Kelantan · 20 July 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 114 turns · 9,095 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Kelima, Dewan Negeri Kelantan Yang Keempatbelas Tahun 2022, Hari Ketiga.
I. … DOA. … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa…. [ SAMBIL BERDIRI ]
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Soalan-soalan Yang Diberitahu,
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Apam Putra.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Yang Dipertua, saya mohon soalan nombor 1. Soalan 1 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakan strategi Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kebergantungan ekonomi hanya kepada sumber cukai semata-mata. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, strategi Kerajaan Negeri di dalam mengurangkan kebergantungan kepada ekonomi sumber cukai adalah dengan memberi fokus kepada pelbagai hasil-hasil bukan cukai yang melibatkan income daripada punca-punca hasil baru yang telah dikenalpasti. Kebiasaannya ialah daripada yang disediakan daripada bayaran ataupun bayaran untuk perkhidmatan dan juga denda yang dikenakan. Ok terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Bunut Payong.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Speaker, saya mohon jawapan saya nombor 2. Terima kasih.
Soalan 2 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah status dan bagaimanakah perkembangan pelan pembangunan di Lembah Sireh yang dirangka pada fasa awal perancangan dan apakah perancangan kerajaan bagi mengurangkan kesesakan jalanraya di Lembah Sireh.]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada peringkat awal perancangan pembangunan Lembah Sireh menitik beratkan aspek pembangunan komersial. Walaubagaimanapun dengan perkembangan semasa terutamanya dengan apa yang berlaku di kawasan Kota Bharu, tumpuan pembangunan di Lembah Sireh bertukar kepada pembangunan bercampur ataupun mix development dengan adanya perumahan dan juga institusi-institusi pendidikan.
Pindaan terkini plan susur atur telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawal Selia, merancang dan menyelaras aktiviti pemajuan projek pembangunan Negeri Kelantan pada tahun lepas iaitu tahun 2021.
Merujuk kepada isu ataupun kesesakan jalan raya di Lembah Sireh secara umumnya kesesakan ini masih lagi terkawal kecuali pada masa-masa yang tertentu seperti musim perayaan dan juga musim cuti sekolah. Sebab utamanya kerana adanya terminal bas sementara yang ada. Kerana itulah dalam perancangan walaupun pada perancangan asal terminal bas ini memang hendak dibina di Lembah Sireh.
Tetapi setelah melihat kepada perkembangan dan membuat kajian dan pandangan daripada pelbagai aspek, kita bersetuju untuk membina terminal yang tetap diluar daripada Lembah Sireh ini sebagai salah satu cara untuk mengurangkan ataupun mengatasi kesesakan sepertimana yang kita lihat pada hari ini. Sebab itulah yang mana yang dijawab oleh Yang Berhormat Exco pelaburan semalam bahawa satu terminal bas yang tetap yang baru akan dibina di Tunjong dengan namanya KB Central. Ini salah satu daripada usaha ataupun perancangan kerajaan bagi mengurangkan kesesakan yang ada di Lembah Sireh. Terima kasih.
Bunut Payong.
Terima kasih jawapan daripada Exco Kerajaan Negeri, Timbalan Menteri Besar. Jadi sayanya melihat kepada, pada waktu-waktu cuti sekolah, cuti umum dan juga hari perayaan dan juga di sebelah petangnya, waktu balik daripada pejabat dan sebagainya masih lagi orang panggil kelihatan jem-jem ataupun kesesakan lalu lintas di situ.
Yang membimbangkan saya sebagai ADUN Bunut Payong apabila siapnya perumahan PRIMA enam blok di Lembah Sireh sana, kesesakan saya rasa akan meningkat dan seterusnya meningkat terutamanya di jalan masuk ke Lembah Sireh itu adalah cuma ada satu jalan sahaja di Tesco, Lotus dan sebagainya.
Yang membimbangkan saya lagi sebagai ADUN, perancangan awal, adakah melalui perancangan awal jalan sisi daripada Aeon itu, adakah jalan sisi yang telah yang, yang, yang akan dibina pada mulanya akan di apa, akan diberhentikan. Saya merasakan jalan sisi ke daripada Aeon ke Pasir Kota laluan memang dah ada dah situ adalah perlu untuk meleraikan kesesakan apabila perumahan PRIMA siap pada suatu hari nanti, In Shaa Allah, terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan memang peka dengan perkembangan ini dan kita memang membuat jangkaan kemungkinan akan berlaku kesesakan apabila perumahan PRIMA itu siap. Sebab itu kita sedang meneliti beberapa option yang ada untuk menguraikan trafik apabila rumah itu siap. Jadi ada dua tiga alternatif yang kita tengok dan mana yang munasabah dan lebih sesuai, In Shaa Allah mungkin ada jalan baru yang akan dibuka untuk memudahkan laluan.
Dipersilakan Yang Berhormat Limbongan.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pucuk ubi pucuk beko, dimakan bersama ulam pegaga, Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan saya nombor 3. Soalan 3: [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, jumlah keluasan tanah-tanah terbiar yang masih ada di Kelantan mengikut jajahan dan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi perkara tersebut.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﺮﲪﻦ ﻟ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Limbongan di atas pertanyaan berkenaan dengan tanah-tanah terbiar di jajahan-jajahan di Negeri Kelantan dan perancangan. Terlebih dahulu saya mohon izin untuk memaklum dan menjemput semua ADUN dan orang ramai untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Negeri Kelantan 2022 yang akan diadakan bermula besok hari 21 Julai 2022 sehingga 25 Julai 2022 bertempat di Pantai Irama Bachok, Kelantan.
[MENCELAH] Ada kambing golek ke Yang Berhormat? Ada kambing golek ke?
Ada, In Shaa Allah. Dia sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada para petani, penternak dan nelayan yang sentiasa berjuang membekal sumber makanan kepada kita semua.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada persoalan pembangunan tanah terbiar Negeri Kelantan. Definisi tanah terbiar merujuk kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan membawa maksud tanah darat atau sawah milik individu berkeluasan melebihi 0.4 hektar yang tidak diusaha dengan tanaman selama tiga musim atau lebih bagi tanah parcel padi atau selama tiga tahun atau lebih bagi tanah bukan parcel padi.
Mengikut rekod semasa Jabatan Pertanian Negeri Kelantan jumlah keluasan tanah terbiar yang ada di Negeri Kelantan adalah seluas 4814.70 hektar. Keluasan tanah terbiar mengikut jajahan seperti berikut.
Jumlah Jajahan Bil. Lot Luas (ha) Kota Bharu 188 154.2 Tumpat 142 113.6 Pasir Mas 527 510.3 Bachok 439 327.7 Tanah Merah 555 459.9 Machang 642 773.5 Jeli 299 681.7 Kuala Krai 411 1,021.7 Gua Musang 46 326.6 Pasir Puteh 441 445.5 Jumlah 3,690 4,814.70
Jumlah keluasan yang terbiar yang telah diusahakan sepanjang tahun 2006 sehingga 2022 ialah seluas 3320.09 hektar daripada jumlah 4814.7 hektar keseluruhan. Ini bermakna jumlah yang masih berbaki ialah 1484 hektar tanah terbiar yang diusahakan.
Bagi perancangan jangka pendek setiap tahun melalui peruntukan negeri dibawah Pembangunan Tanah Terbiar diperuntukkan sebanyak RM600 ribu dibawah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk diagihkan ke daerah-daerah bagi tujuan tersebut. Silling bagi Program Tanah Terbiar adalah sebanyak RM20 ribu per hektar. Melalui program ini pihak Jabatan
Pertanian akan mengenal pasti permohonan dan daripada para petani yang betul-betul layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan untuk dibangunkan dengan tanaman yang sesuai.
Skop tanaman keutamaan diberi kepada komuditi yang tersenarai dibawah majlis tindakan ekonomi negara seperti kelapa, durian. Bagi tanaman kekal digalakkan untuk menanam tanaman selingan sementara menunggu hasil. Contohnya durian dengan selingan tembikai.
Projek yang menjadi ikon pembangunan tanah terbiar di Negeri Kelantan ialah tanaman kelapa di Gong Tengah Semerak seluas 16 ekar, tanaman durian di Kampung Chekir, pisang menggala di Pasir Puteh, tanaman limau cukung di Kampung Air Canai di Tanah Merah.
