Kelantan · 25 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · 139 turns · 33,301 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, Hari Ketiga. …… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا

Doa

Setiausaha

[ SAMBIL BERDIRI ]

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Gaal.

(Soalan-Soalan Yang Diberitahu)Questions

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 1. Soalan 1 :

Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah halangan-halangan yang melambatkan proses pelombongan REE di Kelantan?

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا , ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan daripada Gaal ye. Antara halangan-halangan yang melambatkan proses perlombongan NR-REE di Kelantan adalah antaranya seperti berikut iaitu lah yang pertama taburan keberadaan mineral NR-REE adalah sebahagian besar berada di dalam Hutan Simpan Kekal dimana berdasarkan kepada peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984, perlombongan tidak boleh dijalankan di dalam Hutan Simpan Kekal melainkan ianya diwarta keluar terlebih dahulu dengan kawasan galian.

Yang kedua, pelaksanaan perintah moratorium eksport mentah mineral NR-REE oleh Kerajaan Persekutuan. Dan yang ketiga adalah proses Environmental Impact Assesment ataupun EIA untuk perlombongan REE memerlukan kajian mendalam tentang kajian alam sekitar dan mengambil tempoh masa yang agak lama. Kajian ini penting bagi memastikan perlombongan tidak merosakkan ekosistem tetapi proses yang panjang menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan kelulusan projek. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Gaal soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Oleh kerana perlombongan NR-REE ini melibatkan alam sekitar ekosistem, adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan satu garis bantuan khusus untuk operasi perlombongan. Terima kasih.

Terima kasih soalan tambahan daripada Gaal. Ye Kerajaan Negeri memang sebenarnya mengambil langkah yang proaktif dan telah menyediakan SOP tersebut yang melibatkan Jabatan Geosains dan Mineral, Jabatan Tanah dan Galian dan juga beberapa jabatan-jabatan yang lain bagi memastikan ianya berjalan mengikut aturan. Dan dalam masa yang sama memastikan pembangunan industri ini tidak akan memberi kemudaratan kepada alam sekitar. Dalam masa yang sama, memberi manfaat yang tinggi kepada rakyat dan juga negeri. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Kuala Balah.

Terima kasih Dato’ Speaker. Dalam usaha meningkatkan pembangunan ataupun menjaga kepentingan REE saya difahamkan kita akan menubuhkan satu makmal geokimia. Kalau dapat sedikit kedudukan dimanakah kedudukan makmal tersebut. Terima kasih.

Terima kasih kepada Kuala Balah ye. Makmal tersebut telah pun hampir siap berada di kawasan industri Pengkalan Chepa dan In Shaa Allah dalam masa beberapa bulan lagi akan dapat digunakan sepenuhnya. Sekarang ini proses pemasangan beberapa peralatan-peralatan sahaja lagi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar atas jawapan yang telah diberikan. Kelantan telah dapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan untuk

meneroka REE ini dan kita jangka RM125 billion kita akan peroleh hasil daripada REE ini.

Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan bisnes model yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri adakah sama seperti pemberian pajakan lombong emas yang seperti kita tengok baru-baru ini lah, ore tunjuk jongkong emas kito, kito tengok sajo atau melalui anak syarikat atau yayasan-yayasan dibawah Kerajaan Negeri sebelum diserahkan kepada orang tengah untuk mencari pelabur. Serta apakah jaminan Kerajaan berkenaan dengan perkara ini supaya tidak di total subkan atau di ali baba kan. Terima kasih.

Terima kasih Galas. Istilah tengok sajo tu saya rasa tidak tepat. Setiap perlombongan dia akan melalui satu proses yang ketat dan ada pemantauan oleh pihak Kerajaan. Jadi dalam REE ini ye, kita mulakan dengan anak syarikat Kerajaan Negeri khususnya PKINK dan juga PMBK, begitu yee. Sekarang ini perlombongan REE dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk dieksport keluar hanya di Kenering, Gerik sahaja. Ianya adalah satu pilot study ye, tidak ada selepas itu mana-mana syarikat atau mana-mana negeri yang dibenarkan untuk berbuat demikian ye. Walaupun kita tahu bahawa harganya tinggi tetapi ia memerlukan proses yang rapi terutamanya impaknya kepada alam sekitar dan sebagainya.

Sebab itu lah sewaktu kita melaksanakan libat urus bersama dengan agensi Kerajaan Persekutuan kita dimaklumkan bahawa untuk EIA sahaja, kelulusan EIA sahaja memerlukan antara 2-3 tahun. Asalnya begitu. Tetapi Alhamdulillah saya menghadiri mesyuarat beberapa bulan yang lepas yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, jabatan-jabatan yang terlibat menjanjikan proses ini dipercepatkan, In Shaa Allah ye.

Walau bagaimanapun, sebagaimana yang saya katakan tadinya kita akan cuba untuk... ini juga hasrat Kerajaan Persekutuan. Kita nak dapat maksimum daripada REE kita maka model yang akan kita laksanakan adalah kita akan cuba untuk kerjasama antara agensi Kerajaan Negeri dengan mana-mana syarikat yang berkemampuan terbukti. Antaranya lah kalau saya boleh ambik satu contoh kita telah berbincang dengan syarikat yang sedang beroperasi di Pahang, Lynas. Dia memang terbukti

ye, kita sudah berbincang dan kita In Shaa Allah akan mengusahakan perbincangan yang lebih lanjut dengan Lynas. Yang lain-lain setakat ini masih lagi di peringkat awal. Tetapi agensi Kerajaan Negeri kita sudah pun bersedia untuk itu dan kita akan memastikan sebagaimana hasrat Kerajaan Persekutuan juga kita akan mendapat keuntungan yang maksimum. Kita akan cuba proses upseem downseem dalam negeri ataupun dalam negara kita. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Tawang.

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon soalan saya nombor... jawapan soalan saya nombor 2.

Soalan 2 :

Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah tindakan kerajaan negeri terhadap kemalapan garisan putih diatas jalan yang membahayakan pengguna jalanraya bagi mengelakkan kecelakaan yang tidak diingini?

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Tawang. Antara kerja-kerja JKR selain daripada senggaraan jalan juga ialah senggaraan garisan putih tengah dan tepi. Dan JKR memandang serius kepada kemalapan ataupun garisan putih yang pudar. Namun demikian, JKR terpaksa membuat peringkat demi peringkat dan memilih keutamaan-keutamaan jalan-jalan tertentu. Ini disebabkan oleh kekangan bajet yang diterima oleh JKR.

Untuk Ahli Sidang sekalian, kos ataupun penyelenggaraan garisan putih yang dimohon oleh Kerajaan… oleh JKR adalah sebanyak lebih kurang RM400 juta. Namun demikian, kelulusan yang diperolehi sekitar RM100

hingga RM120 juta per tahun. Jadi kekurangan ini menyebabkan JKR tidak mampu untuk melaksanakan keseluruhan jalan negeri dan jalan Persekutuan di Negeri Kelantan melainkan memilih jalan-jalan tertentu mengikut kepentingan-kepentingan ataupun keutamaan-keutamaan.

Dan baru ni kalau kita tak lupa semasa libat urus dengan Menteri Ekonomi pun perkara ini saya bangkit dan jawapannya ialah kerana kita setiap tahun jalan sentiasa bertambah, kos selenggaraan bertambah maka dia kata tak cukup pitih… gitu jelah. Jadi itulah untuk pengetahuan Tawang bahawa kenapa jalan di selenggara sebegitu rupa kerana ketidak cukupan bajet yang dimohon oleh JKR Negeri. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Tawang.

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan penggunaan car reftractive yang berkualiti tinggi memberikan impak jangka panjang terhadap kejelasan garisan jalan terutamanya dalam suasana cuaca yang buruk seperti pada waktu malam dan pada musim-musim yang seperti ini. Dan adakah sebarang kolaborasi dengan agensi-agensi yang tertentu seperti JPJ, JKR dapat menambahkan lagi dan telah menghasilkan peningkatan ketara dalam keselamatan jalan raya.

Terima kasih Tawang untuk soalan tambahan. Secara mudah seperti saya katakan tadi refractory sama ada jalan juga memerlukan kos, jadi JKR akan meneliti sudah tentu bilanya ada refractive tengah jalan hok sinar tu dia lebih baik dan orang panggil visualnya mudah nampak kalu kito jale male. Tetapi sekali lagi kekangan kos, kekangan bajet yang menyebabkan kita memilih keutamaan-keutamaan mana yang perlu diselenggara atau disenggara terlebih dahulu. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Semerak.

Terima kasih Dato’ Speaker. Mohon jawapan keapada soalan saya nombor 3.

Soalan 3 :

Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Sejauhmanakah persiapan dan perancangan bagi meningkatkan infrastruktur sukan serta promosi bagi menghadapi SUKMA 2028?

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Semerak atas soalan. Dalam usaha Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan SUKMA 2028, kerajaan telah membangunkan Kompleks Sukan Bukit Merbau, Madinah Al-Riadah yang akan mempunyai pelbagai kemudahan sukan. Selain daripada pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau Madinah Al-Riadah, kerajaan juga dalam usaha untuk menambahbaik infrastruktur sukan yang ada. Buat masa ini, keutamaan infrastruktur sukan yang akan ditambah baik adalah venue yang akan dijadikan venue pertandingan bagi penganjuran SUKMA 2028 nanti. Manakala dari segi promosi penganjuran pula, setakat hari ini tiada promosi secara berskala besar memandangkan SUKMA 2028 akan berlangsng dalam tempoh 4 tahun lagi. Promosi secara berskala besar hanya akan dilakukan selepas penyerahan bendera rasmi Temasya SUKMA kepada Negeri Kelantan dibuat secara rasminya selepas SUKMA 2026 di Selangor.

Kerajaan Negeri juga melalui Sekretariat SUKMA Kelantan, Majlis Sukan Negeri, JKR Kelantan dan Bahagian Kordinasi dan Program Khas, Pejabat SUK Negeri Kelantan dari semasa ke semasa menyelaras segala pelaksanaan infrastruktur untuk memastikan bahawa keperluan venue serta kemudahan lain yang berkaitan dengan tempat-tempat pertandingan dapat dirancang dan disediakan dengan baik. Ini adalah bagi memastikan penganjuran SUKMA 2028 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada masa ini, kerja-kerja pembinaan infrastruktur dan

pembangunan untuk SUKMA 2028 sedang giat dijalankan dengan kerjasama penuh yang diterima daripada JKR Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan. Senarai Cadangan Awal Venue Pertandingan bagi 28 acara utama, kita akan ada 28 acara utama SUKMA nanti juga telah disediakan oleh Sekretariat SUKMA Kelantan. Maknanya ini adalah hasil perbincangan sejak tahun 2022 lagi diantara Sekretariat SUKMA Kelantan bersama Majlis Sukan Negeri dan persatuan-persatuan sukan terlibat sebagaimana yang berikut.

Dia ada 28 acara utama SUKMA. Acara yang pertama, akuatik akan diadakan di Pusat Akuatik Kota Bharu, ini adalah di Madinah As-Salam, Tunjung. Acara angkat berat di Kompleks Belia dan Sukan, Panji. Badminton di Dewan Madinah As-Salam, Tunjung. Berbasikal akan menggunakan lebuh raya di Jeli dan juga Mountain Bike di Bukit Bakar. Gimnastik di arena tertutup Kompleks Sukan Bukit Merbau. Golf di Kelantan Golf Country Club, Pengkalan Chepa. Lawan pedang di Dewan Majlis Daerah Ketereh. Memanah di Kompleks Sukan Sunah Kampung Domis, Tanah Merah. Menembak di Lapang Sasar Menembak Kompleks Sukan Bukit Merbau. Olahraga akan diadakan di Stadium Utama Kompleks Sukan Bukit Merbau. Pelayaran In Shaa Allah akan diadakan di Pusat Sukan Air Pantai Geting, Tumpat. Setakat ini untuk lokasi ini belum mendapat kelulusan peruntukan daripada Pusat.

Yang ke-12 hoki akan diadakan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Bukit Merbau. Judo Dewan Kompleks Sukan Komuniti Jeli. Ping Pong Dewan Pusat Sukan USM, Kubang Kerian. Taekwondo Dewan Utama Kompleks Islam Lundang. Karate Dewan Maktab Rendah Sains Mara Geting, Tumpat. Bowling padang di Gelanggang Bowling Padang Kompleks Sukan Bukit Merbau. Pencak silat di Dewan Yayasan Islam Kelantan, Tunjung. Sepak takraw di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu. Squash Kompleks Squash di Kompleks Sukan Bukit Merbau. Ten-pin bowling setakat ini cadangannya di Madinah As-Salam, Tunjung. Walau bagaimanapun, perbincangan sudah diadakan dengan pengusaha-pengusaha bowling untuk kita menaiktaraf lokasi yang sedia ada.

Wushu di Dewan Majlis Daerah Tanah Merah. Bola sepak Stadium Sultan Muhammad V, Stadium Mini Pasir Mas, Padang Perdana MPKB-BRI, Padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Ragbi adalah di Padang Ragbi Kompleks Sukan Bukit Merbau dan juga Padang Ragbi Politeknik Kok Lanas. Bola jaring di Dewan Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Puteh. Bola keranjang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan

Chong Hwa Kota Bharu dan juga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chung Cheng Kota Bharu. Bola tampar Dewan Wisma Sukan Negeri Kota Bharu. Dan tenis di Gelanggang Tenis USM, Kubang Kerian. Maknanya ada 28 acara utama yang akan dipertandingkan dalam SUKMA 2028.

Manakala akan ada 5 acara pilihan iaitu muay thai yang In Shaa Allah akan diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, tinju di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, e-sport di Giant, Tunjung, petanque di UMK Jeli. Manakala kriket di Institut Pendidikan Guru Pengkalan Chepa. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Semerak.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan juga terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang panjang lebar. Dan bolehkah saya tahu apakah projek utama infrastruktur sukan yang telah dikenalpasti untuk dinaiktaraf atau dibina semula khusus untuk SUKMA selain daripada Stadium Bukit Merbau.

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih atas soalan tambahan. Mana soalan Semerak tadi lebih kepada... selain daripada Stadium Bukit Merbau. Dia ada beberapa macam saya sebut tadi, maknanya pertambahan baik akan dilakukan di lokasi-lokasi yang diadakan kejohanan ataupun acara selepas ini. Antaranya macam saya sebut tadi, angkat berat di Kompleks Belia Sukan Negeri, Panji. Mountain bike di Bukit Bakar, Alhamdulillah hari itu kita telah mengadakan Kelantan National Mountain Bike, maknanya itu lokasi telah ditambah baik. Kemudian, di Kelantan Golf Country Club. Dan kemudian untuk memanah di Kompleks Sukan Domis, In Shaa Allah kita akan buat penambahbaikan. Yang seterusnya, pusat sukan air di Pantai Geting, Tumpat. Yang ini pun untuk sukan pelayaran kita akan buat In Shaa Allah penambahbaikan. Ping pong di Dewan Sukan Kubang Kerian, USM Kubang Kerian. Kemudian sepak takraw di Dewan Jubli Perak, MPKB dan juga bowling In Shaa Allah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Pengkalan Pasir.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Salah satu isu utama dalam penyediaan insfrastruktur adalah pencawang masuk utama. Sebagaimana yang kita ketahui, kalau saya dulu di PKINK ada isu besar di Machang ini adalah pencawang masuk utama. Saya difahamkan Kerajaan telah menyediakan satu tapak seluas 6 ekar. Dan kalau boleh minta pihak Exco menceritakan tahap kesiapan sebab kalau lah kemudahan itu pun siap, kalau tidak ada pencawang masuk utama disediakan yang akan mengambil masa sehingga 5 tahun kalau masa itu dibagitahu oleh pihak TNB. Mohon kalau boleh pihak Exco bagitahu status pencawang masuk utama.

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

In Shaa Allah perkara tersebut akan dibincangkan dengan JKR. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Bukit Bunga.

Tuan Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 4. Soalan 4 : Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menaik taraf Sistem pengairan di sawah padi yang telah lama tidak diselenggara di kawasan Bendang Kelewek, Bendang Keladi dan sekitarnya ?

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Bukit Bunga. Kawasan Bendang Kelewek dan Bendang Keladi, Tanah Merah merupakan kawasan tanaman padi luar jelapang dan dibawah Skim Kecil seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan. Pada ketika ini, keluasan Bendang Keladi adalah seluas 74 hektar, melibatkan 8 orang petani dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 200 hingga 300 tan semusim. Manakala, keluasan Bendang Kelewek seluas 80 hektar dengan melibatkan bilangan petani seramai 9 orang dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 200 hingga 300 tan semusim.

Untuk makluman YB Bukit Bunga, Kerajaan dalam proses pertimbangan kelulusan peruntukan bagi menambah baik sistem saliran di kedua-dua bendang tersebut In Shaa Allah akan ada kelulusan. Pihak JPS telah mengangkat beberapa cadangan dan permohonan peruntukan bagi menaiktaraf sistem saliran di kawasan tersebut.

Di Bendang Kelewek, menaiktaraf sistem saliran longkang lama jenis ‘V’ kepada longkang berbentuk ‘U’ sepanjang 150 meter. Ini kerana longkang sedia ada berusia agak lama telah pun rosak di beberapa bahagian penyambungan menyebabkan berlaku kebocoran di beberapa tempat. Cadangan menggantikan longkang berbentuk ‘U’ dilihat lebih sesuai dan mempunyai kelulusan SIRIM bagi menjamin kualiti sistem saliran. Anggaran kos yang diperlukan untuk kerja-kerja ini adalah sebanyak RM50, 000.

Di Bendang Keladi, menaiktaraf sistem pengairan lama sedia ada yang berlaku mendapan kepada longkang berbentuk ‘U’ sepanjang 350 meter termasuk menyelenggara dan membersihkan saliran lain di sekitar bendang tersebut. Anggaran kos yang diperlukan adalah sebanyak RM120, 000. Membaiki dan menstabil tebing Sungai Jedok yang telah terhakis berhampiran kawasan bendang dan rumah pam. Hakisan yang berlaku antaranya di kawasan rumah pam milik JPS telah terputus dan memerlukan penggantian dan pembaikian yang lebih kerap. Perkara ini dapat diatasi sekiranya pembaikian tebing sungai dilaksanakan dan

membantu kelancaran saluran sumber air ke bendang. Anggaran kos yang diperlukan adalah sebanyak RM50, 000. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Bukit Bunga.

Tuan Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco atas jawapan yang diberikan tadi. Soalan tambahan saya, selain daripada… selain bantuan daripada Jabatan Pertanian, apakah bentuk bantuan-bantuan lain yang boleh dimohon oleh para pesawah khususnya pesawah bukan dibawah seliaan KADA dan juga IADA Kemasin Semerak. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Bukit Bunga. Pemohon atau petani pesawah padi boleh memohon dengan pihak Kerajaan Negeri melalui portfolio saya sepeti baja folia (baja penggalak buah) dan baja pemulihan tanah, baja dolomite yang boleh membantu meningkatkan ph tanah sesuai dengan untuk penanaman padi. Dan beberapa input pertanian yang lain seperti pam racun, enjin pam bergerak, enjin air dan juga wayar saliran untuk membantu pengairan-pengairan di kawasan tersebut. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Soalan saya adalah tadinya Yang Berhormat Exco telah menjawab dengan baik langkah-langkah pemulihan dan perancangan bagi menyelesaikan masalah bendang padi di Lubok Bongor dan Bendang Keladi di Tanah Merah namanya tetapi di kawasan Parlimen Jeli. Saya juga nak memohon lah kepada… soalan saya iaitu ada juga kawasan bendang padi di Kampung Bongor di Gual Ipoh ni yang mengalami

masalah yang sama. Cuma dari segi perkara yang perlu diberi perhatian adalah banyaknya bendang padi dan dikongsi kepada dua kawasan kampung, namun bekalan air untuk mengairi sawah berkenaan tidak mencukupi. Mohon perhatian. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Gual Ipoh. Pihak Jabatan Pertanian telah melakukan pelbagai inisiatif dan mengenalpasti potensi yang ada dalam membangunkan kawasan tanah-tanah terbiar termasuk kawasan bendang padi di Kuala Balah dan Jajahan Jeli. Dimana Jajahan Jeli ini mempunyai 2 skim padi iaitu skim kecil Lubuk Bongor dan skim kecil Jerimbong. Untuk skim kecil di Lubuk Bongor mempunyai keluasan 34 hektar dan bertanam sebanyak 27 hektar yang telah diusahakan oleh pesawah seramai 12 peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan.

Tanaman padi luar musim 2024 tersebut telah selesai dituai pada bulan Ogos 2024 yang lalu dan hasil yang diperolehi adalah sebanyak 45 metrik tan. Oleh demikian, dalam memastikan kesejahteraan ekonomi rakyat tempatan, tanaman padi skim kecil di Lubuk Bongor akan diteruskan sebagaimana perancangan Kerajaan Negeri kerana tahun 2024 merupakan tahun pertama tanaman padi di kawasan Lubuk Bongor diusahakan setelah 5 tahun kawasan tersebut terbiar.

Manakala kawasan skim padi di Jerimbong yang keluasan 32 hektar telah dihentikan akibat, dihentikan aktiviti tanaman padi sejak 2008 disebabkan pesawah telah menukar tanaman padi kepada tanaman lain seperti getah, tebu, jagung, sayur dan lain-lain tanaman. Terdapat juga pemilihan kediaman di kawasan ini kerana pesawah tidak lagi berminat untuk meneruskan projek tanaman padi.

Jadi yang di kawasan Lubuk Bongor tadi, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah menggunakan peruntukan Kerajaan sebanyak RM145 012 bagi kerja-kerja penyediaan, perataan semula sawah, naik taraf sistem pengairan. Selain kawasan padi, terdapat juga tanaman lain seperti durian dibangunkan dari tanah terbiar dan kawasan Kuala Balah dan kawasan-kawasan di Jeli yang melibatkan peruntukan sebanyak RM184 180 dengan keluasan 12.34 hektar bermula tahun 2021 sehingga 2023. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Paloh.

YB Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 5.

Soalan 5 :

Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah bentuk kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal termasuk penggunaan teknologi inovatif dan pelaburan dalam infrastruktur ?

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker. Untuk makluman Paloh, Kerajaan Negeri telah menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta dalam meningkatkan kecekapan dan pengurusan sisa pepejal termasuk penggunaan teknologi inovatif dan pelaburan dalam infrastruktur. Antaranya adalah bagi membangunkan Projek Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Berintergrasi dan Fasiliti Karbonisasi di Tanah Merah, pihak Majlis Tanah Merah telah menjalinkan kerjasama dengan Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd dan Japan Orchid Inc. Sehubungan itu, Tapak Pelupusan Bukit Che Ros Tanah Merah telah diuruskan oleh Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan atau PSPM singkatannya bermula 1 Januari 2023 dan banyak penambahbaikan telah dilakukan seperti memasang alat penimbang kenderaan (weightbridge), pemantauan operasi melalui cctv, pengurusan sisa kitar semula di tapak serta pengurusan yang menggunakan kaedah yang sistematik.

Manakala Majlis Daerah Pasir Mas telah melantik pihak swasta dan vendor bagi menjalankan kerja-kerja pemungutan sisa pepejal di kawasan Pasir Mas yang mana Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan telah menyediakan sejumlah peruntukan kepada Majlis Daerah Pasir Mas. Bagi kutipan sisa pepejal oleh pihak swasta, Majlis telah menyediakan tempat pelupusan sisa pepejal dan dikenakan caj perkhidmatan. Majlis juga telah menjalankan kerja usaha-usaha

kempen kitar semula di dalam setiap program gotong royong yang diadakan. Majlis Daerah Tumpat telah mendapat kelulusan penswastaan untuk pengurusan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah Kok Bedullah, Tumpat yang dikendalikan oleh KUMH. Selain itu, Majlis juga telah melaksanakan program perkhidmatan pembersihan kawasan pelancongan dan kawasan tumpuan awam dengan menswastakan pembersihan secara tender di kawasan tersebut seperti Laman Warisan Kampung Laut, pasar-pasar Awam, Pantai Sri Tujoh dan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.

Dan Majlis Daerah Machang pula telah melantik pihak swasta dan vendor untuk kutipan e-waste dan barangan kitar semula di tapak pelupusan serta di program 3R bersama Skuad Wanita Islam Machang (SWIsMA) dan Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Majlis Daerah Dabong kini dalam proses melantik pihak swasta iaitu Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. (KUMH), untuk meningkatkan kecekapan kutipan e-waste dan barangan kitar semula di tapak pelupusan. Pihak Majlis Daerah Dabong juga dalam proses melantik pihak swasta dengan menawarkan perkhidmtan kebersihan dan keceriaan tandas di kawasan tumpuan pelancong seperti di Lata Kertas, Taman Rekreasi Gua Ikan dan tandas KTMB Dabong. Manakala Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam telah bekerjasama dengan KUMH bagi pengurusan sisa pepejal. Namun terdapat PBT yang masih lagi menguruskan sisa pepejal sendiri seperti Majlis Daerah Kuala Krai, Majlis Daerah Gua Musang dan dalam usaha ingin bekerjasama dengan pihak swasta bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal seperti mana yang telah dilaksanakan di sesetengah PBT di Kelantan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Paloh.

Terima kasih Dato’ Speaker. Dan terima kasih lah kepada YB Exco yang memberi jawapan yang tepat. Cuma soalan saya berbunyi ada satu soalan tambahan iaitu adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggubal dasar mengenai pengeluaran dan penggunaan dan pengurusan sisa plastik di Negeri Kelantan dan juga undang-undang bagi menangani pencemaran plastik. Terima kasih.

Terima kasih Paloh atas soalan tambahan mengenai sisa plastik sekali guna ataupun kita panggil single plastic use yang mana masalah plastik dipanggil white pollution. Pencemaran putih itu kita boleh nampak sampah berbentuk pencemaran pada plastik yang mana kita baca buat kajian plastik ini dia mengambil masa 400 hingga 1000 tahun untuk terurai. Ini lah antara punca utama masalah tersumbatnya pembentungan kita. Dan juga kita Malaysia antara negara yang masih lagi gagal mengurus secara sistematik sampah-sampah berbentuk plastik. 30% daripada buangan isi rumah termasuk pasar-pasar awam, kedai-kedai serbaneka yang telah menjana sampah berbentuk plastik. Dan kita di Kelantan kita bersama-sama Persekutuan, dia ada satu dasar, hala tuju, pelan ke arah pengurusan sifar plastik dan semua negeri diberi masa sehingga 2030 untuk mula menamatkan penggunaan beg plastik.

Dan kita di peringkat MPKB, kita bermula 2014 lagi telah mengadakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik iaitu kita menggalakkan para pengguna supaya tidak menggunakan beg plastik pada hari Sabtu, hari Ahad dan juga hari Isnin di semua pasaraya di peringkat pertama, di peringkat nasional. Namun, kita tengok kempen ini tidak berjaya kerana para pengguna diberi option ataupun pilihan dengan membayar 20 sen masih lagi mereka dapat menggunakan plastik dan hasil kutipan 20 sen diberikan kepada MPKB dan kita kumpul kita gunakan untuk program-program kempen. Namun, masih lagi berjaya. Dan pada tahun 2024 kita melancarkan semula Kempen Kota Bharu Bebas Plastik dan saya telah merasmikan Program Pra Pelaksanaan Kempen Kota Bharu Bebas Plastik pada 1 Januari dan kita 9 Februari telah melancarkan Perasmian Pelancaran Besar-besaran Kota Bharu Bebas Beg Plastik di Ruang Legar AEON Mall. Dan kita mengagihkan beg-beg biodegradable yang boleh lupus kepada semua pengunjung yang hadir dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Dan juga kita memberikan sijil apresiasi kepada stake holder ataupun pasaraya, kedai-kedai yang bersama-sama menjayakan kempen ini. Dan harapan saya kita dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat kita supaya kita dapat mengurangkan penggunaan beg plastik yang mana akan menjadi bebanan kepada kita untuk kita wariskan dunia ini kepada generasi yang mana tidak dapat menggunakan muka bumi sepenuhnya untuk dimanfaatkan kehidupan harian mereka.

Dan kita juga dibawah dasar Kelantanku Bersih antara perancangan utama untuk kita mengurus alam sekitar dengan sistematik dan selain daripada kita berkempen, gotong-royong Kelantanku Bersih juga berkempen supaya rakyat dapat mengamalkan amalan kitar semula termasuk lah mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Kota Lama.

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada YB Exco atas usaha-usaha yang dijalankan sebelum ini untuk menuju Kelantanku Bersih. Soalan saya adalah apakah tindakan Kerajaan Negeri melalui setiap PBT dalam memastikan pengurusan sisa pepejal dipertingkatkan dan diperkemaskan di negeri kita. Ini termasuk lah adakah di sana perancangan untuk membekalkan tong-tong berbeza untuk pengasingan sampah di kawasan-kawasan pengumpulan sampah di PBT, contohnya di Kota Bharu dan juga di tempat-tempat awam.

Soalan kedua saya adalah apakah sebab utama yang menjadi punca kepada Kerajaan Negeri Kelantan menolak Perjanjian Pengurusan Sisa Pepejal yang ditawarkan dibawah Akta 672 Akta Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam oleh Persekutuan. Terima kasih.

Terima kasih Kota Lama atas soalan. Kita Kelantan kita ada 12 PBT dan kita ada kerangka khusus untuk semua PBT dapat melaksanakan tugas masing-masing selaras dengan dasar Kelantanku Bersih. Dan bawah Kelantanku Bersih kita ada 5 dasar utama. Yang pertama, menerapkan amalan kebersihan demi mencapai matlamat Kelantanku Bersih iaitu kita kempen dah berterusan sejak sekian lama kita lancarkan Kelantanku Bersih pada tahun 2018. Manakala peringkat Persekutuan melancarkan dasar iaitu dasar Malaysia Bersih 2019. Setahun selepas pelancaran Kelantanku Bersih kita.

Yang kedua, meningkatkan tahap kebersihan dalam memelihara alam sekitar. Yang ketiga, memperkemas sistem pengurusan dan

penguatkuasaan bagi mengurangkan isu kebersihan. Dan tahun ini kita buat penguatkuasaan di semua PBT dan setelah mengarahkan semua PBT supaya mengenakan kompaun, RM1000 kompaun kepada mereka yang masih lagi degil membuang sampah merata-rata, gagal membuang sampah ke dalam tong yang kita sediakan dan juga membawa sampah di atas bonet kereta.

Dan ketiga... keempat, memperkasa kebajikan dan latihan bagi melahirkan modal insan berkualiti, efektif dan berkemahiran. Ini lah kita menurunkan ilmu-ilmu kitar semula bukan hanya kepada rakyat kita, kepada petugas-petugas kita. Dan kelima, mewujudkan ekonomi kitaran dan juga sisa sebagai sumber waste to energy, Program Trash to Cash dan juga macam-macam istilah digunakan untuk menjadikan buangan ini sebagai sumber pendapatan.

Dan berkenaan dengan Akta 672 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam masih lagi ada 5 negeri yang masih lagi bersama-sama dengan kita tidak menerima pakai Akta 672 iaitu Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan juga Perak. Menteri KPKT juga orang Perak belum lagi menerima Akta 672 kerana dia ada pro and juga cons dia. Antara cons dia iaitu Seksyen 3 menyebut sekiranya kita menerima Akta 672, kita terpaksa berikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan untuk menguruskan sisa pepejal di seluruh Kelantan. Dan pengalaman kita, kita bagi sajaha sekerumit kuasa kita kepada Persekutuan, kita tidak mendapat pulangan yang kita harap-harapkan.

