Kelantan · 22 April 2025

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 402 turns · 40,909 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Pertama, Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, Hari Kedua

… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا

Doa

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa….

[ SAMBIL BERDIRI ]

Ucapan Oleh Yb Dato’ Speaker

Setiausaha

Susunan urusan Persidangan Yang Kedua, Ucapan Oleh YB Dato’ Speaker.

Speaker

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar, Yang Berhormathli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan juga Ahli-Ahli Dewan kerana telah berjaya menyempurnakan tanggungjawab untuk menjayakan Istiadat Pembukaan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas.

Adalah diharapkan supaya persidangan ini dapat membuatkan hasil dan juga natijah-natijah yang baik untuk kemakmuran dan juga kemajuan Negeri Kelantan yang kita kasihi. Sekian terima kasih.

Kertas-Kertas Yang Dibentang Di Atas Meja

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Kertas-Kertas Yang Dibentang Di atas Meja.

Kertas-Kertas tersebut ialah Kertas Dewan Bil. 1 tahun 2025 hingga Kertas Dewan Bil.12 Tahun 2025 sebagaimana yang dibentang di atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat.

1. Kertas Dewan Bil.01/2025 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Machang Bagi Tahun 2023

2. Kertas Dewan Bil.02/2025 .. Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Bagi Tahun Berakhir 31/12/2022

3. Kertas Dewan Bil.03/2025 .. Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Bagi Tahun 2023.

4. Kertas Dewan Bil.04/2025 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Pasir Puteh Bagi Tahun 2022.

5. Kertas Dewan Bil.05/2025 .. Laporan Tahunan Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan Tahun 2023 dan Sijil Audit Negeri Mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

6. Kertas Dewan Bil.06/2025 .. Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Kumpulan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

7. Kertas Dewan Bil.07/2025 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Ketereh Perbadanan Islam Bagi Tahun 2023.

8. Kertas Dewan Bil.08/2025 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam Bagi Tahun 2023.

9. Kertas Dewan Bil.09/2025 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Tumpat Bagi Tahun 2023

10. Kertas Dewan Bil.10/2025 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Jeli Bagi Tahun 2023

11. Kertas Dewan Bil.11/2025 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Pasir Mas Bagi Tahun 2023

12. Kertas Dewan Bil.12/2025 .. Penyata Kewangan MPKB- BRI Bagi Tahun 2023

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Keempat, Soalan-soalan Yang Akan Diberitahu.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha

Soalan-soalan oleh:

YB TUAN HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB TUAN HJ NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB PUAN DR HAFIDZAH BINTI HJ MUSTAKIM YB TUAN SHAARI BIN MAT YAMAN YB TUAN HJ MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN YB TUAN HJ ZURAIDIN BIN ABDULLAH YB TUAN MOHAMAD NASRIFF BIN DAUD@DAUD YATIMEE YB TUAN KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD YB TUAN SAIZOL BIN ISMAIL YB TUAN BAHARI BIN MOHAMAD NOR YB PUAN NOR ASILAH BINTI MOHAMED ZIN YB TUAN HJ AZHAR BIN SALLEH YB DATO’ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YB TUAN ZUBIR BIN ABU BAKAR YB WAN ROHIMI BIN WAN DAUD YB DATO’ HJ ABDUL FATTAH BIN HJ MAHMOOD YB TUAN HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YB TUAN HJ MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM

Jawapan-jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah sebagaimana yang dibentang di atas meja di hadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bertanya.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions

Speaker

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Tumboh.

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pohon jawapan soalan saya nombor 1.

Soalan 1 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Apakah tindakan kerajaan negeri dalam meningkatkan prestasi pentadbiran tanah Kelantan? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Spearker, terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Pasir Tumboh di atas soalan yang dikemukakan….

ﻳﺘﻘﻨﻪ أن ﻋﻤﻼ ﺣﺪﻛﻢ أ ﻋﻤﻞ إذا ﳛﺐ ﷲ إن

Maksudnya: sesungguhnya Allah kasih apabila salah seorang kamu melakukan sesuatu amalan ataupun pekerjaan yang dilakukannya dengan cara yang terbaik.

Dalam meningkatkan prestasi pentadbiran tanah beberapa langkah telah diambil antaranya melalui persetujuan pelaksanaan system E- Tanah di seluruh negeri Kelantan yang dijangkakan pada tahun 2028. Beberapa Enakmen baru juga telah diluluskan dan sedang dilaksanakan iaitu Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan 2017, Enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan Tahun 2022, Enakmen Pertanian Tahun 2022 yang mana ke semua Enakmen ini berfungsi untuk menyokong kuasa pentadbiran tanah Pihak Berkuasa Negeri yang diberikan di bawah Kanun Tanah Negara.

Speaker

Pasir Tumboh…

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Terima kasih kepada Kerajaan yang telah menjawab soalan 1 tadi. Untuk itu soalan tambahan kalau mengikut di Pejabat Tanah dan Jajahan Pegawai-Pegawai Tadbir Tanah merupakan pengurusan pentadbiran kepada pendapatan Kerajaan Negeri. Soalannya adalah apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran khususnya pegawai-pegawai di Pejabat Tanah di setiap Jajahan.

Kerajaan Negeri khususnya di bawah Pejabat Tanah dan Galian Kelantan PTG sentiasa menambil langkah proaktif dengan menganjurkan kursus-kursus pentadbiran tanah melalui kolaborasi dengan Institut Pengajian dengan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Geomatika Malaysia dan Universiti Sains Malaysia kepada pegawai-pegawai terutama yang terlibat dalam pentadbiran tanah. Penempatan strategik pegawai-pegawai telah dilakukan ke pejabat Tanah dan Jajahan serta ke lain-lain jabatan. Yang melibatkan urusan tanah bagi tujuan memperkasa pentadbiran tanah. Selain itu juga pengambilan pegawai-pegawai dan kakitangan yang perlu telah dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran tanah seperti Juruukur, Pegawai Penilai, Pegawai Geologi dan lain-lain.

Speaker

Kuala Balah..

Terima kasih Dato’ Speaker, kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah mengambil inisiatif untuk memajukan pentadbiran tanah. Soalan saya dalam mengambil inisiatif ini adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan satu dashboard menilai prestasi jabatan lain ataupun secara nyata dari segi pentadbiran tanah termasuk permohonan geran dan sebagainya, terima kasih.

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mewujudkan dashboard yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sekejap tadi bagi memastikan pemantauan realtime dapat dibuat terhadap pindah milik fail dapat dibuat permohonan pindah milik, tukar syarat, permohonan geran dan lain-lain permohonan. Agar masalah dapat dikenalpasti pada peringkat mana dan isu kelewatan pengurusan sesuatu permohonan dapat diatasi Insha Allah.

Speaker

Chetok ...

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya apakah Kerajaan berhasrat untuk memperkasakan penguatkuasaan di bawah Undang-Undang Tanah dan pada masa yang sama mengguna pakai sistem E-Tanah yang bakal dilaksanakan.

Iya… Kerajaan Negeri memang berhasrat untuk memperkasakan penguatkuasaan Undang-Undang Tanah melalui penggunaan sistem E-Tanah nanti di mana segala notis-notis yang dikeluarkan dapat dijejaki secara lebih efisian di dalam sistem daripada awal sehinggalah sesuatu kes dapat diselesaikan. Pemantauan secara dalam sistem E- Tanah juga dapat mengelakkan kes-kes notis yang luput akibat ketiadaan tindakan susulan. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Pasir.

Terima kasih Yang Berhomat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 2. Soalan 2: [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang nyatakan, apakah tahap pencapaian Kerajaan dalam penghayatan Membangun Besama Islam seta harapan Kerajaan kepada semua rakyat dalam menjayakannya? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terima kasih kepada Pengkalan Pasir. Penghayatan PMBI adalah merupakan satu pelan strategik yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan yang mana ia adalah merupakan suatu kesinambungan daripada apa yang telah dilaksanakan oleh 2 mantan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan di waktu-waktu yang lalu bermula daripada Allahyarham Tuan Guru Tan Sri Dato’ Bentara Setia Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang dengan dasar Membangun Bersama Islam daripada tahun 1990 hingga 2013. Kemudian diteruskan oleh Yang Berhormat Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Ahmad Bin Yaakob melalui Merakyat Membangun Bersama Islam ada perubahan nama di situ bermaksud ada anjakan setelah kita dapati bahawa motto yang kita laksanakan sebelum itu ada kejayaan-kejayaannya dan kita dapati perlu kita buat sesuatu lebih ke hadapan.

Kemudian disambung oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang dengan merubah kepada Merakyatkan Penghayatan Membangun Bersama Islam ianya sebenarnya masih baru. Pendekatan telah dilaksanakan secara bersepadu merentasi jabatan dan agensi Kerajaan termasuk usaha memacu strategi, menjamin kemampuan pelaksanaan, memperteguh visi dan akhirnya menghasilkan natijah yang memberi impak positif kepada rakyat.

Sebahagian besar daripada 8 arahan yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat mantan Menteri Besar menjadi asas dan konsep penghayatan membangun bersama Islam telah berjaya dilaksanakan antaranya penerapan nilai Ubudiyyah, Masuliyyah dan juga Itqan (UMI) dalam setiap perancangan dan program Kerajaan Negeri. Manakala pengukuhan PMBI secara dalaman dan luaran, fokus terhadap projek-projek keutamaan di bawah RMK-12, usaha menjadikan Kerajaan sebagai hub pelaburan pilihan, serta peningkatan dalam pendidikan STEM dan pengukuhan penyampaian maklumat kepada rakyat.

Namun begitu, bagi memperkukuhkan lagi hala tuju pelaksanana ini, Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Pelan Tindakan Strategik Penghayatan Membangun Bersama Islam yang diselaraskan oleh Unit Pemantauan Strategik (SPARK) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri

(UPEN) perlu dimuktamadkan. Pelan ini akan menjadi rujukan utama dalam menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan PMBI dengan lebih efisyen serta berasaskan indikator yang lebih jelas.

Secara kesimpulannya, boleh dikatakan (PMBI) ataupun Penghayatan Membangun Bersama Islam adalah fasa ketiga setelah MBI iaitulah merakyat membangun bersama Islam yang dilaksanakan mantan 2 MB yang sebelum ini ia masih baru dilaksanakan dan agak awal untuk kita menilai kejayaannya. Walaubagaimanapun 2 dasar sebelum daripada ini iaitulah Membangun Bersama Islam dan Merakyatkan Membangun Bersama Islam kita telah menilainya melalui satu kajian yang kita buat bersama satu institusi pendidikan terkenal dalam negara kita yang kita namakan indeks sosial taqwa rakyat Kelantan dan hasilnya sangat-sangat positif dan sangat-sangat memberangsangkan yang menunjukkan bagaimana sahsiah rakyat Negeri Kelantan dalam semua hal ia bukan sahaja penghayatan keislaman di Masjid secara khususnya sahaja tetapi juga dalam bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan semua perkara. Kita menaruh harapan agar rakyat kita sekadar menjadi pemerhati kepada Penghayatan Membangun Bersama Islam tetapi juga menjadi pendukung, pelaksana bersama. PMBI bukan milik Kerajaan – ia adalah milik rakyat keseluruhannya. Dan kita ingin melihat rakyat hidup dalam keberkatan, berfikir dengan hikmah dan bersatu membina Kelantan sebuah negeri Baldatun Toyyiban wa Rabbun Ghofur.

Terima kasih.

Speaker

Sila, Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahniahlah kepada Kerajaan Negeri atas usaha yang telah pun dilaksanakan bagi menjayakan penghayatan Membangun Bersama Islam. Soalan tambahan saya Yang Berhormat adakah Kerajaan Negeri bersedia mendedahkan laporan penilaian atau audit keberkesanan pelaksanaan dasar ini kepada umum sebagai bukti ketelusan serta adakah dasar ini telah berjaya mengurangkan isu sosial gejala dadah, keruntuhan akhlak remaja dan kemiskinan tegar atau ia hanya menjadi slogan politik semata-mata dan apakah jaminan Kerajaan bahawa pelaksanaan dasar ini tidak bersifat

diskriminatif terhadap golongan minoriti atau yang tidak sealiran dengan pandangan pemerintah.

Terima kasih.

Terima kasih oleh Galas…satu ayat Quran menyebut

◌ ﺖ ﻌ َ ﻄ ﺘ ﺳ ٱ ﺎ ﻣ ﺢ َـٰ ﻠ ﺻ ﻹ ِْ ٱ ﻻﱠ إِ ﻳﺪ أُرِ ُإِنْ ْ َ ْ َ َ ْ ُ Surah Hud ayat 88

apabila kita menjadi Kerajaan kita cuba berusaha sedaya upaya kita untuk melakukan perubahan “al-islah mastata’tu” maksudnya kita sedaya upaya melakukan kebaikan mengikut kemampuan kita dan Allah S.W.T tidak membebankan kita diluar daripada kemampuan kita. Seperti yang saya katakan tadi iya, kalaulah maksud daripada Galas adalah penghayatan Membangun Bersama Islam yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang ianya masih baru untuk kita dinilaikan. Tetapi 2 tema sebelumnya Membangun Bersama Islam juga Merakyatkan Membangun Bersama Islam memang kita sudah ada indeks taqwa rakyat Kelantan kalau itu yang dimaksudkan kita boleh berikan kepada bahkan kita boleh berikan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan kalau sayalah saya sebut indeks yang saya buat itu melibatkan Universiti Teknologi Petronas bukannya kita sama-sama kita pimpinan Kerajaan Negeri syok sendiri tidak yer, tetapi kita ambil pakar-pakar orang ketiga orang luar Universiti Teknologi Petronas yang melaksanakannya dan hasilnya sebagaimana yang saya katakan itu memberangsangkan dalam semua bidang, tinggal lagi ada yang tinggi dan ada yang rendah dalam kategori tersebut. Walaubagaimanapun ianya melepasi apa yang kita harapkan begitu.

Okey berkenaan dengan masalah sosial yang disebutkan tadi dan sebagainya. Yang pertama kita nak sebut kita tak nafikan bahawa kita malah seluruh negara malah dunia pun berhadapan dengan masalah sosial yang melibatkan jenayah dan sebagainya tinggi dan kita terima itu bahawa kita di Kelantan pun kita berhadapan dengan perkara yang sama tetapi kita juga kena melihat sebab-sebabnya. Kita tidak boleh nak bandingkan antara negeri dan sebagainya sebab kita dalam Malaysia kita tak nak anak-anak muda kita yang terdiri dari orang Islam dan orang

Melayu walaupun di negeri Kelantan, walaupun di negeri Terengganu walaupun di Selangor mereka anak-anak muda kita semuanya bangsa kita semuanya adalah bangsa kita, semuanya adalah agama kita. Kita tak nak bangga bahawa hanya rakyat Negeri Kelantan selamat. Tapi negeri-negeri lain berhadapan dengan masalah sosial. Begitu juga dengan anak-anak di negeri Kelantan yang berhadapan dengan masalah sosial ini. Kita rasa sedih dan negeri lain juga sepatutnya negeri lain juga sepatutnya merasakan perkara yang sama. Jadi dalam hal ini kita baru ini didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri bahawa 4 negeri yang berhadapan dengan masalah dadah yang paling tinggi Kelantan Terengganu, Kedah, Perlis dan dikaitkan dengan negeri-negeri SG 4.

Jadi bila dikaitkan dengan negeri-negeri SG 4 sudah menjadi sebagai statement politik tak kira lah SG 4 negeri-negeri lain mereka adalah anak kita, bangsa kita, rakyat Malaysia agama-agama Islam, kita sedih di mana berlaku dan kita tak nak ia berlaku walaupun di mana sahaja. Walaubagaimana pun apabila kita baca statement yang lain dari Menteri yang sama dan juga daripada pihak Polis PDRM yang mengatakan bahawa negeri-negeri ini tinggi penyalahgunaan dadah terutamanya dadah sintetik kerana mereka berada di hadapan negeri-negeri sempadan. Itu sebabnya kita berada di barisan hadapan dan kalau di dalam peperangan orang yang berada di barisan hadapan inilah yang paling kuat dan orang yang berada di hadapan inilah nanti yang paling parah, yang paling luka.

Saya selalu ambil contoh kalau katakanlah kita berada di barisan hadapan, berhadapan dengan sempadan Thailand orang Kelantanlah yang makan beras Siam beras. Orang lain lebih-lebih dari kita baru boleh makan. Beras mangga siam yang terbaik di Kelantanlah sebab kita boleh jumpa di mana-mana sebab kita negeri yang paling dekat dengan Thailand... orang lain makan lebihan daripada kita. Begitulah juga perkara-perkara yang buruk yang datang daripada luar kitalah… anak-anak muda kitalah menanggung akibatnya. Sebab itulah purata 4 negeri ini dalam soal dadah ia kerana mereka-mereka negeri sempadan iaitu soal dadah. Apabila saya meneliti soalan daripada Jabatan Perangkaan Negara statistik Negara ia kategorikan jenayah itu banyak seperti Jenayah Indeks ataupun Jenayah Seksual. Dalam jenayah seksual saya ada daripada tahun 2021-2023... 2024 belum yer, Kelantan sebenarnya di bawah terletak cabul kehormatan nombor 11 daripada nombor 14. Penderaaan fizikal nombor 12 daripada 14, gangguan seksual nombor 12 daripada 14 dan begitulah seterusnya. Kita bukanlah yang paling tinggi tapi sebabnya terletak di atas dan apabila kita melihat kepada jenayah

indeks bukan indeks jenayah…jenayah indeks yang melibatkan kekerasan, bunuh, mencederakan dan melibatkan harta benda yang rogol tadi termasuk juga yang melibatkan harta benda, rompak, mencuri itu jenayah-jenayah yang biasa yang menyebabkan ketakutan dalam masyarakat.

Maka di dapati bahawa dalam laporan yang terbaru DOSM boleh lihat dan Jabatan Perangkaan boleh lihat dan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang pun sudah membuat kenyataan negeri Kelantan paling selamat iaitu terletak nombor 2 yang nombor 1 paling selamat adalah Sabah. 95 daripada 100,000 orang penduduk Sabah 95, kita 96 beza 1 sahaja dan yang ketiga ialah Terengganu yang paling selamat sebab itu kita katakan bahawa apabila satu statement dibuat daripada Pihak Berkuasa berkenaan dengan satu-satu jenayah dia kena tengok jenayah itu jenayah kategori apa? Itu yang pertama dan kenapa pung kita kena tahu juga. Satu masa Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon maaf … satu masa sewaktu arwah Tan Sri Tok Guru menjadi Menteri Besar begitu dimaklumkan bahawa Kelantan ini yang paling tinggi penggunaan pil kuda dan kita sangat terkejut dengan pendedahan itu masa dalam mesyuarat EXCO kita panggil Ketua Bahagian Narkotik Polis Diraja Malaysia cawangan Kelantan untuk bentangkan kepada kita. Dia kata betul, Kelantan yang paling tinggi penggunaan pil kuda. Kita pun rasa Allahuakhbar… tetapi dia kata kena ingat, dadah ni banyak kategorinya pun dia sebut satu persatu. Saya tak tahu nak sebut sebab saya tak biasa dengan dadah ni yer. Dia sebut satu persatu dua tiga.. Kelantan pil kuda negeri ini, ini dadahnya, negeri ini.. ini dadahnya.

Dalam bab pil kuda memang Kelantan tapi dalam bab ice-ice baby.. negeri saya tak nak sebut negerinya. Ini negeri yang paling tinggi. Dalam bab itu ini negeri yang paling tinggi dalam bab penyalahgunaan air ketum ini negeri yang paling tinggi. Jadi itulah keadaan yang paling tinggi sebab itulah saya katakan bahawa kita rakyat negara Malaysia Kelantan ker Terengganu ke itu soalnya anak-anak kita, anak-anak bangsa kita, anak agama kita yang kita nak pantau mereka walau di mana sahaja mereka berada dan kalau itulah maksudnya Galas tadi. Insha Allah kita boleh edarkan hasil daripada kajian indeks sosial taqwa kita dalam masa yang sama kalau tidak ada ini pun kita boleh edarkan juga [sambil mengangkat kertas] hasil penemuan daripada PDRM, DOSM dan juga kita tidak ada istilah mempolitikkan isu ini sebab sebagaimana yang saya katakan tadilah apabila kita jadi Kerajaan anak orang PAS, anak kita.. anak orang

UMNO anak kita dan dia menyumbang kepada indeks jenayah. Terima kasih..

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Sila, Pengkalan Pasir.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya… sebagaimana yang kita ketahui bahawa tanggungjawab penghayatan Membangun Bersama Islam ini bukan sekadar di letakkan di pihak Kerajaan Negeri tapi seluruh pimpinan Kerajaan Negeri dan juga pegawai-pegawai Kerajaan dan juga seluruh rakyat sekalian. Soaan tambahan saya apabila Kerajaan menjalankan Penghayatan Membangun Bersama Islam Kerajaan juga telah melancarkan program K-Komuniti untuk mempastikan penghayatan itu dijalankan di peringkat-peringkat DUN. Soalan tambahan saya apakah indeks pencapaian dan apakah peranan Wakil Rakyat-Wakil Rakyat kita untuk mempastikan program ini mendapat sambutan di kalangan masyarakat.

Dato' Dr. Hj Mohamed Fadzli b Dato' Hj HassanPAS · PNTimbalan Menteri Besar · Temangan

Terima Pengkalan Pasir, itu adalah tanggungjawab semua sejak daripada dulu lagi kalau kita bermula daripada zaman Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Nik Abdul Aziz Dato’ Bentara Setia jadi waktu itu apabila Kerajaan ini yang masih lagi berterusan lagi pada hari ini Kerajaan sentiasa daripada masa ke semasa menubuhkan unit Dakwat Halaqat sebagai contohnya kemudian kita buat beberapa Enakmen-Enakmen untuk kedai judi, kawalan penjualan arak, kemudian kempen-kempen solat, menutup aurat, kemudian kita ada Enakmen Kawalan Hiburan, kemudian kita ada pengubahsuaian terdapat budaya Kelantan yang dirasakan bertentang dengan Islam. Sebagai contohnya Makyong, Menora, Wayang Kulit dan sebagainya dan sekarang ni Makyong ada? Wayang Kulit ada? Tapi kita telah dah modeminasikan beberapa perkara yang kita rasakan bertentangan dengan Islam tu yang kita minta itu dihapuskan persembahan boleh diteruskan tidak bermaksud kita larang persembahan itu yer. Dalam masa yang sama berterusan daripada mantan MB yang kedua Dato’ Ahmad Bin Yakob sehinggalah sekarang ni

kita berusaha dan yang terbaru dulu kita buat Dasar Pendidikan Rabbani itu kita laksanakan di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan dan Dato’ MB, Mantan MB dia menyebut bahawa kalau kita laksanakan di sekolah sahaja apabila mereka pulang ke rumah apabila dia balik dan bergaul bersama ibubapa, adik beradik dan kawan-kawan mereka maka ianya akan menggugat peribadi sahsiah anak-anak kita juga. Sebab itu kita buat yang disebut tadi K-RAB Komuniti Rabbani maknanya kita nak usahakan bukan sahaja pelajar-pelajar kita tetapi juga masyarakat kita ibubapa khususnya yang paling bertanggungjawab dalam soal ini dan rakyat keseluruhannya mereka mesti mengambil tanggungjawab mendidik. Wakil Rakyat lebih tinggi tanggungjawabnya laksanakan tanggungjawab kita tak kiralah Wakil Rakyat daripada mana, membangunkan menjayakan Komuniti Rabbani ini adalah tanggungjawab semua tanpa mengambil kira parti politik sebab kita nak mengislahkan rakyat kita.

Dalam hal ini sebagaimana saya katakan tadi, Komuniti Rabbani yang baru kita lancarkan kira-kira 2 tahun yang lalu dan sekarang ni apa yang kita laksanakan kita buat trainning for trainners melatih yang pertama pimpinan-pimpinan masyarakat Penghulu, Imam dan sebagainya kerana merekalah yang akan memimpin masyarakat menunjuk ajar masyarakatnya nanti. Kemudian kita laksanakan di peringkat bawah yang paling bawah sekali kita masuk Bina Ummah itu begitu. Itu perancangan yang kita buat apabila kita kata mesti mengambil tanggungjawab semua, kita semua tahu dan kita semua faham bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dalam soal pendidikan inilah generasi yang paling utama untuk kita berikan penekanan. Tetapi Kerajaan Negeri Kelantan dalam soal penekanan hanya mampu, hanya mempunyai kuasa hanya ada akses kepada 93 buah Sekolah Agama milik Yayasan Islam Kelantan sahaja. Sedangkan dalam Negeri Kelantan kita ini ada 595 buah sekolah-sekolah menengah termasuk sekolah rendah. Yang mana pimpinan kita tidak ada akses daripada 595 buah Sekolah-Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah yang ada 418 adalah Sekolah Menengah pembetulan 418 adalah Sekolah Rendah dan 177 adalah Sekolah Menengah.

Alangkah baiknya kita di Yayasan Islam Kelantan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pusat kerjasama yang terbaik antara keduanya mana yang paling baik antara keduanya kita boleh satukan dan kita boleh laksanakan dalam kedua-dua institusi kenapa kita nak bezakan di bawah Kerajaan

Negeri, itu di bawah Kerajaan Persekutuan sedangkan mereka anak-anak kita semua.

Jadi saya nak menyeru hasil hubungan baik antara Perdana Menteri ke-10 dan Menteri Besar kita hasil daripada kerjasama yang baik government dengan government G2G, Federal dengan state. Maka dalam hal ini saya nak sarankan supaya kalau boleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui EXCO Pendidikan juga bersama Yayasan Islam Kelantan dapat duduk bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk kita laksanakan apa yang terbaik kita pilih antara keduanya dan kita tengok antara Yayasan Islam Kelantan dengan apa yang terbaik ada dalam Jabatan Pendidikan Negeri kita laksanakan untuk ke semua sekolah yang kita ada 93 buah sekolah Agama di bawah Yayasan Islam Kelantan dan 595 buah sekolah di bawah Kementerian ataupun di bawah Jabatan Pendidikan Negeri yang paling baik. Terima kasih Pengkalan Pasir.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Chetok…

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 3.

Soalan 3

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauhmanakah keberkesanan Portal Invest Kelantan didalam menarik pelabur dan memudahkan permohonan pelaburan di Kelantan? ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada YB Chetok.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Portal Invest Kelantan berperanan dalam menyediakan maklumat yang jelas dan terperinci mengenai potensi pelaburan yang boleh diteroka di Negeri Kelantan. Portal Ini membolehkan proses permohonan pelaburan

dilakukan secara dalam talian dan menghantar permohonan tanpa perlu hadir secara ϐizikal.

Pelabur juga boleh mengakses portal pada bila-bila masa dan di mana sahaja menggunakan telefon pintar atau tablet mereka. ini memudahkan mereka untuk menghantar permohonan, mengemukakan dokumen, atau memantau status permohonan tanpa perlu berada di depan komputer.

Jumlah Pelawat Portal Invest Kelantan yang direkodkan sehingga kini Februari 2025 adalah berjumlah 18,383. Terima kasih.

Speaker

Sila, Chetok…

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Pertama terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan tadi. Soalan adakah saya daripada jumlah pelaburan menggunakan portal invest pelaburan Kelantan sebanyak 18,000 lebih tadi berapakah kalau boleh nyatakan di dalam Dewan ini… pelabur asing. Yang keduanya, apakah sektor yang paling dominan yang telah digunakan portal invest Kelantan.

Terima kasih kepada soalan tambahan. Setakat ini proses kita sedang berjalan mengikut check list yang kita ada. Permohonan melalui portal invest Kelantan pada tahun 2024 adalah 19, diluluskan adalah 8, MMK dan lulus sehenti pelaburan adalah 6… dalam proses 2 dan tidak lulus 3. Manakala tahun 2025 adalah 4, lulus MMK 2 dan dalam proses 2 dan terdapat ada 2.. 3 yang international yang hantar kepada kita, terima kasih.

Speaker

Kota Lama…

Hjh Dr Hafidzah bin Hj MustakimAMANAH · PHKota Lama

Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan tambahan saya Titah Diraja kelmarin menunjukkan bahawa Kelantan mempunyai daya tarikan

pelaburan asing yang masih rendah dan kita berada di tangga ke-12 dari sudut pelaburan berbanding negeri-negeri lain. Apakah perancangan Kelantan untuk menjadikan negeri kita ini menjadi pilihan pelabur terutamalah saya sebutkan di sini pelaburan dalam pertanian berskala tinggi ataupun ekonomi biru yang dicadangkan menjadi tumpuan kita pada RMK ke-13. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan, daripada Kota Lama. Memang kita akui bahawasanya pelaburan ini kena mengena dengan dalam perlembagaannya ialah di bawah federalisma. Cuba buka Perlembagaan dan memang kita di Kelantan ini kita menyediakan tapak-tapak contoh yang terbaru di Halal Park 100 ekar, IBS 200 ekar, di Machang dan juga di Tok Bali sedang dibuat infrastrukturnya dan di Pengkalan Chepa kalau kita lihat pelaburan asingnya adalah tertinggi dulu Rohm Wako dan dinamakan Rohm Electronics melibatkan 2,000 lebih pekerja yang terbesar di Malaysia mungkin di south Asia dan mungkin di dunia dan begitu juga syarikat daripada Jerman membuat … Top glove dan lain-lain lagi.

Itu adalah yang pelabur daripada international, tetapi kita masih ingat Kelantan adalah satu-satunya negeri yang tidak ada profer highway di dalam Malaysia ini dan kita tidak ada pelaburan, pelabuhan general cargo… kita hanya ada supply base dan kita tidak ada international airport berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Jadi menjawab persoalan itu terima kasih.

Speaker

Manik Urai.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 4.

Soalan 4:

[ Minta YAB Ustaz Dato Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perkembangan terkini pembinaan Sistem Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kg Manek Urai Dan Laloh, Kuala Krai? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih kepada Yang Berhormat Manik Urai.

Kerja-kerja menaiktaraf LRA Manek Urai serta Sistem Agihan, Kuala Krai daripada 6.7 JLH kepada 20 JLH telah pun diluluskan dibawah peruntukan KKDW. Status semasa pemilikan tanah telah selesai dan sekarang dalam pelantikkan perunding dan seterusnya mengikut spek KKDW. Jadi projek ini di jangka bermula 2027 dan dijangka siap menjelang tahun 2029. Apapun projek ini telah pun diluluskan di bawah peruntukkan KKDW, terima kasih.

Speaker

Sila Manik Urai.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah berusaha untuk menjayakan untuk naiktaraf tangki air di Manek Urai Lama untuk mempastikan rakyat kita tidak lagi menerima masalah kekurangan air. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, apakah langkah-langkah Kerajaan yang akan diambil nak untuk mempastikan sebelum siap projek kita ni untuk kita pastikan penduduk di Manek Urai sentiasa cukup bekalan air di Manek Urai. Terima kasih Dato’ Speaker.

Terima kasih Manek Urai..kawasan yang bermasalah di Manek Urai ialah di MA Laloh, yang kedua di MA Manek Urai. Dua-dua ni masalah air tidak cukup 6.7 liter sehari. Jadi yang dibuat oleh AKSB yang pertama ialah menghantar lori tanker dan juga kita mohon rakyat setempat supaya meletakkan tangki hok pat tanah-tanah hok rendah tu supaya pada malam hari air akan naik dan disedut ditingkat atas. Dan langkah-langkah yang telah dibuat juga adalah sambungan paip interconnec 180 meter dan sebagainya. Maknanya kita ada buat sambungan paip, baiki paip, menyediakan tangki statik dan sebagainya. Maknanya dan satu lagi

memohon supaya kalau tak ada air gak telefon lah Insha Allah lori tangker akan hantar.

Speaker

Sila Galas...

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas jawapan EXCO sebentar tadi soalan tambahan saya berkenaan pam-pam LRA selain daripada NRW selain daripada paip lama, selain daripada isu tangki takungan dan sebagainya. Pam-pam di LRA adakah pihak Yang Berhormat pasti atau ada makluman pam-pam perlu diganti. Saya ambil contoh ketika perayaan baru-baru ini di Gua Musang apabila berlaku di LRA Limau Kasturi kerosakan pam yang duty dan stanby menyebabkan 3 hari air..masalah gangguan bekalan air di kawasan sekitar dan memuncaknya apabila di hari raya pertama di kawasan Renok tidak ada air. Jadi dalam pengetahuan Yang Berhormat adakah perkara ini diambil perhatian atau sebaliknya. Terima kasih.

Terima kasih Galas secara ringkasnya bahawa semua ni diambil makluman oleh AKSB. Kadang-kadang rosak ni bukan rosak paip kadang elektrik jah, elektrik tak dok tak jalan jugak nih. Jadi antara-antara yang berlaku kepada loji-loji kita ni masalah elektrik dan hok lain tu dalam kita jaga dia ataupun orang panggil apa... dalam skala dalam pemantauan dan sebagainya. Setakat ini semua tu masih dalam keadaan baik, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Melor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 5.

Terima kasih.

Soalan 5 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membantu menyediakan talian penghantaran (highway) Fiber Optik sebagai tulang belakang kepada penyediaan rangkaian 5G kerana sebahagian besar Menara-menara sedia ada tidak dapat menyokong keperluan rangkaian 5G?]

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Melor atas soalan yang diberikan. Fiber optik merupakan teknologi yang digunakan dalam sistem telekomunikasi seperti internet dan telefon untuk menghantar data dengan kapasiti yang tinggi dan pantas. Bagi menggalakkan projek Pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan beberapa insentif bagi memastikan peningkatan kebolehcapaian jaringan kepada rakyat Kelantan seperti pengurangan sebanyak 50% daripada 10 permeter kepada RM5 permeter bagi bayaran ϐi hak akses di bawah Enakmen Hak Akses Dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan 2022 bagi projek Pembangunan infrastruktur telekomunikasi oleh Kerajaan Persekutuan.

Majlis Mesyuarat Kerajaan kali ketiga 2023 juga telah membuat keputusan bersetuju memberi insentif kepada projek SKMM bayaran pajakan secara berfasa di bawah Enakmen Hak Akses Dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan 2022 di mana fasa pembayaran pajakan lesen tanah yang pertamanya fasa pertama tanah yang pertamanya tahun pertama hingga tahun ketiga kadar bayaran Nominal RM0.10 permeter sebulan bagi tujuan dikurang kepada 0.05 permeter separuh daripada RM0.10 kepada RM0.05 sen permeter. Fasa kedua, tahun keempat hingga tahun keenam 50% juga diberi daripada kadar bayaran pajakan

ataupun lesen pemilikan tanah RM0.50 permeter sebulan bagi pajakan dikurangkan kepada RM0.25 permeter sebulan. Dan fasa ketiga tahun ketujuh hingga tamat tempoh pajakan ataupun lesen pemilikan tanah bayaran penuh sebagaimana yang ditetapkan di bawah jadual dua kaedah-kaedah Hak Akses iaitu RM1.00 permeter seringgit.

Selain itu, Kerajaan negeri juga telah mempertimbangkan kemudahan kebenaran kemasukan awal (dengan tertakluk kepada bayaran deposit 50%) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan khusus bagi projek berkaitan Kerajaan di bawah seliaan BKI-GIS. Sehingga 31 Januari 2025, sebanyak 232 tapak pemancar 5G telah dibangunkan di Negeri Kelantan memberikan liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negeri adalah 82.4% dengan kadar ϐiberisasi bagi tapak bersepadu pada kadar 72.7%.

Speaker

Sila Yang Berhormat Melor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membangunkan pelan induk ϐiberisasi Kelantan sebagai dokumen rujukan komprehensif bagi perancangan telekomunikasi negeri. Terima kasih.

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Melor. Yer, Kerajaan Negeri telah menyediakan satu pelan kesalinanhubungan gentian optik Kelantan Organization Connectivity Plan bagi memastikan usaha liputan komunikasi dan internet berkelajuan tinggi dapat diperluaskan ke kawasan-

kawasan perindustrian dan juga komersial serta pusat penyelidikan ke sekolah dan juga IPT.

Speaker

Sila, Gual Ipoh..

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya apakah strategi ataupun perancangan daripada pihak Kerajaan bagi mempastikan capaian dan kebolehan kelajuan internet 5G ini juga boleh dinikmati di kawasan pendalaman seperti Jeli, Gua Musang, Kuala Krai termasuklah Gual Ipoh.

Terima kasih.

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Terima kasih Gual Ipoh di atas soalam tambahan. Sebagaimana yang disebutkan tadi setakat 31 Januari 2025 sebanyak 235 tapak pemancar telekominasi telah dimajukan di Negeri Kelantan dan liputan 5G di kawasan penduduk sebanyak 67%. Liputan 5G ini di kawasan berpenduduk di seluruh negara adalah 82.4 dengan kadar ϐiberisasi pada tapak bersepadu pada kadar 72.4% bagi memastikan penduduk dapat menikmati liputan 5G dengan baik dari masa ke semasa pihak MCMC penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan sentiasa berbincang merancang dan melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan seperti menambah lokasi baru, menara telekomunikasi menaiktaraf atau menambah kapasiti rangkaian menjalankan ujian pemeriksaan secara berkala dan rangkaian yang ada dan dalam mesyuarat EXCO yang lepas Kerajaan bersetuju meluluskan 7 lagi menara pemancar di adakan di sekitar Gua Musang.

Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pantai Irama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 6.

Soalan 6 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah yang sedang diambil untuk memperkukuh sektor pertanian negeri, termasuk bantuan kepada petani dan nelayan, serta perancangan untuk memperkasa agro-pelancongan? ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pantai Irama. Dalam usaha memperkukuh sektor pertanian Kerajaan Negeri Kelantan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh sektor ini dengan memberikan pelbagai sokongan kepada petani dan nelayan serta memperkasa agro pelancongan.

Dibawah Portfolio Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri telah menetapkan beberapa projek Mercu Tanda (Flagship) bagi memperkukuh sektor pertanian negeri antaranya;

1. Gerakan Pertanian Al-Falah- strategi membangunkan usahawan tani melalui pusat-pusat khidmat DUN dan juga Jabatan serta Agensi dengan sasaran melahirkan 1,000 usahawan tani di seluruh Kelantan yang menghayati nilai keusahawan Islam dan modul bertani satu ibadah.

2. Kelantan Bioart Centre, Jeram Pasu – pusat penyelidikan dan pembangunan biak baka berkualiti ternakan ruminan menggunakan tekonogi bio terutamanya pembiakbakaan lembu NAEM BEEF di bawah selian Kelantan Bio tech Coperation.

3. Kelantan Organic Research Centre, Labok – pusat penyelidikan dan pembangunan produk serta rujukan bidang pertanian organik serta pengeluaran baja-baja organik juga di bawah selian Kelantan Biotech Coperation.

