan, adalah untuk menghasilkan kebaikan, bukan untuk mencalarkan. Melemparkan wajah hodoh kepada sesiapa yang kita tak suka, demi kepentingan politik kita, kita ketepikan kepentingan negeri hanya untuk mencalarkan pihak lain. Saya rasa sebagai kerajaan yang bertanggungjawab berada di Dewan ini, angkat sumpah, kita angkat sumpah untuk memelihara kepentingan negeri. Jadi, itulah yang patut kita laksanakan sebagai sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Walaupun demikian, oleh kerana hal-hal itu dibangkitkan di Dewan yang mulia ini, adalah tanggungjawab kerajaan untuk memberi jawapan dan penjelasan dan kebanyakan, jawapan dan penjelasan telah diberikan oleh Ahli-ahli Exco. Kalau tuan-tuan bandingkan, saya masuk Dewan ini lama dah, bukan sebagai wakil rakyatlah, dulu-dulu saya ikut wakil rakyat mai sini. Kalau banding prestasi Exco zaman la ni dengan zaman dulu-dulu, jauuuuh lebih baik Exco zaman sekarang ni.

Semua orang buat kerja masing-masing, tanya bab pelancongan, Kubang Rotan boleh jawab. Pertanian, Suka Menanti. PBT, kesihatan, perumahan, Kuala Ketil dia menguasai bidang tugas dia dengan beraninya. Cuma kelmarin, depa sunting video Kuala Ketil pasal roti Gardenia tu. Konteks yang salah, pasal dia kata buat apa pi duk bincang benda hat tak selesai lagi di Kedah (cukai), bawa pi kempen di Sabah. Baik bawa pi roti Gardenia, tapi orang sunting seolah-olah orang Sabah ni bagi roti Gardenia cukup dah. Itu satu konteks yang salah.

Dan saya nak maklum kepada Dewan ini dan juga rakan-rakan yang mengikuti perbahasan kita di luar, politik sekarang ni ada tiga sahaja, dia cipta naratif, lepas tu memberi optik dan bina persepsi. Naratif apa yang kita bina, naratif ni jalan nak cerita supaya terhasilah optik yang orang nampak, daripada optik itulah terbina persepsi. Politik sekarang ni macam tu, saya rasa tak betul tu. Politik ni mestilah apa yang real, realiti, hakikat yang sebenarnya mesti diceritakan dengan betul.

Kalau benda buruk, diberi naratif yang elok, optik elok, persepsi tiba-tiba jadi elok, tapi benda tu buruk, itu akan merugikan negara ni, merugikan rakyat, mengelirukan orang ramai, last-last orang buat keputusan yang silap, di hujung hidup ni kita jahanam habis. Saya rasa di Dewan yang patut kita bercakap tentang fakta dan realiti kita tidaklah membina naratif, optik dan persepsi yang palsu untuk menguasai pandangan orang ramai. Orang ramai mesti dibekalkan dengan naratif yang betul, optik yang sebenar maka terhasillah persepsi, kalau pun kita nak kata politik tu adalah persepsi. Saya tak pegang kepada kenyataan tu, saya kata politik mesti berpijak pada fakta dan realiti sebenar.

YB. Tuan Speaker, saya minta laluan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Sila!

Daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Speaker

Silakan, YB. Kupang!

Dalam perbahasan kelmarin, saya ada menyebut peristiwa kematian di Lubuk Kabu, Kupang, yang telah diviral dan disalahertikan dan sebagai saya menghina keluarga si mati, dan demi Allah saya tidak bermaksud demikian, malah saya di antara orang yang terawal menziarahi keluarga pada hari kejadian.

Walau apa pun, saya dengan besar hati memohon maaflah kepada keluarga yang terlibat walaupun saya tidak berniat untuk menghina mereka dan kepada mereka yang telah viralkan video yang telah disunting ataupun diedit itu, saya minta supaya dia bertaubat dan minta ampun kepada Allah kerana dia telah mencalar dan menyalah ertikan dengan tujuan jahat untuk merendahkan saya sebagai Wakil Rakyat Kupang. Jadi, saya dengan rendah hati memohon maaflah kepada keluarga si mati. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Kupang, atas permohonan maaf. Silakan YAB.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Kupang. Walaupun kita tahu bahawa YB. Kupang tidak bermaksud demikian, itulah kesan naratif, optik dan persepsi. Kita maksudkan lain, tapi yang terjadinya lain. Itu yang kita hadapi di zaman 2025 ni, 20 tahun lagi tak tau nak jadi lagu mana. Oleh yang demikian, saya mengajak Ahli-ahli Dewan, hadirin sekalian yang dapat mengikuti perbahasan ini untuk kita sentiasa berpegang kepada fakta, melihat sesuatu daripada pandangan yang betul, tidak dipotong-potong, tidak dispin, tidak diambil di luar konteks untuk memahami sesuatu perbahasan yang berlaku di Dewan ini. Berkenaan dengan bajet syok sendiri (sambil ketawa), tarik balik dah kan na YB. Bakar Arang? Bajet syok sendiri kan, bajet apa yang boleh ditambah baik lagi?

Ya, itulah yang sedang kita lakukan di Dewan ini untuk menambahbaikan lagi bajet ini. Tapi saya harap pada masa akan datang, ucapan-ucapan yang kurang enak didengar, saya dihentam di luar Dewan ni hari-hari, di Parlimen walaupun saya tak ada situ, saya dihentam, saya senyum saja, saya gelak saja, pasal saya tahu itu semua benda-benda yang dipetik di luar konteks ataupun depa masa duk depan depa tak berani cakap, duk jauh-jauh ni depa cakap lah, jumpa depan tak berani sebut.

Saya biasa jumpa hat tu di airport, tak ada cakap pun, duk gelak saja. Siapakah yang paling baik untuk dibandingkan dengan kita? Kedah, nak banding waktu mana yang lebih baik? Dia tak boleh banding dengan negeri lain. Ada kecenderungan pihak-pihak ni dia ambil bajet Federal tu banding dengan kita, gilalah ni semua (sambil ketawa). Tak boleh lah lagu tu, Federal lagu lain, konteks dia lagu lain, bajet pendapatan dia RM400 bilion. Kita nak sampai RM1 bilion pun, keras urat-urat betis nak cari. Yang paling baik untuk dilihat dalam konteks negeri kita, bandingkan negeri kitalah dalam tempoh waktu daripada berapa tahun kita duk ada dalam Dewan ni, bandingkan zaman sekarang ni dengan zaman sebelum ni, baru kita tau mana lebih baik. Depa kata bajet defisit ni tak bagus, tak reti memerintah pasal bajet defisit. Sejak zaman puluh-puluh tahun, kita bentang bajet defisit. Kenapa bentang bajet defisit? Kalau bentang bajet surplus, tak gaduh buat kerja apa, duk tunggu hat tu.

Bila bajet kita defisit, kita bagi rangsangan untuk jabatan-jabatan, agensi-agensi cari pendapatan, belanja bagi jimat supaya diakhir perbelanjaan kita di hujung tahun, bajet tu jadi surplus dan kita capai bajet surplus tahun 2024 walaupun kita bentang bajet defisit RM90 juta. Tahun ini pun bajet kita bentang defisit juga, bajet Federal defisit. Bajet defisit bukan perkara yang pelik.

Zaman saya, zaman kita di sini, kita mengecilkan defisit walaupun defisit juga. Tahun 2023 14.17% defisit, 2024, 14.05%, tahun 2025, 12.65%, 2026, 11.81%, defisitnya makin turun. Prestasi sebenar pada tahun 2023, defisit RM12.66 juta sahaja berbanding yang kita unjurkan RM14.17 juta tapi kita alami 2.01% makna kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengecilkan defisit, mengurangkan perbelanjaan, meningkatkan kutipan hasil.

Itulah rangsangan kepada pegawai-pegawai, kepada agensi, kepada jabatan, kepada Ahli-ahli Exco untuk memperbaiki sepanjang jalan kita hadapi tahun 2023. Tahun 2024, kerajaan dapat surplus RM11.16 juta ataupun 1.45%, inilah bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam pengurusan fiskal berhemah dan berdisiplin. Saya beri jaminan tuan-tuan, tak dak siapa yang merapu dalam Dewan ni. Tak dak, kita tak belanja merapu, kita tak dak sewa jet mahal-mahal pi terbang pi rata, tak dak.

Semua pegawai, semua Ahli Exco, semua ni naik pesawat komersial, kalau terdesak kena bergerak tengah malam naik kereta, belanja dengan berhemah, tak ada siapa merapu, tak ada buat majlis. Ada pula dekat-dekat pilihan raya pi buat ekspo, habis RM40 juta, buat ekspo, nak kempen, habis banyak, merapu. Ekspo apa orang nak pilihan raya, hangpa nak pi kempen kut ekspo tu? Tak daklah depa tu di sini, tapi hangpa lah kawan depa. Kawan noh? Nak buat macam mana noh? Bela juga. Bajet yang disediakan dengan tunjang utama untuk pengembangan ekonomi dan bantuan sosial. Hampir keseluruhan Bajet 2026 adalah bagi maksud tersebut dengan 75% daripada anggaran perbelanjaan adalah untuk rakyat. Masa era dulu, ni cerita betul-betul ni, fakta, boleh semak. Ada satu ketika rizab kerajaan tinggal RM40 juta, ni hat orang duk cakap pandai di luar tu, duk buat podcast lah apa tu, habaq kata kita tak pandai lah, tak reti lah. Masa dia jadi kerajaan, reserve kerajaan tinggal RM40 juta, tak mampu bayar gaji, pi hutang 2015, 2016, 2017, buat pinjaman Kerajaan Persekutuan. Tapi dalam bahasa kewangan, dia tak panggillah pi berhutang, dia panggil pendahuluan, pasal di dalam Perlembagaan, Federal kena bagi kepada State peruntukan tertentu. Bila dia pergi buat pendahuluan, berhutanglah jadi peruntukan tu ditolaklah.

Dihutang RM200 juta pada dalam tempoh 3 tahun tu, bayar habis. Zaman kita ni lah bayar habis RM200 juta tu. Bayar gaji pun tak boleh masa itu, duit reserve tinggal RM40 juta. 2018, zaman Sidam ada di sinilah. Ada lagi, tak ada lagi ka? Pusat Khidmat lah. Reserve tinggal RM73 juta. Tu, hat duk sembang ‘deras’ tu, hang buat apa? Hang buat apa? (sambil ketawa). Ha, reserve tinggal RM73 juta, gaji sebulan RM23 juta, nu, bil-bil lagi, kalau harap duit tu tak boleh pi, mujurlah dapat RM200 juta cemey, tahun 2019.