Berlaku dalam Perjanjian Pembangunan Petroleum, kalau saya boleh sebut sedikit walaupun lari, kita sign perjanjian antara Kelantan Petronas sebagai operator. Balasannya kita akan diberikan 5% tunai. Siapa bagi ? Petronas akan bagi, bukan Pusat. Manakala Pusat sebagai broker... broker... Pusat ni broker. Sekiranya Pusat dapat gayo Kelate sign agreement, Petronas akan bagi kepada Pusat 5%. Tiada perjanjian antara Kelantan dengan Pusat... takde. Pusat pihak ketiga kepada perjanjian, kita dengan Petronas. Berlaku sekarang Petronas bayar kepada Pusat 10%. Pusat akan bagi kepada kita 5%. Kita sign dengan Petronas, Petronas tidak membayar kepada kita, kita saman Petronas.

Di pertengahan jalan Pusat masuk permohonan sebagai pencelah kerana Pusat tak terlibat antara kita dan juga Petronas. Berlaku sekarang semua royalti kita dibayar kepada broker, broker tak bayar balik pulangan kepada Kelantan. Sebab itu saya dilantik sebagai ADUN, kalau ikut pada

hansard Perbahasan saya pertama kita sign agreement. Dia ada 3 pillars dalam perjanjian, offer... Petronas offer kepada kita, kita terima acceptance dan juga consideration...

(MENCELAH)

Boleh minta izin sikit. Tadi Yang Berhormat Exco ada sebut pasal kita saman Akta Petroleum tadi... saman Petronas. Soalan saya, kita tarik balik tu bakpo Yang Berhormat ? Kenapa kita tidak teruskan saman itu ?

Tidak jawab sini. Kita tarik balik kerana kita dijanjikan dengan bayaran, dikembalikan bayaran semasa Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita ada perbincangan, masa tu ada hubungan harmoni kerana kita prinsip sebagai reformis. Kita menjanjikan kepada rakyat kita akan hapuskan rasuah, kita akan memerintah negara secara semangat federalisma. ...... memerintah lantik Tun M sebagai Perdana Menteri dibuat hubungan yang baik di antara negeri dan juga Pusat. Ada perbincangan antaranya menyambung LPT 3 dan dijanjikan royalti 25% kepada semua negeri pengeluar minyak semasa itu... semasa itu tetapi tidak diberikan. Alhamdulillah Tun M kerana Menteri Kewangan menolak untuk menanda tangani wang ihsan kepada Kelantan. Sebelum Tun M meletak jawatan dia sign RM400 juta kepada Kelantan waktu tersebut. Kita tarik balik kerana ada perbincangan sekiranya tidak tarik balik tidak dapat buat bayaran kerana kes masih lagi hanging dan perbicaraan kita tarik kita dapat RM400 juta dan tidak dibayar 25% sebagaimana manifesto... manifesto dalam PRU ke-14.

(MENCELAH)

Mohon mencelah..

Sila..

YB Exco, saya nak minta jawab soalan saya yang asal. Adakah pihak PBT mahu menyediakan tong-tong berbeza di kawasan pelupusan sampah ni ? Nok tanya hok tu asal... dengan juga di tempat awam.

Tong ni benda-benda harian lah. Runcit... runcit, buat make-make nasi air. Kita bercakap sebagai dasar Kerajaan, tong ni kita oleh beli lah.

Kota Lama panas lingo ko ?

Dok.. kita tanya soalan. Hok ni Kota Lama dia perlu tong tu di tempat-tempat berbeza.

Tong ni dia ada warna merah, ada warna biru, ada warna koko.

Timbalan Speaker

Bagi peluang Exco jawab, Kota Lama.

Okay balik kepada 672. Saya nak berhenti sebab sebut kuasa eksekutif kita kena serah kepada Pusat. Pengalaman kita Petronas tak bayar. Kita buat migrasi air, kita sign migrasi air dengan harapan Pusat dapat membantu kita membekalkan air bersih ke seluruh Kelantan. Tapi berlaku… tapi gak tidak sebagaimana yang kita harap-harapkan. Yang ini lah kita walau kita masih lagi mengkaji sebagai sebuah negeri yang mana tidak berikan peruntukan yang sepatutnya menyebabkan segala perancangan kita terbantut. Dan kita tahun depan sebagaimana tahu kita ada skim saraan yang baru SSPA dengan kos operasi di tapak pelupusan yang meningkat dengan kenaikan harga diesel semua PBT

akan menghadapi masalah untuk menguruskan sisa pepejal di kawasan operasi masing-masing.

Dan saya semasa mesyuarat dengan YB Menteri, saya memohon supaya YB Menteri menimbang untuk memberikan geran bantuan kepada negeri-negeri yang lagi masih belum menerima Akta 672. Jawapan Menteri semua negeri hendak lah menghantar nota hasrat untuk perundingan. Dan kita pihak negeri masih lagi belum membuat keputusan untuk menghantar nota hasrat. Dan In Shaa Allah kita akan bincang semula dengan kekangan kewangan yang akan dihadapi oleh 12 PBT dan kita negeri tidak mampu untuk membantu 12 PBT dalam masa serentak kerana kekurangan sumber kewangan kita. 672 kita kiv dulu, kita akan bincang dengan Pusat selepas ini, In Shaa Allah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Chempaka.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon untuk dapatkan jawapan saya bagi soalan nombor 6.

Soalan 6 :

Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, bilangan semasa pemegang Kad Nelayan serta bilangan vessel berdaftar bagi Daerah Kota Bharu. Adakah lesen vessel tersebut membolehkan mereka membawa pelancong ke pulau-pulau berdekatan?

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Chempaka. Berdasarkan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan sehingga Oktober 2024,

bilangan bagi pemegang Kad Nelayan untuk Daerah Kota Bharu adalah sebanyak 780 orang. Manakala bilangan vesel aktif yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan adalah sebanyak 316 buah. Pecahan bagi 316 buah vesel yang berdaftar merupakan 74 buah vesel enjin dalam manakala 242 buah merupakan vesel sampan. Di bawah Akta Perikanan 1985, Peraturan 18 di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) Pelesenan Vesel Penangkapan Ikan Tempatan 1985 tiada vesel penangkapan ikan berlesen boleh membawa penumpang atau kargo kecuali dengan kelulusan Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM).

Antara syarat utama yang perlu dipenuhi oleh pemilik bot ialah membawa Personal Locater Beacon (PLB), memiliki perakuan kecekapan (COC) dan perlindungan insuran. Dimana kita akan menjaga keselamatan para penumpang sebagai keutamaan. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Chempaka soalan tambahan.

Terima kasih Dato’ Speaker. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco sebentar tadi berkait dengan nelayan di Kota Bharu, saya nak ambil kira saya nak kecil sikit iaitu ke Kampung Pantai Sabak mengambil kira yang terletak lebih kurang 15 minit sahaja dari Airport Pengkalan Chepa berbanding dengan jarak ke Kuala Besut lebih kurang dalam sejam. Jadinya saya telah berjumpa dengan beberapa nelayan di sana termasuk dengan Persatuan Nelayan nya, mereka menyatakan minat hasrat untuk bawa pelancong ke pulau-pulau berdekatan itu. Jadi saya nak bertanya bagaimana apa ni adakah jabatan nya ataupun pihak Kerajaan lah boleh membantu penduduk dan nelayan di Kampung Pantai Sabak tersebut untuk membangunkan agro pelancongan khususnya di perkampungan tersebut. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Chempaka. Memang Sabak merupakan sebuah mukim dalam di Daerah Sering Kota Bharu Kelantan, merupakan sebuah pantai yang terletak 18 kilometer dari Kota Bharu. Pantai Sabak ini dia terkenal dengan kegiatan

perikanan secara tradisional. Nelayan di sini masa dahulu ke laut menaiki bot-bot kecil menggunakan enjin berkuasa rendah. Uniknya nelayan di Pantai Sabak ini berbanding nelayan di tempat lain mereka mewarnakan, mengecat vesel mereka dengan ukiran menarik yang dikenali sebagai vesel jenis koleksi tradisi. Pada masa ini, Kampung Sabak telah terkenal dengan daya keunikannya yang tersendiri. Terdapat restoran makanan laut, keunikan vesel jenis koleksi tradisi Masjid Ar-Rahman yang meningkatkan daya tarikan para pelancong dari luar dan dalam negara.

Dibawah Jabatan Perikanan, terdapat myKomuniti Perikanan (myKP) Sabak berdaftar itu seramai 96 orang yang menjalankan aktiviti pembuatan bubu, perikanan rekreasi yang dilaksanakan pada awal tahun itu pada bulan Mac hingga Oktober. Jabatan Perikanan Malaysia hanya melesenkan vesel dan peralatan menangkap ikan dibawah Akta Perikanan 1985, mana-mana vesel yang membawa penumpang hendak lah berdaftar dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dibawah Jabatan Laut Malaysia yang saya sebutkan tadi ada 3 syarat utama. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Manek Urai.

Terima kasih Dato’ Speaker. Apakah syarat-syarat bagi membolehkan nelayan darat… membolehkan mereka layak menerima bantuan daripada pihak Kerajaan? Terima kasih.

Terima kasih soalan tambahan daripada Manek Urai. Yang Behormat Dato’ Speaker, soalan tadi berkaitan dengan nelayan persisiran pantai atau laut tetapi tidak ada masalah lah berkaitan dengan nelayan juga. Jadi kita Kerajaan Negeri Kelantan tidak meminggirkan nelayan darat ni, nelayan yang menangkap ikan dari sungai ataupun kawasan-kawasan tasik dimana mereka boleh memohon bantuan daripada Jabatan Perikanan Negeri Kelantan dibawah Bajet Pembangunan Nelayan Darat dan juga dibawah portfolio saya pun ada. Yang biasa kita bagi melalui Pusat Khidmat DUN, mana-mana DUN yang ada nelayan darat yang

berdaftar dengan Jabatan Perikanan boleh memohon sekurang-kurangnya RM10,000 setahun di setiap DUN. Mereka boleh membeli peralatan-peralatan atau input perikanan seperti untuk pukat, kail dan juga apa ni makanan ikan dan sebagainya… pelek. In Shaa Allah sekiranya pihak nelayan darat ni memohon In Shaa Allah kita akan uruskan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti nelayan darat ni mereka sekurang-kurangnya 5 hari seminggu turun ke sungai dan mereka sebahagian daripada hasil tangkapan mereka dapat dijual. Bukan hanya untuk makan keluarga, mereka memperolehi sedikit sumber ekonomi hasil daripada tangkapan mereka menerusi pukat, menjala, bubu dan sebagainya. Sekian terima kasih.

Speaker

Silakan Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 7.

Soalan 7 :

Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauhmana kejayaan TMK 24 dari sudut kehadiran pelancong dalam dan luar negeri serta kesan dari sudut ekonomi peniaga tempatan ?

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Bunut Payong yang ingin mengetahui mengenai kejayaan Tahun Melawat Kelantan dari sudut kehadiran pelancong dan juga dari sudut kesan ekonomi peniaga-peniaga tempatan. Kehadiran pelancong seperti yang telah dibangkitkan dalam soalan pada hari-hari sebelum ini tidak dapat kita beri angka rasmi lagi oleh kerana tahun pun belum habis lagi. Dan lazimnya yang memberi angka rasmi ini ialah Jabatan Statistik Negara, yang biasanya samada suku pertama ataupun suku kedua setiap tahun ia akan keluarkan statistik berkenaan dengan kehadiran pelancong.

Namun begitu, kita dapat merasakan bahawa kehadiran pelancong ke Kelate ni meningkat dengan menggunakan beberapa angka tunjuk selain daripada yang telah kita sebut daripada pintu masuk dan juga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dan bas... jumlah bas yang masuk ke Kelantan. Kita juga boleh gunakan beberapa sumber lain seperti hotel. Mengikut maklumat yang kita perolehi daripada hotel, daripada Persatuan MAH Malaysian Association of Hotels Cawangan Kelantan, dia merekodkan 75% occupancy, itu sangat baik. 75% ni sejak bulan September ye. Mengikut mereka hanya diperlukan 45% occupancy sahaja untuk break even maknanya untuk kelik modal tu 45%. Dia ada rekod 75% tu dah ada lah, margin tu keuntungan dia.

Ini sudah pasti memberi gambaran bahawa pelancong sudah bertambah ramai masuk. Itu menginap di hotel, tak masuk lagi yang menginap samada homestay ataupun menginap desa dan lain-lain. Yang angkanya kita tak dapat, pasal mereka tak ada persatuan. Jadi masalah lah kita nak kutip sore-sore ni. Minta maaf banyok lah Yang Berhormat Bunut Payong.

Kemudian, dari segi travel agent kita ada 55 travel agent di Kelate ni. Daripada 55 travel agent, sebelum ini hanya 5 sahaja yang membuat inbound, maknanya yang menguruskan pelancong daripada luar masuk ke Kelate, hanya 5.. 50 lagi tu semuanya outbound, maknanya mengurus pelancong Kelate nok gi buat Umrah ko nok gi Ho Chi Minh City ko Bangkok ke mana-mana lah Jakarta, Bandung macam-macam. Tapi sekarang ini sudah bertambah menjadi 12, maknanya travel agent dulunya buat outbound, kini juga buat inbound. So ini memberi gambaran bahawa ada demand, bila ada demand, ada supply.

Dan begitu juga dengan pasar-pasar mencatatkan jumlah pengunjung yang lebih ramai pada tahun ini daripada sebelumnya. Namun begitu, ada juga lah 1-2 tempat, kade-kade timing tok betul. Misalnya saya ada tengok ada dorang post video mengenai Pasar Siti Khadijah napok lengang saje, jadi terkejut juga saya. Pergi lah... saya pergi tengok, rupanya time, kalu pergi alik pete pukul 4 pukul 5 meme lah takdok doh ore nyo. Acu gi alik pagi, gi alik pagi sebelum pukul 12 tengahari... hoo pack nok masuk pun payoh. So timing tu pun penting.

Demikian juga dengan sahabat saya daripada Gual Periok punya concern, Rantau Panjang Alhamdulillah saya salute dia punya concern pasal

Rantau Panjang ini. Cuma Rantau Panjang ni panjang cerita sikit lah tapi ada juga time dia. Ada masa-masa ore tok pergi kerana ore tengok belah alik sana tu mendapat barang yang sama kenapa dia pergi Rantau Panjang dia boleh gi alik sana boleh muroh lagi. So itu di antara angka petunjuk berkenai dengan kehadiran. Rasanya.. cuma angka betul nya kita tunggu tahun depan lah.

Yang keduanya mengenai dengan kesan daripada sudut ekonomi. Ini pun satu hal yang kita belum dapat daripada peruncit dan juga daripada peniaga. Tabiat kita ore Kelate ni, kalu kita tanya dia kata boleh laa... dia takdok oyak tok berani nok oyak hok betul. Dio duk oyak boleh laa. Maknanya bo bo hidup lah. Jadi itu masalah... tapi kalu kito tengok misalnya, contoh ye di kawasan Pasar Siti Khadijah awal bulan je penuh di kedai emas dale pasar. Saya tok tahu ore jual emas dale Pasar Siti Khadijah, saya ingat ore jual ikan, jual sayur, jual bare-bare kering saje. Jadi apabila tengok gi hendap tengok dekat ore jual emas, ada berpuluh-puluh kedai. Dan dia orang mace beli bare jualan muroh, beratur nok beli emas... Alhamdulillah. Ini apa namanya stail kita lah. Tapi emas tu Kelate ni memang terkenal. Ore luar pun mari Kelate ni antara lainnya nak beli emas Kelate. Kalu Bunut Payong tanya banyok mano dio dapat, hok tu memang susah lah. Kalu tanya dio pun, dio tok oyak.

Kemudian... satu lagi.. ini satu yang saya rasa wajar dirakam di dalam Dewan ini kita menganjurkan, TIC menganjurkan satu program yang kita panggil Kelantan Arts and Culture Festival dan juga bersama dengannya ialah Expo Keris Tradisional sempena dengan Pelancaran Keris Tok Chu. Ini kalu tertanya-tanya Keris Tok Chu gapo benda tu, ambo minta maaf nok rujuk kepada pakar dia Yang Berhormat Dato’ Mejar, dia boleh oyak sedikit sebanyak.

Pada hari itu, tempatnya adalah di Padang Merdeka... Padang Bank dan juga di Dataran Rehal dan keris ialah di dalam Istana Balai Besar. Dan ini suatu yang sebelumnya tak pernah berlaku, maka dalam hal ini wajar lah Dewan khususnya saya sendiri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Junjung Kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang membenarkan ketiga-tiga premis, tempat ini digunakan untuk tujuan ini. Kali pertama dalam sejarah. Alhamdulillah ini menunjukkan bahawa Kebawah Duli Tuanku dan juga Kerabat D’ Raja sangat mengambil berat terhadap usaha membawa pelancong masuk ke Kelate ni. Jadi kita wajar mengucapkan junjungan penghargaan dan junjungan kasih yang setinggi-tingginya kepada Kebawah Duli.

Dan Pesta Keris ni telah mencatat lebih daripada 35 000 orang pengunjung. Mula-mula itu ada nombor, setiap kali masuk dia bagi nombor, kita nak rekod berapa ramai. 2 minggu apa punya pameran. Minggu pertama sudah habis nombor dah. Jadi tok tahu 35,000 ore tu sudah habis nombor, lepas pada tu ada lagi ore mari, itu sebabnya lebih daripada 35,000 orang... Alhamdulillah. Jumlah banyak mana hasilnya mace di Padang Merdeka, pengusaha makanan dan minuman telah merekodkan dalam tempoh 2 minggu hasilnya ialah RM1.5 juta. Pasal ini bawah kita kawalan kita so kita pastikan dia rekod berapa income dia. So itu lah RM1.5 bilion dalam tempoh 2 minggu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Teriam kasih di atas jawapan yang telah diberikan tadi daripada pihak Kerajaan. Cuma kita lihat secara keseluruhan Tahun Melawat Kelantan ini mengikut laporan telah dapat menarik ramai pelancong untuk datang ke Kelantan. Tetapi dalam masa yang sama kita mendapat berita bahawa di Rantau Panjang berlaku kemerosotan kehadiran pelancong sehingga menyebabkan berlaku peniaga hampir gulung tikar dan sebagainya. Dan juga berlaku dalam kawasan saya di Wakaf Che Yeh, memang ketara sekarang ini peniaga semakin berkurang kehadiran orang ramai pembeli terutama sekali pelancong juga semakin berkurang. Jadi soalan saya apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan pusat-pusat membeli belah yang sebelum ini menjadi tarikan kepada pelancong supaya dapat pelancong datang semula ke tempat-tempat yang disebutkan tadi. Sekian terima kasih.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih Yang Berhormat Bunut Payong atas soalan tambahan. Soalan Rantau Panjang ni memang bukan sahaja Gual Periok bermasalah, saya pun bermasalah juga nak jawab. Tapi kalau kita tengok beberapa video yang dipos dalam media sosial terutamanya Senok Perut. Dia baru ni dia buat kunjungan ke Rantau Panjang pasal dia dengar mace YB Bunut Payong oyak lah. Dio gi dio interview ore tu ore ni dio ikut ado camera man dio ikut dan dia punya komen “oh jual supo

dengan hok tu jugok ko, hok ni jual supo mokcik tu jugok”. Ertinya boleh dikatakan keseluruhan pasar yang di dalam kawasan bebas cukai tu jual benda yang sama, lebih kurang.

Jadi ini di antara masalah jugok lah. Kalu ore tu doh gi dio beli doh kedai ni, dio nok gi kedai lain benda yang sama jugok. Jadi itu sebabnya setengah-setengah kedai mencatatkan jualan yang baik, ada sesetengah kedai kade-kade baru sore gori hari ni. Nok wat guano mugo ore tu beli doh tempat lain benda yang sama. So ini ada kaitan lah dengan nanti boleh jadi kita bice dengan Exco Kerajaan Tempatan untuk mencadangkan supaya PBT membuat satu macam peraturan supaya jange semua ore jual benda yang sama untuk satu tempat tu.

Hok Wakaf Che Yeh ni lebih kure jugok sebenarnya. Cumanya boleh lah kita TIC nanti bantu mengatur beberapa aktiviti untuk menarik pengunjung datang. Ini mudah-mudahan apabila ramai orang datang peniaga dan pengusaha tempatan akan dapat manfaat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya silakan Salor.

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih juga kepada YB Exco atas penjelasan tadi. Cuma saya rasa dan kita sendiri sedia maklum bahawa antara tarikan bila pelancong luar datang ke Kelate ni sendiri antara produk yang dicari produk IKS. Gi ke Pasar Siti Khadijah tok tahu lah pahni emas sendiri pun jadi produk pilihan juga tok tahu lah. Cuma kalu kita ambik pengalaman daripada pelancong-pelancong luar ataupun kita tengok di negeri jiran sebagai contoh. Bila kita pergi ke Terengganu sebagai contoh kita boleh tengok antara produk yang diletak dalam hotel dia antara snek lah. Kalau kita pergi hotel kebanyakan hotel sama je, kopi hok tu lah, snek pun sama. Tapi saya tengok antaranya di negeri jiran kita di Terengganu dia letak kerepek, dia letak sampel dodol. Walaupun kita sebut ini mungkin disebabkan oleh hotel milik Kerajaan Negeri.

Cuma ini inisiatif untuk mereka kembangkan produk IKS dihubung kaitkan sekali dengan pelancongan sendiri. Cuma pertanyaan saya apakah bentuk pendekatan kita sendiri untuk kita beri kesan yang lebih

beri impak yang lebih positif kepada para peniaga usahawan IKS kita. Langkah-langkah yang kita ambil mempromosikan dan beri kesan yang lebih lah kepada para usahawan kita sendiri lah. Terima kasih.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih YB atas saranan. Cumanya ada mungkin sedikit masalah di pihak hotel. Kita telah mengadakan perbincangan serius dengan hotel, ini pada awal tahun ini dengan tujuan untuk mereka memberi diskaun yang tinggi kepada pengunjung untuk tahun ini sempena Tahun Melawat Kelantan. So mereka dah setuju untuk bagi diskaun sepertimana yang biasa atas over and top diskaun yang biasa dia bagi published rate dia lain kemudian dia bagi diskaun kemudian kita minta lagi another level of discount and we agree dengan izin dan dia orang setuju another 20%. Jadi mostly dapat nextnya 30 atau 35% diskaun daripada published rate dia.

And then kalau kita nak minta lagi supaya dia bubuh akok ko nekbat ko gapo ko dale bilik apo namanya mace-mace buleh… kita buleh mitok takdok masalah. But then kita susah lah nok paksa dia kea dok. But then saranan itu bagus saya rasa kita boleh continue bincang lagi dengan ambil cadangan daripada YB Salor tadi. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Kita teruskan dengan Chetok.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 8.

Soalan 8 :

Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan apakah langkah-langkah yang telah di ambil oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) ?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Chetok. NRW ni dipanggil Air Yang Tidak Berhasil dan NRW kita di Kelantan ini agak tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Kita ada 4-5 negeri yang serupa dengan kita dan ada yang lebih baik daripada kita. Dan NRW ni punca dianya nombor satunya fizikal dan juga komersil kalu kita kata kebocoran fizikal dan juga kebocoran komersil. Kita semua maklum bahawa paip kita ni simen asbestos kita ni usianya lebih 40 tahun. Jadi dengan lebih 40 tahun tu, nombor satu dia buruk, lembut, mudoh pecoh. Yang kedua, dia sumbat. Jadi semua ini menjejaskan capaian air kepada pengguna.

Yang kedua, selain daripada buruk, meternya rosak gapo semo sekali tu, ado jugok komersil. Komersil ni ialah kecurian-kecurian air yang itu juga kita dikirakan NRW. Begitu juga air-air yang kita subsidized dan sebagainya itu juga dipanggil NRW. Jadi untuk mengatasi itu bila kita diagnose lagutu maka treatmentnya according ni lah dengan izin. Makna treatment dia ialah kena tukar paip. Tu je lah. Nak tukar paip ni perlu kepada bajet dana yang agak besar untuk menyelesaikan. Dan kita ni paip-paip yang uzur yang telah dikesan adalah sepanjang 4000 kilometer lebih. Dan setakat ini kita berjaya tukar hanya… kita masih berbaki 3600 kilometer lagi. Jadi proses ni lambat, sebabnya dale setahun tu kita boleh tukar dale lebih kure 100 kilometer 80 kilometer setahun sahaja.

Jadi proses ni lama dan dianya perlu kepada antara hubungan seperti saya sebut tadi lah proses migrasi air ini semuanya kuasa-kuasa tu duduk pada simpanan AKSB. Jadi kita merangka program bersetuju dan seterusnya proses begitu lah lebih kure deh. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Chetok.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco di atas jawapan soalan saya. Baru-baru ini ada kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II yang telah membuat pengumuman untuk memberi geran kepada beberapa negeri yang terlibat lebih kurang

sebanyak RM2.5 bilion untuk mengatasi NRW. Jadi soalan saya adakah kita telah menerima geran tersebut untuk kita membaiki sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Exco tadi NRW kita. Sekian terima kasih.

Terima kasih Chetok. Apa tu betul seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Chetok bahawa ada pengumuman dibuat untuk peruntukan lebih kurang RM2.525 bilion yang diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri baru-baru ni. Namun dia masih belum ada apa-apa keputusan ataupun surat-surat menandakan bahawa duit tu masuk dok lagi. Ini program ini adalah dipanggil program NRW Nasional Pendekatan 1 dan In Shaa Allah dia akan mesyuaratnya perancangan pelaksanaan 16hb Disember ni mesyuarat untuk RM2.2 bilion ni, jadi dok gi lagi. Dan RM2.2 bilion ni bukan untuk Kelate sajo, untuk beberapa negeri dimana yang NRW nya lebih 40%.

Dia ada hok lebih 40% dan dibawah 40% jadi gak apa tu dia punya apa tu bank itu dianya jadi gapo dio nok oyak takdok bahasa pulok doh. Jadi hok lebih 40% ini di bawah program hok ni tetapi belum difinalize lagi. Harap-harap nya jadi kenyataan dan In Shaa Allah dia boleh membantu mengatasi pertukaran-pertukaran itu. Apa pun yang disebabkan oleh komersil kecurian itu kalu temu gak kita igak saman, kalu dok temu takdok aroh. Lagu tu lah proses-proses kita laksanakan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Okay silakan Pulai Chondong.

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya bagaimana Kerajaan Negeri memastikan Program Kesedaran Pengguna yang dijalankan oleh AKSB berkaitan dengan mendidik rakyat mengenai kepentingan melaporkan kebocoran dan menggunakan air dengan bijak. Adakah terdapat peningkatan dalam bilangan aduan kebocoran yang

diterima oleh AKSB sebagai tanda rakyat telah memainkan peranan bagi memastikan tidak berlaku perkara yang berkaitan. Sekian terima kasih.

Okay mengenai… terima kasih Pulai Chondong. Mengenai mendeteksi tempat-tempat bocor ni, pertama melalui pembaca-pembaca meter kita. Kedua, satu pasukan pengendali dengan alatnya kita beli untuk mengesan tempat-tempat bocor. Dan yang ketiganya, aduan… aduan ni Alhamdulillah akhir mutakhir ni kalau kita tengok aduan-aduan itu semakin berkurangan, terima kasih lah. Apa pun yang penting ialah tempoh aduan dan tempoh pambaikian itu yang penting kerana kalau aduan itu sampai tempoh pembaikiannya lambat maka pressure dalam paip itu akan berkurangan maka air itu juga akan lambat sampai kepada pengguna.

Jadi hok ni ni sebelum pada ni kita gunakan pasukan dalaman tokdea dengan pasukan AKSB untuk baiki paip ni tokdea nok oyak banyok hok punoh tu lagu tuh, dek neh. Jadi kita swastakan outsourcingkan kepada ni untuk mengatasi kebocoran yang berlaku. Apa pun mengenai kesedaran tu kena buat semula hok tu. Kita mengaku secara langsung atau secara purposely nya takdok pendidikan itu… takdok program tu. Cadangan-cadangan itu boleh dikira In Shaa Allah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 9.

Soalan 9 :

Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perkembangan pembinaan terminal dan fasiliti pengangkutan awam Kelantan ?

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih kepada Galas. Kerajaan Negeri telah meluluskan projek ini secara penswastaan yang akan dilaksanakan kerjasama antara Syarikat Perak Transit Berhad dengan CCCC Sdn Bhd. Manakala fasiliti sementara pengangkutan awam di Lembah Sireh diteruskan dengan sudah pun ada pembaikan dan kemudahan yang lebih baik sekarang sementara siap di Tunjung.

Timbalan Speaker

Silakan soalan tambahan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Saya nak tanya berkenaan dengan Mutiara Rentas Desa (MRD) yang juga menyediakan bas henti henti di Kelantan, ianya juga antara bas yang digunakan menggantikan bas mini kita dulu. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan pondok menunggu bas, sebenarnya sepatutnya di PBT ni cuma dalam pengetahuan Yang Berhormat Exco pondok menunggu bas untuk orang awam ini adakah disediakan? Ada dalam senarai ke? Dan PBT adakah mengadakan penyelenggaraan serta wujudkah oleh kerana Yang Berhormat juga berada di bawah Exco Pelaburan, wujudkah Program CSR bersama dengan syarikat-syarikat yang melabur di Negeri Kelantan untuk mewujudkan fasiliti-fasiliti awam ini ? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan yang baik tambahan daripada Galas. Memang daripada infastruktur PBT bawah Kerajaan Tempatan menjadi hasrat kita bila pelabur-pelabur datang ke Kelantan kita boleh bincang dengan satu CSR untuk kemudahan awam In Shaa Allah. Dan saya… dalam portfolio saya pun kita ada sedikit kepala untuk mengadakan perbincangan dan melaksanakan dengan pihak PBT In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Silakan Pantai Irama.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya nya apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memastikan penyelasaran antara Terminal KB Sentral dan ECRL?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan Pantai Irama tambahan. Memang perbincangan dengan pihak CCCC yang membina ECRL kita telah berbincang dan bagaimana yang terbaik supaya terminal disiap nanti ada kalau kita bayangkan di KL Sentral ye KL Sentral. Oleh kerana yang dibina tapak itu berdekatan dengan ECRL dan kita berharap siapnya terminal kita mengharapkan ianya menjadikan satu pemangkin kepada terminal ini dan kepada feeder-feeder bas yang berada di Tunjung akan lebih baik. Dan itu lah hasrat kita bersama dengan ECRL. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Pulai Chondong.

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Daun selasih daun buluh, Pohon jawapan saya nombor 10. Soalan 10 : Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi meningkatkan lagi sektor pelaburan di negeri Kelantan dan berapakah jumlah pelaburan yang dicapai pada tahun 2023-2024 ?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pulai Chondong. Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan sesi dialog dengan pihak-pihak komuniti pelabur bagi mendapatkan input maklum balas serta idea memantapkan lagi pengurusan pelaburan di Negeri Kelantan. Begitu juga pertemuan dengan pihak Kerajaan dengan agensi-agensi teknikal adalah bagi membincangkan tentang isu-isu dan idea dibangkitkan oleh komuniti pelabur berkenaan bagi memastikan tindakan penyelesaian dapat dilakukan dengan kadar segera. Kita telah adakan di Kota Bharu pada bulan Mac tempoh hari. Begitu juga mengadakan lawatan penanda aras kepada syarikat atau kilang yang terdapat di Kelantan.

