Kelantan · 6 March 2024
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 124 turns · 29,989 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Pertama, Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas. …… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa…. [ SAMBIL BERDIRI ]
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Soalan-soalan Yang Akan Diberitahu.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
Dipersilakan Yang Berhormat Salor…
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 1.
Soalan 1:
[Minta YAB Ustaz Dato’ Penglima Perang Menteri Besar nyatakan, prestasi kewangan PMBK dan PKINK dari tahun 2018 sehingga 2023 serta anak-anak syarikat di bawahnya serta Langkah memacu ekonomi GLC tersebut.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Salor yang mengemukakan soalan. Berkenaan dengan maklumat prestasi kewangan dari sudut keuntungan/ kerugian yang didiperolehi oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)dari tahun 2018 sehingga 2023 adalah sebagaimana berikut:-
Pada tahun 2018 PMBK dan kumpulan telah mencatatkan keuntungan RM46,804,808, pada tahun 2019 keuntungan sebanyak RM6,775,599. Manakala tahun 2020 keuntungannya sebanyak RM182,980. Pada tahun 2021 RM2,443,416. Tahun 2022: RM62,000,000;.Tahun 2023 RM29,866,000
Maklumat terperinci berkenaan dengan prestasi keuntungan sebelum cukai PKINK serta anak syarikat tahun 2018 sehingga 2023 sebagaimana saya jelaskan sekejap tadi. Antara Langkah-langkah bagi memacu ekonomi GLC adalah sebagaimana berikut:-
1) Penjanaan pendapatan baharu menerusi penerokaan industri dan sumber-sumber baharu yang berpotensi. 2) Pengukuhan pengurusan kewangan melalui pemerkasaan tadbir urus, kutipan hasil pendapatan GLC. 3) Pemerkasaan pelaburan dengan menilai kredibiliti dan kapasiti pelabur-pelabur berdasarkan kepakaran dan letar belakang perniagaan. 4) Pembinaan kapasiti organisasi melalui pembangunan dan pemerkasaan modal insan. 5) Pemerkasaan ICT sebagai pemudahcara melalui penyampaian perkhidmatan secara digital.
Manakala prestasi PKINK dari tahun 2018 sehingga tahun 2023 adalah sebagaimana berikut:-Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan telah mencatat keuntungan setelah diaudit sebanyak RM5,309,400.. tahun 2019; RM6,351,751… Tahun 2020;RM36,768… Tahun 2021;RM4,917,698.. Tahun 2022; RM11,664,840.. Tahun 2023; belum diaudit lagi..tahun ni belum diaudit lagi RM 11,835,812. Manakala prestasi kemajuan anak-anak syarikat PKINK dari tahun 2018 sehingga 2023 adalah sebagaimana berikut:-Saya sebut secara keseluruhan yer.. sebab banyak anak-anak syarikat Binaraya, PKINK Sdn, Bhd, Proϐil Impian Sdn. Bhd, senarai Pantai Timur konsertium Sdn. Bhd. Anak-anak syarikat tahun 2018 mencatat keuntungan RM27,934,832.00 manakala tahun 2019 RM25,554,622.00 tahun 2020 RM43,388,308.00 tahun 2021 RM 71,868,681.00 manakala tahun 2022 RM65,556,677.00 tahun 2023 belum diaudit RM63,170,757.00 Sekian…
Silakan Salor…
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan yang diberikan. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniahlah kepada PMBK dan PKINK atas prestasi. Cuma melihat kepada suasana sekarang dan perkembangan ekonomi sekarang yang agak mencabar kepada syarikat-syarikat kumpulan di bawah Kerajaan Negeri dan saya sendiri dimaklumkan sasaran dalam 5 tahun mendatang oleh pihak PKINK sendiri dengan sasaran 100 juta keuntungan sebelum cukainya. Jadi satu cabaran yang besar saya lihat kepada data-data yang diberikan sebelum ini. Apapun terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Sebelum ini saya ada bangkitkan juga dalam skop yang luas mengenai Majlis Penasihat Ekonomi Kelantan yang diberi nama oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang. Jadi boleh saya tahu apakah
perkembangan terkini status Majlis Perundingan Ekonomi Kelantan dan siapa penyertaannya dan kalau ada perkembangan terkini untuk makluman kita bersamalah.
Terima kasih.
Sebelum saya menjawab soalan tambahan saya nak sebut bimbang takut ada kekeliruan. Prestasi kewangan PMBK tahun 2018 RM46,804,808.00.. tahun 2019 RM6,775,599.00.. tahun 2020 RM182,980.00… tahun 2021 RM2,443,416.00… tahun 2022 ni keuntungan yer… RM62,448,337.00 manakala yang belum diaudit lagi tahun 2023 keuntungannya RM 29,866,304.00
Berkenaan dengan soalan tambahan Majlis Penasihat Ekonomi Kelantan.. untuk makluman Yang Berhormat kali terakhir Majlis Penasihat Ekonomi Kelantan bersidang adalah sebelum PKP. Selepas PKP berlaku perubahan lanskap politik negara yang menyebabkan berlaku perubahan dalam keanggotaan Majlis ini. Selepas Piliharaya Umum ke 15, keanggotaaan Majlis ini masih lagi dalam peringkat kemaskini keseluruhan anggota dan kini dalam proses kemaskini surat-surat pelantikan baru. Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri sentiasa menerima pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh koporat dalam pelbagai bidang khususnya yang berkenaan dengan pembangunan ekonomi negeri termasuk tokoh anak Kelantan yang berada di perantauan menerusi siri-siri kunjungan hormat rasmi kepada pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan ada pandangan tertentu yang akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk dipertimbangkan. Yer..saya rasa sudah selesai.
Sila, Yang Berhormat Chempaka…
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan yang menunjukkan satu prestasi yang tinggi keuntungan dalam jangka tersebut. Cuma saya ingin dapat sedikit maklumat adakah Kerajaan ada mewujudkan Majlis Penasihat Pengawasan Syariah di peringkat PKINK, PMBK dan anak-anak syarikat tersebut. Ketika ada bolehkah kami
mendapat maklum siapakah anggotanya dan sejauhmana peranan mereka dalam memastikan urusniaga perniagaan PMBK GLC tersebut patuh syariah kerja-kerja kontrak urus niaga dilaksanakan. Terima kasih..
Iya terima kasih Chempaka, yer…jawapanya Kerajaan telah menubuhkan Majlis telah menubuhkan Pengawasan Syariah di peringkat PKINK dan juga PMBK yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang muamalah syariah. Berperanan memastikan urus tadbir perbadanan dan juga anak-anak syarikat patuh syariah terutama dalam kontrak-kontrak dan urusniaga dilaksanakan. Berkenaan dengan nama-nama pakar-pakar dan perlu kepada notislah.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 2. Soalan 2: [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perancangan dan Langkah-langkah Kerajaan untuk memaju serta meningkatkan pembangunan sektor pelaburan dan perdagangan di Negeri Kelantan.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk menjawab soalan ini Bersama-sama dengan soalan nombor 7 daripada Paloh yang dijadualkan esok hari 7 Mac 2024. Di dalam konteks pembangunan sektor pelaburan, Kerajaan Negeri Kelantan kini memberikan fokus kepada pembangunan pelaburan di dua Kawasan utama iaitu di Kawasan Tunjong, Kota Bharu dan Tok Bali, Pasir Putih. Dengan mengambil kira potensi kedua-dua Kawasan ini yang menjadi kawasan ECRL keretapi laju pada masa hadapan, perancangan
pembangunan bagi kedua-dua Kawasan ini dijangka akan memberi kesan yang besar kepada bidang pelaburan dan pembangunan ekonomi di Negeri Kelantan.
Contoh semasa ialah pembangunan infrastruktur bagi Tanam Industri seluas 200 ekar di Tok Bali oleh pihak ECERDC. Selain itu Kerajaan juga telah melancarkan Rancangan Kawasan Khas Tunjong 2035 pada tahun 2023 bagi mempastikan pembangunan di Bandar Baru Tunjong dilaksanakan dengan sistematik dan terancang. Sebagaimana kita lihat pada hari ini pun sudah nampak autocity dan bangunan-bangunan di kawasan Tunjong.
Bermula pada tahun 2023 juga Kerajaan Negeri Kelantan telah mula menyediakan satu dokumen yang dikenali sebagai “Kit Pelaburan” yang telah mengandungi beberapa maklumat asas berkaitan dasar dan prospek pelaburan di Negeri Kelantan. Melalui kita pelaburan ini, pihak pelabur akan mendapat maklumat yang lebih jelas berkaitan dasar serta prospek pelaburan di Negeri Kelantan.
Mewujudkan ruang komunikasi yang lebih efektif dan eϐisien Bersama komuniti pelabur sedia ada dan prospek pelaburan baru di negeri Kelantan. Memperkenalkan portal E-Pelaburan sebagai Langkah mudah pihak pelabur untuk membuat permohonan pelaburan di Negeri Kelantan. Dan mengadakan sesi libat urus dan kajian dari masa ke semasa bagi memastikan insentif yang ditawarkan adalah kekal kompetitif.
Terima kasih.
Kuala Balah…
Terima kasih Dato’ Speaker, dan juga Dato’ Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya berkenaan dengan kemudahan-kemudahan yang diberikan mohon sebutkan syarikat-syarikat luar negara terutamanya yang telah memutuskan untuk membuat pelaburan di negeri kita.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Kuala Balah. Sebagaimana kita mengenalpasti di negara kita dan Asia dan juga di belah dunia Rohmwako Electronic Sdn.Bhd ialah daripada Jepun …..Negara Jepun yang telah bertapak hampir 30 tahun saya rasa dan juga Trans Nusantara Top Glove Sdn. Bhd dan juga daripada Jermany iaitu untuk membekalkan baju-baju winter untuk dieksport dan juga syarikat-syarikat yang lain yang local dan ada juga alat-alat seperti alat-alat bangunan seperti playwood dan sebagainya atau rooftop ataupun keluli untuk membuat atap keluli juga ada di Kawasan Tanah Merah dan itulah lebih kurang 14..15 syarikat utama di Pengkalan Chepa, Terima kasih.
Ok, Galas..
Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, bila kita sebut sektor pelaburan dan perdagangan ini , ia tidak dapat lari daripada beberapa usahasama syarikat Negeri dengan syarikat swasta. Apakah Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan usahasama ini tidak lagi menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung kerugian darisegi guna tanah. Sepertimana yang berlaku kepada projek usahasama Cik Siti Village dengan syarikat Sensatimur Sdn. Bhd. yang bersebelahan tanah tersebut yang dilelong oleh Bank sedangkan syarikat itu sebelum ini sudah dapat wang percuma jutaan ringgit dari cagaran menggunakan tanah itu kepada bank sebelum end it up ataupun menggulung syarikat itu kepada bank. Kini tanah tersebut terbiar begitu saja sejak sekian lama sejak tahun 2011. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan tu bagus tapi tak de kaitan dengan ini. Bagi saya taka da kaitan dengan ini… nanti dulu saya jawab duduk dulu. Itu sensatimur itu perkara yang telah lalu dan untung rugi itu…maklumat yang dapat itu kena terus kepada Kerajaan mungkin ada maklumat-maklumat yang tidak ada pada YB. Dan maklumat yang YB ada tu mengikut penggal-penggal yang lepas. Jadi kita sekarang tahun 2024 tahun ke hadapan, jadi kita pastikan benda-benda yang berlaku
yang tidak baik yang ada kebaikan pada negeri apa jua Joint Venture ataupun BOT Build Operate Transfer kita akan pastikan kedua-dua pihak itu win-win Situation dan mendapat keuntungan kepada Kerajaan dan juga kepada rakyat.
Jadi kalau Kawasan lelong dan seluas sekeping tanah yang di daftar atas nama PMBK itu PMBK Corperation ada jawapan-jawapan tertentu. Dan saya tidak bercadang untuk menjawab secara detail dalam Dewan ini kerana kalau asalnya kalau Bertulis kita akan jawab secara Bertulis dan jika ingin bertanya berkenaan dengan apa yang berlaku kepada ni, 2019 lagi yang loni 2019 lagi mengikut pada maklumat-maklumat iaitu kes lelong 11 keping tanah yang didaftarkan atas nama PMBK. Dan kita tidak mengalami kerugian yang sebenarnya… terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Melor.
Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Speaker, saaya pohon jwapan kepada soalan saya nombor 3:
Soalan 3:
[Minta YAB Ustaz Dato’ Penglima Perang Menteri Besar nyatakan, mempunyai perancangan bagi melebarkan jalan-jalan kampung yang sedia ada yang terlalu sempit dan sukar untuk berselisih, melalui peluasan rizab jalan kampung demi keselesaan dan keselamatan pengguna.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Melor…, mengenai jalan kampung yang ditanya oleh Melor itu ialah pertamanya kita menggunakan tatacara urusan penyelenggaraan jalan negeri 3.0 yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia yang akan memberikan peruntukan penyelenggaraan jalan-jalan berkenaan sebagaimana yang ditetapkan dibawah 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Deϐinasi jalan kampung ini ialah kelebaran dia 2.44 meter hingga 2.247 meter. Saya
ulang yakni kelebaran jalan kampung ialah 2.44 meter hingga 4.27meter. Di Kelantan ada sepanjang 12,224 kilometer jalan-jalan yang di deϐinasikan sebagai jalan kampung. Dan jalan kampung pula kalau ikutkan kretiria tadi yang lebar di bawah 4meter sepanjang 11,530 kilometer yakni merangkumi 94%. Maknanya 94% daripada jalan-jalan kampung ini adalah dibawah 4meter dan inilah jalan-jalan yang sukar berselisih. Lebar jalan 4 meter sepanjang 330kilometer dan lebar jalan 4.27 meter ialah sepanjang 432 kilometer.
Jalan-jalan kampung yang sukar berselisih ialah jalan-jalan yang lebarnya tidak mencapai 4 meter iaitu 11,531 kilometer. Untuk melebar jalan-jalan ini Kerajaan Negeri akan melihat kepada perkara berikut:-
1) Dari sudut kewangan kerana untuk melebarkan ini melibatkan kos pengambilan tanah rizab dan juga biasanya jalan-jalan ni termasuk rumah bangunan dan sebagainya dan kosnya terlalu tinggi. Kemudiannya isu-isu berkaitan dengan pengambilan tanah itu sendiri juga ada masalah juga kadang-kadang juga pakat tak terima, bawa ke mahkamah dan sebagainya.
Jadi pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri sehingga kini ialah jalan-jalan tertentu yang diϐikirkan atau kesesakan melampau barulah diambil Tindakan-tindakan untuk pembesaran yang kurang daripada 4m kepada lebih daripada itu. Terima kasih.
Yang Berhormat Melor..
Dato’ Speaker, terima kasih EXCO di atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, berkaitan dengan kita biasa tahu kalau musim perayaan atau musim-musim puncak cuti dan perayaan terdapat jalan-jalan alternatif yang telah dikenalpasti di jalan kampung yang dijadikan jalan alternatif yang dikenalpasti oleh Majlis Daerahlah. Jadi saya kalau boleh nak tahu adakah Kerajaan telah mengenalpasti jalan-jalan ini dan adakah rancangan pelebaran akan dilakukan untuk jalan-jalan alternatif ini, terima kasih.
Terima kasih kepada Melor, soalan tambahan tu saya..kena dengan notislah. Untuk mengenalpasti jalan-jalan yang apa tu…yang perlu diangkat. Cuma saya rasa perkara ini perlu ada kerjasama di antara ADUN-ADUN dan juga PBT untuk diangkat kepada Kerajaan jalan-jalan yang mempunyai impak yang terlalu sibuk ataupun diperlebarkan dan seperti kata tadi kalau pun ada perkara-perkara tersebut Kerajaan memikirkan dari sudut kos untuk pengambilan tanah dan sebagainya. Terima kasih.
Sila, Gual Ipoh…
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya bolehkah sekiranya parit-parit ataupun longkang itu kita buat secara bertutup untuk memberi ruang bahu jalan untuk kereta-kereta berselisih dia boleh menggunakan laluan di atas parit ataupun longkang yang bertutup. Ini dengan kerjasama PBT lah juga, sebab setengah-setengah jalan kampung ni di dalam kawasan PBT dan yang kedua boleh mengelakkan pembiakan nyamuk dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih… pertamanya jalan-jalan kita ni terbahagi kepada jalan kampung, jalan Negeri dan juga jalan Persekutuan. Dan ke semua itu berbeza tugas dan tanggungjawab serta perancangan. Kalau jalan-jalan Persektuan tu biasanya ada longkang tertutup dan ada longkang yang tidak tertutup dan yang tertutup tu kena havyduty lah yang boleh dilalui oleh kenderaan berat. Kerana ada longkang-longkang kita tu duk tengah jalan raya pun ada loni tetapi menggunakan …. Tetapi untuk jalan-jalan PBT tu kena minta PBT lah jawab wey…jadi perancangan tadi saya silap ϐloor tadi.. bahawa perancangan itu telah ada di peringkat UPEN untuk meneliti jalan-jalan yang perlu ditambahbaik, Insha Allah.
Dipersilakan Yang Berhormat Chetok…
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 4.
Soalan 4:
[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perancangan Kerajaan dalam memastikan hasil pertanian tanah tinggi Lojing dapat memberi kredit kepada Kerajaan dan menyumbang Agro ekonomi di sana.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Chetok…tanah tinggi Lojing merupakan Kawasan pengeluaran sayur-sayuran yang menyumbang pengeluaran hasil pertanian tanah tinggi serta yang menyumbang pengeluaran hasil pertanian tanah tinggi serta mencapai pengeluaran yang banyak setiap tahun. Merujuk kepada booklet statistic tanaman (sub-sektor tanaman makanan) 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kelatan merupakan pengeluar kedua tertinggi bagi tanaman tomato dan kacang buncis masing-masing dengan pengeluaran 70,706 matrik tan bagi (tomato) dan 1,714 matrik tan bagi (kacang buncis) serta ketiga tertinggi bagi tanaman kobis bulat (536)matrik tan di Malaysia.
Antara perancangan Kerajaan dalam memastikan hasil pertanian tanah tinggi Lojing dapat memberi kredit kepada Kerajaan adalah dengan mengenakan fee atau hasil-hasil pertanian komersial melalui pelaksanaan Enakmen Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan 2022. Melalui pelaksanaan Enakmen ini nanti pengusaha komersial Tanah Tinggi hendaklah menyediakan laporan penilaian kesesuaian tanah LPKP dan juga telah mendapat hasil mereka perlu membuat permohonan permit pemindahan hasil pertanian.
Dengan pelaksanaan Enakmen ini yang bertujuan untuk memastikan pembangunan pertanian lebih terkawal, tersusun dan lestari selain memberi hasil kepada Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.
Sila, Chetok..
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan jawapan. Soalan saya ialah, syarikat manakah yang telah mengusahakan kawasan pertanian perladangan yang berskala besar di Tanah Tinggi Lojing.
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Chetok. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Ahli Dewanlah pengeluaran hasil di Lojing untuk tahun lepas berjumlah 79,885.39 matrik tan. Dengan pecahan dari segi buah 2046 matrik tan dan sayur 77,317.41 matrik tan dan tanaman ladang 521 matrik tan. Mengikut Jabatan Pertanian Negeri Kelantan pendaftaran setakat ini sebanyak 91 syarikat berdaftar dengan jabatan. Senarai-senarai ni kalau untuk saya bacanya sangat panjanglah. Banyak syarikat-syarikat yang membangunkan tanah-tanah pertanian secara komersial di Tanah Tinggi Lojing.
Yang paling besar, Yang Berhormat… dia minta yang paling besar… syarikat yang paling besar..
Antaranya Sindiyan group lah…yang mengusahakan tanaman durian premium yang seluas 9,000 hektar.
Sila, Galas..
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih bui peluang kepada Galas. Lojing ni berada dalam kawasan Galas. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, berapakah syarikat bumiputera anak Kelantan daripada 91 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat EXCO tadi yang menjalankan
projek pertanian di kawasan Tanah Tinggi Lojing dan berapakah peluang pekerjaan yang terhasil dari projek agro ekonomi ini untuk penduduk di kawasan Lojing terutamanya untuk masyarakat orang asli. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Galas.. Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan ini memerlukan notislah oleh kerana berbentuk fakta kerana sebenarnya masih banyak syarikat-syarikat yang mengusahakan pertanian di Tanah Tinggi Lojing termasuk syarikat pelabur luar dan juga anak tempatan. Insha Allah jawapan bertulis akan dikemukakan selepas daripada ini kerana perlu kepada notis.
Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pagi hari dapat kurma, mohon jawapan saya nombor 5. Soalan 5: [Minta YAB Ustaz Dato’ Penglima Perang Menteri Besar nyatakan berapakah jumlah peruntukkan yang telah diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membantu sekolah-sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi tempoh 2020-2023].
Kurma apa Yang Berhormat, Ajwa ker? [SAMBIL TERSENYUM]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan Pulai Chondong yang merupakan bekas Pengetua cemerlang di Yayasan Islam Kelantan YIK, bekas Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan yang telah melahirkan pelajar cemerlang negara yang rekodnya tidak dapat dikalahkan sehingga ke hari ini. [DIIKUTI KETUKAN MEJA OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT]
….dengan pencapaian 20A, sekarang ni…. sehingga sekarang tidak boleh dipecah mana-mana sekolah di seluruh negara. Dan juga bekas Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki. Dua-dua maahad dia jadi Pengetua, yang mana pernah dinobatkan sekolah terbaik negara juga, Maahad Muhammadi Lelaki.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi program Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan Selenggara dan Naik Taraf Institusi-Institusi Pendidikan Islam telah menyalurkan peruntukan kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbirtan Yayasan Islam Kelantan (YIK) adalah sebagaimana berikut:-
Tahun 2020 jumlah peruntukan diluluskan sebanyak RM3, 211,460.00 dan pada tahun 2021, sebanyak RM3,118,800.00 dan pada tahun 2022 sebanyak RM4,869,700.00 dan pada tahun 2023 sebanyak RM5,858,300.00.
Jumlah keseluruhan Peruntukan Khas Kerajaan Perekutuan Selenggara dan Naik Taraf Institusi-Institusi Pendidikan Islam untuk tempoh 4 tahun tersebut adalah RM17,058,260.00 melibatkan 70 buah sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan di atas penyaluran peruntukan khas ini bagi membantu sekolah-sekolah untuk menambahbaik fasiliti dan infrastruktur bagi keselesaan pelajar-pelajar dan guru.
Terima kasih daun keladi kalau boleh minta tambah lagi.
terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terima kasih, sila Pulai Chondong.
Terima kasih jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya..kita ucap tahniah kepada pihak Kerajaan kerana setiap tahun telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta untuk Pendidikan Yayasan Islam Kelantan. Soalan tambahan saya selain
daripada punca pendapatan yang diberikan oleh Kerajaan adakah punca lain yang ada bagi mempastikan kos pengurusan sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelatan dapat ataupun tidak hanya bergantung kepada pihak Kerajaan, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, di atas soalan tambahan. Jadi pihak YIK telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan anak syarikat iaitu Akademik YIK Sdn. Bhd untuk mencari dana dan kewangan bagi menampung kos yang diurus oleh Yayasan Islam Kelantan untuk melancarkan pengurusan urustadbir dan mempastikan YIK terus cemerlang di arus perdana di Malaysia. Terima kasih.
Sila Kota Lama.
Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya adalah berapa ramai ataupun adakah semua guru-guru YIK ini sudah memilih untuk KWSP mereka dan berpindah kepada akaun patuh Syariah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas soalan tambahan dari Kota Lama. Jadi semua urusan tadbir urus di Yayasan Islam Kelantan bermula 1990 lagi telah diumumkan oleh Mantan Menteri Besar, arwah Tok Guru lagi semua akaun dialih kepada patuh Syariah. Termasuk di Yayasan Islam Kelantan, gaji dan elaun dan semua urusan berkaitan dengan kewangan dan sebagainya. Jadi kesemua guru-guru, pegawai dan kakitangan yang berada di Yayasan Islam Kelantan diurus secara patuh Syariah, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kemuning.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 6.
Soalan 6:
[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasakan prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) dalam pentadbiran dan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).]
Tak dop pantun, Yang Berhormat [ Sambil tersenyum]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Speaker, menjawab kepada soalan Kemuning tadi Kerajaan Negeri pada dasarnya sentiasa memberi keutamaan kepada pemerkasaan prinsip UMI ataupun Ubudiyyah, mas’uliyyah dan Itqan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan melalui Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia dengan kerjasama Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah pun mengadakan program kefahaman Dasar Membangun Bersama Islam pada pengurusan tertinggi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan yang terdiri daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Ketua-Ketua Unit iaitulah pada 12 September 2022 yang bertempat di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim.
Jadi fokus pelaksanaan ini adalah untuk memantapkan kefahaman khusus kepada (5) perkara utama iaitu yang pertama; konsep pentadbiran berasaskan Islam, yang kedua; sejarah pentadbiran Islam di Kelantan, yang ketiganya; Pentadbiran Negeri Kelantan (1990-kini), yang keempatnya; Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) dengan plan strategiknya MMBI Merakyat Membangun Bersama Islam dan kemudiannya dan kemudiannya yang kelima; konsep ‘Ubudiyyah,
Mas’uliyyah dan Itqan menurut neraca pentadbiram MBI. Ada 5 yang ditekankan dalam program tersebut.
Jadi impak daripada program tersebut pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memperkasakan prinsip UMI di setiap PBT. Iaitulah;
1) Bekerjasama dengan Pejabat Agama Jajahan dalam mengadakan tazkirah/ kuliah UMI secara berkala setiap minggu dan ada yang setiap bulan. 2) Ketua-ketua jabatan/ unit ini dapat memberi tazkirah sekarang ni tak perlu import daripada luar. Ketua-ketua Jabatan dan unit dapat memberikan tazkiran ringkas dengan membaca petikan-petikan ayat Al-Quran dan juga hadis. 3) Mengadakan kempen dan kelas Al-Quran dan membaca kepada kakitangan serta diberi galakan untuk memasang alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui alat siaraya. 4) Dilakukan pengauditan di dalam UMI secara berkala bagi mengenalpasti tahap penguasaan dan pematuhan mereka kepada prinsip UMI ini. 5) Penguatkuasaan prinsip UMI ini stop 15 minit sebelum solat Maghrib di pasar-pasar malam dan antara yang berjaya juga menghantar wakil pegawai-pegawai di Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengikuti Program Diploma Tassawur Islam di KIAS dan ada yang dah bergraduasi. Alhamdulillah ini kejayaan pemerkasaan UMI yang telah dilakukan oleh PBT, terima kasih.
Kemuning…
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan impak yang telah dinyatakan iaitulah saya merujuk kepada impak yang keempat iaitu pengauditan secara dalaman telah dibuat kepada pegawai-pegawai berkaitan dengan konsep UMI ini. Jadi soalan saya bagaimanakah cara pengauditan dibuat dan mohon juga jawapan penjelasan berkenaan dengan siapa yang membuat pengauditan tersebut.
Terima kasih.
Terima kasih Kemuning… Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman juga Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini bahawa jentera yang melaksanakan urusan pemahaman prinsip UMI ini ialah bahagian dakwah di Bahagian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam JHEAIK dan juga dengan Kerjasama pihak Instituti Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia IPTG, kemudian Yayasan Tok Kenali YTK dan juga Institut Darul Naim iaitu ILDAN. Dan tidak terhenti kepada pelaksanaan pemahaman sahaja. UMI ni juga telah diaudit bukan setakat di PBT, di semualah agensi-agensi yang telah diadakan. Dan apa cara pengauditan ini pihak Juruaudit ini akan pergi dan memberi taklimat ringkas tentang berjumpa dengan pihak yang diaudit dan memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan pelaksanaan prinsip UMI yang sebenar supaya mereka dapat mengenalpasti apakah yang mereka laksanakan tu mengikut apa perkara yang telah diputuskan oleh pihak yang melaksanakan penyediaan UMI tersebut.
Yang keduanya setelah pembentangan pelaksanaan UMI tersebut pihak Juruaudit akan memberi penjelasan berkenaan dengan perkara-perkara yang diaudit. Antara perkara yang diaudit ini mereka akan temuramah pihak yang diaudit termasuklah pegawai tertinggi, pegawai unit-unit semua sekalilah. Dan juga Juruaudit ini akan menyoal jugak tentang ilmu-ilmu asas berkaitan dengan pengetahuan islam tahu ke tidak. Kadang-kadang ada ditanya juga rukun solat. Takut-takut rukun awal takbir, rukun akhir sekali lipat sejadah. Kita bimbang benda tu.
