Kelantan · 6 June 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 149 turns · 12,362 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, Hari Yang Ketiga. …… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Bacaan Doa. [ SAMBIL BERDIRI ]
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Soalan-Soalan Yang Diberitahu. Soalan-soalan Dikemukakan Untuk Mendapat Jawapan Mulut.
Dipersilakan Yang Berhormat Paloh.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya ado nok pantun sikit lah pasal ore lain duk pantun.
Hari ini hari Khamis lusa hari Sabtu, Mohon Timbalan Speaker jawab soalan saya nombor satu.
Terima kasih.
Soalan 1 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha dan perancangan Kerajaan Negeri dalam meneroka peluang dan sektor baru bagi meningkatkan pendapatan dan kutipan hasil baru bagi Negeri Kelantan. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Paloh yang mengemukakan soalan. Sebenarnya soalan ini telah pun saya soalan sama dengan soalan ini saya telah jawab pada hari yang pertama iaitu soalan nombor 11 daripada Yang Berhormat ADUN Pasir Tumboh. Oleh kerana itu, saya tidak berhasrat untuk mengulangi jawapan yang sama. Sekian terima kasih.
Silakan Limbongan.
Okay terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua dan soalan tambahan lah. Jawapan sudah dijawab dan saya ada soalan tambahan, adakah Kerajaan berhasrat untuk meneroka hasil baru menerusi sektor akuakultur, sekiranya ya apakah insentif yang boleh Kerajaan Negeri tawarkan bagi mengembangkan sektor ini.
Sebenarnya tak perlu ada soalan tambahan tetapi In Shaa Allah Kerajaan akan buat kajian tentang perkara tersebut.
Baik kita teruskan dengan Yang Berhormat Semerak.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا (AUDIO TIDAK BERFUNGSI) Peraturan Dewan… Soalan 2 mohon jawapan. Soalan 2 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah status terkini Enakmen Kawalan Hiburan yang mana telah lama tidak dipinda? ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, kajian terhadap Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang mana selepas ini akan hanya dirujuk sebagai Enakmen Hiburan 1998 untuk dimudahkan sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh satu jawatankuasa yang dibentuk oleh Kerajaan yang kita namakan sebagai Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan yang mana saya mempengerusikan jawankuasa induk tersebut. Berdasarkan kajian Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan telah mencadangkan untuk memansuhkan enakmen sedia ada iaitu Enakmen
Hiburan Tahun 1998 yang disebutkan tadi dengan menggubal Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan Dan Tempat Hiburan yang baru. Draf Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan Dan Tempat Hiburan telah diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang kali yang ke-9 2024 pada 8hb Mei 2024 dan telah pun disahkan pada 15hb Mei 2024 yang mana telah membuat keputusan bersetuju meluluskan cadangan Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan Dan Tempat Hiburan 2024.
Rang Undang-Undang ini dijangka dibentangkan dalam Sidang DUN yang akan datang. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan juga sedang mengkaji dan menggubal peraturan-peraturan dibawah rang undang-undang baru tersebut. Terima kasih.
Silakan Semerak.
Terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat atas jawapan yang diberikan. Cuma apakah pendekatan Kerajaan Negeri terhadap artis-artis yang memberi imej yang kurang baik dan berlawanan dengan dasar PMBI yang kita amalkan.
Terima kasih Semerak atas soalan yang dibangkitkan dalam sesi soalan tambahan itu. Itu lah yang sebenarnya yang menjadi keprihatinan Kerajaan Negeri apabila setelah 2 dekad pelaksanaan enakmen tersebut didapati ada pelanggaran oleh pihak-pihak yang kita rasakan mungkin tidak sedar ataupun tidak bertanggungjawab. Maka sebab itu lah Kerajaan mengambil langkah untuk melihat dan meneliti bagaimanakah caranya Kerajaan dapat mengawal dan juga memastikan perkara-perkara sebenarnya bukan sahaja memberikan imej yang tidak baik kepada negeri dan rakyat Negeri Kelantan yang melanggar tatasusila, bukan sahaja adat tetapi peraturan agama. In Shaa Allah kita akan melihat perkara ini dan kita akan mengambil kira dalam kajian tersebut. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Jelawat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar. Soalan saya apakah pembaharuan ataupun penambahbaikan yang dicadangkan dalam Enakmen Kawalan Hiburan yang bakal dipinda ini dan adakah turut sama selain daripada artis turut sama melibatkan kesalahan yang dilakukan oleh penonton, contohnya penonton yang berjoget, bergelek dan sebagainya. Terima kasih.
Peraturan dan undang-undang Yang Berhormat Dato’ Speaker adalah salah satu daripada bentuk kawalan tetapi yang lebih pentingnya adalah kesedaran daripada kalangan rakyat dan juga pendidikan. Di antara penambahbaikan yang telah pun dipertimbangkan adalah pewujudan kesalahan-kesalahan baru antaranya adalah larangan terhadap aktiviti hiburan yang mengandungi, mempromosi, mempunyai atau diselitkan dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan akhlak termasuklah juga tindakan-tindakan sebahagian daripada penonton yang hadir sebagaimana yang dibangkitkan tadi.
Begitu juga dengan perlanggaran tatasusila dan juga moral, menyokong atau menormalisasikan LGBTQ, memecahbelahkan keharmonian dan juga perpaduan kaum, menghina agama bukan sahaja menghina agama Islam ataupun begitu juga termasuk jugalah menghina agama-agama yang lain yang dikira boleh memecahbelahkan keharmonian dan juga perpaduan kaum dan agama dalam negeri dan juga mengelakkan daripada percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan dan kawalan.
Kita juga mempertimbangkan untuk menaikkan kadar denda kesalahan-kesalahan di dalam rang undang-undang ini terhadap individu, perbadanan ataupun mana-mana pihak. Antara cadangan kita adalah daripada RM 20 000 yang ada kepada RM 50 000 denda supaya mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa pada masa yang sama mengajar tatatertib, tatalaku individu ataupun perbadanan dalam soal hiburan ini.
Kita juga ada mewujudkan permohonan lesen, penjualan tiket dan serahan notis secara elektronik. Ini mengikut kaedah yang baru dan up to date lah dengan mengambil kira medium alam maya secara elektronik. Antaranya lagi adalah memantapkan prosedur penguatkuasaan dengan menambahbaik kuasa-kuasa penguatkuasaan berkaitan kuasa untuk masuk, kuasa untuk menyiasat dan menyita peralatan hiburan termasuk barangan elektronik.
Kita juga mewujudkan peruntukan berkenaan tanggungan kos bagi memindahkan (AUDIO TIDAK BERFUNGSI) yang menjadi hutang kepada pihak berkuasa negeri. Dan yang penting adalah undang-undang ini akan mengambil kira dasar semasa Kerajaan Negeri dan ianya In Shaa Allah akan dibentangkan dalam sidang DUN yang akan datang.
Kita teruskan dengan Yang Berhormat Chetok.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan saya soalan nombor 3.
Soalan 3 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, status semasa projek pembinaan Empangan Nenggiri dan bilakah jangkaannya projek ini akan siap?]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Chetok. Empangan Nenggiri telah ataupun sedang dalam pembinaan oleh sebuah syarikat anak syarikat TNB dan projek ini telah dimulakan sejak Mac 2022, sehingga kini projek ini sudah mencapai kemajuan hampir 40%. Dan proses berikutnya proses penakungan yang akan mewujudkan tasik
seluas lebih kurang 5000 hektar akan bermula pada suku keempat tahun 2026, dan projek ini In Shaa Allah dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2027. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Chetok.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada jawapan daripada pihak kerajaan. Soalan tambahan saya adalah apakah kesan ataupun impak terhadap alam sekitar dan juga geografi muka bumi setelah projek hidro Nenggiri ini selesai kelak ?
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Chetok. Saya sebenarnya mengambil kesempatan ini untuk ucap tahniah kepada pembinaan Empangan Nenggiri ini kerana memberi impak yang sangat besar kepada negeri Kelantan. Banyak perkara positif kesan daripada pembinaan Empangan Hidroelektrik, pertamanya dari sudut keutamaan ataupun peranan utama hidroelektrik Nenggiri ini sudah tentunya membekalkan kuasa tenaga yang konsisten yang besar yang orang kata yang mencukupi pada masa depan In Shaa Allah.
Yang keduanya, kesan daripada ada 14 buah gua yang kita tenggelamkan dan mempunyai aset yang sangat baik dan kerja-kerja ekskavasi gua itu telah pun berlaku. Dan In Shaa Allah TNB Genco akan membuat satu galeri mini hasil daripada ekskavasi itu dan akan dibuat di Gua Musang. Dan ini juga boleh menjadi satu tarikan pelancongan dan sebagainya kepada Gua Musang itu sendiri.
Yang kedua, kita tengok kepada tasik. 5000 hektar tasik besar. Loni kito ado di Banding, kito ado di Kenyir kalu kito tengok. Dan bila tasik besar banyak aktiviti-aktiviti rekreasi sungai boleh dilaksanakan memancing, camping, houseboat dan sebagainya. Dan ia menjadi pusat pelancongan yang sudah tentunya apabila benda ini berlaku maka perkembangan ataupun ledakan ekonomi akan berlaku sebesar mana itu kita tidak tahu tetapi akan berlaku di tempat sana yang menjadi tempat pelancongan yang utama barangkali suatu masa nanti di Kelantan ini.
Yang keseterusnya ialah orang asli. Orang asli juga diambil kira melalui JAKOA dan juga TNB. Kerajaan Negeri sentiasa membuat libat urus dengan orang asli ini dan mereka ini akan dirancang ditempatkan di suatu tempat yang bersepadu dengan nasihat-nasihat dan sebagainya.
Ekonomi dari sudut penginapan dan sebagainya juga akan berlaku. Yang kedua, TNB juga akan merancang untuk membuat projek solar terapung hidroelektrik. Jadi banyak benda-benda perkembangan selain daripada yang utama tadi. Selain daripada menghasilkan eletrik ataupun hidroelektrik juga membantu kita dalam sekiranya berlaku banjir-banjir besar yang ini jadi ϔlood mitigation dan juga punca air bersih, punca air pertanian dan sebagainya. Itu lah perkara-perkara positif yang berlaku hasil daripada pembinaan Empangan Nenggiri. Terima kasih.
Silakan Galas.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kita dimaklumkan bahawasanya projek ini turut menyediakan pampasan kepada pihak Kerajaan Negeri. Soalan tambahan saya ialah apakah bentuk pampasan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja oleh Negeri Kelantan tetapi terutamanya kepada penduduk-penduduk sekitar. Terima kasih.
Terima kasih Galas. Mengenai angka saya dokleh nok sebut loni lah tetapi pampasan dalam bentuk kewangan kepada Kerajaan Negeri ada. Dan juga pampasan kepada orang asli dan penempatan semula orang asli juga dalam perancangan. Terima kasih.
