Kelantan · 27 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · 115 turns · 11,225 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, Hari Kelima. …… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
[ SAMBIL BERDIRI ]
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Soalan-soalan Yang Diberitahu.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
Dipersilakan Yang Berhormat Paloh.
YB Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 1.
Soalan 1 :
Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha dan perancangan jangka panjang kerajaan negeri Kelantan dalam merancakkan pembangunan di sekitar kawasan terminal / stesyen ECRL yang dijangka siap pada tahun 2026?
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menjawab bagi pihak Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar… sangkut banjir… tokdea nak sapa.
Dalam merancakkan pembangunan di sekitar kawasan Terminal Stesen ECRL yang dijangka siap pada tahun 2026, Kerajaan melalui beberapa projek Economic Accelerator Projects (EAP) telah merancang dan mengambil tindakan sebagaimana berikut :
a) Pembangunan di sekitar Stesen Bandar Baru Tunjung, kita ada 2 stesen, satu stesen di Tunjung, satu stesen di Pasir Puteh. Jadi pembangunan di Tunjung iaitu pembangunan institusi kerajaan dan pengajian yang sedang berlaku sekarang ini.
b) Pembangunan komersil dan bercampur mix development termasuk lah otocity, industri kecil dan sederhana (IKS), perumahan, perhotelan dan gedung-gedung perniagaan.
c) Yang ketiga, menyokong rangkaian Transit Orientated Development (TOD) melalui pelaksanaan projek KB Sentral dan juga Stesen ECRL. Meningkatkan taraf liputan di jalan Bandar Baru Tunjung melalui pembangunan jalan dalaman Bandar Baru Tunjung dan projek pembesaran jalan persekutuan sedia ada.
d) Seterusnya, pembangunan bandar baru berkonsep pintar atau smart city iaitu Madinah As-Salam dan Madinah Ramadhan sebagai pusat penguasaan ilmu Islam.
e) Seterusnya, pembangunan stesen di sekitar Stesen ECRL Pasir Puteh, Stesen ECRL Pasir Puteh akan berfungsi sebagai Cargo
Orientated Development (COD) dan Transit Orientated Development (TOD).
f) Pembangunan sokongan lain termasuk lah pembangunan kawasan perindustrian Tok Bali atau Tok Bali Industrial Park. Pembangunan kawasan pelabuhan perikanan Tok Bali atau Tok Bali Fisheries Park.
g) Pembangunan bercampur di sekitar kawasan Stesen ECRL Pasir Puteh. Pembangunan bercampur oleh PKINK. Cadangan pembangunan Inland Port Tok Bali, spurline dari Stesen ECRL Pasir Puteh ke Tok Bali bagi menyokong aktiviti perdagangan. Terima kasih.
Silakan Paloh, soalan tambahan.
Terima kasih YB Dato’ Speaker. Soalan tambahan apakah mekanisme dan perancangan yang dilakukan okeh Kerajaan Negeri kepada pihak pemaju agar pembangunan di Tunjung tidak terencat. Terima kasih.
Terima kasih YB. Terdapat beberapa mekanisme dan perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak pemaju agar pembangunan di Tunjung tidak terencat sebagaimana berikut.
Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu jawatankuasa kawal selia merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti kemajuan projek pembangunan Negeri Kelantan dibawah JKMPP. Dimana jawatankuasa ini memberi kelulusan segera pelan-pelan pembangunan bagi mana-mana projek yang berimpak tinggi seperti di Bandar Baru Tunjung. Pembangunan di Tunjung banyak melibatkan lot-lot tanah individu dan ianya melibatkan proses pengambilan tanah.
Oleh itu, bagi mempercepatkan proses berkenaan Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu unit pasukan petugas khas pengambilan tanah di bawah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan bagi tujuan
mempercepatkan proses pengambilan balik tanah khususnya di Bandar Baru Tunjung. Setelah pemaju mendapat hak milik, pemaju berkenaan mesti lah memulakan pemajuan ataupun bangunan mereka dalam tempoh masa tertentu dari tarikh pemaju menerima hak milik. Syarat ini termaktub di dalam perjanjian antara pemaju Perbadanan Bandar Baru Tunjung (AUDIO TIDAK BERFUNGSI) sekiranya berlaku sebarang perlanggaran syarat-syarat berkenaan. Terima kasih.
Silakan Salor.
Terima kasih Dato’ Speaker. Sebenarnya soalan kepada TMB. Memandangkan Tunjung ni sendiri merupakan salah satu daripada kawasan yang terlibat dengan DUN saya sendiri lah di Salor. Jadi soalan tambahan saya adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menjadikan Bandar Baru Tunjung ini sendiri sebagai bandar pintar sepenuhnya dengan lengkap kemudahan infra digitalnya, sistem pengurusan sisa pepejalnya. Itu lah soalan saya memandangkan kesannya kepada penduduk di DUN saya lah. Terima kasih.
Terima kasih Salor. Patut Salor tokleh tanya mugo timbalan ambo Exco. Tapi kerana dia tanya TMB kea. Okay Kerajaan Negeri sememangnya merancang untuk membangunkan Bandar Baru Tunjung sebagai bandar pintar selain bandar-bandar lain di Negeri Kelantan bagi mencapai kemajuan mampan dan memenuhi keperluan masyarakat masa depan.
Usaha ini selaras dengan dokumen perancangan kawasan khas Bandar Baru Tunjung 2035 yang menetapkan konsep smart Islamic city atau perbandaran Islam pintar iaitu pembangunan bandar yang berintegrasikan elemen-elemen Islam dengan aplikasi bandar pintar. Pada masa ini beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui PLAN Malaysia Kelantan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Blueprint Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040 dan Pelan Tindakan Bandar Pintar MPKB-BRI.
Penyediaan blueprint dan pelan tindakan ini bertujuan memastikan perancangan dan pembangunan yang sistematik dan menyokong aspirasi nasional untuk menjadi sebuah negara pintar atau smart nation. Antara ciri utama yang dirancang untuk bandar pintar di Kelantan adalah pembangunan tenaga hijau mesra alam termasuk penggunaan tenaga solar dalam sistem penjimatan tenaga, penyediaan infrastruktur digital seperti rangkaian 5G untuk komunikasi yang pantas dan efisien, pelaksanaan sistem pengurusan sisa pintar menggunakan teknologi pemantauan dan penghasilan sisa, peningkatan jaringan pengangkutan dan mobiliti pintar untuk memudahkan pergerakan penduduk.
Pihak UPEN juga telah mewujudkan pelan induk mampan. Manakala, PLAN Malaysia sedang melengkapkan kajian menyeluruh untuk blueprint bandar pintar. Langkah ini adalah manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dan PBT untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat menjadikan lebih moden, selesa dan mesra alam serta bergerak seiring dengan perkembangan teknologi hijau. Terima kasih.
Saya persilakan Kemuning.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan bagi soalan nombor 2.
Soalan 2 :
Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam menyediakan bantuan dan kemudahan yang diperlukan oleh pesawah-pesawah padi di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tuannya terlekat banjir.
Sekiranya ada wakil daripada Kerajaan yang boleh memberikan jawapan. Silakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, usaha-usaha Kerajaan Kelantan dalam menyediakan bantuan dan kemudahan yang diperlukan oleh pesawah-pesawah padi di negeri ini adalah melalui beberapa agensi iaitu seperti berikut:-
a) IADA Kemasin Semerak yang menyediakan bantuan dari segi program gotong-royong yang melibatkan para pesawah dan para pegawai dari IADA Kemasin Semerak. Program gotong adalah seperti kawalan perosok, penyakit dan rumpai, dimana pihak IADA Kemasin Semerak menyediakan racun yang bersesuaian dengan aktiviti gotong-royong tersebut.
b) Yang keduanya, melaksanakan program-program ke arah pengurusan tanaman padi yang lebih eϐisien antaranya adalah program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB). Program Smart SBB merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menyatukan pengurusan tanah sawah secara pertanian berpusat supaya dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil lepas tuai serta meningkatkan hasil seterusnya pendapatan pesawah.
c) Yang ketiganya, menyediakan kursus dan latihan kepada para pesawah dan peserta Industri Makanan & Asas Tani (IMAT) bagi peningkatan ilmu pengetahuan dan juga kemahiran, penerapan teknologi terkini, mengamalkan amalan pertanian yang baik, peningkatan berkualiti produk serta pengurusan perniagaan yang lebih cekap.
d) Dan yang keempatnya, menyediakan kemudahan pinjaman peralatan dan jentera bagi kegunaan para pesawah di lapangan seperti mesin pelerai padi, combine harvester, dron pam axial dan lain-lain yang berkaitan.
e) Yang kelima, melaksanakan program pengapuran bagi lot-lot sawah terpilih. Ini bertujuan memastikan kadar ph tanah stabil dan bersesuaian untuk aktiviti penanaman padi.
f) Dan yang keenamnya, melaksanakan program perataan sawah bagi tujuan meningkatkan keseragaman tanah, memudahkan pengurusan pengedalian air dan meningkatkan hasil pertanian. Keseluruhannya, dengan melaksanakan program perataan sawah ini, para pesawah dapat meningkatkan produktiviti dan eϐisiensi dalam aktiviti pertanian mereka.
g) Dan yang ketujuh, menyediakan dan menambah bilangan pam bergerak di kawasan perkhidmatan bagi menampung kapasiti pengairan sedia ada dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.
h) Menambah bilangan Pam Diesel, Screw Pump’, “Tube Well” dengan kedalaman melebihi 100 serta “Axial Pump” bagi menampung kapasiti pengairan sediada dengan peruntukan Rm 1 juta.
i) Yang kesembilan, menyenggara infrastruktur pengairan yang rosak supaya sistem pengairan berjalan dengan baik dan lancer dengan peruntukan sebanyak RM6.8 juta.
j) Yang kesepuluhnya, IADA Kemasin Semerak akan terus giat bekerjasama dengan Bahagian Pengairan Dan Saliran Pertanian (BPSP) dalam memastikan pembinaan sistem pengairan tanaman padi di skim-skim pengairan yang belum lengkap di jajahan Pasir Puteh dapat diteruskan sehinggalah ianya siap dibina. Sehingga kini, 3 tender sedang dalam proses perolehan bagi pembangunan skim pengairan iaitu Skim Semerak Hilir, Skim Sg Yong serta Skim-Skim Kecil sekitar Gong Layak Tengah, Gong Layak Besar dan Gong Lesong. Ketiga-tiga tender ini dianggarkan bernilai RM130 juta. Dia Gong ni tempat tinggi deh, bukan Gong tok cerdik.
k) Yang kesebelas, menggerakkan Agen Pengembangan Kawasan dengan aktif dan efektif supaya maklumat-maklumat, teknologi dan pendekatan yang lebih eϐisien dapat disampaikan kepada petani.
