Kelantan · 4 June 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 129 turns · 13,023 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Persidangan Kali Kedua, Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas,
… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa….
[ SAMBIL BERDIRI ]
Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Yang Kedua, Dewan Undangan Negeri Kelantan Kelimabelas
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Yang Kedua, Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas.
Minta cadangan…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Peringatan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Isnin, Selasa, Rabu dan
Khamis 23, 24, 25 dan 26 Syaaban 1445 Hijriah bersamaan 04hb. 05hb, 06hb dan 07hb Mac 2024 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan. Terima kasih.
Sokongan …
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peringatan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis 23, 24, 25 dan 26 Syaaban bersamaan 1445 Hijriah bersamaan 04hb, 05hb, 06hb dan 07hb Mac 2024 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.
Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK.”
Dipersetujukan.
Peringatan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis 23, 24, 25 dan 26 Syaaban bersamaan 1445 Hijriah bersamaan 04hb. 05hb, 06hb dan 07hb Mac 2024 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.
[ PERINGATAN PERSIDANGAN KALI PERTAMA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KEDUA DEWAN NEGERI KELANTAN KELIMABELAS DISAHKAN]
[ SETIAUSAHA MENGANGKAT TEKS-TEKS PERINGATAN TERSEBUT KEPADA YB DATO’ SPEAKER]
III … UCAPAN OLEH YB DATO’ SPEAKER
Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Ucapan Yang Berhormat Dato’ Speaker..
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Persidangan Kali Kedua bagi tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas dapat diadakan pada hari ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang telah memberi kerjasama dalam menyediakan soalan-soalan yang dikemukakan sama ada Soalan Bertulis mahupun Soalan Lisan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ada menerima sepucuk surat pemakluman dan juga permohonan untuk tidak menghadiri persidangan pada kali ini daripada Yang Berhormat Salor. Beliau menunaikan ibadat Haji di Mekah bermula pada 30hb Mei 2024 sehinggalah 12 Julai 2024. Semoga beliau mendapat Haji yang mabrur dan saya dengan ini meluluskan permohonan beliau untuk tidak hadir persidangan pada kali ini. Terima kasih.
Kertas-Kertas Yang Dibentang Di Atas Meja
Susunan Urusan Persidangan Yang Keempat, Kertas-Kertas Yang Dibentang Di atas Meja.
Kertas-kertas tersebut ialah Kertas Dewan Bil.12 Tahun 2024 hingga Kertas Dewan Bil.17 Tahun 2024 sebagaimana yang dibentang di atas meja di hadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
1. Kertas Dewan Bil.12/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Pasir Mas Bagi Tahun 2022.
2. Kertas Dewan Bil.13/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Bachok- Bandar Pelancongan Islam Bagi Tahun 2022.
3. Kertas Dewan Bil.14/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Kuala Krai Bagi Tahun 2022.
4. Kertas Dewan Bil.15/2024 .. Penyata Kewangan Daerah Majlis Gua Musang Bagi Tahun 2022.
5. Kertas Dewan Bil.16/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Jeli Bagi Tahun 2022.
6. Kertas Dewan Bil.17/2024 .. Penyata Tahunan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan Bagi Tahun 2022 dan Sijil Ketua Audit Negera Mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Kelima, Soalan-Soalan Yang Diberitahu.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan BertulisQuestions
Soalan-soalan oleh:
YB TUAN HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB TUAN HJ NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB PUAN DR HAFIDZAH BINTI HJ MUSTAKIM YB TUAN MOHAMAD NASRIFF BIN DAUD@DAUD YATIMEE YB TUAN HJ ZURAIDIN BIN ABDULLAH YB TUAN KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
YB TUAN HJ HARUN BIN ISMAIL YB TUAN HJ MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN YB TUAN BAHARI BIN MOHAMAD NOR YB TUAN HJ AZHAR BIN SALLEH YB DATO’ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YB TUAN ZUBIR BIN ABU BAKAR YB TUAN HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH
Jawapan-jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah sebagaimana yang dibentang di atas meja di hadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
YB TUAN HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB TUAN MOHD RUSLI BIN ABDULLAH YB TUAN HJ NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB TUAN HJ ABD RAHMAN BIN YUNUS YB TUAN MOHAMAD NASRIFF BIN DAUD@DAUD YATIMEE YB TUAN HJ ZURAIDIN BIN ABDULLAH YB TUAN KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD YB TUAN HJ HARUN BIN ISMAIL YB TUAN HJ MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN YB TUAN ZAMERI BIN MAT NAWANG YB WAN ROHIMI BIN WAN DAUD YB PUAN NOR ASILAH BINTI MOHAMED ZIN YB TUAN NORSHAM BIN SULAIMAN YB TUAN MOHD RODZI BIN JAA’FAR YB TUAN HJ AZHAR BIN SALLEH YB TUAN AHMAD ZAKHRAN BIN MAT NOOR YB TUAN MOHD ALMIDI BIN JAAFAR YB DATO’ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YB TUAN HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YB TUAN KU MOHD ZAKI BIN KU HUSSIN YB TUAN MOHD AZIZI BIN ABU NAIM YB DATO’ SHAARI BIN MAT HUSSAIN YB TUAN HJ MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat ADUN Chempaka.
Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, saya dengan ini pohon untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan saya nombor 1 dalam senarai.
Soalan 1 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, berapa jumlah geran tahunan yang diterima dari Kerajaan Persekutuan bagi tahun-tahun 2019, 2020, 2021, 2022 dan 2023 serta berapa pula jumlah yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2024?]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga ADUN Chempaka yang mengemukakan soalan. Firman Allah …
ِ ِ ب ﺎ ﻘ ﻌ ْ ﻟ ا ﻳﺪ ﺪ ﺷ ﻪﻠﻟﱠ ا إِن ﱠ ﻪﻠﻟﱠ ا ا ﻮ ﱠﻘ ـ ﺗ ﺪ ﻌ ْ ﻟ ﰒ ِْ ﻹ ِْ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ا ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ ﻻ َ ﻮ ﱠﻘ ْ ـ ﻟﺘ ﱪ ْ ﻟ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ا ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ َ ُ ُ ـَ ُ ـَ ِوَا ُ َ َ َ ْوَان ِوَ ُ وَا َ وَ َ وَ َى وَا ِِّ َ وَ َ
Maksudnya : Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan dan jangan sekali-kali kamu menolong dalam perkara yang melibatkan dosa dan juga permusuhan. Dan bertaqwalah kamu semua pada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT amat berat azab seksaannya.
Geran tahunan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan adalah dalam bentuk geran per kapita, geran jalan, geran MARRIS dan lain-lain geran. Jumlah bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM272.55 juta. Tahun 2020 sebanyak RM296.98 juta. Tahun 2021 sebanyak RM317.65 juta. Tahun 2022 sebanyak RM346.91 juta dan bagi tahun 2023 sebanyak RM354.02 juta.
Anggaran geran tahunan bagi tahun 2024 belum dapat diberikan kerana tertakluk kepada polisi dan dasar yang ditetap oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Dan saya mengambil kesempatan untuk ucap ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri. Sekian.
Sila Chempaka.
Terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang yang menunjukkan bahawa apa ini hubungan baik di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di atas prinsip federalism.
Cuma soalan tambahan saya bagaimanakah Kerajaan Negeri menggunakan geran yang diterima daripada Persekutuan tersebut dan adakah kerajaan Negeri berhasrat dan bercadang untuk memohon daripada Kerajaan Persekutuan agar geran per kapita kepada negeri-negeri dinaikkan daripada kadar yang ada pada masa sekarang.
Terima kasih Yang Berhormat Chempaka. Geran yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan dan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan ini adalah berdasarkan keutamaan perbelanjaan dalam Belanjawan Negeri yang setiap tahun di audit oleh Ketua Audit Negara.
Geran Per Kapital adalah pemberian berasaakan pada Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan yang diberi mengikut kepala. Yang dihitung mengikut peruntukan Bahagian 1 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Kadar Geran Per Kapita pernah dipinda pada tahun 1976, 1981, tahun 2022 dan pindaan terakhir dibuat ialah pada tahun 2006 iaitu 18 tahun yang lalu.
Saya pernah mencadangkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Besar bersama Perdana Menteri supaya kadar ini disemak semula bersesuaian dengan keadaan semasa dan Alhamdulillah Menteri-Menteri Besar pada waktu itu Menteri Besar Pahang, Menteri Besar Perak menyokong cadangan tersebut. Jadi Pihak Kerajaan Persekutuan memberi respon bahawa pihak kerajaan akan tengok kepada keadaan kewangan Kerajaan Persekutuan, sekian terima kasih.
Sila Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih. Geran tahunan ini adalah merupakan pemberian wajib ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan dan ia merupakan tanggungjawab Persekutuan. Soalan saya Yang Amat Berhormat, pernahkah dalam mana-mana tahun sejak tahun 1990 geran-geran tahunan ini disekat, diabaikan atau tidak diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri kita. Terima kasih.
Sejak saya diamanahkan menjadi Menteri Besar tidak pernah disekat.
Tak ada? Dipersilakan ADUN Jelawat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan nombor 2. Soalan 2 : [ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah status terkini cadangan pindaan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan 1982.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻦ ﻟﺮﲪ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, terima kasih di atas soalan daripada Jelawat. Kerajaan Negeri sedang menggubal Rang Undang-Undang Pentadbiran Mahkamah Syariah yang terbaru dan ianya akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan 1982. Draf pindaan tersebut juga pada asasnya telah dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Majlis bagi Majlis Adat Istiadat Melayu Islam, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Islam Kelantan (MAIK). Serta telah memutuskan dalam mesyuarat tersebut supaya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji semula penggubalan draf
cadangan Rang Undang-Undang tersebut. Dan Rang Undang-Undang yang terbaru ini sedang digubal ini dia adalah lebih komprehensif dan kini berada diperingkat kajian terperinci oleh Bahagian Undang-Undang di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Dalam kajian tersebut dinyatakan berkaitan keperluan adanya kepada empat ataupun lima peringkat mahkamah dengan mengambil kira perlaksanaan di negeri-negeri lain dari sudut polisi dan juga perancangan kehadapan oleh Kerajaan Persekutuan dari sudut bagaimana untuk menyelaraskan penyeragaman dan pemerkasaan mahkamah Syariah yang ada di Malaysia. Terima kasih.
Sila Jelawat.
Dengan izin ya Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya, sejauh mana Kerajaan Negeri melihat kepentingan pindaan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah ini pasca 16 seksyen Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2019, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas soalan tambahan Jelawat tadi. Penggubalan Rang Undang-Undang yang terbaru ini yang menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 pasca pembatalan 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1, 2019 yang lalu, ia sebenarnya lebih membuka ruang dan juga memberi jaminan di dalam perlaksanaan terhadap keadilan dalam kes-kes syariah yang berlaku melalui Institusi Kehakiman Syariah.
Dan ianya In Shaa Allah lebih baik setanding bahkan lebih baik daripada Institusi Kehakiman Mahkamah Sivil dan walaupun pindaan tersebut ia hanya melibatkan soal teknikal pengurusan tetapi dengan pindaan tersebut dia akan memberi pemerkasaan kepada kuasa Mahkamah Syariah secara tidak langsung dia akan memberikan kesan yang lebih baik kepada perjalanan Enakmen Kanun Jenayah Syariah untuk proses kehakiman yang lebih teratur.
Antara aspek pemerkasaan Mahkamah Syariah adalah melalui peningkatan peringkat mahkamah daripada tiga peringkat yang ada sekarang ini kepada empat ataupun lima peringkat yang kini dalam kajian terperinci. Peningkatan ini untuk kita pastikan rayuan kes-kes syariah yang berlaku boleh berlaku sebanyak dua kali iaitu rayuan ke mahkamah. Rayuan syariah dan seterusnya ke mahkamah utama Syariah yang kita cadangkan ini. Jadi maksudnya ia akan terlepas daripada mahkamah syariah kepada mahkamah utama syariah. Jadi isu-isu rayuan tersebut tidak hanya sepilah. Dan apa masih dibukakan apa nama kepada pihak yang masih berkhilaf itu untuk mereka membukakan rayuan tersebut. Ini sebagai satu mahkamah utama syariah ini sebagai satu mahkamah tertinggi selepas mahkamah rayuan syariah yang sedia ada lah. Jadi kita doakan supaya In Shaa Allah dalam masa terdekat kita boleh capai usaha ini, terima kasih.
