Kelantan · 7 March 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 179 turns · 11,642 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Persidangan Kali Pertama, Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, Hari Keempat. …… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا

Doa

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, bacaan doa.

[ SAMBIL BERDIRI ]

Timbalan Speaker

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan pagi ini bersambung dengan soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat jawapan mulut. Saya mempersilakan Yang Berhormat Galas. Silakan.

(Soalan-Soalan Yang Diberitahu)Questions

ا ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ

Yang Berhormat Dato’ Speaker pohon jawapan kepada soalan saya yang 1.

Soalan 1 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah halangan dan cabaran untuk Kelantan berpotensi menjadi hab pelaburan, pihak pelabur serta mewujudkan suasana kondusif untuk pelaburan.]

ﻛﺎﺗﮫ ر ﺑ و ﷲ ﺣﻣﺔ ور م ﻋﻠﯾﻛ م ﻟﺳﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Galas. Jaringan infrastruktur logistik yang masih belum sempurna memberi kesan kepada daya saing negeri Kelantan sebagai potensi pelaburan. Sebagai contoh, ketiadaan pelabuhan iaitu cargo port di Kelantan menjadi satu cabaran kepada Kelantan untuk menarik pelaburan oleh kerana pelabur-pelabur lebih memilih lokasi-lokasi yang berdekatan dengan pelabuhan bagi memudahkan mobilisasi barangan dan perkhidmatan antara pasaran serantau dalam logistiknya dan global, mengurangkan kos pengangkutan dan meningkatkan kecekapan.

Di antaranya ialah sering juga disebut kita ada rangkaian lebuhraya yang standard macam sebelah pantai barat. Ketiadaan Cargo International Airport dan juga pelbagai proses yang kita perlu dipertingkatkan lagi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan soalan tambahan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih. Terima kasih diatas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco sebentar tadi. Antara arahan kerja Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam pelan induk penghayatan “Membangun Bersama Islam” ialah Kelantan berpontensi menjadi hab pelaburan. Kelantan mesti menjadi pilihan pelabur, suasana kondusif untuk pelabur.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, di dalam portal Invest Kelantan ada dinyatakan berkenaan dengan sektor pembangunan yang menjadi keutamaan kerajaaan negeri Kelantan antaranya yang disebut ialah aktiviti pelaburan dalam industri halal. Saya nak pujilah usaha Yang Berhormat Exco yang dibuat untuk berjumpa dengan pemain industri yang aktif di mana satu libat urus meja bulat telah pun diadakan dalam fasa yang pertama.

Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Exco. Soalan saya ialah berapa banyakkah syarikat-syarikat ataupun penyertaan golongan bumiputera yang terlibat secara langsung yang berminat dengan kita dalam perusahaan industri cottage makanan dan minuman, farmasitikal dan kosmetik?

Dan saya juga ingin mencadangkan Yang Berhormat Exco supaya kita activate balik tempat-tempat yang telah pun kita sediakan seperti di Bazar Tok Guru, Bazar Tengku Anis, Bazar Rakyat. Bazar Buluh Kubu dan sebagainya sebagai hab industri halal ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada soalan tambahan. Sememangnya halal hab satu tempat yang dibuat oleh SDC yang tempat yang elok ya sudah ada infrastrukturnya tetapi ada sedikit bermasalah dengan polisi kita. Setelah memperolehi tapak tersebut, syarikat perlu mengadakan sekurang-kurangnya 50% pembangunan barulah tapak tersebut diberi geran dan diberi cas kepada bank.

Jadi kita sedang berunding dengan SDC polisi yang terbaik untuk mesra pelabur. Hanya 30% sahaja Yang Berhormat Galas situ. Jadi ada lagi 70% dan baru-baru ini juga kita bawa daripada negara Arab dan juga daripada China datang untuk melawat tempat tersebut. Dan ada masalah-masalah utiliti sedang berbincang bersama sahabat sebelah saya supaya utiliti termasuk air dan sebagainya tempat itu kena boleh digunakan lah maksud dia apabila sampai kelak.

Dan kepada usahawan-usahawan di tempat yang dinyatakan tadi, pertama sekali industri halal dan sijil halal di negeri Kelantan ini sedang dalam proses yang to date nya kita ada lebih kurang 381 premis yang halal. Kita akan libat urus dengan usahawan-usahawan ini dan galakkan mereka untuk mendapatkan sijil halal supaya bila pelancong datang dan

orang luar datang ke Kelantan ini, confidence level dia untuk di Kelantan ini premis halal itu senang didapati. Dan kita akan memudahkan malah kita ada program untuk bagi percuma untuk mendapat awalan dan juga untuk sambung lesen halal pun kita akan bagi percuma kepada yang terlibat.

Jadi itulah proses-prosesnya dan kita faham di dalam promosi usahawan contohnya di negeri Kelantan ini, kita tak boleh lari daripada empat perkaralah iaitu dengan izin place, produk, price, promosinya dan sekarang tambah digital. Sebabtu kita libat urus dengan Telekom Malaysia dan juga UMK untuk bagi pendedahan digital kepada usahawan-usahawan kita.

Itulah di antara perkara-perkara yang kita buat. Dan selepas untuk menyenangkan pelabur satu, dan selepas mendapat pelabur apakah masalah-masalah lagi. Jadi ada dua, tapak satu dan projek satu. Jadi kita ada satu Jawatankuasa Teknikal dan satu Jawatankuasa Pelaksana. Itulah kita sedang susun apa-apa feedback yang kita dapat daripada pelabur di negeri Kelantan ini selain daripada kita menarik yang luar yang lepas ada yang pergi ke Korea ada pergi ke China dan sebagainya.

Tetapi keperluan-keperluan contoh ada satu pelabur dia nak 4000 ekar, 5000 ekar tepi laut contoh tanah. Jadi kerajaan kena sediakan tanah ke dia barulah dia pelabur nak datang. Itulah perkara-perkara yang kita yang kekangan kepada kita.

Walaubagaimanapun, kita ucap terima kasih kepada pelabur-pelabur dari segi mineral di Pengkalan Chepa 1 dan 2, dan di Tanah Merah di kawasan-kawasan Tok Bali dan sebagainya. Peningkatan itu sudah ada, In Shaa Allah kita akan jalankan promosi pada tahun ini untuk menarik yang sesuai di negeri Kelantan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Gual Periok. Yang Berhormat Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan daripada saya. Apakah sektor utama pelaburan sekarang samada automatif, makanan atau lain-lain? Terima kasih.

Dato’ Speaker terima kasih kepada Gual Periok soalan tambahan. Yang pertamanya yang terbesar sekali di Kelantan ialah semikonduktor yang Rohm-Wako dan juga luar negara. Sebagaimana pakaian dan juga Ain Medicare, pharmaceutical dan juga KBMC sedang membesarkan dari segi medikalnya dan juga makanan di negeri Kelantan ini begitu juga air mineral. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya persilakan Yang Berhormat Chetok untuk soalan seterusnya.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pohon jawapan soalan saya nombor 2. Soalan 2 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah bagi memperhebatkan sektor usahawan tani dan usaha bagi meremajakan sektor ini.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Chetok. Langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memperhebatkan sektor usahawan tani dalam konteks negeri Kelantan adalah dengan mempelbagaikan program dan projek pertanian melalui agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan Negeri. Program yang disusun perlu segar dan mendapat permintaan dalam pasaran atau peluang bagi menerokai bidang pertanian bagi mereka yang sebelum ini janggal dalam sektor pertanian.

Dalam agensi kerajaan negeri, antara program yang kita sedang laksanakan ialah pertama Program Ternakan Ayam Kampung Asli Al Falah. Ini ditambah baik daripada program sebelum ini Program Ayam Kampung Kacuk.

Yang kedua, program Fertigasi Al Falah fasa 1 dan ditambah nilai dengan peserta sedia ada dengan Fertigasi fasa 2 bagi meningkatkan lagi hasil pertanian.

Yang ketiga, program pertanian dan penternakan yang dibuat di pondok-pondok dan tahfiz untuk menambahkan pendapatan dan tambah nilai dengan penglibatan Kementerian Sumber Manusia bagi SLDN Program Tahfiz Pertanian di mana pelajar pondok dan tahfiz akan memperoleh sijil kemahiran Malaysia SKM tahap 2 dan 3 dalam bidang pertanian dan penternakan yang dijalankan di institusi yang terpilih tersebut.

Yang keempat, Program Membina Usahawan Tani Al Falah khususnya buat golongan wanita atau muslimat bagi membantu keluarga menambah pendapatan melalui pertanian dan penternakan.

Yang kelima Program Dorong Pertanian Al Falah ataupun singkatan (AFDOL). Lebih kepada menghasilkan pilot dron pertanian anak muda untuk menceburi dan menarik minat ke arah teknologi pertanian sekaligus menjadi usahawan perniagaan dan perkhidmatan dron pertanian buat pesawah. Yang keenam, penghasilan makanan ternakan alternatif melalui pemberian mesin dan peralatan satu DUN satu mesin buat komuniti penternak yang memohon.

Yang ketujuh program yang kita namakan KAPOK iaitu Apa Khabar Pok Tani lebih kepada pendedahan pertanian kepada masyarakat kampung melalui mukim-mukim penghulu.