Manakala, Pejabat Pertanian Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Kelantan menguruskan kawasan padi di luar skim pengairan iaitu luar Jelapang dengan menyediakan peruntukan pembangunan di bawah Program Pembangunan Industri Padi yang
diterima bawah RMK ke-12 sebanyak RM1.8 juta yang dikhaskan untuk kawasan padi luar jelapang. Bagi tahun 2024, sebanyak RM400 000 telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu 68 orang pesawah melibatkan keluasan 245 hektar kawasan padi. Peruntukan tersebut digunakan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan pesawah dengan kerja-kerja pemulihan tanah, menyediakan air bawah tanah, bekalan pam serta infrastruktur lain.
Selain itu, sebanyak RM1.1 juta peruntukan diterima daripada kerajaan persekutuan dalam melaksanakan kerja-kerja pengapuran kawasan padi di lima jajahan dengan keluasan 1000 hektar melibatkan 394 orang pesawah. Selain daripada itu, Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) juga dapat membantu pesawah yang terkesan dengan bencana sama ada kemarau, banjir dan juga serangan perosak dan penyakit. Sehingga Oktober 2024, peruntukan sebanyak RM11.945 juta telah diterima melibatkan 5872 orang pesawah yang terkesan akibat bencana alam seperti banjir dan kemarau.
Manakala KADA, kemudahan Infrastruktur pengairan dan saliran pihak KADA menyediakan kemudahan infrastruktur pengairan dan saliran kepada pesawah bagi mengairi air ke petak-petak sawah. KADA mempunyai 3 stesen pam utama iaitu Stesen Pam Kemubu, Stesen Pam Lemal dan Stesen Pam Kasa. Ketiga-tiga stesen pam ini berfungsi mengepam air dari Sungai Kelantan dan seterusnya mengairi ke bendang-bendang padi. Pihak KADA juga akan menyelenggara infrastruktur ini dari masa ke semasa bagi mempastikan bekalan air kesawah-sawah padi berjalan dengan baik dan teratur.
Manakala bantuan baja padi. Pihak KADA menyediakan bantuan baja subsidi kepada pesawah-pesawah dibawah seliaannya bagi menjamin padi dapat tumbuh dengan baik dan mempunyai kualiti yang terbaik. Bagi musim 1/2024 pihak KADA telah membekalkan bantuan baja subsidi sebanyak 555 121 beg kepada 7439 orang petani dalam kawasan KADA. Baja ini termasuk baja NPK sebanyak 147 673 beg, manakala baja urea sebanyak 114 853 beg dan baja sebatian sebanyak 292 595 beg. Keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM25 908 264.80.
Dan insentif racun. Pihak KADA juga menyediakan bantuan racun kepada pesawah-pesawah padi. Racun-racun ini dibekalkan dalam pelbagai jenama dan jenis bagi menghindari pokok padi daripada pelbagai penyakit dan juga serangan dari makhluk perosak seperti
serangga dan lain-lain. Pada musim pertama 2024 pihak KADA telah memperuntukkkan sebanyak RM4 800 062.26 bagi penyediaan insentif racun kepada pesawah padi dalam kawasan KADA.
Manakala bantuan kemarau dan banjir kepada petani yang mengalami kemusnahan ke atas tanaman padi akibat daripada kesan kemarau dan juga banjir, pihak KADA juga telah menyediakan bantuan bencana berbentuk wang tunai kepada mereka. Sebagai contohnya pihak KADA telah menyediakan peruntukan sebanyak RM9 790 613.64 kepada 4616 petani yang telah mengalami musibah.
Manakala bantuan tunai pesawah bagi meringankan beban serta membela nasib pesawah, pihak Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyediakan Bantuan Tunai Pesawah sebanyak RM600 kepada setiap pesawah dimana peruntukan ini adalah RM200 sebulan akan diagihkan untuk tempoh 3 bulan atau semusim penanaman padi. Bagi fasa 2/2023, pihak KADA telah memperuntukkan sebanyak RM4 321 200 untuk tujuan ini yang melibatkan bilangan petani yang menerima seramai 7202 orang. Terima kasih.
Silakan Kemuning soalan tambahan.
Terima kasih Dato’ Exco atas jawapan. Pertamanya saya ucap terima kasih, ambil kesempatan di sini ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco atas bantuan, peruntukan khususnya kepada Salor lah sebelum ni semasa kemelut kemarau di negeri kita bantuan “Tube Well” sebagai contohnya. Cuma sepertimana diterangkan sebentar tadi, boleh saya tahu perkembangan terkini berhubung dengan status pam Rumah Pam Kemubu yang dikhabarkan dalam proses untuk pembaikan. Terima kasih.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Salor. Beberapa pembinaan ataupun pembaikian sedang dibuat lah oleh pihak KADA. Pertama, membina dan menyiapkan Stesen Pam Kemubu 3 dan lain-lain berkaitan di dalam kawasan KADA jajahan Kota Bharu Selatan, Kota Bharu Stesen Pam Kemubu 3 dengan paras gumbaan 2.0 meter lah ke atas dapat menyelesaikan kira-kira 60% masalah air yang rendah di Stesen Pam Kemubu berbanding dengan stesen pam sedia ada iaitu Kemubu 1 4.9 meter, Stesen Kemubu 2 3.4 meter. Dimana Stesen Pam Kemubu 3 ni 2 meter paras air sudah boleh sedut. Projek ini telah ditawarkan pada 28 Mac 2023 dengan jangkaan siap pada tahun 2025 tahun depan. Status terkini dalam pelaksanaan kerja-kerja di tapak yang sedang giat dijalankan.
Yang kedua, membaik pulih infrastruktur pengairan benteng sementara ship pile Kemubu dan kerja-kerja lain berkaitan bagi skim pengairan Kemubu KADA Kelantan. Tujuan kerja-kerja pembaikan ship pile ini adalah untuk meningkatkan paras air Kelantan ke paras melebihi 4.9 meter secara konsisten bagi membolehkan semua pam Rumah Pam Kemubu 1, 2 dan 3 dapat berfungsi dengan baik. Pada masa ini, paras air Sungai Kelantan ni sebelum banjir lah ni hari ni tinggi sangat dah. Maknanya 2-3 minggu lepas sekitar 3 meter menyebabkan semua pam belum dapat digunakan tapi hari ini air dah lebih dah lah. Air banjir dah. Jadi status terkini dalam proses permohonan NOC untuk pohon peruntukan bagi stabilities, study dan pelantikan perunding bagi tujuan tersebut. Maknanya dalam proses doh tu In Shaa Allah.
Yang ketiga, mereka bentuk dan membina menyiapkan sistem pam boleh alih dan kerja-kerja berkaitan bagi pengairan di Stesen Pam Kemubu dan Lemal KADA secara rundingan terus. Kontrak ini telah ditawarkan kepada Ari Usaha Murni Sdn Bhd. Tarikh milik tapak ialah pada 21 Oktober 2024. Pada 21 Oktober 2024 telah diadakan mesyuarat milik tapak antara pengurusan KADA bersama Syarikat Ari Usaha Murni Sdn Bhd di Pejabat KADA. Mesyuarat penyelarasan membincang CPM dan teknikal telah diadakan pada Khamis lepas 14 November dimana status terkini pelaksanaan ialah kerja-kerja awalan di tapak In Shaa Allah.
Barangkali dengan pengurusan pengerusi KADA baru nanti akan dia bergerak lebih cepat, lebih baik In Shaa Allah.
Silakan Mengkebang.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya memandangkan Machang jiran saya, takdok wakil Machang hari ini tenggelam banjir. Jadi soalan saya apakah status pelaksanaan projek pembekalan air pertanian kepada pesawah padi di Kampung Selimbar Guntong, Kemuning Machang. Okay terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Mengkebang. Dia bertanya bagi pihak Machang. Alhamdulillah kerja-kerja membina sistem pengairan dan kerja-kerja berkaitan di bendang Selimbar Guntong, Machang telah selesai dilaksanakan oleh pasukan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan. Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM241 000 projek dilaksanakan pada pertengahan Julai 2024 dan siap pada akhir Oktober 2024. Dengan terlaksana projek ini seramai 25 orang pesawah di kawasan tersebut akan menikmati manfaatnya nanti dalam pengeluaran hasil tanaman padi di kawasan tersebut. In Shaa Allah pihak Jabatan Pertanian juga akan sentiasa memantau aktiviti penanaman padi dan kebajikan para pesawah di kawasan tersebut dengan bantuan input-input yang berkaitan. Sekian terima kasih.
Saya persilakan Melor.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon jawapan bagi soalan saya nombor 3.
Soalan 3 :
Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, keluasan tanah-tanah kerajaan yang digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad, bagi tujuan pembinaan pelbagai kemudahan utiliti seperti substation TNB, pencawang serta laluan jajaran kabel bervoltan tinggi dalam negeri Kelantan. Adakah kerajaan negeri bersedia untuk mengenakan apa-apa bentuk bayaran atau pampasan bagi penggunaan tanah-tanah yang berkenaan?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Melor. Kerajaan Negeri telah meluluskan Enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan dan menubuhkan Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial, Pejabat Setiausaha Kerajaan Neger Kelantan bagi tujuan mengenalpasti dan mengenakan bayaran yang sewajarnya ke atas penggunaan tanah-tanah oleh TNB atau mana-mana pembekal utiliti untuk tujuan penyediaan infrastruktur utiliti. Sehubungan dengan itu, pengenaan caj-caj sewajarnya akan dikenakan berdasarkan keluasan tanah, jenis dan tujuan struktur serta tempoh kegunaan.