Kita teruskan dengan Yang Berhormat Manek Urai.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 4. Soalan 4 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, perkembangan proses menaiktaraf jalan menghubungkan Kampung Manek Urai Lama ke jalan utama FT008, Kuala Krai Kelantan? ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Manek Urai. Soalannya pendek, spesiϐik. Itu lah bersabitan dengan pembinaan jalan raya menghubungkan Kampung Manek Urai Lama ke jalan utama FT008 Kuala Krai Kelantan. Projek sedang berjalan dan kemajuan projek ialah 65.29% berbanding dengan jadual, jadual 62% maknanya projek ini maju sikit daripada jadual. Dan projek ini In Shaa Allah akan dijangka siap pada Julai 2025. Terima kasih.
Kita teruskan dengan Yang Berhormat Kuala Balah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 5. Terima kasih. Soalan 5 : [ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah kerajaan berhasrat untuk menaiktaraf Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) mengikut keperluan semasa negeri dan apakah cadangan terbaharu melibatkan pengasingan bahagian penguatkuasaan dengan JAHEAIK? ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya sebelum daripada menjawab soalan daripada Kuala Balah tadi untuk saya membetulkan beberapa fakta yang saya ada jawab pada Persidangan DUN semalam iaitu berkaitan dengan jumlah guru Al-Quran. Semalam saya menyebut satu DUN 50 orang, guru Al-Quran setiap DUN ialah seramai 60 orang. Jadi 45 DUN didarab dengan 60 bersamaan dengan 2700 guru Al-Quran yang kita ada. Dan mereka dibayar elaun sebanyak RM 200, jadi menjadikan jumlah pada setiap bulan Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 540 000 sebulan. Makna jumlah yang besar sebenarnya untuk guru Al-Quran ini. Dan begitu juga dengan guru Fardu Ain, satu DUN seramai 5 orang elaunnya RM 200 jadi Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 45 000 sebulan.
Menjawab kepada persoalan Kuala Balah tadi berkaitan dengan penaiktarafan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan juga bahagian-bahagian yang tertentu. Kerajaan Negeri pada dasarnya telahpun menaiktaraϐkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengikut situasi semasa. Kalau kita ingat pada tahun 2015 sebelum ini bahagian pendakwaan syariah telah pun dinaiktaraf menjadi Jabatan Pendakwaan Syariah. Jadi asas-asas pertimbangan pemerkasaan JAHEAIK ini adalah berdasarkan kepada yang pertamanya ialah perubahan persekitaran itu yang didorong oleh faktor-faktor luaran dan dalaman termasuklah pelbagai isu agama yang memberi impak secara langsung kepada tanggapan dan persepsi masyarakat umum terhadap keberkesanan pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab yang dimainkan oleh JAHEAIK.
Yang keduanya ialah untuk meningkatkan tahap keberkesanan penyampaian perkhidmatan hal ehwal islam di peringkat jajahan dan yang ketiganya ialah pemerkasaan keupayaan dan kapasiti organisasi untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan berkesan berdasarkan bebanan tugas yang ada pada masa kini. Selain itu, pemerkasaan di JAHEAIK ini dapat dilihat melalui 3 kategori lah, yang pertamanya ialah pemerkasaan bahagian kepada jabatan. Ini melibatkan antaranya bahagian pengurusan halal itu sendiri kerana untuk menyahut seruan ataupun hasrat pentadbiran Negeri Kelantan untuk menjadikan
industri halal sebagai sektor utama Negeri Kelantan dalam menembusi pasaran domestik dan juga antarabangsa.
Dan yang keduanya ialah pemerkasaan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah kepada Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan ini bagi memenuhi hasrat Kerajaan yang akan melaksanakan sistem perundangan Islam dan merealisasikan dasar Kerajaan di samping memantapkan lagi gerak kerja pemerkasaan undang-undang syariah melalui struktur pentadbiran yang sistematik.
Dan ketiganya ialah pemerkasaan unit kepada bahagian iaitu melibatkan penstrukturan semula secara dalaman di unit kewangan, teknologi maklumat, pengurusan majlis, penerbitan dan pembangunan keluarga. Dan yang terkini Kerajaan Negeri sedang dalam pelaksanaan pemerkasaan dan pengasingan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK ini. Ini adalah satu kewajaran sebenarnya untuk memperkasakan bahagian ini setelah 25 tahun perkhidmatan dan nisbah anggota penguatkuasa sedia ada dengan jumlah penduduk Kelantan yang berjumlah 1.9 juta ini adalah seramai 74 orang sahaja. Dan jumlah penguatkuasa saya minta izin Yang Berhormat Dato’ Speaker untuk menjawab bersama soalan 10 daripada Limbongan yang bertanyakan tentang jumlah penguatkuasa yang ada di negeri dan juga di ibu pejabat negeri dan juga di jajahan. Dimana jumlah yang ada di ibu pejabat negeri adalah seramai 28 orang, ini termasuk 2 orang pemadu dan di Kota Bharu 3 orang, di Pasir Mas 4 orang, di Tumpat 6 orang, di Bachok 5 orang, di Pasir Puteh 5 orang, di Machang 4 orang, Tanah Merah 4 orang, Jeli 5, Kuala Krai 6 dan Gua Musang 4 dan di Lojing masih belum ada. Itu lah setakat jawapan ini untuk kedua-dua persoalan. Terima kasih.
Silakan Kuala Balah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih juga kepada Exco yang menjawab. Soalan saya ialah mengenai pengasingan antara JAHEAIK dan penguatkuasaan, apakah kelebihan dari segi delivery of service dengan izin. Terima kasih.
Terima kasih Kuala Balah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sudah tentu lah apabila pengasingan itu dibuat dia mempunyai impak yang tersendiri dan satu kesan yang baik yang bakal diperolehi yang melibatkan pengasingan tersebut. Yang pertamanya yang dapat saya nyatakan di sini ialah dari sudut kita dapat tingkatkan kualiti anggota yang pastinya akan membawa kepada peningkatan kes-kes yang dikuatkuasakan. Seterusnya akan menyumbang kepada juga penjanaan hasil kepada Kerajaan Negeri melalui kutipan denda.
Yang keduanya, dapat kita kuatkuasakan ataupun dapat kuatkuasakan kompaun-kompaun bagi kes-kes tertentu yang membolehkan bahagian kutipan hasil sendiri selain daripada kutipan melalui denda di mahkamah syariah.
Yang ketiganya meningkatkan mutu kerja anggota Penguatkuasa Negeri Kelantan sama ada dari sudut pemantauan dan juga tangkapan. Ini disebabkan dari pertambahan anggota pasukan penguatkuasa di seluruh jajahan yang ada.
Dan yang ke seterusnya yang keempat ialah dapat mengawal gejala sosial dan yang dapat dipertingkatkan. Dan sebenarnya kita dapat realisasikan hasrat Kerajaan yang mahu menjadikan Kelantan sebagai negeri In Shaa Allah yang pertama dapat melaksanakan pelaksanaan undang-undang syariah secara terbaik dan konsisten bagi mengekang indeks jenayah syariah setelah daripada kita dapat upgradekan penguatkuasaan tadi.
Dan yang kelimanya ialah dapat dilakukan satu penguatkuasaan yang lebih eϐisien, telus, mengikut lunas undang-undang, dapat memartabatkan sistem kehakiman di sebuah negeri dan negara. Dan yang besarnya ialah kita memberi pengiktirafan sebagai pasukan penguatkuasa yang berautoriti di dalam perkhidmatan awam setanding dengan lain-lain pasukan penguatkuasa. Terima kasih.
Silakan Pulai Chondong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam jawapan yang telah diberikan oleh Exco tadi disebut berkaitan dengan industri halal. Soalan tambahan saya, adakah pihak Kerajaan bercadang ataupun berniat untuk mewujudkan pusat latihan industri halal di negeri Kelantan. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pusat latihan industri halal ini sudah tentunya berada di peringkat kajian. Dan di peringkat kolej universiti KIAS sendiri telahpun baru mendapat sijil pengiktirafan. Jadi sudah tentu lah selepas daripada ini akan dilaksanakan secara lebih tindakan secara lebih lanjut untuk pusat latihan tersebut. Sekian.
Satu lagi soalan..
Silakan Gual Ipoh dulu lah.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Berkaitan dengan penguatkuasaan jenayah syariah ini kita difahamkan dilantik juga adalah imam termasuk bilal berserta dengan penghulu untuk menjalankan kerja-kerja mencegah maksiat dari segi tidak menutup aurat, tak hadir sembahyang jumaat, khalwat dan sebagainya. Cuma apakah kadar imbuhan ataupun elaun kepada mereka sebab saya difahamkan kos ataupun kadar elaun yang diberi kepada mereka adalah terlalu kecil. Jadi mohon buat kajian untuk sebab berambak pun tok pade,
imam bagitahu saya lah lebih kure. Cuba kita kaji semula kadar elaun penguatkuasaan untuk mereka-mereka yang dilantik ini.
Terima kasih. Pandangan tersebut akan diambil perhatian dan dibincangkan.
Silakan Limbongan.
Okay terima kasih kepada Yang Dipertua dan terima kasih kepada YB yang menjawab soalan saya tadi yang digabungkan. Jadi berkaitan dengan penguatkuasa, kalau kita lihat sekarang ini bilangan penguatkuasa itu sedikit berbanding dengan masalah-masalah yang berlaku dan saya ingin fokuskan kepada penguatkuasa wanita di setiap jajahan. Kalau saya perhatikan kurang ataupun mungkin tidak ada penguatkuasa wanita, adakah Kerajaan berhasrat untuk menambah penguatkuasa wanita dan sekiranya ditambah apakah pelaksanaan yang mereka laksanakan kerana kalau kita lihat banyak perkara-perkara yang membuat tangkapan dari sudut masalah wanita itu sendiri. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jumlah penguatkuasa wanita yang ada sekarang ini ialah seramai 12 orang dan memang lah masih belum mencukupi. Masih ada jajahan yang masih lagi tidak ada penguatkuasa wanita. Dan anggota penguatkuasa wanita ini memang penting untuk menjalankan suatu proses tangkapan yang melibatkan orang yang disyaki wanita itu sendiri. Dan sebagai maklumannya semasa tangkapan yang dibuat orang yang disyaki wanita, maka perlunya ada beberapa perkara yang memerlukan penguatkuasa wanita, tidak boleh lelaki.
Itu lah yang pertamanya, perlu diperiksa, disoal orang yang disyaki perempuan tersebut kemudian diperiksa badan orang yang disyaki tersebut dan untuk siasat barangan-barangan yang dibawa. Kemudiannya perlu diambil rakaman terhadap percakapan orang yang disyaki tersebut, kemudian mengawal mereka sebelum daripada dijamin dan memastikan
keselamatan orang yang disyaki wanita ini terjamin selamat semasa tempoh tahanan. Dan yang keseterusnya memastikan orang yang disyaki tadi memakai pakaian yang sopan sebelum dibawa ke pejabat dan perlu diiringi pulang daripada lokasi tangkapan tersebut. Yang ini lah yang memerlukan penguatkuasa wanita tersebut kenapa ada setakat ini kita akuilah ada seorang penguatkuasa wanita di jajahan-jajahan yang memerlukan cadangan yang terbaiknya sudah tentulah kita tengok boleh jadi ada sehingga ke tiga orang kerana ada yang bercuti, seorang yang uzur, boleh apa nama kita gantikan dengan yang lain yang tidak merencatkan aktiviti penguatkuasaan itu berlaku.
