Kelantan · 24 April 2025

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 87 turns · 9,599 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas, Hari Keempat.

Doa

Setiausaha

[SAMBIL BERDIRI]

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Doa….

II. .. Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua.

Soalan-soalan yang dikemukan untuk mendapat Jawapan Mulut.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Mengkebang.

(Soalan-Soalan Yang Diberitahu)Questions

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan untuk soalan saya nombor 1. Terima Kasih.

Soalan 1: [Mohon YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perkembangan industri nadir bumi atau rare earth di Kelantan dan status pelarasan di bawah SG4? Adakah Majlis Mineral Negeri telah ditubuhkan?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, setakat ini Pejabat Tanah dan juga Galian Negeri Kelantan telah menerima permohonan tenemen mineral daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di atas tanah milik PMBK sendiri dan telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk melaksanakan cadangan perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif ataupun (NR-REE). Pihak Berkuasa Negeri juga telah mengkaji potensi untuk mewujudkan kilang di negeri ini bagi memproses NR-REE. Kerajaan Negeri turut melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi pembangunan industri NR-REE selaras dengan pelarasan dasar di bawah kerangka kerjasama State Government 4 (SG4) yang melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah Dan juga Perlis. Sehingga kini beberapa bengkel strategik berkaitan dengan NR-REE telah dianjurkan dengan penglibatan teknikal dan pihak industri antara hasil utama daripada pelaksanaan tersebut termasuk penyediaan road map bangunan industri NR-REE, SG4 sebagai panduan hala tujuan negeri-negeri SG4. Penubuhan jawatankuasa kerja NR-REE meliputi aspek perundangan, kewangan dan juga teknikal. Semakan dan penambahbaikan prosedur operasi standard ataupun SOP berkaitan dengan kesampilan dan perlombongan sample. Persampilan dan juga perlombongan pelaksanaan lawatan kerja teknikal bagi penilaian potensi kawasan pembangunan dan juga sesi libat urus dan rundingan bersama pelabur serta pemain industri untuk memastikan pelaburan dibuat secara berhemah dan juga mampan.

Bagi memperkukuhkan lagi tadbir urus sektor mineral di peringkat negeri, kerajaan negeri sekarang berada dalam proses penyediaan draf bagi penubuhan Majlis Mineral Negeri.

Terima kasih.

Speaker

Sila, Kota Lama.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Exco atas jawapan tadi. Dalam jawapan Exco terhadap soalan saya pulangan Kerajaan Negeri terhadap kerjasama dengan syarikat perlombongan emas disebutkan bahawa Royalti pada tahun 2023 yang diperolehi adalah sekitar RM 13,797,183.00. Soalan saya adalah, adakah Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan satu balai pengumpulan ataupun majlis yang seiring dengan Majlis Mineral Negeri ini? Untuk kita memantau hasil bumi dari negeri Kelantan ini? Sebagai satu rekod untuk pengetahuan rakyat juga. Terima kasih.

Sebenarnya pemantaun itu memang dari masa ke semasa. Kita ada kita memang ada satu enforcement yang buat pemantaun di bawah PTG dan juga beberapa jabatan-jabatan lain. Walau bagaimanapun, kita bincang soalan kita berkaitan dengan NR-REE ya. Yang YB sebut tadi adalah emas ya, walau bagaimanapun kita akan mempertimbangkan juga cadangan-cadangan tersebut. Terima kasih.

Speaker

Okay, Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebagaimana kita maklum NR-REE ni nadir bumi penting untuk kegunaan bateri kereta dan elektronik. Dan ia penting untuk kegunaan teknologi hijau, ia diperlukan dalam peranti-peranti menukarkan tenaga tabi dengan izin undepleted resources seperti tenaga solar dan angin alunan ombak. Ekoran pementingannya untuk kegunaan masa hadapan, masa hadapan. Soalan tambahan saya, adakah Majlis Mineral Negeri telah ditubuhkan? Yang

keduanya, adakah Kerajaan Negeri telah mengadakan penilaian impak social atau rundingan awam bersama penduduk setempat sebelum meluluskan projek yang berkaitan dengan NR-REE? Terima kasih.

Terima kasih Mengkebang, sebenarnya ada dalam jawapan saya tadi. Bahawa ia akan difinalizekan. Penyediaan draf bagi Penubuhan Majlis Mineral Negeri itu sedang kita dilaksanakan. Dan soalan kedua adalah penilaian dengan impak sosial dan juga libat urus awam. Itu memang syarat sebelum ianya diluluskan. Sebarang projek diluluskan mesti melalui penilaian impak sosial ini. Terima kasih.

Speaker

Sila , Salor.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya, adakah pihak Kerajaan Negeri sendiri mempunyai satu perancangan dalam menambahkan pendapatan hasil? Pendapatan pada negeri sendiri yang mana fokus lain daripada NR-REE itu sendiri sebagai satu kesambungan kelestarian itu untuk ekonomi negeri? Terima kasih.

Terima kasih juga kepada Salor atas soalan tambahan. Alhamdulillah Allah SWT kurniakan hasil bumi yang banyak kita katakan kaya dengan hasil bumi di Kelantan ini dan InshaaAllah selain daripada hasil-hasil yang telah kita teroka dan juga sekarang ini kita usahakan NR-REE kita juga bersedia untuk berusaha untuk inisiatif-inisiatif yang lain. Antaranya adalah Pembangunan Hidrogen Hijau ataupun “green energy”. Itu kita tengah study dan beberapa pelabur telah menunjukkan minat untuk menjayakan projek Hidrogen Hijau ini selari dengan Inspirasi Nasional ke arah pelepasan Karbon Sifar Bersih ataupun “Net-Zero Emissions”. Ya

Kerajaan Negeri juga sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk merealisasikan potensi besar dalam industri ini. Yang kedua, tenaga solar. Kita Alhamdulillah ramai pelabur yang berminat dengan tenaga solar dan Kerajaan Negeri sebenarnya sedang mengenal pasti kerjasama pelabur tempatan dan juga antarabangsa dalam sekala yang lebih besar dan yang seterusnya karbon kredit ini juga Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mengenal pasti pelabur yang benar-benar mampu untuk melaksanakannya. Kita menerima beberapa proposal daripada syarikat yang berminat untuk melaksanakannya di Kelantan. Tinggalnya lagi kita Kerajaan Negeri sentiasa berhati-hati dalam hal ini kerana ianya masih baru. Dan kita sedang melihat SOP dan sebagainya dengan hubungan antara kita dengan Pusat supaya usaha-usaha ini memberi menanfaat kepada Kerajaan Negeri dan juga rakyat. Kita tidak mahu mengulangi apa yang berlaku kepada Industri Petroleum walaupun jelas tertulis dan jelas ditandatangani dalam satu perjanjian tetapi akhirnya kita seolah terpaksa menagih simpati di atas hasil bumi kita sendiri. Selain daripada itu, ada beberapa lagi yang kita sedang terokai dan doakan semoga sumber-sumber ini akan dapat kita laksanakan mampu kita keluarkan untuk kebajikan rakyat Negeri Kelantan. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan, Semerak.

Assalamualaikum, terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan saya kepada soalan nombor 2.

Soalan 2 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan. Apakah insentif yang di tawarkan bagi menarik pelaburan dalam industri pembuatan termasuk sektor semikonduktor dan teknologi hijau?]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Spekaer, terima kasih kepada Semerak. Melalui Dasar Pelaburan Kelantan. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan beberapa insentif bagi menggalakkan kemasukan pelaburan asing antaranya ialah menyegerakan dasar permohonan pelaburan melalui Jawatankuasa Senti Pelaburan Kelantan. Pengecualian barang cukai bayaran cukai pintu bagi bulan yang pertama dan kedua dari tarikh bermula operasi atau setelah mendapat Certificate of Completion and Compliance (CCC) dengan izin Kelonggaran bayaran premium cukai Tanah dan Premium Ubah Syarat tanah secara ansuran iaitu 40% bagi tahun pertama, 30% bagi tahun kedua dan ketiga. Kelulusan segera permohonan kebenaran perancang UKM melalui Jawatankuasa Kawal Selia Perancang, Merancang dan Menyelaras aktiviti-aktiviti pemajuan Projek Pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan. Usaha galakkan pelaburan ini juga disokong oleh insentif-insentif tambahan yang ditawarkan oleh MIDA iaitu Universiti Persekutuan. Taraf Perintis jualan pengecualian cukai bermula daripada 70% atau 100% perbelanjaan untuk tempoh 5 tahun atau 10 tahun. Elaun cukai pelaburan 60% atau 100% modal yang selayaknya selama 5 tahun. Elaun pelaburan semula 60% ke atas pembelanjaan modal yang layak selama 15 tahun berturut-turut. Pengecualian Cukai Import untuk bahan mentah komponen dan mesin dan peralatan. Terima kasih.

Speaker

Okay, Semerak.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dalam isu pelaburan kebiasaannya pelabur-pelabur mengambil berat tentang kecepatan proses. Jadi oleh itu saya ingin tahu sejauh manakah keberkesanan peranan invest Kelantan sebagai One Stop Centre dalam mempercepatkan kelulusan pelaburan dan menyediakan data-data terkini pelabur?

Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Semerak atas soalan tambahan. Setelah kita mengadakan portal dan kita mengadakan SENTI teknikal jawatankuasa teknikal dan SENTI pelaburan kita dapati sudah ada bila kita libat urus dengan pemain-pemian industri ini. Sudah ada pergerakkan mungkin checklist yang dikeluarkan menepati kriteria-kriteria procedure dia. In-ShaaAllah akan cepat dapat dan kadang-kadang pelaburan checklist yang kita semak tidak lengkap maka ada lah sedikit delayed. Kalau semuanya lengkap In-ShaaAllah akan dimudahkan dan disegerakan. Terima kasih.

Speaker

Sila, Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Iklim ekonomi negeri Kelantan pastinya akan berubah dengan kerancakkan kehadiran pelabur ke negeri Kelantan. Sehingga kini, berapakah Yang Berhormat jumlah pelaburan yang sebenar yang sudah diterima oleh Kelantan dalam Sektor Teknologi Hijau dan berapa banyak peluang pekerjaan berteknologi tinggi yang telah diwujudkan? Serta adakah Kerajaan Negeri sudah bersedia menubuhkan zon industri hijau ataupun “Green Tech Park” sebagaimana wujud di negeri Johor dan juga negeri Kedah. Terima kasih.

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Galas. Yang berhormat Dato’ Speaker, teknologi hijau ada khusus Exco berkenaan walau bagaimanapun kalau kita dalam Perbahasan semalam dan Pergulunggan kita menceritakan tentang Tok Uban. Kita RM 500,000,000.00 kita punya pelaburan itu adalah yang terbesar di Asia Tenggara dan juga di Malaysia setakat ini memang itulah hasrat Kerajaan Negeri dimana-mana pun

Teknologi Hijau sekarang dengan tabung kreditnya dengan pelepas karbon dan sebagainya. Itu menjadi keutamaan kepada kita tenaga boleh diperbaruhi dan itulah senarainya akan diberi secara bertulis jika Galas perlukan selepas inilah. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat, Melor.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon jawapan kepada soalan saya nombor 3. Soalan 3 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, langkah-langkah yang sedang atau akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menyesuaikan urusan pentadbiran tanah dengan perubahan teknologi digital terkini dalam era Revolusi Industri 4.0 bagi meningkatkan kecekapan urusan tanah dan peningkatan hasil negeri.]

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih soalan daripada Melor. Sistem eTanah merupakan inisiatif untuk mentransformasikan semua urusan pentadbiran tanah kepada eGoverment atau Kerajaan Elektronik selaras dengan Transformasi Digital Negara. Tujuan utama pembangunan sistem ini adalah bagi mempercepatkan proses urusan tanah oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Seterusnya, mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian kepada pelanggan dan orang awam dalam era teknologi semasa. Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan pelaksanaan sistem eTanah Negeri Kelantan

dalam persidangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali ke-11 2024 iaitu bertarikh pada 12 Jun 2024. Terkini Pejabat Tanah dan Jajahan, Pejabat Tanah dan Galian dengan kerjasama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan Bahagian Undang-Undang Pejabat SUK Kelantan dalam proses semakan perjanjian konsensi eTanah bersama unit kerjasama awam swasta Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Speaker

Sila, Melor.

Terima kasih pihak Kerajaan atas jawapan yang diberikan. Dan soalan tambahan saya, Bagaimana Kerajaan Negeri dapat memastikan golongan B40 dan penduduk luar bandar mendapat manfaat secara langsung daripada insiatif pendigitalan pentadbiran tanah? Terima kasih.

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Terima kasih Melor atas soalan tambahan. Meme kita mengambil kira untuk memastikan golongan B40 dan penduduk luar bandar mendapat manfaat secara langsung daripada inisiatif pendigitalan pentadbiran tanah. Antara faedah pelaksanaan eTanah untuk orang awam dan pelaksanaan eTanah akan memudahkan orang awam berurusan dengan pejabat tanah melalui kaunter berpusat disediakan pelbagai kemudahan urusan tanah dalam satu kaunter sahaja. “Single Point of Context”. Yang keduanya, mempercepatkan proses urusan tanah oleh pengguna dalam Pejabat Tanah dan capaian maklumat pelanggan tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan yang ketiganya Portal Awam untuk permohonan dan semakan secara dalam talian untuk urusan seperti semakan status permohonan urusan tanah melalui nombor resit. Yang keduanya, permohonan secara dalam talian untuk urusan seperti strata, konsen dan

lelong. Dan yang ketiga membuat pencarian persendirian secara dalam talian. Terima kasih.

Speaker

Sila, Salor.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahniah saya ucapkan atas inisiatif dan kita doakan semoga pelaksanaan eTanah nanti menambahkan kopetensi dan Pengurusan Tanah di Negeri kita, In-Shaa Allah. Cuma persoalan saya, adakah sistem eTanah ini akan kita laksanakan dengan intergasi sistem sini dan juga dengan sistem persekutuan secara contoh intergasi dengan data, jaya X nya dengan sistem digitalnya. Sebagaimana di sebuah negeri yang melaksanakan sebelum ini.

Terima kasih.

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Salor atas soalan tambahan. Modul intergasi akan menghubungkan sistem eTanah dengan sistem dari agensi luar yang berkaitan dengan urusan tanah bagi melengkapkan lagi keseluruhan proses kerja yang ada di PPTG ataupun di PTJ. Pejabat Tanah dan Jajahan. Fungsi yang terdapat di dalam modul intergasi bagi eTanah adalah yang seperti berikut. Tetapi tidak terhad kepada senarai tersebut bergantung kepada keperluan pengguna dari semasa ke semasa. Iaitu penerimaan maklumat pembayaran cukai tanah melalui perbankan internet dan kaunter bayaran agensi luar seperti MBB, CIMB dan Pos Malaysia.

Dan yang keduanya, penerimaan maklumat resit kutipan cukai tanah yang dikutip di Pejabat Tanah dan Hasil, PBT dan cukai tafsiran yang dikutip dari PBTG ataupun PTJ. Dan yang ketiganya, integrasi dengan JPN

untuk menyemak maklumat peribadi dengan menggunakan nombor kad pengenalan. Dan yang keempatnya, integrasi dengan Lembaga Hasil dalam Negeri bagi membolehkan carian pengesahan ketulenan nombor judikasi. Dan yang kelimanya, integrasi dengan JKPTG yang melibatkan pusaka kecil bagi tujuan untuk berkongsi maklumat terkini hak milik dan perkongsian maklumat yang terdapat pada Borang E, Borang F dan juga Borang T. Akta harta-harta pusaka kecil pembahagian 1955 Akta 98. Dan yang keenamnya Intergasi dengan MBI untuk semakan maklumat kebangkrapan individu-individu dan juga penggulungan syarikat. Yang seterusnya integrasi dengan UPEN untuk penghantaran PU dan juga terimaan semakan PA pelan BI hak milik kekal ataupun pelan B4 hak milik serata dan juga PA (B) dan lain-lain. Integrasi dengan JJPS dan JPPS bagi permohonan untuk penilaian tanah. Seterusnya, integrasi dengan MAMPU bagi pengurusan sijil digital dimana pembekalan token JPI disediakan oleh MAMPU. Dan seterusnya integrasi dengan JANM bagi penerimaan dan penghantaran maklumat ISPEKS yang berkaitan dengan penyata pemungut? Resit perbendaharaan, bil cheque tok laku jerna pelarasan batal jerna penyelarasan arahan bayaran dan batal arahan bayaran dan yang terakhirnya intergasi dengan SSM untuk menyemak maklumat syarikat. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 4.

Soalan 4 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha – usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri untuk memastikan Kelantan dapat mengeluarkan beras sendiri?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih kepada Kelaboran. Hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk mewujudkan sebuah kilang pengeluaran padi dan beras sendiri melalui Agensi Kerajaan Negeri In-ShaaAllah akan terlaksanakan. Ia merupakan salah satu mercu tanda pencapaian atau projek flatship yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) telah berperanan dalam menjayakan hasrat tersebut dengan mengadakan satu kerjasama dengan satu syarikat pelabur untuk membina satu syarikat kilang padi dan beras yang kini hampir siap sepenuhnya. Dan akan beroperasi pada Musim Pertama Pengeluaran Padi Tahun ini, dianggarkan dengan kapasiti pengeluaran sehari sebanyak 600 metrik tan dan simpanan kapasiti padi kering melebihi 40,000 metrik tan. Kilang ini diberi nama Kilang Padi Dan Beras Darul Naim Sdn Bhd di Meranti Pasir Mas. Jangkaan Pengeluaran Beras 5kg Jenama Darul Naim di akhir Ogos nanti In-ShaaAllah dan In-ShaaAllah pada Ahad ni 27 April akan diadakan solat hajat sempena Kilang ini memulakan pembelian padi. Sekian terima kasih.