Err apa, Pantai Irama.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Pakai baju, baju Melayu baju kebangsaan, Dipakai oleh kerajaan dan pembangkang, Semoga perjalanan penuh keberkatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan, tak kena ke? Tak kena ko? Biar keno deh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan pasal napok Yang Berhormat Galas pakai baju kebangsaan juga, memahami hati.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagaimanakah kerajaan melihat isu pindaan enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah pasca pembatalan 16 seksyen Enakmen Jenayah Syariah. Terima kasih.
Pantai Irama sudah dijawab. Jawapannya sama dengan apa yang telah saya nyatakan tadi bahawa pasca pembatalan 16 seksyen, jadi kita nak
memperkasakan urusan hal ehwal yang berkaitan dengan proses kehakiman di Mahkamah Syariah ini sebab itu antara usaha utama kitanya ialah kita nak wujudkan mahkamah dengan adanya mahkamah utama syariah ini juga selain daripada mahkamah Rendah Syariah ada rayuan-rayuan kes dibawa pada Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah seterusnya dia akan pergi kepada mahkamah lebih tinggi, Mahkamah Utama Syariah yang mana kita rasa dengan peluang-peluang tersebut ia boleh menyelesaikan banyak-banyak kes yang berlaku di antara plaintif dan defendan yang ada lah dalam kes-kes kekeluargaan ataupun jenayah syariah yang berlaku.
Dan masih ada seksyen-seksyen yang tidak dibatalkan yang beroperasi sehingga ke hari ini dan diperingkat tersebut dan ada pun berkenaan dengan kes penggubalan semula itu telah dinyatakan sebelum daripada ini akan dibawa semula ke sini, terima kasih.
Oleh kerana Pantai Irama silap soalan, saya bagi pada Kota Lama.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Dato’ Speaker yang begitu baik hati pada pagi ini. Terima kasih EXCO atas jawapan tersebut. Soalan tambahan saya, saya juga ingin merakamkan, saya mengikuti CONSIS 2024 dan saya melihat itu satu usaha yang baik mengumpulkan pakar-pakar kita untuk ke arah melakukan enakmen ini dijalankan di Kelantan.
Soalan saya adalah sejauh mana lepas CONSIS tersebut dan juga jawatankuasa ini bagaimana dia menyelaraskan dengan Jawatankuasa Kehakiman Syariah yang ditubuhkan di peringkat kebangsaan. Mungkin tadi EXCO dah sebut tapi saya mahu penjelasan lanjut, apakah langkah-langkah yang dibuat supaya apa yang dibuat diperingkat Persekutuan juga selaras dengan apa yang kita sedang usahakan di peringkat negeri Kelantan, terima kasih.
Terima kasih Kota Lama. Sudah tentunya kita akan mempunyai hubungan dan kerjasama berkolaborasi dengan apa pihak Kerajaan Negeri dan pihak Persekutuan dalam hal ini dan sebagaimana yang telah dimaklumkan di dalam sidang DUN yang lepas bahawa satu jawatankuasa khas untuk pertahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah itu telahpun diwujudkan. Telah pun ada dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar sendiri. Dan langkah awal yang telah dilaksanakan ialah dengan mengadakan CONSIS ataupun konvensyen Perundangan di Institusi Syariah baru-baru ini dan telah dicapai beberapa resolusi untuk bergerak ke arah penggubalan semula 16 seksyen tersebut dan akan sampai ke sini semua sekali 45 termasuklah Galas dan Kota Lama In Shaa Allah akan bersama-sama menjayakan serta menyokong penuh usaha ini.
Jadi penyeragaman dengan jawatankuasa Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah di Malaysia sudah tentulah akan berlaku dan kita sentiasa berhubung untuk mempastikan bahawa hal ehwal yang berkaitan dengan perundangan dan juga penyelarasan di dalam pemerkasaan perundangan syariah termasuklah institusi Mahkamah Syariah ini berjalan serentak. Jadi itu apa nama yang telah dilaksanakan diperingkat kali ini. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Pasir.
Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 3.
Soalan 3 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha langkah kerajaan dalam menangani isu menyediakan kemudahan Jalur Lebar (Intenet) yang mana liputan Negeri Kelantan adalah antara yang terendah di Malaysia?]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pengkalan Pasir atas soalan yang diberikan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan komited dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang meliputi pelaksanaan pembinaan menara baharu, menaik taraf pemancar sedia ada dan penyediaan sambungan gentian optik kepada premis. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dijalankan di bawah Pelan JENDELA di negeri Kelantan setakat 29 Februari 2024 adalah seperti berikut:-
Inisiatif Menara Baharu Naik Taraf Stesen Jalur Premis Tersedia Pemancar Lebar Gantian Optik Satelit (Premis) Negeri Perancangan Siap Perancangan Siap Siap Perancangan siap Kelantan 144 92 2,051 2, 18 97,787 65,956 050
Sejumlah 18 lokasi Jalur Lebar menggunakan teknologi satelit (Broadband Wireless Access(BWA)) telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya, yang telah memberikan manfaat kepada 18 buah Kampung Orang Asli (KOA) di Gua Musang, Kelantan.
Bagi memastikan penduduk dapat menikmati liputan internet yang baik dari semasa ke semasa, pihak MCMC dan Kerajaan Negeri Kelantan bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan sentiasa berbincang, merancang dan melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan seperti menambah lokasi baharu menara
telekomunikasi, menaiktaraf dan/atau menambah kapasiti rangkaian, menjalankan ujian dan pemeriksaan secara berkala. Terima kasih.
Pengkalan Pasir.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya seperti mana yang kita maklum satu bahagian khas telah ditubuhkan iaitu bahagian Koridor Infrastruktur dan maklumat sistem …….. special yang mana bahagian ini adalah tujuan telah penyelarasan untuk penggunaan-penggunaan infrastruktur internet dan sebagainya yang meliputi penggunaan oleh TNB, oleh AKSB dan juga telco-telco.
Dan sebagaimana yang kita ketahui satu dasar telah dibuat oleh bahagian ini untuk mempastikan setiap telco-telco itu hendaklah melalui proses yang, yang sepatutnya. Dan apakah tanggungjawab …. Mempastikan setiap telco itu merancakkan pembinaan Menara sepertimana yang kita ketahui proses pembinaan menara ini telah bergantung kepada permintaan pengguna. Maknanya di sini adalah bukan berdasarkan kepada keperluan ya, berdasarkan ataupun pengguna semasa. Maknanya telco tidak akan menyediakan menara selagi mana penggunaan itu tidak mencapai tahap yang diperlukan oleh mereka.
Jadi persoalan saya bagaimana kita nak mempastikan penyediaan jalur lebar sebagainya disediakan dengan kadar yang untuk perancangan pada masa akan datang. Dan sebagaimana yang kita ketahui dalam bidang pelaburan antara benda yang disoal oleh bahagian pelabur bagaimanakah kita menyediakan kemudahan internet yang boleh mempastikan perusahaan atau perniagaan mereka berjalan dengan baik.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Pengkalan Pasir di atas soalan tambahan. Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat dan juga peranan yang dimainkan oleh Bahagian Koridor Infrastruktur (BKI)
untuk merancakkan lagi liputan agar liputan internet di Negeri Kelantan mencapai tahap yang di kehendaki. Jadi pihak kerajaan sentiasa mengadakan perbincangan bagi melancarkan pembinaan dan seumpamanya, contoh syarikat-syarikat Telco datang berbincang dengan kita bagaimanakah kaedah-kaedah dan kita juga memohon supaya syarikat-syarikat Telco ini mengemukakan sebarang cadangan dan perancangan untuk kita mempermudahkan lagi bagaimana untuk merancakkan pembinaan, merancakkan liputan agar tanda harga yang ditetapkan oleh kerajaan berpatutan sebagaimana disebut.
Jadi minggu lepas ada syarikat telco datang kepada kita mengemukakan cadangan dan pihak kerajaan mengambil respon dan kita angkat kepada pihak kerajaan untuk dipertimbangkan. Dan sebelum daripada ini ada syarikat-syarikat telco mengemukakan rayuan untuk mengurangkan bayaran-bayaran yang dikenakan oleh pihak kerajaan dan kita bersetuju di pihak kerajaan setelah berbincang untuk mengurangkan rayuan-rayuan yang telah dikemukan oleh syarikat-syarikat telco. Jadi kadar liputan internet di kawasan penduduk di negeri Kelantan setakat 31 Mac 2024 telah mencapai sebanyak 96.72% yang bagi meningkatkan kadar liputan internet dan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Negeri Kelantan. Terima kasih.
Galas. Galas bangun dulu. Sila.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih. Bagi rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar Syarikat Telekomunikasi Bina Net akan membantu menyalurkan ataupun memberi kemudahan internet kepada rakyat dalam pelbagai perkara khususnya bidang pendidikan dan aktiviti ekonomi secara atas talian.
Soalan tambahan saya Yang Berhormat, adakah pihak kerajaan sedar ataupun akui bahawasanya terdapat isu yang ketara berkenaan dengan liputan di Kawasan Luar Bandar terutamanya di Kawasan Gua Musang seperti yang berlaku di gangguan kritikal di Kampung Sungai Asap, di
Kampung Mentaram, dan juga Kampung Kuala Betis yang pada saya nampaknya isu ini berlarutan dan kurang diberi perhatian. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Galas. Apa jua permasalahan yang berlaku kita sedar dan kita ambil respon dan kita mengadakan sentiasa mengadakan perbincangan-perbincangan dengan syarikat-syarikat Telco. Jadi In Shaa Allah minggu depan juga saya dijemput HQ syarikat Telco ini untuk bincang masalah-masalah yang boleh kita atasi bersama In Shaa Allah, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 4. Soalan 4 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah–langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kawasan yang terlibat dengan pusat pembuangan sampah dijaga dari segi alam sekitarnya dan tidak berbau busuk serta tidak berlaku kebakaran yang boleh mengganggu penduduk sekitar?]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Kelaboran, setiap PBT mempunyai
tapak pelupusan masing-masing dan ada tiga tapak pelupusan yang memang telah diberikan konsesi oleh sebuah syarikat yang dipelihara oleh Kerajaan Negeri sehingga persetujuan daripada PBT iaitu tapak pelupusan di Beris Lalang, tapak pelupusan di Kok Bedolah Tumpat dan tapak pelupusan di Bukit Che Ros Tanah Merah. Hari ini saya akan tumpukan jawapan pada persoalan Kelaboran berkaitan tapak pelupusan di Kok Bedolah Tumpat.
Tapak Pelupusan Kok Bedolah Tumpat telah wujud sejak tahun 80-an lagi dan pada mulanya, ia di operasikan oleh Majlis Daerah Tumpat sehingga penghujung tahun 2022. Pada Januari tahun 2023, pihak Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) telah mengambil alih pengoperasian tersebut melalui anak syarikatnya iaitu Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn Bhd (PSPM).
Bermula tahun pada 2023, beberapa penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak PSPM dengan menggunakan dana Syarikat dan dana bantuan dari Kerajaan Negeri. Antara penambahbaikan tersebut ialah membersihkan segala longgokan sisa-sisa pepejal yang memenuhi jalan masuk yang hampir dengan jalan utama. Kedua, menyediakan jentera yang mencukupi bagi menolak dan memampatkan lebih kurang 80 tan sisa pepejal sehari yang dihantar secara harian oleh Majlis Daerah Tumpat.
