Kelantan · 24 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · 301 turns · 38,390 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Doa….

Doa

Setiausaha

[ SAMBIL BERDIRI ]

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan yang Kedua, Ucapan Yang Berhormat Dato Speaker.

Ucapan Yb Timbalan Speaker

Setiausaha

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ Ahli-ahli Berhormat sekalian, saya telah menerima sepucuk surat permohonan daripada Adun Pasir Tumboh, Yang Berhormat Dato’ Haji Abd Rahman Bin Yunus untuk mohon cuti persidangan pada hari ini kerana menghadiri Konvokesyen anak di Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar, Perak.

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Soalan-Soalan Yang Diberitahu.

Soalan-soalan yang dikemukan untuk mendapat Jawapan Mulut.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Chetok, Yang Berhormat Chetok…

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan saya soalan nombor 1.

Soalan 1:

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Apakah status jawatankuasa yang mengkaji penggubalan semula 16 seksyen yang telah di batalkan dalam EKJS?]

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ Yang berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Chetok.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Induk Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 12019 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, manakala Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah Penerangan Dan Hubungan seranta Dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk tersebut. Yang Berhormat Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan telah dilantik sebagai Setiausaha manakala Ahli Jawatankuasa yang lain terdiri daripada Yang Berhomat Dato’ Kaya Perba Mufti Negeri Kelantan, Yang Amat Arif Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, Yang Amat Berusaha Pengarah JAHEIAK, Yang Berusaha Ketua Pendakwa Syarie, Yang Berusaha Pengarah BAHU, Yang Berusaha Pegawai Undang-Undang Majlis Agama Islam.

Selain itu, dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk iaitu Yang Berhormat Adun Melor, Dan Yang Berhormat Adun Chempaka yang juga merupakan Timbalan Exco.

Antara skop dan tanggungjawab jawatankuasa ini adalah membuat kajian berkenaan kesan pembatalan 16 peruntukan terhadap peruntukan-peruntukan sedia ada, membuat kajian terhadap 16 peruntukan yang terbatal dan peruntukan yang berkaitan, mencadangkan draf gubalan 16 peruntukan terbatal termasuk mana-mana peruntukan yang berkaitan

dan membentuk satu jawatankuasa terknikal bagi pelaksanaan kajian, untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat, jawatankuasa ini telah pun bersidang dan jawatankuasa telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada wakil-wakil Jabatan Kerajaan negeri antaranya daripada Pejabat Penasihat Undang-undang Majlis Agama Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Kehakiman Dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri termasuklah beberapa orang pengamal undang-undang serta ahli-ahli akademik bagi melaksanakan kajian.

Seterusnya, menyediakan draf gubalan 16 peruntukan tersebut. Pindaan enakmen ini, dijangka akan dibentangkan dalam persidangan dewan undangan negeri tahun hadapan, In Shaa Allah.

Terima kasih.

Speaker

Silakan Chetok, Soalan tambahan.

Soalan Tambahan : Terima Kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar di atas jawapan yang telah diberikan. Selain daripada pihak Kerajaan telah memberikan fokus kepada 16 seksyen yang telah terbatal. Adakah pihak Kerajaan juga melihat secara keseluruhan enakmen ini supaya tidak ada lagi cabaran dari pihak yang tidak bertanggungjawab sepertimana yang telah berlaku pada 16 seksyen yang lepas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih diatas soalan tambahan tersebut ya.

Kita akan mengkaji secara keseluruhan bukan sahaja terhadap 16 seksyen yang telah terbatal. Sebaliknya, melihat secara keseluruhan enakmen tersebut bagi memastikan apa yang telah berlaku itu tidak akan berlaku lagi pada masa yang akan datang tetapi dalam masa yang sama kita nak memastikan bahawa undang-undang syariah dapat dilaksanakan semaksimanya dalam kerangka perlembagaan.

Itulah yang sebenarnya menjadi cita-cita kita. In Shaa Allah. Untuk mengiktiraf Mahkamah Syariah dan juga melaksanakan undang-undang syariah dalam bidang kuasa yang dibenarkan.

In Shaa Allah, Terima Kasih.

Speaker

Silakan, Limbongan.

Baik terima kasih Dato’ Speaker,

Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk meminda dan memperkukuhkan peranan Insitusi Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan. Dan sekiranya ada bilakah pelaksanaan tersebut akan dilaksanakan? Terima kasih.

Terima kasih kepada Limbongan di atas sebenarnya saya, Kerajaan menganggap ia adalah satu-satu cadangan yang baik. Yang sebenarnya kerajaan memang sudah pun timbangkan kita sedang usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah, dengan kita meletakkan ianya dalam kerangka undang-undang tubuh Negeri Kelantan.

Walaubagaimanapun, kajian secara telitinya sedang kita buat dengan secara terperinci dan juga kita akan ambik pandangan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. In shaa Allah. Ianya adalah satu cadangan yang baik dan memang kerajaan sudah pun mengambil tindakan kearah itu. Terima Kasih.

Speaker

Silakan Kota Lama.

Dr Hafidzah binti Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Terima kasih kepada Dato’ Speaker, soalan tambahan saya adalah sebelum saya menanyakan soalan ini saya ingin menyatakan sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2, yang bakal digubal semula kelak.

Persoalan saya apakah dalam peggubalan ini, tadi Dato’ Timbalan Menteri Besar telah menyebutkan bahawa perkara ini akan dilihat secara keseluruhannya tetapi soalan spesifik saya adakah 16 seksyen ini akan digubal semula dan mungkin adakah Kerajaan berhajat untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Negeri Kelantan ini.

Saya bagi contoh kalau ada orang awam yang diliwat ataupun dituduh meliwat contohnya yang terkandung dalam 16, salah satu dalam 16 seksyen ini amalan yang biasa dia tidak akan dibawa ke Mahkamah Syariah kerana limitasi Mahkamah itu mungkin dia tidak ada Polisnya, dan sebagainya mungkin boleh dicerahkan sikit perkara ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Lama kalau Yang Berhomat Kota Lama masih lagi ingat sesi yang lepas kita telah membuat satu keputusan secara bulat suara di Dewan ini untuk kita mengubal semula 16 Seksyen yang telah terbatal itu, Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Gual Periuk.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ َ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Yang Berhormat Dato’ Speaker mohon jawapan saya nombor 2.

Soalan 2:

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, bagaimanakah perkembangan proses baik pulih sumber air bersih AKSB untuk kawasan Bandar Bebas Cukai Rantau Panjang kerana terdapat kawasan kediaman dan kawasan pusat membeli belah Rantau Panjang masih terputus bekalan air bersih. Ini menjejaskan keselesaan penduduk dan pelancong yang hadir ke Bandar Rantau Panjang?]

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Gual Periuk. AKSB maklum bahawa bekalan air di Rantau Panjang tidak mencukupi. Dan untuk itu kita telahpun mengaktifkan mengaktifkan tiub well yang sedia ada yang berjumlah kapasiti 1.35 JLH. Namun demikian, dengan pengaktifan tersebut juga air tidak mencukupi Rantau Panjang. Justeru itu kita merancang memohon daripada (ECERDC) untuk satu lagi projek

ini, projek loji Kelar 2 yang telah diluluskan dan In Shaa Allah berkapasiti 25 JLH. Dan In Shaa Allah benda tu akan siap dalam jangkaan kita 2028.

Dengan siapnya loji Kelar 2 yang berkapasiti 25 JLH kita jangka bahawa air atau supply air di Gua Musang akan mencukupi setakat ni telah diluluskan tender harga tender melebihi daripada harga yang tersenarai maka ditender semula.

Dan In Shaa Allah Bulan 12 ni akan tamat. Apa tu, tempoh untuk ditender semula . Terima Kasih.

Speaker

Silakan Gual Periuk.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Terima kasih Exco atas jawapan yang diberikan. Kalau itu tempoh masa untuk proses menyiapkan itu agak masih dalam tempoh yang agak panjang jadi apakah langkah strategik mungkin jangka pendek, jangka sederhana yang diambil oleh AKSB untuk mempercepatkan proses pemulihan sumber air di Rantau Panjang terutama sekali di musim-musim perayaan dan juga musim cuti sekolah.

Terima kasih.

Terima kasih Gual Periuk, dalam bajet yang dibentangkan baru ini kita telah memohon daripada Kerajaan untuk lebihan RM 2 Juta. Dan tujuan RM 2 Juta ini ialah untuk membina tubewell –tubewell dipinggir kawasan yang tidak mencukupi air. Dan salah satu tempat yang kita spot untuk dibuat ialah Rantau Panjang.

Terima Kasih.

Speaker

Silakan Pengkalan Pasir

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya tambahan saya adalah kalau kita lihat permasalahan bekalan air ni berlanjutan. Dan salah satu penyelesaian jangka masa pendek dengan penyediaan lori tangki oleh AKSB. Dan saya difahamkan di jajahan Pasir Mas dan juga Rantau Panjang beberapa buah lori disediakan.

Tapi adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi bilangan lori AKSB untuk dihantar bekalan air kepada tangka-tangki statik yang diletakkan diseluruh kampung.

Terima kasih Pengkalan Pasir.

Mengenai lori LR apatu LRK, lori air ni sebenarnya kalau kita banyakkan lori air ni sebenarnya membesarkan atau meningkatkan lagi NRW kerana ia air yang percuma. Ia sangat merugikan, merugikan kerajaan kerana air itu diberi secara percuma dan ia tanggungan kerajaan.

Justeru itu, yang sepatutnya ialah kita mengurangkan lori air betul kei? Betul kei PKN? PKS setuju mena dengan saya. Kita mengurangkan ni kerana impak kepada kewangan negeri tu sendiri. Dan kita tok duk sajo. Kita seperti saya duk sebut sokmo bahawa AKSB kita telah merancang.

Sedemikian rupa dan In Shaa Allah bekalan-bekalan air mengikut loji-loji yang kita ada sekarang ini daripada 43 dijangka siap kepada 54 butir lori, loji air ni kita jangka by 27, 26,27,28 tu air kita akan mencukupi. Dan dari masa ke semasa kita akan melihat keperluan lori ni, kalau dia dah sapa dah air , kita akan mengurangkan air tu sikit demi sedikit lori air LLEK ini. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ Yang Berhormat Dato’ Speaker pohon jawapan untuk soalan nombor 3.

Soalan 3 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan sejauh mana pencapaian Perbadanan kemajuan Pertanian Negeri Kelantan?]

ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ِا ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُ ُ َ ُ َْ ْ َ ﻟﺴﱠﻼ َ ـَ وَ وَرَ ْ َمُ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Mengkebang. Yang bertanya pencapaian Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK), PKPNK memulakan operasinya pada pertengahan tahun 2019.

Setakat ini, terdapat empat projek pembinaan yang telah berlangsung dan menampakkan hasil.

Pertama, Projek Tanaman Hidroponik dan Fertigasi yang dimulakan pada tahun 2010, buat masa kini pihak Badan Perbadanan telah pun mempunyai sebanyak 17 buah struktur pelindung hujan untuk Tanaman Hidroponik secara Hidroponik dan Fertigasi.

Bagi tanaman sawi, anggaran jumlah keluaran keseluruhan adalah 57 ri, 53 ribu, 700 pot. 6 pot bersamaan 1 kg sawi, bagi tanaman cili kulai pula jumlah pokok yang boleh ditanam adalah sekitar 2000 pokok.

Yang kedua, Projek Tanaman Tebu Telur melalui kerjasama dengan pihak Persatuan Peladang Kawasan Sri Gunung. Pihak PKPNK telah mengadakan projek tanaman ataupun seluas 80 ekar yang dijangka akan ditanam secara berperingkat-peringkat bermula tahun ini.

Projek ini merupakan projek yang dapat meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat. Dan juga Negeri Kelantan melalui tanaman tebu komuniti yang mana pasaran kepada projek ini ialah antaranya ke Johor dan seterusnya ke Singapura.

Yang ketiga Projek Penternakan Lembu Pedaging Secara Hybrid namun pedaging hybrid. Pihak perbadanan telah menjalankan projek penternakan untuk pedaging hybrid bermula dengan 30 ekor lembu induk charolais untuk fasa pertama dan sekarang mempunyai 30 ekor anak baru yang dilahirkan.

Yang keempat, Kilang Penghasilan Cuka, Dokong dan Rambutan di Pengkalan Chepa. Ini sebagai Pusat Alternatif untuk mengurangkan kesan lambakan barang bermusim di Negeri Kelantan.

Dan empat projek yang sedang dalam pembinaan dan kerjasama Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia.

Pertama pembinaan struktur reban ayam tertutup secara automatik sebagai menyahut seruan Kerajaan Malaysia agar ternakan ayam dijalankan secara tertutup menjelang tahun 2030.

Yang kedua, Pembangunan Pusat Akuakutur Ikan Air Tawar ia sebagai sumber benih bagi air tawar seperti Keli dan Tilapia merah yang sekarang ini kita mengambil daripada negeri luar seperti daripada Kedah dan Perak.

Yang ketiga, penambahbaikan Infrastruktur Pengairan Sumber Air untuk tanaman dan ternakan yang dilaksanakan di Danau Tok Uban sebagai mengatasi masalah sumber air yang biasanya berlaku di musim kemarau yang panjang.

Yang keempat, projek Pembangunan Sumber Makanan Ternakan yang sedang dibangunkan di Kawasan Pembangunan Agrovalley Rong Chenok Pasir Mas yang sekarang ini melibatkan seluas 40 ekar dan mempunyai kawasan-kawasan yang boleh dibangunkan lagi.

Seterusnya, empat projek baharu yang sedang dirancangkan. In Shaa Allah akan dilaksanakan bermula tahun hadapan.

Pertama, projek ternakan ruminen ternakan lembu jenis baka Kedah-Kelantan (KK) secara intergasi lepas bebas di atas tanah berkeluasan 70 Ekor di Kg Wek, Machang.

Yang kedua, projek penternakan ayam kampong atau ayam kacukan jenis Saso diatas tanah berkeluasan 5 ekar bagi fasa pertama juga di Kg Wek, Machang.

Yang ketiga, projek pembangunan ternakan Ikan Kerapu projek ini akan dijalankan di atas tanah seluas 10 ekor bertempat di Kg Pantai, Genting Tumpat.

Seterusnya yang keempat, dalam proses perbincangan untuk membangunkan ladang tenusu dengan kerjasama ECRDC.

Sekian Terima Kasih.

Speaker

Silakan Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang lagi hebat dan mantap.

Soalan tambahan, saya bagaimanakah PKPNK akan berfungsi dengan merencakan agenda pemasaran produk hiliran. Dengan izin, down street activities bagi pertanian di Negeri Kelantan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan dari Mengkebang.

Antara perancangan dan yang sedang dilaksanakan oleh PKPNK dalam merancakkan produk pemasaran produk hiliran usahawan-usahawan kita ialah:

Yang Pertama, menyediakan Platform Pasar Rakyat Kel-Agro dan serta penglibatan di dalam pameran dalam ekspo-ekspo. PKPNK kini punya satu penjanaan iaitu produk yang dinamakan Kel-Agro kini pasar rakyat kel-agro sedang aktif membantu rakyat Kelantan dengan menyediakan barang-barang keperluan harian dengan harga yang punyai harga subsidi daripada Kerajaan.

Yang kedua, membina Usahawan IKS dibawah PKNPK yang dinamakan usahawan IKS KEL-AGRO.

Yang ketiga, meningkatkan kualiti produk upstream kepada downstream supaya para usahawan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih baik. Dengan cara packaging yang dapat sesuai meluaskan pasarannya ke negeri lain ataupun kepada luar negara.

Yang keempat, mengadakan pusat kumpulan produk hiliran yang In Shaa Allah dengan wujudnya pusat ini. Para usahawan dapat dibantu memasarkan produk-produk mereka dengan lebih meluas.

Sekian Terima kasih.

Speaker

Silakan Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Exco Kelantan akan mengeluarkan Agro Darulnaim yang mana peruntukan khas telah diberikan untuk Negeri kita membina kilang beras ini.

Soalan tambahan saya, saya dimaklumkan bahawasanya kita akan dijangka mampulah mengeluarkan kilang ini dijangka mengeluarkan kilang sehingga 40 ribu tan beras.

Soalan tambahan saya, pertama berapakah keperluan keseluruhan padi ataupun beras untuk Negeri Kelantan? Dan yang kedua, ada pihak Perbadanan Kemajuan Pertanian punyai perancangan untuk membuka Ladang Musang King. Kerana kita tahu Musang King di Negeri Kelantan punyai pasaran yang luas di luar Negara. Yang banyak mengusahkan Musang King ialah bukan daripada Perbadanan.

Jadi apakah Perbadanan mempunyai perancangan untuk membuka Ladang Musang King yang diuruskan sendiri oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan?

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Galas berkenaan dengan In Shaa Allah Kerajaan Negeri Kelantan dalam proses lah mengusahakan supaya beras keluaran Negeri Kelantan seperti beras Kelantan Darulnaim dapat dikeluarkan. Kita dalam proses In Shaa Allah kita boleh tengok sekiranya berhasil mungkin di tahun hadapan lah In Shaa Allah.

Berkenaan dengan beras ni kalau kita tengok per kapita, rakyat Kelantan ni kira makan beras atas seorang tu kira-kira 79 kilo sehari eh setahun. Setahun, setahun. Kalau kita tengok jumlah penggunaannya ialah dengan rakyat Malaysia, kita kata campur dengan rakyat Kelantan yang berada di seluruh Negara lah. 1.9 juta ni penggunaan nya sebanyak 152,470 metrik tan. Kalau makan banyak pun sekat tu jah. In Shaa Allah sedangkan pengeluaran kita adalah melebihi iaitu sebanyak 186,930 metrik tan.

Sebab itulah di bawah statistik Jabatan Pertanian menyebut tahap sara diri kita SSL atau pun SSR 122.60 % bagi beras di Negeri Kelantan ini. In

Shaa Allah itu cadangan yang baik untuk PKNPK menerokai bidang Ladang Musang King. Di mana kita ada peluang di kawasan rancangan khas Bandar Datuk Bentara di Gua Musang yang ada kawasan pertanian disediakan. In Shaa Allah kita akan membuat kajian.

Sekian terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 4. Pohon jawapan.

Soalan 4 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglilma Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha Kerajaan negeri untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan bagaimana pula pencapaian pelajar tahfiz dalam bidang akademik dan kokurikulum?]

Dato' Hj. Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kuala Balah di atas soalan yang diberikan.

Jadi terima kasih juga kepada Yang Berhormat Panglima Perang di atas pembentangan bajet 21 November Khamis yang lepas. Yang meletakkan sektor Pendidikan paling utama. Kerajaan Negeri untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai akhlak yang terpuji yang berasaskan kepada ﱠﺑﻨﻲ أد ﺑﻲ ر ﻓﺄﺣﺴﻦ ﯾﺒﻲ د ﺗﺄ .

Proses untuk mengadabkan manusia bermula daripada belajar dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan juga kokurikulum yang dibentuk.

Dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan. Kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM337,200.00 untuk menggerakkan kelas-kelas tambahan, seminar, motivasi dan kem kecemerlangan serta teknik menjawab soalan. Dan terkini kita telah melancarkan Tuisyen Rakyat Sejahtera untuk dibuka kepada seluruh pelajar-pelajar di seluruh Dewan Undangan Negeri di Kelantan. Selain daripada itu, tumpuan juga diberikan kepada peningkatan kerjaya guru dengan mengadakan muzakarah mata

pelajaran dan bengkel kemahiran PDP dengan pemantauan berkala dari pihak YIK di sekolah-sekolah.

Dan yang terbaru juga pada 3 November hingga 14 November lepas kita telah menghantar 20 orang guru Bahasa Arab kita untuk mengikuti Kursus Kemahiran menguasai Bahasa Arab, Teknik Pengajaran dan Pembelajaran di Markaz Tatweer, Markaz Bahasa Arab Global di Mesir di bawah kendalian Universiti Al-Azhar.

Pencapaian Pelajar Tahfiz juga dalam bidang akademik dan kokurikulum adalah sebagaimana, sebagai pelopor Pendidikan Tahfiz Al-Quran peringkat sekolah menengah dan juga di peringkat negara kita.

Pihak Yayasan Kelantan (YIK) telah melahirkan ramai para Huffaz yang bertebaran di seluruh pelusuk di negara kita. Yang mana jumlah Huffaz sehingga 2023 tahun ni yang dilahirkan oleh Maahad Tahfiz di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan adalah seramai 5126 orang.

Akhir tahun, ni juga kita akan buat gradusi tak capur lagi mungkin hampir 300 orang yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Dari jumlah tersebut seramai 1809 org keluaran daripda Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, yang memiliki Kemahiran dalam pelbagai Qiraat Teknik Bacaan. Manakala 3031 orang keluaran Maahad Tahfiz Sains dan 286 orang dari Mahahad Tahfiz pelbagai aliran. Pencapaian akademik khususnya dalam Peperiksaan SMTQ (Sijil Menengah Tahfiz Quran) dan juga SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dan juga Maahad Tahfiz Sains bagi tahun 2023 adalah sebagaimana berikut.

Dalam peperiksaan SMTQ kedua-dua Sekolah Maahad Tahfiz Sains, Maahad Tahfiz Sains Al-Quran Wal Qiraat mencapai keputusan 100%.

Dan GPS juga. GPS ini ialah gred purata sekolah yang paling rendah ni paling baik. Bukan paling rendah ni palling merosot. Paling rendah ni paling baik. Yang mana dikira dari bilangan murid yang memperolehi gred A+ hingga G iaitu Gagal di setiap sekolah. Jadi Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong mencapai GPS nya 1.17 dan pernah satu masa Maahad Tahfiz Al-Quran ini cemerlang di peringkat kebangsaan. Dan juga Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Al-Asriah dengan gred purata sekolahnya 1.56 cemerlang dah tu. Dan Maahad Tahfiz Sains, keempat-empat Maahad Tahfiz Sains kita mencapai keputusan 100% dalam SMU. Dimana gred purata sekolah Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman 1.191, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah 1.24, Maahad

Tahfiz Sains Bustanul Arifin 1.67. Dan Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Bachok 1.75 yang kelulusannya semuanya 100%.

Manakala diperingkat SPM, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat kita kedua-duanya di Pulai Chondong dan Al-Asriah Banggol Chicha mencapai kelulusan 100% pada tahun 2023. Dengan gred purata sekolahnya Pulai Chondong 2.86 dan juga Banggol Chicha 3.09 dan manakala Maahad Tahfiz Sains di berperingkat SPM keempat-empat buah Sekolah Maahad Tahfiz Sains kita juga mencapai keputusan 100%.

Dengan gred purata sekolahnya,

• Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas - 3.79 • Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah - 2.63 • Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat - 3.53 • Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kg. Nipah Bachok - 4.27

Dan yang paling membanggakan kita pencapaian di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Saadah iaitu kemahiran ataupun TVET dalam bahasa sekarang ini Beta Hulu mencatatkan keputusan cemerlang di dalam SPM 2023. Bukan setakat mencapai 100%, gred purata sekolanya 1.98 dan pelajarnya terbaik di Peringkat Negeri Kelantan memperolehi keputusan 12 A memiliki Quran 30 juzuk. Keputusan SPM nya tinggi dan memperolehi 12 A inilah kehebatan Maahad Tahfiz Sains kita.

Manakala pencapaian kokurikulum, saya baca di peringkat kebangsaan lah. Di peringkat Negeri ni banyok. Bolot ko dia dah. Contohnya dalam Pertandingan Tae Kwan Do MTS Tanah Merah Perempuan ni mendapat 12 Pingat Emas, 9 Pingat Perak dan 16 Pingat Gangsa di Peringkat Kebangsaan.

Manakala dalam Syarahan Bahasa Inggeris Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Naib Johan di peringkat Kebangsaan. Walaupun Inggeris ini dalam kelate boleh Naib Johan. Dan juga di Peringkat Kebangsaan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Al-Asriah Banggol Chicha mencapai Johan dalam Pertandingan Sepak Takraw.

Itulah yang Dato’ Speaker, pencapaian anak-anak kita di Yayasan Islam Kelantan (YIK). Sekian Terima kasih.

Speaker

Silakan Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya sungguh bangga dengan pencapaian YIK (Yayasan Islam Kelantan) dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan. YIK berada dipersada bukan saja di Negeri Kelantan kebangsaan tetapi di dunia.

Yang Berhormat Dato’ Exco tadi sebutkan mengenai Tuisyen Rakyat Sejahtera iaitu satu program yang dilaksanakan di Peringkat Stage Government Four. Pohon apa ni sedikit ulasan apakah kedudukan sekarang dan adakah kita bercadang untuk mengadakan kajian keberesara apabila keputusan SPM dikeluarkan nanti.

Terima kasih.

Dato' Hj. Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kuala Balah di atas soalan tambahan.

Jadi, bila kita bincang di peringkat SG4 ataupun Negeri bila kita dalam mesyuarat bersama menteri kita pohon untuk memasuki sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan tetapi masih tidak diberikan ruang tetapi kita mempunyai tanggungjawab untuk melahirkan pelajar cemerlang.

Jadi kita mencetuskan satu idea untuk kita membuat Tuisyen Rakyat Sejahtera yang mana kita buka kepada semua calon-calon SPM pada tahun ni yang kita akan laksanakan bulan 10, bulan 11 dengan peruntukan yang telah diumumkan sekejap tadi. Memberi ruang walaupun kita tidak masuk tidak boleh sekolah tapi kita bukak di Peringkat Pusat Khidmat Dun di seluruh Negeri Kelantan.

Alhamdulillah, bila kita lancar pada 18 Oktober dulu yang lalu kita mendapat feedback. Urusetia yang kita lantik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan juga ILDAN (Institut Latihan Darul Naim) telah menampakkan sambutan yang amat membanggakan.

Jadi In Shaa Allah kita bercadang tahun ini kita mulakan Tuisyen Rakyat Sejahtera hanya untuk peperiksaan SPM untuk 4 subjek utama sahaja. Jadi In Shaa Allah tahun-tahun hadapan kita akan perluaskan bukan setakat untuk peperiksaan sahaja untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar juga. Kita akan cuba kemukakan satu teknik baharu untuk melahirkan pelajar-pelajar yang terbaik di peringkat Negeri Kelantan.

Terima kasih.

Speaker

Silakan Pulai Chondong.

Tuan Haji Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ﻴ ﻠ ﻋ َ ُ َ ﻟﺴﱠﻼ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ Terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya bagaimanakah Kerajaan Negeri merancang untuk memperkukuhkan lagi Program Intergrasi antara akademik dan tahfiz.

Dan adakah terdapat kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi atau Pihak Swasta untuk memberikan peluang pembangunan kemahiran kokurikulum yang lebih meluas kepada anak-anak kita pelajar di Tahfiz.

Sekian, terima kasih.

Dato' Hj. Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan dari Pulai Chondong. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kelantan iaitu YIK sememangnya sentiasa mengambil langkah wajar dalam memastikan aspek intergrasi antara akademik dan tahfiz diperkukuh dan ditambah baik. Khususnya melalui kokurikulum yang dilaksanakan. Antara langkah yang diambil adalah seperti memperkukuhkan Program Intergrasi Akademik Tahfiz.

Yang pertamanya, kokurikulum holistik dan seimbang iaitu penyusunan modul. Modul yang kita bentuk menggabungkan mata pelajaran akademik teras seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan lainnya dengan sukatan Hafazan Al-Quran. Kita cuba matching. Di antara mata pelajaran tersebut dengan Al-Quran. Contoh tafsir kita cari ayat-ayat yang menceritakan Sains kita tafsir dengan mengabungkan Hafazan Al-Quran yang telah dihafal oleh pelajar-pelajar kita. Dan mewujudkan modul khas yang menghubungkan ilmu akademik dengan nilai-nilai Al-Quran seperti konsep Sains yang diterapkan dalam Mata Pelajaran Tafsir ini Tafsir Sains.

Dan juga penilaian dual, Sistem Penilaian yang mengukur pencapaian akdemik bersama-sama tahap hafazan dan nilai, sistem peperiksaan dan pelaporan berkala yang dilaksanakan. Jadi kita mintak lah pihak sekolah melaporkan dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan kaedah Pengajaran Intaktif menggunakan pendekatan “blended learning” iaitu

kombinasi pembelajaran secara bersemuka dan dalam talian untuk memastikan flekstibiliti waktu dapat dilaksanakan.

Dan juga mengimplitasikan teknik hafazan moden seperti audio interaktif aplikasi Hafazan atau kaedah memory visual. Jadi pelajar ni boleh tiru nak teknik mano Sudais ko, Ghomidi ko, dengan audio visual yang dibentangkan oleh para guru. Dan juga pembimbing akademik dan tahfiz dengan melantik guru yang pakar dari kalangan Guru YIK dan KPM dalam kedua-dua bidang atau menyediakan Guru akademik dan Guru Tahfiz yang berkejasama rapat dalam Program Intergrasi ini sebagai pembimbing.

Sebab itulah kriteria kita nak pilih Guru Tahfiz ni mesti khatam 30 juzuk supaya ia dapat disempurnakan kepada pelajar-pelajar kita. Tapi guru-guru kita ni ramai dicuri, bukan dicuri maknanya dia terima tawaran lain. Laku, menyediakan latihan berterusan untuk menguasai pendekatan pedagogi yang releven dan kemahiran interpersonal. Begitu juga dengan sistem jadual fleksibel menyusun jadual khas yang mengimbangi masa pembelajaran akademik dan hafazan dalam bentuk jadual harian dan cuti mengikut kesesuaian kemampuan pelajar. Sebab tulah jadual persekelohan tahfiz kita tak sama dengan jadual persekolahan biasa.

Dan pada masa saya berada di Yayasan Islam Kelantan dulu kajian daripada Kementerian, dia kata dia tak pernah jumpa lagi sistem pembelajaran kita ni 24 jam. Semua pelajar yang mengikuti sekolah Tahfiz ni berada dalam jadual. Tidur pun dalam jadual. Inilah keistimewaan, kehebatan Tahfiz kita.

Jadi kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Agensi Pengurusan Pengajian Tinggi iaitu Program Bersama IPT iaitu meneroka laluan mudah dan penerangan oleh IPT untuk Pelajar Tahfiz menyambung pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah dalam Bidang seperti Sains Islamic, Tafsir Qiraat dan Pengajian Islam manakala bidang Professional, Perubatan Kejuteraan atau Sains Komputer.

Dan terbaru kita mengadakan MOU dengan Wise University dan ASU di Amman Jordan, ASU ni Applied Science University yang menawarkan pelbagai bidang sebagimana yang disebut tadi Perubatan, Kejuruteraan, atau Sains Komputer yang juga mengunakan Bahasa penghantar Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Dan juga ilmu Qiraat di Universiti tersebut.

In Shaa Allah tahun depan ni pelajar-pelajar kita boleh memohon untuk menyambung pelajaran ke Universiti tersebut. Kerjasama Pendidikan dan Latihan, IPT menyediakan ruang untuk kajian bersama dalam bidang

Pendidikan Tahfiz dan Pembangunan Pelajar seperti berkerjasama dengan pihak UPSI. Pelajar Tahfiz juga boleh menjalani latihan atau bengkel Universiti yang melibatkan aspek Keilmuan dan Nilai Keislaman.

Manakala dengan kerjasama Negeri melalui agensi YAKIN yang menawarkan bidang Biasiswa Khas pada Pelajar Tahfiz yang ingin melanjutkan Pelajaran. Contoh nak sambung ke kuliah kedoktoran tip di Al-Azhar Mesir, dia akan menawarkan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak. Dan penglibatan pihak swasta dan Industri Program Pembangunan kemahiran kokurikulum iaitu Latihan Kemahiran Insaniah, pihak swasta boleh menyumbang melalui Bengkel Kepimpinan Pengurusan Masa dan Komunikasi untuk Pelajar Tahfiz dalam kem-kem jati diri mungkin ada yang baru akan dilaksanakan. Manakala Sijil Kemahiran mempelawa pihak Agensi Kerajaan atau swasta berkenaan bagi menyediakan kursus pendek atau berkala dalam bidang teknikal, keusahawanan seperti Teknologi Maklumat, Pemasaran Digital ataupun Kemahiran Sukan. Yang peluang kerjaya pula menggalakkan syarikat mengambil pelajar tahfiz sebagai pekerja latihan atau kakitangan tetap dalam bagi yang bidang sesuai seperti Pengurusan Islamic, Teknologi Pendidikan dan juga Kemahiran. Dan juga mengadakan Program Mentorship untuk memberi panduan kerjaya kepada pelajar tahfiz.

Itu sahajalah Yang Berhormat Dato’ Speaker , terima kasih.

Speaker

Saya mempersilakan pulak Yang Berhormat Tawang.

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 5.

Soalan 5 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah Kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk memastikan tiada pelanggaran terhadap akta kawalan hiburan di negeri Kelantan bagi sesuatu penganjuran aktiviti hiburan di negeri ini?

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Terima kasih kepada pada Tawang atas soalan.

Untuk makluman Tawang Kerajaan Negeri dalam proses menambah baik segala perundangan berkaitan Kawalan Hiburan dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal mengkaji enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan di Negeri Kelantan. In Shaa Allah Kerajaan Negeri akan membentangkan Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan yang baharu untuk kelulusan Persidangan Dun. In Shaa Allah pada hari keenam.

Seterusnya, Kerajaan Negeri juga sedang menggubal Perundangan Subsidri Peraturan-Peraturan Dan Tempat-Tempat Hiburan dan Kerajaan Negeri juga sedang menyediakan garis panduan yang baru. Peraturan dan garis panduan yang baru ini masih peringkat jawatankuasa teknikal In Shaa Allah perundangan yang baru adalah lebih komprehensif dan praktikal bagi menambah baik Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan di Negeri Kelantan yang telah diterima pakai sejak tahun 1958 dahulu. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Tawang.

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan larangan untuk sebarang aktiviti hiburan dan alat-alat muzik pada malam Jumaat. Persoalannya, sejauh manakah peraturan ini dipatuhi dan diikuti?

Terima kasih kepada Tawang atas soalan tambahan. Mengenai larangan hiburan pada malam jumaat. Kita peringkat Negeri mengeluarkan satu garis panduan. Dan garis panduan ini bukannya baru masih malah ia juga telah digazettekan sejak tahun 1957 lagi iaitu di bawah Government of Kelantan Gazette.

Tahun 1957 tu ado dh larangan tu, cuma kita salin dan masukkan dalam garis panduan. Persembahan hiburan dalam kawalan tempat hiburan Negeri Kelantan bukan sahaja malam Jumaat kalau ikutkan pada government gazette. 57 dahulu iaitu Khamis malam Jumaat larangan hiburan bermula daripada pukul 6.00 petang sehingga petang Khamis sehingga 6.00 petang pada hari Jumaat keesokkannya. Bukan hari Jumaat saja malah pada hari Maulidur Rasul, malam Israq Mikhraj, malam Nifsu Syaban, hari pertama AidilFitri, hari pertama Hari Raya Aidil Adha dan

sepanjang Bulan Ramadhan tidak dibenarkan mengenakan sebarang bentuk alat hiburan. Dan kalau ikutkan pada adat kita pun, dan kalau ada hiburan pada malam Jumaat tu dia akan pelik kei. Sebagai sebuah negeri, negeri sebagai seramai di Mekah kalau kita tak kenakan kawalan hiburan pun. In Shaa Allah penduduk akan membuat sekatan-sekatan tersebut kerana Jumaat adalah Penghulu segala hari dan kita amat menghormati malam Jumaat dan uruf kita. Kita memperbanyakkan amalan Amal Ibadah pada malam Jumaat.

Terima kasih.

Dan untuk tambahan sekiranya, ada mana-mana pihak yang melanggar syarat boleh dikenakan hukuman denda RM 10,000 ringgit atau 3 tahun penjara di bawah seksyen 12. Enakmen Kawalan Hiburan Tempat Hiburan 1998.

Speaker

Silakan Bunut Payong

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Terima kasih YB Dato’ speaker.

Tadi kita diberitahu bahawa Kerajaan Negeri sedang membuat garis panduan lebih lengkap untuk Enakmen Hiburan. Cuma kadang-kadang berlaku ketidak selarasan. Sebelum ni lah ketidak selarasan antara PBT dalam meletakkan garis panduan kepada mereka yang melaksanakan atau mereka yang membuat program hiburan.

Jadi saya nk tahu , adakah untuk lepas pada ni Kerajaan akan memastikan bahawa semua garis panduan yang telah ditentukan tersebut dapat diikuti setiap PBT supaya tidak berlaku salah faham di antara PBT, PBT di dalam negeri Kelantan.