Dan kita telah pun mengadakan Invest Kelantan Forum atau Expo iaitu kita namakan INFEX 2024 baru-baru ini. Dan juga akan menyertai pada bulan Disember nanti MASTEX 2024 di Kuala Lumpur bersama dengan Dewan Perdagangan Industri Asean iaitu Malaysian-Asean International Trade Expo dijangka pada 17 hingga 19 Disember yang melibatkan negara-negara luar. Setakat ini lebih kurang 300 pempamer dan 100 lebih pelabur daripada luar negara dan dalam negeri akan berada di tempat itu dan kita mengambil peluang ini ialah satu langkah-langkah yang kita lakukan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan soalan tambahan.

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, adakah pada masa sekarang halangan-halangan daripada pihak Kerajaan Pusat dari segi promosi pelaburan ke Negeri Kelantan kerana kita nak lawan Pusat kita tak mampu. PMX kita dia harini dia berada di Seoul, Korea Selatan dan di merata tempat lah. Yang kedua, apakah jenis pelaburan yang menjadi keutamaan Kerajaan pada masa yang akan datang ? Sekian terima kasih.

Terima kasih kepada Pulai Chondong. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada pelaburan yang dicapai pada 2023-2024 pada segmen kedua pertanyaan tadi kita tidak ada masalah dengan Pusat dari segi promosi. If you cannot fight them, you join them. Jadi kita sama-sama dengan MIDA, dengan MATRADE dan sebagainya. Kita sentiasa bersama kerana Malaysia ini 14 buah negeri, jadi Kelantan ni adalah bapak kita anak-anak ni kena ikut lah bapak kan? Jadi macam tu…

Jadi kita tidak ada konfrontasi dalam hal ini ye. Dan kita bekerjasama. Cuma soalan yang kedua part kedua tadi berkenaan dengan 5 projek yang ada di Kelantan pada 2023, Projek Pembangunan Usahasama Bandar Baru Pasir Pekan. 2023, Pangsapuri Pembangunan Pangsapuri Mampu Milik di atas sebahagian lot di Mukim Padang Garong, Daerah Panji. 2024, Pembangunan Uptown Wakaf Bharu dan Cadangan Projek Permohonan Bangunan Bercampur di atas tanah seluas 20 hektar di Mukim Parit, Daerah Limbat Kota Bharu. 2024, Projek Pembangunan Bercampur. 2024, Kuari Batu Kapur di Geran di Nenggiri bersama dengan Syarikat Kelstone. Semua berjumlah RM696 396 525. Itu senarai pelaburan yang ada 2023 dan 2024. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Jelawat.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Dato’ Exco… tadi jawapan Yang Berhormat berhubung dengan pelaburan dalam negeri. Jadi soalan saya berkenaan pelaburan luar negeri, apakah langkah-langkah, tindakan ataupun perancangan yang telah dirancang untuk dilaksanakan untuk menarik pelaburan luar negara ke Negeri Kelantan ini. Itu saje… terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, baru-baru ini kita telah menghadiri satu promosi di Bangkok yang diketuai oleh Yang Berhormat Timbalan Exco iaitu Yang Berhormat di sebelah pada Yang Berhormat Jelawat iaitu Pengkalan Pasir yang telah menyertai di Bangkok itu adalah antaranya

kita untuk menarik (AUDIO TIDAK BERFUNGSI) dengan berjumpa dengan Dewan Perdagangan Malaysia-Thailand Chamber of Commerce, Charon Pok Pan Group, Beef Master company produk makanan, rangkaian restoran halal dan Saiyem Simen Group. Dan juga kita berbincang dengan MATRADE dan juga MIDA masa ke semasa untuk mengenalpasti apakah pelaburan-pelaburan yang terbaik atau menjadi keutamaan di Negeri Kelantan.

Contoh kita ada halal pub yang sudah sedia ada di Rantau Panjang iaitu plug and play sahaja, infra sudah cukup, semua sudah ada. Yang terbaru Perodua sedang mengadakan tempat jualan dan services sedia di sana sedang dalam pembinaan. Dan begitu juga kita ada industri Tapak Industri Tok Bali 200 ekar sedang dilaksanakan infranya. Jadi perkara-perkara ini kita akan war-warkan kepada luar negara supaya ianya dapat menarik pelabur-pelabur ke Negeri Kelantan pada masa akan datang iaitu pada tahun 2025, 2026 dan 2027. Apabila siap ECRL nanti, kemudahan infrastruktur akan lebih baik, kita ada supply base walaupun kita tiada general cargo boat, kita ada ECRL, pengangkutan yang baik selepas ini. Dan kita harap rangkaian jalan raya kita ini, lebuh raya they only said negeri yang tidak ada rangkaian lebuh raya ialah Kelantan. Kita nak buat macam mana ? Kalau kita kata apa pun itu lah benda yang berlaku. Jadi… haa kuasa lah punca kuasa. Jadi kita tak perlu menangis dan tak perlu terkenang lah masa yang lalu. Kalau kita terkenang masa yang lalu maka merana lah badan kita.

ﻋﻠﻢ أ ﷲ و

ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya berhasrat untuk menangguhkan Sidang Dewan kita pada pagi ini. Dewan akan bersambung semula pada jam 11.05 pagi.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.35 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.05 PAGI.

(Urusan Dewan selepas rehat)

Timbalan Speaker

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.05 PAGI

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan Dewan disambung semula. Saya minta pihak Kerajaan untuk membuat penggulungan. Sebelum daripada itu saya minta kerjasama daripada semua Ahli-Ahli untuk tidak membuat sebarang pencelahan dan juga penjelasan daripada pihak Kerajaan sewaktu penggulungan ini. Terima kasih.

Sape nak gulung dulu… Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian&Warisan.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, pertamanya saya ingin merakamkan ucapan syukur dan juga terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat berhormat Dato’ Menteri Besar atas pengumuman peruntukan sebanyak RM18.55 juta kepada Portfolio Pelancongan Kebudayaan dan kesenian Warisan. Kalau nak kira cukup, tak cukup memang tak cukup tetapi Insha Allah dengan peruntukkan sebanyak ini untuk tahun depan kita akan teruskan lagi usaha untuk mempromosi Kelantan dengan lebih agresif lagi Insha Allah.

Yang keduanya, saya juga bagi pihak penarik beca seramai 17 orang yang ada berdaftar dengan TIC ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya dan ucapan terima kasih dan bersyukur kepada Allah S.W.T atas perkenan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang selaku Menteri Besar mengumumkan pemberian sebanyak RM500 per orang sebulan kepada penarik beca yang ada berdaftar dengan TIC. Sebelum daripada ni kita bagilah elaun dan pentadbiran dulu-dulu pun duk bagi elaun RM100 sebulan. Jadi tahun depan Insya Allah dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ MB maka penarik beca akan mendapat RM500.

Penarik beca ataupun beca merupakan ikon pelancongan kita tetapi agak sedih jugaklah mengenangkan bahawa tak lama juga tidak bantu dan kita usahakan ikon ini akan hilang. Tak dok orang doh nak gatih teksi nih. Set-set hok ada loni pun set-set 70-an ke atas belako. Set 7 series belako. Tapi masih sihat masih boleh gateh jugak lagi. Ambo

dapat feedback sari dua nih selepas dia orang tahu Kerajaan nak bagi bantuan ni mengucap sujud syukur dan ada setengah tu berlinang air mata mengucapkan terima kasih. Kita doakan mudah-mudahan Allah Ta’ala memberkati usaha kita dan Kerajaan insya-Allah. Ambo nok terus pergi kepada perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil daripada DUN-DUN yang mengambil bahagian didalam Perbahasan menyentuh mengenai portfolio pelancongan dan kebudayaan. Pertamanya daripada Gual Periok sahabat ambo daripada Gual Periok yang menyebut mengenai potensi di Bukit Kwong untuk dijadikan destinasi pelancongan. Ambo nak ngaku la tok gi lagi ko Tasik Bukit Kwong ni dan Insha Allah nanti kita pergi tengok dan kita akan bincang dengan pihak PBT Pasir Mas mengenai potensi ini. Ambo difahamkan dulu sudah ada cadangan oleh PBT Pasir Mas kepada pihak Swasta tapi tidak ada orang yang berminat untuk memajukan ini. So kita nak gi tengoklah bakpo yang jadi masalah tuh.

Yang keduanya, YB Galas menyebut mengenai kawasan konservasi. Memang dalam proses kawasan ini ditadbir urus oleh Jabatan Hutan dan ianya termasuk dalam kawasan hutan kekal maknanya terpeliharaanlah. Cuma dia ada masalah on the ground ada beberapa kumpulan orang asli yang menjadi Maling Hutan yang menjadi guide untuk membawa orang-orang ni. Dan ada beberapa kumpulan dia balah sama dia pasal setengah tu dapat upah yang lebih daripada setengahnya lain dan pula orang hok mari ke Malaysia ni kebanyakkannya bermalam ataupun menginap di Cameron Highland. Jadi Cameron Highland tu dia ada dah kontak untuk membawa tourist daripada Malaysia dan duk main tahap tu lah. Jadi hok lain tu tak dapat. So ini semua saya dapat makluman kemudiannya dan saya ada bincang dengan DO Lojing untuk bagaimana kita nak selaraskan tapi kita tak boleh buat selagi kawasan yang kita kenalpasti yang dikatakan 400 ekar itu dipagari. Sekarang ni tak pagar tak dok gapo... jadi anybody can coming belah kawasan mana pun sudut mana pun dia boleh. I think’ kita nak kena wujudkan satu kawasan keselamatan hanya ada pintu masuk sahaja. Cumanya orang boleh masuk kot tu. Itu dalam perancanganlah...

Kemudian YB Galas ada juga menyebut mengenai kerisauan beliau bertentang dengan ruang kerja tapi ini tidak ada kene mengena dengan pelancongan kerana dia duk sebut pahtu saya duk ϐikir pahtu saya ada idea. Kita pada pandangan umumnya tenaga kerja kita berhijrah ni dilihat dengan negatif but it can be positive. Banyak negeri yang mengeksport pekerja kemudian dia kirim pitih balik dan pitih yang

diterima oleh tenaga pekerja yang diterima daripada luar negara itu digunakan untuk membangun negeri. Dan ini berlaku Bangladesh mendapat main cause of income dia daripada tenaga pekerja diluar sehingga dia telah membina negara dia sekarang ini menjadi satu negara yang sedang meningkat maju. Demikian juga dengan Philippine, demikian juga dengan India, demikian juga Indonesia. So itu kita panggil remittance ekonomi yang boleh membantu negara. Jadi jangan salah faham… saya tidak bermaksud bahwa kita galakkan tapi kita tidak sewajarnya lihat dari sudut negatif tentang penghijrahan tenaga pekerja ini.

Okey kawan saya dari Kuala Balah menyebut tentang potensi kubur Datu’ sebagai destinasi pelancongan baru. Saya ambil maklum Insha Allah kita akan tengok. Dabong eko-pelancongan. Saya bersetuju memang itulah dia punya forte keistimewaan dia. Bahkan untuk pengetahuan Ku…ADUN Dabong logo untuk tahun depan ni... logo untuk Tahun Melawat Kelantan ni Wau Bulan kea? Logo untuk tahun depan ni ialah satu logo yang mengambarkan bukit, hutan, sungai... maknanya kita tumpu kepada eko-pelancongan next year sebabnya feedback daripada setengah-setengah pelancong hok mari ni dia buke mari nak pantai sangat, dia nok tengok bukit dengan hutan. Itu sebabnya jumlah pelancong yang ke Dabong bertambah dengan agak mendadak Alhamdulillah.

Termasuk orang Thai masa kita di Kanchana Duri presentation. Kita tunjuk pantai-pantai dia buat tak tahu jah. Pasal Pantai dia lebih comey... ni YB Gulemard ada sini mugo dia pun ada sekali tapi bila tunjuk Dabong dengan Gua Ikan dengan gapo kita dengar wouu…wou…. Ini maknanya jadi ecopelancongan ini menjadi forte kita Insha Allah tahun depan ni. Kemudian Chempaka dalam Perbahasan walaupun tidak secara langsung menyentuh portfolio Pelancongan tapi dalam soalan tadi beliau ada sebut mengenai permintaan nelayan pantai nelayan kecil ingin membawa penumpang ke laut. Boleh… ada rakan saya Dato’ EXCO Pertanian pun dah jawab, cuma nak kena daftar dengan Pihak Berkuasa Maritim. Tak leh pakai lesen igak ike doh la. Kena pakai lesen lain takdok masalah.

Kemudian Gual Ipoh… Gual Ipoh kalau tak pasal Gulimard Bridge memang tak sah la. Untuk pengetahuan Gual Ipoh dia minta supaya jalan jadi kita Insha Allah akan bincang dengan Pegawai Pembangunan Negeri pasal ada allocation dari pelancongan untuk infra. Jadi Insha

Allah kita tengok.. banyak sangat tokleh doh la…keno gi ko JKRlah. Kalu sikit-sikit boleh. Yang keduanya berkenaan dengan promosi gulimard bridge ni sesama kita ni …. Insha Allah tahun depan International Bridge Run sekarang ni kita dah siapkan untuk kita adakan International Brigde Run sempena dengan tarikh perasmian gulimard bridge. Saya duk bincang dengan beberapa movies makers orang buat ϐilem untuk masukkan Gulimard Bridge sama ada settinglah…setting. Dia tak serupa dengan ϐilem Brief Of The River Kwai macam kat kenchana purri memang movie untuk itu kerana itu sahaja sohor. Walaupun ϐilem tu tahun 1956 lagi tapi sohor satu dunia. Hok ni nih kita nak suruh biar ada setting scenery biar ada daripada duduk ambik laut ko mana-mana biar bubuh hok ni so. Nanti ore tengok ar... ore tahu Gulimard Bridge dan stesen keretapi di Kusial ni kita cuba bincang dengan RAC dan KTMB.

Adinda muda kita daripada Nenggiri mengenai beberapa kawasan di sekitar Nenggiri untuk dijadikan destinasi pelancongan kalau saya setuju tapi yang saya duk tengok potensi yang sangat besar ialah Tasik Nenggiri untuk nak buat Highdro Dam tu so kita boleh lihat kemungkinannya walaupun skalanya mungkin lebih kecil berbanding dengan Kenyir kita tengok Kenyir sebagai model game houseboat dan sebagainya but will be later la apabila dah siap.

Kemudian Limbongan menyebut berkenaan dengan kraftangan, batik, di daftarkan sebagai harta intelek, yes…batik Alhamdulillah kita dah daftar ada banyak lagi benda yang kita dalam proses pendaftaran dengan MyIPO supaya ianya tidak boleh diambil sebagai hak masing-masing. Jadi ini cuma… batek ini dia ada kaedah dia daftar dengan MyIPO ni dia panggil oleh kerana batik ini bukan milik Kelate saja, Terengganu pun claim batik jugak dan Indonesia pun batek juga. So dalam kaedah MyIPO ni dia panggil petunjuk geograϐi ertinya batik mana tempat Kelate semua batek Kelate. Kita apa nama ni daftar dan dia ada charactoristic dia batik Kelate nih. Ertinya masa nak daftar tu nak kena buat kajian segala macam. So Alhamdulillah nak cerita budu dan lain-lain ni kita dah daftarkan dengan MyIPO maknanya agensi harta intelek.

Kemudian kawasan baru Pasir Puteh, hok ni muga tempat kita sendiri kea insha-Allah kita pergilah tengok macam mana di samping membaiki hok sedia ada macam di Jeram Pasu dan Jeram Linang Insha Allah.

Mengkebang menyebut pentingnya kita melibatkan diri dalam proses mendigitalisasikan... payah... geliat lidah. Untuk pengetahuan Yang

Berhormat Mengkebang kita di TIC dengan kerjasama bahagian IT SUK telah menyiapkan apa yang kita panggil QR code yang telah diedarkan kepada Yang Berhormat. Jadi QR code ni kita edarkan kepada semua kepada hotel dan travel agen dan Insha Allah ke airlines juga tujuannya apabila seseorang tu nak tahu mana Kelate mana bagus-bagus nak gi make mana, tidur mana semua apa yang perlu scan QR code dan semua akan tubik di situ dan dia boleh mari sendiri DIY ataupun moleknya dia guna travel agent lah. Tapi moleknya dia mari on sendiri DIY sendiri dia guna hok ni jah. Mugo dia boleh contact semua pihak yang berkaitan. So Alhamdulillah kita dah maju setingkat dengan digitalisasi ini. Insha Allah..

Pengkalan Pasir ada sebut gapo eh…tak dok [SAMBIL MEMBELEK KERTAS]... Kelaboran mengenai nak tarik pelancong Thai ke Kelantan ni. Maklumat yang saya dapat dari pelancong yang nak mari ke Kelantan ni ialah dia nak mari nak shopping sebab beberapa vendor group barang-barang yang berjenama dia kurang di sana. Di Selatan Thai kalu dia nak benda tu dia kena gi Bangkok jauh daripada Narathiwat, Pattani nak gi Bangkok tu jauh. Nak lebih dekat di mari ke Kota Bharu dan itulah kita punya department store ataupun mall mace Aeon, mace KB Mall, tempat kunjungan mereka pasal di situ ada branded item. So kalau ini tumpuan dia kalau pihak swasta pihak penguasa…wajar ambil maklumat ni dan di kedai Bebas Cukai tu stock dengan barang-barang branded ni barulah ada tarikan untuk datang. Tidak dengan coklat dan pinggan mangkuk sahaja. Itu barang bebas cukai tu bukan barang untuk pelancong itu barang untuk kita untuk domestik.

So kemudian Pantai Geting Alhamdulilah la sudah establish dan kunang-kunang dan juga pasar terapung ini semuanya menjadi tarikan kepada kawasan daerah Tumpat. Alhamdulillah ini sedang berlaku dan kita akan jadikan tarikan promosi untuk pelancongan pada tahun depan Insha Allah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, …

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat.

Tuan Zamakhshari bin MuhamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Speaker, terima kasih semua ADUN-ADUN yang menyentuh Portfolio Belia, Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat. Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas peruntukkan yang diberikan Portfolio Belia, Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat sebagaimana yang disebut di bawah Perkara 5.8 dalam melahirkan Belia yang bermaruah yang merupakan asset negara Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian khusus kepada pembangunan Belia negeri ini dengan memperuntukkan sebanyak RM9.7 juta yang merangkumi program pembangunan Beliawanis, Gerbang Az-Ziwaj, Pembangunan Belia, Program Pembangunan Sukan, dan Pembangunan Atlet serta dana Belia Niaga..Alhamdulillah terima kasih.

Dan dalam penggulungan ini saya akan bahagikan kepada 4 kategori berdasarkan portfolio iaitu Belia, Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat. Secara umumnya dalam perbahasan tidak disentuh peranan NGO jadi saya tidak mahu mengulas ataupun menggulung berkenaan NGO. Antara isu yang disentuh berkenaan dengan isu Belia dan Anak Muda. Pulai Chondong menyentuh mengenai program TVET walaupun menyentuh pada YIK. Walaubagaimana pun secara spesiϐiknya saya menyentuh pada YIK. Walaubagaimanapun saya ingin menyentuh bahawa Alhamdulillah dibawah Portfolio Belia ataupun di bawah Urusetia UBES dengan Kerjasama Belia Mahir kita telah menghantar 15 peserta kita ke Beifang Shanghai China itulah salah satu projek China, Kelantan TVET program yang telah berlangsung beberapa bulan yang lepas. Di mana fokus khusus ini di dalam bidang TVET electric venicle yang mensasarkan belia Kelantan yang mempunyai Sijil SKM. Maknanya ini satu Projek Printis dan insha-Allah kalau program ini hasil yang baik kita akan meneruskan lagi program ini pada tahun 2025. Khusus ini di Beifang Shanghai education 2025 Beijing China ini yang diberi tajuk Trannning programe for skill and industrial electrical wikel.

Alhamdulillah berjalan dengan baik serta anak-anak muda kita telah berjaya menamatkan khusus selama 2 minggu di Bejing. Pulai Chondong juga ada menyebut mendekatkan anak muda ke masjid. Alhamdulillah hasil dengan Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan di mana antara inisiatif di bawah Jabatan Belia dan Sukan adalah

program gaya hidup iaitu rakan muda jadi insha-allah di bawah program belia kita akan mengadakan atau mewujudkan satu program yang sebagai nilai tambah daripada Rakan Muda insha-Allah kita akan mewujudkan rakan muda Al-Quran di bawah senarai UBES juga kerjasama Jabatan Belia dan Sukan. Mengkebang dan juga Salor dan menyentuh usahawan secara umumnya usahawan muda ataupun dalam menggunakan teknologi IR 4.0. Di bawah portfolio juga kita telah mengadakan beberapa khusus ataupun antaranya program business pitching yang kita panggil program pembentangan perniagaan Kelstart untuk dana pemasaran perniagaan yang mana program ini telah mendapat sambutan luarjangka daripada anak-anak muda Kelantan di mana kita meletakkan ataupun memilih 50 peserta untuk saringan tetapi kita menerima permohonan lebih daripada 250 permohonan.

Jadi ini menunjukkan satu sambutan yang baik anak-anak muda Kelantan usahawan selain daripada itu juga melalui UBES ini kita juga mengadakan Kerjasama dengan Perbadanan Digital Malaysia MDEC bagi mengadakan program global online work force (GLOW) di mana program GLOW ini adalah untuk melahirikan usahawan digital yang menawarkan bermacam-macam perkhidmatan bebas ataupun freelance work di mana program ini telah membantu hampir 20 orang usahawan muda untuk menjana pendapatan melalui platform antarabangsa. Selain daripada itu UBES juga dan melalui SEDC juga telah mengadakan kursus-kursus kepada usahawan sebanyak 22 kursus telah dijalankan yang melibatkan 602 orang usahawan.

Kota Lama ada menyentuh tentang anak-anak muda yang terpaksa merantau mencari pekerjaan. Begitu juga dengan Nenggiri dan Galas ada sentuh. Dan perkara ini telah diulas oleh EXCO Pelancongan sekejap tadi. Walaubagaimana pun sebagai tambahan ingin saya sebut disini tentang yang disebut dalam International Level Organization berkenaan dengan penghijrahan dengan izin migrant workers contribute to grows on their development in their countries of destination by countries of origirn world beneϔit from their remmitance and the skill required the skill accured during the migration of experience. Jadi menunjukkan bahawa sebenarnya secara tidak langsung ianya memberikan kesan-kesan positif. Sebab itulah antara program yang diuruskan oleh UBEST adalah program penempatan pekerjaan dengan kerjasama … and space di mana pada tahun 2024 seramai lebih kurang 418 orang anak-anak muda Kelantan telah menyertai program ini dan telah akhirnya mendapat pekerjaan di lokasi-lokasi terpilih.

Nenggiri juga ada menyebut tentang mahasiswa, pemerkasaan mahasiswa di mana kita mempunyai beberapa program yang melibatkan mahasiswa antaranya adalah Skim Bantuan Makanan yang kita telah adakan tahun 2024 di mana lebih 200 orang mahasiswa yang kurang berkemampuan telah menerima bantuan bakul makanan daripada pihak Kerajaan Negeri melalui UBEST. Selain daripada itu juga pihak Kerajaan Negeri melalui UBES telah menganjurkan mahasiswa Kelantan perantauan yang disertai oleh 500 orang mahasiswa bertempat di Puchong Selangor. Di samping itu program meet and greet bersama mahasiswa diadakan melalui siri jelajah ke seluruh negara. Program yang berbentuk santai ini mampu merapatkan ukhuwah dan mereka mahasiswa bersama pimpinan Kerajaan Negeri.

Seterusnya berkenaan dengan perumahan generasi muda insha-Allah Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk Rumah Dhuafaat yang sekarang ni kita usahakan diperingkat DUN 3 penerima satu DUN dan kita sedang dalam proses perbincangan supaya setiap Parlimen akan ada kouta bagi Rumah Dhuafa’, Insha Allah.

Kemudian isu sosial anak muda ini dibangkitkan oleh Kota Lama, Nenggiri dan juga Galas yang melibatkan orang asli. Pertamanya kalau kita tengok isu dadah dalam isu dadah ini kita perlu melihat secara universal sebab isu ini bukan hanya melibatkan secara spesiϐik Kelantan tapi ini adalah isu negara. Berdasarkan data yang ada dengan saya telah berlaku satu peningkatan yang sangat ketara dalam isu penyalahgunaan dadah. Di mana pada tahun 2022 seramai 137,176 orang yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Meningkat 6.1% pada tahun 2023 sebanyak 145, 526. Manakala bagi tahun 2024 sehingga Jun 2024 peningkatan penyalahgunaan dadah di seluruh negara adalah 24.6%.

Jadi isu ini adalah satu isu yang serius isu yang melibatkan yang negara kita ataupun isu yang universal bukan spesiϐik Kelantan jadi penyelesaian yang sama-sama kita perlu ϐikirkan adalah penyelesaian diperingkat nasional di mana agensi sebagaimana yang disebut oleh Melor semalam agensi-agensi yang terlibat adalah agensi federal AADK, Polis, Kastam dan sebagainya. Dan antara rumusan punca-punca anak-anak muda kita ataupun belia kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah adalah ada 6 tetapi yang saya ingin highlight di sini ialah antaranya kadar penagihan tertinggi di negeri-negeri sempadan Malaysia Thailand. Jadi antara faktor kenapa Kelantan antara tertinggi berbanding negeri lain adalah faktor sempadan dan Insha Allah dengan

perkembangan terbaru yang kita lihat dengan lantikan Ketua Polis yang baru penguatkuasaan dan usaha untuk menutup sempadan dan kita harap usaha-usaha ini akan memberi kesan yang signiϐikan dalam mengurangkan penyalahgunaan dadah.

Kemudian Galas ada menyebut tentang pembangunan orang asli dan disebut tentang ketagihan alkohol dan kurang pendidikan agama. Dan insha-Allah di peringkat JAHEAIK ada beberapa program atau sedang menyusun beberapa program dan dibawah selepas daripada ini bermula 2025 di bawah portfolio Perpaduan Masyarakat kita akan memberi perhatian kepada pembangunan orang asli. Walaubagaimanapun secara spesiϐik isu-isu orang asli sebenarnya di bawah kelolaan ataupun bidang kuasa Jabatan Kemajuan Orang Asli di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Presiden Galas, Galas kena bincang dengan Presiden dia lagu mana untuk membantu orang-orang asli di Galas. Sebab kalau kita tengok antara misi, visi dan objektif JAHOA organisasi pengerak yang unggul dalam memajukan masyarakat orang asli standing dengan masyarakat perdana. Itu antara visi JAHOA. Dan misi dia melaksanakan pembangunan secara eksklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup ke arah kemajuan memartabatkan warisan yang unggul masyarakat orang asli.

Kemudian dia ada 7 objektif: yang saya ingin highlight ialah yang ketiga memperkasa masyarakat orang asli melalui program-program pembangunan yang komprehensif. Jadi insha-Allah Galas boleh bincang dengan Presiden dia supaya memperkasakan lagi JKHOA untuk membantu orang-orang asli di Galas dan juga Nenggiri. Walau bagaimana pun sebagaimana yang saya sebutkan tadi Insha Allah diperingkat Kerajaan Negeri kita juga sentiasa bersama untuk membantu masyarakat orang asli. Kemudian isu yang berkaitan dengan sukan, Gual Ipoh ada menyentuh berkenaan dengan Kompleks Sukan Gual Ipoh, Insha Allah pihak Kerajaan tiada halangan dan memberi sokongan untuk pelaksaan kompleks sukan tersebut. Begitu juga Jelawat Kompleks Sukan Jelawat, Insha Allah kita akan bantu setakat kemampuan kita.

Kemudian Nenggiri menyebut tentang persiaran SUKMA dan infra dan Insha Allah setelah dijawab pada pagi tadi mungkin esok atau lusa ada soalan infra saya akan jawab secara penuh di situ. Cuma Nenggiri juga menyebut tentang penglibatan orang asli bersama sukan. Walaupun Nenggiri tidak bersama kita pada pagi ini saya akan sebutkan juga di sini

untuk rekod Dewan. Untuk makluman di bawah Urusetia Belia dan Sukan kita telah mengadakan satu program khusus untuk orang asli iaitu Kejohanan Bola Sepak Terbuka Pasik 2024 pada 23 dan 24 Oktober yang melibatkan pasukan-pasukan daripada pos-pos orang asli. Seramai ataupun sebanyak 17 pasukan yang melibatkan 240 orang belia daripada pos-pos orang asli telah menyertai kejohanan tersebut. Dan Alhamdulillah hasil bantuan tersebut sebagai usaha untuk mengarus perdanakan anak-anak muda orang-orang asli ini di peringkat Negeri pihak UBEST mengambil keputusan untuk menjemput pasukan yang terdiri 100% daripada orang asli untuk terlibat sama dengan piala MB di mana piala bola sepak Menteri Besar selama ini merupakan penglibatan pemenang-pemenang di peringkat DUN. Maknanya 45 peringkat DUN kan menyertai pertandingan piala Menteri Besar. Walaubagaimanpun untuk sesi pada kali ini kita ada 3 pasukan jemputan. Yang pertama, pasukan pelbagai kaum terdiri daripada Cina, Siam, India dan sebagainya.

Yang kedua pasukan Pelapis daripada MAKSAK maknanya sekolah-sekolah YIK yang 18 tahun ke bawah sebagai pelapis untuk kejohanan tersebut serta juga pasukan daripada orang asli untuk kita mengarusperdanakan anak-anak muda dan belia-belia orang asli. Dan Nenggiri juga menyebut tentang pencapaian atlet SUKMA. Saya akui secara umumnya kita memang tidak ataupun masih belum berpuashati dengan pencapaian atlet-atlet kita di SUKMA. Tapi kita with due respect dan kita juga perlu memahami beberapa hakikat yang berlaku walaupun kita masih belum mencapai prestasi yang belum baik tetapi sebenarnya berlaku peningkatan yang agak ketara dari segi pungutan pingat. Sebagai contoh pada tahun 2022... SUKMA 2022 jumlah pungutan pingat Kelantan pada 2022 adalah 21 manakala pada tahun 2024 jumlah pungutan kita ialah 37 pingat.

Maknanya peningkatan sebanyak 76% walaupun masih kedudukan kedua di bawah tapi dari segi peningkatan Alhamdulillah atlet-atlet kita telah menunjukkan satu peningkatan yang baik manakala acara paraSUKMA yang melibatkan atlet-atlet OKU pada 2022 jumlah pungutan pingat kita adalah 36 dimana ranking kita pada tahun itu adalah 9 daripada 15. Manakala Alhamdulillah pada tahun ini 2024 jumlah pungutan pingat kita adalah 43 manakala ranking adalah 6 daripada 15. Maknanya ada peningkatan dari segi ranking. Dan Insha Allah di peringkat EXCO kita sentiasa berbincang dengan MSN untuk membuat penyelarasan, penambahbaikan dan rombakan sekiranya

perlu untuk memperkasakan lagi sukan terutamanya untuk mencapai di SUKMA 2028. Kemudian Gual Periok menyentuh tentang modal perpaduan, Alhamdulillah salah satu usaha ataupun ikhtiar Kerajaan Negeri melalui portfolio Perpaduan Masyarakat kita ingin menghighlightkan Kelantan sebagai model perpaduan dan kita ingin mengeksportkan perpaduan model Kelantan ke negeri-negeri lain. Di mana ada beberapa inisiatif yang kita telah adakan untuk menjadikan Kelantan sebagai model perpaduan.

