Kelantan · 23 July 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 140 turns · 17,089 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas, Hari Ketiga

ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا ...

Doa

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Doa…. [ SAMBIL BERDIRI ]

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, soalan-soalan yang diberitahu. Soalan-soalan yang dikemukan untuk mendapat jawapan mulut.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Galas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 1. Terima kasih.

Soalan 1 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, berapa buah GLC milik Kerajaan Negeri yang menunjukkan keuntungan sejak tiga tahun terakhir? ]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih pada YB Galas yang mengemukakan soalan.

Firman Allah SWT :

ُم ﯾ ﻛ ﻧ ﻣ َرَاضٍ ﺗ َنْ ﻋ ةً رَ ﺎ ﺟ ﺗ ُونَ ﻛ ﺗ أَنْ ﻻﱠ إِ طِلِ ﺎ ﺑ ﺎﻟ ﺑ ُمْ ﻛ ﻧ ﯾ ﺑ ُمْ ﻛ ﻟ ا ْوَ ﻣ أَ ُوا ﻠ ﻛ ﺄ ﺗ ﻻ ُوا ﻧ ﻣ آ نَ ﯾ ذِ ﻟﱠ ا ﺎ ﯾﱡﮭ أَ ﺎ [Surah An-Nisaa’: 29]

Maksudnya : [“Wahai orang-orang yang beriman, jangan sesekali kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan yang batil yakni dengan jalan yang tidak sebenar dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang saling reda-meredai di antara kedua belah pihak yakni suka sama suka di antara kamu.”]

Sejumlah 9 syarikat anak kumpulan PKINK telah mencatat keuntungan bagi 3 tahun kewangan terkini. Antara 4 daripada 9 syarikat tersebut adalah sebagaimana berikut:

Yang pertama syarikat Permodalan Kelantan Berhad. Mencatat keuntungan pada tahun 2022 sebanyak RM24,904,895.00. Keuntungan yang dicatatkan pada tahun 2023 sebanyak RM26,117,539.00. Keuntungan yang dicatatkan pada tahun 2024 RM28,276,911.00.

Yang kedua Infraquest Sdn. Bhd. mencatat keuntungan pada tahun 2022 sebanyak RM25,331,574.00. Manakala keuntungan pada tahun 2023, RM29,423,619.00. Keuntungan yang dicatatkan pada tahun 2024 berjumlah RM31,161,488.00. Maknanya meningkat dari setahun ke setahun lah.

Yang ketiga syarikat Ladang Sungai Terah Sdn.Bhd. Keuntungan yang dicatatkan pada tahun 2022 RM12,399,172.00. Manakala keuntungan

pada tahun 2023 berjumlah RM4,512,516.00. Manakala keuntungan yang dicatat pada tahun 2024 ialah sebanyak RM15,878,775.00. Yang keempat Ladang Tapis Sdn. Bhd. Keuntungan yang dicatat pada tahun 2022 RM3,973,347.00. Tahun 2023 RM810,004.00 manakala tahun 2024 mencatat keuntungan RM4,461,869.00. Sekian.

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya ucap tahniah lah kepada pengurusan PKINK diatas usaha untuk mempasti GLC syarikat ini mencatat keuntungan. PKINK juga mempunyai anak syarikat KPKB iaitu Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dan di dalam Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad ini ada kilang padi dan beras darulnaim. Dan di dalam kilang padi beras darulnaim ini yang sentiasa kita katakan akan keluarkan beras kita sendiri Ogos nanti ada dua pemegang saham Yang Berhormat Dato’ Speaker iaitu padi seni dan kilang beras kasturi. Baik. Dan shareholder terbesar kepada padi seni dan kilang beras kasturi ini ialah keluarga Peck iaitu Peck Eng Hoi, Peck Woi Fong, Peck Wong Chu, Peck Woi Ping dan Peck Woi Eee.

Soalan saya November 2023 Kerajaan ada menyediakan ada menyediakan peruntukan khas yang disediakan untuk membangunkan kilang padi dan beras darulnaim di Meranti, Pasir Mas melalui kerjasama Perbadanan Pertanian Negeri Kelantan dan juga Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Yang Berhormat Menteri Besar, soalan saya berapa pegangan saham sebenar kerajaan negeri melalui KPKB dalam Kilang Padi Beras Darulnaim ini serta bagaimana keuntungan diagihkan dan adakah peruntukan Kerajaan Negeri diberikan secara terus kepada syarikat non-bumiputra tanpa ada pemilikan saham samada daripada KPKB ataupun daripada GLC PKINK? Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Galas. Sebenarnya kilang itu asalnya kepunyaan Koperasi KADA. Koperasi KADA jual kepada syarikat yang disebut tadi. Koperasi KADA. KADA bukan bawah Kerajaan Negeri tetapi Kerajaan

Negeri mengambil tanggungjawab menyelamatkan syarikat ini daripada dipunyai 100% syarikat yang disebut tadi. (Kedengaran tepukan meja para YB)

Tak apa. Sebelum jawab tu kena tahu dulu apa dia senario sebenar. Koperasi KADA ni bukan bawah Kerajaan Negeri ni. Kita Kerajaan Negeri sebenarnya kesal bagaimana Koperasi KADA boleh jual. Kerajaan hanya tahu setelah permohonan tukar milik itu dibawa kepada pihak kerajaan. Bila dibawa kepada pihak kerajaan, kerajaan kata “macam mana ni jual ni?”. Dah jual pun. Nak tukar nama. Maka kita fikir bagaimana nak selamat ni maka kita runding dengan syarikat yang membeli kilang tersebut daripada Koperasi KADA. Ini saya..yelah saya dukacita lah. Ni penyakit orang lain mari kat kita. Saya orang tua dah, kalau saya orang muda saya bercakap berat lagi tapi tokse lah. Kita basuh bendo hok oghe. Hok oghe ccemar, kito basuh. Saya sebut istilah-istilah oghe Kelate sebab saya pun oghe tua doh loni. Saya pun diberi tanggungjawab letak sebagai orang tua. Jadi setelah kita runding maka syarikat ni setuju lah kita beli saham 35%. Kita nak ambil semua tokleh, dia tak bagi hak dia. Jadi puncanya Koperasi KADA, tu puncanya. Jadi sepatutnya tak berlaku lah Koperasi KADA tu. Saya pun tahu sebenar hasrat Kerajaan Pusat sendiri pun bukannya nak Koperasi KADA jual. Saya pun faham. Tapi orang yang memegang Koperasi KADA tu lah. Tapi bukan zaman YB Air Lanas. Saya dah tanya dah sebab kalau Air Lanas saya nak tanya juga pasal apa jual. Dia tak terlibat dia kata. Tidak zaman dia, zaman orang lain. Orang lain tu siapa cari sendiri lah. Jadi kita 35% jadi saya minta Yang Berhormat EXCO Pertanian lah beri penjelasan. Hakikatnya ialah kita tolong selamatkan. Sila Tuan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana keizinan ni. Sebenarnya soalan harini pun ada. Nombor 22 kalau sempat harini. Berkaitan dengan kilang padi ni iaitu daripada Nenggiri. Maknanya boleh sekali lah tu. Boleh jawab sekali. Kita jawab selalu dah. Boleh ke Yang Berhormat Dato’ Speaker? Maknanya ada kaitan ada diminta oleh Yang Amat Berhormat boleh saya jawab bersekali lah berkaitan dengan soalan kilang padi ni. Jadi sebenarnya kita telah mengoperasikan bersama lah sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang tadi. Jadi setakat ni telah berlaku pembelian padi untuk

diproseskan lebih 33,000 metric tan padi yang kita beli. Sudah mula beroperasi dari segi pembelian dan tak lama lagi proses untuk mulakan beras itu In Shaa Allah berlaku lah. Jadi soalan yang berkaitan dengan share itu telah dijawab kerana telah dibuat perbincangan ke peringkat negeri. Itu sahaja In Shaa Allah. Kalau ada sambungan tu boleh jadi samada sekarang ataupun akan datang tu saya serah lah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Kota Lama.

Dr. Hafidzah binti Hj MustakimAMANAH · PHKota Lama

Terima kasih Dato’ Speaker.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Kita di Kelantan ni telah menyaksikan beberapa sektor dan perusahan kita yang kita jalinkan dengan kerjasama dengan syarikat swasta dan pelabur asing untuk beberapa projek contohnya dalam penghasilan emas Kelantan dengan syarikat CNMC yang berpengkalan di Singapore, Musang King di Gua Musang dengan syarikat pelabur daripada China dan perusahan ini menjana hasil yang amat tinggi kepada syarikat. Saya ambil contoh syarikat CNMC mengisytiharkan keuntungan selepas cukai di Singapore sebanyak USD 12.2 juta atau RM57.4 juta untuk tahun 2024. Sebagai rekod soalan sidang DUN pada sesi yang lepas, pulangan yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri, hasil usaha sama dengan CNMC Holding ini pada tahun 2023 adalah di…itu untuk lombong di Soko Tanah Merah adalah sebanyak RM13,797,183.51. Jadi soalan saya setelah beberapa tahun GLC kita ini bekerjasama dengan CNMC ni masih tidak mampukah kita untuk mengusahakan cari gali emas ini secara bersendirian sepenuhnya menggunakan teknologi yang mereka ada. Jadi apakah halangan sebenar kepada negeri kita ini untuk menuju ke arah itu sehingga kita terpaksa bergantung kepada teknologi dan syarikat asing? Terima kasih.

Terima kasih. Sebenarnya kita mengamalkan konsep perkongsian pintar. Memang kalau kita tidak jointventure dengan syarikat-syarikat yang mempunyai modal yang besar kita tidak berkemampuan tetapi

walaubagaimanapun In Shaa Allah apabila kita ada kemampuan kita buat sendiri, kita buat sendiri In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Silakan Pasir Tumboh.

Dato' Hj Abd. Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Sebelum masuk soalan tambahan. Nak pantun juga lah. YB Pulai Chondong kemarin tak jadi pantun dia. (Kedengaran YB gelak ketawa).

“Bunga melati harum mewangi, Disiram pagi dengan embun, Bijak laksana pemimpin negeri, Membangun rakyat tanpa jemu.”

(Kedengaran para YB menepuk meja)

Soalan tambahan, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan syarikat anak dibawah GLC negeri khususnya PNBK dan PKINK terus mencatat keuntungan dalam suasana pelan tarif ketika ini?

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Tumboh ya diatas soalan tambahan sekejap tadi. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan syarikat anak dibawah GLC negeri khususnya PKINK terus mencatat keuntungan dalam suasana pelan tarif adalah sebagaimana berikut:

Yang pertama, Kerajaan Negeri melalui PKINK menggalakkan syarikat anak meneroka pasaran luar negeri dan pelaburan strategik luar Kelantan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pasaran domestik.

Yang kedua Kerajaan Negeri melalui PKINK memberi penekanan kepada sektor strategik dan tahan kalis seperti permodalan Kelantan Berhad memperluaskan Ar-Rahnu satu model pembiayaan Islam yang stabil dan kalis krisis. Kumpulan Perladangan PKINK Berhad, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad, Program Pertanian Moden dan Pelaburan Semula

dalam aset ladang. Infraquest Sdn. Bhd dan KLinfra Sdn. Bhd. Penguasaan dalam projek pembangunan infrastruktur telekomunikasi selari dengan perkembangan teknologi 5G. Syarikat Kelantan ICT Gateways Sdn. Bhd. diperkasa sebagai pemacu transformasi digital negeri. Syarikat anak yang lain digalakkan operasi mereka untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan.

Ketiga, memperkukuhkan tadbir urus korporat melalui penetapan dan pemantauan KPI setiap syarikat anak dari segi keuntungan dan keberkesanan kos.

Yang keempat, peningkatan pemantauan audit secara berkala terhadap kecekapan operasi atau penilaian kos-kos operasi terhadap syarikat anak untuk mengenalpasti pembaziran dan ruang, penjimatan kos bagi PNBK antara langkah yang sedang dilakukan adalah dengan meneroka peluang niaga yang tidak terikat hanya semata-mata kepada suatu kuasa ekonomi sahaja. Contohnya dalam bidang industri NRREE, Kerajaan Negeri membuka ruang kepada mana-mana pihak yang mampu memberikan pulangan paling optimum dari aspek pendapatan negeri serta pemindahan teknologi yang bakal berlaku.

Keduanya peluang dan rancangan perniagaan baharu terus diteliti agar setiap perniagaan yang dijalankan oleh anak syarikat tidak terikat terus atau terkesan langsung dengan pelan tarif yang sedang berlaku di peringkat global dengan memfokuskan segmen niaga domestik secara lebih komprehensif terlebih dahulu. Sekian.

Timbalan Speaker

Silakan Chempaka.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Utamanya saya ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan GLC-GLC di Negeri Kelantan kita ni mendapat keuntungan yang konsisten daripada tahun ke tahun walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan sebagainya. Saya ingin bertanya lah hasil daripada keuntungan apa semua yang ada tu. Saya nak tanya apakah insentif Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan GLC berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan sosial ekonomi tempatan khususnya melalui sumbangan CSR dalam aspek peluang

perniagaan, peningkatan pekerjaan, peningkatan taraf hidup rakyat dan bantuan sosial kepada rakyat.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Chempaka, Kerajaan Negeri melihat GLC bukan sekadar penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri tetapi turut bersama dalam memberi sumbangan kepada rakyat versi pelbagai program seperti program dibawah CSR, PNBK dan PKINK telah memainkan peranan kepada pembangunan sosial ekonomi rakyat dan telah menyusun model siasah strategik yang selari dengan bidang perniagaan masing-masing contohnya jika terlibat dalam hal hartanah disasarkan kepada perumahan mampu milik, membuka peluang kepakaran dan peluang pekerjaan dalam kalangan anak Kelantan dan sebagainya. Jadi kita nok suruh rakyat kita ni boleh beli rumoh dengan harga yang muroh. Kadang-kadang kita melalui GLC ni kita buat perumahan, kita kadang-kadang tak untung sangat, balik modal jah. Kita nok tulong rakyat lah. Bahkan kadang-kadang Kerajaan Negeri top-up lagi kerana tak mahu anak syarikat kita rugi, Kerajaan Negeri yang top-up. Rumoh RM65,000 ni takdok doh sekarang ni sebenarnya. Kos sebenarnya tak boleh RM65,000. Tak ada kita jual RM65,000. Ni melalui GLC kita lah tolong rakyat.

Selain itu, GLC kita turut melaksanakan program berimpak tinggi seperti Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan untuk belia dan wanita. Disamping memastikan syarikat GLC terus menjana ekonomi negeri, GLC kita turut fokus kepada dasar tanggungjawab terhadap rakyat. CSR bukanlah sekadar sumbangan tetapi satu amanah untuk memperkasakan kehidupan rakyat Kelantan. Contohnya yang kita lihat adalah peranan GLC turut membantu rakyat dalam kesusahan yang ditimpa musibah dan ujian banjir. Peranan ini perlu kita semua hargai lah. Ini termasuk dalam memberi sumbangan kepada anak-anak Kelantan yang cemerlang dalam pelajaran. GLC kita yang bagi peruntukan untuk kita agihkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Begitu juga pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik, anak orang miskin kita bantu. Kita ambil keuntungan GLC ni bagi kepada rakyat kita. Sekian.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 2. Terima kasih.

Soalan 2 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah strategi Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kebergantungan terhadap hasil tradisi seperti hasil hutan, lombong dan premium tanah?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk menjawab soalan nombor 2 Gual Periok ini bersama dengan soalan nombor 9. Persidangan hari ini daripada Pasir Tumboh.

Yang Berhormat Dato’ Speaker bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil perhutanan, perlombongan dan premium tanah, Kerajaan Negeri telah melaksanakan dan mewujudkan polisi monetari melalui enakmen-enakmen berkaitan sumber air dan hak akses utiliti. Sebagai contohnya enakmen hak akses dan penggunaan tanah infrastruktur utiliti Negeri Kelantan, kutipan hasil yang diperolehi bagi tempoh 2022 hingga Jun 2025 sebanyak RM12.1 juta melibatkan perkhidmatan berkaitan telekomunikasi, menara, audit menara, pembentongan air dan elektrik. Bagi inisiatif di bawah pertanian, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Enakmen Pemajuan Pertanian Negeri 2022 dan kini di peringkat penyalarasan pelaksanaan dan belum menjana hasil kepada negeri. Selain itu, melalui polisi bukan monetari melalui pelaksanaan Jawatankuasa Kawalselia Merancang dan Menyelaras Aktiviti Pemajuan Projek Pembangunan telah menjana kutipan sebanyak RM52.4 juta dalam tempoh 2019 hingga 2024 dan pada ketika ini juga Kerajaan Negeri sedang meneroka hasil-hasil baru seperti perlombongan REE, projek pembangunan tenaga boleh baharu, penerokaan karbon dan hidrogen yang mampu menjana hasil baharu kepada negeri. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Terima kasih diatas jawapan yang dikemukakan. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri begitu serius dalam merencanakan strategi-strategi untuk mendapatkan sumber pendapatan baharu. Tahniah di atas usaha tersebut, usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri tersebut. Soalan tambahan saya, adakah audit nilai hasil konvensional secara komprehensif dilakukan untuk mengukur impaknya terhadap kelestarian dan peluang ekonomi baharu? Terima kasih.

