Kelantan · 23 April 2025

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 95 turns · 29,783 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, Hari Ketiga. … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا

Doa

Setiausaha

[ SAMBIL BERDIRI ]

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Doa.

Ucapan Yb Dato’ Speaker

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Ucapan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Saya ingin merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa, Dato’ Dr Tengku Faziharudean Bin Tengku Feissal yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu dan juga kepada Yang Berhormat Dato’ Rosnazli Bin Haji Amin di atas perlantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Saya yakin dengan perlantikan ini dapat membawa Negeri Kelantan kepada kemajuan yang lebih pesat berdasarkan pengalaman kedua-dua pegawai yang baru dilantik. Saya juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada mantan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Kaya Setia Dato’ Nazran Bin Muhammad di atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Sekian, terima kasih.

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Soalan-soalan Yang Akan Diberitahu.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Pasir.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya yang nombor 1. Soalan 1 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah bercadang untuk mewujudkan satu "Think Tank Group" yang terdiri daripada anak Kelantan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang bagi membantu Kerajaan dalam semua aspek pembangunan Insan dan Fizikal? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Pengkalan Pasir yang mengemukakan soalan. Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan keterbukaan dalam menerima segala pandangan yang bernas daripada pakar dan golongan profesional melalui pelbagai saluran termasuk sesi kunjungan hormat serta taklimat khas secara rasmi. Setiap buah fikiran yang dikemukakan akan diteliti dan dibincangkan bersama jabatan serta agensi berkaitan sebagai asas penambahbaikan dalam pelaksanaan dasar dan pembangunan negeri. Imam Fakhruddin Ar-Razi pernah menyebut:

ﻟﺪﻧﯿﺎ ا ن ﺑﺴﺘﺎ ﯾﻨﺖ ز ﺑﺨﻤﺴﺔ ء ﺷﯿﺎ أ : ﻋﻠﻢ ء ﻟﻌﻠﻤﺎ ا ل ﻋﺪ اء ﻷﻣﺮ ا دة ﻋﺒﺎ د ﻟﻌﺒﺎ ا ﻣﺎﻧﺔ أ ر ﻟﺘﺠﺎ ا ﻧﺼﯿﺤﺔ ﻟﻤﺤﺘﺮﻓﯿﻦ ا

Maksudnya dunia ini umpama sebuah taman yang dihiasi dengan 5 perkara. Yang pertama ilmu yang ada pada para ulama, yang kedua keadilan yang ada pada para pemimpin dan yang ketiga ibadah yang dilakukan oleh ahli ibadah, yang keempat amanah yang ada pada para peniaga atau pedagang dan yang kelima ialah nasihat daripada para profesional orang-orang yang mempunyai keahlian dalam bidang-bidang tertentu. Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang dalam proses untuk mengemaskini keahlian Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri sebagai suatu “Think Tank Group” berkaitan dengan pembangunan ekonomi yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar. MAPEN Kelantan ditubuhkan sebagai satu badan bagi mendapatkan pandangan dan nasihat pakar-pakar ekonomi dalam pelbagai bidang mengenai dasar, strategi serta program ekonomi dan pembangunan. Kepakaran serta pengalaman luas dari perspektif global yang dimiliki dalam bidang masing-masing ini diharapkan dapat menyumbang kepada kemantapan pencapaian negeri Kelantan menerusi pandangan dan syor yang komprehensif bagi merangka strategi model ekonomi baru yang

lebih berkesan dalam menuju ke arah negeri maju yang berpendapatan tinggi. Sekian.

Speaker

Okay Pengkalan Pasir.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya ini menunjukkan kepada kecaknaan Kerajaan bagaimana kita nak mendengar pendapat-pendapat golongan profesional dan sebarang golongan. Soalan saya, apakah objektif penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri kalau kita boleh khususkan kepada apakah bidang-bidang khusus yang diperlukan oleh Kerajaan untuk kita memastikan segala cadangan-cadangan itu diterima dan dipakai dengan sebaiknya.

Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Pengkalan Pasir. Untuk makluman Yang Berhormat antara objektif penubuhan MAPEN adalah sebagaimana berikut : i. Yang pertama, merangka model transformasi ekonomi bagi negeri ini berasaskan dokumen induk Penghayatan Kelantan Membangun Bersama Islam.

ii. Yang kedua, menyediakan perspektif yang mantap dalam menggerakkan negeri daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

iii. Yang ketiga, memberi pandangan yang jelas kepada pihak Kerajaan dalam mengurus sumber negeri dalam memantapkan hasil dan juga kewangan negeri

iv. Yang keempat, memberi pandangan yang jelas tentang kedudukan strategik negeri dalam arena ekonomi tempatan dan global.

v. Yang kelima, bertindak sebagai badan yang merapatkan jurang antara sektor awam dan juga sektor swasta. Mewujudkan perkongsian awam swasta yang baru dan meningkatkan kerjasama serantau serta meningkatkan daya saing global.

vi. Yang keenam, menyediakan panduan arah dan strategi mengenai pelaksanaan pelan transformasi bagi memastikan bahawa cadangan-cadangan boleh dilaksanakan dengan berkesan di semua peringkat.

Speaker

Sila Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas usaha sebagaimana yang dinyatakan sebentar tadi. Soalan tambahan saya adakah terdapat peruntukan khas dalam bajet negeri bagi menubuhkan dan mengoperasikan Kumpulan Think Tank ini termasuk penyelidikan dan penerbitan hasil kajian nanti. Terima kasih.

Setakat ini kita mengadakan mesyuarat-mesyuarat menerima pandangan-pandangan daripada pakar-pakar dan ianya tidak memerlukan kepada peruntukan yang khusus. Ada pun kalau kita nak cetak pandangan-pandangan itu kita boleh guna peruntukan yang telah sedia ada, itu tak jadi masalah.

Speaker

Okay sila Chetok.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana kita maklum Kerajaan Negeri telah mempunyai satu dokumen yang komprehensif iaitu Pelan Tindakan Portfolio Kerajaan Negeri 2024-2028. Jadi soalan saya adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk Majlis Penasihat Ekonomi Negeri diselaraskan peranannya bersama dengan Pelan Tindakan Hala Tuju Portfolio Exco Kerajaan Negeri 2024-2028? Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Chetok. In Shaa Allah sudah tentu hal-hal yang berkaitan dengan Hala Tuju Portfolio Kerajaan Negeri tersebut akan menjadi sebahagian daripada peranan Majlis Penasihat Ekonomi tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, Hala Tuju Portfolio Kerajaan Negeri 2024-2028 telah menetapkan 750 pelan tindakan untuk semua portfolio exco, daripada 750 tersebut sebahagian besar adalah berkaitan dengan pembangunan ekonomi, pelaburan, pelancongan dan lain-lain memerlukan pandangan-pandangan pakar dalam Majlis Penasihat Ekonomi.

Dalam Quran, Allah S.W.T berfirman ا ﻮ ﻟ ﺄ ﺳ ا ◌ ﻞ ﺮ ﻛ ِّ ﻟﺬ ا ﻢ ﺘ ﻨ ﻛ ﻻ نَ ﻮ ﻤ ﻠ ﻌ ﺗ أَھْ إِنْ Hendaklah kamu tanya orang yang mengetahui, yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang jika kamu tidak mengetahui. Ini lah asas yang perlu digunakan oleh setiap orang Muslim bukan sahaja dalam negeri kita, negara kita bahkan seluruh dunia.

Speaker

Sila Kuala Balah.

Terima kasih Dato’ Speaker. Merujuk kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negeri, kalau dulu kita ada tokoh terkenal Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim yang terkenal bukan sahaja peringkat antarabangsa, kebangsaan dan beliau adalah tokoh yang telah juga terlibat dalam MAPEN kita sebelum ini. Apakah kriteria-kriteria untuk pemilihan ahli MAPEN ini ataupun apakah kita mempunyai cadangan untuk mengukuhkan lagi keahlian MAPEN ini ? Terima kasih.

Terima kasih kepada Kuala Balah Yang Berhormat Kuala Balah. Memang dari segi keanggotaan kita akan memastikan orang-orang yang benar-benar mempunyai kepakaran. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Balah sekejap tadi dulu kita pernah melantik Allahyarham Tan Sri Khalid, seorang tokoh ekonomi yang disegani dan mempunyai kepakaran dan kepakarannya diakui lah oleh semua pihak. Jadi kita akan tentukan orang-orang yang kita lantik sebagai anggota MAPEN ini menepati prinsip pengurusan ikhtirafi, sebagaimana yang saya sebut pandangan Imam Fakhruddin Ar-Razi iaitu nahsihatun mukhtarifi nasihat daripada golongan profesional iaitu yang pertama kita akan lantik orang-orang yang mempunyai sifat hawariyyun pendokong kepada perjuangan yang suci, itu satu. Yang kedua, orang-orang yang mempunyai kafaah keupayaan dan kompetensi sebagai asas profesionalisma. Yang ketiga, ada sifat al-wafaq bil uqud memenuhi perjanjian dan pencapaian piawaian terbaik. Dan keempat, ada himmatul amal yakni mengejar peningkatan kualiti dan cita-cita dalam kerjaya. Dan yang kelima, hafazah memelihara dan meningkatkan imej profesion. Ini lah 5 yang perlu ada kepada.. ciri yang perlu ada kepada orang-orang yang akan kita lantik menganggotai MAPEN ini. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Paloh.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 2. Soalan 2 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah kerajaan negeri dalam membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) berkembang dan bersaing di pasaran serta membantu mempromosi hasil-hasil pengeluaran pengusaha-pengusaha ini di peringkat yang lebih global? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Paloh. Di antara langkah-langkah Kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk membantu usahawan-usahawan IKS adalah sebagaimana berikut:-a) Pertama, melalui platform jualan di KALA Sentral (Pusat Pengumpulan Produk dan barangan usahawan tempatan). b) Penganjuran program jualan iaitu KALA Festival yang merupakan program tahunan PKINK. c) Penyertaan usahawan ke expo dan pameran dalam dan luar negara. d) Melalui platform digital usahawan masing-masing yang telah dihasilkan melalui kursus pendigitalan yang telah

dilaksanakan. Untuk membantu Skim Bina Usahawan Galakan Industri sama ada melalui wanita, belia dan pertanian. Begitu juga sedikit tambahan, sehingga 22 April 2025 sebanyak 487 item produk terdapat di KALA Sentral, sekarang berpindah di UTC.

Kejayaan KALA Festival 2024 di AEON Mall Shah Alam, jualan RM 160 731 jumlah pengunjung seramai 35 orang. Begitu juga produk-produk Kelantan ke pasaran antarabangsa diantaranya ialah Syarikat Al Muslih Legacy Solution produk kesihatan ke Asia Tenggara dan Arab Saudi, Che Mah & Sons Sdn Bhd produk kesihatan ke Thailand, Akif Café industri produk minuman ke Asia dan Timur Tengah, Gua Badak Industries Sdn Bhd produk minuman ke Brunei, Ocean Fresh produk makanan ikan bekok ke Singapura, Fresh Life Water Resources air mineral dan maruku ke Asia, Izara Cookies produk cookies yang mall, Shell, Caltex seluruh Malaysia, Shanghai China dan Osaka, Jepun, CU Mart mempunyai rak sudut produk IKS Kelantan. Begitu juga serunding, murtabak raja, kerepek ubi dan keropok ke dalam dan luar negara. Itu lah diantaranya. Terima kasih.

Speaker

Sila Paloh.

Terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh pihak Exco tadi. Soalan tambahan saya apakah bentuk bantuan kewangan atau geran yang disediakan kepada PKS bagi tujuan penjenamaan dan pemasaran di peringkat luar negeri Kelantan. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan Paloh, soalan tambahan. Kita sentiasa mengadakan libat urus dengan peniaga dan usahawan-usahawan. Diantara yang kita bagi ialah pertama sekali, ada skim bantuan

usahawan dan juga galakan industri. Begitu juga, pada bulan 5 ini kita terus memperkasakan tentang mikro kredit. Itu juga boleh digunakan.

Terima kasih.

Speaker

Sila Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih atas jawapan yang tuntas tadi. Cuma saya ada soalan tambahan berkaitan dengan Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan, apakah pencapaian utama Kerajaan Negeri melalui Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan atau MPUK dalam memperkasakan usahawan tempatan khususnya dari segi pembangunan dan latihan kapasiti, pemasaran digital, bimbingan persijilan halal dan penembusan pasaran luar negeri. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Mengkebang. Kita sedang menjalankan beberapa program dan platform melalui MAMPU iaitu untuk mendaftarkan pertama sekali kita mengenalpasti sekarang 15 sehingga 18 000 pengusaha atau peniaga. Dan untuk background pelbagai sektor makanannya, ada sektor perubatan, ada sektor pelbagai sektor. Dan kita segregatekan antara produk wanita melalui wanita, belia dan juga pertanian. Itu lah yang kita buat supaya menyenangkan lagi urusan bantuan kepada pihak ke luar negara.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon jawapan bagi soalan saya nombor 3.

Soalan 3 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauh manakah pemantauan dan tindakan agensi terlibat bagi membaik pulih jalan-jalan utama negeri yang terlibat dengan projek-projek utiliti (AKSB, TELEKOM, TNB, JKR) dan lain – lain? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Bunut Payong. Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil tindakan proaktif melalui dengan menubuhkan Bahagian Koridor Utiliti dan Sistem Maklumat Geospatial bagi mengurus, mengawal dan memproses permohonan akses serta penggunaan tanah untuk tujuan infrastruktur utiliti. Melalui Enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan 2022, BKI-GIS sebagai pihak berkuasa infrastruktur utiliti diberi kuasa untuk bertindak sebagai penyelaras dan pengawal selia hak akses dan penggunaan tanah bagi pemajuan infrastruktur utiliti sama ada rangkaian infrastruktur bawah tanah, permukaan tanah dan atas tanah.

Dan untuk itu, berdasarkan permit hak akses dan penggunaan tanah tersebut Pihak Berkuasa Jalan, Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan atau agensi lain yang berkaitan akan mengeluarkan permit belah gali oleh JKR atau permit korekan jalan oleh PBT bagi kelulusan kerja-kerja pengorekan jalan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk

pemajuan infrastruktur utiliti berkenaan. Pihak Berkuasa Jalan dan Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenakan sejumlah wang cagaran deposit mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa sebagai jaminan ke atas apa-apa kerosakan jalan tersebut.

Jadi pemantauan yang dibuat oleh pihak BKI-GIS ini rondaan sentiasa dilakukan dan mereka melihat jalan-jalan ini dibaiki sama ada jalan itu dibaiki mengikut spec ataupun tidak. Maka teguran akan dibuat. Sekiranya mereka tidak melaksanakan ataupun tok beki atau beki lebih lebih kure, maka wang cagaran ini akan diambil untuk mengurus atau membaiki jalan-jalan yang rosak ini. Terima kasih.

Speaker

Sila Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan. Soalan tambahan saya apakah pelan penguatkuasaan dan audit yang telah dilakukan terhadap pematuhan Enakmen Hak Akses Utiliti 2022 khususnya terhadap kelewatan pembaikan oleh kontraktor khususnya AKSB ? Terima kasih.

Pertama… jange saloh pehe lah hok duk korek tu bukan AKSB sajo dan air ni projek-projek tu dibuat oleh kade-kade agensi-agensi Persekutuan kerana perlantikan kontraktor tidak dibawah kita terutama sekali yang melibatkan KKW dan sebagainya. Ada juga sebahagiannya AKSB. Untuk kerja-kerja korekan penggalian ini dua JKR ataupun MPKB ataupun PBT mempunyai SOP dia tersendiri, dan mereka akan bergerak bertindak mengikut SOP yang telah ditetapkan ataupun yang telah tercatat dalam undang-undang yang sedia ada. Cuma saya tokleh nok oyak SOP tu lagu mano hari ini dia bui notis tu ada dan mereka menggunakan SOP yang sedia ada seperti saya sebut tadi lah. Kalu kita gi tengok tu, kita tok puas

hati, kita mintok dio beki. Kalu dio tok beki juga kita ambik duit cagaran dan kita beki sendiri. Dan itu lah proses yang kita lakukan. Terima kasih.

Speaker

Sila Gaal… Gaal Gaal.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco di atas jawapan. Soalan tambahan saya ialah apakah langkah-langkah penguatkuasaan yang telah diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri ataupun PBT kepada syarikat-syarikat yang telah gagal untuk menurap kembali jalan yang telah dikorek dalam tempoh yang telah ditetapkan? Dan berapakah jumlah wang cagaran yang telah dirampas sejak 3 tahun kebelakangan ini dan sebagai bukti ketegasan pihak Kerajaan melaksanakan Enakmen Hak Akses Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Kelantan 2022? Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker, terima kasih Gaal. Seperti saya sebut tadi bahawa kita ada SOP dia mengikut jadual dia, hoktu selesai. Yang kedua, kita sebagai netizen dan sebagai rakyat juga ada hak untuk kita laporkan sekiranya terdapat jalan-jalan yang tok comey, beki tok comey supo ……. ore panggil dih neh. Jadi bare lagu tu kena kerjasama report kerana kita ada SOP, boleh jadi tok sapa tempoh dia lagi ataupun terlepas pandang. Tapi setakat hari ini kalu kita kata tok cukup tempoh meme kita tok ambil tindakan, kita bui peluang kepada kontraktor-kontraktor untuk dia baiki sendiri. Selepas tempoh sedemikian baru lah kita akan ambil tindakan-tindakan sama ada merampas duit cagaran dan lain-lain. Mengenai banyok mano doh kita denda, kita mintok maaf lah... tokdey nok cari jawapan tu dan In Shaa Allah kita akan jawab secara bertulis In Shaa Allah.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Tumboh.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 4.

Soalan 4 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Apakah langkah-langkah konkrit yang telah di capai antara Kerajaan Negeri dan KADA bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk petani di Kelantan semasa musim kemarau? ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Pasir Tumboh. Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengadakan taklimat khas kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Kali ke-19 2024 yang bersidang pada 18 September 2024 mengenai Cadangan Penyelesaian Isu Bekalan Air Pertanian untuk Penanaman Padi. Dalam taklimat tersebut, KPKM memohon kebenaran daripada Kerajaan untuk memperbaiki low weir Kemubu menggunakan struktur sheet pile sebagai penyelesaian sementara untuk meningkatkan paras air di Rumah Pam Kemubu milik KADA. Sidang MMK Kali Ke-19 2024 bersetuju supaya pihak KPKM mengemukakan cadangan pelaksanaan projek ini secara jangka pendek dan jangka panjang serta laporan pengesahan teknikal dari pakar berkaitan. Pihak Berkuasa

Negeri melalui sidang MMK Kali Ke 06 2025 tahun ini yang telah bersidang pada 12 Mac 2025 telah membuat keputusan bersetuju dengan Cadangan Kerja-kerja Segera Bagi Pengukuhan Benteng Sementara Sheetpile di Stesen Pam Kemubu, Kota Bharu.

Selain itu, JPS Negeri sentiasa memastikan bahawa pam-pam di skim-skim bendang padi di bawah seliaannya, termasuk pam ‘backup’ sentiasa dalam keadaan baik dan beroperasi dengan sempurna. Dalam mengatasi masalah kekurangan sumber air jangka pendek, pihak JPS Negeri telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan telaga tiub (tube well) dan kerja-kerja lain berkaitan bagi keperluan tanaman padi di bawah kawasan Skim Pengairan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sebanyak 106 nos bagi membantu para petani mengatasi masalah air di bendang sawah pada musim penanaman padi telah siap dibina. Sekian terima kasih.

Speaker

Sila Pasir Tumboh.

Terima kasih kepada Kerajaan yang telah menjawab soalan nombor 4 tadi. Soalan tambahan ialah oleh kerana cuaca tidak menentu sekarang ini, kadang-kadang terlalu kemarau kadang-kadang terlalu banjir. Jadi bagaimanakah cara untuk kita mendapat variati-variati benih padi yang boleh tahan lasak. Dia kena ada juga jenis yang tahan ni, kalau hok benih hok biasa ni tidok boleh. Jadi soalannya ialah apakah Kerajaan bersedia untuk menentukan variati benih yang sesuai untuk kegunaan rakyat negeri Kelantan ni ?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Pasir Tumboh berkaitan dengan variati padi yang tahan lasak lah pada musim kemarau ataupun yang boleh menghadapi situasi banjir. Kita merujuk

kepada jabatan yang berkaitan lah iaitu Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dan juga pihak MARDI yang membuat kajian. Sebanyak 4 jenis variati padi MARDI telah ditanam di Kelantan iaitu variati MR 297 ni paling banyak, MR 269, MR 220 CL2, MR 315 di kawasan jelapang dan luar jelapang. MR ni bukan nama kapal terbang… MARDI Rice.

73% penanaman padi menggunakan variati MR 297 yang rintang karah dan penyakit tungro. MARDI juga telah mengisytiharkan variati padi MR 326. Baru-baru ini pihak Kerajaan Negeri menjemputlah pihak MARDI dan Pengarah MARDI Kelantan telah membentangkan cadangan dalam Majlis Mesyuarat Perancangan Negeri mencadangkan MR 326 dan dalam kajian juga MR 333 pada tahun 2024, tetapi variati ini masih belum ditanam di Kelantan tetapi sedang dibuat ladang benih di tempat lain.

Manakala, variati tahan banjir dan kemarau sedang dalam penyelidikan dan penilaian pihak MARDI, juga pihak UPM juga telah membuat kajian di kawasan di Melor tentang beberapa variati padi yang sesuai untuk tahan kemarau. Sekian terima kasih.

Speaker

Nenggiri… Nenggiri.

Dato’ Speaker, sepertimana yang kita semua tahu punca air untuk semua saluran KADA untuk penanam padi di negeri Kelantan adalah melalui Sungai Kelantan. Sepertimana dalam Perbahasan ambo semalam saya ingin bertanya terus apakah kajian yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan negeri terhadap kesan pengorekan pasir di sepanjang Sungai Kelantan yang mengakibatkan paras air di kawasan permukaan sauk air Pam Kemubu terganggu kerana jika saya melihat Laporan Audit Negara pada tahun 2018 Siri 3 menyatakan terdapat kesan perubahan terhadap paras dasar sungai yang tidak sekata di kawasan Jambatan Sultan Yahya Petra disebabkan oleh pengambilan pasir untuk Projek Lembah Sireh dan JPS telah keluarkan arahan pemberhentian pengambilan pasir

dalam jarak 1 kilometer dari Jambatan Sultan Yahya Petra. Adakah kajian juga telah dibuat terhadap paras dasar sungai di kawasan Kemubu. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Nenggiri. Sebenarnya isu pengorekan pasir di Sungai Kelantan ini telah dibahas pada sesi sidang yang lepas yang dijawab oleh Exco yang berkenaan lah Exco Infra kita tentang bagaimana isu kemarau ini memberi kesan kepada paras air Sungai Kelantan. Jadi kita telah bekerjasama dengan pihak yang berkaitan JPS dan sebagainya untuk memastikan Rumah Pam Kemubu KADA tidak terkesan dengan isu pengorekan pasir ini. Dan telah dibuat garis panduan yang sebenarnya kalau diikuti tidak lah mengganggu kerana kemarau tahun lepas kemarau yang ekstrem, kemarau yang sangat teruk sepanjang lebih 60 tahun, kerana tahun lepas lah yang kita sebut hasil padi merudum atau jatuh kerana banyak kawasan padi tak dapat berjalan dengan baik kerana tak cukup air.

Tapi sekarang masalah ini akan selesai sekiranya pihak KADA yang telah diberi kebenaran memperbaiki sheet pile. Itu lah penyelesaian jangka pendek yang sebenarnya kalau dia buat In Shaa Allah untuk padi sesi kedua tahun ini sheet pile akan siap, paras air akan dapat ditinggikan untuk membolehkan Rumah Pam Kemubu menyedut air untuk bendang-bendang sawah In Shaa Allah. Kita minta pihak KADA dapat segerakan pembinaan atau pembaikian ini supaya tidak menjejaskan para petani kita pesawah-pesawah kita dalam membangunkan tanaman-tanaman padi mereka In Shaa Allah. Sekian terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kota Lama.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Buah jambu buah delima, Soalan ambo nombor lima.

Soalan 5 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah pihak Kerajaan mempunyai perancangan untuk mengkaji semula aliran traϔik di tengah bandar Kota Bharu bagi menangani kesesakan jalan seperti Jalan sekitar Pasar Siti Khadijah dan Jalan Sultanah Zainab?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Dato’ Speaker, Yang Berhormat Kota Lama… mengenai kesesakan jalan di sekitar Pasar Siti Khadijah dan Jalan Sultanah Zainab. Pada masa ini Kerajaan Negeri sedang membuat perancangan dan akan memikirkan kaedah-kaedah yang sesuai dari semasa ke semasa untuk mengatasi masalah kesesakan di dua jalan tersebut iaitu Pasar Siti Khadijah dan Jalan Sultanah Zainab.

Walau bagaimanapun, buat sementara langkah yang tuntas dapat diambil terdapat jalan alternatif di sekitar kawasan tersebut yang boleh digunakan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Dan kesesakan biasa berlaku pada waktu peak hours lah waktu puncak dan kalau kita pergi waktu-waktu biasa jalan itu tak sesak. Dan kita memohon kepada warga bandar supaya dapat membantu mengurangkan kesesakan dalam bandar seperti berkongsi kenderaan. Kalau di Bandung, dia gilir, hari ini plat genap esok plat ganjil. Jadi hok ganjil tu hari ini buleh tupe kereta

plat genap. Esok tu hok plat genap tupe hok kereta plat ganjil untuk mengurangkan kesesakan kemasukan kenderaan dalam bandar lah.

Dan antara punca menyebabkan kesesakan iaitu sikap lah, sikap pengguna pemilik kenderaan yang suka menunggu lah. Sikap orang kita ni kalu dia nak beli dia nak rapat… rapat tangga lah istilah dia dok. Toksey jale kaki neh. Dan kita kalau mengikut laporan trafik yang dibuat oleh TomTom Traffic Index 2024, Kota Bharu telah tersenarai nombor 2 sesak selepas pada Penang, yang mana kalau Penang 27 minit perlu diambil untuk jarak pemanduan 10 kilometer dan Kota Bharu 23 minit untuk pemanduan 10 kilometer walaupun ore kato bandar ni mati tapi banyok keto tu toktahu lah tubik gi mano, ambo raso untuk aktiviti lah… aktiviti ekonomi transaksi dan sebagainya lah. Sekian.

Speaker

Sila Kota Lama.

Okay Dato’ Speaker, terima kasih atas jawapan itu YB Exco. Nampaknya mungkin kena ada pengangkutan awam hok molek tuh untuk solusi tersebut. Soalan tambahan saya adalah apakah ada satu kajian yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk membina satu jajaran jalan baharu untuk menyuraikan trafik dari Tunjung, Tumpat atau Kubang Kerian yang mahu ke Pengkalan Chepa atau Pantai Cahaya Bulan atau sebaliknya supaya tidak terpaksa melalui Bandar Kota Bharu. Gambarannya seperti lingkaran penyuraian trafik komprehensif di pinggir Bandar Kota Bharu dalam mengatasi kesesakan. Dan keduanya, ini berkaitan apakah perancangan Kerajaan Negeri juga untuk mengatasi satu lagi masalah iaitu masalah parking di sekitar Pasar Siti Khadijah yang sudah ditambah baik oleh PMX, adakah usaha untuk menggunakan parking di bangunan Parkson yang kini terbiar. Terima kasih.