Terima kasih.

Sebagaimana yang saya bagitahu tadi bahawa kita akan, selepas kita wartakan Enakmen Kawalan Hiburan Tempat Hiburan baharu kita akan mengadakan peraturan-peraturan kepada kawalan hiburan. Seterusnya garis panduan dan setiap program akan dikenakan syarat-syarat. Kita akan selaraskan kita akan sediakan template. Kita akan minta semua PBT dapat meluluskan dalam mesyuarat penuh masing-masing supaya penyelarasan dapat dibuat di semua 12 PBT yang kita ada In Shaa Allah.

Kita akan mengadakan bengkel-bengkel termasuk bengkel untuk memulakan tindakan pendakwaan kepada mana-mana penganjur yang gagal mematuhi enakmen hiburan kita atau melanggar peraturan atau tidak mengikut pada garis panduan ataupun melanggar syarat-syarat lesen yang kita telah luluskan. In Shaa Allah.

Dan In Shaa Allah kita akan mencadangkan dalam permohonan untuk mendapatkan permit hiburan, kita akan masukkan selain daripada kelulusan sokong dari Penghulu, Sokongan- sokongan daripada Pengawa, sokongan daripada Ketua Majlis Daerah dimasukkan juga sokongan daripada Ketua WHIP. Dan juga YDP masing-masing supaya ketua WHIP mendapat makluman apakah bentuk hiburan dan siapakah yang mengadakan mendapat tempat-tempat berlakunya hiburan tersebut supaya semua PBT mendapat berkongsi maklumat hiburan semasa di seluruh Negeri Kelantan.

Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Semerak.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada saya nombor soalan 6 .

Soalan 6 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah strategi AKSB bagi menambah baik dan memperluaaskan kemudahan pengurusan enap cemar di loji-loji rawatan air seluruh negeri?]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Semerak.

Buat masa ni kita ada 43 LRA dan daripada 3 LRA loji rawatan air ini 14 mempunyai apatu Sistem Enap Cemar. Manakala yang selebihnya belum ada. Namun demikian AKSB merancang untuk membuat sedikit demi sedikit kerana kosnya agak tinggi sebagai contoh di Bukit Chupak loji yang hanya 10 juta liter untuk membuat sistem slush decanter ini lebih kurang RM 4 juta. Jadi kita kena ejas macam mana untuk itu, kerana ni benda-benda hok lama. Hok buat jame haritu 43. Adapun 13 LRA yang baru dalam perancangan proses ini semuanya mempunyai syarat mesti adakan Sistem Enap Cemar.

Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Semerak.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker atas jawapan yang telah diberikan, cuma bolehkah saya tahu apakah Teknologi yang digunakan oleh AKSB dalam Pengurusan Enap Cemar di loji – loji rawatan air yang telah membantu meningkatkan keberkesanan sisa rawatan air di sebanyak 25 % saya difahamkan.

Terima kasih.

Terima kasih semerak atas soalan tambahan. Hokni keno baco deh.

AKSB dalam 14 apatu Sistem Enap Cemar ni ada mace-mace teknologi antara teknologi yang kita buat ialah ada sludge pond, ada filter press, ada decanter , ada sand drying bag , filter press , ada sendory bag , ada yotube sendory bag sludge lagoon decanter , sendory filter press dan sebagainya. Itu lah adalah benda-benda yang disebut oleh teknologi-teknologi Enap Cemar yang digunakan atau disyaratkan oleh AKSB bergantung pada kawasan, tempat, saiz dan sebagainya. Bo lah tanya decanter tu gapo, tokleh jawab.

Speaker

Dipersilakan Wakaf Bharu.

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya. Apakah impak positif langkah ini terhadap kualiti air yang dilepaskan ke persekitaran dan bagaimana ini meningkatkan imej Kelantan sebagai Negeri yang komited terhadap Kelestarian Alam Sekitar?

Terima kasih. Dalam bahasa yang mudoh ialah apabila kita buat apatu Sistem Enap Cemar makna apabila air yang dilepaskan adalah air yang tidak terkomoaminisi dengan semua bahan-bahan led ko, iron ko gapo

semo. Dia tak terlibat, bagi dengan sendirinya air yang dilepas sendiri ni air yang bersih. Itulah kesannnya, jadi kalau saya nak baca mengenai Pemulihan Sumber Air yang bersih ni dan sebagainya. Itu dipanggil teori tapi secara mudahnya ialah kita telah melepaskan air yang bersih yang selamat digunakan.

Terima kasih.

Speaker

Saya persilakan Yang Berhormat Chetok sekali lagi.

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 7.

Soalan 7 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Apakah statistik terkini premis makanan yang telah memohon dan mendapat persijilan halal di Kelantan?]

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ َ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Chetok.

Firman Allah SWT

ِ ِ ِ ﺎ ﱡﻬ ـ ﻳ َ ﺄ ﻳ ﻟﻨﱠﺎ ٱ ا۟ ﻮ ُ ﻠ ﻛ ُ ﱠﺎ ﳑ ﯽ ﻓ َرۡضِ ﻷ ٱ ﻼ َـٰ ﻠ ﺣ ﺎ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﻻ َ ا۟ ﻮ ﻌ ﺘﱠﺒ ﺗ ﻮ ُ ﻄ ﺧ ⁠◌ ٰ تِ ﻦ ِۚ َـٰ ﻄ ﻟﺸﱠﻴ ٱ َ َـٰۤ سُ َ ِّ وَ ُ ـَ َ ُ

ِ ﻧﱠﻪ إِ ﻢ ﻜ ُ َ ﻟ ﺪ ﻋ ﲔ ﻣﱡﺒ ُۥ ُوّ َ ٌ [Surah Al-Baqarah: 168]

Yang bermaksud

[ “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”]

Yang berhormat Chetok bertanyakan tentang statistik terkini permohonan dan pemilikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau SPHM.

Dan untuk maklumnya pengesahan Halal Malaysia ini mengikut 8 kategori yang kita telah kita tetapkan yang pertamanya ialah produk makanan dan minuman termasuklah makanan supplement. Yang keduanya ialah premis makanan. Yang ketiga barang gunaan. Yang keempat komestik dan dandanan diri. Yang kelima rumah sembelih. Yang keenam pharmaceutical. Yang ketujuh pengilangan kontrak. Dan yang kelapan adalah dapur hotel.

Dan kalau kita mengikut data sehingga Oktober 2024 yang lalu. Premis makanan berjumlah 25 yang ada di Kelantan yang mendapat HPSM kemudian produk makanan dan minuman 333. Untuk barang gunaan 1, kosmetik dan dandanan diri ada 7, rumah sembelih 10, pharmaceutical 11, pengilangan kontrak ada 35, dan dapur hotel 17. Menjadikan semua jumlahnya ialah 439 dan kalau kita mengikut jajahan di Kota Bharu ada 186 premis mengikut 8 kategori tersebutlah. Di Tumpat ada 23, di Bachok 20, di Tanah Merah ada 16, di Machang 28, Pasir Mas 22, Pasir Puteh 23, Kuala Krai 8, Gua Musang 7, dan Jeli 6. Yang baki yang lain lagi adalah merupakan dia melibatkan syarikat-syarikat daripada luar Kelantan yang membuat OEM ataupun pengilangan kontrak.

Itu setakat ni. Wallahu A’lam.

Speaker

Silakan Chetok soalan tambahan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan tadi. Soalan saya adalah apakah tindakan dan juga langkah yang diambil oleh pihak Pengurusan Negeri bagi memastikan premis makanan dan juga produk makanan yang disebutkan tadi mematuhi piawaian Persijilan Halal.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Chetok atas soalan tambahan tersebut. Pihak Pengurusan Negeri mengambil langkah dan tindakan yang sewajarnya lah untuk pastikan semua premis-premis makanan produk itu mengikut piawan yang sepatutnya.

Oleh kerana itu, kita telah melaksanakan pemantaun keatas pemegang sijil SPHM ini di semua tempat secara berkala. Dan notis akan dikeluarkan iaitu notis ketidak-akuran. Ini bagi yang tidak mematuhi prosedur pengsijilan halal. Dan kedua seterusnya akan menggantungkan atau menarik balik sijil pengesahan halal ini bagi mereka yang melakukan kesalahan- kesalahan serius, kesalahan besar. Yang ketiganya program-program pendidikan turut diadakan bagi pemegang sijil pengesahan halal seperti Bengkel Manual Prosedur Pengsijilan Halal Malaysia Industri 2020 supaya mereka yang memiliki sijil halal ini terus komited dengan pengsijilan halal sebagaimana yang telah terkandung dan aturannya.

Dan keempatnya ialah bekerjasama juga dengan agensi-agensi seperti agensi utama JAKIM, dengan PBT, dengan KKM, dengan Kementerian Perdagangan, KPDN dan juga Pihak Berkuasa Negeri akan menjalankan pemeriksaan ini secara mengejut. Bagi yang memiliki SPHM, tidak bagitahu tarikh untuk pergi tapi secara mengejut untuk kita betul-betul pastikan mereka ini prihatin terhadap sijil tersebut, dan seterusnya Pihak Berkuasa Negeri juga menetapkan syarat untuk pembaharuan lesen premis perniagaan ini bagi premis perniagaan makanan.

Khususnya di bawah PBT supaya memilik SPHM ini, dan apa ini pun sedang berjalan diperluas ke Jajahan dan begitu juga bagi Bahagian Halal di Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan memperkukuh kerjasama dengan JAKIM, KKM bagi meningkatkan kualiti makanan Halalan Toyyiban di Negeri Kelantan.

Terima kasih.

Speaker

Silakan Dabong.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya ialah apakah pencapaian yang telah berjaya diperolehi oleh Bahagian Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan setakat ini?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas soalan tambahan Dabong tadi. Setakat inilah Bahagian Halal di JAHEAIK kita telah didatangi oleh bahagian Naziran Jakim. JAKIM ni dia ada bahagian Naziran dia. Dia tidak membuat standard penarafan pencapaian kepada mana-mana Bahagian Halal seluruh Negeri tetapi dia akan ada satu pemantaun

supaya pematuhan pengsijilan halal ni berlaku di negeri-negeri. Dan apabila bahagian Naziran Jakim ini turun ke Negeri Kelantan. Dan telah membuat satu penyasiatan. Jadi didapati apa Alhamdulillah di Negeri kita ini proses pematuhan itu berlaku dengan baik.

Dan kalau kita tengok JAKIM telah menyatakan sebagaimana di dalam satu kenyataan di dalam page Ketua Pengarah Jakim pada 21 November 2024 yang lalu. Baru-baru ini sahaja merakamkan tahniah kepada JAHEIK yang telah membuat promosi usaha membantu usahawan-usahawan untuk mereka mendapat Pengesahan Pengsijilan Halal ini.

Dan banyaklah kalau kita tengok rakan-rakan kita usahawan-usahawan yang telah pun mereka memiliki sijil halal ini dengan Program Ziarah Halal yang telah dilakukan oleh JAKIM, JAHEIK, Minta maaf.

Dan kemudian kita tengok rangkaian-rangkaian kedai contoh Nasken Coffee, Nasi Kandar Suriani, Eddle Fried Chicken semua itu telah mendapat Pengsijilan Halal, dan menariknya Ketua Pengarah JAKIM baru-baru ini dalam kenyataan 21 November turut mengucapkan tahniah kepada Khairul Aming. Khairul Aming yang telah pun mendapat Produk Halal Pengsijilan Halal melalui produk masyhurnya iaitu produk “Sambal Nyet Berapi” dan saya juga mengambil kesempatan di dalam dewan yang mulia ini ucap tahniah kepada saudara Khairul Aming kita yang boleh menjadi contoh kepada anak-anak muda dalam bidang keusahawanan ini untuk memperlebarkan memperluaskan apa-apa sahaja bidang-bidang industri yang dia rasakan boleh khususnya dalam pemasakan, pengeluaran halal dan dia berusaha “Khairul Aming” ini untuk mendapatkan pengsijilan halal ini katanya bukan setakat untuk makanan itu sahaja di tengok halal tetapi untuk satu “safety food” sebagai satu keselamatan dan kebersihan halal dari semua sudut yang akan dikonsisten yang akan diyakini oleh pihak yang lain.

Jadi itu, antara-antara kejayan dan pencapaian yang telah dilakukan oleh pihak JAHEIK dalam hal ini. Terima kasih.

Speaker

Persilakan yang berhormat Pengkalan Kubur. Pengkalan Pasir, Maaf. (ketawa)

Soalan tambahan ke? Soalan terus?

Yang berhormat dato’ speaker, pohon jawapan pada soalan saya nombor 8.

Soalan 8 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah status keberhasilan Tahun Melawat Kelantan 2024 dari segi bilangan pelancong dalam dan luar negari serta pertambahan pendapatan bagi industry yang terlibat secara lansung serta apakah isu serta tarikh utama kejayaan TMK?]

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Pasir yang mengemukan soalan untuk dengan tujuan untuk mengetahui.

Pertamanya, keberhasilan Tahun Melawat Kelantan 2024 mengenai bilangan pelancong. Kedua pendapatan bagi mendapat industri yang berkaitan dan yang ketiganya mengenai isu-isu serta faktor yang tarikan pelancong yang menjayakan Tahun Melawat Kelantan.

Bagi yang menjawabnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, angka pelancong dalam dan luar negeri bagi tahun 2024 belum ada sebab yang mengeluarkan perangkaan pelancong dalam dan luar negeri ialah Jabatan Statistik Negara (DOSM).

Meskipun begitu kita boleh menggunakan perangkaan tahunan 2023 yang juga dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara (DOSM) sebagai rujukan untuk kita unjurkan bagaimana pencapaian dari segi kehadiran pelancong bagi tahun 2024. Bagi tahun 2023 jumlah yang dicatat pelancong datang ke Kelantan ialah sebanyak RM 11.64 juta. Ia satu angka yang sangat membanggakan dan mengejutkan saya.

Tapi selepas saya buat sedikit kajian saya dapati faktor utama yang mendorong kemasukkan orang ramai ke Kelantan yang begitu mendadak ialah kerana kita rakyat Malaysia seluruhannnya termasuklah kita di Kelantan ini baru lepas dari kangkungan dan kekangan covid.

Dan jadi ore baru beraso bebas selepas 2 tahun kena kurung jadi maka mereka pun jadi nak jalan lah. Dan dari akibat itulah kita mendapati sangat ramai lah orang untuk datang. Alhamdulillah, cuma untuk tahun

2024 ia mungkin perlu faktor lain dah lah. In shaa Allah lah saya yakin pada tahun ini kita kalu tidak dapat sama dengan tahun 2023, kalau tidak dapat lebih sekurangnya kita dapat sama. Pun begitu, Kerajaan mensasarkan hanya 10 juta sahaja.

Kemudian pendapatan bagi Industri yang berkaitan akibat daripada kehadiran pelancong yang ramai ini banyak sektor yang telah mendapat sedang mendapat manfaat daripada keberadaan pelancong yang ramai. Ataupun pengunjung yang ramai terutamanya dari Sektor Perkhidmatan dan juga Sektor Kegiatan Kebudayaan dan Kesenian, Sektor Industri Kreatif yang berasaskan kepada kraftangan.

Dan juga Sektor Perkhidmatan Pengangkutan dan pengangihan pendapatan daripada keberhasilan ini kalu berpandukan pada laporan DOSM tahun 2023. Pertamanya jumlah yang dianggarkan dikutip maknanya industry: tourism receive penerimaan dari sektor pelancongan ialah sebanyak RM 84 billion. Satu angka yang besar. RM 84.9 billion. Dan daripada jumlah ini ianya beredar kepada membeli belah 32 %, pembelian bahan api 19.4 %, makanan dan minuman 16.9 %, perbelanjaan oleh isi rumah yang dilawati. Maknanya anak beranok ore kelatey hok balik jupo keluarga 16.6 %. Penginapan 6.6 %, pengangkutan 6.1%, lain-lain 4 %. Jadi itulah lebih kurang distribusi pendapatan hasil daripada pelancongan.

Kemudian yang ketiga mengenai isu dan faktor pelancong tarikan orang untuk datang ke Kelantan ni. Yang pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC yang sangat banyak membantu usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosi pelancongan di luar, baik dalam negeri mahupun di luar negara. Kalau nak ikutkan perlembagaan kerja untuk mempromosi negeri-negeri sebenarnya di bawah Persekutuan. Tapi kerana kita tahu lah nak harap ko dia, kita akan agak ketinggalan lah. Seperti hok lepas-lepas dah.

Maka itu, kita ambik inisiatif sendiri tapi terik ni alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan sangat banyak membantu. Promosi di luar negara, kalau dulu kita takdok makluman pun, kalau ada pun esok nak gi hari ni baru sapa. Tapi terik ni Alhamdulillah kita dapat notis yang cukup, 2 bulan, 3 bulan malah untuk tahun hadapan kita dah dapat dah notis berkenaan dengan expo ke ataupun apa-apa pameran ke, mengenai travel pelancongan. Seluruh dunia. Jadi masalah kita la pulak nye, takleh nok g semo. Dan terpaksa membuat pilihan yang mana yang patut kita rasakan lebih ekonomik dan lebih berpontensi untuk kita hadir.

Kemudian Kerajaan juga Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC juga menyediakan geran sempadan. Geran sepadan. Bukan sempadan sepadan. Maknanya kalau kita memohon bantuan, kita ada seriya dia wi seriya, kalau ado sejuto dia wi sejuto. So, dollar to dollar. Alhamdulillah lah dulu kita tok tahu ni jadi sekarang kita ada ini. Dan selain daripada matching geran, ialah bantuan outright geran. Jadi kita panggil gitu jugok kepada industri pelancongan yang baru-baru.

Misalnya macam Khairul Aming buat Sambal Nyet tu dia baru lagi tapi dia tidak memerlukan wang bantuan daripada MOTAC lah. Tapi kalau dia nak kalau boleh jumpa dengan dia, saya nak cadangkan dia untuk buat ‘sambal jatey’ pulok. Ni pun boleh jadi satu yang menarik ya. Dan jugak kemudian MOTAC. Kemudian pelancongan melalui MOTAC. Maaf Kerajaan melalui MOT (Ministry Of Transport) memberi kelulusan kepada kita 2 perkara. Pertamanya pembesaran landasan kapal terbang, Pengkalan Chepa untuk membolehkan aircraft yang lebih besar untuk mendarat. Ini telah lulus. PM datang hari tu, dia umumkan juga mengenai pembesaran dan juga menambah panjangnya landasan kapal terbang sebanyak, sepanjang 400 meter lagi daripada yang sedia ada. Ini tidak ada dalam skop kerja membesar airport ni, pada peringkat awalnya kita hanya pada terminal sahaja. Bangunan sahaja. Tempat masuk, runway dan apabila kita pergi jupo mitok dan alhamdulillah dia bagi dia setuju. So tambah lagi berapa dia kata lagi hok nak masa tu saya kata mengikut mengikut pengurus besar airport dia kata mintak 400 jah. Kita mitok 400 lulus. Pahtu beberapa bulan yang lepas saya jumpa dengan pilot dia mengucapkan tahniah tapi dia kata “tak cukup lagi ni, Dato”, tak cukup macam mana pulok, tambah lagi 600 meter lagi biar sapa jadi 1 kilometer.

Maknanya panjang tu tadi kita tambah dah jadi nak tambah 600 meter lagi baru sama dengan Terengganu dia kata. Ohhh pulokkk. So tak pelah kita royak In Shaa Allah lah kita tambah dulu 400 dulu nanti kito g mitok pulok. Kemudian dan yang keduanya ialah MOT juga membenarkan atau mengangkat larangan yang sebelum ini kepada bas pelancong daripada Thailand untuk masuk ke Kelantan ni. Sebelum ni dia tok boleh dan apabila kita mintak apa nama apabila kita mintak supaya Tahun Melawat Kelantan ni ada keistimewaan sikit. Kerajaan Pusat melalui MOT ni telah mempersetujui cadangan ini. Jadi sekarang ni pelancong daripada Thailand ni buleh masuk kemari dengan bas dia. Dulu tak boleh.

Saya ada lah berjumpa dengan pihak apa nama ni pihak pengusaha bas ni yang agak, yang agak apa namanya dia merasa agak terkesan dengan kelulusan ini. Jadi adalah perjumpaan dialog dan mereka kemudian

merasa okay lah. Tidak menjejaskan lah apa ni, pengangkutan dan perkhidmatan mereka di sini. Dan itu apa namanya berkenaan dengan isu yang apa namanya boleh kita sebutkan sebagai antara faktor kejayaan selain daripada persediaan kita sendiri dengan penggalakan kepada badan-badan seni dan juga kebudayaan yang ternyata bahawa mereka sangat mahu bekerjasama dengan sedikit bantuan yang telah Kerajaan Negeri berikan kepada mereka. Jadi Alhamdulillah saya ingin melihat keputusan ataupun hasil jumlah pelancong yang akan dibentangkan oleh Jabatan Perangkaan Negara pada tahun hadapan meningkat seperti yang kita jangkakan. Terima kasih.

Speaker

Silakan soalan tambahan Pengkalan Pasir.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco Pelancongan. Kita berharap atas semangat federalisma yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan dapat diteruskan bagi tahun hadapan terutamanya dalam dari segi pemberian royalti kita kepada angka yang lebih besar.

Soalan tambahan saya, sektor pelancongan memanglah bergantung kepada pengusaha-pengusaha sektor swasta. Dan kalau kita lihat dengan tema kita “Food Festival” dan juga family bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan dapat memastikan kalau kita tengok pada data kita, kebanyakkan rakyat kita masih lagi still masih melancong ke Thailand. Apakah Kerajaan bercadang untuk menyediakan satu insentif untuk pelabur-pelabur dari segi sektor pelancongan untuk memastikan sektor pelancongan ini berkembang dengan lebih pesat lagi.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Pasir. Pelaburan kiranya di bawah fommitee pelaburan tapi pelaburan dalam bidang pelancongan Kerajaan mengalu-alukan dan dapat kita kenal pasti beberapa benda yang kita sangat mengalukan investor apa ni pelabur yang mahu apa namanya yang ingin melabur di Kelantan.

Yang pertamanya ialah hotel, kita sebenarnya tidak cukup hotel. Hotel 3 bintang hotel yang boleh diguna oleh pelancong yang ada duit sikit dan juga oleh pelancong yang pertengahan. Dan ini kita lacking. Dan agaknya kita lupa bahawa di antara negeri-negeri di Malaysia ini kita sahaja yang belum ada Hotel Seri Malaysia. Kan Hotel Seri Malaysia ini dibawah

MOTAC. Setiap negeri ada satu paling tidak, setengah negeri ada dua. Tapi kelate ni tak dok so habuk lagi. So apabila kita complain pasal ni kepada Menteri Pelancongan, dia telah mengarahkan Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia untuk datang jumpa. Dan dia datang jumpa, dan kita membuat perbincangan dan kita beri apa namannya cadangan lah berapa tempat dan lokasi lah untuk dia dirikan Hotel. Kita tok leh nak pakso dia dirikan di mana-mana pasal ini pelaburan dia, so dia yang kena buat pilihan. But kita permudahkan jadi setakat ini kita menunggu lagi lah keputusan dia nak dirikan hotel tu di mana.

Jugak kita mengalu-alukan mana-mana lain pelabur dalam bidang perhotelan ini kerana kita. Cita-cita saya lah untuk jadikan Kelantan ni di antara Negeri yang mempunyai kemudahan untuk International Events. Macam kalau Switzerland kita kenal dengan bandar, kota dia “Bern” kan. Lagi apa yang terkenal Switzerland. Tapi kita tidak pernah dengar sebelum ini Kota Kecil nama “Davos”, tapi sekarang sudah menjadi manshor Davos ini. Pusat perjumpaan ketua-ketua negara satu dunia bersidang di Davos. It’s a small town, but of course very scenic dan sangat cantik. Tapi apa namanya apabila dibina satu kemudahan diorang pergi. So kita walaupun Kelantan ni kira jauh tapi ya lah kita belum ada lagi International Airport lagi tapi apabila dah ada International Airport kita boleh jadikan ini satu tempat yang menyediakan Convention Centre untuk orang buat Convention di sini dari seluruh dunia. So In Shaa Allah itu insentif nya kalau.

Yang Berhormat Pengkalan Pasir tanya kita setakat beri kemudahan dan peranan insentif tu kita tidak ada kemampuan lah. Walaupun saya tahu sesetengah negeri macam Sabah, macam Sarawak diorang bayar RM 10 Ringgit bagi satu pelancong luar datang. RM 10 Ringgit untuk satu Travel Agent. So kalau kita lah RM 11 juta tadi nak buwi RM 10ya satu palo bankrupt kita. Jadi dengan kita tidak bagi pun, kita dapat so Alhamdulillah lah. Kita ikut teknik masing-masing lah, macam Melaka dia gunakan Film Star daripada Hong Kong jadi dia punya apa namanya dia punya duta. Duta Pelancong. Kita tak ada yang spesifik, yang ada pun Sabri Yunus je lah dengan itulah. Tapi apa pun itulah yang lebih menarik daripada 10 juta viewers, so Alhamdulillah.

Tapi takpelah, kita tengok lah kita pilihlah dari kalangan kita. Siapa yang agak bagus untuk menjadi duta kita. Terima kasih.

Speaker

Silakan Galas.

Terima kasih saya ucapkan, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco atas beberapa insiatif yang baik ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri untuk memasti tahun melawat Kelantan 2024 kita berjaya.

Yang Berhormat Exco pernah menyatakan bahawasanya Kelantan dalam TMK 2024 ini mensasarkan 10 juta yang tadi disebut oleh Yang Berhormat Exco. Dan Yang berhormat Exco juga ada menyebut 6 bulan yang pertama Kelantan baru berjaya 700.000 pelancong masuk ke Negeri Kelantan berbanding dengan Negeri Terengganu, 6 bulan pertama 52 juta, jadi untuk sapa angka 10 juta tu. Adakah Yang Berhormat yakin kita akan capai angka tersebut?

Yang keduanya Yang Berhormat, saya ucap tahniah lah 45 juta views Tahun Melawat Kelantan. 45 juta views bagus, tetapi views ini tidak menambah pendapatan sosiol ekonomi rakyat kita. Kita memerlukan supaya orang mari, beli dan duduk di Negeri Kelantan.

Hasrat saya adakah Yang Berhormat yakin bahawasanya perkara-perkara yang telah pun kita unjurkan, kita cadangkan yang kita buat untuk tahun 2024 ini boleh diteruskan lagi kepada masa yang akan datang? Terutamanya dari segi Wakaf Che Yeh, kita tahu Wakaf Che Yeh kita memerlukan penambahbaikkan daripada Kerajaan Negeri dan berkaitan dengan hasrat Yang Berhormat sebut tadi pusat membantu Kelantan tadi In Shaa Allah saya yakin kami bertiga akan menjadi ejen untuk pastikan supaya pusat mesti mengutamakan Negeri Kelantan.

Melaka juga Tahun Melawat Kelan, Melaka tahun 2024 kita tengok tadi pun Yang Berhormat pun ada sebut Melaka cari duit.

Speaker

Mintak ringkaskan soalan.

Soalan saya, kenapa kita tidak mengambil langkah yang sama kalau kita nampak itu langkah yang baik, kenapa kita tidak melaksanakan perkara demikian? Terima Kasih.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih kepada Yang Berhormat Galas atas cadangan dan saranan. Cuma saya nak betulkan sikit yang apa namanya mungkin Yang Berhormat Galas salah dengar kot soal 700.000 tu. Pada pertengahan

tahun ini, kalau mengikutkan catatan kita daripada pintu masuk daripada sempadan Thailand. 3 pintu masuk tu, itupun kita dah dapat lebih 3 juta. Cuma saya tak nak tahu sebut di sini saya belum habis satu. Dan keduanya, tak wajarnya lah untuk kita menyebut satu angka yang tidak disahkan oleh DOSM Jabatan Statistik.

Tetapi kadar oleh kerana dah Yang Berhormat dah sebut soal angka tadi. Saya nak sebutlah daripada satu sumber sahaja. Imigresen sahaja dari Pengkalan Kubur dengan Rantau Panjang dan juga Bukit Bunga pun dah hampir 3 juta. So Alhamdulillah lah saya haraplah. Itu kita tak masuk lagi melalui bas yang sebut semalam ada 140 apa namanya trip. Trip masuk ni berapa bukan trip keluar ni tapi trip masuk. 140, 37 flights per day daripada Pengkalan Chepa tu tak termasuk semua lagi.

Anyway takpe, saya yakin dengan mengambil kira semua ini bahawa kita akan dapat 10 juta ‘at least’ kalau tidak sama dengan yang tahun 2023. Saya terima kasih banyak atas, dan sewajarnya begitu sebgai wakil rakyat bagi Kawasan-kawasan di Negeri Kelantan. Keutamaan kita ialah untuk bagaimana mendapat untuk kita bantu memajukan Negeri Kelantan dalam pelbagai sektor termasuklah sektor Pelancongan. So hubungan baik Yang Berhormat daripada Galas, daripada Kota Lama, dan daripada Nenggiri dengan pusat itu wajar dimanfaatkan untuk kepentingan kita di Negeri Kelantan ini.

Alhamdulillah, terima kasih banyak. Dan gapo lagi dah tadi? Itu je la dok? Betul la dok? Ya ya, Wakaf Che Yeh.

Dan Yang Berhormat satu lagi saya rasa Yang Berhormat boleh betulkan fakta ini diluar, kerana Awani melaporkan Quote Yang Berhormat di sini. Terima kasih.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Dia yang salah dengar tu. Okay, okay Wakaf Che Yeh yes. Apa namanya ini sedang diikhtiarkan oleh MPKB untuk hidupkan balik ya. Kalau satu masa dulu, dia sohor. Tapi tempatnya itu sudah diambil ahli oleh TEMAN nampaknya. Tapi di tempat itu masih lagi dikunjungi dan dilawati. Cuma kurang sikit lah. Dan apabila bertambah ramai maka semua tempat akan dipenuhi oleh orang.

In Shaa Allah, Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Ahli-ahli Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan sidang kita pada pagi ini dan sidang akan bermula semula pada Jam 11.00 pagi. Terima kasih.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.30 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI.

(Urusan Dewan selepas rehat)

Speaker

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang undang-undang yang bergelar satu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan tahun 2025.

Dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu. Sekarang saya kemukan rang undang-undang tersebut bagi perbahasan.

Sila, sila Pulai Chondong.

Tuan Haji Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﺣﻴﻢ ﻟﺮ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ

ِ ِ ﳏﻤﺪ ʭ ﺪ ﻴ ﺳ ﲔ ﻠ ﺳ ﻤﺮ ﻟ ءِ ﺎ ﻴ ِ ﺒ ﻧ ﻻ ا ﺮ ﺷ ﻲ ﻠ ﻋ وا وا ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﺪ ﻤ ﳊ َ ُ ْ َ ْ اَ َ َ ﻟﺴﱠﻼ ةُ ﻟﺼﱠﻼ َ ُ اَ ِّ َ َْ َ ْ وَاْ َ َفِ َمُ ْ َ ِ ِ ِ ِ ِ ﲔ ﻌ ﲨ ﻪ ﺒ ﺤ ﺻ ﻪ ﻟ ﻲ َ ﻠ ﻋ َْ َْ اَ ْ َ وَ اَ َ وَ

ِ ِ { أَن سِ ﻟﻨﱠﺎ ٱ ﲔ ﺑ ﻢ ﺘ ﻤ ﻜ َ ﺣ ﺎ ﻬ ﻠ ﻫ أَ ﱃ إِ ﺖ ﻨ ﻣ َ ﻷ ٱ وا۟ ﱡ ﺆ ﺗ أَن ﻢ ﻛ ﺮ ﻣ ϩ ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﱠ ۞ ُ َٰۤ َـٰ ـُ ُ َ َ َ وَإِذَا َ َـٰ َد َ ُ ُ َ

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ا ﲑ ﺼ ﺑ ﺎ ﻴﻌ ﲰ ﺎ ﻛ ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﱠ ◌ ِۦۤ ﻪ ﺑ ﻢ ﻜ ُ ُ ﻈ ﻌ ﻳ ﻌ ﻧ ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﱠ لِۚ ﺪ ﻌ ﭑﻟ ﺑ ا ﻮ ﲢ ﻤ ﻜ ُ َۡ َِ نَ َ ﻤﱠﺎ َ َ َ َ َ َ ُ Surah An-Nisaa’ Ayat 58 yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila berhukum dengan manusia, bahawa kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Yang Berhormat Dato Speaker, izinkan saya memulakan ucapan saya dalam Bahasa mandarin sepatoh dua. "Ta jiao hao" (Apa khabar semua) , "Zǎoshang hǎo" (Selamat pagi) .

Hok jawab tu, tak pehe belako sebenarnyo tu,

Alhamdullillah, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Besar atas Pembentangan Bajet 2025. Bajet ini merupakan cerminan komitmen Kerajaan Negeri dalam merealisasikan dasar penghayatan Membangun Bersama Islam dengan lebih menyeluruh dan saya mengucapkan kasih diatas peluang yang diberikan oleh Dato’ Speaker untuk saya turut berbahas dalam persidangan kali yang ke-3 Belanjawaan bagi tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan yang Ke-15 tahun 2024.

Dan saya akan membahaskan dalam beberapa isu,

Yang Berhomat Dato’ Speaker yang pertama berkaitan dengan justifikasi bajet berimbang. Saya dan Ahli Dewan sekalian yakin Kerajaan Negeri Kelantan akan terus menunjukkan kebijaksanaan dalam mengemudi pentadbiran dengan mengambil pendekatan bajet berimbang dan strategik. Langkah ini mencerminkan keperihatinan Kerajaan terhadap cabaran semasa termasuk ekonomi global yang tidak menentu dan hasil negeri yang terhad.

Pendekatan ini bukan sekadar pekurangan perbelanjaan tetapi satu langkah berani kearah pengurusan fizikal yang mampan selari dengan matlamat mencapai bajet seimbang tanpa bergantung kepada pinjaman atau bantuan luar melalui pengurangan deposit sebanyak RM 85.47 juta ataupun 47.88 % berbanding tahun 2024.

Sebagai Ahli Dewan saya percaya ia adalah bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan pengurusan kewangan yang berhemat dan mampan. Langkah ini mencerminkan keazaman untuk memastikan pembelanjaan Negeri kekal dalam had kemampuan sambil mengelakkan pergantungan kepada pinjaman atau bantuan luar.

Kerajaan turut mengelakkan pembaziran melalui penilaian semua projek-projek yang kurang relevan sambil memastikan setiap sen yang dibelanjakan mendatangkan hasil yang nyata. Penetapan di Key Performance Indicators ataupun KPI yang jelas untuk Agensi pelaksana. Bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi juga gambaran bahawa Kerajaan Negeri bersedia menghadapi cabaran ekonomi dengan penuh integriti selaras dengan dasar penghayatan Membangun Bersama Islam.

Dan yang kedua ialah Bajet yang dibentangkan ialah orientasikan Kepimpinan Berintegriti. Kerajaan Negeri terus menekankan kepimpinan berintergeriti dengan asas Syariah yang menjamin keadilan kepada

rakyat dalam era dimana kepercayaan kepada pemimpin menjadi cabaran di peringkat nasional. Alhamdulillah Kelantan berjaya mengekalkan rekod pentadbiran bersih selama lebih 3 dekad.

Cuba cari mana sebuah Negeri yang setakat ni Alhamdulillah kita tidak rasa ego dan riak yang masih mengekalkan sifat rasuah dalam pentadbiran. Namun begitu kita masih lagi menerima diskriminasi dalam pengaggihan dana Persekutuan walaupun kita tengok saat akhir-akhir ini. Alhamdulillah banyak perubahan-perubahan yang positif. Perubahan positif yang telah ditunjukkan oleh pimpinan di peringkat Malaysia. Di mana kita melihat masih ada projek-projek lewat ataupun sakit yang telah dikenal pasti.

Antaranya seperti Projek IBS di Machang seluas 200 ekar, projek Central Spine Road pakej 3 di Gua Musang Kelantan ke Kampung Gelong. Projek pembinaan depot penyelanggaraan dan naik taraf station di Tumpat. Projek naik taraf Sistem Pump Selap Elektrik di enam buah rumah pam saliran bagi guna saliran dan tempat air banjir pertanian serta kerja-kerja berkaitan di LADA Kemasin Semerak yang melibatkan kelewatan selama 118 hari dan lain-lain lagi. Yang diboleh sebut projek sakit.

