Kelantan · 21 July 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 135 turns · 12,336 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻪ ﺑﺮﻛﺎﺗ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas. …… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا

Doa

Setiausaha

[ SAMBIL BERDIRI ]

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Doa.

Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Pertama, Bagi Tempoh Penggal Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelantan Kelimabelas

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Pertama, Bagi Tempoh Penggal Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelantan Kelimabelas.

Speaker

Minta cadangan. Gual Periok…

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Peringatan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Kali Yang Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis 22, 23, 24, dan 25 Syawal bersamaan dengan 1446 Hijriah bersamaan dengan 21hb, 22hb, 23hb, dan 24hb April 2025 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.

Speaker

Sokongan ? Bunut Payong..

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peringatan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas yang telah diadakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis, 22, 23, 24, dan 25 Syawal 1446 Hijriah bersamaan 21, 22, 23, dan 24 April 2025 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan. Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK.”

Dipersetujukan.

Peringatan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari

Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis, 22, 23, 24, dan 25 Syawal 1446 Hijriah bersamaan 21, 22, 23, dan 24 April 2025 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.

Ucapan Yb Dato’ Speaker

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Ucapan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat Allah SWT, Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas dapat diadakan pada hari ini. Terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang memberi kerjasama dalam menyediakan soalan-soalan yang dikemukan sama ada soalan bertulis mahupun soalan lisan. Terima kasih.

Kertas-Kertas Yang Dibentang Di Atas Meja

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Keempat, Kertas-Kertas Yang Dibentangkan Di Atas Meja. Kertas-kertas tersebut ialah Kertas Dewan Bil.13 Tahun 2025 hingga Kertas Dewan Bil.15 Tahun 2025 sebagaimana yang dibentang di atas meja di hadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

1. Kertas Dewan Bil.13/2025 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Gua Musang Bagi Tahun 2023.

2. Kertas Dewan Bil.14/2025 .. Penyata Kewangan Yayasan Islam Kelantan Bagi Tahun berakhir 31 Disember 2023.

3. Kertas Dewan Bil.15/2025 .. Penyata Kewangan Yayasan Kelantan Darulnaim Bagi Tahun berakhir 31 Disember 2023.

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kelima, Soalan-Soalan Yang Diberitahu.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha

Soalan-soalan oleh:

YB TUAN HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB TUAN HJ NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB PUAN DR HAFIDZAH BINTI HJ MUSTAKIM YB TUAN SHAARI BIN MAT YAMAN YB TUAN HJ ZURAIDIN BIN ABDULLAH YB TUAN KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD YB DATO’ HJ ABDUL RAHMAN BIN YUNUS YB TUAN HJ MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN YB TUAN BAHARI BIN MOHAMAD NOR YB TUAN HJ AZHAR BIN SALLEH YB DATO’ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YB TUAN HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YB TUAN MOHD AZMAWI FIKRI BIN HJ ABDUL GHANI YB TUAN MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM

Jawapan-jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah sebagaimana yang dibentang di atas meja di hadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions

Speaker

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon jawapan bagi soalan saya nombor 1.

Soalan 1 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, berapakah keluasan Tanah Rizab Melayu yang masih ada di Kelantan dan apakah perancangan untuk membangunkan Tanah Rizab tersebut. ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Bunut Payong yang mengemukakan soalan.

ل ﺗﻌﺎ ﷲ ل ﻗﺎ ِ ِ ِ ِ ﻪ ﻴ َ ﻟ إِ ا ﻮ ﻮﺑ ﺗ ﱠ ﰒ ُ ﻩ ﺮ ﻔ ﻐ ﺘ ﺎﺳ ﻓ ﺎ ﻴﻬ ﻓ ﻢ ﻛ ُ ﺮ ﻤ ﻌ ﺘ ﺳ ﻷ ْ ا ﻦ ﻣ ﻢ ُ ﻛ َ ﺄ ﺸ ْ ﻧ أَ ﻮ ﻫ ْ ُ ُ ُ ُو ْ ـَ ْ َ َ ْ َ ْ ـَ ْ وَا َرْضِ َ ْ َ َ ُ َ ﻴﺐ ﳎ ﻳﺐ ِ ﺮ ﻗ ﰊ ﱠ ُِ َ ٌإِن ٌ ِّ رَ Maksudnya : Dia lah Allah yang mencipta kamu daripada tanah dan ia memerintah supaya kau membangunkan tanah yakni bumi ini. Kemudian hendak lah kamu sentiasa memohon keampunan kepada-Nya dan kembali bertaubat kepada-Nya, sesungguhnya Tuhanku amat dekat rahmat-Nya dan amat memperkenankan segala doa-doa permohonan hamba-hamba-Nya.

Seluruh Negeri Kelantan telah diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu sebagaimana Warta Kerajaan No. 2044/2020 melainkan sebahagian kecil sahaja yang dikekalkan sebagai luar rizab Melayu. Keluasan tanah rizab Melayu adalah 1,361,114 hektar. Sehubungan dengan itu, semua perancangan pembangunan hampir keseluruhannya melibatkan tanah rizab Melayu memandangkan peratusan rizab Melayu dianggarkan 91.1 % daripada keseluruhan keluasan Negeri Kelantan.

Antara pendekatan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan tersebut yakni bangunan tanah rizab tersebut ialah:

i. Yang pertama, melaksanakan polisi terbuka untuk pembangunan impak tinggi bagi mana-mana pelabur.

ii. Yang kedua, polisi pengekalan tanah rizab Melayu dimana sebarang pembangunan tidak menjejaskan atau mengurangkan keluasan tanah rizab Melayu.

iii. Dan ketiga, pembangunan atas tanah rizab Melayu boleh dilaksanakan setelah mendapat kelulusan projek daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Sekian.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas jawapan daripada pihak Kerajaan. Soalan tambahan saya apakah pendekatan strategik Kerajaan Negeri dalam membangunkan tanah rizab Melayu sebagai projek berimpak tinggi.

Telah pun dijawab sekejap tadi.

Speaker

Sila... Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya sejauh mana perbandingan keluasan tanah rizab Melayu Kelantan berbanding dengan tanah rizab Melayu di negeri-negeri semenanjung lain. Terima kasih.

Terima kasih. Berdasarkan penelitian saya berkaitan perbandingan keluasan tanah rizab Melayu bagi seluruh negeri di semenanjung Malaysia adalah menunjukkan bahawa Negeri Kelantan merupakan negeri yang tertinggi dengan keluasan yang saya sebutkan sebentar tadi iaitu 1,361,114 hektar. Angka ini jauh meninggalkan negeri lain seperti Perak, Johor serta Pahang. Kalau kita lihat tanah rizab Melayu di Perak 955 587.80 hektar. Manakala Negeri Perak bukan Negeri Perak, Negeri Kedah 829 782.06 hektar, Negeri Johor tanah rizab Melayu 561 787.83 hektar, Negeri Pahang 444 074.90 hektar. Negeri lain tu lebih-lebih sikit lah, maknanya Alhamdulillah kita Kelantan yang paling tinggi tanah rizab Melayu. Negeri lain tu rendah lah saya tak payah sebut lah. Sekian.

Speaker

Galas, soalan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya ucap tahniah lah kepada Yang Amat Berhormat MB kerana Kelantan rekod miliki tanah rizab Melayu tertinggi dalam negara kita. Kita di Kelantan Yang Berhormat ada memberikan konsesi ladang hutan, lombong, kuari, ladang sawit dan ladang musang king dan ia dibuat melalui kaedah

pajakan atau hak penggunaan eksklusif kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat yang kebanyakannya bukan Melayu bumiputera anak Kelantan. Pajakan pula ada 30 tahun, ada 60 tahun.

Soalan saya adakah tanah-tanah ini termasuk juga dalam pengiraan keluasan tanah rizab Melayu Kelantan. Saya ambik contoh pajakan melalui land exclusive usage title Tanah Ladang Rakyat kepada syarikat milik Tan Kit Yong selama 60 tahun seluas 174 hektar dan 63.5 hektar. Adakah ini juga termasuk dalam kiraan keluasan tanah rizab Melayu serta adakah terdapat tanah rizab Melayu yang telah ditukar statusnya kepada bukan pemilikan Melayu atas alasan pembangunan di Negeri Kelantan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Galas. Kita apa nama ni memang termasuk ladang-ladang yang dibangunkan status tanah rizab Melayu kita bagi tempoh pajakan penggunaan sahaja tapi status tetap tanah rizab Melayu. Kita tak ubah lah, masih tanah rizab Melayu. Maknanya selepas daripada pajakan itu habis, dia jadi hak kerajaan dan masih tanah rizab Melayu. Kita bagi 30 tahun, habis 30 tahun itu hak kita. Sama ada Kerajaan nak sambung atau tidak itu terpulang kepada Kerajaan semasa lah. Kita bagi 60 tahun makna masih statusnya tanah rizab Melayu, kemudian bila habis tempoh itu kalau kita tidak sambung maknanya itu menjadi hak Kerajaan. Sambung atau tidak itu terpulang kepada Kerajaan pada waktu itu. Sekian.

Speaker

Pasir Tumboh.

Dato' Haji Abd Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya mempertahankan tanah rizab Melayu yang paling luas dalam Malaysia. Kalau mengikut kenyataan yang telah diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan saya nya ialah mengenai kaitan isu ini bagaimana pula kah dasar Kerajaan Negeri yang melibatkan masyarakat Orang Asli, kedudukan masyarakat Orang Asli mengenai hal tanah ini.

Kerajaan Negeri sentiasa cakna terhadap pemberi milikan tanah pada rakyat termasuk juga kepada Orang Asli lah. Tentang masyarakat Orang Asli sebagaimana pendirian yang ditegaskan oleh pihak Kerajaan sebelum daripada ini, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli termasuk mengambil langkah mewartakan penempatan dan kawasan rayau bagi Orang-orang Asli. Pewartaan dibuat menerusi peruntukan perizaban dibawah Kanun Tanah Negara 1965 yang membenarkan Orang Asli menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang gangguan. Ini adalah sebagaimana yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965, Akta Orang Asli 1954 serta enakmen-enakmen Negeri Kelantan yang berkaitan. Sekian.

Speaker

Kota Lama.

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Tahniah juga kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana memiliki pemilikan tanah rizab Melayu antara tertinggi. Cuma daripada jawapan tadi bukankah ia agak mengelirukan bahawa kita ni ada yang terbesar tetapi hakikatnya ia dimajukan atau dipajakan oleh

orang lain. Jadi saya nak minta jawapan sama ada apakah strategi Kerajaan Negeri dalam memastikan apabila kita pajakkan kepada bangsa lain ia sebenarnya memberikan kepentingan atau menjaga kepentingan sosio-ekonomi rakyat kita. Dan saya juga nak bertanya sama ada Kerajaan Negeri ada tak senarai tanah-tanah kita yang sebenarnya diberi atau dibeli oleh orang lain menggunakan proxy nama orang Melayu di negeri kita. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Lama. Sebenarnya saya nak perbetulkan kita tidak jual tanah kepada bangsa lain, apa yang ada dipajak. Jadi kita nak membangunkan negeri ini memang kita buka kepada pelabur sama ada bumiputera ataupun tidak bumiputera. Ini dasar seluruh negara, jadi jangan lah nak membebankan dah lah tanah rizab Melayu kita paling luas, nak buat syarat kita di Kelantan ini tidak bumiputera tidak boleh melabur tidak boleh. Ini dasar seluruh negara, jadi kita… kita bagi pajakan, setelah habis tempoh pajakan tanah itu menjadi milik kita semula dan kita tidak tukar status. Maknanya statusnya tetap tanah rizab Melayu, jadi soal jual tak berbangkit, kita tak jual. Pajak… pajak dengan jual ni dua istilah yang jauh berlainan sebagaimana sebelah sana dengan sebelah sini jauh. Sekian.

