Kelantan · 5 March 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 219 turns · 35,144 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Keempatbelas, Hari Kedua. ... ﻟﻔﺎﲢﺔ ا

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa…

Doa

Setiausaha

[ SAMBIL BERDIRI ]

Ucapan Oleh Yb Dato‘ Speaker

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Ucapan Oleh YB Dato‘ Speaker.

Timbalan Speaker

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan, kepada Yang Berhormat

Timbalan Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat barisan Exco, Ahli Dewan Negeri Kelantan, Dato’-Dato’, tuan-tuan barisan pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah dengan sempurnanya berjaya menyempurnakan tanggungjawab untuk menjayakan Istiadat Pembukaan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas.

Kertas-Kertas Yang Dibentangkan

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Kertas-kertas Yang Dibentangkan di atas meja.

Kertas-Kertas tersebut ialah Kertas Dewan Bil. 1 tahun 2024 hingga Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2024 sebagaimana yang dibentang di atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat.

1. Kertas Dewan Bil. 1/2024 .. Laporan Tahunan Penyata Kewangan Badan Berkanun Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan bagi tahun 2022.

2. Kertas Dewan Bil. 2/2024 .. Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

3. Kertas Dewan Bil. 3/2024 .. Laporan Tahunan Penyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Bagi Tahun 2022.

4. Kertas Dewan Bil. 4/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam Bagi Tahun 2022.

5. Kertas Dewan Bil. 5/2024 .. Laporan Penyata Kewangan Majlis Daerah Tumpat Bagi Tahun 2022.

6. Kertas Dewan Bil. 6/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Tanah Merah Bagi Tahun 2022.

7. Kertas Dewan Bil. 7/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Machang Bagi Tahun 2022.

8. Kertas Dewan Bil. 8/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Dabong Bagi Tahun 2022.

9. Kertas Dewan Bil. 9/2024 .. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022- Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri.

10. Kertas Dewan Bil. 10/2024 .. Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2022.

11. Kertas Dewan Bil. 11/2024 .. Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Bagi Tahun 2022.

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Keempat, Soalan-Soalan Yang Diberitahu.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha

Soalan-soalan oleh :

YB HAJI MOHD ADANAN BIN HASSAN YB HAJI MOHD RUSLI BIN ABDULLAH YB NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB DR. HAFIDZAH BINTI HAJI MUSTAKIM YB MOHAMAD NASRIFF BIN DAUD YATIMEE YB HARUN BIN ISMAIL YB ZAMERI BIN MAT NAWANG YB NOR ASILAH BINTI MOHAMED ZIN YB HAJI AZHAR BIN SALLEH YB MOHD ALMIDI BIN JAAFAR YB DATO‘ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YB ZUBIR BIN ABU BAKAR YB HAJI MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YB DATO‘ SHAARI BIN MAT HUSSAIN YB SYAHBUDDIN BIN HASHIM

Jawapan-jawapan bagi soalan adalah sebagaimana yang telah dibentangkan di atas meja di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions

Timbalan Speaker

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Gual Periuk.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 1. Terima kasih.

Soalan 1 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, mengenai status terkini dengan projek tambatan banjir Sungai Golok yang dilihat mengakibatkan banjir besar bagi Kawasan Rantau Panjang dan

apakah langkah segera pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan kejadian kemusnahan harta benda rakyat ini tidak berulang.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Gual Periuk. Kerajaan mengambil maklum mengenai banjir di kawasan Rantau Panjang dan Kerajaan telah mengambil tindakan-tindakan susulan akibat daripada banjir, bantuan-bantuan akibat banjir. Untuk mengatasi keadaan banjir di Rantau Panjang, pertamanya ialah cadangan pertambahan alur limpah atau spillway di tiga lokasi iaitu Kampung Tok Sangkut, Kampung Tok Derpah dan Kampung Lanchang bagi melancarkan lagi kelajuan laluan air. Cadangan pembinaan struktur ini akan mengurangkan kejadian banjir di kawasan Rantau Panjang, di samping dapat mengelakkan berlakunya kerosakan pada Ban Lemal Lanchang yang boleh menyebabkan kerugian kos setiap kali banjir berlaku. Ianya perlu dilaksanakan segera supaya dapat mengurangkan beban kapasiti air sungai Lemal Lanchang serta mempercepatkan aliran sungai surut.

Pembinaan terusan bypass bagi mengurangkan lagi kejadian banjir bermula dari Sungai Lemal Lanchang iaitu di Kampung Pengkalan Teluk disambung ke Sungai Meranti bagi mengurangkan kejadian banjir. Terima kasih.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Terima kasih Yang Berhormat Exco diatas jawapan yang dikemukakan. Struktur binaan benteng fasa 1 yang ada sekarang adalah antara faktor .... terkepung apabila berlaku jumlah hujan dengan curahan yang tinggi dan

beberapa kali kejadian banjir besar yang berlaku sejak 2022 surut dengan cepat apabila berlaku pecahan pada struktur benteng sama ada dipecahkan atau pecah secara semula jadi. Dan penambahan 10 unit calvort ataupun spillway bersaiz 5 kaki sebelum ini terbukti gagal untuk menyurutkan air dalam keadaan yang sepatutnya.

Maka... dan tadi Exco memaklumkan bahawa dicadangkan untuk membina 3 unit lagi calvort dan juga untuk membina satu terowong air dan mungkin ianya akan memakan masa yang panjang untuk disiapkan. Jadi soalan saya, adakah pihak Kerajaan bersedia untuk berunding dengan pihak Kerajaan Pusat untuk mengekalkan laluan ..... yang telah struktur yang telah pecah itu untuk mengelakkan kejadian banjir terkepung berulang kembali. Terima kasih.

Terima kasih Gual Periuk. Sepertimana yang kita maklum bahawa tebatan banjir yang dibuat di Rantau Panjang ini ialah hasil daripada kajian-kajian oleh profesional dan juga hasil daripada permohohonan-permohonan daripada kita sendiri kerana didapati punca banjir, dua. Pertama, dari hujan yang lebat yang melebihi jangkaan. Yang kedua ialah limpahan daripada Sungai Golok itu sendiri.

Apabila Kerajaan Thailand membuat tebatan banjir di pihaknya maka air masuk ke kawasan Rantau Panjang kita tidak dapat bendung. Itu lah penemuan kajian. Maka benteng perlu dibuat di Rantau Panjang dan benteng ini dibuat sekarang ini macam berlaku baru-baru ini, yang berlaku baru ini disebabkan dua, pertama faktor hujan. Dan hujan yang kita tengok baru ini adalah lebih rendah taburannya berbanding hujan sebelum ini. Tetapi limpahan air Sungai Golok di fasa 3 yang belum kita laksanakan itu menyebabkan air terlalu banyak.

Jadi kerana itu lah semasa pertemuan dengan Perdana Menteri dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang sendiri. PMX telah pun mengumumkan bantuan segera sebanyak RM 6 juta untuk mengadakan laluan-laluan air segera, yang ini telah dibentuk. Jadi kita ada tiga fasa, fasa 1 hampir siap, fasa 2 dalam proses tender, begitu juga fasa 3. Saya mengikut pandangan profesional apabila selesai semua benteng ini ataupun tebatan banjir ini kita jangkakan bahawa limpahan Sungai Golok tidak berlaku, maka itu pertama pengurangan kejadian banjir di Rantau Panjang.

Selain itu, RM 6 juta yang disebutkan oleh PMX ini merupakan spillway sementara. Apabila sudah semuanya sekali, jangkaannya ialah banjir dapat diatasi dengan tidak berlakunya limpahan air Sungai Golok. Semasa lawatan Yang Berhormat Menteri Kerjaraya Dato’ Nanta Linggi, kita telah juga mencadangkan kalau possible tempat yang pecah baru ini dibina jambatan, telah kita adukan kepada mereka mengikut pandangannya kalau jambatan itu maka airnya lebih cepat keluar berbanding dengan terowong. Jadi kita serah kepada Menteri dan kita serah kepada profesional yang mengkaji bagaimana benteng ataupun tebatan banjir ini dilaksanakan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco sebentar tadi. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan pampasan. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan membayar pampasan kepada penduduk yang mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda kerana masalah yang dikemukakan tadi. Terima kasih.

Terima kasih Galas. Galas ni dok huje dok banjir tempat dio pun tanyo jugok. Gini pampasan pertamanya dari segi bantuan-bantuan segera Kerajaan Negeri telah atur telah bagi. Ada juga kes mahkamah yang berlaku di sini tapi kita serah kepada hoktu untuk perundangan. Kena ingat Galas kena ingat bahawa projek ini projek dasar persekutuan dan kalu dio dakwa pun dakwa Kerajaan Persekutuan deh. Kalu rakyat tok puas hati dengan benteng ini, rakyat akan berhadapan dengan Kerajaan Persekutuan. Kita Kerajaan Negeri akan melihat apa-apa bantuan segera one-off dan sebagainya. Itu pihak Kerajaan Negeri. Untuk pampasan seterusnya saya rasa kita tengok bagaimana Kerajaan Persekutuan dia punya nada dia macam mana deh Galas.

Timbalan Speaker

Silakan Pulai Chondong.

Tuan Haji Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Salam manis untuk semua, Mohon jawapan soalan saya nombor 2.

Soalan 2 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, perkembangan terkini projek IBS di Kampung Tok Bok Machang serta sejauh mana peratusan yang telah diusahakan dan apakah manfaat yang diperolehi oleh penduduk setempat melalui projek yang dilaksanakan.]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pulai Chondong. Pembinaan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) seluas 200 ekar di atas tanah Kerajaan Lot 1069 Sungai Bagan, Mukim Tok Bok telah bermula pada 15 Ogos 2022 dan tarikh siap kontrak adalah pada 3 April 2025.

Sehingga kini 31 Januari 2024 atau yang latest 29/2/2024 kemajuan fizikal melebihi 30% dan kerja-kerja tanah sedang dijalankan dalam Fasa 1, kerja-kerja infrastruktur untuk bangunan pencawang utama atau PPU, tangki kumbahan, kerja-kerja infra jalan, perparitan, sistem kumbahan.

Manfaat Projek Pembangunan Taman Berindustri atau IBS ini kepada penduduk setempat antaranya ialah :

a) Dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan khususnya kepada anak tempatan memandangkan projek ini boleh menyediakan lebih kurang 3500 peluang pekerjaan dan

ada 47 lot-lot industri yang akan diisi oleh pengilang-pengilang IBS tempatan.

b) Selain daripada itu, pembinaan infrastruktur khususnya melibatkan pembinaan air bersih, bekalan elektrik dan loji kumbahan akan memberi kemudahan kepada penduduk setempat juga.

c) Limpahan ekonomi setempat dan peluang perniagaan akan berkembang dengan adanya kemudahan tapak-tapak pasar malam dan juga lot-lot kedai perniagaan.

Terima kasih.

Tuan Haji Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan yang mana telah berjaya menempatkan suatu projek yang besar di Machang. Soalan tambahan saya, setakat ini berapa buah syarikatkah yang telah menyatakan minat untuk melabur dan membina kilang di kawasan IBS Machang. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan seorang wakil rakyat yang prihatin kepada tempat Pulai Chondong. Di antara kilang-kilang yang menunjuk hasrat atau telah membuat permohonan semasa setakat ini lebih kurang 32 syarikat. Saya ingin mohon izin Dato’ Speaker membacakan syarikat-syarikat tersebut, khususnya pertama Precast Engineering Sdn Bhd iaitu dalam kerja-kerja precast colum dan beam dengan izin, Vertex Central Industries Sdn Bhd, Hidni Holding Sdn Bhd dengan izin … system, Ikatan Intra Sdn Bhd steel structure Noha Niaga Sdn Bhd, … IBS Sdn Bhd, Lightweight Wall Panel Dinda Resources Metal Product Bhd, Ready Made CM Jaya Sdn Bhd, Complex Exhibition, Mag Builders Sdn Bhd, … Furniture, Mahligai Idaman Development construction ataupun component material, KLV Engineering metal future, … KLV AllumGlass Solution kerja-kerja aluminium, TZ Man Enterprise Roman Pillar tiang-tiang yang merupakan corak roman pillar, KB Piling fail komponen produk, Morvan Modular House, Laksana Cergas Sdn Bhd IBS ventilation block.

Ridzwan Hafizu Development drain calvort …, VCI Sdn Bhd, Ringkas Concrete Hydro Sdn Bhd, Logistic Services dan terbaru ada 12, Tasblock Malaysia Sdn Bhd, Anggun Armada Holding Sdn Bhd light weight block, Guo Guang Product Supply ceremic …, Koperasi Bina Ummah ringkas structure, A.K Residential Services Sdn Bhd steel framework system, Reka Jitu NH Enterprise IBS interlocking block, RDH Property Sdn Bhd relevate kitchen cabinet, Gazi Properties Sdn Bhd IBS wall mega system, Bintang Murni Development Sdn Bhd roof tal manufacturer, RAS Homs Sdn Bhd IBS innovative building system, D’Maras Development door manufacture alat-alat pintu dan sebagainya, MCZM Hardware dan Construction polisterine dan panel-panel yang lain. Kesemuanya lebih kurang 32. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, walaupun IBS ini tidak berada dalam kawasan Galas tapi dia berada dalam Negeri Kelantan deh. Apa pilihan yang saya ada apabila takdok soalan saya hari ini dibenarkan. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagaimana teknologi IBS dalam pembinaan dapat membantu dalam meningkatkan kualiti dan keberlanjutan bangunan di Negeri Kelantan dan apakah inisiatif ataupun program pembangunan kemahiran yang disediakan untuk mempersiapkan tenaga kerja lokal bekerja dalam industri IBS. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Galas.

Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula.

Kemungkinan tahu doh dok dalam industri moga sebelum jadi wakil rakyat pun kontraktor jugok. Lebih kure gitu lah.

Alhamdulillah kita menyediakan IBS ini jangka panjangnya sekurang-kurangnya ada in situ ataupun di Kelantan ini satu-satunya negeri yang

bekerjasama dengan pihak swasta yang kita menyediakan sendiri daripada kos, bila ada in situ sudah kos transport dan sebagainya akan jimat. Dan keduanya, pelajar-pelajat TVET dan sebagainya boleh secara in situ nya boleh lihat perkara-perkara tersebut dan memberi pengalaman baru kepada penduduk-penduduk Kelantan yang khususnya dalam industri binaa. Jadi itu pada masa hadapan apabila ianya terdiri kelak di lot-lot tersebut akan dapat lah kita lihat bagaimana industri perumahan ini maju di Negeri Kelantan. Itu lah sedikit ringkasan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Chempaka.

Tuan Yang Dipertua, saya pohon untuk mendapat jawapan soalan saya nombor 3.

Soalan 3 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan status terkini pembinaan Jambatan Sabak serta nyatakan juga perancangan menaik taraf jalan-jalan dari Sabak ke Pengkalan Chepa yang begitu teruk pada masa sekarang.]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Chempaka. Untuk pengetahuan Chempaka dengan saya ini satu cawangan. Jadi dua wakil rakyat dalam satu cawangan. Nyohor sikit eh.

Untuk jawapan kepada soalan Chempaka, dia boleh tanya rumoh je ni. Status terkini pembinaan serta perancangan menaik taraf Jambatan Sabak ini dia pun tahu tengah duk buat loni. Kemajuan kerja sehingga 28 Januari 2023 adalah 38% berbanding 33.26% dan ianya dijangka siap pada April 2025. Dan JKR Malaysia telah membuat perancangan untuk pembesaran jalan dari Kubang Kerian ke Sabak dan dipecah kepada 2 fasa. Fasa pertama bermula daripada Kubang Kerian ke Panchor yang kini dalam peringkat pembinaan. Manakala Fasa 2 bermula daripada Panchor ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa melalui laluan FT 131 dan FT 187 dalam

peringkat perancangan dan akan dimohon dalam Rancangan Malaysia Ke-13 RP 1 2026.

Bagi status pembinaan Fasa 1 adalah kerja ϐizikal 20% berbanding Jadual 19% dikemaskinikan. Tu jah deh. Terima kasih.

Soalan tambahan saya. Daripada jawapan yang diberikan tadi saya pohon rujuk juga pada soalan asal iaitu dari Jambatan Sabak ke Pengkalan Chepa. Tetapi daripada jawapan yang diberikan itu adalah daripada Kubang Kerian ke Panchor mana tak sampai nak tahu dari segi hasilnya akhirnya adakah ada perancangan untuk baiki sebab kalau dapat untuk dalam keadaan segera pun amat-amat dialukan. Sekian terima kasih.

Terima kasih Chempaka. Sebenarnya sudah jawab sakni, Fasa pertama Kubang Kerian – Panchor, Fasa kedua daripada Panchor ke Lapangan Terbang Ismail Petra melalui FT 131 dan FT 187 Sabak dah tu lalu ikut Cabang Empat Sabak terus kepada Pengkalan Chepa. Cuma dia nya akan dipohon melalui memohon dalam RMK 13 RP 1 2026. Tok buat lagi baru memohon baru.

Jumlah amaun bayaran kalu nok sambung sikit lagi, semua pengambilan-pengambilan tanah tadi ialah RM 26 juta setakat ini. Dan pembesaran jalan daripada Kubang Kerian adalah 2 line sebelah 4 line, 4 lorong. Dan hok akan dipohon daripada Cabang Empat Sabak ke Lapangan Terbang jugak 4 line tapi dalam perancangan. Jalan Sabak ke Pengkalan Chepa kena ingat dia ini Jalan Persekutuan dan dia dibawah penyelenggaraan konsesi road care.

Jadi sebarang aduan, sebarang penambah baik kita minta kena lalui melalui JKR Jajahan Kota Bharu road care itu dia. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Pengkalan Pasir.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 4.

Soalan 4 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan apakah pelan strategik dalam mewujudkan industri penternakan dan pertanian serta berapa target pencapaian bilangan usahawan ternak dan tani untuk setiap daerah.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pengkalan Pasir. Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Pertanian Industri Agro Makanan dan Komuditi telah menyediakan Dasar Bertani Satu Ibadah dan Pelan Tindakan Strategik Pertanian 2021-2025 sebagai sumber rujukan gerak kerja semua jabatan dan agensi terlibat di dalam sektor pertanian dan penternakan serta memayungi kesemua aktiviti di bawah portfolio ini.

Pelan Tindakan Strategik ini mencakupi 9 subsektor utama iaitu pertanian, perternakan, perikanan, bio-teknologi, penyelidikan dan pembangunan iaitu R&D, usahawan tani, agro-pelancongan, industri asas tani dan pemasaran.

Dalam masa yang sama, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dalam tindakan menyediakan pelan strategik pertanian bagi tahun 2024-2028 dengan memberi fokus halatuju dan peranan kearah membangunkan dan memperkasakan aktiviti pertanian di Negeri Kelantan dalam tempoh 5 tahun. Aktiviti yang dirancang ini selari dengan pelan strategik Kelantan melangkah ke hadapan (2016-2025), Pelan Strategik Ahli Majlis

Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Kelantan Melangkah Ke Hadapan (2018-2023) dan Pelan Strategik Jabatan Pertanian Malaysia. Di dalam pelan strategik ini, sasaran pencapaian bilangan petani akan ditentukan berdasarkan keluasan aktiviti pertanian setiap daerah dengan mensasarkan peningkatan 5% usahawan tani setiap tahun berbanding tahun sebelum. Di bawah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan mensasarkan 1000 usahawan tani bagi tempoh 2021 sehingga 2025 iaitu 200 usahawan tani dilahirkan setiap tahun.

Bagi sektor penternakan pula Kerajaan telah menyediakan beberapa pelan strategik di peringkat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Kerajaan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan seperti berikut :

i. DVS Malaysia Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara (BIF PLAN 2021-2025).

ii. Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara (2021-2025).

iii. Kerajaan Negeri Kelantan Dasar Pertanian dan Pelan Strategik Pertanian (2021-2025).

iv. Dan dibawah JPV Kelantan Pelan Strategik Pembangunan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (2024-2030) yang sedang dalam kemaskini akhir sebelum dilancarkan dalam masa terdekat.

Dimana target pencapaian bilangan usahawan ternak untuk setiap jajahan adalah seperti berikut :

i. Lembu pawah - 35 penternak setiap jajahan.

ii. Rezeki ternak – 10 penternak.

iii. Agropreneur Muda – 3 penternak.

iv. Projek Insentif Kadar Kelahiran 60% (PIKK 60%) – 3 penternak untuk seluruh Kelantan.

v. Pengeluar Makanan Ternakan – 15 orang setiap jajahan.

vi. Kedai daging - 6 outlets seluruh Kelantan.

vii. Persijilan Naim bif – 5 penternak untuk setiap jajahan.

viii. Dan lembu tenusu – 37 orang penternak seluruh Kelantan.

Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan YB Pengkalan Pasir.

Terima kasih kepada penerangan daripada Exco Pertanian tadi. Soalan tambahan saya, saya difahamkan bahawa kita telah memperkenalkan program NAIM bif. Sejauh manakah perkembangan dan juga pencapaian dan apakah projek ataupun perancangan jangka masa panjang untuk mempastikan pembekalan terutamanya daging. Kalau kita tengok setiap kali berlakunya Hari Raya Korban maka lambakan daripada penternak hasil ternakan daripada negeri Siam ke Kelantan. Jadi apakah perancangan jangka masa panjang dan apakah pencapaian yang telah dicapai oleh projek-projek NAIM bif.

Terima kasih kepada soalan tambahan Pengkalan Pasir. Yang Berhormat Dato’ Speaker, NAIM bif adalah satu sistem pengeluaran lembu pedaging yang mendapat akreditasi berasaskan kepada penggunaan induk kacukan charolais generasi F2 dan F3 sebagai keperluan minimum yang telah mencapai tahap piawaian kualiti yang ditetapkan, dipelihara secara gerompok semi-intensif bagi tujuan pembiakan secara tertutup.

Buat masa sekarang, jabatan telah mengiktiraf sebanyak 22 ladang iaitu melibatkan 22 orang penternak dengan sistem NAIM bif. Jumlah ternakan bagi semua peserta adalah sebanyak 195 ekor induk charolais dan 25 ekor jantan baka charolais. Dimana jumlah kseluruhan ternakan seramai 297 ekor pelbagai baka. Begitu juga, JPV Negeri Kelantan berusaha memperkasakan penternakan sistem NAIM bif dengan meramaikan bilangan juru suntik. Sehingga kini Januari 2024 seramai 72 orang mengikut pecahan berikut :

i. DIY Jabatan – 17 orang.

ii. DIY Swasta – 55 orang.

Menjadikan Negeri Kelantan mempunyai DIY atau juru suntik bertauliah yang paling ramai di Malaysia. Dari segi persijilan NAIM bif dan perancangan pada tahun 2024 adalah menambah 10 ladang baru yang diiktiraf sebagai persijilan NAIM bif iaitu membuat penambahbaikan untuk ladang sedia ada dengan khidmat nasihat dan bantuan yang bersesuaian sentiasa diperkasakan.

Manakala, jumlah peruntukan dan bilangan peserta yang telah dibangunkan sehingga tahun ini oleh pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama JPV Negeri Kelantan dan juga Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd adalah seperti berikut :

i. Pada tahun 2021 – 2022 untuk Siri Pertama, Projek Kandang Lestari NAIM bif dengan peruntukan sebanyak RM 161 000 memberi manfaat kepada 7 orang penternak.

ii. Untuk Siri Kedua iaitu pada tahun 2023 tahun lepas, Projek Kandang Lestari NAIM bif diperuntukkan sebanyak RM 175 000 dengan memberi manfaat kepada 7 orang penternak.

Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Limbongan.

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Soalan saya, Kelantan membawa masuk sebanyak 300 000 ayam hidup setiap hari daripada negeri Perak atau lebih kurang 9 juta ekor setiap bulan dimana permintaan ayam pedaging cukup besar nisbah kepada 1.4 ke 1.8 juta ekor sehari. Soalan saya, adakah usaha daripada pihak Kerajaan untuk mewujudkan pelan strategik industri penternakan ayam dengan penglibatan seluruh agensi di negeri Kelantan.

Terima kasih soalan tambahan daripada Limbongan. Memang pihak jabatan telah membuat perancangan untuk memperkasakan penternakan ayam pedaging memandangkan rakyat Kelantan ini antara rakyat yang suka makan terutamanya barang kali kanak-kanak, bukan kanak-kanak sahaja ayam menjadi makanan utama kepada rakyat Kelantan. Jadi semestinya kita telah membuat perancangan bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Program Pembangunan Unggas ini In Shaa Allah lebih banyak ladang-ladang pernternakan ayam pedaging akan dibangunkan. Di waktu yang sama, kita telah memberikan kursus kepada pengusaha-pengusaha ladang dan juga khidmat nasihat dan bantuan-bantuan input supaya lebih ramai para penternak dapat menghasilkan ayam daging lebih berkualiti dan selamat. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Kelaboran.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 5.

Soalan 5 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan apakah usaha sama yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan pihak universiti di luar negara bagi menerima pelajar-pelajar lepasan Yayasan Islam Kelantan untuk belajar di universiti-unversiti di luar negara.]

Tuan Haji Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kelaboran yang prihatin, bekas seorang guru kepada pendidikan kita di Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan dan juga Yayasan Kelantan Darulnaim (YIK dan YAKIN) berusaha untuk memberi peluang Pendidikan terbaik untuk anak-anak Kelantan terutama pelajar-pelajar lulusan Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk melanjutkan pengajian di universiti-universiti luar negara.

Antara kerjasama yang telah dibuat ialah antara negara Mesir, Jordan, Turki, Arab Saudi, Tunisia dan juga Indonesia. Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YIK dan YAKIN) juga sedang berusaha untuk meneroka peluang baru di negara luar yang lain seperti Kuwait, Qattar, Oman dan lain-lain lagi negara Arab di Timur Tengah. Terima kasih.

Terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh pihak Kerajaan. Dan Kerajaan kita prihatin kepada masa depan pelajar-pelajar dan berusaha menghantar pelajar ke luar negara. Soalan tambahan saya, bagaimana cara pemilihan pelajar-pelajar untuk masuk ke universiti luar negara dibawah Yayasan Islam Kelantan.

Tuan Haji Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Terima kasih soalan tambahan. Cara-cara ataupun syarat telah kita menghantar pelajar-pelajar ke luar negara melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan syarat-syarat telah ditentukan oleh pihak KPT, kelayakan-kelayakan yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dan negara-negara yang kita sebutkan tadi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Kota Lama.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Timbalan Speaker, soalan tambahan saya adalah Kelantan mempunyai sebuah kolej iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Berapa ramaikah pelajar KIAS hari ini dan adakah ia berdaya saing. Last sekali saya turut serta dalam convocation seramai 200 lebih yang bergraduasi tahun lepas. Adakah KIAS sekarang berdaya saing dan apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk menarik pelajar

antarabangsa sekurang-kurangnya daripada negara jiran ASEAN untuk belajar di KIAS. Terima kasih Timbalan Speaker.

Tuan Haji Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Kota Lama. KIAS sekarang ini pelajar dia lebih kurangnya 1500 orang. Kolej universiti dan untuk mencapai taraf universiti dia perlu mencapai pelajar 5000 tak silap. Jadi kita sedang mengusahakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar Kelantan khususnya untuk masuk ke KIAS. Kita melantik seorang pegawai dan mengadakan MOU dengan Yayasan Islam Kelantan untuk mengadakan kempen-kempen supaya mereka ini boleh menyambung pelajaran ke KIAS. Dan keboleh pasaran juga KIAS ini kita mendapat maklumat daripada kementerian pelajar-pelajar kita melebihi 85% ada di pasaran di negara kita lah dalam pelbagai bidang yang dibuka di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Jadi In Shaa Allah kita sedang berusaha melalui ahli lembaga untuk memajukan lagi membangunkan lagi KIAS menjadi pilihan terbaik di negeri Kelantan. Terima kasih.

Speaker...

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Yang Berhormat Exco, tahniah lah jawapan yang telah diberikan dan kerjasama yang banyak dilaksanakan di antara Kerajaan Negeri kita dengan universiti-universiti di Timur Tengah. Cuma soalan tambahan saya, bolehkah pihak Kerajaan menjelaskan tentang jenis kerjasama yang telah dijalin antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan universiti di Timur Tengah dan bagaimana kerjasama ini telah membantu dalam pembangunan pendidikan dan kebudayaan di negeri Kelantan. Terima kasih.

Tuan Haji Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Dato’ Speaker, antara kerjasama yang kita lakukan di antara negara luar iaitu pengiktirafan sijil yang kita keluarkan di KIAS contohnya Mesir belajar sampai tahun 3 dan boleh sambung ke Mesir... tahun 3 tahun 4. Dan belajar di KIAS mendapat pinjaman daripada YAKIN dan sambung ke Al-Azhar Mesir tahun 3 juga mendapat pinjaman daripada YAKIN. Begitu juga dengan negara-negara lain di luar macam tu lah dengan Tunisia, dengan Turki dan sebagainya. Kita mengadakan hubungan dengan negara-negara luar mengiktiraf apa yang kita keluarkan sijil di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya silakan Kota Lama.

ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Timbalan Speaker dan semua, soalan saya nombor 6 mohon jawapannya.

Soalan 6 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan data-data kes di Mahkamah Syariah Kelantan yang tertunggak bagi tempoh 2019 – 2023 dan usaha-usaha yang telah diambil bagi menyelesaikan tunggakan tersebut.]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻢ ﻋﻠﻴﻜ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kota Lama. Pada dasarnya, terdapat 4 kes perbicaraan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan ataupun JKSN iaitu yang melibatkan kes perceraian, kes mal, kes faraid dan juga kes jenayah. Jadi cumanya pada asasnya tidak ada kes turtunggak, ia dinamakan kes-kes yang belum selesai ataupun kes dalam prosiding ye ataupun sebabnya kerana tarikh perbicaraan tersebut

telah ditetapkan yang melibatkan keputusan, rayuan dan juga semakan di mahkamah ye.

Umpamanya bagi kes perceraian di JKSN ini masih terdapat 116 kes yang masih belum diselesai dalam tempoh 2 tahun bermula tarikh didaftarkan iaitu bagi kes daftar tahun 2022 ke belakang. Atas beberapa faktor dan jenis kes yang berbeza-beza, tempoh yang agak lama sedikit ini terpaksa di ambil antaranya apabila kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dan memerlukan lantikan jawatankuasa pendamai dan hakam.

Penyelesaian dalam kes tuntutan penceraian adalah sama ada berpisah ataupun didamaikan. Dan ianya memerlukan suatu tempoh yang munasabah yang ditentukan oleh pihak mahkamah beradasarkan kes. Jika dilakukan jalan damai dan gagal dicapai pihak pemohon secara alternatifnya akan membuka kes pengesahan taklik tinggal, fasakh dan sebagainya berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak untuk bercerai tebus talak sebagai langkah penyelesaian.

Dan usaha-usaha yang telah dilakukan banyak sebenarnya yang telah diambil mahkamah syariah bagi mempercepatkan kes-kes. Antaranya penyelesaian pertikaian melalui kaedah Mediasi ataupun Sulh iaitu perdamaian dengan penubuhan Sulh Centre. Yang keduanya, menubuhkan Unit Pengurusan Kes bagi memantau dan melicinkan cara perjalanan semua kes-kes penceraian yang berlaku. Yang ketiganya, menetapkan KPI penyelesaian kes pembubaran perkahwinan hendaklah diselesaikan kurang dari 2 tahun dan kes melibatkan harta seperti hibah, harta sepencarian, naϐkah dan sebagainya selesai dalam tempoh 3 tahun. Dan yang keempatnya, melancarkan satu projek inovasi Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) ’’I-Mutaah’’ bagi mempercepatkan kes-kes Mutaah. Ini bukan nikah Mutaah ini, ini kes-kes pemberian sagu hati selepas daripada berlaku perceraian.

Jadi sebagai tambahan lainnya ialah statistik yang dapat kita lihat dari 2019 sehingga 2023 umpamanya yang melibatkan kes faraid hanya berbaki 198 kes iaitu masih dalam prosiding, 198 kes daripada 5279. Manakala kes mal dalam prosiding 2589 daripada 37 865 kes. Dan bagi kes jenayah dalam prosiding 1739 daripada 13 377. Jadi statistik ini menunjukkan bahawa tidak ada pun lambakan kes-kes yang masih belum diselesaikan dan ia melibatkan proses-proses munasabah sahaja di peringkat Mahkamah Syariah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan.

