Kelantan · 21 April 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 11 turns · 1,581 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا PERSIDANGAN KALI PERTAMA, PENGGAL KETIGA, DEWAN NEGERI KELANTAN KELIMABELAS. AL-FATIHAH.
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Doa. [ BERDOA SAMBIL BERDIRI ]
Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Yang Kedua, Dewan Negeri Kelantan KelimabelasAddress / budget
Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas.
Minta cadangan…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peringatan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Khamis, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu 19, 22, 23 dan 24 JamadilAwal 1446H bersamaan 21hb, 24hb, 25hb dan 26hb November 2024 supaya diterima dan disahkan.
Sokongan…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peringatan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Khamis, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu 19, 22, 23 dan 24 JamadilAwal 1446H bersamaan 21hb, 24hb, 25hb dan 26hb November 2024 supaya diterima dan disahkan. Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK.”
Dipersetujukan.
Peringatan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Khamis, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu 19, 22, 23 dan 24 JamadilAwal 1446H bersamaan 21hb, 24hb, 25hb dan 26hb November 2024 diterima dan disahkan.
[ PERINGATAN PERSIDANGAN KALI KETIGA(BELANJAWAN), BAGI TEMPOH PENGGAL KEDUA, DEWAN NEGERI KELANTAN KELIMABELAS DISAHKAN]
[ SETIAUSAHA MENGANGKAT TEKS PERINGATAN TERSEBUT KEPADA YB DATO’ SPEAKER]
Titah Ucapan D’rajaAddress / budget
Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Titah Ucapan D’Raja.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan Dewan akan ditempohkan buat seketika bagi memberi ruang kepada saya dan Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Panglima Perang Dato’ Menteri Besar meninggalkan Dewan Persidangan untuk menyambut dan seterusnya mengiringi keberangkatan masuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V bersama Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ke Dewan Persidangan bagi Istiadat Pembukaan Penggal Yang Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
، ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ِ ʭ ﺬ ْ ﺧ ﺆ ﺗ ﻻ َ ﺎ ـ ﺑ ﺖ ﺒ ﺴ ﺘ ﻛ ٱ ﺎ ﻣ ﺎ ﻬ ﻴ َ ﻠ ﻋ ﺖ ﺒ ﺴ ﻛ ﺎ ﻣ ﺎ ﳍ ﺎ ﻬ ﻌ ﺳ ﻻﱠ إِ ﺎ ﺴ ﻔ ﻧ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻒ ِّ ﻠ ﻜ َ ﻳ ﻻ َ َٓ َا ـُ َ ﱠﻨ رَ ْ َ َ ْ َ َ ـْ َ وَ ْ َ َ َ ََ َ َ ْ وُ ْ ـَ ُ ُ ُ َ َ ً ِ ِ ِ ِ ِ ﺎ ﻨ ﻠ ﺒ ﻗ ﻦ ﻣ ﻳﻦ ﺬ ﻟﱠ ٱ ﻰ َ ﻠ ﻋ ۥ ﻪ ﺘ ﻠ ْ ﲪ ﺎ ﻤ ﻛ َ ﺮ ﺻ إِ ٓ ﺎ ﻨ ﻴ َ ﻠ ﻋ ﻞ ﻤ ﲢ ﻻ َ ﺎ ﱠﻨ ـ ﺑ ʭ ْ ﺄ َ ﻄ ﺧ أَ ٓ ﺎ ﻴﻨ ﻧﱠﺴ َ ْ ـَ َ َ ُإِن َ ََ َ ًۭا ْ َ ـْ َ ْ َْ وَ َ رَ َ ْ أَوْ َ ِ ِ ِ ʭ ﺮ ﻧﺼ ﻨ ﭑ ﻓ ﺎ ﻨ ـٰ ﯩ َ ﻟ ﻮ ﻣ ﻧﺖ أَ ٓ ﺎ ﻨ ﲪ ٱ ﺎ ﻨ َ ﻟ ﺮ ﻔ ﻏ ْ ٱ ﻨﱠﺎ ﻋ ﻒ ﻋ ٱ ۦ ﻪ ﺑ ﺎ ﻨ َ ﻟ ﺔ ﺎﻗ َ ﻃ ﻻ َ ﺎ ﻣ ﺎ ﻨ ﻠ ْ ﻤ ﲢ ﻻ َ ﺎ ﱠ ـ ﺑ َ ُ َ َ َ َ َْ رْ َ َ ُ ْ َ َ َ َ َُ َ ْ ْ َ وَ ْ وَ وَ َ ِّ وَ رَ ِ ٦٨٢ ﻳﻦ ﺮ ِ ﻔ َـٰ ﻜ ْ ﻟ ٱ ﻮ ﻘ ْ ﻟ ٱ ﻰ َ ﻠ ﻋ َ ْمِ َ َ
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
[Surah Al Baqarah ; ayat 286]
Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin, segala puji dan syukur tertentu bagi Allah jua. Beta rafakkan ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, yang telah melimpahkan rahmat dan kurnianya, memungkinkan Beta dapat menyempurnakan Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun dua ribu dua puluh lima (2025) pada tahun ini.
Selawat dan dalam Beta persembahkan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah 'Alaihi Wassalam, kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan para pengikut baginda hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,
Beta merakamkan penghargaan atas segala usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.
Beta berharap agar semua ahli yang berhormat dapat terus memberikan khidmat yang terbaik demi kemajuan dan kesejahteraan negeri kelantan darul naim. Beta berharap agar rakyat kelantan terus berpegang teguh dengan nilai-nilai ajaran Islam di dalam memelihara kesepaduan, keharmonian dan kemakmuran negeri.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,
Beta dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan senarai permohonan bagi rolling plan Pertama Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Beta berharap fokus dan halatuju yang dirancang adalah ke arah pembangunan yang lebih inklusif, mampan dan memacu pembangunan ekonomi serta meningkatkan daya saing negeri di peringkat nasional dan antarabangsa. Antara fokus utama yang perlu diberi tumpuan adalah pembangunan sektor pembuatan bagi menarik pelaburan ke kelantan, peningkatan infrastruktur bekalan air bersih dan jaringan jalan raya, penumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan pelancongan, di samping memperkasa sektor-sektor lain. dalam konteks federalisme, Beta berasa sukacita dengan hubungan baik di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam aspek pembangunan infrastruktur, dalam mengoptimumkan penggunaan tanah, meningkatkan hasil pertanian dan pelaksanaan projek-projek konservasi biodiversiti di Negeri Kelantan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,
Beta menggesa Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Dan Sungai Golok dapat disegerakan bagi semua fasa untuk mengatasi isu banjir di negeri ini. Keutamaan harus diberikan kepada pembinaan Empangan Lebir, yang menjadi keperluan mendesak dalam mengatasi isu banjir di Kelantan. selain itu, Beta turut memandang serius isu keselamatan di Sempadan Malaysia-Thailand. Maka cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di kawasan Sungai Golok perlu dimuktamadkan dengan segera.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,
Beta menyeru jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dalam sektor pertanian tetap fokus kepada fungsi dan tugas utama masing-masing serta meningkatkan usaha bagi memastikan Sekuriti Makanan Negeri Dan Negara terjamin.
Selaras dengan Enakmen Pemajuan Pertanian Negeri Kelantan Dua Ribu Dua Puluh Dua (2022), Beta berharap sebuah Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Di Lojing dapat dibangunkan dengan segera agar Jajahan Kecil Lojing dapat menjadi pusat pertanian berdaya saing di Malaysia.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,
Tahun Melawat Kelantan Dua Ribu Dua Puluh Empat (2024) telah berlangsung dengan meriah melalui penganjuran pelbagai program dan aktiviti. Oleh itu, Beta ingin menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua. Pada tahun ini Kerajaan Kelantan telah memilih Tema ‘Indahnya Kelantan’ dengan menekankan Keindahan Alam Semula Jadi, Tradisi, Seni Dan Budaya Tempatan Negeri ini.
Justeru, Beta menggesa Pihak Berkuasa Tempatan untuk memberi tumpuan dalam memastikan bandar-bandar di Negeri Kelantan kekal bersih, indah dan ceria serta memiliki pengurusan perbandaran yang baik. Beta berharap agar semua Pihak Berkuasa Tempatan dengan sokongan Kerajaan, dapat meneliti isu bangunan terbiar serta memanfaatkan peluang ekonomi yang ada di dalam bandar bagi meningkatkan pembangunan setempat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,
Beta berharap Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada Pembangunan Bandar Baharu di setiap jajahan sebagai pemangkin sektor perindustrian dan merancakkan pertumbuhan ekonomi. Bandar baharu ini perlu diterapkan dengan konsep bandar pintar agar negeri beta tidak ketinggalan dalam arus kemajuan global.
Beta melihat bahawa negeri ini masih mempunyai daya tarikan pelaburan yang terrendah, terutamanya pelaburan asing, berbanding negeri-negeri di pantai barat yang mempunyai jaringan pelabuhan serta kemudahan perdagangan yang lebih komprehensif. Sehubungan dengan itu,
pembangunan infrastruktur yang berkaitan perlu dipercepatkan selain menyediakan insentif pengecualian cukai yang kompetetif bagi menarik lebih banyak pelaburan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,
Dalam Era Kecerdasan Buatan (Ai), Kemahiran Teknikal Dan Digital menjadi semakin penting. dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi, generasi muda akan lebih berdaya saing dan mempunyai nilai tambah bagi menyumbang kepada Pembangunan Modal Insan Negara.
Oleh itu, Beta menyarankan Kerajaan Negeri mengkaji dan menyediakan platform pendidikan alternatif, khususnya dalam Bidang Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (Tvet) bagi memenuhi keperluan industri semasa.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,
Mengakhiri Titah Beta, marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, agar kita semua berada di bawah lindungan rahmat-nya yang berpanjangan, dengan pemerintahan dan pentadbiran yang menjunjung kesucian Al-Qur’an Dan Sunnah Rasullullah Sallallah 'Alaihi Wassalam.
Dengan lafaz "Bismillahir Rahmanir Rahim" Beta merasmikan, Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun Dua Ribu Dua Puluh Lima (2025).
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و * * *
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah Istiadat Pembukaan telah pun selesai dan sekarang saya berhasrat untuk menangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula hari Selasa pada jam 9.00 pagi 23 Syawal 1446 Hijriah bersamaan 22hb. April 2025. Dijemput semua Ahli Yang Berhormat ke Majlis Jamuan Tengahari di Dewan Teratai.
Sama-sama kita membaca Tasbih Kaffarah dan Suratul ‘Asr.
[PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN] [MAJLIS BERSURAI]