4. Rong Chenok Agro Valley, Pasir Mas- projek pertanian dan juga penternakan serta agro pelancongan berskala besar di bawah selian Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan serta Jabatan Pertanian.

5. Kilang Padi Darul Naim, Meranti – pembangunan kilang memproses padi beras di Meranti dengan kerjasama Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dengan kerjasama PKB dan syarikat Pelabur.

6. Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Lojing (CPPC Lojing) – yang sekarang dalam proses pengecaman tapak seluas 10 ekar di Lojing. Kerajaan Negeri memperuntukkan seberapa banyak RM6.79 juta untuk sektor pertanian negeri ini pada tahun ini. Langkah ini merupakan usaha menrealisasikan Kelantan Makanan Jelapang Negara dan meningkatkan jualan produk pertanian Negeri. Pada tahun 2024 Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3,660,000 kepada Jabatan Pertanian Negeri melibatkan 10 program dengan 321 projek pembangunan yang memanfaatkan seramai 415 orang petani.

Sebagai rekod jumlah pengeluaran hasil pertanian yang dicapai pada tahun 2024 adalah sebanyak 550,258.66 matrik tan dengan nilai pengeluaran RM 1,120,270.00. Selain itu Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak Kementerian Pertanian dengan keterjaminan makanan, KPKM telah menjayakan projek kerjasama negeri dan KPKM bagi tahun 2024 menyaksikan negeri Kelantan berjaya melaksanakan 11 projek di bawah program tersebut. Meliputi projek penternakan ayam, pengairan akuakultur di Rong Chenok, projek tanaman dan pembangunan tanah terbiar di beberapa jajahan melibatkan nilai projek melebihi RM 8 juta.

Pada tahun 2025 Kerajaan Negeri terus memberikan komitmen dalam projek kerjasama ini dengan fasa pertama tahun 2025 Kelantan telah mendapat kelulusan bagi 4 projek dengan nilai hampir RM 5 juta. Kerajaan Negeri juga melalui Perbadanan Pertanian Negeri Kelantan PKPNK sedang giat membangun kawasan Rong Chenok yang dinamakan Rong Chenok Agro Valley Pasir Mas. Kawasan yang berkeluasan hampir 300 ekar ini mempunyai pelbagai aktiviti pertanian dan penternakan seperti ternakan lembu hybrid baka charolais lembu Kelantan Kedah KK, penternakan ayam, rusa, pusat pembangunan hydroponic dan fertigasi di mana ada sebanyak 60,000 pot hydroponic dan 2,000 polybeg fertigasi sedang dibangunkan di sana juga pusat pembenihan ikan air tawar, Talipia dan Keli.

Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan pelbagai bentuk bantuan bagi menyokong para petani dan nelayan di negeri ini. Antaranya bantuan tunai kepada pesawah yang terjejas banjir daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM18,982,212.00 bantuan tabung bencana pertanian untuk penternak akuakultur 2023, 2024 sebanyak RM593,930.00 diagihkan kepada 61 penternak yang terjejas ekoran bencana banjir.

Program pembangunan penternak Al-Falah melibatkan bajet Kerajaan Negeri bagi pembangunan fertigasi sayuran, penternakan lembu hybrid, kambing, lebah kelulut dan pertanian berjumlah RM1,350,000.00 bagi tujuan tersebut.

Seterusnya Kursus Usahawan Dan Tani 2025 dan juga daripada Kerajaan Persekutuan elaun sara hidup dan subsidi diesel kepada nelayan dari segi perancangan memperkasakan agro pelancongan negeri Kerajaan Negeri sedang giat memperkenal serta mempromosi dan meningkatkan fasiliti serta kemudahan di kawasan-kawasan pertanian yang sesuai bagi agro pertanian seperti di Jeram Mengaji, Danau To’ Uban, Rong Chenok dan lain-lain. Kerajaan juga mengalukan penglibatan sektor swasta dalam mewujudkan kawasan agro pelancongan baru atau mempromosi kawasan agro pelancongan sedia ada. Di bawah bidang kuasa Pertanian Negeri kita telah mengangkat lebih 30 projek kerjasama Negeri dengan KPKN untuk tahun ini yang baru 4 projek diluluskan yang kita mengharapkan persoalan tentang pertanian berskala besar tersebut akan dapat dibantu bersama di bawah projek kerjasama Negeri dan Persekutuan ini. Sekian terima kasih.

Speaker

YB Pantai Irama..

Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih dan juga terima kasih pihak Kerajaan dalam menjelaskan sepertimana soalan yang telah saya kemukakan dan juga terima kasih usaha kita lihat usaha pihak Kerajaan dalam memperkukuhkan sektor pertanian. Dalam soalan asal saya juga berkaitan dengan perancangan untuk memperkasakan agro pelancongan yang mana mempergiatkan industri pertanian seperti ladang kelapa, ladang buah, …ladang kelapa dijadikan tuak, ladang durian, ladang buah-buahan harum manis dan diaktiϐkan sebagai lokasi pelancongan dengan kita menyediakan homestay dengan bajet yang murah dan juga yang berpatutan. Soalannya juga apakah insentif khusus yang ditawarkan kepada koperasi petani dan pelabur yang ingin membangunkan komponen pelancongan yang berasaskan kampung tradisional atau dusun integrasi dan yang kedua jugak soalan dalam menyalurkan bantuan khusunya kepada nelayan yang kita tahu bahawasanya kawasan pantai irama DUN Pantai Irama Bachok sendiri sebahagian besar pantai di Kelantan ni 32 kilometer melibatkan kawasan bachok dan 70% nya kawasan Pantai Irama tentu sekali melibatkan nelayan-nelayan. Maksudnya adakah Kerajaan membuat kajian mempastikan bantuan kepada mereka tentunya berbeza jumlahnya berbanding dengan DUN-DUN lain yang tidak melibatkan pantai dan sebagainya.

Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Pantai Irama. Berkaitan dengan insentif yang disediakan oleh pihak Kerajaan bagi membangunkan agro pelancongan. Sebenarnya kita bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan-jabatan yang ada bajet di untuk agro pelancongan yang sebenarnya bajet ini diberikan kepada mana-mana pihak yang menguruskan projek agro pelancongan ini yang telah memberikan pulangan hasil kepada pengusaha tidak kurang RM50,000 setahun tak besarlah. Jadi bajet yang kita berikan untuk lengkapkan faseliti mereka sehingga RM200,000. Dia kena buat dulu biar ada chalet, ada pengunjung sudah mari dan ada pendapatan ada

pengunjung. Antara yang diberi kepada pengusaha tersebut ialah pembinaan dan pembaikian laluan jalan masuk, pembinaan dan naiktaraf surau, tandas awam, pusat informasi pengunjung, lanskap, kemudahan penginapan pengunjung termasuk nak baiki atau bina kolam rekreasi dalam bajet RM100,000-RM200,000 tersebut.

Pembinaan naiktaraf longkang, papan tanda, arca bersesuaian dan sebagainya. Jadi sebagai rekodnya kita adalah beberapa pusat yang telah mendapat bajet ini seperti Min House Camp, Kubang Kerian, Atuk Side Camp Gua Musang, ni yang baru lulus April 2025 Min House Camp tu yang dah lulus tahun lepas lagi sebelum ini dan dalam permohonan beberapa pusat rekreasi yang Agro Pelancongan ini kita sedang menilai untuk bantuan Kerajaan Negeri jugak dengan pembangunan-pembangunan fasiliti yang sesuai termasuk pemasangan lampu-lampu solar dan sebagainya.

Seterusnya berkaitan dengan bantuan kepada pihak nelayan terutamanya nelayan daripada Bachoklah, Pantai Irama ini kita sentiasa berusaha dengan bajet yang sedia ada membantu mengikut keperluan sekiranya ada permohonan daripada Persatuan Nelayan daripada Pusat Khidmat DUN itu sendiri memerlukan bantuan-bantuan seperti pembaikian motorboat engine dan sebagainya Insha Allah kita sentiasa meraikan mengikut bajet yang ada dengan kita dan kita panjangkan juga kepada pihak Kementerian terbabit untuk memastikan para nelayan mendapat kebajikan dan hak mereka, sekian terima kasih.

Speaker

Ok, Galas…

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada jawapan EXCO Pertanian sebentar tadi dan saya dengar Yang Berhormat EXCO ada sebut pusat-pusat khidmat DUN pun boleh memohon jadi kita harap DUN Galas, DUN Nenggiri dan DUN Kota Lama pun diberikan ruang yang sedemikian. Soalan tambahan saya Yang Berhormat adakah Kerajaan Negeri mempunyai agensi atau Unit Khas yang menguruskan eksport produk pertanian dan penternakan Kelantan dan adakah Kerajaan Negeri menawarkan insentif cukai atau pengecualian tertentu kepada pengusaha agro yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa

serta pendekatan Kerajaan Negeri apakah pendekatan Kerajaan Negeri dalam memberikan rangkaian peredaran produk tempatan melalui e-dagang global seperti Ali Baba, Amazon ataupun Shoopee dan sebagainya. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Galas. Berkenaan dengan bajet pertanian negeri ini permohonanlah sekiranya ada permohonan mana-mana Pusat Khidmat DUN Insya Allah kita akan nilai dan tengok untuk diberikan hak kepada mereka yang memohon. Berkaitan dengan agensi ataupun jabatan yang meneruskan produk-produk pertanian untuk eksport ke luar negara kita bekerjasama dengan FAMA sebenarnya jadi produk-produk yang ada bersama dengan pengusaha ataupun syarikat-syarikat kecil ini mereka akan bekejasama dengan FAMA untuk pasaran eksport bersama dengan EXCO Pelaburan kita yang menguruskan E-Dagang semua tu di bawah mereka Insha Allah mana-mana produk yang boleh menembusi pasaran antarabangsa kita akan menguruskan bersama supaya produk-produk tempatan kita ini akan lebih meluas pasaran mereka dan memajukan produk-produk tempatan dan ekonomi para pengusaha. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ok, dipersilakan Yang Berhormat Chempaka.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon jawapan bagi soalan saya nombor 7.

Soalan 7:

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, mengapakah kedai-kedai Nanostick dan Vape masih banyak beroperasi dengan terang-terangan, lengkap dengan iklan dan papan tanda yang jelas di dalam kawasan kawalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Apakah langkah yang diambil untuk menangani isu ini?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Dato’ Speaker, dan terima kasih kepada Chempaka. Soalan nombor 7 saya pohonuntuk menjawab soalan Chempaka bersekali dengan Limbongan soalan nombor 18 pada hari ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Chempaka isu mengenai vape nanostick yang masih berada di Negeri Kelantan untuk makluman Chempaka dan juga Limbongan Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan tidak pernah mengeluarkan ataupun meluluskan lesen jualan dan juga lesen nanostick dan juga vape. Dan pihak Kelantan bersama dengan Johor antara negeri yang masih lagi istiqamah tidak membenarkan ataupun meluluskan lesen vape operasi vape di 2 negeri inilah. Dan semalam ada statement daripada Dato’ Seri Timbalan IGP yang menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan supaya menilai untuk memberi lesen vape kepada peniaga kerana vape menjadi satu ancaman besar yang mana dijadikan satu jalan untuk menghisap bahan terlarang sentetik. Jadi saya ucap tahniah kepada mana Kerajaan Negeri Mesyuarat EXCO Tahun 2015 10 tahun dah kita tak pernah mengeluarkan sebarang lesen vape ataupun nanostick.

Dan kenapa ada lagi premis yang menjual vape? Kerana dijual secara haram dan soalan Chempaka apakah langkah Kerajaan Negeri….. kerana kedai itu haram kita mengadakan operasi berkala. Dan dipihak PBT kita meletakkan KPI kepada pihak Penguatkuasaan untuk melakukan pelbagai operasi. Operasi lembu, operasi kebersihan, operasi iklan dan operasi vape antara operasi berkala yang kita adakan dan untuk makluman saya bacakan di sini laporan operasi vape bagi tahun 2024 iaitu sebanyak 40 kali MPKB sahaja dan sitaan sebanyak 67 premis dan ada yang berulang. Itu pada tahun 2024 dan pada tahun ini 2025 untuk Januari ada 4 kali operasi, pada Februari ada 3 kali operasi, pada Mac ada 3 kali operasi jumlah operasi 10 kali operasi dan jumlah premis yang disita 16. Tapi disita ni dia akan buka balik kerana vape ni modal dia kecil saja dapat tapi duit untung yang banyak.

Dan untuk operasi kita di pihak PBT ni ada kuasa premis sahaja dan unutk rampasan dia panggil peranti dipanggil device bawah SIRIM, ada

beberapa jabatan yang lebih bertanggungjawab atas vape lah. Kita bawah premis sahaja di antara jabatan kita adakah operasi bersama antaranya Jabatan Kastam sahaja yang mengawasi import eksport produk vape serta penguatkuasaan terhadap barang seludup yang tidak bercukai. Jumpa barang seludup dia pun rampas. Kita premis sahaja…saya bagi pemahaman disinilah. PDRM terlibat dalam penguatkuasaan bersepadu jika ada unsur jenayah seperti penjualan pada bawah umur atau bahan terlarang dadah... dia rampas. AADK terlibat dalam kes vape yang disyaki dicampur dengan bahan terlarang dengan dadah atau sekarang ni panggil mushroom. Itu masalah SIRIM Berhad SIRIM sekiranya berlaku peranti elektronik, nanostick atau vape tidak selamat dari segi bateri dia ataupun alat pemanas dan Kementerian Dalam Negeri Kos Sara Hidup KPDN dalam pemantauan dalam vape tanpa kawalan harga … label… labelling bukan produk ni tapi produk lain.

Masalah kita hadapi sekarang ni kandungan nirkotin dalam vape. Sebelum ni bahagian penguatkuasa farmasi dia ada satu kuasa untuk kandungan nirkotin dalam vape. Setelah nirkotin ditarik balik daripada jadual beracun bawah Akta Racun 52 tiada lagi Agensi Kerajaan yang ada bidang kuasa untuk membuat pemantauan kandungan narkotin di dalam vape. Kalau sebelum ni dibenarkan di bawah 20 ml sahaja di dalam satu dia panggil satu pop ataupun catridge dan sekarang ni tergantung sape-sape boleh jual vape, sapa-sapa boleh hisap vape di mana-mana hinggalah Oktober tahun ini akan dikuatkuasakan Akta 852 Akta Kawalan Merokok dan Kesihatan Awam 2024. Jadi kita mohon kepada semua berilah kesedaran kepada generasi kita, anak-anak pelajar sekolah supaya tidak terlibat di dalam vape di Kelantan khususnya dan Malaysia amnya, terima kasih.

Speaker

Sila, Chempaka.

Terima kasih Dato’ Speaker dan Kerajaan juga saya mengucapkan terima kasih juga kepada jawapan yang telah diberikan panjang lebar sebentar tadi yang menunjukkan kekangan-kekangan kita untuk mengatasi masalah tersebut. Dan daripada jawapan yang telah diberikan tadi juga ada disebutkan bahawa antara langkah yang diambil oleh mengadakan operasi bersepadu yang melibatkan agensi-agensi Persekutuan seperti

Kastam, PDRM, Farmasi dan sebagainya. Cuma soalan saya yang saya dapat tahulah sejauh mana sebenarnya keberkesanan operasi bersepadu yang dibuat tersebut bersama PDRM dan sebagainya daripada agensi-agensi Persekutuan tersebut memandangkan polisi persekutuannya untuk vape, nanostick dan sebagainya tak po. Hanya kita di Negeri Kelantan tidak membenarkan jadi setakat mana ada kesungguhan untuk mengatasi masalah tersebut, satu. Yang keduanya, berdasarkan jawapan yang diberikan tu kekangan untuk menyelamatkan anak-anak bangsa generasi kita adakah kita ni bersedia untuk membuat satu representasi kepada pihak Persekutuan untuk sebenarnya buat supo kita, tiru supo kita untuk mengharamkan nano vape dan mushroom dan sebagainya, sekian terima kasih.

Terima kasih Chempaka atas soalan tambahan. Yer...berbalik kepada political vail keinginanan kitalah sama ada kita ingin terus menghapuskan rokok bukan hanya daripada vape, rokok tradisional termasuklah rokok-rokok elektronik. Sebelum daripada ni telah dibuat satu dasar dan keputusan iaitu di bawah GAG Generational End Game telah meletakkan satu timeline untuk pengharaman terus rokok kepada generasi yang berumur 18 tahun ke bawah. Namun telah dibuat revisin dan tarik balik dan dibenarkan penjualan vape menyebabkan nirkotin ditarikbalik daripada ….3 jadual C Akta Racun 52 menyebabkan tergantung. Begitulah saya bagitahu tadi pada Oktober tahun ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya Akta 852 dalam tempoh ini minta Kerajaan Persekutuan dalam peringkat advokasi memberikan kesedaran kempen-kempen kepada para pelajar, kepada para guru-guru sekolah-sekolah dan masyarakat komuniti untuk sama-sama kempen tidak lagi dibenarkan jualan vape merata-rata dan di mana di pihak kita telah melaksanakan IKBAR Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok pada tahun 2013 lagi dah lama usaha kita dan kita antara negeri diiktiraf di peringkat ASEAN PACIFIC bersama negeri lain yang berusaha lebih awal untuk menghapuskan rokok terutama sekali kepada generasi di bawah 18 tahun, itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

Speaker

Ok, Jelawat.

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan saya adakah Kerajaan bercadang menggubal by law ataupun undang-undang kecil di peringkat PBT untuk menyekat budaya penjualan vape di peringkat PBT ini? Itu sahaja terima kasih.

Terima kasih Jelawat atas soalan tambahan. Sebagaimana kita tahu kita ada punca-punca kuasa di pihak-pihak Berkuasa Tempatan berkaitan lesen dan kita daripada dulu tak keluarkan lesen untuk jualan vape dan kita di bawah syarat lesen ganti penjualan vape dan kita hanya ada 2 sahaja tindakan kita boleh buat sama ada kita kompaun yang pertama dan yang kedua kita tarik balik lesen. Dan masalah yang berlaku tiada betul-betul kedai vape premis vape yang ada hanya sambil-sambilan. Dia jual prepaid belakang tu ada jual vape belakang tu duduk dalam botol kadang dia kaa parfume. Dia jual handset belakang tu ada vape. Dia ada hipster café taip ada vape bukan hanya betul-betul jual vape tapi hanya sampingan sahaja dan kalau kita ambil tindakan untuk tutup terus akan ada isulah. Dia ni meniaga sampingan sahaja vape dan kita akan membuat pemantauan berterusan dan ada lagi signboard-signboard lama yang tidak diturunkan. Insha Allah akan arahkan kepada PBT untuk turunkan signboard-signboard yang lama setelah kdai tu tutup tapi signboard kena wak turun kena skylift kos kepada kitalah. Kita setakat ni hanya kenakan syarat lesen sahaja dan belum lagi ada perbincangan untuk mengadakan undang-undang kecil khusus untuk vape kerana di pihak Persekutuan dah ada satu keputusan untuk membenarkan vape, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 8.

Soalan 8 :

[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah pendekatan kerajaan negeri dalam meneruskan hubungan federalisme melibatkan Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri dengan agensi penerangan dan penyiaran persekutuan? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Kuala Balah, Yang Berhormat Dato’ Speaker, hubungan federalism melibatkan Urusetia Kerajaan Negeri dengan agensi Penerangan dan Penyiaran Persekutuan ini sangat baik. Saya sendiri mewakili Kerajaan Negeri membuat kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi Yang Berhormat Dato’ Fahmi Fadzil di pejabat beliau di Putrajaya pada 5 Ogos 2024 yang lalu dan apa kita telah berbincang peringkat Kerajaan Negeri mengangkat kertas permohonan Jalinan Mahabbah penerangan Kerajaan Negeri dengan Persekutuan. Dan antara perkara yang dibincangkan adalah untuk mewujudkan jaringan Mahabbah dan professional penerangan melalui hubungan 2 hala agensi Persekutuan dengan Negeri. Dan yang keduanya untuk mewujudkan senegi perkongsian kepakaran bersama bengkel melalui mesyuarat penganjuran program bersama dalam aktiviti-aktiviti sosial melibatkan kedua-dua pihak dan kita juga memohon agar diberi ruang-ruang media atau liputan media radio serta televisyen kepada pimpinan Kerajaan Negeri terutamanya yang melibatkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan untuk bersiaran secara langsung ataupun rakaman diplatfoam penerangan Persekutuan dan Alhamdulillah dengan hubungan yang baik ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri telah bersiaran di Radio Kelantan bersempena Hari Kemerdekaan yang lalu dan juga Insha Allah akan diteruskan pada program-program yang lain.

Antara program tahunan UPKN, Malam Mahabbah Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama rakan-rakan Media yang diadakan pada setiap awal tahun. Dan untuk makluman pada 12 Februari 2025 yang lalu kita telah mengadakan Jalinan Mahabbah rakan-rakan media bersama dengan pimpinan Kerajaan Negeri di H-Elite Hotel yang melibatkan seramai 72

orang petugas media termasuklah yang datang daripada luar Kelantan seperti Pengarang Sinar Harian daripada Shah Alam, Eksekutif Pemasaran Media Prima dan Ketua Bahagian Berita IKIM FM serta Pengurus Besar Manis FM.

Dan melalui hubungan Jalinan Mahabbah ini Insha Allah kita akan jalinkan hubungan yang berterusan dengan rakan-rakan media nelalui UPKN bersetuju, kita telah pun bersetuju untuk menganjurkan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) HAWANA ni disambut pada setiap 29 Mei oleh rakan-rakan media kita dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk bekerjasama dengan Kelab Media Kelantan Darulnaim ataupun KEMUDI kita akan adakan HAWANA ni secara besar-besaran pada Mei nanti Insha Allah.

Dan Insha Allah dengan hubungan professional yang kita adakan ini diteruskan daripada semasa ke semasa untuk melibatkan program antara kedua-dua pihak supaya kita terus komited untuk menjalinkan hubungan yang baik ini daripada semasa ke semasa untuk menjayakan program agenda Kerajaan Negeri bersama dengan Persekutuan, terima kasih.

Speaker

Kuala Balah..

Terima kasih Yang Berhormat EXCO dan tahniah kepada Kerajaan kerana selalu berusaha untuk merapatkan hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi 2 program iaitu program Mahabbah dan program Malam Wartawan Nasional yang mustahak itu pastikan saluran perdana tetapi juga ialah media baru. Soalan saya setakat mana kedua-dua saluran itu saluran perdana dan juga media baru itu termasuk OTT dapat merapatkan hubungan penerangan dan juga komunikasi antara pimpinan-pimpinan Kerajaan Negeri dan juga pihak media, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, hubungan yang kita adakan itu sehingga kini Alhamdulillah teramat baik dan liputan-liputan program-program Kerajaan Negeri juga disiarkan secara baik termasuklah peringkat UPKN sendiri kita ada saluran sebaran digital

digunakan sama ada melalui Facebook, Tiktok, Instagram, Telegram, Tweter aps, Youtube dan lain-lain yang mempunyai capaian ataupun reachnya yang juga tinggi serta pengikut dan follower yang baik ataupun facebook. Kita mendapat capaian di antara Januari – Mac 2025 yang lalu di antara 444,253 reachnya dan Alhamdulillah telah juga diambil liputan ataupun capaian program-program ini dibantu oleh rakan-rakan media kita yang lain untuk membuat sebaran kepada pihak netizen kita ataupun rakyat kebanyakkannyalah.

Jadi Kerajaan Negeri juga telah dalam merangka untuk mewujudkan satu gerak kerja portal info rakyat untuk mempermudahkan hal ehwal yang berkaitan rakyat. Jadi portal info rakyat ini dia lebih kepada untuk kita menyalurkan apa-apa sahaja program-program ataupun apa sahaja borang-borang permohonan insentif dan skim-skim yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat agar ia mudah boleh dimuat turun secara digital tidak perlu pergi ke pejabat dan lain-lain dan hal ini Insha Allah dalam proses dan kita jangkakan sekiranya ke semua persediaan-persediaan portal ini akan siap dan jangka akan beroperasi se awal Jun 2025 nanti. Dan Alhamdulillah hubungan sebaran-sebaran dan pemberitaan daripada sama ada media peringkat Nasional juga baik setakat ini dan kita bermula Mahabbah malam Mahabbah yang lalu rakan-rakan media daripada HQ juga yang datang ke negeri Kelantan untuk sama-sama menjayakan malam mahabbah dan mereka akan bersenegi dengan kita pada Mei nanti di Kuala Lumpur untuk sama-sama untuk membawa agenda kebajikan, kesejahteraan, PMBI yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ke persada Nasional, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Behormat saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan dan persidangan akan disambung semula pada jam 11.00 pagi. Terima kasih.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.30 PAGI DAN AKAN BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI

(Urusan Dewan selepas rehat)

Speaker

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI

Timbalan Speaker

Persidangan Dewan disambung semula.

Cadangan-Cadangan Yang Diberitahu

Setiausaha

Sususan Urusan Persidangan Yang Kelima, Cadangan-cadangan Yang Diberitahu. [ Cadangan Yang Pertama ] Cadangan Yang Pertama, Yang Berhormat Dato’ Hj Abdul Rahman Bin Yunus akan mencadangkan.

Timbalan Speaker

Silakan, Yang Berhormat Pasir Tumboh.

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan :-BAHAWA DEWAN INI MEMBUAT KETETAPAN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN JUNJUNG KASIH DI ATAS TITAH UCAPAN DIRAJA YANG TELAH DITITAHKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V KEPADA DEWAN INI PADA HARI ISNIN 22 SYAWAL 1446 H BERSAMAAN DENGAN 21HB APRIL 2025 MASIHI. ِ ر ﻮ ﻔ ﻐ ْ ﻟ ٱ ﻳﺰ ﺰ ِ ﻌ ْ ﻟ ٱ ﻮ ﻫ ﻼ ﻤ ﻋ ﻦ ﺴ ﺣ أَ ﻢ ﻳﱡﻜ ُ أَ ﻢ ﻛ ﻮ ُ ﻠ ﺒ ﻴ ﻟ ﻮ ﻴ ﳊ ﻮ ﻤ ْ ﻟ ٱ ﻖ َ ﻠ ﺧ ِى ﻟﱠﺬ ُ َ ً ُ ٰةَ ُٱ ُ َ َ ُ وَ َ َ ُ َ ْ ْ ْ َ ـْ ـَ ـَ َْ وَٱ ْتَ َ َ َ

“Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kerana siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan dialah lagi maha perkasa dan lagi maha pengampun”.

Surah Al-Mulk ayat 2

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk memulakan ucapan Perbahasan Titah sempena persidangan pada hari ini.

Titah Tuanku jelas memberi panduan dan peringatan kepada kita semua mengenai tanggungjawab besar dalam memelihari kesejahteraan rakyat dan memperkukuhkan tadbir urus dan membangunkan negeri berpaksikan syariat dan juga nilai insan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dan Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa dan Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan yang baru serta penghargaan tulus kepada Mantan Kerajaan Negeri Dato’ Kaya Setia atas segala jasa dan khidmat bakti. Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan tulang belakang pelaksanaan dasar Kerajaan hubungan yang erat, strategi dan saling menghormati antara pemimpin politik dan penjawat awam menjadi asas kepada kestabilan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Alhamdulillah Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan dasar Membangun Bersama Islam telah memimpin rakyat negeri ini ke arah Islam yang komprehensif, syumul dan diterima oleh semua lapisan masyarakat di Negeri Kelantan. Dasar ini bermula daripada tahun 21 Oktober 1990 oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia memperkenalkan ini Dasar Membangun Bersama Islam. Bermula pada hari itulah perubahan kepada era politik Kelantan ini kemudian diteruskan pula oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan yakni memperkukuhkan dan menambah satu laginya ialah Merakyatkan Membangun Bersama Islam mengambil daripada Membangun Bersama Islam kemudian bagaimana untuk rakyat mengetahui apakah peranan apakah ia Dasar Membangun Bersama Islam Kelantan ini. Maka Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan memasukkan yakni Merakyatkan Membangun Bersama Islam. Dan diteruskan pula oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang. Dato’

Panglima Perang meneruskan pula Dasar Membangun Bersama Islam dan ditambah selain Membangun Bersama Islam kemudian ditambah satu lagi Penghayatan. Kalau tadi untuk Merakyat tapi sekarang ni bagaimanakah untuk menghayati Membangun Bersama Islam ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Selain daripada penerusan ini kalau kita tengok dan saya mintalah kepada UPEN terutamanya supaya membukukan bermula daripada tahun 1990… UPEN ke sapa ker, apakah perubahan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan. Sekarang ni boleh jadi berterabur kita tidak tahu dasar-dasar ini hanya kita tahu dok besar-besar saja dan perubahan ni sudah tentulah sudah menjadi 3 Menteri Besar saya rasa lebih daripada 100 perubahan yang telah pun dilaksanakan. Tapi oleh kerana kita tidak bukukan menjadi satu buku maka kita tidak mengetahui sepenuhnya. Selain daripada itu juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri pada hari ini…

Timbalan Speaker

Kuala Balah ada apa?

Minta sedikit penjelasan Yang Berhormat Pasir Tumboh..

Timbalan Speaker

Silakan kalau Pasir Tumboh bagi laluan….

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Boleh dah…

Timbalan Speaker

Soalannya?

Tadi Yang Berhormat kata mengenai Dasar Membangun Bersama Islam dan perubahan-perubahan yang berlaku. Kalau boleh sedikit.. pertamanya ialah apakah dasar-dasar penting dalam dasar bangunkan Islam dan yang kedua sedikit perubahan-perubahan yang berlaku kalau ada dan kalau tak ada pun kita nak dengar daripada Yang Berhormat, terima kasih.

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Terima kasih Kuala Balah kalau kita tengok perubahan-perubahan yang telah dilakukan dia mesti mengikut Enakmen yang telah ditetapkan oleh Undang-Undang Negeri Kelantan ini. Kalau tidak kita tidak boleh membuat perubahan kita tidak boleh membuat perubahan sebab itulah bagi ambonya bagi Pasir Tumboh perubahan ini ialah pertamanya ialah mesti melalui keputusan Persidangan Dewan Undangan Negeri. Contohnya 1992 kita telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah II yang kita panggil hudud, satu. Yang keduanya nak buat perubahan pula mestilah melalui keputusan mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri. Kita nak mengharamkan tempat-tempat pusat-pusat perjudian, premis-premis perjudian kita kena mendapat kelulusan daripada EXCO. Kita mengurangkan premis pengjualan arak mesti diputuskan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Hak ni agak keliru sikit kalau orang duk ingat Kelantan ni menghapuskan arak ni secara total semua tak boleh. Boleh kita ada juga penduduk yang bukan Islam dan arak ni ialah kalau kita tengok dalam kitab-kitab “al mali kafir” arak ni merupakan harta kepada mereka ni maka dia boleh minum. Dia boleh minum dan Kerajaan Negeri hanya mendisplinkan, menentukan tempat-tempat berdasarkan kepada purata ramai ke, tidak ramai ke orang yang bukan Islam. Kalau di Kota Bharu berapa? Ambo tengok sakni…kalau di Gua Musang berapa jumlah dia? Kalau di Bachok perlu ko dok? Tak perlu, pasal apa orang yang tidak bukan Islam tidak berapa ramai.

Di Kurang Kerian tempat ambo di Pasir Tumboh tak perlu walaupun ada sebuah pondok jer tempat ambo tu pondok Diniah Bakriah Pasir Tumboh sebelah pondok tu ada hok duk baiki kereta bengkel kereta ada masyarakat yang bukan Islam di sana tapi tak perlu pasal satu keluarga saja. Kalau nak juga dia mari beli di Kota Bharu tempat yang ramai.

Disiplin ini yang pentingnya Kerajaan mendisiplinkan. Boleh minum arak tetapi kalau orang bukan Islam membeli dia kena beli kemudian dia kena bawa balik ke rumah dia taupun minum di majlis-majlis keraian dia sahaja. Dia tidak boleh minum di tepi pantai ataupun di stesen bas untuk mengelakkan masalah-masalah sosial. Dan arak ni dia kena jual arak saja dia tidak boleh campur dengan benda lain. Dia tak boleh nak campur laksam dengan nasi dagang ker, dengan nasi berlauk ker, dia tidak boleh. Arak...arak sahaja. Sebab tu kalau kita gi supermarket dia ada ruang khas disitu sahaja. Dan orang Islam pula tidak dibenarkan oleh peniaga tu untuk membelinya.

Itulah antara dan akhir sekalinya dan banyak lagi benda-benda yang telah diluluskan tadinya. Akhir sekali hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Hasrat juga boleh membawa perubahan kepada Kerajaan. Hasrat MB... ambo masih teringat lagi ucapan Almarhum Tok Guru Bentara Setia dalam ucapan dia ditulis masa perasmian Pasar Buluh Kubu. Mungkin orang baru ni dia tak kenal doh Pasar Buluh Kubu tu mana. Jadi Tok Guru hasrat Menteri Besar mana tu nya ialah dia sebut Pasar ini nak dijadikan Pasar Siti Khadijah. Maka dengan itu Pegawai-Pegawai MPKB, SUK, telah mengambil satu langkah tukar Pasar Buluh Kubu kepada Pasar Siti Khadijah kerana ada berdasarkan asas-asas tertentu dan orang yang meniaga dalam Pasar Siti Khadijah ni lebih daripada 80% adalah wanita.

Maka oleh sebab itulah Alhamrhum Tok Guru Menteri Besar dia kata kita jadikan Pasar ni Pasar Siti Khadijah bukan Pasar Buluh Kubu. Kalu buluh ni buat dengan kubu tak jadi apa pun. Kalau nak kubu ni kena buat dengan simen baru jadi. Kalau nak buat dengan buluh dia tak rok la dok, jadi kita tukar kepada Pasar Siti Khadijah. Tu di antara 3 yang telah dibenarkan oleh …. Membawa perubahan-perubahan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan pada hari ini juga sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dalam segenap aspek dalam keadaan walaupun keadaan ekonomi yang mencabar terutama Kerajaan tetap membantu tetap mengutamakan rakyat ini. Oleh kerana itulah ambo ingin sebut beberapa perkara dalam dewan ni apakah bantuan-bantuan yang kita sebut yang Kelantan ni adalah sebuah negeri berkebajikan. Ambo juga…Pasir Tumboh juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar walaupun dalam keadaan kita ni Kelantan ni biasalah tapi sempat menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Selangor pada waktu itu sebanyak RM500,000.00 dan di antara bantuan-bantuan yang

diberikan adalah bantuan Kifaalah, satu…yang keduanya Skim Az-Ziwaaj, yang ketiganya bantuan untuk pesakit kronik. Orang sakit kronik dia ada surat doktor kemudian dia boleh isi borang ni... boleh isu borang kronik ni kemudian kesihatan walaupun dia tidak doktor dia ni cakna kepada kesihatan boleh ambik borang sini. Kita ada skim bantuan Al-Falah untuk petani-petani. Sebenarnya bantuan-bantuan daripada EXCO Pertanian, kita ada Gerakan Berdikari, kita ada Skim Bina Usahawan, kita ada Skim Cakna Suri, ni hok wanita pulak ni…kita ada Skim Cakna Aulad.

Banyak Yang Berhorma Dato’ Speaker, …ambo baca perabis la hok ambo tulis deh. Skim Cakna Hawa, Skim Bantuan OKU, Skim Pesakit Kanser Payudara. Hok ni nih ambo pergi sendiri Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan mewakilkan ambo pegi rasmi pesakit kanser di Hospital Kota Bharu. Dan akhir sekalinya bantuan Armalah anak yatim. 10 hok ambo tulis tadi kalau mengikut YB-YB Pengerusi EXCO masing-masing EXCO kita ni yang ambo minta tu banyak sebenarnya kalau nak baca hok ni nih letih jugak la dok. Dan sebab tu lah kita negeri Kelantan ni bukan kata cakap sahaja tetapi sebuah negeri yang betul-betul berkebajikan kepada rakyat kita bui walaupun dalam keadaan kita Kelantan ni walau pendapatan setakat ada tetapi kita tetap bersama dengan rakyat kita kira susah bersama susah dan senang kita sama-sama senang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya melihat Kerajaan Negeri dengan dasar yang ada telah melaksanakan pelbagai program-program yang menjuruskan kepada kemakmuran negeri kesejahteraan dan kemakmuran dan kebajikan rakyat. Sudah tentulah Kerajaan sebelum Daripada rakyat keseluruhannya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya ingin menyatakan sokongan padu terhadap Kerajaan Negeri dalam menangani isu gejala sosial yang kita kira kalau kita dengar laporan tanpa membezakan negeri-negeri lain tanpa mengemukakan jenis-jenis Yang Berhormat Dato’ TMB sebutkan tadi jenis-jenis dadah ker apa ker dan ambo tidak biasa dengan sebutan supo Dato’ TMB sebutkan tadilah. Tidak adillah sebenarnya tidak adil… ambo pondok Pasir Tumboh Yang Berhormt Dato’ Speaker, hok tu kadang-kadang apabila sebut benda ni saya terasa... betul ko orang pondok Pasir Tumboh ni curi, rogol orang. Ambo tak dengar lagi sebenarnya... boleh jadi 10 tahun 20 tahun lepas adalah kes curi. Adalah kes kecurian dalam pondok Pasir Tumboh. Tapi

kita tak boleh nak jadi ukuran, ambo pagi tadi sembanyang di Pondok Pasir Tumboh. Wirik 2 wirik yang Pondok Pasir Tumboh…

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Pasir Tumboh, 3 minit lagi.

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Berapo?

Timbalan Speaker

3 minit lagi…

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Tak lama doh 3 minit lagi…ok la ambo cerita hok ni sikit. Sakok hok tadi tu… [DIIKUTI GELAK KETAWA SEBAHAGIAN AHLI YANG BERHORMAT] tambah la sikit... berlakulah 10 tahun sekali dengan pelajar dengan penduduk situ pelajar ada 800 orang dengan penduduk pelajar juga dia dalam pondok berkeluarga mendengar ucapan Tok Guru melalui speaker di pondok masing-masing lebih daripada 3,000 nih kalau berlaku sekali eh kalau kita nak kata Pasir Tumboh ni tak betul buat juga maksiat ambo rasa tidak adil sebenarnya. Sebab tu lah kita hati-hatilah dengan statement-statement yang kita nak buat. Dia te’gok selalu goni…

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kejayaan ini terserlah menerusi Yayasan Islam Kelantan YIK yang menguruskan lebih daripada 95 buah sekolah dan lebih daripada 40 pelajar yang menjadi contoh model pendidikan agama negeri … pendidikan agama di negeri ini sangat berkesan dan autonomi. Di bawah juga Jabatan Agama Islam JAHEIK pula peranan program membina generasi solat program kecemerlangan solat di bawah halaqat telah berjaya menyantuni ribuan peserta setiap tahun. Satu pendekatan yang menyeluruh membina rohani sahsiah dan jati diri rakyat.