Dua soalan tambahan. Yang pertama sekali untuk rangkaian jalan bersepadu, kita kalau ikut pada proposal, ada proposal untuk membina dipanggil elevated highway iaitu lebuh raya bertingkat yang mana tak perlu melibatkan pengambilan jalan lah. Kalu pengambilan jalan kita tak setuju lah kerana akan menyebabkan kedai-kedai bumiputera terpaksa diambil balik dan mereka tak akan dapat lagi berniaga lah. Dan kita masih lagi menimbang permohonan tersebut kerana kalau kita setuju penduduk bandar akan dikenakan tol, akan menjadi isu kepada kita. Kalau boleh kita nak warga bandar atau Kelantan ni tak payah bayar tol duit kito doh kea sebagaimana Central Spine Road, KB - KK free. Di Kelate ni untung lah berbanding negeri lain free sebab jalan tu duit kito doh. Itu yang pertama lah. Dan kita hok ni ……… kita ada banyak perancangan, perancangan bandar-bandar baru yang mana pasti lah ada jaringan pengangkutan yang selesa dan sempurna tapi akan mengambil masa.

Dan untuk parking, pihak MPKB sedang membuat rundingan dengan tuan punya Parkson untuk mengambil alih parking di basement untuk memberikan lot tambahan parking kepada pengunjung di Pasar Siti Khadijah dan masih lagi dalam perundingan dengan tuan punya Parkson setakat ini… begitu lah. Terima kasih.

Speaker

Sila… mana ni ? Ohh Tendong.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan tambahan, ada perancangan ataupun yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan iaitu pelabuhan apa ni Jambatan Palembang. Mungkin apabila siap Jambatan Palembang selepas daripada ini, adakah…. Palekbang… Palekbang. Mungkin apabila siap itu akan memberi kesan pengurangan kesesakan di Bandar Kota Bharu ataupun yang lebih spesifiknya mungkin untuk

menyelesaikan juga di sekitar bandar Siti Khadijah yang sudah pun dibaiki baru-baru ini kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat sebagaimana yang dipohon oleh pihak Kerajaan Negeri. Bukan rasanya bukan PMX lah mari buat kea, yang dipohon… tahniah lah atas permohonan Kerajaan Negeri untuk membina ataupun membaiki Pasar Siti Khadijah sedang diluluskan. Terima kasih Kerajaan Negeri, tahniah dan terima kasih juga kepada PMX lah.

Untuk Jambatan Palekbang itu saya serah kepada Exco Infrastruktur untuk jawab lepas ni lah. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Chempaka.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, saya pohon untuk mendapat jawapan bagi soalan saya nombor 6.

Soalan 6 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah produk-produk pelancongan yang telah dikenal pasti oleh Bahagian Pelancongan & Kebudayaan negeri Kelantan bagi kawasan pesisir pantai dalam dun Chempaka secara khususnya Mukim Sabak dan Pulau Gajah serta apakah bantuan-bantuan yang telah disalur secara signiϔikan bagi memajukan lagi industri pelancongan di kawasan tersebut? ]

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas kesempatan untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Chempaka. Pertamanya mengenai produk-produk pelancongan yang dikenal pasti di dalam kawasan Chempaka khususnya di Mukim Sabak dan Pulau Gajah. Bagi menjawabnya, Pantai Sabak memang mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai salah satu tempat yang menarik untuk pelancongan. Dan di sana saya beberapa kali membuat tinjauan tempat yang baik untuk riadah, berkelah, memancing dan juga di sana terdapat tempat sejarah, tempat yang bersejarah tapak pendaratan Jepun sewaktu menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941. Cuma tapak itu sekarang ini berada dalam laut dan pihak muzium saya pun difahamkan telah membina satu tempat tanda je.. atas darat lah. Dan itu di Kuala Pak Amat.

Di kawasan Sabak dan juga di Pulau Gajah terkenal dengan hasil tempatan, minuman yang terkenal air tuak tapi patutnya kita sebut air nira lah kalu tuak ni kalu Kedah ni dia tokleh laa haramkan tuak. Dan air nira ni kelapa dan air nira nipah, kemudian manisan dan cuka. Satu hal yang saya dapati dalam tinjauan saya selepas raya baru ini susah nak cari cuka nipah ataupun cuka kelapa cuka nyor kerana cuka nipah dengan cuka nyor ni dah by product daripada nira, tokdea nok buat cuka, nira dengan tuak ni habis demandnya permintaannya daripada nira ataupun tuak ini sangat tinggi. Ini menggalakkan pengusaha-pengusaha nira di sana itu untuk memproduce mengeluarkan banyak lagi hasil tapi tadi lah banyak laku di peringkat nira tapi tidak ada pula bekalan di peringkat air nipah apa ni air cuka.

Kemudian, di Mukim Sabak dan juga di Pulau Gajah terdapat perkampungan nelayan yang masih mengekalkan cara hidup tradisional pelawat berpeluang untuk melihat aktiviti harian nelayan termasuk juga

dapat melihat kumpulan yang membuat perahu tradisional, perahu kolek, dan membaik pulih perahu kolek. Di samping juga terdapat kegiatan membaiki rebana ubi dan kegiatan budaya seperti dikir barat, main wau dan lain-lain. Itu di antara yang dapat kita tonjolkan sebagai kegiatan yang boleh menarik para pengunjung di situ. Di samping itu ada satu pasar ikan yang membawa hasil tangkapan harian daripada nelayan di situ, kita dapat beli ikan hidup-hidup di situ. In Shaa Allah saya sukacita mempelawa Ahli-Ahli Yang Berhormat semua untuk mendapat ikan yang fresh di pasar nelayan di Pulau Gajah.

Di samping itu juga saya dapati tempat itu boleh dijadikan pengkalan untuk mengadakan perkhidmatan pelancong ke Pulau Perhentian. Daripada airport ke tempat itu dalam 25 minit sahaja, jadi boleh naik bot ke Pulau Perhentian dari situ, agak jauh sikit perjalanan bot tetapi lebih cepat daripada airport ke Pulau Gajah naik bot terus ke Pulau Perhentian. Ada sekarang ini khidmat yang agak kecilan oleh kerana pihak pemberi perkhidmatan ini kekurangan modal untuk beli bot yang lebih besar. So itu lah kita tengah fikirkan bagaimana untuk membantu mereka ini.

Terdapat juga satu masjid yang sangat unik dengan binaan ala tradisional melayu Nusantara yang terdapat di Pulau Gajah, Masjid Ar-Rahman yang telah dibina di situ oleh pihak pelabur pihak swasta lah ye menjadi juga ikon untuk pengunjung-pengunjung singgah dan menunaikan solat di tempat itu. Selain itu, Yang Berhormat Chempaka juga bertanya mengenai bantuan yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha ini. Setakat ini, bantuan kita salurkan kepada Kumpulan Budaya yang berada di situ dan juga NGO, itu saja. Terima kasih.

Speaker

Sila Chempaka.

Pertama sekali saya ucap terima kasih di atas pengenalan kepada produk-produk pelancongan yang ada tersebut. Dan kita dapat tengok daripada segi beberapa senarai yang telah diberikan sebentar tadi ada menunjukkan bahawa ada berbagai-bagai produk yang boleh diketengahkan. Isunya sekarang ini adalah bagaimana nak sampai ke situ? Itu lah... sebab sekarang ini setakat apa yang kita dapat tengok dalam brochure-brochure dan sebagainya teramat kurang produk-produk tersebut disenaraikan dan saya pohon lah daripada pihak….

Speaker

(MENCELAH)

Soalan… soalan Yang Berhormat.

Yee… apakah ada perancangan untuk memasukkan produk-produk yang telah disebut tadi untuk dimasukkan dalam brochure ataupun perancangan pihak Pelancongan Negeri Kelantan. Terima kasih.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih. Memang saya setuju bahawa tidak mudah untuk ke sana kerana jalan-jalannya agak sempit, sama ada kita lalu ikut Sabak ataupun kita lalu ikut Kampung Pulau Gajah kedua-duanya jalan sangat sempit dan ini mungkin menyebabkan beberapa agensi pelancongan merasakan tempat ini susah dikunjungi so kita buat di tempat lain. Tapi ini akan berubah In Shaa Allah dalam tempoh yang tidak lama lagi. Kedua-kedua laluan sedang dibaik dibesarkan. Di Sabak, Sungai Sabak itu dalam proses sedang membina satu jambatan yang lebih besar yang boleh menampung kereta untuk berselisih atasnya. Setakat ini loni ni ada jambatan hanya satu kereta sahaja at one time. Itu dalam proses sekarang ini pembinaan saya tengok di antara 50-60% apa namanya progress. Lagi satu ialah di Sungai Pengkalan Datu yang berdekatan dengan Pulau Gajah juga sedang terlaksana kerja-kerja tanah untuk

membina satu jambatan baru yang menghubungi Pantai Senok dengan Pulau Gajah dan terus sahaja ke Sabak dan terus sahaja ke airport. So kalau dari Bachok nak ke airport melalui jalan ini dengan dua jambatan ini siap mengambil masa saya kira dalam paling lama 30 minit sahaja. So itu In Shaa Allah Yang Berhormat Chempaka untuk sementara waktu ini kita sobar lah dulu. Terima kasih.

Speaker

Sila Jelawat. Itu Pantai Irama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih diberi peluang untuk soalan tambahan. Daripada jawapan dan juga penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan kita dapat gambarkan bahawa kesungguhan Kerajaan dalam memajukan industri pelancongan. Tinggalnya lagi apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memajukan pelancongan komuniti yang juga melibatkan industri-industri kecil makanan ikan bekok khususnya bukan sahaja terlibat di Sabak DUN Chempaka, di kawasan Pantai Irama sendiri terutama di kawasan nelayan Kuala Kemasin yang juga ada jeti pelancongan yang rasanya tidak dapat perhatian oleh pihak Kerajaan. Dan mungkin kalau diberi sokongan saya rasa boleh membantu penduduk tempatan dalam meningkatkan lagi pendapatan mereka. Terima kasih.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Berbanding dengan Pantai Sabak, Pantai Irama lagi lah besar potensinya kemudahannya banyak, pembangunan, kemudahan pelancongan pun sedang giat sekarang ini. Saya juga pergi tinjau tengok keadaan di situ, masuk ke tempat baru ni apa namanya Kemasin Beach Resort sangat besar apa namanya ni satu yang boleh kita banggakan sebagai satu produk yang boleh katakana standard antarabangsa lah In Shaa Allah ye. So itu semua dalam proses in progress semua ye. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan. Persidangan akan disambung semula pada jam 10:30 pagi. Terima kasih.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.00 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 10.30 PAGI.

(Urusan Dewan selepas rehat)

Speaker

PERSIDANGAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 10:30 PAGI

Timbalan Speaker

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Alhamdulillah seramai 22 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Ucapan D’Raja yang dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V pada hari semalam. Sekarang saya minta pihak Kerajaan untuk membuat Penggulungan. Dipersilakan Yang Berhormat Datul Kamarudin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا , ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengambil kesempatan waktu ini untuk merafak sembah serta menjunjung kasih atas Titah Ucapan D’Raja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan sempena Majlis Perasmian Persidangan Kali Pertama Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Kelimabelas Tahun 2025 yang telah berlaku Isnin lepas. Sesungguhnya Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah memberi kepada kami di pihak Kerajaan suntikan semangat yang lebih untuk meneruskan usaha bagi meletakkan Kelantan di atas peta pelancongan di rantau ini, bahkan juga di dunia In Shaa Allah.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh tajuk dan isu pelancongan di dalam

perbahasan mereka. Antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu pelancongan di dalam perbahasan mereka ialah Yang Berhormat daripada Galas, Pulai Chondong, Bukit Bunga, Dabong, Tawang, Kemuning dan juga Bunut Payong. Kepada mereka saya ucapkan terima kasih ﻢ. ﻛ ا ﺟ ﷲ ا ﺮ ﯿ ﺧ ا ﺮ ﯿ ﺜ ﻛ ﺰ

Yang Berhormat Galas telah membangkitkan banyak perkara, oleh kerana ulasan saya mengenai mengalir bagaikan oleh Yang Berhormat Galas itu panjang jadi saya reserve untuk ulas perbahasan beliau di akhir ucapan saya. Pulai Chondong menyentuh tentang potensi untuk dibangunkan Lubuk Lesung. In Shaa Allah saya pun belum pernah ke sana lagi, ini pertama kali baru dengar Lubuk Lesung jadi kita akan buat tinjauan tengok macam mana. Kemudian Bukit Bunga mencadangkan supaya diadakan zon pelancongan yang melibatkan pelancongan eko. Yang Berhormat Bukit Bunga sebut pelancongan hijau merujuk kepada eco-tourism mencakupi kawasan Bukit Bunga, Ayer Lanas dan Kuala Balah. Dan juga beliau mencadangkan, Yang Berhormat juga mencadangkan diwujudkan satu kawasan bebas cukai sepertimana terdapat di Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang. Bagi kedua-dua ini kita akan membuat tinjauan, dalam perhatian In Shaa Allah kajian sewajarnya dibuat untuk tujuan tersebut.

Yang Berhormat Dabong menyebut tentang perlunya di upgrade Stesen Kereta Api Dabong. Antaranya ialah untuk memberi kemudahan kepada orang kurang upaya yang ikut sama dalam program lawatan ataupun melancong ke Dabong melalui kereta api Train To Dabong. Ini kita boleh lah sampaikan kepada pihak Kereta Api Tanah Melayu untuk pertimbangan mereka pasal ini setting kereta api ini mereka punya. So kita boleh buat cadangan, In Shaa Allah kita akan buat. Dan hubungan kita dengan Keretapi Tanah Melayu Alhamdulillah baik sejak sejak cerita Guillemard Bridge ni kita punya hubungan yang sangat sangat baik.

Ketiga… seterusnya Yang Berhormat Tawang mencadangkan supaya diadakan master plan untuk kawasan Tawang dan Pantai Irama... ‘master plan’ pelancongan. Juga saya ambil perhatian tentang cadangan ini dan akan kita bincang dengan pihak Majlis Daerah Bachok untuk tujuan ini.

Saya tak pasti sama ada sudah ada atau tidak, setakat ini saya belum tengok lagi dan In Shaa Allah akan dibawa kepada pengetahuan dan juga perhatian untuk tindakan Majlis Daerah Bachok.

Yang Berhormat Kemuning menyentuh tentang kawasan-kawasan yang pelbagai di Kelantan ini yang wajar diberi fokus untuk memenuhi citarasa para pengunjung yang juga terdiri daripada pelbagai orang yang mempunyai minat yang juga pelbagai. Saya ambil maklum tentang itu cadangan yang sewajarnya diberi perhatian. Dan sebenarnya dalam hal ini kajian telah pun dibuat dan sedang dibuat dan akan terus dibuat untuk mengenal pasti preference ataupun keutamaan dari segi minat para pelancong yang pelbagai. Dan kita cuba untuk memberi khidmat pelancongan kepada semua sudah pasti lah kita tidak dapat buat semua dengan kekangan tenaga yang ada. Lagipun kita punya travel agent ataupun agensi pelancongan yang menjadi tulang belakang kepada program pakej pelancongan inbound masuk ke Kelantan ini tidak ramai.

Jumlah travel agent yang ada di Kelantan setakat yang dimaklum kepada saya sekarang ini ialah 45 dan pada tahun-tahun yang lepas tidak ramai yang terlibat dengan inbound... inbound tourism maknanya tidak ramai yang menguruskan pelancong ataupun pengunjung melalui travel agent yang datang ke Kelantan. Yang banyaknya daripada 45, 40 yang menguruskan traveller ataupun pengunjung ke luar negara. Top of the list ialah jemaah umrah ataupun ziarah ke Timur Tengah, itu yang utama. Tapi yang jadi perhatian kita patutnya ialah kepada para pengunjung yang datang ke Kelantan yang kita panggil inbound tourism dan ini tak ramai hanya 5 pada 2 tahun yang lalu, sekarang ini sudah meningkat menjadi 7. So Alhamdulillah sudah ada peningkatan dan oleh kerana tidak ramai travel agent yang terlibat dalam inbound tourism ini maka setengah-setengah hotel itu dia juga mengambil tanggungjawab untuk membantu dengan menyediakan selain daripada pakej untuk penginapan di hotel juga pakej untuk lawatan ke beberapa tempat yang menarik.

So dengan demikian kita menghadapi sedikit kekangan dari segi itu, namun saya dapat merasakan bahawa dengan jumlah pelancong yang

sudah meningkat, bertambah memberi galakan kepada travel agent untuk juga mengembangkan khidmat daripada outbound juga kepada inbound. In Shaa Allah sedang ada nampak perubahan itu.

Yang Berhormat Bunut Payong menggesa supaya Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini ditambah apa itu kegiatannya dan dipromosikan lebih dan ditingkatkan tarikannya. In Shaa Allah ini kita akan beri pertimbangan dan bincang dengan pihak MPKB Bahagian Pelancongan bagaimana dapat kita secara kolaborasi untuk menghidupkan balik kemegahan Pasar Malam Wakaf Che Yeh yang dulu sangat terkenal pada beberapa tahun yang lalu.

Balik kepada Galas. Galas menimbulkan ada 3, saya boleh pecahkan 3 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Galas. Yang pertama, tentang impak Tahun Melawat Kelantan, yang kedua tentang perancangan Indahnya Kelantan sebagai program lanjutan daripada Tahun Melawat Kelantan dan yang ketiga mengenai Kolam Air Panas Sungai Ber, Lojing. Saya jawab yang tu dulu, yang Kolam Air Panas… Sungai Ber… Kolam Air Panas Lojing mengikut maklumat yang diberitahu kepada saya ialah bahawa Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan cadangan Pembangunan Sungai Ber Hot Spring yang mempunyai keluasan 10 ekar di Mukim Hendrop, Daerah Hau, Jajahan Kecil Lojing. Syarikat swasta Ber Retreat Hot Spring Resort Eco akan menguruskan. Tarikh kelulusan ialah pada 18 Disember 2024, so baru lagi dan saya percaya pihak yang telah diberi hak untuk membangunkan kawasan ini sedang dalam membuat persiapan untuk menjalankan kerja-kerja awalan. In Shaa Allah nanti saya juga akan pergi tengok lah bagaimana keadaan di Hot Spring Sungai Ber ini.

Kepada isu yang dibangkitkan tentang impak TMK. Pada umumnya pelancongan ini hasilnya dari segi ekonominya yang beroleh manfaat secara langsung ialah rakyat dan pengusaha. Kerajaan menerima lebihan daripada itu melalui cukai dan juga lain-lain bayaran yang dikenakan kepada pihak pengurusan pelancongan, misalnya hotel. Orang datang dia duduk hotel dia kena bayar lah bilik, pihak hotel lah dapat apa namanya pendapatan. Tapi pihak Kerajaan Tempatan, Majlis Daerah dia dapat

cukai per head ada bagi setiap pengunjung… setiap penginap. Setengah tenpat dia caj RM3, setengah tempat dia caj RM5. So itu pendapatan kepada Kerajaan melalui Majlis Daerah. Tapi ada setengah-setengah tempat itu oleh kerana dia tak daftar terutamanya homestay, mereka tak daftar dan jadi tak boleh dikenakan apa-apa caj pasal dia tak daftar. Dan kita pun agak longgar sedikit dari segi penguatkuasaannya terhadap homestay yang apa namanya yang swasta ini yang tidak berdaftar ini. Itu satu perkara.

Yang keduanya, impak ekonomi secara umumnya bergantung kepada jumlah pelancong yang datang atau pengunjung yang datang. Dia ada formula dia, kalau satu orang datang duduk satu malam dia belanja RM300. Jadi ini formula yang diguna pakai oleh Tourism Malaysia, kita pun pakai formula yang sama. Jadi setiap malam dan setiap hari dia duduk dia belanja minimum itu of course yang ada belanja lebih daripada RM300. Dan kalau seorang datang belanja RM300, kalau seribu orang dia boleh darab jelah dan kalau sejuta orang. So duit ni dia berpusing dia akan meransang kegiatan ekonomi terutamanya penduduk di sekitar tempat dimana tumpuan orang ramai. Itu sebabnya apabila berlaku jumlah pengunjung yang bertambah dan juga terdapat di kawasan itu wujudnya perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan. Tempat makan apa namanya tandas yang boleh dikenakan caj.

Saya ingin mengambil contoh yang berlaku sekarang ini ialah Dabong. Yang Berhormat Dabong ye… ni contoh... contoh yang baik sekali. Akibat daripada kejayaan Train To Dabong, jumlah pengunjung ke Dabong sudah banyak, sudah melimpah. Saya bercakap dengan Setiausaha Majlis Daerah Dabong pada suatu masa tahun lepas, dia kata kita sekarang ini tidak ada seorang pun yang tidak ada kerja, semua orang ada kerja. Zero unemployment di Dabong… Alhamdulillah, bahkan tok cukup ore pulok jadi untuk untuk mengurus pelancong-pelancong yang datang. So itu lah saya sangat setuju dengan cadangan Yang Berhormat Dabong untuk menaik taraϐkan lagi Stesen Keretapi di Dabong itu. Jadi contoh Dabong ialah gambaran kepada impak pelancongan dari segi ekonomi kepada penduduk setempat. Of course kita ada nilai kita nak jaga, yang terutama nilai Islam, ini kita panggil pelancong yang bertanggungjawab

responsible tourism, dia tidak mari bawa budaya dia dan merosakkan masalah apa ni anak-anak tempatan sepertimana yang berlaku di Pulau Perhentian. Saya taknak lah apa namanya tapi ini apabila pelancong-pelancong ke Pulau Perhentian dia macam-macam dia tahu lah orang putih daripada Eropah ni rosak anak-anak muda di Pulau Perhentian. Ini menjadi isu.

So jadi kita nak mengelakkan benda-benda macam itu berlaku di sini. Kita hendak mereka datang belanja, tapi kita tak hendak budaya mereka mempengaruhi ataupun menjadi masalah kepada ketenteraman, keharmonian budaya kita di Kelate ni.

Kemudian perancangan mengenai Indahnya Kelantan. Tugas utama Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan urusetia dipimpin oleh TIC ialah membuat promosi, promosi terhadap indahnya kita terhadap bahan-bahan yang boleh menjadi tarikan pelancong. Dan ada 2-3 kaedah yang kita guna pakai untuk promosi ini. Pertamanya biasanya kita iklan, ini biasa konvesional. Cuma yang iklan ni kita susah nak ukur dari segi keberkesanan dia. Kita tak tahu iklan ni is like a wild shot saje lah kita tembak tempat jarak jauh saje ye, kena tak kena kita pun tak tahu. Kita tidak ada cara untuk mengsahkan pelancong datang kerana iklan itu. Dan… tapi kita terus lah berbelanja untuk mengiklankan Kelantan dengan menampilkan segala macam keindahan dan produknya.

Yang keduanya ialah mengorganize FAM Trip, FAM Trip ni maksudnya Familiarization Trip. Kita mengenal pasti negeri yang kita nak panggil travel agent di negeri itu... di negara itu dan kita bawa mereka datang ke mari dan kita atur jadual itinerary pakej dia pergi sana sini dan Kerajaan membelanja untuk ground expenditure. Maknanya mereka datang bayar tiket lah, sampai sini kita jadi tuan rumah, mereka jadi tetamu kita. Kita atur dia pergi situ pergi sini dan diorang tahu apa namanya tempat-tempat yang menarik untuk dia pakej kan dan dia jual di tempat mereka masing-masing untuk pengunjung ambil pakej itu datang balik. Dan kita biasanya apabila FAM Trip ini kita organize, kita panggil B2B meeting maknanya travel agent yang kita jemput berjumpa dengan travel agent

yang di sini dan mereka buat perundingan B2B, mereka berdua lah yang buat kita tak campur, kita hanya menyediakan kemudahan sahaja, kita facilitate sahaja B2B apa namanya dealing ini.

Saya juga melaporkan bahawa antara FAM Trip yang menampakkan hasilnya ialah rombongan para travel agent daripada Riau, dia datang dan mereka minta secara khusus untuk meninjau kemudahan kesihatan. Mereka itu apa namanya satu sektor yang menjadi tarikan bagi mereka ini. Mereka ada duit. Riau adalah satu kawasan di antara apa namanya ni kawasan ada di Sumatera Selatan ialah kawasan yang orang yang berduit. Because di Riau itu tempatnya ladang minyak petrol dan ada apa namanya dia punya exploration dalam laut dan juga atas darat on shore dan off shore. So orang kita tu berduit lah. So biasanya orang sakit dia pergi ke Melaka ataupun ke Kuala Lumpur. Apabila dia datang sini dan kita atur supaya dia jumpa dengan HUSM dan juga KBMC dan Perdana KPJ mereka dapati bahawa standardnya lebih tinggi, equipmentnya state of the art, kosnya lebih rendah walaupun pakai belanja untuk transport daripada Riau, Pekan Baru ke Kota Bharu. Kita tak ada direct ϔlight melalui KL, masih lagi jimat. Jadi sekarang ini dah ada hospital bagitahu kita dah terima patient daripada Indonesia ini. So Alhamdulillah demikian juga daripada Selatan Thai. So ini FAM Trip yang kita organize kita terus saje beri apa itu impak kepada para pengusaha sama ada kalau hari ini bidang health services ini lah terutamanya ini bidang baru health tourism ini kita sudah mula nampaknya memberi potensi, mempunyai potensi yang sangat baik.

Kemudian kita juga menghadiri Expo Cultural Product Trade dan Travel Fest di luar negara dan juga di dalam negara. Ini agak apa namanya banyak tapi kita terpaksa pilih-pilih lah, nak pergi semua tak cukup. Dan juga kita ada menggunakan sosial media platform dan dengan kerjasama daripada Bahagian IT Pejabat SUK telah kita menerbitkan mencipta QR kod kita dimana kita boleh akses segala maklumat tentang pelancongan yang ada di Kelantan ini yang ada dalam website TIC boleh dianukan dalam dapat juga dalam QR kod kita. Itu pun sudah ada. Itu apa namanya mengenai Indahnya Kelantan. Selain daripada itu, kita teruskan dengan kegiatan-kegiatan yang telah kita jalankan dalam tempoh satu tahun

Tahun Melawat Kelantan kita teruskan dengan kegiatan-kegiatan perayaan dan juga membaik pulih, membaiki tempat-tempat pelancongan yang ada di beberapa tempat.

Saya cuma nak highlight 2-3 perkara lagi. Pertamanya mengenai beca… beca. Ini satu perkara yang kalau kita tidak bantu dia lama-lama akan pupus… already perkhidmatan beca… beca roda tiga ini dia menjadi ikon kita tetapi kita apa namanya tak ada plan bagaimana nak anunya dia sebelum pada ini. Dan yang sekarang ini yang ada hanya di Kota Bharu je beca, itu pun jumlah yang tahun lepas 17 sekarang ni last count ada 15. Yang semuanya yang 17 ni semuanya dia punya pengayuh beca itu semuanya berada dalam siri 70 semua dan tidak ada pelapis. Dan kita Kerajaan Negeri sebelum pada ini membantu mereka lah bulanan bagi RM100. Kita bagi RM100 bulanan sebagai bantuan ihsan kepada pengayuh beca. Kemudian saya cadang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ MB supaya dinaikkan menjadi RM200. Yang Amat Berhormat tak setuju RM200, dia kata RM500. So Alhamdulillah penarik beca dapat RM500 per month sebagai wang ihsan.

Mudah-mudahan ini boleh menarik golongan yang lebih muda untuk membantu dan kita dah bincang lah dengan pihak MPKB tentang bagaimana kita nak wujudkan satu kawasan eksklusif sepertimana yang di Melaka tu Jonker apa namanya Walk tu, ye Jonker Street kawasan yang eksklusif untuk beca ni. Tapi kita menghadapi masalah sikit lah jalan Kota Bharu di sekitar Pasar Siti Khadijah tu menimbulkan masalah, so sementara ini saya sementara menunggu itu kita sedang dalam proses berunding dengan pihak hotel di Kota Bharu untuk menempatkan beca ini, nak agihkan 2 ataupun 3 beca di satu hotel, duduk situ siapa yang nak boleh guna. Dan hotel sedia bekerjasama untuk membantu mempromosi penggunaan beca di tempat dia. Jadi maknanya 2 atau 3 hotel setuju untuk membantu dalam program ini. Jadi beca tidak lah… sekarang ini dia merata ni toktahu duk mano so semuanya ada tempat dia duduk dan menunggu pengunjung atau pelancong yang menginap di hotel masing-masing. Tapi kita masih belum mula lagi sebab isu yang berbangkit ialah soal tambang, yang keduanya supaya kita selaraskan,

yang keduanya ialah untuk membaik pulih tempat duduk, apa ni roof beca. Itu yang pertama yang saya ingin bangkitkan.