Yang kelapan, program yang kita namakan PIAK. Macey piak lembu lah. Itu program khas industri asas pertanian dan penternakan secara komuniti. Yang kesembilan, Program Belia Tani Al Falah Kelantan - Thailand dengan menghantar anak-anak muda terpilih yakni yang berpotensi mengikut latihan khas di sana bersama pakar industri Thailand di dalam bidang sasaran seperti ternakan kelulut, keluaran cendawan, tanaman pisang, produk hiliran dan lain-lain.

Yang kesepuluh, program latihan seminar dan bengkel berterusan dari jabatan-jabatan dan agensi bagi perkongsian kemahiran teknikal dan pengurusan keusahawanan di kalangan anak-anak muda seperti program ABC Agro Bio Class, bengkel agro makanan dan lain-lain latihan.

Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM3 660 000 dibawah program pembangunan meliputi pembangunan tanah terbiar, pembangunan industri padi, pembangunan industri pelbagai komoditi, pembangunan industri sayur-sayuran, pembangunan industri buah-buahan, industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian dan aktiviti hiliran IKS, pembangunan usahawan tani, dan pembangunan industri kelapa.

Tambahan pula pada tahun ini 2024, sebanyak setengah juta iaitu RM500 ribu, telah diperuntukkan untuk projek pembangunan usahawan tani yang kita utamakan ialah petani-petani belia. Di mana skop utama bagi program ini ialah mempertingkatkan pendapatan usahawan sehingga mencapai RM5000 sebulan.

Kepada pemohon yang sedang menjalankan projek sedia ada yang berdaya saing bagi meningkatkan pendapatan, jabatan juga memberi keutamaan kepada belia tani menceburi bidang pertanian melalui peruntukan. Program-program pembangunan yang lain dibawah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan selaras dengan pelan penggantian petani yang mana untuk meningkatkan bilangan usahawan tani muda sebagai generasi pelapis kepada golongan usahawan tani yang telah berumur. Selain itu juga, pihak jabatan menggalakkan golongan anak muda dan belia menceburi bidang pertanian dengan menyertai Program Agropernia Muda yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Mengikut rekod jabatan pertanian hampir 70% petani negeri Kelantan ini dipelopori oleh golongan belia berusia 40 hingga kebawah dengan mengaplikasikan konsep bertani yang menggunakan teknologi dalam aktiviti tanaman mereka. Sebagai contoh, penggunaan dron bagi tujuan membaja, menabur benih, meracun bagi projek-projek berskala besar seperti padi dan penggunaan IOT (Internet of Think) bagi yang menggunakan telefon pintar melibatkan sektor pertanian seperti fertigasi dan hidroponik. Sekian.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Chetok.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco di atas jawapan dan kesungguhan pihak kerajaan menjalankan program sebanyak 10 program di dalam rangka untuk meremajakan sektor pertanian.

Soalan saya ialah adakah pihak kerajaan telah mengenalpasti usahawan-usahawan tani yang berjaya di Kelantan untuk dijadikan sebagai ikon sebagai motivasi kepada bakal-bakal usahawan tani yang lain?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Chetok. Alhamdulillah setiap tahun usahawan tani yang berjaya dan yang mencapai pencapaian yang agak baik yang luar biasa kita kata akan dikenalpasti dan dihargai oleh setiap jabatan dan agensi yang menjadi pembimbing kepada usahawan-usahawan tersebut. Kerajaan negeri setiap tahun mengiktiraf usahawan tani berjaya melalui penganugerahan usahawan tani samada di peringkat jajahan, peringkat negeri mahupun kebangsaan. Seperti melalui Hari Peladang Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan atau melalui Ekspo Tani.

Pelbagai kategori anugerah kecemerlangan dan pertandingan-pertandingan berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan disediakan untuk menghargai kerja-kerja para usahawan tani yang bekerja gigih di seluruh negeri sekaligus memberi semangat kepada mereka untuk meningkatkan lagi pendapatan dan menjadi ikon contoh

kepada usahawan-usahawan tani yang baru supaya sama-sama bersaing untuk menunjukkan kecemerlangan di dalam sektor pertanian ini.

Sebagai contoh, penerima Anugerah Khas Hari Peladang Penternak (HPPNK) terdahulu seramai 17 orang usahawan tani pelbagai kategori dibawah pemantauan dan bimbingan agensi-agensi yang berkaitan pertanian, penternakan, perikanan samada dibawah agensi dan jabatan negeri dan persekutuan. Ia termasuk Anugerah Inovasi dan Anugerah Pemasaran Berjaya. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Tendong.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Berkaitan dengan anak muda tani ini, kalau kita lihat daripada peranan dan juga keterlibatan anak-anak muda dalam pertanian ini kalau di Kelantan ini kita lihat sekarang ini sudah smakin ramai anak-anak muda kita yang terlibat dengan pertanian. Dan kalau di kawasan saya di Tendong itu, ada anak-anak muda kita yang menceburkan diri dalam sektor pertanian terutama penanaman padi ini. Ada yang lebih daripada 50 ekar sehingga ada yang 100 ekar yang dia usahakan. Cuma masalah yang ada pada anak-anak muda kita ini adalah berkaitan apabila adanya kekurangan ataupun kos yang tidak mencukupi dalam keadaan semua bahan-bahan mentah yang agak mahal sekarang ini menyebabkan kos, pengurusan ataupun modal pemulaan tidak mencukupi.

Jadi adakah pihak kerajaan apabila ada petani-petani muda yang mengusahakan pertanian secara berskala besar ini, ada insentif ataupun bantuan-bantuan daripada kerajaan. Adakah kerajaan bercadang untuk membantu dari sudut memberi modal awal kepada anak-anak muda yang mencebur diri dalam sektor pertanian dan yang berskala besar ini? Terima kasih.

Terima kasih soalan tambahan daripada Tendong. Sememangnya pihak kerajaan telah membuat persiapan lah untuk memberi bantuan kepada anak-anak muda. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi di bawah Jabatan

Pertanian ada bantuan pembangunan usahawan tani lebih kurang RM500 ribu dan dibawah saya pun dengan jumlah yang sama RM500 ribu maknanya ada RM1 juta bantuan. Sejuta ringgitlah. Untuk dipohon oleh pemohon-pemohon dan disahkan oleh jabatan-jabatan mereka telah melaksanakan projek-projek pertanian dengan baik dan mempunyai potensi untuk dimajukan projek mereka InshaAllah kita bantu melalui pemberian seumpama input-input pertanian baja ataupun baru ini kita bagi benih-benih padi disaat benih padi ada yang merungutlah harga walaupun harga lantainya RM45 tapi di pasaran ada yang lebih.

Begitu jugak kenaikan harga racun dan sebagainya jadi kita akan pastikan anak-anak muda kita ini In shaa Allah tidak akan lemah semangat. Mereka terus memberi sumbangan besar kepada food security negeri bukan hanya untuk negeri Kelantan sebenarnya food security negara juga. Takdirnya anak-anak muda dan para pesawah tani ini tarik diri ataupun berhenti daripada bertani barangkali ramai rakyat Malaysia yang tak cukup makanan asasi barangkali. In shaa Allah kita tengok permohonan dan syarat-syaratnya. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kemuning, ada soalan tambahan? Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco atas penerangan berkenaan dengan usaha-usaha kerajaan berkaitan dengan usaha-usaha kerajaan untuk memperhebatkan lagi bidang usahawan tani di negeri ini.

Jadi soalan saya, saya baru dengar perkataan kapok, piak dan beberapa benda-benda lain yang disebutkan sebentar tadi. Jadi soalan saya, sejauh mana ataupun adakah pihak kerajaan bercadang untuk memperhebatkan juga kempen ataupun promosi untuk bagi maklumat dan juga pendedahan kepada belia dan beliawanis yang mana diterangkan sebentar tadi berusia 40 tahun kebawah berkenaan peluang-peluang usahawan tani yang disediakan oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Kemuning. In Shaa Allah dalam masa terdekat kita akan buat jelajah promosi ke jajahan-jajahan yang kita susun secara berkala untuk memberi penerangan dan mengadakan bengkel serta libat urus dialog dengan terutamanya anak-anak muda dan seperti yang kita buat sebelum ini kita buat jelajah “Bertani Satu Ibadah” di peringkat jajahan-jajahan. Di situlah kita memperkenalkan kepada mereka bidang-bidang yang mereka patut ceburi dan disana kita memberi pendedahan bagaimana untuk mereka mendapatkan geran, bantuan. In shaa Allah jelajah ini sedang disusun dan akan sampai ke kawasan Kemuning In shaa Allah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Chetok. Silakan. Wakaf Bharu.

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi tahniah kepada kerajaan negeri yang telah memperkenalkan pertanian AlFalah kepada pondok-pondok.

Jadi sejauh manakah pemantauan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri terhadap peruntukan tersebut? Mungkin kita boleh syorkan supaya dapat geran-geran samada negeri ataupun pusat yang lebih besar dan memandangkan sekarang ini tahun melawat Kelantan galakkan orang ini pergi kepada melawat pondok-pondok. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih soalan tambahan yang ke berapo doh. Keempat eh. Daripada Wakaf Bharu. Berkaitan dengan projek pertanian yang kita laksanakan di pondok-pondok dan pusat-pusat tahfiz dimana kita telah menyediakan bajet khas iaitu sebanyak RM300 ribu setahun kepada pondok-pondok yang membuat persiapan yang kita buat perbincangan pihak pondok menghantar permohonan secara bergilirlah. Jadi bukan semua pondok ini ada persiapan, ada

pondok yang tidak ada tanah pertanian dan mungkin mereka tidak nak mengganggu sistem pengajian.