Speaker

Okay sila Jelawat.

Terima kasih Dato’ Speaker. Berdasarkan kepada statistik tentang keluasan tanah rizab Melayu yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi setuju dengan saya, saya katakan bahawa sesungguhnya Kelantan adalah negeri yang terbaik yang menjaga kepentingan orang Melayu di Malaysia ini berbanding dengan negeri-negeri lain. Setuju ataupun tidak dengan saya ?

Saya rasa soalan itu patut orang lain jawab lah. Jadi kalu saya jawab takut ore kato masuk alik bakul angkat sendiri… tok molek pulok.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 2. Soalan 2 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perancangan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan pembangunan di sekitar projek keretapi laju ECRL dari segi indastri perkilangan dan pembuatan yang bakal melonjakkan ekonomi negeri Kelantan. ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kelaboran. Sebelum daripada itu mungkin saya rasa pihak teknikal mungkin boleh betulkan sikit mikrofon sebab suasan agak kurang jelas, mungkin dari sudut balance dia boleh betulkan sikit sebab kadang-kadang soalan yang

ditanya kita tak berapa jelas. Biasanya tidak begini, mungkin dari sudut teknikal sahaja tidak rosak.

Okay Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri telah merangka perancangan strategik bagi memastikan pembangunan di sekitar jajaran projek ECRL dapat dimanfaatkan sepenuhnya, khususnya dalam sektor industri perkilangan dan pembuatan yang berpotensi melonjakkan ekonomi Negeri Kelantan.

Antara perancangan utama yang sedang dilaksanakan ialah :

1. Yang pertama, pembangunan berasaskan Cargo Oriented Development (COD) di Stesen Pasir Puteh yang mana kedudukan yang strategik berhampiran Pelabuhan Tok Bali dilihat mampu menarik bukan sahaja pelaburan swasta dalam dan luar negara malah ianya juga akan menjana rantaian ekonomi hiliran seperti perkhidmatan pengangkutan, pembungkusan serta pembekalan bahan-bahan mentah. Antara pembangunan infrastruktur yang akan dibuat adalah seperti gudang, pusat pengedaran dan perkilangan yang pasti akan menarik pelabur swasta serta menjana pekerjaan bagi penduduk setempat.

2. Yang kedua adalah pembangunan berasaskan Transit Oriented Development (TOD) di Stesen Tunjong. Pendekatan pembangunan yang mengintegrasikan sistem pengangkutan awam dengan kawasan pembangunan bercampur seperti kawasan kediaman moden, kawasan komersil dan juga kawasan perniagaan, institusi pendidikan dan latihan serta kemudahan-kemudahan seperti hospital, taman serta pusat komuniti dan sebagainya. Pembangunan ini dilihat boleh menghidupkan Tunjong sebagai satu perbandaran baharu yang mewujudkan eko sistem ekonomi yang seimbang antara mobiliti rakyat, peluang pekerjaan dan juga kualiti hidup.

Terima kasih.

Speaker

Sila.

Terima kasih di atas jawapan yang diberikan bagi memastikan kawasan sempadan dapat tempias pembangunan diharapkan ECRL dapat disambungkan dengan cepat. Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Negeri bercadang mengemukakan semula cadangan agar jajaran asal ECRL berakhir di Tumpat dan apakah langkah yang diambil bagi memastikan ia tersenarai dalam projek perancangan Malaysia yang akan datang.

Terima kasih kepada Kelaboran. Mohon maaf kerana Kerajaan telah menukar daripada Tumpat ke Rantau Panjang bukan lagi kepada jajaran asal Tumpat. Ianya adalah bagi memastikan cadangan ini selari dengan… selari dan significant dengan cadangan yang telah dipersetujui antara Kerajaan-kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Thailand iaitu untuk kita menghidupkan semula laluan kereta api sedia ada antara Pasir Mas di Kelantan dan Sungai Golok dibawah Keretapi Tanah Melayu Berhad yang akan menyambung semula rangkaian kereta api antara kedua-dua negara hingga ke ibu negara Thailand iaitu lah Bangkok sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia baru-baru ini. Walau bagaimamapun ia masih diperingkat kajian. Terima kasih.

Speaker

Sila… Nenggiri.

Terima kasih Dato’ Speaker. Berkaitan dengan kereta api laju ECRL ini, baru-baru ini telah diumumkan bahawa pembinaan KB Sentral yang akan

dimulakan pada Julai 2025 iaitu pada bulan ini, tahniah saya ucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Soalan saya adakah kerja-kerja tanah oleh CHEC anak syarikat CCCC ini telah pun bermula, jika sudah bermula berapa lamakah kita perlu menunggu untuk kerja-kerja pembinaan struktur utama KB Sentral ini bermula kerana jika kita lihat…

(MENCELAH)

YB… YB Nenggiri, sebab itu saya katakan tolong perbetulkan kita tak berapa jelas. Boleh ulangkan sekali lagi.

Saya ingin bertanyakan… soalan saya adakah kerja tanah oleh CHEC anak syarikat CCCC ini telah pun bermula, jika sudah bermula berapa lamakah kita perlu menunggu untuk kerja-kerja pembinaan struktur utama KB Sentral ini bermula ? Terima kasih.

Okay YB, terima kasih kepada YB Nenggiri merujuk kepada KB Sentral. Okay terima kasih. Kerja-kerja tanah sedang dilakukan dan telah bermula sebenarnya dan sedang dilakukan. Dia kita dapati bahawa kerja-kerja tanah ini mengambil masa yang agak lama. Terima kasih.

Speaker

Okay sila Wakaf Bharu.

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻢ ﻋﻠﻴﻜ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, jadi ECRL akan beroperasi pada 2027 dimana ia akan memberi kesan kepada ekonomi dan peluang pekerjaan kepada terutamanya kepada anak-anak Kelantan. Jadi apakah… soalan

saya apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan terutamanya yang melibatkan dua stesen utama ni akan memberi peluang yang terbaik kepada usahawan anak tempatan. Sekian terima kasih.

Okay terima kasih kepada soalan daripada Wakaf Bharu tadi. Sebenarnya ada 3 soalan pada hari ini berkenaan dengan ECRL dan soalan itu lebih kurang sama dan saya ingin mengambil peluang untuk menjawab soalan itu sebab soalan itu nanti sama dengan soalan nombor 12 dan soalan nombor 31 pada hari ini Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Tumboh.

Dato' Haji Abd Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya mengajukan soalan nombor 3, oleh kerana sound system sekarang ini tak jelas. Sebelah sana cakap sini tak dengar, jadi tak tahu…

Speaker

(MENCELAH) Buke tok dengar… tok butir.

Dato' Haji Abd Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Tok butir….

Speaker

(MENCELAH) Dengar…

Dato' Haji Abd Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Dengar dengar tapi tok berapo jelas. Tok jelas lah kironyo. Mohon jawapan soalan saya nombor 3.

Soalan 3 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan projek-projek pelaburan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat seperti peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi setempat ?]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pasir Tumboh. Kalu tok dengar kena angkat tangan. Dengar ke dok ? Dengar soro ? Okay. Bagi memastikan setiap projek pelaburan yang dibawa masuk benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa syarat dan garis panduan pelaksanaan. Antaranya melalui Pekeliling Pembangunan Bilangan 4 Tahun 2019, insentif kepada pelabur yang melabur di Negeri Kelantan. Pelabur yang ingin mendapatkan insentif diwajibkan mematuhi penilaian yang berasaskan dengan izin Managerial, Technical dan Supervisory Indeks (MTS Index). Menerusi pendekatan ini, peluang pekerjaan yang ditawarkan mestilah diutamakan kepada rakyat Kelantan atau rakyat tempatan dengan kadar pengambilan melebihi 60 peratus melibatkan semua peringkat termasuk pengurusan dan sokongan.

Selain itu, setiap permohonan pelaburan juga perlu disertakan dengan pembentangan terperinci mengenai peluang pekerjaan yang akan diwujudkan untuk penduduk tempatan. Kerajaan Negeri turut sentiasa menggesa dan menggalakkan para pelabur untuk mengutamakan tenaga kerja tempatan dalam penawaran pekerjaan. Sebagai contoh, di

Pengkalan Chepa Ain Medicare, bilangan pekerja 1400 orang, 100% tempatan, di Pengkalan Chepa juga Sepatu Timur 50 orang pekerja, 100% tempatan, Romuk Elektronik 2300 pekerja, 98% tempatan. Di Tanah Merah, Kong Joo 71 pekerja, 83% tempatan. Di Kuala Krai, Batai Wood atau ply wood 245 bilangan pekerja, 90% tempatan. Di Bachok, Erawan LMW Industries Sdn Bhd 350 orang pekerja, 80% tempatan dan di lain-lain lagi. Itu sebagai contoh. Terima kasih.

Speaker

Soalan.. sila Pasir Tumboh.

Dato' Haji Abd Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Terima kasih kepada Kerajaan yang telah menjawab soalan nombor 3 tadi. Soalan tambahan sejauh manakah peranan GLC negeri dalam menarik pelaburan berimpak tinggi ke Negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan. Kerajaan sentiasa memberi penekanan dan kita menganjurkan misi perdagangan pelaburan ke luar negara melalui Yang Berhormat Menteri MITI yang bertujuan untuk menyebar dan memberi makluman kepada pakar-pakar pelabur tentang peluang pelaburan Kelantan yang berimpak tinggi. Dan kita juga akan menyertai beberapa misi pelaburan di Osaka, Jepun masa terdekat ini dan di lain-lain tempat. Itu kita berharap ianya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Terima kasih.

Speaker

Sila Salor… Salor.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih juga kepada YB Exco atas penerangan berhubung pelaburan di Kelantan ini. Cuma kita sedia maklum bahawa peranan untuk pelaburan ekonomi negeri bukan di atas bahu Kerajaan Negeri semata. Dan sebagaimana disebut oleh YB Exco tadi, insentif yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan sendiri. Cuma soalan saya selain daripada insentif yang terlibat dalam kita menarik pelabur luar, apakah peranan lain yang dimainkan oleh pihak Persekutuan dalam menyokong ataupun menarik pelabur-pelabur daripada luar ini sendiri. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Salor. Aktiviti penggalakan pelaburan ini diteruskan dengan mengadakan pelbagai program bersama pejabat-pejabat kedutaan, Kerajaan Negeri, persatuan-persatuan industri begitu melibatkan MIDA dan juga merangka dasar pembangunan industri dan aktiviti strategik berimpak tinggi ini dibawah Rancangan Malaysia Ke-12, Rancangan Malaysia Ke-13 nanti. Sasaran kita ialah untuk memenuhi New Industry Master Plan 2030 serta projek-projek melengkapkan ekosistem industri tempatan.

Kita tahu negeri ini kita ialah agro based tempat menyediakan makanan kepada negara juga tetapi industri itu kita tidak abaikan. Dan kita sentiasa dengan MIDA sebagai agensi utama negara bekerjasama dan kita juga membuat Expo Pelaburan di kawasan MIDA di Kuala Lumpur supaya ianya memberi peluang kepada pelabur-pelabur daripada negara-negara lain untuk melabur di Negeri Kelantan.