Terima kasih YB Exco atas jawapan tersebut. Soalan tambahan saya adalah pada Februari 2024 Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019. Soalan saya sejak ia dikuatkuasakan tahun 2019, berapakah kes yang membabitkan 16 kesalahan ini saya sebutkan beberapa seperti liwat, gangguan seksual, mengurangkan skala dan kurang berat, melaksanakan urus niaga riba dan menawarkan perkhidmatan maksiat yang telah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di negeri ini. Kalau tidak ada, mengapa ini berlaku sedangkan kes-kes ini terjadi di negeri ini. Terima kasih.

Terima kasih Kota Lama. Sebelum saya menjawab soalan tersebut, Kota Lama apa sikap Kota Lama terhadap keputusan kes Nik Elin vs Kerajaan Negeri tersebut ? Kota Lama bersetuju ataupun tidak ?

Saya jelas bahawa kes ini ataupun apa yang terjadi kes Nik Elin menyaman Kerajaan Negeri adalah tentang isu bidang kuasa DUN Kelantan dalam menggubal undang-undang Mahkamah Syariah. Ianya bukan memperkecilkan atau menghapuskan kuasa Mahkamah Syariah, jauh sekali daripada isu akhirnya tidak mahu Islam dinobatkan. So bagi saya dia clear sebagaimana yang disebutkan oleh Tengku Maimun Ketua Hakim Negara kita yang menyebutkan bahawa apa yang terjadi adalah keputusan itu membetulkan, meletakkan kita di rail yang betul mengikut semangat perlembagaan bahawa apa-apa yang diputuskan dalam Dewan yang mulia ini mesti lah tidak bercanggah dengan apa yang telah tersedia di peringkat persekutuan. Ia adalah tentang bidang kuasa yang boleh dilakukan oleh dua ini, satu ditentukan oleh ahli parlimen dan satu lagi ditentukan oleh kita para penggubal undang-undang di negeri ini. Thank you.

Ye, di atas kenyataan Kota Lama tadi kita di negeri Kelantan ini kita semua kesal dan rasa sedih dengan tindakan seorang muslim yang membuat cabaran terhadap seksyen-seksyen yang sudah baik pun yang telah dilaksanakan, sudah setahun dilaksanakan, telah diwartakan, dibincang di Dewan yang mulia ini. Dan kemudian diperkenankan oleh Tuanku Al-Sultan untuk dilaksanakan bukan perkara yang biasa. Dan tadi Kota Lama ada bertanyakan soal apakah kes-kes jenayah pasca selepas daripada pelaksanaan kita ada Kanun Jenayah Syariah macam mana.

Kita ada tindakan-tindakan walaupun kes itu tetap berlaku. Umpamanya dalam tahun 2022 ada 14 kes liwat berlaku, pada 2023 ada 8 kes liwat berlaku. Kalau lah sekarang ini bagaimana kita nak ambil tindakan terhadap kes-kes yang melibatkan liwat, pasca cabaran, pasca keputusan mahkamah. Jadi perkara seksyen 14 yang berkaitan dengan liwat sudah terbatal, jadi kita nak buat macam mana sekiranya berlaku antaranya ialah jenayah-jenayah yang macam ini. Umpamanya dalam Seksyen 43 Muamalat Riba, kita Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat satu perkara yang cukup baik untuk menyelamatkan rakyat ini daripada terlibat dengan hukum yang telah dilarang oleh Al-Quran oleh Allah S.W.T.

Tetapi kalau kita tengok dalam Mahkamah Sivil dalam panel kod apakah justiϐikasi yang boleh membatalkan seksyen berkaitan dengan muamalat riba, ada ke tidak ? Tidak ada... kerana Persekutuan sendiri tidak boleh untuk menggubal mana-mana hukum yang dianggap diskriminasi. Hukum riba hanya untuk orang Islam, orang bukan Islam tidak terlibat. Jadi bila dalam panel kod tidak ada, dalam negeri pun tidak ada dimanakah tempat untuk kita selamatkan rakyat ini daripada apa yang nak dinyatakan oleh Al-Quran itu, apa yang telah dinyatakan oleh Al-Quran dan oleh Allah S.W.T. Jadi di negeri ini lah perlunya kita gubal undang-undang yang nak menyelamatkan rakyat yang undang-undang ini sudah tentu yang bersabit terlibat dengan hukum syarak walaupun ia berkaitan dengan takzir. Jadi oleh kerana itu, nak selesai masalah ini perlunya ada gubalan undang-undang itu. Jadi apabila pasca keputusan ini menyebabkan beberapa kes-kes, hukuman-hukuman ini tertangguh. Walaupun begitu, ada kes-kes lain, yang seksyen-seksyen lain yang tidak terbatal yang perlu diteruskan oleh mahkamah.

Jadi saya ingin nyatakan bahawa memang ada kes-kes yang diteruskan oleh mahkamah. Tadi Kota Lama bertanya kes-kes dan sebagaimana saya nyatakan bahawa umpamanya dalam kes jenayah bagi tahun 2019 hingga 2023, kita sudah selesaikan 1739 kes daripada 13 377 kes. Ini di peringkat Mahkamah Syariah dan dalam prosiding itu pun ini angka Januari, angka awal Januari. Maksudnya sekarang ini kita telah masuk Mac, saya yakin bahawa dalam prosiding semakin mengecil, semakin sedikit apabila adanya Mahkamah Syariah. Jadi apabila ada pembatalan kepada beberapa seksyen iaitu 16 baru- baru ini ia menyebabkan kepada kelompangan kepada institusi Mahkamah Syariah untuk dinobatkan apatah lagi menjalankan kes-kes yang ada dalam prosiding. Jadi siapa yang bersalah ?

Okay Tuan Speaker. Sebab YB Exco dia belum jawab soalan saya. Khusunya contohnya untuk kes liwat dan juga kesalahan tentang riba sebab kita masih mengamalkan atau membenarkan bank-bank riba beroperasi di negeri ini. Saya bagi contoh baru-baru ini ada seorang pendidik daripad Pasir Pekan dihadapkan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah atas kesalahan merogol dan meliwat pelajarnya contohnya, mengapa kes ini tidak dibawa ke Mahkamah Syariah ? Saya mahu tahu adakah Mahkamah Syariah kita hari ini kompeten untuk mengendalikan kes-kes seperti ini, contohnya tadi YB Exco menyebutkan bagaimana kes itu dibatalkan menyebabkan kita tidak boleh nak mendakwa. Hikmah daripada pembatalan jenayah liwat itu di Kelantan adalah kerana hukuman untuk penjenayah ini di peringkat persekutuan adalah 30 tahun berbanding dengan hanya 3, 6 dan 5 di Kelantan.

Dato’ Speaker, Kota Lama... jenayah sekiranya jenayah itu termasuk dalam jenayah rogol itu dibawah sivil. 3,5,6 ini lah yang mengongkong dan menyempitkan hukuman-hukuman dibawah Mahkamah Syariah. Jadi Mahkamah Syariah ini sepatutnya diberi nafas yang baru sebagaimana berlakunya pada Jun 1988 dimana pindaan Perlembagaan Persekutuan telah berlaku, iaitu lah Perkara 121 (1A) dan memberi nafas yang cukup baru kepada Mahkamah Syariah. Dan Mahkamah Syariah ini boleh melaksanakan apa sahaja bidang kuasanya yang tidak ada di dalam Persekutuan.

Jadi baru lah kita dapat laksanakan secara baik dan dapat menetapkan hukuman-hukuman yang telah ada di dalam hukuman syarak itu. Kita belum lagi bercakap soal hukuman hudud, kisas yang Enakmen Kanun Jenayah Syariah nya sudah lengkap di Kelantan. Dan yang kita laksana pun yang takzir yang ini pun bukan setakat hudud, kisas telah pun terbatal kerana cabaran bagi yang tidak ada locus standi pun. Ini menggambarkan suatu perkara yang menyedihkan kita pada hari ini pada fasa ataupun pada zaman ini. Jadi hukum yang berkaitan dengan kes rogol apa semua sekali itu serah kepada sivil lah. Tetapi sivil ini pun satu macam juga, kes liwat macam kes Iki Putra kenapa sampai hari ini Iki Putra tidak didakwa, dibebaskan sampai ke hari ini. Kenapa ?

Dalam sivil maknanya suka sama suka selesai lah tak ada masalah. Jadi banyak kes tidak dapat diselesaikan sekiranya institusi Mahkamah Syariah ini tidak dinobatkan dan legislative lah untuk memberi pindaan kepada ruang pindaan kepada perlembagaan itu sebaiknya.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Wakaf Bharu.

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 7.

Soalan 7 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan adakah pihak Kerajaan Negeri Kelantan bercadang untuk menyediakan Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) untuk rakyat dalam Jajahan Tumpat.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih kepada Wakaf Bharu. Sebagaimana Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan semalam, sememangnya Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sebanyak mungkin rumah mampu milik di seluruh negeri Kelantan termasuklah di dalam jajahan Tumpat bergantung kepada keberadaan tempat dan tanah yang sesuai untuk dibina projek perumahan mampu milik di Kelantan.

Dan untuk makluman Yang Berhormat Wakaf Bharu, Kerajaan Negeri telah mengangkat permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) di jajahan Tumpat dalam Rolling Plan 5 (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kepada Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan (KPKT). Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan dan dasar KPKT untuk membina sebanyak 500 000 unit rumah sehingga tahun 2025. Itu dasar peringkat nasional dan kita negeri menyambut baik dan kita cuba menjayakan hasrat murni tersebut untuk memastikan satu keluarga mendapat sebuah rumah, In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Silakan.

Tuan Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

Terima kasih Exco diatas jawapan tersebut. Soalan tambahan, apakah Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengenalpasti ataupun lokasi Wakaf Bharu untuk dijadikan projek berkenaan. Sekian terima kasih.

Terima kasih YB Wakaf Bharu atas soalan tambahan. Kita ada mengangkat tapak permohonan untuk perumahan rakyat di Kampung Jubakar Pantai bersebelahan dengan Taman Perumahan Seri Bayu, Tumpat kepada negeri dan juga persekutuan. Dan kita tengok yang mana dahulu lah dan kita berharap KPKT dapat memberikan kelulusan atas permohonan ini kerana sekiranya KPKT memberikan kelulusan kita akan mendapat unit yang lebih lah kerana Persekutuan mempunyai sumber kewangan yang lebih berbanding negeri. Dan kita negeri komited akan

memberikan segala bentuk kerjasama untuk menjayakan pembinaan rumah untuk rakyat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Pengkalan Pasir.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Soalan tambahan saya, apakah halangan sebenar saya tengok pembinaan rumah mampu milik ini dari segi pembinaan construction nya tak ada masalah cumanya dari segi pengisian. Pengalaman-pengalaman kita sebelum ini apabila kriteria menyebabkan dia itu bankable layak untuk memohon bank, itu isu utama. So bagaimanakah Kerajaan Negeri nak mempastikan pembinaan-pembinaan rumah itu dibuat pengisian mengikut kelayakan dan dia itu layak untuk bankable. Isu besar di sini adalah bankable. So bagaimana Kerajaan mengambil langkah-langkah mempastikan setiap rakyat atau yang memang layak tetapi isunya di bank untuk mengatasi masalah ini.

Terima kasih soalan tambahan Wakaf Bharu. Isu bankable berkelayakan pembeli rumah ataupun mereka yang telah terpilih senarai pendek untuk ditawarkan unit rumah yang telah kita tapis yang mana masalah bankable ini kewangan. Masalah kewangan merupakan masalah yang berlaku di semua negeri terutama sekali di kawasan-kawasan perbandaran. Unit rumah yang terlalu banyak siap dibina tetapi tak diisi kerana kerana untuk mengisi setiap pembeli atau pemohon yang ditawarkan tidak melepasi di pihak pembiaya ataupun bank. Tambah lagi kita sekarang ini mengalami masalah kemelesetan ekonomi menyebabkan tapisan semakin ketat kerana pembiaya pasti lah nak memastikan keuntungan akan diperolehi daripada jualan rumah tersebut. Dan di peringkat persekutuan telah mencadangkan pada semua negeri untuk melaksanakan kaedah RTO Rent To Own bagaimana dilaksanakan ……… mengurangkan berlaku masalah biasanya pembeli akan berlaku tunggakan membayar sewa bulanan dan benda ini berlaku di negeri kita lah. Sehingga lah projek-projek perumahan yang disiapkan 20, 30 tahun dahulu tidak dapat diserah milik kepada penerima kerana berlaku

tunggakan. Dan di Kelantan kita sedang memungut tunggakan kaedah sewa beli ini berjumlah hampir RM 3 juta tertunggak dan menjadi hutang luput. Masalah kewangan yang dihadapi oleh penerima kerana kebanyakan pemohon yang berhasrat untuk membeli rumah mampu milik daripada golongan yang berpendapatan rendah dan pasti lah mereka tiada urusan kewangan yang sempurna ataupun sistematik. Dan kita perlu memberikan ilmu pengurusan kewangan kepada semua rakyat kita lah supaya menguruskan kewangan dengan betul bukan hanya untuk membolehkan mereka mendapatkan rumah mampu milik masing-masing tetapi juga menguruskan kehidupan harian. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Saya pohon jawapan bagi soalan saya nombor 8.

Soalan 8 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan bilangan golongan miskin tegar di seluruh negeri Kelantan.]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Bunut Payong. Data kemiskinan Kelantan. Pertama data kemiskinan Kelantan dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Negeri Kelantan. Terakhir data terakhir 2024, miskin tegar seramai 14 000 dan miskin tidak tegar miskin 63 000. Miskin tegar pendapatan dibawah RM 1 200. Miskin biasa dibawah RM 2 200 tu duk atas. Dan data ini adalah daripada eKasih dan e-kasih ini data sehala... data sehala, maknanya pemohon isi borang dio oyak pendapatan dio maka kita pun itu lah pendapatan dio.

Kerana itu Kerajaan Persekutuan bowok hok baru ni PADU, PADU tu bakpo pasal dio gi tangok maso terima bantuan tu gi dengan mercedes, ado gi dengan mace-mace pendapatan. Wakil rakyat tahu belako deh. Bilo kito wat gi hok ni maso pembahagian tu kita tengok. Maka Jabatan Perangkaan baru ni mari bentang kito hal PADU dan dia mengatakan juga bahawa data eKasih ini perlu diputihkan semula. Dan saya yakin bahawa kalau data ini diputihkan jumlah kemiskinan ini pertamanya dapat dikurangkan atas data deϐinisi miskin itu sendiri akan dikurangkan. Itu satu.

Baik lah untuk bahagian miskin tegar di seluruh negeri Kelantan. Pertamanya mengaktiϐkan mesyuarat focus group kesejahteraan rakyat (FGM) di peringkat negeri dan focus group kesejahteraan rakyat (FGD) di peringkat jajahan sebagaimana arahan nombor 1 2023 Mekanisma Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa 7 Februari 2023. Kerajaan menfokuskan kepada 4 langkah sebagaimana pelan strategik berkenaan dengan kemiskinan. Pertama, memantapkan data Lock Figure Miskin Tegar Tahun 2024 dan mempergiatkan proses pemutihan data miskin tegar oleh PPNIC IJPM termasuk membuat semakan awal oleh Pejabat Tanah serta jajahan untuk membuat pengesahan status kemiskinan tegar semasa dan laporan pengurangan Lock Figure Miskin Tegar dalam sistem eKasih dalam tempoh 2 bulan sekali.

Yang ini yang cuba dibuat oleh PADU nya ialah supaya borang itu diisi itu dicek balik makna disemak balik supaya tidak disemak melalui secara tidak langsung. Misalnya kenderaan apa dia pakai, rumah macam mana dia pakai dan semuanya akan dinilai.

Tadi kita tengok perumahan, kenapa perumahan ore kelate tok layak tokleh kerana takdok, tidok bankable. Tidok bankable ni kerana takdok penyata bank, penyata bank takdok doh. Dio dok gi sipe duit di bank, dio sipe rumoh jah. Itu menyebabkan data-data yang kita payoh nok selesai masalah perumahan rakyat. Habih tey doh kito nyo cuba tidok bankable nok wat lagu mano sehinggakan ado setengoh nok oyak rakyat Kelate ni di Gua Musang contohnya rumoh tidok bankable kito offer bayar cash dio gi bayar cash rumoh. Pah miskin kut mano. Ayam RM 9 juta sakni, lembu tok oyak lagi make banyok mano Kelate, sapo kato miskin. eKasih jah kata miskin, saya kata rakyat Kelate kaya.

Yang kedua, melaksanakan data cleaning. Data cleaning secara menyeluruh dengan semua agensi pemberi bantuan seperti MAIK, Jabatan Kebajikan Masyarakat, agensi perbendaharaan negeri, badan sosial yang menyediakan pencen pesara kerajaan dan swasta seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, PERKESO dan lain-lain. Maknanya Kerajaan akan membuat satu cleaning proses untuk mempastikan data-data kemiskinan ini lebih tepat.

Yang ketiga, menyelaraskan focus group di peringkat jajahan merancang Strategi Quick Win jangka pendek dengan mengenalpasti Ketua Isi Rumah Miskin (KIR) ynag tidak produktif untuk diberi bantuan kewangan supaya boleh mengenalpasti PGK yakni Pendapatan Miskin Tegar. KIR produktif yang menghampiri atau tidak kurang daripada 250 diberi bantuan. Dio tidok cukup sikit lagi nok naik taraf kepada tok miskin tambah lagi 200 ya. Tamboh 200 ya ni menyebabkan dio tok jadi miskin, mudoh ni.

Yang keempat, menyelaraskan Program Kesejahteraan Rakyat dengan bantuan yang mampan bagi memastikan ketua isi rumah miskin tegar melepasi PGK miskin tegar. Kerajaan Negeri Kelantan telah banyak melaksanakan pelbagai program yang bukan sahaja bertujuan membantu meringankan kesusahan mereka, malah turut menekankan program yang mengeluarkan mereka dari status miskin tegar secara berkesan. Pelbagai bantuan dan program yang telah dilaksanakan bagi mengeluarkan mereka dari status kemiskinan melalui agensi Kerajaan Negeri dan juga agensi guna sama antara negeri dengan persekutuan.

Maknanya negeri dan persekutuan bekerjasama untuk mengatasi kemiskinan-kemiskinan tegar ini dan peruntukan melebihi RM 200 juta setahun diperuntukkan untuk membuat semua perancangan-perancangan ini. Jadi inisiatif peningkatan pendapatan ada 14 program, saya tak baca semua hari ini. Saya akan beri jawapan kepada Bunut Payong selepas ini In Shaa Allah. 14 program untuk inisiatif peningkatan pendapatan, 9 program untuk mengoptimumkan saluran bantuan kewangan, 3 program untuk mengoptimumkan bantuan pendidikan, 7 program untuk meningkatkan kualiti hidup. Sekat tu break ngejut... takdok.. tu jah jawapan dio neh.

Timbalan Speaker

Silakan.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya kalau kita dengar daripada laporan yang telah disampaikan daripada pihak Kerajaan tadi banyak usaha yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu miskin tegar dan juga kemiskinan di negeri Kelantan. Cuma sekarang ini saya nak tahu sejauh mana kerjasama di antara dua pihak antara Kerajaan Negeri dengan juga Kerajaan Persekutuan selain daripada yang telah disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Exco sekejap tadi.

Terima kasih Bunut Payong. Pertamanya ϐigure kerjasama antara negeri dengan persekutuan tadi lah saya sebut tadi maknanya peruntukan sebanyak lebih daripada RM 200 juta diperuntukkan termasuk dan saya yakin bahawa banyak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Saya tok buleh nok bui data terperinci mengenai banyok mano persekutuan dan negeri untuk maso ini. In Shaa Allah kalu itu kito bui. Cuma untuk mengatasi kemiskinan ini ado dua tiga perkara. Pertamanya kita sokmo duk mikir one-off. Mace tadi kito nok melepaskan dia daripada miskin tegar kita tamboh sikit pendapatan tetapi benda ni kena banyok pihak, pertama pihak individu itu sendiri. Peranan individu itu sendiri, mesti lah individu itu menambah kecekapan diri, berusaha dan sebagainya. Dan dengan ditambah oleh kerajaan memberi suntikan modal dan juga memberi tunjuk ajar. Selebihnya ialah kepada peserta.

Saya nok oyak lebih kure pengalaman di DUN saya dan sama di DUN-DUN lain. IKS banyok mano kito bui bantuan mesin. Mesin jahit kito bui, mesin buat kuih kito bui, mace-mace jenis mesin. Berjuta enam ore kato setiap tahun kito bagi kepada mereka ini daripada peruntukan Kerajaan Negeri. Tetapi sepatutnya ore kato dengan mesin jahit berkualiti tinggi, bukan bui mesin hok kongo ni, hok RM 2000 lebih... JUKI nama dia. Mesin ingat nama nah. Nok oyak nyo comey. Sepatutnya melepasi dengan jahit tu sajo, kalu buleh jahit 2-3 helai sehari pun buleh banyok mano doh. Mesin kuih kito bui banyok mano, bukan bui setahun, setiap tahun bagi.

Dan saya yakin semua DUN-DUN buat yang sama. Kerana itu peranan individu, komitmen individu, kesungguhan individu. Saya motivasi saya oyak sokmo ore kijo 3 jam dengan 12 jam mano banyok. Pukul 10 baru

bangun, contoh setengah-setengah tidok semo ore dok. Kalu pukul 10 baru bangun, pukul 3 kelik doh. Kalu 3 jam kijo berbanding ore kijo sejak pukul 6 pagi pukul 6 petang 12 jam tentunya komitmen 12 jam bekerja bersungguh smart work ini akan menjadikan hasil. Dan itu lah kita cuba promotkan kepada rakyat kita supaya berusaha lebih selain daripada bantuan-bantuan kerajaan kita kena pupuk nilai positif rakyat untuk berusaha dengan lebih. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Dato’ Exco, adakah kalau saya mengatakan bahawa isu miskin tegar atau tidak tegar ini tidak boleh diselesai kerana kita dari semasa ke semasa di peringkat bawah terutama penghulu kita setiap masa menggalakkan mendaftar dengan eKasih. Jadi setiap masa ia bertambah maka bilangan itu akan bertambah. Itu pertama.

Yang kedua, adakah kita boleh selesai isu miskin ini dengan kenaikan harga yang tidak berhenti-henti dan saya minta pandangan Yang Berhormat Dato’ Exco.

Terima kasih Kuala Balah. Dia gini jah kalu kito tengok sejarah nyo hok tok terimo zakat ni maso Khalifah Umar Abdul Aziz dok, hok lain tu zakat ado sokmo. Kerajaan nyo rakyat nyo Islam nyo mengajar kito suruh kayo suruh kayo sebab suruh buat keluar zakat. Baik, tadi saya kato doh eKasih ni data sehala yang tidak tepat. Kade-kade kito gi nok tolong ore dok, kito tahu dio tok layak, kito tahu dio gelang sekat lengan, kito tahu belako gini-gini tapi kito tolong isi eKasih pasal untuk mendapat bantuan. Ni salah satu. Jadi kito kena... tapi tu cerdik nyo ore kelate nyo ore panggil. Cerdik ore kelate nyo ore lain takdok dio miskin takpo asal buleh bantuan jah dio. Jadi kito pun senyap jugok doh dio buleh bantuan gege apo kito nyo deh neh.

Untuk soalan jawapan tokleh nok basmi kemiskinan saya rasa tidok tepat, kito buleh sebab zame Umar Abdul Aziz buleh, kenapa kito tokleh. Nok

buleh sene start pimpinan Pusat gapo tu jangan ado rasuah, integriti keno ni, pitih keno kumpul molek supaya tidok tiris. Sebanyok mano pendapatan negara kalu tiris tu banyok, wajib sesok sokmo. Nok suruh kayo selesai hok tu supo Kelate ni 33 tahun integriti Alhamdulillah. Takdok lagi hok keno dek neh. Integriti paling penting supaya pimpinan atas tunjuk contoh yang baik. Duit tidok leaking tidok tubik tidok tubik, Kerajaan duit banyok dea duit banyok buleh tehe bui ko rakyat nok bui gapo pun. Kayo lah rakyat kito In Shaa Allah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Gaal.

Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya kemiskinan ini sebagaimana kita tahu ia bukan sahaja berfaktorkan kepada ϐizikal kadang-kadang masalah sikap. Jadi apakah program kerohanian yang telah dilaksanakan kepada golongan miskin tegar ini supaya dia dapat motivasikan diri dia. Terima kasih.

Ambo nok jawab hok tu payoh sikit program kerohanian neh sebab nyo jawapan ambo mudoh gak setiap ore ni keno reti. Sebab benda asas nya ialah kito benda asas kito ore Islam asas. Ambo oyak doh Islam menggalakkan kayo, tu nombor satu. Islam maroh benar ore malas sehingga dio sebut malas ni takdok ubat sor karo dek neh. Jadi hok ni lah program-program motivasi duk buat ni itu lah program kerohanian doh. Kalu kito nok oyak motivasi untuk dio kijo. Gitu dari segi itu. Nok lebih lagi saya takdok program khusus nok panggil nok syarah sebab kita dengan agama ni. Agama ni sepatutnya saya nok oyak gini jah, kalu kito ore Islam sengoti... meme Islam sengoti pun dih, kecuali hok tolok... hok tolok jenayah sakni tok tahu lagu mano. Saya terganggu sakni dengan Kota Lama, nok jawab tapi portfolio ore lain. Terganggu tu gano sepatutnya kito ore muslim ni netey nerak pun, walaupun kito tahu bercanggah dengan persekutuan kito tok jadi penyokong tegar ore yang menolak neh. Sepatutnya kito paling-paling tidok duduk diam jah. Saya tokse jawab saya takut saya kato berat lagi. Baik toksoh tanyo... baik toksoh tanyo pasal saya tahu belake nuh gapo berlaku luar antara Parti PAN dengan Nik Elin neh. Jadi saya.. saya tok benar lah tanyo pasal saya takut saya ngamuk.

Jadi nok oyak gitu sepatutnya kito muslim walaupun kito tahu bercanggah dengan Persekutuan sebab undang-undang jenayah, jenayah syariah ini jenayah sivil tok serupo. Toksoh kito nyohor bahawa sivil ni undang-undang dio berat daripada ni... dok. Sebab dio tidok melalui proses sepertimana undang-undang syariah. Gitu.. jadi kalu kito tahu doh bercanggah kito pun tahu bercanggah, mugo kito ado LA. Undang-undang dibuat dengan semakan LA bukannya tonyoh-tonyoh dok. Hok ado dio siap belako doh. Jadi benda ni kalu sebagai seorang muslim akidah tepat, ore nok kosek agama ni kito tok rok nok taha dok diam jangan duk sokong. Jadi gitu lah, ni tidok maroh nok tegas gitu.

(MENCELAH) Speaker...

Bakpo ? Nanti... ado goni kalu nok panggil Speaker angkat book tengok nombor berapo.

Timbalan Speaker

Galas duduk dulu.

Galas duduk dulu. Saya tok bui ruangan Galas. Jadi gitu lah jadi program khusus ni bagi saya hok kito duk ceramah oyak mengenai kepentingan untuk membasmi tu bare-bare agama doh neh. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Baik kita teruskan dengan Yang Berhormat Pantai Irama.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 9.

Soalan 9 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan sejauh mana loji AKSB baru di Jelawat boleh menampung keperluan air di Kg Repek, Tangok, Neman dan Telong dan apakah halangan dalam usaha untuk loji ini beroperasi.]

Hoh keno pulok.. ingat dok doh. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Pantai Irama. Gini lah soalan ni kawasan-kawasan yang disebut sakni iaitu agihan Kg Repek, Tangok, Neman dan Telong. Jajaran dia ialah bukan jajaran daripada tangki hok baru ni, tangki apa tu.. tangki Jelawat. Bukan hok tu. Dia nya adalah daripada LRA Loji Rawatan Air Chicha melalui Tangki Bukit Kechik. Jajaran hok sebut tadi tu disupplykan oleh LRA Chicha melalui Tangki Bukit Kechik.

Dan soalan kedua ialah mengenai sejauh mana loji ini di Jelawat. Di Jelawat sudoh doh, kito try doh, try jale molek doh. Cuma kito nok buh pressure tinggi takut bocor, paip paip lamo. Setakat hari ini kito tok tehe dengan air kito ni kito tamboh pressure dio pecoh. Jadi try ni setakat ni takdok napok pecoh lagi.

Jadi baik lah.. walaupun ore kato LRA Chicha melalui Tangki Bukit Kechik .... tetapi dengan siapnya nanti kito buleh jugok divert ke tempat-tempat sakni sekiranya air tidak mencukupi. Kalu kito ata tu kito buleh ata dale 50%. Lori... lori pulok doh. Loji LRA mini Jelawat ini membekalkan kapasiti air sebanyak 4 juta liter sehari dan dia boleh memanfaatkan lebih kurang 2000 akaun pengguna. Itu penambahan dari sudut pengguna. In Shaa Allah air akan cukup di kawasan Jelawat terutamanya pengguna di kawasan Jalan Seneng... Seneng dok.. Seneng.. Seneng.. Permatang Pasir, Kampung Surau Bator, Bukit Chendor, Teratak Pulai, Kubang Keladi Rusa, Pekan Hulu Pok Elong, Padang Pak Hamid, Kampung Binjai. Ini jajaran daripada loji air... loji air Jelawat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih diatas jawapan yang padu daripada pihak Kerajaan.. terima kasih. Soalan tambahan saya memahami kadar dan keperluan masalah di Neman dan juga UMK yang kita dapati tidak jauh daripada Loji Jelawat. Adakah kaedah boleh guna kemudahan di Jelawat di Loji Jelawat ataupun kaedah lain bagi mempastikan sekarang ini masalah di UMK, masalah persekolahan Tangok, Kampung Neman, Kampung Pak Elong dan sebagainya meme bermasalah, mungkin ada kaedah lain yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih.

Terima kasih kepada Jelawat... apa tu Jelawat pulok doh... Pantai Irama.. tukar eh. In Shaa Allah benda itu akan akan buleh bila selesai loji ini dio ado lebihan air sikit tu kito raso kito buleh divert kepada tempat-tempat yang apa tu.. YB sebut sebentar tadi In Shaa Allah neh.

Speaker, soalan tambahan...

Timbalan Speaker

Silakan Jelawat.

Okay. Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Dato’ Exco, loji telah siap di Jelawat, ujian pun telah dilakukan, soalnya bila nak mula operasi. Terima kasih.

Sebenarnya telah beroperasi, ujian telah buat daripada 28 hari bulan lagi dan telah beroperasi. Cuma operasi tidak sepenuhnya kerana nak tengok, masih lagi nak tengok. Dari segi rawatan air selesai, kuantiti air selesai, kualiti air pun selesai cuma nok bui laju tu takut pecoh paip duk dale ujian

tu lagi. Dan In Shaa Allah kawasan-kawasan yang dibuat In Shaa Allah akan diatasi. Terima kasih Jelawat. Jelawat pun sebut ...

Timbalan Speaker

Baik.. terima kasih Yang Berhormat Exco. Banyak jawab soalan dan boleh berehat dulu. Kita teruskan dengan Yang Berhormat Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker,

Ramadan akan menjelang tiba, Saya mengambil kesempatan menyusun jari 10, Ampun maaf mohon dipinta, Mohon jawapan soalan saya nombor 10.

Soalan 10 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan apakah langkah-langkah atau usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi menarik pelancong-pelancong yang ke Negara Thailand agar singgah ke Kelantan bagi meningkatkan ekonomi lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Kelantan 2024.]

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Gual Ipoh atas pertanyaan mengenai langkah-langkah yang boleh kita ambil kepada para pelancong yang datang ke Thailand untuk berkunjung juga ke Kelantan.