Ketiga, memastikan tiada air leachate ( air sampah ) yang mengalir keluar dari tapak pelupusan dengan menyenggara longkang perimeter sedia ada. Keempat, membina longkang perimeter secara berperingkat bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Kelima, syarikat telah membina dan mengoperasikan jambatan Timbang untuk tujuan pengumpulan data, pungutan sampah yang lebih tepat.
Dan keenam, sentiasa mencari cara atau teknologi yang akan meningkatkan kadar kitar semula bagi mengurangkan kemasukan sisa pepejal ke tapak yang baru.
Manakala di pihak kerajaan Negeri telah memberikan peruntukan untuk syarikat membuat penutupan selamat (capping) dengan menggunakan tanah merah bagi mengurangkan risiko kebakaran dan mengurangkan bau busuk di tapak pelupusan. Untuk tujuan ini, sebanyak RM45,940 telah dibelanjakan pada tahun 2023 dan sebanyak RM59,400
dibelanjakan pada tahun 2024. Oleh kerana proses penutupan selama ini menelan belanja yang besar, maka ianya terpaksa dilakukan secara berkala. Pihak MDT juga telah membekalkan sebanyak 975 tan pasir untuk tujuan memadamkan api kebakaran di tapak pelupusan yang berlaku pada 6 April 2024 – 20 April 2024 yang lepas.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih pada Ahli Parlimen Tumpat dan semua ADUN dalam kawasan Parlimen Tumpat dan juga agensi yang berkaitan iaitu Bomba, JPS, apa ni APM, petugas daripada MDT yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran menjelang Hari Raya pada bulan lepas, sekian saja jawapan.
Kelaboran.
Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Memandangkan kebakaran yang berlaku agak lama yang melibatkan perbelanjaan yang agak besar serta berulang setiap tahun. Jadi apakah langakah-langkah yang jangka panjang yang akan dibuat oleh pihak kerajaan untuk mengelak supaya kebakaran di tempat pelupusan sampah tidak berulang lagi.
Terima kasih Kelaboran untuk soalan tambahan. Untuk langkah panjang sebagaimana di amalkan SOP di tapak pelupusan pertama sekali kita akan membuat kempen penutupan selamat ke atas sampah-sampah iaitu dengan menutup sampah menggunakan tanah merah ataupun pasir. Dan kita juga akan membina longkang untuk jadikan sebagai fire breaker kepada tapak pelupusan sekiranya berlaku kebakaran untuk mengelakkan api daripada merebak. Dan juga kita sedang mengadakan pembinaan sel iaitu tapak-tapak pelupusan bagi memastikan kebakaran tidak merebak kepada tapak pelupusan yang berikutnya. Di samping itu kita telah membeli pam air mengikut spesifikasi yang telah dicadangkan oleh Jabatan Bomba untuk digunakan sebagai langkah kawalan awal sekiranya berlaku kebakaran di tapak pelupusan.
Selain itu juga, kita juga memperketatkan SOP untuk mencegah kebakaran dan mengawal kebakaran di tapak pelupusan dengan mengadakan kursus kepada petugas-petugas yang dibuat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Dan akhir sekali kita telah mengarahkan kepada semua tapak pelupusan supaya membina kolam-kolam tangkungan memandangkan pada tahun ini kita mengalami pengalaman iaitu kekurangan bekalan air untuk kita menyedut air daripada tali air berdekatan untuk kita memadamkan api di tapak pelupusan. Dan ini pastinya menelan belanja yang besar setiap tapak pelupusan melibatkan jumlah keluasan yang besar. Dan inilah antara kaedah-kaedah yang kita lakukan untuk mencegah kebakaran jangka masa panjang. Terima kasih.
Sila Tendong.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan tambahan berkaitan dengan sistem pelupusan sampah yang kita lakukan di negeri Kelantan dan kebanyakkan juga di seluruh negara memandangkan sebagai sebuah negara yang membangun dan tidak terlepas kita negeri Kelantan ini. Kalau mengikut kajian daripada sisa pepejal negara pertambahan kepada sisa buangan ini semakin hari semakin bertambah sehingga kepada 38 ribu tan sehari.
Soalannya ialah daripada penggunaan ataupun kaedah yang kita lakukan daripada zaman berzaman melalui meletakkan satu tempat untuk satu pelupusan sampah kemudian kita lakukan dengan penimbusan dengan tanah-tanah. Dan ini juga ada kesan sampingan sebenarnya apabila berlaku ada beberapa kajian mengatakan bahawa berlakunya pelarutan bawah tanah yang menyebabkan juga untuk jangka masa panjang ianya boleh memudaratkan penduduk dan juga kawasan sekitar melalui pelarutan pepejal yang mungkin membahayakan kesihatan.
Adakah kerajaan membuat satu kajian ataupun cadangan untuk memperbaharui cara pelupusan sampah ini dengan kaedah-kaedah moden dan mungkin kita dapat ambil daripada beberapa negara yang dilaksanakan sekarang ini, contohnya satu tempat pelupusan sampah
tetapi hampir 80% sisa-sisa buangan ini dapat digunakan kembali melalui kaedah-kaedah moden. Jadi adakah kerajaan walaupun kita tahu perkara ini mungkin melibatkan satu perbelanjaan yang besar tetapi adakah kita menjurus ke arah perancangan dan juga melihat untuk menggunakan kaedah moden bagi memunafaatkan sisa buangan dan juga untuk mengelak daripada kesan-kesan buruk, kesan-kesan sampingan yang buruk kepada kawasan sekitar pembuangan sampah yang kita amalkan sekarang. Terima kasih.
Terima kasih Tendong atas soalan tambahan. Sebagaimana kita ketahui bahawasanya jumlah sisa pepejal buangan domestik yang dibuang sebagaimana yang telah disebutkan Tendong sebanyak 39 000 tan sehari seluruh Malaysia. Tak ketinggalan juga negeri kitalah. Dan untuk pengurusan tapak pelupusan sebagaimana yang saya sebutkan tadi kita negeri sedang menuju ke arah tersebut dan kita telah melantik Kumpulan Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) untuk menguruskan tapak-tapak pelupusan seluruh Kelantan. Setakat ini hanya beberapa PBT yang telah menandatangani perjanjian konsensi untuk menyerahkan tapak pelupusan mereka kepada KUM yang mana mempunyai kepakaran untuk menguruskan sisa pepejal dan kita sedang merangka beberapa program untuk apa ni menguruskan tapak pelupusan menggunakan teknologi terkini.
Dan kebanyakkan tapak pelupusan yang ada milik PBT masih lagi menggunakan kaedah dumping sites atau tempat pembuangan sahaja. Tiga tapak lagi yang telah disebutkan tadi iaitu di Beris Lalang, Kok Bedolah dan juga di Che Ros di Tanah Merah kita telah mula menggunakan kaedah land fill mining iaitu dengan kita menguruskan sisa-sisa pepejal dan sebahagian daripada sisa pembuangan telah menjadi perolehan kepada Syarikat KUM untuk ditukarkan menjadi pendapatan kepada syarikat dan hal ini telah mencatatkan keuntungan. Beberapa kaedah yang sedang digunakan diperingkat nasional. Manakala negeri sedang menggunakan kaedah incinerator iaitu melupuskan bahan-bahan buangan tanpa menjana pendapatan.
Dan di Jeli kita telah sedang menggunakan kaedah asher iaitu membakar bahan buangan di kawasan Jeli menggunakan asher dan kita sedang mengkaji beberapa kaedah baru seperti RFD dan juga beberapa RDF yang sedang digunakan oleh beberapa negara maju. Cuma jumlah buangan di
Kelantan masih lagi belum mengcukupi tahap untuk breakeven sesuatu proses contohnya incinerator memerlukan jumlah sesebuah jumlah minimum 800 tan sehari. Tu masalah dia kalau kita membawa masuk beberapa teknologi memerlukan jumlah sisa buangan yang minimum kita belum lagi mencapai menyebabkan untuk menjana pendapatan memerlukan jumlah buangan yang lebih tinggi untuk apa digunakan teknologi yang telah diperkenalkan oleh negara-negara maju. In Shaa Allah kita dari semasa ke semasa sedang mengkaji teknologi yang telah digunakan oleh negara-negara maju untuk menjadikan tapak pelupusan sebagai sebuah tapak yang boleh mengeluarkan pendapatan kepada setiap PBT, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Galas sayang Dato’ Panglima, pohon jawapan soalan nombor 5.
Soalan 5 :
[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah tindakan yang diambil dalam membantu pesawah yang terjejas akibat kemarau yang melanda Negeri Kelantan.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya akan menjawab soalan dari Galas ini bersama dengan soalan nombor 9 dari Gaal, soalan nombor 15 dari Tawang dan soalan nombor 19 dari Pulai Chondong hari ini. Kerana mempunyai persoalan yang hampir sama berkaitan dengan tindakan dan langkah kerajaan dalam menghadapi situasi bencana kemarau yang telah memberi kesan terhadap sektor tanaman padi dan pengeluaran hasil-hasil lain-lain tanaman.
Kerajaan Negeri memandang serius isu kemarau yang melanda di Negeri Kelantan. Melalui jabatan dan agensi berkaitan telah mengambil langkah-langkah yang perlu dalam mengatasi isu-isu tersebut.
Terlebih dahulu saya suka menjelaskan pada semua Ahli Berhormat Dewan di Kelantan, dalam pembangunan sektor tanaman padi 4 agensi utama yang menguruskan sektor ini ialah KADA, .... Semerak , Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), dan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Walaupun yang melibatkan agensi Persekutuan dan agensi guna sama penyelarasan gerak kerja telah di atur bersama pejabat Pengerusi Pertanian Industri Agro Makanan Unit Komuniti dan Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Antara usaha yang telah di ambil kerajaan ialah Pihak Jabatan Pertanian yang berperanan menguruskan kawasan padi di luar skim pengairan telah menempatkan pam-pam bergerak bagi menyalurkan air ke petak sawah serta mengenalpasti kawasan-kawasan berhampiran untuk membina kolam-kolam takungan bagi membekalkan air ke petak sawah.
Selain itu, melalui peruntukan pembangunan negeri di bawah Program Pembangunan Industri Padi yang diterima bawah RMKe12 (2021-2025) sebanyak RM1,800,000.00 yang telah dikhaskan untuk kawasan padi luar jelapang, pihak jabatan telah membina parit-parit ladang dan menyalurkan pam-pam air untuk keperluan pesawah.
Melalui kerja-kerja pengembangan, pihak jabatan akan memastikan agar petani di luar jelapang akan memulakan kerja-kerja penyediaan tanah dan menanam lebih awal sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam jadual penanaman mengikut musim iaitu musim utama 2023/2024 (Ogos 2023 – Februari 2024) dan luar musim 2024 (Mac 2024 – Julai 2024). Penanaman padi pada awal musim akan dapat mengelakkan daripada musim kemarau yang kebiasaannya akan berlaku pada bulan Mac dan April setiap tahun. Selain itu, tindakan yang telah diambil dalam membantu pesawah yang terjejas akibat kemarau antaranya ialah :
• Maklumat tanaman padi yang musnah akibat kemarau telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) Peringkat Negeri dan seterusnya akan dibentangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
• Kadar bantuan adalah sebanyak RM876/Hektar dan dihadkan kepada 3 hektar bagi setiap pesawah.
• Seterusnya, menyusun jadual penanaman padi mengikut skim pengairan yang berbeza sebagai contoh skim pengairan kemubu, skim pengairan lemal dan kasa. Dimana jadual pengairan ini akan dilaksanakan dengan libat urus bersama para petani di kawasan masing-masing terutama di kawasan KADA.
• Kerja2 mencuci dan menggali tali air bagi memastikan kelancaran pergerakan air dan aksess kepada para petani.
• Pembinaan telaga tiub atau tube well bagi memastikan kemusnahan akibat kemarau dapat dikurangkan.
• Juga Pemasangan pam mudah alih dan pam backward di kawasan yang mempunyai sumber-sumber air.