Jadi terima kasih kepada Limbongan yang prihatin. Memang dalam penguatkuasaan ini kita mengambil berat isu-isu yang melibatkan orang yang disyaki dan hal-hal siasatan yang melibatkan penguatkuasaan di sebelah penguatkuasa wanita yang ada dalam negeri ini. Itu sahaja.
Teruskan dengan Yang Berhormat Melor.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Saya pohon jawapan kepada soalan saya nombor 6.
Soalan 6 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah kerajaan mempunyai pelan bersepadu bersama agensi-agensi persekutuan seperti KADA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menangani sistem saliran dan perbekalan air ke sawah-sawah padi pada musim kemarau dalam Kawasan DUN Melor. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Melor. Bagi Kawasan Dun Melor, tindakan bersepadu telah diambil oleh pihak KADA dan JPS bagi menangani sistem saliran dan perbekalan air ke
sawah-sawah padi. Dalam kawasan sawah padi di DUN Melor yang boleh dikatakan keseluruhannya kawasan jelapang padi dibawah KADA. Walau bagaimanapun, untuk tindakan segera JPS Negeri Kelantan juga telah bekerjasama dengan KADA dari segi perbekalan air ke sawah padi dengan menyediakan pam-pam bergerak.
JPS dan KADA juga bekerjasama dalam perancangan jangka panjang dalam cadangan membina empangan jajar bagi memastikan pam Kemubu sentiasa berfungsi walaupun pada musim kemarau. Projek ini adalah dalam peringkat kajian kemungkinan oleh perunding.
Antara tindakan di bawah KADA untuk mengatasi isu kemarau bagi memastikan hasil padi tidak rosak adalah seperti berikut:
• Pembinaan telaga tiub berkapasiti tinggi yang bersaiz 10 – 12 inci diameter.
• Pembinaan telaga tiub yang bersaiz 3 – 4 inci.
• Meletakkan pam mudah alih di setiap offtake tali air kedua & tali air ketiga yang berada di sepanjang tali air Peringat dlm kawasan PKJ atau Pejabat KADA Jajahan Kota Bharu Selatan daripada sumber Empangan Ketereh.
• Pembinaan ‘DRAINAGE CONTROL’ di lokasi saliran yang bersesuaian seperti Sungai Lebai Jelan, dan penyelenggaraan kolam takungan di Badang Bechah Gerda dalam anggaran 1 ekar dan kolam di Badang Lubuk Jakar dalam anggaran 4 ekar milik persendirian yang telah dibuat perbincangan.
Sekian terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Melor.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya berkaitan dengan, sekarang kita tahu bahawa kita semakin menghadapi perubahan cuaca yang sangat ekstrem. Kalau banjir, banjir yang besar. Kalau
kemarau, kemarau yang lama dan sangat kering. Dan saya tengok bukan sahaja di Melor bahkan di semua tempat sistem perparitan kita, sistem saliran yang ada sekarang itu lah tali air apa semua daripada 56 tahun 60 tahun dulu.
Apa yang saya tengok sungai utama yang menyediakan air ke tali-tali air lebih rendah daripada tali air, petak-petak sawah lebih tinggi daripada tali air jadi kita memerlukan isipadu air yang sangat tinggi untuk membolehkan air sampai ke petak-petak sawah padi. Jadi bila lama kering tali air ini nak penuh tu pun dah ratusan juta liter sebelum dapat kita alirkan kepada sawah padi. Saya nak tahulah kalau adakah di sana terdapat perancangan untuk major reform tentang sistem saliran ini menggunakan kaedah lain sebab kalau saya tengok kalau kita berjalan di area Sekinchan, Kuala Selangor kita tengok mereka gunakan sistem palong, yang saya percaya palong ini mengurangkan pembaziran air. Dan kalau di negara-negara maju mereka menanam paip, jadi banyak air yang tidak terbazir dalam keadaan untuk kegunaan populasi pun kita kekurangan air. Jadi mungkin saya ingin tahu sama ada kerajaan bercadang bekerjasama dengan agensi persekutuan untuk melakukan merancang reform terhadap sistem perparitan kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Melor. Memang Kerajaan Negeri telah membuat persiapan dan sentiasa membuat perbincangan dengan jabatan dimana di awal tahun 2024 kita telah membuat bengkel isu padi dan beras negeri Kelantan yang kita jemput jabatan dan wakil-wakil PPK dan juga petani yang terlibat termasuk Pejabat Kawal Selia Padi Beras. Yang mana kita dah ada resolusi, lebih kurang 10 resolusikita telah angkat kepada kerajaan dan telah dimasukkan kepada permohonan kepada Kementerian lah tentang beberapa cadangan Yang Berhormat Melor tadi. Semuanya telah dimasukkan di dalam permohonan kita kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang In Shaa Allah dari fasa ke fasa seterusnya akan berlaku penaiktarafan saliran dan pengairan mengikut kewangan dan juga kajian yang telah dibuat oleh KADA, JPS, IADA Kemasin Semerak, Jabatan Pertanian dan lain-lain jabatan yang berkaitan. Terima kasih diatas cadangan tadi yang telah pihak kami mengenalpasti kaedah-kaedah yang sesuai di negeri Kelantan.
Silakan Kota Lama.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Exco yang menyebutkan bahawa masalah bekalan air kepada pesawah padi tidak hanya berkait rapat dengan fenomena elnino atau kemarau di negeri Kelantan. Namun ada lagi faktor-faktor yang lain yang kita tidak dapat tolak dia.
Saya merujuk kepada satu laporan audit, ketua audit negara untuk negeri Kelantan tahun 2018 yang mana telah mengaudit projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan. Dan hasil dapatan audit negara itu telah mengatakan bahawa aras dasar Sungai Kelantan menjadi tidak sekata dan berlaku penurunan ketara daripada 5.66 meter pada 2011 kepada 8.04 meter di kawasan projek Lembah Sireh.
Dan JPS telah mengeluarkan arahan perberhentian pengambilan pasir bermula 1 kilometer sebelum dan selepas Jambatan Sungai Yahya Petra kerana dibimbangi menjejaskan struktur jambatan. Saya nak bangkitkan adalah di muka sauk pam Kemubu ia juga tidak dapat mengambil air dari Sungai Kelantan kerana aras sungai semakin rendah disebabkan aktiviti pengorekan pasir berleluasa berlaku di sepanjang Sungai Kelantan terutama berhampiran rumah pam Kemubu. Jadi soalan saya apakah tindakan Kerajaan Negeri adakah ada cadangan untuk menilai semula begitu banyak aktiviti pengorekan pasir ini antaranya adalah untuk membantu menyelesaikan masalah pesawah yang banyak dibangkitkan oleh ADUN-ADUN kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Kota Lama. Memang ini merupakan tanggungjawab besar KADA yang menguruskan padi dan tidak kita naϐikan dengan kerjasama JPS dan juga yang paling penting ialah sumber air daripada yang Allah Taala turunkan dan jadikan ada sungai-sungai. Yang ini merupakan berlaku secara global perubahan iklim dan sebagainya dan kesan daripada
berlaku pembangunan. Jadi yang kita tengok ialah Empangan Kemubu 1 dan 2 ini agak lama yang masih muka sauknya tergantung kerana pam itu dengan cara yang lama. Yang In Shaa Allah sedang dalam pembinaan Empangan Kemubu 3 yang sekarang ini tahap airnya sekitar 2.9 hingga 3 meter lah. Jadi sekiranya siap Empangan Kemubu 3 yang dijangkakan tahun hadapan In Shaa Allah 2 meter daripada paras bawah dapat disedut air.
Ini lah yang dibincang di peringkat agensi-agensi terlibat dengan KADA dan diangkat permohonan kepada Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini yang diluluskan ialah kita tidak boleh menyalahkan sungai sebab kita ada kaedah-kaedah terkini teknologi baru yang kita boleh menyedut air melalui teknologi ϔloating, makna kita ambil daripada tengah-tengah sungai dimasukkan ke dalam Empangan Kemubu. Yang ini lah yang kita nak beli melalui KADA dan juga UPEN menguruskan sebanyak 15 buah pam yang kita boleh sedut daripada tengah sungai. In Shaa Allah sekiranya bajet ini turun dengan segera kita boleh menguruskan bersama-sama dengan KADA dan JPS dan ketiga-tiga empangan ini akan berfungsi dengan baik kerana air sungai walaupun dia cetek masih ada 2 meter yang tak pernah Sungai Kelantan ini kering sepenuhnya. In Shaa Allah padi akan dapat diuruskan sekiranya bajet yang cukup turun untuk rakyat negeri Kelantan. Sekian terima kasih.
Silakan Tendong, Yang Berhormat Tendong.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan. Selain daripada yang disebutkan oleh pihak Kerajaan tadi, kita mempunyai beberapa kaedah untuk menyedut air daripada sungai. Cuma saya bangun ini sebab takut ada kekeliruan dalam Dewan ini, ingin bertanya kepada Exco nya apakah aktiviti-aktiviti mengorek pasir sebagaimana disebut oleh Kota Lama. Aktiviti mengorek pasir ini boleh mencetekkan sungai ataupun boleh mendalamkan sungai dengan aktiviti sebab saya keliru dengan Kota Lama tadi. Bila aktiviti mengorek pasir ini banyak menyebabkan sungai makin cetek. Jadi minta penjelasan daripada Exco.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan tambahan daripada Tendong. Saya sebut tadi ialah keperluan kepada pembangunan dan juga keselamatan rakyat. Sekiranya sungai tadi tidak digali, dia tertimbun dengan pasir-pasir menyebabkan akan berlaku banjir secara lebih besarlah kerana sungai itu cetek. Sebab itu lah perimbangan timbang tara telah dibuat, keperluan juga kepada mengorek pasir keluarkan pasir tadi. Ini keperluan yang telah disahkan. Jadi In Shaa Allah dengan logik yang kita terima tadi makna dua-dua tu betul lah tidak ada masalah. Kalau gali dalam sangat pun dia turun dasar-dasar itu menyebabkan tergantung muka sauk tadi. Jadi sebab itu lah yang kita nak ialah yang bukan kita nak bukan kita kata tetap dia boleh ϐloating yang boleh naik turun. Ini teknologi baru yang ada di Belanda, di Jerman dan sebagainya yang telah dikenal pasti boleh membantu In Shaa Allah. Jangan bimbang In Shaa Allah.
Silakan Bukit Bunga.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker memberi peluang kepada saya untuk bertanya soalan tambahan. Bagaimanakah usaha Kerajaan Negeri bagi memperkasakan industri padi di Kelantan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan. Banyak juga untuk pertanian ini, oleh kerana kita semua ini kalu tok make maknanya berat jugok lah tok cukup padi ni. Jadi In Shaa Allah kita telah bersama–sama buat pelbagai usaha supaya hasil padi di Kelantan, walaupun ada ancaman, cabaran, perubahan cuaca dan sebagainya kita telah berusaha sedaya upaya supaya hasil ini dapat kita pertahankan dan pertingkatkan.
