Kelantan · 5 June 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 156 turns · 12,759 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas. HARI KEDUA.
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa…. ..… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا [SAMBIL BERDIRI ]
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Soalan-Soalan Yang Diberitahu.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dipersilakan Yang Berhormat Nenggiri..
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 1.
Soalan 1:
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah Kerajaan Negeri merancang atau bercadang untuk menyemak kadar gaji dan elaun tetap kakitangan Kerajaan Negeri berikutan cadangan kadar gaji baru kakitangan awam persekutuan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 01 Mei 2024 yang lepas.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan Yang Berhormat ADUN Nenggiri yang mengemukakan soalan.
Penetapan kadar gaji dan elaun tetap kakitangan Kerajaan Negeri adalah terikat dengan penetapan kadar gaji dan elaun tetap yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Oleh yang demikian, sebarang penetapan kadar gaji dan elaun yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan akan terpakai kepada Kerajaan Negeri. Pada keseluruhannya apa-apa Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri termasuklah Negeri Kelantan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan turut menyemak kadar gaji dan elaun tetap kakitangan Kerajaan Negeri sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan yang akan diterima nanti dan diputuskan perlaksanaannya oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Iya, Nenggiri…
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ok, soalan tambahan saya kita menghargailah usaha Kerajaan Negeri terutamanya yang
melibatkan tarikh bayaran gaji kalau kita compare dengan Kerajaan Persekutuan di dapati tarikh bayaran gaji kakitangan Kerajaan Negeri kadang-kadang ataupun puratanya lebih awal berbanding dengan Kerajaan Persekutuan. Cuma saya merujuk kepada statement Yang Amat Berhormat Menteri pada tarikh 1 Mei 2024 menyatakan Kerajaan Negeri akan menilai gaji baru berkuatkuasa Disember tahun ini. Jadi soalan tambahan saya, berapa peratuskah cadangan kenaikan pelarasan gaji tersebaut dan sejak bilakah pelarasan dilaksanakan terima kasih.
Kita akan tengok penetapan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan Insha Allah kita akan selaraskan.
Ok, Limbongan..
Terima kasih kepada Yang Dipertua, soalan saya berkaitan dengan adakah Kerajaan berpandangan berkaitan dengan gred gaji pegawai dan kakitangan kontrak CFS di Urusetia-Urusetia Kerajaan Negeri setimpal dengan bebanan kerja mereka.
Pihak Kerajaan Negeri sedang pertimbangkan penyelarasan gred gaji dengan diskripsi tugas pegawai dan kakitangan tetap Kerajaan Negeri Insha Allah penyelarasan yang sama juga akan dipertimbangkan bagi pegawai dan kakitangan kontraks CFS di Urusetia-Urusetia Kerajaan Negeri berdasarkan merit dan bebanan kerja.
Dipersilakan Yang Berhormat Dabong.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan nombor 2.
Soalan 2 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauhmanakah sambutan rakyat terhadap pengurangan bayaran tanah yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga YB Adun Dabong yang mengemukakan soalan. Dalam Persidangan Kali Kedua Belanjawan Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas tahun 2023 saya telah mengumumkan bahawa bayaran denda berkaitan lewat bayar cukai tanah dan lain-lain bayaran denda berkaitan lewat bayar cukai tanah dan lain-lain bayaran denda berkaitan tanah dan pembangunan tanah diberikan diskaun sehingga 90% bagi tempoh satu bulan berkuatkuasa mulai 1-31hb Disember 2023. Berikut diperincikan bentuk-bentuk denda yang boleh diberikan pengurangan:
A- Bayaran tunggakan denda lewat cukai tanah yang diperuntukkan di bawah kaedah 17 kaedah- kaedah tanah Kelantan 1966 KKTK 1966 hendaklah diberikan pengurangan sebanyak 90%.
B- Denda lewat daftar di bawah seksyen 293 (2) kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) hendaklah diberikan satu kali ganda pengurangan. Sambutan yang diterima daripada rakyat amat mengalakkan. Sejurus selepas pengumuman dibuat pada bulan Disember 2023 sahaja, keseluruhan permohonan yang diterima di Pejabat PTG dan Pejabat-Pejabat Tanah dan Jajahan adalah 1394 permohonan yang melibatkan jumlah cukai sebanyak RM1,150,283.70 atas faktor keperluan semasa musibah banjir yang melanda dan keprihatinan kita, kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengurangan tersebut sehingga berakhir Januari 2024. Oleh yang demikian jumlah permohonan yang diterima sepanjang 2 bulan tempoh pengurangan tunggakan
denda cukai tanah adalah RM2,353 permohonan yang melibatkan jumlah cukai RM2,781,645.95.
Manakala jumlah pungutan hasil yang tertunggak juga berjaya dikurangkan dengan pungutan keseluruhan RM2,438,815.56 secara kesimpulannya inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan ini merupakan pendekatan yang realistik dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas dengan tindak balas iklim ekonomi semasa yang hambar dan dalam masa yang sama faktor kewangan negeri juga harus ditimbang tara dalam memastikan kutipan hasil Negeri berjalan dengan lancar.
Dabong…
ER… untuk tahun 2024 adakah Kerajaan Negeri akan memberikan pengurangan terhadap denda cukai tanah…
Hok ni biasanya akhir tahun kita tengoklah…..tengok perkembangan semasa.
Sila, Galas..
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas diskaun 90% denda tanah pembangunan di Negeri Kelantan. Nampaknya ianya mendapat sambutan yang baik daripada rakyat kita. Er..soalan tambahan saya Yang Amat Berhormat, adakah pengurangan bayaran premium dan denda tanah untuk pembangunan di Kelantan ini bakal menjejaskan hasil yang telah diunjurkan sebelum ini dalam bajet 2024 yang telah dibentangkan dan jika ya, berapa peratuskah unjuran hasil yang bakal diperolehi berbanding anggaran asal untuk tahun 2024?
Dan yang kedua Yang Amat Berhormat, saya mengambil kesempatan mewakili kami anak FELDA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat di atas pemberian geran hakmilik yang telah pun diserahkan kepada 1729 orang peneroka. Cuma Yang Amat Berhormat saya mohon bantuan untuk diselesaikan baki ayahanda dan bonda kami yang menunggu sekian lama untuk mendapatkan geran hak milik ini. Dan apakah sebenarnya halangan yang dihadapi oleh pihak Pejabat Tanah jajahan dan sebagainya sehingga berlaku lambakan permohonan yang ketara sehinggakan hari ini masih banyak yang belum diselesaikan oleh Pejabat Tanah.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Galas… bila kita beri potongan memanglah pendapatan kita agak terjejas sikit. Tetapi kita yakin dengan apa yang disebutkan oleh Rasulullah S.A 12:39…Allah Taala akan menolong hambanya selama mana hambanya menolong saudara-saudaranya. Jadi kalau kita nak hasil yang banyak tapi kalau walaupun kita unjurkan dapat, bila kita tak bagi pengurangan mereka tak bayar. Jadi kita rugi jugak…bila kita bagi pengurangan kita boleh tolong mereka pah mereka pun bayar. Jadi bila kita bagi pengurangan ini akan sikit sebanyak memberi ruang kepada rakyat Kelantan untuk mengurangkan bebanan mereka dengan mereka membuat bayaran dalam tempoh yang kita tentukan dan kita yakin bila kita tolong mereka, Allah akan tolong kita. Semalam pun kita dengan REE kita dapat banyak, ini semua pertolongan Allah bila kita tolong orang susah kita kena yakin Allah Taala akan tolong kita.
Manakala soalan yang kedua itu adalah dalam soalan Dewan yang ke12 saya akan jawab kenapa berlaku demikian Ketika menjawab soalan no 12, Insha Allah.
Dipersilakan Yang Berhormat Kemuning…
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 3. Terima kasih.
Soalan 3:
[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, produk-produk Kelantan yang telah menembusi pasaran luar termasuklah peringkat antarabangsa, serta usaha-usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam membantu mengembangkan produk-produk tersebut.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kemuning.
Terdapat banyak produk-produk usahawan Kelantan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa sama ada melalui pengeluar produk itu sendiri atau pihak ketiga (ejen/stokis).
• 83 syarikat berdaftar sebagai Ahli di MATRADE, di mana dari jumlah tersebut 65 syarikat adalah di dalam kategori sendirian berhad dan 23 syarikat telah mula mengeksport.
Di antaranya izinkan saya bacakan sedikit...
NAMA NO PRODUK PASARAN ESKPORT SYARIKAT Brunei Ain Singapura 1 Medicare Farmaseutikal Thailand Sdn Bhd Arab Saudi Filipina Akifcafe China Coffee Kopi campuran Thailand 2 Industries segera Dubai Sdn Bhd Timur Tengah
I Medikel 3 Healthcare Serbuk Vitamin Indonesia (M) Sdn Bhd Durianship 4 Durian Taiwan Sdn Bhd China Korea Selatan Brunei Omni Mal Produk berasaskan Singapura 5 Agencies Kurma Taiwan Sdn Bhd Arab Saudi Australia Vietnam
Selain daripada itu, syarikat-syarikat Negeri Kelantan juga menerima insentif / geran di bawah MATRADE bagi membangunkan produk serta mengembangkan pasaran produk mereka ke luar negara,
• Geran Pembangunan Pasaran (MDG) – 3 syarikat,Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Wanita & Belia (BWYEDP) – 4 syarikat, program Globpreneur – 4 syarikat,Program eTRADE – 40 syarikat Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan
Manakala Produk-produk usahawan di bawah PKINK pula telah berjaya menembusi pasaran luar di antaranya ialah :
Bil Produk Pasaran Syarikat 1 ORiKel Milk Tea & Calcafe Premix Brunei, Indonesia, & Dua Badak Industries Bosnia (M) Sdn Bhd 2 Cream Latte, Cappucino Latte, Asia Barat (UAE, Akifcafe Coffee White Coffee, Hazelnut Coffee, Kuwait), Industries Sdn Bhd Choco Latte China, Thailand
3 Minyak Herba & Jamu Thailand Che Mah & Sons Sdn Bhd 4 Semburan Organik Pati Bunga Ros, China, Brunei, Al-Muslih Solutions Sabun Sacha Inchi Jepun Sdn Bhd 5 Qaseh Skincare, Day Cream, Kopi Indonesia, FR qaseh Marketing Arjuna Kaseh dan Manja Kaseh Thailand, & Brunei Sdn Bhd
Manakala usaha-usaha diantaranya ialah mengembangkan produk usahawan adalah melalui:
• Penyertaan dalam expo dan pameran dalam negara. Contohnya di Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC) dengan izin, Malaysian International Halal Showcase (MIHAS) dan penyertaan dalam expo dan pameran luar negara. Contohnya di Asian Halal Expo (AHEX) Thailand, IMT-GT Nusantara di Indonesia.
Itulah sedikit sebanyak jawapan, terima kasih.
Ok, Kuala Balah..
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih juga kepada Dato’ EXCO. Soalan saya bagi tujuan pemasaran produk termasuk ke pasarang antarabangsa tadi, bersetujukah kalau saya cadangkan supaya Kerajaan kita juga, Kelantan juga mengadakan satu konvensyen dan juga ekspo pemasaran yang juga mungkin melibatkan pelabur-pelabur di adakan di Kota Bharu atau di Kelantan ini supaya kita dapat bertemu di sini dan pada masa yang sama kita dapat mewujudkan peluang-peluang pelaburan yang ada di negeri kita, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Kuala Balah. Pepatah orang-orang tua kata, pucuk di cita ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal kerana kita baru sahaja menyebut di dalam Mesyuarat Kerajaan baru-baru ini iaitu untuk mengadakan satu Ekspo Perdagangan Antarabangsa Dan Forum di Negeri Kelantan ini selaras dengan itu perbincangan dan libat urus dengan pihak-pihak berkenaan telah pun dijalankan dan Insha Allah kita akan jemput Kuala Balah sekali dalam forum tersebut, terima kasih.