Jadi maksudnya ilmu asas mesti jelas di peringkat pegawai-pegawai termasuklah ditanya juga tentang fatihah, tafsir fatihah. Kalau kita tidak mahu di negeri Kelantan ini ada pegawai-pegawai yang tidak boleh baca Al-Fatihah. Jadi itu dilakukan juga antara perkara-perkara yang diauditlah.
Kemudiannya setelah semuanya diaudit maka akhir sekali mesyuarat penutup akan dipanggil semua pihak yang diaudit kemudian diberi rumusan serta dapatan dari audit yang dilakukan. dan untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, secara ringkas audit 12 PBT ini telah dilakukan antara Tarikh pada masing-masingnya pada 13 Ogos sehingga 14 Disember 2020,itu fasal yang
pertama dan fasal yang keduanya ialah pada 8-30 Mac 2021 yang melibatkan 50 jabatan dan agensi. Ini termasuklah PBT. Saya fokuskan kepada 12 PBT yang telah diaudit, pertama dengan penarafan baik 3 bintang iaitulah Majlis Daerah Jeli dengan 62.5%, Majlis Daerah Pasir Puteh dengan 67%, Majlis Daerah Kuala Krai dengan 72.25%, Majlis Daerah Machang dengan mendapat 73.75%. Diikuti dengan penarafan amat baik 4 bintang, diperolehi oleh Majlis Daerah Gua Musang dengan 79.2%, Majlis Daerah Bachok - Bandaraya Pelancongan Islam dengan 80%, Majlis Daerah Tanah Merah 83%,Majlis Daerah Tumpat 83.75%, Majlis Ketereh Perbandaran Islam sebanyak 85.5% dan 3 PBT yang menunjukkan prestasi UMI yang berkesan dengan cemerlang dengan mendapat penarafan 5 bintang iaitulah yang pertama Majlis Daerah Pasir Mas dengan 87.5%, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam 90% dan Majlis Daerah Dabong 92%. Alhamdulillah, tahniah semua PBT yang menunjukkan prestasi yang baik ini dan ini hasil kejayaan daripada penerapan UMI yang berkesan, tahniah kepada semua. Terima kasih.
Sila, Galas…
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya dalam memperkasakan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam PBT Kelantan, adakah Kerajaan Negeri untuk mengarahkan semua PBT memperketatkan lesen premis perbankan di Negeri Kelantan kita ini supaya jika mahu meneruskan perkhidmatan perbankan di negeri ini semua premis perniagaan…semua premis perbankan ini menghentikan penawaran urusniaga konvensional di negeri Kelantan sebagaimana di PBT tidak memberikan lesen kepada sebarang premis perjudian di negeri Kelantan kita ini. Ini sebagaimana yang disebut oleh EXCO semalam. Terima kasih.
Terima kasih kepada Galas… ia asasnya cadangan tersebut boleh diterima. Cuma kita ada juga perbankan yang peringkat professional itu kerana kita
meraikan rakyat atau rakan-rakan kita daripada yang bukan Islam sebagai alternatif mereka pergi kepada bank konvensional itu dan untuk rakyat Kelantan kita memberikan Pendidikan kepada orang Islam supaya mereka bebas daripada riba. Sebab itulah soalan Kota Lama semalam pun, maknanya apabila kita ada Enakmen berkaitan dengan seksyen yang memperuntukan kesalahan muamalat secara riba, muamalat yang tidak bercanggah dengan syarak inilah sebenarnya untuk mempastikan bahawa walaupun ada bank konvensional tapi rakyat umat Islam tak pergi pun. Itu untuk bukan Islam.
Jadi kalau kesedaran ini maknanya berpanjangan dan di mana-mana pun ada Insha Allah tidak akan timbul nak adakan satu bank Islam.. di Kelantan ni tak ada langsung bank riba dan bank sistem bank 2 windows ini sebenarnya ia praktikal juga kerana bagi meraikan sebuah masyarakat majmuk itu sendiri. Begitulah juga dengan tempat-tempat ibadat dan sebagainya. Jadi tu respond awal saya … terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kota Lama..
Telah berlalu sudah musim tengkujuh, mohon soalan saya nombor 7.
Soalan 7:
[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Tindakan-tindakan Kerajaan negeri bagi menjaga kebajikan penduduk Jalan Atas Paloh yang telah dirobohkan rumah mereka.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Kota Lama bertanyakan tindakan Kerajaan Negeri bagi menjadikan kebajikan penduduk jalan Atas Paloh yang telah dirobohkan rumah mereka. Cadangan pembangunan tanah milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan PKINK atas Lot 79 seksyen 5 Jalan Atas Paloh, Bandar Kota Bharu Kelantan seluas 4.496 ekar melibatkan 53 orang pemilik rumah setinggan. Maknanya penduduk di sini ni baki penduduk
yang belum yang telah dirobohkan rumah mereka ataupun penduduk saya tak pasti tapi saya akan jawab secara umumlah. Kebajikan semua penduduk telah terjaga dengan sebaiknya oleh Kerajaan Negeri sejak sebelum dirobohkan rumah mereka.
Semua penduduk berjumlah 53 buah keluarga telah diberikan kebenaran untuk tinggal selama mana tanah tersebut belum di ambil alih oleh Kerajaan Negeri. Sampai masalah setelah 2,3 generasi rumah penduduk telah mendiami rumah tersebut, sampai masa Kerajaan mengambil alih untuk mendirikan projek pembangunan dan sekiranya kita mengambil kira kita kenakan sewa RM300 sebulan contohnya.. sekiranya penduduk telah tinggal selama 30 tahun, nilai pendudukan sebenar nilai pendudukan tapi kita tak ambil sewa itu bahagian daripada kebajikan. Penduduk juga tidak dikenakan sebarang cukai tanah, tak dikenakan sebagai cukai pintu dan segala kebajikan mereka selama mereka tinggal daripada 53 buah keluarga sebanyak 36 buah keluarga telah pun berpindah ke Projek Perumahan Rakyat PPR Jalan Kelechor. Yang mana nilai rumah sekarang 3 bilik, 2 bilik air bernilai antara RM180,000 ke RM200,000. Dan nilai rumah kepada 16 buah keluarga lagi yang ditawarkan di Badang juga Insha Allah Isnin saya akan solat hajat di RMMK Badang dan kita peruntukkan 16 buah rumah kepada baki penduduk di Atas Paloh. Yang mana nilai sebuah rumah, 3 bilik 2 bilik air juga bernilai RM182,000 dan ke atas. Tinggal lagi satu keluarga yang enggan berpindah yang mana bersamanya juga ada beberapa penduduk yang membawa kes Mahkamah Tinggi dan isu-isu ini telahpun selesai peringkat Mahkamah Tinggi dan kita telah mengadakan rundingan. Dan kita peringkat awal bersetuju untuk memberikan bayaran saguhati perpindahan tidak ada istilah pampasan kerana mengikut undang-undang semua setinggan tidak layak untuk diberikan pampasan dan kita memberikan bayaran saguhati untuk berpindah. Dan semua penduduk telah menerima bayaran saguhati bahkan ada penduduk yang dirunding dengan kita, kita membayar bayaran sewa rumah RM500 sebulan sehingga 2 tahun untuk memulakan rumah baru PPR siap dan juga boleh dimasuki. Dan ada seorang penduduk kita bagi rumah Dhuafat. Itu antara kebajikan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri.
Sekarang kita balik kepada baki penduduk yang telah dirobohkan rumah mereka yang mana mereka telah memilih kaedah perundangan. Kita raikan kaedah perundangan dan mahkamah telah memutuskan mereka
tidak ada legal right untuk menuntut sebarang pampasan dan tawaran yang diberikan untuk berpindah ke rumah PPR ditolak, ke rumah Badang pun ditolak.. jadi tak ada lagi tawaran untuk mereka. Walaubagaimanapun kita masih lagi membuka pintu rundingan untuk mencari penyelesaian jalan keluar. Dan jika ada apa perlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri baki penduduk berhubung dengan ADUN masing-masing. Bagaimana kita untuk membantu kemungkinan mereka ada tanah sendiri dan baki penduduk tidak menerima ni biasanya mereka dah ada tapak rumah. Dan mereka yang bersetuju untuk berpindah memang daripada golongan miskin yang tak ada tapak rumah mereka bersetuju berpindah seramai 36 buah keluarga majoriti penduduk sekiranya YB ada masa YB pergi ke PPR kelochor, temuramah perasaan mereka setelah mendapat sebuah rumah 3 bilik, 2 bilik air bernilai RM200,000 berbanding mereka berada di Kawasan setinggan. Tidak akan menyelesaikan masalah mereka kerana mereka akan mendapat geran strata dapat mewariskan harta mereka kepada anak cucu mereka. Itu antara yang diϐikirkan oleh Kerajaan Negeri.
Begitu juga rumah di Badang, mereka akan mendapat geran hak milik harta dapat diwariskan kepada anak cucu mereka. Itulah kebajikan terbaik yang Kerajaan Negeri dapat berikan kepada penduduk Jalan Atas Paloh. Setakat tu saja…. silakan tambahan..
Ada soalan tambahan? Silakan Kota Lama..
Terbaik pagi ni. ..Alhamdulillah terima kasih kepada YB EXCO yang memberikan jawapan yang… sebenarnya adalah berita baik untuk rakyat. Bagi saya soalan dalam Dewan ni tak semestinya untuk bercanggah dan sebagainya. Ini adalah secara rasminya mendapatkan penjelasan. Cuma ada sedikit lagi, kita tahu 500 penduduk kampung Setia Jaya Kuala Lumpur yang sudah mendapatkan keputusan mahkamah untuk keluar daripada kampung mereka. Namun pihak berkaitan masih membenarkan mereka duduk di situ sehingga penyelesaian penempatan.
Jadi mungkin tambahan sedikit daripada EXCO, kita tahu tadi ada beberapa kumpulan yang memang sudah dan mereka rasakan dapat rumah PPR itu suatu nikmat yang bagi saya Kerajaan dapat berikan.
[MEMOTONG] Soalan..soalan Yang Berhormat…
…..soalannya adalah bagaimana baki penduduk tadi yang mereka sebenarnya mahu janji yang mereka rasa ni pandangan mereka.. yang pernah diberikan kepada mereka dan oleh kerana itu termasuklah rumah RMMK Badang tersebut. Jadi isu ni maknanya rumah Badang pun tak siap, tapi mereka terpaksa keluar. Betul EXCO kata mereka mungkin ada tanah. Jadi itu bagaimana proses rundingan kalau mungkin sikit lagi pencerahan dari sudut itu ..terima kasih..
Dia nak cerah lagi…
Cerah lagi dih…sebab tu saya jawab kot Kelate jah. Sebab tu saya jawab mereka yang berpindah merupakan penduduk yang daif seramai 36 keluarga. Itulah keputusan yang tepat malangnya ada pihak tertentu sebatang kara menyebabkan mereka terlepas untuk mendapatkan tawaran yang amat baik dari Kerajaan Negeri. Janji kita dulu kita akan bagikan rumah ganti kepada penduduk, kita dah ganti. Tawarkan PPR kepada 53 keluarga, 36 keluarga yang layak atas dasar melepasi tapisan PPR tapisan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat rumah PPR. Dan ada keluarga lagi tak melepasi untuk mendapat rumah PPR… yang ditawarkan rumah di Badang. Mereka kena buat pinjaman perumahan dengan harga RM45,000 yang mana nilai tersebut mustahil untuk membina sebuah rumah. Nilai sekarang rumah Badang kita RM180,000 1 unit dan ada penduduk yang runding dengan kita saya baru tahu tadi kita bayar sewa rumah RM500 selama 2 tahun untuk mempastikan rumah tersebut siap. Dan Isnin ini saya akan solat hajat di Badang maknanya rumah Badang akan siap. Kita tawarkan rumah cuma berbeza lokasi sahaja. Asalnya kita tawarkan rumah dibina tapaknya Atas Paloh memandangkan masalah gangguan yang dibuat oleh penduduk
menyebabkan pemaju pun takut nak masuk proses-proses akan menjadi terbantut. Jadi kita ganti rumah di PPR Kelochor dan RMK Badang. Dan ada penduduk kita bagi rumah Dhuaafat kerana dia ada tanah percuma bernilai RM55,000 rumah percuma.
Sekiranya baki penduduk berunding dengan kita dan tidak membuat provokasi kita membuka kepada perundingan. Insha Allah mereka akan mendapat sewa rumah sebagaimana diberikan pada salah seorang penduduk kita bayar selama 2 tahun sehinggalah rumah yang kita janjikan siap. Tapi mereka telah memilih jalan mahkamah dan proses of ϐloor kita kena ikutlah dan penghakiman telah dikeluarkan bahawasanya mereka itu tiada hak legal right untuk duduk atas tanah PKINK. Dan kita menghormati keputusan mahkamah dan kita membuka pintu rundingan tapi mereka masih lagi memilih untuk provokasi dengan Kerajaan menyebabkan rumah mereka dirobohkan secara sah baki 5 buah rumah lagi walaupun kita buat perubahan secara berperingkat. Fasal 1 kita buat 20 buah rumah dan mereka diberi peluang untuk rombak sendiri rumah mereka ambil kayu jual. Fasal ke 2 kita rombak 20 buah rumah, fasal 3, 3 buah rumah sehinggalah memakan masa hampir 5 tahun. Barulah kita dapat penghakiman Mahkamah barulah kita roboh baki 5 buah rumah tersebut. Dan sekiranya pemilik 5 buah rumah perlukan apa-apa sumbangan boleh berjumpa dengan ADUN masing-masing kita bincang, Insha Allah.
Ada soalan tambahan lagi? Ramai bangun ni..hok mana dekat Kota Bharu..[SAMBIL TERGELAK]Chempaka la dekat sikit dengan Kota Bharu..orang lain jauh.
Saya ucap terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan…penjelasan yang telah diberikan tu yang kita dapat tengok betapa toleransinya Kerajaan dalam menghadapi penghasut-penghasut berkenaan dengan tapak tanah tersebut. Jadi saya nak… dalam jawapan yang disebut tadi antaranya ialah ada anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab. Jadi saya nak tanyanya, adakah Kerajaan mengenalpasti anasir-anasir penghasut-penghasut tersebut tu. Dan kalau sekiranya dikenalpasti apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka?.
Soalan lawyer…
Terima kasih Chempaka atas soalan… soalan pun provok soalan tu,…. ialah kita menerima bahawasanya ada yang mereka tidak puashati atas semua program atau keputusan negeri walaupun keputusan yang kita capai yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Kita carilah apa-apa keputusan yang dibuat oleh Kerajaan mana-mana Kerajaan sekalipun itu adalah keputusan yang terbaik untuk rakyat tidak ada satu niat menstria iaitu mala ϐide niat jahat ataupun buruk untuk menaniaya mana-mana rakyat yang tinggal dalam Kelantan. Malangnya ada rakyat yang terhasut dengan tohmahan daripada mereka yang mengamalkan sikap populis ambo kata bakar karok tadi yang mana memprovoke rakyat yang kita telah bagi betis mereka minta paha dan juga dakyah-dakyah yang juga menyebabkan penduduk menyatakan ketidakpuasan hati mengikut saluran yang betul. Malangnya gajah sama gajah berlaga, kancil mati ditengah-tengah rugilah..rugilah. Dan kita tidak lagi berhasrat untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak kerana kita meraikan perbezaan pendapat pada semua rakyat tanpa mengira parti. Walau kita kurangkanlah membuat ϐitnah-ϐitnah yang tidak benar dengan niat jahat untuk memburukkan nama Kerajaan Negeri yang mana kita letakkan kepentingan, kebajikan, kesejahteraan rakyat sebagai dasar utama kita.
Wallahu’alam.
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan ..persidangan ditangguhkan dan akan bersambung semula pada jam 10.40 pagi.
Sekian, terima kasih.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.10 PAGI DAN AKAN BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM 10.40 PAGI.
(Urusan Dewan selepas rehat)
PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 10.40 PAGI
Persidangan dewan disambung semula.
YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, saya pohon untuk mengemukakan satu Usul berdasarkan kepada peruntukan Standing Order Dewan Negeri Kelantan Perkara 30(1) iaitu Cadangan Menangguhkan Persidangan Dewan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.
Sila, Melor.
YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, saya pohon untuk mencadangkan satu Usul iaitu : - “BAHAWA DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG BERSIDANG PADA HARI INI, MERAKAMKAN KEKESALAN DAN SANGAT BERDUKACITA ATAS PEMBATALAN 16 PERUNTUKAN DI BAWAH ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (1) 2019 [ENAKMEN 14], DAN MENGGESA PENGGUBALAN SEMULA PERUNTUKAN-PERUNTUKAN YANG DIBATALKAN TERSEBUT’.
Sila YB Melor serahkan apa ni kenyataan bertulis cadangan … [PETUGAS DEWAN MENGHANTAR KENYATAAN BERTULIS KEPADA YB DATO’ SPEAKER ]
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, satu cadangan telah dibuat oleh Yang Berhormat Melor iaitu
“BAHAWA DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG BERSIDANG PADA HARI INI, MERAKAMKAN KEKESALAN DAN SANGAT BERDUKACITA ATAS PEMBATALAN 16 PERUNTUKAN DI BAWAH ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (1) 2019 [ENAKMEN 14], DAN MENGGESA PENGGUBALAN SEMULA PERUNTUKAN-PERUNTUKAN YANG DIBATALKAN TERSEBUT’.
Ada sokongan?
[ SEMUA AHLI DEWAN BANGUN UNTUK MEMBERI SOKONGAN] Ramai yang sokong. Ok terima kasih. Saya telah meneliti cadangan ini dan saya mendapati dan berpendapat cadangan ini telah memenuhi tiga syarat. Yang pertama perkara yang tertentu dan mustahak. Yang kedua untuk kepentingan orang ramai. Dan yang ketiga perlu disegerakan. Dengan itu saya menerima cadangan ini. Sila Yang Berhormat Melor kemukakan ucapan cadangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, terlebih dahulu izinkanlah saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keizinan dan memberi laluan kepada saya untuk membawa usul di Dewan yang mulia ini. Usul persendirian ini ingin dibawa kehadapan dewan ini untuk pertimbangan adalah berbunyi bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini merakamkan kekesalan dan sangat berdukacita atas pembatalan 16 peruntukkan dibawah Enakmen Kanun Jenayah I 2019 Enakmen 14 dan menggesa penggubalan semula peruntukan-peruntukan yang dibatalkan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, izinkanlah saya mulakan ucapan perbentangan usul ini dengan memetik sepotong hadis yang berbunyi,
ﻟﺒﺎﻫﻠﻲ ا ﻣﺎﻣﺔ ا ﰊ ا ﻋﻦ
ل ﻗﺎ ﺳﻠﻢ و ﻋﻠﻴﻪ ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ل ﺳﻮ ر ﻋﻦ
ﺎﺑﻟﱵ س ﻟﻨﺎ ا ﺗﺸﺒﺚ وة ﻋﺮ ﻧﺘﻘﻀﺖ ا ﻓﻜﻠﻤﺎ وة، ﻋﺮ وة ﻋﺮ م ﻹﺳﻼ ا ى ﻋﺮ ﻟﺘﻨﻘﻀﻦ
ة ﻟﺼﻼ ا ﺧﺮﻫﻦ وآ ، ﳊﻜﻢ ا ﻧﻘﻀﺎ ﳍﻦ وأو ، ﺗﻠﻴﻬﺎ Daripada Abi Umar Albahili R.A. daripada Rasulullah SAW bersabda,
Demi sesungguhnya akan berlaku pada suatu zaman nanti ikatan ajaran Islam dirombak dan dirungkai satu demi satu. Maka apabila setiap satunya dirombak menjadikan para penganut islam berpegang kepada simpulan berikutnya yang masih ada. Simpulan pertama yang dirombak ialah pelaksanaan hukum islam. Dan simpulan terakhir yang akan dirombak ialah perlaksanaan solat. Riwayat Iman Ahmad. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita semua tahu bahawa watan ini sejak ratusan tahun dahulu dibina atas kerangka hukum berteraskan konsep keadilan islam yang bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Kias. Ia menjadi latar perbentukan negara dalam semua cabang hukum kenegaraan lantas berjaya membina satu tamadun melayu islam dan memacu kemakmuran masyarakat. Undang-undang Melayu lama seperti Hukum Kanun Melaka 1450, Undang-Undang Laut Melaka 1400, Undang-Undang 99 Perak 1596, Undang-Undang Kedah 837 Masihi. Undang-Undang Pahang 1972 dan Undang-Undang Johor 1789 telah membuktikan bahawa hukum islam dengan penyesuaian adab telah berjaya mengubah kehidupan masyarakat Melayu sejak kurun ke 14 sehinggalah kedatangan penjajah Inggeris. Pengiktirafan diberikan kepada undang-undang Islam sebagai law of the land bagi negeri-negeri Melayu telah dibuktikan seperti di dalam kes Ramah lwn Laton pada tahun 1927. Bahkan dalam kes Regina against
Williams 1858, Hakim Maxwell telah menyokong Islam sebagai undang-undang tempatan serta mengiktiraf undang-undang Islam dengan memutuskan bahawa dengan izin As a system of law which according to its own principles, can only be administered by Mohamedan Judges and Mohamedan arbitrators, upon the testimony of Mohamedan witnesses.
Undang-undang Islam hanya boleh ditadbir oleh hakim-hakim Islam dan penimbang tara Islam terhadap keterangan saksi-saksi yang beragama Islam.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita tentu sekali dapat melihat kesan pada masa kini fast forward hukum Islam dan bidang kuasa mahkamah Syariah telah di asing dan semakin diperkecilkan peranannya. Dan dihadkan kepada perkara-perkara peribadi sahaja seperti perkahwinan, perceraian dan pewarisan harta pusaka. Dan di kelewatan 7 8 tahun ini kita menyaksikan satu persatu apa yang disebut oleh Baginda SAW berlaku dihadapan mata kita dan dalam negeri kita. Satu persatu simpulan sendi-sendi agama dipatahkan dan dirungkaikan akibat serangan legitasi strategic yang bertali arus dan tidak pernah berhenti.
Pada tahun 2018 kita mendengar mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi menasirkan perkataan parent sebagai bermaksud ibu dan bapa wajib kedua-duanya justeru mematahkan sendi agama islam dalam hal pemelukan agama islam oleh salah seorang pasangan agama anak oleh salah seorang pasangan yang memeluk islam.
Pada tahun 2021 kita mendengar Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra Mubarak telah membatalkan seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor 1995 berkaitan dengan peruntukkan kesalahan liwat. Sendi kedua Enakmen Syariah Islam dirungkaikan. Pada tahun 2022 kita mendengar sistem islam mencabar fatwa kerajaan Negeri Selangor dan telah mempengaruhi Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan bahawa kuasa Kehakiman Syariah yang diperuntukkan melalui Seksyen 66a telah dibatalkan. Satu lagi sendi syariah telah dirungkaikan.
Pada 18 April 2023 kita mendengar bagaimana penarikan balik rayuan dalam kes kalimah Allah dalam kes Jill Ireland Dilakukan oleh kerajaan Madani dengan menarik balik suatu rayuan yang telah difailkan pada 12 Mac 2020 dan dengan itu telah menyebabkan penghakiman Mahkamah
Tinggi Shah Alam yang membatalkan pekeliling Kementerian Dalam Negeri berkaitan pengharaman penggunaan 4 kalimah suci Islam sebagi muktamad. Dengan itu sehingga kini sudah hampir setahun Negra berada dalam pengharaman penggunaan dalam kalimah suci islam, Allah, Baitullah, Kaabah dan solat. Hampir setahun kerajaan Persekutuan masih terkapai-kapai untuk memperkenalkan semula peruntukkan tersebut.
Pada 09 Februari 2024 kita semua maklum bahawa 8 daripada 9 hakim mahkamah Persekutuan telah membenarkan cabaran perlembagaan yang dibawa melalui petisyen Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Natasha. Keputusan ini telah membatalkan 16 daripada 49 peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah I 2019 yang berkait langsung dengan syariah Takzir yang memberikan bidang kuasa kepada mahkamah syariah dalam negeri Kelantan untuk menguatkuasakan kesalahan Takzir. Hampir satu per tiga daripada peruntukan kesalahan ini bersepai menyembah bumi, simpulan demi simpulan, sendi-sendi agama islam dalam negeri ini dirungkai dan dipatah-patahkan.
Dewan yang mulia ini sewajarnya saya merasa sangat kesal dan sangat berdukacita di atas keputusan ini. Apatah lagi atas alasan dewan ini tidak mempunyai kompetensi untuk menggubal peruntukan-peruntukan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, setelah meneliti alasan penghakiman mahkamah Persekutuan setebal 88 mukasurat khususnya berkaitan alasan pembatalan bagi setiap 16 seksyen yang dibatalkan. Saya percaya masih terdapat ruang penambahbaikan pengkhususan bagi peruntukan-peruntukan yang bersifat umum dan tidak jelas definisinya serta semakan semula semua peruntukan yang dibatalkan.
Saya percaya di negeri ini bahkan dalam negara kita terdapat ramai pakar-pakar perundangan yang boleh membantu mengkaji dan membuat penelitian dan pengkajian semula 16 peruntukan ini yang telah dibatalkan tersebut dalam maksud untuk membolehkan ianya dibentangkan semula kepada dewan yang mulia ini. Oleh itu melalui ini saya mohon mencadangkan agar kerajaan negeri Kelantan mengambil langkah segera bergerak ke arah penggubalan semula 16 peruntukan
tersebut dengan mengumpulkan semua agensi-agensi, majlis-majlis agama dan pakar-pakar yang berkaitan.
Sungguhpun mahkamah Persekutuan telah membatalkan 16 peruntukan tersebut atas alasan-alasan kompetensi dewan namun dalam perjuangan perkasakan enakmen syariah kita tidak sewajarnya menyerah kalah. Tidak wajar bagi kita Ahli-ahli Dewan yang mulia ini berputus asa dan menyerahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam mempertahankan bidang kuasa dewan ini, sebagai cabang legislative dalam hal-hal yang berkaitan agama Islam. Saya percaya usul ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Sultan Muhammad V yang secara terang dan jelas bertitah bahawa dalam memastikan ketinggian agama Islam terus terpelihara, Beta menggesa kerajaan Beta terus memperkasa dan mempertahankan perundangan dan institusi syariah negeri.
Yang Berhormat Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker dengan itu Melor mohon mencadangkan usul sebagaimana yang disebutkan pada awal ucapan tadi. Sekian terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan cadangan ini bagi perbahasan. Sila Chempaka.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, saya bangun pada hari ini dengan penuh emosi untuk menyokong usul yang disampaikan oleh Melor tadi. Ibarat ibu dan bapa yang telah melahirkan seorang anak tapi belum sempat melihat anak itu membesar tiba-tiba mendapati anak tersebut dicacat dengan terpotong tangan dan kakinya, dikerat oleh hantu yang out of character, out of each world sebagaimana keputusan minority yang disebut dalam keputusan minority tersebut. Apakah perasaan kita?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Enakmen Kanun Jenayah Syariah I, 2019 telah digubal dengan begitu rupa oleh pakar dalam bidang masing-masing. Ada pakar undang-undang sivil, ada pakar undang-undang syariah alim ulamak peguam syarii dan sivil. Kemudiaanya telah mendapat panduan dan pandangan dari pakar bahagian gubalan dari
agensi. Dikemukakan dari agensi yang bertanggungjawab sebelum dibawa kehadapan dewan yang mulia ini. Dibahas serta diluluskan oleh Ahli Dewan dan akhirnya mendapat perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Maknanya undang-undang tersebut, enakmen tersebut telahpun melalui berbagai proses mengikut undang-undang sehinggalah ke peringkat pewartaan.
Dari segi pengalamannya saya boleh mengesahkan bahawa semasa proses penggubalan sumber utamanya adalah Al-Quran, hadis ijmak ulama’ dan kias serta mendalami juga Maqasid Syariah yang sememangnya dalam gubalan tersebut yang telah dibentangkan pada Tuanku dan diluluskan oleh tuan-tuan sebelum pada ini adalah diatur dengan sebegitu rupa dengan pecahan 49 kesalahan syarii yang tersebut dibahagikan mengikut pecahan penjagaan agama, penjagaan diri dan maruah, penjagaan akal, penjagaan harta dan penjagaan keturunan. Lengkap.
Dan semasa kita menggubal kanun tersebut memang telahpun ada dalam pemikiran kita bahawa berkenaan dengan kekangan kuasa federal, kuasa state, tetapi berdasarkan pada pentafsiran yang dipakai pada ketika itu dalam penghakiman Tun Hamid, dalam Sulaiman Takrib dan Tun Raus dalam see publication dimana secara mudahnya selagi mana kesalahan itu termasuk dalam perkara berkaitan agama Islam, ajaran agama three step of Islam maka kita berhak menggubal. Sebagai contoh, sebagai sedikit pengenalan dalam kes Sulaiman Takrib lawan kerajaan Terengganu. Kes Sulaiman Takrib adalah merupakan kes Ayah Ping, Sulaiman Takrib itu adalah nama sebenar kepada Ayah Ping.
Tun Hamid, Tun Abdul Hamid, Ketua Hakim Negara pada ketika itu, telah menggunakan pendekatan perbandingan peruntukan. Kalau ada peruntukan yang sama dalam undang-undang Persekutuan maka undang-undang Negeri boleh terbatal.
Manakala dalam satu kes lagi dalam kes yang kedua yang juga diputuskan diperingkat mahkamah Persekutuan dalam kes ZI Publication Sdn Bhd lawan Kerajaan Negeri Selangor, Tun Raus Takrib menggunakan pendekatan lebih terbuka. Beliau mengiktiraf dualism ialah sistem dua mahkamah ini dan menyatakan selagi mana undang-undang negeri yang digubal tersebut adalah berkait dengan perintah agama Islam recep of Islam maka ianya adalah sah sekalipun bertindang dengan undang-
undang pada peringkat Persekutuan. Itulah panduan yang kita gunakan semasa menggubal undang-undang tersebut. Dan dikatakan dalam kes tersebut juga sekiranya seklaipun ada pertindihan-pertindihan tidak mengapa, kerana undang-undang Persekutuan sendiri membenarkannya. Seksyen 59 Akta Taksiran dan keputusan dalam satu kes Sukara Dermawan yang menjadi bekait dengan PMX pada masa sekarang ini.
Dalam kes tersebut membenarkannya. Mana-mana dulu yang mendakwa mana-mana dahulu yang menghukum adalah dibenarkan. Jadi apa masalahnya? Sehingga terpaksa dibawa ke mahkamah untuk dibatalkan. Tiba-tiba tanpa ada sebarang pertuduhan, tanpa ada sebarang hukuman. Tidak ada sebarang siasatan seseorang yang disifatkan sebagai hantu yang sebagaimana saya sebut dalam permulaan tadi dan disifatkan juga oleh hakim minoriti keputusan minoriti menyebut bahawa jika sekiranya seorang bukan Islam yang membawa kes tersebut untuk dibatalkan dia tidak merasa hairan tetapi ini adalah merupakan seorang yang mengaku beragama Islam. Sebab itulah hakim menyatakan bahawa out of character, out of this world, tok tahulah nak terjemah apa. Saya tak tahu nak terjemah apa, out of this world, out of this character.
Jadi dalam kedaan tersebut ya kita akur dengan keputusan tersebut kerana ia adalah merupakan mahkamah tertinggi tetapi tugas kita sebagaimana yang telah disebut di dalam ucapan perbahasan, dalam usul sebentar tadi adalah bahawa sebagaimana pembahagian yang telah dibuat terhadap kerajaan demokrasi. Ada executive, ada judiciary dan ada legislative maka tugas kita sebagai legislative adalah untuk membuat undang-undang itu.
Jadi berdasarkan kepada premis tersebut saya bersetuju dengan dan menyokong usul bahawa enakmen tersebut perlu digubal semula dan perlu diperkenalkan semula oleh dewan yang mulia ini dan marilah sama-sama kita mengambil tekad bahawa kitalah yang akan memperkenalkannya semula untuk menyelesaikan isu itu. Sekian, terima kasih.
Yang lain? Sila… siapa tu Gual Periok.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyokong usul yang dibawa oleh Melor berkaitan dengan untuk membina semula peruntukan ataupun undang-undang untuk memperkasakan mahkamah syariah. Hadis Nabi SAW yang dibacakan oleh Melor sebentar tadi menyebutkan dengan jelas yang pertama terurai ialah hukum islam. Dan umat islam akan berpegang kepada simpulan seterusnya. Ini menunjukkan bahawa hukum islam inilah yang menjadi benteng kepada kekuatan umat islam di sepanjang sejarah kerajaan islam.
Dan benteng inilah sebenarnya yang di cemburui oleh musuh islam kerana selagi mana ada benteng ini yang menjaga umat islam, maka kekuatan akidah, kekuatan umat islam akan dijaga dengan kekuatan benteng ini. Dan benteng inilah yang perlu dihapuskan supaya dengan terhapusnya benteng ini maka simpulan-simpulan lain akan terurai satu demi satu. Dan kita patut bersyukur kerana dewan yang mulia ini telah memperkasakan simpulan ini untuk menjaga kekuatan akidah umat islam terutama sekali dalam konteks negeri Kelantan.
Sedikit latar belakang sebagaimana yang di usulkan oleh Melor sebentar tadi di mana sebelum ini negeri-negeri di Tanah Melayu, kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu telah mengguna pakai sistem perundangan islam sebelum kedatangan penjajah. Apabila Portugis menjajah Melaka maka Portugis telah mengambil langkah menghapuskan sepenuhnya perundangan islam di negeri Melaka yang kemudiannya datang, datang Belanda. Belanda kemudian melunakkan dengan membenarkan sebahagian perundangan islam yang berkaitan dengan kekeluargaan yang kemudiannya datang British yang kemudiannya menjajah seluruh tanah air kita yang kemudian mencairkan undang-undang islam sebagaimana yang kita warisi hari ini. Dan sepatutnya selepas 67 tahun kemerdekaan sepatutnya sudah sampai masanya untuk kita perkasakan Mahkamah Syariah dan juga undang-undang syariah ini. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila selepas 67 tahun kita merdeka, apabila kita pernah mencadangkan RUU 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, tiba-tiba datang satu bala kepada umat islam dengan mencabar peruntukan yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.
Jadi Dato’ Speaker, saya melihat bahawa sepatutnya kalau lah alasan yang digunakan untuk memperkasakan mahkamah syariah sepatutnya segala ruang yang ada perlu digunakan untuk memperkasa mahkamah syariah. Kalaulah alasan untuk membetulkan meletakkan kembali undang-undang syariah ini pada railnya, bukannya dengan kita menghumban kenderaan tadi keluar daripada rail dan kita betulkan rail. Sepatutnya kita betulkan rail itu terlebih dahulu dan kita menjalankan kereta tadi pada rail yang telah dibetulkan.
Ini kita telah mengambil tindakan kita humban kenderaan tadi keluar daripada rail dan alasannya adalah untuk kita betulkan rail supaya kenderaan tadi boleh lalu dengan baik. Jadi saya melihat sepatutnya pada tahap ini kita perlu mengambil segala langkah yang perlu untuk memperkasakan semula undang-undang syariah kerana undang-undang inilah yang akan menjadi benteng yang akan menjaga umat islam terutama sekali dalam keadaan era yang penuh dengan cobaan ini.
Jadi Tuan Yang Dipertua saya ingin mengambil petikan Tun Salleh Abbas semasa menyampaikan penghakiman beliau dalam kes Che Omar Che Soh melawan public prosecutor yang menyatakan bahawa sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, Sultan bukan sahaja ketua Agama Islam dalam negeri pemerintahan baginda tetapi memainkan peranan yang lebih besar iaitu sebagai ketua politik dalam negeri baginda.
Baginda merupakan wakil Allah di muka bumi dan bertanggungjawab untuk mentadbir dan memerintah berdasarkan hukum syara’. Jadi saya dengan ini menyokong sepenuhnya usul yang dikemukakan oleh Melor. Sekian, terima kasih.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar untuk membuat penggulungan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﲔ ﻤ ﻟﻈﱠﺎﻟ ا ﻰ ﻠ ﻋ ﻻﱠ إِ ﺪ ﻋ ﻻ ﲔ ﺘﱠﻘ ﻤ ﻠ ﻟ ﺔ ﺒ ﺎﻗ ﻌ ﻟ ﲔ ﻤ ﺎﻟ ﻌ ﻟ ا ﻪﻠﻟ ِ ﺪ ﻤ ﳊ ُا َة ﻟﺼﱠﻼ َْ َ َ ُ َ َْ ْ ُ ْ َْ َ ْ ُ وَا ْوَانَ وَ ُ َ َ وَا َ رَبِّ ْ َْ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﲔ ﻌ ﲨ أَ ﻪ ﺒ ﺤ ﺻ ﻪ ﻟ ﻰ ﻠ ﻋ ﲔ ﻠ ﺳ ﺮ ﻤ ﻟ ءِ ﺎ ﻴ ﺒ ﻧ َ ﻷ ﺮ ﺷ أَ ﻰ ﻠ ﻋ َ ْ ْ اْ ْ َ ﻟﺴﱠﻼ ْوَا َْ ْ َ وَ ءَا َ وَ َْ َ ْ ُ وَا َ َفِ َ َمُ ِ ﱄ ﻮ ﻗ ا ﻮ ﻬ ﻘ ﻔ ْ ﻳ ﺎﱐ ﺴ ِّ ﻟ ﻦ ﻣ ﺪ ﻘ ْ ﻋ ﻞ ُ ﻠ ﺣ ِي ﺮ ﻣ أَ ﱄ ِ ﺮ ﺴ ﻳ ﺪ ﺻ ﱄ ِ ﺮ ﺷ ا ـَ َ َةً ْرِي ْ ِرَبِّ ْ ُ ـَ َ ِّ ُ ْ ْ وَا ْ ْ ِّ َ وَ َ َحْ
ﳊﻜﻴﻢ ا ﻟﻌﻠﻴﻢ ا ﻧﺖ أ ﻧﻚ إ ﻋﻠﻤﺘﻨﺎ ﻣﺎ ﻻ إ ﻟﻨﺎ ﻋﻠﻢ ﻻ ﺳﺒﺤﺎﻧﻚ ا ﻗﺎﻟﻮ
ﻟﻌﻈﻴﻢ» ا ﻟﻌﻠﻲ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ ﻻ إ ة ﻗﻮ ﻻ و ل ﺣﻮ ﻻ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan di atas keizinan yang telah diberikan Yang Berhormat Dato’ Speaker kepada saya bagi mewakili kerajaan untuk menggulung dan memberikan pandangan kerajaan di atas usul persendirian yang telah dibawa oleh ADUN Melor sekejap tadi dan telah disokong oleh Yang Berhormat daripada Chempaka dan juga Gual Periok.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan yang ringkas ini untuk mengucapkan junjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan atas titah ucapan yang telah dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang, Dato’ Menteri Besar Kelantan semalam yang mana dalam titah ucapan tersebut dengan jelas Baginda Al-Sultan menyebut dan telah pun disebut beberapa kali oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan semalam dalam memastikan ketinggian agama Islam terus terpelihara. Beta menggesa kerajaan Beta kita semua terus memperkasa dan pertahankan perundangan dan juga institusi syariah negeri.
Saya ingin mengambil kesempatan ini Yang Berhormat Dato’ Speaker untuk juga menggulung perbahasan sebab menyentuh isu yang sama boleh dikatakan ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil peluang membahaskan titah ucapan tersebut menyentuh perkara yang sama bersesuaian dengan usul yang telah dibuat pada hari ini maka saya
mengambil peluang ini untuk menggulung, membuat penggulungan bagi kedua-duanya. Sebenarnya titah ucapan tersebut bukan sahaja menjadi panduan kepada kita Kerajaan Negeri Kelantan dalam mentadbir kerajaan negeri malah ianya sudah tentu menjadi inspirasi kepada rakyat seluruh negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, hadis yang dibacakan tadi sangat menyentuh perasaan ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat menyentuh hadis yang sama. Dan saya rasakan bahawa hadis ini sangat bertepatan dengan isu yang kita bincangkan ini, ianya benar-benar menyentuh tentang perkara-perkara yang sedang berlaku dalam negara kita terutamanya yang menyentuh tentang pengamalan agama kita islam di Malaysia ini. Izinkan saya sekali lagi menyebut hadis tersebut
م ﻹﺳﻼ ا ى ﻋﺮ ﻟﺘﻨﻘﻀﻦ Saya tanya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang,
ﻟﺘﻨﻘﻀﻦ ini maksudnya ikatan islam itu akan terurai tapi dalam kaedah Bahasa Arab ianya mashyur maknanya ada orang yang menguraikannya. Bukan diuraikan ataupun terurai dengan sendiri, tidak. Tetapi ianya diuraikan. Maknanya ada pihak yang akan berusaha untuk menguraikan ikatan islam itu. Ikatan islam ini kukuh ya tetapi ia boleh terurai dan ia tidak terurai dengan sendiri. Ada pihak yang sentiasa mencuba daripada masa ke semasa, kalau tak kena dengan cara ini, tak berjaya dengan cara ini maka mereka beralih menggunakan strategi yang lain dan akhirnya mereka berjaya. Kalau tidak satu, mereka tambah dua. Kalau berjaya dua mereka akan bergerak kepada tiga. Sebab itulah dalam hadis ini menyebut
وة ﻋﺮ وة ﻋﺮ م ﻹﺳﻼ ا ى ﻋﺮ ﻟﺘﻨﻘﻀﻦ Satu persatu. Mohon maaf ya. Satu persatu akan diuraikan. Kalau ada 100 tinggal 99, kemudian tinggal 98 ya.
وة ﻋﺮ ﻧﺘﻘﻀﺖ ا ﻓﻜﻠﻤﺎ Dan setiap kali satu terurai
ﺗﻠﻴﻬﺎ ﺎﺑﻟﱵ س ﻟﻨﺎ ا ﺗﺸﺒﺚ orang yang datang seberikutnya dia dah lupa yang satu itu. Dan dia berpegang kepada 99. Maka ia menganggap bahawa islam itu 99 sahaja. Bukan 100. Dah kurang satu daripada sendi islam. Dan apabila terurai dan ini terurai akhirnya yang tinggal satu sahaja. Itulah yang Nabi sebut bahawa
ﺗﻠﻴﻬﺎ ﺎﺑﻟﱵ س ﻟﻨﺎ ا ﺗﺸﺒﺚ akhirnya semakin berkurang, semakin berkurang, semakin berkurang.
ﻧﻘﻀﺎ ﳍﻦ وأو yang pertama yang akan diuraikan, akan di pecat daripada ikatan islam itu adalah pemerintahan dan hukum hakam islam. Itu dulu yang akan terurai. Dan itu dulu yang akan dipecat dan itu dulu lah yang menjadi fokus kepada musuh-musuh islam yang ini kita kena ingat. Hilangnya kilafah islamiah, apabila hilangnya kilafah islamiah kira-kira 100 tahun yang lalu ditangisi dua hari yang lepas dalam Facebook kita lihat hilangnya Kilafah Islamiah maka satu per satu ikatan islam terurai,
ة ﻟﺼﻼ ا ﺧﺮﻫﻦ وآ Hari ini ramai orang menganggap bahawa islam itu yang pentingnya sembahyang, yang pentingnya puasa, yang pentingnya berzakat. Tapi tuan-tuan percayalah kalau ianya terurai satu per satu akan ada generasi kita nanti yang akan menyatakan bahawa zakat juga tidak penting. Yang pentingnya sembahyang. Puasa juga tidak penting, yang pentingnya sembahyang. Sebab itulah Rasulullah SAW kata akhirnya yang akan terurai sembahyang itu sendiri. Maka apabila sembahyang sudah tidak ada
dengan itu terhapuslah agama islam dan inilah yang sentiasa dirancang oleh musuh-musuh islam. Saya rasa kita semua kena mengingati hadis ini dan patut kita hafal semua hadis ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berada di mahkamah Persekutuan ketika kes ini mula dibicarakan bagi mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan dan juga pimpinan-pimpinan Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan Negeri Kelantan di sana dan saya juga berada di sana bersama dengan pimpinan Kerajaan Negeri sewaktu ianya diputuskan. Walaupun sebenarnya kita bersedia menerima apa sahaja cabaran yang mendatang kerana beberapa rentetan peristiwa sebelum itu sudah boleh menggambarkan kepada kita apakah keputusan nanti yang akan dibuat.
Tetapi sebagaimana yang disebutkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi bahawa sebenarnya sukar untuk kita menerima hakikat bahawa 16 perkara dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019 yang telah diluluskan di sini, di dewan ini dan sebahagian daripada Ahli Yang Berhormat yang ada pada hari inilah yang meluluskan dan diluluskan juga secara sebulat suara sama ada Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada kerajaan ataupun Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang. Tidak ada seorang pun yang menentang. Unanimously. Kita luluskan di sini tetapi ianya telah terbatal sebanyak 16 perkara. Oleh siapa? Oleh kerana apa? Oleh kerana satu cabaran yang telah dibuat oleh seorang islam anak Kelantan yang walaupun ianya sebenarnya tidak pernah didakwa, tidak pernah terkesan pun dengan mana-mana peruntukan yang telah pun dibatalkan.
Sebab itulah antara alasan utama peguam-peguam kita adalah dia sebenarnya tidak ada locus standi, locus standi dalam istilah undang-undang untuk mencabar. Dan sebab itulah saya rasa kita semua sangat bersetuju dengan Tan Sri Abdul Rahman Sabri, Hakim Minority apabila dia dalam litarlah yang sudah menunggang yang begitulah ya dalam statement yang dibuat, dalam penghakiman itu dia kata pohon maaf kerana saya tidak mahu menterjemah, saya takut salah terjemahan menyebut dalam Bahasa Inggeris “It is understandable if non Muslim were to raise goes ground in challenging the constitutional validity of the implement prohibition but for muslim like the petiounous to do so it quit out of the world.”
Dia pelik. Dia kata saya tidak pelik kalau orang bukan islam tapi saya rasa sangat pelik kalau orang islam sendiri yang mencabar undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan berhubung dengan kesalahan-kesalahan jenayah-jenayah islam. Itu yang menjadi satu perkara yang sebenarnya pelik bagi kita yang baca hadis ﻟﺘﻨﻘﻀﻦ diuraikan. Saya pihak kerajaan tidak ingin menyentuh tentang keputusan yang telah dibuat sebagaimana yang telah disebutkan tadi bahawa ianya dibuat oleh mahkamah yang paling tinggi dalam sistem mahkamah kita tetapi cabaran itu dibuat terhadap diri kita. Hak kita selaku Ahli-Ahli Dewan Negeri disini. Dan dewan ini adalah dewan yang paling tinggi dalam membuat undang-undang dan diperingkat negeri dan dewan ini bukan sahaja di sini. Undang-undang yang kita luluskan di sini nantinya akan diberi the royal assent oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan sebelum ianya dilaksanakan.
Dan cabaran yang dibuat tadi adalah berhubung dengan hak kita untuk membuat undang-undang negeri terhadap rakyat kita. Berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama kita. Dan apa sahaja yang berkaitan dengan agama Islam ini telah diperuntukkan di dalam perlembagaan nantinya In Shaa Allah saya akan jelaskan sedikit masa lagi dan telahpun dijelaskan tadi.
Memang ada bidang kuasa kita yang disebut dalam perlembagaan dan telahpun diputuskan dalam beberapa kes. Dan sebagai preamble juga disebutkan tadi bahawa undang-undang Islam ini sebelum daripada kita dijajah adalah the law of the land disebut dalam kes Regina VS Williams, Fatimah VS Logan. Ini cerita sewaktu penjajahan dulu bahawa undang-undang bagi Tanah Melayu adalah undang-undang Islam dan Mohamedan Law disebutkan sebegitu Muhamedan Law, Islamic Law dia kata. Tetapi kita faham tragedi kepada mana-mana negara umat Islam yang dijajah adalah perkara pertama yang akan dilakukan oleh penjajah sebagaimana yang disebut oleh hadis tadi ialah meruntuhkan sistem negara. Dan dengan sendiri undang-undang juga akan diruntuh. Maka mereka memperkenalkan undang-undang mereka ya dengan berbagai cara residency system, residency system dengan cara penasihat undang-undang yang dibawa daripada Inggeris dan sebagainya. Dan akhirnya
sedikit demi sedikit undang-undang Islam yang telah dilaksanakan itu terbatal satu demi satu.
Apabila kita mendapat kemerdekaan ini juga adalah satu benda yang sebenarnya sangat menyentuh dan sangat menyedihkan kita. Memang dalam perlembagaan itu diperuntukkan Perkara 3(1) Islam of the religion of the federation Islam adalah agama bagi Persekutuan. Agama bagi Persekutuan maksudnya negara kita ini negara Persekutuan Malaysia ada agamanya. Agamanya apa? Islam. Kita sebagai seorang individu ada agama. Agama kita apa? Islam.
Apabila kita mempunyai agama bermaksud kita mestilah patuh kepada seluruh ajaran agama kita. Maka Negara kita juga sepatutnya mesti patuh pada seluruh ajaran agama Islam. Dalam perlembagaan tidak disebut pun. But istilah the formal religion. Agama rasmi tidak tetapi agama bagi negara bukan agama rasmi bagi negara.
Orang berhujah agama rasmi hanyalah diguna pakai dalam majlis-majlis rasmi sahaja. Itu yang di hujah. Sebenarnya tidak. Begitu perlembagaan menyebut agama bagi negara. The religion of federation. Sepatutnya semua pihak daripada rakyat sampailah kepada pihak yang paling tinggi dalam negara kita mahkamah dan juga para peguam hendaklah menterjemahkan peruntukan Perkara 3 itu sebegitu. Tetapi malangnya sehingga kini ia hanya diterjemahkan sebagai agama rasmi bagi negara.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ini hak kita sekali lagi saya tegaskan dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan, penegasan terhadap hak kita dan sangat setuju bahawa kita patut untuk melihat kembali 16 seksyen itu In Shaa Allah. Pihak kerajaan akan ambil komitmen itu. Dalam dewan ini tuan-tuan untuk makluman ada tujuh orang peguam yang bukan sahaja mendapat didikan guaman sivil tetapi juga syariah. Cukup di sini dan mereka cukup faham dalam hal ini tuan-tuan. Tetapi dalam kes Nik Elin ini kita nak bincangkan secara panjang lebar bukan keputusan yang dibuat. Tetapi kita berhak untuk mempertikaikan apakah niat sebenar disebalik cabaran tersebut. Dan apakah pula kesannya terhadap perlaksanaan undang-undang jenayah islam dan juga status mahkamah syariah. Bukan sahaja di negeri kita ini malah dalam negara kita.
Kita mempunyai hujah yang cukup apabila kita ingin mempertikaikan niat sebenar kerana kita telah melihat rentetan-rentetan peristiwa sebelum ini dan kita melihat juga siapa di sebaliknya. Orang-orang ataupun institusi-institusi disebaliknya kita melihat. Maka adalah valid untuk kita mempertikaikan niat sebenar mereka itu. Sebelum ini telah ada ciri-ciri sebenarnya yang cuba untuk mengambil hak mahkamah syariah ini. Kes yang terbaru iaitu kes cabaran Nik Elin ini bukannya kes terpencil. Bukan kes baru tetapi ia adalah ada dalam siri-siri kes-kes sebelum ini dan ini merupakan dan yang terbaru ya.
Kita semua tahu bahawa kedudukan mahkamah syariah dalam negara kita adalah sangat-sangat rendah. Ia hanyalah mahkamah negeri kalau nak dibandingkan dengan mahkamah sivil, kedudukan mahkamah syariah jauh lebih rendah daripada mahkamah yang paling rendah dalam sistem mahkamah sivil. Ambiklah orang yang paling alim dalam negara kita untuk menjadi hakim mahkamah tinggi syariah. Tetapi ianya hanya boleh membicarakan dan boleh menghukum lebih rendah daripada Majistret dalam mahkamah sivil hakim yang paling rendah dalam mahkamah sivil. Itulah kedudukan mahkamah syariah. Kuasa menghukum mahkamah syariah yang paling tinggi adalah Akta 355. Akta mahkamah syariah (Bidang Kuasa Jenayah 1984) yang hanya memperuntukkan tiga, lima, enam.
Tiga tahun penjara, denda setakat RM5 000 dan rotan setakat enam kali sebatan sahaja. Itulah bidang kuasa mahkamah syariah walaupun katakan yang menjadi hakim mahkamah itu, Allahyarham Qordawi dibawa ke sini. Ya kita tolong betulkan kalau salah.
Ahli Yang Berhormat sekalian satu tragedi dan satu penghinaan kepada kita umat islam negara kita yang kita warisi daripada nenek moyang kita yang disebut sebagai islam. Perundangan islam adalah lack laweall tapi akhirnya begitu. Dan dalam keadaan sebegitu kecik pun ianya sentiasa dicabar dan dicabar. Dalam banyak siri sebenarnya sebelum ini. Sebab itu saya kata kes baru ini bukan kes yang mula bukan kes terpencil, ia adalah siri dan ia adalah merupakan kes yang terbaru mempunyai maksud yang sama. Sebelum ini ia telah dicabar dan dicabar. Dan dicabarnya apa? Kononnya bidang kuasa mahkamah syariah sepatutnya terbatal kerana bertindih dengan bidang kuasa mahkamah sivil. Dan ini berlaku banyak kali sebelum ini.
Apa sahaja keputusan ada di antara keputusan yang sepatutnya dibuat oleh mahkamah syariah tetapi dibawa ke mahkamah sivil. Dan kadang-kadang keputusan itu telah pun dibuat oleh hakim mahkamah syariah ataupun pihak-pihak yang berauthority dalam hal ehwal undang-undang dibatalkan oleh mahkamah sivil. Tetapi Alhamdulillah sikap orang dulu-dulu ya terpuji termasuklah pihak kerajaan yang mana mereka melihat bahawa ini sepatutnya tidak boleh dibenarkan.
Sepatutnya mahkamah syariah dibenarkan berjalan kerana ianya diiktiraf ada dalam perlembagaan, ada bidang kuasanya. Mengapa mesti diperlakukan sebegitu dan mengapa mesti ada interference, ada gangguan daripada mahkamah sivil. Dan seolah-olah memberi gambaran kepada rakyat bahawa kalau boleh saya tidak bersetuju dengan mahkamah syariah. Bawak saja ke mahkamah sivil. Apa sistem sebegini? Sedangkan kita ada dua sistem undang-undang. Perlu dihormati. Maka kerajaan Alhamdulillah telah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal syariah dan sivil pada tahun 1988. Ini di ambil oleh kerajaan, tanggungjawab ini diambil oleh kerajaan Persekutuan.
Dibawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam maka untuk menyelesaikan masalah itu untuk menyelesaikan masalah pertindihan kuasa ini, masalah cabaran kepada mahkamah syariah ini dipinda perlembagaan. Nak pinda perlembagaan ini tuan-tuan memerlukan 2/3 majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat tetapi dipinda perlembagaan. Maknanya ahli Parlimen bersetuju semua masyarakat bersetuju untuk dipinda perlembagaan ini memberikan hak ekslusif kepada mahkamah syariah. Jangan ada lagi gangguan.
Dimasukkan perkara (1a) kepada perkara 121, 121(1a) buka perlembagaan akan ada perkara 121(1a). Yang mana 121(1a) ini memberikan hak eksklusif kepada mahkamah syariah untuk membicarakan dan menghukum apa sahaja kes yang termasuk dalam bidang kuasa mahkamah syariah tanpa ada lagi gangguan-gangguan. Interference ataupun dibatalkan oleh mahkamah civil. Dan kita lihat ada beberapa kes lepas itu. Dalam kes Muhammad Habibullah Datuk Talib pada tahun 1992, empat tahun selepas itu dan dalam kes Muhammad Hakimli lawan Majlis Agama Islam Majlis Persekutuan Tahun 1998 yang 10 tahun selepas itu mahkamah mengatakan bahawa mahkamah syariah ada hak dan tidak boleh dicabar. Bidang kuasa mahkamah syariah itu
adalah hak eksklusif mahkamah syariah. Dan ia adalah bidang kuasa hakim mahkamah syariah untuk membuat keputusan dan ianya tidak boleh dicabar lagi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, settle sepatutnya tidak ada lagi perdebatan. Tetapi itu yang saya katakan bahawa ini bukan satu perkara yang datang dengan tiba-tiba tetapi disusun, dirancang
ﻟﺘﻨﻘﻀﻦ
Haa ada pihak yang berusaha maka mereka mengusahakan dengan cara lain. Mereka tak cabar lagi bidang kuasa mahkamah syariah. Tapi mereka bawak cara baru, strategi baru. Hokni saya nak bagitahu Ahli-Ahli Yang Berhormat jangan terpedaya. Jangan kita mudah rasa apa istilahnya macam terkesima kea pa istilahnya begitu. Ya kita mudah terpedaya sangat. Orang alih sedikit strategi, kita pun percaya terus. Matlamat dia sama. Kita kena lihat, jangan lihat apa yang dia buat. Kadang-kadang dia buat nampak baik, tetapi
ﺎﺑﻃﻞ ﻬﺑﺎ اد ﻳﺮ
Apa yang dia nak sebenarnya adalah kebatilan.