Keduanya ialah mengenai kulinari kita punya apa namanya makanan restoran-restoran kita Alhamdulillah tak sedapnya makanan tak bangkit. Isu yang saya dapat sedikit sebanyak ialah soal layanan, layanan apa namanya di restoran. Dalam hal ini bukan orang biasa lah pengunjung yang kita Yang Berhormat Dato’ TMB sendiri pun kena tentang layanan dia tak kenal, saya sendiri pun pergi nak test tengok pun sama juga diorang tak kenal. Jadi bagus lah tak kenal tu, kalu dah kenal dia bagi layanan yang baik. Jadi kita pun susah nak terima pandangan orang biasa yang kata layanan tak begitu baik. Jadi ini saya nak minta lah kerjasama rakan sejawat saya daripada yang jaga apa namanya PBT Pihak Berkuasa Tempatan untuk kita adakan pertemuan dengan pengusaha-pengusaha restoran supaya saya boleh faham pekerja mereka ini tak terlatih pun, jadi dia pakai tangkap muat je. Jadi bila tidak ada latihan, jadi dia tak tahu nak layan pelanggan. So kita perlu ada itu. Jadi itu lah untuk meningkatkan apa namanya kita punya makanan ni kulinari kita ni dah terbaik dan tak ada orang boleh challenge dah, cuma dari segi layanan itu lah nak kita kena improve lagi lah.

So Yang Berhormat Dato’ Speaker saya rasa banyak lagi… haa lagi satu ni penemuan baru untuk Gua Musang. Pihak TNB kan tengah duk buat persiapan untuk bina Tasik Nenggiri untuk tujuan menjana elektrik, jadi dalam proses clearance segala macam pasal ada beberapa kampung Orang Asli di situ dia buat lah excavation dan dia temu pihak team TNB melalui Universiti Kebangsaan Malaysia menemui satu rangka manusia yang lengkap yang diberi nama Mek Keledung tempat di Gua Keledung. Yang menariknya ialah rangka manusia ini selepas dibuat carbon dating ujian carbon dating, bukan disini buat di US dikatakan berumur diantara 12 000 hingga 14 000 tahun. Maknanya ini lebih lama daripada Perak Man. Perak Man hanya sekitar 6000 hingga 8000 tahun, menunjukkkan bahawa Kelate ni dah ada penghuninya sudah ribu-ribu tahun. Kalu 12 000 hingga 14 000 tahun kita lebih tua daripada sivilisasi cina, lebih tua daripada civilization Mesopotamia, lebih tua daripada sivilisasi Yunani dan juga lebih tua daripada sivilisasi Mesir.

Because mereka itu hanya 5000-6000 tahun saje, so kita ni dah 12 000 tahun. Jadi ini satu penemuan yang menakjubkan dan pihak TNB telah menyediakan peruntukan untuk kita buat satu galeri di Gua Musang untuk menempatkan penemuan ini. Dan saya telah melaporkan kepada pihak MMK cadangan untuk mengadakan satu conference antarabangsa mengenai arkeologi sambil kesempatan itu kita umumkan penemuan ini. Jadi ini Gua Musang lah ye tempat galeri ini kita MMK tu setuju di Gua Musang di tempat baru ni apa namanya sebelah hospital tak silap saya. Jadi itu lah sedikit respon saya kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Galas. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Yang Berhormat Zamakhshari Bin Muhamad.

Tuan Zamakhshari bin MuhamadPAS · PNApam Putra

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan merafak sembah dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan D’Raja yang diadakan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan pada 21 April yang lalu Alhamdulillah. Untuk Penggulungan pada pagi ini ada beberapa perkara yang telah disentuh oleh ADUN-ADUN yang berkaitan dengan Portfolio Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat.

Secara khususnya, untuk belia tidak ada yang disentuh secara khusus. Cuma banyak isu-isu yang berkait tentang penyalahgunaan dadah. In Shaa Allah saya akan ulas diakhir Penggulungan saya tentang isu

tersebut. Yang kedua berkenaan sukan, sukan ada beberapa perkara yang telah disentuh oleh YB Galas. Antaranya tentang persiapan ataupun prasarana untuk SUKMA dan juga persiapan atlet. Berdasarkan Laporan Pelaksanaan Projek SUKMA 2028 yang bertarikh 23 April, maknanya yang latest ni yang saya terima semalam melalui JKR. Untuk makluman Ahli Sidang semua, keseluruhan projek yang berkaitan dengan SUKMA dia ada 7. Ada 7 projek infra yang berkaitan dengan SUKMA.

Pertamanya Kompleks Sukan Bandar Jeli, yang ini mungkin saya lupa betulkan Kuala Balah, Kuala Balah sebut semalam velodrome tapi sebenarnya itu perancangan awal untuk di Jeli. Tapi sebenarnya akhirnya keputusan Kerajaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan dengan velodrome tetapi ditukar kepada Kompleks Sukan di Jeli. Yang kedua, pembinaan Stadium Bukit Merbau, yang ketiga pembinaan lapang sasar menembak di Pasir Puteh, Bukit Merbau tadi juga di Pasir Puteh. Yang keempat, Stadium Hoki di Pasir Puteh. pembinaan Pusat Akuatik di Kota Bharu, pembinaan Arena Tertutup di Pasir Puteh dan juga pembinaan Pusat Skuash dan Gelanggang Lawnball Berbumbung di Pasir Puteh. Itu secara asasnya ada 7. Status terkini untuk Kompleks Sukan Bandar Jeli tarikh jangka siap adalah pada 2hb Julai 2025 dan status sekarang adalah sepatut jadual adalah 44.8%, status terkini adalah 39.7% di Jeli. Yang kedua, pembinaan Stadium Bukit Merbau tarikh jangka siap adalah pada 23hb Februari 2027, berdasarkan jadual sepatutnya 17.03%, kemajuan terkini adalah 16.77% maknanya mengikut jadual. Yang ketiga, pembinaan lapang sasar menembak, tempoh jangka siap adalah 23hb Disember 2026, mengikut jadual sepatutnya 5.33% sebenar adalah 4%, beza dalam 7 hari. Yang keempat, pembinaan Stadium Hoki di Pasir Puteh, tarikh jangka siap 28hb Mei 2027.

Okay ada 4 item ni pusat akuatik, pembinaan arena tertutup dan juga pembinaan pusat skuash ini semuanya dalam proses penilaian tender. Maknanya pembinaan belum dimulakan tapi dalam proses penilaian tender. Tetapi dari segi jangkaan siap untuk stadium hoki dijangka 28hb Mei 2027, untuk pusat akuatik 28hb Julai 2027, untuk pusat arena tertutup 20hb September 2027 manakala untuk skuash adalah 20hb Jun

2027. Maknanya 4 perkara ini masih dalam proses tender, makna belum dimulakan pembinaan. Jadi kalau kita tengok berdasarkan keseluruhan pembinaan infra ini yang terakhir akan siap adalah pada 20hb September 2027 iaitu Arena Tertutup. Dan Kelantan In Shaa Allah akan menjadi tuan rumah SUKMA 2028. Jadi berdasarkan ini In Shaa Allah mungkin infra ini akan siap sepenuhnya sebelum SUKMA 2028.

Yang keduanya, Galas bertanya tentang persiapan atlet ataupun perancangan untuk persiapan atlet. Untuk makluman ahli Dewan, pelan strategik 2021-2030 telah dilancarkan pada tahun 2021 yang lalu. Maknanya di peringkat MSN kita telah melancarkan pelan strategik untuk 10 tahun bagi memperkasakan sukan berprestasi tinggi, dimana telah melaksanakan 3 peringkat program pembangunan atlet yang bermula daripada bakat, pelapis dan juga elit. Dan Alhamdulillah 2 bulan yang lalu, kita telah membuat pembaharuan dan juga perlantikan 60 orang jurulatih yang terdiri daripada 11 orang jurulatih sepenuh masa dan 49 orang jurulatih sambilan. Yang mana mereka melatih seramai 738 atlet yang berada di 40 pusat latihan seluruh negeri. Pihak MSN juga telah mengenal pasti seramai 33 orang atlet yang berpotensi boleh menyumbang pingat di temasya SUKMA 2026 Selangor pada tahun hadapan dengan menawarkan kontrak bermula Januari 2025 kepada semua atlet yang terpilih dengan bayaran sebanyak RM400 sebulan bermula Februari 2025 sehingga SUKMA 2026 nanti. Dimana semua atlet dibawah pusat latihan negeri juga akan dihantar menyertai kejohanan-kejohanan di peringkat kebangsaan serta menyertai program latihan … bersama pasukan kebangsaan sebagaimana yang telah dirangka oleh pihak MSN. Itu dari segi persiapan atlet.

Pada masa yang sama, Kuala Balah dan juga Nenggiri membangkitkan tentang padang bola, satu padang bola satu DUN. Alhamdulillah sebagaimana yang disebut untuk penggal ini bermula tahun lepas sehingga April tahun ini pihak Kerajaan telah meluluskan untuk pembinaan 3 padang bola yang berstatus yang mempunyai piawaian yang sesuai keluasan dan sebagainya. Dan itu di Kuala Balah, Gual Ipoh dan juga Apam Putra. Dan sekiranya mana-mana DUN yang masih belum mempunyai padang bola yang sesuai untuk kegunaan anak-anak muda

kita untuk Liga DUN terutamanya diminta untuk berbincang dengan pejabat tanah dan majlis daerah untuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang sesuai dan In Shaa Allah boleh angkat permohonan kepada Exco Sukan In Shaa Allah.

Dan pada masa yang sama di peringkat Kerajaan bagi persiapan menghadapi SUKMA 2028, kita sekarang sedang mengadakan kerjasama dengan pihak institusi pengajian tinggi melalui SPARK untuk kita mewujudkan satu Dasar Sukan Mesra Islam bagi memastikan In Shaa Allah sukan SUKMA 2028 Kelantan nanti akan menjadi satu contoh kepada negeri-negeri lain untuk menjadikan satu sukan yang mesra Islam In Shaa Allah.

Seterusnya mengenai perpaduan masyarakat dimana disebut oleh ADUN Pulai Chondong. Di pihak Kerajaan Negeri kita mensasarkan atau kita meletakkan satu sasaran untuk Kelantan menjadi model perpaduan bagi negara. Dimana berdasarkan tema Kelantan model perpaduan, Kerajaan Negeri melalui pusat integrasi antara kaum negeri Kelantan ataupun PEKA berperanan sebagai pelaksana dasar antara kaum negeri yang berteraskan 3 prinsip iaitu keadilan sosial, hormat-menghormati dan keterangkuman. 3 prinsip untuk dasar antara kaum. Selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk membina masyarakat majmuk yang harmoni dibawah naungan nilai-nilai Islam. PEKA ini berfungsi sebagai jambatan komunikasi antara Kerajaan Negeri dengan komuniti bukan Islam serta pelbagai pertubuhan masyarakat sivil melalui pendekatan dialog, kerjasama strategik dan penganjuran program silang budaya.

Antara inisiatif utama yang telah digerakkan termasuk lah program pesta tanglung daripada masyarakat Cina, pesta songkran daripada masyarakat Siam, dialog antara agama, karnival perpaduan nasional serta lawatan-lawatan ke rumah-rumah ibadah pelbagai agama. Program-program ini tidak hanya meraikan kepelbagaian budaya malah memperkukuh rasa kebersamaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum sama ada India, Cina ataupun Siam di Kelantan. Hasil usaha berterusan ini kita dapat lihat pelbagai kunjungan program pihak luar yang ingin menyaksikan sendiri suasana keharmonian di Kelantan, dimana sebagai

contoh pada tahun lepas kita mengadakan Karnival Perpaduan Nasional di peringkat nasional dengan tema Kelantan Model Perpaduan anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama U-BeS dan Pusat Integrasi Antara Kaum telah berjaya menarik lebih 400 ahli rombongan seluruh negara bukan Islam untuk menyaksikan keharmonian di negeri Kelantan.

Saya ingin menyatakan beberapa fakta berkenaan dengan perpaduan di negeri Kelantan. Secara asasnya, jumlah penduduk Kelantan adalah 1.8 juta berdasarkan statistik. Kaum Melayu adalah 1.758 juta merangkumi 95.5% orang Melayu di Kelantan adalah 95.5%, masyarakat Cina adalah 44 194 hanyalah 2.4%, India 5524 hanya lah 0.3%, manakala lain-lain Siam dan sebagainya adalah 11 048 orang iaitu 6%. Maknanya kalau secara asasnya sekiranya Kerajaan Negeri tidak peduli pun kepada mereka ini tidak memberi kesan dari segi politik dan sebagainya sebab peratus Melayu adalah sangat tinggi 95.5%. Walau bagaimanapun, walaupun kita mempunyai majoriti yang cukup besar atas asas Membangun Bersama Islam Penghayatan Membangun Bersama Islam, nilai-nilai Islam untuk kita mempunyai hubungan yang erat dan menjaga hak dan kebajikan kaum-kaum lain dan agama lain, maka Pusat Integrasi Antara Kaum telah ditubuhkan pada 31 Mac 2017 dibawah Exco Perpaduan Masyarakat.

Yang mana hasil daripada itu beberapa fakta yang saya ingin sebut di sini berfungsi untuk semua wakil kaum dalam pentadbiran kerajaan negeri mana jawatan rasmi dan bergaji dan berelaun, lantikan dalam pejabat Menteri Besar dimana pegawai-pegawai tugas khas yang terdiri daripada wakil kaum, penghulu tanpa mukim antara kaum seramai 76 orang. Maknanya walaupun peratusan mereka kecil tapi keseluruhan penghulu antara kaum yang dilantik oleh Kerajaan Negeri seramai 76 orang. Manakala ahli majlis ataupun PBT seramai 12 orang seluruh negeri. Dan juga selain daripada itu beberapa tindakan telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri, antaranya adalah perwartaan wat Siam. Kelantan adalah satu-satunya negeri yang mewartakan 16 tapak wat Siam sejak 2017 dibawah tajuk rekreasi dan kebudayaan menjamin keadilan sosial dan kebebasan menjalani aktiviti keagamaan dan

kebudayaan komuniti Siam dan Buddha. Tapak ini diurus oleh Majlis Sangka Negeri Kelantan. Itu beberapa perkara yang ingin saya sebut.

Selain daripada itu, program-program lain yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri untuk keharmonian sosial, bantuan-bantuan yang kita kemukakan ataupun kita kurniakan kepada rakyat juga kita melibatkan semua kaum. Antaranya adalah bantuan Al-It’am maknanya Cina, India, Orang Asli pun terima, Skim Azziwaj, Skim Takaful Kifalah, Rumah Dhuaffat dan juga bantuan Armalah dan program-program lain. Itu secara umum tentang perpaduan kaum.

Akhir sekali saya ingin menyentuh sedikit tentang isu dadah. Berkebetulan saya juga diamanahkan sebagai Pengerusi PEMADAM Negeri jadi isu dadah ini adalah satu yang sangat dekat dengan saya. Okay apabila disebut isu dadah, isu dadah ini sebagaimana disebut oleh Melor dan juga Jelawat. Pertama sekali kita perlu fahami dadah ini bukan isu politik. It is not political issue. Dadah ini adalah satu musuh nombor 1 negara, malah kalau kita tengok realiti masyarakat kita hari ini di kampung dan di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan mereka yang terlibat dengan dadah. Jadi sebab itu lah kita perlu melihat secara holistik secara keseluruhan angka ini boleh dimanipulate dia boleh kita sebut ataupun kita pilih apa yang kita nak sebagaimana yang disebut oleh Melor. Statistik ni about macam mana kita nak gambarkan kalau kita nak tunjuk yang baik kita cari statistik yang baik, kalau nak yang tak baik kita boleh cari statistik yang tidak baik.

Di tangan saya ini ada satu data yang dikeluarkan oleh AADK, Statistik Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan Tahun 2018 hingga 2024, maknanya data 8 tahun dan sumber penyalahgunaan dadah dan penagih dadah serta bahan diperolehi oleh melalui PDRM, makna data daripada PDRM ini apabila PDRM membuat operasi dan membuat tangkapan maka itu lah data yang dapat daripada PDRM penyalahgunaan dadah. Kemudian juga data daripada AADK, maknanya PDRM asing hok lain, AADK ni hok lain pulok. AADK ni hok mano dio igak penagih-penagih dadah, makna dia gi kampung-kampung dia igak maka itu lah data yang dilaporkan. Kemudian juga dia ada data daripada KKM Kementeria Kesihatan. KKM

ini adalah biasanya ada di kalangan keluarga ataupun penagih itu mempunyai kesedaran jadi dia gi jupo hospital, dio gi hospital untuk menerima rawatan. Ini juga termasuk dalam data yang berada pada masa ini. Dan data terakhir adalah daripada pusat pemulihan, maknanya ibu bapa yang anaknya terlibat dengan dadah hantar anak dia ke pusat pemulihan sama ada dibawah kerajaan atapun swasta maka data ini akan termasuk di sini.

Jadi data-data daripada 4 sumber ini adalah data yang direkod. Ini tak termasuk lagi mungkin ada kes-kes tertentu ataupun mereka yang terlibat dengan dadah tapi tidak ada dalam, tidak pernah ada tangkapan, tidak pernah ada rawatan dan sebagainya dan benda itu tidak dicatat. Dan dari segi statistik pula sebenarnya kalau kita nak bercakap positif apabila banyak berlaku tangkapan maksudnya PDRM dan AADK wat kijo lah. Makna bila dia igak-igak tu masuk lah data tapi kalu dio tok igak penagih ada tok masuk dale data. Jadi tidak menggambarkan jumlah sebenar, itu dari segi data lah. Takpe lah hari ini kita bercakap tentang data yang ada di hadapan. Okay berdasarkan data yang ada di hadapan saya hari ini saya ambil data untuk 8 tahun sebab data ni data 8 tahun data rasami. Saya ingin membuat perbandingan dari segi peningkat berbanding pada bermula pada 2018 sehingga 2024, 8 tahun peningkatan dia. Jadi secara asasnya di peringkat nasional, pada tahun 2018 jumlah penagih adalah 130 788 manakala pada 2024 jumlah penagih adalah 192 853, peningkatan 47.45% hampir dalam masa 8 tahun peningkatan jumlah penagih di negara kita adalah hampir 50%. Jadi bila kita bercakap tentang peningkatan di negara, salah Kelate ke? Salah Kerajaan Kelantan ke? Jadi bila selalunya sebut dadah nya ore napok Kelate, bila disebut data yang diberikan.

Sebagaimana yang disebut oleh Melor dan Jelawat, PDRM bukan dibawah Kerajaan Negeri, PDRM adalah dibawah Kerajaan Pusat, dibawah Kementerian Dalam Negeri. AADK juga bukan dibawah Kerajaan Negeri, AADK adalah dibawah Kementerian Dalam Negeri, dibawah Kerajaan Pusat. KKM bukan dibawah Kerajaan Negeri, juga dibawah Kerajaan Pusat, dibawah Kementerian Kesihatan. PDP juga bukan dibawah Kerajaan Negeri, sama ada dibawah AADK ataupun

pengusaha-pengusaha swasta. Jadi persoalannya bila bercakap tentang dadah siapa yang bertanggungjawab? Kalau kita nak bercakap tentang kegagalan dalam menangani isu dadah, siapa sebenarnya gagal? Melainkan negeri lain tidak ada, Malaysia menurun tiba-tiba Kelantan saja ada then you can blame Kelantan. Saya suka juga untuk berkongsi data-data negeri lain. Kalu kita tengok tadi dalam masa 8 tahun tadi peningkatan di peringkat nasional adalah 47.5%.

Kelantan berdasarkan data tadi peningkatan sebanyak 43.48%, masih ada peningkatan tetapi kalau kita bercakap tentang nasional level kita dibawah nasional level dalam tempoh 8 tahun. Manakala Johor peningkatan sebanyak, pada tahun 2018 kadar penyalahgunaan dadah 12 313 dan pada 2024 21 366, peningkatan sebanyak 73.5%. Selangor 2018 14 743, 2024 25 338, peningkatan sebanyak 71.86%. Manakala Penang 2018 9084, 2024 14 426, peningkatan 59%. Manakala kita bercakap tentang peningkatan, Alhamdulillah Kelantan bukan yang tertinggi tetapi tadi lah kita bercakap tentang statistik kita boleh cakap apa kita nak cakap, manakala nak sebut Kelantan tak cantik that’s why kalau kita tengok data sebenar negeri yang tertinggi penyalahgunaan dadah bagi 2024 adalah Selangor, yang kedua adalah Johor, Kelantan nombor 3. In term of numbers. Tetapi apabila merujuk kepada per 100 000 memang lah Kelate nombor satu lah.

Okay bila saya menyebut perkara-perkara tersebut, kita bukan nak menidakkan ataupun menaϐikan wujudnya masalah ini di Kelantan. Cuma apa yang kita nak sebut ialah isu ini adalah isu bersama yang perlu ditangani bersama dan tidak perlu dipolitikkan, tidak perlu dipolitikkan. Sebab itu lah di peringkat negeri, di peringkat Kerajaan Negeri kita telah melalui PEMADAM kita telah mengadakan satu sesi libat urus pada 16 Mac yang lalu yang melibatkan 36 agensi sama ada peringkat federal, peringkat state, melibatkan AADK, PDRM, IPTA, penghulu dan sebagainya termasuk majlis daerah dan sebagainya, melibatkan 36 agensi. Dan Alhamdulillah peserta lebih daripada 50 orang dan kita telah menghasilkan beberapa resolusi untuk kita bertindak. Dan selepas daripada sesi libat urus tersebut kita telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dato’ Ketua Polis Negeri Kelantan pada 26 Mac dan telah

mengadakan perbincangan untuk kita bekerjasama dalam menangani isu dadah di Kelantan. Dan pihak Ketua Polis dengan tegas menyatakan beliau telah mengisytiharkan jihad dadah. Dan In Shaa Allah PEMADAM Negeri juga akan merangka satu pelan strategik dan modul untuk kita jihad perangi dadah. Jadi lanjutan daripada itu In Shaa Allah pada 13 Mei nanti kita akan ada bengkel TOT untuk mereka yang terlibat dengan dadah. Dan pada 3hb Jun nanti kita akan mengadakan satu bengkel pelan strategik dan pelancaran modul jihad perangi dadah.

Point yang ingin saya sampaikan di sini ialah isu dadah adalah isu bersama dan tidak perlu dipolitikkan dan In Shaa Allah di peringkat Kerajaan pun kita prihatin dan kita mengadakan kerjasama dengan semua pihak untuk menjayakan ataupun membasmi dadah. Cuma di sini suka ingin saya sebelum saya mengakhiri, beberapa cadangan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri terutamanya jadi mungkin Galas, Kota Lama dan juga Nenggiri boleh tolong sapa lah... tolong sapa. Ini pun hasil daripada perbincangan dengan pihak PDRM, AADK dan sebagainya dan keperluan untuk kita memperkasa sempadan kita. Dan semalam pun saya rasa Gual Ipoh pun ada sebut lah pasal isu ni.

Antaranya ialah perlu mewujudkan atau mengadakan biometrik CCTV di sempadan. Maknanya untuk memudahkan pihak penguatkuasa terutamanya PDRM untuk pengesanan identiti pengedar. Mewujudkan biometrik CCTV di sempadan. Yang kedua, penambahan dron biometrik kamera juga untuk mengesan pergerakan pengedar yang merentasi sempadan. Yang ketiga, perlu segera wujudkan scanner di pintu masuk sebab loni berdasarkan maklumat, majoriti bahan-bahan terlarang ini masuk melalui pintu utama, kalu dulu melalui pengkalan-pengkalan haram, loni masuk melalui pintu utama. Dan ianya gagal dikesan kerana tidak ada proper scanner. Dan saya difahamkan In Shaa Allah benda ni sudah dalam perancangan cuma disebabkan faktor logistik sebab lepas ni kita akan ada jambatan kedua dan pembesaran pada Kompleks ICQ menyebabkan ada sedikit tertangguh. Cuma dalam semasa kunjungan hormat kepada ataupun lawatan kerja kepada Ketua Polis Negeri disebut oleh pihak PDRM, IPK Negeri ada meminta permohonan untuk mobile

scanner. Jadi kita mohon pihak KDN agar dapat percepatkan penempatan mobile scanner di sempadan Kelantan – Golok In Shaa Allah.

Dan yang keempat, usaha menyeluruh dan bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk menyekat terhadap penjualan secara online. Banyak dadah baru sekarang ini dijual secara online dalam Shopee dan sebagainya termasuk sehari dua ni hok digeruni yang banyak digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah adalah magic mushroom. Jadi perlu satu tindakan yang serius ataupun satu pendekatan yang mampan untuk mengelakkan perkara ini berterusan. Dan of course lah demi menjamin keseriusan, kesungguhan Kerajaan Pusat untuk menangani isu dadah ini kalau kita tengok peningkatan tadi hampir 50% dalam masa 8 tahun peruntukan tambahan juga perlu untuk kempen-kempen untuk kempen kesedaran dadah di peringkat nasional. Sebab saya juga terlibat dengan PEMADAM Pusat bersama kita pun ada Bukit Panau ni Naib Pengerusi PEMADAM Pusat. Dalam mesyuarat kita bulan lepas antara isu yang berbangkit adalah tiadanya dana ataupun terlalu sedikit dana yang diperuntukkan kepada PEMADAM Pusat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti pencegahan. Jadi kita mendesak juga Kerajaan Pusat memberi ataupun mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk kempen-kempen kesedaran dadah. Jadi itu lah beberapa perkara yang ingin saya sentuh pada pagi ini. Sekali lagi terima kasih dan semoga segala yang dibincangkan tadi untuk menjadi satu titik tolak untuk kita membangun negeri Kelantan. Sekian.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Puan Hajjah Rohani Binti Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, dipersilakan.

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan junjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Muhammad V atas keprihatinan dan kecaknaan baginda Tuanku berkaitan kebajikan dan kesejahteraan rakyat demi keharmonian dan kemakmuran Negeri Kelantan ini Alhamdulillah. Ucapan terima kasih juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian yang telah menyentuh berkaitan dengan portfolio saya pada kelmarin iaitu Yang Berhormat Dato’ Pasir Tumboh, Yang Berhormat Galas, Yang Berhormat Kota Lama dan juga Yang Berhormat Kelaboran. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Pasir Tumboh telah menyentuh berkaitan skim-skim dan bantuan kebajikan Kerajaan Negeri termasuk dibawah seliaan U-KEKWA. Untuk makluman Kerajaan Negeri melalui U-KEKWA dan agensi-agensi yang berkaitan telah tanpa gagal menyalurkan bantuan-bantuan kebajikan kepada mereka yang layak dan berkeperluan secara saksama tanpa mengira fahaman politik, kaum dan juga agama iaitu melalui pimpinan-pimpinan masyarakat dan juga melalui online bagi menunjukkan ketelusan kita Kerajaan Negeri dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Kelantan. Secara ringkasnya, sehingga kini sebanyak 30 jenis skim dan juga bantuan dibawah seliaan U-KEKWA melalui 9 kategori termasuk beberapa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Dato’ Pasir Tumboh. Di sini saya ingin sebutkan kategori-kategori tersebut iaitu skim ibu tunggal, armalah dan anak yatim, bantuan sosial, pembangunan OKU, pembangunan wanita dan usahawan, kebajikan keluarga dan anak-anak, kebajikan pekerja wanita dan kesihatan wanita, bantuan kepada asnaf miskin dan pendidikan, bantuan bencana, pembangunan diri dan latihan NGO.