Yang ketiga Pertanian saya utamakan ialah pertanian sebagai pemangkin ekonomi negeri sebagai sebuah negeri yang berteraskan pertanian. Sektor ini terus menjadi tunjang utama ekonomi Kelantan. Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak 30% daripada bajet 2025 untuk sektor ini termasuk memperkukuhkan program Kelantan Agropreneur Muda dan Kelantan “food valley”. Namun di sana kita melihat terdapat kekangan terhadap Pembangunan Infrastruktur Pengairan yang telah menyukarkan usaha sebagai contoh Projek Empangan Lebir yang diusulkan masih belum mendapat kelulusan penuh daripada persekutuan. Walaupun ia kritikal untuk pengairan sebanyak 40 ribu hektar sawah padi. Susulan itu saya memohon dan mencadangkan agar pihak Kerajaan dapat mempercepatkan lain-lain taraf Sistem Pengairan seperti di Pasir Puteh dan Bachok.

Seterusnya, berkaitan dengan Pendidikan dan Pembangunan Insan. Alhamdulillah kita merasa bangga dengan apa yang telah dinyatakan oleh Exco Pendidikan dalam Sidang Negeri ini berkaitan dengan kejayaan-kejayaan yang telah dilakar oleh YIK. Namun di situ saya pohon supaya pihak YIK memberi lebih tumpuan kepada pembagunan T-VET di bawah Institusi Yayasan Islam Kelantan kerana zaman sekarang kita perlu membuka ruang yang lebih luas kepada anak-anak didik kita di YIK

supaya mereka boleh bersama dalam perkembangan pendidikan negara pada masa kini.

Di sini saya ingin cadangkan pihak YIK kalau sesuai supaya kalau tidak sukatan pun atau satu modul khusus pada pelajar-pelajar YIK untuk memahami perjuangan. Rakyat Palestine yang sedang diratah dengan ganas oleh pihak zionis israel. Kalau boleh lah supaya anak-anak kita di sekolah YIK ini memahami dan dapat mendalami apa yang telah dilalui oleh rakyat Palestin.

Yang seterusnya, berkaitan dengan sambungan kepada pertanian lupa saya nak sebut. Berkaitan dengan ihsan Kelantan saya nak mengucapkan tahniah kepada pihak YIK kerana telah memperkenalkan sistem pencen bercarum. Saya mengharapkan supaya sistem ini dapat diteruskan bahagikan guru-guru Yayasan Islam Kelantan dapat menikmati skim guru bercarum yang saya difahamkan yang telah dimulakan dan semoga dapat diteruskan untuk menjaga Kebajikan guru-guru YIK.

Dan saya juga ingin mencadangkan supaya dibuat pengedaran semula kepada pentadbir-pentadbir Yayasan Islam Kelantan. Dan saya faham telah diadakan sedikit perubahan. Kalau boleh dapat diperincikan dengan lebih jelas pengedaran Pengetua, Penolong Kanan, di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan dengan KIAS. Saya mencadangkan supaya. Setiap hari saya lalu ikot KIAS ya, Alhamdulillah telah nampak keceriaan yang telah dibuat untuk pastikan bahawa KIAS duduk sama tinggi dengan Kolej ataupun universiti-universiti lain. Dia di palo retok di bersempadan dengan KIAS tu ada sungai yang cantik disitu. Apa salahnya Pihak Majlis Daerah Ketereh berkolaborasi dengan pihak Majlis Daerah dan jugak dengan pihak-pihak untuk buat satu rekreasi situ. Dia sepagar tu ada sungai comey, tapi kalau boleh buat comey sikit situ boleh menjadi daya tarikan kepada KIAS. Kerana kita g mana-mana kolej kebanyakkan nya ada ruang-ruang tasik dan sebagai.

Orang mudo kata untuk healing situ, bahasa loni nak healing duk cokoh situ sambil melihat keindahan alam dan boleh melupakan sejenak benda-benda yang menyerabutkan otak kita. Dan saya ucap tahniah kerana KIAS telah ada pusat Bahasa Antarabangsa. Cuma banyak pertanyaan-pertanyaan daripada orang-orang awam yang berminat untuk berkhusus Bahasa Arab di KIAS. Jadi kalau lah KIAS ada orang-orang yang berpangkat besar ni, dia kena sediakan lah tempat kondusif lah bertaraf

3 bintang. Buat satu tempat, dan kita boleh kembalikan kegemilangan pusat Bahasa Arab di Nilam Puri dulu sebagai ganti.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pembangunan Islam dan Dakwah saya juga ingin menyebut JAHEIK mestilah menjadi agensi utama yang melaksanakan agenda penghayatan Membangun Bersama Islam secara kreatif dan boleh difikirkan bagaimana dalam suasana teknologi semasa ini langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh JAHEIK untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk mendekati masjid melalui teknologi moden masa kini. Mana kita lihat kalau saya kuliah masjid saya tanya berapo ore ni? Dok? Hok ado duk dengar ni yang pihak insurans terima lagi. Kebanyakkan nye hok gi tu insurans tu tokse dah. Duk terbongkak nunggu masa, modal tak dok. Dan di lain-lain tempat pun lagutu lah, anak-anak muda ni kita kena fikir cara lagu mana nak tarik anak-anak muda supaya mendekati masjid.

Dalam pada itu, pendekatan pendakwah kepada anak muda perlu lebih kreatif dan lebih dijalankan dengan akar umbi melalui kerjasama komuniti dan masyarakat setempat sesuai dengan kita melancarkan Program Dasar Komuniti Rabbani, dan persoalan saya sejauh mana pihak PBT khusunya melalui Pegawai Pembangunan Tadbir Pembangunan Islam yang ada di PBT-PBT kita dapat memainkan peranan supaya boleh menarik belia-belia anak muda kita untuk mendekati masjid dan minat kepada agama. In Shaa Allah.

Seterusnya, berkaitan dengan keberkesanaan Syariah Islam. Terima Kasih di atas penerangan yang telah dijawab oleh Dato’ Timbalan Menteri Besar dan jugak Exco Agama Cuma, saya rasa kita perlu bergerak dengan lebih pantas supaya segala persoalan yang ditimbulkan dengan berkaitan dengan status terkini jawatankuasa ditubuhkan. Apa langkah oleh Kerajaan Negeri dan bilakah perkara tersebut itu akan dibentangkan di dewan yang mulia ini dapat dijawab dan dapat dilaksanakan secepat mungkin oleh pihak Kerajaan.

Kita ingin melihat peranan Mahkamah Syariah dapat diperluaskan dan diperkukuh dengan menyeluruh bukan sekadar dalam aspek perundangan tetapi juga dalam kecekapan pentadbiran dan kapasiti Pegawai Syariah.

Alhamdulillah, kita merasa sangat bersyukur di atas nikmat 34 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam dan sekarang Yang Berhormat Menteri Besar baru menyambungkan lagi dengan Penghayatan Membangun Bersama Islam. Jadi tahniah kepada Penjawat Awam dan

lantikan politik yang menjadi tunjang belakang Kerajaan ini. Dedikasi dan komitmen semua dalam memastikan dasar Kerajaan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan amat dihargai.

Dan saya ingin mengambil kesempatan untuk sedikit persoalan lokaliti di kawasan saya seperti yang tuan puan tahu antara isu setempat yang saya nak sebut dalam sidang DUN yang mulia ini ialah berkaitan dengan jalan daripada Pulai Chondong hingga ke Labok. Semua ahli Yang Berhormat melalui jalan ini, ada setengah rakyat ambo termasuk orang yang lalu setiap hari berkerja ke Kuala Krai. Sakit mental dah loni diluahkan setiap hari dia kena ada berapa jam disitu untuk melepasi simpang ke Jeram Mengaji ke Selising. Jadi saya harap pihak Kerajaan dapat pihak Kerajaan Persekutuan, Pihak Exco Negeri dapat berfikir bagaimana kita nak menyelesaikan supaya rakyat saya senang, “dio rotate buat flyover situ ustaz” Cadangan rakyat lah, saya sebut tu.

Di simpang itulah sebenarnya tu! Sampai nak simpang masuk ke Selising ni dia akan lekat. Kalau pagi tu meme. Kalau orang dari Kota Bharu nak ngajar Kuala Krai, lepas subuh dia turun selalu doh. Sebab dia buleh agok dah dia akan ada situ selamo sejam hingga sejam setengah.

Jadi saya cadangkan pihak Kerajaan dapat berbincang dengan pihak Kerajaaan Persekutuan untuk. Kalau boleh lagumana kita nak menyelesaikan masalah jalan yang begitu sibuk yang menjadi laluan utama daripada Kota Bharu ke Gua Musang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya melihat nak sebut berkaitan dengan kebersihan sehingga hari ini saya secara peribadi saya masih belum berpuas hati dengan keadaan kebersihan khususnya di jalan-jalan utama. Setiap pagi kita daripada Kuala Krai sampai lah Kota Bharu, kita akan berjumpa dengan sampah-sampah.

Speaker

Sila ringkaskan, masa Yang Berhomat ada 2 minit lagi.

Tuan Haji Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

2 minit dah? Takpo, dei In Shaa Allah. Dei la pantun sekali dih? Baik jadi keadaan sapoh yang menggambarkan suatu suasana yang tok comey mato memandang deh. Sapo hok lalu setiap hari, dia akan tengok sapoh berlonggok di tepi jalan. Saya taktahu adakah kerana masalah PBT yang tidak memungut sapoh di sebeloh malam ataupun masih ada rakyat kita yang masih lagi yang membuang sampah selepas subuh dan sebagainya.

Akhir sekali, saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan yang telah memberi, kenaikkan elaun kepada Guru Al-Quran dan Fardhu Ain, Penolong Pegawai dan Pembantu Halaqah. Walaupun tidak banyak Alhamdulillah ini merupakan satu suntikan semangat kepada mereka yang telah diberi kenaikkan tadi, mudah-mudahan pihak Halaqah terus memberi komitmen dan dapat terus memberi sumbangan yang besar bagi menambah lagi ilmu-ilmu rakyat Kelantan dari segi keagamaan dan sebagainya.

Saya akhiri dengan serangkap pantun,

“Makan betik cicoh budu, hidangan tradisional makin terkenal, alangkah cantik jika bersatu padu, ayuh mari undi Perikatan Nasional.”

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻟﻜﻢ و ﱄ ﷲ ﺳﺘﻐﻔﺮ وأ ا ﻫﺬ ﻗﻮﱄ ل ﻗﻮ أ

Saya mohon menyokong ucapan bentangan bahas yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Dato’ Panglima Perang.

Kalau Galas nak jawab semula pantun sakni pun buleh jugok deh. Sekian terima kasih.

Speaker

Awal Yang Berhormat campaign dih? (sedikit tertawa). Okay, sila Gual Periuk.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ا ُ ُ َ ـَ ُ َْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ وَ وَرَ ْ Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ucapakan jutaan terima kasih di atas kebenaran yang diberikan untuk saya berucap pada pagi ini. Saya mulakan ucapan saya dengan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang, Menteri Besar Negeri Kelantan yang telah berjaya Membentangkan Bajet 2025 bertemakan Keberkatan, Kesejahteraan dan Keseimbangan untuk Kemakmuran Negeri yang bernilai RM 1.51 billion. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Negeri Kelantan di atas kejayaan KDNK 2023 sebanyak RM 27.6 billion berbanding RM 26.9 billion pada

2022. Peningkatan sebanyak 2.6 % dalam keadaan ke tidak tentuan ekonomi dunia.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan di atas beberapa pencapaian lain yang sangat signifikan yang sangat penting kepada rakyat Negeri Kelantan. Iaitu di antaranya ialah Indeks Pencapaian Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia. Di mana Kelantan telah skor indeks 7.07 di Kawasan bandar berbanding 6.46 dan luar bandar 6.94 berbanding 6.54 skor kebangsaan.

Dan Kelantan juga mencapai satu kejayaan sangat besar bila diiktiraf sebagai Negeri paling selamat di Semenanjung dan yang kedua di Malaysia. Jadi saya rasa ini suatu pencapaian yang sangat besar dan teras kepada Kejayaan Pencapaian ini ialah dengan Dasar Membangun Bersama Islam. Dan kejayaan ini yang paling penting ialah bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengekalkan rekod sifar rasuah sejak daripada 1990. Dan ini jugak salah satu pencapaian yang sangat besar dan ianya perlu diperkasakan.

Jadi kejayaan-kejayaan ini pastinya akan memberikan satu implikasi yang besar kepada kesejahteraan hidup rakyat Negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum itu saya ingin memetik ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan di dalam Pembentangan Bajet 2025 berkenaan dengan usaha memajukan zon ekonomi khas Malaysia Thailand yang dicadangkan di Rantau Panjang yang bertujuan untuk meningkatkan Kerjasama Ekonomi antara Malaysia dan Thailand selain menggalakkan pelaburan di dalam sektor utama seperti Industri getah dan makanan. SEZ ini juga termasuk usaha untuk mengatasi isu banjir di Kawasan Sempadan.

Kawasan Sempadan adalah merupakan zon strategik yang dimiliki oleh Kerajaan kita. Kawasan sempadan Malaysia Thailand yang melibatkan empat Negeri Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan dengan panjang keseluruhan sempadan 160 km yang meliputi Kawasan seluas 697,000 22.72 hektar. Bagi Kelantan Kawasan sempadan nye saja meliputi 99 km menjadikannya pintu masuk utama bagi perdangangan rentas sempadan dan pelancongan.

Di mana pada tahun 2024, sahaja perdangangan sempadan di Rantau Panjang telah menyumbangkan angka yang signifirun kepada Ekonomi Negeri Kelantan. Strategi dan Pembangunan Kawasan sempadan untuk menangani cabaran ini dan memaksiumkan potensi kawasan sempadan. Saya mencadangkan beberapa cadangan berikut yang pertamanya ialah,

Peningkatan Infrastruktur. Di sini juga saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kelulusan pembinaan jambatan kedua di Rantau Panjang yang menghubungkan Rantau Panjang dan juga Selatan Thai.

Saya yakin dengan siapnya projek jambatan yang kedua ini, ianya akan membuka peluang yang baru dengan lebih baik dan terutama sekali dari bidang keselamatan dan perdangangan di antara kedua-dua negara. Zon Ekonomi Khas (SEZ) Kerajaan perlu mengambil langkah drastik bagi mengelakkan pekan Rantau Panjang yang dahulunya meriah namun sekarang sudah agak sepi akibat daripada ke tidadaan pengunjung. Penubuhan Zon Ekonomi Khas Malaysia Thailand dengan inisiatif pelaburan dan pengecualian cukai akan menarik pelabur asing dan tempatan serta menjadikan kawasan ini hak perdagangan utama serantau.

Yang keduanya ialah, meningkatkan keberkesanan Pengangkutan Sempadan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas cadangan untuk melanjutkan ECRL Kota Bharu hingga ke Rantau Panjang. Dan cadangan untuk menghidupkan semula laluan kereta api di antara Rantau Panjang dan Selatan Thai. Kedua-dua pengangkutan ini akan menjadikan Rantau Panjang sebagai Inlandport dengan izin yang akan menjadikan Rantau Panjang sebagai zon ekonomi yang berkesan. Bagaimana barang-barang dagangan daripada Kuala Lumpur kepada Pantai Barat akan di bawa ke Rantau Panjang melalui ECRL dan kemudian barang ini akan diangkut melalui laluan kereta api untuk dibawa ke Selatan Thai dan begitu lah juga sebaliknya.

Dengan keupayaan pengangkutan ini akan menghidupkan semula Rantau Panjang di zaman kecemerlangan pada zaman dahulu. Dan di zaman kecemerlangannya dahulu dengan transaksi perdangangan yang begitu hebat di antara Rantau Panjang dan Selatan Thai.

Seterusnya ialah Pembinaan Jambatan Sempadan Tak-Bai. Perdana Menteri yang ke-9 telah mengumumkan untuk membina sebuah jambatan yang menghubungkan Pengkalan Kubur dan Tak-Bai bagi menyokong hubungan rentas sempadan yang perlu direalisasikan bagi meningkatkan ekonomi rentas sempadan ini. Saya juga ingin bertanya apakah status cadangan Pembinaan Jambatan Tak-Bai ini.

Yang seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Speaker Pemeriksaan Pelancongan rentas sempadan. Eco pelancongan dan budaya kawasan sempadan Kelantan berpotensi besar untuk mempromosikan Eco

Pelancongan melalui Hutan Simpan dan kawasan semula jadi bagi seperti Rantau Panjang, di Jeli dan Tanah Merah yang kaya dengan flora dan fauna yang unik. Rantau Panjang sendiri memiliki satu kawasan pelancongan yang agak baik tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya iaitu Empangan Bukit Kwong dan Bukit Kwong itu sendiri yang sebelum ini sudah terkenal sebagai lokasi pelancongan. Aktiviti hiking yang telah pun popular di kalangan rakyat Kelantan dan juga Terengganu.

Jadi saya ingin bertanya kepada Exco yang berkaitan adakah sudah terdapat perancangan untuk membangunkan Empangan Bukit Kwong dan Bukit Kwong itu sendiri sebagai Kawasan tarikan eco pelancong di Rantau Panjang dan Kelantan.

Destinasi membeli belah kawasan seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur akan diperluaskan sebagai destinasi membeli-belah utama termasuk kedai bebas cukai yang mden dan mesra pelancong dengan cadangan ini, untuk memperkasakan bagaimana hari ni dua kawasan ini adalah satu kawasan perniagaan yang menjual Barangan Gelora traditional sejak daripada puluhan tahunan dahulu. Dan satu refomasi perlu dilakukan di kedua-dua lokasi ini untuk menjadikan lokasi ini lebih menarik untuk menarik perhatian orang ramai dari sudut destinasi membeli belah.

Dan saya juga mencadangkan promosi budaya seperti Dikir Barat, Wayang Kulit, dan Makanan Tradisional Kelantan untuk mempromosikan bagi menarik Pelancong domestik dan kerjasama serantau. Mesyuarat dua hala di antara Kerajaan Malaysia dan Thailand akan meningkatkan kerjasama dan kawalan sempadan dan perdagangan melalui mesyuarat dua hala. Platform Indonesia, Malaysia dan Thailand “growth triangle” IMTGT seharusnya diperkasakan bagi mewujudkan eko sistem ekonomi yang lebih kondusif. In Shaa Allah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh isu yang kedua atau topik kedua iaitu Pengurusan Bencana Banjir. Semasa dalam perjalanan ke dewan ini tadi, satu PPS sudah dimulai bukak Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh yang telah memindahkan 6 buah keluarga pertama Daerah Pasir Mas. Isu banjir adalah cabaran besar kepada Negeri Kelantan khususnya Kawasan yang sering dilanda banjir seperti Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kota Bharu. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana yang telah proaktif memperuntukkan sebanyak RM 8.35 juta untuk Pengurusan Bencana dan Projek Infrastruktur yang berkaitan dengan dalam menghadapi perubahan iklim yang semakin tidak menentu.

Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memberikan keutamaan kepada beberapa langkah strategik seperti berikut:

Yang pertama, merangka pelan mitigasi banjir secara holistik yang dapat membantu menangani masalah banjir ini secara berkesan.

Yang kedua, pembangunan rangkaian stesen hidrologi termasuk sistem siren amaran banjir untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi tujuan ramalan dan amaran banjir.

Yang ketiga penyediaan ban-ban banjir, tembok penghalang banjir (flood wall), bypass channel dan juga usaha melebarkan dalam sungai untuk meningkatkan keberkesanan kawasan banjir.

Jadi saya juga ingin bertanya satu soalan apakah status pembinaan Projek Tebatan Banjir yang sedang berjalan sekarang ini? Kalau kita lihat kalau kita ke Sungai Golok sekarang ni kita lihat bagaimana Selatan Thai telah membangunkan prosfom tebatan dan sudah ke fasa yang kedua. Dulu mereka membangunkan benteng tebatan, apabila benteng ini tidak cukup menampung untuk menampung banjir ini untuk menekan banjir ini mereka telah membuat fasa yang kedua mereka telah membangunkan lebih tinggi. Kalau kita duduk di tebing itu, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana tebing mereka jauh lebih tinggi berbanding tebing Sungai Golok kita. Jadi ini akan mewujudkan satu keadaan yang sangat berbahaya kepada rakyat Rantau Panjang. Jadi kalau kita lihat keadaan sekarang, bilakah projek tebatan banjir yang sedang berjalan akan dijangka siap? Dan apakah langkah,

Maaf, mohon mencelah Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya mohon untuk mencelah.

Speaker

Sila, silakan Chempaka.

Jadi apa ni, dasar yang disebutkan tadi. Saya nak tanya satu je. Untuk tebatan banjir tersebut, sempadannya adakah di antara Kelantan dengan Golok ataupun di antara Malaysia dengan Thailand?

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Baik terima kasih. Ada dalam ucapan saya selepas ini.

Speaker

Yang berhormat ada 2 minit lagi.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Okay baik, ianya adalah Sempadan Antarabangsa diantara Malaysia dan juga Thailand. Tetapi ditadbir oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Jadi ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini sebaik mungkin. Jadi saya hanya ingin menyebut bahawa sekiranya kalau kita ingin menunggu proses/projek pembinaan ini siap sepenuhnya yang kita sendiri tidak tahu bila akan siap maka rakyat Rantau Panjang akan terdedah kepada bahaya banjir yang sangat-sangat besar kerana jumlah air Sungai Golok ini akan masuk ke Kawasan Negeri Kelantan.

Dan keduanya, projek benteng yang sedang berjalan di Lubok Jong akan menyekat air daripada empangan daripada Pasir Mas Empangan, daripada empangan. Waallahhualam terlupa. Daripada empangan yang sepanjang laluan benteng itu yang iaitu tidak akan dapat menampung air keluar maka Rantau Panjang akan menjadi seperti akuarium yang akan menampung air. Jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil langkah yang segera, langkah yang proaktif untuk memastikan sebagaimana projek benteng akan siap sepenuhnya, maka ia dapat mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini dengan baik.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang kejayaan besar Negeri Kelantan iaitu Kejayaan Menengahkan Perpaduan Nasional. Kalau kita lihat di Negeri Kelantan, bagaimana rakyat dari pelbagai bangsa dan agama hidup dengan baik, hidup dengan harmoni dan ini sudah lihat dengan jelas melalui ikon-ikon ‘medksos’ kita, yang mana kita lihat bagaimana ‘mek’ sebagai contoh daripada berbangsa India yang boleh bercakap bahasa melayu dengan cukup baik dengan cukup fasih. Bagaimana dengan banyak lagi ikon-ikon lain seperti Mekyun dan sebagainya. Yang mana saya lihat inilah model yang sepatutnya dipertengahkan ke peringkat kebangsaan dan juga di negeri-negeri lain.

Dan saya ucapkan tahniah atas kejayaan Kelantan dalam membangunkan Model Perpaduan ini. Jadi yang terakhirnya, Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ingin merakamkan sekali lagi ucapan tahniah diatas sikap tarif Kerajaan Negeri Kelantan dalam mentadbir negeri dan bergerak dengan daya usaha serta kecekapan yang tanpa mengira bangsa, agama dan parti kerana Kerajaan Persekutuan sepatutnya mencontohi Negeri

Kelantan dengan bersikap professional dalam pentadbiran tanpa membawa usul politik dan berusaha memelihara hubungan federelisma sebagai contoh Kelantan yang telah memberikan peruntukkan kepada semua wakil rakyat, termasuk wakil rakyat. Semoga wakil-wakil rakyat Kelantan dan yang lain-lain dapat pertimbangkan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan.

Speaker

Masa Yang Berhormat sudah cukup. Masa cukup deh.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya kehadapan bawah Yang Maha Duli Yang Mulia Tuanku yang mewakili rakyat Galas, patik ingin mengunjung kasih dan juga menjunjung setinggi-tinggi tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan atas ulang tahun kelahiran Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Duli Al-Sultan. Sebagai rakyat semestinya kita mendoakan Tuanku Al-Sultan terus menerus dicucuri Rahmat Allah SWT. Dirgahayu Tuanku.

Keduanya, Galas ingin mengucapakan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Besar serta seluruh pihak Pentadbiran atas kejayaan membentangkan belanjawaan tahun 2025. 1.45 diunjur disediakan untuk belanjawan kita pada kali ini. Galas ingin memulakan perbahasan pada kali ini ingin menyentuh berkenaan dengan beberapa perkara yang berkaitan dalam Kawasan Galas.

Yang pertamanya, Yang Berhormat Dato’ Speaker berkenaan dengan bandar perabot di Gua Musang. Bandar perabot saban tahun disebut dalam belanjawaan tetapi pada tahun ini tidak ada peruntukkan ataupun apa-apa yang berkaitan dengan bandar perabot di Gua Musang ini. Upacara pecah tanah di bandar perabot ini telah berlangsung pada 10 September tahun 2020.

Ramai di kalangan kita yang menjadi saksi kepada pecah tanah tersebut. Pengumuman tersebut penting kepada Galas dan rakyat Gua Musang kerana Kerajaan menjanjikan 1500 peluang pekerjaan bakal diraih oleh warga tempatan dan juga anak negeri Kelantan. Keluasan projek sebanyak tiga ratus lima puluh hektar tapak tanah bandar perabot dengan komitmen membina 3 buah kilang yang pembinaan yang dijadualkan sepatutnya berlaku pada pertengahan tahun 2022. Tetapi kita faham di dalam dewan yang mulia ini telah pun diberitahu kepada kita bahawasanya pandemik covid 19 telah merencatkan Pembangunan ini. Sekarang kita berada di tahun 2024 jadi saya ingin bertanya kepada dewan yang mulia ini.

Apakah masalah utama sebenarnya? Yang berlaku di bandar Perabot Gua Musang hari ini. Saya tengok tapaknya masih lagi seperti sewaktu pelancaran dahulu. Dan Syarikat yang memproleh projek ini ialah MCkift Management Comitte Sdn Bhd. Saya tengok begini ya Yang Berhormat Dato’ Speaker tahun ini pembinaan masih lagi belum bermula tetapi tiga kelulusan Projek Ladang Hutan kepada MCkift dikesan yang baru sahaja mendapat kelulusan EIA pada tahun 2023 melibatkan 1169 hektar. Persoalannya adakah projek ladang hutan tersebut diserahkan sebagai kickback untuk membangunkan bandar perabot Gua Musang. Projek ladang hutan 400 hektar di Ulu Nenggiri, projek hutan 305 hektar di Sungai Betis Ulu Neggiri. Projek ladang hutan 404 hektar Sungai Betis juga di Ulu Nenggiri. Adakah Syarikat MCkift ini mendapatkan keuntungan daripada projek ladang hutan dahulu ataupun janji untuk membina bandar perabot ini dapat dilaksanakan selepas projek ladang hutan ini menguntungkan mereka.

Dan sekiranya projek ini tidak berjalan apakah tindakan yang boleh diambil terhadap syarikat ini? Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang keduanya saya nak menyentuh berkenaan dengan isu RKK Dato’ Bentara juga dalam Kawasan Galas. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar kerana RM 15.61 juta LRA pangung lalat juga terkandung di dalam perutukkan dalam belanjawaan pada kali ini. Ianya untuk pembangunan loji rawatan air di Panggung Lalat. Panggung Lalat juga menempatkan bandar perabot Gua Musang.

Bandar perabot Gua Musang telah berlansung perasmiannya pada 18 Mei 2023. Ramai dikalangan kita di dalam Dewan Undangan Negeri ini dalam Dewan ini juga menjadi saksi kepada acara perasmian ini. Kerajaan menjanjikan 5000 peluang pekerjan tadi 1500, loni 5000 peluang pekerjaan untuk rakyat Galas, rakyat Gua Musang dan rakyat Negeri

Kelantan. 4000 Unit Rumah Mampu Milik, 4340 unit rumah kos sederhana terkandung dalam pembangunan projek ini. Saya nak tanya status apakah status terkini pembangunan Bandar Dato’ Bentara ini.

Terdapat beberapa komponen pembangunan tercatat dalam pengumuman di Bursa BHKL oleh Syarikat antarannya adalah Pembangunan Kilang Biodisel, Pembangunan Ladang Hutan melibatkan 250 ribu hektar. Kilang pulpa, kilang makanan haiwan dan kilang baja. Yang menarik perhatian saya Yang Berhormat adalah komponen Pembangunan Ladang Hutan seluas 200 ribu hektar yang diumumkan di Bursa BHKL oleh Syarikat namun ia tidak diumumkan oleh Kerajaan Negeri. Apakah perkembangan terkini projek ini?

Adakah projek ini semata-mata untuk mendapatkan projek ladang hutan? Seperti mana Projek Perabot Ladang Hutan tadi yang mana MCkift tadi mendapat 3 kelulusan Projek Ladang Hutan dengan ribuan hektar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya jugak nak sentuh berkenaan dengan RKK Lojing. Di mana juga berada di dalam Kawasan Galas, RKK Lojing ini merupakan antara rancangan Kawasan khas yang mana rancangan ini kita tahu ianya melibatkan keluasan seluas 400 hektar untuk pemuliharaan Bunga Rafflesia. Apakah jangka panjang untuk memastikan insiatif ini tidak terganggu oleh menerokaan tanah yang masih berlaku? Di sini Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Ahli-Ahli Dewan sekalian, Galas berharap RKK Lojing ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya kerana ianya amat penting menjadi Pusat Pelancongan yang baru kepada Negeri Kelantan dan berada di pintu masuk Negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkara yang ingin dibawa seterusnya ialah berkaitan dengan orang asli. Orang asli ada RM 2.5 juta termasuklah dalam peruntukan tersebut bayaran orang asli dan dakwah orang asli. Di sini Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang juga tidak meminggirkan masyarakat orang asli dan rakyat kita. Cuma saya ada beberapa isu utama masyarakat orang asli yang memerlukan perhatian daripada kita Kerajaan Negeri Kelantan.

Pertamanya ialah berkaitan dengan Perwartaan Tanah Adat. Yang keduanya dengan ketagihan alkohol. Dan yang ketiga masalah dengan PATI pendatang asing tanpa izin. Bagi perwartaan tanah adat sehingga kini banyak lagi kawasan-kawasan yang belum lagi diwartakan menyebabkan komuniti ini terus terdedah kepada ancaman kehilangan tanah dan juga kehilangan kawasan rayau mereka.

Yang kedua, Yang Berhormat Dato’ Speaker ketagihan alkohol masalah ketagihan alkohol di kalangan orang asli semakin membimbangkan membangunan pesat di kawasan seperti Tanah Tinggi Lojing telah memudahkan akses kepada alkohol terutama dengan kehadiran pekerja asing yang membawa budaya minum arak. Kerajaan Negeri juga telah mengambil langkah, saya telah suarakan perkara ini sebelum ini dan terima kasih Kerajaan Negeri kita telah pun mengambil langkah dengan menghantar mualim untuk memberikan Pendidikan Agama serta kesedaran mengenai bahaya alkohol kepada komuniti. Soalan saya sejauh mana keberkesanan ataupun kejayaan kita dalam memberikan Pendidikan Agama serta kesedaran ini kepada para belia orang asli.

Yang ketiga dengan isu PATI tadi selain daripada menimbulkan isu keselamatan persaingan mendapatkan sumber pekerjaan dan perkhidmatan asas. Secara tidak lansung Yang Berhormat Dato’ Speaker Masyarakat orang asli juga telah pun berkahwin dengan warga asing tanpa izin ini. Perkahwinan yang melanggar adat mereka ini menyebabkan kesejahteraan dalam komuniti orang asli juga terganggu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya RM 7.5 juta peruntukkan bagi melestarikan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Saya nak bangkitkan isu konflik Hidupan Liar di Gua Musang. Kita tahu Gua Musang sentiasa berdepan dengan konflik antara manusia dan jugak kehidupan liar. Kehidupan liar di Gua Musang memerlukan pendekatan yang lebih holistik yang melibatkan kerjasama antara Kerajaan agensi yang berkaitan dan masyarakat setempat. Gajoh tubik luar, rimau tubik luar, beruang tubik luar. Tubik luar ni bermaksud nye mari ke kawasan perumahan lah. Kalu Kawasan hutan tu takpolah mugo kawasan dio. Tapi apabila kita mengadu kepada Jabatan Perhilitan Yang Berhormat. Antara jawapan yang sentiasa keluar ialah kekurangan sumber untuk melakukan operasi menangani konflik ini. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memberi sokongan tambahan kepada Perhilitan. Saya pernah suarakan di dalam dewan yang mulia ini pada 6.12.2023 supaya pihak berkuasa ditubuhkan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar yang menjawab dengan baik dan mengambil serius dan berhasrat untuk menubuhkan jawatankuasa bersama untuk menangani konflik ini.

Soalan saya Yang Berhormat, sejauh manakah jawatankuasa ini telahpun ditubuhkan dan adakah ianya telah berlansung dan kalau telah berlansung saya memohon lah agar maklumat-maklumat nya juga dishare ataupun dikongsi bersama dengan Galas, Nenggiri dan juga Kawasan-kawasan yang berada di Kelantan Selatan. Yang Berhormat Dato’ Speaker

seterusnya ialah berkaitan dengan KB Sental. Dan kita tahu isu ini isu yang melingkari di negeri kita ni. KB Sentral ini telah dilancarkan pada tahun 2020. Tetapi telah mengalami kelewatan yang ketara dengan tarikh siap asalnya. Kini maklumat yang terakhir Yang Berhormat Dato’ Exco kata tahun 2027. Penangguhan ini Yang Berhormat telah menimbulkan persepsi yang negatif kepada Kerajaan Negeri kita.

Seolah-olah ketidakmampuan kita ataupun membeli masa. Adakah ini perkara yang tidak terlibat dengan Kerajaan Negeri, kelemahan ini tidak terlibat dengan Kerajaan Negeri ataupun apakah punca sebenar mengapa projek KB Sentral ini mengalami kelewatan yang begitu lama. Dan apakah langkah yang segera yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan tarikh siap pada 2027 dapat dipatuhi. Saya ingat dalam dewan ini saya tanya kepada Exco yang berkaitan “boleh siap ke dok tahun 2026” dan pada waktu itu dia di extend tahun 2025 extend tahun 2026. Ambo tanya, Galas tanya siap ke dok tahun 2026. Exco dengan confident. Confident tu takpolah biasa dialah kena confident. Tapi ni kita nak masuk 2025 dah dan projek ni masih belum lagi dapat dilaksanakan. Kita nak bersama dalam hal ini Yang Berhormat. Kita nak apakah Widad Group pada awalnya dulu dan kini ditukar kepada Perak Transit dan diminta supaya sebagai Kontraktor Utama yang mana mungkin pada saya dirunding terus. Takpelah bagaimana pun nak buat tetapi asalkan KB Central ini perlu dilaksanakan.

Dan Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa yang lebih menarik lagi ialah 2023 di dalam dewan ini kita ada sebut berkenaan dengan anggaran RM 20.0kw diperuntukkan untuk KB Central. 2024 RM 10.4 juta dan dalam belanjawaan pada kali ini 2025 ada RM 7,000 juta diperutukkan untuk KB Sentral ini. RM 37.4 juta dah Yang Berhormat selama 3 tahun. Tok siap lagi KB Sentral kita ni banyak mana lagi kita perlu untuk membina KB Sentral ini. Kita selesai dulu saya tengok pembangun nak wak ni pembangunan bercampur, ada shopping kompleks, ada kondo kita selesai dahulu KB Sentral ni. In Shaa Allah saya yakin dengan siapnya KB Sentral ini persoalan-persolan yang negatif kepada Kerajaan Negeri kita dapat kita selesai.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang seterusnya ialah mengenai misi pelaburan. Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri berusaha mempasti pelaburan di Negeri kita ini dapat dibawa masuk. Dalam belanjawaan pada kali ini ada RM 900.000 ribu Misi Pelaburan di bawa masukkan di Negeri kita ini. Setakat ini Yang Berhormat berapakah pasaran Pelaburan yang direalisasikan pada tahun 2024? Dan berapa

banyak pekerjaan yang berjaya diwujudkan dari hasil kemasukan pelaburan di tahun 2023 dan juga pada tahun 2024? Bagaimana Kerajaan Negeri mempastikan agar pelaburan yang masuk benar-benar memberi impak yang lansung dengan kesejahteraan rakyat terutamanya di Kawasan Kelantan Selatan di Kawasan luar bandar. Mei 2024 ada Misi Pelaburan ke Bangkok Thailand Invest Kelantan ada ke Bangkok. PKINK, PMBK, ECERDC, dan MAIDA menyertai Ekspo Thaifex Anuga Asia 2024. Tapi sayangnya Galas dia tak ajok sekali. 6 Mac 2024 Yang Berhormat Dato’ Exco telah menyatakan ada 15 buah Syarikat dari luar negara telah melabur di Kelantan. Mungkin kita boleh tahu sejauh mana setakat ini 15 syarikat luar negara ini melabur di Negeri Kelantan.