Jadi pondok-pondok yang menyertai kita buat pemantauan dan kita melantik jabatan-jabatan dan pegawai-pegawai tertentu memantau perjalanan projek tersebut. Contohnya di pondok-pondok ada yang kita bagi projek cendawan seperti di pondok Seri Permai, Seligi. Sampai sekarang pondok ini berjaya dah beberapa tahun mendapat hasil yang agak lumayan sehingga kita bagi kepada pondok ini rumah cendawan pintar. Maknanya yang menggunakan teknologi moden dan kita bagi alat yang cukup dari segi alat untuk buat bongkohnya, untuk peramalnya dan sebagainya. Akhirnya mereka dapat hasil. Begitulah pondok-pondok lain dan tahfiz-tahfiz yang ada yang minta nak menternak rusa, ada kita bagi. Ada pondok yang berbentuk ada agronya agrotourism sikit. Dia mintak nak ternak kuda kerana mereka minat bidang memanah dengan kuda dan sebagainya. Kita juga pernah bagi kepada pondok ini untuk menternak kuda yang menjadi sebagai latihan kepada pelajar-pelajar pondok.

Pelbagai peluang yang ada In Shaa Allah kalau mereka bersungguh-sungguh dengan peruntukan yang kita bagi, ada kejayaan. Dan Alhamdulillah Kementerian Sumber juga telah tengok kesungguhan kita, mereka juga ada bantuan iaitu mereka libatkan pondok-pondok ini dengan program TVET pondok dan tahfiz. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Exco Pertanian, Agromakanan dan Komoditi. Lima kali kena berdiri. Terima kasih banyak-banyak. Seterusnya, mempersilakan…

Speaker… saya nak mintak satu keizinan sebab ni penting.

Timbalan Speaker

Satu lagi soalan tambahan?

Haa soalan tambahan sebab saya dah empat kali bangun. Okay terima kasih kepada..

Timbalan Speaker

Okay baik Limbongan teruskan.

Okay terima kasih kepada Tuan Speaker. Pertamanya saya nak ucapkan tahniahlah kepada Exco Pertanian. 29hb Februari kerana turun ke Dun Limbongan berkaitan dengan penyerahan pasar borong kerjasama dengan FAMA.

Cuma soalan saya, adakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan kursus-kursus yang lebih efektif kepada usahawan-usahawan wanita ataupun usahawan-usahawan belia-beliawanis yang muda ini untuk memajukan dari sudut penternakan, dari sudut pertanian kerana saya memohon agar pasar borong yang ada di Pasir Puteh ini menjadi satu sebagai RTC yang kedua dan sebagai pengeluar tempat untuk pemborong-pemborong membeli seperti sayur, daging dan penternakan ayam. Setakat itu dulu. Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Exco sekali lagi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada Limbongan. Jawapannya mudah, ya In Shaa Allah kita akan laksanakan program tersebut supaya kita gunakan kemudahan yang sedia ada dan terima kasih kepada pihak FAMA yang telah membantu sehingga dapat kita upgrade ataupun kita membuat persiapan lah sehingga sekarang ini sudah dimasukkan semua peserta-peserta di Pasar Borong Awam Pasir Puteh dan besok ada solat hajat untuk tempat baru ini mintak selamat.

Moga-moga dengan ada tempat yang sesuai ini yang cantik dan bagus In Shaa Allah kita akan manfaatkan dengan kita melatih dan beri kursus

kepada para peniaga pemborong-pemborong ini supaya lebih efektif dan lebih baik dapat menjalankan pemasaran mereka kepada peruncit-peruncit dan sebagainya. In Sha Allah jange bimbe.

Timbalan Speaker

Baik terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Exco. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Jelawat untuk soalan seterusnya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan untuk soalan nombor 3.

Soalan 3 :

[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan,apakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu taman rekreasi keluarga di dalam Dun Jelawat bagi mewujudkan masyarakat yang sihat.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Jelawat atas soalan. Untuk makluman Jelawat saya baru selesai mengadakan program menjelajah Exco PBT ke semua PBT dalam rancangan dan baru selesai mengadakan jelajah ke Dabong, Kuala Krai, Machang dan minggu lepas ke Bachok untuk saya mendapatkan apa ini maklumat-maklumat di lapangan mengenai perancangan-perancangan telah dibuat oleh PBT masing-masing dan di Bachok saya telah mendengar beberapa pembentangan daripada Setiausaha Majlis Daerah Bachok dan kita juga berbincang dengan ADUN-ADUN setempat lah. Cuma waktu itu Jelawat dimaklumkan ada kes mahkamah bukan keno saman dia menyaman orang.

Dan untuk makluman Jelawat lah, Majlis Daerah Bachok telah mengangkat peruntukan bagi cadangan taman rekreasi di Kampung Kubang Telaga seluas 4.2 ekar tepi Sungai Semerak kepada KASA dengan nilai pembangunan taman rekreasi sebanyak RM1.280 juta.

Antara komponen yang dicadangkan untuk dibina adalah laluan pejalan kaki menggunakan paving blok, membina tempat memancing, membina restoran di tepi sungai, taman permainan dan riadah, lampu LED, streetlighting, gazebo namun cadangan tapak tersebut tidak mendapat sokongan daripada JPS kerana tapak tersebut berisiko banjir dan dalam perancangan JPS untuk dijalankan aktiviti untuk mencuci sungai. Dan semasa mesyuarat jelajah di Bachok, pihak Majlis telah mencadangkan tapak baru iaitu di tanah kerajaan di Mukim Bator seluas 1.8 ekar yang mana saya telah memohon pihak daripada daerah Bachok untuk mengangkat permohonan kepada Bahagian Kerajaan Tempatan untuk kita nilai dan kaji.

Dan sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawasanya Kebawah Duli telah menggalakkan supaya pihak ketua tempatan untuk membangunkan taman-taman rekreasi yang baharu memandangkan Bachok tiada kawasan taman rekreasi yang sesuai untuk riadah keluarga. Kita akan letakkan kepentingan untuk mewujudkan sebuah taman rekreasi di Jelawat sebagai keutamaan kitalah. Dan kalau ikut pada, sebelum saya menggulung saya telah menyatakan bahawasanya ada 263 taman permainan dan rekreasi di Kelantan.

Dan untuk Bachok sahaja jajahan Bachok ada tujuh malangnya semua takda di Jelawat walaupun kita tahu Jelawat ni merupakan satu bandar nukleus yang baru di Bachok dengan adanya hospital baru, dengan adanya UMK disana, KIAS juga ada disana maka adalah satu menjadi keperluan, kepentingan untuk kita adakan satu pusat rekreasi sekeluarga untuk penduduk di Jelawat yang mana tiada taman rekreasilah. Dan In Shaa Allah kita akan merancang sebaik mungkin dengan kerjasama daripada pihak Majlis Daerah Bachok In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Jelawat soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dalam Titah Ucapan Diraja ada disebutkan bahawa jajahan Gua Musang dan Kuala Krai tersenarai dalam jajahan yang paling bahagia di Malaysia. Dan kalau kita lihat pada geografi Gua Musang dan Kuala Krai ini terdapat banyak kawasan-kawasan yang boleh dijadikan kawasan rekreasi keluarga seperti

gunung-ganang, sungai-sungai dan air terjun. Dan jelawat juga tidak kurang dari segi tempat-tempat yang menarik ini seperti sawah-sawah yang menghijau sejauh mana mata memandang, air-air yang mengalir tenang dan bukit yang tinggi menjulang.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Exco adakah kerajaan bersedia dan memberi jaminan bahawa jika sekiranya kawasan dicadangkan tersebut tidak sesuai ataupun tidak diluluskan kawasan di Mukim Bator tersebut, adakah kerajaan bersedia dan memberi jaminan bahawa taman rekreasi ini akan tetap dilaksanakan di Dun Jelawat walaupun di tempat-tempat yang lain dalam Dun Jelawat kerana saya percaya bahawa dengan adanya taman rekreasi keluarga ini, Dun Jelawat akan lebih bahagia daripada Dabong dan Mengkebang di Kuala Krai. Terima kasih.

Terima kasih atas soalan daripada Jelawat. Memanglah kita kalau ikut pada perancangan bandar, dia ada blok ratio untuk kewujudan kawasan lapang. Ia sebenarnya kita perlu sediakan dua hektar untuk jumlah setiap 1000 penduduk. Jadi kita perlu merancang pembangunan bandar kita dengan sebaiknya dan In Shaa Allah di Jelawat kita akan cuba cari tapak jika tiada, tiada apa ni lokasi sesuai kita bersedialah untuk membuat pengambilan untuk memastikan wujudnya satu taman rekreasi kawasan lapang untuk setiap Dun sebagaimana sasaran yang telah kita tetapkan supaya kita dapat memastikan bukan hanya Jeli, Kuala Krai, Gua Musang dinobatkan sebagai bandar paling bahagia di Malaysia. Kita sama-sama berusaha supaya semua bandar-bandar yang ada dalam Kelantan dapat dinobatkan sebagai bandar bahagia di Malaysia In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Baik terima kasih. Silakan Yang Berhormat Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Jange bimbe takdok dh … mat

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin merangkaikan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco yang mengatakan akan mewujudkan satu reserve ataupun kawasan untuk rekreasi ataupun riadah bagi setiap tempat supaya rakyat kita akan sentiasa bahagia dan kalau kita tengok pun di sebelah negara jiran kita Thailand, dia ada satu pusat rekreasi bagi setiap bandar yang sangat besar. Ada trek untuk joging, basikal, riadah permainan kanak-kanak dan sebagainya sangat menarik. Walaubagaimanapun itu bukan soalan saya.