Spesiϐik untuk apa tu TNB keluasan tanah yang telah diberi kepada TNB ialah seluas 122.84 hektar dan cukai tahunan kepada TNB untuk tujuan akses itu adalah RM839 541 setahun. Sebelum pada ini, sebelum pada Enakmen Akses ini kita menggunakan peraturan-peraturan PTG untuk mengenakan caj-caj kepada pengguna. Yakni Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 5 82 Pekeliling 19 dan seterusnya lah menggunakan pekeliling-pekeliling. Setakat itu dulu terima kasih.
Silakan Melor soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Dato’ Exco atas jawapan itu. Soalan tambahan saya ialah selain daripada caj-caj yang dikenakan bagi pembinaan pencawang ini adakah terdapat ataupun kerajaan mengenakan apa-apa caj untuk kegunaan sungai untuk empangan seperti Empangan Nenggiri dan lain-lain.
Terima kasih Melor. Jawapan pendeknya ada. Nok panjang... panjang sikit kita ada perjanjian khusus antara TNB dengan Kerajaan Kelantan mengenai royalti air, penggunaan royalti air dan caj-caj royalti air kepada kerajaan oleh Empangan Nenggiri. Antaranya penggunaan terowong kita sebanyak RM500 000 lebih setahun, royalti penggunaan air sebanyak RM3.2 juta dan lesen takungan air RM 11 500 setahun. Ini adalah caj-caj yang terkandung dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Nenggiri. Namun demikian oleh kerana benda itu tak siap lagi maka tak caj lagi lah. Nanti sudoh hok ni kita caj In Shaa Allah. Okay terima kasih.
Silakan Wakaf Bharu.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan apakah insentif yang akan diberikan oleh Kerajaan kepada penduduk yang ingin tukar kepada solar. Sekian terima kasih.
Terima kasih Wakaf Bharu. Soalan itu minta notis lah, tokleh nok jawab. Minta notis kita hantar bertulis lah In Shaa Allah.
Saya persilakan Pasir Tumboh.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 4.
Soalan 4 :
Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Apakah strategi kerajaan bagi memperkukuhkan promosi KIAS di dalam usaha menarik pelajar -pelajar antarabangsa?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Pasir Tumboh ambil berat tentang KIAS. Antara strategi Kerajaan bagi memperkukuhkan promosi kemasukan pelajar antarabangsa ke KIAS ialah dengan membantu KIAS merangka gerak kerja promosi secara langsung di sekolah-sekolah terpilih di beberapa daerah di Thailand. Contoh kita buat change student ataupun pertukaran pelajar baru-baru ni dengan beberapa buah sekolah di Thailand dan juga Kemboja yang menggunakan sukatan kita. Contohnya, untuk peperiksaan SMU sahaja calon daripada Kemboja ni 400 orang lebih kurang. Indonesia dan juga Singapura dengan mengadakan taklimat kepada pelajar-pelajar yang disasarkan kerana dengan mereka memasuki KIAS, mereka akan mendapat Ijazah Sarjana Muda kalau dia ni tak nak menamatkan pengajian di KIAS, mereka boleh belajar di KIAS selama 3 tahun untuk memperolehi diploma dan boleh sambung ke Al-Azhar, Mesir untuk tahun 3 dan tahun 4. Itu kemudahan atau kita mendapat pengiktirafan daripada Al-Azhar, Mesir bersama dengan KIAS. Selain itu, melalui hubungan rasmi dengan organisasi, Yayasan, Jam’iyyah, NGO dan juga institusi pengajian di negara sasaran dari aspek hubungan promosi dan juga mendapatkan tajaan biasiswa kepada pelajar antarabangsa. Terima kasih.
Silakan Melor soalan tambahan. Maaf Pasir Tumboh ye.
Terima kasih kepada Kerajaan yang telah menjawab soalan saya nombor 4 tadi. Dan saya intro dulu Yang Berhormat Dato’ Speaker. KIAS ini kebetulan berada di dalam DUN Pasir Tumboh dan sayanya masa belajar dulu belajar di luar negara dan ada beberapa perkara yang saya rasa yang perlu kita ambil pelajar daripada negara-negara terutamanya di Madinah sekarang ini. Universiti Madinah, Islamic University Pakistan Islamabad. Cara bagaimana mereka ini untuk menarik pelajar-pelajar luar terutamanya ialah pelajar daripada negara yang kita kata negara bukan Islam lah yakni negara Thailand, negara Afrika dan negara ni. Dia ada kuota-kuota khusus untuk negara-negara tersebut dengan beberapa insentif. Soalan saya bagaimanakah Kerajaan merancang untuk memperkenalkan KIAS secara meluas terutamanya di peringkat antarabangsa. Satu soalan... dan soalan kedua, adakah terdapat peruntukan ataupun insentif khas disediakan bagi menarik kemasukan pelajar daripada negara-negara luar. Sekian terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker atas soalan tambahan Pasir Tumboh, cakna pasal kawasan dia kita pun mengharapkan kerjasama dia banyok bui sikit peruntukan kepada KIAS untuk aktiviti anak-anak pelajar kita. Jadi bagi tujuan memperkenalkan KIAS di persada antarabangsa sebagai sebuah IPT yang menjadi pilihan, KIAS telah mengadakan kerjasama dengan institut pengajian tinggi dan badan peringkat antarabangsa sama ada kerjasama akademik mahupun non-academic.
Pada awal tahun ini, KIAS telah memeretai persefahaman dengan Japan Dakwah Centre yang berpusat di Osaka. Jepun pun kita nak bawa mari sebab dalam jawapan Kerajaan banyak mengadakan kerjasama dengan Jepun. Jadi Jepun bagi tujuan pendedahan industri melalui dakwah kepada non-muslim di sana. Seterusnya, pengukuhan jalinan persefahaman dengan Jinan University, Guangzhou bagi pengajian Bahasa Mandarin serta penempatan pelajar di Ez-Zituona University, Tunisia. Jadi awal tahun baru ini pun bersama dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang kita telah menandatangani MOU
dengan Ez-Zitouna University, Tunisia yang dia bersetuju lepasan KIAS boleh sambung ke peringkat ijazah di Universiti Ez-Zitouna, Tunisia. Dan dengan Jinan tadi kita buat MOU, dan pertamanya kita ajar Bahasa Cina kepada YB kita. Jadi YB tu telah memulakan kelas di KIAS sebagai promosi kita bahawa YB kita pun bukan orang cina boleh bercakap cina doh. Banyok doh dale Dewan harini sebelum ni pun mula cakap cina dah. Itu satu perkembangan yang baik lah sebagai satu promosi dan lawatan kerja yang telah disebut tadi lah bersama dengan Menteri Besar.
Dalam masa yang sama KIAS telah terlibat dalam penyertaan dan penganjuran seminar antarabangsa sama ada di peringkat dalam mahupun luar negara serta merancang untuk memperluaskan jaringan dengan negara Thailand, Kemboja, Filipina dan meneroka pasaran saudara muslim di negara China. Semua usaha ini dilakukan bagi memperkenalkan KIAS di mata antarabangsa. Manakala insentif yang disediakan adalah berbentuk penghapusan yuran pengajian. Jadi peruntukan hok ado nyo setakat tu dulu lah... hok rok nyo... hok mampu nyo iaitu penghapusan yuran pengajian bagi pelajar yang mencapai tahap kecemerlangan tertinggi. Boleh tinggi yuran free. Diikuti pemotongan yuran mengikut pencapaian mereka.
Mereka juga ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi di KIAS dengan kadar diskaun yuran yang menarik. Lepas KIAS tu dia nak sambung lagi maka kita bui diskaun-diskaun, potongan-potongan yang menarik agar mereka menghabiskan di peringkat ijazah di KIAS. Dan bidang baru juga kita membuka pengajian di peringkat KIAS ini ke peringkat Sarjana, Master. Dan In Shaa Allah kita telah sedang mengusahakan untuk sampai ke peringkat PhD. Jadi saya mempelawakan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian untuk mana-mana nak sambung pengajian di peringkat Master dan In Shaa Allah sikit lagi peringkat PHD tok payoh gi jauh, dekat jah buleh gi berulang tiap-tiap hari. Terima kasih Dato’ Speaker.
Silakan Galas.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Tahniah lah kepada Kerajaan Negeri yang menganjurkan kelas Bahasa Cina untuk seluruh
Ahli Yang Berhormat tapi dia tok ajok Galas dan lain-lain. Galas pun nok belajar jugok Bahasa Cina.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya memuji lah usaha KIAS yang telah pun melantik Majlis Agama Islam Narathiwat yang dilantik sebagai wakil KIAS untuk promosi pengambilan pelajar untuk melayakkan pelajar ke KIAS. Soalan saya setakat ini Yang Berhormat sejauh mana pengambilan pelajar dapat dibuat terutamanya pelajar-pelajar daripada Narathiwat dan tadi ada disebut soal pembiayaan ϐleksibel kepada pelajar-pelajar ini. Dan saya rasa itu adalah usaha yang baik. Soalan yang kedua, KIAS sasar 2000 pelajar capai status universiti penuh. Setakat ini ada 1200 kita memerlukan 800 lagi, jadi dalam pandangan dan juga pengetahuan Yang Berhormat sejauh mana ataupun selama mana usaha untuk menjadi universiti penuh ini dapat tercapai. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker, daripada Galas kita membuka sapo-sapo nok gi, nok belajar Bahasa Cina, Bahasa Arab buleh sebab kita ada Institut Bahasa Antarabangsa di KIAS (IBA), bukan setakat Bahasa Arab saje. Jadi sekarang ini meneroka ke Bahasa Cina, Bahasa Jepun boleh lah pelbagai bahasa. Bahasa Melayu pun ada kita. Jadi untuk promosi ini kita telah menubuhkan taskforce untuk kempen termasuk luar negara. Jadi sekarang ini kita sedang membuka pendaftaran pelajar baru. Jadi kita tak dapat lagi lah maklumat berapo pelajarnya hok baru daripada luar negara ini, sedang membuka untuk November – Disember ini. Jadi sapo-sapo hok ado kenalan hok ingin belajar di Kelantan di KIAS boleh berbuat demikian lah. Syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh pihak KIAS.