Speaker

Silakan, Kelaboran.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih diatas jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Cuma apabila kita nak buat kilang padi

pastikan padi mencukupi jadi adakah dengan kerjasama KPKB dan syarikat pelabur ini mencukupi latihan-latihan ini dan pendedahan teknologi modern kepada petani-petani yang terlibat.

Terima kasih Kelaboran atas soalan tambahan. Yang berhormat Dato’ Speaker In-SyaaAllah padi di Kelantan tahun ini akan semakin meningkat dan memberi peluang kepada kilang ini dan membeli dari para petani. Dan cukup In-Syaaallah. Maklumat yang kita terima untuk fasa pertama ini lebih 90% kawasan tanah padi di Kelantan bertanam padi dan In Shaa Allah berjaya menghasilkan padi dengan baik ekoran daripada cuaca yang agak baik pada tahun ini, Allah SWT turunkan hujan dengan berterusan untuk membantu para petani mendapatkan hasil padi yang lebih banyak. KPKB dengan kerjasama syarikat-syarikat pelabur Padi Beras Darul Naim ini merangka beberapa pelan strategik perniagaan terutamanya dalam mendidik petani melalui teknologi terkini Kerajaan KPKB akan menghantar petani dari Kelantan khususnya anak muda untuk mengikuti latihan pertanian di akademik padi di Kedah.

Siri pertama pada 13 April telah menghantar 5 orang peserta, In-SyaaAllah untuk siri kedua pelatih perkilangan padi al-falaq ini dijangka diteruskan pada awal Mei dengan bilangan 10 orang peserta. Sasaran peluang pekerjaan bagi Kilang Beras Padi Darul Naim Sdn Bhd ini lebih 100 orang peluang pekerjaan bagi penduduk setempat. Dan In-Syaaallah melihat kepada perubahan iklim Kerajaan Negeri juga akan membantu memastikan bekalan air mencukupi membuat padi supaya dpat membekalkan padi kepada kilang. Sebagai permulaan tan solar diperkenalakan di beberapa tempat melalui KPKB dan syarikat yang bertanggungjawab bagi tujuan memperkenalkan tekonologi terkini agar dapat mengimbangi kos dan perolehan hasil tanaman. Maknanya penggunaan solar untuk tanaman padi telah diperkenalkan. Kerajaan juga bersharat untuk mewujudkan kilang padi benih yang memberi fokus kepada penghasilan padi benih hybrid khas mengkiut kesesuaian tanah dalam Negeri Kelantan.

Ini juga bergantung kepada lesen dan kebenaran daripada pihak kementerian. Moga-moga diberikan lah untuk Kelantan sebagai sebuah negeri jelapang makanan negara. Sekian terima kasih.

Speaker

Tawang, tawang.

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya dengan adanya Kilang Padi Dan Beras Darulnaim ini. Apakah jaminan Kerajaan Negeri Kelantan supaya ia menjadi suatu bentuk untuk pengurusan yang terus sebagaimana yang kita tidak mahu dengar dan yang diggemparkan baru-baru ini beras campuran tempatan dan juga beras import. Sejauhmana jaminan nya.

Terima kasih soalan tambahan daripada Tawang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita telah berbincang dan juga mengatur strategi kita lah untuk beras tempatan kita inilah yang kita proses di kilang ini dan di kampitkan dengan Jenama Beras Darul Naim dan situlah kita tulis beras hasil petani Kelantan. Maknannya kita memastikan tidak ada campuran lah, kita kekalkan keaslian hasil padi Kelantan yang In-ShaaAllah sekarang ini pun kita guna pakai di seluruh negara. Dimakan oleh masyarakat diseluruh negara, beras kita ni sudah bertebaran sebenarnya kerana dikilangkan di beberapa kilang di seluruh negara. In-Shaalallah kita cuba sedaya upaya kita lah. Terima kasih.

Speaker

Ada jenama ke Yang Berhormat? Beras Kelantan tu ada jenama ke tertentu?

Kita letakkan di kampit beras tu, Beras Darul Naim.

Speaker

Ramai peminat beras ni… Dipersilakan Yang Berhormat Paloh.

Dato' Shaari bin Mat HussinBERSATU · PNPaloh

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 5. Soalan 5 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah kerajaan negeri untuk memperkenalkan teknologi baharu dalam pengurusan sampah di negeri Kelantan bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar? ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Paloh atas soalan. Antara langkah utama kerajaan negeri untuk memperkenalkan teknologi baru dalam pengurusan sampah itu menubuhkan sebuah syarikat. Anak syarikat negeri di bawah PMBK iaitu Kumpulan Utilities Mubarakan ataupun KUM setelah pengurusan tapak urusan diambil oleh KUM ditubuhkan untuk mengambil alih pengurusan sampah lah. Dan dioperasikan oleh Pengurusan Sisa Pepejal Mubarakan Sdn Bhd PSPM JV company dengan KUM Bermula pada tahun 2018 sehingga kini terdapat beberapa pendekatan teknologi baru yang telah dan akan diperkenalkan di tapak pelupusan bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar. Yang pertama pada tahun 2022 bagi mengurangkan sisa organik dan makanan la deh. Dihantar ke pusat pelupusan, pihak PSPM telah menjalankan projek Penternakan BSF Black Soldier Fly, alat askar dengan

menggunakan geran gerak daripada (MGTC) Malaysia Green Tech Corporation projek ini sedang dijalankan difasiliti di black soldier fly di Pasar Borong Tasek Raja Pasir Mas. Dan di Pasar Borong Tanah Merah. Dua tempat kita buat, boleh buat lawatan tu pahni, ia menggunakan sejenis lavare lalat yang dipanggil Black Soldier Fly Larve untuk memakan sisa organik dan kemudiannya larve-larve ini pula boleh digunakan sebagai sumber makanan kepada ternakan seperti ikan dan ayam, kesan daripada projek ini sisa organik dapat dilupuskan di punca tanpa tapak perlupusan sekiranya disingkirkan lebih awal dan ia dapat membantu kurangkan karbon sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan bandar-bandar rendah karbon di Malaysia.

Projek ini juga membantu pihak KUM mendapat anugerah amalan terbaik insiatif bersama komuniti dalam amalan hijau dari Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan pada tahun 2023 dan Majlis Daerah Tanah Merah juga diiktiraf mendapat keiktirafan Diamond dari zon rendah karbon melalui katagori penyertaan LCCC Low Carbon Cities Challenge 2030. Yang kedua, teknologi Landtill Mining Perlombongan Sampah telah diperkenalkan di Tapak Pelupusan Beris Lalang, Bachok. Pada tahun 2024, yang mana pihak PSPM telah bekerjasama dengan pihak syarikat JUNITECH Sdn. Bhd bagi menjalankan satu projek mengorek semula sisa-sisa lama di tapak sampah dipanggil Legacy Waste. Sapoh hok dari tok nenek dulu, untuk menghasilkan baja kompos dan mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula. Projek ini menggurangkan sejenis acuan biological yang dihasilakan sendiri oleh pihak syarikat untuk memisahkan sisa organik daripada sisa-sisa lain dan menguraikan sisa tersebut menjadi baja kompos. Sisa organic pula, besi plastic kertas semua akan diasingkan menggunakan mesin MRF (Material Recovery Facilit) bagi membolehkan bahan kitar semula digunakan semula, Impact dari projek ini ialah dapat mengurangkan sisa-sisa legacy dengan significant dan akan dapat membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan. Agar pihak Kerajaan Negeri tidak perlu mencari dan membuka tanah-tanah baru bagi dijadikan tapak pelupusan bagi tempoh masa yang lama. MRF yang terkinilah. Kita korek semula, guna excavator sampah lama. Dia ada mesin

dia, dia pusing barang kitar semula tu besi plastik semua tak terurai jatuh dan sampah tu suku pulak, hoktu boleh jadi baja, boleh diguna semula. Yang ketiga, projek BIOGAS yang djalankan bersama pihak syarikat yang tersenarai di BURSA Malaysia, iaitu SAMAIDEN BERHAD. Projek ini akan menggunakan 100% sisa organik yang dihantar ke Pusat Pelupusan Beris Lalang di Bachok dan proses bermula dengan mengasingkan sisa organik dan sisa bahan bukan organik dengan menggunakan MRF yang lebih berteknologi lebih tinggi dan berautomosi. Sisa organik kemudiannya akan dimasukkan ke dalam tangki yang besar yang menggunakan anaerobic digester bagi menggunakan mikrop untuk menghuraikan sisa organik tersebut. Proses penguraian tersebut akan menghasilkan biogas terutamanya methane (metana) sejenis gas. Gas ini akan disalurkan kepada Turbine (turbin) dan akan menjana tenaga elektrik dan yang akan seterusnya sambung ke gred Nasional. Projek ini apabila siap kelak pada penghujung 2027 akan membekalkan sebanyak 1.2 (MW) sehari kepada Tenaga Nasional Berhad. Impak dari projek ini telah sama dengan projek-projek fill mining kesannya lebih positif dan lebih besar kepada alam sekitar dan membantu mengurangkan karbon dan kesan rumah hijau. Seharusnya kita berbangga dengan projek-projek ini, ia kerana membuktikan bahawa negeri Kelantan telah terlebih ke depan. Dalam menggunakan pendekatan dan teknologi baru dalam sistem urusan pepejal di tapak pelupusan berbanding negeri-negeri lain dan iannya membuktikan bahawa penswastaan tapak-tapak pelupusan ini kepada Pihak KUM tetapi JPSPM telah berjaya kesan yang amat positif dan Kerajaan Negeri khususnya kepada alam sekitar. Dan kita di Tapak Beris Lalang menjadi contoh kepada JPSM jabatan pengurusan sisa pepejal pembesar awam Putrajaya sebagai projek yang mana telah menjadi lokasi untuk dilawati oleh semua PBT hasil daripada Projek BSF antara yang pertama dan juga projek landfill mining menggunakan teknologi MRF. Terima kasih.