Melalui Jawatankuasa Induk Pertanian Induk Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, kesemua Yang Amat Berusaha Ketua Jajahan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa bagi menyelaras dan memantau agenda Pembangunan Tanah Terbiar Pertanian di setiap jajahan di seluruh Kelantan. Sekaligus mengenal pasti dan melengkapkan data kawasan tanah terbiar yang terkini.
Pihak Jabatan Pertanian akan bersama dengan Pejabat Tanah Dan Jajahan untuk mengenal pasti lot-lot tanah terbiar yang ada untuk dibuat pertemuan antara pemain-pemain industri dalam sektor pertanian dengan pemilik tanah untuk dibangunkan kawasan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, melalui program gerakan pertanian Al-Falah pondok dan tahfiz, kerajaan menyediakan peruntukkan sebanyak RM200 ribu setiap tahun bagi membangunkan projek pertanian dan penternakan dalam usaha membangunkan tanah-tanah terbiar di kawasan pondok-pondok dan pusat tahfiz. Sebagai contoh madrasah ataupun pondok Dihniyah Falahiah, pondok dalam rumah Bukit Awam Pasir Puteh membangunkan tanah terbiar untuk tanaman tembikai seluas 6 ekar. Pondok Gelang Emas, Tendong ternakan biri-biri, pondok Quran Sungai Skir Pasir Dusun, Jeli projek tanaman petegasi sayuran seluas 4 ekar. Pondok Mukim Kandis atau pusat pondok, Bachok dengan tanaman harum manis seluas 2 ekar. Madrasah Rahmaniyyah Darul Quran Neting Pengkalan Kubor dengan ternakan lembu kampung seluas
4 ekar. Pondok Sungai Durian dengan pembangunan kolam ikan seluas satu ekar.
Kerajaan mengharapkan kerjasama semua peringkat bagi mengambil peluang dan ruang dan membangunkan tanah-tanah yang belum dibangunkan yang sesuai dengan pertanian. In Shaa Allah dengan kerjasama semua pihak tanah-tanah terbiar akan dibangunkan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
Limbongan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih di atas penjelasan daripada Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya ialah adakah pihak kerajaan berhasrat untuk memberi latihan dan juga pendedahan kepada golongan muda khususnya dalam mereka mengusahakan tanah-tanah yang terbiar ini khususnya akhir-akhir ini kita melihat ramai anak muda khususnya yang terpelajar ataupun lepasan universiti gagal mendapat pekerjaan masing-masing.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Limbongan. Memang kita sentiasa membuka ruang kepada semua para pemuda pemudi, golongan muda untuk sama-sama membangunkan sektor pertanian yang mana kursus untuk mereka khas disediakan bersama dengan beberapa agensi dan jabatan. Di bawah KADA contohnya kita khususkan kursus-kursus bersama dengan jabatan, agensi Negeri dan Persekutuan, KADA, FAMA, MARDI Dan sebagainya. Berkaitan dengan projek agro muda yang sangat banyak sebenarnya peluang kepada para pemuda untuk membangunkan sektor pertanian.
Juga dibawah Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd kita membuat kursus berskala iaitu Agri Bio Class berkenaan dengan kursus Fertigasi, Kursus Hidroponik, kursus Aguaponik dan sebagainya. Dan kursus penternakan dibawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan kursus-
kursus berkaitan dengan aquakultur dan penternakan ikan sangkar akan dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Negeri Kelantan.
Saya mengalu-alukan semua para pemuda kita untuk sentiasa peka dengan sebaran-sebaran melalui website dan laman web jabatan masing-masing untuk menyertai kursus-kursus tersebut untuk melayakkan mereka sebenarnya memohon sumbangan-sumbangan dan peruntukkan daripada pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sekian terima kasih.
Gaal.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada tanah-tanah terbiar saya ingin merujuk kepada tanah yang telah dimiliki oleh Kelantan Biotech di daerah Gong Datok yang masih lagi terbiar. Soalan saya ialah sejauh manakah pemajuan yang telah dilaksanakan oleh pemajak-pemajak di kawasan tersebut dan berapakah pemajak yang telah memiliki tanah kawasan tersebut dan adakah ianya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat untuk sama-sama menjana ekonomi mereka. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Gaal. Sebenarnya Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd telah memajak lah atau dipajak sewa, sewa pajak dengan Pejabat Tanah Pasir Puteh satu kawasan di daerah Gong Datok seluas 150 ekar untuk pembangunan pertanian, perternakan, perikanan dan agro-tourism. Jadi setakat ini pihak Kelantan Biotech telah memulakan dengan beberapa projek, antaranya ialah projek pembangunan Makmal Inovasi Kelulut Darul Naim atau MIKDAM yang kedua selepas dibangunkan di Pasir Pekan yang dalam proses hampir siap yang In Shaa Allah akan beroperasi di hujung tahun ini.
Dan mengikut yang kita maklum, pada tahun 2021 ada 3 pelabur.. pelaburan yang telah diluluskan di atas tanah seluas 10 ekar untuk projek bersepadu pertanian organik dan kebun nenas. Dan pada tahun 2023, 3 lagi pelabur telah diluluskan di atas tanah seluas 8 ekar untuk tanaman projek pembangunan untuk dedak haiwan iaitu ramuan raw-material kepada makanan ternakan, pokok ramunggai dan sebagainya. Pertanian fertigasi dan juga untuk taman ataupun pusat ternakan kelulut. Begitu lah In Shaa Allah beberapa projek yang sedang dijalankan ini akan beri peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khususnya dan mereka yang berminat untuk melabur masih ada ruang bagi pihak-pihak yang membuat persiapan dengan kesesuaian tanah In Shaa Allah akan dirunding bersama dibawah Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd. Sekian terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pantai Irama.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 4.
Soalan 4 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan jumlah rumah dhuafat mengikut jajahan yang dibina dari tahun 2019 hingga 2021. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada ADUN Pantai Irama. Jumlah keseluruhan rumah dhuafat untuk tahun 2019 hingga 2021 bagi pembinaan rumah baru adalah sebanyak 477 buah rumah dengan kos sebanyak RM 19,912,000.00 dan untuk baiki rumah sebanyak 1,980 buah dengan kos sebanyak RM 15,428,269.50. Ringkasan jumlah rumah dhuafat mengikut jajahan adalah seperti berikut iaitu di Kota Bharu 119, Pasir Mas 51, Tumpat 35, Tanah Merah 60, Bachok 41, Pasir Puteh 47, Machang 35, Kuala Krai 50, Jeli 33 manakala Gua Musang adalah 6 buah, berjumlah 477. Manakala untuk baiki rumah pula, Kota Bharu 487, Pasir Mas 291, Tumpat 231, Tanah Merah 93, Bachok 110, Pasir Puteh 119, Machang 107, Kuala Krai 108, manakala Jeli 54, Gua Musang 380.
Untuk pengetahuan semua sebagai maklumat tambahan tahun ini Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan berjumlah RM 55.380 juta untuk pembinaan rumah dhuafat bagi tahun 2022 dan kita juga dibantu oleh MAIK yang telah membantu kita membina rumah lebih kurang jumlahnya 519 buah pada tahun yang demikian. Terima kasih.
Sila Pantai Irama.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih pihak kerajaan yang telah menyampaikan ataupun jawapan daripada soalan daripada jawapan kerajaan tadi. Daripada jumlah yang disebut tadi kita dapat gambarkan bahawa telah banyak rumah.. banyak buah rumah setiap tahun telah dan mungkin telah menghampiri 40% daripada keseluruhan miskin tegar B40 keseluruhan Kelantan. Dan soalan saya nya apakah kerajaan bercadang untuk tempoh-tempoh akan datang kita perluaskan penerimanya kepada kategori miskin yang mungkin dengan kaedah bayaran separuh dan ditanggung separuh oleh penerima yang
ianya boleh memperbanyakkan penerima daripada kalangan kategori miskin. Terima kasih.