ﺎﺑﻃﻞ ﻬﺑﺎ اد ﻳﺮ ﺣﻖ ل ﻗﻮ
Kata-kata yang nampaknya macam comel tapi apa yang sebenarnya dia nok itu, hoktu yang kita kena tengok. Kita kena berhati-hati dengan orang yang kita nampak dia ni sentiasa untuk merendahkan martabat islam, undang-undang islam ataupun mahkamah syariah. Kalu dia buat sesuatu kita jangan tengok apa yang dia buat. Tengok sebenarnya apa yang dia nak. Maka dia ubah strategi sebab dia tahu bahawa kalau gi kotni ada Perkara 121 yang menghalang kita. Maka apa dia buat strategi baru yang dia cabar adalah kita, Dewan Undangan Negeri. Dia kata ini bukan masalah mahkamah syariah. Ini masalah ini adalah undang-undang yang dibuat itu, undang-undang yang dibuat itu sebenarnya tidak sah daripada awal lagi. Maka mahkamah syariah itu mangsanya sahaja.
Mahkamah syariah itu tidak ada hak membicarakan sebab undang-undang itu dibatal. Siapa yang buat undang-undang itu batal? Dewan
Undangan Negeri sebenarnya buat undang-undang yang bukan dalam bidang kuasanya. Tok reti ko Dewan Undangan Negeri nya? Tok ngaji ko Dewan Undangan Negeri nya? Tahu doh bukan dalam bidang kuasa kita buat juga. Ha itu kesimpulannya.
Maka ramai orang yang, yang percaya, yang menerima perbahasan ini lihat saja dalam Tiktok, lihat saja dalam media sosial. Orang mula menyalahkan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tok kaji dulu ko nok buat undang-undang? Tok tengok dulu ko apa yang nak buat undang-undang? Ya maka tadi disebut istilah strategy indication. Ini istilah yang digunakan oleh kami pihak undang-undang untuk menggambarkan bahawa mereka berusaha. Tak berjaya hari ini bukan bermaksud esok juga tak berjaya. Gagal hari ini tak bermaksud esok juga gagal. Mungkin hari ini tak berjaya esok kita berjaya. Mungkin hari ini kita berjaya satu esok kita akan berjaya dua. Inilah yang digunakan istilah yang kita namakan strategy indication. Kita pun tahu lah niat dia yang sebenarnya.
Kalaulah hujjahnya semata-mata atas dasar bahawa berlaku pertindihan bidang kuasa maka ia nya telahpun diselesaikan. Dalam pindaan 121(1a) 1988. Tapi apabila mereka meneruskan juga cubaan sebegitu barulah kita tahu sebenarnya bukan itu isunya. Ada isu yang lain. Dan kita pun lihat dalam kes di Perak, Indira Gandhi. Satu dia menang di Perak dia akan pergi kepada lapan buah negeri untuk membatalkannya. Ini sedang berjalan. Lapan buah negeri. Dan kita masih lagi tak rasa apa-apa ke? Masih lagi kita tak rasa apa-apa ke dengan ini? Satu dia menang dalam kes Iki Putra di Selangor, dia datang ke Kelantan 16 kes dia batalkan di Kelantan. Tak rasa apa-apa ke lagi kita? Tak faham apa-apa ke lagi kita? Masih lagi kita tak mampu ke nak lihat niat sebenar ini?
Dan tuan-tuan apabila 16 kes di Kelantan terbatal ada enam buah negeri dalam Persekutuan Malaysia ini yang mempunyai peruntukan yang hampir sama dengan Kelantan. Masa itu apa mereka nak kata? Adakah nak kata bahawa kita Dewan Undangan Negeri Kelantan ini tidak pandai? Bagaimana dengan 16 buah negeri lagi yang mempunyai peruntukkan yang sama. Dan percayalah mereka akan bergerak ke sana. Kalaupun tidak satu per satu mereka akan pergi sekaligus 16 buah negeri satu masa, lihat. Mintak maaf bukan 16, 6 buah negeri, 6 buah negeri.
Dan tuan-tuan wilayah Persekutuan, wilayah Persekutuan, negeri wilayah Persekutuan dia tidak ada Dewan Undangan Negeri. Dewan
Undangan bagi wilayah Persekutuan adalah Parlimen. Dan wilayah Persekutuan ada Enakmen Kanun Jenayah Syariah. Dan yang meluluskan 1980 akta, dia panggil akta. Sebab diluluskan oleh Parlimen. Ya diluluskan oleh Parlimen. Dan akta wilayah Persekutuan berkenaan dengan jenayah syariah ini diluluskan oleh Parlimen dan mempunyai peruntukan-peruntukan yang, yang ada yang sama dengan kita. Diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen tuan-tuan.
Jadi adakah mereka nak kata bahawa Ahli-Ahli Parlimen itu juga tidak faham undang-undang. Meluluskan perkara yang bukan dalam bidang kuasa kita yang nantinya akan disaman. Yang nantinya akan dicabar. Dan mungkin juga akan diisytiharkan sebagai terbatal. Kita tuan-tuan menjadi tanggungjawab. Tanpa mengira siapa. Tadi pun saya merujuk kepada dua orang pembangkang bangun menunjukkan kebersamaan apabila kita nak supaya perkara ini digerakkan dan ditimbang semula dalam dewan pada bulan ini. Terima kasih kepada semua.
Dalam masa yang sama kita tidak boleh berhenti setakat itu dan mesti berjalan dan mesti menjelaskan kepada rakyat peranan kita. Ya bahawa kita mesti fahamkan kepada rakyat sebelum ianya diluluskan. Berapa kali sitting, bengkel yang kita buat melibatkan berbagai kepakaran, pegawai-pegawai kerajaan, penasihat undang-undang kemudian Ahli ulamak, JAHEIK, kemudian ada pula Majlis Agama Islam, kemudian barulah dibawa ke sini dalam bentuk draf. Rang undang-undang dibincangkan disini kemudian diluluskan. Barulah mendapat royal Ehsan untuk dilaksanakan.
Tuan-tuan saya ingin menjawab lagi beberapa benda dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, dibangkitkan kononnya DUN Kelantan diluluskan enakmen di luar bidang kuasa hal itu saya sudah jelaskan tadi tapi sebagai tambahan.
Ianya diluluskan pada tahun 1985 lagi tuan-tuan ya diluluskan pada tahun 1985 lagi dan kali terakhir dipinda pada tahun 2019. Sebab itulah namanya dia 2019 bukan baru tahun 1985 lagi. Ia nya berjalan dengan lancar secara selari dengan mahkamah sivil. Sebelum ini tidak ada masalah pun kita. Kenapa perlu ditimbulkan sebegitu? Bahkan dua undang-undang bagi kesalahan yang sama ini diiktiraf dalam amalan guaman kita. Disebutkan tadi oleh Chempaka dalam kes Ayah Pin Sulaiman Takrib lawan kerajaan Negeri Kelantan.
Begitu juga dalam kes Zee Publication Sdn. Bhd. Lawan kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2019. Yang mana Tun Raus Sharif mengiktiraf dualism mahkamah. Yang mana Tun pada waktu itu menyatakan bahawa selagi mana undang-undang negeri yang digubal tersebut adalah berkait dengan perintah agama islam ia adalah sah sekalipun bertindan dengan undang-undang Persekutuan. Bahkan dalam kes SUKMA Sasmita Atmadja Sukama dermawan Sasmita Atmadja yang sangat mahsyur. Lawan Ketua Pengarah Penjara Malaysia Tahun 1999. Ada dua undang-undang yang bertindih ianya boleh diselesaikan ada devise. Ada alat, ada cara untuk menyelesaikannya.
Dan cara ini juga melalui kaedah undang-undang iaitulah seksyen 59 Akta Taksiran 1967 yang mana seksyen ini menyebut bahawa where any action commission constituition of any offence, satu perkara yang boleh dikira sebagai satu jenayah. Under two or more return laws dibawah dua undang-undang yang berbeza ataupun mungkin tiga, umur dia kata. Ataupun mungkin empat. Dua, tiga, empat undang-undang yang mengatakan benda ini salah.
Disoffender yang melakukan kesalahan itu shall be liable to be prosecutor, ianya boleh didakwa and punish dan boleh dihukum under di mana dibawah either mana-mana satu undang-undang or any others law. Mana-mana satu undang-undang. Undang-undang A pun boleh, B pun boleh, kalau ada C, C pun boleh. Dengan syarat ianya tidak boleh didakwa dibawah dua undang-undang serentak dan di hukum dibawah dua undang-undang serentak kerana ianya dicegah oleh perlembagaan. Tidak ada masalah dan itu yang berjalan sebelum ini.
Pertindihan undang-undang adalah perkara biasa dalam Negara kita dan dibenarkan. Dan sebagaimana yang saya katakan tadi ada devise yang boleh menguruskan. Ini contohnya lagi, kesalahan membuang sampah. Ini ada ahli wakil rakyat kita sebut semalam. Kesalahan membuang sampah boleh dihukum dibawah undang-undang kecil negeri tersebut ataupun pihak Majlis Perbandaran dan juga ianya boleh dihukum dibawah Akta Alam Sekeliling 1974. Pilihlah ya.
Kesalahan mencuri boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan panel code, didakwa dibawah anti money laundry dan anti Terrorism Financing Act 2001, boleh. Perbuatan rasuah boleh dibawah Akta SPRM atau boleh juga dibawah kanun keseksaan. Ada dua undang-undang yang dilihat sebagai
dalam amalan guaman kita. Ada yang mengatakan bahawa kalau begitu kenapa tidak dibiarkan sahaja undang-undang sivil menjalankan undang-undang ini? Kerana hukumannya lebih berat, kan baik begitu? Menjawab semalam dalam perbahasan.
Berbeza tuan-tuan dengan undang-undang sivil dengan undang-undang syariah jangan disamakan. Sumbernya berbeza. Apa itu undang-undang sivil? Ada orang yang mengatakan ini bukan, bukan, bukan Qisas pun, bukan jenayah pun. Kalau Qisas memanglah sumbernya Al-Quran dan Hadis. Kalau jenayah memanglah sumbernya Al-Quran dan Hadis tapi Takzir sahaja. Betul Takzir sahaja tetapi Takzir sahaja ini adalah salah satu daripada cabang perundangan jenayah syariah.
Ada undang-undang jenayah yang berbentuk Qisas dan juga yang berbentuk Hudud sekiranya tidak menepati dan tidak memenuhi kriteria Qisas dan kriteria Hudud ia tidak boleh dihukum Hudud, dan tidak boleh dihukum Qisas. Tapi dia dibawa kepada Takzir dan jangan samakan, kena faham. Jangan bercakap tanpa ilmu, ya. Takzir itu ada undang-undang yang sebenarnya melibatkan Qisas dan juga Hudud. Tetapi tidak cukup syaratnya maka dia diturunkan kepada Takzir.
Dan Takzir itu sendiri bergantung ataupun dibahaskan mengikut maslahah Qawaid Syariah mengikut kaedah-kaedah usul fiqh bersandarkan kepada kaedah-kaedah yang ada dalam Al-Quran dan Sunnah oleh para mujtahidim. Maqasid kaedah dia dipandukan kepada kaedah Maqasid Al-Syariah. Maqasid Al-Syariah bukannya main-main. Yang bukan kata ambik aar ini hukum dia maka ia jadi Takzir sama dengan mahkamah-mahkamah persekutuan. Tidak ada asasnya tuan-tuan, ya. Sumbernya berbeza kaedah perbicaraan, راءات ﻹﺟ ا ون ﻗﺎﻧ
berbeza daripada kaedah sivil.
Kaedah kesaksian dan pensabitan kesalahan berbeza dengan kaedah sivil. Kelayakkan hakim juga bukannya sama malah berbeza daripada hakim-hakim mahkamah sivil jangan disamakan. Ya saya nak jawab hoktu dulu sebab ramai orang kata, orang kata Takzir. Takzir ini samalah dengan mahkamah sivil? Tak sama. Kalau ada negara-negara bukan islam menjalankan hukuman mati bagi kesalahan bunuh, boleh kita kata dia laksanakan Qisas? Boleh? Tak boleh. Walaupun kesalahan Qisas bunuh hukumnya bunuh. Tapi dia bukan kesalahan, dia bukan hukum Qisas. Dia
ada kaedah dia. Kita Qisas ada kaedah kita. Tak boleh nak katakan rupanya mereka juga melaksanakan hukum Qisas. Sebab apa? Sebab mati kepada orang yang membunuh, tak boleh. Jangan di samakan. Tinggal lagi ada orang kata perbahasan di luarlah bukan di dalam ini ya. Mereka lebih baik sebab hukumannya lebih berat. Kenapa lebih berat? Kerana negara kita memperuntukkan kepada mahkamah syariah. Undang-undang, kuasa menghukum yang terlalu kecil. Sebab itu kita kecil. Sebab itu undang-undang kita kurang. Sebab kita tidak ada kuasa. Itu yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Gual Periok tadi. Sepatutnya apabial melihat bahawa mahkamah sivil ada bidang kuasa yang besar, ada bidang kuasa yang kecil jangan di ambil kuasa mahkamah syariah. Apa yang perlu dilakukan adalah perkasakan mahkamah syariah. Ini yang kita katakan Akta 355 itu perlu diperkasakan. Ada orang kata kenapa masa kerajaan PN itu tak buat. Saya ada senarai yang panjang. Kalau saya ada masa saya boleh baca apa yang dibuat. Dan sepatutnya disambung. Saya ada senarai satu per satu apa yang telah dibuat dan diperingkat akhir pun dan sepatutnya disambung oleh kerajaan sekarang. Perkasakan. Itu bukan memperkasakan mahkamah syariah, itu meruntuhkan. Tindakan itu bukan memperkasakan, meruntuhkan mahkamah syariah.
[TEPUKAN MEJA DARI SEMUA AHLI DEWAN NEGERI ]
Panjang lagi ke Yang Berhormat ?
Kalau boleh saya nak tanya Yang Berhormat Dato’ Speaker, …
Sebab kita ada penggulungan titah ucapan selepas ini.
Sebenarnya panjang lagi Dato’ Speaker, Dato’ Speaker hentikan saya saja apabila dirasakan perlu.
Terpulang pada Yang Berhormat.
Tegok doh la Dato’ Speaker tegur kita. Ok saya ada beberapa lagi perkara yang saya mohon Dato’ Speaker untuk benarkan sebab ada beberapa perkara yang disebut diluar sana yang kita perlu jawab….
Kalau boleh Yang Berhormat boleh sambung dalam penggulungan perbahasan titah boleh sambung…
Ada lagi masa ?
Ada, ada …
Ok saya percaya saya punyai masa lagi, saya habis dalam masa 5 minit untuk penggulungan kali ini Yang Berhormat Dato’ Speaker. Ok ada orang kata dan semalam pun saya rasa dibangkitkan oleh Kota Lama tapi Kota Lama tidak bermaksud sebegitu. Berapa kes sebenarnya yang telah pun didakwa berhubung dengan kesalahan 16 seksyen ini sebenarnya. Tarikh kuatkuasa kanun ini adalah pada 21.11.2021. Dan daripada tarikh itu 21.11.2021 sehingga 08.02.24, lebih kurang berapa tu, lebih kurang dalam dua tahun lebih ya, tidak saya dimaklumkan oleh hakim, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Kelantan tidak ada satu kes pun yang didakwa. Dia nak tanya saya apa? Dia nak bagitahu saya YB apa sibuk sangat, takde pun didakwa. Undang-undnag ini tak perlu pun dia kata. Kenapa nak sibuk sangat, tak perlu pun undang-undang ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, undang-undang adalah untuk mencegah daripada jenayah dilakukan oleh rakyat dan sifatnya kerajaan mesti buat undang-undang sebelum ada rakyat melakukan kesalahan. Bukan nak tunggu rakyat buat kesalahan baru kita buat undang-undang,
tidak. Dan satu benda satu berita baik apabila tidak adanya satu kesalahan pun menunjukkan bahawa undang-undang …….. [MASALAH AUDIO]
….. Timbalan Menteri Besar ada siri yang kedua selepas pada ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu cadangan bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini merakamkan kekesalan dan sangat berdukacita atas pembatalan 16 peruntukan dibawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Enakmen 14 dan menggesa penggubalan semula peruntukan-peruntukan yang dibatalkan tersebut. Dengan demikian saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.
Usul dipersetujukan.
Cadangan tersebut diterima dan diluluskan.
Semalam seramai 16 orang ahli telah mengambil bahagian dalam membahaskan usul junjung kasih Titah Ucapan D’Raja. Dan hari ini kita mintak pihak kerajaan untuk membuat penggulungan kepada perbahasan yang telah dilakukan semalam. Silakan mana-mana Ahli Exco yang nak membuat penggulungan. Sila.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih atas Titah Tuanku di dewan semalam. Dan beliau juga telah menyentuh mengenai isu industri perlancongan. Saya mengambil sikap bahawa hampir kesemua yang bercakap dan menyebut tentang perlancongan itu menandakan bahawa
mereka sangat cakna dan bahawa perlancongan sebagai satu industri untuk memajukan di antara lain-lain. Industri memajukan ekonomi negeri ini sangatlah penting dan wajarlah sesuai yang diterap oleh Kebawah Duli Tuanku untuk kita semua mengembleng tenaga untuk memajukan industri pelancongan di negeri kita ini.
Yang keduanya banyak cadangan yang di kemukakan saya mengambil maklum dan saya mencatat banyak perkara dan In Shaa Allah di mana terdapat kemampuan kita dari segi kewangan kita akan cuba laksanakannya. In Shaa Allah, mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit ialah macam Yang Berhormat Dabong mintak cable car, haa itu, saya kata bagus itu, saya pun seronok juga naik cable car ini. Dan sewajarnya orang Kelantan dpun kena beso-beso dengan cable car tapi mengadakannya mungkin tidaklah pada masa yang terdekat ini, In Shaa Allah.
Dan cadangan juga daripada Yang Berhormat Dabong berkenaan para gliding punya aktiviti. Sebenarnya kita pun sedang merancang benda yang sama untuk Gunung Reng di Jeli. Dan In Shaa Allah sedang mengenalpasti beberapa persatuan yang terlibat di dalam aktiviti ini. Jadi nanti apabila dia datang ke Gunung Reng di Jeli kita bawak ke Dabong jugak.
Dan satu hal juga berkenaan dengan Air Terjun Jelawang ataupun Air Terjun apa itu Air Terjun Dabong kan, aar Stong, Stong aar Gunong Stong. Betul dia yang tertinggi bukan sahaja di Kelantan tapi juga di Malaysia tetapi kategori dia bukan air terjun yang straight. Dia multi tier, tiga tingkat itu, haa kategori itu kita tertinggi, yes.
Kemudian berkenaan dengan program berakit yang disebut oleh ADUN dari Galas, saya berkesempatan untuk sama-sama mengikuti program ini, saya rasa macam budak-budak pulak kita, Alhamdulillah kembali pada umur 15 tahun, 16 tahun berakit. Saya sangat-sangat nak rekomen kalau dapat, kalau masa ada kita akan mengadakan program ini kalau tuan-tuan, kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat tengok dalam calendar of event. Program berakit ini akan diadakan di tempat yang sama pada bulan September nanti In Shaa Allah dengan anjuran bersama dengan Pejabat Tanah Jeli. Ooo saya nak rekomen, nak cadangkan supaya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat cuba daftar untuk mengambil bahagian di dalam acara ini. Very interesting.
Dan Tendong ada mencadangkan satu pertandingan bola empat pejuru, ASEAN melibatkan empat buah negara anggota ASEAN saya sangat mengalu-alukan program ini, In Shaa Allah kita boleh duduk bincang bagaimana kalau dapat diadakan pada tahun ini. Ataupun kalau tidak kalau duit mengcukupi kalau tidak kita tunda tahun depan. Kita sebenarnya perlu kepada lebih banyak international exposure. Pendedahan di peringkat Antarabangsa ni, Kelantan ini sangat-sangat memerlukan lagi. Beberapa tempat diluar negara kita pergi orang tanya Kelantan itu dekat mana. So saya ingat program seperti ini di mana banyak terlibat penyertaan Antarabangsa boleh membantu dalam memperkenalkan Kelantan ke dunia luar. In Shaa Allah.
Jadi itulah lebih kurang perkara-perkara yang ingin saya bangkitkan dalam masa penggulungan ini. Terima kasih Dato’ Speaker.
Yang Berhormat?
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj Mohd Nasarruddin Haji Daud Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan dan juga para pemerhati yang turut bersama pada pagi ini. Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan bersama-sama dalam membuat penggulungan pada pagi ini sempena penggulungan junjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2024.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan syabas kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi perbahasan menjunjung kasih khususnya ahli-ahli yang telah menyentuh portfolio Belia Sukan, NGO Dan Perpaduan Masyarakat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bersempena dengan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V yang menekankan kita tentang golongan belia bagi menceburi diri di dalam bidang keusahawanan dan kemahiran dengan mewujudkan lebih banyak peluang-peluang perniagaan, latihan kemahiran serta pendekatan teknologi digital dalam perniagaan bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk membina generasi anak muda Kelantan yang kalis masa depan.
Diperingkat Kerajaan Negeri berbagai aktiviti telah dirangka pada tahun 2024 selaras dengan konsep keenam, dokumen induk penghayatan “Membangun Bersama Islam”, anak muda sebagai generasi kalis masa hadapan. Melalui plan strategik U-BES (Urusetia Belia Dan Sukan) bagi tahun 2024 kita telah menggariskan lima strategi untuk mencapai hasrat membina usahawan anak muda usahawan yang kalis masa depan.
Strategi pertama adalah memperbanyakkan kursus kemahiran kepada anak muda. Di mana kita telah merangka 14 kursus kemahirannya In Shaa Allah yang akan kita jalankan sepanjang tahun 2024 yang mana kita mensasarkan penglibatan belia seramai 325 orang. Di mana antara cadangan kursus-kursus adalah kursus-kursus yang bersifat kemahiran yang sama ada yang telah dijalankan sebelum ini dan juga pengurusan bagi kursus-kursus yang baru In Shaa Allah.
Manakala bagi siri kedua ialah mendidik usahawan muda tentang pengurusan perniagaan. Kita sedar selain daripada kemahiran asas ataupun kemahiran teknikal tentang sesuatu bidang, pada masa yang sama soft skill ataupun kemahiran pengurusan juga perlu. Lantas kita merancang lima program, lima program yang melibatkan pengurusan yang kita mensasarkan penglibatan lebih kurang 125 orang belia yang mencakupi Kursus Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Kewangan, Pemasaran, Pengurusan Cukai, dan juga Pengurusan Roadmap Perniagaan.
Manakala bagi strategi ketiga untuk membantu usahawan muda dalam menyediakan dana perniagaan. Kita juga sedar bahawa selepas mereka mempunyai kemahiran hard skill, mereka mempunyai kemahiran soft skill, mereka juga memerlukan dana untuk memulakan perniagaan. Jadi kita menyediakan melalui dana belia niaga, bantuan dana perniagaan terpilih dengan syarat usahawan belia tersebut perlu mengikuti program-
program yang telah dianjurkan oleh U-BES. Jadi bermaksud mereka menyertai program hard skill, mereka mempunyai soft skill, so selepas itu mereka mempunyai peserta-peserta yang terpilih kita menyediakan dana bagi mereka.
[ DATO’ TIMBALAN SPEAKER MENGAMBIL ALIH TUGAS SEBAGAI SPEAKER] Jadi buat permulaannya kita akan fokus kepada tiga bidang. Pertamanya kedai gunting lelaki, yang kedua kedai gunting wanita dan In Shaa Allah selepas ini kita akan memulakan juga untuk dana bagi kursus servis telefon In Shaa Allah dengan kerjasama syarikat swasta.
Yang keempat ialah strategi meningkatkan ekonomi belia Kelantan. Kita sedar bahawa ramai juga dikalangan belia yang tidak mempunyai pekerjaan hok ado di kampung-kampung. Jadi kita bekerjasama dengan pihak industri untuk program penempatan belia bagi tujuan pekerjaan yang kira sebagai langkah mengeksport tenaga daripada Kelantan untuk berkhidmat di negeri lain dan dengan kepakaran ilmu dan kemahiran yang ada In Shaa Allah suatu hari nanti mereka akan pulang untuk berkhidmat di Kelantan.
Bagi program ini kita mesti mensasarkan seramai 300 orang anak muda. Manakala strategi yang kelima, adalah Kebudayaan Usahawan Belia ataupun Usahawan Digital Kelantan. Program ini kita mengadakan kerjasama dengan MDEX bagi membimbing belia Kelantan berkemahiran dalam industri perkhidmatan digital. Dan kita mensasarkan lebih kurang 200 orang usahawan yang akan terlibat. Dan In Shaa Allah bagi merealisasikan usaha ini pihak kerajaan bercadang mentransformasikan Pusat Belia di medan usahawan untuk kita tukar kepada Pusat Usahawan Digital Kelantan ataupun Kelantan Digital Enterpreneurship Central, In Shaa Allah.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, dalam Titah Tuanku Al-Sultan juga ada menyentuh berkenaan pembinaan projek Madinah Ar-Riadah iaitu Kompleks Sukan Bukit Merbau. Alhamdulillah dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak Kementerian Belia Dan Sukan, Jabatan Kerjaraya dan Agensi-Agensi Persekutuan Dan Negeri. Untuk makluman dewan yang mulia ini, sehingga kini kemajuan fizikal melibatkan kerja-kerja tanah telah mencapai lebih 50%. In Shaa Allah kita harap agar
pembangunan Ar-Raudah ini dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Seterusnya saya ingin respon pada beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Dabong ada menyentuh tentang cadangan menjadikan Dabong sebagai pusat aktiviti belia dan beliawanis di daerah Dabong berikutan banyak tempat-tempat yang sesuai untuk diadakan kem di daerah Dabong.
Untuk makluman Yang Berhormat melalui plan strategik yang telah dirangka juga pihak U-BES telah merangka program khusus untuk diadakan di kawasan Dabong pada tahun 2024 iaitu anak muda tawan Gunong Stong. In Shaa Allah program ini akan melibatkan sebanyak tiga siri yang melibatkan 40 orang peserta setiap siri, jadi kita menjangkakan sasaran peserta seramai 120 orang yang akan berada di Dabong selama 3 hari dan 2 malam di kem, In Shaa Allah.
Antara pengisian yang khusus yang dicadangakan adalah meliputi modul kerohanian, motivasi dan kepimpinan. YB Kuala Balah, YB Kuala Balah ada mencadangkan belia di Kelantan digalakkan untuk memilih bidang kemahiran dibawah TVET termasuk memberi pengiktirafan kepada rakyat yang memberi kemahiran mengikut bidang di bawah National Occupational Skill Standard ataupun NOSS. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat di dewan yang mulia ini, pihak Exco ataupun Jawatankuasa telah mengadakan beberapa perbincangan awal dengan pihak Universiti Sains Islam Malaysia dan pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran Kelantan (JPKK) berkenaan perlaksanaan TVET khusus pada golongan belia Kelantan.
Antara Program yang akan ditawarkan makna dalam perbincangan awal ataupun sebenarnya boleh dikatakan perbincangan akhirlah kita In Shaa Allah kita akan muktamadkan. Programnya adalah SKM 3 Diploma Kejurulatihan Bina Insan Negara yang mengambil masa hanya 10 hari untuk mendapatkan sijil yang diiktiraf kerajaan. Maknanya program itu hanya mengambil masa 10 hari dan akhirnya peserta akan mendapatkan sijil. Tapi ia berasaskan pada asas kemasukan berdasarkan pengalaman-pengalaman yang telah diperolehi sebelum ini. Maknanya bukan kata semua orang boleh hanya mereka yang mempunyai asas yang ataupun
pengalaman yang bersesuaian akan layak menggunakan kerusi ini dan selepas 10 hari mereka akan layak mendapat Diploma.
Dan In Shaa Allah sekiranya program ini kita dapat laksanakan program-program Diploma ini akan menjadi pilot projek untuk kita mengadakan program-program lain selepas pada itu.