Antara usaha yang kita buat ialah kita tengok kepada apakah faktor penyumbang kepada pengeluaran hasil iaitu 40% melibatkan pengurusan baja, 60% melibatkan pengurusan tanaman infrastruktur dan cuaca. Ore kampung dio sebut abc, nok wat padi ni keno ado air, keno ado baja dan cuaca yang sesuai… abc. Bagi mengatasi faktor ini Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah melaksanakan projek pengurusan penutrien lokasi spesifik soil profiling dimana projek ini telah berjalan beberapa lama lah yang akan melihat kepada pengurusan tanah, tanaman dan pembajaan mengikut status kesuburan sesuatu lokasi. Projek ini melibatkan seluas 8400 hektar siasatan dengan 2100 titik siasatan melibatkan keluasan padi luar jelapang bagi jajahan Jeli, Kuala Krai, Machang dan Kota Bharu.
Kerajaan Negeri Kelantan juga dibawah Jabatan Pertanian telah memperuntukkan sebanyak RM 400 000 bagi tahun ini untuk program pembangunan industri padi melibatkan 4 projek dan 68 petani berupa bantuan infrastruktur dan peralatan. Bantuan ini melibatkan kawasan padi luar jelapang jajahan Machang dan Tumpat. Begitu juga pihak Kerajaan mengangkat permohonan melalui JPS dan KPKM kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi membangun dan menaiktaraf sistem pengairan dan saliran padi di Negeri Kelantan. Antaranya projek pembangunan saliran air padi di jajahan Machang yang anggarannya RM 11 juta dalam RP 5 yang telah diluluskan ketika kedatangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Juga kita sedang membina tanda air di Selimbar Guntong Kemuning, Machang untuk mengatasi sekitar 300 ekar padi yang tak cukup air pertanian, membina tiub-tiub well, menyediakan pam-pam bergerak berkuasa tinggi, membangun membaik pulih tanah-tanah terbiar padi, memberi bantuan baja folia, baja penggalak buah, baja untuk memulih tanah baja dolomite.
Melalui Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad bagi meningkatkan hasil padi dan kita juga menggerakkan kerjasama membangunkan kilang padi yang kita namakan Kilang Padi Darul Naim di Meranti dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad bersama rakan pelabur. Jadi sebenarnya banyak lagi lah usaha-usaha yang kita buat yang telah kita masukkan dalam pelan induk pembangunan padi negeri Kelantan In Shaa Allah. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Kita teruskan dengan Yang Berhormat Jelawat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih. Pohon jawapan kepada soalan saya nombor 7.
Soalan 7 :
[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha dan langkah yang telah dan akan diambil untuk mengatasi masalah kebakaran hutan di mukim Beris Lalang, Kampung Baru dan Beoh di Jelawat agar kebakaran hutan tidak lagi berlaku di masa akan datang.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker. Jelawat bertanyakan mengenai usaha dan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah kebakaran hutan. Semalam soalan mengenai kebakaran di tapak pelupusan, hari ini untuk kebakaran hutan di Mukim Beris Lalang, Kampung Baru dan Kampung Beoh di Jelawat. Merujuk kepada persoalan tersebut untuk makluman Yang Berhormat Jelawat, kawasan Mukim Beris Lalang, Kampung Baru dan Beoh di Jelawat adalah merupakan kawasan tanah beri milik dan tanah kerajaan. Bagi tujuan mengatasi kebakaran di kawasan tersebut beberapa usaha dan langkah telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan kebakaran hutan khususnya hutan tanah gambut agar tidak berulang lagi adalah sebagaimana berikut :
• Yang pertama, mengenalpasti lokasi baru bagi pembinaan telaga tiub. Sekarang ini kita ada 15 telaga tiub dibawah Jabatan Alam Sekitar, 9 di Bachok. Sekiranya berlaku musim kemarau biasa Jabatan Alam Sekitar akan membuka telaga tiub dan akan mengalirkan air-air ke parit ataupun tali air berdekatan bagi
memastikan ada sumber air untuk operasi pemadaman kebakaran.
• Yang kedua, meningkatkan program-program kesedaran di pelbagai peringkat masyarakat,kempen lah.
• Yang ketiga, memperbanyakan papan tanda larangan pembakaran terbuka dan pembakaran terbuka ini dia bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan boleh dikenakan denda sehingga RM 500 000 bagi mereka yang membuat pembakaran terbuka.
• Seterusnya, mengemaskini Prosedur Tetap Operasi (SOP) bagi mencegah kebakaran tanah gambut di negeri Kelantan. Antara yang akan ditekan di dalam SOP tersebut adalah penyelarasan bersepadu bagi gerak kerja antara semua agensi yang merangkumi tindakan pengawasan, pemantauan, penguatkuasaan dan pemadaman. Bulan 4 baru ini kita telah melancarkan Ops Siaga sebelum Hari Raya yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan untuk kita mengenal pasti lokasi-lokasi yang berpotensi terancam untuk berlakunya kebakaran kawasan Kelantan lah. Dan kalau mengikut Jabatan Bomba, kebakaran bagi 3 bulan pertama di Kelantan sebanyak 577 kes bagi 3 bulan pertama berbanding dengan jumlah kebakaran seluruh Kelantan tahun lepas hanya 237 kes. Tahun ini banyak kebakaran berlaku disebabkan oleh fenomena elnino.
• Seterusnya, pemantauan Hot Spots dilakukan sama ada melalui satelit atau drone. Kita ada 39 kawasan Hot Spots yang telah dikenalpasti oleh bomba yang mudah terbakar. Manakala menara pemerhati untuk menentukan lokasi dan kedudukan kebakaran melalui pemerhatian kehadiran kepulan asap kebakaran. Kawasan Hot Spots ini kita ada menara pemerhati untuk kita baca jarak kebakaran yang berlaku biasanya melibatkan kebakaran yang luas lah.
• Akhir sekali, membuat rondaan dan pemantauan di kawasan hutan yang menghadapi risiko ancaman bahaya kebakaran semasa musim kemarau dan menguatkuasakan Enakmen Hutan. Setakat hari ini tiada laporan melibatkan kebakaran dalam hutan simpan lah. Bahagian Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
menubuhkan Pasukan Semut Merah untuk memantau sekiranya berlaku kebakaran dalam kawasan hutan simpan. Setakat ini tiada laporan yang menunjukkan kebakaran berlaku dalam kawasan hutan simpan. Hanya kebakaran melibatkan kawasan-kawasan paya bakau dan juga kawasan dalam kebun-kebun dan sawah padi sahaja.
Terima kasih.
Silakan Jelawat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan saya nya ialah kebakaran hutan di Beris Lalang, Beoh di DUN Jelawat ini merupakan acara tahunan sebenarnya daripada bulan Mac sehingga bulan Mei setiap tahun sejak dari berpuluh-puluh tahun yang lalu sejak pada zaman saya kecil hinggalah sekarang. Dan akibat daripada kebakaran hutan ini yang merebak kepada kelapa sawit, sayur-sayuran, getah dan sebagainya bahkan telah menjejaskan jalan-jalan kampung dimana api ini membakar tanah-tanah gambut di bahagian bawah yang mengakibatkan tanah atau jalan tersebut menjadi runtuh ataupun jerlus dan sebagainya.
Dan masalah yang sering kali dihadapi oleh bomba ialah kekeringan air dalam parit-parit ataupun tali air yang digali dalam kawasan hutan tersebut. Pembakaran hutan yang terbuka ini selain menjejaskan tanaman-tanaman petani-petani, ia juga menjejaskan kesihatan, ada yang lelah, sakit mata, jarak penglihatan pun sekadar 100 meter ataupun 50 meter sahaja terutama waktu pagi dan sebagainya.
Dan kita mendapati bahawa di sana tidak ada satu pam yang besar yang boleh menyedut air dalam kapasiti yang banyak untuk mengisi parit-parit dan juga tali air yang ada dalam hutan tersebut. Jadi inilah masalah yang dihadapi oleh bomba dan juga Jabatan Alam Sekitar dalam memadamkan kebakaran di hutan tersebut. Jadi soalan saya adakah pihak Kerajaan bersedia ataupun berhasrat untuk membeli dan membekalkan pam air yang berkapasiti tinggi ini dan ditempatkan di jajahan Bachok, tak kiralah diletakkan di Jabatan Tanah dan Jajahan ke ataupun Majlis Daerah ke
ataupun Jabatan Alam Sekitar ke JPS ke tetapi diletakkan di jajahan Bachok untuk memudahkan kerja-kerja pemadaman kebakaran. Terima kasih.
Terima kasih Jelawat. Banyok soalan tuh. Mengenai kebakaran yang berlaku secara tahunan lah di kawasan Beris Lalang terutamanya kita memang dalam pengetahuan kita sebab itu antara langkah kita ambil adalah mengenal pasti lokasi baru untuk dibina telaga tiub. Sekarang ini di Bachok kita dah ada 9 telaga tiub. Seluruh Kelantan kita ada 15 semua, 9 di Bachok, 5 di Pasir Mas dan 1 di Pasir Puteh. Ini lah kawasan-kawasan hot spot yang sentiasa berlaku kebakaran tahunan.
Untuk pam air kita telah meluluskan pembelian pam air di tapak pelupusan sampah dibawah seliaan KOM dan untuk pam air di kawasan-kawasan yang mana dibawah kawasan tanah Kerajaan ataupun tanah milik In Shaa Allah kita boleh bekerjasama dengan JAS untuk kita mengepam air-air daripada telaga tiub sedia ada setiap kali berlakunya kemarau sebab itu kita mengadakan mesyuarat bersepadu supaya tindakan dibuat secara bersepadu oleh semua agensi yang terlibat. Bomba akan mengenal pasti kawasan-kawasan hot spot dan JAS akan memberikan nasihat mengenai contohnya kadar IPU kawasan terlibat banyak kebakaran jika melebihi kadar IPU biasa kemungkinan penduduk akan dipindahkan. Dan juga di pihak negeri kita akan mengadakan mesyuarat bersepadu dibawah Jawatankuasa Bencana Negeri. Bulan 4 baru ini kita telah aktifkan semasa kebakaran berlaku Kok Bedolah Tumpat, kita telah mengadakan mesyuarat bersepadu yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Kaya Setia SUK Kelantan lah dari semasa ke semasa.
Dan mengenai bantuan kepada petani ataupun pekebun yang mana kawasan mereka terbakar semalam saya rasa Exco Pertanian telah menjawab petani yang terlibat perlu membuat laporan polis In Shaa Allah ada bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat. Kita juga negeri akan memberikan bantuan yang sewajarnya bagi memberikan sedikit saguhati kepada pekebun petani yang terlibat dengan kebakaran. Terima kasih.
Silakan Pantai Irama.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ataupun soalan tambahan. Sebagaimana apa yang dijelaskan oleh pihak Kerajaan, usaha–usaha dalam menangani masalah kebakaran hutan di Beris Lalang dan juga kita lihat bahawa sebagaimana disebut oleh ADUN Jelawat sekejap tadi menjadi acara tahunan dan kita difahamkan bahawa perkara ini ataupun kes ini berlaku ada kaitan dengan perbuatan manusia… perbuatan manusia. Jadi apakah usaha kerajaan selain daripada apa yang disebut tadi mungkin perlu usaha yang kuat atau yang terancang dalam menangani masalah ini termasuk penguatkuasaan ataupun tindakan undang-undang kepada yang terlibat yang kita yakin bahawa ianya perbuatan manusia. Terima kasih.