Terima kasih kepada Pantai Irama. Tentang pertambahan peruntukan ataupun perubahan kepada cadangan rumah dhuafat ianya boleh dikemukakan kepada pihak kerajaan untuk kita pertimbangkan sekiranya pendapatan kerajaan itu lebih kemungkinan besar cadangan ini dapat dipertimbangkan. Terima kasih.
Galas.
Terima kasih. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan kos pembinaan rumah baru dhuafat ini . Kita tahu bahawa pihak kerajaan telah menetapkan harga syiling iaitu sebanyak RM 55,000 per rumah. Saya mendengar rungutan daripada pihak kontraktor berkenaan dengan harga dek kerana kenaikan kos barang dan kos upah akhir-akhir ini. Justeru, soalan tambahan saya apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk melihat kembali harga syiling yang ditetapkan sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Galas. Kita menyedari bahawa terdapat kenaikan kos pada harga barang akhir-akhir ini. Jadi In Shaa Allah kemungkinan besar untuk kos pada tahun hadapan pihak kerajaan akan mempertimbangkan mengikut kepada keadaan yang sebenar kerana kita faham bahawa kos ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sebagaimana kita maklumkan bahawa dalam pembinaan rumah dhuafat spesifikasinya ialah 3 bilik dan keutamaan diberikan kepada miskin tegar sahaja. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kemuning.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan bagi soalan saya nombor 5. Terima kasih. Soalan 5 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah perkembangan terkini Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai khususnya pakej daripada Ketereh ke Bukit Tiu dan bilakah dijangka siap sepenuhnya. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kemuning. Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya untuk menjawab soalan tambahan kelmarin daripada Yang Berhormat Galas. Soalan yang dikemukakan ialah jalan-jalan di pintu masuk ke Kelantan, apakah perancangan kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak tersebut. Yang Berhormat Dato’ Speaker, jawapannya ialah sememangnya lah strategi JKR Negeri Kelantan untuk penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan telah memberi fokus kepada laluan utama yang menjadi pintu masuk ke Negeri Kelantan. Terdapat 3 jalan utama yang menjadi
pintu masuk ke Negeri Kelantan iaitu laluan FT 003 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu, laluan FT 008 Jalan Gua Musang ke Kota Bharu dan FT 004 Jalan Gerik Jeli.
Kerja-kerja penyelenggaraan ini telah diletak dibawah Syarikat Konsesi Road Care Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, bagi mana-mana jajaran yang melibatkan projek pembinaan seperti Central Spine Road (CSR) sepanjang 35 kilometer di Gua Musang dan projek pembinaan fly-over Wakaf Bharu telah diletakkan dibawah Pasukan Projek Untuk Diselenggara.
Berdasarkan pemeriksaan dianggarkan keperluan peruntukan untuk menyelenggara jalan persekutuan sepanjang 1400 kilometer adalah berjumlah RM 350 juta setahun berbanding kelulusan peruntukan sekitar RM 75 juta setahun.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2021 jalan masuk ke Kelantan melalui Gua Musang iaitu laluan FT 008 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan telah mengenal pasti 20 lokasi kerosakan. Kerosakan jalan dengan anggaran kos pembaikan sebanyak RM 16.70 juta tetapi kelulusan diperolehi hanya melibatkan 4 lokasi dengan kos sebanyak RM 2.85 juta. Jalan masuk ke Kelantan melalui Gerik iaitu laluan FT 004 sejumlah 10 lokasi kerosakan dengan kos sebanyak RM 8.325 juta telah dipohon tetapi kelulusan yang diperolehi hanya lah melibatkan 7 lokasi dengan jumlah peruntukan RM 5.76 juta. Manakala jalan masuk ke Kelantan melalui Terengganu iaitu laluan FT 003 sejumlah 6 lokasi kerosakan dengan anggaran kos pembaikan sebanyak RM 3.75 juta telah dipohon tetapi kelulusan diperolehi hanya melibatkan sejumlah 4 lokasi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 2.53 juta.
Manakala bagi tahun 2022, jalan masuk ke Kelantan melalui Gua Musang iaitu laluan FT 008 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan telah mengenal pasti 16 lokasi kerosakan jalan dengan anggaran kos pembaikan sebanyak RM 14.90 juta tetapi kelulusan diperolehi hanya melibatkan 3 lokasi dengan kos sebanyak RM 2.55 juta. Jalan masuk ke Kelantan melalui Gerik pula iaitu laluan FT 004 sejumlah 8 lokasi kerosakan
dengan kos sebanyak RM 8.0 juta telah dipohon tetapi kelulusan diperolehi hanya lah melibatkan 5 lokasi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 4.70 juta. Manakala jalan masuk ke Kelantan melalui Terengganu iaitu laluan FT 003 sejumlah 7 lokasi kerosakan dengan anggaran kos sebanyak RM 5.75 juta telah dipohon tetapi kelulusan diperolehi hanya melibatkan 1 lokasi yang jumlah peruntukan sebanyak RM 0.85 juta.
Secara umumnya, masih lagi terdapat 22 lokasi pembaikan jalan dengan kos sebanyak RM 20.55 juta yang diperlukan, yang perlu dibaiki untuk membolehkan jalan masuk utama ke negeri Kelantan berada dalam keadaan sempurna adalah diharapkan peruntukan ini dapat diluluskan oleh pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia. Terima kasih.
Jawapan kepada soalan nombor 5 daripada Yang Berhormat Kemuning ialah untuk Projek Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai Pakej 2B Ketereh ke Kok Lanas status terkini adalah Unit Projek Khas ECER 3 telah mengeluarkan Notis Tujuan Penamatan Pengambilan Kontrak disebabkan oleh kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja yang sepatutnya dijadualkan siap pada 05.05.2022. Manakala bagi Pakej 2C & 3A Kok Lanas ke Bukit Tiu kemajuan kerja adalah 2.78% jadual berbanding 2.92% sebenar dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac tahun 2025. Terima kasih.
[ DATO’ TIMBALAN SPEAKER MENGAMBIL ALIH TEMPAT DATO’ SPEAKER. ]
Sila Kemuning.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco yang telah memberi jawapan walaupun jawapannya agak lambat sampai kerana banyak jalan yang rosak. Soalan tambahan saya apakah jaminan pihak kerajaan berhubung dengan projek-projek yang disebut tadi akan dapat disiap dalam jangka
masa yang ditetapkan kerana kalau kita lihat pengalaman kepada pakej 10 kilo daripada Bukit Tiu ke Berangan Mek Nab yang pernah saya timbulkan dalam Sidang Dewan yang penggal yang lalu bahawa pakej ini akan disiapkan pada tahun 2018. Tetapi sampai sekarang pun masih tidak ada apa-apa perubahan daripada Bukit Tiu ke Kg. Berangan Mek Nab yang kerajaan negeri yang menguruskan pada peringkat awalnya.
Dan berbagai-bagai halangan yang kita dengar daripada pihak kerajaan berhubung dengan projek ini. Jadi apakah jaminan kerajaan bahawa projek yang disebut tadi 2-3 pakej tadi dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan dan apakah perkembangan yang terkini lah berhubung dengan pakej daripada Bukit Tiu ke Berangan Mek Nab. Kita harap projek ini dapat disegerakan In Shaa Allah. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan Kemuning. Untuk makluman Yang Berhormat, kita pelantikan kontraktor yang dibuat oleh kerajaan kita menilai keupayaan kontraktor itu mengikut kapasiti dan keupayaan pengalaman dia, kewangan dan sebagainya. Jadi pihak kerajaan pengambilan kontraktor itu kita merasakan tepat mungkin ada masalah lain yang menyebabkan berlaku kelewatan tapi doakan lah supaya projek lebuhraya kita ini disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, satu Jawatankuasa Pemantauan Projek yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ayer Lanas, kami sentiasa bermesyuarat setiap sebulan sekali untuk memantau pelaksanaan projek-projek yang dibawah Kerajaan Kelantan termasuk dengan lebuhraya ini lah. Jadi doakan lah supaya projek ini disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Itu sahaja yang kita harapkan. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Tendong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan untuk soalan nombor 6.