Terima kasih kepada Gual Periok. Buat masa ini kerajaan masih belum melaksanakan sebarang audit nilai terhadap hasil tradisional secara komprehensif. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa mengenal pasti peluang-peluang ekonomi baru sebagai sumber pertumbuhan masa hadapan sebagaimana yang saya sebutkan tadi adalah antaranya NRREE dan juga beberapa yang kita rasakan kita boleh menjana pendapatan baru.

Walaubagaimanapun, hasil daripada libat urus antara Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan juga kelestarian alam ataupun ringkasan NRES istilah yang biasa digunakan yang mana pihak kementerian sekarang ini dalam proses terakhir untuk membentangkan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara ataupun dipanggil sebagai RUPIN dan juga diperingkat akhir juga dalam menyediakan dasar pasaran karbon kebangsaan. Jadi hasil daripada perbincangan kita dengan Kementerian, libat urus tersebut ada beberapa perkara yang kita terpaksa tangguhkan dahulu sehinggalah Rang Undang-Undang dan dasar ini diluluskan dan diyakinkan kepada kita bahawa RUPIN dan juga dasar pasaran kebangsaan ini akan diluluskan penghujung tahun ini. Kita tidak boleh bergerak lebih laju dalam beberapa hal kerana kita bimbang nanti akan bertentangan dengan beberapa undang-undang ataupun dasar yang dilaksanakan di peringkat persekutuan. Ok terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Nenggiri.

Terima kasih Dato’ Speaker. Bila berbicara mengenai hasil bumi yang mempunyai masa sampai masa akan kehabisan. Kita ada hasil baru iaitu REE yang dikatakan mempunyai depositnya yang tinggi. Soalan saya adakah ada carian yang REE ini yang terletak di kawasan yang telah kita berikan hak cari gali emas ataupun hak cari gali yang lain seperti biji besi dan sebagainya kepada beberapa syarikat dan bagaimana pemantauan dibuat untuk memastikan REE ini tidak dibawa keluar secara tidak sah oleh pihak yang berkenaan?

(Tepuk mikrofon) Ok boleh dengar jawapan saya ya? Masih lagi ada masalah saya rasa dengan sistem kita. Ok terima kasih kepada Nenggiri di atas soalan-soalan tersebut. Alhamdulillah kita negeri yang kedua paling banyak NRREE di Malaysia ini. Setakat ini lah ya. Dan kita bergerak agak jauh ke hadapan dalam soal NRREE dan agensi kita. Saya sebutkan PMBK telah menandatangani satu MOU dan dalam proses terakhir untuk kita menandatangani satu perjanjian dengan LYNAS untuk mengeluarkan hasil daripada 2 kawasan yang telah kita kenalpasti di Gua Musang ya.

Walaubagaimanapun, kita juga masih tertakluk dengan dasar-dasar keputusan yang akan dibuat nanti oleh Kerajaan Persekutuan. Setakat ini Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan ya, ini nak menjawab juga tidak membenarkan hasil REE ini dibawa keluar daripada negara kita dalam bentuk, dipanggil kek sebegitu lah sehingga ianya nanti kita nak supaya kita dalam hal ini kita sangat setuju dengan dasar tersebut dan kita nak supaya hasil daripada NRREE ini kita dapat sepenuhnya, semaksimanya, keuntungan yang paling maksimum untuk negeri bagi faedah rakyat Kelantan ya, secara upstream process dan juga downstream. Kita taknak jual macam tu saja, kalau kita jual macam tu sahaja, sekali saja kita dapat untung ya tetapi kita nak supaya kita ini kita boleh proses disini ya, kita nak supaya kilang itu dibuat disini dan downstream. Hasilnya juga adalah kilang-kilang lain yang ada sangkut paut dengan produk REE juga dibina di Kelantan ini.

Tujuannya adalah supaya kita dapat untung pengeluaran, hasil cukai, royalti dan dalam masa yang sama ada kilang buka sebagai contohnya ada kilang, ada pihak yang berminat untuk buka kilang super bateri ya, ini adalah proses downstream super bateri di Kelantan tetapi volumenya mesti cukup. Kalau tak cukup mungkin tak mampu dia nak buat sebab proses untuk buat kilang itu adalah terlalu besar, belanjanya besar, jadi volumenya mesti juga banyak. Apabila proses upstream downstream boleh dibuat di Negeri Kelantan ini, kita bukan saja dapat hasil daripada sumber yang saya sebutkan tadi tetapi anak-anak Kelantan juga akan mendapat manafaatnya. Justeru itu, kita minta supaya Kerajaan Persekutuan buat satu polisi dan dasar yang tidak banyak menguntungkan orang luar tetapi lebih menguntungkan kerajaan samada Negara, Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Pantai Irama.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

“Di awal sidang dapat tie, Ingatan ikhlas pejabat speaker, Dipakai sopan penuh bergaya, Mohon jawapan soalan saya nombor tiga.”

Soalan 3 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha Kerajaan dalam merancakkan industri batik dan adakah kerajaan bercadang melalui GLC anak Syarikat Kerajaan membantu industri ini.]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Pantai Irama. Sebenarnya Pantai Irama ni sudah gaharu cendana pula. Tapi oleh kerana

sudah bertanya kita jawab sikit lah. Usaha kerajaan ialah mengekalkan IKS Industri Batik di Kelantan dengan melibatkan ahli Persatuan Pembatik Melayu Pantai Timur lebih kurang ahli 261 orang menyertai ekspo dan pameran kraf dan program silang budaya dan juga memberi sokongan kepada Koperasi Pembatik Kelantan yang ahlinya lebih kurang 331 orang. Aktiviti yang melibatkan pengusaha batik yang aktif sekarang lebih kurang 7-100 orang. Pemakaian baju batik setiap hari Khamis bagi penjawat awam Negeri Kelantan juga dapat membantu perniagaan batik samada kain ela, upah jahit, baju siap dijahit pelbagai saiz apatah lagi pemakaian baju batik di majlis rasmi kerajaan mahupun swasta.

Saya percaya dan yakin majoriti keluarga di Negeri Kelantan ini mempunyai pakaian batik samada kain sarung, kain sarung batik wanita, kaftan batik, baju batik, baju kurung dan lain-lain. Acara mencanting batik juga sering diadakan melibatkan pelancong domestik dan antarabangsa. Cenderahati ataupun hadiah seperti skarf, t-shirt, beg tangan, tas tangan pelbagai guna, beg tangan bimbit, tali leher, kipas tangan, alas meja, keychain berunsur motif batik mendapat tempat di hati pelancong dan pengunjung ke Kelantan. Kedai-kedai penjualan batik juga terdapat di pintu masuk seperti di lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, di Rantau Panjang dan di Pengkalan Kubor berdasarkan maklumat daripada Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dan Persatuan Pembatik. Terdapat pengusaha batik di setiap jajahan contohnya di Jajahan Kota Bharu, Jalan PCB, Kuala Krai, Kampung Sireh, Pintu Geng, Pasar Siti Khadijah, Buluh Kubu, Bazar Tok Guru, Kubang Kerian dan lain-lain dan di Tumpat, di Bachok, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, melalui GLC pula kerajaan bercadang akan menganjurkan Hari Karnival Batik Kelantan melibatkan 50-70 pengusaha batik pada tahun 2025 ini.

“Kapal menuju ke Pakistan, Tali ikatan adat yang nyata, Pakai selalu Batik Kelantan, Menjadi warisan budaya kita.”

Terima kasih. (Kedengaran bunyi tepukan tangan)

Timbalan Speaker

Silakan Pantai Irama.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Tahniah kepada pihak kerajaan dalam usaha kita mempertahankan seni budaya termasuk batik dan juga industri batik di Kelantan. Persoalannya adakah kerajaan telah membentuk sebarang kerjasama dengan Institusi TVET dalam usaha untuk menghasilkan tenaga mahir dalam mengekalkan seni batik di Kelantan? Terima kasih.

Memang batik ni khusus dalam Institut Kraftangan Malaysia. Kita selalu ada kolaborasi dan begitu juga Institut TVET. Khususnya untuk kraftangan Malaysia dan Institusi mengajar hal batik ini di Malaysia ini lah. Khusus untuk batik. Oleh kerana perihal batik di pagi hari ini, saya sedikit membuat nukilan batik pada pagi tadi lah, sebelum Dato’ Speaker masuk.

Iaitu Batik Kelantan itu menawan, jika dipakai orang, corak motif bunga dan kerawang apatah lagi berpasangan, bila berada di badan, warna merah biru hijau kuning mahupun hitam. Memang gah jika dipandang, kain kapas, satin, viscose jadi pilihan. Dahulu batik cop jadi warisan, sekarang pula tulis tangan, zaman sekarang masih bertahan. Itulah Batik Kelantan, minta sokongan YB sekalian. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Tendong.

Tuan Rozi bin MuhamadPAS · PNTendong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya bangkitkan satu isu lah di kalangan peniaga batik sendiri lah yang dikatakan dari sudut penjawat-penjawat awam ataupun kita sendiri dalam galakan kita menyokong industri batik ini sendiri dan dikatakan motif yang kebanyakan daripada kita sendiri, penjawat-penjawat awam khususnya, dikatakan kebanyakan tidak bermotifkan Batik Malaysia. Jadi apa respon Yang Berhormat Exco sendiri dalam istilah kita menyokong industri ini sendiri? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Salor. Yang mana peminat batik di badan YB Salor ni sentiasa pakai bukan sahaja hari Khamis tetapi hari-hari lain juga boleh dikatakan 3 atau 4 kali seminggu tu YB Salor ni sentiasa pakai batik. (Gelak ketawa) Kalau tak, tanya badan sendiri lah. Ok. Motif batik di Kelantan ini berbentuk kepada sumber alam seperti apa yang terdapat motif bunga, kerawang, tetapi motif di lain seperti di negara lain, Indonesia sebagainya ada motif tertentu berbentuk burung dan lain-lain lagi. Jadi tu lah motif kita tentang bumi contohnya, motif kita daun keladi, bunga raya dan bunga-bunga terdapat di alam semula jadi di dalam negeri kita. Bunga di depan kita ini pun boleh dijadikan motif. Jadi motif ini, Batik Malaysia ini, telah terkenal dan kita boleh bezakan antara batik lain dan batik cop, batik tulis tangan ataupun batik yang di print sebab motif dia berlainan. Kalau tanya si pemakai samada wanita, lelaki, baik dewasa, baik kanak-kanak di majlis rasmi kerajaan mahupun swasta. Kita boleh lihat motif Kelantan ini walaupun abstrak macam mana pun, dia terdapat perbezaan dia lain. Itulah uniknya Batik Malaysia khususnya di Kelantan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Chempaka.

(YB mencelah) Jelawat ke? Eerr..Jelawat bangun? Chempaka bagi pada Jelawat.

Timbalan Speaker

Haha.. .Chempaka dulu. (Kedengaran para YB ketawa kecil)

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya nak celah sikit daripada jawapan yang telah diberikan oleh Yang berhormat Exco sebentar tadi. Batik ni, kalau kita tengok batik ni dia ada berbagai-bagai batik lah. Ada batik Indon, ada batik macam-macam lah batik sebagainya. Cuma kalau kita nak sebut tadi sebagaimana Dato’ juga sebut dalam

jawapan tadi. Di Kelantan kita ni pun sendiri kita ada batik yang tersendiri samada lukis tangan dan sebagainya.

Isunya berkait dengan batik ni adalah apabila kita mewajibkan kita kata bahawa wajib kata pakai batik lah, pakai batik tersebut. Pakaian batik yang dipakai tersebut terdiri dari berbagai-bagai batik. Batik cetak, batik hok daripada China dan sebagainya. Jadi adakah cadangan dari pihak kerajaan lah apabila kita kata batik, batik ini adalah batik daripada pengusaha kita di Negeri Kelantan ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Chempaka. Sebenarnya sudah ada garis panduan daripada federal sendiri, persekutuan iaitu batik Malaysia. Orang Malaysia pakai batik Malaysia lah. Orang Indonesia pakai batik Indonesia. Jadi tiada isu disini cuma penguatkuasaan dari segi aii demo ni pakai burung lah naik palo lah ke bowoh dan sebagainya. Lambang harimau ke lambang apa, penguatkuasaan itu, itu perkara lain lah. Tetapi garis panduan telah dikeluarkan pasal kita orang Malaysia pakai batik Malaysia dan sokong lah batik Malaysia terutama batik Kelantan. Dia ada motif tertentu. Zaman berzaman dah kita ni. Di akhir fesyen contohnya di kawasan Tumpat, kita boleh pergi tengok itu lah batik nya. Cuma penguatkuasaan itu cerita lain lah. Wallahu’alam.

Timbalan Speaker

Silakan Jelawat.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Speaker, dia saye ko Jelawat tuh, bagi juga pada Jelawat (berseloroh). Terima kasih. Saya mohon jawapan daripada EXCO ataupun pedoman ataupun petua daripada Speaker lah ya untuk merancakkan industri atau menyokong industri batik di Kelantan ini khususnya batik Kelantan ini. Boleh ataupun tidak kita buat satu rulling supaya batik Kelantan dibenarkan dipakai di dalam Dewan ini semasa hari persidangan? Saya pohon, rulling daripada speaker lah saya rasa, untuk menyokong industri batik kita. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, itu soalan tambahan kepada saya tetapi keputusan kepada Speaker. Hahahaha. Terpulang kepada Dato’ Speaker lah nak ikut parlimen ataupun tidak.

Timbalan Speaker

Kita teruskan dengan Yang Berhormat Melor.

Dr. Hafidzah binti Hj MustakimAMANAH · PHKota Lama

(sambil ketawa) Satu lagi soalan ni boleh tak Speaker? Tak boleh dah tu?

Timbalan Speaker

Tak. Kita teruskan dengan Melor. Dipersilakan Melor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon jawapan daripada soalan saya nombor 4. Soalan 4 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, berapakah kadar yang sepatutnya diterima setiap tahun oleh Kelantan bagi Pemberian bagi Penyenggaraan Jalan Negeri yang dihitung mengikut Bahagian II Jadual Kesepuluh, Perkara 109 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan, dan bilakah kali terakhir kadar ini disemak oleh Kerajaan Persekutuan serta berapa jumlah tahunan yang dibayar kepada Kerajaan Kelantan bagi tempoh 10 tahun terakhir. ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Melor. Jumlah tahunan yang dibayar kepada Kerajaan Kelantan bagi tempoh 10 tahun terakhir adalah sebagaimana berikut. Pada tahun 2016 sebanyak RM25 juta. 2017 RM25.3 juta. 2018 sebanyak RM25.69 juta.

2019 RM26.029 juta. 2020 RM26.38 juta. 2021 RM26.748 juta. 2022 sebanyak 27.136 juta. 2023 sebanyak RM27.542 juta. 2024 RM27.963 juta. 2025 sehingga Jun sebanyak RM14.196 juta. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Melor.

Atas jawapan bagi pihak kerajaan sebentar tadi. Soalan tambahan saya, apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan kontraktor tempatan mendapat peluang dalam pembinaan dan penyelenggaraan jalan-jalan di bawah MARRIS? Terima kasih.

Terima kasih YB Melor. Dia konsensi ni kita ada konsensi kepada Syarikat Euro Saga sebanyak lebih kurang 30 lebih peratus. Kemudian kepada bawah Pembangunan Negeri juga 30% dan selebihnya kepada Kerajaan Tempatan, JPS dan lain-lain. Jadi bagi memastikan kontraktor tempatan mendapat pertamanya semasa rundingan dengan Euro Saga, kita telah mencadangkan supaya Syarikat Euro Saga menyenaraikan kontraktor-kontraktor tempatan dan Euro Saga menjadi payung kepada syarikat-syarikat kontraktor tempatan dan dia ada senarai kontraktor-kontraktor tempatan. Ada pun di bawah PPN, dia proses biasa, proses tender, sebut harga dan apa-apa yang dibenarkan oleh proses kewangan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco yang telah menyatakan apa ni berkaitan jalan MARRIS tadi. Soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memudahkan menghubungkan jalan yang terputus bagi menghubungkan jalan darat dengan menggunakan

peruntukan MARRIS itu tadi? Tapi ada juga soalan tambahan kedua bagi saya, sebab saya nak sebut juga disini kerana kelmarin MB panggil saya YB Guillemard. “Tua-tua guillemard tapi masih berjasa, Tahan banjir jadi sejarah, Sindir ambo tak jadi rasa apa, Cuma jangan kita lari arah.”

Soalan saya adalah untuk menghubungkan jalan diantara Kota Harmoni ke Guillemard iaitu menghubungkan dua kampung iaitu Kampung Kenerok dan Kampung Ku Sia yang terputus begitu lama dari segi geografinya dalam komitmen kerajaan khususnya di Negeri Kelantan dengan Persekutuan yang telah penuh komitmen untuk menghubungkan jambatan-jambatan di sungai besar seperti sungai apa ni…daripada Palekbang ke Pulau Gajah, jambatan kedua Sungai Golok dan jambatan ketiga daripada Joh ke Belimbing.

Namun untuk keperluan menghubungkan jalan darat juga saya rasa sangat perlu lah sebab dia boleh memberi hospitaliti dan kesan kepada pelancongan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Kamaruddin turun lihat lokasi dan saya rasa juga dalam pengetahuan termasuklah Exco apa ni, Pra Exco Pertanian saya dah hantar surat juga kerana keperluan untuk mengeluarkan hasil-hasil Pertanian dan membawa jentera Pertanian untuk kawasan yang seperti terkepung itu. Jadi dengan kerjasama daripada semua portfolio kita termasuk dengan sokongan UPEN dan apa ni…

Timbalan Speaker

(Mencelah) Mintak ringkaskan soalan Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

(sambungan..) PPN, Pejabat Tanah dan Majlis Daerah, saya rasa perkara ini tidaklah sukar untuk merealisasikan perhubungan jalan darat kerana ia membabitkan bukan sungai besar, sungai yang kecil sahaja. Terima kasih.

Haih panje soalan tambahan. Mula-mula tu pehe, lepahtu jadi tok pehe (Kedengaran para YB ketawa). Jadi saya ambil kesimpulannya Gual Ipoh ni dia nak jalan guillemard ke Kampung Cherang Lali dan dia nak jalan guillemard ke Kota Harmoni. Gitu lah lebih kure dih? Pendek tu jah soalannyo.

Jadi gini, saya nok oyak nya, Guillemard ni masa saya penggal lepah, hok duk buat Rekreasi tu saya, samo doh tu. Saye lah kito nok jadikan tempat tu. Dan masa tu kita telah berunding dengan PPN supaya jalan atas tu kita buat pengaliran besar dan sebagainya tapi tokdey sudoh, keno ttukar EXCO (sambal ketawa kecil) ok. Jadi saya rasa..apa tu..kehendak daripada Gual Ipoh tu In Shaa Allah kita boleh angkat permohonan ini kepada KKW lah, Kementerian Luar Bandar ni untuk kita angkat dalam RMK-13 In Shaa Allah deh.

Apa tuh…(ketawa) ambo pun tersasul jugok. Gual Ipoh masuk doh ko? Buat permohonan tu kepada PPN. Saya nak hantar surat kepada Pengarah Pembangunan Negeri dan In Shaa Allah kita akan panjangkan kepada KKW, In Shaa Allah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Salor.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Mohon jawapan bagi soalan saya nombor 5.

Soalan 5 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, status terkini pembaikan rumah pum kemubu?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Salor. Terdapat 2 kumpulan utama usaha untuk menangani isu sumber bekalan air daripada Sungai Kelantan ke kawasan sawah padi KADA yang sedang dilaksanakan ketika ini. Itu pertama stesen pam Kemubu 3. Maklumat asas nama projek membina dan menyiapkan stesen pam Kemubu 3 dan dalam kerja berkaitan di dalam kawasan KADA Jajahan Kota Bharu Selatan Kota Bharu. Kontraktor Kenanga Lestari Sdn. Bhd. Tarikh milik tapak 1 Jun 2023, tarikh akhir siap 25 November 2025. Tempoh kontrak selama 104 minggu. Status semasa pencapaian sebenar 68% mengikut jadual 68%. Isu dan masalah. Terdapat kerja-kerja tambahan yang perlu dilaksanakan disebabkan keadaan sebenar di tapak berlaku perubahan laluan kabel. Yang kedua terdapat batu hampar yang keras di bahagian tebing sungai yang menyebabkan kelewatan penyiapan.

Yang ketiga perubahan pelan bagi laluan kabel untuk penutupan dan bilangan signboard. Yang kedua iaitu pam boleh alih di stesen pam Kemubu dan Lemal. Nama projek merekabentuk, membina dan menyiapkan sistem pam, boleh alih dan kerja-kerja berkaitan bagi pengairan di stesen pam Kemubu dan Lemal. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kelantan secara rundingan terus. Kontraktor Ari Usaha Murni Sdn. Bhd. Tarikh milik tapak 21 Oktober 2024. Tarikh akhir siap 7 Ogos 2025. Tempoh kontrak 9 bulan. Satu semasa pencapaian sebenar 49% mengikut jadualnya sepatutnya 99%. 1 kelewatan ialah - 50% iaitu kelewatan 136 hari. Isu dan masalah, pengurusan kontraktor yang lemah, kedudukan aliran kewangan kontrak yang tidak memuaskan dan oleh kerana begini keadaannya, kami telah dibawa ke Mesyuarat Kontrak Coordination Panel (CCP) yang dipengerusikan oleh KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada 30 April 2025. Yang mana syarikat ini sedang dalam tindakan penamatan oleh KPKM. Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan (KADA) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa berbincang, memantau dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual serta memberi manfaat kepada para pesawah dan sumber makanan negeri serta negara. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Salor, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang diberikan. Kita lihat isu pam, rumah pam ni sudah lama berlarutan dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri sudah turun, buat kunjungan di beberapa lokasi khususnya di rumah pam Kemubu itu sendiri. Kita tahun ni bernasib baik kerana cuaca menyebelahi kita, tidak sebagaimana tahun lepas. Bagaimana kemarau menyebabkan pesawah tidak mendapat hasil. Cuma soalan saya apakah perancangan di pihak KADA sendiri untuk memastikan bekalan air ini dapat secukupnya bagi membantu para pesawah walaupun kita kata isu-isu yang berkaitan dengan proses pembaikan di rumah-rumah pam ini. Ok terima kasih. Aaa tadi khususnya di Salor lah kalau boleh Yang Berhormat Exco sebut tadi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih soalan tambahan Salor. Kita bincang bersama dengan pihak KADA dimana kita ada pelan alternatif dalam memastikan kecukupan bekalain air kepada petani khususnya di kawasan Salor lah. Kawasan Yang Berhormat dimana kita dapati sumber utama pengairan di kawasan Salor adalah daripada sisipan Kemubu dan disalirkan ke tali air melalui stesen pam booster Jenerih. Sekiranya bekalan air di Kemubu terjejas, kawasan Salor turut akan terjejas. Pada tahun 2024 KADA telah memasang satu unit pam tambahan berkapasiti 14 Qset di Kampung Auduri bagi membantu kepada bekalan air. Walaubagaimanapun dengan keadaan paras air sungai yang rendah, pam ini juga tidak dapat beroperasi dengan baik dan belum cukup membekalkan air ke kawasan Salor.

Namun demikian, perbincangan dan usaha diteruskan dimana KADA, JPS dan Kerajaan Negeri juga telah menyediakan sejumlah 27 unit telaga tiub well di kawasan tersebut yang boleh membantu mengurangkan gangguan bekalan air. KADA sedang diproses memperuntukkan bagi pembinaan telaga tiub dan boleh disediakan atau ditambahkan di kawasan Salor dan juga kawasan-kawasan lain yang diperlukan. Walaubagaimanapun, penyelesaian secara menyeluruh bagi pengairan di Salor bergantung kepada penyelesaian di stesen pam Kemubu. Dimaklumkan bahawa KADA sedang dalam proses perolehan untuk melantik pembekal bagi menjalankan kerja-kerja pengukuhan bengkel sementara sheetpile di Kemubu dan hanya menunggu kelulusan Lembaga Perolehan sekiranya kerja-kerja pengukuhan ini siap dijangka masalah di kawasan ini dapat

dikurangkan juga dibantu melalui bekalan minyak diesel yang diberikan sebagaimana dalam pelan tindakan intergasi yang disediakan oleh pihak KADA. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Semerak.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih atas penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco. Daripada penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco tadi kita dapat lihat bahawa Kerajaan Negeri memang menjaga hubungan yang erat dengan KADA. Persoalan saya adalah, apakah ada wakil ataupun telah dilantik wakil daripada Kerajaan Negeri berada dalam Lembaga Pengarah KADA? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada Semerak. Setakat ini mengikut Akta KADA tu, kena ada 3 wakil negeri tapi rasanya dah disebut dalam persidangan yang lalu tapi bagi Exco Pertanian ni maknanya belum dilantik lah, belum lagi. Maknanya ada dalam ahli lembaga yang lalu wakil negeri ialah Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Chetok.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 6.

Soalan 6 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memperkasakan lagi agenda penghayatan hidup bersyariat di kalangan rakyat Kelantan? ]

Terima kasih Dato’ Speaker. Sudah pun dijawab semalam. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Chempaka. Chempaka silakan.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon untuk mendapat jawapan bagi soalan saya nombor 7.

Soalan 7 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perkembangan terkini berkenaan prinsip 5K dalam gagasan bandaraya Islam di MPKB BRI. Adakah prinsip tersebut juga telah dikembangkan ke PBT-PBT lain dalam negeri Kelantan secara rasmi? ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Chempaka atas soalan. Untuk makluman Chempaka, 5K atau 5KAHF melambangkan 5 teras Kota Bharu Bandaraya Islam merujuk kepada 5 aspek penting yang diutamakan dalam pembangunan dan pengurusan Bandaraya Kota Bharu yang berteraskan kepada nilai-nilai Islam. 5 teras tersebut adalah yang pertama, keilmuan itu menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan yang berlandaskan nilai-nilai Islam.

Yang kedua, K kepatuhan memastikan pengurusan bandaraya berada dalam bidang kuasa dan undang-undang Islam. K ketiga kebajikan, menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk dengan berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan dan juga Islam. K kebersihan, keempat memastikan kebersihan dan kehijauan bandaraya sebagai aspek penting dalam memelihara alam sekitar dan K kelima, kesejahteraan iaitu

memperkukuhkan kehidupan sosial dan ekonomi penduduk bagi mencapai kesejahteraan yang berteraskan Islam. Sehubungan dengan itu, MPKB-BRI dari masa ke semasa sentiasa melaksanakan semakan dan penilaian perjalanannya bagi memastikan setiap tindakan menepati prinsip 5 KAHF tersebut. Sepanjang tempoh dari tahun 2005 hingga 2015, MPKB-BRI telah menyediakan pelaporan pencapaian pembangunan dan kini sedang giat menyiapkan buku pelaporan iaitu dokumentasi 5 KAHF MPKB-BRI bagi tempoh 2016, 2024 untuk dijadikan…..(mikrofon terpadam).

Dengan terhasilnya buku laporan dokumentasi ini pihak Kerajaan Negeri boleh memperluaskan perbincangan bagi tujuan mengembangkan perlaksanaan prinsip 5 KAHF ini ke pihak berkuasa tempatan PBT lain di seluruh Negeri Kelantan. Sebagai makluman, laporan dokumentasi 5 KAHF MPKB-BRI 2016, 2014, 2024 ini telah mengumpulkan apa yang MPKB-BRI laksanakan dan pencapaian yang telah dicapai berteraskan prinsip 5 KAHF bermula tahun 2016 sehingga tahun 2024. Berikut adalah contoh apa yang telah dicapai dan dilaksanakan oleh MPKB-BRI berteraskan prinsip 5 KAHF dari tahun 2016 sehingga tahun 2024. Yang pertama keilmuan, MPKB-BRI mendapat anugerah 5 bintang tahun 2018, 2022 dan 2024. Melalui audit penilaian sistem penarafan bintang pihak berkuasa tempatan.

Yang kedua, program hebahan kepada orang awam tentang pelaksanaan kelulusan pelan bangunan satu hari. Melalui program ini MPKB-BRI mendapat johan dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan (AISAK) pada tahun 2018 dan MPKB-BRI juga meraih 5 bintang pada penarafan audit UMI peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2021 dan mendapat markah sebanyak 96.22% dari laporan audit nilai tahun 2023. Seterusnya mesej dakwah melalui media elektronik media sosial dan bahan cetak LED, FB, IG, Tiktok, Sepanduk, Banner dan Pamplet dan MPKB juga mendapat anugerah Champion of Doing Bussiness 2024. Pengiktirafan kelulusan segera projek kecil daripada Plan Malaysia. Mempunyai kepatuhan K kedua. Penglibatan rakan strategik inisiatif ini dilaksanakan semenjak tahun 2020 melibatkan program pembangunan ekonomi tempatan, peningkatan kualiti perkhidmatan bandar dan promosi budaya warisan tempatan secara kerjasama dengan agensi perbadanan dan komuniti setempat bagi mencapai 5 matlamat pembangunan mampan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk warga Kota Bharu.

Yang pertama pengasingan akaun halal dan haram. Yang kedua operasi membanteras kelakuan tidak senonoh, aurat dan kekotoran. Yang ketiga 25% peruntukan MPKB untuk program kebersihan bandar. Yang seterusnya penyediaan fasakh islamik di patuhi RT MPKB, dan RTJ 2023. Akhir sekali mesej sivik di setiap papan iklan. Melalui KAHF pematuhan kepada kebajikan. Yang pertama pengecualian bayaran lesen di musim COVID-19, yang kedua sumbangan gerai dan peralatan perniagaan percuma kepada ibu tunggal, asnaf dan peniaga-peniaga yang layak. Yang ketiga kemudahan kepada OKU dengan menyediakan tempat letak kereta, handrail, tandas, laluan pejalan kaki dan pembatalan kompaun.

Yang keempat, pengecualian cukai bagi bayaran cukai pintu RM50 Ringgit ke bawah bagi penerima bantuan rumah MAIK dan penduduk rumah DUAFAK dan bantuan penerima bantuan MAIK, kita tak ambil cukai pintu lah dan kelima, program baikpulih rumah dan bina baharu rumah. Kedua kategori ini adalah dibawah bahagian kesejahteraan komuniti KPKT dimana melalui inisiatif MPKB-BRI sehingga tahun 2024 sebanyak 100 unit rumah telah dibaik pulih dan lebih 20 unit rumah dan untuk K kebersihan Jawatankuasa mewujudkan Jawatankuasa Naziran. Jawatankuasa ini bagi penyeliaan kemudahan dan infrastruktur bidang pendidikan, jawatankuasa ini juga membantu membudayakan kualiti inovasi dan kreativiti seperti ceramah kesedaran menjaga kebersihan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Yang kedua pengredan premis makanan secara berperingkat-peringkat dan membuat semakan. Yang ketiga MPKB-BRI meraih johan pasar awam PBT Kelantan terlalu bersih iaitu Pasar Tok Guru tahun 2019.

Yang keempat MPKB-BRI meraih naib johan awam PBT Kelantan terbersih iaitu Pasar Berek 12 2023. Dan yang kelima, MPKB meraih johan pasar awam PBT terbersih peringkat KPKT Kebangsaan iaitu Pasar Besar Siti Khadijah pada tahun 2022 dan K kesejahteraan antara pencapaian kempen penanaman 100 juta pokok mengadakan bengkel kawasan hijau bandar dan 100 Pokok Ru dan menggalakkan kewujudan kebun kejiranan. Yang kedua, zon bersih indah ceria. Dua zon telah diwujudkan iaitu Bandar Baru Kubang Kerian dan Bandar Baru Tunjong, tahap kebersihan dapat ditingkatkan. Ketiga, syarat memasang CCTV di premis-premis terpilih sebagai syarat lesen. Yang keempat, MPKB-BRI telah mencapai status bandar mampan pada tahun 2023, 2024 dan Program Pengukuran Bandar Mampan Murni. Yang kelima, mewujudkan laman-laman mural graviti melalui lukisan di dinding seperti laman cakna

Palestin dan mural persahabatan Kota Bharu dan kasau kasiti Jepun. Sekian.

Timbalan Speaker

Silakan Chempaka.

Terima kasih pada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih pada jawapan agak panjang lebar daripada Yang Berhormat EXCO berkait dengan 5K yang telah dibentangkan sebentar tadi dan berdasarkan pada pengamatan dan pengalaman saya di MPKB juga kita dapat melihat bahawa 5K tersebut telah dijadikan sebagai asas dalam setiap tindakan sehingga dapat mencapai kejayaan-kejayaan yang disebut sebentar tadi dan berdasarkan pada kejayaan di MPKB tersebut, saya menyambut baik hasrat untuk dikembangkan juga kepada PBT-PBT lain dan saya pohon agar pengembangan tersebut dapat disegerakan kerana kita juga nak tengok PBT-PBT lain juga jadi berjaya sebagaimana MPKB. Cuma soalan saya nya berdasarkan pada cita-cita tersebut untuk dikembangkan dan melihat pada kejayaan di MPKB tersebut saya ingin tahu samada apakah bentuk pemantauan ataupun adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperkenalkan satu indeks monitor 5K ni bagi membolehkan MPKB-BRI dan juga PBT-PBT lain tu menilai 5K tersebut pada setiap tahun secara objektif. Boleh?

Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Chempaka mengenai adakah teras pembangunan Bandaraya Islam Kota Bharu prinsip 5K dinilai? Ya kita ada jawatankuasa penilai dibawah Jabatan Pembangunan Islam tetapi lebih kepada penilaian dalaman lah kita tak lantik penilai pada peringkat negeri program 5K ni lah program inisiatif daripada MPKB untuk kita mendaftarkan program UMI kepada rakyat warga Kota Bharu dan kita ada beberapa indikator lah dibawah prinsip 5K lebih kurangnya untuk menggambarkan Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam. Antara indikator asas iaitu bahagian pentadbiran hendaklah berteraskan syariah penggubalan segala dasar dan peraturan hendaklah berdasarkan prinsip syariah.

Yang kedua, penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah dalam bidang kuasa negeri dan juga PBT kita laksanakan undang-undang kecil penutupan aurat, syarat-syarat lesen kepada peniaga bukan Muslim sekiranya ada pekerja Muslim di bawah bidang kuasa PBT lah. Ekonomi Islam galakan Sektor Kewangan Islam Perbankan Takaful, kita laksanakan secara mendasar kepada peniaga, para peniaga pasar dan pasar halal, untuk menubuhkan pasar basah supaya menjadi pasar yang halal. Bukan hanya halal pada fizikal, dijual benda-benda yang halal tapi juga daripada transaksi mesti tiada penipuan, tiada timbangan dalam menipu, amalan perniagaan beretika menurut prinsip mamadai Islam kesejahteraan sosial adalah indikator pembangunan masyarakat sejahtera dengan nilai Islam, penekanan kepada pendidikan Islam dan pengembangan isu agama dan kebajikan masyarakat fakir miskin, asnaf melalui zakat dan wakaf dan pemuliharaan budaya Islam mesti dalam bentuk bangunan bercirikan senibina Islam, pemeliharaan warisan budaya dan tradisi Islam, indikator penerapan nilai Islam dalam persekitaran pemisahan ruang antara lelaki wanita dan kemudahan awam tertentu di tempat-tempat tertentu.

Larangan aktiviti tidak bermoral seperti judi, arak, kelab malam, penekanan kepada kebersihan, keindahan dan suasana mesra keluarga dan pusat dakwah dan ilmu dan banyak lagi indikator-indikator yang menggambarkan pematuhan setiap aktiviti kita, hendaklah berteraskan kepada prinsip-prinsip 5K. Memang saya percaya banyak dia punya indeks dan juga indikator yang perlu ditepati oleh MPKB-BRI dan hasilnya indikator ini walaupun kita wujudkan sudah lama, ia juga selari ya dengan indikator yang telah diwujudkan peringkat kebangsaan dan kita mencapai taraf apa ni, bandar bahagia, bandar mampan dan peringkat internasional. MPKB juga telah diteras sebagai bandar ke-16 terbaik Asia Tenggara ke-466 terbaik berbanding 1,000 bandar di dunia. Ini antara indikator-indikator yang telah ditetapkan oleh para bijak pandai. Pembangunan bandar yang mana kita juga selari kearah untuk mewujudkan sebuah bandar yang sejahtera, yang bersih, yang ceria dan dipastikan pembangunan, berdasarkan pada prinsip-prinsip Islam. Itu saja. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Kota Lama.

Dr. Hafidzah binti Hj MustakimAMANAH · PHKota Lama

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dato’ Speaker, ermm satu mungkin memang sound system kita ada gangguan. Saya kadang tak berapa dengar jugak dan mungkin ini kadang-kadang dia off sendiri ya. Tapi terima kasih kepada jawapan EXCO, saya ucapkan tahniah terhadap perancangan yang begitu kemas ya, dengan konsep 5K ini daripada keilmuan kepada kesejahteraan. Cuma kadang tu kita err setuju tak saya nyatakan kepada EXCO bahawa kadang-kadang tu disana ada seolah ketidakselarian daripada ada ilmu dan kemudian untuk melaksanakan tu sehingga akhirnya mendatangkan kebersihan. Saya bimbang kita ni kadang-kadang bila kita diperiksa contohnya pasar-pasar tu ketika pemeriksaan dia nampak cemerlang tadi tetapi di waktu-waktu yang lain contohnya kebersihan umpamanya ada masa-masa terutama di musim perayaan ataupun ini juga ada sikap daripada orang kita ketika membuang sampah.

Jadi bagaimana contohnya kita nak memastikan daripada perancangan kita hok comey tu kepada akhirnya pelaksanaan ataupun tabiat yang dilakukan oleh orang-orang kita. Jadi mungkin saya soalan keduanya adalah eerrr dia berkaitan dengan keupayaan kita dalam pengurusan ya. Contohnya pengurusan sampah. Mungkin saya nak mintak jawapan daripada EXCO apa perkembangan kita tentang Akta 672 kalau di sesi yang lepas, EXCO membangkitkan bahawa ia adalah berkenaan dengan kedaulatan kita dalam menguruskan sisa pejal kita tapi mungkin kita boleh terangkan dalam dewan yang mulia ini peluang-peluang kita pulak dalam mungkin mengambil Akta 672 ini? Terima kasih.

Terima kasih pada soalan Kota Lama. Soalan mengenai jarang-jarang atau kadang-kadang? Maknanya benda ni, bukan benda utama lah. Masalah jarang-jarang, kadang-kadang macam oghe nikoh lah dok? Jarang-jarang, tok ramai menikoh. Jadi masalah kita ni jarang-jarang berlaku iaitu tentang kebersihan. Kalau ikut pada prestasi indeks kita ni, kita tak ada indeks yang apa ni..err..yang betul-betul penilaian atas prestasi kebersihan di Kota Bharu, saya peribadi meletakkan dalam 70%. 30% lagi kita kena lipatgandakan usaha untuk kita pastikan seluruh rakyat faham hasrat Kelantanku Bersih dan tugas kita selaku warga kota dan juga mereka yang mendiami Bandar Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.

Memanglah tak nafikan antara punca yang berlakunya apa ni…ketidakseimbangan antara kita mengadakan program-program keilmuan, ceramah, kempen kesedaran dan sambutan daripada warga kota. Terutama sekali warga-warga pasar yang memiliki pasar tersebut untuk diuruskan sebaiknya dan juga dipastikan sentiasa bersih.

Dia berpunca daripada kekurangan peringkat kita, kekurangan machinery lah. Jentera-jentera pembersihan dan juga kekurangan daripada manpower. Apa ni…sumber manusia jumlah pekerja kebersihan yang kita perlu tambah baik iaitu daripada inflasi kewangan lah. Yang ni masih dihadapi oleh seluruh PBT di negara kita lah. Masalah kekurangan jentera dan masalah kekurangan pekerja walaupun kita menerima Akta 672 sama juga akan berlaku kerana pertambahan penduduk, pertambahan sampah secara automatik lah dan mengenai keupayaan kita untuk menangani masalah sampah dan juga apakah implikasi kita menerima Akta 672 yang kita..err..kalau ikut kepada keupayaan peringkat PBT negeri kalau kita kumpul semua kos operasi pembersihan 12 PBT di Kelantan, kita perlu menyediakan sumber kewangan dalam anggaran RM50 - RM60 juta setahun untuk memastikan bandar-bandar kita bersih dan juga penyelenggaraan diselenggara dengan baik mengikut jadual. Kalau ikut kepada laporan daripada di SPN-SPN jawatankuasa. Jabatan apa ni…err jabatan sisa pepejal pembersihan awam negara, kita memerlukan jumlah antara RM180 juta ke RM200 juta itu perlu ditambah 70% daripada kos semasa kita, sebab tu lah kita dalam proses untuk menilai penerimaan Akta 672 untuk peringkat PBT Kelantan.

In Shaa Allah kalau kita Kelantan menerima dan pusat bersetuju dengan rundingan syarat-syarat yang kita kemukakan, In Shaa Allah peruntukan tahunan akan bertambah daripada RM50 juta kepada RM200 juta, In Shaa Allah dengan jumlah yang besar kita berasakan kita dapat membuat transformasi kepada seluruh bandar-bandar, kawasan-kawasan PBT Kelantan menjadi sebuah PBT yang bersih, bukan saja bersih, indah dan juga ceria. Tujuan kita masih lagi dalam rundingan dengan JSPN dan pada 5hb Ogos ni saya akan mengadakan lawatan ke Kedah bersama dengan Bahagian Kerajaan Tempatan, bersama dengan UPEN dan wakil-wakil daripada PBT termasuk dengan KOM untuk kita tengok apakah kelebihan kekurangan Kedah yang telah menerima Akta 672 sejak daripada tahun 2012 dahulu, kita tengok macam mana kita pergi ke Selangor, negeri yang akan menerima Akta 672 apakah pertimbangan mereka dan kita tengok macamana dan kita akan buat keputusan dalam masa terdekat In Shaa Allah.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Semerak.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Exco. Pohon jawapan kepada soalan saya nombor 8. Soalan 8 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membina satu ekosistem bakat anak muda melalui program latihan kepimpinan, keusahawanan dan teknologi digital?]

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih juga YB Semerak atas soalan. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha membina ekosistem pembangunan bakat anak muda yang menyeluruh, selaras dengan Dasar Anak Muda Kelantan (DAMAK) dan pendekatan Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI). Usaha ini dilaksanakan melalui Urus Setia Belia Sukan Negeri Kelantan (U-BeS) dengan pelbagai pendekatan strategik yang menjurus kepada latihan kepimpinan, pembangunan keusahawanan serta penguasaan teknologi digital.

Program Kepimpinan

Dari segi program kepimpinan semalam saya dah ulas panjang, Cuma hari ini saya akan buat ringkasan pada program yang dibangkitkan. Melalui dokumen induk Penghayatan Membangun Bersama Islam kerajaan telah menggariskan 19 kuasa penggerak Kelantan Future State 2033. Di mana salah satu daripada kuasa penggerak tersebut ialah pemerkasaan generasi muda kalis masa hadapan, jadi itu antara kuasa penggerak dalam kita mencapai Kelantan Future State 2033.

Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa program latihan kepimpinan untuk membentuk generasi pemimpin muda yang berpandukan syariat islam melalui Kelantan Future Leaders Institute (KFLI) dimana KFLI ini akan merancang dan melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Anak Muda secara bersasar dan berstrategi. Di mana setiap program itu ada sasaran anak muda dia berdasarkan kategori tertentu dan ada pengisian-pengisian di mana kita tidak pukul ratalah.

Setiap program di susun berdasarkan sasaran yang berbeza di mana kita sebagai contoh Kelantan Future Leaders Camp, Bootcamp dan Academy di mana latihan intensif yang menyasarkan pelajar sekolah, lepasan SPM dan mahasiswa dalam membina nilai-nilai kepimpinan rabbani, yang bersifat … ِ berfikiran strategik serta mempunyai kefahaman ﲔ, ﻣ َْ ﻷ ا ِي ﱡ ﻮ ﻘ َ ْ ﻟ ُا terhadap tanggungjawab sosial dan kenegaraan. Setakat ini program ini telah melibatkan 150 peserta bagi Kelantan Future Leaders Camp, 139 peserta bagi Kelantan Futures Leaders Bootcamp dan In Shaa Allah sebagaimana saya sebut bulan 8 nanti kita akan mengadakan program akademi pula untuk pimpinan mahasiswa.

Selain daripada itu, bagi melengkapkan ekosistem kepimpinan tadi kita mengadakan juga program Kolej Gentera, ADUN Belia dan juga Felo Darulnaim untuk melengkapkan sistem ataupun ekosistem kepimpinan anak muda.

Manakala bagi ekosistem pembangunan usahawan. Bagi Melonjak Potensi Anak Muda Menjadi Usahawan Selaras dengan aspirasi menjadikan belia sebagai pemangkin ekonomi negeri, beberapa program keusahawanan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan, termasuklah Kelantan Startup (K-START 2.0). Makna kalau tahun lepas kita buat Kelantan Startup (K-START 1.0) In Shaa Allah pada tahun ini kita akan meneruskan program tersebut iaitu program yang dirancang untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan belia Kelantan. Program ini menyediakan platform bagi usahawan belia Kelantan untuk membentangkan idea perniagaan maknanya bisnes kecil, maknanya idea perniagaan inovatif mereka dengan matlamat memacu pertumbuhan ekonomi, menggalakkan inovasi, dan mewujudkan perniagaan yang mampan di negeri ini. K-START bertujuan untuk memperkasakan belia Kelantan serta meningkatkan ekonomi tempatan. Jadi In ShaaAllah pada

tahun ini K-START 2.0 bakal dilaksanakan pada 8 & 9 September 2025, jadi In Shaa Allah boleh tunggu promosi dia dan mana-mana usahawan yang berminat boleh memohon.

Sebagaimana tahun lepas apabila kita membuka permohonan kita menerima hampir 500 permohonan pada usahawan-usahawan Kelantan, kita tapis dan kita pilih short list 50 untuk dipanggil untuk business pitching dan kita pilih 10 yang terbaik untuk menerima geran. Jadi hasil daripada program tersebut In Shaa Allah untuk kali ini kita belajar pada kelemahan-kelemahan pada tahun lepas kita akan buat beberapa penambahbaikan In Shaa Allah. Untuk rekod sebagaimana saya sebut tadi untuk tahun lepas kita menerima 500 permohonan lebih. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri melalui U-BeS, PKINK dan juga PMBK turut mengadakan pelbagai kursus keusahawanan bagi anak muda yang telah dilakukanlah antaranya kalau diperingkat U-BeS yang telah atau sedang dibuat adalah yang kursus IT dan digital, kursus kemahiran gunting rambut bagi lelaki, membaiki TV, kursus bekam, perbidanan wanita, bakery, kulinari serta gunting rambut wanita. Itu antara beberapa kursus yang telah dan akan dilaksanakan In Shaa Allah.

Bagi melengkapkan era apa IR 4.0, dan sekarang ni zaman AI Usahawan Digital Kelantan melalui Kelantan Youth Digitalpreneur 2.0 kini dalam peringkat penambahbaikan. Inipun susulan daripada program pada sesi lepas dan In Shaa Allah pada tahun ini kita akan buat beberapa penambahbaikan di mana program ini akan memberi fokus untuk membangun bakat dan potensi anak muda dalam bidang usahawan digital melalui cara pendekatan bimbingan untuk belia dan manfaatkan platform digital dan tekonologi E-Dagang untuk menjana pendapatan secara berdaya saing.

Program-program ini turut digerakkan secara kerjasama bersama, kalau yang tahun lepas kita kerjasama dengan MDEC, In Shaa Allah pada tahun ini kita akan meneruskan kerjasama tersebut dengan GLC Kelantan terutamanya PMBK dan juga SEDC, sektor swasta dan tokoh usahawan muda yang berjaya sebagai pemudah cara dan mentor dalam program ini.

Sebagai penutup, Kerajaan Negeri percaya bahawa pembangunan bakat anak muda memerlukan satu ekosistem yang terancang inklusif dan bersinergi. Di antara aspek kepimpinan keusahawanan dan teknologi.

Semua program-program ini disusun berdasarkan pelan strategik yang kemas dan sistematik iaitu berkonsepkan sebagaimana saya sebut semalam agar lebih terarah dan berpandukan hasil ouput dan outcome. Maknanya bukannya program one-off tapi program yang meletakkan sasaran KPI dan sebagainya yang kita akan monitor dari segi output In Shaa Allah. Dengan izin Allah swt usaha ini diyakini dapat melahirkan generasi Al-Qawiyyul Amin, iaitu belia yang cerdas, kompeten serta berpaksikan nilai Islam dalam mendepani cabaran masa hadapan dan memimpin negeri serta negara ke arah kegemilangan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Semerak.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Exco, terima kasih kepada jawapan yang telah diberikan. Cuma bila kita sebut anak muda kebanyakkan anak muda ini adalah mahasiswa yang mana mereka diperingkat pengajian tinggi sama ada IPTA ataupun IPTS, jadi mereka juga memerlukan perhatian daripada Kerajaan Negeri, jadi saya nak tahu apakah kita ada Kerajaan Negeri dia ada mekanisme tertentu bagi memperkasakan lagi bakat-bakat mereka. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih Semerak atas soalan tambahan. Sebagaimana saya sebut tadi kerajaan mengiktiraf peranan strategik golongan mahasiswa sebagai satu kelompok belia berpendidikan tinggi yang bakal memimpin sektor kerajaan, swasta dan masyarakat sivil. Justeru pendekatan khusus telah dilaksanakan untuk membina dan memperkasakan potensi mahasiswa. Sebab itulah dalam melalui KLFI antara sasaran kita adalah golongan mahasiswa dan In Shaa Allah sebagaimana saya sebut tadi pada 06 hingga 09 Ogos nanti kita akan mengadakan Kelantan Features Leaders Academic yang mana sasaran dia adalah kepimpinan mahasiswa di seluruh universiti sama ada universiti tempatan ataupun luar negara yang berada sama ada dalam mana-mana kepimpinan anak Kelantan ataupun MPP dan sebagainya In Shaa Allah.

Dan di mana sebagaimana yang disebut tadi KLFI ini disasarkan khusus kepada mahasiswa pimpinan dan persatuan pelajar-pelajar tahun akhir universiti sebagaiman medan pendedahan kepada idealisme, pemikiran strategik dan kefahaman dasar negeri.

Jadi dalam program ini antara pengisian yang kita bawak adalah In Shaa Allah key note ataupun ucapan dasar oleh Dato’ TMB yang akan meletakkan hala tuju Kelantan Future State 2033. Makna kita nak bakal pimpinan generasi mahasiswa yang ada hari ini yang akan mewarisi kepimpinan negeri memahami inspirasi. Sebab itulah kita panggil pimpinan-pimpinan ini, pimpinan negeri untuk menjelaskan tentang masa depan.

Selain daripada itu juga, antara pengisiannya kita panggil Dato’ Johari Mat untuk menyampaikan tentang asas ataupun memahami asas tentang penghayatan Membangun Bersama Islam supaya In Shaa Allah anak-anak muda ini walaupun mempunyai pelbagai ideologi yang berbeza, idealisme berbeza tapi sekurang-kurangnya mereka memahami hasrat dan hala tuju negeri. Jadi bila mereka faham In Shaa Allah walaupun mempunyai aliran permikiran berbeza, politik berbeza sekurang-kurangnya mereka memahami dan boleh bersama-sama menyumbang pada pembangunan negeri. Sebab saya yakin mahasiswa ni walaupun pada waktu ini mereka mempunyai idea ataupun idealisme yang berbeza tetapi apabila mereka diberi kefahaman yang betul, In Shaa Allah semua mereka sayangkan negeri.

Jadi kita mengharapkan dengan pendedahan tersebut akhirnya mereka dapat menyumbang kepada negeri dengan platform-platform yang ada In Shaa Allah. Jadi program ini akan turut melatih mahasiswa untuk memahami struktur kerajaan proses dasar dan bagaimana nilai islam dapat diterapkan dalam tadbir urus dan pembangunan negara. Maknanya apabila kita buat program tu dia bukan sekadar teori termasuk juga praktikal. Makna selepas kita kumpul beberapa hari dan In Shaa Allah mahasiswa ini akan turun ke medan dan menyediakan rancangan untuk program-program apa yang mereka boleh buat untuk menyelesaikan isu-isu di setempat. Maknanya kita pendekatan praktikal, In Shaa Allah.

Di mana selain daripada itu, mahasiswa dalam KLFI ini mahasiswa turut diberi ruang besar dalam pelbagai program seperti konvensyen Kepimpinan Belia, Sesi Libat Urus Dasar di mana mereka bukan sekadar

peserta tetapi juga sebagai fasilitator, moderator dan penyumbang idea besar.

Dalam fasa akan datang In Shaa Allah KLFI ini melalui kerjasama U-BeS akan membuka peluang pada mahasiswa untuk menyertai projek rintis komuniti, kajian dasar serta intensif dasar bagi membina fkompetensi praktikal sejajar dengan minat dan bidang pengajian mereka, In Shaa Allah. Sekian.

Timbalan Speaker

Silakan Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih juga atas jawapan Yang Berhormat Exco yang disampaikan sebentar tadi, banyok program yang dilaksanakan dan juga yang akan dilaksanakan atas tajuk Latihan Kepimpinan Dan Digital Untuk Belia. Cuma Yang Berhormat Exco cadangan saya berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh Exco sebentar tadi, 500 nampaknya anak muda kita berminat tahun lepas dan hanya ada 10 geran disediakan, maka pada tahun ini saya merayulah dan juga memohon agar Yang Berhormat Exco dapat tambah lagi geran padanan ini kepada 50 lah sekurang-kurangnya. Kalau tahun lepas 50, hok buleh 10 makna hok tahun lepas pun kita sudah ada 490 pemohon yang menunggu. Dan tahun ini, tamboh hok baru pulok. Soalan saya Yang Berhormat Dato Speaker, program-program digital ini adakah program-program yang dilaksanakan ini selari dengan keperluan pasaran kerja digital kerana kita tak nak kita anjur banyok program-program digital untuk belia ini tapi program ini bersifat retorik ataupun sekadar nok suruh napok ado program digital. Dan kalau program yang dibuat tanpa jaminan perkerjaan atau pendapatan ….

Speaker

[MENCELAH] Soalan, soalan … soalan Yang Berhormat …

… menuju ke soalan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan dari segi syarikat pemula Startup yang telah kita berikan tahun lepas adakah pihak

Kerajaan Negeri ada program kelangsungan ataupun follow up, follow through daripada geran-geran yang telah kita berikan. Terima kasih.

Tuan Zamakhshari bin MohamadPAS · PNApam Putra

Terima kasih Galas atas soalan. Pertama sekali tentang jumlah geran maknanya kalau dibawah Exco Belia kita ada Dana Belia Niaga berjumlah RM500 000. Cuma khusus untuk program K-START ni kita allocate RM200 000. Makna selain daripada itu In Shaa Allah belia-belia akan terus maknanya walaupun mereka tak menang di situ masih berpeluang untuk mendapat dana dibawah belia niaga.

Selain daripada itu, dibawah Exco Usahawan juga In Shaa Allah kita telah melancarkan Skim Mikro Kredit yang kos dia apa RM1.5 juta ker? RM3 juta? RM1 juta? Jadi In Shaa Allah situ pun di mana usahawan-usahawan belia pun boleh mendapatkan dana pada sumber tersebut. Selain daripada itu, banyak juga sumber-sumber dana diperingkat federal, peringkat agensi-agensi yang lain. Maknanya apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ini sebagai pelengkap kepada dana-dana yang ada, In Shaa Allah.

Mengenai dengan kesesuaian dengan pasaran. Dalam kes ini sebenarnya its not about pasaran, sebenar bukan berkaitan dengan pasaran sebab sasaran dalam usahawan digital ini bercakap tentang usahawan bukannya tenaga kerja. Jadi maknanya latihan yang diberikan ini adalah supaya mereka dapat berdikari, mereka dapat menjalankan bisnes secara sendiri. Jadi kursus-kursus itu kebanyakkannya disusun melalui agensi-agensi contohnya melalui MDEC dan sebagainya berdasarkan kajian-kajian dan keperluan kemahiran semasa.

Jadi tidak berbangkit adakah ianya selari dengan pasaran atau tidak sebab output yang kita ingin pada program ini adalah belia-belia tersebut akhirnya boleh berdikari dan menjadi usahawan. Malah bukan setakat usahawan mereka boleh menjadi majikan yang boleh memberi peluang kerja kepada rakan-rakan muda yang lain. Dan dari segi follow up juga In Shaa Allah apabila kita memberikan dana pada sesi lepas terutamanya untuk pemenang-pemenang kita tidak beri dana penuh. Kita beri 50% dulu dan kita menunggu laporan dan setelah menerima laporan perkembangan barulah kita apa ni memberi dana penuh, sekian terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan pada soalan nombor 10.

Soalan 10 :

[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah-langkah diambil kerajaan negeri dalam memastikan keselamatan pengguna Lebuhraya Jeli Gerik yang sering berlaku kemalangan dan ancaman haiwan liar? ]

Terima kasih yang berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Kuala Balah. Kuala Balah ni ada dua soalan dia. Sor hal gajah, sor hal keselamatan jalan raya. Jadi Kerajaan Negeri juga sentiasa melihat apa tu masalah-masalah keselamatan di jalan raya Geriklah khususnya. Justeru itu JKR Kelantan memohon kepada JKR Persekutuan untuk tambah baik jalan Gerik.

Antaranya ialah kita mohon untuk pembaikan cerun untuk pembinaan lorong-lorong memotong, penambahan Corrugated Metal Pipe itu (CMP), pembinaan New Jersey Barrier (NJB) dan juga pemasangan lampu solar untuk dia lebih cerohlah. Jadi itu mengenai jalan raya yang kita kenalpasti. Mugo jalan raya itu tahun 1970 zaman Komunis lagi. Jadi masa itu dengan loni tu masih tidak banyak perubahan dari segi kelebaran jalan. Jadi kalu nok wak semo bokali kos tinggi. Jadi JKR nya hantar untuk tempat ada biar ada lorong motong, biar line tu jelas, lampu gapo semua tu gitula. JKR telah pun mengambil tindakan untuk mengangkat ke Persekutuan untuk diambil tindakan.

Yang kedua mengenai ancaman haiwan liar, kerajaan melalui PERHILITAN telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan keselamatan pengguna lebuhraya Jeli-Gerik khususnya berkaitan ancaman kemalangan yang melibatkan hidupan liar.

Bagi tujuan berkaitan, Kerajaan Negeri melalui kerjasama pihak Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan kajian bagi mewujudkan

satu koridor makanan gajah di Jeli bagi mengurangkan kacau ganggu gajah liar kepada penduduk. Pelaksanaannya kini diperingkat penentuan lokasi hotspot yang bersesuaian. Makna nok wak tempat dia gi makan. Ada tempat untuk dia gi makan.

Bagi harimau liar, Kerajaan Negeri melalui kerjasama Jabatan PERHILITAN telah menentukan jajaran laluan harimau dan diperingkat pelaksanaan penakrafan dan kawalan melalui piawaian Conservation Assured|Tiger Standards (CA|TS) bagi meningkatkan tadbir urus kawalan harimau.

Yang ketiga, memasang papan tanda ancaman laluan hidupan liar seperti Gajah di laluan lebuhraya Jeli - Gerik bagi memastikan pengguna jalan raya peka dan berhati-hati semasa melalui lebuhraya.

Kakitangan pejabat PERHILITAN Daerah Jeli juga menjalankan rondaan berkala di laluan lebuhraya Jeli-Gerik bagi memantau kemunculan gajah-gajah di jalan raya dan menghalau semula gajah-gajah masuk semula ke kawasan hutan berdekatan.

Sedang melaksanakan proses perolehan Papan Tanda LED Gajah yang akan dipasang di laluan lebuhraya Jeli - Gerik. Di mana papan tanda ini akan bernyala pada waktu malam dan memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati.

Sentiasa memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya di kawasan berpotensi laluan hidupan liar. Antaranya tidak melakukan provokasi seperti menekan hon atau memainkan lampu tinggi kerana ini akan menyebabkan Gajah atau hidupan liar menjadi agresif.

Program Kesedaran Awam (PKA) telah diadakan pada 1 hingga 3 Jun 2025 di Hentian Rehat TItiwangsa yang lalu. Pada sesi ini jabatan PERHILITAN dengan Kerjasama Agensi Bukan Kerajaan (NGO) World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pameran, penerangan dan soal selidik bagi memberi pendedahan serta maklumat berkaitan kemalangan yang disebabkan haiwan tersebut. Tu jelah In Shaa Allah.

Speaker

Sila, Kuala Balah.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Exco. Maaf kalau soalan ini tidak sesuai untuk Exco Infra. Tapi saya nak sebutkan bahawa isu gajah ini adalah isu yang sangat terkesan di kawasan Dabong dan juga Kuala Balah.

Soalan saya ialah oleh kerana kerajaan federal sebenarnya telah membuat pengumuman menjadi wakil rakyat Parlimen Gua Musang bahawa ada peruntukan untuk diberikan kepada mangsa-mangsa tanaman yang mungkin sesuai untuk Exco Pertanian yang telah rosak, dirosakkan oleh gajah. Dan itu telah berleluasa sekarang dan tuntutan telah dibuat beberapa kali tetapi bayaran tidak dapat dibuat. Sedangkan peruntukan RM10 juta telah disebutkan di dalam pengumuman tersebut.

Soalan saya mintak kerajaan Kelantan mengambil inisiatif ini juga untuk berbincang dengan federal, ya dengan federal government, PERHILITAN dan sebagainya boleh atau tidak bincang dengan pihak berkaitan untuk memastikan barang itu dapat dibuat. Terima kasih.

Terima kasih Kuala Balah. Rohok katloh nok jawab hoktu. Memang PERHILITAN satu ketika dia ada peruntukan ganti rugi kepada ladang-ladang yang dirosakkan oleh haiwan apa tu gajah dan sebagainya ni.

Cuma saya lihat bahawa peruntukan kepada PERHILITAN itu tok cukup untuk bayar, ntuk membayar ganti rugi ataupun orang panggil gapo dio ni eh, ganti rugilah. Pampasan kepada ladang-ladang yang rosak. Jadi untuk itu saya rasa kita bolehlah panjangkan kepada PERHILITAN ataupun kerajaan Persekutuan untuk meningkat atau menambah apa tu bajet kepada PERHILITAN kerana benda ini sudah ada, sudah dilaksanakan sebahagiannya tapi dia saya rasa dia tersekat ni kerana masalah kewangan. Jadi benda ini boleh kita panjangkan kepada PERHILITAN ataupun Persekutuan supaya menambah bajet pada PERHILITAN, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Dabong.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 11.

Soalan 11 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah prestasi syarikat milik kerajaan negeri dalam menyumbang kepada hasil pertanian makanan dan berapakah keluasan tanah yang telah di usahakan? ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya minta izin untuk ada sedikit penambahan keterangan kepada jawapan soalan pertama tadi tentang kilang padi Darulnaim yang mana ada dibuat semakan dalam SSM yang mana pihak KPKB masih tidak ada share di sana adalah kerana baru mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Dan Risiko KPKB dan tindakan lanjut untuk kelulusan Lembaga Pengarah KPKB seterusnya melaksanakan perjanjian melalui peguam yang dilantik. Maksudnya sebab masih dalam perjalanan untuk buat perjanjian.

Sebab itulah belum dimasukkan dalam SSM tersebut. Pun demikian perbincangan antara pihak-pihak yang terbabit telah berlaku dan persetujuan telah berlaku. Cuma menandatangani perjanjian itu belum terlaksana sepenuhnya lagi.

Dan juga yang kedua berkaitan dengan kapasiti kilang padi tadi setakat ini yang sebenarnya jumlah pembelian padi kilang tersebut ialah sebanyak RM6 678 000, 10 kilo bersamaan 6 678metrik tan. Maknanya dalam proses untuk mengeluarkan beras tak lama lagi. Itu sebagai pembetulan kepada jumlah yang telah dibeli. Yang saya sebutkan tadi iaitu cadangan pembelian yang sepatutnya berlaku untuk tahun ini. Baik, dan tahun hadapanlah sehingga 30 ribu metrik tan tersebut.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Dabong. Syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan telah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian. Di sini saya akan sebutkan empatlah anak syarikat yang terbabit membangunkan tanah-tanah terbiar dan pencapaian yang telah dapat setakat ini. 1. Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB):

a. Projek Membangunkan Tanah Terbiar

Melibatkan penggunaan tanah terbiar seluas 49.4 ekar yang melibatkan 18 orang peserta yang mengusahakan aktiviti tanaman seperti tembikai, ubi keledek, timun batang dan labu.

b. Projek Fertigasi

Penggunaan tanah seluas 18.87 ekar yang melibatkan seramai 30 orang peserta dari Jajahan Bachok dan Tanah Merah dan lain-lain dengan jumlah keseluruhan 30,000 polibag.

c. Tanaman Bawang

Penggunaan tanah seluas 20 ekar melibatkan 2 lokasi iaitu di Pasir Mas dan Tanah merah.

d. Projek Tanaman Harum Manis

Penggunaan tanah seluas 10 ekar yang melibatkan 10 orang peserta di kawasan Bachok.

e. Ternakan Ayam Penelur

Penggunaan tanah seluas 0.0861 ekar iaitu 150 kaki persegi melibatkan 25 orang peserta. Haa ini dibawah KPKB pembangunan tanah-tanah terbiar.

2. Melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan yang sedang membangunkan Agrovalley Rong Chenok, Pasir Mas. Tanah berkeluasan 270 ekar ini sedang menjalankan beberapa aktiviti berikut:

a. Tanaman sayuran secara teknologi hidroponik.

b. Tanaman Cili secara fertigasi.

c. Reban ayam secara automatik bertutup.

d. Pusat Pembenihan ikan air tawar.

e. Ternakan Lembu pedaging jenis baka Charolais.

Bagi perancangan tahun 2025-2026 pihak KPKM telah meluluskan beberapa peruntukan bagi membangunkan lagi aktiviti Pertanian di Agrovalley Rong Chenok antaranya adalah seperti:

a. Tanaman bagi sumber makanan ternakan ruminan, Napier.

b. Tanaman buah-buahan Melon Madu Kelantan.

c. Tanaman Pisang.

3. Tanah terbiar dibangunkan oleh Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. (KBCSB) sebuah anak syarikat di bawah PMBK, turut menyumbang kepada sektor pertanian makanan melalui:

a. Promosi dan jualan anak benih pisang berkualiti melalui teknologi kultur tisu tumbuhan kepada para petani. Usahawantani di Kelantan khususnya dengan kapasiti mencapai sehingga 10,000 benih sebulan di tapak nurseri seluas 1 ekar di Machang. b. Pembangunan Green Valley Bio Park di Lojing seluas 50 ekar dengan aktiviti pertanian tanah tinggi antaranya tanaman tomato, sawi organik, lada benggala, jagung manis diusahakan melalui usahasama strategik syarikat-syarikat pelabur. c. Pembangunan Kelantan Bio Valley seluas 150 ekar meliputi pertanian bersepadu iaitu penanaman nanas, pisang, penternakan ikan, lebah kelulut, dan kebun-kebun durian.

Manakala melalui Darulnaim Agro Makanan Industries Sdn Bhd (DAMAI) telah membangunkan hampir 150 ekar tanah-tanah dengan projek pengeluaran makanan seperti berikut :

Jagung bijian 50 ekar, nenas 24 ekar di Machang dan Pasir Puteh, durian 61 ekar Relai dan di Pasir Puteh, kelapa 5 ekar di Bachok dan ubi keledek 10 ekar di Telung Bachok juga. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sila Dabong.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berdasar kepada jawapan Dato’ Exco duk tengok-tengok takdok sebut nah kawasan ulu Dabong ko Kuala Krai ko, takdok. Jadi soalan tambahan saya Dato’ Speaker, bagaimanakah prosedur untuk golongan belia memohon penggunaan tanah kerajaan bagi membangunkan projek pertanian sama ada di Pejabat Tanah atau di mana-mana tempat?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Dabong. In Shaa Allahlah kita akan tengok tanah-tanah di Dabong yang perlu dibangunkan dan kita tunggulah permohonan daripada rakyat Dabong juga In Shaa Allah.

Bagi golongan belia yang ingin memohon daripada kerajaan pembangunan projek pertanian tanah terbiar dan sebagainya kita ada beberapa kaedahlah, prosedur permohonan.

Pertama, pendaftaran permohonan. Ini boleh dibuat di Pejabat Pertanian Jajahan ataupun Daerah, ha isi boranglah In Shaa Allah. Yang kedua, kita kena buat kaji siasatan projek iaitu pegawai pertanian hendaklah membantu pemohon mengenalpasti projek dan menentukan kesesuaian mencadangkan unjuran hasil, membantu menyediakan kertas rancangan perniagaan, bimbingan dan pemudah cara kepada pemohon. Sebenarnya sudah ada apa tadi yang perlunya ialah pemohon itu kena bersungguh sikit.

Yang ketiga, Majlis Penerangan, satu Majlis Penerangan sentiasa diadakan bagi memberi penerangan mengenai perlaksanaan syarat-syarat projek seterusnya mendapatkan persetujuan beserta cadangan-cadangan yang dikemukan tadi. Ada yang berlaku pemohon mencadangkan projek tanaman sayur contohnya. Bila dibuat test siasatan tanah, tak sesuai. Maka dicadangkan oleh pihak pegawai Jabatan Pertanian dengan cadangan projek yang lain.

Seterusnya Pejabat Pertanian Jajahan hendaklah menghantar cadangan projek yang dipohon oleh pemohon tadi ialah ibu pejabat Jabatan Pertanian Negeri untuk proses selanjutnya. Kelulusan akan dimaklumkan pada pihak jajahan oleh ibu pejabat apabila projek diluluskan dan pemohon akan dipanggil untuk perbincangan dan perlaksanaan seterusnya, sekian terima kasih.

Speaker

Sila Limbongan.

Terima kasih kepada YB Dato’ Speaker, terima kasih kepada jawapan YB Exco. Memandangkan belia ataupun peratus belia yang ada di negeri kita iaitu 31-32 %. Kalau dilihat wanita ataupun suri rumah kita ada dapur hijau. Kalau ada belia dan beliawanis mungkin kita ada beliatani.

Tapi soalan saya di sini, apakah alternatif terbaik bagi membantu golongan beliawanis dalam mempersiapkan kerja-kerja sama ada dari sudut penyediaan tapak kerana kalau kita lihat kos permulaan itu amat tinggi. Dan peruntukan khusus dan bukan kata secara umum tapi khusus untuk belia dan beliawanis. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Limbongan berkaitan dengan peruntukan khas untuk membantu golongan belia bagi menyiapkan tapak-tapak pertanian mereka. Sebenarnya kita di negeri Kelantan ini kita telah lebih 10 tahun menyediakan bajet pembangunan tanah terbiar secara umum yang boleh dipohon oleh semua pihak tetapi diberi keutamaan kepada belia dan beliawanis kerana kita tengok ramai petani-petani yang sudah berumur.

Kita bimbang kalaulah kita tidak membina golongan baru, sektor pertanian mungkin akan merosot. Kerana itulah kita beri kepada belia ni keutamaan iaitu jenis bantuan insentif yang disalurkan bagi mengurangkan beban mereka termasuk pembersihan dan penyediaan kawasan, haa nak bersih tapak tu.

Pembelian input mekanisasi peralatan pertanian juga disediakan. Penyediaan kemudahan infrastruktur ladang meliputi sistem pengairan, saliran, lintasan jentera, jalan ladang pagar bangsal, bangsal tempat nok simpan barangan input serta papan tanda dan lain-lain juga ada di dalam senarai bantuan kepada para pemohon yang berjaya. Penyediaan kemudahan pengendalian Persekutuan juga ada meliputi pembinaan pusat pengumpulan. Lepas tuai pun ada lagi kerajaan bantu mereka.

Pusat pemprosesan hasil, stor dan pembelian peralatan, pengrilan peralatan untuk perawatan asas kuaranti dan peralatan jualan terus. Dimana pembangunan modal insan dia promosi pemasaran, kawalan kualiti dan lain-lain sentiasa kita beri penerangan kepada golongan sasar kita terutamanya golongan belia dengan latihan dan kursus berkala yang kita telah promosikan dalam laman web kita setiap masa dan beberapa kaedah-kaedah penggunaan tanah secara teknologi moden ini juga diperkenalkan yang sebenarnya nilah yang lebih memberi minat kepada golongan belia, sekian terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pantun saya ni ada kaitan dengan soalan saya.

Lepas dijemur baju dilipat, di simpan dalam almari lama, Jangan kita tinggal solat, kerana solat tiang agama.

Mohon jawapan saya soalan nombor 12. Lulus dop?

Soalan 12 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, sejauh manakah pihak Kerajaan Negeri serious dan mengambil tindakan dalam menangani isu tidak mengerjakan solat lima waktu dikalangan penduduk di Negeri Kelantan dengan membuat bancian mengikut lokaliti setempat dan pernahkah diberi kaunseling kepada mereka yang terlibat.]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai Chondong di atas soalan khususnya berkaitan soalan tadi dan tahniah pantun yang pertama memang jadi. Hok lain tok jadi. Sabda Nabi SAW, ِ ة ﻟﺼﱠﻼ َ ا ﻩ ﻮ ﻤ ﻋ ﻼ َ ﺳ ﻹ ا ﺮ ِ ﻣ َ ﻷ ا ُرَأْسُ ُ دُ ُ َ وَ مُ، ْ ْ Maksudnya : Tunjang segala urusan adalah Islam dan tiangnya adalah solat. Hadis riwayat Imam Tirmizi. Kerajaan Negeri Kelantan konsisten dan sangat mengambil berat soal penjagaan solat dalam kalangan rakyat negeri Kelantan selain program-program yang telah disusun diperingkat kawasan-kawasan DUN dan dirancang oleh bahagian Halaqat Negeri dibawah JAHEIK. Kerajaan Negeri juga memperkenalkan sambutan bulan solat saban tahun peringkat negeri bermula 1991 lagi pada setiap bulan Rejab adalah semata-mata untuk mempastikan bahawa perlaksanaan solat dilakukan oleh seluruh rakyat Kelantan dengan sempurna dan tidak ada seorang pun dikalangan rakyat Kelantan ini tidak solat. Itulah usaha kerajaan sejak daripada dahulu sehingga kini. Dan kerajaan telah memikirkan pelbagai pendekatan yang lebih serius, bagaimana untuk mempastikan situasi ini terlaksana dengan jayanya.

Oleh kerana itulah pada kali ini Kerajaan Negeri telah berusaha membuat kajian sejauh mana keberkesanan sambutan bulan solat yang diadakan tersebut dan pada Februari yang lalu semasa sambutan program Iqamatul Solat sempena sambutan bulan solat maka telah dinyatakan bahawa sebuah kajian lengkap akan diadakan untuk kita mengetahui kejayaan rakyat negeri Kelantan ini dalam perlaksanaan solat sama ada yang masih mengabaikan solat lima waktu dikalangan rakyat negeri ini.

Jadi kajian perlaksanaan solat dan juga pengabaian solat lima waktu dikalangan rakyat Negeri Kelantan ini sebenarnya baru saja bermula iaitu pada 15 Julai 2025 secara bersama di antara jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan juga KIAS dan In Shaa Allah akan siap pada 30 April 2026 nanti. Jadi kajian ini akan melibatkan 11 jajahan di negeri Kelantan Darulnaim iaitu di Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli, Gua Musang dan juga Jajahan Lojing yang melibatkan persampelan kelompok bandar, pinggir bandar dan juga luar bandar. Kajian ini akan melibatkan seramai 4159 orang responden mengikut pecahannya ialah belia berumur 15 sehingga 39 tahun seramai 153 orang iaitulah peratusnya sebanyak 40% dan dewasa umur 40 hingga 59 tahun seramai 135 orang iaitu 35% dan warga emas 60 tahun ke atas seramai 96 orang. Peratusnya ialah 25%. Jadi jumlah keseluruhan satu, satu daerah ialah 384 orang.

Kajian ini sangat-sangat penting dan In Shaa Allah setelah daripada kita dapat mengumpulkan data-data yang absah berkaitan dengan perlaksanaan masyarakat negeri Kelantan tentang solat sama ada mereka telah lakukan solat lima waktu secara sempurna atau masih ada yang mengabaikan solat ini maka In Shaa Allah dia akan menjadi satu KPI kepada Kerajaan Negeri untuk merencanakan langkah-langkah pendekatan yang lebih sistematik dalam mempastikan solat dapat disempurnakan dengan baik dan pemerkasaan kepada program-program yang dilaksanakan sebelum daripada ini.

Dan untuk makluman, sebelum daripada ini dalam mempastikan rakyat negeri dapat melaksanakan solat dengan sempurna Kerajaan Negeri telah memperkasakan Membina Generasi Solat (MGS) dan daripada tahun 2020 sehingga 2025 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.47 juta ataupun RM2 477 375.00 dalam untuk mempastikan bahawa program membina generasi solat ini dapat dijayakan sepenuhnya. Dan modul ini pun telah di upgrade untuk makluman Ahli Dewan modul baharu telah ditambahbaik apa dan kita telah membina kerjasama dengan penyelidik dan pakar pendidikan daripada Institusi Pendidikan Guru Kota Bharu, IPG Kota Bharu untuk menyediakn modul upgrade ini dan modul baru ini dapat menjadi satu panduan yang komprehensif yang telah dirangka khusus mengikut tahap umur dan keperluan peserta untuk menjayakan Program Membina Generasi Solat (MGS) dijayakan dengan sempurna.

Dan ia juga dapat membentuk Generasi Celik Solat sejak daripada usia kanak-kanak lagi bagi membentuk budaya tidak tinggal solat dalam kalangan umat Islam Negeri Kelantan ini dapat dijayakan sepenuhnya. Dan In Shaa Allah program-program yang lain yang mempastikan untuk rakyat negeri Kelantan tidak ada yang tidak solat telah dan sedang difikirkan daripada semasa ke semasa, terima kasih.

Speaker

Kita bagi Pulai Chondong.

Tuan Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

Nok wi tuan dia dulu dop. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya bagaimanakah bentuk pendekatan bukan kognitif ataupun hukuman tetapi lebih kepada bimbingan dan kesedaran yang boleh dilaksanakan kepada golongan yang meninggalkan solat ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih di atas soalan tambahan tersebut. Ya setakat hari ini Kerajaan Negeri sendiri sangat-sangat mementingkan soal perlaksanaan solat ini dan umpamanya bagi kita mempastikan di setiap mukim khususnya anak-anak mukim dapat melaksanakan solat lima waktu, solat jumaat dan dalam peruntukan di dalam enakmen sendiri dalam enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 Seksyen 104. Maknanya ada peruntukan tindakan-tindakan hukuman kepada mereka yang meninggalkan solat Jumaat dan juga apa program-program yang telah dilaksanakan diperingkat Kerajaan Negeri mengambil pendekatan yang tidak sahaja berkait dengan hukuman tetapi ia berkait dengan kesedaran dan juga tentang bagaimana seharusnya pendekatan-pendekatan didikan yang sempurna supaya mereka melaksanakan solat lima waktu.

Dan melalui enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019 itu juga sebenarnya ada pendekatan restoratif dan retributif untuk perlaksanaan hukum apa perkara-perkara program-program yang bersifat mendidik dan pemulihan kepada rakyat negeri Kelantan dalam apa jua hal ehwal

keadaan. Jadi khususnya berkenaan dengan solat lima waktu. Dalam hal ini kita melihat bahawa Nabi SAW sendiri bersabda

ﻋﺸﺮ ء ﺑﻨﺎ أ ﻫﻢ و ﻋﻠﻴﻬﺎ ﺿﺮﺑﻮﻫﻢ وا ، ﺳﻨﲔ ﺳﺒﻊ ء ﺑﻨﺎ أ ﻫﻢ و Hendaklah kamu perintahkan anak-anak kamu solat lima waktu ketika dah masuk umur 7 tahun dan hendaklah pukul mereka apabila tidak melaksanakan solat ketika umurnya 10 tahun. 2.08.59

Jadi kita dapat pastikan di sini bahawa itu dalam tafsiran moden ﺿﺮﺑﻮﻫﻢ وا pada hari ini itulah suatu pendekatan restoratif, retributif yang telah dicadangkan oleh Baginda Rasullulah SAW. Sejak daripada awal lagi kanak-kanak seharusnya diberi didikan bahawa solat ini tidak boleh ditinggalkan dan apabila mereka telah meninggalkan solat dalam umur yang tertentu hendaklah diberi hukuman yang setimpal. Retributif bagi kanak-kanak, bagi orang yang telah akil baligh, bagi orang dewasa dan lain-lain.

Bagi pihak masjid, pihak imam mereka sentiasa ada borang, borang aduan bagi mempastikan bahawa tidak ada anak mukim yang tidak solat jumaat ni khusus dalam solat jumaat. Jadi sekiranya ada kes anak mukim ini tidak pernah pun disaksikan oleh imam, oleh bilal, jawatankuasa masjid ataupun penduduk kampung tersebut mendirikan solat jumaat maka perkara ini bolehlah diangkat kepada Jabatan Agama dan seterusnya pihak penguatkuasaan akan pergi setelah daripada ada aduan daripada pihak Jawatankuasa Masjid tersebut ataupun imam ataupun siapa sahaja maka pergi dan ada nasihat-nasihat kaunseling apa nama akan diberikan khidmat nasihat kepada mereka yang terbabit.

Dan sebenarnya sudah ada kes tersebut yang mana didapati abai pengabaian dalam melaksanaan solat jumaat. Jadi dalam kes retributif dan juga restoratif ini telah dilaksanakan oleh semua pihak. Bukan setakat imam-imam di masjid tetapi oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. ADUN-ADUN, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan Undangan yang mulia ini kita mengharapkan juga dapat menjadi ataupun sebagai pemudah cara fasilitator di dalam mempastikan seluruh rakyat negeri Kelantan ini tidak cuai solat iaitu dengan memberi nasihat-nasihat teguran dalam semua program-program yang diadakan di DUN masing-masing. Dan Kerajaan Negeri melalui pelbagai usaha telah menganjurkan

program dengan agensi-agensi yang terbabitlah. Majlis Agama, Jabatan Agama, NGO-NGO yang berkaitan dan Alhamdulillah sehingga ke hari ini kita melihat terima kasih kepada imam-imam masjid yang telah melaksanakan program yang boleh dikatakan berjaya anak-anak muda telah menghampiri masjid Muhammadi, masjid di Kubang Kerian, melaksanakan solat Subuh macam Jumaat kita tengok Program Kempen Jom Solat yang telah dilaksanakan oleh masjid-masjid telah dihadiri oleh pelbagai latar belakang anak-anak muda untuk menghidupkan program-program telah dianjurkan tersebut.

Dan termasuklah Program Kem Bestari Solat yang diadakan sempena musim cuti sekolah di antara umur 9 hingga 16 tahun untuk mempastikan mereka boleh melaksanakan solat dengan baik dan apabila mereka telah mencapai umur dewasa mereka sekali-kali tidak akan meninggalkan solat termasuklah istiqomah Solat Jemaah Kem Smart Solat Dan Sahsiah, Apresiasi Kecemerlangan Solat dan lain-lain program lain yang diadakan untuk mempastikan solat dan juga perlaksanaan solat ini dilakukan secara baik dan tersusun oleh rakyat di negeri Kelantan. Terima kasih.

Speaker

Sila Pengkalan Pasir.

Kalau semalam saya menyatakan bahawa salah satu golongan yang diberikan perlindungan yang golongan yang maknanya

ﷲ دة ﻋﺒﺎ ﰲ ﻧﺸﺄ ب ﺷﺎ Makna pemuda-pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat. Begitu jugalah pentingnya salah satu golongan yang lain adalah

ﺎﺑﳌﺴﺎﺟﺪ ﻣﻌﻠﻖ ﻗﻠﺒﻪ ﺟﻞ ور Makna pemuda-pemuda yang hatinya sentiasa terikat kepada masjid. Persoalannya di sini adalah memang banyak usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan baik dari segi penerapan melakukan membina generasi solat, membina generasi Al-Quran dan sebagainya.

Persoalan saya di sini adalah bagaimana kita nak mempastikan program-program ini berjalan dengan baik dan seterusnya sebagaimana yang disentuh oleh Yang Berhormat Exco tadi kajian sedang dijalankan. Saya rasa kalau dilihat kepada dari segi realitinya kebanyakkan masjid-masjid kita kalau kita round tu paling maksimum pun dua saf sahaja. Kalau ramai-ramai pun tiga saf. Maknanya keberkesanan itu masih perlu dipertingkatkan. Dan kalau kita lihat dikalangan pejabat-pejabat kita pun …

Speaker

[MENCELAH] Soalan Yang Berhormat…

… solat jemaah itu masih belum, berjemaah itu masih belum pada tahap yang diperlukan. Persoalan saya apakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan lagi modul membina generasi solat ini dijalankan secara sistematik melalui halaqa’-halaqa’ yang mana mereka ini lebih turun kepada kampung-kampung dan juga surau-surau untuk membina generasi solat yang lebih berkesan.

Terima kasih Pengkalan Pasir di atas soalan dan juga ada cadangan tadi. Ya untuk makluman bahagian dakwah halaqat diperingkat negeri sendiri telah pun melaksanakan program turun ke kawasan-kawasan di DUN sendiri untuk program-program membina generasi solat ini. Dan di samping program tersebut diadakan kelas-kelas yang lain selain daripada kelas berkaitan dengan fardu ain, kelas Al-Quran, Program Jelajah Dai’ juga yang telah diadakan oleh Jabatan Agama ialah antaranya untuk mempastikan bahawa antaranya remaja ini dapat mendekati masjid dan surau ketika mana berlakunya apa azan dan seumpama dengannya supaya anak-anak muda tidak sahaja terlibat dengan apa-apa masalah gejala sosial yang sebagaimana kita bincangkan pada hari semalam dan juga dengan kerjaya kesibukan kerjaya semata-mata.

Jadi penguatkuasaan terhadap apa yang ada dalam negeri kita, enakmen-enakmen yang dilakukan, seksyen-seksyen itu telah dilaksanakan secara baik. Ia sebenarnya dapat mengimbangi, diimbangi dengan perlaksanaan solat. Untuk makluman beberapa pemantauan telah dibuat terhadap statistik hasil daripada penguatkuasaan yang telah dilakukan oleh

penguatkuasa pada Jabatan Agama sendiri sejak dari tahun 2022, contohnya perkataan tidak sopan daripada tahun 2022 sehingga 2025 ini tidak ada sepenuhnya di dalam statistik, hilang sepenuhnya menunjukkan bahawa keberkesanan pemantauan awam dan penguatkuasaan awal yang telah dilakukan. Dan hasil pada program-program didikan yang telah dilakukan oleh semua pihak di dalam negeri.

Dan untuk berkaitan dengan solat ini In Shaa Allah selain daripada solat Jumaat makna solat lima waktu ini setelah daripada dapatan yang kita akan dapat pada 2026 selepas April nanti, kita yakin bahawa semua pihak termasuklah ketua-ketua pembangunan Islam diseluruh jajahan iaitu ketua-ketua jajahan sendiri dan pihaknya bersama dengan PAJ-PAJ dan lain-lain pihak bahagian Halaqat In Shaa Allah akan turun secara lebih sistematik dan bersasar apabila kita dapat data-data penjelasan tadi dan sampailah masanya bahawa solat lima waktu ini akan diperundangkan secara lebih sistematik dan lebih baik dalam enakmen yang kita ada In Shaa Allah ya.

Dan In Shaa Allah di surau-surau dan masjid sebagaimana saranan daripada Pengkalan Pasir tadi untuk anak-anak muda khususnya saya tengok memang peratusannya lebih daripada 60% telah dilakukan oleh imam-imam masjid jawatankuasa masjid termasuklah di surau-surau setelah daripada kita pergi meneliti pihak masjid-masjid dan surau memang program anak muda ini hari ini lebih mendapat sambutan. Lebih dari mendapat sambutan walaupun masih ada lagi di surau-surau yang terpencil, dan juga di masjid-masjid mungkin peringkat apa nama, masjid iktikaf yang masih belum lagi mengadakan program-program sebagaimana yang disarankan oleh peringkat kerajaan. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan saya soalan nombor 13.

Soalan 13 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, adakah kerajaan negeri merancang untuk memperkenalkan undang-undang atau peraturan baru yang lebih ketat terhadap pemilik lembu yang membiarkan haiwan mereka berkeliaran bebas, yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai dan merosakkan harta benda?]

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Gual Periok atas soalan. Untuk makluman Gual Periok, pendaftaran dan penguatkuasaan semua haiwan ruminan termasuk lembu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar sepertimana yang diperuntukkan oleh Enakmen Pendaftaran Ternakan Ruminan Negeri Kelantan 2024. Enakmen ini merupakan enakmen baru yang diwartakan dan dikuatkuasakan pada tahun 2024 bagi menggantikan Enakmen Lembu Kerbau 1968.

Enakmen baru ini telah dikemaskini mengikut perkembangan terkini dan mengambil kira kesemua tatacara secara menyeluruh. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan juga sentiasa dibantu oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan dalam menjalankan operasi haiwan berkeliaran termasuk lembu ternakan di bawah Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau.

Kompaun dan tindakan undang-udang sentiasa diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan terhadap pemilik haiwan yang membiarkan haiwannya berkeliaran bebas dan mengganggu keselamatan penduduk setempat dan merosakkan harta benda. Terima kasih.

Speaker

Sila Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Terima kasih Dato’ Speaker. Banyak komen-komen nitizen dalam med sos berkenaan dengan kurangnya penguatkuasaan terhadap haiwan rayau seperti lembu, kerbau dan anjing. Dan PBT juga hanya dilihat mengadakan operasi bila ada kes-kes yang melibatkan kemalangan.

Selain daripada masalah haiwan rayau lembu, kerbau dan anjing ini, masalah kera liar juga menjadi satu ancaman yang sangat serius yang melibatkan juga kemalangan dan juga kerugian yang besar dari sudut pertanian.

Jadi soalan saya setakat mana operasi yang dijalankan oleh PBT bagi mengatasi masalah haiwan rayau ini terutama sekali dalam kes-kes sehingga mana yang melibatkan kehilangan nyawa dalam kejadian kemalangan, terima kasih.

Terima kasih Gual Periok atas soalan. Gual periok mesej sokmo ko ambo Whats’ App macamana lembu, masalah anjing, kera, ada tanya secara rasmilah. In Shaa Allah dijawab secara rasmi telah bersedialah tahu doh akan tanya soalan ini. Jadi ambo telah arahkan semua PBT membuat laporanlah. Bersama ambo ada laporan operasi kita masalah yang kita hadapi iaitu yang utama sekali manpowerlah. Penguatkuasa yang tak ramai tapi kita tetapkan KPI setiap bulan mesti diadakan operasi selain daripada operasi lesen, operasi tutup aurat semua sekali ada juga operasi berkaitan dengan haiwan merayau yang pertama lembu, kerbau, kambing.

Dan yang kedua, operasi anjing liar sebab ada dua versi utama yang mana dibawah bidang kuasa PBTlah. Yang ketiga, masalah kera. Kera ni nok oyak payoh kera ni. Kera ni bawah PERHILITAN. PERHILITAN ni pun dia ada kekangan manpower dia satu daerah tu tok ramailah dan juga kekangan daripada segi bajetlah. Bajet kera ni di peringkat PBT kita dapat bajet daripada negeri dibawah EFT, kita membekalkan kandang, bukan kandang gapo ni orang panggil perangkap. Perangkap kera, dop. Satu perangkap itu nilai dalam RM15 ribu. Di setiap PBT ada dualah untuk kera. Dapat tangkap tanya PERHILITAN macam mana dia selesaikan masalah kera yang ditangkaplah.

Dan untuk operasi haiwan Ruminan tadi lembu, kambing dan juga operasi anjing. Panjang sikit jawapan kemungkinan ni. Dibawah PBT kita mengadakan operasilah. Dan bermula pada puasa baru ni kita di MMK memutuskan untuk memberikan sedikit bantuanlah, geran kepada PBT untuk mengadakan operasi bersepadu untuk membanteras haiwan merayau terutama sekali lembu kerana ada beberapa kemalangan yang berlaku semasa puasa, semasa perantau kita pulang hari raya pun ada

kemalangan yang menyebabkan kematian dan untuk makluman ambo akan menjawab beberapa, akan bentangkan beberapa laporanlah daripada PBT, ada banyak laporan ni tapi ambo ambik yang penting-penting. MPKB-BRI.

MPKB untuk operasi dia operasi ini ada PBT ni berbeza. Kalau MPKB lebih kepada anjing liarlah sebab takdok lembu dalam bandar ni. Kalau Kuala Krai-Gua Musang, Tanah Merah lebih pada lembulah. Untuk MPKB operasi anjing ada sepuluh operasi pada tahun 2024. Maknanya sebulan sekali. Jumlah anjing yang telah ditangkap untuk 2024 itu sebanyak 30 ekor jadi kemungkinan nitizen tak tahu. Tak masuk dalam Facebook. Anjing kalau kita tangkap dia akan ada bantahan daripada NGO pencinta haiwanlah terutama masalah kitalah.

Dan untuk operasi lembu, kambing pada tahun 2024 itu sebanyak tiga operasi, lima ekor ditangkaplah. Dan untuk 2024 untuk anjing, MPKB telah mengadakan enam operasi setakat Jun bulan lepas. Jun bulan lepas dua operasi kita buat. Dan sepanjang Jun sehingga Jun untuk anjing 23 ekor telah ditangkap oleh MPKB dan lembu kambing ada dua operasi sahaja dan tiga ekor ditangkap. Itu untuk MPKB kita ambil lebih kurang untuk operasi macam Gua Musang. Gua Musang operasi anjing 25 operasi, 36 ekor ditangkap 2024. Dan untuk lembu ada 7 operasi, 18 ekor lembu dan 4 ekor kambing. 2025 Gua Musang mengadakan 38 operasi sehingga bulan Jun 87 ekor ditangkap anjing. Dan untuk operasi lembu kambing sehingga Julai, enam operasi sebulan sekalilah. 12 ekor lembu dan 4 ekor kambing. Saya buat cabutan lebih kurang.

Dan contohnya di Pasir Mas sebagaimana dalam kawasan apa ni PBT Gual Periok. Pasir Mas tahun lepas lembu 10 operasi, tangkapan 9 ekor dan untuk tahun ini jumlah operasi tak dinyatakan tapi jumlah tangkapan 15 ekor, makna kita ada operasi berkala, ada tangkapan mugo ramai tak tahu sebab tidak dilaporkan. Laporan sekarang ini dia Facebook. Rakyat kata kalu tak lapor tok wak kijo. Jadi kalau kita kalu cuci gak sapu hari-hari keno wak. Hari ni tong ni, hari ni tong ni, jadi pandangan nitizen dia menilai kerja buat PBT ini melalui posting. Sebab itu ambo mitok pada PBT buatlah posting kita ceritakan kerja buat kita pada rakyat supaya rakyat napok kerja buat kita ni, kita berfungsi memberikan perkhidmatan terbaik pada PBT lah.

Dan kita sebagaimana jawapan mulut tadi ambo telah nyatakan bahawasanya kita akan menguatkuasakan elemen Pendaftaran Ternakan

Ruminan Kelantan telah kita bahaskan pada tahun lepas. Nok lulus ni pun empat orang lawyer bangun. Sebab tu tarik, bahas semula empat orang lawyer bangun. Makna kita nak laksanakan satu-satu enakmen ini akan dapat bantahan sedikitlah kerana melibatkan rakyat secara keseluruhannya. Tapi In Shaa Allah dengan kita laksanakan kuatkuasakan elemen ini In Shaa Allah kita akan dapat mengawal terutama sekali kita akan dapat mengurangkan masalah haiwan berkeliaran. Kalau kata ternakan tidak didaftarkan akan dikenakan denda sebanyak RM500 kalau gagal mendaftar. Gagal mendaftar RM2 ribu. Haiwan yang tidak didaftarkan merayau ditangkap dikenakan RM500. Kalau kita lewat mendaftarkan juga akan dikenakan RM500. Kalau kita gagal mendaftar akan dikenakan hukuman sebanyak RM2 ribu dan pendaftaran kita akan bagi sama ada tagging ataupun barcode lah.

Dengan cara itu kita dapat membuat kawalan ternakan, tahu berapa ekor lembu sebulan keluar daripada Kelantan ke Terengganu, ke Perak berapa ekor, dan haiwan yang masuk daripada Thailand masuk Kelantan berapa ribu ekor untuk kita buat data. Dan juga dengan kaedah ini kita dapat tingkatkan tanggungjawab pemilik-pemilik lembu supaya mereka dapat menjaga, mengawal ternakan masing-masing, elakkan daripada ternakan kita penyebab kepada kemalangan dan penyebab kepada kematian kemungkinan waris kita, jiran kita ataupun lembu kita dilanggar oleh anak kita sendiri. Wallahu’alam terima kasih.

Speaker

Sila Chempaka.

Dato’ Speaker berkait dengan isu masalah haiwan rayau ini telah dapat melihat daripada rekod yang adanya memang banyak mendatangkan kerugian sama ada berlaku kemalangan dan sebagainya. Dan apabila ditangkap juga akan membawa masalah kepada penguatkuasa, nok pero, nok apa ni, nok buat kandang dan sebagainya. Cuma saya ingin tanya apa ni ada ko dop cadangan daripada kitanya adalah untuk melihat kepada satu konsep yang ada dalam syariah sendiri iaitu berkenaan dengan isu Luqatah.

Adakah kita cuba explore satu pandangan yang mengatakan bahawa haiwan-haiwan yang berkeliaran yang merayau gapo semua ini walaupun ada tuan, tapi tak ngaku dah apabila berlaku kemalangan ini adakah kita

boleh masukkan dalam konsep Luqatah tersebut supaya boleh dijadikan hasil pada kerajaan dengan cara lebih mudah. Sekian, terima kasih.

Luqatah dih … soalan tambahan daripada Chempaka. Luqatah ni harta-harta terjatuh. Luqatah ni terjatuh tak dituntut telah diisytiharkan oleh imam tok tahu berapa kali isytihar Jumaat, ambo raso 40 hari lah mugo empat kali isytihar tak ada yang menuntut boleh dijadikan sebagai harta awamlah.

Kita boleh buat kajianlah mengenai adakah ternakan bergerak, harta bergerak boleh masuk dalam Luqatah. Luqatah ni dia jupo tok gi lain duk situ takdok orang ambik jadi bawak kepada imam, imam pun buat pengisyhtiharan di masjid takdok orang ambik jadi harta awamlah. In Shaa Allah kita boleh explore dan boleh minta pandangan daripada ulama-ulama’ kita adakah kita boleh wartakan ataupun isytiharkan lembu-lembu yang tiada pemilik sebagai Luqatah. Kita cuba kaji In Shaa Allah.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Galas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan pada soalan nombor 14.

Soalan 14 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan eko-pelancongan di kawasan seperti Gunung Stong, Gua Ikan dan Taman Negara Kelantan Selatan.]

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ر و ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih pada Yang Berhormat Galas yang mengemukakan soalan yang ingin tahu tentang usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membangunkan eko-pelancongan di kawasan Gunung Stong, Gua Ikan dan juga Taman Negara belah Kelantan Selatan.

Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Dabong telah mengambil beberapa langkah bagi membangunkan destinasi eko-pelancongan dalam kawasan pentadbirannya yang merangkumi tempoh antara 2020-2025.

Bagi tahun 2020, Majlis Daerah Dabong telah menjalankan kerja-kerja untuk menaikkan taraf bagi kemudahan para pelancong dan juga orang awam terutamanya kemudahan mendirikan tandas selain di Gua Ikan, termasuk juga di Gunung Stong dan juga di Stesen Keretapi Tanah Melayu. Selain daripada itu, Majlis Daerah Dabong juga telah menjalankan kerja-kerja menaiktaraf laluan masuk ke Gua Keris, Dabong.

Bagi tahun 2021, kerja-kerja menaiktaraf tapak View Point Gunung Stong, Dabong dan juga kemudahan parkir kenderaan di tempat yang sama. Menaiktaraf tapak view point di, maaf menaiktaraf jalan masuk di jalan masuk ke Kompleks Gua Ikan, Dabong. Dan juga Majlis Daerah telah membangunkan aplikasi “DEGHAK DABONG” sebagai aplikasi digital yang membekalkan maklumat pelancongan dan sebagai rujukan kepada para pelancong dan juga kepada penggiat industri pelancongan di kawasan Dabong.

Pada Tahun 2022 Penubuhan Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Dabong telah ditubuhkan bagi menyelaras kerja-kerja perkhidmatan pelancongan di daerah Dabong. Kerja-kerja menaiktaraf Landskap Taman Awam Di Kompleks Gua Ikan Dabong juga dilaksanakan termasuklah juga menaiktaraf kemudahan awam Di Kawasan Peranginan Lata Kertas, Dabong.Kemudian satu laluan baru masuk ke kawasan Peranginan Lata Kertas juga telah dibinakan. Dan satu mercu tanda 0 km telah dibangunkan di Pekan, Dabong. Dan selain daripada itu, bangunan dan pengindahan di laluan utama Pekan Dabong juga dilaksanakan.

Pada tahun 2023 pencahayaan dalam Gua Ikan, Dabong telah dilaksanakan. Membina lagi tandas awam di kawasan perkelahan Sungai Kenerong, di Dabong juga. Menaiktaraf kemudahan awam di hadapan Gua Keris di Dabong. Menaiktaraf laluan masuk ke Gua Ikan, yang ni semua Dabong la ni ya. Membekal Dan Memasang Lampu Jalan dengan menggunakan sumber Solar LED di Lata Kertas. Membekal dan memasang lampu jalan (Solar LED) di Jalan View Point ke Dabong. Membekal dan memasang lampu jalan (Solar LED) Di Kg. Kenerong, Dabong. Kemudian, pengcahayaan di Kompleks Gua Ikan, Dabong.

Menaiktaraf kemudahan awam di kawasan peranginan Lata Kertas, Dabong. Program Dabong Community Based Tourism (Local Community Host) dimulakan.

Projek Pembangunan Baseline Data untuk peningkatan kualiti air di kawasan strategik Dabong juga dilaksanakan. Projek Pembangunan Inventori Warisan Ekologi dan Geologi Kompleks Gua Ikan dilaksanakan. Projek Konservasi Spesies Flora dan Fauna Endemik yang terancam di Dalam Taman Negeri Gunung Stong dijalankan. Membina Bangunan Pusat Informasi Stong Geopark Di Pekan Dabong diadakan. Menaiktaraf Jambatan Gantung Pejalan Kaki di Taman Negeri Gunung Stong, juga dibuat. Penyenggaraan jalan Air Terjun 1, Jelawang, Dabong juga dilaksanakan.

Pada Tahun 2024 menaiktaraf jambatan gantung dan penanaman pokok di Lata Kertas, dan penyelenggaraan Jalan Air Terjun 2, Jelawang, Dabong.

Tahun 2025 projek menaiktaraf kemudahan pelancongan di Kompleks Gua Ikan, work in progress ini. Pemeliharaan Ekologi Taman Rimba Gua Keris, Dabong. Membina Galeri Pameran Arkeologi Dan Biodiversiti serta kerja-kerja berkaitan di Kompleks Gual Ikan. Menaiktaraf tapak View Point Gunung Stong, Dabong. Itu Dabong.

Kemudian di Taman Negara. Taman Negara yang berkaitan dengan kita ialah Kuala Goh. Taman Negara untuk makluman kita semua dia ada empat pintu masuk dan tiga negeri terlibat. Pertamanya pintu masuk melalui Kuala Tahan jalan melalui Jerantut ataupun Temerloh.

Yang keduanya, Sungai Relau melalui Merapuh Kuala Lipis. Yang ketiga Tanjung Mentong melalui Kenyir, Kuala Berang. Dan yang keempat Kuala Koh melalui Paloh, Gua Musang.

Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi Persekutuan dalam usaha membangun destinasi eko-pelancongan di Taman Negara Kelantan.

Bagi tahun 2025 eko-pelancongan di kawasan ini turut terus diberi perhatian apabila Jabatan Perhilitan telah menerima peruntukan sebanyak RM250 ribu dari Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya iaitu MOTAC bagi tujuan menaiktaraf kemudahan infrastruktur. Peruntukan ini digunakan untuk kerja-kerja menaiktaraf dewan

serbaguna dan surau di Taman Negara Kelantan, Kuala Koh Gua Musang yakni dalam proses peralihan. Proses perolehan.

Sektor eko-pelancongan di kawasan ini telah menerima peruntukan sebanyak RM165 ribu bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan kemudahan pelancongan di Taman Negara. Peruntukan ini meliputi kerja-kerja penyelenggaraan fizikal tebing kaki tiang jambatan gantung serta penyelenggaraan pintu pagar dan papan tanda utama.

Manakala pada tahun 2021, eko-pelancongan di kawasan ini turut menerima peruntukan sebanyak RM46 ribu daripada Kementerian Pelancongan MOTAC dan juga daripada PERHILITAN. Peruntukan tersebut diguna bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kemudahan pelancongan di Taman Negara yang merangkumi penyelenggaraan tapak khemah kemudian tandas dan bilik mandi di kawasan terlibat yakni 16 unit tandas dan 16 unit bilik mandi serta kerja-kerja pembersihan pokok-pokok yang berisiko di kawasan berkenaan. Terima kasih.

Speaker

Sila Galas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih, terima kasih pada Yang Berhormat Exco di atas jawapan yang diberikan sebentar tadi dan saya kira eko-pelancongan ini juga adalah merupakan pintu masuk membawa pelancong-pelancong ke negeri Kelantan kita ini.

Semalam Yang Berhormat Exco ada sebut 10.514 data pelancong yang masuk ke negeri Kelantan. Saya tengok data DOSM Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang dimaksudkan dengan 10.514 ialah pelawat domestik. Cuma saya nak mintak apa ni penerangan lanjutlah daripada Yang Berhormat Exco, adakah pelancong yang kita takrifkan ini juga terkategori mereka anak-anak Kelantan yang berada di luar balik ke kampung masing-masing ataupun pasangan yang PJJ balik jupo dengan pasangan di hujung minggu. Begitu juga dengan mahasiswa yang cuti semester balik ke negeri Kelantan juga terkategori sebagai pelancong.

Dan yang kedua, ialah berkaitan dengan plan promosi digital kepada kawasan eko-pelancongan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang

Berhormat Exco sebentar tadi Gua Ikan, Gunong Stong, Taman Negara kita ada dok promosi digital sebagaimana yang dibuat oleh negeri jiran kita Royal Belum di negeri Perak.

Dan yang terakhir Yang Berhormat Exco, kesaksamaan penerima peruntukan untuk infrastruktur pelancongan di luar bandar tadi ada sebut berkenaan dengan peruntukan-peruntukan yang diterima. Saya mohon untuk tahun ini ataupun tahun depan kalau boleh ada kesaksamaanlah. Kalau tengok tahun lepas Gua Musang hanya terima RM600 ribu, Jeli terima RM3.7 juta dan juga Dabong terima RM4.1 juta. Terima kasih.

Datuk Kamaruddin bin Md NorBERSATU · PNAir Lanas

Terima kasih YB Dabong. Sorry, sorry terima kasih YB Galas ya. Pasal cerita pasal Dabong tadi jadi duk ingat ko Dabong. Pertama berkenaan dengan kategori pelancongan. Yang ini kena tanya DOSM lah sebab dia yang buat ini semua. Saya, kita tak campur. Apa yang dia, dia apa ni guna pakai formulanya itulah yang kita pakai. Jadi apa perlu disebut banyak tu banyak tulah, ya.

Dan keduanya, betul itu yang angka 10.514 juta itu ialah domestik pasal kita apa namanya pasal ada yang luar negaranya saya pun sebut juga semalam hanya daripada pintu masuk, ketiga pintu masuk di sempadan yakni Kuala Kubor, apa itu Rantau Panjang dengan Bukit Bunga. Jumlahnya ialah RM565 ribu. Pengunjung luar yang masuk ketiga-tiga pintu itu. Keduanya melalui publisiti work in progress sedang berjalan. Dia kalau kita nak banding Belum, memang Belum dia dah mula lebih lama. Kemudian dia ada kaitan dengan istana. Jadi ertinya sebab itu sebab dia sebut Royal Belum. Manakala kita di Taman Negara ni sebenarnya kita kongsi, bukan kita punya. Royal Belum itu Perak punya. Dia takdok kongsi dengan sapo-sapo. Macamana keadaan ni kita kongsi dengan tadilah Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Dan lebih awal lagi publisiti tentang Taman Negara ialah Pahang. Jadi orang pergi ke Taman Negara Jerantut ataupun Temerloh ke Kuala Tahan. So kita Kuala Koh ni kita dah mula nak popular ni supaya orang datang ke Kota Bharu tidak pergi ke Pulau Perhentian sahaja dia pergi juga ke Taman Negara melalui Kuala Koh.

Cumanya masih dalam usaha untuk kita persiapkan kemudahan-kemudahan asas bagi para pengunjung. Mengenai peruntukan In Shaa Allah lah kita apa namanya kita umur pun usaha untuk dapat pembahagian yang dikira sama tapi kita tak sama mengikut apa yang, yang, yang hendak kita apa namanya angkat sebagai priority.

Setakat ini Dabong mendapat prioritylah ya, dan juga apa namanya Jeli ni sebahagian daripada kawasan gio-park. So In Shaa Allah Gua Musang kita masuklah In Shaa Allah. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan untuk soalan saya nombor 15. Terima kasih.

Soalan 15 :

[ Minta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah tindakan mitigasi jangka pendek dan jangka panjang oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah banjir di sepanjang Sungai Nal dan kawasan yang kerap dilanda banjir seperti Chenulang, Kg Sepuluh dan Kg Bukit Sireh? ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang Berhormat Mengkebang Kerajaan Negeri melalui JPS sentiasa berusaha dalam melaksanakan langkah penyelesaian yang lebih holistic di kawasan tersebut dengan melaksanakan kajian Pelan Induk Saliran Dan Mesra Alam Papisma, Kuala Krai dan Machang dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta.

Kajian ini sangat perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenalpasti punca-punca kejadian banjir kilat yang berlaku dan sebagai rujukan dalam merancang infrastruktur saliran serta

mengenalpasti langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat di kawasan tersebut.

Dalam rolling plan 1 RMK-13, JPS Kelantan telah mengangkat dua projek iaitu projek pemuliharaan sungai Nal Kuala Krai Kelantan yang berjumlah RM69.9 juta. Di mana Bukit Sireh dan Kampung Bedal merupakan dan saliran dua deh, satu di Sungai Nal dan satu lagi sistem saliran di Kampung Bedal Kuala Krai yang berjumlah RM34 juta. Di mana Bukit Sireh dan Kampung Bedal merupakan anak sungai yang sama iaitu anak sungai Nal dan telah termasuk dalam skop pemuliharaan tersebut.

Untuk jangka pendek setakat ini JPS telah melaksanakan kerja-kerja sebut harga yang bernilai RM100 ribu pada tahun 2024 bagi projek pemuliharaan tersebut.

Speaker

Sila Mengkebang.

Tuan Zubir bin Abu BakarPAS · PNMengkebang

Terima kasih YB Dato’ Exco atas jawapan yang diberi. Memandangkan jawapan yang diberikan oleh YB Exco tadi mantap, hebat lagi dahsyat maka tiada soalan tambahan daripada saya. Terima kasih.

Speaker

Sila Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Terima kasih kepada YB Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker, soalan tambahan kedua saya adalah bagaimana dengan sistem tambatan banjir jangka panjang yang boleh disepadukan dengan konsep living river ataupun sungai yang hidup ataupun sungai lestari, Cintailah Sungai Kita? Sebab saya perhatikan juga kepada pelombong-pelombong bukan saja lombong emas ataupun bijih termasuk pelombongan pasir dimana tebing sungai juga ambil pasir juga, bukan kata ambil pasir untuk dalamkan sungai di dalam tengah sungai tetapi tebing-tebing pasir tu dia diceroboh jgk.

Jadi kalau boleh supaya soalannya sebagaimana kata tadilah sungai itu jadi living river atau sungai lestari. Terima kasih.

Terima kasih Gual Periok. Dia tok minta notis … eh Gual Ipoh, sorry. Tukar, Gual sama Gual ni … oklah kita notis dan kita jawab bertulis deh.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama kepada saya dan juga Timbalan Speaker sepanjang tempoh persidangan pada kali ini. Saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan, Dewan akan bersidang semula pada suatu tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak. Marilah kita tangguhkan persidangan dengan membaca tasbih kafarah dan surah wal-Asr. Sekian.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.50 PAGI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA TARIKH DAN MASA YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.