Kedah · 14 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 321 turns · 39,257 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil 'alamin wassalatu wassalam al-shafi'il anbiya' wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajma'in. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dewan disambung semula. Bacaan doa.

Setiausaha Dewan

BACAAN DOA.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah robbul samawati wassalamu 'ala sayyidina muhammadin sayyidul mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Dengan nama Allah, tuhan yang maha pemurah dan maha penyayang, segala pujian bagi allah tuhan yang memerintah sekalian langit dan bumi dan tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas rasul kami nabi Muhammad, penghulu sekalian rasul dan di atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah yang maha berkuasa, engkaulah tuhan yang maha adil bijaksana, dan pemurah, tuhan yang telah mengaturkan kewajipan sultan pemerintah, dan meletakkan tanggungan pertubuhan dewan untuk keselamatan pemerintah dan kesejahteraan rakyat. Kami hamba-hambamu yang engkau telah perkenan meletakkan tanggungjawab bagi menyempurnakan segala pekerjaan di dalam dewan ini memohon dengan limpah kurniaan-mu, berkatilah apa jua kiranya amalan-amalan pekerjaan kami di dalam dewan ini. Sesungguhnya kami menjunjung perintah dan kebesaranmu maka anugerahkanlah kepada kami taufik dan hidayah-mu yang menyeluruh, bagi memimpin kami ketika berunding dan menimbang segala perkara yang didatangkan di hadapan kami, dan kekalkan lah kami sifat-sifat amanah, jujur dan bertanggungjawab bagi menegakkan syariat mu, dan menambahkan kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Kedah Darul Aman dan sekalian penduduknya. Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina adzabannar. Amin ya rabbal alamin.

Speaker

Amin ya rabbal alamin. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ADUN Kota Darul Aman tidak dapat hadir pada sidang dewan hari ini dan seterusnya kerana beliau menyambung pelajaran di China. Dan yang kedua, Dewan pada hari menerima pemerhati dari Kedah Civil Service (KCS) seramai 10 orang dan daripada Yayasan Kedah Sejahtera seramai 6 orang. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

I. Pembentangan Kertas-Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Pembentangan Kertas-Kertas Dewan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Speaker

Dengan hormatnya dipersilakan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk membentangkannya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. YB. Tuan Speaker, dengan ini saya pohon membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang berikut seperti di meja Ahli-ahli Yang Berhormat:-

Kertas Dewan Bil. 1 Tahun 2026 Laporan Tahunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi tahun 2023. Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 2026 Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 2024. Kertas Dewan Bil. 3 Tahun 2026 Penyata Kewangan Lembaga Muzium Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 2024. Kertas Dewan Bil. 4 Tahun 2026 Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 2024. Kertas Dewan Bil. 5 Tahun 2026 Laporan Ketua Audit Negara bagi Kedah Darul Aman, 1/2026.

Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31

Kertas Dewan Bil. 6 Tahun 2026 Disember 2023 bagi tahun berakhir 31 Disember 2024. Kertas Dewan Bil. 7 Tahun 2026 Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Kedah Darul Aman, Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Langkawi, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap, Majlis Daerah Bandar Baru.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

II. Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Speaker

Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Sesi pertanyaan-pertanyaan mulut.

Speaker

Dipersilakan, YB. Tokai.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Rakyat Kedah kekal bersatu, Kepada kerajaan diletak harapan, Soalan saya nombor satu, Pohon MB (Menteri Besar) memberi jawapan.

1. Kerajaan akan melaksanakan pelupusan denda lewat bayar cukai tanah pada tahun ini.

Pohon dinyatakan:-

a) Berapakah jumlah anggaran pelupusan tersebut?

b) Jumlah maksima masa pemilik yang gagal membayar cukai tanah mereka?

c) Berapa banyak tanah yang telah dilucut hak kerana kegagalan pemilik melunaskan cukai tanah?

Speaker

Dipersilakan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan sekalian. Tak dan apa-apa pantun dah YB. Tokai. Bagi soalan YB. Tokai, berapakah jumlah anggaran pelupusan denda lewat bayar cukai tanah pada tahun ini? Jumlah anggaran pelupusan denda lewat bayar cukai tanah dianggarkan berjumlah RM49 juta, sekiranya keseluruhan tunggakan cukai tanah dapat dikutip. Jumlah maksima, masa pemilik yang gagal membayar cukai tanah mereka adalah di antara 1 (satu) hingga 3 (tiga) tahun sebelum tindakan penguatkuasaan diambil oleh pejabat tanah. Soalan C, berapa banyak tanah yang telah dilucut hak kerana kegagalan pemilik melunaskan cukai tanah? Berdasarkan data 31 Disember 2025, terdapat 40 hakmilik yang telah dilucut hak dengan jumlah tunggakan cukai sebanyak RM909,963.12. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan.

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Di dalam apa, untuk kita meraih pendapatan bagi negeri, salah satu daripada inisiatif kerajaan negeri adalah semak semula kadar cukai tanah yang dibenarkan di dalam Kanun Tanah Negara 1965 iaitu setelah mencapai usia 10 tahun.

Jadi, di dalam titah Tuanku semalam pun ada menyebut tentang ada negeri-negeri yang dibenarkan oleh kerajaan persekutuan untuk melaksanakan semakan ini. Tetapi bagi Negeri Kedah agak tidak bernasib baiklah kerana semakan itu tidak dibenarkan untuk dilaksanakan. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, bagaimanakah cara untuk kita meningkatkan hasil melalui hasil tanah yang selama ini masih berkurangan dikutip daripada tanah-tanah di Negeri Kedah ini untuk menambah hasil pendapatan negeri? Terima kasih, YB. Tuan Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, soalan ini ada kronologi, tapi untuk jawapan soalan lisan pada pagi ini, saya ambillah kesempatan ini untuk membuat sedikit penjelasan ringkas. Kalau nak kronologi lengkap mungkin saya boleh bentang dalam penggulungan lah. Kanun Tanah Negara memperuntukkan di bawah Seksyen 101, setiap 10 tahun kerajaan-kerajaan negeri, boleh membuat semakan dan semakan ni akan melibatkan bukan saja kenaikkan, boleh juga penurunan. Ada tanah yang turun cukai dia lepas semakan. Kita ambil masa yang agak panjang kerana semakan terakhir dibuat 2016, selepas 10 tahun makna 2026 tahun ni lah, jadi untuk memulakan proses semakan tu kita telah menubuhkan di Pejabat Tanah dan Galian pasukan khas dengan peruntukan khusus untuk menyemak lebih 800,000 hak milik satu per satu. Team ni nak semak 800,000 dokumen satu-satu, berpinar mata kan, ada team khusus yang dibentuk 2 tahun lebih awal daripada tahun 2020, maknanya tahun 2024 kita dah ada team tu untuk semak satu-satu hak milik untuk disesuaikan dengan kehendak dan prosedur yang ditetapkan di bawah KTN (Kanun Tanah Negara). Bila semua semak kaunter dibuat, terutama sekali kita nak banding juga cukai tanah kita dengan negeri-negeri lain, dalam kategori yang sama. Ada negeri yang jauh lebih tinggi daripada Kedah, ada yang rendah, jadi kita buat perbandingan selepas setahun lebih dibuat semakan dengan peruntukan lebih, saya rasa dekat RM2 juta lah, peruntukan untuk membuat semakan ni, maka PTG (Pejabat Pengarah Tanah dan Galian) membuka satu cadangan berdasarkan semakan dan perbandingan dan alasan-alasan justifikasi yang munasabah, maka dikemukakan cadangan kepada kerajaan satu kadar baru yang akan dikuatkuasakan tapi prosedurnya ialah mesti dibawa ke Majlis Tanah Negara (MTN). MTN (Majlis Tanah Negara) ini di peringkat persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti negeri-negeri lain semua bawah MTN (Majlis Tanah Negara). Majlis Tanah Negara ni urusetia dia NRES (Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim), negeri-

negeri yang telah terbabit dengan semakan bagi tahun-tahun yang kebelakangan ini macam Melaka, Pahang, Johor, Pulau Pinang telah bentang dan tak ada isu lah, jalanlah, seperti yang dicadangkan. Cuma di Kedah ini diberi perhatian khusus, mungkinlah kerana pada pandangan kerajaan mungkin dalam semakan itu Tanah-tanah Persekutuan (PTP). Jumlah cukai PTP yang kena bayar daripada pegangan depa di tanah-tanah di Kedah ini RM44 juta dalam semakan tahun 2026 dicadangkan kenaikan, jadi RM52 juta kenaikkan lebih kurang RM9 juta. Bukanlah banyak pun bagi PTP RM9 juta cukai tanah, tapi oleh kerana mungkin ini dia trigger, depa spark lebih kut, mungkin ada kefahaman di kalangan pihak-pihak di persekutuan kita telah menguatkuasakan cukai baru RM52 juta tu, tapi itu bukan cukai baru, RM44 juta tu setelah dibayar sebelum pada ni pun, kenaikan RM9 juta saja, tapi mungkin depa spark dengan RM52 juta tu maka MTN hari tu buat keputusan nak bawa ke Kabinet. Ikut peraturan undang-undang, ini adalah perlembagaan, bila semakan dikemukakan ke Majlis Tanah Negara, platform untuk memutuskan hal itu ialah MTN bukan Kabinet tapi depa buat keputusan untuk bawa Kabinet. Masuk ke Kabinet, tak keluar, tak keluar keputusan tu, masuk dalam kilang production tak ada, kita pun duk tunggu minit daripada NRES (Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim). Jadi, pihak Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri duk berhubung dengan pihak Kabinet, pihak MOF (Ministry of Finance) untuk menentukan bolehkah tak boleh ni, lulus atau tidak lulus, sampai la ni tak keluar minit tu. Jadi, oleh kerana tarikh telah masuk tahun 2026, kalau pun dibenarkan kita tak boleh nak laksana dah, pasal orang dah mula banyak cukai tahun 2026, kalau dikuatkuasakan orang yang dah bayar tu dia bayar kadar lama. Kita ‘ligan’ masa ni untuk kita selesaikan semua ni tahun 2025 supaya tahun 2026 kita dapat kuatkuasakan kadar baru tu, bukan penaik semua YB. Tokai, ada turun, dan pembentangan kepada EXCO beberapa kali, banyak buku tebal-tebalkan noh, EXCO pun bersidang berkali-kali dah untuk teliti satu-satu cadangan daripada pasukan khas PTG (Pejabat Pengarah Tanah dan Galian) ni, ada turun ada naik, tak lah tinggi sangat tapi kita anggarkan daripada semakan tahun 2026 ni, daripada kutipan cukai tanah kita akan dapat peningkatan hasil RM120 juta daripada hasil sedia ada. Tapi oleh kerana minit tu tak keluar, saya pun tak pasti adakah kurang pengalaman atau pengetahuan ataupun kurang nasihat kepada pihak-pihak yang mengepalai Majlis Tanah mempengerusikan MTN (Majlis Tanah Negara) tu, dibawa ke Kabinet. Kabinet tak boleh bincang benda tu sebab floor dia ialah Majlis Tanah Negara, macam mana mesyuarat nak putus di tempat lain pi bawa pergi mesyuarat lain, walaupun putus, pun tak laku, pasal dia mesti di MTN tak boleh di Kabinet. Jadi, bila minit tak keluar, sampai la ni tak boleh dikuatkuasakan lagilah, mungkin dia nak tahan kita suruh buat tahun depan. Tahun depan nak pilihan raya, saya agak sajalah bukanlah

sangkaan jahat, dak eh, kut-kut lah dia tahan sampai pilihan raya, kita pun nak kena laksanakan cukai baru, orang marahlah. Bila orang marah kita punya chances tu ada risiko. Jadi, saya harap benda tu bukanlah macam tu tapi anggapan kepada otak orang politik ni, adalah bacaan lagu tu. Di Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang terakhir, oleh kerana dibincangkan kedudukan kewangan Kerajaan-kerajaan Negeri, saya ada bangkitkan hal ini, dia kata Majlis Tanah Negara sampai la tak keluar minit dan kita tak dapat melaksanakan kadar cukai baru. Bila kadar cukai baru tak dapat dilaksanakan, kita kehilangan RM120 juta. Bila RM120 juta bagi negeri sangat besarlah, dia lebih pada 10 peratus anggaran perbelanjaan negeri, RM120 juta tu lebih daripada 10 peratus, maka kita tak dapatlah hasil tu. Jadi, saya harap walaupun minit tu keluar tahun ini, saya harap lepas habis sidang dewan ni keluar minit tu, sebab depa di Putrajaya semua dengar, nak kena sebut dalam Dewan juga, nak kena keluar titah daripada KDYMM Tuanku Sultan untuk diberi perhatian kepada isu itu, isu itu isu besar, isu undang-undang isu Perlembagaan di Seksyen Kanun Tanah Negara 1965, Seksyen 101 sebahagian daripada perlembagaan bukan dasar kerajaan, dia Perlembagaan, dia floor dia di MTN (Majlis Tanah Negara). Saya harap NRES (Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim), MOF (Ministry of Finance), MTN (Majlis Tanah Negara), urusetia MTN (Majlis Tanah Negara) dapat ambil perhatian kepada isu ni untuk membenarkan semakan dikuatkuasakan walaupun kita rancang 2026 seperti yang dikehendaki oleh KTN (Kanun Tanah Negara) setiap 10 tahun kita terlepas setahun, kita hilang RM120 juta harap perkara tu dapat diberi perhatian. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, silap bilik, lebih kurang macam tulah. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Sidam.

Baik, terima kasih YB. Tuan Speaker. Pantun sikit boleh? Pulau Bidan jauh ke tengah, Gunung Jerai bercabang dua, Mohon jawapan soalan nombor dua.

2. Program Rumah Sejahtera Negeri Kedah dan Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) merupakan inisiatif kebajikan untuk membantu rakyat terutama B40, wanita dan ibu tunggal berpendapatan rendah mengurangkan beban sara hidup. Pohon dinyatakan:-a) Sejauh manakah langkah mengurangkan kadar kemiskinan ini menghasilkan perubahan di Kedah? b) Apakah inisiatif seterusnya yang akan di laksanakan bagi membantu golongan ini?

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Merbau Pulas.

Tak dak pantun lah nak jawab. Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Sidam. Soalan YB. Sidam mengenai kemiskinan iaitu Program Rumah Sejahtera dan Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA). Untuk makluman, inisiatif kebajikan melalui Program Rumah Sejahtera dan Program Kasih Ibu Darul Aman merupakan inisiatif pada penggal yang lalu, dan program-program ini sudah tidak dilaksanakan lagi. Namun kerajaan negeri telah menitikberatkan kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan. Justeru itu, pelbagai program telah dirangka dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri pada setiap tahun antaranya ialah program-program bersama dengan pejabat zakat juga membasmi kemiskinan kerana statistik daripada e-Kasih sekadar sampai setakat ini miskin tegar sudah sifar, tidak ada miskin tegar lah di Kedah ni, cuma ada miskin, penurunan kategori miskin berbanding pada tahun-tahun yang lalu lah. Pencapaian ini, adalah hasil yang sepadu antara kerajaan negeri bersama agensi persekutuan dan negeri seperti Lembaga Zakat, KEDA (Kedah Regional Development Authority), RISDA dan KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) yang melaksanakan pelbagai pendekatan daripada bantuan kebajikan sehingga kepada pemerkasaan ekonomi, terutamanya tentang zakat yang telah keluarkan oleh zakat iaitu Lembaga Zakat Negeri Kedah; pertamanya bantuan makanan dan sara hidup. Pejabat zakat pun memberi bantuan makanan sebanyak RM123.4 juta setahun, jumlah dalam 18,638 asnaf fakir yang menerima sumbangan daripada pejabat zakat, selain daripada makanan sara hidup, juga bagi sumbangan kepada dengan kadar

RM600 hingga RM1,000 kepada fakir, dan RM400, RM500 kepada miskin. Ini juga membantulah B40 untuk dikeluarkan daripada miskin tegar kepada miskinlah. Selain itu, dalam perkukuhkan perlindungan dan tempat tinggal asnaf, pejabat zakat juga telah mengeluarkan RM17.23 juta telah diagihkan bagi memastikan setiap keluarga asnaf dapat menikmati kediaman yang selesa, selamat dan bermaruah. Melalui pelbagai inisiatif sebanyak 138 rumah baharu telah dibina di bawah Skim Manzili, di samping 117 Projek Baik Pulih Rumah dan 306 kes baik pulih rumah segera. Secara keseluruhannya 561 buah rumah telah terlibat dan skim ini sepanjang tahun 2025. Di pejabat zakat juga mengeluarkan daripada segi pertanian iaitu (SBBA) iaitu Smart Sawah Berskala Besar Asnaf, daripada penerima zakat sekarang ini yang terlibat dengan Projek Smart SBBA (Sawah Berskala Besar Asnaf) ini, ada yang telah mengeluarkan zakat bermakna mereka telah keluar daripada garis kemiskinan yang telah disediakan oleh pejabat zakat. Dalam masa yang sama juga kerajaan negeri menyediakan, kadang-kadang miskin ini dia subjektif lah YB. Sidam, ada yang miskin tiada tapak rumah, ada yang miskin kadang-kadang tak cukup untuk hantar anak pergi ke sekolah, jadi kerajaan negeri juga telah menyediakan Lot Sejahtera lah, Lot Desa Sejahtera kita sebanyak 120 lot untuk tapak kediaman. Dan insya-Allah, final projek kita awal projek kita ni berlaku di Daerah Padang Terap, sedang dibina sekarang ni 6 buah rumah, yang akan disiapkan dengan secepat mungkinlah, sedang dibina sekarang ini, dan lain-lain tapak juga, lain-lain tempat juga akan dibina rumah di setiap daerah akan ada rumah, rumah dalam dalam Lot Sejahtera ni Insya-Allah. Dan masa yang sama juga, Kerajaan KEDA sama menyediakan jugalah peralatan bantuan perniagaan kepada yang terlibat dengan usahawan di peringkat KEDA dan juga menyediakan premis untuk tapak perniagaan. kerajaan negeri Kedah juga menyediakan beras sejahtera. Beras sejahtera ni daripada mula 2020 sehingga 2026 sehingga inilah bulan April 2026, kita telah membelanjakan sebanyak RM21.6 juta, untuk beras sejahtera sahaja untuk di Negeri Kedah. Dalam masa yang sama antara kesan utama beras sejahtera ini membantu keluarga miskin mendapatkan makanan asas secara berterusan, mengurangkan tekanan kewangan isi rumah terutamanya golongan B40 dan asnaf, mengelakkan masalah ketidak jaminan makanan dalam kalangan keluarga miskin, segala persoalan program yang akan meluas kerana program ini berterusan dari tahun ke tahun supaya lebih ramai keluarga miskin mendapat bantuan. Program ini dijadikan salah satu instrumen kebajikan utama di Negeri Kedah, meningkatkan solidariti komuniti melalui penglibatan Majlis Ketua Kampung dalam mengenal pasti penerima dan memastikan tiada rakyat terputus bekalan makanan. Dalam masa yang sama juga, kita telah menyediakan daripada pihak kerajaan iaitu selain daripada Lot Sejahtera, Beras Sejahtera, Program Permata Ku Sejahtera pun ada, ini jangka panjang untuk anak-anak jangka panjang termasuk The Pearl of

Kedah. Kita juga menyediakan iaitu Program Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar ini juga untuk orang miskin, dan juga kita sediakan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera di bawah portfolio kebajikan, dan kita sumbangkan kepada usahawan-usahawan wanita kita. Yang terakhir juga kita sediakan juga iaitu Program Latihan Sejahtera Care iaitu yang kita melatih ah wanita ibu tunggal atau pun wanita yang miskin untuk mereka mempelajari tentang urutan dan mereka juga telah kita sediakan telah melaksanakan program ini pada November 2025. Jadi, semoga apa yang kita rancangkan ini insya-Allah mengurangkan lagilah kemiskinan di Negeri Kedah ini.

Speaker

Terima kasih YB. Merbau Pulas, soalan tambahan Yang Berhormat Sidam.

Terima kasih YB. EXCO, soalan tambahan ialah semasa bulan puasa hari itu, team saya ada buat macam Singgah Sahur. Jadi, didapati di stesen-stesen teksi itu masih ada gelandangan yang tiada ada rumah. Jadi, apakah kerajaan boleh membantu melalui rumah sejahtera dan sebagainya, boleh menempatkan mereka ka apakah, masih tidak ada rumah, mereka ada kerja tetapi tidak ada rumah. Jadi, mereka bermalam di situ, untuk esok pagi bangun pi kerja. Adakah boleh? Baik, terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Merbau Pulas.

Sebenarnya kita sudah ada, YB. Sidam, sebenarnya setiap bulan kita ada mesyuarat FGD (Focus Group Discussion) iaitu focus group di peringkat daerah yang akan membawa semua apa permasalahan kemiskinan ni ke pejabat daerah, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) pun ada dalam mesyuarat itu, dan yang akan dimaklumkan oleh MKK (Majlis Ketua Kampung) lepas tu pada Penghulu Mukim, Penghulu Mukim akan bawa perkara itu dalam mesyuarat focus group dan akan kita bincang. Dan kita, insya-Allah kita akan sediakan dalam masa tahun ini, kita akan sediakan 200 unit rumah di Lot Sejahtera, di setiap daerah, sekurang-kurangnya 10 buah rumah yang akan kita beri secara peruntukan, dan dah ada secara percuma kepada rakyat di seluruh Negeri Kedah, 200 buah rumah tahun ni insya-Allah dengan kerjasama dengan Bahagian Perumahan. Dan juga saya minta gelandangan ini dapat tindakan lah daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), insya-Allah.

Speaker

Terima kasih YB. Merbau Pulas, dan seterusnya dipersilakan YB. Belantek.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Selalu kalau nak tangkap gambar, jurugambar akan sebut satu dua tiga, soalan saya nombor tiga:

3. Pohon dinyatakan:-Adakah kerajaan negeri akan memperluaskan skim bantuan pendidikan atau biasiswa untuk anak-anak keluarga miskin di luar bandar?

Speaker

Dipersilakan YB. Sungai Limau.

Terima kasih YB. Belantek. Pantun ka apa tu? YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada Yang Berhormat Belantek, atas soalan. Berbaju Melayu nampak cantik, Datang bersidang di hari kedua, Soalan nombor tiga YB. Belantek, Jawapan tersedia jelas dan nyata. Insya-Allah. Untuk makluman YB. Belantek dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan berkaitan dengan skim bantuan pendidikan atau biasiswa untuk anak-anak keluarga miskin di luar bandar, yang telah pun diajukan oleh YB. Belantek, secara khusus kerajaan negeri tidak meletakkan sama ada miskin tu luar bandar ataupun di bandar. Kita memberi fokus khususnya bantuan itu kepada mereka yang layak untuk menerima bantuan; sama ada duduk di bandar ataupun di luar bandar. Dan di peringkat kerajaan negeri melalui Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) yang telah pun berfungsi untuk memberikan biasiswa khususnya kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah termasuklah Sekolah Menengah Kerajaan dan

juga Sekolah Menengah yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Setiap tahun, lebih daripada 400 orang pelajar-pelajar miskin yang terpilih di sekolah-sekolah ini telahpun diberikan biasiswa bulanan dan disalurkan secara setahun sekali, iaitu ada yang RM60 dan ada yang RM90, secara bulanan, itu yang telah pun disediakan di peringkat kerajaan. Dan juga untuk Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (Institut Pengajian Tinggi), yang kita sebut sebagai iBAKIPT, juga diberikan kepada mereka yang di peringkat Sijil, di peringkat Diploma dan juga Ijazah, khususnya kepada anak-anak Kedah yang setahun kerajaan membelanjakan lebih daripada RM1 juta. Kalau 2023; RM977,400. 2024; RM1.6 juta. Dan 2025; RM1.28 juta. Itu yang kerajaan telah sediakan untuk iBAKIPT. Dan juga, satu lagi yang juga disediakan oleh SPPNK, pinjaman pendidikan di peringkat Diploma dan juga Ijazah, kita sediakan lebih kurang peruntukan RM1.5 juta setahun untuk bantuan ini secara tahunan. Jadi, dan bagi pinjaman ini ada yang boleh lupus ya, kalau pelajar tu mendapat cemerlang; lupus 100 peratus, dan ada yang 50 peratus dilupuskan, dan ada yang 25 peratus, bergantung kepada keputusan akhir pelajar tersebut. Di samping itu, agensi-agensi lain di peringkat negeri, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah melaksanakan agihan fidyah untuk program tajaan makanan pada pelajar-pelajar miskin khususnya di institusi pondok yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, mulai 2023 lagi. Selain itu, 34 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat juga telah menerima agihan fidyah melibatkan 778 orang pelajar dan jumlah ini peruntukan sebanyak RM742,040 dengan agihan fidyah juga kepada Institut Pengajian Tinggi dan program bantuan makanan kepada pelajar miskin di Kedah yang melibatkan UniSHAMS, melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dan Universiti Utara Malaysia Sintok, dan program ini dimanfaatkan untuk 600 orang pelajar dengan jumlah agihan RM672,000. Selain itu, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah turut dipilih sebagai penerima baharu tahun ini melibatkan 200 orang pelajar dengan jumlah agihan sebanyak RM288,000. Dan perluasan agihan baharu juga kepada Maktab Mahmud di bawah kerajaan negeri, yang melibatkan 140 orang pelajar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM115,500. Agihan ini untuk membantu menyediakan makanan kepada pelajar yang memerlukan serta memastikan kebajikan mereka sepanjang tempoh pengajian itu terpelihara, dan MAIK (Majlis Agama Islam Negeri Kedah) juga berhasrat untuk memastikan program ini dapat kita teruskan dan diperluaskan untuk masa-masa yang akan datang. Agensi yang seterusnya, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Zakat Negeri Kedah juga telah melaksanakan skim agihan Sekolah Menengah Agama Negeri Kedah, sekolah panel lembaga zakat, dan inisiatif ini memperkukuhkan khususnya pendidikan agama di negeri ini.

Selain melibatkan 36 buah Sekolah Menengah Agama, termasuk lah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan juga SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) yang berdaftar sebagai sekolah panel di Negeri Kedah melalui skim ini seramai 2,736 pelajar daripada tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5, telah pun mendapat manfaat dengan jumlah peruntukan tahun 2026 sebanyak RM15,661,180. Tajaan yang disalurkan meliputi; bayaran yuran pengajian, serta bantuan wang sara hidup kepada pelajar di kalangan asnaf yang miskin bagi memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah ini terus mendapat akses kepada pendidikan agama yang berkualiti untuk menamatkan pengajian dengan lebih terjamin. Di samping itu, YB. Tuan Speaker, walaupun di sekolah bawah kerajaan negeri, Maktab Mahmud kita ada tiga buah; Maktab Mahmud Alor Setar, Maktab Mahmud Yan dan juga MTSD (Maahad Tahfiz Sains Darul Aman). Jangan kita lupa di samping sekolah itu, Sekolah Agama Negeri kerajaan negeri juga melalui bantuan makanan yang kita salurkan untuk anak-anak kita di kalangan yang berpendapatan waris RM 3,000 ke bawah, hanya sehari RM1 saja, kutip yuran untuk anak-anak ini. Dan waris berpendapatan RM3,000 ke atas, sehari hanya bayar RM3, sedangkan ditanggung oleh kerajaan negeri setahun untuk Bantuan Makanan Asrama (BMA) ini lebih daripada RM4 juta setiap tahun ditanggung oleh kerajaan. Dan itu bantuan-bantuan kewangan. Di samping itu ada juga YB. Belantek, program-program yang kita laksanakan khususnya di peringkat DUN-DUN sebagai contoh Tuisyen Rakyat Sejahtera yang tahun lepas kita kembangkan kepada 25 DUN dan tahun ini insya-Allah, kita akan kembangkan kepada seluruh DUN, 36 DUN, yang juga melibatkan anak-anak ataupun keluarga miskin untuk kita berikan tuisyen percuma dan program sanjungan ilmu yang juga kita berikan khususnya kepada pelajar-pelajar cemerlang KAFA (Kelas Al-quran dan Fardhu Ain), SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), Sijil Tahfiz Malaysia. Dan kalau yang cemerlang tu RM1,000. Dan mulai tahun lepas hasil daripada mesyuarat EXCO, kita nak pilih dan kita telah pun berikan 10 orang pelajar cemerlang daripada keluarga miskin, dan tahun ini juga kita akan teruskan dengan jumlah yang sama, dan insya-Allah pada 23 April yang akan datang program sanjungan ilmu di peringkat negeri seramai 62 anak-anak cemerlang daripada pelbagai latar belakang untuk kita berikan penghargaan kepada mereka atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan yang diadakan. Sekian, YB. Belantek.

Speaker

Soalan tambahan, dipersilakan.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Terima kasih YB. Sungai Limau atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, Adakah bantuan di bawah Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) hanya terhad kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di dalam negara sahaja, atau terdapat juga peruntukkan atau skim bantuan yang sama yang disediakan kepada anak-anak Kedah yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di luar negara khususnya di timur tengah? Terima kasih.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Sekali boleh YB. Sungai Limau, boleh?

Speaker

Silakan.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Iaitu soalan berkenaan dengan iBAKIPT (Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi). Alhamdulillah saya mengucapkan terima kasih kepada YB. Sungai Limau yang meluluskan untuk DUN Bukit Lada 146 orang tahun lepas, lebih kurang RM43,800. Cuma 146 orang ni memang tak cukup lah. Baru ni hat SPM pun yang dapat 5A, 100 orang lebih, kita buatkan majlis kita bagi kan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang dapat pelajar cemerlang 5A ke atas ada 100 orang lebih. Jadi maknanya, pelajar yang cemerlang dan pelajar yang dapat keputusan yang baik di peringkat DUN kita ini terlalu banyak. Jadi, saya mengharapkan kalau boleh ditambahkan lagi lah, bukan setakat kuota 146 orang itu sahaja. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan YB. Sungai Limau. Ringkaskan.

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker, dia kata kalau pendapatan tambah lulus dak cukai tanah tu? Kita tambah banyak lagi, boleh? YB., noh? (sambil ketawa). Insya-Allah kita akan mempertingkatkan lagi permohonan tuan-tuan untuk peruntukan untuk iBAKIPT (Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi).

Dan untuk soalan tambahan daripada YB. Belantek, berkaitan dengan SPPNK (Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah) seksyen pendidikan ini, bantuan yang kita berikan khususnya untuk iBAKIPT dan juga untuk pinjaman ini khusus kepada untuk pengajian dalam negara sahaja, dan juga khusus untuk di UniSHAMS kita kuota Diploma 10 orang dan juga Ijazah 10 orang. Yang lain-lain tu untuk IPT yang lain. Dan disamping walaupun kita berikan kepada dalam negara, alhamdulillah kita rakamkan ucapan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha kerajaan negeri. Dan untuk luar negara secara khusus, alhamdulillah anak-anak kita yang telah pun belajar di sana, mereka mendapat khususnya pembiayaan secara khusus daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan juga daripada Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) untuk pinjaman. Jadi ada dua agensi untuk khususnya di timur tengah yang menyediakan sama ada pinjaman ataupun pembiayaan pada anak-anak kita di timur tengah, termasuk lah di Indonesia. Jadi, sebagai contoh ya jumlah agihan ataupun peruntukan disediakan err, pembiayaan ini khususnya Lembaga Zakat berdasarkan kepada keputusan peperiksaan anak-anak kita. Kalau dapat cemerlang, lagi tinggi yang dia dapat, sebagai contoh di Mesir, kalau anak-anak kita dalam peperiksaan dapat Mumtaz, dia akan dapat pembiayaan RM12,000. Kalau dapat Jiddan, dia akan dapat RM10,000. Kalau dapat Jayyid; RM8,000. Kalau Maqbul; RM5,000. Kalau tak lulus, tak dapat. Ini sebagai rangsangan untuk anak-anak kita supaya mereka akan memastikan pengajian mereka dapat ikuti dengan baik dan juga mendapat keputusan terbaik dan dapat pulang ke tanah air mengikut tempoh yang telah tersedia. Ini di Mesir, di Jordan lain, di Maghribi lain, mengikut tahap kedudukan ekonomi ataupun keperluan perbelanjaan di negara-negara tersebut. Dan saya juga nak ambil perhatian kepada seluruh khususnya pembayar zakat, kita rakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pembayar zakat khususnya daripada kakitangan-kakitangan kerajaan negeri kita, kerajaan persekutuan, ahli-ahli perniagaan. Sumbangan atau sokongan anda, insya-Allah kita yakin telah pun dibelanjakan dengan cara yang terbaik dan daripada jawapan saya yang telah pun saya kemukakan ini, saya rasa dah pun beratus juta untuk pendidikan yang dibelanjakan khususnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah. Dan jangan kita lupa ada lagi Tabung Tengku Mahmud ya, inisiatif daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk hidupkan balik apa yang telah pun diasaskan oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan. Setahun lebih kurang RM3 juta lebih dibelanjakan untuk lebih daripada 2,500 orang anak-anak kita yang belajar di IPT (Institut Pengajian Tinggi) untuk kemasukan awal. Jadi, terima kasih kepada soalan. YB. Tuan Speaker. Saya tamatkan untuk jawapan. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Sungai Limau, EXCO, dan seterusnya dipersilakan YB. Guar Chempedak.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Mohon jawapan untuk soalan nombor empat. Terima kasih.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

4. Pohon dinyatakan:-Apakah ukuran kejayaan sebenar Tahun Melawat Kedah 2025, dan adakah perbelanjaan promosi setimpal dengan pulangan?

Speaker

Dipersilakan YB. Kubang Rotan.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Terima kasih, YB. Guar Chempedak. YB. Tuan Speaker, soalan daripada YB. Guar Chempedak adalah, pohon dinyatakan apakah ukuran kejayaan sebenar Tahun Melawat Kedah 2025, dan adakah perbelanjaan promosi setimpal dengan pulangan? YB. Tuan Speaker, kejayaan kempen Tahun Melawat Kedah 2025 tidak hanya diukur berdasarkan satu indikator sahaja, sebaliknya melalui beberapa petunjuk utama yang menjadi ukuran kepada prestasi sebenar sektor pelancongan negeri. Dan antara petunjuk utama ialah jumlah kehadiran pelancong ke Negeri Kedah. Dan sepertimana semua sedia maklum, dan saya juga telah menyatakan sebelum ini dalam pertemuan kita di sini, bahawa kerajaan negeri telah menetapkan seramai 7 juta pelancong bagi tempoh tahun 2025, dan berdasarkan data kemasukan pelawat di lokasi pelancongan, pintu sempadan, dan juga pergerakan di lapangan terbang, kita yakin sesungguhnya kita telah mencapai apa yang telah kita sasarkan. Dalam konteks kedatangan pelancong di destinasi pelancongan utama di negeri ini contohnya, sepanjang tahun lalu peningkatan jumlah kedatangan pelawat begitu ketara di tempat-tempat seperti Muzium Padi, Balai Seni, Galeri Rundingan Baling, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Dusun Riffa, Menara Alor Setar, Gunung Jerai, Sedim Riverside Resort dan River Cruise Sungai Merbok. Dan ini jelas memperlihatkan kejayaan kempen Tahun Melawat Kedah 2025.