• Juga pembaikan Drainage End Control (DEC) bagi menakung air di saliran-saliran kecil.
Menurut Ramalan Kaji Cuaca dari Jabatan Meteorologi Fenomena kemarau yang melanda negeri Kelantan akan berlarutan sehingga Julai 2024 yang akan memberikan kesan yang serius kepada sektor tanaman khususnya pesawah padi. Mengikut rekod laporan awal kemarau terhadap sektor tanaman bagi tahun 2024 Jabatan Pertanian bermula Mac hingga 15 Mei 2024 merekodkan seramai 2972 petani yang terjejas melibatkan kemusnahan seluas 7,467.42ha dengan cadangan nilaian bantuan sebanyak RM 5,562,777.76.
Jabatan Pertanian akan mengangkat permohonan bantuan ini melalui Peruntukan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) bagi tanaman Padi dan Tabung Bencana Pertanian (TBP) bagi tanaman selain padi bagi meringankan beban para petani yang terkesan dengan kerosakan tanaman mereka.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Menteri Besar yang juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300 000 bagi bantuan segera untuk membina telaga tiub, bantuan pam air dan lain-lain keperluan bagi membantu pengairan kepada para pesawah dan petani yang terjejas akibat kemarau baru-baru ini. Iaitu melalui kerjasama pihak Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat-
Yang Berhormat ADUN-ADUN yang terlibat menyalurkan juga bantuan segera kepada para pesawah dan petani terjejas.
Pihak kerajaan juga dengan kerjasama MAIK, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mengarahkan dan menyarankan semua masjid di negeri Kelantan untuk melaksanakan solat sunat Istisqa’ bagi memohon hujan diturunkan oleh Allah SWT bagi menyelamatkan tanaman-tanaman di musim kemarau baru-baru ini. Sekian, terima kasih.
Sila Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan yang diberikan tadi. Fenomena El Nino ini telah menjadi masalah dan juga cabaran untuk kita hadapi bersama. Saya merujuk kepada artikel pada 28 Mac 2024, Yang Berhormat Exco ada menyatakan Kerajaan Negeri akan menggali 100 telaga tiub dan difahamkan tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun meluluskan peruntukan tersebut.
Soalan tambahan saya, sejauh manakah keberkesanan projek penggalian ini kerana difahamkan ada berlaku isu tenaga kerja dan juga sejauh manakah Kerajaan Negeri berpuas hati ataupun tidak dengan kerjasama terpadu yang diberikan oleh agensi-agensi Persekutuan sebagaimana disebutkan tadi KADA, JPS dan juga pihak Jabatan Pertanian. Serta adakah lagi peruntukan-peruntukan ataupun sumbangan-sumbangan daripada Kerajaan Negeri diberikan kepada pesawah-pesawah kita selain daripada yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan Galas. Ya memang kerajaan Negeri sebenarnya membantu pihak KADA lah yang dan juga jabatan yang berkaitan dengan menguruskan padi pesawah ni kita telah berjaya menggali tiub well. Hampir 100 tiub well yang kita gali baru-baru ini sebahagian besarnya berjaya. Tapi kadar yang berjaya menampung keperluan air ini kepada tiub well ini tidak, tidak luas. Mungkin satu tiub well boleh menampung 10 ekar sehingga 20 ekar sahaja.
Jadi kawasan padi yang terjejas agak luas. Kita menggunakan sepenuhnya semua pam-pam daripada jabatan JPS, Pengairan Dan Saliran untuk menyedut air daripada sumber-sumber air yang ada yang sebenarnya sudah berjaya mengurangkan kerosakan padi.
Pun demikian kita dengar tadi lebih 2 000 para pesawah yang terjejas oleh kerana kemarau yang teruk berlaku baru-baru ini. Dan juga kita Alhamdulillah berpuas hatilah asalkan ini dengan kerjasama agensi-agensi tadi kita boleh berbincang bersama dan kita juga telah berusaha dengan bajet yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membantu sekitar RM20 juta tadi, baru-baru ini jadi kita telah menghantar permohonan secara lengkap supaya bantuan tadi sampai segera dan dapat diuruskan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan tadi. In Shaa Allah sekiranya bantuan ini turun dengan kadar yang segera di musim hadapan kita dapat mengurangkan lagi kehilangan hasil padi In Shaa Allah. Terima kasih.
Mengkebang, Mengkebang.
Terima Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberi peluang kepada saya untuk soalan tambahan. Sepertimana yang kita maklumi di Malaysia ini ada dua jenis tanaman padi. Yang pertama, padi bendang dan yang keduanya, padi huma.
Adakah dalam perancangan kerajaan untuk mengkomersialkan isu berkaitan dengan air El Nino. Padi huma ini, padi bukit, adakah tindakan apa ni cadangan Kerajaan untuk mengkomersialkan tanaman padi huma berbanding tanaman untuk ubi kayu. Sila nyatakan terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Mengkebang. Jadi Alhamdulillah kita telah memanggil jabatan-jabatan yang berkaitan termasuk MARDI yang membuat kajian tentang variety-variety padilah yang tahan kemarau pun ada, variety yang jangka masa lebih pendek kepada biasa pun ada, dan padi huma pun ada. Cuma di Kelantan ini di tempat kita pihak jabatan belum mengesyorkan secara serius penggunaan tanaman padi huma oleh kerana kita dalam kawasan
padi yang sedia ada ini masih luas untuk kita bangunkan dengan sebaik-baiknya. Yang pentingnya kalaulah semua saliran yang ada dapat kita selenggarakan dengan baik dan kita siapkan saliran-saliran yang masih ada separuh jalan In Shaa Allah kawasan padi sedia ada ini dapat menampung keperluan food security negeri dan negara. In Shaa Allah.
Jelawat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali saya ingin merakamkam ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Berhormat Exco Pertanian kerana meluluskan peruntukan untuk membantu para petani di Jelawat khususnya dalam pembelian pam air dan juga ‘jjewok’ yang mana dengan adanya ‘jjewok’. Ini dan juga pam air maka sebahagian daripada petani dapat diselamatkan dan petani dapat menikmati hasilnya.
Cuma kemarau yang panjang juga menyebabkan kebakaran berlaku pada hutan-hutan khususnya di Beris Lalang, … Sri Kemunting dan kawasan sekitarnya. Dan kebakaran ini juga menyebabkan berlakunyua kebakaran daripada kebun-kebun sawit dan getah serta sayur-sayuran. Jadi soalan tambahan saya adakah kerajaan yang prihatin dan berkebajikan ini cakna ini menyediakan sedikit saguhati ataupun bantuan kepada para petani yang terlibat ataupun terkesan dengan kebakaran kebun sawit, getah dan juga sayur-sayuran ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Jelawat berkaitan dengan bantuan bencana. Sebenarnya di bawah Jabatan Pertanian kita ada lagi bantuan bencana kepada selain padi lah iaitu sebagaimana sayur dan sebagainya sekiranya pihak petani yang terjejas dan merosak hasil tanaman mereka membuat laporan sebagaimana prosedur yang kita telah sebarkan, In Shaa Allah Jabatan Pertanian akan menguruskan bantuan bencana kepada mereka, In Shaa Allah.
Gaal, sila.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Dato’ Speaker, Gaal juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak kerajaan melalui Exco Pertanian kerana telah membina beberapa telaga tiub di dalam DUN Gaal. Dan menyediakan beberapa pam untuk kemudahan para petani.
Soalan tambahan saya ialah apakah persiapan yang telah dan akan dibuat oleh pihak kerajaan untuk menghadapi musim tengkujuh. Sekarang ini menghadapi musim kemarau, musim tengkujuh akan tiba yang dijangkakan Kelantan ini akan menerima taburan hujan yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan berlakunya banjir besar sekali lagi di Kelantan yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan bidang pertanian di Kelantan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada YB Gaal atas soalan tambahan. Tadi kita bercakap tentang El Nnino dan kemarau. Mungkin ini hanya jangkaan yang kita harap dan kita berdoa agar tidak berlakulah musibah bencana banjir pulak. In Shaa Allah pihak jabatan terutamanya JPS dan juga pihak yang berkaitan telah membuat persiapan sebagaimana setiap tahun.
Pertama, penyelarasan jadual penanamanlah yang paling penting kerana sekiranya penanaman berjalan mengikut jadual dan air dapat disalirkan mengikut jadual In Shaa Allah kita dapat menyelamatkan. Maknanya bulan Oktober telah berlaku penuaian padi dan sebagainya.
Seterusnya para petani ataupun penanam sayur kita menggalakkan supaya mereka menggunakan sistem yang dapat menyelamatkan hasil mereka melalui petigasi gantung, In Shaa Allah lebih selamat. Dan menggunakan Struktur Pelindung Hujan (SPH), In Shaa Allah juga dapat mengurangkan kerosakkan di musim tengkujuh. Kerana itulah kita juga memastikan public info banjir berfungsi dengan baik di mana data-data paras air dan data-data hujan semasa di semua stesen hidrologi akan memberi maklumat kepada kita dan kita akan salurkan kepada para petani secepat mungkin.
Dan kerja-kerja mencuci sungai Alor sedang dijalankan oleh pihak-pihak JPH dan sebagainya. Sosial pembinaan sistem saliran, membina alor limpah lemang lancang, membaikpulih Gong Kulim arr ni berkait dengan Pasir Puteh dan Kampung Lembah sedang dibaik pulih, menambah pam-pam di rumah, pam saliran Pasir Puteh, pemantauan dan pelaporan banjir semasa dan kita juga mengenal pasti kawasan-kawasan yang risiko banjir yang melampau ini untuk kita memberi pandangan pada para pesawah supaya mengelakkan daripada kita terlewat daripada jadual kerana risikonya memang berlaku kepada para petani setiap tahun. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Dabong.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 6.
Soalan 6:
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perancangan kerajaan bagi memastikan Dasar Keluarga Mawaddah difahami, dihayati serta dilaksanakan oleh seluruh rakyat Kelantan? ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga terima kasih kepada Dabong di atas soalan yang dikemukakan. Kerajaan Negeri telah menggubal Dasar Mawaddah Negeri Kelantan (DMNK) pada 2008. Matlamat dasar ini untuk memperkasakan institusi keluarga secara bersepadu dengan meningkatkan potensi setiap ahlinya untuk berperanan sebaik yang mungkin. Seterusnya ia dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negeri serta negara.
Ketiga, bagi memastikan dasar ini dapat di fahami, di hayati dan di laksanakan, beberapa inisiatif dan juga usaha telah dibuat oleh Kerajaan Negeri iaitu menerbitkan Buku Panduan Keluarga Mawaddah. Buku panduan ini telah dikeluarkan pada tahun 2011. Ianya sebagai satu panduan dan senarai semak keluarga dalam membangunkan institusi keluarga secara menyeluruh mengikut panduan agama.
Kedua, Program advokasi, pendidikan dan pembangunan keluarga. Kita mengadakan 16 jenis program yang berbentuk seminar, bengkel, keraian dan sebagainya untuk advokasi pendidikan dan pembangunan keluarga. Ianya disusun dan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak diperingkat DUN, Parlimen, jajahan dan juga negeri.
Pada tahun ini juga kita akan mengadakan Program Hari Keluarga Mawaddah yang akan memberikan anugerah kepada keluarga-keluarga Mawaddah yang terpilih bagi peringkat negeri Kelantan mengikut kategori-kategori yang kita sediakan. Di samping itu, kita juga meneruskan kempen keluarga Mawaddah iaitu melalui pelbagai medium dan juga platform antaranya papan iklan (billboard) di lokasi-lokasi utama di negeri Kelantan, pamplet dan hebahan maya di media sosial.