Tuan-tuan sekalian, bercakap dengan fakta bukan mesti sama, dia sembunyikan fakta. Hari ini saya kena jelaslah, pasal hang kata hang tera, pasal apa duit tinggal RM40 juta? Tuan-tuan sekalian, daripada zaman saya nilah, reserve kerajaan, kali pertama dalam sejarah cecah RM400 juta lebih (tepukan gemuruh dalam Dewan). Bermula tahun 2021, 2022, 2023, 2024, 2025, reserve kerajaan lebih daripada RM450 juta. Hanya zaman kita ni, ni zaman ni, tapi hangpa bukan nak sebut noh, tak dak siapa sebut, kita kena sebut, pasai depa duk sebut kita tak reti, jadi saya kena habaq hat reti tu apa.

Dalam tempoh pentadbiran ini, kerajaan berjaya memulih semula kedudukan fiskal negeri dan membina semula keyakinan terhadap keupayaan kerajaan mengurus hasil serta perbelanjaan. Dalam menyediakan bajet ni, tu saya, depa dah suruh tarik balik, tak apalah tarik balik lah. Dia bukanlah wakil rakyat pi duk sedia bajet ni, angka-angka tu mai daripada jabatan dan agensi, hat kutip pun depa, hat nak buat perbelanjaan pun depa juga.

Bermula bulan Jun, bulan enam, agensi dan jabatan dah mula hantar apa yang depa nak buat, dari mana pendapatan itu SFO (Pegawai Kewangan Negeri) kena cari. Maka saya dah sebutkan beberapa ketika dulu hasil Negeri dengan hasil Federal tak sama, Negeri tinggal tanah saja hasil dia, kemudian hutan, lepas tu galian, lain pada tu pergi Federal. Cukai apa pun di negeri ini pergi Persekutuan, termasuk nu pelancong-pelancong duk mai puluh-puluh juta Bang Leh duk panggil mai tu, eh! Kubang Rotan, sorry Bang Leh. Pelancong tu mai, belanja, buat tukaran asing ka apa cukai apa depa bayar dan kutip, semua pergi Federal, State tak dapat apa.

PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) saja, buat cukai katil apa tak tau, dapatlah sikit RM2, RM3, hat lain semua pergi Persekutuan. Lepas tu, depa buat cerita Langkawi orang tak mai, cuba memburuk-burukkan Langkawi, padahal orang mai Langkawi itu semua, hasilnya pergi Federal, RM4 bilion ke RM5 bilion setahun. Lepas tu duk buat naratif, ouh! Langkawi sunyi, “Pulau Berhantu!” Hari ini pun ada orang cakap lagi, DAP (Democratic Action Party) bercakap di Parlimen, “Langkawi pun tak reti nak urus, jadi Pulau Berhantu, ada hati nak ambil Pulau Pinang”, DAP cakap, tak tau nama apa, perempuan. Suatu ketika dulu, dibina naratif Langkawi ni teruk, tak ada orang, tak terurus, apa semua, sebab ada agenda untuk mengambil pulau tu sebagai Wilayah Persekutuan. Ada, walaupun tidak tertulis tapi cara nak buat tu, burukkan pulau tu, gagalkan kita, gambarkan kita tak mampu urus, lepas tu Persekutuan lah ambil. Agensi Persekutuan dah ada dah di situ, LADA, maka diserahkan kepada Persekutuan.

Itu jalan dia nak pi, tapi langkah mayat kita dululah kalau nak pi tera tuh tu. Hat hangpa ambil dah pun, kami nak ambil balik, tambah duk ada, nak biar kat hangpa, minta maaflah! (sambil ketawa) Tu nikah dengan orang Langkawi. Tak akan terjadi angan-angan itu, jadi berhentilah memburukkan “Pulau Langkawi, Permata Kedah”. Kena sebut selalu Pemata Kedah tu, depa duk ingat Langkawi ni wilayah asing pula, tu Kedah tau! Hangpa duk kata Kedah tak ada hotel, pi Langkawi tengok, lima bintang enam bintang pun ada, pi. Itu Wilayah Kedah, hasilnya pergi Persekutuan, ha tu yang kita hadapi sekarang ni.

Kita ada sesi libat urus untuk menyediakan bajet ni. Libat urus macam-macam lah, agensi, jabatan, para pegawai, panggil bincang, satu team besar tau 32 orang untuk merangka ni, sayalah ketua. Banyak angka-angka tu datang daripada SFOlah, dia yang susun, saya kena ikutlah kepakaran depa, depa kerja 34 tahun dah, kita baru mai sini berapa hari saja. Sama dengan ucapan yang kita buat kat depa, depa dah pedih mata, hat sakit tengkuk pun ada, nak kena pi cari fisio, menyediakan bajet, tau-tau kita kata kat depa syok sendiri, mau tak marah? Cuma depa tak boleh cakap, kalau boleh cakap depa naik atas meja ni dah! (sambil ketawa). Aku tak taulah, Adam tak Adam (sambil ketawa). Tak boleh kata lagu tu tau, kesian dekat depa. Hargai orang.

Saya juga menghargai tuan-tuan sebagai semak dan imbang di Dewan ini, tuan-tuan hormatlah kita sebagai kerajaan dan pegawai-pegawai yang buat ni untuk kebaikan negeri dan rakyat sekalian. Kerajaan perlu ambil kira beberapa perubahan kepada dasar yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan seperti caj SST dan tarif elektrik, tanggungan yang sepatutnya boleh diguna untuk kepentingan rakyat. Kalau nak bantah cukai, saya rasa lebih baik bantah perluasan SST. Kita dapat duit MARRIS (Malaysian Road Records Information System), mai cerita bab MARRIS, 24 hingga 25 kita dapat duit MARRIS untuk menyelenggara jalan RM454 juta. Daripada peruntukan itu, sepatutnya kita gunalah maintenance jalan ni, boleh buat jalan semua lah, kata pi Pantai Merdeka ada jalan kampung, jalan apa, kita register dalam MARRIS boleh turap baru, boleh repair apa yang rosak.

Tapi dalam peruntukan yang diberi kepada MARRIS, MARRIS ni dia ada dalam Perlembagaan, wajib Federal bagi, Perkara 9 kalau tak salah sayalah, boleh rujuk balik. Perlembagaan Persekutuan kena bagi kepada negeri untuk selenggara jalan. Daripada RM454 juta tu, SST saja kena bayar balik dekat depa RM26.23 juta, bayangkan berapa puluh jalan boleh repair dengan duit SST tu? Tu orang panggil ‘buruk siku’. Bagi, lepas itu ambil balik. Tapi Alhamdulillah, dalam konteks Kedah, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, jalan kita diselenggara dengan baik.

Dulu-dulu ada orang tanam ‘nyoq’ atas jalan tau (sambil ketawa), oleh kerana berlopak, berlubang, sana-sini, bawa nyoq pi bubuh situ, bawa pokok pisang, la tak ada dah. Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada agensi pelaksana, JKR, JPS, apa lagi, agensi-agensi kita yang dapat konsesi tu, jaga maintenance jalan di bawah MARRIS ini dengan baik, hingga jalan Kedah ini antara yang terbaik di negara ini. Pi negeri lain tengok, jalan depa. Saya rasa negeri kita tak dak dah tara tu, yang kata maju tu, maju, negeri maju tu, pi sebahagian daripada bahagian hat belah-belah hulu ni, jalan duk lagu tu lagi (sambil menunjuk aksi beralun), saya lalu dah, saya nak sebut negeri tak mau, satgi depa marah saya, tak sebut pun depa marah dah. Haa, jalan duk lagu tu, kita tak dak dah jalan lagu tu, jalan kita lagu tu sampai lena (sambil ketawa).

Bajet disusun tidak sembrono, tapi berpaksi kepada data, dapatan rakyat dan keadaan ekonomi semasa. Setiap angka dalam bajet adalah hasil kerja berbulan-bulan penjawat awam yang berkhidmat dengan penuh komitmen dan profesional. Tuduhan bajet syok sendiri (sambil ketawa), minta maaf YB. Bakar Arang, saya bukan nak mengulang-ulang tapi dia jadi viral di luar, kena jawab jugalah. Saya pun tidak percaya lah kalau berhasrat menghina mereka kan noh, cuma kita mungkin terlajak cakap lah dalam konteks yang… sebab tu menguasai bahasa ni penting, YB. Kota Darul Aman sebut “seolah-seolah”, terbulu-bulu, tak boleh sebut lagu tu, ‘seolah-olah’ bahasa yang betul, bukan “seolah-seolah”, bahasa kan nah, haa kalau kadang-kadang kita ambil perhatian benda-benda lagu tu salahlah, ada sebut terbulu-bulu …haha bukan sinilah, tempat lain seolah-seolah (sambil ketawa), semua tu DAP tu.

Saya harap para penjawat awam dapat memaafkan rakan-rakan yang kurang menguasai bahasa dan budaya di negeri ini dengan kesilapan-kesilapan itu dan dah pun ditarik balik, terima kasih. Bajet negeri disusun berdasarkan prinsip berhemat dan berdisiplin. Dalam fiskal. Pendekatan ini selari dengan, saya sebut ayat Surah Yusuf ayat 47 hingga 49, kena simpan, waktu kita sesak, kita belanja, waktu ada, kena simpan. Jadi, YB. Kota Darul Aman suruh bagi banyak lagi dekat sekolah SJKC dan SJKT. Kalau kita ada banyak saya pun nak bagi lagi, tapi untuk dua tahun 2025 ni walaupun dalam bajet kita sebut RM300 ribu, sebenarnya kita bagi RM400 ribu. Tak bajet pun kita bagi, ada lebih kita bagi lah, walaupun pendidikan berada dalam senarai Persekutuan, SJKC, SJKT itu sekolah kerajaan, patut Federal yang bagi, tapi atas semangat untuk membantu bidang pendidikan anak-anak kita di sekolah, bagi juga sikit pun, tanda kita ingat, banding dengan sekolah-sekolah ugama yang Sungai Limau jaga ni, depa bukan sekolah kerajaan, sekolah rakyat.

Agihannya mungkin sama saja, tapi oleh kerana kita ni bilangan banyak, jadi RM1.5 juta, jumlahnya banyak, Insya-Allah. Ni YB. Kulim duk minta bajet lagi, tambah lagi, bajet antara kaum, kita dah lulus RM600 ribu. Dulu bajet sekolah SJKC dan SJKT ni bukan ada, tak ada, zaman dulu tak ada. Mula diperkenalkan tahun 2009, 2008, 2009 Ustaz Azizan mula, lepas tu diteruskanlah. Sepatutnya tak dak lah. Tapi oleh semangat kita yang, tak maulah orang nampak kita ni rasis ka apa, bagi juga untuk memajukan sektor pendidikan.

Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh YB. Sidam. YB. Sidam ni pun… duk kutip hat cyber trooper duk sebut saja. Litar, KXP, apa tuu.. (sambil ketawa). Litar ni disebut 2013 kali pertama oleh Barisan Nasional (BN), masuk dalam manifesto untuk buat litar di Sungai Petani. Mari Kerajaan Pakatan Harapan (PH), dapat bajet RM30 juta, pi belanja situ RM10 juta untuk kerja tanah. Hat ni saya tak mau persoal siapa-siapa. Adakah kerja tanah tu bernilai 10 juta? Saya tak mau sebutlah, siapa-siapa yang berasa, pi cuba check tengok, betoi ka RM10 juta, tinggai RM20 juta. Kita bagi kerajaan yang kita nak kekalkan proses tu, governance yang betul. Duit kerajaan tak boleh belanja atas tanah swasta, tapi depa buat kerja tu. Bila dah dibelanja atas tanah swasta, tanah syarikat, kita diikat di situ, nak pi tang mana tak boleh dah. Saya kalau saya nak selamatkan diri, saya jadi popular, populist, “tak mau lah sambung hangpa punya projek, ni pun manifesto hangpa, bukan saya punya. Saya cuci tangan lah, cuci tangan, projek litar dibatalkan. Habis lah, hangpa pun tak boleh kata apa dekat saya dah. Takdak sapa boleh kata apa aih, projek tu bukan saya punya”. Duit RM20 juta baki, bagi balik, selesai masalah saya.

Tapi oleh kerana telah dibelanjakan kerja tanah RM10 juta, untuk mengekalkan proses governance yang betul, kita nak betulkan proses tu, nak jadikan tanah tu tanah kerajaan, supaya perbelanjaan tu jadi benar, perbelajaan tu dah salah, “siapa-siapa yang rajin cari salah orang ni pi la cari depa tu, pi try tengok, hangpa qajin tangkap orang, 3 pagi pun mai cekup orang lagi (sambil ketawa)…pi cekup depa ni”, terang-terang pulak tu depa buat.

Tapi oleh kerana saya gentleman na, tak palah kita usahakan bagi jadi juga tang tu. Tapi sepanjang kita proses tu, memanglah sukar, pasal lepas daripada tu PH (Pakatan Harapan) mai, hat RM30 juta tu jadi RM73 juta, design diubah, nafsu makin besar. RM30 juta tak mau, nak SIC punya standard, panggil SIC mai buat design, jadi RM73 juta, duit ada RM20 juta baki. Nak buat lagu mana ni? Kita terikat, tertambat di situ. Maka projek lambat, bila lambat tu jadilah bola tanggung, hari-hari duk ulang, litar tak siap! Litar tak siap! Jadi kita pilih swasta “hang pi buat lah”, suruh swasta buat.

Saya rasa tahun depan ni saya nak “cuci tangan”, kita kerat ‘putuih buang’ hat depa buat kerja tu, dah hangpa duk kata sangat kan (sambil ketawa)…kita tengok kalau tidak terikat, kalau tidak ditambat di situ. Litar tu jadi dalam tempoh berapa lama? Kalau rasa nak pi lagu tu, kita boleh pi, tak dak masalah apa. YB. Kubang Rotan, kita boleh pi Kubang Rotan buat litar, Suka Menanti mungkin tak dak tempat dah, takkan nak pusing kut Alor Setar ni, tak dak tempat, Kuala Ketil, Kuala Nerang. Saya boleh cari tempat saya, politik saya, buat litar situ. Sungai Petani, Bukit Selambau, apa lagi, Pokok Sena (sambil ketawa), kalau saya bertindak atas kepentingan politik, tentulah saya mencari tempat saya, bawa balik Jenerilah, buat litar tu. Tapi dak tuan-tuan, pasai nak perbetulkan proses kerajaan ni, kita duk terbelenggu di situ. Saya harap belenggu itu dapat dirungkai pada tahun 2026 ni. Harap litar ni dapat diselesaikan. Ada RM20 juta tak kan nak return kan no, baik kita buat.

KXP saya dah jawab pagi tadi, soalan YB. Kupang. Semuanya telah diselesaikan, tunggu dua lagi syarat atau nasihat yang diberi oleh MPFN. Pun begitu saya lupa tadi, YB. Kupang, kita dah mohon lanjutan masa, pasal setiap kelulusan MPFN dia bertahan lima tahun, daripada hari mula masuk November 2020 sampai 2025, tempoh masa tu tamat. Alhamdulillah bulan Oktober baru-baru ni, bulan Jun diluluskan tambahan masa lagi lima tahun, bulan Oktober, diperbetulkan. Saya bukan nak, tapi depa tak rakam ucapan tu di Baling hari tu, kalau tidak saya tak payah sebut sendiri, bagi orang lain yang sebut. Dalam tempoh 3 minit, dalam Mesyuarat MPFN yang terakhir, saya berjaya negotiate, berunding dengan Pengerusi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meluluskan semua pembinaan komponen lain di KXP selain daripada airport. 3 minit! Kalau tak dak politik dendam, dengki, khianat ni bukan perlu masa lama-lama, sat saja.

Ohh! Cerita hat ni teruk lagi laa haha…pasai nak cerita, nak bandingkan noh? Ada orang kata kerajaan ni gagal, melaksanakan LRA kerana EoT banyak kali, Extension of Time (EoT). Saya nak maklum bahawa tiap-tiap projek kerajaan ni dia ada proses, ada sistem yang mengikat, ada kitab dia, buku. Kalau berlaku macam ni rujuk sini, berlaku macam ni rujuk sini, semua itu dalam kitaran untuk melaksanakan projek. EoT bukanlah perkara luar biasa, depa kata LRA dah tiga kali EoT, ni bukti Kerajaan Negeri gagal!

YB. Bakar Arang, projek KEDA di Jalan Langgar, di depan pejabat KEDA, KEDA ni agensi Persekutuan tau, bukan agensi Negeri. Bukan saya suruh you jawab, you memang tak tau, saya nak habaq, you dengar elok-elok saja, EoT. Ada pagi tadi YB. Kuala Nerang marah you tadi pasal EoT lah (sambil ketawa). Saya dengar, walaupun saya ada di bilik, saya sign sambil saya dengar tengok video, you cakap Kerajaan Negeri gagal, pasai EoT tiga kali dah.

EoT bukan bukti kegagalan, tapi dia satu proses untuk laksanakan projek. Projek KEDA Jalan Langgar, EoT dia dah lapan kali dan sedang memohon EoT kesembilan. Projek Kemudahan Perniagaan KEDA, bukan susah pun projek tu, buat kedai saja, bukan buat LRA, buat kedai. Pi tanya, Pengerusi KEDA siapa? Pi tanya. Tak tanya pun google pun jumpa eh! (sambil ketawa) rambut putih. Sebelum rambut putih tu rambut kerinting (sambil ketawa) misai cari makan punya. Projek Persekutuan, EoT lapan kali, mohon yang kesembilan.

Mahkamah di Sik, dekat lah rumah saya, EoT yang kelima, dalam pertimbangan, sakit. Tebatan Banjir Sungai Kedah/ Sungai Anak Bukit, enam kali EoT, kontraktor yang ada tu adalah kontraktor penyelamat, projek Persekutuan. Jangan kata EoT tu bukti kegagalan, kalau lagu tu habaq Persekutuan pun gagal lah. Macam mana? Kita tak pernah kata, kita faham proses tu. Kita tak kata Persekutuan gagal, kita kata ada lah kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki. Depa pun kena mengaku lah, depa pun jangan la upah cyber trooper satu komen dua kupang (sambil ketawa). Ada tau, dua enam tiga, yang duk bagi like kepada content PM (Perdana Menteri), ada betoi, kita jumpa semua tu, kita pun ada forensik juga. Upah komen, satu komen dua kupang untuk komen yang baik-baik dan serang kita dengan komen yang buruk-buruk, dibayar. (sambil ketawa) YB. Kupang tak boleh kata apa, silap sikit, siap. Satu komen dua kupang haha…tak gaduh kerja apa, buat komen yang tu saja. Saya nak habis dengan cepat Insha-Allah kita nak luluskan bajet ni kan. YB. Kota Darul Aman pun nak balik awal.

Widad Langkasuka, (sambil ketawa) ni pun buh atas kepala saya juga. Saya nak cerita sejarah, tanah tu asalnya diberikan kepada Ekran Group tahun ‘90-an, Ekran Group ni orang Sarawak, almarhum dah, meninggal dah. Mendiang, mendiang, haa mendiang. Pada 2006 – 2007, oleh kerana dia tak bayar cukai tanah, State rampas tanah tu, Kerajaan Negeri rampas daripada Ekran, walaupun dia ada bina struktur penahan ombak sepanjang-panjang pantai di depan airport tu dia bina, sekarang dah runtuh dah setengah. Tak jadi apa pun, sepanjang diberi kepada dia, bukan jadi apa selain daripada tembok tu, tak dak siapa tulis apa pun di Facebook ka apa ka, mungkin masa tu tak dak Facebook, tapi la ada Facebook orang tak tulis, tak dak siapa kata apa pun. Lepas tu kerajaan rampas. 2009 dia minta balik, kerajaan pertimbang balik, tapi kena bayar premium sekali lagi. Premium yang pertama RM40 juta kut, kalau tak salah saya lah. Premium yang kedua RM25 juta, dia minta pengurangan. Pada masa itu tanah itu diberi sebagai tanah industri ataupun tanah untuk hotel la kut, pelancongan, syarat apa saya tak pasti lah, kena check balik. Tapi lepas 2009 dipertimbangkan semula untuk diberi kali kedua, dia tak bayar. Bila dia tak bayar, kerajaan tak dapat apa, sepanjang-panjang Ekran pegang pun tak dapat apa juga, dapat premium sekali saja.

Jadi, bila ada pihak yang berminat, tanah tu, syarat pihak tu dengan kitalah urusan dengan kita, dia bayar premium, dia bayar cukai, dia mohon, kita bagi kat dia. Dia nak buat apa? Dia maklumkan dia nak buat Widad Langkasuka, dia bagilah design dia. Urusan kerajaan ialah melupuskan tanah tu kepada dia, dia bayar premium, dia bayar cukai, habislah urusan kerajaan. Dia nak buat apa? Bila nak start? Lagu mana nak jadi? Modal nak ambil mana? Dengan siapa dia nak JV? Itu dia punya pasa lah. Urusan syarikat, kerajaan tak boleh campur tangan. Bila dia tak buat, bila dia tak mula, kerajaan kena tanggung, YB. Sidam kata salah kerajaan. Takkan salah kerajaan? Urusan tu urusan swasta, bisnes dia. Orang bisnes ni tengok lah perniagaan tu, kalau dia untung, kalau dia ada modal, dalam keadaan semasa, masa tu baru lepas Covid, pelancongan tak berapa nak menggalakkan lagi, orang tak boleh terbang lagi. Patutkah dia start masa tu? Siapa nak mai melabur? Hat tu urusan dialah.

Jadi bila dia tak mula, dia lambat, tak boleh kata kerajaan sebab urusan kerajaan dah selesai. Urusan kerajaan kerajaan bagi tanah kat dia, ambil premium, bayar, premium dapat dah, cukai tanah dapat dah. Jadi urusan kerajaan lagi apa? Tak dak dah la, dia balik keadaan macam Ekran Group pegang puluh-puluh tahun, tak jadi apa, orang tak marah pun. Pasai apa dia ni pegang orang marah? Marah tu bukan marah dia pulak tu, marah Sanusi, hat tu yang pening, yang cakap tu pula menteri. Haa…saya hairan lagu mana boleh jadi menteri. Tak reti sampai tera tu haha…tak retiiii… kalau dia reti, dia tak cakap. Dia tak reti lah, dia kata projek State. Projek State pasai apa la kawan tu yang punya tanah kawan tu, urusan kita ialah urusan tanah, bukan pelaburan kerajaan, bukan projek kerajaan.