Soalan saya adalah apakah pihak PBT boleh memikirkan berkaitan dengan keperluan untuk tidak membuang pokok-pokok yang telah besar ataupun lama, pokok yang telah tua? Kadang kita lihat atas alasan apa pokok-pokok berkenaan ditebe, dibue sebaliknya sepatutnya kita letak penyanggah kayu ataupun penyanggah penyokong dan sebagainya dan mana-mana ranting yang buruk dan telah tua mungkin kita boleh buang. Kalau ada sapoh tu sapuhlah sebab dalam hubungan kita dengan dia panggil pemanasan global ni sangat panas. Jadi pokok-pokok ini mintaklah supaya dipelihara dibubuh penyokong dan penyanggah supaya ia kekal disini.

Kalau Tingkatan lima dulu kita pun belajar Sains, dimana melalui proses fotosintesis ada berlaku kejadian ini adalah kejadian yang Allah SWT cipta bahawasanya pokok itu dengan proses fotosintesis makanan dio boleh mengeluarkan air H20 dan 02 oksigen untuk kita bernafas sedangkan dia mengambil karbon dioksida. Jadi yang kita tidak perlukan. Jadi soalan nyo, bolehkah pihak Exco mengarahkan kepada PBT-PBT supaya pokok-pokok yang telah tua dan lama ini jangan dibuang. Itu sahaja sekian, terima kasih.

Terima kasih atas kecaknaan Gual Ipohlah mengenai masalah berkaitan dengan pokok-pokok tua yang berada dalam kawasan PBT memanglah sebelum daripada tengkujuh tahun lepas kita mengarahkan supaya semua PBT melakukan operasi untuk memangkas, memotong pokok-pokok yang telah reput hasil daripada aduan daripada para penduduk dalam kawasan operasi PBT bahkan pada tahun lepas kita, pihak Kerajaan Tempatan telah meluluskan dua buah skylift kepada, pertama kepada Majlis Daerah Kuala Krai dan juga Majlis Daerah Tanah Merah. Dan tahun ini ada beberapa permohonan daripada PBT untuk juga memiliki skylift kerana usia pokok yang ditanam dahulunya, ditanam

serentak, spesies yang sama berlaku pereputan yang sama tempoh yang sama sehinggalah berlaku kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawalah yang berlaku di jalan besar Kok Lanas.

Dan kita mengadakan operasi untuk keselamatan penduduk dalam masa yang sama kita meminta PBT mengenal pasti spesies pokok yang telah tumbuh besar yang ditanam. Adakah berisiko untuk dikekalkan dan jika berisiko kita memang akan tebang terus dan akan digantikan dengan pokok-pokok daripada spesies semasa yang lebih berkualiti yang boleh berjangka hayat dan juga lebih daripada spesies yang keras, kayu keras.

Kita lebih mengutamakan keselamatan penduduk disamping kita tidak menolak untuk kita menjayakan program-program keceriaan, pengindahan bandar kita sebagaimana yang telah disebut oleh YB Mengkebang. SDG yang telah digagaskan perancangan di peringkat dunia, peringkat Malaysia pun kita PBT pun sambut. Sustainable development goal.

Kita kena apa ni buat pertimbangan timbang tara yang itulah dan kemungkinan kita boleh memikirkan kaedah yang dicadangkan oleh Gual Ipoh samada sesuai tak sesuai untuk kita tukar pokok tu Tulah kita kena bagi timbang tara antara keselamatan penduduk dan juga untuk kita mengindahkan, menceriakan bandar kita. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar. Saya mempersilakan Yang Berhormat Gual Periok untuk soalan seterusnya.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

ﻛﺎﺗﮫ ر ﺑ و ﷲ ﺣﻣﺔ ور م ﻋﻠﯾﻛ م ﻟﺳﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Mohon jawapan soalan saya nombor 4. Terima kasih.

Soalan 4 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perkembangan sambutan Tahun Melawat Kelantan 2024 dan setakat mana rakyat menyedari tentang program Kerajaan Negeri ini.]

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Yang Berhormat Speaker,

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih kepada Yang Berhormat Gual Periok yang ingin bertanyakan mengenai perkembangan sambutan Tahun Melawat Kelantan 2024 dan setakat mana rakyat menyedari tentang program kerajaan ini. Bagi menjawabnya pertamanya, kita baru saja melangkah masuk bulan Mac jadi pada hemat saya agak terlalu awallah untuk membuat penilaian tentang perkembangan sambutan Tahun Melawat Kelantan. Meskipun begitu, saya telah mendapat maklum balas daripada beberapa sumber untuk mengetahui apakah sambutan daripada rakyat dalam negeri dan juga pengunjung-pengunjung daripada negeri yang datang ke Kelantan.

Dan satu sumber yang kita boleh petik ialah daripada tempat-tempat penginapan hotel, resort, juga homestay. Dan daripada tinjauan pihak saya kita dapati dalam tempoh bulan Februari yang kebetulan dengan cuti sekolah, hotel dah penuh. Begitu juga dengan resort dan homestay. Baru-baru ni keluarga saya datang daripada Perak. Isteri saya dia nak bawaklah pergi makan angin dekat resort, tak boleh penuh. Tak guna kabel ni. Ni pakai pergi gitu je. Jadi Alhamdulillah. Cumanya kesan ini kita dapat lihat di kawasan utara Kelantan maknanya di Kota Bharu, di Tumpat, di Bachok dan juga di Jeli. Jeli pun sama.

Dan saya perhati ada satu yang common di sini. Semua tempat ini ada hotel dan resort yang agak bagus. Jadi sekarang ni orang ada kemampuanlah untuk masuk hotel yang baik-baik. Alhamdulillah. Kemudian, mengenai pasar, tempat tumpuan. Baru-baru ni saya mengikuti ada posting dalam Facebook mengenai Pasar Siti Khadijah katanya dah lengang dan juga takda orang datang dah. Orang semua pergi Thailand katanya.

Saya pun pergilah ke Pasar Siti Khadijah untuk membuat tinjauan sendiri. Tak betul, penuh lagi. Kereta takleh nak masuk. Dalam tu pun penuh lagi. Jadi Alhamdulillah yang bagusnya diorang dalam kedai tu dia kenal saya. Okay Alhamdulillah. Boleh tahan jugaklah. So kita rasa pada saya lah merasakan sangat teruja melihat sambutan rakyat terhadap Tahun Melawat Kelantan ini. Mengenai yang kedua, sejauh mana rakyat menyedari tentang program kerajaan ini. Saya hanya merujuk kepada media sosial sebagai sumber. Pasal ini banyak masuk dalam media sosial samada Facebook ataupun Tiktok. Dan sukacita saya kongsi sedikit maklumat berkenaan dengan sambutan ataupun kecaknaan ataupun kesedaran rakyat terhadap program kita.

Untuk pelancaran Tahun Melawat Kelantan, kita ini campuran Facebook dengan Tiktok. Ada hampir 800,000 view tontonan. Alhamdulillah ya. Itu dan sharing maknanya orang post apa ini masukkan dan orang ni share. Sebanyak 1691 Tiktok sahaja. Facebook saya tak dapat lagi. Jadi Alhamdulillah maknanya kita dah, itu Tahun Melawat Kelantan. Silang budaya ini yang Yang Berhormat Pantai Irama diantara core apa namanya penggerak utama disitu. Sahabat-sahabat memberitahu saya, jumlah kesemuanya yang apa namanya yang masuk dalam Facebook dan Tiktok dan lain-lain platform hampir 10 juta.

Saya tak berapa percaya agaknya terlalu tapi satu akaun sahaja Mustafa Kamal yang juga diantara yang menjadi penggerak utama dalam silang budaya program silang budaya. Dia punya apa namanya view 2.8 juta and then another sorang lagi Muhammad Ali ini juga diantara penggerak utama Leftenan kepada Yang Berhormat Pantai Irama. Dia punya apa namanya akaun 1.8 juta. Jadi kalau kita campur ni diorang kata 10 juta campur dengan yang lain-lain lagi. Boleh jadi betul tak masuk dengan akaun YB Pantai Irama lagi. Saya tak tahulah dia. Jadi Alhamdulillah kesedaran itu sudah ada. Jadi itulah lebih kurang respon saya kepada soalan Yang Berhormat Gual Periok. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan soalan tambahan.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Soalan tambahan saya Dato’ Speaker. Ini berkaitan dengan Rantau Panjang. Rantau Panjang ialah destinasi hampir wajib dilawati pada

tahun 80-an, 90-an dan awal 20 an. Ore mari Kelate mesti gi Rantau Panjang, hampir wajib gi Rantau Panjang. Jadi apabila saya meneliti kalendar Tahun Melawat Kelate 2024, sepernelitian saya tiada event yang dijalankan di Rantau Panjang yang merupakan diantara ikon pelancongan Kelate.

