Kelantan · 6 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting (Budget) · 138 turns · 15,102 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.

(Pembukaan)

Setiausaha

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas

…… ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا

Doa

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, Berdoa….

[ SAMBIL BERDIRI ]

Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kedua, Pengesahan Peringatan Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas.

Speaker

Minta Cadangan…

Hj Saizol bin IsmailPAS · PNSalor

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Peringatan Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Isnin, Selasa dan Rabu 25, 26 dan 27 Muharram 1447Hijriah bersamaan 21hb, 22hb dan 23hb Julai 2025 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.

Speaker

Sokongan…

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peringatan Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Isnin, Selasa dan Rabu 25, 26 dan 27 Muharram 1447Hijriah bersamaan 21hb, 22hb dan 23hb Julai 2025 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.

Dengan demikian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK.”

Dipersetujukan.

Peringatan Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas yang telah diadakan pada hari-hari Isnin, Selasa dan Rabu 25, 26 dan 27 Muharram 1447Hijriah bersamaan 21hb, 22hb dan 23hb Julai 2025 Dewan Negeri Kelantan supaya diterima dan disahkan.

[ PERINGATAN PERSIDANGAN KALI KEDUA BAGI TEMPOH PENGGAL KETIGA DEWAN NEGERI KELANTAN KELIMABELAS DISAHKAN ]

[ SETIAUSAHA MENGANGKAT TEKS-TEKS PERINGATAN TERSEBUT KEPADA YB DATO’ SPEAKER ]

III … UCAPAN OLEH YB DATO’ SPEAKER

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Ucapan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Pada Persidangan kali ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Junjung Kasih kepada KDYMM Sultan Muhammad Ke V di atas Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-56 Tahun 2025 kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri Kelantan.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Hj Mohamed Farid Bin Mohamed Zawawi, Timbalan Speaker Dewan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Rohani Binti Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita dan Yang Berhormat Dato’ Hj Mohd Syahbuddin Bin Hashim di atas Pengurniaan Ahli Yang Kedua Dato’ Paduka bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK).

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Hj Azhar Bin Salleh bagi anugerah Ahli Yang Ketiga bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (JMK) manakala Yang Berhormat Hj Mohd Rusli Bin Abdullah dan Yang Berhormat Hj Saizol Ismail bagi anugerah Seri Mahkota Kelantan (SMK).

Saya turut mengucapkan tahniah kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan iaitu YB Dato’ Idham Bin Hj Abd Ghani dan YB Brigedier Jeneral Dato’ Perwira Raja Dato’ Nik Mohd Shafriman Bin Hj Nik Hassan @Nik Yahya, bagi Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K), YBhg. Dato’ Hj Nik Raisnan Bin Hj Daud, YBhg. Dato’ Hj Ahmad Adlee Bin Hj Mohamad, YBhg. Dato’ Hj Azi Rahimee

Bin Hj Mohamad, YBhg. Dato’ Hj Zulkifle Bin Ab. Rahman dan YBhg. Dato’ Roslan Bin Yahya bagi Ahli Kedua Darjah Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K)

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian,

Saya menerima sepucuk surat permohonan untuk tidak menghadiri Persidangan pada kali ini daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar iaitu Yang Berhormat Dato’ Dr. Izani bin Husin, kerana beliau sedang berada dalam tempoh cuti sakit. Dengan ini, saya dengan ini meluluskan permohonan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Kertas-Kertas Yang Dibentang Di Atas Meja

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Keempat, Kertas-Kertas Yang Dibentang Di Atas Meja.

Kertas-Kertas tersebut ialah Kertas Dewan Bil. 16 tahun 2025 hingga Kertas Dewan Bil. 29 Tahun 2025 sebagaimana dibentangkan di atas meja Yang Berhormat.

1. Kertas Dewan Bil. 16/2025 .. Anggaran Perbelanjaan Perbekalan Tambahan Pertama (2025) Tahun 2025.

2. Kertas Dewan Bil. 17/2025 .. Kenyataan Lengkap bersabit dengan perbelanjaan yang mustahak dan tidak dijangka bagi kebenarannya kerana pendahuluan daripada Kumpulan Wang bagi yang lain diperbuat mengikut Peraturan Kewangan Tahun 1957 dan dibentang mengikut Peraturan (113) (1) daripada Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan.

3. Kertas Dewan Bil. 18/2025 .. Anggaran Tambahan Pertama Tahun 2025 di Bawah Kepala Perbelanjaan Tanggungan.

4. Kertas Dewan Bil. 19/2025 .. Anggaran Hasil Bagi Tahun 2026.

5. Kertas Dewan Bil. 20/2025 .. Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2026.

6. Kertas Dewan Bil. 21/2025 .. Anggaran Perbelanjaan Tanggungan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2026.

7. Kertas Dewan Bil. 22/2025 .. Anggaran Perbelanjaan Bekalan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2026.

8. Kertas Dewan Bil. 23/2025 .. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2026

9. Kertas Dewan Bil. 24/2025 .. Laporan Penyata Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2024.

10. Kertas Dewan Bil. 25/2025 .. Laporan Ketua Audit Negara Siri 3/2025.

11. Kertas Dewan Bil. 26/2025 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Kuala Krai Bagi Tahun 2024.

12. Kertas Dewan Bil. 27/2025 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Tanah Merah Bagi Tahun 2024.

13. Kertas Dewan Bil. 28/2025 .. Laporan Tahunan Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan Tahun 2024 dan Sijil Audit Negeri Mengenai Penyata Kewangan Perbadanan

Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024.

14. Kertas Dewan Bil. 29/2025 .. Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri tahun 2023 & 2024.

Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Kelima, soalan-soalan yang diberitahu.

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha

Soalan-soalan oleh:

YB TUAN HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB TUAN HJ NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB DR. HAFIDZAH BINTI HJ. MUSTAKIM YB TUAN SHAARI BIN MAT YAMAN YB TUAN HJ ZURAIDIN BIN ABDULLAH YB TUAN KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD YB DATO’ HJ ABD RAHMAN BIN YUNUS YB TUAN HJ HARUN BIN ISMAIL YB TUAN HJ MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN YB TUAN BAHARI BIN MOHAMAD NOR YB TUAN NORSHAM BIN SULAIMAN YB TUAN HJ AZHAR BIN SALLEH YB TUAN ALMIDI BIN JAAFAR YB DATO’ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YBM KU MOHD ZAKI BIN KU HUSSIN YB TUAN HJ MOHD AZMAWI FIKRI BIN HJ ABDUL GHANI YB DATO’ HJ MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM

Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions

Setiausaha

Soalan-soalan oleh:

YB TUAN HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB TUAN HJ MOHD RUSLI BIN ABDULLAH YB TUAN HJ NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB DR. HAFIDZAH BINTI HJ MUSTAKIM YB TUAN SHAARI BIN MAT YAMAN YB TUAN ROZI BIN MUHAMAD YB TUAN MOHAMAD NASRIFF BIN DAUD@DAUD YATIMEE YB TUAN HJ ZURAIDIN BIN ABDULLAH YB TUAN KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD YB TUAN HJ SAIZOL BIN ISMAIL YB DATO’ HJ ABD RAHMAN BIN YUNUS YB TUAN HJ HARUN BIN ISMAIL YB TUAN HJ MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN YB TUAN ZAMERI BIN MAT NAWANG YB TUAN WAN ROHIMI BIN WAN DAUD YB TUAN BAHARI BIN MOHAMAD NOR YB PUAN NOR ASILAH BINTI MOHAMED ZIN YB TUAN NORSHAM BIN SULAIMAN YB TUAN MOHD RODZI BIN JAA’FAR YB TUAN HJ AZHAR BIN SALLEH YB TUAN AHMAD ZAKHRAN BIN MAT NOOR YB TUAN MOHD ALMIDI BIN JAAFAR YB DATO’ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YB TUAN ZUBIR BIN ABU BAKAR YB TUAN HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YBM KU MOHD ZAKI BIN KU HUSSIN YB DATO’ SHAARI BIN MAT HUSSAIN YB TUAN HJ MOHD AZMAWI FIKRI BIN HJ ABDUL GHANI YB DATO’ HJ MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM

[ YB DATO’ SPEAKER AKAN MENGAMBIL ALIH SETERUSNYA….]

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

ﺗﻪ ﺑﺮﻛﺎ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Belum lagi Yang Berhormat saya tak panggil lagi..[TERSENYUM]…………Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon maaf kerana mendahului Dato’ Speaker, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon jawapan bagi soalan saya nombor 1.

Terima kasih.

Soalan 1 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan sejauh mana keberkesanan dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam sejak ia dilancarkan ].

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Bunut Payong yang mengemukakan soalan.

Firman Allah Taala,

ِ ِ ِ ٍۢ ٨١ ن ﻮ ﻤ َ ﻠ ﻌ ﻳ ﻻ َ ﻳﻦ ﺬ ﻟﱠ ٱ ﻮ ﻫ أَ ﻊ ﺘﱠﺒ ﺗ ﻻ َ ﺎ ﻬ ﻌ ﭑﺗﱠﺒ ﻓ ﺮ ِ ﻣ َْ ﻷ ٱ ﻦ ﻣ ﺔ ﻳﻌ ﺮ ِ ﺷ ﻰ َ ﻠ ﻋ ﻚ ﻨ ﻠ ْ ﻌ ﺟ ﱠ ﰒ ُ َ ـَ َ ُ ْ ـَ َ َآءَ ْ ْ وَ َ ْ ْ َ ِّ َ َ ٰ َ َ َـٰ َ َ Surah al-Jaathiyah ayat 18

Maksudnya :’

Kemudian kami jadikan … Nabi Muhammad menjalankan satu jalan yang cukup lengkap daripada hukum-hukum agama maka turutlah kalam itu dan jangan kamu ikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengerti.

Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam merupakan penerusan kepada dasar sebelum daripada ini iaitu Membangun Bersama Islam dan juga dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam. Kenapa Kerajaan

Negeri mengemukakan dasar ini? Ini berdasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran

ِ ِ ِ ﻳﺐ ﺮ ِ ﻗ ﰉ إِن ﱠ ﻪ ﻴ َ ﻟ إِ ﻮ ﻮﺑ ﺗ ﱠ ﰒ ُ ﻩ ﺮ ﻔ ﻐ ﺘ ﭑﺳ ﻓ ﺎ ﻴﻬ ﻓ ﻢ ﻛ ﺮ ﻤ ﻌ ﺘ ﺳ ﻷ ٱ ﻦ ﻣ ﻢ ﻛ َ ﺄ ﻧﺸ أَ ﻮ ﻫ ◌ َ ْ َ ُ ُ ٌۭ ِّ رَ ْ ٓا۟ ـُ ُ ُ ُو ـَ ْ َ ْ َ َ ْ ـَ ْ وَٱ َْرْضِ َ ِّ َ َ ُ ٦۱ ِ ﻴﺐ ﳎﱡ ٌۭ

Surah hud ayat 61

Maksudnya:- dialah Allah yang mencipta kamu daripada tanah bumi ini

…. ِ Dan ia memerintah supaya kamu ﺎ ﻴﻬ ﻓ ﻢ ﻛ ﺮ ﻤ ﻌ ﺘ ﺳ ُ َ ْ َ َ ْ ـَ ْ وَٱ memakmurkan,membangun dan menghidupkan bumi ini.

ﻫﺎ و ﺗﻌﻤﺮ ﻋﻤﺮ ﺟﻌﻠﻜﻢ اً

Dalam Tafsir Ibnu kasir disebut Allah Taala jadikan kamu orang-orang yang mengimarahkan bumi ini. Sudah tentu bumi ini mengimarahkan

mengikut ketentuan Allah S.W.T ِ hendaklah kamu sentiasa ﻩmaka ﺮ ﻔ ﻐ ﺘ ﭑﺳ ﻓ ْ َ ُ ُو ـَ ْ beristigfar kepadanya ِ dan bertaubat kembali kepada nya ﻪ ﻴ َ ﻟ إِ ﻮ ﻮﺑ ﺗ ﱠ ﰒ ُ ْ ٓا۟ ُ ـُ ِ ﻴﺐ ﳎﱡ ﻳﺐ ﺮ ِ ﻗ ﰉ إِن ﱠ َ ٌۭ ٌۭ ِّ رَ kerana sesungguhnya Tuhanku amat dekatnya dan amat memperkenankan doa hamba-hambanya.

Kita meneruskan dasar Membangun Bersama Islam dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam dan kita melangkah selangkah lagi Penghayatan Membangun Bersama Islam kerana Islam itu wajib dihayati. Bukan sahaja semata-mata slogan ataupun semata-mata kita ada ilmu pengetahuan tentang Islam tapi mesti dilaksanakan. Sebab tu dalam Quran bila disebut aamanu beriman disebut aamilu beramal.

ِ ٰ ِ ِ ِ ِ ٰ ﱠ ﻻ ًإِن ﺰ ـُ ﻧ سِ ﺮ ﻔ ﻟ ٱ ﺖ ﻨﱠ ﺟ ﻢ ﳍ ﺖ َ ﺎﻧ ﻛ َ ﺖ ﺤ ﻠ ﻟﺼﱠ ٱ اْ ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻋ اْ ﻮ ُ ﻨ ﻣ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ٱ ُ ۡدَوۡ ُ َ َُ َٰ َ وَ َ ءَا َ

Surah Al-Kahfi ayat 107

“sesunggunya orang-orang yang beriman dan beramal soleh Allah Taala sebut iman dan amal. Orang yang macam ini dapat masuk syurga

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ٢٨ ﺪ ﻠ ﺧ ﺎ ﻴﻬ ﻓ ﻢ ﻫ ﻨﱠﺔ ﳉ ٱ ﺐ ﺤ ﺻ أَ ﻚ ﺌ َـٰٓ ﻟ أُو۟ ﺖ ﺤ ﻠ ـٰ ﻟﺼﱠ ٱ ا۟ ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻋ ا۟ ﻮ ﻨ ﻣ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ُون َ ُ َوَٱ َـٰ َ ْ ُ َْ ُ َـٰ ْ َـٰ َ وَ َ ءَا َ Surah Al-Baqarah ayat 82

Orang-orang yang beriman dan beramal soleh orang-orang itulah penghuni syurga dan mereka kekal di dalamnya.