Terima kasih Pantai Irama atas soalan tambahan. Ye betul lah sebab itu tadi saya sebutkan bahawasanya kebakaran terbuka kita boleh kenakan tindakan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling yang mana memperuntukkan denda sehingga RM 500 000 dan juga 5 tahun penjara. Itu lah satu punishment ataupun hukuman yang dikira amat setimpal kerana kebakaran disebabkan oleh individu akan memberikan kesan yang besar sama ada kepada kawasan-kawasan tanaman ataupun hutan simpan yang mana menyebabkan kebakaran terbuka menyukarkan operasi pemadaman. Dan juga kita perlu mengadakan kempen kesedaran lah supaya mereka yang terutamanya perokok tidak membuang rokok-rokok yang dihisap di tempat-tempat kawasan kering terutama sekali musim kemarau.
Dan kita memerlukan bantuan daripada semua sekali penduduk untuk melaporkan segera sekiranya ternampak kawasan yang terbakar laporkan segera jangan masuk facebook sahaja, lapor kepada bomba ataupun Jabatan Alam Sekitar untuk kita mengenakan tindakan segera untuk mengelakkan kebakaran daripada merebak. Itulah kesedaran saling tegur-menegur dan kita pihak Kerajaan akan mengenakan hukuman yang setimpal ke atas pelaku. Terima kasih.
Kita teruskan dengan Yang Berhormat Semerak.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pohon jawapan saya nombor 8.
Soalan 8 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauhmanakah Kerajaan Negeri komited membantu para pelajar tahfiz swasta yang berminat untuk melanjutkan pelajaran mereka melalui program berkemahiran dalam pendidikan TVET? ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker soalan dari Semerak. Kerajaan sentiasa peka lebih-lebih lagi perkara mustahak. Buleh dok? Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah memulakan langkah sebagai Pusat Bertauliah, iaitu penyedia latihan kemahiran yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Pusat Latihan yang dilaksanakan di KIAS menawarkan program kemahiran dalam pendidikan TVET kepada semua pelajar termasuklah pelajar tahϐiz swasta yang berminat menyambung pengajian dalam bidang berkaitan. Pada peringkat permulaan, KIAS telah menawarkan program yang sedia ada di KIAS iaitu Pengurusan Masjid. Seterusnya, Pusat Latihan di KIAS akan menfokuskan penawaran program-program
di peringkat persijilan seperti Pengajian Turath, Pengajaran Tahϐiz, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kaunseling, Pengurusan Halal di samping menawarkan kursus-kursus Jahitan dan Khat melalui kursus kokurikulum yang berkredit. Terima kasih.
Sila Semerak.
Adakah Kerajaan Negeri telah menjalankan usaha bagi memastikan pelaksanaan TVET ini berjaya sepenuhnya ?
Terima kasih Dato’ Speaker. Jawapannya ye, kita mengadakan perbincangan, siri-siri perbincangan dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang menguruskan pendidikan TVET ini. Dan yang terbaru KIAS secara rasminya telah didaftarkan sebagai Pusat Latihan Halal (PLH) dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 30 Mei yang lepas. Ini secara umumnya menjawab Pulai Chondong yang bertanya kepada sahabat saya Exco Agama, adakah Kerajaan bersedia menyediakan Pusat Latihan Halal. Jadi secara rasminya kita telah didaftarkan oleh JAKIM dan telah diadakan Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran yang disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Ketua Pengarah JAKIM kepada Profesor Emeritus Rektor KIAS pada 30 Mei yang lalu.
Jadi kita telah menubuhkan KIAS Halal Centre yang akan menjalankan tugasnya untuk sebagai Pusat Latihan Halal Teras di Kelantan dan juga kita melalui KIAS Halal Centre ini (KIASHAC) ini untuk membantu menyedarkan kesedaran halal kepada masyarakat. Jadi kita akan kembangkan pendidikan TVET ini ke mana-mana institusi yang ada di negeri Kelantan ini In Shaa Allah. Terima kasih Dato’ Speaker.
Limbongan.
Okay terima kasih kepada Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya melihat kepada pencapaian sekolah YIK yang berkemahiran iaitu tahϐiz dan berkemahiran TVET iaitu di Darul Saadah, saya ingin bertanya adakah Kerajaan berhasrat untuk memperluaskan kemahiran TVET di sekolah-sekolah YIK lain dan sekiranya ada cadangan tersebut bolehkah nyatakan senarai sekolah. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker atas soalan tambahan daripada Limbongan. Sudah pastinya kerana kita tengok Maahad Tahϐiz yang berasaskan TVET ini mecapai keputusan yang cemerlang sebagaimana disebut kelmarin dulu belajar 25 subjek, tambah hafazan 30 juzuk dan sains lagi dan dia dapat kemahiran dalam bidang jahitan dan juga makanan. Maka kita telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk kita meluaskan lagi sekolah-sekolah kita dengan asas, latihan asas kemahiran kerana asas kemahiran ini boleh membantu masyarakat kita yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi untuk memberi peluang kepada mereka bekerja di mana-mana jabatan.
Tapi dengan adanya sijil kemahiran ini boleh menjana pendapatan kepada masyarakat kita yang mempunyai kemahiran secara bersijil ini. Dan In Shaa Allah negeri kita akan maju diisi dengan tenaga-tenaga mahir yang dilatih di peringkat sekolah dan juga institut pengajian tinggi kita. Terima kasih.
Dipersilakan Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 9.
Soalan 9 :
[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, status Taman Konservasi Rafflesia Tanah Tinggi Lojing sebagai destinasi pelancongan, berapakah hasil yang berjaya dijana oleh pihak Kerajaan Negeri? ]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Galas atas pertanyaan yang mahu tahu berkenaan dengan kedudukan Taman Konservasi Rafϐlesia di Tanah Tinggi Lojing dan juga hasil yang berjaya dijana dan dikutip oleh pihak Kerajaan daripada Taman Konservasi tersebut.
Bagi menjawabnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Taman Konservasi sekarang ini telah boleh dikunjungi oleh pengunjung. Cuma mereka perlu mendapat permit daripada pihak berkuasa terutamanya Jabatan Hutan kerana Taman Konservasi ini yang seluasnya lebih kurang 1000 ekar adalah duduk di dalam kawasan hutan simpan kekal. Jadi tak boleh nak masuk sembarangan, kena ada kebenaran. Memang tujuan kerajaan untuk membangunkan kawasan ini sebagai satu lagi kawasan pelancongan di Tanah Tinggi yang kalau mengikut survey di peringkat nasional berhubung dengan minat pengunjung dan pelancong apabila dia nak melancong ke sebuah negeri di antara yang utama ialah untuk mengalami nature, mengalami suasana alam semula jadi . Yang mana kita Alhamdulillah di Kelantan ini banyak tempat-tempat sedemikian rupa.
Dan pada masa ini bagi menjawab soalan kedua, kerajaan tidak mengenakan apa-apa kutipan lagi dan dalam masa yang akan datang kita akan timbang tengok lah macam mana. Pasal kita nak menggalakkan orang datang buat kunjungan jadi kalau demand itu banyak In Shaa Allah kita cuba kenakan bayaran sebagai satu lagi sumber pendapatan kepada kerajaan.
Walau bagaimanapun, pihak yang mengatur lawatan ini malim hutan, malim gunung mereka dapat menjana pendapatan bagi mereka. Jadi di samping itu di pintu masuk kawasan ini terdapat kemudahan untuk jual beli makanan dan lain-lain juga mendapat manfaat daripada Taman Konservasi Rafϐlesia ini. Terima kasih.
Sila Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan… kepada jawapan yang diberikan tadi. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, sejauh manakah penglibatan orang asli atau penduduk tempatan yang dulunya mereka ini sebagai jurupandu, pemelihara kawasan air terjun tempatan serta penggerak bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem hutan di Tanah Tinggi Lojing ini serta apakah tarikan yang lain yang mungkin dalam perancangan Kerajaan untuk menarik minat pelancong-pelancong datang ke Taman Rafϐlesia kita ini… Taman Konservasi Rafϐlesia kita ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Galas. Peranan orang-orang tempatan termasuklah orang asli memang aktif. Mereka yang menjadi malim hutan dan juga malim gunung. So sekarang ini yang mendapat manfaat banyak ialah mereka. Itu yang pertama.
Berkenaan dengan insentif untuk datang ke tempat ini yang diperlukan sekarang ialah kesedaran, publicity tapi kita nak jaga juga ramai sangat mari pun takut apa namanya menjejaskan keadaan yang kita belum sedia sepenuhnya. Jadi sekarang ini ianya berjalan dalam peringkat kita panggil soft operation tapi tujuan masa depannya begitu lah di antara pusat kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negeri ke Tanah Tinggi Lojing. Terima kasih.
Mengkebang.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk soalan tambahan. Seperti yang dijelaskan oleh YB Dato’ Exco tadi bahawa rafϐlesia ini adalah bunga yang terbesar di dunia. One of the biggest ϐlower in the world dengan izin. Dan di Indonesia ini dia merupakan salah satu bunga rasmi di Indonesia. Salah satu daripada bunga rasmi. Jadi di kesempatan ini, rafϐlesia ini menarik pelancong bukan sahaja daripada tempatan daripada dunia sebab bunga ini pelik. Dia kembang lepastu akhirnya dia bau busuk, busuk bunga rafϐlesia ini. Jadi soalan tambahan saya apakah kerajaan berhasrat merangka satu pelan pembangunan dan pengurusan pelancongan di Taman Rafϐlesia tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Mengkebang atas soalan tambahan dan saya juga ingin menyatakan tujuan saya dengan beberapa kenyataan yang dibuat berhubung dengan bunga rafϐlesia ini. Kalau tuan-tuan Yang Berhormat tengok notes RM 10 ada di belakang itu adalah imej bunga rafϐlesia. Pengiktirafan kerajaan terhadap bunga rafϐlesia ini. Betul antara yang terbesar bunga dan bukan itu sahaja dia pelik lagi dia tak ada akar, dia tak ada batang, dia tak ada apa… dia bunga je. Dan dia punya apa ni tempat anunya tu saya nak sebut macam mana perkataan bottom dia bottom. Bunga tu kan kalu melayu kato gapo bottom… patak.. minta maaf dengan izin.
Itu lah.. kemudian yang pelik lagi di kawasan Lojing ini kalau di Sabah kita tengok kebanyakan rafϐlesia ini duduk atas muka bumi, dekat Lojing selain daripada yang ada di atas muka bumi, dia ada dekat batang pokok. Itu agak pelik. In Shaa Allah lusa saya ke sana untuk mempastikan apa yang saya dapat maklumat ini betul semuanya. Dan In Shaa Allah selepas ke sana nanti kita akan dapat menyediakan satu pelan jangka pendek jangka panjang untuk memajukan kawasan itu. Terima kasih banyak.
Dipersilakan Yang Berhormat Tawang.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor yang ke-11.
Soalan 11 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina taman reakreasi di Pulau Nami, Pantai Senok sebagai usaha untuk merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Bachok sesuai dengan Bachok Bandar Pelancongan Islam? ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kerana Tawang atas soalan. Tawang bertanyakan mengenai perancangan membina taman rekreasi di Pulau Nami, Pantai Senok. Untuk makluman Tawang, saya telah pun turun jelajah ke Majlis Daerah Bachok Majlis PBT lepasni kita akan pergi pula untuk jelajah Zon Indah Ceria di Bachok setelah dibawa ke Pantai Nami, Pantai Senok untuk melihat Pembangunan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri di Pantai Senok.