Sila, Jelawat..
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya... sehari dua ni kita lihat bahawa Kelantan kita telah mendunia ore kato sapa ko Amerika pun kecek Kelate lah. Jadi saya nak tanyanya adakah produk-produk Kelantan
yang tradisional asal daripada Kelantan boleh menembusi pasaran antarabangsa contohnya produk asal Kelantan budu, dodol, songket, batik kerepok dan sebagainya. Ada ataupun tidak? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan tambahan…sebagaimana saya nyatakan tadi perkara-perkara yang ada di Kelantan ini telah mula pelancong-pelancong datang ke Kelantan datang ke airport kita membeli produk-produk kita seperti dodol, …. Budu dan sebagainya untuk … dalam bentuk paket untuk ke luar negara. Dan baru-baru ini juga misi pelaburan negeri kita ke Bangkok, Thailand pada 27-31 baru ini juga telah membuat bisnes matching di sana dan mengamit pelabur-pelabur ke Kelantan untuk melihat sendiri produk-produk Kelantan dan daripada itu kita boleh tawarkan ke tapak-tapak industri kita untuk ambil produk-produk kita untuk eksport ke luar negara. Dan tidak asing lagilah produk-produk setelah kita hadir di world travel maka contohnya di London, Dubai dan sebagainya kita sentiasa membawa sampel-sampel, alat-alat produk daripada Negeri Kelantan. Sagung pun kita bawa mula, sampaikan dia tak tahu lagu mana nak makan dia buka dia tiup habis kat muka dia. Jadi itulah produk sagung dan Minyak Mestika Che Mah & Sons itu sudah tembusi pasaran antarabangsa.
Terima kasih.
Dipersilakan Yang Behormat Gual Periuk.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 4.
Soalan 4 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perancangan jangka panjang JPS bagi menangani masalah banjir di kawasan dalam bandar di Negeri Kelantan? ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih kepada Gual Periok. Untuk masalah banjir.. penyelesaian masalah banjir di seluruh negeri Kelantan termasuk bandar dan juga luar bandar dan kita di Negeri Kelantan ni kita tahu sokmo doh kita akan terima banjir akhir pada akhir tahun dan seluruh negara menerima fakta bahawa banjir disebabkan oleh jumlah hujan yang melebihi jangkaan. Untuk mengatasi perkara-perkara musim banjir ini ada 2 perkara yang besar yang pertama iaitu menyelesaikan masalah saliran ataupun perparitan di dalam bandar seterusnya outlet kepada sungai-sungai. Yang kedua mencegah limpahan air sungai pada musim-musim tertentu untuk tidak berlakunya banjir.
Untuk banjir dalam bandar sistem perparitan dari sudut perancangan sudah ada perancangan-perancangan untuk menyelesaikan aliran-aliran sungai. Namun obstacles ataupun halangan-halangan kita bukan di perancangan tetapi di kos untuk menyelesaikan sistem perparitan ini. Punca kuasanya ada sedikit di Negeri dan lebih banyaknya di Persekutuan. Untuk mengadakan perparitan ini yang kita tahu kosnya terlalu tinggi iaitulah melibatkan pengambilan-pengambilan tanah dan sebagainya.
Yang kedua ialah mencegah limpahan air daripada sungai ke darat terutama sekali bila musim tengkujuh musim air yang begitu banyak. Justeru itu pihak Persekutuan telah mengagaskan satu halangan ataupun membuat benteng-benteng bund atau yang panggil Program Pengurusan Lembangan Sungai Kelantan. Untuk mengatasi ni Kerajaan telah meluluskan 2 projek besar iaitu pertamanya Pengurusan Banjir Lembangan Sungai Kelantan dan yang keduanya Pengurusan Banjir Lembangan Sungai Golok.
Pengurusan Banjir Lembangan Sungai Kelantan PLSB Sungai Kelantan ada 3 fasa. Fasa pertama melibatkan kos RM480 juta, fasa kedua melibatkan kos RM857 juta dan fasa ketiga yang paling banyak iaitu yang paling banyak iaitulah RM7.5 billion yang melibatkan pembinaan Empangan Lebir, pembinaan Empangan Nenggiri dan lain-lain saliran.
Pembinaan empangan ini mempunyai strategi pertamanya ialah membekalkan hidroelektrik namun demikian perbincangan dilakukan menjadikan ia adalah sebahagian daripada flag mitigation dan juga boleh jadi sistem pengairan ataupun punca air kita boleh dibincangkan tetapi ianya lebih kepada hidroelektrik. Yang kedua ialah Lembangan Sungai Golok... Lembangan Sungai Golok ini kos yang terlibat ini ialah RM2.05 billion juga melibatkan 3 fasa yakni pembinaan bund banjir ataupun flood bund yang kilometernya ialah jumlah 26.2 kilometer Sungai Golok, 3.1 kilometer sungai Alor Mengkuang dan 8.1 kilometer Sungai Mentua. Juga menaikkan ban kanan iaitu 19.8 kilometer Sungai Lemal Lancang dan menaik taraf pintu air di Kuala Jambu. Kosnya ialah seperti saya sebutkan tadi 2.05 billion dan pelaksanaan ini memakan masa yang panjang dan ianya melangkaui Rancangan Malaysia ke13.
Terima kasih.
Sila, Gual Periuk…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas jawapan menunjukkan perancangan yang baik telah diadakan. Cuma soalan tambahan saya sejauh manakah pelaksanaan pelan hidrologi dan sistem saliran bandar bagi mengatasi masalah banjir ini. Terima kasih.
Terima kasih Gual Periok seperti dinyatakan tadi program pembangunan tadi menyeluruh yakni luar bandar dan dalam bandar. Namun seperti saya sebut juga kos pengambilan pembinaan saliran adalah halangan kita yang terbesar. Namun demikian pada fasa ketiga perancangannya termasuklah kerja-kerja pembaikian sistem perparitan di Kota Bharu Pasir Mas dan Tanah Merah. Pembinaan Dry Pond kolam dan pembinaan empangan produk silt dums. Itu adalah antara-antara perkara-perkara yang kita buat sementara ini untuk menyelesaikan banjir di dalam bandar. Yang ke seterusnya ialah beberapa projek yang telah dirancang dan telah dilaksanakan ialah projek menaiktaraf saliran bagi mencegah banjir di Klinik Kesihatan Balai Bomba Ketereh antaranya menaiktaraf saliran bagi mengurangkan banjir di hadapan klinik Kok Lanas.
Menaiktaraf saliran bagi mengatasi banjir di Kampung Kota. Menaiktaraf saliran bagi mengatasi banjir belakang Istana Negeri Kubang Kerian, menaiktaraf bagi mengelak banjir di Baruh Kadok di Pasar Batu 8 Jalan Kuala Krai dan juga menaiktaraf saliran bagi mengatasi banjir di Taman Wadi Iman.
Itulah antara yang sempat dengan kos yang ada untuk melaksanakan seperti saya nyatakan tadi bahawa perancangan JPS adalah telah nak kata lengkap tu dok la tapi boleh kata menyeluruh untuk daripada bandar terus kepada saliran besar. Namun perlu kepada masa dan punca-punca ….
Gual Ipoh…
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang begitu baik untuk langkah-langkah menangani masalah banjir. Benda yang sama berlaku di Tanah Merah iaitu di Kusial di Pekan Kusial yang saban tahun di landa banjir dan terkepung. Ada cadangan untuk Kerajaan Persekutuan menaikkan jalan di Chekok Ipoh tu menelan kos RM41 juta. Tetapi mengambil kira banjir 2014 maka kos jadi naik lagi sehingga RM71 juta. Tetapi sebenarnya ada satu laluan yang memang….
Soalan Yang Berhormat…
Iya, soalan saya.. ada satu laluan yang bebas banjir iaitu melalui jalan keretapi dan penduduknya memang menggunakan laluan keretapi satu-satunya adalah untuk keluar ke Tanah Merah bila berlaku banjir. Soalan saya adalah oleh kerana saya dah bawa Jurutera JPS dan pihak JPS telah pun membuat cadangan jambatan MPV Konkrit hanya sekitar RM550 ribu sahaja sebaliknya saya nak tanya soalan saya, ianya membabitkan
tanah REC di persisiran jalan keretapi sama ada di sebelah Kusial dan Kenerak yang hanya campur tolak tak sampai 1 kilometer. Tapi ia adalah tanah milik REC.
Apakah Kerajaan boleh membuat pengambilan alih untuk membuat jalan baru bagi untuk bebas banjir kepada penduduk Kusial? Terima kasih.
Terima kasih Gual Periuk…cerdik Gual Periuk ni…dia olek..eh…sorry Gual Ipoh dia olek juga nak suruh tubik soalan dia. Kot banjir pun tubik soalan dia kot darat tapi tubik kot banjir…takpolah apa pun saya ucap tahniah seorang ADUN yang prihatin kepada rakyat dia, dia cuba nak bawa sesuatu pembaharuan untuk rakyat dia. Namun demikian pihak kita telah pun Pengarah UPEN kita telah turun doh gi siasat dah gapo sudah ambil tindakan-tindakan primary yang awal untuk melihat.
Seperti yang saya sebutkan sebenarnya soalan itu sudah ada jawapannya. Bajetnya sekian juta tetapi yang telah diluluskan sekian juta. Maknanya itulah kekangan-kekangan pihak walaupun ini projek pihak Persekutuan namun Persekutuan juga menghadapi kekangan kewangan sama supo di mana-mana sahaja. Maka priority akan diberikan kepada betul-betul priority. Namun saya ucap terima kasih Insha Allah apa yang dipohon oleh pihak itu akan diteliti oleh 2 yakni JPS dan juga JKR untuk dua-dua projek tersebut. Kita tahu jalan yang disebutkan tadi mempunyai perlu kepada kos yang tinggi iaitu melibatkan pengambilan tanah. Justeru itu, Insha Allah JKR dan JPS akan meneliti perkara itu dan bergantung kepada punca kuasa mana yang kita dapat untuk melaksanakannya. Terima kasih.
Yang Berhormat EXCO belum sarapan kah? Nampak laih jah (letih)
[KEDENGARAN GELAK KETAWA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT ]
Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Pasir.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon kepada jawapan soalan saya nombor 5.
Soalan 5 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah peranan Perbadanan Pertanian Kelantan dalam membantu sektor pertanian negeri dan apakah projek utama yang di rancangkan perlaksanaannya?]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Pasir. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan mula diaktiϐkan pada tahun 2019. Di mana Perbadanan berperanan dalam Merancang, melaksana dan memantau program serta projek pembangunan berasaskan ekonomi pertanian di Kelantan agar lebih terancang. Perbadanan juga berperanan sebagai agensi yang menyelaras program- program penyelidikan tanam- tanaman baharu yang berdaya saing untuk peningkatan sosioekonomi rakyat di Kelantan. Ia juga berperanan dalam memodenkan sektor pertanian di peringkat negeri Kelantan supaya dapat bersaing seiring dengan negeri- negeri lain.