Di samping itu, selain daripada kita boleh jaga sosial boleh jaga nak sekatkan masalah-masalah gejala sosial ini kita ada satu lagi yakni

Enakmen Kawalan Hiburan dan tempat-tempat hiburan yang telah kita luluskan pada tahun 1994. Dan Enakmen ini kalau kita semak bahawasanya dia tidak ada Enakmen-Enakmen ini di negeri-negeri lain. Hanya Kelantan sahaja yang berani meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1994.

Sebagai akhir, sebenarnya banyak lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, tak bagi 2 lagi nih, dok… kalau tambah masa itu pulak… hak ambo nak sebut akhir sekalinya ialah oleh kerana Kelantan ni salah satu daripada negeri-negeri Semenanjung. Kelantan sama dengan Terengganu sama dengan Perak sama dengan Selangor. Dan pendekatan yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bagaimanakah nak merealisasikan federalism ini. Kita sudah berada di dalam Dewan, kita menang dah Pilihanraya tapi kerja untuk inilah pengisian Kerajaan dan juga Wakil Rakyat. Inilah orang kata MB kita gak bererek dengan PM kita dengan Perdana Menteri. Ni nak realisasikan Kerajaan G TO G tidak boleh berpisah hok ni kita kena faham dan rakyat kena faham. G to G tak boleh ... kita kena sama-sama dia ada bidang kuasa Kerajaan Negeri tanah ke gapo ke dan ada juga kuasa Kerajaan Persekutuan. Sebab tulah pendekatan yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama dengan Kerajaan Persekutuan ini untuk membantu rakyat-rakyat negeri Kelantan ini adalah satu langkah yang baik yang mesti kita terima bahawasanya inilah pengisian sebenarnya apabila kita sudah mencapai kemenangan dalam Pilihanraya. Kita tidak boleh bertengkar sampai bila-bila.

Ada lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhir sekali ambo ingin mencadangkan kita ada juga mengenai royalti. Kenapakah timbulnya royalti ini? Isu royalti ini kenapa timbulnya isu royalti ini dan mampukan Kelantan ini? Ambo baca beberapa terutamanya yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Mengatakan bahawasanya Kelantan sama juga dengan Sarawak sama juga dengan Terengganu layak juga menerima hasil royalti ini. Bukan setakat layak ada dalam buku Jabatan Perangkaan 2024 kalau kita semak dia ada situ. Sebab itulah bermula pada situlah kita Kerajaan Negeri…

Speaker

[MEMOTONG] Mohon ringkaskan Yang Berhormat..

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

… bersama dengan rakyat bermulalah untuk mengadakan beberapa selain daripada kita memohon dengan Kerajaan Pusat dan beberapa tindakan yang telah dilakukan. Oleh sebab itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, ambo ingin mencadangkan …. Kertas cadangan tak jupo nih… kita telah tarik menurut pandangan pakar perlembagaan Dan perundangan negeri termasuk felo penyelidikan pusat kajian Fiqh Sains dan Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia Professor Madya Dr. Muhamad Fathi Yusof yang melaksanakan Akta Wilayah Laut Malaysia 2012 Akta 750 adalah tidak sah di negeri-negeri seperti Kelantan, Sabah, Terengganu yang telah menolok secara jelas pemakaian Akta ini dalam sidang Dewan pada tahun 2015. 2015 kita tolak oleh kerana menurut seksyen 3(3) Akta Laut Wilayah yang menghadkan sempadan negeri kepada 3 batu nautika tidak boleh dikuatkuasa tanpa kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri dan Majlis Raja-Raja seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebarang perubahan atau pengencilan sempadan negeri memerlukan persetujuan negeri secara rasmi.

Sehubungan dengan itu adalah wajar Kerajaan Negeri Kelantan mempertimbangkan tindakan semakan undang-undang ataupun semakan kehakiman terhadap pemakaian akta ini bagi mempertahankan sempadan maritim dan hak negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian royalti petroleum 1975 serta prinsip federalism dalam perlembagaan Malaysia.

Kalau dulu kita tolak dan sekarang ni ialah kita cuba membuat satu semakan undang-undang semakan kehakiman terhadap pemakaian akta ini bagi mempertahankan sempadan maritim dan negeri.

Jadi ambo ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberi peluang kepada Pasir Tumboh untuk sama-sama membahas Titah Ucapan ini. Saya pohon menyokong…

Timbalan Speaker

Terima kasih kepada Pasir Tumboh... saya minta sokongan yer... silakan Yang Berhormat Chetok…

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya mohon menyokong Usul Junjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Muhammad ke V yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Pasir Tumboh. Cjhetok merakamkan ucapan Junjung Kasih Kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas limpah perkenan menyampaikan Titah menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan Tuanku kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Dalam titah semalam Tuanku memberikan penekanan dalam memberikan aspek kemajuan dan juga kesejahteraan negeri. Maka saya ingin membawa perhatian kepada Dewan yang mulia ini kepada satu sektor baru yang pada masa sebelum ini telah pun dibahaskan pada Dewan ini iaitu sektor unsur nadi bumi bukan radioaktif NRREE. Apakah status semasa kajian potensi NRREE yang telah dijalankan oleh agensi teknikal negeri serta berapakah jumlah kawasan yang telah dikenalpasti bagi tujuan persamplean dan juga ataupun eksplotasi mineral ini.

Adakah Kerajaan Negeri telah merangka satu dokumen hala tuju ataupun peta jalur khusus roadmap bagi tujuan pembangunan NRREE serta apakah bentuk tadbir urus dan kerangka perundangan yang sedang dirangka untuk mengelakkan ketirisan dan memastikan hasil bumi ini memberikan manfaat kepada rakyat negeri ini sendiri. Saya juga ingin menyentuh aspek strategik dan geopolitik industri pemprosesan NRREE ini sangat bergantung kepada teknologi daripada China. Dalam suasana ini apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi meneroka kerjasama teknologi dengan negara-negara lain seperti Australia, Jepun ataupun Korea yang lebih terbuka ataupun mesra alam. Adakah usaha ke arah pemodenan ini kepada kepakaran tempatan menerusi generasi kita telah dimulakan agar kita tidak sekadar menjadi pengeksport bahan mentah. Saya percaya bahawa Kelantan mesti membangunkan rantaian nilai generasi ini dari

huluran hingga ke hiliran agar hasil kekayaan bumi dinikmati sepenuhnya oleh rakyat negeri ini maka saya ingin bertanya apakah perancangan Kerajaan dalam mewujukdan peluang pekerjaan? Pembangunan industri sokongan pelaburan berimpak tinggi dalam sektor ini khususnya di kawasan luar bandar seperti Jeli dan juga Gua Musang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya percaya dengan perancangan yang teliti dan pelaksaan yang berhemah sektor NRREE ini yang menjadi sumber pendapatan strategik baru untuk Negeri Kelantan sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Tumboh berkenaan dengan tuntutan royalti Kerajaan Negeri dan saya menggesa agar Kerajaan terus memperjuangkan tuntutan royalti ini dari pendekatan undang-undang diplomasi antara Kerajaan dengan sokongan daripada awam. Kita mesti menggerakkan solidariti rentas parti, rentas generasi agar hak ini tidak dilupakan. Ini bukan soal politik, ini soal hak, soal maruah negeri, soal keadilan fizikal yang mesti dipertahan oleh semua pihak yang menjunjung semangat persekutuan Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya juga ingin menarik perhatian berkenaan dengan simpanan skim Simpanan KWSP khususnya kepada kakitangan Kerajaan Negeri di bawah caruman KWSP dan rakyat Kelantan keseluruhannya. Kelantan merupakan antara negeri yang kadar simpanan syariah tertinggi di Malaysia. Setakat tahun 2024 seramai 108,564 ahli KWSP di Kelantan telah memilih akaun simpanan syariah. Merangkumi 36.27% daripada ahli yang beragama Islam di Negeri ini. Ini merupakan kesedaran walaupun masih sedikit di kalangan rakyat Kelantan terhadap kepentingan patuh syariah simpanan masa hadapan. Namun demikian perolehan kepada simpanan syariah ini bersifat individu. Justeru saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil pilihan inisiatif yang proaktif supaya semua penjawat awam yang mencarun KWSP di negeri kita di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri beralih ke simpanan KWSP secara berperingkat. Saya percaya langkah ini akan melonjak lagi nama Kelantan sebagai peneraju pentadbiran negeri berteraskan nilai Islam yang menyeluruh sepertimana di bawah Dato’ Menteri Besar dibawah penghayatan MBI.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Di dalam menjunjung kasih titah Tuanku yang jug menekankan aspek pertanian dan sekuriti makanan yang mana titah Tuanku menekankan kepentingan pertanian yang berdaya saing menerusi Enakmen Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan 2022 sebagai satu langkah strategik untuk memperkukuhkan sektor pertanian secara terancang, bersepadu dan juga lestari.

Kita menyaksikan peningkatan harga makanan kekurangan bahan mentah tempatan kebergantungan berlebihan kepada import. Maka sudah tiba masanya Kelantan mengambil langkah berani untuk mempastikan setiap inci tanah pertanian di Kelantan ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk keperluan rakyat dan juga masa depan negeri. Soalan saya sejauhmanakah pelaksanaan melalui arahan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Bilangan 1 tahun 2024 dalam melaksanakan peruntukan Enakmen ini termasuklah mengenalpasti tanah pertanian yang tidak dibangunkan serta mempastikan pengusaha pertanian mematuhi syarat pertanian yang ditetapkan oleh pertanian dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Saya ingin merakamkan usaha Kerajaan Negeri bersama Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur menerusi perjanjian kerjasama pada Oktober 2024 dalam usaha memperkukuhkan sektor penternakan Pusat Pengumpulan Susu Kambing di Kelantan, projek ini bukan sahaja diberi kepada penternak malah meletakkan pemain utama dalam industri halal di negera kita. Sehubungan dengan itu saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri apakah status terkini pelaksanaan dan juga operasi pengumpulan susu kambing ini. Saya ingin tahu apakah penternak petani tempatan telah dikenalpasti dan diberi ruang untuk menjadi sebahagian daripada … ini. Kita tidak mahu projek sebesar ini hanya melibatkan pelabur luar sahaja sedangkan penternak kecil di kampung-kampung masih kekal di peringkat pinggiran.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Izinkan saya untuk menarik perhatian Dewan kepada kawasan Rong Chenok di Pasir Mas. Satu kawasan yang begitu strategik tetapi memerlukan tumpuan khusus untuk dimajukan sebagai zon pertanian

moden dan juga mampan. Rong Chenok terletak di kawasan rendah berhampiran sempadan Thailand dan juga Sungai Golok yang mempunyai tanah subur jenis aloinium yang sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Saya percaya Rong Chenok berpotensi besar untuk dimajukan sebagai zon pertanian pintar termasuk agro pelancongan dengan gabungan sistem pengairan yang efiyen teknologi…

Timbalan Speaker

[MEMOTONG] Yang Berhormat 2minit lagi yer…

Ok, Insha Allah…. seperti penggunaan dron dan juga bantuan daripada penduduk setempat. Namun demikian, pada penghujung tahun 2024 akses kepada Rong Chenok telah berlaku Jambatan runtuh di Rong Chenok menyebabkan sebahagian daripada aktiviti pertanian dan juga aktiviti social kehidupan penduduk di Rong Chenok telah terjejas. Walaubagaimanapun dengan keprihatinan dan juga kecaknaan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Kelantan telah menyampaikan hasrat dan juga harapan kepada penduduk Rong Chenok kepada Yang Berhormat Perdana Menteri untuk meluluskan satu projek baru membina baru jambatan di Rong Chenok yang bernilai RM20 juta.

Jadi saya bagi pihak masyarakat di Kampung Rong Chenok dan kampong sekitar khususnya dan juga rakyat Chetok amnya mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini bukti bahawa politik matang dan sejahtera mampu menyelesaikan penyelesaian secara realistik kepada keperluan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya mengakhiri ucapan saya dengan doa agar Allah S.W.T memberkati segala usaha kita dan memberikan kekuatan kepada kepimpina negeri ini khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan untuk terus membawa negeri ini ke arah pembangunan yang menyeluruh berlandaskan prinsip Penghayatan Membangun Bersama Islam.

Sekian ucapan saya,

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Chetok Junjung Kasih dan mohon menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Chetok.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya DEWAN INI MEMBUAT KETETAPAN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN JUNJUNG KASIH DI ATAS TITAH UCAPAN DI RAJA YANG TELAH DITITAHKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V KEPADA DEWAN INI PADA HARI ISNIN 22 SYAWAL 1446 H BERSAMAAN DENGAN 21HB APRIL 2025.

Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi Perbahasan.

Dipersilakan Yang Berhormat Galas.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, tat kalanya dunia gersang dengan pemimpin yang jujur dan rakyat dahagakan suara kebenaran maka bersemilah sebutir mutiara hikmah dari Kota Darul Naim. Titah seorang raja yang bijaksana berwawasan dan memahami denyut nadi rakyatnya. Patik merafak setinggi-tinggi sembah dan menjunjung kasih yang tidak tertinggi ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Muhammad ke V atas Titah Diraja Baginda yang dilafazkan penuh makna dan panduan sempena Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Tahun 2025.

Sesungguhnya Titah ini bukan sekadar adat istiadat tetapi Titah sarat kebijaksanaan berjiwa rakyat yang merangkumi isi perjuangan rakyat daripada pertanian kepada teknologi air bersih ke pembangunan minda dari isu orang Asli kepada digital semua disentuh dengan ketepatan seorang negarawan yang bergerak jauh ke hadapan. Titah Tuanku ini adalah kompas kepimpinan yang wajib dijunjung oleh semua Ahli Dewan

tanpa mengira warna bendera dan agama parti. Jika kita gagal mengangkatnya dengan solusi maka kita hanya bukan mengingkari rakyat bahkan kita telah menyanggah amanah seorang Raja. Dalam kesempatan ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas penerusan komitmen kerja kuat tampuk pemerintahan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang sebagai teraju utama Kerajaan Negeri Kelantan serta ucapan syabas dan tahniah saya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Negeri, begitu juga kepada Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, yang baru dilantik yang diharap dapat menerajui jentera pentadbiran Negeri dengan lebih efisen, telus dan progresif. Moga sinegi antara pemimpin kepimpinan politik dan juga pentadbiran ini mampu merealisasikan harapan Tuanku serta membawa perubahan yang hakiki buat rakyat Negeri Kelantan.

Maka dengan penuh tanggungjawab dan tekad sebagai Ketua Pembangkang yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada rakyat di kawasan saya tetapi juga kepada seluruh negeri Kelantan memainkan peranan sebagai salah seorang Wakil Rakyat dalam Dewan yang mulia ini saya nak bentangkan 101 soalan kepada Kerajaan Negeri soalan yang lahir dari akar perit rakyat demi menyemak janji menuntut penjelasan dan memastikan segala yang di titahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bukan sekadar terpahat di Hansard tetapi terzahir di bumi Kelantan yang kita cintai ini.

Saya bahagikan kepada Titah Tuanku kepada 25 kluster yang saya ikuti satu persatu Titah Kebawah Duli. Pertama kluster pelaburan dan ekonomi- soalan yang ingin saya kemudakan kepada Kerajaan Negeri apakah strategi Kerajaan Negeri bagi menjadikan Kelantan lebih kompetitif di peringkat Nasional dan antarabangsa sebagaimana Titah Tuanku.

Yang kedua mengapa jumlah asing FDI ke Kelantan hanya RM138 pada tahun 2023 jauh ke belakang negeri-negeri lain.

Ketiga, adakah Kerajaan Negeri telah menawarkan insentif pengecualian cukai yang kompetetif seperti dicadangkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Keempat, berapa jumlah pelabur atau jumlah pelabur yang melabur di kawasan perindustrian baru sepanjang tahun 2020 sehingga 2024.

Yang kelima, apakah Kerajaan Negeri dalam menarik pelabur digital dan teknologi tinggi ke Kelantan?

Timbalan Speaker

Melor minta laluan..

Iya,Melor nok gapo?

Galas ni nak baca soalan demi soalan demi soalan demi soalan ker? Sebab setahu saya Dewan ni ada peraturan dia, kalau nak bukakan soalan dia dah bagi awal date line sebab itu memberikan ruang kepada pegawai-pegawai menyediakan jawapan.

Terima kasih..

..sebab kita nak dengar ni ucapan..

Saya faham maksudnya, ucapan saya melalui soalan. Terima kasih Melor.. ini floor saya... saya nok guan pantun ko…saya nok guan syair ko..saya nok guna soalan ko ini terserah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Melor. Kluster yang kedua - berkenaan dengan Air Bersih Dan Infrastruktur. Kita ada ruang penggulungan Melor..ruang penggulungan ni memberi kepada Ahli-Ahli EXCO kita ni menjawab sebarang persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Titah sewaktu kita berbahas berkenaan dengan Titah.

Yang keenam, mengapa kadar NRW di Kelantan masih yang tertinggi di Malaysia iaitu 53.5%. Berapakah jumlah rumah yang masih belum mendapat akses kepada bekalan air bersih pada tahun 2025.

Yang kelapan, apakah Kerajaan mempunyai pelan pemulihan air bersih 3 tahun yang jelas dan telus boleh diaudit.

Kesembilan, apakah ... berapakah banyak projek pembinaan naiktaraf jalan telah disiapkan pada tahun 2020-2024 menggunakan bajet dan juga selian daripada Kerajaan Negeri.

Dan yang kesepuluh apakah sistem pemantauan dan akuantibiliti terhadap kontraktor jalan yang dilantik yang gagal siapkan projek mengikut masa.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Projek tembatan banjir dan lebir ini disebut dalam Titah Yang Maha Mulia Tuanku bilakah fasa kedua dan ketiga projek lembangan sungai Kelantan dan Sungai Golok akan dimulakan. Apakah status empangan Lebir dan kenapa ia masih belum direalisasikan walaupun telah disebut beberapa kali di dalam Sidang Dewan kita ini. Berapakah jumlah peruntukan yang sebenar yang telah disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk tebatan banjir sejak daripada Tahun 2018.

Yang keempatbelas, adakah kajian risiko banjir dibuat secara menyeluruh untuk jajahan-jajahan di Pasir Mas, seperti Tumpat dan juga Rantau Panjang dan ..

Yang Kelima Belas adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan penyelarasan bencana banjir antara agensi negeri dan juga Persekutuan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

saya nak sentuh berkenaan dengan TVET dan juga pendidikan juga termasuk di dalam hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Berapakah jumlah institusi TVET Negeri yang beroperasi secara aktif bagi tahun 2025. Apakah kadar kebolehpasaran graduan TVET di Kelantan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat latihan mereka.

Lapanbelas, adakah Kerajaan Negeri ada kerjasama strategik dengan industri untuk menempatkan pelatih TVET dalam pasaran kerja yang sebenar.

Sembilan belas, apakah bentuk pelan transformasi digital pendidikan di peringkat Negeri.

Dua puluh, bagaimanakah nasib pelajar luar bandar dalam mengaskses TVET dan peluang kemahiran secara saksama.

Kluster kelima- pertanian dan sekuriti makanan.

Saya sebenarnya dengan EXCO Pertanian ni saya nak ucap terima kasih dan tahniah kepada EXCO Pertanian, banyak usaha yang dibuat oleh beliau dan satu persatu kita nampak hasilnya. Walaupun tadi ada disentuh oleh Yang Berhormat Chetok berkenaan dengan Rong Chenok. Saya nak Tanya, apakah status projek lembu tenusu di Rong Chenok yang diumumkan sejak beberapa tahun yang lalu. Mengapa Kerajaan Negeri mengumumkan projek kambing tenusu tanpa laporan prestasi projek lembu tenusu. Berapakah jumlah dan syarikat yang terlibat dalam projek penternakan tersebut? Mengapa pusat pengumpulan hasil pertanian di Lojing masih belum dibina meskipun telah disebut didalam Titah Tuanku. Adakah Kerajaan mempunyai strategi keselamatan makanan berasaskan data dan keperluan sebenar rakyat Kelantan.

Kluster keenam – pembangunan bandar dan pelancongan

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Berapakah jumlah bangunan terbiar yang masih wujud di pusat bandar Kota Bharu dan jajahan-jajahan lain. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memanfaatkan bangunan terbiar ini kepada nilai ekonomi setempat. Apakah impak kempen Tahun Melawat Kelantan 2024 terhadap ekonomi rakyat tempatan. Berapakah jumlah pelancong domestik dan antarabangsa yang dicatatkan dan apakah pulangan kepada peniaga-peniaga kecil. Tahniah, EXCO Pelancongan…. Kita sambung pula Indahnya Kelantan Tahun 2025. Apakah pelan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk mewujudkan bandar pintar pelancongan seperti yang disebut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kluster ketujuh – Orang Asli Dan Juga Tanah Adab. Ini soal kebajikan yang telah disebut dalam Titah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, apakah status terkini peniktirafan tanah adab ataupun warta milikan orang asli di pos-pos contohnya di Pos Brooke, Pos Simpol dan kawasan-kawasan lain di Gua Musang. Adakah Kerajaan bercadang menggubal dasar khas tanah adat sebagaimana negeri-negeri lain. Berapakah kes pengusiran orang asli di …..

[MENCELAH] Yang Berhormat Dato’ Speaker ,.. Peraturan Dato’ Speaker,

Saya tidak bercadang untuk memberikan laluan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Timbalan Speaker

Kalau Galas tidak bagi, tak boleh la Melor. Sila duduk..

…apakah peraturan dewan…

Peraturan Dewan[ sambal mengangkat buku peraturan Dewan] bagi la laluan dulu. Peraturan Dewan yang saya nak sebut.

Timbalan Speaker

Sila…

Tadi Dato’ Speker, saya bangun dan saya tanya keperluan Galas. Bangun tu untuk tanya tu semua soalan, bukan berucap tapi bagi soalan. Saya nak rujuk kepada Peraturan berbahas dalam buku Peraturan Dewan ni muka surat 28. Dalam peraturan berbahas ni dia sebut terutama yang lain mungkin tak khusus bahagian bawah tu duduk semula selepas tamat. Apabila ia telah tamat memberikan pandangan-pandangannya baru dia boleh duduk Ahli Dewan kemudian di Muka Surat 29 tu menepati atas masalah roman 4/ tiap-tiap Ahli hendaklah menumpukan pandangan-pandangannya… bukan soalan-soalannya. Jadi apa yang dibuat oleh Galas tadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, ialah menyalahgunakan Peraturan Dewan dengan mengemukakan soalan pada Sidang yang sedang berlangsung. Sedangkan soalan tu kena hantar awal lagi sewaktu notis Dewan diberi kepada setiap Ahli dan ada duedate ….

Saya... yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tak nak panjangkan Melor. Saya rasa Melor sendiri ni tak pehe ..

Timbalan Speaker

Baik... baik terima kasih.. saya suka ingatkan juga kepada Galas bahawa cara Perbahasan yang dibawa itu mungkin agak kurang sesuai. Mungkin boleh bertanya soalan tapi dalam olahan sedikit berbeza jadi tidak terus kepada soalan. Jadi kalau digunakan perkataan soalan itu bermaksud soalan-soalan yang perlukan jawapan mulut ataupun jawapan bertulis. sila teruskan…

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya baiki sikit cara saya mengolah. Oleh kerana teguran daripada Yang Berhormat Speaker. Walaubagaimanapun Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya takkan lari daripada yang ingin saya sampaikan. Oleh kerana masa yang terhad diberikan kepada Ketua Pembangkang Negeri Kelantan dan banyak persoalan-persoalan yang nak ditanya kepada Kerajaan Negeri dan hari ni pun Yang Berhormat Dato’ Speaker, daripada 29 soalan yang dikemukakan atas meja kita semua tak dok satu pun soalan Galas yang naik.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Berkaitan dengan OKU, Ibu Tunggal dan kesihatan mental. Galas ingin mengemukakan bahawasanya pandangan daripada Galas berkenaan dengan perkara ini amat kritikal. Bahawasanya program menyantuni ibu tunggal ini satu perkara yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri justeru kerana itu dan komprehensif saya jangkakan Kerajaan Negeri pelan komprehensif berkaitan dengan OKU dan ibu tunggal dan adakah Kerajaan sekarang ini berpuashati dengan pelan-pelan yang dilaksanakan untuk menyantuni dengan ibu tunggal dan juga OKU ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin juga bertanyakan berkenaan dengan kesihatan mental di negeri kita ini. Kesihatan mental bukan pesakit mental Yang Berhormat Melor... kesihatan mental berkaitan dengan sejauh mana seseorang itu mempunyai… [ sambal tergelak] Melor ni saing baik kita... saing baik kita. Hok tu dia bangun semace... kita nak bertanyakan Kerajaan Negeri sudah berpuas hati ataupun tidak wujud ataupun tidak satu pusat intervensi kesihatan mental di adakan di Negeri Kelantan kita ini. Kalau belum saya cadangkan supaya setiap jajahan ada diwujudkan Pusat Intervensi Kesihatan Mental ini.

SUKMA 2028 dan juga fasiliti sukan Yang Berhormat EXCO Sukan saya ucap tahniah saya akan datang ramai yang akan masuk ke Negeri Kelantan mulai tahun ini dan tahun-tahun akan datang sukan Negeri Kelantan akan diberikan perhatian. Harapan saya semoga pelan pembangunan atlet Kelantan telah pun diwujudkan dan yang kedua saya harap fasiliti-fasiliti sukan yang ada di negeri kita dan telah siap dibina atau dinaiktaraf apakah statusnya setakat ini Yang Berhormat EXCO kita harapkan ianya berada on track sebagaimana yang diposting selalu oleh Yang Berhormat EXCO.

Begitu juga sokongan Kerajaan Negeri terhadap persatuan-persatuan sukan. Kita berharap sokongan-sokongan diberikan oleh Kerajaan Negeri supaya ia dapat menyediakan Jurulatih dan juga altet-altet pelapis dalam negeri kita ini. Begitu juga kita mengharapkan SUKMA ini bukan temasya tetapi legasi pembangunan sukan untuk jangka masa panjang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya tertarik dengan Titah Tuanku berkaitan dengan kemajuan dan kesejahteraan Negeri. Kita tahu antara isu hangat sewaktu sebelum

Ramadan baru ni berkaitan dengan KB Sentral sehinggakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar dapat mengeluarkan kenyataan dan kita hormati kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Besar. Justeru Dewan yang mulia ini wajar untuk mengetahui Yang Berhormat apakah cerita yang tersirat di sebalik penarikan diri ataupun tak dapat kita teruskan bersama dengan Perak Transit. Kita tahu dia ada sejarah yang panjang berkenaan dengan KB Sentral ini. Bukan sahaja bermula pada tahun 2020 Yang Berhormat ia bermula pada tahun 2003.

Jadi kita harap KB Sentral ini untuk dilaksanakan sendiri oleh … dapat sama-sama kita sokong. Dan inilah yang saya ungkit dan saya bangkitkan dalam persidangan Dewan Negeri sehinggakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan bahawasanya perlukan Bajet bukan belanja bajet kalau toksir belanja. Jadi hok ni kita nak personal dan kita nak tanya mungkin ada perancangan Kerajaan Negeri sendiri berkenaan dengan perkara ini dan akhirnya Kerajaan Negeri bersetuju untuk laksanakan sendiri. Dan saya dah kata 37.4 juta kita bajetkan dalam setiap Belanjawan kita tetapi kita tak nak laksanakannya tapi tak po Yang Berhormat better late then never dengan izin tak polah lewat pun janji kita dapat laksanakannya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Begitu juga di kawasan saya berkenaan dengan Bandar Perabut dan juga Bandar Baru Dato’ Bentara Kanan yang sehinga ke hari ini masih belum bergerak lagi jadi oleh kerana dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga ada disebut soal bandar-bandar baru di setiap jajahan. Saya kira Bandar Perabot ni lama doh jadi bolehlah kita tengok apakah masalah-masalah yang menyelebungi sehinggakan pengumuman bandar-bandar baru ini tidak dapat dilaksanakan. Kolam Air Panas Sungai Ber, saya rasa isu ini telah lama saya bangkitkan di sini. Kolam Air Panas Sungai Ber ini salah satu tempat pelancongan yang boleh dijadikan tempat tumpuan di negeri Kelantan. Tetapi hari ini malangnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, ianya sepi terbengkalai dan juga tidak terurus dengan baik. Begitu juga dengan projek solar Tok Uban mungkin Kerajaan Negeri boleh menyatakan kepada kita apakah status terkini siapakah operator dan apakah hasil yang bakal diperolehi oleh Kerajaan Negeri dengan penyenaraian projek solar ini sebagai salah satu projek mega untuk negeri kita ini.

Begitu juga saya ingin memohon dan juga merayu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan projek-projek rakyat projek-projek tadahan rahmat di Kuala Krai, di Jeli dan juga di Gua Musang.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Galas… 3 minit lagi yer..

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, projek-projek tadahan rahmat ini telah pun dilaksanakan di DUN-DUN lain tetapi saya juga memohon…minta maaf Gual Periok ada 3 minit jah ni… pahni kita bincang luar…

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Gual Ipoh... Gual Ipoh...

Kita bincang luar… kita minta supaya projek tadahan rahmat ini juga di panjang kepada kawasan-kawasan luar bandar kerana kawasan luar bandarlah lebih memerlukan kerana di kawasan saya ada kawasan-kawasan setinggan Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada setinggan dua, ada setinggan keretapi, ada setinggan sungai, ada duduk di berek. Ini projek-projek memerlukan sentuhan secara terus daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Begitu juga dengan kilang simen Chiku, Yang Berhormat Melor Chiku ni lama doh kilang simen nih.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Mohon mencelah…

…tetapi sehingga ke hari ini ianya masih belum dilaksanakan. Minta maaf Guilemard... eh guilemard pulok doh… Gual Ipoh...

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

… sikit boleh?

Akhirnya Belanjawan dan tadbir urus…. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sewaktu 1 Januari Menteri Besar sebut perjumpaan amanat Menteri Besar pada 2 Januari bersama dengan himpunan Penjawat Awam Negeri yang menyatakan bahawasanya kita beriltizam dengan taqwa bermuhasabah terhadap amalan mengutamakan kehidupan akhirat dan dalam masa yang sama pemerkasaan program sosial dan kebajikan menjadi fokus utama Kerajaan Negeri Kelantan. Inisiatif seperti yang disebutkan oleh Pasir Tumboh sebentar tadi rumah Dhuaafatnya, Az-Ziwaajnya, Kifaalahnya, Surinya banyaklah yang disediakan oleh Kerajaan itu saya juga berharap ianya dapat limpahan juga rakyat di kawasan saya kawasan Galas mendapat limpahan melalui Pusat Khidmat DUN Galas yang sebenarnya. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Mohon mencelah, boleh Galas? Sikit jah…boleh? Sikit jah...

Kalau Yang Berhormat boleh tambah masa, saya benarkan.

Timbalan Speaker

Saya tidak akan tambah masa…

Terima kasih Gual Ipoh, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak bertanya juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar 2 tahun yang lalu apabila ditanya dengan Yang Amat Berhormat berkenaan dengan Kerajaan Negeri, apakah perancangan Kerajaan Negeri selepas siapnya lebuhraya Sentral Spine Road CSR? Apakah nasib yang bakal dihadapi oleh bandar-bandar. Yang Berhormat ada sebut kita akan kaji. Justerus saya nak tanya Yang Berhormat selepas 2 tahun pentadbiran Yang Amat Berhormat apakah hasil tersebut? Adakah telah ada pelan tersendiri feasible study berkenaan dengan nasib bandar-bandar seperti Bandar Lama Gua Musang, Dabong, Kuala Krai dan sebagainya selepas siap CSR kita ini.

[MENCELAH] Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Tendong nak tanya apa?

Sahabat baik tak kan tak boleh sikit..

Iya, iya..

Sikit jah..

Nok menyokong… untuk menyokong...

Er… sila..

Terima kasih ...

Jangan lama Tendong sebab kalu lama nak tanya pasal KDN ...

[gelak ketawa] kita menyokong sahaja, apa yang disebut oleh Galas… terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih sahabat YB Galas. Kita mendengar soalan-soalan YB Galas mengajukan soalan-soalan kepada Kerajaan cuma di Dewan ini juga kita dah buat beberapa skim-skim yang begitu banyak untuk membantu rakyat dan sebagainya melalui idea-idea Kerajaan. Jadi di Dewan yang mulia ini alangkah baiknya kalau selain daripada diajukan soalan juga memberi pandangan dan juga cadangan kepada kecuali cuma kalau Galas cuma tahu saja tapi tidak ada idea untuk bagi kepada Kerajaan untuk kita sama-sama bangunkan kepada Negeri Kelantan. Sambung sikit jah Galas…

Terima kasih Tendong…ambo pehe doh, soalan sama jah tu mugo daripada parti yang sama...

Timbalan Speaker

Masa Galas sebenarnya sudah habis jadi sila landing yer…

Saya ingin bersama dalam ini… sebab itu saya menganggap kita nak cari masalah. Bukan begitu Yang Berhormat, apakah tidak baiknya…apakah baiknya kalau soalan-soalan ini dipanggil untuk kita menjawab secara harmoni dan kita tengok mungkin ada lagi perkara-perkara yang akan dibangkitkan ini tidak diambil perhatian. Tengok dari sudut yang positif.

kita tidak menyoal untuk mencari salah tapi kita bersuara untuk mencari arah, Yang Berhormat Tendong ...

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Galas… sikit jah…

… Arah kepada kemajuan, keadilan dan kebenaran. Sudah tiba masanya Kerajaan Negeri… gapo dio?

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Dop…sikit jah Galas, kito pun sahabat jugak. Jadi Galas hari ini dalam kluster yang disebut juga Titah Tuanku iaitu “Beta turut memandang serius isu keselamatan di sempadan Thailand maka cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di kawasan Sungai Golok perlu dimuktamadkan dengan segera. Jadi ini di bawah bidang kuasa Pusat, bawah sempadan. Jadi Galas sepatutnya memberi cadangan-cadagan yang baik dan boleh membantu mempercepatkan pembinaan tembok Sungai Golok.

Gual Ipoh, setakat ni cadangan gapo hok tak baik Galas bui?

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Dop maksud saya ini juga dari aspek bidang di bawah Kerajaan Persekutuan.

Akhirnya rumusan kesimpulan Yang Berhormat Dato’ Speaker, hok banyak sangat gangguan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, hari ini kita bersama saya bersetuju dengan royalti sakni. Saya sebut hal royalti baru-baru ini tak kan Melor tak ingat. Dan Melor juga beri alasan payah nak bawa ke Mahkamah. Payah apo kita lawyer dan memerlukan kos tinggi. Kos tinggi apo kito lawyer negeri. Puak-puak kita bersatu hati dan cuma perkataan saya guna mungkin agak kasar mencabar mahkamah. Tapi

hari ini Pasir Tumboh guno lunak sikit semakan semula takpolah kita guna semakan semula saya menyokong sepenuhnya kalau ni hak rakyat Kelate Yang Berhormat Yang Amat Berhormat mari kita perjuangkan bersama dan saya berani duk depe dalam hal ini dalam menuntut royalti untuk Kelantan kalau ia benar hak rakyat negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhirnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Begitu baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan PMX saya ucap tahniah. Kalu jupo nampak berdakap semace. Baguslah hok tu kita nok semangat federalism, harmoni Ketua Pembangkang dulu minta dia guna perkataan intim. Jadi keintiman memberi manfaat kepada kita bersama. Jadi kalau tak sir bawa ke mahkamah bicang diplomasi dengan baik. Duk dale kereta sekali mungkin boleh kita bincang hal-hal royalti dan sebagainya.

Sikit jah…

Begitu juga akhirnya tak dop masa doh…

Dop… saya nak tanya tadi bakpo ada perkataan kalau benar jah tadi ... kalu… kalu ...

Kalu benar sebab kita guna lagi kalu tak kita kena kaji lagi. Sebabnya wak masuk tahun 2010…2019 ….2009 tarik balik itu yang peliknya. Bakpo yang tarik baliknya? Habis bayar kepada tommy thommas sebanyak RM5,000.00 lebih bakpo tarik baliknya. Jadi kalau ini boleh dibuat semakan semula mari kita duduk sekali kita bayar sekali lawyer demo pun lawyer jugak jange duk ambik fee mahal-mahal lah.

Yang Berhormat akhirnya saya nak lebih banyak-banyak, saya mohon menyokong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku …

◌ ﻪﻠﻟ ا ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻛﱠﻞ ﻮ ﺘ ﻓ ﺖ ﻣ ﺰ ﻋ ِذَا ﺎ ﻓ ِّٰ َ ْ َ ـَ ـَ َ ْ َ َ َ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Galas, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Melor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama turut serta dalam perbahasan Titah Diraja pada sidang pada kali ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu Melor ingin menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyertai Istiadat Pembukaan Dewan dan pada pagi semalam menyampaikan Titah dalam Dewan yang mulia ini dengan harapan kita berharap Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan dijadikan sebagai pedoman kepada kita semua khususnya Kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar untuk membangunkan negeri ini ke arah lebih baik dan diberkati.

Keduanya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tadi tegur Galas hari ni dia rindu sangat ko saya sebut Melor... Melor sebab tu saya bangun terus. Saya tegur Galas berdasarkan peraturan perbahasan Perkara 46, bukan saya tak suka dengan soalan tapi Galas awal bangun sebut nak bariskan 101 soalan, dok. Dan saya duk tengok Perkara 46 Perkara 46 ni kata” setiap Ahli yang berbahas hendaklah menyampaikan pandangan-pandangannya... bukan soalan-soalannya”. Jadinya bukan tak boleh tanya soalan tapi kita di Dewan ni ada kaedah dia, semua orang tahu notis dia dah habis… habis la. Tak naik nok buat gano, bokali tak cukup syarat ...tak cukup sifat boleh tanya lain kali dan boleh jumpa EXCO-EXCO yang berkaitan. Tapi dilontar begitu naya lah. Dalam masa esok doh EXCO-EXCO nak gulung, pegawai-pegawai Kerajaan tidak sedia tak dop masa yang cukup.

Yang keduanya, saya tegur ni kerana saya merindui pandangan-pandangan Galas. Seorang pemimpin muda yang penuh dengan visi menyertai UMNO kerana UMNO pejuang Melayu. Hidup Melayu puluhan tahun tapi loni hanya menjadi perkakas kepada durian action party. Party Chinese chauvinist China…

Tuan Zamri bin NawangPAS · PNJelawat

Melor…Melor minta laluan… Jelawat minta laluan..Galas.. Jelawat minta laluan.

Timbalan Speaker

Saya tak akan tambah masa tambahan. Jadi cuma 10 minit untuk Melor, kalau Melor setuju pencelahan, boleh… kalau Melor tak setuju….

Saya bagi celahan… saya bagi celahan..

Timbalan Speaker

Ok, silakan Jelawat…

[mengangkat buku peraturan Dewan] Peraturan Dewan Yang Berhormat Dato’ Speaker… Speaker Peraturan Dewan.

Timbalan Speaker

Silakan Jelawat dulu.

Tuan Zamri bin NawangPAS · PNJelawat

Ok..tadi disebut tentang perjuangan UMNO, hidup Melayu tapi sekarang ni kalau kita tengok kepada video dia dah tak ada perjuangan UMNO hidup Melayu. Yang ada sekarang ni UMDAP mantap tagline yang terbaru.

… kepada China DAP…

Dato’ Speaker Peraturan Dewan.

Bui ko dio..

Timbalan Speaker

Silakan Galas…

Peraturan 13 Yang Berhormat ..Perkara 13 seseorang Ahli dilarang menyindir Ahli-Ahli yang lain mempunyai tujuan yang serong. Apa tujuan Yang Berhormat Melor.

Eh, saya tak sindir, saya kata betul.

Sapo kata betul?

Saya kata betul..parti anda menjadi perkakas.

Bila perkakas?

Perkakas kepada durian action party DAP.

Apa bukti ?

Menjadi alat kepada mereka mengambil

Apa bukti?

Janji Pilihanraya lain..

Apa bukti?

Bakpo tak dok buktinya, tak leh baca ko? Semua orang tahu …

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Mana bukti kata parti….

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sila duduk.

Saya kata kesedaran …

Biar rakyat tengok…

Langsung tak dok niat nok sindir. Saya kata direct atas muka.

Di mana? Bila UMNO kata nak turut DAP?

Duduk dulu… duduk dulu... izinkan saya nak berbahas.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin berpesan kita harus menjaga di korum kita di Perbahasan. Ada cara kita berbahas… jadi cuba elakkan sindir menyindir dan sebagainya.

Baik terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Timbalan Speaker

Silakan Melor….

Izinkanlah saya menyambung perbahasan pada hari ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, hari ini izinkan saya menyentuh sedikit tentang isu sosial sangat kritikal bukan hanya di Negeri Kelantan bahkan di seluruh negara. Khususnya yang melanda generasi muda kita dan banyak sumber-sumber yang menyebut statistik yang menunjukkan peningkatan kes dari tahun ke tahun yang merupakan suatu petanda negara sedang berbisik berdepan dengan prinsip akhlak dan penguatkuasaan yang sangat serius dan dalam kita tahu bahawa negeri kita yang merupakan subjek utama yang sari dua ini menjadi sasaran dengan dituduh dan didakwa sebagai

negeri yang paling tinggi terjebak ataupun terlibat dengan kadar penagihan dadah.

Saya bukan nak menafikan sebentar tadi saya terdengar Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar telah menyebut bagaimana statistik-statistik yang disimpulkan sebagai memberi gambaran yang tidak tepat mengenai kedudukan negeri Kelantan khususnya bagi statistik kadar penggunaan dadah. Kita awal pertengahan Februari yang lepas kita dikejutkan dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Sifuddin Nasiotion. Kenyataan akhbar dia Kelantan teratas salah guna dadah dengan menggunakan statistik per100,000 kadar Penduduk. Dan Kelantan digambarkan sebagai berada di ranking yang pertama diikuti dengan Terengganu, kemudiannya Perlis dan juga Kedah.

Jadi 4 negeri Melayu yang diperintah dengan Perikatan Nasional SG 4 digambarkan dengan negeri yang sangat tinggi dadahnya. Kita tak dok masalah dengan statistik tapi saya naik sebut statistik dan data digunakan pada tempat yang sesuai membawa maksud yang sesuai. Bila digunakan pada tempat yang betul akan memberikan maksud yang betul. Tapi bila digunakan selain daripada itu akan memberikan kesimpulan yang tidak melambangkan hal yang sebenar yang berlaku. Kita tengok apa yang digunakan data yang digunakan oleh Menteri Dalam Negeri dia menggunakan kadar per hundred thousand penduduk. 100,000 ribu penduduk. Tapi kalau kita tengok data yang … ini kalua saya rujuk data laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan setakat September 2024. Kalau kita tengok data mentah… bukan data mentah kalau kita tengok statistik penyalahgunaan dadah bagi tahun 2024 setakat September Selangor mencatat kes 21,385... Johor mencatat kedua tertinggi kes 18,707 dan Kelantan nombor 3 iaitu 18,507. Perlis duduk nombor 3 terakhir 2,625. Terengganu duduk nombor 7... 11,750.

Dato’ Speaker, kalau Menteri nak bercakap tentang fakta berkenaan penyalahgunaan dadah dedahkan semua data-data ini secara tersusun bukan hanya memetik kadar perseratus penduduk kemudian umum. Seolah-olah 4 negeri ini adalah sarang dadah yang paling merbahaya di seluruh dunia. Padahal itu dikira dengan kadar nisbah 100 penduduk dan kalau kita guna rasio 100,000 Dato’ Speaker, memanglah... rakyat Perlis 300,000 orang sahaja. Johor rakyat dia 4.1 juta, Selangor rakyat dia 7.3 juta. Jadi kalau makin besar makin ramai penduduk dan rakyat maka kadar per 100,000 tu akan jadi lebih rendah. Sebab itu dalam data yang

statistik yang dikeluarkan AADK ini Selangor berada di tempat kedua terbawah per100,000 kes …

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Melor..2 minit lagi yer…

…290 kes sedangkan jumlah kes yang sebenar ialah 21,000. Saya nak sebutkan bahawa apabila data digunakan dengan tidak lengkap oleh Yang Berhormat KDN …

Melor… Melor..

Menteri Dalam Negeri… panjang doh awak ambil saya, terima kasihlah.

Sikit jah..sikit jah...

Balik ngempeng ko DAP la kalu …

Tengok Yang Berhormat dia tidak dengar Dato’ Speaker kata tadi. Baru tadi.. provok lagi.

10 saat… sila... sila…

Selangor mempunyai penduduk populasi jumlah 10.4 juta sebagaimana kata Melor tadi pada tahun 2024. Manakala Kelantan mempunyai hanya populasi 1.8 juta orang.

Betul… betul…

Ok, maka adalah tidak adil membuat perbandingan berdasarkan populasi mesti membuat perbandingan berdasarkan ratio.

Saya tahu,.. saya pehe, saya oyak doh tadi.. terima kasih …

Apple to apple..terima kasih.

Saya nak royak gini menteri tak boleh nak sebut gitu menteri kena sebut penuh la data-data ini. Bukan ambil sikit jah ambil hanya perhandround tousend sama ada 21,000 tapi oleh kerana penduduk dia 4.74 juta maka jadilah rasio per hundred thousand hanya 290. Itulah yang kita nak..

Timbalan Speaker

Perbahasan daripada Melor berkenaan dengan statistik tak perlu dijawab oleh Galas.

Dok... tidak nok jawab…nok minta laluan jah.. tak minta suh jawab.

Dengan menggunakan statistik… pade doh tu [KEPADA YB GALAS] statistik yang kurang masak dan mentah ini Kota Lama Februari 16 2025 dia buat posting facebook, “Kelantan juara kadar salah guna dadah”. Amboi dah la berdasarkan fakta yang sikit tidak menceritakan senario sebenar. Terus Kelantan juara..kita tahulah barangkali Kota Lama takdok hubuwatan assobiyyah macama mana kita anak jati Kelate. Sebab tu dia lambangkan Kelantan ni juara tapi ini juga satu hal yang maknanya apabila Menteri letak begitu dia nak royak apa? Dia nak memberikan kesimpulan bahawa negeri ini adalah negeri yang tidak selamat untuk didiami.

Dan kalau kita tengok Yang Berhormat Dato’ Speaker, sari dua ni mula-mula Menteri Dalam Negeri kita tengok timeframe…, 22 Mac Ketua Polis Kelantan buat kenyataan pempegaruh usahawan kosmetik jadi ketua sendikit jual dadah. Tak dak data, tak dop fakta. Saya tertanya-tanya Ketua Polis nak jadi… nak menjual cerita sensasi atau pun nak menjadi Penguatkuasa dan Penjawat Awam yang mempunyai disiplin tentang data.

9 April …duduk la pade la tu [KEPADA MELOR] ….

Apa maksud Melor? Ketua Polis…

Padelah tu…9 April sumbang mahram ..

Tuduhan besar kepada Ketua Polis tuh...

Ini kenyataan Ketua Polis Kelantan tak baca ke?

Tak betul ke kenyataan Ketua Polis?

Iyalah betul lah..

Speaker

Galas sudah tidak boleh menjawab…teruskan Melor.

22 Mac, 9 April kes rogol bawah umur Kelantan lagi… budak perempuan cari lelaki untuk buat hubungan seks... kenyataan Ketua Polis. Budak lelaki hamilkan sepupu… kenyataan Ketua Polis Kelantan. 16 April ada lagi, Pegawai Polis terkejut jumpa video seks anaknya bersama dengan lelaki. Kenyataan Ketua Polis Kelantan. Dato’ Speaker, daripada bulan 2, bulan 3 dan bertalu-talu daripada bulan April bersusun-susun kenyataan yang memberikan gambaran yang negatif kepada Negeri ini. 4 hari lepas Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Sri Ayub Khan mengulang data yang sama kita duk fikir bakpo nyo duk sungguh sangat dan mengambil satu cebisan yang kecil untuk memberikan gambaran yang salah. Sebab itulah saya kata kalau nak sebut, sebut semualah. Jdi bila kita tengok baru kita perasan ooo barang kali rupa-rupanya sebab hari Sabtu ni hari Pilihanraya Kecil bagi DUN Air Kuning. Sila….

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Melor saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Melor bila isu-isu Yang Berhormat Melor bangkitkan pertama berkaitan dengan isu

jenayah dan sebagaimana yang disebutkan oleh Kota Lama dan pihak-pihak tertentu sedangkan waktu yuang sama mengikut statistik yang disebut oleh Melor dan negeri-negeri lain juga boleh dikatakan tidak kurang cemerlangnya dalam bab jenayah ni tetapi mungkin ini boleh dijadikan indikator kecemerlangan Kelantan apabila satu-satu isu itu wujud maka kita dijadikan satu isu besar sebab mungkin pandangan seluruh rakyat khususnya bahawa Kelantan ni adalah sebuah negeri yang mendidik rakyatnya untuk lebih baik sehingga ada satu isu walaupun terpencil dijadikan isu besar sedangkan negeri-negeri lain mungkin juga tidak dijadikan isu kerana perkara itu menjadi kebiasaan. Makna dari sudut indikator perbandingan …. Kita berada di tahap terbaik bila isu … menjadi kepelikkan kepada orang lain atau pihak-pihak tertentu. Dan negeri-negeri lain tu mungkin dah menjadi biasa kes rogolnya kes jenayah dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Melor?

Yer... yer saya pun bersetuju sebahagiannya sebab tu ramai orang minat dan saya Cuma terdetik apabila Tendong tu setuju sangatlah. Cuma saya sebut dan saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini sebab saya tengok ada timeline ini menunjukkan seolah-seolah ada prima ditated plan untuk menggambarkan dan memberikan gambaran yang negatif sangat-sangat kepada negeri kita negeri Kelate. Dan negeri-negeri Melayu yang berada dalam SG4 sebab kalau pihak-pihak berwajib ini jujur data tu kena cerita penuh la. Bakpo duk ambil sikit kemudian gembar gemburkan seolah-oleh inilah tempat yang paling bahaya yang paling menakutkan dari segi kadar penggunaan dadah.

Timbalan Speaker

Minta Melor simpulkan., masa dah habis.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bukan saya menafikan oleh penguatkuasa Negeri ataupun pihak Polis tapi dalam konteks kenyataan Ketua Polis Kelantan saya simpulkan bahawa kalau perkara yang macam pempengaruh usahawan kosmetik ini tak dok data pun. Dia sebut tahun 2020 ada 1 kes 2021 ada 1 kes. Takdok cerita baru pun data yang diulang, daripada dulu. Akhirnya masyarakat orang luar tengok tokey kosmetik Kelate ni boleh jadi tokey dadah belako jadi. Ini dia punya rentetan. Sama

juga dengan statement-statement lain statement kecenderungan membuat statement dengan cerita yang lebih cenderung untuk sensasi bukan kerja Ketua Polis pun. Serah kepada influencer budak-budak tiktok cukup lah. Jadi kita nak bagi ingatan kepada Penguatkuasa bahawa data ini kalau diguna dengan cara yang betul pada tempat yang betul dengan tujuan yang betul, Alhamdulillah comel. Boleh dijadikan panduan dan juga pedoman kepada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan usaha setakat bidang kuasa yang ada tapi kalau digunakan di tempat yang salah dengan niat yang songsang pada masa yang tidak sesuai, maka kesimpulan kita ia hanya satu hal untuk menyediakan peluru-peluru politik kepada pihak-pihak tertentu.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon menyokong usul yang dibawa oleh Pasir Tumboh dan juga Titah Diraja yang telah dibentangkan semalam. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Melor. Teruskan dengan Pulai Chondong… sila.

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ِ ِ ﻢ ﻜ ُ ﻣ ﺮ ﻛ ْ أَ ﱠ ۟ ﻮ ﻓ ﺎ ﻌ ﺘ ﻟ ﻞ ﺋ ٓ ﺎ ﺒ ﻗ ﻮﺎﺑ ﻌ ﺷ ﻢ ﻜ ُ ﻨ ﻠ ْ ﻌ ﺟ ﻰ ﻧﺜ ﺮ ٍۢ ﻛ ذَ ﻦ ﻣ ﻢ ﻜ ُ ﻨ ﻘ َ ﻠ ﺧ ʭﱠ إِ ﻟﻨﱠﺎ ٱ ﺎ ﱡﻬ ـ ﻳ َ ﺄ ﻳ ـُ ـَ َ ْ ْإِن َ َ ٓا رَ َ ـَ َ َ وَ ًۭ ُ ُ ْ َـٰ َ َ وَ ٰ َ وَأُ ِّ َـٰ َ سُ َ َـٰٓ ِ ِ ِ ِ ٣١ ﲑ ﺒ ﺧ ﻴﻢ ﻠ ﻋ ﻪﻠﻟﱠ ٱ إِن ﱠ ﻢ ﻜ ُ ﯩ ٰ ﻘ ﺗ أَ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻨﺪ ﻋ ٌۭ َ َ َ ـْ َ ٌ َ ْ Surah Al-Hujurat ayat 13

Yang bermaksud, “wahai manusia kami menciptakan kamu dari golongan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenali beramah mesra, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang bertaqwa sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha mendalam pengetahuannya”.

ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ, وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pulai Chondong ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Titah Ucapan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Muhammad Ke V dalam majlis Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Kelima bagi tahun 2025 pada hari kelmarin.

Bawa kereta biarlah selamat, Kereta jenama lamborgini, Berbuat baiklah sesama masyarakat, Agar hidup ini sentiasa harmoni.

Saya mengucapkan Junjung Kasih tidak terhingga di atas Titah Tuanku yang pada awal Titah Kebawah Duli Yang Mulia menyebut tentang pentingnya soal perpaduan, kemajuan serta kesejahteraan di Negeri Kelantan. Dan dihujung ucapan dikaitkan dengan kita hendaklah melaksanakan pentadbiran berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A. perpaduan merupakan kunci kepada kemajuan dan kesejahteraan di mana negeri Kelantan di bawah pentadbiran Kerajaan PAS bermula dari tahun 1990 hingga sekarang. Dapat mempastikan rakyat di Negeri Kelantan hidup dengan penuh harmoni dan semangat perpaduan. Kerana dengan perpaduan inilah yang menghasilkan yang dapat kita lihat pada hari ini selama hampir 35 tahun tidak ada apa-apa yang tercetus dari segi ketegangan kaum antara bangsa melayu Cina dan India. Dan ini sudah tentu dapat dilaksanakan setelah Kerajaan melaksanakan motto “Membangun Bersama Islam,” Merakyat Membangun Bersama Islam”, dan akhir sekali dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat DPP kita dengan motto “Penghayatan Membangun Bersama Islam”.

Insha Allah melalui perpaduan ini banyak perkara-perkara yang dapat dilaksanakan bagi mempastikan Kerajaan Negeri Kelantan dapat membangun dengan bertambah maju dari masa ke semasa. Kita tidak ingin melihat Islam diperkotak katikkan kerana banyak isu-isu yang berlaku sekarang.

Yang terakhirnya disebut berkaitan dengan yang baru berlaku baru-baru ini bulan hilang dari bendera Malaysia. Dok? Jadi ini semua berlaku kerana kelemahan-kelemahan yang ada pada Kerajaan sekarang. Banyak

isu-isu kalimah Allah yang ditulis pada stoking yang banyak lagi yang dapat kehendak kita perlu bersatu padu dalam satu penyatuan ummah ataupun penyatuan Islam yang Insha Allah akan mewujudkan perpaduan nasional antara kaum yang sama-sama kita inginkan. Suka saya nak sebut bukan saya nak puji di zaman Almarhum Tun Abdullah Badawi saya lihat masa tu kita masih di peringkat belia lagi tidak banyak isu-isu berkaitan dengan perkara-perkara yang ada seperti sekarang.

Kerajaan yang ada pada hari ini saya tak tahulah banyak isu-isu yang berbangkit sehari demi sehari yang menyebabkan kita Islam Kerajaan yang dipimpin oleh pimpinan Islam tapi kita tengok semakin hari semakin lemah. Semakin hari maksud orang tidak takut kepada Islam tidak takut kepada kekuasaan kita. Kita kena bersatu padu bersatu hati supaya kita dapat melihat suatu hari nanti Islam Insha Allah berada di tempat yang tertinggi. Jadi semua sekali kena mainkan peranan cuma saya nampak UMNO tak boleh mainkan peranan dah loni. Maaflah, PN yang dipimpin oleh PAS… BERSATU kena main peranan. Ini hakikat yang nyata. Maaf Galas deh… loni lebih baik UMNO mari bersama dengan kita duk sekali dengan kita dalam kesatuan ummah Melayu supaya kita dapat melahirkan satu kekuatan baru untuk kita berhadapan dengan musuh-musuh kita khususnya kaum Cina chauviniest yang selalu nampak loni berani dah sampai Raja pun bercakap tetapi tidak disahut oleh pemimpin UMNO hok duk kecek hok duk balik nuh saya nampak ….

Boleh Pulai Chondong?

Tuan Hj Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

Hooo… buleh sikit…

Terima kasih Ustaz Pulai Chondong… tadi Ustaz sebut Umno..

Tuan Hj Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

Jange lamo lah jange lama.

Hoo… ambo nak tanya Ustaz, Ustaz nak ajak UMNO bersama Perikatan Nasional loni ambo nak ajok Perikatan Nasional masuk UMNO bersama dengan Kerajaan Pusat. Dan Yang kedua berdasarkan Yang Berhormat Ustaz sebutkan tadi ataupun Yang Berhormat Ustaz tak yakin dengan PMX kita loni.

Tuan Hj Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

Baik, terima kasih. Memang dengan kepimpinan PMX sekarang saya tidak yakin. Lebih-lebih lagi UMNO kalau UMNO boleh buang DAP Insha Allah kita boleh bersama, Insha Allah. Lagu mana UMNO duduk sekali dengan DAP, UMDAP selagi tulah rasa payah untuk kita berkerjasama. Itu pandangan saya. Baik…

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Pulai Chondong, 2 minit lagi.

Tuan Hj Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

2 minit lagi? Justeru itu saya ingin mengariskan kenapa Negeri Kelantan dijadikan model perpaduan negara ataupun perpaduan nasional yang akan mengembalikan maruah umat Islam yang semakin tertindas merempat di negeri sendiri. Yang pertama, Kelantan merupakan model perpaduan Negara dan perpaduan masyarakat. Negeri Kelantan wajar dijadikan model perpaduan negara dalam keadaan negara sering digoncang isu perkauman tidak menghormati perkauman dan rukun negara. Itu isu yang disebut tadi dan perbezaan fahaman kita lihat rakyat Kelantan perkauman Cina, Melayu, Siam, India dan sebagainya masih dapat hidup harmoni bersatu dalam kepelbagaian dan saling menghormati. Di Pulai Chondong sapa tahap kami di Pulai Chondong kalu dengan Cina kita gi rumah dia boleh make nasi berebut budu sekali nok royak harmoninya dan saya suka sebut apoo… Mekyun tu kita tengok dale Youtube tu Allahuakhbar dia belajar poso, dia begitu begini. Jadi sebab tu kita sebut Kelantan boleh dijadikan model kepada perpaduan nasional. Rahsia utama perpaduan harmoni ini ialah pendekatan-pendekatan pentadbiran negeri berteraskan dasar Membangun Bersama Islam dan dasar ini menekankan keadilan Islam kesejahteraan, hormat

menghormati dan tolak ansur di antara kaum sebagaimana dituntut dalam Islam. Saya terpaksa skip lah… panjang sangat nih…

Kita lihat saja pertembungan masyarakat Cina di Kota Bharu, Tumpat, Kuala Krai, Pasir Mas, Machang dan sebagainya di mana sambutan termasuk di Gua Musanglah kita dapat mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya dalam keadaan yang semangat Muhibbah antara semua kaum cuma kita kena ada dasarlah maknanya yang kita sebut baru ni kita tak leh pergi untuk acara-acara keagamaan tapi amat malangnya PM kita dia kata begitulah. Tak perlu kepada garis panduan dan sebagainya... hok ni kita nak baiki. Ini membuktikan bahawa Islam yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Kelantan bukan extreme tapi Islam yang sejahtera dan Islam yang menyatukan. Selaras dengan dasar Perpaduan Negara 2021-2030 yang digubal oleh Kerajaan Persekutuan Kelantan lebih awal telah dilaksanakan. Apa yang telah digariskan dalam dasar tersebut iaitu meningkatkan integrasi Nasional berasaskan nilai sejagat, mengarus perdanakan pembangunan insan dan membangunkan masyarakat inklusif.

Jadi Insha Allah saya memberi cadangan kepada pihak Kerajaan supaya terus memperkukuhkan peranan ini dengan memperkenalkan pelan Tindakan Perpaduan Negeri Kelantan yang memfokuskan kepada program dialog rakyat majmuk setiap DUN melalui pemerkasaan, Program Bina Ummah, Cakna Rakyat dan Desa Taqwa. Begitu juga perlu ada modul pendidikan perpaduan penyatuan berteraskan Islam sejahtera dan kena ada insentif harmoni menerusi Komuniti Rabbani yang menunjukkan rekod perpaduan yang cemerlang. Jadi sayanya tidak perlulah mencari model yang lain kalau nak wujudkan sebuah negara yang menempatkan bersepaduan dan penyatuan ummah kita boleh ambil role model daripada Negeri Kelantan.

Baik, saya sentuh mengenai Pulai Chondong saya nak mencadangkan supaya EXCO Pelancongan dapat melihat satu kawasan di Pulai Chondong yang sangat cantik duduk tengah-tengah negeri Kelantan dia panggil Lubuk Lesong. Saya pernah sebut doh kepada EXCO terdahulu tengah-tengah negeri Kelantan mudah orang nak lalu. Kalau hok mana duk Kelate ambo jemput gi dan ambo boleh sembelih kambing. Dan saya boleh kata tempat tu amat la cantik Lubuk Lesong dipanggil di tengah-tengah negeri di kawasan kuari Bukit Buluh yang rasa boleh dimajukan untuk pelancongan dan Insha Allah boleh membantu sosioekonomi….

Timbalan Speaker

[MEMOTONG] Sila simpulkan Yang Berhormat…

Tuan Hj Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

…. Baik Yang Berhormat, jadi rumusan sayanya kita hendaklah kembali kepada maklumat kembali bersatu dalam perpaduan ummah dan juga perpaduan nasional sebagaimana firman Allah S.W.T dan kita kena kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W dan

ِ ِ ِ ِ ﰱ ِ ﻢ ﺘ ﻋ ﺰ ﻨ ﺗ ِن ﺈ ﻓ ﻢ ﻨﻜ ُ ﻣ ﺮ ِ ﻣ َْ ﻷ ٱ ﱃ ِ لَ ﻮ ٱ ا۟ ﻮ ﻴﻌ ﻃ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ا۟ ﻮ ﻴﻌ ﻃ أَ ﻮ ﻨ ﻣ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ٱ ﺎ ـ ﻳ َ ﺄ ◌ ي ﱡﻬ ْ ُ ْ َ َـٰ ـَ َ ْ ْ وَأُو۟ ﻟﺮﱠﺳ ُ ُ وَأَ َ ُ ٓا۟ ـُ َ ءَا َ َ َـٰٓ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﻦ ﺴ ﺣ َ ﲑ ﺧ ﻚ ﻟ ﺮ ِ ﺎﺧ ﻟ ٱ ﻮ ﻴ ْ ﻟ ﭑﻪﻠﻟﱠ ﺑ ﻮ ﻨ ﻣ ﺆ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ إِن لِ ﻮ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﱃ َ إِ ﻩ و ﱡ ﺮ ﻓ ﻰ ﺷ ُ ْ وَأ ٌْۭ َ َ ذَٰ ْـَٔ ْمِ ـَ وَٱ نَ ُ ْ ـُ ْ ُ ُ ﻟﺮﱠﺳ ُ وَٱ ُ ـَ َ َ ُد ْءٍۢ ٩٥ ﻳﻼ ﺄﺗ ً َْوِ Surah An-Nisa ayat 59

Ada gapo-gapo pun kita kena pastikan kita dapat kembali kepada Al-Quran dan Sunnah S.A. saya sudahi dengan serangkap pantun…

Ah Seng dan Mutu sentiasa bersama, Bersama Mail bermain dadu, Terapkan asas kerjasama, supaya hidup bersatu padu.

Saya menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan mohon menyokong, sekian

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻳﻪ, ا ﳍﺪ وا ﺗﻮﻓﻖ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و

Timbalan Speaker

Terima kasih yang Berhormat Pulai Chondong, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadangkan unutk menangguhkan Sidang dan Sidang akan disambung semula pada pukul 2 petang.

Sekian,

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.40 TENGAHARI DAN AKAN BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM 2.00 PETANG.

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 2.00 PETANG

Speaker

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, menyambung perbahasan junjung kasih ke atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan. Ada siapa yang nak berucap? Sila Kota Lama.

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ ا ﻟﺪﻳﻦ وا ﻟﺪﻧﻴﺎ ا ر ﻣﻮ أ ﻋﻠﻰ ﻧﺴﺘﻌﲔ ﺑﻪ و ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﻌﲔ. أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ

ﻟﻌﻈﻴﻢ ا ان ﻟﻘﺮ ا ﰲ ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ل ﻗﺎ

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ ِ ِ ِ ِ ِ ﲔ ﻤ ﻠ ﺴ ﻤ ْ ﻟ ا ﻦ ﻣ ﻧﱠﲏ ِ إِ لَ ﺎ ﻗ ﺎ ﺎﳊ ﺻ ﻞ ﻤ ﻋ ﻪﻠﻟﱠ ا ﱃ َ إِ ﺎ ﻋ ﱠﻦ ﳑ ﻻ ً ﻮ ﻗ ﻦ ﺴ ﺣ أ ﻦ ﻣ َ ْ ُ َ َ وَ ًِ َ َ وَ َ دَ ِّ ْ ـَ ُ ْ َوَ ْ َ َ َ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah SWT dan mengerjakan kebajikan dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang muslim berserah diri. (Ayat 33) Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar, barisan Exco, semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai kerajaan. Dalam dewan yang mulia pada petang ini izinkan Kota Lama turut merafakkan setinggi junjung kasih ke atas titah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V kepada dewan yang mulia ini.

Istana lama tidak berpaku, ditelan zaman tidak berubah, Kota Lama menjunjung titah Tuanku agar makmur bumi kita yang bertuah.

Terima kasih sekali lagi atas kesempatan yang diberikan untuk Kota Lama mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja 2025 ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku begitu padat dengan saranan dan harapan agar kemajuan dan kesejahteraan segenap lapisan rakyat di negeri ini terjamin dan diberi keutamaan. Baginda juga bertitah supaya Kerajaan Negeri meneliti isu bangunan terbiar serta memberikan perhatian kepada pembangunan bandar baharu setiap jajahan.

Sehubungan dengan ini Kota Lama menarik perhatian dewan yang mulia ini terhadap pembangunan taman rekreasi dan kiosk termasuk pembangunan projek infra dan utiliti rekreasi Kampung Sireh yang diperuntukkan sebanyak RM12.55 juta sebelum ini. Sejauh manakah perkembangan projek ini dan manafaatnya kepada rakyat. Yang lebih saya mahu tahu adalah perancangan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan ekonomi di tengah bandar Kota Bharu. Kalau kita bilang banyaknya bangunan-bangunan besar yang terbiar seperti hotel, bangunan yang bekas Laila Rawas, bangunan supermarket Parkson dan The Store yang sudah lama terbiar dan mati di tepi pasar Siti Khadijah.

Dan kalau kita berjalan waktu malam pulak sebahagian besar Kota Bharu ini gelap tanpa lampu. Ini menjejaskan imej bandar dan negeri kita. Apakah perancangan kerajaan untuk menghidupkan semula bandar, merancakkan kegiatan ekonomi, menggalakkan pelancongan disamping menyediakan peluang pekerjaan.

Sebenarnya kita tidak kurang daya tarikan pelancongan di tengah bandar Kota Bharu. Namun peniaga wanita di bazar Buloh Kubu contohnya ia satu ketika adalah merupakan bazar ikonik kraf dan batik ataupun penggiat seni logam dan di laman emas Malaysia di bazar Tuan Padang sebenarnya amat memerlukan bantuan pihak kerajaan untuk kekal relevan dan boleh berdaya saing dalam keterbatasan yang ada mereka sebenarnya menggerakkan latihan kemahiran TVET aktiviti seni logam

bagi menghasilkan juru kraf emas sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan terutama bagi golongan muda. Jadi sebenarnya ya kita juga mahu bertanya pembangunan bandar pelancongan pintar di Kota Bharu bagi saya wajar diserlahkan sesuai dengan kedudukannya sebagai ibu negeri. Bila bercakap tentang peniaga wanita tentunya ya isu kebajikan wanita-wanita ini yang berniaga bilangan 90% daripada mereka yang menggerakkan pasar-pasar ditengah-tengah bandar itu tentunya kebajikan wanita dan keluarga mereka perlu kita ambik perhatian.

Dato’ Speaker, ternyata ekonomi kita sebenarnya perlu dibangunkan secara menyeluruh tidak boleh dilihat secara terpisah-pisah. Justeru Kota Lama menjunjung dan menyokong titah Tuanku agar fokus dan hala tuju permohonan rolling plan pertama RMK 13 yang dirancang adalah ke arah pembangunan yang lebih inclusive mampan dan memaju pembangunan ekonomi serta meningkatkan daya saing negeri. Kota Lama berharap kerajaan dapat terus menumpukan pembangunan di sektor pertanian berskala besar yang kita sebut-sebut dan juga memberikan sokongan kepada pembangunan ekonomi biru yang melibatkan industri marine berkaitan laut seperti perikanan dan juga kejuruteraan marine.

Untuk rekod kita sebenarnya mempunyai jumlah pantai yang begitu panjang. Saya membayangkan potensi pembangunan Limbongan kapal di pesisir pantai Kelantan yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak meningkatkan perniagaan dan perlancongan yang sebenarnya bila pembangunan ini dapat dilakukan limpahan ekonominya akan dapat dirasai hingga ke Kota Lama. Seterusnya dalam konteks Federalisma Duli Yang Maha Mulia Tuanku berasa sukacita dengan hubungan baik di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam aspek pembangunan infrastruktur dan lain-lain.

Ini sebenarnya merupakan satu penegasan bahawa Kelantan tidak di anak tiri kan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun meluluskan semua permohonan projek kerajaan negeri Kelantan sebagaimana disahkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar baru-baru ini. Sebagai rekod peruntukan untuk Kelantan meningkat 30% ya tahun lepas iaitu kepada RM762 juta berbanding sebelumnya. Selain itu Putrajaya juga memperuntukkan RM3.1 billion

keseluruhannya untuk projek pembangunan di Kelantan pada tahun 2025. Ini hampir dua kali ganda yang diberikan ya berbanding dengan tahun sebelumnya.

Kota Lama antara yang mendapat manafaat projek persekutuan ini apabila keseluruhannya RM7 juta disalurkan untuk pembaikan Pasar Besar Siti Khadijah yang dapat disiapkan dalam tempoh kurang 6 bulan. Ini selain daripada projek-projek bernilai RM156 juta melalui KPKT termasuk projek landskap pengindahan bandar Kota Bharu yang sedang berjalan bernilai RM48 juta namun …

Speaker

[MENCELAH] Ada dua minit lagi …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

…. Pembaikan dan pengindahan ini mesti disertai dengan komitmen PBT untuk memastikan bandar-bandar di Kelantan bersih, indah dan ceria serta memiliki pengurusan bandar yang baik.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, masih seputar infrastruktur mungkin pembinaan KB Sentral ya tidak lama dulu kita dengar yang akan dibangun oleh Perak Transit apa pun kita menyokong tindakan Kerajaan Negeri mahu membangunkannya sendiri cuma Kota Lama mahu tahu apa jadi dengan wang komitmen RM2 juta yang diberikan oleh WIDAD pada 12.03.2023? Kita tidak mahu tuntutan pelanggaran kontrak sebagaimana tuntutan Laguni Services sebuah syarikat pengilangan tahun melawat Kelantan 2020 berlaku sekali lagi. Kini Laguni Services bertanya bila Kerajaan Negeri mahu membayar tuntutan mereka.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya akhirnya ya bagi saya peringatan Tuanku agar Kelantan terus berpegang dengan nilai-nilai Islam dalam memelihara kesepaduan, keharmonian dan kemakmuran. Justeru saya sedikit kesal apabila ya Melor memilih untuk ya mungkin mengasak Galas tadi dan menuduh ataupun memberikan kenyataan yang berniat serong terhadap rakan gabungan politik kami.

Sebenarnya penduduk pendedahan Ketua Polis Kelantan baru-baru ini tentang peningkatan jenayah ya gejala seksual di negeri ini perlu dilihat ya, bukan dengan sindrom penafian. Saya mengalu-alukan kenyataan Dato’ Panglima Perang MB yang merasakan bahawa memang kita kena gerakkan semua aspek. Soal sosial, soal ekonomi dia tidak berparti. Jadi jangan salah sangka kalau saya meletakkan ya kenyataan Kelantan tinggi dalam dadah ….

Speaker

[MENCELAH] Masa Yang Berhormat sudah cukup …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

… meletakkan, menyarankan bahawa Kerajaan Negeri mengaktifkan Jawatankuasa Tindakan Gejala Sosial. Tetapi saya juga mengemukakan lima lagi langkah. Maka di sini Melor kita memang perlu bergabung tenaga ya …

Speaker

[MENCELAH] Masa Yang Berhormat dah cukup.

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Justeru, bagi saya apa yang berlaku rentetan daripada kenyataan ya Ketua Polis itu bahawa selepas itu ada anak-anak kita keluarga mereka yang tampil secara sukarela. Jangan kita lupa tahun lepas seorang ustaz warden, salah satu daripada Maahad kita di Pasir Pekan dikenakan hukuman 30 tahun penjara dan 18 sebatan kerana memperkosa anak muridnya sendiri, maka di sini …

Speaker

[MENCELAH] Masa Yang Berhormat …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

… bagi saya ya kita perlu bersatu tenagalah dalam menghadapi cabaran-cabaran sosial ya selain saya rasa kita juga perlu menjaga kebajikan isu kebajikan guru-guru YIK kita ya supaya kita akhirnya ya sedikit, sikit lagi ya Dato’ Speaker, kita perlu juga memberikan keadilan ya kerana akhirnya Islam menyuruh kita berbuat adil dan ihsan. Saya harap saya mahu pendirian Kerajaan Negeri ya terhadap kes Wan Ahmad Faris ya yang di dapati meninggal dunia di salah satu Maahad Tahfiz di negeri kita dan pada tahun 2016 mahkamah koronel mendapati bahawa beliau mati dibunuh oleh orang yang tidak dikenali.

Jadi kes ini hari ini di ambil oleh sekumpulan ya peguam …

Speaker

[MENCELAH] Sila akhiri …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Maka akhirnya In Shaa Allah ya mudah-mudahan kita dapat ya memberikan keadilan di negeri kita, jadi akhirnya ya saya mengakhiri dengan merasakan bahawa kita semua perlu memainkan peranan kita dipenjuru masing-masing dengan ini Kota Lama menjunjung Usul Menjunjung Kasih Ucapan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V yang telah dititahkan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و

Speaker

Sila Jelawat.

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jelawat merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan di

atas titah yang telah dititahkan pada hari semalam. Antara penekanan yang diberikan dalam titah tersebut ialah kesejahteraan Negeri Kelantan. Antara perkara yang membawa kepada kesejahteraan Negeri Kelantan ialah pembangunan ekonomi yang seimbang dan menyeluruh. Dan pembangunan ekonomi ini mestilah meliputi setiap jajahan dalam negeri Kelantan ini. Tidak hanya berfokus kepada Kota Bharu ataupun Ketereh yang telah sedia membangun tetapi juga mestilah meliputi kawasan ataupun jajahan Bachok khususnya DUN Jelawat yang masih lagi agak ketinggalan berbanding dengan DUN-DUN yang lain.

Dan saya percaya bahawa DUN Jelawat dan Bachok secara amnya mestilah dimasukkan sebagai satu pertimbangan ataupun perhatian dalam usaha ataupun rencana kerajaan dalam menyusun pembangunan di negeri Kelantan ini. Dan selain daripada itu, antara perkara yang membawa kepada kepada kesejahteraan rakyat ialah kebajikan rakyat sama ada di Kelantan ataupun di luar Kelantan. Yang di Kelantan kita tahu bahawa banyak program-program kebajikan yang dilaksanakan. Cuma masalah yang diluar Kelantan. Mereka yang berada di luar Kelantan adalah juga anak Kelantan dan tiba masanya mereka balik ke Kelantan ini terutamanya pada musim Pilihanraya, musim Hari Raya mereka balik. Kadang-kadang mereka terpaksa ambil cuti, mereka tinggalkan kerja mereka, mereka keluarkan wang perbelanjaan dan sebagainya dan ada yang terlibat kemalangan, mati, cedera dan sebagainya.