Saya ingin membahagi pelancong ini kepada dua. Satu, yang datang ke Thailand secara langsung. Yang kedua, yang datang ke Thailand daripada Malaysia khususnya daripada melalui Kelantan. Yang datang ke Thailand

secara langsung tidak melalui Malaysia yang khususnya berkunjung ke Selatan Thailand, kita telah mengambil tindakan untuk mempamerkan dan mewarwarkan melalui beberapa kegiatan seperti Expo Thailand yang berlangsung di Pattani pada bulan Disember tahun lepas. Penyertaan kita dan kita mempamerkan showcase tempat-tempat yang menarik kepada mereka. Di samping itu juga, kita mendirikan billboard papan-papan iklan mengenai tempat-tempat menarik di Kelantan ini.

Kepada mereka juga ... terutamanya kepada orang-orang Thailand yang khususnya berada di kawasan Selatan Thai, ada yang datang ke Kelantan kita dapat feedback bahawa mereka berminat untuk membeli belah di pasar-pasar raya kerana terdapat pasar-pasar raya kita terutamanya di kedai bebas cukai di Rantau Panjang dan di Pengkalan Kubor bahan-bahan yang bebas cukai terdiri daripada pelbagai perkara yang boleh menarik minat mereka. Saya juga beberapa hari yang lepas telah berkunjung ke tempat-tempat ini melihat sendiri dan saya dapati jumlah pengunjung agak ramai di kedua-dua tempat itu.

Selain daripada itu, ada beberapa perkara yang sedang dan boleh kita adakan yang melibatkan peminat-peminat dalam sesuatu program daripada Thailand yang boleh kita adakan di Kelantan ini. Terutamanya baru-baru ini ada satu persatuan NGO mengadakan pertandingan peringkat antarabangsa yang melibatkan para peserta daripada Thailand mengenai ayam cantik... ayam ratu. Alhamdulillah sambutannya baik dan kalau Kerajaan boleh melibatkan dengan membesarkan penyertaan, itu akan lebih banyak lagi menarik minat orang daripada Thailand.

Kemudian juga, boleh kita extendkan kepada pertandingan burung dan juga taman tema yang terdapat di Kuala Krai itu suatu yang boleh menarik perhatian daripada orang-orang daripada Selatan Thai untuk berkunjung ke Kelantan ini. Kemudian... tapi ada satu halangan yang saya dapat daripada travel agent kita iaitu pelancong-pelancong daripada Thailand, mereka lebih minat datang dengan membawa bas mereka masuk ke Kelantan ini dan ini tidak dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Malaysia. Mereka boleh datang dengan kereta, yes tetapi tidak dengan bas. Dan masalah yang sama dibangkitkan oleh Kedah dan juga oleh Perlis dan kita telah berpakat untuk mengadakan representasi kepada pihak Kementeria Pengangkutan untuk membenarkan bas-bas pelancong daripada Thailand masuk ke negeri-negeri bersempadanan dengan Thailand. Kalau ini dapat kebenaran saya dapat jangkakan lebih ramai lagi pelancong daripada Thailand masuk ke Kelantan ini.

Dan kemudian dari Malaysia... pelancong dari Malaysia khususnya daripada Kelantan nak pergi ke Thailand ini satu... yang dari luar dari Kelantan tu kita boleh atur program seperti soal makanan, kebudayaan, tempat-tempat nature alam semula jadi yang menarik sedang diaturkan sekarang ini di Tumpat. Mengadakan satu tempat khusus untuk kelip-kelip itu apa... satu jenis serangga yang menghasilkan cahaya. Kuney.. kito panggil kuney.. kunang-kunang ye... ϐireϐly lah sebenarnya. Dan juga selain daripada itu, menganjurkan river cruise yang sedang berjalan sekarang ini tapi perlu diperbaiki lagi di kawasan Kampung Laut sampai lah ke Pulau Suri dan Pulau Arjuna. Dan ini di antara yang boleh menarik pelancong daripada luar Kelantan yang bercadang untuk ke Thailand. Kita tak boleh nak halang mereka nak pergi Thailand tapi kita boleh menggalakkan mereka untuk duduk 2-3 hari di Kota Bharu ataupun Rantau Panjang ataupun di Pasir Mas, di Tumpat dan tidak lupa di Jeli sebelum mereka ke Thailand. Jadi itu di antara yang sedang dan boleh kita buat dengan banyak lagi tambah baik. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Soalan tambahan saya, tema kepada Tahun Melawat Kelantan adalah “Food, Family and Festival”, jadi apakah Kerajaan tidak bercadang bagi mengadakan food centre sebagai hub makanan Kelantan bagi lebih mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan makanan. Dan soalan... kalau kita ke negeri Terengganu, Draw Bridge telah menjadi trending atau ikon yang menarik orang melawat negeri Terengganu mutakhir ini. Apakah Guillemard Bridge juga boleh menjadi ikon bagi negeri Kelantan khasnya dari segi sejarah. Sekian terima kasih.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Yang Berhormat Gual Ipoh ni kalu tok tanyo pasal Guillemard dio tok jadi dio. Terima kasih atas soalan tambahan. Saya jawab nombor 2 dulu lah ye... Guillemard dulu. Ye jawapannya yes boleh kita jadikan ikon walaupun tidak jadi draw bridge. Dia ada beberapa keistimewaan di antaranya yang terpanjang railway bridge di semenanjung, yang keduanya dia kedua yang tertua selepas Victoria Bridge di Kuala Kangsar, ni yang the second oldest railway bridge di semenanjung ini. Dan engineering nya itu masih kekal apa namanya kukuh sampai sekarang walaupun it was build in 1924,

dibina pada tahun 1924 tapi dia punya teknologinya itu masih kukuh sampai sekarang Alhamdulillah. So itu di antara yang... bahkan ada yang usaha yang kita untuk kita jadikan nak angkat jadikan di antara tangible UNESCO punya heritage. Tapi dalam hari ini saya nak bagitahu pada Yang Berhormat Gual Ipoh supaya dia tidak push saya sangat lah ye. Syarat dia tuan punya tuan empunya bridge itu nak kena buat permohonan.

Jambatan Guillemard ni bukan kita punya, railway punya RAC Railway Assets Corporation, dia yang memiliki jambatan ini. So dia yang nak kena angkat permohonan, so kita tengah berunding dengan dia. Harini pegawai saya dari TIC ada di Kuala Lumpur untuk jumpa dengan pihak Keretapi Tanah Melayu. Jadi no problem.. bahkan sudah kita war-warkan di dalam video kita, Tahun Melawat Kelantan pun ada gambar Guillemard Bridge dan sekitar jambatan itu Majlis Daerah Tanah Merah telah mengusahakan satu kawasan yang sangat cantik, sangat menarik dengan kerjasama KESEDAR. KESEDAR pun ada bagi peruntukan. Dan sedang dalam proses untuk menambah baik, saya pun dah pergi tengok.. bahkan dia boleh jadi tempat photoshoot orang yang kahwin... yang suka ambil gambar di situ... very apa namanya beautiful place. Saya apa namanya kena bagi kredit lah kepada Yang Berhormat Gual Ipoh dalam usaha dia untuk memajukan kawasan itu.

Yang kedua, berkenaan dengan food centre. Food centre ini kita kan terkenal dengan makanan yang sedap dan lazat dan reasonable price di kalangan orang-orang Malaysia. Kalau datang ke Kelantan mereka ϐikir soal makan. Alhamdulillah baru semalam Dato’ Bentara Kanan ambo pergi ke Laman Warisan di Kampung Laut jupo dengan sekumpulan daripada Johor daripada Gelang Patah, Johor. Gelang Patah terkenal dengan tempat makanan juga makanan laut tetapi dia datang sini, saya kata mana dah pergi, dia pun sebut lah 2-3 tempat, dia duduk Pengkalan Pasir homestay, belum lagi... mari makan je dulu. Sampai kelmarin makan, hari ini nak pergi lagi saya tanya dia nasi dagang dah makan... belum, nasi kerabu dah makan ... belum.

Jadi kalau dah kata nasi dagang belum makan, nasi kerabu belum makan, nasi tupe... belum, jadi yang makan apa... dia kata mee chambo... mee apa tu... mee celup. Jadi banyak lagi yang ikon makanan yang dia belum rasa. So dia kata nak rasa lah harini dan kalau tak habis harini esok pula pergi. Jadi saya nak cerita bahawa sebahagian besar daripada pelancong dalam negeri datang ke Kelantan ini dia ϐikir soal nak makan. Alhamdulillah YB Gual Ipoh sebut tentang food centre, kita di Kota Bharu saje dah ada

beberapa tempat. Baik kalu you ϐikir satu food centre yang semuanya in one place, saya ϐikir itu apa namanya mungkin tidak begitu sesuai. Biar lah ada beberapa tempat untuk memudahkan orang dan mengurangkan jam untuk mengurangkan kesesakan. So kita spread out seperti yang dah ada di Kota Bharu sekarang ini. Dan begitu lah juga di beberapa tempat di daerah-daerah di jajahan seluruh negeri Kelantan Alhamdulillah. Terima kasih.

Sikit lagi.. laluan.

Timbalan Speaker

Silakan Gual Periuk.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Berkenaan dengan program pelancongan, menarik pelancong daripada Thailand, adakah pihak kita bercadang untuk melaksanakan program pelancongan bersama dengan Kerajaan Thailand untuk menarik lebih ramai pelancong-pelancong mereka untuk ke Kelantan terutamanya. Terima kasih.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih Gual Periuk… Gual Ipoh… Gual Periuk katas cadangan yang sangat bagus sebenarnya saya pun duk tengah apa namanya berkira-kira untuk mengadakan kunjungan ke Gabenor Wilayah Selatan untuk tujuan yang sama. Baru-baru ini 2-3 baru ini ada satu pertandingan lumba perahu di Sungai Golok tapi itu dianjurkan oleh belah Siam tapi kita terlibat sama lah sebagai peserta. Jadi saya ϐikir why not kita apa namanya anjur bersama dan dengan kadar dan sekala yang lebih besar untuk kita jadikan sebagai satu daripada event yang tetap masuk dalam calendar kita untuk setiap tahun. In Shaa Allah kita akan ambil ini untuk tahun depan punya calendar. Terima kasih.

Sikit lagi.

Timbalan Speaker

Okay silakan terakhir.

Nok tanyo Yang Berhormat Exco adakah bui makluman supaya pelancong daripada Thailand mari Kelate naik kereta api gi ke Dabong.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Kita dah war-warkan Train To Dabong tu ye.. Alhamdulillah. Cuma tidak lah saya sebut khusus tapi dalam billboard kita tu ada Train To Dabong. In Shaa Allah ... good.

Sikit lagi Dato’ Speaker laluan Kota Lama... pendek je... pendek je.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menangguhkan sidang kita pada pagi ini. Kita akan berehat selama 30 minit. Kita akan bermula semula pada jam 11.15 pagi. Kita tangguhkan sidang dengan Tasbih Kafarah dan juga Surah Al-Asr.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.45 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.15 PAGI.

PERSIDANGAN DISAMBUNG SEMUALA PADA JAM 11.15 PAGI

Speaker

Dipersilakan Pasir Tumboh.

Tuan Haji Abd Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan. Sebagaimana yang kita buka dalam muka surat dalam titah ucapan pada muka surat 2. Yang pertamanya ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Haji Nassuruddin Bin Haji Daud diatas pelantikan sebagai Menteri Besar, yang kita yakin dan kita percaya dengan pemilihan yang dibuatkan oleh Tuanku Sultan beliau akan dapat melaksanakan tugas sebagaimana yang dikehendaki oleh umat Islam seluruh negeri Kelantan.

Yang kedua, saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Bentara Kanan Yang Berhormat Ustaz Ahmad Bin Yakob dan segala kakitangannya yang sebelum ini yang sudah pun melahirkan kepada kita ... yakni diatas realitinya kejayaan beliau sebelum daripada ini.

Dan saya ... kalu buka muka surat daripada 15 yakni Kelantan Jelapang Makanan Negara. Kelantan memainkan peranan penting dalam food security atau keselamatan makanan negara. Dia memiliki kelebihan dalam pengeluaran makanan tempatan yang pelbagai dan melimpah termasuk beras, ikan, sayur-sayuran dan makanan laut. Selain daripada tanah yang subur dan sumber air yang mencukupi, membantu dalam mengeluarkan bahan makanan melalui program-program pertanian dan aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Kelantan berusaha meningkatkan pengeluaran makanan tempatan untuk memastikan keselamatan makanan penduduknya dalam menggalakkan pertanian lestari dan membantu petani tempatan Kelantan dapat menjadi pengkalan utama dalam penyediaan makanan bagi negara serta menyokong matlamat keselamatan makanan negara. Oleh itu, satu jawatankuasa yakni food security negeri hendaklah dikembalikan fungsinya dengan mencari langkah terbaik dengan membangunkan tanah terbiar serta menyediakan inisiatif-inisiatif bagi menarik golongan generasi muda yang berminat kepada pertanian.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita tengok awal-awal pemerintahan, sebelum daripada tahun 1990... sebelum daripada tahun 1990 semasa itu PAS belum lagi memerintah negeri ini tetapi dalam manifesto janjinya ialah bagaimanakah untuk mempertahankan, untuk mempertingkatkan Islam ini. Dan apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Almarhum Tok Guru Menteri Besar pada ketika itu, maka dia menubuhkan era yakni era Membangun Bersama Islam. Cabaran dan halangan yang diharungi oleh kepimpinan melalui cetusan era Membangun Bersama Islam yakni yang kita sebut MBI oleh Almarhum Tan Sri Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang bermula daripada tahun 1990 hingga lah kepada 2013. Tok Guru telah melaksanakan 3 tonggak utama... 3 tonggak kekuatan asas Membangun Bersama Islam yang Ubbudiyah, Masuliyyah dan juga Itqan. Diatas kejayaan Membangun Bersama Islam ini lah yang telah memartabatkan syariat dengan menukarkan, yang pertamanya ialah menukarkan bagaimana akaun Kerajaan... akaun bank Kerajaan dari bank konversional kepada akaun Kerajaan di Bank Islam, menutup semua premis-premis judi di negeri ini serta banyak lagi lebih daripada 150 perubahan yang telah dilaksanakan semasa almarhum.

Dan seterusnya menuju ke era yang kedua, seterusnya ialah menuju ke era yang kedua yakni memerakyatkan Membangun Bersama Islam yang telah diteruskan oleh Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Bin Yakob yang bermula daripada 2013 hinggalah pada tahun 2023 sebagai anak didik Tok Guru yang penuh dedikasi serta bekerja kuat, maka beliau telah dipilih sebagai penerus kepada legasi Tok Guru. Dan Dasar Merakyat Membangun Bersama Islam telah diperkasakan lagi dengan meletakkan 3 tonggak utama iaitu keberkatan, kemakmuran dan juga kebajikan. Ia adalah fasa penerapan dasar membangun… dasar Merakyat Membangun Bersama Islam (MMBI) secara bersama pemimpin dan rakyat bagi membangun Kelantan sejahtera dan diredhai oleh Allah. Diatas kejayaan serta beberapa tindakan pembaharuan yang te;ah dilaksanakan di era pentadbiran ini telah menubuhkan Yang Amat Berhormat waktu itu telah menubuhkan yakni Majlis Penasihat Ekonomi Negeri yakni MAPEN, mewujudkan Pelaksanaan Pemantauan Strategik Negeri Kelantan yakni SPARK, menubuhkan lagi Institut Pemikiran Tok Guru serta banyak lagi sebagaimana yang kita ketahui semalam.

Dan sekarang kita masuk ke fasa yang ketiga, disambung oleh… fasa yang ketiga iaitu Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) yang telah diterajui kini oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Haji

Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud Menteri Besar yang perlu dihayati bersama dasar ini dengan sepenuh jiwa dan hendak lah disambung oleh pemimpin semua di peringkat jentera Kerajaan dan rakyat negeri Kelantan. Dalam memperkasakan dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam, Kerajaan mengadakan kerjasama dengan Universiti Teknologi Petronas serta pihak berkaitan bagi melaksanakan kajian membina senario semasa depan bagi negeri Kelantan dalam tempoh 10 tahun yang akan datang yakni bermula pada 2023 sehingga lah pada 2033.

Sebanyak 19 kuasa bergerak telah dikenalpasti bagi mendorong kesejahteraan negeri Kelantan meliiputi aspek politik, ekonomi, sosial, teknologi, persekitaran dan juga undang-undang. Menaruh harapan yang tinggi agar Pelan Pemerkasaan Kelantan Maju Rakyat Sejahtera ini akan dapat dicapai menjelang tahun 2023. Cabaran dan halangan ini telah pun dikongsi bersama seluruh jentera Kerajaan dalam mengukuhkan pentadbiran dan sumber hasil negeri Kelantan demi kesejahteraan rakyat. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana berjaya mengekalkan sebuah Kerajaan yang berintegriti di bawah dasar Membangun Bersama Islam dalam menerajui Kerajaan Negeri Kelantan sehingga kini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada itu juga, setelah ketiga-tiga perubahan ini dilaksanakan kita dapati baru lah agenda Kerajaan kita boleh tumpukan boleh bergerak berasaskan kepada 3 perkara ini yang telah dibawa oleh ketiga-tiga pemimpin negeri tadi. Kalau kita masuk kepada fasa, Tuanku ada bertitah mengenai bagaimanakah untuk memperkasakan kembali mahkamah syariah ini. Kalau kita tengok muka surat 3… muka surat 3 ada titah. Sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri yang telah dicabar dengan dasyat dan hebatnya sehingga terbatal daripada 16 seksyen daripada 18. Bukey satu bukey dua tetapi 16 seksyen sudah pun terbatal. Padahalnya dilaksanakan semua enakmen-enakmen ini diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini. Sebelum proses kelulusan itu kita sudah ada beberapa jawatankuasa. Ada jawatankuasa yang terdiri daripada jabatan agama. Ada jawatankuasa yang terdiri daripada Majlis Agama dan ada jawatankuasa yang diterajui oleh Pengerusi Exco Dakwah. Dan dalam itu semua lengkap ada dan kita pun sudah ada wakil kepada Pejabat Peguam Negara yakni Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri. Boleh dikatakan semua proses ini mengikut apa yang telah pun ditetapkan baru lah dia masuk di dalam Dewan ini. Saya

tak nak sentuh banyak hal-hal inI. In Shaa Allah Exco akan gulung selepas ini.

Tapi apa yang malangnya saya ingin mencadangkan supaya 16 enakmen yang telah pun dibatalkan ini saya memohon kepada Kerajaan Negeri semak balik dan bawa masuk di dalam Dewan ini dan In Shaa Allah dengan beberapa teknik-teknik kita akan baiki dan kita akan luluskan semula di dalam Dewan ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker….

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Yang Berhormat, boleh minta laluan ?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh mencelah ?

Speaker

Boleh boleh.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Tumboh. Saya ada sedikit soalan untuk diajukan kepada Pasir Tumboh berkaitan dengan pembatalan beberapa enakmen dalam Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan yang diluluskan dalan Dewan Negeri. Adakah pihak Yang Berhormat merasakan apabila adanya usaha-usaha untuk menggagalkan enakmen yang diluluskan di dalam Dewan Negeri yang mulia ini oleh pihak mahkamah baru-baru ini dan kita tidak hendak pertikaikan keputusan mahkamah. Cuma adakah Yang Berhormat merasai ada usaha-usaha halus daripada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mengurangkan kuasa Islam ataupun kuasa perundangan Islam khususnya di negeri Kelantan dan ada golongan-golongan ataupun pihak-pihak yang memainkan peranan dalam nak mencabar usaha ini. Dan ini merupakan usaha halus yang mempunyai niat yang tak baik kepada syarak Islam itu sendiri. Minta penjelasan Yang Berhormat.

Tuan Haji Abd Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Terima kasih Yang Berhormat Tendong. Dia kalau kita perhati lah dan mesti kita kena perhati lah, semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak hatta Wilayah Persekutuan sekalipun dia ada mahkamah syariah ini. Buke kato Kelate jah ado nyo, negeri lain pun dio ado jugok. Dan enakmen-enakmen ini hampir sama. Saya perhati tengok dale 16 enakmen yang dibatalkan, 7 daripadanya persamaan betul-betul dengan negeri Kedah. Dan kalau tak silap pula banyak enakmen-enakmen 16 ini adalah sebutir-sebutir daripada persamaan dengan enakmen Mahkamah Wilayah Persekutuan.

Tapi kenapa Kelate ni ... Yang Berhormat Exco Infra tadi sebut dah dok. Tapi kenapa Kelantan menjadi sasaran. Negeri lain tidak menjadi sasaran. Mesti ada satu agenda penting untuk melemahkan negeri umat Islam yang paling ramai di Malaysia ini iaitu Kelantan. Banyak lagi tu dok. Kalu buleh dok... selain daripada hukum takzir yang disebut saya rasa bab bercanggah ni tak jadi masalah, ada ore sebut kerana bertembung dengan undang-undang sivil lah dok... mahkamah syariah... mahkamah syariah ini bertembung dengan undang-undang mahkamah sivil lah, hoktu dok jadi masalah, itu kebiasaannya. Kalu di... dengan PBT lah contohnya nok suruh mudoh jelas, kalu PBT undang-undang parking kereta, dalam parking kereta tu MPKB... kalu di Kota Bharu ni MPKB pun buleh saman, polis pun buleh saman... dok. Bertindih kiro tu... dok. Kalu rokok pulok, dilarang merokok... Majlis PBT pun buleh saman kerana kotor, Kementerian Kesihatan jugok buleh saman. Itu lah alasan bertembungnya... dok.. hoktu dok jadi masalah. Sebab tu lah dalam 16 enakmen yang dibatalkan ini ada yang tidak bertindih... dok... tapi dibatalkan... tapi dibatalkan juga.

Saya sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker nak cadang pula ni 1990... 1993 sorry. Kita telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah 2... hok kito sebut hukum hudud tu, tapi di Kelate ni dio panggil Jenayah Syariah 2. Hok tadi yang pertama, hok ni yang kedua... dok. Hok ni hukum hudud ni, hukum hudud ni dio tokleh bertembung dengan mana-mana mahkamah pasal ini adalah hukum Al-Quran hukum Allah tapi kita angkat ke Kuala Lumpur dan dia tidak dibenarkan untuk dilaksanakan dengan alasan mace-mace. Dan sekiranya kita melaksanakan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 2 ini maka satu tindakan akan diambil kepada negeri Kelantan. Maka kita masa tu kita hold dan undang-undang itu tetap ada kita tunggu masa sahaja.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya masuk kepada... cukup lah setakat tu dulu hok tu. Selain daripada itu, saya juga nok ucap tahniah kepada Yang Berhormat Exco Infra diatas usaha yang gigih Yang Berhormat Exco, Yang Berhormat Timbalan dan seluruh jentera Kerajaan, AKSB kita menampakkan sedikit, kita menampakkan satu kejayaan yang mana kalau Exco Infra dulu pun kita ucap terima kasih juga. Boleh jadi nikmat ini disambung oleh Yang Berhormat Exco baru ini pun satu lanjutan daripada Exco yang dahulu.

Di antara senarai loji yang telah pun dibangunkan yang telah selesai dan juga perancangan yakni membina dan menaik taraf 2 buah loji rawatan air yang baru iaitu pembinaan LRA Chicha 2 di kawasan dekat dengan rumah saya ni yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2026 dan pembinaan Bukit Cupak yang dijangka siap juga pada pertengahan 2025. Pembinaan Takungan Air Pinggiran sungai (TAP) di Mukim Joh, Machang yang berkapasiti 500 dengan pembiayaan geran daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dengan kos sebanyak RM 630 juta. Pembinaan loji air di Machang yang baru fasa 1 yang telah pun disebutkan tadi yang berkapasiti 250 juta liter sehari dan tangki yang membangunkan dengan anggaran kos RM 500 juta dan banyak lagi yang disebutkan di sini.

Ini lah di antara kejayaan yang In Shaa Allah walaupun kita rasa sekarang ni buleh doh, kalu dulu air takdok sekarang ni ado doh, di tempat-tempat yang tertentu sahaja.... di tempat-tempat yang tertentu sahaja tidak ada air. Oleh sebab itu lah, saya memohon kepada Kerajaan supaya kembali... supaya kembalikan lori-lori... dio nekat lidoh. Saya memohon kepada Kerajaan supaya kembalikan semula lori air khas kepada setiap DUN di dalam negeri Kelantan ini. Takpo lah kita guna lah CSR yang ada, pasal ini sahaja yang boleh membantu kita, yang boleh membantu wakil-wakil rakyat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah air yang tidak ada khususnya kepada di kawasan pedalaman.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mengucapkan jutaa terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita diatas SKC, SKC ni dia panggil apa Skuad Kita Cakna (SKC) yang dalam titah pun ada. Kalu kito tengok dalam titah tu muka surat 15.. dok... muka surat 15. Tuanku bertitah dia memuji baginda memuji SKC ini dan saya menyarankan agar pihak Kerajaan melalui Portfolio Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita dapat ditambahkan sedikit lagi

peruntukan agar dapat menyantuni lebih ramai rakyat yang memerlukan perhatian dan bantuan semasa.

Dalam usaha memperluaskan capaian inisiatif ini, harap banyak agensi Kerajaan, kita juga berharap kepada agensi-agensi korporat, yayasan, NGO dan orang perseorangan, dermawan untuk sama-sama turun padang dengan SKC secara teratur dan meluas. Ini akan memastikan bantuan yang disalurkan secara berkesan kepada yang memerlukan. Saya yakin usaha ini akan meringankan beban dan keperluan rakyat yang semakin terkesan dengan ekonomi yang sekarang ini yang tidak menentu. Ia juga diharapkan dapat memperkukuhkan ikatan sosial dalam masyarakat kita di sepanjang masa.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, banyak lagi tapi nak pendek lah... nak landing. Saya akhiri... saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun.

Di bumi Kelantan, negeri terbilang, Kerajaan berusaha wajar dipuji, Bersama kita teruskan sokongan, Untuk kemajuan Kelantan yang dihargai.

Tepuk sikit ... payoh nok tepuk.

Bulan purnama cahaya berseri, Duduk bersimpoh hati gembira, Berkat Tuanku memayungi negeri, Kelantan maju rakyat sejahtera.

Pasir Tumboh mohon mencadangkan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Muhammad V Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim. Sekian.

Speaker

Minta sokongan.

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

ﲨﲔ أ ﺻﻬﺒﻪ و ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ ﻏﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا

Indah berbalang si awan petang, Berarak di celah pohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker yang memberi ruang dan peluang kepada saya bagi menyokong dan membahaskan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Bagi Tahun 2024 yang telah dibaca oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan pada hari semalam. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Panglima Perang Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua barisan pimpinan negeri Kelantan yang masih dan terus diberi kepercayaan untuk menerajui Kerajaan Kelantan selepas menang besar dalam PRU Ke-15 yang lepas. Dan semoga Kerajaan yang ada pada hari ini In Shaa Allah akan terus kekal memerintah sampai bila-bila. Firman Allah Taala :

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ إِن ﱠ ﻪﻠﻟﱠ ا ﻢ ﻛ ﺮ ﻣ ϩ أَنْ وا ﱡ ﺆ ﺗ ﺎʭ ﻣ َ ﻷ ْ ا ﱃ إِ ﺎ ﻬ ﻠ ﻫ أَ ﻢ ﺘ ﻤ ﻜ َ ﺣ ﲔ ﺑ سِ ﻟﻨﱠﺎ ُ ـُ َٰ َا ْ ُ ُ َْ َد َتِ َ َ ْ وَإِذَا ْ ُ ْ َ َْ َ ِ ِ ِ ِ ِ ﱠ ِ ﱠ أَن ْ ا ﻮ ﻤ ﻜ ُ َْ ﲢ ْلِ ﺪ ﻌ ْ ﻟ ﺎﺑ ◌ إِن ﻪﻠﻟﱠ ا ﻤﱠﺎ ﻌ ﻧ ﻢ ﻜ ُ ُ ﻈ ﻌ ﻳ ﻪ ﺑ ◌ إِن ﻪﻠﻟﱠ ا نَ ﺎ ﻛ َ ﺎ ﻴﻌ َِ ﲰ ُ َ َ ْ َ َ ً ِ ﲑ ﺼ ﺑ ًا َ

Maksud : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak dan menyuruh kamu apabila meletakkan hukum di antara manusia supaya kamu meletakkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.

(Surah An-Nisa, Ayat 58)

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah dalam Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengingatkan kita kepada tanggungjawab dan amanah yang wajib kita laksanakan kepada rakyat dengan sebaik yang mungkin. Dalam hadis Rasulullah S.A.W juga disebut, sesuatu yang amat menyentuh hati saya apabila dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan menyebutkan tentang kesinambungan era merakyat Membangun Bersama Islam dibawah kepimpinan mantan Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Bin Yakob agar ianya dapat diteruskan melalui strategi penghayatan Membangun bersama Islam.

Dan saya ingin menambah apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Pasir Tumboh sebentar tadi, walaupun telah disebut dalam muka surat 3, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menyebut berkaitan dengan memastikan ketinggian agama Islam terus terpelihara dan menggesa Kerajaan supaya terus memperkasa dan mempertahankan perundangan dan institusi syariah negeri. Perkara ini sangat penting kerana sebuah negara atau sebuah negeri In Shaa Allah akan mendapat barakah daripada Allah Taala sekiranya kita meletak dasar Islam, hukum Islam di tempat yang paling atas. Rasulullah bersabda, Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Syukur kerana kita mempunyai seorang Sultan yang cakna dan mengambil berat tentang agama Islam di Negeri Serambi Mekah dan Tadahan Wahyu ini.

Walaupun di sana ada suara-suara sumbang yang mula berani melawan Islam menghina Islam, In Shaa Allah kita mengharapkan supaya Kerajaan Kelantan yang sedia ada ini akan terus mempertahankan syariah Islam hingga akhir hayat dan hingga titisan darah kita yang terakhir. Saya nak mengingatkan kita tidak boleh mempermain-mainkan hukum Islam, syariah Islam kerana ada hadis Rasulullah S.A.W saya tak baca habis takut tokdei maso pulok.

Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad Al-Thabarani yang bermaksud Sesiapa yang memberi syafaat memberi bantuan menyokong untuk menghalang daripada berlakunya hukum Allah sesungguhnya ia menentang Allah Aza Wajalla. Jadi kita kena beringat bilo nok kecek kena beringat, kito tok setuju keno duk diam deh. Hukum Islam ini Allah telah tentukan deh. Hok tokleh buat, buleh buat itu cerita lain. Sekurang-kurangnya kita berasa kita cinta nok kepada hukum Allah Islam tertegak di atas muka bumi ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih diatas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan melalui titahnya supaya penyelesaian segera kepada projek pembangunan ϐizikal dan bukan ϐizikal disebut dalam titah baginda berkaitan dengan projek yang tergendala seperti Projek Central Spine Road dan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai yang belum siap sepenuhnya yang mana jika ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditentukan akan menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya terutamanya pada musim-musim perayaan.

Jadi nak kait dengan ayat saya baca, amanah yang diberi kepada kita bermula daripada pimpinan di peringkat Kerajaan terus kepada pegawai-pegawai Kerajaan dan semua sekali yang menerima amanah supaya dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin, seupaya mungkin bagi mempastikan supaya projek-projek ϐizikal ataupun bukan ϐizikal di negeri Kelantan ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Saya menyahut titah Tuanku yang menyebut supaya Kerajaan Negeri mengadakan hubungan yang erat dengan Kerajaan Pusat. Dan saya percaya daripada dulu lagi zaman Allahyarham Tok Guru, Dato’ Bentara Kanan hingga sekarang. Era Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Haji Nassuruddin Bin Haji Daud akan meneruskan hubungan erat yang sedia ada. Cuma kita bimbang nya hok alik sano tok sahut. Bagi saya In Shaa Allah Kerajaan Kelantan akan bersikap terbuka kerana apa kerana kita nak melihat rakyat Kelantan mendapat manfaat daripada hubungan erat.

Dan kita ucap terima kasih lah diatas sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat yang saya sebut tadi adalah lapangan terbang yang sedang dibina. Cuma itu merupakan sumbangan-sumbangan atau projek-projek yang telah diturunkan melalui Kerajaan Pusat. Dan benda-benda ini In Shaa Allah boleh diteruskan lagi supaya rakyat Kelantan tidak menjadi mangsa kepada politik yang sempit. Itu

yang kita nak. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat bekerjasama In Shaa Allah manfaat akan diperolehi oleh rakyat kita di negeri Kelantan yang sama-sama kita cintai.