Keempat, penubuhan pusat sehenti MAWADDAH CENTRE. MAWADDAH CENTRE yang beroperasi mulai tahun 2021. Ianya adalah pusat sehenti meliputi aktiviti keluarga. Pusat ini menyediakan pelbagai program dan perkhidmatan seperti khidmat nasihat, bengkel kepada ibu hamil, remaja dan juga kanak-kanak. Rundingan dan juga motivasi untuk masyarakat setempat khususnya yang memerlukan teman yang mendengar dan rakan pembimbing bagi permasalahan sosial dan juga keluarga. Program ini adalah merupakan kerjasama dengan pihak JAHEIK dan juga para sukarelawan sosial.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada tiga jajahan yang telah mencapai bandar paling bahagia iaitu Gua Musang, Kuala Krai dan juga Jeli. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga yang terlibat. Jajahan-jajahan yang terlibat dan kita doakan ianya akan diikut jejak oleh jajahan-jajahan lain di masa akan datang.
Akhirnya sebahagian ini adalah sebahagian daripada usaha pihak kerajaan yang kita lakukan untuk menyebar luaskan maklumat dasar
keluarga dan ianya untuk difahami seluruh rakyat Kelantan. Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Dabong, soalan tambahan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan apakah pihak kerajaan Negeri bercadang untuk meluaskan pusat Mawaddah kepada peringkat jajahan. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan. Ya kerajaan Negeri memang berhasrat untuk mewujudkan MAWADDAH CENTRE secara berperingkat ke seluruh negeri. Fasa pertama kita adakan di pusat Bandar Kota Bharu dan cadangan untuk fasa kedua ke jajahan Kuala Krai. Dan fasa ketiga kita cadangkan untuk dilaksanakan ke jajahan Pasir Puteh dan seterusnya fasa keempat ke jajahan Pasir Mas. Terima kasih.
Silakan soalan tambahan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan apakah kriteria yang dipilih di ambil kira oleh Kerajaan Negeri dalam memilih tokoh Mawaddah di peringkat negeri. Sekian terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan Wakaf Bharu. Kita telah mengadakan lima kategori dalam usaha mencari tokoh-tokoh Mawaddah ini. Pertama, kategori dan juga keluarga adalah tokoh keluarga cemerlang, keluarga iaitu yang mempunyai peribadi dan juga akhlak yang baik dan menjadi keluarga contoh di kawasan setempat.
Kedua, tokoh keluarga istimewa iaitu OKU. OKU yang memberi orang panggil kefahaman dan membantu kepada rakan-rakan senasib untuk usaha membentuk keluarga Mawaddah. Ketiga, tokoh keluarga Bangkit iaitu keluarga yang tabah dan sabar menghadapi ujian anak-anak yang di uji dengan dadah dan masalah sosial yang lain dan boleh dijadikan contoh kepada masyarakat.
Keempat, tokoh keluarga cekal iaitu untuk bapa tunggal. Bapa tunggal yang berjaya membesarkan anak-anak yang ramai sehingga berjaya dan berdikari. Kelima, tokoh keluarga tabah. Khusus untuk Armalah iaitu ibu tunggal yang berjaya membesarkan anak-anak sehingga berjaya dari sudut dunia dan akhirat, In Shaa Allah. Dan seterusnya dapat berdikari dalam kehidupan mereka. Sekian.
Silakan Yang Berhormat Bukit Bunga.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 7. Terima kasih.
Soalan 7 :
[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, usaha memperkukuhkan hubungan dua hala antara Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha menggerakkan aktiviti anak muda sebagai contoh Rakan Muda dan kemudahan sukan di kampung-kampung.]
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih YB Bukit Bunga atas soalan yang dikemukakan. Alhamdulillah kerajaan Negeri sedar tentang hubungan yang erat yang penuh di antara Negeri dan Persekutuan. Dan diperingkat Kerajaan Negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan perpaduan masyarakat telah melakukan beberapa kunjungan hormat ke Kementerian untuk mengadakan perbincangan.
Antaranya kunjungan hormat kepada KSU, Kementeria Belia Dan Sukan pada 18.10.2023 di mana perbincangan telah diadakan fokus kepada program-program yang diadakan dibawah kementerian serta dana-dana untuk program-program Belia dan Sukan yang disediakan oleh kementerian.
Sementara kunjungan atau kunjungan hormat kepada YB Menteri telah diadakan kepada 20.02.2024 yang mana perbincangan telah fokus tentang bentuk kerjasama yang perlu diadakan antara Negeri dan juga Persekutuan. Dan Alhamdulillah hasil dari perbincangan kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk pembaikian sistem perparitan di stadium.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Urusetia Belia, Sukan Dan NGO (U-Bes) Negeri Kelantan sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan khususnya di dalam pelaksanaan program-program berkaitan belia, sukan dan rakan muda.
Pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan anjuran secara bersama antara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan iaitu melalui Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan, Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan,Tayangan Skrin Besar,Himpunan Anak Muda, Anugerah Perdana Belia Negara, Majlis Perundingan Belia Negara, dan Program Skill For Life Dan Lain-Lain Program.
Melalui Majlis Perundingan Belia Negara juga, pengerusi persatuan, badan gabungan dan kelab-kelab belia, isu dan permasalahan belia di peringkat akar umbi di bawa dan dibincangkan bersama Agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang dilantik untuk sama-sama berbincang dan mencari titik persefahaman dalam menyelesaikan isu belia pada hari ini termasuk kos sara hidup, dana bagi pelaksanaan program-program persatuan di peringkat negeri serta daerah dan lain-lain isu yang berkaitan.
Seterusnya bagi merancakkan lagi pelaksanaan Program Rakan Muda di peringkat seterusnya dibawah nafas baharu, sebanyak 10 buah Kelab Rakan Muda telah ditubuhkan di setiap jajahan di Negeri Kelantan bermula tahun 2023. Untuk makluman, kelab-kelab ini telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa penaja dan sedang menunggu kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan Belia (Roy) untuk kelulusan dan seterusnya
melayakkan mereka membuat permohonan dana untuk pelaksanaan aktiviti di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Selain daripada itu, Program Rakan Muda turut dilaksanakan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui penubuhan Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT. Dimana sebanyak 4 SRM IPT di Negeri Kelantan iaitu Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Kelantan, Sekretariat Rakan Muda Politeknik Kota Bharu, Sekretariat Rakan Muda Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok dan Sekretariat Rakan Muda Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah.
Pihak Kementerian Belia dan Sukan juga turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di sekolah-sekolah di mana penglibatan terbuka kepada belia yang berumur 13 hingga 25 tahun. Sekian, terima kasih.
Silakan Kemuning.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas ucapan yang diberikan sebentar tadi. Soalan tambahan saya apakah usaha kerajaan Negeri dalam memastikan program rakan muda yang disebutkan sebentar tadi dibuat selari dan menepati dengan dasar Kerajaan Negeri iaitu penghayatan “Membangun Bersama Islam”. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk makluman kerajaan Negeri melalui U-BES dan juga JPS sentiasa mengadakan perbincangan dan hubungan yang erat dalam melaksanakan program-program yang telah disusun sama ada di peringkat JPS ataupun dalam peringkat U-BES. Alhamdulillah sekarang ini kita diperingkat perbincangan untuk membuat penambahbaikan kepada Program Rakan Muda dan In Shaa Allah diperingkat negeri kita akan cadang ataupun dalam proses menghasilkan ataupun menyiapkan satu kertas untuk kita angkat, untuk kita perhalusi iaitu Rakan Muda Al-Quran.
Makna selain daripada 10 yang telah diberi nafas baru diperingkat kementerian In Shaa Allah, diperingkat negeri kita akan mewujudkan satu lagi iaitu Rakan Muda Al-Quran bagi nilai tambah pada program-program yang telah diadakan tadi.
Cuma sebagai maklumat tambahan berdasarkan dasar Anak Muda Kelantan yang telah diluluskan pada tahun 2020 In Shaa Allah di mana dalam bahagian pertama Perkara 14 dalam Kumpulan Pemantauan Dasar Anak Muda Kelantan di mana dalam dasar itu disebut tentang penubuhan Majlis Pembangunan Anak Muda Kelantan.
Dan In Shaa Allah pihak kerajaan dalam proses untuk memperkasakan Majlis Pembangunan Anak Muda Kelantan ini di mana antara program yang akan kita adakan bagi memperkasakan anak muda ialah kita akan mewujudkan satu yang dipanggil institut Kepimpinan Masa Depan. Maknanya bagi menyokong hasrat kerajaan dalam Kelantan Future State 2023 jadi diperingkat Jawatankuasa Belia kita akan menubuhkan institut kepimpinan masa depan yang akan mengfokuskan penghasilan ataupun melahirkan kepimpinan masa depan negeri Kelantan.
Di mana berdasarkan perancangan yang kita ada, kita ada tiga program dibawah Institut Kepimpinan Masa Depan tadi, pertamanya Kelantan Futures Leaders yang akan kita fokus kepada kepimpinan diperingkat remaja dan yang keduanya kita akan meneruskan program Gentera yang memfokuskan belia-belia yang diperingkat peralihan antara remaja dan juga umur 20-an.
Dan yang ketiganya kita akan mengadakan program Fellow Darulnaim bagi graduan-graduan Anak Kelantan untuk kita latih sebagai kepimpinan diperingkat pentadbiran. Sekian, terima kasih.
Ok arr silakan Bukit Panau dulu.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar di atas insentif sukan kepada pemain-pemain takraw daripada Kelantan. Dan
juga kepada Yang Berhormat Exco yang meraikan anak-anak Kelantan yang menjadi wakil dan membawa kemenangan kepada negara kita.
Soalan tambahan saya adalah dengan hubungan yang baik dengan pihak kementerian adakah di sana pihak Exco ingin mengambil kesempatan dengan kenaikan minat anak-anak muda kepada sukan takraw di Kelantan ini untuk membina sebanyak mungkin gelanggang-gelanggang takraw di setiap DUN di negeri Kelantan ini. Terima kasih.
In Shaa Allah. Terima kasih atas cadangan. Kita akan mengadakan perbincangan kepada Kementerian, In Shaa Allah. Terima kasih.
Silakan Galas.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saudara Baihaki, saudara Aidil antara orang yang telah mengharumkan nama negeri kita menjadi juara sepak takraw sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Begitu juga dengan persatuan belia Pak Hussin yang telah menjadi juara Anugerah Perdana Belia Negara di peringkat kebangsaan dan saya kira ini kali pertama persatuan diperingkat negeri menjuarai di peringkat negara.
Soalan tambahan saya Yang Berhormat daripada kelab-kelab Rakan Muda Yang Berhormat sebutkan tadi, adakah kelab-kelab ini juga dapat membantu untuk kita, negeri kita menangani isu-isu yang berkaitan dengan anak muda. Jadi kalau ianya berkaitan saya harap ianya disegerakan penubuhan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. YB Galas ini orang lama dalam belia dan maklumat dia sebenarnya lebih banyak dari ambo beraso. Cuma In Shaa Allah sebagaimana kita tahu maknanya di bawah Kementerian Belia dia ada ROY, maknanya persatuan-persatuan belia yang berdaftar di bawah kementerian dan Alhamdulillah di peringkat negerinya di peringkat Exco kita telah mengadakan hubungan yang baik dengan Majlis
Gabungan Belia Kelantan yang di mana persatuan di bawah Belia. Dan saya yakin bahawa Kelab-Kelab Rakan Muda yang sedang dalam proses perubahan juga akan bergabung di bawah Majlis Gabungan Belia Kelantan. Dan In Shaa Allah di peringkat Kerajaan Negeri kita sentiasa mengadakan perbincangan dan juga mengadakan kerjasama untuk mengadakan program sama ada di peringkat negeri dan juga akar umbi.
Sebagai contoh pada tahun lepas kita telah mengadakan townhall belia dengan kerjasama MGBK dan In Shaa Allah pada tahun ini kita akan meneruskan lagi townhall belia tadi dan juga program-program yang lain dengan kerjasama MGBK termasuk beberapa program yang telah dicadangkan oleh MGBK dan juga program-program yang juga diangkat oleh persatuan-persatuan belia yang tidak bernaung di bawah MGBK. Maksudnya diperingkat kerajaan Negeri kita mengiktiraf semua persatuan belia-belia yang ada sama ada dibawah ROY aataupun dibawah ROS. Terima kasih.