Iman, amal…

ِ ِ ٍۢ ِ ِ ِ ِ ﻷ ﺮ Ĕ َْ ٱ ﺎ ﻬ ﺘ ﲢ ﻦ ﻣ ِى ﺮ ﲡ ﺖ ـٰ ﻨﱠ ﺟ ﻢ ﳍ أَن ﱠ ﺖ ﺤ ﻠ ـٰ ﻟﺼﱠ ٱ ا۟ ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻋ ا۟ ﻮ ﻨ ﻣ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ٱ ﺮ ﺸ ﺑ َْـٰ َْ َْ ُ ِّ ُ َ َ ْ َُ َـٰ َ وَ َ ءَا َ ِوَ َ Surah Al-Baqarah ayat 25

Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa mereka akan beroleh syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai.

Oleh kerana itu maka kita melangkah kepada fasa Penghayatan Membangun Bersama Islam. Dokumen induk Penghayatan Membangun Bersama Islam ini telah dilancarkan secara rasmi pada 7 Disember 2023. Oleh itu dasar ini masih dalam fasa awal pelaksanaan dan belum mencapai tempoh 2 tahun sepenuhnya. Walaubagaimana pun proses pemantauan awal sedang berjalan bagi memastikan hala tuju dan sasaran dasar ini tercapai mengikut perancangan. Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam ini digubal sebagai pelan Pembangunan 10 tahun 2023-2033 yang dilaksanakan secara berperingkat melalui 2 fasa.

Fasa pertama 2024-2028 berpandukan kepada dokumen hala tuju portfolio Kerajaan Negeri Kelantan 2024-2028 dan fasa kedua, 2029-2033 akan menumpukan kepada pengukuhan dan penilaian hasil daripada fasa pertama. Berdasarkan pemantauan pelaksanaan hala tuju portfolio Kerajaan Negeri Kelantan 2024-2028 yang menjadi komponen utama kepada dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam sebanyak 770 pelan tindakan telah disenaraikan di bawah pelbagai portfolio daripada jumlah tersebut 275 pelan tindakan telah dilaksanakan sepenuhnya. 349 pelan tindakan sedang dalam proses pelaksanaan 116 pelan tindakan masih belum dilaksanakan, 30 pelan tindakan sekarang

sedang dikemaskini bagi memastikan keselarasan dengan dasar semasa dan juga keutamaan negeri.

Secara keseluruhannya ini bermakna 624 pelan tindakan atau kira-kira 80% fasa pertama telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan, Agensi, Urusetia, Pejabat Tanah dan Jajahan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Capaian awal ini mengambarkan bahawa Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam telah mula diterjemahkan secara menyeluruh ke dalam perancangan pelaksanaan dan pengukuran prestasi setiap portfolio Kerajaan Negeri yang menekankan keseimbangan antara pembangunan rohani, jasmani dan ekonomi rakyat.

Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan pemantauan bersepadu oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik Pejabat Menteri Besar bagi menilai keberkesanan sebenar melalui laporan Tahunan Kemajuan Pelaksanaan Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam di peringkat Jabatan, Agensi, Urusetia, Pejabat Tanah Jajahan serta Pihak Berkuasa Tempatan.

Sekian,

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﺔ ﲪ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Speaker

Sila, Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Terima kasih kepada Kerajaan telah memberikan penjelasan yang panjang lebar dan tahniah kerana telah berjaya melaksanakan Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam sebagaimana yang disebut. Soalan tambahan saya apakah langkah-langkah untuk mengintegrasikan Penghayatan Membangun Bersama Islam dalam urus tadbir dan perkhidmatan termasuk di dalam PBT dan pusat-pusat Khidmat DUN, terima kasih.

Terima kasih kepada ADUN Bunut Payong di atas soalan tambahan. Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa komited dalam memastikan Dasar

Penghayatan Membangun Bersama Islam dilaksanakan secara menyeluruh di dalam pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri. Bagi peringkat PKD Kerajaan Negeri telah memperkenalkan standard pengurusan pusat Khidmat DUN oleh Unit Pemantauan Dan Pelaksanaan Strategik Pejabat Menteri Besar pada tahun 2024 sebagai dokumen SOP bagi memastikan fungsi semua PKD adalah selari dengan PMBI Penghayatan Membangun Bersama Islam.

Manakala melalui Institut pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia IPTG telah melaksanakan kursus Penghayatan Membangun Bersama Islam sebagai platform utama bagi memperkukuh kefahaman penghayatan Dasar MBI kursus ini dirangka dengan 3 objektif utama. Yang pertama, meningkatkan penghayatan dasar MBI dalam kerja-kerja pentadbiran dan pembangunan di peringkat PKD melalui konsep Penghayatan Membangun Bersama Islam.

Yang kedua, memperkukuhkan semangat perjuangan kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan petugas PKD dan ketiga menyebarluas kefahaman Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam kepada seluruh masyarakat di Negeri Kelantan. Sehingga kini sebanyak 31 PKD telah selesai melaksanakan kursus ini manakala baki 14 PKD sedang dalam proses perancangan dan juga pelaksanaan.

Manakala di peringkat PBT IPTG juga telah mengadakan kursus Membangun Bersama Islam kepada Ahli-Ahli Majlis PBT selain itu kerjasama bahagian Kerajaan Tempatan dan bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah memperkenalkan PMBI melalui pengajuran kursus pemantapan pengurusan khidmat pelanggan kepada petugas barisan hadapan pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan. Kursus ini menekankan penerapan nilai-nilai penghayatan Membangun Bersama Islam dalam pengurusan Khidmat Pelanggan serta membentuk budaya kerja berteraskan prinsip Islam yang menekankan Ubudiyyah, Massuliyah dan Itqan dalam perkhidmatan kepada seluruh rakyat.

Sekian.

Speaker

Sila, Pulai Chondong.

Tuan Hj Mohd Azhar bin SallehPAS · PNPulai Chondong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya daripada penjelasan yang telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar program ini telah dilaksanakan oleh Jabatan-Jabatan. Soalan tambahan saya, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat secara sistematik mengenai kefahaman dan penerimaan terhadap dasar ini. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Pulai Chondong, [sambil berpaling]… ooo duk alik belake. Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha mendapatkan maklum balas rakyat secara sistematik dan berterusan berkaitan pelaksanaan dasar dan program pembangunan negeri supaya sentiasa di nilai dari segi keberkesanan, kefahaman dan penerimaan rakyat dari semua lapisan masyarakat. Maklum balas ini diperolehi melalui platform sedia ada bagi setiap EXCO Kerajaan Negeri termasuk melalui Pejabat Tanah dan Jajahan, agensi pelaksana serta jabatan-jabatan Kerajaan yang berkaitan. Maklum balas juga diperolehi melalui penganjuran pelbagai sesi town hall yang diadakan secara berkala dan bersasar termasuk kepada anak Kelantan yang berada di Perantauan. Selain itu Kerajaan Negeri melaksanakan kajian sistematik untuk menilai bukan sahaja kecekapan pentadbiran tetapi juga tahap penghayatan dan penerimaan terhadap Dasar Membangun Bersama Islam. Kajian ini dilaksanakan oleh PKS Pusat Kajian Strategik dan IPTG yang berperanan menilai sejauh mana dasar MBI yang berteraskan Islam dan kesejahteraan rakyat benar-benar dihayati dan diterjemahkan dalam pentadbiran di peringkat akar umbi menerusi berbagai-bagai segmen rakyat dan PKD.

Ia merangkumi 4 aspek utama yang berkait rapat dengan pelaksanaan dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam:-

Pertama, pengurusan dan pentadbiran menilai sejauh mana prinsip tadbir urus Islam diamalkan. Termasuk kecekapan organisasi integriti dan sistem penyampaian.

Yang kedua, hal ehwal DUN melalui penilaian keberkesanan Wakil Rakyat sebagai pemimpin Islam yang dekat dengan rakyat melalui aktif kebajikan, dakwah dan juga tarbiah.

Ketiga, hal ehwal lantikan politik - menilai tahap kefahaman serta penghayatan tanggungjawab politik sebagai amanah. Amanah Islam bukan sekadar kita memegang jawatan.

Yang keempat, hal ehwal rakyat – menilai sejauh mana rakyat mendapat manfaat daripada dasar yang kita kemukakan ini melalui program-program sosio taqwa, kebajikan dan juga perpaduan masyarakat. Dengan cara ini penilaian bukan sahaja mengukur prestasi pentadbiran tetapi secara langsung mengukur penerimaan dan keberkesanan penghayatan dasar Islam di semua peringkat dan setakat ini kita tengok dari segi penerimaan masyarakat kita Alhamdulillah, Wasyukrillah.

Sekian, wasalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh..

Speaker

Sila, Galas..

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Besar sekejap tadi. Soalan tambahan saya ialah berkaitan dengan setiap dasar ini mempunyai indicator dan KPI dan apakah indicator dan Key Performance Indeks ataupun KPI yang digunakan untuk menilai pencapaian dasar MBI ataupun sekarang ini Penghayatan Membangun Bersama Islam kerana dasar ini telah pun dilaksanakan sejak daripada tahun 1990 dan adakah Kerajaan Negeri telah menjalankan audit impak besar…impak dasar MBI oleh institusi bebas sama ada daripada IPTA, USM, UMK dan sebagainya. Dan apakah hasil nyata kepada rakyat terutamanya berkaitan dengan kemiskinan, pendidikan, peluang kerja yang boleh dikaitkan secara langsung dengan dasar ini.

Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ ADUN Galas. Tahniah atas pengurniaan kebesaran negeri yang membawa gelaran Dato’. Kita menilai dengan kita melihat sosio taqwa melihat tahap ketaqwaan,

kepatuhan rakyat Kelantan secara keseluruhannya. Bila kita letak dasar Islam sebagaimana yang saya sebut sebelum ini Islam itu perlu dihayati. Rata-rata melihat Negeri Kelantan ini negeri yang rakyatnya akhlaknya baik walaupun ada juga kita tidak menafikan di mana-mana pun hatta di Mekah sendiri pun atau di zaman nabi sendiri pun ada itu tak nafi tetapi secara keseluruhannya penilaian yang dibuat kalau penilaian yang dibuat secara adil orang akan yakin bahawa Kelantan ni negeri yang selamat. Negeri yang sejahtera, negeri yang rakyatnya beriman dan bertaqwa kepada Allah dan bukan sahaja kajian ini dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri. Bahkan pihak luar Universiti Teknologi Petronas (UTP) pernah buat kajian dan didapati tahap ketaqwaan rakyat Kelantan meningkat. Ini kajian daripada pihak luar dan sebenar kita sendiri pun boleh tengok apa yang berlaku di Negeri Kelantan walaupun ada juga keruntuhan akhlak kita tidak nafikan. Kita tidak nafi..tapi secara umumnya Kelantan ni bagus la, makna berjayalah. Alhamdulilah…

Boleh mencelah, minta penjelasan boleh?

Speaker

Tak boleh, tak boleh…

Tak boleh?

Speaker

….ini soal jawab. Soalan tambahan, boleh.

Boleh iya?

Speaker

Tapi Yang Berhormat izinkan? [KEPADA YAB DATO’ MB]

Ok, Sila soalan tambahan....[KEPADA YB KOTA LAMA]

Ok..

Terima kasih Dato’ Speker, yang baik hari pada pagi ini.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas jawapan tersebut. Kita amat bersetuju bahawa dan mengucapkan tahniah kita bergerak daripada Membangun Bersama Islam kepada penghayatan. Mungkin saya sendiri nak minta penjelasan daripada MB terhadap data yang dikeluarkan ataupun pada bulan 6 tahun ini BERNAMA melaporkan Ketua Polis Kelantan menyatakan peningkatan indeks jenayah Kelantan meningkat sebanyak 15.1% yang sedikit sahaja tentang antara yang meningkat itu adalah kekerasan 8.5% jenayah rogol 27.5% dan samun bersenjata naik 25.6%. Jadi sebenarnya soalan saya adalah bagaimana kita mengukur outcome yang kita sayang negeri ini dan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi bagus tetapi bagaimana kita melihat outcame darisegi contohnya pengurangan kemiskinan, integriti atau kesejahteraan rakyat. Dan soalan kedua saya, adakah Kerajaan Negeri bercadang mengukuhkan ataupun mengemaskinikan dasar ini dengan mengambil kira cabaran semasa contohnya ekonomi digital, perubahan sosial dan juga pembangunan lestasi dan Sustainable Development Goals.

Terima kasih.

Speaker

Terima kasih..

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Lama… sebenarnya kalau kita nak ukur peratus jenayah kena tengok juga negeri-negeri lain baru adil,

itu satu. Kemudian kita kena tengok pulak Kelantan ni dia sempadan dengan Thailand. Jadi kita ni duduk di barisan hadapan. Bila berlaku peperangan yang kena tembak hok duk depelah. Jadi negeri lain tu dia belakang sikit. Jadi adalah suatu ukuran yang tidak adil kalau kita sebutkan jenayah di Kelantan tak dibandingkan dengan negeri-negeri lain seluruh negara. Perlu dibuat suatu perbandingan yang agak adil dan saya mengharapkan pihak polis banteras perkara ini. Ini tugas pihak Polis, tugas kita mendidik. Kita didik..kita telah pun memberi kefahaman kepada rakyat kita bahawa tugas mendidik yang pertama ibubapa. Ini semua tak dok khilaf…..

ِ ِ ʭ ﻢ ﻴﻜ ُ ﻠ ﻫ ﻢ ﻜ ُ ﺴ ﻧﻔ أَ ﻮ ﻗ ا۟ ﻮ ﻨ ﻣ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ٱ ﺎ ﱡﻬ ـ ﻳ َ ﺄ ﻳ ُ ـُ َرًۭا ْ ْ وَأَ ْ َ ٓا۟ ُ َ ءَا َ َ َـٰٓ Surah At-Tahrim ayat 6

Kamu kena jaga diri kamu dan keluarga kamu daripada terjerumus ke dalam bahang api neraka kerana melanggar perintah Allah.