Speaker

Silakan, Paloh.

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan saya apakah pendirian rasmi Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan tentang akta pengurusan sisa pepejal dan pemberishan awam 2007 iaitu Akta 672 dan apakah adakah kerjaan negeri bersedia untuk menerima akta ini atau kekal menolak pelaksanaanya atas dasar adakah mempertahankan di bidang kuasa negeri dalam pengurusan sisa pepejal. Serta apakah alternatif model pengurusan sisa pepejal yang ditawarkan oleh kerajaan negeri? Sekiranya ia tidak menerima akta tersebut? Terima kasih.

Speaker

Banyak soalan, ada tiga.

Terima kasih Paloh atas soalan tambahan. Akta 672, masuk hari ketiga saya menyebut akta 672 ni. Sebelum ini kita hurai-hurainkan secara pendek lah. Dan untuk soalan tambahan ini saya mintak lah sedikit masa untuk memberi penjelasan kepada seluruh ahli yang berhormat berkaitan dengan akta 672.

Speaker

Mintak jawab ya atau tidak Yang Berhormat, bukan penjelasan.

Kerana setiap Ahli Yang Berhormat memahami secara detail kesan daripada penerimaan Akta 672, akta sisa pepejal sampah lah. Pembersihan awam kita dasarnya negeri tidak pernah menolak akta 672 kita tak tolak bahkan semasa mantan Almarhum Tan Sri Dato’ Setia kita menerima. Akta 672. Dan kita telah menjemput Alam Flora. Kalau kita menerima akta 672 kita perlu melantik konsensi yang dilantik oleh pusat iaitu Alam Floral Sdn Bhd untuk menjalankan pembesar awam bagi Pantai Timur dan juga Selangor. Selangor juga tidak menerima akta 672, Pahang terima, Terengganu tidak menerima, Kelantan tidak menerima. Tiga Negeri la tidak menerima Selangor, Pahang dan Kelantan. Kita pun

di Alam Flora buat kerjasama dengan MPKB untuk kajian lah sapa peringkat untuk tandatangan agreement kita KIV akan sampai la ke kita menerima dasar kebersihan negara tapi pelaksanaanya kita perlu bincang atau kita menerima akta 672 yang menjadi apa ni igauan kepada Negeri iaitu sekiranya kita menerima akta 672 Kerajaan Negeri hendaklah memberi kuasa eksekutif kepada pusat untuk melaksanakan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan walaupun satu kuasa implikasi nya bagi negeri yang berdaulat amat besar. Sebab itu masa sesi lepas saya ditanya oleh Kota Lama Akta 672 dan juga adakah negeri bercadang memberi tong sampah isu tong sampah. Isu bukan sampah isu berkeenan kedaulatan. Saya kaitkan dengan Akta pembangun petroleum isu kedaulatan. Akta petroleum kita buat agreement dengan Pusat pada 9 Mei. 75 ada 5 sahaja klausa. 5 klausa 2 muka surat kita sign tapi kesannya sehingga ke hari ini. Dua muka surat sahaja tapi kesan sehingga ke harini. Kita perlu meneliti sebaik mungkin kerana jika kita sign 672 akan menyerahkan kuasa walaupun kuasa Nampak sampah tetapi sampah itu berdaulat. Haa itu masalah dia dok. Siapa daulat? Kedaulatan PBT lah. Kedaulatan ambo lah takut Exco sapoh

Speaker

Bukan kedaulatan sampah

Jawatankuasa, walaupun jawatankuasa sampah pun. Contoh lah kalau kita kata terima 672 dari pihak data tu pun tk kenal alam floral. Kita tok kenal alam flora. Dia akan buat kerja pembersihan jadi kita tok wakil nak tegur pun tokleh nak telefon sampah tu kutip dio tok dengar buoh kita sebab pay master dio pusat tu. Kedaulatan YB terhakis sebab kito hello dok hok sapoh kito selalu. Dia buat pengboikotan. Tokse tohok sampoh seminggu tapi yang membayar dia tu syarikat konsensi. Mugo kita bayar gaji kalau kita tak bayar gaji pekerja. Jadi pekerja pun boikot Kelantan jadi pah 3 hari jadi Kelantan akan jadi darat sampah sungguh la 3 hari tak kutip tu gak nye jadi bergunung lah sapoh menyebabkan darurat lah. Tu antara benda-benda kita kena fikir dan walau bagaimanapun di peringkat

PBT kita kena mengaku kita tidak mampu menguruskan sampah kerana sampah ni tiap hari dibuang. Kalua ikutkan statistic 1 orang rakyat akan buat 1.08 kg, 1kg seorang tiap-tiap hari. Satu hari tu sampah 33 ribu tan, kalau 1,000, 3,000,000.00 seorang rakyat sekilo sampah. Sampah itu bukan hanya isu di Kelantan, lain-lain pun sama jugok Cuma Kelantan ni dio ambik gambar sebelum kutip. Itu masalah. Walau bagaimanapun kita berbincang dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat ada cara. Saya telah sebut semalam dibawah perkara 80 oleh kerana sapoh ni jadual 3 kuasa bersama. Pusat di bawah kerajaan satu negeri. Sebagai contoh semalam kita sebut soal Khadijah. Dia boleh buat pasal kita boleh baiki sampai 7 juta kuasa bersama pasar tu kita punya. Pusat wak bangunan, landscape bandaran kota bharu 40 juta dia kuasa bersama hok pokok kita tanam tu buat projek pusat di tanah negeri begitu juga dengan sampah. Dia boleh berikan geran, geran dan kalau Kelantan ni tak sapa sokmo ni geran pada kita. Saya yakin PBT pakerja PBT kita ni kenal setiap lorong. Lorong ni jalan besar berapo butir tong sapoh dala kawasan tu dia jago. Kalau main konsensi ni 1 @ 2 tahun ni nok kenal lorong ni sesat gitu jah. Jadi pusat bawoh perkara 80 iaitu pusat boleh memberikan membenarkan dana khas kepada negeri 822 dengan syarat negeri hendaklah melaksanakan dasar persekutuan. Negeri memberikan komitemen mengikut dasar persekutuan. Pusat boleh memberi peruntukkan khas untuk memberi dasar-dasar. Ni bagi lah duit 5 juta so PBT, kita atas ada doh khas bilo kito bangun taraf jentera-jentera kita beli baru kita bagi skim baru kutip sapoh kepada pekerja-pekerja kontrak kita maka Kelantan in shaa Allah akan bersih sebagaimana negeri-negeri yang lain. Jadi kita nak cerita sama ada 672 atau 171. Jadi kita InshaaALlah dalam peringkat negeri tidak menolak dan sekarang kita masih lagi menimbang sesuatu semasa. Semua negeri yang belum menerima ada lima lagi negeri sedangkan untuk menimbangkan menerima 672 kerana kos pengurusan sisa pepejal yang semakin meningkat dan dasar-dasar kebersihan peringkat international yang ada SDG sustainable development goal ada ESG pula ada. Kita tak nak negeri Kelantan ketinggalan berbanding dengan negeri lain dan kita ada rundingan-rungdingan dan pada 2 minggu lepas kita ada menjemput pengarah

jabatan pengurusan sisa pembesar awam untuk memberi taklimat kepada MMK Exco kita bersama Dato’ LA kita, Dato’ Kaya Perkasa pun ada JKM pun ada kita menilai sedalam mungkin kesan pada negeri. Pro and cons in shaaallah kalau kita terima pun in shaalah memberi kebaikan. Maknanya kebaikan lebih baik daripada mudarat In Shaa Allah. Itu sahaja.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 6. Terima kasih.

Soalan 6 :

[Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha kerajaan bagi melahirkan belia kalis masa depan sebagaimana di nyatakan dalam pelan strategik Kelantan Future State 2033?]

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Dato’ Speaker, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih juga Yang Berhormat Kuala Balah atas soalan yang ditanya.

Bagi melahirkan generasi muda kalis masa depan pihak Kerajaan telah merangka 3 teras strategik utama iaitu untuk melahirkan belia ataupun generasi masa depan yang mempunyai Qawiyyul Amin. Mempunyai kekuatan yang kompeten dan juga beriman kalau Kelantan kata “ore juruh” lah In-Shaallah kita mahu melahirkan generasi masa depan yang kompeten dan juruh In-Shaallah.