Saya menyokong apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi melaksanakan pelaburan strategik dalam sektor Pembuatan. Sewaktu kedatangan Yang Berhormat Menteri Ekonomi ke Negeri kita, Yang berhormat Menteri besar ada menyatakan bahawasanya Kelantan Kerajaan Negeri telah mengenal pasti Kawasan-kawasan berpotensi sebagai Kawasan Perindustrian Baru. 2000 Ekar di Gua Musang, 1500 Ekar di Jeli, 2800 Ekar di Tok Bali, 800 Ekar di Cherang Tuli Pasir Puteh. Dan ini ialah usaha yang amat baik Yang Berhormat Menteri Besar. Saya menyokong penuh usaha ini cumanya saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apakah dasar mesra pelabur yang kita ambil ataupun yang sedang digubal oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan. Untuk menarik langsung pelabur FDI dan pelabur domestik DDI ke Negeri Kelantan.

Mohon mencelah Yang Berhormat Dato’ Speaker….

Maaf Yang Berhormat, saya mempunyai banyak masa yang begitu suntuk. Silakan.

Sikit jah sikit.

Speaker

Silakan Melor.

Saya nok bertanya misi Pelaburan tu Kerajaan yang bayar ke swasta yang bayar? Itu saja.

Saya tak pasti ini misi pelaburan Kerajaan yang ada dalam peruntukkan buku belanjawan, maknonye Kerajaan lah hok wak tubik pitih tu Yang Berhormat...

[BUNYI KETAWA DALAM DEWAN] Tenaga kerja Kemahiran adakah… boleh ke Yang Berhormat jawab dehhh? (dituju kepada yb melor). Tidak swasta lah, Kerajaan lah. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan jangka panjang untuk melatih tenaga kerja mahir dalam sektor-sektor tertentu yang menjadi keutamaan pelabur seperti pembuatan teknologi dan yang paling penting Yang Berhormat bagaimana Kerajaan Negeri menangani isu penghijrahan tenaga mahir dari Kelantan ke negeri lain yang menjejaskan tenaga kerja tempatan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker pelaburan amat kita perlukan kerana ini juga merupakan peluang pekerjaan yang besar kepada anak-anak muda kita. Yang berhormat Dato’ speaker saya juga tertarik dengan peruntukkan RM 14,000 sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat kita tadi untuk SEZ Kawasan Perindustrian baru. Zon ekonomi khas Malaysia Thailand moga-moga Rantau Panjang, Pengkalan Kubor kembali rancak ekonominya. Rakyat kita mendapat limpahan rezeki daripada SEZ ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, YIK antara yang menerima peruntukkan besar daripada Kerajaan Negeri Kelantan. YIK terima pada tahun 2021 dalam buku belanjawaan RM 121 juta. 2022 – RM 126.6 juta, pada 2023 – RM 122.6 juta, 2024 – RM 125.2 juta. Dan tahun ini RM 142.700 juta. Maknanya dalam tempoh 5 tahun ini lebih daripada RM 142.700 juta kita peruntukkan untuk YIK. Dengan penambahan bajet tahun 2025 ini menunjukkan YIK menerima lebih RM 600,000 juta daripada Kerajaan. YIK juga mempunyai pelaburan dalam bidang. Soalan saya adakah pihak Kerajaan sudah berpuas hati dengan pencapaian YIK. Kita nak tengok YIK lebih berjaya. Ini merupakan anak Kerajaan Negeri Kelantan, kita nak tengok YIK berkembang.

Justeru apakah mekanisma pemantauan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam memantau penggunaan peruntukkan Kerajaan ini, serta

bolehkan Kerajaan menyatakan tambahan peruntukkan sebanyak RM 17.5 juta pada tahun ini berbanding dengan tahun lepas, nak digunakan untuk apa? Dan ke mana peruntukkan ini dibawa?

Speaker

2 minit lagi…

Yang Berhormat Dato’ Speaker royalti. Tadi pun ada sahabat kita sentuh royalti. Saya bersetuju royalti ini kalau hak Kelantan mesti diberikan kepada Kelantan. Dan kita kena serius bab ini sebab itu saya ingin mencadangkan isu dalam dewan yang mulia ini polemik royalti ini bergantung kepada hak wilayah laut. Dan Kerajaan Negeri Kelantan telah menolak Akta Wilayah laut 2012 dan pada tahun 2015 di dalam dewan ini. Maka amat penting dalam tuntutan royalti ini Kerajaan Negeri Kelantan membawa pertikaian keabsahan Akta Wilayah Laut ini ke Mahkamah Persekutuan. Kelantan mesti melawan Kerajaan Persekutuan dalam hal Akta Wilayah Laut ini. Saya bersama dengan Kerajaan Negeri Kelantan!

Yang Berhormat Dato’ Speaker yang akhirnya kita tahu, saya terharu lah dengan ucapan Menteri besar. Ayat akhir yang digunakan oleh Yang Berhormat Menteri Besar menyeru kita semua Ahli-Ahli Dewan untuk berganding bahu dengan Kerajaan. Yang Berhormat Dato’ Speaker Kerajaan Pusat telah memberikan peruntukkan wajib kepada Kerajaan Negeri. Pemberian mengikut kepala pemberian penyelenggaraan jalan negeri, pemberian berdasarkan tahap Pembangunan Ekonomi, pemberian Pindahan Fiskal Ekologi (EFT), dan kita kira jika Kerajaan Negeri menerima peruntukkan seperti tahap EFT yang bertujuan membaiki kesejahteraan. Mengapa peruntukkan ini tidak disalurkan secara menyeluruh tanpa mengira Parti Politik ADUN.

Saya nak betulkan statement sahabat kita tadi, betul. Pembangkang ada menerima peruntukkan daripada Kerajaan Negeri tetapi tidak sepenuhnya sebagimana sahabat-sahabat terima. Pusat….

Speaker

Masa, masa cukup Yang Berhomat……

Pusat telah memberikan yang sama dengan negeri…

Saya yakin Yang Berhormat sebagaimana Yang Berhormat betulkan dengan kedudukan Pembangkang daripada belakey ke depe. Saya juga amat yakin Yang Berhormat pertimbangkanlah perkara ini seadil-adilnya. Dan apabila diantara kita berasa tidak adil, maka tidak adil la tu… terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Galas mohon menyokong…..

Speaker

Masa cukup, ok. Hok lain? Tkdok ore nak berucap? Semo taknak berucap? Jelawat? Ok Jelawat sila…

Bismillahhirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Speaker pertama sekali terima kasih kerana membenarkan atau mengizinkan Jelawat turut untuk membahas belanjawaan 2025 Negeri Kelantan ini.

Saya mulakan dengan membaca petikan daripada ayat Al-Quran Surah Al-A’Araf Ayat 96.

ِ ٍۢ ِ ﱠ و ﻦ ﻜ َـٰ ﻟ ﻷ ٓءِ ﺎ ٱ ﻦ ﻣ ﺖ ﻛ ﺮ ﺑ ﻢ ﻬ ﻴ َ ﻠ ﻋ ﺎ ﻨ ﺤ ﺘ ﻔ َ ﻟ ﻮ ﱠﻘ ـ ﺗ ا۟ ﻮ ﻨ ﻣ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ٱ ﻞ ﻫ أَ أَن ﻮ َ ﻟ ◌ وَ َْرْضِ وَٱ ﻟﺴﱠﻤ َ َ ِّ َـٰ ـَ ْ َ َ ْ َ َ ْا۟ َ وَٱ ُ َ ءَا َىٰٓ ُ َ ْ ْ َ َ ِ ﻮ ﺒ ﺴ ﻜ ْ ﻳ ا۟ ﻮ ﺎﻧ ﻛ َ ﺎ ﲟ ﻢ ﻬ ﻧ ﺬ ْ ﺧ َ ﺄ ﻓ ا۟ ﻮ ﺬﱠﺑ ﻛ َ نَ ُ َـٰ َ ُ َ َِ ُ َ ُ “Jika sekiranya ahli negeri ataupun penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa. Nescaya akan dibukakan kepada mereka pintu-pintu keberkatan daripada langit ke bumi. Walaubagaimanapun mereka mendustakan nabi-nabi dan maka kami timpalkan azab seksa kepada mereka disebabkan apa yang telah mereka lakukan dan usahakan” Yang Berhomat Dato’ speaker, pertama Jelawat menyokong belanjawaan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar yang bertemakan Keberkatan, Kesejahteraan dan Keseimbangan untuk Kemakmuran Negeri. Dan Jelawat ingin menyentuh tentang kelas pertama iaitu Pembangunan Sahsiah berpandukan Al-Quran dan Pembudayaan Amal Islami. Di sini Jelawat ingin, saya ingin merakamkan banyak-banyak tahniah dan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana sebagaimana disebut oleh Pulai Chondong telah menaikkan elaun kepada kakitangan Guru Halaqah dan juga Guru Al-Quran. Ini merupakan satu pengiktirafan dan juga penghargaan daripada pihak Kerajaan kepada mereka atas usaha dan sumbangan mereka kepada Masyarakat bagi memastikan rakyat Negeri ini bertaqwa dan menjadi seorang yang bersifat Rabbani, tahniah.

Begitu juga dengan Penubuhan Pusat Taranum Al-Quran. Saya hujahkan bahawa ini akan menyemarakkan rasa cinta rakyat kepada Al-Quran. Dan menjadikan rakyat akan semakin ramai yang celik Al-Quran. Tahniah dan terima kasih. Dan Kerajaan juga menyediakan peruntukkan khusus menangani gejala sosial RM 0.3 juta dan ini juga merupakan satu kesungguhan daripada pihak Kerajaan untuk memastikan rakyat Negeri ini terutamanya remaja supaya tidak terlibat dengan gejala sosial di Negeri ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan.

Dan berhubung dengan teras yang pertama ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana memperuntukkan sebanyak RM 1 juta untuk pemerkasaan syariah dan undang-undang. Dan tahniah sekali lagi kepada Kerajaan kerana berazam dan komitmen untuk menggubal semula 16 peruntukkan yang telah dibatal oleh Mahkamah Persekutuan. Dan saya pohon agar 16 seksyen ini disegerakan dan diuntuk kita bentangkan di dalam dewan yang mulia ini. Seterusnya pada tahun 2015 satu jabatan baharu iaitu Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan ditubuhkan. Kelantan adalah negeri yang terawal menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syariah ini. Ini di zaman dasar rakyat Membangun Bersama Islam. Jadi saya pohon agar zaman Penghayatan Membangun Bersama Islam ini kita perkasakan lagi kedudukan undang-undang Syariah dan juga Penguasaan Syariah dengan menubuhkan Jabatan Penguatkuasa Syariah Negeri Kelantan.

Sehingga hari ini Penguatkuasaan Syariah ini merupakan salah satu bahagian daripada JAHEIAK. Saya percaya pegawai-pegawai di bahagian Penguatkuasa Syariah ini sering kali bertukar dan sebagainya. Dan ini merencakkan dan menganggu siasatan atau perjalanan kerja siasatan yang disediakan oleh Pihak Pegawai siasatan di bahagian Penguatkuasa Syariah ini. Dan saya mencadangkan agar bahagian Pendakwaan Syariah ini diasingkan daripada JAHEIAK dan ditubuhkan sebagai Jabatan sendiri dengan bajet yang tersendiri.

Dan saya percaya khusus dan juga latihan sepatutnya lebih diberikan kepada mereka agar mereka dapat menjadikan tangkapan, serbuan, siasatan dan sebagainya dengan lebih baik untuk membantu pihak Pendakwaan untuk mengemukan kes di Mahkamah.

Dan setakat ini saya difahamkan bahawa hanya nisbahnya seorang pegawai per 50,000 penduduk sahaja. Dan saya percaya bahawa ini tidak mencukupi untuk kita memperkasakan Penguatkuasaan Syariah di negeri ini. Seterusnya saya juga mencadangkan agar disegerakan Penubuhan Mahkamah Syariah ataupun menjadikan Mahkamah ini daripada 3 layer

kepada 4 layer. Dan kalau diperlu dipinda undang-undang yang berkaitan maka pinda lah dengan seberapa segera seperti Undang-undang berkaitan dengan Enakmen Pentadbiran, Enakmen Tatacara Jenayah dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada mereka yang didapati bersalah dan tidak berpuas hati dengan hukuman untuk merayu 2 kali. Kalau sebelum ini daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah ataupun daripada Mahkamah Tinggi Syariah. Setakat itu sahaja ataupun daripada Mahkamah Tinggi Syariah kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Itu sahaja. Maka dengan adanya Mahkamah Utama Syariah ini ada satu lagi hak rayuan untuk kepada Mahkamah Utama Syariah.

Dan memberi lebih peluang lagi kepada mereka untuk mendapat keadilan sebaik-baiknya. Dan saya juga ingin menyentuh tentang Demokrasi ataupun Negeri Berkebajikan. Kelantan ini merupakan sebuah Negeri yang mengutamakan kebajikan. Banyak program kebajikan-kebajikan telah dibuat dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Kita melihat pada musim pilihan raya ramai dari perantau-perantau kita yang balik Berhari Raya, balik untuk mengundi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka. Dan mereka menghabiskan wang yang banyak terutamanya daripada Sabah dan Sarawak mereka menggunakan kapal Terbang dan sebagainya. Dan sebagai sebuah Kerajaan yang berprihatin dan berkebajikan dan apa salahnya jika Kerajaan memperuntukkan sedikit wang untuk dibayar sebagai saguhati untuk mereka balik menunaikan amanah ataupun demokrasi mereka. Bukan sahaja kepada mereka yang cenderung kepada Kerajaan Negeri tetapi juga kepada sebelah sana. Kepada Galas sebagai contohnya kepada parti Kota Lama dan sebagainya kalau berminat lah. Tapi kalau dah rasa kaya tak perlu.

Tapi itulah itu dan peruntukkan ini boleh kita salurkan kepada apa-apa Insitusi yang menguruskan hal ini supaya kalau parti yang uruskan atau sebagainya ia akan menjadi rasuah. Tapi kalau Kerajaan yang bayar atau bagi saguhati dan sebagainya maka itu boleh dibenarkan boleh di undang-undang.

Masa saya tidak sebanyak masa Galas, Galas 20 minit saya hanya 10 minit. Terima kasih Galas.

Sebab dia sebut Galas takdi. (Kedengaran ketawa dari dewan).

Dan seterusnya saya juga ingin menyentuh tentang apa yang ada di Dun saya. Pertama saya nak ucapakan terima kasih lah kepada pihak Kerajaan kerana pertamanya kerana menyiapkan Kompleks Sukan Jelawat. Siap dengan astaka dan tempat duduk yang berbumbung dan sebagainya. Dan kompleks sukan ini jadikan Padang untuk Kejohanan Liga Elit Dun dan juga Piala MB. Cuma lagi lebih baik dan lebih berterima kasih jika dipasang lampu limpah ataupun lampu stadium lah macam stadium lah supaya kompleks sukan ini dapat boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di Kawasan tersebut.

Dan kompleks sukan ini merupakan kompleks yang terbaik di Bachok sebenarnya, padang yang paling cantik di Bachok… Terima kasih….

Seterusnya saya ucap tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan kerana membina dan menyiapkan Taman Reakreasi di Jelawat. Ini pun saya sebut di dalam dun ini pada tahun lepas dan tahun ni dah siap. Terima kasih dan ini satu tindakan yang, langkah yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan komuniti sejahtera dan masyarakat yang sihat di kalangan penduduk tempatan dan cuma saya mengharapkan supaya taman reakrasi ini ditambah baik dan diluaskan serta ada kawasan lagi di sebelah kanannya boleh ditambah lagi dan saya mencadangkan agar diadakan satu dataran atau dinamakan “Jelawat square” yang luas dan boleh dijadikan tempat karnival eskpo dan sebagainya. Terima kasih.

Dan seterusnya di Jelawat ini juga ada tapak pasar yang lama yang tidak digunakan dan saya memohon agar pihak Kerajaan mengambil tindakan untuk membina Dewan Serbaguna kerana pada setakat ini tidak ada Dewan Serbaguna satu pun tidak ada di Dun Jelawat. Sama ada Kerajaan atau persendirian. Maknonye kalau nak kahwin dan sebagainya kalau nak buat di dewan terpaksa sewa di luar Dun. Dan saya pohon agar dewan serbaguna dibina di tapak Pusat Pauh Lima di dalam Dun Jelawat.

Seterusnya saya juga megucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana mengadakan dua jalan di Tapak Perlupusan Sampah Beris Lalang. Satu jalan yang digunakan oleh lori-lori untuk membuang sampah dan satu jalan khusus untuk orang kampung. Malangnya jalan yang dibina oleh orang kampung ini selepas seminggu dibina disiapkan sekali lagi jalan ini telah mengalami kerosakan yang amat teruk yang disebabkan oleh lori-lori yang membuang sampah yang turut melalui jalan tersebut. Jadi saya pohon agar Yang Berhormat Exco dapat memberi arahan

kepada Majlis-Majlis Daerah supaya tidak membenarkan lori-lori sampah untuk melalui jalan tersebut. Mintak maaf Galas ya. Berhubung dengan bandar pelabur dengan Bandar RKK, Dato’ Bentara, KB Sentral dan sebagainya. Dan yang disebutkan oleh Galas, saya percaya pihak Exco ada jawapannya. Cuma saya melihat nya bandar-bandar ini setakat ini tidak melibatkan dalam kewangan Pihak Kerajaan tidak ada bayar kepada Pihak Swasta dan sebagainya. Dan tidak ada duit yang dikeluarkan cuma setakat yang saya tahu untuk Kes Enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) ada RM 6 billion yang telah dibayar kepada Pihak Swasta, Boustead Naval Shipyard tapi tak ada kapal pun jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada

Kapal tempur tu ada berkaitan dengan negeri kelantan ke?

Dok, saya tentang kelewatan, saya sebut tentang kelewatan yang disebutkan adalah kelewatan.

Bajet yang saya sebut tu ada.

Speaker

Mintak laluan, kena mintak laluan dahulu, kalau dia tak bagi tak boleh.

Saya menyebut tentang kelewatan…. Kelewatan ada saya sebut tadi jadi saya jawab tentang kelewatan.

Mintak laluan sedikit…….

Saya tak bagi laluan, saya tak bagi!....

Speaker

Dia tak bagi laluan,

Tokleh lah lagutu, tey sebeloh……

Speaker

Buleh selesai luar dewan dehh….

Takdi Galas dah bercakap sekarang giliran saya untuk bercakap. Terima kasih, berhubung dengan seterusnya ialah saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Tahniah kepada Kerajaan kerana berjaya membentangkan bajet ini dengan baik dan semua program-program yang dibuat dan setakat inilah saya dapati tiada penarafan yang dibuat oleh agensi ataupun mana-mana NGO ke atas Kerajaan Kelantan yang memberi markah D. Tapi di Kerajaan Persekutuan ada markah D, D ni kalau ore kelatey gak dia D for debek lah ore kata. Dan yang memberi pengiktirafan ini ialah satu NGO yang rapat dengan Kota Lama. Dengan parti Kota Lama, kalau kepada Galas tu memang NGO ni tak rapat lah. Tapi kalau dengan Kota Lama dia rapat lah. Tapi saya tak tahu lah sama ada Kota Lama rapat dengan parti Galas ni dia tidak berapa baik ke macam mana ke. Saya taktahu lah. Itu sahaja Yang Berhormat.

Speaker

Dua minit lagi masa, habis dh? Okay.

Itu saja, terima kasih…

Speaker

Salor nk berucap ke?

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ِ ﳏﻤﺪ ʭ ﺪ ﻴ ﺳ ﲔ ﻠ ﺳ ﻤﺮ ﻟ ءِ ﺎ ﻴ ِ ﺒ ﻧ ﻻ ا ﺮ ﺷ ﻲ ﻠ ﻋ وا وا ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﺪ ﻤ ﳊ َ َْ ُ ْ َ ْ اَ َ َ ﻟﺴﱠﻼ ةُ ﻟﺼﱠﻼ َ ُ اَ ِّ َ َ ْ وَاْ َ َفِ َمُ ْ َ ِ ِ ِ ِ ﲔ ﻌ ﲨ ﻪ ِ ﺒ ﺤ ﺻ ﻪ ﻟ ﻲ َ ﻠ ﻋ اَ اَ َْ َْ ْ َ وَ َ وَ

ِ ِ ِ ِ ِ ﻦ ﺴ ﺣ أَ ﺎ ﻤ ﻛ ﻦ ﺴ ﺣ ﺎ ﻴ ـۡ ﻟﺪﱡﻧ ٱ ﻦ ﻣ ﻚ ﻴﺒ ﺼ ﻧ ﻨﺲ ﺗ ﻻ َ ٱ ﺮ ﺎﺧ ﻟ ﻟﺪﱠ ٱ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻚ ﯩ ٰ ﺗ ﺎ ﻴﻤ ﻓ ﻎ ﺘ ـۡ ﺑ َ َ َ َ ۡـَٔ َ َ َ َ َ َ وَأَ َ َ َ َ وَ َةَ ارَ ُ ءَا َ ِوَٱ ِ ِ ِ ﻳﻦ ﺪ ﺴ ﻔ ﻤ ﻟ ٱ ﳛ ﻻ َ ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﱠ َرۡضِۖ ﻷ ٱ ﯽ ﻓ ﺎ ﺴ ﻔ ﻟ ٱ ﻎ ِ ﺒ ﺗ ﻻ َ ﻚ إِ ﻴ َ ﻟ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﺐﱡ ُِ َ ـَ َ ُ َ دَ َ وَ َ ُ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ َ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker. Yang berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Timbalan Menteri Besar, barisan Exco dan seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah syukur ke Hadrat Allah SWT akan dengan inayahnya dapat dan terima kasih Dato’ Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya.

Terlebih dahulu saya rakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas Pembentangan Perbahasan Belanjawaan 2025 yang dibentangkan pada dewan kali ini. Saya mulakan dengan ayat Al-Quran surah Al-Qasas ayat yang ke 77 sebagai satu seruan dan ingatan untuk kita semua memulakan segala tindakan kita dengan meletakkan kebahagiaan akhirat sebagai pokok dalam mendasari segala perancangan kita. Begin with the end in mind dengan izin tanpa mengetepikan segala kepentingan dunia yang kita sedang lalui sekarang kerana untuk kebahagiaan disana adalah sepenuhnya berkait dengan apa yang dirancang sekarang.

Perkara kedua yang ditingkatkan kita memastikan keseimbangan ini Allah menyeru kepada kita membuat ihsan dan yang selalu diganding dengan konsep keadilan dan tidak dirosakkan keseimbangan dengan perkara-perkara yang merosakkan. Menurut neraca Islam sendiri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam belanjawaan 2025 yang dibentangkan pada hari khamis yang lepas. Yang Amat Berhormat Menteri Besar memulakan dengan senario Kelantan sendiri. Dan

sebagaimana yang disebut oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum walaupun hakikat yang kita lihat KDNK di Kelantan masih lagi belum mencapai jumlah RM 30 billion ataupun perkapita, kita masih lagi tidak mencapai masih di bawah RM 20,000 namun Kelantan diiktiraf sebagai bandar yang paling selamat dan antara negeri yang sejahtera.

Saya ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat saya daripada Jeli, Kuala Balas, Bukit Bunga, Ayer Lanas kerana Jeli berada di tangga kedua selepas Cameron Highland sebagai bandar yang paling Bahagia. Mana yang diberi makna bahawa penghayatan Membangun Bersama Islam berjaya menafikan sifir ekonomi kita. Yang kita sentiasa sebut bila perbahasan bajet kita biasa ungkitkan tentang persoalan KDNK peratusan KDNK, sedangkan kita lihat bahawa kalau kita tengok dari sudut logiknya dia agak kontradik bila sebuah negara atau negeri yang diukur dengan nilaian ini sedangkan negeri yang sama jugak merupakan negeri yang mencapai indeks negeri yang paling bahagia ataupun bandar yang paling bahagia.

Makna saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang memilih tema Keberkatan, Kesejahteraan dan Keseimbangan untuk kemakmuran negeri sebagai tema belanjawaan maknanya kita meletakkan enakmen-enakmen ini sebagai pertimbangan kita sendiri. In Shaa Allah, bila saya sebut begini bukan bermaksud saya ingin menafikan KDNK sebagai suatu ukuran Ibarat kita kata kalu anok sekolah mok ayoh duk pakat tekey buleh A perikso biar keputusan hebat, keputusan yang boleh A menyebabkan kadang-kadang kita akan terpesong daripada matlamat kita sendiri. Tapi bila kita fikir begitu bukan bermakna perikso tu bendo tok wajib. Keputusan tu bukan satu perkara yang tak perlu, perlu tapi bagaimana kita lihat pertimbangan dan apa yang saya perkarakan sebentar tadi bagaimana kita membuat penilaian antara peratusan ini kedudukan ini berbanding senario yang berlaku dalam masyarakat dan rakyat kita. In Shaa Allah.

Inilah kelebihan dan peluang dalam tahap ataupun status negara atau negeri membangun Kelantan. Saya lihat lebih flexible untuk kita menggembleng untuk kita melihat ruang-ruang menentukan keutamaan dan hala tuju negeri, walaupun sektor ekonomi dari sudut pertanian dilihat mengucup, namun sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Pertanian dan perikanan merupakan sektor yang berpotensi besar memberi impak kepada ekonomi Kelantan. Saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali lagi, yang menyatakan persediaan

negeri untuk menjadi tapak bakul makanan sebagaimana lepas pertemuan dengan kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Menteri Ekonomi seminggu dua yang lepas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker secara ringkasnya hasil bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM 997.26 juta dengan anggaran hasil RM 230 juta adalah daripada hasil cukai. Maknanya 23% daripada hasil negeri kita adalah daripada hasil cukai. Fokus saya pada pagi ini adalah bagaimana untuk kita tingkatkan dan saya juga menyambut baik saranan dari Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil tanah sebanyak 100% jumlah patut pungut dan menguatkuasakan kutipan bayaran terhadap tunggakan cukai tanah yang melebihi RM 50,000.

Saya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara bil. 3/204 yang menyatakan akaun belum terima mencatatkan sejumlah RM 100,077.73 dua PTJ kita mencatatkan tunggakkan yang tertinggi yang masing-masing mencatatkan jumlah tunggakkan sebanyak, RM 46.91 juta dan RM 41.57 juta dan dari sudut bertempohnya sebanyak RM 62.28 juta bagi 189 ribu milik dengan tunggakan dalam kadar 1 ke 5 tahun.

Dan manakala, RM 50.3 juta bagi 9789 hak milik bagi hak tunggakkan lebih daripada 20 tahun.

Justeru, saya cadangkan supaya satu task force yang memberi fokus kepada tunggakkan ini yang juga menjalankan pemantauan secara berterusan, unit ini boleh ditempatkan di terus di bawah pejabat Menteri Besar sebagai contoh kalau kita ambik pengalaman yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang yang juga mengambil pendekatan hal yang sama sekitar tahun 2021, 2021 yang ternyata berkesan bila isu-isu perkara seperti ini timbul.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, cadangan kedua saya adalah peningkatan hasil adalah dengan mencadangkan penilaian semula kedudukan status tanah-tanah yang diduduki oleh Kerajaan Persekutuan yang masih belum dipindah milik sepenuhnya. Kita ada tanah-tanah yang masih lagi di bawah Kerajaan Persekutuan dan berapa anggaran nilai premium sebenar yang seharusnya kita kutip yang boleh menjadi pendapatan tambahan kepada Kerajaan Negeri.

Melor mohon mencelah Yang Berhormat…

Silakan Melor…

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya merujuk kepada ucapan Salor tadi khusunya berkaitan dengan tunggakkan cukai tanah kita tahu bajet kita unjurannya RM 997,000.00 hasil dan penyumbang terbesar ialah RM 329.05 juta. Tapi sebagaimana yang disebut oleh Salor, bila kita cross refer dengan Laporan Ketua Audit Negara muka surat 62 perenggan 6.3.8 Dalam audit ni dia sebut secara jelas bahawa pada tahun 2023 tunggakkan cukai tanah berjumlah RM 175.33.00 juta meningkat, yang meningkat tu tunggakan bukan hasil ya sebanyak RM 21.21 juta berbanding RM 154.004 juta pada tahun lepas tahun 2022, saya nak sebutkan begini nya Salor saya nampak berlaku trend kenaikkan tunggakkan cukai dan saya rasa pegawai-pegawai kita ni di Pejabat Tanah bukan tak buat kerja, buat lah macam-macam jawatankuasa khas pun tapi kita nampak dia dah langgar dinding.

Speaker

Penjelasan Yang Berhormat…

Jadi persoalan saya adakah setuju bahawa kalau saya cadangkan bahawasanya sebenarnya kita mesti kena develop portal e-tanah sebagaimana negeri-negeri lain supaya setiap urusan tanah boleh dibuat di hujung jari bagi setiap rakyat Negeri Kelantan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Melor atas cadangan dan perkara yang sama pada hemat saya untuk kita laksanakan dan cadangan yang baik sebagaimana cadangan oleh Melor tadi. Bagi saya bukan satu perkara yang harus ditimbang, ditangguhkan dan memerlukan pelaksanaan pada kadar yang segera. In Shaa Allah.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker kita berada di penghujung RMK 12 mengikut dapatan bagi Rancangan Malaysia yang ke 11 sebanyak RM 9 billion yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Negeri Kelantan. Manakala bagi RMK 12 saya rujuk satu keratan akhbar. RMK 12 Kerajaan Perpaduan meluluskan 436 projek bernilai RM 22.17 Billion di

Kelantan disebut oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yang Berhormat Nik Nazmi.

Apa yang saya ingin utarakan di sini adalah berdasarkan PB-3.2 ia ini pembayaran perkhidmatan kepada Kerajaan Negeri kepada penglibatan kakitangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek-projek persekutuan. Garis panduan tuan puan boleh lihat daripada pihak Perbendaharaan yang jelas sebut dalam para 2.3 Mesyuarat Kewangan Negara pada 25 ogos 2009 telah bersetuju ke atas pindaan kadar pembayaran perkhidmatan seperti berikut Kerajaan Persekutuan bersetuju membayar 10 % daripada kos 1 projek Persekutuan kepada Kerajaan-kerajaan negeri di semenanjung dan 12 % bagi Sabah dan Sarawak apabila kakitangan Kerajaan terlibat.

Speaker

Ada 2 minit lagi Yang Berhormat, 2 minit.

Dalam melaksankan projek-projek ini. Apa yang boleh saya simpulkan di sini adalah kalau dengan matematik mudah kita lah dengan nilai RM 22 billion kalau kita letak purata 5 tahun adakah RM 400 juta ini kita akan letakkan di dalam peruntukkan belanjawan kita? Berbalik kepada persoalan RMK 11, RM 9 bilion yang boleh kita lihat menjana hasil ataupun perolehan yang patut kita diterima dari pihak Kerajaan Negeri sebanyak RM 900 juta. Adakah ini telah tuntut dan terima bayaran-bayaran ini? Yang Berhormat Dato’ Speaker nak kena express sikit ni. Saya ingin sentuh sikit berkenaan dengan usahawan memandangkan fokus pada Kerajaan Negeri bagi membangunkan usahawan Kelantan cuma saya lihat kebanyakan usahawan-usahawan yang dapat bantuan daripada pihak Kerajaan mereka seolah berada di alam dan dunia mereka sendiri. Sedangkan kita ada satu lagi kelompok-kelompok usahawan yang saya melihat mereka sendiri berada di dunia mereka.

Dan inilah realiti kita berbicara mengenai IR 4.0 sedangkan sekarang kita sudah sampai kepada revolusi AI sendiri sebagai contoh. Di pihak Pusat sendiri memperkenalkan beberapa insentif sendiri Kerajaan seperti potongan cukai bagi universiti dan institut latihan yang menawarkan khusus teknologi digital, program Malaysia techlimpik dalam melahirkan pakar dalam bidang Robotik dan AI di kalangan anak muda. Hatta UM sendiri tubuhkan satu fakulti khusus berkaitan dengan kecerdasan buatan sendiri. Dan ini senario sekarang yang memerlukan penglibatan dan bagaimana kita mengembelingkan.

Speaker

Masa cukup Yang Berhormat…. Masa cukup…

Berkaitan dengan AI sendiri, saya ucap terima kasih atas peluang yang diberikan dengan ini Salor menyokong Belanjawan 2025 yang dibentangkan dan diterima. Asslaamualaikum warahmatulallah…..

Speaker

Takdok ore bangun?? Napok mace tok berminat jah semo ni. Okay Kuala Balah.

Terima kasih Dato’ Speaker tak ade orang lain bangun jadi saya bangun lah. Saya menyokong penuh lah Belanjawaan 2025 dengan tema Keberkatan, Kesejahteraan dan Keseimbangan Untuk Kemakmuran Negeri dengan meletakkan keseimbangan dalam aspek spiritual, sosial dan material sebagai kerangka besar Belanjawaan 2025.

Sebagai asas rujukan kepada Belanjawaan Negeri Kelantan, kita lihat kepada kedudukan semasa ekonomi negeri berasakan data dipetik dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada tahun 2021 hingga 2023 KDNK Kelantan berkembang pada tahap 3.2% berbanding dengan KDNK 2015 pada tahap 2.6 % pertambahan 0.6 %. KDNK perkapita pada tahun 2015 ialah sebanyak RM12,200, 2020 kelantan RM15,000 dan 2023 RM16,386 juga berlaku peningkatan kepada KDNK sebanyak 4 % setahun bagi tempoh 2021 hingga 2023.

Dalam beberapa sektor perkembangan di Negeri Kelantan melebihi purata negara. Bagi tempoh 2021 hingga 2023 sektor perlombongan berkembang sebanyak 7.5 % berbanding dengan Malaysia atau negara 1.6 %. Pembinaan 8.9 % Malaysia 1.9 %, pembuatan 6 % Malaysia 0.8 %. Sektor-sektor ini diharap terus menerajui Kelantan dalam pembangunan ekonomi.

Itulah kedudukan Negeri Kelantan, dari aspek KDNK dan KDNK perkapita, kedudukan kita walaupun rendah daripada negara atau negeri-negeri lain. Tetapi lebih kedepan dalam sektor-sektor yang saya sebutkan tadi.

Apa pun kesejahteraan tidak boleh semata-mata dilihat seperti yang disebut oleh YB Salor tadi, melalui angka KDNK atau peratus

pembangunan secara material. Tetapi dengan kejayaan dasar penghayatan Membangun Bersama Islam ini kita melihat secara holistik melibatkan keberkatan dalam membina kesejahteraan di kalangan rakyat termasuk dalam perkara-perkara tidak mengambil kira dalam pengukuran pembangunan fizikal dan KDNK.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berdasarkan kedudukan yang di atas Kerajaan Kelantan telah merangka bajet 2025. Sewajarnya Kerajaan turut memberi pengiktirafan komitmen kepada penjawat awam dengan pelarasan gaji kakitangan sebanyak 15 % berikutan pemakaian SSPA, walaupun memberi implikasi kewangan berjumlah RM54.62 juta, satu angka yang besar, namun Kerajaan dapat melaksanakannya mulai tahun hadapan.

Kita berbangga walaupun pelarasan gaji SSPA melibatkan pertambahan tang besar tadi namun dengan konsep perbelanjaan berhemah, Kerajaan masih boleh mengurangkan anggaran perbelanjaan mengurus sebayak RM62.62 juta atau 5.47 % berbanding belanja jumlah mengurus tahun 2024.

Kita perhatikan anggaran belanjawan mengurus menyusut sebanyak RM55.46 juta dari RM1.146 billion kepada RM1.09 billion. Dan perbelanjaan pembangunan menurun sebanyak RM107.3 juta dari RM468.7 juta kepada RM361.33 juta, namun Kerajaan boleh mengekalkan peratus yang tinggi iaitu pada kadar 24.9 % kepada perbelanjaan pembangunan dari jumlah bajet Negeri.