Dan setakat ini nya 1200 pelajar, nak 800 lagi kita tubuh taskforce untuk kempen. Dan orang panggil ϔix deposit kita Yayasan Islam Kelantan lah sebab pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan ini ada 35 000 orang dan kita berkempen kita orang Kelantan ni sebenarnya tidak berapa tahu kita menyediakan sebagaimana saya sebut kelmarin lah seolah-olah pendidikan percuma. Sebab belajar di KIAS ni, setengah pelajar-pelajar kita ni dia takut ko Bahasa Arab. Lepas pada PMR, dulu PMR takut ko SMU lari, bukan lari maknanya pindah sekolah. Kemudian, bila lepas SPM dia taknak ambik STAM sebab STAM payoh dia kata 13 subjek wajib lulus belako, dok lulus satu subjek setahun dia kena tunggu. Jadi KIAS sebenarnya menyediakan pendidikan pitah, maknanya lepas SPM boleh
masuk KIAS dan boleh sambung pelajaran ke Al-Azhar, Mesir sebab kita mendapat pengiktirafan daripada Al-Azhar, Mesir belajar di KIAS 3 tahun dan boleh minta pinjaman YAKIN. YAKIN bui pinjaman 3 tahun. Tamat diploma boleh sambung ke Al-Azhar, Mesir.
Dan sekarang ini satu lagi laluan yang kita dapat ialah ke Tunisia, baru ni kita gi dan menerima. Dan akhir bulan ni Timbalan Rektor Universiti Zitouna nok mari pulok ke Kelantan nok tengok KIAS, Pondok Moden kita yang mana baru ni kita hantar 8 orang pelajar Pondok Moden kita untuk belajar di Zitouna, sebuah universiti yang tertua dalam dunia. Tempat Ibnu Khaldum hebat, sumber ilmu pengajian ilmu di sana. Jadi sapa di Mesir tahun 3 tahun 4, boleh mitok pulok pinjaman YAKIN. Dan dapat pointer 3.7 YAKIN akan convert sebagai biasiswa.
Jadi sebab tu lah saya kata seolah-olah pendidikan percuma. Jadi saya menyeru lah kepada Ahli Yang Berhormat sekalian boleh sapa ko rakyat-rakyat DUN masing-masing hok tok dapat tawaran ke universiti-universiti awam maka masuk lah KIAS In Shaa Allah kita mampu melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang kerana tenaga-tenaga pengajar di KIAS adalah merupakan pakar-pakar antara yang teramai lah memiliki PhD pensyarah-pensyarah di KIAS. Jadi itu adalah promosi kita untuk melebarkan info ini, pengetahuan ini ke seluruh terutamanya rakyat kita lah di Negeri Kelantan. Terima kasih.
Saya persilakan Kota Lama.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Dato’ Speaker. Kepada semua saya ingin bertanya ni hao ma, soalan saya pohon dijawab soalan nombor 5.
Soalan 5 :
Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, status Penyakit tidak berjangkit di negeri Kelantan bagi tahun 2022 sehingga kini serta perbandingannya dengan status penyakit berjangkit di negeri ini.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Ni hao ma dih... hao... ta cha hao. Terima kasih kepada Kota Lama atas soalan. Untuk makluman Kota Lama yang bertanyakan mengenai penyakit tidak berjangkit dan penyakit yang berjangkit. Dua penyakit lah. Untuk status penyakit tidak berjangkit di Negeri Kelantan mengikut dapatan kajian baru Tinjauan Kesihatan Dan Mobiliti 2015 sehingga 2023 atau National Health and Mobility Survey (NHMS), 4 hari kita duk sebut NHMS. Penyakit tidak berjangkit, tinjauan ini mendapati bahawasa penyakit tidak berjangkit di Kelantan bagi yang berumur 18 tahun ke atas menurun diabetes, untuk diabetes kencing manis lah daripada 19.5% pada tahun 2019 iaitu seramai 219 000 orang yang berumur 18 tahun ke atas lah diabetes kepada 16.3% pada tahun 2023.
Tinjauan pada tahun 2023 mendapati sebanyak 10% yang mengetahui status diabetes, manakala 6.3% tidak mengetahui mereka menghidap diabetes... haa toktahu. Diabetes meningkat mengikut usia namun ramai yang tidak sedar bahawa mereka menghadapinya, penyakit kencing manis ramai tak tahu.
Yang kedua, hypertency tekanan darah tinggi lah menurun daripada 37.1% pada tahun 2019 sebanyak 415 000 penduduk 18 tahun ke atas kepada 27.9% pada tahun 2023. Pesakit yang tidak mengetahui status penyakit hypertency menurun daripada 21% pada tahun 2019 kepada 12% 2023. Ini adalah hasil-hasil daripada program-program kempen terutamanya di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) setiap bulan setiap Jabatan Kesihatan diarah mengadakan kempen. Itu antaranya memberi kesedaran kepada penduduk rakyat Kelantan supaya mengetahui jenis-jenis penyakit dan mengadakan saringan penyakit secara berkala lah.
Dan yang ketiga, hypercholestrolemia iaitu kolestrol menurun daripada 51% pada tahun 2019 kepada 34.9% pada tahun 2023. Walau bagaimanapun, kadar kolestrol ini hypercholestrolemia melebihi kadar kebangsaan iaitu 33%, kita 34% Kelantan. Dan prevelance berlebihan berat badan di kalangan dewasa statik daripada 28.5% pada tahun 2019 kepada 28.2% pada tahun 2023, statik tak ada perbezaan. Manakala prevelance obesiti BMI melebihi 30 ke atas pula menunjukkan peningkatan daripada 16.2% pada tahun 2015, 20% pada tahun 2019 kepada 23.4% pada tahun 2023. Lebih daripada separuh iaitu 51% rakyat Kelantan mempunyai masalah berat badan dan juga obesiti. Makna Kelantan separuh, separuh berat badan ni... termasuk ambo sekali lah ni In Shaa Allah jadi motivasi kepada kita. Makna separuh okay, separuh berat sikit.
Bagi golongan remaja pula antara umur 13 hingga 17% prevelance berlebihan berat badan stabil untuk remaja kita pada kadar 15.2%... tok start make lagi remaja ni... pada tahun 2017 kepada 15.6% tahun 2022. Manakala obesiti meningkat daripada 11.3% tahun 2017 kepada 13.3% pada tahun 2022. Panjang jugok kesihatan ni takpo lah kito mitok masa.
Bagi kanak-kanak bawah 5 tahun prevelance kurang berat badan, kurang zat nutrisi kurang, make nugget sosej budak-budak ni meningkat daripada 16.8% pada tahun 2016 kepada 19.6% pada tahun 2022. Bantut menurun daripada 34% pada tahun 2016 kepada 23% pada tahun 2022 dan susut menurun daripada 12% tahun 2016 kepada 10.6% pada tahun 2023.
Ini yang penting bagi kes serangan penyakit jantung yang dimasukkan ke hospital Negeri Kelantan trend peningkatan ketara dilihat daripada hanya 5669 kes pada tahun 2022 kepada 6153 kes pada tahun 2023. Peningkatan 1000 orang lebih. Dan juga bagi penyakit mental pula 4.6 penduduk di Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan. Bilangan penduduk yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda dari tahun 2019 sehingga 2023. Dua kali ganda peningkatan pesakit mental. Namun tiada statistik masalah kesihatan mental di Kelantan kerana limitasi kajian. Kita nak ni tapi dia kata takdok statistik yang jelas. Itu untuk penyakit tidak berjangkit, yang kedua penyakit berjangkit.
Analisa data penyakit berjangkit di Kelantan dari tahun 2020 hingga minggu epik 45 tahun 2024 yang merangkumi 5 penyakit utama yang
dilaporkan. Yang pertama, demam denggi. Kedua, Covid-19. Ketiga, keracunan makanan. Keempat, Tuberkulosis dan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). Beberapa trend yang penting dapat diperhatikan sebagaimana berikut : i. Demam denggi menunjukkan peningkatan ketara daripada 1227 kes pada tahun 2022 kepada 2790 kes pada tahun 2023. Mencatat peningkatan sebanyak 127.3% pada tahun 2023, peningkatan 127% lah. Pada tahun 2024 tahun ni kes terus meningkat sebanyak 7.6% menjadikan jumlah keseluruhan 3003 kes sehingga minggu epik 45. Denggi ketara.
ii. Yang kedua, keracunan makanan memperlihatkan trend peningkatan yang konsisten daripada 910 kes pada tahun 2022 kepada 1323 kes pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 45.5%. Kes terus meningkat pada tahun 2024 sebanyak 28.1% dengan jumlah keseluruhan 1694 sehingga minggu epik 45. Manakala Covid-19 menurun lah.
iii. HFMD juga menunjukkan trend penurunan yang memberangsangkan. Kes menurun daripada 7723 pada tahun 2022 kepada 6552 kes pada tahun 2023. Penurunan sebanyak 14.6%.
iv. Dan juga Tuberkulosis juga mencatat trend yang lebih stabil. Kes meningkat sedikit daripada 1138 kes pada tahun 2022 kepada 1220 kes pada tahun 2023. Itu peningkatan sebanyak 7.2%.
Secara keseluruhannya, Covid-19, HFMD menunjukkan penurunan yang positif sementara demam denggi, keracunan makanan memerlukan perhatian khusus untuk mengawal peningkatan yang berterusan.