Oh! Depa habaq, ni siapa dia sebut ni, Kedah Rubber City, YB. Sidam juga. Alhamdulillah, Kedah Rubber City ni projek NCIA, diumum dalam Manifesto BN (Barisan Nasional) 2013, bukan projek saya, bukan projek depa ni pun ni. BN umum 2013 nak buat Kedah Rubber City (KRC). Masa tu Ustaz Azizan jadi Menteri Besar, kita tengok lah depa duk umum manifesto, macam-macam lah depa umum, litar lah, KRC lah apa semua. Tak pa, tak dak masalah. Pilihan raya kita kalah, depa masuk jadi kerajaan, tak tahu projek tu baru saja buat pengambilan, diserah kepada NCIA, projek tu 100% NCIA punya, bukan State punya.

Oleh kerana kita ni berjiwa besar, kita masuk jadi kerajaan kerana projek itu pada anggapan kita menarik pelabur menyediakan peluang pekerjaan benda yang baik, melainkan kita sokong. Bila mai nak umum kata siap, elektrik tak dak. Sepanjang-panjang 2013 sampai 2020, tak bincang bab elektrik, nak buat kilang konon, Kedah Rubber City, letrik tak dak, haa.. bincang lagu mana saya pun tak tau. Saya panggil TNB, nak buat PMU Padang Terap supaya boleh supply power kepada kehendak industri di KRC.

Berapa masa hangpa perlukan? Dia kata, “lima tahun”. Saya kata, “saya bagi setahun”, makna kita nak projek ni cepat, “hangpa pi buat setahun”. TNB kata, “setahun susah lah, nak kena buat pengambilan tanah, nak kena pasang apa nama, rentis nu, kut atas nu”. Alhamdulillah, kita tubuh task force di PTG, buat pengambilan, tanah kerajaan kita bagi masuk dulu. Semua yang kita boleh buat, kita bantu, kita tolong, dua tahun setengah. Alhamdulillah, dah boleh masuk eletrik di KRC. Hat tu State boleh buat. Urusan pelabur urusan NCIA. Alhamdulillah, 18 haribulan ni, pukul 10:58, saya dipanggil pecah tanah kemasukan pelabur yang pertama daripada China. Pasal apa 10:58? Saya kata, “tak boleh tarikh lain?” Dia kata, “dak, dia panggil bomoh dia, Feng Shui”. Feng Shui dah kata tempat tu kena 10:58 juga. Saya kata “saya tak dak, pi Sabah, cuba panggil bomoh lain pulak, kut kut boleh ubah tarikh”. Sekarang ni dah ada pelaburan RM2.6 bilion masuk di fasa 1, untuk fasa 2 NCIA maklum depa nak buat aktiviti lain dulu. Tuan-tuan boleh pi tengoklah, walaupun projek tu orang lain punya, tapi kesan negatifnya mai kat saya, saya tanggung, saya hadap. Saya senyum saja, supaya semua benda-benda buruk tu mai kat saya dan benda-benda elok boleh berjalan di belakang, Alhamdulillah, kita sedia untuk hadapi semua itu. Tak pa, biaq pi lah depa nak kata, tapi hari ni saya nak buat penjelasan, KRC, Alhamdulillah 18 November 2025, selepas beberapa tahun akan dibuat majlis pecah tanah untuk kemasukan pelabur yang pertama. Widad jawab dah. Pelabuhan Sanglang, yang ni pun cyber trooper main juga. Pelabuhan Sanglang bukan projek Kerajaan Negeri, dan bukan projek Sanusi, projek ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri di Yan, tahun 2022.

Projek ni pelaburan MMC Corporation, nak buat di Yan tu la, termasuk lah Sanglang tu. Kita bila dipanggil masuk dalam majlis tu, kita pi saja dan kita umumlah juga bila bercakap, dah YAB Perdana Menteri dah cakap dah, takkan kita tak boleh cakap? Cakap ada Pelabuhan Sanglang. Komponennya selain daripada pelabuhan, depa ni juga akan buat landbridge, untuk menghubungkan Sanglang dengan Songkhla, di sebelah Teluk Siam, bukan Teluk Thailand ni YB. Jitra, Teluk Siam, landbridge tu. Projek ni MMC punya, bukan State punya. Saya pun hairan juga pasai apa dipanggil kegagalan saya, pada hal projek tu swasta punya. Alhamdulillah, oleh kerana hangpa duk kata sangat, pegawai-pegawai pun tolong saya juga. Pihak MoT telah membuat lawatan tapak dan mesyuarat perbincangan cadangan projek pada 24 September 2025 di Alor Setar. Susulan itu, pihak penggerak projek MMC Corp. Sedang menyediakan kertas cadangan dan kajian terperinci untuk dikemukakan kepada pihak MoT pada hujung November 2025 sebelum diangkat untuk kelulusan Jemaah Menteri. Itu kedudukan projek Sanglang, haa.. tak boleh cerita semua, nanti depa pi… penyakit, depa salin kulit haa, masalah ni, kita baik, depa jahat, jadi lagu tu (sambil ketawa). Baik sangat pun tak boleh juga rupanya, tak boleh ikhlas sangat, kena simpan juga sikit, tapi saya simpan banyak juga la. Banyak dah YB. -YB. lain sebut, YB. Kota Siputeh, insya-Allah, akan diusahakan.

YB. Bandar Baharu, untuk hospital Bandar Baharu, saya ingin tegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri berpandangan pembinaan hospital Bandar Baharu mesti disegerakan. Paling koman ada hospital bersalin. Untuk siapa nak bersalin dulu, Bandar Baharu sila uruskan (sambil ketawa). Pasal dia masalah 02 dengan 08 eh…07! Bila kita ada program-program bantuan ka, iBAKIPT ka apa, kita tengok anak Kedah, tapi dia mohon 07, tak dapatlah, naya dia lah. Diharap penganiayaan tu dapat dihentikan lah. Binalah hospital, kita bertegas lah untuk, pasal hospital. Ini tanggungjawab Persekutuan, kesihatan. Jadi, kita harap mereka ambil perhatian lah kepada pembinaan hospital seperti mana mereka mengambil perhatian kepada pengambilan balik Pulau Pinang. Hat Pulau Pinang depa aktif pulak noh, tak berhenti tiga hari dah (sambil ketawa). Bahas pasal Kedah dengan Pulau Pinang ni. Kita minta hospital, duk diam saja.

Ini jawapan kepada rakan-rakan yang bercakap di medsos (media sosial), cakap di platform lain-lain lah, berkenaan dengan bajet kita. Bajet ni bajet yang terbaik lah pada saya, sepanjang kita jadi kerajaan ni. Saya habaq kata kita tak merapu, dan kita tak boleh merapu bila jadi kerajaan, kena cermat, hati-hati. Akibat daripada tidak berhati-hati, kita sekarang menanggung beban, saya menanggung beban, Projek Kedah International Resort City di Tupah, lulus tahun 1995, mahkamah putus kerajaan kena bayar kepada rakan kerjasama tu. Asal dia tuntut RM50 juta, turun RM30 juta. Pi mahkamah, ding dong, ding dong, ding dong, akhirnya kena bayar.

Kita bagi siling kepada SFO, “hang pi runding”, masa tu SFO lain lah. Daripada RM30 juta, sekarang kita tanggung tuntutan tu RM18 juta, kena bayar. Projek daripada tahun 1995, saya tak payah sebutlah MB pada masa tu, kemudian ganti MB hat nama sama dengan saya, lepas tu ganti MB hat ada Pak Tuan ni. Ada orang nama macam ni, dia panggil diri dia Pak Tuan (sambil ketawa)…buat malu Syed saja. Kalau kita ustaz kita tok guru kan nah, kita tak bahasa diri kita tok guru, itu orang panggil kat kita, kita tak bahasa diri kita tok guru, sama dengan Pak Tuan ni, panggilan orang kepada orang yang berketurunan Syed ni Pak Tuan, ni dia panggil diri dia sendiri Pak Tuan. Saya pun tak taulah, nak kata malu, nak gelak ka nak menangis, saya tak tau. Saya pun tak paham, ada juga orang lagu tu pun. Esok bunyi dalam TikTok pulak la tu. Saya nak tegur saja, sebab tak patut buat gutu kan noh. Haa… orang hormat kita lah orang panggil Pak Tuan, takkan kita bahasa diri kita Pak Tuan juga. Dunia ni macam-macam orang ada, macam tu pun ada.

Tahun 2022, satu penghakiman persetujuan direkodkan di Mahkamah Tinggi, Kerajaan Negeri perlu bayar ganti rugi RM22 juta, Projek Kedah International Resort City. Tu saya kata merapu. Dah zaman tu, zaman hat ada orang nyanyi hoy ya hoy! Depa ni lah. Lepas tu pakat sekali buat kerajaan, tak sebut dah hoy ya hoy! Sebab tu saya kata, orang ni bina naratif, bina optik, bina persepsi, kawan tu jahanam, rebah, dia angkat duk dengan dia.

Kami tolong hang, kami lindungi kesalahan hang, hang duk dengan kami saja, jadilah Kerajaan Persekutuan sekarang ni. Kerajaan ni dibina atas tu, haaa…ni pun tak sedar diri lagi. Ada orang duk tebang kayu, kayu tu terbalik, kayu tu juga jadi hulu kapak tebang kayu lain pulak, la la ni duk jadi dah. Hat duk cakap pandai tu la, bukan sedar diri tu. La kita pun boleh ungkit, depa duk mai jumpa kita dulu masa kawan dalam Muafakat Nasional (MN), minta macam-macam. Projek tu, projek ni, satu orang mai sepuluh lesen, budaya lama, saya kata tak dak! Tak dak! Masa ni tak dak dah, semua cabut undi. Ada juga mai rayu “Bang Nusi Bang Nusi”, la ni hentam kita kot TikTok. Hang pi tanya dia, “hang dapat berapa?” Saya pun kesian juga, takut tak boleh makan, anak bini nak lari ka apa. Hang pi jumpa orang tu kut ada, saya tak tahu dapat ka dak. Tapi budaya tu masih ada dan depa tu nak balik masuk dalam kerajaan amalkan budaya yang sama. Tidak akan dibenarkan lagi!

Saya tau benda tu sedang berlangsung di peringkat Persekutuan pun, dalam WhatsApp, group WhatsApp pun sembang lagi tajuk tu, projek tu projek ni, komisen sekian, komisen sekian, tak malu! PMX keriyau habih keluaq rengkung dah, sakau! Sakau! Duk sebelah dia duk sakau. Bersyarah ‘rata-riti’, keluar anak tekak ni, nak menentang rasuah, nak menentang komisen, hurmm serupa saja. Di Kedah, benda tu takkan terjadi. Kita nak semua projek-projek penting ni, projek kecil apa pun, cabut undi! Dapat, dapat, tak dapat sudah!