Di samping itu, peningkatan turut direkodkan dari segi pergerakan penumpang dan pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang jelas menunjukkan kemasukan pelawat yang begitu ketara sepanjang tempoh kempen tersebut. Dari sudut impak ekonomi, walaupun kita masih menunggu laporan kajian daripada Tourism Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mendapatkan angka rasmi tourism receipt bagi Negeri Kedah, namun kita menganggarkan bahawa dengan kehadiran sekitar 7 juta pelancong, sektor pelancongan Kedah berpotensi menjana impak ekonomi antara RM4.9 billion sehingga RM7 billion melalui perbelanjaan pelancong bagi penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan, membeli-belah, serta aktiviti pelancongan. Dan perbelanjaan ini memberi limpahan ekonomi secara langsung kepada pelbagai pihak, termasuk lah pengusaha hotel, homestay, perniagaan kecil, pengusaha produk tempatan, dan juga pemain industri pelancongan di seluruh negeri. Berikutan perkembangan positif dalam sektor pelancongan negeri ini, kita dapat melihat semakin banyak pihak yang menaruh keyakinan untuk datang melabur atau menambah pelaburan dalam sektor tersebut di Kedah. Disebabkan itu, untuk sepanjang 2025 dan awal tahun 2026 ini, kita dapat melihat produk-produk pelancongan baru, hasil inisiatif pelbagai pihak, antaranya Hotel Serasi Padi di Alor Setar, Senjana Glamping Resort di Yan, The Wanz Animal Park di Baling, serta Glamping Jerai Escape Gunung di Jerai. Di Langkawi pada tahun lepas bermula my MYBOS25, satu acara baru bertaraf antarabangsa, yang edisi keduanya diteruskan pada tahun ini. YB. Tuan Speaker, berhubung persoalan sama ada perbelanjaan promosi setimpal dengan pulangan, kita berpandangan bahawa pelaburan dalam promosi pelancongan ini bukanlah macam mengusahakan taugeh, rendam hari ini tiga empat hari dapat hasil. Sebaliknya kita berpandangan bahawa pelaburan dalam pelancongan ini merupakan satu pelaburan strategik jangka panjang demi masa depan ekonomi negeri. Jika dengan kos promosi yang relatifnya kecil, kita berusaha menarik sekitar 7 juta pelancong serta menjana potensi simpan ekonomi sehingga RM4.9 billion sehingga RM7 billion, maka secara rasionalnya pulangan yang diperoleh adalah jauh lebih besar daripada perbelanjaan yang dikeluarkan. Namun begitu, pulangan daripada kempen seperti Tahun Melawat Kedah 2025 tidak boleh diukur semata-mata melalui angka ekonomi sahaja, tetapi juga impak tidak langsung yang amat penting kepada pembangunan sektor pelancongan negeri. Pertama, kempen ini kita berjaya membina tourism mindset dalam kalangan rakyat Kedah iaitu kesedaran bahawa pelancongan adalah sektor ekonomi yang mampu memberi manfaat kepada semua pihak. Apabila kesedaran ini meningkat, maka rakyat lebih terbuka untuk menyokong aktiviti pelancongan, bersedia menyambut kedatangan pelawat, dan melihat pelancongan sebagai peluang ekonomi yang memberi manfaat kepada komuniti setempat. Kedua, kempen ini turut membantu mewujudkan tourism vibe atau suasana pelancongan yang lebih hidup di Negeri

Kedah. Sepanjang tempoh kempen, kita dapat melihat semakin banyak program komuniti, acara budaya, aktiviti desa, serta produk pelancongan baru digerakkan oleh pelbagai pihak, sama ada oleh agensi kerajaan, pihak swasta, mahupun komuniti setempat. Ketiganya, kempen ini juga telah memperkukuhkan kesedaran terhadap kebersihan, penjagaan alam sekitar, serta kelestarian destinasi pelancongan. Melalui pelbagai kempen dan promosi kesedaran, masyarakat semakin memahami bahawa kebersihan, keindahan persekitaran, dan pemeliharaan warisan adalah faktor penting dalam memastikan pelancong terus datang ke negeri ini. Dalam masa yang sama, Tahun Melawat Kedah 2025 juga berjaya meningkatkan rasa bangga rakyat kepada negeri sendiri, apabila semakin banyak lokasi produk tempatan dan juga budaya Kedah diketengahkan dan mendapat perhatian daripada pelawat daripada dalam dan luar negara. Hakikatnya, pelancongan bukan sekadar tentang jumlah pelawat yang datang tetapi tentang bagaimana kedatangan mereka menggerakkan ekonomi rakyat. Sebab itu, kerajaan negeri melihat Tahun Melawat Kedah 2025 lebih daripada satu kempen promosi tetapi ia juga merupakan pemangkin kepada perubahan cara berfikir serta pengukuhan ekosistem pelancongan negeri, serta keseluruhannya. Dengan ambil kira peningkatan jumlah pelawat, pertumbuhan aktiviti pelancongan, kemunculan produk pelancongan baru, serta pelbagai impak ekonomi dan sosial yang terhasil, kerajaan negeri yakin bahawa pelaksanaan Tahun Melawat Kedah 2025 telah mencapai objektifnya dan memberikan manfaat yang nyata kepada pembangunan pelancongan serta ekonomi negeri. Akhirnya YB. Tuan Speaker, ukuran sebenar kejayaan Tahun Melawat Kedah 2025 tidak semata-mata pada angka pelawat, sebaliknya pada sejauh mana keseluruhan negeri ini bergerak bersama, dan memastikan pelancongan adalah kekuatan ekonomi dan kebanggan rakyat negeri ini. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Kubang Rotan. Soalan tambahan.

Tuan Haji Abdul Ghafar bin SaadBERSATU · PNGuar Chempedak

Terima kasih YB. Tuan Speaker, soalan tambahan. Pohon dinyatakan apakah langkah penambahbaikan yang akan diambil susulan kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti sepanjang Tahun Melawat Kedah 2025. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Kubang Rotan.

YB. Tuan Speaker, saya ingat saya nak tambah satu soalan lagi lah untuk YB. Kubang Rotan noh. YB. Tuan Speaker dan juga YB. Kubang Rotan, saya difahamkan ada bajet RM7 juta dari kerajaan pusat yang diberi kepada sektor pelancongan Negeri Kedah. Boleh tak YB. Kubang Rotan bagi secara detail, kalau tak secara lisan pun, secara bertulis selepas ini, di manakah peruntukan tu dibelanjakan? Di daerah mana? Sebab saya ni, Baling ni lama dah dipilih sebagai eko-pelancongan, tetapi tak ada apa pun yang diberikan, walaupun sedikit, tapi saya minta senarai terperinci RM7 juta tu diberi ke daerah mana. Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

YB. Tuan Speaker, satu lagi boleh?

Speaker

Silakan YB. Lunas.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker. YB. Kubang Rotan, kalau tengok daripada jawapan yang diberikan tadi, itu nampak kejayaan yang menbanggakan lah dalam Tahun Melawat Kedah 2025. Cuma soalan saya, adakah kerajaan negeri di bawah portfolio pelancongan mempunyai laporan audit ataupun penilaian bebas dalam menentukan keberkesanan Tahun Melawat Kedah 2025. Kerana kita tak mau kadang-kadang laporan kejayaan kita ni cuba dinafikan oleh pihak-pihak tertentu. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Kubang Rotan. Rangkum sekali.

Dato’ Haji Mohd Salleh bin SaidinBERSATU · PNKubang Rotan

Baik, terima kasih YB. Tuan Speaker. Terima kasih YB. Guar Chempedak. YB. Tuan Speaker, kerajaan negeri menyedari kelemahan-kelemahan yang kita telah kenal pasti sepanjang kempen Tahun Melawat Kedah 2025, yang mana ianya sedang dalam penambahbaikan dan insya-Allah benda itu tidak akan disia-siakan. Pertamanya, dari aspek infrastruktur pengangkutan, kerajaan negeri akan bersama-sama dengan agensi persekutuan dan pihak pengurusan tempatan untuk menambah baik akses ke beberapa destinasi. Yang keduanya, adalah dari kelemahan-kelemahan yang kita dapati adalah dari segi kemudahan awam di lokasi pelancongan, insya-Allah kerajaan akan memberi keutamaan untuk membuat penambahbaikan seperti tandas, papan tanda, dan juga pusat informasi pelancong supaya pengalaman pelancong lebih selesa dan mesra pengunjung. Dan ketiganya, kelemahan-kelemahan dari segi modal insan. Kerajaan akan bersama dengan beberapa agensi untuk memperluaskan program latihan hospitaliti, termasuklah latihan kemahiran perkhidmatan dan juga penguasaan bahasa asing. Dan ada lagi beberapa kelemahan-kelamaan lain yang disenaraikan dan insya-Allah akan diambil tindakan untuk menambah baik mutu perkhidmatan pelancongan di Negeri Kedah.

Berbalik kepada soalan daripada YB. Bayu, sebenarnya saya hairan juga kalau bajet kalau ada peruntukan RM7 juta daripada persekutuan, dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, peruntukan kita yang sepertimana yang saya maklumkan daripada kerajaan negeri adalah RM3 juta. Dan tahun lepas alhamdulillah kita mendapat peruntukan tambahan daripada MOTAC (Ministry of Tourism, Arts and Culture of Malaysia) sebanyak RM1.25 juta. Kalau RM7 juta itu, YB. Bayu mesti proof kan benda ini, okey. Kita tidak ada seleweng-seleweng apa pun ya. Dan saya juga meminta kalau YB. Bayu merasakan tidak mendapat sebarang perhatian daripada portfolio pelancongan ini. Sebenarnya sebagai pengerusi portfolio pelancongan ini, saya mengharapkan agar Yang Berhormat dan ramai pun Yang Berhormat-Yang Berhormat, sahabat-sahabat dalam Dewan Yang Mulia ini, aktif dan sentiasa mengangkat produk-produk pelancongan di tempat sendiri.

Saya mengharapkan juga YB. Bayu terus mengenengahkan atau memberi cadangan-cadangan bernas kepada pihak saya untuk menjadi perhatian dan saya rasa YB. Bayu sudah sedia maklum saya juga pernah turun di Baling, dan juga membantu kepada

pengusaha produk pelancongan di sana. Jadi saya harap jawapan ini, apa ni memenuhi kehendak daripada Yang Berhormat Bayu. Dan seterusnya daripada YB. Lunas, setakat di hari ini kita tidak ada penilai bebas tentang kita punya, apa ni, prestasi, apa ni, pelancongan kita. Walau bagaimanapun pihak kerajaan negeri Kedah sentiasa mendapatkan ataupun menerima pandangan-pandangan, penambahbaikan, komen-komen di lapangan untuk menambah baik dari segi sektor pelancongan di Negeri Kedah. Apapun cadangan daripada persoalan daripada YB. Bayu itu akan kita perhalusi dan kita akan mengambil maklum. Jadi terima kasih kepada semua yang mengangkat soalan tambahan dan terima kasih juga kepada YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Kubang Rotan, dan seterusnya dipersilakan YB. Kuah.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan selamat pagi. Satu dua kucing berlari, soalan saya nombor lima mohon jawab dengan teliti. Sekian, terima kasih.

5. Pohon dinyatakan:-a) Bagaimanakah bahagian perumahan melaksanakan penguatkuasaan ke atas penghuni-penghuni yang tidak mematuhi peraturan-peraturan seperti gagal membayar sewa dan memberikan penghuni lain tinggal di unit mereka? b) Berapakah kos tunggakan sewa dan kos penyelenggaraan yang telah dibelanjakan untuk selenggara rumah di bawah seliaan kerajaan negeri?

Speaker

Dipersilakan YB. Kuala Ketil.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Minta maaf YB. Kuah tak dan buat pantun tu, kucing berlari apa (ketawa kecil) terima kasih YB. Tuan Speaker, insya-allah saya akan jawab soalan nombor 5 bagi YB. ADUN Kuah. Soalan yang pertama adalah bagaimanakah Bahagian Perumahan melaksanakan penguatkuasaan ke atas penghuni-penghuni yang tidak mematuhi peraturan seperti gagal membayar sewa dan memberikan penghuni lain tinggal di unit mereka? Yang keduanya, berapakah kos tunggakan sewa dan kos penyelenggaraan yang telah dibelanjakan untuk selenggara rumah di bawah seliaan kerajaan negeri? Jumlah keseluruhan, saya jawab panjang sikit YB. Kuah, dari dulu sampai lani. Jumlah kesan unit rumah skim perumahan sewa beli, yang ada di bahagian perumahan sejak di tahun 1961 sehingga Mac 2026 adalah hampir 15,000 unit rumah yang telah dibina. Walau bagaimanapun daripada keseluruhan ini hanya tinggal 4,963 unit yang masih mempunyai baki bayaran harga rumah. Untuk skim perumahan sewa transit pula terdapat 1,940 unit yang direkodkan di bahagian perumahan. Kadar sewaan skim perumahan di bawah seliaan Bahagian Perumahan bermula daripada RM 50, skim sewaan murah kan? Bermula daripada RM50 sehingga RM150 untuk skim sewa beli. Terdapat perjanjian sewa beli ini biasanya selama 20 tahun. Bagi sewa transit pula kadar sewaan bermula daripada harga RM90 dengan kadar harga RM 90 sehinggalah kepada RM200, tempoh perjanjian pula adalah selama 36 bulan ataupun 3 tahun. Tindakan pemutihan penghuni menjurus kepada soalan YB. Kuah tadi, pemutihan penghuni yang dilakukan penghuni yang tidak mematuhi peraturan, seperti gagal membayar sewa dan memberi sewa kepada orang lain akan diberi notis tuntutan tunggakan, notis siasatan, notis pelanggaran syarat perjanjian, dan notis penamatan perjanjian serta tindakan tarik balik. Rumah turut dikenakan kepada penghuni-penghuni ini selain pula tindakan ini, jika situasi rumah didiami oleh penghuni yang tidak sah Bahagian Perumahan akan menjalankan siasatan dan sekiranya penghuni disebut mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan mereka akan dipertimbangkan untuk mendiami unit tersebut, tempoh sewaan adalah selama 36 bulan. Sepanjang tempoh perjanjian ini Bahagian Perumahan sentiasa menjalankan pemantauan secara berkala untuk memastikan penghuni-penghuni mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan di bahagian pengisian di PPR (Program Perumahan Rakyat), sewa transit Negeri Kedah di bawah seliaan Bahagian Perumahan adalah seperti berikut. Di PPR (Program Perumahan Rakyat) Mergong kita ada 136 unit yang baki daripada 400 unit, PPR Paya Nahu Satu ni selalu transit YB. Kuah. PPR Paya Nahu Satu ada 470 unit yang didiami berbanding 590 unit, di PPR Paya Nahu Dua 1,100 berbanding 1,470 unit dan PPR Langkawi Taman Halia 230 unit daripada 422

unit. Kekosongan rumah ni memerlukan pembaikan terlebih dahulu kerana dah sekian lama rosak, dan sebagainya dan pengisian boleh dibuat mengikut kemampuan peruntukan daripada kerajaan. Seterusnya penglibatan pelbagai agensi semasa pemutihan, apabila kita dapati banyak pelanggaran pihak-pihak yang memiliki rumah tanpa kebenaran sebenarnya yang dan tak bayar sewa transit ataupun sewa beli tempoh hari, bahagian perumahan ada buat pemutihan melibatkan pelbagai agensi semasa pemutihan dijalankan seperti PDRM (Polis Diraja Malaysia), Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan SADA (Syarikat Air Darul Aman), bomba serta pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani, semua agensi-agensi ni sedang beri kerjasama penuh setiap kali operasi dijalankan. Itu yang di kita buat di pemutihan yang paling kerap kita buat di Paya Nahu, projek di Paya Nahu. Dan selain daripada lantikan agen kutipan operasi pemutihan, bermula pada Jun 2025 sehingga Oktober 2025, sebanyak 8 kali program pemutihan yang telah pun dilaksanakan, dan hasil daripada program pemutihan yang kita telah melaksanakan jumlah kutipan meningkat. Sebelum tu kita tak buat pemutihan dan kutipan kita agak rendahlah, teruk, jadi selepas kita buat pemutihan tu jumlah kutipan kita meningkat pada RM 832,721 daripada bulan Jun sehingga Disember 2025, dibandingkan dengan kutipan Januari hingga Mei 2025 hanya RM 216,000 sahaja. Makna dia kutipan kita dapat agak ketara tinggi selepas kita buat pemutihan tersebut. Selain itu, skim perumahan ini juga kita juga di Kedah menyediakan pelbagai-pelbagai kaedah untuk pembayaran kepada penghuni-penghuni di portal iBAYAQ, kiosk terdapat di seluruh Pejabat Daerah dan Tanah, kutipan door to door melalui ejen kutipan dilantik, kutipan bergerak berjadual Bahagian Perumahan turun untuk skim perumahan yang di jadual dan di Pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan) Perumahan iaitu operasi kaunter mengikut waktu pejabat. Bahagian perumahan juga telah melantik ejen kutipan iaitu syarikat BPO Distribution, yang juga telah memberi kesan positif dengan peningkatan kutipan serta kutipan konsisten walaupun bilangan unit rumah semakin berkurangan. Berdasarkan kutipan ni kita lantik ejen, sebahagian besar mungkin orang ramai yang menyewa transit ataupun sewa beli dia kadang-kadang dia nak datang ke pejabat perumahan payah susah. Jadi syarikat perumahan, Bahagian Perumahan telah melantik ejen kutipan pergi ke rumah-rumah dan berdasarkan kutipan tersebut kita dapat reputasi yang meningkatlah.

Purata dia, kita telah daripada kutipan 2016 sampai 2019, purata 6,575 akaun, kita hanya dapat 352,000 sahaja kutipan. Berdasarkan prestasi BPO kutipan syarikat tersebut, daripada 2022 hingga 2025 walaupun akaun dah berkurangan 5,563 akaun tapi kita dapat kutipan RM455,863, makna jumlah kutipan kita meningkat bila kita gunakan syarikat kutipan ini. Dan kos yang soalan kedua adalah kos tunggakan, tunggakan yang direkodkan oleh skim sewa transit sehingga Februari 2026 adalah sebanyak RM40 juta ikut skim sewa transit ini tinggi YB. Kuah, RM 40,760,875, so tinggilah dia punya tunggakan ini. Dan kos penyelenggaraan juga, keseluruhan bagi tahun 2025 adalah direkod sebanyak RM 4,359,510, ini kos penyelenggaraan bagi PPR kita yang kita ada sekarang ni. Daripada kerajaan negeri peruntukan sebanyak RM3,242,626, itu peruntukan dari kerajaan negeri, manakala daripada KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) RM1.1 juta diperlukan. Jadi jumlah keseluruhan tu tinggilah untuk kos penyelenggaraan itu. Terima kasih, YB. Kuah.

Speaker

Dipersilakan, YB. Kuah. Soalan tambahan.

Soalan tambahan, selain PPR apakah lagi ada program-program perumahan yang ada di Negeri Kedah? Terima Kasih.

Speaker

Dipersilakan, YB. Kuala Ketil.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih YB. Tuan Speaker, berdasarkan pada, sehingga ke hari ini, beberapa projek-projek perumahan selain daripada yang kerajaan buat ada di Kedah ni antaranya ialah daripada zakat sendiri. Zakat juga telah menyumbang kepada perumahan pemilik rakyat Kedah, mengikut data kita daripada 2020 sampai 2026 ni, lebih kurang zakat telah buat 718 buah unit rumah. Kalau Desa Sejahtera, kita yang seperti mana yang dijawab oleh YB. Merbau Pulas tadi, kita sekarang ni 100 unit setiap daerah, 100 lot setiap daerah, kalau semua daerah buat ni makna kita dapat 1,000 lebihlah iaitu Desa Sejahtera. Yang keduanya, daripada SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad). SPNB ni pun kalau ikut rekod sehingga sekarang ini lebih kurang 16,000 unit rumah mesra rakyat yang telah dia dapat permohonan, dan itu pun masih ada baki dekat dalam 1,000 lebih

unit lagilah, yang sedang menunggu queue untuk nak buat perumahan mesra rakyat. Kita juga ada rumah KEDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah), KEDA pun telah melaksanakan 967 buah rumah, PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) sendiri 274 buah rumah, BDB (Bina Darulaman Berhad) sendiri pun dah buat 544 unit, PKB (Permodalan Kedah Berhad) 1,036, Perumahan Awam Malaysia atau PPAM 3,983 unit. Jadi ini antara ada dalam, PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia ) pun 1,511 unit, ni antara beberapa agensi dalam Kedah yang telah dibuat rumah yang membantu rakyat kedah untuk memiliki rumah. Selain daripada itu, kita juga ada permohonan daripada pemaju-pemaju swasta yang telah melaksanakan rumah di Kedah ni mengikut MKN sehingga 2025 ni kita dah ada 10,044 buah unit rumah yang telah masuk dalam MKN 2025, dan kalau yang dah siap rumah mampu milik lebih kurang 3,341 unit rumah. Tu antara beberapa perumahan-perumahan yang telah diadakan di Kedah ni yang boleh membantu rakyat Kedah untuk memiliki rumah, YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima Kasih Yang Berhormat….

YB. Tuan Speaker boleh soalan tambahan ini.

Speaker

Ok, YB. Tokai. Dipersilakan.

Terima Kasih YB. Tuan Speaker, YB. Kuala Ketil seperti kita tahu apa di Kedah ni banyak projek-projek guru, kuarters guru yang terbengkalai. Saya pernah bawa isu ni di parlimen dulu bersama dengan Timbalan Menteri Pendidikan tetapi masalahnya adalah hak milik tanah. Tanah adalah tanah persekutuan dan kita kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk mengganggu, tapi kita tengok di, saya tengok di Pendang sendirilah! Di Kubur Panjang! Di Sungai Tiang! Di Tokai! Hanya menunggu masa untuk diroboh sendiri kalau sekiranya tidak dibaik pulih ataupun tidak diberi penghuni. Jadi apakah tindakan kita kut-kut lah boleh slow talk dengan Kementerian Pendidikan ka ataupun melalui Kanun Tanah Negara ka kanun apa ka, tak baiki kami perhempas balik tanah ni! Adakah usaha ini boleh dilakukan oleh negeri kepada pihak Persekutuan? Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Dipersilakan, YB. Kuala Ketil

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Nak jawab pun susah soalan tu. Buat nak rampas tanah tu. YB. Tuan Speaker, sebenarnya kita masih belum ada lagilah engagement dengan Kementerian Pendidikan Negeri, saya akui kuarters-kuarters guru ni banyak terbengkalai rosak bukan kata tempat lain di Kuala Ketil pun ada, depan UniSHAMS. Walaupun satu ketika dulu kita mencadang UniSHAMS untuk ambil tu sebagai kuarters staf UniSHAMS, tetapi kos yang tinggi untuk UniSHAMS membaiki balik dan menyara balik rumah tu sebab rumah tu dah rosak teruk dan bermakna tak ekonomi kalau kita ambil untuk baiki semula. Saya menjawab hari ini, kita belum ada lagilah untuk buat sebarang perjanjian ataupun dengan Kementerian Pendidikan, YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima Kasih YB. Kuala Ketil. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Pelantikan Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

II. Pelantikan Ahli Dewan Negara Yang Dipilih Oleh Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suka saya memaklumkan disini bahawa Setiausaha Sulit Kanan, kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menerima surat daripada Setiausaha Dewan Negara berkenaan tamat tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah pada 19 Mac 2026. Surat berkenaan berbunyi seperti berikut: “Tamat tempoh pelantikan Ahli Dewan Negara (Senator) yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir Bin Haji Idris dan Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak Bin Ahmad, telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah menurut Perkara 41 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 19 Mac 2026. Menurut Bahagian 1 (2) dalam Jadual Ketujuh Perlembagaan

Persekutuan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan ini berkenan memberi notis kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Kedah bahawa dua orang ahli Dewan Negara hendaklah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dengan seberapa segera untuk mengisi kekosongan yang berlaku ini”. Oleh yang demikian, saya mohon kesudian Dato’ Paduka untuk menyembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Kedah berkenaan notis ini agar kekosongan yang berkenaan dapat isi setelah dipertimbangkan dan dipilih oleh Dewan Undangan Negeri. Kerjasama pihak tuan amanah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih saya yang menjunjung titah, Dato' Haji Jaba bin Mohd Noah, Setiausaha Sulit Kanan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong. Oleh yang demikian, pada hari ini saya mohon cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar untuk membuat cadangan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dengan ini saya pohon mencadangkan bahawa dewan yang bersidang pada hari ini dengan sukacitanya melantik dan menyambung semula perkhidmatan dua orang senator yang telah tamat tempoh pada 19 Mac 2026 iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Nasir Bin Idris dan Yang Berhormat Tuan Musoddak Bin Ahmad menjadi Ahli Dewan Negara berkuatkuasa pada 20 Mac 2026.

YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pejabat Dewan Undangan Negeri Kedah telah menghantar surat kepada kedua-dua orang Yang Berhormat Senator ini untuk meminta persetujuan berkenaan pelantikan semula mereka. Sehubungan dengan itu, saya telah menerima surat maklum balas persetujuan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Nasir Bin Idris dan juga Yang Berhormat Tuan Musoddak Bin Ahmad berhubung dengan pelantikan semula sebagai ahli Dewan Negara. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya hanya menerima satu cadangan untuk pemilihan ini daripada pihak kerajaan. Oleh yang demikian, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan rasminya mengesahkan bahawa mengikut kehendak jadual ketujuh Perlembagaan Malaysia Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang

bersidang pada hari ini bersetuju melantik semula Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Nasir Bin Idris dan Yang Berhormat Tuan Musoddak Bin Ahmad menjadi ahli Dewan Negara mulai daripada 20 Mac 2026. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Usul ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

III. Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.Motion

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya pohon mencadangkan satu usul yang berbunyi seperti berikut: “Bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman mempersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ucapan yang berbunyi; Patik-patik sekalian, YB. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah didalam persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenannya tuanku menyampaikan titah ucapan, sempena perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang Ke-15.” Sekian terima kasih.

YB. Tuan Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Perbahasan di atas Usul menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar.

IV. Perbahasan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar.Motion

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perbahasan diatas usul ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat agar menumpukan ucapan-ucapan Yang Berhormat kepada perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri Kedah sahaja. Saya juga berharap Ahli-ahli Berhormat tidak mengulangi perkara-perkara yang telah pun disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Dipersilakan YB. Sidam.

Terima kasih YB. Tuan Speaker, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. YB. Tuan Speaker, YB. Timbalan Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, YAB. Dato’ Menteri Besar, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih ke atas peluang yang diberikan untuk memberi ucapan sempena pembukaan sidang DUN pada kali ini. Pertama kali, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan atas perasmian pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri kemarin. Titah dan nasihat baginda, akan kami jadikan panduan sepanjang perbahasan yang berlangsung ini. Antara isu-isu yang saya akan ketengahkan hari ini ialah berkenaan dengan titah ucapan Tuanku mendepani cuaca panas yang melampau, ketidakseimbangan antara pertubuhan penduduk dan juga kapasiti infrastruktur, ketegangan geopolitik dan inisiatif-inisiatif kerajaan pusat dalam pembangunan Negeri Kedah. Kita berkumpul di Dewan Yang Mulia ini bukan sekadar untuk bersetuju dengan segala yang dibentangkan oleh kerajaan, peranan kami di sini adalah sebagai semak dan imbang kami hadir dengan semangat pembangkang yang kontraktif, yang mana baik kita puji kita setuju yang mana, yang tak betul kita akan tegur dan memberi cadangan-cadangan yang bernas, untuk kepentingan rakyat di Negeri Kedah, selari dengan titah ucapan Tuanku yang mahukan Dewan Yang Mulia ini dijadikan sebagai platform yang matang dan berhemah untuk kita sama-sama berbahas.

YB. Tuan Speaker, perkara pertama ialah mendepani cuaca panas yang melampau, isu cuaca panas melampau atau fenomena El-Nino di Kedah memerlukan pendekatan yang menyeluruh kerana ia memberi kesan langsung kepada sektor yang kritikal seperti pertanian dan bekalan air domestik, ini secara selaras dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang mahukan semua pihak bersiap sedia menghadapi fenomena cuaca ekstrem ini. Memandangkan Kedah adalah negeri jelapang padi, pengurusan air di bawah kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda atau MADA dan juga JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia) dan juga Syarikat Air Darul Aman (SADA) adalah sangat kritikal. Jadi, kerajaan boleh melaksanakan jadual penggiliran air untuk sawah padi bagi memastikan pengagihan yang adil dan mengelakkan pembaziran di kawasan hilir. Selain melakukan pemantauan Empangan Pedu, Ahning Dan Empangan Muda secara berkala. Jadi, jika paras air dilihat kritikal, pembenihan awan boleh diselaraskan dengan kerjasama METMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) dan TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia). Keduanya ialah menyiap sedia lori tangki dan pemasangan tangki statik di kawasan berisiko tinggi ataupun hotspot yang sering mengalami gangguan bekalan tekanan air rendah semasa musim kemarau merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Saranan dan titah Duli Yang Amat Mulia Tuanku pada muka surat 10 berikatan penambahbaikan plan mitigasi risiko bencana secara lebih serius perlu dilaksanakan. Oleh itu, bagi menyahut seruan itu saya mencadangkan pihak Jabatan Alam Sekitar boleh memainkan peranan dengan memperketatkan penguatkuasaan Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, kompaun dan tindakan mahkamah boleh diambil terhadap pihak yang melakukan pembakaran terbuka. Kerajaan negeri bersama pihak Jabatan Kesihatan Negeri boleh memainkan peranan efektif dimana pihak tersebut perlu mengeluarkan garis panduan pencegahan strok haba terutama bagi kumpulan berisiko tinggi, seperti warga emas dan kanak-kanak. Pihak Kementerian Pendidikan mempunyai kuasa untuk menangguh aktiviti luar darjah seperti sukan dan kurikulum atau menutup sesi persekolahan jika suhu melebihi 37⁰C selama 3 hari berturut-turut. Ini telah diimplementasi pada beberapa buah sekolah dengan menggalakkan pembelajaran secara PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) baru ini saya memuji tindakan yang telah diambil oleh pihak pendidikan negeri. Begitu juga dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang boleh meningkatkan rondaan di kawasan tanah gambut dan tanah pelupusan sampah yang mudah terbakar seperti yang berlaku di Daerah Kulim. Memandangkan cuaca yang ekstrem ini boleh menjejaskan hasil tuai dan pendapatan petani, saya mencadangkan kerajaan boleh menyediakan bantuan melalui tabung bencana tanaman padi bagi meringankan beban pesawah yang mengalami kerugian akibat tanaman yang rosak. Kerajaan boleh menyediakan bantuan pam air alternatif

ataupun yang mudah alih untuk pembinaan tube well di kawasan sawah yang berada di luar kawasan skim perairan utama. Mengambil faktor pemanasan global yang serius dan ketidaktentuan cuaca yang selalu yang berlaku sejak berapa tahun kebelakang ini kerajaan perlu mempercepatkan projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) yang masih dalam pembinaan dan meningkatkan kapasiti kepada rizab air bagi menghadapi musim kemarau pada masa hadapan, tetapi saya difahamkan adalah berlaku di sebaliknya. Saya difahamkan LRA Bukit Selambau telah pun ditamatkan pembinaan oleh kerana tidak dapat disambung EOT (Extension of Time) yang keempat. Jadi, ini adalah agak menyedihkan kerana ia memberi kesan langsung kepada 15,000 akaun pengguna yang meliputi pengguna sekitar Sungai Petani, Sungai Lalang, Merbok dan Tanjung Dawai. Saranan saya adalah pihak kerajaan perlu melantik kontraktor ataupun kontraktor penyelamat yang lebih komited yang berwibawa bagi menyiapkan projek ini secepat mungkin bagi menjamin bekalan air di semua kawasan tersebut. Ini kita harap pihak kerajaan negeri dapat memilih dengan betul-betul, jangan dengar janji-janji sangat! janji-janji manis tu tak betul! YB. Tuan Speaker ada sikit mengenai soal infrastruktur, ketidakseimbangan antara pertubuhan penduduk dan kapasiti infrastruktur. Isu bekalan air dan infrastruktur jalan raya merupakan tunjang utama dalam pembangunan kawasan perumahan baru terutamanya di negeri yang pesat membangun macam Kedah ni, MB (Menteri Besar) noh, macam Kedah ni pesat membangun ni, ketidakseimbangan antara pertambahan penduduk dan kapasiti infrastruktur yang sedia ada boleh menjejaskan kualiti hidup, serta nilai hartanah kawasan-kawasan tersebut. Cabaran dan langkah strategi yang perlu diambil perhatian adalah memastikan kestabilan bekalan air bersih, di mana pembangunan perumahan yang rancak memerlukan rancangan sumber air yang holistik bagi mengelakkan masalah tekanan air dan gangguan bekalan. Memandangkan Kedah sedang dalam fasa menaik taraf berapa loji air, air utama penjelasan antara pemaju dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) adalah kritikal bagi memastikan permintaan domestik di kawasan taman perumahan baru. Benda-benda ini berlaku, kerap berlaku semasa bulan Ramadan haritu, dimana banyak kawasan-kawasan perumahan yang memerlukan air, kita pun tahu apabila Ramadan ni mesti ramai yang memerlukan air untuk memasak dan sebagainya jadi keperluan juga meningkat apabila penduduk-penduduk di luar balik ke kawasan Kedah ni jadi penggunaannya semakin meningkat jadi ini memerlukan perhatian daripada pihak yang berkaitan untuk penambahbaikan dalam menghadapi musim-musim kemarau dan musim perayaan. Begitu juga dengan jalan raya yang sempurna bukan setakat untuk akses, tetapi juga melibatkan aspek keselamatan dan penyuraian trafik. Jalan masuk ke kawasan-kawasan bandar dan kawasan perumahan harus mematuhi standard piawaian dan menampung peningkatan jumlah kenderaan termasuk menyediakan bahu jalan yang selamat untuk berjalan kaki, malahan jalan rosak di Kedah dan sistem pengairan tersumbat yang tidak cekap menjadikan masalah ini perlu ditangani oleh pihak berkuasa tempatan.

Sistem perparitan di kawasan taman perumahan baharu, sambungan saliran juga perlu memberi perhatian bagi mengelakkan banjir kilat dan kerosakan struktur jalan. Apabila kedua-dua aspek ni diuruskan dengan baik, impact positifnya akan dirasai secara langsung oleh komuniti. Infrastruktur jalan yang baik juga mengurangkan tempoh perjalanan yang jauh dan juga tekanan trafik sekaligus memberi lebih masa yang berkualiti untuk keluarga. Kawasan perumahan yang mempunyai fasiliti lengkap akan menarik pelabur perniagaan tempatan, meningkatkan nilai pasaran rumah dan merancakkan ekonomi setempat. Kesimpulannya, penyelarasan yang lebih ketat antara pihak berkuasa tempatan, JKR (Jabatan Kerja Raya), dan syarikat utiliti amat diperlukan sebelum sesuatu projek perumahan dilakukan. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SUK (Setiausaha Kerajaan), terutamanya bahagian perumahan yang telah berjaya memperbaiki sistem paip air di projek Flat Paya Nahu yang sebelum ini berlaku pembocoran yang teruk dan telah diperbaiki sepenuhnya walaupun beberapa masalah sikit lagi sedang dihadapi. Selain pada itu, saya memohon juga pihak SUK untuk memperbaiki sistem perparitan, buat masa sekarang sistem perparitan sangat teruk dan air melimpah-limpah merata-rata air tak mengalir. Jadi kita bimbang akan berlaku penyakit berjangkit dan juga pembiakan nyamuk aedes di kawasan tersebut. Jadi, ini saya memerlukan pertolongan dari pihak SUK, terima kasih. Ketiga ialah mengenai ketegangan geopolitik. Isu kenaikan harga bahan api global akibat ketegangan geopolitik antara Iran, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya merupakan cabaran besar yang memberi kesan rantaian kepada ekonomi setempat. Walaupun dasar petroleum dan subsidi bahan api berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga mempunyai peranan strategik untuk memitigasi impak tersebut terhadap rakyat. Ini selaras dengan saraan dan titah Tuanku yang mahukan semua pihak bersiap siaga dalam menghadapi setiap tindakan bagi mendepani ketidaktentuan geopolitik terkini. Kenaikan harga minyak biasanya diikuti dengan kenaikan kos input pertanian dan logistik makanan. Oleh itu, kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan telah merangka pelan strategik subsidi diesel untuk membantu golongan petani dan juga pengusaha jentera pertanian yang terkesan. Hat ni kita tunggu ja sabar sikit nuh. Tak lama dah, tak lama dah.

Speaker

5 minit lagi YB., 5 minit.

Sabar, sabar. Sabar tu separuh dari iman orang kata (ketawa kecil). Pihak kerajaan negeri boleh memainkan peranan dalam memperkukuhkan… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bukit Selambau bangun YB., nak bagi?

Boleh, boleh, boleh.

Speaker

Silakan.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Terima kasih sahabat saya YB. Sidam, sempadan dengan Bukit Selambau. Duduk pun di belakang dia, maka jiran sungguh kami ni. Berkaitan dengan apa yang disebut harga minyak diesel, disebut bantuan sabar ni memang sabar la, tapi hat duk mintak pun tak dapat lagi. Kita minta supaya YB. Sidam kemukakan kepada YAB Perdana Menteri (Perdana Menteri Ke-10) bagi petani-petani yang sudah pun menggunakan jentera tuai dan juga mesin traktor yang belum lagi mendapat subsidi daripada kerajaan. Birokrasi dalam mendapatkan minyak tersebut cukup susah. Jadi, nak taruh banyak tak boleh, salah dari sudut peraturan, nak beli pulak terlalu mahal. Apakah YB. Sidam bersetuju dengan saya? Sabar ni ada had dia.