Antara projek-projek Perbadanan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat negeri Kelantan adalah seperti berikut :
a. Projek Tanaman sayuran Hidroponik Dan Fertigasi
• Projek penanaman sayuran menggunakan SPH (sistem pelindung hujan), ini telah beroperasi semenjak Julai 2021, di mana tanaman yang ditanam di sini menggunakan sistem hidroponik adalah seperti sawi, salad dan bayam begitu juga tanaman fertigasi seperti cili juga telah dijalankan di ladang Rong Chenok, pasir Mas yang telah beroperasi semenjak Ogos 2023 dan Projek pertanian
ini dapat membantu meningkatkan sosioekonomi setempat, selain dapat menjamin bekalan dan harga sayuran setempat.
b. Projek Pelestarian Ternakan Lembu Hibrid
• Di mana Perbadanan telah menjalankan projek ini dengan ternakan sebanyak 100 ekor lembu berkualitilah lebu sado..lembu hibrid. Pada fasa pertama, projek ternakan lembu ini dimulai dengan memasukkan induk lembu betina Charolis sebanyak 30 ekor,Sehingga Mei 2024, jumlah lembu yang diternak meningkat kepada 51 ekor iaitu terbahagi kepada 29 ekor induk dan 22 ekor anak, Projek ini memastikan bekalan daging tempatan di negara kita bermutu tinggi dan mempunyai bekalan yang lebih banyak. Juga projek ini dapat memperkasakan program lembu pawah Naimbeef dibawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dengan dapat membantu menambahkan bilangan penternak lembu hibrid di negeri ini.
c. Projek Tanaman Tebu Telur
• Perbadanan telah menjalin Kerjasama dengan pihak PPK Sri Gunong dalam projek penanaman tebu telur seluas 80 ekar,Hasil tuaian tebu ini dijangka akan dapat dieksport ke pasaran dalam dan luar negara,Para petani yang mengusahakan tanaman tebu di Kelantan akan mendapat manfaat apabila hasil tuaian mereka akan dibeli dan dipasarkan bersama- sama hasil tuaian yang diusahakan oleh Perbadanan dan PPK Sri Gunong ini.
d. Projek Pembangunan Cuka Rambutan Dan Dokong
• Di mana Projek ini telah dibangunkan oleh Perbadanan dan sedang dibangunkan di dalam kawasan kilang MARA Pengkalan Chepa, Kilang ini telah beroperasi bermula Julai 2022 dan telah mendapat kelulusan sijil HALAL bagi produk cuka rambutan dan dokong. Projek ini telah membantu menyelesaikan sebahagian lambakan hasil rambutan dan dokong rakyat negeri Kelantan.
Saya juga mengambil peluang Yang Berhormat Dato’ Speaker mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang baru sahaja meluluskan 3 projek pembangunan pertanian melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri
Kelantan projek-projek ini adalah di Rong Chenok Pasir Mas seperti berikut:-
1. projek pembangunan infrastruktur pengairan dari Sungai Danau Tok Uban ke Agro Valley Rong Chenok Pasir Mas Kelantan iaitu bagi memastikan sumber bekalan air bagi tanaman dan ternakan mencukupi di kawasan Agro Valley di Rong Chenok. Memastikan projek pertanian dan penternakan di kawasan ini berjaya mengeluarkan hasil secara optimum dan berkualiti juga bagi meningkatkan minat para pelabur terutamanya pemain industri untuk melabur serta berkongsi kepakaran bersama dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan.
2. pembinaan struktur reban ayam pedaging automatik di Agro Valley Rong Chenok Pasir Mas juga bertujuan memastikan keterjaminan bekalan ayam pedaging di Negeri Kelantan mencukupi dan dapat mengurangkan kebergantungan pembelian ayam pedaging dari luar Kelantan. Juga dapat menghasilkan ayam pegading tempatan yang berkualiti di dalam pasaran tempatan juga memastikan ternakan ayam pedaging dapat dihasilkan dengan jumlah optimum dengan menggunakan teknologi moden terkini. Projek ternakan ayam pedaging secara automatik ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebanyak RM1,480,000.00
sekian terima kasih.
Sila Pengkalan Pasir.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan EXCO yang telah memberikan jawapan yang lengkap tadi. Soalannya di sini, satu persoalan sayanya ialah kalau kita lihat isu food security ataupun keterjaminan makanan ini berlaku di seluruh negara dan lebih-lebih lagi kesannya dari segi peperangan dan juga cuaca yang tidak menentu. Soalan tambahan saya, sebelum ini kita Kerajaan Negeri telah mengadakan pasar rakyat di bawah penjenamaan Kelantan Agro.... dan apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan menyasarkan pasar rakyat Kelantan di
seluruh peringkat jajahan di mana setiap petani-petani dapat ataupun memasarkan produk-produk mereka secara langsung kepada pembeli dan saya rasa dengan adanya program-program seperti ini ia bukan sahaja dapat membantu rakyat jelata tetapi juga petani-petani dapat memasarkan produk-produk direct kepada pengguna yang memerlukan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Pengkalan Pasir. Saya tertinggal satu projek di Rong Chenok yang dapat kelulusan Kementerian tadi iaitu yang ketiga, Projek Pembangunan Pusat Akuakultur Ikan Air Tawar juga di Agro Valley di Rong Chenok Pasir Mas projek ini bernilai RM900,000.00
Alhamdulillah Insya Allah kita akan teruskan program Pasar Rakyat Kel Agro ni yang memberikan kebaikan kepada rakyat setempat dengan jualan barang-barang tempatan barang-barang dapur dengan harga yang lebih murah yang ada subsidi Kerajaan sebagaimana tahun lepas Insha Allah kita akan mulakan tak lama lagi di beberapa jajahan yang kita telah rancang bersama dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian di Negeri Kelantan. Insya Allah akan sampai ke Pasir Mas tak lama lagi Insha Allah.
Terima kasih..
Sila, Wakaf Bharu.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Jadi Kelantan Alhamdulillah bidang Pertanian ni adalah merupakan salah satu yang membekal peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan penyumbang kepada makanan negara. Jadi soalan saya apakah strategi yang dimainkan oleh Kerajaan untuk menarik minat golongan belia dan beliawanis terlibat dalam sektor pertanian.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Wakaf Bharu. Sebagaimana yang kita telah rancang bersama dengan Jabatan dan Agensi sektor pertanian negeri dan kerjasama dengan Kementerian kita mensasarkan ramai belia-belia termasuk beliawanis menceburi bidang pertanian dengan kita menganjurkan banyak kursus-kursus dan memberi beberapa insentif kepada mereka dengan bantuan-bantuan pertanian dan Insha Allah yang kita telah targetkan mewujudkan atau melahirkan seramai 1,000 orang belia beliawanis yang terlibat di dalam dapat sektor pertanian ini kita telah mencapai lebih separuh. Maknanya kita dalam usaha meramaikan lagi para belia ni untuk menceburi bidang ini dan kita memberi galakan dan jadual-jadual kursus kita sentiasa paparkan dan beri maklumat secara menyeluruh di negeri Kelantan Insha Allah Jabatan-Jabatan dan Agensi yang berkaitan ini dapat sama-sama membantu meramaikan lagi para belia beliawanis kita untuk bangun di dalam memperkasakan sektor pertanian Negeri Kelantan, Insha Allah.
Dipersilakan Yang Berhormat Chempaka.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, saya pohon untuk mendapatkan jawapan kepada soalan saya nombor 6 dalam senarai.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Chempaka. Kes-kes kesalahan pencerobohan hutan dan penebangan hutan secara haram dari tahun 2020 hingga 2023 adalah seperti berikut:
TAHUN JUMLAH KES 2020 47 2021 35 2022 33 2023 22 JUMLAH 137
Hasil daripada penguatkuasaan yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa trans kesalahan ini adalah menurun dari 47 kes pada tahun 2020 menjadi 35 kes pada tahun 2021. 33 kes Pada tahun 2022 dan terus menurun menjadi 22 kes pada tahun 2023. Daripada 137 kes tersebut sebanyak 98 kes telah selesai dibawa kepada pengadilan manakala 39 kes lagi masih belum selesai dan berada pada pelbagai peringkat seperti masih dalam siasatan, dalam siasatan lanjut dan dalam tawaran kompaun.
Amaun kompaun yang telah dikutip dari tahun 2020 hingga 2023 ialah sebanyak RM 1,389,555.00 manakala amaun denda yang dikutip dalam tempoh yang sama ialah sebanyak RM101,000.00
Sekian.
Chempaka…
Terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan tersebut dan kita dapat melihat bahawa walaupun terdapat pendakwaan dan sebagainya kerosakan telah berlaku terhadap hutan-hutan tersebut. Soalan saya apakah terdapat program pemulihan ataupun conservency yang dilaksanakan untuk memulihkan kerosakan hutan yang terjadi tersebut yang terjejas akibat kesalahan-kesalahan hutan tersebut.
Terima kasih YB Chempaka, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah melaksanakan pelbagai kaedah untuk memelihara kembali kawasan yang terjejas dengan kesalahan hutan tersebut dengan menanam kembali pokok hutan seperti program restorasi yang telah dilaksanakan pada
tahun 2023 di Hutan Simpan Ulu Sat compartment 15 dan 67 seluas 30 hektar melalui peruntukan Persekutuan.
Galas..
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kes pencerohonan hutan ini sentiasa berlaku dan saya juga ada menghantar surat kepada Yang Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan salah satu kes yang berlaku dalam kawasan saya. Soalan tambahan saya Yang Amat Berhormat selain daripada kes pencerobohan hutan terdapat juga kes atau aktiviti melibatkan sindiket menjual pajakan tanah pembalakan sepertimana yang berlaku tahun 2017melibatkan penerimaan wang jualan hampir RM448,000 untuk tanah seluas 500 ekar di Ulu Galas oleh seorang individu yang rapat dan mesra dengan Kerajaan Negeri Kelantan.
Soalan saya apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan dalam mengatasi kejadian menjual pajakan tanah pembalakan seperti ini daparipada berulang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Galas..saya minta YB Galas hantar maklumat tersebut kita akan buat penyiasatan. Kalau benar-benar perkara ini berlaku, Insha Allah pihak Kerajaan akan mengambil tindakan.
Sila Dabong.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Berapakah jumlah hutan yang berjaya diselamatkan daripada diceroboh oleh pembalak haram.
Saya rasa jumlah tu saya dah jawab dalam soalan awal tadi.
Sila tak dok..[sambil memerhati] dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 7. Soalan 7 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah objektif dan fungsi penubuhan Pusat Taranum Kelantan dan bagaimanakah perkembangan setakat ini?]
Tak dak pantun hari ni yer..semua straight sahaja…
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Maksudnya bukan kalangan kami orang yang tidak memperindahkan bacaan hadith Riwayat Bukhari. Yang Berhormat Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kelaboran yang telah bertanyakan tentang pusat Tarannum. Pusat Taranum Al-Quran Negeri Kelantan ini yang telah dilancarkan pada 14 May 2024 yang lalu sebagai sebuah pusat pendidikan Al-Quran secara intensif dan sistematik terutama dari segi mutu bacaan penguasaan Tilawah serta Taranum Al-Quran. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan kerana telah meluluskan sejumlah peruntukan RM210,000 bagi memulakan operasi Pusat Tarannum yang Insha Allah akan diadakan pada bermula Jun 2024 ini di Dewan Saidina Osman dan Dewan Saidini Ali di Balai Islam Insha Allah.
Dan fungsi penubuhan Pusat Tarannum ini ia ada beberapa fungsi utamalah. Pertamanya ialah memberi peluang
Antara objektif penubuhan Pusat Taranum AL-Quran Negeri Kelantan adalah untuk :
• Memberi peluang kepada masyarakat yang terdiri dari pelbagai lapisan usia untuk mempelajari al-Quran ini dengan lebih mendalam khususnya dalam ilmu Tarannum. Dengan mereka-mereka yang pakar kerana kita di Negeri Kelantan ini kita sedia maklum ramai di kalangan tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang Al-Quran telah menjadi pakar rujukan dalam Al-Quran dan mereka ini memenangi di peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa sehingga kini 17 tokoh-tokoh Qari dan Qariah daripada Kelantan yang telah menjuarai di peringkat antarabangsa dan kita tengok masih ada lagi Al-Fadhil Ustaz Yahya Daud, Dato’ Hjh Faridah Mat Saman yang baru-baru ini semasa pelancaran dia telah memberi satu persembahan bacaan yang sangat hebat yang mesti menjadi mentor dan Alhamdulillah beliau berkesanggupan untuk menjadi mentor dalam memberi panduan Al-Quran kepada masyarakat. Di samping itu kita ada tokoh yang hebat juga macam Syeikh Hisyam Abdul Bari daripada Mesir yang telah pun berada di bumi Kelantan sejak sekian lama yang merupakan pemegang Sanat Tinggi Qiraat 10 yang mempunyai salah silah kedudukan 28 yang bersambung kepada Rasullulah S.A
Jadi orang-orang yang pakar ini mesti diberikan kesempatan. Yang keduanya sebagai satu program lanjutan
• Sebagai satu program lanjutan kepada pelajar-pelajar yang di asuh daripada Membina Generasi Al-Quran (MGQ) kita dah ada modul membina generasi Al-Quran setiap tahun kita telah adakan apresiasi mereka ini dan daripada jumlah pelajar-pelajar membina generasi Al-Quran di seluruh jajahan ini iaitulah satu jajahan ada 30 orang daripada seluruh jajahan seramai 330 orang maka
mereka kita akan dilibatkan dengan pusat taranum Al-Quran ni bagi mendalami bidang Al-Quran taranum.