Itu tugas ibu bapa, kemudian di sekolah tugas guru.. tugas guru. Kerajaan kita buat program-program keagamaan melalui portfolio EXCO dan juga pihak Majlis Agama Islam yang bertanggungjawab untuk mengimarahkan masjid-masjid dan telah melaksanakan fungsi dan tugas masing-masing. Bila berlaku jenayah, itu pihak Polis kena bendung dan kita telah pun buat undang-undang di Kelantan ini. Malangnya undang-undang yang kita lulus pun orang gugat dan orang batalkan melalui proses Mahkamah. Ini masalah tapi kita tidak berputus asa.. takpo dia batal kita nak wak masuk pulak dalam Dewan. Biar dia batal kita lulus, dia batal kita lulus. Pahtu dia mati kita mati jumpalah. Haa itu. Jadi adalah tidak adil kalau sebut Kelantan saja dia kena banding dengan negeri-negeri lain.

Jadi memang cabaran sekarang ini terlalu besar tidak sama seperti zaman kita belia dulu. Ini semua perkara boleh tengok belako [SAMBIL MENGANGKAT TELEFON] boleh tengok belako orang tahu semua. Bahkan jenayah kadang-kadang orang-orang mengaji dalam ni jah cara nak buat jenayah. Siapa yang boleh sekat benda ni, siapa? Bukan kita, bukan Kerajaan Negeri, orang lain boleh sekat. Gambar-gambar seks pun ada dalam ni nih. Semua orang tahu belako… jadi sudah tentulah dengan apa yang ada langit terbuka ini memanglah meningkatlah. Tapi kita kena usahalah. Kita sedar itu, jadi apa nama ni bila kita ukur soal dadah memang meningkatlah, sempadan dia masuk sepanjang sungai. Dan ini memang tugas pihak Polis dan tak po pihak Polis pun dah laksanakan

tanggungjawab tapi kena penguatkuasaan lebih tegas lagi. Kenapa benda ni boleh lepas? Ini tugas pihak Kastamlah. Jadi saya ucap terima kasih atas ketegasan tapi kadang-kadang lolos jugak. Jadi saya rasa ini tanggungjawab kita semualah sebenarnya. Jadi jangan kita usaha-usaha yang baik ini kita cuba menampakkan usaha ini tidak memberikan manfaat dan tidak ada nilai, jangan.

Kita dalam perkara seperti ini kita mempunyai tanggungjawab yang sama. Peningkatan ialah kerana suasana langit terbuka yang tak boleh terkawal. Dan sekali lagi saya nak tegaskan bahawa jenayah ni kena banding dengan negeri-negeri lain jangan tengok Kelate sajo, kerana kelate ni lebih-lebih lagi Kelantan ni sempadan dengan selatan Thailand sekian, Wallahua’lam.

Speaker

Sila Tawang.. er.. Jelawat..

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sejak daripada tahun 1990 sampai ke hari ini tidak ada satu pun kes rasuah yang melibatkan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. Dan kalau mengikut pemeriksaan daripada SPRM dari tahun 2022 hingga 2024 hanya tidak sampai 3% daripada Penjawat Awam di Kelantan ini yang terlibat dengan rasuah. Bermakna Kelantan merupakan negeri yang paling rendah kadar rasuah di kalangan Penjawat Awam.

[KETUKAN MEJA OLEH BEBERAPA AHLI YANG BERHORMAT]

Dan kalau mengikut door sem daripada tahun 2023 Kelantan merupakan negeri yang kedua paling selamat di Malaysia ini selepas daripada Sabah iaitu 96 kes daripada kalangan 1,000,000 penduduk. Adakah Yang Amat Berhormat bersetuju dengan saya bahawa ini juga merupakan satu kejayaan daripada Dasar Membangun Bersama Islam sejak daripada tahun 1990.

Terima kasih.

Saya percaya bukan saya saja setuju, Pembangkang pun bersetuju dengan data tu.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Tumboh.

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan soalan saya nombor 2.

Soalan 2 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, adalah Kerajaan mempunyai pelan jangka panjang bagi memisahkan pentadbiran dewan Negeri Kelantan termasuk membina Kompleks Dewan Negeri yang baharu.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan yang telah dibangkitkan oleh Pasir Tumboh ia terdapat cadangan untuk kita mengasingkan struktur pentadbiran Dewan Negeri Kelantan daripada bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan yang merupakan cabang eksekutif. Dewan Negeri Kelantan sebagai badan legislatif... ia adalah suatu yang tertinggi di Peringkat Negeri yang perlu mempunyai struktur organisasi yang tersendiri. Terdapat juga cadangan sebenarnya untuk mengasingkan bangunan pentadbiran Dewan Negeri daripada Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan dan juga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Bangunan pentadbiran bagi DUN Kelantan dicadangkan supaya ditempatkan di bangunan Dewan Undangan Negeri bukan lagi

ditingkat 9 MABNA MBI supaya ianya dilihat berasingan daripada cabang eksekutif Negeri Kelantan.

Bagi tujuan tersebut satu Jawatankuasa Pemerkasaan Dewan telah diwujudkan melalui Jawatankuasa Terpilih Bilangan 1/2025 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Melor yang mana jawatankuasa ini dianggotai oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Undang-Undang Negeri Kelantan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Perbendaharaan Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan serta Dewan Negeri Kelantan sebagai Urusetia.

Terima kasih.

Speaker

Sila, Pasir Tumboh.

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Soalan tambahan, terima kasih kepada pihak Kerajaan, soalan tambahannya ialah apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meningkatkan aspek digitalisasi Dewan bermula dengan aspek portal khas Dewan, arkib digital, pusat penyelidikan dan sekali gus akan memberikan manfaat kepada Ahli Dewan dan juga kepada rakyat.

Terima kasih, kalau tak silap saya tadi digitalisasi?

Dato' Hj Abdul Rahman bin YunusPAS · PNPasir Tumboh

Iya…

Terima kasih, kerajaan Negeri memang sedang berusaha ke arah itu yang mana untuk ke arah pendigitalan digitalization ataupun digitalisation urusan tadbir negeri memastikan segala urusan dan maklumat berkaitan dengan Dewan Negeri dapat diakses dengan lebih efisien dan juga dengan lebih telus sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi bahawa satu Jawatankuasa Terpilih telah ditubuhkan dan pengerusinya pun sudah ada

begitu juga ahli-ahli jawatankuasanya juga daripada jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Kelantan sudah pun ada dan Insha Allah pertimbangan ini akan dimasukkan juga bagi menubuhkan satu unit yang dipanggil sebagai Unit Teknologi Maklumat dan juga unit penyelidikan di Pejabat Dewan Negeri. Ia adalah untuk memantapkan maklumat pengurusan data sebagaimana yang dicadangkan tadi termasuklah juga membangunkan arkib secara digital. Insha allah…terima kasih.

Speaker

Ok, Gual Ipoh….

Tuan Bahari bin Mohamad NorBERSATU · PNGual Ipoh

Terima kasih kepada Dato’ Sri Amar Speaker, soalan tambahan kedua saya adalah apakah tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar menjelaskan ada pengasingan dari segi staff untuk supaya berasingan pengasingan kuasa. Apakah juga ada pengasingan bajet untuk kepada Dewan kita yang mulia ini supaya ada kuasa autonomi untuk mempertingkatkan ataupun untuk menaiktaraf segala bentuk bagi memperkuat dan memperkukuhkan Dewan Undangan Negeri Kelantan sebagaimana Dewan-Dewan Undangan Negeri lain. Terima kasih.

Terima kasih, nampaknya Ahli-Ahli Yang Berhormat kita memandang tinggi tentang keunggulan kita katakan Dewan Undangan Negeri Kelantan itupun pengasingan kita setakat ini mengikut kemampuan yang kita ada. Walaubagaimanapun ia memang termasuk dalam senarai yang kita kaji Insha Allah melalui jawatankuasa tersebut. Dan jawatankuasa tersebut sudah pun melakukan lawatan ke 2 buah negeri dalam negara satu ke Sabah dan satu lagi ke Selangor kalau tak silap saya Sabah dan Selangor untuk melihat pelaksanaannya. Dan Insha Allah mana-mana yang mampu kita lakukan kita lakukan dengan segera dan ada pun yang lainnya mungkin kita akan kaji mengikut pelaksaaan pada masa ke semasa.

Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Chetok.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 3.

Soalan 3 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Penglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah jangkaan impak ekonomi wilayah hasil daripada pembinaan Jambatan Kedua Rantau Panjang-Golok?]

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Chetok.

Jambatan Kedua Rantau Panjang- Sungai Golok yang menjadi penghubung Kelantan dengan wilayah Selatan Thailand dijangka akan memberikan impak yang signifikan bagi kedua-dua wilayah. Kerajaan Negeri menjangkakan ianya akan memberikan impak ekonomi berdasarkan indikator berikut :-

i. Ianya akan meningkatkan perdagangan rentas sempadan melalui akses dua hala yang lebih lancar, peningkatan nilai import eksport berasaskan produk pertanian, makanan dan peruncitan.

ii. Ianya akan menjadi pemangkin perkembangan sektor pelancongan melibatkan konsep pelancongan dua hala dan pakej pelancongan sempadan. Potensi pertumbuhan homestay, penginapan bajet dan perniagaan makanan halal dijangka menjana peningkatan ekonomi rakyat.

iii. Menggalakkan pelaburan dan perindustrian selaras Rantau Panjang sebagai zon ekonomi khas dan menyokong zon perdagangan bebas. Faktor logistik akan menyokong perindustrian.

iv. Pengukuhan keselamatan dan kawalan sempadan yang lebih teratur, sistemaik dan mesra rakyat.

v. Ia juga akan memberi kesan rantaian infrastruktur kepada nilaian hartanah sekitar dan peningkatan taraf sosial penduduk Rantau Panjang. Interaksi hubungan antara Wilayah akan meningkat selari dengan peningkatan aliran trafik sejajar dengan keperluan semasa.

Terima kasih.

Speaker

Sila, Chetok..

Terima kasih kepada pihak Kerajaan di atas jawapan yang telah diberikan tadi. Soalan tambahan saya apakah rancangan-rancangan pihak Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf jalan penghubung dan juga infrastruktur logistik di sekitar jambatan ini bagi menangani jangkaan peningkatan trafik pada masa yang akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan. Memang telah dibuat baru-baru ini kita telah buat lawatan bersama dengan Ketua Jajahan bersama dengan jabatan-jabatan tertentu termasuk daripada pihak Thailand dan Malaysia. Terdapat lebih kurang 13 lot yang telah dikenalpasti di sekitar kawasan jambatan tersebut dan juga JKR juga sedang cadangan pengambilan jalan baru untuk memenuhi setelah jambatan kedua itu dibina dan juga seksyen 8 untuk menaiktaraf jambatan menghubung tu telah pun dijalankan begitu juga seksyen 4 untuk mengenalpasti pembinaan Kompleks Kastam Kuarantin dan juga ICQS Rantau Panjang telah dikenalpasti. Begitu juga telah berbincang di tapak bagaimana untuk menyelesaikan bagaimana setelah jambatan dan

jalan dinaiktaraf apakah mengurangkan banjir dan sebagainya dan floor of traffic tu akan lebih tersusun setelah dikenalpasti.

Terima kasih.

Speaker

Sila Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Terima kasih Dato’ Speaker, berdasarkan potensi besar yang bakal dinikmati oleh Rantau Panjang daripada pembinaan Jambatan Kedua ini soalan tambahan saya apakah Kerajaan Negeri sudah mengenalpasti lokasi pertumbuhan baru dan juga kawasan perindustrian baru sebagai persediaan untuk menerima limpahan ekonomi tersebut.

Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan. Memang setelah ianya akan dijalankan dan kita telah dikenalpasti Kerajaan Negeri beberapa lokasi pertemuan baru di kawasan industri strategik sebagai persediaan menerima limpahan ekonomi menarik kemasukan pelaburan berimpak tinggi. Kita juga bersama seperti MIDA syarikat berkaitan Kerajaan Negeri ataupun GLC untuk mempromosikan kawasan-kawasan yang berpotensi tinggi untuk dimajukan mengikut kesesuaian berdasarkan rancangan strukturan negeri 2040 dan kesesuaian pelabur. Sedikit tambahan iaitu laporan Taman Halal Park juga oleh kerana berdekatan kawasan tersebut telah pun sekarang lebih kurang 60% telah digunakan yang telah meningkat daripada dahulu dan antara termasuk setakat ini ada 5, 6 syarikat yang baru dan dalam proses pemasaran pengedaran kenderaan bermotor juga berada di situ begitu juga Intan Biotec Sdn Bhd dan juga beberapa syarikat-syarikat yang baru telah dikenalpasti dan setakat ini hampir 60% telah berjaya ditempat di kawasan tersebut, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Wakaf Bharu.

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 4.

Soalan 4:

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan perancangan atau inisiatif untuk membuka lokasi baharu bagi menempatkan semula pasar Cabang Empat Tok Mek Ngah, agar limpahan ekonomi tempatan dapat dikebangkan selaras dengan arus kemodenan dan keperluan semasa memandangkan pasar ini menjadi tumpuan utama masyarakat setempat untuk mendapatkan keperluan harian, namun keadaannya yang agak kecil dan padat menyebabkan ia tidak lagi mampu menampung pertambahan kegiatan ekonomi setempat.]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Wakaf Bharu yang bertanyakan mengenai pembangunan pasar Cabang Empat Tok Mek Ngah (panjang nama dia) Cabang Empat Tok Mek Ngah ni dia sejarah dia Tumpat ni dia banyak cabang 4. Jadi Tok Mek Ngah ni penjual goreng pisang atas kedai lah jual goreng pisang dengan air batu dan air nyior jadi menjadi tempat persinggahan ramai jadi sohor. Cabang 4 mana? cabang 4 Tok Mek Ngah, maksudnya cabang yang menghubungkan Wakaf Bharu ke Meranti -Pengkalan Kubor dan juga Tumpat.