Jadi untuk jawapannya, untuk jangka masa panjang Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Bachok telah melantik konsultan bagi pembangunan di Pantai Senok pada tahun 2021 dalam merealisasikan Pantai Senok sebagai produk pelancongan yang melibatkan kos sebanyak RM 4.4 juta yang telah diangkat peruntukan kepada MOTAC pada tahun 2023. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah menyenaraikan projek ini dalam senarai projek Quick win semasa taklimat khas Pembangunan Negeri kelantan kepada YAB Perdana Menteri pada 2 Mei 2024 yang lalu, yang mana taklimat dibuat sendiri oleh YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan dan kini dalam peringkat penyelarasan di kementerian yang berkaitan.
Untuk makluman, Majlis Daerah Bachok dalam usaha merancakkan aktiviti pelancongan dalam jangka masa pendek, beberapa pembangunan telah dibelanjakan melalui peruntukan oleh agensi melalui Kerajaan Negeri ataupun KPKT. Antara pembangunan yang telah tersedia di Pantai Senok adalah seperti lampu solar sumbangan KPKT, Taman Permainan sumbangan Kerajaan Negeri, Dataran (tapak paving blok) sumbangan Kerajaan Negeri, Kiosk 20 unit - KPKT, tandas Dan surau - KPKT, bumbung tandas Senok - Kerajaan Negeri dan jumlah keseluruhan pembangunan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM 1,059,793.28. In Shaa Allah setelah lulusnya permohonan khas yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ MB kita kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri In Shaa Allah Pantai Senok akan menjadi sebuah Pantai yang dapat menarik lebih ramai pelancong pada masa hadapan. Terima kasih.
Sila Chempaka.
Yang Amat Mulia Dato’ Speaker, pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada jawapan yang telah diberikan oleh Exco PBT yang membuang perkataan Pulau Nami. Dia adalah merupakan Pantai Senok dan bukan Pulau Nami.
Untuk balik kepada soalan, apabila kita bercakap berkenaan dengan isu pelancongan dan sebagaimana yang disebut dalam jawapan tadi ada berkait dengan kebersihan dan sebagainya. Yang mana saya percaya bahawa kebersihan ini menjadi faktor utama yang sentiasa viral, yang sentiasa disebut-sebut oleh pelancong-pelancong dan juga sesiapa sahaja dalam media sosial.
Isunya kita sentiasa bercakap berkenaan dengan faktor kebersihan tersebut tetapi keadaan tersebut sentiasa berlaku. Jadi saya pohon untuk dapatkan satu jawapan. Soalan saya nya adakah ada apa-apa usaha tuntas daripada pihak PBT ini untuk memastikan bahawa keadaan-keadaan kebersihan yang tidak terkawal tersebut tidak lagi berulang pada masa hadapan.
Terima kasih Chempaka atas soalan. Dia sampah ni dia hari-hari, hari-hari ore tohok, hari-hari ore kutip. Dan ado tuan dia… ado tuan, sebab itu kita mengadakan kempen besar-besaran Kelantanku Bersih. Dan pada 23 Jun In Shaa Allah kita akan adakan Gotong-Royong Mega seluruh PBT Kelantan, harapan saya semua ADUN dapat hadir lah untuk Gotong-Royong Mega ini, In Shaa Allah 23hb Julai.
Dan untuk jawapan kepada Chempaka, kita peringkat PBT kita telah ke Fasa Ketiga sebenarnya. Fasa Pertama kita memberikan fasiliti-fasiliti kebersihan kepada PBT dan kita juga mengadakan kempen Kelantanku Bersih sampai ke hari ini kita berterusan mengadakan kempen. Dan tahun ini kita telah mulakan tindakan kompaun kepada pesalah-pesalah dan In Shaa Allah minggu depan kita akan pacak signboard di lokasi-lokasi denda maksimum RM 2000 ataupun 2 tahun penjara kepada mereka yang masih lagi degil. Kita promote kebersihan ni habis reng doh tapi demo masih lagi degil dan sampah kita kutip secara berjadual, masalahnya ore kutip ni takdok jadual, ore tohok sapoh takdok jadual, kutip berjadual. Kito tok kutip setiap saat, kito kutip masa-masa dia. Waktu pagi kito kutip sampah hok semalam dan petang tu. Lepas pada program kita kutip, tapi ore tohok lepas tu. Begitu juga kutipan-kutipan kito buat kutipan berjadual. Taman-taman perumahan waktu tohok sapoh pukul 6 sapa pukul 8 pagi. Kito kutip tengahari, lepas lori kutip pukul 10 tu, pukul 11 gi tohok pulok. Sapoh tu jadi masalah, napok sapoh ni mace tidok dipungut… dipungut sebenarnya.
Jadi kita perlukan kerjasama daripada semua supaya sampah domestik dibuang pada jadual yang PBT tetapkan, yang pertama. Yang kedua, para pengunjung yang berkunjung ke tempat-tempat menarik seluruh Kelantan tak kira mana-mana lah yang kita pun tahu semua supaya sayangilah pantai-pantai kita, tempat-tempat air terjun kita. Kita habis duit berjuta doh habis. Banyok tempat comey-comey boleh tengok dale tiktok, dale ϐb viral… tok? Sebut jah mano Kelate ni tok comey... comey belako. Tapi ada segelintir umat Muhammad ni dia suka viral benda-benda hok lepas ore kutip sapoh, ore tohok lepastu dio viral hok tohok, hok kutip dio tok viral. Hok tu masalah kita loni nya. Duk sohor tempat sebelum kutip. Kita selaku rakyat Kelate kena tunjuk kepada masyarakat luar inilah usaha PBT buat masuk kutip sapoh, subuh bangun doh kutip sapoh, ambik video maso tu lah. Maroh… marohh. Itulah antara rayuan
saya kepada semua sekali sayangilah negeri kita, tempat menarik kita banyak kita perabih pitih. Bantuan semua untuk sokongan Wallahualam.
Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Pasir.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Mohon jawapan kepada soalan saya nombor 12.
Soalan 12 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mewujudkan hubungan konsep federalisma yang adil terhadap rakyat Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan ? ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Pasir. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan langkah-langkah yang dimbil adalah sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan melibatkan Jadual Kesembilan (Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama) supaya tidak berlaku sebarang perlanggaran kuasa dan hak yang sepatutnya.
Pendekatan mantan dan sejahtera dalam pentadbiran diterapkan sejak zaman pentadbiran Almarhum Tan Sri Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Abdul Aziz Nik Mat disambung era kepimpinan Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob dan diteruskan setelah saya diamanahkan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri. Hubungan yang baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan berdasarkan prinsip federalisma telah dijalin dengan begitu baik sekali. Pendekatan federalisma ini akan terus diambil sebagai satu prinsip pentadbiran yang baik demi kepentingan negeri dan rakyat negeri Kelantan. Sekian.
Sila Pengkalan Pasir.
Soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa konsep federalisma ini amat penting untuk mempastikan setiap agenda di peringkat negeri dapat dijalankan dengan sokongan sepenuhnya di peringkat federal. Soalan tambahan saya, apakah saranan-saranan yang boleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sarankan kepada kita sebagai ADUN dan juga sebagai ketua-ketua jabatan di peringkat agensi-agensi federal dan juga agensi-agensi di peringkat Kerajaan Negeri supaya kita menyemarakkan lagi konsep federalisma ini bukan setakat tanggungjawab ini dilakukan oleh pihak tertinggi ketua negeri tetapi juga di peringkat jabatan dan juga di peringkat ADUN bagi mempastikan kebajikan rakyat dapat dicapai.
Kita seharusnya sentiasa mempunyai hubungan yang baik sama ada di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri, orang-orang politik dan pegawai-pegawai di antara pegawai negeri, pegawai persekutuan begitu juga Exco-Exco seharusnya mempunyai hubungan yang baik dengan menteri-menteri di atas dasar
ﺪ ﻌ ْ ﻟ ﰒ ِْ ﻹ ِْ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ا ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ ﻻ َ ﻮ ﱠﻘ ْ ـ ﻟﺘ ﱪ ْ ﻟ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ا ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ ُ ـَ ُ ـَ ْوَان ِوَ ُ وَا َ وَ َ وَ َى وَا ِِّ َ وَ َ hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara kebaikan. ﱪ ْ ﻟ ِِّا Setelah kita diberi amanah oleh rakyat. Maka kita kena menjaga kebajikan rakyat, kita kena membangunkan negeri sebagaimana pihak Kerajaan Persekutuan yang diamanahkan juga mempunyai tanggungjawab membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat.
Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan ini macam anak dengan ayah lah. Anak dengan ayah ni mempunyai hubungan... mesti mempunyai hubungan yang baik. Dan sebenarnya kita di negeri Kelantan ini sebagaimana saya sebut sekejap tadi sejak daripada Almarhum Tan Sri Dato’ Bentara Setia Tok Guru Nik Aziz lagi memang hubungan G To G tu
baik. Cuma dalam keadaan suasana politik semasa itu mungkin ada panas sejuk tu biasa lah... biasa. Zaman Dato’ Bentara Kanan hubungan juga baik dan sekarang ini saya teruskan dan kita harap pegawai-pegawai pun hendaklah sentiasa berunding. Dan saya telah sebut masa PM datang baru-baru ini bahawa politik ini time pilihan raya lah sama ada pilihan raya umum, pilihan raya kecil itu tak apa lah. Selepas itu kita kena membangunkan negeri, kena ada hubungan baik. Jadi saya rasa itu lah yang dihasratkan oleh kita semualah bukan saya sorang. Sekian.
Sila Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya... soalan tambahan bagaimanakah Kerajaan Negeri menangani isu beberapa jawatan Pengarah jabatan-jabatan yang sangat penting tetapi belum diisi secara hakiki kerana ianya begitu penting untuk memainkan peranan hubungan antara dua hala antara negeri dan juga pusat untuk memantapkan lagi gerak kerja. Sekian terima kasih.
Sebagaimana saya sebut sekejap tadi bahawa Kerajaan Negeri sentiasa menjaga hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan terutama dalam hal ehwal pentadbiran melibatkan pegawai awam negeri dan pegawai awam persekutuan. Kerajaan Negeri juga sentiasa mengingatkan kepada pentadbiran negeri agar sentiasa tindakan yang dibuat perlu selari dan mematuhi prinsip perlembagaan serta tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkuatkuasa. Saya difahamkan pentadbiran negeri telah menerima beberapa pencalonan daripada ketua pengarah jabatan perhutanan malaysia, ketua pengarah jabatan perkhidmatan veterinar malaysia, ketua pengarah jabatan kebajikan masyarakat malaysia dan ketua pengarah jabatan pengairan dan saliran malaysia bagi mengisi jawatan pengarah negeri. Calon-calon yang dikemukakan sedang diteliti oleh pentadbiran negeri
bagi memastikan calon yang dipilih adalah yang terbaik dan memenuhi kehendak Kerajaan Negeri iaitu pegawai yang berpengalaman, kompeten dan berintegriti tinggi.
Selain itu, keutamaan kepada anak Kelantan yang mempunyai semangat dan rasa kebertanggungjawaban yang tinggi untuk memajukan dan meningkatkan ekonomi negeri terutama dalam melaksanakan dasar-dasar dan perancangan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya saya nak ambil kesempatan ini nak ucapkan tahniah dan terima kasih lah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mengambil langkah yang cukup baik antara Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat. Sebenarnya kalu baik gini ketua pembangkang pun tok perlu. Dan harininya Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada sebut soal kita mari tolong bantu untuk sama-sama kita buat kepada kebaikan. Adakah Yang Berhormat juga berhasrat untuk membantu kami dua-dua ADUN pembangkang ini dalam menyelaraskan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada ahli-ahli wakil rakyat disampaikan secara sama rata kepada ADUN-ADUN pembangkang. Terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN Galas. Sebagaimana yang telah saya maklum sebelum ini bahawa peruntukan RKP. Kita dah bagi kepada sahabat-sahabat kita sama dengan pihak Kerajaan, kita dah bagi. Cuma dalam perkara-perkara yang lain oleh kerana sebagaimana yang saya sebut bahawa bantuan daripada Kerajaan Pusat diberi kepada sahabat kita dua ADUN pembangkang dalam Dewan Negeri. Kalau kita bandingkan dengan ADUN Kerajaan, kalau ADUN pembangkang campur dengan peruntukan yang diberi oleh pihak Pusat peruntukan untuk ADUN pembangkang lebih besar daripada ADUN Kerajaan. Maka setakat ini yang saya telah saya umumkan dan kita laksanakan ialah RKP, kita bagi sama dengan ADUN Kerajaan. Sekian Wallahualam.
Okay sila Bukit Bunga... Gual Ipoh.
Terima kasih kepada Dato’ Sri Amar Speaker kerana memberi ruang kepada saya bertanya soalan. Soalan saya adalah bagaimana yang dibangkitkan oleh Galas, dia berkaitan dengan peruntukan ataupun bajet daripada Kerajaan Negeri untuk kedua mereka. Kita juga nak bertanya apakah agensi ataupun jabatan ataupun jabatan agensi Kerajaan Persekutuan seperti FELCRA, KESEDAR dan KADA memberi ruang pelantikan kepada kita untuk sama berbincang ataupun menggubal dasar bagi melaksanakan pembangunan kepada rakyat negeri Kelantan.
Tanya Kerajaan ko tanya pembangkang ni ?
Kalau ada jumlah daripada kita yang boleh bersama dalam agensi persekutuan.
Saya jawab gini. Sebenarnya ada yang wakil Kerajaan ada dalam agensi Persekutuan yang telah dilantik dan ada yang masih belum dilantik. Ini dalam rundingan. Jadi di peringkat rundingan ini saya tak perlu dedah lah kita harap semua berjalan dengan baik dan berjalan dengan lancar.
Dipersilakan Yang Berhormat Chempaka.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, saya pohon untuk mendapatkan jawapan bagi soalan saya nombor 13.
Soalan 13 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, bilakah Kerajaan Negeri akan menaikkan taraf Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam kepada taraf bandaraya sesuai dengan taraf Kota Bharu sebagai ibu negeri? ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untk menaiktaraf bandaraya islam kepada status taraf bandaraya. Walau bagaimanapun, kajian terhadap keperluan teknikal dan implikasi ke arah tersebut dalam penelitian Kerajaan Negeri.
Antara kriteria asas bagi menjadikan sesebuah PBT sebagai Majlis Bandaraya ialah yang pertama, PBT berkenaan mempunyai jumlah penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang dan kedua mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mampan (ϔiscally sustainable) dengan hasil tahunan tidak kurang daripada RM100 juta serta mampu mengimbangkan perbelanjaan.
Berdasarkan rekod, MPKB-BRI walaupun mampu meningkatkan pungutan hasil setiap tahun masih belum mencapai kriteria asas ialah RM100 juta yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pihak MPKB-BRI telah merangka pelbagai pelan strategik untuk mencapai sasaran berkenaan. Terima kasih.
Sila Chempaka.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Daripada jawapan yang telah diberikan tadi kita dapat melihat bahawa MPKB memang bercita-cita untuk mendapat status tersebut dan kita doakan semoga MPKB dengan dedikasi daripada pegawai-pegawainya dapat mencapai cita-cita tersebut. Saya ingin bertanya selain daripada MPKB yang dihasratkan
untuk mendapat taraf bandaraya tersebut untuk mendapat sama ada pihak Kerajaan Negeri ada juga merangka ataupun menentukan tahap mana-mana PBT lain untuk juga naik taraf kerana dalam kitanya banyak Majlis Daerah berhenti setakat itu sahaja, sama ada ada cadangan untuk menaikkan taraf lain.
Terima kasih Chempaka atas soalan tambahan. Selain MPKB-BRI kita ada 12 PBT yang masih lagi bertaraf Majlis Daerah. Dan untuk menaik taraf Majlis Daerah kepada Perbandaran, dia ada dua syarat lah. Yang pertama sekali, pendapatan tidak kurang daripada RM 20 juta, yang pertama penduduk dalam majlis tersebut adalah mancapai lebih daripada 150 000 orang. Dan daripada kajian kita ada 3 Majlis Daerah yang mempunyai potensi untuk dinaik taraf sebagai Perbandaran. Yang pertama sekali, iaitu Ketereh... Ketereh telah mencapai jumlah penduduk. Walau bagaimanapun, jumlah pendapatan tahunan RM 17 juta, perlu lagi RM 2 juta lah.
Yang kedua, Pasir Mas... Pasir Mas telah mencapai jumlah penduduk 216 000 orang dan hasil anggaran perbelanjaan tahun hadapan RM 23 juta telah melepasi RM 20 juta. Kita boleh buat kajian khusus untuk manaik taraf Pasir Mas sebagai Perbandaran. In Shaa Allah kemungkinan hasrat Rantau Panjang untuk dijadikan Rantau Panjang sebagai sub majlis itu tercapai In Shaa Allah.
Dan Gua Musang, pendapatan hasil anggaran belanjawan RM 22 juta telah melepasi RM 20 juta, namun penduduk masih lagi 119 juta... nok 40 000 ore kena ikhtiar lah, tambah anak mereka. Itu antara PBT
(MENCELAH)
149 juta ko 149 ribu ?
119 ribu...
(MENCELAH)
Ohh bukan juta ?
119 ribu... nok lagi 40 ribu ore buleh 150 buleh angkat Gua Musang sebagai Perbandaran dan Gua Musang berpotensi kerana dia menjadi bandar nuklears antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan juga Ipoh, Gua Musang amat berpotensi dinaik taraf sebagai sebuah Majlis Perbandaran yang baru. Terima kasih.
Sila Bunut Payong.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Untuk menjadi sebuah bandaraya kita sebagaimana yang disebutkan oleh Kerajaan tadi memerlukan RM 100 juta pendapatan dan juga 500 000 penduduk. Jadi saya mencadangakan ataupun adakah Kerajaan berhasrat untuk menggabungkan Majlis Daerah Ketereh yang sekarang ini mempunyai pendapatan RM 17 juta dan juga MPKB-BRI yang mempunyai pendapatan RM 70 juta lebih. Sekiranya digabung 2 Majlis Daerah tersebut saya rasa ke arah kita sebuah bandaraya akan menjadi satu realiti. Jadi adakah Kerajaan bercadang untuk menggabung kedua-dua PBT tersebut bagi mencapai hasrat untuk menjadikan MPKB sebuah bandaraya. Sekian terima kasih.
Terima kasih atas soalan daripada Bunut Payong. Memanglah ada cadangan untuk menggabungkan antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan juga Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam untuk menjadikan sebagai cadangan sebuah bandaraya Majlis Perbandaran Bandaraya. Kita masih lagi mengkaji cadangan tersebut mengenai pros and cons baik ataupun buruk penggabungan tersebut memberikan beberapa implikasi pentadbiran dan juga kewangan lah. Kita akan mengkaji cadangan tersebut In Shaa Allah.
Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 14.
Soalan 14 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mencantikkan Tebing Sungai Kelantan di sebelah Kota Bharu dan Tumpat sebagai usaha untuk menarik pelancong di masa akan datang? ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Amar D’Raja Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kelaboran. Sebelum saya menjawab soalan ini Yang Berhormat Speaker saya ingin nok selesai kekeliruan Tendong mengenai water level akibat daripada gali sungai. Sungai ini tidok supo gelas, sungai ini hidup yang menentukan water level dia ialah antara kuala dengan hulu. Supo kito gali lago lah, kito gali lago ni water level setakat tu jugok. Kito gali air koho dale dio naik setakat tu jugok. Sebab penentuan water level ini bukan kerana gali, kerana punca level antara dengan ni deh. Jadi nok oyak nyo gali lago ni atau gali sungai tidok menurun water level sungai, hok turun tu ialah kesan cuaca dan juga antara apa tu keseluruhan sungai okay.
Mengenai soalan Kelaboran mengenai mencantikkan tebing sungai. Tebing sungai ini bawah JPS tetapi fungsi JPS nya bukan sabit dengan rekreasi. Dia sabit dengan banyak kerja-kerja dia. Cuma nok ambil sor jah dale banyok-banyok kerja dio ni pengairan, mencegah banjir dan sebagainya, cuma nok ambil sor nya ialah pembaikan tebing sungai. Jadi kerjanya ialah tengok struktur tebing, beki comey dan sebagainya, situ jah. Dan banyak juga apa tu peruntukan yang diberi kepada JPS untuk kerja-kerja tersebut. Hok runtuh di Pohon Celagi ko gapo semo tu. Itulah kerja-kerja JPS tetapi bukan rekreasi .
Rekreasi ini boleh diambil peranan oleh PBT, misal Tumpat kita masuk atas getok tu tulis “Selamat Datang Ke Tumpat” , misalnya di Masjid Kampung Laut boleh tepi tu nok buat dataran apa tu sungai tapi agensi yang melaksanakan salah satunya PBT atau boleh jadi Pelancongan. Bukan bidang tugas JPS. JPS betul-betul untuk jaga kelestarian tebing sungai. Terima kasih.
Okay Kelaboran.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Di samping pembaikan tebing sungai yang kata sentiasa dibaiki untuk nampak cantik, apakah pihak Kerajaan ada perancangan untuk mewujudkan perkhidmatan river cruise menyusuri Sungai Kelantan bermula di Jambatan Sultan Yahya hingga ke pulau-pulau.
Terima kasih apa tu soalan tambahan. Kebetulan Kerajaan nyo buat doh dan dale perancangan pun ada lagi lah. Kito ado di Kok Majid, kito ado di Kuala Besar dan kito ado di Tambatan Diraja. Dan di Tambatan itu kita telah bawah Dato’ Mejar sebelum pada ni ialah kita setuju untuk diadakan satu apa tu jeti besar dan juga Yang Berhormat Dato’ Bentara Kanan serta meluluskan pembeliaan bot-bot untuk tujuan river cruise dan sebagainya. Jadi hari ini kita tengok di Kuala Besar, Jeti Terapung yang kita buat tu sudah tidak dapat menampung lagi dah keperluan kerana terlalu ramai orang ke Pulau Suri dan sebagainya. Loni beratus bot doh di situ dan kita sedang ϐikir untuk menambah satu lagi jeti di Kuala Besar. Jadi benda-benda ni saya rasa banyok dale perancangan Kerajaan untuk menghidupkan kalu kito sungai. Kito kalu gi Sarawak mesti doh jemerey gi mari water front dio. Jadi kito ni tidok ado water front supo tu tapi sungai kito ni buleh dijadikan satu daripada rekreasi sungai antara semua jeti-jeti ini. Dan ini boleh diperluaskan In Shaa Allah.
Sila Mengkebang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya, di awal tamadun kita di Kelantan ni adalah di tepi-tepi sungai dan di tebing-tebing sungai ni jalan utama dahulunya. Bermula daripada Aur Duri, di Salor sehinggalah Temangan, Paloh Rawa, Kerilla, Kuala Nal hingga ke Batu Lada. Soalan saya adakah perancangan Kerajaan untuk menaik taraf jalan-jalan ini dengan izin coastal road untuk merancakkan pelancongan setempat di situ lah, untuk merancakkan sosioekonomi dan merancakkan pelancongan di sekitar jalan tersebut. Terima kasih.
Tak berkaitan Yang Berhormat nok jawab tu.
Jadi gini lah saya jawablah sikit. Lain soalan, kecek sakni bab sungai pah mari jalan tapi takpo laa kito nok oyak nyo di Kuala Krai kito naik taraf doh tu tanda braklift jadi comey jadi dataran dan sebagainya dan situ juga boleh dijadikan satu tarikan dimana kalu kito nok buat jeti yang baik untuk perahu gi ke pulau mugo Batu Tar gi situ haritu dok gitu. Jadi pelancongan di Kuala Krai semasa JPBT, JPBT telahpun menaik taraf di tangga braklift comey doh raso loni In Shaa Allah.
Dipersilakan Yang Berhormat Melor.
Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, terima kasih. Saya pohon jawapan kepada soalan saya nombor 15.
Soalan 15 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, kesediaan Kerajaan Negeri untuk memberikan peruntukan khusus bagi menyediakan pelan alternatif dalam menangani sistem pengairan sawah padi yang kritikal yang sentiasa berulang setiap tahun, termasuk dalam DUN MELOR, bagi membantu pesawah-pesawah membeli pam-pam air,
membekalkan minyak diesel, “boring air” dan membangunkan sistem palong ke sawah-sawah padi bagi menjamin keterjaminan makanan dalam negeri ini. ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Melor yang bertanyakan tentang kesediaan Kerajaan Negeri untuk memberikan peruntukan khas kepada para petani, pesawah padi yang kritikal dan termasuk di kawasan DUN Melor. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini di kawasan sawah padi di DUN Melor adalah kawasan jelapang padi dibawah seliaan KADA. Jadi pihak KADA lah yang sebenarnya yang telah mendapat peruntukan terus daripada Kerajaan Persekutuan, daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan membuat penyelenggaraan dan pembangunan, saliran dan pengairan serta bantuan input-input pertanian kepada para pesawah. Jadi saya harap KADA akan lebih prihatin kepada keperluan para pesawah termasuk yang dibuat aduan di DUN Melor ini.
Kerajaan Negeri Kelantan akan beri keutamaan kepada kawasan padi di luar jelapang yang bukan dibawah seliaan KADA bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi. Pun demikian Kerajaan masih memberi bantuan kepada para petani dan pesawah walaupun kawasan KADA yang membuat aduan dan permohonan kepada Kerajaan Negeri khususnya melalui pusat-pusat khidmat DUN. Walaupun saya belum dilantik lah sebagai anggota Lembaga Pengarah KADA setakat ini tapi kita tidak mengabaikan kebajikan pesawah In Shaa Allah. Bila ada permohonan kita akan tengok dan memberi keutamaan untuk memberi bantuan yang selayaknya. Sekian terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 16.
Soalan 16 :
[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai sasaran supaya semua PBT di Kelantan mendapat Anugerah Daerah Paling Bahagia dan Standard Asean Clean Tourist City sebagaimana yang diperolehi oleh Majlis Daerah Jeli.]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kuala Balah. Kuala Balah bertanyakan mengenai apakah yang dilakukan Kerajaan Negeri supaya semua PBT Kelantan mendapat Anugerah Daerah Paling Bahagia dan Standard Asean Clean Tourist City dengan izin sebagaimana yang diperolehi oleh Majlis Daerah Jeli.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Anugerah Daerah Paling Bahagia adalah salah satu inisiatif hasil daripada salah satu indikator dalam program MurniNets iaitu Indeks Kebahagiaan. Indeks Kebahagiaan ini diukur melalui hasil soal selidik tahap kepuasan terhadap keselesaan penduduk dan mutu perkhidmatan pihak berkuasa tempatan. Untuk itu pihak berkuasa tempatan perlu mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan rakyat berada dalam kehidupan yang kondusif melalui penyediaan kemudahan masyarakat yang mencukupi. Antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan bagi mencapai sasaran supaya semua PBT di Kelantan mencapai Standard Asean Clean Tourist City adalah:
(a) Kebersihan di Tempat Awam
Kebersihan di tempat awam merupakan indikator penting untung menzahirkan penyampaian yang positif kepada pelancong sama ada dari penduduk setempat mahupun dari sektor swasta. Kebersihan yang diwujudkan oleh seluruh tempat awam dan bangunan, kawasan hijau, pasar raya, dan pusat maklumat harus dijaga dan diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan dan sekatan akan diberikan kepada sesiapapun yang mengingkari peraturan. Antara peralatan atau perkara yang perlu diambil kira ialah jumlah tong sampah yang perlu diletakkan di setiap kawasan tertumpu.
(b) Kebersihan di Tandas Awam
Indikator ini merujuk kepada jumlah tandas awam yang terdapat di sekitar tapak pelancongan yang terdapat di bandar tersebut. Kualiti daripada pihak berkuasa tempatan untuk mengawal dan menyelenggarakan tandas awam juga menjadi faktor kepada kejadian bandar terbersih.
(c) Kebersihan di Tapak Pelancongan
Kebersihan di tapak pelancongan merupakan kriteria yang penting di tempat-tempat utama seperti taman permainan, taman rekreasi dan lain-lain. Hal ini merujuk kepada tong sampah yang mencukupi di kawasan pelancongan, kekerapan sampah yang diambil di tong sampah dan kebersihan umum yang dilakukan di kawasan tersebut. Setiap perkara yang melanggar undang-undang akan disaman.
(d) Kebersihan di Sepanjang Jalan Utama
Asean Clean Tourist City Standard menilai setiap keadaan di sepanjang jalan utama di bandar dan di luar dari satu bandar ke bandar yang lain. Hal ini untuk melihat sama ada ia dibersihkan secara berkala atau peralatan yang tersedia seperti tong sampah di setiap jalan utama
Dan untuk makluman, Jeli telah mendapat markah 90.5% dan untuk keseluruhan Kelantan untuk Bandar Bahagia 85.73%. Dan indeks kebahagian rakyat Malaysia 83.85% dan kita mengatasi 2% berbanding indeks negara. Tahniah kepada Jeli dan juga Kota Bharu, tahniah.
Kuala Balah.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Ini bukan satu usaha yang senang, ye jauh sangat di antara bandar-bandar lain berbanding dengan Jeli. Kita perlu ucap terima kasih kepada pihak pengurusan Jeli, Tuan D.O pun ada bersama kita di belakang itu terima
kasih. Soalan saya Dato’ Speaker adakah Yang Berhormat Exco bersetuju supaya Jeli diberi satu insentif khas bukan sahaja kepada Majlis Daerah tetapi juga kepada Ahli-ahli Majlis dia , staf MDJ dan juga yang bekas-bekas lah yang telah menjadi calon yang menjadi wakil rakyat sekarang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Kuala Balah kerana menjaga kebajikan rakyat dia termasuklah PBT. Kita boleh mengkaji cadangan tersebut, cuma kita di peringkat negeri kita sedang mengambil tarikh untuk diadakan Majlis Anugerah Penyampaian Bandar Mampan, semua bandar kita mampan bandar bahagia, semua bandar kita bahagia dan juga anugerah Jeli sebagai Clean Tourist City dan MPKB lah sebagai Best Index City di Asia Tenggara dan juga dunia. Terima kasih.
Sila…. Kita bui kepada Chempaka.
Terima kasih Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker. Soalan asalnya ada berkait dengan Bandar Paling Bahagia. Saya nak oleh kerana Yang Berhormat Exco ada sebut berkenaan dengan Kota Bharu sebentar tadi. Kita telah mendapat makluman bahawa Bandar Kota Bharu telah terpilih sebagai antara bandar terbaik di Asia Tenggara dan dunia yang termasuk dalam 1000 bandar yang telah dibuat pemilihan itu daripada 163 negara di seluruh dunia. Jadi saya difahamkan bahawa penilaian tersebut…
(MENCELAH)
Soalan… soalan Yang Berhormat… soalan.
Beberapa kriteria tersebut. Jadi soalan saya sekiranya Yang Berhormat Exco dapat kongsikan dengan semua pada hari ini, apakah kriteria-kriteria yang telah menyebabkan Kota Bharu terpilih sebagai bandar terbaik tersebut supaya boleh dicontohi oleh bandar-bandar yang lain. Terima kasih.
Terima kasih Chempaka atas soalan. Mujur print artikel. Soalan tu payoh juga tu. Dia ada 5 kategori utama untuk dinilai berdasarkan 27 kategori. Yang 5 tu utama, pertama sekali dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, economics (ekonomi) lah, human capital (sumber manusia dan tenaga manusia), quality of life (kualiti hidup), environment (alam sekitar) dan juga governance (pentadbiran kerajaan). Sebagaimana kita ketahui kita sebuah negeri yang telah memperkasakan Islam, meletakkan dasar Membangun Bersama Islam. Inilah puncanya kita dapat melepasi semua penilaian yang telah dibuat daripada segi ekonomi kita melaksanakan kewangan Islam, tiada unsur-unsur pemerasan, riba yang mana menyebabkan kita mendapat penilaian yang tinggi. Sumber manusia kita berteraskan budaya kerja UMI (Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan) dan kualiti hidup kita berteraskan kepada K-RABB yang telah dibentangkan semalam yang mana kita meletakkan hubungan antara masdatulhas sebagai asas utama kehidupan kita. Ringkasnya alam sekitar kita bebas daripada pencemaran asap, pencemaran bau, pencemaran bunyi dan mengekalkan kawasan hijau dan Kerajaan sebagai sebuah Kerajaan yang mana sehingga ke hari ini sifar rasuah, mengamalkan integriti, Kerajaan yang stabil dengan dasar Membangun Bersama Islam, Merakyat Bersama Islam Membangun Bersama Islam adalah kestabilan dan kesinambungan yang akan kita teruskan In Shaa Allah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan. Terima kasih kepada semua ahli yang telah menunjukkan kesungguhan dan memberi kerjasama sepanjang Persidangan ini berlangsung.
Persidangan Dewan ditangguhkan dan akan disambung semula pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Mari lah kita akhiri Persidangan dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.05 PAGI DAN AKAN BERSIDANG PADA SUATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK.