Kelantan · 21 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · 168 turns · 17,170 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Ketiga [Belanjawan] Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas
… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa….
[ SAMBIL BERDIRI ]
Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Kedua, Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas.
Minta cadangan…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Peringatan Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Selasa, Rabu dan Khamis 26, 27 dan 28 Zulkaedah 1445 Hijriah bersamaan 04hb, 05hb, dan 06hb Jun 2024 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.
Sokongan…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peringatan Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Selasa, Rabu dan Khamis 26, 27 dan 28 Zulkaedah 1445 Hijriah bersamaan 04hb, 05hb, dan 06hb Jun 2024 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.
Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK.”
Dipersetujukan.
Peringatan Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Selasa, Rabu dan Khamis 26, 27 dan 28 Zulkaedah 1445 Hijriah bersamaan 04hb, 05hb, dan 06hb Jun 2024 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.
[ PERINGATAN PERSIDANGAN KALI KEDUA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KEDUA DEWAN NEGERI KELANTAN KELIMABELAS DISAHKAN]
[ SETIAUSAHA MENGANGKAT TEKS-TEKS PERINGATAN TERSEBUT KEPADA YB DATO’ SPEAKER]
Angkat Sumpah Ahli Dewan Negeri Dun N.43
Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Angkat Sumpah Ahli Dewan Negeri DUN N.43 Nenggiri.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, berikutan dengan kekosongan Kawasan Dewan Undangan Negeri N.43 Nenggiri, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengaturkan satu Pilihanraya Kecil bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri N.43 Nenggiri pada 12 Safar 1446H bersamaan 17 Ogos 2024M dan Pilihanraya tersebut telah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) iaitu Mohd Azmawi Fikri Bin Abdul Ghani. Pada hari ini Yang Berhormat Nenggiri yang baru akan menyempurnakan Ucapan Mengangkat Sumpah sebagai Ahli bagi Dewan ini. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Mohd Azmawi Fikri Bin Abdul Ghani ahli bagi kawasan N.43 Nenggiri tampil ke hadapan bagi menyempurnakan Upacara Mengangkat Sumpah. Dipersilakan. [ YB MOHD AZMAWI FIKRI BIN ABDUL GHANI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI KAWASAN NENGGIRI MENYEMPURNAKAN UPACARA MENGANGKAT SUMPAH] ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ “ DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA AGUNG DAN DENGAN KEMULIAAN NABI MUHAMMAD S.A.W”
ADALAH SAYA, MOHD AZMAWI FIKRI BIN ABDUL GHANI YANG TELAH DIPILIH SEBAGAI SEORANG AHLI DEWAN NEGERI BAGI NEGERI KELANTAN DENGAN SESUNGGUHNYA BERSUMPAH BAHAWA SAYA DENGAN SETIANYA AKAN MENUNAIKAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN SAYA SEBAGAI AHLI ITU DENGAN SEDAYA UPAYA SAYA; BAHAWA SAYA AKAN BERSETIAWAN DAN AKAN BERTAAT SETIA DENGAN SEBENARNYA KEPADA NEGERI KELANTAN
DAN BAHAWA SAYA AKAN MEMELIHARA, MENJAGA DAN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGERI KELANTAN “ADALAH SAYA, MOHD AZMAWI FIKRI BIN ABDUL GHANI BERSUMPAH BAHAWA SAYA AKAN BERSETIAWAN DAN AKAN BERTAATSETIA DENGAN SEBENARNYA KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN KELANTAN DAN KEPADA WARIS-WARIS GANTINYA MENURUT UNDANG-UNDANG”.
IV … UCAPAN OLEH YB DATO’ SPEAKER
Susunan Urusan Persidangan Yang Keempat, ucapan oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Junjung Kasih kepada KDYMM Sultan Muhammad V di atas pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-55 Tahun 2024 kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri Kelantan. Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Hj Tuan Mohd Saripuddin Bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan & Komoditi, YB Dato’ Wan Roslan Bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau & Inovasi dan YB Dato’ Hj Abdul Rahman Bin Yunus di atas pengurniaan Ahli Yang Kedua Dato’ Paduka bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK). Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Zamakhshari Bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO & Perpaduan Masyarakat dan Yang Berhormat Hj Zuraidin Bin Abdullah bagi anugerah Ahli Yang Ketiga bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (JMK). Sekian, terima kasih.
Kertas-Kertas Yang Dibentang Di Atas Meja
Susunan Urusan Persidangan Yang Kelima, Kertas-Kertas Yang Dibentangkan Di atas Meja.
Kertas-Kertas tersebut ialah Kertas Dewan Bil. 18 Tahun 2024 hingga Kertas Dewan Bil. 34 Tahun 2024 sebagaimana yang dibentangkan di atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat : -
1. Kertas Dewan Bil. 18/2024 .. Anggaran Perbelanjaan Perbekalan Tambahan Pertama (2024) Tahun 2024.
2. Kertas Dewan Bil. 19/2024 .. Kenyataan Lengkap bersabit dengan perbelanjaan yang mustahak dan tidak dijangka bagi kebenarannya kerana pendahuluan daripada Kumpulan Wang bagi yang lain diperbuat mengikut Peraturan Kewangan Tahun 1957 dan dibentang mengikut Peraturan (113) (1) daripada Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan.
3. Kertas Dewan Bil. 20/2024 .. Kenyataan Wang Pendahuluan Yang diperbuat Mengikut Seksyen 6 (2) Daripada Wang Pembangunan 1966.
4. Kertas Dewan Bil. 21/2024 .. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024.
5. Kertas Dewan Bil. 22/2024 .. Anggaran Hasil Bagi Tahun 2025.
6. Kertas Dewan Bil. 23/2024 .. Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2025.
7. Kertas Dewan Bil. 24/2024 .. Anggaran Perbelanjaan Tanggungan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2025.
8. Kertas Dewan Bil. 25/2024 .. Anggaran Perbelanjaan Bekalan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2025.
9. Kertas Dewan Bil. 26/2024 .. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2025.
10. Kertas Dewan Bil. 27/2024 .. Penyata Kewangan Yayasan Islam Kelantan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
11. Kertas Dewan Bil. 28/2024 .. Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Kelantan bagi Tahun Berakhhir Pada 31 Disember Tahun 2023.
12. Kertas Dewan Bil. 29/2024 .. Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.
13. Kertas Dewan Bil. 30/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Dabong Tahun 2023.
14. Kertas Dewan Bil. 31/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Kuala Krai Tahun 2023.
15. Kertas Dewan Bil. 32/2024 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Tanah Merah Tahun 2023.
16. Kertas Dewan Bil. 33/2024 .. Penyata Kewangan Negeri Kelantan Darul Naim Tahun 2023.
17. Kertas Dewan Bil. 34/2024 .. Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 Kelantan.
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Keenam, Soalan-Soalan Yang Diberitahu.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan BertulisQuestions
Soalan-soalan oleh :
YB TUAN HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB TUAN MOHD RUSLI BIN ABDULLAH YB TUAN NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB PUAN DR. HAFIDZAH BINTI HJ. MUSTAKIM YB TUAN SHAARI BIN MAT YAMAN YB TUAN MOHAMED NASRIFF BIN DAUD @ DAUD YATIMEE YB TUAN KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD YB TUAN BAHARI BIN MOHAMAD NOR YB PUAN NOR ASILAH BINTI MOHAMED ZIN YB TUAN MOHD RODZI BIN JA’AFAR YB TUAN AZHAR BIN SALLEH YB DATO’ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YB TUAN ZUBIR BIN ABU BAKAR YB TUAN HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YB DATO’ SHAARI BIN MAT HUSSAIN
Jawapan bagi soalan tersebut adalah sebagaimana yang dibentang di atas meja di hadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bertanya.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
Soalan-soalan oleh :
YB TUAN HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB TUAN MOHD RUSLI BIN ABDULLAH YB TUAN HJ NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB PUAN DR. HAFIDZAH BINTI HJ MUSTAKIM YB TUAN SHAARI BIN MAT YAMAN YB TUAN ROZI BIN MUHAMAD
YB TUAN MOHAMAD NASRIFF BIN DAUD@DAUD YATIMEE YB TUAN HJ ZURAIDIN BIN ABDULLAH YB TUAN KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD YB DATO’ HJ ABD RAHMAN BIN YUNUS YB TUAN HJ HARUN BIN ISMAIL YB TUAN HJ MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN YB TUAN ZAMERI BIN MAT NAWANG YB TUAN WAN ROHIMI BIN WAN DAUD YB TUAN BAHARI BIN MOHAMAD NOR YB PUAN NOR ASILAH BINTI MOHAMED ZIN YB TUAN NORSHAM BIN SULAIMAN YB TUAN MOHD RODZI BIN JAA’FAR YB TUAN HJ AZHAR BIN SALLEH YB TUAN AHMAD ZAKHRAN BIN MAT NOOR YB TUAN MOHD ALMIDI BIN JAAFAR YB DATO’ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YB TUAN ZUBIR BIN ABU BAKAR YB TUAN HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YB TUAN KU MOHD ZAKI BIN KU HUSSIN YB DATO’ SHAARI BIN MAT HUSSAIN YB TUAN HJ MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM
[ YB DATO’ SPEAKER AKAN MENGAMBIL ALIH SETERUSNYA….]
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Melor. Silakan.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 1.
Soalan 1 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, namakan agensi-agensi pembangunan persekutuan seperti FELDA, KESEDAR dan/atau FELCRA yang mengendalikan Rancangan Pembangunan Tanah Berkelompok di bawah Akta Tanah (Kawasan Petempatan Berkelompok) 1960 (Akta GSA) dalam negeri Kelantan, dan keluasan tanah-tanah rancangan yang masih gagal dibayar premium oleh
agensi-agensi tersebut, serta adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk mengambil semula tanah-tanah yang gagal mematuhi jadual pembayaran premium tersebut? ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Melor yang mengemukakan soalan. Bagi Negeri Kelantan hanya FELDA sahaja yang membangunkan tanah menggunakan Akta GSA. Manakala FELCRA dan KESEDAR tidak menggunakan Akta GSA.
Tanah-tanah dalam kawasan GSA yang perlu dibayar premium oleh agensi berkaitan adalah terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kawasan penempatan (Seksyen 6) Kawasan penempatan terbahagi kepada 2 iaitu kawasan penempatan kediaman peneroka dan kawasan yang digunakan oleh agensi untuk tujuan fasiliti pentadbiran kawasan ladang (seksyen 5).
Permohonan pemberi dekat milikan yang masih gagal dijelaskan premium adalah FELDA Chiku 6 keluasan 859.88 hektar, Chiku 1 keluasan 2309.94 hektar. Bagi tanah-tanah yang digunakan untuk tujuan fasiliti pentadbiran agensi sekiranya premium gagal dijelaskan kelulusan pemberimilikan itu akan luput. Sekian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau boleh saya pohon sedikit data tentang berapakah jumlah keseluruhan tunggakan premium bagi setiap agensi dan kalau boleh aging ataupun jangka masa premium-premium yang masih belum dijelaskan oleh agensi-agensi pembangunan tanah persekutuan ini. Dan apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri jika terdapat tunggakan untuk mendapatkan semula semua tunggakan tersebut. Terima kasih.
Jumlah tunggakan premium serta bayaran-bayaran lain yang tidak dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan ini adalah sebagaimana berikut :
- FELCRA Berhad sebanyak RM14, 755, 207.00 - FELDA RM1, 554, 035.00 dan KESEDAR RM7, 137, 558.84
Jumlah keseluruhan sebanyak RM23, 446, 800.84.
Kerajaan Negeri telah pun mengambil langkah sepatutnya seperti mengeluarkan notis 5A dan juga mengadakan rundingan dengan agensi-agensi yang terlibat. Mana-mana kelulusan yang tidak disertai dengan bayaran kepada notis 5A maka kelulusan itu adalah luput. Namun bagi kawasan yang tertakluk kepada Akta GSA penamatan kawasan bagi membolehkan kerajaan melupuskan tanah kepada pemohon yang lain perlu mematuhi kehendak Akta itu. Sekian.
Sila Kuala Balah.
Terima kasih Dato’ Speaker, kita mendapati ada masalah dari segi pindah milik kepada peserta-peserta KESEDAR. Dan juga penempatan kepada peserta-peserta FELCRA. Bagaimana kerajaan nak menyelesaikan masalah tersebut? Terima kasih.
In Shaa Allah kita akan mengadakan rundingan dari semasa ke semasa dengan agensi tersebut kerana kita mahu mengekalkan hubungan yang harmoni di antara Kerajaan Negeri dan juga agensi-agensi termasuk agensi diperingkat persekutuan kerana kita berpandukan kepada apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW
ِ ِ ﻒ َ ﻟ ﺆ ﻳ ﻻ َ ﻒ َ ﻟ ϩ ﻻ َ ﻦ ﻴﻤ ﻓ ﲑ ﺧ ﻻ َ ﻒ َ ﻟ ْ ﺄ ﻣ ﻦ ﻣ ﺆ ﻤ ْ ﻟ ُا ْ ـُ وَ ُ، َْ ْ َ َْ َ وَ ٌ، َ ُ ْ ُ
Maksudnya : Orang mukmin itu terjemah Bahasa ﻒmereka َ ﻟ ﺆ ﻳ ﻻ َ ﻒ َ ﻟ ϩ ْ ـُ وَ ُ، َْ Kelantan, seney baso, mudoh kiro.
ِ ﻒ َ ﻟ ﺆ ﻳ ﻻ َ ﻒ َ ﻟ ϩ ﻻ َ ﻦ ﻴﻤ ﻓ ﲑ ﺧ ﻻ َ ُوَ ْ ـُ وَ ُ، َْ ْ َ َْ َ Nabi sebut tidak ada kebaikan bagi orang yang payoh baso dan payoh keng. Jadi dalam setiap masalah yang kita hadapi kita selesaikan melalui rundingan kerana tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Sebab tu kalau kita baca dalam Quran Allah Taala berfirman ….
ِ ِ ﺮ ﺴ ﻳ ﺮ ﺴ ﻌ ْ ﻟ ا ﻊ ﻣ إِن ﱠ ﺮ ﺴ ﻳ ﺮ ﺴ ﻌ ْ ﻟ ا ﻊ ﻣ ِن ﱠ ﺈ ﻓ َ ًا ْ ُ ْ ُ َ َ ًا ْ ُ ْ ُ َ َ Sesungguhnya bersama-sama dengan payoh itu ada mudah. Maka bersama-sama dengan payah itu ada mudah. Kenapa dalam ayat ini diulang dua kali
ﺮ ﺴ ﻳ ﺮ ِ ﺴ ﻌ ْ ﻟ ا ﻊ ﻣ إِن ﱠ ﺮ ﺴ ﻳ ﺮ ِ ﺴ ﻌ ْ ﻟ ا ﻊ ﻣ ِن ﱠ ﺈ ﻓ َ ًا ْ ُ ْ ُ َ َ ًا ْ ُ ْ ُ َ َ Kerana Rasulullah bersabda Allah Taala mencipta payoh itu satu, tapi Allah Taala cipta mudah itu dua. Bila bertembung di antara payoh dengan mudoh dia akan menang mudoh. Sebab mudoh dua. Pahtu Nabi bersabda
ﻳﺴﺮﻳﻦ ﻋﺴﺮ ﻳﻐﻠﺐ ﻟﻦ
Satu payoh tidak akan dapat mengalahkan dua mudoh. Sebab itu kalau kita sentiasa berunding In Shaa Allah semua masalah akan dapat kita selesaikan melalui rundingan
ﺮ ﻣ َْ ﻷ ا ﰲ ِ ﻢ ﻫ ﺎ ﺷ َ ِوَ ْ ْ ُ وِرْ Bermesyuaratlah mereka dengan segala urusan. Wallahua’lam.