Bagi mengatasi situasi ini, beberapa tindakan yang disarankan oleh JKM termasuk yang pertama, peningkatan pendidikan kesihatan awam, memperkasakan program kesedaran mengenai kebersihan diri. Yang ketiga, keselamatan makanan dan pencegahan penyakit. Yang kedua, kawalan tempat pembiakan nyamuk. Seterusnya, meningkat usaha penghapusan tempat pembiakan nyamuk untuk mengurangkan penularan demam denggi.
Dan rumusan perbandingan antara penyakit tidak berjangkit dan penyakit berjangkit berdasarkan analisa kedua-dua pernyataan tadi
terdapat perbezaan trend yang ketara antara penyakit tak berjangkit dengan penyakit berjangkit di Kelantan sepanjang tempoh yang dilaporkan. Secara keseluruhannya, beberapa penyakit tak berjangkit utama seperti diabetes, hypertency dan hypercholestrolemia menunjukkan penurunan yang positif. Namun begitu, isu berat badan berlebihan, obesiti dan kesihatan mental kekal menjadi cabaran utama yang memerlukan perhatian yang serius. Dan bagi penyakit berjangkit pula terdapat variasi trend yang ketara dalam 5 penyakit utama di Kelantan, keracunan makanan dan demam denggi menunjukkan peningkatan ketara dari tahun 2022 hingga tahun 2024 menandakan perlunya langkah kawalan yang lebih berkesan.
Kesimpulannya, Kelantan sedang berdepan dengan situasi double burden of disease dimana terdapat peningkatan kedua-dua kategori penyakit tidak berjangkit dan penyakit berjangkit. Masalah budaya makan lewat malam dan makan makanan yang tidak berkhasiat perlu ditangani segera. Kemudahan tempat-tempat rekreasi, taman awam dan kompleks sukan perlu diperbanyakkan supaya lebih ramai masyarakat dapat mengamalkan cara hidup aktif dan sihat. Pendekatan yang menyeluruh dan berfokus diperlukan untuk menangani kedua-dua double burden of disease ini demi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat Kelantan. Terima kasih.
Silakan Kota Lama.
Terima kasih Yang Berhormat Exco atas penjelasan dan kejayaan menurunkan sebahagian daripada statistik penyakit tidak berjangkit. Mengawali untuk soalan saya berhubung dengan penyakit tidak berjangkit di negeri ini saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa 2 hari lepas 25 November adalah Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita dan bermulanya Kempen 16 Hari Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Dunia sehingga 10 Disember ini Hari Hak Asasi Dunia. Dan kita tahu keganasan paling dasyat abad ini adalah pembunuhan atau genocide yang kini mengorbankan 44 000 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Dan saya ingin merakamkan di Dewan ini ucapan terima kasih saya kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui kenyataan Timbalan Menteri Besar menyokong gesaan Perdana Menteri Malaysia untuk menyingkirkan Israel daripada Pertubuhan Bnagsa-Bangsa Bersatu dan ini satu cara kita sokong dan dokong. Soalan saya apakah polisi dan tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu kesihatan mental emosi, rohani dan ϐizikal... mental, emosi, rohani, dan ϐizikal 1670 wanita mangsa keganasan yang dilaporkan di negeri ini antara tahun 2020 hingga 2023. Dan soalan pendek saya nombor 2, terima kasih kerana menyatakan perkembangan terkini tentang masalah satu lagi penyakit tidak berjangkit iaitu masalan kebantutan ianya adalah kelaparan tersembunyi hidden hunger, isu makanan tidak berkhasiat yang menghasilkan kebantutan susut badan dan obesiti. Jadi apakah mungkin perlu diterangkan bagaimana kita tadi berjaya menurunkan kadar kebantutan dan apakah langkah-langkah yang disarankan untuk terus mengekalkan mahu menurunkan kebantutan dalam kalangan kanak-kanak. Terima kasih.
Soalan ni mari doktor tanya lawyer, lawyer boleh jawab ni pusing sebenarnya. Tapi soalan rasmi, kita jawab secara rasmi. Ambo baru tahu ambo tok tu mano mengenai isu keganasan wanita. Jadi diletakkan oleh ADUN Kota Lama bahawa penyakit tidak berjangkit dok, bagi ambo penyakit tak berjangkit berkaitan kesihatan dalam tubuh lah. Penyakit tak berjangkit ni dia kita make kita minum. Cuma antara penyakit tak berjangkit itu mental, kita letak kategori keganasan rumah tangga bawah mental lah.
Kita pun duka cita lah nyatakan oleh Kota Lama iaitu 1760 dilaporkan kes keganasan rumah tangga di Kelantan antara 2020 sehingga 2023 untuk 3 tahun 1700 telah dilaporkan. Kita di Malaysia dia ada Akta Keganasan Rumah Tangga dan antara akta ni akta yang digeruni oleh kaum lelaki, ada pro dia ada cons dia. Dia menjadi tok molek nyo berlaku salah faham antara isteri dan suami. Kemungkinan isterinya balik lewat, keluar rumah tak minta izin, kalu ikut Islam nusyuz lah. Kita boleh lah rotan sikit tapi kita ikut undang-undang sivil walaupun suami merotan isteri, dia buat report polis kena igak lah esok suami masuk lokap. Reman menyebabkan suami masuk lokap hanya nak menegur isteri, kemungkinan betul kemungkinan tak betul tapi kita nak selesai masalah rumah tangga tu kira kerat rotan lah. Sepatut isteri ni lapor kepada tok
imam kalu ikut pada kita lapor dulu ke imam bayar 2 ringgit ko lagu mano kea.
Yelah... dia berkaitan dia kena kembali kepada agama. Cuma untuk perbandingan kalu ambo rasa kita bandingkan data ni dengan negeri-negeri lain lah untuk kita tengok setakat mana keseriusan isu rumah tangga di Kelantan. Pahni ambo cuba buat kajian lah 1700 di Kelantan tengok Terengganu berapa, KL berapa, Johor berapa, kita tengok setakat mana kita punya ranking trend yang berlaku di Kelantan tu lah. Kalu ikut Islam nya ada beberapa kriteria untuk suami memilih isteri. Semalam dibacakan hadis oleh Yang Berhormat Dato’ TMB, ambo tok ingat doh ﺢkahwini ﻷ ﻜ ﻨ ﺗ أَةُ ﺮ ﻤ ﻟ ﻊ ﺑ َرْ lah isteri sebab 4 kriteria ﺎkerana ﮭ ﺎﻟ ﻤ ﻟ harta dia, ا kecantikannya, keturunannya kerana ﺎkerana ﮭ ﺎﻟ ﻤ ﺠ ﻟ وَ ﺎkerana ﮭ ﺒ ﺴ ﺤ ﻟ وَ ﺎ ﮭ ﻨ ﯾ ﺪ ﻟ وَ agama dia In Shaa Allah kita memilih isteri yang beragama, isteri ini akan ada satu kaedah untuk menyelesaikan masalah suami isteri. Kalau memilih isteri yang kurang beragama masalah dengan suami dia tidak kecek kiro dengan tok laki, dio kecek dengan saeng dio.
Jadi ada masalah dengan tok laki... tok laki aku semale dio oyak gini ko saeng dio mung jange oyak ko ore kito duo, tokdea dua lakoh tubik doh viral doh jabat dio. Kawe ni masalah dengan suami masalah dengan isteri tu antara masalah. Dan untuk isteri pilih suami satu saje lelaki yang bertakwa. Lelaki bertakwa ni kalu dio suko kepada mu dio akan rai dio akan pujo akan junjung kamu wahai perempuan. Kalu laki ni bertakwa dia tok suko kepada mu, dio takkan khianat kepada mu. Tu antara cara pilih pasangan tu bermula, daripada situ bermulanya kita selesai masalah rumah tangga. Ambo rasa tu lah jawapan ambo untuk kita respon mengenai masalah keganasan rumah tangga. Kita memang berhasrat lah untuk menyambut baik segala program-program peringkat persekutuan diadakan di peringkat negeri untuk menjaga martabat wanita dan Islam pasti lah sebuah agama yang mana zaman Jahiliyah meletakkan wanita daripada bawah naik ke atas. Kelantan pun ada exco wanita, tok ngulu wanita, majlis-majlis wanita. Banyok hok laki dapat wanita pun dapat, Al-Adalah Al-Musawah In Shaa Allah. Sekian.
Sebelum saya teruskan suka lah saya ingatkan kepada Yang Berhormat soalan yang ditanya soalan tambahan harus lah berkaitan dengan soalan asal. Soal berkaitan dengan penyakit tidak berjangkit dan penyakit
berjangkit, jadi jangan lah kita kata kita buka soalan yang bunyi macam sama tapi tidak sama. Silakan Bunut Payong.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Ini soalan yang berkaitan dengan penyakit. Di musim banjir... musim banjir ramai terlibat dengan banjir, ada kita buka pusat-pusat pemindahan sementara. Cuma saya nak tahu sejauh mana persediaan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan risiko penyakit bawaan air yang mungkin merebak sewaktu musim banjir ini.
Ya soalan yang sesuai. Masa yang sesuai kita dalam musim tengkujuh. Jadi ambo daripada Kuala Krai nak mari ke sini tadi. Ada dua tiga halangan, satu air naik di Tahfiz Pulai Chondong, berhenti situ tapi kita mari dengan 4x4, kemudian di Kok Lanas sekat pingge air, masuk jale kapung. Jadi ada sekatan. Dan kita peringkat negeri kita ada jawatankuasa pengurusan bencana dan pastilah dalam tu ada wakil daripada Jabatan Kesihatan untuk kesihatan awam yang menyelenggara dan juga menetapkan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua PPS tempat pemindahan banjir macam untuk pengendali makanan, kita YB Exco Kebajikan telah memohon dari awal supaya semua adun dapat memberikan nama petugas-petugas pengendali jurumasak lah untuk kita suntik dan juga ada SOP dan sementara tu supaya tak berlaku penyakit yang berjangkit, kalau musim covid diasingkan khemah. Situasi semasa akan dikawal selia oleh petugas kesihatan di daerah masing-masing. Kalau ada masalah kita akan refer kepada petugas kesihatan, kalau ada masalah dialisis, kena laporkan kepada ketua PPS bahawasanya kita ni perlu dialisis.