Belanjawaan 2025 adalah defisit sebanyak RM93.02 juta berbanding 2024 defisit sebanyak RM178.5 juta berkurangan sebanyak 48%. Satu perkara yang boleh kita banggakan.

Inilah bajet cabaran 2025 dan kita semua perlu membuat fokus supaya masalah kearah matlamat untuk mencapai kejayaan bajet dapat dilaksanakan.

Bagi tujuan mencapai keseimbangan bajet, Kerajaan perlu berusaha:-

1. Mengurus sumber sedia ada dengan lebih efisyen menggunakan teknologi yang lebih efektif dan berdaya saing. 2. Menerokai sumber baru yang boleh menjana hasil tambahan. 3. Meningkatkan penjimatan tanpa mengurangkan produktiviti.

MENGURUS SUMBER YANG SEDIA ADA DENGAN LEBIH EFISYEN Kelantan mempunyai tanah yang mencukupi untuk pembangunan ekonomi berasaskan pertanian. Kita juga ada cabaran antara cabaran banyak pekebun kecil dan ladang yang masih bergantung kepada industri getah. Sedangkan syarikat-syarikat luar Kelantan mulai menukar tanaman getah kepada sawit. Ini menyebabkan harga pasaran getah yang tidak menentu dan pekerja tempatan sukar diperolehi. Bilangan hari boleh menoreh di Kelantan umumnya rendah. Hanya sekitar 6 % kerana keadaan cuaca. Ini menyebabkan keluaran hasil hanya 1000 kilogram sehektar setahun berbanding dengan keluaran yang aidil iaitu 2000 kilogram sehektar setahun. Bagi tujuan ini saya cadangkan supaya Kerajaan mengkaji samaada getah masih sesuai untuk diberi tumpuan tempatan kepada ladang dan pekebun kecil. Dan apakah pilihan penggunaan ladang getah untuk penjanaan ekonomi masa hadapan sama ada cadangan Yang Berhormat Menteri Ekonomi semasa menjejak kaki di libat urus RMK 13 baru-baru ini supaya menukar kepada pokok getah yang boleh diproses sebagai sumber tenaga bersesuaian ataupun sebaliknya.

KELAPA SAWIT Dalam industri kelapa sawit pula, purata hasil jualan ladang di negeri adalah 11.5 tan sehektar berbanding dengan negeri lain lebih kurang 15 tan sehektar. Struktur muka bumi memainkan peranan penting kerana kecerunan melebihi 25 % tidak ekonomik untuk diusahakan menyebabkan keuntungan tempat lain perlu “subsidised” dengan izin kawasan cerunan begini. Tanaman kelapa sawit memerlukan modal yang besar dan juga untuk kos penanaman dan pembajaan.

Tindakan PKINK meletakkan semua syarikat-syarikat ladang di bawah syarikat kumpulan peladangan dengan PKINK Berhad adalah salah satu tindakan yang bijak bagi meletakkan syarikat-syarikat ini dalam economic of skill. Menjimatkan kos perunit dan meningkatkan hasil menjadikan syarikat ini lebih efisyen dan “cost effective”.

Kerajaan Pusat perlu membantu kemasukkan pekerja asing secara sah dan bersasar untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam industri kelapa sawit.

Kepada pekebun kecil kelapa sawit, Kerajaan Pusat patut membantu menyediakan benih kelapa sawit yang berkualiti daripada pengeluar yang “accredited” agar tanaman mereka potensi mengeluarkan hasil yang ekonomik.

PERIKANAN Perikanan adalah antara aktiviti yang penting di Kelantan. Perairan di Kelantan meliputi pantai sepanjang kira-kira 98 kilometer.

Jumlah nelayan di Kelantan dianggar 10,000 orang. Kebanyakkan mereka terlibat dalam aktiviti perikanan persisiran laut dalam. Kebanyakkan mereka bergantung kepada hasil laut dan beroperasi di pelbagai pelabuhan seperti Tok Bali dan juga Kuala Besar. Daripada jumlah tersebut seramai 3612 orang yang berdaftar dengan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan 80% adalah nelayan pesisir.

Dan cabarannya penghijrahan nelayan Kelantan ke negeri lain agak berleluasa menjadikan antara faktor berlaku kekurangan pendaratan ikan di setiap tahun. Lokasi yang cetek antara sebab nelayan tidak dapat meneruskan kerja-kerja tangkapan dan pendaratan. Saya berharap Kerajaan Pusat dapat mencari jalan untuk mengurangkan masalah ini.

PELABURAN SUMBER PEMBANGUNAN EKONOMI Seiring dengan Tema Bajet Belanjawaan 2025 Keberkatan, Kesejahteraan dan Keseimbangan untuk kemakmuran negeri. Kelantan dalam tindakan untuk menjadikan negeri ini menjadi destinasi pelaburan dengan slogan

“KELANTAN MAJU RAKYAT SEJAHTERA”

Ini boleh capai dengan sektor-sektor utama seperti pembuatan, pertanian, pelancongan, yang boleh menyumbang kepada ekonomi negeri. Saya tidak bercadang untuk bercakap panjang mengenai pelaburan. In Shaa Allah telah banyak kita dengar daripada portfolio pelaburan apapun saya memberi pujian kepada portfolio pelaburan berusaha menggalakkan kemasukkan pelaburan melalui Invest Kelantan sebagai pusat sehenti permohonan disamping itu tahniah juga kerana melaksanakan saranan saya dalam Sidang yang lepas supaya mengadakan satu Ekspo Peringkat Kebangsaan, Alhamdulillah Ekspo tersebut yang disebut sebagai Infex 2024 Invest At Kelantan Forum Ekspo dan dilaksanakan pada 4 November 2024 yang lalu. Apa pun saya menjemput semua ADUN untuk menyertai forum ekspo tersebut.

Saya juga tidak bercadang untuk menceritakan tentang pengindustrian kerana sudah banyak disebut oleh Exco. Apapun saya fikirkan supaya pihak Kerajaan boleh Dasar Pelaksanaan, Dasar Perindustrian Negeri, seiring dengan dasar diperingkat Nasional. Saya juga tidak pasti sama ada Dasar Industri ini telah dilancar oleh Kerajaan atau belum. Jika belum

saya harap agar pelancaran ini dapat disegera. Pembangunan ekonomi terutamanya melibatkan pelaburan perindustrian dan pelancongan tidak mampu dilaksanakan oleh Kerajaan tanpa kerjasama dengan swasta. Kerjasama ini boleh dilaksanakan melalui beberapa pendekatan strategik membantu memindahkan risiko dan beban kewangan daripada Kerajaan kepada pihak swasta. Namun kerajaan hendaklah pastikan kepentingan rakyat dan Kerajaan terjamin dan dijaga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker kemana pun kita pergi jangan lupa Parlimen Jeli dan DUN Kuala Balah. Kawasan pendalaman yang penuh dengan kekayaan sumber asli, Kuala Balah ialah pintu masuk Pantai Timur samada barat atau semenanjung dari Gua Musang atau utara melalui Batu Melintang. Saya ingin merujuk kepada ucapan dari sahabat saya Galas tadi mengenai gajah. Pada tahun 2024 sahaja di Kuala Balah saja telah empat kali dikunjungi oleh gajah, pihak Perhilitan dengan jumlah yang besar lebih kurang 30 orang setiap kali tugas tersebut telah datang dan berada di Kawasan Kuala Balah 3 atau 4 hari untuk menyelesaikan setiap kali tangkapan. Pada tahun ini sahaja perhilitan telah menangkap 10 ekor gajah di Dun Kuala Balah. Saya tidak pasti sama ada gajah ini daripada Galas ataupun gajah dari Kuala Balah ataupun dari Dabong ataupun dari negeri lain dan sebagainya.

Atau kita hendak menyatakan tiada makanan di Kelantan kerana diusahakan tanpa terkawal adalah satu perkara perlu kajian dengan lebih menyeluruh. Dalam perbahasaan bajet tahun lepas saya sebutkan muka bumi Kuala Balah dan Jeli amnya berbukit-bukit sesuai dengan pembangunan pusat pelancongan. Disini lah terletaknnya Lata Kashmir, Lata Renyuk dan Lata Janggut dan sebangainya. Terima kasih kepada YB Exco Pelancongan turut mempromosikan kawasan tersebut. Hari ini saya cadangkan satu lagi lokasi baharu iaitu satu tempat yang pernah menerima kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang MB Kelantan dalam Program Meraikan pada 19 April 2023 di Kampung Kubur Datu Sejuk. Tempat ini amat sesuai supaya portfolio pelancongan dan agensi pusat di bawah pembangunan luar bandar seperti KESEDAR dapat sama-sama membangun kawasan ini. Dun Kuala Balah telah membantu sedikit untuk membaiki kawasan tersebut. Aktiviti pertanian di kawasan tersebut Projek Tadahan Rahmat Kuala Balah berjalan dengan baik di bawah selian Jabatan Pertanian Jeli.

Speaker

2 minit lagi Yang Berhormat.

Penggunaan tanah di terbiar seluas 30 hektar dengan cara berkelompok berkuasa ini boleh dibanggakan dengan ukuran di antara mereka setarik dengan ukuran mereka dan terima kasih saya ajukan kepada Yang Berhormat Exco Pertanian kerana bantuan baja organik dan peralatan pertanian untuk memajukan usaha petani ini. Saya juga ingin memohon supaya tapak pemasaran hasil pertanian kelompok dapat dibangunkan di sini. Saban tahun kita menempuhi kesusahan musim tengkujuh akhir tahun lepas dan awal tahun ini berlaku tanah runtuh di DUN Kuala Balah. Cukup terkesan dengan penduduk kampung dan pengguna jalan raya. Alhamdulillah walaupun agak sedikit lewat jalan runtuh ke Kampung Janggut Seberang Batu Melintang masih belum selesai sepenuhnya.

Saya perlu meminta supaya perkara ini dilihat dengan lebih baik. Saya perlu ulang sekali lagi bahawa Jeli telah empat kali dinobatkan sebagai Bandar Paling Bahagia pada tahun 2019. 2019 sijilnya di sampaikan pada tahun 2020. Pada tahun 2021 sekali lagi, 2023 dan juga 2024 tahun pengiktirafan KPKT melalui Pelan Malaysia. Pada tahun 2024 Jeli juga menerima Anugerah Asean Clean Tourist City Standard 2024, 2026 dikeluarkan oleh Kementerian oleh MOTAC. Tahniah kepada semua pihak yang bekerja keras meletakkan Jeli di kecemerlangan ini.

Cabarannya adalah mengekalkan rekod ini untuk masa hadapan. Beberapa hari lepas YB Exco Yang Berhormat Exco Pendidikan memaklumkan semua jajahan di Kelantan telah mempunyai sekolah tahfiz. Sementara Gua Musang dan Kuala Krai dalam proses pembinaan.

Speaker

Masa Yang Berhormat, cukup.

Yaa, saya ingin memohon penghargaan kepada Jeli. Saya dengan sukacita nya menyokong Belanjawaan Tahun 2025 untuk diluluskan. Waallahhualam,

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ

Speaker

Ada sapo-sapo nak ke? Ok, Dabong…

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Yang Berhormat Dato’ Speaker saya meneruskan dengan Perbahasan Bajet 2025, Dabong ingin mengucapkan terima kasih banyak kerana Pejabat Speaker belanja air, napok segar mato belako. Tengahari ni.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dabong diberi peluang untuk sama-sama dalam Bajet 2025 bagi Negeri Kelantan pada kali ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker suka Dabong menarik perhatian semua untuk sama-sama kita tekuni iaitu:

Pertama KDNK sektor pertanian di Malaysia catat kadar sederhana tetapi hanya menyumbang 7.5 % terus kepada ekonomi Negara (2021-2023) dan bagi Negeri Kelantan. Sektor pertanian mengalami kerosotan iaitu 1.2 % 2021, 2023.

Yang kedua RMK 13 menekankan keperluan untuk meningkatkan produktiviti pertanian melalui inovasi teknologi seperti IoT dan automosi pertanian. Dan yang ketiga RMK 13 mencadangkan pembangunan pelancongan berasaskan komuniti dan budaya sebagai peluang untuk pemancu ekonomi tempatan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kelantan perlu menggalakkan transformasi sektor pertanian melalui penggunaan teknologi seperti IoT dan automasi. Yang bukan sahaja akan meningkatkan hasil dan produktiviti tetapi juga memberi nilai tambah kepada dapatan rakyat luar bandar terutamanya petani-petani kecil. Dalam menyokong RMK 13 Kerajaan Negeri boleh memperkenalkan agro pelancongan berasaskan komuniti dengan memanfaatkan potensi kawasan seperti Dabong. Mengabungkan elemen dan pertanian untuk memberi peluang pekerjaan dan menjana ekonomi tempatan. Melalui pelaburan strategik dalam RMD dan infrastruktur digital. Kelantan boleh menjadikan sektor pertanian dan pelancongan sebagai pemangkin utama ekonomi, sekaligus memastikan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Gunung Stong megah berdiri, Air Terjun Jelawang indah mempesona, Rakyat Dabong cekal berdiri, Mohon bajet demi hidup sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Yang pertama pertanian sumber kehidupan dan ekonomi negeri Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan turut memberi perhatian kepada sektor pertanian dengan peruntukkan sebanyak RM2.5 juta untuk galakkan pertanian dan ternakan, dan RM 1.8 juta untuk subsidi baja.

Inisiatif ini selari dengan agenda “Kelantan Jelapang Makanan” untuk menjadikan negeri ini hub pengeluaran makanan utama. Justeru, apakah langkah Kerajaan untuk memanfaatkan potensi Lojing Highland sebagai pusat hasil pertanian bernilai tinggi seperti sayur dan durian.

Adakah Kerajaan Negeri berhasrat melibatkan kerjasama dengan Thailand untuk eskport pasaran hasil pertanian?

ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ل ﻗﺎ :

ِ ِ ِ ن ﻮ ﻨ ﻣ ﺆ ﻣ ِۦ ﻪ ﺑ ﻢ ﻧﺘ أَ ِیۤ ﻟﱠﺬ ٱ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ا۟ ﻮ ﱠﻘ ـ ﺗ ﺎ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﻼ َـٰ ﻠ ﺣ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻢ ﻜ ُ ﻗ ﱠﺎ ﳑ ا۟ ﻮ ُ ﻠ ﻛ ُ ُ ُ َ ُ َوَ ُ َ وَٱ ِّ َ ُ ُ رَزَ [Surah Al-Māʾidah: 88]

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. Dabong turut menekankan agar Kerajaan Negeri memperluaskan program organik dengan insentif yang menarik kepada petani muda untuk terlibat dalam sektor ini.

Sawah menghijau subur tanaman, Hasil petani penuh harapan, Bajet pertanian beri tumpuan, Rakyat Dabong perlukan sokongan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Yang kedua pelancongan potensi Kelantan sebagai destinasi pilihan. Bajet yang dibentangkan memperuntukkan RM5.47 juta untuk program pelancongan dan kebudayaan termasuk RM1 juta untuk Tapak Warisan Kampung Laut. Dan RM0.25 juta untuk agro pelancongan Rong Chenok.

Tidak dinafikan bahawa pelancongan adalah sektor strategik untuk menjana pendapatan negeri dan memelihara warisan budaya Kelantan.

Namun ia perlu dipergiatkan lagi promosi kawasan-kawasan yang menarik di seluruh negeri Kelantan.

◌ ِ ِ ِ ِ ِ ◌ ﻪ ﻗ ﻦ ﻣ ﻮ ُ ﻠ ﻛ ﺎ ﻬ ﺒ ﺎﻛ ﻨ ﻣ ﰲ ﻮ ﺸ ﺎﻣ ﻓ ﻻ ً ﻮ ُ ﻟ ﻻ ا ﻢ ﻜ ُ َ ﻟ ﻞ ﻌ ﺟ ﻟﱠﺬ ا ﻮ ﻫ ﻪ ﻴ َ ﻟ ُ َ ُ َ ذَ وَاِ رِّزْ ْ ْا وَ َ َ ِْ ْا ْ ْ َْرْضَ ُ َ َ َ ِيْ َ ُ ْ ﻮ ﻟﻨﱡﺸ ا ْرُ ُ “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."

(Surah Al-Mulk: 15)

Ayat ini menggalakkan kita untuk menerokai bumi, yang selari dengan konsep pelancongan. Dabong adalah kawasan yang kaya dengan potensi semula jadi, sesuai untuk dimajukan sebagai hub pertanian moden dan eco pelancongan. Jemputlah ke Dabong dan rasai sendiri keajaiban ciptaan Allah yang ada di bumi Kelantan iaitu di kawasan Dabong.

Gua Gelap jadi tarikan, Pelancong datang memuji keindahan, Mohon bajet pelancongan disalurkan, Ekonomi tempatan terus digagahkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menonjolkan kepimpinan Kelantan yang bijak mengimbangi keperluan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, terutama melalui sektor pertanian dan pelancongan. Dengan pendekatan strategik seperti pembangunan teknologi pertanian dan promosi budaya, Kelantan mampu menjadi contoh negeri yang progresif tanpa meninggalkan asas Islam sebagai pandua utama. Marilah kita menyokong Bajet ini sebagai langkah berani untuk membawa Kelantan ke tahap yang lebih cemerlang di dunia dan akhirat. Dengan Islam jadi pedoman, Bajet disusun penuh keberkatan, Dabong maju, rakyat diutamakan, Doa dipanjat kepada Tuhan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dabong menyokong Bajet yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar Kelantan.

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ﻴ ﻠ ﻋ َ ُ ُ َ ﻟﺴﱠﻼ ُا ُ َ ـَ وَ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan. Persidangan akan disambung semula pada jam 2.30 petang. Terima kasih.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM12.57 TENGAHARI DAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 2.30 PETANG.

PERSIDANGAN DISAMBUNG SEMULA PADA 2:30 PETANG

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Perbahasan disambung semula. Silakan.

Ado nok bangun ? Okay Kota Lama.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا , ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker Dato’ Sri Amar D’Raja Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai kerajaan izinkan saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Yang Berhormat Dato’ Mohd Nassuruddin Mohd Daud atas pembentangan Belanjawan 2025 pada 21 November yang lalu. Terima kasih Dato’ Speaker atas kesempatan diberikan untuk Kota Lama mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan 2025 sebagai memainkan peranan semak dan imbang mewakili suara rakyat Kota Lama, saya menggunakan panduan dan semangat

ا ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ ﻰ َ ﻠ ﻋ ﱪ ْ ﻟ ا ﻮ ﱠﻘ ـ ﻟﺘ ◌ ﻻ َ ا ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ ﻰ َ ﻠ ﻋ ﰒ ِْ ِْ ﻹ ا ﺪ ﻌ ْ ﻟ ُ ـَ ْ ُ ـَ وَ َ وَ َ ِِّ َىٰ وَا وَ وَ َ َ ْوَانِ ُ وَا

Maksud : Dan tolong-menolong lah dalam kebajikan dan takwa dan jangan kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran.

(Al-Maidah, Ayat 2)

Sehubungan dengan ini, saya minta kenyataan terakhir YB Jelawat tadi ye ditarik balik kerana bagi saya melanggar Peraturan Dewan 46 (XIII) (a) menyindir ahli lain membuat niat serong dan tiada peluang saya untuk mendapatkan penjelasan apa yang sebenarnya dia nak sebutkan tu sebenarnya…

Speaker

(MENCELAH)

Hanya Speaker yang boleh arahkan tarik balik, Yang Berhormat.

Saya mohon…

Speaker

(MENCELAH)

Tidak mohon… sepatutnya Yang Berhormat membangkitkan sewaktu dia berucap menggunakan Peraturan Mesyuarat.

Mencari timba si anak dara Di bawah sarang burung tempua Perbahasan Belanjawan sudah dibuka Kota Lama tampil berbahas sama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Belanjawan 2025 yang berjumlah RM1.45 bilion yang dibentangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini adalah belanjawan deϐisit untuk kesekian kalinya deϐisit belanjawan bagi tahun 2025 menunjukkan penurunan yang ketara daripada RM178.49 juta pada tahun 2024 kepada RM93.02 juta pada tahun 2025. Usaha Kerajaan Negeri kearah mencapai keseimbangan bajet ini boleh dipuji. Namun, bila kita halusi Belanjawan tahun depan ini ianya juga berkurang sebanyak RM162.5 juta berbanding RM1.6 bilion tahun lalu. Pengurangan yang ketara ini dilihat pada perbelanjaan pembangunan yang dikurangkan kepada RM361.3 juta daripada RM468.3 juta tahun 2024. Pengurangan sebanyak RM107 juta. Telah disebutkan ini adalah ia mungkin antara usaha mencapai keseimbangan dalam penyediaan Belanjawan, namun perlu untuk kita sama-sama tahu perbelanjaan pembangunan sektor manakah yang telah dipotong atau dikurangkan.

Pendapatan dijangka meningkat daripada RM967.25 juta pada tahun 2024 kepada RM997.26 juta pada tahun 2025. Peningkatan sebanyak RM30.1 juta dengan sumbangan terbesar daripada hasil tanah dan terimaan daripada Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan yang tidak berbelah bagi dan sememangnya wajar diberikan kredit yang sewajarnya. Justeru tak betul kalau sebut Kelantan

di anak tirikan. Jadi bila dilihat pada pendapatan dari hasil bukan cukai yang menurun, saya mahu bertanya apakah plan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan…

(MENCELAH) Minta laluan… Melor minta laluan.

Speaker

Melor minta laluan, boleh Yang Berhormat ?

Sebab saya pendek je dan saya mahu menghabiskannya. Terima kasih.

Speaker

Dia tidak benarkan Yang Berhormat.

Lain kali… Apa plan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan di bahagian ini, adakah daripada pelancongan ataupun pelaburan langsung asing atau FDI perlu ada pelan strategik yang akan meningkatkan hasil lebih mampan. Kalau kita lihat pada Bajet tahun 2025 ini hasil paling besar adalah cukai dan terimaan daripada Kerajaan Pusat. Keadaan ini bagi saya amat tidak lestari dan boleh membebankan rakyat dalam masa jangka panjang sebab cukai digunakan untuk jana pendapatan Kerajaan Negeri. Walaupun model cukai ini ada kebaikannya namun perlu ada timbang tara supaya rakyat tidak terbeban di masa akan datang dengan kenaikan cukai. Secara amnya, penurunan Bajet tahun 2025 ini menunjukkan komitmen yang baik untuk mengurangkan deϐisit. Namun begitu, Kerajaan Negeri perlu fokus kepada isu utama yang menjadi punca kepada deϐisit…

Yang Berhormat Speaker, Peraturan Mesyuarat 46 (5)

Speaker

46…

46 (5) Peraturan Berbahas seseorang ahli hendak lah jangan membaca ucapannya. Nampaknya Kota Lama membaca ucapan.

Speaker

Kurangkan melihat teks.

Sebab sebut Jelawat tadi, jadi Jelawat ni..

Betul la tu Jelawat. Rilek rilek rilek. Ore lain baca jugok mugo nok sampai masanya... nak cepat masanya. Jadi… haa hile doh hok mano sor doh ni. Haa Allah behi gi kacau lah ni. Jadi sebenarnya Kerajaan Negeri bagi saya perlu fokus, dia kena lihat kepada isu utama, perlu ada kerjasama daripada semua pihak untuk duduk semeja bagi menangani isu ini. Bajet deϐisit pada tahun ini secara amnya hanya lah menangani simptom atau gejala kekurangan sumber tetapi tidak menangani isu sebenar yang diperlukan Kelantan iaitu isu penjanaan pendapatan Kerajaan Negeri.

Jadi sebagai contoh perlu ada pelan untuk meningkatkan pendapatan melalui foreign direct investment tadi kerana dalam Bajet 2025 walaupun ada inisiatif untuk menaikkan ekonomi khas (SEZ) Malaysia-Thailand, namun ianya bagi saya masih tidak cukup untuk menangani isu meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri. Kita perlu usaha yang lebih besar. Selain itu, saya nampak RM0.9 juta ataupun RM900 000 je diperuntukkan untuk menarik pelabur asing dan domestik. Bagi saya ia adalah satu jumlah yang relatifnya kecil untuk menarik pelabur, pelaburan yang lebih besar.

Jadi antara kejayaan Kerajaan Persekutuan dalam menangani sosioekonomi rakyat adalah dengan berjaya menurunkan kadar inϐlasi kepada 1.8% dan pengangguran turun ke tahap yang stabil 3.3%. Namun, di Kelantan ini kalau kita tengok di Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran kita masih ye walaupun menurun dariapada 4.1 tapi dia masih lagi tinggi 3.7%. Kalau PMX boleh menarik pelaburan sebanyak RM180 bilion untuk separuh pertama tahun 2024, maka apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat selain daripada menarik pelabur-pelabur luar ye. Sebab peningkatan yang menjadi satu ukuran kepada bertambah peluang-peluang bagi rakyat kita untuk mencari naϐkah di negeri ini berbanding terpaksa merantau keluar mungkin ke Selangor ataupun ke Pulau Pinang.

Menarik juga, ramai dah sebutkan tentang Belanjawan tahun ini dari sudut KDNK yang merekodkan peningkatan 2.6% daripada tahun 2023. Namun, secara keseluruhannya Ahli Dewan sekalian, Kelantan adalah negeri yang ke-13 tertinggi menyumbang 1.8% daripada keseluruhan KDNK Malaysia. Harapan kita adalah supaya Kelantan dapat mensasarkan pencapaian lebih baik dengan meletakkan mungkin target yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sepertinya ada penurunan bajet berkaitan kesejahteraan rakyat. Penurunan ini harus dilengkapi dengan pelan yang ampuh daripada Kerajaan Negeri untuk menyantuni rakyat daripada aspek program sosial dan pembangunan untuk rakyat. Kuncinya adalah kepada priority satu dan program bersasar. Jadi mungkin saya sebutkan keperluan Kota Lama dalam sudut ini dimana bila kita kaji penduduk Kota Lama mereka memang mahukan pembangunan dan peningkatan kualiti hidup ini. Dari sudut sosioekonomi, daripada sudut infrastruktur, daripada sudut pendidikan sepanjang hayat termasuk TVET dan mereka juga mahukan kesihatan yang mampan termasuk kesihatan mental.

Maka jangan lupa juga bagi kita juga kita sedang menghadapi fenomena warga ataupun negeri kita yang menua kerana mungkin kita pun bertambah hayatnya. Maka fenomena termasuk di Kota Lama kita dapati warga tua, warga emas menjaga warga emas dan kita tahu bila dia dah berumur ni dia tokleh wat kijo doh, maka dengan itu dah lah tokleh kijo, dio masuk dalam golongan miskin dan banyak penyakit pula. Jadi ekonomi penjagaan atau care economy mesti menjadi satu perkara yang kita perlu bincangkan.

(MENCELAH) Kota Lama mohon mencelah..

Speaker

Ada 2 minit… Yang Berhormat ada 2 minit.

(MENCELAH) Boleh mencelah Kota Lama ?

Memang takde masa lah 2 minit je ni..

(MENCELAH) Sikit ah sikit…

Tak boleh… sikit pun tak boleh..

Speaker

Dia tak benar.

Jadi ye tuan-tuan dan puan-puan maka dengan itu bagi saya apa yang perlu tumpukan dalam hal ini adalah pembangunan rakyat Kota Lama juga mahukan pembangunan Kota Lama itu pergi ke Kota Lama. Jadi saya mesti sebutkan bahawa mereka setakat ini ada sebahagian rakyat Kota Lama yang masih dinaϐikan tak dapat Rumah Dhuafat, dia mungkin ada tak dapat beras Al-It’ am dan berbagai-bagai lagi kemudahan yang dinikmati di tempat lain. Saya pergi ke seterusnya iaitu tentang kesejahteraan sosial. Ye saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini, teras pertama Belanjawan iaitu pembangunan sahsiah yang diperuntukkan dengan peruntukan yang begitu besar melalui sekolah YIK, KIAS dan ILDAN. Kita mungkin boleh berbangga ye dengan pencapaian yang disebutkan dalam Dewan ini tapi kita tidak boleh menutup mata terhadap apa yang berlaku di bawah. Kajian Mobiliti Dan Kesihatan 2022 mendapati remaja kita paling tinggi tuan-tuan. Nasionalnya dia panggil kelaziman atau prevalence gejala seksual remaja ni 7.5%

(MENCELAH) Sekali lagi Kota Lama. Mohon mencelah, Kota Lama… sekali lagi. Pasal isu yang sama.

Speaker

Jelawat minta laluan.

Tak bagi laluan kerana pendek tinggal 2 minit je. Minta maaf Jelawat ye. National ϐigure kita 7.6%...

(MENCELAH) Juga isu yang sama. Kota Lama.. Isu yang sama..

Tetapi kita tuan-tuan adalah 9.5%. Saya ulang ini bukan memburukkan kerajaan. Tapi saya nak kita sedar bahawa kita berhadapan dengan perkara ini. Jadi kalau ada kejayaan daripada sudut pendidikan kita ye kita berbangga dengan kehebatan kita boleh bina 30 000 pelajar-pelajar kita di sekolah YIK tapi kita jangan lupa ada lagi masyarakat kita bila saya pergi ke Hospital Raja Perempuan Zainab contohnya…

(MENCELAH) Melor minta laluan..

Speaker

Masa Yang Berhormat cukup. Masa dah cukup.

Bahawa anak-anak kita tuan-tuan dan puan-puan masuk hospital kerana kesan sampingan daripada sumbang mahram dijangkiti penyakit dan sebagainya. Jadi saya berharap ye last word ni…

Speaker

Masa dah cukup Yang Berhormat.

Ye saya akan habiskan. Saya mengambil serius dapatan ini dan saya berharap kita semua dapat melihat permasalahan di tempat kita ini secara holistik dan In Shaa Allah mudah-mudahan kita dapat menjalankan tugas kita, menjaga penjuru kita ye, masing-masing menjaga. Dan In Shaa Allah hari ini saya menunaikan tugas saya, menjalankan peranan semak dan imbang untuk bersama-sama In Shaa Allah menyokong Bajet 2025 yang telah dibentangkan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و

Speaker

Ada lagi ? Chempaka.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, pertamanya saya mengucapkan terima kasih dan tahniah atas peruntukan dibawah Teras Pemerkasaan Kesejahteraan Komuniti yang diperuntukkan sebanyak RM69.21 juta bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tujuh sektor yang dikenalpasti sebanyak RM96.01 juta. Kita juga melihat muka surat 17 Ucapan Belanjawan peruntukan sebanyak RM62 juta untuk kebajikan rakyat, RM7 juta untuk pemberdayaan wanita dan pelbagai inisiatif yang dirancang bagi memastikan rakyat mendapat bantuan yang mereka perlukan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, namun disebalik angka-angka yang saya sebutkan tadi saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang lebih 1 tahun berkecimpung menjadi wakil rakyat terutama sekali ketika turun bersama Skuad Kita Cakna yang bertugas turun padang menemui rakyat di berbagai kawasan terutamanya di kampung-kampung dan di rumah-rumah mereka. Malah petang semalam pun ada yang datang ke rumah. Apa yang kita temui sangat menyentuh hati. Kebanyakan penerima bantuan adalah terdiri dari wanita yang usia mereka dalam lingkungan 35 hingga 55 tahun yang hidup dalam kesusahan akibat pengabaian oleh suami-suami mereka. Mereka datang dari pelbagai latar belakang, namun satu persamaan yang jelas adalah mereka terpinggir dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mereka ini sering kali berada dalam keadaan yang sangat sukar untuk makan minum sendiri apatah lagi untuk membesarkan anak-anak tanpa bantuan dari suami yang sepatutnya menjadi pelindung dan penyedia untuk keluarga mereka.

Ketika mereka datang memohon bantuan ramai yang menghadapi halangan kerana status perkahwinan mereka yang masih sah dengan suami walaupun suami mereka telah lama tidak memberi naϐkah ataupun berperanan sebagai ketua keluarga. Ini adalah merupakan satu masalah sosial yang serius dan mencabar yang perlu ditangani secara lebih holistik. Walaupun kita di peringkat PKD, mungkin boleh memberi bantuan sekali-sekala seperti melalui Program Al-It’am, Bantuan Orang Miskin (BOM) dan sebagainya. Masalah ini sebenarnya lebih besar daripada masalah bantuan kewangan. Masalah ini berkaitan dengan pendidikan dan pemahaman masyarakat mengenai konsep wali ataupun boleh kita namakan sebagai konsep lelaki Qawwam.

Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, saya percaya bahawa konsep wali dan lelaki Qawwam ini perlu diberikan perhatian yang lebih mendalam. Lelaki di Negeri Kelantan harus diberi kesedaran, dididik dan dibimbing dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pelindung keluarga yang bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyediakan naϐkah tetapi juga untuk menjaga kesejahteraan mental, ϐizikal dan spiritual ahli keluarga mereka. Mereka perlu dipupuk untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab yang menjaga agama, kehidupan dan keharmonian keluarga.

Sebagai ketua keluarga, lelaki adalah wali yang sepatutnya memastikan keselamatan dan maruah ahli keluarga yang berada di bawah tanggungjawabnya. Jika mereka gagal menjalankan peranan ini maka

segala tanggungjawab ini akan beralih kepada wali yang seterusnya berdasarkan asobah yang ditentukan dalam hukum syarak. Dengan memperkasa peranan lelaki sebagai wali banyak masalah sosial yang melibatkan institusi keluarga boleh diselesaikan termasuklah isu penderaan, pengabaian dan ketidakadilan dalam keluarga.

Sebab itu pada hemat saya Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, agenda pemerkasaan lelaki sebagai Qawwam adalah sama penting dengan agenda memperkasakan wanita. Kita perlu memastikan lelaki di Negeri Kelantan sejak dari usia kanak-kanak lagi, dibentuk dengan nilai-nilai kepimpinan yang baik agar mereka menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli keluarga serta memimpin mereka untuk mentaati perintah Allah. Hanya dengan cara ini kita dapat mencipta keluarga yang sejahtera dan masyarakat yang harmoni sesuai dengan tema Belanjawan kita.

Kita tidak mahu Gerakan Child-free yang heboh 2-3 bulan yang lepas terus berleluasa. Saya percaya bahawa antara sebab pemikiran ini timbul adalah lantaran bila suami kurang mengamalkan sikap melindungi wanita maka tiada Sakinah dalam keluarga lalu timbul lah agenda “child-free” ini kerana mereka rasa terbeban dan serabut. Anak bukan lagi anugerah Wal’iyadzubillah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menegaskan bahawa ini bukan lah maksud menggambarkan wanita sebagai lemah ataupun tidak berupaya menguruskan keluarga sebaliknya ia menekankan peranan lelaki sebagai pemimpin dan pelindung kepada keluarga yang akan membimbing mereka ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Dalam konteks ini lelaki bukan sahaja harus menjaga kebajikan material tetapi juga membimbing isteri dan anak-anak agar tetap teguh dalam agama, akhlak dan kehidupan yang sejahtera.

Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, seingat saya konsep lelaki Qawwam ini sebenarnya pernah diwar-warkan oleh Exco Wanita pada suatu ketika dahulu. Saya difahamkan konsep tersebut juga telah diadaptasikan oleh JAKIM sekitar tahun 2022 semasa kita memerintah di peringkat Pusat dahulu. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan sama ada konsep ini telah dijelmakan sebagai Dasar Kerajaan Negeri ataupun sebenarnya ia berada di mana pada masa sekarang ini. Sekiranya ada pohon lah dijelmakan di alam nyata dengan program ataupun penerangan yang sewajarnya. Tetapi jika sekiranya ia masih lagi belum wujud saya

mencadangkan agar ianya diwujudkan bagi memastikan kelestarian dan keberdayaan kepada kesejahteraan yang menjadi tema Belanjawan kita pada kali ini.

Saya juga berbesar hati sekiranya pandangan dari panel penggubal Pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan sebelum ini untuk memperkemaskan semula enakmen tersebut khususnya pada Bahagian 6 dengan memasukkan peruntukan berkaitan turutan wali bagi menjamin kesejahteraan wanita dan anak-anaknya dapat diterima oleh pihak yang menjadi penggubal seterusnya itu penyemak kepada gubalan tersebut. Agar selepas ini bila mana berlaku pengabaian, pihak-pihak boleh terus ke mahkamah untuk mewajibkan pembayaran naϐkah ditanggung oleh pihak yang sepatutnya.