Dan tiga teras utama tersebut ialah pertamanya pembangunan bakat dan kompetensi belia. Yang kedua, memperkukuh kepimpinan anak muda dan yang ketiga untuk pembangunan usahawan belia.

Melalui teras stategik yang pertama iaitu pembangunan bakat dan komptensi belia antar program-program yang telah dianjurkan melalui UBES dan juga agensi-agensi yang lain. Pertamanya Kolej GENTERA (musim ketiga) yang melibatkan anak-anak muda kita belasan tahun sehingga ke 20an. Meet & Greet Siswa Daurah Anak Muda Kelantan, Toleran Mufti, Program Anak Muda Tamu Ramadhan, Program Lawatan Belia ke Sidang DUN dan Parlimen, Hari Anak Muda Kelantan yang menghimpunkan seluruh anak muda dan juga program-program pengisian yang pelbagai. Program Anak Muda berselawat sempena dengan sambutan awal tahun baharu supaya masa yang diisi anak muda dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Dan yang terbaharunya kita telah melancarkan satu program ataupun yang kita namakan Rakan Muda Al-Quran yang mana kita mengharapkan In-ShaaAllah dengan program ini dapat melahirkan generasi anak muda yang memahami dan dapat mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Al-Quran. Melalui strategik yang kedua iaitu memperkukuh kepimpinan anak muda yang kita rancang ataupun yang telah kita adakan antaranya adalah Town Hall Kelantan Generasi Sejahtera yang terbuka kepada seluruh anak-anak muda Kelantan. Yang keduanya, Town Hall Kelantan Future Leaders dimana program ini fokus kepada kepimpinan belia yang melalui pelbagai NGO yang berdaftar melalui ROI ataupun kepimpinan-kepimpinan mahasiswa.

Dan yang ketiga, kita telah memulakan apa yang kita panggil Kelantan Future Leaders Institute melahirkan kepimpinan masa depan dan setakat ini kita telah mengadakan satu program pada Februari atau September? Yang lepas iaitu Kelantan Future Leaders Camp dimana program ini sasaran kita adalah pelajar Tingkatan Empat dan Lima seluruh Kelantan dan juga di luar Kelantan. Anak-anak Kelantan yang berada di sekolah berasrama penuh, MRSM dan sebagainya. Itu adalah sasaran kita. Maknanya ia akan diadakan sewaktu cuti sekolah dan Alhamdulillah program ini mendapat satu sambutan yang cukup baik dimana limit sasaran peserta kita adalah ataupun kapasiti kita adalah 150 orang. Permohonan yang kita terima lebih dari 600, itu menunjukkan minat yang mendalam anak-anak muda dalam kepimpinan.

Dan In-Shaa Allah pada bulan depan kita telah buka iklan untuk pendaftaran 6 sehingg 8 Mei pula kita akan mengadakan Kelantan Future Leaders Boot Camp dan kalau tadi Camp sasaran dia adalah Tingkatan Empat dan Lima. Boot Camp ni sasaran adalah pelajar lepasan SPM dan STPM dan STAM. Yang menunggu result sari duo ni, In-Shaa Allah kita akan mengadakan program Boot Camp ni selama 3 hari bertempat di Bachok dan sasaran kita juga adalah 150 orang berdasarkan kapasiti yang ada. Dan pendaftaran telah dibuka semalam dan In-ShaaAllah dan akan ditutup pada hari Sabtu ni dan seterusnya melalui Kelantan Future Leaders Institute kita akan mengadakan Kelantan Future Leader Academy yang ini adalah sasaran dia adalah pelajar-pelajar di peringkat Univeristi. Kepimpinan-kepimpinan mahasiswa untuk kita develop atau untuk kita garap untuk menjadi pemimpin masa depan Kelantan In-ShaaAllah dan pada masa yang sama juga sekarang ini merancang untuk mengadakan Program Fellow Darul Naim sebagaimana Fellow Perdana di peringkat Persekutuan In- ShaaAllah kita akan mengadakan Program Fellow Darul Naim bagi kepimpinan anak muda yang sudah bergraduasi untuk kita latih untuk berada dalam pentadbiran negeri. In-ShaaAllah di mana Town Hall Kelantan Future Leaders yang telah diadakan di Perdana Leadership Foundation di Kuala Lumpur di mana sasaran dia adalah terdiri daripada kepimpinan anak muda Kelantan sama ada yang berada di Kelantan ataupun yang sedang bertugas di Kuala Lumpur, maknanya walaupun mereka berada di luar Kelantan tetapi mereka jiwa mereka masih bersama kita di Kelantan. In-ShaaAllah. Seterusnya, bagi teras strategik yang ketiga adalah untuk melaksanakan program-program pembangunan usahawan belia. Hokni pun kita nampak lain dari selain yang kepimpinan tadi untuk melahirkan belia kalis masa depan kita perlu belia ataupun anak muda yang mempunyai jati diri yang boleh berdikari sebab itulah program-program yang telah kita adakan adalah Kelantan Youth Leader Digitalprenuer di mana program bersama dengan MDEC bagi melahirkan usahawan digital dan yang keduanya kita mengadakan Kelantan Start Up (K-Start) ini pun ada satu program yang berbentuk bisnes pitching yang mensasarkan anak-anak muda dengan bisnes idea yang kita pilih yang kita select 50 peserta dan dari segi permohonan pun kita menerima banyak jugak kita 300

permohonan kita select kita kriteria dan kita pilih 50 idea yang terbaik dan mereka perlu membuat pitching perlu bersaing untuk mendapat dana dan daripada 50 tadi kita pilih 10 yang terbaik untuk kita groom menjadi usahawan di bawah program K-Start. Program K-Start bermula pada tahun lepas dan In- ShaaAllah kita dalam proses penambahbaikkan dan kita akan teruskan juga pada tahun ini. Dan selain daripada itu pihak Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan jawatankuasa melantik jawatankuasa di bawah perkara 14 dasar anak muda Kelantan (DAMAK) iaitu Majlis Pembangunan Anak Muda Kelantan sebagai pengelola kepada inisiatif Kelantan Future Leaders Institue. Di mana majlis ini pembangunan anak-anak muda Kelantan ini terdiri daripada anak-anak muda yang pelbagai profesyen. Itu yang orang kata sebagai badan ataupun majlis yang akan bertindak sebagai proses program yang berimpak tinggi kepada belia Kelantan. Terima kasih.

Speaker

Silakan, Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Mengenai Kelantan Future Leaders yang dijalankan oleh Kelantan Future Leaders Institute tadi. Saya lihat ianya seiras dengan PLKN kebetulan saya sudah 8 tahun menjadi Ketua Pengarah disitu saya rasa sangat sesuai dijadikan PLKN Kelantan. Soalan saya ialah tentunya kita ingin melihat mekanisma pemantaun ataupun jika kita melihat indicator (KPI) kepada program-program kalau boleh Yang Berhormat sebutkan apakah mekanisma program tadi adalah (KPI) Key-Performance Indicator untuk melihat samaada ia berjaya atau tidak. Terima kasih.

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih Kuala Balah atas soalan tambahannya. Untuk memastikan keberkesanan program-program di bawah Kelantan Future Leaders Institute (KFLI) Kerajaan Negeri melalui seperti yang mana saya sebut tadi Majlis Pembangunan Anak Muda Kelantan (DAMAK) sebagai pelaksanaan tadi bersama dengan Urusetia Belia Dan Sukan Kelantan telah menetapkan pemantauan dan penilaian berasaskan data dan impact

kita melihat penyampaian berasaskan data dan impak diantara mekanisma yang diguna pakai termasuklah pertama sistem bekalan data. Makananya kita telah mewujudkan sistem bekalan data rakyat dan data base dimana kita telah bangunkan system pendaftaran dan pemantaun peserta secara digital melalui laman sesawang yang menjadi pengkalan data raya yang membolehkan menjejak pencapaian dan juga penglibatan mereka dalam program-program TECH. Maksudnya bermula pada program kali ini permohonan dan semua maklumat-maklumat kepimpinan tadi akan kita kumpulakan dalam database tersebut. Dan selepas program pun kita akan pantau sejauh manakah pencapaian mereka dalam pimpinan dan kerjaya dan sebagainya.