Akhir sekali, saya menyokong harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan supaya Kerajaan Negeri mengambil inisiatif bagi memperbanyakkan lagi pembinaan rumah-rumah mampu milik kepada rakyat kita. Dan saya rasa di Machang pun tidak banyak. Tok banyok tu kerana takdok tanoh ataupun boleh jadi ada sebab-sebab tertentu. Jadi rumah ini satu keperluan... satu keperluan bagi mempastikan rakyat kita boleh hidup dengan aman dan harmoni In Shaa Allah. Saya nak ucap terima kasih kerana dalam titah Tuanku menyebut berkaitan dengan Kolam Air Panas Tok Bok. Kolan Air Panas Tok Bok ni satu nostalgia kepada saya. Saya membesar di Kampung Tok Bok dan setiap petang terjun dalam kolam air panas tu.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Mejar Anizam. Sewaktu dia jadi Exco dulu saya mitok gapo dio bui belako. Harap-harap YB yang baru ni pun lagutu jugok lah. Kerana Kolam Air Panas Tok Bok ni sau aset yang sangat baik (AUDIO TIDAK BERFUNGSI) biasa. Kolam air sejuk banyok tapi kolam air panas ni yang kita tahu di Kelate ni ado di Tok Bok, dio ado di Jeli. Bukan suatu benda yang biasa dan In Shaa Allah saya harap Kolam Air Panas Tok Bok ni akan mendapat perhatian sewajarnya dan memohon kepada yang berwajib untuk mempastikan Kolam Air Tok Bok yang dibina rasanya menelan belanja hampir RM 5 juta. Campur-campur gi mari hampir RM 5 juta dan In Shaa Allah kena jaga molek. Buke jago Guillemard sajo. Guillemard tu getok lamo doh, tok jago pun dio tok tumbey dio duk gitu doh, cuma buh lampu warna biar comey sikit dok.

Kolam Air Panas Tok Bok ni tempat ore mandi. In Shaa Allah (AUDIO TIDAK BERFUNGSI) di Kelantan disebut juga oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dapat dijaga dengan baik dan dapat menarik ramai pelancong-pelancong luar sama ada dari dalam dan luar negeri untuk berkunjung ke Kelantan bagi mempastikan Kelate ni duduk. Saya tokse panggil jauh laa duduk sama tinggi dengan Terengganu. Tokse gi lebih jauh dengan Terengganu takpo doh. In Shaa Allah kalu Guillemard tu comey buleh jadi benchmark kepada negeri Kelantan. Campur pulok dengan kolam air panas dan sebagainya siap getok Jambatan Palekbang dan sebagainya. Saya nak sudahi dengan serangkap pantun.

(AUDIO TIDAK BERFUNGSI)

Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta, Sekian.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang berada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Dewan ini membuat ketetapan merakamkan setinggi-tinggi ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V kepada Dewan ini pada hari Isnin 23 Syaaban 1445 Hijriah bersamaan 4hb Mac 2024 Masihi.

Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi Perbahasan.

Ahli-ahli.. silakan Chetok.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama menyertai Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V semalam. Yang Berhormat Dato’ Speaker, memetik ucapan titah Tuanku iaitu hasrat menjadikan Kelantan sebagai negeri jelapang padi berteraskan konsep Bertani Satu Ibadah yang menjadi tonggak utama pembangunan sektor pertanian negeri ini. Ini memberi gambaran bahawa pertanian sangat dititikberatkan oleh pihak Kerajaan memandangkan ia merupakan sektor yang benar-benar memberikan impak tinggi kepada kumpulan sasaran yang dianggap penting dan perlu diberikan keutamaan iaitu rakyat dibawah luar sana yang rata-rata tergolong dalam kalangan miskin.

Di tengah-tengah kemelesetan ekonomi yang kian menghimpit rakyat hari ini elok lah sekiranya Kerajaan mengambil peluang meningkatkan

lagi tahap perhatian untuk kita sama-sama melihat sektor pertanian ini dengan lebih serius. Orang kampung yang terlibat dalam sektor pertanian, penternakan ataupun perikanan sebenarnya tidak (AUDIO TIDAK BERFUNGSI) bersaiz perusahaan ekoran daripada kekurangan modal untuk menjalankan aktiviti dalam skala yang lebih besar. Tambahan pula mereka berdepan dengan cabaran serangan binatang atau serangga perosak, penyakit bawaan angin, perubahan musim atau cuaca secara mendadak. Hal ini berlaku di kebanyakan pengusaha-pengusaha kecil-kecilan di kampung yang akhirnya menyebabkan kerugian dan kehilangan modal pusingan untuk memulakan pusingan tanaman atau penternakan yang baharu.

Sebagai langkah cadangan, saya mencadangkan 2 pendekatan yang boleh ditekuni oleh pihak Kerajaan bagi manfaat rakyat selain daripada skim-skim ataupun geran-geran yang sedia ada yang telah diteruskan. Pertama, memanfaatkan tanah-tanah terbiar sama ada milik persendirian ataupun milik Kerajaan atau (AUDIO TIDAK BERFUNGSI) dengan membuka tawaran untuk diusahakan kepada petani-petani di setiap DUN. Tawaran ini terbuka tanpa sebarang kos yang dilakukan secara bertempoh iaitu pengecualian sewaan ataupun sewaan boleh ubah dalam tempoh tertentu. Saya yakin pendekatan ini memberikan peluang kepada pengusaha-pengusaha di peringkat kampung memaksimumkan pendapatan terutamanya di peringkat awal mengusahakan tanaman ataupun ternakan.

Cadangan yang kedua, Kelantan merupakan antara negeri pengeluar hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang terbesar di Malaysia. Sebagai langkah untuk mempastikan produktivi pengeluaran sentiasa tinggi maka elok lah jikanya kita perkasakan pengusaha di kampung-kampung dengan mewujudkan pusat pengumpulan bekalan makanan hasil daripada sumber pertanian, penternakan dan juga perikanan di setiap DUN. Saya yakin usaha ini dilihat selari dengan usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara. Seterusnya dengan mewujudkan satu pasukan khas yang berperanan sebagai orang tengah yang menguruskan hasil-hasil tanaman dan ternakan penduduk setempat kepada pihak ketiga sama ada dalam ataupun luar negeri. Secara tidak langsung pendekatan ini saya yakin akan dapat memperkasakan lagi peranan di DUN-DUN.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, memetik titah ucapan Tuanku menyeru kepada semua jabatan negeri dan persekutuan, pihak berkuasa tempatan,

GLC negeri dan pihak swasta supaya dapat memainkan peranan masing-masing bagi merancakkan industri pelancongan di negeri Kelantan. Saya mengajak perhatian Dewan yang mulia ini terhadap pembangunan Rong Chenok sebagai kawasan agro-tourism ataupun pusat pelancongan agro yang perlu diberikan perhatian oleh semua agensi persekitaran Mukim Rong Chenok bagi mengekalkan suasana perkampungan yang menarik untuk dikunjungi. Saya juga mengajak semua untuk mengunjungi Rong Chenok untuk melihat sendiri keindahan yang telah tersedia untuk kita sama-sama nikmati.

Cuma saya ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini untuk merancakkan lagi pembangunan agro pelancongan di Rong Chenok. Dicadangkan supaya diberikan perhatian kepada pembinaan sebuah jambatan baru yang menghubungkan kampung di luar kepada Rong Chenok iaitu Jambatan Sungai Mahligai yang sebelum ini dilalui menggunakan titian yang lama yang telah usang dan memberikan kesusahan, kesukaran kepada penduduk ataupun orang luar untuk masuk ke Mukim Rong Chenok.

Seterusnya pembangunan Mukim Rong Chenok sebagai kawasan agro pelancongan sememangnya akan memberikan impak yang besar kepada ekonomi masyarakat setempat membolehkan pihak Kerajaan menambahbaik fasiliti terutamanya penambahbaikan jalan-jalan utama dan membangunkan beberapa check point yang menarik dari pintu masuk mukim sehingga ke Masjid Brunei yang menjadi salah satu daripada ikonik masjid di Rong Chenok. Saya yakin dan percaya dengan sentuhan pihak Kerajaan dan juga agensi-agensi yang berkaitan akan mewujudkan satu lagi daya tarikan pelancongan ke Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku merasa sangat bertuah diatas kecaknaan Tuanku untuk menyebar luaskan sifat cakna di kalangan rakyat dengan menyantuni golongan memerlukan seperti golongan miskin, orang kurang upaya, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim perlu lah dirancakkan dalam segala usaha menuju ke arah negeri berkebajikan. Selari dengan hasrat Tuanku, di peringkat Kerajaan juga wajar memberikan perhatian kepada masalah sosial yang berlaku di negeri Kelantan. Dasar Membangun Bersama Islam telah masuk ke fasa penghayatan, Membangun Bersama Islam pada era Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan bertepatan lah dengan tema PMBI ataupun Penghayatan Membangun Bersama Islam iaitu kebijaksanaan, ketegasan dan

kecepatan yang perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat di negeri Kelantan.

Pada fasa ini seharusnya kita semua tidak lagi beremeh temeh mengambil mudah berkenaan dengan masalah sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat kita. Dilaporkan sebanyak 116 kes jenayah seksual bawah umur dilaporkan pada akhir Disember 2023, seramai 18 331 individu ditahan kerana pelbagai kesalahan mengikut akta berbahaya (ADB 1952 Akta Racun 1952) dan ADB langkah-langkah pencegahan khas 1985 sepanjang tahun lalu sebanyak RM 175.8 juta rampasan dadah yang direkodkan pada tahun 2023. Sebagai negeri Serambi Mekah, pendekatan menangani masalah sosial perlu lebih agresif, gerakan institusi masjid sebagai institusi yang mendekati masyarakat. Contohnya hari ini trend Subuh Macam Jumaat menjadi fenomena. Fenomena ini perlu diambil peluang oleh kita semua untuk membawa masyarakat mendekati institusi agama iaitu masjid.

Saya yakin dan percaya bahawa isu-isu yang melibatkan masalah sosial ini mampu diselesaikan dengan pendekatan agama. Bagi menangani masalah ini agensi-agensi tidak lagi relevan untuk bergerak secara bersendirian ataupun solo. Seharusnya usaha menangani masalah sosial ini perlu dilakukan secara kolektif antara semua agensi antaranya Polis Diraja Malaysia, jabatan agama, agensi kerajaan, badan berkanun, NGO dan ahli akademik memikirkan satu pelan tindakan ataupun blueprint yang komprehensif bagi menangani gejala dan masalah sosial dengan adanya data dan statistik. Pengenalpastian masalah akan dapat menjejaki akar umbi masalah dan penyelesaian masalah dapat dilakukan dengan kadar yang segera. Dicadangkan juga agar ditubuhkan satu jawatankuasa taskforce dari gabungan pelbagai agensi kementerian, badan berkanun, NGO dan ahli akademik untuk tindakan pembanterasan yang lebih bersepadu dan juga komprehensif.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di dalam titah ucapan Tuanku turut menyatakan harapan agar pihak Kerajaan dapat meneroka bidang tenaga baharu seperti hidrogen. Hidrogen merupakan salah satu sumber tenaga alternatif yang efektif dan mampu menyahkarbon dalam sektor tenaga. Kita juga menyedari bahawa wujudnya tanda-tanda yang menunjukkan terdapat unsur nadir bumi atau lebih popular dikenali sebagai REE di bumi Kelantan dengan anggaran nilai simpanan unsur nadir bumi berjumlah RM 125 bilion sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.

Tahun lalu Kerajaan Negeri telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan untuk meneroka sumber baharu ini. Kitajuga perlu lebih berterima kasih kepada Kerajaan Negeri telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan untuk meneroka sumber baharu ini. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas kebenaran yang diberikan. Kita juga perlu lebih berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang lebih serius untuk mengembangkan ekonomi negeri Kelantan.

Bahan-bahan unsur nadir bumi ini REE adalah merupakan satu keperluan dalam sumber tenaga hijau seperti penjanaan elektrik menerusi solar panel dan magnet dalam penggunaan gerbang penjana elektrik, penggunaan bateri untuk kereta elektrik juga harus dilihat sebagai penyumbang kepada ekonomi negeri Kelantan. Pastinya REE ini akan memberikan sinar kepada perkembangan ekonomi di negeri Kelantan yang akan meningkatkan pendapatan kepada negeri. Walau bagaimanapun, dasar Kerajaan berkenaan dengan REE ini perlu diperkemaskan terutama sekali SOP supaya penerokaan berlaku dalam kawalan dan garis panduan yang ditetapkan tanpa menganggu kawasan sensitif alam sekitar. Kelulusan EIA dan skim perlombongan yang memakan masa sehingga 2 tahun harus lah dimanfaatkan secara yang baik dengan mula meneroka ataupun mencari gali kawasan-kawasan yang dikenal pasti untuk dibangunkan oleh REE. Jadi saya yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan Kerajaan Negeri akan memanfaatkan peluang yang ada ini untuk memakmurkan dan demi kesejahteraan rakyat di negeri Kelantan yang tercinta.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa itu lah sahaja ucapan Perbahasan saya untuk kali ini dan saya sudahi dengan pantun.

Semangat jitu berjuang bersama, Menjaga agama dari dihina, Ummah bangkit membela bangsa, Negeri sejahtera rakyat terbela.

Sekian.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Dabong.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ِ ِ ِ ʮ ﺎ ﱡﻬ ـ ﻳ أَ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ا ا ﻮ ﻨ ﻣ آ ﻴﻞ ﻗ ﻢ ﻜ ُ َ ﻟ ا ﻮ ﻔ ﺗ ﰲ ِ ﺲ ِ ﺎﻟ ﺠ ﻤ ْ ﻟ ا ا ﻮ ﺤ ﺴ ْ ﺎﻓ ﻓ إِذَا ﺴﱠﺤ َ َ َ َ ُ َ َ ْ ُ َ ـَ َ َ ُ َ ِ ِ ﺢ ِآ ﺴ ﻔ ْ ﻳ ﻪﻠﻟﱠ ا ﻢ ﻜ ُ َ ﻟ ◌ ﻴﻞ ﻗ ﺰ ﺸ ْ ﻧ ا ﺰ ﺸ ْ ﺎﻧ َ ﻓ ﻊ ِ َ ﻓ ﺮ ﻳ ﻪﻠﻟﱠ ا ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ا ا ﻮ ﻨ ﻣ َ ـَ ُ ْ وَإِذَا َ ُوا ُ ُوا ُ ْ ـَ ُ َ ُ َ ِ ِ ِ ِ ﻢ ﻜ ُ ﻨ ﻣ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ا ﻮ ﺗ أُو ﻢ ْ ﻠ ﻌ ْ ﻟ ا تٍ ﺎ ﺟ ◌ ﻪﻠﻟﱠ ﺎ ﲟ ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻌ ﺗ ﲑ ﺒ ﺧ ْ نَ ْ َ وَا ُ َ َ دَرَ ُ وَا َِ َ ْ ـَ ٌ َ

Maksud : Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu beberapa darjat dan ingat lah Allah Maha Mendalam pengetahuan-Nya mengenai apa yang kamu lakukan.

(Surah Al-Mujadalah, Ayat 11)

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan seluruh anggota Dewan yang mulia, terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan peluang saya untuk bercakap di Dewan yang mulia ini bagi mewakili suara seluruh rakyat Dabong. Ulama yang ikhlas dalam menyebarkan dakwah Islam pasti menjadi rujukan orang ramai dan setiap usahanya menjadi panduan bermanfaat umat Islam. Begitu lah aturan Allah S.W.T yang menjaga kewujudan Islam dengan golongan ulama yang memahami agama sepertimana yang ditetapkan dalam syariatnya.

Allah S.W.T meletakkan kedudukan ulama atau golongan berilmu lebih tinggi dan mulia di sisi-Nya, ayat-ayat Al-Quran secara jelas menyatakan kelebihan orang berilmu daripada yang selainnya. Nabi Muhammad S.A.W pula bersabda :

Maϔhumnya sesungguhnya keutamaan darjat seorang alim yakni ahli ilmu atas seseorang abib, ahli ibadat seperti keutamaan bulan purnama berbanding bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama itu pewaris para Nabi dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham. Tetapi mereka mewariskan ilmu, maka sesiapa yang mengambilnya ilmu maka mereka telah mengambil bahagian yang besar.

(Hadis Riwayat Daud)

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima lah pula serangkap pantun dari saya.

Dato’ Speaker dan YB-YB pakat gi ke Dabong naik keretapi, Gua Ikan, Air Terjun Jelawang dan Sungai Kenong destinasi utama, Berdiri nya ambo di Dewan ini bukanlah kerana kepentingan diri, Tetapi demi rakyat Dabong lah ambo bersentiasa bangkit bersuara.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana Dato’ dan semua Ahli Dewan semua maklum bahawa jika punyai kesempatan saya sering kali bangkit di Dewan yang mulia ini bagi membangkitkan isu-isu berkaitan kemudahan asas dan sebagainya khususnya untuk rakyat yang saya kasihi dalam DUN Dabong. Justeru, kali ini saya akan membahaskan Titah Ucapan Tuanku dengan menyentuh beberapa perkara-perkara berikut.

Yang pertama, merungkai bebanan tugasan Pejabat Agama hok jajahan. Jajahan Kuala Krai merupakan satu jajahan yang luas bermula dari sempadan Machang hingga sempadan Jeli dan juga Gua Musang. Sejauh lebih daripada 100 kilometer. Kuala Krai juga mempunyai dua Majlis Daerah sebagaimana sedia maklum. Maka demi keselesaan rakyat saya memohon pihak Kerajaan mengkaji kekuatan dan kemampuan Pejabat Agama setiap jajahan. Kerana saya difahamkan bahawa bilangan kakitangan setiap Pejabat Agama adalah sama iaitu 15 orang walaupun bilangan mukim yang jauh berbeza. Sebagai contoh, jajahan Kota Bharu mempunyai 140 mukim dengan kekuatan 15 orang kakitangan berbanding dengan Jajahan Jeli yang mempunyai 23 mukim dengan bilangan kakitangan yang sama. Demikian juga, dengan Jajahan Kuala Krai mempunyai 49 mukim bayangkan sebanyak 13 mukim adalah berada dalam Daerah Dabong.

Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan buat kali keduanya agar diwujudkan satu Pejabat Agama Daerah Dabong dibawah Pejabat Agama

Jajahan Kuala Krai demi memudahkan urusan orang ramai. Disamping pamantauan serta penguatkuasaan undang-undang syariah yang lebih berkesan serta pemusatan aktiviti dakwah yang lebih menyeluruh kepada penduduk setempat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang kedua, jadikan Dabong sebagai hub pelancongan agro-tourism utama negeri Kelantan. Bersempena dengan Tahun Melawat .... bersempena dengan tahun 2024 sebagai Tahun Melawat Kelantan, saya ingin menyatakan Dabong mempunyai ciri-ciri dan bentuk muka bumi yang amat sesuai untuk dijadikan sebagai hub agro-tourism utama negeri. Lebih-lebih lagi apabila tercetusnya fenomena Train To Dabong suatu ketika dahulu dan masih hangat mendapat sambutan hingga ke hari ini. Tempat-tempat yang menjadi destinasi pilihan utama para pelancong ke negeri ini terdapat di dalam DUN Dabong seperti Air Terjun Jealawang yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia. Gua Ikan, Gua Keris yang menjadi pilihan para peminat aktiviti lasak seperti rock climbing dan sebagainya. Lata Kertas yang airnya yang mengalir sejuk sudah tentu sangat memikat para pengunjung. Sungai Kenerong yang menjadi tumpuan utama seluruh keluarga berkumpul, berkelah dan mandi-manda di sana. Terbaru Pipe Resort yang turut menjadi tarikan utama para pelancong datang ke Dabong.

Dan pelbagai tempat baru yang boleh diteroka lagi untuk dijadikan tarikan utama para pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke negeri ini. Maka untuk menjadikan Dabong sebagai salah satu hub agro-tourism utama negeri buat kesekian kalinya saya tidak pernah serik untuk membangkitkan isu utama yang perlu diberikan perhatian sepatutnya oleh pihak Kerajaan adalah berkaitan mempercepatkan lagi projek-projek naiktaraf dan mengadakan kemudahan asas di Dabong yang antaranya mengadakan jalan raya yang baik dan memperbaiki jalan yang telah rosak. Laluan untuk makluman semua laluan daripada Dabong ke Jelawang ada satu tempat tanah runtuh, tebing runtuh yang kemungkinan akan runtuh sepertimana berlaku di antara jalan Jeli dan juga Jelawang. Jadi sebelum perkara-perkara ini berlaku... perkara tok molek berlaku patut lah disegerakan pembaikian. Ini sangat perlu kerana ianya sangat memberi kesan kepada kelancaran perjalanan para pelancong ke destinasi-destinasi pelancongan seperti yang saya nyatakan sebentar tadi.

Yang kedua, mengadakan dan menaiktaraf kemudahan asas yang menjadi keperluan utama penduduk. Sebagai contoh... ini yang kedua saya sebut. Sebagai contoh, mewujudkan kemudahan pusat x-ray dan homodialisis bagi pesakit buah pinggang di Dabong. Sekarang ini rakyat Dabong terpaksa berulang alik ke hospital, antaranya Kuala Krai, Gua Musang dan juga Jeli. Baru kelik cuci buah pinggang sapa Dabong kena gi pulok doh, letih pulok doh. Jadi perkara ini patut lah dan x-ray takdok di Dabong. Rakyat Dabong untuk nak dapat x-ray, sakit gapo-gapo terpaksa kena gi Kuala Krai. Jadi jaraknya sangat jauh.

Yang ketiga, mewujudkan cable car dan paragliding di puncak bukit sebagai satu tarikan baru aktiviti pelancongan seperti yang terdapat di Pulau Pinang dan juga Langkawi.

Yang keempat, dalam mempertingkatkan lagi insentif pelaburan negeri melalui industri pelancongan, kewujudan cable car dan paragliding ini tentunya akan menjadi satu lagi sumber pendapatan negeri dengan bertambahnya bilangan pelancong sama ada domestik atau antarabangsa yang akan masuk ke negeri ini. Terdapat kawasan di atas Gunung Stong, untuk pengetahuan Exco atas Gunung Stong ini terdapat satu kawasan yang teramat baik di negara ini untuk paragliding. Kerana seawal jam 9.00 pagi aktiviti paragliding sudah boleh dibuat berbeza dengan btempat-tempat yang lain, antara tempat-tempat lain perlu kepada jam 11.00 pagi kerana dia perlu kepada hawa tu panas. Kalu tok panas dio tokleh nok terbang. Jadi di Dabong ni, pukul 9.00 pagi ni boleh terbang doh. Bahkan sudah beberapa kali percubaan paragliding telah berjaya dilakukan dengan baik dan selamat Alhamdulillah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker.....

Pohon mencelah Dato’ Speaker dengan izin. Dengan izin Dato’ Speaker... pohon mencelah. Okay... terima kasih Dabong. Soalan kepada Dabong... okay Dabong eh... tadi Dabong ada sebut tentang insentif pelancongan dan sebagainya dan Dabong memang terbaik lah dalam mempromosikan Dabong sebagai satu kawasan pelancongan. Cuma soalan saya nya ada tak insentif daripada YB Dabong sendiri untuk kita ADUN-ADUN lah ike keloh ko rusa ko. Terima kasih.

Terima kasih. Dio biaso nyo kalu tetamu-tetamu kehormat datey Dabong ni kito sedio kea kepalo kuba dan juga kepalo lembu. In Shaa Allah pakat mari Dabong dan kalu buleh masuk dale ucapan daripada Dabong sakni.

Yang ketiga. Jadikan Dabong sebagai pusat aktiviti belia dan beliawanis negeri. Apabila segala keperluan fasiliti dan kemudahan yang mencukupi di Dabong amat sesuai dijadikan pusat aktiviti untuk para belia seperti kem-kem kepimpinan belia negeri dengan pelbagai model kepimpinan dan aktiviti lasak yang mencabar minda dan ϐizikal para belia sehingga membentuk bukan sahaja minda yang cerdas tapi boleh melahirkan pimpinan masa depan yang lasak dengan ujian dan mempunyai jiwa juang yang tinggi sepertimana Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan kita. Maka segala perancangan dan kerjasama daripada seluruh jabatan kerajaan, bahkan segala yang berkaitan dengan instrumen negeri amat lah didambakan demi menjadikan Dabong sebagai sebuah pusat aktiviti dan kepimpinan belia negeri ini dalam melahirkan lebih ramai lagi bakal pemimpinan nasa depan negeri ini untuk mewarisi legasi kepimpinan Yang Amat berhormat Dato’ Panglima Perang yang sangat kita banggakan ini.

Akhirnya, saya juga ingin menyeru seluruh rakyat Dabong. Saya menyeru kepada seluruh rakyat Dabong agar menyantuni dan melayani seluruh tetamu yang berkunjung ke Dabong dengan layanan terbaik sebagaimana yang diajarkan oleh orang-orang tua kita dahulu-dahulu. Apabila melayan tetamu yang datang berkunjung ke rumah kita layan lah dengan sebaik-baik mungkin. Bumi Dabong menghijau indah, Umpama bulan purnama cerah, Segala kata sudah dicurah, Ku dambakan jawapan daripada pihak Kerajaan lah pula.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dengan ini menjunjung kasih dan menyokong penuh Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian terima kasih.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Sila Galas.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker atas kebenaran untuk saya turut sama berbahas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V. Pertamanya Galas menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V. Dan dikesempatan ini juga Galas ingin mengucapkan syabas dan tahniah diatas kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Panglima Perang dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Bentara Kanan diatas kecemerlangan dan juga kejayaan memimpin negeri kita ini.

Yang keduanya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V ada menyeru PBT Pihak Berkuasa Tempatan agar memberi fokus kepada pembangunan taman-taman awam dan tempat-tempat rekreasi. Oleh kerana Gua Musang juga turut tersenarai bersama dengan Jeli sebagai Bandar Bahagia di negeri Kelantan. Maka Galas mencadangkan supaya yang pertamanya, taman-taman awam dijaga dan diselenggara secara berkala dan baik. Tandas-tandas, landskap, seni bina, pembinaan-pembinaan baru biar lah ada konsep-konsep tertentu. Dan kita negeri kita banyak mengadakan program-program di luar daripada negeri kita contohnya kita acap kali ke timur tengah. Biar lah ada konsep-konsep timur tengah berada di negeri kita.

Yang keduanya taman-taman rekreasi sedia ada. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mencadangkan agar taman-taman rekreasi sedia ada bukan sahaja dalam kawasan Galas tetapi di kawasan-kawasan di DUN-DUN yang lain juga ditambah baik antaranya seperti Taman Rimba Wangi di Galas. Taman Rimba yang mana di sekitar sungai di Taman Rimba ini pokok-pokoknya ditanam sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sewaktu baginda menjadi Tengku Mahkota.

Dan yang ketiganya, menggalakkan lagi pembangunan-pembangunan taman yang baru seperti yang viral taman tema di Kuala Krai, taman tema baru dibuka di Machang dan taman eco park di.... Muse Eco Park di Gua Musang. Galakan ini perlu diberikan kepada warga setempat, warga lokal dalam kita menjaga kebersihan dan sebagainya. Galas telah acap kali menyuarakan beberapa perkara yang diϐikirkan penting dan wajar diberi pertimbangan umpamanya pembangunan Bandar Lama Gua Musang, Gua Musang sebagai Bandar Mahkota Kelantan. Pembinaan universiti awam di Kelantan Selatan, Kompleks Belia dan Sukan untuk Kelantan Selatan, pembangunan di sekitar Masjid Razali masjid yang membawa rupa Masjidil Haram, pembangunan Kolam Air Panas Sungai Ber. Tahniah lah kepada Pulai Chondong, Tok Bok berjaya menjadi satu tarikan yang baru tetapi di Galas juga ada Kolam Air Panas Sungai Ber yang masih lagi terbengkalai sehingga ke hari ini. Justeru saya memohon Yang Berhormat Speaker dapat kiranya untuk kita memberi perhatian kepada tempat-tempat yang bersejarah dalam Galas dan juga tempat-tempat yang disampaikan diucapkan sebentar tadi.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan telah memperuntukkan RM 21 juta. Bagi tahun 2023 dan RM 18.36 juta bagi menyiapkan 198 unit rumah mampu milik Bunut Susu, 162 unit rumah mampu milik Badang serta 130 unit rumah mampu milik Kelantan Kampung Paya Lada, Kadok. Saya ingin mengulangi permohonan Galas sebagaimana kata beberapa Ahli Yang Berhormat tadi di kawasan masing-masing juga memerlukan RMMK ini dilaksanakan di kawasan masing-masing.

Di Galas Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita di kawasan Galas kita ada penduduk-penduduk setinggan.....

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Galas.. minta laluan boleh ? Speaker... Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi laluan kepada saya mencelah dan sebagaimana yang kita dengar Galas telah berbahas mengenai dengan apa ni pembangunan ataupun rancangan-rancangan supaya dilaksanakan demi kemakmuran Galas dan Gua Musang serta di kawasan Kelantan Selatan. Saya juga maklumi di Kelantan Selatan ada KESEDAR iaitu Kawasan Pembangunan Kelantan Selatan (KESEDAR), jadi itu lah maksudnya KESEDAR boleh berperanan juga untuk membantu dalam memakmurkan Kelantan Selatan termasuk juga di Gual Ipoh, Tanah

Merah satu-satunya di Gual Ipoh. Untuk makluman Galas, bagi laluan dari Gual Ipoh ke Dabong ataupun Gua Musang selaku Bandar Sejahtera sekarang ini Bandar Bahagia tapi nasib masih belum ada laluan, jadi boleh lah Galas berusaha dengan KESEDAR sebagai kedudukan Galas dengan Persekutuan. Sekian terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat saya dari Gual Ipoh. Benar memang benar kita ada KESEDAR, kita ada Kerajaan Negeri, kita ada ayah kita ada mok, kade-kade kita mitok dengan ayah, kade-kade kito mitok dengan mok. Ada senarai-senarai yang boleh kita mitok dengan ayah dan ada senarai-senarai yang boleh kito mitok dengan mok.

Baik saya nak teruskan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan saya berhasrat untuk tidak membenarkan sebarang celahan selepas pada ni. Sebab saya bimbang takut masa kena potong jah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu setinggan di Galas memerlukan pembelaan. Justeru saya berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar kiranya dapat membantu merayu kiranya dapat Galas merayu kiranya dapat membantu untuk membina 300 unit Rumah Mampu Milik Kelantan di dalam DUN Galas sepanjang 5 tahun penggal ini. Makanya dapat kita selesaikan isu setinggan di setinggan gua, setinggan sungai, setinggan KTM dan juga mereka yang berada di berek-berek sawmill.

Jadi hal ini nampaknya sudah berlarutan lama dan saya yakin juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, program Tadahan Rahmat yang telah mula dilaksanakan di beberapa jajahan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dapat memberi sinar baru kepada 300 orang pemohon yang saya pohon daripada Kerajaan Negeri Kelantan yang mempunyai sepenuhnya autoriti berkenaan dengan tanah. Dan saya kira masalah setinggan ini perlu langkah penyelesaian yang tuntas. Dan Kelantan melangkah ke hadapan tahun 2025 setinggan sifar juga perlu menjadi impian.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Galas juga ingin menarik perhatian sidang Dewan berkenaan dengan dakwah orang asli yang juga ada dalam peruntukan Belanjawan sebelum daripada ini telah pun menunjukkan kejayaan. Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucap tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang yang

sebelum ini menjadi Exco Agama. Sebelum ini dan saya nampak usaha dakwah telah pun yang lepas diharapkan dapat diteruskan pada penggal ini dengan lebih mampan dan mantap lagi dengan membuat kajian keberkesanan, follow-up, penerusan pembelajaran serta kursus-kursus pemantapan dan peningkatan skil pada para pendakwah kita.

