Kelantan · 21 April 2026
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 402 turns · 38,335 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKelantan publishes one PDF per meeting for the current assembly; of the previous one only March 2023 (and July 2022, from the Wayback Machine) survive. The November 2023 budget meeting is not published. Written answers: 2025 only.
(Pembukaan)
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Persidangan Kali Pertama, Bagi Tempoh Penggal Keempat, Dewan Negeri Kelantan Kelimabelas. … ﲢﻪ ﻟﻔﺎ ا
Doa
Susunan Urusan Persidangan Yang Pertama, doa …
[ BERDOA SAMBIL BERDIRI ]
Ucapan Oleh Yb Dato’ Speaker
Susunan urusan Persidangan Yang Kedua, Ucapan Oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Saya bagi pihak Dewan Negeri Kelantan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kehadapan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra di atas Pemashyuran sebagai Pemangku Raja Kelantan.
Saya juga merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan di atas pelantikan sebagai Pengerusi Surahanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan yang baru pada 09 Syawal 1447H bersamaan 29hb Mac 2026.
Ahli-Ahli Dewan dan seluruh rakyat Negeri Kelantan mendoakan YMM Tuanku agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah hendaknya,
bersemayam di atas takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan dan terus teguh memayungi sekalian rakyat di negeri ini dengan Syariat Ilahi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya telah menerima beberapa surat permohonan untuk tidak menghadiri Persidangan pada 20-23 April 2026 daripada Yang Berhormat Dato’ Mejar (B) Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia Perdagangan dan Keusahawanan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Dr. Izani Bin Hj Husin Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air & Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Kadok dan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Paloh atas sebab-sebab kesihatan. Dengan ini saya meluluskan permohonan tersebut. Terima kasih.
Kertas-Kertas Yang Dibentang Di Atas Meja
Susunan Urusan Persidangan Yang Ketiga, Kertas-Kertas Yang Dibentang Di atas Meja.
Kertas-Kertas tersebut ialah Kertas Dewan Bil. 1 tahun 2026 hingga Kertas Dewan Bil. 08 Tahun 2026 sebagaimana yang dibentang di atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat.
1. Kertas Dewan Bil.01/2026 .. Anggaran Tambahan Kedua Tahun 2025 di bawah Kepala Perbelanjaan Tanggungan.
2. Kertas Dewan Bil.02/2026 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Dabong Bagi Tahun 2024.
3. Kertas Dewan Bil.03/2026 .. Penyata Kewangan Yayasan Islam Kelantan bagi tahun berakhir 31/12/2025 yang telah diaudit.
4. Kertas Dewan Bil.04/2026 .. Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Bagi Tahun 2024.
5. Kertas Dewan Bil.05/2026 .. Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Kelantan bagi tahun berakhir pada 31/12/2024.
6. Kertas Dewan Bil.06/2026 .. Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2026 Negeri Kelantan.
7. Kertas Dewan Bil.07/2026 .. Penyata Kewangan Majlis Daerah Tumpat Bagi Tahun 2024.
8. Kertas Dewan Bil.08/2026 .. Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam Bagi Tahun 2024.
Soalan-Soalan Yang DiberitahuQuestions
Susunan Urusan Persidangan Yang Keempat, Soalan-soalan Yang Akan Diberitahu.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan BertulisQuestions
Soalan-soalan oleh:
YB TUAN HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB TUAN HJ MOHD RUSLI BIN ABDULLAH YB TUAN HJ NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB PUAN DR HAFIDZAH BINTI HJ MUSTAKIM YB TUAN SHAARI BIN MAT YAMAN YB TUAN MOHAMAD NASRIFF BIN DAUD@DAUD YATIMEE YB TUAN KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
YB TUAN HJ SAIZOL BIN ISMAIL YB TUAN BAHARI BIN MOHAMAD NOR YB DATO’ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YB TUAN MOHD AZMAWI FIKRI BIN HJ ABDUL GHANI YB DATO’ HJ MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM
Jawapan-jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah sebagaimana yang dibentang di atas meja di hadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bertanya.
Soalan-Soalan Yang Diberitahu — Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat Jawapan MulutQuestions
Soalan-soalan oleh:-
YB TUAN HJ MOHD ADANAN BIN HASSAN YB TUAN HJ NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH YB PUAN DR HAFIDZAH BINTI HJ MUSTAKIM YB TUAN SHAARI BIN MAT YAMAN YB TUAN ROZI BIN MUHAMAD YB TUAN MOHAMAD NASRIFF BIN DAUD@DAUD YATIMEE YB TUAN HJ ZURAIDIN BIN ABDULLAH YB HJ SAIZOL BIN ISMAIL YB TUAN KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD YB DATO’ HJ ABD RAHMAN BIN YUNUS YB TUAN HJ HARUN BIN ISMAIL YB TUAN HJ MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN YB TUAN ZAMERI BIN MAT NAWANG YB TUAN WAN ROHIMI BIN WAN DAUD YB PUAN NOR ASILAH BINTI MOHAMED ZIN YB TUAN NORSHAM BIN SULAIMAN YB TUAN HJ AZHAR BIN SALLEH YB TUAN AHMAD ZAKHRAN BIN MAT NOOR YB TUAN MOHD ALMIDI BIN JAAFAR YB DATO’ ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL YB TUAN ZUBIR BIN ABU BAKAR YB TUAN HJ MOHD FAUZI BIN ABDULLAH YBM TUAN KU MOHD ZAKI BIN KU HUSSIN
YB DATO’ SHAARI BIN MAT HUSSAIN YB TUAN MOHD ASMAWI FIKRI BIN HJ ABDUL GHANI YB DATO’ HJ MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM
[ YB DATO’ SPEAKER AKAN MENGAMBIL ALIH SETERUSNYA….]
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat ADUN Chetok.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan soalan saya nombor 1. Soalan 1 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya mengutip hasil tanah sebanyak RM 380 juta bagi tahun 2025. apakah faktor kejayaan dan bagaimana Kerajaan Negeri memastikan prestasi ini konsisten di semua jajahan pada tahun 2026?]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Chetok,
ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ل ﻗﺎ
ِ ِ ِ ِ ﻳﺐ ﺮ ﻗ ﰊ إِن ﱠ ﻪ ﻴ َ ﻟ إِ اْ ﻮ ﻮﺑ ﺗ ﱠ ﰒ ُ ﻩ ﺮ ﻔ ﻐ ﺘ ﺎﺳ ﻓ ﺎ ﻴﻬ ﻓ ﻢ ﻛ ُ ﺮ ﻤ ﻌ ﺘ ﺳ رض ﻷ ا ﻦ ﻣ ﻢ ﻛ ُ َ ﺄ ﻧﺸ أَ ﻮ ﻫ َ ُ ْ َ ٌ ِّ رَ ْ ُ ُ ُو ـَ ْ َ ْ َ َ ْ ـَ ْ وَا َ ِّ َ َ ُ ِ ﻴﺐ ﳎﱡ ٌ Maksudnya: Dia lah Allah SWT yang mencipta kamu daripada bumi yakni daripada tanah dan ia memerintah kamu supaya kamu mengimarahkan memakmurkan bumi ini oleh kerana itu hendaklah kamu sentiasa beristighfar kepadaNYA memohon keampunan kepadaNYA dan juga
bertaubat rujuk kembali kepadaNYA sesungguhnya Tuhan itu amat dekat lagi memperkenankan permohonan hamba-hambanya. Kerajaan Negeri bersyukur atas kejayaan mencatat kutipan hasil tanah berjumlah RM380 juta bagi tahun 2025 yang merupakan satu pencapaian memberangsangkan. Hasil usaha bersepadu Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan bersama Pejabat Tanah dan Jajahan di seluruh negeri. Kejayaan ini didorong oleh beberapa faktor utama, antaranya: 1.Pengukuhan tadbir urus dan pemantauan kutipan hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian telah memperkemaskan mekanisme pemantauan dengan menetapkan sasaran kutipan yang jelas kepada setiap Pejabat Tanah dan Jajahan serta melaksanakan pemantauan prestasi secara berkala. 2.Peningkatan kecekapan Pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Prosesan permohonan berkaitan tanah seperti pemberimilikan, tukar syarat dan pecah sempadan diproses secara lebih sistematik. 3.Pemerkasaan Sistem Pembayaran dan Perkhidmatan Digital Penyediaan kemudahan pembayaran hasil tanah secara atas talian serta pendigitalan sistem pentadbiran tanah telah mempercepatkan proses perkhidmatan disamping meningkatkan ketelusan serta keberkesanan pengurusan kutipan hasil. Bagi memastikan prestasi kutipan hasil tanah ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan di semua jajahan pada tahun ini 2026, kerajaan negeri akan meneruskan beberapa langkah strategik seperti berikut: 1. Menetapkan KPI Kutipan Hasil yang jelas kepada setiap Pejabat Tanah dan Jajahan, selaras dengan potensi hasil di kawasan masing-masing. 2. Mengoptimumkan penggunaan tanah kerajaan melalui pembangunan strategik, pajakan atau kerjasama pembangunan yang berpotensi menjana premium dan hasil berkaitan tanah.
3. Meningkatkan kesedaran dan pematuhan pembayar cukai melalui pelbagai saluran komunikasi agar pemilik tanah
memahami kepentingan menjelaskan bayaran cukai tanah tepat pada masanya.
4. Memperkukuh Kapasiti Sumber Manusia melalui latihan berterusan bagi meningkatkan profesionalisme dan kecekapan pegawai dan kakitangan dalam pengurusan hasil tanah.
5. Mempertingkatkan penguatkuasaan di bawah Kanun Tanah Negara bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengelakkan sebarang ketirisan hasil negeri.
Sekian, terima kasih.
Sila Chetok.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan terima kasih kepada YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar di atas jawapan yang telah diberikan tadi. Soalan tambahan saya adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan satu sistem yang lebih mesra pembayar seperti memperkenalkan sistem peringatan digital berjadual supaya kutipan cukai lebih terus stabil dan juga mampan dan kita juga tidak terus bergantung kepada notis dan juga tindakan penguatkuasaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Chetok di atas soalan tambahan sekejap tadi. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menambah baik kaedah penyampaian perkhidmatan kepada rakyat termasuk dalam urusan kutipan hasil tanah agar lebih mudah, cepat dan mesra pengguna. Sebagaimana negeri-negeri lain pengurusan kutipan cukai tanah di Negeri Kelantan juga dilaksanakan berasaskan peruntukan Kanun Tanah Negara yang tidak memperuntukkan kewajipan kepada pentadbir tanah untuk mengemukakan peringatan kepada pemilik tanah bagi tujuan pembayaran cukai tanah.
Walaubagaimanapun notis peringatan ini secara bersasar dan hebahan umum melalui pelbagai saluran makluman dan hebahan semasa sentiasa disediakan melalui portal rasmi, media sosial jabatan serta saluran
komunikasi sedia ada bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat berkaitan pembayaran cukai tanah.
Pejabat Tanah sentiasa menggalakkan pemilik tanah supaya membuat bayaran lebih awal. Sikap proaktif dan berdisiplin dalam menjelaskan cukai tanah boleh mengelakkan apa-apa tindakan penguatkuasaan dan penalti berdasarkan peraturan sedia ada.
Kerajaan Negeri akan terus meneliti ruang penambahbaikan dari semasa ke semasa agar sistem penyampaian perkhidmatan ini sentiasa selari dengan keperluan semasa, sekian terima kasih.
Ok sila Kota Lama.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih kepada Dato’ MB kerana atas jawapan. Dato’ Speaker dalam buku Bajet Kelantan hasil tanah dianggarkan RM379 juta atau 38 % daripada hasil negeri pada tahun 2024. Peningkatan sebanyak RM2 juta daripada 2024 atau 0.5% yang saya anggap kecil. Jadi apakah sebenarnya strategi baru kerajaan negeri dalam meningkatkan hasil negeri secara mampan? Apakah Kerajaan Negeri sekadar bergantung kepada sumber lama dan menumpukan kepada kutipan rakyat ini sedangkan isu tanah terbiar, pentadbiran tanah dan pengurusan premium mungkin masih belum ditangani sepenuhnya, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Lama atas soalan tambahan. Bagi saya RM2 juta itu pun banyok doh. Sebenarnya peningkatan hasil ini dari setahun ke setahun dari segi kutipan ini telah meningkat dan kesedaran rakyat untuk membayar cukai tanah lebih awal itupun sudah meningkat. Cuma apa yang di soalan tambahan tadi apakah apa nama yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi kutipan hasil. Saya dah jelaskan dalam jawapan kepada Chetok sekejap tadi boleh rujuk dalam jawapan saya.
Dipersilakan Yang Berhormat Kelaboran.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pohon jawapan kepada soalan saya nombor 2.
Soalan 2 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah strategi kerajaan negeri bagi memastikan Integriti setiap kakitangan awan tetap terpelihara.? ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Kelaboran kerana telah mengutarakan soalan. Ini menunjukkan bahawa keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat terhadap soal integriti dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Jadi bagi kerajaan negeri soal integriti adalah antara perkara yang paling diutamakan. untuk memastikan integriti penjawat awam sentiasa terpelihara, kerajaan negeri melaksanakan beberapa strategi utama antaranya adalah : Yang pertama, Pengukuhan Tadbir Urus Yang Baik ataupun dalam istilah yang biasa digunakan adalah (Good Governance) ataupun tata kelola pentadbiran yang baik iaitulah dengan kita sentiasa menekankan pematuhan kepada Kod Etika Perkhidmatan Awam itu, yang pertama. Yang keduanya tidak lari daripada nilai agama iaitulah penerapan nilai Ubudiyyah, Mas’uliyah dan Itqan (U.M.I), pelaksanaan SOP yang jelas serta pemantauan melalui audit dalaman bagi memastikan pentadbiran yang telus, berakauntabiliti dan juga berintegriti.
Yang kedua, adalah pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). Melalui pelaksanaan plan di jabatan dan agensi negeri bagi mengenal pasti risiko rasuah, melaksanakan langkah pencegahan serta pemantauan berkala terhadap pelaksanaannya.
Seterusnya kerajaan juga mengadakan kerjasama strategik dengan Agensi Penguatkuasaan iaitu dengan cara memperkukuh kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui program pendidikan integriti, pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), khidmat nasihat serta audit integriti bagi menambah baik sistem pentadbiran.
Yang seterusnya mengadakan Latihan, Pendidikan dan Pembudayaan Integriti seperti kita mengadakan kursus, seminar dan program pembangunan kepimpinan bagi meningkatkan kesedaran serta membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam.
Antaranya lagi Memperkasakan Mekanisme Aduan dan Perlindungan Pemberi Maklumat ataupun (Whistleblower). Kita menyediakan platform aduan di dalam talian (Sistem e-Integra, Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, BITU melalui Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, BPTM, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat selaras dengan peruntukan undang-undang seperti Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblower). Terima kasih Dato’ Speaker.
Sila Kelaboran.
Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adakah semua jabatan diwajibkan menyediakan laporan tahunan integriti dan adakah audit integriti dijalankan oleh pihak bebas atau dalaman sahaja?
Terima kasih Kelaboran. Tidak semua, ya. Tidak semua jabatan diwajibkan menyediakan laporan tahunan integriti. Walaubagaimanapun kita mempunyai dua pelaporan integriti yang perlu disediakan setiap tahun melalui Bahagian Integriti Dan Tadbir Urus, BITU kepada SPRM dan juga JPA iaitulah pelaporan aktiviti jabatan ataupun agensi unit integriti agensi dan juga pelaporan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berintegriti. Selain daripada itu, pihak Audit Integriti juga dijalankan dan ianya tidak terhad kepada audit dalaman sahaja. Ianya juga melibatkan audit pihak luar sebenarnya yang mana perlaksanaan audit dalam dan audit luaran diperincikan antaranya melalui Pengurusan Antirasuah Pejabat SUK Negeri Kelantan, Khidmat Nasihat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Sistem Pengurusan Integriti dan juga governance, prosedur kewangan dan juga audit bebas, terima kasih.
Sila Galas.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan input yang diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM pecahan tangkapan kes rasuah mengikut perolehan dan projek Kerajaan Persekutuan dan negeri nampaknya kakitangan Kerajaan Negeri kita juga tidak terkecuali daripada terlibat dalam kes-kes yang melibatkan SPRM.
Soalan tambahan saya dalam konteks pelantikan ke jawatan penting dalam GLC negeri, apakah jaminan bahawa perlantikan dibuat mengikut merit dan bukan melalui kabel politik yang mungkin boleh menjejaskan integriti sistem pentadbiran di negeri kita ini, terima kasih.
Terima kasih Galas di atas soalan tambahan ya. Sekiranya ada laporan maka ada siasatan oleh SPRM tetapi bila siasatan dilakukan oleh SPRM bukan bermaksud ada kesalahan, itu mesti difahami. Siapa saja boleh melaporkan dan bila ada laporan maka ada siasatan. Apabila ada siasatan Alhamdulillah biasanya siasatan itu tidak perlu kepada pendakwaan kerana ianya tidak terbukti ada kesalahan walaubagaimanapun kalau ada kesalahan sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat maklum telah pun dilaporkan dan telahpun menjalani proses perundangan yang sewajarnya.
Berhubung dengan perlantikan GLC ni ada yang mempunyai enakmen dan sebagainya. Dan enakmen itu sebenarnya telah menentukan siapakah yang sepatutnya dilantik. Kita tidak boleh lantik sebarangan, dia ada ahli-ahli tetap seumpamanyalah saya maksudkan adalah umpamanya dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kemudian EXCO yang berkaitan kemudian Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Pegawai Undang-Undang dan juga Dato’ PKN.
Kemudian ianya dilantik daripada ketua-ketua jabatan yang terlibat dan biasanya ahli professional dan juga ahli politik. Memang ada ketetapan begitu bukan kita boleh melantik sembarangan. Dan ahli professional ini kita akan lihat dan kita akan tapis mengikut CV dan juga kemahiran pengalaman yang ada kepadanya. Dan daripada masa ke semasa kita akan sentiasa menilai ya, menilai apa kita panggil istilahnya adalah performance dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker daripada masa ke semasa. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Chempaka.
Dengan segala hormatnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon untuk mendapatkan jawapan bagi soalan saya nombor 3.
Soalan 3 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah transformasi utama yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memodenkan serta memaksimumkan penggunaan tanah pertanian di Negeri Kelantan, dan apakah hasil utama yang telah dicapai setakat ini.]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Chempaka. Kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan pendekatan transformasi sektor pertanian secara menyeluruh merangkumi aspek pengoptimuman tanah pemodenan teknologi, pembangunan modal insan, pemerkasaan institusi dan juga projek kerjasama dengan agensi-agensi persekutuan.
Bagi memastikan sektor ini lebih produktif, berdaya saing dan mampan di mana pendekatan ini boleh dilihat melalui tujuh strategi berikut :
1. Pengoptimumam tanah dan peningkatan guna tanah, pelaksanaan Projek Pembangunan Tanah Terbiar bagi menukar tanah yang tidak diusahakan kepada kawasan pertanian produktif. Di mana melalui Jabatan Pertanian Negeri Kelantan sepanjang RMK-12 dengan peruntukan Kerajaan Negeri hampir RM3 juta berjaya membangunkan tanah-tanah terbiar seluas 264.46 hektar melibatkan pembangunan usahawan tani seramai 270 petani.
2. Pemerkasaan Komoditi Strategik dan pertanian bernilai tinggi. Pembangunan pelbagai komoditi utama bagi memperkukuh sekuriti makanan dan meningkatkan pendapatan petani melalui pembangunan komoditi asas seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan kelapa, juga tanaman bernilai tinggi seperti durian telung, kelapa pandan, fertigasi premium. Di mana dengan strategi ini kita telah berjaya mengalihkan fokus pertanian negeri kepada pertanian komersial berimpak tinggi.
3. Pemodenan Teknologi dan mekanisasi pertanian, penggunaan teknologi moden dipergiat untuk meningkatkan kecekapan dan hasil melalui perbanyakkan penggunaan sistem fertigasi dan Rumah Pelindung Hujan (RPH) dikenakan mekanisasi pertanian varieti tanaman berkualiti tinggi, aplikasi teknologi pintar IOT dan automasi, program pemindahan teknologi hasil R&D dan khususnya dari MARDI kepada masyarakat petani. Di mana kita nampak impak keluaran lebih stabil, kos jangka panjang lebih efisyen dan kurang kebergantungan kepada tenaga buruh.
4. Strategi keempat ialah Pembangunan Usahawan Tani dan Agro Niaga Muda penekanan kepada pembangunan modal insan melalui latihan, bimbingan dan sokongan kewangan di mana sepanjang tahun 2024 dan 2025 program Geran Agropreneur Muda (GAM) telah berjaya membangunkan 15 usahawan tani dengan peruntukan hampir RM400 000.00.
Membangunkan minimal pengurusan tani Al-Falah DUN setiap tahun dibawah pemantauan Yang Berhormat-Yang Berhormat ADUN seluruh Negeri Kelantan di mana hasil utama ialah berjaya melahirkan agro primuda baru dan meningkatkan penglibatan belia juga beliawanis dalam sektor pertanian.
5. Transformasi berasaskan nilai dan pembangunan insan melalui perlaksanaan dasar “Bertani Satu Ibadah” dan gerakan pertanian Al- Falah sebagai pendekatan pembangunan insan dalam sektor pertanian. Di mana kita telah membuat penekanan kepada pembentukan nilai disiplin dan integriti petani. Pembinaan mindset keusahawanan moden. Penglibatan komoditi melalui program di peringkat DUN dan juga para petani memahami kewajipan mereka dan menunaikan zakat pertanian.
6. Pemerkasaan GLC pertanian sebagai ejen perubahan Kerajaan Negeri. Memperkukuh peranan GLC pertanian sebagai pemacu transformasi sektor pertanian iaitu melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan yang telah membangunkan banyak projek-projek baru dan tanah-tanah terbiar.
Yang kedua, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad anak syarikat PKINK. Yang ketiga, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd anak syarikat PMBK. Dan Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd. Di mana peranan GLC tersebut ialah melaksanakan projek-projek berskala komersial, pemacu teknologi dan inovasi, pemantau projek-projek rakyat, penghubung kerajaan petani dan pelabur. Yang mana kita lihat impaknya ialah mempercepatkan transformasi melalui pendekatan pertanian yang lebih komersial.
7. Strategi ketujuh ialah memperhebatkan kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui agensi-agensi kerjasama dan agensi persekutuan di mana seperti Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Kelantan telah berjaya membangunkan tahun lepas lebih 300 tanah ekar tanah terbiar dan tahun ini In Shaa Allah lebih banyak tanah-tanah terbiar dibangunkan dengan projek penanaman nanas dan juga melalui agensi-agensi Persekutuan yang lain seperti KADA, IADA yang juga sedang berusaha membangunkan tanah-tanah terbiar dengan lebih berstrategi. Sekian, terima kasih.
Sila Chempaka.
Alhamdulillah dengan jawapan yang kita dapat kita dapat melihat secara jelas transformasi utama yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dan kita berdoa semoga dengan transformasi yang dijalankan tersebut Titah Tuanku semalam dapat dilaksanakan dan direalisasikan daripada segi keterjaminan makanan.
Cuma soalan saya Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, soalan tambahan berkait dengan ini daripada segi pengeluaran pertanian negeri bolehkah jika sekiranya Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dapat menerangkan kepada dewan ini jenis tanaman apakah yang merupakan pengeluaran utama Negeri Kelantan yang menyumbang kepada pengeluaran di peringkat negara?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Chempaka. Antara pengeluaran hasil utama Negeri Kelantan mengikut statistik tahun 2024 yang menyumbang kepada pengeluaran diperingkat kebangsaan atau negara ialah tembikai di mana Kelantan berada pada tempat pertama di Malaysia dengan pengeluar sebanyak 64 827 metrik tan.
Yang kedua, durian tempat ketiga di Malaysia. Dengan pengeluaran sebanyak 66 800 metrik tan. Seterusnya manggis tempat pertama di Malaysia. Orang Kelantan kata buoh setor, manggis. Dengan pengeluaran sebanyak 8849 metrik tan. Yang ketiga ciku juga ada tempat. Tempat ketiga di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 186 metrik tan.
Seterusnya tomato tempat kedua di Malaysia dengan pengeluaran 16 335 metrik tan. Juga limau manis tempat ketiga di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 622 metrik tan. Seterusnya cili tempat pertama di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 17 415 metrik tan. Juga timun tempat kedua di Malaysia dengan pengeluaran 20 565 metrik tan. Labu manis tempat pertama di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 20 041 metrik tan. Ubi keledek, ubi stelo juga tempat pertama di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 27 907 metrik tan. Juga tebu kuning telah meningkat dulu tempat tidak pertama. Dengan analisa terkini tempat pertama di Malaysia dengan pengeluaran 4 444 metrik tan. Yang terkini kita telah naik tangga iaitu madu lebah kelulut. Dulu tempat ketiga, sekarang tempat pertama di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 297.60 metrik tan. Sekian, terima kasih.
Sila, mana dulu… 3 orang, hok tengoh tu pakai baju melayu tu …
Terima kasih Dato’ Speaker, dan terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada EXCO Pertanian yang telah berjaya melonjakkan Negeri Kelantan sebagai saya kira sebagai hub pengeluar makanan utama di negara ini Alhamdulillah.
Jadi soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan lagi bajet ataupun peruntukan bagi keterjaminan makanan ini selari dengan Kelantan sebagai hub pengeluaran makanan utama di Malaysia ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih soalan tambahan Kemuning. Alhamdulillah kalau kita tengok dalam bajet, pembentangan bajet tahun lepas untuk tahun ini memang ada penambahan. Dan kita telah berjaya membuat kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian Dan keterjaminan makanan dengan membangunkan banyak projek kerjasama negeri dengan KPKN ini yang mana tahun lepas kita dapat bajet lebih RM9 jutalah.
Kemudian tahun ini dah sampai bajet untuk fasa pertama daripada kementerian lebih RM4 juta. Dan juga termasuk yang ada penambahan ialah melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Kelantan. Tahun ini bajet yang telah diperolehi untuk lembaga ini membangunkan tanah-tanah tanaman nanas di Kelantan ialah sebanyak RM5.8 juta. Maknanya bajet negeri pun bertambah, bajet persekutuan untuk sektor pertanian juga bertambah, sekian terima kasih.
Ada cadangan nak bagi free ke kat Ahli-Ahli Dewan?
Ada hari ni Dato’ … hari ni melon manis, melon madu Kelantan …
Aaa … terima kasih.
Hari Khamis ni MD2, MD2 nanas hari Khamis ni…
Saya minat madu kelulut … Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Pasir.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan kepada soalan saya nombor 4. Soalan 4 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah perancagan Negeri dalam melahirkan Kelantan Future Leader yang berpotensi dalam Ilmu, akhlak serta mempunyai Visi yang jelas dalam memartabatkan Islam untuk masa akan datang serta berapakah data base pemuda yang telah di latih sehingga kini. ]
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih YB Pengkalan Pasir atas soalan yang diberikan. Kerajaan Negeri amat komited dalam pembangunan modal insan khususnya di kalangan belia.
Antara inisiatif strategik yang sedang dilaksanakan adalah Kelantan Future Leaders Institute yang mana matlamat utama KLFI ini adalah untuk melahirkan pemimpin belia yang bukan sahaja kompeten dari segi ilmu pengetahuan tetapi juga unggul dari sudut akhlak, mempunyai visi yang jelas dan komited dalam memartabatkan islam dalam setiap aspek kehidupan termasuk keluarga, masyarakat dan juga negara.
Dalam konteks perancangan strategik Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa teras strategik dan panduan silibus kurikulum perlaksanaan KLFI. Asas kepada perancangan ini adalah firman Allah Taala dari Surah Al-Naml ayat 39 yang bermaksud,
“Ifrit dari golongan jin berkata akulah yang membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari singgahsana mu. Sesungguhnya aku benar-benar kuat lagi dapat dipercayai. “ Seterusnya dalam surah ayat yang seterusnya dalam surah Al-Qasas, ayat 26.
“Salah seorang daripada kedua perempuan itu berkata “Wahai ayahku ambillah dia bekerja sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja adalah orang yang kuat lagi dapat dipercayai”. Bagi mencapai hasrat tersebut penekanan diberikan kepada tiga perkara. Pertama pembangunan ilmu dan kepakaran. Knowledge and competency development, dengan izin. Program seperti Kelantan Future Leaders Camp, Bootcamp dan juga akademi serta ADUN Belia telah dilaksanakan mengikut peringkat umur belia dengan modul intelektual kemahiran kepimpinan pengurusan projek dan juga pembangunan diri yang sistematik. Setiap program direka untuk melahirkan pemimpin yang berdaya saing berfikiran kritis dan mampu membuat keputusan berasaskan data serta ilmu syariah yang baik.
Yang kedua pembangunan akhlak dan juga nilai islam. Character and value buildings dengan izin.
Semua peserta menjalani modul akhlak termasuk Tazkiyatun Nafs kepimpinan berintegriti dan juga khidmat masyarakat. Pendedahan praktikal seperti tugasan komuniti mentoring dan program komuniti sosial membina nilai kepimpinan yang berlandaskan islam serta berorientasikan perkhidmatan masyarakat.
Yang ketiga, pengukuhan visi pemimpin masa depan, vision and strategic orientation dengan izin. Peserta di ajar untuk merangka plan tindakan peribadi dan juga komuniti selaras dengan visi Kelantan Sejahtera 2033. Program ini bertujuan supaya belia mempunyai pemikiran strategik, memahami peranan mereka dalam pembangunan negeri dan menjadi agen perubahan dalam masyarakat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai database. Peserta yang telah dilatih sehingga kini Kerajaan Negeri melalui KLFI ini telah berjaya melatih seramai 1040 orang belia melalui 7 program flagship utama daripada Januari 2025 sehinggalah Mac 2026. Jumlah alumni ataupun yang aktif yang terkumpul setakat ini adalah seramai 604 orang yang terdiri daripada 306 orang lelaki dan juga 298 perempuan. Mereka ini terdiri daripada belia seluruh negeri, seluruh DUN, seluruh parlimen merangkumi pelajar sekolah mahasiswa universiti dan juga belia lepasan pengajian tinggi.
Semua peserta ini didaftarkan dalam sistem pengkalan data rasmi di KLFI.my membolehkan pemantauan yang berterusan. Pemantauan perkembangan impak program dan juga penilaian kompetensi secara berterusan. Selain daripada itu Kerajaan Negeri juga sedang membangunkan indeks kompetensi belia yang akan menjadi mekanisme berasaskan data untuk menilai pencapaian ilmu akhlak dan juga kepimpinan peserta. Sekaligus membolehkan kita mengenal pasti pelapis pimpinan berpotensi untuk masa depan, In Shaa Allah. Kesemua ini merupakan sebahagian daripada komitmen strategik Kerajaan Negeri untuk memastikan Kelantan memiliki generasi pemimpin yang kompeten, amanah dan mampu memartabatkan islam serta memacu pembangunan negeri berdasarkan “Membangun Bersama Islam”.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya yakin melalui pendekatan berstruktur dan juga berimpak tinggi ini Kelantan Future Leaders Institute bukan sahaja slogan tetapi realiti yang mampu melahirkan
pemimpin masa depan yang berintegriti dan juga berwawasan iaitu melahirkan negarawan Al-Qawiyyun Amin. Sekian, terima kasih.
Ok sila Pengkalan Pasir.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ EXCO yang apa ni yang telah memberikan satu penjelasan yang cukup detail. Saya sebenarnya ada soalan tambahan tapi setelah diberikan penjelasan yang detail ni cumanya saya nak tanya dari segi keberkesanan program-program sebegini sebab kalau kita lihat dari segi realitinya masih lagi dikalangan pemuda-pemuda kita walaupun ada dikalangan mereka yang berpotensi tapi dari segi mengimarahkan masjid dan sebagainya. Kalau boleh pemantauan yang jelas maknanya bagaimana kita nak menilai keberkesanan projek ini bagi pemuda-pemuda ini dapat menjadi agen perubahan kepada masyarakat.
Terima kasih atas soalan tambahan. Dia pertama sekali kita melihat beberapa skop ataupun berapa segmen. So secara asasnya KLFI ini menumpukan pada pemimpin. Jadi fokus adalah melahirkan kepimpinan yang kompeten, yang beramanah dan juga pemimpin yang komprehensif yang boleh merangkumi semua bidang. Itu fokus Kelantan Future Leaders. Maknanya apabila mereka mampu menjadi pemimpin maka mereka akan mampu memimpin rakan-rakan yang lain. Cuma lanjutan kepada soalan tadi kita sebenarnya ada segmen yang lain yang kita panggil anak muda rakan Al-Quran. Yang mana sasarannya lebih umum yang mana dalam konteks anak muda rakan Al-Quran ini mereka adalah agen-agen perubahan dibawah yang lebih rapat dibawah. Sekian, terima kasih.
Sila Wakaf Bharu.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan melalui EXCO anak muda yang cakna kepada anak muda. Antara program yang hebat ADUN Belia Kelantan dan kursus kepimpinan.
Soalan tambahan saya, apakah perancangan jangka panjang kerajaan negeri untuk memastikan kesinambungan pembangunan kepimpinan ini agar relevan dengan cabaran masa depan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Wakaf Bharu atas soalan tambahan. Secara umumnya perancangan jangka panjang kerajaan negeri adalah seperti berikut:
Pertamanya adalah eko sistem berstruktur. Maknanya talent pipeline. Sebab itulah kita ada dalam KLFI tadi kita bermula dengan kem, bootcamp, Akademi, ADUN Belia dan In Shaa Allah yang akan datang Felo Darul Naim.
Melalui Kelantan Future Leaders Institute, pembangunan kepimpinan disusun mengikut peringkat umur. Seperti mana yang saya sebut tadilah. Sekolah bermula pada pelajar sekolah, mahasiswa dan belia profesional bagi memastikan kesinambungan yang jelas dan berterusan. Yang kedua, ko-kurikulum masa depan yang mana future leaders skill. Penekanan kepada ekonomi digital, teknologi data inovasi dan juga keusahawanan moden agar belia kekal relevan dengan cabaran global. Yang ketiga, adalah pendekatan hands-on. Ataupun experiential learning. Di mana perlaksanaan terutamanya program yang kita akan In Shaa Allah kita akan laksanakan dalam penggal ataupun separuh penggal kedua nanti adalah perlaksanaan Felo Darul Naim yang memberi pendedahan langsung kepada pentadbiran kerajaan dan juga proses dasar, proses pembuatan dasar.
Yang keempat adalah jaringan strategik ataupun strategic collaboration, kerjasama antara agensi, industri, universiti dan rakan antarabangsa untuk memperluaskan pendedahan global belia. Maknanya program kita ini kita bekerjasama dengan agensi pusat dan juga agensi-agensi negeri serta NGO-NGO yang berkenaan. Dan yang kelimanya pendekatan berasaskan data ataupun data driven. Di mana pembangunan pengkalan data bersepadu belia ini bagi tujuan pemantauan, penilain impak dan juga pembangunan bakat secara sistematik. So, secara kesimpulannya segala ini adalah bagi memastikan pembangunan Kelantan Future Leaders kekal relevan berdaya saing dan juga berteraskan nilai islam selari dengan cabaran ekonomi digital dan juga globalisasi. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Tendong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon jawapan untuk soalan saya nombor 5. Soalan 5 : [ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperuntukkan bantuan kepada bapa tunggal sebagaimana Skim Bantuan Armalah?]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Tendong di atas soalan yang dikemukakan dan kecaknaan terhadap golongan bapa tunggal.
Di peringkat Kerajaan Negeri setakat ini tiada lagi sistem, tiada lagi satu skim khusus untuk bapa tunggal sebagaimana yang kita laksanakan
kepada Armalah iaitu Skim Bantuan Armalah. Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri mempertimbangkan permohonan daripada bapa tunggal yang memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagaimana kes ibu tunggal ataupun armalah. Pertimbangan ini sebagai satu sokongan sosial kepada bapa tunggal yang layak dan terpaksa menguruskan anak-anak yang ramai secara bersendirian sebelum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Kita amat memahami situasi kehilangan dan keperluan sokongan segera khususnya bantuan kewangan untuk mengurus nak-anak dan keluarga. Sekian, terima kasih.
Sila Tendong.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada pihak kerajaan atas jawapan sebentar tadi. Saya amat terujalah apabila walaupun tidak ada skill khusus kepada bapa tunggal ini tetapi daripada jawapan daripada pihak kerajaan tadi daripada EXCO menampakkan bukan saja Armalah yang menjadi pembelaan kepada kerajaan tetapi juga kepada bapa tunggal. Mungkin kalau ada skim kepada bapa tunggal ini mungkin tidak disebut bapa tunggallah mungkin boleh cari istilah yang lebih sesuai. Cuma tadi tidak ada skim yang khusus kepada bapa tunggal. Jadi adakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan skim ini dan yang soalan keduanya selain daripada skim ini apa manfaat apa ni manfaat-manfaat lain yang telah di sedia ada sekarang ini dan kita bagi kepada bapa tunggal ini. Yang kita tahu sekarang ini ada setengah bapa tunggal kehilangan isteri ataupun kematian tetapi faktor ekonomi yang juga memerlukan kepada bantuan pihak kerajaan, terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi setakat ini kita belum lagi bersedia untuk mengadakan Skim Bapa Tunggal tetapi kita tetap menerima beberapa permohonan daripada bapa
tunggal sebagaimana yang disebut tadi yang mengikut kriteria yang kita tetapkan sebagaimana armalah dan sehingga pada tahun ini bermula kita bagi bantuan kepada bapa tunggal 2025 seramai 12 borang daripada bapa tunggal yang kita telah terima. Dan In Shaa Allah kita akan cuba memberi bantuan setakat mana yang kita mampu. Berbanding dengan permohonan daripada armalah yang kita berikan setiap tahun hampir RM30 ribu setahun. Bantuan yang selain daripada yang dikatakan skim tadi sebagaimana biasa, Kerajaan Negeri tetap memberikan bantuan kebajikan sama ada bantuan kebajikan dan bantuan ekonomi kepada semua. Tak kira bapa tunggal ko ibu tunggal ko keluarga miskin yang tepat dengan syarat yang kita berikan In Shaa Allah kita akan berikan bantuan kepada semua yang memerlukan. Sekian.
Sila Kota Lama:
Terima kasih kepada Dato' Speaker, terima kasih kepada EXCO atas jawapan tersebut. Topik ini menarik minat saya jugak. Mungkin dari pengalaman EXCO saya nampak tadi 12 berbanding dengan RM30 000, jadi nampak macam Tendong kita kena ada skim lain ataupun saya fahamlah bila bapa tunggal ni dia cepat nak cari mungkin ya berbanding dengan ibu tunggal tu ya replacement tu dengan izin.
Jadi soalan saya adalah dari pengalaman EXCO 30 ribu bilangan ibu tunggal daripada kebelakangan ini adakah dia meningkat. Kita tahu bahawa armalah ni, ibu tunggal ni tak semestinya dia tidak upaya ya ada jugak ibu tunggal yang mungkin kaya contohnya. Pengalaman EXCO lagumana bilangan ni, adakah meningkat bagaimana kita sentiasa duduk dalam data kita ataupun di sana ada peluang sebagaimana jugak inisiatif kita yang lain untuk mengeluarkan mereka ini memberdaya mereka supaya keluar daripada kesusahan mereka? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan. Sebelum saya jawab soalan bantuan one-off untuk armalah ini pada tahap awal. Ianya bagaimana diarahkan ataupun di keluarkan untuk menjadi one-off kepada armalah. Arwah Tok Guru ni dia kata saya nak dua golongan armalah dan anak yatim yang ada dalam Negeri Kelantan ambo nok suruh wi bantuan walaupun samah sriya. Itu asas. Jadi pemikir-pemikir dia kata kita bagi one-off Tok Guru, one-off. Setakat mana rezeki yang kita boleh bagi kepada mereka ini kita akan bagi. Samah ko, sriya ko. Dan pada permulaannya kita memberikan kepada semua wanita yang bertittle armalah. Tok kiro dio geley sekat ni ko (paras lengan), takdok geley ko, susoh ko, kita akan berikan. Itu asas permulaannya.
Jadi bila hari ke sehari golongan armalah ini didaftarkan semakin ramai. Sehingga sekarang kalau tak silap saya 56 000 armalah telah didaftarkan untuk mendapat bantuan one-off. Dan kadar bantuan ini mengikut keadaan situasi bilangan armalah di DUN masing-masing dan penilaian daripada pihak ADUN itu sendiri.
Dari sudut pengukuran sejauh mana dia dapat merubah kehidupan dia daripada hok susoh kepada senang. Kita bukan sahaja golongan ini kita bergantung 100% bergantung kepada bantuan one-off. Kita ada berbagai-bagai lagi bantuan iaitu bantuan sosio-ekonomi, bantuan TUW, Tabung Usahawan Wanita, bantuan daripada pihak EXCO-EXCO usahawan untuk wanita, tok kiro wanita ko armalah ko kita wi belako.
Jadi bukan ini sabagai satu key utama kita membantu meningkatkan keupayaan wanita khususnya armalah di Negeri Kelantan. Sekian,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Ada cadangan ke untuk menemukan bapa tunggal dengan ibu tunggal? Supaya kita boleh selesai masalah tunggal-tunggal ni.
Dia kita alu-alu sokmo. Sentiasa kita mengalu-alukan. Macam dalam DUN saya, saya bagi dua kategori. Nok napok, nok suruh nampak perbezaan armalah 60 ke atas dan 60 ke bawah. Dari sudut peratus 1/3 nya adalah armalah muda. Bolehla mari jupo dengan ambo kalu ada yang berminat. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat...
[MENCELAH] Bukan hok sini deh ...
Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Jelawat.
Yang Berhormat Dato' Speaker, pohon jawapan kepada soalan nombor 6. Soalan 6 : [Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, apakah langkah kerajaan dalam memperkasakan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan.]
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ آ ﻋﻠﻰ و ، ﳌﺮﺳﻠﲔ ا ف ﺷﺮ أ ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ، ﻟﻌﺎﳌﲔ ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا ﺑﻌﺪ ﻣﺎ أ ، ﲨﻌﲔ أ Yang Berhormat Dato' Speaker, terima kasih kepada Jelawat. Kerajaan Negeri sentiasa komited ya di dalam usaha untuk memperkasakan
institusi Mahkamah Syariah khususnya di Negeri Kelantan ini ya untuk dipastikan bahawa segala gerak kerja yang melibatkan proses hukum hakam dan juga proses keadilan ini dapat ditegakkan secara lebih efisien di negeri ini.
Jadi oleh kerana itulah kerajaan negeri menggariskan langkah-langkah yang strategik untuk dilaksanakan dan telah dilaksanakan pun iaitulah antaranya yang pertama, menaiktaraf infrstruktur Mahkamah Syariah. Bagaimana telah pun diwujudkan serta diwartakan 4 Mahkamah Tinggi Syariah yang sebelum daripada ini hanya ada dua Mahkamah Tinggi Syariah sahaja iaitulah di lokasi Pasir Mas, di Tanah Merah, di Machang dan juga di Bachok. Dan kini pihak Kerajaan Negeri sendiri telah giat melaksanakan proses untuk menaiktaraf infrastruktur Mahkamah Syariah tersebut supaya ianya lebih kondusif, ianya berasingan daripada Pejabat Agama Jajahan.
Jadi di tempat-tempat yang telah dinyatakan tadi seperti di Bachok, Tanah Merah, Pasir Mas, Machang termasuklah di Jeli telah dikenalpastikan tapak-tapak lokasi-lokasi strategik untuk dikenalpasti sebagai pembinaan pembangunan yang dinyatakan tersebut. Dan Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang dalam kajian untuk memperuntukkan bajet khusus ya bagi mempastikan pembangunan ini dapat dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan demi keselesaan untuk seluruh masyarakat awam khususnya.
Dan yang keduanya, yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri telah diwujudkan Mahkamah Teknologi ya. Ini telah pun dirasmikan pada September 2025 di mana Mahkamah ini telah pun beroperasi dan dengan adanya mahkamah teknologi ini sebenarnya ia dapat mengurangkan kes-kes yang tertanguh serta dapat mengurangkan kos penginapan, pengangkutan bagi pihak-pihak yang jauh. Dan apa ianya hanya di dalam kes-kes mild sahaja. Kes jenayah tidak di ambil. Tetapi untuk makluman juga kita patut berbangga kerana Mahkamah Teknologi ini kita yang kedua di Malaysia ini telah tubuh Mahkamah Teknologi ya sesuai dengan arus digital dan juga AI pada zaman kini ya. Jadi Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh sampaikan kepada waris waroh hok duduk di luar negara, isu-isu
rumah pusaka tak payah baliklah. Boleh berurusan dengan Mahkamah Teknologi ni ye yang sedang beroperasi sehingga kini.
Dan yang ketiganya, Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang meneliti dan sudah berada di fasa akhir sebenarnya untuk menubuhkan mahkamah 4 layer, 4 peringkat sebagaimana yang paling awallah dalam Negara kita ini iaitulah di Negeri Perak pada tahun 2020 lagi telah menubuhkan Mahkamah Utama Syariah menjadikan mahkamah kepada 4 peringkat yer. Dan apa setakat ini Peraklah yang berjalan dengan mahkamah. Empat peringkat tersebut dan Negeri-Negeri yang lain dalam usaha dan ada yang telah meminda Perlembagaan Tubuh sebagaimana di Terengganu, di Kedah dan juga Sabah, Sarawak.
Jadi peringkat Kerajaan Negeri sendiri sebagaimana di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah pada Januari 2026 yang lalu yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk menubuhkan mahkamah di tahap yang tertinggi yang keempat ini iaitulah mahkamah utama syariah ataupun mahkamah utama di dalam mendengar rayuan setelah daripada mahkamah rayuan syariah.
Maka untuk mempastikan sebenarnya keupayaan institusi itu sendiri perkembangan kes-kes serta amalan-amalan terbaik di negeri-negeri yang lain. Dan untuk makluman setelah daripada dipinda Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019 dan kadar-kadar hukuman dinaikkan. Jadi di situ kita tengok bahawa kes-kes yang berlaku seumpama dalam pendaftaran perbicaraan kes-kes di Mahkamah Tinggi Syariah ini semakin meningkat.
Jadi, ini lebih memerlukan kepada memperkukuhkan lagi struktur Mahkamah Syariah termasuklah bagaimana untuk kita mempastikan mekanisme rayuan itu berjalan dengan baik. Setakat ini mahkamah sekiranya tidak ada Mahkamah Utama Syariah ini kita melihat bahawa rayuan hanya setakat Mahkamah Rayuan Syariah sahaja tidak ada satu tangga lagi untuk mereka menyatakan tuntutan rayuan untuk mendapatkan hak-hak yang seterusnya yang lebih adil dan lebih kita
tengok sama rata dan berkesan. Jadi oleh kerana itulah Kerajaan Negeri sehingga kini berusaha dan sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi berada di fasa kajian akhir dalam perkara tersebut ya. Terima kasih.
Sila Jelawat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan negeri kerana telah berjaya menaiktaraf infrastruktur mahkamah menjadikan dua mahkamah tinggi kepada empat Mahkamah Tinggi, menubuhkan Mahkamah Teknologi dan pada peringkat akhir untuk menubuhkan mahkamah utama syariah, tahniah pada kerajaan negeri.
Cuma tinggal laginya ialah apakah kerajaan negeri berhasrat untuk menambah baik perjawatan dalam meneruskan langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah di Negeri Kelantan ini, terima kasih.
Terima kasih Jelawat atas soalan tambahan. Ya, Kerajaan Negeri sememangnya komited dan sentiasa prihatin untuk menambah baik perjawatan dan usaha menyeluruh di dalam reformasilah menambah baik hal ehwal pentadbiran mahkamah syariah ini yang mana sebelum daripada ini telah pun dibuat penambahbaikan itu di dalam tiga entiti utama iaitulah di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah.
Yang keduanya Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah dan yang ketiganya di Jabatan Pendakwaan Syariah di Negeri Kelantan sendiri. Di mana di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah ini apabila telah pun ada mahkamah penambahan 4 Mahkamah Tinggi Syariah jadi memerlukan penambahan bilangan hakim-hakim Mahkamah Tinggi.
Jadi perkara ini sedang dilaksanakan secara berperingkat termasuklah melalui kenaikan pangkat serta penyusunan semula pegawai-pegawai yang sedia ada bagi mempastikan bahawa kesinambungan fungsi
kehakiman itu tidak terjejas di mana perjawatan melalui skim berasaskan caruman JNBC juga telah diluluskan di peringkat Negeri dan kini berada dalam proses penempatan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri termasuklah juga melibatkan penambahbaikan gred hakim yang sedia ada. Itu yang telah dibuat.
Dan apa dalam masa yang samanya Kerajaan Negeri telah melaksanakan usaha untuk naiktaraf Ketua Unit Sulh kepada Gred LS48. Ini selaras dengan pengoperasian Sulh Centre di kompleks Mahkamah Syariah Tunjong dan akan memperluaskan In Shaa Allah secara berperingkat ke jajahan-jajahan yang mempunyai Mahkamah Tinggi Syariah tadi.
Jadi Kerajaan Negeri juga sekarang ini dalam cadangan untuk mewujudkan marshall mahkamah ataupun apa jawatan bailif bagi meneliti apa-apa kes yang telah diputuskan dan untuk mempastikan perlaksanaan perintah mahkamah itu dapat dilaksanakan secara berkesan. Jadi In Shaa Allah dengan adanya marshall mahkamah ini In Shaa Allah akan di apa perjalanan perintah-perintah mahkamah itu akan dapat dilaksanakan secara lebih baiklah dan berkesan. Itu yang pertama.
Yang keduanya dari sudut penguatkuasaan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah juga telah diteliti untuk mewujudkan satu jawatan yang baru iaitulah termasuk penubuhan Unit Risikan dan Unit Waran Tangkap. Ini yang barulah yang cadangan untuk bagaimana kita melihat penambahbaikan kepada usaha-usaha penguatkuasaan undang-undang syariah di negeri ini selain menyusun semula struktur organisasi bagi memperkukuh fungsi penguatkuasaan secara lebih tersusun dan berkesan. Dan apa di peringkat Jabatan Pendakwaan Syariah di Negeri Kelantannya Alhamdulillah sebenarnya penstrukturan semula telah pun dilakukan dan kelulusan jawatan-jawatan secara rasmi telah berlaku pada tahun 2024 ya lagi.
Dan jawatan Pengarah Pendakwaan Syariah sendiri telah diperkasakan ya melalui pemberian Elaun Tidak Berpencen Gred LS52 sejak Mei 2024 yang lalu. Dan dalam masa yang sama pengisian kepada jawatan Pegawai Syariah Gred LS41, 44 serta Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, 32 telah pun yang ni dilaksanakan dan disamping ada usaha berterusan untuk
menarik taraf ya jawatan Ketua Pendakwa Syarie serta tambah baik pegawai, tambah pegawai dan kakitangan secara berperingkat ini mengikut keperluan.
Jadi ini adalah merupakan satu reformasi institusi yang diusahakan untuk menjayakan pentadbiran Hal Ehwal Perlaksanaan Syariah Negeri Kelantan ini secara baik, terima kasih.
Sila Galas.
Yang Berhormat Dato' Speaker, pertamanya saya nak ucap tahniahlah kepada pihak Kerajaan atas segala usaha yang telah dilaksanakan bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam Negeri kita ini. Namun persoalan paling kritikal ialah apakah status terkini Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019, EKJS selepas keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2024 yang telah membatalkan 16 seksyen dan sejauhmana pindaan, sejauh mana proses pindaan yang dijanjikan untuk dibentangkan pada April 2026 ini benar-benar sedang dilaksanakan.
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis masa yang jelas dan kandungan pindaan yang mantap ataupun isu ini tertangguh tanpa sebarang alasan yang kukuh? Terima kasih.
Terima kasih Galas di atas soalan tambahan tersebut. Yang pertamanya Kerajaan Negeri telah berusaha dengan sedaya upaya untuk meminda dan membentangkan semula dengan apa versi yang barulah 16 seksyen yang telah dibatalkan sebelum daripada ini ya. Dan dalam usaha tersebut memanglah panel-panel yang telah dilantik, jawatankuasa yang telah dilantik telah pun bersidang dan membuat penambahbaikan pandangan-pandangan yang terbaik untuk mempastikan bahawa ini adalah merupakan satu pindaan yang lengkap dan terbaik.
Jadi oleh kerana itu melalui beberapa proses-proses masa, garis masa sememangnya kadang-kadang ada proses masa yang agak terlewat kerana demi kita nak pastikan bahawa sesuatu perkara itu berlaku ataupun dapat diselesaikan ataupun pindaan selepas daripada ini adalah merupakan pindaan yang terbaik. Jadi Kerajaan Negeri janji Kerajaan Negeri untuk meminda, membawa semula Rang Undang-Undang pindaan tersebut ke sini, Enakmen tersebut ke sini adalah merupakan satu janji yang benar dan In Shaa Allah kita doakan pada tahun ini juga boleh berlaku. Aaa dop, ada usaha asalnya untuk bawa pada tahun yang lalu lagi kerana beberapa proses yang kini peringkat akhir yang berada di peringkat pengertian pihak jemaah ulama’ dan di peringkat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan maka In Shaa Allah kita menyakini selepas daripada itu akan dapat dibentangkan pada tahun ini juga.
Jadi Galas dan semua rakan-rakan dapat menyokong penuh usaha ini. Saya yakin. Itulah makluman terkini walaupun apa mungkin Galas telah baca daripada siaran akhbar memang usaha awalnya ialah untuk dibentangkan di peringkat akhir atau yang lalu lagi kemudian apa proses-proses garis masa yang memerlukan penambahbaikan maka dia pergi pada 2026 dan In Shaa Allah pada tahun ini akan dibentangkan, terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Yang Berhormat Dato' Speaker, saya mohon izin untuk menambah sedikit maklumat yang telah diberikan oleh EXCO Agama juga dengan izin Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang Menteri Besar, saya rasa bertanggungjawab untuk sama-sama Yang Berhormat EXCO Agama menjelaskan kepada pihak Dewan khususnya kepada Galas ya, prosesnya mengambil masa yang lama sebab isu yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan jurisdiction ataupun bidang kuasa antara Kerajaan Negeri dan juga persekutuan ataupun secara khususnya pihak Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri. Ia adalah dalam istilahnya dipanggil
sebagai satu isu yang delicate, isu yang sebenarnya amat rumit dan kerana pertindihan kuasa yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang sebenarnya susah dan samar.
Maka ia memerlukan satu proses yang sebenarnya sangat teliti. Sebab itulah kita telah, Kerajaan telah membentuk dua jawatankuasa. Satu dia panggil jawatankuasa induk, yang saya sendiri mempengerusikan dan yang keduanya adalah satu Jawatankuasa Kerja ataupun Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh peguam, peguma syariah dan sivil orang yang sama, dialah juga peguam syariah dan sivil iaitu Yang Berhormat daripada Melor yang mana Ahli-Ahli Jawatankuasa itu terdiri daripada orang-orang yang pakar daripada semua bidang termasuklah juga daripada jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Pejabat Mufti dan juga daripada Majlis Agama Islam Kelantan dan daripada tenaga-tenaga akademik.
Dan untuk tujuan tersebut yang kita telah bukan sahaja bermesyuarat, kita telah mengadakan seminar secara tertutp dan secara terbuka bagi memohon pandangan dan sebagainya. Isunya adalah kita panggil the prime objective adalah supaya Enakmen yang nanti kita akan luluskan tidak lagi dicabar. OK atas alasan ini. Atas alasan yang sama.
Jadi untuk menuju ke arah itu berbagai method yang mana pandangan kita telah ambil daripada banyak pihak untuk sampai ke situ dan Alhamdulillah sebenarnya kita telah pun siap. Tetapi proses Enakmen yang berkaitan dengan Agama khususnya bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri Kelantan ini mesti juga melalui proses mendapat kelulusan daripada Majlis Agama apa dia panggil tokoh ulama yang disebutkan tadi apa-apa istilahnya, ... Jemaah Ulama. Minta maaf sebab saya bukan Ahli Jemaah Ulama. Jadi saya lupa istilahnya itu.
Ahli Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan dan kita telah pun serahkan final draft sebenarnya. Kita telah pun serahkan dan pihak Majlis Jemaah Ulama ini telah pun memberikan semula kepada jawatankuasa kita beberapa cadangan dan komen dan daripada situ kita telah pun teliti komen-komen tersebut dan telah pun mengambil kira ada di antaranya kita pandangan-pandangan itu telahpun kita masukkan dan kita serahkan
kembali kepada Majlis Jemaah Ulama tadi untuk ditimbang semula dan kita sedang menunggu. Alhamdulillah mungkin jangkaan asalnya kita boleh masuk dalam sidang ini tetapi dengan proses yang sebegitu teliti maka dia memerlukan sedikit anjakanlah.
Dan In Shaa Allah kita akan cuba untuk nantinya sekiranya tidak ada apa-apa pembetulan ataupun pembaikian. In Shaa Allah dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang mungkin yang akan datang In Shaa Allah. Terima kasih kerana bangkitkan hal yang penting ini.
OK terima kasih Yang Berhormat Dato' Timbalan Menteri Besar. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian bersama-sama kita pada hari ini ialah satu rombongan daripada Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong seramai 11 orang yang menghadiri persidangan pada pagi ini. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat DUN Kota Lama, ADUN Kota Lama.
Terima kasih Dato' Speaker. Kota Lama cerah waktu subuh, pohon jawapan saya nombor 7, jawapan pada soalan saya nombor 7.
Soalan 7 :
[ Minta YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar nyatakan, status semasa kesihatan ibu mengandung di Negeri Kelantan, khususnya berkaitan masalah anemia termasuk peratusan kes yang direkodkan, faktor penyumbang utama, serta langkah intervensi dan pencegahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bersama agensi kesihatan berkaitan. ]
ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ ا
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, terima kasih kepada Kota Lama atas soalan. Kota Lama bertanyakan mengenai status semasa kesihatan ibu mengandung di Kelantan dan juga masalah penyakit anemia yang melanda ibu-ibu yang mengandung. Untuk makluman Kota Lama Kelantan adalah sebuah Negeri yang produktif yang telah menyumbang kepada kadar kelahiran yang tinggi kita mendapat kelahiran.
Setiap ibu akan melahirkan 2.5 ke 3 orang anak dan juga kadar kematian Alhamdulillah berlaku kadar kematian purata antara 4 ke 6 orang bayi bagi setiap 1 000 kelahiran. Dan terima kasih kepada semua ibu-ibu yang telah melahirkan anak-anak kitalah. Dan mengenai masalah anemia. Anemia ni jadi satu masalah yang dikaitkan dengan apa ni ibu mengandung yang juga melanda pada anak-anaklah, kanak-kanak. Anemia adalah satu keadaan di mana berlakunya paras hemoglobin yang rendah dalam darah merah. Darah merah ia akan membawa oksigen ke anggota tubuh meskinya kurang hemoglobin, kurang protein akan menyebabkan pengidap dia mengalami keletihan, lesu, pening dan juga anggotanya mudah apa ni terdedah kepada serangan penyakit.
Dan kadar anemia peratusannya kita tak ada data yang tepat kerana data yang tepat di peringkat Persekutuan. Namun dianggarkan sebanyak 20 hingga 30 peratus ibu-ibu yang mengandung akan mengalami anemia. Punca utama iaitu kita kekurangan dan zat besi, kekurangan vitamin B12 dan juga kekurangan asid folik iaitu pemakanan sihat. Dan masalah anemia kerap berlaku kronik di kawasan-kawasan pedalaman terutama sekali melibatkan komuniti Orang Asli. Pengidapnya antara 40 ke 50 peratus kerana limitasi akses kepada makanan yang sihat.
Mengenai kaedah pencegahan pendidikan dan pematuhan saringan di peringkat negeri. Kita bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan juga Kementerian Kesihatan. Di Kelantan khususnya kita menyediakan perkhidmatan pencegahan anemia kepada semua ibu yang hamil secara teratur, sistematik dan menyeluruh holistic sejak trimester pertama kehamilan iaitu 12 minggu pertama kehamilan agar masalah anemia dapat dicegah awal sebelum berkembang menjadi komplikasi kehamilan yang lebih serius. Untuk pendidikan pemakanan
termasuk pengambilan sumber makanan yang tinggi zat besi dan juga asid folik. Aktiviti pendidikan pemakanan untuk mencegah anemia yang diberikan berfokus kepada sasaran meningkatkan pengambilan zat besi, vitamin B12 dan juga asid folik. Ni lah antara makanan yang boleh mencegah daripada berlakunya anemia.
Dan aktiviti pendididikan kita telah melaksanakan melalui inisiatif pemakanan wanita sihat ataupun dengan izin Healthy Eating Responsibility For Women (HER) istilah dia yang memberi fokus kepada wanita berumur reproductive 15 tahun ke 49 tahun yang mana mempunyai kadar kesuburan fetiliti yang tinggi. Inisiatif HER ini juga dapat membantu wanita proaktif meningkatkan status kesihatan dan pemakanan bagi persediaan kehamilan. Seterusnya melahirkan generasi masa depan yang lebih sihat. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan wanita produktif mengenai kepentingan pengambilan makanan sihat pada setiap kitaran hidup dan membudayakan amalan pemakanan sihat dan kesedaran kesihatan melalui pemerkasaan kendiri dan juga sokongan komuniti.
Antara strategik iaitu kita telah menyebarkan maklumat secara online dan juga offline kepada beberapa industri berbeza. Wanita yang baru berkahwin, wanita yang produktif dan juga para pelajar sekolah. Dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan saringan kesihatan termasuk status hemoglobin dan juga kategori BMI. Kita sentiasa melaksanakan saringan kesihatan supaya keadaan hemoglobin sentiasa tinggi iaitu melebihi 10 g/DL.
Pemerkasaan komuniti sebagai sistem sokongan yang membantu menyediakan sekitar pemakanan yang lebih sihat sama ada di tempat kerja, institusi pengajian tinggi atau komuniti kepada wanita produktif dalam usaha menerapkan amalan pemakanan sihat dalam kehidupan. Dan antara seminar dan bengkel yang telah kita adakan iaitu tambah darah untuk menambahkan sel darah merah, mengadakan ceramah pameran kesihatan tinggi zat besi dan kempen untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan zat besi, asid folik, protein dan
vitamin B12 dalam pengambilan harian khususnya bagi wanita hamil dan juga remaja.
Demonstrasi makanan yang mengandungi zat besi, asid folik. Cara menyediakan pemakanan yang kaya zat besi, asid folik seperti hati, daging, ikan, vitamin C untuk meningkatkan penyerapan sayur-sayuran hijau dan juga buah-buahan.
Dan pendidikan pemakanan di sekolah aktiviti ini khas bagi pelajar sekolah untuk menerapkan kesedaran tentang kepentingan makanan berkhasiat bagi mengelakkan anemia. Dan untuk saringan awal salah satu perkhidmatan yang disediakan semasa mengandung antenatal sejak dari booking lawatan pertama kehamilan adalah pemantauan tahap hemoglobin di mana paras hemoglobin dalam paras ibu hamil mesti melebihi 11 g/DL.
Sebagai langkah pencegahan suplemen hematinik diberikan kepada ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan untuk mencegah masalah anemia serta mengelakkan masalah anemia sedia ada berkembang menjadi komplikasi kehamilan yang lebih serius bagi kawasan-kawasan pedalaman kita menyediakan perkhidmatan klinik mobile iaitu kita masuk ke kawasan-kawasan pedalaman yang dihuni oleh orang Asli untuk memberikan kesedaran pentingnya mencegah anemia dan juga pentingnya pemakanan sihat untuk wanita-wanita yang hamil. Terima kasih.
Sila Kota Lama.
Terima kasih pada EXCO yang memberikan jawapan yang begitu detail. Dato' Speaker, saya bangkitkan isu kekurangan zat makanan dikalangan ibu mengandung ini kerana ini adalah akar kepada satu permasalahan lain yang juga serius iaitu masalah anak-anak kita terbantut. Ia satu data kajian NHMS pada tahun 2019 menyatakan bahawa kat Malaysia pun kita ada 21.8 % tetapi di Kelantan kita pernah merekodkan anak-anak
terbantut ini sebanyak 34%. Maknanya satu dalam tiga anak kita tidak membesar dengan sepatutnya dan lebih mutakhir penyata Jawatankuasa Pilihan Bantut dibentangkan di Parlimen pada 05 Februari 2026 menyebut kadar di Kelantan masih 23%.
Jadi maksudnya masalah ini masih dalam keadaan yang serius jadi soalan saya kepada Yang Berhormat EXCO adalah dalam keadaan kita mencatatkan data DOSM menunjukan bahawa dan data ICU menunjukkan bahawa kita juga menghadapi masalah kemiskinan. Ia ada Disember tahun lepas ada dicatatkan 44 000, lebih daripada 44 000 orang miskin dan apa dan orang miskin ni kita tahu tadilah yang menghadapi masalah kurang zat makanan. Apa dia intervensi lain terutama untuk menghalang anak-anak atau menangani masalah kebantutan ini dan juga mungkin ada kalau apa, program untuk pemakanan ya secara lebih nyata untuk kita menangani masalah kebantutan sebab bila kita tak tangani kita bukan sahaja masalah ...
[MENCELAH]
Tidak perlu huraian Yang Berhormat... soalan telah kemukakan, saya rasa EXCO boleh jawab ...
Ok, terima kasih.
Tidak perlu penjelasan …
Sikit je nak habis ayat ... supaya anak-anak kita membesar dalam keadaan bukan kita wariskan anak-anak yang kecil ini tapi juga kita bimbang ya masa depan mereka yang tercicir, pendidikan yang lemah dan kemiskinan yang berulang. Terima kasih atas masa yang diberikan.
Sila EXCO.
Terima kasih Kota Lama atas soalan tambahan mengenai malnutrisi ataupun bantut tumbesaran dikalangan kanak-kanak. Jadi ini adalah satu masalah yang dibincangkan diperingkat nasional pada bulan lepas saya telah hadir ke mesyuarat EXCO-EXCO Kesihatan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri dan antara pembentangan iaitu masalah kanak-kanak bantut yang mana melanda di kebanyakkan negeri di Malaysia kerana faktor akses kepada pemakanan yang tidak sihat.
Dan ini yang menjadi agenda utama Kementerian Kesihatan bermula tahun ini penglibatan khusus Kementerian Kesihatan supaya dapat memberikan makanan tambahan bukan hanya kepada kanak-kanak yang pra kemiskinan tetapi juga kepada semua kanak-kanak yang akan masuk ke sekolah bermula usia 6 tahun yang akan menyebabkan pertambahan dalam Belanjawan dan diluar daripada kemampuan kewangan untuk berikan tambahan Belanjawan kepada Kementerian Kesihatan. Itu antara yang kita bincangkan.
Dan untuk mengatasi masalah ini kita perlukan satu program khusus terutama sekali kesedaran pemakanan sihat dikalangan ibu-ibu yang mana sekarang ini ibu-ibu tidak lagi mengutamakan pemakanan sihat pada anak-anak. Dan jarang ibu-ibu yang menyediakan makanan bermasak sayur hijau sebaliknya membawa anak masing-masing ke kedai-kedai makanan segera menyebabkan kita mengalami kesukaran untuk mengubah menjadi tabiat ibu-ibu zaman moden. Kalau dulu disajikan dengan pemakanan sihat. Tak ada lagi makanan-makanan moden yang mana berpunca daripada dia punya ingredient, bahan-bahan segera yang boleh mendatangkan masalah-masalah bukan hanya tidak sihat kepada pengambilan makanan di kalangan bayi, kanak-kanak tetapi juga mendatangkan bahaya kepada penyakit-penyakit yang tidak berjangkit.
Dan untuk masalah ini kita telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan kesihatan Kelantan ada beberapa pembentangan diberikan. Itu antaranya untuk membekalkan makanan sihat kepada kumpulan-kumpulan yang telah dikenalpasti. Pada mana-mana bajet yang ada amat terhad. Dan kita Kelantan ini kalau kita, kita ada program Al-It'am memastikan setiap keluarga 300 keluarga satu DUN dapat menikmati asas makanan. Tinggal satu DUN kali 45 dalam belas-belas ribu sebulan.
Kita amat syukur sekiranya Persekutuan boleh memberikan apa ni makanan, bekalan makanan kepada keluarga-keluarga ini iaitu makanan-makanan untuk menambahkan kesihatan. Ini adalah satu masalah peringkat nasional dan kita Kelantan amat komited untuk memastikan semua rakyat Kelantan dan juga rakyat Malaysia lahir sebagai rakyat yang sihat. Dan ini masalah utama yang berlaku di Negeri- Negeri Sabah dan Sarawak yang mana masalah bantut, malnutrisi dikalangan kanak-kanak amat-amat kronik. So, kita perlukan kerjasama daripada semualah, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan. Persidangan ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 11.00 pagi, In Shaa Allah.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.30 PAGI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI.
(Urusan Dewan selepas rehat)
PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 11.00 PAGI
Sususan Urusan Persidangan Yang Kelima, Cadangan-cadangan Yang Diberitahu. [ Cadangan Yang Pertama ] Cadangan Yang Pertama, Yang Berhormat Hj Azhar Bin Salleh akan mencadangkan.
Silakan Yang Berhormat Pulai Chondong.
Err Speaker, Dato' Speaker ...
Saya mempersilakan Yang Berhormat Pulai Chondong.
Saya mencadangkan doh kelmarin. Saya cadang doh kelmarin. YANG BERHORMAT : Semalam telah ada cadangan dan telah disokong. Sekarang ini untuk sesi perbahasan.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Tumboh.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ Yang Berhormat Dato' Speaker, dengan penuh hormat saya mohon mencadangkan :
BAHAWA DEWAN INI MEMBUAT KETETAPAN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN MENJUNJUNG KASIH DAN PENGHARGAAN ATAS TITAH UCAPAN DIRAJA YANG TELAH DITITAHKAN OLEH YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN KEPADA DEWAN INI PADA HARI ISNIN 03 ZULKAEDAH 1447 H BERSAMAAN DENGAN 20HB APRIL 2026 MASIHI.
Dan ucapan menjunjung kasih di atas titah Yang Maha Mulia Tuanku yang sarat dengan nasihat, panduan serta hala tuju yang amat jelas dalam memastikan kesinambungan, kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat. Titah Tuanku bukan sekadar amanah bahkan merupakan pedoman yang perlu diterjemahkan dengan penuh iltizam oleh seluruh jentera pentadbiran negeri.
Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam meneliti ucapan D'Raja jelas bahawa Yang Maha Mulia Tuanku telah menzahirkan keprihatinan terhadap cabaran semasa yang semakin kompleks khususnya dalam suasana global yang tidak menentu. Ketentuan ekonomi dunia, tekanan biografi serta gangguan rantaian bekalan telah memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Kenaikan harga barang keperluan asas serta peningkatan kos sara hidup termasuklah harga minyak petrol dan diesel semakin dirasai dan memberi tekanan kepada rakyat di semua peringkat.
Sehubungan itu, Titah Tuanku merupakan satu peringatan yang amat jelas yang sangat penting agar jentera Kerajaan Negeri terus peka dan responsif terhadap keperluan rakyat dalam menghadapi tekanan hidup yang semakin mencabar ini. Justeru itu saya ingin memohon kerajaan negeri agar mempertimbangkan satu bentuk pakej insentif atau bantuan bersasar khususnya kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Dalam hal ini, peranan Ahli-Ahli Yang Berhormat amat penting sebagai penghubung kepada masyarakat sekiranya terdapat inisiatif bantuan yang boleh disalurkan melalui wakil rakyat. Ia di yakini dapat disampaikan dengan lebih cepat, tersusun dan berkesan.
Pendekatan ini selaras dengan semangat titah Tuanku yang mengekalkan kesejahteraan rakyat serta keperluan memastikan setiap dasar dan tindakan kerajaan memberikan manfaat kepada rakyat secara langsung.
Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam kerangka yang lebih luas saya ingin menyentuh prinsip asas dalam sistem kenegaraan iaitu semangat federalisme. Persekutuan yang kita bina adalah berteraskan keseimbangan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri yang merupakan suatu perjanjian keadilan yang mesti dihormati dan dilaksanakan dengan penuh integriti.
Yang Berhormat Dato' Speaker, semangat federalisme ini tidak boleh sekadar menjadi retorik sebaliknya mesti dizahirkan melalui tindakan yang nyata dan konsisten. Peruntukan pembangunan kepada negeri bukan satu ihsan. Bukan satu ihsan tetapi tetapi merupakan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Justeru sebarang pendekatan yang menimbulkan ketidakadilan perlu diperbetulkan. Jika satu ketika dahulu, kita sering membangkitkan kerajaan dalam kerajaan melalui JPP. Maka pada hari ini timbul persoalan sama ada peranan ICU dan juga JPN terus menimbulkan implikasi yang sama. Perkara ini wajar dinilai secara objektif demi memastikan keadilan kepada negeri dan rakyat terus terpelihara berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan negara.
Dalam masa yang sama saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang, Menteri Besar Kelantan atas kepimpinan yang berterusan dalam mengemudikan negeri dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.
Dalam suasana yang mencabar khususnya dalam hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kepimpinan yang berhemah dan berprinsip amat penting bagi memastikan kepentingan rakyat terus terbela. Saya juga ingin menzahirkan sokongan terhadap pendekatan Kerajaan Negeri yang sentiasa bersikap matang dan terbuka dalam
menjunjung semangat federalisme walaupun terdapat cabaran dalam penyelarasan dasar dan perlaksanaan pembangunan. Kerajaan Negeri tetap komited untuk bekerjasama demi memastikan manfaat sampai kepada rakyat. Pendekatan ini memperlihatkan bahawa semangat federalisme bukan sekadar menuntut hak tetapi juga menuntut kebijaksanaan dalam membina hubungan yang harmoni. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kerana bersungguh-sungguh merealisasikan semangat federalisme ini. Hanya yang tinggal masih ada lagi, masih ada lagi jabatan-jabatan yang ....
Melor mohon ... boleh eh ...
Yang Berhormat Pasir Tumboh dalam konteks federalisme ini antara tadi Yang Berhormat sebut tentang ICU ataupun JPP. Jadi apa pandangan Yang Berhormat kalau dulu projek-projek daripada contohnya ke kementerian KPKT kepada majlis-majlis daerah diuruskan dilantik kontraktor dan diuruskan perlaksanaan sepenuhnya oleh majlis daerah yang ada dalam negeri tapi setahun dua ini apa ni perlantikan kontraktor dan semua projek itu tidak lagi boleh diuruskan melalui PBT tetapi dilaksanakan oleh ICU. Apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Melor. Tadi saya sebut dua pimpinan besar negeri dan juga negara. Dua-dua mereka ini nak menterjemahkan sistem federalisme ini. Hanya kalau kita tengoklah betapa mesranya, betapa naknya mereka ini kepada sistem federalism, kenapa masih ada lagi jabatan-jabatan Kerajaan? Saya bukan saja JPP sebagaimana yang disebutkan oleh Melor, JPN sendiri. Kita ini pemimpin dop, biar semua wakil-wakil rakyat ini bersama-sama boleh masuk ke sekolah, boleh beri bantuan, boleh apa sahaja dop, pasal kita ini adalah nak menunaikan hasrat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dahulu, perjanjian dahulu yakni sistem federalisme ini. Dan dua pimpinan kita ini
sudah pun bersungguh-sungguh tapi bagaimanapun pula dengan kita semua ini.
Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam konteks Negeri Kelantan dasar "Membangun Bersama Islam” telah membuktikan bahawa pentadbiran berteraskan nilai islam mampu dilaksanakan secara konsisten dan berkesan berpaksikan prinsip Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan. Pentadbiran ini telah berjaya membentuk keseimbangan antara tuntutan dunia dan akhirat.
Namun demikian dalam menghadapi cabaran pada masa kini pembangunan islam perlu diperkasakan agar benar-benar menjadi cara hidup masyarakat. Sehubungan dengan itu, masjid, surau, madrasah perlu diperkasakan sebagai pusat pembangunan ekonomi yang aktif merangkumi aspek pendidikan, kebajikan dan juga ekonomi.
Peranan bahagian dakwah dan halaqah juga perlu diperkukuhkan bagi membimbing keharmonian dapat disampaikan secara menyeluruh sekaligus membantu menangani gejala sosial. Institusi pondok pula perlu terus diperkasakan sebagai warisan pendidik islam yang telah menjadikan Kelantan sebagai pusat ilmu di nusantara dengan pendekatan yang lebih dinamik tanpa menjejaskan identitinya. Dalam aspek pembangunan insan KIAS perlu diperkasakan sebagai pemacu utama modal insan negeri agar melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran dan berdaya saing.
Yang Berhormat Dato' Speaker, baru-baru ini kita telah mendengar keputusan peperiksasan SPM. Saya mengucapkan tahniah, di ucapkan tahniah kepada Yayasan Islam Kelantan serta seluruh warga pendidik atas pencapaian cemerlang dalam keputusan SPM 2025 yang membanggakan ini. Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi, kesungguhan serta keikhlasan para guru dalam mendidik anak bangsa dengan pendekatan ilmu yang seimbang antara akademik dan nilai keimanan.
Negeri menaruh harapan yang besar agar Yayasan Islam Kelantan terus menjadi peneraju dan hub utama dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi. Bukan sahaja cemerlang dalam sudut intelektual malah
unggul dari segi sahsiah dan spiritual seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri, negara yang berterusan nilai dan jati diri yang kukuh.
Dan Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam memperkukuhkan sektor pentadbiran di peringkat akar umbi peranan institusi penghulu tidak boleh dipinggirkan. Penghulu merupakan penghubung antara kerajaan dan rakyat serta memainkan peranan penting dalam menyampaikan dasar dan membantu masyarakat.
Saya ingin mencadangkan untuk memperkukuhkan lagi fungsi penghulu ada beberapa cadangan. Pertamanya ialah penghulu mesti memperjelaskan peranan dan juga tanggungjawabnya. Kerajaan Negeri perlu tetapkan garis tugas yang jelas. Penghulu bukan sekadar simbol tetapi agen penyampaian dasar bantuan dan maklumat kepada rakyat.
Yang kedua, latihan dan professional. Penghulu perlu diberi latihan berkala pengurusan komuniti, komunikasi dan tabdir urus. Yang ketiga sistem pemantauan dan penilaian. Bukan semua penghulu berklasifikasi sama jadi kerajaan boleh menjadikan KPI atau menilai prestasi yang berkesan diberi pengiktirafan yang lebih, yang lemah dibimbing ataupun diberi ilmu.
Yang keempat ...
Minta laluan ...
Kalau Pasir Tumboh bagi laluan, OK.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pasir Tumboh. Saya tertarik dengan perbahasan berkaitan dengan penghulu. Dan sebagaimana kita juga tahu penghulu ini memainkan peranan yang penting untuk selain menjadi menyebarkan
maklumat-maklumat kerajaan juga menjadi penghubung kepada segala bentuk urusan kerajaan kepada rakyat. Cuma soalannya seiring dengan perkembangan dunia hari ini yang memperlihatkan perkembangan IT, AI dan pelbagai perkara yang melibatkan apa ni perkembangan yang memerlukan kepada pemahaman terkait dengan teknologi-teknologi terkini.
Jadi adakah Yang Berhormat Pasir Tumboh bersetuju dari sudut peningkatan ilmu dan pengetahuan kepada penghulu ini juga perlu di ambil perhatian oleh kerajaan supaya bergerak seiring dengan perkembangan semasa dunia hari ini yang perlu kepada pemahaman kepada teknologi-teknologi terkini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tendong. Jadikan sebahagian daripada ucapan saya. Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam sektor ekonomi, pendekatan ekonomi berkat perlu diteruskan dan diperkasakan. Dalam masa yang sama ekonomi perlu dipacu agar lebih kompetitif dan berdaya saing termasuk melalui pemerkasaan peranan GLC dengan dasar yang lebih jelas dan berimpak. Selain daripada itu, sektor halal keusahawanan digital dan pertanian moden perlu diberi perhatian serius agar potensi negeri dapat dimanfaatkan secara optimum.
Akhirnya sekali lagi saya merakamkan ucapan junjung kasih di atas Titah Ucapan Yang Maha Mulia Tuanku dan dengan ini Pasir Tumboh mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Tumboh. Saya mempersilakan Yang Berhormat Chetok.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Speaker, saya mohon menyokong Usul Junjung Kasih Titah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Pasir Tumboh. Chetok juga merakamkan ucapan junjung kasih kehadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas limpah perkenan menyampaikan titah menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan Tuanku kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri. Menjunjung kasih Yang Maha Mulia Tuanku atas Titah Ucapan D'Raja yang penuh berhikmah, sarat dengan nasihat, pedoman serta keprihatinan mendalam terhadap nasib dan masa depan rakyat negeri ini sempena Persidangan Kali Pertama Bagi Tahun 2026.
Sesungguhnya Titah Yang Maha Mulia Tuanku yang bukan sahaja menyentuh soal pembangunan negeri tetapi juga menggambarkan keprihatinan Tuanku terhadap cabaran yang sedang dihadapi oleh rakyat khususnya dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar pada hari ini. Titah Tuanku jelas mencerminkan satu harapan besar agar segala perancangan dan juga perlaksanaan pembangunan tidak hanya tertumpu kepada angka dan projek semata-mata, tetapi benar-benar memberi makna kepada kehidupan rakyat jelata.
Yang Berhormat Dato' Speaker, Chetok juga mengambil peluang perbahasan pada hari ini dengan satu keinsafan bahawa rakyat sedang berhadapan dengan satu realiti yang cukup mencabar. Dunia hari ini tidak lagi stabil sepertimana yang dahulu. Peperangan yang berlarutan di beberapa wilayah dunia, gangguan rantaian bekalan global serta ketidaktentuan ekonomi telah memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Harga makanan meningkat, kos barangan keperluan semakin tinggi dan juga tekanan hidup semakin dirasai oleh rakyat di peringkat bawah.
Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam menilai pembangunan negeri kita tidak boleh melihat dalam kerangka lama yang tertumpu kepada satu kawasan sahaja. Sebaliknya pembangunan mesti bergerak secara
seimbang melalui pembentukan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang mampu menjana peluang kepada rakyat di pelbagai kawasan. Sejauh manakah pembangunan bandar baharu atau pusat pertumbuhan baharu yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di setiap jajahan. Kita melihat usaha Kerajaan Negeri dalam membangun kawasan seperti Bandar Baru Tunjong serta juga pembangunan kawasan Tok Bali yang berorientasikan industri dan juga maritim. Ini merupakan satu langkah yang tepat dalam membina eko sistem ekonomi baharu yang mampu menarik pelaburan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan juga merancakkan ekonomi setempat.
Dalam masa yang sama jajahan Pasir Mas khususnya Rantau Panjang yang mempunyai kelebihan sebagai jajahan sempadan perlu tampil dengan perancangan yang lebih strategik dengan dapat membangun sebagaimana jajahan-jajahan yang lain.
Yang Berhormat Dato' Speaker, saya juga ingin memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Khususnya pelancongan gastronomi yang merupakan satu kekuatan unik di Negeri Kelantan. Kelantan terkenal dengan warisan makanan tradisional yang kaya dengan identiti budaya. Makanan bukan sekadar keperluan tetapi merupakan satu produk ekonomi yang boleh dipasarkan ke peringkat yang lebih luas. Pelancongan gastronomi berpotensi menjadi pemangkin ekonomi rakyat jika dibangunkan secara sistematik melalui promosi, penjenamaan dan juga peningkatan kualiti produk.
Yang Berhormat Dato' Speaker, selain itu Kerajaan Negeri dicadangkan agar memberi perhatian serius kepada pembangunan industri hiliran. Khususnya dalam sektor pertanian yang menjadi kekuatan Negeri ini. Sumbangan sektor pertanian yang mencecah sekitar RM5.6 billion kepada ekonomi negeri menunjukkan potensi besar yang masih belum di manfaatkan sepenuhnya. Kita harus akui bahawa Kelantan tidak kekurangan agensi. Tidak kekurangan syarikat mahupun kekurangan perancangan dalam sektor ini. Namun persoalan yang lebih penting adalah sejauh mana semua entiti ini benar-benar bergerak secara terselaras dan memberi impak langsung kepada rakyat. Khususnya golongan petani di peringkat akar umbi. Pada hari ini kita melihat
kewujudan pelbagai entiti dibawah GLC negeri, agensi-agensi berkaitan pertanian yang masing-masing mempunyai fungsi tersendiri.
Walaupun dari sudut struktur kelihatan lengkap, namun dari sudut perlaksanaan masih terdapat cabaran dari segi pertindihan peranan dan kurangnya penyelarasan yang menyeluruh. Keadaan ini menyebabkan potensi sebenar sektor pertanian negeri tidak dapat dimaksimumkan sepenuhnya. Justeru sudah tiba masanya Kerajaan Negeri mempertimbangkan satu pendekatan yang lebih tersusun dengan mewujudkan satu mekanisme penyelarasan yang jelas sama ada dalam bentuk pusat kawalan utama atau dasar yang menyatukan hala tuju semua entiti ini.
Tanpa penyelarasan yang kukuh kita akan terus melihat usaha ini bersifat berasingan. Sedangkan cabaran ekonomi hari ini menuntut pendekatan yang lebih strategik dan juga bersepadu.
Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam konteks ini saya melihat kumpulan Pertanian Kelantan Berhad ataupun KPKB perlu diperkasakan sebagai Anchor company dalam sektor pertanian negeri. KPKB tidak seharusnya hanya berfungsi sebagai pelaksana projek tetapi perlu diangkat sebagai peneraju utama rantaian nilai pertanian. Peranannya perlu diperluas sebagai pengawal pasaran pemaju pengeluaran berskala besar serta peneraju kepada aktiviti pemprosesan dan juga pemasaran produk agro negeri.
Satu lagi kelemahan yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan sektor pertanian kita yang masih tertumpu kepada pengeluaran bahan mentah. Kita menanam, kita menuai tapi nilai tambahannya sering dinikmati oleh pihak lain. Inilah sebabnya mengapa pembangunan industri hiliran perlu diberi penekanan yang serius. Hasil pertanian seperti padi, buah-buahan, ikan dan juga ternakan tidak seharusnya di jual dalam bentuk mentah semata-mata. Sebaliknya perlu diproses menjadi produk bernilai tinggi seperti makanan siap, produk berjenama dan juga produk eksport. Dengan adanya industri hiliran nilai sesuatu hasil pertanian boleh meningkat berkali ganda sekaligus meningkatkan
pendapatan petani dan membuka peluang pekerjaan yang baharu kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato' Speaker, seperkara lagi bagi memperkukuhkan keterjaminan makanan negeri dalam suasana hari ini adalah dicadangkan supaya Kerajaan Negeri turut memperkenalkan satu pakej ransangan komprehensif yang bersifat jangka pendek dan sederhana bagi menangani kesan kemarau serta kenaikan kos operasi akibat krisis global. Pakej ini boleh merangkumi bantuan bersasar bagi input kritikal seperti diesel dan sistem pengairan, bantuan kewangan tambahan kepada petani, penternak dan nelayan yang terjejas serta insentif penggunaan teknologi moden bagi meningkatnya kecekapan pengeluaran. Institusi ini bukan sahaja mampu mengurangkan tekanan kos dan risiko kerugian yang sedang dihadapi oleh pengusaha agro makanan, malah dapat memastikan keterjaminan bekalan makanan negeri secara mampan.
Yang Berhormat Dato' Speaker, salah satu projek mercu tanda flagship Kerajaan Negeri yang mengenai selalu di sebut oleh pihak Kerajaan iaitu Lembah Agro Rong Chenok di Pasir Mas yang merupakan manifestasi yang jelas kepada usaha membangun sektor pertanian secara moden bersepadu dan juga berimpak tinggi. Dibangunkan oleh PKPNK projek ini menggabungkan tiga komponen utama iaitu tanaman penternakan akuakultur dalam satu eko sistem yang tersusun sekaligus meletakkannya sebagai pemangkin utama kepada agenda keterjaminan makanan Negeri Kelantan.
Dari sudut perlaksanaan Rong Chenok bukan sekadar pengeluaran biasa tetapi menampilkan pengunaan teknologi pertanian moden seperti sistem hidroponik dengan kapasiti 56 000 pot tanaman sawi, kaedah fertigasi bagi tanaman cili serta perluasan projek melon madu Kelantan. Dalam masa yang sama sektor penternakan diperkukuh melalui pembangunan kandang ayam pedaging berkapasiti sehingga 20 000 ekor dan juga penternakan lembu charole yang berpotensi menjadi pusat latihan kepada penghasilan sehinggalah 20 000 ...
[MENCELAH]
Dua minit lagi ...
… pusat latihan dan juga rujukan industri. Komponen akuakultur pula menyumbang kepada penghasilan sehingga 20 000 benih ikan sekaligus memperkukuh rantaian bekalan protein Negeri Kelantan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri disaran agar terus mengangkat potensi Rong Chenok ini secara lebih agresif dengan memperkukuhkan eko sistem pelaburan, menarik lebih ramai pelabur berimpak tinggi serta memberi penekanan kepada pembangunan tanaman bernilai komersial tinggi.
Langkah ini penting bagi mempastikan projek ini bukan sahaja meningkatkan pengeluaran makanan malah mampu menjana pulangan ekonomi yang lebih besar, memperluas peluang pekerjaan dan memposisikan Kelantan sebagai hak agro moden yang berdaya saing. Dengan pendekatan yang strategik dan berterusan saya yakin dan percaya Rong Chenok berpotensi menjadi model rujukan utama dalam tranformasi sektor pertanian Negeri Kelantan ke arah yang lebih mampan dan berimpak tinggi.
Yang Berhormat Dato' Speaker, semoga segala usaha ini menjadi asbab kepada kesejahteraan rakyat dan keberkatan Negeri yang kita cintai ini Chetok dengan ini menjunjung kasih dan mahu menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Chetok. Saya mempersilakan Yang Berhormat Galas.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Speaker. Pertamanya Galas ingin menjunjung kasih atas Titah Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan atas Titah yang amat baik yang boleh di jadikan kompas panduan pentadbiran dan hala tuju negeri kita seterusnya menjadi inspirasi kepada kita semua. Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam ucapan dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia ada di sebut dengan krisis global yang berlaku dan juga terjadi dalam dunia pada hari ini dan negeri kita juga semestinya terkesan dengan apa yang berlaku ini dan saya kira diesel dan petrol sebagaimana yang disebut oleh Pasir Tumboh sebentar tadi juga menjadi kesan bebanan kepada kita rakyat di negeri ini.
Yang Berhormat Dato' Speaker, kita telah melihat usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dalam memberikan subsidi dan apa sahaja bantuan yang difikirkan perlu dan sesuai ketika ini. Seperti diesel subsidi nelayan RM1.65 seliter. Diesel subsidi pengangkutan awam RM1.88 seliter. Bantuan diesel kenderaan daripada RM300 naik kepada RM400. Petrol Budi RM1.99 seliter. Diesel subsidi lori pengangkutan barangan RM2.15 seliter. Ini antara usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu bebanan meringankan bebanan rakyat pada hari ini. Bab diesel dengan petrol ini tidak ada orang setuju. Ambo sendiri pun kalu tanyo Galas sendiri pun Galas tok setuju dengan kenaikan yang mendadak yang membebankan kita bersama. Namun begitu hal ini perlu kita cari jalan bersama bagaimana nak hadap.
Dalam peranan kita sebagai Kerajaan Negeri saya melihat beberapa Negeri telah pun melaksanakan peruntukan-peruntukan tertentu, subsidi-subsidi tertentu untuk membantu dalam tempoh yang amat ketara ini. Contohnya Yang Berhormat Dato' Speaker, Negeri Pahang menyediakan peruntukan khas ADUN sebanyak RM15 000 seminggu untuk bantuan terus kepada rakyat yang terjejas. Negeri Perak bercadang
memberi subsidi khas kepada lori yang membawa barang keperluan. Negeri Melaka bercadang insentif diskaun kepada premis dibawah kawasan PBT Negeri Melaka. Justeru pada hari ini Yang Berhormat Dato' Speaker, Galas ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Ini sebagai cadangan nak terima, tak terima terserahlah atas kebijaksanaan Kerajaan Negeri.
Yang pertama, memberi diskaun lesen premis PBT kepada peniaga sebanyak 50% secara one off.
Yang kedua, memberi bantuan one off sebanyak 500 kepada 7 000 lebih pesawah dan 2 500 nelayan yang ZON A yang berdaftar dengan LKIM.
Yang ketiga, bantuan ini melibatkan implikasi kewangan yang agak wajar iaitu hanya sekitar RM4-RM5 juta sahaja. Kesemua bantuan ini boleh direalisasikan dengan menggunakan simpanan emas yang kita ada yang Kerajaan Negeri miliki sebanyak RM51 juta. Ia juga tidak melibatkan bajet tambahan dalam Belanjawan Negeri 2026 kerana result simpanan emas ini tidak di akaunkan. Ini cadangan daripada Galas.
Yang Berhormat Dato' Speaker, saya bangun pada hari ini untuk menyentuh satu dakwaan yang sangat besar, yang sangat sedap di dengar tetapi mesti di uji dengan ukuran yang jujur. Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Sultan ada menyebut beberapa perkara yang pada saya indikator-indikator yang wajib kita capai. EXCO Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa dalam tempoh sebelum sampai tiga tahun Kerajaan Negeri telah mencapai lebih 84% manifesto PRN Kelantan 2023. Dakwaan ini bukan kecil 84% telah pun dilaksanakan. Ia datang daripada Laporan SPARK Pejabat Menteri Besar Kelantan yang menyebut daripada 96 program dalam 18 tawaran. Sebanyak 84% telah pun dilaksanakan. Manakala selebihnya berada dalam fasa perlaksanaan aktif dan hanya sebilangan kecil belum dimulakan.
Dalam Laporan yang sama juga disenaraikan peratus capaian sektor demi sektor dan saya perati satu persatu. Yang Berhormat Dato' Speaker, di sini lah persoalan pokoknya bermula. Apakah maksud sebenar perkataan telah dilaksanakan? Adakah ini bermaksud sudah siap sepenuhnya? Adakah ia bermaksud sudah di umumkan? Adakah ia dimaksudkan sudah
diluluskan atas kertas? Adakah ia hanya bermaksud kerja telah bermula tetapi hasil belum benar-benar sampai kepada rakyat kerana Laporan Rasmi Kerajaan sendiri menyebut sebahagian besar inisiatif telah dilaksanakan atau sedang bergerak aktif ke arah penyempurnaan.
Maka janganlah angka 84% itu dibentangkan seolah-olah 84% janji sudah selesai dan rakyat sudah menikmati hasilnya secara penuh. Kalau Kerajaan benar-benar yakin dengan angka ini Yang Berhormat Dato' Speaker, dengan ini saya memohon dan meminta pihak Kerajaan supaya membentangkan kepada Dewan ini satu jadual lengkap 96 program tersebut. Nyatakan satu persatu nama program KPI, kos, tarikh mula, status masa, tarikh siap, daerah yang terlibat, jumlah penerima manfaat dan ukuran outcome kepada rakyat. Tanpa jadual itu pada saya yang Berhormat Dato' Speaker angka 80% ini menyerupai angka pentadbiran. Belum tentu ianya angka kesejahteraan rakyat. Saya nak pergi beberapa perkara ataupun tawaran yang telah disebutkan yang telah mencapai KPI 100% dan hampir 100%.
Yang pertama cakna perantau 100%. Andai benar 100% apakah semua pengisian dibawah komponen ini telah selesai sepenuhnya. Berapa jumlah perantau yang benar-benar mendapat manfaat berterusan? Berapa program yang memberi kesan ekonomi kepada perantau kita? Peluang pelaburan, jaringan kepakaran dan pemindahan ilmu, pakar-pakar, anak-anak perantau kita yang dibawa balik ke Negeri Kelantan atau peratusan 100% ini hanya berdasarkan program sambutan dan libat urus bermusim. Rakyat berhak tahu beza di antara mesra perantau dengan memanfatkan perantau untuk pembangunan negeri.
Yang kedua pembangunan keluarga dan masyarakat 99%. Kalau sudah sampai 99% bentangkan petunjuk sosial apa yang benar-benar berubah. Berapakah keluarga rentang yang dibantu keluar daripada kemiskinan. Berapa intervensi keluarga yang berkesan secara berpandangan, secara berpanjangan, berapa kes yang selesai bukan sekadar diraikan dalam majlis dan program kerana keluarga tidak berubah dengan slogan. Keluarga berubah apabila tekanan hidup berkurang. Peluang kerja meningkat dan jaringan perlindungan sosial benar-benar berfungsi.
Yang ketiga juga disebut juga disentuh dalam Titah Yang Maha Mulia Pemangku Raja. Pertanian. Di sini produktiviti pertanian telahpun mencapai 97%. Tadi kita dengar Yang Berhormat EXCO Pertanian membacakan kedudukan nombor-nombor hasil-hasil pertanian. Inilah kali pertama saya dengar dan terima kasih Yang Berhormat EXCO atas input yang cukup baik itu. Rupa-rupanya semua itu ada nombor belako. 97% produktiviti pertanian ini angka yang tinggi. Tetapi dalam Oktober 2024, Kelantan sendiri berharap Kerajaan Persekutuan menyalurkan sekurang-kurangnya RM1.3 billion untuk mengatasi ke tidak cukupan bekalan air bagi sektor pertanian.
Dan pada tahun 2025 pula Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6.79 juta untuk sektor pertanian. Maka saya ingin mengemukakan pertanyaan dan juga pandangan 97% ini di ukur atas asas apa? Hasil sehektar ke? Pendapatan petani ke? Keluasan yang berjaya diusahakan ke? Atau bilangan program yang telah kita umumkan. Kalau produktiviti sudah 97%, mengapa isu asas seperti air pertanian masih menuntut suntikan besar daripada Pusat, daripada luar.
Yang Berhormat Dato' Speaker, pendidikan juga di sebut dalam titah Yang Maha Mulia Pemangku Raja. Pembangunan pendidikan dan kemahiran 95%. Di sini satu persoalan timbul berapa ramai anak muda yang tamat latihan kemahiran dan terus mendapat pekerjaan? Berapa banyak industri yang matching dengan kemahiran, latihan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan negeri? Berapa yang berjaya meningkatkan pendapatan keluarga hasil daripada pembangunan pendidikan yang dibuat oleh kerajaan kita.
Berapa yang hanya hadir kursus tetapi tidak berubah nasib mereka. Saya tidak menolak program Yang Berhormat Dato' Speaker, program yang kita buat cukup banyak dan cukup baik. Saya ucap tahniah kepada EXCO yang terlibat. Tetapi Dewan ini mesti melihat hasil bukan sekadar aktiviti.
Yang Berhormat Dato' Speaker, juga di sebut dalam titah Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja kesukanan dan rekreasi. Dalam indeks ini dinyatakan 90% telahpun dicapai. Mohon kerajaan nyatakan berapa sebenarnya fasiliti hok kita nak buat telahpun siap. Berapa tempat sukan
rekreasi yang telah dinaiktaraf dan berapa kadar penggunaan? Kalau dah sudah ada berapa kadar penggunaan dan berapa atlet muda yang benar-benar menerima manfaat daripada usaha yang telah kita laksanakan? Jangan jadikan acara sebagai ukuran utama. Sebab penganjuran acara ini ramai hok boleh buat. Semua pakat buat. Sedangkan ukuran utama mestilah berdasarkan kepada aset, akses, dan juga bakat akar umbi yang tidak diperkukuh.
Yang Berhormat Dato' Speaker, ikhtiraf tadbir urus 87%. Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kecekapan dan juga kemampuan mentadbir negeri kita dengan baik. Dan saya juga senada dengan Pasir Tumboh sebentar tadi, pendekatan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar amatlah baik berbanding dengan Menteri Besar-Menteri Besar Negeri lain. Apabila Yangf Amat Berhormat Menteri Besar dilihat begitu akrab, intim dan juga baik dengan YAB Perdana Menteri Malaysia.
Ini adalah merupakan satu kebaikan untuk negeri kita dan natijahnya kita boleh tengok dan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia …
[MENCELAH]
Speaker, minta celahan YB Galas sikit...
Kalau Yang Berhormat Speaker tamboh masa saya ...
Sikit yah …
Minta Galas bagi laluan dulu YB, YB Galas …
Kalau Yang Berhormat tambah masa saya, saya bagi laluan ...
Sikit jah ...
Satu minit ...
Ok. Jadi tadi Galas banyak memuji YAB Menteri Besar Kelantan mempunyai hubungan yang baik dan sebagainya, setuju tak dengan saya bahawa sepatutnya Menteri Besar Kelantan ini dikekalkan untuk tempoh yang akan datang, dalam pilihanraya yang akan datang? Setuju ya …
Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak kekal selama-lamanya pun takpe Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebab Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun baik dengan saya. Cuma jangan ada la di kalangan kita yang nak menjatuhkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Hok boleh jatuh ni bukan ambo, ambo sokong sokmo-sokmo doh YAB Menteri Besar ni.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar hubungan baik ini harap dikekalkan. Kerana apa? Kerana dalam pengumumam PMX dia bagi tambahan RM20 juta kerana hubungan baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan PMX, ini baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Cumanya tok sedap sikit tadi sebab ICU, ICU ni Jabatan Perdana Menteri. Nampaknya masih ada lagi ruang yang boleh diperbaiki dan saya juga setuju dengan Pasir Tumboh tadi. Dia kata kalu boleh biarlah Tok-Tok Wakil kita boleh masuk sekoloh. Saya setuju tu. Kena masuk sekoloh untuk bagi bantuan dan sebagainya dan benarkan juga Tok-Tok Wakil Persekutuan masuk ke premis-premis Kerajaan Negeri. Majlis Daerah, bawah YIK, Pasti, ajaklah sekali. Ni mugo tok ajok nok masuk guano. Dan ini kita harap kalu panggillah. Kalu panggil. Pasti ke parti? Tokleh baik jugok ko? takpolah ...
Kita masuk KEMAS lah In Shaa Allah...
Masuk KEMAS pun takpo takdok masalah ... mugo nok baik key ... Saya teringat kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita politik ini 5 tahun sekali jah. 5 tahun sekali jah. Jangan di sibuk ... ni hari-hari nok politik, bukan sini la orang lain. Yang Berhormat Dato' Speaker ...
Mohon mencelah ... boleh ker Gual Ipoh sikit …
Cukupla masa takdok. Lepas ni, lepas ni ...
Sikit jah...
Lepas ni... Tahniahlah kepada Yang Berhormat Gual Ipoh masuk surat khabar kerana sohor Guillemard kerana Yang Berhormat Gual Ipoh. Ikhtirafi tadbir urus 87%. Yang Berhormat Dato' Speaker, kalau tadbir urus setinggi itu telah kita capai mengapa Belanjawan 2026 masih lagi defisit? RM86.2 juta walaupun defisit itu perkara biasa bagi kita dan saya akui tetapi defisit tetap defisit Yang Berhormat Dato' Speaker. Maka apakah indikator 87% itu, adakah ia meliputi ketelusan, keberkesanan, perbelanjaan, keupayaan hasil Negeri, tender terbuka, pengurusan hutan ataupun kawalan fiscal? Atau ia hanya ukuran dalaman yang tidak di uji secara bebas? Dan Yang Berhormat Dato' Speaker, kesejahteraan rakyat 77%. Ni ambo nok tanyo jugok ni. Inilah angka yang paling perlu di uji dengan data luar.
Bukan data dalaman kerajaan. DOSM menunjukkan purata pendapatan isi rumah Kelantan pada 2024 ialah RM5 265, terendah antara negeri. DOSM juga merekodkan indeks kemiskinan Kelantan pada 2024, sebanyak 11.5% kedua tertinggi selepas Sabah. Maka saya ingin bertanya kesejahteraan rakyat 77% ini di ukur dengan alat apa? Sedangkan pada ukuran pendapatan dan kemiskinan, Kelantan masih berada pada kedudukan yang sangat membimbangkan.
Yang Berhormat Dato' Speaker, dinyatakan bahawa pembangunan bekalan air bersih 76%. Hokni ni, hokni paling ganas sekali dan paling panas sekali. Paling dekat dengan denyut nadi rakyat. AKSB sendiri menyatakan Kelantan mensasarkan liputan air terawat daripada 72% kepada 100% menjelang tahun 2050. Dan tahun ini tahun 2026. Pada masa yang sama Yang Berhormat Dato' Speaker, notis rasmi AKSB pada April 2026 masih merekodkan di tempat saya. Gangguan Bukit Chupak, Gua Musang melibatkan kira-kira 600 ekar. Di dalam DUN Paloh, Gua Musang melibatkan 1 350, bagaimana Kerajaan mahu meyakinkan rakyat bahawasanya capaian air bersih sudah 76%. Sedangkan AKSB sendiri kata loni baru capai 72% dan semua sekali akan selesai pada tahun 2050.
Mohon mencelah ...
Tahun 2050 ni 24 tahun lagi...
Mohon mencelah, boleh ?
Sila ...
Galas tiga minit sahaja lagi ...
Haa 3 minit lagi ... Minta maaf sahabat-sahabat 3 minit ...
Speaker boleh tamboh masa...
Yang Berhormat Speaker, ketua pembangkang hanya diberikan masa yang terhad. Kalau Yang Berhormat Speaker dapat di atas budi bicara dan baik budi Yang Berhormat Dato' Speaker, tambohla masa ...
Saya tambah 2 minit ...
Tambah 2 minit ... terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, sila duduk ...
Sedikit pembetulan fakta daripada ucapan takut melarat gi kot lain ... apa yang dinyatakan. Terima kasih Dato' Speaker, terima sahabat Galas. Daripada apa yang disebut oleh kerajaan untuk target ataupun sasaran pemprosesan air bersih di Kelantan dengan kapasiti akaun, dengan penyaliran air kepada akaun-akaun ini satu, satu, satu apa ni perkara yang berbeza. Penglibatan air ke rumah-rumah ataupun ke akaun-akaun dia banyak melibatkan kepada sistem piping yang sudah tentunya sasaran Kerajaan sehingga 2050. Kerana perlu kepada kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk bagi geran dan sebagainya. Ni semua orang dah tahu. Rawatan air bersih yang menjadi sasaran kerajaan adalah kapasiti yang ada kemampuan kepada Kerajaan Negeri yang melibatkan dibawah AKSB. Ini satu perkara yang berbeza. Jadi ambo rasa boleh Galas kena perbetulkan fakta.
OK, kalau gitu maknanya Yang Berhormat EXCO kena betullah statement dia dalam surat khabar ni. Kerana dalam sini disebutkan soal mendapat rawatan air bersih dan terawat sapa tahun 2050. 2050 Yang Berhormat, sekarang 2026. 2050 ni Galas antara yang termuda dalam Dewan ini berumur 70 tahun. Tendong tok tahulah umur berapo tahun 2050. Tetapi berdasarkan peratus kenaikan setiap tahun ni 24 tahun ni kita napok 1.1% jah. Masalah air bersih dan terawat ini dapat diselesaikan oleh Kerajaan kita. Yang Berhormat Dato’ Speaker ini bukan isu baru. Kita mengumumkan hal ni ni tahun 2020 kita umum 2023 selesai. 2024 kita umum 2028 selesai. 2026 kita ambik jauh sikitlah selamat, 2050 baru selesai, takpolah. Kalau itulah harapan daripada kerajaan 2050 boleh selesai kita tungulah 2050. Air baru selesai di negeri kita ini.
Yang Berhormat Dato' Speaker, pembangunan sosio ekonomi 67%. Ini semua data-data yang ditunjukkan oleh Kerajaan melalui Yang Berhormat EXCO dan melaporkan bahawasanya Pembangunan Sosio Ekonomi telah mencapai 67%. DOSM melaporkan KDNK Kelantan pada 2024, RM28.7 billion dengan pertumbuhan 3.6%. Pada masa yang sama ekonomi Malaysia berkembang 5.1%. Manakala kadar pengangguran Kelantan berada pada 3.6% lebih tinggi daripada kadar nasional iaitu 3.2%. Apa yang ingin saya bangkitkan ini Yang Berhormat Dato' Speaker, kita sama-sama ambik perhatian bahawasanya apa yang kita maklumkan yang kita isytiharkan kadang-kadang ia bertentangan dengan realiti rakyat dibawah. Maka ini yang saya nak sampaikan dalam Dewan ini.
Yang Berhormat Dato' Speaker, begitu juga dengan laporan Ketua Audit Negara. Ada beberapa teguran daripada Ketua Audit Negara yang perlu mendapat perhatian khusus daripada Kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang pertama, ialah berkaitan dengan syarikat-syarikat ZON B dan pembaziran wang rakyat. Kita selalu dengar alasan kekurangan peruntukan tadi pun kita memerlukan peruntukan disebut oleh EXCO kita ketika menjawab. Tiada peruntukan untuk bantu rakyat tetapi audit mendedahkan realiti yang menyakitkan hati. 12 syarikat negeri berstatus doman ataupun mati. Lapan daripadanya sudah tidak aktif lebih 5 tahun.
Syarikat-syarikat ZON B ni minta maaflah kalau istilah saya guna tak berapa tepat. Tetapi tok tahu nak wi istilah gapo ni. Syarikat-syarikat ZON B ini tidak buat apa-apa hasil tetapi masih membelanjakan RM7.94 juta wang rakyat untuk kos operasi dan pengurusan. 16 syarikat pula nyawa-nyawa ikan going concern, mereka hidup atas talian hayat agensi induk dengan hutang mencecah RM32.13 juta. Ini bukan saya kata ni, ini dalam laporan Ketua Audit Negara.
Dua minit habis Galas ...
Yang Berhormat Dato' Speaker, syarikat seperti Ladang Tapis Sdn Bhd berhutang RM9.2 juta, rangkaian Hotel Islam RM4.2 juta, sampai bila ni kita nok pero ni nih? Syarikat-syarikat yang doman yang mati ni sampai bila? Sedangkan ramai lagi rakyat kita yang perlu kita bantu.
Yang Berhormat Dato' Speaker, oleh kerana masa tidak diberikan kepada saya. Masa amat mencemburui banyak perkara yang nak di sebutkan lagi, akhirnya Yang Berhormat Dato' Speaker, saya mohon Kerajaan Negeri kita memandang serius beberapa perkara yang melibatkan kawasan dalam tempat saya.
Tempat saya Yang Berhormat Dato' Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar ada beberapa pengumuman mega yang telah dibuat di kawasan saya. Antaranya ianya ialah Bandar Perabot. Sampai ke hari ini Yang Berhormat Dato' Speaker, adalah progress baru ni gi pasang holding sebab kawasan itu banyok rimau loni jadi pasang holding tu selamat la sikitnyo rakyat di kawasan tu.
Kemudian nak pilihanraya baru ni PRN 2023 pecah tanah bandar Dato' Bentara. Hari ni pun senyap dik jugok takdok wak gapo satu jugok. Hoknilah kita tokse berulang Yang Berhormat Dato' Speaker, kita tokse berulang benda yang sama.
Akhirnya Kerajaan Negeri kita terima cercaan daripada rakyat ...
[MENCELAH] Galas, sikit jah ...
Dan saya juga nak tanya Kolam Air Panas Sungai Ber, duduk Gual Ipoh. Kolam Air Panas Sungai Ber. Mana Sungai Ber dalam Dewan ini diberitahu…
[MENCELAH] Dok eh sikit jah …
… kita akan laksanakan, pihak swasta akan ambik alih dan sebagainya. Jadi hokni ni sampai ke hari ini Yang Berhormat Dato' Speaker tidak ada tindakan ...
Masa dah habis Galas ...
Ini adalah salah satu tempat pelancongan yang baik. Akhirnya Yang Berhormat Dato' Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan. Saya mengharapkan agar hubungan baik kita ini berkekalan. ﷲ ﻋﻠﻰ ﻓﺘﻮﻛﻞ ﻋﺰﻣﺖ ذا ﻓﺈ Galas mahu menyokong, terima kasih.
Terima kasih Galas. Saya mempersilakan Yang Berhormat Semerak.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Speaker kerana memberi peluang pada Semerak untuk turut sama menyertai perbahasan pada kali ini. Berdiri saya di Dewan yang mulia ini adalah untuk membawa satu naratif besar tentang masa depan Kelantan. Kita bukan lagi berada di era di mana kita hanya boleh berpuas hati dengan status.co, kita berada di ambang perubahan ekonomi global yang menuntut kita untuk menjadi lebih tangkas, lebih berani dan lebih strategik. Izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan memetik Titah Yang Maha Mulia Pemangku Raja. Pembangunan Tok Bali Industrial Park sebagai hub perindustrian baharu berpotensi menarik pelaburan dalam sektor pembuatan, pemprosesan makanan logistik serta industri marine. Peluang yang terhasil daripada pembangunan kawasan industri baru ini wajar direbut dan diberikan perhatian oleh setiap lapisan masyarakat.
Yang Berhormat Dato' Speaker, Titah ini bukan sekadar susunan ayat untuk menghiasi dada akhbar. Ia adalah satu doktrin ekonomi dan seruan agar kita berhenti melihat Tok Bali sekadar jeti nelayan, tetapi sebagai enjin pertubuhan utama yang akan memacu KDNK Negeri untuk dekad mendatang. Tok Bali dari pengkalan, bekalan ke gerbang Indo China.
Yang Berhormat Dato' Speaker, jika kita melihat peta geolitik ekonomi hari ini, Tok Bali berada di kedudukan yang sangat strategik sebagai gerbang Indo China. Namun rekod menunjukkan bahawa sehingga kini Tok Bali Supply Based (TBSB) masih, masih beroperasi sebagai pengkalan bekalan untuk industri minyak dan gas sahaja dan baru berada pada fasa dua daripada lima fasa yang dirancangkan. Untuk menjadikan Tok Bali sebagai game changer kita memerlukan tranformasi TBSB menjadi sebuah pelabuhan sepenuhnya atau full flash pot. Kita sedar bahawa dibawah jadual kesembilan perlembagaan Persekutuan urusan pelabuhan adalah dibawah senarai persekutuan.
Manakala urusan tanah adalah di bawah senarai negeri. Inilah titik pertemuan federalisme kita. Status pelabuhan bebas free port adalah instrument geo ekonomi penting yang kita mahukan agar Tok Bali setanding dengan Labuan atau Pelabuhan Tanjung Pelepas. Sehubungan perkara ini, saya difahamkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk mengaktifkan dan memperkasakan kembali Perbadanan Tok Bali.
Saya berharap agar langkah ini dapat direalisasikan secepat mungkin kerana peranan amat diperlukan kerana peranannya amat diperlukan sebagai pemacu utama bagi mempercepatkan lagi pembangunan di kawasan tersebut. Keperluan kepada sebuah pelabuhan penuh adalah perkara yang amat dinantikan oleh para pelabur bagi melancarkan urusan perniagaan mereka. Justeru saya bagi pihak Semerak amat berharap agar Kerajaan Negeri mengambil inisiatif proaktif dalam memastikan inspirasi ini tercapai. Soalan saya kepada Kerajaan Negeri sejauh manakah rundingan bersama bagi pihak persekutuan dan pelabur swasta dilakukan untuk mempercepatkan transisi ke fasa 3, 4 dan 5 melalui pemerkasaan perbadanan ini. Taman Industri Tok Bali (TBIP) dan realiti infrastruktur.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai Taman Perindustrian Tok Bali kita mempunyai kelebihan nilai tanah yang amat rendah berbanding negeri di pantai barat. Ini adalah peluang terbaik kita namun pelabur hari ini adalah pelabur yang bijak yang tidak hanya membeli tanah tapi membeli ekosistem. Kekangan infrastruktur jalan sedia ada merupakan isu utama yang boleh membantutkan kemasukan pelabur pembuatan berskala besar. Persoalan saya apakah butiran khusus insentif mesra pelabur buat pelabur terawal, primer pelabur? Adakah ia melibatkan rebate cukai atau kemudahan fast track kelulusan lesen. Apakah plan kontigensi untuk menaiktaraf jalan-jalan perhubungan utama ke TBIP sementara menunggu projek besar persekutuan siap. Krisis air dan ancaman El-Nino, cabaran geologi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembanguan industri tidak akan bermakna jika keperluan asas air tidak dijamin. Data map bagi Januari 2026 menunjukkan kadar taburan di Kota Bharu pada hanya 4.8 mm. Satu amaran serius akibat faktor El-Nino. Dalam keadaaan abstraksi air bawah
tanah sebanyak 193.4 jlh. Penggunaan air di Kelantan utara adalah sangat tinggi dan dipengaruhi faktor geologi.
Persoalan saya, berapakah jumlah loji rawatan air LRA yang dikesan mempunyai blind spot atau berisiko terputus sumber air total semasa El-Nino? Apakah langkah teknikal jangka pendek bagi memastikan rakyat dan ekonomi domestik tidak lumpuh akibat catuan air. Dan berapakah akaun pengguna yang dijangka terjejas?
Tenaga hijau. Kelantan sebagai magnet pelaburan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dunia hari ini menuntut kepada green energy dan Kelantan mempunyai potensi besar, potensi luar biasa. Menjelang 2027, kita akan mempunyai tambahan 300 mega watt daripada empangan Nenggiri dan 100 mega watt daripada ladang solar Danau Tok Uban. Dan kita juga mempunyai mini hidro yang lain lagi. Banyak tenaga menjelang tahun 2027 sangatlah lumayan besarnya. Syarikat gergasi seperti Google, Microsoft dan Amazon kini hanya melabur di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga hijau yang stabil selaras dengan polisi EU, Europe Union.
Persoalan saya adalah apakah strategi brand global yang telah diusahakan oleh kerajaan negeri untuk meletak Kelantan dalam peta Green Technology? Dan adakah libat urus dengan gergasi teknologi telah bermula bagi memastikan lebihan tenaga bersih, lebihan tenaga bersih kita mempunyai pembeli yang berkualiti?
Akhirnya, sebagai kesimpulan perbahasan ini adalah untuk memastikan wibawa Kerajaan Negeri terus diangkat melalui tindakan berasaskan fakta. Tok Bali adalah permata, isu air adalah cabaran kejuruteraan dan tenaga hijau adalah cut mas kita. Kita mahu Kelantan menjadi gergasi ekonomi Pantai Timur yang mampan dan progresif. Saya mohon menyokong.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Semerak. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Melor.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih atas ruang yang diberikan kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan Titah D’raja pada kali ini. Saya menjunjung kasih dan menyokong penuh Titah D’raja diraja sebagaimana yang disampaikan oleh Yang Amat Mulia Tuanku Pemangku Raja pada pagi semalam.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkanlah saya mengambil ruang ini untuk menyentuh tentang peranan agensi pembangunan tanah persekutuan yang banyak memiliki dan mengawal tanah-tanah dan rancangan-rancangan kawasan berkelompok dalam negeri kita sebagaimana KESEDAR, FELDA Dan FELCRA. Tetapi dalam konteks perbahasan pada ruang yang terhad ini saya ingin menyentuh satu agensi yang besar iaitu KESEDAR yang telah ditubuhkan sejak 11 Januari 1978 melalui satu pembentangan Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Akta 203 oleh Mantan Menteri Kemajuan Tanah pada waktu itu, Tan Sri Dato’ Hj Abdul Kadir bin Yusof yang membawa kepada penubuhan KESEDAR pada 1 Mei 1978.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah yang keempat dalam negara kita yang ditubuhkan selepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara Dara pada tahun 1971, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada tahun 1972 dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada tahun 1973. Kawasan Kelantan Selatan terletak di Selatan Negeri Kelantan bersempadan dengan Thailand di Utara, Perak di Barat, Pahang di Selatan dan Terengganu di Timur. Kawasan ini sangat luas meliputi ¾ daripada keluasan negeri Kelantan yang merangkumi 4 jajahan seluas 1.234 Juta Hektar tanah, meliputi Gua Musang, Kuala Krai dan sebahagian jajahan Tanah Merah serta meliputi 12 Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, falsafah kemajuan tanah yang dibangunkan oleh KESEDAR walaupun ia tidak secara khusus tertakluk
kepada Akta Pembangunan Tanah secara berkelompok atau lebih dikenali sebagai Akta GSA tapi ia adalah merupakan suatu adaptasi daripada Sistem Rancangan Tanah Berkelompok yang diperkenalkan oleh Felda melalui Akta GSA yang digubal pada tahun 1960. Apa itu GSA? Yang Berhormat Dato’ Speaker, GSA telah diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada 24 April 1960 melalui Akta Pembangunan Kawasan Petempatan Berkelompok yang secara mudahnya ialah hasrat Kerajaan pada 3 tahun selepas Merdeka. Untuk memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah, giving land to the landless secara sistem sewa milik hire purchase. Falsafah GSA ialah memberikan tanah dimana agensi pembangunan persekutuan ini akan memohon satu tanah satu kawasan yang besar dengan kerajaan negeri membawa peserta mencari dana meletakkan peserta supaya bekerja dengan mereka dan akhirnya akan menjadi tuan. Sebab itu kalau kita tengok melalui seksyen 12 Akta GSA setiap orang peserta yang bernama peneroka digelar sebagai occupation in expection of tittle iaitu kependudukan yang kelak akan dikurniakan hak milik. Dan itulah sistem yang diamalkan oleh KESEDAR dalam negeri kita di Kelantan yang sebahagiannya kerana KESEDAR ada 2 dan kita ada lembaga Pengarah KESEDAR YB Nenggiri saya rasa masih lagi Ahli Lembaga Pengarah. Saya nak bagitahu Yang Berhormat Nenggiri khususnya, ada 2 rancangan yang telah dijalankan oleh KESEDAR. Satu Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) yang kedua adalah Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) dan apa yang menjadi masalah kepada kita ialah selepas tanah-tanah ini diberikan oleh kerajaan negeri, beribu-ribu ekar. Peneroka dan masuk, buat kerja berbelas, berpuluh tahun tetapi akhirnya selepas mereka selesai membayar hutang, mereka selesai menguruskan segala keperluan tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk peserta peneroka enggan dikembalikan oleh KESEDAR kepada tanah kepada pemilik-pemilik yang sepatutnya rakyat yang sepatutnya menjadi pemilik kepada tanah. Kita melihat dekat Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar telah membuat satu sidang media pada akhir 2024 bilangan hak milik yang telah didaftarkan kepada KESEDAR yang tidak dan enggan diberikan kepada peneroka asal. Ada 2,858 hak milik di RKP Paloh (1) 238 hak
milik, RKT Paloh (2) 121, RKT Paloh (3) 76 hak milik, RKT Chalil 97 hak milik, RKT Lebir 183 hak milik, Sungai Asap 334, Jeram Tekuh 290, Renuk Baru 524, Limau Kasturi 173, Sungai Terah 822 dan di Taman Agro Politan 122 Lot Kediaman. Tanah ini telah diberikan hak milik oleh kerajaan negeri dan secara asasnya jika modul pembangunan GSA ingin diamal. Kenapa tanah-tanah ini gerannya tidak dikembalikan tidak diberikan kepada peneroka yang telah membanting tulang puluhan tahun. Sebahagian besar daripada mereka telahpun meninggal dunia, tetapi mereka menutup mata dalam keadaan dinafikan hak milik yang telah dijanjikan oleh Agensi Pembangunan Tanah Persekutuan kepada mereka, yang lebih teruk lagi kita ada skandal yang besar.
Mohon mencelah ya?
Sila, sila. Saya nak dengar dari Ahli Lembaga.
Yang Berhormat Melor, rasanya kena tarik balik kalau kita tidak KESEDAR tidak nak beri tanah kepada peneroka. Sebab minggu lepas bukan saya sahaja dalam dewan ini Ahli Pengarah Lembaga KESEDAR, YB EXCO bersama Dato’ SS pun Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR dan kita bincang dan semestinya 2,281 hak milik ini pasti KESEDAR akan serahkan kepada peneroka. Itu adalah kepastian.
Okay terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat boleh sambung dalam ucapan Yang Berhormat. Pasti tu bila? Nak tunggu khiamat?
Semestinya memerlukan kerjasama daripada (tidak jelas).
Mereka telah selesai membayar hutang. Padey lah, padey lah padey.
Yang Berhormat, tidak ada hutang. Peneroka KESEDAR diberikan geran. Hutang telah dihapus kira zaman Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.
Dato’ Seri Najib 2018 akhir….
Hutang telahpun dihapus kira, Yang Berhormat…
Okay duduk lah….
Mohon Yang Berhormat perbetulkan fakta. Yang Berhormat kita bercakap di dalam Dewan Yang Mulia ini.
Duduklah, ni floor saya Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Saya bersetuju….
Nenggiri, mintak duduk. Terima kasih Nenggiri.
Yang Berhormat, betulkan fakta… kita bukan tak nak bagi. Kita berusaha untuk bagi, dan InShaa-Allah pasti akan bagi.
Ho, takpolah saya nak dengar berusaha itu satu janji yang baik. Tapi bakpo tunggu puluhan tahun? Dato’ Sri Najib era dia berakhir tahun 2018, ini 2026. Dan Yang Berhormat, Parti Yang Berhormat Parti Galas gunakan isu inilah untuk menyerang Kerajaan Negeri Kelantan pada ambang Pilihan Raya Kecil Nenggiri pada bulan Ogos 2024. Dia kata, oh Kerajaan kita tok proses tanah, tok proses geran sebab itu rakyat tak dapat geran tapi hakikatnya kerajaan dah bagi hak milik lebih 5,000 ribu ekar tapi bakpo tok seroh kepada peneroka, Akta GSA Yang Berhormat Tun Razak sebut dah wasiat dia Giving Land to the landless, memberikan tanah kepada yang tidak bertanah buat petempatan berkelompok supaya kerajaan boleh buat kemudahan asas secara ekonomik, buat jalan raya, buat dewan, buat sekolah, buat masjid, buat macam-macam. Jadi bila mereka selesai membayar hutang bagilah tanah tu kenapa nak simpan? 5,000 ekar lebih dan kita tengok Yang Berhomat, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR scandal Taman Agropolitan ECER di Kampung Rantau Manis Nenggiri. Kawasan dibuka pada tahun 2016, 22 Mac peneroka diberikan tawaran untuk menjadi peserta kepada Projek Taman Agropolitan ECER KESEDAR di Rantau Manis. Tandatangan perjanjian tak dok tarikh. Bila ladang sawit dah mengeluarkan hasil selepas hampir 10 tahun akhirnya pada 28 Disember 2021 daripada mereka diberikan hak milik akhirnya mereka telah diberikan surat penamatan perjanjian. Dop panggil sebagai peserta janji macam-macam, peluh pelar doh orang kampung duduk situ akhirnya diberikan penamatan perjanjian dan ditawarkan bayaran kononnya gratuity selama 2 tahun……
Mohon mencelah, saya sekali lagi Yang Berhormat Speaker.
Duduk meta, saya nak perabis sikit. Bagi tahun 2022.
Keno betulkan fakta mohon jelas.
Bagi tahun 2022, sebanyak RM 700 ya sebulan berjumlah RM 8,400 seorang. Ini satu penindasan dan kezaliman oleh Agensi Persekutuan. Janji macam-macam, okay sila sila.
Okay saya mohon perbetulkan, untuk peserta ECER ini yang panggilnya ialah melibatkan ECER yang melibatkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, Yang Berhormat. Segala perjanjian semuanya melibatkan Negeri dan Persekutuan. Kena betulkan yang tu Yang Berhormat.
Okay terima kasih deh.
Sambung sikit deh.
Napok sangat saloh.
Galas duduk dulu.
Napok lemah, napok lemah.
Sor, sor deh. Orang Kelantan panggil one after another.
Napok sangat ni.
Galas sila duduk. Mintak Nenggiri duduk. Melor teruskan perbahasan beliau.
Saya-saya bab-bab perjanjian, sila selalu lah Galas pasal napok.
Saya napok gini Yang Berhormat Melor napok teweng gi kut lain, penamatan itu sebagai peserta. Mana hok mari tu dijemput sebagai peserta bukan sebagai peneroka. Sebagai peserta dia ada tempoh dia, habis tempoh dia maka tamat lah dia sebagai peserta. Dan sebagai peserta dia diberikan apa yang dijanjikan peringkat awal gratuity, tapok rumoh dan sebagainya. Itu kerana dia menjadi peserta. Terima kasih.
Okay terima kasih dan untuk rekod saya rasa Yang Berhormat Galas salah seorang Lembaga Pengarah dalam syarikat yang berkaitan dengan KESEDAR dok? KESEDAR Holdings? Dato’ Yang Dipertua saya nak sebut saya baco perjanjian itu, saya teliti.
Yang Berhormat mintak laluan Yang Berhormat, sikit jah.
Nanti dulu. Saya teliti satu demi satu perkataan word by word. Tidak ada perjanjian antara peserta dengan Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri, yang ada duduklah dulu, sabar lah..
Yang Berhormat Dato’ Speaker, telah dibawa.
Galas, sila duduk dulu. Duduk dulu Galas.
Hanyalah perjanjian diantara peserta dengan KESEDAR.
Bahawa sanya perkara ini telah dibawa kepada mahkamah dan tidak relevan untuk dibincangkan di sini.
Ho takpolah, bakpo tidak relevan saya nak bawak jugak.
Bawak dah dalam Mahkamah, kita tunggu Keputusan Mahkamah lah Mahkamah tetapkan lah macam mana.
Saya nak bawak polisi kita.
Dah kalau betul hak peserta, buwi kepada peserta lah.
Duduklah, bakpo yang Galas bersungguh sangat?
Betullah, benda tak sepatutnya dibangkitkan.
Doh bakpo Galas bersungguh sangat, dahlah tadi dia panas doh dengan pencapaian Manifesto Piihan Raya kita, kita boleh markah 90%, 94% pun ikut kito lah.
Betulah, bendo tak sepatutnya. Dah baik Melor bangkit pasal-pasal Melor, hok tak beres lagi. Baiklah Melor bangkitkan pasal jalan-jalan di Peringat hok tak beres lagi daripada duk caro hal-hal lain.
Yang Berhomat Dato’ Speaker, saya mintak denda saya masa 10 minit tambah kerana Galas kacau.
Baik Melor teruskan.
Saya baca perjanjian itu perkataan demi perkataan, saya menulis opinion perundangan tidak ada disebut gratuity dalam perjanjian itu dibayar RM8,400 takdok. Peserta diberikan dengan anggapan mereka akhirnya akan diberikan tanah ladang, diberikan rumah kediaman bahkan rumah kediaman telah diberikan di Rantau Manis ada suku ekar setiap orang dan saya melawat, saya pergi ke sebahagian daripada rumah itu tokkei demo buwi rumoh dengan anggapan nak buwi geran tiba-tiba “eh sapa masa kito nok tamatkan” apa benda ni? Mereka dijanjikan rumah untuk diam sehingga mati. Sapa masa kerana tok berlago angin dengan politik UMNO, ditamatkan dihalau. Ni apabila agensi.
Ini satu tuduhan Yang Berhormat, bila kita halau kerana kita tidak menyokong UMNO dan sebagainya? Tok pernah lagi.
Ni saya lah kato sebab saya tengok tu UMNO punya tu politik belako.
Tak betul tu, ini sangkaan jahat.
Ho takpolah.
Yang Berhormat Dewan, Yang Berhormat Speaker. Ni Peraturan Dewan 46….
Kito tolong.
Galas tak perlu jawab, Kota Lama sila duduk. Sila duduk, Kota Lama.
46 tu kito tahu belako doh. Dato’ Yang Dipertua saya nak kata begini saya nak kata negara ini akan aman dan makmur kalau Agensi Pembangunan Persekutuan yang diberikan tanggungjawab dan amanah untuk membantu rakyat mengikut prinsip asal. Tun Razak bentang tu comey dah, rancangan berkelompok GSA berikan tanah kepada yang tidak bertanah melalui sistem sewa milik. Habis hute buwi lah geran batalkan hak milik dituntut barulah negara kita makmur rakyat yang ada 10 ekar tanah ladang akan menjadi seorang tuan yang sangat kaya dan berada. Tapi kito ni lepas habis hute kita tambah pusingan kedua ada tanah besarkan hutang lagi, akhirnya rakyat kita menjadi hamba sepanjang hidupnya. Akhirnya rakyat kita dilayan seperti red Indian di bumi sendiri. Ini berlaku dalam KESEDAR Yang Berhormat Ahli Lembaga saya tahu Kerajaan Negeri Kelantan ada wakil kerana wakil itu disyaratkan oleh Seksyen 5 (1)(F) Akta Lembaga Kemajuan Kelantan 1978.
Mohon mencelah sekali lagi Yang Berhormat, sikit jah sikit. Betul tidak terikat dengan GSA.
Duduklah dulu dengar dulu orang nak royak. Akta 203 bukan kerana sebab Kerajaan Negeri Kelantan nok suko-suko duduk. Tapi itu adalah peruntukkan undang-undang untuk membolehkan Lembaga FELDA beroperasi mengikut undang-undang.
KESEDAR Yang Berhormat.
KESEDAR sorry.
Yang Berhormat celah sikit jah.
Nenggiri sila duduk! Masa cuma tinggal 2 minit.
Melor benarkan Yang Berhormat Speaker.
Lamo bangun ni tunggu dia duduk.
Ho wi ko Tendong dulu lah, sikit jah Yang Berhormat.
Sikit jah, soalan nya nak tanya gini Yang Berhormat Dato’ Speaker. Adakah dengan ketidak penyelesaian isu pemilik KESEDAR ni sengaja dilewat-lewatkan kerana untuk dijadikan sebagai fixed deposit isu politik?
Saya setuju, ambo setuju Tendong.
Terima kasih.
Yang saya nak katakan geran ini sengaja dilewat-lewatkan….
Sikit jah sikit lagi Melor, sakni sikit lagi.
2 saat, 2 saat.
2 saat, okay untuk Pengurusan KESEDAR ni semasa Kerajaan Perikatan Nasional Yang Berhormat Nik Abduh menjadi pengerusi. Kalu nak letok salah tu kepada pihak UMNO sahaja tak betul, sebab….
Ambo pehe, point taken. Pehe? Ok terima kasih.
Sebab ambo sekarang ini kena jelas sini yang bahawanya sapo-sapo pengerusi ataupun sapo yang pegang KESEDAR ni tetap nok selesaikan masalah peneroka ni, hoktu hok penting sekali.
Terima kasih, betul lah tu Yang Berhormat Ustaz Nik Abduh Ahli Dewan Negara dilantik menjadi Pengerusi KESEDAR tahun 2021,2020. Tapi baru nok buat tokdei nok buat gapo puok demo perutuh Kerajaan, bubar dewan tokdei nok buat gapo. Kita doh sediokan pelan nok bagi geran kepada semuo peneroka yang dinafikan geran tapi Perdana Menteri Yang Berhormat daripada parti UMNO bubar dewan. Jadi cabut penggal habis tokdei nok buat gapo. Padey doh tu.
Situ menunjukkan semua yang tanggungjawab Yang Berhormat.
Padei lah, saya nak landing ni Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Timbalan tidok betul tu.
Timbalan Pengerusi KESEDAR ado sini, jadi sebenarnya Yang Berhormat.
3 saat, ramai peminat ambo harini.
Allah. Dari segi KESEDAR ni sebenarnya bukan sahaja bergantung ataupun fokus kepada soal peneroka dan pembangunan tanah berkaitan ia juga berkaitan dengan membangunkan tanah di kawasan-kawasan yang masih ditakrifkan sebagai mundur sebagaimananya di Gual Ipoh contohnya. Jadi sebenarnya….
Gual Ipoh takpolah, terima kasih.
Contoh saya nok royak dari segi saya nak sebut Galas tadi yang mengatakan soal air dan sebagainya adalah bawah tanggungjawab kerajaan negeri semata-mata tetapi banyak air-air dari segi dia panggil air tandok dan sebagainya pun terbekalai khususnya di Gua Musang sendiri, Gual Ipoh dan sebagainya. Terima kasih.
Gual Ipoh mintak duduk.
Ambo nak landing Yang Berhormat Dato’ Speaker. Cuma nak sentuh Tendong itulah yang saya nampak sebab itu FELDA pun begitu, KESEDAR pun begitu. Geran tanah walaupun dah habis hutang bayaran kembali pertama pusingan pertama 25 tahun ladang sawit sengaja dilambat-lambatkan dan ini masih berlaku di FELDA sebab mereka nak jadikan peneroka ni sebagai political ransom. Tebusan politik yang boleh ditekan dan digunakan setiap kali pilihan raya. Oleh itu tuan-tuan semua Yang Berhormat Dato’ Speaker berakhirnya ambo nak cadang begini kepada kerajaan negeri. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menubuhkan segera satu jawatankuasa khas. Pertama untuk menilai semula penyertaan wakil kerajaan dalam Lembaga KESEDAR di bawah seksyen 51 (F) Akta Lembaga Kemajuan Tanah Kelantan Selatan 1978. Kalau lah keberadaan wakil negeri disitu tidak mampu mengubah polisi. Bahkan menyebabkan kita kerajaan menjadi malu alah untuk membuat polisi yang keras dan tegas terhadap agensi pembangunan persekutuan. Kedua saya nak mencadangkan supaya kerajaan negeri melalui jawatankuasa ini merampas semula tanah-tanah yang tidak dibayar premium dan tidak memiliki peneroka. Dalam jawapan di dewan DUN ni oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 21 November 2024. 24 ni kalau berubah sikit mintak maaf lah mungkin ada update, KESEDAR tidak membayar premium kepada kerajaan negeri berjumlah RM 7.137558 Juta. Ini angka 24 kalau berubah mungkin Nenggiri boleh sebut. Ketiga merampas semula tanah-tanah yang ada peneroka tetapi tidak dibayar premium dengan hasrat untuk memberikan dengan semula secara kepada peneroka yang berkaitan dan layak. Bukan rampas nak ambik balik, buwi direct kepada peneroka yang berkaitan dan keempat mengenakan cukai tanah yang tinggi kepada pemilikan langsung tanah-tanah atas nama agensi persekutuan. Di Pahang ladang FELDA yang tidak berpenghuni, tidak ada peneroka Kerajaan Pahang menaikkan cukai lebih daripada 1,000% berbanding dengan pemilikan oleh individu. Di Terengganu krisis yang berlaku di antara Kerajaan Terengganu dengan
FELDA, 3 bulan lepas baru lagi. Kerajaan Negeri Terengganu telah menaikkan cukai….
[MENCELAH] Kata nak landing tadi?
Habis dah, 20 saat lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan akhirnya rujukan kes negeri Pahang dan Terengganu boleh jadi rujukan kepada Kerajaan Negeri kita. Dan paling akhir seperti yang dilakukan oleh Terengganu. Saya mohon Kerajaan Negeri menuntut peratus keuntungan, profit sharing di atas tanah-tanah yang digunakan dijadikan sebagai ladang oleh Agensi Pembangunan Persekutuan yang tidak mempunyai peneroka. Saya mohon mencadang, terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Melor, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Lama.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pada hari yang berbahagia ini Kota Lama juga turut merakamkan Setinggi Ucapan Junjungan Kasih kepada Pemangku Sultan Kelantan di atas Titah Ucapan D’Raja kepada Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya Titah Baginda sangat tepat, penuh hikmah dan berjiwa rakyat melambangkan keperihatinan baginda dalam kita berhadapan dengan cabaran dan benar-benar menyentuh keperluan semasa negeri ini. Saya ingin menyebutkan bahawa hubungan erat pusat dan negeri dan dapat disaksikan oleh rakyat sekalian ketika lawatan Yang Berhormat
Perdana Menteri ke Negeri Kelantan pada 3 hari yang lepas. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri mendengar pengumuman Perdana Menteri menambah peruntukkan pembangunan kepada RM 8 Billion dan bantuan pembasmian kemiskinan 20 Juta selain daripada bantuan-bantuan yang lain. Jadi sesungguhnya kerjasama hubungan yang erat antara negeri dan juga persekutuan memang tidak dapat kita pertikaikan lagi. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kota Lama ingin menfokuskan perbahasan kali ini kepada beberapa perkara utama pertama adalah tentang ekonomi rakyat. Dalam keadaan dunia berdepan dengan ketidak ketentuan geopolitics, ketengangan asia barat, perubahan iklim, tekanan harga makanan dan kos sara hidup golongan yang paling terkesan adalah rakyat biasa di bawah siapa mereka? Penjaja kecil, peniaga pasar malam, peniaga di bazar-bazar kita, usahawan mikro, wanita tadi terdiri daripada golongan ibu tunggal dan anak muda kita yang baru nak bermula inilah ekonomi sebenar rakyat. Sebab itu saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri adakah kita mahu memberikan mungkin satu pakej rangsangan ekonomi yang sampai betul-betul kepada rakyat. Mungkinkah kita tadi boleh tampil dengan langkah yang lebih jelas, lebih tersusun atau lebih dirasai oleh rakyat dan isu yang sangat dekat dengan denyut nadi rakyat termasuk di Kota Lama adalah sebagaimana dibangkitkan oleh rakyat orang awam sebelum ini adalah sewaan tapak bazar dan pasar malam contohnya. Dalam keadaan peniaga kecil bergelut dengan pelbagai kos, bermacam-macam kos yang meningkat. Bagi saya jangan pula mereka dibebankan dengan kadar sewa tapak yang melampau. Kalau kita tengok sebelum ini pada awal tahun 2025 Kerajaan Negeri mengakui bahawa FAMA tidak lagi dapat menguruskan bazar tapak ni sebagai contoh ya, Stadium Sultan Muhammad yang Ke-IV dan kerajaan negeri memberi ruang kepada pihak swasta atau pemajak. Kesannya kadar baru meningkat 2,3 kali ganda ya, tapak biasa RM 1,350 dan tapak premium RM 1650. Adakah mungkin kita sebagai satu kerajaan yang berkebajikan? Yang mengambil langkah yang lebih baik contohnya sebagaimana DBKL baru-baru ini bukan menaikkan tetapi menurunkan kadar tapak sewa untuk
peniaga kita, peniaga kecil ini daripada RM 500 kepada RM 400. Di samping memperketatkan kawalan supaya ruang orang tengah dapat dibendung dan peniaga sebenar lebih terbela. Jadi saya bertanya kepada kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, adakah PBT berhasrat meneruskan atau memperluaskan sistem tender atau pajakan ini bagi menguruskan tapak-tapak pasar kita. Kalau ya apakah mekanisma kawalan untuk memastikan sistem itu tidak akhirnya menekan peniaga kecil? Apakah jaminan bahawa tapak yang diberikan kepada peniaga sebenar bukan kepada pemajak yang kemudian menyewakan semula kepada orang lain dengan kadar yang lebih tinggi? Adakah kerajaan bersedia menetapkan kadar siling sewaan, mempamerkan kadar secara terbuka dan melarang sublab secara tegas, mencontohi pendekatan yang lebih telus seperti yang dibuat oleh DBKL. Pada saya prinsipnya mudah kalau kita benar-benar mahu membela ekonomi rakyat, maka tapak bazar rakyat mestilah memihak kepada rakyat bukan kepada orang tengah. Keduanya adalah infrastruktur asas bagi saya rakyat Kelantan sudah lama menanggung isu air ini bukan sahaja Machang yang baru ini diviralkan dapat air, air hitam yang berkarat tetapi Kota Lama juga. Rakyat di Kota Lama membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menangani masalah peribadi air mereka buat “boring”, pam dan sebagainya. Jadi sudah terlalu lama bagi saya rakyat yang mendengar janji bahawa masalah ini akan selesai, tetapi di lapangan rakyat masih berdepan dengan gangguan bekalan, tekanan air rendah dan ketidak kepastian tentang bilakah masa ini benar-benar akan berakhir dan yang lebih teruk kadang-kadang ia memberi kesan pula kepada perkhidmatan awam. Contohnya di waktu kecemasan untuk menyelesaikan masalah kebakaran yang kita tahu baru ini berdekatan dengan tempat saya juga terganggu kerana masalah tekanan air di pili bomba yang rendah. Yang membimbangkan kita adalah kekeliruan tentang garis masa. Adakah di 2025? Adakah di 2028? Atapun di 2050? Soalan saya kepada kerajaan negeri adalah apakah garis masa yang sebenar? Rakyat tidak menuntut janji manis tapi rakyat menuntut kejujuran daripada kita bagaimana kita menyelesaikan masalah asas mereka mendapat bekalan air yang bersih sampailah kedalam rumah mereka.
Seterusnya adalah tentang tadbir urus projek. Dalam Titah Baginda Yang Maha Mulia Pemangku Sultan, Baginda menegaskan pentingnya pentadbiran yang cekap, berintegriti, telus dan mematuhi SOP serta dokumen perancangan. Bagi saya Titah ini amat tepat kerana antara masalah besar yang merencatkan pembangunan negeri bukan sekadar kekurangan idea dia tetapi kelemahan pelaksanaan. Saya bagi contoh Laporan Ketua Audit Negara Bil. 3/2025 memberikan teguran yang sangat serius terhadap Pembangunan Bandar Berkonsepkan Islam ataupun Islamic City. Audit mendapati prestasi projek itu kurang memuaskan dan kesemua lima komponen utama projek gagal disiapkan pada masa yang ditetapkan walaupun ada yang telah diberi lanjutan masa. Ini menjejaskan objektif asal untuk meransang pembangunan ekonomi di kawasan sekitar. Jadi saya sebutkan bahawa projek ini adalah untuk rakyat. Jadi tentunya ini bukan perkara kecil. Bila projek strategik lewat, rakyat rugi, peniaga, setiap sekitar rugi dan peluang pekerjaan terganggu. Keyakinan pelabur menurun ini yang paling penting dan yang lebih malang objektif pembangunan yang dijanjikan pada rakyat tidak tercapai. Sebab itu bagi saya kerajaan negeri perlu menjawab dengan jelas apakah pelan pemulihan bagi projek-projek yang telah ditegur oleh Ketua Audit Negara ini. Siapakah yang bertanggungjawapan terhadap kelewatan? Apakah penambahbaikkan terhadap pemilihan kontraktor? Pemantauan kemajuan projek kawalan kos kelulusan EOT dan pelaporan yang penting dalam dewan ini. Negeri ini bagi saya tidak boleh lagi terperangkap dengan budaya projek lambat, projek tertangguh, projek lari daripada objektif asal kalau kita serius mahu melonjakkan kenyakinan pelabur maka kerajaan mesti membuktikan bahawa ia mampu merancang dengan baik, melaksanakan dengan cekap dan pemantau dengan tegas. Keempat pelancongan dan imej negeri, saya menyambut baik penekanan dalam Titah D’Raja bahawa sektor pelancongan perlu diperkasa sebagai pemangkin ekonomi negeri. Dan kita akui bahawa Kelantan memang mempunyai kekuatan tersendiri warisan budaya apa yang kita tak ada? Identiti masyarakat, sekarang ini kita war-warkan bahawa kita nak promote ya, mempromosi pelancongan gastronomy atau makanan. Kita
ada seni, sejarah dan hospitaliti rakyat. Dan baru saja disebut tentang pelacongan berasaskan perubatan.