Speaker

Silakan YB. Sidam.

Berikan laluan, YB. Sidam. YB. Sidam.

Speaker

4 minit lagi.

Baik, terima kasih. Ada lagi?

Ada.

Speaker

Bagi laluan dia. Dipersilakan YB. Lunas.

YB. Tuan Speaker, terima kasih atas selang yang diberikan. Ni saya nak tanya pandangan YB. Sidam la, pasal dulu sewaktu YAB Perdana Menteri (Perdana Menteri Ke-10) menjadi Ketua Pembangkang, minyak naik lima sen pun dah penuh Dataran Merdeka, berguling-guling apa semua. Jadi, setuju atau tidak saya katakan kepada YB. Sidam, kalau untuk pilihanraya yang akan datang, YAB Perdana Menteri (Perdana Menteri Ke-10) ni kena bertukar kepada kerusi Ketua Pembangkang. Barulah relevan kepada keadaan sekarang dan kerajaan yang memimpin tak berani nak naik harga pulak. Setuju tak YB. Sidam?

Speaker

Silakan YB. Sidam.

Takdak dah noh. Terima kasih YB. Bukit Selambau dan juga YB. Lunas. Kita semua berjiran ni, berjiran. Okey berkenaan dengan persoalan yang ditimbulkan oleh YB. Bukit Selambau tadi, kita tunggu lah, kita tunggu. Sekarang sedang dikuatkuasakan atau sedang dalam perancangan. Benda-benda ni macam YB. Kubang Rotan kata tadi lah bukannya tanam taugeh, sekejap, tak boleh. Jadi kita perlukan penyelidikan dan sebagainya. Jadi, kita rasa benda ni akan diumumkan beberapa masa yang akan datang. Tak lama dah, tak lama dah. Sabar, sikit lagi ja sabar. Kemudian berkenaan dengan saudara YB. Lunas.

Speaker

Okay silakan, 3 minit lagi.

Tambah tadi boleh tambah sikit. Depa kacau. Berkenaan YB. Lunas kata tadi, ini sebenarnya dulu harga dia macam lain, harga sekarang macam lain. Dulu tidak ada peperangan dan tidak ada masalah geopolitik di kawasan tu. Jadi, harga dia lain, sekarang harga dia lain. Dulu, jadi harga lain la dulu kan, boleh faham kot noh. Dia pun dulu belah nu juga. Sampai mana tah tadi, lupa dah. Okey, saya sambung. Berkenaan dengan bantuan, kerajaan negeri boleh memberi bantuan tambahan atau subsidi silang bagi baja, racun melalui agensi negeri yang mengimbangi kenaikan kos pengangkutan yang ditanggung oleh petani. Selain itu, boleh juga menganjurkan program jalan terus daripada petani-petani, maksud dia bukan padi lah. Mungkin daripada pertanian-pertanian lain yang mana kerajaan negeri boleh membantu memendekkan rangkaian bekalan dan mengurangkan harga kepada pengguna. Kerajaan negeri juga boleh menyalurkan bantuan terus melalui geran pembangunan masyarakat atau daripada dana zakat. Manakala bagi melancarkan sektor pengangkutan, kerajaan negeri boleh meningkatkan kecekapan bas seperti bas henti-henti di kawasan bandar bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan. Pihak kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di peringkat negeri bagi memantau harga barang-barang kawalan di kawasan bandar awam dan mengelakkan peniaga menaikkan harga secara tidak munasabah dalam atas alasan kenaikan harga minyak. Nak cepat dah ni. Tambah sikit, 5 minit. Secara keseluruhannya, pendekatan kerajaan negeri bersifat proaktif dan inklusif dengan menggabungkan bantuan jangka pendek dan strategi kelestarian jangka masa panjang. Matlamat utama adalah untuk meminimumkan kesan terhadap kualiti hidup rakyat sambil memastikan kestabilan ekonomi negeri terus terpelihara di tengah-tengah ketidaktentuan politik dunia. Seterusnya, mengenai inisiatif kerajaan pusat dalam pembangunan Negeri Kedah. Saranan dan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan hubungan antara negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak dapat dilihat secara terpisah. Sebaliknya perlu berasaskan semangat kerjasama yang adil dan saling melengkapi antara satu sama lain amat saya persetujui. Sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Negeri Kedah dapat dilihat melalui peningkatan peruntukan yang signifikan dan kelulusan pelbagai projek infrastruktur strategik pada tahun 2025 dan 2026. Antara sokongan utama pembangunan yang sedang dilaksanakan adalah seperti peningkatan bajet di mana peruntukan keseluruhan untuk Kedah telah meningkat kepada RM9.6 bilion merangkumi pengurusan, pembangunan, pemberian khas berbanding RM7.1 bilion pada tahun 2021. Selain itu, sebanyak RM4.38 bilion juga telah diluluskan bagi projek-projek di bawah Plan Pusingan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula pada tahun 2026 ini. Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Karangan di Kulim bernilai RM496 juta telah diluluskan untuk menjamin simpanan air mentah. Sistem pembentungan iaitu Projek Loji Rawatan

Kumbahan Serantau (RSTP) Kota Setar bernilai RM328 juta telah siap memberi manfaat pada kira-kira 100,000 penduduk di kawasan tersebut. Bagi pertumbuhan ekonomi dan industri pula, Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam dengan nilai pelaburan RM2.7 bilion dirancang untuk menjadikan hub ekonomi digital ASEAN yang moden. Penyediaan kawasan industri baharu bagi menarik pelaburan asing mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan seperti Kedah Rubber City (KRC) telah mendapat kelulusan sebagai zon industrial khas dan menerima sokongan padu melalui peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan Ke-12. Pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Fasa 5 merupakan projek strategik yang telah mendapat perhatian dan kelulusan penting daripada Kerajaan Persekutuan bagi menyokong pertumbuhan industri teknologi tinggi di Malaysia. Jadi, setakat tahun 2025, pihak pemaju KXP (Kulim International Airport) Airport dikehendaki memberi maklumat tambahan yang diperintah oleh kementerian bagi memenuhi kriteria perancangan lapangan terbang nasional. Ini menandakan komitmen kerajaan pusat bagi meneruskan projek ini ke fasa seterusnya, jika kriteria yang diperlukan dipenuhi oleh pihak pemaju. Kerajaan pusat juga meneruskan beberapa projek kritikal untuk menangani bencana alam seperti RTB (Rancangan Tebatan Banjir) Sungai Temin, Sungai Bata di Kubang Pasu dengan kos sebanyak RM290 juta. Seterusnya, projek kawalan hakisan pantai melibatkan kawasan kritikal di Sungai Kampung Sungai Pial hingga ke Kampung Tanjung Dawai turut diambil berat merangkumi pembinaan tembok bernilai RM22.2 juta dan banyak lagi ni kalau nak sebut, banyak lagi. 2 minit, 2 minit, nak landing. Kesimpulannya, pembangunan Negeri Kedah adalah hasil strategi antara perancangan strategik kerajaan pusat dan pelaksanaan di peringkat kerajaan negeri. Fokus yang diberikan tidak hanya bersifat urban, malahan menyentuh akar umbi melalui pemerkasaan infrastruktur di luar bandar demi kesejahteraan rakyat Negeri Kedah. Sebelum mengakhiri ucapan, nak habis dah kot, habis dah noh, takpa 1 minit. Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya mohon kerajaan negeri Kedah, mohon ni, untuk turut menyambut kerjasama daripada kerajaan pusat seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan di mana pendekatan diplomasi pentadbiran ini bukan sahaja menguntungkan kerajaan negeri, malahan memberi impak besar yang dirasai di peringkat akar umbi. Jadi, kita contohi Negeri Kelantan yang berbaik-baik dengan YAB Perdana Menteri (Perdana Menteri Ke-10) dan dapat peruntukan-peruntukan lebih (ketawa). Jadi, mungkin di sana berlainan. Dia tak hantam-hantam la noh, kita pasal hantam-hantam juga, biar kita pulun cukup la. Kita kerajaan, MB (Menteri Besar), dan juga EXCO-EXCO ini lihat lebih tumpu kepada kerjasama untuk pembangunan negeri. Maka, kami pun mahukan negeri ini membangun dengan baik dengan elok. Jadi, kita harapkan kerjasama yang erat dapat dilakukan dan Negeri

Kedah akan dapat lebih manfaatnya. Yang penting, rakyat Kedah dapat menikmati pembangunan hasil dari kerjasama ini kelak. Jadi, sebagai penutup, saya menjunjung kasih dan menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah kemarin. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Sidam. Dan seterusnya, dipersilakan YB. Ayer Hitam. 20 minit ya.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirabbil alamin washolatu wassalamu ‘ala asrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi aj ma’in. Rabbisyrahli sadri, wa yassir li amri, wahlul 'uqdatam mil lisani, yafqahu qawli. Subhanaka la ‘ilma ‘allamtana innaka antal alimul hakim. La hawla wala quwwata illa billah ilaliyyil azim. Amma ba'du. YB. Tuan Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha, Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, Yang Dihormati pegawai-pegawai Dewan, seterusnya yang dikasihi para pemerhati yang berada di dalam dewan atau yang berada di luar dewan, yang mengikuti siaran kita secara atas talian. Terima kasih YB. Tuan Speaker atas laluan yang diberikan kepada saya, untuk turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul. Menjunjung kasih atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena dengan perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Kedah Darul Aman yang Ke-15. Saya suka mulakan ucapan saya dengan di pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kerajaan merakamkan sekalung tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baharu, dan kepada Yang Berusaha Dato’ Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim sebagai Timbalan Setiausaha kerajaan negeri (Pengurusan) yang baharu. Semoga pelantikan kedua-dua tokoh ini akan memberi ruang yang besar kepada pemantapan pentadbiran kerajaan negeri dalam menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan yang semakin mencabar. Kami berasa yakin kemahiran dan pengalaman yang banyak dan pelbagai yang ada pada kedua-dua tokoh ini akan menjadi resepi yang utuh dan tuntas dalam melaksanakan perancangan berkait dengan kewangan dan pengurusan. Seterusnya dalam membantu pasukan kerajaan negeri yang diterajui oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar untuk merealisasikan Pelan Perancangan Kedah 2035 dan wawasan The Greater Kedah yang telah disusun sejak 5 tahun yang lalu. Hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan agar tindakan semakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara menyeluruh

di semua peringkat jabatan dan agensi perlu disambut dengan tindakan yang tersusun dan proaktif oleh kepimpinan kanan kerajaan negeri yang terlibat secara langsung dalam perancangan dan pelaksanaan dasar. Hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga agar dasar dan peraturan yang sedia ada perlu dinilai agar tidak menyusahkan rakyat adalah suatu gesaan yang selari dengan perkembangan semasa dunia semasa hari ini. Yang menuntut penyediaan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat yang cekap, pantas dan mencapai matlamat. Oleh itu, tindak ikut perlu diusahakan bagi menyemak atau menilai proses penyediaan dan penyampaian perkhidmatan awam agar karenah birokrasi, prosedur dan undang-undang yang lapuk dan tidak relevan dengan suasana semasa agar mutu perkhidmatan awam meningkat semasa ke semasa. Saya yakin pelantikan kedua-dua tokoh insya-Allah akan dapat menyantuni ataupun menyahut seruan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam. Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Negeri juga, saya ingin merakamkan terima kasih kepada mantan Yang Berhormat Dato’ Wira Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, mantan Pegawai Kewangan Negeri atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut. Kami doakan semoga persaraan Yang Berbahagia Dato’ Wira Syed Khairol Anuar akan diberkati oleh Allah SWT dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berterusan berpanjangan di samping keluarga yang tercinta. Beliau meninggalkan satu tanda aras yang tinggi dan mencabar untuk dipenuhi oleh pengganti beliau. Iaitu rentetan kutipan hasil kerajaan negeri yang tertinggi sejak Allah ta'ala jadikan bumi ini iaitu sebanyak RM816 juta bagi tahun 2025. Satu tanda aras yang semakin menepati hasrat kepimpinan YAB. Dato’ Seri Menteri Besar yang mengunjurkan kutipan hasil kerajaan negeri mencapai RM1bilion menjelang 2028. Kami yakin angka itu akan berjaya dicapai jika segala perancangan ke arah itu berjalan mengikut jadual dan kerangka masa yang telah disusun termasuk melalui semakan kadar cukai tanah yang telah disempurnakan pada tahun 2025. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga bertitah agar prinsip federalisme hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu berasaskan kepada semangat kerjasama yang adil dan saling melengkapi. Oleh itu, isu semakan kadar cukai tanah ini, kami menyeru Putrajaya memahami hasrat Alor Setar yang telah mengemukakan dapatan semakan tersebut untuk diluluskan sesuai dengan kehendak dan peraturan Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. Hal ini penting agar segala perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan membawa manfaat yang maksimum kepada rakyat negeri dan negara ini keseluruhannya. Semua negeri termasuk Kedah perlu dilayan dengan seadilnya agar prinsip dan faedah federalisme dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia tanpa terpisah dan terpilih oleh sentimen dan fahaman politik yang sempit dan usang. Tadi YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh YB.

Tokai jelaskan tentang kelewatan kelulusan kadar semakan cukai 2025 yang sepatutnya tidak menjadi isu sebenarnya, jika proses mengikut jalan yang sebenarnya. Pertimbang dekat MTN (Majlis Tanah Negara) luluskan untuk dilaksanakan pada pangkat tertinggi tapi secepat mungkin lah agar kekeliruan, kekhilafan pentadbiran tafsiran undang-undang mungkin, menyebabkan perkara itu tidak berlaku dan kesannya kepada kita lah. Jangkaan kita untuk mencapai RM1 bilion kutipan hasil negeri pada tahun 2028 agak terencat sedikit lah. Pun begitu, kita menaruh keyakinan yang besar kepada pihak kerajaan dipimpin oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar dan juga barisan EXCO termasuk penolong kanan kerajaan, supaya isu ni dapat diselesaikan segera dengan penuh berhemah dan menguntungkan kedua-dua pihak insya-Allah. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai warga Kubang Pasu, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha Dato' Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim atas nikmat cemerlang beliau sepanjang 3 tahun 4 bulan dan 5 hari sebagai Pegawai Daerah Kubang Pasu. Banyak jasa yang ditinggalkan oleh beliau dalam usaha memajukan bukit, lembah, pida dan kuala di seluruh Kubang Pasu. Bukit, lembah, pida dan kuala tu yang ada pun di Kubang Pasu, sepanjang tempoh itu. Dan yang terbesar ialah meninggalkan satu pelan pembangunan, Pelan Pembangunan Kubang Pasu 2035, yang diilhamkan daripada Pelan Pembangunan Kedah 2035 bagi peringkat daerah untuk diteruskan oleh pentadbiran baharu insya-Allah. Tahniah Puan Amirah Khairiah binti Abdul Latip, Pegawai Daerah yang baharu. Welcome to Kubang Pasu, dan selamat berkhidmat dengan sepenuh jiwa dan raga. Insya-Allah kita akan berganding bahu bagi memastikan pelan yang dirangka itu tidak tinggal kat kertas semata-mata sahaja, sebaliknya diterjemahkan di lapangan sepertimana yang telah disusun insya-Allah. Dua hari lepas saya berjumpa dengan Yang Berusaha Puan Amirah dalam satu pesta antarabangsa di Ayer Hitam, Jerlun. Pesta Bendang Antarabangsa @Matang Kenanga, hebat yang sebahagian besarnya disokong oleh mantan Pegawai Daerah dan Puan Amirah pun dah belajar makan pinang nak tiru mantan Yang Berusaha DO yang lama lah. DO lama ni makan pinang, dia naik motor, “kayuh gerek”, “rabat bukit” tu dia punya legasi dia tinggal Puan Amirah dulu ni. Okey tak banyak pun sikit daripada apa yang telah dilakukan oleh daerah dari segi tu untuk kita sama-sama bangunkan Kubang Pasu insya-Allah khususnya di Jerlun dan Ayer Hitam. YB. Tuan Speaker, dunia sedang berhadapan dengan kesan perang Amerika Israel dengan Iran. Walaupun kita berjarak fizikal beribu-ribu batu, beribu-ribu puluh meter jauhnya dengan medan perang di Asia Barat itu. Namun kesan buruknya kepada kita termasuk di Kedah sudah mula terasa, terutamanya dalam sektor ekonomi dan pertanian. Harga minyak terutamanya diesel yang gila melonjak, setiap minggu lapan kupang naik sudah dan akan terus terjadi. Diramalkan begitu. Dan kita semua faham

peningkatan harga diesel sudah pasti sedang dan akan diikuti dengan peningkatan rantaian harga barang dan perkhidmatan yang sudah pasti akan meninggal kesan yang buruk kepada kehidupan rakyat di segenap lapisan. Rata-rata di seluruh Negeri Kedah ni, khususnya di kawasan penanaman padi sama ada dalam atau luar kawasan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda), para pesawah sudah mula menghitung kenaikan kos pengeluaran input terutamanya upah membajak dan menuai, guna pam air, sebagainya untuk musim yang akan datang. Sudah ada kedengaran suara petani yang menyeru kepada penangguhan penanaman padi untuk musim akan datang, termasuk di Langkawi. Dan mereka rasa perlu buat begitu untuk mengurangkan ataupun keluar daripada kerugian yang pasti ditanggung jika kos pengeluaran terus meningkat semasa ke semasa. Jika benarlah para pesawah menangguhkan penanaman padi untuk musim ini, kita menjangkakan hal ini akan menyebabkan keterjaminan makanan asas negara iaitu beras atau nasi, akan terjejas. Walaupun Yang Berhormat Menteri memberi jaminan bahawa stok beras kita masih ada cukup tahun ni, namun tiada jaminan stok itu akan berkekalan untuk jangka masa yang panjang. Jika penghasilan padi kita merosot disebabkan kos pengeluaran yang meningkat dengan ketara dan ketidaktentuan pasaran beras antarabangsa akibat perang yang belum ada tanda jelas akan berhenti pada masa yang terdekat.

Speaker

Langkawi pun tangguh buat bendang YB.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Ha itulah dilaporkan media. Tak taulah jadi tak jadi sebab kos yang tinggi yang memberi kesan yang besar. Ada satu kajian yang dibuat oleh pihak NGO (Non-Governmental Organization), sektor pertanian padi di negara kita ni berada di tahap yang belum kukuh. Pengeluaran padi negara pada tahun 2023 direkodkan sekitar 2.175 tan metrik menurun berbanding 2.282 tan metrik pada tahun 2022. Ada penurunan. Pada masa yang sama purata hasil padi negara kekal sekitar 3.5 hingga 3.9 tan sehektar. Sebenarnya kawasan jelapang berpotensi menghasilkan antara 5 hingga 7 tan padi sehektar sekiranya pesawah memperoleh sokongan yang mencukupi, ekosistem yang lebih adil serta kos input kos pengeluaran yang munasabah. Realiti di peringkat sawah jauh lebih menekan daripada yang sering digambarkan. Kos mengusahakan sawah kini dilaporkan, ni kajian na, mencecah sekitar RM5,500 sehektar daripada benih sampai mengerat. Ini meletakkan kos pengeluaran padi sekitar RM1,500 setan, kos pengeluaran tu ikut nilai ringgit nilai tan tu RM1,500 setan. Dengan harga lantai padi RM1,500 setan bermaksud petani buat tu tak ada untung apa-apa. Dulu-dulu kata “cenkalio” takdak pa, takdak pa. Cuma boleh sikit nikmati sebab ada subsidi padi RM500 tu setan untuk 6 bulan dan 2, 3 lagi subsidi yang tak berapa pun. Dengan kata lain, petani ni membanting tulang siang

malam hanya untuk menyediakan padi beras untuk rakyat, untuk Malaysia, untuk negara ini. Untuk mereka sendiri, seadanya cukup-cukup makan sahaja.

Speaker

5 minit lagi YB.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Itulah pengorbanan yang telah dilakukan oleh petani sejak sekalian lama, bukan baru, sekalian lama di Kedah ni bahkan di seluruh negeri di Malaysia ini. Sebab tu lah kita menyokong penuh titah Kebawah Duli Yang Maha Tuanku supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pengorbanan yang dilakukan oleh petani termasuk negeri sendiri yang peruntukkan 220,000 hektar kurang lebih tanah digazetkan sebagai kawasan pengeluaran padi dengan mempertimbangkan kepada tuntutan pampasan yang kita kemukakan sejak sekian lama berapa tahun lepas sebanyak RM200 juta kepada Kerajaan Persekutuan diberikan. Supaya kita boleh gunalah duit itu untuk membantu sebanyak petani kita di luar sana untuk mereka menikmati sedikit sebanyak hasil daripada kerajaan negeri melalui Kerajaan Persekutuan untuk menampung keperluan kehidupan mereka pada sehari-hari. Walaupun Plan Malaysia ada buat cadangan kiraan pampasan sebanyak RM41 juta keperluan Malaysia menggunakan kaedah tertentu tapi kita yakin dan percaya jika kaedah itu dilihat semula, dinilai semula angka RM200 juta bukan salah satu perkara yang besar. Sebenarnya tanah kita yang 220,000 hektar tu jika di convert kepada tanah komersial cukainya lebih RM1.7bilion setahun. Apa yang kita minta tu sekitar 10 peratus atau 12 peratus daripada nilai cukai jika convert kita tukarkan atau kita pindahkan tanah sawah tanah bendang kepada tanah komersial. Kita suka nak mencadangkan pada kerajaan pusat supaya kerajaan memberi perhatian serius kepada isu petani ini. Pertamanya dengan menyemak serta menyelaras harga asas padi harga lantai padi secara peringkat yang munasabah agak benar-benar selari dengan kos sebenar keluaran semasa. Ini bukan tentang kelebihan untung, tidak, tetapi satu keperluan minimum bagi menjamin kelangsungan hidup pesawah serta memastikan mereka terus mempunyai insentif untuk menanam padi. Kedua, Kerajaan Persekutuan mesti memperkukuh bantuan bersasar kepada pesawah kecil khususnya dalam bentuk subsidi input pertanian, bantuan diesel pertanian, sokongan mekanisasi penyelenggaraan infrastruktur sawah, parit gila sebagainya dan insentif pengeluaran yang benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran. Pesawah kecil tidak boleh terus dibiarkan menanggung kesan dasar fiskal secara bersendirian sedangkan mereka lah benteng utama dalam menjamin bekalan makanan negara. Ketiga, reformasi menyeluruh terhadap tadbir urus rantaian nilai padi dan beras mestilah dilaksanakan segera. Manfaat daripada sebarang bantuan subsidi atau pelarasan harga tidak boleh

terus bocor di peringkat orang tengah, tak boleh, pengilang atau pihak tentu yang mengaut laba berlebihan sedangkan pesawah terus berada dalam keadaan yang tertekan. Sudahlah mereka ada tanah tak banyak tanah pusaka 4, 5 relung, 2, 3 relung, keadaan yang begini menekankan mereka. Serta padi dan beras memerlukan sistem yang lebih telus, cekap dan adil dengan keutamaan diberikan kepada pengeluar sebenar di peringkat bawah sana. Kerajaan boleh dan mesti melaksanakan dasar yang seimbang iaitu membela pesawah melalui pulangan yang adil sambil melindungi pengguna berpendapatan rendah menerusi subsidi bersasar dan mekanisme kawalan harga yang berkesan. Sebab tu kita terus berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian kepada perkara ini nasib kita terutamanya pesawah-pesawah padi dan negeri ini sendiri terbela sebagai rakyat, sebagai negeri yang memberi pengorbanan yang besar kepada bekalan makanan asas negara iaitu padi ataupun beras ataupun nasi. YB. Tuan Speaker… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Ayer Hitam, masa sebenar telah pun tamat. Jadi sekarang YB. bermain dalam masa kecemasan, kecederaan. Jadi tolong buat penggulungan.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Ya, terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya pun nak gulung dah, nak landing dah, insya-Allah. Sikit lagi lah tentang apa ini, tentang kawasan lah sikit. Tadi YB. Sidam sebut tentang peranan Kerajaan Persekutuan dah bagi banyak kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri ni. Sekitar RM 9 bilion sejak tahun lepas berbanding tahun-tahun sebelum itu. Itu pemberian yang termaktub dalam perjanjian di antara persekutuan dengan negeri pada semua, bukan bagi saya saja sebab ada undang-undang begitu, peraturan begitu yang mesti ditunaikan pihak persekutuan. Terima kasih, terima kasih kita harap itulah seterusnya untuk perkara-perkara yang lain pun. Dan YB. Tuan Speaker, YB. Sidam pun terima kasih kepada kerajaan negeri atas khidmat ataupun penyediaan perkhidmatan yang baik. Walaupun sedikit-sebanyak ada tegur tentang LRA (Loji Rawatan Air), tentang INFRA (Institut Kemajuan Desa) jalan. Saya yakin jalan-jalan di Kedah ni, jalan negeri, jalan kampung. Alhamdulillah, sepanjang yang kita nampaklah, elok. Diselenggara dengan elok. Rata-rata kita pi jalan baru, lubang sikit kita habaq kat dia, JKR (Jabatan Kerja Raya), insya-Allah akan segera ditampung ataupun dibaiki. Cuma yang masalah ni, termasuk di kawasan saya ni masalah jalan ladang, Jalan Pida. Jalan yang di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), persekutuan sebenarnya. Jalan yang, ya lah, memang taraf dia pun taraf ladang yang standard dia standard kasaran ja lah. Ialah itu walaupun jalan ladang sekarang ni diguna bersama dengan orang kampung. Orang kampung sekarang pun walaupun tertekan hidupnya, ada kenderaan bukannya kereta sebiji dua di rumah. Terpaksa menggunakan jalan kampung untuk jalan ladang untuk urusan dengan luar.

Jalan ladang ni selalu rosak, walaupun dulu masa di bawah Perdana Menteri kita yang ke-5, Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa NCIA (The Northern Corridor Implementation Authority), NCER (Northern Corridor Economic Region) ada memberi peruntukan untuk menurap jalan-jalan ladang ni. Untuk nak boost, untuk menggalakkan ekonomi. Tetapi dia bersifat one off, setelah diturap, dibiarkan ataupun tidak diselenggara oleh pusat diletakkan bawah MADA (Muda Agricultural Development Authority). Bila rosak, MADA akan tampung dengan batu. Cuma bila kita bangkitkan perkara ini berulang kali dalam tahun 2021, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bersetuju untuk mengguna sedikit peruntukan MARRIS (Malaysia Road Record Information System) untuk menampung ataupun buat semula jalan-jalan ladang ni. Terima kasih lah, terima kasih banyak lagi. Cuma saya terangkan ini ialah kita ambillah pengalaman yang dibuat oleh RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah). RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) agensi kerajaan jugak yang sudah mula membina jalan ladang menggunakan konkrit, sudah ada. Konkrit ni dia lebih tahan. MADA (Muda Agricultural Development Authority) pun pernah buat satu percubaan, di Ayer Hitam dahulu. Sekitar tahun 80-an, hujung 40-an, sepanjang lebih kurang 1km jalan di konkrit. Sampai sekarang jalan tak elok, tak rosak apa, Alhamdulillah, tak rosak apa. Walaupun dilanda oleh mesin menuai padi, lori sebagainya, dia tahan. Saya suka mencadangkanlah di sini, pihak MADA (Muda Agricultural Development Authority), pihak JPP (Jabatan Perkhidmatan Pembetungan) pun, pengguna persekutuan dan sebagainya, yang ada lebih keupayaan kewangan untuk memikir untuk kita nak jadikan jalan-jalan ladang ni khususnya jalan yang guna sama di antara orang kampung dengan peladang, pesawah supaya dinaik taraf menjadi jalan konkrit yang tahan lama, yang tidak memberi gangguan kepada penduduk atau rakyat di kawasan sana untuk menggunakannya pada setiap hari. Sekarang dua, tiga jalan di kawasan Ayer Hitam agak teruk. Tapi, Alhamdulillah, kita dah mula baiki sedikit sebanyak. Terima kasih kepada pihak kerajaan negeri memberi peruntukan MARRIS (Malaysia Road Record Information System). Cuma itulah, kalau boleh kita tingkatkan lagi, baikkan ataupun jalan-jalan ini diberi perhatian yang besar khusus oleh pihak Kerajaan Persekutuan, sebab kosnya yang tinggi untuk menyediakan kemudahan jalan yang baik kepada rakyat untuk dinikmati. Pengerusi, saya pun dah terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama kepada Ayer Hitam sepanjang 8 tahun ini untuk memajukan Ayer Hitam dan terima kasih kepada semua. Dengan ucapan menyokong usul dan kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan diatas titah ucapan perasmian pada sidang kita semalam. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada YB. Ayer Hitam. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suka saya nak mengingatkan bahawa kepada pembahas seterusnya. Masa yang diberikan ialah sebanyak 10 minit. Jadi YB. cuba pastikan bahawa cuma perkara-perkara penting yang dapat YB. cakap. Dan saya juga suka nak mengingatkan bahawa kehebatan YB.-YB. sekalian akan dinilai juga daripada segi ketepatan waktu, bukan sahaja kepetahan YB untuk berucap tetapi kepatuhan ataupun pada waktu yang tetapkan juga diambil kira oleh rakyat yang menuntut. Jadi minta YB sekalian tolong bagi perhatian dan untuk seterusnya, saya menjemput YB. Kota Siputeh dan masa yang diberikan cuma 10 minit. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih YB. Tuan Speaker. Yang dikasihi, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, barisan EXCO dan ADUN Kedah Sejahtera yang dirahmati Allah SWT sekalian. Sebegitu buat para pendiri Kedah dalam kalangan penjawat awam negeri mahupun persekutuan yang dihormati dan dikasihi sekalian, Assalamualaikum dan Salam Kedah Sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan titah perbahasan Diraja ini untuk menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Dalam pada ingin mengucapkan juga setinggi penghargaan kepada mantan Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Muhamad Mahazi atas khidmat bakti beliau selama bersama dengan kami dalam Daerah Kubang Pasu ini sendiri. Terima kasih atas bakti beliau. Sebegitu saya juga nak ambil kesempatan untuk merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga besar Majlis Perbandaran Kubang Pasu atas kepergian Yang Dipertua yang sebelum ini iaitu Tuan Badrulhisham Sulaiman. Salam takziah buat seluruh keluarga dan juga keluarga besar. Dalam pada itu, saya juga ingin mengalu-alukan selamat datang kepada DO baharu kami iaitu Puan Amirah dan juga YDP Kubang Pasu, Tuan Junaidi untuk bersama-sama kita gembeling tenaga dalam memajukan Kubang Pasu dan khususnya kami, di Kota Siputeh. Bercakap tentang pembangunan, saya kali ini nak orang kata, ambil peluang berhujah sebab banyak juga saya sentuh selama ni berkenaan dengan padi dan sebagainya. Masih akan bercakap juga tentang perihal bendang kerana kawasan saya sendiri adalah merupakan kawasan yang antara terluas dalam Negeri Kedah ini dalam bab bendang, YB. Tuan Speaker. Tapi dalam pada itu, peluang nak ambil adalah untuk nak bicara tentang bab ketidaksamaan sosial. Ketidaksamaan sosial ini dalam aspek ketidaksamaan wilayah yang menjadi satu belenggu dan juga kerisauan. Saya buka balik buku saya zaman mengaji dulu, sains politik dulu. Kerana apa, ini adalah penting meninjau keberadaan di Kota Siputeh khususnya. Saya bercakap juga nak kaitkan dengan satu hasrat agenda pembangunan yang mana telah dirangka sebelum ini

melalui satu agenda iaitu silver economy, silver economy ataupun ekonomi untuk kelompok persaraan warga ataupun warga perak inilah. Yang mana telah pun dicadangkan pada 8 Ogos 2024, Bina Darulaman Berhad (BDB) dan rakan strategik mengumumkan hasrat membangunkan Aman Seterra Sanctuary di Kuala Temoyong, Langkawi. Dan sebenarnya, hasrat untuk membangunkan silver town ini adalah merupakan satu hasrat yang baik. Yang mana kerajaan negeri Kedah, kita kena ambil kesempatan ni dengan baik. Kerana kalau kita tinjau dalam aspek medical tourism terdahulu, kita tak mau cakap lagi tentang silver economy tu, kita cakap tentang medical tourism sebab dia agak terkait. Bila bercakap tentang silver economy, kelompok retirement dan juga warga emas ke atas ni, mereka ni bercakap tentang soal kesihatan, penjagaan kesihatan. Tapi penjagaan kesihatan tersendiri dalam konteks medical tourism telah didahului negeri-negeri seperti Pulau Pinang, YB. Tuan Speaker. Di Pulau Pinang kalau kita tengok orang pi ada pakej bersama dengan hotel pi ke orang kata, hospital-hospital mereka untuk nak proses kesihatan. Orang pi jadi satu pakej yang menyebabkan merangsang ekonomi dalam negeri tersebut. Tapi kita ni yang sebagai sebuah negeri antara aging society juga kan, dengan izin, di Kedah, Perlis, di belah utara ni. Tapi kita sayangnya kita tak ambil, tak berjaya tap agenda ini. Dan bila cadangan untuk mungkin termasuk, ya, dalam saya tengok termasuk dengan hasrat sekiranya kita nak melakukan medical tourism di Langkawi, itu adalah hasrat yang baik. Cumanya di Langkawi, minta maaf nah kalau orang kata ADUN-ADUN daripada Langkawi ini, cuma di Langkawi kita bercakap soal akses juga. Ini yang menjadi cabaran sebenarnya. Langkawi dah membangun pesat dan sebuah pulau yang cukup permata bagi Negara Malaysia ini, tapi daripada segi akses itu merupakan cabaran. Dan kerana itulah bila meninjau pula dalam aspek di Kota Siputeh, kami ni YB. Tuan Speaker dan juga para pendiri negeri, kami tak mau hanya di Kota Siputeh ini hanyalah penyumbang kepada hasil daripada segi pertanian, bendang dan juga menjadi nelayan semata-mata, kami tak mau. Sebab kami juga nak ada kelestarian ekonomi itu dalam aspek mungkin menyumbang daripada segi industri dan sebagainya. Tapi kalau nak tunggu industri, saya selalu terima nasihat YB, apa ni, Dato’ DO sebelum ini mantan Dato’ DO yang selalu cakap kita guna mekanisme sedia ada. Ya dan atas aspek apa yang persekitaran yang sedia ada ini juga kita buat banyak program untuk nak mempromosikan kawasan. Tapi tak cukup kerana untuk memacu lagi ekonomi Negeri Kedah, dalam konteks silver town ini sendiri boleh jana sehingga RM20-RM30 juta tambahan pertambahan ekonomi untuk negeri. Maka sekiranya Kota Siputeh dengan keindahan alam sekitar dia, dengan suasana dia, dengan konsep seperti mana yang nak dicadangkan pihak BDB juga buat di Langkawi, tapi sekiranya dengan meninjau keberadaan Kota Siputeh, yang mana ada masjidnya yang indah. Kita dengan kerjasama MOSTI dan juga Yayasan Inovasi sekarang ni tengah