Speaker

Sila… Mano tu ? Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya adalah berkaitan dengan satu halal hub yang berada di Pasir Mas sebenarnya dibawah ECER tetapi banyak ruang-ruang kosong yang masih berbaki. Jadi apakah kita di pihak Kerajaan boleh mempelawa pelabur-pelabur khususnya dalam industri makanan kering daripada Thailand untuk menyertai di premis halal hub di Pasir Mas. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB daripada Gual Ipoh. Memang menjadi tujuan kita dan menjadi pelaburan di kawasan halal hub ini, pertama kali kita telah menyertai expo di Bangkok tempoh hari untuk menyatakan daripada 10 kilometer jaraknya antara halal hub ke kawasan Sungai Golok ataupun Rantau Panjang dan juga ada minat daripada pelabur-pelabur daripada Bangkok. Cuma untuk menunggu ECRL ini siap 2027 dan sekarangnya tahap sudah melebihi 30%. Yang terbaru Perodua sedang berada di halal hub dan hampir siap. Dan itu yang terbaru, bermakna sudah bergerak lah sedikit demi sedikit. In Shaa Allah pada masa akan datang halal hub ini semasa kita akan membuat lawatan ke Osaka dalam bulan ini In Shaa Allah kita akan mempelawa pelabur-pelabur daripada Jepun khususnya ataupun daripada Thailand untuk melabur dalam sektor halal di Rantau Panjang. Halal hub kita ada 100 ekar. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tendong.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon jawapan untuk soalan nombor 4.

Soalan 4 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah status terkini pelaksanaan projek-projek infrastruktur bekalan air mentah di kawasan -kawasan pendalaman negeri Kelantan ? ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker, terima kasih Yang Berhormat Rozi. Soro tok berapo pagi ni. Untuk makluman YB, kawasan pedalaman Negeri Kelantan yang terlibat dalam pelaksanaan bekalan air ini ialah dibawah Bekalan Air Luar Bandar dan dibawah Bajet KKDW ataupun Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Jadi jajahan yang terlibat adalah dua jajahan, pertama Jajahan Kuala Krai dan yang kedua adalah Jajahan Gua Musang.

Di Jajahan Kuala Krai terdapat satu projek yang mana menaik taraf LRA Manek Urai serta sistem agihan Kuala Krai daripada 6.7 juta liter per hari kepada 20 juta liter per hari. Projek ini di peringkat penyediaan terms of reference dengan izin melantik perunding dalam proses pemilikan tanah dan projek ini In Shaa Allah akan dimulakan pada tahun 2028 dijangka siap pada 2030. Dan projek ini dibawah peruntukan Kementerian KKDW.

Yang kedua di Gua Musang ialah menaik taraf loji air di Limau Kasturi daripada 4 juta liter per hari kepada 10 juta liter per hari. Buat masa ini di Limau Kasturi itu air mencukupi tetapi berlaku banyak kali trip electric menyebabkan tak dapat air kadang-kadang sapa 2-3 hari gitu. Dan trip ini berlaku oleh haiwan rayau terutama sekali kera... dok nopak atas wayar elektrik tu. Dan hok ni jugok dibawah apa tu Bajet KKDW dan dijangka

kita mula bui pada 2027 dan dijangka siap pada 2029, juga pada peringkat TOR penyediaan melantik perunding dan juga pemilikan tanah.

Yang ketiga di Gua Musang juga menaik taraf LRA Paloh daripada 6 juta liter kepada 10 juta liter, juga dalam peringkat yang sama. Di Gua Musang juga menaik taraf Panggung Lalat kepada berkapasiti 2 juta liter bermula tahun 2026 dan dijangka siap pada 2028. Pembinaan LRA Setelu, Gua Musang berkapasiti 7 juta liter akan In Shaa Allah dimulakan pada 2027 dan dijangka siap pada 2029.

Yang akhir sekali Gua Musang ialah di Loji Bukit Chupak 10 juta liter dan In Shaa Allah susulan kita lawat baru ni pihak kontraktor telah melalui beberapa EOT dan In Shaa Allah janji dianya pada akhir tahun ini Disember ataupun Januari 2026 loji ini dapat diguna pakai In Shaa Allah. Dan selsesainya Loji Bukit Chupak dijangka air di bandar ataupun khusus di kawasan Gua Musang dapat diselesaikan, bandar baru dan juga bandar lama.

Speaker

Sila Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco mari melawat Bukit Chupak baru-baru ni walaupun Galas tidak diajak bersama tapi ambo ucap terima kasih lah tidak sebagaimana Yang Berhormat Menteri Besar lah, Menteri Besar mari ke kawasan Galas dio oyak ko Galas.

Menurut laporan daripada Water and Sewerage Handbook 2024 keluaran SPAN liputan kepada Akses Perkhidmatan Bekalan Air Luar Bandar adalah 81.9% pada 2024 dan ia merupakan penurunan berbanding tahun 2023, 83.1%. Soalan saya…

Mitok ule.. mitok ule. Ambo tok dengar…

Tok dengar dih.. Menurut laporan daripada Water Sewerage Handbook 2024 keluaran SPAN liputan kepada Akses Perkhidmatan Bekalan Air Luar Bandar telah menurun 2024 ni 81.9% sedangkan pada 2023, 83.1%. Soalan saya apakah punca penurunan ini dan apakah Kerajaan Negeri mengenakan sebarang fee untuk penyambungan paip baru ke rumah dibawah Enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Kelantan, jika ya dalam rangka untuk mempercepatkan capaian kepada bekalan air luar bandar dan memudahkan urusan rakyat Kelantan saya mencadangakn kepada Dewan Yang Mulia ini agar Kerajaan Negeri mengecualikan sebarang bayaran fee untuk sambungan domestik. Terima kasih.

Terima kasih Galas. Maaf lah Galas wei tok ajok. Maroh ko ?

Dok…

Dok maroh takpo… Hok lepas hok kure tu daripada pencapaian okay ado sebab-sebab tertentu lah masalah cuaca, masalah mace-mace masalah lah terutama sekali masalahnya kapasitinya tak cukup. Jadi oleh kerana kita telah mengenal kapasiti tak cukup kita buat Loji Bukit Chupak sekian lama dan In Shaa Allah selepas pada Loji Bukit Chupak ini selesai kita rasa

pegangan itu akan jadi cukup lah. Kita telah diberi apa itu penerangan oleh pihak SPAN bahawa dengan selesainya Bukit Chupak ini selesai bahagian industri, bahagian bandar lama dan bandar baru di Gua Musang. Dan juga alihan hok Limau Kasturi gapo semo tu kita jangka bagi 2028-2030 tu air di Gua Musang akan selesai. Hak akses tu kita mikir semula, kita bice dulu tokleh jawab sini dok pasal itu menyentuh kepentingan-kepentingan negeri. Kito keno ingat bahawa bilo kito korek, kito keno tampung, tampung keno ado kos deh. Kesemua pelan tu ado kos yang terlibat dengan Kerajaan satu. Oleh yang demikian, enakmen itu kita terima bersama sini doh maka pelaksanaan enakmen itu, jadi kita tengok pro and contra kita bice dulu dan saya tidak jawab sini untuk soalan sedemikian. Terima kasih.

Speaker

Sila Tendong.

Tuan Rozi Bion MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan soalan saya yang nombor 4 tadi. Sebagaimana soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana yang kita tahu bahawa di kawasan-kawasan pedalaman terutamanya ia melibatkan soal pematuhan terhadap standard bekalan air terawat, jadi bagaimana Kerajaan Negeri untuk memastikan kepatuhan terhadap standard air terawat di kawasan pedalaman ini yang sering terkesan dengan isu parameter seperti e-coli, baki klorin dan alumunium yang tidak mencapai piawaian QAP (Quality Assovancy Programme) khususnya di LRA yang terletak jauh dari pusat agihan utama. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih YB Tendong. Okay, Kerajaan Negeri melalui Air Kelantan (AKSB) dan dengan pemantauan agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air

Negera (SPAN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan beberapa langkah kawalan dan pemantauan bagi memastikan standard kualiti air terkawal sentiasa dipatuhi termasuk di kawasan pedalaman. Antara langkah-langkah tersebut adalah :

i. Semua air terawat perlu mematuhi standard air minum kementerian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii. Yang kedua, semua air parameter kritikal seperti kekeruhan terutama EDT, baki klorin, bakteria e-coli, PH, logam berat dan lain-lain diuji secara berkala.

iii. Sistem pemantauan dan ujian kualiti secara berkala AKSB melaksanakan ujian berkala di LRA dan kawasan agihan termasuk di loji-loji mini di kawasan pedalaman seperti Gua Musang dan Kuala Krai. Ujian dilakukan secara harian, mingguan dan bulanan oleh Jabatan Kawalan Kualiti AKSB.

Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Chetok.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 5.

Soalan 5 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, adakah Kerajaan Negeri menetapkan KPI kepada semua Syarikat Pertanian milik

Kerajaan (GLC) bagi menyumbang kepada Sekuriti Makanan Negeri Kelantan dan apakah pencapaian setakat ini? ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Chetok. Ya Kerajaan Negeri menetapkan KPI ataupun petunjuk prestasi utama kepada semua syarikat pertanian milik Kerajaan bagi menyumbang kepada Sekuriti Makanan Negeri iaitu melalui beberapa saluran berikut :

a) Pertama, sasaran dan KPI tahunan syarikat.

b) Yang kedua, hala tuju portfolio Kerajaan MMK 2024-2028.

c) Yang ketiga, Dasar Pertanian Negeri Kelantan 2021-2025.

d) Yang keempat, pelaksanaan projek-projek flagship portfolio.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan.

Antara pencapaian setakat ini adalah seperti berikut :

1. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan ataupun PKPNK telah dan sedang menjalankan operasi tanaman sayuran hidroponik sebanyak 60,000 buah pot dan tanaman cili secara fertigasi. Tanaman-tanaman ini telah memberi hasil yang maksimum pada setakat ini serta telah menyumbang kepada bekalan sayur-sayuran tempatan. Sebagai contoh setakat ini PKPNK dapat membekalkan sebanyak 1 tan sayuran berdaun setiap minggu serta 2 tan cili bagi setiap pusingan dan turut dijual pada pasaran tempatan Negeri Kelantan.

2. Pihak perbadanan turut berusaha menambah jumlah tanaman untuk memaksimumkan lagi jumlah hasil pengeluaran sayur-

sayuran, juga membuat projek-projek kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang telah meluluskaan beberapa peruntukan bagi tanaman cili fertigasi, melon, tanaman bawang yang dijalankan di Agrovalley Rong Chenok, Pasir Mas bagi tahun 2024-2025. Di samping meneruskan projek pembangunan pembenihan ikan air tawar juga di Rong Chenok, juga meneruskan projek ternakan lembu hibrid di Rong Chenok dengan pilihannya ialah Charolais.

Kelantan Bio-tech Corp Sdn Bhd (KBCSB)

KBCSB, sebagai sebuah GLC pertanian di bawah PMBK mempunyai KPI dalam Halatuju AMMK 2024-2028 yang menyumbang kepada sekuriti makanan negeri. Antara pencapaian KBC ini ialah :

1. Membangunkan tanah rizab haiwan dan tanah terbiar dalam negeri yang diperuntukkan daripada 150 ekar telah dibangunkan seluas 90% iaitu 135 ekar di Gong Datok.

2. Juga membangunkan Kelantan BioART Centre sebagai pengeluar semen beku ternakan yang telah beroperasi, telah Berjaya menghasilkan trial produk semen beku atau straw semen, benih juga pilihannya lembu Charolais. 3. Yang ketiga, penghasilan makanan ruminan iaitu pembangunan projek rumput minyak seluas 50 ekar di Jeram Pasu, Pasir Puteh.

4. Membangun Pusat Nurseri Semaian yang telah beroperasi dan menampung sehingga 30,000 benih pada satu-satu masa terutamanya benih pisang kultur tisu, benih sayuran dan pokok buah-buahan.