Maka kebajikan pada mereka juga mestilah diberikan kerana mereka menunaikan tanggungjawab dan obligasi mereka dan mereka melakukan perkara tersebut kerana mereka cintakan kasih kepada negeri ini.

Saya mencadangkan agar satu institusi ditubuhkan oleh pihak kerajaan supaya proses demokrasi ini dan kecintaan kepada negeri ini dapat disemarakkan terutamanya kepada perantau-perantau yang berada di luar negeri Kelantan.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh perkara yang telah disentuh oleh Melor sebentar tadi iaitu berhubung dengan kenyataan yang dibuat bahawa ramai dikalangan usahawan kosmetik dan juga pempengaruh di negeri ini terlibat dengan kesalahan jenayah dadah. Dan asas kepada dakwaan tersebut ialah berlakunya tangkapan pada tahun 2020. Dan satu lagi tangkapan berlaku pada tahun 2021, 2022 tidak ada tangkapan, 2023 tidak ada dan 2024 ada satu lagi

tangkapan. Bermaksud ada tiga kes dalam masa 5 tahun. Tiga kes dalam masa lima tahun ini tidak boleh dijadikan ukuran sebagai ramai.

Apabila kenyataan di keluarkan bahawa ramai influencer dan usahawan yang terlibat maka pandangan masyarakat melihat kepada sebahagian daripada influencer ataupun usahawan tersebut terlibat dengan najis dadah. Dan ini suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sedangkan usahawan ini terdiri daripada anak-anak muda kita. Ramai daripada mereka yang berniaga, melakukan usaha-usaha dengan jujur, ikhlas dan mereka tidak terlibat dengan jenayah. Sebagai contoh kalau kita katakan dalam dewan ini. Kita ada 45 orang. Dikatakan ramai daripada Ahli Dewan ini menyokong DAP. Sudah tentu tidak benar kenyataan tersebut. Sebab kenyataan tersebut menggambarkan bahawa ramai seseolah lebih daripada separuh ataupun separuh daripada Ahli Dewan menyokong DAP. Sedangkan tidak ada dalam dewan ini yang menyokong DAP. Dan kalau ada pun mungkin 2 3 orang. Itu sahaja. Jadi kenyataan yang menyebut ramai itu ada ataupun takde, mungkin tidak ada, dan mungkin ada. Tapi penggunaan perkataan ramai itu membawa fermentasi bahawa sejumlah besar daripada kalangan usahawan terlibat dengan najis dadah.

Dan ini bukan sahaja mengundang kecaman daripada pihak Kerajaan Negeri tetapi juga mengundang kritikan, pandangan serong, pandangan sinis kepada usahawan kita terutamanya anak-anak muda kita yang terlibat dengan perniagaan secara jujur, secara ikhlas dan mereka sebenarnya tidak terlibat dengan dadah.

Saya, jika benar katakanlah jika ada dan jika benar mereka ataupun ada dikalangan mereka terlibat dengan najis dadah ataupun mana-mana kes jenayah yang lain, gunakanlah akta yang ada, lakukan tindakan, tangkap dan hadapkan mereka ke mahkamah. Kita ada Akta Dadah Berbahaya 1952. Kita boleh tangkap dan kita boleh hadapkan ke mahkamah, siasat dan hadap ke mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan sama ada mereka bersalah ataupun tidak.

Dan kita ada juga Akta Dadah Berbahaya pelucuthakan harta. Di mana harta mereka boleh disita dan dilucuthakan pada Kerajaan. Gunakanlah akta tersebut dan disamping itu kita ada juga Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas). Ini adalah akta untuk melakukan

pencegahan kepada mana-mana orang yang disyaki melakukan jenayah yang terlibat dengan dadah. Jadi gunakanlah akta yang ada. Instrument telah ada maka laksanakanlah tugas anda dan hadapkanlah mereka ke tempat pengadilan yang sebetulnya.

Selain daripada itu, ada juga Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, AMLA 2001. Akta ini juga boleh digunakan sekiranya mereka melakukan kesalahan dan semata-mata membuat statement sebenarnya tidak membantu menurunkan kes di negeri ini.

Dalam kes dadah ini, saya suka menarik perhatian bahawa dengan pengalaman saya selama 30 tahun terlibat dengan kes jenayah termasuk dadah selaku Timbalan Pendakwa Raya walaupun tak lama dan kemudian sebagai Peguam Jenayah. Kes dadah di Kelantan ini sebahagiannya disumbang oleh warga asing terutamanya warga Thailand oleh kerana kita berada di sempadan.

Begitu juga dengan Kedah. Kita berada di sempadan dan sempadannya hanya dipisahkan dengan sungai yang kadang kala cetek airnya setakat buku lali, setakat betis setakat lutut sahaja. Dan sungai tersebut sempit dan warga asing boleh datang dengan senang, dengan mudah. Ini merupakan sumbangan kepada peningkatan kes dadah dan jenayah lain di negeri Kelantan ini. Banyak kes 39b. Sekarang pun masih ada 39b yang saya sedang tunggu untuk bicara yang melibatkan warga asing. Kes pemilikan pun ada, kes penagihan pun ada. Semua ada yang melibatkan warga asing dan banyak kes di mahkamah.

Kalau sahabat-sahabat boleh pergi ke mahkamah boleh cek nama, nama di papan kenyataan tu terdapat wargaThai, warga Thai, warga Thai dan sebagainya. Dan ini adalah sumbangan kepada peningkatan kadar jenayah dadah di Negeri Kelantan ini. Dan sempadan ini sebenarnya bukan urusan Kerajaan Negeri. Sempadan ini siapa yang menjaganya. Sepatutnya orang yang menjaga sempadan ini perketatkanlah kawalan sempadan, buatlah pagar dan sebagainya supaya warg asing tidak dengan mudah boleh menceroboh masuk ke negeri ini.

Seterusnya saya terus kepada isu yang seterusnya yang disebut tentang jenayah seksual juga ada statement tentang peningkatan jenayah seksual di Kelantan khususnya rogol dibawah umur. Kenyataan begini telah mengundang sensasi dan viral di medsos dan pelbagai kecaman

dihalakan kepada Kerajaan Negeri. Dan statement ini ditambah parah dengan ada statement yang menyatakan bahawa terdapat budak lelaki yang melakukan rogol dan budak lelaki tersebut berusia 11 tahun. Saya sebenarnya tidak tahu apa tujuan kenyataan ini diberikan. Kerana undang-undang melalui Seksyen 113 Act 1950, Akta Keterangan 1950 secara jelas menyatakan bahawa di sana ada satu tuntutan tentang anggapan yang tidak boleh dipatahkan. Irrevocable, boleh saya sebut gitu dih, iribakable. Presumption bahawa seorang budak lelaki yang berusia 13 tahun ke bawah tidak berupaya untuk melakukan rogol. Itu kedudukan dari segi undang-undang. Tapi kenapa kenyataan ini dilakukan …

Melor …

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

Ok sila ….

Yang Berhormat Jelawat ya, berdasarkan apa ucapan Yang Berhormat tadi, kita lihat kecenderungan statement-statement itu keluar oleh daripada Ketua Polis Negeri Kelantan, pempengaruh kosmetik, budak merogol jadi apa sebenarnya dan statement-statement ini bahkan bercanggah dengan undang-undang khususnya dalam melibatkan hal budak bawah umur di bawah unur 13. Jadi saya nak tanya apa pandangan dan saranan Yang Berhormat Jelawat kepada penguatkuasa khususnya kepada Ketua Polis Negeri dalam, dalam pengendalian maklumat siasatan yang berkaitan, terima kasih.

Speaker

Masa Yang Berhormat ada 2 minit lagi.

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

Allah baru nok panas line baru. Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Saya jawab hujunglah soalan. Ok seterusnya berhubung dengan saya terpaksa

short cut sikit. Dan apabila Ketua Polis Negara mengeluarkan statement sedemikian maka adalah daripada netizen yang menghalakan kecaman, kritikan, cacian kepada Kerajaan Negeri. Dan yang menariknya saya terbaca dalam satu Facebook. Nama tuan punya Facebook, Doktor Hafizah Mustakim. Saya ingat mungkin ini ADUN Kota Lama ataupun tak tahulah takut ada orang lain. Dalam Facebooknya di tulis, saya mendesak agar Kerajaan Negeri menangani gejala jenayah dan seksual ini secara bersepadu.

Yang di desak adalah Kerajaan Negeri dan antara perkara yang disebutkan dalam cadangannya pertamanya Pendidikan seksual dan Reproduksi Remaja yang dijalankan oleh agensi Kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kesihatan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita Dan Kebajikan Masyarakat (LPPKN). Ini semua adalah agensi Kerajaan Persekutuan. Kenapa nak desak Kerajaan Negeri. Itu persoalannya.

Dan yang kedua, perlaksanaan undang-undang berkaitan jenayah seksual termasuk kanun keseksaan, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Akta Keganasan Rumahtangga, Akta Gangguan Anti Seksual, Akta Komunikasi Dan Media. Ini juga akta-akta yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan. Dan tidak munasabah seorang ahli tidak tahu tentang akta ….

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

[MENCELAH]

Celahan, celahan YB …

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

Saya nak habis doh, masa dua minit jah lagi. Ok sila, takpe, takpe, ok …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Inilah roh perbincangan kita dalam dewan. Kalau saya nampak cara, maknanya …

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

[MENCELAH]

Soalan, soalan …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Soalannya, bila berhadapan dengan isu dalam masyarakat seperti gejala seksual yang makin memparah bukan sahaja di Kelantan, ada juga di mana-mana …

Speaker

Bukan penjelasan Yang Berhormat, apa yang mintak dijelaskan …

Dr. Hafidzah bt Hj. MustakimAMANAH · PHKota Lama

Jadi maksudnya adakah tidak kita memberikan saranan sebab saya mendesak kepada Kerajaan, betul … tidakkah perlu dinyatakan keseluruhannya …

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

Ok, ok betul, terima kasih. Kalau dinyatakan kenapa tak sebut Kerajaan Persekutuan? Kenapa hanya sebut Kerajaan Negeri? Kalau semua pihak kena bertanggungjawab sepatutnya sebut juga Kerajaan Persekutuan. Kerana akta-akta ini digubal Kerajaan Persekutuan. Agensi-agensi Penguatkuasa, Polis, Kastam dan sebagainya adalah agensi Persekutuan. Tapi tak sebut pun Kerajaan Persekutuan dan yang saya nampak ialah statement ini ataupun posting ini adalah semata-mata untuk mengundang kecaman kepada Kerajaan Negeri. Dan saya tengok komen-komen yang ada antara lainnya komen-komen netizen pertamanya memalukan. Dah jadi serambi maksiat. Kedua, adakah slogan “Membangun Bersama Islam” dilaksanakan betul-betul atau dah tukar menjadi slogan “Menunggang Agama Islam”. Inilah yang menjadi harapan kepada Kota Lama sebenarnya. Bukan nak menyelesaikan masalah, bukan nak bagi cadangan, bukan nak settle …

Yang Berhormat Dato’ Speaker, …

Speaker

Masa Yang Berhormat cukup …

Saya nak rujuk Yang Berhormat Jelawat pada Peraturan Dewan.

Speaker

Peraturan berapa?

… 46(13) membuat tuduhan peribadi terhadap ahli yang lain.

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

Saya, ok terima kasih.

Tak patut dia kata direct kepada Kota Lama sebentar tadi. Macamana Yang Berhormat boleh tahu …

Speaker

Takpe, takpe … Tak payah hurai, tak payoh hurai. Saya tidak anggap itu sebagai tuduhan. Sila … ok masa dah cukup.

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

Saya simpulkan. Untuk kesimpulannya setiap pihak, semua pihak harus memainkan peranan untuk membanteras jenayah ini. Dadah ke, seksual dan sebagainya. Ibubapa mainkan peranan anda, awasi anak anda. Tahu dengan siapa mereka berkawan. Tahu apa yang mereka lakukan. Apa yang mereka, di mana mereka pergi dan sebagainya. Jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Penguatkuasa agama gunakan undang-undang yang ada. Buat kerja anda dan penguatkuasa undang-undang juga, polis dan sebagainya laksanakanlah tugas anda selain daripada buat statement laksanakan tugas anda laksanakanlah tugas-tugas. Undang-undang telah banyak. Undang-undang telah ada. Kerajaan Persekutuan …

Speaker

Masa cukup Yang Berhormat…

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

Nak simpul saja ….

Speaker

Nak simpul ? Kena simpul ko?

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

Kalu tok simpul tokleh. Saya nak simpulkan Kerajaan Persekutuan ini penting. Antara perkara yang nak settlekan masalah jenayah seksual ini ialah pertamanya, sekat laman web pornography, laman web lucah. Dan untuk di Malaysia kalau ikut statistik ya kerajaan berjaya menyekat sebanyak 6661 daripada tahun 2016 sehingga 2021 dan 600 pada tahun 2024 sehingga Jun 2024. Tapi Nepal berjaya menyekat sebanyak 25 ribu laman web lucah dan Indonesia daripada tahun 2016-2023 menyekat sebanyak 2 juta. Dan dikatakan ada berjuta-juta lagi laman web lucah yang ada dalam alam maya ini. Dan akhir sekali ….

Speaker

Sila akhiri …

Tuan Zameri b Mat NawangPAS · PNJelawat

… saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana dengan dasar “Membangun Bersama Islam”, negeri Kelantan ini dinobatkan sebagai antara negeri yang paling selamat di Malaysia ini dan juga indeks kebahagiaan Kelantan adalah tertinggi mengatasi negeri-negeri yang lain. Terima kasih pada rakyat, pada pimpinan kerajaan negeri dan saya sudahi dengan pantun sikitlah, pantun … Ada Galas, ada Nenggiri, ada juga Kota Lama, Selamat Hari Raya Aidilfitri, minta maaf belako lako.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Ok terima kasih. Ok sila Tendong.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

Segala puji bagi Allah swt Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jalan baginda hingga ke akhir zaman.

Yang Berhormat Dato Speaker, Tendong bangun di dewan yang mulia ini bagi menyatakan sokongan padu dan penuh penghormatan terhadap usul junjung kasih atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad Ke V yang telah bertitah dengan penuh hikmah dan hemah menyentuh denyut nadi rakyat Negeri Kelantan ini. Titah Tuanku bukan sekadar formality membuka dewan tetapi merupakan suara hati seorang Raja yang benar-benar memahami dan mendengar denyut nadi rakyatnya jauh dari menara gading birokrasi dan dekat dengan lumpur realiti bumi yang tercinta ini.

Sesungguhnya institusi Diraja bukan sekadar lambang bahkan benteng terakhir kedaulatan negeri. Raja berpelembagaan bukan hanya bersemayam di istana tetapi turut menjadi pelindung kepada kepentingan rakyat dan suara rakyat apatah lagi rakyat negeri ini yang sentiasa dimangsakan oleh kepentingan politik oleh pihak-pihak tertentu yang berkuasa khususnya di Putrajaya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam titah baginda Tuanku menyentuh keperluan menyegerakan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dan Sungai Golok termasuk Empangan Lebir sebagai satu usaha besar dalam menangani bencana banjir yang saban tahun meragut ketenteraman dan kemanusiaan rakyat ini. Namun sayang niat

murni ini tidak disambut dengan sesungguhnya oleh sesetengah pihak yang berkuasa khususnya secara jelas saya sebutkan pihak di Putrajaya. Malah lebih menyedihkan projek ini telah menjadi mangsa kepada tuduhan liar, fitnah, fitnah terbuka dan permainan persepsi jahat. Selepas Pilihanraya umum ke 15 sebagai contoh apabila kerajaan Persekutuan diterajui oleh gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional atau lebih popular dengan panggilan “UMDAP”, betul doh Galas dop?

Speaker

Apa maksud UMDAP tu?

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Ringkasan UMNO, DAP.

Speaker

Oooo…

UMNO, DAP apo kaitan BN dengan PH?

Speaker

Galas kalu nak bercakap minta izin.

Aaar Speaker, saya minta izin sekarang …

Speaker

Tapi biar dia jelas la apa maksud …

Ya saya selalu dengar …

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Ringkas saja, ringkasan dari bahasa yang panjang kalau kita panggil UMNO, DAP pun panjang. Yang ringkasnya UMDAP. Realitinya macam tulah.

Speaker

Saya cadang masuk dalam kamus dewanlah perkataan baru.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Boleh dicadangkan. Projek tambatan banjir ini ditangguhkan atas alasan kononnya satu waktu dulu di waktu pemerintahan Perikatan Nasional wujud isu rundingan terus dan masalah tatakelola. Tetapi hari ini projek yang sama disambung semula dan disini saya ingin bertanya Galaslah, nok tanya Galas. Kalau Galas boleh bagitahu ya ataupun tidak takpo doh. Melalui dakwaan kes salah laku dan runding terus tatakelola yang tidak tepat ini dimana bukti tata kelola yang dikatakan tidak betul itu? Mana laporan audit rasmi? Siapa yang dituduh dan didakwa? Apakah benar ada sen yang masuk ke poket. Atau sekadar kepala mereka-mereka itu sahaja yang masuk air atau yang busuk sangat. Lebih parah Yang Berhormat Dato’ Speaker saya begitu kecil hati apabila seorang Perdana Menteri membuat tuduhan yang bagi saya terlalu keterlaluan.

Pada 1 Mac 2025 ketika merasmikan sebuah mesyuarat Parti di Selangor, Perdana Menteri menyebut dan saya petik ucapan ini dengan quote yang tepat. PAS kalau runding terus masuk poket. Ini bukan sembang kedai kopi. Ini keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia. Satu tuduhan yang tidak disertakan bukti. Tidak diikat, tidak diikut siasatan tetapi cukup untuk membentuk satu persepsi jahat terhadap Kerajaan Negeri ini. Seolah-olah setiap projek yang dilaksanakan di Kelantan ini berbaur rasuah. Lebih pelik tidak lama sebelum itu, satu akaun rasmi Tiktok di mana Pusat Informasi Negeri Selangor menerbitkan podcast yang mendakwa bahawa dana projek tambatan banjir sudah di agih. Tetapi diserahkan kepada Ahli Parlimen di Kelantan.

Dakwaan ini kononnya berdasarkan sumber dalam PMO ataupun sumber dalam Kementerian Kewangan Malaysia. Saya ulang dia mendakwa ini sumber dalam PMO. Tetapi hanya cukup untuk jadi bahan bualan dalam

Tiktok sahaja. Ini bukan sahaja memalukan malah menunjukkan betapa rendahnya etika komunikasi kerajaan hari ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya menyentuh kepentingan besar projek ini. Empangan Lebir mampu menampung lebih 5 juta meter padu air sekaligus mengurangkan risiko banjir besar di Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas. Ini bukan impian, ini keperluan mendesak. PLSB Sungai Golok pula penting bagi melindungi kawasan sempadan seperti Rantau Panjang, Bukit Tandak dan Kampung Lancang yang sering dilanda banjir dari limpahan Sungai Golok malah dalam titah Tuanku juga disebut perlunya dibina tembok dan zon penampan bagi tujuan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, hari ini kita melihat projek ini di gantung-gantung, di sindir-sindir, di tomah-tomah semuanya kerana ia berlaku di bumi Kelantan dibawah pentadbiran PAS. Justeru Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apakah Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang atau menyaman mana-mana pihak yang celupar dan berani melemparkan fitnah terbuka kepada Kerajaan Negeri. Apatah lagi maruah pentadbir dan integriti penjawat awam negeri ini akan terus dibenarkan menjadi bahan momokan Tiktok dan mikrofon-mikrofon murahan.

Sesungguhnya penghinaan kepada pentadbir negeri ini adalah penghinaan kepada rakyat. Kepada Tuanku dan kepada sistem demokrasi yang diamalkan dan yang bertamadun di negara kita ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh isu yang sering dijadikan bahan serangan terhadap negeri ini iaitu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah sebagaimana yang kita bincangkan sejak daripada awal pagi tadi. Saya nyatakan secara terbuka. Kita tidak menolak fakta dan statistik kerana angka tidak menipu. Ya Kelantan mencatat kes penyalahgunaan dadah sebagaimana di negeri-negeri lain juga.

Speaker

Masa 2 minit lagi.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Allah, baru 2 helai… tetapi apa yang kita tolak ialah sikap hipokrit yang menjadikan angka ini sebagai bahan politik untuk menghukum dan memburukkan pentadbiran negeri. Kenapa bila Kelantan tertinggi yang dijadikan bukti kegagalan tetapi bila negeri-negeri lain yang mencatat statistik yang lebih buruk dan lebih buruk termasuk isu-isu lain kita tidak pula mendengar Kerajaan Negeri mereka dihina dan disindir sedemikian rupa. Izinkan saya sebut satu persatu dengan rujukan rasmi.

Pertama sebagai contoh kes HIV yang tertinggi adalah negeri Selangor. Menurut laporan HIV, 2023 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia negeri Selangor mencatat 892 kes HIV baru menjadikan negeri tertinggi di Malaysia diikuti Kuala Lumpur dan Johor. Boleh rujuk laporan KKM 2023.

Apakah kita menyalahkan kerajaan negeri Selangor dan menuduh ia gagal jaga moral rakyat. Galas dan Kota Lama boleh menjawab. Kes rasuah, Selangor dan Sabah tertinggi. Berdasar dasar SPRM 2023 negeri dengan kelengkapan tangkapan kes rasuah tertinggi ialah Selangor dan Sabah dan juga Johor. Saya tak nak sebut angka. Ini boleh dilihat di laporan tahunan SPRM 2023. Apakah kita label Kerajaan Negeri-Negeri ini sebagai sarang rasuah. Tidak di pihak Perikatan Nasional.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kes rogol dan seksual …

Speaker

[MENCELAH] Masa cukup Yang Berhormat …

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

… Sabah dan Sarawak tertinggi. Menurut laporan Statistik Jenayah PDRM 2022, kes rogol tertinggi dilaporkan di Sabah dan Sarawak dan juga Johor. Kelantan berada di kedudukan pertengahan. Boleh rujuk Laporan Jenayah Malaysia 2022.

Kes bunuh penting Yang Berhormat Dato, Speaker, beri ruang sikit deh. Kes bunuh Johor dan Selangor tangga teratas. Banyak yang saya baca tak jumpa lagi Kelantan teratas. Laporan Statistik Jenayah 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor, Selangor berada dalam kategori tertinggi bagi kes bunuh keganasan rumahtangga. Statistik Jenayah 2022.

Jadi adakah kita mengatakan bahawa negeri-negeri ini adalah negeri pembunuh? Tidak. Sebagaimana pihak-pihak tertentu mrenghukum negeri Kelantan.

Speaker

[MENCELAH] Masa cukup Yang Berhormat, sila akhiri.

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

Sebagai penggulunggan Yang Berhormat Dato’ Speaker, lebih kurang dalam 3 minit, saya ingin mencadangkan beberapa langkah penyelesaian kepada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan, cadangan kepada Kerajaan Negeri tubuhkan Pusat Rehabilisasi Komuniti di setiap jajahan. Kendalian NGO, Tok Imam, belia dan sukarelawan setempat. Mereka masukkan pendidikan pencegahan dadah secara tersusun dalam sekolah-sekolah agama dan pondok. Wujudkan tabung dana pemulihan sosial negeri yang melibat GLC dan penyumbang swasta khusus untuk program pemulihan dan penempatan kerja bekas penagih.

Speaker

[MENCELAH] Masa cukup Yang Berhormat. Masa …

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak rasa, saya nak minta sikit masa sikit. Ini mungkin penting untuk kita seluruh Ahli-Ahli Dewan. Saya nak sebut apa yang disebutkan oleh salah seorang EXCO daripada negeri Perak. Dalam keghairahan berkempen di Air Kuning. Saya rasa kira perlu tahu dan mungkin boleh menjadi …

Speaker

[MENCELAH] Sebut terus Yang Berhormat … sebut terus, lewat doh ni. Masa dah lebih.

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

Kejap Yang Berhormat …

Speaker

[MENCELAH] Yang Berhormat boleh sebut air kuning.

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sebenarnya tidak mahu bercakap panjang tentang isu politik dan nasional cerita di PRK dan Perak. Tapi saya terpanggil untuk bangun bagi menjawab satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh seorang EXCO Kerajaan Negeri Perak ketika berkempen di PRK Air Kuning. Beliau dengan nada angkuh dan penuh sindiran menyebut bahawa Kelantan, Perlis, Kedah dan Terengganu adalah bukti kegagalan PAS mentadbir. Saya tidak mewakili Perlis ataupun mewakili Terengganu ataupun mewakili Kedah tetapi bila dia sebut Kelantan saya rasa wajib untuk menjawab. Bukan sebagai wakil parti tetapi sebagai Wakil Rakyat Negeri Kelantan. EXCO itu juga menyebut bahawa …

Speaker

[MENCELAH] Masa Yang Berhormat. Yang Berhormat ambil masa banyak …

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

… bila Kelantan buka paip akan keluar air teh susu. Akan keluar air teh susu. EXCO itu juga menyebut bahawa ini, saya nak nyatakan bahawa ini bukan sindiran manja, ini satu fitnah jahat …

Speaker

[MENCELAH] Saya cadangkan serahkan kepada pihak kerajaan untuk menjawab …

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

… tetapi mulai …

Speaker

[MENCELAH] Yang Berhormat masa banyak dah …

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Nanti saya hantar yang bertulis.

Speaker

Kita minta pihak kerajaan untuk respon.

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mohon menyokong, terima kasih.

Speaker

Tak ada dah? Nenggiri.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﳏﻤﺪ آل ﻋﻠﻰ و ﳏﻤﺪ ﻋﻠﻰ ﺻﻞ ﻟﻠﻬﻢ ا Dato Yang Dipertua, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT, kerana dengan izinnya saya dapat bersama dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V. Dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab di dalam dewan yang mulia ini izinkan saya membawa denyut nadi rakyat di DUN saya, DUN Nenggiri. Dato’ Yang Dipertua pertamanya, pada seminggu sebelum Hari Raya telah berlakunya gangguan air yang melibatkan pengguna akaun di LRA Limau Kasturi. Ambo ingin menarik perhatian dewan untuk kita mengimbau kembali sesi penggulungan sidang DUN pada tahun 2020 yang telah dinyatakan cadangan untuk menaiktaraf LRA Limau Kasturi daripada 4 MLD kepada 7 MLD. Namun sekarang saya mendapat maklumat LRA Limau Kasturi masih belum dinaiktaraf dan dikatakan berada dalam keadaan over capacity dengan izin daripada reka bentuk asal iaitu 5 MLD sehingga mungkin menjadi salah satu punca kerosakan pam yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1900 akaun di sekitar Jeram Teguh Sungai Asap di Rantau Manis dan Renok Baru. Saya pohon kepada pihak yang berwajib untuk mempercepatkan kerja-kerja menaiktaraf loji Rawatan Air Limau Kasturi ini untuk pengguna yang menggunakan sumber air tersebut. Dato’ Yang Dipertua, keduanya, rakyat Nenggiri juga berdepan dengan isu yang amat besar iaitu melibatkan beberapa buah jalan yang rosak dan perlu ditambah baik kerana ini merupakan laluan utama di DUN Nenggiri

iaitu jalan D235, Jalan Bertam Jerek dan D233 Jalan Bertam Kemubu. Hal ini berpunca daripada penggunaan lori yang melebihi muatan yang melaluinya ambo mohon pihak berwajib memantau pengeluaran batu dan pasir daripada kuari yang berhampiran. Ambo bimbang keselamatan pengguna terutamanya anak-anak sekolah yang melalui jalan berkenaan dan penduduk sekitar. Ambo juga tidak melupakan nasib penduduk masyarakat orang Asli yang jauh di dalam di pendalaman Pos Gob kerosakan jalan yang bermula daripada Kampung Garing ke kampung Gob sejauh 15km. Setiap hari mereka perlu menempuh laluan yang daif dan merbahaya. Jalan ini bukan sekadar laluan fizikal tetapi nadi kepada pendidikan, kesihatan dan masa depan masyarakat Orang Asli kita. Ambo mohon perhatian yang serious daripada pihak berwajib agar kerja baik pulih jalan tanah merah ini segera dibuat. Ambo juga ingin menyentuh mengenai kejadian tanah runtuh di laluan D29 kilometer 35`4 jalan Gua Musang Jelawang telah berlaku pada 30 November yang lalu mewakili rakyat di DUN Nenggiri ambo mengucapkan jutaan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar yang hadir melawat tapak tersebut. Dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerja-kerja jalan sementara dapat disiapkan dengan segera. Namun begitu, sudah dua kali dalam tempoh sehingga kini …

Boleh saya mencelah …

… jalan sementara iaitu berlakunya mendapan. Dan ambo mohon pihak JKR dan konsesi segerakan pembinaan jalan kekal …

Speaker

[MENCELAH] Ada permohonan mencelah Yang Berhormat …

Ini merupakan jalan utama bagi penduduk di kawasan terutamanya dari Dabong ke Gua Musang. Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, pembinaan lebuh raya …

Speaker

[MENCELAH] Ada Ahli yang bangun… ada Ahli yang bangun, nak bagi laluan …?

Tak, saya nok perabis sikit.

Speaker

Dia tak bagi laluan. Jalan rosak …

Tokleh jugak, jiran, jiran sebeloh…

Semetar lagi. Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, pembinaan lebuhraya Lingkaran Tengah Utama ataupun LTU, CSR semestinya memberi impak yang besar kepada ekonomi penduduk Gua Musang khasnya. Namun ada sebahagian daripada rakyat yang terlibat dengan pembinaan LTU ini tidak mendapat pampasan yang wajar kerana mereka tidak mempunyai geran hak milik. Saya diberitahu sebelum ini ada pihak yang berjumpa dengan pihak yang berkenaan, penduduk-penduduk yang tidak mempunyai geran ini dan menjanjikan saguhati daripada pihak kerajaan. Ambo ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah status pemberian saguhati ini. Ada atau tidak? Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, keempat terlebih dahulu Nenggiri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas inisiatif Kerajaan Negeri dan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang yang menyegerakan, yang menyelesaikan masalah geran-geran tertunggak dalam tempoh 21 hari. Majlis penyampaian geran

tanah kepada lebih 100 penduduk telah disampaikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 09 Disember yang lalu.

Ambo ingin bertanya ada berapakah kes sebegini yang masih belum diselesaikan dikawasan Gua Musang? Dan ambo juga berharap program sebegini akan diteruskan sehingga masalah geran tertunggak ini dapat diselesaikan kerana ia melibatkan hasil kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kelima, kita berada di era yang menyaksikan dunia berbicara tentang revolusi industri 4.0 dan teknologi digital dan ekonomi gig.

Satu negara bercakap tentang negeri zaman ini. Kecerdasan AI, Kerajaan Negeri juga mentranformasi I-City dalam sistem penyampaian digital. Namun yang sedihnya, Dato’ Yang Dipertua di kawasan Nenggiri masih lagi ada kawasan yang belum mendapat liputan talian telekomunikasi antaranya ialah dikawasan Zon 3 Jeram Tekoh dan Pos Gob. Saya memohon pihak berwajib segerakan membina menara telekomunikasi untuk memberikan kemudahan pada rakyat di sana.

Dato’ Yang Dipertua, keenam, lampu jalan adalah isu keselamatan rakyat yang perlu diberikan perhatian. Kawasan di Nenggiri yang perlu adanya lampu jalan adalah seperti jalan di Renok Baru ke Perasu. Jalan laluan Limau Kasturi ke Bertam. Sungai Asap Limau Kasturi dan jalan D29 Gua Musang ke Jelawat. Hal ini kerana kawasan Nenggiri ini terdedah kepada ancaman hidupan liar seperti harimau, beruang, gajah yang mendatangkan bahaya pada rakyat. Mohon dibantu bagi tempat-tempat tertentu yang berisiko memerlukan lampu jalan ini dipasang demi menjaga keselamatan rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, enam perkara yang telah saya bangkitkan semuanya menjurus kepada satu matlamat besar iaitu membela hak rakyat demi menjaga rakyat di DUN Nenggiri. Ianya bukan untuk saya semata-mata tapi untuk rakyat di DUN Nenggiri.

Dato’ Yang Dipertua, daripada titah Tuanku, Tuanku ada memfokuskan isu berkaitan sekuriti makanan negeri dan negara. Maka dengan ini kita perlu mengambil langkah yang serious dalam membangunkan Kelantan sebagai negeri Jelapang Makanan Negara.

Pertama, transformasi sektor agro makanan negeri Kelantan mesti tampil sebagai Negeri Peneraju Agro Makanan Negara. Namum realiti hari ini menunjukkan penurunan hasil padi daripada 272 633 metrik tan pada tahun 2022 kepada 267 044 metrik tan pada tahun 2023 akibat kemarau dan kekurangan air terutamanya di kawasan KADA.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah satu kaijian telah dibuat terhadap impak pengorekan pasir dilembangan sungai Kelantan yang mungkin menjadi faktor kepada penurunan aras dasar sungai mengakibatkan muka sauh pam Kemubu yang membekalkan air kepada pesawah ini terjejas.

Dato’ Yang Dipertua, kedua, potensi tanah dan kepelbagaian hasil pertanian ini, Dato’ Yang Dipertua, kedua, potensi tanah dan kepelbagaian hasil pertanian di tanah tinggi seperti Lojing, Gua Musang wajar dibangunkan secara strategik. Mengapa kita masih bergantung kepada import bahan makanan sedangkan kita mempunyai tanah yang luas dan subur. Saya mohon Kerajaan Negeri kemukakan data terkini nilai import dan eksport makanan serta keluasan tanah pertanian yang belum diusahakan.

Dato’ Yang Dipertua, ketiga, pihak kerajaan perlu memperkasakan dasar pertanian Kelantan supaya teknologi baru dapat di impliment dalam bidang pertanian di negeri Kelantan serta membuka peluang pekerjaan baru kepada golongan muda untuk menjadi usahawan tani berjaya ke arah Kelantan negeri Jelapang Makanan Negara sekaligus memberikan penambahan sumber pendapatan pada kerajaan.

Speaker

[MENCELAH] Masa ada dua minit lagi …

… saya yakin pihak kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan banyak lawatan ke negara Thailand dalam usaha mempelajari teknologi pertanian yang di amalkan di sana. Namun saya melihat implimentasikan teknologi pertanian itu tidak berlaku di dalam negeri kita. Hasil pertanian daripada Thailand terus menerus membanjiri negeri Kelantan terutamanya di terminal makanan negara Teman di Tunjong.

Saya berharap selepas ini kerajaan mengambil langkah yang lebih agresif dalam memodenkan pertanian di Kelantan. Memperkasakan latihan TVET pertanian untuk golongan muda dalam bidang pertanian seperti teknologi penghasilan input pertanian bagi mengurangkan kos bahan mentah dan juga teknologi pembuatan dan baikpulih mesin. Kerajaan perlu menubuhkan pusat latihan pelbagai bidang termasuk penternakan dan teknologi perikanan dalam pembuatan bot dan juga baikpulih bot nelayan laut dalam.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli Dewan yang saya hormati, jika benar kita kerajaan yang peduli maka jangan biar rakyat menjerit dalam sunyi. Jika benar kita pemimpin rakyat maka buktikan melalui dasar yang diterjemahkan dengan tindakan yang tuntas.

Dari Nenggiri kami bersuara demi rakyat dan demi negeri tercinta. Bukan gah suara yang ambo cari tapi perjuangan untuk rakyat yang ambo pertahankan. Bukan nama yang ambo julang tetapi nasib anak bangsa yang ambo junjung. Sekian, Nenggiri menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Ok sapo? Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada Dato’ Speaker kerana memberikan ruang kepada Gual Periok untuk turut bersama mangambil peluang membahaskan usul menjunjung kasih atas ucapan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al- Sultan Muhammad Yang Ke V. Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas.

Dikesempatan ini Gual Periok ingin mengambil peluang untuk membahaskan beberapa isu. Di antaranya ialah perkembangan ekonomi dan hala tuju ekonomi negeri Kelantan. Menurut laporan Poket Stats Negeri Kelantan ST4 2024. Keluaran dalam negara kasar

Kelantan pada tahun 2023 mencatatkan RM27.6 billion. Dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.6%, KDNK per kapita Kelantan pada 2023 adalah sebanyak RM16 836 lebih rendah berbanding dengan purata nasional yang berjumlah RM54 612.

Walaupun ekonomi Kelantan telah menunjukkan sedikit peningkatan namun masih banyak ruang-ruang yang boleh diperbaiki antaranya ialah dengan memperkenalkan dengan Pakej Ransangan Ekonomi Kelantan 2025 untuk menggalakkan sektor-sektor utama seperti pertanian bernilai tinggi, pelancongan berasaskan Islam dan industri teknologi hijau. Dalam konteks federalisme, kita tidak dapat menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan Kelantan memperolehi peruntukan dan sokongan yang setimpal secara adil untuk terutamanya dengan data yang menunjukkan jurang besar dalam pencapaian ekonomi di antara Kelantan dengan negeri-negeri lain yang lebih maju seperti Selangor dan Johor.

Sebagai langkah pro aktif Gual Periok suka untuk mencadangkan supaya majlis tindakan ekonomi Negeri Kelantan dapat diperkasakan iaitu bagi pertamanya menyusun strategi ekonomi negeri secara lebih holistik. Kedua menyelaras perlaksanaan dasar ekonomi dengan lebih efektif. Yang ketiga, mempercepatkan proses pelaburan serta yang keempat, menggalakkan transformasi infrastruktur negeri dengan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur kritikal yang boleh meransang ekonomi seperti pengangkutan awam, bekalan air dan tanah loji digital.

Dan seterusnya, infrastruktur ini harus disesuaikan dengan keperluan industri moden yang memberikan peluang kepada sektor-sektor ekonomi baru untuk berkembang. Maka sebagaimana titah Tuanku hubungan baik yang berlaku di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan hari ini diharapkan proses ini dapat berjalan dengan lebih baik, In Shaa Allah.

Dan di sini saya Gual Periok ingin kemukakan pertanyaan apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri bersama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan agenda pemerkasaan ekonomi negeri Kelantan.

Yang kedua meningkatkan potensi pelaburan dan infrastruktur pelaburan. Sebagaimana titah Tuanku berkenaan konteks federalisme iaitu dengan kerjasama erat Kelantan dan Kerajaan Persekutuan perlu melakukan lonjakan besar dalam sektor pelaburan agar kita tidak terus tertinggal dalam persaingan ekonomi di peringkat nasional.

Menurut laporan MIDA Kelantan mencatatkan RM1.9 billion pelaburan yang diluluskan pada 2024. Jauh dibelakang negeri-negeri seperti Johor RM70 billion, Pulau Pinang RM13 billion berbanding RM160 billion jumlah secara keseluruhannya.

Antara faktor kekangan utama yang perlu ditangani ialah kekurangan infrastruktur sokongan industri termasuk bekalan air bersih, pengangkutan dan pelabuhan yang efektif dan ini semua adalah berada dibawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Cadangan saya untuk meningkatkan potensi pelaburan ialah dengan mempercepatkan pembangunan kawasan industri siap guna, plug and play iaitu fokus kepada sempadan strategi seperti Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Pasir Puteh, Tok Bali yang mempunyai potensi besar dalam sektor logistik dan pemprosesan halal.

Pakej insentif untuk pelabur dalam sektor logistik otomasi makanan halal dan teknologi hijau bagi menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik. Seterusnya membangunkan koridor industri sempadan Malaysia Thailand dengan memanfaatkan lokasi Kelantan bersebelahan dengan Songkla Thailand untuk pembangunan cross border free trade zone dengan izin. Dan seterusnya berusaha untuk menaiktaraf Tok Bali Supply Based kepada full flashed spot atau pelabuhan penuh bagi melengkapi fungsinya sebagai pusat pertumbuhan baru di negeri ini.

Seterusnya Gual Periok ingin menyentuh berkenaan dengan keselamatan dan pembangunan kawasan sempadan. Semalam Tuanku telah menitahkan supaya cadangan pembinaan tembok keselamatan dan zon penampan di sempadan Malaysia Thailand di muktamadkan dengan kadar segera.

Saya mewakili penduduk Gual Periok menyambut baik ucapan titah Tuanku ini di mana Gual Periok berpandangan titah ini wajar diberikan

perhatian serius oleh semua pihak kerana ia menyentuh soal kedaulatan, keselamatan dan masa depan negeri kita yang bersempadan langsung dengan Thailand. Kita sedia maklum bahawa sempadan negeri Kelantan sepanjang lebih 100 kilometer ini dia bukan sahaja menjadi laluan utama perdagangan sah bahkan turut menyumbang kepada aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyuludupan makanan bersubsidi daripada Malaysia, senjata, dadah dan penyeludupan manusia daripada sempadan. Jadi diharapkan ada tindakan segera ke arah melaksanakan titah daripada Tuanku ini.

Yang seterusnya ialah penyelesaian bencana banjir secara komprehensif di Rantau Panjang melalui projek kesmart. Banjir besar yang berlaku di Rantau Panjang sejak Disember 2022 hinggalah banjir yang terbesar dalam sejarah Rantau Panjang pada tahun lepas, memberikan impak yang sangat besar kepada penduduk setempat. Projek yang diharapkan menjadi penyelamat kepada penduduk terutama kami di sekitar Rantau Panjang akhirnya menjadi mimpi ngeri.

Persoalannya kini sejauh manakah keberkesanan dan kelancaran perlaksanaan projek-projek ini. Saya mewakili penduduk Gual Periok merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa memperjuangkan isu banjir ini di peringkat pusat dan turut bekerjasama misalnya dalam hal pengambilan tanah untuk laluan serta penyelarasan di lapangan.

Namun rakyat ingin tahu apakah langkah interim Kerajaan Negeri sementara menunggu siapnya tambatan fizikal sepenuhnya. Adakah program mendalamkan sungai-sungai kecil, adakah rancangan untuk membina sungai baharu penyelenggaraan parit dan kolam takungan dibuat secara berkala untuk mengurangkan risiko banjir kilat …

Speaker

[MENCELAH] Masa ada dua minit lagi …

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Gual Periok juga mahu penjelasan apakah rancangan penempatan semula bagi penduduk di kawasan rendah kritikal sekiranya ada supaya terus, supaya tidak terus menjadi mangsa kepada banjir di setiap tahun. Soalan saya adakah Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Pusat

bercadang untuk mengadakan kajian analisa impak ataupun impak analisis study PLSB terhadap projek di Sungai Golok adakah projek ini masih relevan untuk diteruskan berdasarkan rekod banjir yang berlaku sejak tahun 2022.

Yang ketiga yang seterusnya ialah liputan air bersih di Gual Periok Rantau Panjang. Isu bekalan air bersih di Kelantan terutamanya di kawasan Gual Periok dan Rantau Panjang masih menjadi masalah yang belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Gual Periok, Rantau Panjang adalah kawasan yang kerap mengalami gangguan bekalan lokasinya yang terletak dihujung sistem agihan yang menyebabkan tekanan air lemah ditambah pula jika ada kerosakan pam atau paras air sungai surut akan menjejaskan sekitar Gual Periok, Apam Putra, Pengkalan Pasir dan kawasan-kawasan tinggi yang lain.

EXCO Infrastruktur, Yang Berhormat Dato’ Dr. Izani telah memaklumkan perancangan menyeluruh sebanyak 11 loji rawatan air baharu akan dibina menjadikan 54 LRA beroperasi menjelang 2028. Ini jelas satu usaha yang baik secara terancang yang dilakukan dan wajar dihargai, namum apakah plan kontegensi dalam tempoh 5 tahun ini, adakah langkah seperti pemasangan booster pam tambahan air telaga komuniti akan dibuat di Gual Periok agar penduduk tidak terus menunggu sehingga 2028 untuk mendapatkan bekalan air yang bersih.

Jadi sebagai penutupnya, Kelantan mempunyai potensi yang sangat besar dari sudut ekonomi. Namun kita tidak boleh menafikan bahawa Kerajaan Negeri sahaja tanpa kerjasama Kerajaan Persekutuan tidak dapat melaksanakan agenda reformasi ekonomi dengan baik. Maka kerjasama yang baik, yang erat di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan diharap dapat dilaksanakan dengan lebih adil, dengan lebih efektif dalam kerangka federalisme untuk memastikan pembangunan ekonomi dan infrastruktur negeri ini dapat dilaksanakan ….

Speaker

[MENCELAH] Masa Yang Berhormat dah cukup.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Baik, terima kasih di atas ruang yang diberikan Gual Periok mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, ok Kelaboran.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk berucap dalam titah ucapan Tuanku pada pagi ini, pada petang ini. Kelaboran merafak sembah dan junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Muhammad Ke V sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas pada tahun 2025.

Dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menjelaskan dan menegaskan kepentingan perisian segera isu banjir di negeri Kelantan akan menggesa projek yang dirancangkan dapat disegerakan. Kita mengharapkan projek yang begini besar yang dirancang untuk menyelesaikan masalah banjir di Kelantan perlu mendapat kerjasama yang erat daripada pusat khususnya bagi melaksanakan apa yang telah dirancangkan mengikut fasal demi fasal.

Kita tengok bagaimana sikap kerajaan terhadap negeri-negeri lain. Kalau projek diluluskan di Pulau Pinang cepat sahaja diluluskan mengikut masa demi masa. Tapi di Kelantan ini banyak perkara rintangan-rintangan yang terpaksa kita tempuh. Dan kita mengharapkan rintangan-rintangan yang ada ini dapat diselesaikan dengan kehebatan pimpinan-pimpinan kita. Tak mahu jadi seperti pimpinan-pimpinan parti terdahulu.

Apabila Kerajaan Pusat meluluskan projek di negeri Kelantan …. Parti di negeri menahan. Ini berlaku dalam dewan kita di nyatakan oleh salah seorang pemimpin parti masa dulu. Dan kita harap wakil-wakil daripada

pembangkang ada pada hari ini tidak seperti pemimpin dahulu. Kalau pemimpin dahulu tahan nok tunggu kerajaan jatuh dulu baru dia nak suruh mari. Hokni kita harap pemimpin yang ada ini walaupun kerajaan ini tidak seperti Parti yang mereka pimpin kita mengharap memberi sokongan yang padu kepada setiap projek yang dilaksanakan yang akan dilaksanakan yang akan dirancang, yang dirancang supaya dapat betul-betul dilaksanakan.

Kita mengharapkan dengan kebijaksanaan pemimpin kita, hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Pusat, moga-moga hasrat Tuanku ini akan menjadi kenyataan nanti.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Allah mentakdirkan banjir besar yang berlaku di negeri Kelantan dan pada November dan Disember yang lalu. Juga salah satu sebabnya berlaku hujan lebat yang turun 2 3 hari mencecah 1000 milimiter. Sudah pasti banjir yang hujan lebat yang turun menenggelamkan kampung-kampung, tak ada kampung yang tak pernah tenggelam pada kali ini. Banyak kereta-kereta yang letak di tempat yang dahulunya selamat tetapi banjir ini kereta-kereta mereka tenggelam.

Kita tengok bagaimana pengurusan banjir yang dilaksanakan oleh kita kerajaan Negeri dimana kita telah buat beberapa kursus, beberapa kursus yang kita buat untuk memastikan apa pengurusan banjir dapat berjalan dengan baik tetapi banjir yang berlaku ini diluar kemampuan kita. Diluar jangka yang berlaku menyebabkan timbul agak kesukaran terutama di PPS yang berlaku di mana banjir, penghuni-penghuni PPS yang datang sukar untuk kita proses dan terpaksa menanggung lama di satu PPS dan dihantar ke PPS yang lain.

Dan pengurusan banjir kita juga banyak kekurangan dan di pihak tertentu kerana kekurangan kenderaan besar-besar yang boleh mengharungi banjir yang berlaku pada tahun ini. Dan kita ucap tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri kerana mengadakan sistem gotong-royong memasak di PPS. Dengan program gotong-royong ini kita dapat menjimatkan belanja yang besar. Dan hasil gotong-royong ini kita dapat melihat kerjasama yang erat dikalangan penghulu dan penduduk-penduduk setempat dan dapat menjimatkan belanja. Cuma proses yang berlaku kerana

penghantaran barang untuk di masukkan itu agak lambat maka mungkin itu menimbulkan kesukaran.

Yang Berhormat Tuan Speaker, beberapa perkara kita perlu melihat untuk membuat penambahbaikan dalam pengurusan banjir ini di mana pihak JKM perlu menyediakan lori-lori yang besar untuk boleh bergerak membawa bekalan makanan dari satu PPS ke satu PPS yang lain.

Di musim banjir ini juga kita perlu wujud skuad pemantau rumah orang-orang yang berpindah kerana di antara rumah-rumah yang berpindah dinaiki oleh penghuni-penghuni yang tidak baik menyebabkan rumah mereka pecah.

Di samping itu kita perlu membentuk satu pasukan apa dia pembawa bot yang mahir di mana apabila airnya deras, orang-orang yang diarahkan untuk mengambil mereka terlibat tidak dapat bergerak kerana ada SOP nya. Tetapi dengan ada pemandu-pemandu bot yang hebat daripada pulau-pulau masalah-masalah ini dapat kita selesaikan.

Banjir yang berskala besar melanda negeri Kelantan ini khususnya yang melibatkan sungai Golok mengakibatkan banyak kerosakan berlaku. Jajahan terlibat teruk ialah Jajahan Pasir Mas, Jajahan Tumpat. Di Tumpat DUN yang terlibat teruk Pengkalan Kubor, Wakaf Bharu dan Kelaboran…

Speaker

[MENCELAH] Masa dua minit lagi Yang Berhormat …

… ialah DUN Kelaboran. Di DUN Kelaboran melibatkan empat batang yang terputus. Hasil dari putus jalan ini perkara yang mengancam penduduk berlaku di mana kawasan penduduk yang terlibat dengan sawah padi di ancam oleh kemasukkan air masin. Mereka tak dapat tiga bulan selepas itu tidak dapat menanam padi kerana sawah mereka dimasuki oleh air masin. Dan kita ucap terima kasih kepada pihak-pihak JKR kerana sudah menyelesaikan masalah ini. Dan sekarang pihak petani-petani sudah nak mula menanam padi mereka dan kita mengharapkan kalau ada bantuan-bantuan daripada pihak-pihak kerajaan, In Shaa Allah boleh membantu

petani-petani di mana petani-petani ini sudah satu musim ataupun bulan 1 mereka tidak dapat mengairi ataupun mengerjakan sawah mereka. Dalam kerosakan banjir berlaku melibatkan beberapa buah rumah di DUN Kelaboran 30 buah rumah rosak teruk, separuh teruk dan rosak sedikit. 22 buah rumah kita telah baiki di mana jadi kita ucap terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana membenarkan kita menggunakan duit rumah Dhuafat untuk membaiki rumah-rumah yang rosak ini. Dan kita juga ucap terima kasih kepada BBC kerana telah membaiki tiga buah rumah di DUN Kelaboran.

Speaker

[MENCELAH] Masa cukup Yang Berhormat …

Jadi kita mengharapkan 8 buah rumah lagi yang rosak teruk In Shaa Allah akan cuba dibaiki oleh pihak kerajaan, mudah-mudahan kebajikan rakyat kita, kita ambik cakna dan utamakan. Saya menyokong titah yang…

Speaker

[MENCELAH] Menyokong usul, menjunjung kasih …

… menyokong usul, sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Ada lagi? Kuala Balah.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V Sultan Kelantan Kuala Balah menyokong penuh titah Tuanku Sempena Majlis Perasmian Dewan Negeri Kelantan semalam.

Dalam titah Majlis Perasmian semalam, Tuanku Al-Sultan menyarankan supaya Kerajaan Negeri mengkaji dan menyediakan platform pendidikan Automatif, khususnya dalam pendidikan latihan teknikal dan vokasional atau TVET bagi memenuhi keperluan semasa satu tajuk yang sangat dekat di hati saya setiap kali persidangan perkara TVET tidak pernah saya tinggalkan.

Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) antaranya telah menerokai bidang ini. KIAS telah mempunyai Pusat Tauliah sendiri yang di kenal dengan KIASDEC telah diluluskan oleh penyelia-penyelia latihan kemahiran oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan telah menawarkan beberapa bidang khusus seperti pengurusan masjid pengoperasian pengajaran tahfiz, pembuatan pakaian dan sebagainya.

Saya berharap ianya dapat dipantau dan keberkesanannya di ukur dari masa ke semasa. Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan program TVET di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Benta Hulu. Dan ini juga satu usaha yang boleh kita banggakan.

U-Bes juga telah melaksanakan Program Penempatan Pekerjaan di industri-industri. MAIK juga kita ucap tahniah kerana telah melaksanakan Program TVET kepada kumpulan-kumpulan sasarnya. Saya difahamkan bahawa program ini berjalan dengan lancar. Saya juga berharap Kerajaan Negeri dapat mengkaji supaya tidak ada pertindihan program dibawah agensi-agensi kerajaan supaya program ini dapat diselaras secara cost effective, dengan izin.

Menurut laporan oleh Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) sebanyak 60% daripada pekerjaan baharu yang diwujudkan di Malaysia pada Tahun 2018 memerlukan kelayakan TVET. Ini menunjukkan bahawa TVET adalah penting dalam memenuhi permintaan pasaran buruh dan menyokong pertumbuhan industri di negara kita.

Kerajaan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa kadar pengangguran bagi graduan TVET adalah lebih rendah berbanding graduan akademik.

Pada tahun 2019 kadar pengangguran bagi graduan TVET adalah 2.7%. manakala kadar pengangguran bagi graduan akademik adalah 3.9%. Ini mencerminkan permintaan yang tinggi terhadap graduan TVET dalam pasaran kerja.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh yang demikian saya mencadangkan pertama, supaya suatu strategik plan diadakan untuk memperkasa pendidikan TVET di negeri kita jika belum ada. Kedua, mencadangkan supaya potensi intelek spritual dan teknikal diselarikan dengan konsep penghayatan “Membangun Bersama Islam” (PMBI).

Ketiga, satu pusat TVET bagi setiap kawasan Parlimen dengan pengkhususan kepada bidang-bidang strategik mengikut keperluan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut mungkin boleh diadakan.

Yang keempat, kemungkinan untuk mengadakan program peralihan dari sistem pondok dan tahfiz kepada TVET dimantapkan melalui pendekatan insentif dan modul khas supaya pelajar tidak merasa hilang identiti apabila mereka menceburi bidang teknikal. Mencadangkan supaya diadakan dana pembangunan TVET Belia Negeri bagi membantu golongan muda mendapatkan bantuan yuran peralatan latihan amali di industri dan sebagainya.

Secara umumnya pembangunan modal insan berkemahiran hendaklah selari dengan agenda nasional dibawah dasar TVET Negara 2023 hingga 2030. Ia juga perlu selari dengan matlamat Plan Pembangunan Kelantan Sejahtera 2040 yang meletakkan modal insan berakhlak dan berkemahiran sebagai teras kemajuan negeri. Paling penting TVET Kelantan perlu selari dengan hasrat membentuk masayarakat Robbani (K-Robb) bagi menyempurnakan hasrat dasar Penghayatan “Membangun Bersama Islam” agar generasi muda bukan hanya dididik untuk menjadi soleh tetapi juga boleh menyumbang kepada ekonomi ummah secara produktif dan berkesan.

Kuala Balah. Kuala Balah pembangunan semula tanah terbiar. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Pertanian Industri Agro Makanan Dan Komoditi yang telah mengambil usaha untuk membangunkan semula kawasan bendang padi yang terbiar di kawasan ini. Pihak Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli melalui Pejabat Pertanian Jeli telah melakukan pelbagai pendekatan untuk mengenalpasti potensi-

potensi yang ada dalam membangunkan kawasan bendang padi terbiar. Skim padi di Lubuk Bonggor. sebagai contohnya berkeluasan 27 hektar telah diusahakan oleh pesawah yang terdiri daripada penduduk tempatan. Tanaman padi tersebut telah dituai pada Ogos 2024 dan hasil padi sebanyak 43 metrik tan.

Saya ingin maklumkan di sini Tahun 2024 merupakan tahun pertama tanaman padi di Kampung Lubuk Bonggor setelah 5 tahun kawasan tersebut terbiar begitu sahaja. Ini adalah satu kejayaan yang boleh kita banggakan. Tahniah Pejabat Jajahan Jeli dan juga Pejabat Pertanian Jeli. Gajah liar musnahkan tanaman satu masalah utama yang belum selesai dihadapi oleh penduduk di kawasan Kuala Balah ialah kehadiran gajah liar hampir setiap malam memusnahkan tanaman penduduk tempatan sehingga membangkitkan kemarahan penduduk bukan sahaja kepada Kerajaan Persekutuan dan dikaitkan juga dengan Kerajaan Negeri.

Saya berharap Kerajaan Negeri dapat berbincang dengan Jabatan Perhilitan mencari jalan mengurangkan beban petani-petani yang terkesan dengan kemudahan hasil, dengan kemusnahan hasil pertanian mereka. Mereka mendakwa tuntutan mereka tidak dilunaskan sewajarnya.

Penghulu mukim, penghulu-penghulu di Kelantan telah menjalankan tugas terbaik. Mereka adalah frontliner berhadapan dengan apa sahaja masalah diperingkat bawah. Dan mereka inilah sebenarnya yang betul-betul merasai pahit mau rakyat.

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan semula Majlis Pengurusan Komuditi Kampung atau MPKK supaya satu kumpulan Ahli Jawatankuasa membantu penghulu dan diberikan satu jumlah elaun sewajarnya membolehkan mereka menjalankan tugas dengan sempurna untuk membantu kita.

Speaker

[MENCELAH] Masa ada dua minit lagi …

Belia dan sukan. Dalam bidang belia dan sukan saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Exco Belia Dan Sukan kerana telah memberi tumpuan pada pembangunan sukan di kawasan

Jeli khususnya pembangunan sukan SUKMA yang akan berlangsung pada tahun 2028 yang mana sebuah kompleks sedang dibangunkan. Apapun dalam pembangunan sukan kita tidak boleh terlepas pandang mengenai prasarana yang masih belum cukup ini. Saya telah bangkitkan perkara ini dalam sidang dewan yang lepas Yang Berhormat Exco telah bersetuju dengan cadangan saya untuk membangunkan secara pembangunan berfasa. Satu stadium mini di kampung Bukit Tok Ali, terima kasih dan berharap kerja-kerja asas boleh dilaksanakan dengan kadar yang segera. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih pada Yang Berhormat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital Dan Inovasi kerana telah bersetuju untuk membangunkan sebuah sekolah tahfiz di Kuala Balah mewakili Jajahan Jeli dan saya berharap peruntukan kewangan bagi tujuan ini dapat dimasukkan dalam rancangan Belanjawan Tahun 2026 nanti. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong penuh Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan.

. ﻋﻠﻢ أ ﷲ و

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Ok terima kasih. Sapo lagi? Wakaf Bharu.

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻠﻴﻜﻢ ﻋ م ﻟﺴﻼ ا

ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ ﻏﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﲔ أ ﺻﻬﺒﻪ و Yang Berhormat Dato’ Speaker, Wakaf Bharu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker di atas peluang yang diberikan kepada Wakaf Bharu dalam turut serta dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Tuanku pada Perasmian sidang DUN kelmarin. Di mana dalam

titah tersebut ada dibangkitkan mengenai era kecerdasan iaitu AI, kemahiran digital, bandar pintar dan ini semua berkaitan dengan IT.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, JENDELA telah diumumkan oleh Perdana Menteri terdahulu pada akhir Ogos 2020 sebagai satu usaha dalam perancangan plan tindakan bagi menyediakan asas bagi liputan jalur lebar yang komprehensif dan berkualiti tinggi bagi persiapkan negara ke arah teknologi pada 2022.

Sehingga Januari 2025 kadar liputan internet di kawasan berpenduduk, Kelantan telah mencapai 99.63%. Sementara liputan 5G di kawasan berpenduduk ialah sebanyak 82.4%. Namun melihat kepada kawasan-kawasan yang berpenduduk 47.7% dari keseluruhan negeri Kelantan iaitu terdapat lebih kurang 8 000 km persegi kawasan yang tidak mempunyai liputan atau liputan berada di tahap yang sangat lemah. Apakah masalah sebenar yang berlaku? Adakah perlu kepada penambahan menara di kawasan yang dikenal pasti sebagai landspot ataupun lemah ini. Pada masa ini saya difahamkan terdapat lebih kurang 1300-1400 struktur menara komunikasi yang berdaftar dengan SKMM di Negeri Kelantan.

Saya menyeru kepada agar pihak SKMM dapat memastikan liputan komunikasi di kawasan penduduk padat dan juga kawasan komersial iaitu perniagaan dapat di tingkatkan melalui pembinaan struktur baru atau menaiktaraf peralatan pemancar supaya liputan lebih menyeluruh dan stabil. Ini sudah tentu memerlukan kerjasama syarikat telco seperti Celcom, Digi, Maxis, U-Mobile, Unifi dan lain-lain serta dua agensi seperti OSA yang terlibat dalam pembinaan di Kelantan iaitu Infra Quest dan ARC.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kelantan ICT Gateway yang bertindak sebagai agensi OSA yang berperanan dalam memantau kadar penembusan internet menyediakan kemudahan infrastruktur jalur lebar dan menyediakan kemudahan rangkaian telekomunikasi di Negeri Kelantan.

Oleh yang demikian saya berharap agar Kerajaan Negeri dapat memastikan agar Kelantan ICT Gateway berperanan dengan lebih significant sebagai memudah cara dan penyelesaian di antara agensi

Persekutuan iaitu SKMM dan juga pihak syarikat Kerajaan Negeri ataupun PBT Bahagian Koridor Infrastruktur BKI syarikat telco serta dua syarikat yang diberi hak untuk membina menara di Kelantan iaitu Infra Quest dan ARC. Usaha ini bagi memastikan segala isi yang berkaitan dapat diselaras dan ditangani dengan berkesan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan juga perlu melihat dengan lebih menyeluruh polisi yang sedia ada berkaitan pembinaan menara agar ruang penambahbaikan dapat dilakukan bagi memudah dan mempercepatkan sebarang proses yang berkaitan.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kelantan ICT Gateway kerana telah berjaya mengadakan program penggalakan ataupun latihan dan juga seminar berkaitan lagi serta ICT secara berterusan. Latihan yang berterusan banyak membantu rakyat terutama golongan usahawan Kelantan dalam meningkatkan kemahiran mengurus mengoperasikan perniagaan di era digital masa kini. Perkara ini menyokong kejayaan perlaksanaan Plan Ekonomi Digital di Kelantan 2030 yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam hal ini juga transformasi ekonomi digital adalah penting terutama dalam mewujudkan ekosistem dalam menjalankan ekonomi digital seperti big data internet of thing, IOT Teknologi kreatif, E-Commerce dan ekonomi GIG.

Revolusi GIG 4.0 menyebabkan menjana pertumbuhan ekonomi dan sosial ke arah pendigitalan yang holistic, industri 4.0 yang membabitkan semua sektor tidak hanya meningkatkan produktiviti malah bakal menjadikan kos operasi lebih rendah dan hasil melonjak berganda. Inisiatif ini membabitkan pelbagai bidang termasuk Otomasi Robotik Dron pengkomputeran awam, kecerdasan buatan AI dan internet untuk segala-galanya IOT disamping mengambil peluang di dalam kemajuan bidang komunikasi.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mufti yang telah meluluskan penubuhan WANG daya cipta RDC atau market space yang kedua di Kelantan bertempat di bangunan UTC Kelantan In Shaa Allah akan dirasmikan nanti. Saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi Teknologi

Hijau Digital Dan Inovasi Negeri Kelantan yang telah bersetuju agar operasi RDC ini ditambah dikendalikan oleh Kelantan ICT Gateway. Peratusan ini amat bertepatan dan selari dengan peranan yang telah dimainkan oleh ICT Gateway.

Penubuhan RDC ini sudah tentu dapat menyokong perkembangan teknologi dan ICT melalui penyediaan fasiliti moden yang lengkap yang bakal memberi manfaat dapat kepada rakyat terutamanya pelajar, usahawan di Negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam kesempatan ini Wakaf Bharu ingin membangkitkan iaitu satu usaha ataupun satu idea iaitu penubuhan dataran usahawan di mana pekan Wakaf Bharu merupakan pusat ekonomi terutamanya rakyat Wakaf Bharu di mana di dalamnya ada gedung perniagaan, pusat perniagaan yang memberi peluang pekerjaan dan juga menambah pendapatan dan juga dalam masa yang sama memberi pendapatan kepada komuditi.

Oleh kerana itu satu program yang merupakan program tahunan iaitu Festival Usahawan yakni merupakan program tahunan yang diadakan dalam DUN Wakaf Bharu dan kita di pihak DUN Wakaf Bharu telah memanjangkan idea iaitu menubuh Dataran Usahawan di perkarangan di pasar Wakaf Bharu dan telah dikemukakan di pihak PBT difahamkan pihak PBT telah mengangkat untuk mendapat peruntukan daripada kerajaan. Oleh kerana itu, saya mengharapkan supaya tindakan kerajaan sebab ianya dapat memberi peluang dan juga di dataran tersebut ada berbagai-bagai aktiviti terutama yang melibatkan usahawan…

Speaker

[MENCELAH] Masa ada dua minit lagi Yang Berhormat…

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

… dan itulah antara yang menjadi harapan rakyat Wakaf Bharu untuk merealisasikan dataran usahawan dan satu usaha yang kita telah dikenalpasti untuk dijadikan iaitu Uptown iaitu mesra usahawan dan juga mesra keluarga yang akan dirangka di dataran tersebut. Yang kedua ialah banjir kilat yang sering berlaku di Wakaf Bharu sebagaimana disebut oleh Kelaboran tadi. Wakaf Bharu antara ramai yang terkesan bila banjir antaranya bila melibatkan banjir darat. Banjir

darat hujan lebat dan ditambah dengan banjir Sungai Golok. Jadi antara yang perlu di ambil tindakan ialah yang pertama ialah masalah sistem saliran dan longkang di beberapa di lokasi seperti di Kampung Kubang Batang Delima iaitu berdekatan dengan kilang kayu Mazlan dan simpang berdekatan gedung perabot Haji Wan Abdullah di mana jalan tersebut merupakan jalan JKR, callbox tersebut mestilah dibesarkan supaya laluan air dapat disalurkan dengan paip.

Dan saya yang keduanya ialah masalah banjir yang sering berlaku di bulatan Bunut Sarang Burung di mana kawasan tersebut melibatkan tiga buah sekolah. Snow Batu, Sekolah Maahad Tahfiz Diniah dan juga Sekolah Menengah Berangan. Tahun lepas Alhamdulillah pihak JKR telah membuat longkang iaitu fasa pertama. Cuma buat longkang itu hanya sampai separuh jalan dan difahamkan JKR telah mengangkat bajet dan harapan kita Wakaf Bharu nak memastikan longkang tersebut dibuat sehingga penghujung simpang tiga cabang empat supaya laluan air tersebut yang melibatkan lima longkang air dapat di atasi dengan terbaik.

Speaker

[MENCELAH] Masa Yang Berhormat cukup.

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

Dan akhir sekali ialah jalan laluan daripada cabang tiga Che Spioh dan juga cabang tiga Berangan merupakan jalan alternatif rakyat Tumpat dan rakyat Wakaf Bharu melibatkan tiga buah sekolah dan jadi kita minta supaya kerajaan menaiktaraf sebab sering berlaku eksiden dan sebagainya dan juga ianya memberi mudarat kepada anak-anak sekolah.

Jadi sekadar itulah ucapan dari Wakaf Bharu, jadi Wakaf Bharu menyokong.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Ok terima kasih. Bukit Bunga.

Tuan Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Kelantan damai tanah pusaka rakyat bersatu meniti impian Titah Tuanku menjadi pembuka, menjadi panduan langkah kejayaan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bukit Bunga merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad Ke V atas Titah Diraja yang amat bermakna dan penuh pedoman untuk seluruh rakyat serta seluruh pentadbiran negeri Kelantan.

Titah Tuanku memperlihatkan iltizam yang tinggi dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri berpaksikan prinsip Islam serta berlandaskan reality kehidupan rakyat termasuk mereka yang berada di luar bandar dan di kawasan sempadan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai wakil rakyat bagi kawasan Bukit Bunga saya mengambil peluang dalam perbahasan ini untuk memberi tumpuan kepada dua sektor penting yang diyakini mampu meransang ekonomi rakyat secara langsung dan lestari iaitu yang pertama pemerkasaan keusahawanan desa dan yang kedua pembangunan pelancongan hijau dan komuditi.

Kedua-dua sektor ini bukan sahaja menjana pendapatan tetapi membina kekuatan komuniti, meningkatkan jati diri dan mewujudkanb peluang saksama kepada golongan wanita, belia, pesara dan juga pelajar pondok.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, usahawan desa merupakan teras kepada ekonomi tempatan di luar bandar. Mereka mungkin bukan pemain besar dalam industri pasaran nasional tetapi merekalah yang menyediakan makanan di pasar tani, menghasilkan kraftangan asli serta menanam sayur dan buah-buahan untuk kegunaan masyarakat setempat. Di kawasan Bukit Bunga ramai daripada mereka bergantung kepada hasil jualan harian yang tidak menentu tanpa jaringan sokongan yang kukuh. Cabaran utama yang dihadapi mereka bukanlah dari segi kemahuan untuk berjaya tetapi dari segi kemampuan kekangan modal kurangnya kemahiran digital serta tiada akses kepada pasaran yang lebih luas

menyebabkan mereka kekal dalam kitaran perniagaan kecil tanpa pertumbuhan.

Di Kelantan sahaja terdapat kira-kira 15 000 usahawan yang berdaftar dengan Majlis Pembangunan Usahawan. Statistik ini menunjukkan potensi besar sektor ini untuk digerakkan secara lebih berstruktur dan bersasar.

Justeru saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menubuhkan dana Mikro Ekonomi Desa Kelantan dengan pendekatan mesra rakyat yang tidak hanya bergantung kepada penilaian kredit semata-mata. Dana ini boleh bermula dengan geran asas bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan kemudian diperluaskan kepada Skim Pinjaman Mikro bernilai antara RM1000 - RM10 000 sebagai modal pusingan.

Walaupun terdapat skim seperti Tekun Nasional, MARA dan SME Corp yang menyediakan bantuan pada usahawan Mikro namun cadangan ini bertujuan melengkapkan bukan bertindan iaitu dengan memberi fokus kepada golongan kurang akses seperti Ibu Tunggal, Belia Luar Bandar dan Usahawan Tani. Dana ini juga boleh berperanan sebagai pelengkap kepada bantuan peringkat Persekutuan. Namun begitu, bantuan kewangan sahaja tidak mengcukupi latihan dan pembangunan kapasiti harus di sediakan secara menyeluruh termasuklah latihan asas perniagaan, pengurusan kewangan, pembukusan produk dan strategi pemasaran.

Selain itu, rakyat luar bandar perlu di dedahkan dengan digitalisasi perniagaan melalui penggunaan Shoppee, Tiktok Shop, WhatsApp Business dan platform E-Dagang lain.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi kawasan Bukit Bunga saya mencadangkan penubuhan Pusat Sehenti Usahawan Sempadan yang menyediakan khidmat kaunseling niaga. Pendaftaran SSM, nasihat Export dan bimbingan Pensijilan Halal khusus kepada usahawan sempadan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bukit Bunga merupakan pintu masuk utama Kelantan Ke Thailand dan ia mempunyai kedudukan strategik untuk dimajukan sebagai hub dagangan mikro dan sederhana. Namun

sehingga kini peranan ekonomi sempadan masih belum dibangunkan secara menyeluruh.

Menurut laporan ECRDC lebih 40% daripada 19 000 usahawan yang telah dilahirkan oleh Program Pembangunan Usahawan ECRDC ini adalah rakyat Kelantan dan ramai antara mereka berjaya menembusi pasaran luar negara. Ini menunjukkan potensi besar rakyat Kelantan jika diberikan peluang dan bimbingan berterusan.

Saya mencadangkan agar kerajaan Negeri membina zon niaga sempadan Bukit Bunga dengan penyediaan lot niaga kekal berlesen, pusat pengumpulan hasil kampung serta ruang promosi produk-produk halal dan kraftangan. Zon ini boleh dijenamakan semula sebagai mini halal hub Bukit Bunga dan dibangunkan melalui kerjasama strategic antara agensi kerajaan, koperasi tempatan dan GLC Negeri seperti PMBK dan Invest Kelantan.

Untuk membantu golongan B40 pula saya menyarankan sewaan minimum serta geran promosi export mikro kepada pengusaha makanan tradisional, herba dan juga kraftangan. Latihan kursus tentang prosedur perdagangan rentas sempadan juga perlu disediakan bagi memastikan usahawan kecil dapat mengeksport produk secara sah dan berdaya saing. Zon ini perlu diselaras dengan perancangan strategik MITI dan jawatankuasa rentas sempadan yang dicadangkan agar selari dengan dasar serantau.

Dan Kerajaan Negeri juga perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Perdagangan Sempadan Bersama MITI dan agensi Thai untuk memudahkan urusan export produk ke pekan-pekan sempadan selatan Thailand seperti Narathiwat dan Sungai Golok.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sektor perlancongan bukan hanya menyumbang kepada ekonomi tetapi juga menjadi wardah pembinaan jati diri, perpaduan dan warisan budaya. Kawasan seperti Bukit Bunga, Ayer Lanas, Pergau dan Lata Janggut mempunyai potensi yang luar biasa dalam sektor pelancongan hijau dan komuniti. Namun masih tiada plan tindakan pelancongan luar bandar yang menyeluruh.

Oleh itu saya mencadangkan pembangunan zon Agro Pelancongan barat Kelantan yang meliputi Bukit Bunga, Ayer Lanas, Kuala Balah iaitu Lata

Janggut dan juga Pergau. Zon ini boleh dibangunkan untuk pelancongan pengembaraan, pertanian, budaya dan spritual. Aktiviti pelancongan boleh merangkumi lawatan ke Dusun Rakyat, Inap Desa Kampung, Siam dan juga Melayu. Festival makan kampung, ziarah masjid dan juga makam ulamak serta aktiviti rekreasi seperti tracking dan juga berkayak.

Skim formula perancangan komuniti juga perlu diperkenalkan bagi membantu belia kampung memulakan pengurusan homestay, kedai makan kampung dan juga lawatan berkonsep warisan. Skim ini boleh dilaksanakan secara pelengkap kepada Dana Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN) yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di sini saya ingin mengusulkan cadangan yang berani tetapi realistik iaitu menjadikan Bukit Bunga sebagai kawasan Zon Bebas Cukai (ZBC) di sempadan Kelantan Thailand. Idea ini tidak asing kerana kita telah melihat Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan juga Pengkalan Kubor dalam merancakkan ekonomi setempat.

Dengan kedudukan yang strategik sebagai pintu masuk Antarabangsa melalui kompleks imegresen Bukit Bunga dan jarak yang dekat dengan Narathiwat dan juga Sungai Golok, Bukit Bunga berpotensi tinggi untuk dijadikan pusat perdagangan, pelancongan dan lojistik tanpa beban cukai tertentu. Cadangan ini perlu dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan disokong oleh Kerajaan Negeri dengan justifikasi seperti yang pertama, menjana limpahan ekonomi kepada rakyat setempat melalui aktiviti jual beli perlancongan dan perniagaan kecil.

Yang kedua, mengurangkan kes-kes penyeludupan dan aktiviti pasaran gelap dengan mewujudkan wang perdagangan yang sah. Yang ketiga, menarik pelaburan dan pelancong dari negara jiran ke Kelantan. Dan yang keempat, menyediakan peluang pekerjaan baru dalam sektor peruncitan, lojistik, pelancongan dan juga pengangkutan.

Speaker

[MENCELAH] Masa ada dua minit lagi.

Tuan Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

Namun begitu perlaksanaannya mestilah dengan teliti termasuk dari segi kawalan kastam, keselamatan sempadan dan juga kesan terhadap perniagaan sedia ada.

Saya percaya dengan penyusunan rapi dan konsultasi pelbagai pihak, Zon Bebas Cukai Bukit Bunga boleh menjadi satu pemangkin ekonomi sempadan dan mengubah wajah pembangunan di barat Negeri Kelantan. Sebagai pintu masuk ke negeri Kelantan Bukit Bunga perlu dibangunkan secara strategik dan terancang. Saya suka mencadangkan penyediaan Blueprint pembangunan Bukit Bunga 2030 yang merangkumi pembangunan infrastruktur, pelancongan dan perniagaan serta pengukuhan ekonomi rakyat.

Akhir sekali, bagi melahirkan lebih ramai pelaku industri pelancongan tempatan saya mencadangkan penubuhan Pusat Latihan Niaga Dan Pelancongan Komuniti Bukit Bunga untuk melatih belia sebagai pemandu pelancong. Penyediaan inap desa, chef kampung dan juga penyelaras produk pelancongan.

Sebagai penutup Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam fasa pasca pandemik ini ekonomi perlu dikembalikan kepada rakyat. Usahawan kecil dan pelancongan komuniti adalah pemacu utama pemulihan ekonomi rakyat. Bukit Bunga ingin tampil sebagai model ekonomi rakyat berasaskan keusahawanan desa dan pelancongan komuniti selaras dengan Inspirasi Kelantan Sejahtera 2040.

Sebagai penutup, Berakit-rakit ke hulu membawa bekal, Harapan dibina bukan sekadar angan, Moga dirahmati segala akal, Kelantan makmur rakyat pun senang.

Bukit Bunga pintu dagang, Di sana rakyat mencari peluang, Usaha diberkati pelancong datang, Negeri makmur rakyat juga senang.

Sekian ucapan perbahasan saya, Bukit Bunga mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Dabong.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﲨﻌﲔ, آ ﺻﺤﺎﺑﻪ( وأ ) ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ ا ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ ا

Pondok subur di tanah warisan, masjid makmur nadi ummah, Ilmu dan amal jadi bekalan, membangun negeri berteraskan Barokah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan lafaz Bismilahirahmanirahim saya mulakan ucapan ini dengan penuh syukur dan rendah hati kerana diberi ruang dan peluang untuk turut serta dalam perbahasan Titah DiRaja yang sangat-sangat bernilai ini. Kita ini bukan sekadar aktiviti tahunan tetapi adalah warkah amanat yang menyentuh hala tuju besar negeri kita yang tercinta.

Saya berdiri mewakili rakyat Dabong suara pendalaman yang ingin di dengari bukan kerana keluh kesah semata-mata tetapi kerana keazaman untuk terus menyumbang kepada pembangunan negeri. Dabong adalah cerminan kekuatan luar bandar. Akar umbi yang masih teguh berpaut pada nilai agama, budaya dan keilmuan warisan. Maka hari ini saya ingin menyentuh empat isu teras yang menjadi nadi perjuangan pembangunan insan di Kelantan iaitu institusi pondok, pendidikan dibawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), masa depan KIAS dan peranan masjid sebagai pusat komuniti moden.

Institusi pondok yang pertama sebagai pelindung warisan ilmu islam. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kelantan dikenali sebagai negeri Serambi Mekah. Bukan sekadar simbol tetapi hasil kelangsungan institusi pondok yang menjadi benteng ilmu sejak ratusan tahun. Menurut data JAHEIK terdapat lebih 60 buah pondok aktif di seluruh negeri. Namun majoritinya tidak berdaftar. Tidak memiliki sumber kewangan yang tetap dan masih beroperasi secara kendiri. Kita tidak menafikan adanya bantuan

disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JKP) dan agensi agama. Tetapi bantuan ini bersifat umum, tidak menyeluruh dan tidak berdasarkan satu plan kelestarian jangka panjang.

Oleh itu saya mencadangkan dua langkah konkrit. Langkah yang pertama, Kerajaan Negeri menstruktur semula dana sokongan pondok disalurkan melalui JAHEIK ataupun Baitulmal Negeri secara merit dan keperluan yang tersusun. Langkah yang kedua, menubuhkan Majlis Pondok Negeri Kelantan bukan sebagai badan pengawal tetapi sebagai penasihat penyelaras kurikulum dan penjaga pemprosesan institusi ini untuk generasi akan datang. Dengan pendekatan ini kita mampu mengekalkan tradisi tapi dalam acuan sistem yang tersusun dan mampan.

Yang kedua, pendidikan YIK, tahfiz, juruteknik dan pemimpin masa hadapan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yayasan Islam Kelantan (YIK) merupakan institusi kebanggaan negeri yang menguruskan 93 buah sekolah menengah dan rendah agama dengan lebih 30 685 pelajar dan 2988 guru. Ini adalah jaringan pendidikan agama yang terbesar di Malaysia. Namun masih banyak potensi belum digilap. Dalam dunia yang semakin kompleks pendidikan Islam mesti melahirkan pelajar yang bukan hanya celik agama tetapi juga mampu berdikari, berfikir kritikal dan menyumbang dalam sektor ekonomi dan teknologi.

Maka saya mencadangkan tiga inisiatif utama. Yang pertama, penubuhan sekolah teknikal Islamik YIK di Dabong sebagai perintis gabungan kurikulum Islam dan TVET. Ini tidak bertindan dengan Sekolah Teknikal sedia ada tetapi menawarkan pendekatan holistik.

Yang kedua, modul dual sijil YIK dan SKM dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK untuk pelajar yang berminat dalam bidang kemahiran tetapi masih mengekalkan asas pendidikan Islam.

Yang ketiga latihan professional berterusan CPD untuk guru YIK dengan kolaborasi bersama UPSI dan IPJN supaya pendidik kita terus berkembang mengikut keperluan semasa. Ini bukan impian kosong tetapi kesinambungan kepada dasar Kerajaan Negeri yang lebih sekian lama memartabatkan pendidikan Islam kita hanya perlu menyuntik nafas baru dalam bentuk integrasi ilmu dan kemahiran.

Cikgu YIK bawa rotan, anak murid semua senyap, kalau belajar tak ikut zaman nanti anak kita jadi ustaz tapi silap wayar tok reti buka WhatssAp.

Dalam semangat ini juga saya ingin menekankan kepentingan memperluas peluang TVET kepada pelajar-pelajar pondok dan YIK. Ramai antara mereka punya bakat teknikal tetapi tiada akses kepada latihan kemahiran. Maka saya cadangkan agar Kerajaan Negeri melaksanakan program TVET Integratif dengan kerjasama GIAT MARA, ILP dan Majlis TVET Negeri di mana bengkel TVET mobile diperluas di kawasan pondok sekolah YIK khususnya di kawasan pendalaman seperti DUN Dabong.

Modul Keusahawanan Syariah dalam kokurikulum melatih pelajar dalam kemahiran asas perniagaan, asas pemasaran digital produk halal. Yang ketiga sebuah skim incubator usahawan pelajar pondok diwujudkan untuk memberi modal permulaan dan bimbingan kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan.

Dengan pendekatan ini kita bukan sahaja melahirkan pelajar yang hafaz Al-Quran dan faham agama tetapi juga mampu hidup berdikari dan menyumbang kepada ekonomi ummah.

Yang ketiga, KIAS dari kolej Universiti Islam Negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, KIAS kini menawarkan 24 program akademik kepada 1077 pelajar namun berbanding negeri lain seperti Terengganu-UNISZA, Melaka-UNIMEL kita masih belum ada universiti Islam milik negeri. Menaiktaraf KIAS kepada Universiti Islam Kelantan, UIK bukanlah satu tindakan gopoh untuk bersaing dengan universiti lain. Tetapi sebagai pelengkap dalam sistem pendidikan tinggi Islam di negara ini.

Saya mencadangkan yang pertama KIAS jadikan pusat pengajian fatwa contemporary, psikologi Islam, teknologi Halal dan pentadbiran syariah. Yang kedua dibangunkan plan transformasi lima tahun dengan kerjasama universiti luar negara seperti Al-Azhar, IIUM dan Institusi Fatwa Serantau. Tidak perlu membina kampus baru cukup dengan menaiktaraf fasiliti Nilampuri secara sistematik agar tidak membebankan kewangan kerajaan. Kelantan memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi yang bukan sahaja berasaskan islam tetapi juga mampu memacu inovasi dalam kerangka syariah.

Yang keempat, masjid sebagai pusat komuniti yang hidup dan membangun. Yang Berhormat Dato’ Speaker, masjid bukan lagi sekadar tempat solat. Ia sepatutnya menjadi pusat pembangunan komuniti ekonomi dan sosial. Program masjid makmur dan oleh JAHEIK telah memberi impak yang baik namun cabaran hari ini memerlukan imam dan AJK masjid diperkasa dengan kemahiran sosial kepimpinan dan digitalisasi. Maka saya mencadangkan modul latihan yang pertama, modul latihan tahunan untuk imam dan AJK masjid melibatkan JAHEIK, JKM dan agensi pembangunan komuniti.

Yang kedua, pembangunan masjid Digital Kelantan sebagai pangkalan data dan aktiviti. Jemaah laporan kewangan dan pelaporan modul kuliah. Yang ketiga, dana insentif masjid aktif berdasarkan prestasi dalam program pembagunan belia, kebajikan dan kursus ekonomi ummah.

Ini bukan sekadar pembaharuan teknikal tetapi satu transformasi pada fungsi sebagai pusat rohmatan lilalamin. Yang Berhormat Dato’ Speaker, menyentuh dengan isu di dalam DUN Dabong yang pertamanya, jambatan besi di Kampung Slow Temiang Dabong. Infrastruktur yang kecil ini perlu segera dinaiktaraf bagi memberi kemudahan jambatan yang selamat bagi penduduk kampung Slow Temiang bagi membolehkan kenderaan awam seperti bomba boleh melalui jambatan itu. Kerana setakat ini bomba sekiranya berlaku kebakaran ia tidak boleh nak lalu, nok lintas jambatan itu.

Saya ingin menarik perhatian pihak berwajib khususnya pihak Kerajaan Negeri, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Keretapi Tanah Melayu KTMB berkenaan keperluan mendesak untuk menaiktaraf stesen keretapi Dabong dengan segera. Stesen ini merupakan nadi pengangkutan utama bagi penduduk pedalaman Kuala Krai. Pelajar serta pelancong yang ingin akses kawasan pelancongan seperti Gunung Stong, Air Terjun Jelawang dan Gua Ikan. Namum fasiliti stesen yang uzur tidak mesra OKU dan kekurangan kemudahan asas seperti tandas awam berkualiti, tempat menunggu berteduh dan sistem maklumat waktu berjalan dan efisyen telah menjejaskan keselesaan keselamatan pengguna. Memandangkan Dabong juga merupakan satu lokasi dalam tumpuan laluan keretapi Pantai Timur Jungle Railway …

Timbalan Speaker

[MENCELAH] Yang Berhormat boleh ringkaskan.

… melalui Train To Dabong naik taraf ini bukan sahaja penting untuk kesejahteraan rakyat setempat malah berpotensi memacu pelancongan dan ekonomi mikro setempat. Saya menyeru agar pihak Kerajaan Negeri dan kementerian menyenaraikan kerja naiktaraf stesen Dabong sebagai wishlist utama dalam perancangan Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK-13) dan Belanjawan Tahun 2026.

Seterusnya saya ingin merujuk kepada projek pembinaan jambatan baru yang menghubungkan Kampung Kemubu ke Kampung Seteru Kuala Krai, Kelantan yang telah diluluskan dan dijadualkan bermula pada Oktober tahun 2024. Projek ini melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 420 meter dengan spesifikasi JKR R2 serta jalan tuju sepanjang 0.24 kilometer.

Timbalan Speaker

Masa dah habis ya Yang Berhormat Dabong.

Sebagai penutupnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, empat tonggak yang saya kemukakan Institusi Pondok Pendidikan YIK, transformasi KIAS dan peranan masjid semuanya telah ada asasnya. Namun dalam dunia yang berubah pantas ini kita tidak boleh kekal pada takup lama. Saya tidak mencadangkan perkara baru yang membebankan Kerajaan Negeri, saya hanya mencadangkan penyusunan semula penambahbaikan dan pemerkasaan dasar yang telah ada tetapi dengan pendekatan berteraskan data realiti lapangan dan aspirasi rakyat.

Akhir kata marilah kita terus berkhidmat dengan penuh amanah kerana membangunkan insan adalah asas membangunkan negeri. Dari Dabong yang sunyi In Shaa Allah akan lahir generasi bijak, berakhlak dan berjiwa besar untuk Kelantan yang cemerlang.

Gunung ayam tinggi menjulang, di sapa kabus di waktu pagi, Ilmu ditanam untuk berkembang agar Kelantan terus berseri.

Sekian saja ucapan perbahasan saya, Dabong menjunjung kasih, menjunjung penuh titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Dabong mohon menyokong.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dabong. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Tawang.

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker di atas kebenaran untuk turut serta dalam membahas dan juga kmenjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan kali Yang Kelimabelas Tahun 2025.

Allah SWT berfirman,

ِ ◌ ﺪ ﻌ ْ ﻟ ﰒ ِْ ﻹ ِْ ا ﻰ ﻠ ﻋ ا ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ ﻻ ﻮ ﱠﻘ ـ ﻟﺘ ﱪ ْ ﻟ ا ﻰ ﻠ ﻋ ا ﻮ ﻧ ﺎ ﻌ ﺗ َ ُ ـَ َ ْ َ ُ ـَ ْوَان ُ وَا َ وَ َ وَ َى وَا ِِّ َ وَ َ وَ

Hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara yang boleh membawa kepada kebaikan dan taqwa. Jangan kamu saling tolong menolong dalam perkara yang boleh membawa kepada dosa dan juga permusuhan.

Alhamdulillah Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah sempurna dilaksanakan pada semalam telah menitikberatkan kepada kita berkenaan dengan beberapa perkara yang penting terutama sekalinya dalam usaha untuk memastikan kelestarian pembangunan di negeri Kelantan dari sudut membangunkan manusia dan juga membangunkan insan.

Alhamdulillah kerjasama yang cukup baik peluang yang ada pada ketika ini boleh merancakkan lagi ke arah pembangunan. Pembangunan yang pertama iaitulah pembangunan insan yang lebih penting yang lebih utama yang membawa kepada pembangunan-pembangunan yang lain. Kita lihat dalam suasana yang pada hari ini masalah-masalah gejala sosial dan sebagainya yang kian meruncing dalam negara kita untuk yang global memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk kita menyelesaikan bersama iaitulah ke arah kebaikan bersama. Kita tidak boleh hanya menunding jari kepada pihak-pihak yang tertentu kerana kita ada tugas dan tanggungjawab masing-masing. Tawang suka memetik satu ucapan yang pernah dikeluarkan oleh bekas Almarhum Ketua Polis Negeri Kelantan ketika dia merasmikan suatu majlis rasmi watikah lantikan pimpinan pelajar di sekolah Maahad Amir Indera Putra.

Beliau memetik dia kata sekarang ini kerajaan telah menambah dari sudut prasarana kemaskinian berkenaan dengan bidang kepolisan. Balai-balai di upgrade kan. Kereta-kereta kenderaan di upgrade kan. Semuanya banyak fasiliti-fasiliti di upgrade kan. Tetapi persoalannya why masalah-masalah gejala-gejala sosial ataupun masalah-masalah dalam negara kita makin hari makin meningkat, makin hari makin bertambah. Bukannya makin hari makin malap, makin hari makin berkurangan.

Itu adalah titipan yang dibuat ketika majlis watikah perlantikan pimpinan pelajar. Sebab itulah Tawang melihat pembinaan insan, pembinaan manusia bermula daripada situ. Barulah masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih kepada pihak Yayasan Islam Kelantan khususnya yang telah berjaya. Yang disebut rekodnya walaupun ada untuk mengurangkan gejala-gejala yang tidak sihat berlaku di kalangan anak-anak muda dan juga para remaja yang ada pada hari ini.

Mengikut statistik yang di sebab kebetulan Tawang sebelum daripada ini mengendalikan l berkenaan dengan hal ehwal pelajar di Yayasan Islam Kelantan kita melihat laporanya kurang dari sudut salah laku di kalangan pelajar-pelajar di sekolah agama. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana agama itu memainkan peranan yang cukup penting dalam membenteng ataupun mengawal diri seseorang daripada melakukan perkara yang tidak baik. Sebab itulah pembinaan insan ini adalah perlu

diberi penekanan sama ada oleh pihak kerajaan Negeri baik ataupun oleh pihak kerajaan Persekutuan.

Kes-kes yang tertentu seperti yang dibangkitkan oleh Kota Lama sebentar tadi iaitulah kes kematian yang berlaku kepada Allahyarham Wan Mohd Al-Farid di Sekolah Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas. Kebetulan Tawang pada masa itunya sebagai guru PK(HEM) di Sekolah Maahad Yaakubiah Nipah setelah berlaku kematian. Tawang telah dipindahkan ke sekolah itu untuk melihat bagaimana kita melihat, bagaimana kes ini yang menyebabkan pelajar-pelajar menjadi motivasinya down. Jadi pihak Yayasan Islam Kelantan pada masa itu memikirkan bahawa saya pergi ke sekolah itu kita lihat bagaimana kes ini, bagaimana ianya berlaku tetapi ianya menjadi masalah polis dan Ketua Polis pada masa itu mengisytiharkan, mengklasifikasikan kes ini adalah kematian mengejut.

Begitu juga laporan daripada pihak hospital pun adalah kematian mengejut, tidak ada unsur-unsur jenayah. Namum pihak keluarganya telah memfailkan rayuan diperingkat mahkamah, akhir sekali mahkamah Kolonel telah membuat keputusan pada tahun 2016, kematiannya bukan kematian mengejut tetapi kematian ada unsur-unsur yang lain tetapi tidak dapat dikenalpasti siapa yang terlibat dengan pembunuhan itu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebab itulah kita melihat persoalan ini adalah persoalan membawakan insan ini adalah satu persoalan yang perlu diberi keutamaan kepada semua. Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan saya ingin menyentuh berkenaan dengan pelancongan, dalam negara Malaysia ini satu-satunya kawasan yang digelar sebagai bandar pelancongan Islam adalah di Bachok.

Bachok ialah err majlis iaitulah bandar pelancongan Islam. Kita pun melihat kawasan Bachok ada 32 kilometer panjangnya pantai di sepanjang Bachok. Alhamdulillah sebab itulah kita melihat kita mahu pihak kerajaan adakan satu master palnning bagaimana untuk membangunkan Bachok ini sebagai bandar pelancongan Islam yang boleh menjadi realiti dalam negara kita. Alhamdulillah kita tengok dengan kehadiran beberapa-beberapa individu-individu yang tertentu yang cuba membangunkan pantai-pantai di Pantai Irama, di pantai yang terbaru ini

Kemasin Resort Beach kita lihat berpusu-pusu masyarakat ataupun netizen datang ramai dan memberi komen-komen yang cukup baik.

Cumanya menjadi masalah jam pulok di sana, jam pulok perjalanan satu kilometer satu jam lebih pulok, masya Allah. Jadi sebab itulah saya Tawang mencadangkan supaya dibangunkan kawasan ini dan juga supaya kawasan di sebelah iaitulah di Pantai Kemayang pun dibangunkan sama dengan dibuat satu jambatan gantung yang boleh menghubungkan untuk pejalan kaki lebih merancakkan lagi pelancongan dan kehadiran masyarakat kepada luar sana.

Begitu juga Tawang mencadangkan supaya Pantai Senok dan di sepanjang pantai ataupun di sepanjang sungai Pengkalan Datu dibangunkan pusat-pusat rekreasi dan sebagainya. Sebab sebelum ini kita tengok ramai orang duduk main di sepanjang lapangan terbang Pengkalan Chepa. Ramai mari tengok kapal terbang. Kapal terbang nok turun lagumana tayar dia tu terbukok, nok terbang turun dop. Loni dia pagar habis doh, takdok doh orang gi situ. Jadi loni kita boleh bangun pulok sepanjang sungai Pengkalan Datu tu orang nok tengok pulok lagumano kapal terbang naik wak masuk tayar dalam body pulok. Jadi sebab itulah saya …

Timbalan Speaker

[MENCELAH] Yang Berhormat …

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

…. dibangunkan pusat rekreasi di situ yang dapat menarik pelancong. Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan kebajikan. Alhamdulillah Tawang mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri mengambil banyak inisiatif-inisiatif dalam berkenaan dengan kebajikan-kebajikan yang dilaksanakan namun di sana Tawang ingin mencadangkan bagi mewakili golongan orang panggil OKU lah, iaitulah khususnya berkenaan dengan petak-petak parking di sekitar bandar-bandar Kota Bharu yang menghadapi kekurangan yang begitu ketara.

Kalau kita pergi ke setiap bangunan kalau tempat-tempat lain biasanya ada parking khusus. Tu pun yang ada khusus pun kita tengok ada lagi orang hok gi parking orang lain pulok. MasyaAllah. Jadi sebab itulah saya mencadangkan kepada PBT-PBT dan sebagainya supaya menambah ataupun menyediakan tempat yang lebih munasabah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan satu lagi iaitulah berkenaan dengan banjir melibatkan bandar-bandar baru ini dalam rekodnya 2024 PPS yang pertama dibuka dalam negeri Kelantan ini adalah di Bachok khususnya dalam DUN Tawang. Sebelum ni takdok lagi DUN Tawang jadi juara PPS yang pertama dibuka di negeri Kelantan.

Oleh sebab itulah saya melihat iaitulah berkenaan dengan saliran air yang melibatkan guru mandi. Tali air guru mandi sekitar itu sebelum daripada ini tak berlakunya banjir. Tapi dua tiga tahun ini kerap berlaku banjir melibatkan kerugian dan sebagainya. Jadi saya meminta kepada pihak yang berkenaan supaya mengambil inisiatif supaya tidak dijadikan kalau sebut Bachok banjir orang tok cayo, Bachok banjir? Mengkebang tanya yor ko Bachok banjir? Kata marilah tengok. Dia gi igat ikan di Tawanglah oorr banjir sungguh dia kata. Jadi sebab itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menjunjung kasih menyokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tawang. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Chempaka.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan, Chempaka ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya Kebawah Duli Yang Maha Mulia di atas Titah Diraja yang penuh hikmah nasihat dan panduan yang telah menyentuh pelbagai aspek penting dalam pembangunan negeri, kestabilan, pentadbiran serta kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, maka izinkan saya dalam kesempatan yang ada pada petang ini menyentuh untuk menyentuh perkara yang saya kira amat relevan dengan titah Tuanku dan amat mendesak untuk kita tangani bersama.

Yang pertamanya, Tuan Yang Dipertua sebagaimana yang telah disebutkan yang dititahkan oleh Yang Amat Mulia Tuanku semalam adalah berkenaan dengan Beta berharap agar setiap Ahli Yang Berhormat dapat memberikan khidmat yang terbaik demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Kelantan Darulnaim.

Tuan Yang Dipertua untuk itu saya ingin sentuh satu perkara iaitu saya ingin sebut satu tajuk dulu iaitulah kita sebagai wakil rakyat ni, wakil rakyat adalah merupakan legislator bukannya executor. Persepsi masyarakat terhadap wakil rakyat kadangkala dan banyak terpesong daripada kerangka sebenar sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan. Wakil rakyat sering dianggap sebagai Ketua Jabatan, Pegawai Daerah, Pegawai Kebajikan Masyarakat malah kadangkala sebagai kontraktor gred G1. Dihubungi siang malam untuk baiki jalan, pasang lampu, air takdok, angkat sampah malah cabut pokok dan bersihkan longkang.

Saya bukan mahu merungut atau menolak hakikat bahawa wakil rakyat ni mesti cakna masalah rakyat. Tetapi kita juga tidak boleh terus membiarkan fungsi utama wakil rakyat ini dilarutkan sehingga hilang nilai legislative. Hakikatnya tugas pokok sebagai wakil rakyat ni, Ahli Dewan ni merupakan sebagai penggubal undang-undang dan dasar. Kita diberi elaun apa ni adalah untuk menjadi pemikir dasar, penyemak dan penilai kepada perlaksanaan dan membina prinsip keadilan dalam semua dasar yang dibawa oleh Kerajaan Negeri.

Jadi berdasarkan kepada itulah saya memohon kepada kerajaan secara ringkasnya agar kerajaan pada cabang executive hendaklah memastikan bahawa tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dibawah cabang executive tersebut dilaksanakan sepenuhnya bagi membolehkan legislator benar-benar dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya dalam sebuah negeri demokrasi.

Sebagai contoh apa yang saya cadangkan kerajaan yang boleh buatnya adalah dapat menyediakan alat-alat bantu khususnya dengan pelantikan pegawai penyelidik khusus bagi kegunaan wakil-wakil rakyat. Khususnya dalam sekitar persidangan Dewan Negeri ini bagi membolehkan mereka berbahas dan memberikan buah fikiran di dalam dewan dengan lebih efektif.

Perkara kedua Dato’ Yang Dipertua yang ingin saya sentuh juga dalam waktu yang terhad ini adalah berkait dengan titah Tuanku berkait dengan gesaan ke atas Pihak Berkuasa Tempatan untuk memberikan tumpuan dalam memastikan bandar-bandar di negeri Kelantan kekal bersih, indah dan ceria serta memiliki pengurusan perbandaran yang baik.

Dato’ Yang Dipertua, dalam konteks pembangunan setempat peranan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai agensinya akar umbinya adalah sangat penting dalam tadbir urus negeri. Kalau kita ingin melihat negeri ini lebih bersih, lebih tersusun, lebih maju dan lebih mesra rakyat, PBT mesti menjadi tulang belakang kepada usaha itu. Dan ia bukan lagi sekadar jabatan lesen kompaun semata-mata, ia mesti menjadi institusi transformasi komuniti dan bandar.

Kalau orang luar mahu melihat bagaimana wajah sebenar sesebuah negeri, mereka tidak akan pergi ke Pejabat SUK, tidak akan datang ke Pejabat Menteri Besar, mereka akan tengok bandar, jalan, longkang, pasar malam, sistem lesen, kawasan lapang dan semuanya ini yang saya sebutkan tadi yang menjadi wajah pertama kepada pelancong ataupun orang luar ni adalah semuanya dibawah PBT.

Justeru itu, oleh kerana PBT ini adalah merupakan wajah negeri jadi kita apa ni wajah negeri itu bukan hanya terletak pada dasar negeri tetapi pada sejauh mana PBT dapat melaksanakannya dengan berkesan. Kita bercakap tentang konsep indahnya Kelantan atau mana-mana slogan negeri tetapi kalau PBT tidak diperkuatkuasakan, slogan itu hanya akan tinggal hiasan bibir sahaja.

Dalam banyak keadaan saya percaya bahawa PBT sudah pun menunjukkan komitmen yang tinggi tapi mereka masih dibelenggu

dengan berbagai kekangan termasuklah kekangan bajet, teknikal dan yang paling kritikal adalah kekangan dalam aspek kestabilan kepimpinan.

Saya sebut berkenaan dengan aspek kepimpinan tadi, katakan macam ni, kita tidak boleh memperkatakan tentang memperkasakan PBT jika kepimpinan utama iaitulah YDP sebuah PBT tersebut ditukar ganti dalam masa dua ataupun tiga bulan. Ini adalah merupakan satu realiti yang berlaku di beberapa PBT ialah saya percaya bukan saja di negeri kita tetapi juga di negeri orang namun kita tidak boleh menjadikan ini sebagai satu budaya yang menjadi kelaziman. Bagaimana seorang YDP mahu membina plan strategik 5 tahun jika dia sendiri tidak sempat habis bulan ketiga.

Bagaimana dia mahu kenal dengan komuniti setempat memahami struktur organisasi PBT, membina hubungan kerja dengan agensi luar jika belum sempat pun letakkan asas perancangan, tiba-tiba diminta tukar ke tempat lain. Saya mencadangkan supaya satu dasar tetap dapat diwujudkan. YDP dilantik ataupun mana-mana pegawai yang boleh menjalankan kuasa executive tersebut dilantik sekurang-kurangnya 2 atau 3 tahun minima kecuali atas sebab transisi buruk ataupun isu disiplin yang jelas.

Jadi saya mohon sekali lagi semoga kita dapat memberi perhatian yang serious terhadap sumber dan keperluan PBT khususnya pada segi kepimpinan.

Yang ketiga, dalam ucapan titah usul disebut juga saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KIAS khususnya dan Exco Pendidikan amnya. Berkait dengan satu program di KIAS iaitulah program fast track SPM dan saya telah mendapat jawapan secara bertulis dan saya ingin maklumkan, saya ingin berkongsi dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian di mana Program Fast Track SPM anjuran KIAS tersebut nampaknya mendapat sambutan …

Timbalan Speaker

… dua minit lagi ya …

… difahamkan bilangan pelajar sejak diajalankan pada tahun 2020 dahulu sentiasa meningkat dan lulusan fast track SPM ini telah pun berada dalam berbagai bidang pengajian di IPTA-IPTA dan IPTS tanah air kita dan bukan semata-mata dalam bidang agama dan ada kalangan mereka yang menyambung dalam bidang kejuruteraan pendidikan teknologi maklumat serta kejuruteraan. Saya berharap semoga program seperti ini sentiasa diberi perhatian dan ditambah baik oleh kerajaan.

Akhirnya saya berhasrat untuk sebut satu perkaralah berkait dengan kawasan Chempakanya, yang telah berkait dengan benteng hakisan ombak di pantai Sabak khususnya yang saya percaya bahawa benteng tersebut telah berjaya menyelamatkan tanah-tanah dipinggiran pantai daripada hakisan yang sebelum ini lebih kurang dua kilometer daripada tanah asalnya telah berada dalam laut dan saya pun salah seorang yang terlibat pada ketika itu dibina benteng sejak dari puluhan tahun dahulu.

Apa yang ingin saya sebut ya setiap tahun benteng tersebut menerima hentaman kuat ombak. Dan saya daripada pemerhatian seorang yang bukan pakar kita dapat melihat bahawa apabila telah lama dihentam ombak sebegitu rupa memang ada tempat-tempat yang telah ada lubangnya dan ada batu-batu yang diletakkan di situ yang telah kelihatan jatuh.

Jadi saya nak mintalah pihak yang berwajib supaya dapat membuat pemeriksaan dan audit terhadap benteng-benteng tersebut. Dan saya semalam pun saya lalu situ memang jalan yang dibina dibelakang benteng tersebut yang boleh dilalui sudah mulai tergantung. Jadi apabila tergantung ni dengan kereta kecil yang kita bawa, Axia gapo semua tu kalau terjatuh sikit daripada jalan tersebut memang akan memberi mudharat yang lebih besar daripada tu. Maka mulalah cari Tok Wakil pulok, kenapa jalan tersebut tergantung sebegitu.

Kesimpulannya Tuan Speaker, saya ucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan pada hari ini Chempaka menyokong usul menjunjung kasih Titah Diraja dan berharap sidang ini akan menjadi medan pembaharuan bukan sekadar pengulangan. Sekian,

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و

Timbalan Speaker

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور م ﻟﺴﻼ ا ﻋﻠﻴﻜﻢ و

Terima kasih Yang Berhormat Chempaka. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana membenarkan dan memberikan peluang pada Gual Ipoh untuk turut berbahas pada petang ini. Menjunjung kasih kepada dan merafak sembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V kerana dengan limpah ampun perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah pun sempurna membuat Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Yang Kelimabelas yang berlangsung kelmarin.

Di dalam tadinya saya ada mencelah Galas sebenarnya iaitu berkaitan dengan satu titah Kebawah Duli Yang Maha MuliaTuanku yang berbunyi Beta turut memandang serius isu keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand maka cadangan pembinaan tembok dan zon Penampang di kawasan Sungai Golok perlu dimuktamadkan dengan segera. Jadi berkaitan dengan isu keselamatan sempadan ini adalah satu perkara yang utama kerana di situlah lulusnya perkara-perkara yang kita bangkit secara ramai tadi iaitu berkaitan dengan dadah dan sebagainya.

Jadi Gual Ipoh ingin memulakan perbahasan ini dengan satu persoalan penting kepada kita semua termasuk kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya ada bentuk kerjasama yang boleh dimeterai dengan agensi pusat dan Kementerian Dalam Negeri Polis Diraja Malaysia dan AADK bagi menangani isu keselamatan sempadan penyeludupan dan jenayah rentas negara di sempadan negeri ini. Fakta keselamatan di

sempadan di Kelantan. Jarak sempadan Antarabangsa Malaysia dengan Thailand dianggarkan sejauh 664 km iaitu dari jumlah tersebut sejauh 551 km adalah sempadan darat.

Terdapat empat negeri yang bersempadan dengan Thailand dari Timur hingga ke Barat. Negeri-negeri berkenaan adalah negeri Perlis, negeri Kedah, negeri Perak dan negeri Kelantan. Keseluruhan sempadan negeri Kelantan melibatkan sekitar 120km dengan wilayah Selatan Thailand melibatkan empat jajahan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.

Sempadan ini terdiri daripada tebingan sungai dan laluan darat yang sering menjadi laluan penyuludupan rentas sempadan. Namun begitu sempadan ini bukan hanya sekadar garisan geografi. Ia adalah garisan kedaulatan bagi negara Malaysia. Sempadan ini sebenarnya dia tertakluk di bawah undang-undang penyelarasan dan diperuntukkan secara jelas dalam perlembagaan Persekutuan.

Aspek ini diperuntukkan secara jelas dalam perlembagaan Persekutuan dibawah Perkara 74(1) dan Perkara 80(1) yang mana senarai Persekutuan dibawah keselamatan kastam, imegresen dan pertahanan negara dibawah jadual ke sembilan, senarai satu. Agensi yang bertanggungjawab adalah Kementerian Dalam Negeri, Polis DiRaja Malaysia, APMM dan Kastam.

Ini bermaksud Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab secara mutlak terhadap keselamatan sempadan manakala Kerajaan Negeri boleh membantu melalui sokongan teknikal dan komuniti.

Cabaran di sempadan negeri Kelantan mengikut laporan daripada Polis Diraja Malaysia kontinjen Kelantan iaitu pada tahun 2022 dan AADK menyatakan bahawa sempadan Kelantan terus menjadi hotspot bagi penyeludupan antaranya isu utama penyeludupan ialah dadah, senjata api, pemerdagangan manusia iaitu pendatang tanpa izin dan juga diesel bersubsidi termasuk minyak masak bersubsidi.

Lebih 100 laluan, laluan yang tidak rasminya iaitu laluan tikus di sempadan Sungai Golok masih aktif dan menyebabkan lebih 5000 kes pada 2022 sahaja, sebanyak tadi 5 000 kes yang menyebabkan nilai sitaan

melebihi RM130 juta. Sebagai perbandingan di antara sempadan di sebelah Kelantan khususnya sempadan di sebelah Bukit Kayu Hitam yang dilengkapi dengan begitu lengkap sekali di CIQ modennya seperti sistem pagar keselamatan yang siap dan pengawasan drone dan sensored gerakan infrared pusat kawalan bersama Malaysia Thailand di zon Bukit Kayu Hitam di sempadan yang berkenaan sangat teratur dan sah serta lebih tersusun.

Manakala di Kelantan tembok keselamatan Sungai Golok masih belum dibina dan sebahagian besar kawasan sempadan hanya bergantung kepada rondaan secara fizikal dan kawalan daripada apa ni pihak secara manual.

Mengikut maklumat yang saya perolehi baru hanya pada tahun yang lepas baru ada sensored kawalan. Sensored infrared bag bagasi kepada pelancong ataupun pengunjung sama ada keluar ataupun masuk melalui tiga pintu masuk utama kita iaitu Rantau Panjang, Bukit Bunga, Pengkalan Kubor.

Manakala apa ni mengikut rekod daripada PDRM juga pernah mendapat tangkapan di lori-lori kargo dan kontena seludupan barang-barang terlarang ini seperti dadah dan senjata api. Sebaliknya kita masih lagi belum mempunyai imbasan infrared sebagaimana di pintu-pintu sempadan lain yang boleh buat screening …

Timbalan Speaker

[MENCELAH]

Dua minit lagi Yang Berhormat …

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

… screening kepada kargo, kepada kontena dan sebagainya. Justeru itu, bagi penambahbaikan kepada sempadan ini ada beberapa langkah yang Gual Ipoh ingin mencadangkan.

Pertama segerakan projek tanduk keselamatan Sungai Golok Kerajaan Negeri Kelantan perlu mendesak Kerajaan Persekutuan menyatakan plan secara sebenar lokasi dan pasar pembinaan peruntukan semasa dan

priority kan kepada kawasan Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor.

Yang kedua, tubuhkan Unit Pemantauan sempadan negeri sebagai penghubung sebagai agensi pusat dan pentadbiran tempatan, PBT. Yang ketiga, gunakan teknologi pemantauan canggih seperti pemasangan CCTV pintar, sensored gerakan serta infrared seperti Drone yang boleh mengesan pergerakan yang merentasi sempadan pada setiap masa.

Yang keempat, penyelarasan sistem pengkalan data antara agensi-agensi seperti anti dadah kebangsaan, PDRM dan Kastam. Gual Ipoh sangat menyokong dasar Perlaksanaan Dasar Keselamatan Dalam Negeri (KDN) pelan induk kawalan sempadan negara pada Rancangan Malaysia Ke 13 yang menekankan keselamatan dan integriti sempadan.

Dan selaras dengan dasar MBI, Membangun Bersama Islam yang Kerajaan Negeri laksanakan …

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

[MENCELAH]

Laluan…

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Sila …

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Gual Ipoh. Berkaitan dengan isu sempadan ini masalah sempadan ini adalah masalah nasional bukan masalah tempatan yang melibatkan sindiket antrabangsa sempadan, pelabuhan, jenayah rentas negara dan bukan berlaku sekadar untuk isu-isu daerah. Cuma yang saya nak tanya Gual Ipoh apabila masalah sempadan ini yang Gual Ipoh nyatakan tadi apabila berlaku peningkatan kes dadah khususnya di Kelantan yang disalahkan ialah Kerajaan Negeri bukan masalah sempadan, bukan sindiket dan bukan dasar Persekutuan yang kita melihat sempadan-sempadan di Kelantan ini begitu, begitu banyak lagi perkara-perkara yang perlu dibaiki. Jadi minta pandangan Gual Ipoh

kenapa Kelantan selalu disalahkan terutama dalam isu penyeludupan. Terima kasih.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Terima kasih apa ni Tendong yang mencelah. Yang sebenarnya apa ni masalah rantaian penyuludupan dadah ini seharusnya boleh diputus atau dimatikan dengan perketatkan di kawalan sempadan negara daripada laluan-laluan tikus dan laluan lorong-lorong yang salah itu. Dan juga melalui pintu masuk yang sah kerana kita kena putuskan rantaian dadah dan agensi yang bertanggungjawab semuanya adalah agensi daripada Persekutuan. Namum kita di pihak negeri juga patut mengambil tanggungjawab bersama yang boleh dari seginya apa ni kita boleh orang panggil memberi ruang dan peluang, mungkin mereka ini adalah daripada orang-orang yang miskin ataupun …

Timbalan Speaker

[MENCELAH]

Cukup waktu Yang Berhormat …

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Orang-orang yang miskin ataupun orang-orang yang nak melepaskan dia punya tekanan kehidupan mungkin yang kurang pendidikan agama dan knowledge dan pengetahuan. Jadi kita juga perlu menyediakan ruang-ruang dan peluang kepada mereka dari segi kemudahan awam termasuk Gual Ipoh satu, sedikit je satu sedang melaksanakan kompleks sukan DUN Gual Ipoh. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Exco Portfolio ambo iaitu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 ribu untuk menyiapkan padang bola terlebih dahulu.