Ye telah ramai kita syahadahkan, telah ramai kita berjaya mengislamkan masyarakat orang asli. Tetapi follow-up, follow through selepas daripada mereka peluk Islam. Di sini saya nampak kita memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk lebih kerap kali dan juga meningkatkan lagi kaedah untuk kita meneruskan kehidupan mereka ini menghayati nilai-nilai Islam.

Dan yang keduanya dalam Bajet peruntukan ada RM 200 000 untuk orang asli. Sebagai wakil rakyat orang asli terbesar di negeri ini, saya juga mahukan kalau boleh diperincikan apakah tujuan peruntukan ini diadakan. Dan pada saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita memerlukan tambahan kerana RM 200 000 untuk masyarakat orang asli yang semakin banyak bilangannya, bertambah bilangannya ini memerlukan lebih banyak perbelanjaan. Orang asli ini rakyat kita juga.

Saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri yang meluluskan pewartaan RPS Kuala Betis. Lamo nok buleh ko warta nya. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker yang menjadi pengerusi berkenaan dengan perkara ini. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan yang akhirnya Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang. Cumanya di kawasan Lojing, pewartaan di kawasan Lojing juga kita perlu ambil perhatian yang sama. Masyarakat orang asli di kawasan Lojing juga berharap kerana mereka sentiasa berada dalam tanda tanya dan kebimbangan. Pembukaan tanah-tanah baru, kebun-kebun baru di kawasan Lojing ini membimbangkan mereka, takut-takut tanah mereka ini terambil oleh syarikat-syarikat ataupun badan-badan yang diberi kelulusan oleh Kerajaan Negeri.

Mengenai pembangunan orang asli ini saya mengharapkan Kerajaan Negeri turut bersama dalam pembangunan infrastruktur orang asli termasuk lah pembangunan infrastruktur digital. Dan saya juga, saya tahu bahawasanya pembangunan orang asli ini tersenarai dalam federal list tetapi dalam masa yang sama saya ingin bangkitkan bahawasanya mereka ini lah rakyat kita juga. Maka mari lah sama-sama kita berusaha

terutamanya menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka ini. Dan untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Galas juga telah memulakan Program Anak Angkat untuk kita meningkatkan kualiti hidup masyarakat orang asli dengan mengadakan Program Kampung Angkat diantara universiti tempatan dengan pos-pos masyarakat orang asli. Kita telah menetapkan dan menzahirkan supaya satu pos dijaga oleh sebuah universiti tempatan. Saya juga mengalu-alukan kalau kiranya KIAS juga mengambil satu pos sebagai anak angkat untuk kita zahirkan betapa mereka ini tidak dipinggirkan oleh mana-mana pihak. Dan saya kira jika ada universiti sebagai bustanul ulum tempat gedung ilmu boleh lah kita mempastikan agar taraf kualiti kehidupan mereka, program-program kerohanian, program kehidupan, tatacara kehidupan, gaya hidup dan sebagainya ini dapat disantuni dengan sebaiknya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga nak menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan dengan Ladang Rakyat Kelantan. Pada awal pelancaran program 17 tahun lalu, terdapat 19 kawasan ladang rakyat dengan 17 daripadanya diusahakan secara pajakan oleh syarikat. Laporan Ketua Audit Negara 2021 Audit Khas yang dikeluarkan tahun ini mengenai projek ladang rakyat mengenalpasti 12 syarikat gagal membayar sumbangan tahunan kepada akaun Tabung Amanah Ladang Rakyat. Mengikut maklumat Audit Negara juga hanya tinggal 12 syarikat yang mengusahakannya membabitkan 28 695 hektar tanah.

Kegagalan 12 syarikat membayar sumbangan tahunan kepada akaun Tabung Amanah Ladang Rakyat bermakna tiada wang dibayar untuk membolehkan Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan membayar dividen kepada 4713 orang peserta. Adakah benar Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan wang dari kantung negeri sebanyak RM 5.67 juta bagi membolehkan Perbadanan Ladang Rakyat membayar dividen kepada peserta. Denda atas kelewatan membayar sumbangan tahunan itu yang berjumlah RM 4.32 juta tidak dibayar dan tunggakan sumbangan kepada akaun Tabung Ladang Rakyat pula berjumlah RM 18.54 juta.

Galas menyokong usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mensasarkan penguatkuasaan kutipan cukai tanah, notis dan denda lewat bayaran cukai tanah serta premium tanah untuk menambah hasil Kerajaan. Saya harap denda atas kelewatan membayar sumbangan tahunan serta tunggakan sumbangan kepada akaun Tabung Amanah Ladang Rakyat juga dikuatkuasakan secara lebih serius. Saya menyeru

pimpinan Kerajaan Negeri supaya berterus terang kepada rakyat dan ambil tindakan sewajarnya ke atas pemaju. Dan di sini saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan memulakan usaha untuk bekerjasama dengan agensi-agensi persekutuan seperti FELCRA, RISDA dan sebagainya bagi memulih dan mengusahakan ladang-ladang yang bermasalah dalam negeri kita ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bercakap soal pelaburan Yang Berhormat Exco daripada ini ada sebut berkenaan dengan isu yang sering kali diungkit oleh pelabur kita iaitu airport kita bukan airport bertaraf antarabangsa. Di dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah pun menyatakan bahawasanya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra telah pun dinaiktaraf dengan kos melebihi RM 440 juta. Dan In Shaa Allah dijangka siap pada tahun ini. Kata Menteri Pengangkutan, walaupun Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa atau hub penerbangan serantau, ia masih boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual seperti lapangan terbang domestik lain. Kita perlukan ramai pelabur. Dalam Belanjawan baru ini pun….

Speaker

(MENCELAH)

Yang Berhormat sila ringkaskan ucapan. Boleh berucap 15 minit.

Dalam Belanjawan ada peruntukan misi pelaburan RM 300 ribu, promosi pelaburan juga RM 300 ribu. Saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Exco ajok lah Galas dan juga Kota Lama bersama dalam misi-misi pelaburan yang akan datang supaya kita boleh minta bantuan Kota Lama untuk dia terus melaporkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri keperluan-keperluan pelaburan dalam negeri kita ini. Inchanger penting dan saya juga nak mencadangkan supaya kita membandarkan luar bandar. Buat mari banyok-banyok ke luar bandar terutamanya di kawasan Gua Musang. Tadi Dabong mitok kawasan dio biaso dio lah ni Dewan kita berunding Galas minta untuk membawa kilang-kilang ke Galas, Gua Musang.

Namun demikian, masalah kita ni Yang Berhormat Dato’ Speaker, pelabur lah… pelabur. Hok kito sign agreement molek-molek pun ramai lagi hok

tidak melaksananya. Saya ambil contoh Bandar Perabut, Bandar Perabut ni Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Bentara Kanan sendiri dan ramai di kalangan kita yang hadir pada waktu itu. Namun sapa harini senyap dik lagi ni. 1500 peluang pekerjaan dijanjikan tapi takdok napok tok gerok air lagi. Bandar Dato’ Bentara Kanan menjanjikan 5000 peluang pekerjaan harap-harapnya jadi lah… harap-harapnya jadi.

Begitu juga Yang Berhormat Dato’ Speaker kilang simen Chiku 7. Kilang simen Chiku 7 ni pecoh tanoh tahun 2014 lagi, 2000 peluang pekerjaan. Yang Berhormat Dato’ Setiausaha waktu itu jadi D.O di Gua Musang dan sehingga hari ini masih lagi belum dilaksanakan. Saya ingin….

Speaker

(MENCELAH)

Masa… masa Yang Berhormat dah cukup.

Akhirnya Yang Berhormat takpo lah. Gian ambo meme lah tokdea semace. Patutnya bagi peluang untuk ambo teruskan. Tapi takpo Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya akur saya minta kesimpulan. Kesimpulannya pada hari ini saya berharap apa yang kita laksanakan mendapat manfaat kita bersama. Cuma Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nok bagi respon sikit lah kepada beberapa sahabat-sahabat kito, bilo kecek hal Enakmen Jenayah Syariah ekor mata tuju kepada Galas tuju kepada Kota Lama. Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, dari segi kronologi Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan ini 1986 dibawa oleh ADUN BN dalam negeri ini disokong bersama. 1983 dibawa pada zaman Tok Guru disokong oleh ADUN Barisan Nasional. 2015 dibawa sekali lagi disokong oleh kita. 2019 dibawa disokong lagi dan lepas pada ni pun dibawa lagi In Shaa Allah kami akan sokong. Dan kami pun nak masuk syurga serupa ADUN-ADUN yang lain. Jangan kato kito berjuang titisan darah terakhir, ambo pun nok bui daroh kito jugok takdok masalah.

Speaker

Lebih… lebih masa Yang Berhormat.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

(MENCELAH)

Tok kecil hati ko Kota Lama tu ?

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

(MENCELAH) Galas… Kota Lama tok kecil hato ko kato gitu tu ?

Bakpo nyo ? Kota Lama senada dengan kita. Jangan sinis Yang Berhormat. Tok baik lagutu Yang Berhormat. Jange

Speaker

Sila tamatkan. Sila tamat .

Kita sama-sama Islam jangan menganggap perkara sebegini..

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

(MENCELAH) Bukan sinis tu… bukan sinis

Speaker

Gual Ipoh… Gual Ipoh

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Terima kasih. Okay Kuala Balah.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Menjunjung kasih Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, saya akan menyentuh 4 perkara berdasarkan Titah Yang Amat Mulia Tuanku. Pertama ialah projek infrastruktur rakyat. Kemudahan infrastruktur menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial ekonomi sesebuah negara. Infrastruktur memudahkan perhubungan yang boleh membuka peluang pelaburan dan pembangunan ekonomi di kalangan rakyat. Namun, monsun timur laut sering melanda negeri-negeri di Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan yang telah memberi satu impak yang besar kepada infrastruktur tanpa budaya penyelenggaraan maintenance dengan izin yang tersusun, kos baik pulih atau pembangunan semula akan menjadi lebih mahal. Kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan dalam DUN Kuala Balah sebagai contoh, telah memberi kesan besar kepada sosio ekonomi masyarakat. Kejadian tanah runtuh pada 29 Disember 2023 telah menyebabkan jalan keluar sebuah kampung yang dikenal dengan Kampung Janggut Seberang, Batu Melintang telah terputus hubungan dengan kawasan luar. Sebuah jalan sementara telah siap dibina.

Namun, keadaan masih belum pasti bila kah penduduk memperolehi jalan kekal untuk keluar masuk ke kampung mereka. 3 hari selepas itu pada 1 Januari 2024 berlaku pula satu runtuhan yang besar di jalan persekutuan di Kampung Kubur Datu seperti disebut oleh Yang Berhormat Dabong tadi. Musibah ini telah memberi kesan besar kepada penduduk-penduduk di kedua belah kawasan dan juga telah menyebabkan gangguan lalu lintas yang menghubungkan Jeli dengan Gua Musang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran dibawah Pegawai Jajahan Jeli dan juga pihak JKR Negeri Kelantan dalam tempoh hanya beberapa jam kami dapat mengadakan mesyuarat di lokasi berkenaan.

Dan pihak JKR Negeri Kelantan telah bersetuju supaya balley bridge dibina dan boleh digunakan dalam tempoh yang lebih awal dari 10 hari seperti yang telah dijanjikan. Saya perlu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang

Menteri Besar dan Exco Kerjaraya, Infra, Air dan Pembangunan Luar Bandar kerana telah hadir segera ke lokasi ini. Kita juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan kerana telah datang meninjau dan membuat keputusan segera untuk menyelesaikan isu tersebut. Saya harap janji untuk menyiapkan jalan itu sepenuhnya sebelum Hari Raya Aidilϐitri tahun ini akan dapat dilaksanakan. Ibrahnya di sini ialah kerjasama antara pimpinan masyarakat dengan pentadbiran amat mustahak supaya dapat memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Parlimen Jeli khususnya di DUN Kuala Balah sebagai satu kawasan yang terletak di tanah tinggi. Masalah hakisan air telah menyebabkan keadaan di sini sentiasa berhadapan risiko tanah runtuh. Masih banyak lagi kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk runtuh dan saya berharap supaya budaya penyelenggaraan ini dapat dijalankan dengan sekerap mungkin supaya situasi lebih teruk tidak berlaku di kawasan ini. Kampung Lubuk Bongor sebagai contohnya, banyak perumahan yang memang dibuat di tanah tinggi yang telah ditereskan dan saya dapati banyak perumahan di sini berisiko untuk runtuh dan perlu tindakan pihak berkuasa supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini yang menyebabkan masyarakat di sini dalam keadaan yang tidak menentu.

Jelapang padi .... jelapang makanan negara. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Exco Pertanian, Industri, Agro Makanan dan Komoditi kerana melaksanakan program bagi mengurangkan jurang antara bidang teknikal dan keagamaan. Satu platform perkongsian antara kemahiran teknikal dan keagamaan diwujudkan kepada para pelajar tahϐiz dan pondok dengan menggunakan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB). Sebagai perintis-perintis TVET, program TVET sebegini telah dilaksanakan dengan pesat di negara-negara maju. Saya sangat berharap pembangunan insan melalui TVET begini dirancang dan dipantau dengan teliti supaya ianya betul-betul berkesan kepada pembangunan negeri Kelantan.

Belia dan pembangunan negara. Masa depan negara terletak pada belia masa kini. Seperti yang dititahkan oleh Yang Maha Mulia Tuanku, saya ingin mencadangkan setiap belia digalakkan memilih kemahiran teknikal tertentu dibawah konsep TVET untuk mereka menerajui negara kita ke tahap negara maju. Pengiktirafan kemahiran adalah merupakan satu langkah yang telah dilaksanakan di negara-negara maju. Mereka perlu

dilengkap dengan jati diri berasaskan sistem pendidikan Rabbani yang telah dijalankan di negeri Kelantan. Dan ini boleh digabungkan dengan tahap kemahiran yang ada pada setiap belia di sini.

Sebagai langkah yang lebih berkesan, saya ingin mencadangkan supaya rakyat kita yang mempunyai kemahiran diberi pengiktirafan tahap pencapaian kemahiran mereka mengikut bidang-bidang yang ada ataupun yang lebih generik yang boleh diguna pakai oleh semua bidang. Mengiktiraf bidang kemahiran dengan meletakkan tahap tertentu dibawah NOSS National Occupational Skills Standards yang diiktiraf oleh Kerajaan dan swasta bagi memberi peluang pilihan yang lebih luas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Didikan Rabbani ini sendiri perlu dilengkap dengan rasa cinta kepada negara dan negeri, mempunyai konsep jati diri juga boleh merapatkan hubungan kaum di negeri kita. Saya juga ingin mencadangkan kepada mereka terlibat sebanyak mungkin dengan program sukarelawan supaya mereka dapat membantu dalam keadaan kecemasan ataupun keadaan rakyat kita dalam kesukaran. Dan ini lah tujuan kita bukan sahaja memberi kemahiran kepada mereka tetapi juga untuk memasukkan sifat Rabbani bersesuian dengan konsep K-RABB yang telah dilaksanakan dalam program modal insan kita.

Tahun Melawat Kelantan 2024. Bidang perkhidmatan adalah sumber terpenting dalam meningkatkan KDNK dalam negara kita. Kelantan pula adalah penyumbang utama dalam sektor perkhidmatan untuk meningkatkan KDNK di peringkat nasional dan negeri. Kita telah menetapkan program tahun 2024 untuk Tahun Melawat Kelantan. Saya sangat teruja dengan program-program yang dijalankan oleh Kerajaan untuk memantapkan lagi sektor pelancongan dan meningkatkan lagi perkhidmatan kepada negara. Dan sekali gus meningkatkan pendapatan kepada rakyat.

Jeli khususnya Kuala Balah mempunyai produk pelancongan penting untuk meningkatkan pelancongan di negeri untuk pastikan pelawat dari dalam dan luar negara dapat datang dan mengambil kesempatan dengan keunikan tempat-tempat pelancongan di kawasan Kuala Balah dan Jeli ini. Atas inisiatif Ketua Jajahan Jeli, beliau telah mengumpulkan semua jabatan-jabatan di jajahan ini untuk terlibat dalam aktiviti berakit pada awal minggu lepas dan ini adalah satu perkara yang menakjubkan. Hampir 40 buah rakit berhias telah menjaluri daripada satu kampung Bukit Dendong ke Gunung Reng dan telah berjaya meletakkan sekurang-kurangnya satu benchmark. Apa yang harus kita lakukan untuk

mendapatkan seberapa ramai pengunjung sama ada dari dalam atau luar negeri.

Pembangunan kawasan pelancongan bukan sahaja melibatkan pihak Kerajaan tetapi sudah tentunya memerlukan kerjasama dan penglibatan yang kukuh dan bermakna daripada kalangan penduduk tempatan. Dan ini lah satu kelebihan yang ada pada penduduk-penduduk sebelah Jeli dan Kuala Balah. Saya yakin telah banyak aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak Exco Pelancongan untuk diadakan di kawasan Jeli dan juga di kawasan-kawasan lain di seluruh Kelantan. Dan saya berharap satu kajian impak dapat dilakukan selepas pada selesainya Tahun Melawat Kelantan 2024 ini untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan sejauh mana value for money dengan izin yang telah kita belanjakan itu dapat memberikan manfaat kepada rakyat dan negeri Kelantan.

Majlis Daerah Jeli tentunya dapat memainkan peranan yang penting dalam menentukan kawasan-kawasan pelancongan yang telah pun ditentukan sebelum ini akan dapat diceriakan lagi dan kebersihan di tahap yang maksimum. Dan juga segala perkara yang boleh menghindarkan kehadiran pelancong dapat dielakkan ke tempat berkenaan. Perkara keselamatan perlu diutamakan di samping kebersihan dan juga sambutan oleh penduduk tempatan di kawasan pelancong di kawasan pelancong berkenaan.

Saya ingin mencadangkan supaya kawasan-kawasan pelancongan kita dijaga oleh penduduk tempatan dengan cara sedikit imbuhan kepada mereka. Dan penduduk tempatan ini elok lah diketuai oleh Penghulu di kawasan-kawasan tersebut. Mengadakan latihan pembangunan insan dalam sektor perkhidmatan pelancongan bagi melahirkan anak muda menceburi sektor islamik tourism secara kreatif dan inovatif berasaskan tapak sejarah islam seperti perkuburan ulama, masjid tertua, pondok tradisi dan moden serta merimarahan ilmu berkonsepkan pelancongan ibadah. Akhirnya, saya menyokong penuh Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V

ﻋﻠﻢ أ ﷲ و

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan. Persidangan akan disambung semula pada jam 2.30 petang. Kita baca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr’.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.50 TENGAHARI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 02.30 PETANG.

(Urusan Dewan selepas rehat)

Speaker

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 2 PETANG.

Timbalan Speaker

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Perbahasan Usul Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V diteruskan. Dipersilakan Yang Berhormat Chempaka.

Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Gual Periok…

Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Er… Gual Periok…[ SAMBIL TERSENYUM] silakan…

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seluruh Ahli-Ahli Yang Behormat Sekalian. Alhamdulillah, Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, yang memberikan peluang dan keizinan kepada saya untuk turut serta berbahas dalam usul menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Muhammad Ke-V bersempena dengan Persidangan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Yang Kedua Dewan Negeri Kelantan yang Kelima belas pada hari ini. Saya ingin mulakan dengan serangkap pantun

Terang bulan dipuncak gunung, Seri terbias menawan angkasa, Sidang Dewan rancak berlangsung Mari berbahas demi kebaikan bersama.

Yang berbahagia Dato’ Timbalan Speaker, selaras dengan titah dan harapan Tuanku Sultan supaya Kerajaan terus memperkasa agenda ataupun dasar Membangun Bersama Islam melalui fasa penghayatan Membangun Bersama Islam. Di kesempatan ini saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan yang terus komited dalam melaksanakan agenda Membangun Bersama Islam demi untuk kesejahteraaan Kelantan dan rakyatnya dunia dan akhirat.

Allah Taala berϐirman dalam Surah Al-Haj ayat 41 yang maksudnya “iaitu orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari perbuatan mungkar dan kepada Allahlah Kembali segala urusan.

Agenda Membangun Bersama Islam terbukti berjaya apabila menjadi peneraju kepada perubahan besar seperti cuti 2 hari seminggu, pentadbiran Kerajaan Negeri bebas riba, cuti bersalin 3 bulan, cuti ihdat’ ataupun berkabung, mengharamkan permis judi, kawalan jualan arak dan banyak lagi. Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah S.W.T terus memberikan kekuatan kepada Kerajaan Kelantan dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk melaksanakan lebih banyak agenda perubahan dan kemajuan di bawah agenda penghayatan membangun Bersama Islam.

Ada beberapa topik yang saya ingin sentuh dalam perbahasan ini yang pertama berkenaan dengan projek lembangan sungai bersepadu PLSB bersepadu fasa 1 Sungai Golok. Saya memanjatkan syukur dan terima kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini. Saya sangat mengharapkan supaya pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan mengiatkan lagi usaha bagi memastikan Projek Lembangan sungai Bersepadu Sungai Golok dan Sungai Kelantan ini dapat disegerakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya dimaklumkan Projek Lembangan Bersepadu Sungai Golok Fasa 1 ini dari segi keseluruhan peratus kemajuan mengalami kelewatan 10% daripada jadual sebenar dan ianya melibatkan beberapa komponen projek seperti berikut :-

Yang pertama, Ban Banir Sungai Golok sepanjang 26.2 kilometer, Sungai Lancang Lemau sepanjang 19.84 kilometer, ban Sungai Mentua sepanjang 8.1 kilometer, gate Kuala Jambu yang telah selesai di peringkat persiapan. Saya mendapati ada beberapa isu utama yang perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri iaitu terutamanya proses pemgambilan tanah yang melibatkan kawasan di Sungai Lancang Lemau di beberapa lot yang dalam tempoh perbicaraan. Sungai Golok ϐlat ban D dalam Jajahan Pasir Mas beberapa lot tambahan yang perlu diwarta. Sungai Golok ϐlat ban C dalam Jajahan Pasir Mas, Sungai Golok ϐlat ban D dalam Jajahan Tumpat. Kelewatan proses pemgambilan tanah ini akan menyebabkan kelewatan projek ini dijalankan dan akan menyebabkan sekali lagi kesan yang besar kepada penduduk Rantau Panjang terutama sekali apabila banjir berlaku. Banjir yang berlaku pada hujung 2023, dan permulaan 2024 baru-baru ini, mencatatkan tempoh ulang hujan LRI sebanyak 150 milimeter sedangkan reka bentuk ataupun design projek adalah untuk menampung sebanyak 50 LRI. Apakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengemaskini projek ini berdasarkan design ataupun reka bentuk mengikut situtasi hujan yang dialami sebelum ini dan apakah langkah Kerajaan Negeri dalam menghadapi isu banjir yang berterusan ini.

Baru-baru ini, Kerajaan PMX Dato’ Sri Anuar telah mengumumkan untuk mengadakan projek baharu spill away ataupun alor limpah di beberapa kawasan di Rantau Panjang dan Tumpat termasuk bagi projek pembinaan PLSB Fasal 1 dan Fasa 3. Sejauh manakah status projek ini yang telah diumumkan dan apakah langkah pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan projek ini berjalan dengan sebaiknya. Hal ini kerana kita tidak mahu janji-janji yang dilontarkan sebelum ini hanya sekadar janji dan tidak dilaksanakan dengan sebaiknya. Dalam masa yang sama saya juga ingin bertanya apakah status 6 unit pam air berkuasa tinggi yang diperuntukkan sebanyak RM 12 juta, bagi mengatasi banjir termenung di Jajahan Pasir Mas sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 15 Disember 2022.

Topik kedua, berkenaan dengan cadangan projek-projek di Rantau Panjang. Pada 9 September 2022 yang lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-9 telah mengumumkan di Kampung Laut bahawa Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan 4 inisiatif lonjakan ekonomi bagi pembangunan bandar-bandar sempadan menerusi projek pembangunan di Pantai Timur. Di antaranya meliputi yang pertama, Pembangunan Bandar-Bandar Sempadan, iaitu Kerajaan bersetuju membina Jambatan Sungai Golok di Rantau Panjang. Yang kedua pembinaan kedua, Jambatan Takbai Pengkalan Kubor. Termasuk juga menwujudkan semula Perkhidmatan Keretapi yang menghubungkan Rantau Panjang dan sempadan Thailand. Saya berharap pembukaan semula laluan keretapi ini dapat disegerakan dengan Kerjasama di antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Bersama dengan Kerajaan Thailand. Projek di atas sangat penting bagi meningkatkan jajaran pelancongan bandar sempadan yang menghubungkan Kelantan dan Thailand. Di samping itu juga dengan pembinaan projek ini akan menjadikan pilihan kepada pelabur-pelabur baru bagi menjana peluang perekonomian setempat di samping merancakKan sektor pembangunan dan keusahawanan di Kelantan.

Sehubungan dengan itu diharapkan pentadbiran Kerajaan di Bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Anuar akan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi meneruskan pelaksanaan projek-projek yang dinyatakan untuk kemaslahatan rakyat di Negeri Kelantan.

Isu yang kedua, berkaitan dengan pentadbiran Rantau Panjang. Majlis Daerah Rantau Panjang adalah satu Majlis Daerah yang perlu untuk mengurus tadbir Kawasan yang sangat besar. 2 Parlimen iaitu Parlimen Rantau Panjang dan Pasir Mas, terpaksa di tadbir urus oleh Majlis Daerah Pasir Mas dan pastinya saiz kawasan tadbir yang besar ini akan menyebabkan penumpuan terhadap Rantau Panjang mungkin sedikit terkurang disebabkan oleh kekangan-kekangan kakitangan dan sebagainya. Maka sedangkan Rantau Panjang mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan sempadan antarabangsa sekiranya diberikan fokus yang sebaiknya. Di kesempatan ini saya ingin mencadangkan supaya Rantau Panjang ini diberikan suatu daerah pentadbiran kecil sebagaimana juga Lojing dan Dabong supaya satu kumpulan pegawai dapat memberikan satu perhatian khusus terhadap agenda pembangunan di Rantau Panjang.

Isu seterusnya Yang Dipertua, iaitu berkenaan dengan Pertanian. Negeri Kelantan merupakan pengeluar misi utama Kerajaan Negeri selaras dengan sebagaimana Titah Tuanku iaitu Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara dengan Dasar Bertani suatu Ibadah. Dalam pada itu juga Kelantan turut menyumbang kepada peratus keterjaminan makanan negara termasuk dalam penghasilan padi negara. Ini menunjukkan Kelantan begitu komited Bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan dalam sama-sama meningkatkan SSL bagi aspek keterjaminan makanan sehingga menyumbang kepada melebihi 100% iaitu 114 %... 144% dalam SSL beras. Soalan saya, apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengenakan royalti kepada Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan para petani di Negeri Kelantan. Apabila kita terpaksa mereservekan tanah-tanah kita untuk aktiviti-aktiviti pertanian sedangkan kita boleh gunakan tanah ini untuk aktiviti pembangunan yang lain maka sewajarnya kita diberikan pampasan terhadap tanah yang terpaksa kita reserve kan untuk kegunaan pertanian.

Seterusnya ialah berkenaan dengan topik pemerkasaan Syariah... Yang Berhormat Dato’ Speaker, Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menyebut dengan jelas dalam memastikan ketinggian agama Islam terus terpelihara Beta menggesa Kerajaan Beta terus memperkasa mempertahankan perundangan dan institusi Syariah Islam. Ini petikan daripada ucapan Tuanku. Ini menunjukkan bahawa keprihatinan yang mendalam Kebawah Duli Tuanku dalam memartabatkan perundangan Syariah di Negeri Kelantan dan juga Institusi yang menggubal perundangan Syariah itu sendiri iaitu Dewan yang mulia ini, dan merasakan bahawa perundangan yang digubal ini adalah bertepatan dengan aspirasi Rakyat Kelantan seluruh Ahli-Ahli Dewan termasuk saya yakin Kota Lama dan juga Galas, yang berada dalam Dewan yang mulia ini. Kita menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan dalam masa yang sama ini adalah gambaran bagaimana lemahnya komitmen Kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini dan parti komponennya dalam mempertahankan dan memartabatkan Undang-Undang Syariah. Sederhana sahaja... mengapa draf RUU 355 yang telah dibentang kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil kali yang ke-27 pada 11 hingga 12 Oktober 2021 serta telah melalui segala proses penggubalan mengikut tertib yang sepatutnya diteruskan tetapi sehingga ke hari ini tidak dibentangkan. Dan untuk makluman Dewan yang mulia, draf RUU 355 yang ada sebelum ini telah pun disemak dan diluluskan oleh bahagian gubalan Jabatan Peguam

Negara pada 7 Oktober 2022 dan sepatutnya sudah sedia untuk dibawa ke Parlimen pada bila-bila masa.

Seterusnya, selari dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku saya ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini untuk terus menggesa pindaan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Parlimen iaitu pindaan perlembagaan…. Preclusion clause dalam butiran 1 Senarai Negeri jadual ke Sembilan seperti berikut :

Creation and punishment of offences by person professing the religon of islam against precept of that religion dengan izin…. sama ada ia dipinda dengan menukar perkataan federalis dalam preclusion clause kepada federal law supaya pendekatan Tun Hamid iaitu perbandingan peruntukan undang-undang yang boleh diterima pakai. Dengan Pindaan perlembagaan ini ianya membolehkan kuasa Negeri melalui Dewan Undangan Negeri dapat dikembalikan. Saya ingin menyentuh sedikit Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan perkembangan ekonomi negara apa yang berlaku apa juga peraturan yang dikenakan di peringkat Persekutuan pastinya akan terkesan dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat Kelantan. Menurut Laporan Jabatan statistik Negara pada 16 Februari 2024 KDNK Malaysia yang dianjurkan oleh Kerajaan iaitu 4% sehingga 5% pada 2023 gagal mencapai sasaran apabila hanya merekodkan pertumbuhan 3.7% pada suku tahun ke-4 2023 manakala eksport dan import mencatatkan penurunan 7.9% dengan eksport bersih mencatatkan penyusutan 11.3% pada 2023. Dalam pada itu juga, nilai ringgit terus mencatatkan penurunan ketara apabila ianya mencecah paras 4.733 hari ini dan pernah mencatat 4.80 sebelum ini. Di mana berbanding dengan dollar iaitu penurunan sebanyak 4% paras terendah dalam sejarah 26 tahun semenjak 1998.

Yang amat mendukacitakan sekali dalam keadaan ekonomi yang berkembang perlahan dalam penyusutan nilai ringgit berbanding dollar dan matawang yang lain pihak Kerajaan Persekutuan telah mengenakan penguatkuasaan cukai perkhidmatan ataupun SST daripada 6 kepada 8% dinaikkan dan rasionalisasi subsidi dilakukan di saat rakyat tersepit dengan kenaikkan harga barang. Dan saya amat yakin Kota Lama dan Galas turut merasai kesan yang dirasai oleh seluruh rakyat ini. Walaupun pengecualian telah dikenakan ke atas 3 sektor iaitu perkhidmatan F&B, perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan parkir kenderaan. Bagaimanakah dengan cukai yang melibatkan cukai penggunaan elektrik yang dikenakan ke atas rakyat sebagai contoh pengilang pasaraya dan

penyewa akan memindahkan kos cukai ini dengan menaikkan kadar jualan barang kepada pengguna dan pengguna terkesan dengan kenaikkan harga barang ini.

Kita dulu pernah diperdengarkan dengan ucapan kenapa ringgit jatuh? Sebab hang tak reti jaga negara. Sekarang tempoh bulan madu Kerajaan sudah berakhir. Kerajaan Persekutuan hari ini perlu membuktikan kemampuan mereka untuk menjamin kestabilan ekonomi untuk mempastikan rakyat dapat terus hidup dengan aman Makmur dan selesa. Apa yang berlaku ditengah-tengah kemelut ekonomi ini Kerajaan GALAK untuk menghapuskan pencen kepada Penjawat Awam termasuk membatalkan keistimewaan Penjawat Awam mendapat khidmat rawatan di Institut Jantung Negara. GALAK juga melantik penasihat dengan bergaji besar, GALAK juga memecat pegawai MOTEC di saat keperluan ekonomi berkembang melalui sector pelancongan.

