Kelantan · 26 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · 406 turns · 33,310 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama , Doa….

Doa

Setiausaha

[ SAMBIL BERDIRI ]

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Soalan-Soalan Yang Diberitahu.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions

Timbalan Speaker

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah..

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan saya kepada soalan nombor 1. Terima kasih.

Saolan 1 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauh manakah perlaksanaan Program Komuniti Rabbani (K-Rabb) telah mencapai objektif Dasar Penghayatan MBI?

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ َ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga terima kasih kepada Yang berhormat Kuala Balah, saya ingin membaca sepotong ayat al-quran: Allah SWT berfirman,

ِ ِ ِ ِ ِ { دࣰا ﺎ ﺒ ﻋ ا۟ ﻮ ﻮﻧ ﻛ سِ ﻠﻨﱠﺎ ﻟ لَ ﻮ ﻘ ﻳ ﱠ ﰒ ُ ﱡﺒ ـ ﻟﻨ ﻢ ﻜ ﳊ ﺐ ﺘ ﻜ ﻟ ٱ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻪ ﻴ ﺗ ﺆ ﻳ أَن ﺮ ٍ ﺸ ﺒ ﻟ ﺎ ﻛ ﺎ ﻣ ُ ةَ ﻮﱠ نَ َ َ ُ ُ ـَ ـُ وَٱ َ ُ وَٱ َ َـٰ ُ ُ َ ـُ َ َ َ ِ ِ ِ ِ ِ ﻮ ﺳ ﺪ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ ﺎ ﲟ ﺐ ﺘ ﻜ ﻟ ٱ ﻮ ﻤ ﻠ ﻌ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ ﺎ ﲟ ﻦ ﻴ ﻨ ا۟ ﻮ ﻮﻧ ﻛ ﻦ ﻜ ﻟ ٱ ﻦ ﻣ ﯽ ﻟ } نَ َ ُ ُ َِ َـٰ نَ ِّ ـُ ُ ُ َِ ُ ـٰ ﺑﱠ ُ َـٰ ﻪﻠﻟﱠ دُونِ ِّ ُ رُ وَ َ ُ َ َ ِّـۧ رَ وَ Surah Āli-ʿImrān: 79 Ayat ini lebih kurang bermaksud bahawa Rasulallah SAW begitu juga dengan nabi-nabi yang sebelum daripada itu diutuskan oleh Allah SWT untuk mengajak manusia hanya menjadi hamba kepada Allah SWT. Para Rasul dan Para Nabi itu tidak mengajak manusia untuk menyembah mereka, tidak. Tetapi mengajak manusia untuk menjadi ِ ﻢ ﻛ ﻨﺘ ﻛ ﺎ ﲟ ﻦ ﻴ ﻨ ـٰ ﺑﱠ ا۟ ﻮ ﻮﻧ ُ ُ َِ ُ ُ َ ِّـۧ رَ ِ ﻮ ﺳ ﺪ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ ﺎ ﲟ ﺐ ﺘ ﻜ ﻟ ٱ ﻮ ﻤ ِّ ﻠ ﻌ ﺗ نَ َ ُ ُ َِ َـٰ نَ ـُ ُ رُ وَ َ ُ َ dengan segala wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT dengan hikmahnya yang berikan oleh Allah kepada para rasul itu mengajak manusia untuk manusia menjadi Insan Rabbani. Apa maksud Insan Rabbani? Insan Rabbani bermaksud mereka yang sedar siapa diri mereka kemudian mereka menyembah Allah SWT menjadi hamba kepada Allah dalam segenap kehidupan mereka. Hamba bukan bermaksud hanya beribadah di masjid sahaja tetapi sebagai seorang bapa ataupun sebagai

seorang isteri ataupun sebagai seorang anak, jiran tertangga, harta dan sehinggalah di tempat kerja. Sama ada menjadi pegawai ataupun ketua-ketua jabatan ataupun di sawah ladang sebagai seorang petani. Sebab itulah di dalam konsep ini Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan Bertani Satu Ibadah untuk memberikan maksud bahawa menjadi hamba Allah itu di mana-mana bukan di masjid sahaja. Dan dalam konteks ini Kerajaan Negeri Kelantan di bawah tiga tonggak kepada Membangun Bersama Islam itu ada Ubudiyyah salah satunya, selain daripada Mas’uliyyah. Ubudiyyah itu mengajak manusia supaya sedar tentang diri mereka, siapa walaupun di mana kedudukan mereka berada tinggi ataupun rendah mereka tetap hamba kepada Allah SWT.

Jadi untuk memahamkan maksud Ubudiyyah ini kepada rakyat. Alhamdulillah kepada kakitangan Kerajaan sentiasa ada program-program yang menjelaskan tentang Ubudiyyah ini. Tetapi kepada rakyat keseluruhan ini hampir 1.9 juta rakyat Kelantan ini. Bagaimana kita nak memahamkan mereka juga tentang konsep Ubudiyyah kepada Allah SWT untuk menjadi hamba kepada Allah SWT maka sebab itulah Kerajaan Negeri Kelantan satu lagi memperkenalkan apa yang kita panggil sebagai Program Komuniti Rabbani. Program Komuniti Rabbani ini mempunyai beberapa tahap iaitu lah tahap pertama kita membangunkan modul budaya komuniti Rabbani dengan menjemput pakar-pakar dalam daripada kalangan ahli akademik, pegawai-pegawai kerajaan begitu juga daripada kalangan ahli-ahli politik daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Kita bentuk modul Rabbani Alhamdulillah telah pun ada manakala tahap kedua membangunkan sekumpulan jurulatih yang terdiri daripada pelbagai agensi seperti daripada KIAS daripada Yayasan Islam Kelantan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan daripada PBT dan juga daripada Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan. Kita latih mereka kita panggil training for trainers. Mereka ini diberi latihan untuk menjadi penggerak utama dalam menyampaikan dan menterjemahkan K-RABB kepada pepimpinan masyarakat dan juga masyarakat setempat. Seramai 52 orang dilantik sebagai jurulatih utama

selain menjadi tenaga utama semasa siri-siri kursus K-RABB untuk pimpinan masyarakat, mereka juga turut menjadi duta-duta bergerak untuk menyampaikan informasi K-RABB sama ada secara lansung ataupun secara tidak lansung kepada masyarakat. Tahap yang ketiga kita memperkenalkan K-RABB kepada pemimpin masyarakat dari semua daerah seluruh Kelantan. Sebanyak 16 siri Kursus Kepimpinan Komuniti telah dihadiri lebih kurang 650 orang peserta dalam tempoh tersebut. Mereka diberi latihan kefahaman tentang bagaimana K-RABB mampu menjadi panduan dan asas yang kuat di dalam mewujudkan masyarakat yang berpegang kepada Al-Quran dan juga sunnah. Di antara pimpinan utama yang terpilih adalah kalangan pegawai-pegawai Kerajaan, pembantu Halaqat dan juga penghulu kursus. Sepanjang yang diadakan ini pihak urusetia telah berjaya mendapatkan imput-imput yang sangat berguna mengenai isu dan latar belakang kehidupan masyarakat setempat. Tahap keempat adalah pengahayatan ke peringkat komuniti akar umbi di mana sebanyak 135 siri-siri Ceramah K-RABB seluruh negeri telah diadakan dengan 3 tempat dalam setiap DUN dalam Negeri Kelantan yang terpilih kita juga mula menggerakkan penulisan buku Tafaqquh, buku Tafaqquh secara ilmiah berasaskan kepada 9 budaya K-RABB yang mana ia akan dijadikan sebagai rujukan di siri-siri kuliah di Negeri Kelantan. Kita juga menyediakan bahan-bahan untuk promosi K-RABB secara berterusan, menyiapkan lagu dikir barat K-RABB yang boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Sekiranya kita ada program ia termasuk jugak lah dengan menyediakan video clip yang masih lagi sebenarnya dalam penyuntingan tetapi akan dilancarkan, In Shaa Allah tidak lama lagi. Dalam siri dan visi kita bermatlamatkan pengukuhan organisasi pelaksanaan peringkat negeri, jajahan dan lokaliti. Selain itu, cadangan-cadangan program serta kaedah penilaian keberkesanan juga akan menjadi panduan pelaksanaan dalam bentuk aktitviti-aktiviti kemasyarakatan. Walaubagaimanapun Ahli-ahli Yang Berhormat ianya masih lagi di peringkat permulaan mempunyai satu tugas yang panjang, satu tugas yang berat untuk kita menyampaikan kepada lebih kurang 1.9 juta rakyat negeri Kelantan. Terima kasih.

Speaker

Silakan soalan tambahan Kuala Balah..

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar bagi saya dasar Membangun Bersama Islam ni satu dasar jangka masa panjang. Effectiveness nye sampai kita mati bahkan selepas itu, selepas dunia hari ini. Maknanya K-RABB mesti jugak satu yang jangka masa yang panjang. Untuk mencapai satu dasar yang betul-betul jangka panjang. Persoalan saya ialah strategi-strategi khusus untuk pastikan program K-RABB untuk mencapai MBI ni. Penghayatan yang baik ini strategi-strategi khusus yang boleh kita lakukan dan atau hendak kita dilakukan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Kuala Balah sekali lagi ya. Kita ada perancangan jangka panjang sebagaimana yang saya jelaskan tadi ia adalah satu program jangka panjang untuk keseluruhan rakyat Negeri Kelantan. Maka untuk tujuan tersebut kita telah mengadakan beberapa strategi antaranya ialah kita mengukuhkan kerjasama antara agensi-agensi Kerajaan samaada negeri atau persekutuan bersama dengan NGO dan juga komuniti setempat. Yang mana saya lupa tadi untuk beritahu bahawa ILDAN berperanan dalam menjadi koordinator tetapi ia bukan tanggungjawab ILDAN sahaja kerjasama yang sangat penting adalah daripada semua terutamanya pegawai-pegawai, agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan, NGO-NGO, masjid-masjid dan juga pimpinan rakyat setempat. Yang seterusnya adalah kita mewujudkan kerjasama di peringkat pusat akar umbi masyarakat umpanya di pejabat, ketua jajahan, penggawa, penghulu begitu juga masjid-masjid dan surau - surau untuk kita jadikan ia menjadi pusat aktiviti masyarakat dalam pada masa yang sama perlaksanaan K-RABB. Seterusnya adalah promosi kesedaran In Shaa Allah secara menyeluruh dan juga memperluaskan program melalui

media. Kita akan adakan Kempen Media Rabbani, K-RABB, laman web aplikasi-aplikasi dan media sosial khas. Kita juga akan buat video-video kreatif dokumentari, artikel, dan juga In Shaa Allah e-book. Lepastu kita akan terus mengadakan program-program tahunan di seluruh negeri- negeri Kelantan. Kita ada program yang telah dibuat oleh agensi-agensi dan juga oleh urusetia-urusetia. Kita tidak akan membuat program secara sendirian, tidak. Selain daripada kita dapat menjimatkan masa, tenaga dan juga kewangan. Ianya juga kita dapat incooperate dalam program yang sedia ada. Kita akan menumpang program urusetia wanita contohnya, urusetia penerangan, urusetia belia dan sebagainya. Selain daripada itu untuk memastikan keberkesanan memang buat permulaan akan ada kelemahan-kelemahan yang sangat ketara dan sangat nyata. Untuk itu lah kita akan adakan satu penilaian daripada masa ke semasa. In Shaa Allah terima kasih saya mengharapkan agar semua daripada kita memainkan peranan penting bagi menjayakan program yang Allah SWT perintahkan :

ِ ِ ن ﻮ ﺳ ﺪ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ ﺎ ﲟ ﺐ ﺘ ﻜ ﻟ ٱ ﻮ ﻤ ﻠ ﻌ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ ﺎ ﲟ ﻦ ﻴ ﻨ ا۟ ﻮ ﻮﻧ ﻛ َ َ ُ ُ َِ َـٰ نَ ِّ َ ـُ ُ ُ َِ ِّـۧ ـٰ ﺑﱠ ُ ُ ُ رُ وَ َ ُ َ رَ Rabbaniyyin bermaksud jaga diri kamu, dalam masa yang sama jaga keluarga kamu, dan para alim ulamak mentafsirkan Rabbaniyyin juga orang yang tidak hanya mementingkan diri tetapi mereka berada di tengah-tengah masyarakat, memimpin masyarakat dan memberi kerjasama dan bantuan kepada masyarakat. Itulah yang dimaksudkan dengan Insan Rabbaniyyin. Terima kasih.

Speaker

Silakan Tawang…

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah tengok kepada modul hasrat dan cita-cita untuk melihat rakyat Kelantan ini berpandukan kepada komuniti yang Rabbani. Persoalannya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjadikan budaya K-RABB ini sebagai warden model kepada negeri-negeri lain?

Terima kasih kepada Tawang. “eh betul kei?” Tawang (ketawa), terima kasih. Kawan saya, sahabat saya dari universiti lagi. Takut-takut dia kata tok kenal dio lah. Alhamdulillah, okay terima kasih Tawang. Sebagaimana yang saya katakan dalam penggolongan semalam. Kalau kita nak jadi contoh kepada orang lain, kita mesti mempunyai kualiti terbaik, baru lah ore nak contoh mencontohi kita. Contoh tauladan yang baik ini adalah Rasulullah SAW, kerana baginda adalah insan yang mempunyai ﻋﻈﻴﻢ ﺧﻠﻖ ٍ akhlak yang amat baik, sama lah juga kalau kita tak dok sesuatu kita tak boleh bagi kepada orang lain. betul dh ke Yang ﻳﻌﻄﻲ ﻻ ء ﻟﺸﻲ ا ﻓﻘﺪ Berhormat Dato’ Panglima Perang? Orang yang tidak mempunyai sesuatu dia tak boleh bagi benda tu kepada orang lain, sama lah juga kalau kita nak jadi contoh kepada orang lain. Kita diri kita sendiri tu mesti mempunyai sifat yang terpuji lelaki Qawwam yang disebut semalam adakah lelaki-lelaki kita ini, ibubapa kita boleh dicontohoi oleh orang lain. Oleh kerana kita ni sentiasa menjadi perhatian kepada orang lain. Yang cantik itu sentiasa diperhati pantang ada sedikit kekurangan orang akan nampak. Rumah yang cantik akan sentiasa menjadi contoh kalau ada yang rosak, orang akan terus pergi tegur. Orang akan kato rumoh comey doh ado hok rosak sikit jadi keno gi baiki cepat-cepat. Jadi sebab itulah harapan kita lah kepada rakyat Negeri Kelantan dengan K-RABB ini, kita nk menjadi yang terbaik dari sudut Akhlak, dari sudut Syahsiah, terbaik sebagai Hamba kepada Allah SWT dalam diri dia, keluarga dia, masyarakat dan rumah tangga dia. Itu mempunyai satu jangka masa yang panjang. Tapi ke arah itu kita nak bagi contoh yang terbaik kepada orang lain, In Shaa Allah apabila rakyat dapat melihat kejayaan K-RABB dengan sendiri mereka akan cari kita. Banyak benda di PRK yang kita buat dasar pendidikan Rabbani yang kita buat sudah ada yang datang sudah ada yang menyatakan bahawa boleh tak kami nak bawa dasar pendidikan Rabbani dengan sedikit modifikasi untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah dalam Negeri kami.

Alhamdulillah, begitu lah juga dengan dasar pendidikan Rabbani. Sebab itu lah saya nak sekali lagi lah saya nak menyeru kepada rakyat Kelantan. Kita berbangga dengan anak-anak Kelantan kalau lah mereka dapat memberikan contoh yang baik kepada orang lain. Duduk la di mana sahaja, samada dalam Negeri Kelantan atau pun di luar Negeri Kelantan. Kita berbangga apabila ianya menjadi contoh kepada orang lain. Kita tidak berbangga sekiranya anak-anak Negeri Kelantan ini menjadi sebutan dengan keburukan tidak, tapi menjadi sebutan dengan kebaikan. Itu yang menjadi kebanggaan kita. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Manek Urai.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 2.

Soalan 2 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah Kerajaan bercadang untuk menambah menerima peserta beras Al-it’am?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ َ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ا ُ ُ ُ َْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ ـَ وَ وَرَ ْ Yang Berhormat Dato Speaker, terima kasih Manek Urai.

Program Skim Al-It’aam yang bermula pada tahun 2011 telah tiga (3) kali membuat penambahan penerima iaitu pada tahun 2011 dengan 180 orang penerima setiap DUN, tahun 2013 dengan 250 penerima setiap DUN, dan pada tahun 2020 dengan 300 orang penerima setiap DUN.

Selaras dengan MOTO Kerajaan Negeri Kelantan, negeri berkebajikan buat rakyat yang memerlukan bantuan. Skim Al-It’aam kekal relevan dengan pemberian beras, gula dan minyak masak. Walaupun 3 item ini terkadang mengalami masalah pembekalan akibat kesan kenaikan harga dan kekurangan bekalan dalam pasaran. Kerajaan tetap berusaha supaya skim ini berjaya dijayakan. Justeru itu, kajian lanjut akan dibuat oleh pihak Kerajaan jika berlaku pertambahan bajet kesan pertambahan peserta dan alternatif pemberian bekalan. In Shaa Allah sekiranya cadangan mengeluarkan beras ini berjaya, bekalan beras akan terjamin. In Shaa Allah sekian terima kasih.

Speaker

Dipersilakan soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih juga kepada pihak Exco yang sentiasa prihatin untuk rakyat sentiasa membuat menambah baik. Soalan tambahan saya apakah perancangan Kerajaan dalam menambah baik skim bantuan Al-It’aam ini bagi tahun 2025?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Manek Urai. In Shaa Allah kerajaan dalam prosess menyediakan satu modul Pembangunan Insan Bertani Satu Ibadah yang akan diterapkan kepada semua penerima melalui khidmat DUN supaya penerima beras ini juga menjadi seorang insan yang bertaqwa dan yang sesuai dengan komuniti Rabbani tadi. Selain itu Kerajaan akan berusaha menambah jumlah penerima khususnya melibatkan penerima orang asal secara berperingkat-peringkat. In Shaa Allah.

Speaker

Silakan Jelawat.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Semenjak beberapa minggu yang lalu kita dengar mengenai dengan kekurangan bekalan beras putih tempatan. Walaupun Malaysia ini merupakan negara yang ramai petani atau pun orang yang menanam padi dan sebagainya. Dan ini mungkin merupakan satu kegagalan Presiden parti Kota Lama. Sebagai Menteri keterjaminan bekalan makanan. [KEDENGARAN GELAK KETAWA DARI YB DI DALAM DEWAN]

Celahan, celahan, celahan….

Ini soalan, soalan tambahan bukan ada celahan pun…..

Dr Hafidzah binti Haji MustakimAMANAH · PHKota Lama

Nak bagi penjelasan saja…..

Speaker

Ok, ok sekarang soalan….

Jadi soalan saya, apakah cabaran utama dalam menjayakan Skim Al-It’-aam ini? Okay terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak merujuk kepada Peraturan Dewan. Empat perkara peraturan dewan, perkara 46 -13A seseorang ahli dilarang menyindir ahli-ahli yang lain mempunyai tujuan yang serong. Terima kasih. Saya harap Jelawat tarik balik, acap kali dh saya duk dengar ni.

Speaker

Ringkaskan soalan dan itu sahaja, dan tidak perlu untuk memberi ucapan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker atas soalan tambahan daripada Jelawat.

Memang cabaran utama dalam menjayakan program Skim Al-It’aam ini ialah pembekalan. Tiga barang asas ini memang menjadi cabaran utama kepada pihak yang menguruskannya iaitu Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB). Bagi tahun 2024 kita merasakan ia berada di kemuncak cabaran di mana barang beras dan minyak merupakan barang utama sering mendapatkan perhatian daripada Kerajaan Malaysia. Kenaikan harga akibat monopolitik tingkah laku pemborong beras dan pemborong gula memberi kesan kepada harga pembelian. Bekalan beras tempatan agak berlaku kenaikan harga lantai pembelian padi daripada RM 1200 Ringgit Malaysia metrik tan kepada RM1300 metrik tan dan dikatakan berlaku juga penyelewengan penukaran beras tempatan kepada beras import.

Begitu juga berlaku pada gula pemborong gula membuat ketetapan cuba membuat ketetapan pilihan akibat berlaku penyesaran subsidi Kerajaan untuk mengurangkan beban dan kewangan Negara oleh Kerajaan Persekutuan dengan memberi pilihan jualan per pack gula bersubsidi dan per pack gula premium yang perlu ditanggung oleh pembekal dalam peroleh di pasaran. Manakala minyak masak bersubsidi berlaku juga dikatakan ketirisan minyak, minyak masak hingga ke luar negara jiran dan menyebakan dalam pasaran negara berlaku pengurangan minyak dan sukar diperolehi pembekal dan bekalan bagi minyak masak pek 1kg subsidi pihak pembekalan telah menukar dengan bihun. Satu pek untuk buat sementara waktu sehinggalah bekalan minyak masak bersubsidi pulih sepenuhnya. In Shaa Allah pihak KPKB selaku urusetia program perlu kreatif dan membina hubungan yang baik dengan pemain Penindustri bekalan asas

agar jaminan bekalan ketiga-tiga bahan utama tadi sentiasa ada untuk mejayakan Skim Al-It’aam ini. Sekian terima kasih.

Dr Hafidzah binti Haji MustakimAMANAH · PHKota Lama

Penjelasan, mohon penjelasan.

Speaker

Saya teruskan dengan Chetok… Silakan.

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ﻴ ﻠ ﻋ َ ُ َ ﻟﺴﱠﻼ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ Yang Berhormat Dato’ Speaker. Mohon jawapan soalan saya nombor 3.. Soalan 3 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) mencapai taraf university penuh menjelang tahun 2027]

Dato' Hj. Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ َ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ Yang Berhormat Dato’ Speaker. Selain daripada memastikan KIAS mempunyai rekod pengurusan yang baik dan sistem pengurusan yang berkualiti. Kerajaan Negeri membantu KIAS dari segi perancangan dan sumber kewangan jangka panjang yang kukuh seperti menyediakan geran pelancaran sebanyak RM10 Juta setahun bagi tempoh 5 tahun. Menyediakan premis yang baik dan lengkap serta kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dengan kemudahan fizikal seperti makmal, dewan kuliah, bilik kuliah yang lengkap dan mencukupi.

Terima kasih.

Speaker

Silakan soalan tambahan…

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco di atas jawapan tadi. Soalan saya ialah Kerajaan telah meletakkan sasaran tahun 2027 untuk KIAS untuk mencapai taraf universiti penuh. Soalan saya adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menambah peruntukkan sedia ada penuh kepada KIAS supaya KIAS dapat mencapai taraf universiti penuh di tahun 2027? Terima kasih.

Dato' Hj.Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Terima kasih Dato’ speaker, dan terima kasih kepada Chetok atas soalan tambahan. Kerajaan Negeri secara dasarnya tiada halangan bagi menambah peruntukkan yang lebih besar kepada KIAS bagi memastikan perancangan naik taraf universiti penuh pada tahun 2027 tercapai. Untuk itu KIAS telah diarah agar menyediakan pelan perancangan akademik, Pembangunan dan pemasaran yang komprehensif memastikan setiap sen yang dilaburkan oleh pihak Kerajaan Negeri akan menghasilkan pulangan berbentuk sumber manusia sama ada pensyarah, pelajar mahupun pengurusan yang terlatih dan cemerlang dalam bidang masing-masing. Begitu juga peruntukkan yang besar bagi pembangunan perasanan dapat meningkatkan lagi imej dan kemudahan taraf sebuah universiti yang menjadi pilihan ramai. Terima kasih.

Speaker

Okay, silakan Kota Lama.

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas penjelasan.

Soalan saya adalah apakah perancangan Kerajaan Negeri disebalik kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh KIAS tadi? Saya bertanya jugak tentang perancangan Kerajaan Negeri terhadap Kebajikan Guru-guru YIK yang merasakan bahawa setengahnya belum masih diserapkan ke jawatan tetap walaupun saya

Speaker

Ringkaskan soalan ya….

Jadi setengah nye jugak berada dalam lantikan kontrak sebulan ke sebulan, jadi ini mungkin mereka ingin bertanyakan apakah nasib mereka. Sebenarnya dan apakah perancangan Kerajaan Negeri tadi. Terima kasih.

Dato' Hj. Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan asalnya KIAS tapi takpolah ko YIK pun. Pasal YIK ni ambo ngajar dengan YIK ni gaji RM404. Tapi sekarang ni gaji RM2,000 paling kurang yang ada Ijazah jadi memang Kerajaan ada perancangan kearah penambahbaikkan sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Panglima Perang. Kerajaan menerima kenaikkan gaji 13%. Semua kakitangan termasuk Guru-guru di Yayasan Islam Kelantan. Cuma kita tok leh nak banding lah pok dengan anok, kita nok banding Kementerian. Tu lah tapi bukei jadi halangan untuk kita menaikkan gaji tapi komitmen kita kalu buleh nk buwi lebih nak buwi belako. Sebab itulah kita perjuangkan supaya royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

[KEDENGARAN TEPUKKAN MEJA DI DALAM DEWAN] In Shaa Allah dalam perancangan dapat dilaksanakan dengan cepat. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ speaker.

Speaker

Teruskan , dipersilakan Manek Urai.

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 4. Terima kasih. Soalan Nombor 4: [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah terdapat pertambahan hasil pasir daripada pembinaan lebuh raya dari Kuala Krai ke Sungai Rakit, Gua Musang?]

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ﻴ ﻠ ﻋ َ ُ َ ﻟﺴﱠﻼ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Manek Urai. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada JKR kerana telah berjaya beki benda ni dengan kos RM 965 ribu. Selesai doh dan penyerahan akan berlansung pada bulan ni. Tahniah ya kepada JKR yang kerana dapat buat dengan baik. In Shaa Allah terima kasih.

Speaker

Silakan Manek Urai , tambahan.

Terima kasih Dato’ Speaker, tambahan tu tak ade cuma nak ucap terima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah menyiapkan jalan daripada tarikh yang ditentukan. Terima kasih.

Speaker

Kita teruskan dengan Gual Ipoh, Silakan.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Pohon jawapan untuk soalan saya nombor 5.

Soalan 5 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, berapa banyak PBT, Majlis Daerah yang melaksanakan twin cities (Bandar berkembar) bagi meningkatkan prestasi atau menjadi sukatan bagi kecemerlangan dan sejauhmana keberkesanan?

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Yang Berhormat Dato’ speaker, terima kasih kepada Gual Ipoh yang bertanyakan mengenai PBT atau Majlis Daerah yang melaksanakan ‘twin cities’ atau bandar berkembar bagi meningkatkan prestasi atau menjadi sukatan kecermerlangan dan sejauh mana keberkesanan. Untuk makluman Gual Ipoh setakat ni hanya satu PBT sahaja yang melaksanakan program ‘twin cities’ atau bandar berkembar iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Program ini dilaksanakan antara Bandar Kota Bharu dengan Kasoka City di Jepun. Antara program yang dilaksanakan adalah program silang budaya antara ahli yang telah bermula pada tahun 2019 lagi. Hasil daripada pertukaran kakitangan ini dapat meningkatkan mutu gerak kerja organisasi yang dilaksanakan sebagaimana yang dilaksanakan di negara Jepun dan untuk makluman bandar berkembar ini bermula setelah terbinanya Kilang ROHM-Wako di Pengkalan Chepa dan hasil daripada pembinaan kilang tersebut kita dapat mengadakan program bandar berkembar dan dilaksanakan hubungan persahabatan setiap tahun istimewanya ‘twin

cities’ ini kita dipinang, kita dipinang oleh Kasoka City untuk dijadikan sebagai bangunan berkembar dan pada tahun 2019 genap 20 tahun sambutan ‘twin cities’ antara Kasoka City dan juga Kota Bharu. Dan kita telah menghantar sejak bermulanya dengan seorang pegawai iaitu jika boleh dinyatakan di sini Saudara Azman Mat Daham untuk berkursus di Jepun, sebab tu dia pengacara majlis dia buleh kecek jepun. Hasil daripada kejayaan program bandar berkembar ni lah. Dan sukacita saya nyatakan bahawasanya pemilik kepada ROHM-Wako juga telah dikurniakan Anugerah Darjah Kebesaran oleh Sultan Kelantan bawah gelaran Datuk Paduka kerana berjaya membawa hasil pelaburan yang tinggi ke Kelantan dan hasis sebagai tanda penghargaan persahabatan tersebut telah dibina Menara jam persahabatan di hadapan Pasar Siti Khadijah pada tahun 2019 sempena 20 tahun sambutan dan juga pembinaan atas pembinaan taman ke atas Bangunan Jepun di Kelantan, Taman Al-Fursan Pengkalan Chepa dan kos telah berjaya membawa kehadiran pelancong Jepun untuk melawat Kota Bharu dan telah diadakan satu festival “Kelantan Jepun” yang diadakan pada tahun 2022 di mydin mall tunjong. Untuk menjalinkan budaya Jepun dan juga budaya Kelantan. Dan antara pencapaian yang telah diperolehi hasil daripada program “twin cities” antara Kasoka City, Jepun dan juga Kota Bharu. Terima kasih.

Speaker

Silakan Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco di atas jawapan itu tadi. Soalan kedua saya apakah pihak PBT ada perancangan untuk membantu Majlis Daerah Tanah Merah yang akan bersama dengan Kanchanaburi Municipality dalam membuat hubungan ‘twin cities’ ataupun ‘sister cities’ utamanya dalam dua bandar yang mempunyai trek kereta api, dan dua bandar yang mempunyai jambatan yang sezaman sama lebih kurang Sejarah World apa ni memory tu. Yang ketiganya, ada hubung kait dengan dua bandar yang terlibat dengan buruh paksa. Apatah lagi sekiranya berlaku lagi silam budaya dan

kesenian kerana Bandar Kanchanaburi sendiri Kanchanaburi adalah singkatan….

Speaker

Ringkaskan Soalan yaa..

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Bahasa melayu kita yang bermaksud emas barangkali. Itu soalan kedua saya, terima kasih.

Terima kasih soalan tambahan daripada Gual Ipoh. Dia tanya jugok gulimat dio. Jadi untuk makluman semua ahli dewan saya telah juga dijemput untuk bersama-sama dalam rombongan yang telah diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan pada 2 minggu lepas. 2 minggu lepas untuk sama-sama melawat dia panggil apa ‘River Kwai’ Jambatan Kereta Api yang menentangi Sungai Kwai, Kwei, macam tu lah sebutan dia di Thailand. Dan dibawa melawat cemetary tanah perkuburan di Kanchanaburi yang mana di sana disemadikan buruh paksa yang meninggal semasa tempoh pembinaan semasa perang dunia lah dan sememangnya kita di pihak PBT berhasrat untuk menjalinkan hubungan silang budaya dengan Kanchanaburi. Dan kita ingin menumpang popularati require fabrish yang terkenal di zaman dunia dan kita jadikan program tersebut sebagai ‘twin cities’ tetapi ‘sister cities’. Kerana kita agak terkebelakang baru hendak mempromosikan Gulimat bridge kita manakala jika kita telah begitu selesa dengan kehadiran jutaan pengunjung setiap tahun ke River Kwai Bridge lah. Dan begitu untuk masa ini agar keberkesanaan yang kita harapkan dari pihak di sana bersifat duduk apa dia dah tinggi sama diri sama tinggi kita telah membentangkan proposal kita mereka lebih tertarik dengan sebagaimana Dato Exco beritahu air terjun nya dia berlainan daripada kita dan kita akan membuat satu surat rasmi lah daripada lawatan tersebut untuk kita nyatakan secara rasmi hasil daripada lawatan rasmi untuk kita nyatakan secara tertulis hasrat sebenar kita dan In Shaa Allah

bersama-sama kita akan memperkasakan promosi Gulimat Bridge dan kita. kemungkinan kita boleh menjemput Tourism daripada Kanchanaburi untuk sama-sama datang ke tempat kita untuk melihat Jambatan Kusial yang sebenar dan kita juga akan cuba mendatangi satu MOU dalam masa terdekat lah untuk kita sambung hasrat murni Adun Gual Ipoh lah. Untuk kita pastikan segala kelebihan yang ada di Kwai Bridge dapat juga kita bawa ke Tanah Merah dan juga Kelantan. In Shaa Allah, terima kasih.

Speaker

Silakan Galas..

Terima kasih Dato Speaker. Saya ucap tahniah lah kepada Kerajaan Negeri kerana bandar kota bharu kita ni difahamkan dipinang oleh Kasoka Jepun untuk jadi ‘twin cities’. Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan pertama saya adakah dari segi koloborasi ‘twin cities’ ni. Apakah kelebihan yang kita dapat dengan ‘twin cities’ ni? Adakah dari segi pengurusan sampahnya ke, sistem peparitan ke? Atau dari segi kecekapan budaya kerja ke? Dan yang kedua, Yang Berhormat Exco ada sebut beberapa kali berkenaan dengan bandar Bahagia yang kita capai. Tahniah lah kepada Jeli dan Negeri Kelantan. Cuma saya ingin bertanya apakah kriteria-kriteria pemilihan kita menjadi Bandar Bahagia ni? Adakah dari segi administrative, ataupun bagaimana? Terima Kasih.

Terima kasih soalan Galas. Semasa penggulungan saya telah nyatakan sepintas yang lalu kriteria-kriteria ataupun indakator pemilihan atau permakahan rating yang telah diberikan oleh penilai untuk memastikan bandar tersebut mencapai tahap bahagia ataupun sederhana bahagia ataupun kurang bahagia. Tiga tu lah huk ada, memandangkan ia adalah soalan ditanya secara rasmi

maka saya akan rujuk kepada Laporan Kebahagiaan Malaysia Tahun 2024, dinyatakan dalam buku laporan ini, semua laporan terperinci setiap bandar di Malaysia dan di setiap negeri lah. Memandangkan soalan secara rasmi, jadi saya akan jawab secara rasmi lah. Jadi saya memulakan apa ni dengan masa lah tapi saya rasa memberi manfaat lah kepada seluruh ahli dewan dan juga wakil-wakil dari PBT dan YDP yang berada di sini. Komponen pengukuran kebahagiaan dunia dibahagi kepada enam komponen utama. Yang pertama memohon izin jika dicapitol, social support, healty life expentency, freedom to make life choices, generosity perception and the absence of corruption. Dan kenyataan di sini saya mohon baca, Income health having someone to count on, having a sence of freedom to make a key life of decision. Generosity and the absence of corruption, all play strong roles in supporting life evaluations. Maknanya disini pendapatan, kesihatan seseorang bersama kita mempunyai rasa kebebasan untuk membuat keputusan genorisity ke kemurahan dan absence of corruption (ketiadaan unsur-unsur rasuah), memain peranan penting dalam supporting life evaluations. Untuk membantu penilaian hidup itu peringkat dunia lah. Dia ada paras indicator. Yang pertama pasal yang semalam saya bagithu ia tidak menilai bangunan ataupun tempat hiburan ataupun sebagainya, tetapi yang pertama pekerjaan, pengangkutan, keagamaan, kesihatan, undang-undang dan keselamatan, politik dan kerajaan, makanan tempat tinggal, sumber tenaga alam sekitar, kesejahteraan, keluarga dan pendidikan, diversity masalah sosial. Komunikasi dan teknologi penglibatan penduduk ekonomi dan perniagaan indicator, pengukur tahap kualiti hidup dekat dunia lah.

Dan sehingga Mac 2023 Negara Finland telah diiktiraf sebagai negara paling Bahagia di dunia sebanyak 6 kali berturut-turut. Itu benchmark Malaysia lah. Dan untuk tahun 2023 Malaysia mendapat kedudukan ke 55 daripada 157, 137 negara yang dinilai.

Masuk kepada peringkat nasional, peringkat nasional ada beberapa indicator yang saya akan bacakan secara sepintas lalu. Cuma dia ada 14 soalan yang akan ditanya kepada responden. Yang pertama tahap tekanan/stress kehidupan anda sekarang. Teras mereka akan jawab berpuas hati dengan kesihatan sekarang? Bahagia dengan keluarga saudara mara? Seronok bekerja? Berpuas hati dengan pengurusan kewangan diri sekarang? Hubungan dengan jiran? Seronok terlibat dengan aktiviti komuniti dari Kawasan anda? Selesa dan selamat di tempat kerja anda? Berpuas hati dengan kemudahan awam yang disediakan? Berpuas hati dengan kemudahan infrastruktur yang disediakan? Berpuas hati dengan perkhidmatan PBT di tempat anda? Berpuas hati dengan perkhidmatan swasta di tempat anda? Berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pimpinan tempatan di kawasan anda? Berpuas hati dengan kualiti alam sekitar di tempat anda? Ini 14 komponen penilaian, aspek utama dinilai 14 komponen dan antara indicator tu lepas belako lah. Dan saya bacakan secara terperinci lah untuk makluman semua ahli dewan lah.

Markah Kelantan, Kelantan mendapat skor 4.31 per 5, alam sekitar 4.3, dan tempatan 4.25, perkhidmatan swasta 4.25, perkhidmatan PBT 4.26, infrastruktur asas 4.21, kemudahan asas 4.34, kediaman 4.34, komuniti 4.35, hubungan dengan jiran 4.36, kewangan 4.25, keseronokan bekerja 4.33, keluarga Bahagia 4.44, Kesihatan 4.33, tahap stress 4.34, dan kalau kita tengok negara kita yang terdekat iaitu kita 4.31 per 5 terdekat kita 4.35 per 5 negeri Johor. Negeri Johor atas sikit pada kita dan ini adalah indicator-indicator yang pertama dinilai. Saya mohon semua PBT dapat maklum dan kita rangka lah apa-apa program untuk kita jadikan sebagai penilaian untuk kita melepasi indeks skor sebahagian bukan semua bagi mendapat tempat 2. Ada 10 PBT akan diumumkan sebagai bandar paling bahagia, saya tak tahu tapi ada 10 PBT pernah dirapatkan pada tahun 2022 Kuala Krai dan Gua Musang. Jadi kita nak tahun lepas 10 teratas tu semua Kelantan semua, In Shaa Allah terima kasih.

Speaker

Silakan Bukit Bunga..

Tuan Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ﻴ ﻠ ﻋ َ ُ َ َم ُ ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ ُا ﻟﺴﱠﻼ Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan pada soalan saya nombor 6.

Soalan 6 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, kesediaan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf tempat rekreasi seperti padang bola yang terletak di atas tanah persendirian terutama padang bola di kampung.]

Tuan Zamakhshari bin MuhamadPAS · PNApam Putra

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ َ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Bukit Bunga atas soalan yang ditanya. Kerajaan Negeri sangat committed untuk memastikan kemudahan satu DUN, satu padang bola yang kompentitif ataupun yang memenuhi piawan, In Shaa Allah walaubagaimanapun ia akan mengikuti tatacara yang ada. Jadi dalam kes yang ditanya iaitu tentang kemudahan padang bola yang terletak di atas tanah persendirian, pihak Kerajaan Negeri hanya menyalurkan peruntukan khusus bagi tempat sukan, ataupun di atas tanah pihak berkuasa tempatan. Maknanya tanah tu perlu di bawah PBT ataupun di bawah Pejabat Tanah ataupun PTK. Oleh yang demikian, tiada peruntukkan khusus daripada Kerajaan Negeri bagi menaik taraf taman awam, ataupun rekreasi bagi tanah persendirian. Dan juga kalau kita rujuk juga tiada peruntukkan daripada KPKT bagi menaik taraf di atas tanah persendirian walaubagaimanapun bagi

memenuhi hasrat Kerajaan untuk memastikan satu DUN, satu padang bola yang mengikut perpiawan, pihak DUN di mintak untuk berbincang dan mengadakan rundingan dengan Pejabat Tanah untuk mengenal pasti tanah-tanah yang ada dalam DUN tersebut untuk kita jadikan padang bola pertama di DUN berkenaan. Sekian terima kasih.

Speaker

Silakan Bukit Bunga.

Tuan Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Exco di atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Soalan saya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan Kerjasama dengan pihak Swasta atau pihak Syarikat Korporat untuk menaja projek menaik taraf padang bola ini di kampung bagi mengurangkan beban kos kepada pihak Kerajaan. Sekian terima kasih.

Tuan Zamakhshari bin MuhamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih atas soalan tambahan, secara umumnya Kerajaan Negeri tiada halangan malah menggalakkan sekiranya ada mana-mana Syarikat swasta yang terlibat dalam sukan untuk sama-sama membantu membina kemudahan sukan. Terima kasih.

Speaker

Silakan Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada 10 hari bulan oktober tahun ini, tahun 2024 pihak Pejabat Tanah telah meluluskan satu tanah seluas 3.5 hektar di Kampung Bukit Tok Ali untuk dijadikan riadah, tempat riadah atau sukan. Dan saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Exco sendiri bersama dengan Tuan D.O kita. Dan ada satu kesatuan di situ telah membuat cadangan mungkin cadangan saya adalah mohon dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Exco mengenai perkara ini. Terima kasih.

Tuan Zamakhshari bin MuhamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih atas soalan ataupun maklumat yang diberikan. Secara umumnya proses untuk menaik taraf padang bola tadi maknanya setelah pihak DUN mengenal pasti lokasi dan telah dipersetujui oleh pihak berkuasa tempatan maka permohonan boleh diangkat melalui pihak berkuasa tempatan untuk kepada Exco dan In Shaa Allah pihak Exco akan berbincang dengan Upen untuk penyaluran dana dan saluran itu akan peruntukkan itu akan turun melalui PBT. Jadi proses menaik taraf itu akan diuruskan oleh PBT. Terima kasih.

Speaker

Silakan Dabong.

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Yang berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 7 pohon jawapan.

Soalan 7 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perkembangan terkini Pusat Taranum Kelantan dan perancangan memperluaskan pendidikan taranum kepada generasi muda?]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Dabong mempersoalkan tentang perkembangan terkini Pusat Taranum dan bagaimana Kerajaan telah memperluaskan agenda ini untuk makluman selepas pada Kerajaan Negeri melancarkan pusat taranum pada 14 Mei yang lalu. Maka pada 29 Jun 2024 Kerajaan Negeri di peringkat melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah pun memulakan kelas yang pertama dan tenaga pengajar yang kita ambil terdiri daripada tenaga pengajar yang berpengalaman seramai 5 orang semuanya itulah yang pertamanya Datuk’ Hajjah Faridah binti Hj Mat Saman yang ia ini Datuk’ Hajjah Faridah ini telah memenangi 8 kali Musabaqah di Peringkat Antarabangsa. Ini antara kecemerlangan Datuk Hajjah Faridah sendiri

dan beliau bersanggupan untuk menjadi mentor kepada Pusat Taranum ini. Yang keduanya ialah Sheikh Hisham Abdul Bari Mohd Rojeh sebagaimana kita maklum dan beliau akan mengfokuskan kepada falsohah, ya Datuk Hajjah Faridah tadi tarannum.

Kemudian yang ketiganya ialah Ustaz Haji Yahya Bin Daud juga akan mengfokuskan kepada Taranum dan suara yang jugak menjadi Qari di peringkat antarabangsa. Yang keempatnya ialah Ustaz Haji Mohd Hussein Bin Yunus yang jugak fokus kepada Taranum dan suara yang jugak bekas Qari antarabangsa. Dan yang kelima ialah Ustaz Haji Mohd Bahri Abdullah ialah yang akan mengfokuskan kepada tajhwid dan fasohah kerana kita akan mengutamakan pelajar-pelajar ini dari sudut folsohah dan juga tajhwid itu jugak pada peringkat permulaan kerana dalam Taranum Al-Quran ni markah yang tertinggi walaupun di fokusnya kepada berlagu dan bertaranum tapi markah tertinggi dalam bacaan al-quran ialah tajhwid iaitu 40, taranum hanya 25, falsohah 20, dan suara 15 dan jadi perkembangan menarik setelah daripada buka kelas tersebut seramai 50 orang telah pun sertai. Dan 18 yang terpilih, yang terpilih bermaksud mereka mempunyai suara yang baik dan sudah mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu asas tentang al-quran. Di kalangan mereka adalah anak-anak muda, dan dikalangan mereka adalah pensyarah. Pensyarah dari Kolej, Universiti KIAS daripada YEIK dan anak-anak muda yang lain. Manakala 32 orang yang lain adalah peserta umum yang ada rata-rata berumur 50 tahun ke atas. Dan setakat ini Kerajaan Negeri melalui JAHEIAK telah memperluaskan iklan taranum ini melalui website JAHEIAK dan lain-lain untuk dipanjangkan kepada Jabatan serta agensi luar untuk menarik minat generasi pelapis khususnya di kalangan anak-anak muda. Sekian terima kasih.

Speaker

Silakan Dabong soalan tambahan …

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi kita boleh pehe doh bahawasanya rakyat Kelantan ni mempunyai banyak kelebihan soro sedak. Jadi soalan tambahan saya apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan pendidikan taranum ke masjid-masjid ataupun surau-surau bagi memastikan seni ini dapat diwarisi oleh generasi muda di seluruh negeri Kelantan.

Terima kasih Dabong di atas soalan tambahan tersebut. Ya memang begitu lah hakikatnya kita akan memperluaskan ke masjid-masjid ke surau-surau dan untuk maklumat sejak daripada 1940 an lagi di Negeri Kelantan ini begitu giat dengan ilmu-ilmu berlagu ataupun taranum Al-Quran. Sehinggalah tahun 60an, 1960 an apabila masyhur ketika itu Guru-guru Al-Quran khusunya daripada Mesir yang mana Taranum Al Misri. Taranum dari Mesir ni mendapat tempat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, jadi ramai anak-anak murid daripada orang-orang melayu ini belajar taranum Al Misri ini dan mereka mengpopularkan di negara termasuklah di negeri ini dan termasuklah antaranya Haji Ahmad bin Mat Som Pergau yang Kerajaan Negeri melantik beliau sebagai Guru Lagu. Nama pada masa itu ialah Guru Lagu itu sekitar 70an, Pas sendiri telah mentadbir antara 59 hingga 78, fasa pertama di situ kita mempergiatkan Hal Ehwal yang berkaitan dengan Al-Quran dan Taranum ini sudah ada Guru lagu dia iaitu diberi tanggungjawab kepada Haji Ahmad Bin Mat Som Pergau kemudian dilantik ajk-ajknya untuk memperluaskan Al-Quran iaitulah Haji Mohamad Fadhil Daud, Haji Hassan Musa, Hajjah Faridah Mat Saman dan Hajjah Satina ataupun Hajjah Siti Nur Ismail, semua ini mendapat johan dalam pertandingan di peringkat mahupun kebangsaan dan ada yang di peringkat antarabangsa dan mereka telah memperluaskan di surau-surau termasuklah di masjid, termasuklah di pada masa itu umpamanya pada tahun 1997 hingga tahun 2009 dan Datuk Hajjah Faridah Binti Hj Mat Saman sendiri telah membuka pusat

Taranumnya di Pejabat Kodi di Kuala Krai pada masa itu untuk melabelkan pengajian-pegajian taranum ini. Dan sehingga kini lah pusat-pusat pengajian ini berlarutan dan diteruskan di semua tempat termasuklah mereka-mereka yang mahir dalam taranum membuka kelas-kelas di rumah di kediaman mereka sendiri. Seumpama Hj. Mohamd Fadhil Daud, seminggu sekali buka kelas taranum di rumahnya. Dan saya nak ucapkan tahniah lah antaranya Halaqah pertama iaitu Halaqah Kawasan Pasir Putih setelah daripada kita menubuhkan pusat taranum maka dia telah pusat taranum pertama yang diadakan di khidmat pusat DUN seramai 20 orang, kanak-kanak yang dipilih [KEDENGARAH KETUKAN MEJA DI DALAM DEWAN] Untuk belajar taranum di Pasir Putih, jadi ini satu usaha yang baik yang kita mintak seluruh pihak Halaqah di Kawasan-kawasan yang lain jugak dapat mencotohi. Dan di masjid-masjid, di surau umpamanya Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, kelas mingguan hari ahad selepas Isyak, Masjid Al-Muhaimin Mukim Kok Lanas setiap jumaat selepas kuliah Al-Dhuha Masjid Ahmadi Bukit Tiu setiap malam Jumaat, Masjid Sultan Ismail Petra Tanah Merah secara mingguan dan banyak surau-surau yang lain dan ada pusat khidmat dun yang telahpun membuka pusat kelas taranum ini. Jadi usaha ini telah pun disambut oleh Dabong, dan kita nak lepasni kita nak Dabong pulak ada Pusat Taranum. Yang dibuka oleh apa ni dengan makluman Alhamdulillah dalam apa ni majlis membina generasi solat yang telah dilakukan pada beberapa bulan yang lalu. Johan Tilawah Al-Quran di peringkat anak muda, kanak-kanak baru berumur 16, 17 tahun telah mempunyai suara begitu hebat, begitu mantap dan ramai yang hadir nyatakan ini boleh menjadi juara di peringkat antarabangsa. Walaupun dia pada masa kini baru saja berumur 16,17 tahun, macam tahun 2023 daripada Tanah Merah, Seriti Sekolah Intergrasi Islam Tanah Merah kemudian pada tahun ini yang mendapat Johan Tilawah ialah Muhammad Syakir Syafie daripada Kubang Kerian dan yang mendapat Naib Johan Najman Anira dari Pasir Putih dan tempat ketiga Muhamad

Firdaus Muhamad Fairuz daripada Kuala Krai yang nama-nama ini akan dilatih untuk mereka In Shaa Allah akan menjadi pelapis dalam bidang taranum Al-Quran ini sendiri. Seterunya menaikkan imej Kelantan secara berkekalan dalam nasional hinggalah peringkat antarabangsa. In Shaa Allah. Terima kasih.

Speaker

Silakan Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ﻴ ﻠ ﻋ َ ُ َ ﻟﺴﱠﻼ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya. Boleh nyatakan adakah syllabus khusus yang diguna pakai oleh peserta di pusat taranum Kelantan tersebut? Okay terima kasih..

Terima kasih Mengkebang, rasanya Mengkebang berminat ye untuk Mengkebang punya suara. Alhamdulillah.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih.

Sudah tentu lah, apa ni. Sudah ada syllabus yang telah ditetapkan oleh Pusat Taranum ini. Saya tidak berhasrat untuk baca syllabus tersebut. Cuma untuk maklumannnye telah diberi tanggungjawab khusus kepada 5 tenaga pengajar dan mentor tadi dalam syllabus bermula kelas 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Setiap minggu tersebut dari sudut tajhwid, falsohah dan suara. Sebab bidang suara pun ada syllabus tertentu. Jadi ambik masa 3 hari tak habis, kita nak bincang.

Dan untuk makluman saya juga nak sebut di sini bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sangat memberikan keutamaan dalam hal ini sehingga Kerajaan Negeri sanggup memberi Insentif yang besar kepada pemenang Al-Quran ini. Umpamanya tahun ini juara adik Qayyim kita mendapat sebuah kediaman yang berharga RM458 ribu. Jadi penghargaan….

[KENDENGARAN KETUKAN MEJA DI DALAM DEWAN] Jadi penghargaan sebelum pada ini Arwah Ustaz Zul Helmi, Ustaz Abdullah Fahmi semuanya sudah mendapat rumah yang mana insentif awal bermula dari RM 2,000 ringgit sejak dari tahun 60an telah diperbesar oleh Kerajaan Negeri harini. Memandangkan bahawa usaha ini untuk mengekalkan pelapis untuk mencintai Al-Quran untuk berterusan. Terima kasih.

Speaker

Silakan Kemuning..

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 8 izinkan saya pohon jawapan. Terima kasih. Soalan 8 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan negeri termasuklah sukan tradisional yang diberi perhatian dan sokongan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, dan sejauh mana usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan tersebut di mata dunia.]

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﻢ ﺑﺴ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ َ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada yang berhormat Kemuning. Dan bagi menjawab soalan yang dikemukan seperti berikut : Aktiviti-aktiviti Kesenian dan Kebudayaan Negeri termasuklah sukan tradisional yang diberi perhatian dan sokongan oleh Kerajaan Negeri ialah antaranya bidang persembahan seperti Dikir Barat, Wayang Kulit, dan juga bidang Tenunan dan Kraf Tangan seperti Batik, Songket, dan juga bidang Kraftangan ni Anyaman tikar, daripada mengkuang dan lain-lain produk busana pakaian tradisional termasuk jugak alat-alat muzik seperti Gong, Banubi ketuk dan lain-lain. Ini semua adalah dalam perhatian Kerajaan dengan tujuan untuk membantu mempromosikan lagi termasuk juga bidang Kulineri, Makanan masakan tradisional yang antaranya menjadi hashtag Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini. Kemudian Yang Berhormat Kemuning jugak ingin bertanya mengenai usaha Kerajaan untuk mempertabatkannya di peringkat antarabangsa. Jadi untuk tujuan itu kita tahu ini melibatkan kos yang agak besar jadi kita dokumenkan benda-benda yang tadi dan untuk edarkan melalui tourism Malaysia supaya ia dapat diedarkan kepada pejabat-pejabat tourism di seluruh negara, seluruh dunia yang ada pejabatnya. Di samping itu, peranan yang dimainkan oleh kepintaan besar kita di beberapa negara juga banyak membantu contohnya pada bulan Oktober tahun ini Duta Besar Malaysia ke U.S Amerika Syarikat telah mengadakan satu Expo mengenai songket dan diadakan di rumah kediaman terutamanya duta besar kita dan dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, yang jugak Yang Berhormat MB turut hadir dalam acara ini. Dan mendapat liputan yang sangat baik di kalangan peminat seni dan juga media Amerika Syarikat.

Selain daripada itu, Yang Amat Mulia Dato’ Tengku Bendahara yang juga menjadi penasihat kepada Museum Negeri telah mengadakan busana muslim ‘Islamic Fesyen’ di Bangkok pada bulan September tahun ini di bawah naungan Istana Sultan Raja Thailand. Jadi pendedahan benda begini telah banyak membantu untuk meingkatkan Kelantan ke seluruh dunia. Terima kasih.

Speaker

Silakan soalan tambahan Kemuning.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Pelacongan atas penerangan lah sebentar tadi. Jadi soalan tambahan saya adalah apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam untuk mendokumentasikan sebagai usaha untuk salah satu cara untuk promosikan seni warisan yang telah disebutkan sebentar tadi seperti dikir barat, wayang kulit, kraftangan, songket, alat musik, gong kertuk, kulineri dan banyak lagi lah yang disebutkan tadi. Jadi apakah usaha yang dibuat untuk mendokumentasikan perkara-perkara seni warisan tersebut? Terima kasih..

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih Yang Berhormat Kemuning, saya dukacita melaporkan bahawa usaha-usaha telah dan sedang dibuat mengenai mengabadikan dalam bentuk filem ataupun video dan untuk edaran dan makluman kepada semua pengunjung ataupun mereka yang ingin berkunjung ke Kelantan, yang sedang diusahakan sekarang ini yang belum kita terbitkan lagi ialah bidang dokumentasi mengenai makanan tradisional yang sudah siap ialah puteri mandi, akok, lompat tikam, jeruk maman, pinde tapei, dan ketupat sotong.

Aaa ini adalah yang telah siap ni, ketupat sotong ni di musim sotong lah. (gelak ketawa), dan ada lagi In Shaa Allah beberapa lagi jenis makanan tradisional lagi yang sedang dalam senarai untuk disiapkan. Jadi itu, kesemua ini yang dikomuntasikan ini oleh Yang Berhormat ADUN Kemuning tadi macam wayang kulit, dikir barat, wau bagaimana nak buat

beberapa jensi produk dan juga alat-alat musik seperti macam mana nak buat rebana ubi, kertuk, gong dan lain-lain lagi. Itu sudah siap dan ini sedang kita edarkan kepada Pejabat Tourism Malaysia di Kuala Lumpur untuk edarannya di pejabat-pejabat Tourism Malaysia di luar negeri. In Shaa Allah dalam iklan kita nanti juga akan kita akan masukkan semua ini yang sedang kita usahakan untuk kita iklan produk kebudayaan Kelantan ini melalui media kapal terbang. Terima kasih.

Speaker

Silakan Wakaf Bharu.

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ َ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ﻟ ا ُ ُ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﺴﱠﻼ َ Yang Berhormat Dato’ Speaker, jadi Negeri Kelantan ni kita tahu kaya dengan kesenian, dan kebudayaan apatah lagi Bandar Kota Bharu diiktiraf peringkat asia Tenggara dalam dunia, jadi soalan tambahan saya apakah Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengadakan festival kebudayaan tahunan di peringkat antarabangsa? Sekian terima kasih.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Wakaf Bharu, untuk maklumkan kita bercadang untuk buat satu Mahraja yang ini apa Pesta, Festival. Betul ke istilah tu? Mahrajan Festival kebudayaan melayu dan islam pada tahun 2025 In Shaa Allah.

Speaker

Silakan Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Xièxiè, Xièxiè Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ni Hao Ma? Zao Shang Hao. Wo Ai Ni… (gelak ketawa). Pohon jawapan untuk soalan saya nombor 9.

Soalan 9 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah bagi Pembangunan daerah Lojing lebih komprehensif dan sesuai dengan daerah cuaca yang sejuk seperti Cameron Highland?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ َ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ُا ُ ـَ وَ ُ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ ﻟﺴﱠﻼ َ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Gual Ipoh. Akhirnya Gual Ipoh ada jugak soalan untuk saya. Terima kasih ya. Bukan gulimak yang tentunya. (gelak ketawa). Perancangan yang utama di Tanah Tinggi Lojing adalah untuk mencapai Pembangunan yang mampan maka strategi-strategi yang berkesan harus digariskan bagi memelihara memulihara alam sekitar, mewujudkan kawasan berbudaya maju untuk pembangunan ekonomi serta membentuk penempatan yang sesuai didiami memenuhi keperluan masyarakat setempat, perancangan pemajuan yang rancangan khas kawasan tinggi Lojing telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan dilaksanakan secara dynamic dan juga holistic. Berdasarkan hakiki lojing yang telah diadakan penumpuan pembangunan adalah melibatkan yang pertama Pembangunan Institusi iaitu perumahan, pendidikan dan juga kesihatan. Seterusnya pembangunan kemudahan masyarakat seperti kawasan rehat, rawat, masjid, tandas awam dan lain-lain. Seterusnya kawasan rekreasi adalah juga ialah kawasan lapang, pembangunan pertanian tanah tinggi pelaksanaan melalui agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri, ECRDC.

Projek tenusu dan juga Lembaga Kemajuan Kelantan Kesedar, lagi adalah Pembangunan Infrastruktur juga inteliti juga seperti jalan raya, sistem peparitan pepaipan, tenaga elektrik dan juga lain-lain. Kita juga merancang pembangunan commercial, pembangunan-pembangunan perniagaan pusat penyelidikan ataupun RND, pembangunan Agro, Eco Pelancongan seperti pusat-pusat rafflesia, Glamping Site, Taman Rusa dan

Herbarium, tanaman pokok hutan, pusat peranginan sigar, penanaman 40 pokok durian pelbagai spesis, pusat penyelidikan dan lain-lain. Terima kasih.

Speaker

Silakan Gual Ipoh soalan tambahan.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Soalan kedua saya adalah sekiranya kita ke Cameron highland kita biasanya melihat ladang teh, boleh ke kalau kita ke Lojing kita mempunyai taman bunga yang berskala besar dan mereka boleh enjoy dengan bunga-bunga seperti Tulip dan Lavender dan berbagai-bagai bunga yang sesuai dengan kawasan iklim sejuk di mana ia menjadi satu trending bagi orang-orang untuk mengunjungi lojing pada mungkin suatu ketika dulu, kita boleh buat Flora fest untuk mengajak pengunjung daripada Cameron Highland juga boleh berkunjung ke Lojing. Terima kasih.

Terima kasih terhadap soalan tambahan daripada Gual Ipoh, terima kasih. Saya rasa itu agak satu cadangan yang baik dan kita pun memang cuba mengadakan bersama pihak berkuasa di Lojing. Kita akan jadikan pusat penganginan Lojing itu sebagai contoh kepada kita Pembangunan Pelancongan. Hari ini kita dapati ramai yang melancong ke Lojing dengan keluarga tetapi dalam masa yang sama ada rungutan kerana ramai berlaku kesesakan di lalu lintas dan sebagainya. Dan itulah peluang yang boleh kita ambil limpahan daripada Lojing itu dan kita bangunkan limpahan dari Cameron Highland. Kita bangunkan Lojing di Kawasan-kawasan penempatan penginapan dan juga yang dicadangakan itu Kawasan tanaman bunga dan sebagainya. Itu adalah antara perancangan-perancangan kita, In Shaa Allah. Semalam disebutkan, saya tak ingat siapa ya. Sebenarnya hasil dari Lojing itu telah dibawa ke Cameron Highland. Sayur-sayuran, bunga-bungaan kalau kita ke Lojing kita akan dapati ruas sayup mata memandang

pertanian kita tetapi akhirnya product of Cameron highland tidak product of Lojing Kelantan. Ini adalah sebenarnya kerugian kepada rakyat dan juga negeri kita, bukan bukan maksudnye kita nak menanam di Cameron highland. Dia jauh lebih dahulu daripada kita tetapi apa yang kita buat itu hendaklah membawa nama Kelantan. Inilah antara perkara yang sedang kita rancang untuk kita buat di Lojing, pusat pengumpulan hasil-hasil tanaman pertanian dan juga bunga-bungaan kita. Di samping tempat untuk pelancongan. Terima kasih sekali lagi kepada Gual Ipoh.

Speaker

Silakan Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Memandangkan kawasan Lojing ni dalam kawasan Galas saya bersetuju dengan apa yang ditarakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar tadi, sayur tepat kito, tomato tepat kito, tetapi yang dapat hasil ialah di kawasan lain. Saya cadangkan supaya kita kenakan cukai dan ada peruntukkan undang-undang yang boleh kita ambil. Soalan kedua saya, hakisan tanah yang serious di kawasan Lojing juga berlaku akhir-akhir ini yang telah menjejaskan kualiti air dan keselamatan penduduk. Justeru bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan pemantauan dan tindakan penguatkuasa lebih baik berkesan bagi melindungi Kawasan ini daripada terus terancam? Terima kasih.

Okay ya, kita ada enekmen pertanian, dan juga perbekalan air dan sebagainya lah. Kita akan pastikan yang kita akan menguatkuasakan itu dan penguatkuasaan nye ini saya mohon dari pihak yang terlibat daripada jabatan-jabatan kita memberikan perhatian yang lebih, lebih lagi sebab kita memang antara priority yang ada pada kita sekarang

adalah Lojing dan juga Gunung Chamah yang sebagaimana diberitahu kepada kita dan membangunkan Gunung Chamah. Saya ambil peluang lah untuk sedikit mempromosi Gunung Chamah. In Shaa Allah Gunung Chamah ini dalam kawasan Gua Musang, kita akan selain daripada ekonomi Alhamdulillah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke V, Sultan Kelantan sendiri telah menitahkan agar pembangunan ini dilakukan dengan teliti dan juga terpelihara. Jadi In Shaa Allah kita ambik pengajaran dari Cameron Highland, daripada Lojing sendiri kita akan bangunkan pusat penanginan Gunung Chamah dengan cara Lestari menjaga alam sekitar dan antara yang lainnya hanya 20% sahaja untuk pembangunan, 40% lagi dikekalkan dengan rupa bentuk yang asal, dan 40% lagi adalah dengan tanaman-tanaman yang sesuai dengan keadaan di Gunung Chamah tadi. Ini satu lagi produk pelancongan tanah tinggi yang sedang kita usahakan di Kelantan, In Shaa Allah cadangan tadi sangat baik dan memang kita saya dimaklumkan bisikan oleh Dato’ Setiausaha Kaya Setia tadi memang kita sedang mengkaji untuk sebelum kita adakan Pusat Pengumpulan kita sendiri, hasil kita yang di bawa keluar daripada negeri sedikit sebanyak ada bayaran ataupun kita katakan cukai tadi tertentu untuk digunakan sebagai faedah rakyat dan juga ekonomi Negeri Kelantan. Terima Kasih.

Speaker

Silakan Limbongan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kita, Pohon soalan nombor 10.

Soalan 10 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, tahap saraan diri (self sufficiency ratio) perbekalan ayam pendaging (poultry industry dari 2019-2024)]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih Limbongan. Tahap Sara diri (SSL) untuk Daging Ayam bagi tahun 2019 sehingga 2023 adalah seperti berikut : Tahun SSL (%) 2019 20.22 2020 11.24 2021 10.58 2022 17.67 2023 19.75

Setakat ini belum ada data SSL bagi tahun 2024, tahap sara diri menurun daripada tahun 2019 sehingga tahun 2021 adalah sebab kesan Pandemic Covid-19, manakala 2021 sehingga tahun 2023 terdapat peningkatan berikutan pemulihan daripada Pandemic tersebut. Jumlah ternakan ayam untuk dikira sebagai Ladang mengikut enakmen Peladangan Unggas 2005 ialah 500 ekor keatas. Di Kelantan kini terdapat 294 ladang ayam terbuka, 24 ladang ayam pedaging tertutup, 1 ladang ayam bako tertutup. Dengan jumlah ternakan ayam pedaging setahun melebihi RM 5.42 juta ekor. Dengan keluaran ayam pedaging yang sekitar RM 37 ribu tan setahun. Sekian terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan, sila.

Okay, terima kasih kepada Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Exco yang menjawab soalan saya. Soalan tambahan saya apakah hasil

pelaksanaan program laksanaan ternakan ayam kacuk dan ayam penelur yang telah dijalankan oleh pihak PKNKB?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Limbongan. Melalui program melalui Kerajaan Negeri bersama dengan agensi. Yang Kumpulan Pertanian Berhad dengan bantuan khidmat penasihat teknikal daripada Jabatan Vertinar Kelantan kita tengok pada rekod ternakan ayam kampung kacuk ayam berwarna ni. Pada tahun 2019 di Jajahan Pasir Putih melibatkan dengan peserta seramai 20 orang, peserta Penternakan ayam kampung kacuk ini diberikan dengan permulaan anak ayam sebanyak 500 ekor. KPKB bertindak sebagai agent beli balik ternakan ayam peserta. Sebahagian peserta telah menjadi usahawan ternak secara Contract Farming dengan PKKB dan telah mencapai ternakan sebanyak sehingga 5000 ekor. 2020 kesan akibat Covid-19 KPKB telah mengubah strategi dalam membina usaha ternak di mana ternakan ayam kampung asli pula dijadikan pilihan diperkenalkan kepada usaha penternak bermula pada tahun 2021 di Jajahan Machang melalui melibatkan 15 orang peserta. Pada tahun 2022 di Jajahan Kota Bharu melibatkan 15 orang peserta dan pada tahun 2023 di Jajahan Pasir Putih melibatkan 20 orang peserta. Program ayam kampung asli ini agak berjaya disebabkan hasil ternakan bermula daripada telur ayam kampung. Ini sangat berkhasiat ni, anak ayam kampung, ayam bakor, induk dewasa dan ayam pencen boleh dijual dan boleh pendapatan bagi usahawan ternak. Bagi tahun 2024 melalui peruntukkan khas daripada Kementerian Keterjaminan Makanan KPKM, KPKB telah memperkenalkan kepada Penternak Kelantan Program ternakan ayam penelur ia selaras dengan krisis kekurangan telur ayam dalam pasaran. KPKM telah menyokong penuh program ini di mana seramai 25 orang peserta telah dibantu dan dipantau oleh KPKM ni bagi memastikan program ternakan ayam penelur dengan Kerjasama KPKM tadi dapat berjalan dengan baik. Sekian terima kasih.

Speaker

Aaa, silakan Gual Periok..

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco, cuma saya ingin tanya apakah cabaran utama yang dihadapi untuk mendapat taraf tahap SSL ini dengan lebih baik dan apakah usaha yang telah diadakan untuk mencapai tahap SSL dengan lebih baik? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Gual Periok. Antara cabaran yang dihadapi oleh penternak di Kelantan, ternakan ayam ini ialah kita di Kelantan tidak ada kilang ataupun pengeluaran makanan ternakan sendiri. Makanan ternakan di Kelantan ini bergantung kepada pengimport daripada luar seperti dedak, jagung semuanya diimport termasuk soya. Jadi apabila berlaku turun naik nilai mata wang menyebabkan harga makanan menjadi tidak stabil. Jadi ni kadang-kadang menjadi cabaran besar kepada para penternak untuk mendapatkan makanan ternakan ataupun pellet yang berkualiti. Begitu juga kita tengok bekalan kadang-kadang menjadi berkurangan apabila gangguan logistic terutama gangguan bencana musim tengkujuh ni banjir dan sebagainya. Begitu juga kita di Kelantan ni tidak ada Hatchery Pusat penetasan yang besar semuanya kecil-kecil kita masih memerlukan anak ayam import atau daripada negeri lain seperti Perak, Selangor dan Johor. Jadi penternak kecil ini sering bergantung kepada pembekal besar yang mana kadang-kadang berlaku gangguan logistic jugak jadi antara penyelesaian kita buat ialah kita menggalakkan para penternak hasilkan makanan alternatif sendiri dengan bahan-bahan yang sedia ada di tempat kita. Begitu juga dengan kita melakukan bengkel melaksanakan bengkel dan juga latihan-latihan dan memberi peralatan penetasan kepada penternak supaya mereka boleh menghasilkan anak ayam sendiri dengan bantuan teknikal daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sekian terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menangguhkan dewan kita pada pagi ini. Dewan akan bersambung semula pada jam 11.00 pagi.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.30 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI.

(Urusan Dewan selepas rehat)

Speaker

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI

[ Rang Undang-Undang Yang Ketiga ]

Setiausaha

Rang Undang-Undang Yang Ketiga, YB HILMI BIN ABDULLAH akan mencadangkan Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024.

Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 2024Bill

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا [BACAAN KALI PERTAMA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI KAWALAN DAN PELESENAN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN DAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Puan Hjh Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI KAWALAN DAN PELESENAN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN DAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

[PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122 ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.

Puan Hjh Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan.

[ BACAAN KALI KEDUA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI KAWALAN DAN PELESENAN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN DAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

[ UCAPAN USUL ]

ﺮﺟﻴﻢ ﻟ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﰲ ﻢ ﺘ ﻋ ﺎ ﻨ ﺗ ِن ﺈ ﻓ ﻢ ﻨﻜ ُ ﻣ ﺮ ﻣ َْ ﻷ ا ﱄ لَ ﻮ ا ا ﻮ ﻴﻌ ﻃ ﻪﻠﻟﱠ ا ا ﻮ ﻴﻌ ﻃ أَ ا ﻮ ﻨ ﻣ آ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ا ﺎ ﱡﻬ ـ ﻳ أَ ʮ ـَ َ ﻟﺮﱠﺳ ْ ُ ْ زَ َ ْ ْ وَأُو ُ ُ وَأَ َ ُ ُ َ َ َ َ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﻦ ﺴ ﺣ ﲑ ﺧ ﻚ ﻟ ذَٰ ﺮ ِ ﺧ ﻵ ْ ا ﻮ ﻴ ْ ﻟ ﻪﻠﻟﱠ ﺎﺑ ﻮ ﻨ ﻣ ﺆ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ ُ إِن لِ ﻮ ﻪﻠﻟﱠ ا ﱃ َ إِ ﻩ و ﱡ ﺮ ﻓ ﻲ ﺷ َ نَ ُ ْ ـُ ُ ﻟﺮﱠﺳ ـَ َ ُ َ ْ وَأَ ٌْ َ ْمِ ـَ وَا ْ ُ وَا ُ ُد ْءٍ

ﻳﻼ ً َْوِ ﺄﺗ

“Yang Bermaksud : Wahai orang yang beriman taatilah Allah SWT dan taatilah Rasul dan ulli amri kekuasaan di antara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah pada Allah yakni Al-Quran dan Rasul sunnahnya jika kamu sebenarnya beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat yang kemudian itu lebih baik bagimu dan paling baik akibatnya.”

Surah An-Nisa’ Ayat 59. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan 2024 dalam persidangan dewan pada hari ini juga.

Yang berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan 2024 yang digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan dan perlesenan hiburan dan tempat-tempat hiburan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang dewan sekalian, tidak dapat kita nafikan bahawa hiburan merupakan satu perkara yang disenangi oleh naluri fitrah manusia memandangkan ia adalah jalinan antara keindahan bahasa, keunikan budaya dan kecantikan seni yang mampu melahirkan emosi-emosi positif di dalam diri kita. Islam adalah agama yang sangat meraikan dan tidak pernah menghalang naluri fitrah manusia asalkan kekal dipandu oleh syariat Islam. Kerajaan Negeri

bertanggungjawab dalam melestarikan warisan seni dan budaya masyarakat tempatan supaya tidak lapuk ditelan zaman.

Kerajaan Negeri juga perlu mengambil kira kelangsungan hidup penggiat Industri Seni Tempatan dengan memastikan aktiviti-aktiviti hiburan berlandaskan islam boleh dijalankan di negeri Kelantan. Justeru itu ia amatlah penting untuk Kerajaan Negeri Kelantan menggubal dan menguatkuasakan satu undang-undang negeri yang berteraskan syariat Islam khusus bagi mengawal perlesenan hiburan dan tempat-tempat hiburan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Kelantan Tahun 1998 telah digubal dan diluluskan pada 08 November 1998 bagi menggantikan ordinan Panggung Wayang Dan Tempat-Tempat Hiburan 1955 iaitu perluasan kepada Kelantan yang telah dimansuhkan enakmen ini yang telah berkuatkuasa pada 15 Jun 1959 melalui satu pemberitahuan yang disiarkan dalam warta pada 10 Jun 1959.

Sejak pemakaian dan penguatkuasaan enakmen ini tiada sebarang pindaan atau penambahbaikan dibuat sehingga sekarang memandangkan sudah 26 tahun berlalu dengan tiada sebarang pindaan seiring dengan perubahan masa terdapat banyak kelompangan yang menimbulkan kesulitan dari segi perlaksanaannya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sehubungan dengan itu, bermula pada 2023 Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal mengkaji perlaksanaan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Kelantan telah ditubuhkan dan mendapati bahawa adalah lebih baik untuk satu Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan yang baru digubal untuk menggantikan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Kelantan 1998.

Penggubalan enakmen yang baru ini selari dengan hasrat Pihak Berkuasa Negeri untuk menukar Pegawai Perlesenan Hiburan daripada Ketua Jajahan pada Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh itu, enakmen yang baru juga digubal dengan mengambil kira perubahan masa memastikan tiada lagi kelompangan undang-undang dan menjamin perlaksanaan yang lebih efektif. Nilai-nilai Islam dalam hiburan tidak pernah ditinggalkan sejajar dengan dasar “Membangun Bersama Islam”.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke 8, 2024 yang bersidang pada 08 Mei 2024 telah meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan 2024. Dan seterusnya untuk dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya mohon untuk membacakan fasal-fasal yang terdapat dalam Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan 2024. Untuk makluman Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian enakmen ini mempunyai enam bahagian yang terdiri daripada 48 seksyen dan satu jadual.

Dengan izin, bahagian satu, enakmen yang dicadangkan memperkatakan perkara permulaan.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuatkuasaan enakmen yang dicadangkan.

Fasal 2 mengandungi peruntukan pemakaian enakmen yang dicadangkan.

Fasal 3 mengandungi ta’rif yang beberapa perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam enakmen yang dicadangkan.

Bahagian 2. Enakmen yang dicadangkan memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan perlantikan pegawai perlesen, kuasa Pihak Berkuasa Negeri dari mengeluarkan arahan dan pemberi kuasaan kepada Pegawai Awam dan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan.

Fasal 4, fasal 4 bertujuan untuk memberikan kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk melantik pegawai pelesen bagi menjalankan kewajipan-kewajipan dibawah enakmen yang dicadangkan.

Fasal 5 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri bertanggungjawab mengeluarkan Arahan Am kepada pegawai perlesen tentang perjalanan kuasa dan juga budi bicara dalam perlaksanaan arahan tersebut.

Fasal 6, bertujuan untuk menentukan kuasa kepada pegawai perlesen untuk memberi kuasa kepada mana-mana Pegawai Awam atau Pegawai

Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan fungsi orang yang diberi kuasa.

Bahagian 3. Enakmen yang dicadangkan memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan perlaksanaan aktiviti hiburan dan pelesenan tempat hiburan.

Fasal 7 bertujuan untuk melarang hiburan diadakan di mana-mana tempat atau dengan apa-apa bentuk hiburan selain daripada tempat dan bentuk hiburan yang dilesenkan. Pelanggaran peruntukan ini menjadikan satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM50 ribu ataupun menjaraan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Fasal 8 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa permohonan untuk mendapatkan lesen hendaklah dibuat kepada pegawai pelesen dalam borang dan kaedah yang akan ditetapkan. Pegawai pelesen boleh menghendaki pemohon untuk memberikannya apa-apa maklumat tambahan.

Fasal 9 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada pegawai perlesen untuk menghendaki pemohon memberinya skrip berhubung persembahan lakonan atau simbol muzik termasuk persembahan pentas atau arahan lain bagi persembahannya. Dan maklumat lain yang dikehendakinya bagi maksud memutuskan sama ada hendak diberikan lesen atau sebaliknya.

Fasal 10 bertujuan untuk memberi kuasa budi bicara kepada pegawai pelesen dalam meluluskan pemberian lesen. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa lesen tempat hiburan dalam mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan tidak akan diberikan melainkan jika pemohon mengemukakan lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau kelulusan bertulis Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjadikan tempat itu sebagai tempat hiburan.

Fasal 11 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa lesen akan dikeluarkan apabila dibayar fee yang ditetapkan. Semua bayaran fee lesen hendaklah dimaksudkan ke dalam kumpulan wang disatukan negeri atau kumpulan yang mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan.

Fasal 12 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa sesuatu lesen yang dikeluarkan adalah sah pada suatu tempoh yang ditentukan oleh pegawai perlesen tetapi tidak boleh melebihi satu tahun.

Fasal 13 memperuntukan setiap lesen yang dikeluarkan hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh pegawai perlesen. Fasal ini juga memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM30 ribu ataupun pemenjaraan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan larangan ke atas mana-mana orang yang mengadakan hiburan yang mengandungi, mempromosi, mempunyai atau diselitkan dengan unsur yang dinyatakan dibawah perenggan A sehingga H. Fasal ini juga memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM30 ribu atau pemenjaraan selama tempoh 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Fasal 15 bertujuan untuk memberi kuasa kepada pegawai perlesen untuk menghendaki mana-mana orang memberikan cagaran tidak melebihi RM50 ribu dalam bentuk yang akan ditentukan oleh pegawai perlesen bagi pematuhan apa-apa syarat sekatan peruntukan enakmen yang dicadangkan atau peraturan-peraturan dibawahnya.

Fasal 16 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan tidak mempamerkan lesen tempat hiburan dan lesen hiburan di tempat hiburan pada setiap masa.

Fasal 17 bertujuan untuk memperuntukan bahawa lesen tidak boleh diperbaharui sebagai suatu hak.

Fasal 18 bertujuan untuk memberi kuasa pada pegawai perlesen untuk membatalkan suatu lesen jika berlaku pelanggaran mana-mana syarat sekatan atau peruntukan dibawah enakmen yang dicadangkan atau peraturan-peraturan dibawahnya.

Fasal ini juga menyatakan perlaksanaan penyampaian notis pembatalan dan penyampaian itu tidak menghalang suatu pendakwaan dibuat ke atas mana-mana orang yang melakukan pelanggaran tersebut.

Fasal 19 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa rayuan terhadap keputusan syarat dan sekatan untuk oleh pegawai perlesen perlu ditahankan cagaran dan pembatalan lesen boleh dimaklumkan

secara bertulis pada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas diberitahu tentang keengganan pelanggaran syarat atau sekatan pelucuthakan cagaran atau pembatalan lesen.

Fasal 20 bertujuan untuk mengadakan peruntukan melarang mana-mana orang memberikan, membahagi-bahagikan, menjual atau menawarkan untuk menjual apa-apa tiket atau mekanisme yang seumpamanya sama ada secara fizikal atau elektronik untuk menghadiri mana-mana hiburan melainkan jika permohonan lesen telah diluluskan. Fasal ini juga memperuntukan hukuman bagi apa-apa pelanggaran.

Fasal 21 bertujuan untuk memperuntukan keperluan untuk mendapatkan kebenaran pemunya atau pengurusan tempat hiburan atau oleh pengelola hiburan bagi menjual membahagikan, mengedarkan atau menawarkan atau mempamerkan tiket atau mekanisme seumpamanya bagi memasuki suatu tempat hiburan ditempat atau mekanisme elektronik yang ditetapkan.

Bahagian 4 Enakmen yang dicadangkan memperkatakan peruntukan berhubungan dengan penguatkuasaan, penyiasatan, penangkapan, penyitaan pelucut hakkan dan lain-lain.

Fasal 22 bertujuan untuk memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor atau mana-mana orang diberi kuasa untuk masuk tanpa waran atau notis mana-mana tempat hiburan yang sedang diadakan atau dicadangkan hendak diadakan pada bila masa yang munasabah dengan tujuan untuk menentukan sama ada gejala sama ada segala peraturan-peraturan dibawah enakmen yang dicadangkan dipatuhi.

Fasal 23 bertujuan untuk memberi kuasa kepada pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor atau orang diberi kuasa untuk menutup suatu tempat hiburan jika berlaku apa-apa pelanggaran.

Fasal 24 bertujuan untuk memberi kuasa pada pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor atau orang diberi kuasa untuk menghendaki mana-mana orang yang dipercayai melakukan kesalahan dan memberikan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamatnya.

Fasal 25 bertujuan untuk memberi kuasa kepada pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor atau orang diberi kuasa menangkap tanpa waran terhadap mana-mana orang yang dipercayai telah melakukan suatu kesalahan terhadap enakmen yang dicadangkan.

Fasal 26 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengeledah mana-mana tempat dan memeriksa mana-mana orang yang dipercayai mempunyai kaitan dalam pengurusan atau penganjuran hiburan tersebut.

Fasal 27, 28, 29 dan 30 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubungan dengan penyitaan dan pelucuthakan dan barang-barang sitaan dibawah enakmen yang dicadangkan. Mahkamah membuat perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan apa-apa jua barang yang disita tetapi jika dibuktikan bahawa sesuatu kesalahan yang telah dijalankan dan bahawa benda-benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melaksanakan kesalahan itu.

Perintah pelucuthakan adalah dibuat jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa jua barang yang disita. Benda-benda itu hendaklah disifatkan telah terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar melainkan jika tuntutan dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam Fasal 30.

Fasal 31 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubungan dengan kos menanggung barang yang di sita hendaklah menjadi hutang yang perlu dibayar pada Pihak Berkuasa Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya mana-mana orang yang didapati bersalah atas suatu kesalahan.

Fasal 32 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada seorang berhak kepada kos atau ganti rugi dalam mana-mana prosiding di hadapan mahkamah yang berbangkit daripada apa-apa penyitaan melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Fasal 33 memperuntukkan penghalangan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor atau mana-mana orang yang diberi kuasa dalam perjalanan tugas-tugas mereka akan menjadi suatu kesalahan yang boleh di denda tidak melebihi RM10 ribu atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Fasal 34 memperuntukan mana-mana orang yang menggunakan atau mendedahkan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat adalah melakukan suatu kesalahan.

Fasal 35 memperuntukan kuasa pegawai polis adalah disifatkan tidak disentuh.

Bahagian 5 Enakmen yang dicadangkan memperkatakan peruntukan yang berhubungan pendakwaan.

Fasal 36 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pendakwaan bagi kesalahan dibawah enakmen yang dicadangkan boleh dimulakan dengan keizinan pendakwa raya.

Fasal 37 bertujuan untuk memperuntukkan mana-mana orang yang melakukan atau meninggalkan apa-apa perbuatan atau perkara yang bersalahan dengan Fasal 7 adalah dianggap telah dilakukan oleh atau dengan kebenaran penduduk atau pemunya premis atau tanah itu.

Fasal 38 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pemunya dianggap melakukan kesalahan dibawah Fasal 7 hendaklah memberi maklumat yang diperlukan untuk membuktikan kesalahan tersebut telah dilakukan oleh orang lain.

Fasal 39 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa seseorang penduduk yang berada di dalam tempat hiburan atau melarikan diri dari tempat hiburan dianggap telah mengadakan hiburan tanpa lesen.

Fasal 40 memperuntukkan prinsipal atau majikan dianggap melakukan kesalahan dibawah enakmen yang dicadangkan terhadap apa-apa perbuatan ataupun perkara dilakukan atau ditinggal oleh ejen, penjawat ataupun pekerja.

Fasal 41 bertujuan untuk memperuntukkan supaya pengarah, pengurus setiausaha atau pegawai yang seumpamanya bagi sesuatu kumpulan orang sama ada di perbadankan atau tak diperbadankan boleh disifatkan liabiliti bagi sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya atau bahawa telah melakukan usaha sewajarnya untuk mencegah pelakuannya.

Fasal ini juga menjadikan seseorang pengkongsi, ejen atau pengkhidmatnya bertanggungan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan pekongsinya melainkan jika dia membuktikan kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang perlu untuk mencegahnya. Fasal 42 bertujuan untuk memberi kuasa kepada pegawai pelesen atau orang diberi kuasa untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan yang ditetapkan sebagai boleh di kompaunkan. Fasal 43 menyatakan penalti am bagi kesalahan-kesalahan jika tiada penalti yang nyata diperuntukan baginya. Bahagian 6 Enakmen yang dicadangkan berhubung dengan peruntukan-peruntukan yang dinamakan perkara am. Perkara 44 memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk meminda jadual-jadual. Fasal 45 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengecualikan apa-apa hiburan dan tempat-tempat hiburan daripada peruntukan enakmen yang dicadangkan. Fasal 46 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri membuat peraturan-peraturan enakmen yang dicadangkan. Fasal 47 bertujuan untuk mengadakan peruntukan pemansuhan. Dan akhir sekali, fasal 48 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian dan peralihan. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli Dewan sekalian kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membuat Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Kelantan Tahun 2024 ini. Akhirnya Kerajaan Negeri Kelantan berharap agar Rang Undang-Undang

Kawalan Hiburan atau Tempat-Tempat Hiburan di Kelantan 2024 ini akan mendapat sokongan penuh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya mohon mencadangkan.

Puan Hjh Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar Suatu Enakmen bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan dan pelesenan hiburan dan tempat-tempat hiburan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang tersebut bagi perbahasan.

[ PERBAHASAN OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT ]

Chempaka.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, Alhamdulillah setelah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita dapat bersama-sama pada hari ini untuk membincangkan suatu agenda yang amat penting bagi negeri kita iaitu setelah penggubalan RUU Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat Hiburan Kelantan 2024.

Pada kesempatan pada kali ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada pihak yang terlibat dalam penggubalan dan pembentangan enakmen baru ini yang bertujuan untuk menggantikan enakmen lama yang telah sekian lama diguna pakai. Usaha ini mencerminkan komitmen kita dalam memastikan pelaksanaan undang-undang yang relevan dengan perkembangan semasa selari dengan nilai-nilai murni yang kita pegang sebagai sebuah negeri yang bercita-cita untuk membawa asas-asas islam.

Perubahan ini juga saya percaya bahawa adalah untuk disesuaikan dengan keperluan semasa lantaran peredaran zaman yang memasukkan unsur-unsur tafsiran semula hiburan untuk merangkumkam aktiviti hiburan moden seperti jualan tiket secara digital dan promosi yang dibuat secara digital serta memperkenalkan permohonan lesen penjualan tiket dan serahan notis secara elektronik yang selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, salah satu penambahbaikan ketara dalam enakmen baru ini ialah peningakatan kadar denda untuk beberapa kesalahan seperti yang kita dapat lihat dalam apa ini kesalahan kerana mengadakan hiburan tanpa lesen daripada RM20 ribu kepada RM50 ribu. Peruntukan untuk yang berlanggar lesen, lesen yang melanggar syarat atau sekatan daripada RM10 ribu kepada RM30 ribu dan ada juga berkenaan dengan kadar cagaran untuk mengadakan hiburan dinaikkan daripada kadar RM20 ribu kepada RM50 ribu.

Peningkatan hukuman ini bukan sahaja memberi isyarat jelas kepada pengangjur hiburan yang tidak bertanggungjawab malah menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memastikan segala peraturan yang digariskan itu dipatuhi. Dia memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba melanggar undang-undang sama ada dengan sengaja atau tidak, sama ada tidak memohon permit ataupun gagal mematuhi syarat yang ditetapkan bahawa tindakan tegas akan di ambil terhadap mereka.

Saya juga ingin menarik perhatian kepada insiden yang berlaku baru-baru ini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok di mana Pihak Berkuasa sehingga terpaksa mengambil tindakan drastik dengan mematikan bekalan elektrik untuk menghentikan aktiviti hiburan yang tidak mematuhi peraturan. Tindakan ini walaupun tegas tentunya bukan sahaja yang kita harapkan berlaku lagi di masa hadapan. Ia bukan sahaja menyebabkan kesipuan kepada pihak yang terlibat tetapi juga menimbulkan persepsi negatif di kalangan masyarakat. Dengan penggubalan enakmen baru ini kita berharap insiden seperti ini dapat di elakkan melalui penguatkuasaan yang lebih tersusun dan berkesan.

Saya juga mengalukan beberapa penambahbaikan lain seperti larangan terhadap aktiviti hiburan yang mengandungi atau mempromosikan

unsur-unsur bercanggah dengan akhlak tatasusila dan moral. Ini termasuklah aktiviti yang menyokong atau menomalisasikan LBGTQ memecah belahkan keharmonian kaum, menghina agama serta pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

Satu lagi pembaharuan yang saya ingin sentuh ialah berkenaan dengan anggapan-anggapan dalam bahagian lima pendakwaan yang melibatkan anggapan mengenai pesalah, anggapan terhadap pemunya premis, anggapan mengenai penduduk dan kesalahan oleh majikan. Anggapan-anggapan ini memberikan penekanan kepada tanggungjawab setiap individu sebagai anggota masyarakat.

Sebagai contoh jika hiburan yang bercanggah dengan enakmen berlaku di dalam premis atau tanah milik seseorang maka pemilik tersebut bertanggungjawab untuk melaporkannya kepada Pihak Berkuasa. Ia mengajar kepada kita bahawa menjaga kain sendiri adalah penting tetapi pada masa yang sama kita juga perlu prihatin terhadap kain orang lain.

Tanggungjawab bersama ini penting untuk memastikan perlaksanaan undang-undang yang lebih berkesan. Kita tidak boleh bersikap lepas tangan kerana setiap tindakan kita membawa kepada implikasi kepada masyarakat keseluruhannya. Namun saya ingin mengingatkan bahawa sebaik mana sekalipun undang-undang digubal dia tidak akan berfungsi dengan baik tanpa penguatkuasaan yang cekap dan professional. Pegawai pelesen, pegawai penguatkuasa, pegawai penyiasat dan pendakwa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keberkesanan undang-undang ini.

Saya mencadangkan agar satu program latihan komprehensif disediakan untuk semua pihak yang terlibat dalam penguatkuasaan enakmen ini. Saya difahamkan bahawa berdasarkan kepada Fasal 1 enakmen ini akan mula berkuatkuasa pada 01 Januari 2025 lebih kurang sebulan saja lagi dan tentulah latihan ini amat perlu kerana ia sepatutnya merangkumi aspek pemahaman undang-undang, teknik penguatkuasaan serta pendekatan yang bijaksana dalam menangani isu-isu berkaitan. Dengan persediaan yang rapi kita yakin bahawa setiap pegawai dapat melaksanakan tugas mereka dengan integriti dan kompetensi yang tinggi.

Seterusnya Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, menyentuh khusus berkait dengan peruntukan dalam RUU ini saya ingin mencadangkan beberapa perkara. Yang pertama adalah mengenai penggunaan sistem digital yang kita sekarang ini berada dalam dunia digital. Saya mencadangkan bahawa proses permohonan lesen seperti yang diperuntukan pada bahagian 2, bahagian 3 boleh dipermudahkan melalui perlaksanaan sistem digital sepenuhnya. Sistem ini akan membolehkan pemohon memantau status permohonan secara masa nyata meningkatkan ketelusan dan mengurangkan peluang untuk salah guna kuasa.

Penggunaan sistem digital ini juga penting untuk mempercepatkan proses perlesenan dan meningkatkan ketelusan yang mana ia boleh menjadi penyelesaian yang efektif untuk mengelakkan campur tangan manusia yang boleh mengundang ketidakadilan dalam proses perlesenan.

Yang kedua, Fasal 10 dalam enakmen RUU ini memberikan kuasa budi bicara kepada pegawai pelesen. Tetapi garis panduan operasi yang jelas dan spesifik sepatutnya perlu disediakan untuk memastikan keputusan yang dibuat itu adalah berdasarkan kepada kriteria objektif bagi mengelakkan salah guna kuasa. Saya percaya bahawa besar kemungkinannya tidak ada, tidak akan berlaku tetapi ialah kita sebagai manusia tentulah perkara tersebut boleh berlaku. Jadi sebab itulah kita memerlukan kepada satu garis panduan yang jelas bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan budi bicara pegawai.

Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, enakmen baru ini adalah merupakan satu langkah yang besar ke arah memastikan hiburan Kelantan terus berkembang serta terkawal, beretika dan harmoni dengan prinsip islam. Ia bukan bertujuan untuk menyekat hiburan tetapi adalah untuk memastikan ia dilaksanakan dalam kerangka yang memelihara nilai-nilai agama dan budaya kita.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan tahniah pada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan RUU ini semoga ianya menjadi pemangkin kepada sebuah masyarakat yang lebih harmoni dan bertanggungjawab. Saya pohon untuk menyokong. Sekian,

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و

Speaker

Galas.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Mulia Speaker. Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah pun mengangkat pindaan enakmen kawalan hiburan di mana kita akan sama-sama in shaa Allah sama-sama menyokong cadangan Rang Undang-Undang RUU Kawalan Hiburan Dan Tempat Hiburan 2024.

Dalam perbahasan pada kali ini Yang Berhormat Dato’ Speaker saya gemar untuk mengutarakan beberapa pertanyaan dan cadangan untuk perhatian dan juga pertimbangan daripada Kerajaan Negeri untuk kita sama-sama melihat RUU ini bukan saja memberi manfaat kepada kerajaan tetapi dalam masa yang sama ia juga memberi manfaat kepada rakyat di negeri kita ini.

Yang pertama ialah berkaitan dengan isu kebebasan dan hak asasi. Bagaimanakah RUU ini menjamin keseimbangan antara kawalan hiburan dan hak asasi rakyat Kelantan untuk berhibur secara bermoral seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dan apakah mekanisme untuk memastikan kuasa penguatkuasaan tidak disalahgunakan hingga menghakis hak individu ataupun kumpulan tertentu.

Dari segi ekonomi saya begitu berharap dan teruja dengan tindakan anak-anak muda kita yang melaksanakan trend, mengadakan ekspo di setiap daerah. Dan saya kira di daerah-daerah kita telah pun didatangi oleh anak-anak muda kita yang menganjurkan ekspo dan dalam masa yang sama mereka membawa konsep hiburan untuk memasarkan produk-produk mereka, SME dan sebagainya.

Saya ambil contoh yang paling berjaya yang ada di negeri kita seperti Yaya Empire, Raja Perfume dan juga Mega Ekspo Bossku yang berjaya menarik minat puluhan ribu untuk hadir ke ekspo mereka. Dan ramai anak-anak muda kita yang terlibat dengan “business online” yang terlibat dengan SME berjaya memasarkan produk masing-masing. Apabila ramai yang datang ke ekspo mereka maka produk mereka akan laku. Dan cara tarikan mereka ialah melalui hiburan. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh sahabat kita sebentar tadi, Chempaka berkaitan dengan insiden yang berlaku di Universiti Malaysia Kelantan.

Walaubagaimanapun, alangkah elok ataupun lebih harmoni kalau kita menggunakan budi bicara sebagaimana yang dikatakan oleh Chempaka tadi pada malam tersebut saya melihat secara live ada lebih kurang 10 000 apa ni pengunjung yang datang masuk ke Universiti Malaysia Kelantan. Benar mungkin ada kekhilafan dari segi permohonan permit dan sebagainya tetapi cara kita mematikan bekalan elektrik dilihat agak kurang harmoni. Benar mungkin dari segi undang-undang ia betul. Tetapi dari segi budi bicara dengan kehadiran puluhan ribu yang datang ke Universiti Malaysia Kelantan dan tindakan itu sedikit sebanyak menggambarkan kepada kita tidak ada budi bicara…

[MENCELAH]

Boleh minta laluan…

…. kerana …

Sikit jah. Galas, terima kasih Galas. Soalan saya, adakah… pencerahan daripada Galaslah yang malam dekat, dekat UMK tersebut, Galas menonton secara live, kebetulan saya pun ada di situ. Saya lagi live daripada Galas.

Speaker

Yang Berhormat tengok konsert jugok?

Kebetulan dekat rumah saya dan saya pergi membeli belah di situ. Kebetulan XPDC baru start satu lagu. Dan soalan saya, dalam kawasan Universiti tersebut sesuai ataupun tidak sebenarnya dengan konsert XPDC, konsert rock yang berat begitu?

Terima kasih. Saya kira Yang Berhormat pergi bukan sekadar untuk membeli-belah tetapi juga mungkin untuk melihat konsert XPDC, mungkin, mungkin.

[MENCELAH] Saya minat SEARCH.

Dan pada saya XPDC mungkin Yang Berhormat tidak pernah lihat sebelum daripada ini. Dan apa tujuan mungkin 10 ribu pengunjung yang dikatakan hampir 10 ribu pengunjung datang pada malam itu mungkin kerana minat kepada kumpulan ini.

[MENCELAH] Melor mintak sikit?

Kalau sekiranya … ambo perabih hokni dulu. Pahtu ambo wi ko Melor.

Marin ambo bui ko Galas …

Takpo ambo bui pahni, kita perabih apa ni Jelawat dulu. Begini maksud saya Yang Berhormat. Pada malam tersebut kita ada peruntukan undang-undang iaitu mengenakan denda RM20 ribu kepada penganjur. Cadangan saya alangkah murni, lebih murni kita mengenakan denda kepada penganjur selepas penganjuran kerana apa? Kerana malam itu ramai yang datang dan ramai yang datang membeli-belah.

Saya tidak menghalang penguatkuasaan undang-undang, maksud sayanya saya tidak menghalang tetapi alangkah lebih murni andai kira ada budi bicara kerana orang telah ramai datang dan polimik ini berlangsung. Saya kira Yang Berhormat pun tahu perkara ini dan kita kira ianya boleh kita bincangkan bersama, itu sahaja cadangan saya. Tetapi saya tidak halang itu kuatkuasa dan juga kuasa undang-undang yang diambil oleh pihak yang terlibat…

Speaker

Melor minta laluan?

Sikit yah, sikit yah … kalau boleh saya tambah tutup lampu di UMK itu sudah pukul 12 dah. Pukul 12 malam tu nok nyanyi lagi. Tok munasabah la kalau pihak berkuasa kita tidak ambil tindakan apa-apa …

Speaker

Yang Berhormat …

Saya dimaklumkan Dato’ Speaker … terima kasih.

Saya setuju, saya setuju dengan persoalan Dato’ Speaker. Tadi pun Jelawat ada jawab doh baru satu lagu lampu dimatikan. Jadi nih Yang Berhormat tidak mati pukul 12. Demo ni pun tahu sebab penganjuran

seperti ini bukan kali pertama dan ambo raso Melor pun keno buat jugoklah nok tengok ramai orang mari. Baik yang kedua … sila …

Speaker

Kota Lama minta laluan …

Tok habis doh hari ni …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Sikit sahaja YB Galas. Saya juga ingin menyatakan apa sokongan kita kepada sebarang penambahbaikan undang-undang di negeri kita termasuk RUU kawalan hiburan dan tempat hiburan ini asalkan ianya akan bermunafaat untuk rakyat. Cuma mungkin tambahan saya kepada Galas ya baru-baru ini kita kira sambutan kemerdekaan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan selain pembarisan terdapat juga aktiviti hiburan yang dipersembahkan ya. Dan kita juga dalam keadaan begitu kita nampak juga berlaku contohnya ada juga diadakan penganjuran Half Marathon KB ini …

Speaker

Soalan, soalan Yang Berhormat …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Ya, kita lihat ada juga percampuran di antara lelaki dan perempuan, jadi seolah-olah ini kita bercakap tadi tentang perlaksanaan apa ni akta ini dibawah oleh perlaksana sedangkan tadi disebutkan tentang program-program yang dijalankan oleh anak-anak muda ya pengusaha kosmetik ini yang dianjurkan di perkarangan MYDIN MALL Tunjong itu dikenakan pelbagai syarat. Jadi kita amat bimbang …

Speaker

Soalan Yang Berhormat, soalan …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Jadi …

Speaker

Apa soalannya …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Sebenarnya ini adalah untuk menyokong apa yang disebutkan oleh Galas. Kita tak mahu ada …

Speaker

Yang Berhormat boleh berucap lepas ini …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

…. ada double standard yang, yang berlaku nanti dalam perlaksanaan.

Speaker

Yang Berhormat mengambil masa Galas.

Baik saya bersetuju dengan, saya faham maksud Kota Lama tadi Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dalam kita melaksanakan Rang Undang-Undang ini jangan ada diskriminasi ataupun pilih kasih. Jangan kita nampak Rang Undang-Undang ini terpakai untuk orang lain tetapi tidak untuk kita program-program Kerajaan Negeri. Makanya kita mengharapkan agar Rang Undang-Undang ini juga terpakai untuk semua pihak secara adil, telus dan tidak pilih kasih. Kemudian dari segi perlaksanaan saya juga nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah definisi jelas …

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

[MENCELAH] Yang Berhormat Dato’ Speaker …

Bercanggah dengan akhlak dan moral. Yang Berhormat Speaker, saya tidak bercadang untuk memberi laluan lagi kerana telah banyak masa di ambil …

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Sikit saja Yang Berhormat …

Kecuali Yang Berhormat Speaker nak tambah masa untuk saya …

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Boleh ambik masa untuk soalan?

Speaker

Bergantung pada Yang Berhormat Galas kalau dia bagi laluan, boleh …

Kalau Yang Berhormat Dato’ Speaker kata boleh tambah masa …

Speaker

Masa takde tambahan … masa biasa saja.

Ok minta maaf Tendong … kita bincang luar lah.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Sikit tokleh sikit?

Kita bice luarlah. Yang Berhormat Dato’ Speaker apakah definisi hiburan yang bercanggah dengan akhlak dan moral? Adakah ia bergantung kepada tafsiran individu atau ada garis panduan konkrit berkenaan dengan perkara ini. Bagaimana dengan hiburan ataupun tempat hiburan masyarakat bukan islam? Seperti di kawasan saya kita ramai masyarakat orang Asli, adakah ada peruntukan tambahan berkenaan dengan akta ini untuk mereka yang bukan beragama islam?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi Yang Berhormat EXCO ada membacakan berkenaan dengan penyitaan peralatan elektronik. Dalam situasi menyita peralatan elektronik ini, apakah prosedur untuk melindungi hak pemilik peralatan termasuk hak untuk merayu dan menuntut ganti rugi dan saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan Chempaka sebentar tadi berkenaan dengan penguatkuasaan denda daripada RM20 ribu kepada RM50 ribu ialah satu ketegasan daripada kita.

Cuma pertanyaan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan denda daripada RM20 ribu kepada RM50 ribu, adakah satu impirical study telah dibuat memandangkan angka RM50 ribu ini cukuplah tinggi terutamanya kepada anak-anak muda kita pasca pandemik untuk mengadakan program-program expo yang melibatkan acara hiburan.

Dan Yang Berhormat Dato’ Speaker, adakah kenaikan denda dinyatakan dalam Rang Undang-Undang ini berdasarkan stastistik atau data yang menunjukkan hukuman sebelum ini tidak berkesan daripada RM20 ribu kepada RM50 ribu. Adakah hukuman RM20 ribu baru-baru ini tidak berkesan?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga nak bertanya adakah Kerajaan Negeri sebelum daripada kita berunding di sini untuk mencapai kata sepakat telah mengadakan libat urus dengan ataupun mengambil pandangan semua pihak termasuk daripada pengusaha hiburan, belia dan masyarakat umum sebelum daripada RUU ini dibentangkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga nak bertanya berkenaan dengan hiburan dalam kawasan sekolah, IPT dan juga premis persendirian. Tadi Chempaka ada sebut kalau sekiranya ada orang buat dalam kawasan kita, tanah kita, kita boleh laporkan. Tapi bagaimana kalau di kawasan persendirian sendiri ataupun dalam kawasan rumah dia sendiri dia buat hiburan ataupun panggil artis dan sebagainya. Jadi adakah ia juga terguna pakai di dalam enakmen ini. Dan saya juga berharap kawalan hiburan ini benar-benar memberi impak positif kepada pembangunan moral masyarakat.

Dan Yang Berhormat Dato’ Speaker, telah adakah kajian atau data konkrit yang menunjukkan hubungan langsung dengan hiburan tertentu dengan kemerosotan moral ataupun tatasusila di negeri kita ini. Dan kita berharap benda ini tidak ada berkaitan kerana sebelum pada akta ini bukan akta baru, akta hiburan ini telah ada sejak daripada tahun 1998. Cuma sekarang ini kita nak bubar untuk menambahbaik enakmen akta hiburan ini.

Dan sekali lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bersetuju dan menyokong penuh enakmen pindaan ini Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan Dan Tempat Hiburan 2024, cumanya saya selarilah dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Besar yang menyatakan bahawasalah marilah sama-sama kita mencari jalan untuk memudahkan bukan memayahkan dan kalau boleh saya dengar daripada Yang Berhormat EXCO mengatakan nak mendapatkan permit untuk melaksanakan program-program yang bersifat hiburan ini perlu melalui banyak peringkat.

Jadi banyak peringkat ini bagus dari segi pemantauan tetapi dari segi birokrasinya kena tengok juga Yang Berhormat EXCO takut-takut ianya payah sebagaimana yang di amal sekarang saya rasa dah cukup kena ada daripada penggawa, kena ada daripada majlis, kena ada daripada ketua polis itupun mungkin sudah mengambil masa yang lama.

Dan adakah prosedur khas ditetapkan berapakah tempoh masa yang boleh dipatuhi selepas daripada permohonan data. Mungkin ada satu garis panduan dalam tempoh berapa hari kelulusan akan keluar ataupun keputusan akan keluar sama ada lulus ataupun tidak lulus. Yang nak

berhibur, kita. Dan yang nak menganjurkan hiburan ini juga saya percaya ialah rakyat kita. Maka dalam kita nak menguatkuasakan undang-undang eloklah kiranya saya ulangi budi bicara, amaran dan pengajaran lisan dan kaunseling sebagaimana hasrat dan juga cadangan daripada EXCO Agama kita, kita nak educate rakyat kita ini supaya mematuhi dan dalam masa yang sama kita tak nak kejadian-kejadian pelanggaran kepada undang-undang ini berulang. Maka wajarlah kalau kesalahan yang pertama itu dibukakan ruang rayuan. Tetapi bukan kita nak menggalakkan untuk mereka melanggar peraturan. Ianya untuk memberi ruang kepada mereka supaya tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang berkaitan dengan pelanggaran undang-undang. Galas mohon menyokong, terima kasih.

Speaker

Ada yang nak ? kalau takde sape-sape, Kemuning, sila.

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah memberikan ruang kepada Kemuning untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan Tahun 2024 yang dirangka untuk menggantikan Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam merangka Rang Undang-Undang ini.

Alhamdulillah, Enakmen Kawalan Hiburan Rang Undang-Undang yang kita bentangkan pada hari ini telah diluluskan pada tahun 1998 bagi menggantikan enakmen sebelum itu iaitu Enakmen Panggung Wayang Dan Tempat Hiburan Awam 1936. Maknanya sebelum daripada mula merdeka hingga tahun 1998 negeri kita ini menggunakan undang-undang hiburan yang diperkenalkan oleh penjajah bagi tahun 1936 dengan

beberapa pindaan yang dibuat kemudiannya. Dengan terbatalnya Enakmen Hiburan 1936 pada tahun 1998 barulah Kerajaan Negeri Kelantan pada masa itu mempunyai kuasa yang luas untuk mengawal semua jenis kesenian dan hiburan dalam negeri ini pada waktu itu.

Kini 26 tahun telah berlalu. Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 digunakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan tanpa dibuat sebarang pindaan sehingga ke hari ini. Namun sesuai dengan situasi dan keadaan semasa wajarlah pada hari ini kerajaan membentangkan satu Rang Undang-Undang baru bagi menggantikan enakmen tersebut. Secara dasarnya dan pada asasnya saya menyokong penuh rang undang-undang yang dibentangkan. Namun setelah saya meneliti dari satu fasal ke satu fasal saya merasakan perlu ada sedikit penjelasan atau penambahbaikan berkenaan beberapa perkara dalam Rang Undang-Undang ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mula-mula saya nak rujuk pada bahagian 4 Dato’ Speaker, Fasal 22 hingga 32 mukasurat 96 sehingga 104 Rang Undang-Undang yang dibentangkan berkaitan dengan penguatkuasaan iaitu kuasa memasuki, menyiasat, menutup, menangkap dan mendapatkan maklumat daripada orang yang disyaki melakukan kesalahan menggeledah tempat yang disyaki seterusnya kuasa menyita barang yang digunakan sebagai alat hiburan itu dan akhirnya kuasa melupuskan atau disebut dalam Rang Undang-Undang ini sebagai lucut hak.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, penguasaan seperti mana yang telah disebutkan dalam bahagian 4 ini ialah elemen kritikal sahaja. Jarang-jarang berlaku tapi pada pandangan saya memerlukan penambahbaikan kepada peruntukan sedia ada untuk memastikan perlaksanaannya adil dan berkesan. Contohnya kuasa untuk masuk dan menyiasat tanpa waran dalam Fasal 22 adalah langkah drastik yang hanya boleh digunakan dalam keadaan kritikal namun ia memerlukan garis panduan operasi yang ketat untuk mengelak penyalahgunaan kuasa dan melindungi hak asasi pemilik premis.

Pada pandangan saya penguatkuasaan undang-undang ini memerlukan integrasi teknologi seperti penggunaan kamera badan untuk pegawai

penguatkuasa merekodkan tindakan mereka. Ini bukan sahaja memastikan ketelusan dan pemantauan terhadap tindakan pegawai tersebut tetapi juga menjadi bukti kukuh jika terdapat pertikaian undang-undang kemudiannya.

Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar diadakan satu latihan berterusan sepertimana yang telah disebutkan oleh Chempaka sebentar tadi untuk pegawai penguatkuasa. Latihan ini boleh dibuat secara berkala mengenai tafsiran enakmen ini prosedur penguatkuasaan dan komunikasi dengan masyarakat. Dengan adanya latihan ini akan meningkatkan professionalisme dan kepercayaan masyarakat terhadap penguatkuasaan.

Untuk permulaan tindakan awal yang wajib dibuat dan saya percaya memang akan dibuat adalah sesi penerangan atau taklimat ataupun kursus kepada semua penguatkuasa berkenaan enakmen ini sendiri. Apa beza dengan Enakmen 1998 dan apa yang boleh mereka buat, apa yang mereka tak boleh buat, boleh ditaklimatkan.

Cadangan saya lagi agar dibuat audit oleh badan bebas berkenaan penguatkuasaan sepertimana daripada Fasal 27 hingga 30 untuk memastikan setiap tindakan yang dibuat adalah mematuhi undang-undang dan etika professional. Jika ada penambahbaikan dari segi audit sebegini saya percaya penguatkuasaan yang dibuat akan lebih telus professional dan diterima baik oleh masyarakat.

Ok yang Dato’ Speaker, Yang Berhormat Dato’ Speaker itu cerita semasa tangkapan. Sekarang saya ingin bercerita pula tentang penyitaan. Ini selepas menyita barang-barang ada dua kemungkinan akan berlaku sama ada barang-barang tersebut akan dilucut hak dan lupus, dilupuskan ataupun barang tersebut dilepaskan dan dikembalikan kepada pemunya asal. Terutama sekali saya nak cerita pasal lucut hak. Lucut hak ni dilupuskanlah. Maksudnya lepas tangkap dan sita barang siasatan dibuat dan mendapati apa dia kalau tengok, kejap ya. Lucut hak ni boleh berlaku dalam dua situasi. Fasal 29 jika orang yang ditangkap itu didakwa pelucutan hak, pelucuthakan jika ada pendakwaan dan Fasal 30 jika tiada pendakwaan pun kena lucut hak juga apabila tamat satu bulan dari tarikh penyitaan.

Kita tengok Fasal 30 mukasurat 102, kalau tiada pendakwaan maksudnya selepas tangkap dan sita barang dan siasatan dibuat dan mendapati tiada kesalahan dilakukan maka tiada pendakwaan dan orang itu akan dilepaskan tapi barang tak lepas secara automatik. Dia kena buat satu notis bertulis untuk memohon balik barang itu. Kalau dia tak buat notis bertulis barang itu akan lupus selepas satu bulan. Ini kalau dia pandai buat surat sendiri, notis bertulis sendiri oklah. Kalau dia jumpa lawyer, lawyer akan caslah sikit. Jadi cadangan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, takpe kalau jumpa saya, kita boleh rundinglah harga muroh-muroh. Jadi cadangan saya Dato’ Speaker, Yang Berhormat Dato’ Speaker, supaya disediakan satu borang khas, boring khas yang standard yang bertindak sebagai notis bertulis tersebut. Jadi tak perlulah orang yang menuntut tu pening kepala nak buat surat. Borang ini boleh di jadualkan dilampirkan sebagai jadual kepada enakmen ini ataupun diletakkan di mana-mana peraturan dibawah enakmen ini kemudiannya.

Kita tengok Fasal 30(3), pegawai pelesen boleh bagi balik kepada orang tersebut barang-barang tu ataupun dia boleh rujuk kepada Majistret. Ini tiada pendakwaan ni kepala dia pelucuthakan kan jika tiada pendakwaan. Pendakwaan takde tapi barang-barang itu selepas dapat notis bertulis itu pegawai pelesen boleh bagi balik kepada orang itu atau dia boleh rujuk kepada Majistret. Arr masuk mahkamah pulok, lawyer lagi. Duit lagi lawyer. Tapi takpe cuma saya mencadangkan comel doh, cantik supaya benda ini mendapat satu apa dia keputusan yang adil di mahkamah. Cantik sebenarnya cuma saya ingin mencadangkan agar diadakan satu garis panduan khusus yang mesti dipatuhi oleh pegawai pelesen.

Dalam situasi mana pegawai pelesen hendaklah mengembalikan barang yang di sita dan dalam keadaan mana pegawai pelesen perlu rujuk kepada mahkamah supaya tidak ada pilih kasih. Kot-kot ada setengah-setengah keadaan eh dia dapat balik barang yang disita. Dalam keadaan tertentu eh dia kena rujuk mahkamah, jadi dia ada satu garis panduan khusus yang boleh juga dibuat kemudian, In Shaa Allah. Itu kalau gi mahkamah lah. Kalau kita tok gi mahkamah, barang-barang itu hendaklah dikembalikan balik kepada pemunya dan dia dibaca sekali dengan kurungan (8).

Apabila dibagi balik kepada pemunya, pegawai pelesen boleh mengarahkan supaya barang, benda, dokumen atau peranti elektronik

yang disita dilepaskan menurut sub seksyen (3) haa yang tadilah. Orang yang menuntut itu hendaklah membayar apa-apa bayaran termasuk kos bagi memindah, menyita dan menyimpan benda itu dalam jagaan sebelum benda itu dilepaskan.

Jadi bab-bab kos ini juga saya mohonlah supaya benda ini boleh di tidak menjadi satu kewajipan ataupun ada satu garis panduan berkenaan dengan kos agar ia tidak membebankan rakyat kitalah dalam membayar kos ini supaya ia menjadi satu kos yang mana boleh di, boleh diterima oleh semua orang untuk membayarnya, in shaa Allah.

Dan kalau boleh sekiranya ada pulok satu pengecualian boleh diberikan oleh pegawai pelesen kepada orang-orang tertentu. Naya jugok kalau barang tu barang dia takpo kalau contohnya Pusat Khidmat DUN bagi pinjam barang. Barang itu kena sita. Tok pasal-pasal Pusat Khidmat DUN kena bayar pulok…

Speaker

[MENCELAH]

Pusat Khidmat buat konsert ke?

Dok, contohnya ada kenduri kahwin Yang Berhormat Dato’ Speaker, contohnya ada kenduri kahwin, dia pun datanglah mitok PA sistem dengan Pusat Khidmat DUN. Pusat Khidmat DUN pun bagilah apa dia PA system dan PA sistem itu tak guna secara betul. Ada pulak artis wanita, dan disita, tiba-tiba apabila sita kita kena bayar pulok. Arr kesianlah. Begitu juga dengan orang yang menyewakan PA sistem. Orang yang menyewakan PA sistem, dia tak terlibat kalu kiranya tapi apabila disita dan tidak bersalah pun tidak didakwa pun. Tapi dia dibayar mungkin ada pengcualian-pengecualian seperti kes-kes begini untuk difikirkan kemudianlah daripada ini, in shaa Allah.

Jadi cadangan sayanya secara umumnya adalah agar pelucuthakan barang yang di sita ini yang dicipta dari fasal 27 hingga 30 ini dilakukan secara penuh ketulusan. Dan pemilik barang yang disita ini diberi peluang untuk membela diri melalui saluran undang-undang dan juga apa dia orang kata satu budi bicaralah diberikan sebelum pelucuthakan dibuat

secara muktamad. Jadi yang lain cantik belako saya baca dia suka, cuma saya mencadangkanlah agar berkaitan dengan apa yang disebutkan …

[MENCELAH] Kemuning minta sikit …

Sila, sila …

Kemuning ni setuju ke tak setuju lucut hak ni? Ialah saya pun pengalaman jadi Ahli Majlis. Dia buat konsert betullah kadang-kadang kita tak boleh tangkap pelakunya tapi kesalahan dan crime scene termasuk juga bahan-bahan bukti. Kalau kita meringankan soal pelucut hak dia dapat barang itu dia buat lagi, dop? Jadi kita kena mengetatkan undang-undang yang dicadang yang saya berpandangan bahawa untuk mengetatkan. Sebab itu ada beberapa peruntukan anggapan presumption, anggapan terhadap pemilik premis…

Speaker

Soalan Yang Berhormat ?

Soalan dia, tadilah soalan dia hok mulo-mulo. Terima kasih.

Kemuning satu, satu lagi. Kemuning minta laluan Kemuning. Ok terima kasih. Kemuning ya, setuju tak dengan saya bahawa bawah Akta Dadah, Akta Dadah berbahaya FOP, Forfeiture of Property juga ada pelucuthakan harta, terima kasih.

Ya, ya saya tahu dan saya pun tulah saya setujulah. Dan saya bersetuju akan berkenaan dengan apa dia Rang Undang-Undang ini. Saya bukan tak setuju, cuma saya ini untuk penambahbaikan boleh dibuat kemudian melalui peraturan, melalui garis panduan yang boleh dibuat kemudian.

Dan sebenarnya bagi saya undang-undang ini betul ada tapi ada benda yang boleh mengatasi undang-undang iaitu budi bicara. Budi bicara inilah yang mengatasi undang-undang yang mana boleh dipertimbangkan melalui tindakan-tindakan yang saya syorkan kepada pihak penguatkuasa dan juga pegawai pelesen dan orang-orang yang terlibatlah dalam penguatkuasaan ini.

Saya ingin memetik sedikit apa ucapan, perbahasan daripada Chempaka dan juga Galas sebentar tadi berkenaan dengan rumah apa dia satu program hiburan yang dibuat di Bachok, jadi saya, saya melihat memanglah dalam enakmen ini tiada fasal dalam undang-undang ini yang menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan program hiburan yang dibuat di rumah ibadat bukan islam ataupun majlis keagamaan bukan islam. Tapi pada pandangan saya mungkin sudah ada wajar untuk diadakan satu peruntukan khusus yang memberikan sedikit kelonggaran kepada orang bukan islam untuk membuat majlis hiburan di rumah ibadat mereka atau majlis keagamaan mereka dengan syarat-syarat yang tertentu yang mesti dipatuhi pada peraturan-peraturan yang dibuat dibawah enakmen ini kemudiannya. Sekiranya dipersetujuilah oleh apa dia di dewan yang mulia ini.

Pada dasarnya saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang lain tu memang molek belako doh. Saya memohon …

Boleh celoh sikit ?

Ya, ya …

Nak tanya Kemuning, Kemuning duk baca draf enakmen ini ada jupo ko dok, boleh ko dok …

Speaker

Yang Berhormat bagi laluan ke? Kalau bagi laluan duduk dulu.

Bunyi ya doh sakni …

Speaker

Ok sila …

Gapo doh nok tanyo sakni? Di tempat kenduri, tempat kenduri ataupun acara sambutan perasmian dan sebagainya yang juga melibatkan sambutan mungkin ada nyanyian, adakah ini juga terlibat dalam enakmen?

Ada, ada Yang Berhormat.

Speaker

Sepatut tanya EXCO tu …

Tapi soalan tu memang EXCO perlu jawablah. Memang ada, memang ada. Dia tok la royak, dia tak bagitahu secara khusus gitu. Semua kalu nok cerito belako payohlah tapi dia termasuk tempat-temapat hiburan itu ada. Ada apa-apa yang dibuat hiburan di atas. Boleh rujuk, boleh baca dan boleh diterangkan oleh EXCO kemudiannya.

Speaker

Galas biasa buat kot …

Jadi saya dengan ini menyokong, memohon untuk menyokong Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan 2024 ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Kota Lama.

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Dato’ Speaker, yang mengizinkan Kota Lama untuk bersama-sama membahaskan pindaan ataupun enakmen, pindaan enakmen kawalan hiburan dan tempat hiburan. Saya menyokong pindaan enakmen kawalan hiburan ini …

Speaker

Bukan pindaan Yang Berhormat … Ini enakmen yang baru. Bukan pindaan. Enakmen ini akan menggantikan enakmen yang lama.

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Terima kasih kerana membetulkan. Saya lihat bahawa ini adalah antara usaha Kerajaan Negeri meningkatkan pengutakuasaan dan mewujudkan garis panduan yang ditambah baik dalam mengawal hiburan dan juga tempat hiburan. Dan saya nampak ini sebagai usaha kita untuk menjalankan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar. Dan oleh sebab itu saya tolak sebarang kenyataan yang mengatakan bahawa kami yad’u anil mungkar.

Jadi ada beberapa perkara yang mungkin saya sentuh tak banyak pun. Salah satunya adalah tentang seksyen pematuhan syariah iatu pemakaian iaitu yang mana saya mahu garis panduan yang jelas kerana diperingkat perlaksanaannya nanti mungkin akan ada kefahaman atau halangan di situ, ya. Contohnya saya sebut ada satu dalam satu program Festival Srikandi yang mana penganjurnya mahu membawa women bikers seramai 300 orang ke negeri Kelantan.

Tetapi ketika perbincangan dengan pemberi lesen maka dibangkitkan tentang pemakaian women bikers ini. Jadi kita betul kita nak patuh syariah tetapi kita juga perlu menjaga sebab ia akan memberi kesan kepada pelancongan ke negeri Kelantan. Jadi ini diperingkat perlaksanaan ya Dato’ Speaker yang perlu kita jelas daripada sudut itu. Ya kita memang nak kita berpakaian syariah …

[MENCELAH] Kota Lama minta laluan …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Ya tetapi …

Kota Lama minta laluan …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Ya ok saya beri laluan …

Soalan secara ringkasnya Kota Lama. Adakah maksudnya Kota Lama ini memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja yang nak datang ke Kelantan ini kena pakai apa sahaja. Begitu?

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Jadi ini yang saya kena betulkan. Seperti semalam disebutkan bahawa kami yad’u anil mungkar. Adalah tak betul. Ini sangkaan yang amat jahat. Saya bercakap begitu …

[MENCELAH] Melor minta menjelas …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Bayangkan saya sambung …

Melor minta perjelas.

Speaker

Jawab soalan dulu.

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Ya maknanya tak betul apa sangkaan daripada Jelawat. Ada saya sebut bahawa saya mengizinkan orang lain atau saya mengizinkan berpakaian bagaimanapun …

Saya tanya …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Jadi saya jawab. Mungkin jawapan saya itu menyentuh sikit hati Jelawat. Tapi saya nak menyebutkan ya kita berpakaian syariah. Tapi dalam islam juga ianya tidak boleh menghukum orang lain yang tidak berfikir, tidak berpakaian sebagaimana yang kita pakai. Jadi ya dalam kita punya …

Kota Lama, Kota Lama saya minta laluan …

Speaker

Melor minta laluan …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Saya bagi laluan sikit lagi. Saya habis ayat dulu boleh? Arr tanya lah, tanya …

Speaker

Nak habiskan ayat …

Kita tugas ini tugas kerajaan bukan soal menghukum. Kerajaan mesti menguatkuasakan sesuatu untuk menjaga tatacara, adab dan akhlak rakyat. Bukan soal menghukum. Jadi bila kerajaan nak menguatkuasakan sesuatu mesti ada policy dan undang-undang. Dan di Kelantan kita ini polisinya sangat jelas. Jadi kena ikutlah bukan soal menghukum.

Speaker

Soalannya?

Takdok soalan, royak jah ko dio …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Jadi sebenarnya Jelawat, Melor kita ini serupo, kita nok bendo molek. Saya rasa saya tak bercanggah pun dengan Jelawat, dengan Melor dalam sudut ini. Cuma tadi kita bangkitkan tentang bila dilaksanakan dan pernah berlaku pun di sana ada pelbagai-bagai tafsiran dari sudut pemberi lesen. Belum mari lagi bikers ni royak doh kata ni takut tok pakai hok molek. Sedangkan kalau kita perhatikan orang yang tak berpakaian mengikut syariah pun, bila dia mari Kelantan dia akan berselendang. Peratilah. Jadi oleh sebab itu, moleklah betul dop? Jadi memang kita nak lagu tu. Tapi ada perkara kadang-kadang kalau bila kita buat contohnya ini semua underground apa yang terjadi. Contohnya,

kita buat satu program digital. Nak galakkan ni, MDEC mari nah Kelantan. Pergi kat Aeonmall. Ada apa ni pengucap wanita. Maka ada disebutkan ada salah seorang daripada penguatkuasa yang naik kata tokleh orang tino duk atas.

Jadi ini ya memang kita kena jelaskan supaya ini betul ko dok ni. Tapi nak sebut ni itu yang dihadapi oleh orang bila mari Kelantan. Jadi kita kena melihat betul-betul penguatkuasa kita ni. Adakah apa tu akta-akta atau peraturan ini dibuat untuk menunjukkan kuasa? Tu memang tokleh dia ni buat. Jadi saya pergi kepada point seterusnya adalah penguatkuasaan lesen hiburan ini kan, bila disebut ada peraturan kena minta dalam sebulan contohnya ya, adakah dia sama? Mohon lesen untuk konsert dengan mohon kebenaran untuk buat dikir barat dalam majlis Kota Lama, contohnya. Sama dok sebulan keno mintok jugok. Jadi inipun adalah satu perkara yang perlu dipertimbangkan. The gravity, besarnya benda itu kalau konsert ia sebulan.

Tapi kalau kita nak buat majlis contohnya majlis pun ada setengah itu kita tak plan pun sebulan. Boleh tak di sana betul, saya percaya kepada Kemuning, atau sokong Kemuning, budi bicara seperti ini. Jadi itu ya, ini perkara-perkara yang saya rasa kita perlu lihat dan tengok supaya disana tidak ada apa yang sebutkan tadi double standard. Kita buat takpo, orang lain buat kita akan tengok teliti satu-satu. Dan saya sebutkan ini adalah sebagaimana menyuarakan ya kegusaran dalam kalangan anak muda yang mahu berkarya. Dan mereka menghormati sebenarnya ya …

[MENCELAH]

Yang Berhormat …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Ya, ok …

Speaker

Chempaka minta laluan …

Ada sebut apa ni kata, apa ni kita buat boleh, orang lain buat tokleh tu boleh bagi contoh ke? Hak pernah berlaku hok di Kelantan. Nak tahu tu.

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Yang ni contohnyalah sebelum saya buat baru-baru ini sebelum malam 31 Ogos 2024 dianjurkan program di program Kerajaan Negeri di half marathon. Memang bila perlaksanaan itu akan berlaku ada percampuran lelaki dan perempuan contohnya kan. Semua boleh menganggap itu sebagai satu kadang keadaan yang berlaku tetapi bila ini yang disebutkan anak-anak muda ini ya pengusaha kosmetik yang menganjurkan apa tu satu program ataupun event di perkarangan Mydin Mall maka dia kenakan pelbagai syarat.

Ya bagi mereka maksud dia tadi saya sebenarnya tidak menghalang pun perlu ada ya dia punya pemisahan antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Tetapi dia mesti konsisten dan dilihat konsisten. Dan apa yang saya suarakan adalah apa yang rakyat suarakan ya. Jadi kita boleh persoalkan tapi itulah yang berlaku dibawah. Jadi point dia adalah ini Tuan Speaker, Dato’ Speaker kita kena mendengarlah apa yang berlaku. Mungkin problemnyo tidak pada enakmen yang ini pun tetapi dalam penguatkuasaan tadi. Ataupun perlaksanaan tadi. Ok, saya sambung sedikit.

Dari sudut ini mungkin saya berharaplah di sana ada juga garis panduan yang jelas yang juga memudahkan. Ya saya suka mengulangi apa yang diperintahkan oleh agama kita jangan menyusahkan …

[MENCELAH]

Dabong ingin mencelah …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Jadi … ok Dabong.

Kalau boleh kita nok tengoklah hok Kota Lama kata double standard tu, acu bagi contoh sikit. Mana contoh? Lepas tu kita kata satu lagi antara laki-laki dan perempuan kalu gi di Mekah sekalipun kita akan keluar pintu yang sama. Laki-laki dan perempuan kena tengok suasana. Suasana yang berlaku tu.

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Ok saya tidak berhajat untuk memanjangkan isu ini tapi itu adalah ok ni kita buat peraturan dan melaksanakannya dan dilihat oleh rakyat. Jadi kita kena peratikan mana yang kita rasa maknanya kita buat kalau kita kata orang lain contoh kena betul asing. Kita kena asingkan walaupun kita memang nampak contoh dalam larian dan sebagai amat sukar mengasingkan ya pengasingan itu berlaku yang mungkin mudah untuk kita laksanakan dalam bentuk konsep, pertunjukkan dan sebagainya ya.

Seterusnya, dalam peraturan perlaksanaan tu mungkin kita boleh perincikan ya maknanya untuk konsert begini peraturannya, untuk dikir barat contohnya begini perlaksanaannya. Dan bagi saya ini sebagai membantu kita punya industri perlancongan, kebudayaan kita perlu menggalakkan ya mana-mana majlis kita ini di, di meriahkan dengan dikir barat. Tetapi mungkin ada peraturan yang urus dikir barat ini ke tidak akan sangat melanggar apa perkara-perkara yang mahu kita cegah dalam hiburan. Jadi perlu ada peraturan yang jelas ya. Dan saya juga ingin membangkitkan di sini karaoke contohnya karaoke berlesen dan sebagainya. Dan juga tempat-tempat shisha contohnya.

Mungkin perlu Exco jelaskan apa keadaan semasa daripada sudut ini sebab saya melihat ya masih ada lagi café-café shisha yang berlaku, yang ada yang adakah itu sebenarnya bagaimana kita punya peraturan di negeri Kelantan ya. Dan tuan Yang Dipertua ramai juga yang minta saya tanyakan sebenarnya bila berlaku apa RUU hiburan ini, adakah ini satu langkah Kerajaan Negeri mahu membolehkan ya pawagam diadakan di Kelantan ini sebagaimana dia ada di negeri Terengganu. Jadi mereka bertanyakan bahawa anak muda ini dia kalau boleh nak tengok sini, tokse

tengok macam contoh baru ni Mat Kilau ataupun filem-filem patriotik itu pergi sampai ke Terengganu.

Jadi mungkin ya saya serupa dengan tuan-tuan dan puan-puan. Kita nak yang baik, kito tokse hok tok baik. Justeru saya melihat … ok Ustaz Azhar Pulai Chondong kita kena bagi … Pulai Chondong kita kena bagi …

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

[MENCELAH]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﻢ ﺑﺴ Yang Berhormat Dato’ Speaker, YB Kota Lama ni suaminya orang Pulai Chondong sebab itu dia bagi saya mencelah sekejap. Saya tengok loni bila dibangkit soal pawagam oleh beberapa pihak EXCO, rasa sekarang tidak di Kelantan kita telah lama tutup pawagam. Saya rasa tidak ada keperluan. Setuju ko dop? Loni orang tengok dalam telefon, rumah pun TV 100 inchi ada di rumah boleh tehe tengok doh neftlix dan sebagainya. Saya pun tengok dalam tu Mat Kilau. XPDC, XPDC saya tok minatlah. Boleh jadi YB Galas beraso minat, dop? Tapi YB Galas ni dia banyak berlapik sikit. Kota Lama terang dan jelas jadi saya nampak tidak ada keperluan dari segi pawagam.

Speaker

Soalannya setuju ke tidak ?

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

Setuju ko dok?

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Saya rasa kadang-kadang apa yang perlu secara personal, peribadi tidak sama dengan kehendak daripada rakyat kita. Itu semua orang jelas ya. Cuma bila …

Kota Lama, Kota Lama ….

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Bincang ya …

Minta sekali lagi …

Speaker

Jelawat minta laluan.

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Dia minat benar ko saya ni …

Ok Kota Lama kata sebut tadi bahawa kemahuan rakyat. Ok ada tak statistik berapo peratus rakyat yang mahu kepada pawagam ni, berapo peratus yang tidak mahu kepada pawagam ini? Ada statistik dop?

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Ok saya rasa yang tu tu, moga kita pembangkang kita takdok prasarana. Jelawat dengan EXCO la buat kajian tu. Moga ni apa keperluan rakyat Kelantan. Cuma kita melihat membawakan suara rakyat yer bahawa mungkin apabila cara kita nak hidupkan Bangunan Parkson yang sudah lama tidak ber apa tu dah mati la situ tu, mungkin itu antara satu caranya. Jadi ini pertanyaan dan bila bertanya jangan pula berkata saya YB Kota Lama mahu pawagam. Itu, itu mungkin dah di salah boleh di salah ertikan oleh rakyat ya. Saya ulang, saya mahu kita buat ﻋﻦ ﻟﻨﻬﻲ وا وف ﺎﺑﳌﻌﺮ ﻷﻣﺮ ا Tetapi dalam konteks kalau nak cakap pasal pawagam ya sekarang ﳌﻨﻜﺮ. ا ini ada ….

[MENCELAH] Kota Lama …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Ada keluarga, ada ruang keluarga di dalamnya …

[MENCELAH] Ya, boleh…? Setuju tak Kota Lama bahawasanya kita berada dalam dewan merupakan membawa hasrat kepada rakyat. Apa yang kita nyatakan di sini merupakan hasrat daripada rakyat. Saya bersetuju dengan Kota Lama apa keinginan orang muda nak pawagam tapi kita perlu menghormati keputusan daripada Kerajaan Negeri. Cumanya apa yang disampaikan oleh Kota Lama merupakan hasrat daripada pemuda ataupun anak-anak muda di Negeri Kelantan, terima kasih.

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Terima kasih Nenggiri. Tu sebab ada supporter yang baru ni. Jadi Alhamdulillah Tuan Speaker saya merasakan dalam konteks ini kita semua mahukan kebaikan untuk negeri ini tapi saya melihat ya saya menyokong Enakmen RUU Hiburan Dan Tempat Hiburan ini. Cuma kita berharap bahawa segala terutama ketika penguatkuasaan dan perlaksanaan perkara-perkara yang kita bincangkan ya dalam dewan ini boleh diperhalusi ya demi kesejahteraan rakyat. Terima kasih dengan ini Kota Lama menyokong RUU Kawalan Hiburan Dan Tempat Hiburan.

Speaker

Ada? Tendong.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ ﻏﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﲔ أ ﺻﻬﺒﻪ و

ﱄ ِ ﻮ ﻗ ا ﻮ ﻬ ﻘ ﻔ ﻳ ﺎﱐ ِ ﺴ ﻟ ﻦ ﻣ ﺪ ﻘ ﻋ ﻞ ﻠ ﺣ ِي ﺮ ﻣ أَ ﱄ ِ ﺮ ﺴ ﻳ ﺪ ﺻ ﱄ ِ ﺮ ﺷ ا ـَ َ ْ ِّ ْ ُ ْرِي ْ ْ ُ ـَ َ ِّ َةً ُ ْ ْ وَا ْ ْ ِّ َ وَ َ َح ْرَبِّ

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terutama sekali saya bangun untuk menyatakan sokongan kepada enakmen baru yang di baru saja di, di cadangkan, dibentangkan oleh pihak kerajaan sebentar tadi.

Secara ringkasnya di masa yang singkat ini saya ingin nyatakan bahawa ini merupakan satu langkah kerajaan untuk mempastikan segala bentuk program dan juga hiburan-hiburan yang di yang ada di negeri Kelantan ini sentiasa dipatuhi dan juga sentiasa mendapat perhatian, perhatian daripada rakyat bahawa kita di negeri Kelantan ini selain daripada kita membenarkan hiburan-hiburan itu tetapi dalam waktu yang sama juga kita mendidik rakyat supaya terlebih memahami bahawa hiburan itu walaupun tidak dilarang dalam agama tetapi pengawalan kepada sesuatu perlaksanaan itu mesti dikawal.

Selain daripada kerajaan sentiasa mendidik rakyatnya terutama di negeri Kelantan juga perlu kepada undang-undang, satu garis panduan yang jelas daripada kerajaan dan hari ini kita lihat satu penambahbaikan apabila ada beberapa enakmen yang kita lihat adanya penambahan kepada denda dan sebagainya.

Dan saya mendengar daripada sahabat-sahabat dalam perbahasan pada pagi ini saya lihat seolah-olah enakmen yang ada di negeri Kelantan ini menjadi satu benda tidak semua Ahli Dewanlah. Satu dua Ahli Dewan sahaja, yang memperlihatkan seolah-olah begitu payahnya untuk berhibur di Negeri Kelantan ini. Dengan bersandarkan kepada enakmen-enakmen yang ada. Sebenarnya daripada dulu enakmen ini telahpun wujud 2011. Tak silap di Negeri Kelantan ini enakmen hiburan dan soal

untuk mematuhi ataupun untuk mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan sebenarnya tak payah, tak payah. Yang payahnya ialah untuk mematuhi, itu sahaja.

Dan apabila dipertikaikan benda ini seolah-olah kita melihat undang-undang yang ada ini membuatkan kita payah untuk kita langgar. Jadi kenapa kita menjurus kepada ke arah itu? Sebagai contoh di, apa UMK yang disebut-sebutkan tadi. Err ambo tok gilah. Tok gi tengok. Tok gi pat konsert pun tok gi, dalam youtube pun tok gi. Cuma mendapat berita selepas daripada itu.

Dan kita mendapat maklumat yang mengambil tindakan ini bukan orang kampung, bukan orang sebarang tapi dia adalah penguatkuasa yang mempunyai authority dan sudah tentulah dalam kes yang menjadi, seolah-olah digambarkan satu tindakan yang zalim. Tak adil kepada program itu apabila dimatikan elektrik. Kita yakin kuatkuasa tidaklah setaro TNB pun dio nok gi potong rumah orang notis dua, tiga kali dia atar. Tu kes tak bayar bil. Penguatkuasa sudah ada tindakan yang lebih baik daripada itu. Sebelum daripada tindakan terakhir dibuat. Chempaka sebut sehingga terpaksa dimatikan api. Apa maksud tu sehingga terpaksa dimatikan elektrik. Maksudnya itulah langkah terakhir. Sebab kita tak mahu di Kelantan ini berlaku tindakan-tindakan yang diluar daripada kehendak syariat dan juga kehendak undang-undang negeri Kelantan.

Kita tengok di Kelantan ini bila kita buat garis panduan adanya enakmen dan terlaksananya program tetapi bila berlaku sedikit saja kesilapan daripada pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab, siapa yang diserang? Adakah pihak penganjur yang diserang ataupun Kerajaan Negeri yang diserang? Kerajaan Negeri.

Oleh kerana itu, peringatan dan juga langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mempastikan bahawa undang-undang ini dipatuhi adalah bukan setakat undang-undang sahaja tetapi lebih daripada untuk mendidik rakyat supaya rasa kebertanggungjawaban itu lebih, lebih dipatuhi. Sebagai contoh, untuk sita barang. Saya setuju sebab yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan program ini adalah penganjur. Apa-apa yang dilibatkan dalam program itu adalah semuanya cadangan dan juga permohonan daripada penganjur. Kalau alat-alatan ini disita

sekalipun yang bertanggungjawab adalah penganjur bukan kerajaan yang zalim. Tetapi kerana penganjur itu tidak bertanggungjawab.

Dan walaupun kita letak banyak mana sekalipun undang-undang melalui denda dan sebagainya saya rasa ini adalah langkah kerajaan untuk mengawal bahawa rakyat Kelantan ini perlu kepada hiburan dan hiburan itu perlu dipandu. Kita tak nak kalau timbul isu, isu yang diviralkan. Rakyat Kelantan, anak muda Kelantan ramai gi alik Golok gi duk berhibur sano, takdok hiburan di Kelantan. Nok ko hiburan supo Golok kita wak masuk di Kelantan. Nok ko dok? Makna kita tokse oleh kerana itu panduan dan juga garis panduan ini perlu diperkasakan dan bukan saja di enakmen ini malah penguatkuasaan juga perlu jelas dan tindakan perlu di ambil. Rundingan, budi bicara itu sudah semestinya di mana-mana kerajaan pun akan berlaku di mana-mana kes yang ada. Yang kita tidak kata bila berlaku kes kita gi serbu, kita buat tindakan yang tidak ada rundingan. Mustahil daripada dulu lagi kerajaan kita dan percayalah di Kelantan ini macam wayang gambar apa tu dia panggil pawagam.

Pawagam kita tahu antara waktu, masa lalu sehingga ke sekarang ini apa ni zaman milenieum maknanya perubahan-perubahan dan kita yakin bahawa kerajaan sentiasa mengkaji kesesuaian-kesesuaian untuk rakyat Kelantan. Sebab itu kita Alhamdulillah di Kelantan ini sentiasa melihat dalam apa bentuk program, apa bentuk dasar dan apa juga bentuk program yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak terlepas daripada panduan yang dipandu oleh Al-Quran dan juga Hadis. Dan In Shaa Allah inilah pembentukan sahsiah bukan saja program yang kita nak tuju tetapi yang lebih utama adalah sahsiah rakyat itu sendiri supaya membangun selari dengan penghayatan “Membangun Bersama Islam”.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Ya siapa nak berucap? Kalu tak ada saya persilakan Yang Berhormat Exco untuk membuat penggulungan.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Yang Berhormat yang telah bangun untuk memberikan pendapat dan juga membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan untuk tahun 2024. Ada beberapa Ahli Yang Berhormat telah membuat perbahasan iaitu Chempaka, Galas, Kemuning, Kota Lama dan juga Tendong, Tendong.

Saya kalau ikut saya sebagai peguam ini saya kena jawab belako. Kalau kita tak jawab sor kalah la kita. Tapi memandangkan kita dalam sidang DUN masanya singkat, saya akan cuba jawab yang sempat saya tulis, saya petik sebagai respon dan juga pencerahan, pencerahan pada Ahli Yang Berhormat dan juga kepada semua pendengar secara online mengenai cadangan Kerajaan Negeri untuk mengubal satu Rang Undang-Undang baru penambahbaikan seolah kita tahu yang lebih baik pada masyarakat demi kita menjaga kebahagiaan, kesejahteraan dan juga keamanan selaku rakyat Kelantan.

Untuk makluman walaupun kita nampak, kita agak tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan kepada hiburan, untuk makluman kepada Yang Berhormat semua saya laporkan sepanjang tahun 2024 sehingga ke hari ini untuk hiburan. Kalau kita buka medsos, Facebook baik, Instagram baik, Youtube baik kita tulis konsert Kelantan. Tiap-tiap minggu ada konsert. Tiap-tiap minggu ada pesta, pesta makanan ‘viral’, ‘food festival’, Bossku macam-macam. Dianjurkan oleh anak muda tempatan dan juga event manager daripada luar yang mana mendapatkan sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada semua penganjur makna kita raikan program-program sebegini untuk tahun hadapan dan seterusnya untuk ‘expo’ pesta makanan kita amat menggalakkan. Dan tak ada rekod kita sekat doh. UMK jalan. Kot makanan pesta makanan Bossku berjalan sepanjang tujuh hari. Cuma berlaku banjir dan banjir ini memanglah dinasihatkan oleh orologi ya supaya rakyat tidak keluar kemana-mana, pelakar-pelakar.

Jadi kalau kita buat program di padang ini pun dah satu pelanggaran kepada tegahan dikeluarkan oleh Jabatan Meteodologi Kebangsaan. Dan berlaku hari kedua air sekat betislah. Dan kita melalui budi bicara tulah, nyanyi ni dia ada banyak bahasa banyok jenis dikir kampung. Yang hadir orang kampong jelah. 40 butir rumoh sekitar. Kita panggil artis dikir, ramai sikit tapi luar daripada Kelantan tok mari. Kita panggil penyanyi ada album, dop? Zon timur akan mari, dok? Zon timur. Jadi budi bicara itu berbeza. Kalau kita panggil Dato’ M. Nasir ho pecoh panggung kita. Tok pade wak padang tuh, dop? Kena wak stadium. Ha itu budi bicara atau lokasi. Budi bicara segmen penonton, jumlah penonton yang datang dan budi bicara tengok keadaan trafik berbeza-beza, bergantung kepada artis yang datang.

Begitu juga kalau kita tengok pada deposit dia kata sebagai oleh Galas deposit yang tinggi itu RM20 ribu, RM50 ribu. RM20 ribu ni 1998 dulu, RM20 ribu. Kalau kita Galas wak agreement rumah dengan ambo di Bandar Utama 10 tahun lepas harga boleh tahan. Loni kalau jual rumah dia 2024 sekali ganda. Dan ini tahun 1998, RM20 ribu. Ambo nok tanyo pada semua, dah 26 tahun berapa sepatutnya nilai gandaan yang kenakan? Sepatut beratus ribu bagi ambo. RM20 ribu ke RM50 ribu, RM30 ribu sahaja. RM20 ribu zaman dulu orang tok mari di Kelantan, tok kenal Kelantan yang menyanyi. Yang pertama masuk menyanyi, Mawi. Tok Guru benar Mawi, tahun berapo? Ambo pun tok tahu tahun berapo tapi Mawi masuk menyanyi, Dato’ Tan Sri Anuar Musa masa tu dop? Buat satu jawatankuasa khas. Bice tu 3 bulan, empat bulan untuk kita nak kawal penonton yang ghairah mari tiga, empat bulan jawatankuasa. Tapi kita loni, kita take for granted kita wak permohonan tiga hari sebelum program. Tiga hari sebelum program. Tapi kita sewa speaker ni PA System ini sebulan lepas lagi.

Kita panggil artis sebulan lepas lagi. Bukan marin dulu. Kita buka bazar-bazar food festival sebulan lepas lagi. Nak cari kontena nok bowok barang-barang khemah ni. Kenapa untuk program hiburan kita mintak tiga hari sebelum program. Nok bincang dengan kita, nak ambik sign Tok ngulu, nok ambik sign Tok gawa, nok ambik sign OCPD. Nok jupo YDP. YDP nok tengok Tok ngulu akan beri komen keadaan sekitar masyarakat sesuai, tok sesuai. Sapo nak mari? Kalu artis dikir ni takpolah.

Tapi kalu artis nok mari tu deposit RM50 ribu bayaran pada artis RM30 ribu. Deposit RM20 ribu. Kalu langgar syarat brutang pulok dengan kita. Artis loni bukan supo dulu. Kalu ada album minimum RM10 ribu. RM100 ribu. Satu lagu RM100 ribu bayaran pada artis. Ambo malas sebutlah UMK tapi dah sebut menjadi perbualan hangat di Kelantan pulok. Sepanjang 2024 kita hanya kenakan 9 kompaun setakat sejarah 20 tahun tu ada satu kes kita dakwa. Takdok pendakwaan. Nok kato lineunnya Kelantan pada hiburan. 9 kes kompaun. Paling banyak Tanah Merah empat kes. Jumlah kompaun RM1 600. Bukannya kita empat kes tu RM1 600 bukan kita nok punishment. Bukan hukuman. Tapi sebagai education. Pendidikan pada penganjur dan rakyat.

Nombor dua, MPKB. Seluas-luas MPKB separuh rakyat Kelantan duk MPKB bermacam hiburan kalau di Dataran Warisan nak, nak malam. Nak, nak minggu dataran bandaraya program hiburan. Sepanjang setahun tiga kompaun sahaja dikeluarkan. Katanya nasihat oo banyoklah nasihat royak ko penganjur, wak gitu, wak gini RM10 ribu sahaja, ni la kompaun. Dan terakhir Ketereh. Tanah Merah, Ketereh, MPKB. Dua kompaun. RM2000 sahaja. PBT lain takdok kenakan kompaun. Tok banyok sebenarnya. Data yang ambo kumpul daripada semua PBT-PBT berapa bilangan kompaun dan jumlah kompaun sepanjang tahun 2024. Tahun lepas kemungkinan takdok. Kita isu baru ni di Bachok. Di Bachok ni disebabkan dia banyok berlaku kes-kes, dok. Yang pertama berlaku di Tokong.

Kalau ikut pada pekeliling kita, garis panduan kita memanglah kita ada satu pengecualianlah khas kepada, hokni banyok tulis, cari semula deh. Dia ada kita buat dalam enakmen. Enakmen ini dia punya enakmen ibu, dia ada lepas ini dia keluar garis panduan, kita akan keluar peraturan dan setiap permohonan dia ada syarat-syarat tambahan ikut kesesuaian tempat. Nak wak laut lagumana, nok wak bukit lagumana, nok wak tengah bandar lagumano? Hok tu syarat-syarat dalam lesen dia ada beberapa bendalah, dop? Kita kecek ni enakmen ibu. Hok secara globallah, secara umum.

Diperincikan oleh garis panduan, ada peraturan pulok, teknikal dia pulok dia ada pulok syarat-syarat mengenai contohnya ada pengecualian-pengecualian, tu budi bicara. Kalau tengok pada garis panduan kita, dia

berikan pengecualian khas kepada program-program berbentuk pengecualian dan taraf eksklusif. Hokni ni berada dalam garis panduan. Dokumen nombor dua lepas ni.

Garis panduan peraturan akan terpakai walaupun kita pindah hok baru ni kita kuatkuasa 01 Januari garis panduan peraturan lama akan terpakai sehinggalah kita keluarkan garis panduan peraturan yang terbaru. Dia tidak batal ni walaupun Chempaka kata lagu mano berlaku. Kita kuatkuasa 01 Januari, garis panduan tok buat lagi ni terpakai sehinggalah dia akan sama. Dok hokni ni tidak payah bowok ko dewan, EXCO saja endolse akan terpakai. Dalam ini ada pengecualian taraf eksklusif. Kerajaan Negeri boleh mengecuali dalam ni pun ada ni. Dalam buku kita ni ada ni, ada dia beri kuasa pada negeri Bahagian 6, pelbagai. Kuasa untuk meminda jadual, kuasa negeri.

Fasal 45, dia panggil fasal sebab dia tok jadi undang-undang. Dia jadi seksyen, tukar deh. Pengecualian Pihak Berkuasa Negeri 45 boleh tertakluk kepada budi bicaranya mengecualikan mana-mana hiburan kecuali atau kelas hiburan atau tempat hiburan atau kelas tempat hiburan daripada mana-mana peruntukan. Enakmen ini atau peraturan-peraturan dibawahnya. Jadi kita buat peraturan ini. Kerajaan Negeri boleh mengecuali memberi taraf ekslusif kepada mana-mana jenis, kelas hiburan hurai balik ok 1998 hiburan, tempat hiburan yang dikategori dari sebagai eksklusif iaitu diadakan khusus untuk tujuan adat dan agama lain, yang pertama.

Yang kedua, di gelanggang seni hok mari dok. Pelancong mari tu dia bawak non Muslim nok buat persembahan. Kita benarlah. Bukannyo orang Islam joget. Tempat orang tertutup acara rasmi Seni Kebudayaan Perlancongan, acara hiburan tertentu. Program sambutan istana goni bawah taraf eksklusif. Dan untuk apa ni kita bagi taraf kelas eksklusif kepada persembahan di mana, di Bachok haritu, dok?

Pelanggaran dibuat bila penganjur tak dapat mengawal kehadiran pengunjung Muslim. Syarat kita eksklusif untuk dialah. Penyanyi buka aurat atas stage. Hok tengok dia, dok? Tapi kita kenakan kompaun ya, nok kompaun dia rayu kito tok cas pun sebagai pengajaran. Dan Bachok hok berlaku baru ni goyang gerudi. Dok, goyang gerudi. Wanita Muslimah

pakai tudung molek comellah tuannyo. Kaba-kaba duk gelek-gelek berlubang lantai. Tapi berlaku benda tu tu, viral kemudian. Dua tahun lepas berlaku. Kita tok tahu.

Serupo polis ni kan polis ni dok hari-hari berlaku jenayah curi. Tapi hok dio igat hok dio tahu jelah. Hok tok tahu nok igat lagumano. Begitulah berlaku hiburan tempat kito. Nuh pulau alik ambo bahagia. Penyanyi yang sama dijemput majlis kahwin, dok. Ambo gi, dio balik. Jupo atas bot. Masuk bahagia. Jupo orang kampong, oo YB lewat sikit dia kata. Ho bakpo? Ooo mari gelek. Segar angin, jadi bahagia. Jadi kita nok kato lagumana benda telah berlaku tapi dalam enakmen baru kita ni dok dia ada anggapan. Anggapan-anggapan ni lah yang mana kalau kita dapat maklumat “viral’.

Dalam medsos berlaku hiburan kita boleh panggil anggapan telah berlaku hiburan tanpa lesen. Kita panggil tuan rumah, kita panggil. Ataupun kumpulan dikir. Kumpulan dikir pun kita panggil penganjur. Haa ni antara kelebihan yang kita buat yang mana loose ada kelompangan lacuna in law. Dalam enakmen lama. Enakmen lama masa tu tu, kena papan tu telefon gapo tu, Blackberry tu mungkin takdok, dop.

Dio loni mungkin benda-benda yang berlaku kita tahu-tahu tu di hotel. Puok-puok founder, dop. Isi borangnya berehla anugerah tu anugerah ni. Kaba-kaba duduk seminggu telefon lagumano YB Kelantan Darul konsep kita panggil. Loni berlaku tubik gelek, kita pun ah sudoh. Tok tahu. Enakmen lama tokleh panggillah, dop penganjur tu. Jadi kita pege pemilik premis. Bo lah buat kita kata. Tapi kita tidok tarik lesen. Kita tidak kompaun. Kita bagi pendidikan. Berapa lama doh pendidikan ni. 26 tahun lah. Loni sampai masa kita perkasakan. Kalau tidak orang akan perlekeh negeri kita. Satu-satu negeri orang tengok konsert Islam lagumano, nyanyi islam. Kelantan orang tengok. Sukan Islam, Kelantan orang tengok. Renang Islam lepas ni Kelantan orang tengok. Pelancongan Islam, Kelantan orang tengok. Seluruh Malaysia, seluruh dunia nok tengok segala segmen islamik hidup manusia ni mano? Di Kelantan. Pasti kita dapat pahala kitanya. Walaupun tok berlaku zaman kita. Zaman Tok Guru tok berlaku, dok. Perlaksanaan yang komprehensif. Zaman kita berlaku Tok Guru boleh pahala.

Alhamdulillah rakyat Kelantan semua boleh pahala sebab kita mencegah kemungkaran. Walaupun ngecik takpo, pahala. Nok pahala ni sekso walaupun setitik besarla mugo milik Tuhan. Kalu nok jawab jadi ceramah ambo ni. Oklah ambo gi pado sikit-sikitlah. Masa pun ada 15 minit lagi ambo gulung. Ok ambo gi kepada yang pertama sekali Chempaka. Terima kasih kepada Chempaka untuk penambahbaikan cadangan untuk permohonan secara online, dok secara online. Kita garis panduan kita permohonan dibuat 30 hari, dop. Yela mana-mana program di universiti ko di mana 30 harilah. Kita panggil Tok Ngulu, kita panggil Tok Gawo. Segmen masing-masing kita panggil traffic. Traffic dia tengok trafficlah. Lokasi mana buat. Kalu tempat sumbak kalu panggil Mawi tok lepas. Dok kalu Mawi level dia, stadium. Level dia, dop? Ambo keno sebut pulok UMK ni UMK.

Jadi sebelum daripada permit tak diberikan pada program untuk tujuh hari tu seminggu sebelum tu Mawi dah masuk UMK. Masuk permit dibuat tiga hari sebelum la. Tak dapat permitlah. Jadi merayu, merayu pada EXCOlah, dop. Tiket RM50. Mawi nok jumpa. Kata tak payah jumpalah ginilah. Ginilah ambo bagi kelonggaran. Kadang-kadang Mawi ni dia berdamping oleh Tok Guru. Tok Guru ni tapis dohlah. Layak, lulus recommended masuk Kelantan, dia bereh. Tiga hari sebelum dia pun mari. Dia punya manager. Gini ambo kato tokleh kutip tiket RM50. Sebab dia tok wak permohonan, kita ada cukai hiburan. Setiap 25% kena bagi pada negeri tapi tok runding. Nok kutip tiket tokleh. Walaupun dia buat tertutup dalam universiti melibatkan penglibatan ramai memang dia jadi hiburan. Automatik kalu Mawi gak level dio RM20 ribu mesti kita ambik deposit, masa ni RM20 ribu jugoklah. Dia punya siling RM20 ribu. Takpolah kalu ambo benar cuma ambo kato tok payoh kutip tiket buat tukar walaupun kos tubik doh, wak konsert RM50 per entry. Ambo kato toksoh wak konsert lah. Jadi tukar kepada persembahan amal demi Palestin sebab tak sesuai loni Palestin kena bunuh. Hari-hari mati. Musim tengkujuh meteordologi kata jangan buat hiburan.

Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang keluar amanat kita bermunajat kepada Allah Taala. Saksi keluarkan pekeliling, seluruh masjid sembahyang hajat, pahtu mari nok wak konsert, bercanggah dengan dasar negeri musim tengkujuh loni ni. Tapi kerana doh nok mari ambo bagi atas kuasa ambo, ambo kato ambo wi kelonggaran dengan

syarat buat persembahan amal, kutipan Palestin kalu rakyat jawab ambo boleh jawab balik. Justifikasi tu ada. Dato’ Dr. Izani suruh batal kalu kironyo tapi takpolah ambo EXCO masa ni key. Dulu dia bos ambo dia ada kuasa. Tapi ambo ada kuasa untuk isu ini. Jadi ambo kena bicara ambo benar.

Duduk empat, lima hari mari pulok hok seminggu, hok besar nok turun tu Jamal Abdillah. Seminggu sebenarnya itu dimulai dengan XPDC. Buat permohonan tiga hari sebelum tu. Tiga hari jadi program ini kita XPDC ni kali keempat doh di Kelantan ni. Dia buat tour tok berapo jem kita halang di Tumpat, ambo rasmi. Dato’ Bentara Kanan tempat dia, dop. Ambo rasmi. Jupo XPDC di azan Maghrib oh bagus kato. Azan Maghrib di Pantai Ndo. Pantai Ndo lepas tu buat pulok di tempat Dato’ Dr. Izani di PCB haa PCB, kita benar. Pecoh panggungla tapi orang ‘viral’ walaupun buat sekatan pagar, perempuan sebelah, laki sebelah, dop. Jadi hok cyber trooper dia cari jugok pat takup. Hok tu masalah. Penguatkuasa jaga doh, Rela puluh-puluh orang molek doh ada pat takup sikit situ dia ambik gambar dia viral. Itu masalah kita. Sor Malaysia hentam kita.

Jadi Zamani masuk pahtu Sofaz kata seluruh artis Malaysia ni masukla sebab kita tiap-tipa minggu kita ada pesta makanan. Kita tak pernah menghalang, kita duk royak doh untuk apa ni, saya ada lagi sepuluh minit. Cadangan Chempaka baguslah kita tambah baik secara online. Monitor saya minta urusetia biasa online ni saya minta 30 hari. Sebelum program selama 30 hari kita bagi green lane pada permohonan.

Dan juga untuk kursus pastinya wak kursus dan kursus yang penting kita buat ni nok ajar penguatkuasa kita buka IP, investigation paper. Kalau ada berlaku pelanggaran ini pulok kena ada pulok pelan kunci, pelan rajah la macam-macam. Kita nak ajar penguatkuasa sebab apa takdok ilmu sebab kita tok rajin dakwa, tak rajin saman. Kecek kiro gak, kalu berat benar kita mapuh api gitulah. Macam baru ni UMK pulok doh.

Segala bentuk persembahan EXCO berjalan lancar molek. Cuma ada lima kita tok benar. Melibatkan artis-artis luarlah. Artis luar baru ni XPDC ni kalau kita kata tokleh nyanyila, jupo dengan peminatlah. Jumpa peminat sahaja. Dilarang tapi dilanggar larangan nak sor lagu jugok, jadi tutup api. Sebelum dia tu sembilan lagu doh nyanyi. Sembilan doh sebelum tu, dop?

Lagu kesepuluh ni nok nyanyi jugok. Dey selagu pun takpo doh. Sor lagu jadi isu besar seolah-olah mencabar authority Pihak Berkuasa. Polis telefon kalau lawan lagi dia kata keno igat doh ni sebab menghalang tugas penjawat awam yang mana yang hadir haritu pegawai agama, penguatkuasa yang ada tauliah untuk buat penguatkuasaan. Tok sepatutnya doh runding tok sepatut berlaku begitulah. Kita bagi budaya Dikir Barat, dikirlah. Dikir, Dikir Baratlah. Artis tempatan kita bagi. Artis-artis luar ni dia akan mari malam tu orang pado Pahang, orang pado Terengganu, orang pado Perak segmen dia lain. Hoktulah ambo ceritanya. Kita memang berbudi bicara. Cuma kita mintak gak permohonan awallah untuk kita, kita tapis, dan juga kita bagi apa ni cadangan balas.

Budi bicara Fasal 10 tadi budi bicara tadi sapo nok mari kita pun tok tahu. Tokleh bagi kuasa pada YDP nok royak tokleh, tokleh nok royak. Kemungkinan Coldplay mari tahun depan, nok royak payoh. Budi bicara juga, dia insafkan. Dia masuk islam boleh terima budi bicara, tok tahu nok mari sebab tu RM50 ribu loni ni, nuh nok mari apa ni, nuh hok Arab nuh dop Amr Diad, RM100 ribu.

Baru ni Rodtang mari, RM200 ribu, mari tok berlawan. Mari sajo RM200 ribu bayar sajo.

Yang Berhormat Speaker, boleh ko nok, nok tamboh sikit …. Pasal sebut nama ambo etep.Pasal sebut sangat. Gini yah nok tanyo nyo apa tu YB EXCO setuju ko dok dengan ambo bahawa apabila lemohnyo undang-undang ni demo ni pakai langgar kotse. Buat ikut dey seolah-olah kita takdok kerajaan takdok gapo demo ni. Sapa ko peringkat intelek hok reti tiga, empat professor pun jadi seolah tok tahu undang-undang ini. Setuju ko dok bahawa dengan buat hokni ni kita rasa lebih kuat, lebih gagoh untuk kerajaan jago rakyat dia. Terima kasih.

Speaker

Ini luar biasa ni EXCO tanyo EXCO ni.

Ambo setujulah. Ambo mitok masuk dalam penggulungan ambo. Sebab kita ni terlalu berlembut. Ambo oyak dok event manager take for granted. Dia ingat permohonan untuk tiga hari lulus belakolah, dok gitu, dok gitulah. Kebetulan kita dalam proses untuk kuatkuasa, dok. Jadi kalu hari ni mari, lagumano minggu hok lepas lulus, bentang hok baru jadi kita nok daulat la, daulat EXCO ni, haa gituh. Hok Chempakalah. Kemudiannya Galas, Galas lebih kurang isu kebebasan hak asasi manusia macam tulah

di Kelantan, islam ni dia ada kalau jate tino dok, hak asasi ni dia ada ﻟﺔ د ﻷ ا

Keadilan, boleh makan belako, boleh hidup belako, bulih kijo belako. Keadilan,

واة ﳌﺴﺎ ا sama tak sama jate tino ni. Kalu terlanjang beza lalu doh. Orang tino baju kurung nok sama dengan jate pakai baju seluar jean, tokleh. Fitrah, melanggar fitrah. Sebab itu kita tentang LGBT ni malas ceramah LGBT ni lamo plok jadi ni. Tok sama, dok.

Hok asasi kita bagi hok asasi tapi persamaan tok sama, tok sama. Budaya Melayu dengan Barat tok sama. Orang mari hingguk palo tempat kita pun kita tokleh hingguk doh. Tok sama doh. Kuasa di salah guna. Kita Kelantan ini ada satu kes salah guna kuasa melibatkan duit la. Apa lagi salah guna kuasa. nok wi kelulusan orang nyanyi ni gak In Shaa Allah kita guna kuasa kita sebaiknya. Dan kita mengalukan trend Expo tadi bagaimana, kita menyokong Dato’ EXCO Perlancongan. Kalau tengok pada program dia ni gak memang viral belako. Nok pesta pasal makanan, dengan hiburan-hiburan pesta kerisnya, pesta waunya, rakit, macam-macam, dok. Jadi membantu pada ekonomi kita.

Dan kebetulan UMK ni nitizen duduk cerita hok USIM, konsert di universiti tok sesuailah. Komen-komen nitizen ni tok sesuai institusi intelek melahirkan cendikiawan manusia yang menjadi rujukan harapan masyarakat, kaba-kaba dia hingguk sama-sama dengan mereka yang mengutamakan hiburan sebagai makanan dalam kehidupan. Sikit lagi in shaa Allah.

Kota Lama, Kota Lama ni mencelah. Dia cerita mengenai sukan half marathon. Dia orang mari nok hungga ni, dia mari nok hiburan ni lain. Orang mari nok hiburan ni dia cari tempat dio nok berselo, sejam, dua jam dia nok beralung dok dengan pok-pok dia. Jadi orang mari nok hungga ni gak dia tokdey fikir nok duduk doh. Dia pecoh habis cuma berlakulah percampuran. Percampuran pun tokde kenal tokde tengok. Kalu hiburan gak dio mesej lah. Eh tepon ambo ni tokleh tekan nombor dia kato.

Ho mitok nombor mek sebeloh ni key wi telefon dia. Ni taktik biasa guna ni, haa tuh. Cara-cara orang datang duduk untuk berhibur yang mana gender umur yang sama, orang takut benar, tengoh viral, dok. Setuh kulit raaa doh sero. Segmen orang berhibur ni lain. Segmen orang bersukan ni. Dia berbeza. Tokleh samakan dengan marathon cuma adalah orang-orang hok terlalu islamik. Ooo bercampur dia kata. Bagus jugok peringatan kepada penganjur pada kita pada EXCO. Lepas pada ni gak walaupun suruh sembahyang berjemaah doh tapi ada jugok orang cari titik hitam dalam kertas yang putih, tulah sifat manusia milenium la bukan akhir zaman. Milenium la dia kata.

Speaker

Yang Berhormat minta sambung sesi petang.

Hoo sambung …

Speaker

Haa panjang lagi napok tu banyak pengalaman Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan. Persidangan ditangguhkan dan persidangan akan disambung pada petang jam 02.30 petang nanti. EXCO akan menyambung penggulungan sebagaimana biasa. Jadi persidangan ditangguhkan. Sekian terima kasih.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.59 TENGAHARI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 02.30 PETANG.

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 02.30 PETANG

Timbalan Speaker

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Sidang disambung semula. Saya menjemput Yang Berhormat EXCO untuk menyambung penggulungan oleh pihak kerajaan. Dipersilakan Yang Berhormat.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan untuk kita meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan di Kelantan Bagi Tahun 2024. Dan saya mohon untuk menyambung penggulungan untuk menjawab beberapa soalan daripada Yang Berhormat tadi setakat Galaslah. Galas saya telah menjawab sebahagian pertanyaan Galas dan seterusnya untuk mengenai isu morality dan juga beza akhlak dan morallah. Untuk kita membezakan mengenai apa ni adat dan budaya, akhlak dan juga moral.

Akhlak ni kita Kelantan selaku yang mana 99% penduduk kepada Muslim dan bakinya non-Muslim kita menghormati budaya non-Muslim yang mana kalau kita belajar di sekolah orang Melayu, Orang Islam kita ni dia belajar akhlak manakala yang bukan melayu, bukan islam moral. Moral ni dia berbeza mengikut budaya. Kalau kata non-Muslim seluar pendek masih lagi bermoral, tapi kalau yang muslim sudah tidak bermoral. Yang tu melanggar akhlak tu. Itu kalau apa ni kalau ikut pada sebahagian kita tadi berhenti di persembahan hiburan yang mana diadakan di sebuah tokong siam yang viral itu hari yang mana telah dibuat laporan polis oleh Ketua Wanita Keadilan Kelantan melaporkan berlaku satu persembahan

tanpa lesen. Kita pun tahu, kita sedar berlaku satu hiburan tanpa permit telah disemak. Ianya mempunyai permit tapi dibuat di tempat persendirian iaitu di sebuah tokong di Bachok dan berlaku hiburan di mana menjolok mata bagi Muslim tetapi persembahan biasa bagi non-muslim. Itu hok beza moral dan juga akhlak.

Dan seterusnya saya ingin menjawab soalan-soalan daripada Galas, Galas bertanya mengenai sitaan, saya akan jawab sekali dengan Kemuning juga pertanyaan mengenai sitaan dan juga proses dan prosedur dan seterusnya mengenai jika berlakunya mengenai apakah prosedur yang perlu dipatuhi bagi pemilik premis contohnya kenduri kahwin. Banyak berlaku kenduri kahwin tengok dalam TikTok, tengok-tengok ada majlis karaoke. Kalau kepada enakmen kita gubal sekiranya melibatkan hiburan, karaoke perlu memohon permit hiburan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi kalau nak karaoke dalam rumah bersama dengan anok bini, bersama mahram takdok masalah. Tapi kalau kita jemput orang luar berkaraoke terbuka di premis, tempat kenduri, jika tidak dipohon permit akan boleh dikenakan kompaun. Tu pun masih lagi atas budi bicara kita.

Seterusnya mengenai birokrasi. Birokrasi timbul jika kita memohon permohonan, saya ulang lagi tak sampai satu minggu, tiga hari, empat hari birokrasilah. Sebab perlu mohon berjumpa penghulu, berjumpa penggawa, berjumpa OCPD, berjumpa YDP mendapat ulasan. Tapi jika penganjur acara mengikut tatacara sebenar sebulan sebelum program in shaa Allah tiada birokrasi yang akan berlakulah. Tu saya dapat menjawab pertanyaan daripada Galas dan saya berpindah kepada Kemuning.

Kemuning bertanya mengenai isu perundanganlah. Beliau telah menyentuh bahagian IV iaitu tatacara prosedur bermula daripada kuasa untuk menyiasat, menangkap, menyita, melucuthakan. Dok juga soalan daripada Galas kalau ikut kepada enakmen kalau kita baca segala tatacara yang dilaksanakan dibawah enakmen yang akan kita luluskan ini. Kuasa diserahkan kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor. Saya perlu betulkan persepsi. Bukannya kuasa diberikan kepada pegawai penguatkuasa PBT. Ini merupakan kes bukan jenayah kuasa, apa ni separuh jenayah. Kuasa-kuasa bawah tatacara criminal procedure code, Kanun Tatacara Jenayah, jadi ada

prosedur dia. Kuasa apa ni wasted di turunkan kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor untuk mengeledah untuk menangkap, untuk menyoal siasat, untuk menyita seterusnya diserahkan kepada pegawai polis dan dibawa kes tu kepada majistret bukan kepada pegawai pelesen.

Pegawai pelesen adalah pegawai yang mengawal selia mengurus tadbir enakmen yang digubal oleh Kerajaan Negeri yang berlaku pelanggaran kuasa bertindak berpindah kepada mana-mana pegawai polis yang mana pangkat tidak lebih rendah daripada inspektor. Tengok dia punya perkataan daripada muka surat 100, 101, 102, 103, 104 sampailah habis bahagian IV mana-mana inspektor, mana-mana pegawai polis yang rendah pada inspektor mana-mana pegawai polis, mana-mana pegawai polis itulah ayat yang digunakan. Maknanya kita apa ni dapat menyelesaikan isu masalah yang dibangkitkan oleh Galas tadi iaitu penyalahgunaan kuasa ataupun audit ataupun semua berkaitan dengan tatacara untuk mengendalikan kes-kes yang melibatkan pelanggaran kepada enakmen ini.

Seterusnya soalan Kemuning berkaitan dengan apa ni dengan pelucuthakan ataupun pelepasan barang kes diberi contoh, contohnya PKD, Pusat Khidmat DUN meminjamkan peralatan siar raya kepada rakyat ataupun mana-mana pemohon berlaku pelanggaran di panggil artis hok goyang gerudi jugok. Maka tidak mohon permit hiburan ataupun memohon melanggar syarat lesen maka kita pun ambil tindakan kita, sita.

Sita paling itu pun speakerlah sita ni. Tidak menyebabkan benda lain bas, lori takdok speakerlah. Dok, speaker siar raya. Ikut pada Galas, ada doh ruang untuk kita selaku pemilik untuk memohon barang kes dalam tempoh siasatan. Dan ada klausa sekiranya tiada pendakwaan maka kita, tiada pendakwaan makna kita kompaunlah. Maka kalau kena apa ni ditangkap ada dua sama ada pegawai penyiasat akan mendakwa. Kalau tak dakwa, dia akan tawar kompaun. Kalau tawar kompaun Pihak Berkuasa akan beri notis selama 30 hari untuk mengambil balik barang yang disita. Dan timbul isu daripada Kemuning dan di ambil balik kita kena bayar. Ialah bayar untuk kos-kos simpanan storang, dok.

Kalau kita PBT kita igat lembu dok, buh dalam kandang kita kena jaga lembu, kena wi makan, wi air. Tujuh hari gak kena la dua tiga ratus. Ha tu kos yang terlibat dalam kes-kes yang melibatkan pelanggaran kepada syarat-syarat lesen. Dan ada juga yang tidak didakwa barang yang dirampas dilupuskan. Dilupuskan. Dengan ini saya boleh bagi contohnya, contoh kita, kita serbu atau buat operasi satu program hiburan, bulan lepas berlaku di Pasir Mas, lumba kura-kura. Tapi kita sempat sekat lumba kura-kura dalam satu ‘ekspo’lah. ‘Ekspo’ makanan viral tapi kita sempat sekatlah tok payoh buat lumba kura-kura ini.

Yang ‘viral’ kalau kata di Tiktok, dok lumba siput. Dia buh lambang bendera Kelantan, bendera Terengganu dia tanding antara negeri. Dia bu tengok siput jalan dop. Takdok permitlah. Kita sitalah. Kita ambil kura jadi barang kes kalau nak dakwa. Dua tiga hari tu gak memang mapuhla barng tu jadi kita lupuslah. Kalau nak mohon kembali kura-kura kita boleh atas budi bicara. Itu contoh-contoh barang-barang yang kita lupuskan walaupun tiada pendakwaan. Itu antara pertanyaan daripada Kemuning saya harap dapat menjawab. Dan laginya mengenai, tadi pengecualian Fasal 25 dah diberikan mengenai rumah ibadat saya dah bagi contoh. Itulah Kemuning selesai.

Dan seterusnya Kota lama. Kota Lama membangkitkan mengenai keluar daripada tajuklah. Wayanglah keluar daripada tajuk dan juga double standard. Saya pun dah jawab tadi double standard. Aeonmall ada wanita bangun untuk berucap tapi saya rasa bukan majlis pengucapan tu kemungkinan untuk hiburan. Untuk persembahan memang kita sekatlah. Kalau berucap takdok masalah dan memang 30 hari kita minta untuk permohonan tiap-tiap kali mengadakan persembahan dan ada kemungkinan double standard tu kita bangkitkan semasa sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Tuanku, memanglah tengok kalau mereka yang tidak memahami enakmen kita yang tidak pernah membaca garis panduan kita, tak pernah melihat syarat-syarat lesen dan juga peraturan-peraturan yang ditetapkan, dia ada pengecualian. Pengecualian contohnya kita lihat baru ni Pesta Taman.

Pesta taman dia ada persembahan daripada kalau kita apa ni tengok golongan bukan lelaki yang menari. Dia ada pengecualian. Pengecualian start daripada 1998 dahulu, persembahan dibenarkan bagi kanak-kanak perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah untuk membuat

persembahan. Jadi baru ni tu hok tino tu semua bawah 12 tahun. Boleh menyanyi, boleh menari. Cuma timbul isunya kemungkinan dia punya bentuk tubuh tu agak apa ni besar sikitlah. Itu antara pengecualian kita bagi kepada persembahan-persembahan untuk menampilkan bakat kanak-kanak. Dan laginya isu kosmik saya dah jawab. Shisha ni pun keluar daripada tajuk tapi saya jawablah.

Kita Kelantan ini memang satu negeri yang mana tak benarkan operasi shisha. Lama tahun 1990 lagi dan juga vape kita tidak benar. Yang ada tu dibuat secara haram tetapi kenapa tak ada tangkapan dan laporan. Ada laporan kita terus buat serbuan dan 12 bulan saya musnahkan shisha 400 botol lebih shisha kita gelek, kita rampas. Berlaku rampasan. Kita selalu buat penguatkusaan sehari ke sehari. Vape kita buat tapi vape dia ada isu operasi bersepadulah. Vape ni dia punya kuasa bawah Jabatan Farmasi. Farmasi boleh tengok kandungan nikotin. Nikotin tu melebihi kandungan yang dibenarkan baru dia rampas. Kita tak boleh rampas. Kita hanya tengok syarat lesen.

Begitu juga vape device kita panggil. Vape device tu kita tak boleh rampas, kita lesen saja. Yang boleh merampas iaitu SIRIM. Yang mana device yang digunakan tiada kelulusan SIRIM, kita boleh rampas dan kita boleh musnahkan dan kita di pihak PBT memang kita tak pernah keluarkan lesen untuk vape ataupun shisha.

Seterusnya saya akhirlah, banyak Kota Lama saya tulis ni. Kota Lama pawagam. Pawagam ni ginilah, pawagam ni kita setakat ini kita tak bukalah. Tak buka kerana kita tengok manfaat kurang berbanding mudarat yang boleh timbul akibat pawagam. Kalau YB Kota Lama tengok yang ‘viral’, posting daripada Kelantan kita nama dop? Gi tunjuk suasana dalam pawagam. Row depan satu pasangan, row dua tiga kosong belakang baru ada. Ho dio wak benda tok molek lah. Berat. Malas nok sebutlah. Itu adegan dalam pawagam. Dan kita tak dapat pastikan mereka yang gi pawagam ni contohnya Kuala Krai mari kampung saya dok, mari Kota Bharu laki, perempuan. Hok jate ada motor, hok jate ada motor. Dia mari daripada Kuala Krai ke Kota Bharu tu sejam setengah, tok tahu gapo berlaku.

Lelaki sebeloh, tino sebeloh, tengoh ni keluarga, sejam setengah. Lepas tu dia tubik dia takup kelik. Hok takup ni kita takut. Ha lepas tu habis cerita pukul 11, nok balik mok maroh. Telefon mok takpolah angoh tido rumah

saim. Saim ni kita takut duduk mano saim. Ha tu kita tokleh nok baco jadi kita kira letok pagar awal-awal. Ambo gulung semalam pun ﺋﻊtu را ﻟﺬ ا ﺳﺪ kita Kelantan Tok Guru pagar pun awal-awal tapi ada benda krik sokmo. Jadi pawagam ni antara yang mengrik pagar kita. Semalam pun, tadi YB Kota Lama kata seolah-olah ambo bagitahu pada dia . ﺮ ِ ﻨﻜ ﻤ ﻟ ا ﱃ إِ ﻮ ﻋ ﺪ ﻳ َ ْ َ نَ ْ ُ ُ َ Tok betul ambo bukan peribadi ataupun tuju kepada bodi Kota Lama, ambo cerita kita Kelantan ni satu negeri Membangun Bersama Islam, kita menyuruh benda molek, kita menghalang benda tok molek. Tapi peringkat dasar negara, negara ni bukan bodi DUN mana-mana.

Masih lagi belum menghalang segala kemungkaran dengan kita punya tag line Madani tu. Madani pada ambo gak suruh benda molek, benda mungkar laranglah. Itulah sunnah kerajaan islam yang sebenar. Tapi kita mohon supaya ada usaha-usaha untuk menyekat benda-benda mungkar sebab kita nak jadikan negeri kita ini negeri yang mana menyuruh pada kebaikan dan mencegah pada kemungkaran supaya mendapat

ر ﻮ ﻔ ﻏ ﱞ ﺔ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﺪ ﻠ ْ ﺑ َ ٌ ٌ ُ وَرَب َ ِّ َةٌ ـَ Dan juga akhir sekali Tendong. Tendong terima kasih atas sokongan Tendong ambo tak ingin mengulas dan akhir sekali ambo memohonlah kepada semua penggiat seni di Kelantan supaya kita sama-sama sayangi kebudayaan kita, seni budaya kita yang mana kita ada seni asli. Dikir Barat, Dikir Barat. Ada ngarut-ngarut loni zaman Tok Guru. Arwah Tok Guru menang tahun 1990 diharamkan segala bentuk hiburan. Haram belako, dikir tokleh, mokyong tokleh, noro tokleh, Dikir Barat tokleh belako. Bakpo? Sebab kita mewarisi budaya-budaya sebelum tahun 1990. Sebelum 1990 ni Kelantan ni gak, ambo tahun 1990 tingkatan satu. Masa tu sekoloh Arab mujurlah. Jadi sebelum 1990 orang kato Paris Of Malaya, gelaran. Lepas tu ada tempat ‘various park’ tu tok tahulah tempat. Kita orang kampungkan, macam-macam.

Cuma di tempat ambo, ambo kecik ambo ingat dulu ada pawagam di Kuala Krai ini sebeloh bangunan Tabung Haji, dok lepas Maghrib ambo sembahyang jemaahlah mugo ayoh ambo Tok Imam, dok. Tok dengar orang ngajar, lepas Maghrib empat, lima orang gatih basikal gi bandar. Kita congek basikal, dok kita pulas tayar. Kita guna dynamo key masa tu.

Tayang di panggung wayang bukan gi masuk tengok wayang, kita tengok sakelar… sakelar tu ambo ingat lagi sapa loni. Barang-barang tok molek tu masuk dalam palo pah ko hari ni nok royak. Barang tok molek kalu masuk nok tubik payoh. Sakelar tu tajuk filem “Adam And Eve”. Nabi Adam, Nabi Hawa, dok. Jadi gambar terlanjang. Sakelar tu telanjang tok tahulah filem lagumano. Hok nok katonyo teruknya peninggalan sebelum daripada tahun 1990.

Arwah Tok Guru naik jadi MB dia batal belako. Terkejut habis. Maka hoktu cerdiknya arwah Tok Guru. Dia batal supaya sor Malaysia terkejut. Sudoh batal habis hiburan. Jadi sor sorang mari. Bank mari, bakpo Tok Guru batal? Molek kita wak transaksi dengan Kelantan. Dia kata boleh tapi ambo nok demo bukok akaun Islam. Sor boleh. Transaksi islam. Bakpo tu kita dikir molek-molek ni, haa boleh. Tapi demo kena buang kata-kata lucah. Benda-benda tok molek dalam seni ni ambo kena buang. Sini budaya molek untuk nasihat orang, tarik orang, guna seni dengan untuk dakwah. Dua boleh seni, pahtu nok wak wayang kulit. Hok tubik apa ni hok kayangan, tok kayangan benda khurafat.

Dia kata boleh buat. Wayang kulit moden. Tukar sikit tapi still wayang kulit. Mokyong boleh buat. Loni hok tokleh wak belako tu boleh semula tetapi dengan konsep yang baru. Arwah Tok Guru tok guno cara PMX, islamisasi. Tok guno. Mengislamkan benda payoh, dok. Tapi kita buat benda yang baru. Jadi lama-lama ambo sebut tadi kita jadi rujukan semua. Artis-artis yang telah berhijrah. Dato’ tok pakai tudung mari jupo Tok Guru, Amy Search mari jupo Tok Guru. Awie jupo Tok Guru, dop. Pengiktirafan artis-artis terkenal dengan kaedah hikmah yang mana Tok Guru buat. Macam kita ni pun hari ni kita buat enakmen hiburan dengan 50 ribu diberi tunjuk sor Malaysia orang mari. Tok Guru wak hudud hoktu terkejut blako, hudud. Walaupun tak dapat laksana Alhamdulillah Brunei dapat laksana. Kita ni selaku ADUN dipilih kita laksana tugas kita sebagai pemerintah yang diberi kuasa laksanakan hukum-hukum Allah SWT di bumi.

Jadi ambo mitok merayu pada penggiat seni kita meraikan bakat anda tapi kalu Dikir Barat jangan wak masuk orang tino mari gelek. Hoktu luar tok tahu mari mano. Bukan orang Islam, bukan anak gadis melayu. Kalu dikir, dikirlah. Bakpo hok mari gelek puloknyo. Hoktu menyebabkan budak-budak kecil bagi dia oo rupanya dikir barat ni dia ada orang tino

mari lompat atas pentas gelek. Jadi punoh budok-budok. Rosak budaya kita sebenar. Kita nak kembalikan semula kesenian yang sebenar. Demo nok dikir, dikir yang sebenar. Ni lah warisan kita. Nok main wayang kulit, wayang kulit yang sebenar. Nok main gapo-gapo pun kita buat benda-benda yang mana tidak mencemar nama …

Yang Berhormat Speaker, boleh ke nak mencelah sikit?

Budaya kita …

Timbalan Speaker

YB Hilmi, YB Dr. Izani nak mencelah …

Sikit jah ambo nok tanyonyo, masa sebelum 1990, Tok Guru tutup habis beki semula ikut cara dia. Loni kalau napok tok dengar kata nok tanyo orang tu boleh tutup semula ko? Tutup boleh 2, 3 tahun, beki semula, dia turut semula baru kita bukok pulok. Boleh ko lagu tu?

Ya terima kasih Yang Berhormat Tok Guru ambolah. Bahagian sekat lesen. Jadi dia berlaku sedikit berbeza. Zaman Tok Guru dulu memang berat benar la. Berat benar. Orang kato nok gi alik Siam tok payoh gi. Kota Bharu pade Kelantan tahun 1990. Nok beki tu tak mampu. Kita punya pentadbiran pun tok pehe lagi. Apa tu “Membangun Bersama Islam”. Rakyat pun laro. Sebab ambo kato benda-benda hok tok molek dia masuk ni mudoh tersebar, kita nok kikis tubik ni kan payoh sebab Tok Guru sekat belako. Kita bina semula zaman tu. Kita pun dah bawah tiga dasar “Membangun Bersama Islam”, “Merakyat Membangun Bersama Islam”, penghayatan tapi kita tengok …

Yang Berhormat Speaker, minta laluan juga sebab Kijang minta laluan tadi, Jelawat pun minta laluan. Terima kasih YB EXCO. Mengikut statistik DOSM tahun 2022 berhubung dengan kesalahan jenayah seksual di Malaysia. Selangor 807, Sabah dan Labuan 300, Kuala Lumpur dan Putrajaya 283, Johor 269, Pinang 264 dan Kelantan dibawah 153.

Dan kalau mengikut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobility 2022, berhubung dengan kes alkohol, Kelantan 6.4, Johor 18.7, Pulau Pinang 30.4, Sabah 22.2, Sarawak 44, Kuala Lumpur 22. Di semua statistik ini adakah EXCO, Yang Berhormat EXCO setuju dengan saya bahawa statistik berhubung dengan arak, alkohol ataupun jenayah seksual ini sebenarnya ada kaitan dengan hiburan yang melampau, yang biasanya melalaikan dan biasanya sudah ataupun habis program tu lepas pukul 12 malam dan mereka ada peluang untuk melakukan sama ada minum arak, alkohol ataupun melakukan jenayah seksual ini. Terima kasih itu saja.

Nok pengesahan la dok? Pengesahan ni dia refleklah, reflek, reflek. Setujulah dengan apa ni survey darpada DOSM tadi. Kita ni Kelantan ini sebenarnya seolah menjadi filter, penapis pada benda-benda hok mari Thailand di Kelantan ini, kalu dadah ni sakut kita dulu. Sakut kita tu ber tan-tan dadah tu dirampas bukan orang Kelantan guna tapi dirampas di tempat kita. Jadi dalam rekodnya macam kita gunalah. Tapi jumlah rampasan berlaku di Kelantan. Ha itu antara masalah kita.

Kalau kata Malaysia ni bukan Kelantan loni lah ambo raso beratlah. Jadi kerajaan Malaysia kena bersyukur Kelantan, Kedah, Perlis yang jadi filter kepada untuk mengurangkan budaya bergejala ataupun jenayah yang dibawa daripada sempadan untuk masuk di tempat kita.

Jadi ambo rasa itu sahajalah ambo rasa cukup setakat itu dan ambo harap sokongan daripada semua sama-sama kita bersatu, wakil rakyat yang dilantik rakyat untuk bersama-sama kita memastikan segala hiburan yang kita anjur yang dilaksanakan oleh NGO, PRT, anak-anak muda kita patuh pada enakmen yang kita akan luluskan dan ini untuk kita pastikan anak-anak muda kita, masyarakat kita itu masing-masing menjadi rakyat yang mana mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi, mempunyai akhlak, akhlak yang tinggi. In sha Allah kita dapat hidup dalam suasana yang

harmoni dan bahagia, in shaa Allah. Sekian saja untuk penggulungan saya akhiri dengan Assalamualaikum WBT.

Timbalan Speaker

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Dr. Fadzli Bin Haji Hassan untuk membuat penggulungan.

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ ﻏﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﲔ أ ﺻﻬﺒﻪ و

ﱄ ﻮ ﻗ ا ﻮ ﻬ ﻘ ﻔ ﻳ * ﺎﱐ ِ ﺴ ِّ ﻟ ﻦ ﻣ ﺪ ﻘ ﻋ ﻞ ُ ﻠ ﺣ * ِي ﺮ ﻣ أَ ﱄ ِ ﺮ ﺴ ﻳ * ﺪ ﺻ ﱄ ِ ﺮ ﺷ ا ـَ َ ْ َةً ْ ْرِي ْ ِرَبِّ ْ ُ ـَ َ ِّ ُ ْ ْ وَا ْ ْ ِّ َ وَ َ َحْ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah dibentangkan oleh Exco berkenaan dengan Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan Dan Tempat Hiburan Kelantan dan juga penggulungan yang telah dibuat. Kalau saya boleh bagi markah saya bagi A+ di atas penggulungan. Siap, lengkap, menjawab persoalan dan saya sangat berpuas hati. Saya kira Ahli-Ahli Yang Berhormat juga sangat berpuas hati di atas penjelasan tersebut dan saya juga mengucapkan tahniah pada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang semuanya menyokong, ya. Dan kita semua adalah mewakili rakyat bukan di sebelah pembangkang sahaja mewakili rakyat. Kita semua yang ada ini semuanya mewakili rakyat. Kita dipilih oleh rakyat dan dalam pilihanraya yang lepas golongan muda telah bersama dengan parti yang memerintah Kelantan ini. Maknanya golongan muda bersama dengan kita. Dan kita juga mewakili golongan muda. Saya nak sebut ya bukan Barisan Nasional atau

Pakatan Harapan sahaja mewakili golongan muda, kita juga mewakili golongan muda dan saya bangun untuk penggulungan sebagaimana yang diberikan, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk menggulung walaupun lengkap sangat memuaskan. Excellent, cemerlang kita berikan kepada pembentang Yang Berhormat EXCO tadi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat saya bangun bukan untuk mengajar Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini sebab saya cukup faham tentang pengalaman, ilmu yang ada kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. latar belakangnya semua hebat-hebat daripada golongan professional, asatizah sampailah kepada agamawan dan juga sampailah kepada aktivis masyarakat. Dan bersama dengan kita juga ada pegawai, ada tetamu yang memang mempunyai pengalaman yang luas dan juga mempunyai ilmu yang tinggi. Tetapi perbahasan kita di dewan ini rupa-rupanya disiar keluar secara live. Jadi ramai orang rakyat dapat mengikuti perbahasan kita di sini.

Jadi mereka mempunyai latar belakang yang berbeza daripada kita mungkin, ada yang sama, ada yang berbeza dan ada yang merupakan rakyat biasa yang memerlukan kepada panduan, pedoman dan juga penjelasan.

Jadi di sini saya bangun untuk memberikan sedikit latar belakang supaya mungkin ada yang keliru dan menganggap apabila banyak perbahasan dengan menggunakan pelbagai bahasa. Jadi maksud pelbagai bahasa tadi ialah cara penyampaian. Mungkin juga ada yang keliru yang mungkin menganggap bahawa kita kerajaan ingin menyekat. Manakala pembangkang mewakili rakyat ha itu perlu diperjelaskan kepada rakyat semua. Itu maksud kenapa saya bangun bagi menggulung walaupun ianya telah dijelaskan oleh EXCO yangmembentangkan ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga semua Ahli-Ahli Yang Berhormat kita adalah wakil rakyat yang mewakili rakyat. Dalam masa yang sama kita ialah pembuat undang-undang ataupun dipanggil sebagai the legislator. Dalam sebuah negara yang moden kita tahu, dalam dewan, dewan ini ada tujuh orang pengamal ataupun Ahli Undang-Undang. Sebab itulah dibahaskan tadi mengikut undang-undang. Jadi saya nak bagitahu bahawa dalam sebuah negara moden dia panggil the apparatus of the modern government. Dia ada tiga institusi yang penting. Satu legislator,

yang kedua dia panggil executive, dan yang ketiga dia panggil judiciary. Itu semua kita faham ya. Dalam Bahasa Arab dia ada ada ِ ﻟﺘﺸﺮﻳﻊdia ا ﻴﺬ ﻔ ﻨ ﺗ ْ ـَ dan dia ada ini sistem. ء ﻟﻘﻀﺎ ا Dalam islam pun begitulah. Dan ditulis dalam, dalam sistem perundangan islam pun ada tiga begitu. Kita termasuk dalam apa yang dipanggil sebagai pembuat undang-undang. Nantinya akan ada yang melaksanakan undang-undang itu. Kita yang membuat undang-undang jangan kita mempersoalkan yang melaksanakan undang-undang kerana mereka ada peraturan. Ada kaedahnya. Dan nantinya kalau kita tidak berpuas hati dengan orang yang melaksanakan undang-undang dia ada satu lagi iaitu judiciary. Rakyat yang tidak berpuas hati yang menganggap bahawa undang-undang ini dibuat comel doh tapi perlaksanaannya tak betul. Ada kekurangan ya, ada penyelewengan. Maka ada satu lagi institusi yang dipanggil sebagai judiciary atau ء ﻟﻘﻀﺎ ا .

Disitu mana-mana sahaja boleh bawak dan disitulah tempat untuk kita mendapat keadilan, ya. Sebab itulah dalam hal itu kita di sini kita membuat undang-undang sebaiknya. Semua yang berbahas tadi menyumbang untuk memperbaiki undang-undang tersebut tetapi jangan sekali-sekali kita bermaksud untuk interfere dengan makna kata kita seolah-oleh menggambarkan ketidakpercayaan kita kepada orang yang melaksanakan undang-undang iaitu dari pihak executive.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, semalam saya ada membaca sepotong ayat Al-Quran dan di sokong oleh ayat Al-Quran yang lain ا dan ﻟﻄﻴﺒﺔ ا ة ﻟﺒﻠﺪ

dalam ayat Al-Quran yang lain ر ﻮ ﻔ ﻏ ﱞ ﺔ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﺪ ﻠ ْ ﺑ َ ٌ ُ وَرَب َ ِّ َةٌ ـَ Itulah yang menjadi hasrat kita Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebab itu kita katakan bahawa kita ada Enakmen Kawalan Hiburan. Saya tidak pasti sama ada negeri-negeri lain juga ada enakmen yang berupa sebegitu. Dan kalaupun mereka ada mungkin mereka ada tetapi intipatinya saya juga kurang pasti adakah ia sama dengan apa yang kita maksudkan.

Tetapi matlamat utama daripada kenapa kita buat undang-undang ini bagi menggantikan undang-undang yang lama. Ya nak ganti bukan kita

nak buat pindaan, kita nak ganti. Undang-undang yang lama pada tahun 1998. Berjalan orang menganggap bahawa kita nak mengekang. Rupanya kita difahamkan tadi hanya ada satu sahaja pendakwaan dalam tempoh tersebut. Maknanya kita bukan, bukan sekali-kali nak mengekang, tidak. Cuma kita nak kaji yang kita cuba untuk mengatur susun, kita cuba untuk mendidik.

Kalau kita nak sembahyang hatta kita nak solat sekalipun ada kaedah dan caranya. Itu kita nak mendekati Allah SWT. Ada cara dan kaedahnya. Maka islam datang untuk mengatur kehidupan kita bukan saja soal kita nak sembahyang tapi dalam segenap kehidupan kita. Dan kita sebagai orang yang bertanggungjawab diberikan Allah amanah untuk duduk di sini mentadbir masyarakat maka kitalah orang yang bertanggungjawab untuk bagaimana menyusun, mengatur kehidupan negeri kita termasuklah juga mendidik rakyat memberi pedoman, memberi nasihat dan dalam masa yang sama mengatur kehidupan rakyat kita.

Sebab itulah kita kena ingat ya Alhamdulillah negeri yang kita ini negeri yang 95% adalah Muslim. Dalam masa yang sama orang-orang bukan Islam Alhamdulillah kita contoh perpaduan yang saya rasalah yang kita kata terbaiklah Alhamdulillah, ya kita kata terbaiklah. Kalau kita tidak terbaik pun kita boleh kata second to none.

Sebab rakyat Kelantan ini Cina ke, Siam ke, India ke, boleh hidup dan boleh bertutur dalam Bahasa Kelantan dan mereka lebih suka begitu cara hidup pakai kain pelikat dan sebagainya. Jadi Alhamdulillah mereka selesa dalam keadaan yang ada pada hari ini. Sebab itulah ya kita sebagai pemimpin, Allah SWT memberikan amanah ini dan para ulamak dia telah menetapkan dalam kaedah dia ﺑﺎﻟﻣﺻﻠﺣﺔ وط ﻣﻧ ﻋﯾﺔ ر ﻟ ا ﻋﻠﻰ م ﻻﻣﺎ ا رف ﺗﺻ

Kerajaan, pemimpin yang memerintah, yang mentadbir negeri, yang mentadbir negara mestilah mentadbirnya mengikut maslahah. Apa itu maslahah? Maslahah itu bermaksud apa yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Apa yang mendatangkan kemaslahatan, kebaikan kepada rakyat? Apa kebaikan kepada rakyat? Kebaikan kepada rakyat bukan mengikut akal pemikiran kita.

ﻢ ﻜ ُ َ ﻟ ﺷ ﻮ ﻫ ﺎ ﺌ ﻴ ﺷ ا ﺒﱡﻮ ﲢ ُِ أَنْ ﻰ ﺴ ﻋ ﻢ ﻜ ُ َ ﻟ ﲑ ﺧ ﻮ ﻫ ﺎ ﺌ ﻴ ﺷ ا ﻮ ﻫ ﺮ ﻜ ْ ﺗ أَنْ ﻰ ﺴ ﻋ ﺮﱞ َ ْوَ َ َ ُ وَ ً ـْ َ َ َ وَ ْ ٌْ َ َ ُ وَ ً ـْ َ ُ َ َ َ

Kadang-kadang kalau ikut pemikiran kita, kita anggap benda itu baik. Tapi sebenarnya ia adalah merosakkan kita. Kadang-kadang kita menganggap benda itu buruk tapi sebenarnya ia adalah untuk kebaikan kita. Sebab itulah apa yang dikatakan maslahah itu adalah apa yang ditentukan oleh Allah SWT bukan mengikut neraca pemikiran kita.

Jadi apabila pemerintah itu diwajibkan itu ﺎﺑﳌﺼﻠﺤﺔMaslahah ط ﻣﻨﻮ adalah mengikut peraturan-peraturan Allah SWT. Dalam hal ini ulamak mengkaji keseluruhan perintah Allah dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Akhirnya para ulamak, para usuluddin membuat kesimpulan bahawa semua perintah-perintah Allah SWT, semua larangan-larangan Allah SWT yang ada dalam Al-Quran, yang ada dalam hadis Nabi SAW adalah untuk satu benda sahaja. Iaitulah menjaga menjaga lima perkara asas bagi kehidupan manusia di ﳋﻤﺲ ا ت ʮ ور ﻟﻀﺮ ا atas dunia. Iaitulah yang pertama dia panggil agama. Semua ﻟﺪﻳﻦ ا ﺣﻔﻆ peraturan, perintah, wajib ataupun haram adalah yang pertama untuk menjaga agama.

Yang kedua semuanya perintah larangan oleh Allah SWT untuk

ِ ﻟﻨﱠﻔﺲ ا ﻆ ﻔ ْ ﺣ jaga manusia, diri manusia, nyawa manusia yang ketikanya adalah untuk pemikiran, akal manusia. ﻟﻌﻘﻞmenjaga ا ﺣﻔﻆ

Yang keempat adalah ِ menjaga keluarga dan nasab ﻟﻨﱠﻔﺲuntuk ا ﻆ ﻔ ﺣ ْ keturunan manusia. Yang keseterusnya yang kelima adalah untuk menjaga . Menjaga harta manusia. ل ﳌﺎ ا ﺣﻔﻆ

Kenapa orang mencuri dihukum dengan hukuman yang berat jika sabit kesalahan? Potong tangannya. Kalau tak sabit tak boleh. Kenapa untuk menjaga harta? Kenapa diharamkan arak? Untuk menjaga akal. Kenapa membunuh dihukum qisas? Untuk menjaga nyawa. Kenapa orang murtad dihukum dengan seberat-berat hukuman? Untuk menjaga agama dan sebagainya.

makanlah bukan sahaja makanan yang halal tetapi makanan ﻃﻴﺒﺎ ﺣﻼﻻ yang baik, kenapa? Untuk menjaga tubuh badan dan juga akal yang sihat. Kenapa haramnya zina? Untuk menjaga keturunan. Inilah ya, maka kita kerajaan sentiasa berusaha atas maslahah itulah. Untuk menjaga kelima-lima perkara itulah. Sebab itulah kita sentiasa berfikir untuk membuat bagaimana kaedahnya supaya yang dikatakan sebagai objective of the Syariah tadi yang dikatakan sebagai matlamat syariat itu diturunkan tadi.

Ya yang dikatakan sebagai tadi dapat kita laksanakan ﻟﺸﺮﻳﻌﺔ ا ﻣﻘﺎﺻﺪ kerana apa? Kerana ia memang menjadi tanggungjawab kita. Makanya kita mesti buat peraturan dan juga undang-undang sebab kita kerajaan. Matlamat dari kita buat satu-satu undang-undang, satu-satu peraturan ini adalah kita mencapai tujuan kemaslahatan ﳌﺼﻠﺤﺔuntuk ا ﻠﺐ ﺟ َ kepada rakyat tadi. menjauhkan segala kemudharatan ﳌﻔﺎﺳﺪdan ا ودرء kepada rakyat. Itu kaedah yang telah ditentukan oleh para ulamak. Sebab itulah ada dia panggil ﳌﻔﺎﺳﺪ. ا ودرء

Cara kita menterjemah, cara kita mengaplikasikan, cara kita membuat hukum hakam adalah antaranya melalui kita ﺋﻊKadang-kadang را ﻟﺬ ا .ﺳﺪ tengok benda itu baik. Tetapi lebih baik kita sekat awal-awal kerana hujungnya nanti boleh membawa kepada keburukan. Ha itu ﺋﻊ را ﻟﺬ ا .ﺳﺪ

Jadi inilah yang kita buat ini setelah begitu lama kita ada enakmen tersebut kita buat baru bukan sebab kita nak memperketatkan, bukan sebab kita nak menghalang sebaliknya perkembangan semasa, bentuk hiburannya, kecanggihan teknologi dan sebagainya itu. Maka kita rasakan bahawa kita perlu perluaskan juga dengan luasnya aktiviti masyarakat undang-undang juga mesti kita luaskan supaya ianya tidak berada di takup 1998. Supaya ianya ada satu peruntukan yang khas bagi memudahkan pihak eksekutif melaksanakan tanggungjawabnya.

Hiburan yang ada pada hari ini tidak ada pada tahun 1998. Begitu juga dengan alat yang ada pada tahun ini pada tahun itu tidak ada. Dan juga tujuan daripada kita, kita buat undang-undang baru. Ini bukan kita nak

kata bahawa undang-undang lama itu tidak bagus. Dalam konsep undang-undang apabila satu-satu undang-undang itu dibuat, ya perlembagaan bukan main susah nak pinda perlembagaan tapi semenjak daripada merdeka sampai sekarang sudah berpuluh ataupun beratus kali perlembagaan itu dipinda bukan apa yang ada dulu tidak bagus. Tetapi yang ada dulu sesuai untuk waktu itu.

Sekarang ini kita lihat aktiviti muda-mudi itu berkembang dan kita kena berkembang sekali dengan aktiviti mereka, memperluaskan. Mungkin undang-undang yang ada dulu menyekat kebebasan mereka maka kita perluaskan sesuai dengan keadaan yang ada pada hari ini. Ya kita nak memudahkan lagi. Kita nak mengajak supaya datang ke Kelantan. Buat apa sahaja di Kelantan. Kita pandu mereka, mereka datang ke Kelantan. Boleh ke tidak buat begini. Kita kata boleh buat begini.

Allahyarham Tok Guru tiba-tiba membenarkan Mawi datang ke Kelantan. Semua orang takboleh nak terima akal tapi apabila Mawi datang ke Kelantan masa tu baru orang melihat bahawa bagaimana persembahan Mawi dan kita boleh melihat bagaimana ia ditempat penonton-penonton itu dipisahkan lelaki dan juga perempuan. Sebelum itu mungkin tidak ada perkara yang sebegitu.

Dan sekarang orang boleh melihat kalau kita nak buat ada caranya. Orang yang sama mahu Mawi juga. XPDC tu sudah beberapa kali saya difahamkan dia membuat persembahan di Kelantan. Malah ada yang dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri sendiri pun. Bukan kita haramkan XPDC. Kita haramkan, bukan kita haramkan sebenarnya cuma kita kuatkuasakan undang-undang apabila ianya tidak dipatuhi. Haram dalam konteks islam ini ada dua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Satu, haram ﺗﻪ ا ﻟﺬ م ﺣﺮ dengan sebab awal-awal lagi dia haram. Daging khinzir sebab apa pun dia haram daripada awal lagi.

Yang kedua, haram ni because of something else. ﻟﻐﲑﻩmaksudnya م ﺣﺮ Dia tu halal. Tapi ada benda lain yang masuk. Jadi dia haram. Tiba-tiba ada benda lain masuk apabila kita sekat persembahan Dikir Barat sebagai contohnya bukan kita haramkan persembahan dikir barat tapi masuk unsur-unsur yang haram tadi. Tiba-tiba penganjur baguslah. Dia jemput persembahan Dikir Barat. Ya memang bagus. Baik kata-katanya dan

sebagainya. Tiba-tiba entah yang entah dari mana lompat ke atas pentas perempuan pulak tu, dengan pakaian yang mungkin menjolok mata kemudian buat tarian gerudi kat situ maka dia jadi haram. ﻟﻐﲑﻩharam م ,ﺣﺮ sebab adanya unsur yang diharamkan tadi maka waktu itu kita kena sekat. Sekat itu bermaksud bukan kita sekat pertunjukkan, Dikir Barat tidak.

Persembahan dikir barat tak salah pun dia. Penganjur tak salah pun dia. Dia mana tahu ada orang melompat kat atas maka kita kena hentikan. Ha itu ya. Jadi di sini maksud saya adalah dalam peraturan ini ada kaedah-kaedahnya. Bukan kita laksanakan secara semborono sebegitu sahaja.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, saya nak berbalik kepada kenapa kita gantikan tadi. Dalam aspek undang-undang ya kadang-kadang kita ganti dengan sebab tadi dengan sebab yang telah saya sebutkan. Yang keduanya ada loophole ada kelemahan-kelemahan. Yang ketiganya ada, ada benda-benda yang kita perlu masukkkan sesuai dengan peredaran zaman dan sebagainya. Undang-undang ini dia ada berbagai approach, dia ada golden approach, dia ada golden purpose dan literal, caranya. Jadi kita melihat semua perkara-perkara tersebut dan kita pilih satu yang terbaik untuk rakyat.

Jadi saya sekali lagi saya nak sebut bahawa datang ke Kelantan terutamanya dalam tahun ini. Buatlah nak buat Food Festival ataupun apa saja. Ya Dato’ EXCO Perlancongan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sedar ataupun tidak tema perlancongan tahun 2024 Kelantan adalah 3F. Food, Family And Festival. Makan orang datang ke Kelantan memang untuk makan. Jangan lupa bawak keluarga, family. Dan festival, perayaan. Macam-macam perayaan yang kita ada. Macam-macam festival yang kita ada bawak ke sini. Bila bawak ke sini. Kita pun boleh berhibur bersama dengan keluarga kita, rakyat boleh mencari rezeki dan ekonomi kita semakin rancak, wang kita bertukar aktif daripada seorang ke seorang kita boleh membina generasi berekonomi keusahawanan dan sebagainya.

Kita nak buka sesiapa sahaja. Tinggal lagi mana tempat yang kita pergi ada peraturan. Di situ kita nak bagitahu bahawa ini sahaja peraturan yang kita ada. Mana boleh negara tidak ada peraturan. Nak membentuk sebuah negara, nak membentuk sebuah negeri selain dari sempadan dia mesti

ada kerajaan dan juga dia mesti ada peraturan. Itu tiga asas kepada negara moden.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita nak jadikan negeri Kelantan contoh ya, kita nak jadikan Kelantan ni contoh ya. Hari ni ya mungkin ada orang yang menyebut itu sahaja yang Kelantan buat, sentiasa nak menyekat. Tapi suatu hari nanti mereka akan dapat melihat apa yang kita buat, Alhamdulillah. Waktu itu sekali lagi kita akan menjadikan contoh kepada orang lain dan ambiklah apa yang kita buat ini untuk dilaksanakan di negeri tuan-tuan. Tok Guru dulu masa dia memperkenalkan pelbagai dasar pada mula-mulanya dicemuh. Cuti dua hari seminggu, bilik tiga, rumah tiga bilik ya dan sebagainya tetapi akhirnya ditiru dengan rasa malu-malu oleh orang lain, Alhamdulillah.

Yang ni pun kita nak buat supaya orang lain dapat melihat kalau ada kelemahan-kelemahan mereka boleh baiki dan mereka boleh dilaksanakan mereka dapat pahala In Shaa Allah kita dapat pahala.

Tuan-tuan yang dihormati lagi dikasihi sekalian, kita nak filter tadi. Kita nak rakyat kita baik. Sebab negeri kampung halaman individu ini boleh membentuk masyarakat yang baik. Ada satu kisah, Nabi SAW sendiri yang saya sahkan dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang, hadis ini tuan-tuan pernah dengar hadis yang ada dalam sahih Al-ﻋﻠﻴﻪ ﻣﺘﻔﻖ Bukhari dan juga Muslim yang diriwayatkan oleh Sa’I Al-Kudhri sahabat Nabi SAW, hadis Sa’I Al-Kudhri. Hadis ini ada juga dalam Iman An-Nawawi dalam bab taubah bagaimana saya tak nak baca matan hadis tu dalam Bahasa Arab dia panjang.

Nak ceritanya ada seorang yang ganas yang membunuh 99 orang. Dia dah bunuh 99 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kemudian timbul rasa keinsafan. Akhirnya dia cari bagaimana kaedah untuk kembali kepada agama. Dan dia ditunjukkan kepada seorang ahli ibadah. Kuat ibadah dia. Tetapi kurang ilmu dia. Kurang hikmah dia. Dan orang ini jumpa dengan ahli ibadah dia tanya, Syeikh, tuan saya telah membunuh 99 orang. Bolehkah saya bertaubat?

Ahli ibadah tersebut dia kurang ilmu dan juga kurang hikmah, dia kata 99 orang no way tak boleh taubat lagi dah. Kamu dalam neraka. Tiba-tiba dia marah, hati dia keras. Dibunuhnya orang itu. Jadi 100. Kemudian dia tanya adakah tidak orang yang alim di tempat ini untuk saya jumpa dia

dan dia ditunjukkan kepada orang alim. Dia pergi cari orang alim itu dan dia tanya ya, dia tanya orang alim itu dia bagitahu cerita dia. 99 orang dah dia bunuh dan baru sehari dua lepas la mungkin atau tadi la mungkin saya ada bunuh seorang lagi. Orang itu pulak kuat ibadah. Boleh ke tidak saya bertaubat? Si Alim, ya dia alim. Sebab itu dia boleh jawab dengan cara berhikmah. Dan itu pun kaedah mengikut cara islamiah. Dia kata tidak ada halangan untuk kamu bertaubat kepada Allah SWT walaupun kamu membunuh 100 orang yang tidak berdosa sebelum ini. Jadi itu antara kamu dengan Allah SWT.

Dia rasa sangat gembira, sangat suka. Bagaimana caranya wahai Si Alim. Orang alim itu bagitahu kepada dia ya ِ . Kamu pergi ا ﻛﺬ و ا ﻛﺬ أرض ﱃ إ ﻖ ﻠ َ ﻄ ْ ﻧ ا ْ ke satu tempat. ِ di sana kamu dapati ﻢ ﻣﻌﻬ ﻪﻠﻟﱠ ا ﺪ ﺒ ﻓﺎﻋ ﻪﻠﻟﱠ ا ﺪ ﺒ ﻌ ﻳ ﺎ ʭﺳ أُ ﻬﺑﺎ ن ﱠ ﻓﺈ ُونَ ْ ُ َ ُ ْ َ ُ ْ ـَ ً manusia di sana berhambakan dirinya kepada Allah SWT maka di situ kamu bertaubat. Dan perhambakanlah diri kamu kepada Allah SWT bersama dengan mereka. Jangan kamu balik kepada ﺿﻚ أر ﱃ إ ﺗﺮﺟﻊ ﻻ و tempat asal kamu. Jangan kamu balik ke rumah kamu kampung halaman kamu kerana tempat kamu itu adalah tempat yang tidak ء ﺳﻮ أرض ﻓﺈĔﺎ baik. Tempat yang banyak maksiat.

Kalau kamu nak jadi baik pergi cari satu tempat yang baik yer dan dia Alhamdulillah Allah SWT campakkan kepada dia keinginan itu dan dia berjalan untuk pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh si alim tadi. Tiba-tiba, tiba di pertengahan jalan dia meninggal dunia. Mati dia. Bila mati malaikat rahmat dengan malaikat azab datang. Malaikat rahmat kata orang ini nak bertaubat, syurga dia. Malaikat azab kata dia sudah bunuh 100 orang, dia belum lagi sempat ke sana. Dia masih lagi di pertengahan. Aku nak bawak dia ke neraka. Bergaduh, istilahnya bergaduhlah ya, istilahnya apa? Begitulah lebih kurang antara dua malaikat. Ini berlaku pada Bani Israel ya bukan umat Nabi Muhammad SAW, Bani Isreal. Tapi diceritakan oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Dalam keadaan keduanya tadi berbahasnya Allah SWT mengutuskan seorang lagi malaikat. Ada yang kata dalam dia datang dalam bentuk manusia, kenapa? Maka kedua-duanya menceritakan tentang apa yang berlaku. Maka malaikat tadi kata, ukur. Ukur daripada sini ke tempat

kampung halaman dia dan sini ke kampung halaman yang dia nak tuju. Mana lebih dekat? Kalau dekat kepada kampung halaman, kamu malaikat azab kamu ambil. Kalau dekat kepada tempat yang dia nak tuju untuk bertaubat, kamu malaikat rahmat kamu ambil. Maka ukur.

Dan ada Riwayat yang mengatakan Allah SWT perintahkan kepada bumi di sebelah kebaikan untuk jadi dekat, rapatkan ya. Ada satu riwayat begitu. Dan maka apabila di ukur dekat sekitar . Sejengkal sahaja ke ا ﺷﱪ tempat yang dia nak tuju untuk dia bertaubat. Ada riwayat kata Allah SWT yang arahkan bumi supaya begitu. Maka dia di ambil oleh malaikat rahmat.

Nak ceritanya banyak pengajaran daripada hadis itu. Taubat, sesiapa sahaja boleh bertaubat walaupun banyak mana kesalahan. Tapi yang relevan dengan apa yang kita nak lakukan di sini adalah kita secuba seboleh mungkin untuk menjadikan negeri kita ini sahaja ada ﻃﻴﺐbukan . Tuhan yang redha kepada negeri kita. Kita tidak mampu ر ﻟﻐﻔﻮ ا رب sebenarnya untuk buat 100% tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha. Ada kelemahan, ada kelemahan dan ini kita baiki lagi. Akan ada lagi Rang Undang-Undang nanti untuk membaiki sebarang kelemahan di situ In Shaa Allah. Dan inilah jangan, jangan kita tak buat langsung, kita, kita buat.

Dan Kota Lama, Kota Lama. Saya mengambil kesempatan, saya setuju Kota Lama sokong, Galas sokong, Nenggiri sokong, terima kasih. Tetapi saya, saya agak terkilan apabila Kota Lama kata tadi walaupun menyokong sebab itu saya bangun untuk memberikan penjelasan. Saya takut orang dibawah sana kurang faham nanti buat kesimpulan. Bukan saja orang dibawah sana tapi saya takut nanti ada orang yang masuk dalam Facebook ke TikTok ke, dalam laporan dan sebagainya istilah “kamu buat boleh, kami buat tak boleh”. Istilahnya apa tadi yang digunakan tadi ya? Bukan, bukan double standard itu satu. Satu istilah yang saya, ayat yang digunakan tadi, ya. Kita buat takpolah, orang lain, kita buat boleh, orang lain buat, tokleh. Begitu ya.

Kita, kita edih kalau itu berlaku. Tapi kita mintak tunjuk bukti tadi secara spesifik. Sebab kalau betul-betul itu kita nak tengok siapa dan kenapa?

Kita nak panggil orangnya kenapa, berlaku sebegitu? Sebab kita tak nak benda itu berlaku. Tetapi YB tak menunjukkan secara spesifik. Di mana? Kesalahannya apa? Siapa? Saya bimbang benda ini akan di ambil dan disebarkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebab itulah saya minta supaya mereka juga mendengar penjelasan ini. Penjelasan daripada EXCO kita dan sebagainya. Kalau betul ada selepas daripada ini terus laporkan kepada Pejabat Menteri Besar kepada saya. Tapi kena buktilah. Begitu juga apabila kita membentangkan, bertanyakan soalan berbahaskan di sini, istilah itu saya tahu. Istilah itu digunakan oleh setengah-setengah daripada penulis dalam media sosial untuk memburukkan pihak-pihak tertentu termasuklah juga memburukkan Kerajaan Negeri.

Kalau kita ambik istilah itu nantinya ia akan jadi galak di media sosial. Sedangkan kita tidak dapat membuktikan kes secara spesifik di mana. Jadi saya harap benda-benda yang sebegini kita kena, bukan saja Kota Lama, atau bukan pembangkang tetapi pihak kerajaan juga. Jangan ikut orang lain, negeri lain tapi kita kena tunjukkan bagaimana sepatutnya ya di sini.

Dan akhirnya, saya bersama dengan EXCO Kerajaan Tempatan, kita ingin nasihatkan kepada semualah. Yang pertama kepada penganjur. Ikut peraturan tidak ada masalah sedikit pun, ikut peraturan. Patuhi peraturan. Dalam masa yang sama kena berhati-hati ya. Nantinya penganjur akan mendapat nama yang tidak baik sebab tadilah. Apa yang berlaku katanya dua tahun lepas itu di mana di salah satu daerahlah ya. Apa yang berlaku itu penganjur tak tahu pun tiba-tiba ada orang melompat naik buat tarian gerudi. Katanya lah begitu. Kena berhati-hati sebelum di ambil tindakan dan sebagainya, penganjur sendiri sebab nantinya rosak namanya.

Yang kedua, para artis. Artis luar Kelantan datang ke Kelantan Alhamdulillah, dia bertudung dan sebagainya kerana mereka faham dan mereka tahu artis-artis yang ada ni banyak buat persembahan di Kelantan. Jadi mereka faham. Dalam hal itu, kita nak jugak supaya artis ini sedikit sebanyak difahamkan oleh pihak penganjur apa yang sebenarnya dibenarkan di Kelantan dan apa perkara-perkara yang menjadi undang-undang Negeri Kelantan ini yang tak boleh dilanggar

kerana Kelantan nak jaga rakyatnya. Begitu ya. Di lain tempat mungkin dibenarkan tetapi tidak sesuai keadaannya di Kelantan.

Dan yang ketiga begitu juga penonton. Saya rasalah apa yang berlaku di UMK itu bukan semuanya pelajar UMK, mungkin orang luar pun yang datang ke situ. Tapi yang disebut sebut namanya akhirnya UMK. Tak pasal-pasal. Sedangkan yang datang 10 000 ataupun lebih daripada itu tu mungkin orang luar, begitu. Jadi dalam hal ini kita nak jaga semua saja asalkan berada di sini tertakluk kepada undang-undang dan peraturan enakmen ini. Kita nak jaga semua orang. Daripada negeri, negerinya kenapa? Kerana nantinya tadilah ada orang yang akan mengambil kesempatan sengaja datang antara 10 000 yang datang itu ada yang sengaja datang bawak kamera nak cari di mana point-point yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk memburukkan, tengok negeri Pak Lebai istilah dia. Negeri lebai pun ini boleh berlaku. Kata saja kepimpinan ulamak, tak pasal-pasal kita yang berada dalam dewan ini kena.

Sedangkan kita dah buat undang-undang yang baik, yang kita telah bincangkan. Dan apabila disebut nama, saya, saya juga pernah duduk di universiti satu masa dulu. Ada juga yang terlibat dengan pentadbiran. Kita tahu universiti ini tempat mengasuh, tempat mendidik anak-anak kita. Tempat kita menyampaikan ilmu pengetahuan dan budi bahasa. Di tempat saya dahulu dia kata apa garden of knowledge and virtue. Ini adalah taman untuk mencari ilmu dan juga membina sahsiah.

Jadi dalam hal ini saya rasa tempat-tempat yang sebegini. Mengutamakan pendidikan dalam masa yang sama adalah mendidik supaya pelajar-pelajar kita nanti boleh menjadi contoh tauladan kepada orang lain. Dan saya yakin apa yang berlaku kepada UMK itu bukan salah UMK tetapi yang menganjurkan itu ia perlu bukan saja patuh daripada awal lagi tetapi hendaklah perhatikan. Kadang-kadang tak pasal-pasal dengan sebab perbuatan orang lain nama kita yang rosak.

Dalam hal itu sekali lagilah saya buat kesimpulan terima kasih kepada semua yang telah memberikan pandangan daripada kedua-dua belah pihak. Kita semuanya menyokong. Kita laksanakan dahulu. Nanti kalau ada kelemahan kita boleh baiki di mana-mana In Shaa Allah ruang yang kita ada cukup-cukup luas dan daripada masa ke semasa kita baiki In Shaa

Allah apa yang kita nak sebut adalah apa yang kita buat ini adalah untuk mencapai ر ﻮ ﻔ ﻏ ﱞ ﺔ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﺪ ﻠ ْ ﺑ ُ َ ٌ وَرَب َ ِّ َةٌ ـَ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI KAWALAN DAN PELESENAN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN DAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI KAWALAN DAN PELESENAN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN DAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA [ TINGKATAN JAWATANKUASA ]

Timbalan Speaker

Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [ COKMAR DITURUNKAN ]

Setiausaha

Fasal 2

Timbalan Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 3

Timbalan Speaker

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 4

Timbalan Speaker

Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 5

Timbalan Speaker

Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 6

Timbalan Speaker

Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 7

Timbalan Speaker

Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 8

Timbalan Speaker

Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 9

Timbalan Speaker

Fasal 9 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 10

Timbalan Speaker

Fasal 10 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 11

Timbalan Speaker

Fasal 11 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 12

Timbalan Speaker

Fasal 12 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 13

Timbalan Speaker

Fasal 13 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 14

Timbalan Speaker

Fasal 14 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 15

Timbalan Speaker

Fasal 15 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 16

Timbalan Speaker

Fasal 16 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 17

Timbalan Speaker

Fasal17 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 18

Timbalan Speaker

Fasal 18 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 19

Timbalan Speaker

Fasal 19 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 20

Timbalan Speaker

Fasal 20 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 21

Timbalan Speaker

Fasal 21 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 22

Timbalan Speaker

Fasal 22 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 23

Timbalan Speaker

Fasal 23 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 24

Timbalan Speaker

Fasal 24 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 25

Timbalan Speaker

Fasal 25 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 26

Timbalan Speaker

Fasal 26 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 27

Timbalan Speaker

Fasal 27 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 28

Timbalan Speaker

Fasal 28 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 29

Timbalan Speaker

Fasal 29 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 30

Timbalan Speaker

Fasal 30 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 31

Timbalan Speaker

Fasal 31 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 32

Timbalan Speaker

Fasal 32 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 33

Timbalan Speaker

Fasal 33 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 34

Timbalan Speaker

Fasal 34 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 35

Timbalan Speaker

Fasal 35 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 36

Timbalan Speaker

Fasal 36 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 37

Timbalan Speaker

Fasal 37 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 38

Timbalan Speaker

Fasal 38 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 39

Timbalan Speaker

Fasal 39 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 40

Timbalan Speaker

Fasal 40 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 41

Timbalan Speaker

Fasal 41 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 42

Timbalan Speaker

Fasal 42 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 43

Timbalan Speaker

Fasal 43 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 44

Timbalan Speaker

Fasal 44 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 45

Timbalan Speaker

Fasal 45 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 46

Timbalan Speaker

Fasal 46 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 47

Timbalan Speaker

Fasal 47 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 48

Timbalan Speaker

Fasal 48 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan.

Timbalan Speaker

Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Persidangan Dewan disambung semula. [ COKMAR DINAIKKAN ] [ BACAAN KALI KETIGA ]

Hilmi bin AbdullahPAS · PNGuchil

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI KAWALAN DAN PELESENAN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN DAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

telah ditimbang dalam Peringkat Jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan tanpa sebarang pindaan.

Dengan demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI KAWALAN DAN PELESENAN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN DAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Hjh Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI KAWALAN DAN PELESENAN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN DAN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan

Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha

Enakmen Ini bolehlah dinamakan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2024. Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

Rang Undang-Undang Yang Ketiga diterima dan diluluskan.

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN.

[ Rang Undang-Undang Yang Keempat ]

Setiausaha

Rang Undang-Undang Yang Keempat, YB DATO’ DR. IZANI BIN HUSIN akan mencadangkan Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Kelantan (Pindaan)2024 RANG UNDANG-UNDANG SUMBER AIR NEGERI KELANTAN (PINDAAN) 2024 =======================================================

[ BACAAN KALI PERTAMA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019 [PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122 ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Oleh yang demikian, saya kemukakan cadangan tersebut untuk diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan.

[ BACAAN KALI KEDUA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Kelantan Pindaan 2024 dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Kelantan Pindaan 2024 bagi tujuan untuk meminda Seksyen 2, seksyen 12 dan seksyen 5 termasuk mengadakan sub seksyen baharu 12(g) dan 12(h) serta memotong sub seksyen 25(10) perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan ke atas cadangan pindaan Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan

2019, Enakmen 13 dan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke-18, 2024 mengenai cadangan pindaan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan merupakan suatu enakmen adalah satu undang-undang yang diwujudkan untuk mengurus, melindungi dan mengawal penggunaan serta pemuliharaan sumber air di negeri Kelantan. Enakmen ini bertindak sebagai garis panduan utama bagi pengurusan sumber air merangkumi aspek pengeluaran, pengagihan, penggunaan serta pemuliharaan air di negeri ini serta perkara-perkara yang berhubungan dengannya dan berkuatkuasa pada 19 Disember 2020.

Namun menurut enakmen ini tiada peruntukan dinyatakan berkenaan tafsiran serta hal yang berkaitan dengan air pulih guna. Enakmen sedia ada juga tidak membenarkan double gazzete ataupun isytiharan kawasan sumber air melalui pewartaan bagi mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan atau diwartakan melalui undang-undang lain pindaan yang dicadangkan ini adalah berasaskan kerana ianya akan menjamin kelestarian sumber air di negeri ini.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Kali Ke-18, 2024 telah memutuskan untuk Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019 dipinda melalui Rang Undang-Undang ini dan seterusnya untuk dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk membacakan fasal-fasal yang terdapat dalam Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Kelantan Pindaan 2024 iaitu enakmen ini.

Untuk makluman Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, enakmen ini mengandungi empat fasal.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuatkuasa enakmen yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda Seksyen 2 enakmen 13 untuk memansuhkan takrif air dipulih guna.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda Perenggan 12(1) untuk memasukkan sub perenggan G dan H yang memperuntukkan perluasan kawalan air termasuk proses-proses dalam kitaran sumber air seperti penghasilan air yang dipulih guna daripada influence melalui perlesenan pengestoran air

dipulih guna dan penggunaan semula atau boleh memproses pelepasan sisa influence atau apa-apa pencermar bagi penghasilan air yang dipulih guna. Apa-apa jenis air lain atau apa-apa bahan sebelum ia dilepaskan kembali ke dalam mana-mana sumber air.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 25 untuk memansuhkan subseksyen 25(10) bagi memastikan mana-mana kawasan tanah atau badan air atau sebahagiannya yang telah diwartakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain masih perlu diwartakan semula dibawah seksyen 25(1) untuk pengisytiharan kawasan tanah atau badan air atau bahagiannya atau sebahgiannya sebagai kawasan perlindungan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membuat atau membaiki undang-undang sumber air Negeri Kelantan pindaan 2024 ini.

Akhirnya Kerajaan Negeri Kelantan berharap agar Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Kelantan Pindaan 2024 ini akan mendapat sokongan penuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya mohon mencadangkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019

Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang tersebut bagi perbahasan.

[ PERBAHASAN OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT ]

[ PENGGULUNGAN OLEH PIHAK KERAJAAN ]

Tiada yang nak bahas. Oleh kerana tiada perbahasan, tidak ada penggulungan.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019 hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019 [ TINGKATAN JAWATANKUASA ]

Speaker

Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [ COKMAR DITURUNKAN ]

Setiausaha

Fasal 2

Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 3

Speaker

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 4

Speaker

Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan.

Speaker

Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Persidangan Dewan disambung semula.

[ COKMAR DINAIKKAN ] [ BACAAN KALI KETIGA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019. telah ditimbang dalam Peringkat Jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Dengan demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha

(1) Enakmen Ini Bolehlah Dinamakan Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan (Pindaan) 2024 (2) Enakmen ini Hendaklah Mula Berkuat Kuasa pada tarikh ianya disiarkan dalam Warta. Rang Undang-Undang Yang Keempat diterima dan diluluskan. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN. [ Rang Undang-Undang Yang Kelima ]

Setiausaha

Rang Undang-Undang Yang Kelima, YAB DATO’ PANGLIMA PERANG USTAZ DATO’ MENTERI BESAR akan mencadangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (Pindaan) 2024. RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI (PINDAAN) 2024

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959. [ PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan.

[ BACAAN KALI KEDUA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959.

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ ﻏﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﲔ أ ﺻﻬﺒﻪ و

ﺗﻌﺎﱃ و ﷲ ل ﻗﺎ

ِ ِ ﲔ ﻠ ِّ ﻛ ﻮ ﺘ ﻤ ْ ﻟ ﳛ ﻪﻠﻟ ا إِن ﱠ ﻪﻠﻟ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻛﱠﻞ ﻮ ﺘ ﻓ ﺖ ﻣ ﺰ ﻋ ِذَا ﺈ ﻓ ﺮ ِ ﻣ َ ﻷ ا ﰲ ﻢ ﻫ ﺎ ﺷ ـَ ﺐﱡ ُِ ـَ ـَ َ َ َا َ ُ َّ ِّ َ ْ َ َ ْ َ َ ْ ْ ُ وِرْ وَ Maksudnya : Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan kamu. Kemudian setelah kamu berazam untuk melakukan sesuatu setelah bermesyuarat maka hendaklah kamu bertawakal kepada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadanya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pindaan 2024 dalam persidangan Dewan pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang bernama Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959 Pindaan 2024 bagi tujuan meminda peruntukan dalam jadual serta menggantikan jadual dengan jadual yang baharu.

Cadangan pindaan ini adalah bagi memasukkan peruntukan-peruntukan pindaan kepada jadual Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959 yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada tahun 2013 dan juga 2020. Dan mengemaskini pindaan kepada jadual Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959 dengan menggantikannya dengan jadual yang baharu tarikh kuatkuasa yang dicadangkan pada pindaan ini ialah pada 01 Januari 2025. Pindaan-pindaan ini akan melibatkan perubahan kadar gaji dan beberapa elaun bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959 merupakan suatu enakmen bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran imbuhan kepada Ahli Suruhanjaya

Perkhidmatan Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959 dipinda melalui Rang Undang-Undang ini dan seterusnya untuk dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk membacakan fasal-fasal yang terdapat dalam Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pindaan 2024 enakmen ini. Untuk makluman Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, enakmen ini mengandungi dua fasal. Iaitu fasal pertama mengandungi tajuk ringkas dan permulaan beberapa tarikh kuatkuasa enakmen yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda beberapa peruntukan dalam jadual serta menggantikan jadual dengan jadual yang baharu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membuat Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pindaan 2024 ini. Akhirnya kerajaan Negeri Kelantan berharap agar Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pindaan 2024 ini akan mendapat sokongan penuh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959.

Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang tersebut bagi perbahasan.

[ PERBAHASAN OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT ] [ PENGGULUNGAN OLEH PIHAK KERAJAAN ] Oleh kerana tiada perbahasan, tidak ada penggulungan.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959. [ TINGKATAN JAWATANKUASA ]

Speaker

Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [ COKMAR DITURUNKAN ]

Setiausaha

Fasal 2

Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan.

Speaker

Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Persidangan Dewan disambung semula. [ COKMAR DINAIKKAN ] [ BACAAN KALI KETIGA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959. telah ditimbang dalam Peringkat Jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Dengan demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha

Enakmen Ini Bolehlah Dinamakan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (Pindaan) 2024. Perenggan 2 (a), (b), (c) dan (d)

pada pindaan Jadual hendaklah disifatkan mula berkuat kuasa pada 20 Februari 2013. Perenggan 2 (e), (f) dan (g) pada pindaan Jadual hendaklah disifarkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2020. Perenggan 2 (h) pada pindaan Jadual hendaklah mula berkuat kuasa pada Januari 2025.

Rang Undang-Undang Yang Kelima diterima dan diluluskan.

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan. Persidangan akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada hari esok 27 November 2024 pada jam 09.00 pagi. Persidangan ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 04.05 PETANG DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK HARI 27 NOVEMBER 2024 JAM 09.00 PAGI.