Kita teruskan dengan Yang Berhormat Kemuning. Silakan.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, kita semua belum sarapan, mohon jawapan soalan nombor 8. Terima kasih.
Soalan 8 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauhmana peranan usaha dan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan ke atas tanah terbiar milik individu sama ada yang masih hidup atau telah mati terutama yang berada di kawasan bandar yang boleh menjejaskan pemandangan dan merugikan ruang tanah yang ada tersebut.]
Terima kasih. Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian Daerah yang dipengerusikan oleh Ketua Jajahan masing-masing dengan kehadiran sama bahagian Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri ada membincangkan isu dan penyelesaian tanah terbiar milik individu yang berada dalam kawasan bandar.
Cadangan dari Jabatan bagi menangani isu ini agar kawasan terbiar ini dibangunkan dengan aktiviti pertanian komuniti atau pertanian bandar dengan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan berkonsepkan landskap. Selain daripada mencantikkan pemandangan kawasan persekitaran, landskap sayuran ini juga dapat dituai dan dijual dan dapat menambahkan pendapatan isi rumah. Selain daripada pertanian bandar, jabatan juga mencadangkan penanaman berkonsepkan kilang tanaman (Plant Factory) dimana aktiviti penanaman dilakukan di dalam bangunan bagi membantu petani bandar untuk mencapai penghasilan sayuran secara berterusan sepanjang tahun tanpa gangguan disebabkan oleh bencana alam seperti banjir.
Sekiranya Yang Berhormat Kemuning ada masa boleh google lah. Ada satu kawasan perumahan di Gombak iaitu dinamakan The Garden 8, Garden 8 yang mana telah berjaya menghasilkan pertanian komuniti kerana berjaya menghimpunkan kejiranan untuk bersama-sama membangunkan backyard lorong belakang dengan di tanam sayur-sayuran dan setiap had mereka dapat menjual hasil tanaman mereka kepada kejiranan setempat. Itulah yang kita harapkan supaya penduduk kita yang tinggal dalam bandar dapat menggunakan lebihan tanah yang ada untuk ditanam. Keluarga masing-masing di samping dapat menambahkan pendapatan sebagaimana kempen berterusan yang telah dilakukan oleh Exco Pertanian itu Dapur Hijau inilah yang dimasukkan dalam bandar.
In Shaa Allah kita di peringkat PBT akan mengadakan kempen supaya semua penduduk tidak membiarkan tanah-tanah kosong terbiar begitu dan mengelakkan untuk dilaksanakan pertanian komuniti dalam bandar. Terima kasih.
Silakan Kota Lama.
Terima kasih kepada YB Dato’ Speaker, soalan tambahan saya adalah saya ingin merujuk secara spesifik salah satu bangunan terbiar dari bandar Kota Bharu iaitu bangunan yang berada di tapak pasar malam Parit
Dalam, bangunan Parkson dan bekas tanah MPKB di jalan Kuala Krai yang disebutkan dibangunkan atau bakal dibangunkan Baitul Takwir.
Apakah masalah yang terdapat dua pembangunan ini, adakah ia disebabkan kesilapan merancang atau kesilapan dalam perjanjian pembangunan dan apakah usaha yang telah di ambil dalam memastikan semua pembangunan ini memberikan munafaat kepada rakyat.
Sebelum saya duduk Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya merujuk Peraturan Dewan 27(5) pohon pencerahan Speaker terhadap, saya mohon pencerahan Dato’ Speaker kenapa soalan-soalan lisan saya tidak di senaraikan untuk dijawab dan notis kepada alasan hanya diberikan pada hari sidang Dewan Negeri ya berbincang soal keadilan kepada semua tapi dalam keadaan hanya dua wakil pembangkang soalan berkaitan kepentingan rakyat ya seperti saya bangkitkan tentang soal indeks kesejahteraan wanita contohnya keganasan rumah tangga, tentang data ibu tunggal, tentang kesihatan termasuk kesihatan mental dan keadaan dua minggu lepas seorang lagi ya anak muda kita yang terjun sungai apa di jambatan Sultan Yahya Petra, jadi mohon pencerahan Tuan Speaker dalam hal ini. Terima kasih.
Soalan daripada Kota Lama iaitu dua kawasan. Yang pertama bangunan Parkson yang mana bangunan ini merupakan bangunan yang telah dimiliki oleh pihak pemaju dan kita serahkan pada pemajulah untuk merancang untuk membangunkan semula tanah tersebut.
Yang kedua, tanah kerajaan di jalan Kuala Krai yang dikatakan sebagai Baitul Takwir, saya perlukan notis untuk menjawab soalan kerana ia melibatkan perjanjian dan juga fakta-fakta penting yang tak dapat saya jawabkan pada hari ini, In Shaa Allah saya jawab secara bertulis selepas pada inilah. Terima kasih.
Baik persilakan Yang Berhormat Kemuning sekali lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, dan terima kasih kepada Exco di atas cadangan-cadangan ataupun perkara-perkara yang boleh diisi, aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat di atas tanah yang terbiar terutamanya di dalam bandar melibatkan pertanian bandar Kampung Hijau dan juga contoh Garden 8 yang ada di Gombak.
Soalan tambahan saya bolehkah Yang Berhormat jelaskan apa tindakan yang boleh di ambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap pemilik tanah yang seolah-olah sengaja membiarkan tanah tersebut ditumbuhi semak-samun. Malah kadang-kadang menjadi tempat pembiakan haiwan-haiwan liar yang memburukkan lagi keadaan di dalam bandar, terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Kemuning berkaitan dengan bangunan terbiar dan juga tanah-tanah terbiar dalam kawasan bandar. Antara tindakan yang boleh di ambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Akta 171 terutama sekali setelah menerima aduan daripada masyarakat awam ataupun PBT iaitu kita akan mengadakan siasatan mengenai pemilikan tanah terlebih dahulu dan telah mengenal pasti tuan punya kita akan menghantar notis supaya tanah tersebut dibangunkan ataupun bangunan tersebut diselenggara secara teratur sekiranya notis masih lagi diabaikan kita pihak PBT akan menghantar notis bertulis, notis amaran Akta 171 dan kita di Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai bidang kuasa untuk membersihkan kawasan tanah yang terbiar ataupun meruntuhkan bangunan yang memberi gangguan pada masyarakat awam dan kita di bawah Akta 171 juga mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan tindakan mahkamah dengan menutup semula kos-kos yang terlibat semasa proses pembersihan ataupun merobohkan bangunan terbiar tersebut dan pihak pemilik juga boleh dikenakan bayaran kompaun ataupun denda sehingga RM1 000 di atas kesalahan mengabaikan notis untuk membersihkan ataupun mencantikkan bangunan terbiar tersebut, terima kasih.
Baik kita teruskan dengan Yang Berhormat Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 10.
Soalan 10 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, langkah yang dimainkan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan untuk memastikan kejayaan dan capaian Budaya Komuniti Rabbani (K-Rabb) dalam kalangan masyarakat serta komuniti rakyat Kelantan.]
ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Wakaf Bharu kerana bertanyakan berkenaan dengan Budaya Komuniti Rabbani. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat perkataan Rabbani adalah sebenarnya perkataan yang di ambil daripada Al-Quran daripada Surah Al-Imran Ayat 39 yang berbunyi
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ِ ِ ِ ِ ِ ٍ ِ ﻦ ﻣ ﱃ ِّ ﺎ ﺒ ﻋ اْ ﻮ ﻮﻧ ﻛ ُ سِ ﻠﻨﱠﺎ ﻟ لَ ﻮ ﻘ ﻳ ﱠ ﰒ ُ ةَ ﱡﺒ ـ ﻟﻨ ﻢ ﻜ ْ ﳊ ﺐ ﺘ ﻜ ْ ﻟ ٱ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻪ ﻴ ﺗ ﺆ ﻳ أَن ﺮ ﺸ ﺒ ﻟ ﺎ ﻛ َ ﺎ ﻣ ُ ُ ﻮﱠ نَ دًا َ ـَ ـُ وَٱ َ ُْ وَٱ َ َٰ ُ ُ َ ْ ـُ َ َ َ ِ ٰ ِ ِ ن ﻮ ﺳ ﺪ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ ﺎ ﲟ ﺐ ﺘ ﻜ ْ ﻟ ٱ ﻮ ﻤ ِّ ﻠ ﻌ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ ﺎ ﲟ ﲏ ﻮ ﻮﻧ ﻛ ﻦ ﻜ َٰ ﻟ ﻪﻠﻟﱠ ٱ َدُونِ ُ ْرُ َ ْ ُ ُ َِ وَ َ َٰ نَ ُ َ ـُ ْ ُ ُ َِ ﺑﱠ رَ اْ ُ ُ وَ ِِّۦنَ Yang kira-kira maksudnya tidak patut, bukanlah menjadi tugas kepada para Nabi yang telah menerima Al-Kitab dan juga hikmah dan juga kenabian. Kemudian mereka berkata kepada manusia hendaklah kamu menyembahku selain daripada Allah SWT tapi sebenarnya tugas para Nabi yang kita warisi hari ini adalah mengajak manusia untuk menjadi Rabbani, insan-insan Rabbani iaitulah yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah SWT dan dalam masa yang sama mempunyai
hubungan yang rapat dengan manusia dalam menjalankan perintah-perintah Allah SWT melakukan amar makruf nahi mungkar dalam masa yang sama mendirikan peraturan dan menegakkan hukum-hukum Allah SWT dalam makna kata itulah khalifah Allah SWT.
Jadi dalam hal ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, maka kerajaan rasa bertanggungjawab untuk menyuburkan konsep Rabbani ini dalam masyarakat kerana ianya menjadi tugas kerajaan bertetapatanlah negara kita tidak terkecuali juga negeri kita berhadapan dengan masalah sosial yang parah terutama dikalangan anak-anak muda. Sebab itulah Kelantan dalam hal ini mengambil langkah kehadapan dengan menggunakan premis agama sesuai dengan penghayatan “Membangun Bersama Islam”. Itu kita kerjasama dengan semua pihak secara bersepadu agensi-agensi Kerajaan Negeri dan juga kerajaan Persekutuan yang juga melibatkan beberapa orang Exco portfolio-portfolio yang terlibat, wanita, portfolio belia, portfolio agama dan sebagainya.
Alhamdulillah sebelum ini kerajaan telah melancarkan dan melaksanakan dasar pendidikan Rabbani di sekolah-sekolah milik Yayasan Islam Kelantan. Dan nampak ada hasilnya. Dan benda itu dilakukan secara berterusan. Mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan YB. Dato’ Bentara Kanan telah menyebut bahawa tidak cukup kalau Rabbani ini hanya disebarkan dilatih, kepada anak-anak sekolah sahaja. Apabila mereka pulang berada di tengah-tengah masyarakat bersama dengan ibu bapa, bersama dengan kaum keluarga, kawan-kawan dan sebagainya tidak lagi ada penghayatan Rabbani. Maka kita telah melancarkan pula apa yang kita namakan sebagai komuniti Rabbani. Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) supaya konsep komuniti Rabbani itu dapat disebarkan kepada seluruh rakyat. Tapi kita ada hampir 2 juta rakyat dalam negara kita dalam keadaan yang terhad maka kita terpaksa melakukan sekadar kemampuan yang kita ada secara berperingkat.
Maka budaya Komuniti Rabbani ataupun ringkaskan kepada (K-RABB) ini dan saya mohon kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada supaya menyedarkan masyarakat dan mempopularkan K-Rabb ini agar ianya menjadi sebutan dan juga penghayatan masyarakat. Ianya telah dilancarkan oleh mantan Menteri Besar Kelantan sebelum ini iaitu YB. Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Hj Ahmad bin Yakob pada 22 September
2022 dan sesuai dengan penghayatan Dasar ”Membanguan Bersama Islam” dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang amatlah wajar ianya diteruskan dan diperkuatkan lagi. Modul (K-RABB) ini telah dibangunkan oleh kumpulan tenaga pakar dalam kalangan akademik, politik, pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi dan juga pimpinan-pimpinan masyarakat bukan sahaja daripada Negeri Kelantan malah daripada luar Kelantan.
Secara ringkasnya terdapat lima matlamat utama budaya (K-RABB) ini dibina iaitulah yang pertama, menjadikan budaya komuniti Rabbani sebagai satu amalan terbaik dalam masyarakat kita. Yang kedua, menjadikan sumber wahyu sebagai penyelesaian terhadap segala permasalahan masyarakat. Yang ketiga, mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi secara bersepadu. Yang keempat, memupuk nilai terbaik dan penghayatan secara berterusan. Yang kelima, mewujudkan individu, keluarga masyarakat dan negara yang sejahtera.
Sebanyak 9 budaya yang telah digubal dan dibina dengan harapan ianya dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Ianya adalah yang pertama matlamat hidup kerana Allah SWT dan akhirat. Yang kedua, mengutamakan ilmu Fardu Ain. Yang ketiga melazimi suruhan agama. Yang keempat beramal dan menyebarkan ilmu. Yang kelima pembudayaan amalan berguru. Yang keenam tanggungjawab keluarga, masyarakat dan institusi. Yang ketujuh Amar, Makruf Nahi Mungkar. Yang kelapan cakna kepada persekitaran kehidupan dan yang kesembilan kesahihan sumber ilmu dan juga maklumat. Alhamdulillah.
Berdasarkan siri-siri khusus yang telah diadakan Budaya Komuniti Rabbani dilihat mampu menjadi manhaj dan panduan untuk memandu rakyat Negeri Kelantan dalam menghayati ajaran Al-Quran dan Sunnah seterusnya mampu memberi impak yang besar dan amat bermakna sempena 34 tahun pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang kini dengan Dasar Penghayatan ”Membangun Bersama Islam”.
Dalam memastikan (K-RABB) ini mencapai dalam matlamatnya kerajaan Negeri Kelantan melalui Institut Latihan Darulnaim Negeri Kelantan ataupun ILDAN telah merangka beberapa program yang telah dan In Shaa Allah akan dijalankan. Antaranya :
Latihan atau ToT kepada seramai 52 orang Jurulatih • Mengadakan terpilih dalam pelbagai agensi di negeri Kelantan seperti daripada YIK, KIAS, JAHEAIK, Urusetia Negeri dan juga lain-lain urusetia dan agensi Kerajaan Negeri. Sebanyak 3 siri ToT yang telah diadakan bagi memberi pendedahan dan kepakaran kepada kumpulan ini sejak tahun 2022 lagi.
• Selain daripada itu, kita juga mengadakan kursus kepimpinan dalam masyarakat sebagai penghayatan kepada 9 Budaya K-RABB dan seterusnya dapat memandu masyarakat dan komuniti setempat dalam menyelesaikan isu-isu dan juga cabaran yang berlaku. Sebanyak 16 siri Kursus telah berjaya dilaksanakan kepada peserta yang dipilih dari kalangan pegawai dakwah halaqat dan juga penghulu sebagai perintis. 1 Siri diadakan khusus untuk peserta dari kalangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK). Jumlah keseluruhan peserta Kursus Kepimpinan adalah 650 orang sebagai permulaan untuk memimpin komuniti yang lain.
Apa yang menariknya hasil daripada kursus ini kita mendapat respon dan maklumat-maklumat yang penting daripada peserta terutama tentang isu dan cabaran dari kawasan mereka masing-masing. Setiap kawasan mempunyai isu dan cabaran yang berbeza. Mereka juga mengemukakan langkah-langkah yang sama yang sepatutnya di ambil oleh komuniti setempat atau di pihak pimpinan Kerajaan Negeri. In Shaa Allah kesemua isu dan cadangan yang diberikan akan di nilai dan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri.
• Kita juga menyediakan dokumen dalam bentuk buku, phamplet dan sebagainya yang berkaitan dengan K-RABB ini sebagai rujukan pemimpin setempat. Pelaksanaan K-Rabb juga akan memasuki Fasa Kedua iaitu pembinaan kesedaran ke peringkat yang paling bawah iaitulah:
i. Dengan Mengadakan siri-siri Ceramah sempena program Bina Ummah sebanyak 135 siri di seluruh Negeri Kelantan yang disampaikan oleh orang-orang yang kita telah pun lantik secara professional.
ii. Mempromosi K-RABB melalui lagu dikir barat In Shaa Allah akan dikeluarkan sedikit masa lagi sebagai lagu bertemakan rakyat.
iii. Merangka silibus K-RABB bagi kursus pendek 4 jam bagi memantapkan lagi pelaksanaan dan penghayatan MBI di setiap DUN.
Kerajaan Negeri sedang merangka program pembangunan insan K-RABB ini dalam bentuk yang akan kita bangunkan “Kitab Ilmiah Tafaqquh Fiddin” sebagai bahan pengajaran kuliah di masjid dan surau seluruh negeri Kelantan oleh pendakwah dan asatizah.
Justeru itu, satu kumpulan tenaga pakar dalam bidang separa turath dibentuk bagi menjayakan penulisan Kitab Tafaqquh yang berasaskan kepada 9 Budaya ini. Kerajaan Negeri juga turut merangka langkah-langkah untuk menyebarkan K-RABB kepada agensi-agensi lain seperti MAIK, NGO taman-taman, persatuan-persatuan penduduk dan juga badan-badan sukarela pada masa yang akan datang. Terima kasih.
Silakan Wakaf Bharu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas jawapan yang cukup mantap dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan budaya iaitu kalau di sekolah pendidikan Rabbani dan kemudian turun ke masyarakat komuniti Rabbani supaya untuk membentuk ummah yang cemerlang dan juga gemilang.
Soalan tambahan sejauh manakah penglibatan jabatan-jabatan di bawah Persekutuan sama ada antaranya ialah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Belia dan lain-lain. Termasuk juga universiti-universiti tempatan supaya usaha ini dapat di murnikan bersama, sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Wakaf Bharu di atas cadangan tersebut yang sebenarnya telah pun di ambil perkiraan oleh kerajaan Negeri Kelantan.
Sebagaimana yang saya sebutkan tadi usaha untuk memerangi gejala sosial dan sebagai ini telah kita lakukan secara berperingkat dan juga bersepadu. Kita telah ada satu jawatankuasa yang kita panggil sebagai taskforce memerangi gejala sosial yang melibatkan kalau tak silap saya 19 agensi Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan. Terlibat juga apa yang telah disebutkan tadi. Tapi oleh kerana Budaya Komuniti Rabbani ini kita dalam peringkat untuk melatih trainers kita mulakan dengan agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri yang kita rasakan lebih mudah dahulu dan kemudian secara berperingkat In Shaa Allah kita akan turun ke bawah dan dalam masa yang sama amat baik sekiranya ia juga mendapat kerjasama daripada agensi-agensi Persekutuan dan juga daripada pihak NGO rakyat itu sendiri, terima kasih.
Silakan Dabong.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Mohon nyatakan sejauh manakah sambutan rakyat terhadap siri-siri ceramah K-RABB yang disampaikan?
Terima kasih Yang Berhormat Dabong. Sebelum ini kita telah mengadakan satu index mengadakan, ya kita telah mengadakan dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas Index Taqwa Rakyat Kelantan. Antara penemuannya adalah memang terbukti rakyat Kelantan adalah rakyat beragama. Itu memang terbukti, ada kelebihan dan juga ada kekurangan yang kita boleh In Shaa Allah kita perbaiki daripada masa ke semasa. Apabila kita melaksanakan K-RABB ini memang kita mendapat sambutan yang sangat baik daripada rakyat ini kita ambil berdasarkan pada siri-siri ceramah yang kita lakukan terutamanya apabila kita melaksanakan ceramah melalui program-program bina ummah dan sebagainya ya.
Begitu juga kita mendapat sokongan dan respon yang positif daripada kalangan yang bukan Islam yang berminat. Ada di antara mereka yang terus bertemu dengan penceramah-penceramah kita dan bertanyakan apakah yang boleh mereka sumbang untuk menjayakan program merakyatkan K-RABB ini.
Kita teruskan dengan Yang Berhormat Pasir Tumboh.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 11.
Soalan 11 :
[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam meneroka hasil baharu negeri? ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Pasir Tumboh yang mengemukakan soalan. Firman Allah Swt :
ٍۢ ِ ﻷ ٓء ﺎ ٱ ﻦ ﻣ ﺖ ﻛ َٰ ﺮ ﺑ ﻢ ﻬ ﻴ َ ﻠ ﻋ ﺎ ﻨ ﺤ ﺘ ﻔ َ ﻟ ﻮ ﱠﻘ ـ ﺗ اْ ﻮ ﻨ ﻣ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ٱ ﻞ ﻫ أَ أَن ﱠ ﻮ َ ﻟ ﻟﺴﱠﻤ َ َ ُ َْرْض ِوَٱ ِوَ َ َ ِّ َ ـَ ْ َ َ ْ َ ْاْ وَٱ ُ َ ءَا َىٰٓ َ ْ ْ
Maksudnya : Dan kalaulah Ahli penduduk sesuatu negeri itu benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT nescaya kami akan bukakan kepada mereka pintu keberkatan daripada langit dan bumi.
Bagi menerokai hasil baru negeri Kelantan, Kerajaan Negeri telah meluluskan dasar perlombongan Mineral Nadir Bumi (REE) bagi mengoptimumkan penggunaan hasil bumi di Negeri Kelantan. SOP yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar & Sumber Asli bersesuaian dengan Enakmen Mineral Kelantan sedia diterima pakai bagi
membolehkan hasil bumi ini dapat diterokai dan memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Selain itu kerajaan Negeri juga telah menyediakan perundangan berkaitan industri berasaskan hydrogen di bawah pindaan Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019 bagi membolehkan penerokaan hasil baru di negeri Kelantan dilaksanakan.
Silakan Pasir Tumboh soalan tambahan.
Pertamanya ialah saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang senantiasa mencari sumber baru untuk pendapatan negeri tujuan memberi manfaat kepada rakyat. Soalannya ialah berapakah nilai defisit mineral nadir bumi (REE) dalam bumi negeri Kelantan?
Terima kasih pada ADUN Pasir Tumboh. Berkenaan dengan berapakah nilai REE berdasarkan pada penemuan significant bidang sumber mineral Strategik Rancangan Malaysia Ke 11, deposit mineral nadir bumi (REE) dalam jajahan Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang dalam negeri Kelantan adalah di anggarkan sebanyak 2 562 500 tan dengan nilai anggaran sebanyak RM129.15 billion, Alhamdulillah.
Silakan Kuala Balah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya yakin akan ada industri hiliran dan sebagainya nanti. Adakah kita bercadang untuk membina kilang untuk proses REE ini. Terima kasih.
Memang menjadi hasrat Kerajaan Negeri agar REE dapat diproses. Dan produk hilirannya dapat di kilangkan dalam negeri Kelantan. Untuk
membina kilang memproses REE dan seterusnya mengeluarkan produk hiliran daripada REE ia memerlukan modal yang agak besar. Dan volume bekalan bahan mentah yang agak tinggi agar dapat menarik pelaburan dengan pembinaan kilang ini. In Shaa Allah kerajaan Negeri Kelantan akan bekerjasama dengan Kerajaan negeri-negeri yang berjiran agar hasrat ini dapat direalisasikan.
Silakan Galas.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan RM129.1 billion hasil yang In Shaa Allah akan diperoleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui hasil baru REE ini. Soalan saya Yang Berhormat apakah bisnes moden yang akan diterapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dalam meneroka hasil baru negeri ini nanti. Adakah pemberian konsesi akan diberikan kepada NGO, diberikan kepada koperasi, diberikan kepada Yayasan yang kerap dislaurkan kepada syarikat tertentu sebelum mereka berunding dengan pelabur asing ataupun syarikat-syarikat asing akan diteruskan sebagaimana yang diamalkan sekarang atau ia akan diusahakan oleh kerajaan Negeri sendiri melalui anak-anak syarikat usaha sama bersama anak tempatan. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Galas. Perkara ini masih dalam perbincangan dan sudah tentu kita akan bagi keutamaan kepada usaha sama bersama dengan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.
Kita teruskan dengan Yang Berhormat Pengkalan Pasir. Silakan.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ر و ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 12.
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah penambahbaikan dalam isu pendidikan sekolah YIK dalam melahirkan pelajar dan pemuda yang mempunyai wawasan untuk kepentingan Agama dalam kehidupan seharian mereka? ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, firman Allah SWT :
ِ ِ ﻮ ﻤ َ ﻠ ﻌ ﻳ ﻻ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ﻮ ﻤ َ ﻠ ﻌ ﻳ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ا ِي ﻮ ﺘ ﺴ ﻳ ﻞ ﻫ نَ نَ َ ُ ْ ـَ َ وَا ُ ْ ـَ َ ْ َ ْ َ Tak sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.
Terima kasih Pangkalan Pasir di atas soalan yang dikemukakan. Penambahbaikan dalam isu pendidikan sekolah YIK dalam melahirkan pelajar dan juga pemuda yang mempunyai wawasan untuk kepentingan Agama dalam kehidupan seharian maka seabgaimana Yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar tadi terima kasih kerana kerajaan telah memperkenalkan dasar Pendidikan Rabbani pada September 2022 di mana dasar ini kita memperkenalkan di peringkat Yayasan Islam Kelantan, guru-guru, pelajar diberikan kursus serta seminar Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) supaya dapat dilaksanakan di sekolah masing-masing dalam semua bidang termasuk aspek kurikulum, hal ehwal murid dan juga ko-kurikulum.
Yang kedua memperkasakan program Pembangunan Insan Melalui Tarbiah (PINTAR) dengan izin. Antara objektif PINTAR ialah :
3.1 Melahirkan insan/pelajar yang baik akhlaknya.
3.2 Melahirkan pelajar berkonsepkan MUSLIM AKIFI (Alim, Haraki, Sufi) yang menghayati Islam dalam seluruh aspek kehidupan.
3.3 Mempastikan Tarbiah Islamiah meresapi dan merentasi semua aktiviti di sekolah.
Dan yang ketiganya, kerajaan memperkenalkan kurikulum Maahad Tahfiz Sains di mana kurikulum ini digabungkan di antara Arab Agama, Kurikulum Kebangsaan dan juga tahfiz. Dan yang keempatnya kerajaan juga memperkenalkan kurikulum tahfiz sains dan kemahiran yang terkini di mana di gabungkan di antara kurikulum Arab Agama, kurikulum kebangsaan, sains tahfiz dan kemahiran dalam bidang jahitan dan juga masakan, terima kasih.
Silakan Pengkalan Pasir.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Sepertimana yang kita ketahui bahawa bagaimana kepentingan golongan-golongan muda perlu diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat dan kalau kita lihat bahawa hadis Nabi SAW menyatakan bagaimana 7 golongan yang mendapat
perlindungan daripada Arash yang pertamanya ِ ◌ دِل ﺎ ﻌ ْ ﻟ ا ﺎ ﻣ ﻹ ◌ ا ُ َ مُ َ ْ
Yang keduanya adalah pemuda-pemuda ataupun yang dibesarkan
ِ ِ ِ ﻪ ﺑ ﺎ ﺒ ﻋ ﰲ َ ﺄ ﺸ ﻧ ب ﱞ ﺎ ﺷ ِّ دَةِ َ َ َ رَ َ pemuda-pemuda yang dibesarkan ataupun beribadat kepada Allah SWT.
Seterusnya,
ِ ِ ﺪ ﺎﺟ ﺴ ﻤ ْ ﻟ ا ﰲ ﻠﱠﻖ ﻌ ﻣ ﻪ ﺒ ﻠ ْ ﻗ ﻞ ﺟ ـَ ِوَرَ َ َ ٌ َ ُ ُ ُ ٌ ُ adalah pemuda-pemuda yang hatinya sentiasa terikat kepada masjid.
Persoalannya di sini setelah kita mendengar daripada program-program K-RABB, pendidikan dari Yayasan YIK dan sebagainya bagaimanakah kita, adakah cadangan pihak kerajaan Negeri untuk meletakkan satu KPI apa yang kita rancangkan itu apakah KPI yang kita nak letakkan.
Sebagai contohnya apakah kalau kita tengok pengimarahan di masjid-masjid sekarang ini hanyalah dikuasai oleh golongan-golongan yang pencen yang mana mereka-mereka sebenarnya datang ke masjid bukanlah hanyalah untuk, bukanlah kato hanya sebab ini tapi penglibatan golongan-golongan pelajar, golongan-golongan pemuda itu amat sedikit. Apakah kita tidak mempunyai satu cadangan bagaimana kita mempastikan golongan muda kita ini hok duduk di sekolah-sekolah mempastikan mengimarahkan masjid.
Yang keduanya, bagaimana kita nak melihat bagaimana mereka memahami dan menterjemahkan Al-Quran itu dalam kehidupan seharian mereka. Mungkin saya tengok hari ini kebanyakkan kita mungkin membaca Al-Quran tapi proses tadabbur dan bagaimana kita mempraktikkan Al-Quran itu diperingkat kehidupan kita seharian perlu diterjemahkan.
Maka persoalan saya di sini adalah bagaimana kita nak mempastikan segala perancangan itu dibuat dengan sepatutnya, dan kita ada kayu pengukur dan yang dapat kita lihat perubahan kepada masyarakat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas soalan tambahan daripada Pengkalan Pasir. Jadi cadangan YIK untuk keberhasilan sebagaimana yang di sebut tadi penggubalan kurikulum. Hebatnya YIK ni dia boleh gabung kurikulum pada agama, kebangsaan, sains, tahfiz dan juga TVET. Dalam ilmu orang yang berniaga bisness dia nak untung 10 ko 20. Jadi pelajar-pelajar kita yang digabungkan kurikulum ini dia belajar sampai 20 -25 mata pelajaran.
Itulah keupayaan ilmu dia ditambah dengan tahfiz 30 jam satu minggu. Ditambah lagi dengan kemahiran TVET tadi tetapi keputusan SPM yang baru keluar baru-baru ini sekolah yang berasaskan kepada kurikulum tersebut kemahiran jahitan dan masakan ini terbaik peringkat YIK. Tahniah kepada sekolah Maahad Tahfiz Beta Hulu yang mencapai keputusan terbaik dan straight A, 2 orang 11A penuh.
Dan kita tengok apa yang berlaku di peringkat negara kita pun yang terbaik di peringkat negara adalah Tahfiz. Ini hebat. Makna inilah hebat pelajar-pelajar daripada Yayasan Islam Kelantan.
Dan juga sebagaimana yang disebut tadi dasar Pendidikan Rabbani Kelantan kita ada senarai semak. Ini yang dikeluarkan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan kepada senarai semak yang dihantar ke sekolah untuk di semak oleh pihak sekolah-sekolah di mana program yang kita jalankan dibawah dasar Pendidikan Rabbani Kelantan contohnya yang pertama, Program Amalan Insan Rabbani (AMIR).
Yang pertamanya, penutupan aurat pada waktu persekolah dengan sempurna 100% pelajar lelaki dan perempuan menutup aurat dengan sempurna untuk indicator kita.
Yang keduanya, solat Zohor berjemaah 100% pelajar melaksanakan ibadah solat Jemaah. Dan pihak kerajaan telah menghantarkan surat kepada pihak YIK supaya YIK melaksanakan di peringkat sekolah sembahyang berjemaah dengan pelajar-pelajar.
Dan yang ketiganya, contohnya pembudaya doa, zikir dan bacaan Al-Quran 100% pelajar beramal dan bacaan Al-Quran empat muka surat sehari. Itu yang kita amalkan di peringkat sekolah dibawah Dasar Pendidikan Rabbani.
Yang keduanya, program Latihan Riadah Dan Sahsiah Pelajar (LUS) dan berbagai lagi dalam senarai semak jadi pencapaian yang pastinya apakah pencapaian yang kita capai contohnya pelajar-pelajar kita telah mencapai berbagai-bagai pencapaian sama ada di peringkat kebangsaan ataupun Antarabangsa.
Sebelum daripada ini pun pelajar kita pernah mencapai johan hafazan di peringkat kebangsaan. Dan yang terbaru di peringkat Antarabangsa kalau tuan-tuan perasan Puteri Aminah Mohd Haniff, Johan Hafazan Dan Tafsir 1-30 juzuk. Yang mana pelajar ini daripada Maahad Muhammadi Pasir Mas telah mencapai SPM 11A, STAM 10 Mumtaz pada tahun 2023. Dia ada ilmu berpuluh-puluh mata pelajaran. Hafazan 30 juzuk ini hebat ni. Dan tahun lepas saudara Muhammad Qayyim Nizar Sarimi telah mencapai johan peringkat Antarabangsa dalam pertandingan musabaqoh membaca Al-Quran.
Dan kalau sebelum daripada ini kita meneliti di media-media di mana pelajar terbaik kita menyambung pelajaran ke United Kingdom mengetuai halaqah Al-Quran, pelajar-pelajar Asia. Inilah hebat pelajar-pelajar kita dalam semua bidang. Dan yang kita ketahui yang diluar daripada Yayasan Islam Kelantan menceburi professionalism mereka masing-masing ada yang terlibat dengan PTD, PTN, Imam bukan setakat menjadi Qodi, menjadi pegawai agama yang mana yang kita temui baru-baru ini semasa Yang Amat Berhormat PMX datang ke Kelantan, pegawai khas Ketua Setiausaha Negara adalah daripada pelajar-pelajar kita. Inilah hebatnya pelajar-pelajar kita yang menceburi dalam semua bidang yang ada dalam negara kita. Terima kasih Tuan Speaker.
Silakan Yang Berhormat Tawang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Alhamdulillah dan tahniahlah di atas pelbagai perkara yang telah di lakukan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kelantan khususnya untuk membina generasi yang akan datang. Para remaja sekolah ini biasanya adalah merupakan aset yang amat bernilai untuk masa hadapan. Kita bina di sini, hasilnya kita akan kecapi di kemudian hari.
Persoalannya ialah kita tengok dalam kita rancak membina dan sebagainya di sana ada juga pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai kita sebut masalah disiplin dan sebagainya. Persoalannya apakah langkah-langkah yang telah di ambil oleh kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha untuk laksanakan program kepada mereka-mereka yang bermasalah ini di institusi-institusi Pendidikan Negeri Kelantan. Wallahua’lam.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Tawang yang lebih tahulah sebab dia ni bekas pegawai YIK Hal Ehwal Murid yang sentiasa merancang pelbagai program iaitu pelajar yang geniuse, untuk pelajar yang bermasalah dan seumpamanya. Jadi kita dalam DPRK juga ada senarai semak dan juga program-program yang di atur untuk pelajar-pelajar yang menghadapi masalah. Pelajar-pelajar yang kurang
pencapaian dia, penguasaan dalam bidang akademik. Jadi semuanya dirancang dibawah Hal Ehwal Murid di Yayasan Islam Kelantan. Jadi In Shaa Allah Alhamdulillah setakat ini dari sudut laporan pelanggaran disiplin, gejala sosial amat rendah daripada pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan sidang dewan kita pada pagi ini. Sebelum saya tangguhkan dewan, berkenaan perkara yang disebutkan oleh Kota Lama saya akan semak mengikut kesesuaian. Marilah, satu peringatan lagi sidang dewan kita akan bersambung pada jam 09.00 pagi esok, marilah kita sama-sama tangguhkan sidang kita pada pagi ini dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.10 PAGI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK HARI 05HB JUN 2024, JAM 09.00 PAGI.