Tuan Yang Dipertua, berikutan dengan isu kelemahan tadbir urus ini saya amat berharap Kerajaan Negeri Kelantan terkehadapan untuk membantu rakyat dalam menangani krisis kenaikan yang membebankan rakyat ini dengan memperluaskan usaha-usaha Kerajaan dalam aspek peluang pekerjaan kebajikan dan penyediaan keperluan asas kepada rakyat.

Tuan Yang Dipertua,… Yang Berhormat Speaker,

Saya ingin akhiri ucapan saya ini dengan 2 rangkap pantun… Ke pekan Rantau Panjang mandi di kali, singgah Gual Periok mengikat bahtera, aman Sentosa dasar Membangun Islam memerintah negeri, Kelantan maju rakyat sejahtera.

Gual Periok mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Muhammad Ke-V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim.

Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Gual Periok, dipersilakan Mngkebang… Yang Berhormat Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ, وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, seluruh sahabat-sahabat Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi Allah S.W.T sekalian.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Muhammad Ke-V pada hari semalam. Mengkebang Menjunjung Kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang begitu cakna dengan kemakmuran dan kesejahteraan negeri kita pada hari ini. Pembangunan negeri ini perlu dilihat dalam pelbagai aspek termasuk dan tidak terhad dalam aspek pembangunan insan semata-mata malah kelestarian dan kemampuan kehidupan kita sebagai khalifah Allah S.W.T yang perlu diperkasakan dengan jitu pada setiap masa.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Hasil perhutanan merupakan salah satu hasil utama bagi negeri Kelantan Darulnaim. Belanjawan Kelantan 2024 telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada tahun lepas dengan memperuntukkan sebanyak RM12.8 juta bagi tujuan kelestarian alam sekitar dan sebanyak RM 92.7 juta anggaran daripada hasil hutan. Penekanan berterusan ke atas aspek-aspek pemeliharaan hutan pemuliharaan, penggunaan secara lestari dan perkongsian secara saksama dan adil perlu dibuat secara terus menerus dan dengan jelas dan tegas.

Negara kita Malaysia telah menerima pengiktirafan sebagai salah sebuah negara daripada 12 negara yang mempunyai mega kepelbagaian di dunia keindahan dan kepelbagaian biologi serta kekayaan ϐlora dan fauna yang membentuk ekosistem hutan perlu dijadikan salah satu agenda di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan jalinan kerjasama dengan agensi Persekutuan seperti FRIM dengan izin Forest Reaseach Institute

Malaysia. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Universiti-Universiti dan para pengkaji berkaitan. Peruntukkan perbelanjaan bagi kelestarian hutan perlu dilaksanakan secara seimbang dengan anggaran perolehan hasil tersebut. Industri hasil hutan negeri yang dianggarkan di bawah Belanjawan 2024 ini perlu dilaksanakan secara strategik melalui syarikat yang dipercayai dan berintegriti seperti syarikat berkaitan Kerajaan Negeri atau agensi negeri yang berkaitan. Perancangan projek secara lestari seperti ladang hutan boleh digazetkan secara integrasi untuk pembangunan semula ladang hutan dengan izin reforestatian dan pembangunan tenaga baharu biomas, karbon kredit ataupun hidrogen sebagaimana yang di titahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Muhammad Ke-V. Zon ladang hutang juga patut diperkenalkan, saya cadangkan agar zon ladang tidak boleh dipindahkan bagi mengekal dan memudahkan pengawalan hutan asli dan ladang hutan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kerajaan Malaysia telah mewujudkan pelan hala tuju teknologi dan ekonomi hidrogen Malaysia dan membuat jangkaan pendapatan negara dianggarkan dapat dijana sehingga RM 12.1 billion menjelang 2030 melalui sektor tenaga hidrogen. Perkara ini wajar sekali diberi perhatian dan dijadikan sasaran negeri kita dan bukan sahaja boleh meningkatkan hasil negeri malah boleh membantu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Penglibatan aktif agensi Kerajaan Negeri pihak swasta dan pelabur serta ahli akademik perlu digarapkan bagi membuahkan hasil yang optimum. Kerjasama agensi Negeri dan Persekutuan juga perlu dipertingkatkan atas satu matlamat iaitu Kelantan maju rakyat sejahtera. Tiada rugi, tiada dengki rezeki yang ada dapat dikongsi hiduplah aman dan diberkati.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Keindahan alam ini wajar dijadikan satu alternatif eco pelancongan dan membendung kepada aktiviti tidak sihat masyarakat. Keasyikan kepada dunia digital dan media sosial kelemahan aspek sosial dan tekanan hidup di kalangan masyarakat pada hari ini antara faktor yang membawa kepada gangguan kesihatan mental yang selalunya lewat dikesan ataupun enggan diakui dalam keluarga kita seperti dengan izin “depression, mental disorder atau mental instability,” kecelaruan minda bunuh diri dan seumpamanya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya melihat sektor eco pelancongan wajar sekali diberikan penekanan utama dalamnegeri kita yang kita ketahui yang mempunyai liputan hutan yang mencukupi. Kelantan merupakan penyumbang hutan simpan kepada negeri ini, Kuala Krai merupakan penyumbang hutan simpan di negeri kita selain daripada Gua Musang dan Jeli. Pelaburan dalam sektor ini perlu diberi perhatian agar tempat-tempat yang strategik dapat dibangunkan dan infrastruktur dapat ditambah baik bagi memenuhi keperluan rakyat dalam negeri dan bagi menarik pelabur dan pelancong luar. Kita dapati banyak pantai-pantai pada hari ini banyak terhakis dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat istirehat dan mandi manda berikutan berapa kes lemas akibat ombak besar berlaku baru-baru ini.

Justeru, lata-lata khususnya di Mengkebang iaitu Lata Berangin, Lata Papan, Lata Bali dan lata-lata yang lain yang ada di negeri ini yang ada dipinggir hutan wajar sekali ditambah nilai sebagai pilihan tepat kepada masyarakat. Namun begitu jumlah pelancong masih tidak memberangsangkan berikutan kekurangan infrastruktur dan nilai tambah dari segi penginapan, tarikan makanan, aktiviti riadah, sampingan dan kemudahan lain yang perlu diperlukan oleh sebuah keluarga yang lengkap. Sebagai contoh jika aktiviti lasak seperti jungle tracking sesuai kepada golongan belia yang berkebolehan dan tahan lasak. Bagaimana pula warga emas dan golongan Wanita yang boleh menikmati kemesraan alam di tempat tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Pengsijilan pengurusan hutan adalah mekanisma pengurusan-pengurusan hutan bagi membantu pengurangan proses penyahutanan melindungi kawasan tadahan dan kualiti air, memulihara alam sekitar dan mengekalkan kelangsungan sumber daya hutan serta meningkat ekonomi bagi penduduk setempat yang bergantung kepada hasil hutan selaras dengan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia. Saya mohon mencadangkan agar pensijilan pengurusan hutan ini dijadikan sebagai satu syarat wajib kepada kawasan hutan sama, atau hutan asli atau ladang hutan dimiliki oleh syarikat atau individu. Jika ada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri perlu komited merealisasikan pensijilan pengurusan hutan mengikut standard kebangsaan iaitu kreteria petunjuk Malaysia untuk pengurusan hutan mampan atau singkatannya MCNISMFM.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya juga mencadangkan agar isu perubahan iklim dan pemanasan global yang berlaku pada hari ini diberi perhatian yang jelas di bawah prinsip dengan izin sustainability development goals and environment social and government. Dalam pelaksanaan hasil hutan bagi melaksanakan alam ini dapat dinikmati oleh generasi anak cucu kita dalam keadaan yang selesa, sejahtera, dan berkualiti. Semua pihak yang terlibat dalam industri hasil hutan hendaklah mematuhi dan melaksanakan prinsip di bawah SDG dan ESG ini secara optimum.

Firman Allah,

ِ ِ ِ ِ ﻦ ﻣ ﻳﺐ ﺮ ِ ﻗ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﺖ ﲪ إِن ﱠ ﺎ ﻌ ﻤ َ ﻃ ﺎ ﻓ ﻮ ﺧ ﻮﻩ ﻋ ﺎ ﻬ ﺤ َـٰ ﻠ ﺻ إِ ﺪ ﻌ ﺑ ﻷ ٱ ﰱ ﺪ ﺴ ﻔ ْ ﺗ ﻻ َ َ ًۭ َ ُوا۟ ـُ َوَ ِّ ٌۭ َ َْ رَ ً َ وَ ْ َ ُ ُ وَٱدْ َ ْ ْ ـَ َْرْضِ ِ ِ ٦٥ ﲔ ﻨ ﺴ ﺤ ﻤ ْ ﻟ َٱ ْ ُ

Maksudnya:- dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi ini sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya dan berdoalah kepadanya dengan perasaan bimbang kalau-kalau tidak diterima dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan yakni supaya makbul sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.

Surah al-a’araf ayat 56

Akhirnya pokok cengal pokok jati, tibalah saya mengundur diri, sirru ala barakatilah.

Saya sudahi perbahasan saya hari ini dengan

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Mengkebang.. saya persilakan Yang Berhormat Chempaka, dulu…ok, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, untuk tujuan perbahasan pada hari ini saya ingin menyentuh beberapa perkara sebagai menyambut Titah Ucapan Diraja yang telah disampaikan semalam. Sesungguhnya titah yang disampaikan tersebut oleh dijadikan sebagai rujukan kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri dan seluruh jentera pentadbiran untuk melihat apakah penambaikan yang boleh dilaksanakan terhadap Elemen yang ditekankan berdasarkan kepada Titah tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker,

Pertamanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan pada awal Titahnya iaitu seawal mukasurat 3 teks ucapan, menyatakan dalam memastikan ketinggian agama Islam terus terpelihara, Beta menggesa Kerajaan Beta terus memperkasa dan mempertahankan perundangan dan Institusi Syariah Negeri. Pada hemat saya Titah yang sebegitu tegas haruslah diambil tindakan seberapa segera oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kedudukan institusi yang menjaga Syariah di negeri ini dapat diperkasa dan dipertahan.

Bagi tujuan tersebut izinkan saya membuat sedikit perbandingan antara punca kuasa kewujudan Mahkamah Negeri kita ini dengan kewujudan Mahkamah pada peringkat Persekutuan. Dalam Perlembagaan Persekutuan kewujudan perhakiman secara jelas telah diperuntukkan pada Perkara-Perkara 121 sehinggalah Perkara 131 A Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi secara terperinci kuasa-kuasa kehakiman sehinggalah berkenaan dengan ketidakupayaan seorang Hakim. Sebaliknya apabila kita meneliti Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan saya dapati tidak ada satu pun peruntukan khas yang menyentuh berkait dengan perhakiman. Memang sebegitulah keadaannya kerana peruntukan berkaitan penghakiman kita hanya tersedia dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Walaupun Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 tersebut agak lengkap dalam memperihalkan Mahkamah dalam Negeri Kelantan ini tetapi kedudukan punca kuasa yang mewujudkan Mahkamah-Mahkamah di Negeri ini sebenarnya berada pada tahap yang lebih rendah dari peruntukan yang mewujudkan Mahkamah pada peringkat Persekutuan.

Terjadi begitu kerana Mahkamah pada peringkat Persekutuan diperuntukkan di bawah Perlembagaan manakala Mahkamah di peringkat Negeri hanyalah tertubuh di bawah Enakmen.

Justeru itu, saya mencadangkan sudah sampai masanya bagi menyahut Titah ucapan Ucapan Diraja tersebut direalisasikan. Pertama-tamanya adalah dengan membuat Pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan bagi memasukkan peruntukan perkara khusus berkait penghakiman agar kedudukan institusi yang menjaga Syariah ini dipasak dengan paku yang kukuh. Insya Allah dengan keterjaminan itu akan membolehkan kita pada masa akan datang berhujah dengan lebih kukuh pada masa hadapan sekalipun ada yang ingin mencabar.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker,

Isu kedua yang ingin saya sentuh dalam ucapan Titah Ucapan Diraja semalam, adalah berkenaan dengan status pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di mana Tuanku Al-Sultan bertitah Beta berasa gembira melihat satus pencapaian semasa projek menaiktaraf dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah mengikut jadual pelaksanaan. Justeru besar harapan Beta, agar perkhidmatan reϐilling service dapat disediakan bagi menambahbaik servis industri penerbangan di Negeri Beta.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker,

Memandangkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini berkebetulan ada dalam kawasan Undangan Negeri Chempaka…. tempat lain tidak ada yang saya wakili dan memandangkan ia merupakan pintu masuk utama dan paling berprestij bagi Negeri Kelantan. Maka atas alasan tersebut izinkan saya mengulangi semula pertanyaan yang belum dijawab secara tuntas seusai sesi Persidangan yang lalu apakah perancangan selepas ini? Bagaimana dengan peluang-peluang industri yang berada di Lapangan Terbang tersebut perniagaan satey di Baung, kilang keropok yang tinggal hanya 2 setakat ini di Pantai Sabak, Tuak di Tebing Tinggi dan Pulau Gajah. Apakah tidak ada perancangan untuk menjenamakan industri mereka agar setiap yang akan menaiki penerbangan balik ke tempat masing-masing sekurang-kurangnya ada sekotak atau sebotol made in Kelantan di antara luggage di tangan mereka.

Isu ketiga, Timbalan Yang Dipertua, Titah Ucapan Diraja semalam juga menyentuh berkenaan dengan kesedaran rakyat Kelantan terhadap kesihatan, keceriaan dan kebersihan yang telah meningkat seiring dengan gerak kerja Pihak Berkuasa Tempatan bila mana Tuanku bertitah Beta mendapat maklum kesedaran rakyat Beta terhadap kesihatan, keceriaan dan kebersihan telah meningkat seiring dengan gerak kerja Pihak Berkuasa Tempatan.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker,

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada pimpinan Kerajaan Kelantan yang telah berjaya mengerakkan PBT di Negeri Kelantan ke arah Kelantanku Bersih. Walaupun masih banyak liku dan onak yang terpaksa dihadapi untuk mencapai ke tahap bersih tetapi saya percaya dengan semangat kerjasama antara semua pihak Insha Allah gagasan Kelantanku bersih dapat direalisasikan.

Justeru itu, pada kesempatan ini saya ingin menyarankan agar beberapa undang-undang kecil PBT yang sedia ada dapat di semak semula terutamanya berkaitan peruntukan-peruntukan yang melibatkan frasa kebenaran untuk kompaun kerana saya difahamkan bahawa syarat untuk mendapatkan kebenaran tersebut adalah pertamanya PBT perlu membuka dan menyiapkan kertas siasatan terlebih dahulu kemudian barulah dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya. Kalau tak lengkap di hantar balik ke PBT dan PBT terpaksa menyiapkan apa yang diperlukan, dihantar balik ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya bagi mendapatkan kebenaran untuk kompaun sebelum kemudiannya PBT mengambil tindakan mengeluarkan kompaun. Bermaksud notis kompaun tidak boleh dan tidak akan dikeluarkan dengan serta merta oleh Penguatkuasa PBT semasa pemeriksaan di lokasi kejadian kerana perlu mendapat izin daripada Pendakwaraya terlebih dahulu berdasarkan kepada peruntukkan dalam undang-undang kecil yang diselaraskan bagi semua PBT di Negeri Kelantan. Saya difahamkan bahawa peruntukan-peruntukan tersebut telah menyebabkan kesukaran bagi PBT untuk bertindak dan ini boleh menyebabkan kelewatan tindakan kerana ianya juga turut mengambil kira tarikh lapang Pejabat Timbalan Pendakwaraya bagi mengemukakan fail-fail kes bagi penelitian di pejabat. Akhirnya apa yang terjadi? Tidak ada siapa pun yang didakwa…..

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker,

Berkait dengan PBT juga saya ingin menyentuh berkenaan dengan peruntukan seksyen 9, Akta 171 iaitulah berkait dengan kuasa Kerajaan Negeri dalam memberi arahan am tentang dasar-dasar Kerajaan Tempatan. Dan saya percaya arahan-arahan tersebut memang sentiasa diberikan untuk menjadi panduan dan ikutan oleh PBT. Walaubagaimanapun sepanjang pengalaman saya selama 9 tahun sebagai Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, arahan-arahan yang dikeluarkan tersebut adalah bersifat terlalu umum sedangkan sepatutnya arahan-arahan dasar yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri hendaklah berdasarkan kajian menyeluruh terhadap pelaksanaan dan kebolehlaksanaan oleh PBT dengan model pelaksanaan yang jelas.

Sebagai contohnya, semasa perkhidmatan saya dahulu pelaksanaan pengurusan tapak pelupusan sampah PBT oleh kumpulan utiliti Mubaarakan KUM. Ketika itu tidak ada arahan yang jelas apa peranan KUM, apa pula peranan PBT, siapa perlu bayar, bayaran untuk apa, isu siapa tuan punya tanah kemudiannya dan sebagainya sehingga menyebabkan terhasilnya beberapa set perjanjian yang berbeza-beza di antara satu PBT dengan satu PBT yang lain. Bagi mengatasi isu arahan yang terlalu umum tersebut saya mencadangkan agar pihak Kerajaan dapat memperkasakan bahagian Kerajaan Tempatan SUK. Saya difahamkan hanya terdapat 3 orang pegawai dan termasuk seorang mystep dengan seorang Pengarah bagi menyelia seluruh PBT dalam Negeri Kelantan. Tentunya ini amat membebankan mereka. Dengan menambah bilangan pegawai secukupnya ia sekali gus dapat membuat penambahbaikan dan pen”detail”an terhadap arahan Kerajaan terhadap PBT di bawah seksyen 9 Akta 171.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa sekadar itulah saja ucapan Perbahasan terhadap Titah Ucapan Diraja ini semoga Negeri Kelantan Makmur sejahtera bersama gagasan penghayatan Membangun Bersama Islam.

Enak rasa tuak Tebing Tinggi, Petua sejati di salin warisan, Segak bergaya bijak berperi, Semoga diberkati pemimpin Kelantan.

Sekian, terima kasih… Chempaka mohon menyokong..

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Chempaka, saya persilakan Yang Berhormat Tendong.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ, وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang, saff kepimpinan Kerajaan, sahabat-sahabat Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Tuan-tuan muslimin muslimat yang dihormati sekalian.

Pertamanya terima kasih di atas kebenaran untuk kesempatan kepada saya mengambil bahagian dalam ucapan Perbahasan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V yang telah dibacakan teksnya oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang pada hari kelmarin. Alhamdulillah dalam kesempatan ini hanya sedikit saja saya nak mengutarakan apa yang telah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang mana perkara pertama yang disentuh dalam Ucapan Titah Tuanku adalah berkaitan bermula daripada kepentingan isu syariat Islam sehinggalah kepada kecaknaan kita kepada rakyat jelata. Yang sudah tentunya kita merasakan terharu dengan keprihatinan yang begitu tinggi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam mempastikan Negeri Kelantan Kerajaan dan juga rakyatnya berada di bawah suatu

naungan untuk melihat keseluruhan negeri dan rakyatnya dalam keadaan yang sejahtera dalam semua aspek.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya suka menyentuh apa yang diutarakan ataupun apa yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terutama berkaitan dengan isu syariat Islam bagaimana juga yang disebut oleh sahabat-sahabat Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum daripada ini bahawa dalam Titah Tuanku diletakkan sebagai satu titah permulaan dalam Titah Tuanku dan kalau boleh saya kod kan apa yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu “Beta menggesa Kerajaan Beta terus memperkasa dan mempertahankan perundangan dan Institusi Syariat Negeri”. Ini memberi gambaran kepada kita khususnya rakyat Negeri Kelantan bahawa Tuanku begitu prihatin dengan apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak bermulanya pentadbiran di era Almarhum Dato’ Bentara Setia Tok Guru Nik Aziz bermula daripada tahun 1990, bagaimana kita di Negeri Kelantan ini Kerajaan meletakkan Dasar Membangun Bersama Islam dan di dalamnya diterapkan segala dasar program dan agendanya mematuhi syariat dan juga memartabatkan syariat Islam.

Oleh kerana itu, pentadbiran yang hampir 33 tahun ini dilihat sebagai Kerajaan yang senantiasa memperkasakan syariat Islam. Lebih-lebih lagi dalam era terbaru selain kita memperkukuhkan dasar dan juga program ke arah mendekatkan setiap program itu dalam kaedah mematuhi syariat juga kita memperkasakan perundangan Islam. Jadi oleh kerana itu kita begitu gembira dan rakyat Kelantan khususnya boleh menyatakan ucapan tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan dan juga Dewan yang mulia ini kerana sebelum ini kita telah meluluskan undang-undang syariat sebagaimana yang kita sedia maklum. Tapi oleh kerana mungkin di sana ada sedikit pertindihan dan juga pertembungan dengan undang-undang sivil di peringkat Persekutuan maka berlakulah apa yang telah pun berlaku. Cuma di kalangan kita Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya dan juga seluruh rakyat Negeri Kelantan apabila berlaku sebagaimana diputuskan di Kuala Lumpur baru-baru ini di Putrajaya dan tentu kita merasa kecewa yang teramat sangat kerana memartabatkan Undang-Undang Islam ini sebagai satu kewajipan kita semua, walaupun ini bukanlah sesuatu yang besar dalam pemindaan dan juga penambahbaikan hanya sedikit sahaja penambahbaikan yang dilakukan. Tetapi oleh kerana bagi saya secara peribadi di sana ada unsur-unsur dan

juga ada pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan apa yang dilihat sebagai memperkasakan syariat Islam ini.

Jadi oleh kerana itu saya amat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Pasir Tumboh dan juga sahabat-sahabat yang lain supaya kita di Dewan ini perlu bertegas walaupun Pindaan sebelum daripada ini telah dibatalkan di peringkat Mahkamah Persekutuan, selaku Wakil Rakyat yang bertanggungjawab dan sayang kepada Islam saya menyokong supaya kita bentangkan lagi undang-undang ataupun syariat Mahkamah Syariah di Negeri Kelantan dan di Dewan yang mulia ini mungkin di masa-masa yang akan datang.

Jadi oleh kerana itu, kita semua saya menyeru supaya kita mengambil berat tentang hal ini dan kita yakin sebagaimana yang disebut oleh Galas, Yang Berhormat Galas sebut tadi dalam kita pindaan Enakmen Syariat II waktu itu pun sama ada UMNO pada waktu itu dalam Dewan ini dan jua kita masing-masing menyokong…masing-masing menyokong, semua menyokong tetapi di sana kita juga kecewa jika ada pihak yang cuba untuk melemahkan undang-undang Syariat ini maka ada pula di kalangan kita ini yang cuba mengambil kesempatan untuk menyokong pihak yang menentang Mahkamah Syariah ataupun Pindaan kepada….

YB DATO’ TIMBALAN SPEAKER :[MEMOTONG]

Melor, mohon mencelah..

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Sila…

Yang Berhormat ada orang kata keputusan 09 Februari 2024 Nik Elin ni, tidak melemahkan Mahkamah Syariah pun sebaliknya dia memperkukuhkan dan meletakkan rel yang betul mengikut Perlembagaan. Boleh komen sikit Yang Berhormat?

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Melor, sebagaimana pantun daripada EXCO kelmarin ..pagi tadi, sudah gaharu cendana pula sudah tahu bertanya pula.

Soalan ini sepatutnya lawyer yang jawab. Cuma boleh kita gambarkan antara Undang-Undang Mahkamah Syariat ini pada pemahaman saya dengan Mahkamah Sivil ini mana-mana sudut pun kita lihat tidak akan ada kesamaan walaupun ada mungkin sedikit sebagai contoh mungkin di Mahkamah sivil judi itu menjadi halal apabila mendapat kebenaran dengan mendapat lesen. Tetapi pada pandangan syariat Islam dan kita cuba memperkasakan di Negeri Kelantan kita ini sama ada ada lesen ataupun tak ada lesen dari sudut Mahkamah Syariahnya ialah ia tetap haram kerana diharamkan oleh agama. Jadi untuk pertindihan ataupun bagaimana kuasa Mahkamah itu mungkin selepas daripada ini Melor boleh berucaplah untuk perjelaskan kepada kita semua.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Berkaitan dengan soal isu Mahkamah Syariah ini saya menyerulah sahabat-sahabat Ahli-Ahli Yang Berhormat termasuk juga 2 sahabat dan juga jiran saya ini supaya kita menzahirkan sokongan dan saya yakin saya tengok jiran saya ni Kota Lama begitu tekun dalam nak menyiapkan ucapan selepas daripada ini. Kita yakin selepas daripada ini dia akan menyatakan ia menentang apa yang dibuat oleh Nik Elin membawa isu Mahkamah Syariah ini ke Mahkamah. Saya yakin, betul yer YB ? [SAMBIL TERGELAK] kena ada tuh..

Boleh celah sikit Tendong…pertamanya Nik Elin ni sapo dio? Keduanya dia mesra dengan sapo, yang ketiganya pada waktu zaman mana sebenarnya undang-undang negeri dicabar dan dibenarkan dan yang keempatnya Tendong bersetuju tak kalau kita kata kita way forward maknanya atas apa yang berlaku ini kita dalam Dewan ini mesti sepakat, kita ada ramai pengamal undang-undang kita di sini, mari kita sepakat supaya tidak ada lagi mistake ataupun orang boleh cabar kita apabila kita bentangkan Enakmen Syariah untuk masa akan datang, terima kasih.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih sahabat Galas…. banyak tu 4, kalu Dato’ Speaker pun dia bui soalan tambahan sekat 2 jah [ SAMBIL TERSENYUM ] saya tak nak menjawab sama ada dia baik dengan siapa dan sebagainya tapi lebih kepada kita melihat tindakan dia kepada apa yang telah dilakukan. Jadi oleh kerana tu kita tidak bersetuju dengan apa yang diusahakan sebab

hari ini rata-rata kita tengok di Negeri-Negeri lain juga Enakmen yang sama dalam Enakmen Syariah dan saya tertarik dengan satu soalan daripada wartawan waktu ditanya kepada Nik Elin dengan izin di sebut nama ni dalam Dewan ini. Apabila wartawan bertanya adakah apa yang dibuat di Kelantan ini yang dilakukan kepada Enakmen di Negeri Kelantan ini juga akan dibuat di negeri-negeri lain? Tu soalan daripada wartawan… pemahaman saya kepada soalan itu adalah selepas Kelantan Negeri-Negeri lain juga terbuka dengan tindakan yang sama dan boleh dicabar sebagaimana di Kelantan ini. Maknanya tindakan yang dibuat itu bukan sahaja mencabar yang telah dibuat dalam Dewan Undangan Negeri ini berkaitan dengan isu Mahkamah Syariah.. memperkasakan Undang-Undang Syariah tetapi juga mencabar perundangan Islam di seluruh Malaysia bukan sahaja di Kelantan, itu mengecewakan kita dan malanglah kalau ada di kalangan kita rasa terdetik dihati bersetuju dengan tindakan ini. Saya tak tuduh Kota Lama ataupun Galas tetapi kalau terasa kita harap cepat-cepatlah padam supaya kita juga turut tidak bersetuju dengan tindakan Nik Elin.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Perkara kedua yang saya nak sebutnya ialah berkaitan dengan er…hile doh la….errr…juga saya nak mengucapkan Junjung Kasih kepada Kebawah Duli Tuanku dalam Titah Ucapannya juga disebutkan secara khusus berkaitan dengan kepentingan rakyat untuk mendapatkan rumah … untuk memiliki rumah dan juga tahniah saya ucapkan kepada pihak Kerajaan dalam kehendak dan juga Titah Tuanku itu, Kerajaan telah mengambil langkah awal dengan memperkasakan program Rumah Mampu Milik dan disitu disebut khusus soal pembangunan ataupun pembinaan Rumah Mampu Milik Bunut Susu. Jadi dikesempatan ini sekali lagilah bukan nak mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan cuma saya bimbang tengok ko EXCO sebab dia kata tiap kali Tendong bangun mesti sebut rumah Mampu Milik Bunut Susu dan saya ucap terima kasih sebab ada komitmen daripada pihak Kerajaan untuk mula membina rumah Mampu Milik seawal tahun ini, Insha Allah deh EXCO betul dok..[SAMBIL TERSENYUM]

YANG Berhormat Dato’ Speaker, perkara yang seterusnya saya nak sentuh sikit berkaitan dengan belia dan juga isu belia kita di Negeri Kelantan kita ini, saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan dan juga pihak EXCO Sukan dalam kecaknaan dan juga melibatkan program-program untuk memperkasakan belia-belia di Negeri Kelantan. Kita tahu belia-belia di

Negeri Kelantan ini merupakan belia-belia yang hebat anak-anak muda yang mempunyai wawasan dan juga cita-cita yang tinggi dan banyak di luar daripada Kelantan anak-anak muda kita ini mencebur dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang perniagaan, mencipta nama sukan dan sebagainya. Dan program-program yang dilakukan oleh EXCO Belia amat-amat membanggakan kita apabila program-program yang melibatkan belia bermula daripada membina akhlak ataupun yang disebut sebagai anak muda Kelantan bermaruah, membina sahsiah diri sehinggalah kepada pembinaan kerjaya-kerjaya. Cuma dalam kita membina anak muda ini juga secara tak langsung perkara yang diminati ramai oleh anak muda antaranya adalah program-program sukan.

Dalam program sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Kelantan ini akan menjadi tuan rumah kepada SUKMA pada tahun 2028 dan SUKMA 2024 berlangsung di Sarawak. Oleh kerana itu saya ingin bertanya pihak Kerajaan apakah kritiria dan juga sasaran kita untuk mendapat pingat dan juga kejayaan pada Temasya SUKMA 2024 di Sarawak kita ini. Semoga dengan kita adanya sasaran-sasaran yang kita boleh ambil sebagai sasaran yang serius untuk kita dapatkan kejayaan dalam setiap sukan yang kita ceburi itu yang kita sertai mungkin selepas pada ini boleh jadi panduan kepada kita untuk kita menjadikan sebagai satu asas bagaimana kita nak mencapai kejayaan yang lebih besar dalam kita nak berdepan dengan selaku tuan rumah kepada SUKMA 2028 ini tak lama doh 4 tahun dalam keadaan fasaliti di Negeri Kelantan ini kita tahu sukan tidak begitu..tidak begitu…

Tuan Hj Abd Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Minta jalan…

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Fasilitinya tidak begitu banyak dan tidak terlalu banyak kemudahan-kemudahan untuk anak-anak muda kita ini menceburkan diri. Jadi oleh kerana itu, kita harap supaya Kerajaan memfokuskan dalam keadaan fasiliti yang kekurangan ini bagaimana kita nak mengorak supaya kejayaan anak-anak muda dan juga kejayaan atlet-atlet kita ini dapat dicapai dalam setiap temasya yang kita ceburi datang..silakan, terima kasih.

Tuan Hj Abd Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Terima kasih YB Tendong…. Ambo ada 3 soalan… Speaker bagi 2 jah, tapi saya minta 3. Soalan pertama kebiasaannya kalau dalam Persidangan Dewan ini benda yang paling banyak sekali soalan daripada Wakil Rakyat ni mengenai padang bola. Rata-rata Wakil Rakyat akan minta padang bola dan paling tidaknya satu Parlimen satu padang bola. Yang hok duk minta sokmonya satu DUN satu padang. Jadi ambo nak minta pandangan YB Tendonglah, apakah pandangan ni untuk membina padang bola ni kena buat ataupun kena bagi pitih.

Soalan yang kedua ialah sebagai Presiden KUFC lah YB Tendonglah… bagaimanakah cara untuk menaiktaraϐkan mutu pemain-pemain bola tu. Kita tak sir main kalah, main kalah. Kita nak menang main bola nih, dok..?