Soalan 6 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, sejauhmanakah usaha-usaha kerajaan dalam penyediaan padang-padang bola awam di setiap DUN dalam negeri Kelantan. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Tendong. Soalan ini saya jawab sekali dengan soalan 18. Jadi Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana dimaklumi telah dipilih sebagai tuan rumah SUKMA yang ke-22 pada tahun 2026 nanti. Jadi banyak lah infra dan kemudahan sukan yang perlu disiapkan termasuk mengadakan kompleks sukan bagi tujuan penganjuran tersebut. Jadi bagi melengkapkan kemudahan infra-infra sukan tersebut, pihak kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan permohonan kepada Kementerian Belia Dan Sukan di dalam senarai cadangan projek Rolling Plan ke-3 dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) untuk mewujudkan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) di setiap daerah dan jajahan di Negeri Kelantan dan juga termasuk infra-infra yang lain.
Jadi setakat ini Alhamdulillah Jeli telah diluluskan oleh pihak kerajaan untuk pembinaan kompleks sukan iaitu Kompleks Sukan Bandar Jeli yang akan dibina tidak lama lagi dengan peruntukan sebanyak RM 28.59 juta. Manakala untuk kemudahan padang bola pula setakat ini kerajaan telah
meluluskan untuk bina barunya satu di Mukim Teluk Mesira (DUN Tawang) dengan kos sebanyak RM 500 ribu dan satu juga diluluskan untuk naik taraf bina padang perdana dengan kos sebanyak RM 500 ribu.
Teluk Mesira yang pertama lah ?
Haa yang pertama.. yang pertama. Padang perdana ni naik taraf dan juga Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk naik taraf juga sebanyak RM 5 juta. Terima kasih.
Galas. Sila.
Terima kasih juga kepada jawapan Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan senarai padang-padang yang seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Exco tadi antaranya ialah Padang Pusat Sivik Gua Musang yang dikatakan sudah ada dalam perancangan RMK 12. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanyakan berkenaan dengan status di Rolling Plan yang ke berapakah dalam pengetahuan Yang Berhormat projek ini akan dilaksanakan.
Yang keduanya ialah berkenaan dengan padang di kawasan masyarakat orang asli. Saya telah pun membangunkan sebuah padang kegunaan awam di Brooke Lama. Justeru, adakah pihak kerajaan punyai perancangan untuk turut membantu menaik taraf padang Brooke Lama ini untuk dijadikan sebagai padang awam untuk masyarakat orang asli bagi kawasan Lojing, Brooke dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Galas. Jadi sebagaimana yang telah dimaklumi tadi saya pun pada 14 Julai yang lalu, 4-5 hari lepas dipanggil oleh Yang Berhormat Menteri untuk memuktamadkan pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau. Dalam pertemuan tersebut juga saya mengajukan permohonan senarai yang telah kita angkat dan dipohon supaya bajet akan datang tu disenaraikan peratusnya kepada Negeri Kelantan. Maknanya 100% tu sekurang-kurangnya Kelantan ni yang ketinggalan, disebut Kelantan ni ketinggalan 30 tahun sepatutnya digandakan peratus sekurang-kurangnya 30% kerana kita faham di Kelantan ni kekurangan padang bola termasuk infra-infra lain.
Jadi In Shaa Allah lah Yang Berhormat Menteri kata dia akan beri perhatian termasuk padang sivik yang disebut tadi sudah ada dalam senarai kita dan di tempat-tempat lain lah untuk kita beri perhatian. Tujuannya untuk kita memudahkan pelan pembangunan infra dan juga pelan pembangunan atlet kita untuk berdepan dengan SUKMA yang ke-22 2026 nanti dimana kita mengharapkan sebagai tuan rumah ni kito tidok duk bowoh lah dan kita meletakkan target sekurang-kurangnya kita berada di empat teratas. Sekian terima kasih.
Pantai Irama. Sila..
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih.. dan saya ucap tahniah syabas kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan terima kasih kerana memberi keutamaan kepada Teluk Mesira dalam pembinaan padang bola awam.
Pengerusi Kelab Penyokong...
Soalan saya nya...
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan.. tahniah.
Soalan saya nya sejauh mana status permohonan penambahbaikan padang bola awam di Tangok berhampiran UMK. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker, Pantai Irama.. semuanya dalam perhatian kerajaan disenaraikan dalam perhatian. Tunggu giliran lah dan bajet yang disediakan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 7.
Soalan 7 :
[ Minta YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan apakah perancangan pihak kerajaan bagi memastikan Pegawai Dakwah Halaqat dapat berfungsi dengan lebih baik serta dapat berperanan bagi membimbing masyarakat dan nyatakan program yang telah di atur untuk meningkatankan kerjaya mereka. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ل ﺗﻌﺎ ﷲ ل ﻗﺎ
ِ ِ ِ ◌ ِ ِ ِ ِ ِ ﻲ ﻫ ﻟﱠﱵ ﺎﺑ ﻢ ﳍ دِ ﺎ ﺟ ﺔ ﻨ ﺴ ﳊ ا ﺔ َ ﻈ ﻋ ﻮ ﻤ ْ ﻟ ﺔ ﻤ ﻜ ْ ِْ ﳊ ﺎﺑ ﻚ ﺑ ﻴﻞ ِ ﺒ ﺳ ﱃ إِ ُْ ِادْعُ َ َ ِّ َٰ َ ْ َ وَ َ َْ ْ َ وَا َ رَ َ ◌ ِ ِ ِ ◌ ﻢ َ ﻠ ﻋ أَ ﻮ ﻫ ﻪ ﻴﻠ ﺒ ﺳ ﻦ ﻋ ﺿ ﻦ ﲟ ﻢ َ ﻠ ﻋ أَ ﻮ ﻫ ﺑﱠﻚ إِن ﱠ ﻦ ﺴ ﺣ ْ ﻞﱠ َ َِ ْ َ ُأَ َ ُ وَ َ ْ َ ْ ُ َ ُ رَ ُ َ ْ ِ ﻳﻦ ﺪ ﺘ ﻬ ﻤ ْ ﻟ ﺎﺑ ِ َ َ ْ ُ
(Surah An-Nahl, Ayat 125)
Maksudnya : Seru lah pada jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat-nasihat yang baik dan berhujah lah dengan mereka yang kamu seru itu dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhan kamu Dia jua lah yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang sesat daripada jalan Allah dan juga orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga kepada Yang Berhormat Pulai Chondong yang mengemukakan soalan. Bagi mempertingkatkan pegawai dakwah halaqat dan pembantu pegawai dakwah dapat berperanan dengan lebih baik bagi membimbing masyarakat, pihak Halaqat Negeri Kelantan telah menganjurkan
beberapa siri kursus penyampaian berkesan dengan kerjasama Institut Tok Guru Bentara Setia (IPTG) pada tahun 2019.
Pada tahun 2021, anggota Halaqat telah mengikuti kursus dakwah media baru di H Elite Hotel, Tunjong sebanyak 2 siri. Pada 26 Mei 2022, anggota Halaqat dan Mudarris Program Membina Generasi Solat (MGS) telah menghadiri seminar satu hari bertempat di Dewan Utama Markaz Dewan Ulama, Labok, Machang Kelantan.
Bermula awal tahun 2022, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dengan kerjasama pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah menganjurkan kelas pengajian tafaqquh fiddin kepada pegawai-pegawai Halaqat seluruh Negeri Kelantan. Program ini dilaksanakan di 4 zon bagi pegawai-pegawai dari Gua Musang, Kuala Krai dan Machang. Program ini diadakan di Pejabat Agama Jajahan Kuala Krai. Bagi pegawai daripada Tanah Merah, Pasir Mas, Jeli dan Rantau Panjang kelas pengajian ini diadakan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah. Manakala bagi pegawai-pegawai dari Pengkalan Chepa, Tumpat, Kota Bharu dan Kubang Kerian kelas ini diadakan di Dewan Peperiksaan Atas, Dewan Besar Balai Islam, Lundang. Bagi pegawai dari Pasir Puteh, Bachok dan Ketereh kelas pengajian ini diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri.