Yang ketiga, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dibawah PKINK yang menfokuskan kepada projek-projek flagship antaranya :

1. Pembangunan Kilang Padi & Beras Darulnaim Sdn. Bhd. 2. Membangun Kilang Makanan Ternakan bersama komuniti

3. Projek-projek Gerakan Pertanian Al-Falah

Yang keempat, Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd menfokuskan kepada pembangunan tanaman nenas, durian premium, kelapa, ubi keledek dan jagung bijian untuk makanan ternakan.

Itu lah empat GLC ataupun syarikat yang terlibat dengan membangunkan bersama dengan jabatan dan agensi lain bidang pertanian di Negeri Kelantan. Sekian terima kasih.

Speaker

Okay Chetok.

Okay terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada Exco Pertanian kerana telah membangunkan Agrovalley di Rong Chenok dan saya sempat mengadakan lawatan bersama dengan Yang Berhormat Exco Pertanian. Soalan tambahan saya apakah strategi bagi peningkatan hasil pertanian yang membolehkan KDNK pertanian meningkat dan kembali menyumbang kepada KDNK positif pertanian di Negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Chetok. Sebenarnya banyak strategi ini yang kita telah dan sedang laksanakan, cuma saya akan sebut ada 7 lah strategi utama yang sedang dilaksanakan dan kita telah mula nampak keberkesanannya.

Pertama, pemodenan pertanian melalui teknologi iaitu kita memberi keutamaan kepada automasi dan mekanisasi penggunaan jentera moden seperti traktor, dron pertanian, mesin menuai automatic, pertanian pintar (smart farming), penggunaan sistem pertanian tepat.

Yang kedua, penyelidikan dan pembangunan R&D seperti pembangunan benih baru, memperkenalkan variati tanaman yang tahan penyakit, cepat matang berupaya memberi hasil yang tinggi. Juga amalan agronomi terbaik, mempromosikan teknik seperti tanaman bergilir, penanaman bersepadu, penggunaan bio-teknologi.

Strategi yang ketiga ialah sokongan dasar dan subsidi Kerajaan. Kita banyak juga menyediakan subsidi, input pertanian, baja, bio-control racun serangga, peralatan input pertanian yang lain-lain. Insentif kewangan dan pinjaman mikro harga lantai dan harga pasaran.

Yang keempat, membangunkan infrastruktur pertanian iaitu kita sentiasa bersama dengan jabatan dan agensi melihat kepada pengairan cekap, kemudahan pinjaman dan rantaian sejuk iaitu pengurangkan kehilangan hasil selepas tuai dan membolehkan eksport nilai yang segar.

Yang kelima, kepelbagaian dan penambahan nilai iaitu kita tambah di bawah sektor pertanian ini agro tourism, agro pelancongan dan produk-produk agro makanan, menggalakkan para petani usahawan kita melibatkan diri dalam industri hiliran, produk makanan, proses kerepek, jus, rempah dan lain-lain. Juga pertanian organik dan premium, fokus kepada segmen pasaran bernilai tinggi yang semakin mendapat permintaan global.

Strategi yang keenam ialah memperbanyakkan latihan dan pendidikan kepada para petani. Latihan berkala, memberikan kursus kemahiran moden dan pendidikan teknikal dalam pengurusan ladang dan juga pengurusan kewangan petani itu sendiri dan usahawan. Pembangunan transformasi petani iaitu menggalakkan pemikiran usahawan di kalangan petani termasuk melahirkan usahawan-usahawan tani belia dan beliawanis.

Strategi yang ketujuh ialah akses pasaran dan digitalisasi iaitu penggunaan e-dagang dan platform digital menghubungkan para petani secara langsung dengan pengguna dan pemborong melalui platform atas talian. Juga kita menyokong koperasi-koperasi dan kumpulan usahawan

tani dengan bersama-sama membantu mereka membentuk koperasi untuk meningkatkan daya saing dan kuasa tawar menawar petani-petani yang berskala kecil ini.

Jika strategi yang sedang kita laksanakan ini berjalan dengan baik dan bersepadu In Shaa Allah kita akan dapat melihat dalam masa yang dekat dan akan datang peningkatan KDNK dalam sektor pertanian ini akan berlaku In Shaa Allah. Sekian terima kasih.

Speaker

Sila Dabong. Sila Dabong.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan berhasrat untuk menggabungkan kesemua anak syarikat GLC ini di bawah satu perbadanan sahaja iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK)? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Dabong. Ye memang lah pihak Kerajaan telah berhasrat untuk menggabungkan atau meletakkan agensi-agensi yang berkaitan dengan pertanian di bawah satu bumbung yang mana dengan pembinaan ataupun pelaksanaan projek-projek ini dapat kita sepadukan dan selarikan. Bila mana ada satu pentadbiran yang selaras dan memantau kepada semua projek tadi. Apa pun ia bergantung kepada keperluan semasa dan strategi yang akan diperhalusi di peringkat Kerajaan dan di peringkat induk syarikat masing-masing yang kita ada 4, 5, 6 tadi In Shaa Allah akan diperhalusi. Dan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan yang bermula beroperasi 2019 itu lah hasratnya iaitu

menyelaraskan semua projek-projek pertanian supaya berjalan dengan lebih baik dan meningkatkan hasil. Sekian terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Chempaka.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon untuk mendapatkan jawapan bagi soalan saya nombor 6.

Soalan 6 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah jenis tenaga hijau utama yang sedang dibangunkan di NegeriKelantan pada masa ini serta berapa peratusan penggunaan tenaga hijau dalam keseluruhan penggunaan tenaga di Negeri Kelantan? ]

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Chempaka atas soalan yang diberikan.

Kerajaan Negeri Kelantan sedang giat melaksanakan pembangunan sektor tenaga hijau sebagai salah satu komponen penting dalam agenda kelestarian dan pembangunan mampan negeri. Tumpuan utama diberikan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui iaitu sumber tenaga boleh diperbaharui ini antaranya air yang melahirkan hidro dan juga cahaya matahari yang boleh melahirkan solar. Tenaga hidro dan tenaga solar ini membuktikan komitmen negeri dalam menyokong dasar lestari

sejajar dengan matlamat negara untuk mempertingkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Beberapa projek utama sedang dan telah dilaksanakan di Negeri Kelantan seperti Projek Hidro Pergau yang dikenali sebagai Sultan Ismail Petra telah mula beroperasi sejak tahun 2003 dengan kapasiti 600 megawatt menjadikannya loji bawah tanah terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, Projek Hidro Kecil di Sungai Kenerong turut menyumbang tenaga kepada grid dengan kapasiti 20 megawatt. Dalam kategori tenaga solar pula, Projek Solar Terapung Danau Tok Uban yang merupakan terbesar di Malaysia telah mula beroperasi pada Januari 2025 dengan kapasiti 60 megawatt.

Tambahan pula, pembinaan Empangan Hidro Elektrik Nenggiri (Nenggiri HEP) yang mempunyai kapasiti 300 megawatt sedang dijalankan dan dijangka siap menjelang tahun 2027. Ini merupakan projek tenaga boleh diperbaharui tunggal milik TNB di negeri ini. Di samping itu, terdapat projek hibrid yang menggabungkan tenaga hidro dan solar di Pergau dengan kapasiti 45 megawatt yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2026 dengan Integrasi Sistem Penyimpanan Tenaga (BESS).

Projek tenaga solar darat dibawah pelaksanaan Syarikat Samaiden Berhad menerusi program Large Scale Solar 5 atapun LSS5 pula dijadualkan untuk mula beroperasi melalui perjanjian pajakan tanah seluas 400 ekar bersama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Projek ini berkapasiti hampir 100 megawatt dan dijangka menyumbang sebanyak 150 gigawatt setahun. Tambahan pula rangkaian projek hidro sungai oleh Serasa dan Kemubu yang berkapasiti gabungan hampir 60 megawatt juga sedang dirancang melalui pembiayaan sukuk hijau. Dari segi penggunaan meskipun lebih 95% kapasiti penjanaan tenaga di Kelantan datang daripada sumber hijau kadar penyerapan ke dalam grid adalah lebih rendah disebabkan oleh kekangan sambungan kepada grid nasional.

Pada tahun 2025, dianggarkan sekitar 31% daripada permintaan tenaga eletrik negeri dijana daripada sumber boleh diperbaharui. Walau

bagaimanapun, dengan penyempurnaan projek-projek utama seperti Nenggiri HEP, LSS5 dan rangkaian Small Hidro Plans (SHP) peratusan ini dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 46% menjelang tahun 2027.

Kesimpulannya, Kelantan sedang berada dalam landasan yang kukuh dalam memacu pembangunan tenaga hijau, sekali gus memperkukuh keupayaan negeri dalam menjana tenaga mampan dan menyumbang kepada sasaran tenaga boleh diperbaharui negara. Terima kasih.

Speaker

Sila Chempaka.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas inisiatif yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri tersebut untuk kita terus menggunakan renewable resource tersebut dengan izin. Cuma soalan tambahan saya ye kalau jika diizinkan saya pohon untuk dapat penjelasan daripada pihak Kerajaan sejauh mana sebenarnya penglibatan daripada syarikat tempatan ataupun anak-anak syarikat Negeri Kelantan dalam projek-projek penggunaan tenaga hijau dalam Negeri Kelantan ini.

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Chempaka soalan tambahan. Untuk makluman YB, teknologi hijau lazimnya dikaitkan dengan kelestarian alam sekitar. Jadi pada tahun 2015, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), manakala Kerajaan Malaysia pula telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Mampan Malaysia pada tahun 2016.

Di Negeri Kelantan kita telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan pada tahun 2019. Buat masa ini pelaksanaan inisiatif teknologi hijau masih bersifat sukarela, namun di peringkat

syarikat terdapat inisiatif ESG alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang telah dilaksanakan secara mandatori ke atas semua syarikat tersenarai awam di bursa Malaysia. Sudah terdapat banyak syarikat pembuatan yang beroperasi di Kelantan yang telah memasang sistem solar di bumbung premis masing-masing sebagai sumber tenaga alternatif. Antara syarikat tersebut termasuk lah ROHM Semiconductor, Ain Medicare, Erawan Bottling dan lain-lain. Selain itu, kerjasama antara agensi negeri Kelantan Utilities Mubarakan Holding (KUMH) dan Syarikat Cypark Resources Berhad juga telah berjaya menyiapkan sepenuhnya ladang solar terapung terbesar di Malaysia yang terletak di Danau Tok Uban pada awal tahun ini.

Pada bulan Mei yang lalu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Samaiden Group Berhad bagi pembinaan ladang solar berkapasiti 100 megawatt di atas tanah milik PKINK di Rantau Panjang. Dan pada tahun lepas pula Kelantan Utilities Mubarakan Holding (KUMH) telah berjaya memperolehi kuota daripada Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi pembinaan sebuah loji mini hidro di Gua Musang. Untuk makluman, terdapat 3 projek mini loji hidro yang sedang dalam pembinaan di daerah Kuala Krai hasil kerjasama antara Syarikat Malakoff dan RP Hydro Kelantan. Di samping itu, Syarikat Sindiyan yang beroperasi di Lojing turut telah mengemukakan permohonan melalui Bahagian Pelaburan Kerajaan Negeri untuk membangunkan ladang solar berkapasiti 100 megawatt di Lojing.