Mengenai Pasar Besar Tok Mek Ngah Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Tumpat telah pun mempunyai perancangan untuk Pembangunan Bandar Baru Cabang Empat Tok Mek Ngah bagi menempatkan semula pasar yang lama ke tempat baru. Sekarang ni pasar tu majulah walaupun kecil maju kerana menjadi tumpuan selepas kita naik taraf laman Seni Warisan Kampong Laut, naik taraf Pantai Geting dan adanya Masjid Ar-Rahman Kubang Batang warna biru tu jadi ramai pengunjung berkunjung

singgah ke Pasar Besar Cabang Empat Tok Mek Ngah untuk membeli cenderahati dan juga makanan tradisional.

Selaras dengan perancangan rancangan tempatan jajahan Tumpat 2035 penggantian telah mengklasifasikan Cabang Empat Tok Mek Ngah sebagai pekan. Justeru itu Pihak MDT telah memohon kepada Kerajaan Negeri untuk membuat pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan tersebut dan akan dibangunkan secara usahasama dengan syarikat pemaju yang berminat ke atas cadangan ini. Sekian…

[YB TIMBALAN SPEAKER MENGAMBIL ALIH TUGAS SPEAKER ]

Speaker

Silakan, Wakaf Bharu.

Tuan Mohd Rusli bin AbdullahPAS · PNWakaf Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan tersebut. Sebelum soalan tambahan saya mewakili rakyat Wakaf Bharu khususnya rakyat Cabang Empat di atas perancangan tersebut. Cuma dengan penuh harapan supaya tindakan tersebut disegerakan dan juga pelan pembangunan yang akan dibina nanti mohon supaya disertakan tempat rekreasi terutamanya yang melibatkan kanak-kanak tempat mainan budak-budak main supaya lebih mesra pengguna dan juga mesra keluarga. Soalan tambahan saya, bagaimanakah Kerajaan Negeri menilai tahap penyelenggaraan kemudahan awam seperti tandas awam, taman rekreasi, tempat letak kereta agar kemudahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan mesra kebersihan dan juga keselamatan.

Sekian, terima kasih.

Terima kasih Wakaf Bharu di atas soalan tambahan. Kena jawab panjang tu pasalnya ada soalan mengenai tandas dan yang kedua tempat rekreasi dan juga tempat letak kereta. Mengenai tempat letak kereta dan juga taman rekreasi ini kita kira dalam kawalanlah kita selenggara sentiasa dan mempastikan keselamatan pengguna jalan raya dan juga parking juga selamat. Taman rekreasi banyak kita naik taraf dan kita mampu untuk

menyelenggara taman-taman yang kita telah naiktaraf. Saya akan tekankan jawapan kepada cara kita menyelenggara tandas. Tandas ni kita ada kalau ikut kepada PBT dia ada garis panduan pengurusan dan penarafan bintang tandas awam yang dibuat oleh KPKT dan kita di pihak Kerajaan Negeri kita ada program di bawah Kelantanku Bersih. Kelantanku Bersih ni kita pastikan di antaranya tandas-tandas di bawah PBT di selenggara sebaiknya dan kita cuba setiap tahun kita memohon peruntukkan daripada KPKT bawah tandas (BMW) bersih, menawan dan wangi untuk kita menaiktaraf tandas-tandas yang lama yang rosak untuk boleh digunakan dengan selesa oleh para pengunjung terutamanya di kawasan-kawasan pelancongan dan juga peranginan.

Dan kita Kelantanku Bersih kita ada satu pertandingan tandas terbersih milik PBT. Dan kita diperingkat PBT kita ada beberapa kaedah untuk memastikan tandas sentiasa bersih terutama sekali penyelenggaraan asal dalaman. Tandas kita gaji staff kakitangan untuk membersihkan secara berkala adalah kita punya KPI iaitu kita membersihkan 3 kali sehari pagi, tengahari dan juga petang. Dan juga kaedah kedua kita sewa pajak kepada pengusaha Swasta yang di pasar tu kita bagi keutamaan kepada persatuan peniaga untuk menyewa pajak tandas dan boleh dikenakan bayaran masuklah dan yang ketiga kita jadikan tandas, tandas angkat pada mana-mana NGO sekolah-sekolah ataupun pusat pengajian untuk menjadikan dan biasa mereka akan memilih kawasan-kawasan pelanconganlah sebagai tandas angkat mereka.

Masalah berlaku bila kita pergi kepada kempen Kelantanku Bersih tapi kita kempen kepada kebersihan, kita juga kempen kepada rakyat cara-cara kaedah penggunaan tandas yang betul. Kalau kita masuk tandas awam biasa kita nampak ada sticker does and don’t’ yang dibuat oleh NGO cara buang air besar macam mana. Elakkan kita daripada mencangkung ada kaedah dialah dan jangan buang tuala atau dalam lubang tandas, flush selepas guna dan macam-macam lagilah. Sebab tandas macam tong sampah setiap hari digunakan oleh rakyat kitalah dan setiap hari perlu diselenggara. Jadi kaedah kita kempen supaya semua rakyat dapat menggunakan tandas dengan betul Insha Allah kalau masing-masing faham tandas mereka guna lepas ni akan digunakan oleh orang lain kena jaga Insha Allah akan dapat pahala. Ini kempen kitalah kita dapat memastikan tandas sentiasa bersih dan terjaga. Tandas-tandas yang apa ni kotor terutama di premis-premis kita ada penarafan bintang sehingga 5 bintang. Kita usahasama dengan Jabatan Kesihatanlah membuat pemantauan dan kalau ada melanggar apa ni garis panduan kita akan sita

sekejap untuk pastikan pemilik tandas restoran ataupun kedai menyelenggara semula dan kita akan benarkan balik untuk beroperasi dan saya rasa dah banyak perubahan berlaku dalam Kelantan Masjid, Surau pun dah bersih. Banyak tempat-tempat yang kita dah bangunkan tandas diselenggara dengan baik. Tinggal lagi kesedaran masyarakat dan usaha berterusan dan juga amalan penggunaan tandas yang betul oleh rakyat kita.

Sekian itu sahaja jawapan untuk Wakaf Bharu.

Terima kasih.

Speaker

Silakan Pengkalan Pasir.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan saya.. kalau kita lihat banyak premis-premis di PBT masih banyak lagi mempunyai kekosongan. Antara isu yang dibangkitkan ialah kita mempastikan sebagaimana contoh diserahkan di Pasir Mas banyak lagi premis-premis yang kosong. Itu yang pertama dan yang keduanya soalan tambahan saya bagaimana kita berusaha untuk PBT untuk mempastikan kadang-kadang ada penyewa tapi tidak dibuka. Dijadikan stor sahaja dan ini kadang-kadang mencacatkan pemandangan kalau orang biasa tengok dia kata ini mesti tak dok orang. So bagaimanakah usaha-usaha PBT untuk mempastikan semua premis-premis milik PBT di setiap daerah diguna pakai sepenuhnya.

Terima kasih kepada Pengkalan Pasir, soalan tambahan. Mengenai premis-premis terbiar jika premis itu milik PBT yang disewakan kita akan pastikan ia disewa dan juga beroperasi. Sekiranya ada satu pasar contohnya 30% peniaga tidak beroperasi menyebabkan pengunjung yang datang itu menganggap pasar tersebut tak maju tak lakulah. Dan dalam kes ini kita mohon pada penyewa-penyewa premis terutama sekali pasar-pasar borong, pasar-pasar awam supaya membuka premis masing-masing untuk menarik lebih ramai pelancong dan berkenaan dengan premis milik individu ataupun swasta. Kita peringkat PBT kita memang

mengenalpasti premis-premis dan kita akan menghantar notislah. Dan dalam keadaan kekangan ekonomi kita faham ada peniaga yang tak dapat membuka kembali perniagaan sekiranya premis tersebut terbiar lama kita di bawah PBT kita ada Akta 171 yang memberi kuasa kepada PBT untuk memberikan notis kepada pemilik notis untuk menyelenggara premis tersebut lama terbiar kemungkinan menyebabkan tempat-tempat pembiakan nyamuk kita boleh berikan notis kepada pemilik premis untuk menyelenggara balik ataupun sekiranya mencacatkan pandangan kita boleh bagi notis untuk mereka mencantikkan premis kalau tak dapat tak dibuat, tak dipatuhi kita PBT ada kuasa untuk kita mengambil alih kita selenggara kita hantar notis untuk tuntutan balik kos yang kita kenakan kepada pemilik-pemilik premis dan kita juga boleh mengenakan kompoun sehingga RM2,000 pada premis-premis yang gagal dan ingkar mematuhi notis yang kita keluarkan. Kita tak sampai tahap tu lagilah. Kalua benda ni berterusan kita boleh mengeluarkan notis kompoun untuk kita kompoun secara berterusan hari ke hari kepada pemilik premis yang masih gagal mematuhi notis yang kita keluarkan kepada pemilik-pemilik premis.

Sekian,

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 5.

Terima kasih.

Soalan 5 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Penglima Perang Menteri Besar nyatakan, berapa keluasan tanah pertanian terbiar yang telah dikenal pasti di Kelantan dan apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memajukan tanah-tanah tersebut. Adakah skim seperti sewaan tanah terbiar kepada petani muda atau kerjasama dengan agensi pusat diperkenalkan bagi mengusahakan tanah tidak produktif ini?]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Gual Periok yang bertanyakan berkaitan dengan keluasan tanah pertanian terbiar, skim bantuan petani muda dan kerjasama agensi pertanian negeri dan Persekutuan.

Kerajaan Negeri Kelantan bersama dengan Pejabat Pertanian jajahan Negeri Kelantan dalam tindakan mengenalpasti baki tanah terbiar yang berpotensi dimajukan sebagai tapak-tapak pertanian. Mengikut rekod Geospatial Jabatan Pertanian Negeri jumlah keluasan tanah terbiar yang ada di Negeri Kelantan setakat ini mengikut rekod 2020 seluas 4,814.7 hektar. Jumlah keluasan tanah terbiar yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kelantan bermula 2006 sehingga 2024 adalah seluas 3,332.92 hektar. Keluasan tanah terbiar mengikut jajahan adalah seperti berikut:-

Kota Bharu dengan bilangan lot 188 seluas 154.2 hektar, Tumpat 113.26 hektar, Pasir Mas 510.3 hektar, Bachok 327.7 hektar, Tanah Merah lot paling banyak nih 550 lot dengan bilangan keluasan hektarnya ialah 459.59 hektar juga Machang bilangan lot 642 dengan keluasannya ialah 773.5 hektar, Jeli 299 lot dengan keluasan 681.7 hektar, Kuala Krai 411 lot dengan keluasan 1021.7 hektar, Gua Musang 46 lot dengan keluasan 326.6 hektar, Pasir Puteh 441 lot dengan keluasan 445.5 hektar. Menjadikan jumlah lot yang boleh dibangunkan ialah sebanyak 3,690 lot tanah terbiar dengan keluasan 4,814 hektar.

Pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan setakat ini daripada 2006-2024 sebanyak RM 12,600,000.00 yang melibatkan pembangunan tanah terbiar seluar 2,332.57 hektar bagi seluruh negeri Kelantan.

Bagi Peruntukkan Persekutuan Negeri Kelantan telah menerima peruntukkan sebanyak RM13,736,600.00 bermula 2008-2019 yang melibatkan pembangunan tanah terbiar seluas 1000.35 hektar. Menjadikan jumlah keseluruhan tanah yang telah dibangunkan seluas 3,332.92 hektar sepanjang 2006-2024. Tanah-tanah terbiar pula sama ada milik sendiri, sewaan atau pajakan akan dibangunkan mengikut kesesuaian persekitaran dan potensi dalam 2 bentuk. Pertama tanaman

kekal kelapa, durian, nangka, jambu, limau madu. Yang kedua, tanaman singkat masa ………. Cosncrop seperti pisang, tembikai, nenas, cili, timun, jagung, melon dan sayur-sayuran.

Bagi skim pulak skim atau bantuan kepada pemohon termasuk belialah kita melihat kepada keluasan tanah yang dipohon minimanya untuk tanah terbiar ialah 0.4 hektar hampir 1 ekar dengan kadar peruntukkan sebanyak RM25,000 perhektar. Kadar insentif ini meliputi infrastruktur seperti pembersihan, penyediaan kawasan pembelian input organisasi dan peralatan pertanian. Juga penyediaan kemudahan infrastruktur ladang yang meliputi sistem pengairan dan saliran lintasan jentera, jalan, ladang, pagar, bangsal, papan tanda serta penyediaan, kemudahan pengendalian lepas tuai meliputi pembinaan pusat pengumpulan, pusat pemprosesan hasil, stor dan pembelian peralatan, penggredan peralatan untuk rawatan asas kuarantin dan peralatan jualan terus. Juga ada Skim Bantuan Agro Primuda di bawah jabatan-jabatan agensi Negeri dan Persekutuan.

Begitu juga pembangunan tanah terbiar dilakukan oleh perbadanan dan juga anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, GLC. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan sedang membangunkan tanah-tanah terbiar berkeluasan 270 ekar di tempat yang kita namakan Rong Chenok Agro Valley Pasir Mas, Kelantan dengan beberapa projek seperti tanaman sayuran sistem hidroteknologi hidroponik tanaman cili secara fertigasi, reban ayam secara automatic bertutup pusat pembenihan ikan air tawar ternakan lembu pedaging baka Charolais. Bagi perancangan tahun 2025-2026 pihak Teknologi Pertanian dan keterjaminan makanan telah meluluskan beberapa peruntukan bagi membangunkan lagi aktiviti pertanian di Rong Chenok Agro Valley seperti tanaman sumber makanan ternakan ruminan napier tanaman buah-buah melon madu Kelantan dan juga tanaman pisang juga pihak Rong Chenok Agro Valley Ladang Anggur dan Tin.

Di bawah KPKB Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad sedang membangunkan lebih 115 hektar tanah dengan pelbagai projek melibatkan 49.4 ekar pembangunan tanah terbiar tanaman seperti Tembikai, Ubi Keledek, Timun Batang dan Labu projek fertigasi 18.7 ekar, projek tanaman bawang 20 ekar melibatkan 2 lokasi Pasir Mas dan Tanah Merah, tanaman Harum Manis 10 ekar di Bachok dan yang terkini membangunkan Gual Ipoh Agro Farm 18 ekar dengan projek tanaman

fertigasi terung, jagung, labu manis, bawang, ternakan ayam telur dan ayam saga MARDI.

Di bawah Kelantan Biotech Cooperation Sdn. Bhd KBC seluas 300 ekar tanah sedang dibangunkan iaitu pembangunan Grand Valley Bio Park di Loging seluas 50 ekar dengan aktiviti pertanian tanah tinggi tomato, sawi organik, lada benggala, jagung manis, diusahakan melalui syarikat kerjasama strategik.

Yang kedua, pembangunan Kelantan Agro Valley di Gong Datuk Pasir Puteh seluas 150 ekar meliputi Pertanian Bersepadu iaitu penanaman nenas, pisang, penternakan ikan, ternakan lebah kelulut dan kebun-kebun durian.

Yang ketiga, pembangunan projek makanan haiwan dan tanaman rumput hijau untuk ternakan seluas 50 ekar di Jeram Pasu.

Yang keempat, sedang membangunkan kawasan baru tanah terbiar di Kandis, Gaal Pasir Puteh dengan keluasan 50 ekar untuk tanaman komuniti seperti koko. Di bawah Darul Naim Agro Management Industries Sdn. Bhd (DAMAI) membangunkan hampir 150 ekar tanah terbiar dengan projek-projek keluaran makanan seperti nenas, durian, kelapa, ubi keledek dan lain-lain. Juga di bawah Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia Negeri Kelantan. Ini perkembangan terbarulah yang agak positif dan memberangsangkan. Tahun ini 2025 menunjukkan lonjakan positif yang amat memberangsangkan bagi sektor penanaman nenas di Negeri Kelantan. Berdasarkan data terkini luas bertanam meningkat sebanyak 55% manakala luas bantuan terut melonjak sebanyak 82% berbanding tahun sebelumnya. Itu pada tahun 2024 seluas 147.94 hektar atau 365.5 ekar meningkat kepada 228.85 hektar atau seluas 565.5 ekar luas bertanam. Luas bantuan pula luas 44.57 hektar atau 110 ekar pada tahun 2024 kepada 80.91 hektar atau 200 ekar pada 2025. Dan penanaman nenas ini masih termasuk di dalam tanaman fokus tanaman 2026 dengan target membangunkan lebih 500 ekar tapak baru.

Manakala soalan terakhir Gual Periok ni berkaitan dengan kerjasamalah... kerjasama agensi Pusat dengan Agensi Kerajaan Negeri. Setakat ni Alhamdulillah berjalan dengan baik khususnya agensi teknikal seperti MARDI, FAMA, Lembaga Perindustrian Nenas, Lembaga Pertubuhan Peladang LPP dan lain-lain malah mendapat kerjasama baik daripada pihak Kementerian Pertanian dan keterjaminan makanan dengan

meneruskan beberapa projek baru Insha Allah kita akan laksanakan dengan sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Silakan Gual Periok.

Tuan Kamaruzaman bin MohamadPAS · PNGual Periok

Terima kasih di atas jawapan yang begitu panjang lebar yang menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengusahakan tanah terbiar. Soalan tambahan saya adakah wujud satu skim khusus kepada anak-anak muda untuk mempertingkatkan penglibatan mereka dalam industri pertanian dan juga untuk membantu mengusahakan tanah-tanah yang tidak produktif ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Gual Periok. Iyaa, memang ada untuk pemuda ataupun belia dan beliawanis terutamanya di bawah jabatan-jabatanlah yang gunasama dan Jabatan Persekutuan yang melibatkan pertanian seperti Skim Agro Primuda yang boleh dipohon oleh belia dan beliawanis kita sepanjang tahun dan sekarang ni meningkat kepada satu projek sampai RM30,000 bergantung kepada persiapan pemohon di mana setiap pemohon mestilah menyediakan yang sesuai dan jugak telah memulakan projek yang mereka pohon yang Insha Allah dapat membantu mereka membangunkan tanah-tanah terbiar dan projek-projek pertanian.

Juga di bawah Jabatan Pertanian di bawah portfolio EXCO jugak beberapa bantuan projek pembangunan untuk belia ini juga di bawah EXCO usahawan dengan Skim Mikrokredit yang juga boleh dipohon untuk pembangunan tanah terbiar termasuk membina usahawan-usahawan belia yang Insha Allah akan berjalan dengan baiklah Insha Allah tahun depan.

Speaker

Silakan Gual Ipoh.

Tuan Bahari bin Mohd NorBERSATU · PNGual Ipoh

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kepada Yang Berhormat Dato’ EXCO Pertanian kita yang mana kita dapati banyak tanah-tanah terbiar ini bolehkah kita satukan di bawah land bank ataupun tanah-tanah terbiar ni duduk di bawah satu land bank bagi memudahkan golongan belia untuk mengakses carian terhadap tanah-tanah terbiar di kawasan masing-masing dan melalui bantuan KPKB Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad ni maka golongan muda boleh lebih mudah untuk menjalankan gerak kerja pertanian… usahawan pertanian.

Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Gual Ipoh yang memang adalah kita sediakan land bank ataupun bank tanah sebagaimana saya sebutkan tadi di setiap jajahan ada tanah-tanah terbiar milik individu dan juga rizab-rizab haiwan dan pertanian yang boleh dikhususkan oleh pihak Kerajaan yang bersedia dimajukan oleh para pemohon termasuk belialah. Er…. juga kita ada tanah-tanah terbiar rizab tebing sungai JPS IADA Kemasin Semerak, KADA dan sebagainya yang sebahagiannya ada permohonan daripada pemohon untuk mereka bangunkan Kerajaan menilai telah memberi beberapa kelulusan penggunaan sementara dengan bayaran tol untuk membangunkan tanah tersebut. Termasuk tanaman terbiar tanaman padi yang boleh dibangunkan. Cuma ada sedikit masalah sebahagian kawasan tanah terbiar padi tak boleh dibangunkan dengan sempurna pembangunan padi kerana infra pengairan dan saliran belum sempurna. Insha Allah nanti kita akan usaha dari masa ke semasa memberi maklumat kepada para pemohon terutamanya belia-belia kita yang sekarang ni nampaknya sangat berminat dalam sektor pertanian mereka boleh akses dan tengok tanah-tanah terbiar yang ada dan mereka kena membuat sedikit kajian dan perbincangan dengan jabatan dan agensi Insha Allah mereka termasuk kumpulan yang terpilih membangunkan projek-projek mereka Insha Allah.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 6.

Soalan 6 :

[Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan apakah status liputan rangkaian 5G di negeri ini mengikut jajahan, serta berapakah peratus capaian berbanding liputan 4G sedia ada? ]

Dato' Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kelaboran atas soalan yang diberikan. Sehingga 31 Ogos 2025, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) melalui Digital Nasional Berhad (DNB) telah menyiapkan sebanyak 232 tapak pemancar 5G di Negeri Kelantan, yang secara keseluruhan telah menyediakan 67% liputan 5G di kawasan berpenduduk. Dan bagi rangkaian 5G kedua pula, U Mobile Sdn Bhd iaitu (U Mobile) telah menaiktaraf sebanyak 109 tapak ke liputan 5G sejak ia mula beroperasi pada 14 Julai 2025.

Dan terkininya telah mencapai 225 tapak pemancar di kawasan berpenduduk. Dan dalam pelaksanaannya sebanyak 66 lagi dalam pembikinan pihak MCMC, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Kelaboran.

Terima kasih kepada jawapan yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan. Soalan tambahan saya sejauh mana Kerajaan Negeri telah menilai jurang capaian digital liputan 5G antara jajahan seperti Kota Bharu mencapai liputan 93.4%, Gua Musang yang hanya 34.3 serta adakah wujud pelan

pemetaan digital berasaskan GIS bagi memastikan ke arah akses digital dicapai.

Dato' Hj Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan. Dia penialaian jurang capaian liputan 5G ni berasaskan kepada kepadatan penduduk. Jadi di Kota Bharu ni kepadatan penduduknya padat. Contohnya dengan Gua Musang ni kepadatan penduduk dia ni kurang. Satu coverage contohnya di Kota Bharu dia boleh coverage sampai 200 penduduk. Di Gua Musang ni 10. Tu yang menyebabkan berlaku jurang perbezaan di antara kawasan berpenduduk padat dengan kawasan yang berpenduduk kurang padat. Dan liputan 5G di negeri Kelantan dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak DNB dan juga U Mobile berdasarkan kepada keperluan dan kesediaan infrastruktur untuk peluasan liputan 5G. MCMC akan melaksanakan peningkatan daripada 4 hala kepada 6 hala. Rangkaian teras pelbagai operator, multioperator, call network NOCN dengan izin, bagi membolehkan liputan diperluaskan dengan lebih cepat. Dan selain daripada itu MCMC juga turut mengkaji kesesuaian menara di bawah pelaksanaan JENDELA fasa 1 untuk dilibatkan bagi tujuan rangkaian 5G dan juga perbincangan menyeluruh bersama jabatan-jabatan yang berkaitan termasuk pejabat MCMC Negeri Kelantan serta kedua-dua penyediaan rangkaian 5G telah diadakan bagi membincangkan penyedia rangkaian 5G untuk memboleh keupayaan pelaksanaannya Digital Negara Berhad dan juga U Mobile. Pendekatan ini akan mengoptimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada mengurangkan kos dan masa pelaksanaan serta membolehkan rakyat liputan yang lebih meluas dengan kadar yang lebih pantas.

Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Galas.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi liputan 5G kita di Kelantan ini nampaknya masih rendah di bawah paras purata nasional ialah sebanyak 77.2% dan sebagaimana yang disebut tadi jurang di antara

luar bandar dengan bandar nampak agak ketara. Soalan saya memandangkan liputan 5G kita ini masih rendah, apakah sasaran rasmi Kerajaan pada tahun 2026 nanti bagi menutup jurang digital antara bandar dan luar bandar dan yang keduanya apakah bentuk kerjasama konkrit antara Kerajaan Negeri dengan MCMC bagi mempercepat pemasangan menara dan gentian optik di jajahan pedalaman seperti di Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai kerana kita tahu masih ada lebih kurang 250 blind spot yang ada di kawasan-kawasan luar bandar.

Terima kasih.

Dato' Hj Wan Roslan bin Wan HamatPAS · PNPengkalan Kubor

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Galas, tahniah Dato’ baru. Dia gini dulu dia satu player Digital Sdn. Bhd. Sekarang ni bermula Julai 2025 kita tambah jadi two player dengan penyertaan U-Mobile. Dan untuk kita selaraskan berlaku keadilan kita akan tambah lagi ke Gua Musang dengan pemain baru player baru U-Mobile. Dan setakat ini MCMC bersama dengan jabatan-jabatan yang ada di seluruh Negeri Kelantan mengadakan perancangan dan dia sudah propose 500 lebih untuk dipasang dan dilaksanakan di seluruh negeri Kelantan. Insha Allah kita nampak pencapaiannya cepat dan pantas dan secara perbandingannya contohnya 4G setakat ni nya di seluruh Negeri Kelantan 99% lebih hampir 100%. Cuma 5G ni 67%.

Inilah yang diambil inisiatif oleh MCMC bersama dengan PBT agensi-agensi yang ada di Negeri Kelantan, BKI pihak Negeri untuk mempercepatkan liputan 5G ni ke seluruh negeri Kelantan.

Terima kasih.

Speaker

Saya persilakan Bunut Payong.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Terima kasih Dato’ Speker, saya pohon jawapan bagi soalan saya nombor 7.

Soalan 7 :

[ Minta YAB Ustaz Dato’ Penglima Perang Menteri Besar nyatakan jumlah penerima bantuan ADHOC Armalah setiap tahun dari tahun 2020 hingga 2025.]

Dato' Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Bunut Payong atas soalan yang telah dikemukakan. Terlebih dahulu saya ingin memohon daripada Dato’ Speaker untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Bukit Bunga bertarikh 11 November soalan yang ke 7.

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Bukit Bunga atas soalan yang melibatkan Armalah. Maknanya Armalah ni sentiasa di hati Yang Berhormat.

[ KETUKAN MEJA OLEH BEBERAPA AHLI YANG BERHORMAT ]

Untuk makluman yang Berhormat-Yang Berhormat peruntukan Armalah, anak-anak yatim sudah pun bermula iaitu daripada 2007 dengan peruntukan sebanyak RM3.6 juta dan ianya meningkat secara berperingkat dari tahun ke tahun sehingga ke tahun ini ianya menjadi 6.75 juta. Alhamdulillah rezeki untuk golongan yang amat memerlukan perhatian dan juga bantuan daripada pihak Kerajaan.

Ini menunjukkan Kerajaan sentiasa komited dan sentiasa konsisten dalam memberi perhatian dan juga menjaga kebajikan Armalah dan juga anak yatim. Bantuan ADHOC dan sosial ekonomi Armalah bagi setiap DUN telah diperuntukkan sebanyak RM120,000.00 iaitu diagihkan secara berfasa iaitu 2 fasa. Fasa pertama sebanyak RM60,000.00 dan fasa kedua juga dalam RM60,000.00juga. Ini menunjukkan peruntukan yang diagihkan ke seluruh Negeri Kelantan adalah sebanyak 5.4 juta.

Jumlah penerima adhoc Armalah pada setiap tahun iaitu daripada 2020-2025 adalah :-

2020 - 50,287 orang 2021 - 29,822 orang 2022 - 30,489 orang 2023 - 32,700 orang 2024 - 28, 758 orang 2025 - 28,853 orang

Di harapkan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban golongan Armalah dan juga semoga ianya menjadi asbab kepada kesejahteraan hidup mereka menjadi amal jariah kepada semua mereka yang terlibat dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan ini. Selain daripada usaha bantuan one off yang diberikan Kerajaan Negeri juga memberikan tumpuan dan perhatian kepada usaha yang berterusan untuk memperkukuhkan ekonomi golongan Armalah ini.

Selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam, Kerajaan Negeri tidak hanya menumpukan kepada pemberian bantuan segera tetapi turut merancang pelan jangka panjang yang menyeluruh bagi memperkasakan ekonomi Armalah. Pendekatan ini bertujuan melahirkan golongan Armalah yang berdikari, berkemahiran dan mampu menyumbang kepada kemajuan sosio ekonomi negeri antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah melalui bantuan sosial ekonomi, bantuan perniagaan iaitu dalam bentuk peralatan dan kemudahan yang berkaitan. Kedua, program jana ekonomi di pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah iaitu PELOWA di Bazar Siti Aisyah, Kelas Jahitan di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di 45 DUN seluruh Kelantan, Program Kembara Armalah yang memberi ruang kepada Armalah untuk membina jaringan komuniti, membuka minda serta memberi pendedahan kepada Armalah terhadap peluang keusahawanan yang ada. Kelima, bantuan Tabung Usahawan Wanita juga bantuan peralatan perniagaan untuk wanita Kelantan termasuk Armalah yang memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 setahun.

Ini lebih kita fokuskan kepada Armalah atau wanita yang berniaga secara kecil dan sederhana. Kerjasama strategik bersama agensi IPT dan badan-badan korporat bagi kursus dan bimbingan perniagaan jangka panjang yang dilaksanakan secara berterusan dan bagi membantu golongan Armalah yang miskin di negara ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini dapat memperkasakan ekonomi Armalah dan membuka

ruang rezeki yang lebih luas. Moga mudah-mudahan setiap ikhtiar yang kita berikan ini akan diberkati oleh Allah S.W.T, terima kasih.

Speaker

Silakan Bunut Payong sekali lagi.

Tuan Shaari bin Mat YamanPAS · PNBunut Payong

Terima kasih.. tahniah kepada pihak Kerajaan kerana telah menjalankan banyak aktiviti dan program untuk membantu Armalah di dalam Negeri Kelantan dengan jumlah Armalah nya telah didaftarkan setiap tahun sekitar 30,000 lebih. Jadi kita ingin tahu berapakah jumlah penerima sosio ekonomi Armalah dan tabung usahawan wanita di kalangan Armalah dari tahun 2020-2025?

Terima kasih.

Dato' Rohani binti IbrahimPAS · PNTanjong Mas

Terima kasih Bunut Payong atas soalan tambahan, jumlah penerima sosioekonomi Armalah pada tahun 2020-2025 adalah sebanyak 1,695 orang. Manakala bilangan Tabung Usahawan Wanita daripada 2025 juga seramai 288 orang Armalah telah menerima manfaat ini bagi menjana ekonomi mereka, sekian terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menangguhkan Sidang Dewan pada pagi ini. Dewan akan bersambung semula pada jam 11.00 pagi.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.30 PAGI DAN AKAN BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI.

(Urusan Dewan selepas rehat)

Speaker

PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI

VI … CADANGAN-CADANGAN YANG DIBERITAHU

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Keenam, Cadangan-cadangan Yang Diberitahu.

[ Cadangan Yang Pertama]

Setiausaha

Cadangan Yang Pertama, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Menteri Besar Akan Mencadangkan –

ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan -

BAHAWA DEWAN INI, MENGIKUT SEKSYEN 4 (1) DARIPADA AKTA KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN TAHUN 1966 MELULUSKAN DAN MENGUNTUKKAN MULAI DARIPADA 1HB. JANUARI 2026 ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2026 SEBAGAIMANA TERKANDUNG DI DALAM DAN DIBENTANGKAN SEBAGAI KERTAS DEWAN BIL. 23 TAHUN 2025.

Ulasan-ulasan bagi cadangan ini akan disampaikan bersama ulasan Rang Undang-Undang Yang Kedua iaitu Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 yang akan dikemukakan nanti.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan perbahasan bagi Cadangan Yang Ketiga ini ditangguh dan dibuat bersekali dengan perbahasan bagi Rang Undang-Undang Yang Keempat iaitu Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 yang akan dibentangkan kemudian daripada ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya perbahasan bagi Cadangan ini ditangguh dan dibuat bersekali dengan perbahasan Rang Undang-Undang Yang Kedua iaitu Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 yang akan dibentangkan kemudian daripada ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan.

Perbahasan bagi Cadangan ini ditangguh dan akan dibuat bersekali dengan perbahasan bagi Rang Undang-Undang Yang Kedua iaitu Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 yang akan dibentangkan kemudian daripada ini.

VII … RANG UNDANG-UNDANG

Setiausaha

Susunan Urusan Persidangan Yang Ketujuh, Rang Undang-Undang.

[ RANG UNDANG-UNDANG YANG PERTAMA ]

Setiausaha

Rang Undang-Undang Yang Pertama, YAB USTAZ DATO’ PANGLIMA PERANG DATO’ MENTERI BESAR akan mencadangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2025) Tahun 2025.

Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2025) Tahun 2025Bill

Setiausaha

[ BACAAN KALI PERTAMA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

[PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122 ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan.

[ BACAAN KALI KEDUA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

[ UCAPAN USUL ]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ ﻏﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﲔ أ ﺻﻬﺒﻪ و

ﺗﻌﺎﱃ و ﷲ ل ﻗﺎ

ﻣﺎ ا ﻗﻮ ﻟﻚ ذ ﺑﲔ ن ﻛﺎ و وا ﻳﻘﱰ ﱂ و ا ﻳﺴﺮﻓﻮ ﱂ ا ﻧﻔﻘﻮ أ إذا ﻟﺬﻳﻦ وا Maksudnya : Di antara sifat Ibadurrahman, hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan harta mereka tidak boros dan tidak pula kedekut. Sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana yakni pertengahan di antara keduanya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mendapatkan kuasa dari dewan ini bagi membolehkan suatu peruntukan tambahan sebanyak RM28 880 000.00 dikeluarkan bagi menampung kekurangan peruntukan perbelanjaan mengurus tahun 2025 yang telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan terdahulu daripada ini. Peruntukan tambahan ini merupakan peruntukan bagi perbelanjaan perbekalan tambahan 2025 yang telah diterima oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi maksud berikut di bawah kepala :

BIL JABATAN JUMLAH B 01 Pejabat Sultan RM 25 700 000.00 B 06 Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok RM 190 000.00 B 21 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri RM 2 990 000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 28 880 000.00

Jumlah tersebut untuk memenuhi keperluan perbelanjaan iaitu

a) Sebanyak RM990 000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan di bawah objek sebagai 11000 Gaji dan upahan yang tidak mengcukupi di Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri.

b) Sebanyak RM1 950 000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan di bawah objek sebagai 21 000 Perbelanjaan Perjalanan Dan Sara Hidup yang tidak mengcukupi di Pejabat Sultan.

c) Sebanyak RM1 500 000.00 diperlukan untuk menampung perutukan dibawah objek sebagai 25000 Bahan-Bahan Makanan yang tidak mengcukupi di Pejabat Sultan.

d) Sebanyak RM1 juta diperlukan untuk menampung keperluan peruntukan dibawah objek sebagai 26 000

Bekalan Bahan Mentah yang tidak mengcukupi di Pejabat Sultan.

e) Sebanyak RM1 juta diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan dibawah objek sebagai 27 000 Bekalan dan Bahan-Bahan lain yang tidak mengcukupi di pejabat Sultan.

f) Sebanyak RM5 juta diperlukan untuk memenuhi keperluan peruntukan dibawah objek sebagai 28 000 Penyelenggaraan dan Pembaikan kecil yang dibeli yang tidak mengcukupi di Pejabat Sultan.

g) Sebanyak RM17 585 000.00 juta diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan dibawah objek sebagai 29 000 Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain dibeli dan hospitaliti yang tidak mengcukupi di Pejabat Sultan, Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri.

h) Sebanyak RM250 000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan di bawah objek sebagai 35 000 kelengkapan dan peralatan yang tidak mengcukupi di Pejabat Sultan.

Kesemua perbelanjaan ini dilakukan bukan semata-mata di sengajakan tetapi ianya merupakan perbelanjaan yang terpaksa dibuat setelah diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh kerajaan. Oleh demikian dibentangkan usul Perbekalan Tambahan 2025 Tahun 2025 untuk kelulusan dewan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perbelanjaan Tambahan Bagi Perkhidmatan Tahun 2025 Dan Bagi Memperuntukkan Jumlah Wang Itu

Bagi Maksud Yang Tertentu Bagi Tahun Itu. Sekarang saya kemukakan Rang Undang-Undang tersebut bagi Perbahasan.

[ PERBAHASAN OLEH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT ] [ PENGGULUNGAN OLEH PIHAK KERAJAAN ]

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Perbahasan bagi cadangan ini ditangguh dan akan dibuat bersekali dengan perbahasan Rang Undang-Undang Yang Kedua iaitu Enakmen Perbekalan 2026 Tahun 2025 yang akan dibentangkan kemudian daripada ini. Terima kasih.

[ SIDANG DITANGGUHKAN BUAT SEMENTARA WAKTU]

Setiausaha

SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

[ TINGKATAN JAWATANKUASA ]

Speaker

Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[ COKMAR DITURUNKAN ]

Setiausaha

Fasal 2 dan Jadual

Speaker

Fasal 2 dan Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan.

Speaker

Fasal 1 dan Fasal-Fasal Mengundangkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Persidangan Dewan disambung semula.

[ COKMAR DINAIKKAN ]

[ BACAAN KALI KETIGA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

telah ditimbang dalam Peringkat Jawatankuasa fasal demi fasal dan telah dipersetujukan tanpa apa-apa pindaan.

Dengan demikian, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2025 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”.

Dipersetujukan.

Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha

Enakmen Ini Bolehlah Dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama (2025) Tahun 2025 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.

Rang Undang-Undang Yang Pertama diterima dan diluluskan.

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH BADAN UNDANGAN BAGI NEGERI KELANTAN.

[ RANG UNDANG-UNDANG YANG KEDUA ]

Setiausaha

Rang Undang-Undang Yang Kedua, YAB DATO’ PANGLIMA PERANG USTAZ DATO’ MENTERI BESAR akan mencadangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) Tahun 2025

Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) Tahun 2025Bill

Setiausaha

[ BACAAN KALI PERTAMA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-Undang yang bergelar – SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang tersebut hendaklah dibaca bagi Kali Yang Pertama.

Setiausaha

SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

[ PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP 122 ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan saya menjalankan Rang Undang-Undang ini pada semua tingkatan dalam Persidangan ini pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah satu cadangan supaya Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 122 dipakai bagi maksud membolehkan Rang Undang-Undang ini dijalankan pada semua tingkatan dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga.

Dengan demikian, saya kemukakan cadangan tersebut bagi diundi.

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT YANG BERSETUJU, KATA “SETUJU”, AHLI-AHLI YANG TIDAK BERSETUJU, KATA “TIDAK”. Dipersetujukan.

[ BACAAN KALI KEDUA ]

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memberitahu bahawa saya akan mencadangkan bacaan bagi Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang ini dalam Persidangan Dewan pada hari ini juga. Saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang yang bergelar –

SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU BAGI MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU.

hendaklah dibaca bagi Kali Yang Kedua.

[ UCAPAN BAJET]

ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ

ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ﳌﺮﺳﻠﲔ وا ء ﻷﻧﺒﻴﺎ ا ف ﺷﺮ أ ﻏﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا

ﲨﲔ أ ﺻﻬﺒﻪ و

ﺗﻌﺎﱃ و ﷲ ل ﻗﺎ

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ﻴﺐ ﺻ أُ ﰉ َا ﺬ ﻋ لَ ﺎ ﻗ ﻚ ﻴ َ ﻟ إِ ʭ ﺪ ﻫ ʭﱠ إِ ﺮ ﺎﺧ ﻟ ٱ ﰱ ﺔ ﻨ ﺴ ﺣ ﺎ ﻴ ﻟﺪﱡﻧ ٱ ﻩ ﺬ ﻫ ﰱ ﺎ ﻨ َ ﻟ ﺐ ﺘ ﻛ ْ َ َ َٓ ْ ْـَٔ ًۭ َ ـْ َ ُ ُ۞ ِٓ َ ْ ُ َةِ وَ َ َ َ َـٰ ْ وَٱ ِ ِ ِ ِ ﻮ ﻟﺰﱠﻛ ٱ ﻮ ﺗ ﺆ ﻳ ﻮ ﱠﻘ ـ ﺘ ﻳ ﻳﻦ ﻠﱠﺬ ﻟ ﺎ ﻬ ﺒ ﺘ ﻛ ْ َ ﺄ ﺴ ﻓ ﻰ ﺷ ﻛ ﺖ ﻌ ﺳ ﱴ ِ ﲪ ﺎ ﺷ أَ ﻦ ﻣ ِۦ ﻪ ﺑ َ ٰة َ نَ ُ ْ نَ ُ ـُ َ َ ﻞﱠ ُ ْ َْ َ ـُ وَ ـَ َ َ ـُ َ ْءٍۢ َ وَ وَرَ ٓءُ ْ َ ِ ِ ِ ن ﻮ ﻨ ﻣ ﺆ ﻳ ﺎ ﻨ ﺘ ﺎﻳ ﺑ ﻢ ﻫ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ َوَٱ ُ ْ ـُ َ َـٰ ِـَٔ ُ َ "Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.”

(Surah al-A‘raf: 156) Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang Maha Bijaksana lagi Maha Agung, atas limpah rahmat, hidayah, taufiq dan inayah-Nya jua, Kerajaan Negeri Kelantan pada hari yang penuh bermakna ini dapat membentangkan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2026 dalam Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15. Pada hari yang bersejarah ini, Dewan yang mulia ini akan menunaikan satu amanah besar, yang melambangkan tekad serta visi kerajaan negeri bagi terus memacu negeri Kelantan berpaksikan maqasid syariah yang menjadi teras penggerak kepada Penghayatan Membangun Bersama Islam.

1. FAKTA EKONOMI KELANTAN Yang Berhormat Dato’ Speaker,

(i) Lanskap ekonomi dunia dilihat terus berkembang secara sederhana. Permintaan yang stabil di Asia menjadi pemangkin utama, namun ketegangan geopolitik, perang tarif antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, serta ketidakpastian harga minyak memberi kesan langsung kepada pasaran global.

(ii) Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar global diunjurkan 3% pada 2025 dan 3.1% pada tahun 2026, disokong oleh aktiviti perdagangan yang kukuh pada separuh pertama 2025, pemulihan kewangan global serta langkah fiskal bersasar di beberapa ekonomi utama. Walau bagaimanapun, kadar pengembangan ini kekal di bawah purata prapandemik sebanyak 3.7%, menandakan pemulihan yang stabil namun masih terdedah kepada risiko.

(iii) Dari segi prestasi keseluruhan ekonomi negeri, KDNK Kelantan bertumbuh 3.6% pada tahun 2024 berbanding pada 2.6% pada tahun 2023 dengan pertambahan nilai berjumlah RM28.7 bilion berbanding RM27.7 bilion pada tahun 2023. (iv) Dari aspek komposisi ekonomi Kelantan pada tahun 2024, sektor perkhidmatan mendominasi ekonomi negeri ini dengan menyumbang sebanyak 71.7% didorong oleh subsektor perkhidmatan kerajaan serta perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan.

(iv) Sektor pertanian yang merupakan penyumbang kedua ekonomi Kelantan memulih kepada 2.8% berbanding penguncupan 1.6% yang dicatatkan pada tahun 2023 didorong oleh prestasi baik subsektor tanaman dan perikanan.

(vi) Sektor pembuatan menyumbang sebanyak 4.5%. Sektor pembinaan pula mencatatkan sumbangan sebanyak 2%, melonjak 20.7% dipacu oleh pertumbuhan dua digit dalam semua subsektor iaitu kejuruteraan awam, pembinaan bangunan dan aktiviti pembinaan pertukangan khas. Sektor perlombongan dan pengkuarian pula menyumbang sebanyak 1.6%.

(vii) Pada tahun 2024 juga, negeri Kelantan telah mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dalam sektor pelaburan perkilangan. Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah keseluruhan modal pelaburan perkilangan yang diluluskan mencecah RM1.7

bilion pada tahun 2024, peningkatan sebanyak RM1.5 bilion atau 90.2% berbanding RM0.2 bilion pada tahun 2023. (viii) Daripada jumlah tersebut, RM1.2 bilion adalah pelaburan perkilangan domestik manakala pelaburan perkilangan asing mencatat jumlah sebanyak RM492.8 juta. (ix) Oleh itu, ekonomi Kelantan adalah teguh dan stabil. Kerajaan negeri yakin pada tahun 2026 Kelantan boleh memacu peningkatan ekonomi serta berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global. (x) Kestabilan ini juga akan dapat dicapai dengan terlaksananya projek-projek infrastruktur utama. Antaranya: a) naik taraf jalan sedia ada kepada jalan berkembar empat lorong di Rantau Panjang; b) naik taraf landasan kereta api Pasir Mas - Rantau Panjang; c) naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra; d) projek jalan utama Kubang Kerian–Bachok dan Pasir Mas–Salor; e) sistem saliran Bandar Baru Tunjong; f) projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau Mukim Tiong dan Mukim Jelutong; g) sistem Bekalan Air Luar Bandar di Pasir Mas; h) projek Loji Rawatan Air Machang; dan i) pelaksanaan Program Air Tidak Berhasil (NRW). Kerajaan negeri turut menzahirkan harapan agar lebih banyak projek baharu dalam sektor pertanian dan pelancongan dapat diberi perhatian di bawah fasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) termasuk pelaksanaan segera Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3). Begitu juga projek-projek yang dalam

tempoh pembinaan diharap dapat disiapkan segera demi kepentingan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

3. FAKTA BELANJAWAN 2026 3.1. Tema Belanjawan

Ayat yang saya bacakan pada awal ucapan tadi, iaitu daripada Surah al-A‘raf ayat 156, menjadi pedoman besar kepada hala tuju Belanjawan Kelantan 2026 yang menggambarkan bahawa segala usaha manusia untuk memperoleh kesejahteraan dunia dan kebahagiaan akhirat mestilah berpaksikan rahmat dan petunjuk Allah SWT.

Menurut tafsir al-Maraghi, doa Nabi Musa alaihissalam di dalam ayat tersebut mencakupi permohonan agar kehidupan dunia dikurniakan ‘hasanah’ yakni kebaikan yang luas meliputi kesihatan, rezeki yang halal, keamanan dan keberkatan hidup, manakala di akhirat pula ialah ganjaran syurga dan keredhaan Allah SWT.

Justeru, apabila Allah menegaskan bahawa “Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu,” ia memberi isyarat bahawa rahmat Ilahi adalah asas kepada kesejahteraan sesebuah negeri. Tiga perkara utama dalam ayat ini iaitu Rahmat, Takwa dan Zakat, menjadi asas kepada tema belanjawan tahun ini.

Maka, “Kelantan Sejahtera: Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat” adalah tema Belanjawan Kelantan 2026 sebagai keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial.

Tema ini melahirkan 3 strategi iaitu Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat dan Negeri Rahmat. Di bawah strategi Prihatin Rakyat, Kerajaan negeri menekankan aspek menyantuni keperluan rakyat dan memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negeri.

Di bawah strategi Ekonomi Berkat, pertumbuhan ekonomi yang mampan mesti bersumberkan keberkatan yang datang dari rezeki yang halal, pengurusan hasil yang amanah dan perbelanjaan yang berhemat.

Di bawah strategi Negeri Rahmat pula, kita membangunkan sebuah negeri yang tidak hanya membangun dengan tangan dan tenaga, tetapi juga dengan jiwa dan makna demi membina tamadun manusia yang berteraskan kasih sayang, hikmah dan keadilan.

Secara keseluruhannya, tema ini menunjukkan bahawa belanjawan ini bukan sekadar himpunan angka dan perbelanjaan, tetapi suatu landasan untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, serta mengekalkan kestabilan sosial yang merupakan cerminan pentadbiran Penghayatan Membangun Bersama Islam.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Belanjawan 2026 akan memperuntukkan sejumlah RM1.43 bilion. Belanjawan ini akan digerakkan di bawah kerangka besar Kelantan Sejahtera berteraskan Dokumen Induk Penghayatan Membangun Bersama Islam 2023 - 2033. Maka belanjawan ini akan memberi tumpuan kepada 4 teras utama iaitu;

Teras Pertama: Pembelaan dan Pemberdayaan Rakyat

Teras Kedua: Keterjaminan Makanan dan Kemampanan Ekonomi

Teras Ketiga: Kesejahteraan Rakyat dan Kelestarian Negeri

Teras Keempat, Teras Yang Paling Utama: Pembangunan Islam, Pendidikan dan Modal Insan

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

3.2 Anggaran Hasil Negeri

(i) Anggaran Hasil Negeri pada tahun 2026 dijangka diperolehi sebanyak RM1.02 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM19.24 juta atau 1.93% berbanding anggaran hasil pada tahun 2025 yang berjumlah RM997.26 juta.

(ii) Anggaran hasil adalah meliputi Hasil Cukai sebanyak RM260.8 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM332.99 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM422.71 juta. (iii) Peningkatan hasil cukai sebanyak 13.14% disumbangkan oleh sasaran kutipan cukai tanah 100% atau bersamaan dengan RM104.99 juta, sasaran 80% tunggakan cukai tanah atau bersamaan dengan RM54.57 juta dan hasil baharu di bawah Jabatan Perhutanan Negeri, iaitu cukai hasil hutan yang lain sebanyak RM3.6 juta yang telah dikutip mulai pertengahan tahun 2025. (iv) Anggaran hasil bukan cukai berkurang sebanyak RM21.94 juta disebabkan oleh pengurangan anggaran bayaran premium tanah, iaitu RM90.35 juta berbanding RM100.86 juta pada tahun 2025 dan anggaran bayaran pampasan dalam negeri dijangka menyusut sebanyak RM10 juta disebabkan oleh berkurangnya jumlah kelulusan bagi mengusaha hasil hutan. (v) Walau bagaimanapun, pengurangan-pengurangan ini masih dapat diimbangi dengan peningkatan anggaran bayaran permit perhutanan daripada RM8 juta pada tahun 2025 kepada RM10 juta pada tahun 2026, hasil baharu di bawah kod hasil lesen kayu getah sebanyak RM0.4 juta dan lain-lain. (vi) Anggaran Terimaan Bukan Hasil meningkat sebanyak RM10.88 juta kepada RM422.71 juta berbanding RM411.82 juta pada tahun 2025 disumbangkan oleh peningkatan Geran/Terimaan Kerajaan Persekutuan iaitu Pemberian Mengikut Ramai Penduduk RM36.6 juta berbanding RM28 juta pada tahun 2025, Senarai Bersama RM34 juta berbanding RM32 juta pada tahun 2025 dan pemberian baharu daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM2 juta di bawah peruntukan Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT). 3.3 Anggaran Perbelanjaan Mengurus

Bagi tahun 2026, Anggaran Perbelanjaan Mengurus kerajaan negeri dijangka berjumlah RM1.1 bilion, berbanding RM1.09 bilion pada tahun 2025. Anggaran ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM12.42 juta, selaras

dengan langkah kerajaan negeri untuk mengoptimumkan perbelanjaan, memperkukuh pelaburan strategik serta memastikan setiap ringgit dibelanjakan dengan penuh berhemah dan berkesan.

Daripada jumlah tersebut, Perbelanjaan Bekalan berjumlah RM1.06 bilion, manakala Perbelanjaan Tanggungan adalah sebanyak RM40.73 juta. Komponen utama Perbelanjaan Mengurus meliputi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap sebanyak RM630.2 juta, Emolumen sebanyak RM249.54 juta, Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM197.58 juta, Aset sebanyak RM20.93 juta, serta Lain-lain Perbelanjaan berjumlah RM4.45 juta.

Peningkatan perbelanjaan mengurus ini antara lainnya disumbangkan oleh pelarasan gaji penjawat awam berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak 7%, serta peruntukan bagi pembelian jentera dan peralatan baharu untuk operasi kuari bagi memperluas portfolio serta meningkatkan hasil sektor berkenaan.

Langkah ini dijangka memberi kesan langsung terhadap peningkatan produktiviti jabatan, menambah kecekapan pengurusan hasil dan seterusnya memperkukuh kedudukan kewangan kerajaan negeri. 3.4 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Bagi tahun 2026, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan diperuntukkan sebanyak RM327.61 juta, iaitu 22.9 % daripada jumlah keseluruhan Belanjawan negeri, berbanding RM361.33 juta pada tahun 2025. Penyusutan sebanyak RM33.72 juta ini adalah hasil daripada pelarasan dan penyusunan semula anggaran berdasarkan unjuran keperluan tunai sebenar projek, khususnya bagi projek di bawah peruntukan langsung kerajaan negeri serta pinjaman Kerajaan Persekutuan. Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan

perbelanjaan pembangunan lebih tersusun, menepati keutamaan semasa serta memfokuskan kepada projek berimpak tinggi yang memberi manfaat terus kepada rakyat dan ekonomi negeri.

Antara projek yang akan terus diberi tumpuan termasuklah pembangunan Madinah Al-Salam, Madinah Al-Riadhah, Madinah Ramadan, serta pembangunan infrastruktur jalan, perparitan, jambatan dan perumahan mampu milik di seluruh negeri. Projek-projek ini bukan sahaja menjadi pemangkin ekonomi setempat, malah akan memperkukuh jaringan pembangunan strategik negeri Kelantan secara keseluruhannya.

3.5 Rumusan Belanjawan Negeri 2026

Dengan itu, jumlah keseluruhan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2026 adalah sebanyak RM1.43 bilion, dengan defisit berkurangan kepada RM86.2 juta berbanding RM93.02 juta pada tahun 2025, iaitu pengurangan defisit sebanyak RM6.82 juta atau 7.33%.

Pengurangan ini dicapai melalui pelarasan semula peruntukan di bawah Wang Terkanun, serta penyusunan semula pinjaman kerajaan negeri yang kini diuruskan melalui Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kawalan fiskal, tetapi turut memperkukuh tadbir urus kewangan kerajaan negeri bagi memastikan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan perbelanjaan awam.

Sehubungan dengan itu, semua jabatan dan agensi negeri diingatkan agar terus mengamalkan budaya kerja yang berintegriti dan berhemat seiring dengan Prinsip Pengurusan Ihtirafi yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara dan pembangunan negeri terus makmur.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Teras Pertama: Pembelaan Dan Pemberdayaan Rakyat Kerajaan negeri beriltizam untuk terus memastikan kesejahteraan rakyat menjadi agenda utama pentadbiran. Bagi merealisasikan matlamat ini, sebanyak RM67.27 juta keseluruhannya

diperuntukkan pada tahun 2026 untuk manfaat langsung bagi pembelaan dan pemberdayaan rakyat.

Keprihatinan ini dizahirkan melalui pelaksanaan pelbagai program pembelaan rakyat dan pemberdayaan ekonomi yang merangkumi aspek kebajikan sosial, kesihatan, perumahan, serta rangsangan ekonomi kepada rakyat berpendapatan rendah, usahawan kecil dan golongan muda.

Usaha ini bertujuan untuk memastikan rakyat Kelantan terus hidup dalam suasana sejahtera dan makmur dengan menikmati hasil pembangunan secara saksama dan inklusif.

(i) Pembelaan Rakyat Bagi tujuan pembelaan rakyat, sebanyak RM58.32 juta diperuntukkan untuk 180 unit Rumah Dhuafa iaitu pertambahan 45 unit berbanding tahun sebelumnya dan sebanyak 45 unit rumah kos rendah akan diberi secara percuma kepada rakyat. Kerajaan juga meneruskan Program Pembelaan Rakyat Miskin (PPRM) yang bertujuan antaranya membaikpulih rumah rakyat. Kerajaan turut menzahirkan komitmen yang tinggi dalam melindungi golongan rentan melalui Skim Bantuan Bulanan Al-Musa’adah kepada lebih 7,000 penerima setiap bulan, khususnya masyarakat miskin, armalah, anak yatim, orang kurang upaya dan individu berkeperluan khas. Manakala Skim Al-It’am menyediakan bantuan makanan asas secara bulanan kepada 13,620 penerima.

Bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat, Projek Jaya Diri serta Inisiatif Pertanian Bandar (Dapur Hijau) akan menggalakkan rakyat memanfaatkan ruang kediaman sebagai sumber rezeki tambahan.

(ii) Pemberdayaan Ekonomi Rakyat Kerajaan negeri menyedari kepentingan melahirkan generasi rakyat yang berdikari dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Oleh itu, sebanyak RM8.95 juta diperuntukkan melalui pelaksanaan pelbagai skim rangsangan ekonomi yang akan dilaksanakan bagi memperkukuh ekosistem

keusahawanan dan membuka peluang pendapatan baharu kepada rakyat. Antara inisiatif utama termasuk: a) Skim Mikro Usahawan bagi membantu peniaga kecil, penjaja dan usahawan tempatan meningkatkan modal serta daya saing perniagaan; b) Program Usahawan Berdikari bagi memperkukuh keupayaan keusahawanan luar bandar; c) Platform Marketplace Negeri sebagai saluran pemasaran digital yang memperluas pasaran produk tempatan hingga ke peringkat antarabangsa; serta d) pelbagai program pembangunan komuniti dan usahawan mikro melalui GLC dan agensi pelaksana. Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Teras Kedua: Keterjaminan Makanan dan Kemampanan Ekonomi Teras Kedua dalam Belanjawan Negeri Kelantan 2026 memperuntukkan sejumlah RM81.77 juta yang memfokuskan kepada usaha memperkukuh keterjaminan makanan untuk rakyat serta memastikan kemampanan ekonomi negeri bagi membina ekosistem pembangunan yang seimbang, berdaya tahan dan berkat. (i) Keterjaminan Makanan Bagi agenda keterjaminan makanan serta memperkukuh ekonomi luar bandar, sebanyak RM6.57 juta diperuntukkan bagi pelbagai inisiatif dan program utama seperti: a) galakan pertanian dan penternakan yang merangkumi subsidi baja, bantuan input moden serta bimbingan teknikal kepada petani dan penternak;

b) bantuan agro untuk membantu pesawah, pekebun kecil dan penternak menghadapi kenaikan kos pengeluaran agar kekal produktif dan berdaya saing;

c) program pemerkasaan petani, penternak dan nelayan melalui pembangunan Zon Industri Akuakultur (ZIA), program ternakan ruminan, industri ayam kampung, usahawan tani, pawah rusa, projek homeplot dan pemprosesan makanan; serta

d) projek strategik berimpak tinggi antaranya projek melon madu di Rong Chenok, ladang anggur di Lojing dan projek ternakan lembu Naimbif.

Program latihan agropreneur muda dan teknologi pertanian moden akan terus diperluas bagi memastikan sektor ini kekal produktif dan berdaya saing. Langkah ini bukan sahaja menjamin bekalan makanan asas, tetapi juga membantu meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar secara mampan.

(ii) Kemampanan Ekonomi Negeri: Bagi menjayakan agenda Kemampanan Ekonomi Negeri, sebanyak RM67.6 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif ekonomi utama yang berteraskan kemampanan dan keseimbangan pembangunan negeri. Daripada jumlah ini, tumpuan besar diberikan kepada empat projek strategik berimpak tinggi, iaitu Madinah Al-Salam, Madinah Al-Riadhah, Madinah Ramadan dan KB Sentral.

Projek-projek ini menjadi nadi kepada pembangunan bandar Islam moden, yang menyeimbangkan kemajuan fizikal dengan nilai spiritual, di samping membuka peluang pekerjaan, meningkatkan keusahawanan dan merancakkan kegiatan ekonomi rakyat sebagai pembangunan seimbang dan inklusif.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri akan terus menarik pelaburan dalam sektor strategik menerusi pelbagai usaha promosi dan misi pelaburan. Usaha promosi pelaburan ini dilaksanakan melalui kerjasama antara agensi negeri dengan pelabur tempatan dan antarabangsa. Keutamaan diberikan kepada pelaburan berimpak tinggi yang mampu menjana pekerjaan berkualiti serta meningkatkan pendapatan negeri. Langkah ini akan memperkukuh kedudukan Kelantan sebagaidestinasi pelaburan yang diyakini dan berdaya saing di rantau ini.

Bagi memperkukuh sektor pelancongan, sebanyak RM7.6 juta diperuntukkan bagi program pembangunan pelancongan dan kebudayaan serta pembangunan infrastruktur pelancongan. Ini termasuk projek pembangunan Kampung Lestari Alam berasaskan komuniti Sungai Kenerong dan Kampung Mambong, Kuala Krai.

Usaha ini akan memperkukuhkan Kelantan sebagai destinasi pelancongan Islam sekaligus menjana pendapatan kepada komuniti tempatan menerusi industri kecil dan sederhana.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Teras Ketiga: Teras Kesejahteraan Rakyat Dan Kelestarian Negeri Kesejahteraan rakyat dan kelestarian negeri adalah dua komponen yang tidak dapat dipisahkan. Kesejahteraan rakyat hanya dapat dicapai apabila pembangunan fizikal dilaksanakan dengan cekap dan kelestarian alam dipelihara sebagai amanah Allah SWT. Maka, di bawah Teras ini, sejumlah RM95.08 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program dan projek yang menjamin kehidupan rakyat yang lebih makmur, bersih, selesa serta mesra alam sekitar yang merangkumi lima fokus.

Pertama, Pembangunan Fizikal. Sejumlah RM62.88 juta diperuntukkan untuk memperkukuh infrastruktur asas dan kemudahan awam. Ini merangkumi RM18 juta bagi Rumah

Mampu Milik Kelantan (RMMK) sebagai kediaman selesa kepada keluarga yang berpendapatan rendah, RM35.45 juta bagi infrastruktur termasuk jalan negeri, pembaikan jalan luar bandar, jambatan, sistem saliran, projek jeti dan tambatan sungai. RM9.45 juta untuk pembangunan dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) bagi menjamin bekalan air bersih kepada rakyat. Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi pembangunan taman awam dan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup sihat dan interaksi sosial rakyat. Kedua, Keceriaan dan Kebersihan. Kerajaan memperuntukkan RM12 juta bagi menjayakan agenda Kelantanku Bersih dan persekitaran lestari. Ketiga, Pembangunan Digital dan Teknologi Hijau. Sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk fokus ini meliputi pemasangan lampu solar di seluruh negeri dan digitalisasi Sistem Pemantauan Jalan Pintar (E-KRRIS). Keempat, Pembangunan Keluarga, Wanita dan Belia Masa Depan. Sebanyak RM13.2 juta diperuntukkan bagi komponen ini. Dana ini bertujuan memperkasa dasar-dasar berkaitan anak muda, keluarga, wanita dan warga emas termasuk pelaksanaan Program Generasi Sejahtera (GENTERA), Kelantan Future Leader Institute (KFLI), Program Az-Ziwaaj dan Dana Belia Niaga. Kelima, Pengukuhan Perpaduan dan Hubungan Seranta. Kerajaan memperuntukkan RM3 juta bagi memantapkan hubungan perpaduan antara rakyat termasuk Anak Kelantan di Perantauan dan NGO sebagai usaha menyemai semangat kebersamaan serta memperkukuh semangat Hubbul Watan. Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Teras 4 dan Teras Yang Paling Utama: Pembangunan Islam, Pendidikan & Modal Insan

Kerajaan negeri dengan penuh istiqamah terus menjadikan agama Islam sebagai dasar dan tunjang utama pentadbiran, berpandukan keyakinan bahawa kemakmuran negeri hanya akan tercapai

apabila nilai Islam menjadi panduan dalam setiap urusan kehidupan dan pentadbiran.

Sebagai bukti komitmen ini, sebanyak RM181.71 juta diperuntukkan bagi memperkukuh pembangunan Islam, pendidikan dan modal insan di negeri ini.

Peruntukan ini merangkumi institusi utama seperti Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM150.77 juta.

Selain itu, sebuah lagi Maahad Tahfiz bakal dibangunkan di Kuala Krai bermula tahun hadapan. Kerajaan negeri juga, terus memberikan perhatian kepada pembinaan dan pembaikian masjid, pembangunan pondok, tahfiz dan madrasah dengan peruntukan sebanyak RM9 juta. Manakala RM10.2 juta untuk pendidikan dan pembelajaran di seluruh negeri Kelantan termasuk Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan. Inisiatif ini bertujuan memastikan setiap pelajar terpilih, tanpa mengira latar belakang, mendapat akses kepada pendidikan percuma yang berkualiti.

Sebanyak RM2.55 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Pembangunan Kompetensi Sektor Awam bagi meningkatkan kecekapan dan budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan penjawat awam negeri.

Kerajaan negeri telah mengambil langkah serius antaranya untuk menangani gejala sosial dengan memperuntukkan sebanyak RM3.05 juta bagi melaksanakan Program Pembinaan Generasi Rabbani, Program Pembangunan Insan, Program Membina Generasi al-Quran (MGQ), Program Kecemerlangan Solat, Membina Remaja Iman (MRI) dan program baharu Syariah Life: Mewajah Kelantan Sejahtera yang bertujuan memperkukuh pendidikan akhlak dan sahsiah dalam kalangan generasi muda serta mengekang penularan gejala sosial.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

4. PENGHARGAAN Kerajaan Negeri Kelantan sekali lagi menegaskan bahawa kepimpinan adalah suatu taklifan besar yang dipikul bukan semata-mata untuk mengurus hasil dan sumber negeri, tetapi lebih utama untuk menjunjung tuntutan Islam yang suci agar keadilan dapat ditegakkan serta urus tadbir negeri dilandasi integriti dan akauntabiliti yang telus.

Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Justeru, setiap dasar dan perbelanjaan negeri digerakkan dengan semangat tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi ummah berteraskan nilai-nilai Rabbani.

Firman Allah SWT:

ِ ِ ﺎ ﻣ ﻮ ﻗ ﻚ ﻟ ﲔ ﺑ ﺎ ﻛ ﱰ ﻘ ﻳ ﱂ ا۟ ﻮ ﻓ ﺮ ِ ﺴ ﻳ ﱂ ا۟ ﻮ ﻘ ﻧﻔ أَ ﻳﻦ ﻟﱠﺬ ـَ ذَٰ نَ َ ْ ُ ُ َ إِذَآ ًۭ َا َ َْ َ وَ ُُوا۟ ـَ َْ وَ ْ ُ َْ َ وَٱ Maksudnya: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (Surah al-Furqan: 67)

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan, Badan-Badan Berkanun, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan, pegawai dan anggota keselamatan, pemimpin-pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat negeri Kelantan yang sentiasa berperanan menyuburkan semangat kesatuan, memelihara keamanan, serta memakmurkan negeri yang kita cintai demi keberkatan dan kesejahteraan bersama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kerajaan Negeri dengan penuh keprihatinan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada

semua penjawat awam Gred 15 dan kebawah termasuk lantikan kontrak sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka kepada Negeri Kelantan. Selain itu bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada lantikan-lantikan politik yang mana jumlahnya akan ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri. Bayaran bantuan khas ini akan disalurkan pada awal bulan Mac 2026 bagi meringankan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta.

Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang prihatin dan sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan bahawa dengan ini saya umumkan pemberian diskaun sebanyak 90% ke atas tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat Negeri Kelantan. Tempoh tawaran diskaun ini akan dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan bagi tempoh satu bulan bermula 01 Disember 2025 sehingga 30 Disember 2025 tertakluk kepada kaedah bayaran sebagaimana surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan 1 tahun 2025.

5. PENUTUP Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kerajaan negeri menzahirkan harapan agar melalui Belanjawan 2026 “Kelantan Sejahtera: Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat. Negeri Rahmat”, negeri kita akan terus melangkah ke hadapan dan sentiasa berada di bawah limpahan rahmat dan inayah-Nya, serta menjadi asas untuk beroleh keberkatan daripada Allah SWT.

Marilah kita terus bermusyawarah dan berbahas dengan penuh tertib, adab serta kebijaksanaan dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang membina demi kemaslahatan rakyat dan kemajuan Negeri Kelantan yang sama-sama kita kasihi ini.

Akhirnya, saya menyeru seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat agar terus bersatu hati dan berganding tenaga dengan pihak kerajaan, demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara serta memperteguh iltizam kita untuk memajukan negeri menuju aspirasi Kelantan Sejahtera 2033. Seperti peribahasa Melayu yang sarat dengan hikmah:

“Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk” “Hidup sandar menyandar umpama aur dengan tebing”

Untuk itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.

ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻟﻜﻢ و ﱄ ﻟﻌﻈﻴﻢ ا ﺳﺘﻐﻔﺮﷲ وأ ا ﻫﺬ ﻗﻮﱃ ل ﻗﻮ ا

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang ada dihadapan kita sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang bergelar Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun 2026 Dan Bagi Memperuntukkan Jumlah Wang Itu Bagi Maksud Yang Tertentu Bagi Tahun Itu.

Perbahasan bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Kelantan 2026 akan dibuat pada hari Ahad.

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan. Persidangan dewan akan disambung semula pada hari Ahad, 09 November 2025 bersamaan 18 Jamadil Awal 1447H, jam 09.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.20 TENGAHARI DAN AKAN BERSIDANG SEMULA ADA HARI AHAD 09 NOVEMBER 2025 PADA JAM 09.00 PAGI.