Pertamanya, mengadakan inisiatif khas untuk memperkukuhkan dialog antara kaum dan agama.

Yang kedua, pemerkasaaan ekonomi masyarakat majmuk melalui sektor ekonomi dan PKS.

Yang ketiga, sambutan perayaan bersama di peringkat Negeri, Parlimen serta DUN.

Yang keempat, pelancongan budaya dan keagamaan sebagai asas perpaduan.

Yang kelima, pengiktirafan terhadap sumbangan masyarakat bukan Islam dalam bidang politik dan sebagainya.

Yang keenam, menginstitusikan pusat institusi antara kaum (PEKA) dan…

Yang ketujuh, penghargaan kepada pelbagai kaum dalam konteks Kelantan. Itulah untuk mempromosikan Kelantan sebagai model perpaduan.

Kita telah mengadakan Karnival Perpaduan Kelantan yang telah diadakan pada 19 dan 20 Oktober yang lalu yang mana melibatkan 267 peserta daripada luar Kelantan yang terdiri daripada 9 negeri keseluruh Malaysia telah datang untuk menyertai karnival tersebut. Di mana kita mengadakan forum perpaduan masyarakat dan seterusnya makan malam perpaduan yang diadakan di Wat di Tumpat. Pada masa yang sama juga bagi mempromosikan aktiviti ataupun Kelantan sebagai model perpaduan kita telah mengadakan pertandingan TikTok Kelantan Model Perpaduan dan Alhamdulillah sambutan yang baik di mana kita

telah menerima lebih daripada 50 penyertaan daripada seluruh negara bukan sahaja rakyat Kelantan malah seluruh negara telah menyertai pertandingan TikTok Kelantan model perpaduan dan hasil daripada penelitian kita terkini video-video tersebut telah mendapat 337,000 like, 39,000 share, manakala view keseluruhan adalah sebanyak 3,646,815. Jadi Alhamdulillah satu pencapaian yang baik dan kalau kita lihat hari ini melihat terutama dalam media sosial TikTok dan sebagainya banyak video-video mempromosikan Kelantan sebagai model perpaduan.

Selain daripada itu saya ingin highlight disini ialah bagaimana sebuah negeri yang model perpaduan, bagaimana Kelantan telah mengangkat wakil-wakil kaum Islam ataupun bukan Melayu untuk berada dipersada pentadbiran negeri. Di mana jumlah Penghulu tanpa Mukim wakil kaum di Kelantan yang terdiri daripada Siam, Cina seramai 56 orang lelaki, 13 wanita di mana jumlah keseluruhannya adalah 69 orang. Manakala Ahli Majlis Kaum seluruh PBT dalam negeri Kelantan adalah 13 orang. Selain daripada itu, bagi mengiktiraf ataupun memberikan hak yang sama kepada rakan-rakan bukan Islam sejumlah 20 Wat Siam di Kelantan sejumlah 20 Wat Siam di Kelantan telah diwartakan di bawah pusat rekreasi dan kebudayaan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan di bawah seliaan Majlis Sangkar. Dan itulah menunjukkan bahawa kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mempromosikan Kelantan sebagai model perpaduan.

Akhir sekali saya ingin highlight beberapa perkara tentang anak muda Kelantan. Secara umumnya kita melihat wakil daripada Galas, wakil daripada Kota Lama dan juga Nenggiri apabila membangkitkan isu anak muda kebanyakkan isu yang di highlight adalah isu-isu yang negative yang melibatkan anak luar nikah, yang melibatkan penyalahgunaan dadah, yang melibatkan penyerahan dan sebagainya. Cuma saya ingin tekankan di sini bahawa di sana banyak lagi perkara-perkara positif yang perlu kita highlightkan sebab perkara negatife ni sentiasa di bawa ke atas akhirnya mempengaruhi pemikiran-pemikiran anak muda yang lain. Jadi sebaik-baiknya kita sentiasa mempromosikan perkara-perlkara yang positif menyebabkan perkara yang negatife akan ditinggalkan oleh mereka. Sebagai contoh yang saya ingin highlight di sini antara kejayaan belia anak muda Kelantan adalah environment pelajar dari segi Universiti dan negeri. Di mana pelajar yang memasuki Universiti seramai 504,950 pelajar di mana 9.4% adalah anak-anak Kelantan. Jadi itu menunjukkan satu kejayaan yang cemerlang di kalangan belia-belia Kelantan.

Begitu juga kadar literasi anak Kelantan ataupun anak muda Kelantan adalah sebanyak 95% di kalangan belia sebagaimana yang saya sebutkan tadi pendaftaran di institusi pengajian tinggi hampir 10%.

Jadi itulah beberapa perkara yang ingin saya sebutkan di sini Insha Allah di peringkat Belia NGO dan Perpaduan Masyarakat sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan untuk sama-sama kita majukan anak-anak muda Kelantan dan juga sukan di Negeri Kelantan.

Wallahua’lam wasalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh….

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita,

Puan Hjh Rohani bin IbrahimPAS · PNTanjong Mas

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Allah S.W.T dalam surah Al-Tahrim ayat 6

ِ ِ ِ ﺔ ﻜ َ ﺌ َـٰٓ ﻠ ﻣ ﺎ ﻬ ﻴ َ ﻠ ﻋ ﺎ ﺠ ِْ ﳊ ٱ ﻟﻨﱠﺎ ٱ ﺎ ﻫ ﻮ ﻗ ʭ ﻢ ﻴﻜ ُ ﻠ ﻫ و ﻢ ﻜ ُ ﺴ ﻧﻔ أَ ﻮ ﻗ ا۟ ﻮ ﻨ ﻣ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ٱ ﺎ ﱡﻬ ـ ﻳ َ ﺄ ﻳ ٌ ُ ُ ـُ ُ َ َ ـْ َ رَةُ َ وَ سُ َ دُ َو َرًۭا ْ ْأَ َ ْ َ ٓا۟ َ ءَا َ َ َـٰٓ ِ ِ ٦ ﺮ ﻣ ﺆ ﻳ ﺎ ﻣ ﻮ ُ ﻠ ﻌ ﻔ ـ ﻳ ﻢ ﻫ ﺮ ﻣ أَ ٓ ﺎ ﻣ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻮ ﺼ ﻌ ﻳ ﻻﱠ ﺪ ﺷ ظٌۭ ﻼ َ ﻏ نَ ْ نَ ُونَ َ ْ ـُ َ َ َ وَ ْ ُ َ َ َ َ ُ ْ ـَ َادٌۭ yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada bakaran api neraka.”

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Terima kasih di atas peluang yang diberikan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Chempaka atas keprihatinan dan juga cakna mengenai isu keluarga iaitu pentingnya lelaki Qawwam dan perlunya pemerkasaan wali.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Secara mudahnya, lelaki Qawwam adalah lelaki yang bertanggungjawab dan berwibawa dalam menjalankan amanah terhadap keluarganya. Usaha melahirkan lelaki Qawwam ini bukan hanya tanggungjawab satu portfolio khusus semata-mata. Tetapi, ianya perlu sokongan, dokongan dan gerakan secara aktif merentasi semua portfolio. Justeru, Kerajaan Negeri Kelantan melalui UKEKWA

merasa bertanggungjawab untuk turut bersama-sama dalam memperksakan isu di atas. Antara program yang telah kita laksanakan adalah:

(1) KEM KEPIMPINAN BESTARI – yang mana memfokuskan kepada pembinaan jati diri dan sifat kepimpinan dalam kalangan remaja lelaki.

(2) KEM AKIL BALIGH - khusus kepada pelajar lelaki yang berumur 10-13 tahun

(3) PROGRAM BIG HERO – yang mana khusus kepada ketua keluarga yang mempunyai bermasalah yang terlibat dalam masalah berisiko tinggi iaitu berisiko tinggi adalah dadah seramai 300 orang dan Sasaran adalah prospek ataupun (banduan) yang akan dibebaskan. Program ini kita laksanakan di pusat permulihan akhlak Machang dan juga pusat reintegrasi Kuala Krai. Di samping itu kami juga turut menyantuni dan mengiktiraf golongan bapa. Antaranya …

(4) ANUGERAH SUAMI BUDIMAN dan ANUGERAH AYAH CEKAL dan juga Anugerah Suami Budiman. Sempena program Big Hero Anugerah Suami Budiman kepada suami yang menjaga isteri sakit terlantar manakala Anugerah Ayah Cekal diberikan kepada ayah yang berusaha membesarkan anak selepas kematian isteri. Ini adalah sebahagian program yang kita telah laksanakan bagi melahirkan lelaki Qawwam di Kelantan. Seterusnya, saya amat mengharapkan, agar Qawwamah ini dapat dimanfaatkan bagi melahirkan masyarakat yang sakinah, mawaddah warahmah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Saya mengambil kesempatan ini, merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua Yang Berhormat, semua pimpinan di Parlimen, DUN dan Mukim-mukim dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam melaksanakan program yang terlibat dalam melaksanakan program oleh UKEKWA. Kerjasama dan komitmen tinggi anda semua, yang menjayakan lebih 800 program yang melibatkan portfolio Kebajikan Keluarga dan Wanita yang kita susun sepanjang tahun turun ke bawah yang mana ianya menyentuh seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa agama dan fahaman politik.

Dr. Hafidzah binti Hj MustakimAMANAH · PHKota Lama

[MENCELAH]Speaker, untuk kepentingan awam..dekat Parlimen pun boleh celah..

Speaker

Saya sudah buat ruling untuk melicinkan perjalanan hari ini kita minta supaya tidak ada sebarang pencelahan.

Dr. Hafidzah binti Hj MustakimAMANAH · PHKota Lama

..tak boleh yer? Sebab semalam pendek dooh. Saya kira 13 minit jah bui.

Speaker

Yang Berhormat sudah pun berucap semalam. Terima kasih, teruskan.

Puan Hjh Rohani bin IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Kita kecek pahni eh… putu halba tanda musim hujan dah tiba sama-sama kita doakan, tidaklah jadi bah kebajikan terjaga, keluarga dan wanita bahagia rakyat semua sepakat, Negeri kita baraqah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh pada Yang Berhormat Kelaboran yang mana membangkitkan kebimbangan berkenaan halangan untuk Wakil Rakyat memasuki kawasan sekolah atau PPS waktu banjir. Untuk makluman yang Yang Berhormat, terkini, pihak kami telah dimaklumkan bahawa pihak JPN tiada halangan untuk mana-mana Yang Berhormat ADUN atau YB Ahli Parlimen untuk turun menziarahi rakyat di PPS dalam kawasan masing-masing.

Namun, ianya perlulah dengan makluman pihak PKOB Jajahan, dan bersama dengan Penghulu Mukim dan wakil agensi berkaitan seperti JKM ataupun APM agar segala bentuk bantuan yang dibawa dapat diselaraskan dengan baik. Saya mengharapkan semua agensi dapat memberikan kerjasama yang baik tanpa mengaitkan isu politik khususnya ketika berlaku banjir. Sekian terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Firman Allah S.W.T….

ِ ِ ِ ِ ﺎ ﻴﻬ ﻓ ﲑ ﺳ ٱ ﺎ ﻴﻬ ﻓ ʭ ﺪﱠ ﻗ ﺮ ﻬ ِ ـٰ َ ﻇ ﺮ ﻗ ﺎ ﻴﻬ ﻓ ﺎ ﻨ ﻛ ﺮ ﺑ ﻟﱠﱴ ِ ٱ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ٱ ﲔ ﺑ ﻢ ﻬ ﻨ ﻴ ﺑ ﺎ ﻨ ﻠ ْ ﻌ ﺟ ﻟﺴﱠﲑ َ َ ـُ َ ُ ـَ َ َ ُوا۟ َْ َ رْ وَ َةًۭ ًۭى َ ْوَ َ َـٰ َى َْ َ وَ ْ ُ ـْ ـَ َ َ ِ ِ ٨١ ﲔ ﻨ ﻣ ﺎ ʮﱠﻣ ﺎﱃ ﻴ َ ﻟ َ ءَا ً وَأَ َِ َ Yang bermaksud : dan kami jadikan tempat tinggal mereka dengan bandar-bandar kami limpahkan dengan keberkatan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan kemudian kami tentu jarak perjalan di antaranya lalu di katakankepada mereka berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka sama ada pada waktu siang ataupun malam dalam keadaan aman.

Surah sabaa’ ayat 18..

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﺮﺳﻠﲔ ﳌ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﻌﲔ ﲨ أ ﺻﺤﺒﻪ و Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar dan rakyat Negeri Kelantan di atas pembentangan bajet 2025 yang berjumlah RM1.45 billion dengan tema Keberkatan Kesejahteraan, Keseimbangan Untuk Kemakmuran Negeri. Terima kasih di atas peruntukkan kepada portfolio saya iaitu RM12 juta untuk Kelantanku Bersih untuk dibahagikan kepada 12 PBT, RM2 juta untuk propgram kesihatan dan Alhamdulillah tahun lepas kita dapat menfaatkan sumbangan one off kepada RM4,000 pesakit kronik Kelantan RM500,000 untuk alam sekitar dan selebihnya Rumah Mampu Milik Rakyat Kelantan sebanyak RM 9.6 juta untuk melaksanakan 4 projek.

Dan tahniah kepada Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan ada beberapa Yang Berhormat yang menyentuh portfolio saya iaitu Pulai Chondong, Gual Periuk, Jelawat, Salor, Kuala

Balah, Kota Lama, Gual Ipoh, Nenggiri tak hadir, Limbongan, Mengkebang, Kemuning dan juga ….oh hadir…dan juga Kelaboran.

Dan Pulai Chondong ada menyentuh mengenai cadangan supaya diwujudkan satu taman awam atau pun pusat rekreasi untuk pelajar KIAS healing istilahnya Insha Allah kita boleh cari kawasan yang sesuai kita tengok status tanah pemilikannya kita oleh bincang dengan EXCO Pendidikan kita cuba wujudkan satu taman rekreasi keperluan semasa rakyat untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat. Sementara itu para pelajar boleh menggunakan taman wetland dalam pembinaan Insha Allah bakal siap tahun depan seluas 48 ekar di bawah kelolaan Majlis Daerah Ketereh iaitu 2 tasik buatan dan juga trek jogging dan segala infrastruktur untuk mengamalkan budaya hidup sihat.

Pertama isu kekotoran aduan daripada yang Berhormat Pulai Chondong dia dapati jalan protokol daripada Kok Lanas Ketereh sehingga pintu gerbang Tunjong... In sha Allah kita akan cuba ambil tindakan kita akan cuba bincang dengan PBT terlibat supaya berbincang balik dengan syarikat konsesi. Jalan tu kita berikan konsesi kepada sebuah syarikat swasta untuk menguruskan pembersihan awam dan d Machang tidak ada masalah saya ucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Machang yang telah memasang banyak CCTV untuk memantau gelagat ataupun tabiat penduduk kita yang mana kita tengok dalam media sosial viral rakyat kita…RORO..bereti muto..bereti kereta RORO depe muko letak bawoh. Jadi dapat respond yang baik daripada masyarakat kesedaran bahawasanya perlunya kita mematuhi kaedah pembuangan sampah. Muslimin dan muslimat berat dia kata nak akat tok rok. Jadi kita simpan sampah sikit-sikit, buang sampah sikit-sikit kalu tunggu sampai 4 kilo baru kita nak pikul jadi tak rok. Kita ada sekilo kita tohok sekilo Insha Allah kita cuba dapat mengamalkan jadi tabiat yang baik membuang sampah pada waktu yang ditetapkan antara pukul 6 petang sehingga 8 pagi. 8 pagi kit amula kutip, kita tak nak lepas lori belake punggung lori pahtu kita gi letak sampah maka sampah tu akan nada sehingga waktu malamlah.

Yang tu daripada Pulai Chondong... seterusnya Gual Periok sebagaimana yang dijawab tadi oleh EXCO Pelancongan mengenai kesuraman di Rantau Panjanglah. Ialah kalau ikutkan pada kajian mendapati peniaga menjual barang yang sama bersaing sama sendiri tak polah. Satu lagi peniaga kita ni dia ambil barang daripada seberang dan dijual di sempadan kita. Jadi ambil barang daripada seberang tu RM kita jatuh

mahal doh modalnya. Mari jual di Rantau Panjang harganya jadi mahal lah. Jadi kita perlu cari kaedah sesuai kreativiti sebagaimana EXCO Pelancongan bagi tahu kita tidak lagi boleh jual pakaian, toto, pinggan mangkuk yang mana tidak mempunyai daya tarikan. Kita boleh jual barang elektrik yang tidak ada di sempadan Thailand barang-barang berjenama sebelah sana dia banyak menjual barang-barang kraftangan tempatan yang mana kita sendiri tak leh tiru. Ambo percaya kita boleh... peniaga-peniaga boleh mencari pembekal-pembekal dan pengusaha-pengusaha produk tradisional untuk kita tawarkan pada pengunjung luar mari sebabkan produk niche produk kita yang dijual tu tidak sama dengan produk sebelahThailand.

Dan kita amat mengharapkan supaya pihak Persekutuan ambo percaya siapnya bandar sempadan ni ia akan memberikan impak yang besar kepada penduduk Rantau Panjang selain siapnya infrastrutktur yang lengkap pastilah berlaku perubahan antara Rantau Panjang sedia ada kita boleh memberi saingan kepada bandar-bandar yang berada di seberang sana dan Insha Allah penduduk 3 wilayah Thai akan tertarik untuk masuk ke bandar sempadan kita.

Dan mengenai Jelawat, Jelawat menyentuh mengenai taman rekreasi yang mana kita telah hampir siap pembinaan yang dipohon oleh Jelawat pada Sidang yang lepas, Alhamdulillah sekarang ni dalam proses 60% kesiapan iaitu Taman Rekreasi Kampung Seneng seluas total nya 18 ekar dan untuk fasa pertama kita bangunkan seluas 1.8 ekar dan permintaan Jelawat untuk di extend atau dilanjutkan dengan pembinaan dan cadangannya dibina arena badminton, sepak takraw dengan lampu limpah dan Insha Allah kita akan pertimbangkan cadangan besar Jelawat untuk diwujudkan di lokasi tersebut Jelawat Square Dataran. Memang kita peringkat Negeri meletakkan sasaran untuk membina satu rekreasi untuk satu DUN dan banyak DUN kita telah bina pusat rekresi dan kita sedia menerima cadangan ADUN-ADUN yang mana belum dibina taman rekreasi masing-masing Insha Allah kita akan bincang dan kita boleh pertimbang untuk kita buat pengambilan sekiranya tak ada lokasi dan tanah Kerajaan yang sesuai dan satu lagi permintaan untuk dibina dewan serbaguna di tapak Pasar Pauh Lima. Insha Allah kita cuba check status tanah dan kita boleh ϐikirlah sama ada kita guna peruntukan daripada KT ataupun KPKT dan kita boleh mohon daripada pelbagai agensi.

Dan masalah semasa ke jalan tapak pelupusan Beris Lalang di mana tapak pelupusan ini menjadi tempat pelupusan sampah bagi 4 PBT MPKB-BRI, Bachok, Pasir Puteh dan Ketereh. 4 PBT berkongsi tapak pelupusan yang sama satu hari sebanyak 130 jentera lori sampah compactor yang melalui jalan tersebut untuk membuang sampah dan jalan yang dibina tidak dibina spesiϐikasi untuk kenderaaan berat heavy duty road dan didapati jentera ni melalui jalan yang dibina untuk orang kampung yang menggunakan spesiϐikasi Jalan Maris, jalan kampunglah maka pecah jalan. Saya telah mengadakan mesyurat tergempar dengan bahagian BKT dengan PPN, PBT-PBT insha Allah tahun depan kita akan cuba bina jalan konkrit khas untuk jentera berat dan kita tidak akan membenarkan jentera ni melalui jalan yang diguna oleh orang kampung dan harapan kita, kita dapat menggunakan jalan tersebut secara harmoni dan tahan lama Insha Allah.

Dan Salor membangkitkan tentang Kelantan Negeri paling selamat Semenanjung. Kerajaan Negeri yang mana indeks kita nombor 2 selepas Sabah. Sabah 105 jenayah bagi 105 penduduk paling selamat, Kelantan 96 lebih sore daripada 100,000 penduduk. Terengganu nombor 3… 100 jenayah dan 100,000 penduduk dan paling tercorok Kuala Lumpur lah 221 jenayah bagi 100,000 penduduk. Tahniah kepada Kelantan. Dan juga dibangkitkan…Salor ni puji belako nih… dan juga dibangkitkan Bandar Bahagia... bandar Bahagia kita di Kelantan seluruh daerah mencatat bandar Bahagia. Saya baca untuk makluman semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga PBT lah. Jeli Bandar nombor 2 bahagia markah skor penuh 5… markah ada 5 penuhlah. 5.0 Jeli nombor 2 di Malaysia dan di Kelantan hanya 1 sahaja daerah belum lagi Bahagia walaupun viral walaupun sohor banyak projek turun dapat 3.67 iaitu Majlis Daerah Dabong dan apabila kita buat kajian Majlis Daerah Dabong ni belum Bahagia kerana penduduk resah. Stesen minyak dia belum siap, Balai Bomba baru siap dan Mahkamah Syariah dipohon kemungkinan dipercepatkan dan banyak infrastruktur asas yang belum ada di Dabong dan Insha Allah kita akan siapkan yang asas rakyat pun gembira ATM pun ada semua, homestay pun tak banyak benar lagi orang ramai mari 400 orang sekali mari jadi homestay ada dalam 10 butir jadi susahlah. Jadi kita akan cuba bantu untuk lengkapkan infrastruktur dan Insha Allah tahun depan kita akan pastikan semua bandar di Kelantan bandar yang Bahagia.

Dan disentuh juga Salor bandar mampan, dia gomo belako... bandar mampan ikut kepada indeks negara bandar mampan ambo nok share lah

sebab markah penuh belako semua PBT kita mencapai bandar mampan mencapai 80% ke atas. Tinggal lagi bandar Pasir Mas 79.3%. Tahun lepas bandar mampan belako tahun ni Pasir Mas menurun. Insha Allah tahun depan kita buat muhasabah kita buat surat analisis apa kekurangan yang dihadapi oleh Pasir Mas dan kita cuba bantu dan pastikan semua bandar di Kelantan ni bandar mampan dan nilai kemampanan, nilai kebahagiaan tidak diukur dengan banyaknya dengan bangunan pencakar langit, banyaknya pusat hiburan, banyaknya pusat membeli belah...dok.

Yang menilai ni indeks kebahagiaan bandar-bandar dunia yang dibuat oleh western orang-orang baratlah. Orang Eropah tak tengok doh bandar-bandar apa ni ada bangunan 200…300 tingkat. Yang dia tengok kesejahteraan rakyat. Antara yang diukur iaitu ambo boleh kongsi garis panduan bandar mampan adil dan saksama, ihsan, aman, selamat, menghormati ilmu, sentiasa menghormati, cinta bersih cantik kerjasama, prihatin, alam sekitar, tidak membazir sumber dan cekap mengurus. Dia ada banyak indicator...kalau bahagia ada 14 indicator 6 komponen dan kalau bandar mampan tu dia ada lago skor-skor dia untuk mencapai indeks tu maknanya indeks mengukur dari segi banyak tempat hiburan modennya bandar tapi dia tengok kesejehteraan antara rakyat. Hubungan rakyat dengan pemimpin macam mana kita mencintai alam sekitar dan gaya hidup kita keamanan kita dan sebagainya.

Dan mengucap tahniah kepada semua PBT-PBT yang menjayakan semua program-program Kerajaan Negeri daripada Kelantanku Bersih, Promosi Tahun Melawat Kelantan, menganjurkan program-program di bawah Kerajaan Membangun Bersama Islam sepanjang tahun 2024 mengucapkan terima kasih kepada semua YDP-YDP, mantan YDP semua PBT yang menjayakan program-program sehinggalah Negeri kita menjadi Negeri paling selamat, bandar Bahagia, bandar mampan dan Insha Allah bandar sejahtera.

Hari ini Bersama-sama hadir MPWP Kuala Krai daripada DUN ambo tu tudung pink sebab tu keno kecek derah sikit tu ada penyokong. Dan kuala Balah ada menyentuh lagi bandar bahagialah... Jeli mencatat rekodlah 2019, 2021, 2023, 2024 daerah paling bahagia di Malaysia. 10 yang terbaik yang dipilih dari 10 tuh Jeli 4 tahun berturut-turut dengan skor 5% 2023 Jeli tak ada tapi Kuala Krai, Gua Musang terpilih 10 bandar bahagia 2022 dahulu dan juga Jeli tahniah ASEAN Clean Tourist City Standard sehingga 2026 …

Speaker

Bandar Bahagia…Ahli-Ahli Yang Berhormat Bahagia jugak ker?

Yer...bahagia Insha Allah... dan dia juga telah mencalonkan diri untuk indeks kesejahteraan rakyat ni kajian mental rakyat. Tadi bahagia tu...mampan tu lain kesejahteraan satu lagi indeks mental psikologi rakyat belum ada keputusan lagi. Ada pun Kota Lama ni dia Doktor bahagian kesihatanlah memaklumkan Malaysia diramalkan menjadi negara menua 2030 kerana sebahagian besar rakyat berumur 60 tahun pada tahun 2030. Dan unjuran 2043 14%-15% rakyat akan berumur 65 tahun dan ini amat membebankan kerana kadar kelahiran anak kita di bandar merosot kerana dia panggil perkahwinan apa nih,... child free nikah tak sir anak. Itu masalah yang berlaku di bandar-bandar sehinggalah berlaku masalah bersekedudukan mugo tak nikah ni kea tak sir anak duduk sekali. Sebutir rumah tu ada 4 tino 4 jate bilik asing-asing tapi tak nikah mace negara barat. Itu negara barat antara benda-benda yang kita takut berlaku menular ke Pantai Timur jadi ada DINK istilah dia Duo Income No Kids.. bini kijo toklaki kijo kumpul pitih banyak tapi tak sir anak kerana kalau ada anak ngasuh RM800 sebulan kalau hantar sekolah RM1,000. Jadi liabiliti kepada keluarga maka mereka mementingkan kerjaya akan merbahayakan kepada pertumbuhan ekonomi negara 2024.. 2023 tak dok ore nak kerja.

Inilah yang berlaku dalam negara Jepun kerana dia menghadkan kelahiran berlaku di Singapore menghadkan kelahiran dalam satu masa orang tua belako tak dok orang muda. Dan indeks kesihatan mental belia Malaysia 2023 iaitu 71.9% sederhana yang mana indeks kesejahteraan psikologi Malaysia skor 6.9/8 sederhana dan itu sama sahaja di semua negeri kerana faktor yang sama dan Kelantan ambo tak dapat dia punya indeks kesihatan psikologi dan lebih kurang kita kira cuma peringkat Kelantan menyokong penuh Agenda Nasional Malaysia sihat ANMS untuk melahirkan rakyat yang sihat lagi sejahtera tahun 2020-2030. Kita lancarkan di Kelantan Sihat selain daripada Kelantanku Bersih dan Kelantan ni sihat…sihat badanlah. Banyak program yang kita buat sepanjang tahun dan pada bulan lepas kita buat sambutan bulan Malaysia sihat sejahtera sihat badan sihat mental di DUN Guchil.

Dan juga cara mengatasi masalah ni saranan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk kita memperbanyakkan pusat taman rekreasi iaitu kita buat seiring untuk membolehkan semua rakyat meneroka alam semula jadi banyakkan program-program outdoor jangan duk pperak rumah hujung-hujung minggu... bawa la anak, bawalah bini kita teroka senarai-senarai pusat pelancongan daripada Jeli sapa Gua Musang Air Terjun, biar sapa Pengkalan Kubor sampai Semerak, pantai-pantai menarik dan tengah-tengah bandar daripada Kota Bharu dengan pusat rekreasi kita ada kolam air panas kita, sapalah ke Lojing. Banyak tempat menarik hujung minggu kita keluarlah bersama anak kita... bini kita dapat memberikan kasih sayang kepada anak dan mengeratkan dengan isteri kita iaitu syurga kita antara saranan JKM.

Dan mengenai mental kita dalam proses ambo dengan EXCO Wanita dan Perpaduan dalam proses untuk menwujudkan satu jawatankuasa khas untuk promosi kesihatan mental melibatkan semua agensi terlibat dan pendekatan holistik dan kita akan cari pelajar yang bermasalah, trauma ada psikologi, pekerja-pekerja swasta Kerajaan kita akan kenalpasti kita akan buat rujukan dan kita cuba rawat kaunselor-kaunselor peringkat Pusat dia ada talian HEAL untuk mengadu masalah cuma berbincang dengan pegawai JKM dia kata hok nelepon tu kecek kelate dan doktor jawab tu bahasa luar, tak jeliro. Jadi nak bui nasihat tu tidak jeliro. Kita akan cuba atasilah itu masalah yang berlaku loni. Kita Kelate ni kita pagar negeri kita tak bagi benda-benda tok molek masuk tapi ada benda kerik lah. Kita negeri al-amru bil makruf menyuruh kepada benda molek ,.. walnahyu mencegah kepada benda-benda mungkar. Tapi alik sana al-amru bil makruf jugak tapi yakdu ani mungkar…. dia bui benda-benda tak molek jadi kita buat pagar demo kerik… buat pagar demo kerik. Jadi tak selesai masalah jadi kita sama-sama mencegah benda-benda mungkar supaya kita dapat melahirkan masyarakat sihat, sejahtera dan juga sihat mentalnya.

Gual Ipoh... sikit lagi yer, mengucap tahniah ambo mengambil ucapan tahniah Gual Ipoh untuk ambo ucapkan tahniah balik kepada Majlis Daerah Tanah Merah kerana mendapat Anugerah Diamond oleh Malaysian green technology and climate change MGTC mendapat anugerah diamond di bawah low carbon cities challenge 2030 berapa tahun mendapat anugerah Tanah Merah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan alam sekitar pembaharuan iklim. Insha Allah dan Gual Ipoh selalu menyebut Gulimard Bridge dan ambo nak laporlah dan nilai pembangunan keseluruhan setakat ni Gulimard Brigde daripada 2021

dari zaman mantan EXCO lagi sehingga 2024 zaman ambo sebanyak 3.6 juta iaitu sumbangan bersama Negeri RM935,000…. KPKT RM965,000 and red sumber asli RM800,000 …. RAC RM400,000 MDTM RM500,000... KESEDAR RM300,000… KTMB menyumbang dari segi teknikal dan juga khidmat nasihat jadi terima kasih kepada semua agensi dan terima kasih kepada Negeri dan terima kasih juga kepada MDTM yang telah menyiapkan pembinaan semua infrastruktur, datarannya, kiost-kiost nya dan semua sekalilah dan Insha Allah kita doakan semoga permohonan Gual Ipoh untuk mendapat jalan akses daripada Gual Ipoh sehingga ke Biak Dabong ambo duk bice sedang menumpang nikmat, Insha Allah.