• Sebagai satu platform kepada tokoh-tokoh qari dan qariah Kelantan yang telah berjaya memberi sumbangan untuk mereka ini menjadi mentor dan juga menjadi mursyid lah pentunjuk di dalam menjadikan Al-Quran ini sebagai ilmu bacaan dan juga amalan di Negeri Kelantan ini
• Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang taranum untuk memastikan kelangsungan penglibatan para peserta tilawah dan hafazan dalam mempersembahkan bacaan masing-masing secara terbaik sehingga mereka ini boleh mencapai Johan lah di peringkat antarabangsa. Dan tenaga pengajar untuk makluman kita selain daripada menjadi johan-johan di peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa ini mereka ini in sha Allah menjadi hakim dalam Majlis tilawah dan hafazan Al-Quran di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Jadi oleh kerana itu mereka ini boleh menganalisis kekuatan, kelemahan para peserta Pusat Taranum Al-Quran dan kemudiannya Insha Allah akan dikeluarkan pelapis-pelapis yang berterusn melalui Pusat Taranum Al-Quran ini dan saya mengajak semualah seluruh ADUN-ADUN yang mempunyai keluarga, sanak saudara yang mereka berpotensi dalam bidang Al-Quran ini supaya dapat menghantar ke Pusat Taranum Al-Quran nanti Insha Allah.. terima kasih.
Kelaboran...
Terima kasih kepada pihak Kerajaan atas penubuhan Pusat Taranum di negeri Kelantan. Jadi soalan tambahan saya apakah Kerajaan Negeri berhasrat menubuhkan galeri tilawah Al-Quran yang boleh dijadikan rujukan ilmu-ilmu tajwid dan ilmu taranum kepada orang ramai?.
Terima kasih kepada Kelaboran iya, secara umumnya memang kita akan menubuhkan Galeri Tilawah Al-Quran ataupun galeri taranum Al-Quran ini dan ia akan menjadi sebahagian daripada hasrat penubuhan Pusat
Taranum Al-Quran ini. Dan sebahagian daripada Pusat Taranum Al-Quran itu kita akan letak galeri-galeri yang di sana akan memaparkan pertamanya biograϐi semua pemenang tilawah Al-Quran peringkat Negeri, peringkat Kebangsaan dan juga peringkat Antarabangsa daripada Negeri Kelantan.
Yang keduanya, koleksi album-album majlis tilawah-tilawah peringkat Antarabangsa sejak daripada tahun 1960 sehinggalah yang kini. Dan juga yang ketiganya piala-piala yang dimenangi oleh qari dan qariah kita daripada Kelantan ini baik di peringkat Kebangsaan ataupun Antarabangsa yang akan diseliakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam JHEAIK. Kemudiannya akan ada tayangan secara digitallah. Alunan qari dan qariah Kelantan baik dalam bidang Taranumnya ataupun dalambidang qiraat. Dan yang lainnya adalah bahan-bahan dan dokumen yang berkaitan dengan tajwid, taranum, qiraat sebagai rujukan orang ramai di dalam mendalami Al-Quran dan Insha Allah kita akan bekerjasama juga dengan Kolej Universiti KIAS di mana Kolej Universiti KIAS ini dia sudah ada Diploma Taranum sejak 2012 dan Diploma Tahϐiz Walqiraat sejak 2021.
Jadi peserta-peserta ini ada di kalangannya adalah peserta antarabangsa jadi boleh kita libatkan sekali dengan Kolej Universiti KIAS untuk menjayakan pusat Taranum khususnya menjadikan pelapis dalam bidang Al-Quran di Negeri Kelantan yang berterusan, sekian.
Sila, Kota Lama.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Sedap sekali air selasih, Yang Berhormat Mulia terima kasih.
Saya amat menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan Pusat Taranum Negeri Kelantan ini dan saya rasa saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih juga kerana mengangkat qariah wanita seperti tadilah Hajjah Faridah Mat Saman. Namun saya juga ingin bertanya apakah usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam membantu rakyat dalam meningkatkan kadar celik Al-Quran di kalangan dewasa mungkin kalau kita ada data berapakah selain daripada kanak-kanak ataupun generasi muda ni yang celik Al-Quran kita ada tak data orang dewasa kita tidak celik Al-Quran?
Saya bertanyakan ini kerana saya melihat ia merupakah satu keperluan juga di negeri Kelantan kerana wujudnya terlalu banyak kelas-kelas celik Al-Quran untuk golongan dewasa yang dianjurkan secara persendirian banyak tempat di Negeri Kelantan.
Dato’ Speaker, saya juga pada hari ini mengenakan .... hari ini adalah Hari Alam Sekitar Sedunia jadi dia punya tema adalah...
Soalan Yang Berhormat...soalan Yang Berhormat...
... dan ini 27(5)..
Soalan dah di tanya tadi, ada soalan lain? Takdok ?
Jadi saya nak menyebutkan bahawa saya juga mengenakan mafla Palestin untuk meningatkan kita keperluan untuk kita merakamkan pada hari ini keperluan untuk kita terus menyokong menyambung atau meneruskan usaha-usaha kita untuk terus membantu rakyat Palestin yang terus dibedil setakat ini ada 35,000 orang yang sudah syahid.
Jadi sikit jer saya minta ruang kepada Dato’ Speaker, sebab saya baru balik daripada Doha menghadiri...
.... masa soal jawab Yang Berhormat, tak boleh benda lain. Terima kasih.. terima kasih.. soalan telah ditanya...
Yang Berhormat Speaker, Kota Lama semangat hari ni yer. Kita jemput keluarga Kota Lama untuk hantar anak-anak ke Pusat Taranum. Cuma untuk celik Al-Quran Kerajaan Negeri Kelantan sejak daripada tahun 1990 lagi di era pentadbiran dasar Membangun Bersama Islam termasuk strategik merakyat Membangun Bersama Islam dan sekarang bersama Dato’ Panglima Perang penghayatan Membangun Bersama Islam. Meneruskan usaha-usaha contohnya guru Fardhu Ain guru Al-Quran kita ada di seluruh DUN dalam 50 orang kita membelanjakan lebih hampir RM3,000 satu bulan dan kiralah daripada jumlah 45 DUN untuk semata-mata untuk mempastikan bahawa tidak ada di negeri Kelantan kita ini mereka yang tidak celik Al-Quran. Biar mereka dapat membaca Al-Quran dengan baik... sebab itulah pengasasan kepada Bandaraya Islam ini sendiri adalah untuk ke arah kita wujudkan Bandaraya Al-Quran itu.
Sebab itulah saya yakin kenapa Mantan Menteri Besar sebelum daripada ini dan meneruskan cari mereka yang figure yang dianggap sebagai seorang yang hebat di dalam Murshid untuk rujukan Al-Quran dan Syeikh Hisyam Abdul Bari tadi saya sebut telah pun menjadi tenaga pengajar teras dan sehingga kini kita tengok dia boleh mengajar dalam Bahasa Melayu dah. Tidak lagi Bahasa Arab. Jadi maksudnya kita boleh tengok secara online dan secara... dia dah jadi rujukan di peringkat Indonesia, Brunei panggil. Jadi kita nak manfaatkan tokoh macam ini supaya anak-anak muda dapat bersama-sama memberi komitmen dalam Al-Quran di samping kita akan memperkasakan guru-guru Al-Quran yang ada di seluruh DUN dan jajahan untuk mereka cara yang mana tak boleh baca Al-Quran ini pasti boleh baca Al-Quran di Negeri Kelantan ini, terima kasih.
Nasi Dagang Nasi Kerabu, silakan Yang Berhormat Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 8. Soalan 8 : [Minta YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan usaha pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha untuk menaiktaraf Pdang Puteri Saadong, Wakaf Bharu selaku tempat rekreasi yang aktif dalam DUN Wakaf Bharu. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Speaker, Majlis Daerah Tumpat telah memohon peruntukan bagi cadangan menaik taraf Taman Rekreasi Puteri Saadong dengan Jabatan Landskap Negara (JLN) untuk perlaksanaan projek pada tahun 2025. Pihak JLN telah menyenaraikan Taman rekreasi ini di dalam senarai pendek untuk diangkat pertimbangan Kelulusan projek menaiktaraf kawasan rekreasi tahun 2025 di bawah Jabatan Lanskap Negara.
Wakaf Bharu...
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas jawapan tersebut. Semoga ianya dapat mengembirakan rakyat saya di Wakaf Bharu. Soalan tambahan, kalu kita lihat akhir-akhir ini pertumbuhan pusat-pusat rekreasi di seluruh Negeri Kelantan cukup membanggakan. Kalau di
Tumpat ni ada padang Kemahkotaan, Padang Puteri Saadong, Taman Tengku Anis dan sebagainya. Cuma soalan saya, apakah usaha yang dimainkan oleh Kerajaan ataupun kempen yang dimainkan oleh Kerajaan untuk rakyat menggunakan tempat tersebut sebagai gaya hidup sihat rakyat negeri Kelantan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Wakaf Bharu atas soalan tambahan.
Yang bermaksud : wahai semua manusia makanlah apa yang halal dan baik di atas muka bumi ini jangan kamu ikut langkah syaiton kerana syaiton itu musuh yang nyata bagi kamu. Berkaitan dengan soalan tadi yang berkaitan dengan gaya hidup sihat juga pemakananlah sebagaimana kita ketahui Titah Duli Yang Maha Mulia Tunku kita pada sesi lepas iaitu supaya pihak PBT memperbanyakkan pembinaan pusat-pusat rekreasi dan langkah ini usaha yang telah dijalankan oleh mantan EXCO, Mantan MB-MB yang terdahulu dan saya sebagai penyambung menyatakan komitmen untuk terus melaksanakan agenda yang besar itu untuk menwujudkan seberapa banyak pusat rekreasi yang di Kelantan kerana apa kerana pusat rekreasi ini akan membina gaya hidup sihat di kalangan rakyat dan kita Kelantan memilih untuk mengambil kaedah kempen iaitu untuk mengubah tabiat rakyat kita daripada kepada rakyat yang pasif kepada rakyat yang aktif iaitu rakyat yang mengutamakan budaya hidup sihat. Bukan hanya perubahan ϐizikal bahkan bermula daripada gaya hidup daripada rumah lagi. Iaitu kita berkempen Kelantanku Bersih dan untuk mengubah tabiat rakyat kita supaya mengamalkan gaya hidup yang bersih dan yang kedua kita berkempen supaya rakyat Kelantan mengamalkan budaya hidup sihat. Kebersihan dan kesihatan ini saling berkait rapat sekiranya kita dapat menjayakan kempen, dapat melahirkan rakyat yang hidup yang sihat dan juga bersih Insha Allah kita akan menjadi sebuah negeri yang mana rakyatnya hidup sihat dan sejahtera.