Ok Galas.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan pemilikan ada penyerahan geran kepada peneroka Chiku 1.
Saya dimaklumkan bahawasanya urusan pembayaran premium dan sebagainya telah dilaksanakan. Justeru berapa banyak lagi masa yang perlu peneroka-peneroka kita menunggu untuk mendapat geran daripada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.
In Shaa Allah bila semua procedure telah di sedia dilalui termasuk bayaran kita akan selesaikan dalam masa terdekat. Kita check balik. In Shaa Allah.
Dipersilakan Yang Berhormat Bunut Payong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 2.
Soalan 2 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauh manakah perkembangan pelaburan yang dibuat oleh yik dan apakah manfaat yang dirasai oleh YIK dari sudut pentadbiran dan pengurusan?]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih pada Bunut Payong, Kelaboran, Yayasan Islam Kelantan adalah melalui pajakan tanah iaitu seluas 53 531.47 ekar yang memberi pulangan tahunan minima kepada Yayasan Islam Kelantan sebanyak RM8 juta setahun. Manakala pelaburan
sampingan yang lain seperti pembalakan dan perumahan memberi pulangan untuk jangka masa yang pendek, jangka masa pendek. Pencapaian hasil pelaburan itu untuk tahun 2019 hingga 2023 adalah sebagaimana berikut :
Item/ 2019 2020 2021 2022 2023 Tahun (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) Pajakan 7,219,111.74 6,944,206.37 18,031,199.07 13,015,559.54 14,901,337.35 tanah Pembalakan 400,000.00 0.00 0.00 1,275,000.00 425,000.00 Perumahan 0.00 5,401,276.25 2,851,866.25 0.00 0.00 Jumlah 7,619,111.74 12,345,482.62 20,888,065.32 14,290,559.54 15,326,337.35
Hasil pelaburan YIK adalah untuk menampung kekurangan sumbangan ataupun bantuan daripada Pihak Berkuasa Negeri bagi tujuan pengurusan dan juga pembangunan. Terima kasih.
Silakan Bunut Payong.
Terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah memberi jawapan secara panjang lebar bermula daripada tahun 2019 sehingga pada tahun 2022. Soalan tambahan saya bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan bahawa manfaat daripada pelaburan YIK, bukan saja memperkukuhkan aspek pentadbiran dan penulisan tetapi juga digunakan secara efektif untuk memperbaiki infrastruktur pendidikan dan kebajikan pelajar khususnya di kawasan luar bandar, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sudah pastinya pendapatan sampingan ini kita menambahkan, menambah baik lagi prasarana sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan yang berjumlah 93 buah dengan infra kerusi, meja, pengurusan dan sebagainya. Terima kasih.
Silakan Kemuning.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya selain pelaburan-pelaburan yang disebutkan oleh Dato’ sebentar tadi adakah kerajaan bercadang untuk menambah pelaburan-pelaburan baru bagi menampung kewangan yang sesak. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sudah pastilah kita sebab anok ramai dan duit tok berapa banyok. Tapi anak-anak kita cerdik boleh melakar kejayaan di peringkat nasional sehingga terbaik di peringkat negara.
Jadi kita membuka satu perniagaan baru iaitu melalui stesen minyak. Jadi kita telah berjaya membuka stesen minyak di berhampiran dengan pejabat Yayasan Islam Kelantan. Dan dia telah menjana keuntungan yang agak tinggilah. Di mana pada tahun 2021 kita mendapat keuntungan sebanyak RM250,328.00, 2022 kita dapat RM485,412.00, 2023 RM338, 671.00 dan tahun ini sehingga Oktober sudah mencecah RM320,359.50, In Shaa Allah ambo kaji. Terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Pasir Tumboh.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 3.
Soalan 3 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Bagaimanakah kerajaan negeri menyokong pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi meningkatkan ekonomi tempatan?]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pasir Tumboh. Insentif dan Bantuan Kerajaan Negeri Kelantan pada usahawan MTS ialah di antaranya ialah Skim Bantuan dibawah Program Usahawan Berdikari bagi membantu usahawan memulakan sesuatu perniagaan atau meningkat potensi usahawan dengan penyaluran peruntukan kepada DUN dengan siling peruntukan RM16 ribu setiap DUN.
Geran bantuan usahawan Berdikari, Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan, sokongan perarakan niaga sebagai inisiatif, inisiatif untuk mengekalkan perniagaan dan meningkat hasil perniagaan dengan peruntukan sebanyak RM30 ribu setiap DUN. Jumlahnya ialah RM720 ribu dan yang kedua, RM1 390 000. Jumlah ialah RM2 030 000.
Begitu juga inisiatif kerajaan untuk membolehkan produk usahawan Kelantan di pasarkan secara berpusat oleh Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) meliputi 256 orang terlibat dan produk lainnya adalah 1736.
Begitu juga geran bantuan daripada jabatan-jabatan termasuk Jabatan Pertanian, termasuk Program Usahawan Tani dan begitu juga 9 program dibawah PKNS dibawah SME Corps Malaysia sebanyak 9 program. Terima kasih.
Silakan Pasir Tumboh.
Terima kasih kepada kerajaan yang telah menjawab soalan saya begitu baik sekali. Soalan tambahan ialah apakah langkah-langkah strategik yang diambil oleh kerajaan bagi mempromosi produk IKS melalui platform serta memperluaskan pasaran ke peringkat Antarabangsa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih pada soalan tambahan. Kita memang mengenalpasti beberapa sekarang masih dalam online contohnya dan kita mengadakan seminar libat urus dengan pihak-pihak berkenaan melalui seminar dan juga ekspo dagangan dan juga kita melawat ke tempat-tempat produk-produk yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang yang manfaat pada PKNS kita dan ini satu trend di Kelantan ini berbagai-bagai perniagaan yang ada ini telah mendapat perakuan daripada antarabangsa.
Contoh bila kita ke luar negara kita bawak juga produk-produk daripada Kelantan, terima kasih.
Silakan Chempaka.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa ni daripada jawapan yang telah diberikan jadi kita dapat melihat beberapa bentuk bantuan yang telah diberikan kepada IKS. Dan memang daripada pengamatan saya sepanjang setahun lebih sebagai wakil rakyat ini memang dapat banyak memberi bantuan. Cuma setakat ini saya pohon untuk dapatkan maklumat daripada pihak kerajaannya sejauh mana keberkesanan program-program bantuan yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha IKS tersebut. Adakah apa ni semata-mata kita bui saja bantuan tapi tanpa pemantauan.
Adakah selepas enam bulan tersebut dia masih lagi menjalankan perniagaan tersebut ataupun sudah meningkat naik ataupun merudum tak tahu barang itu ada. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan Chempaka. Memang melalui perniagaan ini dia berterusan. Kalau 2023 dia masih mengekalkan, contoh dia ada dua, tiga orang pekerja lepas tu
menambah produk dan bulan-bulan puasa menjelang bulan Ramadhan dan sebagainya. Permintaan-permintaan contoh yang buat kuih yang kita bagi peralatan dan sebagainya tak menang tangan demo kato jadi banyak order-order yang dapat sudah tentu meningkat. Peningkatan hasil itu ketara. Siap-siap kita bagi peralatan. Dan kita ada juga membuat tinjauan-tinjauan kepada tempat-tempat itu.
Silakan Jelawat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi malam hujan lebat, pohon jawapan soalan nombor 4.
Soalan 4 :
[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah kerajaan berhasrat untuk membangunkan tanah rezab haiwan di Gunong Jelawat seluas lebih 50 ekar sebagai pusat ternakan haiwan ruminan atau kawasan penanaman rumput untuk makanan ternakan ruminant? ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Jelawat. Tanah rizab haiwan adalah merupakan tanah yang dirizabkan bertujuan dibawah Seksyen Kanun Tanah Negara. Sehubungan dengan itu, ia boleh dibangunkan untuk apa-apa tujuan yang tidak bercanggah dengan tujuan perizaban tersebut. Melalui inisiatif kerajaan atau lesen pendudukan sementara dibawah Seksyen 65 atau pajakan tanah rizab dibawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara.
Secara umumnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar bangunkan TRR, Tanah Rizab Ragutan untuk tanaman rumput dan diberi guna kepada pengusaha dan bidang penternakan. Kawasan Rizab Haiwan Jalan Gong atau dalam DUN Jelawat tersebut berpotensi untuk dibangunkan namun tiada sebut dan tiada sumber pengairan terdekat. Kerajaan mengalu-alukan kerjasama dari mana-mana pihak berhasrat untuk
membangunkan projek berkaitan sektor penternakan atau pertanian di kawasan tersebut. Ok terima kasih.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Exco. Saya melihat bahawa tanah ini sekarang ini lebih kurang 20 tahun telah agak terbiar dan cuma beberapa ekor haiwan ternakan Ruminan sahaja yang berada di atas tanah tersebut. Jadi soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan kajian berimpak ekonomi bagi sektor penternakan ataupun pembangunan di atas tanah tersebut bagi membolehkan masyarakat di sekitarnya mendapat yang lebih luas. Dan jika perlu kepada pembatalan rizab haiwan mungkin boleh dilaksanakan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan dari Jelawat. Ya, In Shaa Allah pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan menjalankan impak ekonomi dalam membangunkan kawasan tersebut dengan mengambil kira garis panduan dan juga peraturan dibawah PBT. Sekian, terima kasih.
Silakan Dabong.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, adakah peruntukan khusus dibawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membangunkan kawasan tanah terbiar bagi sektor penternakan? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Dabong. Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan pembangunan dibawah Rancangan Pembangunan Kompleks Dan Pusat Pemprosesan Makanan sebanyak RM130 ribu setahun. Kerana peruntukkan ini adalah untuk membeli bekalan biji benih dan peralatan berkaitan dengan penanaman dan membantu penternak ataupun usaha meningkatkan bekalan makanan untuk ternakan khususnya penanaman rumput napier.
Selain itu, pembelian peralatan mesin pemprosesan makanan untuk membantu pengusaha mengusahakan pemprosesan makanan serta membantu penternak sekitar dalam penerimaan bahan mentah makanan dan bahan makanan siap.
Untuk makluman Yang Berhormat Dabong tahun 2020 jabatan telah mengedarkan mesin chopper ataupun penghancur makanan, mesin pallet, pam air, mesin rumput, set pagar dia punya rumput napier, rumput minyak yang melibatkan 31 peserta atau penerima. Sekian, terima kasih.
Silakan Galas.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya Yang Berhormat Exco, setakat ini dimanakah dalam negeri kita ini projek usaha sama mungkin dibawah agensi Kerajaan Negeri kawasan contoh tempat Pusat Ternakan Haiwan Ruminan yang berjaya serta kawasan penanaman rumput untuk ternakannya seperti rumput napier sebentar tadi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Galas. Di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan kita sedang membangunkan Pusat Penternakan Ruminan Hibrid Charolais di
Rong Chenok di kawasan Rong Chenok Agro Valley sebanyak 100 ekar tanaman rumput yang sedang dibangunkan di sana dan ternakan juga sedang diternak secara feedlot di sana.
Dan satu projek yang sama dengan ECRDC dan dibangunkan untuk projek penanaman rumput di Jeram Pasu, dengan keluasan tanah sekitar 60 ekar. Terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Semerak.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pohon jawapan saya pada soalan nombor 5.
Soalan 5 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah status terkini projek pembinaan loji rawatan kumbahan berpusat (STP Centralized) oleh IWK bagi merealisasikan peralihan daripada penggunaan sistem tangki septik individu (IST) atau palong kepada sistem STP? ]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih kepada Semerak. Buat masa ini kita di Kelantan Sistem Rawatan Kumbahan Berpusat yang betul-betul mengikut spesifikasi yang diberikan oleh IWK belum ada. Namun demikian, kerajaan telah membuat permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk mengadakan sistem berpusat ini ditunjuk dengan kos RM500 juta. Dan program ini bermula daripada tahun 2015 permohonan kita. Dan permohonan ini telah diluluskan seketika dan selepas Pilihanraya PRU 14 ditarik balik.
Namun demikian, kita masih lagi berusaha sepanjang RMK 12 tu empat kali RP1, RP2, RP3 kita memohon namun kita tetap tak putus asa In Shaa Allah. Kita pohon lagi dalam RMK …
Silakan soalan tambahan Semerak.
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Daripada jawapan yang diberikan bolehkah bagitahu dewan Yang Berhormat Dato’ bagitahu dewan kenapa ataupun sebab-sebab ianya telah ditangguhkan ataupun ditolak dan sejauh manakah perancangan Kerajaan Negeri bagi pembinaan loji kumbahan rawatan berpusat?
Terima kasih Semerak. Seperti yang dinyatakan tadi maknanya kita telah mohon sejak 2015 dan kita telah pun membuat pengambilan tanah sebanyak seluas 18.36 ekar dengan kos sebanyak RM17 juta. Maknanya tanah itu dah tersedia. Dan tanah buat masa ini adalah di atas nama PTD. Masih sudah ada. Jadi kronologi dianya dari 2015 setuju, setuju, setuju sampai satu peringkat dia minta syarat. Syaratnya ialah sistem kumbahan yang jadi seroh ko dio.
Jadi mesyuarat Exco pada masa itu memutuskan beri, segala syarat yang dia nak kita bagi. Lepas bagi, bagi, bagi, lulus, lulus, tarik balik, dia tarik balik. Tarik balik tu kita pun tak tahu kes gapo. Sebabnya dari sudut kitanya bila permohonan daripada perbincangan apa semua sekalinya dia setuju. Kita pun setuju, dia wi syarat kita turut syarat namun demikian masih belum sebab kos dia agak tinggi RM500 juta.
Jadi kitanya seperti biasanya tidak berputus asa In Shaa Allah kerana sistem kumbahan berpusat adalah suatu yang keperluan maka kerajaan tidak berputus asa terus memohon dari segi bajet agar apa tu sistem kumbahan berpusat ini jadi lebih baik lagi In Shaa Allah. Terima kasih.
Silakan Pengkalan Pasir.
Soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita lihat dari segi kemudahan dipilih dari satu benda yang penting. Adakah data mengatakan Kelantan ini negeri yang terakhir yang memohon ataupun yang belum mempunyai STP secara centralized.
Yang keduanya, kalau kita lihat beberapa isu federalisme bagaimana Kelantan telah kalau di highway tidak ada apakah dalam konteks penyediaan STP ini, negeri-negeri lain sudah disediakan ataupun Kelantan ini bagaimana kedudukan dari segi semangat federalisme pihak kerajaan Persekutuan?
Terima kasih Pengkalan Pasir. Semangat federalisme ni ambo tengok dibawah Yang Berhormat Dato’ PBT ini semakin baik. Apa tu pertemuan, perjumpaan, perbincangan dengan PMX tu sentiasa berlaku. Dan seperti disebutkan tadi sistem pembentukan berpusat ini adalah satu keperluan yang atas tu lah.
Kalau kita tengok 2015 perkara ini hampir 10 tahun. Jadi kita atas kepentingan itulah sepanjang RMK-12 ni, RMK 1, 2, 3, 4, 5 kita mohon. Lulus, tarik balik dan dalam RMK-12 ini kita memohon lagi. Memohon lagi menunjukkan bahawa sistem ini sangat penting kepada rakyat Kelantan.
Silakan Gual Ipoh.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya adalah sejauh manakah apa ni perkhidmatan yang disediakan oleh IWK terhadap kualiti rawatan kumbahan setelah perpindahan daripada Syarikat Majari Services, terima kasih.
Hoktu kena mintak tangguh ni. Hokni kena mintak tangguh sebabnya mula-mula sekali kita telah serah kepada IWK dan laporan tu tok, tok mari kitalah. Cuma secara mudahnya ialah kita takdok IWK tokleh nok manage apa tu pusat pembentungan berpusat kerana takdok. Tangki-tangki septik hok biasa ni ialah sistem tu ialah penuh gi sedut, penuh gi sedut lagu tu lah. Jadi Majaari akan apa tu mengenakan cas-cas tertentu pada hok keno gitu jah, gitu jah setakat hari ini dan kita tidak ada lagi pembentungan berpusat, terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Kemuning.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Waktu pagi kita bersenam, lepas bersenam kita bersarapan Soalan saya nombor 6, izinkan saya mohon jawapan. Terima kasih. Soalan 6 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, berkenaan perkembangan pelaksanaan program kitar semula di negeri Kelantan serta usaha-usaha untuk memastikan rakyat terbiasa dengan pengasingan bahan buangan mengikut kategori guna semula.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Nak jawab pantun ni payoh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk menjawab soalan Kemuning sekali dengan soalan daripada Paloh, nombor 11 hari ni. Untuk makluman Kemuning dan juga Paloh, menyedari betapa pentingnya pengurusan sisa pepejal yang mampan dalam usaha melestarikan alam sekitar Kerajaan Negeri sentiasa usaha untuk yang pertama mengurangkan jumlah sisa pepejal yang ada di tapak pelupusan dan yang kedua menggalakkan aktiviti kitar semula dikalangan rakyat. Ini selaras dengan usaha dari pihak kerajaan Persekutuan menerusi KPKT yang telah melancarkan Blue Print bagi Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal di Malaysia 2025-2035.
Konsep ekonomi kitaran atau circular economy merupakan konsep guna, pulang dan cipta semula dengan izin (use, return, and re-create) yang mana berbeza dengan linear economy iaitu beli, guna dan buang (buy, use and throw). Sebelum ini kita guna konsep igat, igat ni basic lah. Hok baru ni 10R. Hok baru loni, 2025-2035.
Strategi Ekonomi Kitaran iaitu menolak dengan izin (Refuse), memikir semula (Rethink), mengurangkan (Reduce), menggunakan semula (Reuse), membaiki (Repair), membaik pulih (Refurbish), membuat semula (Remanufacture), menyesuaikan semula (Repurpose), mengitar semula (Recycle), dan memeroleh semula (Recover) akan dijadikan asas dalam setiap pelaksanaan inisiatif ekonomi kitaran bagi memastikan sumber digunakan dengan cekap dan penjanaan sisa pepejal dapat dikurangkan dan mulai tahun 2022 pendidikan, Kerajaan Negeri telah melancarkan Program Komuniti Alam Hijau atau PKAH.
Dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaraakan Holdings Sdn. Bhd (KUMH), Program PKAH ini bermula dengan program kempen kitar semula yang bermula di sekolah-sekolah dan mulai tahun ini PKAH telah mula dikembangkan ke komuniti masyarakat seluruh Kelantan.
Untuk fasa pertama untuk makluman pada 2023 sebanyak 30 buah sekolah yang terlibat dengan PKAH dan tahun 2024 sekali ganda bila sekolah-sekolah telah meningkat sebanyak 60 buah sekolah. Dan tahun 2023 semua sekolah ini jumlah pelajar terlibat iaitu seramai 14 ribu orang pelajar yang terlibat dengan lebih kurang 1300 guru untuk dijadikan PKAH.
Dan sepanjang tahun 2024 setiap bulan KUMH telah menyediakan 10 hadiah bagi sekolah yang mencapai tahap aktiviti bahan kitar semula yang tertinggi. Ni ikut data kutipan dari KUMH dari kitar semula yang telah berjaya diasingkan sepanjang tahun 2023 iaitu 190 tan. Kalu kilo gak 190,000 kilo lah. Dan sehingga September 2024 sebanyak 360 tan maknanya peningkatan sekali ganda. Hasil daripada program kitar semula yang telah dijayakan oleh KUMH dengan kerjasama daripada sekolah-sekolah.
Dan untuk komuniti setempat, pihak MPKB telah mewujudkan pusat kitar semula pandu lalu disebut Drive-Thru Recycle Centre di Panji dan dibuka pada setiap Khamis iaitu hari bekerja dengan kerjasama KUMH dan juga Jabatan Alam Sekitar. Kerajaan juga telah memulakan langkah bagi menjayakan perancangan supaya setiap DUN dapat mempunyai satu pusat Kitar Semula Pandu Lalu. Negeri Kelantan juga merupakan satu-satu negeri di Malaysia yang menjalankan kempen kitar semula sisa makanan. Sampah ni dia ada plastik, dia ada kaca, dia ada kertas. Sor lagi sisa makanan.
Kita telah memulakan program Penternakan Black Soldier Fly (BSF) yang mana satu-satu negeri yang menjadikan program BSF dan kita telah beroperasi sepenuhnya di Pasir Mas dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Mas dan juga Tanah Merah bersama YB Tanah Merahlah. Tu untuk program kitar semula dan kalau boleh dibuat serentak dengan kempen gotong royong sepanjang tahun Kelantanku Bersih. Sekian, terima kasih.
Silakan Kemuning.
Terima kasih Yang Berhormat Exco atas penerangan yang diberikan sebentar tadi. Saya mengambil peluang di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas kejayaan Kerajaan Negeri menjayakan program 3R di Kelantan ini dan saya berharapkan agar ianya menjadi satu budaya kepada masyarakat kita untuk mengamalkan 3R ini di seluruh negeri In Shaa Allah.
Jadi soalan saya, baru-baru ini kita tahu bahawa telah berlaku satu kebakaran yang besar di pusat pengumpulan bahan kitar semula di Pengkalan Chepa. Jadi soalan saya apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri, usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan kejadian sebegini tidak lagi berlaku dan juga memastikan bahawa Program Kitar Semula ini tidak memberi mudarat kepada rakyat terutamanya di sekitar pusat pengumpulan bahan kitar semula, terima kasih.
Terima kasih Kemuning. Sebagaimana kita ketahui bahawasanya berlaku pembakaran di tapak industri Pengkalan Chepa pada hujung Oktober lalu iaitu kebakaran stor, pengumpulan bahan kitar semula, bukan kilang, stor pengumpulan di Pengkalan Chepa yang mana bomba terpaksa mengambil masa selama 7 hari untuk memadamkan bahan terbakar. Ha itulah saya kata bahawasanya industri kitar semula merupakan satu industri yang berpotensi yang boleh menjana pendapatan trash to cash, malangnya berlaku perkara luar jangka terbakar dan kita akan memberikan lesen sementara untuk stop dan syarikat dalam proses untuk memohon lesen untuk operasi kilang.
Secara konsep pirolisis. Pirolisis bermakna kita apa menggunakan bahan kitar semula plastik, kertas dan sebagainya. Proses balik menjadi sumber asal daripada plastik daripada minyak. Dan minyak digunakan untuk jadikan bio diesel dan sebagainya. Itu antara satu proses dan masih lagi MRF, Material Recover Fasility. Kita kumpul semua sampah, kita tutup, kita masukkan sejenis cecair. Sampah-sampah makanan akan turun menjadi baja tinggal lagi bahan-bahan pepejal kita akan asingkan antara kaca, plastik dan lain-lain dan boleh dijual semula. Yang di kilang tu dia
beli barang-barang kitar semula untuk diproses menjadi bahan-bahan bakar seperti bio diesel dan barangan kita di pihak Kerajaan Negeri sentiasa bersama dengan JAS untuk memproses berjalan dilaksanakan oleh kilang-kilang yang terlibat mengikut tatacara dan peraturan semasa yang terpakai di Malaysia, In Shaa Allah.
Silakan Paloh.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, soalan tambahan saya boleh ke Kerajaan Negeri menyatakan sejauh manakah kejayaan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu yang difahamkan beroperasi setiap Khamis bermula jam 10.30 pagi hingga 02.30 petang.
Adakah Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menambah waktu operasi di TRC ini supaya dapat memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan yang bekerja pada waktu tertentu. Terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Paloh. Daripada jawapan awal tadi saya telah nyatakan bahawasanya kita ke arah apa ni mengadakan program Kitar Semula konsep ekonomi kitaran. Dan antara kaedah itu mengadakan Pusat Pandu Lalu, Drive Thru Recycle Centre di TRC lah istilah dia. Dan kita Kelantan telah jadikan Zon A, MPKB. MPKB dia ada tiga zon. Zon pembesar 1,2, 3, A, B, C lah. Di A ada, kita ada apa ni stor MPKB dan kita bina pusat pandu lalu pilot project, projek pertama di Kelantanlah.
Dan hasrat kita untuk menjadikan pusat pandu lalu ada di setiap DUN, 45 DUN dan sebagai projek pilot kita, kita buat di MPKB dan dalam proses untuk pendidikan dan kesedaran pada masyarakat. Sebab itulah kita buka antara pukul 10.30 pagi hingga pukul 03.30 petang hari Khamis. Kita nak tengok setakat mana respon kesedaran masyarakat Alhamdulillah telah berjalan selama 3 bulan dan kita sedang membina lagi pusat kedua di Kubu Maras adalah peruntukan RM40 ribu untuk membina tapak di TRC dan berikutnya di Wakaf Che Yeh. Peringkat Kota Bharu kerana populasi yang tinggi In Shaa Allah jika berlaku sambutan yang baik kita akan buka ke tempat-tempat lain. Dan Ketereh dalam proses untuk membuka, kita tengok sambutan kita tengok daripada pagi sehingga petang hari Khamis, nampaknya sambutan memberansangkan In Shaa Allah kita akan apa ni buka tempat lain In Shaa Allah kita cuba lanjutkan tempoh untuk proses peringkat kajian. Terima kasih.
Saya persilakan Kota Lama.
Soalan ke soalan tambahan?
Soalan.
Ok. Assalamualaikum Dato’ Speaker, pagi-pagi ni kejut. Dato’ Speaker, sudah bermula musim tengkujuh, soalan saya nombor 7. Soalan 7 : [ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, status penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan di Negeri Kelantan dan langkah yang diambil untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam program pembangunan dan peningkatan tahap sosio ekonomi.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, dan terima kasih kepada Kota Lama di atas soalan yang diberikan. Mengikut statistik pekerjaan dan perburuhan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia kadar penyertaan tenaga buruh wanita di Kelantan pada tahun 2022 pada adalah sebanyak 43.4% iaitu seramai 261.7 ribu orang wanita yang bekerja.
Kerajaan Kelantan mempunyai dasar iaitu dasar wanita Kelantan yang menyokong penglibatan dan juga penyertaan wanita dalam pembangunan sosial ekonomi secara bersepadu. Bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan wanita dalam bidang sosial ekonomi, antara usaha-usaha yang telah kita laksanakan adalah:
a) Meningkatkan kesedaran dan akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran yang bersesuaian pada wanita. Itu antaranya penubuhan 45 Darul Niswah, PPWK ataupun Pusat Pembangunan Wanita Kelantan untuk kemahiran jahitan sulaman, kulinari, kraftangan dan dapur hijau.
b) Penubuhan Pusat Latihan Wanita OKU, Armalah iaitu peluang Negeri Kelantan terokai Pusat Latihan Jahitan, Sulaman dan Kulinari pada wanita Armalah dan OKU peringkat Negeri Kelantan.
c) Penyediaan kursus asas pengasuhan dan pemberian Skim Halimatul Saadiah, pengasuh-pengasuh yang mengasuh dari rumah. Pengtauliahan Sijil Kemahiran Asas Permata (KAP) kepada pengasuh-pengasuh kanak-kanak di taska dan juga pengasuh di rumah.
Selain daripada itu pengtauliahan Sijil Kemahiran Malaysia berasaskan pengiktirafan pencapaian terdahulu SKMPPP Tahap 3 dalam bidang jahitan.
Melalui U-BES juga kita mengadakan pelbagai kursus kemahiran kepada wanita seperti dekorasi kek, pembuatan Minyak Kelapa Dara, bakery,
perakaunan, kewangan, urutan bidang bersalin serta gunting rambut wanita turut disediakan. Langkah kedua iaitu memudahkan akses kepada pinjaman dan geran bantuan perniagaan khususnya untuk wanita. Antaranya melalui U-KEKWA kita menyediakan Tabung Usahawan Wanita (TUW) dalam bentuk peralatan untuk usahawan kecil wanita. Melalui U-BES dana niaga Kelantan menyediakan dana niaga seperti starter cake barber, starter cake saloon dan kiosk baiki telefon. Melalui Exco Pertanian juga Industri Agro Makanan Komuditi dan juga bantuan industri diberikan melalui Projek Dapur Hijau, Bengkel Usahawan Tani Koko dan Penerima Kek Koko, Program Pembangunan Usahawan Wanita Tani (Al-Falah) dan juga Projek Ayam Telur kepada Beliawanis. Langkah ketiga membangunkan infrastruktur sokongan penting seperti pusat jagaan anak-anak di tempat kerja serta kemudahan lain yang sesuai. Kita telah menyediakan 12 taska dibawah naungan Kerajaan Negeri yang berada di saluran negeri dengan kemudahan wanita menempatkan anak-anak mereka semasa bekerja. Langkah yang keempat pihak Kerajaan Negeri telah membina dan akan sentiasa memperkukuhkan libat urus dengan pelbagai agensi negeri dan Persekutuan untuk menambah baik penglibatan wanita dalam pembangunan sosio ekonomi secara bersepadu, terima kasih.
Silakan Kota Lama.
Terima kasih YB Exco atas jawapan yang komprehensif tersebut. Suka saya kongsikan diperingkat Nasional President The Muslim World Summit Women Summit Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menyebutkan bahawa sehingga Jun 56.3% wanita Malaysia terlibat dalam pekerjaan. Jadi tahniah Kelantan kita 43.4%.
Jadi cuma saya nak bertanya adakah usaha untuk menjadikan Pusat sehenti untuk mengumpulkan wanita-wanita ini ya produk dia sebagai
satu optik untuk kejayaan wanita Kelantan yang sememangnya sudah terkenal keusahawanannya dan saya juga mahu tahu sejauh mana kerjasama dibuat tadi yang YB Exco sebutkan Kerajaan Negeri bagi melibatkan wanita Kelantan dalam Program Peningkatan Ekonomi seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dianjurkan oleh kerajaan diperingkat Persekutuan yang berjaya meningkatkan pendapatan golongan sasar tersebut.
Kalau ada kerjasama tersebut apakah bentuk projek yang telah dilaksanakan setakat ini? Terima kasih YB Exco.
Terima kasih soalan tambahan. Mengenai pusat pengumpulan barang-barang ataupun produk-produk itu telah tidak ada lagi satu pusat pengumpulan yang khusus cuma kita akan buat pengumpulan jualan itu mengikut program-program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri.
Mengenai kerjasama yang diutarakan tadi isunya mengenai sejauh mana kerjasama dengan persekutuan untuk inisiatif peningkatan ekonomi wanita khususnya ianya belum lagi dibuat secara terus kepada kami. Namun dengan segala sumber dan ruang yang terhad kami diperingkat negeri, kerajaan sentiasa mencari ruang untuk memunafaatkan segala inisiatif oleh pihak kerajaan Perekutuan kerana ia juga adalah hak rakyat Kelantan dan tidak boleh dinafikan.
Antara program yang dibuat dengan kerjasama yang baik oleh pihak agensi yang saya sebutkan sebagai contoh pertama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) iaitu Program Pembangunan Produk Hasil Jahitan Dan Sulaman untuk lebih berdaya saing. Kedua, Perbadanan Kraftangan Malaysia yang membantu pemasaran produk jahitan dan pendedahan pada pasaran yang lebih luas.
Ketiga, Institut Penyelidikan Dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), UMK mereka membantu mengeluarkan data kemiskinan semasa dan juga projek sosio-ekonomi komuniti Armalah.
Keempat IKBN Tanah Merah iaitu kerjasama untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia kepada wanita daripada PPWK.
Kelima, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) membantu usaha mengiktiraf kemahiran jahitan dan sulaman untuk mendapat Sijil Kemahiran Malaysia.
Dan keenam Jabatan Kebajikan Masyarakat selain urusan kebajikan rakyat sepanjang masa JKM juga membantu melatih dan memantau proses kemahiran pengasuh dari rumah.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara professional demi untuk munafaat rakyat yang memerlukan tanpa mengira sentiment politik secara adil, secara tidak adil. Yang penting lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu secara bersepadu oleh pihak yang diberi tanggungjawab. Sekian, terima kasih.
Silakan Jelawat.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Exco. Mengikut indeks kebahagiaan rakyat Malaysia yang dikeluarkan oleh Department of Statistics Malaysia, DOSM menyatakan bahawa indeks kebahagiaan Kelantan adalah jauh mengatasi indeks nasional keseluruhan. Dan kalau mengikut di sini data ini ialah bagi penduduk bandar skor bagi Kelantan ialah 7.07 manakala bagi negeri Selangor 5.73. Dan bagi luar bandar skor bagi Kelantan ialah 6.94. Bagi Selangor ialah 5.86 dan bagi nasional bandar 6.46 dan luar bandar 6.54.
Jadi berdasarkan pada indeks yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik itu sendiri menunjukkan bahawa Kelantan jauh mengatasi negeri Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor dan lain-lain negeri. Setuju ataupun tidak dengan saya Exco, bahawa segala bantuan, segala dasar, segala langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya banyak membantu wanita di negeri Kelantan ini.
Amat bersetuju dan terima kasih atas data-data tersebut. Sekian, terima kasih.
Kita teruskan dengan Yang Berhormat Pulai Chondong. Silakan.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pulai Chondong ni kalau tak berpantun tok soh.
Nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu banyak ulam, Quran Hadis jadi rujukan Kerajaan Kelantan, Moga selamat masa depan, Mohon jawapan saya soalan nombor 8. Soalan 8 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha yang telah dilakukan oleh Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) bagi mengatasi masalah air kotor dan berkelodak di jajahan Machang?]
Kitanya tok pandai pantun. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pulai Chondong. Kerajaan melalui AKSB menyedari masalah air di Machang. Air di Machang ni masa perancangan kita awalnya ialah kita membina loji dengan kapasiti 45 juta liter per hari. Namun demikian demand air ataupun keperluan air di sana antara boleh dikatakan plus minusnya 70 juta liter sehari. So kita ada disperency dalam banyak sekian banyak, mungkin. Oleh kerana demikian, maka sistem diabila kita buat dalam 45 juta nok guna 70 maka sistem penapisan dia akan jadi lebih threshold invalid.
Menyedari hal demikian, kita ada dua strategi. Pertamanya kita pindah. Kita sedang buat pindah telaga hok lamo ni kepada telaga lain. Telaga ininya kita tengok dari segi air hok baru ni lebih baik daripada telaga lama. Maka kita pindah dengan kos RM2.5 juta dan benda itu dalam perlaksanaan dan In Shaa Allah kita selesai akhir tahun ini, In Shaa Allah. Dari progress itu kita yakin kita boleh selesai dalam akhir Disember ini, In Shaa Allah.
Yang kedua oleh kerana kita, kita juga buat dua parallel. Hok lamo ni kita ambik air daripada telaga tiub. Jadi kita hok pertama ini kita akan tingkatkan daripada 45 juta liter per hari kepada 70 juta liter per hari dengan kita hidupkan balik hok lamo. Buka sauh lama makna kita guna air, kita guna air sungai hok baru, In Shaa Allah.
Dan juga untuk menyelesaikan masalah air juga kita juga telah memohon untuk melaksanakan satu lagi loji baru. Loji baru kalau kita panggil Pulai Chondong II. Apa tu Pulai Chondong II deh yang berkapasiti 50 juta liter per hari dengan kos sebanyak mana tok ingat doh eh. Sebentar deh. Hafal doh. Tok ingat. Gitula nok oyaknyo kita buat dan benda ininya Pulai Chondong II ini dijangka siap akhir 2027. Dengan dua ini kita akan mempunyai kapasiti air hampir lebih daripada 100 juta liter per hari dan dia boleh menyelesaikan masalah-masalah dari sudut dan juga kualiti air di Machang, In Shaa Allah.
Silakan Pulai Chondong.
Terima kasih saya ucapkan di atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya kebetulan di Pulai Chondong telah diluluskan saya difahamkan telah diluluskan untuk pembinaan TAPS, Kampung Joh, Labok.
Jadi kalau boleh saya nak tahu sejauh mana perkembangan terkini berkaitan dengan keadaan semasa berkaitan dengan pembinaan TAPS dan apakah masih dalam perancangan kerajaan ataupun saya bimbang
takut terjadi sepertimana yang disebutkan dengan pusat kumbahan tadi? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Pulai Chondong. Gini ya mudoh punca kuasa duk kotre dekeneh. Punca kuasa duk kotre, kitanya memohon namun demikian pada masa kerajaan pada 2022 mulo dia lulus TAPS. Jadi di peringkat kabinet benda itu lulus tapi dari segi itunya tok mari lagi. Duk setakat tu dulu. Cuma kita berharap benda itu berlaku sebabnya bukan setakat TAPS, bila lulus TAPS itu dia sekali dengan apa tu loji rawatan air serentak.
Jadi kita harap pihak Persekutuan mahu menyegerakan. Kita hanya memohon dan sentiasa memantau permohonan agar ia menjadi realiti di Kelantan ini sebab Kelantan ni tiada lagi TAPS, terima kasih.
Silakan Mengkebang.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker, kerana memberi peluang kepada saya untuk soalan tambahan. Sebagaimana yang kita sedia maklum isu ketiadaan dan gangguan bekalan air ini boleh menjejaskan kesejahteraan dan kelangsungan hidup penduduk. Jadi soalan saya apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu storing bekalan air bagi memastikan bekalan air yang cukup dan stabil untuk penduduk. Ok terima kasih.
Terima kasih YB. Dalam jawapan lalu kita sebut doh bahawa kita existing yang ada ni 43 loji rawatan. Dalam proses loji ada 13 lagi. Keseluruhannya
lebih kurang 54 loji yang akan beroperasi di Kelantan pada tahun 2027 In Shaa Allah. Progress yang berlaku ini kita memantau In Shaa Allah pada tahun 2007 kita boleh merealisasikan demand air mencukupi untuk Negeri Kelantan.
Namun demikian ada sor lagi masalah kita yang kita loni masuk Rancangan Malaysia Ke-13 ini kita memohon peruntukan-peruntukan RP 1 gapo semua ini adalah untuk membaiki ataupun menukar paip-paip di (AC) Asbestos Cement yang usia dia lebih 40 tahun yang kita kata increase pressure dia pecoh. Increase pressure menyebabkan NRW kita dalam 12.
Namun demikian, AKSB telah berusaha dan tahun ni kita menurunkan NRW tu 1%. 1% ini besar. Kita tengok kerajaan Selangor juga dengan cara yang lama juga dia turun dari satu % ke 1.5 % per year. Jadi kita berharap proses-proses ini dengan penukaran paip baru dan sebagainya dengan ini kita akan dapat apa tu menyediakan bekalan air bersih rakyat Kelantan pada tahun hok sedap dengarnya jangkaan kitanya 2027 tu dia siap, 2028 tu kita boleh run, In Shaa Allah kita dapat air bersih yang lebih baik In Shaa Allah.
Silakan Galas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco sebentar tadi. Saya bersetuju pembinaan loji dan juga penukaran paip adalah antara perkara yang perlu kita laksanakan bagi memberi servis yang baik ataupun bekalan air yang baik kepada rakyat kita. Dalam pengetahuan Yang Berhormat setakat ini progress penukaran paip AC yang berlaku dalam negeri kita ini setaro mano. Adakah ia berjalan mengikut jadual yang telah pun ditetapkan dan saya nak ucap tahniah Kelantan telah pun berusaha membuka sebuah kilang HDPE untuk kita tambah baik penggunaan paip di negeri kita ini.
Yang kedua, selain daripada soalan ini berkaitan dengan air yang kotor dan bergelodok di jajahan Machang, dalam pengetahuan Yang Berhormat jajahan mana lagi yang menerima air kotor dan bergelodok dalam negeri kita, terima kasih.
Terima kasih, banyok Galas pun eh. Tanyo sor, sor. Takut sor tok ingat dua tok ingat. Minta maaf deh. Apa tu setakat ni nya kemampuan atau bukan kita ni, kita mintak daripada Persekutuan bajet untuk baiki paip kerana dengan migrasi air ntu kerja-kerja ini adalah daripada dia. Dan kita nak maklum sini bahawa In Shaa Allah AKSB mampu untuk membayar program-program yang diluluskan oleh PAB dan ataupun ni dan kita kena ingat bahawa AKSB ni syarikat Kerajaan Negeri duk belakang dia.
Oleh yang demikian kita mintak daripada PAB gapo toksoh rusim bab bayar. Hok kita mintaknya luluskan mengikut perancangan-perancangan kita buat supaya progress atau perancangan kita menjadi realiti. Kitanya dari segi kekuatannya dia untuk bajet satu hal sebab bila paip ni tidak kita yang buat. Dia lulus permohonan kita, dia yang buat kebenaran merancang dan dia yang melantik kontraktor dan dia yang memantau. Jadi kita difahamkan bahawa setahun ini tok sapa 100 kilometer dan benda itu sedang berlaku.
Jadi kalau 100 kilometer per year sedangkan kita perlu 4 000 kilometer, itulah jarak masa yang kita perlu untuk menurunkan apa tu NRW kita sampai kepada satu tahap lebih baik. Gitulah. Sor lagi gapo sakni, tok ingat?
Selain Machang mano lagi tempat air karat?
Laporan kita hok sapa kita situ jah. Jadi kitanya orang, orang, orang, orang apa tu apa tu complain kita gi. Cuma kena ingat sor lagi sebagai
pengajaran, air kita ini kotor kalu sebelum meter ya, kalu selepas meter tu maka kita rakyat pengguna tu kena cek meter.
Kena ingat gini jah lepas pado paip itu kalu air slow tu makna ada sumbat maka kena lapor kepada AKSB sama ada nak gi bersih meter atau kita tukar meter demi untuk kebersihan kena ada kerjasama dua pihaklah. Gitu saya harap, terima kasih.
Saya persilakan Manek Urai.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 9.
Soalan 9 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah pencapaian terkini Tahun Melawat Kelantan 2024 dan adakah kerajaan berpuas hati dengan Kehadiran pelancong luar ke kelantan?]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Manek Urai yang ingin mengetahui pencapaian terkini bagi Tahun Melawat Kelantan dan sama ada kerajaan berpuas hati dengan pencapaian ataupun dengan kehadiran pelancong dalam tempoh TMK ini.
Terutamanya pencapaian terkini sempena Tahun Melawat Kelantan boleh dikategorikan kepada empat jenis. Yang pertama, peningkatan peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat pada masa ini hasil kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara telah membuka ruang
yang banyak dan juga peluang kegiatan ekonomi tempatan yang kemudian yang menjadi berkembang.
Ia bukan sahaja bermula dari penggiat industri seperti perhotelan, pengangkutan, penyediaan perkhidmatan seperti pemandu pelancong, Malim gunung Travel agent juga kepada semua perniagaan seperti pengusaha makanan, peniaga kain, baju, kraftangan dan lain-lain kegiatan ekonomi.
Jadi sebagai contoh, kejayaan dalam bidang peluang pekerjaan dan juga ekonomi ini, saya suka berkongsi maklumat yang saya perolehi daripada Dabong yang dikatakan kejayaan program “Train To Dabong” dan juga lain-lain usaha promosi di Dabong telah menyebabkan penduduk Dabong boleh dikatakan tidak ada seorang pun yang tidak ada kerja sekarang.
Kalau hari ini saya suka mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Mulia ADUN dari Dabong, Alhamdulillah good job. Yang keduanya Negeri Kelantan kini lebih di dalam negara dan juga di luar negara. Pengenalan seperti Kelantan sebagai suatu negeri yang harus dikunjungi melalui usaha-usaha promosi yang dilakukan oleh pihak Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan TIC sama ada di dalam negeri dan juga di luar negara.
Peluang di ambil untuk memperkenalkan negeri Kelantan ini sebagai satu destinasi pelancongan melalui pelbagaian aktiviti perayaan, kesenian dan juga lain-lain produk sampingan. Yang kebanyakkannya telah di muat naik kepada pelbagai platform media sosial. Dan suka saya memaklumkan daripada research yang kita telah buat penonton, viewers online melalui pelbagai platform sosial media di antaranya macam Youtube, Tiktok, apa lagi Facebook dan lain-lain berjumlah lebih daripada 45 juta viewers.
So saya kira ini satu pencapaian yang juga boleh kita memberangsangkan kita. Yang ketiga pemahsyuran tempat-tempat menarik yang baru. Dan saya suka menyebut beberapa kawasan yang sedang dipromosikan yang sebelum ini tidak ada tetapi sekarang ini Alhamdulillah sedang mendapat kunjungan. Antaranya ialah jajahan Jeli, Lalang Resort, Lata Kashmir, Lata Lata Turbo jajahan Kuala Krai, Lata Berangin, Lata Abang Piah, Gua Musang, Lojing dengan aktiviti Rafflesia, bunga Rafflesia dan juga larian
tahunan yang dikenali dengan nama Larian Ultra TNBYY yang melibatkan larian merentas hutan, bukit sungai gunung, ini satu acara tahunan, ini tahun yang ketiga.
Dan tidak lupa jambatan Guillemard yang walaupun sudah 100 tahun di situ tapi orang tak perasan, orang tak tengok, orang tak ambil apa-apa tindakan tapi Alhamdulillah pada tahun ini ia telah menjadi ikon untuk pelancongan Kelantan. Tahniah kepada YB Gual Ipoh yang berusaha keras untuk mempromosi Guillemard ini.
Selain daripada itu, kita juga mengenengahkan beberapa kegiatan kebudayaan yang telah dilupakan tapi kita perkenalkan balik antaranya ialah apa yang kita panggil dengan silang budaya. Yakni majlis menyambut menantu yang kita dokumenkan yang melibatkan siapa tu Sabri dengan Angeline. Dan juga persembahan semasa orang kampung di antaranya ialah adat bersunat, orang suruh kerat, dia naik gajah. Orang biasa dia naik atas bahu bapak dia je. Ini juga telah mendapat liputan yang baik.
Kemudian yang ketiga, yang keempatnya pencapaian tadi memberi nilai ekonomi kepada kegiatan kebudayaan yang mana penggiat kebudayaan menggenakan sejumlah bayaran itu maknanya kita memberi nilai ekonomi kepada kegiatan kebudayaan dan kesenian dan ini juga telah menyebabkan dia boleh cari makan dengan penglibatan. So, itu berkenaan dengan pencapaian.
Yang keduanya mengenai sama ada kerajaan berpuas hati dengan pelancong dalam dan luar Kelantan. Jawapannya ya kita setakat ini berpuas hati tapi kita merasakan kita boleh buat lebih banyak lagi. Dan ini mengambil kira juga suasana Kelantan ini kita dengan beberapa persepsi dan juga beberapa parameter. Parameter ni maknanya kawasan-kawasan yang tidak boleh kita langkaui. Meskipun begitu pengunjung dari luar datang ke Kelantan dengan jumlah yang agak ramai. Misalnya saya ambik contoh jumlah kemasukan orang melalui kenderaan darat. Melalui kenderaan darat kita ambik contoh bas saja. Sekejap ya. Kita ada sebelas apa namanya pengusaha bas ke Kota Bharu dan juga ke beberapa bandar lain ke Kelantan ni.
Jumlah kesemua trip masuk Kelantan ini ialah 140 satu hari. Bayangkan dia kali 30 sahaja. Satu bas 30 orang jah. Walhal satu bas tu 40 orang key. Ni satu hari 140 trip. Cuba bayangkanlah kalau sebulan berapa, satu tahun berapa? Boleh jadi sebahagiannya doh orang Kelantan sendiri tapi tak kiralah apa namanya pergi mari ni the movement traffic, movement tu sangat annoying.
Yang keduanya, melalui udara Kota Bharu Sultan Ismail Petra Airport adalah airport paling busy nombor satu domestik punya flight di Semenanjung. Nombor dua, di Malaysia kita kurang sikit berbanding dengan jumlah domestik dengan airport Miri. Jadi Miri nombor satu, kita nombor dua. Tapi semenanjung kita nombor satu. Dengan 37 flight satu hari dan terkini kita dapat perkhidmatan baru yang mungkin menggembirakan setengah penduduk kawasan Shah Alam dan Subang,
Batik Air dengan menggunakan pesawat Boeing 737 telah bermula dari Subang-Kota Bharu, Kota Bharu- Subang. Kalu sebelum pada itu kita Firefly ATR 72. Tapi sekarang ini pakai boeing jadi Batik Air. Ini bukan ngepeng Batik Air ni, ini nak bagitahu sahaja. Jumlah, jadi kita ada 37 flight per day mengalahkan apa ni airport domestik seperti Terengganu dan juga Ipoh, dan lain-lain macam Alor Setar.
So Alhamdulillah jumlah pengunjung itu tak ambik kira lagi melalui pintu masuk daripada Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan juga Bukit Bunga kita tak dapat lagi statistik jumlah pengunjung untuk tahun 2024 kita tak boleh bagi lagi pasal kita tak dapat maklumat lagi.
Biasanya yang buat benda ini Jabatan Statistik Negara Department of Statistics Malaysia (DOSM). Dan lazimnya angka-angka akan dikeluarkan pada suku ke, suku pertama tahun depan, In Shaa Allah. Terima kasih.
Silakan Manek Urai.
Terima kasih Dato’ Speaker, memberi ruang kepada saya untuk mengajukan soalan tambahan. Terima kasih juga kepada pihak kerajaan, pihak Exco yang memberi jawapan yang panjang lebar. Alhamdulillah banyak kejayaan Exco Pelancongan kita cuma soalan tambahan saya apakah hasil promosi lawatan ke luar negara yang kita tengok ramai pelancong mari ni. Maknanya adakah ini kejayaan kita daripada lawatan pihak kerajaan ke beberapa buah negara luar. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manek Urai atas soalan tambahan. Ya benar apa namanya hasil daripada sebahagiannya kerana promosi kita tapi yang hakikatnya Kelantan ini punyai aset yang cukup banyak dalam bidang pelancongan. Cuma tak dipublishkan, tak di war-warkan dengan baik. Kita tak marketkan produk kita dengan baik.
Jadi Alhamdulillah kita mula untuk mengatasi kekurangan ini itu pun ada juga kekangan pasal kita tak boleh nak pergi semua tempat oleh kerana kekangan apa namanya kewangan. Jadi kita pilih-pilihlah. Jadi setengah tahun ini tahun depan plok kita bagi-bagilah. Dan nanti apabila dapat statistik itu kita boleh ukur dengan lebih tepat lagi kejayaan kita hasil daripada apa ni promosi kita, In Shaa Allah. Terima kasih.
Silakan Pengkalan Pasir.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya setelah kita melihat kepentingan sektor pelancongan bagi memajukan Kerajaan Negeri bagaimanakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mempastikan pelancong itu berulang kembali dan sekurang-kurangnya ia tidak berakhir bagi tahun 2024 mempastikan dan apakah hasrat Yang Berhormat Dato’ Exco untuk mempastikan kepada pengusaha-pengusaha chalet, pelancongan dan sebagainya untuk mempastikan kesinambungan
bukan setakat tahun ini sebagaimana kita tengok di Thailand bagaimana kitanya maknanya ramai rakyat kita yang sentiasa berkunjung ke sana.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Pasir. Dan setuju kita wajar pastikan apa namanya pelancong pengunjung itu biar dia mengulangi repeat apa namanya tourist. Kalu dia mari sekali lepas tu tok mari maknanya ada tak kena la tu ya. Tapi dalam apa namanya apa ni lingkungan apa ni environment apa namanya tourism, semua pihak wajar berperanan dengan tujuannya memprojek imej Kelantan sebagai tempat yang senang dikunjungi, penduduknya berbudi bahasa, suka tolong, bersih, tempat-tempat menarik, kegiatan perayaan, makanan yang lazat-lazat dengan harga yang murah. Ini di antara benda yang wajar kita beri perhatian. Tapi itulah ada apa ni feedback yang saya dapat setengah-setengah tempat makanan kita ni agaknya mahal sikit.
Keduanya, layanan kepada pengunjung tidak professional. Dia apa namanya tidak, tidak begitu mesra. YB Timbalan Menteri Besar kita pun ada komen pasal sayalah. Pengalaman dia sendiri dan saya pun buat tinjauan betul setengah-setengah itu memang oleh kerana kita punya pengusaha kedai makan terutamanya tapi ini boleh kita apply kepada semua pengusaha perkhidmatan.
Berhubung dengan kedai makan ini dia punya apa namanya pasal tidak ada latihan. Jadi bila tidak ada latihan kalau misalnya pekerja itu gaji dia rendah dia pun ttak berapa seronok bekerja, so dia memberi khidmat dengan muka yang, yang tidak menggalakkan ya. Kita tengok pun kita rasa risau untuk nok order apa-apa. Jadi banyak benda yang kita kena buat saya nak cerita tu. Tapi apa-apa pun sudah ada kemajuan dalam bidang kebersihan. Tahniah kepada Exco PBT. Kota Bharu kalau kawan saya datang, wow Kota Bharu sekarang sudah lebih bersih daripada dulu. So, Alhamdulillah loni tidak seperti mulo. Jadi sudah ada peningkatan. In Shaa Allah la tahun depan YB apa namanya kita akan tambah lagi walaupun Tahun Melawat Kelantan ni dah 2024 ini dah habislah tahun ni.
Ini bermakna bahawa tahun depan kita tidur. Tahun depan 2025 kita sedang fikirkan untuk nak bagi tag line lain pulak. Usaha untuk me apa ni
me, me, menjual Kelantan ini dengan tujuan untuk menggalak mereka datang iaitu tersukan dengan lebih berencana lagi, In Shaa Allah. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan sidang kita pada pagi ini. Sidang kita akan disambung semula pada jam 11.05 pagi. Sekian.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.34 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.05 PAGI.
(Urusan Dewan selepas rehat)
PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.05 PAGI
Pemilihan Ahli Dewan Negara
Susunan Urusan Persidangan Yang Ketujuh, Pemilihan Ahli Dewan Negara.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Sukacita saya memaklumkan bahawa pada 15 Muharram 1446H bersamaan 21 Julai 2024 yang lalu, saya telah menerima satu surat daripada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Sulit Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, memaklumkan bahawa Baginda sebagai Pemerintah Negeri ini telah menitahkan Dewan Undangan Negeri ini supaya membuat pemilihan untuk melantik seorang Ahli Dewan Negara bagi mewakili Dewan ini yang akan dikosongkan berikutan tamat tempoh jawatan Ahli Dewan Negara pada 18 Safar 1446H bersamaan 23 Ogos 2024 dan pemilihan ini selaras dengan peruntukan bahagian 1(2) Jadual Ketujuh dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ahli – Ahli Yang Berhormat sekalian.
Dengan demikian persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah pemilihan untuk melantik seorang Ahli Dewan Negara bagi Negeri Kelantan.
Sekarang saya minta YAB DATO’ PANGLIMA PERANG USTAZ DATO' MENTERI BESAR mengemukakan cadangan.
Dipersilakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dr. Hajah Wan Martina Binti Wan Yusoff No. K.P: 661109-03-5636 dari Taman Kintan Mas Kampung Mujor Jelawat Bachok, Kelantan dipilih sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili Negeri Kelantan untuk tempoh satu penggal lagi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan ini sukacita saya serahkan surat Pengakuan Kesanggupan untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara daripada Dr. Hajah Wan Martina Binti Wan Yusoff No. K.P: 661109-03-5636 [ SURAT PENGAKUAN TERSEBUT DISERAH KEPADA SETIAUSAHA DEWAN NEGERI UNTUK DIANGKAT KEPADA YB DATO’ SPEAKER ]
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu cadangan untuk pemilihan sebagai Ahli Dewan Negara. Sekarang saya kemukakan cadangan pemilihan Dr. Hajah Wan Martina Binti Wan Yusoff No. K.P: 661109-03-5636 sebagai Ahli Dewan Negara bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”,AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK.”
Dipersetujukan.
Maka sekarang saya mengisytiharkan bahawa Dr. Hajah Wan Martina Binti Wan Yusoff, No. K.P: 661109-03-5636 dipilih sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili Negeri Kelantan mulai daripada 19 Safar 1446H bersamaan 24 Ogos 2024M.
Cadangan-Cadangan Yang Diberitahu
Susunan Urusan Persidangan Yang Kelapan, Cadangan-Cadangan Yang Diberitahu.
Cadangan Yang Pertama, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Menteri Besar akan mencadangkan –
[ Cadangan Yang Pertama ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan -
BAHAWA DEWAN INI, MENGIKUT SEKSYEN 6 (2) DARIPADA AKTA KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN TAHUN 1966 MELULUSKAN DAN MENGUNTUKKAN MULAI DARIPADA 1 HB. JANUARI 2024 ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAMBAHAN PERTAMA NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2024 SEBAGAIMANA TERKANDUNG DI DALAM DAN DIBENTANGKAN SEBAGAI KERTAS DEWAN BIL. 20 DAN 21 TAHUN 2024.
Ulasan-ulasan bagi Cadangan ini akan disampaikan bersama ulasan Rang Undang-Undang Yang Pertama iaitu Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama (2024) Tahun 2024 yang akan dikemukakan nanti.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan perbahasan bagi Cadangan ini ditangguhkan dan dibuat bersekali dengan perbahasan Rang Undang-Undang Yang Pertama iaitu Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama (2024) Tahun 2024 yang akan dibentang kemudian daripada ini kelak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya perbahasan bagi Cadangan ini ditangguh dan dibuat bersekali dengan perbahasan bagi Rang Undang-Undang Yang Pertama iaitu Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama (2024) Tahun 2024 yang akan dibentang kemudian daripada ini kelak.
Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU KATA "SETUJU", AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU KATA "TIDAK"
Dipersetujukan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ulasan dan perbahasan bagi Cadangan ini ditangguh dan akan dibuat bersekali dengan perbahasan Rang Undang-Undang Yang Pertama iaitu Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama (2024) Tahun 2024 yang akan dibentangkan kemudian daripada ini kelak.
[ Cadangan Yang Kedua ]
Cadangan Yang Kedua, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Menteri Besar Akan Mencadangkan –
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan –
BAHAWA DEWAN INI, MENGIKUT SEKSYEN 4 (1) DARIPADA AKTA KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN TAHUN 1966 MELULUSKAN DAN MENGUNTUKKAN MULAI DARIPADA 1 HB. JANUARI 2025 ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2025 SEBAGAIMANA TERKANDUNG DI DALAM DAN DIBENTANGKAN SEBAGAI KERTAS DEWAN BIL. 22, 23, 24, 25 DAN 26 TAHUN 2024.
Ulasan-ulasan bagi cadangan ini akan disampaikan bersama ulasan Rang Undang-Undang Yang Kedua iaitu Enakmen Perbekalan (2025) Tahun 2024 yang akan dikemukakan nanti.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan perbahasan bagi Cadangan Yang Kedua ini ditangguh dan dibuat bersekali dengan perbahasan bagi Rang Undang-Undang Yang Kedua iaitu Enakmen Perbekalan (2025) Tahun 2024 yang akan dibentangkan kemudian daripada ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya ulasan dan perbahasan bagi Cadangan ini ditangguh dan dibuat bersekali dengan perbahasan Rang Undang-Undang Yang Kedua iaitu Enakmen Perbekalan (2025) Tahun 2024 yang akan dibentangkan kemudian daripada ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.
Dipersetujukan.
Ulasan dan Perbahasan bagi Cadangan ini ditangguh dan akan dibuat bersekali dengan perbahasan bagi Rang Undang-Undang Yang Kedua iaitu Enakmen Perbekalan (2025) Tahun 2024 yang akan dibentangkan kemudian daripada ini.
Rang Undang-UndangBill
Susunan Urusan Persidangan Yang Sembilan, Rang Undang-Undang.
[ Rang Undang-Undang Yang Pertama ]
Rang Undang-Undang Yang Pertama, YAB DATO' PANGLIMA PERANG USTAZ DATO’ MENTERI BESAR akan mencadangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama (2024) Tahun 2024.
Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama (2024) Tahun 2024Bill
[ BACAAN KALI PERTAMA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2024 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU
hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2024 DAN MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.
[PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. [ BACAAN KALI KEDUA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2024 DAN MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua. ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ : ﺗﻌﺎﱃ و ﷲ ل ﻗﺎ ﻣﺎ ا ﻗﻮ ﻟﻚ ذ ﺑﲔ ن ﻛﺎ و وا ﻳﻘﱰ ﱂ و ا ﻳﺴﺮﻓﻮ ﱂ ا ﻧﻔﻘﻮ أ إذا ﻟﺬﻳﻦ وا Di antara sifat hamba Allah SWT yang dipuji Allah ialah orang-orang yang apabila berbelanja mereka tidak boros dan tidak pula bakhil dan kedekut sebaliknya mereka adalah secara sederhana.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mendapatkan kuasa dalam dewan ini bagi membolehkan satu peruntukan tambahan sebanyak RM100 017 048 708 dikeluarkan bagi menampung kekurangan peruntukan perbelanjaan mengurus Tahun 2024 yang telh diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan terdahulu daripada ini. Peruntukan tambahan ini merupakan peruntukan bagi Perbelanjaan Perbekalan Pertama (2024) yang telah diterima oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi maksud berikut. Dibawah kepala, B 01 – Pejabat Sultan RM33, 049, 691.00
B02 – Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri RM836,048.00 B03 – Dewan Undangan Negeri RM808,191.00 B04 – Perkhidmatan Serbaneka RM1,346,503.00 B05 – Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian RM372,088.00 B06 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok RM203,281.00 B07 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu RM256,556.00 B08 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang RM164,671.00 B09 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas RM197,369.00 B10 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh RM177,445.00 B11 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah RM286,041.00 B12 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat RM156,073.00 B13 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai RM168,491.00 B14 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang RM142,980.00 B15 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli RM139,957.00 B16 – Jabatan Perhutanan Negeri RM533,460.00 B17 – Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri RM494,130.00 B18 – Jabatan Pertanian Negeri RM277,750.00 B19 – Jabatan Kerjaraya Negeri RM961,190.00 B20 – Jabatan Mufti Negeri RM34,500.00 B21 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri RM4,399,750.00 B22 – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri RM79,000.00 B24 – PLANMalaysia@Kelantan RM89,424.00 B25 – Perbendaharaan Negeri RM66,200,000.00 B26 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri RM198,500.00 B27 – Pejabat Pembangunan Negeri RM5,067,800.00 B28 – Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing RM51,352.00 B29 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri RM245,232.00 B31 – Jabatan Perikanan Negeri RM77,685.00 B32 – Jabatan Sumber Air Negeri RM33,550.00 Jumlah keseluruhan RM117,048,708.00 Jumlah tersebut adalah untuk memenuhi keperluan perbelanjaan iaitu sebanyak RM3 624 796 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan dibawah objek sebagai 11 000 gaji dan upahan yang tidak mencukupi di Pejabat Sultan, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri, Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu, Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir
Mas, Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh, Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah, Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli, Jabatan Kerjaraya Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, PLANMalaysia@Kelantan, Perbendaharaan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri, Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Sumber Air Negeri.
Sebanyak RM63 290 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan dibawah objek sebagai 12 000 Elaun Tetap Dan Imbuhan yang tidak mencukupi di Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah Dan , Pejabat Tanah Dan Jajahan Jabatan Perikanan Negeri sebanyak RM15 466 diperlukan bagi menmpung kekurangan peruntukan dibawah objek sumbangan berkanun untuk kakitangan yang tidak mencukupi di Pejabat Sultan dan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri, Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok , Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah, Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli, Jabatan Kerjaraya Negeri, PLANMalaysia@Kelantan, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri, Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Sumber Air Negeri.
Sebanyak RM6 232 610 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan dibawah objek sebagai 17 000 bayaran imbuhan tahunan dan bantuan kewangan yang tidak mencukupi di Pejabat Sultan dan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri, Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok , Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah, Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat, ,Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai, Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli, Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Kerjaraya Negeri, Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, PLANMalaysia@Kelantan, Jabatan Veterinar Negeri, Jabatan Pembangunan Negeri, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri, Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Sumber Air Negeri.
Sebanyak RM1 300 000 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan dibawah objek sebagai RM21 000 perbelanjaan perjalanan dan sara hidup yang tidak mencukupi di Pejabat Sultan dan Dewan Undangan Negeri.
Sebanyak RM2 000 000 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan dibawah objek sebagai RM23 000 Perhubungan Dan Utiliti yang tidak mencukupi di Pejabat Sultan.
Sebanyak RM1 000 000 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan dibawah objek sebagai RM25 000 Bahan-Bahan Makanan Dan Minuman yang tidak mencukupi di Pejabat Sultan.
Sebanyak RM2 000 000 diperlukan untuk menampung keperluan peruntukan dibawah objek sebagai RM26 000 bekalan bahan mentah yang tidak mencukupi di Pejabat Sultan.
Sebanyak RM1 000 000 diperlukan untuk menampung kekurangan dibawah objek sebagai RM27 000 bekalan dan bahan-bahan lain yang tidak mencukupi di Pejabat Sultan.
Sebanyak RM4 800 000 diperlukan untuk memenuhi keperluan peruntukan dibawah objek sebagai RM28 000 penyelenggaraan dan pembaikian kecil yang dibeli yang tidak mencukupi di Pejabat Sultan.
Sebanyak RM24 483 574 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan dibawah objek sebagai RM29 000 Perkhidmatan Ikhtisas dan perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti yang tidak mencukupi di Pejabat Sultan, Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dewan Undangan Negeri, Perkhidmatan Serbaneka, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok , Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh, , Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah, Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat, , Jabatan Kerjaraya Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, PLANMalaysia@Kelantan, Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri, Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Sumber Air Negeri.
Sebanyak RM70 529 872 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan dibawah objek sebagai RM42 000 pemberian dalam negeri
yang tidak mengcukupi di Perbendaharaan Negeri dan Pejabat Pembangunan Negeri.
Semua perbelanjaan ini dilakukan bukan semata-mata disengajakan tetapi ianya merupakan perbelanjaan yang terpaksa dibuat setelah diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Kerajaan. Demikian dibentangkan usul Perbekalan Tambahan Pertama (2024) Tahun 2024 untuk kelulusan dewan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan sejumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu. Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang tersebut dan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 bagi perbahasan.
[ PERBAHASAN OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT ] [ PENGGULUNGAN OLEH PIHAK KERAJAAN ]
Tidak ada perbahasan, tidak ada penggulungan dari pihak kerajaan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar –
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2024 DAN MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU
hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2024 DAN MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU [ TINGKATAN JAWATANKUASA ]
Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [ COKMAR DITURUNKAN ]
Fasal 2 dan Jadual
Fasal 2 dan Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan.
Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Persidangan Dewan disambung semula. [ COKMAR DINAIKKAN ] [ BACAAN KALI KETIGA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar -
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2024 DAN MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU
telah ditimbang dalam Peringkat Jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan tanpa apa-apa pindaan.
Dengan demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekarang saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2024 DAN MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU
hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar –
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2024 DAN MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU
hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama (2024) Tahun 2024 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2024. Rang Undang-Undang Yang Pertama diterima dan diluluskan. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN PENGUNDIAN BAGI CADANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAMBAHAN PERTAMA TAHUN 2024
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, sekarang saya kemukakan pula Cadangan mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2024 yang dibentang dan dibahas dengan Rang Undang-Undang Pertama bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU” AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU , KATA “TIDAK” Dipersetujukan. Cadangan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2024 diterima dan diluluskan.
[ Rang Undang-Undang Yang Kedua ]
Rang Undang-Undang Yang Kedua, YAB DATO’ PANGLIMA PERANG USTAZ DATO’ MENTERI BESAR akan mencadangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) Tahun 2024.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) Tahun 2024Bill
[ BACAAN KALI PERTAMA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-Undang yang bergelar –
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU.
hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU.
[PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122 ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.
Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.
Dipersetujukan.
[ BACAAN KALI KEDUA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –
SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU.
hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.
Ucapan Bajet
ﻟﻪ ا ﻋﻠﻲ و ﻟﺮﺳﺎﻟﺔ ا ﺑﻪ ﺧﺘﻢ ي ﻟﺬ ا ﻟﻪ ﺳﻮ ر ﯨﻠﻲ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا
ﺑﻌﺪ ﻣﺎ ا ﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ا م ﻳﻮ ﱄ ا ﺗﺒﻌﻬﻢ ﻣﻦ و ﺻﺤﺎﺑﻪ وا
◌ ِ ِ ِ ِ ﻣﱠﻮ ء ﻲ ﺷ ﻞ ﻛ ﻦ ﻣ ﺎ ﻴﻬ ﻓ ﺎ ﻨ ـۡ ﺘ ﺒ ـۢ ﻧ ﻲ ﺳ ﺎ ﻴﻬ ﻓ ﺎ ﻨ ـۡ ﻴ ﻘ ﻟ ﺎ Ĕ ﺪ ﻣ ﻷ ◌ ۡزُون َ ِّ ُ َ َ ـَ وَأَ رَوَٰ َ َ َ وَأَ ََٰ َدۡ َ َرۡضَ َٱ َ ِ ِ ِ ِ ﲔ ﻗ ﺮ ﺑ ﻪ َ ﻟ ﻢ ﺘ ﻟﱠﺴ ﻦ ﻣ ﺶ ﻴ ﻌ ﻣ ﺎ ﻴﻬ ﻓ ﻢ ﻜ ُ َ ﻟ ﺎ ﻨ ﻠ ﻌ ﺟ ◌ َ َٰزِ ُۥ ُ َ وَ َ َٰ َ َ َ َ َ َ
◌ ِ ِ ◌ م ﻮ ﻠ ﺪ ﻘ ِ ﺑ ﻻﱠ إِ ﻪ ُ ﻟ ﺰ ﻨ ﻧ ﺎ ﻣ ﻪ ﻨ ﺋ ﺰ ﺧ ʭ ﻨﺪ ﻋ ﻻﱠ إِ ءٍ ﻲ ﺷ ﻦ ﻣ ُ ﻣﱠﻌ َ ـُ َ َر ُۥٓ ِّ ـَ َ وَ ُۥ ُ َآ َ َ َ ِّ وَإِن
“Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya (19) Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya (20) Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu (21)”
(Surah Al-Hijr : 19-21) Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang memberi dan mengatur rezeki dan memberikan taufiq dan inayah untuk Kerajaan Negeri Kelantan di bawah strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam membentangkan belanjawan bagi tahun 2025 dalam Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas pada hari bersejarah ini.
Belanjawan Kelantan untuk tahun 2025 ini dirangka dengan mengambil kira prinsip-prinsip Islam yang bertujuan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, kemakmuran ekonomi, serta kelestarian sosial dalam membangunkan sebuah masyarakat yang
adil, sejahtera dan harmoni dapat dicapai dengan strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam.
1.1 Fakta Ekonomi Kelantan
1.1.1 Pelbagai faktor yang kompleks menjadikan prospek pertumbuhan ekonomi global untuk tahun 2024 amat mencabar. Kawalan ketat dasar monetari dan kewangan yang ketara, ketidaktentuan dasar yang berterusan di seluruh dunia, perubahan iklim serta ketidakstabilan harga komoditi merupakan antara cabaran yang dihadapi.
1.1.2 Walau bagaimanapun, ekonomi dunia diramal kekal berdaya tahan apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporannya pada Julai 2024 mengunjurkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dunia bertumbuh pada kadar 3.2 peratus pada tahun 2024 berbanding pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun sebelumnya. 1.1.3 Ekonomi dunia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dalam tempoh 2021-2023 dan dijangka berkembang perlahan sebanyak 3.2 peratus dalam tempoh 2024-2025. Manakala ekonomi Malaysia telah mencatat pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus dalam tempoh 2021-2023 dan dijangka berkembang dalam lingkungan 4.5 peratus hingga 5.5 peratus dalam tempoh 2024-2025.
1.1.4 Kelantan mencatatkan peningkatan nilai KDNK kepada RM27.6 bilion pada tahun 2023, meningkat 2.6 peratus dari RM26.9 bilion tahun sebelumnya.
1.1.5 Peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan sektor perkhidmatan sebanyak 3.8 peratus, yang dipacu oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan, makanan dan minuman, serta perkhidmatan kerajaan.
1.1.6 Walau bagaimanapun, sektor pertanian pula menguncup 0.5 peratus disebabkan kemerosotan dalam subsektor perhutanan & pembalakan.
1.1.7 Sektor pembuatan juga menyusut 2.6 peratus, disebabkan oleh kemerosotan dalam produk elektrik, elektronik dan optikal serta produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan. Manakala sektor pembinaan berkembang 6.7 peratus sebahagian besarnya disokong oleh aktiviti pembinaan pertukangan khas.
1.1.8 Kelantan mempunyai potensi ekonomi yang besar terutamanya dalam sektor pertanian, perikanan, dan pelancongan. Walaupun negeri ini berhadapan dengan pelbagai cabaran, langkah-langkah pembangunan infrastruktur, peningkatan pendidikan, serta penggalakan sektor perniagaan dan teknologi memberi harapan untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan pada masa hadapan.
1.1.9 Negeri Kelantan amat memerlukan pendaya upaya bagi menarik pelaburan berpotensi ke negeri Kelantan melibatkan infrastruktur asas seperti lebuh raya, sistem bekalan air bersih yang stabil dan mencukupi untuk keperluan industri, bekalan elektrik yang baik dan kawasan industri baharu yang dilengkapi dengan infrastruktur kemudahan asas yang lengkap.
1.1.10 Kerajaan Negeri yakin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan yang terbina selama ini berteraskan semangat federalisma adalah isyarat yang sangat positif kepada negeri dan rakyat Kelantan.
1.1.11 Sebagai usaha memajukan dan menarik pelaburan ke negeri Kelantan, pihak Kerajaan Persekutuan perlu mengambil beberapa inisiatif untuk memperbaiki dan memperkukuh
ketersediaan infrastruktur di Negeri Kelantan, antaranya;
a) Mempercepatkan pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama, Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3.
b) Menyelesaikan dengan segera infrastruktur bekalan air bersih, melibatkan kerja-kerja penggantian paip lama yang kritikal di seluruh negeri Kelantan dan pembinaan loji rawatan air baharu terutamanya di kawasan industri baharu.
c) Membina Pencawang Masuk Utama (PMU) di kawasan perindustrian dan pembangunan baharu.
d) Menyediakan kawasan industri yang lengkap dengan infrastruktur termasuk kemudahan asas seperti jalan, bekalan air, elektrik, dan telekomunikasi.
1.1.12 Kerajaan Negeri Kelantan yakin projek tersebut dapat meningkatkan keupayaan untuk menarik pelaburan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri Kelantan serta meningkatkan taraf hidup penduduk.
1.1.13 Kerajaan Negeri bersyukur seiring dengan kemakmuran ekonomi, Kelantan diiktiraf sebuah negeri sejahtera berdasarkan pencapaian dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia Tahun 2022 di mana Kelantan mencatat skor indeks kebahagiaan 7.07 di kawasan bandar dan 6.94 di kawasan luar bandar.
Pencapaian ini mengatasi pencapaian negara dengan skor 6.46 di kawasan bandar dan 6.54 di kawasan luar bandar.
1.1.14 Selain itu Kelantan diiktiraf sebagai Bandar Paling Selamat yang menduduki tempat pertama di Semenanjung Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
2. FAKTA BELANJAWAN 2025 2.1 Tema Belanjawan
“Keberkatan, Kesejahteraan Dan Keseimbangan Untuk Kemakmuran Negeri”. Inilah Tema Belanjawan Kelantan 2025 yang bertepatan dengan firman Allah SWT yang saya bacakan pada permulaan ucapan tadi yang memberi inspirasi kepada prinsip-prinsip di dalam tema belanjawan.
Pertama adalah prinsip Keberkatan dengan mengakui dan meyakini bahawa Yang Maha Memberi Rezeki adalah Allah SWT. Segala sumber yang diperolehi dan perancangan perbelanjaan yang disepakati sehinggalah kepada aspek pelaksanaannya hendaklah teratur dan tersusun dengan adil agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Kedua adalah prinsip Kesejahteraan dengan menghayati sifat rahmah Allah SWT yang menyediakan segala keperluan hidup manusia di muka bumi. Demikian juga Belanjawan yang dirangka ini bertanggungjawab memenuhi keperluan rakyat untuk mencapai kesejahteraan hidup.
Ketiga adalah prinsip Keseimbangan dengan mengamati ketentuan Ilahi dalam aspek pemberian rezeki kepada setiap hamba-Nya. Oleh itu, Belanjawan yang baik hendaklah memastikan keseimbangan dalam peruntukan itu berlaku kepada semua peringkat agar tiada pihak yang terabai.
Justeru, Belanjawan ini berkonsepkan Belanjawan Negeri Hidayah yang ditunjangi prinsip Keberkatan, Kesejahteraan dan Keseimbangan ke arah mencapai kemakmuran negeri berbanding belanjawan Negeri Jibayah yang hanya bermatlamatkan kesenangan hidup berneracakan kutipan hasil yang membebani rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Belanjawan 2025 akan memperuntukkan sejumlah RM1.45 bilion sebagai perancangan berbelanja secara berhemat dan sebagai usaha serta langkah kerajaan ke arah bajet seimbang, selaras dengan kedudukan aliran tunai kerajaan. Belanjawan 2025 disusun secara bertumpu bagi memenuhi pelaksanaan dan penyempurnaan sebahagian daripada Strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam 2023 – 2033 dan Halatuju Portfolio Kerajaan Negeri 2024-2028 yang mencakupi 5 elemen Maqasid Syariah.
Maka belanjawan ini akan memberi tumpuan kepada 5 teras utama iaitu;
Teras Pertama: Pembangunan Sahsiah Berpandukan Al-Quran dan Pembudayaan Amal Islami
Teras Kedua: Pemerkasaan Kesejahteraan Komuniti.
Teras Ketiga: Pemberdayaan Rakyat Secara Bersasar dan Komprehensif.
Teras Keempat: Pembangunan Berasaskan Modal Optimum dan Unjuran Pelaksanaan Berkesan.
Teras Kelima: Kecemerlangan Pentadbiran dan Kemampanan Kewangan Kerajaan.
2.2 Strategi Belanjawan
Bagi menjayakan 5 teras yang dinyatakan di atas, Belanjawan 2025 akan berpaksikan kepada 3 strategi berikut:-
a ) Pertama: Memberi tumpuan kepada pengembangan pendidikan agama dan amal Islami dengan memastikan keutamaan peruntukan kepada sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Ismail Petra (KIAS) dan pondok-pondok demi melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia berteraskan pendidikan Rabbani.
Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar yang holistik kepada rakyat antaranya Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan, Dasar Keluarga Mawadah Kelantan, Dasar Anak Muda Kelantan dan Dasar Pencegahan Gejala Sosial Kelantan serta Budaya Komuniti Rabbani yang bakal menjadi penanda aras kepada program-program pembangunan sosial rakyat bagi tahun mendatang.
b) Kedua: Memacu pembentukan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Malaysia-Thailand yang dicadangkan di Rantau Panjang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Thailand. Selain menggalakkan pelaburan dalam sektor utama seperti industri getah dan makanan, SEZ ini juga termasuk usaha untuk mengatasi isu banjir di kawasan sempadan dengan memperdalam muara Sungai Golok.
lnisiatif ini akan membantu komuniti tempatan yang sering terjejas oleh banjir dan dalam masa yang sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi serantau.
c) Ketiga: Menumpukan pengurusan sumber alam secara bertanggungjawab ke arah pembangunan yang lestari, dengan memastikan segala aktiviti pembangunan mematuhi garis panduan yang digariskan dalam syariat Islam sekaligus mengekalkan rekod Kelantan sebagai sebuah negeri yang menjadi penyumbang terbesar kepada kelestarian negara.
Belanjawan 2025 menumpukan kepada usaha Pemindahan Fiskal Ekologi (Ecological Fiscal Transfer) bagi menggalakkan pembangunan yang seimbang antara pertumbuhan ekonomi, pengurusan sumber dan kelestarian alam sekitar.
Selain itu, Belanjawan 2025 juga memberi tumpuan kepada Eksplorasi Kawasan Hutan Rekreasi Baharu di Tok Bali melibatkan Pembangunan Taman Wetland dan penubuhan Hutan Simpan Kekal baharu dalam kelas fungsi hutan paya gambut dan pembangunan Tanah Tinggi Gunung Chamah bagi
tujuan pembangunan infra dan Kompleks Pejabat Renjer Hutan. Kerajaan Negeri juga akan mengambil langkah proaktif dan berusaha meningkatkan peluang penerokaan tenaga baharu seperti hidrogen, pembangunan unsur nadir bumi dan tenaga solar yang mampu menjana sumber ekonomi baharu di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
2.3 Anggaran Hasil Negeri 2.3.1 Anggaran Hasil Negeri pada tahun 2025 dijangka sebanyak RM997.26 juta yang meliputi Hasil Cukai sebanyak RM230.51 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM354.93 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM411.82 juta.
Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya kenaikan dalam hasil sebanyak RM30.01 juta iaitu sebanyak 3.10 peratus berbanding anggaran hasil tahun 2024 sebanyak RM967.25 juta.
2.3.2 Hasil tanah adalah penyumbang terbesar dengan jumlah RM379.05 juta daripada keseluruhan jumlah hasil. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.04 juta iaitu sebanyak 0.54 peratus berbanding anggaran pada tahun 2024 sebanyak RM377 juta.
2.3.3 Terimaan daripada Kerajaan Persekutuan dianggarkan berjumlah RM365.40 juta iaitu meningkat sebanyak 10.16 peratus berbanding pada tahun 2024 iaitu sebanyak RM331.70 juta dalam bentuk sebahagian pemberian yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
2.3.4 Hasil hutan menjadi penyumbang keempat terbesar dengan jumlah RM93.20 juta daripada keseluruhan jumlah hasil. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM0.50 juta iaitu 0.54 peratus.
2.3.5 Sebanyak RM58.52 juta diperoleh daripada hasil perlombongan, hasil pelaburan dan hasil air.
2.3.6 Anggaran kutipan hasil pada tahun 2025 diunjurkan meningkat sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan anggaran kutipan hasil tanah yang ditetapkan sebanyak100 peratus jumlah patut pungut, menguat kuasakan kutipan bayaran terhadap tunggakan cukai tanah berjumlah melebihi RM50 ribu, menetapkan KPI kutipan bayaran notis dan denda lewat bayar cukai tanah sebanyak 30 peratus daripada jumlah patut pungut.
2.4 Anggaran Perbelanjaan Mengurus
2.4.1 Anggaran Perbelanjaan Mengurus pada tahun 2025 dijangka sebanyak RM1.09 bilion berbanding RM 1.14 bilion pada tahun 2024.
2.4.2 Anggaran ini berkurang sebanyak RM55.46 juta disebabkan oleh penurunan anggaran Peruntukan Wang Terkanun sebanyak RM77.03 juta kepada RM236.33 juta berbanding RM313.36 juta tahun 2024 berikutan penyusunan semula anggaran perbelanjaan pembangunan.
2.4.3 Ini juga disebabkan oleh pengurangan peruntukan pinjaman sebanyak RM13.90 juta di mana mulai tahun 2024, peruntukan pinjaman telah disalurkan melalui Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan.
2.4.4 Daripada keseluruhan Perbelanjaan Mengurus, Perbelanjaan Bekalan adalah berjumlah RM1.05 Bilion, manakala Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM37.83 juta.
2.4.5 Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap telah diperuntukkan sebanyak RM631.24 juta, Peruntukan emolumen sebanyak RM247.60 juta, Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM191.20
juta, peruntukan Aset sebanyak RM17.63 juta dan perbelanjaan lain-lain sebanyak RM2.61 juta. 2.4.6 Jabatan-Jabatan Negeri hendaklah berbelanja dengan berhemat dan berintegriti seiring dengan Konsep Pengurusan Ihtirafi yang diterapkan oleh Kerajaan Negeri kepada semua penjawat awam.
2.5 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan
2.5.1 Peruntukan Pembangunan bagi tahun 2025 pula adalah berjumlah RM361.33 juta iaitu 24.89 peratus daripada jumlah bajet negeri.
2.5.2 Kerajaan Negeri berharap pembangunan dalam Negeri Kelantan dilaksanakan secara tersusun mengikut jadual perancangan dan pelaksanaan projek dengan memfokuskan kepada projek-projek berimpak tinggi seperti Madinah As- Salam di Mukim Tiong Kota Bharu, Projek Madinatul Riyadah, Projek Madinah Ramadan, Infrastruktur Jalan/Perparitan dan Jambatan serta projek Rumah Mampu Milik untuk rakyat.
2.6 Rumusan Belanjawan
2.6.1 Secara keseluruhannya, Belanjawan 2025 merupakan belanjawan defisit yang dianggarkan berjumlah RM93.02 juta, berbanding Belanjawan 2024 defisit sebanyak RM178.49 juta.
Jumlah defisit ini berkurang sebanyak RM85.47 juta ataupun 47.88 peratus berbanding tahun 2024. Pengurangan defisit menunjukkan usaha Kerajaan Negeri ke arah mencapai keseimbangan bajet dari tahun ke tahun bagi menjamin pengukuhan aliran tunai dan rizab tunai Kerajaan tanpa sedikitpun mengurangkan peruntukan program dan projek yang melibatkan kepentingan rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
3. TERAS PERTAMA: PEMBANGUNAN SAHSIAH BERPANDUKAN AL-QURAN DAN PEMBUDAYAAN AMAL ISLAMI 3.1 Belanjawan 2025 menekankan Pelaksanaan Amal Islami sebagai satu cara hidup dan perlu dilakukan secara konsisten dalam semua kegiatan kehidupan. Pelaksanaan dan ketaatan ini akan melahirkan kehidupan rakyat yang baik yang disebut sebagai hayaatan tayyibah (ﺤﻴﺎ ﺒﺔ). ◌ ﻲ'◌ َط ◌ ةً
3.2 Strategi di bawah teras ini memberi penekanan kepada pengeluaran modal insan Rabbani melalui pendidikan yang seimbang kepada rakyat Kelantan dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan.
3.3 Menerusi Pembangunan Sahsiah Berpandukan Al-Quran dan Pembudayaan Amal Islami, Belanjawan 2025 memperuntukkan sebanyak RM181.70 juta.
3.4 Daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM142.70 juta diperuntukkan bagi tujuan memperkukuhkan agenda pendidikan negeri menerusi 93 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan, menempatkan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai kolej universiti pilihan utama serta kecemerlangan modal insan menerusi Institut Latihan Darulnaim (ILDAN).
3.5 Kelantan merupakan sebuah negeri yang sentiasa memartabat ilmu al-Quran dalam kalangan rakyat termasuk usaha mempersada kejayaan Kelantan menerusi Majlis Musabaqah Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Bagi tahun 2025, sebanyak RM0.5 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri ke arah memperkukuhkan agenda tersebut dengan menubuhkan Pusat Taranum al-Quran di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.
3.6 Sebanyak RM15.50 juta pula diperuntukkan bagi program pendidikan dan keagamaan yang memfokuskan kepada Program Pendidikan, Prasekolah, Inisiatif Kecemerlangan Pelajar, Membina Generasi Al-Quran dan Remaja Iman serta Program Kecemerlangan Solat dan Aktiviti Kecemerlangan Amal Islami.
3.7 Kerajaan Negeri juga akan memberi tumpuan kepada Pembangunan Fasiliti Agama dengan peruntukan sebanyak RM17.0 juta untuk meneruskan pembinaan Masjid Madinah Ramadan, Masjid Gantian Kg. Laut, Pembaikian/Naik Taraf Masjid serta Bantuan Masjid dan Surau.
3.8 Turut tidak ketinggalan adalah Pembangunan Fasiliti Pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM6.0 juta iaitu bagi Projek Penyelenggaraan Sekolah-Sekolah YIK dan Program Pembangunan Pondok/Pusat Tarbiah.
3.9 Dalam memenuhi keperluan dan kepentingan semasa, Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan kepada Pembangunan Fasiliti Digital di masjid-masjid dan sekolah di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan dengan peruntukan sebanyak RM0.50 juta.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
4. TERAS KEDUA: PEMERKASAAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI 4.1 Kesejahteraan komuniti bermatlamat agar rakyat menikmati kehidupan yang seimbang, bahagia, selamat dan sejahtera adalah selari dengan matlamat pembangunan lestari.
4.2 Belanjawan 2025 turut menumpukan kepada Melestarikan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar, Pengurusan Sumber Air Bersepadu Bagi Menangani Isu Kemarau Dan Kekurangan Air, Menangani Isu Banjir dan Bekalan Secara Holistik.
4.3 Tumpuan ini adalah untuk mewujudkan Kelantan Sejahtera ke arah pemerkasaan kesejahteraan komuniti. Oleh itu, di bawah teras Pemerkasaan Kesejahteraan Komuniti diperuntukkan sebanyak RM69.21 juta menerusi 4 sektor utama iaitu;
4.3.1 Pertama: Sebanyak RM27.50 juta bagi Melestarikan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar melalui pembangunan Taman Tema Wetland di Tok Bali, Pembangunan Tanah Tinggi Gunung Chamah, Pembangunan Hutan/Hutan Simpan dan Program/Projek usaha Pemindahan Fiskal Ekologi (Ecological Fiscal Transfer).
4.3.2 Kedua: Kerajaan Negeri terus memberi perhatian khusus kepada Pengurusan Sumber Air Bersepadu Bagi Menangani Isu Kemarau Dan Kekurangan Air dengan peruntukan sebanyak RM15.61 juta yang sebahagiannya adalah pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan 4 loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Panggung Lalat, Gua Musang, LRA Merbau Chondong, Pasir Puteh, LRA Pengkalan Nangka, Tumpat dan LRA Serendah, Kota Bharu di bawah projek Bekalan Air Luar Bandar serta menaiktaraf tali air terutama sistem pengairan dan saliran pertanian di Skim Pengairan Belukar, Skim Pengairan Ulu Sat 1 dan Skim Pengairan Hilir Sat 2, Machang.
Peruntukan ini turut meliputi projek pembinaan LRA Kompak bagi Sistem Proses Air Telaga Tiub di Kg. Laut dan Projek Bekalan Air Komuniti melibatkan penambahan sumber air di LRA AKSB Kg Puteh/Chicha, kerja-kerja menaiktaraf 2 tandak air di Machang dan Dabong, kerja- kerja penyelenggaraan dan membaiki tebing sungai melibatkan 8 muka sauk bagi loji rawatan air untuk jaminan sumber air, pembinaan 2 telaga tiub di tapak tangki Kubang Kual dan Taman Rantau Panjang, Pasir Mas dan lain-lain.
4.3.3 Ketiga: Persekitaran dan cabaran kepada perubahan iklim membawa kepada kesan banjir dan kerosakan harta benda. Bagi menangani isu banjir dan bekalan secara holistik, sebanyak RM8.35 juta diperuntukkan untuk Projek Pengurusan Bencana dan projek infrastruktur berkaitan.
4.3.4 Keempat: Dalam merealisasikan Kelantanku Sejahtera, sebanyak RM17.75 juta diperuntukkan untuk program Kelantanku Bersih, program Kesihatan Awam, program Kesihatan, program Kesejahteraan Rakyat, program Pembangunan Luar Bandar dan usaha-usaha Menangani Gejala Sosial serta memperkasa program Komuniti Rabbani (K-Rabb).
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
5. TERAS KETIGA: PEMBERDAYAAN RAKYAT SECARA BERSASAR DAN KOMPREHENSIF 5.1 Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa menitikberatkan soal berkebajikan sebagai agenda utama dalam pembangunan negeri. Belanjawan 2025 memperkenalkan pelbagai program dan insentif ke arah Pemberdayaan Rakyat Secara Bersasar dan Komprehensif melalui Program Pemberdayaan Wanita, Pemerkasaan Usahawan Berwawasan dan Pembangunan Belia Berwibawa serta program galakan pertanian dan penternakan yang menyasarkan peningkatan sosio ekonomi rakyat.
5.2 Bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat, terdapat 7 sektor yang telah dikenalpasti di dalam teras ini dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM96.01 juta. 5.3 Sebanyak RM62.02 juta diperuntukkan bagi kebajikan rakyat yang merangkumi: Bantuan Al-Musa’adah, Bantuan Rumah Dhuafat, Skim Al-It’am, Program Pembelaan Rakyat Miskin dan Skim Kifaalah. Kerajaan Negeri turut membela kebajikan rakyat melalui Bantuan Armalah dan Anak Yatim, Bantuan Khas Al- Barakah, Bantuan Bekalan Air, Elektrik, ICT Desa dan Bantuan penyakit Kronik.
5.4 Sebanyak RM7 juta diperuntukkan untuk Pemberdayaan Wanita merangkumi Program Pembangunan dan Kebajikan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Subsidi Mamografi, Elaun Mudarribah dan Insentif Penubuhan Taska di tempat Kerja.
5.5 Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM0.50 juta bagi bantuan kepada individu berkeperluan khas termasuk bantuan kerusi roda, katil dan anggota tiruan.
5.6 Beberapa langkah strategik diambil untuk menyokong usahawan di negeri Kelantan sekaligus memperkasa industri kecil dan sederhana (IKS) dengan tujuan memperkukuh ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
5.7 Peruntukkan sebanyak RM7.95 juta bagi melahirkan Usahawan Berwawasan yang merangkumi program Usahawan Berdikari, Skim Mikrokredit kepada usahawan yang menawarkan kemudahan pinjaman untuk membantu usahawan kecil dan sederhana (SME) yang ingin memulakan, mengembangkan serta memulihkan semula perniagaan mereka. Selain itu, peruntukan ini turut memberi perhatian kepada peniaga dan penjaja kecil dan Program Jaringan Pasaran Desa.
5.8 Dalam melahirkan belia yang bermaruah yang merupakan aset negara, Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian khusus kepada pembangunan belia negeri ini dengan memperuntukkan sebanyak RM9.7 juta yang merangkumi Program Pembangunan Belia Beliawanis, Gerbang Az-Ziwaj, Pembangunan Belia, Program Pembangunan Sukan dan pembangunan atlet serta Dana Belia Niaga.
5.9 Bagi merealisasikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara sebanyak RM6.79 juta diperuntukkan bagi petani dan nelayan yang merangkumi Galakan Pertanian dan Penternakan, Bantuan Baja, Program Kemudahan Asas Pertanian, Perikanan dan Haiwan, Promosi Pertanian dan Latihan dan Bantuan Nelayan Pantai, Sungai dan Akuakultur.
5.10 Kelantan diiktiraf sebagai negeri model perpaduan di mana rakyat berbilang kaum hidup aman dan damai di bawah dasar Membangun Bersama Islam yang sentiasa menjaga serta memelihara kebajikan semua lapisan masyarakat. Sebanyak RM2.05 juta diperuntukkan merangkumi Program Perpaduan Masyarakat, Program Integrasi Antara Kaum, Pembangunan Orang Asli, Dakwah Orang Asli dan Bukan Islam.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
6. TERAS KEEMPAT: PEMBANGUNAN BERASASKAN MODAL OPTIMUM DAN UNJURAN PELAKSANAAN BERKESAN 6.1 Belanjawan 2025 terus menyokong pembangunan negeri melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan, meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam, rumah mampu milik, membuka pusat industri baharu, menggalakkan aktiviti pelancongan, meningkatkan potensi pelaburan serta pertumbuhan pembangunan digital.
6.2 Peruntukan sebanyak RM28.60 juta bagi penerusan pelaksanaan pembangunan baharu di Kampung Tiong iaitu Madinah As-Salam yang akan muncul sebagai bandar sejahtera.
6.3 Sebanyak RM37.20 juta bagi pembangunan Madinah AI-Riadhah Bukit Merbau atau lebih dikenali sebagai Kompleks Sukan Bukit Merbau merupakan kolaboratif pembangunan bersama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan kemudahan sukan bertaraf kebangsaan bagi tujuan penganjuran SUKMA Kelantan 2028 dan seterusnya membudayakan gaya hidup sihat bagi rakyat negeri ini dengan fasiliti yang lebih sempurna.
6.4 Sebanyak RM232.45 juta diperuntukkan kepada penyelenggaraan jalan, perparitan dan jambatan, terminal dan fasiliti pengangkutan awam termasuk KB Sentral sebanyak RM7.0 juta.
6.5 Manakala RM4.8 juta bagi Pertumbuhan Pembangunan Ekonomi dan Ekonomi Digital yang meliputi Pertumbuhan Pembangunan dan Ekonomi Jajahan, projek-projek Pelaburan, Dana Galakan Multimedia dan ICT Desa. 6.6 Kerajaan komited dalam menyediakan rumah mampu milik bagi rakyat dengan tujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman yang selesa. Sebanyak RM9.6 juta
diperuntukkan untuk 4 pakej iaitu Bunut Susu, Kg. Gong Kadok, Meranti II dan Telong.
6.7 Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya, tempat-tempat berteraskan alam semula jadi yang menjadi tarikan para pelancong. Justeru, Kerajaan Negeri memberi perhatian khusus dalam memperkasa sektor pelancongan dengan peruntukan sebanyak RM18.55 juta merangkumi Pengambilan Balik Tanah Pantai Cahaya Bulan bagi tujuan menaik taraf prasarana pantai, program ‘Indahnya Kelantan 2025’, pembinaan Jeti Pelancongan Tok Bali dan lain- lain.
6.8 Bagi merancakkan sektor perindustrian, sebanyak RM14 juta disediakan bagi pembukaan Kawasan Industri Baharu Zon Ekonomi Khas (SEZ) Malaysia - Thailand, manakala bagi sektor pelaburan diperuntukkan sebanyak RM0.90 juta untuk menarik pelabur asing dan domestik menerusi pelbagai program misi pelaburan dan promosi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
7. TERAS KELIMA: KECEMERLANGAN KECEKAPAN PENTADBIRAN & KEMAMPANAN KEWANGAN KERAJAAN. 7.1 Kerajaan Negeri akan terus memacu kecemerlangan pentadbiran dan kemampanan kewangan kerajaan melalui strategi yang berkesan melalui peningkatan rizab tunai dan kecekapan kaedah pungutan cukai.
Langkah ini akan dapat dicapai melalui kecemerlangan tadbir urus yang berintegriti, latihan dan kompetensi yang menyeluruh serta peningkatan sistem penyampaian digital Kerajaan.
7.2 RM154.08 juta diperuntukkan bagi emolumen kakitangan tetap mengambil kira pelarasan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan tambahan RM12.50 juta bagi tujuan pengisian penuh perjawatan di jabatan-jabatan negeri sehingga 85 peratus.
7.3 Sebanyak RM8.2 juta diperuntukkan bagi membantu mengukuhkan aliran tunai Badan Berkanun Kerajaan dan PBT.
7.4 RM21.11 juta bagi tenaga pengajar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang merangkumi 3,417 orang Guru Al-Quran, Guru Fardu Ain, Guru Pondok, Mudir dan Penolong Mudir dan Guru Halaqat serta 1,595 orang Imam dan Bilal.
Menerusi peruntukan ini, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaikkan elaun guru al-Quran dan fardu ain sebanyak RM70, daripada RM200 kepada RM270 seorang, manakala Pengelola, Pegawai dan pembantu Dakwah Halaqat Kawasan masing- masing bakal menikmati kenaikan elaun berjumlah RM300 seorang bermula Januari 2025 menjadikan kenaikan bagi Pengelola Dakwah Halaqat daripada RM1,550 kepada RM1,850, Pegawai Halaqat daripada RM900 kepada RM1,200 dan Pembantu Halaqat pula daripada RM600 kepada RM900.
Kenaikan ini mengambil kira peranan penting Dakwah Halaqat serta guru al-Quran dan fardu ain dalam aspek penyuburan kefahaman agama kepada masyarakat yang melibatkan kenaikan implikasi kewangan sebanyak RM4.29 juta.
7.5 Sebanyak RM5.21 juta untuk pendigitalan penyampaian perkhidmatan melibatkan Sistem e-MARRIS, pelebaran rangkaian jalur lebar TM Net melibatkan 40 buah agensi kerajaan, infrastruktur bagi sistem aplikasi Kerajaan serta program pembangunan sains dan teknologi bagi meningkatkan literasi dan kemahiran digital.
7.6 Bagi mewujudkan persekitaran kerja selamat dan kondusif, RM18.47 juta diperuntukkan kepada kerja-kerja pendawaian semula Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim, Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat dan Pejabat Urus Setia Pelancongan Negeri, projek kerja-kerja membina dan menyiapkan bangunan tambahan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok serta naik taraf Dewan
Mahkamah Tinggi Mahkamah Rendah Syariah Machang.
7.7 RM1.5 juta bagi Pengembangan Bakat dan Kompetensi bertujuan meningkatkan taraf pendidikan, memantapkan ilmu pengetahuan, mengasah kemahiran analitik dan pengurusan risiko serta mengoptimumkan prestasi dan produktiviti penjawat awam.
7.8 Dalam memastikan beca yang juga merupakan pengangkutan tradisional sebagai ikon pelancongan negeri Kelantan tidak dipinggirkan, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaikkan elaun penarik-penarik beca dari RM100 kepada RM500 sebulan bermula Januari 2025 kepada 17 orang penarik beca yang berdaftar dengan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).
7.9 Sebagai menghargai jasa dan bakti Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Negeri yang telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dalam membangunkan negeri, maka dengan penuh sukacitanya saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 seorang kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
7.10 Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada lantikan-lantikan politik yang mana jumlahnya akan ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri.
7.11 Bayaran tersebut akan disalurkan pada bulan Februari 2025 dengan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta.
7.12 Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang adil, prihatin dan berkebajikan bahawa dengan ini saya umumkan pemberian diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat negeri Kelantan.
7.13 Tempoh tawaran diskaun ini akan dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan bagi tempoh satu (1) bulan bermula 01 Disember 2024 hingga 30 Disember 2024 tertakluk kepada kaedah bayaran sebagaimana Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2024.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
8. UCAPAN PENGHARGAAN
Izinkan saya mengambil peluang ini untuk menyampaikan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, para pegawai dan kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pegawai serta anggota keselamatan, pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat Kelantan yang telah bersama-sama berusaha untuk membina kesatuan, keamanan dan kemakmuran demi kesejahteraan negeri tercinta.
Di samping itu, Kerajaan Negeri turut merakamkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas jalinan kerjasama yang erat. Kerjasama ini memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat Kelantan dapat menikmati pelbagai manfaat hasil daripada program pembangunan yang sedang atau akan dilaksanakan, termasuk yang sedang dalam proses kajian serta perundingan.
9. PENUTUP
Allah SWT berfirman:
ِۢ ِ ِ ِ ِ د ﺎ ﺒ ﻌ ْ ﭑﻟ ﺑ ﲑ ﺼ ﺑ ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﱠ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﱃ َ إِ ﺮ ﻣ أَ ﻮ ﻓ ﻢ ﻜ ُ َ ﻟ لُ ﻮ ﻗ أَ ٓ ﺎ ﻣ ﺮ ﻛ ﺬ ْ ﺘ ﺴ ﻓ ـَ ُ ُ َ َ ٌ َ َ ِىٓ ْ ِّضُ وَأُ ْ َ ُونَ َ َ
Maksudnya: "(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".
(Surah Ghafir: ayat 44)
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Kerajaan Negeri berharap dengan peruntukan Belanjawan 2025 ini, insya-Allah Negeri Kelantan akan terus maju, sejahtera, dan berkebajikan demi kesejahteraan rakyat, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat-Nya kepada kita semua. Semoga Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2025 yang bertemakan “Keberkatan, Kesejahteraan dan Keseimbangan Untuk Kemakmuran Negeri” Ini dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada-Nya.
Sama-samalah kita berbincang dan berbahas dengan penuh tertib dan adab, serta mengemukakan cadangan yang bernas demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Kelantan berpandukan prinsip maqasid syariah sebagai panduan utama.
Akhir kata, saya menyeru semua Ahli Dewan yang mulia ini untuk terus berganding bahu dengan kerajaan dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara dan Kelantan terus makmur.
Sepakat berkawan erat perpaduan, Anutan rakyat Kelantan bestari, Teras Keberkatan, Kesejahteraan, Keseimbangan, Asas belanjawan memakmurkan Negeri.
Untuk itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan pada hari ini. Persidangan akan disambung semula pada hari Ahad 22 Jamadil Awal 1446H bersamaan 24 November 2024M bermula jam 09.00 pagi. Perbahasan bagi belanjawan yang dibentangkan akan dibuat pada hari tersebut. Dengan ini persidangan ditangguh dengan bacaan tasbih Kafarah dan Suratul Asr.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 01.00 TENGAHARI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA HARI AHAD, 24 NOVEMBER 2024 JAM 09.00 PAGI.