GLC yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosi teknologi hijau di Negeri Kelantan ialah KUMH. Sejak tahun 2016, KUMH telah mewakili Kerajaan Negeri dalam pameran IGEM International Greentech and Eco Product Exhibition and Conference Malaysia pameran teknologi hijau terbesar di Malaysia yang diadakan di KLCC bagi menarik pelaburan berkaitan teknologi hijau dan mempromosikan amalan kelestarian alam sekitar di Negeri Kelantan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Persilakan Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Kita tahu berkenaan kepentingan alam sekitar yang baik untuk kehidupan. Jadi antaranya adalah mutakhir ini ialah penggunaan kenderaan yang berelektrik iaitu EV, apakah Kerajaan Negeri cuba ataupun mengambil inisiatif untuk penggunaan kenderaan EV ini bagi kegunaan Kerajaan ?

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan. Meme Kerajaan melalui KUMH juga sedang membuat kajian dan mempromosikan penggunaan kereta yang ke arah kita tanpa asap bagi memastikan tahap kesihatan rakyat kita ini meningkat. Jadi salah satunya kempen ke arah tanpa asap dengan kita mempromosikan kenderaan yang menggunakan tenaga… tenaga apa… tenaga elektrik ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya nak ucapkan tahniah lah kepada KUMH kerana katanya sejak daripada tahun 2016 lagi telah pun terlibat secara langsung dalam sektor tenaga hijau ini. Cuma soalan saya Yang Berhormat, menagapa pelaburan swasta dalam sektor tenaga hijau di Kelantan ini masih rendah berbanding dengan negeri jiran seperti Terengganu dan juga Perak dan dalam membangunkan tenaga teknologi hijau di Negeri Kelantan kita ada dua projek sebagaimana yang kata Yang Berhormat Exco tadi Projek Solar Terapung di Danau Tok Uban dan Projek Mini Hidro di Kuala Krai, dan kedua-duanya dibangunkan oleh

syarikat swasta. Dan penglibatan GLC Kerajaan Negeri walau ada ia lebih kepada peranan kecil dalam syarikat yang melabur seperti Cypark Resources dan Malakoff Berhad sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Exco tadi.

Soalan saya dengan kepakaran yang ada pada anak-anak Kelantan di perantauan dalam pelbagai bidang termasuk teknologi hijau ini, bilakah Kerajaan Negeri melalui GLC akan membangunkan sendiri dengan sepenuhnya solar farm atau mini hidro tanpa penglibatan dari pelabur luar supaya ia bakal menjana hasil terus kepada Kerajaan Negeri. Yang kita sebut tadi kita seolah-olah kita menempel saja, kita sedia tanah dan semuanya disediakan oleh pihak pelabur. Jadi adakah Kerajaan punyai perancangan untuk kita sendiri yang menguruskan semuanya. Terima kasih.

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Galas atas soalan tambahan. Kita nok maju ni keno banyok kerjasama dan saya dulu sukan kito latih anak-anak buah kito ni lawe hok excellent, baru lah kito cepat pandai. Kalu kito lawe gu kito hok slow tu mene sokmo lah kito. Jadi dalam bab tenaga hijau ini… teknologi hijau, Kerajaan KUMH… jadi KUMH yang mencari rakan kongsi dia untuk membangunkan teknologi hijau di Negeri Kelantan. Jadi cari lah mana-mana yang boleh membantu Kelantan dengan cara cepat dan pantas. Jadi kita lantik KUMH sebagai bagi pihak Kerajaan Negeri untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini. Tak timbul lah kita kata swasta dan sebagainya sebab ini dasar Kerajaan, mana-mana syarikat luar pun nok mari ke Kelantan mesti JV dengan anak syarikat Kerajaan Negeri supaya manfaat boleh kepada negeri dan boleh kepada rakyat Kelantan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya mempersilakan Yang Berhormat Tawang.

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya mohon jawapan kepada soalan saya nombor 7.

Soalan 7 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah inisiatif baru yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan OKU? ]

Puan Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon saya menjawab soalan ini bersama dengan soalan Yang Berhormat Pantai Irama pada 23 Julai hari ketiga. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tawang dan juga Pantai Irama atas soalan yang berkaitan dengan kebajikan keluarga OKU Negeri Kelantan.

Untuk makluman YB, sehingga kini jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) yang didaftarkan melalui Sistem Pengurusan Orang Kurang Upaya dari tahun 2015 sehingga kini iaitu Jun 2025 bagi Negeri Kelantan adalah sebanyak 42,582 orang. Alhamdulillah di Negeri Kelantan dengan adanya kerjasama padu bersama Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan iaitu MPPOK yang melibatkan pelbagai NGO OKU, kelangsungan usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal OKU sentiasa diperkasa dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Kerajaan Negeri Kelantan setiap tahun telah memperuntukkan lebih daripada RM 600,000.00 untuk kebajikan dan pembangunan golongan OKU bagi Negeri Kelantan. Pelbagai program yang kita laksanakan untuk

mereka iaitu melalui U-KEKWA dan agensi-agensi kerjasama yang lain termasuk juga kerjasama Badan-Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu NGO. Antara program yang kita laksanakan adalah:

1. Program Pemerkasaan Penggerak OKU iaitu di kalangan Penyelaras Pembangunan OKU Parlimen ataupun PKO dan MPPOK yang dilaksanakan secara berterusan. Antaranya usrah dan juga mesyuarat penyelarasan berkala, kursus pemerkasaan organisasi, jaulah dan lawatan kerja, qiam cinta rasul dan seminar undang-undang dan isu yang berkaitan dengan golongan-golongan istimewa ini.

2. Melalui Program Agihan Bantuan. Agihan Bantuan Maaruf OKU iaitu agihan ini adalah berbentuk one-off kepada golongan OKU melalui Pusat Khidmat DUN dan juga beberapa NGO yang terpilih. Seramai 30 orang OKU setiap tahun menerima bantuan ini dan 50 orang OKU dari 3 NGO terpilih dengan kadar RM300 seorang menjadikan 1400 penerima seluruh Kelantan pada tahun ini.

3. Majlis Hari Raya dan Iftar bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri yang melibatkan 900 OKU yang mana mereka ini menerima sumbangan hari raya dan sebahagian besar mereka ini dirai dengan bersama-sama dengan pimpinan Kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

4. Program-program lain dengan kerjasama agensi dan NGO pula :

- Kembara Muhibbah OKU dengan kerjasama Persatuan Down Sindrom Negeri Kelantan. - Program Pemantapan Pengendalian Anak-Anak Autisme Dalam Kalangan Ibu Bapa dan Penjaga. Kita juga bekerjasama dengan Persatuan Autisme USM dan juga Persatuan Autisme Negeri Kelantan. - Bantuan Banjir khusus untuk warga OKU kerjasama Badan Korporat dan juga NGO.

- Program Pemerkasaan dan Kelestarian Ekonomi Golongan OKU wanita B40 iaitu Projek I-Akuaponik. - Wacana Strategik PKS-MPPOK.

Semoga dengan usaha-usaha yang diatur yang semua program ini bersifat dinamik. Ia dapat ditambahbaik dari semasa ke semasa. OKU Kelantan agar dapat terus diperkasa dan mereka tidak terasing dari arus pembangunan dan kemajuan semasa. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Tawang soalan tambahan.

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

Terima kasih di atas jawapan yang diberi. Alhamdulillah terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri yang mengambil berat dan juga cakna terhadap orang kelainan upaya di Negeri Kelantan, Alhamdulillah dan tahniah Kerajaan Negeri Kelantan. Persoalannya apakah inisiatif ataupun usaha-usaha yang lebih lagi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi melahirkan OKU yang berakhlak, yang beragama, yang beriman, bertakwa selaras dengan Dasar OKU Muqarrabun Kerajaan Negeri Kelantan. Terima kasih.

Puan Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tawang atas soalan tambahan. Selain daripada program-program yang saya maklumkan sekejap tadi, pihak kami Kerajaan Negeri Kelantan bersama program-program dengan kerjasama MPPOK juga kami turut mengiktiraf dan melibatkan Program Persefahaman MPPOK sebagai badan utama yang membantu pihak Kerajaan dalam menterjemah aspirasi Negeri Kelantan iaitu Membangun Bersama Islam dalam konteks keperluan komuniti golongan OKU. Dengan kerjasama mereka, mereka terus aktif turun kepada masyarakat iaitu dalam Siri Jelajah OKU Imarah Masjid, kuliah dhuha, taklimat OKU Muqarrabun di peringkat DUN, jelajah duta OKU.

Bahkan dalam program-program tertentu termasuk lah Muhabbah Ramadhan setiap tahun menjelang Aidilfitri mereka ini diberi tanggungjawab untuk menyantuni golongan ini dengan lebih rapat lagi.

Kedua, Skuad Upaya yang terdiri daripada penggerak OKU sendiri mereka ini bergerak dengan cemerlang. Wat kijo tok berhenti tanpa sebarang rungutan dan sangat membanggakan kerana ianya satu-satunya model program seumpama ini di Malaysia.

Selain itu, penerapan solat berjemaah dan tazkirah kefahaman OKU Muqarrabun juga diterapkan dalam program bersama OKU dalam majlis-majlis iftar, dan juga program-program yang melibatkan keagamaan di masjid-masjid.

Kelas Al-Quran Braille yang diusahakan dan diuruskan oleh Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia iaitu PERTIS.

Kami juga mengadakan kelas fardu ain khusus untuk orang pekak melalui Persatuan OKU Pekak Kelantan dengan kerjasama MAIK. Usaha penerbitan Buku Fiqh Siasah OKU sebagai pemerkasaan keluarga OKU di Negeri Kelantan dan ianya dalam proses untuk diterbitkan dalam masa yang terdekat.

Saya ingin merakamkan mengambil kesempatan dalam Dewan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Mohd Faizal Che Yusof iaitu seorang lawyer yang cacat penglihatan, dia adalah merupakan Yang Dipertua Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dan juga teamnya yang telah menjadi duta OKU Muqarrabun bagi Negeri Kelantan yang telah menjelajah ke negeri-negeri luar Kelantan bagi memberi kefahaman dan juga memperkasakan kefahaman Islam di kalangan warga OKU. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kita telah banyak melaksanakan kemudahan kepada OKU Alhamdulillah. Di negara-negara maju Yang Berhormat Dato’ Speaker, mereka telah mengaktakan kemudahan yang diperlukan oleh yang perlu diberikan kepada OKU. Kita mungkin untuk maju untuk menjadi negara maju kita akan sampai ke situ. Soalan saya adalah kemudahan yang ada pada kita dari segi pembangunan Kerajaan Negeri setakat mana usaha kita untuk memberi keselesaan terutama design bangunan itu, keselesaan kepada OKU. Terima kasih.

Puan Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Untuk ke… terima kasih kepada Kuala Balah. Untuk kemudahan dan keselesaan golongan istimewa ini ianya telah diselaraskan di peringkat seluruh Malaysia melalui PBT… melalui PBT… apa orang panggil ianya harus dilaksanakan mengikut kebenaran dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT In Shaa Allah ianya akan terus diperkasakan bagi mendapatkan keselesaan kepada golongan ini.

Timbalan Speaker

Silakan Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco, sebagaimana ajaran kita bahawa OKU hendak lah dekat di hati kita semua, itu ajaran kita. Dan Mengkebang ingin menegaskan bahawa Mengkebang ini adalah pencinta tegar OKU golongan OKU khususnya Tawang lah, di mana ada Tawang, di situ lah ada Mengkebang. Soalan saya adakah Kerajaan Negeri menyediakan program khusus bagi meningkatkan ekonomi usahawan OKU atau membantu ekonomi apa ni usahawan OKU dalam meningkatkan ekonomi golongan OKU tersebut. Okay terima kasih.

Puan Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Terima kasih Mengkebang kerana rapat sangat dengan OKU. Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Mengkebang. Antara program-program ataupun inisiatif bagi meningkatkan ekonomi atau membantu usahawan OKU ini, antaranya adalah :

i. Aktiviti kemahiran jaya diri seperti bengkel kulinari, jahitan dan sulaman yang telah dilaksanakan di Pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah (PLWOA) juga disediakan untuk membantu warga OKU dalam membina kemahiran diri dan menjana ekonomi mereka.

ii. Kedua, Bantuan Tabung Usahawan dibawah Exco Usahawan dan juga Tabung Usahawan Wanita dibawah seliaan U-KEKWA bagi memberi bantuan peralatan perniagaan yang merupakan bantuan tahunan untuk bantuan para usahawan termasuk usahawan OKU.

iii. Ketiga, Projek OKU Tani Al-Falah berbentuk bantuan projek pertanian dan juga penternakan dibawah Exco Pertanian.

iv. Keempat, Program Gerak Ekonomi Belia Upaya Rakyat 2022 Gempur 2022 dengan kerjasama U-BeS Negeri Kelantan. v. Kelima, Program Pemerkasaan Keusahawanan OKU kerjasama strategik dengan pihak universiti dan juga yayasan antaranya UMK, UITM dan beberapa lagi NGO.

vi. Pusat Latihan Pekerjaan OKU Masalah Pembelajaran. Projek ini dibawah kerjasama JKM, USM dan juga Koperasi Cakna OKU.

vii. Selain itu, terdapat juga Pusat Latihan Pekerjaan dibawah JKM yang disediakan berpusat untuk membantu warga OKU seperti latihan kemahiran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, Bengkel Terlindung JKM di Klang, Selangor, Sungai Petani Kedah serta perkhidmatan sokongan job coach bagi

membantu OKU untuk penyesuaian dan penempatan pekerjaan OKU agar mereka terus kekal dalam sektor pekerjaan.

Diharapkan dengan pelaksanaan program dan inisiatif ini para usahawan OKU dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Semoga segala usaha kita ini diberkati Allah dan memberikan manfaat yang berpanjangan kepada golongan istimewa ini. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Wakaf Bharu.

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 8.

Soalan 8 :

Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, inisiatif serta program yang dirancang dan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menangani pelbagai isu yang melibatkan kekeluargaan seperti penceraian, keganasan rumah tangga dan pengabaian tanggungjawab khususnya dalam kalangan masyarakat B40 serta luar bandar.

Terima kasih kepada Wakaf Bharu. Ya, sememangnya pihak Jabatan Agama sendiri telah bekerjasama dengan semua pihak termasuklah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang sentiasa peka di dalam masalah menangani masalah Institusi Keluarga yang berhadapan dengan apa-apa masalah. Jadi sebab itulah diadakan program-program inisiatif di Masjid-masjid yang mana imam-imam itu

sendiri menjadi sebagai pihak yang penyelesai kepada masalah-masalah institusi ini. Selain daripada lawatan-lawatan ziarah daripada pihak yang telah dilaksanakan oleh Pembangunan Insan dan juga UKEKWA, skuad SKC Skuad Kita Cakna yang kita turun rumah ke rumah. Di sini kita dapat melihat setiap keluarga yang kita turun tersebut di samping kita menyampaikan kepada mereka sumbangan-sumbangan yang terpilih tetapi kita dapat melihat keadaan situasi keluarga itu sendiri. Jabatan Agama sendiri telah melaksanakan pelbagai program termasuklah Membina Remaja Iman yang mana telah dilaksanakan 11 kem setiap tahun. Yang melibatkan 550 hinggalah 600 peserta setiap tahun untuk mempastikan bahawa tidak adanya masalah-masalah gejala sosial yang berlaku apabila mereka akan membentuk rumah tangga nanti. Jadi kita adakan program lebih awal di samping program-program kekeluargaan yang kita adakan di semua peringkat. Di Jabatan Agama termasuklah di masjid-masjid dan juga di lain-lain tempat yang diberi kerjasama oleh NGO yang ada. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Limbongan.

Terima kasih Dato’ Speaker, melihat kepada jawapan yang diberi oleh YB Exco berkaitan dengan keganasan rumah tangga dan juga pusat-pusat penempatan yang diletakkan semuanya kebanyakan berkisar kepada wanita. Jadi soalan saya berkaitan dengan Adakah pihak JAHEAIK mengambil langkah khusus untuk mengenal pasti keganasan rumah tangga terutamanya dalam kalangan lelaki?

Terima kasih Limbongan. Keganasan rumah tangga jadi yang kita teliti setakat ini dia berlaku hasil daripada pertama sekalinya ialah tidak ada persefahaman di dalam keluarga itu sendiri iaitu di antara ketua keluarga, suami dan isteri itu sendiri. Dengan masalah-masalah yang pelbagai kewangan, masalah kerjaya dan masalah boleh jadi yang melibatkan

institusi kekeluargaan itu. Dan bermakna masalah kekeluargaan ini bukan sahaja sebelah pihak wanita tetapi ia juga ada masalah di pihak lelaki iaitu ketua keluarga dan sebagaimana yang telah hadis yang kita nyatakan tadi maksudnya penyelesaian yang ampuh ini ialah ia bergantung kepada ketua keluarga iaitu lelaki. ﻠﮫ أھ ﻓﻲ ل ﺟ ر ﻟ وا iaitu lelaki di dalam keluarga itu. Dialah yang bertanggungjawab yang menjadi priority. Tanggungjawab yang utama untuk menyelesaikan masalah ini dan sekiranya masalah ini datang daripada ketua keluarga lelaki itu sendiri memang dia akan mengambil masa lambat sikit nak selesai. Tetapi untuk setakat ini Alhamdulillah pihak kerajaan sendiri telah melakukan pelbagai inisiatif lah untuk menyelesaikan masalah ini dengan termasuklah dengan mewujudkan antara yang terkini ialah Destiny Jodoh. Destiny Jodoh ini untuk mencari jodoh melalui online. Tetapi patuh syariah dengan ada guideline dan pihak urusetia sebagai Bait Muslim. Rumah tangga islam untuk mengawal supaya jodoh yang dibentuk ini rumah tangga yang dibentuk ini mereka tidak lari daripada kacamata syariah itu sendiri dan sekarang ini dinamakan “Destiny Jodoh” ini kepada portal Jodoh Darul Naim. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, semenjak daripada 2012 sehinggalah terkini seramai 457 yang telah berdaftar untuk mencari jodoh melalui portal Jodoh Darul Naim ini dan kita mempunyai satu pra syarat. Dan mempunyai guideline peraturan-peraturan yang ketat dan sebenarnya adalah untuk mengekang daripada masalah-masalah kekeluargaan penceraian, isu keganasan rumah tangga. Kerana kita akan sentiasa memantau mereka walaupun setelah mereka mendirikan rumah tangga dan yang ini juga syarat dia kepada yang ada keperluan mendesak. Ada masalah-masalah mendesak pun dibolehkan jugak untuk masuk Destiny Jodoh termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat pun boleh juga untuk mendaftar. Takdok masalah.

[KENDENGARAN GELAK KETAWA DARI AHLI YANG BERHORMAT] Jadi itu adalah Program yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri setakat ini. Sekian.

Timbalan Speaker

Silakan, Kota Lama.

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih kepada YB EXCO yang telah menceritakan kepada kita begitu panjang lebar. Saya cuma terfikir dengan begitu banyak program-program yang telah dilaksanakan. Adakah ia mencapai sasarannya, ataupun program-program kerajaan negeri ni disasarkan kepada yang baik-baik sahaja? Saya nak kaitkan ataupun nak bawa data penceraian tahun 2023 Kelantan. Menunjukkan bahawa terdapat 4468 penceraian yang berlaku dan jika kita bandingkan tiga Negeri Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kita mencatatkan angka yang tertinggi. Begitu juga dengan angka Keganasan Rumah Tangga tadi yang disebutkan oleh sahabat saya YB Limbongan. Yang menunjukkan tahun yang sama mencatatkan angka tertinggi di Pantai Timur iaitu 7.5 % sementara Terengganu 5 % dan Pahang 3.8 % dan nak menambah daripada apa yang YB EXCO sebutkan tadi penyalahgunaan dadah juga menyumbang kepada penceraian yang tinggi. Jadi persoalan saya adalah dengan program yang begitu banyak yang dilakukan ini sudah mencapai sasarannya adakah kita mungkin miss pocket-pocket ini yang kita kena cegah, rawat. Sebab kita tahu walaupun kita bergelak-gelak pasal kahwin ramai dan sebagainya saya juga nak membangkitkan berapa banyak di Negeri Kelantan yang kahwin di Sempadan ataupun di luar Kelantan tetapi hakikatnya ramai yang tidak didaftarkan di negeri ini menyebabkan kesusahan kepada ramai wanita. Jadi mungkin YB EXCO pun berhadapan dengan masalah ini, mungkin boleh cerahkan kita supaya kita semua bermula dengan satu harapan lah terhadap kekeluargaan apatah lagi di akhir-akhir ini

Timbalan Speaker

Ringkaskan soalan…

Masalah ini …

Timbalan Speaker

Kota Lama, ringkaskan soalan…

Berkaitan jugak dengan masalah kekeluargaan... Terima kasih…

Terima kasih Kota Lama. Cuma saya ingin memperbetulkan Kota Lama ada menyebut bahawa program-program yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Program-program berbentuk kebaikan, program-program baik. Memang lah, betul. Itu adalah satu kenyataan ia sebenarnya tak boleh. Memang kita kena lakukan program – program yang baik ini, dan Kerajaan Negeri sejak daripada 1990 sehinggalah sekarang ini kita memang laksanakan semua di MTT segmen Program-program baik. Kerana kita tengok sabda SAW sendiri Nabi sebut :

ﲤﺤﻬﺎ ﳊﺴﻨﺔ ا ﻟﺴﻴﺌﺔ ا ﺗﺒﻊ وأ maksudnya hendaklah diiringi dihapuskan perkara-perkara jahat yang berlaku dalam negeri dalam masyarakat dengan perkara-perkara baik barulah perkara jahat tadi terhapus. Kena laksanakan perkara baik jadi dengan inilah Kerajaan melaksanakan semua perkara baik. Macam di Malaysia ini mana ada sebuah Kerajaan yang menubuhkan sehingga 93 buah sekolah yang mana ada Pengajian Islam, Pendidikan Islam, Pengajian Agama kerana itu adalah baik untuk mengekang daripada berlaku gejala-gejala yang tidak baik di kalangan pelajar. Begitulah juga dengan entiti-entiti lain yang ditubuhkan program-program kalau kita tengok daripada semua portfolio, program-program kebaikan itu terlalu banyak dan kita yakini dengan program yang baik inilah yang Inshaa-Allah SWT akan memberkati dan mengurangkan kadar-kadar gejala-gejala sosial yang berlaku sama ada di dalam institusi keluarga, dalam masyarakat di dalam mana-mana pihak sendiri pun. Kita dapat mengurangkan beban PDRM, AADK, gerak kerja kepimpinan Kerajaan Negeri dan lain-lain, dan terima kasih kerana memberi keperihatinan dalam institusi keluarga ini dan kita benar-benar Kerajaan Negeri selain daripada pihak yang menjaga kebajikan keluarga. Semua kepimpinan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh kepimpinan sentiasa memikirkan dan Jabatan Agama dan Majlis Agama termasuklah institusi-institusi NGO Agama yang ada ini sebenarnya mereka sentiasa bersama bagaimana untuk menyelesaikan isu-isu kekeluargaan yang sehingga ke hari ini yang kita kata berlaku dan kadang-kadang masalah itu dia berlaku secara meluas kerana zaman ataupun era kini kita tengok keadaan-keadaan yang extreme berlaku dalam keadaan cuaca global pekerjaan dan lain-lain. Itu sebab-sebab yang semua pihak kena bertanggungjawab dan saya nak kembali bahawa semua kita termasuklah institusi keluarga itu sendiri mengambil peranan berkerjasama dengan pihak Kerajaan untuk selesaikan isu ini. Sekian sahaja,

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih, Dato’ Speaker.

Timbalan Speaker

Saya mempersilakan Yang Berhormat Pengkalan Pasir.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 9. Soalan 9 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha kerajaan meningkatkan kesedaran isu Kebersihan dan langkah penguatkuasaan di PBT bagi mempastikan negeri Kelantan di tahap yang cemerlang].

Tuan Hilmi b AbdullahPAS · PNGuchil

ﻴﻢ ﻟﺮﺣ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pengkalan Pasir atas soalan mengenai usaha Kerajaan dan Penguatkuasaan isu kebersihan di Negeri Kelantan. Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Pasir antara usaha Kerajaan untuk meningkatkan Kesedaran Isu Kebersihan dengan mengadakan yang pertama Kempen Kesedaran Yang Berterusan iaitu pelaksanaan program seperti Kempen Kelantanku Bersih, gotong royong perdana yang melibatkan agensi-agensi kerajaan dan komuniti setempat. Kempen ni lama dah kita buat yang berterusan sehingga kini. Dan yang kedua ialah Penyebaran Maklumat secara berterusan. Melalui media sosial, poster dan risalah kesedaran menjaga kebersihan di tempat awam, sekolah dan rumah ibadat. Ni saya mintak kepada semua Ahli Yang Berhormat supaya follow dan juga like posting-posting yang dibuat oleh semua PBT mengenai program-program kebersihan dan sebagainya. Yang ketiga, memberi pendidikan komuniti iaitu kerjasama dengan sekolah dan insitutsi pendidikan untuk mendidik murid dan pelajar tentang pentingnya kebersihan di peringkat awal persekolahan. Yang sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat EXCO Pendidikan. Kita ada Program Fiqah, Fiqah yang telah disertai oleh 100 buah sekolah dengan ahli yang melebihi 15 ribu orang. Dan ini usaha kita untuk memberi pendidikan awal kepada para pelajar pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar. Yang keempat, penerapan pendidikan sivik berkaitan penjagaan kebersihan dan alam sekitar yang melibatkan pelbagai peringkat komuniti. Yang seterusnya, Insentif dan Pengiktirafan. Iaitu Anugerah Kebersihan dalam Pertandingan Kelantanku Bersih kepada PBT-PBT untuk kategori Kecemerlangan PBT, Taman Awam Terbersih, Tandas Awam Terbersih, dan pengiktirafan turut diberikan kepada Persatuan

yang mengelola Taman Perumahan dan Pasar Awam di bawah PBT yang berjaya mencapai tahap kebersihan yang cemerlang. Ini adalah Program Tahunan kita ni, kita ada 12 kategori untuk dipertandingkan daripada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat IPT sehinggalah Perumahan dan juga kategori dalam PBT. Seterusnya untuk langkah penguatkuasaan oleh PBT. Sebagaimana berikut yang pertama Pemantauan dan Rondaan Berkala. Penguatkusaan melalui rondaan oleh Bahagian Penguatkusaan PBT bagi mengenal pasti yang mengekang lokasi berisiko dijadikan kawasan pembuangan sampah haram. Kita selalu membuat rondaan, sama ada menggunakan dengan motosikal pancuan empat roda dan juga pemantaun menggunakan cctv. Seterusnya, pengeluaran notis dan kompaun. Tindakan undang-undang seperti pengeluaran notis amaran, kompaun, dan pendakwaan kepada individu atau premis yang melanggar peraturan kebersihan di bawah Undang-undang Kecil PBT. Yang ketiga, penggunaan teknologi menggunakan sistem aduan awam secara dalam talian untuk memudahkan orang ramai melaporkan kes pelanggaran kebersihan. Yang ada sekarang ini aduan awam digunakan oleh rakyat untuk membuat aduan mengenai dengan jalan yang berlompak. Sampah tidak dikutip, kita mintak kepada rakyat semua untuk membuat aduan melaporkan kesalahan-kesalahan berkaitan kebersihan. Kalu napok orang bawok sapoh atas bonet kereta, ambik gambar dan wak masuk dalam aduan awam. Inshaa-Allah dengan maklumat yang lengkap kita dapat mengambil tindakan kepada para pesalah-pesalah yang melanggar undang kecil kebersihan. Dan yang akhir sekali, Pemantaun di Tempat Pembuangan Sampah (Rumah Sampah) iaitu pengawasan moden melalui penggunaan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di tempat pembuangan sampah boleh membantu PBT dalam pemantaun tahap pembuangan sampah, mengesan pelaku kesalahan kebersihan dan vandalisme, menyokong tindakan penguatkuasaan berasaskan bukti dan memberi isyarat pencegahan kepada masyarakat. Sebagaimana yang berlaku pada dua minggu lepas, pembekal ikan keli dihantar keli ke ternakan. Keli yang mati dio tohok tepi tong sampah, dia jadi bau busuk anjing kero mari tapi Alhamdulillah

kecaknaan masyarakat dia ambik gambar dia siap dengan apo ni nombor plate pun dia ambik hantar ke PBT. Kita kenalpasti buat cagaran dengan JPJ kenderaan daripada luar Kelantan. Pembekal luar Kelantan datang buang sisa ataupun bekalan keli yang dah mati di tepi tong sampah. Itu terima kasih kepada rakyat yang cakna kebersihan masing-masing buat pemantauan dan laporkan kesalahan-kesalahan kepada PBT dengan maklumat yang lengkap Insyaa-Allah kita dapat memberikan pendidikan kepada semua rakyat supaya dapat menjaga kebersihan dengan kaedah pelaksanaan inforcement bermula tahun ini kita dapat Berjaya mengurangkan banyak isu-isu kebersihan ini. Insyaa-Allah.

Timbalan Speaker

Silakan, Pengkalan Pasir.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan penerangan yang cukup jelas bagaimana bermula kempen kesedaran, penguatkuasaan dan sebagainya.

Dan kalau kita lihat hadis Nabi SAW menyebut ن ﻹﳝﺎ ا ﺷﻄﺮ ر ﻟﻄﻬﻮ ا

kebersihan tu sebahagian daripada iman. Persoalan saya apabila kita bercakap tentang kebersihan sudah tentulah ia melibatkan institusi keluarga, masyarakat, kerajaan dan sebagainya. Bagaimanakah kita memastikan penglibatan-penglibatan tertutamanya dalam segi NGO sebab keberkesanan program ini sudah berlaku di seluruh peringkat pertama di peringkat keluarga itu sendiri dan adakah kerajaan bercadang sebagaimana disebut tadi pendidikan menjadikan syllabus dan kalau kita ingat masa kita kecik-kecik dulu ada satu syllabus sivik. Bagaimana mengajar anak-anak kita, kalau kita tengok di Jepun tu dia suruh budak-budak tu basuh jamban tu dan sebagainya. Dah sudah sampai masanya kita lakukan satu syllabus aplikasi biar anok kito pehe. Dan dari generasi-generasi inilah yang akan membantu kita dan seterusnya bagaimanakah kita nak pastikan sejauh manakah kegiatan NGO-NGO untuk bersama dalam kempen ini untuk memastikan kito ni dillihat salah satu daripada negeri terbersih di Malaysia.

Tuan Hilmi b AbdullahPAS · PNGuchil

Terima kasih soalan tambahan daripada Pengkalan Pasir mengenai pengllibatan. Bukan sahaja NGO tetapi seluruh masyarakat ambo percaya semo dalam dewan ni sempat merasai zaman persekolahan rendah dulu. Tahun 80an, tahun 70an kita kalu gi sekolah keno gi awal sekolah, pukul 7 tu sapa dah sekolah. Diberikan tugas-tugas, kelas satu. 1A cuci longkang, 1B cuci tandas, 1C kutip sampah dan 1D cuci cermin. Dulu syllabus pendidikan diterapkan di peringkat awal malangnya sekarang sudah tidak ada syllabus berkenaan dengan kebersihan peringkat awal. Jadi kalau kita cikgu arahkan pelajar kutip sampah dan cuci longkang akan ada aduan lah. Aduan ibu bapa kepada sekolah sepatutnya program sebegini diterapkan oleh Kementerian Pendidikan di peringkat awal dan saya menyokong saranan daripada Pengkalan Pasir tadi untuk dikembalikan semula latihan kepada para-para pelajar sekolah sebagaimana ada diamalkan di Negara Jepun.

Negara Jepun ni pelajar akan memungut sisa-sisa sampah dan letak di dalam poket. Make cokelat letok di dalam poket seluar, kita make cokelat buang keluar. Kenapa? Kerana ibubapa dia juga makanan sisa dibuang keluar. Bapa borek anak rintik. Dan kita diperingkat PBT ada engagement dengan satu NGO yang mempromosikan dan memberi penempuan kepada Program Gotong Royong Kelantan, NGO Kelantanku Bersih. Boleh buka facebook dan kita ada NGO Kelantanku Bersih logo yang bulat tu ada yang khusus dan ada beberapa lagi NGO yang menyokong PAPISMA dan bulan ni ada satu NGO yang akan turun, bukan turun ke Kuala Lumpur tapi turun pada 26 haribulan untuk membersih di Pantai Kubang Golok. NGO geng plastik hijau, sampai ke pantai. Kita ada juga NGO-NGO yang membersihkan sungai iaitu Wira Sungai. Ada pelbagai NGO dengan minat masing-masing. Yang datang berjumpa kita dengan menunjukkan minat dengan memberikan bantuan sokongan mereka untuk mereka menjayakan program. Di peringkat sekolah tadi kita ada Fiqah untuk latihan awal kepada para pelajar dan pada tahun lepas kita tambah satu lagi anugerah iaitu Tokoh Anak Muda Bersih. Kalau kita buka tiktok nama dia “kchannel” dia ni anak muda yang memakai pakaian Jepun. Kimono untuk wanita, dia galas

bakul dia kutip sampah. Antara tempat utama dia di Lembah Sireh dan viral. Dan kita bagi anugerah kepada beliau sebagai Ikon Anak Muda Kelantan Bersih pada tahun lepas dan pada tahun ini kita akan cari Tokoh Anak Muda yang melakukan kerja-kerja pembersihan secara sesuka rela dan Insyaa-Allah dengan sambutan Anak Muda pelbagai sekolah peringkat sekolah rendah peringkat sekolah menengah dan IPTA, IPTS yang bersama-sama dengan kita. Di samping kita menubuhkan komuniti setempat dan saya memohon semua Dun yang menubuhkan (JKP) Jawatankuasa Kawasan Penduduk yang diiktiraf oleh PBT masing-masing. Sebab kita ada dana di peringkat persekutuan di bawah SDG ada dana my local agenda 21 yang akan memberikan peruntukkan kepada Jawatankuasa Penduduk untuk ditubuhkan secara rasmi engage dengan PBT dan akan disalurkan kepada NGO tersebut untuk melaksanakan program-program tersebut Kempen Bergotong Royong, Kebersihan Alam Sekitar. Jadi kita nok ke bersih ni ada dua komponen yang pertama Kerajaan kita sediakan interest yang seckupnya. Program-program yang secukupnya kawasan indah lebih ceria naik taraf kebersihan dan yang kedua komponen di peringkat rakyat. Dia kena dua-dua bergerak sekali dan kalau Kerajaan bersungguh dan rakyat ada sambutan. Rakyat bersunguh kerajaan tidak menyambut tidak jadi. Dia kena dua-dua dapat membina sebuah negeri yang bersih. Inshaa-Allah, terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Salor.

Tuan Saizol b IsmailPAS · PNSalor

Bismillah, terima kasih Dato’ Speaker. Mohon jawapan soalan saya nombor 10.

Soalan 10 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, dasar kerajaan negeri dalam membina belia berakhlak tinggi dan menyekat pengaruh budaya luar yang negatif?]

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Salor dan Timbalan Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa komited dalam usaha membentuk golongan belia yang berakhlak mulia serta berdaya tahan terhadap pengaruh budaya luar yang negative. Selaras dengan Dasar Anak Muda Kelantan (DAMAK) dan pendekatan Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI), pelbagai dasar dan inisiatif telah dirangka dan dilaksanakan melalui (U-BeS) Urus Setia Belia dan Sukan Negeri. Kerajaan Negeri juga melalui portfolio Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat sentiasa meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap usaha membentuk belia yang berakhlak mulia dan berdaya tahan terhadap pengaruh luar yang merosakkan. Walaubagaimanapun kita menghadapi pelbagai cabaran berdasarkan data golongan belia yang berumur 15-30 tahun di Kelantan berjumlah lebih kurang ½ Juta, 500,000 dan berdasarkan data juga pelajar-pelajar ataupun anak-anak muda belia-belia kita yang berada di Pendidikan Arus Perdana ataupun di bawah jabatan pendidikan negeri yang berjumlah 360,000. Manakala di bawah YIK sebanyak lebih kurang 30,000 maksudnya hanya 8.5 % pelajar-pelajar ataupun belia-belia mendapat pendidikan atau tadbir urus terus daripada Kerajaan. Dan itu adalah salah satu cabaran-cabaran yang kita hadapi jadi lanjutan daripada itu antara dasar ataupun kerangka dasar ini berteraskan dasar anak muda ataupun DAMAK sebagai dokumen rujukan utama Pembangunan Belia Negeri, Visi Pembangunan Belia adalah untuk melahirkan generasi Qawiyul Al-Amin iaitu golongan muda yang cergas, berintegriti, dan berpaksikan nila-nilai Islam. Pendekatan ini disokong dengan pelan tindakan tahunan yang berasaskan model SOSTAC, iaitu perancangan Strategi, Objektif, Taktik dan Pemantauan yang teratur.

Ilmuan islam, saya juga ingin mengatakan jika kamu ingin melihat masa hadapan sesebuah bangsa lihatlah kepada pemuda hari ini. Lanjutan itu

daripada peringkat Kerajaan Negeri kita tidak ingin melihat, kita tidak hanya ingin melihat belia pada hari ini tetapi kita ingin membentuk belia pada hari ini. Antara inisiatif yang telah ataupun yang sedang lakukan bagi tujuan tersebut ialah kita telah mewujudkan Kelantan Future Leaders Camp Institute iaitu sebuah program ataupun sebuah unit di bawah portfolio Belia, Sukan, Masyarakat dan Perpaduan Masyarakat yang memfokuskan pembinaan kepimpinan belia berasaskan idealisme, nilai, dan integriti. Jadi di bawah KFLI ini pelbagai inisiatif telah kita lakukan yang mensasarkan kepimpinan masa depan. Sebab kita percaya untuk melahirkan belia pada masa hadapan apabila kita fokus kepada melahirkan kepimpinan maka kepimpinan inilah yang akan memimpin ataupun membimbing rakan sebaya. Sebab itulah pendekatan kita ialah ingin melahirkan pemimpin-pemimpin yang mampu memimpin rakan sebaya. Jadi antara program-program yang telah kita lakukan atau yang akan dilaksanakan ialah Kelantan Future Leaders Camp, yang mana Program ini mensasarkan pelajar-pelajar peringkat menengah ke seluruh Kelantan. Termasuklah juga anak-anak muda Kelantan, perantauan ataupun yang di bawah MRSM, Asrama Penuh dan sebagainya jadi kita ingin seluruh anak-anak Kelantan bukan sahaja di bawah Yayasan Islam Kelantan yang juga berada di Sekolah Asrama Penuh dan sebagainya mendapat ataupun berjaya ditarbiah oleh Kerajaan Negeri. Selain daripada itu kita juga mengadakan Kelantan Future Leaders Camp yang mana sasaran kita ialah lepasan SPM. Maknannya selepas dia habis SPM sebagai persediaan mereka ke Universiti atau sebagainya. Pelbagai program dan inisiatif ataupun persiapan yang kita lakukan untuk mereka memimpin apabila mereka berada di alam seterusnya. Selain daripada itu juga kita mengadakan Kelantan Future Leaders Academy yang ini InShaa-Allah akan diadakan pada awal bulan lapan nanti, 6-9 Ogos yang melibatkan kepimpinan mahasiswa anak-anak Kelantan, sama ada mereka di Persatuan Anak-anak Negeri ataupun mana-mana anak-anak muda Kelantan yang memegang kepimpinan di peringkat Universiti. Jadi kita ingin mendekati mereka dan supaya mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan negeri dan juga pembangunan belia Kelantan. Dan pelbagai agenda yang kita isi antaranya adalah untuk

menanam nilai kepimpinan rabbani dan patriotik serta menyemai semangat khidmat masyarakat dan kefahaman tanggungjawab sosial. Selain daripada itu juga kita mengadakan Program Kolej Gentera di mana program ini mensasarkan belia-belia lepasan SPM sehinggalah berumur 30 tahun. Pelaksanaan bagi musim keempat dan yang berterusan dengan konsep (Touch N Stay) sebagai benteng kepada para belia untuk mengatasi gejala sosial. Program selain daripada itu Program Felo Darulnaim juga akan dilaksanakan bagi membina barisan pelapis pelaksana dasar dengan pendedahan lansung pada pengurusan Kerajaan dan juga dasar pembangunan dasar belia. Dan kita juga InShaa-Allah pada penghujung tahun ini akan mengadakan Konvensyen Kepimpinan Belia Kelantan dimana akan menjadi wacana pemikiran penyatuan belia dan juga peneguhan naratif belia beradab dan bertamadun. Jadi tadi saya sebut secara umumnya fokus kita lebih kepada kepimpinan dan pada masa yang sama kita memberi perhatian kepada anak-anak muda yang lain yang berada di kawasan-kawasan ataupun di parlimen. Kerajaan Negeri turut melaksanakan pelbagai program pembangunan kerohanian dan menghayatan Al-Quran serta pengisian kesedaran isu social dalam kalangan belia secara roadtour dengan kaedah yang ‘keno denge jiwo ore mudo’ dengan pendekatan jiwo orang mudo ke kawasan melalui program yang telah kita lakukan Anak Muda Tamu Ramadhan (AMTAR) yang mensasarkan belia-belia di parlimen-parlimen untuk memahami dan menghayati Ramadhan. Pengukuhan komuniti belia setempat melalui aktiviti kerohanian, kesukarelawanan dan khidmat masyarakat yang berterusan melalui program Rakan Muda Al-Quran sebagai medium memenuhi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Sebab kita yakin dengan sabda Rasulullah SAW “aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya.” Iaitu Al-Quran Sunnah dan InShaa-Allah apabila anak-anak muda diberi kefahaman tentang islam, tentang al-quran, tentang Sunnah maka mereka akan mempunyai daya tahan yang tinggi dan tidak akan tersesat ataupun terlibat dengan gejala-gejala negative. Selain daripada itu pengukuhan peranan NGO Strategik melalui PEMADAM Negeri Kelantan PEMADAM

Kelantan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia berperanan besar sebagai rakan strategik utama Kerajaan Negeri dalam menangani isu penyalahgunaan dadah dan juga pengaruh subculture negatif. Beberapa sesi libaturus, retreat PEMADAM serta Bengkel Plan Jihad ataupun Bengkel Plan Jihad Strategik Perangi Dadah yang telah dijalankan oleh PEMADAM Negeri Kelantan bentuk tindakan bagi menjalankan program kesedaran, pencegahan awal dan advokasi di sekolah, kampus dan komuniti dengan pendekatan pendidikan dan juga intervensi. Kerjasama yang erat di antara Urus Setia Belia & Sukan, NGO-NGO Strategik, PEMADAM, AADK dan NGO belia akan membantu mencipta ekosistem sokongan untuk belia yang terdedah kepada risiko gejala sosial.

Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Salor soalan tambahan.

Tuan Saizol b IsmailPAS · PNSalor

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Dan kita sedia maklum dan lihat banyak inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam kita membangunkan jati diri anak belia Kelantan kita. Dan selaras dengan vision Kelantan Future State 2033 dan kita letakkan sasaran satu daripada elemennya melahirkan anak muda belia kalis masa hadapan setahu saya. Cuma sebagaimana sebelum ini biasa disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar berkaitan dengan Endorsement Rakyat Kelantan. Cuma saya nak fokus kepada belia, adakah hasrat pihak Kerajaan Negeri untuk menilai suatu yang boleh kita namakan sebagai Indeks Sosial Taqwa Anak Kelantan selaras dengan hasrat pihak Kerajaan Negeri sendiri dan elemen yang sebagaimana saya sebut tadi. Terima kasih.

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih Salor atas soalan tambahan, dimana cadangan untuk mewujudkan ataupun membangunkan Indeks Sosial Taqwa Anak Muda Kelantan sangat bertempatan dengan semangat DAMAK. Dan dasar Pembangunan Belia berpaksikan nilai Islam. Dimana komitemen terhadap pemantaun yang berdasarkan output dan outcome pihak di

bawah Jawatankuasa Belia & Sukan, NGO dan perbadanan masyarakat kita fokus terhadap setiap program kita setiap program-program yang disusun akan memberi focus kepada berdasarkan outcome, bukan kata Program one off. Mana kita melihat kepada outcome dia. Seperti yang disebut di dalam dasar Pelaksanaan Kerajaan Negeri telah mula membina system kawalan dan nilaian yang berasaskan output dan outcome serta juram prestasi tahunan program-program belia. Maknanya setiap program yang kita adakan, kita akan melihat hasil dia apa sasaran dia dan apa ruang-ruang penambahbaikkan yang perlu kita lakukan.

Selain daripada itu, Pembangunan Pusat Data dan Belia yang ada juga Ekosistem Alumni peserta-peserta atau belia-belia yang mengikuti program-program yang dianjurkan. Dimana ia kini diperingkat pembangunan dimana Pusat Belia Negeri Kelantan akan menjadi platform pengumpulan maklumat longitudinal belia yang boleh digunakan sebagai asas bagi pembangunan indeks yang seperti dicadangkan. Apabila semua bahan-bahan tersebut maka kita dapat melihat item-item atau perkara-perkara yang kita boleh nilai untuk indeks tersebut.

Dimana potensi “Indeks Sosio-Taqwa” tersebut Pusat Data Belia Taqwa ini boleh menjadi ukuran strategik untuk menilai tahap jati diri Islam dan amalan sosial, literasi agama digital, serta keterlibatan belia dalam kegiatan dakwah dan juga khidmat masyarakat. Dan akhir sekali kerjasama akademik dengan agensi negeri terbuka kepada Kerajaan rintis bersama dengan IPTA, IPTS di Kelantan dan juga agensi agama untuk membangun model indeks ini. Sekaligus meningkatkan keupayaan pemantauan dasar belia Islam negeri. InShaa-Allah.

Terima kasih.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan kita pada pagi ini. Dewan akan bersambung semula pada jam 11.40 pagi. Marilah kita menangguhkan sidang kita pada pagi ini dengan Tasbih Kafarrah dan Surah Al-Asr.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.40 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA ESOK HARI 22 JULAI 2025 PADA JAM 09.00 PAGI.