Selain daripada itu juga kita mengadakan libat urus bersama agensi strategik sebagai contoh program-program di bawah Kelantan Future Leaders ini juga melibatkan beberapa agensi strategik seperti SPARK, pertubuhan-pertubuhan belia MGBK dan sebagainya termasuk IPTA bagi mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan program-program yang telah dijalankan. Selain daripada itu, program penilaian Impact Assesment., Program-program KFLI ini juga akan juga dinilai melalui temu bual bersama peserta berkenaan soal selidik serta pemerhatian prestasi alumni dalam tempoh semasa dan selepas tamat program. Selain daripada itu, kita juga telah membentuk kumpulan alumni program selepas program-program berjalan peserta akan membentuk alumni sebagai contoh Program Kelantan Future Leaders Camp yang kita telah buat pada Februari lalu satu kumpulan alumni program telah dibentuk dengan nama Future Leaders Institute kohok 1. Kumpulan ini akan bergerak bekerja di dalam satu pasukan untuk membuat satu program dibawah insiatif KFLI yang lain. Maksudnya selepas habis program dia akan habis situ so mereka akan bekerjasama antara mereka dan menganjurkan program-program lain dan In-ShaaAllah pihak Kerajaan Negeri akan bagi sokongan dan bimbingan pada mereka untuk menjalankan program-program tersebut. Seterusnya bagi penerusan kempimpinan tadi kita juga menggalakkan penubuhan Kelab Belia Sejahtera. Jadi In-ShaaAllah peserta-peserta yang terlibat dengan Kelantan Future Leaders tadi untuk bergerak dalam sebuah entiti tadi ataupun organiasai yang berdaftar dengan ROI di

bawah Kementerian Belia dan Sukan. Jadi mereka akan berdaftar distu dan mereka akan terlibat dengan program-program belia juga dan belia-belia lain yang tidak dapat bersama dalam Kelantan Future Leaders Camp manakalan dalam sudut Indicators keberhasilan pulak KPI antara ukuran utama dalam program Kelantan Future Leaders Camp adalah bilangan peserta yang Berjaya menamatkan program dengan cepat dan cemerlang. Peraturan peratusan peserta yang menyambung dalam penglibatan kepimpinan komuniti belia maksudnya selepas mereka tamat program dan kita akan pantau sejauh manakah mereka terlibat dengan program-program ataupun kepimpinan di peringkat sekolah, di peringkat universiti dan juga di peringkat komuniti.

Yang ketiganya, kadar penempatan dalam posisi kepimpinan di peringkat pengajian dan kerjaya. Maksudnya bila kita bercakap tentang Kelantan Future Leaders ni kita bukan bercakap tentang kepimpinan politik. Kita bercakap tentang kepimpinan dalam pentadbiran kita juga bercakap kepimpinan dalam korporat dan kita juga bercakap kepimpinan dalam semua jenis organisasi. Maksudnya tidak terhad kepada bidang politik semata-mata. Dan yang keempatnya kepuasan peserta terhadap keberkesanan modul dan fasilator melalui program yang kita mengadakan skor maklum balas selepas habis program. Jadi dengan pendekatan ini pemantauan program-program ini akan diadakan berterusan dan juga pemantaun terhadap prestasi kepimpinan masa depan ini akan kita pantau dari masa ke semasa supaya InshaaAllah mereka akan dapat membawa inspirasi penghayatan Membangun Bersama Islam. Terima Kasih.

Speaker

Silakan, Galas.

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ucap tahniah lah kepada Yang Berhormat Exco Sukan, Belia dan Sukan di atas segala perancangan yang telah pun dilaporkan sebentar tadi. Di saat negeri lain sedang agresif melatih belia mereka dalam bidang artificial intelligence, robotic, pertanian pintar dan juga pemasaran digital. Apakah langkah konkrit

yang telahpun yang diambil oleh Kerajaan Negeri kita bagi memastikan belia Kelantan kita tidak terpinggir dalam hal ini atau menjadi penonton tetap kepada perkara ini. Dan adakah telah wujud dana belia digital di negeri Kelantan kita ini. Dan sekiranya masih belum saya mencadangkan supaya Dana Belia Digital ini diwujudkan dan melantik ikon-ikon anak Kelantan yang berjaya sebagai Digital Content Creator seperti Khairul Aming yang merupakan antara berjaya dalam negara kita. Terima kasih.

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Galas dan secara asalnya apabila kita bercakap tentang pencapaian secara khusus iaitu akan di bawah Exco Pendidikan. Jaid maksudnya di bawah secara khususnya tetapi bercakap tentang Belia secara umumnya di bawah Exco Belia kita saya sebut tadi kita mengadakan program Kelantan Digital Preneur yang memang fokus ini kepada Pembangunan Usahawan-usahawan digital yang mana sebagaimana saya sebut tadi yang mana ini kita bekerjasama dengan MDEC yang merupakan antara badan ataupun agensi digital negara dan khusus ini melibatkan mereka melatih belia-belia ini untuk terlibat dalam dgital bisnes. Itu antaranya lah so selain daripada itu sebagaimana yang sebut tadi program K-Start Up. K-Start Up ni kalau kita tengok antara pemenang yang menang sesi lepas adalah dia ni mencipta robot sendiri maksudnya ialah kita dalam program bisness pitching tadi pelbagai inovasi dan sebagainya dan antara yang saya sebut tadi yang memenangi sesi lepas dia adalah buat robot dan dia merupakan pegawai PPD maknanya Cikgu hok buat robot tu. Itu satu. Yang kedua yang memang seisi lepas adalah dia membuat satu aplikasi online makusdnya soalan yang ditimbul tadi dana-dana kepada usahawan digital tadi sudah masuk ke dalam program kita Kelantan Future.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Panau.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, nombor 8 selepas nombor 7 mohon jawapan soalan nombor 7. Soalan 7 : [Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah Kerajaan untuk memperelokkan Tapak warisan dan pelancongan di Negeri Kelantan?]

Speaker

Pelik pantun pun.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Panau yang bertanya mengenai langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk memelihara dan menjaga tapak warisan di Kelantan ni. Tapak warisan ni boleh kita fahami dengan maksud sesuatu kawasan yang mana pertamanya mempunyai nilai sejarah. Yang kedua mempunyai nilai arkeologi dan yang ketiganya yang mempunyai kepentingan ekologi. Dan ini yang mana-mana satu ada nilai ini boleh lah kita anggap ia sebagai warisan tapak lah tapak warisan kita. Jadi persehubungan dengan itu ada beberapa kawasan yang kita kenal pasti sebagai tapak warisan yang dijaga dan juga dipelihara oleh kerajaan. Yang pertamanya yang berkenaan dengan tapak yang ada kepentingannya ekologi. Kita Kerajaan telah mewartakan dan kawasan-kawasan di beberapa tempat di Kuala Krai di Jeli dan di Gua Musang untuk warkan ini. Di bawah EKO PARK. Itu kepentingan EKOLOGI dan kebetulan pula

banyak kawasan dilindungi oleh dengan penetapan dan kawasan hutan simpang di Jeli dan di Kuala Krai dan di Gua Musang. Jadi tak boleh usik lah kawasan ini. Kemudian yang ada sejarah ada beberapa tempat di Kota Bharu ada tempat pendaratan tentera Jepun di Pantai Tok Aman. Malangnya tapok tu tepat tu sudah hamper 2kilometer dengan duk dale laut doh. Jadi tokleh nok buat gapo doh tu di tapok tu. Tinggal lagi pihak Kerajaan Negeri (MPKB) yang telah buat satu tunggul kecil bagi memperingati kawasan itu sebagai kawasan yang mula-mula tentera Jepun menjejak kakinya dalam peperangan dunia yang kedua menyerang tanah melayu pada masa tu. Since it’s the first point to landing, sebelum ia mara ke Selatan. Kemudian berkaitan dengan sejarah perang juga. Kita terdapat beberapa kawasan yang terbina kubu tentera british dan tentera Jepun. Di Kota Bharu di belake Grand River View Hotel, Hotel Grand River View tapi terbiar. Tapi saya lihat ianya hampir-hampir sudah tidak dikenali sebagai kubu lagi. Jadi ini sedang kita bawa kepada pengetahuan Pejabat Warisan Negara, Muzium dan juga MPKB untuk melihat bagaimana kita nak baik pulih kubu tersebut. Juga kubu yang dipercayai dibuat oleh British di Pantai Bachok, Pantai Melawi dan di Pasir Puteh Dalam Ru. Malangnya kesemuanya ini berada di tengah laut sekarang ini. Ada beberapa tapak lagi yang sedang dalam kajian dan pertimbangan untuk kita angkat sebagai tapak warisan.

Yang pertamanya, tapak Bukit Marak yang dikaitkan dengan penempatan Puteri Saadong. Ini suatu hal yang agak rumit kerana dia banyak bercampur fakta hok kita tak tahu ada yang bersifat fakta dan ada yang bersifat mitos di situ. But it doesn’t matter asalkan ia menjadi tarikan pelancongan, kita boleh guna dengan sama lah dengan Hang Tuah. Apa namanya, orang mempersoalkan Hang Tuah ada ke tidak. Tapi doesn’t matter dunia begitu lah fitrahnya jadi di tempat dia perigi rumah juga kita bina dan jaga. Dan kata sama lah juga dengan Puteri Saadong, sekarang dimajukan oleh pihak swasta dan kebanyakan kawasannya telah diberi milik dan kepada individu dan disekeliling Bukit Marak itu ada satu development project oleh pihak swasta. Juga untuk tujuan pelancongan.