Kelantan adalah negeri kebajikan bermula daripada 1990 lagi arwah Almarhum Tok Guru telah meletakkan kebajikan sebagai asas utama untuk menjaga dan memimpin rakyat Negeri Kelantan. Saya ingin sebutkan satu ayat ataupun perkataan yang dimomokkan pada awal pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan ulama. Kerajaan Tok Lebai ni akan tahan hanya 3 tahun paling lama, eh 3 bulan… 3 tahun. Saya mengambil kata-kata itu sebagai ayat motivasi, bukan mengambil ayat negatif. Motivasi kepada diri kita untuk menunjukkan bahawasanya kepimpinan ulama ini adalah merupakan kepimpinan yang terbaik, yang terbaik sebagamana Allah yang mengarahkan kepada kita supaya mengambil ulama sebagai pemimpin untuk memimpin kita di dalam kehidupan kita.

Alhamdulillah kita sekarang sudah melebihi 3 dekad kita pertahankan kepimpinan ulama ini dan sepanjang tempoh ini kebajikan, kemakmuran dan keberkatan terus menjadi tunjang asas pentadbiran kita. Skim bantuan dibawah Kerajaan Negeri sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa mengikut kadar kemampuan kewangan Kerajaan dan juga mengikut keperluan semasa rakyat. Kita ada samah, kita bui samah. Kita ada seriya, kita bui seriya kepada rakyat. Yang penting rakyat harus kita santuni dengan terbaik. Kita sedar kekangan kewangan negeri bukan kecil, namun dengan keazaman dan keikhlasan kita cuba bantu sebaik yang mungkin. Apabila ada isu masyarakat yang mendesak kita berikan keutamaan iaitu contohnya skim bantuan kebajikan kepada wanita yang menghadapi kanser payu dara yang kita baru wujudkan sejak tahun 2024 yang lalu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, keduanya berkaitan dengan pelan komprehensif berkaitan OKU dan armalah. Kelate dio panggil armalah ibu tunggal YB Galas, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Galas. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sehingga kini jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM sehingga 16 Mac 2025 bagi Negeri Kelantan ialah seramai 53 860 orang. Manakala pendaftaran armalah sehingga Disember 2024 bagi negeri Kelantan adalah seramai 51 006 orang armalah seluruh negeri Kelantan… ramai tuu. Kelantan menjadi negeri peneraju perubahan dalam banyak perkara termasuk lah berkaitan

kecaknaan kepada OKU dan juga armalah. Antaranya Kelantan adalah merupakan satu-satu negeri yang telah melantik 45 orang penyelaras pembangunan armalah peringkat DUN iaitu PPAD bagi ore panggil caro cakno kepada armalah di peringkat DUN masing-masing. Dan juga 14 orang penyelaras pembangunan OKU peringkat parlimen PPO bagi menjaga kebajikan, keperluan OKU di peringkat parlimen.

Alhamdulillah setakat ini pelaksanaan pelan tindakan berkaitan OKU dan armalah telah berjalan dengan baik sebagaimana perancangan. Namun, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menambahbaik dan sentiasa membuka ruang kerjasama pelbagai pihak sama ada agensi, institut pengajian tinggi, NGO atau persendirian bagi menambahbaik program dan juga aktiviti pemerkasaan OKU dan armalah. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Allah S.W.T hanya lah menolong umat ini lantaran adanya orang-orang yang lemah diantara mereka dengan doa-doa, solat dan keikhlasan mereka”

(Hadis Sahih An-Nasa’i)

Semoga dengan segala usaha Kelantan menjaga kesejahteraan warga OKU dan golongan yang lemah akan mendatangkan pertolongan Allah buat negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan secara keseluruhannya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh mengenai isu yang disebut oleh Yang Berhormat sahabat saya Kota Lama iaitu kebajikan wanita dan keluarga peniaga. Untuk golongan ini bagi kita kebajikan mereka boleh memohon mengikut keperluan mereka dan juga mereka harus memohon mengikut saluran yang sedia ada dan menghubungi jabatan-jabatan yang berkaitan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin memberi respon mengenai pengurusan bencana yang disebut oleh Yang Berhormat Kelaboran. Kerajaan menyambut baik cadangan bagi mewujudkan

pasukan tenaga mahir dalam mengendali bot dan juga pasukan khas bagi memantau keselamatan harta benda bagi mangsa-mangsa banjir yang berlaku dan juga bagi mengelak insiden-insiden luar jangka. Sesi advokasi mengenai kemahiran dan juga perkara penting yang berkaitan dengan banjir akan diperluaskan kepada rakyat khususnya di kawasan hotspot banjir. Saya ingin mengambil peluang ini ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu Kerajaan dan sahabat banjir sama ada Agensi-Agensi Negeri ataupun Persekutuan, NGO, para sukarelawan ataupun orang perseorangan yang sangat membantu ketika monsun timur laut 2024-2025 yang melanda. Hanya Allah yang mampu membalas segalanya, semoga segalanya menjadi saham kita di akhirat nanti In Shaa Allah.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ingin mengucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar dan seluruh saf kepimpinan Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Yang Berhormat, para pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan, agensi, IPT serta semua pihak yang memberikan perhatian dan kerjasama yang sangat baik kepada semua program dibawah Portfolio Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita sejak dulu hingga kini. Terima kasih banyak-banyak. Ini lah wajah Kelantan hari ini negeri yang masih kekal bersama rakyat dalam suka dan duka In Shaa Allah kita akan terus menjaga rakyat bukan hanya dengan dasar tapi dengan hati yang memahami denyut nadi mereka sebaik yang mungkin In Shaa Allah. Sikit pantun.

Seni budaya warisan berzaman, Selendang kelingkan indah bersulam, Bersama kita bangunkan Kelantan, Terus melangkah bersama Islam.

Sekian.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ِ ِ ﻪﻠﻟ ا ʭ ﺪ ﻫ ﻻ ﻮ ﻟ ﺪ ﺘ ﻬ ﻨ ﻟ ﻨﱠﺎ ﻛ ﺎ ﻣ ﺬ ﳍ ʭ ﺪ ﻫ ِي ﻟﱠﺬ ا ﻪﻠﻟ ِ ﺪ ﻤ ﳊ َ َا َ أَنْ َ َ َ ْ ـَ ُ َا ِٰ َ َا َ ُ اَ ُّٰ ْ ِيَ َ وَ ْ َْ

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Patik menjunjung kasih menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas Titah Tuanku semasa Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2025 yang mana Tuanku ada bertitah mengenai portfolio patik supaya memainkan peranan untuk memberikan tumpuan dalam memastikan bandar-bandar di Kelantan kekal bersih, indah dan ceria serta memiliki pengurusan perbandaran yang baik In Shaa Allah. Titah Tuanku akan patik laksanakan sebaik mungkin sehingga segalanya terlaksana sewajarnya.

Di kesempatan ini saya ingin memulakan ucapan dengan memberikan sekalung ucapan tahniah kepada Majlis Daerah Kuala Krai kerana telah dinobatkan sebagai 20 Bandar Paling Bahagia di Malaysia bagi tahun 2025 dan berada di tempat ketiga dengan markah 99.9%. Dan semua bandar-bandar di Kelantan juga telah melepasi indeks kebahagiaan Malaysia, yang tercorot kena maklum lah Dabong 79.72%, satu poin lagi In Shaa Allah. Barang mana tahun lepas 77, 78. Yang kedua dalam Kelantan iaitu Machang 99.8%, yang ketiga Pasir Puteh 99.01%, semo 90 lebih belako. MPKB 80.23%, kena tingkatkan usaha supaya kita pastikan

semua bandar-bandar kita di Kelantan mencapai skor indeks kebahagiaan yang membuktikan bahawasanya kita rakyat Kelantan hidup dalam keadaan aman, bahagia dan sejahtera In Shaa Allah.

Dan pada kali ini tiada isu mengenai sampah dibangkitkan Alhamdulillah, mana ada peningkatan di kalangan rakyat sedar mengenai kepentingan menjaga kebersihan sampah dibuang setiap hari dan dikutip secara berjadual. Jadi kalu nok ambil gambar tu, ambil gambar lepas kutip lah, jangan ambil sebelum kutip. Dan kita tohok sapoh setiap hari Raqib Atid juga mencatat juga setiap saat In Shaa Allah. Dan pada tahun ini kita memulakan fasa penguatkuasaan, saman sehingga RM2000 dan berterusan kita tambah baik dengan memasang CCTV In Shaa Allah di semua PBT yang ada di Kelantan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berbahas yang menyentuh portfolio saya antaranya YB Galas, YB Kota Lama, YB Pulai Chondong, Wakaf Bharu, Dabong, Tawang, Chempaka, Pengkalan Pasir, Bunut Payong In Shaa Allah kita ambil makluman dan kita akan cuba nilai dan ambil tindakan sewajarnya. Dan ada antara soalannya disentuh juga telah dijawab oleh Portfolio Dato’ Exco Pelancongan kerana dibawah PBT juga ada Jawatankuasa Pelancongan kami bersama-sama membangunkan bandar-bandar tempat lokasi yang cantik dan seluruh Kelantan.

Dan saya ingin menyentuh mengenai Perbahasan Pengkalan Pasir mengenai tanah-tanah milik RAC yang berada di sekitar bandar lama Pasir Mas. Sukacita diingatkan bahawasanya perancangan tanah RAC hendak lah selari dengan Rancangan Tempatan Pasir Mas 2020 lanjutan 2030. Dan merujuk kepada rancangan tempatan berkenaan kawasan sekitar Stesen Keretapi Pasir Mas berada dalam zon guna tanah perniagaan. Justeru perancangan pada pembangunan kawasan ini perlu lebih dinamik dengan mengambil kira trend pembangunan semasa serta keperluan penduduk setempat. Memandangkan tanah ini dalam kawasan hak milik RAC penglibatan swasta adalah perlu bagi memastikan kawasan dimajukan dengan jayanya. RAC juga dipohon supaya tidak mengenakan kadar sewa tanah yang tinggi dan diberikan

tempoh pajakan yang wajar agar pembangunan semula kawasan ini dapat dilaksanakan.

Mengenai Dabong, Dabong bertanya mengenai pembangunan semula stesen keretapi. Ada juga dijawab sedikit oleh Exco Pelancongan. Dari segi komponen semasa lawatan tapak daripada RAC 2023 komponen ini melibatkan membina baharu Stesen Keretapi Dabong yang pertama. Yang kedua, kawasan tempat letak kereta dan yang ketiga, drop by zone dan final komponen belum disahkan memandangkan submission untuk pelan bangunan dan kerja tanah oleh RAC belum dilaksanakan kepada Majlis Daerah Dabong. Dan pemohonan kebenaran merancang pelan bangunan kerja tanah bagi cadangan meroboh dan membina stesen baru KTMB Dabong serta lain-lain kerja berkaitan atas lot 754 Mukim Kuala Pergau Dabong sedang dalam permohonan dan permohonan telah dibentangkan dalam Mesyuarat JKMPP pada 23 Disember lalu. Keputusan adalah lulus secara bersyarat dan belum lagi menerima pindaan untuk memenuhi syarat yang telah dibuat teguran oleh agensi-agensi yang terlibat.

Bunut Payong… Kota Lama berkenaan dengan flat Kampung Sireh. Kerja-kerja perobohan akan dilaksanakan oleh pihak PMBK dengan seliaan bersama pihak MPKB-BRI bagi mengatasi situasi ISO di kawasan flat Kampung Sireh. Dan cadangan terkini akan dijadikan kawasan pembangunan komersil.

Tawang bertanyakan mengenai parking OKU. Pihak PBT sentiasa memantau keperluan petak khas OKU dan mengenal pasti kawasan dan ruang tertentu yang sesuai bagi memastikan keperluan parking OKU mencukupi. PBT juga mengenakan syarat penyediaan tempat letak kereta khas untuk OKU dan lain-lain keperluan OKU. Dan setiap permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan khususnya bagi bangunan perniagaan dan institusi awam sebagaimana garis panduan reka bentuk sejagat universal design dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa PLAN Malaysia. Dan mewajibkan setiap pemaju menyediakan tempat letak kereta mengikut garis panduan perancangan tempat letak kereta kenderaan tahun 2018. Dan untuk

MPKB, pada tahun 2024 MPKB bercadang untuk menyediakan 30 petak parking lagi di premis-premis Kerajaan dan perniagaan yang menjadi tumpuan awam. MPKB mensyaratkan penyediaan tempat letak kereta OKU sebanyak 2% daripada jumlah keseluruhan petak parking. Syarat penyediaan tempat letak kereta OKU dikenakan kepada semua projek pembangunan dalam kawasan majlis dan dikecualikan dalam projek pembangunan kediaman.

Dan Chempaka, Chempaka bertanya mengenai pertukaran YDP, 3 bulan sekali tukar, 5 bulan sekali tukar, setahun sekali tukar. Setakat ini tiada dasar Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) berkaitan perkara ini. Apa pun perkara ini sebenarnya tertakluk kepada pergerakan dalam perkhidmatan sama ada persaraan dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai yang terlibat. Pertukaran YDP PBT tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kelangsungan perancangan di peringkat PBT kerana perancangan di peringkat PBT berpaksikan kepada dokumen perancangan seperti RT yang disediakan berasaskan kepada Rancangan Struktur Negeri (RSN) seterusnya disokong oleh Rancangan Kawasan Khas (RKK). Dokumen-dokumen ini berfungsi sebagai panduan utama dan memastikan perancangan dan pembangunan dilaksanakan secara konsisten manual. Tukar YDP pun takpo sebab kita dah ada master plan kita, turun hand break dio jale dengan gitu lah.

Selain itu, kerangka perancangan sedia ada turut diperkukuhkan dengan peranan pegawai-pegawai profesional yang tetap dalam pentadbiran PBT seperti pegawai perancang bandar, jurutera, akauntan dan sebagainya. Golongan profesional ini bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan dasar dan perancangan pembangunan dapat berjalan dengan lancar walaupun berlaku perubahan dalam pimpinan PBT.

Dan Wakaf Bharu bertanyakan beberapa soalan mengenai infrastruktur dalam kawasan Wakaf Bharu. Yang pertama, cadangan dataran usahawan. Kita telah mencadangkan lokasi di Pasar Wakaf Bharu telah diangkat kepada JPP tetapi belum diluluskan. Dan kita angkat semula dalam RMK dan belum ada jawapan lagi In Shaa Allah kita akan buat

follow up. Bagi cadangan dataran usahawan kita telah mengenal pasti Wakaf Bharu dan kita telah memohon semula pembinaa dataran dalam RMK 13. Dan longkang di Sekolah Chenderong Batu, pihak MDT telah memohon peruntukan dengan pihak KPKT sebanyak RM 500 000 pada bulan November 2024 dilaksanakan pada tahun 2025. Walau bagaimanapun, setakat ini belum menerima peruntukan kelulusan daripada pihak KPKT. Untuk longkang di Tahfiz Berangan, phak MDT akan memohon peruntukan dengan pihak KPKT bagi tahun 2025.

Seterusnya, Galas dan Kota Lama bertanyakan mengenai bangunan terbiar dalam bandar Kota Bharu dan soalan ini telah dijawab semasa sidang yang lepas. Kita pihak PBT cuba membantu tuan-tuan punya pemilik premis, premis yang kosong tu milik individu jadi tugas individu itu lah sebab dia kena bayar cukai untuk menjadi penyewa. Walau bagaimanapun, kita sebagai Pihak Berkuasa Tempatan mengadakan rundingan dengan mereka yang berminat anchor tenant supaya dapat memajukan semula, menghidupkan semula bangunan-bangunan terbiar. Dan kalau ada cadangan daripada Galas ataupun Kota Lama boleh bawa kita adakan rundingan dengan PBT sama ada kita bagi insentif, pengecualian cukai pintu yang begitu banyak tertunggak In Shaa Allah kita sama-sama dapat memajukan semula bangunan-bangunan yang terbiar dalam bandar Kota Bharu.

Dan soalan Galas mengenai berkaitan dengan kesihatan mental. Kita selaku Kerajaan Negeri mengadakan Kerjasama yang erat bersama Jabatan Kesihatan. Di Kelantan mengadakan pelbagai program berbentuk amalan sihat dan kita juga PBT mengadakan membina pusat-pusat rekreasi supaya semua rakyat dapat keluar beramai-ramai menghidupkan suasana waktu petang, waktu pagi hari minggu bersama keluarga supaya hilang stress, menaik taraf tempat-tempat pelancongan. Utamanya kita sama-sama kempen, waktu hujung minggu jange duk perap rumoh, dale bilik anok-anok dibiarkan bermain telefon, untuk sejahterakan mental anak kita dan juga komuniti kawasan kita. Dan ada promosi, mempromosikan talian heal iaitu talian psiko sosial kepada mereka yang mempunyai masalah kemurungan ataupun ketidakstabilan mental digalakkan supaya menghubungi talian heal di talian 15555 dan

juga talian kasih untuk mengadu masalah yang dihadapi iaitu di 15999. Kita juga mempromosikan kesihatan mental dalam bentuk di billboard dan banner slogan “Sayangi Diri Anda”, “Ingatlah Orang Yang Tersayang” dan sebagainya.

Kota Lama dan Galas juga bertanya mengenai pencahayaan dalam bandar... lampu lah. Ada beberapa agensi yang bertanggungjawab menjaga lampu. Ada lampu bawah Persekutuan, ada lampu dibawah Negeri, ada lampu dibawah JKR. Dan pasti lah masing-masing agensi mengamalkan dasar jimat cermat, tok buko belako. Kito buko lampu dia ada jadual rotation setiap PBT setiap agensi dia ada lah jadual masing-masing. Dan masalah kita kalau kita buko belako dia akan jadi litar pintas kerana kalau Kota Bharu usia kabel utama sudah hampir 20 tahun. Dan MPKB telah mengangkat kos lebih RM1 juta kepada JPP untuk menukar kabel utama dan kita telah cuba membuka semua lampu hiasan semasa Hari Keputeraan tahun lepas, berlaku litar pintas. Itu lah antara kekangan kita hadapi. Walau bagaimanapun, dibawah promosi keindahan, keceriaan ada program-program pencahayaan yang kita laksanakan utama sekali pada hujung-hujung minggu dan hari-hari kebesaran tertentu.

Dan Kota Lama juga ada, ambo ambil kesempatan ini untuk membangkitkan sedikit mengenai viral tiktok sehari dua ni di replay semula ditayang semula jawapan ambonyo semasa soalan Kota Lama mengenai 672. Jadi ambo jawab ni lebih kepada petroleum kito sign sebab 672 ni dia sekali dengan 171. 672 diberikan kuasa penuh kepada Pusat untuk menyelenggara melaksanakan pembersihan awam seluruh Kelantan 672. 171 tugas pembersihan awam tertanggung atas dipikul oleh Kerajaan Negeri jadi offer Pusat nya sign 672 ni dia akan laksanakan segala kerja pembersihan awam. Dan kita tak ada lagi kuasa bawah 171 PBT, 50% kuasa PBT ni iaitu cuci sapoh, ore nok mitok sapoh ore tolong cuci kito tapi kito ni tokse bui dok kenapa tanya tong sapoh, tong sapoh ni kito tok kiro doh, soalan tong sapoh ni soalan kecil-kecil. Kita mengenai Akta 672 kenapa Kelantan belum menerima sedangkan ada tawaran daripada Pusat. Dia ada Dasar Kebersihan Negara pada tahun 2020 dan kita menyambut baik dasar tersebut. Kita laksanakan

Dasar Kelantanku Bersih pada tahun 2022 untuk menjadikan Kelantan sebagai satu negeri di Malaysia sebuah negeri yang juga bersih bersama dengan negeri-negeri yang lain dalam Malaysia.

Dan Perkara 82(A) Perlembagaan Persekutuan dalam senarai bersama 171, Persekutuan boleh membiayai projek negeri dengan syarat projek tersebut adalah bagi melaksanakan dasar Persekutuan, dasar kebersihan tadi kita laksana. Dan negeri memberi komitmen mengikut dasar Persekutuan, kita beri komitmen. Persekutuan memberi kelulusan khas berkenaan perkara tersebut untuk membiayai kerja-kerja pembersihan oleh negeri, tak perlu kita sign 672. Pusat hanya bagi lah peruntukan kepada kita. Ambo selaku Exco pernah minta kelulusan khas atas Dasar Kebersihan Negara untuk diberikan geran sekurangnya dapat menanggung menampung bebanan yang dihadapi oleh PBT terutama sekali semasa kenaikan diesel dahulu tapi tidak diluluskan syaratnya sign 672 dahulu sedangkan bawah Perlembagaan ini, Pusat boleh memberikan bantuan kepada negeri atas dasar negeri melaksanakan dasar yang diputuskan peringkat Pusat Dasar Kebersihan Negara dan boleh diberi geran kepada negeri sebagaimana diberikan kepada negeri-negeri lain yang juga belum lagi sign Akta 672.

Sepatutnya kalau nak bersaing dengan negeri supaya membantu kita bui lah lori free kompetor sebutir sor PBT ko, roro ko dok, ni langsung tak diberi kerana kita tidak menerima Akta 672. Kito duk kecek sehari dua ni mengenai ECRL, mengenai Lebuhraya KB- KK, empangan LPSB, kecek bare tu bare zaman tok kito dulu. Loni kito pok hok tok dulu-dulu dok... jadi bare lamo doh... zaman RMK 8, RMK 11, RMK 12 dok. Cuma kito ni melaksanakan sekarang. Hok ambo laksana tahun ni dapat hasil loni zaman Dato’ Izani dulu, zaman dio lagi dok, ni zaman Dato’ Fattah lagi dok. Kita hanya menerima manfaat kebetulan masa kita. Itu lah yang berlaku dalam landskap perbandaran Kota Bharu bernilai RM40 juta. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan telah meluluskan landskap bandar Kota Bharu melalui surat GLN kepada SUK Kelantan Dato’ Kaya... Dato’ Tengku Kaya bertarikh 26 Februari 2019. 2019 ni satu-satu projek tu lama doh lulus tapi dilaksanakan pada tahun 2024 masa itu lama. Mace airport lamo doh lulus, ni baru nok start ni.

Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai tahun 80 ambo tengok alinement dio, lamo tapi ni baru nok buat. Lebuhraya Timur Barat Jeli ke Pasir Puteh 80 juga lulus ado jajaran siap doh tapi gak ni baru nok buat. Central Spine Road lamo jugok tahun 80 jugok ni baru bergerok.

Nok kato sor sor bendo tu bukan lulus hari ini esok siap. Bukan di syurga lah, niat boleh dapat. Ado perancangan dio, ado rundingan dio, pembentangan revise pulok. Kito mitok 7, buleh 5 dok... 7, 5 ni bukan sehari dua, lamo doh rundingan ni. Untuk landskap negara kelulusan tahun 26 Februari 2019 bawah RMK 11, Dato’ Seri Najib Razak. Zaman tu lagi lulus ni, ambo bawak ni kelulusan dio, sebab ore duk sebut dale tiktok dale Facebook, Exco ni buat begapo bare Pusat belako. Betul Pusat tu Pusat kito belako lah, bare kito duit kito belako. Cuma siapa mengagihkan, bila diagihkan tu saje. Surat daripada JLN 2019... lamonyo sor sor bendo tu baru dilaksanakan, zaman Najib Razak. Dan ambo 2019 menggantikan Yang Berhormat Dato’ Izani merasmikan Publisiti Awam, tanya pandangan sekitar setuju ko dok setuju landskap perbandaran Kota Bharu. Kemudian Covid 2020 baru lah dilaksanakan pada tahun 2024 harapan kita agar dapat siap sepenuhnya selewat-lewatnya 2027, lambat lagi tu.

Dan yang kedua, nombor dua ni ambo jawab ni untuk menjawab dalam hok viral lah. Pasar Besar Siti Khadijah lamo doh lulus RMK 12 2021, kito pilihan raya 2023. Kota Lama tu doktor lah masa tu, jumaat pun buko klinik, hari raya pun buko klinik, bare lamo doh lulus. Cuma dilaksanakan loni, dipercepatkan semasa PMX, kita ucap terima kasih kepada PMX lah. Permohonan telah dibuat oleh MPKB 20 Februari 2021, permohonan bawah RMK 12 RP2 naik taraf Pasar Besar Siti Khadijah. Permohonan awal RM3 juta. Kelulusan projek lampiran banyok lampiran dio lah 2022 – 2024 dio bagi berecek. Pada sesi lepas kito bice ado spiling ado bocor, tu antara kelulusan yang diberi. Dan memang lah antara kuasa bersama 171 Akta 171 pasar-pasar awam juga perlu diberikan bantuan oleh Persekutuan KPKT. Dan kita peringkat PBT, awal Januari diwajibkan mengangkat gapo hok nok mitok daripada Pusat, diwajibkan mengangkat. Baru ni ambo preh semua PBT, ambo mesyuarat dengan YB Menteri Nga Kor Ming, RM150 juta peruntukan

untuk bagi tandas sahaja. Jadi kita ada 150 PBT, maknanya satu PBT RM1 juta. Sepatut kita angkat tapi ada PBT kita ni ada angkat RM300 ribu, angkat RM100 ribu, patut angkat RM1.5 juta baru lah lulus RM1 juta. Masalah pentadbiran, ambo mitok sangat kepada pegawai kita ni supaya proaktif, kena angkat bulan 1 bulan 12 kita siap belako doh benda tu sebab benda tahunan. Dan ada PBT yang gagal mengangkat jadi rugi RM1 juta. Jadi kita nok proaktif pegawai kita, kita kena ada hubungan yang baik dengan federal In Shaa Allah kita pakat-pakat angkat. Di pihak Galas, Kota Lama angkat jugok lah pakat-pakat angkat. In Shaa Allah kita dapat sempurnakan segala infrastruktur asas yang ada yang perlukan kepada penambahbaikan.

Dan ambo ucap terima kasih kepada semua. Dalam isu Pasar Siti Khadijah ni ambo ucap terima kasih kepada Kota Lama lah selalu pergi monitor cepat jadi siap. Kita tokleh harap juga kontraktor ni, kalu tok gi dio curi tulang lah, gi sokmo bagus. Cumanya pemilik kepada Pasar Besar Siti Khadijah iaitu MPKB-BRI In Shaa Allah. Dan projek-projek lain pun kita minta yang mana ambo sebut tadi ECRL… ECRL tok terlibat lah, Central Spine Road, ECRL on the track, Central Spine Road, ………, Bersepadu, KB – KK. Hubungan yang ada antara Galas, Kota Lama dengan Nenggiri baik dengan PMX ni pakat-pakat gi ke Putrajaya seminggu sekali takpo kocok-supaya cepat luruh duit-duit dio sakut mana mana supaya kita dapat menunjukkan mana mana sumbangan besar kita sebagai pembangkang dalam Negeri Kelantan ni untuk kita percepatkan pembinaan construction projek-projek dibawah Pusat. Rakyat dok pehe rakyat ni dio tok tahu hok mano Pusat, hok mano Negeri, hok mano PBT. Kade-kade jale besar, jale protokol meme ado signboard JKR, rumput tok mesin dio maroh ko PBT jugok, kalu kito gi mesin kontraktor gi claim percuma lah. Sedangkan jale rumput ni gak dibawah Roadcare, konsesi pulok seberang longkang ni PBT, alik ni hok dio, dio mesin hok dio jelah pahtu dio tinggal. Nok kato gano kontrak dio lagutu kea, apo-apo pun ore akan serang kepada PBT dan juga Kerajaan Negeri. Jadi ambo rasa itu lah untuk ambo beri sedikit Penggulungan. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian In Shaa Allah kita sama berkerjasama baik Kerajaan ataupun pembangkang untuk kita bersama-sama memajukan Negeri Kelantan

tercinta kita sehingga lah kita menjadi sebuah negeri yang mana berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negeri lain In Shaa Allah.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Okay terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah Penerangan dan Hubungan Serantau.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mulakan ucapan Penggulungan hari ini dengan firman Allah S.W.T :

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ِ ِ ِ ِ ن ﻮ ﺤ ﻠ ﺼ ﻣ ﺎ ﻬ ُ ﻠ ﻫ ﻢ ٍ ﻠ ْ ُ ﻈ ﺑ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ا ﻚ ﻠ ﻬ ﻴ ﻟ ﺑﱡﻚ ﺎ ﻛ ﺎ ﻣ ْ ُ َ َ نَ َ َوَ ُ ْ ُ َ وَأَ َىٰ ْ ـُ رَ َ Maksudnya : Dan Tuhan mu tidak sekali-kali membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagi mana mereka itu terus memperbaiki di antara satu sama lain.

(Surah Hud, Ayat 117)

Terlebih dahulu izinkan saya merafak setinggi-tinggi junjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V diatas perkenan titah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2025 dan rakaman penghargaan terima kasih kepada seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menyampaikan titah di Dewan yang mulia ini

dengan memulakan peringatan agar rakyat Negeri Kelantan terus berpegang teguh dengan nilai-nilai ajaran Islam di dalam memelihara kesepaduan, keharmonian dan kemakmuran negeri. Dan ini lah peranan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum daripada ini dalam kita melakukan Islah perubahan-perubahan ke arah kebaikan. Dan sebagaimana ayat yang telah saya bacakan di awal tadi ayat ini adalah sebenarnya tadarus semasa Ramadan baru-baru ini.

Bukan digunakan untuk bulan Ramadan sahaja tetapi selepas Ramadan dan sehingga lah sampai bila-bila. Kita nak lahirkan dalam masyarakat ini ramainya golongan muslih khususnya Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan Undangan Negeri ini supaya kita dapat mengelakkan murka, musibah, bala daripada Allah S.W.T ke atas negeri ini. Walaupun kita telah berbincang tentang gejala sosial, keadaan-keadaan yang gawat, kerakusan, keberokokan, lain-lain hal, In Shaa Allah sekiranya Islah itu dilakukan oleh semua pihak kita yakin negeri ini akan dijaga oleh Allah S.W.T.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada 3 Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh portfolio saya iaitu lah Pulai Chondong, Jelawat dan Dabong semasa Perbahasan pada semalam. Yang pertamanya ialah Jelawat, maaf Pulai Chondong... Pulai Chondong telah menyentuh tentang garis panduan penglibatan orang Islam dalam perayaan agama selain Islam yang menjadi perdebatan lah pada masa kini. Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, garis panduan orang Islam dalam upacara keagamaan ini sebenarnya telah pun ada di negeri kita Kelantan Darulnaim ini. Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang telah bersidang kali kedua pada 25 Mac 1987 telah membincangkan penglibatan orang-orang Islam dalam upacara perasmian berunsur keagamaan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut, saya baca nas dia iaitu lah menyentuh mengenai penglibatan orang-orang Islam dan bukan Islam dalam upacara perasmian keagamaan. Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan fatwa berikut iaitu orang-orang yang bukan Islam hendak lah ditegah dan tidak dibenarkan melibatkan diri di dalam perkara-perkara dan urusan-urusan keagamaan seperti merasmikan pembukaan rumah-

rumah ibadat Islam dan sebagainya yang ada kaitan dengan agama Islam.

Yang keduanya, pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmikan pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum, dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat mereka. Maka berdasarkan keputusan fatwa seperti yang diterangkan itu pihak berkuasa agama di setiap negeri disyorkan, pertama menasihatkan mana-mana pihak penganjur supaya tidak melibatkan orang-orang Islam dalam merasmikan upacara keagamaan dan bukan Islam dan demikian lah sebaliknya. Yang kedua, menasihatkan pembesar-pembesar Islam di negeri-negeri berkenaan supaya tidak melibatkan diri merasmikan upacara keagamaan yang bukan Islam. Dan Kerajaan Negeri kita juga telah menggunakan garis panduan keagamaan ini yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Melalui muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia bagi kali ke-68 yang bersidang pada 12 April 2025 yang mana dalam garis panduan ini telah dinyatakan bahawa majlis tersebut yang kita nak hadir itu tidak menjejaskan akidah Islam, yang kedua tidak bertentangan dengan hukum syarak, yang ketiga tidak bercanggah dalam pembinaan akhlak budaya masyarakat Islam, yang keempat tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam, yang kelima pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan Pihak Berkuasa Agama sebelum menganjurkan atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

Jadi ketetapan dan garis panduan ini sebenarnya sudah ada bukan setakat di negeri Kelantan tetapi di negeri-negeri yang lain termasuk lah di Persekutuan. Baru-baru ini pihak JAKIM ingin memuktamadkan perkara ini di dalam Majlis Muzakarah Mesyuarat Hal Ehwal Islam. Jadi kita syorkan dimuktamadkan, dimuktamadkan kerana garis panduan ini sangat-sangat penting, bukan perkara biasa, bukan kecil sebagaimana ada beberapa orang pimpinan menyatakan ia kecil sahaja tidak perlu dimuktamadkan. Tidak, ia adalah perkara penting dan perkara yang perlu dimuktamadkan. Dan peringkat di negeri Kelantan sendiri

sekiranya ada cadangan-cadangan penambahbaikan In Shaa Allah akan ditelitikan dan bersedia untuk kita memperbaharui apa-apa perkara yang berkaitan dengan garis panduan ini.

Yang keduanya, Dabong telah menyentuh tentang cadangan agar Kerajaan menubuhkan Majlis Pondok Negeri Kelantan sebagai benteng agama rakyat serta penyelarasan kepada agenda-agenda pembangunan pondok. Jadi pihak Kerajaan akan meneliti lah cadangan tersebut dengan melihat fungsi pengurusan yang telah sedia ada. Untuk makluman pengurusan di peringkat pondok-pondok di negeri Kelantan ini telah pun diselaraskan dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK) dan juga dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Jadi penyelarasan ini kita akan buat dan supaya ianya In Shaa Allah berlaku secara selari dan tidak berkuca woyoh lah di antara satu sama lain. Bila ada makin banyak penubuhan itu penubuhan ini kita takut banyak mangkuk pinggan yang kita akan teliti.

Begitu juga Dabong ada mencadangkan agar adanya penyediaan modul latihan kepada imam-imam masjid. Untuk makluman bahawa sebenarnya di peringkat MAIK sendiri telah pun mempunyai modul-modul latihan tersebut. Dan kita tengok Majlis Agama ini telah mengambil langkah ke hadapan sudah menubuhkan Akademi Latihan Al-Muhammadi ataupun ALAMI pada Mac 2023 yang lalu untuk memastikan bahawa imam-imam masjid ini diberikan ilmu pengetahuan mantap, pengurusan dan lain-lain yang lebih kompeten untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Dan antara program yang telah pun dilaksanakan ialah Program Sijil Kemahiran Malaysia dibawah akademi dalam industri anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, kursus yang diambil untuk sijil SJM ini adalah program masjid tahap 1 dan sehingga tahap 3. Selain itu, kursus pengurusan kewangan, integriti, kursus tafsir Al-Quran, kursus protokol, kursus penulisan ilmiah, kursus penulisan dokumen rasmi dan beberapa kursus soft skill yang lain yang telah pun dianjurkan.

Untuk makluman juga bahawa Majlis MAIK ini telah pun melaksanakan Program Penarafan Masjid bagi tahun 2023 dilaksanakan secara dwi tahunan, maknanya tahun 2023 yang lalu telah dilaksanakan, tahun ini pun dilaksanakan dan di seluruh masjid di negeri Kelantan 611 buah masjid mukim di negeri Kelantan ini telah dilaksanakan. Dan Kelantan adalah merupakan negeri yang pertama di Malaysia menjalankan penarafan ini di semua masjid. Untuk makluman, yang mendapat 5 bintang ini modul standard yang digunakan ialah modul standard penarafan masjid yang telah dibangunkan oleh JAKIM.

Ada tahun 2023 yang lalu ada 5 masjid yang telah mendapat 5 bintang, kita sebut ye supaya kita semua dapat pergi dan tengok. Dia dinilai dari sudut pentadbiran dan pengurusan, pengimarahan masjid, fasiliti dan kemudahan serta persekitaran yakni kebersihan dan juga keceriaan. Ada 5 ini masjid pertama Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu, yang keduanya Masjid Ismail Petra Tanah Merah, yang ketiganya Masjid Sultan Ismail Petra Banggol, yang keempatnya Masjid Mukim Pangkal Meleret dan yang kelima Masjid Mukim Pauh Sembilan. Ada 5 itu, ini mendapat 5 bintang dan yang mendapat 4 bintang ada 21 masjid, 3 bintang 194 masjid, 2 bintang 318 masjid dan 1 bintang 73 masjid. Jadi modul-modul latihan ini sebenarnya sudah lengkap dan imam-imam kita pun kita ucap tahniah makin aktif, progresif. Dan kita tengok program-program masjid Subuh Macam Jumaat dan program-program milenial anak-anak muda menghampiri masjid, mesra masjid semuanya berjaya di masjid-masjid kita. Tahniah kepada seluruh imam-imam masjid.

Yang ketiganya daripada Jelawat. Jelawat telah mencadangkan satu menyuburan demokrasi dengan menyentuh tanggungjawab Kerajaan terhadap rakyat Kelantan di perantauan. Cadangan agar Kerajaan Negeri menimbangkan penubuhan satu institusi demokrasi yang bertanggungjawab terhadap isu ini termasuk lah membantu anak-anak perantau untuk mereka pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Jadi pihak Kerajaan Negeri In Shaa Allah akan menimbangkan cadangan tersebut sama ada mewujudkan atas nama institusi ataupun entiti khas bagi membantu memberikan demokrasi dan semangat

hubbul watan kepada Kerajaan Negeri. Mereka yang nak balik daripada Kelantan kita dengar apabila ada musim mengundi walaupun mereka bukan kata di Kuala Lumpur tetapi di luar negara, di London, di Timur Tengah mereka akan balik tambang sendiri. Tambang sendiri kerana kita tengok anak-anak Kelantan ini Alhamdulillah hubbul watan kecintaan kepada tanah serambi Mekah ini terlalu tinggi.

Cuma ada beberapa soal umpamanya B40 mereka-mereka yang tidak mampu untuk pulang dan lain-lain. Jadi apakah Kerajaan boleh menyelaraskan memobilisasikan hal ini. Jadi kita melihat bahawa ini bertitik tolak daripada keprihatinan rakyat itu sendiri kerana hal ehwal berkaitan dengan pilihan raya umpamanya itu adalah tanggungjawab mereka bersama. Cuma kita fikirkan juga masalah kesusahan, kesulitan yang dihadapi oleh mereka khususnya mungkin golongan B40 yang mana sebenarnya Kerajaan Negeri ini sangat-sangat prihatin. Sebelum daripada ini pada pilihan raya umum peringkat negeri-negeri Kerajaan Negeri Kelantan ini telah pun melaksanakan bantuan perkhidmatan pengangkutan bas secara percuma untuk pelajar IPTA dan IPTS.

Ini selaras dengan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Exco pada tahun 2023 21 Jun 2023 yang telah diuruskan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pembangunan Negeri. Jadi mahasiswa mahasiswi, pelajar-pelajar telah dibantu. Ada tarikh untuk mereka bertolak dan tarikh mereka balik. Bahkan sebenarnya Universiti Teknologi Mara, UITM pun telah mengeluarkan suatu inisiatif yang sama semasa Pilihanraya Umum yang ke-15 yang lalu di mana mereka juga telah menyediakan kemudahan pengangkutan kepada Kelantan, Pahang, Terengganu, Penang, Kedah, Perlis dan Kemeterian Pengajian Tinggi pun memberikan cuti 5 hari untuk tujuan tersebut memudahkan pelajar-pelajar balik untuk mengundi.

Jadi anak-anak Kelantan di perantauan ni adalah hak mereka untuk balik tetapi peringkat Kerajaan juga harus memikirkan. Kita tahu Kerajaan Negeri Kelantan melakukan perkara tersebut dan bukan setakat mahasiswa tapi rakyat negeri yang lain, rakyat lain juga yang kita akan panjangkan kepada mereka. Itu T20 ataupun M40 hok tu tu kita fikir lah,

kita ambil kategori-kategori boleh jadi B40 dan yang susah. Dan kita In Shaa Allah hasrat ini akan dipanjangkan untuk penelitian dengan kita menimbangkan lah banyak perkara yang munasabah, kos dan yang lain-lain lagi. Susah juga kita nak buat perkara ini sebenarnya SPR lah, SPR boleh menyediakan bas-bas. Negeri-negeri lain kita syorkan seluruh negara sediakan bas untuk perantau-perantau yang tidak berkemampuan itu. Semua sekali, bukan setakat negeri Kelantan Darulnaim. Bahkan SPR pun boleh sediakan kos pilihanraya itu tinggi sikit untuk sediakan kemudahan kepada pengundi-pengundi anak perantau tersebut. In Shaa Allah kita akan teliti pandangan dan cadangan tersebut.

Sebagai akhirnya saya sekali lagi merakamkan penghargaan terima kasih di atas keprihatinan semua yang telah berbahas. Dan saya mengambil kesempatan untuk ucap penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan juga jabatan, agensi dibawah portfolio saya JAHEAIK, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Mufti, Jabatan Pendakwaan Syariah, Halaqat Negeri, Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri, rakan-rakan strategik MAIK, YTK, IPTG, YIK, ILDAN, SPARK dan lain-lain. Yang tidak saya nyatakan terima kasih semua sekali yang telah bekerja sepenuh hati untuk menjadikan Kelantan ini sebagai negeri yang dirahmati Allah S.W.T. Saya akhiri ada pantun sikit. Ini pantun khusus untuk Galas, Nenggiri dan juga Kota Lama. Ada juga pantun khusus ye.

Gagah mematuk ayam serama, Sambil memaguk daun pegaga, Muafakat dipupuk demi agama, Jangan dikeruh air di telaga.

Kena faham tu, jangan salah faham. Dan pantun akhir untuk semua kita lah termasuk ketiga-tiga tadi …

Speaker

(MENCELAH)

Untuk Speaker takdok ? Takdok pantun untuk Speaker ?

Sekali... takdok untuk Speaker. Kecuali Speaker. Harum mewangi bunga di para, Disusun tinggi di alas bata, Kesejahteraan negeri agenda bersama, Demi kebajikan rakyat jelata. Sekian. ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi.

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و , ﻪﻠﻟ ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا , ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan junjung kasih di atas ucapan Titah D’Raja yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Muhammad V kepada Dewan ini pada hari Isnin 22 Syawal 1446 Hijriah bersamaan 21hb April 2025. Daun selasih dijadikan ulam, Dimakan bersama gulai serati, Titah Tuanku kami julang, Menjadi Kelantan negeri dihormati.

Terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang mengambil bahagian membahas Titah Ucapan D’Raja dan ada beberapa Ahli Dewan yang menyentuh portfolio saya. Yang Berhormat Pasir Tumboh menyentuh soal kekuatan pelajar YIK yang menjadi benteng keruntuhan moral pada hari ini. Terima kasih kepada Pasir Tumboh kerana memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar YIK. Begitu juga daripada Tawang yang telah memberikan sokongan di atas pernyataan daripada Pasir Tumboh dimana negeri Kelantan menitikberatkan pendidikan yang berteraskan Islam sebagai tunjang pembinaan sahsiah pelajar.

Ini lah kekuatan utama sistem pendidikan seliaan dibawah seliaan Yayasan Islam Kelantan dengan pendekatan yang menekankan aspek tarbiah penghayatan agama dan pembentukan akhlak. Kes-kes gejala sosial dalam kalangan pelajar YIK adalah sangat minima berbanding sekolah-sekolah lain. Jadi data ada dengan saya ni, pelajar YIK keseluruhannya YIK ni ada 7 jenis sekolah aliran, bermula daripada maahad, maahad tahfiz, pusat pengajian pondok, SMU (A), SSBK, SRU (A), tadika bawah umur. Kesemuanya berjumlah 30 685 orang pelajar, tu termasuk hok luar lah. Dan kita bandingkan kadar kelahiran Kelantan ni 30 000, maknanya 30 000 ni kena sekolah belako. Jadi kalu darjah 1 sapa darjah 6 kali 30 000, 180 000. Masuk tingkatan 1 sapa tingkatan 6 30 000, 180 000, maknanya 360 000. Dia kena sekolah semo.

Data yang ada pada kami daripada YIK ni hanya 30 685. Arwah Tok Guru pernah sebut, kalu buleh sekolah agama ni sapa 10%. Bila dikira sekolah YIK ni hanya berjumlah 8.5%, tok sapa pun 10%. Tapi boleh mendominasikan pelajar seluruh negara, melahirkan pelajar terbaik negara 20A, 18A. Dan juga cemerlang dalam kokurikulum… johan tu. Kalu sukan pernah acak kali menjuarai kejohanan sukan sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia. Dan pada hari ini pun kita tengok syabas dan tahniah terima kasih kerana dimaklumkan hok hadir pada hari ini daripada SMU (A) Al-Ulum, Darul Ulum Jeli, Jedok mari bersama dalam Sidang DUN, SMU Darul Ulum Jedok, Tanah Merah. YDP dia ucap terima kasih, Kuala Balah. Begitu juga daripada Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor, sekolah Dato’ Speaker kito ni. Begitu juga daripada

Maahad Muhammadi Tumpat. Dan juga Maahad Taqaddum Maarif. Sekolah YIK belako mari juruh syabas dan tahniah dan terima kasih.

Dalam masa yang sama, Kota Lama menimbulkan gejala sosial, rogol, jenayah juga berlaku di kalangan warga YIK ataupun pelajar ataupun YIK. Jadi itu lah nak dibandingkan bahawa kita ni tok sapa 10% pun menjadi perhatian yang hebat daripada seluruh masyarakat termasuk Ahli Dewan. Jadi dengan kekuatan yang kita ada dimana Kerajaan memperkenalkan… nok kemaskan lagi, Kerajaan memperkenalkan Dasar Pendidikan Rabbani د ◌ ﻲﻧ ﺑ ﱠ ﻲﺑ ﺣ ﺳ ﺎ ﻓ دِ نَ ﺎ ﺗ ﻲﺑ ﯾAsas pendidikan kita ialah رَ paksinya ketuhanan. Itu lah yang menyebabkan pelajar-pelajar kita ni terdidik dengan akhlak yang mulia. Jadi apa yang disebut tadi contohnya kes rogol. Kita ni tak ada upaya sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Exco Belia, Sukan dan Perpaduan Masyarakat dalam masalah dadah. Makna kita ni kuasa yang ada ialah kita ni ﻮ ﻋ ﯾﱠﺪ ﻰ ﻟ ﺮ ﯿ ﺨ ﻟ ا نَ ﺮ ﻣ ﺄ ﯾ ن وَ اِ ُوْ فِ ُوْ ﺮ ﻌ ﻤ ﺎﻟ ﺑ kita ni menyeru dan menyuruh buat baik ن ا ﻮ ﮭ ﻨ ﯾ ﻦ ﻋ ﺮ ﻜ ﻨ ﻤ ﻟ nak وَ mencegah tu dia peringkat penguatkuasaan, kena kerjasama dengan hok lain pulok. Nok dakwa dio, nok tangkap dio, nok jatuh hukuman, kena sebat dio 6 rotan dan kita menyokong. Bukan setakat 6 rotan, sebab Allah sebut ﺟ ﺔ ﯿ ﻧ ا ﻟﺰﱠ ا ﻲ ﻧ ا ﻟﺰﱠ ا ُوا ﺪ ﻠ ﺎﺟ ﻓ ﻞﱠ ﻛ ﺪ ﺣ ا ﻤ ﮭ ﻨ ﻣ ِّ ﺔ ﺎﺋ ﻣ َةٍ ﺪ buleh kito negeri pun kita وَ وَ ﺎ ﻠ sepakat doh dale Dewan ni nok suruh angkat jadi 100 rotan.

Jadi apa yang berlaku kita contohnya apa yang dibangkitkan oleh Kota Lama apa yang berlaku kes kematian Wan Ahmad Faris. Kita simpati dengan keluarga dan kita menyokong penuh dan sejujurnya kita menyerahkan kepada pihak berkuasa polis menjalankan siasatan ko, pendakwaan ko dan sebagainya. YIK dan Kerajaan sentiasa memberikan kerjasama. Start pada Arwah Tok Guru lagi sapa ke Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang sekarang ni pun kita membuka pintu siasatan 24 jam, nok kato 25 tu tok munasabah. Kita sentiasa membuka ruang, yang bersalah kito tidok nok mempertahankan, hok saloh tetap saloh, hok betul kita sokong.

Begitu juga Yang Berhormat Galas menyentuh tentang TVET. TVET berdasarkan data terkini terdapat 51 institusi TVET di negeri Kelantan, yang terdiri daripada 41 institusi TVET awam, 10 institusi TVET swasta

di Kelantan. Maklumat ini diperolehi daripada Dokumen Fakta Ringkas TVET Malaysia yang disediakan oleh TVET Malaysia. Antara institusi TVET yang beroperasi di Kelantan termasuk kolej vokasional seperti Kolej Vokasional Bachok dan Kolej Vokasional Kuala Krai, KoleJ Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas yang menawarkan pelbagai program diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik, mekanikal dan automatif. Manakala dibawah agensi Kerajaan Negeri Kelantan yang terlibat dengan TVET adalah KIAS Sijil TVET Pengurusan Masjid. Yang keduanya, KPKB Sijil TVET Pertanian, tanaman cendawan, ayam, agrikultur dan sebagainya dibawah Yang Berhormat Exco Pertanian. Dan juga MAIK Sijil TVET Pengoperasian Masjid.

Yang Berhormat Kuala Balah juga membangkitkan tentang TVET juga termasuk dengan dimana Kerajaan Negeri telah memulakan langkah awal kearah memperkemaskan pelaksanaan program-program TVET termasuk melalui kerjasama strategik bersama institusi pendidikan seperti KIAS serta agensi pembangunan kemahiran seperti Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB).

Begitu juga Yang Berhormat Nenggiri yang membangkitkan tentang memerlukan penambahbaikan secara menyeluruh khususnya kawasan di luar bandar mengenai telekomunikasi. Walau bagaimanapun, usaha bersepadu sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi terutamanya melalui pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Exco baru ni pun kita lulus 7 lagi di area Gua Musang untuk dilaksanakan dan inisiatif ini bertujuan memastikan kemudahan internet yang berkualiti dan stabil dapat dinikmati oleh seluruh rakyat termasuk di kawasan pedalaman seperti Kuala Balah, Dabong, Gua Musang dan tempat-tempat lain. Capaian internet yang menyeluruh ini amat penting dalam menjayakan transformasi pendidikan digital secara menyeluruh sejajar dengan keperluan pembelajaran masa kini.

Begitu juga Yang Berhormat Dabong menyentuh berkenaan penambahbaikan institusi pendidikan Kerajaan Negeri dimana kita menyambut baik idea tersebut. Dan berhubung cadangan penubuhan Sekolah Teknikal Islamik YIK di Dabong serta pelaksanaan modul 2 sijil

YIK plus SPM, Kerajaan Negeri akan menjalankan kajian secara terperinci lah bagi menilai keperluan, keberkesanan serta keberlangsungan program ini. Manakala berkaitan inisiatif CPD untuk guru-guru YIK, Kerajaan Negeri telah pun mengambil langkah ke hadapan melalui pelbagai program latihan. Dan terkini perbincangan awal bersama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) telah diadakan pada 16 April 2025 bagi menitis kerjasama lebih erat dalam aspek pembangunan profesional guru dan juga untuk latihan iktisas kita buat kerjasama dengan UPSI dan juga dengan pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan juga rakan-rakan kita di negeri-negeri di seluruh negara.

Bagi membolehkan permohonan untuk menjadikan Universiti KIAS universiti penuh pada tahun 2027, jadi segala perancangan KIAS telah atur untuk mencapai ke tahun tersebut untuk menjadikan KIAS sebagai universiti penuh. KIAS juga menyambut baik beberapa cadangan strategik yang diketengahkan. Antaranya penubuhan pusat pengajian khusus seperti pusat pengajian fatwa kontemporari, pusat teknologi halal dan pusat pentadbiran syariat. Yang keduanya, pelaksanaan pelan transformasi KIAS melalui jalinan kerjasama strategik dengan universiti-universiti terkemuka dalam dan di luar negara. Pada tahun lepas kita mengadakan MOU bersama dengan kita bawa Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang, MOU diantara KIAS dan juga pondok moden dengan Universiti Zitouna di Tunisia menyediakan peluang pembelajaran kepada anak-anak kita. Sebenarnya KIAS ni banyak kemudahan untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dimana mana-mana anak kiya yang boleh menyambung pelajaran ataupun ditawarkan ke KIAS boleh buat pinjaman dengan YAKIN dan boleh sambung pula tahun 3 ke Mesir ke atau boleh sambung pula ke Tunisia juga boleh pohon pinjaman dengan YAKIN. Dan sekiranya pelajar-pelajar ni mencapai pointer 3.7 maka YAKIN akan convert jadi biasiswa, maknanya pendidikan secara percuma. Jadi itu lah diharapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian boleh mewar-warkan lah benda ni ke seluruh rakyat kita di negeri Kelantan lah.

Seterusnya Yang Berhormat Wakaf Bharu juga menyentuh projek JENDELA 5G dan kursus kemahiran yang sentiasa kita adakan melalui juga kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Dan juga Yang Berhormat Chempaka juga membangkitkan program yang dilaksanakan di KIAS lah fast track. Ni nok oyak KIAS banyok keistimewaan kita Kelantan menyediakan kemudahan pendidikan, tempoh pengajian satu tahun fast track ni satu tahun untuk pelajar lepasan tahfiz dan juga pondok di seluruh negara. Setakat ni pelajarnya ada 320 orang dan berjaya dalam semua bidang.

Dan yang terakhirnya juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Pasir agar pelajar tahfiz dibawah kelolaan YIK dilatih bukan sekadar untuk menjadi imam pada bulan Ramadan tetapi juga sebagai pendakwah. Betul doh kurikulum yang kita bentuk di Yayasan Islam Kelantan ni, bukan setakat hafazan, kurikulum tu kita ada subjek 20 lebih, tamboh pulok hafazan 30 jam seminggu.

Kurikulum biasa ni 45 hisoh, 45 masa ditambah 30 jam pulok untuk hafazan Al-Quran pelajar-pelajar. Dan kita membuat kajian di pusat-pusat tahfiz di seluruh negeri dan juga negara dan kita ambil kaedah yang paling baik. Maknanya pelajar-pelajar ni hafal Quran, contohnya boleh 5 juzuk kita hold, kita repeat balik supaya pelajar-pelajar kita ni boleh menguasai Quran sampai bila-bila. Sebab itu lah kehebatan pelajar-pelajar kita ni bila kita sebut ayat Al-Quran tu dengan terjemahan dia boleh balas dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

Sehinggakan pelajar-pelajar kita ni telah menempah nama di peringkat negara dan juga di peringkat antarabangsa hebatnya. Cuma cadangan ini adalah cadangan yang baik kita ambil maklum. Semoga apa yang kita laksanakan di Negeri Kelantan mendapat kebaikan dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Dari debat kita berhikmah, Kemuka hujah padat dan terang, Kita mahu penyatuan ummah, Untuk Islam terus dijulang. Harum mewangi bunga melati, Disiram unggul setiap pagi, Sidang ini sudah diakhiri, Jumpa lagi di lain hari.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan. Persidangan akan disambung semula pada jam 2.15 petang. Sekian terima kasih.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.47 TENGAHARI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 2.15 PETANG.

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 2.15 PETANG

Timbalan Speaker

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Sidang dewan disambung, saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan Dan Komoditi, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail.