bersama-sama kita dah hantar pelajar bangunkan tenun, kita nak buat RDC di sana, kita dah ada batik. Jadi kita mampu bina kejiranan sebab kelompok-kelompok yang pesara ini dalam kelompok profesional barangkali, depa ni memang tak ada kampung. Saya ambil contoh pada usia sama dengan sayalah, mereka ini contohnya duduk di Kuala Lumpur pada usia saya tapi mereka ni tak ada kampung. Dan sekarang ni dah jadi trend yang mana golongan-golongan, katalah dia menikah dengan orang Kedah, anak dia lepas tu bila mai raya depa sanggup untuk sewa homestay dekat Negeri Kedah ni, untuk apa dia, untuk nak rasa suasana kampung. Dan perkara ini yang kita nak ambil sebenarnya dan apabila hadirnya mereka ini ke dalam kawasan yang mampu menjadi knowledge transfer. Kota Siputeh ini kami ni cakap terus terang, keciciran tinggi. Walaupun dalam, kita kata dalam Kubang Pasu ni adalah merupakan ‘pekan ilmu’, tetapi keciciran di Kota Siputeh juga tetap tinggi. Jadinya, bila adanya kelompok-kelompok baharu profesional yang mampu untuk nak menyumbang saran dalam kawasan, ianya akan menjadi satu aspek yang baik untuk Kota Siputeh daripada segi pembangunan. Sebab saya nak ambil sebelum saya nak melangkah nak masuk pasal bendang, ada dah berapa minit YB. Tuan Speaker? 5 minit ada boleh ah? Yang mana sebelum nak cerita pasal padi ini, saya nak sentuh, saya ambil contoh pada sidang yang lepas kenapa saya minta ETS untuk berhenti di Kota Siputeh. Kerana saya ambil contoh dekat sini, kita nak yang kita mengharapkanlah spill over economy, dengan izin. Limpahan ekonomi itu yang mampu bagi janaan kepada masyarakat setempat dengan adanya, kita boleh katakan perkembangan daripada segi F&B, kedai-kedai makan kat sekitar dan sebagainya. Ini orang turun ke Kota Siputeh untuk makluman semua, YB. Tuan Speaker dan juga semua Ahli Dewan, saya nak maklumkan bahawa bila kita turun kat KTM (Keretapi Tanah Melayu) Kodiang ni, ambil contoh Grab pun tak ada, Grab pun tak ada. Jadi apabila cakap pasal keciciran pula, keciciran bukanlah kita nak galakkan keciciran, tapi sekiranya berlakunya keciciran dalam kawasan dini hari, lazimnya orang-orang yang tercicir dalam pengajian depa akan involve ataupun dengan izin, masuk dalam cabang gig economy. Namun gig economy yang lazimnya dikaitkan juga dengan E-hailing. E-hailing sistem ni sendiri juga tak ada dekat dalam Kota Siputeh. Dan bukan tu saja, ekonomi yang saya selalu katakan kita ekonomi Kedah ni selalu mengalir ke negeri sebelah sana, satgi mengamuk pula jiran lagi sekali. Tapi memang akhirnya, apa yang kita nak bangunkan, apa yang kita nak dirikan untuk mempertahankan dalam konteks ekonomi tempatan kita, ekonomi negeri kita. Sebab tu banyak aspek lagi sebenarnya nak di hujah, kalau ikutkan banyak, kalau saya baca teks ni tak selesai. Jadinya, saya nak sentuh pula berkenaan dengan bendang. Terkini baru-baru ni, ada disebutkan tentang cadangan untuk Tabur Terus Kering, YB. Tuan Speaker. Tabur Terus Kering kepada orang kata, Pak Tani-Pak Tani kita ni. Bukannya, sebenarnya,

setelah ditinjau bersama kita turun, kita dengar sendiri keluh-kesah Pak Tani dekat kawasan ni. Bukannya kita, saya dapati bahawa Pak Tani ni bukannya depa tak mau terima saranan, tapi depa dah penat. YB. Tuan Speaker, saya ambil contoh, Allah memang Allah uji kita iaitu dengan musim kemarau yang berlaku dan sebagainya. Air yang tak cukup. Ini juga termasuk berpunca daripada segi INFRA yang puluhan tahun tak ada perancangan yang strategik untuk nak membina ataupun mempertahankan hasil mahsul kita. Akhirnya, yang mana kita tengok waktu jadinya kering baru-baru ni. Orang nak mengerat padi, YB. Tuan Speaker, orang tinggai. Bayangkan kat Kodiang tu depa tu baru-baru ni depa banjir, contohnya dah sekali. Bila dah banjir dah sekali, depa tabur balik lagi sekali. Bila depa tanam balik lagi sekali, tiba-tiba mai nak mengerat tak lepas untuk nak kerat pasal apa, kering. Orang dah teriak ni, Pak Tani ni YB. Tuan Speaker, dah teriak dah tak larat. Mai-mai dengan ujian yang memang kita tak nafikan kita ada masalah daripada segi air ni. Tau-tau kerajaan dengan secara simplistiknya hanya mencadangkan untuk apa dia, untuk Tabur Terus Kering. Ini sebenarnya ditolak. Bila kita tanya, kita tinjau pandangan para pesawah, Pak Tani kita, depa tak mampu sebab siapa nak tanggung risiko. Dan baru-baru musim hat lepas, tak mampu dah nak ambil hasil, banyak tempat pun tinggal. Kali ini, kalau Tabur Terus Kering dengan risiko jangkaan yang akan jadi padi anginnya, dengan rumput sambaunya, dengan masalah daripada segi perosaknya, serangganya. Apa yang nak jadi kesan kepada Pak Tani kita, pesawah kita? Saya nak kesahkan dekat sini, YB. Tuan Speaker, kita tau bila masa masalah dengan diesel yang naik ni. Kos daripada segi orang kata, tadi dia ada disebut oleh YB. Ayer Hitam juga, kos daripada segi untuk menjalankan bendang. Saya nak bacakan dekat sini ya, kalau kita boleh tengok dekat sini kos bagi menjalankan bendang. Allahuakbar, hilang pula. Sebentar ya, YB. Tuan Speaker. Okey, kos satu ekar, lebih sikit, satu ekar lebih kurang 1.4 relung, macam tu lah naa. Sewa tanah RM500. Kos racun anggaran RM600. Upah rotor tiga kali RM 480. Upah baja dan racun RM200 ke RM300. Potongan 25 peratus harga lantai RM 1,500. Andai kata satu ekar dapat dua tan, RM3,000. Upah tuai RM20 per guni. Satu tan, 12 guni, upah tuai dua tan jadi RM480. Jadi RM3,000 tolak RM500 tolak RM600 tolak RM480 tolak RM300 tolak RM480 semua tadi tu, keuntungan adalah RM640 per ekar, jika dapat dua tan per ekar dan 25 peratus potongan. Ni tak cerita pula nanti baja dengan lambatnya, kan. Pelbagai masalah yang timbul yang sebenarnya Pak Tani ni sekiranya kita tanggung, kita membiarkan Pak Tani ni Tabur Terus Kering, akan jadi sakit dekat Pak Tani ni. Tak untung dah. Maka kerana itulah sebenarnya kita nak cadangkan dekat sini, YB. Tuan Speaker, ada cadangan. Kita minta beberapa option dekat sini, yang pertamanya adalah pihak kerajaan persekutuan mewujudkan ‘Bantuan Kecemasan Kos Operasi Semusim’ yang benar-benar bersandarkan realiti lapangan. Ya, kerajaan boleh umum bahawa depa naikkan insentif yang mana pernah diumum 11 Jun 2024 yang kita bawa dalam sidang DUN ni, YB. Tuan Speaker. Tapi dilaksanakan insentif membajak tersebut

hanya baru diberi pada musim yang lepas. Daripada 2024, bayangkan YB. Tuan Speaker, 2026 baru bagi. Tiga musim tak backdated langsung. Kemudiannya, insentif menuai sampai hari ini tak dapat-dapat. Yang dicanang juga kata RM50 per hektar. Jadinya, walaupun ada sejumlah amount ini pun masih tak mencukupi dengan kesan kenaikan dieselnya, dengan petrolnya, macam-macam. Jadinya, hari ini kita minta kerajaan juga untuk yang tadi saya katakan ‘Bantuan Kecemasan Kos’. Bahasa lawak dekat sini, YB. Tuan Speaker, kalau kata payah sangat kerajaan nak cadang, boleh cadangkan Tabur Terus Kering ni, senang cerita KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) ambil bendang-bendang ni sewa buat musim ni, biar KPKM tolong buat bendang bagi Pak Tani-Pak Tani kita. Yang kedua adalah jika Tabur Terus Kering ini mahu diteruskan, maka Tabur Terus Kering ini mesti dilaksanakan sebagai pakej lengkap yang dibiayai kerajaan, sepertimana yang saya katakan tadi, kan. Tanggung, tanggung bagi diusahakan. Dah kata nak buat estet, bagilah, bantu terus untuk dalam musim sukar ni memudahkan Pak Tani buat cara dia dengan ditanggung sepenuhnya sebab risiko cukup besar. Yang ketiga ialah melaksanakan titik kes secara bersasar mengikut zon, bukannya pukul rata. Ni main cakap saja dengan tak ada penjelasan. Kami tak tau, saya tak tau sebab kita nampak hanya pengumuman tu adalah secara umum kepada pesawah, Pak Tani dan Pak Tani susah hati. Jadinya, kalau boleh benda ni ada secara jelas dekat mana kawasan-kawasannya, kan. Jangan biar lepas tangan macam tu saja kepada Pak Tani. Yang seterusnya, adalah yang memperkukuh Skim Perlindungan Pendapatan melalui Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) dan Tabung Bencana Tanaman Padi yang mana, (TBTP). Yang perlu dilakukan sekarang ialah mempercepat jugak tuntutan, memudahkan pengesahan, dan memperkenalkan bayaran pendahuluan automatik untuk kawasan diarahkan menukar kaedah tanaman atau menangguh penanaman kerana krisis air. Dan yang ketujuh, eh sorry, maaf, dan yang seterusnya adalah menyediakan modal kerja semusim dan penjadualan semula hutang untuk pesawah serta pengusaha jentera. Belanjawan 2026 telah menyediakan pembiayaan Agrobank sebanyak RM 1.1 bilion untuk menyokong automasi dan mekanisasi. Dalam keadaan sekarang, semangat yang sama perlu dibawa kepada pembiayaan jangka pendek yang lebih praktikal seperti moratorium, bayaran hingga selesai tuaian pembiayaan pusingan bagi kos kerja sawah dan kemudahan kredit cepat untuk operator jentera yang terkesan terus oleh kenaikan diesel. FAO (Food and Agriculture Organization) sendiri menekankan bahawa daya tahan pengurangan padi menuntut gabungan pengurusan air akses kredit insurans tanaman dan pengurusan risiko yang baik. YB. Tuan Speaker, dah nak landing, YB. Tuan Speaker. Cerita dia dekat sini sebenarnya negara-negara luar, India, Philippines, semuanya mereka ada pelbagai jenis bantuan tunai terus, depa tambahkan. Kerajaan kalau kata dalam musim sukar ni mungkinlah boleh kata, konon kata, berjimat itu ini, sebagainya. Buatlah unjuran

yang lebih realistik dan praktikal. Itu yang kita tuntut supaya tak dak lah membebankan Pak Tani. Terakhir YB. Tuan Speaker, yang nak landing betul ini, kan. Cerita pasal nelayan. Kami, tempat saya last sekali…

Speaker

Jangan, jangan cerita panjang sangat nah.

Sikit ja, sikit ja, sikit ja, betui. Cerita pasal nelayan ni di Kota Siputeh, orang teriak pula cerita layan. Nelayan ni, saya nak tanyalah sebab ada dalam soalan saya juga yang memang akan dijawab oleh YB. EXCO, cuma saya nak cakap dekat sini bahawa kesedihannya. Adalah apabila nelayan zon B dan C ni mai masuk sampai ke zon A. Depa masuk zon A, depa karau habis pakai pukat apa semua benda, pukat tunda ni semua benda. Habis rosak ekosistem. Mai dekat nelayan kita nak guna, nak karau guna bubu naga, depa marah. Tapi apa bezanya guna pakai bubu pukat tunda ni nak dibanding dengan bubu naga? Baik bagi ja nelayan-nelayan kita pakai bubu naga, kan. Jadinya kita haraplah ketidakadilan ni untuk nak turun dan tinjau betul-betul keberadaan nelayan. Janganlah operasi rondaan ni hanya ikut jadual kerja pagi petang saja, hat malam ni, sebab yang tulah waktu nelayan yang zon A ni keluar, tapi hat malam ni kita biar. Maka daripada itu YB. Tuan Speaker, saya menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan menyokong titah Tuanku Sultan. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Okey, terima kasih kepada YB. Kota Siputeh. Seterusnya, saya menjemput YB. Pantai Merdeka. Dipersilakan.

Ustaz Sharir bin LongPAS · PNPantai Merdeka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian. Izinkan saya memetik titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, pada muka surat 5 untuk dibahaskan. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai rakyat berbilang agama dan kaum, keharmonian bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh, sebaliknya perlu dipupuk dengan sikap saling hormat-menghormati dan memahami akan batas sensitiviti masing-masing. Yang Berhormat Tuan Speaker, solusi bagi sebut oleh Duli Yang Maha Mulia tu telah digariskan oleh Al-quran, cuma kita tak amalkannya. Secara ringkas sebab masa diberi 10 minit, yang pertama semua

kita perlu menerima kepelbagaian agama adalah sunnatullah. Sebagaimana Allah firmankan dalam Surah Al-Hujurat, pada ayat 13.

ِأَعُوذُ بِاَّلله ِ مِنَ الشهيْطَانِ الرهجِ يم ۚ ۟يَـٰٰٓأَيُّهَا ٱلنهاسُ إِنها خَلَقْنَـٰكُم م ِن ذَكَر ٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوب ًۭا وَقَبَآٰئِلَ لِتَعَارَفُوٰٓ ا ًٌۭإِنه أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱَّلله ِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنه ٱَّلله َ عَلِيمٌ خَبِير ٣١

Yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. Itu yang pertama. Kita perlu menerima kepelbagaian agama adalah sunnatullah. Yang kedua untuk mewujudkan perpaduan, prinsip keadilan untuk semua perlu ditegakkan. Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah Al-Maidah pada ayat 8: … ۖ ٰوََلَ يَجْرِ مَنهكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْ م عَلَىٰٰٓ أََله تَعْدِلُوا۟ ۚ ٱعْدِلُوا۟ هُوَ أَقْرَبُ لِلتهقْوَى ٨ Yang bermaksud: Dan janganlah kerana kebencianmu terhadap sesuatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kerana adil itu hampir kepada taqwa. Yang perlu kita fahami, keadilannya untuk semua. Islam tidak membenarkan kita menzalimi walaupun orang bukan Islam. Berdasarkan Hadis Riwayat Imam Muslim: اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ َّللاَّ ِ حِ جَاب “Dan takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi walaupun dia bukan Islam, kerana di antara dia dan allah tidak ada hijab” Cuma satu perkara yang kadang-kadang dimainkan oleh Ahli Parlimen, minta maaf kena kait juga sikit sebab ini realiti. Seolah-olah orang Melayu ini diberi keutamaan sedangkan itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 153. Hak Keistimewaan Orang Melayu Dan Bumiputera, kenapa tak baca di hujungnya, di hujung disebut Yang Di-Pertuan Agong juga bertanggungjawab untuk memastikan hak kaum lain juga tidak dinafikan.

Jadi, tak payahlah nak main isu kenapa Melayu, kenapa Melayu, kadang-kadang kita pon naik angin juga, hangpa tu minta maaflah, mereka ini Ahli Parlimen pergilah belajar sikit perlembagaan persekutuan tu, hafallah sikit eh, itu yang kedua, prinsip keadilan wajib ditegakkan insya-Allah wujud perpaduan, sebab 10 minit, bagus juga lah saya pun tak sihat, minta maaf kemarin tak mai, saya tak pernah tuang tapi oleh kerana tak sihat. Yang ketiganya ialah tiada paksaan dalam agama. Ini yang kita praktis kan dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 256: … ۖ َِلَ ٰٓ إِكْرَاهَ فِى ٱلد ِين ٦٥٢ Tidak ada paksaan dalam agama, kalau ada bukan Islam ini jadi is no compulsion in religion, jelas Islam tidak pernah memaksa, ini yang kita amalkan insya-Allah akan wujud perpaduan. Seterusnya, larangan menghina agama lain, cuba tuan-tuan ataupun Ahli Yang Berhormat semua tengok kebelakangan, lepas satu isu, satu isu, satu isu, satu isu, yang banyak menghina agama kita, dalam Surah yang keenam Al-An'aam ayat 108. Boleh rujuk tafsir Profesor Mahmud Yunus ayat ini pada muka surat 195. Allah berfirman: … َوََلَ تَسُبُّوا۟ ٱلهذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ ٱَّلله ِ فَيَسُبُّوا۟ ٱَّلله ٨٠١ “Dan janganlah kamu mencerca sembahan-sembahan yakni bukan Islam, nanti mereka pula akan mencerca ataupun menghina Allah”. Cukup jelas kalau ada orang Melayu Islam yang buat kerja ni, sepatutnya ambil tindakan dan saya ingin mencadangkan oleh kerana ini live, mungkin ada orang dengar, kalau kerajaan persekutuan boleh menggubal bermacam-macam akta, ISA mereka repeal ganti dengan SOSMA diwujudkan kuota prevention of terrorist act, kenapa tak boleh wujudkan satu akta yang boleh mencegah mana-mana citizen ataupun warga negara Malaysia yang menghina mana-mana agama, saya punya cadangan RM100,000 denda dan penjara setahun. Saya yakin takkan wujud lagi, ni endless tak habis-habis, lepas satu-satu, lepas satu-satu. Inilah lontaran solusi daripada Al-quran bukan daripada saya, saya sebut surah ke berapa, ayat ke berapa, muka surat tuan-tuan boleh rujuk. Akhir sekali, terima kasih lah 10 minit saja, orang tak sihat ni tak boleh cakap banyak. Untuk membuktikan, nabi Muhammad SAW pernah memerintah negara Islam yang pertama di bumi Madinah ada Piagam Madinah, dan kita perlu fahami di bawah pemerintahan beliau ada tiga bangsa orang Islam, Muhajirun, dan Ansar, ada Yahudi dan ada juga kabilah-kabilah arab yang belum Islam tapi mereka mampu hidup dalam keadaan saling tolong-menolong, bekerjasama.

Jadi, itulah diantara solusi secara ringkasnya, moga-moga yang mendengar, yang berkuasa, why not kali ini kita amalkan, kita praktikkan, kita laksanakan apa-apa saranan daripada Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu, saya akhir kata, saya menjunjung kasih serta menyokong sepenuhnya titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pantai Mereka yang mematuhi masa yang telah diberikan, terbaik. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Anak Bukit, dipersilakan.

Encik Rashidi bin RazakPAS · PNAnak Bukit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirobbil alamin wassolatu wassalamu ala asrofil mursalin waala alihi wa sahbihi ajmain. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha, Yang Berhormat Dato’ Kewangan, Yang Berhormat Tuan Penasihat Undang-undang, Ahli-ahli Majlis Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pengarah-pengarah, Tuan-tuan, Dato’-Dato’ yang dikasihi sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sesungguhnya titah Duli Yang Maha Mulia kali ini penuh dengan hikmah dan pedoman serta nasihat yang perlu diambil perhatian oleh seluruh rakyat yang memahami denyut nadi rakyat Kedah dengan memberi penekanan terhadap kepentingan pertanian sebagai pertanian asas makanan ruji orang Malaysia. Yang Berhormat Tuan Speaker, susulan kenaikan harga diesel yang mendadak, sektor pertanian terjejas begitu teruk, malah antara terburuk dalam sejarah Malaysia. Minyak diesel daripada RM2.90 sen bermula pada 1 Februari 2026 melonjak kepada RM6.70 sen pada hari ini, iaitu peningkatannya hampir 3 kali ganda dalam tempoh tidak sampai 3 bulan. Semestinya yang terbeban sekarang ini, adalah pesawah-pesawah padi kita yang begitu besar dalam Negeri Kedah. Jentera-jentera padi pula tidak termasuk dalam sistem Kawalan Diesel Bersubsidi ataupun SKDS bukan hanya pada pengumuman SKDS yang pertama termasuk juga pengumuman SKDS yang terbaru. Ini menunjukkan kelemahan yang ketara di peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam menjaga kestabilan makanan negara. Sektor padi ini tidak semestinya dipinggirkan, lebih-lebih jika langsung tiada langkah mitigasi daripada pihak kementerian. Kita boleh mempersoalkan kenapa sehingga kini Kerajaan Persekutuan masih tidak lagi menyediakan jentera padi dan juga jentera yang ada dalam pesawah padi termasuk dalam SKDS. Pesawah-pesawah ini

menanggung beban yang sangat dahsyat pada ketika ini. Bayangkan dahulunya kos jentera hanya RM180 untuk serelung, selepas harga diesel naik ia melonjak dengan begitu ketara dengan kos upah yang tinggi. Itu tidak termasuk jika diesel akan naik lebih banyak lagi pada masa hadapan. Sekarang ni pesawah-pesawah menghadapi kos diesel dengan begitu ketara sekali. Untuk satu relung sawah padi, penanaman padi, purata hasil daripada depa dapat adalah 1.5 tan sahaja, termasuk dengan subsidi kerajaan lajak sampai RM2,000 tetapi kos untuk menanam padi bagi satu relung sebanyak di antara RM1,500 hingga RM1,700, bayangkan tengok keuntungan yang “Pak-pak Tani” dapat hanyalah di antara RM200 hingga RM300 serelung. Itu tak termasuk bila kena penyakit, kena ribut, kena macam-macam lagi. Kalau kena macam-macam, maksud kata tak ada apalah “Pak-pak Tani”. Mengambil kira pengeluaran kos yang begitu tinggi yang dikeluarkan oleh pesawah-pesawah seperti kos pam air, kos jentera, kos upah, kos baja, kos racun dan kos-kos yang lain, ianya tidak mencukupi malah pesawah-pesawah ini menanggung rugi yang cukup besar. Tidak pula mengambil kira jika musim datang penyakit, kemarau, banjir dan lain-lain. Inilah sebenarnya yang berlaku pada hari ini. Hakikatnya mereka ini betul-betul rugi. Bagaimana dengan nasib keluarga mereka? Bagaimana mereka nak sara diri dengan kos semakin meningkat ini? Kita juga sedar kenaikan harga diesel ini berpunca daripada Perang Timur Tengah, namun Kementerian Pertanian masih tiada langkah mitigasi yang melegakan pesawah-pesawah. Lebih merisaukan lagi jika pesawah ini terus mogok serta tidak mahu menanam padi dan ianya akan menjurus kepada konflik makanan negara yang belum pernah dihadapi oleh negara sejak daripada merdeka. Yang Berhormat Tuan Speaker, mengambil kira titah Tuanku berkaitan konsep federalisme, Kedah sepatutnya menerima pampasan sebanyak RM200 juta setahun kerana telah mengorbankan tanah kita untuk sawah padi. Jika tanah ini dijadikan tanah industri, ianya lebih menguntungkan. Namun, kita terpaksa berkorban untuk kesejahteraan makanan rakyat Malaysia itu sendiri. Adalah satu penghinaan jika Kerajaan Persekutuan menetapkan bayaran sebanyak RM41 juta sahaja, ianya tidak selari dengan konsep semangat federalisme dalam mengorbankan Negeri Kedah sejak sekian lama. Kita harus memuji Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah kerana berani menolak cadangan RM41 juta bayaran kepada Kedah kerana nilai maruah kita lebih jauh besar daripada itu. Keluasan sebanyak 119,000 hektar bukanlah keluasan yang kecil, sawah padi kita seluas mata memandang dan asas pendapatan rakyat Kedah adalah pertanian. Kerajaan Persekutuan perlu merealisasikan semangat federalisme dengan saksama dan adil. Jika tiada Negeri Kedah, Malaysia telah kehilangan hampir separuh bekalan makanan ruji negara.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam isu ini kita tak boleh melihat sektor padi sekadar sektor ekonomi biasa, sektor padi adalah soal keselamatan negara, soal kedaulatan makanan, soal kelangsungan hidup rakyat. Apabila pesawah mula tertekan, apabila kos input terus meningkat, apabila pulangan semakin mengecil, makanya kita sedang menghadapi bukan sekadar masalah pertanian, tetapi ancaman kepada rantaian bekalan makanan negara. Sebab itulah, Kerajaan Persekutuan janganlah bersikap sambil lewa, jangan hanya hadir dengan slogan “Keterjaminan Makanan” tetapi pesawah terus dibiarkan bergelut sendirian. Jangan bercakap soal reformasi pertanian jika perkara paling asas seperti kos operasi jentera sawah pun gagal ditangani dengan baik. Sebab itulah Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin tegaskan di sini bahawa pesawah bukanlah meminta sesuatu yang melampau, mereka bukan minta kekayaan luar biasa, mereka hanya mahu keadilan, mereka hanya mahu ruang untuk terus hidup, terus menanam dan terus mengeluarkan hasil untuk negara, untuk rakyat Malaysia itu sendiri. Mereka hanya mahu satu dasar yang benar-benar memahami realiti. Sebab itu, saya minta supaya Kerajaan Persekutuan segera mengambil beberapa tindakan yang segera. Pertama, memasukkan segera jentera-jentera sawah padi ke dalam mekanisme seperti diesel. Kedua, mengkaji semula kos pengurusan pengeluaran padi supaya tidak berlaku keadaan pesawah bekerja keras satu musim sahaja tapi pulang dengan tangan kosong. Ketiga, tingkatkan bantuan kepada negeri pengeluar makanan seperti Kedah yang sekian lama yang memainkan peranan untuk rakyat negara ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kedah bukan hanya menanam padi untuk Kedah, Kedah menanam padi untuk Malaysia. Kedah bukan hanya menjaga bendang untuk rakyat negeri ini tetapi untuk memastikan jutaan rakyat di seluruh negara terus mempunyai bekalan makanan ruji yang mencukupi. Maka pengorbanan ini mestilah dihargai dengan dasar yang adil, peruntukan yang munasabah dan pembelaan yang benar-benar terasa kepada rakyat. Jangan sampai suatu hari nanti pesawah hilang semangat, bendang terbiar kosong dan ketika itu baru kita tersedar bahawa selama ini kita gagal menghargai insan-insan yang menjadi tulang belakang keterjaminan makanan negara. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kedah telah berkorban dengan membekalkan 119,000 hektar kawasan tanaman penanaman padi namun, nilai pampasan yang dicadangkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pelan Malaysia menerusi sistem Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara ataupun (KAGUMN), sebanyak RM41 juta adalah terlalu rendah dan tidak setimpal dengan nilai semasa serta pengorbanan Negeri Kedah. Realitinya, jika tanah sawah seluas 119,000 hektar itu ditukar status kepada pembangunan komersial atau industri, kutipan hasil cukai tanah negeri akan lebih melonjak dan tinggi. Kedah kehilangan hasil fiskal yang banyak disebabkan oleh pengorbanan memelihara tanah bersyarat

padi dalam negeri ini. Apakah pampasan yang setimpal tidak wajar dipertimbangkan kepada sebuah negeri di Jelapang Padi yang berkorban sekian lama kepada negara ini? Oleh itu, tuntutan sebanyak RM200 juta adalah bersesuaian dan wajar dengan pengorbanan negeri menjaga keterjaminan makanan di Malaysia ini. Tuntutan ini juga bukanlah duit dan free tetapi itulah harganya wajar dibayar bagi sesuap nasi kepada Negeri Kedah dan juga Pak-pak Tani. Dengan hormat dan takzimnya, saya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Oleh itu, saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Anak Bukit yang juga mematuhi masa yang telah ditetapkan. Seterusnya kita menjemput Yang Berhormat Derga. Masa yang diberikan 10 minit, dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat barisan EXCO kerajaan negeri Kedah, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan Agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, yang diraikan pemerhati-pemerhati di luar dan di dalam Dewan. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah subhanahu wa ta’ala kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat berhimpun di dalam sidang Dewan Yang Mulia ini, semoga setiap perbincangan yang kita lakukan pada hari ini diberkati serta memberi manfaat besar kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman. Menjunjung setinggi-tinggi kasih, atas titah Tuanku, patik dengan penuh takzimnya menyokong penuh ucapan Tuanku dan ingin menyentuh beberapa perkara yang telah dizahirkan di dalam ucapan Tuanku. Yang Berhormat Tuan Speaker, pada hari ini saya ingin menyentuh dua perkara penting yang perlu kita lihat secara menyeluruh dan seimbang. Yang pertama, ialah cabaran dalam mengekalkan sektor padi dan beras sebagai tunjang kehidupan rakyat serta usaha memperkasakan pembangunan negeri melalui teknologi. Kita sedang hidup dalam era perubahan dengan begitu pantas, kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan AI (Artificial Intelligent), bioteknologi, dan ekonomi digital berkembang ke arah lebih moden. Komersial dan lestari sehingga apa yang dianggap

hebat hari ini, boleh menjadi lapuk pada keesokan hari. Negeri Kedah mempunyai Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Jeneri, juga tidak terkecuali dalam arus ini apabila giat menarik pelaburan berteknologi tinggi dalam membangunkan sektor industri, namun begitu dalam kita melangkah ke hadapan kita tidak boleh melupakan akar asas kehidupan rakyat iaitu sektor padi dan beras. Beras bukan sekadar komuniti tetapi merupakan makanan ruji yang menjadi asas kelangsungan hidup rakyat Malaysia sejak sekian lama, walau secanggih mana pun teknologi yang kita miliki, akhirnya kita tetap kembali kepada nasi di meja makan. Apa yang amat membimbangkan ialah sektor padi kini berdepan berbagai cabaran, tanah sawah semakin berkurangan akibat arus pesat pembangunan, peningkatan kos input pertanian seperti baja, racun, yang membebankan pesawah, infrastruktur pengairan masih belum memuaskan di setengah-setengah kawasan paling ketara kurangnya minat generasi muda untuk menceburi bidang ini membawa pada kekurangan tenaga kerja. Jika, keadaan ini berterusan kita menghadapi masalah kurang keupayaan untuk menghasilkan beras sendiri dan menyebabkan negara terdedah kepada gangguan rantaian bekalan luaran. Persoalannya adakah kita sanggup mengorbankan keselamatan makanan negara demi arus moden pembangunan. Tuan Yang Di-Pertua, keduanya saya ingin menegaskan bahawa pembangunan bukanlah sesuatu yang perlu ditolak, kita sememangnya perlu bergerak seiring dengan arus kemajuan dunia, namun pembangunan yang dilaksanakan mestilah bersifat keseimbangan dan strategik. Sebagai contoh penukaran tanah sawah kepada perindustrian mungkin memberi pulangan segera tetapi di dalam jangka masa panjang kita kehilangan sumber pengeluaran makanan. Oleh itu, sektor padi perlu dilihat sebagai sektor strategi yang mesti dimodenkan bukannya ditinggalkan. Kerajaan negeri memainkan peranan penting dalam memodenkan industri padi, menerusi penggunaan teknologi dan memastikan setiap dasar yang dilaksanakan mengambil kira keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan keterjaminan makanan. Tuan Yang Di-Pertua, Tuan Speaker, minta maaf ya, terima kasih, selepas nih noh

Speaker

Mungkin selepas ini kot.

Selepas nih, selepas ini insya-Allah, kita jumpa lagi selepas ni. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Rotan, atas peruntukan yang diluluskan bagi mencuci kemeling di Sungai Derga. Langkah ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan Yang Berhormat terhadap kebersihan dan alam sekitar, malah menunjukkan komitmen berterusan

dalam memelihara keindahan sungai sebagai khazanah negeri yang tidak ternilai sekaligus menjadikan lebih menarik sebagai destinasi pelancongan di Negeri Kedah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Kedah khususnya kepada Yang Berhormat Sungai Limau di atas kejayaan pelaksanaan Program Tuisyen Sejahtera pada tahun ini. Program ini dapat mengurangkan beban kewangan keluarga dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak, ianya juga dapat memastikan pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah mendapat peluang pendidikan yang sama rata dengan pelajar lain. Maklum balas yang diterima amatlah positif apabila ramai pelajar menunjukkan peningkatan prestasi pelajaran dalam keputusan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) baru-baru ini. Inisiatif seperti ini perlu diteruskan ia merupakan platform sokongan akademik yang membantu pelajar mendapat akses pendidikan berkualiti tanpa bebanan kos, mengurangkan risiko keciciran dan meningkatkan kecemerlangan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) seperti memperluaskan pembelajaran di luar bilik darjah.

Anak kecil bermain gasing, Gasing berputar di dalam talam, Ilmu di cari ilmu di pusing, Tuisyen percuma ilmu didalam.

Pada era globalisasi kini gejala sosial di kalangan remaja begitu membimbangkan, berleluasa khususnya di kawasan saya sendiri terdapat laporan mengenai kanak-kanak terbiar tidak bersekolah, terlibat dalam penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, dan kes kehamilan luar nikah. Faktor utama adalah berpunca daripada kecuaian kurangnya ilmu keibubapaan, kesibukan kerja serta masalah kemiskinan. Situasi ini amat merisaukan kerana ia melibatkan masa depan generasi muda merupakan barisan pelapis yang akan meneruskan legasi kepimpinan negara. Mereka berhak dilindungi, disayangi, diberikan pendidikan awal yang berkualiti untuk perkembangan mental dan fizikal dan emosi. Isu ini tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan segera serta pendekatan yang menyeluruh. Saya amat mengharapkan kerjasama daripada semua agensi yang turun padang bersama-sama bagi mengatasi masalah ini. Akhir kata, saya menyeru agar semua pihak sama ada kerajaan, pembangkang, agensi, dan masyarakat berganding bahu bagi memastikan pembangunan negeri dilaksanakan secara seimbang. Ingatlah teknologi yang terus berubah, dunia yang terus berkembang tetapi keperluan manusia terhadap makanan dan kehidupan yang sejahtera yang akan kekal selama-lamanya. Jangan sampai kita terlalu ghairah mengejar masa depan sehingga kita mengabaikan asas kehidupan kita sendiri.

Saya akhiri ucapan saya pada hari ini dengan serangkap pantun

Padi menguning di bendang luas, Menjadi rezeki bertukar beras, Ekonomi kukuh pembangunan pantas, Kedah sejahtera, Derga jadi deras. Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Derga, yang juga mematuhi masa yang ditetapkan. Alhamdulillah mudah sikit lah kerja saya. Jadi, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengkalan Kundor. Dipersilakan.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih YB. Tuan Speaker, yang saya hormati Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, seterusnya sidang dewan sekalian. Terima kasih di atas kesempatan untuk saya membahaskan. Tuan-tuan dan puan-puan sidang dewan sekalian, sebelum saya mulakan, saya nak respon sikit tadi ucapan YB. Sidam tadi. YB. Sidam ada sentuh mengenai pelantikan kontraktor baru LRA, Bukit Selambau. Tadi YB. Sidam kata; “pilihlah yang kompeten, bukan janji-janji manis”. Saya setuju dengan YB. Sidam, sebab kalau pilih yang janji-janji manis ni dia akan jadi, “Hari ini menang, esok…” haa kita pun tak mau macam tu. Jadi saya ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri sebab bertindak tegas mencari kontraktor baru, semoga dipermudahkan urusan. Sidang dewan sekalian yang dihormati, patik menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah. Pertama sekali YB. Tuan Speaker, titah Tuanku Sultan mengenai perkembangan semasa di peringkat global khususnya konflik peperangan yang melanda asia barat dan eropah timur yang mana memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negara dan negeri. Baginda menyeru agar semua pihak bersiap siaga dalam setiap tindakan. Nasihat Tuanku Sultan agar kita bersiap siaga dalam menghadapi krisis, sebenarnya adalah selari dengan Al-Quran di dalam Surah Yusuf ayat 47 hingga 49; yang mana di dalam ayat ini Nabi Yusuf Alaihissalam telah memberi nasihat atau pelan mitigasi dalam bentuk strategi pengurusan ekonomi bagi menghadapi pada masa itu krisis makanan yang melanda negara selama 7 tahun.

Sidang dewan sekalian, bercakap tentang konflik semasa di asia barat khususnya peperangan antara Amerika Syarikat dan sekutunya Israel dengan Iran, saya memulakan ucapan perbahasan saya dengan ucapan takziah dan mengutuk serangan ke atas sekolah kanak-kanak perempuan di Iran yang mengorbankan 150 nyawa kanak-kanak dan 100 kanak-kanak lagi cedera. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui agensi pendidikan mereka UNESCO telah pun mengutuk serangan ini dan menyifatkan bahawa serangan ke atas sekolah ini adalah pelanggaran jelas undang-undang hak asasi manusia. Konflik asia barat yang masih berlanjutan pada masa ini, hari ini memasuki hari yang ke-45, dirasai kesannya oleh negara dan rakyat Malaysia, yang mungkin akan berpanjangan, mengambil kira perbincangan antara Amerika Syarikat dan Iran masih menemui jalan buntu, belum lagi mencapai titik persetujuan. Iran telah masukkan Lubnan dan Gaza di dalam terma persetujuan untuk genjatan senjata dan semestinya ia tidak dipersetujui oleh Amerika Syarikat serta sekutunya Israel, jadi kita jangkakan konflik ini akan semakin berpanjangan. Justeru itu, sidang dewan sekalian kerajaan Malaysia dan kerajaan Negeri Kedah perlu mempunyai pelan mitigasi dalam menghadapi konflik asia barat ini dan impaknya kepada rakyat. Jika kita lihat keluhan rakyat susulan kenaikan diesel ini sangat ketara, keluhan dan bebanan yang mereka rasai. Media melaporkan pesawah terpaksa menanggung kos tambahan akibat kenaikan diesel hingga ada yang mengalami kerugian. Pesawah adalah segmen yang begitu besar, begitu penting peranan mereka kepada kita kerana mereka menjaga ‘food security’ keterjaminan makanan, tetapi tidak sepatutnya mereka menanggung kerugian. Berita Harian 5 April 2026 melaporkan, kenaikan harga diesel daripada RM6.02 pada masa itu, sekarang dah RM6.72 seliter, dijangka memaksa ramai pesawah menangguhkan kerja di sawah susulan peningkatan kos operasi yang semakin membebankan. Selain daripada itu, pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata situasi semasa menyebabkan petani berdepan tekanan kewangan yang semakin tinggi khususnya bagi kerja pembajakan, penuaian serta logistik yang bergantung kepada penggunaan diesel. Beliau berkata kenaikan harga bahan api itu memberi kesan langsung kepada sektor perkhidmatan pertanian dengan anggaran peningkatan kos sehingga 50 peratus ke 70 peratus. Sidang Dewan sekalian, selepas ini, kita jangkakan dan yang memang realiti akan berlaku rakyat perlu berhadapan dengan kesan berantai susulan konflik asia barat ini, maka ekonomi Profesor Madya Dr. Mustazar Mansur menyatakan kenaikan harga diesel ketika ini dijangka mencetuskan kesan berantai terhadap kos pengangkutan, logistik, dan harga barangan, sekaligus memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat. Kesan berantai ini memang akan berlaku.