Pengajian ini akan tamat pada Oktober tahun ini dan peserta akan dikurniakan sijil khas daripada KIAS dimana mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk menyampaikan dakwah yang berkesan kepada masyarakat. Yang pertama, pertambahan ilmu itu penting yang tidak ada sesuatu dia tidak akan dapat ﻻﻳﺆﺗﺔorang اش ﻓﺎﻗﺪ beri sesuatu kepada orang lain. Dalam Al-Quran ayat yang saya baca sekejap tadi cara dakwah disebut 3, yang pertama ِ ِ ﺔdengan ﻤ ﻜ ْ ِْ ﳊ ﺎﺑ َ hikmah, hikmah dalam Bahasa Melayu pun hikmah. Ibnu Jarir menyebut makna hikmah, hikmah itu ialah apa yang ﻟﺴﻨﻪ, و ب ﻟﻜﺘﺎ ﻣﻦ ﻟﻴﻪ ء ﻪﻠﻟ ﻧﺰﻟﻪ ا ﻣﺎ
Allah turunkan kepada nabi kita daripada Al-Quran dan Sunnah. Itulah hikmah. Itu cara pengajaran.
Yang kedua, Mawaiz Al-Quran. Mawaiz Hasanah itu ialah pengajaran-pengajaran yang disebut dalam Al-Quran. Itu lah yang disebut pengajaran yang baik. Dan yang ketiga, ِ ِ ﻦbermujadalah, ﺴ ﺣ أَ ﻲ ﻫ ﻟﱠﱵ ِ ﺎﺑ ﻢ ﳍ دِ ﺎ ﺟ ُ َ ْ َ ْ ُْ َ وَ berhujah dengan cara yang terbaik. walaupun kita nak ﻟﻪ د ﺠﻤﻟﺎ ا ق ﺗﺮ ﺎﺑﺣﻦ berhujah dengan orang yang kita nak sampaikan dakwah kepada mereka tetapi hujah mesti lah hujah dengan cara yang baik dengan ﻟﻠﻴﻨﻤﻦ وا ﻟﺮﻓﻖ ا lemah lembut. Dan ini lah yang kita terapkan dalam kelas pengajian tafaqquh fiddin yang kita anjurkan dengan kerjasama di antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan juga pihak KIAS.
ﻋﻠﻢ أ ﷲ و
Silakan Pulai Chondong.
Halaqat ini merupakan satu agensi ataupun sesuatu yang banyak membantu masyarakat dari segi fahaman tentang agama dan sebagainya. Soalan tambahan saya ialah adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengenengahkan lebih ramai ulama-ulama muda yang lahir daripada KIAS, Mesir, Jordan dan sebagainya untuk memberi lebih impak kepada masyarakat tentang kefahaman. Bukan saya nak mengecilkan ulama-ulama yang telah berumur tetapi rasa perlu diketengahkan ulama-ulama muda sebagai pelapis. Dan ulama muda ni rasa dia lebih kontemporari dan boleh melihat isu-isu untuk diberitahu kepada pendengar. Sekian terima kasih.
Pihak kerajaan sentiasa memberi peluang termasuk kepada ulama-ulama muda cuma pengalaman kita yang berlaku bila mati pegawai dakwah halaqat nak cari pengganti tu payoh orang muda taknak menjawat jawatan ini, ini masalah. Sekarang pun masih ada kekosongan jawatan dalam unit dakwah halaqat ini. Orang muda kurang berminat. Kalau ada kekosongan kita minta ulama-ulama muda ini buat permohonan terbuka In Shaa Allah yang ada kelayakan kita akan pertimbangkan In Shaa Allah.
Wakaf Bharu silakan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, jadi Alhamdulillah dimana pegawai Halaqat telah melaksanakan tugas iaitu menyampaikan dakwah kepada rakyat di Negeri Kelantan. Cuma soalan tambahannya ialah apakah kerajaan melaksanakan penyelarasan isu-isu yang berlaku di kalangan masyarakat hari ini sebagai contoh gejala yang berlaku hari ini iaitu judi melalui gajet melalui telefon yang melibatkan lapisan umur. Jadi apakah kerajaan selaras dari segi penyampaian yang melibatkan semua halaqat supaya mesej ini sampai kepada masyarakat termasuk juga di pihak MAIK sendiri. Sekian terima kasih.
Ye kita sentiasa peka dengan isu-isu semasa, penyelarasan sentiasa dibuat. In Shaa Allah maklumat-maklumat ini akan disampaikan oleh
pegawai-pegawai kita lah untuk membendung gejala-gejala yang tidak sihat yang berlaku dalam masyarakat kita khususnya di zaman dunia terbuka ini. Dunia terbuka ini kalau tidak ada penapisan dalam diri kita, iman dalam diri kita memang agak susah sikit lah. Sebab itu nabi sebut “Istafti qalbaka” kamu minta fatwa dari hati kamu sendiri. Jadi kalu takdok penapisan dalam hati ini agak susah.
Walau bagaimanapun, kita terpaksa menghadapi suasana yang ada hari ini kita semua kena berperanan lah, bukan sahaja bahagian dakwah halaqat ini semua tanggungjawab kita. ﺑﻴﺪﻩ ﻓﻠﻴﻐﲑﻩ ا، ﻣﻨﻜﺮ ﻣﻨﻜﻢ رأى ﻣﻦ
Silakan Tawang.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Soalan tambahan… apakah punca-punca yang menyebabkan ulama-ulama muda ini tidak berminat untuk menyertai sektor dakwah halaqat ini ? Minta kerajaan terangkan. Sedangkan kalu pah ko Sabah dia sanggup gi tapi apabila ditawar jawatan halaqat… dia tidak berminat. Minta kerajaan terangkan secara terperinci.
Ini sepatut Tawang perlu kemukakan soalan kepada ulama muda lah, saya ni tua dah. Jadi mungkin peluang-peluang di tempat lain ni agak lebih baik barang kali lah, agak lebih baik. Jadi kita tidak menghalang bila ada peluang di tempat lain, mereka boleh berkhidmat di tempat yang lain.
Cuma dari segi pandangan agama ni kita semua ni sama ada kita menjawat jawatan ataupun tidak tetapi peranan kita sebagai dai mesti
diteruskan. Jadi mungkin elaun yang kita tawarkan kepada pegawai-pegawai kita ni tidak setanding dengan jawatan-jawatan tetap lah. Ini kita akui lah sebab kita ni bukan jawatan tetap, ini kita bagi elaun sahaja, tidak tetap dan tidak berpencen. Tapi bagi mereka yang ingin menyampaikan dakwah kepada masyarakat, ruang yang ada mereka boleh gunakan. ﻋﻠﻢ أ ﷲ و
Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 8. Soalan 8 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah usaha–usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Kempen “Tane Nyor Al-Falah” mencapai sasarannya. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Merujuk kepada Pelan Strategi Pertanian Negeri Kelantan 2021-2025, kerajaan berhasrat
memperkasakan tanaman sumber kekayaan baru negeri dengan sasaran meluaskan lagi kawasan tanaman kelapa dengan variati baru yang keberhasilan tinggi.
Strategi yang telah ditetapkan adalah mewujudkan Zon Tanaman Kelapa Negeri Kelantan bagi jajahan Bachok dan Tumpat serta jajahan lain yang terpilih. Untuk makluman dibawah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 160 ribu setahun bagi pembangunan industri kelapa. Manakala kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM 150 ribu khusus bagi pelaksanaan program Kempen “Tanam Nyor Al-Falah” atau tanam kelapa pada tahun 2021 dan sebanyak RM 150 ribu pada tahun 2022 yang melibatkan 13 DUN setiap tahun. Kempen ini mensasarkan 100 orang penerima di setiap DUN terpilih dan peserta akan menerima 5 biji benih kelapa sama ada kelapa pandan atau mawar atau kelapa matag atau malayan yellow dwarf iaitu kelapa kuning renek Malaysia beserta dengan 10 kilo baja daripada Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk ditanam di sekitar kawasan tanah terbiar ataupun kebun.
Program ini melibatkan 2 fasa. Fasa pertama ialah fasa pengenalan melalui Kempen “Tane Nyor Al-Falah” untuk keseluruhan DUN dalam Negeri Kelantan. Fokus permulaan yang di kawasan utama tanaman kelapa Negeri Kelantan iaitu jajahan Tumpat dan Bachok. Fasa kedua adalah membina dan membantu pekebun kelapa sedia ada ataupun yang sedang membangun. Fokus bantuan mensasarkan kepada sekurang-kurangnya satu DUN seorang pekebun kelapa. Syarat utama penerima adalah pekebun yang masih menjalankan aktiviti, kebun atau ladang tanaman kelapa secara intensif. Peruntukan yang disyorkan bagi pekebun yang berjaya adalah sekurang-kurangnya RM 5000 dengan cadangan pemberian 110 anak benih kelapa dan baja untuk bantuan satu ekar.
Jadi kita mengharapkan pihak rakyat dan pekebun lah yang akan memastikan setiap peruntukan kerajaan ini dijayakan dengan sebaik-baiknya. Dalam jangka masa panjang setelah berjalannya fasa pertama dan kedua, kita akan mewujudkan pusat industri hiliran kelapa di lokaliti
yang terpilih. Kita kesemua 45 DUN menjalankan kempen ini jangkaan perolehan biji kelapa pada tahun 2030 adalah sebanyak 3 375 000 biji kelapa bersamaan dengan nilaian kewangan RM 4 657 500 sekali gus mencapai hasrat untuk menjadikan sektor pertanian dan juga industri makanan ke arah menjayakan misi Kelantan sebagai jelapang makanan negara. Sekian terima kasih.
Silakan Yang berhormat Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan bagi soalan saya nombor 9. Terima kasih.
Soalan 9 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, berapa kawasan tanah yang telah diambil serta diuruskan oleh Pesuruhjaya Tanah Kelantan (PTK) sehingga kini serta berapa banyakkah hasil yang telah diperolehi oleh pihak kerajaan melalui pengambilan ini. ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman ahli Yang Berhormat sehingga kini sebanyak 174 hak milik dengan keluasan 8467.87 hektar telah didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Kelantan. Manakala perolehan hasil daripada hak milik ini ialah sebanyak RM 16 125 503. Terima kasih.
Sila Galas.
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya difahamkan antara objektif PTK ini ialah untuk menggantikan kembali tanah-tanah rizab Melayu yang kita peruntukkan ke perumahan dan sebagainya. Justeru, setakat hari ini berapa banyak kah tanah rizab Melayu yang telah kita berikan untuk tujuan-tujuan perumahan dan sebagainya serta berapa banyak kah yang telah kita kumpulkan kembali melalui PTK ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan ini memerlukan data dan angka. Jadi saya perlukan notis.
Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Lanas.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya soalan nombor 10. Terima kasih. Soalan 10 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, status terkini ladang solar di Danau Tok Uban dan sumbangan projek ini kepada negeri Kelantan. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Ayer Lanas di atas soalan mengenai dengan ladang solar di Danau Tok Uban. Yang Berhormat Dato’ Speaker, projek solar terapung di Danau Tok Uban berkapasiti 60MW ini mula dibangunkan oleh Cypark Resources Berhad dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings (KUM) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada awal tahun 2021 lagi. Projek ini bernilai RM 500 juta.
Sehingga 1 Jun 2022, peratusan kemajuan keseluruhan projek adalah 80% di mana 90% daripada pemasangan pulau solar telah selesai dan juga Bangunan Operasi dan Penyelenggaraan masih lagi dalam pembinaan. Projek ini dijangka siap In Shaa Allah pada akhir tahun ini 2022.
Sumbangan yang diberi kepada Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-
i. Bayaran Lesen Pengubahan Sumber untuk 164 ekar tasik kepada pihak Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan sebanyak RM24.3 juta untuk tempoh 21 tahun.
ii. Sumbangan CSR sebanyak RM1 juta kepada Kerajaan Negeri melalui Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings iaiti KUM.
iii. Bayaran sewaan tanah 166.69 ekar iaitu sebanyak RM3.33 juta untuk tempoh 21 tahun.
iv. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga mendapat bayaran premium pengubahan guna tanah serta bayaran cukai sepanjang tempoh 21 tahun tersebut.
v. Projek Solar Terapung ini akan turut menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi setempat di bawah industri pelancongan dan akuakultur.
Bila kita bercakap mengenai projek ini, pelancongan sekitarnya akan menjadi sangat baik iaitu sekarang pun Masjid Terapung, Masjid Brunei ada di kawasan ini dan akan dijadikan tempat pelancongan, lawatan kepada pelawat-pelawat dan pelancong-pelancong. Kita juga bercadang untuk mengadakan restoran terapung dan juga untuk pelajar-pelajar melihat solar panel dan juga practical student universiti-universiti boleh hadir di kawasan ini untuk membuat research & development (R&D).
Ini lah antara kepentingan dan manfaat Projek Solar Terapung Danau Tok Uban ini yang boleh diberi kepada rakyat tempatan dan juga khususnya kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Terima kasih.
Dipersilakan Ayer Lanas.. Ayer Lanas.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan tadi. Jelas bahawa projek ini memberi kesan yang baik kepada penduduk Kelantan khusus di Danau Tok Uban dari sudut ekonomi pelancongan dan juga pelajar-pelajar. Memandangkan negara sekarang ini menggalakkan pengeluaran lebih banyak lagi tenaga solar yang lebih lestari. Sekarang ini kita cuma kepada TNB cuma 1% saja datang daripada solar satu kecil dan kerajaan berhasrat untuk tambahkan lagi penggunaan solar ini. Apakah langkah-langkah proaktif yang mungkin dapat diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti beberapa perkara tersebut di kawasan lain di Kelantan untuk dibangunkan taman-taman solar sepertimana di Danau Tok Uban yang sudah jelas akan beri banyak peluang baru kepada Negeri Kelantan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Ayer Lanas atas soalan tambahan. Di samping projek solar di Danau Tok Uban ini yang berkapasiti 60MW, kita juga ada 2 lagi projek iaitu projek solar yang diusahakan oleh satu syarikat lain iaitu di Estet Machang, Machang Kelantan kapasitinya 30MW dan juga satu solar farm di Lubok Jong, Pasir Mas oleh satu syarikat lain iaitu kapasitinya 10MW. Sekarang ini maknanya kita ada 100MW solar yang sedang dibina dan In Shaa Allah akhir tahun 2022 ini maka 100MW.
Kita juga menggalakkan mana-mana syarikat yang nak memohon membina solar ini dan cumanya masalah kitanya ialah bukan kita yang dapat meluluskan cuma kita dapat meluluskan tapak tetapi kebenaran untuk membuat projek ini tergantung kepada Kementerian Tenaga ataupun oleh agensi SEDA. Kalau SEDA mari Kementerian Tenaga ini bagi kepada kita, kita cuba berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya 300 MW untuk Kelantan khusus untuk Kelantan. Sehingga kini kita cuma dibenarkan dan luluskan sebanyak 100 MW. Jadi kalau kita dapat 200 MW lagi dilulus oleh Kementerian Tenaga maka In Shaa Allah banyak lah syarikat-syarikat akan masuk untuk membina solar ini.
Dan pengalaman kitanya macam tahun lepas banyak syarikat masuk tetapi dia kena bidding di peringkat federal tapi tidak berjaya. Maka, walaupun kita menawarkan kawasan contohnya kawasan ACDC di Rantau Panjang seluas 400 ekar. Kita menawarkan untuk pembinaan solar dan satu syarikat international daripada Thailand masuk untuk menawarkan 100MW tetapi kerana kita bid di Kuala Lumpur di kementerian kita tidak dapat maka tidak jadi lah projek itu. Maka saya minta Ayer Lanas sebagai menteri juga boleh lah runding di persekutuan supaya kita diberi kuota yang lebih, tidak 100MW untuk Kelantan tetapi sekurang-kurangnya 300MW untuk Kelantan supaya kita dapat menyalurkan electricity ini kepada penduduk-penduduk. Sekian terima kasih.
Bukit Bunga sila.
Timbalan Speaker, soalan tambahan. Saya teliti jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan sekejap tadi bahawasanya ada penglibatan PMBK di dalam venture ini bersama-sama dengan syarikat swasta yang disebutkan tadi. Kalau melihat kepada jumlah pelaburan yang begitu besar RM 500 juta untuk mengusahakan industri ini, saya ingin tahu berapakah dari segi share structure penglibatan PMBK, berapa peratuskah saham yang dilaburkan oleh pihak kerajaan melalui PMBK dan juga pihak swasta yang pertama.