… dan Nenggiri potong dah jawab semula masuk jugaklah potong dah sakni nih. Dasar Perumahan Negara kita RMK 12 Kerajaan Persekutuan mensasarkan pembinaan 500,000 unit rumah kepada rakyat Malaysia Rumah Mampu Milik dan kita Kelantan bersama-sama cuma kita untuk penggal kedua ni tak buat kaedah rent to own (RTO) ni dia sewa dan juga miliki cuma sebelum ni zaman dulunya buat rumah awam kos rendah. Masalah sekarang kita ni kita cari tuan tak jupo. Dulu saem dengan mamat lori mari cari saem jupo.. royak bayar habis dah bos. Nama gapo? Dolloh tak dok dalam agreement tak leh nak transfer sebab tak dok aggrement dan rumah-rumah RMKR ini tidak dibayar dan Cuma terbaru ni kita bercadang untuk rent to own kepada RMK Telong di Bachok. Cuma ambo lebih utamakan keutamaan diberikan keutamaan kepada golongan-golongan OKU melibatkan OKU kita cuba rent to own yang melibatkan OKU menggunakan kemudahan penginapan yang selesa.

Dan untuk makluman Nenggiri untuk permohonan RMK boleh search website e-perumahan.kelantan.gov.my boleh daftar nama di Gua Musang kita akan bina rumah RMK telah dibina pun dah banyak PPR pun dah banyak bawah Galas ada 1000 unit tingkat 4 tak tahu isi ko dop loni 1000 unit dekat bomba tuh. Bandar Lama Gua Musang pun buat 800 unit 45,000 habis doh dan Insha Allah pada masa depan kita akan buat lagi cuma perlu daftar dengan e-perumahan.kelantan.gov.my dan PPR boleh buat website Jabatan Perumahan Negara cuma Nenggiri ni lokasinya tengah kita tak buat situlah takdop perancangan lagi dan Limbongan lagi bandar Jeli bahagia dan tahniah MPKB untuk makluman Limbongan tambah sikit selain daripada best indeks cities peringkat global daripada 1,000 bandar Kota Bharu mendapat 433 separuh oklah dan south asean Asia Tenggara tempat ke 16 dan terbaru bulan lepas MPKB mendapat tempat champion daripada Ketua Pengarah….. Malaysia atas ease of doing business projek-projek berskala kecil satu saja dapat

MPKB daripada seluruh 155 PBT di Malaysia. MPKB juga adalah bandar mampan dan juga bandar Bahagia dan mengenai Pasir Puteh MDPP mengenai keluhan kenaikan kadar cukai taksiran yang mana keluasan dan juga penambahan pegangan satu benda biasa dalam proses kita untuk membentuk sebuah bandar.

Maknanya kalau kena bayar cukai pintu tu akan jadi orang bandar la kitanya. Bukan hanya kita bayar cukai pintu tu dalam RM0.60... RM0.70 sahaja untuk satu hari jadi kita tanya bakpo tak kutip sampah? Kita bayar cukai pintu ni bukan hanya sampah saja. kita buka pintu pagar preeh mutor tubik jalan tar. Jalan tar tu PBT buat lah tu…tengah malam cahaya lampu…PBT buatlah tu. Longkang sepanjang Pasir Puteh berselirat longkang PBT jaga juga. Lembu mapuh tengah jale dalam bandar PBT cuci. Jadi kita bayar RM0.60 ni bukan hanya tugas PBT kutip sampah tapi segala infrastruktur dalam bandar tu kita rasa senang, rasa selamat, rasa suka bulah jale gi taman buleh beli tu nilai RM0.60 satu hari yang kita bayar kepada PBT. Ambo nak cerita takut rakyat ni kea dia kata ooo …. Sampah. Sedangkan segala infrastruktur kenikmatan bandar kerat pokok semua sekalilah sehelai daun luruh ke jalan pukul 5 pekerja buat kerja doh, kita tak bangun dia duk cuci doh. Kul 8 tu cuci doh jale. Nilai RM0.60 satu hari yang kita bayar.

Nilah yang kita perlukan daripada semua kita jelaskan tunggakan-tunggakan PBT Insha Allah kita dapat memberikan servis yang terbaik kepada PBT dan unjuran kita... kita tengok tunggakan cukai setiap PBT ni begitu tinggi. 30% cukai tertunggak setiap tahun. MPKB berapa tunggakan cukai yang tidak dijelaskan oleh penduduk. RM30 juta tunggakan cukai RM30 juta berbanding pendapatan MPKB RM70- RM80 juta setahun dan kita 2025 ni kita letak MPKB di naik taraf sebagai sebuah bandaraya kita nak capai RM100 juta. Jadi kita perlu kerjasama kepada semua penbayar cukai bayar cukai secara teratur Insha Allah kita akan berusaha memberikan servis yang terbiak. Jadi telur dengan ayam... cuci dulu baru kita bayar... bayar dulu cuci hok mana so. Sama-sama kita harmonikan sama-sama kita fahami jadi Insha Allah kita dapat jadikan PBT kita berdikari dan memberikan servis yang terbaik kepada rakyat kita. Jeram DO, Jeram Pasu, Jeram DO Insha Allah dalam dia tak banyak lagi perlu diinfrastrukturkan dan Jeram Pasu ni masalah kita banyak habis pitih kita comei mari palo air cabut habis. Jadi kita akan kaji semua kerana kena palo air.

Dan Mengkebang cadang supaya buat teater seni ganti panggung wayang. Teater seni ni banyak dipertayangkan di auditorium KL dan boleh kita explorer buat alternatif hiburan rakyat kita dan juga Kuala Krai daerah eco pelancongan betulah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh EXCO Pelancongan tadi kita nak promote eko pelancongan ore nak mari tempat kita ni, nk tengok benda hok tak dop di tempat dia. Orang putih mari ni dia tak sir tengok bangunan besi, tempat-tempat disko hiburan. Dia mari nak tengok gapo hok takdok tempat dia. Tengok sungai, tengok jeram, tengok pokok getah...pelik mugo tak dok tempat dia. Kalu Kedah tu dia buat Muzium padi kita pun di tengok padi tahu doh pah tengok-tengok padi tapi benda tak dok di tempat kita. Jadi Mengkebang mintak Guillemard promote Teratak Abang Peah Swasta, Lata Berangin, Lata Pok Mad Kerinting pat ambo bedil kecik-kecik dulu…Lata Baling, Lata Y, Lata Lima, Air Terjun Raja Sakti terbaru. Banyak tempat-tempat menarik dan hok ambo sebut tu ada tempat-tempat menarik masing-masing dan kita tambah baik dan promote.

Dan Kemuning ada 2 lagi ambo ucap tahniah kepada NGO (SWISMA) Skuad Wanita Islam Machang dan juga (SUBIM) Sukarelawan Bakti Islam Machang yang menjayakan kempen kitar semula bersama dengan Majlis Daerah Machang dan juga KUMH setiap Jumaat dia buat kutipan barang kitar semula kumpul kutip botol dan bayaran itu disedekahkan kepada Tabung Palestin tema “Sampah Kepada Sedekah”. Tahniah kepada Machang dan ambo berharap tempat-tempat lain pun boleh tiru Machang. Hari Jumaat tubik pagi keliling rumah kutip-kutip kotak, botol-botol sampah kumpul wak gi ko masjid. Satu masa cukup telefon ko KUMH kita akan kutip dan kita akan bayar kita niatkan sedekahlah, sedekah dan Insha Allah cadangan DTRC sebelum ni kita sebut doh Insha Allah kita merancang untuk bina drive thru recycle centre pusat pengumpulan sampah secara pandu lalu di semua DUN Insha Allah perlu modal jugak tu.

Dan Kelaboran akhir sekali naiktaraf Pantai Geting kita buat dah iaitu dengan cadangan dibina jalan yang baik dan juga Menara tinjau seperti Pantai Irama Insha Allah kita beri pertimbangan dan juga masalah solat Jumaat para pengunjung yang berkunjung naik bot ke Pulau Suri dan juga Pulau Sri Tanjong. Pengjung 2,000 satu hari… hari Jumaat 2,000… hari Sabtu 2,000 takpo Sabtu Jumaat. Jadi 2,000 orang bot yang sedikit dekat-dekat bunyi bea nok gi cari bot tokdea. Tapi Pulau Sri Tanjong ni dia ada Masjid Insha Allah kita cuba buat trek dalam kampung tu buat

jalan konkrit supaya dapat menghubungkan Pulau Sri Tanjong dengan Masjid ada doh kemudahan-kemudahan cuma kita sedang supaya kita mintak pengusaha supaya boleh buat buggy ko lagumana hari Jumaat boleh punggah kot darat boleh mari untuk kita pastikan semua pengunjung hok musaϐir tak polah, hok local tempatan dapat solat Jumaat pada waktunya semasa mereka berkunjung menghidupkan pusat-pusat pelancongan yang ada di Tumpatlah. Jadi itu sajalah yang menyentuh portfolio ambo dan ambo ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas cadangan-cadangan dan Insha Allah Kerajaan akan pertimbangkan dan Kerajaan akan berusaha sebaik mungkin akan cuba cari peruntukkan untuk kita merealisasikan hasrat-hasrat Yang Berhormat yang mana dipohon dan ambo percaya untuk kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat dalam DUN kita.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ϐirman Allah S.W.T

ِ ِ ِ ِ ِ ٣ ﭑﻟﺼﱠﱪ ﺑ ﻮ ﺻ ﻮ ﺗ ﻖ ﭑﳊ ﺑ ا۟ ﻮ ﺻ ا ﻮ ﺗ ﺖ ِإِ ﺤ ﻠ ـٰ ﻟﺼﱠ ٱ ا۟ ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻋ ا۟ ﻮ ﻨ ﻣ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ٱ ﻻﱠ ـَ ـَ ُ ِْ ْا۟ َ َا وَ ِّ َْ ْ َ َ وَ َـٰ َ وَ َ ءَا َ

Maksudnya:’ salinglah berpesan dengan kebenaran dan salinglah berpesan dengan kesabaran. Surah Asr ayat ke 3.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’

Panglima Perang Menteri Besar Kelantan yang telah pun membentangkan bajet keberkatan, kesejahteraan, keseimbangan untuk kemakmuran negeri dan pada teras yang pertamanya yang banyak melibatkan portfolio saya sendiri iaitulah teras pembangunan sahsiah berpandukan Al-Quran dan As-sunnah serta pembudayaan aman islami dengan peruntukan RM181.70 juta dan juga Pendidikan keagamaan termasuklah program-program yang melibatkan generasi Quran, membina generasi solat, membina remaja iman dan juga aktiviti-aktiviti amal islami sebanyak RM15.50 juta. Jadi ini adalah sebagai satu keutamaan yang telah diletakkan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada pembudayaan aman islami yang sebenarnya pembudayaan aman islami ni tidak terhad kepada portfolio pembangunan Islam Dakwah sahaja tetapi ia meliputi ke semua portfolio-portfolio Ahli-Ahli Yang Berhormat ataupun EXCO kepimpinan Kerajaan Negeri kerana dari sedut berhibur pun perlu berteraskan kepada amal islami, dari sudut pelancongan pun perlu berteraskan kepada amal islami dan begitulah hal ehwal lain seluruhnya mesti berteraskan kepada pembudayaan amal islami ini.

Jadi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat termasuklah yang telah memberi insentif kepada pihak yang telah bertungkus lumus di dalam menyebarkan amal islami serta membina generasi-generasi pelapis supaya bertepatan dengan tindak tanduk mereka amal islami serta syariat islam iaitulah Yang Amat Berhormat telah mengumumkan untuk memberikan RM300 kepada Pengelola Pembantu Dakwah Halaqat bermula Januari 2025. Ini merupakan penghargaan yang sangat besar yang telah diberikan Kerajaan Negeri kepada pihak pengelola halaqat, pegawai dan pembantu termasuklah kepada guru-guru Al-Quran dan fardu ain sebelum ini mereka mendapat elaun RM200 ditambah kepada RM70 menjadikan RM 270 juga satu penghargaan yang besar untuk mereka bersemangat terus melaksanakan kerja-kerja di lapangan amal islami ini. Saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, semalam seramai 17 pembahas yang telah membahaskan ucapan dasar seramai 6 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menyentuh portfolio saya. Ada yang berbentuk persoalan dan ada yang berbentuk cadangan. Iaitu daripada Pulai Chondong, Galas, Jelawat, Mengkebang, Pengkalan Pasir dan juga Kelaboran.

Antara isu yang disentuh umpamanya oleh Galas berkaitan dengan didikan agama terhadap orang asli dan apa yang mualim-mualim dah lakukan tadi telah disentuh sepintas lalu oleh EXCO NGO yang juga ada melibatkan beberapa program yang melibatkan orang asli di bawah NGO

dan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran di bawah muaalim ini adalah dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan di mana untuk makluman muaalim yang telah dilantik oleh Jabatan Agama JAHEAIK mereka telah diberi penekanan Pendidikan agama dan dakwah ini di 5 pos setakat ini oleh muaalim. Mualim akan pergi ke Pos Balau, Pos Hau, Pasik, Tuil, Lojing. Di Lojing ni ada 2 iaitu di Sigal dan di Jekjok. Jadi program yang telah pun dilaksanakan iaitulah program kelas Fardhu Ain secara harian dan mingguan kepada orang-orang asli yakni dengan ditumpukan kepada modul yang telah dikeluarkan oleh JAHEAIK dan juga oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan untuk mereka amalkan terapkan didalam kehidupan mereka. Dan yang keduanya dengan diadakan program pengimarahan masjid dan surau di setiap Pos untuk solat berjemaah dan juga solat Jumaat dan sempena hari-hari kebesaran Islam.

Yang ketiganya, diadakan program-program santai umpamanya program tazkiran dalam kelompok yang lebih kecil bertujuan untuk memastikan belia ini tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang seumpama yang dinyatakan oleh Galas ketagihan alkohol yang melampau.

Yang keempatnya, ialah yang berbentuk program sukan seperti bolasepak, sepaktakraw dan lain-lain sukan dan yang kelima program khidmat masyarakat seperti membersihkan kawasan surau, pembinaan jambatan sementara dan program yang penting sekalinya ialah … orang asli dari dakwah bilhal. Itu kita take care dan pergi berjumpa dengan mereka bertanya khabar dan sebenarnya hal ini tanggungjawab yang besar perlu dimainkan oleh JAKOA yang berada di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Galas boleh pergi bagitahu Presiden Galas supaya akan turun. Kalau Galas tak pergi saya akan pergi turun jumpa dia. Jadi JAKOA ini sangat-sangat penting untuk mereka mengadakan program khusus kepada orang asli sebab dinyatakan didalam objektif yang ketiga di bawah Kementerian Desa ini iaitulah untuk memperkasakan masyarakat orang asli melalui Program Pembangunan Modul Insan Yang Komprehensif. Maksudnya ini adalah tanggungjawab yang agak besar yang perlu dilaksanakan. Jadi atas konsep federalisme itulah maka JAKOA juga seharusnya memberi penekanan kepada perkara ini. Dan Pulai Chondong ada membangkitkan isu berkaitan dengan pentadbiran Mahkamah Syariah apakah perkara-perkara dan pencapaian yang telah dilakukan oleh peringkat Mahkamah Syariah dan sebenarnya di arus digitalisasi dan juga teknologi ini telah pun banyak

diupgred beberapa-beberapa perkara-perkara yang melibatkan sistem dan juga operasi di Mahkamah Syariah menggunakan sistem digital khususnya dalam pendaftaran tarikh penetapan perbicaraan melalui E-syariah telah pun diberi pemerkasaannya termasuklah platfoam segala jenis pendengaran iaitulah kes-kes yang tertentulah yang telah ditetapkan termasuklah yang telah pun dikuatkuasakan yang lama sudah kita harapkan yang sudah pun berlaku dan ditubuhkan 4 buah Mahkamah Tinggi Syariah iaitulah di Pasir Mas, di Bachok, di Tanah Merah dan juga di Machang yang telahpun berkuatkuasa mulai Julai 2024 yang lalu.

Ini antara pencapaian-pencapaian yang penting yang telah dilalui oleh Mahkamah Syariah sehingga ke hari ini dan Jelawat sendiri ada menyatakan tentang bagaimana untuk pengasingan Mahkamah Syariah termasuklah Jabatan Penguatkuasaan supaya bahagian Penguatkuasaan ini di upgrade menjadi Jabatan dan secara asasnya melalui mesyuarat yang telah dilakukan oleh satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji jawatan tertinggi ataupun Jawatan…. JKTT Jawatankuasa Khas mengkaji Jawatan-Jawatan Tingkatan Tertinggi Bilangan 1 Tahun 2015 telah pun membincangkan dan telah pun mengeluarkan satu model bersetuju untuk membuat satu peningkatan kepada 4 peringkat Mahkamah ini. Dan terkini pada 28 April 2024 yang lalu, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam JPA telah mengeluarkan perjawatan yang telah diluluskan kepada setiap negeri-negeri sebagai panduan bagi pewujudan Mahkamah Rayuan Utama Syariah. Dan perkara ini sebenarnya telah kita nyatakan dan jawapannya telah dinyatakan pada persidangan yang lalu di mana kita tahu sehingga kini hanya ada satu sahaja peluang rayuan kepada mana-mana pesalah tetapi apabila kita mempunyai 4 tingkat Mahkamah ini iaitulah Mahkamah Syariah Utama maka akan membuka lebih peluang kepada pesalah untuk mereka membuat rayuan dan hal ini kita yakin apabila di Parlimen nanti RUU AKTA 355 dibentangkan dan diluluskan ia akan memberi perubahan-perubahan ini kepada negeri-negeri kepada tidak lagi 3 peringkat Mahkamah tetapi kepada 4.

Itu sudah tentu… jadi oleh kerana itu Kelantan dalam hal ini telah pun meneliti dan di dalam persediaan ke arah sebagaimana cadangan-cadangan pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan cadangan tersebut. Dan saya ingin menyentuh sedikit tentang apa yang telah dinyatakan oleh gejala sosial baik Kota Lama, baik Nenggiri dan lain-lain termasuklah Limbongan bahawa kita seharusnya dalam isu-isu yang berlaku dalam negeri kita ini hal ehwal berkaitan dengan keadaan

situasi gejala sosial yang teruk ini dengan data-data yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak oleh PDRM, AADK dan lain-lain. Yang penting jangan kita membahaskan data-data itu dengan neratif-neratif yang menakutkan meninggalkan trauma kepada rakyat kita khususnya ibubapa, keluarga dab komuniti masyarakat seharusnya kita cari solusi…mencari solusi-solusi yang …. dan cari kata sepakat untuk kita melaksanakan program-program yang boleh mengurangkan kadar sosial dan apa-apa masalah yang berlaku dalam masyarakat. Kita nak bekerjasama semua dalam hal ini sebab itu Kerajaan Negeri termasuklah dapat portfolio Pembangunan Islam dan Dakwah ini kita telah buat dan mengadakan program-program penghayatan dan keagamaan lain-lain untuk rekod dalam membina generasi solat sahaja.

Satu tahun kita telah mengeluarkan lebih 15,000 dan tahun 2024 ini kita telah mengeluarkan lebih 15,500 graduan daripada membina generasi solat yang mana seluruhnya 45 DUN yang ada 450 madrasah ataupun kilang-kilang pengeluar anak-anak muda di mana anak-anak muda itu ada di kalangan budak-budak ada syabab muda sehingga 18 tahun dan ada yang dewasa 18 hingga ke atas. Semua kategori-kategori ini di datakan dan diletakkan sebagai satu pelapis-pelapis untuk mereka mengerakkan pula melebarkan pula dakwah itu kepada seluruh tempat-tempat ataupun lokasi-lokasi yang lain termasuklah di dalam madrasah membina remaja iman yang kita bina setiap 50 orang daripada satu tempattermasuklah generasi Al-Quran yang Kerajaan telah memperuntukkan RM100 ribu pada setiap tahun demi untuk menjadi muda khususnya rakyat di Negeri Kelantan ini bebas daripada gejala-gelaja yang tidak dingini. Kerana kita menyakini dengan bahawa kita memperbanyakkan program-program kebaikan ini program-program keagamaan ini akan hilang keburukan-keburukan dan gejala sosial akan hilang sebab itu Nabi S.A.W bersabda dan iringilah kebaikan itu dengan kejahatan … iringilah kejahatan itu dengan kebaikan. Maknanya kita kena buat baik dengan perkara-perkara yang tidak betul.

Jadi sebab itu kita nak dalam hal ini kita nak semua pihak hendaklah mencari solusi bagaimana untuk kita nak memperbanyakkan perkara-perkara yang baik semua portfolio termasuklah berhibur cari musim-musim waktu-waktu yang sesuai. Jawatankuasa pembangunan Islam dan dakwah dalam tempoh musim tengkujuh ni musim banjir kita dah mula pada Oktober lagi supaya rakyat kita kurangkan hiburan bulan 11 bulan 12.. bulan 12 stop tangguhkan kerana kita yakin bulan ini adalah bulan banjir jadi kita nak imbangkan supaya tidak berlakunya banjir

yang tidak diingini banjir yang besar maka kita perbanyakkan amalan-amalan kebajikan, kebajikan tersebut dan kita selarikan dengan pergerakkan kerja-kerja rakyat kita supaya mereka dapat berhadapan dengan situasi-situasi getir ini dengan baik dan kita yakin sekiranya kita bersama-sama melakukan gerak kerja solat hajat suruh iman sahaja tetapi seluruh masyarakat di pejabatnya, di sekolahnya termasuklah di semua tempat, di rumah dan keluarga kita yakin tidak akan berlaku bencana-bencana yang besar banjir yang besar yang menakutkan yang akan meninggalkan trauma tidak akan berlaku dan Insha Allah segala data-data yang disebut bahawa gejala sosial keparahan budaya-budaya yang tidak baik itu dapat dikurangkan. Itulah pesanan yang besar yang telah saya nyatakan bagaimana saya nyatakan dalam hadis tadi.

Saya mengucapkan terima kasih juga kepada pihak beberapa Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengadakan program-program yang baik program-program ini mestilah dilaksanakan di DUN-DUN dan seluruh kawasan Kemuning telah mengadakan kempen Antidadah selama sebulan dan ini bagus dan DUN-DUN lain boleh panjangkan ke Pengkalan Pasir mengadakan program-program minda untuk pembentukan generasi-generasi anak muda yang sayangkan Islam dan apa nama terima kasih kepada pihak-pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mencadangkan supaya diberi pemerkasaan dan kepada pusat Tarannum supaya lebih giat diperjalankan dan diperturunkan sehingga masyarakat lebih menyayangi untuk menjadikan Al-Quran ini sebagai suatu keutamaan di mana mereka berada.

Dan saya ingin menjawab yang Kelaboran yang ingin bertanyakan dengan soalan yang bertanyakan iaitulah yang berkaitan dengan adakah elaun imam yang daripada MAIK telah disalurkan kepada JPP. Yang saya nak nyatakan di sini memang bermula daripada November 2024 bayaran elaun yang melibatkan JAKIM ia telah disalurkan melalui JPP kita pun tak tahu apa pun dan sebab walaubagaimana untuk makluman semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, imam ni tertakluk kepada MAIK 1994 jadi justeru pertukaran kewangan JAKIM yang bermula November 2024 in ia tidak memberi kesan kepada pelantikan pemindahan, pemecatan imam dan lain-lain tapi boleh jadi ia berlaku kepada soal apa nama di sekolah sebagaimana yang telah diungkitkan semalam tetapi kalau melibatkan imam-imam ini saya ingin menyatakan bahawa betul tetapi Ahli-Ahli Yang Berhormat dimaklumkan di sini bahawa bayaran elaun imam setakat ini dibuat melalui 3 sumber iaitulah MAIK, JHEAIK dan

juga JAKIM yang disalurkan melalui JPP bermula November ialah melalui JAKIM sahaja. Dan ia tidak melibatkan apa-apa masalah setakat ini tetapi kita seharusnya melihat daripada semua aspeklah. Kita minta semua pihak termasuk semua Kerajaan Persekutuan dan lain-lain supaya mempermudahkan urusan khususnya untuk penggerak amal islami di negeri kita ini baik imam baik atas nama guru-guru Al-Quran, pendakwah, guru takmir dan lain-lain.

Sebagaimana yang dicadangkan juga supaya diperbanyakkan program-program yang melibatkan penghayatan program penhayatan amal islami ini kita minta semua pihak agar memberi keutamaan kepada program-program yang melibatkan anak-anak muda khususnya zaman stress ataupun hari ini dianggap zaman yang melampau berϐikir dan bertindak semua melampau dan kita telah pun berhadapan dengan semua situasi itu ada yang stress berϐikir untuk membunuh diri dan lain-lain ini perkara yang mestilah diimbangkan dengan program-program yang berunsurkan nasihat keagamaan. Di bawah portfolio Islam dan keagamaan sendiri telah mengeluarkan satu produk tawasar iaitu saling berpesan khususnya baru-baru ini kita tumpukan 6 siri kita bekerjasama dengan KKM dan KKM telah mengambil video untuk sebaran iaitu untuk menghadapi bagaimana untuk kita memberikan suatu penyebaran satu supaya hadapi stress dengan cara yang tenang jangan terlalu tertekan sehingga membuat keputusan untuk membunuh diri dan lain-lain. Jadi hal ini perlu dipanjangkan oleh semua pihak tidak hanya yang melibatkan institusi keagamaan sahaja tetapi melibatkan semua portfolio-portfolio yang ada dalam negeri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian yang berada di seluruh DUN yang tu kita dapat dipanjangkan kepada semua.

Saya di sini juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh agensi-agensi khususnya agensi-agensi yang berada di bawah portfolio saya di bawah JHEAIK, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Pegawai Syariah, Jabatan Mufti, MAIK, dan rakan-rakan strategik yang lain yang telah memberikan Kerjasama sepenuhnya di dalam membangunkan hal ehwal dan amal islami di negeri Kelantan ini dan kita doakan ianya diberkati oleh Allah S.W.T. 1,2,3,4,5,6,7,8, kalau kita semua sepakat Insha Allah dipermudahkan segala urusan…

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و

terima kasih Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi Teknologi Hijau, Digital dan Enovasi.

Dato' Hj. Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Terima kasih pihak Kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan membentangkan Bajet Negeri Kelantan 2025 yang bertemakan keberkatan kesejahteraan dan keseimbangan untuk kemakmuran Negeri dengan memperuntukkan dengan peruntukan yang agak tinggi khususnya kepada sektor Pendidikan. Ini menandakan fokus utama Kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti memenuhi tuntutan Allah dan Rasulnya melalui sabda Nabi S.A.W …setiap anak yang diberikan kepada kita itu dalam keadaan suci bersih. maka tanggungjawab ibubapa untuk mempastikan bersih tu sampai akhir hayat untuk dikembalikan kepada Allah S.W.T maka itu menjadi tanggungjawab kita dan Nabi mengariskan cara untuk kita mendidik anak-anak

… ث ﺛﻼ ﻋﻠﻰ ﻛﻢ د ﻻ أو ا ﺑﻮ أد

didik anak ni perlu banyak yang perlu difokuskan iaitu 3 fokus utama yang pertama ajar anak kasih kepada nabi, yang kedua kasih kepada keluarga Nabi sahabat-sahabat dia dan yang ketiga watila watul qurran… ajar anak baca Quran.

Dan inilah agenda utama pembentukan kokurikulam di Yayasan Islam Kelantan mengambil kira apa yang disabda oleh Nabi S.A iaitu sekolah aliran perdana ajar sejarah kita ajar jugak tapi kita di sekolah di bawah pentadbiran Yayasn Islam Kelantan di bawah Sirah Nabawi dan juga kita ajar dalam kurikulam iaitu Al-Quran bukan setakat tajwid bukan setakat

tafsir bahkan kita mangajar hafazan mengajar Al-Quran sebagaimana Kerajaan fokus dan memandang serius dengan mewujudkan 4 modul ataupun jenis tahϐiz yang kita tawarkan di negeri Kelantan iaitu tahϐiz biasa ni ada di Al-Kautsar Peringat dan juga Bunut Sarang Burung di Tumpat dan yang kedua tahϐiz sains ibubapa nak anak dia hafaz Al-Quran jadi professional nak jadi doktor, nak jadi pilot boleh memasuki Sekolah Tahϐiz Sains yang mana pencapaiannya adalah terbaik. Dan modul Tahϐiz Sains Walqiraat melahirkan pakar-pakar Al-Quran dengan cara baca yang kita cuba didik anak-anak kita ni pakar dalam Al-Quran dan juga tahϐiz kemahiran ataupun TVET yang ada di Beta Hulu.

Jadi terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam pembentangan bajet tersebut di mana Pulai Chondong membangkitkan agar TVET diberikan tumpuan di sesebuah sekolah dibawah Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan. Jadi kita telah masukkan dalam perancangan di bawah Jawatankuasa Pengajian Tinggi Teknologi Digital dan Inovasi dan perancangan ini terlibat di sekolah-sekolah YIK yang terpilih. Manakala Pulai Chondong juga mencadangkan agar YIK menggubal kurikulam khas untukmenekankan perjuangan rakyat Palestin sudah ada di Yayasan Islam Kelantan dalam matapelajaran Tarikh Islam khususnya bersempena tajuk mengenai pembukaan Kota Baitul Maqdis pada zaman pemerintahan Umar Al Khattab.

Jadi pendekatan ini dapat diperkukuhkan kefahaman pelajar terhadap kefahaman sejarah Islam serta kepentingan Baitul Maqdis keagamaan dan perjuangan masa kini. Dan cadangan Yang Berhormat berhubung penggredan sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan pula telah kita luluskan dalam mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan siri ataupun Bilangan 1 tahun 2024. Maka ini juga selaras dengan penempatan pegawai serta guru yang setaraf dengan gred masing-masing. Inisiatif ini bagi memastikan pemerkasaan dan peningkatan taraf pengurusan sekolah.

Pulai Chondong juga mencadangkan agar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) membangunkan kawasan tepian sungai berhampiran kampus. Jadi pihak KIAS mengambil inisiatif dengan kerjasama JPS Jabatan Pengairan dan Saliran membersihkan tepian sungai dan terima kasih kepada EXCO PBT yang menawarkan kerjasama Insha Allah dalam perancangan KIAS juga akan membina taman-taman rekreasi untuk kemudahan pelajar dan juga para ibubapa.

Seterusnya berhubung dengan Institut Bangsa Antarabangsa… Institut Bangsa Antarabangsa ditubuhkan dengan matlamat untuk menjadikan Pusat Pengajian Antarabangsa yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Termasuk pelajar, mahasiswa, kakitangan Kerajaan, pekerja swasta dan orang awam. Dan yang terbaru kita buka kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kita ajar Bahasa Cina dan ada hok pandai kecek Cina dah. [ KETUKAN MEJA OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT] Baru berapo kelas baru... berapo jam baru... boleh kecek Cina dah. Jadi antara kursus yang ditawarkan iaitu kursus secara terbuka jangka pendek, jangka panjang bergantung kepada jenis program yang ditawarkan di mana kita tawarkan kepada golongan awal remaja 10-12 tahun. Ini kursus trilingual Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Manderin. Juga kita tawarkan kepada golongan remaja untuk kursus pra SPM persediaan khas untuk pelajar Tahϐiz dan Pondok yang ingin menyertai program-program fast track SPM dengan penekanan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Dan juga kita tawarkan kepada golongan belia lepasan SPM dan STAM iaitu kursus Bahasa Pra Universiti dan juga golongan dewasa. Ini yang menarik ni, golongan dewasa kita tawarkan juga untuk Bahasa Arab ibadat fokus penggunaan Bahasa Arab, solat dan juga ibadat khusus.