Laporan TV3 bertarikh 31 Mac melaporkan bahawa, lonjakkan mendadak harga diesel industri sehingga 145 peratus susulan konflik di asia barat menyebabkan lebih 100 projek pembinaan di seluruh negara tergendala. Jadi sebelum ini mungkin rakyat Malaysia, kita tidak terkesan sangat dengan kesan perang antara Rusia dan Ukrain, pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Venezuela, tetapi krisis asia barat ini impaknya yang lebih meluas secara global dan kita rasai kesannya. Oleh itu, kerisauan rakyat adalah munasabah, apabila kita berhadapan dengan konflik pada hari ini memasuki hari yang ke-45. Kerisauan rakyat munasabah, rakyat panik tertekan, terbeban, itu munasabah, kita sepatutnya faham. Dan mereka bersuara di media sosial, mereka meluahkan rasa terbeban rasa tertekan, panik mereka itu di media sosial, atas apa perkembangan semasa yang berlaku pada hari ini. Dan sebenarnya kebebasan bersuara itu dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Namun apa yang saya nak sentuh pada perbahasan pada hari ini adalah, sepatutnya, rakyat kita ini dahlah terpaksa berhadapan dengan kesan kenaikan diesel, kesan kenaikan harga barang, setidak-tidaknya berilah mereka hak kebebasan bersuara. Selama mana kenyataan mereka tidak melanggar undang-undang ataupun menjejaskan hubungan baik antara negara. Namun, saya dapat makluman ada lagi ‘tiktoker’ yang menggunakan hak kebebasan bersuara ini, yang ditahan polis yang ditahan susulan video mengkritik cara Perdana Menteri (ke-10) menangani masalah negara hari ini. Buat video kritik kerajaan Madani, kritik Perdana Menteri (ke-10), tiba-tiba kita dapat makluman ditahan. Baik, jadi saya mengangkat suara rakyat aduan ini sampai, maka saya angkat di dalam ruang yang ada. Sekarang tahun 2026, namun kita masih lagi tidak dapat menikmati kebebasan bersuara yang adil. Sidang Dewan sekalian, pada tahun 2024 Akhbar BH bertarikh 24 Disember 2024 telah mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang paling tinggi dalam dunia membuat permintaan kepada TikTok untuk memadam dan menyekat hantaran yang dibuat oleh pengguna TikTok. Jadi inilah kebebasan bersuara yang dijanjikan sekian lama tetapi apabila dapat kuasa, inilah apa yang kita lihat. 2024 ada pencapaian terbaik di dunia sebegitu, 2026 pun kita masih terpaksa berhadapan dengan situasi yang sama. Sudah lah rakyat tertekan dengan segala kesan berantai, kenaikan harga diesel, hak bersuara mereka pun diganggu. Sidang Dewan sekalian, kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri perlu fokus kepada menyediakan pelan mitigasi dan ‘communicate’ pelan ini kepada rakyat, komunikasi kan, berkongsi perancangan itu dengan rakyat supaya dapat meredakan kebimbangan rakyat ini, bila rakyat tahu bahawa kerajaan ada pelan mitigasi terhadap konflik asia barat yang berlaku, kesan kenaikan diesel yang terlalu mendadak, maka sekurang-kurangnya redalah sikit kerisauan dan kebimbangan rakyat itu, supaya mereka dapat menghadapi konflik antarabangsa yang menjejaskan kehidupan mereka ini dengan sedikit tenang. YB. Sidam kata tadi “sikit saja lagi, sikit saja lagi”,

tapi sebab sikit saja lagi Madani tu kita tak boleh tahu berapa lama, sebab menang hari ini esok tu berapa tahun lepas tu pun tak dapat lagi, jadi sikit tu kita risau… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Dia dUk kata sabaq tadi, kan?

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Ya, “sabaq, sikit lagi” dia kata. Pastu YB. Bukit Selambau kata “sabar ada had lah” haa. Jadi Sidang Dewan sekalian, nasihat saya, janganlah terlalu banyak masa dan kuasa digunakan untuk mendiamkan kritikan. Manfaatkan masa, sepatutnya masa digunakan prioriti kan untuk menyediakan pelan mitigasi dan communicate pelan itu, jelaskan kepada rakyat supaya rakyat rasa tenang, rasa terkawal, rasa tenteram, tidaklah terlampau panik ataupun terlampau bimbang dengan susulan ataupun kesan berantai yang akan berlaku selepas ini. Tetapi tidak, sebaliknya saya lihat masa fokus sama ada kerajaan jentera ejen-ejen penerangan di fokuskan kepada silencing critic, mendiamkan kritikan… (YB. Ayer Hitam mencelah)

Speaker

Boleh bagi laluan? Silakan.

Tuan Haji Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Saya cuma nak relate sikit dengan apa yang disebutkan YB. Pengkalan Kundor tentang kritikan-kritikan di dalam media massa, media sosial. Tapi saya nak hubung dengan apa nama dapatan. Seperti yang kita lihat, pihak kerajaan sama ada Perdana Menteri (ke-10) ataupun agensi kerajaan yang terlibat dengan komunikasi ini, memberikan penerangan dalam facebook sebagainya, terdapat emoji, emoji gelak tu lebih daripada emosi setuju ataupun ni kan, berkali-kali ganda, sedangkan apa itu yang kerajaan nak sebut nak terang pada rakyat langkah-langkah yang diambil, adakah bersetuju YB. Pengkalan Kundor dengan saya, adakah kerajaan gagal dalam menangani isu ini, isu komunikasi dengan rakyat?

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Betul, saya setuju dengan YB. Ayer Hitam. Jadi, sebab ini adalah dewan legislatif, tempat kita memberi pandangan… (YB. Sidam mencelah)

Boleh mencelah sikit?

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Siapa? Oh, YB. Sidam! Haa… sila! Sila!.

Speaker

Silakan.

Baik, terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Saya nak respon sikit la berkaitan apa yang saya kata tadi kan, erm seperti yang kita tahu benda-benda macam ni memerlukan kajian dan juga memerlukan perancangan, jadi saya ikut juga apa kata YB. Kubang Rotan kata tadi ni, kata benda ni bukan macam tanam taugeh, kena memerlukan kajian dan juga penyelidikan yang betul-betul. Kalau tidak nanti dia kata, nanti orang di sini akan kata buat apa tak pikiaq! Haa yang ni dia kena pikiaq dulu lah. Terima kasih.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Baik,... (YB.Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Pengkalan Kundor, saya nak mencelah sikit. Ini untuk peringatan Yang Berhormat semua, sebelum kita membuat sebarang keputusan, kajian perlu dibuat dahulu, bukan kita buat keputusan dulu baru nak buat kajian aaa nah? Jadi yang ni sikit lah nak mencelah. Silakan YB. Pengkalan Kundor.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Baik, terima kasih YB. Ayer Hitam dan YB. Sidam. Kubang Rotan ni sebab dia tak kata ‘menang hari ini, esok..’, jadi dia boleh lah guna istilah taugeh tu. Untuk yang janji yang terlalu reformasi, janji menang hari ini esok nak turun sekian-sekian tu yang tu susah sikit lah nak guna analogi taugeh. Jadi betul saya setuju bahawa fikirkan dahulu buat perancangan dahulu kajian dahulu baru buat keputusan. Macam kita lihat kesan kenaikan diesel ni, naik dulu tetapi banyak masalah yang timbul selepas itu kan, isu pesawah dan sebagainya sampai hari ini kita tak nampak pun apa keputusan ataupun tindakan drastik daripada pihak kerajaan. Jadi, sepatutnya perkara ini kena selesaikan

dulu kena bincang dulu kena segera lah sesuai dengan apa yang berlaku kan? Berbalik kepada ucapan saya… (YB. Bukit Selambau mencelah)

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Sikit, sat saja.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Masa dah suntuk… YB. Tuan Speaker kena tambah masa saya. Ada YB. Bukit Selambau.

Speaker

Tapi jangan lama sangat na.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Insya-Allah sat ja. Terima kasih YB. Pengkalan Kundor dan terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya nak cadang pun yang berkaitan dengan diesel ni, perancangan ada perancangan secara teliti baru buat keputusan. Saya nak fokus sikit apa yang berlaku pada hari ini berkaitan dengan diesel juga. Apakah dengan kenaikan RM6.72 di Semenanjung dengan tidak dinaikkan walaupun sesen di apa Sabah dan Sarawak, apakah itu perancangan? Sekian.

Speaker

Silakan, YB. Pengkalan Kundor.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Terima kasih lah, saya masukkan ucapan tu dalam… (YB. Bakar Arang mencelah)

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker…

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Minta maaf, masa saya dah semakin suntuk, nanti kita bagi lagi. Baik, sidang Dewan sekalian, kembali kepada perbahasan saya tadi, point saya adalah jangan terlalu banyak masa dihabiskan untuk mendiamkan kritikan tetapi fokus kepada menyediakan pelan mitigasi yang jelas, yang terancang, komunikasi kan, jelaskan

kepada rakyat janganlah…sebenarnya penjelasan kerajaan lambat, kerajaan persekutuan. Penjelasan, explanation menjawab isu itu terlalu lambat, tidak sampai kepada rakyat tetapi kemudian marah apabila rakyat complain, rakyat mengeluh dan sebagainya. Istilah buta huruf, bebal, dangkal dan pelbagai istilah lagi yang saya pun tak sanggup nak guna dalam sidang dewan ini sebab menghormati YB. Tuan Speaker kan, saya takut YB. Tuan Speaker terasa dengan istilah-istilah itu, okey. Yang ditujukan istilah itu terhadap keluhan dan kritikan rakyat ni tidak menambah baik keadaan. Jadi, sepatutnya, jika sekiranya rakyat lihat ada pelan yang baik ada pelan mitigasi berhadapan dengan konflik ini, kemudian rakyat jelas, saya ingat emoji yang terlampau banyak tu kan sampai nak jumpa emoji ‘like’ tu susah, sebab emoji gelak terlampau banyak tu dapat diatasi kan, walaupun tak ada harapan juga kan. Rakyat perlukan jaminan penyelesaian bukan kemarahan. Sidang Dewan sekalian, seterusnya KDYMM Tuanku Sultan turut bertitah tentang prosedur lapuk dan undang-undang yang tidak lagi relevan hanya akan menghalang kemajuan. Saya pernah membangkitkan isu undang-undang lapuk ini di dalam perbahasan saya pada sidang dewan undangan yang lalu, dan saya mencadangkan sekali lagilah penubuhan jawatankuasa khusus untuk mengkaji berkenaan dengan undang-undang yang lapuk ini, yang berada di bawah bidang kuasa negeri termasuk juga peraturan-peraturan. Dan jawatankuasa ini mestilah melibatkan anggota legislatif, ADUN-ADUN sama ada kerajaan termasuk juga pembangkang mesti dilibatkan dalam jawatankuasa khusus ini untuk mengkaji berkenaan dengan undang-undang yang lapuk dan juga peraturan-peraturan tidak lagi relevan. Mesti ada, mesti ada, dan supaya kita dapat sama-sama menambah baik undang-undang dan peraturan yang sedia ada demi kesejahteraan rakyat Kedah. Sidang Dewan sekalian, akhir sekali baginda Tuanku Sultan turut bertitah tentang keperluan untuk semakan dan penambahbaikan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan saya nak angkat sikit isu rakyat lah, permasalahan rakyat apabila menyentuh tentang perkhidmatan awam ini, isu nya adalah, walaupun isu yang saya nak bangkitkan ini mungkin tidaklah secara spesifik menegur ataupun menyentuh kerajaan negeri ataupun agensi kerajaan negeri tetapi untuk perhatian semua, supaya situasi yang saya bangkitkan ini akan dapat ditambah baik. Kemajuan seperti pembayaran secara digital, Sidang Dewan sekalian tidak harus mengorbankan mana-mana segmen masyarakat. Kita mesti ambil kira warga emas dan golongan yang tidak berkemahiran atau tidak mampu memiliki kemudahan digital ini. YB. Tuan Speaker, contohnya sistem parking dan kedai makan yang tidak menerima makan secara tunai, hanya melalui scan QR, atau pun imbasan QR ataupun pembayaran menggunakan aplikasi tertentu. Ada aduan warga emas yang dia tak tau nak bayar guna QR Code ni ataupun guna Touch 'n Go ka, E-Wallet ke apa ni kan, jadi warga emas tak tahu. Ada juga rakyat yang masih tak berkemampuan nak beli smartphone, ataupun tak berkemahiran. Jadi tuan-tuan dan puan-puan, kes-

kes begini mungkin terpencil tetapi kemajuan kita tidak boleh ataupun tidak sepatutnya berkesampingkan mana-mana segmen masyarakat terutamanya warga emas dan juga golongan yang kurang berkemampuan. Disebabkan kes-kes begini terpencil mungkin tak ramai, mungkin ada beberapa saja tetapi, dan kita cenderung untuk menutup mata. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita akan semakin maju, negara kita akan semakin maju, Negeri Kedah pun semakin maju. Kita dah ada ‘cashless’ cara ‘payment’ yang memang baik, tetapi sebelum kita melangkah terlalu jauh lagi semakin maju lagi ke hadapan, elok lah kita berhenti sejenak dan kita tengok juga golongan-golongan ini yang boleh kita kata golongan minoriti, warga emas daripada kampung umur 70 80 tahun, mana la nak reti guna segala ‘apps’, ‘QR’, dan sebagainya ini lah kan. Ada aduan yang saya terima warga emas yang dia tak dapat nak parking di parking awam, sebab apa? Sebab dia tak pandai. Jadi perkara-perkara ni mungkin PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) boleh ambil maklumlah ha kan supaya walaupun kemajuan perkhidmatan ataupun transformasi digital itu baik, saya akui untuk semua orang yang mesra teknologi memang itu baik kan, memang memudahkan. Tetapi saya cadangkan supaya kemajuan itu perlu disertai dengan pilihan alternatif yang mesra semua lapisan masyarakat, barulah kemajuan kita bersifat inklusif kepada semua. Kemajuan kita ni selaju mana pun kita, tidak ada kelompok ataupun segmen rakyat yang ketinggalan kerana kemajuan tersebut. Sekian, saya menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih pada YB. Pengkalan Kundor. Seterusnya saya menjemput YB. Bayu, dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah hi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa’ala alihi wassahbihi ajma’in. subhanaka la ‘ilmalana illa ma ‘alamtana innakalanta ‘alimul hakim walhaulawala quwatailla billa hil ali’il ’azim. Terima kasih YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan EXCO kerajaan negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha kerajaan negeri, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegawai Daerah, kakitangan DUN, petugas media, pemerhati, dan juga pengundi-pengundi DUN Bayu yang saya amat kasihi.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita di panjatkan ke hadrat Allah subhanahu wa ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya kita dapat kembali berhimpun di Dewan Yang Mulia ini, sebuah medan penting untuk kita menyuarakan hasrat rakyat dan memperjuangkan kebajikan, serta kemajuan ekonomi negeri dengan penuh tanggungjawab. Sebelum saya meneruskan ucapan, di kesempatan ini izinkan saya mengungkapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, tak terlambat lagi, banyak YB. YB. tak berucap, saya ucap Selamat Hari Raya. YB. Tuan Speaker, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman atas titah ucapan diraja sempena Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15. Sesungguhnya titah Tuanku mencerminkan keprihatinan yang amat mendalam terhadap kebajikan rakyat pembangunan negeri serta kepentingan memastikan pentadbiran berintegriti, berkesan dan berteraskan kesejahteraan rakyat. Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih atas nasihat dan panduan yang telah dizahirkan dan sesungguhnya titah tersebut wajar dijadikan pedoman serta hala tuju oleh semua pihak dalam merencana pembangunan Negeri Kedah yang lebih mampan dan sejahtera. YB. Tuan Speaker, saya memulakan ucapan dengan menyokong sepenuhnya titah Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan dan tanah persendirian khususnya bagi pembinaan rumah ibadat serta premis tanpa kebenaran. Isu ini tidak boleh dipandang ringan, kerana ia bukan sahaja melibatkan pelanggaran undang-undang, malah menyentuh sensitiviti masyarakat serta berpotensi menjejaskan keharmonian negeri. Sehubungan dengan itu, pendekatan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara lebih proaktif dan berperingkat bermula daripada peringkat awal. Pihak berkuasa tempatan dan tuan tanah tidak boleh lagi bersikap tunggu dan lihat, serta memandang remeh dengan hanya bertindak selepas struktur siap dibina dan beroperasi dalam tempoh yang panjang. Kelewatan bertindak inilah akhirnya mencetuskan konflik, menimbulkan kemarahan rakyat serta mewujudkan persepsi negatif terhadap keupayaan kerajaan dalam mengurus isu ini. Lebih mendukacitakan, tindakan lewat juga menyebabkan pembaziran apabila pihak terlibat telah menanggung kos pembinaan dan penyelenggaraan yang tinggi sebelum premis tersebut dirobohkan. Justeru, tindakan awal yang tegas namun berhemah amat penting bagi mengelakkan situasi yang lebih rumit termasuk operasi perobohan yang sering mengundang ketegangan emosi dalam kalangan rakyat. Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa isu ini menuntut komitmen semua pihak termasuk orang awam, pihak berkuasa, dan PBT agar setiap pelanggaran dapat ditangani dengan lebih segera, adil dan berkesan.

Yang lepas biarlah lepas YB. Tuan Speaker, yang ke depan perlu kita terus supaya tidak berulang. Yang mana pendekatan yang perlu diambil sebab kita ada pengalaman di kawasan Baling, YB. Tuan Speaker. Jadi, sebelum pembinaan itu bermula, saya minta semua pihak, pemimpin, orang awam, dan penjawat awam, PBT dan semua pihak kena menjadi mata telinga kepada kerajaan. Yang mana kita tengok apabila pembinaan baru nak bermula, baru nak mula kita dah kena pantau, dah kena larang terus. Begitulah berkenaan dengan rumah-rumah ibadat dan sebagainya, terutamanya premis-premis perniagaan yang mana apabila pembinaan baru bermula, banyak pihak-pihak berkuasa mendiamkan diri tengok saja, tapi apabila dah keluar modal yang banyak, membina struktur yang cukup-cukup baik dan masa dah siap semua barulah notis suruh roboh. Yang inilah yang membuatkan rakyat marah dan juga menjadi isu politik yang berpanjangan. Kalau boleh lepas ni, yang lepas lepas lah, kalau boleh kita kena buat pemantauan lebih awal dan menjadi mata telinga kepada kerajaan untuk pastikan pembinaan itu tak dilaksanakan. Halang terus dari awal! Termasuk lah rumah ibadat ka, premis perniagaan dan sebagainya. Apabila dah berlaku dah bina, rakyat keluar duit, orang keluar duit modal yang banyak. Nak roboh mesti lah marah. Jadi YB. Tuan Speaker, beralih kepada isu keterjaminan makanan dan sektor pertanian negeri. Di Negeri Kedah, sektor pertanian merupakan tunjang utama ekonomi rakyat, dengan padi, getah, kelapa sawit, dan sebagai antara sumber pendapatan utama. YB. Suka Menanti, konsep skop pertanian ni luas, bukan terletak hanya di sawah padi sahaja. Kita Negeri Kedah ni terbahagi kepada penanaman padi, penanaman getah, dan juga penanaman kelapa sawit dan lain-lain. Sebab itu lah saya minta supaya kita kena menyeluruh, bukan hanya kepada padi, dan kena fikir juga ke arah tanaman-tanaman lain seperti getah dan sawit. Selari dengan titah Tuanku mengenai kepentingan sektor padi, saya menyokong usaha untuk meningkatkan pengeluaran melalui konsep 5 musim dalam tempoh 2 tahun. Namun untuk menjayakan hasrat ini, langkah berani perlu diambil. Saya mencadangkan agar kawasan operasi MADA diperluaskan ke kawasan baru yang berpotensi, ditambah. Kawasan sedia ada sekarang juga semakin berkurangan akibat ditukar ke aktiviti ekonomi yang lain. Oleh itu, pihak kerajaan seperti MADA perlu berani untuk menambah kawasan operasi mereka bagi menjamin pengeluaran dan peningkatan hasil padi secara menyeluruh. Contohnya, kawasan seperti Daerah Sik, Baling, Padang Terap dan lain-lain kawasan masih terdapat sawah yang terbiar dan tidak diusahakan, malah ada yang telah ditukar kepada tanaman lain. Ini merupakan satu kerugian besar kepada kerajaan negeri dan juga negara dalam konteks keselamatan makanan. Tanah yang sepatutnya menjadi sumber beras negara tidak boleh diurus, dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, kerajaan dan agensi berkaitan perlu melihat potensi di luar jajahan sedia ada bagi meningkatkan keluasan serta menghasil pengeluaran padi kelak. Dalam masa yang sama kita mesti menarik semula minat golongan muda ke dalam sektor ini. Jika tidak kita akan berdepan krisis kekurangan

pengusaha pada masa akan datang. Sektor ini tidak boleh terus dilihat sebagai ketinggalan dan tidak menguntungkan. Langkah konkrit perlu diambil termasuk menyediakan infrastruktur moden, jaminan bekalan air yang konsisten, sokongan baja serta penggunaan teknologi bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos. Saya juga mencadangkan agar inisiatif khas diberikan kepada pemilik tanah yang mengekalkan tanaman padi dan tidak menukarnya kepada pembangunan lain, jika tiada perlindungan seperti ini, kita akan terus kehilangan tanah sawah sedikit demi sedikit akibat tekanan pembangunan. Selain itu, penggunaan teknologi moden perlu dipergiatkan. Agensi seperti MADA, MARDI harus memperluaskan pengeluar penggunaan teknologi seperti data cuaca, sistem bayaran pintar, dan pemantauan digital bagi meningkatkan kecekapan hasil pengeluaran. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti, malah menjadikan sektor pertanian lebih moden dan menarik kepada generasi muda. Kita juga tidak boleh menafikan cabaran besar yang sedang dihadapi perubahan iklim yang tidak menentu, banjir, kemarau, serta ketidaktentuan musim yang memberi kesan langsung kepada hasil padi. Dalam masa yang sama, faktor global termasuk konflik antarabangsa turut memberi tekanan kepada rantaian bekalan makanan dan kos input pertanian. Dalam keadaan ini, kita tidak ada pilihan lain selain menjadi lebih bersedia, berdikari dan memperkukuhkan sektor makanan asas negara dan juga negeri. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak mengambil pendekatan yang lebih tegas dan menyeluruh memastikan sektor padi terus di perkasa bukan sahaja demi keterjaminan makanan tetapi demi masa depan rakyat dan kestabilan Negeri Kedah. YB. Tuan Speaker, saya ingin sekali lagi membangkit isu tanaman getah yang telah banyak kali saya suarakan di Dewan Yang Mulia ini sebelum ini. Namun, sehingga kini masih belum ada penyelesaian yang benar-benar menyeluruh. Kita tidak boleh menutup mata terhadap nasib penoreh getah yang menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar. Masalah mereka hari ini bukan kerana kurang usaha tetapi disebabkan tekanan harga yang tidak menentu dan faktor cuaca. Realiti nya dalam setahun mereka hanya mampu menoreh sekitar dua hingga empat bulan. 12 bulan; dua bulan, tiga bulan, empat bulan saja, YB. Tuan Speaker, boleh menoreh. Tetapi pendapatan itu yang perlu menampung kehidupan sepanjang tahun. Ini jelas satu keadaan yang tidak mampan. Jika dibandingkan dengan Thailand, mereka lebih kehadapan dari segi penggunaan teknologi. Kita ada Lembaga Getah Malaysia dan RISDA tetapi manfaat pemodenan masih belum dirasai sepenuhnya oleh penoreh. Sebab tu YB. Tuan Speaker, saya nak syorkan kepada MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) pada masa akan datang, saya nak minta satu surat jemputan khas kepada RISDA dan juga LGM, kena ada di sini. Saya nak menyuarakan nasib penoreh getah dan juga pekebun-pekebun, jadi pihak YB. Suka Menanti pun dia ada juga, ada kepandaian dari segi sawah, tapi dari segi getah dengan sawit saya rasa dia kurang sikit. Kalau ada LGM…minta maaf nah, bukan kurang, dia tak berapa ada pengalaman.

Jadi kalau ada LGM dekat sini dah banyak kali YB. Tuan Speaker, saya nak minta kalau boleh jemput ada di sini kami bukan nak bahas bukan kami nak marah pun kami nak suara supaya dia catit dan bawa balik ke LGM dan juga RISDA. Yang mana hari ini saya setuju dengan YB. Jitra, banyak kali dok bagi sokongan kat saya, dia juga anak penoreh. Saya rasa satu benda yang amat perlu kerana saya tak tekan lagi IPG (Insentif Pengeluaran Getah), PAT-G (Permit Autoriti Transaksi Getah), dan apa nama depa ni DRC (Dry Rubber Content) dan jugak KGK (Kandungan Getah Kering), KGB, saya tak tekan. Kalau saya tekan pun, LGM takdak, macam mana dia nak catit. Sebab tu hari ini saya tekan sungguh-sungguh MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) kali akan datang, minta tolong jemput LGM dan juga RISDA ada di depan ni, kami nak kongsi dan juga kami nak luah bukan nak marah bukan nak berhujah, dak. Kita nak bagi pandangan untuk kebaikan bersama. Jadi justeru itu, dalam masa yang sama isu ketirisan harga akibat ketidakjelasan kandungan getah kering juga perlu diberi perhatian serius kerana ia menjejaskan pendapatan sebenar. Harga tinggi SMR 20 (Standard Malaysian Rubber grade 20) tinggi, tapi penoreh di kampung penoreh pekebun dekat kampung dapat harga yang rendah. Harga di ladang dan juga harga SMR tak sama, sebab tu lah pengiraan isu-isu harga getah ni perlu dibangkitkan juga. Kerana YB. Tuan Speaker, keseluruhan penduduk di dalam Negeri Kedah ni banyak juga rakyat yang terlibat dalam soal getah dan juga sawit. Saya bukan nak membela golongan penoreh dan juga pekebun, tapi saya pengerusi PERGETAH (Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah), saya menang jadi DUN itu banyak penoreh getah yang mengundi saya, kalau saya duk sini kosong buat apa? Sebab tu saya minta sungguh-sungguh kalau boleh MMK kena jemput LGM dan juga apa ni RISDA…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bayu, suka saya nak memaklumkan kepada YB. Bayu, saya difahamkan dan kita memang dah menjemput RISDA untuk bersama-sama dengan kita dan saya ingat ada ka wakil RISDA dalam ni? Surat jemputan memang kita dah buat.

Tak pa, tak pa, mungkin lain kali lah…

Speaker

Begitu juga dengan KEDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah), KEDA juga kita ada jemput wakil daripada KEDA. KEDA ada?

KEDA ada noh.

Speaker

Ada noh! RISDA tadi ada? Oh ada, tepi tu ada tak pa lah, apa yang diungkapkan oleh YB. Bayu tadi insya-Allah telah pun diambil perhatian dan nanti pegawai RISDA dan juga LGM kita akan minta perhatianlah.

Kalau, kalau boleh. YB. Tuan Speaker kalau boleh RISDA ada pejabat di setiap daerah. Kalau boleh LGM pun buatlah mini kaunter di setiap daerah. Dia masalahnya bukan pokok getah tak ada! pokok getah ada! tetapi benda-benda macam ni yang ada masalah di peringkat akar umbi.

Speaker

Benda tu nanti kita akan bincang di ruang yang lain cuma YB. Bayu tolong percepatkan sebab kita dah menghampiri garisan penamat.

Banyak lagi! Tadi bincang dengan saya nak bagi masa lebih ! macam mana…

Speaker

Dah lebih dah! Dah lebih dah.

Ada sikit lagi, YB. Tuan Speaker seterusnya saya ingin menarik perhatian berhubung infrastruktur asas di kawasan kampung khususnya masalah jalan rosak dan titi uzur yang telah sekian lama tidak dibaiki keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian penduduk malah turut mengancam keselamatan. Bagi projek tertangguh seperti pembaikan jabatan atau titi terdapat situasi dimana infrastruktur yang telah rosak dan merbahaya tidak dibaik pulih dengan alasan yang terlibat dengan projek tebatan banjir. Namun persoalan yang dalam tempoh menunggu itu siapa yang akan menanggung risiko, keselamatan penduduk yang menggunakan laluan tersebut setiap hari sebagai jalan utama. Walaupun infrastruktur berkenaan dijangka terlibat dengan projek pada masa yang akan datang saya berpandangan bahawa langkah sementara perlu diambil bagi memastikan keselamatan pengguna. Pendekatan

memberi alasan semata-mata tanpa tindakan penyelesaian bukan sesuatu yang wajar sedangkan penduduk terus berdepan risiko yang tinggi. Sehubungan dengan itu saya berharap agak isu ini diberi perhatian serius dengan pelaksanaan langkah-langkah interim buat titi sementara dulu sementara tempatan banjir nak buat tu buat titi sebab lalu utama yang sesuai khususnya demi keselamatan pelajar sekolah dan penduduk setempat yang bergantung sepenuhnya kepada laluan tersebut. Jadi YB. Tuan Speaker saya duk rasa nak kena apa ni potong-potong dah kut sebab apa…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Memang nak kena potong dah pun! Sebab masa dah melebihi. Boleh buat penggulungan.

(Ketawa kecil) Saya sekali lagilah saya nak minta kalau boleh pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) yang mana di kawasan pinggir-pinggir sungai, kawasan tu terbiar jadi hutan apa salah jikalau pejabat tanah dan juga JPS berbincang dan mencari jalan untuk membangun sebab apa saya, YB. Tuan Speaker saya dapat maklumat yang tak boleh didedahkan di sini sebab ada satu tempat yang mana ‘tik fit bukan apa ni penagih yang berdisiplin, ada juga penagih yang berdisiplin dia tak curi tapi dia menanam mengusahakan tanaman kontang sawit dan sebagainya tanam sayur semua di pesisiran tepi sungai secara yang tak sah. Apa salah kalau kita buat dia dapat pendapatan ribu-ribu di tepi sungai, tanah JPS apa salah kalau di sepanjang macam contoh kata kampung saya, kamu saya ni panjang sungai apa salah kalau kita bagi peluang kepada penduduk setempat tu mengusahakan tanaman menggunakan tanah yang terbiar,pelancongan pun boleh buat juga dan tanaman- tanaman, sayur - sayuran juga boleh dilaksanakan juga dan JPS pun akan dapat hasil, kerajaan negeri pun dapat hasil saya nak supaya benda ni dilaksanakan di semua kampung terutamanya di kampung sebelah Bayu. Satu lagi cadangan sayalah sebab saya tengok YB. Tuan Speaker duk kerling banyak pukul 1.00 kita habis kan.

Speaker

Saya setuju dengan YB. Bayu, tetapi cadangan YB. Bayu tu baik tapi saya rasa tak perlu pun sampai ke peringkat Dewan, mungkin perkara tu kita bincangkan di mesyuarat tindakan daerah dan kita cari sebab semua jabatan yang ada di situ tapi benda-benda yang kecil tu kan jadi yang ni kita besar berbincang yang besar sikit.

Saya dah bangkit dah tapi tak apalah. Saya suara disini lagi supaya diberi peringatan di peringkat daerah. Satu lagi YB. Tuan Speaker, saya nak cadang baru ni kemarau panjang kesian dekat SADA orang marah dekat SADA tetapi pejabat SADA pun air tak dak. Jadi sekarang ini kita nak tengok macam mana sebab cuaca yang panas, kemarau yang panjang ni nak salah siapa? Takkan nak salah Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar? Takkan nak salah kerajaan negeri Kedah? Tak boleh. Isu-isu yang dimainkan di kampung-kampung menyalahkan kerajaan negeri Kedah sedangkan kemarau tu bukan kuasa kita, kuasa Allah yang menentukan. Kalau musim biasa air SADA okey ada tapi kalau musim kemarau bukan kata air SADA, semua tempat tak ada air. Jadi saya di kawasan luar bandar seperti tempat saya, saya nak cadang kepada NGO ataupun pihak SADA dan juga agensi kerajaan supaya wujudkan mini loji. Kami sungai ni YB. Tuan Speaker kawasan kami sepanjang sungai tu sungai yang bersih bukan sungai macam sungai Anak Bukit minta maaf, dia dia tak berapa elok sikit sungai tu tapi sungai kami ni daripada hutan tu turun tu air tak pernah kering, air tak pernah kering walaupun kemarau yang panjang tapi air tak pernah kering. Apa salah kalau kita buat mini loji air Sungai Batu Lapan, Sungai Siong, Sungai Weng sungai jernih dan banyak pelancong-pelancong masuk mandi apa salah kalau kita ambil air tu kita buat stok loji mini loji dan kita bekal kepada penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas air jadi pandangan saya yang itu cadangan… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Boleh, boleh dah kut noh?

Bolehlah pantun tak boleh nak macam mana ni banyak lagi ni. Jadi, saya berharaplah kita ini semua pakat-pakat mengambil tindakanlah jaga kawasan masing-masing dan saya nak tutup ni saya nak pantun jugalah YB. Tuan Speaker, yang mana kita tengok semua duk pantun jadi sebelum mengakhiri ni saya nak pantun yang berbunyi Anak nelayan turun ke Kuala, Membawa jala mencari ikan, Jika usaha digembelengkan bersama, Segala masalah dapat diselesaikan.

Bunga melati harum baunya, Tumbuh mekar di waktu pagi, Dengan tekad dan usaha semua, Kedah maju rakyat diberkati.

Akhir sekali saya menjunjung kasih menyokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Bayu (ketawa kecil). Seterusnya saya menjemput YB. Guar Chempedak. Suka cita saya maklumkan kepada YB. Guar Chempedak masa kita agak terhad juga sebab kitakan. Oh YB. Guar Chempedak tak dak? Kita lompat sat. kita bagi YB. Kupang. YB. Kupang ada? Boleh YB. Kupang na? Jadi kita akan bagi YB. Kupang. Sebelum YB. Kupang bangun, kita ada usul daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Jeneri. Dipersilakan YAB.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2:30 petang selepas ditangguhkan pada 1:00 tengah hari. Terima Kasih.

Speaker

Terima kasih, YAB Dato’ Seri Jeneri. Dipersilakan YB. Sungai Limau.

YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tersebut. Sekian, terima kasih. Seterusnya saya menjemput YB. Kupang.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. YB. Tuan Speaker, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana telah diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Sesungguhnya titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku bukan sekadar amanat tetapi merupakan panduan besar kepada hala tuju pentadbiran negeri serta tanggungjawab kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Baginda telah menzahirkan dengan jelas bahawa peranan kita tidak boleh terbatas kepada perbahasan di dalam dewan semata-mata sebaliknya kita harus menjadi jambatan antara dasar dan rakyat, antara ekspresi dan juga pelaksanaan Dewan Yang Mulia ini mesti kekal sebagai medan perbincangan yang matang, berhemah serta berteraskan kepentingan rakyat bukan kepentingan sempit mana-mana pihak. Dalam masa yang sama saya turut menyokong penghargaan yang dizahirkan oleh Tuanku terhadap pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memimpin pentadbiran negeri dengan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam mendepani pelbagai cabaran semasa. YB. Tuan Speaker, izinkan saya menyentuh satu perkara asas tetapi amat kritikal dalam menentukan masa depan Negeri Kedah iaitu prinsip federalisme, dalam sebuah negara persekutuan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan seharusnya bersifat saling melengkapi bukan saling menyekat. Jadi prinsip federalisme bukan sekadar teori dalam perlembagaan tetapi mesti dizahirkan dalam bentuk keadilan pengagihan sumber keikhlasan kerjasama dan kesaksamaan layanan tanpa mengira perbezaan politik. Namun realitinya hari ini kita masih berdepan dengan pelbagai kekangan yang mengungkap semangat federalisme yang disebutkan tadi. Peruntukan kepada ahli-ahli parlimen daripada Kedah khususnya dan daripada blok pembangkang masih belum disalurkan secara adil keadaan ini bukan sahaja menjejaskan fungsi wakil rakyat malah secara langsungnya memberi kesan kepada rakyat di peringkat akar umbi. Lebih membimbangkan beberapa projek strategi negeri turut berdepan dengan kelewatan dan ketidakpastian termasuklah projek Kedah aerotropolis yang berpotensi menjadi pemangkin ekonomi baru Negeri Kedah. Persoalannya sampai bila potensi ini harus di tertangguh akibat ketidakseimbangan dalam hubungan persekutuan dan negeri. YB. Tuan Speaker, kita harus jujur mengakui bahawa pembangunan sesebuah negeri tidak boleh bergerak secara bersendirian ia memerlukan strategi yang tulen antara semua peringkat dan juga kerajaan. Sebuah negara yang kukuh dibina atas asas pertama keterbukaan, yang kedua kepercayaan, dan yang ketiga ialah rasa tanggungjawab bersama. Jika prinsip ini diabaikan maka yang akan terkorban bukan kerajaan negeri tetapi rakyat keseluruhannya. Dalam konteks ini saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan persekutuan agar kembali kepada roh sebenar federalisme iaitu keadilan kesaksamaan yang saling menghormati. YB. Tuan Speaker, Kedah bukan negeri biasa, Kedah adalah negeri yang telah banyak menyumbang kepada kepentingan nasional daripada sektor pertanian, sumber makanan negara sehinggalah kepada kestabilan politik yang menjadi asas kekuatan negara. Namun malang kadangkala Kedah seolah-olah menerima layanan yang tidak setimpal

dengan sumbangannya, bak kata peribahasa Melayu seperti “Sungai Yang Mengalir Memberi Kehidupan Di Hilir, Tetapi Dihulur Dibiarkan Kering Dan Menjadi Tanah Gersang Dan Juga Sepertimana Menabur Benih Di Tanah Subur, Orang Lain Menuai Hasilnya, Yang Menanam Hanya Tinggal Penat Dan Luka Di Tangan”. Peribahasa ini bukan sekadar kiasan tetapi menggambarkan realiti yang sedang kita hadapi. YB. Tuan Speaker, saya ingin menegaskan bahawa Kedah bukan sahaja penting dari sudut ekonomi dan keterjaminan makanan tetapi juga merupakan benteng kekuatan politik Melayu yang menjadi asas kestabilan negara. Sekiranya rumpun Melayu yang menjadi asas kepada kestabilan negara ini diabaikan maka sudah tentulah masa depan negara ini akan menjadi masalah yang besar kerana asasnya keterjaminan dan juga kestabilan politik negara adalah berteraskan kepada bangsa Melayu itu sendiri sebagai penduduk asal tanah Melayu itu. Oleh itu, Kedah harus dilihat bukan sebagai beban tetapi sebagai aset strategi negara yang perlu diperkasakan, dibela dan diberi keutamaan yang sewajarnya. YB. Tuan Speaker, saya ingin menyeru agar semua pihak sama ada peringkat negeri mahupun persekutuan supaya mengetepikan perbezaan politik dan kembali kepada matlamat utama iaitu membela nasib rakyat. Marilah sama-sama kita memastikan bahawa setiap dasar yang digubal, setiap keputusan yang dibuat, dan setiap tindakan yang diambil benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Negeri Kedah. YB. Tuan Speaker, saya tidak berhajat memanjangkan perbahasan cuma sebagai penutup izinkan saya mengetengahkan masalah yang dihadapi di kawasan saya iaitu lebih kurang 25 orang yang duduk di sepanjang Sungai Kupang berhadapan dengan masalah perpindahan kerana terlibat dengan rancangan tembatan banjir. Apa yang saya nak ketengahkan ialah dapat kiranya kerajaan negeri mempertimbangkan apa-apa yang sepatutnya iaitu sedikit ganjaran untuk kos perpindahan ini sebagai satu menyampaikan hasrat mereka. Jadi YB. Tuan Speaker, yang saya hormati dengan ini saya menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam pembukaan rasmi Dewan. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Kupang. Seterusnya yang menjemput YB. Gurun. YB. Gurun akan berucap sehingga jam 1:00, kemudian saya akan tangguhkan dulu pada jam 1:00, kemudian kita akan sambung balik pada jam 2:30. YB. Gurun dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Memandangkan masa tidak mengikuti saya cuba panjangkanlah perbahasan saya pada hari ini. Jadi alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassalatu wassalamu 'ala asyrafil anbiya'i wal mursalin, wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in. Terima kasih YB. Tuan Speaker dan sebelum itu kita masih lagi di dalam bulan Syawal dengan ini saya mengambil kesempatan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera terlebih dahulu saya merafakkan sembah setinggi-tinggi sembah menjunjung kasih kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman diatas titah ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang Ke-15. Sesungguhnya titah Tuanku amat bermakna dan penuh dengan peringatan penting pada semua Ahli Yang Berhormat untuk melaksanakan amanah dengan penuh bertanggungjawab berasaskan fakta, undang-undang, adab dan keikhlasan demi kesejahteraan Negeri Kedah ini. YB. Tuan Speaker nampak begitu segak hari ini, nampak begitu tampan. Saya teruskan lagi perbahasan saya.

Speaker

Kita tambah masa tapi selepas pukul 2:30 (ketawa kecil)

Titah Tuanku sangat tepat pada masanya dalam keadaan rakyat berdepan tekanan, kos sara hidup, cuaca panas yang berpanjangan, cabaran bekalan air, isu pertanian, kedudukan ekonomi yang tidak menentu, serta perubahan besar di peringkat global. Maka Negeri Kedah memerlukan sebuah kerajaan yang stabil pentadbiran yang berdisiplin dan Ahli Yang Berhormat yang bekerja dengan jiwa yang besar. Tuanku telah mengingatkan bahawa peranan Ahli Yang Berhormat bukan sekadar berbahas di dalam dewan tetapi menjadi penghubung utama antara rakyat dan kerajaan. Titah diraja juga menegaskan bahawa setiap pandangan dan kritikan mestilah berasaskan fakta serta berniat untuk menambah baik dasar dan pelaksanaan sedia ada. Dewan ini tidak seharusnya menjadi medan pertikaian yang tidak berkesudahan tetapi sebuah platform yang matang dan berhemah untuk merungkai masalah rakyat. Inilah roh perjuangan yang mesti kita pegang bersama, YB. Tuan Speaker dalam semangat itulah saya ingin menyatakan bahawa kerajaan hari ini wajah diberikan penghargaan harta usaha untuk terus memperkukuhkan tadbir urus yang baik, mengekalkan kestabilan pentadbiran, dan memastikan negeri ini tidak dihanyutkan oleh politik yang sempit dan tidak berkesudahan. Kita mesti berlaku adil dalam keadaan politik yang semasa yang tidak selalu mudah kerajaan negeri telah berusaha memastikan

pentadbiran yang berjalan lancar tersusun dan tidak terganggu dengan provokasi yang boleh merosakkan keharmonian negeri bahkan Tuanku sendiri telah merakamkan penghargaan terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang berjaya memimpin barisan Ahli Yang Berhormat dengan baik sekaligus memastikan pentadbiran negeri perjalanan dengan lancar stabil dan terhindar daripada isu besar seperti provokasi yang boleh menggugat keamanan negeri. Pengiktirafan ini bukan satu perkara kecil ia adalah amanah besar untuk terus terpelihara dengan kerjanya lebih kuat. Namun begitu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati diri saya dan seluruh rakan-rakan ADUN kerajaan jangan selesa dengan kedudukan yang ada pada hari ini. YB. Tuan Speaker, kalau boleh celah saya izinkan, kalau nak sembang pun …(ketawa kecil)

Speaker

Saya bagi masa tambahan.

Kita ada masa lagi YB. Tuan Speaker (ketawa kecil). Jangan terlalu cepat berpuas hati, jangan kita fikir bila kita kerajaan sudah stabil maka tugas kita telah selesai, tidak sama sekali. Sebenarnya bila kerajaan stabil tugas kita menjadi lebih besar bila rakyat memberi kepercayaan maka amanah kita menjadi lebih berat. Bila pentadbiran dihargai maka ukuran terhadap prestasi kita juga menjadi lebih tinggi. Kerajaan tidak.. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Gurun boleh habiskan tak apa. Saya bagi masa tambahan.

Saya rasa, YB. Tuan Speaker saya akan sambung selepas… (YB. Lunas mencelah)

YB. Tuan Speaker…

Speaker

Oh! Nak sambung? Kalau nak sambung kita bagi pencelahan

Boleh YB. Gurun?

Speaker

Boleh?

Kerana YB. Lunas adalah sahabat saya, saya izinkan.

Speaker

Boleh. Silakan YB. Lunas.

(Ketawa kecil) Terima kasih YB. Tuan Speaker, saya tertarik dengan ucapan YB. Gurun, sebab dia sentuh berkenaan dengan titah Kebawah Duli Tuanku yang mana antaranya berkisar tentang peranan dan tanggungjawab wakil rakyat. Soalan saya kepada pandangan sayalah ini cuma soalan mungkin YB. Gurun boleh jawab sekali. Setuju atau tidak saya katakan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Jeneri ini, wakil rakyat yang diberikan amanah dan tanggungjawab menjalankan tugas mereka dengan baik. Sebab itu kerajaan ni daripada sebelum ini tak dapat jumlah kerusi yang banyak dan kali yang pilihan raya lepas tinggal 3 kerusi saja kepada pembangkang mungkin sekali lagi tak ada terus. Terima kasih.

Terima kasih YB. Lunas.

Speaker

YB. Gurun, kita jawab selepas kita tangguhkan dulu mesyuarat boleh? Kita sambung sebentar lagi. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari dan akan disambung semula pada jam 2:30 petang.

[Sidang Dewan ditangguh pada jam 1:00 tengah hari]

[Sidang Dewan disambung pada jam 2.30 petang]

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula dan diteruskan dengan sambungan Perbahasan Usul Titah Ucapan Menjulang Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Dipersilakan YB. Gurun untuk sambung perbahasan yang tadi.

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya teruskan perbahasan saya YB. Tuan Speaker, apa yang dikatakan oleh Lunas tadi saya setuju 100 peratus dan saya teruskan dengan titah tuanku. Tuanku juga menegaskan bahawa setiap pelaksanaan mestilah berlandaskan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dan sebarang tindakan yang mengetepikan saluran serta kelulusan yang sah tidak boleh dikompromi. Ini sangat penting, negeri ini hanya akan dihormati jika pentadbirannya berdiri atas asas undang-undang disiplin dan integriti. Dalam hal ini saya melihat kerajaan negeri hari ini sedang berusaha ke arah itu. Ada usaha memperkemas pentadbiran, ada usaha menyusun hasil negeri secara lebih bertanggungjawab. Ada usaha memastikan perjalanan kerajaan tidak keluar daripada landasan undang-undang. Ini harus dihargai tadbir urus yang baik bukan slogan. Ia mesti terasa di pejabat daerah, di pejabat tanah, di pejabat berkuasa tempatan, di agensi negeri, dan dalam setiap urusan yang melibatkan rakyat. YB. Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh soal golongan muda. Bagi saya, antara ukuran penting sama ada sesebuah kerajaan benar-benar memikirkan masa depan negeri ialah sejauh mana kerajaan itu memberi perhatian kepada anak-anak muda. kerajaan negeri hari ini wajar dipuji kerana ada usaha untuk terus memberi ruang kepada golongan muda dalam pembangunan belia, aktiviti komuniti, pembangunan sukan, latihan kepimpinan dan kesukarelawanan. Kemahiran dan keusahawanan ini langkah yang baik dan mesti diteruskan. Anak muda Kedah perlu diberikan keyakinan bahawa negeri ini bukan sekadar tempat mereka membesar, tetapi tempat mereka boleh membina masa depan. Tetapi dalam perkara ini juga, saya ingin mengingatkan jangan cukup sekadar mengadakan program. Anak muda hari ini menilai kerajaan bukan pada poster program, tetapi pada peluang yang benar-benar mereka dapat. Mereka mahu peluang latihan, mereka mahu peluang pekerjaan, mereka mahu ruang berniaga, mereka mahu didengar, mereka mahu dilibatkan, mereka mahu merasakan bahawa kerajaan benar-benar melihat mereka sebagai aset negeri bukan sekadar kelompok yang diraikan secara bermusim.

Sebab itu kerajaan negeri perlu terus bekerja lebih kuat untuk golongan muda. Kita mahu anak muda Kedah menjadi generasi yang berilmu, berkemahiran, berakhlak, berdaya tahan dan bersedia memimpin negeri pada masa hadapan. Kalau kita gagal anak muda hari ini, maka kita sedang mewariskan masalah yang lebih besar kepada negeri dan masa depan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, seorang atlet kelahiran Negeri Kedah S. Sivasangari telah menjuarai Australian Open pada 16 Mac 2026 yang lepas sekaligus meletakkan beliau di dalam ranking keenam terbaik dunia dan beliau adalah seorang atlet yang berada dalam Program Road to Gold untuk temasya Olimpik di Los Angeles pada 2028 nanti. Saya percaya kerajaan negeri akan membuka peluang yang luas kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum atau warna kulit untuk melangkah lebih luas lagi di persada dunia. Saya juga ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua anggota keselamatan, agensi kerajaan dan seluruh penjawat awam yang bersama-sama dengan kerajaan negeri melakukan yang terbaik untuk Kedah melebihi ideologi dan melangkaui parti politik. Tuanku dalam titah baginda telah menzahirkan penghargaan kepada Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Anggota RELA, Petugas Kesihatan, Pegawai Pentadbir Negeri Kedah serta seluruh penjawat awam Negeri Kedah dan Persekutuan atas komitmen mereka kepada negeri ini. Sememangnya penghargaan itu sangat wajar. Hakikatnya, kejayaan sesebuah kerajaan bukan hanya bergantung kepada pimpinan politik, tetapi sangat bergantung kepada mereka yang melaksanakan dasar di lapangan. Pegawai Daerah, Jurutera, Petugas Kesihatan, Anggota Polis, Bomba, APM, Kakitangan Teknikal, Guru, Penguatkuasa, Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ramai lagi. Mereka bekerja bukan untuk parti, tetapi untuk rakyat dan negeri. Bila berlaku bencana, mereka turun. Bila berlaku kemarau, mereka bertugas. Bila rakyat perlukan bantuan, mereka hadir. Maka, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan keselamatan, agensi-agensi berkaitan dan penjawat awam yang terus berkhidmat dengan penuh amanah, profesional dan setia kepada negeri ini. Kita sebagai kerajaan mesti terus menghormati mereka, menyokong mereka dan memudahkan kerja mereka. YB. Tuan Speaker, antara perkara yang sangat penting dalam titah tuanku ialah isu panas dan kemarau yang berpanjangan. Peringatan mengenai paras takungan empangan yang kritikal, pentingnya memelihara kawasan tadahan air dan keperluan melaksanakan pengurusan sumber air yang mampan serta plan mitigasi risiko bencana secara lebih serius perlu dilihat sebagai tugas semua orang yang berada dalam Negeri Kedah ini. Tuanku juga menegaskan bahawa kelangsungan sektor pertanian, perindustrian dan keperluan domestik amat bergantung kepada kestabilan sumber air. Ini bukan isu kecil bagi Kedah, ini isu rakyat. Ini isu sawah padi, ini isu bekalan makanan negara. Sebab itu saya ingin menegaskan bahawa negeri dan persekutuan mesti terus berganding bahu secara erat untuk menangani isu kemarau ini.

Kedah tidak boleh ditinggalkan bersendirian dalam menghadapi cabaran seperti ini dan pada masa yang sama, kerajaan negeri juga mesti terus proaktif, tegas, bersedia. Inilah semangat federalisme yang dititahkan oleh tuanku iaitu hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang tidak boleh dilihat secara terpisah tetapi perlu berasaskan semangat kerjasama yang adil dan saling melengkapi. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi persekutuan yang terlibat dalam usaha pembenihan awan serta langkah-langkah intervensi lain untuk membantu Negeri Kedah menghadapi keadaan panas dan kemarau yang berpanjangan ini. Terima kasih kepada semua agensi teknikal, pihak meteorologi, pasukan keselamatan, pengurusan bencana dan petugas lapangan yang telah berusaha baik. Namun, kita juga mesti jujur bahawa langkah kecemasan sahaja tidak mencukupi. Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu memikirkan penyelesaian jangka panjang. Kawasan tadah air mesti terus terpelihara, sistem pengairan mesti diperkukuh, pengurusan air mesti diperkemas dan kesiapsiagaan menghadapi cuaca ekstrem mesti menjadi agenda yang berterusan bukan bermusim. YB. Tuan Speaker, saya ingin menzahirkan penghargaan yang tulus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, seluruh barisan EXCO, pegawai-pegawai kerajaan, penjawat awam, anggota keselamatan, agensi-agensi yang terlibat, Majlis Ketua Kampung dan seluruh rakyat Negeri Kedah yang menjaga sungguh-sungguh negeri yang kita cintai ini. Kepada seluruh rakyat Kedah, terima kasih kerana terus bersama memelihara keamanan, keharmonian dan masa depan negeri ini. Dalam kejayaan ini, saya ingin memaklumkan di dalam Dewan Yang Mulia ini, DUN Gurun telah berjaya memastikan semua peruntukan daripada kerajaan negeri disampaikan kepada rakyat dengan sehabis baik. Semua peruntukan kerajaan negeri seperti Permataku Sejahtera, Tabung Tengku Mahmud, bakul makanan, BAKIPT (Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi), khairat kematian dan lain-lain diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira kaum dan agama, merentasi fahaman politik. Yang layak semua kita bagi. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon menambah peruntukan yang ada untuk kita bagi kepada lebih rakyat Kedah ini. Yang terakhir YB. Tuan Speaker, suka saya berikan peringatan kepada diri saya dan kita semua khususnya ADUN kerajaan, jangan selesa, jangan leka dengan kedudukan semasa, jangan cepat rasa cukup, sebaliknya teruskan bekerja dengan lebih kuat, lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat dan lebih bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah negeri. Ujian yang ada pada hari ini bukan alasan untuk kita berehat. Ujian itu adalah amanah untuk kita gandakan usaha. Dengan penuh takzim, saya menyokong usul menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih YB. Gurun. Seterusnya dipersilakan YB. Bakar Arang.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Okey, terima kasih YB. Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, YB. barisan EXCO negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan para hadirin yang hadir ke sidang yang mulia ini. Selamat tengah hari, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu, saya dengan penuh takzim dan setinggi-tinggi penghormatan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah atas titah ucapan diraja yang telah disampaikan dalam istiadat pembukaan persidangan dewan kali ini. Sesungguhnya titah tuanku amat jelas, menyeluruh dan penuh khidmat khususnya dalam mengingatkan kita semua bahawa peranan ahli Yang Berhormat bukan sekadar berbahas tapi menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan serta memastikan setiap isu diselesaikan secara berhemah dan berfakta. YB. Tuan Speaker, saya ingin memulakan dengan satu perkara yang sangat-sangat sangat penting iaitu keperluan untuk kita bercakap secara jujur kepada rakyat. Harini seluruh dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan yang ketara konflik geopolitik di timur tengah, ketegangan di eropah dan timur, Ukraine dan Rusia serta gangguan rantaian bekalan global telah memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia. Kesan ini tidak terhenti di sempadan negara termasuk kesan kita lihat kekurangan bekalan diesel petrol di negara-negara jiran kita seperti Thailand, Vietnam, Philippines dan juga saya pun kita dapat lihat di Australia. Sebaliknya ini turut dirasai oleh negeri dan rakyat di peringkat tempatan. Apabila harga minyak dunia meningkat yang kini harini berada dalam lingkungan sekitar 90 dolar ke 100dolar setong, kesannya akan mengalir kepada peningkatan kos pengangkutan dan seterusnya kepada harga barangan harian. Ini adalah satu rantaian ekonomi yang tidak dapat dielakkan oleh mana-mana negara. Perkara ini juga telah disentuh oleh tuanku dalam titah baginda bahawa ketidaktentuan global memerlukan semua pihak bertindak dengan lebih berhemah, cekap dan berstrategi dalam mengurus sumber serta perbelanjaan. YB. Tuan Speaker, dalam konteks ini adalah penting untuk kita melihat usaha yang sedang dilaksanakan bagi melindungi rakyat daripada tekanan kos hidup yang semakin meningkat. Untuk makluman semua, Kerajaan Persekutuan sebulan dalam peperangan ini telah menanggung subsidi petrol dan diesel yang dianggarkan mencecah sekitar RM4 bilion sebulan. Ini bukan satu angka yang kecil YB.

Tuan Speaker, ini adalah satu komitmen kewangan yang sangat besar demi memastikan rakyat tidak terkesan secara mendadak dengan kenaikan harga pasaran global. Kalau kita pecahkan RM4 bilion itu, ini bermakna subsidi satu tahun akan mencapai RM48 bilion dan itu hanya digunakan untuk menampung subsidi bahan api. Jadi satu jumlah yang sangat besar dan sepatutnya boleh untuk digunakan untuk pembangunan sekolah, hospital, infrastruktur dan kebajikan rakyat. Namun, Kerajaan Persekutuan memilih untuk terus melindungi rakyat. Kerajaan Persekutuan masih mengekalkan subsidi petrol RON95 melalui BUDI95 dimana rakyat menikmati harga seliter sekitar RM1.90 liter menggunakan MyKad. Walaupun harga pasaran sebenarnya hari ini dianggarkan mencecah sekitar RM4.27 seliter petrol. Ini bermakna terdapat subsidi sekitar RM2.28 bagi setiap liter yang digunakan oleh rakyat. Di samping itu, pendekatan subsidi bersasar seperti melalui inisiatif Budi Madani telah diperkenalkan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan sambil mengurangkan ketirisannya sebelum ini dianggarkan mencecah beberapa bilion ringgit setahun. Dalam masa yang sama, sistem seperti SKDS masih memastikan sektor pengangkutan dan logistik kita terus mendapat bekalan diesel pada kadar terkawal bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga barang keperluan. Semua ini menunjukkan bahawa dalam keadaan dunia yang mencabar, usaha untuk melindungi rakyat masih dilaksanakan secara berterusan. Namun, dalam masa yang sama timbul satu…

Speaker

Ada celahan YB. Bakar Arang

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Aaa.. saya ada banyak lagi. Nanti saya bagi okey.

Speaker

(ketawa kecil)

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Okey.

Speaker

Okey.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Okey, namun dalam masa yang sama, timbul satu persoalan yang wajar kita renungkan bersama. Baru-baru ini, kita melihat penganjuran satu perhimpunan motosikal berskala besar yang melibatkan kepimpinan daripada beberapa negeri termasuk dari Negeri Kedah, Menteri Besar Negeri Kedah bersama negeri lain-lain. Acara ini tersebut dilaporkan menghimpunkan puluhan… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bandar Baharu bangun YB. Minta laluan, YB. Bandar Baharu bangun.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Aaa… bagi saya panjang lagi okey. Acara tersebut dilaporkan menghimpunkan puluhan ribu peserta dalam satu suasana yang besar dan meriah. YB. Tuan Speaker, saya di sini bukan nak mempertikaikan hak mana-mana pihak untuk menganjurkan program atau menghimpunkan masyarakat. Itu adalah sebahagian daripada amalan demokrasi. Namun, dalam keadaan sekarang orang rakyat berdepan dengan tekanan kos sara hidup dan dalam masa yang sama kerajaan sedang berusaha menguruskan subsidi dengan lebih berdisiplin dan berhemah. Maka, rakyat pasti akan melihat dan menilai persoalannya itu bukan sekadar program itu sendiri tetapi mesej yang dibawa itu. Dalam masa kita tak ada cukup petrol tapi ada orang bawak pi habiskan subsidi petrol ini. Jadi apakah ini? Adakah ini isyarat yang sampai kepada rakyat apabila dalam satu masa kita menyeru kepada penjimatan, pengurusan berhemah dan keutamaan kepada keperluan tetapi dalam masa yang sama… (YB. Bandar Baharu minta laluan)

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

YB. Tuan Speaker….

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Kita melihat penganjuran program berskala besar itu… (YB. Bandar Baharu mencelah)

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Mintak mencelah.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Melibatkan penggunaan signifikan… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Ada celahan YB. Minta laluan.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Sekejap, panjang lagi, panjang lagi.

Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPAS · PNBandar Baharu

Nak tanya pendek saja.

Speaker

Tak bagi lagi?

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Nak bagi, tambah masa nanti. Okey. YB. Tuan Speaker, Tuanku dalam titah baginda telah menekankan bahawa pengurusan sumber negeri perlu dilaksanakan secara berhemah, cekap dan strategik supaya setiap perbelanjaan memberi impak yang optimum kepada rakyat. Sehubungan itu, adalah penting untuk semua pihak termasuk kepimpinan negeri menunjukkan contoh yang selari dengan semangat tersebut. Ini bukan soal yang menyalahkan tetapi soal keutamaan. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, rakyat bukan sahaja melihat dasar tetapi juga melihat tindakan dan keutamaan yang ditunjukkan oleh pemimpin. YB. Tuan Speaker, namun demikian dalam kita membincangkan isu global dan dasar di peringkat persekutuan, kita juga tidak boleh mengabaikan tanggungjawab di peringkat negeri. Tadi dalam pagi ini saya dengar dari perbahasan dan kita pun tahu SKDS yang merangkumi banyak jenis kenderaan tetapi untuk pertanian jentera-jentera itu dia tidak merangkumi. Jadi Ketua Pembangkang pun sudah tadi berbahas dalam ucapannya Kerajaan Persekutuan sedang mempertimbangkan akan masukkan jentera sebagai satu SKDS mungkin dalam… (YB. Pengkalan Kundor mencelah)

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Setuju saya kata Kerajaan Persekutuan terlalu lambat?

Speaker

Aaa.. dipersilakan.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Ya? Sekejap lagi.

Speaker

Belum lagi?

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Bagi saya cakap. Sedang hot ni, sedang hot ni (ketawa). Tadi cakap mana dah.

Speaker

Okey YB. Tuan Speaker bermurah hati untuk bagi masa, sedikit masa tambahan kepada YB. bagi menghidupkan suasana Dewan pada petang ni.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Ok, YB. Bakar Arang kata sedang mempertimbangkan. Rakyat di bawah ni dah susah, dah menderita dah ni, dah mengeluh dah pelbagai masalah dihadapi. Kena tangguhkan kerja bersawah tapi kerajaan masih lagi sedang. Yang keduanya, minyak dunia pernah naik sampai 147 US Dollar per barrel tapi masa tu subsidi pada masa tu minyak diesel tidak semahal hari ini.

Speaker

Dipersilakan YB. Bakar Arang.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Yang pertama, terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor. Pertama saya nak jelaskan di sini kita pun semua tahu peperangan ini kita bukannya kita pilih okey. Harga harga minyak tu pun bukan kita yang tentukan okey. Kita boleh lihat kepada isu seperti Selat Hormuz ini laluan yang begitu penting ada 20 peratus daripada minyak… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Pengkalan Kundor bangun YB., YB. Pengkalan Kundor bangun.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

2008 Perang Iraq dan Afghanistan tu pun bukan kita yang pilih. Minyak jauh lebih tinggi pada hari ini, minyak global dunia pada masa tu.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Dan tetapi kalau kamu lihat kepada chart pada masa itu dia tidak seperti sekarang di mana harga dia masih di 90 dolar ke 100 dolar lebih. Masa tu dia naik ke 150 dolar tapi tak sampai tak sampai satu bulan dia… (YB. Pengkalan Kundor mencelah)

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Sebab perdana menteri masa tu perdana menteri yang lain.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Perdana menteri (ketawa) ni takleh ah. Masa tu penggunaan pun kurang dan juga satu untuk jelaskan pada masa tu negara kita menghasilkan minyak lebih banyak daripada hari ini dan hari ini kalau kita lihat memang penghasilan minyak di negara kita semakin berkurang sudah kurang tak macam dulu.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Sumber YB., sumber? Sumber minyak berkurang dari sumber mana?

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, saya teruskanlah (ketawa).

Speaker

Okey, okey, silakan.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Saya jawab tak boleh nanti bahas pula tak boleh habis. Okey, tadi saya sambung di mana berkenaan dengan jentera. Jadi saya berpandangan begini YB. Tuan Speaker, saya rasa sebagai tanggungjawab sebagai kerajaan negeri, saya mencadangkanlah

sebab pertama tadi semua Yang Berhormat sudah berkata memang makanan terutamanya padi di negeri kita ni adalah sangat penting untuk negara kita. Jadi saya mencadangkan untuk menjamin kestabilan makanan ini. Kita pun tak tahu berapa lama peperangan ini akan berlaku dan Perdana Menteri sudah berkata dalam beberapa hari lalu yang peperangan ini mungkin boleh sampai 3 tahun pun mungkin sampai 5 tahun jadi dia akan memanjang masa tu. Jadi apa yang saya cadangkan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan negeri adakah kita boleh mewujudkan satu funding, emergency funding untuk membantu pesawah dalam masa ini.

Speaker

YB. Kota Siputeh bangun YB.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Mungkin sebanyak RM10 juta untuk membantu pesawah padi sebab isu ini adalah isu besar dan saya berharaplah kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan ini.

Speaker

YB. Kota Siputeh bangun YB., YB. Kota Siputeh bangun.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Kota Siputeh, kalau bagi saya teruskan la.

Sikit ja, sikit. Sikit ja sikit ja.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Teruskan saya nak cakap pelancongan ni.

Sikit ja, sikit ja. Sikit sangat, sikit sangat. Saya nak bacakan, saya nak sentuh bab minyak tadi tulah yang sebab seronok bercakap pasal bukti tu kan. Sebab setakat data rasmi yang ditunjuk secara meluas, Malaysia mempunyai rizab minyak terbukti sekitar 2.7 bilion tong pada tahun 2023. Angka ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang masih mempunyai simpanan minyak penting di Asia Tenggara dan Malaysia juga ialah kedua terbesar di Asia Tenggara bagi rizab minyak pada tahun tersebut. Maknanya kalau ikut kata YAB. Perdana Menteri (Perdana Menteri Ke-10),

“hari ini kita jadi kerajaan kita ada banyak reserve kita boleh macam-macam.” Ha.. tapi masalah dia tak berlakulah YB. Tuan Speaker.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Ya, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan YB. Bakar Arang, teruskan.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Terima kasih YB. Kota Siputeh. Saya rasa itu adalah isu dululah. Itu dulu punya benda dan you kalau kata… (YB. Kota Siputeh mencelah)

2023, 2023.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Dan you kalau kata perdana menteri tak pernah turunkan harga itu tidak betul. Perdana menteri pada semasa pentadbiran kali ini dan 2025 turun ke RM1.99. Itu pun turun juga. At least dia lebih baik daripada semasa Perikatan Nasional menjadi Perdana Menteri (ketawa kecil). Okey, jadi saya teruskan YB. Tuan Speaker. YB. Tuan Speaker, saya… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Okey, YB. Lunas bangun YB.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Bagi saya teruskan ya. Patutnya tadi 2 orang sudah bagi.

Speaker

Okey, masa tinggal tambahan 3 minit untuk YB.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Ok YB. Tuan Speaker, saya nak menyentuh tentang pelancongan la. Jadi saya ingin menyentuh berkenaan itu sasaran 7 juta pelawat ke Kedah pada tahun 2025 telah berjaya dicapai. Jadi, pada pandangan saya lah, saya rasa angka ini amat ada sedikit meragukan dan memerlukan satu penjelasan yang lebih jelas dari pihak kerajaan negeri. Apa definisi sebenarnya sebenar tentang pelawat yang digunakan dalam pengiraan ini dan adakah ia benar-benar merujuk kepada pelancong yang datang menginap dan berbelanja di negeri ini ataupun termasuk jugak pergerakan harian seperti pengguna jalan raya, pekerja rentas sempadan atau individu yang hanya singgah tanpa aktiviti pelancongan sebenar? Contohnya, macam orang Kuala Lumpur nak pergi Hatyai dia gunakan sempadan Kayu Hitam dan dia keluar daripada sempadan Kayu Hitam. Adakah itu angka pun dikira sekali? Kalau angka itu dikira sekali, itu tidak mencerminkan sebenar pelancong datang ke negeri kita. Jadi maksud saya, jika angka 7 juta ini tepat maksudnya purata hampir 20,000 pelawat sehari. Maka persoalannya adakah industri pelancongan tempatan seperti hotel, homestay, restoran dan pengusaha pelancongan benar-benar merasai peningkatan yang konsisten sepanjang tahun selari dengan angka tersebut? Saya juga di sini ingin mendapatkan penjelasan tentang metodologi pengiraan yang digunakan. Adakah data ini berdasarkan rekod penginapan sebenar dan perbelanjaan pelawat atau sekadar anggaran pergerakan di pintu masuk seperti lapangan terbang dan sempadan? YB. Tuan Speaker, saya juga di sini ingin menyentuh juga berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pelaksanaan Tahun Melawat Kedah 2025 yang dikatakan berjaya menjana limpahan ekonomi antara RM4.9 bilion hingga RM7 bilion. Saya rasa angka ini terlalu tinggi dan pada pandangan saya dia memerlukan satu penjelasan yang terperinci dan telus. Bagaimana dengan peruntukan RM3 juta campur dengan federal punya RM1 juta. Kita boleh menganggarkan pulangan sehingga berbilion ringgit. Kalau ada pulangan sebegini, maksudnya kita semua bab pelancongan bolehlah. Kita pun tak payah buat industri kita pun tak payah takut krisis minyak. Dengan investment RM3 milion dapat bilion balik. So jadi adakah limpahan ekonomi ini diukur berdasarkan data sebenar seperti perbelanjaan pelancong, kadar penginapan hotel dan aktiviti perniagaan tempatan ataupun sekadar anggaran yang digenerasikan? Selain itu, jika benar limpahan ekonomi mencecah 4.9 bilion, adakah kesan ini benar-benar dirasai oleh peniaga tempatan, pengusaha pelancongan dan rakyat ini di lapangan? Kerana sekiranya angka sebesar ini benar-benar berlaku, sepatutnya kita lihat peningkatan yang jelas dan konsisten dalam ekonomi setempat. YB. Tuan Speaker… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Boleh landing YB. Masa tambahan pun sudah pergi lebih.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Sudah landing.

Speaker

Okey, boleh landing.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, saya dengan ini saya menegaskanlah bahawa perbahasan di dewan ini seharusnya berfokus kepada penyelesaian. Jadi saya merujuk kepada YB. Kupang pagi tadi dalam perbahasan berkata Kerajaan Persekutuan menyekat kerajaan negeri Kedah. Saya rasa ini adalah tidak betul. Kalau Kerajaan Persekutuan menyekat kerajaan negeri, kenapa dia masih bagi peruntukan untuk contohnya untuk RTB sebanyak sebilion untuk Jeniang Transfer RM1.28 bilion dan juga banyak-banyak lagi seperti pembangunan jalan raya dan juga pembagi banyak-banyak inisiatif yang lain. Jadi, saya rasa itu adalah tidak betul. Jadi, akhir sekali rakyat hari ini mengharapkan pentadbiran yang cekap, telus dan bertanggungjawab. Mereka tidak menuntut perkara yang luar biasa tetapi hanya mahukan keperluan asas seperti bekalan air yang stabil, kos hidup yang terkawal dan perkhidmatan yang berfungsi dengan baik. Semua ini telah pun digariskan dengan jelas dalam titah tuanku dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk melaksanakannya dengan sebaiknya.

Speaker

YB. Kupang bangun YB.

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, sekali lagi saya dengan penuh takzim menjunjung titah Kebawah Duli… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Dah habis YB.?