Yang keduanya, berapakah unjuran keuntungan yang mungkin diperolehi oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui PMBK melalui venture. Terima kasih.
Mengenai share tu saya akan maklum di lain kali lah kerana maklumat itu tidak ada pada saya ketika ini. Cumanya keuntungan sepertimana yang saya sebutkan tadi. Keuntungan kepada itunya ialah CSR disumbangkan kepada anak syarikat PMBK KUM sebanyak RM 1 juta dan bayaran sewa RM 3.3 juta untuk tempoh 21 tahun itu kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan ada lah rundingan-rundingannya apabila di close account pada tiap-tiap tahun, maka ahli lembaga dalam syarikat ini dan termasuk juga wakil daripada ahli lembaga KUM akan dapat mengetahui apakah jumlah sebenarnya. Cuma saya tidak dapat maklum kepada Dewan pada ketika ini. Terima kasih.
Dato’ Speaker.. saya ingat jawapan itu lari sikit lah daripada apa yang saya minta.
Bunut Payong silakan. Silakan Bunut Payong.
Saya nak minta penjelasan sikit pasal jawapan tadi saya tanya keuntungan atas pelaburan bukan keuntungan sampingan. Terima kasih.
Keuntungan atas pelaburan ini lebih kurang dalam RM 500 juta. Biasa keuntungan pelaburan antara 10 ke 15 profit keuntungan atas pelaburan ini antaranya adalah biasanya antara 10 ke 15%. Kalau keuntungan ini bawah 8% - 6% maka tidak ada syarikat yang akan melabur kerana kita kata tidak padan dengan pelaburan yang dicurahkan ini. Maka saya boleh jangkakan bahawa keuntungannya adalah antara 10 ke 15% daripada projek ini.
Silakan Bunut Payong.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Speaker, soalan tambahan. Adakah ianya sesuai untuk diletakkan di atas bumbung-bumbung kawasan perumahan dan apakah implikasi keselamatan bagi panel-panel tersebut. Terima kasih.
Solar ni memang projek boleh diletak atas bumbung... di Kota Bharu pun kita ada. Mengikut rekod kitanya ialah dia panggil kebanyakan projek fit ini ada syarikat-syarikat yang melaksana pemasangan solar panel di atas
bumbung kilang-kilang mereka seperti Ain Medicare. Ain Medicare dia pakai, dia letak solar di atas bumbung dia. Dari segi keselamatan kita tidak ada lagi laporan kedengaran bahawasanya solar ini boleh mencetuskan kebakaran dan sebagainya. Maka jawapannya ialah solar di atas bumbung selamat dan telah dipraktikkan, contohnya syarikat Ain Medicare di Pengkalan Chepa. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Bergormat Pantai Irama.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 11.
Soalan 11 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan Sejauhmana perancangan kerajaan dalam menambahbaik sistem pendidikan dan kemudahan asas Maahad Tahfiz (MTS) Muhammadi Nipah, Bachok. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kelantan telah melaksanakan dan menyediakan kemudahan asas untuk Maahad Tahfiz Al-Muhammadi Nipah, Bachok. Antara kemudahan asas yang telah disediakan adalah sebuah makmal sains untuk amali sains
pelajar-pelajar sekolah tersebut di samping kemudahan-kemudahan asas sekolah dan juga asrama.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju dengan cadangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mencari lokasi baharu bagi pembinaan Maahad Tahfiz Al-Muhammadi di tapak baharu yang lebih kondusif memandangkan tanah tapak sekolah sekarang adalah sangat terhad untuk perkembangan kemajuan sekolah tersebut pada masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, Yayasan Islam Kelantan kini dalam tindakan untuk mengenalpasi tanah yang bersesuaian dalam Jajahan Bachok bagi dijadikan sebagai tapak baharu untuk Maahad tersebut. Yayasan Islam Kelantan juga telah menyediakan pelan perspektif untuk pembangunan Maahad tersebut dengan komponen-komponen lengkap seperti bangunan pentadbiran, bangunan akademik, bangunan asrama, kantin dan dewan makan asrama, rumah warden serta padang permainan dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM 15 juta. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Semerak.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 12.
Soalan 12 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, apakah langkah dan perancangan kerajaan bagi mengatasi masalah penternak ikan air payau di Kuala Semerak yang berhadapan dengan masalah kualiti dan salinity air yang tidak stabil, yang menyebabkan kematian ikan dan seterusnya kerugian yang tidak sedikit kepada penternak. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Semerak. Muka Kuala Semerak lama yang merupakan muka kuala asal bagi Sungai Semerak telah tertutup secara semula jadi. Akibat daripada itu tahap kualiti air di kawasan lagun telah terjejas dan berlaku pemendapan kelodak.
Sehubungan itu, projek kajian dan pemuliharaan muara Sungai Semerak Lama Pasir Puteh, Kelantan telah dimulakan. Dimana matlamat projek ini adalah untuk menstabilkan semula tahap kualiti air dan mengurangkan mendapan kelodak di lagun sekali gus memulihkan ekosistem semula jadi di kawasan tersebut.
Di samping itu, ianya dapat memberi manfaat kepada aktiviti penternakan ikan sangkar di kawasan sekitar. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah selesai proses pengambil alihan tanah di kawasan Mukim Semerak tersebut dengan perbelanjaan melebihi RM 400 ribu pada awal tahun ini. Dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan telah mengangkat permohonan untuk membuka muara Sungai Semerak Lama dan pemulihan muara sungai Semerak lama ini akan berlaku In Shaa Allah sekiranya dapat kelulusan. Permohonan ini melalui RMK-12 Rolling Plan 3 ke peringkat JPS Malaysia. Sekian terima kasih.
Dipersilakan Semerak.
Pertamanya nak ucapkan terima kasih lah kepada pihak kerajaan terutamanya Yang Berhormat Exco dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang telah dapat menyelesaikan masalah yang hampir 15
tahun berlarutan. Dan terima kasih lah kerana meluluskan sejumlah peruntukan untuk memulakan kerja-kerja awal untuk membuka kuala tersebut. Dan kalau tak cukup nak minta lagi Wallahualam terima kasih.
Maklumat tambahan. Dan sebenarnya masih ada lagi peruntukan kerana di sini kita mendapati lebih 1800 sangkar ikan dan ikan yang diternak ialah ikan kerapu hybrid yang berimpak tinggi. Dimana hanya di kawasan ini lah kawasan yang terbaik yang mana pihak Jabatan Perikanan Negeri Kelantan telah jadikan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) sumber ikan di Laguna Semerak ini. Terima kasih.
Silakan Tawang.
Minta YB Semerak tu kena ucap terima kasih juga kepada Dato’ SUK.
Yelah ucap terima kasih lah kepada Dato’ SUK yang banyak membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bunga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon mendapat jawapan soalan saya nombor 13.
Soalan 13 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar nyatakan, berapakah kadar NRW (Non Revenue Water) negeri Kelantan dan NRW mengikut jajahan atau kawasan operasi AKSB di negeri Kelantan. ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bunga. Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah kadar NRW bagi setiap jajahan di seluruh Negeri Kelantan bermula Januari hingga bulan Mei 2022:-
Jajahan Kota Bharu, bulan Januari 53.9%, Februari 48.5%, Mac 55.0%, April 51.9% dan bulan Mei 51.3%. Jadi purata untuk jajahan Kota Bharu bagi 5 bulan ini ialah 52.2%. Tetapi jajahan yang paling tinggi NRW akaunnya sikit sangat RM 12 ribu lebih Bachok Yang Berhormat.
Bachok, Januari 64.4%, Februari 56.5%, Mac 68.5%, April 62.0%, Mei 60.2%. Purata untuk 5 bulan itu 62.4%. Manakala Tanah Merah, Januari 62.2%, Februari 67.2%, Mac 61.4%, April 61.6% dan Mei 59.7%. Purata untuk 5 bulan itu 60.5%.
Jajahan-jajahan lain tu ada sekitar antara 51% - 45%. Itu adalah keadaan NRW kita bagi tempoh 5 bulan tahun ini Yang Berhormat. Terima kasih.