Dan Alhamdulillah, hasil daripada kempen berterusan yang kita jalankan pada tahun ini saya ingin bacakan bahawasanya Jeli telah dinobatkan sebagai Daerah kedua bahagia di Malaysia. Berbanding 155 Daerah di Malaysia dipertandingkan dan Jeli mendapat tempat kedua. Ini satu
pencapaian yang amat hebat, bukti keberkesanan kempen yang kita telah jalankan sama ada dari segi kebersihan ataupun gaya hidup sihat rakyat. Dan yang kedua, Jeli juga dinobatkan sebagai Daerah clean tourist iaitu Bandar Terbersih di Asia Tenggara. Dan terbaru kota Bharu telah mendapat tempat ke 16 dalam best indeks cities dalam Asia Tenggara dan juga ke 433 dunia yang dipertandingkan dinilai 1,000 bandar di dunia. Kota Bharu mendapat 433 dunia ini adalah hasil impak kempen-kempen berterusan yang kita telah jalankan tinggal lagi kesinambungan kita dalam meneruskan kempen-kempen ini saya mengambil kesempatan kepada semua PBT yang bertungkus lumus menjayakan kempen ini dan Jabatan Kesihatan Negeri yang juga menjayakan kempen Kelantan Sihat dan saya memohon dan menyeru kepada semua ADUN-ADUN, Pihak Berkuasa Tempatan sama-samalah kita teruskan kempen Kelantanku Bersih, Kempen Kelantanku Sihat supaya kita menjadi sebuah negeri yang sihat lagi sejahtera.
Terima kasih.
Sila, Gual Periuk..
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin rakamkan ucapan tahniah di atas pencapaian yang begitu baik sepertimana yang telah dibentangkan oleh EXCO tadi. Soalan saya sejauh manakah langkah PBT untuk memastikan tahap kebersihan, keceriaan, infrastruktur pusat rekreasi sentiasa dalam keadaan baik dan soalan seterusnya ialah sebagaimana yang disebut oleh Wakaf Bharu tadi naik bercambah pusat-pusat rekreasi Rantau Panjang masih lagi setakat ini belum memiliki pusat rekreasi awam. Jadi adakah sudah ada perancangan peringkat PBT untuk mewujudkan satu pusat rekreasi awam untuk kegunaan awam di Rantau Panjang? Terima kasih.
Terima kasih Gual Periuk di atas soalan tambahan. Kita sentiasa merancangan dan mencari tempat-tempat yang sesuai untuk kita jadikan kawasan rekreasi untuk kegunaan penduduk setempat dan dibandar Rantau Panjang kita telah mendapat kelulusan untuk menaiktaraf Rantau
Panjang termasuk tempat rekreasi di bawah program Bandar Sempadan yang akan diberi kelulusan oleh ECERWC insha Allah akan dilaksanakan paling awal tahun depan. Dan untuk memastikan pust rekreasi kita ini sentiasa elok kita perlukan kerjasama daripada semua penduduk terutama sekali PBT, penduduk tempatan supaya dapat menjaga keindahan, keceriaan ataupun infrastruktur yang telah kita bangunkan, sama-sama mengelakkan mereka yang tidak bertanggungjawab daripada merosakkan vandalisme kemudian kita sediakan. Dan sama-samalah kita jaga kebersihan untuk menegur menjaga kecantikan tempat kita Insha Allah kita dapat pastikan taman reakreasi kita taman permainan sentiasa bersih, indah, selamat dan menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk riadah bersama kaum keluarga, Insha Allah.
Silakan Dabong....
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya... berikutan nilai baht yang tinggi berbanding nilai ringgit apakah langkah Kerajaan bagi menarik pelancong Thailand untuk mari ke Kelantan?
Insha Allah soalan tu akan dijawab oleh YB EXCO Pelancongan sekejap lagi .
Dipersilakan Yang Berhormat Gual Periok..
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 9. Terima kasih. Soalan 9 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan atau PBT bagi menarik pelancong untuk hadir ke Bandar Rantau Panjang sebagai lokasi pelancongan bebas
cukai yang dilihat semakin suram kerana kurangnya pelancong ke Bandar Rantau Panjang terutamanya dari sudut penganjuran program dan pembangunan infrastruktur.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Gual Periok atas soalan mengenai pelancongan di Rantau Panjang. Daripada soalan beliau saya dapat bahagikan kepada tiga aspek. Yang pertamanya mengenai jumlah pelancongan yang datang ke Rantau Panjang di lihat sebagai berkurangan dan membawa kepada suasana yang disebut dalam soalan ni semakin suram. Itu yang pertama,. Yang kedua mengenai penganjuran program bagi merancakkan pelancongan di Rantau Panjang dan yang ketiganya ialah pembangunan infrastruktur. Jadi saya Insha Allah akan jawab berkisar 3 perkara ini.
Yang pertama,tentang jumlah pengunjung ke Rantau Panjang – daripada data yang ada pada saya dari bulan Januari hingga April tahun ini seramai 387,631 orang yang datang melalui pintu masuk sempadan Thailand ke Kelantan dan sekali gus ini menjawab soalan Dabonglah kot berkenaan dengan jumlah yang datang. Daripada 387,631 pengunjung daripada Thailand yang melalui ketiga-tiga pintu masuk tadi yakni Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga. Melalui Rantau Panjang seramai 240,517 orang dalam tempoh 4 bulan tadi. Maknanya peratusnya 62%. kalu dikira seminggu ianya sebanyak 15,032 orang. Saya kira agak ramai jugak la 15,000 orang seminggu nih mari melalui pintu masuk ke Rantau Panjang. Tapi Yang Berhormat kata suram. Boleh jadi betul, kalau betul ke mana 15,000 orang tu? Apakah Rantau Panjang tu menjadi transit sahaja. Dia masuk kot tu dan dia gi ke lain. Dia tidak duduk membeli belah ataupun bersantai di Rantau Panjang. Jadi ini jawapan kepada soalan ini perlu kepada kajian.
Yang keduanya mengenai penganjuran program bagi menggalakkan orang datang Rantau Panjang. Ada 3 kumpulan yang boleh menganjurkan program yang pertamanya pihak swasta persatuan NGO itu satu. Yang keduanya Majlis Daerah ataupun Perbandaran dan yang ketiga ialah Kerajaan Negeri. Selama saya menjadi EXCO Pelancongan belum lagi saya
terima permohonan ataupun cadangan daripada mana-mana NGO mari Rantau Panjang ataupun luar Rantau Panjang untuk mengadakan program di Rantau Panjang yang membawa impak yang besar kepada pelancongan di Rantau Panjang itu belum.
Yang keduanya mengenai program anjuran Majlis Daerah. Ini Alhamdulillah Majlis Daerah Pasir Mas telah menganjurkan satu program pada bulan April hujung bulan April tahun ini mengenai food festival mengenai pesta makanan yang saya dapat penghormatan untuk hadir dan merasmikan program ini dan saya lihat ribuan manusia datang. Jadi saya kira suatu yang sangat berjaya tapi tu di Pasir Mas tapi di Rantau Panjang adalah sebahagian daripada Pasir Mas. Jadi saya kira dari segi daerahnya ialah termasuklah Rantau Panjanglah. Dan juga dalam jajahan Pasir Mas juga akan diadakan satu EKSPO TANI yang akan diadakan pada awal bulan Ogos tahun ini. Ini semuanya penganjuran program yang boleh membawa pelancong luar daripada Pasir Mas Rantau Panjang untuk datang ke Daerah Pasir Mas. Apabila sebut Pasir Mas tu masuk ke Rantau Panjang.
Yang ketiga ialah mengenai pembangunan infrastruktur sebahagiannya tadi telah dijawab oleh rakan saya Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan dan ingin saya tambah sikit yakni selain daripada peruntukkan yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi kepada Kerajaan Negeri untuk membangun, mencantikkan Rantau Panjang yang berjumlah RM12 juta akan dilaksanakan oleh ECERWC awal tahun depan ialah juga satu lagi kajian yang sedang dilaksanakan oleh UPEN untuk menilai semula kedudukan kedai Bebas Cukai. Sekarang ni kedai Bebas Cukai duduk dalam kawasan perumahan dan ternyata ianya tidak membantu sangat jadi nak kena kaji semula sama ada wajar ianya dipindahkan ke tempat yang khusus untuknya dan dipenuhi dengan pelbagai barang yang boleh menarik orang pergi ke Rantau Panjang untuk membeli belah di kedai Bebas Cukai tersebut.
Selain daripada itu ialah cadangan yang dikemukakan dan sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan yakni untuk menghidupkan semula perkhidmatan keretapi ke Rantau Panjang. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Pengangkutan buat kenyataaan bahawa mereka telah terima satu cadangan daripada Keretapi Tanah Melayu untuk menyambung atau menghidupkan semula
perkhidmatan Keretapi dari Pasir Mas ke Rantau Panjang dan sudah pasti kalau daripada Pasir Mas ianya boleh disambung kepada Kuala Lumpur dan lain-lain lagi. So orang daripada Kuala Lumpur nak ke Rantau Panjang boleh terus saja melalui keretapi ke Rantau Panjang. Jadi kajian sedang dibuat sama ada ianya ada membawa impak ekonomi yang besar ke penduduk Rantau Panjang. Saya percaya begitu tetapi oleh kerana ini projek Persekutuan saya mendoakan mudah-mudahan ianya berjaya. Itulah yer, terima kasih banyak.
Dipersilakan Gual Periok,
Terima kasih di atas jawapan yang agak panjang..hok sentuh Rantau Panjang sikit jah, Pasir Mas banyak, jadi betul ia satu Daerah...er..satu jajahan dan satu PBT tetapi daripada jawapan-jawapan tadi menunjukkan bahawa Rantau Panjang agak terpinggir daripada program dan juga infrastruktur dan di kesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mencadangkan supaya diwujudkan satu Majlis Daerah berasingan PBT berasingan untuk memberikan tumpuan khusus kepada Rantau Panjang yang sekarang ini agak tenggelam dibayangi oleh Pasir Mas banyak program banyak infrastrukturnya berpusat di Pasir Mas. Terima kasih.
Silakan YB EXCO jawab...
Untuk soalan ini saya paskan kepada EXCO Kerajaan Tempatan untuk menjawab.
Okey, silakan Gual Ipoh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, di Rantau Panjang ni kita semua dah maklumi satu benda perkara jugak perlu diberi
perhatian adalah..soalanlah nih berkaitan dengan trafϔic ϔlow terutama waktu musim cuti sekolah dan waktu-waktu perayaan. Ia membabitkan satu trafϔic ataupun bukan trafϔic sebenarnya ia berkaitan dengan ICQS iaitu bersepadu untuk menjaga keselamatan penyeludupan dan sebagainya. Namun mereka juga perlu diberi latihan trafϔic lah pada pandangan saya sebab ia tidak membabitkan traϐic tetapi jem tu menyebabkan orang ramai habis masa untuk ke Rantau Panjang dan balik dari Rantau Panjang tu Cabang 4 Salam tu ada trafϐic yang membuat ICQS berkaitan dengan kehidupan dan sebagainya. Namun untuk memberhentikan kereta di laluan tu adalah tidak wajarlah kerana ia membabitkan timer masa kereta tu dan kalau boleh kita panjangkan kepada pihak berkaitan supaya kereta yang nak diperiksa tu supaya keluar daripada laluan untuk laluan stright away tu. Jadi tulah satu soalan saya kalau boleh diperbaiki keadaan trafϔic di Cabang Salam untuk orang suka gi Rantau Panjang, terima kasih.
Di ambil perhatian...
Okey.... dengan kata lain tidak suramlah. Baik kita teruskan dengan Yang Berhormat Galas....
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 10.
Soalan 10 :
[Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam mengatasi gangguan bekalan air di Bandar Utama, Gua Musang.]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Galas… semangat sikit tadi tak minum pagi lagi. Saya mohon daripada Speaker, untuk jawap soalan kelmarin hok terlepas nombor 13. Pasal soalan hari ni terlalu fokus spesiϐik kepada Gua Musang... saya kira kita jawab untuk seluruh negeri lebih baik. Soalan tambahan, maaf Datuk Kamaruddin ambo nak jawab
soalan Gual Periok tadi. Gual Ipoh sorry.. perancangan di Rantau Panjang tu selesai. Kitanya tunggu Kerajaan Thailand untuk jambatan baru dan pelebaran jalan dan benda tu semua sudah ada dalam perancangan dan ada dalam persetujuan bersama Insha Allah.