Encik Loh Wei ChaiPKR · PHBakar Arang

Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, YB. Bakar Arang dan seterusnya, dipersilakan YB. Bukit Lada.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat dan seterusnya Yang Berhormat-Yang Berhormat ADUN, dan para pemerhati yang dikasihi sekalian. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak YB. Tuan Speaker yang membenarkan saya untuk berdiri pada petang ini. Mulanya, saya ingin menyokong titah ucapan Tuanku Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Kedah yang ke-15 ini. Patik ingin mendoakan semoga Allah SWT memberikan kesihatan yang panjang dan di umur dipanjangkan usia dalam mentadbir negeri ini, Amin ya rabbal alamin. Di dalam titah ucapan Tuanku Sultan merakamkan penghargaan kepada kepimpinan kerajaan negeri yang di bawah kepimpinan YAB. Jeneri dan di bawah kepimpinan EXCO Kerajaan dan Pentadbir Negeri Kedah dapat mentadbir negeri dengan baik dan stabil, sehinggakan kita telah menjana pendapatan hasil negeri yang paling tinggi seperti yang disebutkan oleh Ketua Backbencher yang paling tinggi sepanjang Negeri Kedah ini ada dalam dunia ni, iaitu RM816 juta. Pelaburan yang sangat banyak, keseluruhan pelaburan tahun 2025 saja RM27.8 billion melibatkan 397 projek dan menjadikan Negeri Kedah sebagai tempat yang kelima di Malaysia. Seterusnya saya ingin juga untuk merakamkan tahniah kepada pegawai, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang baru. Insya-Allah kami akan berjumpalah. Jadi Alhamdulillah, kita mengharapkan apa yang disebutkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan tentang keyakinan rakyat kepada pemerintahan pentadbiran di bawah kepimpinan YAB. Dato’ Seri Jeneri ini terbukti dengan beberapa program yang terkini, walaupun nampak macam membazir, orang kata membazir, tapi itulah rakyat. Bila kita ada himpunan, rakyat akan ikut. Kita buat jamuan, rakyat akan mai. Kita buat 80,000, dia mai 100,000. Tapi Alhamdulillah kita buat lebih, akhirnya daripada petang sampai ke malam pun penuh. Dan di setiap DUN, semua tempat yang buat jamuan Aidilfitri boleh dikatakan sangat banyak kehadiran yang hadir

meraikan. Ini menandakan bahawa kesukaan ataupun menandakan bahawa rakyat sangat selesa dengan pentadbiran di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita. Rakyat kalau dia tak selesa, dia akan bawa emoji, emoji yang disebutkan tadi ni. Ada satu kenyataan yang kita dengar, kita lihat. Bila ada satu kenyataan, rakyat suka kalau boleh tambah kepada YAB. Perdana Menteri satu penggal lagi. Kita pun tengok, tengok di bawah tu semua negatif. Jadi maknanya rakyat tidak suka, nah, rakyat tidak suka dengan apa yang berlaku. Jadi bila rakyat suka, menunjukkan rakyat sangat suka, rakyat sangat selesa dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan kita. Jadi himpunan yang berlaku di Terengganu hari itu, itu adalah satu himpunan menunjukkan keselesaan rakyat kepada kepimpinan empat negeri SG4 (State Government 4) ini. Walaupun kita tak bagi duit, walaupun kita bukan sediakan duit untuk mereka bawak naik motor pergi mana. Tapi mereka pergi ke Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah. Kenapa mereka pergi? Mereka pergi kerana mereka rasa tidak selesa dengan kerajaan yang ada pada hari ini. Mereka mengharapkan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita ini dengan keempat-empat negeri dibawah SG4 ini perlu mengambil-alih kerajaan yang ada pada hari ini. Itu mesej daripada rakyat. Mesej ini ingin sampaikan bahawa kepimpinan negeri SG4 ini mampu untuk mengambil-alih kerajaan, insya-Allah. Jadi naik motor sikit ja, naik heli lagi teruk kan?

Speaker

Ada pencelahan YB.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Ha? Ada ka? Haha, sila-sila.

Speaker

Sila, YB. Pengkalan Kundor.

Puan Mardhiyyah binti JohariPAS · PNPengkalan Kundor

Setuju YB. Bukit Lada. Anak muda, rakyat naik moto tu guna duit sendiri, tak guna duit rakyat. Tapi Perdana Menteri, menteri naik helikopter tu guna duit negara.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Ya, ya saya setuju.

Mohon, mohon mintak mencelah sikit.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Dah, dah, dah.

Speaker

Ok YB. Sidam, silakan.

Baik, terima kasih YB. Tuan Speaker. Terima kasih YB. Bukit Lada. Okey saya ingin mengulas sikit la berkenaan dengan naik helikopter tu kan. Naik helikopter ni berbeza lah dengan naik moto tu. Memang lah guna minyak banyak tetapi ini melibatkan kedaulatan. Kalau kita, kalau YAB. Perdana Menteri tak pi tengok, kita akan kata “apa YAB. Perdana Menteri biar orang tambak sungai, tambak laut. Tak pi tengok ka?” Bila YAB. Perdana Menteri pi, tak kan lah naik moto pi tengah laut tu, kan? Jadi kita kena faham lah. Saya yakin kita semua faham, tapi kita saja-saja tak faham. Terima kasih.

Speaker

Teruskan, YB. Bukit Lada.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih pada YB. Sidam, Alhamdulillah. Dia memang macam tu. Dia kena cover bos dia kan. Satgi bos dia kata apa pulak kan. Ha ha ha. Jadi Alhamdulillah, jadi kita, rakyat boleh, rakyat akan menilai, YB. Sidam, insya-Allah. Rakyat akan menilai siapa yang bersama dengan rakyat. Kalau dulu kita berjanji, kita nak bagi yang ni, kita nak bagi yang ni. Tiba-tiba apa yang kita janji, semua kita tak ‘capatikan’ janji itu. Jadi semua rakyat akan nilai, rakyat akan lihat. Sama ada, siapakah yang layak untuk mentadbir negara kita. Seterusnya, saya ingin menyebut tentang satu, apa yang dititahkan oleh Yang Mulia Tuanku Sultan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, iaitu berkenaan dengan federalisme. Iaitu yang kita harapkan perkara ini dapat memahami, orang-orang dapat memahami.

Bagaimana senarai negeri, yang mana senarai negeri, yang mana senarai pusat, yang mana senarai sama. Negeri pun kena buat, pusat pun kena buat. Jadi kita tengok ada sorang cybertrooper Negeri Kedah ini yang dia pun mungkin, dia tak faham pun. Kita pun tak tau. Dalam masa dia dok hentam LRA kita, dia hentam jugak RTB. Jadi kita pun rasa pelik. Dia tak tau kata RTB tu kerajaan pusat punya. Projek dibawah kerajaan pusat. Jadi maknanya projek-projek RTB, projek LRA, semua projek ini ada yang melalui EOT. Masa tambahan, sampai ada yang empat kali tambahan. Ada yang sampai kena tukar dan sebagainya. Semua ini kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan kita di peringkat negeri. Kita tidak pernah hentam kerajaan pusat sebab RTB lambat. Tapi mereka hentam kerajaan negeri kerana LRA lambat. Jadi kita boleh nampak dah bagaimana kecerdikan kepimpinan kita berbanding dengan seseorang yang tidak memahami apa yang berlaku dalam projek-projek ini. Jadi maksudnya sepatutnya kita tau siapa yang buat, kenapa projek ini lambat dan sebagainya. Dan semua ini ialah kerana isu dan sebagainya. Apa yang berlaku dalam dunia dan sebagainya, yang ada pada hari ini. Jadi saya ingin mengucapkan syabas lah kepada pihak, yang pertama pihak SADA. Walaupun ada isu baru ni tentang air di waktu apa nama, waktu hari raya. Tapi bila saya dapat maklumat daripada SADA. Daripada 18 Mac sehingga 24 Mac, tujuh hari tu, hanya 1,627 akaun permohonan saja. 1,627 akaun yang memohon air selama tujuh hari tu. Dan sedangkan keseluruhan akaun yang ada di Negeri Kedah, 640 ribu akaun. Maknanya berapa peratus daripada 1,627 ini jika dibandingkan dengan peratus hanya 0.25 peratus sahaja, dalam masa seminggu itu yang memohon air daripada SADA. Termasuklah saya, di kawasan saya di Pokok Sena. Saya tau kadang-kadang ada jugak pegawai-pegawai SADA ni yang dia telefon tak angkat ni, ada. Tapi kita kalau boleh, kita hubungi. Saya sampai peringkat hubungi EXCO. Macam mana nak buat, macam mana nak pastikan supaya air ni boleh sampai di rumah. Alhamdulillah saya mengucapkan terima kasih kepada pihak SADA bila mereka sediakan satu platform i-SADA. Saya bagitau pada orang kampung, “hampa tolong isi, WhatsApp i-SADA ini. Kalau sehari depa tak hantar air mai, habaq mai, kita akan telefon, kita akan maklum kepada bos SADA. Dan Alhamdulillah, boleh kata semua selesai, di peringkat tempat saya lah. Iaitu lebih kurang 1,000, lebih kurang berapa ratus orang yang terlibat di peringkat di kawasan saya ini. Dan saya tanya pihak SADA berapa unit waktu dalam seminggu tu. Lebih kurang 113 unit lori di seluruh Negeri Kedah dalam masa seminggu. Dalam masa seminggu tu ada 113 lori. Jadi maknanya untuk nak serve kepada 1,627 permohonan. Jadi maknanya cukup-cukup memang lebih cukup lagi. Cuma mungkin kadang-kadang orang kampung ni dia tak tau nak isi i-SADA, tak dapat maklumat. Dia cuma dok habaq kata rumah aku air tak dak. Jadi air tak boleh sampai la pasal tak dak maklumat.

Jadi Alhamdulillah, saya mengharapkan pihak kita semua dapat bagi maklumat kepada pihak-pihak kita semua supaya maklumat ni sampai dan Alhamdulillah air boleh sampai di rumah-rumah kita, penduduk-penduduk kita ini, insya-Allah.

Speaker

2 minit lagi YB.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Oh! 2 minit noh. Kemudian, saya nak ucapkan syabas juga kerana insya-Allah pada 7 Julai ini kalau ikut maklumat daripada pihak SADA, LRA Pelubang ini daripada 227 MLD kepada 454 MLD ini dapat beroperasi insya-Allah pada 7 Julai 2026 ini. Melibatkan 185,000 akaun dan saya tanya di Pokok Sena ni ada berapa ribu akaun, nah Tuan DO noh. Lebih kurang 2,500 akaun akan dapat manfaat dan bukan setakat LRA itu, sebenarnya dia juga buat paip. Ada beberapa paip yang sedang dibuat di kawasan Pokok Sena ini untuk mengatasi masalah itu. Ayat dia lebih kurang paip, penukaran paip ada di Masjid Kampung Tengah, pemasangan PRV (Pressure Reducing Valve) di Mukim Tualang, pemasangan paip HDPE (High-Density Polyethylene) di sekitar Taman Bandar Baru dan ada empat, ada empat tempat yang sedang diusahakan oleh pihak SADA. Insya-Allah, saya mengharapkan lebih kurang 2,500 ni akan mendapat manfaat daripada apa nama, LRA Pelubang ini, insya-Allah. Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker, cuma saya nak minta satu sikit lagi la noh? Iaitu berkenaan dengan agensi MADA dan JPS lah. Saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak JPS yang sangat prihatin dan saya harap baru ni jadi lagi di Pokok Sena ni apa nama, kemarau pula yang lima tahun lepas tak berlaku, tahun ni jadi pula. Sehinggakan kita terpaksa naik air daripada hilir ke hulu, daripada hilir ke hulu kita terpaksa ambil pam untuk pam air. Jadi kos dia sangat tinggi lebih kurang RM 5,000 lebih kos minyak saja. Jadi saya nak mohon kepada pihak JPS untuk buat satu paip saluran daripada Sungai Mada turun ke Tandop Tok Man. Alhamdulillah, depa dah pun pi tengok dah dan saya sebut sekali lagi dalam ini supaya kita dapat, pihak JPS dapat pertimbangkan. Yang terakhir, iaitu berkenaan dengan MADA. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak MADA yang menyelesaikan isu di Telaga Emas. Bila orang kampung telefon kata “kami tak boleh buat bendang enam musim dah ni”. Kami pun turunlah pergi jumpa kan, orang kampung sembang macam mana sampai enam musim. Lepas itu bila pergi jumpa, barulah kita dapat maklumat, baru diluluskan untuk projek buat parit tu. Alhamdulillah, ketiga-tiga tempat itu lebih kurang enam ataupun tujuh kilometer dah ada pun dilaksanakan oleh pihak MADA dan saya mengharapkan lepas ni kalau boleh janganlah sampai enam, lima, enam musim sampai tak boleh nak buat bendang kan.

Terima kasih kepada pihak MADA dan pihak JPS dan semua lah dan saya sekali lagi menjunjung titah ucapan menyokong titah ucapan Tuanku Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibnu Al-Marhum Sultan Badlishah dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Kedah ke-15. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih YB. Bukit Lada dan seterusnya, dipersilakan YB. Kuah.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan Salam Kedah Sejahtera. Terima kasih YB. Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahas usul menjunjung kasih di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah atas titah yang penuh hikmah sarat dengan kebijaksanaan dan cukup mendalam maknanya buat seluruh rakyat negeri ini. Titah Tuanku bukan sekadar ucapan Diraja, titah Tuanku adalah amanah. Titah Tuanku adalah suara hati rakyat yang mahu melihat negeri ini terus maju, adil dan sejahtera. Titah Tuanku kali ini amat luas dan menyeluruh. Menyentuh soal kebajikan rakyat, pembangunan, tadbir urus, pertanian, federalisme, ekonomi, keselamatan dan masa depan Kedah Darul Aman. Ini menandakan raja melihat negeri ini bukan daripada jendela istana semata-mata, tetapi dari denyut nadi rakyat yang di bawah. YB. Tuan Speaker, hari ini saya bangun bukan sebagai wakil rakyat DUN Kuah. Saya bangun membawa suara sebuah pulau yang banyak berjasa kepada negara, namun terlalu kerap diminta menunggu ketika memerlukan pembelaan. Langkawi bukan pulau biasa, Langkawi ialah Permata Kedah. Langkawi ialah wajah pelancongan Malaysia. Langkawi ialah nama, negara yang dikenali di seluruh dunia. Namun hari ini rakyat bertanya mengapakah pulau yang mengangkat nama Malaysia ini masih dibelenggu isu yang sama setiap tahun?

Apabila Tuanku menyentuh soal Langkawi, infrastruktur, jeti, feri, status bebas cukai, dan hubungan antara kerajaan, maka itu bukan sebutan biasa. Itu peringatan, itu satu teguran berhemah, itu isyarat jelas bahawa masa yang bertindak adalah sekarang. Jangan jadikan titah Tuanku sekadar catatan di dalam handsard, jangan biarkan ia dipuji di dalam dewan tetapi sepi di luar dewan. Titah mesti dijawab dengan keputusan, titah mesti dibalas dengan tindakan, titah mesti diterjemah menjadi hasil. YB. Tuan Speaker, Tuanku menegaskan bahawa masalah rakyat mesti diselesaikan

melalui pelbagai agensi. Saya menyokong penuh titah tersebut kerana rakyat hari ini letih melihat jabatan A menyalahkan jabatan B, agensi B menunggu agensi C dan akhirnya rakyat terus menunggu. Rakyat tidak peduli fail berada di meja siapa, rakyat mahu masalah selesai. Jika rumah rosak, rakyat mahu bantuan. Jika jalan berlubang, rakyat mahu diturap. Jika lesen lambat, rakyat mahu dipercepatkan. Jika masalah timbul, rakyat mahu penyelesaian. Sistem penyampaian kerajaan mesti bergerak sepantas masalah rakyat datang. YB. Tuan Speaker, Tuanku menyentuh konsep federalisme dan hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ini bukan isu kecil, ini adalah pembinaan negara. Malaysia tidak akan kukuh jika negeri-negeri hanya diingati semasa pilihan raya sahaja, tetapi dilupakan ketika memerlukan bantuan pembangunan. Kedah adalah negeri dalam persekutuan maka hak Kedah bukan ihsan sesiapa. Ia hak yang wajib dihormati. Semakan kadar cukai tanah yang masih menunggu kelulusan wajar dipertimbangkan segera. Jangan biarkan permohonan negeri tergantung tanpa kepastian. YB. Tuan Speaker, realiti di Langkawi hari ini amat jelas. Masalah feri menghantui rakyat dan pelancong. Jadual tidak menentu, kekerapan tidak mencukupi pada waktu tertentu. Terminal perlu dinaik taraf, luas perjalanan memberi tekanan dan keyakinan pelawat boleh terjejas jika isu ini berulang. Bayangkan seorang pelajar yang perlu ke tanah besar untuk meneruskan pengajian, terpaksa menunggu jadual berubah. Bayangkan juga seorang pesakit yang perlu rawatan susulan tetapi perjalanan menjadi beban. Bayangkan juga peniaga kecil yang menunggu pelanggan tetapi pelancong membatalkan perjalanan kerana akses yang menyusahkan. Bagi sesetengah pihak ianya hanya statistik, bagi rakyat Langkawi ini adalah kehidupan yang sebenar. Langkawi dikenali sebagai pulau bebas cukai. Status ini bukan sekadar jenama pelancongan, tetapi nadi ekonomi rakyat. Apabila pelancong datang membeli belah, hotel penuh, restoran hidup, E-hailing bergerak, bot pelancong beroperasi, peniaga kecil berniaga, dan pekerja mendapat pendapatan. Lihat contoh dunia seperti di Dubai, membina ekonomi global melalui dasar mesra cukai dan pelaburan. Hong Kong menjadi destinasi membeli-belah antarabangsa dan juga Jeju Island diperkasa melalui insentif pelancongan dan akses cekap. Jika tempat lain memahami konsep insentif ekonomi, mengapa Langkawi telah lama menyumbang kepada negara seolah-olah dibiarkan kehilangan kelebihannya sedikit demi sedikit. Saya tegaskan melemahkan status bebas cukai Langkawi bererti melemahkan periuk nasi rakyat Langkawi. Tuan Speaker, YB. Tuan Speaker, maaf. Kita sedang menuju Tahun Melawat Malaysia 2026. Jika benar negara serius mahu menarik jutaan pelancong, maka Langkawi mestilah berada di barisan hadapan. Kerana Langkawi sudah ada segalanya, pantai yang indah, Geopark bertaraf dunia, budaya yang unik, rakyat yang mesra dan nama yang sudah terkenal. Tetapi keindahan saja tidak

mencukupi jika akses menyusahkan. Keindahan saja tidak cukup jika promosi lemah. Keindahan sahaja tidak cukup jika dasar ekonomi tak menentu. Jika Langkawi dipandang endeh, enteng hari ini, negara akan membayarkannya, harganya hari esok. Saya turut menjunjung titah Tuanku berhubung agenda padi lima kali dalam dua tahun. Ini bukan sekadar soal pesawah, ini soal makanan rakyat Malaysia. Kedah ialah Negeri Jelapang Padi, maka kawasan tadahan mesti dipelihara, pesawah mesti dibantu, teknologi dipertingkatkan dan hasil mesti diperkasakan. Saya menyokong pemerkasaan MADA dan MARDI dengan teknologi moden seperti dengan izin, internet of things dan data pintar dan mekanisasi. Sawah hari ini tidak boleh diurus dengan cara semalam. YB. Tuan Speaker, saya bercakap hari ini dengan terus terang. Kesabaran rakyat Langkawi ada batasnya. Terlalu, terlalu lama rakyat Langkawi diminta bersabar. Terlalu lama masalah sama di ulang. Terlalu lama kelulusan yang penting di tangguh dan terlalu lama Langkawi di layan seolah-olah bukan keutamaan negara. Saya tegaskan kelewatan demi kelewatan hari ini bukan lagi cabaran pentadbiran, ia menghampiri kegagalan membuat keputusan. Apabila isu feri terus berulang, itu kegagalan. Apabila kelebihan bebas cukai semakin terhakis, itu kegagalan. Apabila peniaga menanggung beban tanpa bantuan jelas, itu kegagalan. Apabila rakyat terus menunggu tanpa kepastian, itu juga kegagalan. Jangan minta rakyat memahami keadaan, sedangkan kerajaan gagal memahami kesusahan rakyat. Langkawi tidak rebah kerana ombak di laut tetapi boleh lemah kerana keputusan di darat. Justeru, saya mendesak kerajaan persekutuan agar membuat keputusan segera dan berani untuk Langkawi. Jangan datang Langkawi hanya untuk bergambar, jangan datang Langkawi untuk sidang media, jangan datang Langkawi membawa janji lama dengan wajah yang baru. Datanglah dengan keputusan, datanglah dengan peruntukan, datanglah dengan penyelesaian. Nak habis dah YB. Tuan Speaker tunggu sat, ha ha ha. Rakyat tidak boleh bayar bil dengan kenyataan akhbar, rakyat tidak boleh makan dengan janji politik. Saya menuntut satu inisiatif khas nasional untuk Pulau Langkawi diumumkan segera merangkumi yang pertama, pelan tuntas penyelesaian isu feri dan terminal. Yang kedua, tambahan subsidi pengangkutan laut dan udara, pemuliharaan serta pengukuhan status bebas cukai Langkawi, dana khas naik taraf infrastruktur dan kebersihan pulau, promosi antarabangsa agresif sempena Tahun Melawat Malaysia, insentif kepada pengusaha hotel, perniaga kecil dan usahawan tempatan, dan pelaburan baru yang membuka pekerjaan yang berkualiti. Buat sekarang, jangan tunggu krisis, jangan tunggu kemarahan rakyat, jangan tunggu peluang berlalu pergi. Akhir kata YB. Tuan Speaker, YB. Tuan Speaker, sekali lagi patik merafak sembah, menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas titah yang penuh bermakna dan kasih kepada rakyat Kedah. Saya turut menjunjung kasih titah penghargaan Tuanku kepada Anggota Keselamatan, Agensi Kerajaan, Penjawat Awam, terutamanya yang berkhidmat di Langkawi. Mereka bukan sahaja bekerja siang dan

malam menjaga keamanan, mengurus bencana, menyampaikan perkhidmatan dan memastikan negara terus berfungsi. Jasa mereka mesti dihargai bukan sekadar dengan ucapan tetapi kebajikan, sokongan dan perkhidmatan yang sewajarnya. Semoga Allah SWT memelihara Tuanku, memakmurkan Kedah Darul Aman, mengangkat martabat Langkawi dan membuka hati semua pihak berlaku adil dan bertindak segera demi rakyat. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, YB. Kuah. Kalau minta masa tambah lagi pun YB. Tuan Speaker bagi. Ha ha ha, sama-sama lain kali. Okey, dan seterusnya, dipersilakan YB. Tokai.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO, kakitangan kerajaan negeri dan juga Persekutuan, seterusnya sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan-tuan yang menjadi pemerhati dalam dan juga di luar dewan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang telah memberikan kesempatan kepada saya untuk bangun membahas usul titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang merasmikan persidangan kita semalam. Alhamdulillah, kita merasa bersyukur di atas nikmat yang Allah ta’ala berikan dan syukur juga kerana hari ini Allah ta’ala telah menurunkan hujan di Alor Setar dan juga di Kedah nilah nah. Banyak perkara yang disentuh oleh Tuanku baginda di dalam titah ucapan baginda, dan saya nak menyentuh berapa perkara saja berhubung dengan isu-isu yang timbul mutakhir ini. Terutamanya baginda telah menyentuh tentang ataupun memberi penghargaan kepada petugas-petugas kesihatan yang telah tidak jemu-jemu memberikan khidmat di dalam negara kita ini khususnya di Negeri Kedah melalui hospital, pusat kesihatan dan juga pusat-pusat rawatan yang lain. Apa yang membimbangkan kita ataupun saya adalah apabila kita melihat di media baru ini, daripada 5,000 peluang housemanship yang dibuka kepada rakyat hanya 529 sahaja yang mendaftar untuk masuk ke bidang perubatan ataupun housemanship. Housemanship ni maknanya latihan selepas mereka graduate daripada universiti. Ini sesuatu yang membimbangkan iaitu lebih kurang 10 peratus sahaja daripada jumlah yang dibuka peluang pekerjaan tersebut. Puncanya kenapa, baru-baru ni kita lihat ada seorang housemanship di Hospital Kuala Krai eh, telah ditemui meninggal dunia menggantung diri di dalam asrama housemanship hospital tersebut. Apa punca sebenarnya apabila kita lihat, kita selidik, apa yang sedang berlaku mutakhir ini bandingkan dengan apa yang kami hadapi lebih kurang 30 40

tahun yang lepas, walaupun dulu kita mempunyai jumlah housemanship yang kurang, kerja yang lebih, tetapi sekarang di dalam bidang perubatan ini, rata-rata kita lihat nampak macam ramai di dalam sesuatu wad tetapi mereka mempunyai tekanan yang begitu hebat, begitu besar, di dalam bidang tugas mereka hari-hari, masalah yang dihadapi seperti stress, masalah kemurungan, masalah depression, masalah tekanan kerja, masalah peluang-peluang yang tak terjamin di masa depan, dan juga masalah kebanjiran-kebanjiran student-student daripada bidang perubatan yang tidak tahu peluang di masa depan, walaupun dulu kami masuk kerja, seingat sayalah gaji hanya RM1,360 itu pun puas buat demo, work troll cukup 4 petang kami balik, tak mahu sambung kerja dah, hat dok terlantar, terlantar lah, hat dok sakit ICU (Intensive Care Unit ), ICU (Intensive Care Unit) lah, sebab apa itu adalah salah satu daripada demo kami dulu untuk mendapat ganjaran yang lebihlah. Bayangkan RM1,360 kerja lebih boleh kata sehari kerja, sehari cuti sat, sehari kerja, sehari cuti sat, sampai 3 4 wad kita terpaksa lihat pesakit-pesakit. Begitulah, stress yang dihadapi oleh mereka yang berada di bidang perubatan pada hari ini. Sebab itulah kita dapati banyak isu-isu yang timbul terutama sekali daripada kerja yang dikatakan sebagai kontrak, macam kerja kontrak lah, belum tahu masa depan sama ada mereka nak diserapkan sebagai pegawai perubatan tetap ataupun masih berada sebagai pegawai perubatan kontrak dan peluang-peluang masa depan mereka belum tentu kalau kontrak 2 3 tahun ha tamat habis kerja. Ini masalah yang perlu di fikirkan oleh bukan sahaja saya minta YB. Kuala Ketil yang jawab tetapi saya nak highlight kan benda ini sebab perkara ini disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, penghargaan kepada petugas-petugas kesihatan. Yang kedua perkara yang saya nak sentuh adalah tentang peranan yang perlu ataupun mesti dimainkan oleh MARDI dan MADA di dalam kita nak mengendalikan masalah padi di dalam Negeri Kedah ini, yang menjadi semua disebut oleh sahabat-sahabat kita Jelapang Padi Negara, membekalkan beras 40 peratus lebih kepada rakyat negara Malaysia ini. Apa yang, selamat datang YB. Timbalan Speaker, bagi masa lebih boleh kot noh, saya tak ambil masa banyak sikit saja, banyak telah disentuh oleh sahabat-sahabat yang lain nah, MARDI

Speaker

Tak apa, kita bagi tambahan.

MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute) dan juga MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). MADA dari segi saliran, MARDI dari segi penyelidikan, Malaysia Agriculture Research and Development Institute, mengkaji apakah benda-benda ataupun bahan-bahan yang boleh kita letakkan sebagai benih

padi yang bermutu tinggi memberi yield yang tinggi sampai 67 tan sehektar dan juga memberi ketahanan kepada benih padi tersebut. Di dalam dunia ni, kita ada (IRRI) International Rich Research Institute berada di Los Baños, di Filipina, yang ia telah mengeluarkan benih yang mempunyai ketahanan banjir tahan, kemarau tahan, tenggelam air tahan, masin tahan, IR8 dipanggil tetapi kita di negara kita MARDI kita haraplah kalau sekiranya tidak sampai ke tahap itu, boleh menjalankan kajian supaya dapat mengeluarkan benih yang memberi ketahanan kepada benih-benih yang ditanam oleh petani kita. Yang keduanya tentang MADA, banyak keluhan yang saya dapati di bawah sana petani-petani mengeluh bandingkan dengan petani di Yan, dengan petani di kawasan saya di Pendang, orang Yan dah ambil padi habis, dah selesai bila kemarau sampai pun, depa kata kami okeylah padi dah naik lori dah masuk kilang dah, yang di Pendang ini kering-kontang lagi, saliran air tak sampai. Sebab itulah banyak yang telah tinggal tak ambil mesin harvester tak masuk, pasal apa upah nak harvest ni lebih tinggi daripada hasil nak dapat, bayangkan kalau satu relung dapat 4 5 guni, tak balik modal depa kata, lebih baik bubuh api jah, ah cucu api ya lebih mudah daripada kalau hantar mesin untuk mengambil ataupun menuai padi tersebut. Jadi, inilah masalah yang dihadapi oleh petani kita penyelarasan di antara agensi-agensi ini supaya mereka melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih disebut oleh baginda dengan lebih efisien lebih berkesan supaya hasilnya dapat dicapai oleh petani. Memang kita tahu kemarau ini suatu yang tidak dapat kita elakkan tetapi program ataupun penyelarasan jadual kita boleh susun untuk kita mendapat hasil yang maksimal daripada petani-petani kita. Yang ketiga adalah tentang apa yang saya rasa satu syor yang saya lihat boleh memberi satu impak kepada mereka-mereka yang berada di masjid di negeri kita inilah. Sekarang ni kita lihat banyak ah orang-orang yang telah beralih kepada kenderaan elektrik, saya ingat YAB. Dato’ Seri Menteri Besar pon lepas ni beli satu kot kenderaan elektrik kita boleh share. Penggunaan kenderaan elektrik disebabkan oleh kos minyak yang meningkat sekarang ini ya, terutama sekali jenis pakai diesel lah sekarang ni pick up diesel telah bertukar kepada petrol pon ada, tak silap saya jenis Hilux kot noh, dia tukar kepada Hilux menggunakan elektrik. Saya syorkan kepada masjid-masjidlah untuk masa depan 5 10 tahun yang akan datang kita boleh merancang sekarang ni, buat bukan sekadar R&R (Rehat & Rawat) di lebuhraya saja mempunyai R&R untuk orang rehat tetapi di masjid-masjid juga ya, YB. Sungai Limau beri idea ini kepada pengurusan masjid kita supaya boleh R&R di masjid, di samping dia berehat letih bawa kereta, dia boleh singgah di situ, kita buat satu tempat untuk caj kenderaan elektrik di masjid-masjid supaya mereka ini di samping boleh caj kereta, mereka boleh juga berehat gunakan kemudahan tandas di situ dan juga solat jemaah di masjid tersebut pada waktu solat dan di samping kita

bolehlah kembangkan dengan kuliah ka, tazkirah ka, di samping kita membuka ruang untuk mereka mendapat ganjaran pahala, masjid dapat pahala, orang yang pergi pun dapat pahala, orang yang memberi tazkirah ataupun kuliah pun mendapat pahala. Ini merupakan salah satu inisiatif yang saya rasa boleh kita terapkan dalam pengurusan masjid kita di samping kalau ada mereka-mereka yang nak mewakafkan, mungkin syarikat-syarikat nak buat CSR ka, dia boleh wakafkan satu mesin dan masjid juga dapat peluang dana, bukan kita nak suruh charge free, dia kena duitlah, kalau R&R kena duit, stesen minyak kena duit, tetapi di masjid juga kita harap perkara ni dapat kita untuk masa depanlah, sekarang ni mungkin kita belum banyak lagi kenderaan elektrik yang wujud dalam negara kita. Dan seterusnya, Tuan Yang Di-Pertua, Tuan Speaker, aduh teringat benda lama lagi

Speaker

Dak, duk rasa tak lama nak pi disitu

Tak mau dah, tak mau dah (ketawa). Yang ketiga, yang seterusnya, Tuan Speaker kita dapati di Negeri Kedah di banyak sahabat-sahabat kita dari petani, terutamanya ni saya nak highlight kepada YB. Kuala Ketil lah PBT-PBT yang mengendalikan kedai-kedai yang di dijalankan ataupun peniaga-peniaga di petani yang datang ke negeri kita meniaga terutamanya kedai-kedai tomyamlah “tumbuh seperti cendawan selepas hujan” ni. Mereka ini datang, saya tanya kepada pihak Ahli Majlis ada apa-apa kesan ataupun apa-apa hasil yang boleh diperolehi oleh PBT tak, daripada peniaga Pattni bukan petani pesawah ni, Pattani, Pattani, orang Pattani lah yang datang berniaga tempat kita ni, dia bawa pekerja daripada pattani nah, macam dengan nasi kandar tu dia India, maknanya mereka ini mai cari duit bawa balik tempat depa, apa yang PBT boleh dapat, dia sewa daripada tuan kedai, lesen tuan kedai itu bukan peniaga Pattani tersebut, kemudian apabila pihak kesihatan selalu kita dapati pi tengok nak makan oh kena tutup dan selorong itu semua tutup, pasal apa ada pihak kesihatan nak pergi check sama ada mereka ini mendapat suntikan typhoid ataupun tidak. Ni dah ada maklumat bila kesihatan nak buat ni YB. Kuala Ketil, hal ini perlu diberi perhatian oleh pihak kesihatan di daerah-daerah lah. Maknanya mereka ini dari kesihatan pun kita pertikaikan, dari segi hasil yang PBT dapat pun kemungkinan PBT tak dapat apa langsung kerana mereka tidak mempunyai macam cop lesen tu, dia tak boleh pasal bukan bumiputera, bukan rakyat negara ini, jadi yang digunakan adalah tuan-tuan kedai itu. Ini satu masalah bukan masalah tetapi hasil kita tak dapat, mereka dapat duit, mereka dapat mewah, setengah-setengah tu sampai 3 4 apa kedai telah dibuka di sesuatu kawasan, tempat saya ada satu restoran tiga dah dibuka, yang duk pi makan kita jugalah, kita pi makan sedap. Jadi, ini

permasalahan yang perlu kita hadapi dan insya-Allah saya rasa YB. Kuala Ketil boleh masuk dalam mesyuarat ada jawatankuasa nanti berhubung dengan apa masalah peniaga-peniaga Pattani yang berniaga di tempat kita. Seterusnya, Tuan Speaker, akhir sekalilah saya tak mahu pergi panjang-panjanglah nah, berhubung dengan banjir dan juga kemarau iaitu apa yang disebut oleh Menteri Besar selalu, Yang Amat Dato’ Seri Berhormat Menteri Besar, sebut tentang takungan di tepi sungai, memang kita dah ada perancangan dan salah satu daripada apa cara yang paling mudah untuk dilaksanakan adalah takungan di tepi sungai dan tadi pihak pembangkang pun ada menyebut tentang kerajaan pusat telah memperuntukkan belanja untuk melaksanakan takungan di tepi sungai ini, cuma kita harap dengan kemarau yang ada pada hari ini, ia akan memberi pengajaran kepada kita bahawasanya perkara ini perlu disegerakan supaya ke depan ke depan ini, mungkin kalau kemarau tak panjang, mungkin tak ada masalah, tapi kalau kemarau ke depan ke depan ini akan mengambil masa yang panjang kita akan menghadapi masalah seperti mana, yang kita hadapi pada hari ini, sampai pokok durian pon habis luruh dah, tahun ni tak boleh makan durian tempatan dah, kena import daripada nuh Utara sana nu, jadi YB. Tuan Speaker, saya mengucapkan juga setinggi-tinggi junjung kasih di atas titah baginda yang telah merasmikan dewan kita pada hari semalam dan juga terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, yang telah melaksanakan tugas yang dibanggakan oleh Tuanku Sultan dan juga kepada semua kakitangan yang telah melaksanakan tugas yang cemerlang sehingga kita mendapat hasil yang tinggi pada tahun lepas. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tokai, yang menepati masa yang telah pun ditetapkan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Selambau, dipersilakan.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat kerajaan negeri, Yang Berhormat ADUN-ADUN, Ketua-ketua Jabatan, seluruh pemerhati yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah subhanahu wa ta'ala, pada hari ini merupakan petang, diberi peluang untuk saya berbahas berkaitan dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Negeri Kedah, mudah-mudahan sedikit apa yang dapat saya sampaikan boleh kita manfaatkan bersama di dalam sidang dewan ini. Apa yang Tuanku titah pada semalamnya, diantaranya suatu pengiktirafan kepada

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, selaku ketua negeri ini, yang Menteri Besar negeri ini, yang sudah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin, apa yang disebut oleh Tuanku, Beta merakamkan penghargaan terhadap kepimpinan yang mana Menteri Besar yang berjaya memimpin barisan Ahli Yang Berhormat dengan baik, sekali gus memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan lancar, stabil, dan terhindar daripada sebarang isu besar mahupun provokasi yang boleh menggugatkan keamanan serta keharmonian Negeri Kedah. Di sini, elok untuk saya nak imbas kembali pencapaian kerajaan negeri yang merupakan tanda mercu kejayaan bagi pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kadangkala di kalangan musuh politik tidak menimbulkan ataupun tidak menghargai sedikit pun pencapaian yang sudah pun dilakukan oleh kerajaan, maka kalau kita tak angkat balik, tidak menyebut pencapaian yang sudah pun kita dapat, siapa lagi yang akan memperkenalkan kejayaan kita. Jadi sudah tentulah benda-benda ni kita kena tengok lebih kepada seriusnya pencapaian untuk kita bergerak ke hadapan atas sebuah kerajaan yang senantiasa prihatin bukan hanya sekadar kepada petugas-petugas awam mahupun kepada rakyat jelata yang berbilang bangsa dan juga yang berbagai-bagai latar belakang. Di sini saya mengambil kesempatan insya-Allah ada sedikit pantun Pergi ke pekan membeli selasih, Singgah sebentar di Bukit Selambau, Data dan fakta asas hujah yang bersih, Bukan persepsi yang kita junjung selalu. Ini diantara benda yang mesti menjadikan ianya satu kenyataan, hat kita dok hidup daripada pagi sehingga ke petang apa yang kita lakukan atas nama Yang Berhormat, bantuan yang dapat kita lakukan, kita tolong orang susah, kita tolong pelajar yang melanjutkan pelajaran, kita tolong orang yang mati bukannya sekadar hat hidup, hat mati pun kita tolong dengan sumbangan RM500. Ini di antara kejayaan, prihatinnya kerajaan terhadap rakyat yang perlu kita nyatakan dan terus kita berusaha bagi memastikan kita dapat membantu rakyat yang memerlukan. Tapi dalam suasana yang sama, ada hat kaya mai duk minta juga, kita habaq dah B40. Saya ada pengalaman Ahli Mesyuarat sekalian, dia mai isi borang, nak Tabung Tengku Mahmud, tengok- tengok isteri dia gaji RM8,000, suami dia gaji RM5,000, hat yang tu tak apalah kita dapat kesan, kalau tak dapat kesan, hat yang tu pun dapat yang mana hat miskin yang maha memerlukan akan terabai maka kita dipertanggungjawab ke di alam barzakh esok untuk berhadapan dengan mereka yang sudah pun dizalimi dengan secara tidak langsung. Mahu tak, tentulah kita tak mahu, jadi makna keprihatinan kita melihat siapa yang memerlukan tiada seorang yang kita tinggal untuk memberi sumbangan dan bantuan daripada pihak kerajaan. Kita diamanahkan oleh kerana kita Yang Berhormat, diamanahkan untuk melaksanakan

apa yang sudah pun diputuskan oleh kerajaan maka lebih berhati-hati dalam memberi sumbangan takut-takut dapat dekat orang yang tidak patut dapat, yang ni kita kena tengok balik. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, hari ini, petang ni, saya berdiri, pada hari ini dengan satu prinsip yang utuh bahawa kemajuan sesebuah negeri mestilah diukur menerusi neraca data, fakta, dan angka kemajuan sesebuah negeri mestilah diukur menerusi neraca fakta dan angka yang sahih bukannya sekadar naratif politik yang bersifat bermusim semata-mata. Di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, bukan sahaja bertahan dalam arus ekonomi global yang tidak menentu, malah telah memacu lonjakan yang signifikan. Yang pertamanya lonjakan ekonomi dan pelaburan yang berimpak tinggi. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kedah kini bukan lagi sekadar negeri pertanian tradisional semata-mata, pencapaian Kulim Hi-Tech (KHTP) adalah bukti nyata, serta tahun lalu Kedah terus menjadi destinasi utama pelabur asing dengan komitmen pelaburan yang mencecah puluhan bilion ringgit. Antara yang paling membanggakan adalah pelaburan INFINEON teknologi berjumlah kira-kira RM25 bilion untuk membina kilang kuasa silicon carbide yang terbesar sekali di dunia, ini bukan sekadar angka di atas kertas semata-mata, ini adalah peluang pekerjaan bagi anak-anak muda dalam Negeri Kedah dalam sektor teknologi tinggi, yang bakal meningkatkan pendapatan isi rumah kita, insya-Allah. Dalam sektor pertanian, Kedah kekal sebagai wira penyelamat kepada negara, negara kita menyumbang hampir 43 peratus pengeluaran beras negara, Kedah memikul tanggungjawab besar memastikan pinggan rakyat Malaysia ini sentiasa berisi, justeru sokongan terhadap infrastruktur pertanian mestilah terus diperkasakan demi menjamin kelangsungan keselamatan makanan nasional. Yang ni yang kita bimbang, bila tengah-tengah kita duk buat kerja, di kalangan petani yang berusaha dengan titik peluh untuk mencapai suatu matlamat untuk menjayakan dari sudut pertanian padi semata-mata, tapi kita sedang di landakan dalam suatu ujian daripada Allah subhanahu wa ta'ala dengan kenaikan harga minyak, bukan lagi tindakan kerja minyak yang kita nak bincang masalah petrol, tapi diesel yang merupakan nadi kepada pengusaha setiap kenderaan ataupun setiap jentera yang digunakan untuk melaksanakan sawah ini merupakan satu benda yang mesti nak kena kita tak boleh lihat secara lebih detail iaitu diesel yang sudah pun meningkat. Kalau dulu diesel murah, dia mai sampai ke peringkat, road tax pun murah, cuma mungkin kita kira hat lain tu mahal. Tapi, la ni sudah jadi diesel sudah pon mahal, sudah tentulah bebanan kepada masyarakat petani khususnya keluarga petani akan terabai dalam membentuk suatu usaha menjamin makanan yang kita namakan beras untuk support kepada negara akan terjejas. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, saya mempunyai satu Hilux, kalau dulu sebelum naiknya minyak diesel, saya isi dalam

lingkungan RM220 full tank, bila dia naik sudah 4 kali, 1 tank bagi Hilux adalah 80 liter calculate kepada RM 6.72 RM500 lebih kalau full tank maha suci duit dalam poket. Tuan-tuan, Ahli Mesyuarat sekalian…

Speaker

Yang Berhormat Bukit Selambau, Yang Berhormat Kota Seputeh minta laluan sikit.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Sila.

Yang Berhormat Bukit Selambau, setujukah Yang Berhormat bahawa Kerajaan Persekutuan seakannya tiada pelan kontingensi sejak berlakunya kejadian perang yang dikaitkan dengan kenaikan diesel ni, tapi dalam konteks asas pertanian ni bilamana para operator mesin sebagai contoh terpaksa naik ke harga traktor daripada RM120 perelung, contohnya pi kepada RM200 perelung, lepas itu mesin padi RM180 perelung kepada RM250, yang mana secara puratanya kenaikan sekitar 55 peratus, dalam segi kos operasi mesin dan sebagainya ini. Jadinya kerajaan tak ada pelan kontingensi seakan nya daripada dulu yang kita tuntut juga dalam Dewan Yang Mulia ini, untuk nak bagi flip card ka, nak bagi subsidi khas ka, kepada ‘Pak Tani’, ‘Pak Tani’ kepada operator ni, tapi tak ada sampai sekarang. Bagaimana respons Yang berhormat.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Saya bersetuju, pasal apa yang kita nampak hari ini seolah-olah mengaku sahaja tindakan tidak disusuli, barang makin naik, dengan kenaikkan harga minyak barang akan ikut naik, bila barang ikut naik mengikut pengalaman kita maka tidak akan turun walaupun minyak itu turun. Yakin, benda ini memang berlaku kita yang alami, kita yang selalu senantiasa berhadapan dengan benda yang sedemikian maka sudah tentulah dengan kenaikan harga minyak ini yang akan menyebabkan kalau tidak apa-apa halangan, kemungkinan besar petani akan tinggal bendang tidak ada lagi padi di dalam bendang tersebut. Dia cadang pula nak tabur untuk mengelakkan daripada oleh kerana air tak ada, cadangan untuk tabur kering, tabur kering ni lagi bala tuan-tuan orang Kedah kata, bala tabur padi… (YB. Tokai minta laluan)

YB. Bukit Selambau…

Speaker

Laluan boleh YB. Bukit Selambau?

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Boleh.

Sebelum pi tabur kering nih.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Yang Berhormat Speaker tambah masa, ok?

Sebut pi tabur kering ni, terima kasih Tuan Speaker. Berhubung dengan antara diesel dengan petrol, perlu kita lihat kalau kenaikan diesel ia menyebabkan semua sektor yang terlibat daripada laut, naik ke darat, dia sampai kepada rumah kitalah nah, pengangkutan orang nak pi ke laut tangkap ikan, petani nak pergi ke sawah mengerjakan sawah dia, dan juga pekerja-pekerja pengangkutan yang nak bawa barang-barang yang berhasil daripada ladang-ladang. Ini semua akan memerlukan diesel itu kos pengangkutan berbanding dengan kalau petrol, petrol ini kalau kita rasa kita tak mahu pergi naik kereta, kita boleh naik motor, tak mahu naik motor, kita boleh kayuh ‘gerek’, ini apa pengurangan kalau kita tak mahu pergi pejabat, kita boleh work from home, kalau kita tak mahu pergi crowded ni, kita tumpang-tumpang kereta, maknanya kekurangan penggunaan itu boleh dilaksanakan tapi kalau diesel sekali dia naik memang menjadi masalah kepada seluruh rangkaian apa pengangkutan. Setuju tak, YB. Bukit Selambau?

Sekali boleh sekali?

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Masuk sebahagian daripada ucapan saya.

Speaker

YB. Pedu minta, boleh?

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Bagi YB. Pedu.

Terima kasih YB. Tuan Speaker, YB. Bukit Selambau. Pasai tadi YB. Bukit Selambau sebut padi akan kurang, orang nak buat padi pasai kemarau la, pasai diesel la apa semua. Adakah YB. Bukit Selambau jangkakan, beras akan jadi macam hari tu? Haritu tenggelam, beras tempatan hilang. Ni orang tak buat bendang, nak hilang macam mana pulak?

Speaker

Sekejap YB. Bukit Selambau, saya nak tanya, tiga-tiga YB. yang bangun berucap tadi ni ada kereta diesel ka? Tak, pasai saya nampak bersungguh-sungguh.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

YB. Pedu ada diesel. Semacam dengan saya, bebanan sama macam saya. Satu liter RM 6.72, dia pun RM 6.72. Oleh kerana dia maha kaya, saya maha kaya.

Speaker

Jadi memang terasa lah?

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Maha suci saya sebut tadi dalam poket. Duit kita pun ada banyak tu saja YB. Tuan Speaker. YB.-YB. ni bukannya kaya pun. YAB. Dato’ Seri MB pesan kat kami, wakil rakyat jangan buat harta, ada duit kena belanja, kalau dah pi Mekah pun dua tiga kali, tok sah pi dah, pi tolong rakyat. Tambah rakyat hat Bukit Selambau, 83,000, YB. Tuan Speaker. Hat tu berat sikit, minta maaf jika ada yang terasa.

Speaker

Saya tambah masa sikit.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Haa boleh. Ok, kalau banyak lagi boleh? Banyak lagi tak habis ni. Jadi, apa yang kita nak sebut tajuk yang kedua, tulang belakang keselamatan makanan negara lah. Yang itu di antaranya dalam sektor pertanian, Kedah kekal sebagai wira, sambung balik hat tadi, oleh kerana penyelamat negara kita menyumbang hampir 43 peratus pengeluaran beras negara, Kedah memikul tanggungjawab besar memastikan pinggan rakyat tidak akan kosong, yang sentiasa berisi. Justeru sokongan terhadap infrastruktur pertanian mestilah terus diperkasakan demi menjamin kelangsungan keselamatan makanan nasional. Yang ketiga, komitmen pengeluaran air atau pengurusan tanah. YB. Tuan Speaker, kerajaan negeri sedar akan kegelisahan rakyat mengenai isu air, namun kita selaku kerajaan tidak berdiam diri melalui apa yang sudah pun dilakukan secara komitmen ratusan juta ringgit telah disalurkan bagi mempercepatkan pembinaan dan menaikkan taraf 5 loji air LRA utama. Ini adalah penyelesaian jangka masa panjang yang sedang kita laksanakan secara fasa demi fasa. Inilah usaha bagaimana untuk nak mensejahterakan rakyat, menambahbaik kepada pengeluaran air yang sudah pun dilakukan diuruskan oleh SADA, tahniah kepada SADA. Saya ada sikit pengalaman, SADA pun bagus, orang ramai pun bagus. Bila dalam duk kemarau ni, ni bulan puasa ni, kemarau-kemarau nak mai raya dekat dah, ada seorang hamba Allah telefon kat saya kata “tolong sat YB. di rumah dah tiga hari air tak dak, maka tolong sat jasa baik YB, telefon SADA”, lebih kurang setengah jam tak dan nak telefon SADA, tengok-tengok lori SADA sampai tepi lorong rumah dia, serupa saya buat kerja. Itulah baiknya SADA, tak dan sebut sampai dah. Jangan perkecilkan usaha SADA ni. Kita mesti ada hubungan yang cukup elok, insya-Allah SADA bagi perhatian, kita dapat nama tanpa bekerja. Ini untung kami tak bawa keluaq modai, untung dah. Haa YB. sampai teqa tu laa. Dan seterusnya, dari sudut pengurusan tanah, tadbir urus kita kini lebih bersifat berpaksikan rakyat dan efisien. Hasil untuk negeri, kutipan hasil premium tanah kekal menjadi nadi pendapatan negeri, mencecah ratusan juta ringgit setahun hasil pengurusan aset yang strategik. Kepantasan untuk pelabur proses meluluskan tanah bagi projek berimpak ekonomi telah dipendekkan bagi memastikan pelabur tidak lari ke negeri lain. Keadilan untuk orang kampung. Namun, YB. Tuan Speaker, kelestarian ekonomi tidak bermakna jika kebajikan tanah rakyat terpinggir, kerajaan negeri komited memastikan permohonan tanah oleh orang kampung masuk urusan pemilihan tanah pusaka dan menyelesaikan geran yang tertunggak, dipercepatkan. Kini mahu rakyat kampung merasakan nikmat pembangunan yang sama, justeru birokrasi di peringkat Pejabat Tanah akan terus diminimumkan supaya urusan hak milik rakyat jelata tidak lagi memakan masa bertahun-tahun, sekaligus memberi jaminan sekuriti kediaman kepada mereka terjamin. Ada lagi sikit, YB. Tuan Speaker.

Jadi, kita masuk pada realiti nya perpaduan, kena bercakap juga perpaduan, pasal ada di antara yang menafikan perpaduan dalam Negeri Kedah, seolah-olah tidak sampai kepada matlamat dan sedang dilandai oleh suatu keadaan. Yang ni kita nak kena tengok balik. Untuk menyentuh berkenaan dapatan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025, khususnya berkaitan kedudukan Negeri Kedah, saya percaya kita semua di dalam Dewan Yang Mulia ini mempunyai hasrat yang sama iaitu untuk melihat perpaduan negara terus kukuh dan diperkasakan. Namun begitu, dalam kita membincangkan dapatan ini, adalah penting untuk kita menilai secara adil dan berdasarkan fakta serta konteks yang dikemukakan dalam laporan tersebut. YB. Tuan Speaker, hakikat di lapangan juga perlu diambil kira, Kedah tidak menyaksikan rusuhan kaum, tidak berlaku konflik antara etnik yang serius, dan masyarakat di negeri ini hidup dalam keadaan aman serta saling menghormati antara satu sama lain. Malah, kita sentiasa menghargai pelbagai kaum sebagai satu kekuatan dalam Negeri Kedah ini; masyarakat Melayu, Cina, India, Siam, memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negeri ini secara bersama. Kita sedar bahawa jika Kedah ingin terus maju, yang memerlukan sumbangan dan kerjasama semua kaum, bukan lagi perpecahan yang akan kita hadapi. YB. Tuan Speaker, sehubungan itu kita tidak menolak kepentingan IPNas (Indeks Perpaduan Nasional) sebagai satu instrumen pengukuran, namun kita berpandangan bahawa kaedah yang digunakan perlu sentiasa ditambah baik supaya ia benar-benar mencerminkan realiti perpaduan di peringkat akar umbi. Perpaduan tidak boleh diukur hanya melalui persepsi terhadap dasar dan sistem yang sedia ada, tetapi perlu memberi penekanan yang lebih seimbang kepada interaksi. Sebenarnya, antara masyarakat, hubungan kejiranan, serta pengalaman hidup bersama dalam komuniti yang sama. Akhirnya, kita harus melihat usaha memperkukuhkan perpaduan ini sebagai satu tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak kerajaan, masyarakat. Pendekatan inklusif ini, adil dan tanpa memilih kasih adalah asas kata pembinaan keyakinan rakyat dan seterusnya memperkukuhkan perpaduan negara secara mampan. Ada sikit lagi, izinkan saya.

Speaker

Takpa, boleh.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

YB. Tuan Speaker, izinkan saya akhirnya ingin mencadangkan kemungkinan di kalangan orang ramai masyarakat khususnya sedang ternanti-nanti suatu benda yang merupakan keperluan selepas daripada hidup, di antaranya tanah perkuburan. Dengan pesatnya pembangunan di kawasan-kawasan tertentu, perumahan-perumahan yang naik secara macam cendawan yang menyebabkan bertambahnya

penduduk di kawasan-kawasan tertentu di dalam Negeri Kedah, yang menyebabkan bila mana orang ramai sudah pun berada, kita merancang untuk cara mana untuk nak hidup dengan adanya rumah, tetapi kita tidak pernah fikir bagaimana selepas daripada hidup, kita akan menemui mati. Maka, tanah perkuburan merupakan satu keperluan yang mesti kita, siapa yang diberi tanggungjawab yang berkuat yang bertanggungjawab supaya memikirkan bahawa tempat perkuburan selepas pada hidup mesti di syaratkan dengan tertentu. Takdir, contoh, kalau naiknya perumahan sehingga skala besar, kubur sudah pun tidak boleh menampung bagi orang yang sudah pun meninggal dunia. Jadi apa salahnya, masuk syarat diantaranya, kalau sebelum ni adanya syarat menaikkan perumahan untuk nak wujudkan perumahan, adanya kawasan, di antaranya; padang permainan. Yang kedua, adanya syarat surau dan segala-galanya selebih pada tu. Jadi, kalau kita boleh masuk dalam ni aa merancang untuk pembangunan tersebut, maka disyaratkan beberapa perumahan di sekitar kawasan untuk dijadikan satu tapak perkuburan maka bagi masa yang akan datang, sudah tentulah tidak akan menimbulkan masalah. Lani saya nak sebut di Bukit Selambau, kubur yang ada di Bukit Lembu sudah cukup untuk mayat yang sudah pun meninggal dunia. Kubur besar yang berada dekat dengan Kelisa Ria, pun tak banyak tinggal dah. Jadi hat yang tu baru hat dekat, kalau hat jauh lagi memang banyak. Jadi saya boleh bawa keluar satu angka, bagaimana kedudukan masjid yang ada dalam Kuala Muda, jumlah kubur yang ada, masjid yang ada, memang tidak boleh menampung kematian bilamana selepas daripada ini. Ia merupakan Maqasid Syariah, lepas pada hidup kena mati. Mati tulah akan diambil kira oleh mereka yang menguruskan semasa ini. Jadi, saya ingin mencadangkan, supaya kapasiti tanah perkuburan sedia ada semakin kritikal dan padat, jarak perkuburan yang jauh dari komuniti baharu memberi beban emosi dan kos kepada waris. Ini adalah tuntutan Maqasid Syariah dalam memelihara kemuliaan insan walaupun selepas tiada. Saya mengesyorkan atau ingin mencadangkan agar syarat ini dimasukkan dalam Kebenaran Merancang (KM) oleh semua pihak berkuasa yang terpilih, kalau kita nak sebut itulah PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) agar pembangunan fizikal negeri seimbang dengan keperluan sosial dan spiritual rakyat. Yang Berbahagia Tuan Speaker, sebagai kesimpulan Kedah hari ini… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Yang Berhormat, YB. Bukit Selambau…

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Nak habis dah.

Speaker

Yang Berhormat.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Oo… sat, sat, saya sebut apa tah? Oo… Yang Berhormat Berbahagia boleh kut?

Speaker

Tak boleh.

Ustaz Azizan bin HamzahPAS · PNBukit Selambau

Tak boleh, Yang Berhormat, minta maaf tuan menteri oi. Dan dinamik dengan kemasukan pelaburan global cekap dalam mengurus hasil bumi, stabil dalam memayungi kebahagiaan kepelbagaian kaum, resonari dalam merancang keperluan masa depan. Tinggi padi kerana berisi, lentur buluh kerana rebung nya, Kedah maju bukan direktori semata-mata, tapi hasil usaha data yang nyata. Jadi akhirnya, saya menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah. Wallahualam aqulu khaulihaza waastaghfirullahi walakum, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih, YB. Bukit Selambau. Tengok cara tu macam puaih dah la noh? Jadi seterusnya saya menjemput YB. Pedu. Cuba habiskan perbahasan itu dalam tempoh 4:30pm. Boleh noh?

Panjang sangat 4:30 tuu (sambil tersenyum). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker beri laluan pada Pedu untuk berucap akhir pada petang ini. Yang dihormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang dimuliakan para barisan EXCO, ADUN-ADUN, dan tidak dilupakan pada semua Ketua-ketua Jabatan yang dirahmati Allah sekalian. Jadi, tadi YB. Bukit Selambau pedeqaih, YB. Pedu kena turun gear sikit la (sambil tertawa). Jadi, Alhamdulillah pada petang ni Pedu nak petik sikit la apa nama yang telah dititahkan oleh Tuanku. Apa yang disebut, “Bebanan membawa suara, keperluan serta pemasalahan rakyat di akar umbi”. Jadi, apabila Tuanku titah macam ni, ada teringat program yang telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan

Negeri Kedah untuk membantu rakyat miskin di setiap daerah di dalam Negeri Kedah, memberi tanah Desaku Sejahtera, kan? Sorang satu lot, dijangkakan lah satu daerah, 100 lot. Cumanya di sini nak sebut benda tu bagus, cuma apabila benda ni berlaku, pertama, buat di Daerah Padang Terap. Di Daerah Padang Terap pun setakat lani baru ada 50 lot lebih, yang dapat dah 6 lot daripada 7, tinggai 6. Pasai ada masalah ni lah nih. Masalah yang berlaku ni, benda tu terbaik cumanya tapak untuk kita letakkan satu-satu tempat untuk mendapatkan orang-orang yang boleh duduk di situ. Kalau contoh di Padang Terap, dia duduk di hujung dalam daerah, sempadan dengan Kubang Pasu, kira dok di sempadan betoi. Jadi masalahnya, yang berlaku lani masalah orang yang layak tu duduk di hujung sempadan Sik. Dia duduk hujung padang Sik, sempadan dengan Durian Burung dan sempadan-sempadan lah, kalau tengah-tengah tu boleh tahan lagi. Jadi orang-orang yang susah yang perlu kita bantu ni kebanyakan sebagai buruh, dia dah tanah tak dak, harta tak dak. Dia kena bekerja dengan orang. Kalau contohnya di sebelah DUN Pedu, dia duduk di sempadan dengan Sik ataupun sempadan dengan Pendang. Dia nak ke Perik tu 40 kilometer ke atas. Jadi dia duduk di sana dia kerja seorang penoreh, seorang pencari buluh, seorang peniaga sayur, dan macam-macam lah. Jadi hat tu lah nak mencadangkan supaya daerah-daerah lain, supaya kalau dari Padang Terap pun mungkin boleh lagi kita ubah daripada yang hat dok ada tu, ada di situ. Yang ‘balance’ lagi 30 40 lot tu kita ubah ke tempat-tempat yang sesuai yang kita ambil kira orang panggil apa, berdekatan dengan orang yang nak boleh duduk. Kita cadangkan supaya buat dua tiga tempat pun tak apa walaupun status tapak tu 20 lot 15 lot atau macam mana. Tu baqu Padang Terap, tak luas mana, kalau Baling, Baling lagi luas, satu marhalah lebih perjalanan dia. Kalau tapak tu jauh lebih daripada tu, mungkin kepayahan kita untuk mencari, orang panggil apa, orang hat kita nak ambil nama tu. Pengalaman ni apabila Pedu mencadangkan beberapa orang, dia kata “aku nak pindah macam mana pak su oo, aku ni dok qeja potong hat orang ja, kalau aku nak balik habis duit minyak gitu ja lah” haaa. Jadi masalah tu yang berlaku, walaupun ada dua tiga orang dia duduk dalam rizab sungai, buat rumah di tepi rizab sungai, tapi kita suruh dia ke sana, memang dia tak berminat pasal dia duduk situ cari makan, dia cari pucuk palas, apa nama cari buluh, dan macam tu lah kerja dia cari benda-benda hutan untuk jual. Jadi apabila kita suruh pindah dok sana dia kata, “aku nak buat kerja apa?”. Haa itu lah mencadangkan supaya kerajaan Negeri Kedah mengatur supaya di selerakkan tempat-tempat yang sesuai untuk tapak-tapak untuk orang-orang yang miskin ni. Yang keduanya, tadi YB. Bukit Selambau sebut tanah kubur, selepas hidup kena mati. Cumanya di sebelah sana, kebanyakan sebelah hulu, kebanyakan tanah-tanah kubur ni dia, orang panggil apa, macam nak kata tak dak tuan, ada tuan, tapi tak dijaga. Jadi nak mencadangkanlah supaya Jabatan Agama ataupun kerajaan negeri melibatkan

semua pada imam-imam dan pegawai masjid supaya tanah-tanah tu, walaupun tak ada geran lagi, supaya tanda, tanda batu ke tanda apa ka, supaya tanah tu dijadikan hak milik masjid ataupun apa majlis agama ka apa ka. Sebab yang pernah berlaku di tempat saya, tanah perkuburan ni telah dicuri orang. Kawan ni ambil belah ni setengah relung, kawan ni ambil dua relung, kawan ni last-last tanah kubur tinggal sempit. Padahal benda tu banyak apa YB. Bukit Selambau, tanah di sana tu banyak tapi kerana tak ada orang yang menjaga, lama kelamaan kita takut last-last tinggal atas kubur tu saja tanah lain tak ada dah, semua dah jadi hak milik orang. Jadi yang ni pun kena ambil berat juga supaya di masa akan datang tak akan berlaku ketidakcukupan tanah perkuburan. YB. Tuan Speaker bagi masa panjang sangat.

Speaker

Ada 9 minit lagi, boleh?

Panjang oo.. 9 minit tu. Yang aaa, nak sebut apa tadi, yang terakhir, ada sikit lagi, nak ucapkan terima kasih lah kepada kerajaan negeri dan semua Ketua-ketua Jabatan yang telah…kalau di sebelah Pedu lah, kalau di sebelah Pedu jalan-jalan ni alhamdulillah 98 peratus dah selesai, jalan mini tar. Jadi kita dah selesai jalan ni yang ditinggalkan oleh zaman dulu yang tak sama ‘colour’, hampir 30 40 tahun masyarakat di kampung ni tak pernah rasa jalan mini tar, jalan tanah merah 20 30 tahun. Alhamdulillah, Pedu takat 2026 ni dalam dua tiga peratus lagi ja. Yang ada tu insya-Allah, batu kasaran dah masuk cuma tar yang tak masuk. Jadi, nikmat-nikmat yang telah kita rancangkan kepada masyarakat di pedalaman, alhamdulillah setakat la bab jalan dengan infra yang lain alhamdulillah dah mencukupi untuk meraikan masyarakat kita di kawasan pedalaman. Cumanya ada benda-benda yang terlebih besar tu insya-Allah, benda ni macam apa nama YB. Kubang Rotan tadi tu la, kalau nak cepat kena rendam biji kacang hijau supaya jadi taugeh, kalau nak cepat sikit lagi buat tapai. Tapi tapai kalau silap tak jadi, tak boleh makan, tapi kalau taugeh ni boleh gagah lagi. Jadi, yang lain untuk makluman lah, ha ni…banyak lagi tujuh minit noh, nak luah apa lagi (seluruh Ahli Dewan tertawa)… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Mungkin ada YB.- YB. kita yang ada cadangan untuk nak membantu YB. Pedu.

Haa… hat ni satu lagi, satu dan dua dan tiga lagi lah. Satu lagi kita duk tengok zaman Covid-19, ini bab masjid lah bab masjid. Zaman Covid-19, pakat marah boleh masuk sembahyang 4 orang lah 8 orang 12 orang, tapi kita duk tengok lani hat dok bunyi tu pun tak sampai di masjid dah. Jadi, apa kata kita cadangkan supaya Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) atau siapa-siapa yang berautoriti, kita gunakan kaedah nak menyelamatkan masyarakat kita yang tak ke masjid untuk solat Jumaat, hat lain-lain tu tak apa lagi lah. Solat jumaat. Pasal kita duk turun di mana-mana masjid, rungutan daripada pegawai-pegawai masjid ni, ada yang tak pernah langsung sembahyang Jumaat, ada, sapa kata tak dak. Kalau pengalaman di Brunei tahun dua ribu berapa dah tak ingat dah, di Brunei diarahkan supaya setiap Jumaat mesti ada di masjid walaupun dia pakai seluar koyak pakai seluar pendek pun, mesti bagi dia ada dulu di masjid. Lama-kelamaan dia akan terikat dengan masjid. Tapi kaedah kita di sini mungkin kita boleh buat macam zaman Covid dulu, ada pendaftaran ka, ada thumbprint ka, apa tak kira lah, pasai benda tu tak berapa duit pun, duit masjid ni berlambak duk taruh RM70,000 RM80,000 dalam tabung masjid, guna pun dak pun. Tapi kalau kita ambil sedikit duit tu kita buat sistem untuk mengecamkan anak qariah tu hadir di masjid untuk solat Jumaat… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Ni, YB., berkaitan dengan masjid ni, ada satu lagi tambahan masjid kepada Padang Terap dan kebetulan di kawasan YB. sendiri tu. Jadi, masjid tu tok imam dia tu Pendang, anak qariah dia pun Pendang, tetapi terletak dalam kawasan Paksu (YB. Pedu), kawasan Pedu. Jadi ada masalah tak daripada segi nak sembahyang Jumaat ka, ataupun perlu kena buat cabutan bertuah ka apa ka untuk ni.

Alhamdulillah, Masjid Hujung Keton, Hujung Keton nama masjid fardu…apa tak ingat dah, baru masjid tu. Dia duduk dalam Daerah Padang Terap, anak kariah duduk Daerah Pendang tapi tok imam tu duduk Daerah Pendang alamat Pedu (dewan tertawa). Alhamdulillah apabila masjid daripada dalam Hujung Keton bila dipindah ke tapak baru ni, orang yang ada di sebelah KEDA Pong Selatan, apa semua tu, dia boleh berjamaah di situ. Jadi, masjid tu lagi ramai lah, dulu dia pakai satu kariah Kampung Hujung Keton saja, tapi apabila pindah di situ apa anak-anak kariah daripada KEDA Pong Selatan dan sebagainya Bendang Sing dan Lingcan semua tumpu kat situ, jadi alhamdulillah jadi masjid tu lani sekarang ni hidup dengan keadaan yang kelia lah… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Jadi untuk nak sembahyang Jumaat apa semua tu tak ada masalah?

Takdak masalah, alhamdulillah. Lebih ramai daripada masjid yang sebelum ni. Pasal dulu masjid sebelum, sebelum binanya masjid baru ni, masjid di Hujung Keton tu hanya buat Jumaat di tapak surau, jadi alhamdulillah. Apabila YB. Tuan Speaker sebut tadi, Masjid Hujung Keton ni dulu ada tanah 25 gelung, diwakafkan oleh hamba Allah. Apabila tidak diuruskan macam sebut tadi, lani tinggal 12 relung, telah dicuri orang lagi 13 relung. Yang Pedu sebut tadi supaya AJK masjid dan surau-surau dan apa semua yang harta wakaf ni, supaya dapat bubuh tanda, supaya jadi hak milik surau ataupun hak milik masjid supaya tak berlaku masalah di masa hadapan. Sikit saja lagi… (YB. Tokai mencelah)

Speaker

Silakan YB. Tokai…

YB. Pedu, saya nak mendapat penjelasan daripada YB. Pedu, berhubung dengan tanah kubur tadi ni, sebab setahu saya lah setiap tanah kubur tanah masjid, dia mesti berada di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), sekarang ni lah nah, itu mungkin dulu. Adakah jawatankuasa masjid ataupun kubur tersebut tidak mengesyorkan ataupun membuat satu keputusan bahawasanya kita kena pi ke pejabat tanah dan buat keputusan dengan pejabat tanah supaya ini tanah kubur hat semua orang, diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah? Dan satu lagi, bagi mereka yang berada di luar kariah tersebut, kalau sekiannya nak menggunakan ataupun nak mengabadikan jasad nya di kubur tersebut, dari kariah lain dia kena buat bayaran sikit lah supaya kita boleh gunakan duit tu sebagai wakaf untuk membeli tanah tersebut, kalau sekiranya masih belum berpunya. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih, YB. Tokai. Teruskan YB. Pedu.

Terima kasih YB. Tokai. Saya setuju dengan cadangan daripada YB. Tokai tu. Jadi sebab tu lah sebut tadi supaya benda tu akan bersama antara pegawai masjid dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Ingat masa tak dak pulak dah, banyak lagi.

Speaker

Tak banyak dah, tak banyak dah, hurm.

Adoi, cuma yang last lah. Untuk makluman… (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Buat penggulungan lah.

Semua Ahli Dewan ini, jadi Pedu, kemarin-kemarin, orang Pedu cakap kemarin lah, orang belah nu cakap petang semalam atau lebih kurang macam tu. Pedu dilanda ribut, jadi musibah itu melanda, setakat laporan tadi 153 buah rumah yang telah ditimpa musibah, jadi nak mohon lah kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk tengok-tengoklah supaya kita dapat (dewan tertawa)...dah nak minta kat siapa lagi, pak kita duk tang ni. Jadi, boleh lah untuk kita bincang untuk cara mana untuk kita menyalurkan sumbangan dan memperbaiki rumah, kedai dan sebagainya. Jadi FELDA berhubung ni buat masa ni, semua telah ditanam semula, jadi pendapatan tak dak. Jadi semua maknanya hanya ambil duit bulanan yang FELDA bagi tu untuk sara hidup, jadi selepas ni mungkin tak mampu lah untuk repair repair rumah tu. Jadi itulah, Pedu mengharapkan supaya kerajaan negeri dapat melihat sedikit sebanyak apa yang perlu kita bantu. Alhamdulillah hari ini kita, aa ada NGO dan apa daripada pusat khidmat dan sebagainya untuk gotong-royong memunggah pokok-pokok dan rumah-rumah yang berselerak di sekitar yang terlibat dengan apa nama puting beliung di FELDA Lubok Merbau kelmarin.

Jadi akhir sekali, nak jemput semua masyarakat di dalam Negeri Kedah dan seluruh Malaysia ni, hadir ke program camp dam, ‘DAM CAMP’, terkalih pulak dah (sambil tertawa)... yang akan berlangsung pada 17, 18, 19 haribulan April ni bulan empat ni, dan juga terima kasih kepada EXCO Pelancongan yang memberi banyak juga lah sumbangan untuk menjayakan program yang telah dianjurkan oleh anak muda

Padang Terap. Jadi sama-sama kita warwarkan supaya ada ‘oomph’ di Tasik Pedu, insya-Allah. Jadi, masa pun dah lebih seminit dah. Sekian saja, saya menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Pedu. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat - Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan semua yang ada, saya mengambil kesempatan ini nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah pun mengambil bahagian dalam persidangan kita pada hari ini, sama ada dalam bentuk soalan dan juga perbahasan. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat sekalian. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maka dengan ini Dewan ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi esok, terima kasih.

[Sidang Dewan ditangguh pada jam 4.30 petang]