Kemudian satu lagi tapak pertempuran tentera British dengan Kumpulan Penentang Penjajahan yang diketuai oleh Tok Janggut telah kita kenal pasti di Kampung Saring, Pasir Puteh. Jadi Kerajaan mempunyai hasrat untuk membina satu Galeri disitu. In-ShaaAllah sebagai tapak warisan kita. Lagi satu ialah di pertengahan Sungai Kelantan katanya terdapat satu kawasan yang dipercayai kapal yang membawa bunga emas sebagai ufti kepada Kerajaan Siam di Bangkok tu telah tenggelam jadi dipercayai bunga emas dan lain-lain harta semuanya dalam itu. Usaha apa namanya yang kita dibuat mengenal pasti ini telah dijlankan oleh beberapa pihak tapi sampai sekarang pun belum jumpa jumpa lagi lah. Jadi kita sedang menunggu jugak lah di mana ada terdapat rangka kapal ke apa. Kita akan mengambil tindakan segera selanjutnya. Kemudian di Bukit Panau ni YB Bukit Panau dia tanya soalan tadi saya ada sebut juga terdapat disitu tapaknya dinosaur kaki dinasour. Jadi satu hal yang penting I mean sangat interesting kalau kita kaitkan dengan yang Gua Keledung di Nenggiri kita jumpa rangka manusia yang complete yang umurnya 12 000 tahun dan zaman dinasour ialah zaman ini lah. Masa ribuan tahun lah. That is dinasour age lah. Tapaknya berada di Bukit Panau lah, tapak kaki tapi malangnya kita tidak dapat sahkan lagi. Kita napok bekas jah, kalu ado fossil gak. Kalau fossil tu ertinya ketinggalan tulang-tulang ni semua then kita boleh hantar ke Amerika untuk buat carbon dating tapi kita belum punyai bukti itu. Apapun untuk tujuan pelancongan kita tak payah tunggu fakta tu betul betul. Ada yang menarik kita boleh guna je terus. In-ShaaAllah ni sedang kita dipertimbangkan. Jadi kesemua ini menjadi aset kita dan aset warisan ni bukan sahaja terhad kepada tapak tapi juga kepada Pembangunan struktur juga kegiatan budayaan, adat resam segala macam warisan Yang Berhormat Dato’ Speaker terbahagi kepada tangible dan intangible. Intangible ni benda yang boleh kita pegang, kita nampak semuanya. Yang intangible ni yang tidak berbentuk tapi pergerakkan, persembahan macam persembahan kebudayaan kita, tarian ke persembahan teater ke wayang kulit ke ikutlah itu semua intangible dan ini semua menjadi aset kebudayaan kita dan tapi malangnya kita belum ada enakmen undang-undang yang boelh menjaga kesemua ni yang boleh lindungi daripada pencerobohan ataupun yang boleh melindungi daripada pengakuan

orang lain bahawa ini milik mereka jadi untuk tujuan itu. Pihak Berkuasa Negeri telah memberi persetujuan daripada asalnya untuk kita menggubal Undang-Undang Warisan Negeri. Selaras dengan akta di peringkat negara. Peringkat negara sudah ada Akta Heritage Act di peringkat negeri Kelantan ni belum ada satu-satunya negeri yang belum ada Enakmen Melindungi Harta Warisan Negeri kita. So In-ShaaAllah dalam persiapan draf buleh jadi kalau LA, Yang Berhormat LA kita yang akan bertanggungjawab dalam mengenai hal ini. Dia siap saja kita akan bagi notis lah untuk kita bentang kepada dewan ini pada masa yang akan datang. In-ShaaAllah, terima kasih.

Speaker

Silakan Bukit Panau.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya di dalam rujukan saya tengok pada penggal yang kesembilan penggal yang kesembilan di dalam dewan ini telah dinyatakan Bukit Panau setuju diwartakan sebagai satu daripada tapak warisan dan pada Penggal Yang Keduabelas kita telah mintak DO Ketua Jajahan Pasir Mas untuk mengangkat Bukit Panau itu untuk dijadikan tapak warisan. Dan kita telah menghantar kesemua hak milik pada masa itu jadi sehingga hari ini kita belum dapat jawapan yang dituntas lah mengenai status tapak warisan. Kesemua ini kita maklumi saya bertemu dengan keluarga Wali Songo yang datang bermesyuarat di Masjid Shah Alam selepas dari mesyuarat mereka datang ke Kelantan, datang ke Kelantan dan pergi ke Bukit Panau. Tapi apabila ditanya dia kata Wali Songo berguru ingin bertapa di situ. Jadi dia mintak supaya kita ambik langkah-langkah satu untuk jadikan Bukit Panau satu tempat rujukan dan sebleum ni kita pun tahu Bukit Panau juga adalah tempat seni silat sekebun. Seni Silat Sekebun yang Tok Guru dan kuburnya ada di sana. Kita juga dimaklumkan dibahawa kta boleh jadi rujukan dan pada penggal yang kesebelas saya pernah menaja seorang untuk membuat PHD mengenai Bukit Panau dengan mengambil rujukan-rujukan buku pada Allahyarham mengenai Bukit Panau yang sangat banyak mengenai Puteri Saadong, Hang Tuah, semua seperti yang dimaklum oleh Tok Guru Hang Tuah apa Adi Putera yang di Bukit Panau dan banyak lagi yang

mengharapkan salah satunya tapak fossil dinasour. Kita tidak dapat sedangkan itu ialah buat kajian oleh Falkulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan. Jadi saya ingin tahu apakah langkah-langkah seterusnya pihak Kerajaan memanfaatkan kajian-kajian yang telah dibuat oleh UMK dan adakah Kerajaan juga ingin bersama-sama membuat kajian selanjutnya mengesahkan dakwaan-dakwaan mengenai Wali Songo, Hang Tuah, Seni Silat Sekebun. Dan untuk makluman Dewan Negeri Yang Berhormat Dato’ Speaker perkara ini kita bawa kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd untuk kita naikkan stesen kereta api di Bukit Panau untuk jadikan tempat Train To Bukit Panau setelah kita masyhur dengan Train To Dabong. Jadi mohon penjelasan.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Panau atas penjelasan yang sifat sejarah yang saya malangnya tidak dapat maklumat-maklumat itu ya. Jadi sekarang ini sudah dapat maklumat banyak jadi inshaalalah kita akan buat. Kerja-kerja susulan mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang dikatakan terlibat dalam kajian yang dikatakan tadi UMK.

Okay, InshaaAllah kita akan rujuk kepada mereka kalau dapat butir-butir siapa Professor mana yang buat tu lebih senang lah. Yang keduanya tentang kerjasama dengan Kereta Api Tanah Melayu saya difahamkan kereta api sudah berhenti disitu dan memang ada rancangan untuk kita memanfaatkan pengunjung-pengunjung yang berhenti nanti kita akan mempromosikan Bukit Panau untuk berhenti di Station Bukit Panau untuk dia melibatkan dalam pelbagai kegiatan. Sedang dirancang oleh kedua-dua Majlis Daerah Tanah Merah dengan Pasir Mas untuk tujuan itu. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Manek Urai.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 8. Soalan 8 : [Minta YAB Ustaz Dato Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, perkembangan terkini projek lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Sg Peria Ke Kg Laloh.]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhromat Dato’ Speaker, terima kasih Manek Urai. Pakej ini antara pakej yang ore panggil sakut. Sakut diretender semula dan sekarang ini diretender semula oleh syarikat baharu yang kita telah bagi dan telah dimasuk tapak dan dijangka akan siap tahun 2028. Dan ini antara pakej yang tergendala. Terima kasih.

Speaker

Silakan Mengekabang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Memandangkan projek CSR ni Sungai Peria ke Kg Laloh berpontensi untuk menjadi koridor strategi di kawasan daerah Kuala Krai adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan Zon Pertumbuhan Baru ataupun Pusat Ekonomi Desa di sepanjang laluan tersebut seperti Hub Pelancongan Desa agar lebuhraya ini bukan sekadar laluan transit tapi turut membawa limpahan ekonomi langsung kepada rakyat di luar bandar. Terima kasih.