Yang keduanya kita tawarkan Bahasa Arab Al-Quran tentu peserta memahami Bahasa Arab untuk tadabbur Al-Quran sebagaimana yang disarankan oleh Pengkalan Pasir. Jadi kena hantar sinilah nak suruh pandai tadabbur Al-Quran. Insha Allah guru-guru yang berkelayakkan pakar akan mengajar peserta-peserta. Bahasa Arab Komunikasi untuk kegunaan harian, Bahasa Mandarin asas komunikasi membina kemahiran komunikasi dalam Bahasa Mandarin dan kursus Bahasa Arab untuk orang awam biasanya dijalankan pada hujung minggu Jumaat dan Sabtu dan modul ini di jalankan dengan setiap tahap mengambil masa 20-28 jam pengajian dalam tempoh 3-4 bulan. Dan juga KIAS menyediakan pengajian seolah-olah secara percuma untuk warga Dewan kalau boleh balik kempen untuk anak buah masing-masing di mana pengajian di peringkat Diploma selama 3 tahun Pengajian Islam, boleh minta dengan YAKIN anak Kelantan pinjaman YAKIN, tamat 3 tahun memperolehi Diploma layak sambung ke Al-Azhar Universiti sebabkita dah buat MOU dan Universiti Al-Azhar telah mengiktiraf KIAS boleh sambung untuk tahun 3 dan tahun 4 di Al-Azhar 2 tahun dan bila dapat tawaran boleh mohon pula pinjaman dengan YAKIN. Jadi sekiranya pelajar ni mendapat pointer 3.7 ke atas maka YAKIN akan convert pinjaman tersebut sebagai biasiswa. Itulah….

Speaker

[MENCELAH] Yang Berhormat diminta untuk sambung sesi petang, boleh?

Dato' Hj. Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Boleh… terima kasih..

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan dan Persidangan akan disambung semula pada jam 2.30 petang. Sekian terima kasih.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 1.00 TENGAHARI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 2.30 PETANG.

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 2.30 PETANG.

Speaker

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dewan bersidang semula. Saya sekali lagi menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi untuk membuat Penggulungan. Silakan.

Dato' Hj. Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sambung penggulungan pada sesi pagi tadi. Yang mana ADUN Kuala Balah membangkitkan tentang penubuhan Sekolah Tahϐiz di Jeli memanglah Arwah Tok Guru sebut dulu 1 Jajahan 1 tahϐiz. Alhamdulillah sekarang ni Kerajaan telah berjaya menubuhkan setiap tahϐiz di 9 jajahan tinggal 1 lagi di Jeli, dan menjadi hasrat Kerajaan untuk melahirkan penghafaz-penghafaz Al-Quran iaitu ا ilmu di berada di dalam Al-Quran ب ﻟﻜﺘﺎ ﰱ او ر ﻟﺴﻄﻮ ا ﰱ ﻻ ور ﺻﺪ ﰱ ﻟﻌﻠﻢ lebih-lebih lagi Al-Quran. Bukan dalam kitab... Jadi itulah hasrat Kerajaan jadi apa yang dibangkitkan oleh Kuala Balah pada masa kini, Yayasan Islam Kelantan telah mengenal pasti tapak untuk pembangunan Maahad Tahϐiz dalam Jajahan Jeli bertempat di mukim Kuala Balah seluas 15 ekar bersebelahan dengan Balai Polis Kuala Balah. Yayasan Islam Kelantan telah membuat permohonan milik tanah serta membuat bayaran membuka fail kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli pada 17 Julai 2024. Status terkini, permohonan tersebut dalam tindakan sukat dan lapor di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli dan akan dipertimbangkan selanjutnya. Minta Yang Berhormat ambil perhatianlah.

ADUN Mengkebang mencadangkan agar kerajaan agresif mencari pelabur-pelabur, korporat-korporat yang dapat menyediakan biasiswa pelajar cemerlang. Jadi Cadangan ini baik dan boleh dibantu oleh PKINK dan PMBK.terima kasih… Mengkebang juga ada membangkitkan tentang Pemerkasaan Teknologi Internet of Things (IoT)

Kerajaan Negeri sedang meneliti aplikasi IoT dalam sektor pentadbiran awam, sektor pertanian, dan sektor-sektor lain untuk memaksimumkan kecekapan serta keberkesanan teknologi.

Kerajaan Negeri juga telah mengumpul dan juga telah menubuhkan pasukan pakar IT bagi membantu Kerajaan terutama bagi tujuan membawa masuk pelaburan digital ke negeri Kelantan khususnya bg projek Mini Lembah Silikon yang bakal dibangunkan di Tunjong (berdekatan stesen ECRL & juga KB Sentral). Kerajaan Negeri Kelantan bercadang untuk membangunkan Lembah Silikon Mini bagi mempercepat pembangunan industri dengan penglibatan swasta dan kerajaan negeri melalui program transformasi teknologi digital, program inovasi dan galakan pelaburan dalam kluster ekonomi dan industri digital. Cadangan ini sedang diteliti oleh PKINK dan agensi Sehenti ICT iaitu Kelantan ICT Gateway. Kerajaan Negeri Kelantan juga telah memberi penekanan dalam pemerkasaan pembangunan digital dalam aspek pelaburan dan pendidikan anak-anak.

Jadi Dalam aspek pelaburan, Kerajaan Negeri telah membangunkan Portal Invest Kelantan dalam Sistem e-Pelaburan. Inisiatif ini bertujuan memberikan kemudahan dari aspek penyampaian maklumat pelaburan di Negeri Kelantan kepada pihak pelabur yang berpotensi dan berminat dengan mewujudkan perkhidmatan secara dalam talian melalui Portal Invest Kelantan dan Sistem E-Pelaburan. Dengan inisiatif ini ianya dapat membantu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan penggunaan ICT selaras ke arah transformasi digital. Perkara ini adalah terkandung dalam Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Kelantan yang telah dilancarkan pada awal tahun ini.

Untuk Penggunaan IOT dalam bidang pendidikan, pada masa ini Kerajaan Negeri melalui Kelantan ICT Gateway dan Yayasan Islam Kelantan sedang membangunkan Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bersepadu di bawah program Pendigitalan Sekolah2 Yayasan Islam Kelantan dengan permulaan untuk projek perintis ialah sekolah Maahad Sains Tok Guru, Pengkalan Chepa, Maahad Muhammad Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan yang insha Allah akan dimulakan pada pertengahan tahun atau pertengahan Feb 2025. Kerana bagi sekolah ni nya sekolah selected dan sekolah berbayar maka sudah sewajarnya pelajar-pelajar sekolah ini dipantau pencapaian akademiknya. Jadi centralnya di Pejabat EXCO Insha Allah.

Mengkebang juga membangkitkan tentang Pengajian Sains dan Teknologi dimantapkan, aplikasi hafazan secara digital dilaksanakan YIK boleh adakan sesi libat urus secara town hall secara sedia ada. Terima kasih Mengkebang jadi penggunaan sains dan teknologi telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunan peranti dan aplikasi terkini khususnya untuk mendapat akses mudah dalam sesuatu mata pelajaran. YIK juga telah membuka ruang penggunaan AI kepada guru-guru dengan kerjasama Arsyad Ayub Business School, UiTM Shah Alam. Satu bengkel melibatkan 80 peserta yang terdiri daripada jurulatih Utama dan pegawai YIK selama 3 hari. Begitu juga melalui kerjasama dan penglibatan dengan pelbagai program anjuran pelbagai pihak seperti agensi kerajaan negeri, MOSTI melalui Pusat Sains Negara, Persatuan STEM Kebangsaan, IPTA dan IPTS . Dua sekolah juga terpilih di dalam program rintis MyGuru iaitu portal pembelajaran secara maya. Jadi saya try test penggunaan secara maya dan kita pilih pelajar-pelajar lemah untuk mengikuti secara maya untuk meningkatkan kecemerlangan pada pelajar dan pembelajaran. Guru dan pelajar didedahkan tentang kecerdasan buatan, robotik, pengaturcaraan, dan analisis data

Kokurikulum tahϐiz YIK menggunakan kaedah asal dalam proses penghafazan al Quran, iaitu secara talaqqi musyafahah dan tasmik, yang ni tak boleh tinggal la untuk mendapatkan keberkatan. walau bagaimanapun penggunaan digital telah dilaksanakan dalam penghafazan al Quran sebagai nilai tambah dan pengukuhan kepada kaedah asal. Kemodenan terkini kita gunakan untuk memantapkan lagi proses pelajar-pelajar cepat menguasai Al-Quran.

Yayasan Islam Kelantan mengikut sepenuhnya aktiviti kokurikulum sepertimana Kementerian Pendidikan Malaysia, jadi kita ikut sepenuhnya apa yang telah ditetapkan selaras dengan keperluan arus perdana sebagai nilai tambah 10 peratus untuk ke IPTA. Jadi kita ikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak JPN. YIK juga mengikuti sepenuhnya pelbagai aktiviti Kokurikulum yg disusun oleh Jakim, KPM dan pelbagai Agensi Negeri dan Persekutuan sama ada bahagian Sukan, Ilmiah dan Badan Uniform.

Manakala Galas juga menimbulkan persoalan tentang pelaburan YIK terima kasih Melor yang telah menjawab persoalan ni dengan jelas ambo rasa tak keliru doh Cuma tambah sikit bila masuk ucapan Melor tu tambah sikit ucapan ambo. Dan ambo skipnya pertambahan bajet

Yayasan Islam Kelantan adalah menampung peningkatan perbelanjaan emolumen tahun 2025 yang melibatkan bilangan guru-guru, pegawai dan kakitangan YIK seramai 2,813 orang.

Perbelanjaan Emolumen YIK pada tahun 2025 dijangka meningkat sebanyak RM 17.0 juta tak pernah berlaku lagi nih pertambahan RM17 juta disebabkan oleh 9 ‘item’…..

a. Kenaikan Pergerakan Gaji Tahunan Biasa (KGT)

b. Kenaikan Pangkat Secara Time Based (KUP)

c. Pengisian kekosongan jawatan tetap bukan guru

d. Lantikan skim Contract For Service (CFS) bagi kakitangan sokongan berelaun

e. Tukar Lantik Guru Elaun kepada Sandaran

f. Pengisian guru akibat pertambahan bilangan kelas tahun 2025…kita jangka kohor ramai minta YIK nih

g. Pengisian kekosongan guru jawatan tetap

h. Tukar lantik pekerja sambilan kepada pekerja berelaun

i. Implikasi pelaksaanaan pelarasan mata gaji di bawah Skim SSPA sebanyak 8% yang melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM 17,034,262.12…

satu peningkatan yang agak tinggilah. Jadi sudah pastinya YIK ni kena carilah modal yang diluluskan dalam bajet ni pun nak bayar gaji pun tak cukup lagi apatah lagi banjir nak mari pah nih, kerusi meja rosak lepas nih. Jadi YIK nak cepat benda tu kena cari pendapatan sendiri. Sebab tu lah ambo sebut baru nih YIK ni anak ramai duit tak berapa ada maka kena pandai cari make sendiri.

Berdasarkan asas-asas kenaikan emolumen seperti dinyatakan di atas, adalah wajar peruntukan bajet ditambah kepada Yayasan Islam Kelantan kerana pelaburan sedia ada tidak berupaya untuk menampung peningkatan keseluruhan perbelanjaan emolumen tahun 2025 yang

meningkat secara mendadak terutama apabila pelarasan mata gaji bagi pemakaian Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menggantikan Sistem Saraan Malaysia Malaysia (SSM) bermula pada 01 Disember 2024.

Berhubung dengan Cadangan oleh ADUN Pengkalan Pasir pemerkasaan Pembangunan Digital dan Teknologi di Kelantan,

Kerajaan juga menubuhkan RDC (Reka Cipta dan Inovasi) Sebuah RDC (Ruang Daya Cipta) akan ditubuhkan di UTC Kelantan melalui kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia di bawah MOSTI. Pengarah YIM kata sendiri dan dia bersetuju untuk membuka ruang RDC dan ruang-ruang bersama melakukan inovasi untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cekap dan berinovasi. Jadi RDC berfungsi sebagai hab untuk reka cipta, teknologi, dan inovasi, menyediakan pembelajaran, latihan, serta bantuan teknikal. Ia dilengkapi peralatan dan aplikasi teknologi Sains, Teknologi, Inovasi & Ekonomi (STIE), termasuk kemudahan cetakan 3D dan robotik. Dan Pendidikan dan Latihan Kemahiran Digital Bengkel AI dan Kreatif Digital: Fokus untuk belia dan beliawanis dalam membangunkan kemahiran teknologi kreatif. Latihan Usahawan Digital: Program khas untuk usahawan Kelantan, dikendalikan oleh Kelantan ICT Gateway.

Dan Peningkatan Infrastruktur Digital Kerjasama dengan SKMM memastikan kawasan bandar, luar bandar, dan komersil di Kelantan diliputi capaian internet stabil dan pantas, termasuk teknologi 5G. dan juga apa yang dibangkitkan oleh Nenggiri Insha Allah Kerajaan ambil maklum.

Berhubung Cadangan Aplikasi Hafazan Digital oleh ADUN Mengkebang, Kerajaan Negeri, melalui Kelantan ICT Gateway dan Yayasan Islam Kelantan, akan meneliti cadangan pembangunan Aplikasi Hafazan Digital untuk memperkasa pembelajaran hafazan secara interaktif.

ADUN Kemuning juga ada mencadangkan agar YIK memilih mana-mana sekolah untuk dilakasanakan TVET Pertanian di institusi YIK.

Jadi Kerajaan Negeri menyambut baik usaha menjadikan Kelantan sebagai pengeluar hasil tani terkemuka di Malaysia. Namun, berdasarkan Enakmen Yayasan Islam Kelantan (YIK) 1983 pindaan

2001, fokus utama YIK adalah terhadap penyebaran dan pengajaran agama Islam serta bahasa Arab.

Oleh itu, sebarang program atau inisiatif yang dirancang oleh YIK perlu selari dengan mandat utamanya, tanpa mengabaikan peluang untuk menyokong aspirasi negeri dalam bidang lain melalui kerjasama dengan agensi yang lebih berkaitan.

Walaubagaimanapun, terkini, Pusat Pengajian Pondok YIK telah memulakan usaha ini dengan Kerjasama KPKB. Yang mana tanah diPusat Pengajian YIK seluas 2 ekar di tanam Harum Manis. Dan Insha Allah musim akan mengeluarkan hasil bulan berapa Yang Berhormat EXCO Pertanian, bulan 3 ko bulan 4 dan sudah mengelaurkan hasil dan kita makan pun supo Perlis. Selepas pada ni tak kena gi Perlis dah paka gi Pondok Moden. Sambal-sambil gi ngaji kitab. Dan juga sawi, kangkong.

Dan Kelaboran membangkitkan TRS semoga dapat melonjakkan pencapaian SPM 2024 tahun ni. Jadi sebenarnya Dato’ Speaker, timbulnya TRS bila kita nak melonjak pencapaian pelajar-pelajar kita seluruh negeri Kelantan. Jadi calon yang berada di Yayasn Islam Kelantan seramai 8,000 kita telah mengeluarkan bajet untuk pihak sekolah mengadakan kelas tambahan, motivasi, seminar dan seumpamanya dan selain Yayasan Islam Kelantan kita tak bleh masuk seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormatlah tapi tanggungjawab kita untuk atau memberi peluang kepada diaorang lebih-lebih lagi B40 maka timbullah idea kita nak buat tuisyen rakyat sejahtera. Kita buka di setiap 45 DUN. Jadi saya ucap tahniahlah semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengadakan tuisyen rakyat sejahtera yang diurusetiakan oleh Yayasan Islam Kelantan ILDAN dan nampaknya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Cuma tahun ni tahun permulaan kita mulakan dengan 4 subjek utama dengan peperiksaan mungkin tahun-tahun depan bila Nampak yang baik-baik kita akan teruskan walaupun kita mendapat halangan dan seumpamanya.

Jadi Kelantan Membangun Bersama Islam telah melahirkan apa yang disebut tadilah pelajar terbaik negara, sekolah terbaik negara, bandar paling Bahagia Jeli buleh 4 kali, MPKB mendapat anugerah Kelantan mendapat anugerah negeri paling selamat mengikut agensi perangkaan dan yang terbarunya Kelantan model perpaduan terbaik dan

pentadbiran Membangun Bersama Islam dan sekarang ni penghayatan Membangun Bersama Islam 34 tahun + 12 tahun dulu sifar rasuah. Dan kita juga dimomokkan pada awal 2000 dulu dengan Sekolah Agama Rakyat tempat melahirkan pengganas. Masa tu saya sebagai Pengetua ramai reporter-reporter mari tapi bila buat siasatan tak dok pun sekolah kita melahirkan pengganas.

Begitu juga sekarang ni kita dimomokkan dengan gejala sosial dengan pelbagai kajianlah royak sedangkan kita tidak diiktiraf sebagaimana yang saya sebutkan tadi tapi saya teringat arwah Tok Guru sebut tanah kita ni comel doh, tanah kita ni subur bila kita tanam tumboh molek mengeluarkan hasil yang baik. Cuma tanah-tanah tepi kita tu tak tanam molek reaa. Jadi makhluk-makhluk perosak mari menganggu tanaman kita. Jadi Ahli Yang Berhormat boleh pehedok… jadi nak kata gejala sosial tinggi dan sebagainya mungkin boleh buat kajian yang terperinci mari mana mari mana. Supo dulu lah Sekolah Agama Rakyat tempat melahirkan pengganas. Ambo jadi Pengetua 10 tahun, jadi Pegawai YIK 10 tahun. Jadi setakat ni nya tak dok. Cuma terbaru ni rasanya tak dok lagi.

Jadi sebagaimana yang disebut tu supo tadilah. Tendong minta pengesahan betul ko dop… kita gi YB gi nak bui derma kena tukar Guru Besar, apatah lagi kita nak melakukan program-program untuk gejala sosial. Sudah pastinya tokleh… ambo pun tokleh dan ambo pun sebut kepada Menteri dalam mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan yang ambonya setuju dia tak bui masuk pasal apanya tak sir bui habis duit. Kalu kita gi habis duit dok, ore minta. Takgi pun ore minta jugak... ble-ble gi kena pekdoh.

Jadi untuk akhirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhirnya saya akhiri ucapan saya rebus ubi dimusim hujan,

menjadi menu hidangan makanan, terima kasih pihak Kerajaan, bajet Pendidikan diutamakan, semoga Hasrat dapat direalisasikan kemenjadian pelajar menjadi harapan, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Hj Wan Roslan Bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi Hijau Digital dan Inovasi. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Hj Tuan Mohd Saripuddin Bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi untuk membuat penggulungan.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﺮﺳﻠﲔ ﳌ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Kelantan 2025 yang mana sebanyak RM6.76 juta untuk merealisasikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas ruang dan peluang yang telah diberikan kepada saya bagi pihak Kerajaan untuk membuat sedikit penggulungan di atas perbahaan yang telah dibuat oleh beberapa Ahli-Ahli Dewan Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan ucapan Belanjawan bagi tahun 2025.

Sebagaimana yang sedia maklum sektor pertanian merupakan pemangkin ekonomi negeri serta tunjang utama ekonomi Kelantan. Yang mana food security adalah menjadi keutamaan Negeri Kelantan dan juga negara kita Malaysia. Terdapat 8 Ahli Dewan menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan sektor pertanian.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ADUN Pulai Chondong menyatakan pertanian adalah pemangkin utama ekonomi negeri Kelantan namun kekangan infrastruktur pengairan menjadi cabaran besar dalam meningkatkan produktiviti utamanya pengairan dan pengeluaran padi. Ia kita mengakui terutamanya kita mengalami beberapa cabaran pemanasan global..global warming dan clamic change perubahan iklim global dan juga kemarau yang extreme yang mana kita Insha Allah mesti membuat perancangan lebih rapi terutamanya untuk jangka masa

Panjang. Dicadangkan untuk jangka masa Panjang,pembinaan empangan Lebir sebagai sebahagian empangan pertanian di samping untuk mertigasi banjir, hidroelektrik, agro pelancongan dan lain-lain dapat direalisasikan kerana dengan terbinanya empangan ada sebahagiannya tujuan pertanian Insha Allah boleh menampung air pertanian seluruh Kelantan dan juga untuk jangka masa Panjang mengatasi masalah kekurangan air pertanian kita mengharapkan pihak KADA akan meneruskan cadangan barrage atau empangan jajar merentas sungai Kelantan dengan mengambil kira peraturan enakmen di bawah Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan dapat direalisasikan. Insha Allah dengan beberapa perancangan untuk masa sederhana dengan pembinaan atau pembaikian... Di sungai Kelantan akan dapat mengatasi masalah kekurangan air untuk sawah-sawah padi.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Penglima Perang yang telah meluluskan bajet belanjawan 2025 ini bagi menaiktaraf Skim Pengairan Pertanian khususnya Skim Pengairan Belukar, Skim Pengairan Ulu Sat 1 dan Skim Pengairan Hilir Sat 2, Machang. Ianya adalah kesinambungan inisiatif Kerajaan dalam membangunkan Machang sebagai kawasan Jelapang baharu pengeluaran padi beras Kelantan.

Yang Berhormat Salor juga menyatakan walaupun sektor ekonomi pertanian negeri menguncup, namun pertanian dan sektor perikanan masih berpotensi besar untuk memberi impak kepada ekonomi, Negeri Kelantan sebagai bakul makanan negara. InsyaAllah banyak perancangan dan projek-projek sedang dibangunkan oleh agensi yang berkaitan dan juga syarikat-syarikat pelabur termsuk peruntukan yang adakan diberikan oleh Menteri Ekonomi berhasrat juga menjadikan Kelantan sebagai negeri bakul makanan negara.

Kuala Balah ada menyatakan kerajaan perlu mengurus sumber dengan lebih eϐisien melalui penggunaan teknologi dalam pertanian, perikanan, dan juga penternakan. Insha Allah kita akan melaksanakan mengikut kemampuan kita dengan bajet yang sedia ada.

Adapun cadangan untuk mengkaji kesesuaian penggantian getah dengan tanaman kelapa sawit mengikut trend semasa akan dilihat bersama dengan pihak-pihak terbabit dan agensi berkaitan termasuk perbincangan dengan agensi yang secara langsung terlibat dengan getah dan sawit seperti Lembaga Getah Malaysia, RISDA dan termasuk perbincangan dengan Persatuan Pemilik Ladang-Ladang Malaysia,

Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil supaya dapat menjaga kebajikan dan juga penambahan hasil kepada tanaman ladang-ladang mereka.

Saya meraikan cadangan untuk membangunkan pusat pengumpulan hasil pertanian di Kuala Balah Insha Allah kita akan bincang dengan agensi yang berkaitan untuk diperhalusi dari segi lokasi dan bajetnya. Yang mana idea Kuala Balah juga selari dengan cadangan daripada Dabong iaitu program pembangunan

Idea Kuala Balah juga selari dengan cadangan dari Dabong, iaitu program pembangunan tanah terbiar secara komuniti serta memperkenalkan agropelancongan berasaskan komuniti dengan memanfaatkan potensi kawasan, menggabungkan elemen pelancongan dan pertanian untuk memberi peluang pekerjaan dan menjana ekonomi tempatan.

InsyaAllah saya sedia bekerjasama dengan YB Exco Pelancongan dalam mengangkat Agro Pelancongan sebagai alternatif penjanaan ekonomi kepada rakyat Kelantan.

Begitu juga Yang Berhormat Dabong dan Yang Berhormat Mengkebang mencadangkan perihal keperluan menggalakkan transformasi sektor pertanian melalui penggunaan teknologi seperti IoT, automasi dan sebagainya.

Saya amat bersetuju dengan cadangan ini. Melalui teknologi, ia bukan sahaja meningkatkan hasil dan produktiviti tetapi juga memberi nilai tambah kepada pendapatan rakyat luar bandar, terutama petani. Juga dapat menarik minat petani berkecimpung dalam sektor pertanian.

Kita sentiasa mengadakan Bengkel-bengkel teknologi seperti IoT Pertanian, Smart Farming, Drone, supaya kita dapat melahirkan pilot drone yang berlesen Geographic Information System (GIS) Pertanian dan teknologi pertanian organik serta lain-lain kursus dan bengkel berkaitan dengan teknologi pertanian.

Insha Allah jika sekiranya bajet teknologi pertanian kita dapat daripada Persekutuan ataupun KBKM banyak lagi kita dapat bangunkan modelisasi ataupun automasi juga agrorobatik yang melibatkan teknologi pertanian dapat kita pekenalkan kepada para petani kita.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Terima kasih kepada Yang Berhormat Limbongan yang mencadangkan untuk menjadikan Jeram Pasu sebagai Zon Hot Spot Penternakan.

Cadangan ini sebenarnya sudah selari dengan usaha kerajaan yang pada ketika ini sedang membangunkan Kelantan Biotech Livestock & Bio-ART Centre di Jeram Pasu. Pusat pembiabakaan ruminan ini akan diintegrasikan dengan kerjasama erat kerajaan negeri dan ECERDC membangunkan zon tanaman rumput untuk ternakan disana dan untuk para penternak yang lain. Untuk makluman juga, bersebelahan dengan BioArt Centre ini wujudnya MARDI Jeram Pasu yang sedang dalam penambahbaikan sebagai pusat Agro Pelancongan.

Yang Berhormat Kemuning mencadangkan pemerkasaan program pendidikan melalui TVET Pertanian yang dilihat sangat signiϐikan bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian di negeri ini dan pembentukan budaya bertani di kalangan rakyat. Alhamdulillah cadangan ini selari dengan apa yang kami usahakan untuk makluman sading Dewan melalui perkumpulan Kelantan Berhad KPKB telah memperkenalkan pelajar pondok dan tahϐiz melalui program Gerakan Al-Falah Pondok dan Tahϐiz untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & Tahap 3. Sehingga kini terdapat Lima (5) buah Pondok & Tahϐiz serta 1 Yayasan Anak Yatim telah mendapat Pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia bagi mengambil Prantis dibawah Program SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional) dibawah TVET Pertanian Tahϐiz dan Pondok. Ianya dikira antara yang Pertama dalam Negara Malaysia.

Insya Allah menjelang April 2025, 125 Perantis Pondok Dan Tahϐiz yang terlibat akan dapat sijil SKM. Insya Allah dan terima kasih juga untuk bajet Pendidikan Pertanian sebanyak RM 150,000 tahun hadapan Insha Allah kita akan memfokuskan juga sektor pertanian in kepada sekolah-sekolah terpilih yang boleh dilaksanakan program TVET ini.

Yang Berhormat Kelaboran menyentuh berkenaan dengan pembangunan kilang padi ataupun Kilang Padi Darul Naim serta pengeluaran Beras Darul Naim yang mana Insha Allah ia menjadi impian dan harapan yang menggunung dibawah sektor pertanian ia membantu para petani dan pesawah dan Kerajaan sedang menimbanglah beberapa cadangan dan juga kaeddah-kaedah menjayakan projek ini. Pembangunan ini dilihat berpotensi membangunkan pelbagai industri hiliran dan membuka ruang ekonomi kepada rakyat Kelantan khususnya kepada para petani.

Di mana daripada bahan-bahan lebihan beras bersih dari kilang padi ni seperti dedak halus, tenukut dan lain-lain akan membuka ruang pula kepada penghasilan makanan alternatif seperti pembuatan bokashi

makanan alternatif kepada ternakan ia pastinya dapat mengurangkan kos makanan pallet makanan ternakan yang sentiasa meningkat saban tahun yang menjadi cabaran kepada para penternak. Alhamdulillah Insha Allah

Alhamdulillah, insyaAllah, cadangan-cadangan dan pandangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil peluang dalam sesi perbahasan semalam akan diperhalusi dan diambil tindakan sewajarnya oleh saya dan kumpulan dibawah portfolio Pertanian, Industri Agro Makanan Dan Komoditi moga-moga kita sama-sama memastikan atau menjayakan Hasrat Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara.Akhir sekali lagi saya mengucapkan terima kasih diatas ruang yang diberikan dan juga cadangan yang berfaedah yang membina di dalam perbahasan persidangan kali ini.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Agromakanan dan Komoditi. Seterusnya saya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Izani Bin Hj Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaya Infrastruktur, Air Dan Pembangunan Luar Bandar... dipersilakan…

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Speaker, terima kasih kerana menjemput saya untuk memberi penggulungan. Beberapa orang ADUN telah menyentuh portfolio Kerjaraya Infrastruktur Air dan Pembangunan Luar Bandar. Antaranya ialah Pulai Chondong, Gual Ipoh, Gual Periok, Pengkalan Pasir, Limbongan dan Nenggiri.

Pulai Chondong menyentuh soal mengenai isu jalan sesak di Pulai Chondong ke Labok dan perkara ini telah maklum oleh JKR dan mengenai pandangan sama ada nak buat ϔlyover ataupun dok. Setakat ini JKR memaklumkan tidak ada perancangan untuk pembinaan ϔlyover namun dengan izin bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan ini JKR telah merancang jalan alternatif baru daripada kg Joh, Labok ke Mata Air. Projek ini telah dilluluskan di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kos sebanyak RM57.5 juta

dan status terkini projek ini ialah sedang dalam pembinaan. Projek ini dijangka disiapkan pada tahun 2027. Oleh yang demikian, JKR menjangkakan aliran traϐik akan lebih lancar kerana pada tahun 2027 juga, dijangka projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dapat disiapkan dan dengan itu terdapat 3 jaringan jalan yang boleh digunakan oleh penduduk iaitu Jalan Joh ke Mata Air, Jalan Labok Ke Pulai Chondong dan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Dan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya hubungan JKR antara PDRM juga diambil kira.

Seterusnya, YB Gual Periok menyentuh berkenaan banyak sikit Gual Periok nih:- 1. Status Jambatan Pengkalan Kubor – Tak Bai 2. Status Jambatan Rantau Panjang – Sungai Golok 3. Pelan Mitigasi Banjir 4. Status Tebatan Banjir Sungai Golok dan juga Empangan Bukit Kwong. Empangan Bukit Kuwong yang dikatakan dikunci macam penjara orang tak boleh nak masuk. Jadi minta supaya Empangan Kwong ini dibuka untuk rekreasi. Bukit Kwong ni dibina pada tahun 1976 sudah tahun 1979. Kapasitinya disebut bahawa dianya peringkat sederhana tapi ia mempunyai bahaya tinggi. Ni dibuat oleh US Army corp and engineering dia sebut bahawa Bukit Kwong ni empangan nya bahaya peringkat tinggi. Itu yang disebut. Walaubagaimanapun kita tahu Bukit Kwong ni satu tempat yang comel yang duduknya di tempat berbukit bukau yang comel.

Jadi untuk hari tu JPS sebagai tuan rumah bolehlah meneliti apa yang disebut oleh UMS army coop tu betul ko dop kajian tu atau kajian semula sama ada benda ni boleh dibuka oleh orang ramai untuk tujuan rekreasi dan juga keselamatan. Gapo dio tu ambo kena cek balik dari sudut keselamatan empangan tu sendiri ko atau dari sudut keselamatan ataupun empangan tu sendiri selamat untuk orang ramai tu satu hal jugak. Demo gi mace-mace dih.. sapoh dok sapoh…jadi suka saya menjawab soalan-soalan yang dilontar oleh Gual Periok tu STATUS JAMBATAN PENGKALAN KUBOR – TAK BAI. Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan projek ini di bawah RMK 12 RP 3 untuk kerja-kerja awalan. Status terkini ialah dalam kajian awalan. Status terkini ialah kajian awalan Kajian Traϐik telah siap dilaksanakan dan pada masa kini kerja-kerja kajian untuk alam sekitar (EIA) dan kajian impak sosial sedang dilaksanakan. Dan kajian-kajian ini Insha Allah akan selesai 2026. Makna kajian awalan siap 2026. Tak wak gertok lagi tuh baru kajian awalan.

Kemudian, merujuk kepada persoalan STATUS JAMBATAN RANTAU PANJANG – SUNGAI GOLO :- Status terkini projek pembinaan jambatan

Rantau Panjang – Sungai Golok dalam proses menandatangi Memorandum Of Aggrement (MOA) antara negara Malaysia dan Thailand, dan dijangka ditandatangani pada Disember 2024 yakni akhir Disember 2024. Sekiranya MOA ini berjaya ditandatangan pada Dis 2024 ini, proses tender pembinaan jambatan ini akan di buat terus pada Disember 2024 juga Insha Allah.

Seterusnya, berkenaan PELAN MITIGASI BANJIR, yang juga perkara sama dibangkitkan oleh YB Pengkalan Pasir :- Pada tahun ini, JPS telah menyediakan Pelan Induk Sistem Saliran Mesra (PISMA) bagi jajahan Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Mas. Pelan ini juga akan diteruskan bagi tahun hadapan yang melibatkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Bachok, Jeli dan Tumpat. PISMA ini boleh dijadikan sebagai rujukan utama dalam menyediakan pelan saliran yang lebih berkesan bagi mengawal banjir secara lokaliti. Selain itu, pihak JPS juga sedang menyediakan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM), yang bertujuan untuk menyediakan pelan-pelan penstrukturan dan baikpulih sungai, sumber air dan mitigasi banjir, serta peranan-peranan agensi kerajaan yang lain dalam pengurusan lembangan sungai tersebut.

Status Tebatan Banjir Sungai Golok:- hok ni agak meruncing sedikit kerana pandangan professional dan pandangan orang kampung tu dia jadi bertembung. Orang kampung tak boleh terima pandangan sungai ni sebagai penyelesai sebagai banjir pahtu dia gi katok lembangan tuh pecah tak bereti lagi sampai ko hari nih. Untuk menjawab persoalan ini pertama kajian ini kajian yang dibuat oleh prosesional yang nak royaknya bahawa proses tebatan ini adalah caranya terbaik untuk mengatasi banjir. Contoh mudah jah, bakpo alik siam jadi alik kita tak jadi. Kalu kita nak marah kepada lembangan sungai tak berjaya kenapa alik siam berjaya? Maknanya lembangan tu atas tok jadi adalah kerana kelambatan kesiapan lembangan tuh. Kalu siap awal alik siam kea dia buat cepat sudah kea, bila sudah cepat maka air tu tercegah daripada masuk Kawasan alik dia. Dan dia buat spillway juga supo kita. Bila air darat banyak dia buka habis pintu-pintu supaya air darat turun. Bila air sungai tu tinggi dia tutup habis spill way dia. Kita pun proses yang sama benda yang sama berlaku cuma kita berlaku sedikit kelewatan dalam persiapan…kesipan semua ni PLSB nih. Kita ada macam2 fasa..fasa 1, 2 dan 3…. kita ada fasa 1 kita buat kemudian kita ada masalah pengambilan tanah dan gapo semua kita beri tempoh masa sehingga hak baru ni kita siap 2025 hok baru cadangan baru. Ada pun peringkat kedua ni dia bermasalah sikit. Masalah sikit tender…. bila tender tak

cukup syarat tak ada yang boleh qualiϔied… Jadi proses yang kedua ni di retander atau tender semula. Adapun yang ketiga ni dalam proses cuma baru 4% buat. Jadi dalam kajian professional kalau bandingkan dengan Thailand bila siap benda nih Insha Allah banjir tu akan boleh diatasi sedikit sebanyak. Ni pun masa tu banyak lagi 3 tahun lagi. 2024. 2025...2026 dan 2027 baru ... Apa pun dengan spillway buat gapo semua ni kita tambah 10 dengan hok pecah setengah pah tambah lagi 20 jadi kalau hujan ni kita harap air darat ni dapat keluar ke sungai dan Insha Allah dapat membantu mengatasi banjir kawasan Rantau Panjang.

Yang keseterusnya apa lagi eh… habis doh tu hok Gual Periok tu… yang seterusnya Gual Ipoh ni panje...Gual Ipoh ni dia minta Jambatan Pasir Kelang dikatakan sebagai projek sakit.

Status jambatan Pasir Kelang yang dikatakan sebagai projek sakit. Kemudian cadangan menaiktaraf jalan sekitar Gual Ipoh seperti jalan Biok – Peralla dan jugak jalan Ulu Bertam adapun status jambatan Pasir Kelang ni bakpo dia tidak sakit, ia lambat kerana jambatan sementara dia buat tu mengalamai masalah piling sistem dia. Situnya dale...sungai tu dale sangat jadi piling lambat dan juga sampah gegoh banyak situ jadi untuk itu dia jadi lambat sikit deh.

Cadangan menaiktaraf jalan-jalan ni umpama jalan Biok, Peralla Ulu Bertam yang kita telah angkat kepada KKDW yang kosnya RM600 juta. Jadi…tepuk sikit [DIIKUTI TEPUKAN DARI AHLI-AHLI YANG BERHORMAT] jadi KKDW telah lulus kerja awalan dan dia telah cadangkan kepada UPEN Kelantan. Cadangkan kita dah dan UPEN Kelantannya buat cadangan supaya buat jajaran baru. Jajaran baru ni lah yang JKR duk kira semula dan bentang balik jajaran baru kita ni dan UPEN pada tahun 2025. Kita ambil maklum dengan Insha Allah selesai kohor-kohor.

Nenggiri jalan rosak… YB Nenggiri juga membangkitkan isu-isu di kawasan beliau seperti:- 1. Jalan yang rosak disekitar kawasan Nenggiri. Dan keadaan lampu jalan di Nenggiri... nak wak gano nasib la Nenggiri [hok tu hok gurau deh] apa pun bagi menjawab kepada persoalan tersebut, pertama, Pihak JKR telah mengangkat permohonan peruntukan pada tahun 2024, namun disebabkan kekurangan peruntukan yang diluluskan kepada JKR, permohonan bagi kerja-kerja penyenggaraan bagi Jalan D235 Jalan Bertam Baru - Jerek, Jalan D29 Jalan Gua Musang-Jelawang akan diangkat semula dan menjadi sebahagian senarai keutamaan dalam permohonan penyenggaraan jalan negeri 2025. Kedua, berkenaan lampu jalan, Pihak JKR juga telah

mengangkat permohonan peruntukan pada tahun 2024, namun disebabkan kekangan peruntukan juga yang diluluskan kepada JKR, permohonan lampu jalan tu akan diangkat semula lepas pada ini insha - Allah.

JKR ni habis tea nak mikir semua jalan raya penghubung pengangkutan ni sangat penting. Comel jalan raya rangkaian dengan sendirinya akan meningkatkan peluang-peluang ekonomi atau dengan sendirinya sejajar jalan-jalan raya yang baik. Namun demikian ekonomi negeri Kelantan, semasa jumpa dengan Menteri Ekonomi kita sebut dah bahawa untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan sahaja jalan line putih dan sebagainya kita memerlukan lebih RM400 juta. Tetapi kita boleh RM 100 juta. Maknanya kita kurang RM 300 juta...bayangkan gelepar Pengarah JKR bila mari laporan bila mari pakat complain gotu goni... complain rakyat tu kita atar ke dio dek neh. Semua complain rakyat ambo atar kepada Pengarah JKR nak wak lagumana... gelepar... nyaknyo jugak ke dia. Tu tak marah lagi tu gelepar dah... [ SAMBIL TERGELAK KECIL] nak marah tak leh sebabnya dia habis tea duk ngejas keutamaan priority untuk menyelesaikan masalah-masalah kita. Jadi kekangan inilah sebab tu masa Menteri Ekonomi mari baru ni kita minta boleh revised lah… boleh review la apa tu peruntukan-peruntukan hok mari kepada Kelantan nih. Sama ada peruntukan kepada JKR, peruntukan kepada JPS dan sebagainya yang di bawah agensi Kerajaan Persekutuan ni duduk takut lama duk banyak tu sekian tahun nak-nak tahun.

Jadi oleh kerana tu kita dalam Dewan yang mulia ni juga kita rasa pihak Persekutuan boleh menilai ke semua portfolio-portfolio yang ada di Negeri Kelantan ni untuk ditambahkan bajet demi untuk kebaikan rakyat semualah rakyat Kelantan ni rakyat Persekutuan jugak. Ambo rasa tu lah hok ada…. bereti lagu tu dek neh. Aarrr… Chempaka pun tak royak dah la…oooo Limbongan... Limbongan sabit dengan ECRL dia kata kesan ECRL. Jadi ECRL ni Insha Allah tak dok kesan negatiϐlah yang adanya kesan positif dengan pembangunannya. Nombor satu jalan cepat pembangunan supa saya royak tadilah, bila pengangkutan efϔicient maka kerja-kerja atau perkembangan ekonomi akan jadi naik dengan sendirinya. Jadi kita tahniah dan yang keduanya nak maklumkan bahawa juga ECRL ni Kelantan hok cepat sekali. Dia ada masuk daripada Selangor masuk Pahang, masuk Kelantan. Kelantan hok cepat sekali cepat dari segi urusan tanah PTG ϐirst class kita puji hok tu, tahniah, cepat siap selesai dan ECRL pun puji kita terima kasih Kelantan buat kerja dengan cepat Alhamdulillah.

Kemudian dalam pelaksanaan dia tu ada tempat dia kambus situ sini sebab nak wak gotu goni. Insha Allah kalau banjir dia akan buang balik Insha Allah kita akan diatasi. Er,.. Pengkalan Pasir…hok Pengkalan Pasir ni sedak juga Pengkalan Pasir dia tanya dia jawab. Jadi kita paka jawapan dia la dih. Dia tanya hok jias tu dia kata peruntukan tolak dia kata nak minta pulak tahun depe. Haaa saya paka hok tuh [SAMBIL TERGELAK]. Jawapan hok tu la deh… Chempaka pulak minta jalan penghubung. Guano baik dia dengan Kijang... dia nak biar jalan Chempaka dengan Kijang ni berhubung hok tu dia minta. Jadi Alhamdulillahnya berkenaan dengan Langkah tersebut JKR telah mengambil langkah proaktif dengan mengangkat perkara tersebut sebagai projek utama di bawah RMK12 RP5 yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM70.5 juta sedang menunggu kelulusan daripada pihak kementerian dan Insha Allah sekiranya tidak diluluskan, kita angkat pula lepas pada nih. Jalan tu ialah Jalan daripada Tok Sadang ia start kokni la dih... daripada Cabang 3 Kedai Buluh masuk kot tu, tubik kot Tok Sadang tubik kot Airport. Jalan tu diangkat daripada jalan tu kepada Jalan Negeri Insha Allah ia dibesarkan.

Ok setakat tu Yang Berhormat Speaker, setakat tu..

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Ok terima kasih… Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Dr. Sri Amar Diraja Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan Syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Dato’ Menteri Besar Kelantan yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri 2025 dengan bertemakan Keberkatan Kesejahteraan, Keseimbangan dan Kemakmuran Negeri.

Terdapat beberapa orang Yang Berhormat telah membangkitkan perkara yang menyentuh pelaburan di Negeri Kelantan. Yan Berhormat Galas menyentuh bandar perabot di Kawasan perindustrian Gua Musang keluasan tapak 350 ekar pajakan 99 tahun, 16 lot individu, 86 ekar

setakat ini yang diangkat dalam pajak 2021 – 2120. Perundingan perlu membuat pindaan dan memgemukakan semula pelan yang melibatkan lot tersebut. Pihak Plan Malaysia memaklumkan sehingga kini pihak MAQIS masih belum mengemukakan pindaan semula plan kepada urusetia JKMPP sebagaimana dalam mesyurat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pelaburan pada Bil.1 2024 yang lepas. Itulah kedudukannya dan selama itu PTG dan juga Kerajaan Negeri memantau secara rapat berkenaan dengan hal MAQIS ini.

Begitu juga dengan hal projek ladang hutan yang dibangkitkan tiada hal yang berkaitanlah dengan yang ini. Manakala KB Sentral pula sedang dalam pelaksanaan peringkat perak transit berhad dengan pihak ACC Sdn. Bhd tentang siasatan tanah konsep dan rekabentuk bangunan tersebut akan dibincangkan kemudian selepas ini. Ia adalah sebuah terminal gred A. Manakala Dato’ Bentara permohonan kebenaran merancang telah diluluskan oleh Jawatankuasa kawalselia merangcang dan penyelaras aktiviti kemajuan projek pembangunan pada 20 Ogos 2024. Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang perlu diambil tindakan oleh pihak pelabur.

YB Pulai Chondong ingin tahu berkenaan dengan kemajuan projek IBS di Labok. Terima kasih kepada Pulai Chondong progress ϐizikal setakat ini ialah 67.93%, delay atau lewat sedikit ialah sebanyak 13.83% (129 hari lewat). Tarikh siap yang baru 20hb September 2025 bahagian Infra. Manakala YB daripada Kota Lama sedang menyentuh tentang hal pekerjaan. Dalam sektor ekonomi di Negeri Kelantan ini menunjukan peluang pekerjaan baru membuka ruang untuk pelabur-pelabur tempatan untuk promosi produk-produk di Negeri Kelantan. Contohnya di kawasan Pengkalan Chepa rohm-elektronik mengambil pekerja lebih kurang 2,100 orang, Irawan Industries 371, Perang Nusa Glove 329, Ain Medicare 1300 dan …. Garment 200. Ini semua kebanyakkan ataupun mejoriti hampir 100% ialah rakyat Kelantan. Terima kasih kepada syarikat-syarikat tersebut yang telah mengambil dan juga syarikat-syarikat lain yang berada di Negeri Kelantan ini lebih kurang 7,000-10,000 pekerja kebanyakkannya orang Kelantan.

Tanpa sokongan logistik infrastruktur utiliti dan amatlah sukar kita bergerak selancar mungkin. Berkait rapat dengan semua sektor perkilangan, pembuatan pemasaran dan komunikasi dan pengangkutan dan perkhidmatan. Justeru itu kita amat berharap semua jabatan badan berkanun sektor swasta yang terlibat supaya negeri Kelantan menjadi

mesra pelabur mesra pelabur dan yang berwibawa atau yang betul-betul berminat untuk melabur di negeri Kelantan kita mengalu-alukan.

Terima kasih sekali lagi kepada semua pelabur-pelabur yang akan datang dan semasa yang akan datang ke negeri Kelantan supaya mengambil pekerja-pekerja daripada tempatan. Sama ada semi skill ataupun kemahiran. Insha Allah situasi di negeri Kelantan akan berubah pada tahun 2025 dan 2026, 2027 setelah siap rangkaian pengangkutan ECRL Kota Bharu-Kuala Lumpur- Gua Musang dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Oleh itu kita berharap ianya akan berjalan lancar.

Akhir kata saya ingin mengucapkan dan mengambil kesempatan ini terima kasih kepada YB daripada Kuala Balah telah menyebut tentang infact 2025 yang kita harap pada tahun hadapan benda yang sama kita akan buat yang lebih baik lagi dan kita akan jemput semua Wakil-Wakil Rakyat hadir, ADUN-ADUN hadir ke tempat tersebut. Itulah semangat yang ada dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua GLC yang terlibat dan yang mengambil bahagian di dalam investment gateway to Malaysia baru-baru ini dan terima kasih kepada YB Pengkalan Pasir yang menjadi speaker juga invest grow dan prosper Kelantan segmen ϔinance Dan marketing dan lain-lain lagi. Bercambah ilmu pada infact forum tersebut.

Kain songket benang sutera, lipat sebelit buat selempang, Ilmu yang banyak ibarat cahaya, walaupun sedikit menjadi terang.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﺮﺳﻠﲔ ﳌ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan juga terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan yang telah berjaya membentangkan Bajet 2024 dengan jumlah RM1.54 billion Alhamdulillah Insha Allah semoga diberkati oleh Allah Taala.

Yang kedua, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kalau tak silap saya sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker 17 orang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan yang mana sudah tentunya mempunyai cadangan-cadangan yang sangat bernas juga imbasan-imbasan, teguran-teguran dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yang baik bagi kita sama-sama membangunkan negeri yang kita kasih negeri yang kita sayang ini

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ِ ﻚ ﻟ ﺬ َٰ ﻛ ﺪ ﻜ ﻧ ﻻﱠ إِ ﺮ ﳜ ﻻ َ ﺚ ﺒ ﺧ ِى ﻟﱠﺬ ِۦ ﻪ ﺑ ِِذْنِ ﺈﺑ ﻪ ﺎﺗ ﺒ ﻧ ﺮ ﳜ ﺐ ﻟﻄﱠﻴ ٱ ﺪ َ ﻠ ﺒ ْ ﻟ َ َ ًۭا َ َْ َ ُ ـَ َْ ُ ُجُ ُ َ وَٱ ِّ رَ ُۥ َ ُجُ ُ ِّوَٱ ـَ ٥۸ ِ ِ ﺮ ﻜ ﺸ ﻳ ﻮ ﻘ ﻟ ﺖ ﺎﻳ ﻟ ٱ ﺮ ﺼ ﻧ َ ُ ْ َ ْـَٔ َ ُ ُون َ ْمٍۢ َـٰ ِّفُ Al-a’raf ayat 58.

Ayat ini saya ingin mulakan sangat cantik satu perumpamaan Allah S.W.T yang mempunyai maksud yang sangat mendalam walaupun ringkas tetapi penuh makna. Ada pun bumi yang baik ada pun negeri yang baik yang mana dijaga tanahnya subur berbaja kemudian disirami dengan air yang bersih sejuk dan juga jernih. Kemudian diletakkan padanya biji benih yang bermutu tinggi dan sama-sama dijaga agar ianya tidak dirosakkan oleh makhluk perosak yang ada di sekeliling dan ada di mana-mana. Kalau tidak di dalam rumah kita mungkin jiran tetangga kita yang boleh merosakkan tanaman-tanaman kita. Kemudian nantinya apa? Ia akan mengeluarkan pohon-pohon yang menghijau, mengeluarkan bunga yang beraneka warna cantik mata memandang harum baunya.

Kemudian ia kan mengeluarkan buah yang mana buahnya manis bermenafaat untuk manusia. Ada pun bumi yang keras bumi yang bernanah bumi yang berdarah tak dijaga lagi tak dikawal dengan rapi entah dari mana datangnya biji benih itu tumbuh nantinya keras berduri. Kalaupun ada bunga sakit mata memandang dan juga busuk baunya.

Dan kalau pun mengeluarkan buah-buahan itu mungkin pahit dan beracun dan ianya mudarat kepada manusia. " ت ﻵʮ ا ف ﻧﺼﺮ ﻛﺬﻟﻚ itulah Allah S.W.T berkali-kali memberikan ون ﻳﺸﻜﺮ م ﻟﻘﻮ " perumpamaan-perumpamaan dan kebesarannya dan kita supaya boleh mempelajarinya itu adalah bagi orang-orang yang bersyukur.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kita adalah pimpinan kepada negeri ini tidak kira daripada Kerajaan ataupun pembangkang lebih-lebih lagi dari pihak Kerajaan kalau kita ϐikir mempunyai jiwa agama. Maka dalam pemikiran kita tidak akan lepas dari satu ayat yang sentiasa menjadi tema bagi sebuah Kerajaan iaitulah “baldatun toyibatun warobur ghafur”. Kita mahukan negeri kita ini adalah negeri yang baik dalam masa yang sama tidak baik muka buminya sahaja, Makmur dari segi ekonominya sahaja, maju dari sudut materialisma kebendaannya sahaja tetapi dalam masa yang sama mendapat keredaan daripada Allah S.W.T itulah yang kita inginkan dan albadatul toyibitu yang kita mahu biarlah negeri kita negeri Kelantan ini yang sama-sama kita jaga yang kita airi kita bajai supaya nantinya ianya tidak akan dirosak oleh mana-mana makhluk perosak dan kita dapati Alhamdulillah negeri kita ini daripada dahulu sampai satu ketika ia dikenali bumi serambi mekah satu ketika yang dikenali sebagai bumi kita ini dicucuran wahyu dan sampai satu saat kita pernah juga dikenali negeri dipimpin perubahan. Alhamdulillah pokoknya negeri kita ini negeri yang beragama.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Walaubagaimanapun sudah biasa orang yang cantik biasanya menjadi perhatian begitu yer. Rumah yang indah akan sentiasa diteladani dan dicontohi. Sedikit kesalahan yang dilakukan oleh orang yang berakhlak mulia nantinya akan disebut-sebut dan nantinya akan sentiasa dibesar-besarkan. Kalau orang itu memang sudahpun begitu tidak ada siapa pun mengambil perhatian kepadanya. Dan kalau orang itu sudah pun begitu sifat maka ianya tidak akan ada siapa pun yang akan mengambil satu tauladan. Maka inilah tauladan yang sepatuTnya diambil oleh kita pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat Negeri Kelantan. Kita sentiasa menjadi perhatian orang sedikit kita melakukan kesalahan ianya nanti akan diperbesar-besarkan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, saya selalu sebut Ahli-Ahli Yang bahawa kita di negeri Kelantan ini ada kekurangan. Mungkin ada kekurangan tetapi tidak semestinya kekurangan itu tidak ada kelebihan. Negeri-negeri yang lain ada kelebihan tetapi tidak semestinya yang ada kelebihan itu tidak ada kekurangan. Kita tidak mahu sebut kekurangan-kekurangan orang lain tapi Alhamdulillah kita boleh sebut

ِ ِ ِ أَ Adapun kelebihan yang ada pada dia sebut ianya ﺪ ﺤ ﻓ ﻚ ﺑ ﺔ ﻤ ﻌ ﻨ ﺑ ِّث ْوَ َ َ ْ ﻣﱠﺎ َ ِّ رَ َ adalah nikmat Allah S.W.T bukan kamu sombong bukan kamu riak, tidak tetapi kamu sebagai panduan kepada orang lain.

Alhamdulillah saya bangun di sini untuk menggulung tetapi banyak sebenarnya yang telah digulung yang telah dijawab oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat pihak Kerajaan. Tapi saya rasa excited dalam Bahasa Inggeris atau kita rasa seronok apabila banyak sebenarnya kelebihan-kelebihan negeri kita ini dibangkitkan di sini. Selama ini kita tak besarkan pun tetapi apabila ada yang cuba memperbesarkan keburukan-keburukan yang kadang-kadang memang ada dalam diri kita sendiri pun dalam keluarga kita sendiri pun kalau nak cari keburukan memang ada. sebab itu kita cuba tonjolkan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri kita. Alhamdulillah hari ini kita sangat seronok kita dengar bahawa rakyat Negeri Kelantan pencapaian yang begitu baik. Negeri Kelantan pencapaian negeri yang terbaik di semenanjung nombor 2 paling selamat dalam negara Malaysia ini. Bandar Kota Bharu adalah bandar terbaik nombor 16 di Asia Tenggara di peringkat dunia, Alhamdulillah ini adalah kelebihan-kelebihan yang ada kepada negeri kita rakyat kita Alhamdulillah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kita ada 93 buah sekolah agama saya Bina Insan…portfolio saya Bina Insan. Itu juga mencakupi portfolio saya. Ramai yang sebut daripada 17 Ahli Yang Berhormat 13 orang menyentuh portfolio saya. Yang tak sentuh portfolio saya…kalau saya boleh sebut Gual Ipoh yang tak berminat dengan portfolio saya. Tapi saya cukup berminat dengan rekreasi Gulemard Bridge dan saya minta supaya Yang Berhormat tolong jaga pastikan ianya menjadi rekreasi contoh kita buat kita jaga. Kadang-kadang kita buat.. mampu buat tapi kita tak mampu nak jaga… di rumah kita lah maksud saya. Kita mampu buat tapi kita tak mampu nak jaga. Yang ni kita buat dan kita jaga terutamanya soal kebersihan. Saya pergi ramai pengunjung... malam terutama ramai pengunjung dan orang kampung dapat mencari rezeki di situ tapi kadang-kadang sifat manusia

yang perlu dididik. Bukan rakyat Kelantan sahaja tapi di mana-mana sebab apa, saya baca dalam tiktok dia complain pastu dia kata ini bukan masalah rakyat Kelantan. Rakyat mana-mana pun ada yang sifat begini bukan ramai pun tapi sebahagian tapi sudah cukup untuk mencalarkan imej. Dalam keadaan cantik, menarik dan bersih supaya boleh menikmati suasana yang sangat cantik pada waktu malam di situ. Ada rezeki kita bangunkan pula di sebelah Paloh Rawa di tempat saya Insha Allah tolong bantu saya untuk bangunkan kawasan rekreasi di situ. Dalam DUN Temangan dia ada side of the bridge la maksud saya dengan izin..

Saya tanpa menyebut semua saya nak kata beginilah. Tuan-tuan yang dikasihi sekalian, kita ada 93 buah Sekolah Agama yang Kerajaan Negeri tanggung kita ada satu-satu masa 36,000 orang pelajar yang Kerajaan Negeri tanggung. Kita ada 2,600 guru-guru dan kakitangan yang Kerajaan Negeri tanggung. Kita nak sebut kelebihan yang ada pada kita. Adakah negeri lain yang ada sebegitu? Ini kelebihan yang ada pada kita tanpa kita merendahkan mana-mana negeri dengan menyebut namanya tak ada. kita sebut secara umum begitu... negeri lain mungkin ada sekolah waktu petang dan sebagainya. Tapi sekolah kita ini adalah sekolah integrasi daripada tingkatan 1 sampailah kepada tingkatan 6 STAM tak ada STPM sekolah-sekolah agama kita tak ada sekolah STPM. Kalau kita tanya kenapa tak ada STPM? Kerana sampai STAM. Habis STAM semua pelajar sekolah agama kita masuk Universiti ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi. Alhamdulillah itu kelebihan kita dan disebutkan tadi dikira satu persatu mana universiti pelajar Kelantan yang tidak ramai? Mana institusi pengajian tinggi yang pensyarah tidak ramai? Mana jabatan-jabatan Kerajaan yang pekerjanya tidak daripada Kelantan ramai? Mana? Pejabat-pejabat swasta, company-company dan sebagainya yang tidak ada negeri rakyat negeri Kelantan. Adakah kerana mereka tidak ada pekerjaan di Kelantan? Bukan masalah mereka tidak ada pekerjaan di Kelantan. Ianya kerana mereka layak untuk mengisi jawatan itu di mana-mana dalam negara. Itu kelebihan kita. Alhamdulillah.

Saya nak cerita saya pernah mengikuti satu rombongan yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker, beberapa tahun yang lalu..tidak berapa… 2 tahun yang lepas…kita melawat ke satu negeri saya tak mahu sebut negeri mana di bawah YAKIN kita melawat satu sekolah yang sangat hebat di negeri tersebut. Sekolah berasrama penuh yang sangat ternama yang melahirkan orang-orang yang ternama di situ. Di situ ada lebih 80 orang guru…. 84 gitu daripada 80 lebih gitu, 41 orang guru

daripada Kelantan [ KEDENGARAN KETUKAN MEJA OLEH BEBERAPA AHLI YANG BERHORMAT] bukan sahaja dalam bidang agama saja tidak… yang mengajar sains, yang mengajar matematik dan sebagainya. 41 orang daripada Kelantan jumlah semuanya 80 lebih sikit... 41 adalah daripada Kelantan. Ini kelebihan rakyat negeri Kelantan. Rakyat negeri Kelantan pergilah anda ke mana-mana kami sentiasa menyanjung anda dan kami sentiasa memandang tinggi anda dan bukti bahawa anda yang terbaik.

Saya suka baca buku HAMKA dia menceritakan tentang budaya orang-orang minang tak silap saya orang-orang minang anak laki-laki duduk satu tempat di anggap kurang bermaruah. Anak-anak lelaki tempat tidurnya bukan dibilik tetapi di surau. Anak-anak lelaki bukannya di kampung tapi di perantauan. Keluar cari pengalaman tuntut ilmu tapi ibu dan ayah di rumah jangan lupa mereka berbaktilah kepada mereka. Nantinya anak Kelantan memenuhi sifat sedemikian. Bekerja di mana-mana mencari peluang yang ada tetapi pantang cuti sahaja berduyun mereka pulang ke kampung. Hari raya sahaja penuh mereka balik ke Kelantan. Ini bagi saya adalah satu sifat yang terpuji dan dipuji oleh Professor Hamka. Alhamdulillah ini sifat rakyat Negeri Kelantan. Sebab itu bagi saya kita berbangga.

Walaubagaimanapun memang nak bekerja di negeri sendiri tak po Alhamdulilah, Kerajaan Negeri Kelantan kita ada 11 orang termasuk juga Menteri Besar. Mereka ini bekerja untuk memakmurkan negeri kita ini. Sebelum ini sebagaimana yang disebut inilah satu-satunya negeri yang tidak ada jaringan lebuhraya inilah satu-satunya negerinya yang memang kita tidak Airport Antarabangsa tapi kita Domestic Airport the busy yang paling sibuk, Alhamdulillah. Kita tidak ada seaforce ramai yang datang jumpa kita untuk melabur. Kita tahu mereka sudah tentu buat kajian tapi akhirnya mereka kata apa. Kalau begitu pastikan kamu ada jaringan lebuhraya. 10 tahun lagi kami datang. Maknanya Pelaburan daripada luar mesti jaringan lebuhraya nak kena ada. Kenapa mereka nak melabur di Kota Bharu kalau mereka terpaksa bawa barang-barang ke Kuantan, lebih baik melabur di Kuantan. Maka apabila mereka melabur di Kuantan dibina kilang-kilang di sana maka anak-anak Kelantan tidak ada masalah langsung.

Alhamdulillah dalam soal itu tetapi kita ucap terima kasih daripada zaman Dato’ Seri Najib lagi yang telah menajalah kita kata begitulah ECRL ini adalah senario baru bagi Kelantan. Saya selalu menyebut kepada EXCO investment Dato’ Mejar dan pegawai-pegawai Kerajaan pun

dan saya hari ini saya nak sebut lagi moga-moga pegawai Kerajaan bekerjasama dengan kita semua. Apabila ECRL siap beroperasi nanti pada 2027 orang datang daripada Kuala Lumpur turun ECRL ke Tunjong tiba-tiba mereka melihat apa yang ada? Apa yang ada sekitar Tunjong ini tidak ada. Ini adalah sesuatu yang rugi maka dalam hal ini saya bertanggungjawab dalam soal pembangunan wilayah. Antara fokus Kerajaan Negeri untuk memastikan Tunjong itu dan kita nak priority kepada Tunjong itu selari dengan 2027 ECRL turun di situ dan ada sesuatu disitu. Kita dalam hal ini nak minta agensi-agensi permudahkan dan percepatkan kita nak bangunkan Tunjong sesuai dengan apa yang kita nak bangunkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Insha Allah sekurang-kurangnya masa depan yang sangat baik untuk negeri Kelantan. Kita kurang dari aspek itu tapi kita lebih dari aspek yang lain. Saya selalu katakan kita sering membelanjakan RM130 juta lebih. Apa yang kita bina? Kita bina insan… orang lain bina bangunan. Itu kelebihan dia, ini kelebihan kita. Ini niche yang ada pada Kerajaan Negeri Kelantan.

Bayangkanlah kalau RM130 juta itu kita buat bangunan dan berapa bangunan yang kita boleh buat dalam masa setahun? Kalau dalam masa 10 tahun jumlanya lebih daripada RM1 billion mungkin Kota Bharu kita boleh bandingkan dengan bandar-bandar besar yang lain tapi itu bukan soal kita...itu bukan fokus kita sebab kita berbagi sebab orang lain soal Pendidikan islam kita bagi kepada Kelantan. Kami ambil tanggungjawab ini. Rumah kami buruk tak pe tapi anak-anak kami mendapat Pendidikan yang sempurna. Bukan soal agama sahaja, anak-anak daripada Yayasan Islam Kelantan pernah menjadi pelajar terbaik SPM peringkat nasional. 22 A …22 subjek sekarang ni kalau kata straight A 12 subjek sahaja. Ini produk Yayasan Islam Kelantan kalau kata A straight tu maksudnya 22 subjek. Bukan 12 subjek sehinggalah Kerajaan Kementerian membuat syarat sehingga 12 sahaja. Tapi dulu pelajar-pelajar daripada Yayasan Islam Kelantan 22 subjek Nik Madihah, Siti Fatimah dapat straight A22 subjek A nya hafaz Al-Quran.

Ini adalah kelebihan-kelebihan kita… kawan saya daripada negeri yang maju dia kata sheikh, kami datang dari negeri yang maju tapi dalam masa yang sama kalau nak belajar agama mesti datang ke Kelantan. Dia minta 2 orang anaknya yang kembar nak msuk Maahad Tahϐiz Sains + anak saudaranya tapi semuanya excellent. Minta tolong tapi saya kata minta maaf saya tak boleh tolong. Tengok merit macamanalah. Tiba-tiba dia telefon, dia kata’ sheikh 3… 3 dapat. Kami punyalah suka macam dapat lailaturqadar.

Kita seronok ke Kuala Lumpur tengok bangunan tinggi, kita seronok ke Johor tengok tempat-tempat yang menarik. Orang lain seronok datang ke Kelantan sebab dia tengok aspek itu sebab itu saya kata masing-masing ada kelebihan. Yang masing-masing ada kekurangan dan kita tidak pernah sebut kekurangan-kekurangan orang lain. Sekali sekala kita nak sebut kelebihan-kelebihan kita. Mudah-mudahan kita menjadi contoh kepada orang lain.

Saya ditanya oleh pemberita anak-anak Kelantan daripada Kelantan nak masuk nightclub dan sebagainyalah. Jujuk-jujuk saya kata ada 2. Kita sangat sedih dengan apa yang berlaku. Ini adalah tanggungjawab kita mendidik anak-anak kita tapi dalam masa yang sama kenapa mereka keluar daripada Kelantan kerana kita tidak ada apa yang mereka nak itu di Kelantan. Pemberita tanya saya, kekurangan hiburankah di Kelantan? Kita tidak pernah kekurangan hiburan di Kelantan. Pergilah ke Kota Bharu di waktu malam... macam-macam kita ada bentuk hiburan tapi hiburan yang mereka cari itu tidak ada di Kelantan sebab itu mereka keluar mungkin. Tapi walaubagaimanapun kita sedih dan tak nak anak-anak kita terlibat dengan gejala-gejala yang sedemikian tetapi kita kena tengok bilangannya sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan 1.9 juta rakyat Negeri Kelantan. Kalau nak dibandingkan dengan 36,000 pelajar-pelajar sekolah agama yang ada di Negeri Kelantan ini. Jumlahnya kecil tapi walaupun kecil kita tetap bertanggungjawab.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kita ada Yang Berhormat Kota Lama menyebut satu kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan iaitulah kajian kesihatan dan mobility negara 2022. Iaitulah satu muhasabah bagi kita Alhamdulillah kita menyambut baik dan dalam masa yang sama kita sendiri pun ada kajian. Ia kajian kita bukan dibuat oleh Kerajaan Negeri semata-mata tapi kita buat dengan institusi pengajian tinggi IPTS dan juga IPTA yang bukan di Kelantan… bukan daripada Kelantan dan pengkajinya juga adalah Professor-Professor yang pengkajinya bukan rakyat daripada Negeri Kelantan. Kita panggil indeks sosioekonomi indeks sosio takwa rakyat Negeri Kelantan. Kita nak nilai sejauh mana penghayatan rakyat negeri Kelantan terhadap agamanya maka Alhamdulillah saya tak nak perincikan lagi di sini. Alhamdulillah tinggi markah kita, alhamdulillah tinggi markah kita. Walaubagaimanapun ia menyediakan ruang kepada kita untuk kita melihat mana-mana yang kurang untuk kita memperbaiki mana-mana yang dikira sebagaimana yang boleh merosakkan. Itu kelebihan apabila kita buat kajian sebegitu dan kajian itu pun kita ambil

kira. Saya sudah baca kajian itu diambil rawak daripada 16 buah sekolah agama.

Kita untuk memerangi gejala sosial ini kita telah menubuhkan satu jawatankuasa induk kita bukan duduk diam kita bukan tengok sahaja. Jawatankuasa induks memerangi gejala sosial yang mana dianggotai bukan sahaja agensi Kerajaan Negeri tetapi juga agensi-agensi Kerajaan Persekutuan Jabtan Pendidikan Negeri, pihak Polis, Antidadah dan boleh dikatakan semua agensi yang terlibat dalam soal moral, akhlak dan sebagainya ini. Kita buat..kita pecahkan kepada 9 kluster dan ianya berjalan dan Kerajaan Negeri memperuntukkan satu peruntukkan yang khusus bagi memerangi gejala sosial ini dan saya rasa kita dapat lihat lah…saya dapat satu laporan apabila saya minta daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan merujuk data Statistik yang merekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan menunjukkan trend penurunan bagi kes mengandung luar nikah remaja berumur 15-19 tahun di Kelantan iaitu sebanyak 146 kes bagi tahun 2021 turun kepada 136 kes …turun kepada 136 kes bagi tahun 2022 dan 61 kes jadi signiϐikan. Besar penurunan itu bagi tahun 2023, Langkah program yang kita buat melalui EXCO Wanita, EXCO Belia, Pendidikan dan sebagainya ada kesan kepada masyarakat. Bilangan kes khalwat di Kelantan turut mengalami penurunan iaitu 196 kes pada tahun 2022 hanya kepada 86 kes untuk tahun 2023.

Apa yang saya nak bagitahu bahawa benda-benda sebegini di mana-mana pun ada tapi apa tindakan kita dan apa kesannya dan itu yang kita nak tengok. Alhamdulillah ada kesan dengan apa yang telah kita buat ini. Chempaka terima kasih kat sini ada melainkan 3 orang, semua lelaki. Satu cabaran bagi orang lelaki Qawwam... kita ada dasar lelaki Qawwam. Dalam islam al-rijal qawamu ala nisa’ orang lelaki ini ni memimpin menjadi pemimpin kepada orang Perempuan. Maksudnya mempunyai satu tanggungjawab yang besar dalam rumahtangga. Tanggungjawab yang besar dalam masyarakat dan negara. Dasar lelaki Qawwam kita akan letakkan di bawah bina insan. Kita akan letakkan di bawah ILDAN… programnya memang berjalan itu yang Chempaka nak tahu. Diletakkan di bawah bina insan Unit Bina Insan di bawah saya dan juga ILDAN tetapi sebagaimana yang disebutkan oleh YB Wanita tadi kak Nie tadi bahawa programnya sudah berjalan dan ianya satu tanggungjawab semua bukan tanggungjawab bina insan sahaja tetapi semua pun telah mengambil tanggungjawab itu. Cuma kita bukan lelaki yang lemah, orang lelaki hebat di Kelantan tetapi orang perempuan di Kelantan ini hebat.

Kita nak kata hebat daripada orang lelaki tapi memang hebat orang perempuan di Kelantan kita hebat. Sehinggakan boleh menyayangi orang lelaki... saya pergi satu kursus online business yang dibuat oleh UMK bersama dengan agensi Kerajaan Negeri Kelantan. Satu sesi ada 100 orang semua Wanita. Saya kata mana lelaki? Dia kata” YB ini yang ketiga, kedua dan pertama juga Wanita. Ini orang Wanita Kelantan usahawan bukan duduk diam tak ada…orang lelaki juga sama. Mereka memimpin pergi sahaja ke pasar Khadijah kita akan dapati baru ni duta Amerika Syarikat datang ke Kelantan. Saya kata pergi ke Pasar Khadijah… yess dia kata memang ada dalam schedule kami luar biasa dia kata di Pasar Khadijah dan saya dimaklumkan di Pasar Siti Khadijah dimaklumkan oleh Presiden Peniaga di Pasar Siti Khadijah kalau tak betul saya dapat maklumat daripada dia dan boleh verify dengan dia balik.

Dia kata di Pasar Siti Khadijah di samping jual sayur, jual beras, jual dodol ada 64 gerai yang menjual emas di Pasar Siti Khadijah bukan di bandar Kota Bharu… di Pasar Siti Khadijah. 64 kedai emas… satu lagi kehebatan rakyat Kelantan yang hari ini kita sebut Alhamdulillah sebab itulah Kementerian Pendidikan... semasa dia nak buat Universiti Usahawan UMK itu the niche keusahawanan kerana orang Kelantan begitu. Maka sekali lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian kenapa orang Kelantan bertebaran dalam negara kita? Kerana mereka usahawan… itu jawapannya, bukan soal mereka tak nak bekerja dan sebagainya kerana jiwa mereka jiwa usahawan. Kerana Kuala Lumpur itu bukan negeri Selangor… Kuala Lumpur milik kita semua... milik juga Negeri Kelantan. Jadi kalau mereka berniaga di Kelantan mereka mungkin mendapat RM200. Kalau mereka berniaga di Kuala Lumpur dapat RM400 kerana harga di Kelantan RM2 harga di Kuala Lumpur RM4. Jiwa usahawan mengatakan kalau begini biarkan anak saya berniaga di Kuala Lumpur, saya kekal di Kelantan. Itu jiwa perniagaan biar sebegitu…

Alhamdulillah Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Enakmen Kanun Jenayah Syariah juga disebut dan telah disebut oleh YB EXCO Agama tadi. Tapi apa yang saya nak sebut saya lupa nak menjawab satu soalan yang… soalan tambahan daripada Kota Lama iaitu kenapa kita tidak biarkan sahaja maksudnya Mahkamah Sivil la kerana dia ada enforcement mechanisma ada polis dan sebagainya. Maksudnya saya faham... maksudnya bahawa keselahan-kesalahan yang dibatalkan dalam kes Nik Elin itu sudah ada dalam bidang kuasa Persekutuan... sudah ada dalam bidang Mahkamah Sivil biarkan Mahkamah Sivil. Ok, saya

bercakap berkenaan Mahkamah Syariah dan kedudukannya. Kenapa kita pertahankannya... saya ambil masa sejam dalam sesi Dewan yang lalu boleh rujuk, saya tak nak bincang lagi soal itu yer... tetapi Yang Berhormat tetapi Eki Putra Mubarak lawan Kerajaan Negeri Selangor kerana kesalahan meliwat. Dia ada pesta seks sejenis di Bangi ke Kajang YB Melor?

Di Bangi pesta seks sejenis kemudian ditangkap kemudian dia didakwa di Mahkamah Syariah di Selangor pada tahun 2019 dan Mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah bukan sahaja tidak ada kuasa tetapi Dewan Undangan Negeri Selangor itu sendiri pun tidak ada bidang kuasa sebenarnya untuk membuat undang-undang tersebut dan satu batal. Tetapi dalam kes Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan ini 16 kesalahan seksyen telah dibatalkan. Tapi Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sampai hari ni YB Melor boleh betulkan saya sampai hari ini Eki Putra tidak pernah didakwa di Mahkamah Sivil walaupun ada mekanisma-mekanisma enforcement. Tidak didakwa terlepas dari Mahkamah Syariah tapi tidak didakwa sampai ke hari ini.

Isunya bukan masalah tidak didakwa atau didakwa… perbahasan kita kenapa kita nak gantikan adakah soal Mahkamah itu yang kita nak pertahankan. Itu sahaja bidang kuasa milik Kerajaan Negeri juga yang selama ini berjalan serentak dengan Mahkamah Sivil yang sikit itu pun nak disabar dan bagi kita... kita nak itulah yang kita mesti pertahankan kerana kita tahu bukan soal undang-undang itu bertindih tetapi soal orang nak mencabar Mahkamah Syariah. Ini disebut YB Melor bentangkan. Satu usul khas dalam sesi yang lalu dan akhirnya atas kesedaran Ahli-Ahli Yang Berhormat … minta maaf Nenggiri yang tak sokong? Yang lain tak sokong? Betulkan Nenggiri? Betulkan YB tak sokong? Sebab masa tu YB belum ada di sini [ DIIKUTI GELAK KETAWA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT] jangan silap yer... nanti tak pasal-pasal YB kata jumpa diluar. Saya orang tua, YB orang muda lagi. Semua sokong... YB Nenggiri sebelum ni pun sokong sebulat suara bahawa mesti kita akan ganti. Alhamdulillah kita dah bentuk Jawatankuasa mengantikannya itu sahaja yang kita ada kita nak pertahankan. Bukan isu pun selama ini berjalan dengan baik tidak ada apa. Alhamdulillah DPRK dan juga Qiraat diulas tadi.

Alhamdulillah DPRK terlaksana di Yayasan Islam Kelantan tapi Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar pada waktu itu mendakwa kita tidak boleh mendidik anak-anak sekolah kita didik dengan Aqil Rabbani tak boleh sebab nanti anak-anak akan keluar balik

ke rumah ibubapa dia macammana? Adik beradik dia macam mana? Jiran tetangga dia macam mana. Kalau rumah dia bersih tidak ada ular tidak ada tikus, tapi kalau jiran-jiran kita memelihara Lalang dan sebagainya kita juga terkesan. Maka MB kata rakyat Negeri Kelantan mesti didik dengan Rabbani juga. Maka atas sebab itulah kita buat satu program yang kita namakan sebagai Komuniti Rabbani. Komuniti Rabbani ini sedang bergerak dalam negeri kita memang sebagaimana yang dicadangkan oleh salah seorang Ahli Yang Berhormat semalam bahawa kita nak pastikan ianya berjaya kalau tidak 100% pun sekurang-kurangnya buat permulaan 60% pun sudah cukup bermaruah. Dan Insya Allah kita akan pastikan ianya nanti satu lagi Kelantan memimpin perubahan. Satu lagi Kelantan dapat menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain, Insya Allah terima kasih.

Tuntutan royalti terima kasih kepada Yang Berhormat Galas, saya ingin merakamkan penghargaan atas sokongan Yang Berhormat daripada Galas pandangan dan juga perhatian malah Yang Berhormat supaya boleh pergi jauh mencabar keabsahan kesahihan Akta Laut Wilayah 2012 ini saya rasa telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat daripada Melor sewaktu Perbahasan semalam dan sebenarnya sayalah yang telah membentangkan usul supaya Dewan ini menolak Akta Laut Wilayah pada tahun 2015 dan disokong semua pada waktu itu tetapi sebagaimana yang disebut bahawa kita berusaha untuk mengambil satu kaedah damai. Kita tidak mahu lagi sentiasa mengambil jalan konfrontasi apatah lagi Kerajaan ini Kerajaan Madani. Konsep Madani ialah dasar yang menekankan prinsip keadilan, kebajikan, kebebasan dan integriti dalam pembangunan dan rakyat sebagai sebuah negara yang berpegang sebagai prinsip Madani. Kita percaya bahawa masalah ini harus diselesaikan secara adil harmoni melalui perundingan yang ikhlas tanpa membangkitkan perbalahan antara Kerajaan Negeri dengan Persekutuan. Saya yakin Galas tidak bermaksud agar Kelantan berbalah dengan Persekutuan tidak bermaksud begitu yer… apabila mencadangkan supaya mengambil langkah untuk mencabarnya tidak.

Tadi pun dihuraikan kepada kita bahawa YB tadi YB Kerajaan Tempatan tadi dalam menandatangani Perjanjian 1974 antara Petronas dengan negeri-negeri jelas di situ. Saya masih ingat Yang Mulia Tengku Razalegh Hamzah dia pernah menyebut bahawa “dia kata, budak darjah 4 pun faham perjanjian ini, 2 mukasurat sahaja. Very simple aggrement budak darjah 4 pun faham perjanjian ini menjadi hak siapa?

Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam konsep Madani ini saya menyeru agar Kerajaan Persekutuan memberikan perhatian yang sewajarnya dan berusaha untuk menyelesaikan isu-isu royalti ini dengan adil dan dengan cara penuh harmoni. Kami berjanji kami di Kelantan yang di tunjukkan oleh Yang Berhormat Dato’ Penglima Perang tidak berniat untuk menimbulkan perbalahan tetapi hanya menuntut hak yang telah dijanjikan kepada negeri dan juga rakyat kami. Seperti yang kita tahu penyelesaian melalui perundangan bukan sahaja memakan masa yang panjang tetapi juga memerlukan kos yang tinggi dan kita sudah pun ada pengalaman dan ianya tidak memberikan manfaat yang segera kepada rakyat. Kita percaya bahawa ada jalan penyelesaian yang lebih baik dan lebih effective melalui rundingan agar segala urusan ini dapat diselesaikan dengan cara yang berlandaskan kemakmuran untuk rakyat. Cara yang penuh ihsan bukan bermaksud wang ihsan... cara yang penuh ihsan. Wang ihsan lain… royalti lain.

Allah berϐirman sebagaimana yang kita tahu

ِ ﺎ ﻬ ﻠ ﻫ أَ ﱃ َ إِ ﺎʭ ﻣ َْ ﻷ ا وا ﱡ ﺆ ﺗ أَنْ ﻢ ﻛ ﺮ ﻣ ϩ ﻪﻠﻟﱠ ا إِن ﱠ ـُ ُ َ ْ َتِ َ َد ْ ُ ُ َْ َ Surah An-Nisa ayat 58

Ini kita pegang jawatan ini amanah... kita Kerajaan Amanah rakyat untuk kita perjuangkan kita perjuangkan. Melalui cara apa? Melalui cara demokrasi federalisme melalui cara Mahkamah kita telah lalui itu dan kita telah sentiasa cuba kaedah yang kita rasa yang lebih baik Insha Allah dengan penuh rasa hormat. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak mahu isu royalti in berterusan menjadi perbalahan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Dengan penuh hormat juga kita mengajak Persekutuan untuk mempertimbangkan semula kedudukan ini dan menyelesaikan isu royalti dengan cara yang membawa manfaat bersama tanpa kita mengorbankan prinsip keadilan dan perpaduan yang menjadi asas kepada negara dan menjadi asas negeri kita.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Portfolio saya adalah juga berkenaan dengan pembangunan wilayah dan kadang-kadang ia bertindih dengan investment yang telah pun dijawab oleh YB Dato’ Mejar tadi berhubung dengan bandar Dato’ Bentara. Alhamdulillah ia adalah projek kendali PMBK Dato’ EXCO investment EXCO Pelaburan telah menjawab hari ini. Cuma Lojing, Galas ada menyebut Lojing bagaimana pelan jangka Panjang telah menyebut

inisiatif ini tidak terganggu oleh aktiviti penerokaan tanah yang berlaku di Tanah Tinggi Lojing.

Rancangan Khas RKK Tanah Tinggi Lojing Pelan Tindakan Khas Tanah Tinggi Lojing dan Rancangan Tempatan Jajahan Gua Musang merupakan mekanisma kawalan pembangunan bagi memastikan kegunaan zoning tanah yang ditetapkan dan boleh dipatuhi dan mempunyai kawalan daripada aspek pembangunan dan kita buat hakiki itu sendiri pun bertujuan untuk mengawal bagi maksud yang sama satu pekeliling Pembangunan Negeri Bilangan No.2 tahun 2020 telah diwujudkan bagi tujuan menambah baik pertanian di kawasan pembangunan tanah tinggi Lojing dengan menetapkan keperluan kebenaran merancang bagi kawasan-kawasan pertanian. Penerokaan dapat dipantau dengan lebih baik dengan penguatkuasaan Kerajaan Negeri Kelantan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ditubuhkan oleh pihak Berkuasa Negeri untuk memperkasakan penguatkuasaan dan semua kesalahan mengikut perundangan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Seterusnya ini masih lagi Galas satu persatu yang telah disebutkan dan sebahagiannya telah dijawab tiada yang kena mengena dengan portfolio saya tetapi portfolio saya bertindih dengan environment dan lain-lain lagi yang saya rasa mungkin tidak disentuh tapi biarlah saya sedikit sebanyak menyentuhnya iaitulah sebab dia sebut semalam yer.. Timbalan Menteri Besar adakah telah tubuhkan satu Jawatankuasa. Memang itu saya pernah sebut dulu iaitulah bagaimana kita nak memelihara alam sekitar dalam masa yang sama kita nak mengatasi masalah konϐliks antara haiwan-haiwan liar dan juga manusia yang memang berlaku kita dapati kerap juga akhir-akhir ini. Kerajaan Negeri telah menubuhkan jawatankuasa induk, ditanya saya kata setuju untuk menubuhkan jawatankuasa.

Apabila saya bincang dengan pegawai sebenarnya yang pertama Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu akaun Amanah konservasi hidupan liar Negeri Kelantan sejak tahun 2022 dan dalam mesyuarat EXCO yang lepas kita telah tubuhkan satu tabung yang mana tabung ini kita akan buat kita akan kenakan kepada operator-operator, usahawan-usahawan yang terlibat di kawasan-kawasan perhutanan dan sebagainya untuk mesti menyumbang supaya kita dapat mengambil tindakan bagaimana kita nak conserve bagaimana kita nak menjaga alam sekitar dan dalam masa yang sama kita nak jaga kepentingan bukan sahaja manusia tetapi juga haiwan. Dan selain daripada itu kita ada satu

jawatankuasa besar yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Dato’ Menteri Besar iaitulah Jawatankuasa Pembangunan Negeri yang nama penuh begitulah lebih kurang yang minggu lepas kita bermesyuarat ada 2 perbincangan dan dibentangkan iaitulah bagaimana mengurangkan konϐliks antara manusia dan gajah kerap kali berlaku. Kerajaan Negeri telah berbincang bagaimana kesesuaian mewujudkan koridor gajah di Jeli. Tapi nak pindah satu ekor gajah di maklumkanlah kita memerlukan RM50,000 sebab itu kita memerlukan sumbangan itu. Kita cadang nak buat koridor gajah di Jeli. Kuala Balah mungkin boleh tanya nanti… kemudianlah bukan sesi ini ..cadangan ini masih walaubagaimanapun masih dalam pertimbangan Kerajaan mengambil kira aspek-aspek yang lainlah tapi hasil dari perbincangan itu yang dicadangkan kepada kitalah bagaimana operasinya ditunjukkan kepada kita.

Di samping itu juga, ada cadangan juga daripada CATS. CATS ni adalah singkatan daripada Conversation Assured Tiger Standards Taman Negara dia datang kepada kita masih lagi berbincang soal komϐliks antara manusia dengan haiwan liar bagaimana nak mengatasinya yang dibincangkan kepada kita dalam masa yang sama berlaku konϐliks antara harimau dengan manusia jangan harimau dibunuh. Jadi dia mementingkan bagaimana nak mengekalkan manusia dalam masa yang sama juga nak mengekalkan kehidupan haiwan. Itu pun juga kita ambil cadangan-cadangan mereka untuk kita pertimbangkan.

Jawatankuasa saya juga ialah integriti akhir sekali yang disebut Alhamdulillah kita baru menyambut Ulang Tahun ke 34 Membangun Bersama Islam. Alhamdulillah dari zaman Tok Guru ke zaman Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang…. Ini kelebihan 34 tahun zero case corruption tidak ada kes rasuah mungkin itu juga diambil kira. Kenapa Kelantan dianggap selamatlah saya rasa.

Saya mengucapkan tahniah kalaulah pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kelantan tidak faham apa maksud Membangun Bersama Islam... kalaulah kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan tidak faham maksud Ubudiyyah, Masuliyyah dan juga Itqan sudah tentu kita dapat lagi mencapai kejayaan sebegitu. So ucap tahniah kepada pegawai-pegawai, kakitangan-kakitangan Kerajaan yang mengambil tangungjawab untuk memahami aspirasi Kerajaan Negeri.

Akhir sekali Yang Berhormat-Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi saya ada sebut bahawa yang cantik itu sentiasa diperhati. Rumah yang indah itu apabila orang nak buat rumah dia akan di tengok rumah kita untuk

dijadikan contoh. Saya berpesan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan, jaga kecantikan, keindahan, syahsiah dan juga budi pekerti kita. Jangan sampai ada orang sebut kerana orang sentiasa memerhatikan kita.

Saya juga ingin berpesan kepada seluruh rakyat negeri Kelantan apa yang baik tentang orang perkatakan diri kita, pasti kan apa yangmereka kata itu betul. Apa yang tidak baik mereka katakan tentang diri kita, buktikan apa yang mereka katakan itu tidak betul. Dan saya ingin berpesan kepada anak-anak Kelantan, usahawan-usahawan, pendidik, alim ulamak yang ada diluar daripada Kelantan yang mencurahkan baktinya bukannya pada negeri ini negara dan ummah ini bahawa anda semua hebat, pastikan juga bahawa anda semua akan menjadi contoh tauladan kepada orang lain sebagaimana negeri kita menjadi pemimpinkepada orang lain. Buktikan kita sentiasa terbaik, Insha Allah…

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar untuk membuat Penggulungan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﺮﺳﻠﲔ ﳌ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ِ ِ ِ ِ ًّ ِ ِ ٍۢ ِ ﻚ َ ﻟ ﻮ ﺣ ﻦ ﻣ ا۟ ﻀﱡﻮ ﭑﻧﻔ َ َ ﻟ ﺐ ﻠ ْ ﻘ َ ْ ﻟ ٱ ﻴﻆ َ ﻠ ﻏ َ ﺎﻓ ﻈ َ ﻨﺖ ﻛ ُ ﻮ َ ﻟ ﻢ ﳍ ﻨﺖ ﻟ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻦ ﻣ ﺔ ﲪ ﺎ ﻤ ﺒ َ ﻓ ْ َ ْ َ ْ وَ ْ َُ َ َ ِّ َْ رَ َ ِ ﱠ ِ ِ ِ ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻛﱠﻞ ﻮ ﺘ ﻓ ﺖ ﻣ ﺰ ﻋ ِذَا ﺈ ﻓ ﺮ ﻣ َْ ﻷ ٱ ﰱ ﻢ ﻫ ﺎ ﺷ ﻢ ﳍ ﺮ ﻔ ﻐ ﺘ ﺳ ﻢ ﻬ ﻨ ﻋ ﻒ ﭑﻋ ﻓ َ ـَ ـَ َ ْ َ َ َ ْ ُ وِرْ َ َُ ْ ـَ ْ ُ ـْ َ ُ ْ َ َ ْ َ ْ وَ ْ ْ وَٱ ْ ِ ٩٥١ ﲔ ﻠ ﻛ ﻮ ﺘ ﻤ ْ ﻟ ٱ ﳛ َ ِّ ـَ ﺐﱡ ُِ َ ُ

Yang bermaksud : “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maaϔkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran: 159) Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Marilah sama-sama kita memuji Allah dengan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan keizinan-Nya kita dapat menyempurnakan Perbahasan Bagi Belanjawan 2025 sempena Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2024.

Kesyukuran yang paling besar sekali adalah di atas nikmat persaudaraan dan ukhuwwah Islamiyyah ini yang menjadikan kita semua sepakat dalam menjunjung kesucian Islam dan mengangkat martabat syariat Islam di bumi Kelantan.

Saya mengajak kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mengambil peluang ini untuk memperkukuhkan kerjasama dalam meletakkan Islam sebagai solusi di bawah fasa pentadbiran Membangun Bersama Islam.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025.

Seramai 17 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet kelmarin dan hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat diberi peluang untuk menyatakan cadangan dan pandangan masing-masing melibatkan semua portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Penghargaan dan terima kasih saya ucapkan.

Berdasarkan perkara-perkara yang dibahaskan, terdapat beberapa perkara utama yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mana sangat penting untuk diberikan perhatian dan sudah pun diberi jawapan oleh pihak Kerajaan menerusi penggulungan oleh Yang

Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar dan juga Barisan Ahli Exco sebentar tadi. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam soalan tambahan sebelum ini YB Galas ada membangkitkan berkaitan status permohonan milik peneroka Felda Chiku 1.

Untuk maklumat Yang Berhormat Galas, mengikut rekod Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang terdapat 437 peneroka Felda Chiku 1 yang melibatkan 1,042 permohonan Lot iaitu 437 Lot rumah dan 605 Lot kebun yang melibatkan 2,309.94 Hektar.

Permohonan tersebut telahpun mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri namun begitu peneroka masih belum membayar premium tanah tersebut. Hanya membayar deposit permohonan sahaja. Jadi kita dengar daripada Yang Berhormat Galas kata dah bayar... tak bayar. Deposit lain…premium keseluruhan lain. Saya harap kita kena telitikan maklumat kalau tidak kita sama ada sengaja ataupun tak sengaja menyebarkan maklumat yang tidak betul. Dalam tiktok dah keluar dah, premium dah bayar, Kerajaan Negeri tak bagi pemilikan. Ini tak … dan saya harap benda ni tak berlakulah selepas daripada ini. Sebab tu dalam Islam bila kita dengar sesuatu berita kita kena “fatabayanu” fatabayanu kena selidik. Ada qira’at “tasaba’tu” kena check betul-betul.

“fatabayanu” boleh…” “fatasa’batu” ada qira’at ِ lain. ﺎ ﻣ ﻮ ﻗ ا ﻮ ﻴﺒ ﺼ ﺗ ـَ ُ أَنْ ً ْ ُ ٍ Supaya kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum ﺔ َ ﺎﻟ ﻬ ﲜ َ َِ dalam keadaan kamu tidak mengetahui hakikat sebenar kamu jahil. Jadi kita sebar benda nih, bila kita whatsaap kita kata tanya, tanya sebar difahami oleh masyarakat bahawa Kerajaan ni tak peduli tentang pemilikan tanah rakyat. Ini tak sepatutnya berlaku. Melalui notis 5A yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah premium hendaklah dibayar dalam tempoh 4 bulan dari tarikh notis 5A …

MASALAH TEKNIKAL AUDIO

PERSIDANGAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG DAN DISAMBUNG PADA JAM 9.00 PAGI ESOK.