Reserve negeri nak banding, yang saya sebut tadi tu. Reserve negeri tahun 2024; RM402 juta; 2023, RM474 juta; 2022, RM475 juta; 2021, RM497 juta. Tahun 2020 saya masuk separuh jalan hujung tahun, reserve negeri RM357 juta. Semua angka sebelum tu saya ada rekod sampai 2003, semua angka sebelum 2020 tak pernah cecah RM400 juta lagi, tak pernah. Kalau nak baca panjanglah: 2019, selepas dapat RM200 juta, Tun Mahathir bagi kat Kedah, RM320 juta. 2018 ni PH (Pakatan Harapan) jadi kerajaan, reserve negeri RM74 juta, tinggai RM70 saja, sembang pandai oo. 2017, RM153.9 juta; RM153 juta. Ni catit elok-elok, masuk TikTok (sambil ketawa). Nak buat podcast malam ni sembang apa kan noh? Haa.. Ambik angka ni. Saya tak cakap, bercakap pun sat lagi hangpa kata duk mengungkit pulak, Tak ungkit hangpa kata kita tak reti. 2016, zaman Pak Tuan tu, jadi pegawai khas tu; 2016, 2015 zaman nilah pi hutang Federal RM200 juta bayar gaji. Dia duk kutuk kita tak reti mentadbir negeri. Zaman dia, duit tinggal RM70 juta, 2016, 2015, RM43 juta; 2014, RM148 juta; 2013, RM208 juta; 2012, RM169 juta; 2011, RM252 juta; 2010, RM328 juta, zaman Ustaz Azizan ni, naiklah lepas daripada tiga. 2009, RM265 juta; 2008, RM252 juta; 2007, RM321 juta; 2006, zaman Pengerusi KEDA RM291 juta; 2005, RM226 juta; 2004, RM179 juta; 2003, RM159 juta. Rata-rata di bawah RM200 juta, reserve negeri. Zaman saya ni saja, zaman, hat tok lebai hangpa kata tak reti ni semua, duit ada RM402 juta. Agak-agak masuk TikTok dak ni?

Pukul berapa kita nak berhenti, YB. Tuan Speaker? Oh! Pukul 3.00 dah, baru sejam, depa suruh 2 jam. Saya harap isu MBAS, cukai PBT semua ni dapat diselesaikan dengan baik, prosesnya berjalan ikut undang-undang. Finance juga ikut undang-undang. Saya dapat maklumat tambahan daripada PBT Kulim. Macam-macam orang habaq noh, dia bukan asal rumah itu dah di Alor Setar ni pun masa kena dua tiga ratus dulu, rumah tu dah berubah bentuk, dah ditambah begitu luas, main building tambah, kiri kanan tambah. Bila tambah tu, nilai dia bertambah, sebab tu cukai dia meningkat, nilaian semasa. Lepas tu rumah jadi premis perniagaan, tentulah kerana aktiviti berubah, cukai berubah juga. Saya harap benda ni difahami dengan baik. Jangan makan bengkang masa ada api atas tu. Tunggu masak dulu. Masa tu makanlah, sedap masa tu. Makan bara api tu jenuhlah melecuplah mulut cek ooi..

Tuan-tuan sekalian, saya rasa saya telah menjawab persoalan-soalan yang berbangkit di dalam belanjawan kali ini. Saya harap perbahasan kita nanti ataupun selepas daripada ini sentiasa mengekalkan adab sopan. Bahasa Kedah ni dengar ‘kasaq’, tapi ada dengar kasaq dan memang kasaq. Ada dengar kasaq tapi lembut. Itu seni berbahasa.

Bila saya tanya YB. Kota Darul Aman dalam pembentangan bajet, bila? Bukan saya suruh YB. Kota Darul Aman bangun jawab. Dak! Sebab saya tau tak dak jawapan sebab belum lulus. Bila saya kata “bila saya lulus?” Dia ulas kata, saya tak reti peraturan Dewan kerana suruh dia jawab masa tu. Saya bukan suruh jawab. Dalam seni berbahasa, bahasa Melayu ka, bahasa Arab ka, bahasa apa pun lah, ada ilmu bahasa dipanggil “mantik” dalam bahasa Melayu dipanggil logik. Ilmu mantik ni adalah ilmu berbahasa untuk meluruskan nalar pemikiran kita, supaya kita dapat berfikiran dengan fakta yang betul, cara yang betul, dipanggil ilmu logik.

Bila YB. Kota Darul Aman kata saya sudah lulus kenaikan cukai, benda itu tak logik sebab belum berlaku. Jadi, untuk meluruskan nalar tu, saya tanya soalan, “bila saya lulus?” Bukan saya suruh YB. jawab. Kalau YB. bangkit nak jawab pun saya suruh duduk, sebab YB. tak ada jawapan, sebab belum lulus. Itu dia panggil logik. Bahasa Arab panggil mantik. Ada pecahan lagi pada mantik tu, pengajian bahasa. Ada lagi balaghah, balaghah ini sindiran, kiasan, buat metafora supaya dapat difahami dengan mudah. Dalam perbahasan kita, menguasai teknik penyampaian dengan ilmu-ilmu bahasa ni penting supaya kita tidak tersalah istilah. Sebab itu kita kata “syok sendiri”, sebenarnya saya tau itu salah istilah saja. Tapi oleh kerana kita tak faham sangat, kita pun hentam pakai, maka ia melukakan orang.

Saya harap ucapan saya hari ini tidak melukakan YB-YB semua, Ahli-Ahli Dewan yang lain juga. Saya harap bahasa saya masih terkawal walaupun ada marah juga.

Speaker

YB. Kuala Ketil bangun YAB. Jeneri.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Dato’ Seri, minta mencelah sat boleh na? Sebelum landing, saya pun hendak respon daripada apa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri maklum tadi pasal isu Sabah itu, tentang ucapan saya semalam tu. Bila saya fikir-fikir balik, sebenarnya saya pun tidak berniat untuk menghina rakyat Sabah. Kita hanya berbahas tentang apa yang diceramahkan di Sabah mengenai Kedah ini, kita buat perbandingan tersebut.

Jadi, saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya mohon maaf atas ucapan saya semalam, dan saya tarik baliklah dengan niat jujur dan ikhlas, menaraik balik apa yang telah saya sampaikan semalam jika ianya menyinggung hati rakyat Sabah. Sekian, terima kasih.

YB. Tuan Speaker!

Speaker

YB. Kota Siputeh.

Habis semua pakat minta maaf, ‘chek’ kena minta maaf jugalah noh. Tapi chek pun sebenarnya dah minta maaf dah dekat orang Perlis, dekat TikTok hari ini kita pun dah up kan, pasal depa salah faham juga. Habis viral, habis dah. Ayat chek semalam kata Kota Siputeh kata, “orang Perlis ambil duit orang Kedah”. Kita cakap tu, hat tu nak kena belajar mantik lagi lah dan juga balaghah tu kan daripada Yang Amat Berhormat Jeneri. Tapi, kita memohon maaflah andai kata ada khilaf, salah faham. Sebenarnya kita memang bercakap dalam konteks Negeri Kedah, dalam konteks Kota Siputeh mohon ada pembangunan, mohon ada kemajuan, itu saja. Minta maaf. Terima kasih Yang Amat Berhormat Jeneri bagi teguran juga kepada kami. Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Kuala Ketil dan juga YB. Kota Siputeh. Orang-orang yang berjiwa besar sahaja boleh minta maaf ni. Ada orang banyak buat salah, sekali pun tak pernah minta maaf, sampai kena saman, kena bayar pun tak minta maaf. Nak kena saman sekali lagi rasanya (sambil ketawa).

Oh! Ini ada maklumat, tadi saya lupa baca. Tebatan Banjir, Sungai Anak Bukit, Sungai Kedah, ni YB. Anak Bukit duk kacau saya tadi. Jalan sementara tu ‘cunggit’ kan noh, kereta rosak. Dia paksa saya pi melawat, saya pun pi lah. Pi melawat dah la. Sekarang kontraktor dah tukar dua kali, EoT kali yang kelima.

Klinik di Padang Serai, Kerajaan Persekutuan, projek Persekutuan, terminate kontraktor, projek sakit. Mahkamah Sik dan SMK Haji Wahab di Alor Setar ni sedang sakit, projek tak siap. Ada banyak lagi. Projek di Pulau Pinang, ada EoT sampai 10 kali, loji kumbahan, ada. Jadi, bila proses membenarkan atas pertimbangan consultant, agensi yang terbabit, jabatan teknikal yang menguruskan projek itu, kontraktor ada masalah, kontraktor pun takkan dia nak cari masalah.

Masa dia masuk tender, dia letak harga, dengan anggapan dia tak menghadapi masalah. Tapi bila dia buat, dia berdepan masalah, dia mohonlah. “Saya gagal siap kerana ada masalah ni, masalah ni.” Konsultan akan timbang, jawatankuasa teknikal akan timbang, diberilah EOT, tambah masa. Itu proses dia.

YB. Sidam nak kata apa?

Sikit lah… okay na? Baik, terima kasih.

Speaker

Silakan!

Untuk pengetahuan semua lah, dulu masa saya sekolah, saya tak buat kerja sekolah. Cikgu marah kat saya, saya kata, “bukan saya cikgu, dia pun tak buat!” Cikgu marah saya juga. Jadi, maknanya macam nilah, kita yang bermasalah, janganlah kita banding dengan masalah orang lain. Maksud saya begitu. “Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Masalah yang saya hadapi ini, duk sana salahkan saya, padahal sana pun buat. Yang YB. Sidam kata tadi itulah! Jadi, kalau dah YB. Sidam tak buat kerja sekolah, janganlah duk tunjuk kat orang (sambil ketawa). YB. Sidam pun tak buat. Klinik tak siap, tebatan banjir tak siap, kumbahan tak siap, lepas tu kata kat saya tak siap. Tulah YB. Sidam kata tadi tu, saya balikkan kepada YB. Sidam, untuk bawa balik sat lagi. Ini pun seni juga tau, seni. Itu dipanggil ‘kepak’, ‘kepak, patah, ruyup, buang’ (sambil ketawa). Dia yang buat kerja tu, dia kata kita. “Hang kata hang terer”. Itu bahasa Kedah juga. Kamu kata kamu pandai, tapi kenapa kamu jadi macam tu?” Haa… bahasa Melayunya macam tu. Bahasa Kedah, “hang kata hang terer. Itu cara berbahasalah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya harap perbahasan kita ni memberi manfaat yang banyak, belajar sesuatu daripada bajet kali ini. Saya nampak pembangkang makin garang, Alhamdulillah terima kasih dan jangan fikir kami akan berasa takut (sambil ketawa). Dalam bahasa Kedah, “aku tak hairanlah!” Lagu tu, dalam bahasa Kedah. Tapi dalam bahasa suratnya, “kita tidak akan gentar kepada sebarang usaha-usaha untuk split kerana orang yang benar, kami yakin kebenaran akan tetap terserlah di hujung jalan ini, Allah akan bantu kita”.

Walaupun seluruh manusia berhimpun untuk mendatangkan mudarat kepada kita, selagi Allah tak izinkan, ia tidak akan terjadi. Sama juga kalau berhimpun seluruh manusia atas muka bumi, mendatangkan manfaat, tapi Allah tak izin, pun tidak akan terjadi. Selepas semua ikhtiar, semua usaha telah dilakukan, sudah berhati-hati, sudah ambil tindakan yang paling wajar dan paling betul, tak ada merapu dah, hujung sekali, serah kepada Tuhan. “Ya Allah, takdirkanlah apa yang terbaik untuk kami.” Jadi, kita doa macam tulah. Di negeri kita ini pun, saya harap isu dengan… Isu Pulau Pinang ini depa kata saya cabar Perlembagaan. Saya bukan mencabar Perlembagaan. Mula-mula saya cakap, depa kata bawa pergi mahkamah. Mula-mula dulu, “Woi! Apa bising-bising, cakap apa… cakap banyak apa, pi mahkamah!” Sekarang saya maklumkan dalam ucapan saya, proses untuk bawa ke mahkamah, depa marah juga!

Saya kata, “hangpa ni mau apa? Kalau bahasa Kedah, “hangpa lapaq apa?” Tapi dalam bahasa surat, “apa sebenarnya yang kamu mahu?” (sambil ketawa) Saya apa pun saya mau, kalau bab tu. Pergilah mana pun, lawan dengan siapa pun, saya tidak akan berundur lagi! Saya adalah anak-cucu kepada pejuang negeri ini. Saya yakin pada satu ketika, ketika kerajaan kepimpinan kita lemah, diserang, dicengkam, dilanyak, dibunuh oleh kuasa-kuasa besar, di hati kecil dia, walaupun dia sedang bernaung, berlindung dalam satu kapal kecil, di Sungai Merbok, berlindung di situ tetapi masih memegang kuasa pemerintahan negeri ini, tak lepas juga. Pegang kuat!

Tetapi di hati kecil, dia tentulah mengharapkan pada suatu hari nanti, “anak-cucu aku akan bangkit untuk tuntut kembali apa yang telah pun hilang.” Dan kami lah anak-cucu itu. Kami tidak gentar, kami tidak takut. Perjuangan ini akan diteruskan sampai kebenaran muncul, sama ada kami menang atau kami mati. Sampai ‘tera’ tu kalau bab itu. Jadi jangan duk ‘gempaq’ saya, jangan duk usik pi apa, cabar gabenor lah, cabar Perlembagaan, apa lah, apa pun saya mau, kalau bab apa yang telah kita hilang, kita nak dapat balik.

Sekian YB. Tuan Speaker, penggulungan saya. Terima kasih. Assalamualaikum.

Speaker

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabaratuh. Terima kasih Yang Amat Berhormat Jeneri.

Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

Meluluskan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2026 diperingkat Jawatankuasa.

Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2026Bill

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang perlu diputuskan sekarang ialah suatu cadangan supaya Rang Undang-Undang yang berbunyi “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan-perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud tertentu”. Ini dibacakan bagi kali yang kedua.

Speaker

Sekarang Dewan Bersidang sebagai Jawatankuasa

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Dipersilakan Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

-FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

-FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini

Setiausaha Dewan

-JADUAL

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM18,037,300.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM18,037,300.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.01 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.02 - Pejabat Dewan Undangan Negeri Dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM32,398,130.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!

[Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM32,398,130.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.02 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.03 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM1,187,300.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM1,187,300.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.03 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B. 04 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM52,224,900.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM52,224,900.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.04 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.05 – Pelbagai Perkhidmatan. Wang sejumlah RM152,857,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM152,857,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.05 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.06 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM105,251,230.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM105,251,230.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.06 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.07 – Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun. Wang sejumlah RM91,494,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM91,494,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.07 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.09 - Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM66,137,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM66,137,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.09 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.11 – Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM16,875,050.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM16,875,050.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.11 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.12 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM9,529,440.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM9,529,440.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.12 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.13 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM50,309,630.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM50,309,630.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.13 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.14 - Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM4,524,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM4,524,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.14 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.15 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM35,936,250.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM35,936,250.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.15 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.16 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM69,819,740.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM69,819,740.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.16 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.17 - Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM3,313,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM3,313,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.17 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.18 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM11,719,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM11,719,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.18 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.19 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM2,028,900.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM2,028,900.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.19 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.23 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM22,810,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM22,810,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.23 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.25 - Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM14,179,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM14,179,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.25 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.26 - Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu. Wang sejumlah RM4,658,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM4,658,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.26 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM4,658,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.26 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.27 - Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi. Wang sejumlah RM7,076,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM7,076,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.27 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.28 - Pejabat Daerah Dan Tanah Yan. Wang sejumlah RM5,064,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM5,064,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.28 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.29 - Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap. Wang sejumlah RM6,790,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM6,790,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.29 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.30 - Pejabat Daerah Dan Tanah Sik. Wang sejumlah RM5,552,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM5,552,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.30 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.31 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang. Wang sejumlah RM6,904,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM6,904,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.31 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.32 – Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena. Wang sejumlah RM5,949,750.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM5,949,750.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.32 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.37 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kota Setar. Wang sejumlah RM10,999,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM10,999,200.00 untuk maksud Perbelanjaan B.37 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.38 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda. Wang sejumlah RM10,446,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM10,446,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.38 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.39 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim. Wang sejumlah RM8,165,940.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM8,165,940.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.39 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.40 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kubang Pasu. Wang sejumlah RM10,586,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM10,586,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.40 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.41 - Pejabat Daerah Dan Tanah Baling. Wang sejumlah RM6,847,020.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM6,847,020.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.41 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.51 - Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan. Wang sejumlah RM10.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM10.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.51 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud perbelanjaan B.52 - Badan Berkanun Negeri. Wang sejumlah RM10.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Wang sejumlah RM10.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.52 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual. Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbang oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan. Silakan Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbelanjaan Negeri 2026 dan hendaklah mula berkuatkuasa mulai daripada 1 Januari 2026. Maka inilah dibenar mengeluarkan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Lapan Ratus Empat Puluh Sembilan Juta Enam Ratus Tujuh Puluh Empat Ribu Lima Ratus Sahaja (RM849,674,500.00) daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi pelbagai perkhidmatan bagi tahun 2026. Wang yang tersebut itu diuntukkan bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalam Jadual Rang Undang-Undang ini. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali Ketiga.

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2026.

IV. Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2026Motion

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, saya pohon mencadangkan Usul mengenai Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2026 seperti berikut: -

“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 12 Tahun 2025 dan bahawa menurut Subseksyen (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Empat Juta Empat Ratus Tiga Puluh Sembilan Ribu sahaja (RM244,439,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. Silakan Tuan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 sebanyak RM51,100,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

(Tiada Perbahasan)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM51,100,000.00 dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui )

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM51,100,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah sebanyak RM95,000,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

(Tiada perbahasan)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah sebanyak RM95,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui )

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah RM95,000,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah sebanyak RM49,904,500.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

[Tiada perbahasan]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah sebanyak RM49,904,500.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui )

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah RM49,904,500.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah sebanyak RM6,425,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

(Tiada Perbahasan)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah sebanyak RM6,425,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui )

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah RM6,425,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah sebanyak RM6,335,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

(Tiada perbahasan)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah sebanyak RM6,335,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui )

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah RM6,335,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah sebanyak RM15,390,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

(Tiada perbahasan)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah sebanyak RM15,390,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah RM15,390,000.00 diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah sebanyak RM682,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

(Tiada perbahasan )

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah sebanyak RM682,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui )

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah RM682,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah sebanyak RM6,032,500.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

(Tiada perbahasan)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah sebanyak RM6,032,500.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah RM6,032,500.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.24 berjumlah sebanyak RM12,870,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

(Tiada perbahasan)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.24 berjumlah sebanyak RM12,870,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui )

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.24 berjumlah RM12,870,000.00 itu diluluskan.

Setiausaha Dewan

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah sebanyak RM700,000.00 itu patut dibenarkan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

PERBAHASAN

(Tiada perbahasan)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah sebanyak RM700,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah RM700,000.00 itu diluluskan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan bahawa ketetapan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa ini patutlah dinyatakan dengan serta merta kepada Dewan. YB. TUAN PENGERUSI Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya. Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon menyatakan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah menimbang dan membuat ketetapan iaitu cadangancadangan yang terkandung di dalamnya patut dibenarkan tanpa apa-apa pindaan. Oleh itu sekarang saya mencadangkan:-

“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 12 Tahun 2025 dan bahawa menurut Subseksyen (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Empat Juta Empat Ratus Tiga Puluh Sembilan Ribu sahaja (RM244,439,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Usul yang berbunyi: -

“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 12 Tahun 2025 dan bahawa menurut Subseksyen (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Empat Juta Empat Ratus Tiga Puluh Sembilan Ribu sahaja (RM244,439,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Negeri Tahun 2026.

Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Negeri Tahun 2026Motion

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan Usul yang Kedua mengenai Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Negeri seperti berikut:- “Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 13 Tahun 2025 dan bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 57 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Empat Juta Lapan Ratus Ribu Sahaja [RM4,800,000.00] yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksudmaksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu Usul yang berbunyi :-“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 13 Tahun 2025 dan bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 57 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Empat Juta Lapan Ratus Ribu Sahaja [RM4,800,000.00] yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksudmaksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Tahun 2026.

VI. Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Tahun 2026Motion

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan Usul mengenai Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Tahun 2026 seperti berikut: -

“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Enakmen Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman 1971, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil.14 Tahun 2025 dan bahawa menurut Subseksyen (2) Seksyen (4) Enakmen tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Dua Juta Satu Ratus Tujuh Puluh Sembilan Ribu Sahaja (RM242,179,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu

Speaker

Perbahasan secara dasar mengenai Usul ini juga telah pun disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ketika membahaskan Enakmen Perbelanjaan Negeri Tahun 2026. Oleh itu, sekarang saya akan teruskan kepada usul ini seterusnya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah Usul yang berbunyi:-

“Bahawa menurut Subseksyen (1) Seksyen 4 Enakmen Kumpulan Wang Pembangunan Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman 1971, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 14 Tahun 2025 dan bahawa menurut Subseksyen (2) Seksyen (4) Enakmen tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Dua Juta Satu Ratus Tujuh Puluh Sembilan Ribu Sahaja (RM242,179,000.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

Speaker

Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025. Bacaan Kali Pertama, Kedua dan Ketiga.

Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025. Bacaan Kali Pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk membentangkannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

[Bacaan Kali Pertama] Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan Rang Undang-Undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 23 Oktober 2025 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008” [Enakmen No.9 Tahun 2008].

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008” [Enakmen No.9 Tahun 2008]. Bacaan kali Kedua.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan Rang Undang-Undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, sebelum saya meneruskan urusan ini, ingin saya bawa usul dulu. Boleh usul ini dulu?

Speaker

Silakan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, saya pohon untuk mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(b) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah supaya Sidang Dewan pada petang ini diteruskan sehingga selesai urusan mesyuarat yang ditetapkan pada hari ini.

YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

YAB. Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar. Sekian, terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

[Bacaan Kali Kedua] Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua di dalam Persidangan Dewan ini juga.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua dan dengan ini sukacita saya memberi sedikit penjelasan mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025 seperti berikut :-Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No 9 Tahun 2008] adalah suatu enakmen yang memperuntukkan berhubung pentadbiran undang-undang Islam, penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Enakmen ini telah digubal dan berkuat kuasa sejak tahun 2008. Setelah dikaji didapati beberapa peruntukan sedia ada perlu dipinda agar selaras dengan peredaran di mana dan perubahan masa kini. Berikut adalah pindaan-pindaan yang dibuat melibatkan peruntukan yang berhubungan dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pendakwa Syarie, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie, Baitulmal, Wakaf; Pengurusan Mal, Pungutan Khairat, Istitabah dan pindaan-pindan lain. Pindaan ini di buat dengan meminda peruntukan sedia ada samada dengan meMoTong atau meminda atau memasukkan apa-apa peruntukan. Pindaan- pindaan tersebut adalah seperti berikut: 1. Pindaan Am yang terdapat dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen No 9 Tahun 2008] (Enakmen ibu) dipinda dengan menggantikan perkataan Baitulmal di mana-mana jua terdapat dengan perkataan Kumpulan Wang Majlis.

2. Seksyen 2 (Tafsiran), Enakmen ibu dipinda dengan

i. Tafsiran sedia ada dengan pindaan adalah wakaf, wakaf ‘am dan wakaf khas; dan ii. Tafsiran baharu adalah harta, istitabah, Kumpulan Wang Majlis, marad-almaut, mawquf, mawquf a’laih,Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dan waqif. 3. Seksyen 5 (Identiti di sisi undang-undang dan fungsi Majlis), Enakmen ibu dipinda pada subseksyen 5(5) dengan menggantikan perkataan atau mana-mana Enakmen lain dengan perkataan atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

4. Seksyen 7 (Kewajipan Majlis tentang kemajuan ekonomi dan sosial orang Islam), Enakmen ibu dipinda pada subseksyen 7(2) dengan menggantikan perenggan (g) dengan perenggan berikut (g) untuk menubuhkan, menyenggarakan dan menguruskan rumah kebajikan, tempat perlindungan dan pusat pemulihan; dan 5. Seksyen 9 (Kuasa untuk menubuh syarikat), menggantikan rujukan Akta Syarikat dalam Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan perkataan Akta Syarikat 165 [Akta 125] dengan perkataan Akta Syarikat 2016 [Akta 777]. 6. Seksyen 11 (Keanggotaan Majlis), Enakmen ibu dipinda i. Perenggan (c) dengan menggantikan subperenggan (iv) dengan subperenggan berikut (iv) Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman; dan ii. Dengan memasukkan selepas subseksyen (4) dengan subseksyen baharu yang berikut (4A) Anggota yang disebut dalam subperenggan (1)(c)(iv) hendaklah mematuhi dan melaksanakan segala dasar dan ketetapan Majlis. Anggota di bawah perenggan (1)(c)(iv) adalah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) yang bukan lagi Setiausaha Majlis, namun bertanggungjawab dalam menjalankan segala dasar dan ketetapan Majlis.

7. Seksyen 13 (Pembatalan pelantikan), Enakmen ibu dipinda dengan memperincikan status bankrap dengan menggantikan perenggan (e) dia menjadi bankrap yang belum dilepaskan. 8. Seksyen 15 (Yang Dipertua), Enakmen ibu dipinda dalam subseksyen (1), dengan meMoTong perkataan dan Timbalan Yang Dipertua Majlis dan juga meMoTong subseksyen (2).

9. Mewujudkan seksyen baharu, 15A Timbalan Yang Dipertua dan 15B Penjalanan sementara fungsi Timbalan Yang Dipertua. Ini kerana seksyen 15A dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan, peranan dan kawalan Timbalan Yang Dipertua ke atas pegawai dan pekhidmat yang dilantik Majlis. Manakala seksyen 15B pula dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan penjalanan sementara fungsi Timbalan Yang Dipertua dalam beberapa keadaan. 10. Seksyen 16 (Setiausaha), Enakmen ibu dipinda seksyen 16 dengan subseksyen baharu dan meminda subseksyen (4) iaitu Timbalan Yang Dipertua dengan persetujuan Yang Dipertua boleh melantik mana-mana orang untuk menjalankan tugas Setiausaha dalam tempoh masa ketiadaan atau keuzurannya. Pindaan ini berkaitan dengan pelantikan, tugas dan peranan Setiausaha Majlis serta pembayaran elaun atau keistimewaan lain. 11. Seksyen 23 (Aturan urusan mesyuarat), Enakmen ibu dipinda dengan meMoTong subseksyen 3. Subseksyen ini dipotong dan dimasukkan dalam seksyen baharu 23A. 12. Mewujudkan seksyen baharu 23A Keputusan mesyuarat. Seksyen ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara dalam mesyuarat (sama ada secara bermesyuarat atau tanpa mesyuarat) dan keputusan mesyuarat. 13. Seksyen 26 (Tindakan dalam hal yang perlu disegerakan), Enakmen ibu dipinda melibatkan subseksyen (1) boleh dilakukan secara edaran. Pindaan subseksyen (2) mengenai tempoh bertujuan untuk mengesahkan tindakan dan perkara yang dilakukan tujuh hari selepas mesyuarat kepada disahkan dalam mesyuarat MAIK yang akan datang. 14. Seksyen 29 (Pelantikan pegawai dan pekhidmat Majlis), Enakmen ibu dengan memasukkan perkataan baharu atau mengambil kerja selepas perkataan melantik.

15. Seksyen 31 (Jawatankuasa tatatertib), Enakmen ibu dipinda dalam perenggan 31(2)(a) dengan menggantikan perkataan Timbalan Yang Dipertua dengan perkataan mana-mana anggota Majlis selain Timbalan Yang Dipertua. 16. Seksyen 33 (Lembaga Rayuan Tatatertib), Enakmen ibu dipinda dalam perenggan 33(1)(a) dengan menggantikan perkataan Yang Dipertua dengan perkataan Timbalan Yang Dipertua.

17. Seksyen 44 (Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie), Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan nota bahu yang baharu iaitu Ketua Pendakwa Syarie, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie, menggantikan subseksyen (1) dan subseksyen (3) dan memasukkan subseksyen baharu iaitu 1A, 3A dan 3B dan meMoTong subseksyen (4) dan (5). Ini sejajar dengan pengasingan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman. 18. Seksyen 46 (Peguam Syarie) Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan subseksyen baharu 3A selepas subseksyen 3 dengan subseksyen berikut 3A Walau pun subseksyen (1) dan (3), pegawai dan pekhidmat Majlis yang diberi kuasa oleh Majlis boleh mewakili Majlis dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah. 19. Pindaan Tajuk Bahagian IV bagi menggantikan tajuk perkataan Baitulmal kepada perkataan Kumpulan Wang Majlis dan melibatkan pindaan seksyen 47 (Penubuhan Baitulmal), Enakmen ibu menggantikan subseksyen (2) bagi mengadakan peruntukan yang terperinci berkaitan semua wang atau harta di bawah Kumpulan Wang Majlis.

20. Seksyen 48 (Anggaran pendapatan dan belanjawan), Enakmen ibu dipinda dalam subseksyen (5) menggantikan perkataan Yang Dipertua di mana- mana jua terdapat dengan perkataan Timbalan Yang Dipertua dan memasukkan subseksyen baharu iaitu (6), (7) dan (8). Pelantikan Timbalan Yang Dipertua bertindak sebagai Pegawai Pengawal dan Ketua Pegawai Perakaunan. 21. Seksyen 49 (Perbelanjaan Majlis), Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 49 dengan seksyen baharu bagi tujuan memperincikan peruntukan yang boleh digunakan dalam perbelanjaan oleh Majlis bagi maksud (a)(i). 22. Seksyen 50 (Akaun bank), Enakmen ibu dipinda subseksyen (1) dengan Majlis boleh melantik mana-mana bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] dan boleh mengendalikan apa-apa akaun yang difikirkan patut dan menggantikan subseksyen (4) dengan Tatacara bagi pengeluaran wang daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis. 23. Mewujudkan bahagian baharu IVA dengan menggantikan subtajuk Wakaf, Nazr dan Amanah kepada subtajuk Wakaf selepas seksyen 51, Enakmen ibu. Bahagian ini berkaitan dengan peruntukan wakaf bagi memantapkan kuasa Majlis sebagai pemegang amanah tunggal dalam pengurusan wakaf di Negeri Kedah Darul Aman.

24. Seksyen 52 (Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah), Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan nota bahu kepada Majlis menjadi pemegang amanah Tunggal wakaf dan memasukkan subseksyen (1) dan (2) atas tujuan memperuntukkan tiap-tiap wakaf hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen kecuali Mawquf yang berada di luar negeri Kedah. 25. Seksyen 53 (Perletakan harta wakaf, nazr dan amanah pada Majlis), Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu berikut Peletakhak Mawquf dan memasukkan subseksyen baharu (2) bagi tujuan untuk meluaskan kuasa Majlis tertakluk pada mana-mana undang- undang bertulis. 26. Mewujudkan seksyen baharu 53A Kesalahan memungut, mengurus atau mengagih apa-apa mawquf dimana tanpa kebenaran Majlis kegiatan tersebut menjadi satu kesalahan. 27. Seksyen 54 (Sekatan bagi pewujudan amanah khairat), Enakmen ibu dipinda bagi menjelaskan bahawa wakaf yang dibuat secara wasiat atau alang semasa madrat al-maut tidak boleh melebihi satu per tiga hartanya kecuali dengan persetujuan ahli waris. 28. Seksyen 55 (Pendapatan daripada wakaf dan nazr), Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu Pendapatan daripada wakaf khas dan meMoTong subseksyen (1) dan (2). Memandangkan peruntukan bagi nazr telah diperuntukkan dalam seksyen baharu iaitu seksyen 58A. 29. Seksyen 56 (Modal wakaf dan nazr), Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan nota bahu Mawquf, meMoTong perkataan atau nazr ‘am di mana-mana jua terdapat perkataan itu, menggantikan subseksyen (1) dan (2), memasukkan subseksyen baharu 2A dan meMoTong subseksyen (3) dan (4). Seksyen 56 dipinda bagi memperuntukkan Majlis boleh menyediakan kaedah penggunaan mawquf dengan cara sehampir mungkin mengikut tujuan wakaf dan bagi wakaf khas yang tidak dapat digunakan atau dilaksanakan lagi, Majlis boleh menggunakan mawquf tersebut sebagai wakaf am atau apa-apa yang lebih manfaat untuk tujuan am. 30. Seksyen 57 (Pengertian surat cara tentang wakaf atau nazr), meMoTong perkataan atau nazr di nota bahu dan di mana-mana jua terdapat perkataan dan dimasukkan ke dalam seksyen baharu 58A. 31. Seksyen 58 (Penyiaran senarai harta wakaf, nazr dan amanah), Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu Penyiaran Senarai Mawquf.

32. Mewujudkan seksyen baharu 58A selepas seksyen 58, Enakmen ibu bagi mengumpul semua peruntukan Majlis sebagai pemegang amanah Tunggal berkaitan nazr dan amanah dan peruntukan di bawah seksyen 52, 53, 53A, 54, 55, 56, 57 dan 58 adalah terpakai secara mutatis mutandis.

Fasal 34 bertujuan meminda subseksyen 65(3) dengan mengganttikan perkataan Setiausaha, perkataan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Fasal 35 bertujuan untuk meminda seksyen 69 Enakmen behubung pungutan khairat.

Fasal 36 bertujuan memasukkan seksyen baharu 80A untuk mengadakan peruntukan berkaitan permohonan perisytiharan seorang yang beragama Islam dan kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan pemohon menjalani istitabah.

Fasal 37 bertujuan untuk memberi kuasa baharu berhubung dengan tauliah kepada Majlis.

Fasal 38 bertujuan untuk memasukkan kuasa Majlis untuk membuat peraturan berhubung pengurusan, pentadbiran, pemungutan dan pembahagian hasil semua harta Kumpulan Wang Majlis dan Fee yang kena dibayar berkaitan dengannnya, perkara berkaitan wakaf, nazr dan amanah dan perkara lain bagi melaksanakan peruntukan Enakmen ini dengan lebih baik.

Perkara 40, Fasal 39 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 87A kedalam enakmen untuk mengadakan peruntukan bahawa jika terdapat apa-apa lakuna atau jika apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dengan ke dalam enakmen hukum syarak hendaklah terpakai.

Fasal 40 memperkatakan peruntukan kecuali dan peralihan. Rang undang-undang ini kan melibatkan Majlis atau kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Perkara-perkara yang tidak disebut secara spesifik bolehlah dirujuk dalam Huraian kepada Rang Undang-Undang ini. Cadangan pindaan ini akan mengukuhkan lagi kuasa dan peranan Majlis dalam EPUUIK. Rang Undang-Undang ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Rang Undang-Undang ini mempunyai empat puluh (40) Fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian kepada Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya pohon mencadangkan agar Rang Undang-undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini. Sekian, terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu. Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan. (Tiada perbahasan)

Speaker

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Exco berkenaan untuk menggulung rang undangundang tersebut.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Speaker, dan seluruh Ahli Yang Berhormat. Penjelasan panjang lebar YAB. Menteri Besar berkaitan pindaan untuk memperkukuhkan tentang undang-undang Islam, pentadbiran Majlis Agama Islam dan juga beberapa pindaan apabila kita mewujudkan jabatan baru, Jabatan Pendakwaan Syarie dan juga hal-hal lain berkaitan kewangan. Jadi, perkara tersebut telah pun dijelaskan dengan panjang lebar, maka saya sokong pembentangan tersebut. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Ahli- Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008” [Enakmen No.9 Tahun 2008].

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008” [Enakmen No.9 Tahun 2008].

Speaker

Dewan sekarang Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 3 – 8

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 - 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 - 8 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 9 - 14

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 9 - 14 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 9 - 14 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 15 - 20

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 15 - 20 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 15 - 20 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 21 – 26

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 21 - 26 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 21 - 26 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 27 - 32

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 27 - 32 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 27 – 32 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 33 - 40

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 33 - 40 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 33 - 40 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Speaker

Sekarang Dewan kembali kepada Persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga dan sekarang diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2025”. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

VIII. Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga SumberBill

Setiausaha Dewan

AIR (KEDAH DARUL AMAN) (PINDAAN) 2025

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Sumber Air Kedah (Pindaan) 2025. Bacaan Kali Pertama, Kedua dan Ketiga.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Sumber Air Kedah (Pindaan) 2025 Bacaan kali Pertama.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk membentangkannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

[Bacaan Kali Pertama] Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan Rang Undang-Undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 16 Oktober 2025 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Sumber Air Kedah 2008”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Sumber Air Kedah 2008”. Bacaan kali Kedua.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menerangkan Rang Undang-Undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

[Bacaan Kali Kedua] Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua di dalam Persidangan Dewan ini juga.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua dan dengan ini sukacita saya memberi sedikit penjelasan mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Kedah (Pindaan) 2025 seperti berikut :-

Enakmen Sumber Air Kedah 2008 adalah naskhah Undang-Undang Ibu yang merangkumi punca kuasa pelaksanaan operasi dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Enakmen ini telah diwartakan pada 27 Mac 2008 dan seterusnya mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2010. Enakmen ini telah berkuatkuasa selama 15 tahun dan ianya telah dipinda sebanyak 2 kali, iaitu pindaan kali pertama pada tahun 2014 dan pindaan kali kedua pada tahun 2016. Dalam usaha untuk memperkemaskan bidang kuasa Lembaga, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah telah merangka dan menggubal draf untuk meminda peruntukan di samping memasukkan beberapa peruntukan baharu di dalam enakmen. Mesyuarat Lembaga Sumber Air Kedah Bilangan 2 Tahun 2025 yang diadakan pada 20 Ogos 2025 telah mencadangkan agar satu pindaan dibuat ke atas enakmen ini iaitu meliputi bahagian permulaan, penyusunan keinstitusian, kewangan, aktiviti lain, tatacara pelesenan, kelulusan dan rayuan, serta bahagian penguatkuasaan. Seterusnya, pada 28 September 2025, Mesyuarat Lembaga Sumber Air Kedah Bilangan 3 Tahun 2025 telah bersetuju dengan draf pindaan enakmen seperti berikut:

1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

2. Fasal 2 bertujuan untuk meminda Seksyen 2 Enakmen 7 untuk memasukkan takrif baharu “Artikel”.

3. Fasal 3 bertujuan untuk meminda Seksyen 4 Enakmen 7 untuk menggantikan perkataan “Termurun” dalam teks Bahasa Kebangsaan bagi tujuan pindaan editorial.

4. Fasal 4 bertujuan untuk meminda Seksyen 17 Enakmen 7 berhubung Kumpulan Wang Sumber Air.

5. Fasal 5 bertujuan meminda Seksyen 40 Enakmen 7 untuk meluaskan skop rekreasi kepada aktiviti badan perairan dan memasukkan kehendak berlesen dan kesalahan berhubung aktiviti badan perairan.

6. Fasal 6 bertujuan untuk meminda Seksyen 45 Enakmen 7 untuk menggantikan perkataan yang lebih sesuai bagi tujuan pindaan editorial.

7. Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 68 (a) berhubung bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

8. Fasal 8 memperkatakan tentang peruntukan kecualian dan peralihan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya pohon mencadangkan agar Rang Undang-undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan. (Tiada perbahasan)

Speaker

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Exco berkenaan untuk menggulung rang undang-undang tersebut.

YB. Tuan Speaker, cadangan pindaan ini telah melalui satu kajian menyeluruh ke atas implimentasi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan tarikh ia berkuat kuasa sehingga penghujung tahun 2023. Ulasan daripada bahagian berkepentingan seperti perlesenan, penguatkuasaan dan lembangan sungai telah diambil kira sehingga terhasilnya rangka kerja gubalan untuk tindakan pindaan. Cadangan-cadangan pindaan yang dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini telah menggariskan beberapa fasal penting. Antaranya berhubung pindaan editorial, memperbetulkan kesilapan tatabahasa dan ejaan pada peruntukan sedia ada dan telah pun dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah seperti yang disebut oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar tadi. i) Secara umum, tujuan pindaan ini ada lima yang pertama ialah unutk memperkukuhkan tadbir urus pengoperasian dan pemerkasaan pengatkuasaan di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah agar penggunaan sumber air yang mampan dapat dilestarikan.

ii) Yang kedua, pindaan ini dilakukan untuk memperkasakan aspek penguatkuasaan di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah khususnya bahagian Operasi Penyitaan.

iii) Ia perlu untuk menambah baik mekanisme pelesenan bagi aktiviti badan perairan agar selaras dengan punca kuasa pelesenan sedia ada bagi aktiviti abstrak air dan aktiviti pelepasan enfloen.

iv) Untuk memperincikan bidang kuasa mahkamah terhadap kes-kes yang dibawa ke mahkamah jenayah dan sivil.

v) Pindaan sangat perlu untuk memperkemaskan tatacara kewangan di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dengan memasukkan punca kuasa pelaburan sekaligus memberi impak positif ke atas keterjaminan aliran tunai di Negeri Kedah. YB. Speaker, sumber air adalah nadi bagi ekonomi dan kehidupan Negeri Kedah. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ianya dipelihara dan ditadbir dengan telus dan efisien. Pindaan yang dicadangkan di dalam Dewan ini bukan sekadar soal perundangan tetapi ia adalah langkah strategik untuk menjamin masa depan sumber air bagi generasi akan datang. Saya yakin, Insya-Allah pindaan ini akan dapat memperbaiki kelompongan kawalan terhadap penggunaan sumber air yang tidak sah dan memastikan kelancaran sistem pengurusan sumber air bersepadu di Negeri Kedah. Oleh yang demikian, saya memohon agar Rang Undang-undang Enakmen Sumber Air Negeri Kedah Pindaan 2025 ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Ahli- Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Sumber Air Kedah 2008”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Rang Undang-undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Sumber Air Kedah 2008”.

Speaker

Dewan sekarang Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 4

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” , yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 4 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 5

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 5 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 6

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 6 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 7

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 7 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

Fasal 8

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 8 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.

Speaker

Sekarang Dewan kembali kepada Persidangannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga dan sekarang diluluskan.

Setiausaha Dewan

“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Sumber Air Kedah (Pindaan) 2025. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.

Usul Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 Negeri Kedah Kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul AmanMotion

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Usul Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 Negeri Kedah diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan suatu Usul yang berbunyi:-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 Negeri Kedah seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil 15 Tahun 2025 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi :-“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 Negeri Kedah seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil 15 Tahun 2025 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini diluluskan.

Tangguhan Sidang Dewan

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Tangguhan Sidang Dewan.

Speaker

Dipersilakan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum penangguhan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian membahas dan menggulung belanjawan yang telah dibentangkan sepanjang empat hari ini.

Saya ambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada pegawai kerajaan yang diketuai oleh YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri dan pegawai-pegawai di Pejabat Kewangan yang telah bertungkus lumus dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang telah menjalankan khidmat bakti di negeri ini dengan penuh dedikasi dan berintegriti. Saya harap kita beri “tepuk meja” sekali dekat depa (tepukan gemuruh oleh Ahli Dewan). Terima kasih semua. Yang Berhormat Tuan Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang sebegini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi di masa-masa yang akan datang. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 5.00 petang]