Jadi, soalan saya mungkin saya terlepas pandang, adakah ada event di Rantau Panjang dan sekiranya tiada adakah pihak kerajaan bercadang untuk melaksanakan event di Rantau Panjang untuk menarik pelancong dan menghidupkan semula Rantau Panjang sebagai destinasi pelancongan utama Kelate. Terima kasih.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih Yang Berhormat Gual Periok atas soalan tambahan. Dia tanya kebetulan soalan ini dah ada tetapi tak sempat dijawab jadi jawapan pun ada Alhamdulillah. Pertamanya, ada event di Rantau Panjang cuma tidak apa itu secara langsung berkait dengan kitalah. Baru-baru ni ada satu pertandingan perahu dia panggil apa lumba perahu yang dianjurkan oleh Datuk Bandar Golok tetapi penyertaan kita yang menarik perhatian dan saya dah bagi komitmen untuk mengadakan program seperti ini kalau sempat dalam tahun ini juga, kalau tidak tahun depan bersama-sama dengan pihak berkuasa Sungai Golok.

Saya juga telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita untuk mengadakan perbincangan yang bertujuan sama untuk membangunkan projek pelancongan di kawasan sempadan antara Rantau Panjang dan juga Pengkalan Kubor dan juga Bukit Bunga di Jeli. Jadi, itu nanti pasal Yang Amat Berhormat dia kata dengan orang sana tu dia kenal jadi saya mintak dia tolong uruskanlah.

Untuk Rantau Panjang, kebetulan baru ini ada satu rombongan bas dua buah bas dari Singapore. Kita bawak ke Rantau Panjang. Yang Berhormat masa tu ada di Sarawak ke. Ohh okay okay Kota Kinabalu. Kita jemput juga Yang Berhormat tapi Yang Berhormat kata dia ke Kinabalu tak dapat hadir. Jadi dua buah bas daripada Singapura datang pergi ke Masjid Beijing, pergi membeli-belah di pasar duty free dan kita bawaklah ke beberapa tempat yang lain.

Kemudian untuk Rantau Panjang, saya dimaklumkan bahawa ada peruntukan sebanyak RM12 juta daripada Kementerian Ekonomi

dibawah Bahagian Pembangunan Wilayah untuk kerja-kerja peningkatan imej bandar. Ada termasuk di sini lighting nya, apa ni tandas baru, landscape untuk tujuan pelancongan. Ini untuk Rantau Panjang. Jadi saya eloklah kalau YB check dengan Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan dengan ini katanya pelaksananya ialah ECER (East Coast Economy Region) dan juga akan dilaksanakan pada tahun ini jugak.

Sementara itu, dari sumber UPEN satu kajian sedang dibuat untuk membaik ataupun untuk menyusun semula pasar duty free di Rantau Panjang itu. Dan ini kita tunggulah cadangan daripada pihak UPEN untuk menyusun semula duty free shop di Rantau Panjang yang In Shaa Allah akan membawa lebih banyak nilai tambah ekonomi kepada penduduk di Rantau Panjang In Shaa Allah. Terima kasih.

Tuan Hj Abd.Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Speaker…

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Pasir Tumboh.

Tuan Hj Abd.Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

ﻛﺎﺗﮫ ر ﺑ و ﷲ ﺣﻣﺔ ور م ﻋﻠﯾﻛ م ﻟﺳﻼ ا

Terima kasih Dato’ Speaker yang baik hati dan harini nya kito napok ceria belako YB. Bokali hari akhir harinih. Tidak stress. Ambo pun raso deki jugok duk main Dabong jah, sohor Dabong nih dengan Gua Ikan lah, dengan Train to Dabong lah lepahtu Rata Panjang lah dan kitanya banyak promosi ni dengan makanan yang lazat, dengan pantai yang indah-indah tapi tepat ambo ni ado so sejaroh.

Ada satu sejarah. Kalau kita gi Mesir dia ada Universiti Azhar. Universiti Azhar ni sohor, ramai pelancong juto-juto pelancong. Ambonyo belajar di Ubai. … ( bercakap bahasa Pakistan). Saya belajar Pakistan. Di Ubai ni … (bercakap bahasa Pakistan) sangat cantik. Dia ada institusi pondok situh di Ubai ni. Dia ada dua buah pondok. Dan pondok ni boleh kata seluruh dunia ore gi belajar di Ubai. Amik kos Darul Hadis kemudian sambung ke luar negara ke Universiti Azhar ke untuk buat master. Dan ambonyo dalam Dun ambonyo ado pondok, ha nak gi dh tu. Yang Berhormat Dato’

Speaker, ambonyo ado pondok keno intro dulu dan pondok ambo ni lebih kure dalam 10km jah daripada dewan kita ke pondok atau lebih sikit jah. Dionyo ado pelajar tetap.

Pelajar tetap ado 800 orang dan pelajar berkeluarga dia ada 3000 orang hok duduk sekitar tu berkeluarga. Orang-orang tuo ko gapo ado dale 3000 ore. Boleh dikatakan ramai pelajar-pelajar ataupun ore hok mari melawat pondok ni pasal dia susun jadual pakej-pakej bulan Ramadhan lah, musim cuti lah ramai. Sapa ko luar negeri, luar negara. Ada pelajar daripada Kemboja contohnya dia belajar kitab contohnya kitab Faridah lah,dop. Ado dio tulis dalam jawi tuh. Hok dio tulis dale jawi tuh ore Kemboja kata nilah bahasa Arab. Pasal dia jawi. Jawi ni dio serupo nga bahasa Arab. Jadi dia terpaksa belajar hokni lah hok Arab sungguhnya. Dan kita terpaksa oyak ko dio ni buke Arab lagi. Jawi baru ni. Nok oyak nyo ramai pelajar-pelajar daripada Brunei, daripada Kemboja, daripada Kampuchea.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat soalan belum dengar lagi.

Tuan Hj Abd.Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Sebabtu kato apa Speaker yang baik hati. Belum mula lagi. Jadi soalannya, soalannya bagaimanakah nak jadikan pondok Pasir Tumboh ni supo dengan Ubai, supo dengan Universiti Azhar salah satu daripada destinasi lawatan pasal Kelantan ni dio takleh lari daripada tempat-tempat pengajian pondok. Jadi kita kena memasyhurkan pondok Pasir Tumboh ni dengan menjadikan pondok Pasir Tumboh ni salah satu daripada destinasi lawatan. Itu soalannya Dato’ Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Exco.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Tumboh. Saya ambil maklum perkara itu bahkan dalam perancangan kita untuk memajukan pelancongan di Kelatan ni. Kita masuk kita panggil religious tourism ni. Dan pondok Pasir Tumboh tu memang di antara yang disenaraikan atas sekali untuk menjadi tempat. Cumanya saya dengan bantuan dan kerjasama daripada

rakan saya Yang Berhormat Pengerusi Hal Ehwal Islam perlu membuat untuk tinjauan tentang persediaan persiapan untuk menerima apa ni pengunjung.

Kita ke Singapore bulan satu yang lalu bawak benda ni dan nampak ada minat orang-orang melayu Singapore yang agak terhad dia punya exposure Islam dia mahu duduk seminggu, dua minggu belajar dan cuba mengamalkan ajaran islam di Kelantan ini. Cuma saya belum pasti samada kita punya persiapan pasal dia orang Singapore ini dia selesa dia bunyi pondok tu kan dia punya imejnya sesuatu yang sangat apa itu Spartan lah dalam Bahasa Inggerisnya maknanya ala kadar sahaja. Saya risau kot diorang tak tahan dua minggu so ini nanti kita pergi tinjau tengok Yang Berhormat dan kalau dapat kita merasa puas hati bahawa persiapan itu cukup dan kita akan apa namanya promote lagi secara agresif di Singapore. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Bukit Bunga.

Tuan Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Soalan tambahan ataupun notis. Saya nak kaitkan sikit sebab bila Yang Berhormat Exco sebut pasal Bukit Bunga tadi seperti sedia maklumlah Bukit Bunga ni juga lebih kure Rantau Panjang. Apa yang dijual di Bukit Bunga pun lebih kurang sama jugak dengan Rantau Panjang dan juga Pengkalan Kubor. Dan seperti biasa kalau cuti-cuti umum ataupun cuti-cuti perayaan ni, Bukit Bunga ni satu tempat jem. Mari alik kuk Tanah Meroh nak gi ko Gerik pun jem. Mari daripada Gerik nak balik alah ko Machang pun jem di Bukit Bunga kerana ore bereti nok membeli-belah.

Jadi soalan saya, adakah pihak kerajaan bersedia untuk jadikan Bukit Bunga ini sebagai pusat persinggahan membeli-belah ataupun dengan izin shopping pitstop shopping. Jadi adakah kerajaan bersedia untuk jadikan Bukit Bunga sebagai pusat persinggahan membeli-belah sempena Tahun Melawat Kelantan ini. Terima kasih.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Saya, Yang Berhormat Dato’ Speaker saya apa nama ni sedar dan juga recognize Bukit Bunga ni mempunyai potensi sebab ia terletak di highway Timur ke Barat dan laluan highway Timur ke Barat ni sudah meningkat apa ni orang-orang Jeli ni termasuklah lebih-lebih lagi Bukit Bunga tu dah mula mengalami sedapnya jem di jalan raya ni. Cuma saya sedikit apabila melihat dan meninjau kawasan Bukit Bunga, saya agak sedikit terkilan dengan barangan yang dijual disitu. Boleh dikatakan hampir 100% barangannya barangan ialah daripada Thailand. Betul boleh jadi kita jual tu pasal kita takyah pergi Thailand lah, apa namanya beli disini jelah.