Yang menggugat Pengeluaran Makanan antaranya termasuk kemarau, banjir, gempa bumi, pencemaran ketandusan, kepanasan global, kepupusan ikan, konflik kepeperangan serta gangguan terhadap rangkaian bekalan makanan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada beberapa Yang Berhormat Adun kerana yang turut menyentuh hal sektor pertanian di dalam perbahasan Titah Tuanku semalam. Di kesempatan waktu yang terbatas ini saya cuba menjawab beberapa soalan yang telah timbul. Dan terima kasih atas keperihatinan Yang Berhomat Adun-adun yang prihatin kepada sektor pertanian. Isu Pembangunan Tanah Terbiar. Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Pertanian Jajahan yang dipengerusikan oleh Ketua-ketua Jajahan sama dengan Pejabat Pertanian Jajahan Negeri telah mengenal pasti baki tanah yang terbiar yang berpontensi untuk dimajukan sebagai tapak-tapak pertanian. Pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM 12,600,000.00 di bawah Pembangunan Tanah Terbiar bermula tahun 2006 sehingga tahun 2024 yang melibatkan Pembangunan Tanah Terbiar pada seluas 2,332.57 hektar bagi seluruh Negeri Kelantan. Bagi peruntukkan Persekutuan Negeri Kelantan telah menerima

peruntukkan sebanyak RM 13,736,600.00 bermula tahun 2008 sehingga 2019 yang melibatkan Pembangunan Tanah yang terbiar seluas 1,000.35 hektar. Tanah-tanah terbiar milik sendiri atau sewaan tersebut telah dibangunkan dengan tanaman kekal seperti kelapa, durian, limau madu serta tanaman singkat masa seperti tembikai, nenas, cili, timun, jagung, melon dan sayur-sayuran. Keluasan minimal bagi mengusahakan tanaman di bawah peruntukkan Negeri melalui Jabatan Pertanian adalah seluas 0.4 hektar dengan kadar peruntukkan sebanyak RM 25,000.00 per hektar. Pusat penggumpulan hasil Pertanian Lojing ia yang disentuh oleh Yang Berhormat Galas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya saya ingin Menjunjung Kasih atas perkenan Tuanku menyentuh perihal Pembangunan Pusat Penggumpulan Hasil Pertanian di Lojing yang diharapkan dapat dibangunkan dengan kadar segera. Pusat penggumpulan pemprosesan dan pembungkusan Lojing atau CPPC akan bermafaat kepada petani Kelantan khususnya Rakyat Negeri dan hasil Negeri. Dengan adanya (CPPC) Lojing jenama produk Pertanian Kelantan akan dapat diperkenalkan dan hasil dari aktiviti Pertanian Lojing dapat dikawal oleh Pihak Kerajaan Negeri sejajar dengan Enakmen Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan 2022. Galas yang bertanya tentang status Pembangunan. Suka saya menerangkan perancangan dan pembangunan CPPC Lojing ini baru sahaja dimasukkan dalam senarai Projek Mercu Tanda Portfolio dalam penggal ini. Alhamdulillah perancangan dan strategik sedang dan akan dilaksanakan mengikut fasa yang telah ditetapkan, Inshaa-Allah. Akan siap jugak ye.

Saya bersama pihak UPEN, Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing, Majlis Daerah Gua Musang, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan serta Agensi berkaitan telah memulakan langkah ini dengan proses mengenal pasti tapak yang bersesuaian sebelum proses membangunkan CPPC Lojing ini ke fasa yang seterusnya diatur dengan mengikut jadual.

Galas juga bertanya tentang status Pembangunan Projek Tenusu. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk menerangkan berkaitan Projek Pembangunan Ternakan di Rong Chenok yang sebenarnya adalah melibatkan lembu pedaging. Bukannya ternakan lembu ternusu. Ia melibatkan ternakan Lembu Kedah-Kelantan di bawah pemantaaun Jabatan Perkhidmatan Verterinar sepenuhnya. Penghasilan ternakan Lembu KK di sana disasarkan sekitar 50 ekor dalam satu masa. Sekarang ni 47 ekor. Projek kedua di bawah Pemantauan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri sepenuhnya dengan mengfokuskan ternakan Lembu Pedaging Naimbif Baka Charolais yang pada awalnya hanya 30 ekor dan pada ketika ini dikekalkan sasaran penternakannya sebanyak 70 ekor dalam satu masa. Dan Alhamdulillah saya berkongsi kejayaan projek ini bermula tahun ini tahun 2025, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan sudah boleh membekal dan menyediakan lembu betina Charolais kepada peserta-peserta Naimbif melalui Kerjasama Jabatan Perkhidmatan Verterinar Negeri Kelantan. Sebenarnya Kerajaan Negeri kini sedang membangunkan satu projek berskala sederhana lah, skala besar jugak iaitu Projek Pusat Penggumpulan dan Pemprosesan Susu di Ketereh dan Pasir Puteh dengan kerjasama dengan ECRDC yang lengkap dengan sasaran penggumpulan susu sebanyak 2,000 liter sehari dalam tempoh 5 tahun. Projek ini dilaksanakan adalah bagi membantu Industri Penternakan dalam pengeluaran susu kambing di Negeri Kelantan. Projek Pengukuhan Industri Kambing Tenusu yang telah bermula pada tahun 2023 melalui Peruntukkan ECERDC bersama Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Perkhidmatan Verterinar Negeri dan keterlibatan Kelantan Biotech Corporation bagi memperkukuh dan memberi sokongan kepada para penternak kambing tenusu di Kelantan. Kita ada tiga lah projek ECERDC bersama dengan GMCC. Pertama di Ketereh satu GMCC di Pasir Puteh yang mana kedua-dua di dalam fasa akhir penyerahan Projek kepada Kerajaan Negeri dan Fasa Lantikan Operator. Tak lama lagi dijangka bulan Julai bermula operasi dengan memanfaatkan para penternak sedia ada dan memangkinkan industri

kambing tenusu di Kelantan dengan penglibatan penternak baru serta meningkatkan jumlah ternakan kambing tenusu. Terima kasih kepada pihak Kemeterian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang meluluskan sebanyak RM 1,000,000.00 melalui JPVNK tahun ini untuk membantu penternakan kambing tenusu dan keperluan GMCC di kedua-dua tempat ini. Bagi ternakan lembu tenusu pada ketika ini masih diteruskan penternakannya dengan menambahbaikan bersama dengan konsep Agropelancongan di Jeram Mengaji yang ketika ini, ketika ini ternakan di sana sekitar 130 ekor lembu tenusu. Manakala Projek ternakan lembu tenusu yang berskala besar bersama dengan ECERDC masih diperingkat pengecaman tapak yang sesuai. Kita dah turun di beberapa tempat. Seterusnya isu Penguncupan Hasil Pertanian Ekoran Kemarau Dan Banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Neggiri, sebagaimana dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang dalam sidang bajet 2023 dahulu, Kelantan mengalami pengucupan KDNK dalam sektor pertanian disebabkan tanaman seperti padi dan buah-buahan rosak dan berlaku kemerosotan kerana kemarau. Menyedari hal dan situasi tersebut bukan sahaja Kerajaan Negeri malah Kerajaan Persekutuan juga telah mengambil maklum situasi ini dan betapa besarnya kesan perubahan iklim kepada pengeluaran hasil pertanian di negara kita.

Langkah drastic telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi kerjasama sepenuhnya pada pihak (KADA) dalam menyelesaikan isu “sheet pile” dan juga perolehan pam sebagaimana yang telah saya terangkan ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pasir Tumbuh pagi tadi. Yang kedua isu utama di rumah pam kemubu tersebut bukanlah berkaitan kes pengorekan pasir sebagaimana yang diwar-warkan ataupun difahami oleh sesetengah pihak. Mengikut JPS berkaitan dengan permasalahan di muka sauh pam kemubu adalah tidak berkaitan dengan secara lansung dengan penurunan paras air atau aras dasar sungai. Penurunan aras air di muka sauh kemubu hanya berlaku apabila struktur low weir kemubu rosak

akibat banjir dan belum dibaik pulih untuk dilaksanakan fungsi struktur tersebut. Sekiranya penambahbaikkan ataupun pembaikkan dilaksanakan InShaa Allah aras air dapat dikawal mengikut reka bentuk struktur low weir itu sendiri. Maka sekiranya “sheet pile” dibaiki InShaaAllah isu air yang tidak cukup tidak dapat disedut itu akan selesai. Seterusnya Chetok dan Kota Lama bertanya berkaitan dengan Rong Chenok dan Agro Valley Pasir Mas dan juga Agropelancongan disana. Di mana cadangan kepada pembangunan berskala yang lebih besar sebagaimana pertanian. Alhamdulillah sedikit demi sedikit hasil usaha gigih warga Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dengan sokongan teknikal dari Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Verterinar Negeri Kelantan pada hari ini telah mula menampakkan hasilnya. Pihak PKPNK yang telah mendapat kelulusan sewaan tanah di Rong Chenok pada tahun 2019 melalui Pesuruhjaya Tanah Kelantan (PTK) seluas 171 Hektar. Pihak PKPNK pada awalnya menjalankan beberapa projek pertanian seperti tanaman tebu, penternakan ikan, tanaman fertigasi, hidroponik dan beberapa tanaman singkat masa. Pada ketika ini boleh dilawati lah. Pihak PKPNK telah membangunkan projek: 1. Projek Tanaman Hidroponik Dan Fertigasi (yang saya sebut ada 60 Ribu pot dalam satu masa) 2. Projek Tanaman Tebu Telur (dengan kerjasama pihak pelabur) 3. Projek Penternakan Lembu Pedaging (Hibrid) 4. Projek Tanaman Rumput Napier Sebagai Sumber Makanan Ternakan 5. Projek Ternakan Ayam Pedaging (reban tertutup) 6. Projek Pusat Pengeluaran Benih Akuakultur Ikan Air Tawar 7. Projek Tanaman Anggur 8. Projek Tanaman Melon Madu Kelantan

Manakala ternakan rusa dan lembu, Kedah-Kelantan Lembu (KK) di Rong Chenok diuruskan di bawah Jabatan Perkhidmatan Verterinar Negeri Kelantan, rusa pun sano banyok lebih 300 ekor ada. Dan pihak perbadanan kemajuan pertanian juga berusaha membantu para petani

dengan menyelesaikan sedikit isu lambakan buah-buahan bermusim seperti rambutan dan dokong. Pada hari ini pun kita bekalkan kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk percubaan tera lah. Tu dokong, cuka daripada rambutan dan juga dokong. Kena baco dulu tu sebelum minum, lamokei tongok gitu nyaknyo lah.

Seterusnya, Kuala Balah dan Nenggiri juga menyebut tentang TVET Pertanian & Teknologi Pertanian Pintar melalui Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB). Kerajaan telah memulakan inisiatif bagi merintis TVET Pertanian dan TVET Perladangan bersama dengan Pondok-Pondok dan Pusat Tahfiz terpilih serta sekolah-sekolah di bawah kelolaan Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Program TVET ini memberi tumpuan kepada perkembangan TVET khususnya sektor pertanian dan perladangan dirancang untuk menyediakan latihan dalam bidang pengeluaran tanaman dengan penyertaan Institusi Pendidikan seperti pondok, maahad tahfiz, dan pusat latihan yang berkaitan. Bagi mendedahkan teknologi pertanian pintar kepada golongan muda platform perkongsian teknologi ‘Drone’ pertanian, solar dalam sistem pertanian moden, IOT dalam pertanian, agri bio class dan lain-lain platform perkongsian teknikal dan ilmu pengetahuan pertanian dan penternakan masa kini telah dijalankan oleh pihak Jabatan-jabatan, agensi-agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang berkaitan dengan sektor pertanian. Juga Modul Tunas Tani Al-Falah telah dibukukan bagi memberi ruang kepada para pelajar cilik atau kanak-kanak mendekati sektor pertanian sebagai menyemai benih kepada mereka “Cintakan Kepada Sektor Pertanian”. Seterusnya, isu kemasukkan air masin di kawasan padi di Tumpat ini yang disebut oleh Adun Kelaboran, Pihak Kerajaan Negeri melalui Yang Berhormat Dato’ Exco Pengerusi Infrastuktur dan Portfolio Pertanian telah mengambil maklum berkaitan kronologi-kronologi kejadian banjir dan jalan pertanian terputus di Tumpat sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Adun Kelaboran. Melalui tindakan pantas Pasukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengangkat isu ini kepada Yang Berhormat Menteri dan YABhg Datuk Seri KSU KPKM pada bulan Januari 2025 yang lepas. Antara cadangan penyelesaian dalam isu ini adalah pembinaan pintu air bagi

mengawal kejadian pasang surut serta cadangan Pembinaan Jambatan Pertanian. Projek ini sedang di dalam pertimbangan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kerajaan Negeri telah memberi komitmen untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan persiapan tapak projek.

InsyaAllah, semua cadangan dan pandangan dari Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil peluang dalam sesi perbahasan semalam akan diperhalusi dan diambil tindakan sewajarnya, saya dan Kumpulan dibawah Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan Dan Komoditi Negeri Kelantan.

Dikesempatan ini juga saya sekali lagi menarik perhatian secara serius khususnya kepada semua Jentera Portfolio Pertanian, Industri Agro Makanan Dan Komoditi Negeri Kelantan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke V, Al-Sultan Kelantan telah bertitah agar Jabatan, Agensi dan Syarikat berkaitan Kerajaan yang terlibat dalam sektor pertanian tetap fokus kepada fungsi dan tugas utama masing-masing demi meningkatkan hasil-hasil pertanian Negeri ini.

Yang berhormat Dato’ Speaker, Keterjaminan Makanan adalah tanggungjawab bersama. Semoga Titah Tuanku ini memberi motivasi dan ransangan gerak kerja yang lebih jitu dan mantap dalam merealisasikan Kelantan sebagai Baloh Makanan Negara. Akhir kalam, sekali lagi saya nak sampaikan serangkap pantun.

“Kelapa, Nenas Dan Durian Berduri, Lembu Hibrid, Kambing Dan Rusa, Sumber Kekayaan Baharu Rakyat Dan Negeri, Ekonomi Tani Terus Kita Perkasa.

Sekian, Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput dan mempersilakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Infrastuktur Air

Dan Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Dato’ Dr. Izani Bin Haji Husin.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Dipertua. Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Pantun jugok la ambo, jadi

“Daun Sireh Naik Junjung, Junjung Dibuat Dari Kayu, Titah Tuanku Patik Junjung, Semoga Tuanku Dirahmati Selalu”

[KEDENGARAN GELAK KETAWA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT] Memulakan ucapan pergulungan patik, patik menjunjung titah Tuanku yang menyentuh akan portfolio patik antaranya berkaitan dengan Peningkatan Infrastruktur Bekalan Air Bersih, Jaringan Jalan Raya, Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Dan Sungai Golok serta Pembangunan-pembangunan Infrastruktur lain yang juga saling berkait antara ekonomi pertanian, pelancongan dan sebagainya. Pada kesempatan pergulungan ini juga, saya telah meneliti ucapan-ucapan, ungkapan-ungkapan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang menyentuh portfolio saya. Antaranya ialah YB Chempaka, YB Gual Periok, Tendong, Galas, Neggiri dan Kota Lama. Sayo nak jawab hok Chempaka dulu, Chempaka tu ringkas jah. Chempaka membangkit persoalan Benteng Laut Kampung asal dio. Kampung Kemerok, Kampung Kemerok Sabak ni tu kampung asal dio tu. Ambo sekampung dengan dio nye, jadi benteng itu betul. Ranak sikit, air buleh ‘seek through’ dan menyebabkan jalan sebeloh tu rusok. Jadi atas sebutan YB Chempaka tu kita in shaa Allah kita bersama Pengarah JPS kita akan turun tengok dan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk kito tengok la gapo yang patut, beki ko tok beki dulu deh.

Gual Periok pasal PLSB jugok, Kajian Impak katanya. Gini jah, untuk mengatasi masalah banjir Kelantan ni ada 2. Satu, lebir. Yang kedua, PLSB. Duo ni lah kajian-kajian sebut untuk mengatasi banjir supaya projek ni dilaksanakan ataupun diluluskan diperingkat persekutuan. Kito mitok hokni, pasal lebir nye kalau buat dio buleh air 60 % dio buleh salurkan jadi menyebabkan boleh “control” air. Lebir dan juga PLSB. Jadi menjawab dua, antara PLSB dengan ni. Kajian-kajian impak ini ialah kajian ni telah dibuat oleh JPS Persekutuan. Hasil kajiannya ialah untuk mengatasi limpahan air Sungai Golok maka PLSB mesti dilaksanakan. Cuma kita semua kita tahu masalah PLSB ni ialah lambat. Fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga. Diatas kelambatan itulah samaada pelantikan kontraktor ke, kontraktor lari ke, tender ke semua sekali tu. Itu proses-proses yang berlaku melibatkan kelambatan. Jadi Alhamdulillah Yang Berhormat Menteri Besar kito jupo derek dengan PMX royak ni masaloh-masaloh yang perlu diatasi dengan segera. Dalam 10 perkara yang di dalam senarai kepentingan baruni, PM pada 12 haribule ni jawab InshaaAllah kito akan mempercepatkan semuo ketiga-tiga fasa tu melalui satu ‘fast track’ ataupun ‘fast lane’ untuk melakukan itu. Jadi itu satu janji daripada PMX, dan kita ucap terima kasih. Jadi untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit ni kito keno ingat. Kito ado duo punca kuasa. Satu punca kuasa Negeri, satu punca kuasa Persekutuan.

PLSB adalah semuanya adalah punca kuasa daripada Persekutuan. Daripado, daripado setuju nok buat daripado semua sekali lantikan sapa lah pemantauan dan sebagainya. Semuanya adalah Persekutuan dan kito nya sebagai Kerajaan Negeri nya ambik maklum sentiasa bertanya khabar supaya benda tu berlaku cepatan dan supaya rakyat nikmati. Itu saja yang kita boleh buat, apa tu. Galas bertanya banyok mano kos. Sebanyak RM 576,000,00.00. deh itu dia. Untuk kos fasa pertama, PLSB. Jadi kito semo ni bagi pihak Yang Berhormat Menteri Besar kito dan pado kito semo sangat berharap dua perkaro sakni. Lebir diluluskan dan jugok PLSB disegerakan, tu dio. Bagi kito JPS pulok kito buat satu system amaran siren, In-ShaaAllah supaya bila mari banjir tu rakyat tu tahu esok nak banjir ko gapo sebagainya,

hujan lebat menyebabkan gini-gini supaya boleh berlaku pindah ko gapo tu lebih cepat. Pahtu JPS sudah merangka program tu InshaaAllah. Yang kedua, Galas jugak tanya pasal jaringan jalan negeri di jalan kampong banyok mana kos kito habis. Daripado 2020 sehingga 2024 kito habis RM110,000,000.00 lebih kurang. Itulah kos yang kito buat. Kemudian Galas jugak bertanya pasal NRW, NRW ni punca dia nombor satu bocor. Yang kedua orang curi, dok. Yang ketigo, gapo dio eh so lagi? Tok ingat doh eh, nak royak nya itulah antara-antara apatu yang kita nak royak nye ialah paip-paip kito “amberstor” simen ni umur dio lebih 40 tahun, reput. Kalu kito tinggi “pressure” dio pecoh. Jadi antaranya ialah kerana kebocoran dan dalam rekod kito kebocoran yang berlaku ni sangat-sangat tinggi. Kebocoran sangat tinggi, jadi puncanye adalah paip, paip yang lama dan reput. Dan ni satu cerito suko jugok ni deh. Kito buat perjanjian Migrasi Air tahun 2015, Kelantan adalah negeri yang paling terakhir yang buat perjanjian. Negeri-negeri lain buat perjanjian sebelum tahun 2000, tiba-tiba Kerajaan Barisan Nasional pado maso tu dio buat satu line. Mana-mana Migrasi selepas 2000 tahun 2000 tokleh geran. Hok sebelum tu boleh geran. Padahal pekdoh gapo buat line tu kito pun tok reti. Gi wak line tu, g wak batas tu selepas 2000 tahun 2000 takdok geran. Sebelum ado geran, jadi hok terlepas tu Kelantan sebutir jah la, mugo Kelantan tahun 2015. Ni lah antara kenapa kita jadi payah untuk menyelesaikan paip-paip lama. Baik, paip lama hok keno bekki nya 4,000km, buat-buat dah tak sapa 1,000 lagi. Baki ado 3,200km dan semua ni projek ni untuk tukar paip ni kesemuanya oleh kerana kita perjanjian dengan Migrasi Air maka kelulusan adalah di bawah SPAN. Jadi kelulusan-kelulusan ni lah yang menjadi masalah kepada kita kerana kelulusan tu tidok sepatutnya sikit misalnya 150km jah setahun. Gak nak perabis 3,000km lagi tu gak bilo toktahu, tu nak royak nye. Jadi untuk mengatasi NRW kito pado sebelum ni kito 55%, kito turun sapa 53%. Kemudian kes banjir baruni, Bukit Remoh gapo semo habis pecoh paip habis licin menyebabkan NRW kito naik sikit pulak. Jadi kita harini ada “team”, tok serupo mulo. Kito ado “team” pakar untuk mengesan kebocoran dan kebocoran kito cuba buat SOP kito tak lebih pado 2 hari

kita akan beki. Takut ni kita beki dan haritu kito beki sendiri in the house. Tapi loni kito lantik pihak swasta jugok untuk baiki. Jadi kita kata kalu lambat baiki paip ni “pressure” dalam air tu turun menyebabkan air tu kepada destinasi kepada pengguna tidak sapa. Jadi kito kut –mano-mano pun keno “maintain pressure” air tinggi dalam batang paip.

Tapi kalu kito nok buwi turun air perabis, soh bocor habis pecoh batang paip kito. Jadi tulah yang hok kito nok royak hok bab-bab NRW ni kito jangka kito rancang supaya NRW ni kurang-kurang turun 1-2 % setahun dalam perancangan yang kito sedang kito lakukan. Jadi nak royak nya, 1% penjimatan NRW ni kito boleh meningkatkan kewangan kito RM 1,000,000.00 hanya 1% NRW kito akan dapat meningkatkan kewangan kito RM1,000,000.00. Jadi sebab itulah penting sangat mohon daripada pihak Persekutuan supaya silling untuk beiki batang paip tu keno banyok dan cepat. Nenggiri tanyo pasal jalan raya. Untuk penyelenggaraan jalan raya dan jalan baharu kito bajet kito terhad. Namun demikian, JKR melalui UPEN jugak sentiasa angkat setiap tahun untuk jalan-jalan baru mengikut “priority”. Untuk penyelenggaraan jalan raya, pihak JKR Kelantan telah menilai bahawa kito memerlukan RM400,000,000.00 setahun untuk kerja-kerja “maintenance” tetapi diluluskan oleh pihak persekutuan hanyalah RM100,000,000.00. Ni nok royak, keperluan RM400,000,00.00 lulus RM100,000,000.00 menyebabkan JKR terpaksa pilih hok mana penting untuk diselenggara dengan baik. Jadi tu la nak royak ko Nenggiri payoh jugok nak selesai. Okay deh? Sabar Neggiri deh sabar. Sapa time tu kito beki lah. In-ShaaAllah. Yang seterusnya, LRA mana? Limau Kasturi, okay deh? Toksoh roba deh, telah diluluskan melalui bajet KKDW telah diluluskan cuma nok royak ko kepada Nenggiri ni nya, proses ni proses, proses nak selesa ni satu-satu LRA ni tidok setahun, tidok 2 tahun dan tidok 3 tahun. Malah 4 dan 5 tahun deh. Proses daripado nak lantik “consultant” nak lantik gotu goni gotu goni sapa pemilihan tanoh tu sudoh seksok nyer antara 4 hingga 5 tahun. Jadi hokni In-ShaaAllah akan siap mengikut fasa sedemikian. Sabar Nenggiri deh? Sabar.

Dan In-ShaaAllah hok lain-lain tuh seperti biaso lah tok cukup air kito hata air melalui tanker dan sebagainya. Hoktu, hoktu AKSB akan bertindak mengikut piawaiaan apatu pejabat dio. Gapodio lagi eh? Kota lama. Kota Lama dengan gapo tu, dengan Galas. Nok tahu pasal KB Central. Dok? Nok tahu mena lah KB Central nih. Kito pun nok royak mena nah.

[KEDENGARAN GELAK KETAWA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT] Nok royak gini jah Kerajaan komited kut mano-mano pun In-ShaaAllah KB Central akan jadi kenyataan. Tu jah seperti mana projek-projek lain jugok. Airport kito ambik tanoh tahun 78 baru nak selesai, 40 tahun lebih. Retok Palekbang tahun 95 kito start harini baru menjadi kenyataan. CSR jalan begitu jugok semo sekali, nok royak bare-bare teknikal. Dan Galas ni Kontraktor besar, ambo tolong royak harini. Sungguh dok? Nok royak nyer Kontraktor ni tahu kerjo-kerjo ni melibatkan paperwork, naik naik gapo jadi kito pun gitu. Bajet kito Kerajaan Negeri kito sudah letok bajet lebih kurang RM30,000,000.00 untuk kito selesai KB Central. Tapi daripado guno pitih ni baik kito tarik buwi guno ko Syarikat Swasta, buleh jimat sikit pitih. Pitih RM30,000,000.00 buleh guno wak bendo lain. Maka marilah syarikat-syarikat buat cara build in operate and transfer dan bice-bice bice bice. Lepas pado mari sor, sor ni tapi setakat ni sore panggil takdok jodoh. Situ jelah, toksoh duk badi menyaloh lah. Takdok jodoh, jadi apabila takdok jodoh ni kito loninye kito KB Central ni kiro letok bawoh ambo pulok. Takpo, pelaksanaan dio. Jadi setakat harini kito telah pun buat selesai satu investigation untuk disitu. Tapok tu keno korek wak tubik tanoh dan tambung baru dan proses tu kito telahpun seroh kito lantik dah orang untuk buat program tu. Jadi buwe tanah, dan tambung tanoh. In-ShaaAllah tambung tanoh tu akan ambil masa 1 tahun, ambo pun terkejut. JKR kato 1 tahun, pahtu sakni mari bisik ai lebih sero 1 tahun, pulok. Baru sakni mari bisik. Jadi nak royak nyer, kito keno exterate tanoh tu lebih kure 8 kaki lebih keno wak tubik habis. Nok ambik hoktu kemudian nak tambung balik. Dan proses untuk tambung tu mengambil masa sekian lama.