Seterusnya, yang kedua Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, saya juga menyambut baik peruntukan sebanyak RM12.50 juta dalam Belanjawan 2025 bagi tujuan pengisian perjawatan di jabatan-jabatan kerajaan negeri sehingga mencapai 85% kapasiti, ini di dalam muka surat 20 Ucapan Belanjawan. Langkah ini amat penting untuk meningkatkan pelaksanaan dasar kerajaan memperkukuhkan kecekapan tadbir urus serta mengukuhkan hasil negeri dan perkhidmatan kepada rakyat. Namun begitu, saya juga berharap agar Kerajaan Negeri juga perlu mengambil kira penjawat urusetia Kerajaan Negeri termasuk dalam pelarasan gaji 15% seiring dengan SSPA ini. Penjawat awam… penjawat urusetia juga telah memainkan peranan yang amat signiϔicant sekali gus menjadi tongkat serandang dalam memastikan kelangsungan pelaksanaan Dasar Membangun Bersama Islam selama ini.

Apa yang saya difahamkan bahawa Kerajaan Persekutuan ada menyatakan akan memberi pelarasan gaji 15% kepada pegawai berstatus kontrak sebagaimana yang ada pada Perenggan 190 hingga 192 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 2024. Pegawai kontrak juga dianggap sebagai pegawai kerajaan dibawah undang-undang yang sama walaupun mereka dilantik secara kontrak dan tetap tertakluk juga kepada apa-apa undang-undang dan pekeliling yang melibatkan pegawai kerajaan. Maka seharusnya mereka juga menikmati peningkatan 15% tersebut.

Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco Kerjaraya dan Infrastruktur atas keprihatinannya untuk turun bersama-sama meninjau keadaan traϐik di Simpang Empat Sabak tempoh hari. Dan hasilnya

Alhamdulillah, JKR Negeri telah selesai membuat turapan jalan dari airport ke Simpang Empat Sabak yang telah siap licin sekarang ini, tidak lagi degup-degup. Cuma sekarang ini pihak kami masih lagi menunggu laporan trafϔic ϔlow untuk penambahbaikkan seterusnya untuk trafϔic light di kawasan tersebut. Cuma pada kesempatan pada hari ini saya sekali lagi memohon jasa baik dari Kerajaan Negeri untuk melihat keperluan naiktaraf jalan yang menghubungkan di antara DUN Kijang dan DUN Chempaka dari simpang tiga Kedai Buloh ke simpang tiga Airport Pengkalan Chepa yang jika mana dilihat pada masa sekarang ini teramat besar volume traϐiknya. Kebanyakannya bermula dari DUN Kijang, saya merasakan bahawa sudah sampai masanya jalan tersebut dinaiktaraf kepada jalan tersebut dan semoga hubungan baik selama ini di antara Kijang dan Chempaka bertambah erat adanya.

Akhir sekali, Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah di atas Ucapan Belanjawan pada kali ini. Dan dengan ini saya mohon untuk menyokong. Sekian terima kasih.

Speaker

Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Pohon selasih di dalam kolam, Anak haruan berbelang-belang, Terima kasih saya ucapkan, Kepada Tuan Speaker yang membenarkan yang memberi peluang.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Saya nak memulakan ucapan saya Perbahasan saya hanya bersekitar kepada pelan pembangunan bagi Gual Ipoh. Sebagaimana yang… Dato’ Exco suko selalu. Sebagaimana yang tuan-tuan maklumi dan saya pun sukar nak menjelaskan kepada umum bahawasanya Gual Ipoh perlu mendapat perhatian ataupun sentuhan yang lebih berbanding dengan DUN-DUN lain. Kenapa saya berkata demikian, kerana faktor geograϐi

Gual Ipoh yang sukar dihubungi melalui daerah selatan… di selatan… sebelah selatan. Sebagaimana yang kita tahu, ada jalan-jalan yang boleh dihubungi dengan daerah di sebelah selatan bagi pihak… bagi DUN Gual Ipoh. Dan dia bukan sahaja untuk perkembangan dan pembangunan Gual Ipoh semata-mata. Malahan dia turut dikongsi oleh daerah-daerah di sebelah selatan apabila jalan-jalan ini diberi perhatian.

Yang pertama ambo nok sebut jalan daripada Kampung Panjang ke Kampung Sokor yang akan berhubung dengan Pasir Kelang apabila jambatan satu hari nanti siap di Pasir Kelang jalan ini menjadi perhubungan yang utama laluan alternatif bagi ore Kuala Krai nok ke Tanah Merah. Namun saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah pun meluluskan penyelenggaraan jalan ini.

Pertama, senarai jalan-jalan yang diluluskan di bawah peruntukan MARRIS konsesi Jajahan Tanah Merah bagi tahun 2024. Yang pertama, kerja-kerja menyelenggara jalan Kampung Panjang ke Kampung Sokor di DUN Gual Ipoh sebanyak RM1 765 000. Yang kedua, kerja-kerja penyelenggaraan jalan daripada Kampung Ladang Kerilla ke Kampung Kuala Tiga sebanyak RM346 500. Dan yang ketiga, adalah kerja-kerja penyelenggaraan jalan daripada Kampung Sokor ke jambatan kecil di Kampung Buyung yang bersempadan dengan Kuala Krai sebanyak RM 53 000. Yang pada keseluruhannya berjumlah… berjumlah RM2 164 500.

Jadi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada Kerajaan Negeri melalui Exco Infrastruktur ni yang selalu apabila ambo bangun dio suko sokmo kerana telah meluluskan jalan-jalan ni. Namun saya minta supaya jalan ini dinaiktaraf dan kalu boleh berlaku pengambilan alihan tanah estet supaya jalan ini menjadi Jalan Persekutuan memandangkan ia bersambung dengan jambatan di Pasir Kelang suatu hari nanti walaupun projek itu dikategorikan sebagai projek sakit. Tapi pada suatu hari dia tetap akan siap dan ia menjadi laluan alternatif sebagaimana saya kata tadi.

Keduanya adalah jalan daripada Biak ke Perala. Jalan ini telah lulus ataupun telah ada dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-12, namun entah macam mana sehingga ke saat ini masih belum dapat terlaksana. Kalau ada sekatan ataupun halangan-halangan di pihak negeri kita harap kita permudahkan supaya jalan daripada Kampung Perala ke Biak ni menjadi realiti. Sebab jalan ini bukan sahaja memberi kemakmuran dan

kesejahteraan ekonomi kepada Gual Ipoh malahan kepada Biak, Dabong dan Jelawang dan sebagainya. Ambo nok jugok lah gi buleh minum kopi dengan Ku Zaki ataupun Yang Berhormat Dabong. Tadi boleh gi Mengkebang. Loni tokleh gi.

Jadi yang ketiganya adalah jalan daripada Hulu Bertam ke Jerimbong di Kuala Balah… YB Kuala Balah. Jadi jalan ni hanya sekitar dalam 30 kilometer juga tetapi kita malangnya sampai hari ini tak ada laluan boleh menghubungi antara Hulu Bertam dengan Jerimbong di Kuala Balah.

Dan yang terakhir, banyak ni jalan ni. Yang terakhir adalah satunya jalan yang hanya sekitar 12 kilometer sahaja iaitu jalan di antara Hulu Bertam ataupun Air Naga ke Air Chanal. Dimana boleh lah di Air Chanal pun dale Majlis Daerah… dale pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah, di Air Naga pun di dalam sama-sama Tanah Merah. Jadi malangnya jalan tidak ada ambo dengan Bukit Bunga ni berjiran sebenarnya tapi pun tak boleh pergi. Jadi daerah-daerah selatan ni sebenarnya yang menyebabkan tidak ada jalan dan manakala di sebelah Machang pula kita terpisah oleh Sungai Kelantan. Jadi itu lah yang menyebabkan geograϐi di Gual Ipoh sehinggakan pasar raya pun boleh tidak ada, stesen minyak yang proper pun tidak berlaku, malahan kedai 24 jam pun tiada. Jadi harap-harap dengan adanya jalan-jalan perhubungan ini ia pun boleh memberi nafas baru kepada kawasan ataupun DUN Gual Ipoh.

Yang keduanya, untuk perkembangan dan kemajuan generasi muda. Sebagaimana yang kita tahu bahawa anak-anak muda kita ini adalah kegemaran utama dia adalah bersukan termasuk bola sepak dan sebagainya. Jadi di Gual Ipoh, kita sudah dapati satu kawasan masih lagi reserve Kerajaan. Dan melalui Mesyuarat Jawatan Hal Ehwal Tanah, kita telah gazetkan di Pejabat Tanah dan Jajahan iaitu satu kawasan untuk membina kompleks sukan bagi DUN Gual Ipoh dan kawasannya yang pada jangkaan awalnya hanya campur tolak 10 ekar. Malahan setelah mendapat makluman daripada SO ataupun pihak Pejabat Ukur yang sebenarnya kawasan dia adalah sebanyak 15 ekar. Jadi untuk kompleks sukan Gual Ipoh ni bukan lah kata kita nak buat sampai jadi macam mini stadium serentak, namun kita boleh layout plan untuk pembinaan berkenaan ni kompleks sukan ni bersama Majlis Daerah Tanah Merah. Dan Majlis Daerah Tanah Merah telah pun mengangkat permohonan secara rasmi kepada Pejabat Tanah dan Jajahan untuk mendapat perakuan bagi untuk penyelenggaraan mini stadium bagi Gual Ipoh.

Untuk makluman, di Tanah Merah masih tidak ada mini stadium atau kompleks sukan. Pasir Mas ada, di Ketereh pun ada. Tetapi kita tidak ada padang ataupun rizab rekreasi permainan bagi generasi muda belia kita. Jadi padang ini In Shaa Allah akan lengkap dengan padang bolanya, dengan trek balapan, ada futsal, ada volleyball, ada takraw, mungkin ada taman permainan kanak-kanak bersekali dengan kiosk-kiosk jualan, ada surau, ada tandas dan sebagainya. Jadi pelan untuk penyelenggaraan ini In Shaa Allah kita akan mula juga dengan Yang Berhormat Exco yang mana portfolio saya untuk menyiapkan padang bola pada tahun 2025 In Shaa Allah terlebih dahulu. Dan yang… jangan ketawa lah.

Yang ketiganya… yang ketiganya ambo nok sebut berkaitan dengan Guillemard lah. Untuk Dewan sudah dimaklum bahawa Guillemard akan menjadi satu ikon pelancongan bagi Negeri Kelantan. Jadi sudah tentu penambahbaikannya amat lah perlu. Sebelum tu, saya nak menjunjung kasih kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra bersama bonda Tuanku Raja Perempuan Yang Teramat Mulia Tengku Anis Bin Tengku Abdul Hamid yang telah mencemar duli hadir merasmikan 100 Tahun Guillemard Bridge sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V. Jadi pihak saya merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak penduduk dan masyarakat Gual Ipoh khususnya kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menjayakan program berkenaan. Tak lupa juga kepada jabatan-jabatan dan agensi yang terlibat khususnya Majlis Daerah Tanah Merah bersama dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan juga Keretapi Tanah Melayu Berhad. Jadi Alhamdulillah hari ini Guillemard telah tersohor dan dikenali, namun beberapa pelan untuk mengangkat Guillemard lebih lagi adalah perlu dilaksanakan.

Yang pertamanya saya ingin mencadangkan satu laluan jalan keluar daripada Guillemard. Sebagaimana kita pergi pada tempoh hari melalui jalan yang sama dan kita keluar melalui jalan yang sama iaitu jalan daripada Guillemard kepada Cherang Lali yang hanya sekitar tak sampai 1 kilometer bersama dengan satu jambatan tapi apa yang lebih penting apabila terlaksananya jalan ini masyarakat yang terkepung banjir di Kusial Baru akan bebas banjir. Buat masa ini apabila berlaku banjir di Chekok Ipoh tidak boleh dilalui, maka di sebelah sana Sungai Kelantan, di sebelah sini jalan keretapi mereka terkepung. Tetapi dengan adanya jalan ini bukan sahaja kesesakan Guillemard boleh diatasi, malahan masyarakat boleh keluar bila berlaku banjir.

Yang keduanya adalah jalan Persisiran Sungai Kelantan iaitu daripada Persisiran Kusial Baru sehingga ke Kota Harmoni dan jalan ini telah pun saya mulakan sehingga ke muara Sungai Kusial. Cuma jalan ini hanya sekitar 1.58 kilometer. Jalan ini berharap menjadi satu jalan persisiran sungai untuk trek jogging, berbasikal dan riadah bagi masyarakat Tanah Merah.

Yang ketiganya kita telah mengangkat permohonan kepada pihak RAC Perbadanan Aset Keretapi dan juga kepada KTMB supaya membuka semula Stesen Hentian Sungai Kusial. Dan saya sebut di sini supaya pihak kita juga sama-sama untuk memastikan pihak Persekutuan ni iaitu Kementerian Pengangkutan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan pembinaan semula Stesen Hentian Sungai Kusial berkenaan.

Yang ketiganya, sekarang ini jeti juga sedang dibina. Mungkin suatu hari nanti kita boleh akses Guillemard melalui jeti bermula daripada Tangga Bradley di Kuala Krai ataupun daripada Kota Harmoni malahan di sebelah Paloh Rawa In Shaa Allah. Dan saya suka untuk memaklumkan kepada Ahli Dewan dimana terbaru RAC telahpun mengangkat permohonan kepada Jabatan Warisan Negara untuk mendaftarkan jambatan Guillemard Bridge dibawah harta warisan negara. Telah pun diangkat surat berkenaan. Jadi itu lah berkenaan dengan… bukan apa sebenarnya supaya kegiatan ekonomi dan kemakmuran masyarakat Gual Ipoh yang terkepung tadi, supo terkepung banjir jugok lah sebab tidak ada laluan yang merentasi dia. Masuk ada… sehinggakan dia dilihat sebagai satu gua.. bukan gua sebenarnya gual di sana.

Speaker

(MENCELAH)

Masa Yang Berhormat 2 minit lagi.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Sedikit lagi. Okay seterusnya ambo nok beritahu juga kepada Dewan bahawasanya Gual Ipoh ini adalah merupakan satu kawasan yang tinggi berbukit-bukit. Ia adalah gual yang dimaksudkan tadi menyebabkan satu keadaan dimana kita sering terputus bekalan air dimana tekanan air terlalu rendah kerana kawasannya yang tinggi dan berbukit-bukit. Jadi sebenarnya ambo nok merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri juga dibawah JESAN Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan yang

telahpun membina 2 telaga tiub ni. Satunya di Bechah Laut dan satu lagi di Bukit Nangka telah siap.

Jadi terima kasih, namun begitu bekalan air ini hanya boleh menampung sekitar 50 keluarga ke 80 keluarga sahaja. Selebih daripada cara telaga tiub begini, ada juga digunakan kaedah tandak… air tandak. Namun kaedah air tandak juga boleh menyebabkan ketika-ketika tertentu air ini terputus dengan sebab kemarau kawasan tandak kekeringan apabila berlaku banjir keadaan begini dia boleh menyebabkan air keruh dan tersumbat. Dan ada ketikanya dia dipijak gajah atau disepak gajah dia pecah maka penduduk kekeringan air. Maka justeru itu ambo mohon mencadang ambo di Gual Ipoh ni juga terdapat dua kawasan rizab untuk kawasan tadahan air. Yang pertama adalah di… apa ni…

Speaker

(MENCELAH)

Masa cukup Yang Berhormat.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Sedikit minta dihabiskan, pohon… jadi di.. apa ni.. Lata Hujan tu ada campur tolak 200 ekar, manakala di Hulu Bertam kawasannya adalah campur tolak 500 ekar. Dengan terlaksananya kawasan tadahan air ini kita berharap bukan sahaja Gual Ipoh akan selesai masalah air, malahan keseluruhan ataupun sebahagian daripada daerah Negeri Kelantan dapat diselesaikan berkenaan dengan masalah air.

Akhir sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu bahawasanya Majlis Daerah Tanah Merah telah pun mendapat penganugerahan diamond dalam Pengiktirafan Diamond bagi Kategori Zon Rendah Karbon dalam penyertaan Majlis Daerah pada Low Carbon City 2030 nanti dapat doh penganugerahan.

Speaker

(MENCELAH)

Sila akhiri ucapan. Biar Exco yang isytihar.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Okay.. dah diisytihar. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa saya menyahut cabaran ini dengan memasang

semua lampu solar di 17 kubur di kawasan Gual Ipoh. Sedangkan Gual Ipoh hanya ada 13 mukim tetapi ada kubur-kubur yang lebih 17 kubur saya telah pasang kemudahan lampu solar. Jadi ambo rasa itu lah saje daripada saya walaupun ada sedikit lagi tapi saya mohon maaf lah kalau ada salah dan silap. Kade-kade kita kena sampaikan apa yang rakyat nak bukan kita nak bagi. Akhir sekali…

Speaker

(MENCELAH)

Okay Yang Berhormat. Sila akhiri… sila akhiri.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Kerajaan Negeri yang sudi menolong kami. Kalau ada keperluan kami lagi, mohon harap bantu lah kami lagi. Sekian.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و

Speaker

Yang Berhormat kena belajar pantun dengan Dabong. Okay sila Nenggiri.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan, yang diraikan pegawai-pegawai, kakitangan serta para pemerhati, petugas sekian. Alhamdulillah, pertamanya saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat dan pengundi Nenggiri kerana telah memberi mandat kepada saya menjadi wakil rakyat yang mewakili Barisan Nasional dan meletakkan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas sebagai yang berkhidmat sebaik mungkin. Tiada janji, In Shaa Allah lihat bukti.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Nenggiri merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar diatas Pembentangan Belanjawan Negeri Kelantan 2025 yang

bertemakan keberkatan, kesejateraan dan keseimbangan untuk kemakmuran negeri yang mempunyai 5 teras utama. Namun tahun ini amat berbeza sekali Pembentangan Bajet ini kerana kita tidak lagi mendengar perbelanjaan surplus yang menjadi kebanggaan kita selama 5 tahun berturut-turut dari 2017 sehingga 2022. Saya mengharapkan tahun 2023 juga kita mencapai surplus spending dengan izin untuk tahun ke-6 berturut-turut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Negeri Kelantan tidak pernah lari daripada belenggu untuk memperkukuhkan pembangunan rakyat. Apakah dasar dan pelan tindakan untuk menangani isu air dan saliran, kemudahan jalan rakyat dalam konteks agenda keberkatan, kemakmuran dan kebajikan yang akhirnya ianya memberi manfaat kepada rakyat Kelantan. Antaranya membina infrastruktur yang berkualiti dan menyelesaikan masalah kedaifan infra luar bandar, menyelesaikan masalah sekolah-sekolah daif, membina perumahan berkualiti dan mampu milik untuk B40 dan rumah untuk generasi muda, peluang pekerjaan kepada anak muda Kelantan dalam pelbagai sektor mahir dan separuh mahir serta pengukuhan ekonomi orang muda Kelantan.

Benar orang muda berhak bertanya apakah sumbangan negeri buat mereka. Nmaun jangan sesekali lupa bertanya apakah sumbangan kita buat negeri kita kerana hubungan ekonomi rakyat bersikap reciprocal saling memberi dan saling menerima. Zaman ekonomi digital menuntut anak muda mencipta kejayaan bukan sekadar menunggu dan mencari. Majunya negeri kerana anak muda dan rakyat membina empayar ekonomi. Kita mahu berpuluh juta usahawan muda dilahirkan saban tahun membuktikan anak muda sedang membina hegemoni ekonomi tanpa sekadar mengharapkan pemerintah tetapi siapa pun yang menjadi Kerajaan kita tidak boleh berpeluk tubuh dan tidak boleh mengendahkan suara anak muda kerana golongan muda dan belia ini akan membawa pertumbuhan kepada ekonomi negeri dan negara. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar diatas peruntukan sebanyak RM7.95 juta bagi melahirkan usahawan berwawasan untuk anak muda Negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, di sini Nenggiri ingin menyatakan langkah induk yang menjadi teras utama yang perlu ditekankan dalam pemerkasaan golongan belia Kelantan juga rakyat. Pertamanya pengangguran dapat diatasi, mahasiswa disantuni dan peluang pekerjaan harus dinikmati.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kadar pengangguran di Negeri Kelantan ialah 4.1% lebih tinggi daripada purata nasional demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Ini perlu diatasi dengan baik mungkin bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri dan perkembangan teknologi baru yang perlu diperkenalkan. Sekali gus peluang pekerjaan untuk mahasiswa dan anak Kelantan dan peluang pekerjaan untuk belia separa mahir dapat kita rancakkan demi kelestarian negeri. Mahasisiwa merupakan tonggak utama dalam pembentukan pendidikan negara bangsa yang akan memberi manfaat dalam limpahan tenaga kerja yang menguntungkan kepada negeri. Namun begitu, Nenggiri ingin katakan di sini inisiatif atau bantuan kewangan kepada pelajar tercicir atau masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tidak perlu dipandang sepi bak kata pepatah menyeberangi jambatan emas.

Selain itu juga, Kerajaan perlu memperkenalkan inisiatif Bas Mymahasiswa Kelantan iaitu pengangkutan percuma untuk pelajar universiti di luar Kelantan sepertimana yang telah berlaku semasa PRN dan diharapkan ia dapat diteruskan di musim-musim perayaan dan lain-lain bagi menggambarkan bahawa keprihatinan dan kecaknaan negeri. Saya menyokong YB Jelawat tadi. Ini untuk mahasiswa.

Keduanya, konϐlik kehidupan liar dan mausia tanggungjawab kita bersama. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Galas kerana kita lihat hari ini 6 kes termasuk 5 kematian akibat serangan harimau direkodkan berlaku di Gua Musang dalam tempoh 2 tahun sejak Julai 2021. Yang terakhir sekali, di kawasan saya di Jerek mangsa meninggal dunia akibat diserang beruang matahari. Hal ini perlu kita atasi kebersamaan antara Pejabat Kerajaan Negeri dan Perhilitan perlu kita satukan bagi menangani isu ini.

Ketiganya, mengenai perumahan untuk generasi muda Kelantan. Dalam Belanjawan Negeri Kelantan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat MB peruntukan sebanyak RM10.6 juta untuk rumah mampu milik dan Nenggiri memohon agar diberikan kuota kepada belia Kelantan untuk memiliki rumah sendiri. Justeru saya mengharapkan nanti ada tawaran untuk anak muda iaitu satu projek perumahan rakyat yang dalam kaedah rent to own dengan izin sepertimana yang telah dipraktikkan di negeri Melaka. Kerana kita tahu golongan muda atau belia hari ini tidak mampu untuk membuat loan di bank akibat kekangan-kekangan dan mohon tawaran yang dilaksanakan di Negeri Melaka ini dicontohi oleh Negeri Kelantan. Dan saya yakin dengan kebijaksanaan Yang Amat

Berhormat Menteri Besar dan kita dalam membela golongan muda kita ianya akan menjadi kenyataan In Shaa Allah. Yang keempat adalah generasi MADANI bebas dadah. Ini adalah statistik daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang menyatakan bahawa Kelantan di tangga pertama penyalahgunaan dadah sintetik. Kadar penyalahguna atau penagih dadah atau bahan bagi setiap 100 000 penduduk menyaksikan Kelantan mencatat jumlah paling tinggi dengan catatan kes sebanyak 980 orang. Yang lebih menakutkan hari ini adalah dadah jenis opiat iaitu dadah campuran. Kalau kita lihat dadah…

(MENCELAH) Minta laluan. Nenggiri boleh ? Minta laluan.

Saya takde masa. Saya orang baru. Yang ni pun tetap kena ada.

(MENCELAH) Orang baru kena bagi laluan. Orang baru kena bagi laluan syarat dia.

Kita… kita…

Speaker

Dia tak bagi Yang Berhormat.

Yang lagi membimbangkan adalah laporan daripada Polis Kelantan yang mendedahkan isu ubat gila. Ubat gila ni di kalangan pelajar-pelajar sekolah terutamanya. Ada kes yang terbaru, Yang Berhormat Speaker, ada seorang pelajar berdiri atas….

(MENCELAH) Melor minta laluan…

Dan dalam keadaan yang tidak waras…

Speaker

Melor minta laluan, Yang Berhormat.

Minta maaf ambo ore baru ambo nok sudoh hok ni dulu. Minta maaf YB. Lepas pada ni kita bice. Jadi perkara ini perlu diambil serius. Ubat gila ni cukup popular di kalangan anak-anak muda kita terutamanya pelajar sekolah atau lebih dikenali dengan nama “mushroom” dan diharapkan kerjasama antara AADK dan pihak Kerajaan Negeri beserta dengan kepimpinan-kepimpinan belia …

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

YB Nenggiri… minta laluan sedikit ah.

Speaker

Gual Ipoh minta laluan.

Sakni ambo dengar YB. Hok ni giye ambo. Sobar YB, baru nok panah, nok buang buruk sikit ah ni. Kelima… ambo teruskan kelima lah. Kelima, sukan mencerminkan matlamat negeri. Di sini ambo ingin, Nenggiri ingin menanyakan status Kompleks Sukan Bukit Merbau dan persediaan Kelantan dalam penganjuran SUKMA pada tahun 2028 dari segi fasiliti dan juga persiapan atlet SUKMA Kelantan. Kita semua tahu SUKMA di Sarawak kita berada di tangga kedua tercorot selepas Brunei. Kita memperoleh 7 emas, 13 perak, 17 gangsa. Ini harus kita berikan fokus kerana 2028 hanya berbaki 4 tahun daripada sekarang terutamanya dalam menyediakan atlet berkualiti. Dan kita semua tahu Kelantan sebenarnya mempunyai bakat-bakat yang cukup besar dalam pelbagai acara sukan. Sudah tiba masanya kita perbesarkan bajet-bajet untuk persatuan-persatuan sukan dalam mencari ataupun melahirkan bakat-bakat untuk memberikan kejayaan kepada Negeri Kelantan pada SUKMA bagi tahun 2028. Saya juga ingin menyentuh fasiliti-fasiliti sukan seperti yang dinyatakan oleh Gual Ipoh sebentar tadi. Mungkin di daerah lain sudah ada…

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

(MENCELAH) Adik bongsu sikit ah. Adik bongsu…

Kompleks-kompleks sukan tapi sama dengan saya…

Speaker

Gual Ipoh minta laluan.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

(MENCELAH) Gual Ipoh sikit jah nok mitok…

Kompleks sukan untuk anak-anak muda kita untuk bersukan. Jadi hasil daripada keberadaan fasiliti-fasiliti sukan yang lengkap ini memungkinkan kita melahirkan lebih ramai lagi atlet. Di Gua Musang terutamanya kita ada masyarakat orang asli yang begitu special dan saya rasa kalau digilap kalau dulu kita telah melahirkan 2 orang atlet kriket mewakili Malaysia In Shaa Allah suatu hari nanti kita akan lahirkan lebih ramai atlet-atlet daripada masyarakat orang Asli. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dari Nenggiri ke Dewan Undangan Negeri, Demi rakyat ambo berdiri, Isu kami jangan dipandang sepi, Suara rakyat jangan diketepi.

Dalam Perbahasan ini juga ambo ingin menyampaikan keperluan rakyat di kawasan DUN ambo. Yang pertamanya Dato’ Speaker, mengenai jalan rosak di jalan D235 yang amat merisaukan penduduk ianya di bawah seliaan JKR Negeri dan ambo mohon jalan ini disegerakan pembaikpulihan. Rasanya semua ADUN melalui jalan ini semasa PRK Nenggiri antara Jerek dengan Bertam, banyak jalan yang mendap ianya membahayakan keselamatan penduduk.

Saya juga ingin menyentuh mengenai isu pampasan tanah dan tanaman bagi projek pembinaan jalan raya ke Kampung Kuala Sungai. Mungkin YB Chetok biasa lalu semasa PRK Nenggiri yang lepas. Projek itu sebenarnya telah dilaksanakan, telah diaward pada bulan Januari yang lalu. Bukan projek PRK Nenggiri. Tetapi sampai ke hari ini masih lagi tidak dapat dilaksanakan akibat daripada lambatnya penilaian tanah dan tanaman kepada penduduk. Seterusnya saya juga ingin bertanyakan apakah nasib 177 pemilik rumah atau rumah kedai yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya ECRLTU yang mana sehingga ke hari ini masih lagi tiada jalan keluar ataupun tiada kata putus dari pihak Kerajaan. Isunya hari ini dibangkitkan dan harus saya suarakan di dalam Dewan yang mulia ini.

Dan saya juga ingin bertanyakan satu lagi apakah status tanah kepada penduduk Bertam Lama yang telah dirobohkan, 22 rumah telah dirobohkan untuk bagi laluan pembinaan jalan di kawasan Bertam Lama. Itu juga isu yang hangat diperkatakan semasa PRK yang lalu.

Speaker

(MENCELAH)

Ada 2 minit lagi.

Saya juga ingin menyampaikan permasalahan rangkaian telekomunikasi di kawasan saya iaitu terdapat 3 kawasan yang masih lagi belum ada line telefon, nok ko internet jauh sama sekali iaitu kawasan Kampung Kaling di Bertam Lama, Zon 3 RKT Jeram Tekuh dan kawasan Pulau Setelu. Dan saya juga mengharapkan pemasangan lampu-lampu jalan di kawasan Nenggiri terutamanya di jalan utama iaitu Jalan D237 Jalan Sungai Asap Limau Kasturi, D232 Limau Kasturi ke Bertam dan D235 Bertam Lama dan satu lagi 1740 Renok ke Perasu.

Dan saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kelulusan dan pelaksanaan projek jalan MARRIS yang telah dilaksanakan di seluruh kawasan Nenggiri terima kasih MB dan tidak lupa juga terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di atas kelulusan Projek JPD kepada rakyat Nenggiri. Hari ini Nenggiri jalan semua tar baru…

(MENCELAH) Melor minta laluan.

Seterusnya Nenggiri juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas….

Speaker

(MENCELAH) Melor minta laluan, Yang Berhormat?

Peruntukan sebanyak RM 4.5 juta dalam Belanjawan untuk Gunung Chamah tetapi ada banyak lagi kawasan-kawasan pelancongan yang dapat dimajukan di Nenggiri…

Speaker

(MENCELAH) Bagi laluan ke ?

Antaranya Pos Gob Kampung Bering Lama di Pos Pasik dan Felda Perasu. Dan diharapkan ianya mendapat perhatian daripada Exco Pelancongan. Saya juga ingin menyentuh mengenai…

Speaker

(MENCELAH) Melor minta laluan, Yang Berhormat.

Sikit lagi. Lepas ni kita laluan luar.

(MENCELAH) Habis dah laa sikit lagi.

Saya juga ingin bertanyakan mengenai warta tanah Orang Asli…

Speaker

(MENCELAH) Masa ada 1 minit lagi.

Sepertimana Yang Berhormat Galas nyatakan kerana hari ini kawasan Rayau untuk masyarakat Orang Asli semakin lama semakin berkurangan dan ianya menjadi sebuah permasalahan kepada masyarakat Orang Asli kita.

Speaker

(MENCELAH) Masa Yang Berhormat cukup.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

(MENCELAH) Adik bongsu sikit ah.

Speaker

(MENCELAH) Masa dah cukup.

Jadi saya rasa itu sahaja daripada saya. Minta maaf banyak ore baru In Shaa Allah ambo akan ngaji dengan YB-YB hok bangun sakni In Shaa Allah. Kito jupo Sidang lain pulok. Terima kasih. Sekian.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و

Speaker

Sila Melor.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Speaker, saya berdiri untuk menyokong Belanjawan Kelantan bagi tahun 2025. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar diatas Pembentangan Belanjawan Kelantan 2025 pada Khamis yang lepas yang berteraskan bertemakan keberkatan, kesejahteraan dan keseimbangan untuk kemakmuran negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan lah saya mulakan Perbahasan ini dengan memetik panduan wahyu dalam pengagihan belanjawan negeri mahupun negara berpandukan ayat 7, Surah Al-Hasyr :

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﺎ ﻣ ﺎ ﻓ أَ ﻪﻠﻟﱠ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻪ ﻮﻟ ﺳ ﻦ ﻣ ﻞ ِ ﻫ أَ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ا ﻠﱠﻪ ﻠ ﻓ لِ ﻮ ﻟ ِي ﺬ ﻟ ﰉ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ا َ ٰ َ ْ ُ َ ﻠﺮﱠﺳ َٰ ُ َ ءَ ُ ُ رَ ْ َىٰ ُ وَ وَ ْ ِ ِ ِ ِ ﻰ ﺎﻣ ﺘ ﻴ ْ ﻟ ﲔ ﺎﻛ ﺴ ﻤ ْ ﻟ ﻦ ِ ﺑ ﻴﻞ ِ ا ﻲ ﻛ ﻻ َ ﻮ ُ ﻜ ﻳ ﺔ َ ﻟ ﲔ ﺑ ءِ ﺎ ﻴ ﻨ ﻏ َ ﻷ ْ ٰا َ َ ـَ وَا َ وَا ْ وَا ﻟﺴﱠﺒ َ نَ َ ً دُو َْ َ َ ْ َ ْ ِ ﻢ ﻜ ُ ﻨ ﻣ ◌ ﺎ ﻣ ﻢ ُ ﻛ ﺎﺗ آ لُ ﻮ ا ﻩ ُو ﺬ ﺨ ﻓ ﺎ ﻣ ﻢ ُ ﺎﻛ Ĕ ﻪ ﻨ ﻋ ا ﻮ ﻬ ﺘ ـْ ﺎﻧ ﻓ ◌ ا ﻮ ﱠﻘ ـ ﺗ ْ َ ﻟﺮﱠﺳ َ ََ ْ َ ُ ْوَا َ وَ ُ ُ ُ ُ َ وَ ْ ُ َ ُ ـَ ِ ِ ﻪﻠﻟﱠ ا ◌ إِن ﱠ ﻪﻠﻟﱠ ا ﻳﺪ ﺪ ﺷ بِ ﺎ ﻘ ﻌ ْ ﻟ ُ َ َ َا َ

Maksud : Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya Muhammad dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat Rasulullah dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin serta orang-orang musaϔir yang terputus bekalan. Ketetapan yang demikian itu supaya harta tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W kepada kamu maka terima lah dan amalkan lah. Dan apa jua yang dilarangnya kamu lakukan maka patuhi lah larangan itu. Dan bertakwa lah kamu kepada

Allah. Sesungguhnya Allah amat lah berat azab seksanya bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya.

Saya menyokong penuh Bajet Belanjawan 2025 yang berteraskan 3 teras utama keberkatan, kesejahteraan, keseimbangan untuk keimbangan negeri yang In Shaa Allah akan dapat dijayakan berasaskan prinsip penghayatan bersama Islam.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan ini diberi mandat dan kepercayaan yang besar oleh seluruh rakyat negeri Kelantan pada PRN ke-15 12 Ogos 2023. Amanah dan mandat rakyat itu sudah tentunya tidak datang bergolek kalau pun ia bulat dan tiada kan datang melayang kalau pun ia pipih. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada sesebuah kerajaan untuk memerintah adalah dibuat berasaskan janji-janji dan harapan yang kita garapkan melalui manifesto pilihan raya sebagaimana siri-siri pilihan raya yang kita lalui sejak merdeka. Bajet yang dirangka bagi tahun 2025 akan memasuki tahun kedua dan ketiga dalam tempoh mandat yang diberikan oleh rakyat negeri ini.

Oleh itu saya sangat lah berharap agar kerajaan kita terus memperhalusi dengan penuh tekun dan teliti agar dapat memenuhi setiap janji-janji demi kebajikan rakyat dan negeri. Semoga Bajet ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan penuh tiwikrama oleh pimpinan Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi saya perhati ucapan Galas dengan penuh teliti sahabat saya. Saya ucap terima kasih atas cadangan sentuhan berkenaan dengan isu Akta Wilayah Laut. Tapi sebelum itu, saya nak sebut satu perkara dalam ucapan Galas sebentar tadi Galas menyentuh tentang peruntukan tahunan kepada YIK Yayasan Islam Kelantan. Tahun 2023 RM154 juta, RM159 juta 2024. Manakala 2025 ujurannya RM142.70 juta. Dan kalau kita total up semua ini dia hampir-hampir RM1 bilion RM457 351 015.

Apa yang disebutkan oleh Galas seolah-olah menggambarkan YIK mendapat peruntukan yang besar untuk buat projek sebab tidak diperincikan. Jadi saya nak tolong perincikan ucapan Galas supaya Dewan yang mulia ini dan juga rakyat di luar sana tidak terpinga-pinga banyak nya YIK dapat setengah billion dalam tempoh 3 tahun. Saya nak sebut begini sebenarnya peruntukan yang besar yang diperuntukkan kepada Yayasan Islam Kelantan itu meliputi perbelanjaan mengurus yang besar.