Mengenai dengan soalan kelmarin tu yang berkaitan dengan apa tu usaha-usaha Kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan air Kelantan seluruh Kelantan. Jadi saya ambil soalan hok kelmarin dan campur soalan spesiϐik untuk di Gua Musang Insha Allah. Okey kita loni ada loji rawatan air kita ada berjumlah 42. Pada tahun 2028 kita jangka kita akan siap 9 lagi loji yang menjadikan ia 51 loji. Dan kapasiti air secara keseluruhan pada masa itu kita boleh keluarkan sebanyak 880 juta liter air dan keperluan pada masa itu 660 juta liter perhari. Pada 2028 kita jangkakan kita mempunyai lebih air yakni lebih pengeluaran dari loji-loji kita sebanyak 200 juta liter air pada 2028.
Namun demikian kita kena ingat so lagi masalah kita ialah NRW. NRW semasa ialah 52% bermakna kalau kita mengekalkan NRW ini setaro ni air pada tahun 2028 tidak sampai ke pengguna kerana separuhnya keluar. Jadi kita berusaha supaya NRW ni turun kepada sasaran SPAN iaitu sebanyak 35%. Sekiranya kita sampai kepada 35% NRW kita masih lagi kekurangan air sebanyak 100 ataupun 100 juta liter perhari. Dan masalah kedua ialah paip-paip vertikulasi juga akan menjadi masalah untuk sampai air kepada pengguna.
Jadi kita Air Kelantan ni berusaha sedaya mungkin dengan kekangan-kekangan yang ada berusaha untuk mengcukupkan air ke seluruh negeri Kelantan. Setelah pengiraan baru dibuat sasaran peningkatan penduduk sasaran yang kita jangka bahawa dengan siapnya ECRL, Airport dan semua ni kita sasaran kepenggunaan air meningkat maka kiraan awal kita perlu mengadakan sekurang-kurangnya 4 loji air yang berkapasiti 50 juta liter air untuk kita rancang, untuk kita sampai kepada tahun 2050. Itulah perancangan kita sehingga ke 2050 dan kita seperti yang telah diingatkan oleh semua perkhidmatan air adalah sebuah perkhidmatan utama negeri. Jadi apa-apa kekangan yang ada kita cuba atasi seperti meningkatan budaya kerja dan sebagainya juga melihat potensi-potensi yang lain. Dan hubungan baik antara Kelantan dengan PMX Insha Allah akan membutirkan sesuatu yang lebih baik. Umpamanya geran Kelantan
antara satu-satunya negeri yang tidak pernah menerima geran daripada Persekutuan dan ini boleh diusahakan untuk mendapat sumber air.
Yang kedua saya ingin menyatakan masalah-masalah supaya kita semua memahami masalah-masalah pengurusan air di Negeri Kelantan. Pertama kita tidak boleh menolak istilah orang ngaji moden ni ia panggil bencana alam tetapi kita sebutnya ketentuan dari sudut Allah Taala, banjir kita tak boleh nak elak dekneh ia mari kemarau kita tidak boleh nak elak, air masin tak boleh nak elak, bentuk muka bumi tak boleh nak elak, kandungan-kandungan air bawah tanah kita tidak boleh nak elak. Kita boleh mengurus sahaja perkara-perkara ini.
Bila mari musim kemarau gapo masalah kita? Daripada air cukup jadi tak cukup kerana satu water table turun. Yang kedua, air masin laut masuk pasal air hulu tak dok. Kita terpaksa kerat kalu tak tutup kita supply air masin maka kita tutup. Bila kita tutup tak cukup air. Okey, maka Alhamdulillah baru ni DATO’ MB kita lulus hampir RM3 juta untuk tambah tiub well ditempat-tempat untuk tingkatkan balik kuantiti air dan lulus dan telah pun dikeluarkan tender dan Insha Allah akan dilaksanakan siap dalam masa sebulan dua lagi untuk mengcukupkan air. Itu perancangan yang kita panggil mari tiba-tiba. Kandungan air pula musim kemarau bukan setakat water table akan turun, konsentrasi mineral juga menjadi semakin concentrate hok ni menyebabkan hok tubik tu semakin pekat makin kotor. Dan ini memerlukan pengurusan lain pulak melibatkan kos yang tinggi itu kita tak po.
Justeru itu, kita rasa penduduk juga pengguna mesti bijak menangani kena cucilah tangki kita tuh. Meter kita kena cuci kadang-kadang air ada tiba-tiba tak dok. Sebenarnya masalah paip kita sumbak. Jadi Pendidikan kepada pengguna juga adalah penting untuk mengetahui meter ni sentiasa diservis, tangki sentiasa di cuci. Dalam keadaan kuantiti air bumi kita yang sedemikian, pastinya keladak ada di tangki rumah masing-masing. Kalau kita tak cuci 6 tahun keladak tu ada 6 inci sekaki. Bila air baru masuk dia kuca po kuca tea jadi kita nak baru gano. Itu lepas pada tangki, jadi Pendidikan pengguna juga perlu untuk sama-sama kita ◌ … kita pakat la. ﻮ ﱠﻘ ـ ﻟﺘ ﱪ ْ ﻟ ٱ ﻰ َ ﻠ ﻋ ا۟ ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ ْ ُ ـَ ٰوَ َى وَٱ ِِّ َ وَ َ Okey, jadi kita gi kepada Gua Musang. Gua Musang ni Alhamdulillah, kita yang pertamanya kita telah lancarkan Loji Bukit Chupak 10 juta liter air
dan boleh untuk 10 ribu pengguna Insha Allah dan akan siap 2025 telah pun dalam pelaksanaan. Kemudian kita juga akan bina Loji air di Setelu yang berkapasiti 7 juta liter juga lebih kurang 7,000 akaun dan hok di Setelu ni masih lagi di peringkat pengambilan tanah. Selesai hok tu kita seterusnya…kemudian di Gua Musang di Bandar Gua Musang kita akan tukar paip saiz yang kecil kepada saiz yang besar 3 komponen paip yang besar untuk mengatasi masalah air di Gua Musang. Insha Allah boleh selesai Galas cuma masa sikit kita perlu masa Insha Allah.
Silakan Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh EXCO sebentar tadi. Yang Berhormat Exco, Kerajaan menerusi SPAN telah meluluskan peruntukkan perbelanjaan EPEX sebanyak RM521.2 juta kepada AKSB untuk tempoh operasi ke4 OP 4 tempoh operasi ke5 OP 5 iaitu dari tahun 2021 hingga 2024. Soalan tambahan saya ialah bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk menangani kadar kehilangan air NRW yang tinggi di kawasan yang spesiϐik yang saya nyatakan tadi. Sebab kehilangan NRW di kawasan ini ialah sebanyhak 45.5% berbandingkan dengan purata 35.5% serta adakah terdapat perancangan untuk menaiktaraf infrastruktur air di kawasan bandar utama secara spesiϐik bagi mengelakkan ganguan bekalan air yang kerap berlaku di kawasan ini dan adakah Kerajaan Negeri akan memberikan bantuan atau pampasan atau potongan bil kepada penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air yang berterusan sepertimana Galas minta suatu ketika dahulu kepada Dato’ Bentara Kanan yang telah diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri ini.
Dan soalan yang kedua berkenaan dengan Negeri Kelantan pada tahun 2016 semasa memeterai perjanjian migrasi air kepada PAAB saya telah menyeru saya juga terlibat dengan migrasi air ini telah menyeru kepada kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk membuat rombakan menyeluruh kepada AKSB demi meningkat kualiti perkhidmatan bekalan air kepada rakyat. Apakah pendirian Kerajaan Negeri sekarang dan dengan
perkembangan terbaru dalam AKSB sekarang dalam isu telaga jejari dalam Tindakan SPRM adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat rombakan besar-besaran kepada AKSB, terima kasih.
Terima kasih Galas.. panje soalan Galas pun…SPRM tu Kerajaan Kelantan konsisten. Hok salah kena salah. Hok tu kita buka lama doh daripada Arwah Tok Guru Nik Aziz, Dato’ Bentara Kanan, mari DPP kita buka mari. Kalu hok salah igak! Gi jah konsisten. Okey, mengenai rombakan AKSB yang berkaitan dengan SPRM itu dia spesiϐik. Tak leh nak kaitkan dengan semua orang. Hok salah sore sudah lah, bakpo duk kalut dengan orang lain. Cuma buat masa ini bila saya mengambil alih AKSB, pertamanya mengubah budaya kerja AKSB dan kita telah memberi tempoh kepada pengurusan AKSB untuk merubah. Atas meja saya banyak proposal… pranhill mari, semua mari nak mengambil alih pengurusan Air Kelantan. Dan kita tengok semua dah benda lagu tu tetapi hari ni kita beri peluang kepada pengurusan AKSB untuk meningkat balik budaya kerja kita kerana dengan perjanjian migrasi air ini semua kuasa beralih kepada SPAN dan PAAB. Kita hanya boleh merancang… hok duk sebut tadi rancang… rancang kita bui. Kelulusannya ialah kepada SPAN. Apa sahaja OP 5 ko, OP 3 ko, OP 2 ko, OP gapo ko operation prank kita yang buat, kita yang rancang yang hantar gi kepada SPAN. SPAN meneliti semua tu SPAN lulus spec semua sekali. Lepas tu SPAN bui kepada PAAB untuk lantik consultant dan sebagainya sehingga award kepada kontraktor.
Begitulah kelulusan air di bawah migrasi air yang mana AKSB akan meneliti tidak ada kuasa menentukan program air di Negeri Kelantan. Hok tu kita kena faham, kemudian perancangan-perancangan lain yang spesiϐik di Gua Musang yang saya sebut tadi ialah kita tukar paip tapi kita paip saiz 6 milimeter dari tangka JHEOA KE Flyover lebuhraya sepanjang 2 km kita tukar kepada saiz yang lebih besar 600mm. paip saiz MS 450 daripaa Flyover ke PPR sepanjang di bawah perojek lebuhraya CSR. Itu hok spesiϐik dalam bandar Gua Musang. Yang ketiga, paip saiz MS 450 daripada PPR ke Simpang KFC sepanjang 1.6 km. Semua tu dalam bandar Gua Musang… Insha Allah menjawab soalan tu..okey,.
Silakan Tendong..
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada kepada Kerajaan EXCO atas jawapan dan maklumat banyak yang kita dapat daripada Dewan ini. Soalan tambahannya kita difahamkan di Negeri kita ini di bawah AKSB telah ada perancangan jangka masa panjang iaitu pelan induk 2021-2030 untuk menyelesaikan masalah air di Negeri Kelantan. Dan pelan induk ini sudah tentu memakan belanja yang besar lebih daripada RM5 billion sebagaimana yang disebut oleh Kerajaan Kelantan sebelum daripada ini dan ini memerlukan kepada kerjasama dan juga bantuan yang serius daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi soalannya untuk merealisasikan pelan induk ini sejauh mana bantuan ataupun kesungguhan Kerajaan Persekutuan yang diberikan ataupun yang ditunjukkan kepada Kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan masalah air ini melalui peruntukan lebih daripada RM5 billion ini. Sebab kita difahamkan Negeri Kelantan kita tidak mendapat geran ataupun geran secara percuma daripada Kerajaan Persekutuan dalam bab menyelesaikan masalah air ini. Jadi sejauh mana keseriusan Kerajaan Persekutuan setakat hari ini yang dilihat oleh Kerajaan kita Kelantan kita ini dalam menyelesaikan isu air, terima kasih.
Terima kasih Tendong.. nok royak mudah la semasa kita mula angkat kepada Persekutuan kos untuk loji dengan paip kita semua berjumlah RM4 billion pada masa tu. Sekarang ni sudah meningkat RM7 billion untuk semua sekali. Itulah peningkatan kerana kelewatan daripada kelulusan permohonan dan sebagainya oleh kerana kita tidak mampu untuk mengadakan sejumlah kewangan sedemikian. Keseriusan Kerajaan Pusat payah kita nak sukat. Tok leh nak sukat, loni kerja kitanya mohon apa-apa sahaja peruntukan yang diberi kepada kita dan juga kita memohon daripada perancangan-perancangan OP kita sebelum daripada SPAN untuk kelulusan lain walaupun kita kata sudah lulus banyak tetapi keperluannya terlalu banyak lagi. Baso dio doh masa turun bukit mulo kita tak gatih, masa naik bukit lelah sikit lah. Dok neh gitu keneh, jadi gitulah kita cuba. Kalu nak tengok perancangan-perancangan kita besar.
Nombor 1 yang diluluskan semasa Kerajaan sebentar aritu ialah TEK di Machang yang berkapasiti 500 juta liter air. Jadi kalu sudah peringkat hok tu kertas kerja, perancangan baru duduk situ jah baru tak gi kuano jah lagi.
Dan kita ada perancangan-perancangan lain untuk menyelesaikan masalah-masalah air di Negeri Kelantan kita ni antaranya ialah cadangan loji rawatan air di Machang Baru fasa 1 250 juta liter yang anggarannya 500 juta liter, cadangan dengan paip utama serta tangki perkhidmatan anggaran kos RM520 juta yang menyalurkan air terawat seluruh Kelantan Utara iaitu Jajahan Machang, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas serta Tumpat. Cadangan pembinaan loji rawatan air Pengkalan Nangka Tumpat yang berkapasiti 50 juta liter sehari dengan anggaran kos RM75 juta di dalam peringkat pengambilan tanah, cadangan pembinaan loji rawatan air Pulau Setelu juga dalam pengambilan tanah, cadangan pembinaan loji rawatan air Tok Bali, Passir Puteh berkapasiti 50 juta liter, cadangan loji tawatan air Serendah Kota Bharu berkapasiti 500 juta liter.
Itulah perancangan-perancangan yang saya sebutkan tadi untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan. Maknanya fokusnya AKSB memberi perkhidmatan itu adalah dalam perancangan. Cuma masa yang akan menentukan. Supa kita tanam durian la, tanam tahun ni tak tubik hasil lagi. Dea 3,4 tahun merasa. Kita buat loji hari ni 3 tahun dengan semua proses-proses tu jadi kita kena tunggu la sikit, ambik masalah sikit sabar la neh. Dan keadaan yang sedemikian apabila keadaan yang musim-musim yang memerlukan perkhidmatan air musim perayaan dan sebagainya kita telah gerakkan lori air khas kita tu untuk bergantung kepada permintaan-permintaan untuk menyelesaikan…… dan perancangan-perancangan itu Insha Allah pada tahun depan ni akan diteliti supaya perjalanannya lebih baik sebelum daripada ini Insha Allah. Sabar dan kita semua kena beri sokongan dan kena beri kefahaman. Puak-puak ADUN ni kita minta jangan duk tea Kerajaan, dia kena tolong Kerajaan. Ni perancangan-perancangan supaya kita memahami proses untuk menyelesaikan air. Jangan pulak puak demo paling tea nyakyo kita sore.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Kita teruskan dengan Pantai Irama…
Peraturan Dewan Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan…
Kita teruskan dengan Yang Berhormat Pantai Irama…silakan…
Peraturan Dewan Yang Berhormat Dato’ Speaker, Peraturan Dewan berkenaan dengan kenyataan Yang Berhormat EXCO sebentar tadi. Saya sedikit nak memperbetulkan kenyataan Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan Negeri Kelantan tidak pernah mendapat geran. Saya merujuk kepada jawapan daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man yang mantan Menteri Alam Sekitar dan Air yang menyatakan dalam Dewan Negara menjawab persoalan daripada Tuan Ir.Haji Khairil Nizam Bin Khiruddin. Dewan Negara jawab Kelantan dah terima sejak RMK KE-8 hingga RMK KE-11….
[MEMOTONG] Yang Berhormat Dato’ Speaker,
…pinjaman RM907,166 juta geran …
Yang Berhormat Dato’ Speaker, minta laluan sekejap. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai Ahli Dewan saya nak tahu Peraturan Dewan yang dibawa oleh Galas. Sekurang-kurangnya kita Ahli-Ahli..
Sebutkan Peraturan Dewan nombor berapo?
Sebab kita nak rujuk di peringkat Peraturan Dewan….
Muka surat 20 Yang Berhormat, Perkara Yang Mustahak Bagi Orang Ramai.
Perkara...
....RM166 juta pernah diberikan kepada Negeri Kelantan berbentuk geran, terima kasih.
Acu check molek geran ko pinjaman? Hok jawapan tu jawapanlah sananya saya nak jugak tu. Sebab saya dalam mesyuarat EXCO telah dinyatakan bahawa dan perbincnagan antara Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita antara PMX menyatakan bahawa kita tidak pernah menerima geran. Jadi jawapan tu kena check kebenarannya walaupun benda tu ada hansard dan sebagainya. Tetapi adakah pelaksanaannya berlaku.
...baik...saya merujuk kepada Perkara 77 pemberitahuan pertanyaan bukan lisan Dewan Negara.
Dak, itu betul..itu jawapan tapi sapa ko dok pitih tu ke Kelate tu kena check jugak. Kena check dengan PKN kita ni duit tu sapa ko dop.
Baik nati kita check...
Baik, terima kasih Galas, sila duduk..terima kasih Yang Berhormat EXCO.
...saya jawab doh tu...
Kita teruskan dengan Pantai Irama, sila teruskan...
Yang Berhormat Dato’ Speaker pohon jawapan kepada soalan saya nombor 11. Soalan 11: [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk adakan taman rekreasi dan taman air di Pantai Irama Bachok.]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Pantai Irama atas soalan. Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Bachok sedang menyediakan satu ‘Masterplan’ bagi Cadangan Pembangunan di Pantai Irama dan antara komponen pembangunan yang dicadangkan adalah taman rekreaksi. Manakala bagi cadangan Taman Tema air Di Pantai Irama, Kerajaan Negeri bersedia dan mempelawa mana-mana pelabur yang berminat untuk menjayakan hasrat tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Silakan soalan tambahan...
.....terima kasih di atas jawapan pihak Kerajaan. Dewan Negeri Dewan yang mulia, soalan dan jawapan diambil kira, bercakap di sini bukan saja-saja, usaha bina rakyat sihat, negeri sejahtera.
Soalan tambahan sayanya... selain daripada kawasan pelancongan Pantai Irama yang dibangunkan Taman Rekreasi adakah Kerajaan bercadang ataupun ada perancangan Kerajaan tempat-tempat di pantai-pantai lain di kawasan Bachok termasuk Pantai Impian Kemasin, Pantai Senok dan juga Kandis.
Terima kasih.
Terima kasih Pantai Irama atas soalan tambahan, sebagaimana kita ketahui Kelantan dikurniakan sumber alam semula jadi tempat-tempat menarik daripada Pengkalan Kubor sampai Semerak terbentang luas pantai-pantai berpuluh-puluh pantai yang menarik dan saya percaya jika kita berkunjung ke pantai-pantai sepanjang Pengkalan Kubor- Semerak kita dapat lihat pembangunan-pembangunan naiktaraf yang telah kita laksanakan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri dan juga agensi-agensi Kerajaan Pusat. Dan untuk kawasan Bachok antara pantai yang terdapat di Bachok iaitu Pantai Irama, Pantai Melawi, Pantai Senok. Untuk Pantai Senok atau di namakan Pantai Nami Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang telah membuat pembentangan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berkunjung ke Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang telah memohon peruntukan khas untuk pembangunan Pantai Senok bertuah Pantai Irama nih berjumlah RM2 juta tak silap dan Insha Allah akan diberi kelulusan untuk naiktaraf Pantai Senok.
Sebelum tu pun kita dah naiktaraf Pantai Senok kita dah bina tandas, kita dah elokkan jalan masuk ke Pantai Senok dan terdekat kita akan membuat permohonan untuk membuat jambatan menyambung Pantai Senok ke Pantai Nusuk. Pantai Kemasin, Kubang Golok, Pantai Telong, Pantai Kemayang, Kemayang pun kalau kita pergi sekarang ni dah viral Pantai Kemayang banyak pembangunan telah dibuat. Pantai Telong pembangunan telah dibuat oleh pihak-pihak swasta pemilik-pemilik tanah yang telah membangunkan chalet-chalet , kolam-kolam renang, Pantai-Pantai Aur, Pantai Kandis. Sebagaimana saya telah jawabkan soalan Wakaf Bharu tadi kita sentiasa berusaha untuk mencari peruntukan-peruntukan untuk kita menaiktaraf semua tempat menarik di Kelantan bukan sahaja di kawasan pantai bahkan kawasan pergunungan di kawasan Jeli sampai ke Gua Musang sampai ke Lojing.
Ni lah antara kriteria yang diambil kira yang boleh memberikan kebahagian kepada penduduk dan untuk tambahannya semua daerah dalam Kelantan mencapai taraf Bandar Bahagia. Cuma yang disenarai khas 10 yang teratas nombor 2 Jeli. Semua daerah di Kelantan ni bahagia dan mampan. Insha Allah dan saya mengambil kesempatan untuk menjawab secara ringkas soalan tambahan daripada Gaul Periok tadi berkenaan dengan permohonanan untuk dijadikan Rantau Panjang sebagai satu Majlis Daerah.
Untuk makluman Gual Periok Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang telah menghantar surat minit kepada saya supaya dibuat kajian mengenai kebolehsanaan ataupun kebarangkalian untuk menjadikan Rantau Panjang sebagai satu Majlis Daerah. Saya telah memohon kepada Kerajaan Tempatan untuk membuat kajian khas mengenai impak implikasi kewangan pentadbiran dan juga laporan mengenai kutipan jumlah pegangan yang ada di Rantau Panjang untuk kita membuat keputusan sama ada untuk kita mengadakan satu Majlis Daerah di Rantau Panjang ataupun kita akan memberikan konsesi untuk kerja-kerja pembersihanlah di kawasan Rantau Panjang untuk menjadikan Rantau Panjang sebagai satu destinasi pelancongan pusat beli belah yang berpotensi memberikan imbuhan atau pun peluang-peluang pekerjaan untuk menambahkan pendapatan kepada penduduk di Rantau Panjang.
Terima kasih.
Kita teruskan dengan Yang Berhormat Paloh.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, mohon jawapan saya soalan nombor 12.
Soalan 12 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, jumlah hak milik tanah/Geran yang dikeluarkan kepada pemohon-pemohon di jajahan Gua Musang daripada tahun 2023 sehingga kini, dan apakah
langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah tunggakan penyelesaian pemberian milik tanah ini.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Paloh.
Jumlah hakmilik yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dari tahun 2023 sehingga kini berjumlah 1905 hakmilik:
Antara langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah tunggakan pemberian milik tanah adalah sebagaimana berikut :-
a) Membuat penyelesaian dan memproses geran secara berkelompok di mana dari tahun 2019 - 2024 sebanyak 5328 hakmilik tanah telah didaftarkan dan dikeluarkan hakmilik.
b) Melaksanakan pemutihan semula fail-fail permohonan yang lama. Bagi mengesan status dan alamat terkini pemohon pentadbiran ini telah membuat semakan dengan pejabat Pendaftaran Negara dan sehingga kini 878 fail permohonan telah dibuat proses pemutihan semula.
c) Pentadbiran ini juga telah mengehadkan 300 permohonan milik tanah setahun bagi mengurangkan tunggakan fail.
d) Meningkatkan perjawatan/pengisian jawatan penolong pegawai tanah di Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang dan cadangan permohonan ini telah diangkat kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk pengambilan melalui skim MySTEP.
e) Membuat pengemaskinian dan semakan semula pengeluaran Notis 5A (Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar) kepada permohonan yang telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Sekian.
Silakan, Paloh..
Er…terima kasih yang tak terhinggalah kepada Yang Berhormat MB kita yang telah menyampaikan geran baru-baru ini saya mewakili masyarakat DUN Paloh mengucapkan ribuan terima kasihlah. Cuma ada sedikit makluman dan telah dimaklumkan kepada saya maklum balas yang diterima bahawa antara masalah-masalah dalam menyelesaikan tunggakan pemberian milikan tanah ini adalah disebabkan kekurangan kakitangan dan pegawai untuk melakukan kerja-kerja siasatan dan teknikal. Apakah Kerajaan melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan mempunyai cadangan untuk menambah kakitangan bagi menyelesaikan masalah ini.
Terima kasih sebenar saya dah menjawab soalan tersebut bahawa sedang dalam proses pengisian Jawatan Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sedang dalam proses.
Silakan Melor..
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, kalau boleh Yang Amat Berhormat.. soalan tambahan, sejauhmanakah status pelaksanaan pengurusan kaedah digital E- Tanah yang dilihat dapat lebih menyelesaikan permohonan-permohonan tanah?
Kaedah itu sedang digunakan dan kita akan update dari masa ke semasa.
Baik, kita teruskan dengan Yang Berhormat Dabong, silakan…
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 13.
Soalan 13 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha Kerajaan Negeri bagi melahirkan tenaga pengasuh kanak-kanak terlatih bagi merealisasikan Dasar Kanak-Kanak Fitrah Negeri Kelantan?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dabong, yang saya rasa amat prihatin kepada Wanita dan juga keluarga untuk negeri Kelantan. Sebagaimana kita ketahui Kerajaan Negeri memang memandang serius dan juga komited dalam usaha melahirkan tenaga pengasuh kanak-kanak yang terlatih dan juga yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu antara usaha Kerajaan Negeri adalah pertama, menggubal dasar kanak-kanak ϐitrah Kelantan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Mantan-Mantan EXCO Wanita yang lepas yang telah menggubal lebih kurang 7 dasar untuk negeri Kelantan dan salah satunya menggubal dasar kanak-kanak ϐitrah yang mana dasar ini telah diluluskan pada tahun 2008.
Kualiti masyarakat masa depan adalah bergantung kepada kualiti kanak-kanak kerana mereka yang akan mencorak pembangunan dan masa depan negara dan juga ummah. Tanggungjawab mencorakkan kanak-kanak adalah terletak bukan saja di atas bahu ibu bapa tetapi ia juga terletak di atas bahu masyarakat dan juga Kerajaan. Sehubungan dengan itu, satu dasar kanak-kanak telah digubal berteraskan syariat Islam yang memberikan penumpuan sepenuhnya kepada hak dan tanggungjawab yang dimiliki oleh kanak-kanak. Sabda Rasulullah S.A yang bermaksud setiap anak adalah dilahirkan dalam keadaan ϔitrah maka ibubapanya yang menjadikan anak tersebut yahudi atau Nasrani atau majusi.
Dasar ini ialah sebagai panduan, iaitu panduan utama kepada semua pihak yang terlibat dalam apa jua dalam perkara yang boleh melibatkan kanak-kanak termasuklah dalam perihal perkhidmatan pengasuhan. Dasar ini telah disebar luaskan di setiap Kawasan Parlimen, melalui media sosial, seminar, pamphlet, papan-papan iklan dan sebagainya.
Kedua, Skim Halimatul Saadiah iaitu kepada pengasuh dirumah, skim ini telah digubal dan ianya adalah bertujuan untuk melahirkan pengasuh yang terlatih dan berilmu dalam Pendidikan awal anak-anak secara formal. Skim ini terdiri daripada 4 komponen iaitu Kursus Halimatul Saadiah Siri 1, kursus Halimatul Saadiah Siri 2, Lawatan Penilaian ke rumah pengasuh dan juga penyampaian one off sebanyak RM500 kepada pengasuh yang terpilih. Penerima skim ini akan dinilai dan penilainya ialah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pakar perubatan dan penilai yang dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Melalui program ini pengasuh akan menerima ilmu iaitu berkaitan nutrisi makanan, kesihatan, untuk kanak-kanak keselamatan untuk kanak-kanak dan bantuan awal untuk kecemasan.
Ketiga, Kursus Asuhan Permata (KAP) kepada Pengasuh di Taska. Ada 2 program Kursus Asas Asuhan Permata yang telah kita laksanakan iaitu kursus asuhan permata dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia. Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah mengadakan Kursus Asuhan Permata dengan kerjasama kepada 100 orang pengasuh taska yang terpilih. Kursus asas ini adalah kursus yang diiktiraf oleh pihak JKM dan diwajibkan kepada semua pengusaha dan juga pengasuh di taska-taska. Kursus asuhan permata dengan tajaan penuh oleh Kerajaan Negeri kita ada juga menganjur kursus yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri sendiri iaitu pada tahun ini tahun 2024 Kerajaan Negeri telah bekerjasama excellent pelan concultancy dan juga management Sdn. Bhd akan mengadakan kursus ini kepada 120 pengasuh daripada taska-taska terpilih di seluruh Kelantan dengan tajaan bernilai RM1,150 setiap seorang. Sasaran kita seramai 750 pengasuh yang akan mengikuti kursus ini dalam tempoh 5 tahun ianya bertujuan untuk memberi latihan kepada pelatih ini agar benar-benar menjadi pengasuh yang lengkap orang panggil dari sudut tatacara dan kaedah menjadi pengasuh yang terbaik.
Kita juga mewujudkan taska yang bernaung dibawah Kerajaan Negeri di setiap Jajahan. Ada 2 jenis taska yang dimaksud iaitu Taska Keluarga
Mawaddah ianya ditubuhkan pada 2015 di bawah seliaan Urusetia ataupun U-KEKWA. Taska Mawaddah ini mengguna pakai silibus khas pendidikan awal kanak-kanak yang selaras dengan Dasar Fitrah Kanak-Kanak Kelantan. Taska ini juga menjadi pilihan kepada ibubapa yang ingin menjadikan dan memastikan pendidikan awal kanak-kanak adalah seimbang dunia dan akhirat.
Taska swasta yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2021 kita membina kerjasama dengan taska swasta terpilih di seluruh negeri Kelantan dengan kita memberikan suntikan modal dan juga bantuan peralatan terpilih dan taska ini juga mengguna pakai beberapa silibus tambahan yang kita wajibkan untuk kita selaraskan dengan Dasar Kanak-Kanak Fitrah. Mereka juga akan menjadi contoh kepada taska-taska yang lain dengan dinilai dan dipantau secara berkala oleh pihak U-KEKWA dan juga pihak JKM.
Akhir sekali semoga dengan usaha yang dibuat oleh Kerajaan ini ianya dapat membentuk ataupun membina generasi masa depan yang berkualiti mengikut kehendak Allah S.W.T .... sekian terima kasih.
Dipersilakan Dabong.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk pengasuh di rumah mengikuti skim Halimatul Saadiah dan berapakah jumlah pengasuh yang mendapat skim ini?
Terima kasih Dabong di atas soalan tambahan. Skim Halimatul Saadiah adalah skim yang dikhususkan untuk pengasuh di rumah. Pengasuh yang ingin menyertai kursus ini mestilah rakyat Kelantan berusia 25 tahun ke atas, mengasuh sekurang-kurangnya 2 orang kanak-kanak bukan anak dan juga bukan cucu sendiri dan mempunyai pengalaman pengasuh sekurang-kurangnya selama satu tahun. Sehingga kini jumlah yang bersama dengan kita seramai 408 orang.
Sekian, terima kasih.
Silakan Pantai Irama...
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya ucap tahniah dan syabas kepada pihak Kerajaan dalam usaha membangunkan keluarga bahagia, keluarga mawarddah dengan program-program yang diatur dan juga disusun. Soalan saya adakah Kerajaan bercadang atau pernah mengadakan sambutan khusus untuk meraikan kanak-kanak selari dengan Dasar Kanak-Kanak Fitrah Kelantan? Terima kasih.
Pihak Kerajaan sentiasa meraikan golongan kanak-kanak ini ia merupakan aset penting. Kerajaan Negeri telah menetapkan tarikh 12 Rabiul Awal setiap tahun sebagai tarikh sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat Negeri Kelantan iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A dan inisiatif ini di ambil dengan hasrat agar generasi kanak-kanak ini dilatih untuk lebih mengenali dan menjadikan Baginda S.A sebagai contoh tauladan dan khudul hasanah untuk mereka. Kerajaan Negeri telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Kelantan pada 2015 dan sambutan hari kanak-kanak peringkat DUN pada tahun 2018 dan 2023.
Dipersilakan Kota Lama.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan tahniah kepada YB EXCO di atas inisiatif bagus untuk kanak-kanak kita. Soalan saya yang pertama adakah sebarang langkah-langkah yang diambil untuk mengawasi dan menilai prestasi pengasuh secara berkala untuk memastikan mereka mematuhi standard dan etika dalam menjaga kanak-kanak kita ni. Soalan keduanya adalah ini berhubung dengan kebajikan guru yang pengasuh dan guru-guru pra sekolah yang telah berkorban sekian lama untuk mengasuh dan mendidik anak kita. Saya ingin merujuk apa yang dikatakan satu memo tahun ini daripada ibupejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk arahan menjalankan
pemeriksaan berkanun ke atas Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI, SRITI dan SMITI di seluruh Semenanjung dan Labuan. Ini kita dimaklumkan ia berkaitan dengan isu pekerja PASTI, SRITI dan SMITI dibayar gaji rendah dari kadar gaji yang ditetapkan di bawah perintah gaji minimum 2022 dan selain itu dibangkitkan juga berkaitan pekerja-pekerja yang tidak dicarum KWSP dan PERKESO. Saya mahu tahu pendirian Kerajaan Negeri dalam hal ini dan apakah tindakan yang diambil berkaitan hal ini, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan.
Terima kasih atas soalan tambahan penilaian kepada pengasuh-pengasuh taska ni sebagaimana yang saya katakan tadi kita akan membuat penilaian kepada setiap taska yang berurusan dengan kita terlibat dengan kita dari masa ke semasa sebagaimana saya katakan tadi dengan JKM. Dan mengenai tadi tenaga pengajar PASTI ianya satu bukan terlibat dengan Kerajaan dan ianya adalah lebih kepada sukarelawan. Terima kasih.
Baik terima kasih Yang Berhormat EXCO pada semua Yang Berhormat yang telah bersama-sama pada sidang Dewan kali ini. Saya berhasrat untuk menangguhkan sidang Dewan pada pagi ini. Sebelum saya tangguhkan Sidang Dewan sukalah saya berpesan kepada ke semua Yang Berhormat supaya berhati-hati apabila membaca atau menggunakan buku ini. Janganlah sesekali...janganlah sesekali menyalahgunakan buku ini. Semua perkara yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap saling kait mengait ianya tidak berdiri di atas kaki sendiri. Ada Yang Berhormat menyebut Perkara 27.5 dan ianya berkait dengan Perkara 24 tetapi jawapan sudah tertulis pada Perkara 26.3 dan 26.4. Pada masa yang sama apabila saya bertanya kepada Yang Berhormat merujuk kepada Perkara berapa? Bukan mukasurat berapa? Yang disebut adalah mukasurat 20 [cadangan untuk menanguhkan Dewan] sedangkan saya tidak berhasrat untuk menangguhkan Dewan pada masa tersebut. Sekali lagi saya berpesan dan memberi ingatan kepada ke semua Yang Berhormat supaya jangan menyalahgunakan buku merah ini [sambil mengangkat standing order].
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kita akan disambung semula pada esok pagi. Marilah sama-sama kita tangguhkan Sidang Dewan dengan Tasbih Kafarah dan Suratul Asr’.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.00 PAGI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK HARI 06HB JUN 2024, JAM 09.00 PAGI.