Jadi soalan yang ketiga, bagaimanakah untuk menyedia pelapis supaya kita tidak beli doh orang-orang luar, kita ada pelapis kita sendiri. Wallahu’alam. 3 soalan Dato’ Speaker.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Tumboh, ia betul antara fasiliti yang menjadi satu keperluan kepada anak-anak muda ialah salah satunya ialah padang bola dan kalau kita lihat di Kelantan ini untuk satu padang bola, satu Parlimen itu saya rasa sudah mencukupi dan setiap Parlimen itu kita yakin sudah ada padang bola tetapi oleh kerana minat yang keterlaluan daripada rakyat Kelantan ini kepada bola maka di setiap DUN itu walaupun di setiap DUN satu DUN satu padang bola masih tidak lagi mencukupi. Dan Alhamdulillah dengan inisiatif Wakil-Wakil Rakyat sekalian, berkaitan dengan padang bola ini saya lihat cukup minat untuk membantu anak-anak muda dan dalam usaha Wakil Rakyat walaupun dalam keadaan kita di Kelantan ini kita kekurangan tanah sebenarnya. Saya sendiri contohnya di Tendong..sekarang ni saya sedang mengusahakan untuk siapkan 3 padang bola sekarang ni dan kita tak de tanah untuk padang bola. Kita tidak ada tanah Kerajaan untuk tempat-tempat strategik. Tapi walau macam mana pun kita buat juga untuk keperluan anak-anak muda melahirkan ataupun membentuk bakat-bakat mereka dan di Tendong tu kita buat 3 padang bola semuanya ditepi Sungai Tendong di tapak pertanian tapak tol yang tempat orang kampung tanam jagung sebelum daripada ini. Tapi Alhamdulillah ada kawasan-kawasan yang boleh kita bangunkan sebagai padang bola. Dan saya nak cadangkan

juga berkaitan dengan padang bola ini kepada EXCO lah, ..terutamanya kalau kita tengok permintaan ini boleh katakana setiap kali persidangan Dewan ada Wakil-Wakil Rakyat memohon untuk padang bola peringkat DUN. Kalau Kerajaan tak dapat nak kenal pasti mana tanah untuk kita nak bangunkan padang bola saya harap mungkin Kerajaan boleh menyediakan peruntukan untuk Wakil-Wakil Rakyat khusus untuk padang bola. Saya rasa kalau ada duit mesti ada padang, kalau ada duit akan terbinanya padang bola. Mungkin ini nak membantu EXCO juga la bagi memudahkan fasiliti sukan terutamanya bola padang bola ini ditapak disediakan berkaitan dengan bola ni saya ucapkan tahniahlah kepada pihak Kerajaan dan juga EXCO Sukan atas kejayaan melaksanakan program Liga Elit DUN dan telah berakhir pada baru-baru ini minggu lepas dan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang kerana pasukan Meranti mendapat Naib Johan dalam Piala Menteri Besar Kelantan. Sebut Naib Johan dulu tu sebab sek MB, jadi kena rai ko Mb mana tahu lepas ni. Jadi tahniah juga kepada Kijang atas kejayaan mendapat juara Piala Menteri Besar Kelantan untuk musim 2023.

Menjawab soalan Pasir Tumboh tadi pemain-pemain yang bermain untuk kedua-dua DUN ini yang bermain di ϐinal ini, saya perhatikan malam tu dan saya hadir pada perlawanan akhir tu… kebanyakkan pemainnya telah dilatih oleh kelab professional. Kebanyakan pemain, bermakna bakat yang ada kepada anak muda kita ini boleh ditonjolkan dan ada yang boleh kita ketengahkanuntuk kerjaya mereka untuk dia pergi lebih jauh dan untuk rekod Dewan yang mulia ini untuk anak-anak muda kita yang terlibat dengan bola sepak ini. Boleh dikatakan yang bermain dengan kelab-kelab Liga Malaysia ini di seluruh Malaysia ada pemain-pemain daripada Negeri Kelantan. Maknanya anak muda Kelantan ni mempunyai bakat besar terutamanya dalam bola sepak dan juga sukan-sukan lain.

Jadi oleh kerana itu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan….

YB DATO’ TIMBALAN SPEAKER :[MEMOTONG]

Yang Berhormat Tendong, sila buat rumusan.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

…. Kepada pihak EXCO atas sokongan yang tak pernah berhenti menyokong anak-anak muda dan juga kelab-kelab bola sepak di Negeri Kelantan ini. Jadi untuk bagaimana kita nak menang Insha Allah ambo harap semua Wakil-Wakil Rakyat, semua sahabat-sahabat Ketua-Ketua Jabatan dan agensi sekalian di Kelantan ini untuk musim ini selepas daripada Hari Raya bulan Mei ini akan berlangsung sekali lagi Liga ,..bola sepak Liga Malaysia ataupun Liga Super Malaysia. Jadi saya harap semuanya memberi sokongan kepada kelab kita yang akan mewakili dan membawa nama Kelantan untuk melangkah ke tinggi lagi untuk berada dalam carta yang lebih jauh lagi dan memartabatkan nama Kelantan sebagai satu pasukan untuk kita julang sebagaimana pernah berlaku pada tahun 2012 dahulu bahawa Kelantan sinomin dengan bola sepak dan rakyat Kelantan lebih separuh daripada rakyat Kelantan tanpa mengira latar belakang dan jantina adalah peminat-peminat bola sepak dan mereka kecewa kalau selalu kalah. Insha Allah untuk Kelantan United tahun ini, hari ini pemain Import sampai ke negeri Kelantan yang Kelantan United import daripada Palestine. Selain daripada bermain ini professional pemain sepenuhnya pada Liga Qatar baru-baru ini juga kita ambil pemain Palestine kerana sokongan dan solidariti kita kepada rakyat Palestine walaupun dalam sudut lain kita telah membantu di sudut sukan juga kita akan memperlihatkan apa sahaja dalam bentuk aktiviti yang kita buat palestine tetapi di hati selamanya Insha Allah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu lagi saya nak ambil kesempatan sebelum saya berundur berkaitan dengan pelancongan. Juga tak lari daripada bola… saya tengok program-program pelancongan ini tahniah saya ucapkan dalam tempoh Tahun Melawat Malaysia 2024 ini, saya tengok kalender yang ada di depan ini banyak program-program yang telah dibuat dan sasaran kita untuk dapat 10 juta pelawat dalam setiap program dan juga sepanjang tempoh 10 tahun ini, Insha Allah akan berjaya. Cuma ada sedikit cadangan kepada pihak EXCO lah pertamanya saya nak cadangkan kepada pihak Kerajaan supaya kita libatkan sama bola sepak ini dalam sektor pelancongan. Saya nak cadangkan supaya kita adakan program perlawanan 4 penjuru asia dan cadangan ini saya dah berbisik dengan EXCO, Cuma Insha Allah dalam penelitian EXCO supaya bend aini dimasukkan sebagaisatu program pelancongan iaitu pertandingan 4 penjuru Asia ini yang melibatkan negara-negara jiran Brunei, Thailand, Indonesia dan juga kita Kelantan bagi mewakili Malaysia.

Dan Insha Allah saya berharap kalau benda ini boleh buat ianya bukan sahaja untuk sukan tetapi juga untuk program-program ekonomi rakyat dalam temasya yang berlaku mungkin dalam tempoh 2,3 hari itu mungkin rakyat boleh libat sama dalam program ekonomi dalam program kita memperkenalkan makanan dan sebagainya. Jadi kalau boleh biar dalam kalender of event 2024 ini dimasukkan Tarikh ataupun program pelancongan pertandingan bola sepak 4 penjuru Asia.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh kerana masa tidak mengizinkan saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberi dan saya menyokong penuh ucapan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan, walahua’lam...

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tendong…saya persilakan Yang Berhormat Pantai Irama dulu, silakan.

Tuan Hj Huzaimy bin HussinPAS · PNPantai Irama

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih atas peluang yang diberi.

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ, وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmatnya Yang Berhormat Dato’ Panglima Perang Dato’ Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan dan seluruh rakan-rakan sahabat Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Kesempatan yang berharga ini saya daripada Pantai Irama juga rakamkan jutaan dan Junjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan atas Titah Ucapan Baginda di hari Perasmian Dewan kelmarin.

Berkat kata-kata Islam Memimpin, Raja menaungi Negeri Berkat itulah kata hikmat menjadi tema Negeri masa kini. “Negeri Berdaulat Rakyat Sejahtera, Nilai Muafakat Kerajaan Kelantan makmur di bawah Tuanku yang dikasihi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Di muka 2 teks ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Titah Baginda kepada semua Ahli-Ahli Dewan Tuanku juga mengingatkan semua Ahli Dewan akan tanggungjawab yang besar kepada rakyat dan mencari jalan terbaik dalam mempastikan kemakmuran Negeri dan Pantai Irama mengambil peluang yang terbaik ini di Dewan yang mulia akan menyentuh beberapa perkara juga mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan dan usaha menjadikan Kelantan sejahtera berkebajikan, Makmur dan diberkati.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Merujuk teks ucapan atau Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di muka surat 6, Alhamdulillah usaha menangani masalah bekalan air sentiasa diberi perhatian. Menyelesaikan masalah bekalan air di negeri kita yang tercinta ini perlu adakan usaha yang serius oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Selain daripada pembinaan loji di tempat-tempat yang terpilih masalah paip-paip lama juga perlu diberi perhatian. Perlu diganti dan saya difahamkan melebihi 35% air hilang di tengah jalan daripada loji sebelum sampai kepada pengguna.

Paip-paip bawah tanah ini pecah akibat tekanan air daripada loji. Usaha untuk menangani masalah ini perlu diteruskan masalah air masih berlarutan. Setakat ini usaha Kerajaan melalui lori air kontrak mampu membantu menyelesaikan sedikit permasalahan rakyat dengan melibatkan jutaan ringgit.

Saya menyokong penuh ucapan daripada Pasir Tumboh sekejap tadi yang menyarankan agar projek lori air kontrak ini diteruskan dalam usaha menangani masalah yang ada di hadapan kita. Untuk makluman pihak Kerajaan, DUN Pantai Irama khususnya amat terkesan dengan penamatan lori kontrak. Ianya memberi kesan terutamanya di kawasan hot spot uptown Jelawat iaitu dalam DUN Pantai Irama. Iaitu Bandar Baru Rusa dalam ..yang mana juga melibatkan Kompleks Sekolah-Sekolah di Tangok, UMK, Pusat Pengajian dan juga asrama UMK, Kampung Neman walaupun

sudah acap kali disebut dalam soalan tadi. Tapi inilah menjadi tekanan kepada kita sebagai Wakil Rakyat dan dicadangkan satu usaha tindakan sewajarnya perlu diambil oleh pihak Kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Perkara yang kedua, mengenai Rumah Mampu Milik Pantai Irama menyokong penuh Titah Tuanku di muka surat 11. Setiap keluarga perlu memiliki sebuah kediaman dan Pantai Irama mencadangkan tempat-tempat strategik di Bachok tanah Kerajaan tersedia bagi memenuhi hasrat tersebut. Kita ada 80 ekar di Telong, 20 ekar di Bandar Bachok, 38 ekar di Kemasin mungkin boleh dipertimbangkan untuk rumah-rumah tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Perkara ketiga, Pantai Irama mengalu-alukan pihak Kerajaan dalam usaha menangani permasalahan kekurangan bekalan haiwan dan cadangan pihak Kerajaan bagi mengadakan kilang makanan haiwan adalah yang terbaik. Masalah bekalan makanan haiwan mahal amat terkesan dengan industri penternakan terutamanya di Bachok yang menjadi pusat aktiviti penternakan lembu utamanya di Kelantan. Pantai Irama mencadangkan tapak seluas lebih kurang 8 ekar milik PKINK yang sebelum daripada ini digunakan tempat memproses tembakau TPK dijadikan kilang makanan haiwan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Perkara keempat, Tahun Melawat Kelantan 2024… dengan tema “Family Food And Festival” yang mensasarkan pengunjung 10 juta pelawat. Tahun Melawat Kelantan 2024

“Negeri Berbudaya Warisan Sejagat”, Mokyong menoro tarian dan silat, warisan budaya negeri berkat”. Silang budaya menunai hajat,

Patut diluaskan negeri berempat, di Perlis pernah kita buat dengan semangat muafakat. Silang budaya menyambut menantu, sempena pelancaran TMK 2024 Pantai Irama johan menunggu, dayakan hajat penuh semangat.

Majlis sambutan menantu silang budaya yang berlangsung pada 26hb 2 2024 di Akademik Nik Rashidin Pantai Kandis Bachok berlangsung dengan jayanya. Program cetusan 2 orang sahabat karib yang dikenali ramai seorang popular di Kelantan dan seorang popular di peringkat Malaysia iaitu saudara Mustafa Kamal, pelakon dan juga Pengarah Filem dan dikenali dengan nama glamour Raja Sahak ..Dato’ Sahak dan saudara Muhammad Ali Akhbar yang kejayaan program ini…. Program yang hebat ini sehingga dipelawa di beberapa tiktok dan juga FB meningkat jutaan minat dan program ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 dan selaku ADUN Pantai Irama saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Seni Warisan dan Kerajaan Negeri yang telah menjadikan memilih Pantai Irama sebagai Tuan Rumah dan telah mencatatkan sejarah yang besar dalam DUN Pantai Irama berjaya melaksanakan program ini yang telah mengembalikan nostalgia perkahwinan era tahun 60-an, 70-an dan 80-an lebih kurang. Rata-rata yang hadir begitu teruja dengan majlis ini yang disajikan dengan gulai zaman dahulu gulai buku besar dan hidangan dengan menggunakan khidmat jong kako disamping juga dengan persembahan Dikit Barat, budak-budak main tin, pekong selipar, main congkak, dan lain-lain yang paling unik semuanya pengunjung yang hadir memakai pakaian era 70-an dan pakaian orang terdahulu.

Sehari sejarah juga tercatat apabila Menteri Besar turut menyempurnakan sembelih kerbau di bakwoh ini. Terima kasih Dato’ MB. Anak-anak muda yang hadir merasakan suasana majlis perkahwinan di zaman datuk nenek mereka. Majlis sambutan ini meraikan perkahwinan Sabri Yunus dan Angeline Tan dan saya rakamkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam usaha mengukuhkan pelaksanaan dasar OKU Muqarabbun sesuai dengan Titah Tuanku yang menginginkan kesejahteraan rakyat termasuk golongan OKU, saya mencadangkan pihak Kerajaan perlu menggerakkan usaha lebih bersepadu termasuk langkah-langkah progresif memantapkan lagi peranan Majlis Penasihat OKU Negeri MPON, melihat keperluan golongan ini kita perlu faham keperluan golongan OKU ini bukan hanya tanggungjawab portfolio Kebajikan semata-mata ianya merentasi portfolio yang ada. Ada usahawan OKU, ada Belia OKU yang terlibat dengan sukan dan sebagainya dan golongan ini perlu diberi pembelaan.

Justeru melalui MPON saya harap pelbagai isu OKU kita dapat tambahbaik. Juga usaha untuk memperkukuhkan lagi keupayaan para pengiat OKU melalui Majlis Persefahaman OKU Kelantan MPPOK supaya mereka mampu berada di pelbagai lapangan masyarakat meskipun berdepan dengan ketidakupayaan mereka. Saya sarankan supaya dapat dilaksanakan bagi melahirkan lebih ramai para pengiat OKU yang berwibawa agar kelangsungan usaha yang ada ini dapat kita teruskan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Pantai Irama mohon menyokong….

Speaker

Gaal, gaal dulu..

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ, وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و

Terima kasih Yang Berhoramt Dato’ Speaker, kerana memberi peluang kepada Gaal untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja pada petang ini. Gaal mengambil kesempatan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Muhammad ke-V di atas Titah Ucapan Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Kelatan Kelimabelas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Dalam Titah Diraja Tuanku amat mengambil berat terhadap pengukuhan kedudukan agama Islam dan saya setuju dengan semua ucapan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat terhadap pengukuhan agama Islam di Negeri kita ini. Dan Tuanku mengharapkan agar perundangan dan Institusi Syariah terus diperkasakan di negeri kita ini. Gaal ingin berkongsi

harapan yang sama dengan Titah Tuanku supaya Undang Syariah di negeri ini dapat sama-sama dipertahankan saya mewakili rakyat Gaal melahirkan rasa kekesalan dan dukacita di atas pembatalan beberapa Enakmen Undang-Undang Syariah yang telah berlaku dan telah diputuskan pada 9 Februari yang lalu dan Gaal ingin mencadangkan supaya Enakmen-Enakmen ini digubal semula dengan beberapa penambahbaikan supaya ianya tidak bercanggah dengan Enakmen yang sedia ada dalam Undang-Undang Persekutuan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Titah Tuanku juga agar semua agensi Kerajaan yang ada berganding bahu bagi menjayakan projek-projek pembangunan supaya taraf sosio ekonomi rakyat dapat ditingkatkan. Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya membangunkan negeri kita ini dengan acuan Islam. Pembangunan yang seimbang antara keperluan ϐizikal dan keperluan rohani supaya pembangunan yang berlaku di Kelantan ini tidak melanggar kehendak agama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Selaras dengan Titah Tuanku tersebut supaya projek-projek pembangunan di negeri kita ini dirancakkan, maka Gaal ingin mencadangkan supaya pihak Kerajaan mempercepatkan perancangan projek-projek pembangunan sama da berbentuk industri ataupun projek pembangunan untuk ekonomi terutama sekali di Kawasan stesen ECRL di Cherang Tuli, Pasir Puteh yang berkongsi Kawasan antara Limbongan dan Gaal supaya kepesatan pembangunan di Kawasan stesen ECRL ini akan dapat dirasai oleh rakyat di sekitar kewasan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Rakyat Gaal sangat ketandusan pertumbuhan ekonomi ini terutama sekali pertumbuhan dalam jajahan Pasir Puteh yang masih lagi belum mempunyai apa yang disebutkan sebagai Bandar Baru adalah DUN Gaal dan kita menyediakan tanah seluas lebih kurang 500 ekar dalam Mukim Kandis untuk dirancang sebagai tapak Bandar Baru atau pembangunan bercampur yang berhampiran dengan laluan ECRL.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Dalam bidang pertanian, Gaal amat mengharapkan agar cadangan untuk membina rumah sejuk beku di dalam DUN Gaal dapat disegerakan. Insha Allah dengan penyegeraan pembinaan rumah sejuk beku ini ianya akan dapat memberi manfaat kepada pengusaha-pengusaha sayuran di dalam DUN Gaal khususnya kepada para peserta tanaman cili di bawah seliaan PPK Bukit Awang yang diusahakan di satu Kawasan yang telah dimajukan Bersama oleh MAIK dan Pusat Zakat Selangor yang diberi nama Desa Alam Shah dan Kawasan ini merupakan pengeluar cili terbesar di negeri Kelantan. Jika pembinaan ini dapat direalisasikan ianya juga dapat dimanfaatkan oleh pekebun-pekebun durian yang sedang berkembang penanamanya di sekitar Jeram Linang dan Kg Chekar.

Gaal juga mengambi kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO dalam bidang Pertanian ini yang telah banyak memberi bantuan kepada sektor pertanian khususnya dalam DUN Gaal, sehingga beberapa hari yang lepas Yang Berhormat EXCO telah bersetuju untuk membina satu kilang memproses jus nenas yang diusahakan oleh Syarikat Gaal Pineapple Venture Enterprise yang dimiliki oleh Saudara Nazri yang merupakan salah seorang penanam MD2 yang agak luas di kawasan Gaal.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Dun Gaal adalah Kawasan yang sangat sesuai untuk pertanian. Justeru sekali lagi Gaal mengharapkan agar DUN Gaal dapat dijadikan sebagai hub pengeluaran hasil pertanian bagi Negeri Kelantan dengan bantuan dan inisiatif yang akan disediakan oleh pihak Kerajaan sejajar dengan Titah Tuanku supaya pihak Kerajaan menyediakan pelbagai skim dan bantuan pembiayaan tanpa faedah terutama sekali kepada para belia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kebawah Duli Tuanku juga menyentuh berkenaan Tahun Melawat Kelantan 2024. Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024, Gaal ingin mencadangkan supaya semua pintu-pintu masuk di Kelantan dapat diperindahkan terutama sekali sebagai contohnya bersempadan di Terengganu pintu masuk di Bukit Yong Gaal mengharapkan supaya cadangan untuk mengalihkan laluan kuari atau perlaluan lori batu-batan daripada kuari yang berdekatan supaya dapat disegerakan. Selagi adanya

laluan pemindahan batu-batan ini maka sempadan pintu masuk di Bukit Yong itu akan tetap tidak terurus. Gaal juga mencadangkan di pintu masuk tersebut dibina arca-arca yang menarik pelancong dan diperbaiki semula potret Tuanku yang ada di situ yang satu masa dulu semasa pemerintahan Dato’ Kaya Setia sebagai DO pasir Puteh dan sekarang ini tidak terurus. Gaal juga mencadangkan supaya dibina kios-kios untuk jualan pelbagai produk dan juga kraftangan di pintu masuk di samping Gaal mencadangkan supaya menaiktaraf medan selera di Kawasan Bukit Yong itu sebagai Kawasan Rehat dan Rawat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Sekali lagi Gaal menjunjung kasih di atas Titah Diraja yang sarat dengan harapan dan pujian kepada kepimpinan Kerajaan Negeri dan Gaal mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Kota Lama…

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ِ ِ ِ ِ ﺮ ﻨﻜ َ ﻤ ْ ﻟ ٱ ﻦ ِ ﻋ ﻮ ﻬ ﻨ ﻳ ﺮ ﻌ ﻤ ْ ﭑﻟ ﺑ ﺮ ﻣ ϩ ﺾ ٍۢ ﻌ ﺑ ﺎ ﻴ ﻟ ﻢ ﻬ ﻀ ﻌ ﺑ ﺖ ﻨ ﻣ ﺆ ﻤ ْ ﻟ ن ﻮ ﻨ ﻣ ﺆ ﻤ ْ ﻟ ـْ َـٰ ْ ُ ْ ِوَٱ ُ َ ْنَ َ ـَ وَ ُوفِ ْ َ ُونَ ُ َْ ْ ـَ ٓءُ َ أَوْ ْ ُ ُ ْ ـَ ُ ُ َوَٱ ُ ِ ِ ◌ ﻪ َ ﻮﻟ ﺳ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻮ ﻴﻌ ﻄ ﻳ ﻮ ﻟﺰﱠﻛ ٱ ﻮ ﺗ ﺆ ﻳ ﻮ َ ﻟﺼﱠﻠ ٱ ﻮ ﻴﻤ ﻘ ﻳ نَ ٰةَ َ نَ ُ ْ ٰةَ نَ ُۥ ٓوَ ُ وَرَ َ ُ ُ وَ ـُ وَ ُ ُ

Surah al-taubah ayat 71 “wahai orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain mereka menyuruh kepada yang makruf dan mereka mencegah daripada yang mungkar.”

Yang Berhormat Dato’ Speaker Dato’ Amar Diraja Yang Berhormat Dato’ Hj Mohd Amar Bin Abdullah, semua Ahli-Ahli Yang Berhormat pegawai Kerajaan izinkan Kota Lama merakamkan setinggi ucapan Junjung Kasih di atas Titah Ucapan Baginda Diraja Titah Diraja yang telah dititahkan

oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih di atas kesempatan yang telah diberikan kepada Kota Lama untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja 2024 ini..

Istana Lama tidak berpaku, Ditelan zaman tidak berubah, Rakyat Kota Lama menjunjung Titah Tuanku, Agar damai bumi kita yang bertuah.

Tahniah juga saya ucapkan kepada Kerajaan kita Negeri Kelantan di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Hj Mohd Nassuruddin Bin Hj Daud atas kejayaan-kejayaan yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke V, Kota Lama juga mahu menghargai jasa dan legasi yang telah ditinggalkan oleh mantan Menteri Besar Yang Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Bin Yakob dan seluruh saff kepimpinan sebelum ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku begitu komprehensif bagi Kota Lama sarat dengan saranan dan harapan agar kesejahteraan segenap lapisan rakyat ini terjamin dan diberi keutamaan di negeri ini. Kota lama menyambut seruan Tuanku ini dengan sepenuhnya kerana apabila ditanya dan kita buat kajian sikit tentang apa yang dimahukan oleh warga Kota Lama maka rakyat rata-rata mahukan pembangunan dalam 4 bidang. Iaitu yang pertama sosioekonomi, kedua kesihatan, ketiga, Pendidikan dan yang keempat kemudahan infrastruktur dan prasarana awam. Maka kita lihat peningkatan dalam taraf hidup sosioekonomi rakyat dalam 4 bidang ini menjadi keutamaan bukan sahaja kita tetapi Kerajaan Persekutuan dan Kelantan tidak pernah dianaktirikan dalam penyampaian bantuan daripada Pusat.

Usaha Kerajaan Negeri yang telah membekalkan lebih daripada secara bulanan bantuan beras lebih daripada 13 ribu keluarga miskin iaitu lebih kurang 17% daripada jumlah keseluruhan golongan miskin dan miskin tegar di Kelantan yang dicatatkan sehingga 31 Januari 2024 iaitu seramai 78,346 Ketua Isi Rumah dengan menggunakan pendapatan garis kemiskinan PGK terkini. Persoalannya apakah dia persediaan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menangani kemiskinan yang kita bincang pagi tadi pelbagai demensi orang kita, rakyat kita, yang tuan puan telah tangani bertahun-tahun lamanya bukan sahaja miskin harta tetapi terdiri daripada mereka yang berpenyakit

kronik. Sesak harta, sudah lagi berpenyakit dan sebahagiannya warga emas dan ada yang telah selesa duduk dalam kancah kemiskinan. Di Kota Bharu khususnya di Kota Lama kita mempunyai rakyat miskin yang perlu dibantu. Kalau miskin di kampung di Dabong, di Kuala Krai er.. kemungkinan mereka masih boleh bercucuk tanam makan nasi ulam budu. Tetapi di bandar keadaannya cukup memeritkan. Jadi saya ingin menyebutkan kesungguhan Perdana Menteri dalam menoktahkan kemiskinan patut disambut oleh kita semua dengan menggunakan hold state approach ataupun pendekatan keseluruahan negeri kita. Jadi saya mengalu-alukan YB EXCO Infrastruktur yang percaya yang kita sama-sama percaya miskin ini kita boleh noktahkan. Sebagaimana saranan ataupun inspirasi daripada apa yang pernah dicapai Ketika zaman Khalifah Umar.

Jadi dalam hal ini ia saya tertarik pendekatan berasaskan data di mana dengan penyelarasan data ini kita boleh memetakan, kita boleh map dia dengan izin… golongan miskin dan mengadakan road map mengeluarkan keluarga miskin daripada garis kemiskinan agar mereka dapat berdiri di atas kaki mereka sendiri. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berberhormat….

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Minta laluan Yang Berhormat boleh tak? Sikit jah…

Okey…

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat, saya nak tanya berkaitan dengan sebagaimana yang disebut skni menoktahkan kemiskinan. Saya tertarik dengan kenyataan PMX Perdana Menteri kita dalam kenyataan dia pada 19 Januari tak silap 19 Februari berkaitan dengan pembasmian miskin tegar dalam kenyataan Perdana Menteri menyatakan setahun dalam pentadbiran dia, dia boleh menoktahkan kemiskinan 100% untuk 3 negeri. Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Jadi adakah kenyataan ini betul-betul realiti ataupun kalau realiti kita nak belajarlah macam mana dia boleh menoktahkan dalam tempoh satu tahun boleh menoktahkan 100% menghapuskan miskin tegar di 3 buah negeri

ataupun ini sebagai sembang kosong sebagaimana yang diamalkan sebelum daripada ini.

Saya rasa saya bukan PMX untuk menjawab kenyataanya tapi yang penting tuan-tuan dan puan-puan, kita sebagai Kerajaan perlulah mempunyai pertama tekad dan yang kedua vical cara lagumana nak menghapuskan kemiskinan. Kita bimbang kita berada dalam satu dia panggil satu pusingan vesearch yang mana kita beri bantuan ….

Yang Berhormat Speaker, pohon mencelah. Soalan saya kepada Kota Lama untuk membasmi kemiskinan menoktahkan kemiskinan ni adakah dengan cara menaikkan beras madani kepada beras putih asalnya RM2.60 sekilo kepada RM3.50 sekilo itu merupakan satu cara untuk menoktahkan kemiskinan. Terima kasih..

Terima kasih, masing-masing Alhamdulilah tidak tidur dah dekat pukul 4 ni. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa kita perlu fokuskan pada hari ini memang ada pandangan-pandangan tersebut saya alu-alukan tapi in realiti tapi di atas bila kita bergerak di lapangan di akar umbi kita memang nampak bahawa miskin ini tidak boleh dipukul rata. Saya pasti YB EXCO Infra setelah bertahun-tahun ni mengetahui di kawasan kita, kita perlu menyelesaikan kes by kes. Jadi janganlah larikan daripada sudut hal nak turunkan kemiskinan isu beras mahal tu bukan sahaja di Negeri Kelantan di luar itu adalah masalah global. Yang kita bicarakan hari ini adalah apa peranan kita, apa perancangan kita tapi Alhamdulillah disebutkan oleh YB EXCO antara perancangannya saya nak menarik perhatian semua warga Dewan yang mulia ini kita sama-sama ϐikirkan. Boleh tak kita jadikan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai lead agensi yang mempunyai detal ini. Kita tahu bahawa Kerajaan tidak mungkin ada secukupnya all the time untuk menyelesaikan masalah tapi boleh tak contohnya JKM kita namakan badan-badan ini sebagai penyelaras dan ada pihak-pihak swasta, NGO untuk membantu. Jadi saya lontarkan hari ini untuk sama-sama kita ϐikirkan ia tadi dengan menginspirasikan daripada agama kita ajarkan batul-betul tadi boleh mengurangkan ketirisan. Kita boleh boleh mengelakkan rasuah mengagihkan kekayaan negeri dan negara ini

dengan sewajarnya. Insha Allah kita boleh, cuma soalan saya yang keduanya adalah adakah Kerajaan yang bercadang sebab sekarang in 70% sekurang-kurangnya nak naikkan tak ke 50% tambahan kepada yang miskin ini supaya 26,000 lagi keluarga miskin di seluruh negeri dapat Al-It’am ini. Itu soalannya..

Antara kejayaan Persektuan menangani sosioekonomi rakyat ialah dengan berjaya menurunkan kadar kepada 1.5% dan pengangguran kepada paras rendah 3.6% namun semakan di Jabatan perangkaan kadar pengangguran di Negeri ini masih lagi di tahap 4.1%. kalau PMX boleh menarik pelaburan sebanyak 3.29 billion apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat kita apakah di sana petanda-petanda yang menunjukkan kadar pelaburan luar kita meningkat sebagai satu ukuran kepada pertambahan peluang-peluang kepada rakyat kita untuk mencari naϐkah di negeri ini berbanding di luar.

Ia, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Khairul Aming.. siapa tak kenal Khairul Aming what’s up Guys…anak Kelantan yang mencipta fenomena apabila berjaya menjual dendeng nyett berapi secara online dalam masa 3 minit 39 saat yang bernilai RM 1.2 juta. Khairul Aming ini istimewa bagi Kota Lama kerana beliau kreatif memberi peluang kepada Wanita-wanita kita di Flat Buluh Kubu ia sebagai tenaga memproses cili untuk sambal nyet nya. Ia persoalan yang lebih penting adakah fenomena Khairul Aming menunjukkan bagi saya fenomena Khairul Aming ini menunjukkan Kelantan kita tidak kuarng anak muda dan bakat yang baik untuk diketengahkan dalam bidang usahawan, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengketengahkan anak muda seperti Khairul Aming juga ramai usahawan-usahawan yang berjaya untuk mendorong lebih ramai anak muda berkecimpung dalam dunia usahawan. Jadi seterusnya…

Speaker

Sila ringkaskan ucapan….

Ok..rakyat Kota Lama sebahagiannya mencari naϐkah dengan berniaga mereka berniaga kecik-kecik jadi saya berharap pihak… mereka juga berhadapan antaranya kadang-kadang susah nak dapat lesen berniaga,

kadang-kadang tempat berniaga mereka mungkin mendapat pelbagai kacau ganggu dan sebagainya.

Jadi Dato’ Speaker, Kota Lama mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak Berkuasa Tempatan selama 6 bulan saya bertugas ini dan Kota Lama berharap isu-isu yang saya sebutkan ini adalah isu terpencil dan tidak berterusan. Sikit lagi tentang pelancongan saya nak ucapkan tahniah kepada Tahun Melawat Kelantan kepada EXCO Pelancongan dan kita berharap RM10 juta yang akan datang dan RM4 billion yang kita bakal kutip tu sebahagiannya akan masuk dalam poket warga Kota Lama. Cuma saya kalau Guillemard bridge ada di Tanah Merah..kita di Kota Lama juga sebenarnya ada tapak pondok Tok Tabal yang boleh dijadikan satu produk kerohanian ini. Jadi ianya berusia lebih 150 tahun, ayah kepada Tok Guru Nik Aziz belajar di situ dan kita berharap usaha-usaha seperti ini dan saya sebut pelancong kerohanian sebab saya jumpa seorang yang beragama Buddha datang sini untuk melihat wat-wat ini dan ini pun satu cara lain kalau kita boleh pakejkan la saya pernah sebut di Dewan ini mungkin kita boleh on hop-off bukan bas tapi van untuk membantu capture this pelancong.

Saya nampak di secular tu ada Tahun Melawat Kelantan tu ada Festival Sri Kandi sempena Hari Wanita Antarabangsa. Saya nak menjemput ataupun dapat tahu bahawa kerana saya tengok dia punya tema tu amat-amat menarik tuan-tuan dan puan-puan. Wanita mendunia Che Siti Wan Kembang menginspirasikan keterangkuman demi kegemilangan. So saya amat berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan Kerjasama dan ini menjadikan satu modul penyatuan Wanita dari pelbagai latar belakang. Iya, supaya Insha Allah akhirnya kita dapat membangunkan negara ini dan hopefully festival ini berjalan tanpa langkah ataupun karenah birokrasi.

Akhirnya Dato’ Speaker, ramai yang sebutkan pasal dan saya juga terkena tempias jugaklah pasal kes Nik Elin dan juga Kerajaan Negeri Kelantan. Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya bukan penentang perjuangan Islam. Saya menyokong sepenuhnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan. Cuma yang saya mahu tuan-tuan dan puan-puan ϐikirkan bagaimana kita yang bijak pandai di Dewan yang mulia ini….

Speaker

Tak ada tuan-tuan dan puan-puan..yang ada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Maaf,.. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, maaϐkan saya…boleh membenarkan institusi penting kita atas nama apa pun diganggu gugat sedemikian rupa. Kenapa kita tidak menjaganya dan ini kita kena sampaikan dengan betul kepada rakyat supaya dia tidak melabel. Label adalah paling mudah untuk kata dengan kami. Itu yang saya hadapi… jadi akhirnya…terima kasih kepada Tuan Speaker, berharap isu ini dapat kita bahaskan secara tenang dalam Dewan yang mulia ini..

Speaker

Masa dah cukup Yang Berhormat…

Saya pun dah cukup disitu…. Insha Allah mudah-mudahan kita menjaga penjuru-penjuru kita. Yang baik datangnya dari Allah dan yang tak baik datangnya dari saya.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و

Speaker

Ada boleh saya tahu berapa orang lagi nak berucap.

Melor Dato’ Speaker..

Speaker

Ada lagi..ramai lagi nih.. sambung sampai pukul 6 nih[SAMBIL TERSENYUM] saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan Dewan pada jam 5. Jadi kita akan bagi sape yang sempatlah dan saya harap dapat menepati masa 10 minit sorang. Mula dengan Melor. Sila….

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Speaker, atas izin yang diberikan untuk saya Melor turut bersama dalam sesi

Perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Terlebih dahulu ingin saya rakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO-EXCO dan seluruh jentera Kerajaan atas inisiatif memacu negeri ini ke arah yang lebih cemerlang keberkatan dan kesejahteraan. Yang menyambung inisiatif dan juga legasi kelangsungan pemerintahan sejak zaman Almarhum Dato’ Bentara Setia Tan Sri Tok Guru Nik Abdul Aziz dan seterusnya Yang Berhormat Dato’ Bentara Kanan masih bersama-sama dalam Dewan yang mulia ini.

Dato’ Speaker, semalam kita sama-sama menekuni Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Muhammad Ke V, sempena pembukaan Sidang Dewan yang kelima ini dan saya sangat teruja apabila intipati pemerkasaan …memperkasa dan mempertahankan perundangan dan Institusi Syariah Negeri menjadi agenda yang paling utama dalam ucapan ataupun Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Titah ini walaupun ringkas tetapi sangat padu dan padat kepada Kerajaan dan kita semua Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini supaya kita bersama mengerah tenaga dan mencari jalan untuk mempertahankan perundangan Syariah di negeri ini, kita perlu Bersama mencari akal untuk mengubal semula Peruntukan 16 seksyen yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 februari 2024.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Alhamdulillah semalam kita mendengar Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dalam ucapan sidang DUN Kedah di mana Tuanku Sultan Kedah bertitah untuk perkasakan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah, dan perlu memasukkan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah sebagaimana Mahkamah Sivil yang disebut secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan dengan itu saya menyokong penuh ucapan Yang Berhormat Chempaka tadi berkenaan dengan keperluan untuk kita meminda Undang-Undang Tubuh bagi memberikan peruntukan yang jelas kepada perundangan Syariah dan peranan Mahkamah Syariah dalam negeri ini. Hal ini menunjukkan Sultan Melayu dan Raja-Raja Melayu menyedari bahawa kesan kepada kes Nik Elin adalah semakin merungkaikan kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri dalam menggubalkan Enakmen Syariah, bahkan merungkai kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama bagi setiap negeri. Malang sekali terdapat di kalangan kita yang seolah-olah meremehkan kesan Penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut.

Saya pagi tadi dengar Yang Berhormat Kota Lama masa YB EXCO sebut isu tentang yang berkait dengan isu kes Nik Elin. Saya dengar Kota Lama sebut “kes Nik Elin ni bukan mempekecilkan atau menghapuskan bidang kuasa Mahkamah Syariah jauh sekali daripada isu tidak mahu Islam dinobatkan. Kota Lama sebut kepada saya dia clear sebagaimana dia sebutkan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimon. Kononnya keputusan itu membetulkan, meletakkan di rail yang tidak mengikut perlembagaan.

Tak cukup dalam Dewan ini, Kota Lama keluar Dewan dan menyatakan dalam facebook live mengulangi yang sama bahawa kononnya kes Nik Elin bukan berhubung dengan mahu menghapuskan Mahkamah Syariah tapi mengukuhkan lagi Syariah. Jadi adalah tak betul melabel saya sebagai penentang Islam atau label saya penyokong Nik Elin.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya kira apa yang yang disebut oleh saya tak tahu sama ada Kota Lama sedar atau tak sedar tentang apa yang dia cakap itu seolah-olah telunjuk lurus kelingking bersait berkait. Keputusan Nik Elin ni kita apply common sense logik akal. Kita tak payah jadi Peguam, kita tak payah jadi Hakim, kita tak payah jadi Ketua Hakim Negara. Dalam EKJS Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 ada 68 peruntukan ataupun seksyen yang menjawab Galas. Memang EKJS ni asalnya dibuat digubal daripada tahun 1984 zaman Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih banyak kita bersama dan tapi malangnya Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1985 meletakkan limit yang kecil pada Akta 355 menghadkan peranan Mahkamah Syariah kepada 3 tahun penjara, RM5,000 dan 6 sebatan. Meletakkan Mahkamah Syariah sebagai inferior tribunal…tribunal kecil yang kalau kita rujuk Mahkamah Adat di Sabah dan Sarawak lebih rendah daripada itu. Bahkan pernah kita cuba dengan Ahli Parlimen Marang membawa private member’s bill usul persendirian yang dibentangkan pada Julai 2017 tapi Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu tidak menerima. Tapi apa pun..apa pun kita ucapkan terima kasih. Maknanya EKJS 2019 bukan muncul lahir daripada 2019 tapi dia awal lebih daripada itu berkuatkuasa 1985 di review di update menjadi 2019.

Saya nak sebut begini terutama kepada Yang Berhormat Kota Lama yang membawa naratif kononnya kes Nik Elin ni memperkukuhkan Mahkamah Syariah pada rail. Saya nak kata begini, EKJS 1 ada 68 peruntukan. Peruntukan yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah

terkandung dalam bab II kesalahan Takzir berhubungan dengan penjagaan diri dan maruah. Bab III kesalahan Takzir penjagaan akal dan konsumsi, bab IV kesalahan Takzir berhubung kesalahan penjagaan harta, bab V penjagaan keturunan.

Ada 49 punca kuasa yang diberikan melalui 49 seksyen kepada Mahkamah Syariah tapi bila Nik Elin masuk …kes Nik Elin masuk, mahkamah batalkan 16 yang tinggal hanya 33. 49 tolok 33.. bukankah itu menguncupkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dan kalau kita mengambil narrative Nik Elin dan mengukuhkan Perlembagaan.. takzir ini sama saja dengan Mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah… untuk apa ada Mahkamah Syariah? Serahkan semua kepada Mahkamah Takzir dan Kerajaan Negeri tak payah bayar gaji kepada Kadi. Tak perlu bayar gaji kepada Kadi Mahkamah Syarie. Jadi narrative yang dibuat oleh Kota Lama dan partinya yang saya tengok dengan jelas dengan Galas adalah nerative yang sangat bahaya kerana kita meremeh-remehkan kesan itu sedangkan kesan itulah yang menguncupkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Bukan negeri Kelantan sahaja.. ada 7 negeri yang mempunyai pertindihan kuasa seksyen-seksyen yang sama.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

YB Saya pohon mencelah, boleh sedikit?

Iya, sila…

Tuan Bahari bin Mohamd NorBERSATU · PNGual Ipoh

Berikutan dengan pengharaman 16 seksyen berkenaan ….Pembatalan..

Speaker

…16..16..

Tuan Bahari bin Mohamd NorBERSATU · PNGual Ipoh

16 pembatalan..jadi bagaimanakah dengan kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah berkaitan di Mahkamah Syariahlah yang berkaitan dengan kes-kes yang ada kaitan dengan 16 seksyen tersebut?

Owh jawapan mudah saja… segala prosiding itu adalah null and void terbatal dan tidak sah. So pada masa sekarang Mahkamah Syariah tidak ada kuasa lagi dan Mahkamah Syariah di Negeri-negeri lain yang mempunyai peruntukan yang sama juga hendaklah di apply moratorium…

YB DATO’ SPEAKER :[ MEMOTONG]

Minta ringkaskan, masa Yang Berhormat terhad.

Dato’ Speaker, apa yang saya nak sebut ialah dalam rangka ruang terhad ini kita jangan pandang narrative Nik Elin…kes Nik Elin dalam ruang yang terkepung ataupun in isolation jangan kita pandang dia saja. Kita kena padang keseluruhan serangan-serangan terhadap Syariah dan bermula dari tahun 1990 an lagi dan paling besar kes Indira Ghandi pada tahun 2018. Indira Ghandi selesai 2018 ada pula jelmaan Indira Ghandi 2.0 yang difailkan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur 23 Mac 2023 menyerang 8 negeri. Perlis, Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah-Wilayah Persekutuan memohon pengisytiharaan pemelukan Islam secara unilateral terbatal dan tidak sah. 2021 ada kes Iki Putra seksyen 28 Enakmen Mahkamah Syariah Selangor telah terbatal. 2022 ada kes Sisters In Islam, kuasa Kehakiman Jenayah Syariah di Selangor Seksyen 66A terbatal. Mereka datang ke Kelantan 16.. satu demi satu mereka menyerang dan mematahkan sendi-sendi mempertahankan Islam dan pelaksanaan syariat.

Jadi kalau Yang Berhormat Kota Lama mengambil enti saya minta maaf, saya mahu menegur kerana narrative itu adalah bahaya..sila…

Saya pun kena membetulkan fakta bila kita kata kes ini membawa kepada satu pembaharuan dan penambaikan adalah dengan wujudnya kes ini tertubuhnya Jawatankuasa Kehakiman Syariah di peringkat Persekutuan yang melihat. Jadi Dewan ini kalau la sekurang-kurangnya ia mengambil seperti..

Speaker

[MEMOTONG]

Soalan..soalan Yang Berhormat..bukan penjelasan. Minta soalan..

Seperti Terengganu mahu melihat Kembali dan mahu mengukuhkan. Itu saja point saya…. Ok..cukup..cukup..

Soalan pun dah salah tu… Jabatan Kehakiman Syariah lama dah tubuh dan masa saya berada dengan Menteri Agama sesi lepas, Jabatan Kehakiman Syariah sekarang adalah Menteri Agama Datuk Dr. Naim dulu di mantan Ketua Pengarah. Dia adalah Urusetia yang menjayakan kertas untuk Pindaan kepada 355 sehingga menyebabkan pada 26 Ogos 2022 kita dapat kelulusan dasar di Kabinet dan kita dapat approval green light blue bill daripada Peguam Negara pada 7 Oktober 2022. Sayangnya 10 Oktober Parlimen dibubarkan..maknanya everything dah siap tapi kalau nak sebut JKSM salah saya rasa. Yang Berhormat mungkin nak sebut lain.

Speaker

[MEMOTONG]

Masa Yang Berhormat..masa cukup.

Jadi gitulah..untuk kesimpulannya Yang Berhormat Dato’ Speaker,… saya tak ada apa-apa personal indivendor dengan Yang Berhormat tapi narrative yang dibawakan oleh Yang Berhormat yang meremeh-remehkan kesan ini adalah sangat bahaya untuk seluruh penganut Islam seluruh negara. Jadi saya harap narrative ini boleh dihentikan oleh Parti Yang Berhormat. Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.

Speaker

Terima kasih, oleh kerana masa terhad dan ramai yang nak berucap, saya menggunakan budi bicara untuk memilih hanya 2 orang sahaja. Salor kemudian tadi Kemuning yer….

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ, وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و

ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﱠ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ا۟ ﻮ ﱠﻘ ـ ﺗ ِ ﺪ ﻌ ْ ﻟ ﰒ ِْ ﻹ ِْ ٱ ﻰ َ ﻠ ﻋ ا۟ ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ ﻻ َ ﻮ ﱠﻘ ـ ﻟﺘ ﱪ ْ ﻟ ٱ ﻰ َ ﻠ ﻋ ا۟ ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ ◌ ُ ُ ـَ ْ ُ ـَ َ َ وَٱ ْوَٰن ُ وَٱ َ وَ َ وَ َىٰ وَٱ ِِّ َ وَ َ وَ ِ ِ ٢ بِ ﺎ ﻘ ﻌ ْ ﻟ ٱ ﻳﺪ ﺪ ﺷ َ ُ َ

Surah al-maidah ayat 2

“tolong menolonglah kamu kepada perkara kebaikan dan taqwa janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan kemungkaran dan permusuhan dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat berat siksanya.

Terima kasih saya rakamkan jutaaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kepada saya untuk turut sama dalam Perbahasan menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke V yang telah dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang dalam Istiadat ke-15 semalam.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Dalam kesempatan yang ringkas saya cuba ringkaskan pada petang ini saya menjungjung kasih atas kecaknaan Tuanku berhubung dengan pembangunan dan kemajuan Negeri Kelantan dalam Titah tersebut yang ingin melihat Negeri Kelantan tidak tercicir dan terus maju tidak ketinggalan berbanding pembangunan negeri-negeri lain. Fokus saya dalam kesempatan ini satunya berhubung dengan pembangunan negeri dengan insentif-insentif pelaburan galakan pelaburan industri kecil dan sederhana.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana kita maklum Kelantan atau negeri yang turut terlibat dalam agenda besar pembangunan Negara khususnya dalam pembangunan wilayah ekonomi timur ECER yang bermula sejak era pemerintahan Almarhum Dato’ Bentara Setia Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pengamal percukaian saya melihat kadar istimewa cukai korporat selama 15 tahun dalam Titah yang dibacakan semalam buat para pelabur yang terlibat dalam projek pelaburan dalam Wilayah pembangunan ini yang merupakan suatu yang amat membantu. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas insentif yang diberikan cuma saya harap hubungan baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan kita dapat tingkatkan lagi lebih-lebih lagi insentif-insentif percukaian yang dapat kita panjangkan dan perluaskan untuk kita pertimbangkan pihak Kerajaan dalam sektor-sektor lain juga bagi memacu hasrat Kerajaan yang harus kita lihat dan memberi fokus Insha Allah.

Yang kedua, saya menyambut baik inisiatif Kerajaan memperluaskan skop kepada pegawai dagang ataupun expertaerial dengan izin dalam keterlibatan sama pembangunan Wilayah Timur di negeri kita. Kadar cukai yang ditetapkan 15% yang kita sedia maklum kurang sekitar 5 ke 15% berbanding professional lain kita lihat amat membantu dan negara kita Malaysia merupakan salah satu daripada top 5 negara yang diperakui baik untuk expertaerial dan kita perlu kepada tenaga-tenaga mahir ini untuk pembangunan sektor-sektor baru bidang-bidang yang mempunyai kepakaran khusus ini dan namun bagi saya kita tidak seharusnya bergantung kepada expertaerial begini kita ambil kesempatan untuk kita lahirkan tenaga tempatan yang kita lihat berpotensi melalui kapasiti building dengan izin atau setidak-tidaknya inisiatif ini kita tawarkan kepada tempatan yang berada di luar negara dengan kadar insentif yang

sama ataupun lebih rendah yang bagi saya tidak menjadi satu kerugian kepada negara andai tawaran ini dapat diberikan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya juga rakamkan junjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia serta Kerajaan Negeri atas kecaknaan buat warga usahawan kecil dan sederhana di negeri kita pada peruntukan DUN-DUN dengan kerjasama dengan pihak perbankan bagi menjayakan hasrat ni sebagaimana dalam Titah Tuanku semalam kita ada skim mikro kredit pembiayaan tanpa faedah yang bagi saya sepatutnya bukan sekadar tanpa faedah semata-mata tapi tiada terus caj-caj tambahan..caj-caj sampingan yang harus dikenakan kepada para warga IKS ini. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan cara bagaimana CSR diperingkat dalaman syarikat-syarikat yang menyediakan perbankan sendiri mereka mungkin boleh gunakan dana-dana tersebut untuk menampung kos-kos tambahan ini. Sedikit sebanyak dapat membantu para peniaga para usahawan kita.

Di negera kita walaupun kita namakan usahawan di negeri kita ini.. kebanyakan mereka adalah kelompok berniaga sendiri dalam semua sektor pertanian, penternakan, makan minum, perkhidmatan merekalah bosnya, merekalah kulinya. Cukup untuk mereka makan tapi belum cukup untuk menjadi usahawan sebenar dalam membantu Kerajaan terutamanya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada insan lain. Satu peringkat sudah selesai kerana kemampuan mereka untuk berdikari namun kita tidak mahu mereka berada pada tahap itu saja. Bagaimana untuk kita angkat mereka ke peringkat sedikit atas untuk mereka menjadi usahawan sebenar yang untuk turut membantu insan lain. Sekurang-kurangnya satu perniagaan itu dapat menyediakan satu peluang kerja kepada insan lain sekitar mereka.

Kelompok yang kedua realiti di negeri kita perniagaan yang diwarisi oleh 2,3 generasi yang merupakan kelompok yang sudah mempunyai produk ataupun mempunyai ataupun perkhidmatan yang khusus yang mempunyai kepakaran dalam perkara tersebut. Kelompok ini harus kita bantu dengan inisiatif tambahan bagi mengekalkan survival mereka. Supaya mereka terus berdaya saing dan kelompok ini sebenarnya kalau kita lihat yang cukup terkesan bila sebarang dasar baru sebarang perubahan kepada sistem percukaian, sebarang dasar-dasar yang melibatkan gaji pekerja sebagai contoh kelompok inilah yang juga harus dibantu bagaimana pengurusan yang lebih baik dapat kita tingkatkan.

Perubahan teknologi yang berlaku insentif-insentif yang ditawarkan juga bagaimana nilai tambah yang harus diberikan produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan. Biasanya kelompok ini ditawarkan geran-geran Cuma mereka sendiri terlepas pandang mereka sendiri tidak ada pihak yang membantu menyalurkan kepada saluran-saluran ini. Dari segi pelancongan sendiri kelompok ini berpotensi untuk kita libat-samakan berdasarkan kelebihan mereka yang mempunyai produk khas yang mungkin boleh jadi satu tarikan kepada para pelancong.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan Tuanku melihat isu keterjaminan makanan yang merupakan satu perkara yang harus dipandang secara serius dan secara kita bersama. Salor merupakan DUN yang kebanyakan penduduknya yang mengusahakan sawah. Di Salor kita ada 1 lebih hektar yang diusahakan lebih 400 pesawah. Cuma dalam sehari dua ni kita cukup sedih dengan suasana yang berlaku bila kita bicara untuk meningkatkan produktiviti mereka, kita bicara teknologi revolusi IR 4.0 dengan izin, tapi hakikatnya kita berhadapan dengan kemelut asas para petani. Infra utama, saliran air ke petak-petak sawah padi para petani kita. Saat kita bersidang sekarang saya yakin para petani di kampung-kampung sedang bergelut memikirkan nasib bagaimanakah hasil pertanian yang bakal mereka tuai kelak. Memikirkan bagaimana memenuhkan air di petak-petak sawah padi mereka sekarang. Menghitung hari saya yakin andai mungkin perkara ini tidak dapat diselesaikan dalam sebulan dua ini apa yang diharapkan hasil yang diharapkan untuk dituai yang merupakan satu ang jauh dari sasaran. Jadi saya harap pihak khususnya pihak KADA sendiri mengambil langkah proaktiϐlah. Pasal kita dimaklumkan salah satu rumah pam kubur di Salor harap dapat diberi keutamaan segera. Saya dapat makluman peruntukan untuk rumah pam ini telah diluluskan….

Er…. Salor.. minta laluan sikit.

Sila..sila..

Ok, berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh penanam padi ni Salor, jelas sekarang air kekeringan di kawasan bendang padi dan salah satu caranya ialah dengan mengadakan.. menyediakan satu alat yang dipanggil post pam untuk mengalirkan air dari sungai ke petak-petak sawah ataupun di Jelawat dipanggi sebagai jewok..orang Jelawat panggil jewok mungkin EXCO Pertanian tahulah Jewok tuh. Jadi adakah Salor setuju dengan saya bahawa bantuan segera khas patut diberi kepada para petani ini untuk membeli jewok ini dan juga menjalankan kerja-kerja boring air di kawasan masing-masing. Terima kasih.

Terima kasih kepada Jelawat atas soalan. Saya sendiri menyokong penuh cadangan tersebut. Cuma isu kita sebenarnya macam di Salor ni kawasannya cukup luas, peruntukan pun telah diluluskan 2 kali. Saya dimaklumkan alat sendiri pun sudah dibeli Cuma dipindahkan ke tempat lain.

YB DATO’ SPEAKER :[MEMOTONG] Sila ringkaskan ucapan.

Bagi saya satu pengkhianatan kepada rakyat yang harus kita lihat. Saya dengar dari pesawah sendiri ada yang sebut kata apa yang untung untuk tolong. Sebut perkataan ..tergamak keluar dari sesetengah individu sebut ni daripada pesawah-pesawah yang menyatakan kekesalan merekalah. Ok Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengambil kesempatan juga merakamkan jutaan terima kasih kepada MaJlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan MAIK kerana telah memilih Salor dengan perasmian Maahad Tahϐiz Al-Quran MAIK yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Nizam Bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK kini Salor mempunyai 2 institusi Pendidikan yang memfokuskan Al-Quran di Maahad Tahϐiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat di Beta Hulu, dan yang terbarunya Maahad Tahϐiz Mad ini yang baru dirasmikan. Saya harap semoga dengan adanya Maahad Tahϐiz yang baru ini Salor menjadi salah sebuah daripada gelung ilmu yang menjadi pilihan rakyat termasuk dengan institusi pondok yang sedia ada dalam Salor sendiri.

Akhirnya saya menutup dengan pantun..Cuma pantun saya ni, saya harap dapat buat betul lah. Mukasurat 210 daripada hansard kita nih saloh tukar bulih nya taip. Tukar robbi dengan roti lain maksud kalau boleh buka tengok. Pelancaran TMK meriah berlangsung, Zapin Salor hebat dipersembah, Ribuan ampun kasih dijunjung, Izinkan Salor membahas Titah.

Saya dengan itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Sila, Kemuning…

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Sahabat-Sahabat, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta semua pegawai-pegawai Kerajaan yang hadir pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai Perbahasan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammd ke V, sempena Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2024. Saya ingin memetik Titah Tuanku muka surat 12 yang berhasrat untuk menjadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara berteraskan konsep Bertani Satu Ibadah yang menjadi tonggak utama pembangunan sektor pertanian negeri ini dengan mewujudkan pemprosesan kilang padi dan kilang makanan haiwan di negeri ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Bekalan beras dan harga beras adalah menjadi isu utama yang menjadi perhatian diperingkat nasional mutakhir ini. Peningkatan kos sara hidup rakyat tambah-tambah lagi di negara ini merupakan satu cabaran kepada

rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Aspek sekuriti makanan negara khususnya yang melibatkan beras iaitu makanan rugi rakyat Malaysia adalah perkara penting dan perlu ditangani dengan baik terutamanya beras putih tempatan BPT yang semakin berkurangan di pasaran.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Faktor kekurangan bekalan beras saya dapati ada 2 faktor yang pertama adalah sekatan eksport beras oleh negara pengeluar oleh India dan yang kedua adalah pengeluaran beras dalam negara yang semakin merosot. Merujuk kepada Titah Tunku bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2020 adalah membekalkan bantuan beras melalui skim Al-Itam kepada rakyat miskin setiap bulan di negeri ini yang diagihkan sebanyak 4 gantang ataupun bersamaan 10.8 kilogram. Yang mana ini merupakan dapat mengurangkan membantu rakyat-rakyat yang memerlukan bagi meringankan bebanan ekonomi sejajar dengan sabda Rasulullah A.S

ِ ِ ِ ِ ِ ). م ﻼ ﺴ ﺑ ﻨﱠﺔ ﳉ ا ﻮ ُ ﻠ ﺧ ﺪ ﺗ ﺎ ﻴ ﻧ ﻟﻨﱠﺎ ﻞ ِ ﻟﻠﱠﻴ ﺎﺑ ﻠﱡﻮ ﺻ ﺎ ﺣ ﻷ ا ﻮ ُ ﻠ ﺻ ﺎ ﻟﻄﱠﻌ ا ﻮ ﻤ ﻌ ْ ﻃ َ َ ْ َ َ َْ ْا ُ مٌ َ سُ وَا ْ ْا َ وَ مَ َ َْرْ ْا وَ مَ َ ْا ُ وَأَ

Berikanlah makanan hubungkanlah silaturahim solatlah diwaktu malam ketika orang lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.

Hasil daripada skim Al-It’am yang telah dijalankan selama 11 tahun bermula daripada 2011 sehingga 2022 negeri telah memperuntukkan sebanyak RM41.1 juta kepada 13 ribu penerima skim Al-It’am bagi kesemua 45 DUN dalam negeri Kelantan. Cuma Dato’ Speaker, saya bagi membantu menangani krisis bekalan beras yang saya katakan sebentar tadi terutamanya dalam negara kita saya percaya Kerajaan Negeri Kelantan boleh menyumbang kepada pengeluaran beras negara. Ini kerana pengeluaran beras tempatan harus menjadi keutamaan dalam penyelesaian isu ini Dato’ Speaker, Kelantan boleh menjadi jelapang makanan negara sepertimana yang dihasratkan kerana negeri ini mempunyai kawasan sawah yang luas dengan syarat ianya diuruskan dengan baik dan mengikut perancangan yang betul.

Saya difahamkan setakat ini sebanyak 2,800 hektar tanah di Machang sedang dalam proses untuk dinaiktaraf oleh Kerajaan Negeri Kelantan

bagi membolehkan tanaman padi 2 kali setahun. Saya juga difahamkan bahawa setakat ini juga sebanyak 121 hektar sawah padi di Machang sedang diusahakan sebagai Kawasan penanaman padi dalam Jelapang bagi meningkatkan pengeluaran beras. Dua-dua usaha ini sangatlah dihargai terutamanya bagi DUN Kemuning yang mana saya mewakili DUN Kemuning mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas usaha-usaha tersebut memandangkan DUN Kemuning juga mempunyai sawah padi yang luas untuk dimajukan.

Cuma sebagai tambahan Dato’ Speaker … Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengesyorkan agar Kerajaan Negeri Kelantan menumpukan pelaburan dalam bidang teknologi dan inovasi Pertanian dan penanaman bagi membantu meningkatkan bekalan makanan khususnya beras negara. Selain itu penyediaan infrastruktur pengairan dan saliran disawah-sawah padi di seluruh negeri juga amat wajar untuk diberikan perhatian.

Seterusnya saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengawal penukaran status kategori tanah daripada tanah pertanian terutamanya tanah kategori padi pertanian padi ke kategori lain. Menukar syarat-syarat tanah daripada padi kepada kediaman kepada perindustrian kerana itu sekiranya berleluasa boleh merugikan Kerajaan akan kehilangan banyak tanah padi di negeri ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Selain mempunyai sawah padi yang luas Machang terutamanya DUN Kemuning mempunyai kawasan tanah tinggi yang boleh memacu ekonomi setempat terutamanya Tahun Melawat Kelantan 2024 iaitu 2 tempat yang saya perhati yang boleh memacu ekonomi iaitu Bukit Baka dan Bukit Kepang. Bukit Baka bukan sahaja mempunyai bentuk muka bumi yang menarik untuk dilawati tetapi juga terkenal sebagai pusat rekreasi minda dan pusat perkelahan keluarga. Manakala Bukit Kepang juga yang terletak di DUN Kemuning yang masih lagi diterokai sepenuhnya mempunyai potensi yang besar untuk menjadi tempat tumpuan para pendaki yang gemar berfoto. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan selama ini kita sering tertumpu kepada Bukit Keluang yang berada di Terengganu bagi aktiviti mendaki kenapa tidak selepas ini kita bangunkan tempat hiking …tempat mendaki kita sendiri ….

Yang Berhormat Kemuning minta laluan sikit…

Iya..iya…

Yang Berhormat Kemuning sedar atau tidak bahawa ….

Speaker

Duduk Yang Berhormat Kemuning…kalau dah bagi laluan sila duduk.

..Yang Berhormat Kemuning sedar atau tidak bahawa 2 pusat rekreasi iaitulah Hutan Lipur Jeram Linang dan Hutan Lipur Lata Tujuh yang berhampiran dengan kediaman baru YB Pasir Tumboh berada dalam DUN Kemuning. Terima kasih. [KEDEGARAN GELAK KETAWA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT]

…Terima kasih Yang Berhormat Gaal.. ia sebenarnya kedua-dua tempat itu juga termasuk dalam DUN Kemuning juga sebenarnya. Terutamanya Jeram Linang cuma apa yang saya nak sebutkan tadi adalah Bukit Baka dan juga Bukit Kepang juga di mana kedua-dua ini masih belum diterokai sepenuhnya. Yang mana ia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Terima kasih Yang Berhormat Gaal. Saya ingin menyambung bahawasanya sekiranya kita selama ini memandang kepada Bukit Keluang yang bukan di tempat kita bukan di negeri kita, kenapa selepas ini kita mengajak orang lain untuk membuat aktiviti di negeri kita terutamanya bagi organisasi-organisasi datang untuk mengadakan kursus, retreat dan sebagainya. Kita bangunkan sama-sama apa yang ada di negeri kita yang setaraf dengan negeri lain ataupun lebih lagi dari negeri lain, Insha Allah.

Oleh itu saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri agar memberi lebih perhatian kepada 4 tempat reakreasi ini terutamanya 2 tempat yang saya sebutkan ini yang mana saya percaya sangat berbaloi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan negeri sebagai menyahut seruan Tahun Melawat Kelantan 2024.

Akhirnya saya menyokong penuh dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V semalam dan saya akhirinya dengan serangkap pantun,’

Bersidang pagi sampai ke malam Demi untuk rakyat gembira Penghayatan Membangun Bersama Islam Kelantan maju rakyat sejahtera.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Alhamdulillah seramai 16 orang Ahli telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Diraja pada kali ini. Pihak Kerajaan diminta untuk membuat Penggulungan pada hari esok. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan dan Persidangan disambung semula pada hari esok jam 9.00 pagi. Marilah sama-sama kita akhiri dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

Sekian….

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA 9.00 PAGI ESOK.