Namun kita perlu sokongan daripada agensi Persekutuan khususnya seperti KESEDAR dan sebagainya yang boleh meneruskan layout yang dimulakan oleh Majlis Daerah yang mengandungi kompleks sukan tadi. Banyak fasiliti sukan dan mengelakkan belia-belia daripada terus terjebak dari gejala yang tidak sihat iaitu dadah ini.

Akhirnya berbalik kepada isu sempadan tadi, sekiranya isu sempadan ini gagal ditangani tentunya kedaulatan negara menjadi goyah dan keselamatan sempadan adalah tanggungjawab negara tetapi rakyat Kelantan tadi yang terpaksa menanggung akibat daripada penyeludupan dadah yang berleluasa masuk ke negeri kita. Jadi itulah saja Gual Ipoh menyokong Titah Ucapan Diraja, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, saya mohon mengingatkan kesemua Yang Berhormat saya cuba untuk bagi peluang kepada semua Yang Berhormat untuk berbahas tapi wajarlah sekiranya Yang Berhormat menghormati masa yang telah ditetapkan. Saya menjemput Yang Berhormat Pengkalan Pasir. Silakan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ِ ِ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﺎ ﻨ ـٰ ﯨ ﺪ ﻫ أَنۡ َٓ ﻻ ﻮ َ ﻟ ﺪ ﺘ ﻬ ﻨ ﻟ ﻨﱠﺎ ﻛ ﺎ ﻣ َا ﺬ ﳍ ﺎ ﻨ ـٰ ﯨ ﺪ ﻫ ِي ﻟﱠﺬ ٱ ﻪﻠﻟ ﱠ ﺪ ﻤ ﳊ ٱ ُ ُ َ َ َ ِيَ َ ـَ َ وَ َِٰ َ َ َ َِ ُ Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya memulakan perbahasan Kebawah Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan membacakan beberapa ayat daripada surah Al-Mudassir

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

( ِ ( 1) ﺮ4) ﺠ ﺎﻫ ﻓ ﺰ ﺮ3) ﻬ ﻄ ﻓ ﻚ ﺎﺑ ﻴ ﺛ ﱪ2) ﻜ ﻓ ( ِر ﺬ ﻧ َ ﺄ ﻓ ﻢ ﻗ ( ﺮ ﺪﱠﺛ ﻤ ْ ﻟ ا ﺎ ـ ﻳ أَ ʮ َ ﻟﺮﱡﺟ َ َ َ َ ﺑﱠﻚ ْ َ ُ ِّ ﱡﻬ ْ ُ ْ َ ْ وَا ْ ِّ َ َ َ وَ ِّْ َ وَرَ ْ ْ ُ ُ َ َ Yang Bermaksud : Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, wahai orang-orang yang berselimut ….kun.. bangunlah, berilah peringatan dan pakaian kamu supaya Tuhan kamu maka besarkanlah pakaian kamu dan bersihkanlah perkara-perkara dosa maka kamu tinggalkanlah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, setelah meneliti perbahasan daripada rakan-rakan Ahli-Ahli Dewan sekalian dan sebagainya, Pengkalan Pasir ingin menanya sedikit kepentingan bagaimana kita

mementingkan, bagaimana kita pembangunan minda sebagaimana disebutkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia perenggan yang pertama yang berbunyi “Beta harap agar rakyat Kelantan terus berpegang teguh kepada dan lebih terikat kepada nilai-nilai ajaran islam dan serta memelihara kesepaduan, keharmonian dan kemakmuran negeri.

Maka dengan itu, justeru itu Pengkalan Pasir akan meneruskan perbahasan dari segi pembangunan minda sebagaimana yang kita tahu konsep pembangunan minda yang diperlukan adalah bagaimana kita sebagai Kerajaan Negeri perlu membentuk pemikiran rakyat kita bukan sekadar melihat kepada kepentingan dunia tapi lebih melihat kepada bagaimana kita nak menghadapi hari akhirat. Allah SWT sebut

ٍ ِ ِ ِ ﺎﺑ ﻪﻠﻟﱠ ا ﻨﺪ ﻋ ﺎ ﻣ ﺪ ﻨﻔ ﻳ ﻢ ﻛ ﻨﺪ َ ﻋ ﺎ ﻣ ُ َق َ َ وَ ُ َ َ ْ َ Apa yang ada di sisi kamu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah SWT adalah yang lebih berkekalan.

Maka bertitik tolak daripada inilah maka lihat kepada perbincangan ataupun perbahasan yang telah dibuat oleh Dabong dan Tawang tadi bagaimana mereka menitikberatkan kepentingan bagaimana kita membangunkan minda. Maka dengan itu Pengakalan Pasir ingin mencadangkan agar setiap daripada pimpinan Kerajaan Negeri bukan sahaja di peringkat DUN dan juga diperingkat Kerajaan Negeri mempunyai satu Dashboard bagaimana kita menilai nilai ketaqwaan diperingkat kepimpinan. Bukan setakat kita boleh mengadakan indeks kepimpinan, indeks taqwa di peringkat negeri tetapi juga pimpinan negeri dan juga pegawai-pegawai kerajaan.

Benda ini penting bagaimana kita nak memastikan ketaqwaan itu bukan sahaja dilahirkan diperingkat kepimpinan atasan tetapi juga dapat diterjemahkan kepada seluruh rakyat. Maka disinilah bagaimana sesungguhnya rakyat akan melihat kita bagaimana kerana peranan pemimpin itu dalam melahirkan taqwa. Bukan setakat sahaja kita ni, tanggungjawab utama kita bukan sahaja kita melahirkan ADUN-ADUN yang berkemampuan untuk merealisasikan ataupun mengangkat kemudahan-kemudahan ataupun suara rakyat tapi lebih penting bagaimana kita mengangkat kesusahan mereka di akhirat.

Maka dengan itu modal pembangunan insan ini maka Pengkalan Pasir mencadangkan agar setiap wakil rakyat ini mempunyai satu KPI bagaimana kita dapat menilai indek ketaqwaan dalam aspek seluruh kehidupan kita. Bukan setakat dari aspek kerohanian kita tapi bagaimana kita menterjemahkan aktiviti kita seharian. Dan saya mencadangkan agar setiap daripada DUN mempunyai satu dashboard yang mempunyai satu sistem yang padu yang mana kita boleh memantau pergerakan dan juga ketaqwaan kita. Itu yang pertamanya.

Yang keduanya, Pengkalan Pasir ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri bagaimana sebagaimana yang disebutkan oleh Tawang tadi. Kita mempunyai satu aset yang penting iaitu Yayasan Islam Kelantan bagaimana kita mempunyai di Yayasan Islam Kelantan ini kita mempunyai aset sebanyak 93 biji sekolah. Kita mempunyai para hufaz 4 822, guru-guru sebanyak 2 477 dan juga pelajar seramai 37 200 orang. Dengan aset-aset yang begini sekiranya kita boleh mengemblengkan tenaga bagaimana Yayasan Islam Kelantan dapat melahirkan para Hufaz bukan setakat menjadi imam, imam semasa bulan Ramadhan tapi lebih kepada menjadikan pendakwah.

Dengan itu saya ingin mencadangkan sebagai satu penggubalan dasar pendidikannya yang lebih komprehensif. Bukan setakat melahirkan para hufaz yang berjaya menghafal Al-Quran tetapi lebih bagaimana mereka menggunakan Al-Quran, boleh menterjemahkan Al-Quran dan boleh menggunakan Al-Quran sebagai badan dakwah. Saya yakin sekiranya seluruh para hufaz kita ini berkemampuan dan mempunyai jati diri yang membolehkan mereka sebagai pendakwah In Shaa Allah seluruh permasalahan-permasalahan gejala sosial dapat kita hindari.

Kita lihat bagaimana Nabi SAW telah melahirkan Musa Bin Omar seorang pemuda yang bagaimana dia menguruskan Nabi ke Madinah untuk memberikan dakwah dan kerana benda-benda beginilah kita perlu terapkan dalam sistem pendidikan kita bukan setakat melahirkan para pendakwah tapi juga boleh memberikan munafaat kepada masyarakat umumnya. Sebagaimana hadis di sebut س ﻟﻠﻨﺎ ﻧﻔﻌﻬﻢ أ س ﻟﻨﺎ ا ﺧﲑ Sebaik-baik kamu adalah memberi munafaat.

Bukan hanya ilmu itu digunakan untuk mereka sendiri tapi ilmu digunakan untuk mereka memperkasakan dakwah, memberi peringatan kepada masyarakat keseluruhannya.

Yang ketiga, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pengkalan Pasir juga ada membuat satu cadangan untuk konsep pembangunan semula di DUN Pengakalan Pasir. Pembangunan bandar Pasir Mas. Kalau kita lihat di bandar Pasir Mas ini antara kekangan yang tidak ada ialah satunya kita adalah satu-satunya dua distreet, dua daerah yang mempunyai satu Majlis Daerah yang merangkumi Pasir Mas dan juga Rantau Panjang yang mana ianya cover merangkumi enam DUN.

Mengambil inisiatif itu maka penduduk-penduduk di Pengakalan Pasir dia mengharapkan satu-satu susunan semula di bandar baru Pasir Mas. Dan pihak DUN juga telah melakukan beberapa engagement dengan pihak Yang Dipertua Majlis Daerah dan juga kita telah berhubung dengan pihak RAC, Railway Accept Corporation yang memiliki tanah sepanjang satu stesen keretapi di Pasir Mas. Dan kalau kita lihat di bandar Pasir Mas itulah satu-satunya bandar yang maknanya tidak terurus dari stesen keretapi. Dan kalau lihat pada pandangan umum mereka akan mengadakan tanah, tanah ini adalah tanah Majlis Daerah. Tapi pada hakikat sebenarnya tanah itu adalah milik kumpulan RAC.

Kita telah berhubung dengan RAC, kita telah membuatkan satu perancangan pembangunan. Sebab di Pasir Mas ni antara komponen yang kita cadangkan dan konsep pembangunan yang kita cadangkan berkonsepkan kepada joint venture dengan swasta. Ataupun kita akan menggunakan platform seperti PKINK sebagai agensi perlaksana bagi memohon peruntukan dari PMX.

Maka dalam perbincangan nanti yang akan diadakan pada 06hb Mei nanti saya akan memutarkan cadangan pembagunan semula. Saya berharap dengan adanya pembangunan semula ini kita akan antara komponen yang kita akan ada adalah satu adalah bagaimana kita akan mengadakan satu medan selera yang bersepadu.

Kita akan mengadakan satu bazar yang lebih teratur. Kita akan adakan satu kawasan restoran yang lebih high end punya produk. Kita juga akan

adakan satu surau dan juga dataran ilmu sebagaimana yang telah diadakan di Kota Bharu.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Laluan Dato’ Speaker. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Pengkalan Pasir. Soalan apa ni pencelahan untuk soalan pada Pengkalan Pasir, spesifik untuk bandar Pasir Mas. Sebagaimana kita sedia maklum di Pasir Mas ni kita ada dua kategori kedudukan Geografinya. Pertama, bandar yang sedia ada. Yang kedua, kebanyakkan bandar Pasir Mas ini termasuk juga di kawasan Tendong dan juga sebagainya. Dia melibatkan juga selain daripada kawasan yang sedia ada juga kawasan penanaman padi.

Hasrat kerajaan bagaimana yang di ceritakan oleh Tuanku bahawa perlu diwujudkan bandar-bandar baru ataupun bandar-bandar pintar yang baru. Cuma di sini akan berlaku satu pertembungan. Soalan sayanya adakah Pengkalan Pasir boleh memberi cadangan kepada pihak kerajaan melalui pertembungan antara keperluan bandar baru pintar ini dengan kawasan penanaman padi di Pasir Mas ini apabila berlaku pertembungan ini bagaimana kerajaan ingin merealisasikan ataupun ingin mewujudkan bandar baru. Sebab ada di kalangan apa ni cadangan kita untuk mewujudkan beberapa tempat bandar baru di Pasir Mas tapi oleh kerana ada pertindihan ataupun pertembungan dengan penanam-penanam padi ni, kawasan tanaman padi maka di ambil kira juga kepentingan makanan di Kelantan.

Jadi bagi menyelesaikan masalah ini adakah Pengkalan Pasir bersetuju untuk minta pandangan daripada kerajaan. Bagaimana cadangan saya, terima kasih.

Memang salah satu daripada daripada aspek pembangunan bandar-bandar baru sebagaimana yang disebutkan oleh Tendong tadi. Cumanya apa yang saya tegaskan di sini ialah pembangunan semula di kawasan Pasir Mas di pusat bandar itu adalah berdasarkan konsep pembangunan swasta kerana tanah itu adalah milik kepunyaan RAC. Dan pembangunan

di situ adalah bergantung kepada berapa lama pajakan yang dibenarkan dan berapa kadar bayaran yang akan dikenakan oleh RAC.

Dan saya boleh bersetuju dengan Tendong sebab di Pengkalan Pasir dan juga di Pasir Mas ini antara Pasir Mas dan juga Rantau Panjang kita telah bersetuju untuk mengagihkan kepada dua Majlis Daerah cumanya masa masih belum mengizinkan. Dan sememangnya apabila berlakunya perpecahan dari segi Majlis Daerah pastinya akan ada satu pertumbuhan bandar baru. Saya cadangkan mungkin, mungkin akan diadakan di kawasan Tendong sebab dia lebih strategik dan kawasan pembangunan di sekitar Pengkalan Pasir memang sudah tidak ada tanah-tanah yang mempunyai nilai tinggi. Jadi saya boleh bersetuju.

Cumanya apa yang nak saya tekankan di sini adalah bagaimana penduduk di Pengkalan Pasir ini kalau dulunya di Pengkalan Pasir ini kita ada pasar basoh, kita ada tiga pasar basoh. Tapi sekarang ni telah berpindah di Lubuk Jong, Lubok Jong. Dan bagaimana di Pasir Mas juga penduduk-penduduk bandar ketiadaan pusat-pusat maknanya medan selera yang bersepadu dan kalau kita lihat bagaimana PBT juga telah mengangkat cadangan untuk pembangunan pendaftaran semula dataran Air Muleh tapi kita tahu kekangan-kekangan yang diadakan oleh KPKT ini agak banyak.

Kita adalah mengambil inisiatif sekiranya ini boleh dilakukan maka In Shaa Allah dengan segala itu proses iaitu turn round ataupun penggubalan semula …

Timbalan Speaker

Yang Berhormat masa dah habis …

… akan lebih ceria. Dengan ini Pengakalan Pasir menyokong penuh Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Limbongan.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Titah Tuanku bernas berpandu menjulang adil menegak benar, daulat Tuanku kami bersatu, menjunjung titah dengan penuh sabar.

Merakam junjung kasih atas ucapan dan titah Tuanku yang menunjuk keprihatinan dan kasih sayang terhadap rakyat Negeri Kelantan. Limbongan juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Dato’ Panglima Perang kerana sudi melawat projek ECRL yang dijalankan hampir 88.86% di Pasir Puteh dan juga Limbongan mengucapkan tahniah kepada Ketua Jajahan Pasir Puteh yang turut serta dalam lawatan dan memantau projek yang bakal siap pada Disember 2026.

Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan satu persoalan. Bukan team Galas deh. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk memastikan projek-projek infrastruktur strategik seperti laluan Rail Pantai Timur ECRL, Transit Oriented Development (TOD) dan pembangunan kawasan logistik akan benar-benar membawa limpahan ekonomi kepada rakyat negeri ini secara menyeluruh dan berstruktur.

Sebagaimana kita maklum projek ECRL yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2026 bakal merentasi 20 stesen daripada Selangor hingga ke kota Bharu. Di Kelantan dua stesen utama yang di kenal pasti iaitu stesen Kota Bharu, Tunjong dan stesen Pasir Puteh yang dinamakan Cherang Tuli.

Menurut Laporan Rasmi Malaysia Railing (MRL) ECRL akan mengurangkan masa perjalanan dari Kelantan ke Lembah Klang daripada 9 jam kepada 4 jam. Selain berupaya membawa daripada RM5.6 juta

penumpang dan 53 juta tan kargo setahun menjelang 2030. Namun begitu persoalan besar yang timbul ialah bagaimana negeri Kelantan akan bersedia munafaatkan infrastruktur ini agar tidak sekadar menjadi laluan transit tetapi menjadi pemangkin kepada ekosistem ekonomi tempatan.

Apakah status semasa pelan pembangunan kawasan sekitar kawasan ECRL di negeri ini khususnya dari aspek Transit Oriented Development, Zon Perdagangan Bebas, hub logistik dan pertumbuhan baharu. Dengan ini Limbongan mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempercepatkan perlaksanaan Blue Print pembangunan sekitar ECRL Kelantan dengan pendekatan yang terancang dan inclusive.

Antaranya termasuk mengenal pasti kawasan untuk pembangunan komersial pelancongan perumahan mampu milik, logistik halal dan Pusat Pemindahan Hasil Pertanian dari Selatan Negeri ke Hub Pengedaran Nasional. Keperluan ini amat penting bagi memastikan bahawa infrastruktur mega ini memberi impak sebenar kepada ekonomi rakyat bukan sekadar syarikat besar ataupun pelabur luar.

Begitu juga Limbongan ingin mencadangkan agar dapat upgrade daripada supply based kepada pelabuhan penuh dengan potensi stesen ECRL Pasir Puteh sebagai logistik hub. Yang seterusnya, Limbongan juga ingin menyarankan agar Kerajaan Negeri menubuhkan satu unit khas dibawah UPEN yang bertanggungjawab memantau dan menyelaras semua projek ECRL, TOD dan Cargo Oriented Development. Unit ini mesti berfungsi sebagai pusat maklumat, perancang strategik serta menyambung kepada agensi pusat seperti MRL, MIT dan Invest Kelantan.

Kenapa Limbongan menyarankan penubuhan unit tersebut? Kerana melihat kepada situasi dan suasana yang berlaku di sekitar pembangunan ataupun di sekitar pembinaan ECRL, kami terutamanya di Pasir Puteh tiada tempat untuk mengaju persoalan-persoalan untuk bagaimana sekiranya berlaku masalah-masalah yang berlaku sehingga sekarang ini ada masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Pada masa yang sama juga, penting untuk memastikan penyertaan rakyat dalam pembangunan kawasan-kawasan ini terutamanya peniaga kecil, koperasi dan usahawan tempatan perlu diberikan ruang niaga strategik

di tapak-tapak pembangunan termasuk promosi hasil pertanian tempatan dan produk halal negeri. Ini termasuk penyediaan kuota vendor tempatan dalam pembinaan dan pengoperasian premis berkaitan sekitar stesen ECRL. Apa yang penting projek ECRL ini tidak boleh dilihat aspek pengangkutan semata-mata. Ia adalah peluang keemasan untuk Kelantan melonjak ke fasa pembangunan berimpak tinggi dan berteraskan infrastruktur moden.

Namun peluang ini hanya menjadi kenyataan jika agensi Kerajaan Negeri bersedia bertindak cepat menyusun plan yang jelas dan melibatkan rakyat di setiap peringkat pembangunan.

Jadi untuk teras yang kedua dari sudut modal insan merujuk kepada pembinaan negeri iaitu sebuah negeri yang ر ﻮ ﻔ ﻏ ﱞ ﺔ ﺒ ﻴ َ ﻃ ﺪ ﻠ ْ ﺑ َ ٌ ُ وَرَب َ ِّ َةٌ ـَ menghimpunkan kebaikan alam dan ketinggian akhlak rakyatnya demi kesejahteraan duniawi dan ukhrawi secara inclusive. Aspek pembinaan akhlak dan pembangunan insan dalam kalangan rakyat yang dilaksanakan melalui inisiatif seperti pembinaan desa taqwa, desa komuniti Robbani dan desa pendidikan Robbani yang diterapkan khasnya di institusi pendidikan dibawah YIK, KIAS dan institusi seumpamanya.

Sehubungan itu, bagi memperkukuhkan asas pembinaan sumber manusia ataupun modal insan dan tenaga kerja, konsep pembinaan modal insan yang bertepatan dan mantap perlu digerakkan selari dengan dasar negeri melalui konsep UMI. Maka dibawah era kerajaan yang mendukung prinsip penghayatan “Membangun Bersama Islam” Limbongan mencadangkan supaya diwujudkan dasar Pembangunan Modal Insan Robbani untuk lantikan Kerajaan Negeri, PBT, GLC dan lain-lain. Golongan ini merupakan nadi dan jantung yang menggerakkan dasar serta melaksanakan program-program Kerajaan Negeri. Pelbagai institusi seperti institusi Darul Naim iaitu ILDAN, IPTG, Yayasan Amanah Tok Kenali, Bahagian Sumber Manusia SUK, PBT dan LPBT yang juga JAHEIK perlu duduk semeja dan terlibat secara langsung dalam usaha membangunkan sumber tenaga kerja negeri yang selaras dengan dasar “Membangun Bersama Islam”.

Melihat kepada scenario semasa dengan gejala sosial…

Timbalan Speaker

Dua minit …

… seperti penyalahgunaan dadah dan penggunaan vape, usaha ini perlu digarap secara bersama melalui pengembelengan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan Persekutuan dengan pembahagian tanggungjawab yang jelas mengikut skop masing-masing. Tinggi melangit cita harapan, berpaksikan imam berteraskan taqwa, membangun insan perlu kesedaran, menuju negeri diberkati Allah jua. Dengan ini Limbogan menyokong ucapan titah Tuanku.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Limbongan. Seterusnya Yang Berhormat Kemuning. Silakan.

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ ﻏﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا ﲨﲔ أ ﺻﻬﺒﻪ و Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih atas ruang yang diberikan untuk Kemuning turut serta dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V semasa pembukaan sidang dewan ini semalam.

Terlebih dahulu Kemuning merafak sembah dan menjunjung kasih di atas titah Tuanku dan mengharapkan agar ianya dijadikan panduan dan pedoman oleh kita semua serta kesemua rakyat di Negeri Kelantan ini In Shaa Allah. Kemuning dengan ini suka memetik titah Tuanku berkenaan kempen Tahun Melawat Kelantan 2024. Yang mana kesinambungan kempen tersebut telah diteruskan pada tahun 2025 ini dengan tema ‘Indahnya Kelantan’.

Maklumbalas yang kita terima daripada pengunjung yang datang ke negeri Kelantan ini mereka seronok datang ke Kelantan kerana makanan di Kelantan ini sedap dan lazat. Bukan setakat sedap dan lazat malah juga murah sehingga digelar syurga makanan di Malaysia.

Tetapi Yang Berhormat Dato’ Speaker, negeri Kelantan ini bukan sahaja terkenal sebagai syurga makanan bahkan juga mempunyai daya tarikan dari segi tempat-tempat yang kaya dengan khazanah semulajadi. Tempat-tempat sebeginilah yang sebenarnya menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong. Ini kerana di Kelantan adanya perkara-perkara yang tidak ada pada tempat mereka. Alam semulajadi di sini dengan alam dengan floral dan fauna yang masih terpelihara sungguh memukaukan mata dan hati mereka untuk datang lagi ke negeri ini di lain kali jika diberikan perhatian dan fokus oleh Kerajaan Negeri seperti air sungai, air terjun dan pantai. Dan banyak terdapat di Jeli dan Tumpat dan Bachok dan beberapa jajahan lain lagi. Bukan sahaja sungai dan pantai, tanah tinggi juga adalah tempat yang menarik bagi orang-orang yang apa dia pelancong-pelancong yang sukakan aktiviti mendaki seperti Bukit Panau, Bukit Baka dan Bukit Kepam di DUN Kemuning sendiri.

Di Tanah Tinggi Lojing pengunjung juga berpeluang untuk melihat bunga gergasi iaitu Bunga Rafflesia. Dabong sepertimana yang telah disebutkan juga tadi menjadi tempat wajib bagi yang suka mengembara. Bermula dengan perjalanan keretapi yang terkenal dengan program Train To Dabong. Perjalanan sambil menikmati hutan tropika merupakan pengalaman unik dan rugi jika dilepaskan apabila berkunjung ke Kelantan. Gunong Stong yang pada terdapat air terjun Jelawang setinggi-tinggi 300 meter. Salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia dan juga sangat menarik untuk dilawati.

Selain itu, Gua Ikan, Gua Keris, Gua Gelap, Gua Pagar, Gua Manggis, Gua Tembakau. Banyak gua Dabong ni. Lata Kertas juga adalah destinasi yang

wajib dikunjungi. Bukan sahaja di Dabong Batu Melintang, Jeli ada Gunung Rheng yang sangat menarik kerana gunung ini mempunyai ruang-ruang seperti bilik yang membentuk seperti gua seperti Gua Bedak, Gua Payung, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak.

Cuma dikesempatan ini Kemuning inginkan penjelasan daripada pihak kerajaan sejauh mana focus diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan tempat-tempat sebegini ianya menjadi pilihan utama pelancong-pelancong di negara ini terutamanya pasca Tahun Melawat Kelantan Tahun 2024 agar tempat-tempat sebegini terus ada peningkatan dari segi pengunjung-pengunjung pada tahun-tahun selepas daripada ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di Kota Bharu pula ada banyak tempat-tempat yang kita boleh kunjungi untuk melihat warisan tradisi bangsa juga kesenian dan kebudayaan Islam. Gelanggang Seni Kelantan Kampung Kraftangan Kelantan, Balai Seni Lukis Muzium Wau, Muzium Islam Kelantan, Muzium Diraja Istana Batu, Muzium Adat Istiadat Istana Jahar dan sebagainya.

Cuma Kemuning ingin mendapatkan maklumbalas daripada pihak kerajaan sejauh mana tempat-tempat ini dikunjungi oleh pelawat ataupun pelancong yang datang ke negeri ini sepanjang tempoh kempen Tahun Melawat Kelantan 2024 yang lepas. Dan jika ianya kurang dikunjungi Kemuning mencadangkan agar adanya langkah-langkah sewajarnya dirangka untuk meningkatkan lagi kunjungan mereka ke tempat-tempat yang dinyatakan bermula tahun 2025 ini sehinggalah tahun-tahun akan datang. In Shaa Allah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada pelancong yang sukakan sejarah. Datang ke Kelantan …

Dato' Hj Abd. Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Pohon mencelah …

Dibenarkan …

Dato' Hj Abd. Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Terima kasih YB Kemuning. Hanya kerana tak masukkan pondok Pasir Tumboh tadi. Pondok Pasir Tumboh ini ialah salah satu daripada destinasi pelancongan, dop. Ramai pelajar-pelajar bukan setakat daripada luar negeri tapi luar negara pun datang daripada Thailand, daripada Kemboja, doP. Daripada Indonesia itulah pondoK Pasir Tumbohnya.

Apakah Yang Berhormat Kemuning mencadangkan masukkan juga Pondok Pasir Tumboh ni salah satu daripada tempat destinasi pelancongan di negeri Kelantan ini.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Tumboh. Saya ni banyak lagi sebenarnya. Memang ada sebagai sebuah kerajaan yang berteraskan slogan Membangun Bersama Islam sudah tentulah pondok-pondok, masjid-masjid adalah tempat-tempat yang tidak patut dipinggirkan dalam menggalakkan industri pelancongan di negeri ini.

Ada Yang Berhormat Dato’ Speaker, pelancong yang sukakan sejarah pelancong datang ke Kelantan. Mereka ini bukan setakat pergi ke muzium negeri dan muzium perang tetapi juga kita patut bawa mereka ke Pantai Sabak untuk melihat sendiri kesan kedatangan tentera Jepun yang menjadikan lokasi di Pantai Sabak ini sebagai pintu masuk tanah Melayu satu ketika dahulu.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Gual Ipoh dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memberikan tumpuan untuk menaikkan nama jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia yang letaknya di Kelantan merentasi sungai Kelantan. Dari Paloh Rawa Machang ke Tanah Merah …

Timbalan Speaker

Dua minit lagi Yang Berhormat …

Ya … yang pastinya semua kita tahu iaitu jambatan Gulliemard. Cuma Kemuning mencadangkan agar lepas ini sejumlah peruntukan, sebelum ini kita bagi pada Gulliemard. Kita peruntukan untuk juga untuk mengembalikan kesan-kesan sejarah yang ada di Pantai Sabak agar Pantai Sabak ini boleh menjadi satu daya tarikan pelancong untuk datang ke negeri ini untuk melihat kesan-kesan sejarah di situ.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain dari tempat-tempat menarik yang saya sebutkan faktor perpaduan kaum di Negeri Kelantan juga boleh menjadi daya tarikan pelancongan. Sebagai sebuah negeri kita melaksanakan slogan “Membangun Bersama Islam” sudah tentu pengamalan ajaran Islam dilaksanakan secara menyeluruh di negeri ini termasuklah dalam hal berkaitan layanan tehadap rakyat-rakyat yang menganut agama lain. Jadi Islam seperti mana yang kita tahu tidak pernah menghalang agama-agama lain di amalkan seperti mana selagi mana tidak bercanggah dengan undang-undang setempat, malah kalau kita lihat di Kelantan ataupun tokong-tokong yang terbesar di Asia Tenggara adanya di negeri ini.

Di Tumpat Wat Photivihan iaitu sleeping Buddha sepanjang 40 meter dan juga Wat Machimmaram iaitu sitting Buddha. Budha duduk sepanjang 30 meter ini yang terbesar di Asia Tenggara ada di sini. Pembinaan tokong-tokong ini bukan sahaja menunjukkan keindahan perlaksanaan agama Islam sebagai dasar Negeri Kelantan bahkan juga boleh dimanfaatkan oleh negeri ini sebagai salah satu aset pelancongan penting di negeri ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekali lagi Kemuning ingin mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri sejauh mana Kerajaan Negeri memanfaatkan segala keindahan yang ada di negeri ini sama ada dari segi tempat menariknya, makanannya, kebudayaannya dan perpaduannya untuk kepentingan pelancongan terutama dari segi perancangan masa hadapan.

Susulan pasca Tahun Melawat Kelantan 2024 sama ada dari segi pelan tindakan, strategi dan meningkatkan promosi secara berterusan serta menghubungkan dengan pakej pelancongan negeri.

Selain itu Kemuning juga ingin mendapatkan penjelasan …

Timbalan Speaker

Cukup masa ya Kemuning…

… sikit tak sampai seminit lagi Yang Berhormat. Selain itu Kemuning ingin mendapatkan penjelasan sejauh mana usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan negeri melalui aktiviti pelancongan di negeri ini dengan mempromosikan produk-produk utama di negeri ini agar dirasakan wajib dibeli apabila datang ke negeri ini. Contohnya batik Kelantan, songket Kelantan, sulaman telingkan dan tenunan melayu Kelantan.

Dikesempatan yang ada ini pada tahun 2025 ini Kemuning mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kelantan memperkasakan pelancongan negeri ini pada perkara-perkara yang wajar diberikan fokus ditempat-tempat utama seperti yang Kemuning sebutkan sebentar tadi. Kemuning dengan ini menyokong usul menjunjung kasih yang telah dibuat oleh Pasir Tumboh. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat Bunut Payong. Silakan.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V. Terutamanya saya ingin merakamkan setinggi-

tinggi ucapan junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V yang telah menyampaikan titah dan seterusnya merasmikan Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2025. Bagi maksud tersebut saya ingin mengambil kesempatan untuk sama-sama membahas beberapa perkara yang berkaitan dengan titah tersebut.

Pertamanya dalam konteks pembangunan bandar baru Tuanku Al-Sultan menekankan satu tumpuan kepada pembangunan bandar baru di setiap jajahan sebagai pemangkin sektor perindustrian dan merancakkan pembangunan ekonomi. Kita sedia maklum di bandar Kota Bharu pihak kerajaan Kelantan tiga bandar baharu seperti bandar satelit Islam Pasir Tumboh, Bandar Baru Tunjong dan juga bandar di Lembah Sireh.

Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah mengambil langkah awal membina bandar-bandar baru sebagai pelengkap kepada bandar Kota Bharu. In Sha Allah kita yakin dengan pembangunan bandar baru ini akan menjadi pemangkin ke arah menjadikan Kota Bharu sebagai sebuah bandaraya dalam erti kata yang sebenarnya tidak lama lagi. Kalau di bandar satelit Islam di Pasir Tumboh ianya dibangunkan sesuai dengan kedudukan berdampingan dengan pondok Pasir Tumboh.

Di Bandar Baru Tunjong pula, ia dibangunkan dengan keutamaan kepada pejabat-pejabat kerajaan di samping sektor perniagaan, industri kecil dan sederhana serta sekarang ini pembinaan terminal utama pengangkutan bagi negeri Kelantan, In Shaa Allah.

Manakala pembangunan di Lembah Sireh adalah sebagai pelengkap kepada pusat bandar Kota Bharu. Untuk pembangunan di Lembah Sireh walaupun ianya dibangunkan oleh pihak pemaju swasta, kita mengharapkan agar pembangunan yang berlaku di situ dapat berjalan dengan lancar. Sebab sekarang ini kita lihat pembangunan di situ agak kurang lancar.

Oleh itu saya ingin membuat beberapa pengesyoran. Pertamanya mencadangkan agar pembinaan beberapa jaringan jalan alternative keluar masuk sebagaimana yang telah dirancang sebelum ini ke Lembah Sireh bagi mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku sekarang di jalan

Sultanah Zainab dan persimpangan Kijang. Juga membaik pulih infrastruktur jalan raya yang sedia ada bagi keselesaan pengguna.

Kedua, mencadangkan penyelenggaraan kepada pembinaan taman rekreasi yang sekarang ini menjadi satu keperluan kepada warga kota untuk beriadah.

Sekarang ini pun ramai warga kota yang beriadah di kawasan lapang yang ada di lembah Sireh walaupun tanpa kemudahan yang sewajarnya. Juga ianya sebagai mengelakkan akan berlaku kesesakan di Taman Perbandaran Tengku Anis di Tanjung Chat Kota Bharu.

Ketiga, mencadangkan supaya langkah bersama pihak pemaju di Lembah Sireh di ambil bagi mengatasi masalah bangunan terbiar atau tidak di duduki di Lembah Sireh.

Dan yang keempat, mencadangkan pihak Kerajaan Negeri membuat penambahbaikan kepada perjanjian yang sedia ada dengan pemaju di Lembah Sireh dalam situasi menang-menang.

Seterusnya bagi sektor pelancongan saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada pihak kerajaan kerana telah menjalankan banyak aktiviti bagi menjayakan Tahun Melawat Kelantan pada tahun 2024.

Walaupun Tahun Melawat Kelantan 2024 telah berakhir, kempen berterusan untuk menarik pelancong datang ke Kelantan hendaklah diterus dan dipertingkatkan lagi. Kalau dulu kita sering melihat rombongan pelancong dari Eropah, China, Jepun berkunjung ke Kelantan dari ibu negara, Kuala Lumpur dan melawat pusat-pusat tarikan terpilih, kini mereka hanya melalui negeri kita untuk ke Thailand ataupun dari Thailand untuk ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Jadi suatu kerjasama dengan agensi-agensi pelancongan dari ibu negara perlu dibuat agar mereka pelancong-pelancong dari luar negara ini dapat berkunjung dan juga bermalam di negeri Kelantan. Kita juga boleh menarik pelancong daripada Thailand dan pelancong asing yang berada di Thailand untuk berkunjung ke negeri Kelantan.

Langkah bijak kerajaan melalui program pelancongan indahnya Kelantan pada tahun ini diharapkan agar dapat menarik ramai pelancong ke Kelantan. Beberapa kemudahan dan infra boleh dipertingkatkan di lokasi

tertentu yang menjadi tarikan pelancong bagi memastikan pelancong berpuas hati bila mereka berkunjung.

Tempat-tempat menarik yang belum diketengahkan sebelum ini juga boleh di promosikan agar banyak lokasi tarikan pelancong boleh dijadikan pilihan kepada mereka.

Harapan saya dengan program-program tarikan pelancong pada tahun ini akan meransang kedatangan pelancong terutama sekali dari dalam negeri dan juga luar negeri untuk berkunjung ke tempat-tempat tarikan pelancong yang sedia ada terutama dalam konteks DUN Bunut Payong adalah Pasar Malam Wakaf Che Yeh yang sebelum ini menjadi satu pasar yang menjadikan kunjungan wajib kepada mereka yang berkunjung ke Kelantan. In Shaa Allah projek laluan Rail Pantai Timur ECRL yang telah disebutkan oleh Limbongan tadi di negeri tadi di negeri Kelantan dijangka akan siap sepenuhnya yang dijangka akan beroperasi pada tahun 2027.

Memandangkan operasi ECRL dijangka memberi kesan yang besar kepada sosio-ekonomi penduduk terutama sekali di stesen Cherang Tuli, Pasir Puteh dan juga di Tunjong, Kota Bharu adalah dirancangkan satu perancangan yang menyeluruh berasaskan pendekatan Transit Oriented Development atau pembangunan berorientasikan transit dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Dengan perancangan yang rapi berasaskan konsep tersebut daripada pihak kerajaan diharapkan stesen tersebut akan menjadi pusat pembangunan baru yang terancang yang akan merancakkan pembangunan berimpak tinggi yang akhirnya akan memberi munafaat kepada rakyat Kelantan.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan mengambil langkah untuk membangunkan semula tapak flat Kampung Sireh memandangkan ianya sudah tidak selamat diduduki dan proses tersebut telah berjalan dengan baik melalui pemindahan penduduk dan projek perumahan rakyat Kota Bharu.

Saya difahamkan sebelum ini bahawa pihak kerajaan menyerahkan kepada agensi negeri …

Timbalan Speaker

Dua minit …

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

… untuk membangunkan semula tapak tersebut. Ini bagi mengelakkan kawasan tersebut menjadi kawasan terbiar bahkan sekarang pun sudah menjadi kawasan terbiar. Di harapkan segala perancangan kerajaan bagi pembangunan semula tapak flat Kampung Sireh dapat berjalan dengan lancar dalam masa yang terdekat untuk mengelakkan dia menjadi, terutama sekali dia duduk berhadapan dengan masjid Sultan Mansor Kampung Sireh dan menjadi tempat yang ramai orang mari berkunjung di situ. Jadi akhirnya saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dengan ini menyokong Usul Junjung Kasih Atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bunut Payong. Saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah bersama-sama dalam perbahasan ke atas ucapan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V. Saya berhasrat untuk menangguhkan sidang dewan kita pada petang ini. Dewan akan bersambung semula pada esok hari jam 09.00 dengan penggulungan oleh kerajaan. Marilah kita sama-sama tangguhkan sidang kita pada petang ini dengan tasbih kafarah dan suratul Al- Asr.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 05.24 PETANG DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK HARI 23 APRIL 2025 JAM 09.00 PAGI.