Kita akan sediakan ambulans, kita akan sedia bot daripada awal, ni ada penyakit jantung, kita tak letak tingkat 4 lah dia nya, kita letak bawah. Tu antara penyelesaian-penyelesaian asas lah. Yang kita memang cakna setiap kali adanya perpindahan di mana-mana PPS ambo percaya semua petugas yang telah dilantik mengikut kepakaran, pengalaman pengetahuan dah tahu cara untuk bertindak atas situasi-situasi yang berlaku di tempat PPS masing-masing. Terima kasih.
Silakan Tawang.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 6.
Soalan 6 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil bagi menghadapi musim tungkujuh pada tahun ini terutama di kawasan yang teruk menghadapi banjir?]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato Speaker, terima kasih pada YB Tawang,
Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjawab bagi soalan Bunut Payong yang tidak sempat dijawab pada hari kedua. Sebagaimana yang kita tahu terkini hujan telah turun dengan lebatnya di Negeri Kelantan dan secara umumnya berlaku kenaikan air di tempat-tempat yang berisiko tinggi untuk berlakunya banjir. Terkini… perkembangan terkini mengenai PPS yang telah dibuka sehingga pukul 9 pagi tadi iaitu sebanyak 40 buah pusat pemindahan sementara yang melibatkan 8 daerah di Negeri Kelantan dan melibatkan 1,952 orang dari 602 keluarga dan dimaklumkan ianya semakin meningkat. Apapun kita teruskan berdoa semoga dipermudahkan urusan rakyat Kelantan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kelantan sinonim dengan banjir hampir setiap tahun dalam skala biasa namun dalam sejarah banjir besar di Kelantan telah merekodkan pada tahun 1926, 1967 iaitu selepas 41 tahun, 2004 iaitu selepas 37 tahun dan 2014 selepas 10 tahun. Ianya bermaksud bukanlah kitaran 10 tahun secara berturut-turut. Kita doakan semoga sejarah 2014 tidak berulang lagi pada tahun ini
insyaAllah. Walaubagaimanapun kerajaan Negeri Kelantan mengambil serius mengenai kesiap-siagaan awal secara bersepadu dan merentasi pelbagai agensi berdasarkan pengalaman yang lalu iaitu 2014. Kita telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan agensi-agensi berkaitan bencana sejak September lagi. Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tahap kesiap-siagaan bagi menghadapi monsun timur laut 2024, 2025 yang dijangkakan berlaku November hingga Mac 2025.
Antaranya kita mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Kelantan bagi menyelaraskan persediaaan bagi menghadapi monsun timur laut ini. Ianya telah dipengerusikan oleh Dato’ Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Setelah mendapat maklum mengenai amaran keadaan cuaca monsun timur laut, pihak MET Malaysia. Perkara yang paling awal yang diambil adalah kerahan dan gesaan kepada masjid, surau dan agensi-agensi dan rakyat Negeri Kelantan agar mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan dijauhkan daripada bencana banjir pada tahun ini. Saya pohon agar semua pihak dapat perhebatkan solat hajat di masjid-masjid dan surau dan memohon para imam boleh memperingatkan kepada semua ahli Qariah agar mengambil langkah keselamatan diri dan ahli keluarga terutamanya anak-anak. Sentiasalah patuh pada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa dan pantaulah anak-anak agar tidak bermain di tempat-tempat yang dijangka ataupun dikira berbahaya kepada keselamatan nyawa lah.
Dari segi persiapan pusat pemindahan sementara PPS sebanyak 459 pusat pemindahan sementara telah dikenalpasti dengan jumlah kapasiti 186,440 orang bersedia untuk dibuka berbanding pada tahun lepas hanya 214 PPS yang telah dibuka dengan menampung seramai 46,618 orang.
Setiap jajahan juga diminta menambah baikpulih pusat pemindahan sementara yang aktif yang telah dikenalpasti bagi memerlukan penambahbaikan. Kerja-kerja ini telah dibuat sebanyak 38 PPS dan diharap ianya telah selesai dilaksanakan dan dengan bajet sebanyak 810,000 yang disalurkan oleh NADMA. Dari segi persiapan bekalan makanan, pihak JKM telah menyediakan sebuah depo simpanan utama untuk keperluan banjir ini di peringkat negeri. 6 buah stor bencana daerah dan 160 buah pengkalan hadapan di seluruh negeri. Sebanyak 85
pembekal barangan keperluan bencana telah dilantik di semua jajahan yang mana akan diuruskan oleh Jawatankuasa Makanan di PPS masing-masing. Sehubungan dengan keputusan kerajaan negeri menetapkan semua PPS akan menyediakan makanan bermasak melalui kaedah gotong-royong sebagaimana yang disebutkan oleh exco PBT tadi. Pihak JKM yang dibantu oleh penggawa, penghulu telah menyediakan petugas memasak bagi PPS seluruh Kelantan dan kita mengharapkan ianya dapat diselesaikan dengan cara cukup harmoni dan terbaik.
Dari segi kesiap-siagaan maklumat cuaca semasa pihak JPS Negeri Kelantan telah menyediakan sebanyak 108 stesen telemetri, hujan dan aras air. 59 buah siren amaran banjir. 107 buah tolok arus. 5 buah webcam. 137 pam bergerak dan 1 empangan pertanian dan 4 kolam takungan air. Sekali lagi saya ingin tegaskan kepada semua penduduk di sekitar yang berisiko banjir perlu sentiasa peka kepada siren amaran banjir yang dibuat, jangan ambil mudah mengenai amaran yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib. Elakkan kita membiarkan keluarga kita bermain di tempat-tempat yang dijangka berbahaya. Sebagai langkah kritikal segera yang khusus bagi kawasan yang sangat berisiko banjir, yang buruk di Rantau Panjang. Pihak JPS Pasir Mas telah menyegerakan projek pembinaan 20 unit laluan air keluar bagi Projek PLSB Sungai Golok Fasa 1 dan benteng yang pecah semasa MTL tahun lalu tidak akan ditambat kembali bagi mengurangkan kesan banjir di kawasan Rantau Panjang. Ini telah di-detailkan oleh YB Exco Infra pada pergolongan yang lepas. Sebanyak 618 lokasi telah disenaraikan sebagai ‘hot spot’ banjir bagi tahun 204 di seluruh Negeri Kelantan yang telah dikenal pasti oleh pihak Jambatan Bomba dan Penyelamat dan ini bagi meningkatkan kesiapsagaan penduduk berkenaan dan semua untuk bantuan. Dari segi tenaga kerja dan peralatan, seramai 7,209 anggota ataupun petugas yang terdiri daripada APM, Bomba, PDRM, Rela, ATM dan 10 agensi lain akan digerakkan bersama 19,619 buah pelbagai aset berbanding dengan tahun lepas. Seramai 7,147 anggota dengan 17,147 aset sahaja. Semoga ianya dipermudahkan urusan kita.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah mengadakan siri latihan amal simulasi iaitu di jajahan Tanah Merah dan juga Pasir Puteh sebagai latihan kemahiran. Kita juga dimaklumkan peruntukan sebanyak 550,000 daripada pihak Nadma telah disediakan untuk tujuan kos tuan operasi dan makan minum petugas serta penyelamat banjir. Jabatan
Bomba Negeri Kelantan juga telah memaklumkan bahawa telah menyediakan sebuah helikopter bakal akan ditempatkan di Negeri Kelantan dan satu regional forward base akan berpengkalan di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Terengganu sebagai kumpulan sokongan bagi wilayah timur. Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan juga memaklumkan telah mengaktifkan team paras pasukan respon sokongan bencana iaitu satu kumpulan sokongan kepada negeri-negeri berdekatan sekiranya terkesan dengan banjir dalam tempoh MPL ini. Di peringkat Jawatankuasa Kebajikan Bencana Negeri Kelantan, persiapan juga telah dilakukan lebih awal iaitu kita mengadakan Mesyuarat Penyelarasan bersama dengan agensi dan juga kita mengadakan latihan kesiap-siagaan sukarelawan menghadapi bencana bersama NGO kepada lebih 100 orang sukarelawan pelbagai latar belakang.
Taklimat penyelarasan dan kesiapsagaan kebajikan monsun timur laut yang menghimpunkan jawatankuasa penyelaras bantuan bencana peringkat dun-dun, penggawa, badan-badan NGO dan juga agensi yang berkaitan. Majlis ramah mesra Hi-Tea bersama NGO Kebajikan dan Bencana yang mana kita telah menghimpunkan lebih 34 NGO dari pelbagai kepakaran seperti pasukan kenderaan 4x4, pasukan radio amateur dan lain-lain yang aktif membantu ketika banjir. Kita sangat mengalu-alukan sokongan dan dokongan daripada rakan-rakan NGO yang sangat bersemangat dalam membantu memberikan kebajikan kepada mangsa banjir.
Selain dari itu kita mengadakan kempen-kempen kepada rakyat yang mana kita telah dan sedang dijalankan iaitu melalui papan iklan elektronik dan iklan poster maya dan juga edaran flyers dan poster fizikal mengenai tips menghadapi banjir ke seluruh rakyat Negeri Kelantan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengambil kesempatan pada pagi ini mengucapkan jutaan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen yang terbaik secara langsung dan tidak langsung dalam usaha kesiap-siagaan negeri bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana ini.
Kerjasama yang sangat baik oleh agensi penyelamat dalam membantu melatih mempersiapkan para sukarelawan dari pelbagai NGO perseorangan terlibat juga amat-amat dihargai. Akhir, kita doakan
semoga banjir di Negeri Kelantan ini dipermudahkan urusan dan diberikan kerahmatan kepada semua rakyat Kelantan insyaAllah.
Sekian..
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Tawang, soalan tambahan?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Exco. Alhamdulillah nampaknya persiapan begitu detail dan panjang yang telah disebut oleh Kerajaan Negeri. Namun, adakah disana ada persiapan dalam bentuk yang lain lagi iaitu persiapan dalam bentuk rohani? Makanan rohani untuk mengelakkan daripada stress dan sebagainya kepada mangsa-mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara, sekian.
Terima kasih yang bertanya. Rohani yang menjawab harini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana makluman semua Negeri Kelantan di bawah jawatankuasa pemindahan sementara kita ada 2 jawatankuasa tambahan iaitu jawatankuasa aktiviti dan jawatankuasa ibadah. Di PPS jawatankuasa aktiviti ini berperanan untuk mengatur pengisian program bagi mangsa banjir di PPS untuk mengelakkan mereka merasa tertekan dan dalam masa yang sama mereka akan menjadi lebih terisi masa dengan aktiviti yang disusun oleh NGO mesra dibawah seliaan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga NGO-NGO lain yang turut membantu JKM.
Antara aktiviti yang dibuat adalah aktiviti kanak-kanak, tazkirah, solat berjemaah, gotong royong dan aktiviti lain mengikut kesesuaian di PPS. Pada kali ini seramai 194 kaunselor akan bersiap sedia untuk bertugas sebagai psychology support team (PST) di PPS bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan. Sekian.
Silakan Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi hujan lebat semalam, Wakaf Bharu antara yang terkena ataupun melanda banjir di Wakaf Bharu dan dimana pagi ni nya pukul 9:30, 1 PPS telah dibuka, mangsanya dalam 110 orang melibatkan 20 keluarga. Soalan tambahan, bagaimanakah kerajaan untuk memastikan PPS dan juga kelengkapan mencukupi untuk menampung mangsa-mangsa banjir? Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Wakaf Bharu. Dari sudut peralatan keperluan di PPS, kita insyaAllah sekiranya tidak ada berlaku bencana yang luar biasa, insyaAllah keperluan itu mencukupi, cuma kena berdaftar gi di PPS, insyaAllah kita akan memberikan bantuan yang selayaknya. Sekian.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Dipersilakan Yang Berhormat Semerak.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 7 pun jawapan. Soalan 7 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah status terkini pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau?]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Speaker terima kasih Semerak atas soalan yang ditanya berkenaan status terkini pembangunan kompleks sukan Bukit Merbau. Pembangunan Madinah Ar-Riadhah Bukit Merbau atau lebih dikenali sebagai Kompleks Sukan Bukit Merbau merupakan kolaborasi pembangunan bersama diantara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan kemudahan sukan bertaraf kebangsaan bagi tujuan penganjuran temasya sukma Kelantan 2028 dan seterusnya membudayakan gaya hidup sihat bagi rakyat negeri ini dengan fasiliti yang lebih sempurna sebagaimana dalam pembentangan ataupun jawapan daripada Exco Kesihatan tadi maknanya untuk mengurangkan obesiti. Kita menggalakkan gaya hidup sihat bagi rakyat Kelantan insyaAllah.
Pada masa ini kerja-kerja tanah di tapak sedang giat dilaksanakan dengan hampir keseluruhan tapak pembangunan venue sukan telah siap untuk diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi tujuan pembinaan-pembinaan venue utama termasuklah tapak stadium utama, kompleks dan squash dan gelanggang bowling padang. Peratusan semasa pembangunan kerja tanah adalah 70.9% berbanding dengan jadual sebenar yang sepatutnya 79% maknanya lewat lebih kurang 8% dengan kelewatan 45 hari. Kerja-kerja tanah bagi pembinaan jalan utama juga giat dilaksanakan dengan panjang keseluruhan adalah 2.854 kilometer dan status kemajuan fizikal adalah 51% untuk jalan utama kesiapannya adalah 51%. Faktor utama kelewatan berlaku adalah disebabkan kerja-kerja mengebom batu hampar yang sangat besar dan rumit serta diluar jangkaan asal. Kontrak kerja tanah bagi pembangunan ini adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri dengan kontrak sebanyak RM62 juta.
Pada masa yang sama, kerja-kerja pembangunan infra dan utiliti bagi Madinah ar-riadhah sedang dijalankan. Kalau tadi kerja tanah, hokni kerja infra dan utiliti. Salah satu aspek penting dalam projek ini adalah kerja- kerja pemasangan paip utama yang telah dimulakan dengan peratusan kemajuan kerja fizikal sebenar adalah 31% bagi utiliti dan
sedang mengikut jadual yang ditetapkan. Pemasangan sistem retikulasi air ini merangkumi sejauh 2 kilometer di sepanjang jalan masuk utama. Selain itu pembinaan rumah pam dan tangki sedutan juga telah dimulakan dengan mencapai kemajuan fizikal sebanyak 14.92%. Pembinaan infra yang giat ini dilaksanakan untuk memastikan bekalan air yang mencukupi dan sistem utiliti yang efisien bagi kompleks sukan ini.
Kontrak untuk pembangunan infra ini adalah juga dibawah peruntukan kerajaan negeri dengan nilai kontrak semasa yang ditetapkan sebanyak RM53 juta. Manakala kontraktor utama untuk stadium utama telah memasuki tapak. Maksudnya walaupun kerja tanah ini belum siap sepenuhnya tapi dia mempunyai komponen-komponen yang banyak. Jadi makna komponen untuk stadium utama ni sudah boleh dimasuki dan kerja-kerja awalan seperti pembinaan tapak bagi stadium utama kini sedang dijalankan. Eh sorry. Pembinaan pejabat tapak ataupun ‘sight office’ bagi stadium utama ini sudah dilaksanakan. Pada masa yang sama, kerja-kerja asas tapak seperti ujian cerucuk ataupun ‘testing pile’ juga sedang dilakukan untuk memastikan kestabilan dan keselamatan struktur yang akan dibina. Sementara itu, bagi pembinaan arena tertutup, jangkaan SST adalah pada 9 Disember. Maknanya bulan depe insyaallah akan ada SST bagi stadium tertutup. 8 sasar menembak SST adalah pada 28 Oktober 2024. Kompleks hoki jangkaan SST adalah 25 Julai 2025. Projek-projek ini berada dalam peringkat proses perolehan di Jabatan Kerja Raya Malaysia yang menunjukkan kemajuan positif dalam usaha membangunkan kemudahan sukan.
Bagi pembinaan pusat squash, jangkaan SST adalah pada 15 Ogos 2025 dan gelanggang bowling padang jangkaan SST adalah pada 15 Ogos 2025. Projek-projek ini secara umumnya masih berada dalam peringkat penyediaan dokumentasi sebelum dapat diangkat ke proses perolehan menandakan langkah berterusan dalam memastikan semua kemudahan dapat disediakan seiring dengan peruntukan yang telah diluluskan dalam Rolling Plan 2 RMK12 insyaAllah. Segala perancangan ini telah diselaraskan bersama oleh kerajaan negeri dan JKR Malaysia bagi memastikan semua venue sukma Kelantan dapat disiap menjelang akhir tahun 2027. Sekian terima kasih.
Silakan soalan tambahan, Semerak.
Terima kasih Dato’ Speaker Bilakah jangkaan kita Kompleks Bukit Merbau ini akan siap sepenuhnya? Dan apakah kemudahan-kemudahan lain yang ada dalam Kompleks ini? Terima kasih.
Ok terima kasih Semerak atas soalan tambahan. Secara keseluruhannya pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau ini sebagaimana disebut tadi sedang berjalan dengan lancar dengan sedikit kelewatan disebabkan beberapa faktor yang disebutkan tadi di mana dari segi perancangannya dijangka bahawa keseluruhan pembangunan akan siap sepenuhnya menjelang Ogos 2027. Dimana tarikh akhir berdasarkan perancangan seluruh pembinaan frasarana sukan akan siap menjelang Ogos 2027 sebelum Sukma Kelantan 2028. Manakala venue-venue utama dia ada ataupun saya sebut sini tentang masterplan keseluruhan di Kompleks Sukan Bukit Merbau, dia ada 12 termasuk kemudahan-kemudahan. Yang pertama, Stadium Utama Bukit Merbau yang sudah dalam fasa pembinaan. Yang kedua, Stadium Hoki dalam proses perolehan. Yang ketiga, arena tertutup serbaguna dalam proses perolehan. Yang keempat, lapang sasar menembak dalam proses perolehan. Yang kelima, Kompleks Squash dalam penyediaan dokumen. Yang keenam, Gelanggang Longball dalam penyediaan dokumen.
Yang ketujuh, pembinaan ataupun padang Ragbi dalam penyediaan dokumen.
Yang kelapan, padang bola sintetik belum bermula.
Dan komponen-komponen lain adalah Masjid Bukit Merbau, Sekolah Sukan, pembangunan bercampur bermakna termasuk kediaman dan sebagainya. Dan yang terakhirnya adalah Medan Usahawan ataupun Medan Selera. Itulah antara komponen-komponen yang terlibat dalam pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan dewan pada pagi ini. Dewan akan disambungkan semula pada jam 11:00 pagi.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.30 PAGI DAN AKAN BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI
(Urusan Dewan selepas rehat)
PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI
Persidangan Dewan disambung semula.
[ Rang Undang-Undang Yang Keenam ] Rang Undang-Undang Yang Keenam.. YAB DATO’ PANGLIMA PERANG USTAZ DATO’ MENTERI BESAR akan mencadangkan Rang Undang-Undang (Elaun dan Keutamaan) Majlis Perajaan dan Majlis Penasihat Raja 1964. RANG UNDANG-UNDANG (ELAUN DAN KEUTAMAAN) MAJLIS PERAJAAN DAN MAJLIS PENASIHAT RAJA 1964. =========================================
[ BACAAN KALI PERTAMA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG (ELAUN DAN KEUTAMAAN) MAJLIS PERAJAAN DAN MAJLIS PENASIHAT RAJA 1964. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.
SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG (ELAUN DAN KEUTAMAAN) MAJLIS PERAJAAN DAN MAJLIS PENASIHAT RAJA 1964. [ PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. [ BACAAN KALI KEDUA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –
SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG (ELAUN DAN KEUTAMAAN) MAJLIS PERAJAAN DAN MAJLIS PENASIHAT RAJA 1964.
hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ, وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا
ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﺎ ﻤ ﻛ ﻷ ٱ ﰱ ﻢ ﱠﻬ ـ ﻨ ﻔ ﻠ ﺨ ﺘ ﺴ ﻴ َ ﻟ ﺖ ﺤ ﻠ ـٰ ﻟﺼﱠ ٱ ا۟ ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻋ ﻢ ﻨﻜ ُ ﻣ ا۟ ﻮ ﻨ ﻣ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ٱ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﺪ ﻋ َ َ َ ُ َ َ َْرْضِ ْ ُ ْ ْ َ َـٰ َ وَ ْ َ ءَا َ ُ َ وَ ِ ِ ِ ِ ِ ﺪ ﻌ ﺑ ﻦ ﻣ ﻢ ﱠﻬ ـ ﻨ ﻟ ﺪ ﺒ ﻴ ﻟ ﻢ ﳍ ﻰ ﻀ ﺗ ِى ﻟﱠﺬ ٱ ﻢ ﻬ ﻳﻨ دِ ﻢ ﳍ ﻨ ﻜ ِّ ﻤ ﻴ ﻟ ﻢ ﻬ ﻠ ﺒ ﻗ ﻦ ﻣ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ٱ ﻒ ﻠ ﺨ ﺘ ﺳ ْ ـَ ِّ ُ َ ِّ َ ـُ َ َُ ٰ َ َ ٱرْ ُ ـَ َُ ﻦﱠ َٱ ُ َ ْ ـَ َ َ ْ َ ْ وَ ْ ُ ْ َ وَ ْ َ ِ ِ ِ ِ ﻢ ﻫ ﻚ ﺌ َـٰٓ ﻟ ُو۟ ﺄ ﻓ ﻚ ﻟ ﺪ ﻌ ﺑ ﺮ ﻔ ﻛ ﻦ ﻣ ﺎ ﻴ ﺷ ﰉ ِ ﻮ ﻛ ﺮ ِ ﺸ ﻳ ﻻ َ ﲎ ِ ﻧ ﺪ ﺒ ﻌ ﻳ ﺎ ﻨ ﻣ أَ ﻢ ﻬ ﻓ ﻮ ﺧ َ َ َ ذَٰ َ َ َ َ نَ ُ ْ َ ُو ًۭ ُ ُ ْ ـَ َ َ وَ ْـًۭٔ ُ ُ ْ ـَ ْ ْ ْ َ ِ ٥٥ ن ﻮ ﻘ ﺴ ﻔ ﻟ َٱ ُ َـٰ ْ
Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu wahai ummat Nabi Muhammad S.A.W bahawa ia akan menjadikan khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi sebagaimana dia menjadikan orng-orang sebelum daripada mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan ia akan mengembangkan dan akan mengeluarkan agama mereka iaitu agama Islam yang telah diredainya untuk mereka. Dan dia juga akan mengantikan mereka dengan keamanan setelah mereka mengalami ketakutan dari ancaman musuh. Mereka terus beribadat kepada ku dan tidak mempersekutukan yang lain denganku dan ingatlah dengan sesiapa kufur dan ingkar sesudah itu maka mereka adalah orang-orang yang derhaka.
Surah An-Nur ayat 55
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Saya mohon untuk memberitahu bahawa saya mohon mencadangkan bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang (Elaun dan Keutamaan) Majlis Perajaan dan Majlis Penasihat Raja Pindaan 2024 dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Saya mohon untuk mencadangkan satu Rang Undang-Undang (Elaun Dan Keutamaan) Majlis Perajaan Dan Majlis Penasihat Raja Pindaan 2024 bagi tujuan meminda seksyen 3 dan seksyen 5 Undang-Undang dan Elaun Dan Keutamaan) Majlis Perajaan Dan Majlis Penasihat Raja 1964.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Saya mohon untuk membacakan fasal-fasal yang terdapat dalam Rang Undang-Undang (Elaun dan Keutamaan) Majlis Perajaan dan Majlis Penasihat Raja Pindaan 2024 enakmen ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan Yang Berhormat sekalian, Enakmen ini mengandungi 3 fasal iaitu fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan tarikh kuatkuasa Enakmen yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3 dengan menggantikan subseksyen 1 yang baru untuk memasukkan peruntukan elaun-elaun dalam jadual kepada Enakmen Ibu dan memotong Subseksyen 2.
Fasal 3 bertujuan untuk menggantikan seksyen 5 dengan seksyen yang baru. Akhirnya Kerajaan Negeri Kelantan berharap agar Rang Undang-Undang Elaun and Keutamaan Majlis Perajaan dan Majlis Penasihat Raja Pindaan 2024 ini akan mendapat sokongan penuh Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen (Elaun dan Keutamaan) Majlis Perajaan Dan Majlis Penasihat Raja 1964. Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang tersebut bagi perbahasan. Tiada perbahasan? Ok, tiada perbahasan, tiada penggulungan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG (ELAUN DAN KEUTAMAAN) MAJLIS PERAJAAN DAN MAJLIS PENASIHAT RAJA 1964. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.
SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG (ELAUN DAN KEUTAMAAN) MAJLIS PERAJAAN DAN MAJLIS PENASIHAT RAJA 1964. [ TINGKATAN JAWATANKUASA ]
Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [ COKMAR DITURUNKAN ]
Fasal 2
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 3.
Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan.
Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Persidangan Dewan disambung semula. [ COKMAR DINAIKKAN ] [ BACAAN KALI KETIGA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG (ELAUN DAN KEUTAMAAN) MAJLIS PERAJAAN DAN MAJLIS PENASIHAT RAJA 1964. telah ditimbang dalam Peringkat Jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Dengan demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG (ELAUN DAN KEUTAMAAN) MAJLIS PERAJAAN DAN MAJLIS PENASIHAT RAJA 1964. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG (ELAUN DAN KEUTAMAAN) MAJLIS PERAJAAN DAN MAJLIS PENASIHAT RAJA 1964. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang. Enakmen Ini bolehlah dinamakan Undang-Undang (Elaun dan Keutamaan) Majlis Perajaan dan Majlis Penasihat Raja (Pindaan) 2024. Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025. Rang Undang-Undang Yang Keenam diterima dan diluluskan. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN. [ Rang Undang-Undang Yang Ketujuh ]
Rang Undang-Undang Yang Ketujuh, YB DATO’ TIMBALAN MENTERI BESAR akan mencadangkan Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan (No.3) 2024. RANG UNDANG-UNDANG PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) (PINDAAN (NO.3) 2024. =========================================
[ BACAAN KALI PERTAMA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.
SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. [ PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan. [ BACAAN KALI KEDUA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –
SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985.
hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Saya mohon untuk memberitahu bahawa saya akan membaca Bacaaan Kali Yang Kedua bagi Enakmen Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.3) 2024 pada persidangan Dewan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 1 November 2023 telah membuat keputusan untuk mengkaji keperluan untuk meminda Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian)1985. Pindaan ini bertujuan untuk mengawal selia aktiviti karbon di Negeri Kelantan lantaran aktiviti karbon hutan berpotensi menjadi satu punca hasil baharu kepada Kerajaan Negeri pada masa hadapan disamping menggalakkan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di negeri ini.
Cadangan Pindaan Rang Undang-Undang ini telah diperhalusi dan diperakui oleh Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) Bil.2/2024 untuk diangkat bagi pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Selanjutnya Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 2 Oktober telah membuat keputusan bersetuju untuk Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada persidangan Dewan Negeri pada kali ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Rang Undang-Undang ini hanya melibatka Pindaan kepada 2 peruntukan sahaja dalam Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 iaitu untuk mentafsirkan stok karbon dan gas rumah hijau di dalam mana-mana hutan dalam negeri ini sebagai Pihak Berkuasa Negeri untuk mengadakan kaedah berkenaan kawal selia aktiviti karbon hutan dan perkara-perakara yang berkaitan dengannya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Saya mohon untuk membacakan fasal-fasal yang terdapat dalam Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.3) 2024 “Enakmen ini”. Untuk makluman Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Enakmen ini mengandungi 3 fasal iaitu:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan tarikh kuatkuasa Enakmen yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan meminda Seksyen 2 Enakmen Ibu dengan memasukkan perenggan (d) berkenaan stok karbon dan gas rumah hijau didalam mana-mana hutan di dalam tafsiran “Hasil Hutan”.
Fasal 3 bertujuan meminda subsekyen 111 (2) Enakmen Ibu dengan memasukkan perenggan (x) yang memberi punca kuasa bagi pihak Berkuasa Negeri untuk membuat kaedah berkenaan kawal selia aktiviti karbon hutan dan perkara yang berkaitan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian,
Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merangka Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.3) 2024 ini.
Akhirnya, Kerajaan Negeri Kelantan berharap agar Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.3) 2024 ini akan mendapat sokongan penuh Ahli-Ahli Yang Berhormat demi mantapkan pentadbiran dan pengurusan hutan di Negeri Kelantan.
Saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985. Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang tersebut bagi perbahasan. Tidak ada perbahasan, tidak ada penggulungan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.
SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. [ TINGKATAN JAWATANKUASA ]
Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [ COKMAR DITURUNKAN ]
Fasal 2
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 3
Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan.
Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Persidangan Dewan disambung semula. [ COKMAR DINAIKKAN ] [ BACAAN KALI KETIGA ]
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. telah ditimbang dalam Peringkat Jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Dengan demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA (PEMAKAIAN) 1985. hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Enakmen Ini bolehlah dinamakan Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan No.3) 2024. Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya disiarkan dalam Warta. Rang Undang-Undang Yang Ketujuh diterima dan diluluskan. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN.
Alhamdulillah kita telah membentang, membahas dan meluluskan 7 Rang Undang-Undang dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perbahasan dan dalam membincangkan usul-usul yang telah dikemukakan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan dengan mengguna pakai Perkara 9 Peraturan-Peraturan
dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan, saya menangguhkan Persidangan ini sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Persidangan ditangguhkan dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Suratul Asr’.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.30 PAGI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.