Bukit Bunga, silakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, minta maaf saya kejut ni NRW yang begitu tinggi di Kelantan kita ye non revenue water ye. Maknanya besar ni tinggi sangat. Jadi saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang segera lah yang perlu diambil pihak kerajaan. Nak tahu juga apa punca yang menjadikan NRW kita ni begitu tinggi sekali lah. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Bukit Bunga. Bagaimana saya sebut dalam soalan pada hari kelmarin, punca utama kita ialah kerana dari paip kita lama. Paip kita jenis asbestos simen berumur antara 20-30 tahun. Jadi menyebabkan kitanya nak tukar lah paip ni daripada 8161 kilometer panjang paip seluruh Kelantan kita nak tukarnya 4006 kilometer melibatkan perbelanjaan RM 1.3 bilion. Permohonan telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada Perdana Menteri kita Januari tahun 2021 supaya peruntukan RM 1.3 bilion ini diberi dalam bentuk geran. Jadi setakat hari ini nya tidak ada maklumat lagi Yang Berhormat. Kalu buleh minta Yang Berhormat lah tolong tengok lagu mano keadaan di Kuala Lumpur tu lah.
Kita dari segi keupayaan AKSB khususnya kalau pinjaman RM 1.3 bilion kita tidak mampu nak bayar melibatkan belanja kalu bayaran balik mungkin RM 7 - 8 juta sebulan lah. Sedangkan kita nya pendapatan bulanan kita ialah lebih kurang RM 9 juta sebulan. Jadi keadaan sekarang ini kita minta supaya sahabat-sahabat kita Yang Berhormat semua kalau ada lah bantuan supaya mempercepatkan permohonan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan geran RM 1.3 bilion. Jadi kita mengharapkannya dan punca utamanya ialah kilang fizikal tadi lah. Kita sekarang dengan 37 loji air yang kita ada kita mengeluarkan 500 juta liter sehari. Cukup untuk rakyat Kelantan 1.95 juta dengan akaun 271 ribu akaun. Tetapi disebabkan NRW kita tinggi 52% maka sebahagian daripada 500 juta sampai kepada rakyat. Jadi kerajaan sedang berusaha untuk mengatasi dan sebagaimana saya sebut semalam lah. Bagi pakej tahun 2018 kita berjaya menyiapkan hanya 100 kilometer lebih sahaja untuk tukar paip. Jadi kalu 4006 kilometer, kalu setahun 100 kilometer bayangkan lah berapa tahun kita nak menyelesaikan masalah tukar paip ini. Jadi minta lah sahabat-sahabat semua kita cari kaedah lagu mano supaya mempercepatkan proses penukaran paip ini. Terima kasih.
Bukit Bunga ada apa …
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya lihat masalah air ni berlarutan dan sekarang ni kita saya rasa masih lagi berada dalam regim SPAN dan PAAB. Sudah tentu dari segi menyelesai masalah itu menjadi begitu kecil lah apatah lagi apabila kita ambil juga perhatian dari segi faktanya bahawasanya menteri yang jaga air sekarang ni adalah daripada Kelate kito ye. Mungkin dari segi strategi pembaikian tu perlu diubah dari segi keutamaannya ye keutamaan iaitu sekarang ini mengikut apa yang diberi jawapan dari pihak kerajan yang tadi loji sudah siap tapi paipnya tidak sempurna. Kalu lihat daripada pembaikian atas 100 ataupun mungkin 200 kilometer satu tahun. Kalu sepanjang 4000 lagi yang belum dibaiki maka ertinya mengambil masa lebih kurang 20 tahun lagi daripada sekarang untuk siap di seluruh Kelantan. Apakah tidak boleh kerajaan memikirkan satu kaedah dimana pembinaan loji sekarang ini saya difahamkan ada pembinaan mini-mini loji pula. Kita bagi keutamaan yang rendah kepada itu, kita tukar peruntukan itu kepada menukar paip-paip. Apakah ini satu cadangan yang boleh dipertimbangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat sebut tadi mungkin kita boleh pertimbangkan. Untuk maklumannya, kita di AKSB sekarang kita sedang berunding dengan beberapa syarikat swasta bagi menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam proses penukaran paip mengikut kaedah PFI. Jadi sekarang lebih kurang ada 5-6 syarikat kita masih lagi berunding supaya mereka-mereka ini boleh menyertai program pembaikan paip kita dengan kaedah-kaedah dan syarat-syarat yang kita telah tetapkan lah. Jadi sememangnya disamping kita baiki paip, kita bina loji mini dan sebagainya.
Jadi inilah cara yang kita cuba selesaikan masalah air di Kelantan kita ni sememangnya lah masalah ni lama dah berlarutan. Jadi sebagaimana saya sebut tadi lah kita cuba fikir lagu mano kaedah yang sesuai yang mempercepatkan proses-proses mengurangkan NRW ini. Kita di peringkat nasional nya kita kalu boleh kita kurang kepada 35% kita boleh jimatkan banyak kos lain, 1% kita boleh jimat NRW kita menjimatkan
belanja hampir RM 1 juta lebih. Inilah harap-harap nya kita pakat-pakat cari kaedah lagu mano selesai. Kita minta pertolongan daripada Yang Berhormat Ayer Lanas kalu boleh depan hari lagi kita boleh bice lagu mano kita boleh bice samo-samo macam mana kita nak selesaikan masalah ini. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, soalan terakhir jadi sebelum saya menangguhkan saya ingin menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan memberi maklumat kepada kita semua. Silakan Yang Amat Berhormat.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih kerana diberi masa sedikit sebelum ditangguhkan mesyuarat Dewan hari ini. Saya amat bersyukur dimana Ahli-ahli Yang Berhormat kita keseluruhannya berjiwa rakyat dan mengutamakan kebajikan mereka. Alhamdulillah dalam sesi soal jawab dalam Dewan beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat mengaharapkan kepada kerajaan untuk menambah peruntukan kewangan, bukan peruntukan tambahan... menambah peruntukan kewangan bertujuan membantu rakyat yang masih terkesan daripada pandemik Covid-19 walaupun kita sudah berada di endemik. Atas keprihatinan dan cakna kerajaan dalam menangani masalah rakyat kerajaan bersetuju untuk membantu mereka terkesan dan bermasalah. Mungkin tidak semua dapat kita bantu.
Pertama ialah yang ada kaitan secara langsung dalam food security. Kerajaan bersetuju memberi bantuan untuk nelayan pantai, sungai dan darat RM1.5 juta. Yang kedua, bantuan untuk peniaga kecil dan IKS sebanyak RM4.5 juta. Melalui bantuan ini diharap mereka berpeluang untuk memperolehi modal ataupun peralatan untuk menambah produk perniagaan mereka. Yang terakhir sekali ialah ketiga, masalah air baru berbincang sakni. Jadi terutama di penghujung agihan dan lokasi tekanan
rendah dan ketiadaan air penyelesaian jangka pendek perlu diberi. Tadi jangka panjang... terpaksa menukar paip dan sebagainya perlu diambil tindakan segera dengan membina telaga tiub ataupun tube well yang bersesuaian untuk itu kita peruntuk sebanyak RM5 juta diperuntukan melalui Jabatan Air Kerajaan Negeri Kelantan. Peruntukan RM11 juta yang dipersetujui kerajaan itu masih dari Bajet 2022 dan Alhamdulillah berkat dari amalan penjimatan dan berbelanja secara berhemah oleh kerajaan. Terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, bersama saya ini ada satu surat Jemputan Taklimat Dan Penyampaian Buku Penerbitan Statistik Sub-Nasional DUN Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan. Jadi saya dengan ini menjemput semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk ke Dewan Teratai sebaik sahaja Dewan ini ditangguhkan nanti.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mewakili Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga diri saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar dan seluruh ahli-ahli Exco dan seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai kerajaan di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan persidangan kita pada kali ini.
Saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan Dewan dan Dewan akan bersidang semula pada masa dan tarikh yang akan ditentukan kelak. Mari lah sama-sama kita membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr’.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA TARIKH DAN MASA YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.