Penyata kewangan YIK untuk bajet tahun 2023, belanja mengurus sahaja RM131.5 juta, tahun 2024 perbelanjaan mengurus RM137 juta yang merangkumi 85.8% bajet yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada Yayasan Islam Kelantan. Yang lain-lain adalah untuk perkhidmatan dan perbekalan 5.6%, pemberian dan kenaan bayaran tetap 3.3%, perbelanjaan-perbelanjaan yang contingency 0.7% sahaja, dan aset serta harta modal 4.6%.

Jadi saya nak katakan apa yang disebut oleh Galas sebentar tadi menggambarkan suasana yang sebenarnya. Jangan parking satu fakta yang umum supaya akhirnya kita boleh keluar buat tiktok. Jadi saya nak sebut betul-betul bahawa perbelanjaan mengurus bagi Yayasan Islam Kelantan ni 85%, 86% kecik je balance kalau-kalau ada. Dan kita semua tahu bahawa di negeri kita ni Yayasan Islam Kelantan merupakan agensi pendidikan yang utama…

(MENCELAH)

Speaker… Speaker…

Haa sila…

(MENCELAH)

Terima kasih Melor. Saya juga nak minta Melor ambil juga ucapan saya selepas daripada saya baca berkenaan peruntukan-peruntukan yang diterima oleh YIK iaitu YIK juga ada pelaburan-pelaburan yang dibuat seperti di perladangan, stesen minyak, hartanah, perlombongan, perniagaan air mineral dan lain-lain. Dan juga menjadi pendapatan kepada YIK. Terima kasih.

Okay okay pade doh tu. Terima kasih.

Pelaburan tu Galas tak sebut ϐigure, yang Galas sebut ϐigure ialah angka umum ratus-ratus juta. Jadi tinggal parking situ. Jadi ramai lah boleh buat tiktok kata YIK ni beratus juta setahun, itu tidak betul… dok. Pelaburan tu Exco jawab lah bukan kijo ambo jawab nanti maroh ko Exco galo tanoh

ore. Jadi saya nak betulkan dan perincikan bantu Galas berikan persepsi yang actual… Duduk dulu. Guillemard duduk dulu. Actual kepada rakyat di luar sana.

Timbalan Speaker

Tak diberi laluan.

Saya buwi… saya buwi. Saya saeng saya buwi belako….

(MENCELAH) Melor, sekali lagi nak tanya Melor adakah fakta yang saya bacakan tadi tak betul. Adakah fakta yang saya bacakan tadi tak betul ?

Bukan tak betul. Saya tak kata tak betul. Saya kata anda nak create persepsi tak betul berasaskan fakta yang separuh betul. Itu sahaja… sebab itu saya perincikan…. Duduk dulu… duduk dulu lah.

(MENCELAH) Mekanisma pemantauan terhadap apa yang saya sokong.

Timbalan Speaker

Melor bagi laluan atau tidak ?

Duduk dulu.

Timbalan Speaker

Mohon duduk. Biar Melor teruskan perbahasan.

Galas juga menyebut tentang Akta Wilayah Laut…

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

(MENCELAH) Melor, sikit je sikit..

Hok ni kena bagi ni kalau dok dio dok bagi tiket…

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Melor, terima kasih Dato’ Speaker. Saya pun mungkin untuk membantu Melor dari sudut supaya tidak timbul persepsi negatif kepada rakyat. Saya sokong Melor apabila perlu ada penjelasan. Ada dua perkara saya lihat daripada Galas, YB Galas tadi. Yang keduanya ialah Terminal Bas Bersepadu, apabila Yang Berhormat Galas menyatakan daripada tahun 2023 RM20 juta, 2024 RM10 juta, kemudian 2025 RM7 juta. Sudah RM37 juta untuk melaksanakan Stesen Bas Bersepadu… Terminal Bas..

(MENCELAH) Jadi hok sebenarnya ?

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Banyakkah lagi wang yang diperlukan untuk menyiapkan stesen bas… apa ni Terminal Bas Bersepadu. Ini juga menggambarkan di luar sana seolah-olah kita telah membelanjakan RM33 juta…

Iyaa mengelirukan… misleading ore putih kata. Dato’ Speaker.. Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang kedua yang disebut oleh Galas tentang tuntutan royalti Akta Wilayah Laut jadi dia mencadangkan supaya Kerajaan Kelantan bawa kes ni ke mahkamah. Saya sangat setuju 300% dengan Galas tapi saya nak bagitahu sebagai pengamal undang-undang proses mahkamah ni lama, rumit dan complicated serta menelan belanja

yang tinggi. Jadi isunya mudah je Galas presiden partinya adalah anggota Kerajaan MADANI. Dok... dah Galas pun dah setuju walaupun Akta Pembangunan Wilayah Laut ini dibentang, diluluskan, dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional oleh bekas menteri Dato’ Sri Nazri Aziz pada Oktober 2012, UMNO yang bawa ni, UMNO yang memperkenalkan Akta Wilayah Laut ni tanpa berunding dengan negeri.

Barisan Nasional bawa ni dia bercanggah dengan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 1(3) dan (2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan apa-apa akta yang boleh membei kesan kepada pengubahan sempadan negeri ia hendak lah diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu dan mendapat perkenan Tuanku Al-Sultan bagi setiap negeri. Dalam pembentangan Akta Wilayah Laut ni Kerajaan Barisan Nasional tak buat, tidak dirujukan kepada negeri sebab itu 4 negeri tolak Sarawak, Sabah, dan kita Kelantan 2015 dan Terengganu pada bulan April yang lepas. Sebab akta ini mengubah sempadan memberi kesan kepada hak-hak kedaulatan dan bidang kuasa ke atas kawasan pelanta benua yang terdiri daripada dasar laut dan tanah di bawahnya yang berhampiran dengan wilayah negeri-negeri Borneo dan juga negeri-negeri di Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Apa pun saya ucap terima kasih kepada Galas membangkitkan isu ini menunjukkan bahawa apa yang dilakukan oleh Kerajaan Parti Galas dulu adalah salah dan perlu diperbetulkan. Jadi saya nak minta mudah je telefon sahaja Presiden Parti Galas minta dia lakukan sesuatu untuk merungkaikan semula Akta Wilayah Laut ini supaya Kelantan sempadan Negeri Kelantan tidak lagi terhad kepada 5.3 batu nautika sahaja. Begitu juga dalam hal apa nama… apa ni… disebut juga sambil-sambil Kota Lama tadi saya bangun dia nak mencelah tapi poin yang sama juga bertindang dengan Galas iaitu kesimpulannya kedua-dua mengatakan bahawa Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI tidak menganaktirikan Kelantan. Bui sokmo pitih takdok langsung sekatan. Saya nak tarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada buku tebal yang diedarkan kepada kita semua pada hari Khamis lepas, Laporan Audit Ketua Negara 3/2024 dipublish diterbitkan pada Oktober 2024 muka surat 35, perenggan 4.5.3.3 (b), pada tahun 2023 terimaan daripada agensi Kerajaan yang menyumbang sejumlah RM 319.58 juta menurun sebanyak RM129.96 juta bersamaan dengan 28.9% berbanding tahun 2022 yang berjumlah sebanyak RM449.54 juta. Sebahagian besar terimaan agensi kerajaan merangkumi pemberian wang ihsan, pemberian 50% kos pengurusan jabatan negeri,

pemberian mengikut ramai penduduk dan pemberian yang projek-projek persekutuan yang dilaksanakan oleh negeri. Pemberian wang ihsan yang merupakan penyumbang utama kepada terimaan bukan hasil merekodkan penurunan sebanyak RM113.42 juta…

Timbalan Speaker

2 minit lagi ye.

Iaitu bersamaan dengan 34.2% kepada RM217.96 juta berbanding tahun 2022 yang berjumlah sebanyak RM331.38 juta.

(MENCELAH) Melor, minta laluan Melor.

Ye sila...

Tahun 2022 tu sape yang memerintah ?

Tahun 2022 diperintah oleh Kerajaan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional..

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

(MENCELAH) Saya juga Melor satu saat jah deh. Saya keliru jadi, AADK dengan JAKOA ni bawah Kerajaan Negeri ko ?

Aaaa nanti nanti nak masuk ni. Diperintah oleh Kerajaan bersama Barisan Nasional, bila kita bersama dengan BN rakyat aman dan makmur negeri mendapat hak, bila BN melukut di tepi gantang dalam Kerajaan MADANI

dan semua hak negeri hapuskan. Ini kena ambil perhatian. Sikit lagi Dato’ Speaker, dia sebut tadi Nenggeri sebut, orang baru dia sebut pasal dadah nombor 1 ubat gilo lah apa nama segala pil-pil. Cuma saya nak sebut sebut satu je, Nenggiri ni perasan ke dok agensi yang mempunyai kuasa mengawal selia AADK Agensi Anti Dadah Kebangsaan, JAKOA, Polis Diraja Malaysia yang PGA yang kawal semua ini agensi persekutuan. Jadi jangan parking masalah Kelantan nombor 1 dadah kemudian berhenti situ tubik buat tiktok, seolah-olah Kerajaan Negeri semua yang bersalah toktahu nak jaga akhlak penduduk ini tok betul. Jadi saya nok betul sini sahabat Nenggiri. Masa habis dah masa. Kalu masa panjang lagi 2 hari pun saya boleh berhujah dengan Nenggiri In Shaa Allah… dok? Jadi oyak betul bahawa ini semua… bukan saya nak salahkan penjawat awam, agensi-agensi ini tapi sesuatu mesti diberi fokus utama oleh Kerajaan Persekutuan bantu negeri ini, bantu sempadan-sempadan negara. Chempaka tadi sebut sempadan tu bukan sempadan Kelantan dengan Golok tapi sempadan itu adalah sempadan Malaysia dan Thailand.

Tuan Yang Dipertua, untuk itu saya mohon menyokong Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Silakan Limbongan.

Kelantan maju rakyat sejahtera, Limbongan prihatin rakyat utama, Keberkatan, kemakmuran barakah hendaknya, Negeri hidayah kita payungi bersama.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi laluan untuk saya berbahas pada petang ini.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ِ ﺎ ﻣ ك َ ﺎ ﻨ ْ ﻠ ﺳ ﻻﱠ إِ ﺔ ﲪ ﲔ ﻤ َ ﺎﻟ ﻌ ْ ﻠ ﻟ ً َ وَ َ َ أَرْ َْ رَ َ َ

Tidak aku utuskan wahai Muhammad kecuali untuk rahmat sekalian alam.

Segala puji bagi Allah S.W.T Ar-Rahman Ar-Rahim yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Negeri yang dipayungi dengan penuh rahmat, kesejahteraan dan kemakmuran sejak 34 tahun. Saya menyokong Belanjawan Tahun 2025 dengan dasar keberkatan, kesejahteraan, keseimbangan untuk kemakmuran negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, memulakan Perbahasan ini Limbongan ingin menyentuh teras pertama iaitu pembangunan sahsiah berpandukan Al-Quran dan pembudayaan amal Islami. Berdasarkan dasar pendidikan Rabbani, Kelantan sebagai modul pendidikan Islam terus diperkukuh dengan Belanjawan RM130.2 juta untuk Yayasan Islam Kelantan yang menaungi 93 buah sekolah YIK yang terus ianya meningkat daripada RM85.014 juta pada tahun 2014 kepada RM125.2 juta pada tahun 2024.

RM130.2 juta pada Belanjawan 2025. Kalau kita lihat lebih 400 000 lepasan sekolah YIK sejak 2013 dengan pelajar tahunan antara 33 000 ke 36 000 murid setiap tahun. Jadi rekod pelajar di sekolah YIK pada tahun 2024 ialah 33 058 murid. Dan ini saya berbangga menjadi bekas pelajar Yayasan Islam Kelantan. Kiranya kalau ada segelintir yang mengatakan apakah kejayaan Yayasan Islam Kelantan yang kita bangga-banggakan. Kalau kita lihat Kelantan sebagai peneraju pusat tahϐiz dengan 12 buah maahad tahϐiz di bawah YIK telah melahirkan 5122 haϐiz dan haϐizah sejak 1992.

Di samping itu juga, Kelantan merupakan sebagai hub Pendidikan Islam turut mempunyai 57 maahad tahϐiz swasta, 46 institusi pondok dan 32 sekolah agama swasta yang berdaftar penuh dengan Majlis Agama Islam Kelantan. Justeru itu, kalau kita lihat di Kelantan ramai ribuan murid-murid yang dididik di Institusi Pra-Sekolah Islam, Islamic Pre-School swasta dan juga kalau lihat juga di Kelantan juga terdapat sekolah pra iaitu PASTI dimana kalau kita lihat di Pasir Puteh mempunyai 122 murid. Keseluruhan di sini menunjukkan bahawa Kelantan mampu berdiri dengan dasar Pendidikan Rabbani.

Tuan Yang Dipertua, negeri rahmah tadahan wahyu, itu lah Kelantan serambi Mekah. Kelantan juga diiktiraf sebagai negeri bahagia dalam Indek Kebahagian Rakyat Malaysia 2022 dengan indeks 7.07 di kawasan bandar dan 6.94 untuk kawasan luar bandar. Begitu juga pengiktirafan

dan penarafan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dimana pada tahun 2024 bandar Jeli berada kedudukan yang kedua antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia. Dalam Indeks Kebahagian Malaysia yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kelantan juga merupakan negeri yang kedua paling selamat dengan indeks jenayah.

Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu DOSM dengan skor 96 di bawah Sabah dan skor 95 dengan Kuala Lumpur mencatat angka tertinggi 221 dan Selangor 196 yakni ianya skor kadar jenayah bagi setiap 100 000 penduduk. Kota Bharu juga diiktiraf sebagai bandar yang ke-16 di Asia Tenggara adalah bandar yang terbaik dan ke-433 di dunia hasil laporan daripada Oxford Economics Global Cities Index 2024.

Berkaitan dengan statistik kehamilan remaja luar nikah di Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 5 tahun lalu merekodkan 17 646 kes daripada jumlah keseluruhan 44 263 kes kehamilan remaja. Negeri Selangor dilaporkan dalam Sidang Dewan Negeri pada November 2024 terdapat 1354 kes remaja hamil luar nikah untuk tahun 2023 hingga September 2024. Jadi salah kalau mengatakan Kelantan adalah rekod yang tertinggi bagi kehamilan atau seksual.

Perangkaan yang direkod sejak 10 tahun lalu memaparkan Kelantan tidak berada dalam kedudukan 5 rekod tertinggi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jelas sekali lagi saya ulang, Perangkaan yang direkod sejak 10 tahun lalu memaparkan Kelantan tidak berada dalam kedudukan 5 tertinggi rekod oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Minta laluan…

Timbalan Speaker

Tidak diberikan.

Jiran pun tak bagi.

Walau bagaimanapun, permasalahan gejala sosial yang dikatakan oleh Nenggiri berkaitan dengan dadah, saya menyokong Melor yang mengatakan AADK di bawah kuasa mana, maka kalau AADK adalah agensi daripada Persekutuan….

(MENCELAH)

Saya boleh ko ?

Sabar adik… Sekiranya AADK merupakan agensi daripada Persekutuan maka kita mohon daripada pihak Persekutuan menguatkuasakan dari sudut perkhidmatan tersebut. Jangan menyalahkan Kerajaan Negeri Kelantan. Limbongan mengesyorkan agar usaha-usaha advokasi dan kesedaran agar gejala sosial yang meruncing ini dapat dikekang sebaiknya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker… ado dua lagi. Haa ambik sor. Seminit. Eh eh satu saat.

Timbalan Speaker

Ringkas ye.

(MENCELAH)

Okay terima kasih Limbongan. Mengikut Utusan Malaysia 12 November 2024 yang memetik daripada Kota Lama dengan tajuknya remaja Kelantan paling ramai terlibat seksual sebelum kahwin dan ini dipetik daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiliti 2022 sebagaimana Kota Lama sebut. Saya telah meneliti tinjauan tersebut dan saya baca saya cari tak ada perkataan sebelum kahwin digunakan ataupun before marriage tak ada. Jadi adakah… jadi sebenarnya perkataan ini mungkin akhbar tersalah sebut ataupun Kota Lama tersalah sebut ataupun sebenarnya ditambah, sengaja ditambah untuk menggambarkan bahawa Kelantan ini ramai yang melakukan zina sebelum kahwin. Jadi adakah Limbongan setuju dengan saya? Terima kasih.

(MENCELAH)

Sedikit penjelasan.

Okay duduk dulu Kota Lama. Saya habis dulu, sikit lagi.

Okay Yang Berhormat Dato’ Speaker, Limbongan menyatakan dengan fakta dan angka yang jelas yang ianya turut disokong dengan kajian oleh Universiti Teknologi Petronas dan Pusat Kajian Strategik Kelantan dalam Indeks Sosio Takwa Rakyat Kelantan yang menghasilkan 7 indikator. Antaranya amalan keagamaan harian, pentadbiran, budaya Islam, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan tawun dalam skor-skor yang terbaik dan cemerlang.

Seterusnya, dalam memperkasakan Desa Takwa dan Komuniti Rabbani dengan peruntukan minimal RM0.25 juta, Limbongan mencadangkan dengan penggemblengan di akar bumi dengan pimpinan-pimpinan di bawah iaitu penghulu halaqat dengan suatu program yang gerak kerjanya ampuh perlu diterapkan agar Islam terus membumi dan subur dalam masyarakat sebagai negeri Rabbani tadahan wahyu yang penuh barakah.

Seterusnya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah tunjang dan Kerajaan ke-3 yang memerlukan anjakan prestasi sistem penyampaian dan perkhidmatan yang perlu dipertingkatkan. Tambahan pula dengan kenaikan gaji dalam Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baru bermula Disember 2024 ini, Limbongan terus untuk memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat demi gabung jalin bersama kerajaan demi menaiktaraf sosioekonomi kehidupan rakyat. Dengan itu, Limbongan mengharapkan terutamanya Majlis Daerah Pasir Puteh dapat memantapkan perkhidmatan yang sebaiknya turun padang bersama rakyat demi kesejahteraan dan kebaikan bersama terutamanya dengan isu penjajaran baru, perluasan kawasan, penambahan premis yang dikenakan cukai tafsiran bermula tahun 2025.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, projek ECRL dijangka bakal beroperasi sepenuhnya pada tahun 2027 dimana Stesen ECRL Cherang Tuli, Pasir Puteh yang terletak di DUN Limbongan bakal menjadi stesen penumpang dan kargo tidak seperti Stesen ECRL Tunjung, Kota Bharu yang menjadi stesen penumpang sepenuhnya. Ianya merupakan satu kebanggaan di

bumi Tok Janggut, Stesen ECRL Pasir Puteh yang bakal diangkat sebagai hub logistik dan kargo yang turut dihubungkan dengan pelabuhan Tok Bali yang kini berstatus Tok Bali Supply Base terutamanya dalam perkhidmatan industri minyak dan gas.

Di sini ECRL adalah projek Persekutuan, maka Limbongan mengharapkan bagi Kerajaan Persekutuan yang melantik pemantau bagi projek-projek ini agar dapat memantau dengan sepenuhnya kerana kesan yang kita dapat ialah dengan projek ini kesan yang tidak diingini seperti banjir kilat, jalan yang berselut tidak dapat dihindari. Maka di sini saya tekan sekali lagi saya mengharapkan sejajar dengan projek 2027 yang akan dijayakan oleh ECRL sepatutnya melihat kesan yang dihadapi oleh rakyat terutamanya di Pasir Puteh iaitu di Banggol Pa’ Esah yang berada di bawah DUN Selising, di Permatang Gading dan Permatang Sungkai yang berada di bawah Limbongan dan di Jeram yang berada di bawah Gaal. Maka ini yang kami harapkan agar Kerajaan Persekutuan yang melantik pemantau tersebut memantau lah dengan lebih baik.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, catatan Zach Havard dalam majalah online Travel Weekly, Discover Kelantan Cradle of Malay Culture menunjukkan satu pengiktirafan antarabangsa kepada Negeri Cik Siti Wan Kembang sebagai Anjung Warisan dan Kebudayaan Tanah Melayu…

Timbalan Speaker

2 minit.

Ini lah khazanah dan warisan Melayu dengan potensi pelancongan yang perlu diwar-warkan dan diangkat di persadanya. Bukan sekadar dikir barat yang unik dan persilatan Melayu yang sinonim dengan negeri ini, malah industri batik, songket, pembuatan rebana ubi, gasing dan kelingkan perlu diangkat dan dipertahankan agar warisan ini tidak pupus ditelan zaman dan harus dikembangkan kepada generasi baru. Kita tidak mahu penghasilan produk ini diambil dan dijenamakan seperti sayuran di Lojing menjadi produk Cameron Highland ataupun batik dan songket diangkat dan dijual di pasaran sebagai produk negeri lain.

Usaha penjenamaan tempatan “Made in Kelantan” atau “By Kelantan” dan produk paten harta intelek perlu dikemaskini, disohor dan diikonikkan.

Dalam sektor pelancongan, usaha-usaha berterusan dan komitmen yang jitu telah berjaya mengangkat Dabong sebagai satu produk Train to Dabong dan Gunung Stong. Begitu juga dengan Guillemard Bridge, Tanah Merah dan Warisan Seni Kampung Laut, Tumpat. Dengan ini Limbongan banyak lokasi eko-pelancongan dan Hutan Lipur Jeram Pasu dan Jeram D.O Bukit Batu Balai, Permatang Sungkai perlu digarap dan dimajukan sebaiknya. Habis masa dah ko ?

Timbalan Speaker

Boleh landing, Limbongan.

Okay. Begitu juga ikonik Pasar Pendekar di Kampung Gutong di pinggiran bandar Pasir Puteh yang prasarananya dan kemudahan-kemudahan seiring perlu dinaiktaraϐkan kerana ia kini tempat wajib dilawati di Kelantan seperti yang diwar-warkan oleh inϐluencer pelancongan Kelantan di luar sana dengan tiktok, ϐb, instagram dan lain-lain.

Akhir sekali, untuk merealisasikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara dan juga bertepatan dengan Rancangan Malaysia Ke-13, saya mengharapkan, Limbongan mengharapkan dengan strategik yang betul dan bertepatan Jeram Pasu diangkat dan dimajukan sebagai hotspot utama sektor penternakan negeri dan juga lokasi hutan lipur eko-pelancongan yang diutamakan di negeri ini. Akhir kata…

Pinta dititik bahas diutara, Bicara Limbongan wakili rakyatnya, Semoga terbaik diolah kata, Agar hasrat tercapai hendaknya.

ل ﻗﻮ أ ﻗﻮﱄ ا ﻫﺬ ﺳﺘﻐﻔﺮ وأ ﷲ ﱄ ﻟﻜﻢ و

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Silakan Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ʭﱠ إِ ﺎ ﻨ ﺿ ﺮ ﻋ ﺔ ﺎﻧ ﻣ َ ﻷ ْ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ﺎ ا ﻷ ْ لِ ﺎ ﺒ ِْ ﳉ ﲔ ﺑ َ ﺄ ﻓ أَنْ َ ْ َ َ َ َ ﻟﺴﱠﻤ َْ َ َ َ وَاتِ َ َرْضِ وَا َ وَا َ ِ ِ ﺎ ﻬ ﻨ ْ ﻠ ﻤ ﳛ ﻦ ﻘ ْ ﻔ ﺷ ﺎ ﻬ ﻨ ﻣ ﺎ ﻬ َ ﻠ ﲪ ﺎ ﺴ ْ ﻧ ِْ ﻹ ا ◌ ﻧﱠﻪ إِ ﺎ ﻛ َ ﺎ ﻮﻣ ُ ﻠ َ ﻇ ﻮﻻ ً ﻬ ﺟ ـَ َ ْ ـْ نُ نَ َ َْ َ وَأَ َ َ ََ وَ َ ُ ً ُ َ Yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab kami amanah langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya. Dan pada ketika itu manusia dengan persediaan padanya sanggup memikulnya. Ingat lah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan kebanyakan manusia suka melakukan perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

(Surah Al-Ahzab, Ayat 72)

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Negeri Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Hassan, Timbalan Menteri Besar, kesemua barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang hadir pada hari ini. Di awal tadi saya bacakan sepotong ϐirman Allah untuk kita sama renungi bertaakul, mengambil ibrah dan menginsaϐi diri kita tentang tiga perkara. Pertamanya tidak ada makhluk lain selain manusia sanggup pikul dan terima tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Yang kedua, tanggungjawab yang dipikul oleh manusia ini amat berat bukan main-main, bukan seronok-seronok, bukan mengejar nama atau populariti atau untuk diviralkan dan bukan untuk sanjung… disanjungi dan bukan untuk mengumpul kekayaan sendiri. Dan akhir sekali yang ketiga, Allah

mengingatkan kita tentang semua tabiat manusia suka membuat kezaliman dan perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. Benda hok tok patut buat tulah kita suka buat, ni lah perangai manusia. Dan Al-Quran telah menyebut 1400 tahunnya dahulu sebagai peringatan kepada kita semua.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menfokuskan Perbahasan Bajet saya pada hari ini kepada 3 perkara utama, mengambil kira 5 elemen maqasid syariah tersebut. Perkara pertama, pemerkasaan sahsiah dan pendidikan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Belanjawan 2025 yang dibentangkan telah memperuntukkan sebanyak RM142.70 juta berbanding RM134.30 juta bagi tahun sebelumnya. Ini adalah untuk sekolah YIK dan institusi pengajian tinggi di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Ini membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri dalam sektor pendidikan negeri. Kenaikan sebanyak RM8.4 juta lebih kurang 11.3% kenaikannya. Saya pohon cadangkan agar silibus pendidikan sama di peringkat sekolah YIK ataupun KIAS turut diperluaskan dengan menambah elemen STEM iaitu science, technology, engineering and mathematics selaras dengan keperluan semasa di peringkat global. Pendedahan STEM secara formal di peringkat persekolahan baik sekolah harian ataupun sekolah tahϐiz ataupun pengajian-pengajian tinggi mampu membuka minda dan merangsang pemikiran para pelajar untuk menjadi lebih matang dan berwibawa.

Saya juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan dan mempelopori aplikasi hafazan Al-Quran secara digital atau dalam talian untuk membantu penghafaz Al-Quran sama ada pelajar tahϐiz dengan berjinak dengan kelas hafazan secara ϐleksibel mahupun menghafaz Al-Quran secara mengulang kaji atau tasmik secara dalam talian. Dengan guru-guru yang muktabar sama ada dalam negeri atau luar negara. Begitu juga pengujian taranum yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini yang bakal dibuka melalui pusat taranum boleh juga dibuka secara online In Shaa Allah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri lebih agresif dalam sektor pendidikan dan pembinaan sahsiah dengan mendapatkan kerjasama dengan penyumbang atau penaja yang bermurah hati di kalangan syarikat korporat atau para dermawan untuk memperuntukkan biasiswa kepada pelajar cemerlang di institusi bertaraf dunia. Sangat baik sekiranya Kerajaan Negeri mendapatkan kuota tambahan khusus untuk menghantar pelajar ke

institusi bertaraf dunia. Bukan sahaja bertumpu di Mesir sahaja. Para pelajar juga diberi biasiswa dan bantuan kewangan ini perlu lah diletakkan kayu ukur supaya melibatkan diri dalam komuniti sebagai sumbangan mereka kepada masyarakat. Sekiranya bersesuaian mungkin pihak Yayasan Islam Kelantan juga boleh menganjurkan sesi libat urus ataupun town hall untuk melihat dan mendapatkan maklum balas cadangan dan penambahbaikan daripada kesemua pihak yang terlibat terhadap kurikulum pendidikan sedia ada.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai kerajaan yang prihatin dan berkebajikan kita perlu lah memahami denyut nadi keperluan masyarakat untuk mengisi masa rehat dengan aktiviti yang berfaedah dan tidak melanggar syariat. Industri hiburan misalnya bukan lah suatu yang keji dan hina. Keperluan rohani manusia memang memerlukan hiburan untuk berasa seronok, bebas tekanan dan mengawal emosi. Program hiburan yang bersifat edukatif dan patuh syariah seperti tayangan cerita yang berunsur positif secara percuma atau persembahan teater boleh diusahakan dengan kerjasama penggiat seni. Kita perlu wujudkan Dasar Hiburan Kerajaan Negeri Kelantan patuh syariah supaya menjadi ikutan dan panduan kepada masyarakat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan itu saya mencadangkan Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan pelbagai agensi Kerajaan yang berkaitan melihat keperluan program kemasyarakatan dan hiburan yang sesuai dengan keperluan dan jiwa masyarakat pada hari ini.

Perkara kedua yang ingin saya tekankan di sini ialah pemerkasaan IoT dengan izin Internet of Things. Semua benda nak guna internet dok. Semua benda di hujung jari loni. Semua… anak-anak muda semua sekali... internet belako, anak kecil kita pun pandai belako doh deh. Dalam era digitalisasi, kemajuan dan profesional diikut dengan percakapan dan kepantasan. Saya ingin mencadangkan agar penggunaan aplikasi digital dan teknologi dipertingkat dan ditambahbaik dalam semua sektor kehidupan secara berperingkat baik dalam sistem pentadbiran, dalam sektor pertanian, ekonomi, pendidikan, pelancongan dan sebagainya. Saya juga mencadangkan aplikasi dalam talian ditambah baik dengan memudahkan transaksi kepada masyarakat. Sebagai contoh… setuju dengan YB Jelawat sebelum ni, urusan e-sistem urusan di pejabat tanah pada hari ini masih lagi kita perlu beratur untuk menyempurnakan proses pendaftaran pindah milik, gadaian dan sebagainya. Permohonan nak mendapatkan carian hak milik di pejabat tanah atau permohonan melibatkan urusan di mahkamah syariah masih lagi perlu ke kaunter,

sedangkan telah banyak agensi lain memulakan program dalam talian. Ini bagi mengurangkan pembaziran masa dan meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam perkhidmatan.

Dengan demikian, saya mengusulkan agar satu badan atau jawatankuasa digital dibentuk di peringkat negeri dengan melantik pakar-pakar teknologi sebagai ahli-ahlinya yang mampu memberi cadangan, nasihat dan kawalan dalam sektor digitalisasi pada Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, penerapan IoT juga perlu dipertingkatkan dalam sektor pertanian supaya ianya lebih menarik dan lebih pantas. Anak muda hari ini bukan seperti dahulu yang seronok bermain dalam selut dan baruh. Kita lihat sektor pertanian di luar negara bagaimana mereka memanfaatkan teknologi robotik, mekanisasi dan dron dalam pertanian dan perladangan untuk mengairkan kawasan pertanian, memelihara pokok, memetik buah dan sebagainya. Kemudian teknologi ini wajar didedahkan kepada masyarakat dan usahawan tani melalui kursus, bengkel dan lawatan kerja. Kaedah moden ini bukan sahaja membantu meningkatkan hasil, menjimatkan masa malah mengurangkan pengimportan buruh asing.

Dan yang terakhir, pemerkasaan ekonomi dan pelancongan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Negeri Kelantan mempunyai potensi yang besar dari aspek ekonomi dan pelancongan. Agensi Kerajaan Negeri seperti PKINK dan PMBK perlu menjadi pelopor dalam merancakkan sektor ekonomi dan tidak berada di zon selesa. Kita perlu berani bersaing menongkah arus di samping memperkasakan sumber tenaga yang kita ada supaya kita tidak ketinggalan mendapatkan sebahagian kek ekonomi yang terhidang.

Jumlah usahawan yang mampu kita rangsang juga perlu direkod, dipantau dan digandakan jumlahnya dari masa ke semasa. Bantuan kepada usahawan perlu dibuat secara konsisten dan menyeluruh bukan sahaja memadai dengan sumbangan kewangan dan peralatan di peringkat awal sahaja. Usahawan perlu dibantu untuk meluaskan rangkaian perniagaan dan pemasaran serta meningkatkan kualiti produk pengeluaran di samping menggalakkan pensijilan Halal JAKIM yang dikawal selia oleh JAHEAIK di Negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai Kerajaan Negeri yang prihatin dengan perubahan iklim global saya ingin mengulang cadangan saya

sebelum ini berkaitan dengan isu berkaitan ESG dengan izin environment iaitu alam sekitar, social dan governance iaitu tadbir urus. Isu ESG adalah isu global yang diterima sebagai satu agenda yang perlu diambil berat pada hari ini. Ianya dengan satu matlamat untuk melihat kesejahteraan alam pada masa hadapan untuk diwarisi oleh anak cucu kita. Saya mohon agar pihak Kerajaan Negeri dalam rangka setiap aktiviti dan program dibawah Belanjawan 2025 perlu memasukkan pematuhan ESG pada semua jabatan atau agensi ataupun syarikat berkaitan Kerajaan Negeri.

Isu ESG tidak sahaja menyebabkan tanggung kos malah ia juga tidak boleh menghasilkan pendapatan seperti pelepasan karbon yang berlebihan di udara boleh diproses kepada tenaga boleh baharu.

Timbalan Speaker

(MENCELAH)

2 minit Yang Berhormat.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Okay terima kasih, Dato’ Speaker.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai wakil rakyat Mengkebang dalam kawasan Kuala Krai, saya mencadangakan agar Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang menyegerakan pembangunan pusat pentadbiran baru dan Bandar Baru Kuala Krai yang berteraskan eko-pelancongan kesihatan. Rentetan limpahan ekonomi dengan kesiapan Lebuh Raya Lingkaran Tengah dan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu – Kuala Krai yang dijangka siap sepenuhnya In Shaa Allah pada tahun 2027.

Seterusnya, pada masa yang sama dengan siapnya jambatan yang disebut oleh Guillemard dok… Jambatan Pasir Era ke Pasir Kelang, wakil rakyat nama sohor Guillemard Gual Periuk. Jambatan Pasir Era ke Pasir Kelang di DUN Mengkebang dan beberapa jalan yang telah diluluskan iaitu antara jalan Pasir Kelang ke Bahagia dan dalam RM ke-13 In Shaa Allah dalam RP1 antara jalan Pasir Kelang ke Sokor dan Sokor ke Kampung Panjang In Shaa Allah akan diluluskan In Shaa Allah. Kita doakan. Jalan-jalan ini dengan infra sedia ada ia In Shaa Allah dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi rakyat setempat In Shaa Allah. Dan saya selaku wakil rakyat Mengkebang merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada

Yang Amat Berhormat Menteri Besar khususnya Exco kita Dato’ Dr. Izani Exco Infra dan semua agensi yang terlibat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, beberapa cadangan dan usul telah saya sebutkan dalam Dewan yang mulia pada hari ini untuk diperhalusi di peringkat Kerajaan dengan satu matlamat iaitu menjayakan Pembangunan negeri Kelantan berdasarkan Belanjawan Tahun 2025 yang berteraskan keberkatan, kesejahteraan dan keseimbangan untuk kemakmuran negeri Kelantan. Saya menaruh keyakinan bahawa Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini…

Timbalan Speaker

(MENCELAH)

Cukup masa…

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Dan menjunjung agenda kebajikan rakyat pada setiap masa. Sejarah Andalusia, Kerajaan Uthmaniyah telah menunjukkan bahawa kita Tamadun Islam telah terbukti pernah menguasai dunia dengan kehebatan, kepintaran pemimpin dan rakyatnya. Saya dengan ini mengusulkan Belanjawan 2025 diterima In Shaa Allah. Saya akhir dengan…

ل ﻗﻮ أ ﻗﻮﱄ ا ﻫﺬ ﺳﺘﻐﻔﺮ وأ ﷲ ﱄ ﻟﻜﻢ و

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Dipersilakan Kemuning.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah memberikan ruang kepada Kemuning untuk turut serta dalam Perbahasan pada Sidang DUN kali ini. Berkaitan dengan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Kelantan yang bertemakan keberkatan, kesejahteraan dan keseimbangan untuk kemakmuran negeri. Terlebih dahulu Kemuning ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang telah membentangkan Belanjawan Kelantan untuk tahun 2025 tersebut yang

telah dirangka dengan mengambil prinsip-prinsip Islam yang bertujuan untuk mencapai kesejahteraan rakyat, kemakmuran ekonomi dan kelestarian sosial berlandaskan strategi penghayatan Membangun Bersama Islam. Dengan memberikan tumpuan kepada 5 teras utama sepertimana yang telah dinyatakan dalam pembentangan tersebut. Saya dengan ini suka memetik strategi Belanjawan 2025 sebagaimana yang dibentangkan bagi menjayakan 5 teras yang telah disebutkan. Antaranya Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan antara lain dasar pendidikan Rabbani, dasar anak muda Kelantan dan dasar pencegahan gejala sosial Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada bulan Jun 2024 baru-baru ini, Pusat Khidmat DUN Kemuning telah melancarkan dan menjayakan sebuah program yang dinamakan Bulan Kempen Anti Dadah DUN Kemuning 2024 yang diadakan selama 1 bulan. Untuk menjayakan program ini, Pusat Khidmat DUN Kemuning telah bekerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi-agensi kerajaan termasuk lah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Mahkamah dan Jabatan Penjara. Kami juga bekerjasama dengan sebuah NGO iaitu Sukarelawan Parti Islam Malaysia atau singkatannya SUPIM bagi melaksanakan bagi kerahan tenaga untuk mendapatkan kerahan tenaga kerja bagi menjayakan program tersebut.

Tujuan diadakan program tersebut adalah supaya masyarakat mengenali dadah. Seterusnya, tahu cara untuk mengelakkan diri atau keluarga atau rumah mereka daripada najis dadah. Masyarakat di sini termasuk lah dan terutamanya ibu bapa, mak-mak kita yang telah tua, ketua keluarga supaya mereka mengenali dadah. Kadang-kadang masyarakat kita ini tidak kenal bagaimana rupanya pil kuda, macam mana rupa metamphetamine, tidak dapat membezakan antara yang mana kanabis yang mana tembakau, tidak boleh beza antara daun ketum dengan daun-daun lain. Dan tidak kenal apa, macam mana rupanya peralatan untuk menyediakan dadah ataupun disebut oleh budak-budak yang hisap dadah ini sebagai dapur, mereka tidak kenal. Jadi dengan adanya program-program sebegini kita mengharapakan orang-orang yang tua-tua ini tahu dan apabila mereka tahu benda itu ada dalam rumah mereka dan mereka tahu bahawasanya benda itu adalah benda yang tidak baik. Dan mereka selama ini menyangkakan anaknya berkurung dalam bilik rupanya ada dapur atau peralatan dadah di dalam bilik tersebut.

Jadi antara pengisian yang diadakan sepanjang bulan kempen anti dadah tersebut adalah edaran risalah anti dadah di pasar tani dan pasar pagi Isnin setiap bulan tersebut oleh sukarelawan yang dilantik oleh SUPIM bersekali dengan pembukaan booth atau kaunter oleh AADK, ceramah anti dadah oleh PDRM di masjid mukim setiap kali sebelum solat Jumaat, pertandingan video pendek berkaitan anti dadah. Dan pada akhir bulan Jun, kami telah mengadakan karnival sebagai majlis penutup Bulan Kempen Anti Dadah. Dimana karnival tersebut diisi dengan pengisian oleh wakil dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Machang, Pegawai Khidmat Masyarakat Machang dan Ketua AADK Daerah Machang.

Untuk menarik minat rakyat untuk hadir ke karnival ini, kami juga mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kuiz berkaitan pengetahuan tentang dadah dengan hadiah-hadiah yang disediakan, cabutan bertuah, persembahan dikir barat tentang dadah dan tayangan video-video pendek yang menyertai pertandingan yang telah diadakan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya melihat Program Bulan Kempen Anti Dadah ini sangat baik untuk dilaksanakan di setiap DUN. Oleh itu, pada tahun 2025 nanti saya mencadangkan Kerajaan Negeri Kelantan agar memberikan peruntukan khusus kepada setiap DUN untuk menjayakan program ini dan menjadikan program ini sebagai program khusus Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Program Bina Ummah, Program Cakna Rakyat dan juga Kelas Tuisyen Rakyat Sejahtera. Saya percaya sekiranya ada peruntukan khusus daripada Kerajaan Negeri Kelantan, kita boleh membuat penambahbaikan yang lebih baik lagi daripada program yang telah dilaksanakan oleh DUN Kemuning pada tahun ini In Shaa Allah.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, melalui teras kedua iaitu pemerkasaan kesejahteraan komuniti dalam merealisasikan Kelantanku Sejahtera sebanyak RM17.75 juta diperuntukkan untuk beberapa program. Antaranya adalah Program Kelantanku Bersih, di bawah Kelantanku Bersih ini perkara yang paling utama sekali adalah untuk mengurangkan pembuangan sampah, pengurusan sisa pepejal dan pelaksanaan program kitar semula di negeri ini. Berkaitan dengan program kitar semula Yang Berhormat, saya percaya Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa memberikan galakan kepada rakyat di negeri ini untuk mengamalkan kitar semula dengan menggunakan konsep ekonomi kitaran sepertimana yang telah disebutkan dan diterangkan oleh Exco

Kerajaan Tempatan semasa sesi soal jawab pada hari pertama Sidang DUN pada minggu lepas.

Cuma saya melihat usaha menghidupkan Program Kitar Semula oleh Kerajaan Negeri banyak tertumpu kepada bandar utama di negeri ini secara spesifiknya di Kota Bharu. Saya difahamkan bahawa kewujudan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu atau dalam bahasa Inggeris Drive Thru Recycle Centre (DTRC) di Panji, Kota Bharu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Jadi saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk meluaskan ataupun mewujudkan DTRC ini ke setiap daerah di negeri ini. In Shaa Allah sekiranya diwujudkan akan mendapat sambutan daripada rakyat Negeri Kelantan. Kalu takdok memang lah takdok sambutan, cubo buat dulu In Shaa Allah rakyat akan kita dengan cara ini kita mendidik rakyat untuk mengamalkan kitar semula dalam kehidupan kita seharian kita.

Ataupun secara alternatifnya Yang Berhormat… secara alternatifnya, sekiranya DTRC ini tidak diwujudkan di setiap daerah sekali pun saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengadakan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengadakan program kitar semula secara berkala ataupun untuk PBT mengadakan kerjasama dengan mana-mana badan bukan kerajaan NGO bagi menjalankan Program Kitar Semula dalam daerah masing-masing. Contohnya di Machang, Program Kitar Semula dilaksanakan oleh sebuah NGO iaitu Skuad Wanita Islam Machang atau dikenali sebagai nama SWISMA. Program ini dijalankan sebulan sekali lebih kurang dengan kerjasama Majlis Daerah Machang dimana Majlis Daerah Machang menyediakan tempat di Dataran Kenanga, satu tempat di Machang itu namanya Dataran Kenanga di tengah-tengah bandar Machang untuk SWISMA menjalankan aktiviti tersebut.

Program tersebut biasanya dibuat pada hari Jumaat selama separuh hari dan diuruskan oleh lebih kurang 5 orang petugas daripada SWISMA. Sekiranya ada peruntukan sedikit daripada Kerajaan Negeri Kelantan bagi menjayakan program ini sekurang-kurangnya boleh memberikan sedikit saguhati lah kepada petugas-petugas ini yang berpanas, berpenat lelah. Letih jugok kijo-kijo ni dah lah wanita, muda-muda lagi buat kijo kitar semula, ambil kotak semua kan, ambil kotak ambil plastik gapo semua angkut letak atas lori gapo. Jadi sekiranya ada sedikit peruntukan untuk petugas-petugas ini lega lah sikit, buleh lah wat minum air teh lepas wat kijo In Shaa Allah. Itu juga menunjukkan satu sokongan daripada

Kerajaan Negeri Kelantan kepada usaha-usaha untuk buat kijo-kijo kitar semula ini In Shaa Allah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan pendidikan pertanian. Merujuk kepada fakta ekonomi Kelantan yang dibentangkan melalui Belanjawan 2025, Kelantan mempunyai potensi ekonomi yang besar terutama dalam sektor pertanian. Saya melihat fakta ini selari dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri Pertanian dalam Program Libat Urus RMK 13 anjuran Kementerian Ekonomi dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 17 November 2024 baru-baru ini yang menggambarkan Kelantan untuk muncul sebagai Bakul Makanan Negara melalui aktiviti pertanian.

Pada dasarnya saya melihat cadangan tersebut sebagai satu perkara yang munasabah memandangkan negeri ini kaya dengan tanah yang subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Cuma saya percaya sokongan daripada Kerajaan Pusat. Kerajaan Persekutuan juga amat-amat penting terutamanya dalam bentuk kewangan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Dan sekiranya Kerajaan Negeri…. Kerajaan Negeri bersetuju dengan idea yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi tersebut maka Kerajaan Negeri harus wajar untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya ke arah menjayakan hasrat Kelantan pengeluar hasil tani di negara ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, melentur buluh biar lah dari rebungnya. Saya melihat bahawa usaha untuk menjadikan negeri ini sebagai negeri utama pertanian di negara ini harus lah bermula daripada sekolah lagi. Sekarang ini kita melihat kejayaan Yayasan Islam Kelantan menghasilkan sebuah tahfiz vokasional iaitu Maahad Tahfiz Darul Saadah Lilbanat yang mempunyai 2 bidang TVET iaitu masakan dan jahitan. Saya dengan ini mencadangkan agar Yayasan Islam Kelantan juga boleh memilih sekolah-sekolah tertentu yang bersesuaian, tidak kisah lah tahfiz ataupun tidak untuk memasukkan silibus berkaitan dengan pertanian untuk dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut. Mungkin pihak Yayasan Islam Kelantan boleh memilih beberapa sekolah yang bersesuaian sebab kadang-kadang bagi sekolah-sekolah yang mana pencapaian akademik dia pun kurang memberangsangkan tapi mungkin pelajar sekolah tersebut mempunyai kecenderungan atau kebolehan dalam bidang pertanian.

Maka pihak Yayasan Islam Kelantan boleh pilih sekolah-sekolah ini yang mana dia boleh detect, yang mana dia boleh mengenal pasti pelajar-pelajar ni kecenderungan dia tu boleh, mungkin alah-alah ko kampung sikit ko. Untuk memasukkan 1 silibus berkaitan dengan pertanian dalam sekolah itu untuk dipelajari oleh pelajar-pelajar. Dan pelajar tersebut boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari itu di rumah dia. Dio boleh buat balik pulok gapo, dio boleh oyak kemudian bagitahu kepada keluarga dia ini kaedah dia, cara menanam betul, pokok ni nak tanam macam mana. Dan dia boleh jadi membesar dengan ilmu yang diperolehi daripada sekolah itu dia boleh membesar sebagai seorang usahawan tani yang berjaya yang boleh In Shaa Allah yang boleh menjayakan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk menjadi pengeluar hasil tani yang terkemuka di negara ini In Shaa Allah.

Jadi program pendidikan, pemerkasaan program pendidikan melalui TVET pertanian ini dilihat sangat significant bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian di negeri ini dan pembentukan budaya pertanian di kalangan rakyat. Bidang TVET pertanian perlu dirai sebagai satu bidang yang boleh menjana kelestarian ekonomi negara dan sumber dalam menjamin kecukupan bekalan makanan negara serta diangkat menjadi agenda terpenting dalam sektor pendidikan di Negeri Kelantan ini In Shaa Allah. Jadi saya dengan ini untuk memohon menyokong penuh Belanjawan Negeri Kelantan 2025 yang telah dibentangkan. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Pengkalan Pasir.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberikan keizinan saya di masa-masa tambahan. Saya straight terus kepada beberapa perkara isu yang penting bagi Pengkalan Pasir. Yang pertamanya kalau kita lihat apabila tibanya musim tengkujuh Exco yang paling merisaukan adalah Kak Ani begitu juga dengan saya dan saya telah menerima satu surat daripada JPS bertarikh 12 November 2024 iaitu Projek Penstabilan Tebing Sungai di Kampung Jias. Yang mana tebing ini kalau kita lihat dari segi sejarahnya kalau pada tahun 2021 bagaimana berlaku runtuhan

tebing di Pohon Celagi dan pada masa itu kawasan yang terlibat hanya lah sekitar 100 meter dan ketinggian setinggi 10 meter sahaja. Dan kos pembaikian yang telah dijalankan oleh Perikatan Nasional pada masa itu adalah berjumlah RM45 juta sahaja. Dan apabila berlakunya runtuhan tebing di Kampung Jias bermula pada tahun 2023 dan sehingga sekarang beberapa siri lawatan oleh menteri, pihak Kerajaan Negeri, di pihak JPS sebagainya.

Dan saya telah menerima satu sepucuk surat yang memaklumkan bahawa Kerajaan Federal telah tidak meluluskan untuk dibawah Kementerian Ekonomi bagi RP5 RMK 12, dengan ini bermaknanya projek ini akan hanya diangkat kembali pada tahun RMK 13 pada tahun 2027. Apa yang menjadi kerisauan saya adalah sekiranya berlaku banjir yang besar sekali lagi maka kita akan kehilangan bukan sahaja bandar Pasir Mas malah DUN mungkin tak ada. Jadi amat risau lah bagi saya, saya berharap agar pihak kerajaan negeri mempastikan projek ini menggunakan peruntukan darurat. Kalau lah di masa Pohon Celagi haritu dia boleh menggunakan akta darurat apabila berlakunya kemusnahan dan keruntuhan. Dan apakah kerajaan terutamanya di peringkat federal tidak mahu mengambil pengiktibaran daripada Pohon Celagi. Apakah mereka mahu menunggu sehingga berlaku runtuhan dan sebagainya baru lah diambil tindakan.

Yang keduanya Yang Berhormat Dato’ Speaker, adalah isu saliran perparitan dalam bandar. Dan kalau tengok di Pasir Mas ini adalah beberapa kawasan di beberapa kampung Kampung Binjal, Kampung Kubang Terap dan sebagainya adalah kawasan-kawasan dahulunya kawasan padi. Kawasan-kawasan ini akan berlakunya banjir-banjir air bertakung. Dan telah diangkat satu peruntukan ataupun telah diangkat satu permohonan oleh pihak JPS yang berjumlah RM32.8 juta untuk menjadi priority kepada untuk menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri. Dan saya berharap kedua-dua peruntukan ini iaitu Projek Penstabilan Tebing Sungai Jias dan juga peruntukan untuk perparitan JPS di dalam bandar Pasir Mas dapat disegerakan.

Satu lagi yang saya ingin menyentuh di sini Yang Berhormat Dato’ Speaker adalah berkenaan dengan pembangunan digital. Dan beberapa sahabat saya tadi telah menyebut bagaimana Kelantan ini… suka saya bacakan beberapa fakta-fakta yang diberikan oleh SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Untuk liputan internet di Kelantan, pencapaian sekarang adalah sebanyak 96.72% berbanding dengan

nasional 98.38%. Untuk fix network ataupun maknanya kekal hanya 24% berbanding dengan nasional 47%. Dan untuk liputan 5G Negeri Kelantan hanya lah 66.4% berbanding 81.7% di peringkat nasional.

Dan apa yang saya risaukan adalah pembangunan digital adalah amat penting bagi kita mempastikan satu dari segi pelaburan dan keduanya dari segi pendidikan anak-anak kita. Dan kalau kita lihat sekarang bagaimana kesemua media dan sebagainya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pendidikan anak-anak kita. Jadi melihat kepada ini dan saya difahamkan adalah bahawa kita sudah ada satu jabatan iaitu BKI Bahagian Koridor Infrastruktur. Dan saya dapat maklumat daripada Infra Quest bagaimana kita melihat bahawa kebanyakan business model ataupun model perniagaan yang dilakukan oleh pihak telco adalah mereka hanya akan mengarahkan sama ada Infra Quest ataupun ERC untuk membuat tower yang di kawasan maknanya memberi pulangan kepada mereka. Bermakna selagi mana kawasan itu tidak mendapat pulangan yang banyak mereka tidak akan buat.

Jadi persoalannya di sini adalah kalau mengikut rekod yang saya dapati bahawa Infra Quest sahaja memerlukan 40 site baru ataupun menara baru yang boleh membantu pencapaian jalur lebar. Dan hanya lah mereka hanya dapat menyiapkan hanya 16 biji sahaja untuk tahun ini. Di sini bermakna berlaku satu kajian patut dilakukan untuk mempastikan sama ada BKI dan sebagainya. Dan saya difahamkan apabila telco memberikan kontrak kepada pembina-pembina menara mereka hanya memberikan 120 hari iaitu 4 bulan, apabila mereka ni dari segi dia tidak dapat menyempurnakan tugas mereka maka mereka akan dikenakan denda.

Dan ini lah yang menyebabkan bahawa menyebabkan bahawa liputan-liputan kita agak kebelakang. Maka saya menyeru lah saya mencadangkan agar satu kajian secara terperinci melibatkan kedua-dua institusi atau kedua-dua syarikat dengan BKI, kalau dahulunya projek-projek begini hanya diselesaikan di peringkat pihak PBT dan sekarang hanya diambil oleh BKI. Dan proses itu saya difahamkan mengambil masa yang lebih lama. Saya berharap agar kerajaan akan mengambil serius perkara ini disebabkan oleh kita di zaman teknologi ini kita memerlukan satu kemudahan digital yang cukup canggih untuk mempastikan setiap daripada pelanggan kita boleh akses ataupun boleh mengetahui kedudukan pelaburan mereka, pencapaian mereka, bayaran cukai hasil dan sebagainya.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin membacakan satu ayat dari Surah Al-Imran, ayat 185.

ِ ِ ِ ﻛ ﺲ ٍ ﻔ ﻧ ﺔ ﻘ ﺋ ﻮ ﻤ ْ ﻟ ا ◌ ﺎ ﳕﱠ ﱠﻮ ـ ﻓ ﻮ ﺗ ﻢ ﻛ ﻮ ﺟ أُ ﻮ ﻳ ﺔ ﺎﻣ ﻴ ﻘ ْ ﻟ ا ◌ ﻦ ﻤ ﻓ ﻞﱡ ُ ْ ـَ ُ َ ذَا َ ـُ ُ َ ْتِ َ وَإِ ْنَ َ ْ رَ ُ ْمَ ـَ َ َ ْ َ ِ ِح ﺰ ﺣ ﻦ ِ ﻋ رِ ﻟﻨﱠﺎ ا ﻞ ﺧ ﻨﱠﺔ ﳉ ا ﺪ ﻘ ﻓ ﺎ ﻓ ◌ ﺎ ﻣ ﺎ ﻴ ﳊ ا ﺎ ﻴ ﻟﺪﱡﻧ ا ﻻﱠ إِ ﺎ ﺘ ﻣ زُ َ ْ َ ـَ زَ َ ةُ ـْ َ َ ْ َ َ وَأُدْ َْ َ وَ َ َْ َ عُ َ ِ ﺮ ﻐ ْ ﻟ ا ُ ُور Yang bermaksud: Sesungguhnya setiap manusia itu akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sahaja lah akan diberikan dan disempurnakan balasannya bagi kamu. Dan barang siapa dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan di dalam syurga, maka sesungguhnya dial ah orang-orang yang berjaya. Dan kehidupan dunia meliputi pangkat, harta dan sebagainya hanya lah kesenangan yang diperdayakan bagi orang-orang yang terpedaya.

Lanjutan daripada ayat ini saya menyokong penuh Pembentangan Bajet yang menitikberatkan persoalan pembangunan minda. Dan mengambil inisiatif bagi menyokong sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar, Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukan RM181.7 juta untuk pembangunan insan. Dan kami di peringkat Pengkalan Pasir pula, Alhamdulillah kami telah menyediakan satu tapak untuk kami menyediakan prasarana untuk pembangunan minda sebab kami yakin minda rakyat perlu ditingkatkan melalui satunya, program tadabbur dan mentarbiyah melalui Al-Quran. Dan kalau kita lihat bagaimana data-data menunjukkan kepada kita, kita mempunyai 5120 orang para huffaz. Saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar pertamanya mempastikan huffaz-huffaz kita ini melakukan satu tanggungjawab yang lebih besar iaitu melakukan dakwah. Kita banyak huffaz tapi keberkesanan mereka untuk mendidik ataupun melakukan dakwah di kalangan masyarakat itu agak masih boleh ditingkatkan.

Yang keduanya, kita mempunyai jumlah guru-guru yang ramai di peringkat sekolah YIK dimana guru-guru agama adalah berjumlah 1428 orang daripada 2442. Dan saya menganggapkan kalau boleh kita menggunakan guru-guru YIK ini untuk diberikan tugasan bagaimana mereka mengajar di surau-surau, mereka mengambil bahagian dalam

kegiatan-kegiatan sosial dan kemasyarakatan untuk mempastikan kebersamaan mereka dalam mempastikan penghayatan bersama Islam. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri dan kalau kita di Pengkalan Pasir, kita telah memberikan satu terjemahan Al-Quran bersama dengan prakata dan juga makna terjemahan untuk kita mempastikan rakyat kita bukan sahaja mereka ini hidup dengan Al-Quran, yang lebih penting adalah mereka memahami Al-Quran. Dan saya teringat apabila program kita 2-3 hari lepas, kita ada program khatam Al-Quran di peringkat DUN Pasir Mas di peringkat parlimen. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar menyebutkan sudah sampainya kita perlukan setiap daripada rumah kita memerlukan satu Al-Quran yang ada terjemahan dan perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita.

Satu perkara yang saya sungguh teruja apabila kita berjumpa dengan salah seorang penerima tu nama dia Rokiah, seorang guru Quran yang tertua. Ini lah orang yang pertama bila saya jumpa dia kepada saya dia menasihatkan kepada YB, YB-YB kena teruskan untuk melahirkan masyarakat bertakwa. Dan ini lah yang sepatutnya menjadi agenda kepada kita dan sepanjang saya menjadi wakil rakyat selama setahun lebih nok kato takdok lagi ore mari YB YB mari kito mikir nok masuk syurga gano, hok mari. Bukan lah bermakna keperluan material tidak penting tapi bagaimana kita nak menyelamatkan mereka di hari akhirat kelak.

Sebab itu lah dalam ayat tadi menjelaskan kepada kita, pertamanya kita akan mati, yang keduanya kita bukan setakat mati kita akan disoal dengan tanggungjawab setiap kita. Yang ketiganya, Allah Taala menjelaskan kepada kita ciri-ciri orang yang berjaya, apakah kita hanya berjaya dari segi material… tidak. Kejayaan kita akan diukur apabila kita dijauhkan daripada api neraka dan kita dimasukkan ke dalam syurga. Dan yang akhir sekali, Allah Taala menjelaskan menerangkan kepada kita bahawa dunia ini adalah sementara dan kita pastikan lah kebersamaan kita walaupun kita ADUN pembangkang ke, ADUN kerajaan negeri ke kita pastikan kita bawa isu pembangunan insan ini bersama. Kalau kita nak rakyat kita ni duk masjid, mari masjid maka kita sebagai ADUN ialah menjadi orang pertama menjaga solat jemaah. Kalau kita nak mendirikan, membina generasi solat maka kita lah, wakil-wakil rakyat lah, ketua-ketua jabatan lah yang perlu mengimarahkan masjid.

Yang keduanya, kalau kita nak menjadikan masyarakat kita berilmu, maka kita lah hendak lah menjadi orang yang pertama sekali mencintai

majlis-majlis ilmu. Jadi lah kita sebagai contoh yang baik kepada masyarakat, bukan setakat kita hanya bercakap di Dewan ini tapi apa yang lebih penting bagaimana akhlak kita, bagaimana kita membangunkan ummah kita, bagaimana kita nak membangkitkan kembali proses-proses pembangunan Islam.

Dan suka saya sebutkan kalau boleh kita membuat para huffaz kita mempastikan tadabbur itu dijalankan di seluruh peringkat saya rasa kesannya akan cukup banyak. Kalau boleh saya sebutkan beberapa ikon yang saya rasakan kalau Dr. Basik tu pagi tu lepas Subuh tu dia ada tadabbur Al-Quran lepas tu kita ada lagi Ustaz Abdul Muin tadabbur Al-Quran secara perkataan satu-satu, kita ada lagi Dr. Rusdi. Dan kalau kita boleh melahirkan huffaz-huffaz yang bukan setakat boleh membaca Al-Quran semasa sembahyang terawih tetapi boleh mengupas, mendidik rakyat dengan Al-Quran. Dan saya yakin kebersamaan kita dalam melahirkan minda masyarakat kelas pertama akan dapat direalisasikan. Akhir sekali lah saya menyokong dengan sepenuhnya tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, rakyat Kelantan menyokong sepenuhnya ucapan Perbahasan ataupun pembentangan Bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Sekian.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و

Speaker

Kelaboran.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا , ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

Sebagaimana kita tahu bahawa Bajet Negeri Kelantan sebahagian besarnya diperuntukkan untuk pendidikan bagi menaik martabat golongan-golongan rakyat yang amat memerlukan kepada pendidikan bagi mereka bersaing di peringkat antarabangsa. Kita tengok bagaimana kita berjaya di peringkat pendidikan ini melahirkan ustazah ustaz yang begitu ramai dan mereka ini boleh pergi tolong negeri lain. Negeri Sabah tok cukup ustaz, Kelate ata. Negeri Sarawak tok cukup guru agama, Kelate

ata. Dan banyak imam-imam seluruh negara yang mereka ini asalnya daripada Negeri Kelantan. Jadi hebatnya Kelantan kita mengeksport pegawai-pegawai tadi untuk berkhidmat di negeri-negeri lain. Bukan Kelantan takdok kijo, tapi kito memenuhi tuntutan negeri lain. Mereka tok cukup kita yang memenuhinya. Dan kita ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana sentiasa memberi keutamaan kepada pendidikan ini menyebabkan kita rakyat Kelantan rata-ratanya ramai masuk universiti. Mereka ini diterima masuk ke universiti begitu ramai dan ada data-data yang kita terima dulu kita duduk nombor 1 dan sekarang ini mungkin kita duk teratas juga daripada negeri-negeri lain.

Oleh sebab itu kita mengharapkan dengan Tuisyen Rakyat yang dilancarkan baru-baru ini akan melonjakkan lagi SPM tahun ini untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. Untuk tahun 2023, kita tengok bagaimana 36 daripada 81 Sekolah YIK mendapat 100%. Dan peratus kelulusannya membanggakan 96.66%. Dan ramai lagi calon-calon 8A, 7A dan kita dapat melahirkan 205 calon 9A hingga 12A. Mudah-mudahan calon-calon yang dilahirkan daripada Yayasan Islam Kelantan ini akan boleh belajar di seluruh universiti-universiti di seluruh negara. Kita harap bajet akan datang dapat ditingkat lagi untuk meningkatkan pencapaian di semua sekolah YIK terutama memberi kebajikan guru-guru kita yang mereka perlu kepada sedikit tambahan untuk melihat mereka gaji mereka bergerak dari setahun ke setahun.

Kita tengok bagaimana rakyat Kelantan begitu ambil prihatin terhadap pendidikan. Walaupun mereka petani, mereka nok anok mereka masuk universiti. Walaupun mereka penarik beca, mereka nok anok mereka masuk universiti. Atas kesungguhan ini digabung dengan PIBG yang ada di sekolah kita dapat melihat bahawa keputusan peperiksaan setiap tahun boleh dibanggakan. Bukan sahaja di sekolah Yayasan Islam Kelantan tetapi juga di sekolah-sekolah kementerian pendidikan seluruh negara. Jadi peranan PIBG ini amat penting sekali mereka sentiasa berganding bahu untuk membantu sekolah terutama nak mencari dana-dana. Dan kita lihat baru ni banyak PIBG menghubungi Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk mencari dana di sekolah-sekolah mereka.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, baru-baru ini kita lihat kita rasa sedih kerana ada beberapa guru besar di Tumpat ditukar serta-merta kerana ADUN dan Ahli Parlimen hadir ke majlis PIBG untuk beri derma. Bukan gi ceramah gapo... dok... nok bui derma maroh doh... dok... maroh doh... tukar. Ambo kena tukar juga dulu tapi ambo ni ore politik takpo... hok ni

penyokong kerajaan, guru besar ni penyokong kerajaan ditukar kerana Ahli Parlimen gi bui derma. Yang Berhormat Dato’ kita buat program di sekolah dio, main bola ko main gapo cikgu besar tukar. Wakaf Bharu, Yang Berhormat Wakaf Bharu gi make gulai di kantin jemput dio, tukar jugok cikgu besar. Jadi jelas benda yang berlaku kita minta lah pihak-pihak penyokong kerajaan sebelah sana memberi sedikit ransangan supaya jange lah wat nyanyo ko cikgu-cikgu besar kita ni. Kita bimbang takut…

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

(MENCELAH)

Yang Berhormat minta laluan sikit.

Speaker

Minta laluan boleh ?

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kelaboran. Berkaitan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kelaboran tadi tentang adanya sedikit ketidakharmonian di sekolah apabila berlaku isu-isu yang sedemikian. Dan terbaru saya dapat maklumat, sekarang ni elaun kepada imam-imam di seluruh Kelantan ini sebelum ini dibayar oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIK), sebahagiannya daripada MAIK dan sebahagiannya daripada JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sekarang ini difahamkan pembayaran gaji kepada ataupun elaun kepada imam-imam tidak lagi diberi kepada MAIK untuk menguruskan pembayaran, sebaliknya diberi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jadi adakah akan berlaku kemungkinan-kemungkinan bila perkara ini dibuat sedemikian kemungkinan akan berlaku adanya tekanan-tekanan sebagaimana berlaku juga di sekolah. Kita bimbang takut lepas pada itu tok imam pun kena tukar letih. Bukan setakat cikgu dok lah. Jadi satu lagi kalau boleh apa yang saya sebutkan tadi dimasukkan kepada ucapan Kelaboran untuk dapat kepastian daripada kerajaan ataupun Exco berkaitan apakah benar perkara ini berlaku. Terima kasih.

Terima kasih Tendong. Kita harap ucapan itu tadi masuk sebahagian ucapan saya. Dan kita bimbang apabila berlaku banjir nanti pusat-pusat

pemindahan banjir sementara berlaku di sekolah, apakah kita wakil rakyat, ADUN boleh masuk ke pusat-pusat pemindahan nanti sedangkan masa tu mereka-mereka ini perlu kepada bantuan kita. Misalnya di waktu tengah malam, pemindahan berlaku tapi peruntukan untuk makan takdok jadi masa tu lah dia telefon pejabat DUN, telefon kepada pentadbir di peringkat DUN untuk dapat bantuan. Tapi kalau wakil rakyat atau ADUN tak boleh masuk, sukar perkara ini dapat kita tolong.

Seterusnya kita tengok hasrat Kerajaan Negeri tadi nak mengeluarkan beras sendiri dan kita ucap terima kasih atas usaha ini. Mudah-mudahan Kelantan akan jadi jelapang makanan negara. Tetapi apabila turun ke bawah di tempat-tempat ada sawah padi kita tengok berlaku benda-benda yang tak sepatutnya berlaku dimana pesawah-pesawah padi ni dicontrol oleh kartel-kartel yang mereka ambil hasil padi ni bawa ke kilang-kilang mereka dan seterusnya ke Negeri Kedah, tempat kilang-kilang mereka berada di sana. Petani-petani ataupun orang yang memiliki tanah tidak dibayar pun sewa tanah mereka. Oleh sebab itu kita harap apabila turun ke bawah kita melihat benda ini berlaku dan kita harap di peringkat DUN cuba memerhati apa yang berlaku di peringkat bawah supaya petani-petani tadi dibela dan kita menguasai petani untuk memastikan kilang padi kita berfungsi dan padi kita atau beras kita akan dapat dikeluarkan nanti. Jadi kita harap benda ni akan berlaku dan mendapat pembelaan daripada pihak kerajaan dan apa yang berlaku ada setengah anak syarikat kerajaan yang berusaha dengan usaha sama di peringkat bawah, menanam padi, dia menanam rumput dan menternak untuk menjadikan makanan ternak selepas ini. Mudah-mudahan usaha-usaha ini dapat diteruskan untuk memastikan kita dapat membantu petani-petani dan juga penternak-penternak mengurangkan harga bahan makanan ternakan mereka.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita tengok akhir-akhir ini tarikan pelancong ke Selatan Thailand dan ada nyatakan dulu daripada berita-berita mengatakan bahawa kebanyakan pemuda-pemuda kita pergi buat maksiat di Golok.. Pekan Golok. Kita tahu memang ada lah pemuda-pemuda kita mengambil kesempatan pergi sana mungkin mereka ni kad pengenalan 03 tetapi tinggal bukan di Kelantan ataupun di luar-luar negeri sana. Dan ada juga mereka-mereka tinggal di Kelantan pergi ke sana, cuma bukan itu sahaja tempat mereka lawati. Sebahagian besarnya mereka pergi melawat Muzium Al-Quran di Narathiwat kemudian Restoran Kapal Terbang, masjid-masjid yang bersejarah, pondok-pondok yang banyak di sana, pantai-pantai peranginan yang banyak. Ini

menunjukkan orang Kelantan ni ada duit, suka melancong dan mereka bukan sahaja pergi melancong di tempat maksiat tetapi juga di tempat-tempat yang disebutkan tadi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita tengok bahawa kita perlu membuat sesuatu untuk menarik pelancong-pelancong daripada Thailand datang ke Kelantan. Ini seperti kita tengok mereka perlu kepada Kelantan untuk sebagai tempat belajar. Apa yang berlaku di KIAS misalnya, tempat menarik penuntut-penuntut daripada Selatan Thailand. Penuntut daripada Thailand sahaja seramai 148 orang, daripada Kemboja 32 orang, Indonesia 11 orang, daripada Singapura 4 orang, daripada Negeri China 1 orang, daripada Nigeria 1 orang, daripada Palestin 1 orang, daripada Yaman 2 orang, daripada Filipina 1 orang. Jadi dengan peluang belajar di KIAS ini, mereka hadir belajar di sini, keluarga-keluarga mereka akan berkunjung juga ke Kelantan sekali-sekala. Dan ini lah memenuhi tuntutan untuk menarik orang luar datang ke Kelantan.

Speaker

Ada 2 minit lagi Yang Berhormat.

Di samping itu kita tengok usaha-usaha menjadikan Pantai Geting sebagai sebuah pusat pelancongan dengan bantuan kerajaan pusat dan usaha daripada Majlis Daerah Tumpat. Peruntukan yang agak besar hampir RM 30 juta untuk menaiktaraf jalan, laluan pejalan kaki, menara tinjau, tempat perkhemahan, pintu gerbang, penghayatan cantik waktu malam, dataran dan tempat parking. Jadi sudah pasti dengan usaha yang dibuat ini dapat melihat akan datang mereka-mereka ini akan berkunjung ke Pantai Geting kerana Pantai Geting sudah menjadi pusat yang cantik dan dapat menarik mereka-mereka datang ke Kelantan.

Seterusnya kita ada pulau-pulau. Di pulau-pulau ini usaha yang terbaru yang kita buat mendapat bantuan daripada kerajaan pusat ialah untuk melihat kunang-kunang waktu malam. Kalau sekarang ni pergi ke kawasan kampung akan datang boleh mari waktu malam kita tengok kunang-kunang berada di pokok-pokok beremban. Jadi dengan adanya tempat-tempat ini In Shaa Allah dapat menarik minat orang luar datang ke Kelantan. Dan In Shaa Allah Kelantan kita akan menjadi bertambah maju dan meningkatkan pendapatan penduduk-penduduk sekitar

khususnya orang-orang pulau sekarang ni hampir 2000 satu hari datang dan menjadikan punca pendapatan utama kepada pemandu-pemandu bot yang ada. Dan kita menjadi satu benda yang berlaku yang perlu kita baiki dimana hari Jumaat pemandu-pemandu bot ni tokdea…

Speaker

Masa.. masa cukup Yang Berhormat.

Jadi kita harapan Jabatan Agama tolong bantu untuk memastikan pemandu-pemandu bot ni pergi Jumaat. Terima kasih atas masa yang diberikan.

Speaker

Alhamdulillah seramai 17 orang ahli telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2025. Saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan. Persidangan akan disambung semula pada esok bermula pada jam 9.00 pagi. Pihak kerajaan diminta untuk membuat Penggulungan pada jam 11.00 pagi esok.

Sebelum mengakhiri Persidangan ini, saya suka memaklumkan bahawa semua tetamu dan juga pemerhati yang mengikuti Persidangan ini hendak lah mematuhi etika berpakaian seperti yang telah digariskan kerana saya dimaklumkan ada beberapa tetamu dan juga beberapa pemerhati yang tidak mematuhi etika berpakaian. Jadi saya mohon kerjasama untuk menghormati peraturan Dewan ini sepertimana yang telah digariskan. Kita akhiri Persidangan pada hari ini dengan sama-sama membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 04.50 PETANG DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK HARI 25 NOVEMBER 2024, JAM 09.00 PAGI.