Tapi secara tidak langsung kita sebenarnya menyediakan pasaran untuk barang-barang daripada Thailand which is not good. Kita nak promote kita punya barang tapi barang kita takda. Apa namanya jadi saya bila memikirkan hal itu, kita kena sediakan yang kita punya dan baru kita promote. Kalau tidak nanti barang Thailand berlambak disitu. Jadi kita jadi market dia. Duit mengalir kesana. So, itulah apa namanya tapi ni saya tengok dengan macam mana pihak Exco-Exco yang terlibat untuk kita pikirkan program bagi menambahkan barangan buatan Kelantan untuk dibeli oleh orang daripada luar Kelantan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Ahli-Ahli Berhormat sekalian, saya bercadang untuk…

Dr. Hafidzah binti Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Speaker mungkin saya mintak tolong satu…

Timbalan Speaker

Saya bercadang untuk menangguhkan persidangan pada pagi ini. Kita tangguhkan persidangan dengan tasbih kafarah dan jugak Surah Al-‘Asr. Persidangan akan bersambung pada jam 10:40 pagi.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.10 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 10.40 PAGI.

(Urusan Dewan selepas rehat)

Timbalan Speaker

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 10.40 PAGI [RANG UNDANG-UNDANG YANG PERTAMA]

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga Rang Undang-Undang. Rang Undang-Undang Yang Pertama, YAB USTAZ DATO’ PANGLIMA PERANG DATO’ MENTERI BESAR akan mencadangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara Pemakaian Pindaan 2024. RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) PINDAAN 2024 =======================================

[ BACAAN KALI PERTAMA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985 [PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang berada dihadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi membolehkan Rang-Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan.

[BACAAN KALI KEDUA]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar -

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ِ ِ ِ ِ ﻢ ﻜ ُ ﻨ ﻣ ﺮ ِ ﻣ َْ ﻷ ا ﱄ ِ لَ ﻮ ا ا ﻮ ﻴﻌ ﻃ ﻪﻠﻟﱠ ا ا ﻮ ﻴﻌ ﻃ أَ ا ﻮ ﻨ ﻣ آ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ا ﺎ ـ ﻳ أَ ʮ ْ ﻟﺮﱠﺳ ُ ﱡﻬ ْ ْ وَأُو ُ ُ وَأَ َ ُ َ َ َ َ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu taat kepada Allah dan hendaklah kamu taat kepada Rasul dan ulil Amri diantara kamu”.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) Pindaan 2024 dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) Pindaan 2024 tujuan untuk meminda Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 selaras dengan pindaan yang telah dibuat dalam Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022 A1667. Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022 A1667 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 18 Julai 2022 mengandungi 62 seksyen dan melibatkan 44 pindaan seksyen termasuk 2 jadual, penambahan 12 seksyen baru menggantikan 5 seksyen dan pemotongan 1 seksyen sedia ada. Majlis Mesyuarat Kerajaan pada Kali Ketujuh tahun 2023 yang bersidang pada 9 April 2023 telah bersetuju untuk menerima pakai 47 seksyen, 5 seksyen diterima dengan ubahsuaian dan menolak 2 seksyen. Seksyen-seksyen yang dicadangkan untuk pemakaian dengan ubahsuaian adalah sebagaimana dimasukkan dalam Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) Pindaan 2024. Terdapat 5 seksyen dalam Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022 A1667 yang diubahsuai dan 2 seksyen yang tidak diterima pakai oleh negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk membacakan fasal-fasal yang terdapat dalam Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) Pindaan 2024. Untuk makluman Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) Pindaan 2024 mengandungi 7 fasal. Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) Pindaan 2024 memperkatakan perkara-perkara seperti berikut. Fasal 1(1). Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) Pindaan 2024. Fasal ini megandungi tajuk ringkas enakmen yang dicadangkan.

Fasal 1(2). Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya disiarkan dalam Warta. Fasal ini bertujuan untuk memberi pihak berkuasa negeri kuasa untuk menetapkan tarikh pemulaan kuatkuasa enakmen yang dicadangkan. Fasal 2. Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985, enakmen nombor 11 tahun 1985 yang disebut Enakmen Ibu. Dalam enakmen ini dipinda dalam Subperenggan 2(b)(3) dengan menggantikan perkataan Tumbuhan Darat yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 Akta 686 dengan perkataan Tumbuhan Darat Yang Terancam yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Fasal ini bertujuan memberi kuasa pada Pihak Berkuasa Negeri dalam menentukan tumbuhan darat yang akan termasuk dalam hasil hutan. Pihak Berkuasa Negeri seterusnya boleh merujuk kepada Jadual Ketiga Akta 686 dan juga tumbuhan daratan lain bagi menentukan tumbuhan daratan yang akan termasuk sebagai hasil hutan. Fasal 3. Seksyen 3A Enakmen Ibu dipinda dengan menggantikan perkataan Pegawai Jabatan Perhutanan, Perhutanan Perseketuan dengan perkataan Pegawai Yang Pihak Berkuasa Negeri ϐikirkan perlu. Fasal ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk melantik mana-mana pegawai bagi menjalankan penguatkuasaan dibawah Akta A1667 kerana terdapat keperluan penguatkuasaan oleh pegawai pihak berkuasa negeri selain pegawai hutan. Fasal 4 Subseksyen 15(2) Enakmen Ibu dipinda dalam perenggan B dengan menggantikan perkataan Tumbuhan Darat yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 Akta 686 dengan perkataan Tumbuhan Darat Yang Terancam yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Fasal ini bertujuan untuk menyelaraskan tafsiran hasil hutan dalam Seksyen 2. Fasal 5 Enakmen Ibu dipinda dalam Subseksyen 2 dengan menggantikan perkataan RM100,000 dengan perkataan RM500,000. Fasal ini bertujuan menaikkan denda daripada RM100,000 kepada RM500,000 ini adalah kerana kadar denda baru selaras dengan kadar denda yang

diperuntukkan bagi kesalahan pendudukan tidak sah dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 2020. Fasal 6 Subseksyen 111(2) Enakmen Ibu dipinda dengan memotong perenggan UA. Fasal ini bertujuan memotong perenggan 111(2) (UA) atas sebab Pihak Berkuasa Negeri mahu mengekalkan pemakaian dan pelaksanaan Seksyen 11 yang sedia ada. Fasal 7 Pindaan Seksyen 11 dan 12 Akta A1667 tidak terpakai bagi negeri Kelantan. Fasal ini bertujuan untuk menyatakan ketidakpakaian pindaan Seksyen 11 dan 12 Akta A1667 kepada negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, kerajaan negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membuat Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) Pindaan 2024 ini. Akhirnya, kerajaan negeri Kelantan berharap agar Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) Pindaan 2024 ini akan mendapat sokongan penuh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya mohon mencadangkan.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. Sekarang, saya kemukan Rang Undang-Undang ini bagi perbahasan. Takde? Oleh kerana tiada perbahasan, tiada penggulungan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan. Rang Undang-Undang hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. [TINGKATAN JAWATANKUASA]

Speaker

Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [COKMAR DITURUNKAN]

Setiausaha

Fasal 2.

Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 3.

Speaker

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 4.

Speaker

Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 5.

Speaker

Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 6.

Speaker

Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 7.

Speaker

Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 1 dan fasal-fasal mengundangkan.

Speaker

Fasal 1 dan fasal-fasal yang mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Persidangan Dewan disambung semula.

[COKMAR DINAIKKAN] Sila. [BACAAN KALI KETIGA]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985 telah ditimbang dalam peringkat jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan tanpa apa-apa pindaan. Dengan demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekarang saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Berhormat…Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA PEMAKAIAN 1985 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. Rang Undang-Undang hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan) 2024 dan mula berkuatkuasa pada tarikh ianya disiarkan di dalam warta.

Rang undang-undang yang pertama diterima dan diluluskan.

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN.

Setiausaha

Rang Undang-Undang Yang Kedua, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Panglima Perang Dato’ Menteri Besar akan mencadangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara Pemakaian Pindaan Nombor 2 2024.

[RANG UNDANG-UNDANG YANG KEDUA]

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan NO.2) 2024Bill

Setiausaha

[BACAAN KALI PERTAMA]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985.

[PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan ini pada hari ini juga.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan.

[BACAAN KALI KEDUA]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺎﱃ ﻌ ﺗ ا : ﷲ لَ ﺎ ﻗ ـَ َ َ ُ

ِ ِ ﲔ ﻠ ﻛ ﻮ ﺘ ﻤ ْ ﻟ ا ﳛ ﻪﻠﻟﱠ ا إِن ﱠ ﻪﻠﻟﱠ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻛﱠﻞ ﻮ ﺘ ﻓ ﺖ ﻣ ﺰ ﻋ ﺈ ﻓ ﺮ ِ ﻣ َْ ﻷ ا ﰲ ِ ﻢ ﻫ ﺎ ﺷ ِّ ﺐﱡ ُِ ـَ ِذَا َ َ َوَ َ ـَ ُ َ َ ْ َ ـَ َ ْ َ َ ْ ْ ُ وِرْ Maksudnya “Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad dan membuatkan keputusan maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah kasih kepada orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.2) 2024 dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.2) 2024 yang bertujuan untuk bertujuan untuk

menerima pakai Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022 A1667 bagi negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Akta Perhutanan Negara 1984 Akta 313 telah diterima pakai oleh negeri Kelantan melalui Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985, Enakmen Nombor 11 tahun 1985. Akta 313 ini pertama kali dipinda pada tahun 1993 dan pindaan tersebut diterima pakai oleh negeri Kelantan melalui Enakmen Perhutanan Negara Penerima Pakaian Pindaan 1994 Enakmen Bilangan 2 tahun 1994. Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022 A1667 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 18 Julai 2022.

Pindaan Akta 313 ini adalah bagi tujuan memantapkan penguatkuasaan hutan dan membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran di samping meningkatkan pelaksanaan aktiviti pemeliharaan serta pemeliharaan hutan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali Yang Ketujuh 2023 yang bersidang pada 9 April 2023 telah bersetuju untuk menerima pakai 47 seksyen, 5 seksyen diterima dengan ubahsuaian dan menolak 2 seksyen.

Dan seterusnya telah bersetuju Akta A1667 diterima pakai oleh negeri Kelantan melalui Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.2) 2024. Pemakaian Akta A1667 ini adalah bagi menambahbaik pentadbiran, pembangunan hutan, pengurusan dan pemeliharaan hutan di negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk membacakan fasal-fasal yang terdapat dalam Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.2) 2024.

Untuk makluman Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No. 2) 2024 mengandungi 2 fasal. Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian)(Pindaan No.2) 2024 mengandungi perkara-perkara seperti berikut :

Fasal 1(1). Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.2) 2024.

Fasal 1(2). Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya disiarkan dalam Warta. Fasal ini bertujuan untuk memberi Pihak

Berkuasa Negeri kuasa untuk menetapkan tarikh pemulaan kuatkuasa enakmen yang dicadangkan.

Fasal 2. Menurut peruntukan Fasal (3) perkara 76 Perlembagaan Persekutuan Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022 A1667 adalah dengan ini diterima pakai bagi negeri Kelantan. Fasal ini bertujuan untuk menerima pakai Pemakaian Akta A1667 bagi negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, kerajaan negeri Kelantan merakamkan, rakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membuat Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No. 2) 2024 ini. Akhirnya kerajaan negeri Kelantan berharap agar Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.2) 2024 ini akan mendapat sokongan penuh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya mohon mencadangkan.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang ini bagi perbahasan. Oleh kerana tiada perbahasan, tiada penggulungan.

[TIADA PERBAHASAN OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT ]

[ TIADA PENGGULUNGAN OLEH PIHAK KERAJAAN ]

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan. Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. [ TINGKATAN JAWATANKUASA ]

Speaker

Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [COKMAR DITURUNKAN]

Setiausaha

Fasal 2.

Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 1 dan fasal-fasal mengundangkan.

Speaker

Fasal 1 dan fasal-fasal mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Persidangan Dewan disambung semula. Silakan. [BACAAN KALI KETIGA]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985 telah ditimbang dalam peringkat jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan tanpa apa-apa pindaan. Dengan demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekarang saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha

Enakmen ini bolehlah dinamakan sebagai Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan Nombor 2) 2024 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya disiarkan di dalam Warta. Rang Undang-Undang Yang Kedua diterima dan diluluskan. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN.

Setiausaha

Rang Undang-Undang Yang Ketiga, YB DATO’ DR. IZANI BIN HUSIN akan mencadangkan Rang Undang-Undang Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan Pindaan 2024. [RANG UNDANG-UNDANG YANG KETIGA]

Rang Undang-Undang Hak Akses Dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan (Pindaan) 2024Bill

Setiausaha

[BACAAN KALI PERTAMA]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN HAK AKSES DAN PENGGUNAAN TANAH INFRASTRUKTUR UTILITI NEGERI KELANTAN 2022 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN HAK AKSES DAN PENGGUNAAN TANAH INFRASTRUKTUR UTILITI NEGERI KELANTAN 2022 [PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi membolehkan

Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. Sila. [BACAAN KALI KEDUA]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN HAK AKSES DAN PENGGUNAAN TANAH INFRASTRUKTUR UTILITI NEGERI KELANTAN 2022 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ ا

ِ ﱃ ِ ﻮ ا ا ﻮ ﻌ ﻴ ِ ﻃ ﻪﻠﻟ ا ا ﻮ ﻌ ﻴ ِ ﻃ ﻮ ﻨ ﻣ اٰ ﻦ ﻳ ﻟﱠﺬ ا ﺎ ـ ﻳ ʮ ﻟﺮﱠﺳ اَ ـُ ﱡﻬ َٰٓ وَاُو ْلَ ُ ُ ـْ وَاَ َّٰ ُ ـْ ْٓا َ َ ْ َ ِ ﻢ ُ ﻜ ﻨ ﻣ ِ ﺮ ﻣ ﻻ ْ ْ َ ْا ْ Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul-Nya dan ulil-amri diantara kalian. (An-Nisa’ ayat 59) Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan Rang Undang-Undang Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan Pindaan 2024 dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang bernama Rang Undang-Undang Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan Pindaan 2024 bagi tujuan untuk meminda Seksyen 2 dan 10 serta penambahan seksyen baharu Seksyen 5A pada Enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan 2022 Enakmen 16. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan 2022 telah digubal dan mula berkuatkuasa pada 6 Oktober 2022. Enakmen ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan berkenaan dengan hak akses dan penggunaan tanah bagi tujuan infrastruktur utiliti di negeri Kelantan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Kaedah-kaedah Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti 2022 akan menetapkan bahawa dalam keadaan sesuatu infrastruktur utiliti itu masih diperlukan melebihi tempoh 1 tahun pemegang permit hendaklah memohon pajakan ke atas tanah kerajaan yang diduduki itu. Pajakan tersebut hendaklah dibuat menurut Seksyen 63 Kanun Tanah Negara. Bagi membolehkan pajakan dibawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara dibuat tanah kerajaan tersebut hendaklah di rizab terlebih dahulu dibawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.

Oleh hal yang demikian, memandangkan Pesuruhjaya Tanah Kelantan merupakan nomini bagi tanah milik kerajaan negeri selaras dengan Seksyen 9 Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan 2017 maka mana-mana tanah kerajaan yang hendak dipajak bagi maksud infrastruktur utiliti dibawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara hendaklah dirizabkan dibawah Pesuruhjaya Tanah Kelantan sebagai pegawai pengawal tanah tersebut. Cadangan untuk memasukkan peruntukan yang menetapkan Pesuruhjaya Tanah Kelantan sebagai pegawai, pegawal tanah yang di rizabkan bagi tujuan infrastruktur utiliti telah dipersetujui dalam Mesyuarat Penyelarasan yang diadakan 2 Oktober 2023. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pindaan kepada Enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan 2022 dicadangkan seperti mana berikut.

Pindaan seksyen 2. Pindaan ini bagi memasukkan tafsiran baru Pesuruhjaya Tanah Kelantan dalam enakmen, dalam enakmen-enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan 2022. Seksyen baharu 5A. Seksyen baru ini bertujuan meletakkan hak mana-mana tanah kerajaan yang digunakan atau dimohon untuk digunakan bagi maksud infrastruktur utiliti ke atas Pesuruhjaya Tanah Kelantan melalui perizaban dibawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara Akta 828 dengan menamakan Pesuruhjaya Tanah Kelantan sebagai pegawai pengawal atau melalui pemberi milikan dibawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara Akta 826. Namun begitu, Pihak Berkuasa Negeri masih boleh menamakan mana-mana pegawai awam yang lain sebagai pegawai pengawal dalam keadaan tertentu. Seksyen ini memastikan semua tanah yang dirizabkan bagi tujuan infrastruktur utiliti diletakkan hakkan dibawah Pesuruhjaya Tanah Kelantan selaku nomini bagi pihak kerajaan negeri Kelantan. Ini juga adalah untuk memudahkan urusan kawal selia tanah rizab tersebut. Perkara ini selaras dengan Seksyen 9 Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan 2017 yang meletak hak semua tanah milik kerajaan Negeri dibawah tanggungjawab Pesuruhjaya Tanah Kelantan.

Yang ketiga, pindaan subseksyen, subseksyen 10(1). Pindaan ini bagi memperluaskan kewajipan untuk menjalankan audit keselamatan ke atas semua infrastruktur utiliti yang dipasang dan dibina oleh mana-mana orang, badan atau syarikat infrastruktur utiliti negeri Kelantan. Pindaan ini akan memperluaskan kewajipan untuk menjalankan audit keselamatan ke atas infrastruktur utiliti khususnya menara-menara telekomunikasi yang telah dibina sebelum enakmen tersebut berkuatkuasa. Infrastruktur tersebut dibina atau dipasang dengan kelulusan undang-undang bertulis lain sebelum pada ini. Terdapat juga menara-menara telekomunikasi yang dibina tanpa apa-apa kelulusan daripada mana-mana pihak berkuasa yang mana menara-menara (haram) ini perlu menjalani audit keselamatan terlebih dahulu sebelum tindakan pemutihan dilaksanakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berharap dan percaya bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menyokong Rang Undang-Undang ini tanpa bahas. Saya mohon mencadangkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN HAK AKSES DAN PENGGUNAAN TANAH INFRASTRUKTUR UTILITI NEGERI KELANTAN 2022 Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang ini bagi perbahasan. Oleh kerana tiada perbahasan, tiada penggulungan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN HAK AKSES DAN PENGGUNAAN TANAH INFRASTRUKTUR UTILITI NEGERI KELANTAN 2022 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN HAK AKSES DAN PENGGUNAAN TANAH INFRASTRUKTUR UTILITI NEGERI KELANTAN 2022 [TINGKATAN JAWATANKUASA]

Speaker

Sekarang dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [COKMAR DITURUNKAN]

Setiausaha

Fasal 2.

Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 3.

Speaker

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 4.

Speaker

Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 1 dan fasal-fasal yang mengundangkan.

Speaker

Fasal 1 dan fasal-fasal mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Persidangan dewan di... [COKMAR DINAIKKAN] Sila. [BACAAN KALI KETIGA]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN HAK AKSES DAN PENGGUNAAN TANAH INFRASTRUKTUR UTILITI NEGERI KELANTAN 2022 telah ditimbang dalam peringkat jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan tanpa apa-apa pindaan. Dengan demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekarang saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN HAK AKSES DAN PENGGUNAAN TANAH INFRASTRUKTUR UTILITI NEGERI KELANTAN 2022 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya me…mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN HAK AKSES DAN PENGGUNAAN TANAH INFRASTRUKTUR UTILITI NEGERI KELANTAN 2022 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan.

Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha

Enakmen ini bolehlah dinamakan sebagai Enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan Pindaan 2024 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya disiarkan di dalam Warta. Rang Undang-Undang Yang Ketiga diterima dan diluluskan.

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN.

Setiausaha

Rang Undang-Undang Yang Keempat, YB DATO’ DR. MOHAMED FADZLI BIN DATO’ HJ HASSAN Rang Undang-Undang Pesuruhjaya Tanah Kelantan Pindaan 2024.

[Rang Undang-Undang Yang Keempat] Rang Undang-Undang Pesuruhjaya Tanah Kelantan (Pindaan) 2024Bill

Setiausaha

[BACAAN KALI PERTAMA]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PESURUHJAYA TANAH KELANTAN 2017. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PESURUHJAYA TANAH KELANTAN 2017

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.

Speaker

Dato’ Mejar…sokongan exco.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. Sila.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PESURUHJAYA TANAH KELANTAN 2017 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

ِ ِ ِ ﻴﻢ ِأ ا نِ ﺎ ﻟﺸﱠﻴﻄ ا ﻦ ﻣ ﺎﺑ ِ ﻮ ﻋ ◌ ﻟﺮﱠﺟ َ ﻪﻠﻟﱠ ذُ َ ُ َ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻣﻨﻜﻢ ﻷﻣﺮ ا ﱄ وأو ل ﻟﺮﺳﻮ ا ا ﻃﻴﻌﻮ وأ ﷲ ا ﻃﻴﻌﻮ أ ا ﻣﻨﻮ آ ﻟﺬﻳﻦ ا ﻳﻬﺎ أ ʮ

Yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil Amri diantara kalian.” (Surah An-Nisa’ ayat 59). Yang Berhormat Dato’ Speaker Dato’ Sri Amar D’Raja, saya mohon untuk memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan Rang Undang-Undang Pesuruhjaya Tanah Kelantan Pindaan 2024 dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang bernama Rang Undang-Undang Pesuruhjaya Tanah Kelantan Pindaan 2024 bagi meminda beberapa peruntukkan dalam Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan 2017 untuk memperkemaskan pentadbiran tanah Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan 2017 telah digubal dan mula berkuatkuasa pada 15 Februari 2018. Enakmen ini bertujuan untuk membuat peruntukkan berhubung penubuhan dan pemerbadanan Pesuruhjaya Tanah Kelantan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pesuruhjaya Tanah Kelantan merupakan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan menurut Subseksyen 31 Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan 2017 dan diperbadankan dibawah Subseksyen 3(2) Enakmen.

Berdasarkan Seksyen 4 enakmen ini, Pesuruhjaya Tanah Kelantan bertanggungjawab untuk mengawal selia dan menguruskan segala urusan melibatkan tanah-tanah yang diletak hak kepada Pesuruhjaya Tanah Kelantan dibawah Seksyen 9 enakmen ini. Cadangan pindaan Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan sama Pengarah Tanah Dan Galian

Negeri Kelantan, Bahagian Koridor Infrastruktur Dan Sistem Maklumat Geospatial, Bahagian Undang-Undang Dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan.

Cadangan ini juga telah dipersetujui dalam Mesyuarat Cadangan Pindaan Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan 2017 yang telah diadakan pada 2 Oktober 2023. Pindaan ini bertujuan untuk memperkemaskan pentadbiran pejabat Pesuruhjaya Tanah Kelantan dengan memberi kuasa kepada Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan, tugas Pesuruhjaya Tanah Kelantan terutamanya ketika ketiadaan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan dalam tempoh yang lama. Pindaan ini berdasarkan peruntukkan di dalam Kanun Tanah Negara yang mentafsirkan Pengarah Negeri sebagai termasuk seorang Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian yang dilantik dibawahnya.

Peruntukkan yang dipinda ini bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan kuasa Pesuruhjaya Tanah Kelantan ketika ketiadaan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan untuk menjalankan fungsi-fungsi Pesuruhjaya Tanah Kelantan agar tiada kerja-kerja tertangguh ataupun backlock. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pindaan kepada Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan 2017 dicadangkan sebagaimana berikut :

Pertama, pindaan Seksyen 3. Pindaan ini bagi memasukkan Subseksyen 2(a) bagi memperuntukkan bahawa Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri boleh menjalankan fungsi Pesuruhjaya Tanah Kelantan.

Dua, pindaan Seksyen 7. Pindaan ini bagi meminda perenggan 7(1b) untuk memperuntukkan bagi Setiausaha Kerajaan melantik mana-mana pegawai untuk tujuan pelaksanaan dokumen.

Tiga, pindaan Seksyen 8. Pindaan ini bagi menyelaraskan peruntukkan ini dengan Seksyen 7 Enakmen Ibu yang memperuntukkan supaya pelantikkan mana-mana pegawai bagi tujuan Seksyen 7 disiarkan dalam pemberitahuan dalam Warta.

Keempat, pindaan Seksyen 9. Pindaan ini bagi meminda Subseksyen 9(1) dengan tujuan untuk menyelaraskan istilah yang digunakan dalam teks bahasa kebangsaan dengan teks bahasa Inggeris.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menyokong Rang Undang-Undang ini. Saya mohon mencadangkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PESURUHJAYA TANAH KELANTAN 2017. Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang ini bagi perbahasan. Oleh kerana tiada perbahasan, maka tiada penggulungan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PESURUHJAYA TANAH KELANTAN 2017 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PESURUHJAYA TANAH KELANTAN 2017.

Speaker

Sekarang dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [COKMAR DITURUNKAN]

Yang Berhormat Dato’…

Setiausaha

Fasal 2.

Yang Berhormat Dato’ Pengurusi, saya mohon untuk menggunakan Peraturan 63(1) bagi meminda beberapa fasal di dalam Rang Undang-Undang Pesuruhjaya Tanah Kelantan Pindaan 2024 dan memohon kebenaran Yang Berhormat Dato’ Pengurusi menggunakan Peraturan 63(2) yang mana sekiranya Yang Berhormat Dato’ Pengurusi membenarkan pindaan boleh dibuat tanpa notis.

Speaker

Silakan.

Fasal 2. Pindaan Seksyen 3 dengan menambah selepas perkataan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri perkataan sebagai Pesuruhjaya Tanah Kelantan di teks bahasa kebangsaan dan menambah selepas perkataan state lands and mines director, perkataan as Kelantan lands commissioner di teks bahasa inggeris.

Setiausaha

Fasal 2 dengan pindaan.

Speaker

Fasal 2 dengan pindaan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 3.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pindaan perenggan 7 memohon untuk menarik balik cadangan pindaan fasal 3(b). Sekian, terima kasih Dato’ Speaker.

Setiausaha

Fasal 3 dengan pindaan

Speaker

Fasal 3 dengan pindaan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 4.

Speaker

Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 5.

Speaker

Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 1 dan fasal-fasal mengundangkan.

Speaker

Fasal 1 dan fasal-fasal mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Persidangan dewan disambung semula. [COKMAR DINAIKKAN]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PESURUHJAYA TANAH KELANTAN 2017 telah ditimbang dalam peringkat jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan dengan pindaan. Dengan demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekarang saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PESURUHJAYA TANAH KELANTAN 2017 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PESURUHJAYA TANAH KELANTAN 2017 hendaklah dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha

Enakmen ini bolehlah dinamakan sebagai Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan Pindaan 2024 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya disiarkan di dalam Warta. Rang Undang-Undang Yang Keempat diterima dan diluluskan. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN.

Speaker

Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan tauϐiq dan hidayah-Nya kita telah berjaya menyempurnakan persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 bermula daripada Isnin 7 haribulan apa ni… 7 haribulan bermula 5 haribulan sehinggalah pada hari Khamis 7 haribulan Mac 2024 dan pada hari ni kita telah berjaya meluluskan 4 Rang Undang-Undang dalam beberapa perkara.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya kepada pihak kerajaan dan juga Ahli-Ahli Dewan sekalian yang telah memberikan kerjasama yang baik selama tempoh persidangan ini berlangsung. Saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan. Persidangan Dewan akan disambung semula pada suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Persidangan Dewan ditangguhkan dengan bacaan tasbih kaffarah dan Surah Al-‘asr.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.45 TENGAHARI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA SATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.