Terima kasih Mengkebang. Jawapan ringkas dia gak setuju lah Mengkebang. Seperti mana Mengkebang royak lah bila ada CSR ni pastinya ia akan berlaku limpahan ekonomi di sepanjang jalan-jalan CSR ni. Dia sejarah pun gitu doh perkembangan-perkembangan kampung dan bandar ni bermula dengan perkembangan jalan sistem pengangkutan. Jadi antara perancangan dan cadangan Kerajaan Negeri terhadap pakej-pakej ataupun CSR ini ialah pertamanya zon pertumbuhan baru kajian awal telah dicadangkan bagi mengenal pasti beberapa lokasi strategik sepanjang laluan CSR yang boleh bangunkan sebagai zon pertumbuhan baru khususnya di kawasan yang berpotensi pertanian pelancongan dan logistik. Yang kedua hub agro industri dan produk desa, Kerajaan Negeri melalui kerjasama agensi akan mengenal pasti kawasan sesuai untuk pembangunan hub agro industri, pasar tani kekal dan pusat pemprosesan hasil tani ini akan memudahkan pemasaran produk tempatan dan menjana peluang pekerjaan. Jadi perkara-perkara ini akan dibincangkan antara kita dengan exco-exco yang berkaitan. Dalam kita nak membanguni berkaitan ekonomi dan sebagainya. Dan yang ketiga hentian desa dan ecopelacongan beberapa kawasan yang berdekatan dengan tarikan semulajadi seperi sungai, hutan dan perkampungan tradisi akan dkenal pasti untuk dijadikan hentian desa pelancongan yang lengkap dengan fasiliti asas seperti kedai kraftangan dan makanan tradisional dan pusat informasi pelawat. Insiatif jangka sederhana dan panjang semua cadangan ini akan dimasukkan dalam perancangan pembangunan fizikal negeri dan diperincikan melalui kerajaan tempatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan sokongan teknikal UPEN, PLAN Malaysia dan agensi-agens yang berkaitan. Kerajaan Negeri menyambut baik sebarang kerjasama dan sokongan dari kerajaan negeri persekutuan serta pelabur swasta bagi memastikan tengah di antara menjadi pemacu pertbuhan ekonomi di desa. Yang mampan dan berdaya sain dan sEiring dengan dasar Kelantan Maju Rakyat Sejahtera. Terima kasih.

Speaker

Manek Urai.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya sokongan guna tanah sepanjang jajaran CRR dirancang bagi meransang pertumbuhan industri luar bandar. Terima kasih.

Terima kasih Manek Urai, saya rasa soalan Manek Urai tu soalan yang bertindih dengan soalan ini. Apapun Kerajaan Negeri seperti mana Mengkebang rasa bahawa jajahan sekarang ini perlu dibangunkan bagi meningkatkan hok tadi sama ada pelancongan, pertanian, ekonomi dan sebagainya. Dan perkara ini dimasukkan atau dibincangkan dalam forum-forum yang berkaitan dengan portfoilo-portfolio masing-masing. Dan In-ShaaAllah benda ini akan dipandu oleh UPEN. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Dabong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 9. Soalan 9 [Minta YAB Ustaz Dato Panglima Perang Menteri Besar nyatakan. Apakah inisiatif bagi membantu petani, penternak dan usahawan Agro menembusi pasaran luar negeri?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Dabong. Pihak Kerajaan Negeri sentiasa membantu para pemain industri pertanian dalam menembusi sasaran luar melalui jabatan dan agensi serta negeri dan bersekutuan serta GLC negeri. Antaranya memperkenal dan memasarkan produk industri agro makanan di beberapa ekspo dan pameran pertanian, hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang melibatkan penyertaan pempamer dan pengunjung luar negara selain penyertaan lain penyertaan serta ekspo di luar negeri seperti Asean Halal Expo (AHEX) di Thailand dan Malaysia Fest di Singapura. Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Jabatan Perkhidmatan Verterinar dan lain-lain jabatan telah bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan pelbagai inisiatif membantu para petani, penternak dan usahawan agro Malaysia menembusi pasaran luar negara. Antaranya melaksanakan beberapa program berikut Pemasaran Rentas Negeri Dan Antarabangsa Jabatan dan FAMA tadi mengadakan program pemasaran bagi agromakanan seperti membantu memasarkan 170 tan metric tembikai wangi dari Kampung Banggol ke Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pembangunan Produk dan Pemasaran Jabatan Dan FAMA membantu pengusaha produk industri berasas tani beraspek penjenamaan, pelabelan, pembungkusan dan pensijilan produk. Kerjasama dengan agensi seperti MARDI dan Jabatan Kesihatan memastikan produk memenuhi piawaian untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Yang ketiga, Penganjuran Program Pemasaran dan Pameran jabatan-jabatan yang berkaitan FAMA menganjurkan program seperti Agro Madani dan FAMA Fest untuk mempromosikan produk agro kepada pengguna. Program ini juga membantu usahawan memperluas jaringan pemasaran dan meningkatkan keterbilatan produk mereka.

Yang keempat bantuan geran dan infrastruktur melalui Geran Agroprenur Muda dan FAMA menyediakan bantuan kewangan untuk usahawan muda dalam sektor pertanian. Selain itu, bantuan seperti peralatan sokongan pemasaran dan pelekat label ditawarkan untuk meningkatkan kualiti dan kaedah pemasaran produk. Yang kelima kerjasama dengan Agensi Swasta FAMA bekerjasama dengan Petronas Dagangan untuk membantu usahawan IKS meluaskan pemasaran produk ke rangkaian Kedai Mesra Petronas terpilih di negeri Kelantan. Melalui kerjasama ini seramai 10 orang usahawan yang telah berjaya memasarkan produk ke rangkaian outlet ini telah membantu mengembangkan lagi perniagaan dan meningkatkan pendapatan mereka.

Yang keenam Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) pada 27 Oktober 2024 FAMA Kelantan telah melatih 150 pelajar dari Universiti Awam, Kolej Komuniti, Politeknik dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di negeri ini. Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran pemasaran digital dalam kalangan generasi muda memboleh menjana pendapatan melalui platform Agrobazaaronline dalam talian. Begitu juga dengan Program ‘Agromarketing Masterclass: Tiktok Shop Edition’ FAMA Kelantan bekerjasama dengan Tiktop Shop dari Jun hingga November 2024 untuk meningkatkan literasi digital dan kemahiran pemasaran di kalangan usahawan tempatan. Dan kita tengok banyak lah syarikat-syarikat yang terlibat masuk ni. Pada tahun 2024 FAMA Kelantan menganjur khusus Pemasaran Digital, Penggunaan Platform Tiktok, Copywriting Reka Bentuk menggunakan Canva sebelum ini diadakan di RTC FAMA Kota Bharu Kelantan bertujuan membantu usahawan memanfaatkan Tiktok sebagai alat pemasaran efektif. Sebanyak 80 syarikat berdaftar FAMA di seluruh Malaysia, termasuk 3 usahawan dari Kelantan terlibat ini iaitu Chef Ustazah, Maruku Hanars dan Corndog Anak Ramai. Hasilnya, program ini berjaya meraih jualan RM 4 juta ringgit, Malaysia melepasi sasaran RM 3 juta yang ditetapkan. Itulah beberapa usaha yang kita buat selain ada lagi kita merancang dengan produk di peringkat Asean Global dalam Program IDEAS Malaysia yang dianjurkan oleh ASEAN-Korea Cooperation Fund. Melalui inisiatif-

inisiatif ini lah, produk-produk kita ke pasaran luar In-ShaaAllah. Terima kasih.

Speaker

Sila, Dabong.

Saya mengambil peluang mengucapkan jutaan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jabatan Pertanian Negeri Kelantan kerana telah menyediakan platform Pasar Rakyat Kelantan Agro bulan Ramadhan yang lepas. Soalannya bagaimanakah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan akan berfungsi dalam merancakkan agenda pemasaran produk hiliran pertanian di Negeri Kelantan?

Terima kasih soalan tambahan Dabong. Yang Berhormat Dato’ Speaker Alhamdulillah di bulan Ramadhan baru ni kita sempat mengadakan dua pusingan, dua kali lah di sepuluh jajahan di pertengahan Ramadhan dan juga di penghujung Ramadhan Sempena Hari Lebaran dan Perayaan. Jadi Pasar Rakyat Agro ni bukan hanya di bulan Ramadhan, kita telah memulakannya sejak 5 tahun yang lalu. Maknanya kita telah turun ke kawasan-kawasan yang tertentu dan terpilih untuk memberi masyarakat mendapat barang-barang keperluan harian dengan harga yang lebih murah ada subsidi atau bantuan Kerajaan Negeri Kelantan. Dengan di mana adanya Pasar Rakyat Agro ni produk-produk pasaran kita ni dapat dipasarkan dan dengan adanya Pasar Rakyat Agro produk mereka dapat berkembang. In-ShaaAllah kita mahu pihak Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan terus berusaha untuk meningkatkan ‘downstream’ kepada ‘upstream’ supaya semua produk tadi boleh berkembang dengan baik dan usahawan kita rasa lebih lega lah. Dengan kerjasama perbadanan ini, produk mereka boleh dijenamakan dengan jenama KelAgro. Maknanya dengan masuk di bawah usahawan di Kelantan dekat dengan Masjid Muhammadi tu, KALAFEST Kala dan sebagainya produk-produk ini juga dibawa ke luar negara dan juga ke luar negeri melalui perbadanan dan FAMA tadi. In-ShaaAllah. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang persidangan ini berlansung. Semoga segala teguran, buah fikiran yang dikemukan akan menjadi asbab kepada kemajuan dan pembangunan Negeri Kelantan yang kita kasihi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Undangan Negeri dan para hadirin dipersilakan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kompleks Kota Darul Naim dan Puspanita Negeri Kelantan yang bermula jam 10.30 pagi ini bertempat di Plaza Kompleks Kota Darul Naim. Marilah kita mengakhiri persidangan kali ini dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al- Asr. Persidangan akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terima kasih.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.34 PAGI DAN AKAN BERSIDANG PADA SUATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK.