Kelantan · 22 July 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 136 turns · 16,919 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻜﻢ ﻋﻠﻴ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan yang Kelimabelas. HARI KEDUA. Al-Fatihah.

Doa

Setiausaha

[SAMBIL BERDIRI]

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Bacaan Doa….

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Soalan-soalan yang diberitahu, soalan-soalan yang dikemukan untuk mendapat Jawapan Mulut.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Melor.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﻌﺎﱃ ﺗ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon jawapan daripada soalan saya nombor 1. Terima kasih. Soalan Nombor 1: [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, berapakah kadar Pemberian Ikut Kepala (Pemberian dan Sumber Hasil yang diserahkan kepada Negeri) berdasarkan Bahagian 1 Jadual Kesepuluh, Perkara 109 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan kepada Negeri Kelantan, dan bilakah kali terakhir kadar ini disemak oleh Kerajaan Persekutuan serta berapa jumlah tahunan yang dibayar kepada Kerajaan Kelantan bagi tempoh 10 tahun terakhir.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Melor yang mengemukakan soalan.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

: ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ل ﻗﺎ

ِ ﺮ ِإِن ﻜ َ ﻨ ﻤ ْ ﻟ ءِ ﺎ ﺸ ﺤ ﻔ ْ ﻟ ا ﻦ ِ ﻋ ﻰ ﻬ ﻨ ﻳ ﰉ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ا ذِي ءِ ﺎ ﻳﺘ نِ ﺎ ﺴ ﺣ ﻹ ِْ ﺪ ﻌ ْ ﻟ ﺎﺑ ﺮ ﻣ ϩ ﻪﻠﻟﱠ ا ﱠ ْ َ ـْ ُ ْلِ ُ وَا َ ْ َ َ ـَ وَ َ ْ َ وَإِ َ ْ وَا َ ُ ُ َْ َ ِ ﻛﱠﺮ ﺬ َ ﺗ ﻢ ﻠﱠﻜ ُ ﻌ َ ﻟ ﻢ ﻜ ُ ُ ﻈ ﻌ ﻳ ﻲ ِ ﻐ ﺒ ْ ﻟ َ ْ ُون َوَا ْ َ ْ َ ـَ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi hak kepada kaum kerabat dan Allah melarang kamu daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta Allah melarang kamu daripada kamu lakukan kezaliman, Allah memberi nasihat pengajaran kepada kamu supaya kamu mendapat mengambil pelajaran daripadanya. Kadar pemberian ikut kepala berdasar kepada Bahagian 1 jadual Kesepuluh perkara 109 (1)(A) Perlembagaan Persekutuan kepada negeri

Kelantan sebelum ini yang dikuatkuasakan melalui Undang-undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan PU(A)164/2009 adalah sebagaimana berikut. Bagi 100,000 ribu orang yang pertama mengikut kadar RM72.00 bagi tiap-tiap orang. Bagi 500,000 ribu orang yang berikutnya mengikut kadar RM10.20 bagi tiap-tiap orang. Bagi 500,000 ribu orang yang berikutnya mengikut kadar RM10.80 bagi tiap-tiap orang. Bagi yang selebihnya mengikut kadar RM11.40 bagi tiap-tiap orang. Kadar ini tidak disemak sejak daripada tahun 2002 lagi, dalam mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada tahun yang lepas saya mewakili Negeri Kelantan telah mengemukakan usul supaya geran per kapita dikaji semula. Memandangkan kadar semasa yang diguna pakai adalah yang telah dikuatkuasa mulai pada 1 Januari 2002. Alhamdulillah, cadangan saya ini dipersetujui oleh semua menteri-menteri besar dan mendapat respon yang agak positif daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau sedar bahawa kadar ini kadar lama. Yang sepatutnya dikaji tetapi kerajaan juga mempunyai kekangan kewangan. Walaubagaimanapun PM menyatakan kesediaan untuk dibuat kajian balik dan dinaikkan mengikut kadar kemampuan Kerajaan Persekutuan. Dan Alhamdulillah dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara tahun 2025, tahun ini yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk menaikkan kadar pemberian mengikut kepala dengan kenaikkan secara purata dibayar secara purata 24.9 % dibayar mulai tahun 2026 melibatkan negeri-negeri. Mulai tahun hadapan, InShaa-Allah. Kadar baru yang telahpun dipersetujui di dalam mesyuarat tersebut 100,000 ribu orang yang pertama dinaikkan daripada kadar RM72.00 seorang kepada RM102.00 seorang. Manakala 500,000 ribu orang berikutnya dinaikkan daripada RM10.20 seorang kepada RM14.00 seorang, 500,000 ribu orang berikutnya dinaikkan daripada RM10.80 seorang kepada RM13.50 seorang. Bagi bilangan orang selebihnya dinaikkan kepada RM11.40 seorang kepada RM 13.00 seorang.

Kerajaan Negeri telah menerima pemberian mengikut bilangan orang dari tahun 2015 hingga 2025 berjumlah RM291.06 Juta. Iaitu tahun 2015 RM24.75 Juta, tahun 2016 RM25.06 Juta, tahun 2017 RM25.37 Juta, tahun 2018 RM25.69 Juta, tahun 2019 RM26.03 Juta, 2020 RM26.38 Juta, 2021 RM26.75 Juta, 2022 RM27.14 Juta, 2023 RM27.54 Juta, 2024 RM27.96 Juta manakala tahun 2025 RM28.9 Juta. Sekian.

Timbalan Speaker

Melor, tiada soalan tambahan? Dipersilakan, Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dari Tanah Merah ke Kota Bharu, menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri, Alhamdulillah hari kedua nampak bertambah meriah. Ahli Dewan indah berseri-seri. Boleh la dok? Jadi soalan saya sebenarnya Apakah Rasional Kerajaan Negeri dalam merancang bajet tahunan ataupun berdasarkan kepada anggaran pemberian daripada Persekutuan ataupun Projek? Dan apakah terdapat sekiranya Pelan Kontigensi sekiranya kadar pemberian ikut per kepala berkurang akibat daripada pindaan perundangan ataupun pemberian daripada pusat tidak sebagaimana yang dirancang? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Gual Ipoh. Gapo? Guillemard. (Ketawa kecil)

[KEDENGARAN GELAK KETAWA DARI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI]

Terima kasih di atas soalan tambahan yang dikemukan. Rasional utama Kerajaan Negeri Kelantan merencanakan bajet tahunan berdasarkan pada anggaran kadar pemberian Kerajaan Persekutuan adalah berasaskan kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan menurut perkara 109 (1) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama bahagian 1 jadual kesepuluh. Ini tanggungjawab dan semua kita tahu bahawa Kerajaan Persekutuan ini terbentuk hasil daripada kerajaan-kerajaan negeri. Asalnya tak dok Kerajaan Persekutuan ni, ada kerajaan-kerajaan negeri sebab tu di Kelantan dulu di Kelantan dia tidak panggil Menteri Besar dia panggil Dato’ Perdana Menteri, Dato’ Perdana Menteri maknanya itu suatu seolah negara dulu. Pemerintahan asing Kelantan dia ada Perdana Menteri dia negeri lain dia ada Perdana Menteri dia samaada gelaran macam-macam tapi seolah Perdana Menteri kemudian kita bila kita nak mencapai kemerdekaan makna kita bersetuju. Ini sejarah bersetuju kerajaan-kerajaan negeri bergabung mewujudkan suatu Kerajaan Persekutuan sebab itu Kuala Lumpur itu sendiri adalah milik Selangor sebenarnya. Asalnya Selangor, Kerajaan Pusat ni tidak wujud sebelum ini kemudian Selangor bagi Kuala Lumpur menjadi hak Persekutuan.

Begitu juga Putrajaya, Putrajaya adalah hak Selangor asalnya. Labuan, Labuan hok Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan. Jadi ini adalah hak. Hak kita dan Kerajaan Pusat pun tahu perkara ini dan sedar perkara ini. Dan mereka Alhamdulillah pusat pun laksanakan tanggungjawab kita ucap terima kasih. Terimaan Kerajaan Persekutuan merupakan sebahagian daripada sumber hasil penting yang menyumbang kepada pendapatan kerajaan. Untuk tahun 2025 terimaan Kerajaan Persekutuan berjumlah 36.64 % daripada jumlah keseluruhan hasil negeri. Jadi bukan, bukan semua dok 36, baki tu hasil negeri. Manakala lain-lain pendapatan utama disokong oleh sumber dalam negeri khususnya hasil tanah, hasil berkaitan sumber asli dan galian dan bagi memastikan kedudukan kewangan negeri kekal stabil Kerajaan Negeri sentiasa menekankan kepada perancangan fiskal yang realistik sejajar dengan sumber sebenar yang boleh dijangka diterima berasaskan kepada trend terimaan sebenar iaitu ke atas bajet berimbang dan berhemah melaksanakan kawalan perbelanjaan berasaskan keutamaan dan

dasar penjimatan serta menggalakkan pelaksanaan penswastaan projek-projek pembangunan manakala bantuan per kapita dia, kita tidak jangka berkurangan, malah bertambah saya ada sebut dah dalam Majlis Kewangan Negera, telahpun dipersetujui semua setuju Majlis Kewangan Negara pengerusikan oleh Perdana Menteri akan dinaikkan saya sebut dah tadi 10,000.00 pertama dinaikkan daripada RM72.00 seorang kepada RM102.00, jadi maksudnya dia tidak akan berkuranglah dia akan bertambah sebab bilangan rakyat kita pun bertambah. Bila bertambah jadi bantuan per kapita mengikut kepala pun juga akan bertambah. Sekian.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Gual Periok dahulu.

Tuan Kamaruzaman b MohamadPAS · PNGual Periok

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah di atas penjelasan yang baik diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berkenaan konsep Federalisme dan juga tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri. Jadi berdasarkan ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Zahid Hamidi pada 11 Julai 2025, menarik kenyataan ini. Iaitu tanpa peruntukkan persekutuan pembangunan di Kelantan tercorot. Jadi mohon apa pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar terhadap kenyataan ini?

Terima kasih.

Terima kasih kepada Gual Periok. Dia sebenarnya tanpa, tanpa macam mana itu hak. Tanpa pemberian suami kepada isteri, isteri tidak akan dapat bantuan kewangan. Tidak boleh tanpa. Itu hak…

[KEDENGARAN KETUKAN MEJA DARI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI]

Tanpa tu pun kita tidak boleh sebab hak jadi nanti orang boleh buat tanggapan tanpa Kerajaan-kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan tidak akan wujud. Jadi tidak boleh tanpa itu. Pertama sekali saya ingin menegaskan bahawa sistem

pemerintahan negara ini dibina atas asas persekutuan. Yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Dalam semangat ini Kerajaan Persekutuan memikul tanggungjawab berperlembagaan untuk menyalurkan peruntukkan kepada setiap negeri. Bukan sahaja Kelantan tapi di setiap negeri tanpa mengambil kira tentang latar belakang politik. Peruntukan-peruntukan ini bukanlah bersifat ihsan politik, tidak. Tetapi merupakan hak perlembagaan yang wajib disalurkan kepada semua negeri. Bukan ihsan sebab kalau dalam ayat yang saya baca dalam muqqadimmah yang saya baca sekejap tadi Allah berfirman Allah ن ِإِن ﺎ ﺴ ﺣ ﻹ ِْ ﺪ ﻌ ْ ﻟ ﺎﺑ ِ ﺮ ﻣ ϩ ﻪﻠﻟﱠ ا ﱠ , ْلِ َ ْ وَا َ ُ ُ َْ َ memerintah kamu supaya berlaku adil dan berbuat ihsan. Ayat ini selalu dibaca oleh Khatib hari Jumaat, ayat ni ayat yang wajib dibacalah walaupun buleh baca ayat lain tapi dibaca ayat ini. ِ ﻢ ﻜ ُ ُ ﻈ ﻌ ﻳ ﻲ ِ ﻐ ﺒ ْ ﻟ ﺮ ِ ﻜ َ ﻨ ﻤ ْ ﻟ ء ِإِن ﺎ ﺸ ﺤ ﻔ ْ ﻟ ا ﻦ ِ ﻋ ﻰ ﻬ ﻨ ﻳ ﰉ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ا ذِي ءِ ﺎ ﻳﺘ نِ ﺎ ﺴ ﺣ ﻹ ِْ ﺪ ﻌ ْ ﻟ ﺎﺑ ِ ﺮ ﻣ ϩ ﷲ ﱠ ْ ْ َ ـْ ُ ْلِ ْوَا َ ـَ وَا ُ َ ْ َ َ ـَ وَ َ ْ َ وَإِ َ ْ وَا َ ُ ُ َْ َ ﻛﱠﺮ ﺬ ﺗ ﻢ ﻠﱠﻜ ﻌ ﻟ َ َ َ ُ َ َ ُون ْ Yang pertama, Allah memerintah berlaku adil. Yang kedua, Allah memerintah supaya berbuat ihsan. Apa beza adil dengan ihsan? Barangkali kita rasa seolah sama bila adil tu orang ni dah tu berlaku ihsan, tidak. Adil ni makna adil ﺿﻊ و ﻣﻮﺿﻌﮫadil ﻓﻲ ء ﻟﺸﻲ ا makna meletak sesuatu kena pada tempat, itu makna adil. Apa makna ihsan? Ihsan memberi makna yang lebih mendalam, Nabi Isa AS menyebut ﻟﯿﻚ إ ء ﺳﺎ أ ﻣﻦ ﻟﻰ إ ﺗﺤﺴﻦ أن ن ﻹﺣﺴﺎ ا ﻟﻜﻦ و ﻟﯿﻚ إ ﺣﺴﻦ أ ﻣﻦ ﻟﻰ إ ﺗﺤﺴﻦ أن ن ﻹﺣﺴﺎ ا ﻟﯿﺲ dia kata ihsan itu bukan kamu berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kamu kalau kamu berbuat baik kepada orang yang buat baik kepada kamu, itu biasa. Semua orang tahu bila buat baik kito, kito buat baik kokre. Orang berbuat baik kepada kita, kita berbuat baik kepada orang. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Semua orang tahu, tapi kata Nabi ISA ﻟﯿﻚtapi إ ء ﺳﺎ أ ﻣﻦ ﻟﻰ إ ﺗﺤﺴﻦ أن ن ﻹﺣﺴﺎ ا ﻟﻜﻦ و Ihsan yang sebenarnya ialah boleh buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu. Kalau kita buat baik kepada orang yang buat baik itu belum ihsan lagi. Ihsan ini arti kita berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita, sebab itu saya setuju sebut nama Duit Ihsan, sebab dia keno bagi banyok lagi. Ihsan ni kalau orang berbuat jahat kepada kita pun, kita keno bagi banyok lagi. Itu nama dia ihsan. Kalau orang berbuat baik kepada kita, kita balas baik. Itu dia panggil ﺑﺎﻟﺨﯿﺮ. ة ﻟﻤﻜﺎﻓﺄ ا Itu baik dibalas dengan baik, itu biasa. Yang Islam nak luar biasa,

orang Indonesia kata “luar biasa, pak”. Tu hak Islam nak, Ihsan ni maknanya luar biasa. Luar biasa.

Jadi sebabtu saya mudoh bila nama Al-Ihsan, saya mitok banyok la sebab itu luar biasa. kalau kita berbuat baik kepada orang berbuat baik, itu biasa. kita boleh buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kita. Itu Ihsan, Ihsan. Jadi tapi itu saya sebut dari segi hubungan Alhamdulillah tak ada masalah. Tak ada masalah, Alhamdulillah.

Jadi takpelah, mungkin ucapan-ucapan biasalah time penyokong tu kade-kade penyokong ni duk pong kut bawoh kade-kade. Pemimpin tak belah mana kade-kade nyer. Bilo anok buoh duk pong ni, dio tertubik belako lah. Jadi ambo yakin bahawa pimpinan-pimpinan di peringkat pusat samada PM dan Timbalan Perdana Menteri pun tahu tentang perkara ini dan mereka melayan negeri dengan baik. Saya ucap terima kasih, cuma dalam masa-masa yang tertentu tu, bila datang ke Kelantan buleh jadi anok buoh. Cuma ambo harap YB Galas buleh slow sikit anok buoh, jange duk cocoh apa nama ni Presiden kuat sangat nyaknyo deh. Jadi mudah kita nak berunding pun mudah, saya ucap ribuan terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Dato’ Speaker, terima kasih banyak-banyak. Saya nak ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya berubah takrif tadi. Dalam dewan ini jugak Yang Amat Berhormat Menteri Besar pernah menyatakan bahawasanya sepanjang Yang Amat Berhormat Menteri Besar jadi Menteri Besar, PMX tidak pernah nafikan permintaan dan permohonan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Pada pandangan ataupun pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sejak daripada tahun 1990 sehinggalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjadi Menteri Besar wujud ataupun tidak pemberian wajib ini tidak diberi kepada Kerajaan Negeri Kelantan? Pertama. Yang kedua, tadi bila Yang Amat

Berhormat sebut soal ihsan dan sebagainya saya amat bersetuju lah dengan apa yang dikatakan itu. Apa pandangan Yang Amat Berhormat apabila PMX hubungan nya baik dengan negeri Kelantan terutamanya dengan Yang Amat Berhormat MB dan PMX sentiasa laksanalah apa yang diminta oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Maknanya dia telah berbuat baik kepada kita. Apa pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan “Himpunan Turun Anwar” 26/07/25 ni.

Dan adakah Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga akan turut sama menghadiri himpunan ini sebagaimana yang diajak oleh beberapa EXCO kita dalam dewan ini.

Ore buat tak baik kepada kita, kita berbuat baik kepada ore. Nih orang berbuat baik doh kepada kita ni, adakah kita pun akan terlibat juga? Saya mintak pandangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Galas. Yang Berhormat Dato Speaker, soalan ini tidak ada kaitan dengan soalan asal. Maka saya tidak boleh menjawab lah.

[KEDENGARAN GELAK KETAWA DARI AHLI YANG BERHORMAT]

Timbalan Speaker

Okay baik, kita teruskan dengan Yang Berhormat Salor.

Tuan Saizol b IsmailPAS · PNSalor

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Amat Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan bagi soalan saya nombor 2.

Soalan 2:

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, dasar semasa terhadap penjawat awam negeri dalam aspek integriti dan profesionalisme?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Alhamdulillah Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Salor. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar diatas jawapan untuk soalan yang pertama dan juga soalan-soalan tambahan. Sedap kita dengar jawapan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang. Untuk soalan yang kedua, terima kasih kepada Salor dan saya mohon keizinan daripada Yang Berhormat Dato’ Speaker untuk menjawab soalan ini bersama dengan soalan nombor 28 daripada Yang Berhormat Pasir Tumboh berkenaan dengan Dasar Semasa Terhadap Penjawat Awam Negeri dari Aspek Integriti dan Profesionalisme.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, antara pelan Integriti Pengurusan Anti-Rasuah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menjamin ketulusan urus tadbir adalah sebagaimana berikut. Yang pertama kita telah menubuhkan Unit Integriti di semua agensi awam selaras dengan pekeliling perkhidmatan bilangan 6 tahun 2013. Semua agensi awam hendaklah menubuhkan unit integriti sebagai kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Selain itu, kerajaan negeri juga sedang dalam tindakan untuk menubuhkan unit integriti di semua unit pihak berkuasa tempatan ataupun PBT di negeri Kelantan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tata Kelola. Peringkat Nasional Siri 4 Bilangan 1 Tahun 2025 dan perkara ini telahpun diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali Kedua 2025 yang bersidang pada 5 Februari 2025.

Yang kedua, kita juga ada Pelan Anti-Rasuah Kelantan ataupun Kelantan Anti-Corruption Plan, KACP. Pelan Anti-Rasuah Kelantan 2020 hingga 2024 ini telah dibangunkan selari dengan dasar dan pelan peringkat nasional iaitu Pelan Anti-Rasuah Nasional 2019 - 2023 dengan matlamat untuk membudayakan Amalan Integriti dalam Penyampaian dan Perkhidmatan dan berpaksikan konsep Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan. Selaras dengan Pembangunan (KACP) ataupun Kelantan Anti-Corruption Plan dan juga (NACP) ataupun National Anti-Corruption Plan yang saya sebutkan tadi Kerajaan Negeri juga sedang dalam perancangan untuk membangunkan Strategi Pembanterasan Rasuah Kelantan berteraskan strategi Pembanterasan Rasuah Nasional.

Yang ketiga, Pelan Anti-Rasuah Organisasi, kerajaan negeri juga telah mewajibkan semua 11 Pejabat Tanah dan Jajahan dan 12 pihak berkuasa tempatan Negeri Kelantan membangunkan Pelan Anti-Rasuah Organisasi masing-masing. Pelan ini telah siap dibangunkan dan dilancarkan pada November 2024 Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan tahun 2024.

Kerajaan Negeri juga sedang dalam tindakan untuk membangunkan Pelan Anti-Rasuah Organisasi kepada Syarikat Milik Kerajaan (GLC), iaitu Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN), Yayasan Islam Kelantan (YIK), Perbandaraan Bandar Baru Tunjong, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan. Seterusnya pelan sistem Pengurusan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah, MS ISO 370012016.

Pejabat SUK Kelantan telah menerima penarafan sistem pengurusan Anti-Rasuah sejak Ogos 2019 daripada Sirim Kos International Sdn. Bhd., Sistem Pengurusan Anti-Rasuah MS ISO 370012016 ini merupakan satu sistem bagi membantu satu organisasi mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap gejala rasuah. Seterusnya, Pembangunan Polisi Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah membangunkan tiga polisi utama berkaitan integriti dan tadbir urus iaitu yang pertama polisi anti-rasuah, polisi ini merangkumi dasar procedure dan kawalan dalaman untuk mencegah, mengesan dan tindakan yang perlu diambil terhadap rasuah.

Yang kedua polisi pemberi maklumat ataupun (Whistleblower), polisi ini bertujuan untuk menyediakan saluran rasmi kepada penjawat awam dan orang awam untuk melaporkan salah laku penyelewengan dan rasuah. Polisi ini menjamin perlindungan identiti dan tidak membenarkan sebarang tindakan balas terhadap pemberi maklumat sejajar dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 ataupun Akta 711. Dan yang ketiga Polisi Hadiah, Polisi ini bertindak sebagai medium untuk mengawal pegawai dan kakitangan dalam penerimaan sebarang bentuk hadiah daripada orang atau pihak yang mempunyai hubungan kerja, urusan rasmi ataupun kepentingan dengan jabatan.

Seterusnya, Program Pendidikan dan Kesedaran Integriti, kerajaan negeri melalui Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan kursus daripada masa ke semasa dan juga ceramah integriti kepada penjawat awam negeri Kelantan bagi membentuk budaya kerja beretika mencegah rasuah di samping memperkukuh tadbir urus sesebuah organisasi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan, Salor.

Tuan Saizol b IsmailPAS · PNSalor

Okay, terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Besar di atas jawapan yang diberikan. Dan terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah lah kepada Kerajaan Negeri sepanjang pemerintahan daripada dasar yang dibawa oleh Almarhum Tuan Guru sehingga sekarang yang disambung oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Penghayatan Membangun Bersama Islam dengan pendekatan budaya kerja Ummi yang sepertimana disebut oleh Timbalan Menteri Besar sebentar tadi. Cuma kadang-kadang secara praktikalnya kita menjalankan program-program kita tidak dalam isitilahnya dalam bentuk berkala, adakah di pihak kerajaan negeri berhasrat untuk mewajibkan atau meletakkan satu latihan berkala yang lebih praktikal kita lihat kepada penjawat-penjawat awam dan juga penjawat GLC yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Besar sebentar tadi? Terima kasih.

Terima kasih di atas soalan-soalan tambahan tersebut. Ya, Program Integriti Penjawat Awam dilaksanakan secara berkala dan memang ada iaitu bertujuan untuk mewujudkan nilai-nilai murni dan juga etika dalam kalangan penjawat awam. Ini termasuk jugak lah dengan kebudayaan integriti akauntabiliti dan profesionalisme dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Kerajaan Negeri juga mewajibkan latihan integriti diadakan secara berkala sekurang-kurangnya 4 ataupun 5 program setahun kepada semua penjawat awam bermula daripada kumpulan pengurusan tertinggi hingga kumpulan pelaksana dan dikendalikan oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus dan selain itu Kerajaan Negeri juga melaksanakan Program Integriti sebagaimana yang disebutkan tadi sekali setahun khusus kepada kontraktor (GLC) bagi mencapai pelaksanaan subjek objektif sistem pengurusan Anti-Rasuah Pejabat SUK Negeri Kelantan. Bahagian Integriti Dan Tadbir Urus juga turut membantu Bahagian Pengurusan Integiriti Agensi (SPRM) dalam memantau pelaporan pelaksanaan aktiviti unit integirti dan juga governance. Dan maklum balas penarafan risiko syarikat yang berkaitan dengan kerajaan ataupun GLC yang disebutkan tadi. Syarikat yang dimiliki oleh kementerian dan agensi kerajaan termasuk di bawah kerajaan negeri sendiri.

Selain itu bagi memperkukuh Integriti dalam perolehan kerajaan, kerajaan negeri turut guna memakai pakai Integrity Pack ke atas kontraktor GLC dan penjawat awam yang terlibat. Integriti Pack merupakan satu dokumen yang wajibkan kontraktor untuk tidak terlibat dalam rasuah ataupun amalan tidak beretika dalam perolehan kerajaan. Saya harap jawapan saya itu memenuhi kehendak soalan tambahan daripada Salor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan, Pulai Chondong.

Tuan Haji Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya ajukan soalan tambahan saya nak berpantun sedikit.

Bread is roti, Shadow is bayang, Before you mati better you sembahyang.

Pantun tazkirah sedikit tu, soalan tambahan saya. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memberikan imbuhan ataupun insentif kepada mana-mana penjawat awam yang berjaya menyambung pengajian ke peringat yang lebih tinggi bagi meingkatkan lagi pengetahun mereka? InShaa-Allah sekian terima kasih.

Terima kasih kepada Pulai Chondong. Nasib baik pantun tadi tazkirah, kalu dok saya buleh jawab takdok keno mengeno dengan soalan asal. Tapi soalan tadi adalah soalan spot saya, naik rupanya soalan spot itu. Buat masa ini tiada sebarang imbuhan kenaikan gaji diberikan kepada penjawat awam yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah, Sarjana ataupun PhD. Walaupun begitu kelulusan akademik yang lebih tinggi boleh memberi kelebihan kepada penjawat awam untuk memohon kenaikan pangkat ataupun penyesesuain gaji berdasarkan kelayakan baharu tertakluk kepada kekosongan lah dan juga tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa. Di samping itu, kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan dan sokongan bagi menggalakkan penjawat awam menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti cuti belajar bergaji penuh untuk pengajian sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji ataupun tanpa gaji. Penjawat awam yang mengikuti pengajian secara separuh masa juga boleh diberikan pelepasan masa oleh ketua jabatan bagi tujuan pengajian. Kemudahan-kemudahan ini telah dipanjangkan kepada kakitangan berstatus jawatan negeri berasas caruman ataupun (GMBC). Jawatan

yang berasaskan caruman GBC dan Contract For Services ataupun (CFS) melalui perkeliling perkhidmatan negeri bilangan 4 tahun 2025 berkuatkuasa 1 Jun 2025. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan, Tendong.

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan tahniah kepada pihak kerajaan atas usaha-usaha yang dilakukan sepanjang tempoh pentadbiran dalam meningkatkan integriti penjawat-penjawat awam. Bila kita sebut sebagai penjawat awam ini, sudah tentu lah merangkumi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, EXCO-EXCO dan juga Ketua Jabatan dan seluruh penjawat awam Negeri Kelantan. Soalan saya nya ialah kalau tidak perlukan kepada notis lah untuk jawapan ini sebab melibatkan angka. Dalam tempoh sepanjang pentadbiran bermula daripada tahun 1990. Kerajaan Negeri Kelantan ini selepas daripada pilihan raya dan Kerajaan Pas yang menerajui Kerajaan Kelantan. Berapakah jumlah kakitangan ataupun pegawai-pegawai kerajaan ini yang terlibat dengan kes-kes rasuah yang telah dijatuhkan hukuman melibatkan kes-kes mahkamah yang melibatkan kes rasuah, pecah amanah ataupun salah guna kuasa sepanjang tempoh 35 tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan ini? Terima kasih.

Tadi disebut Menteri Besar, EXCO-EXCO itu tak ada. Sejak daripada tahun 1990……

Tuan Rozi b MuhamadPAS · PNTendong

Termasuk Menteri Besar dan EXCO-EXCO.

Wakil-wakil rakyat jugak tak ada, lantikan politik tak ada. Walaubagaimanapun, pegawai-pegawai dan sebagainya itu saya perlukan kepada notis dan saya perlukan masa untuk mendapatkan maklumat dan InShaa-Allah kalau masa mengizinkan mungkin kepada persidangan pada hari esok, saya akan cuba jawab soalan daripada Tendong. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Chetok.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan saya nombor 3.

Soalan 3: [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan Zon Ekonomi Khas atau Kawasan Perindustrian Berimpak Tinggi bagi menarik pelabur dan meningkatkan hasil negeri?]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Chetok. Kerajaan merancang perkasakan kawasan yang sedia ada dan membuat kajian dengan teliti, industri yang baru ataupun tempat yang sesuai di Jajahan-jajahan Negeri Kelantan seperti Tok Bali Industri Park, di Jajahan Pasir Puteh, keluasan lebih kurang 200 ekar. Jaraknya 13 kilometer Pasir Puteh ke ECRL Station yang akan dibina. 8 kilometer Tok Bali Supply Base, 46 kilometer ke Kota Bharu, 50 kilometer ke Airport. Tok Bali Integrated Fisheries Park atau kawasan perikanan tumpu kepada makanan laut dan sejuk beku atau “industry marine”. Tok Bali

Supply Base lebih kurang 328 ekar, Logistic Hub untuk offshore memberi bantuan perkhidmatan kepada Oil & Gas Industry dan memberi success story ataupun warwarkan kepada dunia luar bahawasanya di Pengkalan Chepa ataupun Negeri Kelantan ini ada juga ROHM Waco Electronics yang sudah melampaui 30 tahun disini. Dan daripada negara Jepun begitu juga yang daripada negara Malaysia sendiri seperti Ain Medical, sudahlah orang Malaysia malah orang Kelantan juga yang melabur di Negeri Kelantan hampir 350 Juta mempunyai main power dan tenaga pekerja 1,200 orang dan begitu juga Tok Bali di Supply Base. Itu lah yang diantara dan kita juga tumpu kepada perkhidmatan, pembuatan, perumahan hartanah dan pengagihan logistic serta utilities yang berada di Negeri Kelantan. Itulah yang di dalam perancangan kita.

Timbalan Speaker

Silakan, Chetok.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang telah diberikan tadi. Jadi soalan tambahan saya adakah pihak kerajaan mempunyai cadangan untuk melaksanakan Dasar Cluster Base? Contohnya seperti di Pasir Mas, kluster untuk halal hub kemudian kluster tenaga boleh diperbaharui di Danau Tok Uban dan juga kluster mineral di Gua Musang.

Terima kasih kepada soalan tambahan. Sememangnya di dalam setiap jajahan kita ini kita mempunyai beberapa tempat di seluruh jajahan kita dan kita telah bahagikan hal Impact of Infrastructure Project yang terdapat di dalam buku Invest Kelantan dan kita telah bahagi-bahagikan di seluruh negeri Kelantan ini, di Pasir Mas Halal Park dan di tempat-tempat lain seluruh jajahan kita dan contoh di Gua Musang dan di Kuala Krai dan oleh kerana Halal Park berada di kawasan Pasir Mas berhampiran dengan Thailand. Itu menjadi tumpuan kepada kita dan kita sedang berbincang dengan ECR untuk menarik pelabur-pelabur di kawasan tersebut begitu juga Solar di Tok Uban kita belum mendapatkan hasilnya sekarang dan dulu kita ingatkan apabila kita buat floating solar

ni disitu menjejaskan perikanan dan sebagainya. Rupanya selepas kita buat floating solar disitu, makin banyak pendapatan kepada nelayan sungai disitu untuk meletakkan ikan di dalam sangkar. Itulah yang kita cadangkan dan kita dah memperkasakan lah di kawasan masing-masing. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan, Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, InShaa-Allah soalan berkaitan dengan industri solar yang telah disebut oleh Yang Berhormat EXCO tadi. Saya sebagai asas kepada soalan saya pernah bertanya mantan YB Menteri Ekonomi bahawa kita boleh memikirkan untuk tukar ladang-ladang getah kepada ladang kelapa sawit dan saya nampak formula itu betul tu sekarang, keadaan ekonomi getah agak tidak begitu bagus dan GLC kita banyak ladang-ladang getah yang saya fikir tidak begitu ekonomik sekarang berbanding dengan kelapa sawit, bahkan Sime Darby di Negeri Sembilan dan Perak tukar Ladang Kelapa Sawit itu sendiri kepada Solar. Bagi tujuan Kelantan Future State 2033 saya rasa ini cadangan yang baik. Dan adakah kerajaan boleh berunding ataupun mencadangkan supaya ada kawasan pembangunan solar baharu? Kerana ini adalah bersesuaian dengan konsep Net Zero Carbon, Federal Agencies ataupun Federalisme (federal government) untuk menukar kawasan-kawasan getah tadi yang banyak dimiliki oleh agensi kita kepada pembangunan solar energy. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Kuala Balah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kadang-kadang kita di dalam negara kita ini tenaga diperbaharui ini untuk kawasan hijau dan sebagainya telah diwar-warkan dulu kadar nasional 2%-20% tahun 2030. Soalan Yang Berhormat, itu orang melayu pernah berkata

Pucuk dicipta Ulam mendatang, Orang mengantuk disorongkan bantal.

Dari segi teknologinya, ekonomi Negeri Kelantan ini kerohanian yang seimbang dan bersepadu untuk menjadikan Negeri Kelantan sebuah negeri yang maju dan makmur dengan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Itu asasnya, jadi dalam dasar kita, pertama, beberapa kriteria sekiranya ladang getah ataupun ladang sawit. Ladang Getah terutamanya terdapat di desa-desa sekarang di jajahan ada kebun getah tapi tak ada pekerja. Jadi outputnya tidak ada jadi sasaran dah ditetapkan daripada nasional lagi dan kita telah melantik KOHM sebagai rakan strategik untuk infrastuktur hijau termasuk solar. Walaubagaimanapun jika seladang getah itu untuk invest di dalam solar ini beberapa kriteria lah kita kena tentukan iaitu, antara kriteria yang perhatian yang diluluskan oleh projek ini ialah keupayaan kewangan pihak syarikat melibatkan bayaran pajak tanah, dan juga pelaksanaan projek. Pengalaman syarikat itu juga melaksanakan projek solar di kawasan lain dan pernah memperolehi projek-projek melalui bidaan LSS. Lima ke SS berapa ke, plus k solar. Keupayaan teknologi solar yang digunakan bagi mengurangkan guna tanah dan mengoptimumkan ruang pengunaan tanah yang akan diluluskan oleh pihak berkuasa negeri. Kawasan yang dipohon mempunyai nilai ataupun prospek yang lebih rendah berbanding dengan permohonan lain yang mungkin mempunyai impak yang lebih tinggi dan polisi syarikat berkaitan aspek pembinaan teknologi tinggi, pengambilan tenaga pekerja tempatan dan jaminan tidak merisikokan kerajaan negeri di dalam apa jua urus niaga susulan sebagai contoh melalui perjualan tenaga kepada pihak ketiga yang menjalankan aktiviti yang tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan dan undang-undang Malaysia. Jadi dan aspek-aspek teknikal seperti 10 kilometer kepada station. PMU ataupun station yang kita nak sambungkan grid sepertimana yang Floating Solar Tok Uban ke Bukit Emas lebih kurang dalam range 10kilometer. Jadi perkara-perkara ini perlu diambil kira sebelum menghantar melalui teknikal dan melalui insentif pelaburan di negeri Kelantan.

Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Mengkebang.

Tuan Zubir b Abu BakarPAS · PNMengkebang

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan untuk soalan saya nombor 4. Terima kasih. Soalan 4: [Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mewujudkan R&R di Kuala Krai yang bandar lestari dan mendapat pengiktirafan Bandar Paling Bahagia, bukan sahaja boleh dijadikan kawasan rehat malah meningkatkan sektor ekonomi setempat dan tarikan pelancongan selaras dengan pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Mengkebang. Pertamanya, soalan Mengkebang ini kita setuju sangatlah. Dan kita kerajaan melalui pelan-pelan perancangan bandar baharu Kuala Krai memang dalam perancangan kita untuk mengadakan RNR ini. Dan kita telah mengenal pasti tapak-tapak untuk mengadakan RNR dan kita bersetuju dengan adanya RNR ini akan ada landskap negeri dan sebagainya. Kerana perlombongan baharu ini kita tahu ada kaitan dengan perkembangan ekonomi. So jawab mudahnya, ada dalam perancangan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan, Mengkebang.

Tuan Zubir b Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, di atas jawapan tadi. Cuma soalan tambahan saya boleh nyatakan reka bentuk rehat dan rawat, rest and recreation (RNR) ini mengguna pendekatan seni bina lestari dan eksklusif dengan fasad dan elemen budaya negeri Kelantan? Okay terima kasih.

Terima kasih Mengkebang. Reka Bentuk takdok lagi, kita baru merancang baru. Mugo toktahu mano halo lagi eh. Jadi ambik mudohnya di dalam perancangan RNR akan diadakan, tepat dio sor di Machang sor di Lakloh. Di kawasan Bukit Bakar dan di itu di kawasan yang telah dikenal pasti untuk kita adakan RNR. Reka bentuk tu bila ada selesai tanah apa semo tu baru kito wak kiro. Dan kita bersetuju bahawa reka bentuk ni kalau boleh kita buat seni bina Kelantan lah. Cumonye nak pohon tu rasanya sebelum ni berkaitan dengan agensi persekutuan jugaklah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan, Kemuning.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih juga kepada EXCO atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Semua soalan saya selain daripada (RNR) di Kuala Krai. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membina (RNR) lain di Kelantan ini termasuk juga di Machang. Dan sekiranya ada berapakah jumlah (RNR) yang ada dalam perancangan kerajaan negeri? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhomat, kita rujuk kepada soalan yang spesifik. Bandar Kuala Krai dan (RNR), jadi nok royak perancangan sebutir negeri ni payoh kakloh lah harini nyer. Cumo dalam jajaran (CSR) ni sehingga kepada Kota Bharu ni kalau tak silap saya ada lebih kurang tu tujuh (RNR) yang akan dibina. Situ jah buleh royak sikit. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan, Yang Berhormat Gaal.

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya bernombor 5. Soalan 5: [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah strategik yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memperluas kawasan tanaman Harum Manis sebagai tanaman berpotensi eksport di jajahan seperti Bachok, Pasir Puteh dan beberapa jajahan yang mempunyai altitud dan iklim sesuai?

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Gaal yang bertanya berkaitan dengan perkembangan Tanaman Harum Manis di Kelantan. Kerajaan melalui beberapa agensi

berkaitan telah mengambil langkah-langkah strategik untuk memperluaskan kawasan Tanaman Harum Manis sebagai tanaman berpotensi khususnya di jajahan Bachok, Pasir Puteh dan beberapa kawasan lain yang mempunyai kesesuian iklim dan kesesuaian tanah. Antaranya ialah Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) telah melaksanakan Program Harum Manis Al-Falah yang melibatkan 10 orang peserta terpilih di jajahan Bachok dan Pasir Puteh. Pada 22 hingga 24 Mei 2025, satu lawatan dan kursus Asas Penanaman serta Pengurusan Mangga Harum Manis Al-Falah telah diadakan di Negeri Perlis. Seterusnya, pada 23 Jun 2025, Lawatan Kerja ke Ladang Harum Manis Melawi, Bachok telah dilaksanakan bersama Majlis Penyampaian Input-input Pertanian kepada 10 peserta yang berjaya. Bagi Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan serta pembungkusan Harum Manis masih dalam peringkat mengenal pasti tapak yang sesuai. Melalui Jabatan Pertanian Negeri Kelantan Penanaman Harum Manis kini telah dijalankan di dua jajahan. Iaitu pertama di Jajahan Bachok melibatkan 52 orang penanam dengan keluasan 9.23 hektar. Hasil pengeluaran yang diperolehi adalah sebanyak 1.8 matrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 45,500.00. Manakala di Jajahan Pasir Mas yang melibatkan keluaran penanam dengan keluaran seluas 1 hektar dengan hasil diperolehi adalah sebanyak 0.5 matrik tan. Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jabatan Pertanian Negeri Kelantan juga menyediakan peruntukan khas sebanyak RM 25,800.00 bagi kedua-dua jajahan ini untuk mengembangkan lagi Mangga Harum Manis secara lebih meluas. Kursus dan latihan juga telah dianjurkan dalam meningkatkan lagi kompetensi Pegawai di lapangan dalam membantu menyediakan amalan pengurusan. Penanaman Mangga Harum Manis yang sistematik yang mengikut pakej teknologi jabatan kepada pengusaha yang berminat. Bagi jajahan Pasir Puteh didapati keadaan iklimnya ada tempat-tempat yang hampir sesuai dengan Jajahan Bachok. Oleh itu, pihak Jabatan Pertanian akan beri penekanan kepada kesesuaian tanaman mangga harum manis dengan mengenal pasti lokasi dan kawasan yang sesuai untuk pembangunan tanaman ini secara lebih meluas. Siasatan kesesuaian tanah akan dilaksanakan oleh bahagian

pengurusan sumber tanah, Jabatan Pertanian bagi memastikan kawasan yang sesuai tadi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Gaal.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahniah kepada pihak kerajaan negeri melalui Dato’ EXCO pertanian kerana telah berjaya berubah dan menambah landskap pertanian Negeri Kelantan. Dan Inshaa-Allah Negeri Kelantan boleh menjadi peneraju kepada keterjaminan makanan di peringkat Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, memandangkan pauh wangi ataupun mangga harum manis di Kelantan mempunyai cita rasa tersendiri kerana faktor-faktor tanah dan faktor iklim yang agak berbeza dengan negeri Perlis. Soalan tambahan saya ialah adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi penyelidik sepertimana MARDI, UMK atau sebagainya untuk menghasilkan satu varian baharu kepada mangga harum manis ataupun penjenamaan semula sebagai contohnya di Kelantan ini dikenali sebagai pauh wangi Kelantan untuk ia menjadi, yang akan menjadi identiti kepada pauh wangi di Kelantan untuk tujuan eksport dan untuk tujuan pasaran premium? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Gaal. Yer Insha Allah Kerajaan sentiasa mengalu-alukan pelbagai pihak untuk melaksanakan kerjasama di dalam membangunkan penanaman mempelam ataupun mangga harum manis ini yang Insha Allah setakat ini kita dah bersama-sama dengan kerjasama MARDI Institusi Penyelidikan dan juga UMK Universiti Malaysia Kelantan dan pihak Jabatan Perhutanan juga sedang mencari satu tapak untuk penubuhan ataupun tapak ujian variati harum manis di Kelantan Insha Allah kita akan tengok sama ada di kawasan Bachok ataupun Pasir Puteh

dengan kerjasama pihak-pihak yang berkaitan ini insha Allah, variati yang berjenamakan Kelantan ini akan dipatenkan dengan lebih baik menjadi sebahagian daripada pengeluaran buah-buahan bermusim di Kelantan. Dan memanglah berbeza di Perlis dan kalau kita tengok musim tahun ini setelah mangga harum manis di Perlis tu habis dah tapi Kelantan belum habis. Makna panjang masanya maknanya tu antaranya kebaikan Insha Allah suatu masa mangga ini boleh lebih panjang tempoh mengeluarkan hasil Insha Allah.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Wakaf Bharu.

Tuan Hj Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO Pertanian yang telah berjaya membawa produk baru untuk memberi manfaat kepada rakyat Kelantan. Jadi Wakaf Bharu pun pernah memohon benih daripada Yang Berhormat EXCO benih harum manis supaya disegerakan. Sebab Wakaf Bharu antara tempat sesuai, anggur pun sebagaimana EXCO Alhamdulillah berjaya. Soalan tambahan saya, sejauh manakah Kerajaan Negeri berkolaborasi dengan Negeri Perlis dalam usaha menanam harum manis di Kelantan?

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Wakaf Bharu. Insha Allah lah kita sedang membuat kerjasama dari segi kerjasama pengusaha-pengusaha ni makna kita membawa mereka di Perlis di Ladang-ladang yang lebih besar di Perlis dan kita bersama dengan Jabatan Pertanian di Perlis dan juga Jabatan Pertanian Negeri Kelantan telah bekerjasama untuk mendapatkan benih-benih tu, benih-benih yang berkualiti yang aslilah supaya benih-benih ni kita boleh bawa balik ke Kelantan. Bukan sebarang benih yang boleh dibeli di tepi-tepi jalan kerana boleh jadi ada yang tidak asli. Sebab tulah kita telah berbincang dengan Jabatan Pertanian negeri Perlis untuk bekerjasama di dalam mengembangkan potensi tanaman Harum Manis di Kelantan ini.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Dabong.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 6.

Soalan 6 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan peningkatan penyelidikan serta kajian baharu Fiqh dan inovasi di KIAS untuk dimanfaatkan oleh industri di negeri ini. ]

Dato' Hj Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻠﻴﻜﻢ ﻋ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Dabong atas soalan berkaitan dengan KIAS salah satunya pusat Pengajian tinggi kita yang ada di negeri Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan memainkan peranan strategik dalam memacu pembangunan penyelidikan serta inovasi di Negeri Kelantan. Termasuk Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra iaitu KIAS melalui pelbagai inisiatif sebagai sebuah Kolej Universiti yang berteraskan pengajian Islam KIAS mempunyai potensi besar untuk menjadi pusat penyelidikan dan pengembangan ilmu fiqh dan inovasi berasaskan kepada syariah yang boleh memberi sumbangan signifikan kepada industri di negeri ini.

Kerajaan Negeri Kelantan telah memastikan KIAS diberi peruntukan khusus untuk geran penyelidikan dan inovasi kepada para pensyarah bagi merancakkan kajian termasuk dalam bidang fiqh dan inovasi. Melalui peruntukan tersebut penyelidik berpeluang kaji isu-isu kontemporari dan menghasilkan produk inovasi yang selari dengan perkembangan teknologi semasa sejak KIAS dinaik taraf sebagai Kolej Universiti sebanyak 27 penyelidikan telah diuruskan oleh pusat

pengurusan penyelidikan KIAS, penyelidikan yang berkaitan dengan fiqh dijalankan oleh para pensyarah fakulti syariah dan muaamalah secara kolaboratif dengan pelbagai pihak.

Sebagai contoh, penyelidikan yang bertajuk kajian penempatan kadar urus bagi kadar zakat perhiasan emas di Negeri Kelantan dan juga wakaf ekonomi sebagai model baru pembangunan ummah secara mampan dan juga pembinaan Gagasan Wanita Kelantan Solehah. Pusat pengurusan penyelidikan KIAS juga menyelaraskan aktiviti yang melibatkan inovasi. Sebanyak 6 penyelidikan berkaitan inovasi telah dijalankan oleh pensyarah KIAS dan pelbagai pertandingan inovasi telah disertai oleh pensyarah dan juga pelajar KAIS di peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa seperti International Teaching Enhancement and Learning Inovation Carnival 2023, anjuran UMK untuk penyertaan bertajuk “Pembinaan Educational Tools: Solat Expert bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Fiqh Solat”. Innovation Competition (INNOCOM IV) 2023, anjuran AID Academy untuk penyertaan bertajuk “pembangunan instrumen Pengukuran Pengaruh Syaitan Jin Terhadap Manusia (I-Talbish10)” berdasarkan Perspektif Islam, Perubatan Moden, dan Psikologi”, dan International Education Competition 2025 anjuran UPSI untuk penyertaan yang bertajuk “SmartJawiBot”: Kit pembelajaran Jawi Abad ke- 21”. Selari dengan galakan yang diberikan, Kerajaan Negeri Kelantan melalui KIAS juga telah menyediakan dana kepada para pensyarah untuk membuat pendaftaran harta intelek hasil daripada penyelidikan yang dijalankan.

Jadi Kerajaan Negeri Kelantan juga menyokong usaha KIAS dalam menghasilkan penyelidikan Fiqh dan Inovasi melalui dasar kerjasama penyelidikan antara KIAS dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri, sama ada melalui penyaluran geran penyelidikan mahupun geran padanan kepada penyelidik KIAS. Mengikut rekod setakat ini, agensi Kerajaan Negeri seperti JAHEAIK, MAIK, U-KekWa, ILDAN, IPTG dan juga MPKB-BRI telah mengadakan kolaborasi penyelidikan dengan penyelidik-penyelidik daripada KIAS. Hasil daripada penyelidikan bersama seminar kolaboratif antara KIAS dan agensi-agensi Kerajaan Negeri dapat dianjurkan bagi memudahkan pemindahan ilmu secara dua hala.

Dan dapat dirumuskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan komited dalam memperkasakan peranan KIAS sebagai pusat ilmu dan penyelidikan Fiqh

serta inovasi. Melalui sokongan kewangan, dasar kerjasama, dan galakan kepada pengkomersilan, Kerajaan Negeri memastikan agar hasil penyelidikan KIAS dapat memberi manfaat kepada industri di Negeri ini secara patuh syariah dan berdaya saing. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan, Kota Lama.

Dr Nor Hafidzah bin Hj MustakimAMANAH · PHKota Lama

Terima kasih atas jawapan tersebut, mungkin soalan saya ringkas sahaja. Biasanya antara cabaran kajian-kajian di peringkat Universiti menara gading ni adalah bagaimana kita membumikannya. Saya nampak jawapan daripada EXCO tu telah banyak kajian-kajian ataupun kolaborasi yang telah dilakukan. Mungkin boleh bagi satu contoh kepada saya bagaimana kajian tentang kewangan ataupun tadi yang telah dimanfaatkan oleh U-KekWa, mungkin boleh diceritakan dalam Dewan ini bagaimana dia boleh bagi manfaat kepada rakyat secara direct. Terima kasih.

Dato' Hj Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Kota Lama. Sebagaimana yang dijelaskan tadi kajian yang kita telah dibuat seperti kajian penetapan terhadap kadar urus bagi kadar zakat perhiasan emas di Negeri Kelantan. Jadi bila pengkaji Pensyarah-Pensyarah KIAS ni buat kajian hasil kajian tu dia hantar kepada agensi-agensi yang terbabit contoh JAHEAIK, MPKB-BRI untuk diambil menafaat panduan oleh agensi-agensi tersebut dari sudut patuh syariah dan industri dan seumpamanya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Galas…

Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya ialah berkaitan dengan berapakah jumlah dana penyelidikan yang telah pun diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada KIAS terutamanya khusus

untuk penghasilan teknologi baru yang berkaitan dengan industri halal dan makanan. Terima kasih.

Dato' Hj Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk menggalakkan pihak Pensyarah membuat kajian setakat ni pihak KIAS menyediakan peruntukkan sebanyak RM50,000 untuk menggalakkan para Pensyarah KIAS ni membuat kajian dan inovasi di peringkat KIAS. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Kota Lama.

Terima kasih Dato’ Speaker, Pagi-pagi mengetam papan, soalan saya nombor 7, mohon YB Kak Ani beri jawapan.

Puan Hjh Rohani bin IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Terima kasih kepada Kota Lama, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker,

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

Surah Ghafir

ِ ِ ٍۢ ِ ٍۢ ِ ۟ا ﻮ ﻐ ُ ﻠ ﺒ ﺘ ﻟ ﱠ ﰒ ُ ﻼ ﻔ ﻃ ﻢ ﻜ ُ ﺟ ﺮ ِ ﳜ ﱠ ﰒ ُ ﺔ ﻘ َ ﻠ ﻋ ﻦ ﻣ ﱠ ﰒ ُ ﺔ ﻔ ْ ﻧﱡﻄ ﻦ ﻣ ﱠ ﰒ ُ ﺮ ﺗ ﻦ ﻣ ﻢ ﻜ ُ ﻘ َ ﻠ ﺧ ِى ﻟﱠﺬ ٱ ﻮ ﻫ ٓ ُ ـْ ـَ ًۭ ْ ْ ُ ُْ َ َ ْ َ َابٍۢ ـُ ِّ َ َ َ ُ ِ ِ ِ ِ ﻢ ﻜ ُ ﻠﱠ ﻌ َ ﻟ ﻰ ﻤ ﻣﱡﺴ ﻼ ًۭ ﺟ أَ ﻮ ﻐ ُ ﻠ ﺒ ﺘ ﻟ ﻞ ﺒ ﻗ ﻦ ﻣ ﰱﱠ ﻮ ﺘ ﻳ ﻣﱠﻦ ﻢ ﻨﻜ ُ ﻣ ﺎ ﻮﺧ ﻴ ﺷ ا۟ ﻮ ﻮﻧ ﻜ ُ ﺘ ﻟ ﱠ ﰒ ُ ﻢ ﺪﱠﻛ ﺷ ًّۭ ـَ ٰ ُ ُ ْ َأَ وَ َ َ ٓا۟ ُ ـْ ـَ وَ ُ ْ َ ـَ ـُ وَ ًۭ ُ ُ َ ْ ُ ِ ٧٦ ﻮ ُ ﻠ ﻘ ﻌ ﺗ نَ ْ ـَ “ Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah kemudian daripada setitik benih kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging, kemudian dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak, kemudian kamu dipelihara sehingga sampai ke peringkat dewasa, kemudian kamu dipanjangkan umur hingga sampai menjadi tua dan dalam pada itu di antara kamu yang dimatikan sebelum itu iaitu Allah melakukan kejadian

Kamu sampai ke masa yang ditentukan iaitu untuk menerima balasan dan supaya kamu memahami hakikat kejadian itu serta kekuasaan Allah S.W.T

Surah Al-Ghafir ayat 67 Terima kasih kepada Kota Lama di atas soalan yang amat cakna dengan Warga Emas khususnya di Kelantan. Berkenaan dengan status penjagaan warga emas di Negeri Kelantan, kita ada 2 kategori pusat jagaan iaitu Rumah Sri Kenangan di Taman Kemumin ianya di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang mana jumlah penghuninya di Rumah Sri Kenangan, ini setakat Jun 2025 seramai 99 orang yang meliputi 54 lelaki dan 45 perempuan.

Terdapat 4 buah rumah jagaan Warga Emas di bawah seliaan pihak Swasta dan NGO yang telah didaftarkan. Manakala bagi pusat yang masih dalam permohonan pendaftaran di bawah jajahan Kota Bharu adalah 4 buah sahaja.

Berkenaan dengan pendekatan strategik Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan Warga Emas untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah menggubal Dasar Warga Emas Mukramun iaitu yang dimuliakan. Dengan adanya dasar ini ianya menjadi rujukan dan juga memberi kesedaran berkenaan hak-hak warga emas yang perlu diambil berat oleh semua pihak sama ada anak-anak, ahli Keluarga, anggota masyarakat dan Kerajaan. Bagi kita memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga emas itu terjaga setiap masa. Antara program utama bagi kita mempastikan warga emas ini tidak terbiar tanpa penjagaan adalah program ziarah iaitu Ziarah Skuad Kita Cakna. Yang mana ianya telah dilaksanakan di seluruh Kelantan melalui ziarah ini kita dapat mengenal pasti warga emas yang perlu dibantu dari segi sokongan sosial, ekonomi, kesihatan fizikal dan seterusnya dapat mengurangkan masalah pengabaian dalam keluarga warga emas di Negeri Kelantan.

Bagi tahun 2024 seramai 598 warga emas telah disantuni oleh ziarah SKC ini. Bagi mewujudkan hubungan antara warga emas dengan generasi muda, sukaneka intergenerasi dilaksanakan dengan kerjasama JKM. Aktiviti ini ianya akan dapat memupuk dan membentuk nilai hormat dan kasih sayang terhadap warga emas sejak dari muda lagi. Sambutan hari Warga Emas peringkat negeri Kelantan, Parlimen dan DUN juga kita telah adakan yang mana ianya untuk mengiktiraf, menghargai dan merai

sumbangan warga emas ini dalam pembangunan keluarga masyarakat dan negeri. Dan sambutan ini telah diadakan bermula daripada tahun 2023 lagi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Untuk makluman semua, bagi menghargai sambutan Warga Emas Peringkat Negeri Kelantan pada tahun ini sempena Karnival Kelantanku Cakna 29 Julai – 1 Ogos ini, Insha Allah, Kerajaan Negeri Kelantan dengan keupayaan kewangan yang ada dan kemampuan yang dapat kita berikan kepada warga ini satu skim bantuan iaitu khusus untuk warga emas yang amat memerlukan bantuan, kita akan jenamakan skim ini sebagai skim Warga Emas Muqramun. Ianya berbentuk one-off ianya akan dibagi sekali dalam setahun sahaja. Selain daripada itu Kerajaan Negeri memberikan sokongan yang berterusan kepada NGO-NGO yang berdaftar sebagai pusat aktiviti harian dan pusat jagaan warga emas di negeri Kelantan iaitu farewell, shalis care, Pusat Jagaan Kenangan Hajjah Rahmah Mesra Homecare dan juga beberapa NGO lagi. Apa yang agak unik di Kelantan ini Warga Emas boleh meluangkan masa untuk aktiviti secara sihat iaitu mereka boleh mendaftarkan diri mereka secara institut pendidikan Islam iaitu pondok warga emas yang telah didaftarkan dengan MAIK iaitu sebanyak 8 buah pondok yang ada di daerah Ketereh, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Mas dan Machang.

Mengikut maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bila kita usia emas ni kita akan gi kepada nyanyuk. Kajian yang dibuat oleh pihak Jabatan Kesihatan penyakit nyanyuk adalah penyebab pengabaian warga emas oleh Ahli Keluarga. Bila dah jadi budak anak-anak jadi… iya lagu tu lah.. tak sir, malas nak baso. Dia tak kabar zaman dia kecil tu berat pada tok nenek dia nyanyuk nya. Namun didapati kadar nyanyuk di kalangan warga emas yang berada di pondok-pondok negeri Kelantan adalah sangat rendah kerana masa mereka sentiasa di isi dengan aktiviti keagamaan dan rutin hidup yang teratur dan mereka utamanya tidak kesunyian. Punya rakan dan kawan untuk orang panggil... bermesra, berhibur dengan cara orang tualah.

Akhirnya Rasulullah S.A.W bersabda bukan daripada golongan kami orang yang tidak mengasihi orang muda dan tidak memuliakan orang yang lebih tua Riwayat Al-Bukhori. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Kota Lama soalan tambahan.

Dr. Nor Hafizah bin Hj MustakimAMANAH · PHKota Lama

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada YB EXCO di atas jawapan yang menunjukkan kita ni memang caknalah kepada warga emas ni dan soalan tambahan saya berkaitan dengan memang kita ni diperingkat Malaysia ni akan jadi warga ataupun negara menua 2035 dan saya duk search-search ni rupanya Kelate ni lebih awal 2030, ia akan menjadi negara menua apabila 17% daripada warga kita adalah berumur 60 tahun ke atas. Jadi soalan saya adalah saya nampak tadi banyak dah yang diperuntukkan atau program-program yang dijalankan oleh YB EXCO. Kita tahu bahawa penjagaan warga emas ni dia memerlukan masa, tenaga dan juga kewangan.

Selain yang dah dilakukan oleh Kerajaan Negeri adakah di sana ada perancangan untuk memberikan insentif untuk mereka yang menjaga warga tua yang terlantar di rumah. Itu soalan saya yang pertama, yang keduanya Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM1Billion untuk penjagaan warga emas dalam Bajet yang baru-baru ini… saya nak tanya berapa portion tu pergi kepada Kerajaan Negeri dan berapa percent sebenarnya peruntukkan warga emas di negeri ini yang datangnya daripada Pusat.

Terima kasih.

Puan Hjh Rohani bin IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Terima kasih Kota Lama di atas soalan tambahan. Pertamanya, soalan yang pertama tadi mengenai insentif ataupun program yang Kerajaan Negeri akan bagi bantuan kepada keluarga yang menjaga warga emas yang terlantar ianya satu pertanyaan yang baik dan Insha Allah kami akan meneliti dan akan mempertimbangkan cadangan ini di samping program ataupun bantuan yang telah kami berikan. Namun setakat ini kita telah menfaatkan beberapa insentif khusus yang berkaitan yang telah sedia ada di bawah Kebajikan Masyarakat. Pertamanya, bantuan penjagaan pesakit terlantar. Penjagaan yang menjaga pesakit terlantar warga emas yang kronik layak menerima RM500 sebulan selagi pendapatan isi rumah tidak melebihi had yang ditetapkan.

Yang kedua, bantuan warga emas BOT iaitu warga emas yang melebihi daripada 60 tahun yang tinggal di rumah bukan institusi dan isi rumah mereka berada di bawah garis kemiskinan yang layak menerima bantuan kewangan bulanan.

Ketiga, kursus komuniti (home nursing care) JKM bersama St. John Ambulans mereka mengadakan kerjasama dan yang telah manganjurkan kursus bagi menjaga pesakit terlantar ini bersama dengan waris dan sukarelawan daripada beberapa jajahan di Kota Bharu. Dan ianya dijalankan oleh pegawai JKM NGO dan setakat ini yang kita mendapat maklumat 274 penjaga dan sukarelawan yang telah diberikan latihan bagi seluruh negeri merawat 3,000 pesakit terlantar di rumah dan sebagaimana pertanyaan kedua, pemberian khusus kepada Kerajaan Negeri belum ada tetapi ianya melalui JKM, terima kasih.

Speaker

Sila, Chempaka…

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Speaker, jawapan yang diberikan oleh Yang Berhomat EXCO tadi menyentuh banyak berkenaan dengan insentif yang diberikan oleh Kerajaan. Itu bagus la, betul tapi sebenar dari segi tanggungjawabnya untuk penjagaan kepada ibubapa dan juga penjagaan warga emas ini adalah merupakan tanggungjawab anak-anak ataupun pewaris. Jadi saya nak tanyalah ada beberapa kes sebelum daripada ni tak pernah berlaku di Kelantan tapi hok berlaku pengabaian oleh anak-anak lepas daripada ayah bui tanah kepada anak, anak jual..hilang. Ayah terlantar dan sebagainya dan dibawa ke Mahkamah dan Mahkamah mengiktiraf untuk dapatkan balik harta tersebut jadi saya nak tanyalah sama ada di peringkat kita ni di Negeri Kelantan ni adakah Kerajaan berhasrat untuk membuat apa-apa pengenalan kepada mana-mana undang-undang dalam undang-undang kita lah yang berkait untuk mewajibkan untuk jaga ibubapa ataupun warga emas ni adalah merupakan tanggungjawab kepada anak-anak ataupun pewaris dia. Kerajaan nombor 2.. nombor 3, nombor 4 nombor 10. Sekian terima kasih.

Puan Hjh Rohani bin IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Terima kasih soalan tambahan Chempaka ianya adalah satu cadangan yang baik dan sebagai pengetahuan ataupun pihak Kerajaan Negeri nak didik masyarakat khususnya anak-anak dan kaum keluarga sebab tu kita buat satu dasar Warga Emas Muqramun. Jadi kita sekarang dalam proses mendasarkan dasar ini kepada masyarakat biar dia reti, biar pehe tanggungjawab mereka sebagai anak, keluarga kepada warga emas yang jaga sama-sama. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tawang.

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 8. Soalan 8 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai mekanisma tertentu untuk menyantuni remaja bagi memantapkan aqidah mereka serta dapat mengelakkan daripada terlibat dengan gejala sosial. ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya akan menjawab soalan ini bersama dengan soalan 16 Tendong dan juga soalan nombor 6 hari ketiga daripada Yang Berhormat Chetok. Sabda Nabi S.A :

ﳉﻤﺮ" ا ﻋﻠﻰ ﻛﺎﻟﻘﺎﺑﺾ ﻳﻨﻪ د ﻋﻠﻰ ﻓﻴﻬﻢ ﻟﺼﺎﺑﺮ ا ن ﻣﺎ ز س ﻟﻨﺎ ا ﻋﻠﻰ "ϩﰐ

“maksudnya akan datang suatu masa kepada manusia yakni kepada kita semua orang yang sabar serta berpegang teguh kepada agamanya yankni Islam sebagaimanalah dia mengengam bara api “, hadis riwayat Al-Turmizi.

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian yang serius terhadap pegangan akidah golongan remaja agar mereka tidak terjerumus ke lembah kemungkaran. Oleh kerana itulah Kerajaan Negeri melalui JAHEAIK khususnya telah melaksanakan program-program pengukuhan akidah ini kepada golongan remaja. Antaranya program pengukuhan akidah dan jati diri ummah padu yang telah dilaksanakan di seluruh jajahan termasuk jajahan kecil Lojing.

Yang keduanya program pengukuhan akidah di institusi pengajian tinggi sehingga kini JAHEAIK telah melaksanakan program ini di hampir semua IPTA dan IPTS di seluruh negeri Kelantan termasuklah di UMK di KIAS, di Politeknik, di Kolej PolytechMara Kota Bharu serta di beberapa tempat yang lain dan dalam usaha meningkatkan kefahaman serta penghayatan hidup bersama Islam dalam kalangan masyarakat khususnya golongan remaja ini supaya mereka tidak terjebak dalam kancah maksiat gejala sosial dan perkara yang merosakkan maka Kerajaan Negeri telah melaksanakan program sempena hari-hari kebesaran Islam dengan nama program bicara Ad-din sempena ibadah korban, sempena Israj Mikraj, sempena amal Ramadan, sempena Hijratul Rasul, hubul nabi dan lain-lain sempena hari-hari sambutan kebesaran Islam yang ada dalam Negeri Kelantan ini.

Dan untuk makluman seluruh Ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri juga melaksanakan program ini kepada mereka yang terlibat ataupun terjerumus ke lembah ataupun kekancah yang tidak baik. Semalam Kota Lama ada bertanya program Kerajaan Negeri ini untuk orang yang baik-baik saja saya tak sempat menyebut ke semua program tersebut, hari ni saya sentuh sedikit bahawa Kerajaan Negeri melaksanakan program penjagaan amal Islam ini kepada semua sekali anak-anak Kelantan yang baik yang terlibat dengan kancah yang tidak baik. Umpamanya dalam program bersama dengan AADK dan juga Jabatan Parol Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Al-Muttaqin. Program Al-Mutaqqin ini untuk golongan orang kena Pengawasan OKP yang terlibat dengan masalah pengedaran dadah. Jadi dalam membentuk masyarakat yang

bertaqwa melalui program Al-Mutaqqin ini yang kita anggap sebagai program serampang 2 mata untuk mempastikan bahawa OKP ini dia dapat bimbingan secara tersusun dan berkala melalui pendekatan zikir, solat ada halaqah berkelompok serta rawatan-rawatan yang lain dari sudut jiwa dan kaunseling untuk mereka ini dapat jalani kehidupan harian dengan lebih baik serta menjadi warganegara yang berguna dan juga produktif selepas daripada itu. Untuk makluman dalam satu tahun kita adakan di semua jajahan. Dalam satu jajahan tu ada siri 3 siri Fardu Ain dan juga siri khidmat nasihat satu siri khidmat nasihat dan di Ibu Pejabat ada satu kali kita buat satu kejohanan futsal lah. Kemudian ia melibatkan 1100 orang OKP di seluruh jajahan iaitu 200 orang di KB dan 100 orang di setiap jajahan yang lain. Termasuk juga program yang kita adakan kepada golongan LGBT termasuk transgender lah di mana melalui bahagian Undang-Undang Keluarga termasuk dengan kerjasama Persatuan Aspirasi Islam, Persatuan Aspirasi Kelantan dan juga Persatuan perantaraan Pesakit Kelantan. Sahabat dan PKKSK Pusat Khidmat Keluarga dan Sosial Komuniti sejak 2019 lagi kita adakan program dengan LGBT ini menganjurkan kelas fardhu ain dan juga kelas Al-Quran tetapi kelas tersebut terpaksa terhenti sekejap kerana Covid dan secara aktifnya bermula semula pada Jun 2024 dan setiap minggu ada 2 kali kelas iaitu sebulan 8 kali kelas, iaitulah pada hari selasa dan juga pada hari Sabtu. Kelas ini terdiri daripada 4 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada fasilitator PKKSK yang terlibat dalam kelas tersebut adalah 20 orang peserta daripada LGBT tadi.

Dan Alhamdulillah sepanjang program kita tengok keberkesanannya sejak daripada tahun 2019 sehinggalah sekarang ini ada yang bermula daripada Iqra baca Quran dan mereka dapat menguasai bacaan sehingga kini dan ada yang merubah perilaku serta perwatakan mereka menjadi seorang yang tidak lagi LGBT keluar daripada radar LGBT tersebut. Alhamdulillah, jadi ini adalah program-program yang dinyatakan tadi yang kita juga laksanakan kepada semua pihak juga termasuk yang telah terjerumus ke lembah yang tidak baik dan hal ini kita sangat-sangat cakna untuk kita menjaga situasi dan juga suasana zaman yang pada hari ini, zaman umat Islam terpaksa berpegang dengan akidah mereka itu seperti gengam bara dengan arus kebejatan sosial, kebobrokan perilaku ke hari ini yang menuntut kepada Kerajaan Negeri sendiri dan semua pihak yang melaksanakan program-program yang baik ini secara lebih banyak lagi.

Terima kasih Dato’ Speaker.

Speaker

Sila, Tawang…

Tuan Harun bin IsmailPAS · PNTawang

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berormat EXCO Kerajaan Negeri Kelantan di atas jawapan yang diberikan. Memanglah persoalan akidah ini adalah persoalan yang perlu kepada suatu mekanisma yang terbaik untuk membendung mereka daripada terus menerus berada dalam keadaan yang tidak baik.

Persoalannya disamping mekanisma-mekanisma yang telah disebutkan tadi adakah di sana ada suatu mekanisma dari sudut penguatkuasaan undang-undang daripada Kerajaan Negeri Kelantan bagi membendung persoalan akidah khususnya di kalangan remaja-remaja yang membentuk masa depan negara, terima kasih.

Terima kasih kepada Tawang atas soalan tersebut. Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang sudah tentulah ada di sana penguatkuasaan untuk kita pastikan remaja ini dia dapat mengikut program dan juga undang-undang kawalan semasa mereka berada dalam kehidupan dalam masyarakat tersebut dan oleh kerana itulah, Kerajaan sendiri telah menyusun program-program khususnya di bawah Jabtan Agama Islam, Hal Ehwal Agama Islam JAHEAIK melalui bahagian Undang-Undang Syariah telah mengadakan program-program yang pentingnya yang diadakan semua jajahan bukan setakat di semua jajahan di IPT di sekolah-sekolah iaitulah siri penerangan undang-undang syariah siri penerangan undang-undang syariah ini boleh dikatakan telah pun dilaksanakan di semua peringkat di mana antaranya sekolah yang melaksanakan program undang-undang syariah tadi di sekolah Menengah Sultan Ismail Kota Bharu di SMK Pengkalan Chepa 2, Smk Baruh Pial, Sekolah Kedai Tanjong Pasir Mas, Maahad Taqadum Maarif Pasir Tumboh, Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu, Sekolah Menengah Ugama Arab Badang, Universiti Malaysia Kelantan di Pengkalan Chepa. Masjid pula Masjid Paloh Pasir

Mas, Majlis Daerah Jeli dan Masjid Lakota, Masjid Mukim Lubuk Stol, Masjid Mukim Lepah Pasir Puteh termasuklah beberapa Jabatan lain termasuk Jabatan Pertanian.

Maksudnya program ini diadakan secara bersasar dan berfasa ini adalah untuk semata-mata mewar-warkan kepada seluruh negeri Kelantan ini kesalahan-kesalahan sosial yang boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen-Enakmen yang dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan Negeri lah. Kerana program yang kita adakan ini sangat penting kerana ada dialog dan disitulah khususnya kita adakan di sekolah-sekolah ini mendapat sambutan yang baik dan keberkesanan kepada pelajar-pelajar itu sendiri. Apabila kita menerangkan tentang hukuman-hukuman yang akan kena kepada pelaku-pelaku yang melanggar Enakmen ataupun undang-undang tersebut. Contohnya dalam EKJS Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I)2019 yang mana 16 seksyen itu telah terbatal di mana dalam seksyen-seksyen tersebut masih dikuatkuasakan antaranya dalam perkara-perkara yang boleh mengakibatkan masalah ataupun tergelincir akidah dan lain-lain dalam seksyen 4, 5, 6. Seksyen 4 berkenaan denan sihir, seksyen 5 berkenaan dengan dakwaan palsu, seksyen 6 berkenaan dengan cuba keluar Islam. Jadi dinyatakan tentang apakah takrif maksud huraian supaya mereka boleh faham dan mereka boleh tahu yang Enakmen itu ada dikuatkuasakan di Negeri Kelantan ini serta hukuman-hukumannya. Kalau seksyen yang ketiga tadi dinyatakan ketiga-tiga tadi maknanya kena denda apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut maka kena denda sebanyak tidak lebih RM5,000 penjara tidak lebih 3 tahun dan sebat tidak lebih dari 6 sebat.

Maksudnya hal-hal ini perlu diwarwarkan dan Alhamdulillah setakat ini di semua tempat yang telah saya nyatakan tadi dan Insha Allah pada tahun ini akan kita pergi ke serata tempat tadilah. Kerana walaupun terbatal 16 seksyen seksyen-seksyen yang lain itu masih dikuatkuasakan dan banyak yang perlu diketahui oleh masyarakat seumpama program yang kita sebut kepada LGBT pun kita memberi penerangan kepada dia seksyen-seksyen yang ada dan hukuman-hukuman yang ada yang menyebabkan mereka berfikir 3, 4 kali dan kadang ada yang insaf disebabkan hukuman tersebut dan merekatakut… mereka takut saya tak tahu ada ni… bila saya tahu ada ni dia kata fikir 2,3 kali lah untuk masa depan dia pun dapat berubah kadang-kadang dengan sebab seksyen dan juga hukuman yang diberitahu kepada mereka. Dan selain daripada itu

ada pameran, kempen, promosi menutup aurat di pasaraya-pasaraya di tempat-tempat awam ini juga sebagai langkah untuk mengelakkan remaja khususnya terlibat atau terjebak dengan gejala sosial. Itulah setakat ini, terima kasih.

Speaker

Tak perasan … er… Pengkalan Pasir.

Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana yang kita tahu gejala sosial di kalangan remaja ni satu isu yang besar dan hadis Nabi ada sebut salah satu golongan yang mendapat perlindungan Allah S.W.T ialah …. makna pemuda yang dibesarkan dalam keadaan beribadat kepada Allah S.W.T. Persoalan saya di sini adalah kalau kita lihat adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu pemetaan secara lokaliti bagaimana kita menangani gejala sosial umpama sebagai contohlah katalah daerah-daerah di sempadan antara Kelantan dengan Thailand adakah diwujudkan satu kolaberasi antara polis antara Majlis Daerah dan juga antara masjid-masjid untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlakunya gejala sosial. Yang kedua, persoalannya adakah Kerajaan berhasrat kalau kita lihat remaja ni dia tidak ada satu jati diri. Kalau golongan-golongan kita dulu atau orang-orang tua kita dulu akan memberikan satu ayat Quran panduan zikir-zikir pagi petang yang boleh kita jadikan sebagai asas kepada kekuatan diri kita. Kalau kita lihat hari ini gejala besar sosial adalah melalui telefon dan ini tidak akan dapat dicegah selagi mana anak-anak remaja kita tidak dibekalkan dengan taqwa. Dan saya mencadangkan dan juga memohon agar kita memberikan satu zikir pagi petang kepada setiap remaja untuk dijadikan asas kekuatan diri mereka.

Speaker

Sila, Yang Berhormat.

Terima kasih Pengkalan Pasir. Yang zikir tu kita terimalah, kita terima ijazah daripada Pengkalan Pasir. Persoalan daripada Pengkalan Pasir

berkaitan dengan kerjasama yang dilakukan oleh pihak Berkuasa Negeri lah penguatkuasa dalam mencegah hal gejala sosial khususnya di sempadan dan lain-lain memang sememangnya pihak Jabatan Agama bersama dengan Majlis Agama Islam juga dan Pihak Berkuasa di apa nama PBT dan bekerjasama sepenuhnya dengan PDRM, AADK dan kita ada mesyuarat berkala termasuklah mesyuarat pembangunan Islam ini yang dilakukan dihadiri oleh Ketua-Ketua Jajahan dan Ketua-Ketua Jajahan ini adalah merupakan Pengerusi Pembangunan Islam di jajahan dan mereka akan terlibat sama dalam mesyuarat ini bagi mempastikan Hal Ehwal Agenda Pembangunan Islam dan juga ada agenda berkaitan dengan pengekangan gejala sosial ini jadi maksudnya ada kerjasama yang dilakukan tersebut dan secara terperincinya boleh apa nama kita telah notis kepada Pengkalan Pasirlah. Program-program yang telah dilakukan secara kerjasama dengan pihak-pihak yang disebutkan. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Manik Urai.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon soalan saya nombor 9. Soalan 9 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Penglima Perang Menteri Besar nyatakan, adakah Air Terjun Lata Rek sudah selamat untuk digunakan atau masih tidak selamat untuk diguna ]?

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Manik Urai di atas soalan mengenai

sama ada air terjun Lata Rek selamat untuk digunakan atau pun belum lagi selamat untuk digunakan untuk menjawab soalan ini secara spesifik Lata Rek saya ingin spesifikkan kepada dua aspek keselamatan pusat lokasi tersebut aspek fizikal daripada segi keselamatan daripada segi air Terjun Lata Rek selamat untuk digunakan dan tak pernah ditutup daripada pengunjung dan kemungkinan berlaku kekurangan kehadiran pelancong ke Lata Rek. Antara faktor berlakunya kurang dikunjungi kerana Lata Rek terletak di kawasan paling bawahlah dalam sepanjang kawasan Sungai Lebir di atasnya ada catatan dikunjungi orang ramai atas lagi Pasir Puteri, atas lagi Pasir Raja, atas lagi Istana Sangkut, atas lagi Lata Puteri, Lata Tujuh, Lata Y dan Terengganu mati. Itu adalah laluan-laluan airlah yang menjadi tarikan utama para pengunjung dan biasa hujung hari minggu penuh dengan pengunjung. Musim ni masuk untuk mandi dan juga durian kunyitlah… musim ni dan mengenai keselamatan kedua iaitu kualiti air.

Untuk makluman Yang Berhormat Manik Urai, Pihak Majlis Daerah Dabong melalui Universiti Malaysia Pahang UMPSA telah menjalankan kajian data base line kualiti air di kawasan strategik geo-pelancongan Dabong Kelantan Darulnaim pada tahun 2024. Bagi mengenalpasti kualiti air bagi setiap kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong.

Antara sungai yang terlibat dengan kajian tersebut :

1) Sungai Rek (Lata Rek)

2) Sungai Gua Ikan.

3) Sungai Kenerong

4) Sungai Setong (Lata Kertas)

Hasil kajian melalui persampelan air yang dijalankan mendapati Indeks Kualiti Air(IKA) Sungai Rek(Lata Rek) pada musim kering berada dalam Kelas II.. Kelas II ni selamat untuk diminum air selepas dirawat dan ini menunjukkan bahawa kualiti air adalah sedehana bersih, masih sesuai untuk kegunaan seperti rekreasi dan sumber air yang dirawat.

Speaker

Manik Urai.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya apakah makanisma pemantauan keselamatan kualiti air yang digunakan untuk menilai Lata Rek dan pusat-pusat air terjun secara berkala.

Terima kasih kepada soalan tambahan Manik Urai. Pemantauan kualiti air terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan kita ada beberapa jenis air yang pertama river water dengan izin air sungai, yang kedua ground water, dengan izin air dalam tanah yang ketiga, marine water iaitu air pantai dan juga muara sungai. Dan JAS membuat pemantauan melalui 2 kaedah, yang pertama secara manual hasil jika ada aduan daripada orang ramai dan juga pemantauan berkala JAS akan ke lokasi untuk membuat persampelan air dan yang kedua iaitu secara automatik pengawasan automatik di stesen dan kita ada beberapa stesen kawalan air di Kelantan dan kita ada 5 sungai utama di Kelantan Sungai Golok, Sungai Kelantan sendiri, Sungai Kemasin, Sungai Pengkalan Chepa dan Sungai Pengkalan Datu. Di Sungai Kelantan ada 3 lagi sungai.. Lebir, Nenggiri dan juga Galas. Semua sungai ini dibuat pemantauan berkala oleh Jabatan Alam Sekitarlah dan hasil laporan pada tahun 2014, 2013 dan 2012, semua sungai-sungai ini di bawah kategori kelas 2 iaitu bersih untuk digunakan boleh diminum selepas daripada rawatan kecuali satu sungai, iaitu Sungai Pengkalan Chepa berada di kelas 3 sedikit tercemar dan sesuai untuk pengairan dan pertanian sahaja tidak sesuai untuk dirawat. Dan kita ada satu stesen iaitu tempat kita ambil persampelan tahunan dan tercemarlah. Hasil penemuannya ada sedikit minyak hitam, bahan-bahan kimia dan …. Alur Bep ini berada di kawasan industri Pengkalan Chepa dan itulah kita meminta kerjasama kepada semualah. Kita menjaga alam sekitar kita Insha Allah kita dapat mengembalikan sungai utama Kelantan sebagai kawasan untuk sumber air yang bersih dan selamat untuk diminum oleh semua rakyat.

Terima kasih.

Speaker

Sila, Limbongan… er…bukan Limbongan..lupa nama..sila-sila Gaal. Maaf-maaf, Gaal

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang berkaitan dengan pusat-pusat peranginan khasnya di Lata Rek. Soalan tambahan saya ialah apakah inisiatif ataupun kerjasama awam ataupun kerjasama swasta yang telah dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf beberapa fasiliti di pusat-pusat peranginan seperti tandas, surau dan juga paling yang penting laluan masuk ke pusat-pusat peranginan ini khasnya seperti kawasan hutan lipur seperti Bukit Bakar, Jeram Linang, Lata 7 dan juga di sepanjang pantai daripada Dalam Rhu sampailah ke Pantai Senok yang akhir-akhir ni mendapat kunjungan yang ramai di kalangan masyarakat kita yang mana fasiliti khasnya tandas dan laluan masuk yang sangat kurang dan sangat tidak sesuai.

Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan Gaal…

Kita diperingkat PBT memang kita telah menyenaraikan lokasi-lokasi tumpuan pelancong PBT dan semua PBT ada kawasan tumpuan tarikan pelancong masing-masing dan usaha kita dalam menyelenggara dan kita telah banyak menaiktaraf kawasan-kawasan pelancongan daripada jalan kita telah buka, tandas kita telah naik taraf tinggal lagi penyelenggaran yang memberi kesan kepada berlakunya tak bersih kerana sifat kitalah habit-habit dan tabiat kita dan beberapa lokasi telah kita menaik taraf yang melibatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri menggunakan EFT dan juga assess daripada Pejabat Hutan Bukit Bakar dan daripada dulu Bukit Bakar dah lama ditinggalkan kerana menjadi tempat-tempat utama naiktaraf jalan dan juga fasiliti-fasiliti awam di Bukit Bakar dan kita masih merancang untuk menaiktaraf Jeram Linang. Kedua-dua kawasan ni adalah kawasan Hutan Simpan Kekal di bawah Jabatan Hutan lah. Dan surau, kita akan pastikan kawasan-kawasan rekreasi dibina surau yang selesa untuk menerima kunjungan pelancong-pelanconglah dan Insha Allah kita akan pastikan setiap fasiliti yang kita telah dinaiktaraf kita jaga dengan baik dan saya berharap kepada para pengunjung kita kenakan caj masuk RM2... RM1 tu kalau boleh kita terimalah, kerana kita caj tu untuk kita jaga untuk kita bayar balik untuk kita jaga kebersihan, keselesaan

tandas dan surau-surau yang telah dibina dan kita cuba ubah tabiat kitalah. Kalau kita guna tandas tu kena flush dengan cara-cara yang teraturlah supaya kita dapat memastikan tandas sentiasa bersih dan surau juga sentiasa selesa digunakan untuk orang ramai.

Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 10.

Soalan 10 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah program pembangunan wanita di kalangan remaja yang akan dilaksanakan bagi tahun 2025.]

YB TUAN ZAMAKHSHARI BIN MOHAMAD ;

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih kepada Dato’ Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Bunut Payong atas soalan yang telah ditanyakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri melalui Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan U-best telah merancangkan beberapa Program Wanita Muda ataupun Beliawanis bagi tahun 2025 yang menekankan keseimbangan antara aspek, akhlak, jatidiri, kesihatan dan kepimpinan. Program-program ini juga dilaksanakan bersama dengan rakan-rakan NGO. Antara program yang telah dirancang dan telah diadakan adalah program Fun Run Beliawanis 3.0, Program Riadah Sukan santai yang diselitkan dengan pengisian akhlak dan motivasi syariah friendly melibatkan penyertaan lebih daripada 2,800 beliawanis seluruh negeri. Program yang kedua ialah Program Santai Sang Puteri, lawatan santai ke lokasi menarik bagi golongan wanita muda 15-21 tahun

digabung dengan pengisian ilmu hiburan patuh syariah juga pembinaan kendiri.

Yang ketiga, ziarah beliawanis iaitu program ziarah rumah ke rumah melibatkan 700 penerima bagi menghargai beliawanis cemerlang yang mengalami kemalangan ataupun yang bergraduasi. Himpunan Ameerah Kelantan HAMKA program ini program kepimpinan berskala besar untuk 500 wanita muda Kelantan yang aktif dalam NGO dan juga gerakan belia dengan penekanan kepada kefahaman dakwah isu semasa dan juga gerak kerja islamik.

Yang kelima, apple circle ataupun usrah beliawanis umum sesi bulanan penguasaan ilmu dan juga pembinaan fikrah dalam suasana santai. Selain daripada itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, program yang dilaksanakan juga untuk pembangunan wanita khusus untuk remaja termasuklah Program Kem Akil Baliqh dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Kelantan yang disasarkan khusus kepada golongan remaja perempuan berumur 11-15 tahun. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada remaja perempuan berkaitan dengan kesihatan reproduktif, pembangunan sahsiah diri, akhlak islamiah, tanggungjawab muslim serta pengisian isu-isu sosial semasa yang boleh memberi kesan kepada perkembangan mereka sebagai wanita yang berdaya tahan dan berwawasan serta membina jati diri yang kukuh dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini.

Di samping itu satu Program Latihan Kepimpinan Remaja telah dilaksanakan pada Mei lepas iaitu Kem Wanita Remaja Unggul ia memberi impak yang signifikan kepada peserta dengan meningkatkan kemahiran kepimpinan sosial dan profesional dalam mengurus organisasi setempat memberi kefahaman dan pengetahuan tentang teori dan amalan dalam pengurusan acara rasmi serta kemahiran sosial dalam urusan yang berkaitan dengan pengendalian majlis rasmi di Malaysia.

Selain daripada itu Kerajaan Negeri di bawah pengurusan program belia wanita turut merancang beberapa pelaksanaan program bersasar kepada beliawanis. Antaranya bengkel penyelenggaraan kenderaan beliawanis memberi pendedahan kepada belia wanita berkaitan asas penjagaan motor dan kereta dilaksanakan di 4 zon utama Tumpat, Kuala Krai, Bachok dan juga Rantau Panjang.

Yang kedua, Program Memanah Sunnah Beliawanis- mempromosi sukan Sunnah dan membentuk displin serta ketenangan emosi dalam kalangan wanita muda melalui latihan memanah secara teori dan juga praktikal. Yang ketiga, beliawanis iaitu Program Berkuda memberi pendedahan kepada kemahiran menungang kuda sebagai sukan Sunnah sekali gus membina kemahiran dan keyakinan fizikal. Yang keempat, Hiking Merdeka Beliawanis aktiviti riadah sempena Hari Kebangsaan bagi menyemai semangat patriotik melalui eksplorasi alam dan juga aktiviti fizikal secara berkumpulan. Yang kelima, Perkhemahan Perdana Briged banat - program latihan asas survival kawad, kecemasan dan juga gajet untuk pelajar perempuan dari sekolah-sekolah briged banat untuk membina ketahanan fizikal dan juga sahsiah. Yang keenam, kursus instructor aerobik wanita, latihan professional untuk melahirkan jurulatih wanita dalam bidang kecerdasan yang patuh syariah dan berkemahiran tinggi. Kesemua program ini adalah manifestasi Kerajaan Negeri untuk membina wanita muda yang berakhlak tinggi, berkepimpinan dan bersedia mendepani cabaran masyarakat moden dengan berpaksikan nilai-nilai Islam. Itulah program-program yang dibuat secara khusus untuk wanita selain daripada itu Program-program yang lain juga mengabungkan antara peserta-peserta belia dan juga beliawanis. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sila, Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan dan tahniah. Begitu banyak sekali program-program yang telah dilaksanakan sepertimana yang telah disebutkan tadi. Soalan tambahan saya, apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memperkukuh penyertaan wanita moden dalam program kepimpinan belia. Terima kasih.

YB TUAN ZAMAKHSHARI BIN MOHAMAD ; Terima kasih atas soalan tambahan. Kerajaan Negeri melalui beberapa aktiviti terutamanya KFLI iaitu Kelantan Future Leaders Institute Sentiasa memberi penekanan terhadap penyertaan inclusive wanita dalam program kepimpinan. Ini selaras dengan Dasar Anak Muda Kelantan (DAMAK) yang menekankan pendekatan anak muda yang seimbang dari segi jantina, jatidiri dan juga kepimpinan masa depan. Di mana kalau kita lihat beberapa program yang telah kita adakan menghasilkan ataupun komposisi penyertaan yang seimbang yang mana Program Kelantan future Leaders camp yang kita adakan beberapa bulan yang lalu menerima seramai 76 peserta Perempuan berbanding 72 lelaki. Maknanya untuk program ini peserta wanita lebih ramai berbanding peserta lelaki menunjukkan komitmen jelas dalam memperkukuh penyertaan wanita muda dalam ruang kepimpinan belia. Manakala dalam Program Kelantan future Leaders Boot Camp pula daripada jumlah keseluruhan 158 peserta 75 adalah Perempuan. Ini membuktikan penglibatan wanita muda bukan sekadar simbolik tetapi digalakkan secara menyeluruh. Selain daripada itu pendedahan berkepimpinan berfokuskan wanita muda dalam bengkel dan simulasi sidang Dun Belia serta Konvensyen Kepimpinan Belia kita mengalakkan penyertaan dalam kalangan peserta wanita untuk terlibat sama sebagai wakil YB kawasan masing-masing dan Insha Allah kita telah dalam proses mengeluarkan surat kepada semua ADUN-ADUN untuk mencadangkan nama-nama untuk kita lantik ataupun pilih sebagai ADUN Belia termasuk juga ADUN Pembangkang Insha Allah. Tunggu surat deh…

Bukan itu sahaja pencalonan belia bagi setiap DUN mestilah mencalonkan dalam kalangan kedua-dua lelaki dan Perempuan. Maknanya itulah adalah syarat pencalonan yang kita minta. Manakala di peringkat Kelantan future academy platform pelapis wanita sebagai pemimpin beberapa alumni beliawanis kini telah diberi kepercayaan untuk menjadi fasilitator, pengarah projek dan jurucakap dalam aktiviti susulan KFLI. Ini memberi ruang peranan wanita muda sebagai pelaksana dasar belia di peringkat komuniti sekaligus menyuburkan bakat kepimpinan yang boleh diketengahkan di peringkat negeri.

Dan bagi strategi berterusan pula Kerajaan Negeri melalui menerusi KFLI ini akan terus memperkukuh keterlibatan wanita muda dalam fasa

berikutnya, termasuk dalam program khas yang kita akan adakan selepas daripada ini felo Darulnaim, Projek Komuniti serta peryertaan mereka dalam perbincangan dasar berkaitan dengan belia dan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Sila Galas..

Terima kasih Yang Berormat Dato’ Speaker, saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat EXCO atas program-program pembangunan yang agak banyak yang disenaraikan kepada kita sebentar tadi. Saya nak tanyakan kepada Yang Berhormat EXCO sejauh mana YB EXCO melihat keterlibatan remaja wanita kita ataupun beliawanis kita terhadap isu lesbian dalam negeri kita ini. Dan selain daripada itu adakah kesedaran terkini keseriusan kita Kerajaan Negeri terhadap kadar jenayah-jenayah juvana yang disebabkan oleh remaja wanita penagihan dadah di kalangan anak-anak remaja wanita dan juga kehamilan luar nikah yang berlaku dalam negeri kita ini. Jadi perkara ini bagaimana kita… kedudukan kita jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain mungkin menjadi satu kayu ukuran kepada program-program pembangunan yang nak kita laksanakan nanti, terima kasih.

YB TUAN ZAMAKHSHARI BIN MOHAMAD ; Terima kasih atas soalan tambahan, mengenai penglibatan wanita muda dalam isu-isu yang berkait terutama dalam yang disebutkan tadi LGBT. Setakat ini saya tidak ada maklumat yang tepat mungkin perlu notislah untuk kita dapat laporan daripada pihak kesihatan, cuma berdasarkan perbincangan yang tidak rasmi dengan pegawai-pegawai kesihatan ,setakat ini yang banyak terlibat dengan HIV, bukan banyaklah…. yang terlibat. Saya tarik balik, bukan banyak maknanya sebilangan kecil yang terlibat adalah lebih ramai di kalangan lelaki. Dia lebih kepada MSM yang terlibat dengan HIV dan pihak Kerajaan yang prihatin dengan isu-isu ini dan Insha Allah program dengan kerjasama EXCO kesihatan dan juga beberapa agensi lain kita akan tengok ruang-ruang kerjasama untuk sama-sama kita menangani isu ini.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bunga.

Tuan Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 11.

Soalan 11:

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, adakah wujud perancangan terarah untuk membangunkan Buakit Bunda sebagai destinasi ‘eco-healing’ atau pelancongan berasaskan alam semjual jadi yang inklusif, agar kawasan ini tidak sekadar menjadi laluan sempadan, tetapi destinasi pelancongan yang unik?]

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum memberikan jawapan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Bukit Bunga saya mohon izin untuk memaklumkan perangkaan mengenai pengunjung ataupun tourist yang telah datang ke Kelantan pada tahun 2024. Hal ini saya rasa perlu kerana berbangkit pada sidang DUN yang lepas beberapa Ahli Dewan bertanyakan tentang jumlah pengunjung. Daripada masa itu perangkaan kita belum dapat, jadi baru awal bulan ini department of statistic (DOSM) telah menerbitkan angka dan saya mohon izin untuk berkongsi angka-angka ini dengan Ahli-Ahli Dewan. Pada tahun 2024 kita telah menerima seramai 10,000,504,000.00 orang pengunjung berbanding pada tahun 2023 kita telah menerima 7,000,549,000.00 orang pengunjung. Pertambahan dari segi peratusannya ialah 39.3%. Jadi ini ternyata bahawa kempen Melawat Kelantan Sempena Tahun Melawat Kelantan itu telah mencapai bukan sahaja mencapai melebihi target yang kita buat yang kita anggarkan 10 juta sahaja tetapi lebih. Ini domestic, yang International pelancongan luar negeri ialah seramai 595,610 daripada 3

pintu masuk sahaja yakni Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dengan Bukit Bunga, jadi kalau campur 2 tu tu lebih pada 11 jutalah. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada semua kerana bekerjasama erat bagi menghasilkan pencapaian ini. Sekarang menjawab soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Bukit Bunga. Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Tanah Merah sedang meneroka beberapa tempat yang berpotensi untuk dimajukan sebagai tempat eko-pelancongan dalam DUN Bukit Bunga. Antara kawasan yang mempunyai potensi dalam usaha ini adalah di kawasan Bukit Kemahang dan sekitarnya, ianya mempunyai beberapa lata dan jeram yang cantik serta sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan berkonsepkan eko atau pun semula jadi.

Selain daripada itu ialah kawasan Lata Bijih cuma Lata Bijih ni ia milik swasta dan sekarang ini sedang beroperasi dan saya lihat agak popular dan kita juga ikut membantu dalam hal-hal urusan infra structure. Selain daripada itu Kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan untuk mengadakan mengadakan satu kegiatan safari tour 4 x 4. Ini satu projek kembara dengan menggunakan 4 x4 kenderaan yang sedang diteliti untuk 3 DUN di Parlimen Jeli dan dia bersambung maknanya melibatkan DUN Kuala Balah, DUN Ayer Lanas dan DUN Bukit Bunga. Ini sedang dalam penelitian kita nak lihat dia punya fasilitinya dan juga jalan-jalan yang sedia ada. Ini safari tour lah kita kira masuk dalam hutan dengan berkereta. Ada beberapa tempat yang sangat menarik salah satu daripadanya ialah di maaf yer bukan di DUN Bukit Bunga, tapi DUN Ayer Lanas di Kala dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand. Situ dulu ada katanya diusahakan emas di situ jadi sebahagian daripada tarikannya ialah mereka yang terlibat dalam safari tour ni akan singgah situ dan cuba nasib mereka di situ.

Terima kasih.

Speaker

Sila, Bukit Bunga.

Mohd Almidi bin JaafarBERSATU · PNBukit Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Memanglah di antara pintu masuk ketiga-tiga pintu masuk ke negeri Kelantan ini Bukit Bunga antara pintu masuk yang ramai jugaklah lebih

kurang purata dalam 1,000 orang yang masuk ke Kelantan melalui pintu masuk Imigresen Bukit Bunga. Soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri hari ini mempunyai insentif khas bagi pengusaha pusat rekreasi secara persendirian ataupun swasta bagi menggalakkan komuniti setempat terlibat sama dalam industri ini.

Terima kasih.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih atas soalan tambahan… insentif khas tu belum ada lagi tapi insentif biasa tu adalah dengan kemudahan-kemudahan bantuan infra dan juga latihan kepada para pengusaha resort, itu memang disediakan.

Terima kasih.

Speaker

Sila, Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pelancongan dari segi saya ialah sangat sinonim dengan antaranya terutama di sebelah Gua Musang, Jeli iaitu dengan orang asal mereka itu tentunya banyak yang menyumbang dengan pembangunan pelancongan yang ada kaitan dengan mereka dari segi aktiviti sungai, trek hutan dan banyak lagi pakaian dan sebagainya. Soalan saya ialah apakah perancangan kita untuk melibatkan orang asal ini dalam pembangunan pelancongan supaya mereka juga dapat merasai nikmat yang diperolehi oleh yang bukan berdekatan dengan kawasan-kawasan di kawasan bandar dan sebagainya yang jauh daripada hutan.

Sekian terima kasih.

Datuk Kamarudin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Yang Berhormat Speaker, kalau nak kira ni soalan ni luar sikitlah. Kita cerita tadi soal Bukit Bunga. Ini mengenai orang asal. Takpolah tak dak masalah kita boleh jawab juga. Memang Kerajaan mengambil berat tentang keadaan Hal Ehwal Orang Asli kita berganding bahu dengan JAKOA dari pelbagai sudut dakwah dan pendidikan dan juga sosial. Dan kadang-kadang ada sensitive juga Orang Asli ada setengah-setengah

negara dia jadikan objek pelancongan. Kita… saya personally merasakan itu tidak wajar pasal dia sebahagian daripada kita. Tapi ada jugalah untuk tujuan pelancongan dan tarikan maka mereka ini dijadikan objek …. tapi kita tak belum fikir lagi ke arah itu lagi.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.

Tuan Hj Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Ada orang tanya jolo ko…jolo ko pah dio duk kelip pah-kelip pah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 12. Soalan 12 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah Kerajaan bercaang untuk memperluaskan skop keberhasilan K- Rab (Komuniti Rabbani) bukan setakat melalui ceramah-ceramah sahaja dan kalau ada apakah program-program yang telah dirangka bagi mencapai dan melahirkan generasi Rabbani yang bertaqwa kepada Allah S.W.T]

Speaker

Rosak pantun.

ِ ٰ ِ ِ ﻢ ِأَ ﻴ ا نِ ﺎ ﻄ ﻟﺸﱠﻴ ا ﻦ ﻣ ﻪﻠﻟ ﺎﺑ ﻮ ﻋ ْ ﻟﺮﱠﺟ ْ َ ِّٰ ْذُ ُ ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Pulai Chondong di atas soalan nombor 12 izinkan saya membaca sepotong ayat Quran yang sangat relevan dengan soalan yang ditanya

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﻦ ﻣ ﱃ ِّ ﺎ ﺒ ﻋ ا۟ ﻮ ﻮﻧ ﻛ سِ ﻠﻨﱠﺎ ﻟ لَ ﻮ ﻘ ﻳ ﱠ ﰒ ُ ﱡﺒ ـ ﻟﻨ ﻢ ﻜ ْ ﳊ ﺐ ﺘ ﻜ ْ ﻟ ٱ ﻪﻠﻟﱠ ٱ ﻪ ﻴ ﺗ ﺆ ﻳ أَن ﺮ ٍ ﺸ ﺒ ﻟ ﺎ ﻛ ﺎ ﻣ ُ ُ ُ ةَ ﻮﱠ َـٰ ْ َ نَ َ دًۭا َ ـَ ـُ وَٱ َ ُْ وَٱ َ ُ ُ َ ـُ َ َ ِ ِ ِ ِ ٩٧ ن ﻮ ﺳ ﺪ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ ﺎ ﲟ ﺐ ﺘ ﻜ ْ ﻟ ٱ ﻮ ﻤ ِّ ﻠ ﻌ ﺗ ﻢ ﻨﺘ ﻛ ﺎ ﲟ ﻦ ﻴ ﻨ ـٰ ﺑﱠ ا۟ ﻮ ﻮﻧ ﻛ ﻦ ﻜ َـٰ ﻟ ﻪﻠﻟﱠ ٱ َدُونِ ُ ْرُ َ ْ ُ ُ َِ وَ َ َـٰ نَ ُ َ ـُ ْ ُ ُ َِ َ ِّـۧ رَ ُ ُ وَ Al-Imran ayat 79.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkataan Rabbani yang kita gunakan untuk apa yang kita panggil komuniti Rabbani ataupun (K-RABB) diambil daripada ayat inilah yang mana ayat ini lebih kurang bermaksud bahawa tidak patut bagi seseorang yang diberikan kepadanya wahyu Al-Kitab dan juga hikmah dan juga kenabinan kemudian dia mengatakan kepada manusia hendaklah kamu menyembahku tetapi sepatutnya dia berkata kepada manusia hendaklah kamu menjadi seorang Rabbani dengan apa yang diturunkan kepada kamu dengan apa yang kamu mengajar dan apa yang kamu belajar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha menjayakan pembentukan masyarakat budaya Komuniti Rabbani seiring dengan matlamat Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI). Sebagaimana yang kita semua ketahui bahawa K-RABB telah dilancarkan pada 22 September 2022, bermakna K-RABB telah memasuki tahun ketiga. Dalam usaha untuk mempromosikan K-RABB-, atau Komunniti Rabbani ini ceramah masih lagi medium utama dalam menyampaikan mesej dan memperkenalkan budaya K-RABB kepada masyarakat. Siri ceramah tentang K-RABB telah berjaya diadakan pada tahun 2024 sebanyak 135 siri dan dilaksanakan sempena program Bina Ummah seluruh Negeri. Program ini diteruskan pada tahun 2025, sebanyak 135 siri lagi dan ianya sedang berlangsung dalam kerangka memberi kesedaran kepada ahli masyarakat di seluruh negeri Kelantan tentang 9 budaya tersebut.

Walaupun sedemikian, pihak Kerajaan juga telah merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti agar capaian maklumat dan penghayatan K-RABB lebih meluas dan juga lebih berkesan.

Sebagaimana yang dicadangkan dalam soalan tadi antaranya adalah yang pertama:-

Program Pembentukan Daie Muda Rabbani.

- Inisiatif ini bertujuan melahirkan daie yang lebih kreatif dan mampu menyampaikan mesej Islam secara lebih berkesan dan mampu menjadi penggerak dalam masyarakat untuk mewujudkan kesedaran budaya K-RABB. - Seramai 25 orang daie muda seluruh Kelantan telah mengikuti kursus Daie Muda Rabbani siri 1 pada 14 Mei 2025.

Yang kedua, penghayatan K-RABB di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Negeri Kelantan. Program ini melibatkan cadangan untuk melantik seorang pegawai PBT sebagai Duta K-RABB yang bertindak sebagai pemudah cara program K-RABB antara ILDAN dan juga PBT. Program ini dijangka akan bermula pada Ogos hingga Oktober 2025.

Ketiga, jelajah K-RABB dan promosi K-RABB melalui beberapa sekolah terpilih dan strategic di bawah Yayasn Islam Kelantan(YIK). Program ini bertujuan untuk menjadikan warga sekolah dan masyarakat setempat dapat memahami dan menghayati matlamat K-RABB dalam kehidupan harian mereka. Antara beberapa sekolah awal yang telah dipersetujui oleh pihak YIK ialah:

i. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong ii. Maahad Sains Tok Guru Pengkalan Chepa iii. Maahad Muhammadi Tumpat iv. Maahad Syamsul Maarif (P) Pulai Chondong v. Maahad Tarbiah Mardziah Panchor. vi. Maahad Muhammadi Rantau Panjang vii. Maahad Muhammadi Gua Musang

Program ini dijangka akan bermula pada Ogos sehingga Disember 2025.

Yang seterusnya yang keempat, pertandingan Video Kreatif K-RABB. Pertandingan ini bertujuan bagi menarik minat golongan muda dalam kalangan belia, pelajar IPT dan sekolah menengah. Peserta yang menyertai pertandingan perlu memuat naik hasil karya melalui medium media sosial masing-masing seperti Tik Tok, YouTube, Facebook dan seumpamanya. Bukan sahaja peserta daripada Kelantan bahkan turut disertai oleh peserta-peseta daripada luar Kelantan. Dan untuk maklumat semua bahawa johan pertandingan yang berasal dari Johor. Naib Johan daripada Terengganu manakala tempat ketiga dimenangi oleh

peserta dari negeri Johor juga. Walaubagaimanapun penyertaan ramai adalah daripada negeri Kelantan.

Kelima, kita juga menghasilkan buku Tafaqquh Fiddin yang berorientasikan 9 budaya K-RABB yang kini telah memasuki fasa akhir untuk kita siapkan. Sebanyak 1000 naskah awal dahulu untuk kita lihat dari sudut cetakkan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai silibus pengajian dalam siri kuliah agama di masjid atau juga surau.

Untuk tujuan penulisan buku ini ialah untuk membina masyarakat berilmu yang memahami nilai-nilai Rabbani berasaskan K-RABB dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Yang keenam, seterusnya adalah Program Komuniti Rabbani Dua Mukim Rintis. Iaitu kita bentuk Model Komuniti Rabbani dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat berasaskan kepada 9 Budaya K-RABB. Pihak ILDAN sedang menilai dan memilih 2 mukim yang akan menjadi projek rintis Komuniti Rabbani yang dijangka bermula Ogos sehingga Disember 2025.

Dan seterusnya adalah Pembentukan dan Latihan Jurulatih Utama K-RABB (Tranning For Trainner). Sekumpulan 60 orang Jurulatih Utama dari pelbagai agensi yang dilantik akan diberikan Latihan dan pendedahan yang berterusan bagi meningkatkan profesionalisme mereka sebagai jutulatih dan sekaligus sebagai duta K-RABB yang boleh memberi maklumat dan mendidik masyarakat secara berterusan.

Kesemua program ini dirancang sebagai satu ekosistem pembangunan sahsiah masyarakat berasaskan Islam. Ia bersifat continuity, continous berterusan, inklusif dan pelbagai pendekatan yang merangkumi pendidikan, latihan, pertandiangan, pembangunan komuniti dan digitalisasi dakwah. Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam melahirkan sebuah masyarakat yang bertakwa, berakhlak mulia dan harmoni berteraskan prinsip-prinsip Islam yang syumul.

Terima kasih.

Speaker

Sila, Pulai Chondong.

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

Terima kasih diucapkan oleh pihak Kerajaan yang telah berusaha untuk melaksanakan satu dasar ataupun program K-RABB yang mana sebelum daripada ini diperkenalkan (DPRK) Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan dan saya difahamkan Kerajaan Pusat ada Dasar Komuniti Madani. Tapi tak tahulah setaromananya, ehmm…saya rasa pihak Pembangkang tidak ada halangan untuk membantu pihak Kerajaan bagi pelaksanaan K-RABB kerana dengan pelaksanaan K-RABB dengan sebaik mungkin Insha Allah dapat membendung apa yang dinyatakan oleh YB EXCO Sukan, YB Kak Ani kita dan sebagainya.

Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan bercadang untuk melibatkan agensi-agensi Kerajaan Pusat contohnya ataupun apa sahaja NGO-NGO yang berkepentingan untuk sama-sama bekerjasama bagi menjayakan program, K-RABB.

Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Pulai Chondong saya duk tunggu takut-takut ada pantun baru iya..tapi rasanya dia tak dea nak siapkan pantun dia. Dia kata pasal saya pun tak jawab pantun dia.. payah nak jawab pantun lagu tu YB. Buat molek sikit Insha Allah kita jawab, Insha Allah. Loni masuk chat gpt semua ada di situ. Ok terima kasih kepada Pulai Chondong di atas soalan tambahan tersebut.

Inilah yang Kerajaan Negeri lakukan untuk kita sama-sama mengambil tanggungjawab bukan sahaja kita membendung apa sahaja unsur-unsur negatif yang melanda generasi muda tidak kira anak siapa dan walaupun di mana sebab kita tahu bahawa apa yang melanda generasi muda hari ini dia tidak mengenal rupa, dia tidak mengenal ibu dan bapa dan dia tidak mengenal agama. Sebab itu kita kata tanggungjawab ini adalah

tanggungjawab semua dan kita kata bahawa anak-anak tuan-tuan adalah anak kita, dan anak saya juga adalah anak saudara. Jadi sebab itulah kita mengambil tanggungjawab ini dan untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua tangungjawab ini telah kita ambil lama dulu dan kita telah pun bekerjasama dalam konteks negeri Kelantan agensi-agensi Kerajaan Negeri bersama dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan kita sebelum ini kita telah maklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri UPEN telah menjadi penganjur bersama dengan Unit Pemantauan dan Strategik kita kata SPARK Pejabat Menteri Besar dan Institut Darul Naim ataupun ILDAN bahawa bina insan dalam menganjurkan bengkel menangani gejala sosial dan maksiat negeri Kelantan 2025 dan Program ini melibatkan 24 agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan kita telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa bersama memerangi gejala sosial yang melibatkan semua agensi-agensi Kerajaan Negeri dan juga agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang ada di Negeri Kelantan ini dan kita dalam bengkel-bengkel yang telah kita telah lakukan secara bersama kita perincikan apa masalah gejala sosial yang melanda anak muda kita daripada gejala pengabaian terhadap tangungjawab agama sebagai contohnya solat sampailah kepada masalah gejala sosial yang sedang melanda anak-anak muda kita termasuklah dalam penyalahgunaan dadah dan juga LGBT dan sebagainya untuk tujuan memudahkan kerja dan juga mengenalpasti agensi-agensi yang terlibat kita telah bahagikan kepada 9 kluster yang mana kita perincikan satu persatu kluster itu dan kita padankan dengan agensi-agensi yang terlibat.

Saya ambil sebagai contohnya kluster yang pertama pemahaman Islam sebagai Addin mungkin berlaku ketidakfahaman yang jelas di kalangan anak muda maka untuk tujuan tersebut kita libatkan agensi Kerajaan Negeri sebagai contohnya ialah agensi Kerajaan JHEAIK dan juga agensi Kerajaan Persekutuan iaitulah Jabatan Pendidikan dan sebagainya.

Kluster yang kedua, berhubung dengan masalah rokok, vape, ketum dan juga arak. Kluster yang ketiga, pencegahan jenayah keselamatan komuniti dan jenayah syiber. Kluster keempat, menangani gejala sosial di sekolah dan juga di Universiti sudah tentunyalah Yayasan Islam Kelantan terlibat dan Jabatan Pendidikan Negeri juga terlibat dan penyalahgunaan dadah sudah semestinya AADK juga terlibat di samping

JHEAIK dan juga Penghulu, Penggawa, Pejabat-Pejabat Tanah dan juga Pejabat Daerah, pengabaian solat, gejala seks bebas dan juga LGBTQ penderaaan dan juga akhlak. Dan kalau orang tanya apa Kerajaan Negeri buat? Kerajaan Negeri memang buat. Kita ada 11 EXCO yang setiap orang EXCO itu ada bukan sahaja satu portfolio, setiap EXCO tu pegang 3 antara 4 portfolio. Semuanya bekerja dan kita sebagaimana yang kita katakan dan kita bersedia bekerjasama dengan semua agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang ada dalam Negeri dan kita mohon libatkanlah agensi-agensi Kerajaan Negeri dalam semua tindakan yang berhubung dengan apa sahaja masalah sekiranya ia berlaku di Kelantan kita bersedia malah disamping agensi Kerajaan Persekutuan ada kelebihan, agensi Kerajaan Negeri juga dalam beberapa perkara kita ada kelebihan. Kita ada daripada atas sampailah kepada penghulu. Penghulu ini dia kenal setiap seorang daripada anak mukimnya dan dia boleh tahu apa masalah setiap dalam keluarga jadi itulah kita katakan bahawa sekiranya kita dapat melaksanakan kerja kita secara bersepadu dan secara bersepakat Alhamdulillah outcomenya kita katakan bahawa hasilnya nanti akan lebih berkesan dan kita ucapkan terima kasih kepada semua agensi yang kita sebutkan tadi 24 agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan termasuklah polis, AADK, PEMADAM, JKM dan pelbagai NGO yang bekerjasama dengan kita bukan sahaja bagi kita menjayakan K-RABB. K-RABB ini adalah satu program besar Kerajaan Negeri. Kalau orang tanya apa program Kerajaan Negeri bagi menangani masalah dadah menangani masalah LGBT dan sebagainya. Ini adalah antara program besar Kerajaan Negeri dengan segala benda yang melanda anak-anak muda belum lagi di bawah EXCO Wanita, belum lagi di bawah EXCO Pemuda, belum lagi di bawah EXCO Agama, belum lagi di bawah EXCO Pendidikan semuanya ada tangungjawab belaka. Ini lah yang kita buat dalam negeri kita, insha Allah semua ianya diberkati.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Sila, Gaal.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri menganjurkan program cakna rakyat sejak sekian lama dan apakah program K-RABB ini akan menjadi intipati utama kepada penganjuran program cakna rakyat dan apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkukuhkan program Ladang Rakyat ini dengan menambah baik modul melalui ILDAN dan sebagainya, terima kasih.

Terima kasih kepada YB Gaal… YB Gaal bukan Ladang Rakyat tapi cakna rakyat. Tadi saya dengar Ladang Rakyat err… Cakna Rakyat masalah microfon [SAMBIL TERGELAK] saya rasa tak selesai lagi masalah microfon kita. Jadi kelmarin Ketua Presiden BBC dia sebut jawapan daripada MB jawapan EXCO tak jelas di sebelah sana dan hari ini saya harap ok yer… terima kasih.

Sebenarnya Cakna Rakyat adalah di bawah unit Pembangunan Insan Pejabat sayalah Pejabat Timbalan Menteri Besar adapun K-RABB kita khususnya yang incharge yang menambil tangungjawab itu adalah ILDAN. Walaubagaimana pun ini adalah program Kerajaan Negeri bukan program ILDAN. Apabila kita katakan program Kerajaan Negeri semua ini terlibat termasuklah YB-YB juga terlibat dalam menjayakan Insha Allah jadi apabila kita ada bina ummah kita ada cakna rakyat kita selitkan juga untuk memahamkan kepada rakyat kita berkenaan dengan 9 perkara dasar yang ditekankan dalam K-RABB itu bagi mewujudkan apa yang kita katakan sebagai komuniti Rabbani. Kalau di peringkat sekolah kita ada Dasar Pendidikan Rabbani tapi Mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkata kalau di sekolah anak-anak kita didik dengan pendidikan Rabbani tapi dia balik di rumah dia bergaul dengan adik beradik dan kawan-kawan akhirnya dia lebur sebegitu. Maka Kerajaan juga mesti ada tanggungjawab untuk membentuk masyarakat itu sendiri menjadi masyarakat Rabbani satu tanggungjawab yang besar 1.9 juta penduduk nak lahirkan masyarakat Rabbani ini maka bukan tangungjawab ILDAN. Bukan tangungjwab unit bina insan tetapi tangungjawab semua EXCO, tangungjawab semua YB-YB sebelah sini

ataupun sebelah sana dan jangan lupa ibubapa memainkan peranan paling besar.

Terima kasih.

Speaker

Sila, Galas..

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan saya berkaitan dengan ukuran kejayaan K-RABB ini. Saya amat bersetuju dengan apa yang dihuraikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar sebentar tadi, K-RABB ini satu pendekatan yang penting dan tadi Pulai Chondong Tanya dia minta supaya kita bersama wataawanu ala birri wal taqwa. Insha Allah dalam hal ini kita bersama dalam Rabbani madani dan dalam hal ini ke arah Rohani tapi bukanTanjung Mas lah.

Indicator apakah terdapat indicator yang jelas dan telus selain daripada bilangan program bilangan ceramah yang diadakan untuk ukuran kejayaan K-RABB ini.

Dan yang kedua, Yang Berhormat... intervensi-intervensi sosial daripada program K-RABB ini adalah kita juga melibatkan ianya intervensi sosial secara holistik seperti intervensi pekerjaan, intervensi psikologi intervensi pendidikan dan sebagainya dalam kita nak menjayakan K-RABB ini.

Terima kasih.

Ok, terima kasih kepada Galas dan saya tahu Galas memang berminat dalam hal ini. Dan di atas soalan-soalan tadi apakah indicator..saya kebetulan pagi ini saya ada terjumpa satu dua artekal yang ditulis oleh Professor Riduan Tony Abdullah, Nuri Al-Amin Bin Endot, Raja Iskandar Bin Raja Yakob(Allahyarham) dan Nur Fatimah Binti Mohamad Azhar

dalam majalah International jurnal of management and applied sciences 2018 yang ini dia rujuk kepada indeks sosial taqwa yang kita buat sama juga dengan dia ada web as conference 2021 berkenaan dengan indicator juga oleh beberapa orang yang sama yang telah melakukan reasearh berkenaan dengan indeks sosial taqwa yang kita buat di sini sudah tentulah diserahkan kepada kita indicator-indicator dan juga kejayaan-kejayaannya. Daripada apa yang mereka buat di sini itulah kita buat beberapa program sebagai satu langkah susulan jadi program K-RABB ini adalah langkah susulan kepada indeks sosial taqwa dan semalam dibekalkan kepada kita konsep sosial taqwa satu buku yang cantik yang dikeluarkan oleh ILDAN dengan kerjasama Pusat Kajian Strategik di situ.

Di sini Insha Allah sebagaimana yang saya katakan 3 tahun baru berjalan dan kita ada proses ada tranning dan kita masukkan dalam beberapa program Kerajaan Negeri untuk kita fahamkan kepada rakyat. Satu masa mungkin tahun depan ataupun mungkin kita bagi masa sebab itu saya katakan1.9 juta YB, kita nak fahamkan mereka tentang apa itu konsep K-RABB belum lagi penghayatannya bagaimana nak fahamkan dulu kita nak fahamkan ni pun apa kreteria untuk kita ambil sama ada mereka faham ataupun tidak sebab ianya dalam kepala ataupun dalam istilah research dia panggil subjektif. Mohon Dato’ Speaker, betulkan sebab Dato’ Speaker, pun faham sangat apabila kita buat satu kajian benda yang bersifat subjektif nak ukur sesuatu yang subjektif iman seseorang nak ukur bagaimana. Bukan objektif… objektif ni kita ada jawapan sama ada A ataupun B. Ini subjektif jadi dia ada satu-satu kaedah yang dibuat oleh Universiti ini. Jadi kita akan jemput mereka nanti untuk buat satu kajian sejauh mana kejayaan ini kefahaman baru terhadap K-RABB nanti amalannya bagaimana kita akan jemput lagi Insha Allah. Mana-mana pihak dalam hal ini yer. Jadi mereka ada satu kaedah. Yang keduanya sosial intervension... intervansi sosial. Kita dalam konteks saya, bina insan. Bina insan di sini nak membina sahsiah dan kemahiran itu terletak di bawah beberapa EXCO yang lain. Jadi sebab itulah dia kata bahawa dalam konteks ini di portfolio saya mengambil tugas untuk memberi kefahaman manakala untuk mengisinya pula mungkin orang ini berhadapan dengan masalah kerana dia menganggur. Orang ini menghadapi masalah kerana dia tidak mendapat pendidikan yang tinggi. Dalam hal ini kita ada EXCO Pendidikan, kita ada EXCO investment, kita ada EXCO Pertanian dan sebagainya. Jadi inilah yang kita katakan kita bekerja sebagai satu

kumpulan. Sebab tu saya kata K-RABB ini bukan adalah tanggungjawab semua dan saya mengikuti YB EXCO Pertanian kita boleh fahamkan kepada masyarakat kita dulu Kerajaan Negeri Kelantan Pertanian satu Ibadah. Dan Pusat adalah satu perniagaan kita gabungkan keduanya akhirat boleh dunia boleh dan apabila baru-baru ini saya ikuti program YB EXCO Pertanian berhubung dengan penanaman mangga harum manis Kelantan dan diberikan kepada kita untuk satu ataupun 2 ekar kalua ditanam ataupun dijaga dengan baik mungkin gaji YB pun kalah dengan pendapatan. Sebab itu katakan dalam zaman robotik ini kita kata zaman industrian revolution IR banyak kerja diambil alih oleh robot. Jadi sekarang ini pelajar-pelajar yang keluar daripada Universiti ini belum tentu dia dapat kerja sebab banyak kerja diambil alih oleh robot.

Jadi sekarang ini kemahiran itu perlu dan kemahiran ini kita ada tanah dan sebagainya kita perlu didik anak kita bahawa pekerjaan itu bukan bermaksud pekerjaan makan gaji. Kita bertani juga adalah satu pekerjaan dan sebagainya lagilah itu kita mengalu-alukan sangat semua di sini bagi input kepada kita kerjasama dengan kita bagaimana kita membantu anak Kelantan ini yang mana anak Kelantan ini memang bukti di mana-mana pun mereka adalah usahawan. Jadi kita nak minta usahawan yang berjaya bantu anak-anak kita menjadi 100 orang yang berjaya sebagaimana seorang yang berjaya sebelum ini.

Terima kasih YB..

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Yang Berhormat Dato’ Speakerl mohon jawpan saya soalan nombor 13. Terima kasih.

Soalan 13 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, berapa banya perjanjian royalty hidroelektrik yang telah, sedang dan akan

berjalan di Kelantan, nyatakan lokasi setiap projek serta jumlah hasil yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri setakat ini? ]

Terima kasih Dato’ Sri Amar Diraja, terima kasih juga kepada Gual Periok. Sebelum saya menjawab kepada Gual Periok saya ingin membuat sedikit pembetulan kepada soalan daripada Kemuning tadi. Untuk Kemuning tadi saya menyebut bahawa R&R di sepanjang LTU itu 7 buah sebenarnya hanya 2 buah yer. Bukan 7, 2 buah sahaja kerana kita ada LTU So tu jah jadi sepanjang itu ada 2 bukan 7.

Jadi untuk soalan daripada Gual Periok kutipan hasil hidroelektrik di bawah Enakmen Sumber Air Kelantan telah mula diterima melalui Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan bermula pada 2022. Sehingga kini terdapat 4 projek yang sedang beroperasi dan menjana hasil kepada Kerajaan Negeri. Antaranya ialah Syarikat Mustaq Hidro Sdn. Bhd di Sungai Kenerong Kuala Krai, Syarikat Hidro Expert Sdn. Bhd di Sungai Brook Gua Musang, TNB power generation Sdn. Bhd di Pergau, Jeli dan Syarikat IS Energy Sdn. Bhd Sungai Red Ulu Kuala Krai.

Sehingga tahun 2024 jumlah keseluruhan hasil royalti yang diterima oleh Kerajaan Negeri melalui sumber air negeri Kelantan daripada projek-projek yang telah beroperasi adalah sebanyak 12.637 juta. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas ucapan yang telah dikemukakan. Soalan tambahan saya adakah terdapat inisiatif daripada pihak Kerajaan untuk pelaburan semula ini daripada sumber teknologi hijau ini untuk projek sumber tenaga baru di negeri Kelantan.

Terima kasih.

Terima kasih Gual Periok seperti yang dijawab oleh EXCO Pelaburan tadi bahawa Kerajaan sentiasa terbuka untuk tenaga baru yakni solar. Jadi untuk itu kita mengalu-alukan kehadiran pelabur cuma untuk merealisasikan tapak yang sesuai kemudian mereka ini mesti mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Tenaga. Jadi tidak timbul soal kita rolling ni tetapi kita ada agensi-agensi tertentu di Negeri Kelantan ini untuk sumber baru ini antaranya KOMM ataupun SEDC ataupun direct kepada Kerajaan sendiri. Jadi untuk itu kita Kelantan sebenarnya mengalu-alukan pelaburan semua baru sekiranya ada demand.

Terima kasih.

Speaker

Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih Dato’Speaker di atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat EXCO tadi. Cuma soalan saya memandangkan kita ada perjanjian royalti antara kita dengan pelabur, adakah Kerajaan Negeri telah menyemak dan restructuring lah dengan izin struktur perjanjian royalti agar lebih kompetetif dan menjamin hasil jangka panjang untuk Kerajaan Negeri kita, terima kasih.

Terima kasih Mengkebang, kita dalam perjanjian royalti ni kita ambil lumpsum daripada luar sampai ke akhir projek tu dipersetujui bersama. Namun demikian pendapatan-pendapatan lain selain daripada itu seumpamanya Nenggiri, Nenggiri kita belum siap dan belum ada lagi royalti tetapi hasil daripada Nenggiri kita dapat ataupun pendapatan Negeri melebihi RM200.13 juta untuk pampasan tanah dan sebagainya 4 item itu. Jadi untuk royalti kita biasanya berbincang, bersetuju daripada awal sehingga tamat tempoh konsesi, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan ditangguhkan dan Persidangan akan disambung semula ….

[MENCELAH] Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon petua dan pedoman daripada Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Speaker

Iya..iya..

…… sebagaimana hasrat semalam tapi tak sempat nak bagitahu bolehkah kiranya kita teruskan sedikit lagi soalan jawapan ini memandangkan kita ada 32 soalan Yang Berhormat dan baru dijawab 12 soalan ada 20 lagi berbaki dan saya kira persoalan-persoaan ini ada jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Jadi saya nak mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Speaker, terima kasih.

Speaker

Besok kita panjangkan sikit. Saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan Dewan dan Dewan ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi besok. Dengan ini marilah sama-sama kita mengakhiri dengan membaca Tasbih Kafarah dan Suratul Asr. Dewan ditangguhkan, terima kasih.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.50 PAGI DAN AKAN BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM 9.00 PAGI ESOK.