Dengan kerjasama erat daripada pihak Kerajaan Persekutuan dan di pihak Kerajaan Negeri saya yakin banyak lagi program sebegini boleh di atur untuk membekalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh belia di Kelantan. Memberi pengiktirafan SKM 1 ataupun SKM 2 kepada belia-belia Kelantan yang telah pun berkemahiran. Macam sekarang ini kita banyak belia-belia yang sudah berkemahiran tetapi tidak ada sijil jadi kita boleh ketengahkan perkara tersebut terutamanya untuk Sijil Kemahiran Gunting Rambut, Menjahit, Membaiki Kenderaan dan sebagainya.
Yang ketiga YB Tendong, YB Tendong ada menyentuh tentang satu padang bola, satu DUN. Untuk makluman di peringkat NGO serta perpaduan masyarakat peringkat negeri kita telah mengadakan perbincangan awal tentang isu ini dan In Shaa Allah penyelarasan akan diadakan dengan UPEN dan kita telah, kita akan memanggil mesyuarat di peringkat jawatankuasa peringkat negeri yang melibatkan Pejabat-Pejabat Tanah dan juga Majlis-Majlis Daerah untuk mengenal pasti padang-padang ataupun lokasi yang sesuai untuk dibangunkan padang-padang di setiap DUN.
Peningkatan kita adalah pertama sekali kita akan mengenal pasti DUN-DUN yang sudah ada. Jadi kalau padang yang sudah ada, padang tersebut perlu penambahbaikan. In Shaa Allah kita akan fikirkan dana-dana yang bersesuaian.
Kemudian mungkin ada DUN-DUN yang memang tidak ada padang. Mungkin selama ini dia menggunakan padang sekolah ataupun padang-padang tertentu. Jadi mungkin In Shaa Allah kerajaan akan mempertimbangkan apabila telah dikenalpasti lokasi yang sesuai kita akan mengangkat pada kerajaan mungkin untuk pengambilan tanah supaya akhirnya dalam di Negeri Kelantan ini semua DUN sekurang-kurangnya mempunyai satu padang yang memenuhi piawaian
Antarabangsa ataupun at least orang kata saiz yang boleh kita mengadakan liga DUN In Shaa Allah. Jadi itu hasrat kerajaan.
Yang keempat, YB Tendong juga ada membangkitkan tentang SUKMA. Dan sebenarnya ada dalam soalan mulut tadi yang tak sempat dijawab dan mungkin esok pun ada tapi saya rasa saya sebut sekarang tentang sasaran Kelantan untuk SUKMA 2024 di Sarawak.
Untuk pengetahuan dewan yang mulia, ni bila bercakap tentang SUKMA ni, cabaran yang besarlah. Terutama saya sebagai Exco yang bertanggungjawab sebab berdasarkan rekod 2018, pencapaian kita 6 emas, 7 perak dan 13 gangsa. Jumlah keseluruhan ialah 26. Dan dari segi ranking kita nombor dua daripada bawah 2018. 2022 rekod kita 3 emas, 8 perak, 10 gangsa. Jumlah pingat 21. Dan dari segi ranking, masih lagi nombor dua daripada bawah.
Jadi untuk SUKMA 2024 di Sarawak daripada Majlis Sukan Negeri sasaran kita adalah 58 pingat melibatkan 20 emas, 10 perak dan 28 gangsa. Dan In Shaa Allah kita akan mendoakan agar atlet-atlet kita dapat berlatih dengan baik dan dapat menghasilkan prestasi yang baik berdasar sasaran yang telah ditetapkan.
Dan yang terakhir YB Kota Lama ada menyebut tentang fenomena anak muda yang anak muda Kelantan yang bersedia dalam bidang keusahawanan menyebut tentang Khairul Aming, Alhamdulillah di peringkat kerajaan pun kita mengambil perhatian dan mengambil berat tentang perkara tersebut.
Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan diperingkat Kerajaan Negeri telah pun merancang ataupun telah mengadakan sebenarnya perjumpaan khusus bersama-sama influencer Kelantan yang melibatkan usahawan-usahawan untuk kita bersama-sama mencari skop ataupun ruang kerjasama. Walaubagaimanapun masih lagi diperingkat awal dan kita bersedia lagi untuk bertemu dengan mana-mana influencer yang terlibat.
Dan Alhamdulillah di Kelantan juga kita mengadakan program khusus dibawah U-BES iaitu rakan strategik pempengaruh muda yang mana tujuannya adalah untuk mendapatkan input dan pemasaran, brainstorm kepada Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mereka mempengaruhi yang mempunyai perniagaan. Jadi itu pun salah satu kerjasama yang kita
telah adakan, kita akan mewujudkan rakan strategik, influencer atau pempengaruh anak muda.
Dan semestinya kita berharap dengan proses ini dapat melahirkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan pempengaruh yang berjaya. Akhir sekali saya ingin maklumkan di sini bahawa untuk sesi 2024 ini secara umumnya urusan belia dan sukan Negeri Kelantan kita sudah merancang bagi tahun 2024, kita merancang sebanyak 128 program yang melibatkan belia sukan, NGO, usahawan dan juga perpaduan masyarakat yang sasaran peserta bagi keseluruhan program adalah seramai 130 000 anak muda Kelantan, In Shaa Allah.
Akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, sebagai akhirnya saya ingin merakamkam ucapan terima kasih dan tahniah di atas kecaknaan Ahli-Ahli Yang Berhormat terhadap Portfolio Belia Dan Sukan, NGO Dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan dan berharap kita dapat memikul amanah ini bersama-sama terus maju ke hadapan di mana kejayaan sesuatu perancangan itu diperingkat kerajaan sudah tentunya adalah untuk manfaat rakyat. Itu sahaja,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Dan juga Perpaduan Masyarakat. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan & Hubungan Seranta. Ok baik mungkin ada pertukaran daripada senarai yang saya ada. Saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita. Silakan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker di atas kebenaran untuk saya bersama-sama dalam sesi penggulungan pada kali ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pantai Irama dan juga Kota Lama yang
telah menyantuni portfolio Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita secara khusus.
Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan atas keprihatinan dan kecaknaan baginda. Mengenai program terutamanaya mengenai program Skuad Kita Cakna (SKC) dari U-Kekwa, Alhamdulillah.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pasir Tumboh yang menyentuh perkara ini dan saya amat-amat menyambut baik saranan Yang Berhormat Pasir Tumboh yang mencadangkan agar peruntukan SKC ditambah agar lebih ramai lagi golongan SKC ini. Saranan inisiatif kebajikan ini turut disemarakkan bukan sahaja oleh kerajaan semata-mata tetapi oleh juga agensi, syarikat korporat, yayasan NGO dan juga orang perseorangan juga amat baik dan wajar disebut oleh semua pihak. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, program SKC telah dilaksana sejak tahun 2011-2023. Pasukan SKC di 45 DUN telah berjaya menyantuni lebih daripada 50 ribu orang dari golongan Mustadafin yang perlu disantuni dan memerlukan bantuan kebajikan.
Saya juga mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada di sini dan yang lalu kerana telah berjaya melaksanakan program Skuad Kita Cakna ini dengan terbaik.
Untuk makluman dewan SKC ini telah diperluaskan ke peringkat SKC mukim pada Oktober 2020. In Shaa Allah pada tahun ini kita bercadang untuk mengadakan himpunan Skuad Kita Cakna untuk menyelaras dan memantapkan gerak kerja SKC. Bermula pada tahun ini Skim Latihan Sukarelawan sosial bertauliah juga akan diusahakan bagi melahirkan lebih ramai tenaga sukarelawan kebajikan yang terlatih dan berimpak tinggi di negeri Kelantan.
Saya juga berharap aktiviti SKC ini akan mendapat lebih banyak sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Juga kita sama-sama doakan semoga kepada golongan ini dipercepatkan iaitu dengan pembayaran royalti kepada negeri Kelantan.
Keduanya berkaitan mengenai Majlis Penasihat OKU Negeri Kelantan yang diutarakan oleh Pantai Irama dan juga Majlis Persefahaman Persatuan OKU Kelantan. MPON dan juga MPPOK. Kelantan menjadi
negeri peneraju perubahan dalam banyak perkara termasuklah berkaitan kecaknaan kepada warga OKU. Alhamdulillah Kelantan telah berjaya menggubal melancarkan dasar OKU Muqarrabun pada 20 Jun 2023. Dasar ini diwancanakan secara meluas bermula pada tahun ini dan agar ianya difahami oleh segenap masyarakat demi untuk kepentingan golongan OKU ini.
OKU Negeri Kelantan atau singkatnya MPON sudah pun mencecah usia tujuh tahun sejak penubuhannya daripada 2016. MPON diangkat dan diluluskan oleh MMK 2016 dan juga ia kali pertama daripada iaitu kali pertama pada 2017. Kelantan menjadi perintis kepada penubuhan MPON ini dan seterusnya ianya diikuti oleh Negeri Selangor dan juga Terengganu.
MPON menjadi satu medium menghimpun pelbagai pemain industri utama dalam isu OKU serta diwakili oleh agensi-agensi berkaitan untuk mempastikan pembangunan OKU ini dibincangkan secara bersepadu dan memastikan hak dan kepentingan OKU ditangani sewajarnya berasaskan dasar Negeri Kelantan. Ia juga akan dimunafaatkan untuk membentuk satu sistem sokongan yang bersepadu untuk mendaya upayakan warga OKU ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada sidang 2024 hingga 2028 ini MPON akan terus diperkasakan peranannya melalui perlantikan Ahli-Ahli Majlis yang baru dengan gandingan pelbagai tenaga pakar dari pelbagai bidang dan agensi yang berkaitan.
Manakala dalam usaha memperkukuhkan penggerak ataupun penggiat OKU, Kerajaan Negeri Kelantan turut dibantu oleh Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan yang sangat komited dalam mengurus perihal berkaitan OKU khususnya di Kelantan dan Malaysia amnya. Ianya adalah gabungan NGO-NGO yang ada di Kelantan dan yang uniknya penggerak MPPOK ini adalah terdiri daripada warga OKU sendiri yang sangat luar biasa kebolehannya.
Berdasarkan dasar OKU Muqarrabun MPPOK secara aktif telah menyelaras dan membantu menyemarakkan usaha advokasi dan mendidik warga OKU. Dan juga komitee untuk melahirkan warga OKU yang Mukorrobun iaitu OKU yang mendekatkan diri kepada Allah dengan rasa syukur dan juga redho kepada Allah SWT. Kelantan juga menjadi
negeri yang pertama melantik secara rasmi penyelaras pembangunan OKU PPO di 14 Parlimen di seluruh negeri Kelantan. PPO terdiri daripada warga OKU sendiri dan amat komited menjalankan tugas mereka tanpa sebarang alasan.
Tugasan utama adalah PPO menyelaras dan membantu usaha pendaftaran OKU di setiap Parlimen secara aktif dan juga tersusun. PPO juga terlibat menjadi Duta OKU bersama team PPOK yang lain untuk melatih dan membimbing sukarelawan OKU di seluruh negara secara aktif.
Mengikut rekod bilangan OKU yang berdaftar di Kelantan sehingga 31 Januari 2024 adalah seramai 49 006 orang. Untuk keseluruhan tujuh kategori OKU suka saya menyeru dan mengambil kesempatan ini agar semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan semua pihak agar dapat membantu kempen pendaftaran OKU dan memastikan semua OKUmempunyai kad OKU. Jadi ianya munafaatkanlah sistem semakan maklumat OKU yang dibangunkan oleh pihak JKM. Lebih 20 munafaat dan kemudahan yang dinikmati oleh warga OKU dan penjaganya yang disediakan oleh pelbagai agensi.
Dikesempatan ini saya merakamkan ucapan penghargaan kepada semua penggerak MPPOK dan semua Ahli MPON sejak dari sidang pertama hingga sekarang yang terus komited yang tidak jemu melaksanakan, memperjuangkan hak, tanggungjawab dan pendidikan serta pembangunan diri untuk OKU. Semoga dengan segala usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam menjaga kesejahteraan warga OKU dan golongan lemah akan mendatangkan pertolongan Allah SWT buat negeri dan rakyat Kelantan.
Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai isu kemiskinan rakyat secara umumnya khususnya miskin bandar yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Lama kerana ianya juga ada berkait mengenai kebajikan rakyat. Kerajaan Negeri melalui perkhidmatan yang disediakan oleh U-KEKWA dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan tanpa gagal menyalurkan bantuan-bantuan kebajikan kepada mereka yang layak. Dan berkeperluan secara saksama secara rangkuman ringkasnya hampir 30 jenis bantuan yang diberikan kepada klien secara bulanan ataupun one off iaitu mengikut kelayakan masing-masing untuk menangani kemiskinan rakyat secara jangka pendek.
Antara program jangka panjang juga melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kita melaksanakan program 2 Years Exit Programme (2yep). Iaitu satu program jangka panjang iaitu untuk membantu klien JKM keluar dari kepompong kemiskinan. Peserta akan dibimbing secara dekat untuk mereka menjalankan perniagaan menjana ekonomi diri dan juga keluarga dalam masa sasaran iaitu dua tahun.
Mengikut rekod JKM seramai 636 orang peserta telah menyertai 2yep Exit Programme ini iaitu bermula tahun 2016 sehingga 2023. Seramai 339 daripada 636 peserta tersebut telah berjaya ditamatkan bantuan bulanan mereka iaitu sebanyak 53.3%.
Purata pendapatan bulanan peserta tersebut antara RM1500 sehingga RM5000 sebulan. 10% peserta yang ditamatkan bantuan 2yep ini memperolehi pendapatan RM5000 ke atas. Dan ada yang mencecah pendapatan sehingga RM15 000 sebulan.
Antara motivasi pihak kita adalah menjadikan penerima bantuan ini iaitu mereka akan bertukar menjadi pembayar zakat. Iaitu daripada penerima zakat kepada pembayar zakat. Kebanyakkan peserta yang berjaya adalah dalam bidang kedai makan, jual kek, Spa dan juga Spa selepas daripada bersalin, bekam dan lain-lain lagi aktiviti. Akhirnya terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi perhatian dan kecaknaan pada semua program yang di anjurkan oleh U-KEKWA.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT. Sedikit pantun
Kain tenun indah disulam, Dihias indah anyaman rotan, Kelantan Membangun Bersama Islam, Terus melangkah menerajui perubahan.
Sekian,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar. Silakan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا
ِ ِ ِ ﻪﻠﻟﱠ ا ʭ ﺪ ﻫ أَنْ ﻻ ﻮ َ ﻟ ﺪ ﺘ ﻬ ﻨ ﻟ ﻨﱠﺎ ﻛ ُ ﺎ ﻣ َا ﺬ ﳍ ʭ ﺪ ﻫ ِي ﻟﱠﺬ ا ﻪﻠﻟ ﱠ ﺪ ﻤ ﳊ ا َ َا َ َا ُ ُ َ ْ ِيَ َ ْ ـَ َ وَ َِ َ ْ َْ Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, atas ruang untuk saya menggulung perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Muhammad Ke V. Pertamanya saya ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V di atas Titah Ucapan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2024 yang telah sempurna dibaca oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan pada hari pertama persidangan.
Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ada turut menyentuh portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar sebagaimana termaktub secara terperinci di dalam muka surat 10 dan 11 buku Titah Ucapan tersebut yang menggambarkan harapan besar Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada penggal ini.
Keduanya, syabas dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan terutamanya 9 Ahli Yang Berhormat daripada Pulai Chondong, Dabong, Galas, Gual Periok, Mengkebang, Chempaka, Tendong, Pantai Irama dan Gaal yang menyentuh portfolio saya. In Shaa Allah kerajaan menyambut baik segala cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian dan In Shaa Allah akan di nilai serta akan dibincangkan diperingkat kerajaan. Saya akan respon kepada beberapa perkara penting
yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam kesempatan masa yang terhad ini.
Sebagaimana yang kita ketahui Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber khazanah alam sekitar yang mana air yang sejuk mengalir daripada Nenggiri sehingga ke Ayer Lanas dan pantai terbentang luas daripada Pengkalan Kubor ke Semerak yang mana kesemuanya jika kita tambah baik dan juga pandai manipulasi In Shaa Allah akan menjadi sebagai daya tarikan utama untuk menarik lebih ramai pengunjung luar untuk berkunjung ke negeri Kelantan. Telah disebut dalam titah khas mengenai pembinaan taman rekreasi dan taman permainan di negeri Kelantan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sebanyak 263 taman rekreasi dan permainan berada dalam 12 PBT dalam negeri Kelantan. Dan saya ingin menyentuh mengenai pembangunan taman rekreasi Kolam Air Panas Tok Bok yang telah di sentuh secara khusus oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titah ucapan.
Taman rekreasi Kolam Air Panas Tok Bok ini telah didirikan di atas tanah seluas 5.83 ekar dengan nilai pembangunan keseluruhan berjumlah RM6 670 000 yang mana telah dimajukan secara bersama oleh PKINK, Jabatan Landskap Negara dan juga Majlis Daerah Machang dengan peruntukan daripada KPKT dan juga Kerajaan Negeri yang mana sekarang kita dalam proses untuk menyiapkan taman Air Splash yang mana sekiranya siap taman ini akan memberikan nilai tambah kepada kolam Air Panas Tok Bok yang sedia menyediakan Air Panas. In Shaa Allah dengan adanya kolam, taman air splash ini, taman tema air terbaru akan menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Machang sebagaimana ramainya pengunjung yang berkunjung ke Dabong, “Train To Dabong”.
Dan untuk makluman semua saya ingin membacakan hasil kutipan taman rekreasi Air Panas Tok Bok sepanjang pembukaannya bermula pada September 2022 iaitu pada September sehingga Disember 2022 jumlah pengunjung seramai 22 567 orang dan pada tahun 2023 jumlah pengunjung 56 326 orang dan kutipan pada tahun 2023 setahun penuh sebanyak RM365 232. Dan untuk jumlah pengunjung sehingga Februari 2024 iaitu RM8 870 dan kita percaya dengan siapnya naik taraf keseluruhan konsep pembangunan dalam kolam Air Panas Tok Bok akan
menjayakan lagi program promosi tahun melawat Kelantan kita pada tahun ini.
Pulai Chondong juga menyentuh mengenai projek perumahan Rumah Mampu Milik di Machang. Untuk makluman Kerajaan Negeri dalam proses untuk menangani projek Perumahan Berangan Mek Nab di atas tanah milik PMBK Development yang mana akan dimajukan oleh Syarikat KMDI Berhad yang akan menawarkan sebanyak 312 unit bangunan yang mana 229 unit rumah teres harga biasa dan 59 unit rumah teres RMK sederhana.
Seterusnya saya ingin respon kepada YB Dabong mengenai isu kesihatan yang mana Yang Berhormat bertanyakan status di Klinik Kesihatan Dabong yang mana setakat ini tiada khidmat X-Ray di Dabong yang mana kita sebut sebagai Stand Alone X-Rray. Setakat ini Jabatan Kesihatan Kelantan telah mengangkat kertas cadangan pada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 10 Januari 2024 untuk diadakan X-Ray Stand Alone dengan anggaran peruntukan RM2.8 juta untuk diletakkan di Klinik Kesihatan Dabong, dan juga Klinik Kesihatan Jeli, Kuala Balah iaitu RM1.4 juta bagi setiap unit.
Dan untuk Pusat Dialisis setakat ini belum sampai masa untuk dibina Pusat Dialisis di Dabong kerana setakat ini untuk rekod hanya 4 orang sahaja yang menjalani dialisis daripada DUN Dabong dan mereka mendapatkan rawatan dialisis di Hospital Jeli.
Dan saya pada mesyuarat bersama dengan Menteri Kesihatan pada 31 Disember 2023 ada memohon supaya ditambah baik khidmat ambulans untuk Klinik Kesihatan di kawasan pedalaman dengan menyediakan ambulans yang daripada kenderaan pacuan empat roda untuk meluaskan lagi khidmat dan memberikan kesihatan yang sempurna kepada semua penduduk di pedalaman.
Seterusnya mengenai persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN Gaal iaitu berkaitan keceriaan di pintu masuk ke Kelantan, khususnya yang menjadi sempadan antara Kelantan dan Terengganu. Majlis Daerah Pasir Puteh telah mengambil langkah menceriakan pintu masuk Kelantan dengan menaik taraf sebagaimana kedai, tandas dan landskap di Medan Selera Bukit Yong bagi memastikan keceriaan di tempat tumpuan pintu masuk utama di Kelantan iaitu Bukit Yong.
Selain itu pihak Majlis Daerah Pasir Puteh juga turut memohon peruntukan bagi menaik taraf surau di Medan Selera Bukit Yong. Terdapat beberapa komponen yang telah dilaksanakan dan dalam perancangan oleh pihak Majlis Daerah bagi memastikan kemudahan asas yang selesa serta keceriaan dapat diberikan kepada para pengunjung yang memilih Bukit Yong sebagai kawasan rehat dan rawat.
Yang pertama tandas awam sedia ada telah dirobohkan dan dibina semula menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dibawah Program Kesejahteraan Rakyat pada tahun 2021 dan telah mula dibuka untuk kegunaan awam. Yang kedua bangunan medan selera, tapak parking, kenderaan awam dan sistem perparitan telah siap di baik pulih serta di naik taraf menggunakan peruntukan daripada KPKT pada tahun 2023 dan dijangka akan dibuka pada bulan hadapan. Dan permohonan peruntukan untuk naik taraf surau, landskap dan pencahayaan telah di angkat pada Kerajaan Negeri melalui program kesejahteraan rakyat bernilai RM60 000 yang akan mula dibina pada tahun ini termasuk untuk membina menaik taraf papan tanda ataupun tugu di kawasan sempadan tersebut. Sebelum ini ada portrait Kebawah Duli Yang Mulia Al-Sultan yang mana telah tanggal In Shaa Allah kita akan bina baru.
Mengenai masalah di sempadan antara Bukit Yong dan juga Jerteh sebagaimana kita dimaklumkan oleh Yang Berhormat terdapatnya sebuah quari yang mana lalulintas kawasan tersebut telah terganggu dengan berlakunya keluar masuk lori-lori yang membawa bahan batuan quari yang mana menggunakan pintu masuk RnR Bukit Yong sebagai jalan utama. Dan pada tahun lepas kita telah mengadakan mesyuarat dengan pihak JKR untuk mencari jalan terbaik bagi membolehkan kawasan RnR dapat disinggah oleh para pengguna jalan utama daripada Jerteh ke Bukit Yong setakat ini belum ada lagi keputusan yang tuntas mengenai penyelesaian tersebut.
Juga daripada ADUN Gaal menyatakan bahawasanya ada tanah seluas 500 ekar di Mukim Kandis yang sedia untuk dicadangkan sebagai tapak untuk dibina Rumah Mampu Milik Kelantan kita akan nilai kawasan tersebut. Dan persoalan daripada Yang Berhormat Galas, perancangan bandar lama Gua Musang.
Untuk makluman Yang Berhormat pihak Majlis Daerah Gua Musang telah menaik taraf dan membaik pulih setiap kemudahan yang rosak iaitu yang
berfungsi sebagai pengasingan laluan motor dan laluan pejalan kaki untuk mengelak daripada berlaku jenayah ragut dibawah program Bandar Selamat. Jabatan Perancangan Dan Landskap juga telah menaik taraf pencahayaan laluan utama bandar lama dan ada cadangan jalan baru bagi menyambung Bandar Lama Gua Musang dengan LPT Sungai Teras Kampung Lembaga sebagaimana yang telah diwartakan dalam rancangan Jajahan Gua Musang In Shaa Allah jika berjayanya kita membina jalan baru In Shaa Allah bandar lama Gua Musang akan kembali maju dan ceria.
Kita juga telah menambahkan unit-unit kedai dan menyediakan medan selera lebih selesa dan menarik untuk menarik tumpuan pengunjung luar dan penduduk setempat untuk terus masuk ke bandar yang lama. Mengenai Air Panas Ber pihak Majlis telah menerima satu proposal daripada syarikat Asian Kitchen Sdn Bhd membangunkan kawasan kolam air panas Ber bagi kawasan peranginan baru mengeksploitasi potensi sumber tersebut dan cadangan ini dalam peringkat penelitian di pihak Pelaburan Negeri Kelantan.
Dan mengenai perniagaan taman-taman awam pihak Majlis telah menaik taraf taman awam di taman tasik sebanyak RM500 ribu iaitu dibawah peruntukan Jabatan Landskap Negara dan menaik taraf taman awam Taman Tasik Perumahan Bandar Utama sebanyak RM500 ribu dibawah peruntukan di bawah Jabatan Landskap Negara. Taman awam yang baru disediakan ialah bertempat di jalan Kaya Setia dahulunya di kenali sebagai jalan KESEDAR INN dibawah peruntukan negeri sebanyak RM700 ribu dan pembaikian peralatan permainan yang rosak di Taman Tasik Perdana Gua Musang menggunakan peruntukan majlis sebanyak RM19 ribu. Saya percaya dengan projek-projek yang telah dilaksanakan oleh pihak negeri membuktikan bahawasa kita tidak mengetepikan kedudukan Galas sebagai pembangkang dalam dewan ini.
Dan untuk makluman Galas bahawa disenaraikan taman rekreasi dan taman awam yang ada Musang Ecopark yang viral sekarang ini yang mana menjadi tumpuan pengunjung untuk berhenti solat di masjid Buluh, Taman Botani, Taman Tertitir, Taman Rimba Wangi, Taman Awam Jalan Kaya Setia, Taman Rimba, Taman Awam Tasik Perumahan Bandar Utama satu kawasan yang luas, saya dan Galas pun berjiran satu taman yang
mana ada Bukit Durian sedia untuk hiking pada awam dan juga takdok masalah kalu nok gatih basikal petang-petang, kawasan yang amat luas.
Dan seterusnya mengenai cadangan Pantai Irama untuk mengangkat tanah seluas 10 ekar di Kampung Nenasi Mukim Rusa bawah DUN Pantai Irama kita telah mengangkat tanah ini untuk dimajukan ke Jabatan Perumahan Negara untuk dibina PPR untuk Parlimen Bachok dan telah diluluskan yang sebagaimana kita tahu peruntukan bajet tahun ini untuk dibina 178 unit Rumah Mampu Milik di Tendong dan setakat ini status tanah PTG telah mengangkat kertas kepada MMK untuk memasukkan syarat sekatan kepentingan dalam geran hak milik dan In Shaa Allah telah keluarnya geran kita boleh terus masukkan plan bangunan dan In Shaa Allah kita akan buat pemilihan kepada bakal pembeli rumah di Tendong.
Dan untuk Gual Periok memandangkan isu yang dibentangkan melibatkan cadangan supaya ditubuhkan daerah kecil pentadbiran sebagaimana di Dabong dan juga di Lojing kita perlu meneliti cadangan ini kerana akan diberi impak kewangan melibatkan pertambahan kakitangan dan juga bidang kuasa yang perlukan mesyuarat terperinci diadakan diperingkat kerajaan.
Saya rasa itu sahaja yang saya ingin berikan respon. Saya ucap terima kasih pada semua Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh dan memberikan cadangan yang baik untuk pihak kerajaan nilai dan In Shaa Allah sekiranya berpotensi dan baik kita akan cuba laksanakan In Shaa Allah.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta. Dipersilakan Yang Berhormat.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih.
ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا
Izinkan saya membaca satu kata-kata pandangan Sheikh Muhammad Abduh
ﺎﺑﳌﺴﻠﻤﲔ ب ﳏﺠﻮ م ﻹﺳﻼ ا
Islam perlaksanaannya, kemurniaannya terhalang akibat tangan orang Islam itu sendiri. Sempena dengan penggulungan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terlibat dengan perbahasan ucapan Titah Tuanku Al-Sultan dan juga yang mengemukakan soalan-soalan mulut serta perbahasan usul tadi termasuklah ada 11 Ahli Yang Berhormat yang menyentuh portfolio saya. Jadi sehingga maghrib ini tak habis lagi ni kalau sentuh satu persatu. Jadi saya ringkaskan. Pertamanya saya nak sentuh Galas yang ada juga menyebut ada bertanyakan pasal hal ehwal Orang Asli termasuklah memperkasakan program dakwah pada orang Asli termasuklah khusus kepada JHEDA. Jadi sebenarnya diperingkat unit dakwah bahagian dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah merangka plan strateginya pada 2024 ini ada suku tahun pertama, kedua dan ketiga. Jadi untuk suku tahun pertama ini umpamanya telah dilakukan satu program untuk melatih pendakwah pelapis bagi orang-orang Asli telah dilaksanakan pada Januari yang lalu. Dan pendakwah-pendakwah pelapis orang-orang Asli ini dipilihlah dikalangan orang Asli itu sendiri yang mana mereka dilantik dengan modul-modul tertentu untuk memberi training balik tarbiah kepada orang-orang Asli. Dan apa untuk suku yang ke seterusnya akan diadakan pada bulan Oktober hingga Disember nanti.
Dan seterusnya beberapa program dakwah telah dilaksanakan umpamanya pemantapan post Muallim yang ini akan pergi ke pos-pos orang Asli ialah umpamanya pada Januari hingga Mac ini ada Pos Hau Tuel, Pos Lojing yang kita target. Dan apa nama pos-pos yang lain seperti Poa Balar, Pos Pasik akan apa dilaksanakan pada suku yang kedua dan ketiga. Program seperti solat jumaat di Pos Balar, ziarah perdana pos-pos orang Asli ini menjadi satu program dakwah yang kita laksanakan sepanjang tahun ini dan apa kos yang diperuntukkan sebanyak RM100 ribu tidak termasuk kos yang telah dinyatakan oleh Galas. Jadi maksudnya ada tambahan-tambahan kos diperingkat kerajaan Negeri.
Kemudian diperingkat Chetok, Chetok ada menyentuh tentang hari ini bagaimana untuk mendidik anak-anak muda kita hingga mereka dapat memberi komitmen kepada masjid. Hari ini kita tengok fenomena Subuh macam Jumaat, ya kerajaan Negeri Kelantan juga turut melaksanakan kempen tersebut dan apa baru-baru ini pada bulan Rejab kita telah melancarkan bulan solat di Masjid Muhammadi dan memang ruang-ruang masjid itu dipenuhi di semua tempat.
Jadi Subuh memang macam Jumaat. Bukan setakat di masjid Muhammadi sahaja. Bahkan di masjid-masjid yang lain termasuklah masjid Kubang Kerian, masjid Pasir Mas dan masjid-masjid mukim yang lain diadakan kempen ini bukan setakat dan Alhamdulillah Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan pada NGO-NGO mahupun selebriti mahupun siapa sahaja yang menjalankan kempen ini. Kita tidak melihat kepada siapa mereka itu tetapi apabila mereka melaksanakan kempen untuk Subuh macam Jumaat ini dengan kita memberi galakkan dan kita menyokong sepenuhnya kerana untuk menghadirkan anak-anak muda ke masjid ini bukan mudah. Ia adalah program-program yang sukar sebelum daripada ini. Tapi Alhamdulillah kini menjadi satu fenomena.
Kalau kita tengok di masjid-masjid umpama Masjid Bukit Tiu pernah mereka menganjurkan program anak-anak muda seperti pertandingan takraw, badminton, berjalan seribu langkah, memancing, bola sepak, kain sarung, pertandingan sukan rakyat, mendaki Bukit Bakar, BBQ dan lain-lain lagi dan dilaksanakan di masjid-masjid yang lain. Yang saya tengok bukan setakat masjid besar, masjid mukim melaksanakan program ini pada setiap Jumaat bahkan pada pagi selain daripada Jumaat dengan
memberi saguhati kepada jemaah-jemaah cilik untuk wang saku ke sekolah seumpama RM5 atau RM10.
Jadi kebanyakkan masjid mungkin laksanakan perkara ini. Ini dilaksanakan secara baik. Dan lapan ADUN lagi iaitulah Dabong, Gual Periok, Chempaka, Tendong, Gaal, Melor dan Kota Lama apa nama menyentuh hal ehwal yang berkaitan syariah, perlaksanaan syariah tadi. Cuma Kota Lama dia menyebut ada sedikit kenapa kita tak jaga, tak menjaganya sehingga terbatal seksyen-seksyen itu.
Jadi apa saya kira apa yang dijawab oleh Temangan Dato’ Timbalan Menteri Besar tadi juga masuk dalam ucapan apa jawapan kepada saya jugalah. Arr tupey sebab apa dan In Shaa Allah akan diulas dan dijawab sebab beliau adalah pengerusi undang-undang dan apa Cuma saya nak sebut sebab tadi pembawa usul Timbalan Menteri Besar pun menyebut apa satu hadis yang besar,
وة ﻋﺮ ﻟﺘﻨﻘﻀﻦ
Saya bawa pendekatan tafsir Al-Azhar Buya Hamka dia ada menyebut, dia menyatakan bahawa sebagai muslim janganlah kita melalaikan hukum Allah. Dalam tafsir beliau dalam tafsir ayat-ayat berkaitan dengan perlaksanaan syariah.
Jadi sebagai Muslim janganlah kita melalaikan hukum Allah SWT dalam maksud, jangan kita merencatkan, merombak segala hukum yang sudah sedia ada termasuklah hukum itu hukum berkaitan dengan hukum Allah SWT tentu dalam Al-Quran, Hudud, Qisas dan yang tidak ditentukan dalam Al-Quran. Yang ditentukan oleh pemimpin iaitulah Takzir. Maka Takzir pun tidak boleh dirombak kerana Takzir juga adalah hukum syarah yang mana ia adalah dimasukkan dalam bab feqah yang diambil daripada feqah Islam iaitulah feqah itu maksud dia
،ا ﻟﺘﻔﺼﻴﻠﻴﺔ ا ﻟﺘﻬﺎ أد ﻣﻦ ﳌﻜﺘﺴﺒﺔ ا ﻟﻌﻤﻠﻴﺔ ا م ﺎﺑﻷﺣﻜﺎ ﻟﻌﻠﻢ
Ilmu yang diambil daripada hukum-hukum syarat yang amali yang dilaksanakan oleh mukalllaf yang di ambil dari dalil-dalil tafsili. Dalil tafsili ini semua ulama’ kata selain daripada Quran dan Hadis ijmak KIAS ia juga termasuk dalil-dalil yang ulama’ berselisih tetapi di ambil
menjadi suatu pendekatan untuk hukum-hukum tertentu umpamanya Takzir seperti istihsan, istishab hukum syara’ Man qablana, saddu zara’i dan lain-lain yang tidak boleh saya ulas pada hari ini memakan masa sehingga Maghrib.
Jadi maksudnya hukum Takzir apabila diputuskan oleh pemerintah ia adalah hukum syara’. Jadi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, muslim khususnya di Kelantan. Saya sendirilah apa mengajak, menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat tak kiralah pembangkang ataupun siapa sahaja supaya mana-mana hukum setelah dia jadi diwartakan apatah lagi diperkenalkan oleh Tuanku Sultan untuk dilaksanakan maka hendaklah kita memberi sokongan sepenuhnya. Dan kita mesti nasihat kepada mereka yang ingin mencabar, merungkai tadi,
ﻟﺘﻨﻘﻀﻦ
Untuk rungkai ataupun rombak tadi supaya jangan sebab dia adalah satu perkara yang sudah baik. Jadi apa semua sekalilah tak kira siapa kita mintak dalam memartabatkan hukum Islam ini dan kita menyokong penuh usul tadi supaya seksyen-seksyen yang telah terbatal supaya dapat dibawa balik walaupun bawak balik itu bercanggah tapi dengan undang-undang tapi sebenarnya kita kena faham tokoh-tokoh perundangan dahulu kita telah menyebut secara jelas seumpamanya saya tengok Tun Hamid dalam apa sistem kehakiman dan perundangan di Mesir satu wawasan pada 02 April 2001, Tun Hamid telah pun menyebut bahawa perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan peruntukan baru kepada Perkara 121 iaitu klausa 1a peruntukan itu mudah sahaja apa yang terdapat dalam bidang kuasa mahkamah syariah, mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa mengenainya.
Jadi maksudnya pertikaian perundangan pada hari ini sebenarnya tidak perlulah apabila diberi kuasa pada mahkamah syariah dan telah di undang-undangkan kita tidak boleh tidak perlu lagi menimbulkan polimik-polimik sehingga mengelirukan masyarakat kebanyakkan dan Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim sendiri di dalam bukunya yang menyebut bukunya yang bertajuk “Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia” yang diterbitkan oleh Institut Kefahaman Islam pada tahun 1997 menyebut penguatkuasaan undang-undang Jenayah Islam itu adalah satu kewajipan yang dikenakan oleh Allah SWT kepada
pemerintah Islam. Kepatuhan kepada undang-undang jenayah itu tidak semestinya bergantung kepada undang-undang duniawi untuk memperkuatkuasakannya. Ini kerana peruntukan-peruntukan undang-undang itu telah terdapat di dalam Al-Quran Dan Sunnah dan ia semua belum dan tidak boleh dimansuhkan oleh sesiapa. Jadi berdasarkan persoalan yang semua sekali akan dibahaskan oleh Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar nanti dan saya menyentuh sikit tadi sebagai juga menyentuh portfolio saya supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat sekali lagi dapat memberi sokongan yang sepenuhnya dan selepas daripada ini tidak membawa naratif-naratif yang boleh mengelirukan masyarakat khususnya berkaitan dengan enakmen Kanun Jenayah Syariah yang telah terbatal seksyennya. Sekian setakat itu sahaja,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada ke semua lima yang Berhormat Exco yang telah membuat penggulungan kepada perbahasan ke atas Titah Ucapan Diraja. Ahli-Ahli Berhormat sekalian saya berhasrat untuk menangguhkan sidang. Marilah kita sama-sama tangguhkan sidang kita pada tengahari ini dengan tasbih kafarah dan juga Al-Asr. Sidang akan bersambung semula pada jam 02.30 petang.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.45 TENGAHARI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 02.30 PETANG.
PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 2.30 PETANG
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sidang dewan akan disambung dengan penggulungan ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V. Saya mempersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital & Inovasi untuk membuat penggulungan bagi pihak kerajaan. Dipersilakan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, sepanjang perbahasan Titah Ucapan Diraja Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Muhammad V tidak ada yang menyentuh portfolio saya. Maka saya tidak ada penggulungan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tidak ada yang sentuh portfolio Yang Berhormat. Baik seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan juga Komoditi untuk membuat penggulungan. Dipersilakan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang pertama saya ingin menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V Al-Sultan Kelantan di atas titah perasmian. Yang Berhormat Dato’ Speaker, keperluan mengadakan bekalan makanan yang secukupnya sebagai keselamatan makanan atau food security semakin menjadi perhatian ketika dunia dilanda pelbagai krisis semulajadi atau buatan manusia yang menggugat pengeluaran makanan. Antaranya termasuklah kemarau, banjir, gempa bumi, pencemaran, ketandusan tanah, kepupusan ikan, konflik, dan peperangan serta gangguan terhadap rangkaian bekalan makanan.
Sektor pertanian kekal sebagai penyumbang kedua ekonomi Kelantan yang menyumbang sebanyak 22.8% di belakang sektor perkhidmatan yang menyumbang sebanyak 69.2%. Dalam sektor pertanian pada tahun 2023 ialah faktor cuaca memainkan peranan yang significant dalam pengeluaran hasil pertanian. Kemarau Elnino yang melanda menjejaskan hasil padi dan tanaman-tanaman lain. Hasil padi di Kelantan tahun 2023 merosot sekitar 30% yang melibatkan kerugian kira-kira RM2.7 juta akibat cuaca panas. Kemerosotan hasil padi ini melibatkan kawasan seluas 7800 hektar membabitkan seramai 1123 orang petani.
Selain itu, turut menyaksikan Negeri Kelantan dilanda banjir yang turut menjejaskan hasil pertanian petani di negeri ini. Faktor cuaca isu ketelibatan petani muda turut dititikberatkan bagi mengatasi isu petani tua atau uzur, farmers aging yang dianggarkan hanya sekitar 15% sahaja daripada golongan belia di negeri ini yang terlibat dalam bidang pertanian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menyentuh perihal Kelantan Jelapang Makanan Negara berkaitan kejayaan perlaksanaan Program Skim Bantuan Al-It’am, perancangan pembangunan kilang padi dan pembangunan kilang makan ternakan In Shaa Allah yang akan kita realisasikan dan sedang dalam perbentukan jawatankuasa dan juga persiapan tapak.
Sebagaimana yang kita sedia maklum saya mendapati seramai 7 orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil peluang dalam sesi perbahasan menyentuh perihal sektor pertanian, penternakan, padi dan
keterjaminan makanan negeri Kelantan. Pasir Tumboh menyentuh perihal Kelantan sebagai jelapang makanan negara dengan keperluan jawatankuasa food security negeri berfungsi mencari langkah terbaik dengan membangunkan tanah-tanah terbiar serta menyediakan inisiatif bagi menarik golongan generasi muda berminat dalam bidang pertanian. In Shaa Allah dengan kepimpinan baru dibawah Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi Jawatankuasa Food Security Negeri Kelantan pastinya akan menyusun strategi yang lebih tuntas dalam memastikan makanan negeri berada pada landasan yang tepat dan terus diperhebatkan.
Seterusnya cabaran dalam menyediakan modal kepada para petani dalam menjalankan projek-projek pertanian dan penternakan sememangnya di akui antara punca kurangnya minat dikalangan anak muda menceburi sektor pertanian dan penternakan. Tambahan ujian kegagalan ekoran kacau ganggu binatang, serangga-serangga, penyakit-penyakit haiwan dan tumbuhan. Perubahan iklim yang tidak menentu membuatkan sektor ini sebahagian mereka menganggap berada 3D, dangerous, difficult, and dirty. Berisiko, payoh dan kotor. Barangkali Pasir Tumboh menyentuh perkara ini memandangkan keperluan kepada penambahan bajet. In Shaa Allah sekiranya ada rezeki Kerajaan Negeri akan mempertimbangkannya.
Yang Berhormat Chetok, memberi cadangan tentang pengecualian bayaran sewa tanah-tanah tol para petani. Biasanya melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah, di sana dibincang untuk diberi pengurangan bayaran tol kepada para petani yang sebenarnya sudah dikira berpatutan kerana bayarannya tidaklah terlalu tinggi dan dapat diberi pengurangan dengan cadangan oleh Yang Berhormat ADUN masing-masing.
Pasukan khas sebagai orang tengah bagi menguruskan hasil pertanian dan penternakan yang dicadangkan tersebut memang sesuai dan peranan ini In Shaa Allah akan dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan yang mana antara peranannya ialah membantu pemasaran hasil-hasil pertanian.
Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan juga sedang rancak membangunkan Rong Chenok Agro Valley, ni kawasan Chetok la ni. Melibatkan tanaman hidroponik, menjadi pusat pertanian hidroponik
negeri. Fetigasi, tanaman tebu, ternakan lembu Naim Beef, ternakan rusa tanaman rumput napier, ternakan ayam pedaging. Dan cadangan pembangunan infrastruktur untuk melengkapkan rancangan Rong Chenok Agro Valley ini termasuk disebut jambatannya, jalan. Memang kita akui amat perlu untuk pembangunan agro pelancongan di tempat ini.
Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada peruntukan dan kewangan In Shaa Allah daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang kita telah membuat permohonan. Saya bersama Ahli Jawatankuasa Portfolio Pertanian Indsutri Agro Makanan Dan Komuditi sentiasa bersedia membantu dalam melengkapkan perusahaan Agro Pelancongan yang berpotensi yang kita telah bangunkan di beberapa tempat juga dengan kerjasama Exco Pelancongan yang sebelum ini dan yang sekarang.
Untuk makluman Chetok, sektor pelancongan yang kita telah buat di Tanah Tinggi iaitu di Lojing yang mana berpotensi tinggi untuk kita perhebatkan. Mengambil contoh projek Nuklears Green Valley, Lojing dan Green Heart Farm di atas tanah hak milik Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad telah memberi hasil positif dengan dapat mengeluarkan produk-produk hiliran yang berkualiti. Dan juga projek ladang anggur Lojing, projek sayur-sayuran premium yang pernah diiktiraf oleh badan-badan berwajib sebagai antara sayuran dan tomato yang terbaik di Asia dan juga di Malaysia. Dan ia sekaligus selari dengan Plan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2019-2023 dalam mengadakan projek pelancongan hijau di Lojing yang pernah dulu disebut sebagai Kota Agro Lojing.
Terima kasih kepada Kuala Balah yang menyentuh tentang Program TVET Pertanian. Program ini telah diperkenalkan Kerajaan Negeri melalui agensi kerajaan iaitu Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) yang merupakan salah satu usaha pihak kerajaan untuk membantu pelajar sekolah tahfiz dan pondok di negeri ini agar dapat melahirkan anak-anak didik pelajar yang bukan sahaja alim ataupun mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang agama dalam bidang pengajian kitab-kitab Turots tapi juga ada kemahiran dalam bidang-bidang seperti pertanian dan penternakan untuk memberi sumbangan fardu kifayah kepada masyarakat dan sumber ekonomi kepada mereka. Dari sejumlah 35 pondok dan 45 pusat tahfiz yang terlibat dalam program Gempa Pondok Dan Tahfiz dengan projek pertanian dan projek industri
asas tani serta projek penternakan dan perikanan setakat ini baru-baru melibatkan lima pusat pendidikan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai projek perintis Pondok Dakwah Islamiah Sri Permai Kampung Permata Sungkai, Pasir Puteh. Dengan SKM tahap 3 iaitu penggendalian tanaman cendawan menggunakan kaedah Rumah Cendawan Moden.
Pondok Al-Fununiah Al-Ghazaliah Tunjong, operasi pengeluaran tanaman SKM Tahap 3, Fast Agro Farm Pasti Tok Guru, Kampung Wakaf Pasir Puteh, operasi pengeluaran tanaman SKM Tahap 3. Maahad Tahfiz Darul Ulum Meranti Pasir Mas, operasi pengeluaran tanaman SKM Tahap 3. Maahad Tahfiz AlQuran AlBalaghulmubin, Kampung Rong Chenok, Tok Uban Pasir Mas dalam operasi Aquakultur Air Tawar iaitu SKM Tahap 2 dan Tahap 3 dalam operasi ladang poltri.
Seterusnya Yayasan Kebajikan Anak Yatim Kelantan Taman Sabariah Kota Bharu, SKM Tahap 3 dalam operasi pengeluaran tanaman. Jadi saya ucap terima kasih kepada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia terutama Bahagian Pengtauliahan dan Bahagian Hubungan Industri dan kerjasama strategik yang banyak membantu KPKB dalam urusan SLDN ini, Sistem Latihan Dual National.
Seterusnya persoalan yang ditimbulkan oleh Gual Periok ia sememangnya kita mengharapkanlah pertimbangan Kerajaan Persekutuan dengan seumpama bayaran pampasan atau peruntukan yang setimpal bagi menghargai pengorbanan Negeri Kelantan dan juga negeri-negeri Pantai Timur khususnya Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis atau orang sebut sekarang SG4 ini yang telah berkorban mengekalkan satu tanah-tanah pertanian agar kecukupan bekalan makanan negara terus terjamin. Di mana sebahagian besar pengeluaran beras dan padi negara dihasilkan oleh empat buah negeri ini.
Jika negeri lain sentiasa berbangga tanah-tanah mereka dikomersialkan dengan projek infrastruktur, bangunan-bangunan, projek-projek industri, apa akan terjadi jika kawasan-kawasan bekalan makanan di Kelantan ini dibangunkan dengan bandar-bandar baharu kesemuanya ataupun sebahagian besar di ambil untuk pembangunan. Dalam perkara ini kita boleh tepuk meja tanya pinggan, mana nak beli beras. Kalau takdok tanah sawah lagi.
Seterusnya terima kasih kepada YB Gaal di atas cadangan pembinaan Rumah Sejuk Beku dan juga CPPC, Collection, Processing and Packaging Centre dan hub pengeluaran pertanian yang akan In Shaa Allah dipertimbangkan sebaiknya bagi diambil tindakan sewajar melalui kerjasama Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd iaitu yang kita telah mulakan di masukkan di bawah projek Kelantan Bio Valley di Gong Datok Gaal Pasir Puteh, haa itu kawasan Gaal la tuh.
Sebagaimana juga dalam sidang lepas, sidang ini juga Salor membangkitkan nasib pesawah di kawasan Salor yang agak ramai dan kawasan tanah padi yang agak luas. Jadi mereka sentiasa menerima ujian-ujian seumpama kemarau dan sebagainya yang sebenarnya urusan menjadikan pertanian atau para petani pesawah ini berhasil dengan baik In Shaa Allah akan di ambil peranan oleh agensi yang dikhususkan menjaganya seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, KADA iaitu agensi persekutuan yang sememangnya telah mempunyai peruntukan yang saya kira agak besarlah cukup daripada KPKM, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan ada bantuan bencana daripada jabatan dan juga kementerian. In Shaa Allah bantuan segera ini boleh mengatasi isu-isu ketidakcukupan bekalan air pertanian di sawah-sawah di kawasan Salor. Dan sebenarnya bukan hanya kawasan Salor saja yang kemarau sekarang ini berlaku kemarau dah hampir menyeluruh.
Alhamdulillah saya mendapat maklumat dimaklumkan Jabatan Pengairan Dan Saliran juga telah turun ke tapak untuk melihat masalah yang berlaku dan JPS negeri turut membantu dengan memberi pinjaman enjin, pam-pam bergerak di tempat-tempat yang mempunyai sumber air untuk disedut dan di alirkan pesawah. Bagi kawasan yang tidak ada sumber air In Shaa Allah ada kaedah pembinaan tube well telaga tiub dan boleh gunakan pam enjin air ataupun pesawah tersebut guna kubota. Kerbau besi tuh.
Kemudian beli siput dia yang tidak mahal harganya yang In Shaa Allah boleh kalaulah pusat-pusat khidmat ingin membuat laporan yang terperinci dan mengangkat segera kepada pihak kerajaan In Shaa Allah pejabat saya boleh memberi bantuan supaya para petani yang terjejas tadi boleh segera kita bantu kerana nak membina tube well ini tidak makan masa yang panjang dan sekiranya berjaya In Shaa Allah satu tube well boleh menampung sehingga 30-40 ekar sekiranya dibuat sempurna.
Jadi In Shaa Allah kita harap KADA ambik perananlah di kawasan yang sebenarnya mereka perlu berperanan dengan sebaik-baiknya dan In Shaa Allah isu-isu mereka dalaman itu sebenarnya tidak perlulah sampai menjadi isu rakyat. Sebenarnya isu rakyat ialah isu bagaimana hasil padi dapat dijaga, dikawal dengan baik sehingga hasil padi dapat ditingkatkan. In Shaa Allah tahun ini kalulah kita tengok kesan climax change ini tidak besar In Shaa Allah hasil padi ini akan meningkat.
Terima kasih juga kepada Kemuning yang meminta kerajaan memberi penumpuan kepada teknologi pertanian. Alhamdulillah setakat ini jabatan-jabatan dan agensi pertanian negeri telah tidak ketinggalan menggunakan semua teknologi pertanian yang telah digunakan sebaik-baiknya dan kita sentiasa memberi pendedahan kepada masyarakat, Alhamdulillah. Kalau di kawasan padi setakat ini, data yang kita ada lebih 100 pesawah berjaya memiliki drone pertanian. Mereka beli sendiri. Untuk memastikan tanah-tanah pertanian mereka ini boleh ditabur benih dengan menggunakan drone.
Kemudian pembajaan racun dan sebagainya dengan hasil pertanian mereka kumpul, mereka boleh beli jentera-jentera tadi. In Shaa Allah kalau kita panjangkan lagi dengan beberapa kursus dan juga pendedahan-pendedahan yang paling penting bagi merekanya ialah modal lah. Kalau ada geran daripada Kerajaan Persekutuan untuk alat-alat teknologi ini di samping IOT yang kita telah perkenalkan dan kita juga telah banyak membina seumpama Rumah Cendawan Moden untuk menghasilkan hasil-hasil cendawan sepanjang tahun. Yang kalau dulu musim hujan sahaja. Setelah kita menggunakan kawalan automatic blower dan mist iaitu semburan kabus air supaya Rumah Cendawan menjadi sentiasa sesuai dengan penubuhan cendawan yang telah kita nampak peningkatan.
Dan begitulah dalam bidang Aquaponik, bidang-bidang fetigasi dan juga yang telah kita gunakan IOT dalam membantu masyarakat petani. Begitu juga Inovasi Kelulut Darul Naim (MIKDAM). Kita telah bina supaya dapat membantu para penternak kelulut menghasilkan dan memproses hasil kelulut mereka, madu kelulut secara lebih baik dan dapat dipasarkan dengan pasaran yang lebih meluas.
Begitulah juga dengan aplikasi teknologi kultur tisu tumbuhan dalam meningkatkan genetik dan baka tanaman. Begitu juga dengan kita telah
bina bio art dengan sistem pembakaan charolais yang telah kita berjaya mengeluarkan semi beku sendiri di Jeram Pasu. Dan juga baka kambing Red Kalahari. Begitulah kita telah berusaha menggunakan pelbagai teknologi yang ada supaya Kelantan yang kita kata sinonim dengan negeri pertanian ini tidak ketinggalan menghasilkan pelbagai asasi pertanian dan In Shaa Allah harapan kita Kelantan sebagai jelapang makanan negara akan dapat kita realisasikan. Terima kasih kepada semua pandangan dan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat dan In Shaa Allah saya dan jawatankuasa terbabit akan perhalusi dan mengambil tindakan sewajarnya.
Akhir kalam sekali lagi saya ucap terima kasih atas ruangan yang diberikan dan pandangan serta cadangan. Moga-moga memberi kebaikan kepada kita bersama. Sekian,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Waalaikumussalam, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan juga Komoditi. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar untuk membuat penggulungan. Dipersilakan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya juga ambil masa sekejap untuk penggulungan ini dan ramai juga yang menyentuh portfolio ini, Pasir Tumboh, Galas, Kota Lama, Salor, Chempaka, Gual Periok dan ada hok tokdey nok tando. Tu hok dey tando.
Mengenai lori air kontrak ni pertamanya sebelum pada ini kita ada lebih daripada 30 lori mengikut jajahan dan baru ni kita mengurangkan sedikit angkanya. Ini disebabkan oleh penyiapan beberapa loji air rawatan air maka kita kurangkan apa itu dari segi jumlah lori air kontrak. Projek pembinaan dua unit telaga tiub di LRA Perol Kota Bharu siap sepenuhnya.
Projek pembinaan LRA Mini Meranti Pasir Mas siap sepenuhnya dan boleh digunakan. Projek pembinaan LRA Mini Telok Mesira Bachok juga siap. Projek pembinaan LRA Mini Jelawat Bachok siap. Projek baikpulih sistem LRA Kampung Telok sekarang beroperasi pada 15 liter per hari dan In Shaa Allah akhir pada April nanti akan berjalan dengan 30 juta liter sehari.
Oleh kerana penyiapan-penyiapan air itu kita merasakan bahawa air akan dapat dihantar kepada pengguna lebih banyak. Namun begitu sekiranya Yang Berhormat sekalian menghadapi masalah air di tempat masing-masing bolehlah dibuat rayuan ataupun dihantar kepada kita untuk diteliti oleh AKSB untuk sama ada penyambungan dan sebagainya.
Untuk makluman semua, YB-YB sekalian bahawa dalam penyediaan air terawat AKSB yang disentuh dalam ucapan titah dan juga YB-YB sekalian, ingin saya nyatakan bahawa senarai loji rawatan air yang siap. Sekarang ini ada LRA Mini Ketereh Kota Bharu 8 juta liter siap Telok Mesira Bachok siap. Jelawat Bachok siap. Meranti baru siap.
Dalam pembinaan, yang sedang dalam pembinaan yang sekarang ini ialah LRA Chica 2, LRA Kampung Telok, LRA Serendah, LRA Mini Sedar, LRA Mini Kampung Kuala Jambu Tumpat, LRA Bukit Chupak Gua Musang dalam pembinaan. Dalam reka bentuk menaiktaraf LRA Tanjung Emas, LRA Tok Jaafar Kota Bharu, LRA Kelar II, LRA Kompak Kampung Laut Tumpat, LRA Sungai Pengkalan Nangka Tumpat, LRA Tok Bali Pasir Puteh, LRA Pechong Tanah Merah, LRA Merbau Chondong Baru, Machang. Menaiktaraf LRA Manek Urai serta sistem agihan Kuala Krai, LRA Pulau Setelu Gua Musang menaiktaraf LRA Panggung Lalat Gua Musang.
Dalam perancangan yang akan diangkat kepada SPAN ialah menaiktaraf LRA Batu Gajah Tanah Merah, LRA Machang Fasa I. Jadi kita dalam perancangan AKSB semua ini kita jangkakan pada tahun 2028 bekalan air kepada apa itu masyarakat In Sha Allah mengcukupi. Yang masalah yang kita hadapi selepas pada penyelesaian loji-loji ini ialah masalah NRW ataupun parit-parit, paip-paip yang pecah. Paip simen asbestos yang lama yang pecah. Jadi kalau kita boleh parallel kan penyiapan paip sepanjang lebih kurang 5 000km ini yang paling apa itu terdesak ialah sebab sepanjang 1 000km ini In Shaa Allah kita boleh selesai masalah air dalam masa yang-yang sekejap. Dan saya menaruh harapan besar kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang kita sentiasa berhubung dengan
PMX untuk menyelesaikan masalah apa itu, masalah NRW ataupun paip-paip yang pecah ini. In Shaa Allah saya rasa benda itu boleh selesai.
Yang dibangkitkan oleh Chetok. Chetok ni nok jalan, jambatan. Hoktu boleh angkatlah. Boleh angkat permohonan dan In Shaa Allah diteliti oleh pihak UPEN akan kebolehlaksanaannya. Moga nok wak belako kita ni. Skeleng jah pitih, ado pitih boleh wak selalu In Shaa Allah.
Begitu juga Galas, Galas supo Chetok juga nok banyok tempat biar maju tempat dia In Shaa Allah kita pun tengok jugoklah. Dan Galas membangkitkan Ladang Rakyat dimana katanya 12 syarikat yang tidak membayar kepada akaun dan Alhamdulillah kita melalui jawatankuasa ataupun task force that collection kita, kita telahpun menamatkan satu syarikat dan tiga syarikat lagi dalam proses penamatan kerana puncanya ialah dua tahun 2019, 2020, 2021 kesan daripada Covid PKP melibatkan pekerja-pekerja ladang takdok, hasil takdok maka bayaran pun takdok. Banyak terkena ladang-ladang kita pada masa tuh.
Kemudian isu kemarau dan padi walaupun telah dijawab oleh Portfolio Pertanian tetapi dibawah JPS ada satu selain daripada parit gapo semua ini ada portfolio bawah JPS ini ialah JPS Pertanian. Jadi JPS Pertanian telah mendapat maklumat. Pertama kita melalui satu keadaan orang panggil Elnino agak panjang daripada loni sehingga bulan 6 ataupun bulan 7 makna kita melalui masalah kemarau sehingga ke bulan 6, bulan 7 dan lepas bulan 6, bulan 7, bulan 8 tu hujan akan turun dengan lebatnya. Dan kita dijangka banjir kita agak besar sikit tahun 2024 ini. Pertama yang ke 10 tahun, kedua kajian air hujan hok turun itu akan turun pada masa akhir tahun. Ok jadi menyebabkan fenomena Elnino ini menyebabkan water table kita akan turun lagi. Ini yang berlaku di Kemubu ko gapo ko hok, hok menyebabkan punca air itu menjadi terkesan. Begitu juga air AKSB juga punca air menjadi terkesan.
Jadi JPS nya telah mengambil beberapa langkah jangka panjang dan juga jangka pendek. Jangka pendek mengenai hok padi sakni itu dia akan membuat permohonan untuk membina tube well hok kecik-kecik ni yang kosnya antara RM5000-RM10 000 termasuk enjin ini akan dipohon kepada Persekutuan untuk menyelesaikan sedikit sebanyak yang dibawah bidang kuasa JPS. Yang lainnya serba ala kadar. Pun begitu jangka panjangnya pertama, empangan Nenggiri. Empangan Nenggiri ini In Shaa Allah dalam perlaksanaan dan dijangka siap 2026-2027 yang
menjadi satu fight indication, satu untuk kuasa dan juga boleh jadi untuk irrigation jugok. Jadi yang keduanya, projek empangan Lebir telah lulus perlaksanaan kajian, kadar projek empang jajar Kemubu peringkat kajian kemungkinan dan menaiktaraf rumah pam Kemubu pra perlaksanaan dan permohonan kelulusan kebenaran merancang di peringkat JKMPP negeri. Dan satu lagi yang besar yang telah diluluskan oleh Persekutuan ialah Machang. Sekarang dah dalam proses kajian kebolehlaksanaan. Itulah lebih kurang daripada untuk masalah Elnino dan juga air tadi.
Kemudian Chempaka masalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Alhamdulillah bulan 3 ini tunggu masa jah akan mula beroperasi untuk fasa pertama dijangka dalam bulan Mac ni, akhir bulan Mac ko akan menggunakan lapangan baru dan serentak dengan itu akan diteruskan dengan fasa kedua yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025, In Shaa Allah.
Kemudian ada sikit lagi daripada Kota Lama. Kota Lama banyak bincang pasal pembasmian kemiskinan dan kita bawah sedikit portfolio luar bandar ini boleh ambil sedikit. Saya nak, nak beritahunya kelmarin saya ada sebut mengenai semasa khalifah Omar Abdul Aziz, mudah jah zaman dia ni. Zaman dia nombor satu sekali dari segi integriti, dari segi ini pemimpin dia hebak. Yang keduanya Baitulmal dia penuh lebih pitih dan sehingga takdok rakyat yang nok bantu. Pitih lebih banyok. Jadi kebajikan ini nombor satu sekali dia berkait dua. Nombor satu individu itu sendiri, yang kedua pihak kerajaan.
Pihak individu mestilah orang panggil kena ada motivasi, kena dididik dan sebagainya untuk membaiki diri. Pihak kerajaan kot mana pun kena ada pitih. Dengan pitih ni lah kita akan dapat membantu.
Jadi saya tengok walaupun Kota Lama sebut bahawa PMX ini tidak menganak tirikan Kelantan dan sebagainya tapi kita tahu sejak daripada merdeka Kelantan ini sentiasa di tinggal. Duk belakang sokmo. Tidak ada satu solusi untuk Kelantan ini. Jadi kemiskinan Kelantan ini bukan untuk orang panggil untuk dihina, atau bukan untuk dikutuk atau bukan untuk diperendah-rendahkankan. Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan dibawah Persekutuan apa-apa kelemahan diperingkat negeri ini yang dianggap sebagai anak ini mestilah dia cari solusinya untuk menyelesaikan
masalah untuk menaikkan, meningkatkan keadaan Kelantan ini seperti orang lain juga. Kerana sebelum ini penerimaan kita daripada dulu sehingga ini tidak sebegitu.
Jadi saya berharap benarlah bahawa kalaulah PM-PM sebelum ini tidak dapat menyelesaikan masalah Negeri Kelantan bagaimana sekiranya kalau PM juga selesai benda ini. Kita nak tabik spring kalu dia boleh selesai. Masalah selesai nombor satu ialah masalah wang tunai petroleum. Orang lain semua PM lain tokleh selesai belako, kalu dia boleh selesaikan kita harap dia dengarlah masa kita duk kecek ni, ataupun agensi pusat dengar. Kalu lah sebelum ini takdok PM selesai satu, dua, tiga, empat sapa sembilan tok selesai biar bulehlah PMX ini selesai. Haa baru dia hebak. Kalu tidok dio serupo dengan hok lain jugok. Neh, satu.
Yang kedua sebelum pada ini, sebelum pada ini kita mendapat wang ehsan. Kita dapat RM300 juta. Saya harap PMX nya menambahnya RM300 juta. Tapi kita terima daripada PMX hanya RM180 juta. Perbezaan terlalu banyak ini menyebabkan perbelanjaan kerajaan agak terbatas sedikit. Apatah lagi kalau kita nak buat benda-benda yang berkaitan dengan infra kemiskinan dan sebagainya. Jadi kantung negeri mesti banyak. Dan kita melalui pendapatan hok duk cari secara organik ni tinggi doh berbanding dengan negeri-negeri lain ni kita antara hok pandai cari pitih doh. Tapi tidak cukup kerajaan Persekutuan mesti meneliti, melihat keperluan Negeri Kelantan untuk dibantu kerana selepas merdeka sapa loni dok lagi. Tidak sempurna lagi jadi saya berharap benarlah bahawa PMX ini akan beri lebih kepada Kelantan termasuklah isu-isu untuk masalah pembekalan air menyelesaikan masalah air negeri Kelantan.
Dan saya berharap hubungan baik antara Yang Amat Berhormat apa tu Dato’ Panglima Perang kita dengan PMX ini dapat menghasilkan sesuatu untuk apa tu untuk kita mendapat lebih kewangan. Nok buh nama gapo nombor dua. Hok pentingnyo pitih sapa jah. Sama ada royalti ko ehsan ko tok kiro asal ko pitih jah. Kalau boleh pitih tu banyok sikit wak mari boleh RM500 juta setahun, tokse banyok. Bukan nok satu billion, RM500 juta setahun takpo doh duluh buat masa ini banyak benda yang kita boleh selesaikan In Shaa Allah. Itulah sedikit Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Major (B) Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan juga Keusahawanan untuk membuat penggulungan bagi pihak kerajaan. Dipersilakan Yang Berhormat.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ ﻏﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا
ﲨﲔ أ ﺻﻬﺒﻪ و
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat sedikit penggulungan di atas apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian dalam perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V Sempena Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2024. Tidak ramai yang menyentuh berkaitan portfolio. Walaubagaimana pun Yang Berhormat Galas yang mengetahui tentang status ASN Simen. Usaha sama dengan Majlis Daerah Gua Musang. Secara keseluruhannya beberapa isu berbangkit telah di ambil tindakan khususnya melibatkan isu tapak quari iaitu lebih kurang 60 hektar yang telah diberi kelulusan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan pada 23 Januari 2024.
Isu-isu lain pula akan terus dipantau dari masa ke semasa bagi mempastikan kilang simen pada satu masa dapat beroperasi. Menyegerakan proses pengambilan tanah untuk jalan bagi kegunaan kilang simen tersebut telah mendapat persetujuan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Negeri atau MMK Bilangan 1/2024.
Manakala industri perabot di Gua Musang dulu zonningnya pertanian, sekarang kita telah dapat zonning industri telah ditukar dan telah pun
dapat kelulusan, sekarang peringkat kebenaran merancang untuk fasa I dan telahpun diperolehi pada Januari 2024. Jalan masuk ke kawasan tersebut telah pun siap dibina untuk fasa I dengan kos RM500 ribu dan akan disambung sedikit lagi pada masa akan datang dan dijangka dalam mesyuarat yang terakhir dijangka minggu keempat bulan April 2024 akan mula kerja-kerja di tapak iaitu kerja tanah untuk fasa 1. Dan seterusnya kebenaran merancang pelan pembangunan fasa II sedang dibuat oleh pihak konsultan.
Sedikit menyentuh tentang Bandar Dato’ Bentara yang disebut sepintas lalu oleh YB daripada Galas terima kasih. Kerja-kerja ukur sedang dijalankan pada fasa I iaitu lebih kurang keluasan 50.9 ekar daripada jumlah kelulusan semua sekali dalam 500 ekar tapi sekarang kerja-kerja mengukur dalam 50.9 ekar. Khususnya untuk buangan kelapa sawit yang akan dibekalkan kilang-kilang hasil daripada lebihan kelapa sawit yang mana dijangka bila siap kelak akan dihantar bekalan bahan-bahan mentah ini akan dihantar kepada kilang di Pekan, Pahang pada satu masa.
Dan begitu juga kilang kertas sedang diusahakan. YB Salor ada menyentuh tentang insentif kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur di negeri Kelantan dalam ucapan Tuanku pun ada menyatakan dan berhasrat menjadi kita kerajaan berhasrat menjadi mesra pelabur ya dan akan meningkatkan kerjasama dalam semua aspek dalam tahun 2024 ini dan akan datang. Dan kita juga telah mengadakan libat urus dengan pelabur-pelabur dari masa ke semasa.
Menyentuh tentang mikrokredit ya Yang Berhormat daripada Salor. Kita pada mula kita akan laksanakan perkara ini In Shaa Allah satu cadangan yang akan diteliti dari masa ke semasa kita rasakan setelah dijalankan pada tahun pertama, kedua kita akan dapat feedback dia dan digalakkan peniaga-peniaga kita ini daftar di SSM. Setengah itu beraso tok gamok, raso malu dan raso tokse dan raso bakpo keno daftar dan sebagainya.
Untuk pengetahuan sekarang Kelantan yang dah berdaftar perniagaannya lebih kurang 96 000 orang, Sdn Bhd lebih kurang 6 000. Jadi lebih kurang 5.6% daripada rakyat Kelantanlah. Jadi yang berniaganya itu yang berdaftar, jadi kita galakkanlah dan skim pendaftaran perniagaan percuma (SPP) sedang berjalan pada B40. Bawah B40 sedang berjalan dengan percuma sehingga tahun 2024 ini. Begitu juga untuk pelajar-pelajar IPTA. Itulah sedikit sebanyak yang apa
yang berlaku di Negeri Kelantan dan kita berhasrat baru-baru ini ada juga perbincangan daripada negeri China datang ke negeri Kelantan, negeri China datang ke Kelantan untuk bertanyakan tentang prospek-prospek pelaburan di negeri Kelantan. Begitu juga kita menganjurkan program kerjasama dengan TM Digital Ownership UMK bersama dengan Telekom Malaysia Kursus Bimbingan Usahawan Digital kepada kumpulan kelab usahawan kita. Paloh projek. But sekarang semua berniaga dengan digital dan sebagainya. Begitu juga kita menghantar usahawan kraftangan batik dan sebagainya ke Festival Kraf Johor di Plaza Angsana Johor Bharu untuk bersama dengan kraftangan Malaysia pada usahawan-usahawan kita yang melibatkan diri dalam batik dan sebagainya. Itulah sikit sebanyak oleh kerana kita menghadap puasa tidak lama lagi. Negeri Kelantan sudah tersohor, disebut juga Serambi Mekah. Bulan puasa kita bersahur, marilah ambil peluang kita bersedekah.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور م ﻟﺴﻼ ا ﻋﻠﻴﻜﻢ و
Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar untuk membuat penggulungan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻪﻠﻟ, ﳊﻤﺪ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, sekali lagi setinggi terima kasih saya ucapkan atas kesempatan yang diberikan kepada saya
untuk menggulung perbahasan atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Istiadat Pembukaan Sidang Undangan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2024 pada hari semalam.
Dalam perbahasan semalam beberapa orang telah menyentuh portfolio saya iaitulah berkenaan dengan undang-undang, antaranya ialah Yang Berhormat daripada Pasir Tumboh, Gual Periok, Mengkebang, Chempaka, Tendong dan juga Melor. Dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain ada menyentuh juga walaubagaimanapun saya ingin gabungkan ke semuanya dan sebahagian daripada penggulungan yang saya telah buat tadi berhubung dengan usul persendirian telah pun menyentuh beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Perkara yang dibangkitkan secara khusus adalah berhubung dengan keputusan mahkamah Persekutuan dalam kes cabaran terhadap Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 2019 baru-baru ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian kita bercakap soal ingin melaksanakan keseluruhan Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia. Dan dewan ini juga telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ataupun apa yang kita namakan sebagai Hudud dan Qisas. Juga secara unanimous, secara sepakat semuanya antara wakil-wakil Kerajaan Negeri dan juga wakil-wakil daripada pembangkang pada waktu itu. Tapi sampai sekarang kita tidak melaksanakannya sebab kita tahu setakat mana kuasa yang ada kepada mahkamah syariah. Dan kita juga tahu setakat mana kuasa yang ada kepada Dewan Undangan Negeri.
Walaubagaimanapun oleh kerana ia menjadi tanggungjawab kita diperingkat Dewan Undangan Negeri, maka kita meluluskan tetapi kita tidak melaksanakan kerana ianya bukan dalam bidang kuasa mahkamah syariah dan juga bidang kuasa jenayah bagi menghukum yang ada kepada mahkamah Jenayah Syariah juga adalah tidak mengcukupi untuk kita melaksanakan Hudud dan Qisas. Tetapi bekasnya ada iaitulah mahkamah syariah. Inilah nanti yang akan dilaksanakan keseluruhan undang-undang jenayah syariah daripada Qisas, Hudud dan juga Takzir. Kita mempunyai niat dan cita-cita yang besar sampai ke peringkat nak melaksanakan Hudud dan Takzir. Dan untuk tujuan tersebut kita telah mengangkat satu cadangan ke Parlimen supaya di Parlimen diadakan perbahasan dan kita bawa satu Rang Undang-Undang. Kita panggil Rang Undang-Undang untuk kita melakukan perubahan kepada Akta 355 bagi
memberikan kuasa yang lebih kepada mahkamah syariah untuk menghukum dalam kes-kes yang melibatkan jenayah.
Apa yang berlaku baru-baru ini seolah-olah memberi gambaran kepada kita toksah la nak bercakap pasal Hudud. Toksoh mimpilah nak bercakap pasal Qisas. Apa yang kamu ada itu pun telah sebenarnya dibatalkan. Apa yang sedikit yang kamu ada itu pun telah pun sudah tidak menjadi hak kamu lagi, toksoh la nak bercakap pasal Hudud, toksohla nak bercakap pasal Qisas. Itulah yang, yang kita perkasakan. Sebab itu sebenarnya mahkamah syariah ini walaupun kecil, dekat dengan hati dan dekat dengan jiwa kita yang kita kasih, yang kita sayang sebab ia merupakan tapak rumah kepada perlaksanaan hukum hakam Islam itu sendiri.
Kita dah ceritakan tadi sama ada hukuman kita lebih ringan ke daripada hukuman sivil ataupun lebih berat daripada hukuman sivil, ianya berbeza. Falsafahnya berbeza, sumbernya berbeza, prosedur-prosedurnya berbeza dan juga kelayakkan-kelayakkannya juga adalah berbeza. Ia tidak sama. Tuan-tuan kita melihat dua-dua batang pokok yang sama besar, yang sama menghijau. Pucuknya sama-sama hijau muda mengeluarkan buahnya yang juga sama-sama hijau di waktu mudanya dan mungkin menguning ataupun menjadi merah apabila ianya masak. Tetapi rasanya mungkin berbeza dan buahnya juga mungkin berbeza. Kerana apa? Kerana batangnya tidak sama, pokoknya tidak sama dan akarnya juga adalah tidak sama menyerap air yang mungkin tidak sama mengeluarkan sesuatu yang sangat berbeza walaupun mungkin kita nampak sama.
Justeru itu dalam hal undang-undang, undang-undang berkembang mengikut suasana serta melihat rakyat, sistem sosial dan juga mungkin agama. Dalam istilah undang-undang dia panggil the grundnorm. Maknanya dia berkembang mengikut suasana adat setempat. Begitulah juga undang-undang sivil. Dia berkembang daripada sumber yang lain. Manakala kita berkembang daripada sumber syariah. Akarnya adalah akar syariah, Maqasid Syariah dan dia mengeluarkan hasil yang berbeza daripada yang lain walaupun nampak sama. Dan bagi kita orang Islam, walaupun mungkin kita nampak yang lainnya lebih baik tetapi keyakinan kita adalah
ﻣﺮﻫﻢ أ ﻣﻦ ة ﳋﲑ ا ﳍﻢ ن ﻳﻜﻮ أن ا ﻣﺮ أ ﺳﻮﻟﻪ ور ﷲ ﻗﻀﻰ إذا ﻣﺆﻣﻨﺔ ﻻ و ﳌﺆﻣﻦ ن ﻛﺎ ﻣﺎ و
Tidak harus bagi seorang lelaki yang mukmin dan seorang perempuan yang mukmin apabila Allah SWT telah memutuskan satu-satu perkara mereka mempunyai pilihan, nak pilih yang mana? Nak pilih yang ini ataupun nak pilih yang ini? Tak suka dengan yang ini maka kita berpindah pada yang ini. Tak boleh. Bagi kita orang Islam yang terbaik adalah datang daripada Allah SWT walaupun mungkin kita tidak suka. Dan walaupun mungkin kita melihat yang orang lain lebih baik tapi baik pada pandangan manusia itu tidak semestinya juga baik pada pandangan Allah SWT. Itu keyakinan kita sebab itulah kita kasih kita cuba nak mempertahankan juga mahkamah syariah walaupun begitu kedudukannya. Dan apabila kita cabar inilah yang terjadi yang kita tak keadaan, kita terpaksa terima hakikatnya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita wakil rakyat. Kita ada pengalaman. Saya sendiri banyak pengalaman bagaimana kasih dan sayangnya seorang ibu terutamanya kepada anak dia. Anak dia curi duit dia, dia sabar. Sampai satu ketika anak dia pukul dia sabar kita gi jumpa dia kita bagitahu dia kita report polislah. Kita bawak report polislah. Dia kata YB kalu report polis soh saloh, masuk penjara anak saya sebab soh saloh. Toksoh la dia kata sebab saya sayang kepada anak saya. Kalu report polis, polis mari ambik mesti salah.
Jadi kalau kita ada keyakinan, kalau kita bawak ke mahkamah bahawa mahkamah akan putuskan sedemikian kita yakin kalau kita kasih kenapa kita bawak? Sepatutnya kita pertahanlah. Dan itu soal anak yang melakukan kesalahan jenayah kepada kita tetapi ini bukan soal anak yang melakukan jenayah. Ini soal agama kita, peraturan agama kita. Ada orang kata Takzir je pun. Saya dah jelaskan tadi, saya dah jelaskan tadi hal ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan yang disebutkan kesan, banyak yang Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyebut tentang kesan daripada pembatalan itu dia akan menyebabkan banyak lagi undang-undang yang akan dicabar dan boleh dicabar dan juga akan terbatal.
Contohnya seksyen 37 (1a) tentang berjudi juga boleh dibatalkan dengan sebab 16 seksyen dibatalkan. Mahkamah telah batalkan seksyen 37(1b) tentang pengangjuran judi atas alasan dianya di bawah batting yang sudah ada dalam undang-undang Persekutuan. Dengan itu kalau nak ambil nama saja batting itu perjudian maka dengan sendirinya seksyen 37(1a) kita boleh dihujah termasuk batting dan akhirnya akan terbatal
juga. Sebab yang dikira adalah tajuk saja di sana bukan exactly the same probhition. Bukan sebab the same probhition ada diperingkat Persekutuan maka terbatal di sini, tidak. Tapi tajuknya ada di sana maka terbatallah apa yang ada di sini. Seksyen 35 tentang arak. Mahkamah telah membatalkan seksyen 35 tentang perkara mengkhayalkan atas alasan ia dibawah perkara intoxicating drug and lecals dalam senarai Persekutuan. Maka seksyen 35 juga boleh dihujjah termasuk dalam intoxicating drug and lecals dan boleh terbatal. Tunggu masa sahaja. Mungkin sekarang ini baru boleh dilepaskan tapi sampai satu masa ianya juga boleh dibatalkan.
Ada kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang tidak mempunyai kesalahan sama dalam undang-undang Persekutuan sebagaimana yang saya sebutkan tadi hingga ke hari ini namun tetap dibatalkan oleh mahkamah Persekutuan, contohnya seksyen 41 muamalat riba. Tiada dalam undang-undang Persekutuan.
Maka selain daripada itu, akan berlaku juga kelompangan. Ini telah disebut oleh Yang Berhormat daripada Chempaka, kelompangan undang-undang, incongruity. Di mana negeri tiada kuasa gubalan dan Parlimen juga tiada kuasa untuk menggubal kerana Parlimen ia tidak boleh menggubal undang-undang yang bersifat diskriminasi. Iaitulah gubal kepada orang bukan islam lain kepada orang islam lain. Yang ada hak untuk menggubal kepada orang-orang islam undang-undang jenayah hanyalah Dewan Undangan Negeri. Tapi oleh kerana Dewan Undangan Negeri telah diisytiharkan tidak mempunyai kuasa dalam masa yang sama Parlimen juga tidak boleh membuat undang-undang kerana di sifatkan diskriminasi maka akan berlaku kelompangan di situ. Maka menyebabkan ianya tinggal tanpa mempunyai peraturan dan juga undang-undang. Contoh selain riba, tidak boleh dilakukan oleh pihak negeri. Manakala kesalahan riba juga tidak boleh dilakukan oleh Persekutuan kerana ianya undang-undang yang bersifat diskriminasi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti yang saya katakan tadi kes ini akan membuka pintu kepada kebanjiran cabaran-cabaran yang lain selepas daripada ini. Ada enam negeri yang mempunyai peruntukan yang lebih kurang sama dengan kita dan itulah akibatnya nanti, tunggu masa sahaja yang mereka akan bergerak dan menuju ke negeri-negeri tersebut berpandukan kepada keputusan Kelantan yang mana Kelantan
berpandukan kepada keputusan Iki Putra. Maka dia akan jadi berangkai. Itu kesan yang paling besar masa itu kita dapat melihat bagaimana kedudukan mahkamah syariah nanti.
Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat saya ingin menyentuh akhirnya satu, dua perkara yang berkaitan dengan politik yang mana kita dituduh berpolitik dalam hal ini sedangkan hal ini bukan isu politik. Kita putuskan di sini, luluskan di sini PAS dengan UMNO sama, setuju di atas undang-undang tersebut. Dan apabila berlaku ini dan kita defend, kita bergerak dan bagi kefahaman kepada rakyat, ada orang tuduh kita mempolitikkan isu ini sedangkan isu ini bukan isu politik pun. Isu ini adalah isu berkenaan dengan sama ada Dewan Undangan Negeri ada kuasa ataupun tidak. Isu ini adalah isu yang berkenaan dengan perlembagaan negara dan sebagainya. Dan dalam kes Nik Elin ini banyak sekali pihak-pihak bukan politik hadir sebagai initial squirrel ataupun sahabat mahkamah. Ataupun watching brief, peguam pemerhati.
Antaranya ialah Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Kelantan, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAILIS), Majlis Agama Islam Sabah, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Perak, Badan Peguam Syarii Wilayah Persekutuan, Persatuan Peguam Syarii Malaysia (PGSM). Sebahagian daripada pihak –pihak ini seperti MAIK, MAILIS, MAIDAM dan PPMM memfailkan hujahan menyokong kerajaan Kelantan dan mereka bukan pun orang- orang upahan.
Ini bukan isu politik. Ini adalah isu tentang kesedaran kita terhadap pentingnya kita mempertahankan institusi agama yang diserang semenjak dulu sampai sekarang. Isunya adalah serangan terhadap isu-isu agama dan mereka mulakan dengan mahkamah syariah dan kita lihat nanti apa akan berlaku kepada JAKIM dan IKIM seterusnya dan sebagainya nanti.
Dan peguam yang mewakili badan-badan yang saya sebutkan tadi adalah datang dari pelbagai pebagai parti politik termasuklah juga UMNO selepas daripada perbicaraan dan keputusan, kita kerajaan Negeri Kelantan meraikan mereka, ajak mereka makan dan didapati bahawa ada di antara beberapa orang antara mereka yang bukan Ahli PAS pun dan
peguam ni malah UMNO pun tapi menunjukkan sokongan kepada kita. Institusi in Islam yang saya nak cerita institusi Islam diberikan kebenaran sebagai … dan Majlis Peguam Malaysia diberikan kebenaran sebagai Watching brief. Kedua-dua pihak ini berhujah menyokong Nik Elin dan kita tahu lah sikap institusi in Islam, dalam hal-hal yang berkaitan dengan institusi Islam sebelum ini, ya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya ada dibangkitkan ada sedikit Galas menyentuh walaupun Galas mengatakan tidak perlulah diperbesarkan. Tapi saya faham maksudnya kes ini dimulakan itu yang, yang, yang disebut di luar sana dia kata kes ini digunakan di zaman PM dan apa kerajaan Negeri Kelantan buat? Saya ingin jelaskan ya prosedur untuk cabaran, kesahan ataupun keabsahan, validity sesuatu undang-undang mengandungi dua peringkat.
Pertama memohon kebenaran mahkamah untuk memfailkan petisyen dan kedua petisyen cabaran difailkan setelah kebenaran diberikan. Nik Elin memfailkan memohon kebenaran pada 25.05.2022, memfailkan permohonan kebenaran. Dokumen permohonan kebenaran telah diserahkan pada kerajaan Kelantan. Apa yang kerajaan Kelantan pernah buat ya?
Kerajaan Kelantan melalui Pejabat Penasihat Undang-Undang telah memfailkan affidavit jawapan. Dua affidavit oleh Yang Berhormat Dato’ Lela Perkasa Pengarah JAHEIK di ikrarkan pada 21hb .06.2022 dan membuat bantahan awal atas isu locus standi. Maknanya pemohon dalam kes Nik Elin dan anaknya tidak ada locus standi. Pihak yang salah dinamakan dan kes yang tidak rare dan acceptional untuk didengar. Hakim Venon menolak bantahan Kerajaan Kelantan. Menolak bantahan kerajaan Kelantan dan memfailkan petisyen cabaran kepada Nik Elin kepada 30hb.09.2022. Mahkamah bagi kebenaran pada dia untuk failkan petisyen cabaran.
Parlimen dibubarkan pada 10.10.2022 oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yakob, bubar Parlimen. Habislah kerajaan dan Nik Elin hanya memfailkan petisyen cabaran pada 13.10.2022 selepas Parlimen telah pun dibubarkan. Sekali lagi yer Parlimen dibubarkan pada 10.10.2022 oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yakob, dan petisyenal Nik Elin hanya memfailkan petisyen cabaran pada 13.10.2022 selepas Parlimen dibubarkan. Jadi diluar sana beredar kononnya ini zaman Perikatan
Nasional, zaman Perikatan Nasional, BN sekali bersama dengan kita yer. Tiada isu kerajaan PN tidak berbuat apa-apa kerana kebenaran untuk memfailkan petisyen cabaran hanya diperolehi dihujung pentadbiran dan petisyen cabaran difailkan selepas Parlimen dibubar.
Kerajaan Kelantan juga telah membuat bantahan pada peringkat kebenaran atas alasan locus standi. Pihak yang salah dan kes yang tidak sesuai namun bantahan kerajaan Kelantan ditolak. Ia menunjukkan bahawa kita kerajaan Negeri Kelantan telah daripada awal lagi mempertahankan enakmen kita ini. Oleh kerana pada peringkat kebenaran. Kerajaan Malaysia atau AGC tidak dijadikan pihak-pihak. Maka kerajaan Malaysia dan AGC ketika itu tidak berpeluang untuk mengemukakan bantahan. Pada peringkat petisyen cabaran ya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) juga memfailkan permohonan menjadi pencelah dalam prosiding di mahkamah Persekutuan. Namun permohonan JAHEIK telah ditolak oleh mahkamah Persekutuan ini sekali lagi juga bukti bahawa kita bersungguh-sungguh mempertahankan AKGS Kelantan dalam apa jua cara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhirnya sebagai kesimpulannya tadi kita telah ada satu usul supaya kerajaan melihat kembali 16 perkara In Shaa Allah kerajaan akan melihat kembali. Di pihak kerajaan negeri Kelantan kita akan melihat perlembagaan kita untuk kita menetapkan In Shaa Allah Mahkamah Syariah sebahagian daripada perlembagaan. 16 perkara kita akan lihat balik bagaimana untuk kita install balik dalam enakmen kita. Tetapi ada sesuatu yang mesti dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan pinda perlembagaan. Pinda perlembagaan kalau perlu In Shaa Allah nak pinda perlembagaan kena 2/3 majoriti dan kalau pinda perlembagaan dengan tujuan untuk memperkasakan mahakamah Syariah.
Saya berani mengatakan Ahli-Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional kesemuanya In Shaa Allah akan menyokong usul pindaan perlembagaan tersebut. Selain daripada itu, perkara yang paling mudah tak perlu pinda perlembagaan sebenarnya. Hanya mengguna pakai peruntukan perkara 76 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Parlimen meluluskan satu akta yang tidak memerlukan 2/3 majoriti. Satu akta sahaja yang mana akta ini memberi kuasa kepada mana-mana negeri dalam Persekutuan ini membuat satu undang-undang walaupun undang-undang itu sebenarnya dibawah kuasa kerajaan Parlimen ataupun
dibawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Beri kuasa pada kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri sahaja yang mempunyai kuasa. Dengan peruntukan Perkara 76(a), kuasa untuk membuat undang-undang dalam ruang lingkup Persekutuan juga bermaksud kuasa untuk Parlimen untuk membuat satu akta memberikan kuasa membuat undang-undang kepada negeri walaupun ianya terletak dalam bidang kuasa Persekutuan. Itu lebih kurang 76(a) 1 Perlembagaan Persekutuan.
Dan Akta 355 juga hendaklah diluluskan dari sudut modifikasi ataupun pindaannya sebagaimana yang telah kita cadangkan sebelum daripada ini dan ia tidak memerlu kepada 2/3 majoriti, ia hanya perlu kepada simple majority sahaja. Dan saya ingin sebutkan secara ringkas sahaja akhirnya pada 26hb.05 Ahli Parlimen Marang Tan Sri Dato’ Sri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah membawa usul Ahli Persendirian, Private member’s bill ke Dewan Rakyat bagi pindaan akta ini.
Pada 24hb.11.2016, Ahli Parlimen Marang mengemukakan pindaan usul dengan memperincikan hukuman pada denda RM100 ribu, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali kepada mahkamah syariah. Pada 06hb.05.2017, usul tersebut dicadangkan dengan lebih mendalam dan diperjelaskan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu. Dato’ Sri Takiyudin Bin Hassan tetapi tidak dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Rakyat menangguhkannya ke persidangan berikutnya. Dan ketika PAS terlibat dalam Kerajaan PN, PAS lah bersungguh-sungguh untuk membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen namun begitu usaha terhenti apabila Parlimen dibubarkan.
Ini secara ringkas apa yang telah kita buat di Parlimen. Diluar parlimen pula di jabatan di, di JAKIM ada jawatankuasa yang buat kerja jawatankuasa teknikal dan sebagainya. Sebagai persediaan, tunggu masa sahaja. Dan kerajaan yang ada sekarang ini boleh menggunakan apa yang telah disiapkan oleh kerajaan terdahulu sahaja. Kalau perlu pada pindaan sila lakukan pindaan. Dan bawa ke Parlimen In Shaa Allah kita akan sokong.
Terima kasih sekali lagi kepada semua,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻴﻜﻢ ﻋﻠ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan untuk membuat penggulungan.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ ﻏﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا
ﲨﲔ أ ﺻﻬﺒﻪ و
ل ﺗﻌﺎ ﷲ ل ﻗﺎ
ون ﻟﻜﺎﻓﺮ ا ﻛﺮﻩ ﻟﻮ و ﻩ ر ﻧﻮ ﻣﺘﻢ ﷲ و ﻫﻬﻢ ا ﺄﺑﻓﻮ ﷲ ر ﻧﻮ ا ﻟﻴﻄﻔﺌﻮ ون ﻳﺮﻳﺪ
Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah SWT dengan mulut-mulut mereka. Sedangkan Allah SWT tetap menyempurnakan cahayanya sekalipun orang-orang kafir tidak suka akan yang demikian itu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, marilah sama-sama kita memuji Allah SWT dengan kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan keizinannya kita dapat meneyempurnakan Usul Menjunjung Kasih Titah Perasmian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena persidangan Dewan Negeri Kelantan Bagi Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas. Bagi pihak Kerajaan Negeri saya menjunjung kasih kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad Ke V atas Titah Perasmian Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Kelantan pada kali ini. Kesyukuran yang paling besar sekali adalah di atas nikmat persaudaraan dan ukhwah islamiah ini yang menjadikan kita semua sepakat dalam menjunjung kesucian Islam dan mengangkat martabat syariah islamiah di bumi Kelantan ini. Saya mengajak kepada semua Ahli-Ahli Yang
Berhormat untuk mengambil peluang ini untuk menumpukan kerjasama dalam meletakkan Islam sebagai solusi dibawah fasa penghayatan “Membangun Bersama Islam”.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Junjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan. Seramai 16 Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan mengambil peluang menyatakan cadangan, teguran serta pandangan masing-masing melibatkan semua portfolio. Berdasarkan isu-isu yang dibahaskan terdapat beberapa perkara utama yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mana sangat penting untuk diberi perhatian dan sudah pun diberikan jawapan oleh pihak kerajaan menerusi penggulungan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar dan juga Exco-Exco sekejap tadi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Saf yang saya bacakan sekejap tadi seluruh umat islam wajib meyakini bahawa syariat Allah SWT itu akan terus bersinar gemilang walaupun berhadapan dengan berbagai rintangan dengan syarat seluruh umat Islam kembali berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Saya amat yakin dan percaya lagi banyak tekanan yang diberikan kepada umat Islam maka akan makin bersinarlah cahaya Islam itu sendiri. Untuk itu saya yang di amanahkan mengetuai kerajaan akan menjunjung Titah Perintah Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Muhammad Ke V untuk memastikan undang-undang syariah kekal dimartabatkan di Negeri Kelantan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam perbahasan semalam Yang Berhormat ADUN Galas ada membangkitkan supaya Kerajaan Negeri mewartakan lebih banyak kawasan untuk Orang Asli. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Galas sejak daripada tahun 2012, jumlah kawasan Orang Asli yang telah diwartakan melibatkan 10 kawasan. Iaitu pos Jedip, Sungai Rual, Pos Blau, Kuala Wok, Kuala Lah, Kampung Mangrove, Kampung Plak, Kampung Tuwel, Kampung Galau Post Haul, Kampung Blad Pos Blau, dan RPS Kuala Betis yang melibatkan 3 149.652 hektar.
Manakala sejumlah RM138 hak milik individu Orang Asli telah diberi milik melibatkan lot-lot kediaman di RPS Kuala Betis dan di beberapa kampung di Mukim Nenggiri.
Dalam pada itu, tujuh hak milik tanah ladang diberikan kepada Yayasan Amanah Tok Kenali seluas 2 022.24 hektar yang mana pemberian hak milik inilah untuk kepentingan Orang Asli. YB Galas membangkitkan untuk menambahkan peruntukan bagi pembangunan Orang Asli yang kini berjumlah RM200 ribu. Suka saya menegaskan bahawa peruntukan ini adalah khusus kepada Orang Asli sahaja. Dalam masa yang sama Orang Asli tetap berhak untuk mendapatkan peruntukan-peruntukan lain sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat Kelantan umumnya. Jadi hok asli tu orang tidak asli tak boleh terima tapi hok tidak asli ni orang Asli juga boleh terima. Kira istimewa tu. Haa tuh.
Tambahan pula, Orang Asli pula mendapat peruntukan khusus daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli yang mana peruntukan ini tidak dapat dinikmati oleh rakyat lain yang tidak Orang Asli. YB Galas juga ada membangkitkan berkenaan dengan kegagalan beberapa syarikat yang memajukan Ladang Rakyat membuat pembayaran kepada akaun Amanah peserta Ladang Rakyat yang menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa memperuntukkan RM5.6 juta bagi membolehkan pembayaran dividen dibuat kepada peserta. Perkara ini telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kerjaraya, Air Dan Pembangunan Luar Bandar ini berlaku akibat pada Covid lah telah pun dijelaskan sekejap tadi. Dan kita In Shaa Allah syarikat-syarikat yang tidak membuat pembayaran kita akan ambil tindakanlah. Terdapat tiga buah syarikat yang sedang di ambil proses pembatalan perjanjian, kita ambil tindakan.
Satu buah syarikat telah dibatalkan perjanjian sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Perbadanan makna kita In Shaa Allah kita pastikan syarikat kena menepati perjanjian dengan kita. YB Galas juga ada membangkitkan agar Ladang Rakyat mengadakan kerjasama dengan agensi Persekutuan. Sebenarnya Perbadanan Ladang Rakyat telah pun mengadakan kerjasama dengan pihak FELCRA Berhad bagi mengusahakan beberapa ladang milik Perbadanan di Gua Musang dan dalam proses permohonan pajakan. Terdapat satu ladang yang telah di meterai perjanjian bersama pihak FELCRA Berhad dan beberapa buah ladang lagi dalam proses perundingan usaha sama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga mengambil perhatian berkaitan dengan saranan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menambah lagi
peruntukan-peruntukan bantuan kepada rakyat. In Shaa Allah ini merupakan keutamaan saya sebagai Menteri Besar untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga. Cuma kita tengok kemampuan kitalah. Orang tua-tua pernah berpesan melangkah mestilah melihat keluasan sarung yang kita pakai. Kain yang kita pakai itu luas mana? Kalu kita lakoh lebih daripada keluasan kain yang kita pakai sama ada kain itu akan terkoyak ataupun kita yang akan reboh.
Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri akan memastikan prestasi kewangan negeri sentiasa stabil walaupun keadaan ekonomi semasa tidak menentu. Kerajaan Negeri akan terus mengukuhkan hasil negeri menerusi perbelanjaan berdasarkan keutamaan dan juga keperluan rakyat. Kita selalu membaca ayat Quran
ﻣﺎ ا ﻗﻮ ﻟﻚ ذ ﺑﲔ ن ﻛﺎ و وا ﻳﻘﱰ ﱂ و ا ﻳﺴﺮﻓﻮ ﱂ ا ﻧﻔﻘﻮ أ إذا ﻟﺬﻳﻦ وا
Di antara sifat Ibadurrahman hamba Allah SWT ialah orang yang apabila berbelanja mereka tidak boros. Dan dalam masa yang sama mereka tidak kedekut. Boros pun tidak kedekut pun tidak.
ﻣﺎ ا ﻗﻮ ﻟﻚ ذ ﺑﲔ ن ﻛﺎ و
Tapi perbelanjaan hamba Allah SWT ialah pertengahan di antara boros dengan dok. Haa inilah yang, yang kita amalkan daripada dulu sampai sekarang. Alhamdulilllah.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dalam penyaluran peruntukan kepada Kerajaan Negeri selari dengan semangat Persekutuan. Dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menyalurkan wang ehsan Tahun 2023 semua berjumlah sebanyak RM217.96 juta. Haa ini secara keseluruhan tahun lepas. Terima kasih saya ucapkan. Dan kita mengharapkan In Shaa Allah pada tahun ini Kerajaan Persekutuan akan menambahkan jumlah wang ehsan kepada negeri Kelantan. In Shaa Allah.
Saya berharap semua agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menutup penggulungan pada kali ini dengan menggambarkan suasana yang kita semua sedang alami ini khususnya polimik yang melanda enakmen Kanun Jenayah Syariah sebagaimana sabda Rasulillah SAW,
ء ﻟﻠﻐﺮﺎﺑ ﻓﻄﻮﰉ أ ﺑﺪ ﻛﻤﺎ ً ﻏﺮﻳﺒﺎ د ﺳﻴﻌﻮ و ً ﻏﺮﻳﺒﺎ م ﻹﺳﻼ ا أ ﺑﺪ
Rasulullah SAW menyatakan Islam itu bermula dalam keadaan dagang ataupun asing. Asing. Tak ramai orang terima.
أ ﺑﺪ ﻛﻤﺎ ﻏﺮﻳﺒﺎ د ﺳﻴﻌﻮ و ً Dan akan kembali asing sebagaimana permulaan. Allah SWT tak terima. Tapi Nabi sebut,
ء ﻟﻠﻐﺮﺎﺑ ﻓﻄﻮﰉ
Beruntung bagi orang walaupun Islam, terasing dia duduk sekali dengan Islam. Biarlah orang putuskan tok soh. Biar orang menganggap perkara ini takde apa-apa, sebenar bukan takde apa-apa. Ada apa-apa. Bukan takdok apa-apa. Ni pembatalan ini ada apa-apa. Jangan kita anggap ini, keputusan ini kes ini akan menguatkan mahkamah syariah. Kita potong tangan dia, kita nak suruh dia kuat. Kita potong kaki dia, kita nak suruh dia kuat. Tok betul. Tu tok betul. Kita jangan, jangan benda-benda yang tak elok dihiasi oleh syaitan sehingga kita anggap benda itu elok, jangan. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran
ﺣﺴﻨﺎ ﻩ آ ﻓﺮ ﻋﻤﻠﻪ ء ﺳﻮ ﻟﻪ ﻳﻦ ز ﻓﻤﻦ أ
Adakah orang yang diperelokkan oleh syaitan kepadanya amalan buruk yang dilakukannya sehingga ia memandang amalan itu sebagai baik sama seperti orang yang mendapat hidayah Allah SWT yang memandang perkara yang baik itu baik perkara yang buruk itu buruk, tak boleh. Di sebut dalam kitab tafsir,
؛ ﺎ ﺻﻨﻌ ن ﳛﺴﻨﻮ Ĕﻢ أ ون ﻳﻌﺘﻘﺪ ﻟﻚ ذ ﰲ ﻫﻢ و ، ﺳﻴﺌﺔ ﻋﻤﺎﻻ ً أ ن ﻳﻌﻤﻠﻮ ً
Mereka melakukan amalan yang buruk tetapi mereka menganggap apa yang mereka lakukan bukan itu baik, sebenarnya tidak baik. Tidak baik. Kita orang Islam ini kena selaras undang-undang buatan manusia dengan undang-undang Allah SWT. Itu baru betul. Apa yang berlaku di Brunei. Saya pernah berkunjung ke Brunei dalam suatu majlis rasmi, rombongan rasmi kerajaan Negeri Kelantan ke Brunei kita diterima sebagai tetamu D’Raja Brunei diketuai oleh mantan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad Yakob di mana peguam negara Brunei menyebut kita Brunei ini, kita menyelaraskan undang-undang sivil dengan undang-undang syariah. Itu baru betul. Bukan nak betul undang-undang syariah sama dengan sivil. Undang-undang Allah SWT yang paling tinggi.
ﻣﺮﻫﻢ أ ﻣﻦ ة ﳋﲑ ا ﳍﻢ ن ﻳﻜﻮ أن ا ﻣﺮ أ ﺳﻮﻟﻪ ور ﷲ ﻗﻀﻰ إذا ﻣﺆﻣﻨﺔ ﻻ و ﳌﺆﻣﻦ ن ﻛﺎ ﻣﺎ و
Tidak boleh sekali-kali orang mukmin lelaki dan mukminat perempuan. Apabila Allah SWT dan Rasul menentukan keputusan dia tidak boleh buat pilihan yang lain daripada ketentuan Allah SWT dan Rasul.
ِ ﺎ ﻴﻨ ﻣﱡﺒ ﻻ ً ﻼ َ ﺿ ﺿ ﺪ ﻘ ﻓ ﻪ َ ﻮﻟ ﺳ ﻪﻠﻟﱠ ا ﺺ ِ ﻌ ﻳ ﻦ ﻣ ﻞﱠ ْ َ ـَ ً َ َ ُ ُ وَرَ َ ْ ـَ َ وَ Siapa yang derhaka pada Allah dan Rasul, dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jelas dan nyata. Jelas sesat. Sebab itu dalam perkara ini daripada dulu lagi kerajaan BN sendiri pun pertahan benda ini. ADUN BN pun pertahan benda ini. Saya tak kata pada ADUN BN tapi ADUN yang tidak BN ini saya tak tahulah. Sehingga ketika Kanun Jenayah Syariah II diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan disokong oleh semua ADUN 100%. Kerajaan dan pembangkang sokong belako. Walaupun orang tahu ini tak sama dengan undang-undang Persekutuan. Tak sama. Tapi kita telah melaksanakan tanggungjawab kita. Kita boleh jawab dihadapan Allah SWT kita buat setakat yang kita mampu.
ﻛﻠﻪ ك ﻳﱰ ﻻ ، ﻛﻠﻪ رك ﻳﺪ ﻻ ﻣﺎ
Kalau kita tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.
Wak hok kita boleh buat. Ni kita nok batal, ni ni ni … Ini sebenarnya menguatkan Mahkamah Syariah. Ini sebenarnya bukan nak hancurkan
Mahkamah Syariah. Ini kata-kata orang yang dihiasi oleh syaitan perbuatan mereka. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita kalau kita, kita nak selaras semua dengan undang-undang buatan manusia habislah ayat Quran Hadis Nabi SAW, hok minum arak disebut dalam hadis. Kata si Nabi,
ﻛﻞ و ، ﲦﺎﻧﲔ ﻋﻤﺮ و ، ﺑﻌﲔ أر ﺑﻜﺮ ﺑﻮ أ ﺟﻠﺪ و ، ﺑﻌﲔ أر ﺳﻠﻢ و ﻋﻠﻴﻪ ﷲ ﺻﻠﻰ ﻟﻨﱯ ا ﺟﻠﺪ ﺳﻨﺔ Rasulullah rotan orang minum arak ini 40 kali rotan. 40 kali sebatan. Si Abu Bakar pun melaksanakan undang-undang 40 kali sebatan. Saidina Umar peringkat permulaan ia laksanakan 40 tapi akhirnya 80 kerana dia tengok 40 pun ada juga hok minum arak.
ﺳﻨﺔ ﻛﻞ و Kata si Nabi kedua-duanya Sunnah. Sama ada 40 ataupun 80. Dalam Kanun Jenayah Syariah II orang minum arak ini 40 hingga 80. Ini kalau kita nak selaras dengan Pusat memang tak boleh la ni. Pah kita nak batal hadis Nabi ni? Kerana nak selaras. Nak buat penyelarasan ini tok betul, orang Islam tak boleh bercakap macam tu. Tak boleh.
ﻣﺆﻣﻨﺔ ﻻ و ﳌﺆﻣﻦ ن ﻛﺎ ﻣﺎ و Dalam ayat lain disebut
ن ﻳﺆﻣﻨﻮ ﻻ ﺑﻚ ور ﻓﻼ Tidak demi Tuhan kamu, Allah Taala sebut seseorang itu tidak dianggap beriman.
ﺑﻴﻨﻬﻢ ﺷﺠﺮ ﻓﻴﻤﺎ ك ﳛﻜﻤﻮ ﺣﱴ Sehingga mereka sanggup menjadikan kamu sebagai hakim dalam setiap pertelingkahan yang berlaku dikalangan mereka.
ِ ِ ﺖ ﻴ ﻀ ﻗ ﱠﺎ ﳑ ﺎ ﺟ ﺮ ﺣ ﻢ ﻬ ﺴ ﻧﻔ أَ ﰱ ﺪ ﳚ ﻻ َ ﱠ ﰒ ُ َ ْ َ َ ِّ ً َ َ ْ ُ ِٓ ُواْ َِ
Kemudian tidak ada dalam hati mereka sebarang perasaan berat untuk terima keputusan Allah SWT, keputusan Rasul.
ِ ﺎ ﻴﻤ ﻠ ﺴ ﺗ اْ ﻮ ﻤ ِّ ﻠ ﺴ ﻳ َ ً ْ ُ َ ُ وَ Mereka terima ketetapan Rasul dengan hati yang terbuka. Tiga syarat di sebut. Orang benar-benar beriman dalam ayat ini.
Yang kedua jadikan Nabi sebagai hakim. Maknanya keputusan Nabi ini takdok sapo boleh takwil, keputusan hakim. Kalu orang tok terima keputusan hakim, complain keputusan hakim dianggap menghina mahkamah. Islam, islam sebenar ni Allah Taala sebut terima keputusan Nabi. Yang kedua
ِ ﺖ ﻴ ﻀ ﻗ ﱠﺎ ﳑ ﺎ ﺟ ﺮ ﺣ ﻢ ﻬ ِ ﺴ ﻧﻔ أَ ﰱ ﺪ ﳚ ﻻ َ ﱠ ﰒ ُ َ ِّ َِ َ ْ َ ً َ َ ْ ُ ِٓ ُواْ Tok beraso berat terima. Kalu terima berat itu tidak sempurna lagi iman. Terima tapi dengan “beroop”, tokleh.
Yang ketiga,
ِ ﺎ ﻴﻤ ﻠ ﺴ ﺗ اْ ﻮ ﻤ ِّ ﻠ ﺴ ﻳ َ ً ْ ُ َ ُ وَ Hati tenang dengan terbuka. Hokni lah hok molek, hok Rasulullah ni hok molek. Hokni hok comel. Baru beriman. Baru beriman.
ﻣﻪ ر ﳏﺎ ﺳﺘﺤﻞ ا ﻣﻦ آن ﺎﺑﻟﻘﺮ ﻣﻦ آ ﻣﺎ
Nabi sebut tak beriman dengan Quran orang yang menghalalkan benda yang Allah Taala haram. Tok beriman dengan Al-Quran. Ni sapo sebut? Nabi sebut, ini bukan main-main. Bukan main-main. Jadi oleh kerana itu maka kita jangan berhujah kata Mahkamah Sivil undang-undangnya lagi kuat. Lagi lama, lagi berat. Hokni 356, 356 ini kanun hokni hok dibenarkan. Paling maksimum tiga tahun penjara, RM5 000 denda, enam kali sebatan. Hokni hok ado. Jadi nok teking guano, rapat dinding doh ni.
Jadi adakah kerana hokni hok ada kita kerana rotan tak cukup 40 maka kita tak buat, tak boleh. Dia ada kaedah
ﻛﻠﻪ ك ﻳﱰ ﻻ ، ﻛﻠﻪ رك ﻳﺪ ﻻ ﻣﺎ
Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Dan boleh buat setakat ini, ini. Boleh setakat 356, 356 lepas itu kita berusaha, haa itu. Jadi kita jangan sama ada kita sedar ataupun tidak sedar kita ini memberi peluang kepada musuh Islam dan musuh Islam boleh berbangga dengan apa yang kita ucap, apa yang kita buat dan apa yang ada pada diri kita, pendirian kita, jangan. Tak boleh, kita orang islam tak boleh. Kita kena selaras undang-undang buatan manusia dengan syariah Allah SWT. Bukan nok selaras undang-undang Allah dengan pandangan manusia, tak boleh. Hokni kena betul hokni. Sebab itu tadi ditegahkan oleh Timbalan Menteri Besar kita bahawa kita hok 16 dia batal ini kita akan buat semula In Shaa Allah. Kita kajilah, kita akan buat. Tamboh-tamboh pulok batal kes tajuk, kes tajuk. Ko gano? Kes tajuk tu serupo dengan hok ado, ko gano? Jadi Alhamdulillah ambo cayo sokong belako, ambo cayo. Kita orang Islam ini wajib sokong. Tidok tok sempurna iman, tok sempurna.
Jadi kita akan pertahankan dan kita tengok semua majlis agama, semua Majlis Agama Islam di Malaysia ini mempertahankan. Tiba-tiba ada kita dukacita ada orang kata benda ini takde apa-apa. Takdok masalah nok kuat, kerat tangan kuat la kito. Kerat tangan, kerat kaki gak nok berjalan pun pakai tongkat nok kuat guano. Tok kuat. Nok kuat kita uboh hok bercanggoh dengan syariat Islam ini vi sama dengan syariat Islam baru kuat, baru kuat.
Ini pendirian kita dan jangan kata Kerajaan Kelantan ini buat tok berhati-hati. Tujuh buah negeri bukan Kelantan saja. Ni dan kita ni kita nok angkat, nok bowok undang-undang Dewan Negeri ini ada LA. Ni YB LA baru. Hok dulu pun ada LA tidok kato kita pakat dengan Timbalan Menteri Besar, kita buat, dok. Ada Penasihat Undang-Undang Negeri dan di majlis itu ada ulamak Majlis Agama Islam, jemaah ulama’ majlis mesti yang melibatkan undang-undang Islam mesti dipersetujui oleh Ulama’ Majlis Agama Islam. Dia bincang doh dari sudut Islamnya tak bercanggah. Boleh buat, baru boleh bawak dewan. Tidok kato Ahli-Ahli Dewan Negeri pakat ble-ble panggil makan di JKR 10 itu, kita buat undang-undang. Hey bukan lagu tu, dok. Jangan-jangan anggap kecil benda ini. Benda ini bukan kecil, benda ini benda besar. Benda ini ni musuh Islam. Nok peracur Islam, nok peracur perundangan Islam. Nok peracur mahkamah syariah. Maka menjadi kewajipan semua orang Islam tanpa mengira fahaman politik.
Lepas tu ambo terima kasih kepada Galas pada dulu sampai sekarang dalam bab ini. Jadi ambo harap semua tidak Galas sajo la ambo harap tapi ambo sebut Galas sebab Galas jelas bab ni. Jelas. Ni kewajipan kita semua. Jadi saya rasa itulah sedikit sebanyak penggulungan saya pada petang ini.
ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻟﻜﻢ و ﱄ ﻟﻌﻈﻴﻢ ا ﺳﺘﻐﻔﺮﷲ وأ ا ﻫﺬ ﻗﻮﱃ ل ﻗﻮ ا
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu cadangan bahawa Dewan ini membuat ketetapan merakamkan setinggi-tinggi ucapan junjung kasih di atas Titah Ucapan D’Raja yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V kepada dewan ini pada hari Isnin 23 Syaaban 1445H bersamaan 04hb Mac 2024 Masihi. Sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi di undi. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.
Dipersetujukan.
Cadangan yang pertama diterima dan diluluskan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan. Persidangan akan disambung semula pada besok bermula jam 09.00 pagi. Sidang pada petang ini di akhiri dengan bacaan tasbih kafarrah dan Suratul-Asr.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.00 PETANG DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK 07 MAC 2024, JAM 09.00 PAGI.