Jadi ambo nyer royak ko Yang Berhormat Menteri Besar kito, bicey lebih kurang. Walaupun kito sebut nok buat sendiri tapi ambo nyer beraso buat bangunan nok collaborate dengan system dio ni tokleh berasing. Katakan hokni wak bangunan, hokni nak wak system takut tak masuk. Jadi oleh demikian kito cubo pulok bicey lebih-lebih kurang ambo kato kito nok panggil pulok operator-operator goni kito nok duduk tengok semula. Jadi sementara nak tambung tanoh tu 1 tahun, sementara duk sajo tu kito bicey sapo hok nok buat lagumano. Designer gapo semo tuh sapa time tambung tu nak sudoh. Tiang pun diri, In-ShaaAllah dalam masa 3 tahun In-ShaaAllah KB Central akan selesai. Sengoti doh ni Galas, tidok wak lolok-lolok dohni. Netey nerak pun kito buat sudoh In-ShaaAllah eh. Tu jah nok royak nyoh. Okay? Kemudian, Pasar. Ambo nak tamboh sikit hok YB Helmi tadi. Mengenai Pasar, kito keno ingat bahawa sebutir negeri ni Pasar ni dibawah penyelenggaraan PBT. Tuan dio nye PBT, bukan ambo bukan Kota Lama tuan dia nye PBT. Okay, daripado buat start daripado Pasar Siti Khadijah tu buat tu peruntukkan persekutuan doh. Tapi sapo huk mitok? Kito mitok nok ko pasar, pasar-pasar dalam Kelantan ni ado hok Kerajaan Negeri buat dan ado hok Kerajaan Persekutuan buat melalui bajet KPKT. Hok Pengkalan Chepa kito buat dengan pitih kito, hok Berek 12 kito buat pitih kito, hok Tok Kenali kito buat dengan KPKT, hokni KPKT. Jadi nok royak nyer ado dua, oleh demikian tuan dio adalah MPKB. Hok beki kecik MPKB buat beki sendiri, hok besar sikit mitok dengan negeri. Hok besar mena mitok dengan KPT. Nok buleh ko lulus tu nelas dado-dado, nok buleh tu nak royak nyer bukan lah kato PMX mari jale bele-bele jale nok perlulus lah RM5,000,000.00. tidok lagutu. Dio nye proses melalui kito mohon, pegawai kito haus tapok kasut naik turun naik turun untuk mitok sesuatu projek. Akhirnya, Pasar Siti Khadijah salah satu contohnya dapat lah kelulusan-kelulusan pembaikian dio dan jugok transkip dio RM40,000,000.00. Terima kasih kepada hok dulu-dulu lah, tapi kelulusan dulu kebetulan dengan hok loni PMX mari umum tu biasalah. Hok dia umum tu terima kasih lah. Apa-apapun gitu lah, jadi ambo nok royak ko Kota Lama. Ore tuo ngajar sokmo doh sain biar pandai baloh biar reti. Deh? Hok baloh

letok tepi. Hok sain ni keno biar panda kecek lah etek, makusdnye sepatutnya kito kato bukei nyer kito duk jual hokni pasar ni pasar PMX ni gitu gini pah kito pun pah ko dalam jamban duk ambik gambar gapo. Toksoh lah lagutu, deh? Hok nak royak nyer, bahawa keno kato terima kasih MPKB kerana pohon peruntukkan daripada KPKT yang diluluskan. Tu caro sain deh.

[KENDENGARAN KETUKAN MEJA DARI PIHAK YANG BERHORMAT] Jadi comey lah deh, tidok la duk kato YB Helmi duk wak kerja gapo. Wak kerjo ko YB Helmi ni, nyaknyo jugok dio. Sedangkan kerjo tu kerjo dio dan kerjo daripado PBT. Kito nok royak punca kuasa, jadi hok punca kuasa pusat ni ambo dan kita rakan-rakan kito kesemuanya sokmo-sokmo pun hok pusat ni kito mitok tolong, kito mitok tolong. Jadi hok alik Kota Lama ko gapo mitok tolong jugok supaya gini lah kito pakat sayang gak ko negeri kito. Baloh politik tu buleh tapi kito keno sayang lah. Hok nok mitok hok nok mananfaat dari Kerajaan Negeri ni bukan orang Pas sajo. Orang Umno pun nok jugok, orang parti lain pun nok jugok, semo orang pun nok jugok guno kemudahan-kemudahan. Dan bezo undi kito ni tak banyak dih Galas dih? Makno nye ramai jugok orang Umno yang memerlukan kepada khidmat ni, jadi pakat molek supaya rakyat sejahtera. Rakyat buleh, rakyat buleh sajo jah dengan Galas mugo duk beradap molek. Lagutu lah. Kemudian so lagi ambo hok akhirnya hok bersabit dengan kenyataan Ketua Polis. Ambo mitok maaf ni pandangan peribadi ambo, ambo sebenarnya nak ucap tahniah kepada Ketua Polis. Ucapan-ucapan dia tu ialah orang panggil loceng ataupun berbunyi sesuatu amaran kepada ibubapa-ibubapa semua untuk melihat persekitaran tengok anok dio gapo bahawa luar nye ada berlaku benda-benda yang disebut masalah dadah, sumbang haram dan sebagainya. Jadi kito ambik positif, cuma kito nok royak harini nye ialah peranan Negeri dan peranan Persekutuan dia tok serupo. Alik kito ni alik negeri ni semua portfolio kito ni menjurus kepada kito nok ajar rakyat kito dengan sor lagi Membangun Bersama Islam huk besar dah supaya rakyat kito ni takdok huk dadoh. Kito tokse, kito tokse huk berzina kokse, kito toksei minum arak kito tokse belako. Kalau boleh Kelantan ni kito nok kosong jadi kito

merangka Program Kesedaran untuk rakyat kito hok bawoh nuh kito g cakno rakyat la apo lah lagi macam-macam program-program bawah lah dan peringkat-peringkat negeri kito buat supaya rakyat sedar bahawa kito toksei barey lagutu. Jadi pihak Kerajaan Negeri buat belako dah program-program lagutu. Cuma 1 lagi di peringkat penguatkuasaan hoktu tok duk alik kito jadi dengan kenyataan-kenyataan sedemikian kito nyoh raso Dato’ MB pun gitu jugok kito buko supaya pihak penguatkuasa buat kerja supaya takdok nah goni. Satu ketika dadah di Badang, Dun saya paling tinggi tanya bakpo tinggi. Saya bersama AADK dia kata Doktor kalu kito igak kalau kita semua ni statistik akan tinggi ni. Statistik akan tinggi ni apabila kita mengambil tindakan, ambo kato gini semo bare-bare ni tokleh nak bubuh bawah karpet. Satu hari dia akan meledak pahtu igak lah, bilo igak kes akan jadi tinggi hok keno igak ni keno masuk pusat berapo, 1 atau 2 tahun. 1 dan 2 tahun ni dia tidak ada contact dengan budak-budak baru dengan sendiri nye 2 tahun lepas pado tu, 2 tahun lepas pado tu di Badang tu turun sederbok selalu kerana ni. Oleh demikian, kito mitok sangat pihak penguatkuasaan untuk buat bendo-bendo ni, bendo-bendo laguni demi kesejahteraan rakyat kito. Tapi saya nak ucap tahniah kepada Ketua Polis Kelantan untuk yang kenyataan dia tu menyebabkan semua orang alert buko mato. Dan kita harap begitu lah. Hok lain, rasa-rasanya supo takdok dah, ada lagi? Isu Air, Gual Periok? Okay nanti nak cari dulu jawapan. Okay jupo dah. Okay gini Gual Periok, untuk makluman Gual Periok antara pelan kontigensi masalah air di Rantau Panjang. Gini, sor kito pembinaan sebuah telago tiub, telago tiub di tapak tangki air di Taman Rantau Panjang berkapasiti 1.5 JLH dan pembinaan satu sebuah telaga tiub di Tapak Tangki Kampung Kubang Kuar oleh Jabatan JSANK dan jangkaan siap duo Telaga Tiub ni pada awal tahun 2027. Dan jugok…. Toksoh duk allah ko lagutu laguni lah, bukei korek air di bucur dapur ni. Yang kedua seperti biasalah kita air tanker. Air Tanker ni penyelasaian jangka masa panjang kita adalah untuk pembinaan Loji air kelar 2 yang berkapasiti 25 JL oleh ECERDC. Dan projek ini kita jangka akan siap

2028. Sebab tu dalam kenyataan umum baruni daripada saya bahawa hok kito buat hok kita rancang hok air AKSB rancang ialah adalah pada menejelang 2028 kuantiti air mencukupi dan In-ShaaAllah kita rasa pada masa itu kita akan kempen kepada rakyat supaya buka akaun AKSB sebanyaknye kerana kita pada masa itu In-ShaaAllah ada lebihan air dah. Dan permohonan peruntukkan untuk KKDW di dalam RP1 RMK13 (2006) untuk menaik taraf LRA Kelar lama dengan skop pengantian pam dan jugok penukaran paip air. Selain daripada kelar 2, kelar 1 hokni pun akan kita upgrade pun. Dan In-ShaaAllah air di Rantau Panjang boleh diselesaikan pada jangka masa yang kita telah rancang. Jadi keno ingat lah ambo keno royak sor, sor loji lah tidok selesai 1 atau 2 tahun. Dia nak keno mempercepat lagumano, kalu nok ‘fast track’ lagumano, kalu buleh 3 tahun tu sero ringan doh, cepat sikit. Jadi gitu lah deh, apa tu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekian Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya dipersilakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian Sumber Manusia, Perdagangan & Keusahawanan. Dipersilakan Yang Berhormat Mejar (B) Dato’ Hj Md Anizam Bin Ab Rahman.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

ِ ِ ِ ﻴﻢ ﻈ ﻌ ْ ﻟ ا ﺮ ﻌ ْ ﻟ ا ﱡ ﻮ ﻫ ﺖ ﻛﱠﻠ ْ ﻮ ﺗ ﻪ ﻴ َ ﻠ ﻋ ﻮ ﻫ ﻻﱠ إِ ﻪ َٰ ﻟ إِ ﻻ َ ﻪﻠﻟﱠ ا ﱯ ﺴ ﺣ ـَ َ ْشِ َ رَب َ ُ وَ ُ َ ْ َ َ ُ َ ُ َِ ْ َ Yang Berhormat Dato' Speaker, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk membuat sedikit penggulungan keatas perbahasan titah Yang Maha Duli Sultan Muhammad ke-V Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan yang mulia ini tahun 2025. Junjung Kasih Tuanku.

Khususnya di muka surat 9 dan muka surat 14. Beberapa ahli Yang Berhormat telah menyentuh hal pelaburan, industri perdangangan dan usahawan. Dan di antara Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian ialah Galas, Gual Periuk, Bukit Bunga, Kelaboran, Limbongan dan Wakaf Bharu. Galas dalam ucapan beliau ingin mengetahui pelaburan domestik dan pelaburan asing. Untuk perhatian Galas, jumlah projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Kelantan tahun 2020 sehingga 2024 adalah dengan projeknya 30, pelaburan domestic 1.6 billion, pelaburan asing 1.4 billion total jumlahnya 3 billion. Strategi Kerajaan Negeri menyediakan bagi Kelantan lebih kompentitif. Pertama ialah mempromosi kawasan Industri Tok Bali seluas 200 hektar yang lengkap dengan Infrastruktur melalui kerjasama dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai kawasan industri baharu yang jangka akan siap pada 2026. Mempromosi taman industri system binaan berindustri IBS di Sungai Bagan seluas 200 hektar yang lengkap dengan infrastruktur kini mencapai 80.9 %. Mengadakan Kelantan Investment Forum dan Expo 2024 yang lepas, INFEX 2024 pada 5 November 2024 di Taman Halal Pasir Mas untuk memberi pendedahan kepada pelabur dalam dan luar Kelantan berkenaan dengan peluang-peluang pelaburan di Negeri Kelantan. Kerjasama Kerajaan Negeri dan Syarikat yang berkaitan JLC. Di antara negara yang menyertai INFEX 2024 adalah pelabur dari China, pelabur dari Thailand dan Indonesia. In-ShaaAllah akan diteruskan INFEX 2025 pada satu masa lagi pada tahun ini. Kita juga akan mengadakan misi pelaburan ke Jepun pada suku ketiga pada tahun ini iaitu di Osaka dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MAIDA) untuk bertemu dengan pelabur-pelabur yang berpontensi melalui kaedah-kaedah perkongsian ‘smart partnership’ dengan juga sahabat kita ROHM Elektronik yang mana telah bertapak di Kelantan sekian lama. Dan dia mempunyai ‘succeess story’ untuk dibicarakan. Begitu juga kesediaan dengan kemudahan infrastuktur sebagaimana titah Tuanku, asas dan fasiliti pelaburan menyeluruh adalah faktor penentu dalam menarik pelaburan asing, kekangan yang timbul

daripada keterbasan infrastuktur logistic menyukarkan pengangkutan barangan access pasaran serta rangkaian lebuh raya moden yang belum mencukupi keseluruhan kawasan strategik yang menjadi salah satu faktor utama yang menghadkan aliran masuk pelaburan asing ke negeri ini berbanding dengan negeri-negeri di pantai barat dan selatan.

Kajian negeri juga menawarkan insentif-insentif pencukaian yang kompetetif, pengecualian bayaran cukai pintu bagi tahun pertama dan kedua dari tarikh bermula operasi atau setelah mendapat CCC ataupun Certificate Of Completion and Compliance (dengan izin). Selain itu, kelonggaran bayaran caj pembangunan CP dan ISF iaitu 10% semasa merancang, 10% semasa memajukan pelan pembangunan, 10% semasa memprolehi pelan pembangunan dan baki dibayar sebelum CCC dikeluarkan. Usaha juga disokong dengan insentif tambahan yang ditawarkan oleh kerajaan persekutuan melalui Lembaga (MAIDA) dengan memberi pengecualian cukai pendapatan bermula dari 70% atau 100% untuk tempoh 5 hingga 10 tahun bagi projek taraf printis. Kawasan Perindustrian Tok Bali, pihak ECERDC masih proses pembangunan infrastuktur dan menyediakan kemudahan asas dan yang dijangka siap pada 2026. Invest Kelantan setakat ni sedang giat mempromosi kawasan tersebut. Menyentuh juga di kawasan Gua Musang ASN kilang simen, cukai dijelaskan sebanyak RM 354.000.00 baru-baru ni tahun 2024 dan sekarang proses pembaharuan licence kerana licence dia sudah tamat pada Julai 2024. Bagaimananapun pihak berkuasa negeri telah meluluskan permohonan projek pembangunan kilang simen bersepadu di Gua Musang jugak seluas 635 ekar bagi tapak kuari 100 ekar yang mana ini dengan WEST Cement. Begitu juga membangunkan kilang industri yang berasakan kayu, kilang papan 30 ekar, pembangunan kilang kayu dan papan lapis 70 ekar dan ketiga-tiganya hingganya projek bernilai RM 1.2 Billion. Status bandar perabot yang telah diutarakan pada baru ni, pihak syarikat telah memulakan kerja-kerja awalan di tapak pada 17 April 2025 sebelum dewan bersidang yang melibatkan pelaksanaan kerja pembersihan tapak sebelum pemasangan keselamatan sekitar kawasan pembangunan, sebelum pasang hording. Di samping itu pihak syarikat

sedang menjalankan kerja-kerja pengukuran sempadan bagi tapak pembangunan seluas 21.3 ekar untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berkaitan dengan keluasan dengan keadaan yang sebenar di tapak. Sedikt mengenai maklumat tambahan kepada Kolam Air Panas di Ber. Memang betul sahabat saya Exco Pelancongan, pihak berkuasa negeri telah meluluskan cadangan pembangunan Ber, Retreat Hotspring & Retreat and Resort Eco dengan seluas 10 ekar di Lot 14 Mukim Hendrop, Daerah Hao, Jajahan kecil lojing bernilai RM10,000,000.00 dan syarikat telahpun membuat bayaran komitmen projek sebanyak RM50,000.00 pada 13 Januari 2025. Dan sedikit status semasa solar terapung di Danau Tok Uban, Loji Tenaga Solar terapung daerah Tok Uban di Kelantan beroperasi sepenuhnya telah mencapai tarikh beroperasi bagi kedua-duanya iaitu pada 7 Januari 2025 dan juga 31 Januari 2025. Dia ada DTU Danau Tok Uban 1 dan 2. Pembekalan tenaga loji ini membekalkan tenaga bersih kepada grid nasional menyokong peralihan Malaysia ke arah tenaga boleh diperbaruhi. Pembangunan dan Pemilikan Projek ini dibangunkan oleh CYPARK RESOURCES BERHAD dengan kerjasama COVE SURIA SDN BHD dan KELANTAN UTILITIES MUBARAKAN HOLDINGS. Kepentingan projek ini ialah tenaga bersih, projek ini dijangka menjana 140,000.00 megawatt per hour tenaga elektrik setahun. Mencukupi untuk membekal lebih daripada 46,000.00 isi rumah dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 96 ribu 600 tan setahun. Infrastructur Innovative dengan 247,830 modul solar terapung di pasang di Tasik Tok Uban. Projek ini merupakan loji solar terapung terbesar di Malaysia dan diantara terbesar di asia tenggara. Sumbangan ekonomi projek ini menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan dan memperkukuhkan komitmen Malaysia terhadap tenaga boleh diperbaharui. Selain tenaga, projek loji solar ini secara tidak lansung telah meningkatkan kuantiti ikan ternakan dan ikan liar di Danau Tok Uban serta meningkatkan aktiviti berkaitan pelancongan. Dengan pencapaian loji tenaga solar terapung Danau Tok Uban menjadi mercu tanda dalam

usaha Malaysia memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Matlamat kelestarian tenaga nasional. YB Limbongan menyentuh pelabuhan Tok Bali. Dalam RP-Rolling plan ke 4 RMK12 tahun 2024 dan juga RP 5, RMK 12 tahun 2025. Permohonan dengan melibatkan skop pembinaan benteng pemecah ombak sepanjang 30 meter setiap satu telah dihantar ke pihak pusat dan belum mendapat maklum balas. Jadi ‘break water’ ini penting untuk penyediaan infra untuk pengoperasian pelabuhan bersepadu Tok Bali. Pemangkin kepada pihak swasta untuk membina pelabuhan dan kini pihak ECERDC juga dalam proses membentangkan kajian kemungkinan ‘feasibility studies’ berkenaan dengan ‘Supply Base’ kepada pelabuhan Tok Bali.

Kepada Kementerian Ekonomi Bukit Bunga menyentuh tentang industri desa dan mikro kredit. Kerajaan menyediakan skim bina usahawan dan galakan industri serta penyediaan micro kredit boleh dimula pada tahun ini, mei 2025. Sebagai penutupnya, sektor perindustarian dan perkhidmatan dijangka akan merajui pertubuhan eknomi menerusi pelaburan dalam bidang baru seperti semikonductor, solar. Di era digital ini rangkaian nilai teknologi ke tahap yang lebih tinggi tetapi teknologi lebih tinggi justeru itu kerajaan yakin dengan sokongan semua pihak agensi pusat dan negeri sudah tentu negeri Kelantan juga mampu dinaikkan taraf pasarana infrastruktur di kawasan perindusti dapat meningkatkan lagi produktiviti serta rangkaian pemasaran di peringkat negara dan antarabangsa manakala segala saranan dan cadangan daripada Yang Berhormat saya mengucapkan ribuan terima kasih.

“Yang hampa biarlah terbang, Yang bernas bialah tinggal, Zaman beralih musim bertukar, Zaman beralih, dunia berputar,”

Itulah hakikatnya, dengan tariff diumumkan dan sebagainya tapi Alhamdulillah di Negeri Kelantan ini

“Jahitan songket sangat menawan, Merah hitam, emas suasa,

Kelantan kaya dengan khazanah alam, Anugerah Tuhan yang Maha Esa.”

ِ ِ ِ ِ ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ا ﺔ ﻳ ﺪ ﳍ وا ﻖ ﻴ ﻓ ﱠﻮ ـ ﻟﺘ ا ﻪﻠﻟ ﺎﺑ ُ َ ُ ﻟﺴﱠﻼ ُ َا ُوَ َ ـَ وَ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ وَ َ ُ ْ ْ

Timbalan Speaker

Terima kasih yang berhormat, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan. Dato’ Dr Haji Mohamad Fadzli Bin Dato’ Hassan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah Sumber Asli Intergriti Pembangunan Insan Dan Undang-Undang.

ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺮ ِۡ ﻨﻜ ﻤ ﻟ ۤءِ ﺎ ﺸ ﺤ ﻔ ﻟ ٱ ﻦ ِ ﻋ ﻰ ﻬ ـۡ ﻨ ﻳ ﰉ ﺮ ﻘ ﻟ ٱ ذِی ﺎ ﻳﺘ ﻦ ِ ﺴ ﺣ ﻹ ِۡ لِ ﺪ ﻌ ﭑﻟ ِ ﺑ ﺮ ﻣ ϩ ٱ إِن ﱠ َ ۤىِٕ ﻪﻠﻟﱠ ُ وَٱ َ َ َ ٰ َ ـَ وَ َٰ ُ َ وَإِ َـٰ وَٱ َ ُ ُ َ َ ِ ﻛﱠﺮ ﺬ َ ﺗ ﻢ ﻠﱠﻜ ُ ﻌ َ ﻟ ﻢ ﻜ ُ ُ ﻈ ﻌ ﻳ ﯽ ﻐ ﺒ ﻟ َ ُونَ َ َ ِۚوَٱ ـَ

ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, alhamdulillah kita sampai ke Sesi Perggulungan pada persidangan kali ini dan saya juga ingin mengambil kesempatan yang sangat berharga ini untuk Menjunjung Kasih setingginya di atas titah ucapan Kebawah Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan yang Kelimabelas Tahun 2025 pada Isnin yang lepas. Ibarat kapal dengan nakhoda, Penentu arah menuju destinasi, Raja dan Rakyat berpisah tiada, Kasihnya Dijunjung Titahnya Ditaati.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, rakyat sangat tersentuh apabila Tuanku menitahkan di muka surat yang ke-8, harapan beta agar rakyat Kelantan terus berpegang teguh dan terikat dengan nilai-nilai ajaran Islam.

“Beriring kilat guruh bergema, terbang merpati berpasang-pasangan, Raja berdaulat payung agama, tertib perketi Tuanku menjadi sanjungan.”

Jadi disebabkan itulah, maka kita dalam Dewan ini dalam sesi perbahasan ramai dari Ahli-ahli Yang Berhomat mengambil kesempatan ini untuk menyentuh soal ataupun isu yang menjadi perkara utama, bukan sahaja kita di Kelantan ini bahkan dalam negara kita bahkan di dunia sekalipun. Iaitu yang melibatkan kebejatan dan juga keruntuhan moral di kalangan anak-anak muda yang kita bincang adalah terutamanya di kalangan anak-anak melayu dan juga islam tetapi ia sebenarnya melanggar bukan sahaja warna kulit dan agama bangsa tetapi juga ia menjadi masalah dunia dan juga masalah dunia global. Semakin dunia maju dan teknologi semakin tinggi pendidikan anak-anak muda. Apa yang kita harapkanlah dunia menjadi semakin baik aman dan harmoni. Tetapi kita dapati dan kita sama-sama menyaksikan bagaimana dunia menjadi porak peranda, yang kaya menindas yang miskin, yang kuat menindas yang lemah. Negara-negara yang kaya menindas yang miskin. Yang kuat menindas yang lemah. Negara-negara yang kaya berlumba-lumba mencipta teknologi yang akhirnya teknologi itu bukan sahaja yang memakan diri tetapi menghancurkan nilai dan sifat insani manusia itu sendiri. Dato’ Yang Dipertua ataupun Dato’ Speaker dalam Dewan Negeri Kelantan ini saya bertanya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang, ia kerana ada pengalaman menjadi Speaker Dewan ini dengan istilah yang betul yang sebenar Dato’ Speaker ia bukan Dato’ Yang Dipertua. Begitu ya MB ya? Terima Kasih. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan juga ucapan tahniah saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara yang melibatkan portfolio saya antaranya

YB Melor, Pulai Chondong, Kota Lama, Jelawat dan Tendong yang menyentuh tentang gejala sosial yang saya sebutkan tadi yang jadi perhatian Kerajaan dan rakyat di negeri Kelantan ini dan juga di mana-mana yang sebagaimana yang saya katakana bahawa. Dalam konteks di negeri Kelantan ini Kerajaan sangat memandang berat penyakit sosial yang mana negeri kita negeri yang beragama, negeri yang banyak sekolah-sekolah agama, negeri yang mana masjid-masjidnya sentiasa beroperasi dan berfungsi, negeri yang mana banyak pondok-pondok dan juga para ulama tetapi tidak terlepas daripada penyakit sosial ini. Kalau keadaan Negeri Kelantan yang mana yang saya katakan tadi, sebagai negeri yang beragama. Begitu sifatnya maka bagaimana dengan negeri-negeri yang tidak banyak sekolah agamanya, tidak ramai guru-guru dan para ulamaknya. Tidak banyak juga pondok-pondoknya bagaimana keadaan. Begitu ya? Sebabtu semalam sewaktu saya menjawab soalan tambahan daripada Galas kita ambil apa yang di sebut oleh Menteri Dalam Negeri yang mengatakan bahawa Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis ini adalah negeri yang berada di sempadan dengan istilah lain kita berada di barisan hadapan. Orang putih, mitak maaf dengan izin dia kata “God works in the very mysterious way”, Tuhan ini dia buat satu-satu benda kadang-kadang kita tidak terfikir. Tetapi apabila ianya berlaku, barulah kita melihat ia hikmahnya begitu, ini adalah negeri-negeri yang mana majoritinya adalah orang-orang Melayu dan juga negeri-negeri yang diiktiraf sebagai negeri yang kuat agamanya, saya tak kata negeri yang lain kurang beragama tetapi Kedah banyak pondoknya Kelantan pun begitu, Terengganu sama juga maka negeri yang kuat yang dikira kuat agama inilah yang diletakkan di barisan hadapan untuk berhadapan dengan isu-isu sebegini. Maka kalau lah Kelantan ini tiada ada pondok yang banyak tidak ada guru-guru agama yang mengajar, tidak ada tidak ramai para ulamaknya. Maka saya rasa inilah negeri, inilah negeri yang mungkinlah diantara negeri yang paling parah dari sudut akhlak dan juga moral pemudanya. Tetapi apabila kita berada di barisan hadapan dengan kekuatan sebegitu maka kitalah yang akan menerima parahnya, tentera yang berada di hadapan-hadapan, barisan-barisan hadapanlah yang akan terbunuh,

luka dan sebagainya. Alhamdulillah kita rakyat negeri Kelantan, kita mengambil tanggungjawab itu, sebab itulah saya rasa cukup dengan ucapan saya sewaktu saya menjawab soalan tambahan semalam, sebab ianya telah diulas ramai oleh pembahas-pembahas dan juga tadi disentuh oleh Yang Berhormat ADUN daripada Apam Putra menghuraikan EXCO ya, EXCO Belia Sukan & NGO yang menjelaskan bagaimana dan kenapa dan juga apa sebenarnya yang juga berlaku. Apabila disebut soal dadah. Dikatakan bahawa kita yang paling parah, tetapi apabila dibaca data-data bukan ya. Ada 2 lagi negeri yang lebih, lebih buruk keadaanya daripada kita. Walaubagaimanapun, sebagaimana yang Kota Lama sebut ya kita tak boleh ada sikap Sense Of Syndrome Of Denial. Sentiasa untuk cuba membela diri dengan menafikan apa yang berlaku tidak. Kita mengakui itu, sebab itulah cuba lihat satu per satu daripada program-program Exco yang disebutkan tadi hampir kesemuanya program Exco ini ada nilai kemanusian dan juga agamanya. Tidak adalah satu per satu. Daripada Exco Belia apa program untuk memperbaiki, mengislahkan masyarakat Exco Wanitapun begitu juga. Agama toksoh kiro lah. Dan semua hatta dan Exco yang bertanggungjawab dalam soal Pembangunan pun ada program-program nya. Kerana kita sedar apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Saya bina insan dan sebelum ini kita telah menubuhkan satu jawatankusa induk bagi berhadapan dengan gejala sosial, Jawatankuasa Induk Memerangi Gejala Sosial. Dan sekarang ini berada di bawah Yang Berhormat Dato’ Ustaz Wan Roslan, Pendidikan yang mengumpulkan yang membariskan hampir semua agensi-agensi Kerajaan Negeri dalam bidang ini dan dalam masa yang masa, kita juga libatkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan malah kita memperincikan apa masalah golongan muda, begitu juga di kalangan pelajar dalam negeri Kelantan yang kita perincikan satu per satu daripada tidak solatnya kepada masalah dadah. Kemudian kita bahagikan kepada 9 kluster, kluster satu soal tidak sembahyang, kluster 2 soal penyalahgunaan dadah dan seterusnya begitu lah. Kita mengambil berat dalam soal ini kerana kita sedar apa yang berlaku. Dan sebelum saya berpindah kepada yang lainnya, sekali lagi lah saya ambil kesempatan ini untuk menyeru kalaulah boleh,

alangkah baiknya sebab fokus kita anak-anak muda yang berada di bangku sekolah terutamanya, sekolah rendah dan juga sekolah menengah kita hanya ada akses kepada 93 buah sekolah agama, milik Kerajaan Negeri Kelantan. Apalah kiranya, kalau kita juga program-program Kerajaan negeri juga boleh kita laksanakan di sekolah-sekolah rendah dan juga sekolah menengah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Begitu juga ya pegawai-pegawai, guru-guru daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di bawah Kementerian Pendidikan kita alu-alukan dan akhirnya kita berkongsi bersama sebab saya sebutkan anak-anak ini adalah anak-anak kita semua. Bukan sahaja anak kita hanya di Yayasan Islam Kelantan sahaja manakala yang belajar sekolah di bawah kementerian atau Jabatan pendidikan itu bukan anak kita. Kita bergembira, saya pergi ke satu sekolah yang mana sekolah itu melantik Ketua Polis jajahan itu sebagai salah seorang daripada ahli jawatankuasa dan PIBG nya. Ini berlaku pada beberapa tahun yang lalu ya, saya tanya dia bagaimana pelajar-pelajar di sekolah ini belajar dari segi penglibatan terhadap jenayah, dia kata 0. Jenayah tak ada tapi kita tidak menafikan ada di sekolah-sekolah kita tapi di sekolah itu saya ada sebut ya. Waktu itu di waktu itu ye pada masa saya menjadi Exco Pendidikan dulu. Dia kata, “YB, 0 sekolah ini takada isu berkaitan dengan jenayah” adakah kita bergembira? Sedangkan anak-anak kita yang belajar di sekolah lain termasuklah sekolah-sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan berhadapan dengan masalah itu. Contohnya, jadi kita boleh katakan bahawa “tengok anak-anak aku, tengok pulak anak-anak kamu. Anak-anak kamu itu anak-anak siapa?” itu adalah anak Negeri Kelantan, ini juga adalah anak kamu anak anda. Jadi apalah kiranya kita bersama dalam soal ini marilah kita menjaga generasi yang akan datang. Allah SWT sebut ya jangan kamu tinggalkan anak-anak kamu nanti anak-anak yang tidak beragama yang lemah ( ا ﺿ ﻮ ﺎﻓ ﺧ ﺎ ﻔ ﯾﱠﺔ) ﻔ ﻠ ﺧ ﻣ ا۟ ﻮ ﺮ ﻮ ﻟ ﯾﻦ ﻟﱠﺬ ﺶ ﯿ ﻟ َـٰ ﻌ وَ ذُرِّ ﻢ ﮭ ﻦ ﻛ ﺗ ٱ ﺨ Dato Panglima Perang? Tolong betulkan saya, Hendaklah kamu... betul dah ke? Betul. Hendaklah kamu bimbang kamu meninggalkan generasi selepas kamu, anak-anak dan cucu-cucu kamu, nantinya mereka ini generasi yang lemah dari sudut agamanya. Lemah juga dari sudut pemikiran nya dan lemah juga segala-galanya dan takutlah kamu kepada

Allah. Tanamkanlah dalam jiwa generasi muda kamu, takutlah kepada Allah SWT, bila takut kepada Allah SWT sahaja maka Inshaa-Allah anak-anak muda kita akan jadi selamat. Itulah titah juga daripada Tuanku Al-Sultan yang kita amat sayangi. Bantulah Kerajaan, Negeri Kelantan. Kita ada DPRK, (Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan) kemudian kita lancarkan pula Program Komuniti Rabbani Kelantan kemudian kita ada program Bina Keluarga di bawah Exco Wanita dan juga Keluarga. Kita ada, nak bina masalah yang berlaku dalam keluarga kerana yang pertamanya suami nya bermasalah jadi kita lancarkan pula dasar. Dasar Lelaki Qawwamah kemudian macam-macam dasar yang kita ada dan itu menunjukkan bahawa kita tidak ada syndrome penafian, kita sedar apa yang berlaku sebab itu kita ambil tindakan-tindakan ini dalam hal yang sama. Sebutkan jugak bahawa Kelantan setakat ini melalui Yayasan Islam Kelantan telah melahirkan kalau tidak silap saya lebih daripada 5000 orang huffaz. Betul? Yang Berhormat Exco, lebih daripada 5000 orang huffaz daripada sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan tahfiz yang. Siapa yang memulakan tahfiz sains kalau tidak Kelantan? Dan selepas itu berlumba-lumba ya, Program Tahfiz Sains diwujudkan di seluruh negara kita. Kemudian kita adakan TVET di sekolah-sekolah tahfiz kita kalau dulu sekolah tahfiz ni sekolah tahfiz lah kemudian kita adakan tahfiz sains, tahfiz TVET dan sebagainya ini adalah antara sumbangan kita kepada negara. Begitu juga dulu saya pernah sebut juga saya pergi ke satu negeri sebuah sekolah yang hebat yang sangat terkenal didapati daripada 80 orang guru, lebih daripada 80 orang guru 40 orang nya juga daripada Kelantan. Ini adalah sumbangan kita kepada negara. Ada orang kata pulanglah ke Kelantan, ini rakyat Kelantan ramai. Iya. Rakyat kita menerima gaji dan bekerja di luar daripada Kelantan dan mereka bawa pulang wangnya untuk membantu keluarganya di Kelantan. Alhamdulillah terima kasih tetapi juga masyarakat juga perlu berterima kasih di atas sumbangan mereka kepada pembangunan masyarakat dan negeri tersebut. Mereka bukan sahaja tidak buat apa-apa, mereka bukan tidak buat apa-apa, ambil duit dan balik ke Kelantan, tidak! Mereka mendapat upah dan gaji daripada sumbangan mereka terhadap pembangunan negara. Boleh rujuk balik ucapan penggulungan

saya dalam sesi yang lalu di persidangan yang lalu dalam soal ini. Terima kasih kepada semua yang membangkitkan hal ini. YB Chetok, YB Chetok secara khusus inginkan maklumat tentang perkembangan NR-REE. Betul ya? Begitu ya. NR-REE, Alhamdulillah Allah SWT menganugerahkan kepada kita tetapi nombor 2. Nombor 1, Terengganu mempunyai deposit REE yang besar manakala anggaran kawasan berpontensi untuk adanya REE di Kelantan adalah seluas 2050km per segi. 2050km per segi, itu anggaran dan kita berharap ianya lebih daripada itu. InshaaAllah kita juga difahamkan bahawa REE yang ada di Kelantan ini, yang bermutu tinggi. Begitulah, Alhamdulillah REE (Rare Earth Elements) dulu dia sebut REE dan sekarang diubah kepada NR-REE (Non-Radioactive Rare Earth Elements) dan kemudian ada cadangan ubah lagi namanya kepada IAC-REE (Ion-Adsorption Clay Rare Earth Elements) ini ada cadangan begitu. Kenapa? Itu kemudianlah mungkin ada lah sebab-sebab yang tertentu. Bagi kita ini untuk menjawab apa yang dibangkitkan oleh Chetok. Bagi kita, kita menyasarkan pengeluaran NR-REE secara komersial bermula pada tahun 2027 mungkin di peringkat pertengahan kerana kita mesti melepasi beberapa procedure yang telah ditetapkan oleh kita sendiri Kerajaan negeri Kelantan begitu juga dengan Kerajaan Persekutuan. Beberapa langkah awal perlu kita laksanakan sebelum fasa pengeluaran bermula. Antaranya adalah proses penetapan zon perlombongan ataupun zon ini perlu dimuktamadkan pada tahun 2025 bagi membolehkan laporan penilaian impak alam sekitar ataupun Environment Impact Accesessment (EIA) dikemukakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Dalam konteks kita di Negeri Kelantan ini antara beberapa agensi kerajaan negeri Kelantan PMBK terutamanya dan juga anak-anak syarikat daripada PKINK contohnya Az-Zahab yang Dato’ Mejar dalam hal ini kita telah mengadakan siri perbincangan strategik dengan syarikat antarabangsa termasuklah (Lynas Cooperation) dalam usaha memaksimumkan potensi pengeluaran NR-REE di negeri ini. PMBK, (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) kini berada pada fasa akhir untuk (memeterai memorandum persefahaman), MOU serta

perjanjian pembekalan (carbonate REE kepada Lynas). Dalam kerjasama ini, Lynas dijangka akan memberikan bimbingan teknikal kepada PMBK bagi memastikan semua operasi cari gali dan pengeluaran REE mematuhi piawaian antarabangsa. Setakat ini juga PMBK telah menjalinkan kerjasama erat dengan pakar-pakar tempatan melibatkan pemain industri institusi pengajian tinggi dalam negara serta perunding bertauliah bagi merangka model terbaik untuk menjamin pulangan optimum kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Selain itu, para pelabur yang bakal terlibat turut menyatakan komitmen mereka untuk melatih tenaga kerja tempatan sekaligus memastikan perpindahan teknologi dapat dilaksanakan secara menyeluruh merentasi semua peringkat industri yang akan dibangunkan kelak. Inshaa-Allah ini yang dicadangkan oleh Chetok ya semalam. Sekiranya volume ataupun kapasiti sumber NR-REE yang dikenal pasti mencukupi dan berskala besar PMBK berpotensi untuk melangkah lebih jauh ke dalam rangkaian industri lengkap merangkumi segmen huluran ataupun apa ni kita panggil sebagai upstream pertengahan mid-stream ataupun dan seterusnya hiliran ataupun downstream. Sebagai langkah permulaan, langkah permulaan PMBK telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja explorasi melibatkan kawasan seluas 1000 ekar di Panggung Lalat Gua Musang. Kawasan ini sudah menerima kelulusan lesen melombong tuan punya pada awal April 2025. Peluang untuk menambahbaikkan dasar sinergi erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta kesungguhan pelbagai agensi yang terlibat diyakini mampu memperkasa semua negeri-negeri yang mempunyai sumber NR-REE untuk menjana hasil negeri secara mampan dan mewujudkan peluang pekerjaan yang meluas kepada rakyat dan masa hadapan. Terima kasih kepada Chetok di atas cadangan-cadangan yang diberikan dan harapan-harapan. Alhamdulillah kita telah mengambil kira hal tersebut dan Inshaa-Allah dengan izin Allah, Inshaa-Allah kita akan dapat pastikan hasil sumber REE ini menjadi manfaat kepada manusia bukannya mudarat dan juga terutamanya akan menambah pendapatan Kerajaan Negeri Kelantan gunanya untuk berkhidmat dan faedah kepada rakyat Negeri Kelantan. Inshaa-Allah, Alhamdulillah

dalam hal yang sama ada beberapa YB Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyebut tentang royalti petroleum. Presiden BBC daripada Pasir Tumboh dan disokong oleh Galas supaya kita menuntut Royalti Petroleum dengan menggunakan kaedah undang-undang. Begitu ya? Untuk makluman dewan yang mulia ini sudah pelbagai cara kita kerajaan negeri Kelantan juga rakyat negeri Kelantan telah cuba memperjuangkan untuk mendapatkan hak royalti Kelantan. Ini termasuklah juga tindakan undang-undang yang telah kita ambil beberapa tahun yang lalu dan peguam yang kita telah pilih juga antara peguam yang terbaik yang ada dalam negara kita. Apabila saya hadir dalam satu mesyuarat bersama peguam, dia kata “This is very straightforward case, but this is just the political” dengan maksudnya dengan izinnya dia kata. Ini kes, ini kes very straight forward kes mudah je ni you tengok tu dia kata kepada perjanjian dengan jelas menyebut ini kes mudah. Tapi ia dijadikan isu politik tetapi orang yang sama apabila dilantik menjadi Peguam Negara, lain pula bicara lain pula pandangan dan pendapat nya. Maka kita menunggu, menunggu yang Ahli-ahli Yang Berhormat tahu bagaimana kaedah dan caranya apabila kita berhadapan dengan mahkamah dan sebagainya. Bukan sahaja masa, bahkan banyak yang akan menantinya kita akan terpaksa tanggung termasuklah juga soal yang disebutkan oleh Galas soal bayaran yang dikenakan. Bayaran yang dikenakan tinggi dan namun tidak ada seorang pun daripada peguam kita yang terlibat. Dan saya nak menafikanya itu. Ahli Yang Berhormat, maka pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan mengambil pendidikan mengambil tindakan yang berbeza yang yang berbeza daripada itu kita mengambil kaedah dan cara yang diplomasi. Ya, kita berbincang dengan Yang Amat Berhormat Mantan Perdana Menteri sebelum-sebelum ini dan kalau dulu kita menerima wang ehsan namanya diberikan kepada Kelantan tetapi dibahagikan kepada tiga. Sebahagianya adalah kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebahagiannya adalah melalui Majlis Agama Islam Negeri Kelantan. Alhamdulillah sebab Majlis Agama Islam Negeri Kelantan pun salurkan kepada rakyat Kelantan dan sebahagiannya lagi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan. Sedangkan kalau mengikut perjanjian mesti masuk melalui Kerajaan Negeri Kelantan itu bukan royalti, itu adalah wang ehsan.

Tetapi Alhamdulillah bermula daripada zaman, zaman Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tetap jugak wang ehsan, tetapi telah diubah cara pengagihan terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Diikuti oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad bagi juga, tetapi tetap juga dengan nama “wang ehsan” dan mari kepada Perdana Menteri yang ke-10 ini bagi terus kepada kita, tetap jugak dengan nama “wang ehsan”. Alhamdulillah kita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih Kerajaan Negeri Kelantan, rakyat Negeri Kelantan di atas pemberian wang ehsan ini tetapi sudah tentunya wang ehsan itu berbeza dengan royalti sebab di dalam perjanjian itu, disebut dengan secara jelas 5% wang ehsan itu ikut dengan ehsan. Nak bagi berapa, maknanya dia boleh berubah dia boleh mengubah mengikut suasana dan sebagainya. Oleh itu, oleh kerana dia boleh berubah mengikut suasana ehsan maka kita mintak supaya wang ehsan yang diberikan kepada kita ini dinaikkan lagi kerana ia boleh berubah. Dinaikkan mengikut keperluan kita dan sebaliknya itu yang paling terhormat dan itulah yang paling bermaruah sekiranya ia diberikan mengikut perjanjian 5 % daripada hasilnya. Itu lebih terhormat dan saya kira PMX boleh menimbangkan ini sebab kita melihat ia bahawa hubungan antara PMX dengan Dato’ Panglima Perang cukup rapat. Saya kira ianya boleh menimbangkan ini walaupun tidak nama royalti, tak apalah teruskan dengan nama “wang ehsan” tapi berilah dengan mengikut dengan apa yang kita setuju bersama. Sewaktu ditandatangi perjanjian itu. Itulah harap rakyat Negeri Kelantan itulah juga harapan Kerajaan Negeri Kelantan dan perbelanjaan negeri Kelantan ini ada auditnya. Jangan bimbang, kononnya kami telah gunakan untuk beli itu, beli ini ada auditnya. Kita gunakan untuk faedah rakyat negeri Kelantan. Inshaa-Allah.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Jika tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Buah berangan sedap rasanya, Di atas dahannya burung tempua, Pulanglah tuan menabur jasa, Binalah bangsa bangunkan negara,

ِ ِ ِ ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ا ﺔ ﻳ ﺪ ﳍ وا ﻖ ﻴ ﻓ ﱠﻮ ـ ﻟﺘ ا ﻪﻠﻟ ﺎﺑ ُ َ ُ ﻟﺴﱠﻼ ُ ُوَ َ ـَ ِوَ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ وَ َ َا ُ ْ ْ

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar. Seterusnya saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin B. Hj Daud selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Pentadbiran Awam Kewangan Ekonomi Dan Tanah untuk buat penggulungan terakhir. Dipersilakan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Speaker.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺮ ِۡ ﻨﻜ ﻤ ﻟ ٱ ۤءِ ﺎ ﺸ ﺤ ﻔ ﻟ ٱ ﻦ ِ ﻋ ﻰ ﻬ ـۡ ﻨ ﻳ ﰉ ﺮ ﻘ ﻟ ٱ ی ذِ ﺎ ﻳﺘ ﻦ ِ ﺴ ﺣ ﻹ ِۡ ٱ لِ ﺪ ﻌ ﭑﻟ ِ ﺑ ﺮ ﻣ ϩ ٱ إِن ﱠ َ ۤىِٕ ﻪﻠﻟﱠ ُ وَ َ َ َ ٰ َ ـَ وَ َٰ ُ َ وَإِ َـٰ وَ َ ُ ُ َ َ ِ ﻛﱠﺮ ﺬ َ ﺗ ﻢ ﻠﱠﻜ ُ ﻌ َ ﻟ ﻢ ﻜ ُ ُ ﻈ ﻌ ﻳ ﯽ ِۚ ﻐ ﺒ ﻟ ٱ َ ُون َوَ َ َ ـَ Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat. Pantang larang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezoliman kamu dan suruhan dan larangan ini supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya. Terlebih dahulu izinkan saya merapat setinggi-tinggi Junjung Kasih Kehadapan Yang Bawah Maha Duli Tuanku atas Perkenan. Titah bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kali Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Kelimabelas tahun 2025. Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada 22 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan, Menjunjung Kasih Titah Ke Maha Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan telah

menggulung isu-isu yang dibahaskan yang berkaitan dengan portfolio masing-masing. Justeru saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat agar bersama Menjunjung Titah Kebawah Yang Maha Duli Yang Mulia Tuanku terus berkhidmat sepenuh komitmen dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Galas ada membangkitkan isu Tanah Adat Orang Asli. Bagi isu yang dibangkitkan mengenai Tanah Adat. Masyarakat Orang Asli di dalam Dun Galas, ia sebenarnya tidak menjadi isu kerana tidak ada istilah tanah adat untuk Orang Asli samada dalam Kanun Tanah Negara 1965 mahupun akta Orang Asli 1954, tanah adat hanya wujud di Sabah & Sawarak. Mengikut undang-undang negeri di kedua-dua buah negeri tersebut berkaitan tanah orang asal di Sabah & Sarawak. Tanah adat tidak wujud di Semenanjung Malaysia. Akta orang asli hanya menyebut berkenaan kawasan rayau orang asli yang perlu diwartakan. Bagi Negeri Kelantan kawasan orang asli tidak diwartakan di bawah akta orang asli tetapi diwartakan di bawah Peruntukkan Perizaban kalun tanah negara akta orang asli bukan undang-undang berkaitan tanah tetapi kanun tanah negara adalah undang-undang khusus berkaitan tanah. Justeru perwataan di bawah kanun akta negara mempunyai kuatkuasa undang-undang yang lebih kukuh berbanding perwataan di bawah akta orang asli. Di Kelantan beberapa lokasi telah diwartakan di bawah seksyen 62 kanun tanah negara seperti kawasan Aring Lima PT 11982, Kampung Merantu PT5612, HHD 8978 dan beberapa lot warta orang asli di Kawasan Lojing. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam melindungi hak dan kebajikan masyarakat orang asli selaras dengan dasar Pembangunan Ekslusif Negari melalui Peruntukkan dalam Belanjawaan Negeri pada setiap tahun. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Nenggiri ada membangkitkan soal status pemberian pemilikan tanah penduduk yang terlibat dengan pelebaran jalan. Berhubung pertanyaan berkaitan status

pemberikan milikan tanah kepada penduduk yang terlibat dengan Projek Pelebaran Jalan Persekutuan dan Pembinaan Jambatan di Bertam Lama Nenggiri. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa tiada pampasan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap 20 penduduk yang dirobohkan kediaman mereka memandangkan penempatan tersebut berada di atas Tanah Rizab Kerajaan secara setinggan. Bagi menjaga kebajikan mereka yang terlibat pihak kerajaan negeri menawarkan lot-lot kediaman sebagai penempatan mereka yang terpaksa berpindah ini di atas tanah kerajaan. Namun mereka perlu membuat permohonan di Pejabat Tanah, dengan dijanjikan proses “greenlean” daripada 20 buah rumah yang dirobohkan yang melibatkan 20 penduduk tersebut, 10 penduduk telah membuka file permohonan milik tanah di Pejabat Tanah. Status semasa file permohonan adalah untuk perakuan Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Jajahan. 6 penduduk telah menerima rumah bantuan kerajaan, rumah kekal baharu dan rumah MAIK. Satu penduduk telah berhijrah dan tidak dapat dijejaki manakala 3 penduduk masih dalm perhatian kerana berstatus menyewa dan bukan pemilik rumah. Berkaitan penduduk yang terlibat dengan pembinaan jalan lingkaran tepi tengah utama seramai 164 pemilik struktur telah mengsyorkan bayaran Agserial sebanyak RM 686,000.00 Kerajaan Negeri syorkan agar bayaran ini diberikan kepada penduduk yang terlibat untuk dibayar oleh Pihak Kerajaan Persekutuan memandangkan projek ini adalah Projek Persekutuan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Nenggiri. Penyelesaian yang terhadap pengeluaran geran-geran yang tertunggak akan dikeluarkan dalam masa 21 hari setelah kesemua bayaran diselesaikan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Ini soal pemberian milik tanah. Lebih 100 penerima telah menerima Geran Tanah dalam Majlis yang diadakan pada akhir tahun 2024 yang lalu. Baki permohonan milik pada tahun 2024 yang telah dibayar permit ialah sebanyak 99 permohonan daripada jumlah ini 19 permohonan sudah selesai pengurusan geran dan 80 lagi ada di pelbagai peringkat persiapan. Inshaa-Allah bila siap kita akan bagi geran.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Tendong ada membangkitkan soal Projek Lembagan Sungai Bersepadu (PLSB)

berkenaan kegusaran Tendong berkaitan kelewatan siapnya Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) sukacita dimaklumkan bahawa saya telah bertemu secara terus dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri dan Pihak Kerajaan Persekutuan telahpun bersetuju untuk meluluskan pembinaan benteng tersebut dengan seberapa segera dengan secara sekaligus tanpa perlu mengikut turutan fasal-fasal pembinaan. Alhamdulillah dan saya ucap ribuan terima kasih kepada Dato’ Sri Perdana Menteri. Ini bermakna kerja-kerja fizikal bagi projek tersebut akan dimulakan secara menyeluruh dengan tempoh kesiapan. Inshaa-Allah akan dipendekkan daripada tempoh asal akan siap pada tahun 2030 kepada tahun 2028 lebih cepat, Inshaa-Allah. Sekaligus mempercepatkan langkah metigasi banjir untuk rakyat di kawasan berisiko. Kerajaan Negeri amat menghargai sokongan Kerajaan Persekutuan dalam mempercepatkan kelulusan ini demi kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan.

Bubur selasih ubi keladi, Lemak manis santan kelapa, Terima kasih jasa dan budi, Selalu tersemat tiada lupa.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat daripada Gual Periuk membangkitkan tentang Majlis Tindakan Ekonomi Negeri MTEN Kelantan. Berkenaan dengan saranan Yb Gual Periuk, berkenaan dengan MTEN. Ataupun nama sebenarnya sekarang Majlis Tindakan Pembangunan Negeri atau MPTMG ianya telahpun wujud. Dengan dipengerusikan secara bersama-sama oleh Menteri Besar dan seorang Menteri Persekutuan. MPTTMG sebagai platform tertinggi penyelarasan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam aspek Perlaksanaan Projek Pembangunan. Program Sosial dan Perancangan Strategik Negeri yang selaras dengan rancangan Malaysia dan dasar nasional. Antara fungsi utama MPTMG ialah pertama, penyelarasan pelaksanaan Rancangan Malaysia (RMK) iaitu dengan menyelaras pelaksanaan projek di bawah rancangan Malaysia seperti rancangan Malaysia yang kedua

belas agar menepati jadual bajet dan keperluan sebenar rakyat Negeri Kelantan. Yang kedua memantau keberkesanan Projek Pembangunan MPTMG berfungsi pemantau prestasi fizikal dan kewangan Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Kelantan termasuk Projek Infrastruktur, Pendidikan, Kesihatan dan Kesejahteraan rakyat. Ketiga menyelaras kerjasama antara agensi iaitu dalam membantu menyelaras tindakan antara Agensi Persekutuan dan Negeri dalam menagani isu Pembangunan Logistik Projek Cabaran Teknikal dan Pematuhan Perundangan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengambil peluang di Dewan Yang Mulia ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Para Pegawai dan Kakitangan Kerajaan atas komitmen tinggi dalam semua peringkat untuk mengangkat nilai Ubaidiyyah, Mas’uliyyah dan juga Itqan dan Prinsip Ikhtirafi dalam Tadbir Urus Kerajaan sekaligus menzohirkan dan mewajahkan nilai-nilai Islam yang menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Kelantan.

Membelah rotan senada dikerat, Bersulam bambu berikat duri, Berganding bahu muafakat dierat, Islam penyatu bangsa pertiwi.

Marilah kita bersama sederak melangkah kehadapan dengan Menjunjung Titah Kebawah Maha Duli Yang Mulia Al-Sultan Tuanku Kelantan agar kita terus memberikan khidmat yang terbaik demi Kemajuan dan Kesejahteraan Negeri Kelantan Darul Naim. Saya ingin menangguhkan ucapan Penggulungan Perbahasan Usul Menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan sama-sama menghayati Sabda Rasullillah SAW mengenai sifat manusia yang paling dikasihi oleh Allah SWT. Sabda Rasullillah SAW

ﱃ إ س ﻟﻨﺎ ا ﺑﻐﺾ وأ دل ﻋﺎ م ﻣﺎ إ ﳎﻠﺴﺎ ﻣﻨﻪ ʭﻫﻢ أد و ﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ا م ﻳﻮ ﷲ ﱃ إ س ﻟﻨﺎ ا ﺣﺐ أ إن

ﺟﺎﺋﺮ م ﻣﺎ إ ﳎﻠﺴﺎ ﻣﻨﻪ ﺑﻌﺪﻫﻢ وأ ﷲ

Maksudnya sesungguhnya manusia yang paling disayangi oleh Allah dan yang paling dekat dengan kedudukanya disisi nya di hari Akhirat kelak adalah Pemimpin Yang Adil dan Manusia yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh kedudukan di sisi Allah nanti adalah pemimpin yang zolim. Mudah-mudahan ia menjadi suatu peringatan serta motivasi kepada kita semua sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Sekian,

ﻟﻜﻢ و ﱄ ﻟﻌﻈﻴﻢ ا ﷲ ﺳﺘﻐﻔﺮ وأ ا ﻫﺬ ﻗﻮﱄ ل ﻗﻮ أ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Dato’ Menteri Besar Kelantan. Terima Kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah bersama-sama dalam Perbahasan dan juga Pergulunggan Titah ucapan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Muhammad Ke-V. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan bahawa Dewan ini membuat ketetapan merakmakan Setinggi-tinggi Ucapan Junjung Kasih di atas Titah Ucapan Di Raja yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V kepada Dewan ini pada hari Isnin, 22 Syawal 1446H Bersamaan dengan 21 April 2025. Sekarang saya kemukan cadangan tersebut bagi diundi. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju kata setuju. Ahli-ahli yang tidak bersetuju kata tidak. Dipersetujukan. Cadangan yang pertama diterima dan diluluskan.

Sebelum saya tangguhkan Persidangan Dewan pada petang ini, sukacita saya ingin berpesan dan memberi ingatan bahawa Peraturan Dewan dan Etika Pemakaian semasa dan di dalam Dewan Persidangan Negeri haruslah diikuti sepenuhnya. Untuk makluman kita semua dan sebagaimana Yang Berhormat serta Pegawai juga Pemerhati yang telah sedia maklum hanya “Lounge Suit” bersama Tali Leher ataupun “Tie”

atau Baju Kebangsaan Bersampin dan Bersongkok sahaja dibenarkan. Pada hari ini terdapat Pegawai-pegawai yang tidak mematuhi Etika Pemakaian Dewan kita. Marilah kita sama-sama menghormati Dewan kita yang mulia ini supaya kita terus menjadi contoh dan teladan dan menjadi Dewan disegani dan dihormati dalam Negara kita.

Dewan akan bersambung semula pada pukul 9.00 pagi esok. Marilah kita sama-sama tangguhkan persidangan pada petang ini dengan Tasbih Khafarah dan Suratul Asr.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG DAN DEWAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA ESOK HARI 24HB APRIL 2025 PADA JAM 09.00 PAGI.