2 minit…
Tetapi kita kena sedar bahawa baru-baru ini Lapangan Terbang kita dicemarkan oleh mungkin perbuatan yang bersemangat dari sebahagian daripada anak muda kita menjadikan ia lokasi untuk merempit contohnya. Jadi mungkin perlu kita betul-betul melihat perkara ini kerana ia menjadi buah mulut dan menjadi satu perkara yang mendukacitakan bagi kita. Jadi tentu yang amat malang sekiranya pintu masuk negeri yang kita di pusat sudah memberikan RM 440 Juta untuk penambahbaikkan sepatutnya menjadi satu kebanggaan untuk menaikkan ekonomi kita tetapi mungkin tersalah guna oleh sebahagian kecil anak muda kita kerana kekurangan usaha kita.
[MENCELAH] Mohon celahan….
Untuk membangunkan mereka. Ya, siapa? Melor? Okay, silakan.
Okay terima kasih. Yang Berhormat Kota Lama, isu anak muda gi lepok di Airport tu kito orang Kelantan ni tok payoh besar-besarkan. Dio, duduk situ pun pado ketiko itu jah, dan biarlah dia menikmati satu bangunan dan kemudahan yang baharu. Kenapa kita nak besar-besarkan? Dio pergi lepok jah bukey gi hisap dadoh, bukei gi buat jahat. Dah saya pun beraso nok g lepok jugok situ kalau kalua ni. Jadi tak payah la kita yang jadi ejen kepada rakyat Kelantan membesar-besar benda yang tidak ada apa pun.
Sepatutnya kita sokong lagi dia untuk aktiviti yang baik, yang tidak bercanggah dengan undang-undang. Terima kasih.
Sudoh doh ko? Sudoh?
Nok buwi ko?
Inilah masalah kita, kalau kita sendiri sebagai pembuat polisi utama kerajaan ada mentaliti seperti Melor. Ini imej kita di tempat lain, bayangkan Menteri Pengangkutan hok royak lagutu, malu. Melor tahu ke budok tu bukan sekadar lepok tetapi melakukan aktiviti.
Mohon mencelah….
Dan bagi saya antaranya adalah kerana saya sebut ni bukan kerana benci direkodkan. Kita bagi lagi? Kalau Speaker bagi masa.
Kota Lama cuma ada 1 minit. Kalau dia bagi boleh.
Saya cuma nok setengah minit. Saya nak Tanya tugas nok jago lalu lintas ni kerjo sapo? Kijo Menteri Besar ko? Kijo Agensi Pusat? Pahtu Airport tu duduk bawah agensi mano? Kei dio ado keselamatan dio sendiri, kalu dio gagal nak uruskan hok gi situ bakpo nak kaitkan dengan negeri? Jadi jangan kaitkan benda yang takdok kaitan dengan negeri, duk letok atas palo negeri. Terima kasih.
Okay hokni sor lagi, mentaliti hok menyalahkan orang. Double standard! Kita kena tengok ini saya rasa kita sama je. Bagi saya kerana yang kita tahu…
Yang saloh sakni ni YB yang gi saloh kokre sakni bakpo YB tok sebut, mentaliti tu start daripada YB. Bukan daripada orang lain start daripada YB, YB yang bawok masalah tu sebenarnya. Terima kasih.
YB kalu hok huduh gak Pusat selalu.
Doh memang huduh keno kato huduh la.
Dio huduh ko comey tu atas kito.
Kato ko pusat selalu, Kota Lama cadangkan kita mengambil tanggungjawab bersama. Saloh ko dio sebut gituh?
Tu atas kito.
tokleh nok tek, tek sikit gak sudoh selalu.
Doh nok tanyo, ado lagi ko…
Dok eh, doh bakpo Galas pulok congek nyoh? Tok keno jawab.
Dok eh, ado lagi ko ore gi lepok loni?
Doh kalu gapo-gapo gak Pusat selalu. Huduh selalu, hok tok tehe tiko Perdana Menteri mari duk pakat sium mulut belako dengan Perdana Menteri.
Dah narak 25 jam ko g lepok situ? Ado lagi ko?
Gual Periok sila duduk.
Anak muda untuk diberi tanggungjawab bersama supaya kita mencari jalan penyelasaian untuk anak muda kita bersama.
Dah jawab lagutu lah senang.
Gual Periok sila duduk.
Hanya 2 hari.
Kalu takdok kerjo dekat tepat kito ejah biar sedio kijo banyok lah. Cari banyak kijo lah. Sedia kijo banyok lah.
Doh bendo tu berlaku dalam masa sari, benda hanya berlaku sari. Bakpo duk kait bertahun-tahun? Bukei hok berlaku 300 hari setahun. Benda kecik sangat demo tu selesai selalu doh esokkan tu duk kait buat apa lagi?
Sapo dio selesai?
Duk lepok lagi ko loni?
Polis ko selesai?
Dok eh, nok tanyo ado lagi ko loni?
Kerajaan Pusat la hok selesai, terima kasih lah Kerajaan Pusat tolong selesai. Kito duk maroh pulok ko Kerajaan Pusat.
Hok polis lah hok selesai, pah bakpo? Tu tanggungjawab polis, polis bawoh negeri ko?
Dok eh, ni floor sapo ni?
Tanggungjawab sapo?
Dok eh, kalu takdok tuan ambo pun nak bangun tambah sikit lagi.
Floor kito duo lah, tigo dengan Melor.
Buleh buleh…..
Kota Lama teruskan.
Hoktu Speaker, kita mempunyai masalah dasaran besar. Bila kita bangkitkan di dewan ini seolah-olah kita ni memang berada di peringkat yang sangat berlawanan. Sedangkan isu yang sebenarnya adalah perkara itu pihak Menteri Pengangkutan royak selalu dah, JPJ, pihak MAHB, PDRM buat tindakan dah. Hoktu takdok dah tapi isu kita adalah isu rempit ni bukan sari duo, dia lama dah. Jadi saya tabik spring kepada EXCO Belia yang mahu baru mengadakan Kelantan Future Leaders. Jadi soalan saya ni boleh dicatatkan adalah bagaimana kita nak handle ataupun kita nak tangani mungkin 40,000 mungkin 60,000 belia ni. Bukan bilangan yang sedikit. Ini yang kita nak bangkitkan supaya kita sama-sama mencari tadi disebutkan mungkin perlu litar kepada yang tempat dia boleh menunjukkan boleh mengeluarkan adrenaline dia tunjuk bahawa dia jatey betul. Tapi bukan di tempat hok sepatutnya, ini yang viral ni.
Kota Lama mintak landing.
Bagitahu adalah pelancong kita, jadi bagi saya ini satu imej yang perlu kita khabar lah. Dan InShaa-Allah kita mahu mendengar daripada kerajaan negeri bagaimana kita menyelesaikan masalah ni.
Dan akhirnya, akhirnya 1 minit. Saya rasa kita tadi sebutkan tentang Pemerkasaan Mahkamah Syariah. Saya nak bertanya kepada kerajaan negeri bagaimana kita dalam usaha kita nak menangani satu lagi gejala di Kelantan ini, Jenayah Gejala Seksual? Yang mana data polis menujukkan bahawa dia meningkat 23 % daripada 22-23%, 252 kes kepada 206, 22-23 % sehingga 252 kes pada 2024. Dan data polis juga menunjukkan bahawa 90% daripada yang dia dipanggil consensual rape atau sexual rape ini adalah atas dasar suka sama suka jadi dalam keadaan undang-undang sedia ada yang lebih banyak menghukum pihak lelaki di mahkamah sivil, sedangkan pihak perempuan pula sering tidak melalui intervensi yang setara, apakah perancangan menyeluruh Kerajaan Negeri untuk memperkasa Mahkamah Syariah JAHEAIK dan pendidikan pencegahan, dan yang lain-lain untuk kita menangani isu ini secara lebih serius. Tuan Speaker, Menjunjung Titah D’Raja bukan sekadar memuji titah. Bagi saya ia bermaksud menterjemahkan keprihatinan Baginda Yang Maha Mulia Pemangku Sultan kepada tindakan yang benar-benar menyelesaikan masalah rakyat. Jadi akhirnya saya tegaskan empat perkara, ekonomi rakyat kena dibela, infrastruktrur asas mesti diselesaikan dengan jujur dan terancang, tadbir urus projek mesti diperkemas dengan akauntabiliti yang nyata dan pelancongan negeri mesti dipelihara bersama imej, disiplin dan masa depan anak muda kita. Akhir sekali Kota Lama menjunjung kasih dan mohon menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﺘﻮﻓﻴﻖ ﻟ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Terima kasih Kota Lama, terima kasih juga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membuat perbahasan pada sesi kali ini.
Saya berhasrat untuk menangguhkan sidang Dewan, dewan akan disambung semula pada jam 2:15 petang. Terima kasih.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.43 TENGAH-HARI DAN AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA 02:15 PETANG
PERSIDANGAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PADA JAM 02:15 PETANG
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Ahli-Ahli Yang Berhormat sekali persidangan disambung semula. Ada sapa-sapa lagi yang nak berucap?
Sila, Mengkebang.
Terima kasih.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pertama sekali Mengkebang dengan penuh Syukur Kehadrat Allah SWT menjunjung kasih Titah Yang Mulia Pemangku Raja Kelantan yang menitahkan beberapa perkara untuk pihak kerajaan negeri Kelantan untuk fokuskan dalam pentadbiran pada hari ini. Antaranya keperluan penambahbaikkan projek infrastruktur samaada jalan raya atau lebuh raya utama yang menghubungkan jajahan-jajahan dari selatan Kelantan bermula dari pintu masuk Gua Musang sehingga ke Kota Bharu.
Ini adalah hak rakyat Kelantan yang turut sama membayar cukai seperti rakyat lain di negara ini. Semasa musim perayaan baru-baru ini kita begitu simpati dan empati melihat kepenatan anak perantau yang terpaksa menempuh sehingga 24 jam atau lebih melalui perjalanan dengan berjarak lebih kurang 500km dengan purata kelajuan yang hanya 20km sejam. Dalam kesusahan bermusafir, Alhamdulillah kita dikurnia roh sah perjalanan tanda kasih Allah kepada hambanya. Begitu juga para pemimpin dengan rakyat kita sangat memahami denyut nadi, kesusahan rakyat selagi mana lebuhraya Kuala Krai – Karak, laluan persekutuan 34 serta Lingkaran Tengah Utama LTU belum disiapkan.
Kita mempunyai beberapa pintu masuk ke negeri ini sama ada Gua Musang, Grik atau Pasir Puteh atau melalui jalan darat LPT 3 yang telah dirancang secara pembinaan berfasa akan menghubungkan LPT 2 ke Kelantan melalui Terengganu. Ianya perlu digesa agar dapat disegerakan biarlah kepulangan warga perantau kita sambut dan nantikan dengan senyuman dan penuh kegembiraan. Yang Berhormat Dato’ Speaker kita juga merakamkan tahniah dan terima kasih di atas persiapan pembinaan fasa 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra yang melakar sejarah tersendiri. Ianya tercanggih dan modern untuk Lapangan Terbang Domestik. Iannya juga sebagai laluan udara antara paling sibuk dengan jumlah penerbangan 40-50 sehari dengan 5 Syarikat Penerbangan termasuk Scoot daripada Singapura. Dan penerbangan terbaharu laluan penerbangan Kota Bharu ke Jakarta, namun ianya tidak boleh terhenti disitu sahaja. Traffic udara tidak sewajarnya dipergunakan untuk mengaup keuntunggan semata-mata dengan meninggalkan nilai ihsan kepada pengguna apabila harga tiket penerbangan melambung terlalu tinggi di musim perayaan atau cuti panjang. Saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Pengangkutan memantau kepentingan dan keperluan rakyat dalam perkara ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai wakil rakyat Mengkebang yang mewakili suara petani, penoreh getah, pekebun dan orang kampung yang susah dan mungkin jarang untuk menjejak kaki ke bandar besar seperti Kota Bharu. Saya ingin menzahirkan permintaan mereka untuk menikmati prasarana di sekitar Mengkebang seperti kemudahan jambatan serta jalan raya yang baik. Saya ingin kemukakan beberapa projek persekutuan yang telah diluluskan di DUN Mengkebang antaranya Jambatan Pasar Pasir Kelang, Pasir Era. Walaubagaimanapun projek ini dianggap projek bermasalah kerana ianya telah lewat daripada jadual asal selama 81 hari. Sepatutnya jambatan ini disiapkan pada 30/12/2026 dengan kos hampir RM 35 Juta untuk projek ini dan EOT ataupun lanjutan masa telahpun diberikan kepada Kontraktor terbabit sebanyak dua kali.
Seterusnya jambatan yang bermasalah yang kita viral sebelum ialah Jambatan Sungai Durian, kos lebih kurang RM 17 Juta dan dengan izin EOT sebanyak 6 kali telah diberikan kepada kontraktor. Walaubagaimanpun ianya siap 1 hala sahaja sepatutnya projek ini disiapkan sepenuhnya pada 5/8/2026. Dan seterusnya Jalan Bahagia Pasir Kelang projek ini menekan belanja Kos RM 92 Juta dan telah diberi EOT selama sebanyak 1 kali dan projek ini sepatutnya siap pada 7/11/2028 dan saya menjangkakan semua projek ini bermasalah dan tidak mengikut jadual yang sepatutnya. Ianya memberi kesan kepada impak social ekonomi kepada penduduk di DUN Mengkebang. Dan kelambatan ini memberi kesan kepada kita semua di DUN Mengkebang.
Saya mencadangkan agar kontraktor yang terlibat diambil tindakan yang tegas dan wajar disebabkan kelewatan yang timbul daripada projek tersebut. Yang Berhormat Dato’ Speaker fenomena EL-NINO tahun 2026 dijangka mengakibatkan cuaca panas dan kering hingga mencecah suhu 40 ℃ di siang hari akibat pemanasan permukaan laut di lautan pasifik. Fenomena ini dijangka akan berlarutan sehingga ke akhir tahun 2026. Gelombang haba yang berlaku dan kekurangan kadar hujan boleh menyebabkan pelbagai implikasi seperti hidrorasi dan strok haba. Dan peningkatan kes kebakaran dan boleh mengugat kes produktiviti pertanian. Mengkebang mencadangkan agar pihak kerajaan negeri terus giat membekalkan alternatif kemudahan air kepada rakyat dengan memanfaatkan kemudahan telaga tiub air tandak dan air bukit untuk warga Mengkebang khususnya. Plan bekalan air mengikut geografi kawasan perlu dikemaskini bagi membantu rakyat berasa selesa di negeri kita yang sentiasa meletakkan slogan kebajikan sebagai keutamaan. Projek-projek kebajikan perlu juga diperluas dengan penglibatan sektor korporat dan peranan anak Kelantan yang berjaya di mana sahaja mereka berada seperti mereka berminat untuk memberi sumbangan kepada negeri ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Mengkebang juga ingin menarik perhatian kepada semua dengan satu cadangan iaitu pembahagian strategik zon ekonomi yang terancang untuk dilaksanakan di Kelantan
mengikut sumber alam dan potensi pelaburan yang ada bagi setiap zon. Sebagai contoh zon pertanian untuk Jajahan Bachok yang mempunyai tanah yang sesuai dengan tanaman. Zon Agro Tourism untuk Jajahan Lojing yang mempunyai iklim sejuk, zon makanan dan tourism untuk Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat yang mempunyai tempat-tempat dan restoran yang menyediakan makanan yang enak serta berkdekatan dengan pintu masuk Thailand. Zon Perindustrian kita berikan untuk Pengkalan Chepa bersesuaian dengan kewujudan kilang-kilang yang ada manakala Dabong dan Kuala Krai yang telah dinobatkan Bandar Bahagia yang mempunyai sumber alam yang menarik diberi gelaran zon lestrasi pelancongan dan agro politan. Kajian teperinci untuk setiap zon dengan melihat kelebihan dan daya tarikan pasti akan menghasilkan satu plan strategik zon ekonomi negeri ini. Kewujudan zon ini wajar sekali diberikan pendedahan untuk menarik pelaburan melalui perancangan strategik yang boleh memberi pulangan dan peluang perniagaan dan wang kepada masyarakat. Perancangan yang teliti dan tepat akan membuah hasil yang baik, Inshaa-Allah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam usaha menarik pelaburan asing ke negeri kita demi melihat negeri kita yang tercinta ini standing dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Inisiatif untuk menarik pelabur perlu dibuat secara agresif mengambil kira pelaburan Kelantan yang dilancarkan pada tahun 2023 yang bertujuan untuk memberikan panduan strategik kepada para pelabur dengan menyenaraikan kesesuaian kategori pelaburan mengikut seluruh lokasi di negeri ini. Begitu juga rancangan struktur negeri 2040 yang menggariskan fokus industri di setiap jajahan berdasarkan kekuatan dan ketersediaan sumber seluruh 10 jajahan di Negeri Kelantan. Antaranya Pasir Puteh sebagai bandar pelabuhan dan maritan mengambil kira kedudukan Pasir Puteh di persisih pantai dan berdekatan dengan Lautan China Selatan. Ianya perlu di implimentasi dan direalisasikan secara tersusun dan strategik. Begitu juga dengan siap pembinaan jambatan Rantau Panjang ke Sungai Golok, kerajaan negeri haruslah berusaha mengadakan fasiliti pelabuhan darat untuk memenuhi kepesatan bangunan yang bakal dinikmati oleh semua pihak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kajian daripada Jabatan Mineral dan Geosains iaitu JMG Malaysia menunjukkan Kelantan adalah negeri kedua terbanyak mempunyai sumber unsur nadi bumi di Malaysia. Dengan izin Rare Earth Of Elements (REE), unsur di bumi ini penting untuk teknologi hijau ataupun Green Energy dengan izin kerana ianya diperlukan di dalam peranti-peranti menukarkan tenaga, dengan izin AMTEC Resoces seperti tenaga solar, tenaga angin dan alunan ombak kepada elektrik yang boleh disimpan dalam bateri.
Masa Yang Berhormat ada 2 minit lagi.
Yang mempunyai kapatisi penyimpanan yang tinggi, ianya juga merupakan bahan penting untuk kegunaan kereta elerktrik, dron dan peralatan elektronik terkini dan masa depan. Penerokaan industri sumber unsur dan di bumi perlu harus diberi, perlu dibuat strategik dan terancang. Dengan pasaran yang jelas sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun ia membolehkan pulangan kepada kita, perancangan rapi melalui komposisi tenaga, plan kerja dan dana yang mencukupi adalah antara elemen keberkejayaan industri baharu yang wajar sekali tidak dilengahkan. Pembinaan kilang Super Magnet Battery khususnya di daerah Gua Musang untuk kegunaan kereta elekrtrik haruslah dibangunkan dengan segara. Iannya membuka peluang pekerjaan dengan lebih banyak kepada rakyat Negeri Kelantan disamping menjanakan pendapatan kepada kerajaan negeri dan negara kita Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, beberapa cadangan usaha telahpun saya sebutkan di dalam Dewan yang Mulia pada harini untuk diperhalusi di peringkat Kerajaan dengan satu matlamat Kelantan Maju, Rakyat Sejahtera. Dengan ini Mengkebang mohon menyokong. Sekian,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Terima kasih. Macam mana tu, tak cam. Sila Gual Ipoh. Hah Jelawat.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberikan peluang kepada Jelawat untuk sambung membahaskan Titah Kebawah Duli Tuanku Pemangku Raja Kelantan yang telah dititahkan bertitah semalam. Dan saya menyokong titah tersebut. Jelawat nok kecek slow-slow jah petang ni, sebab tengok pagi tadi napok panas doh. Jadi slow lah Jelawat petang ni. Jadi pertamanya apa yang disentuh di dalam Titah tersebut ialah mengenai dengan cabaran ekonomi global dan perubahan iklim. Dan memang kita Kelantan ini sedang menghadapi musim kemarau yang panjang. Banyak sawah yang kekeringan air dan banyak juga kebakaran yang berlaku akibat daripada kemarau dan juga suhu yang begitu panas. Jadi saya mohon agar pihak kerajaan menyediakan satu insentif ataupun satu bantuan khusus kepada pesawah-pesawah yang menghadapi kekurangan bekalan air ataupun mendapatkan kerugian akibat berlakunya musim kemarau yang panjang ini. Dan juga di DUN Jelawat khususnya berlaku kebakaran yang agak dasyat terutama di kawasan Beris Lalang, Gong Badok, Kampung Baru, Beooh dan sebagainya. Dan pada tahun 2024 kebakaran yang sama berlaku dan Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan sejumlah bantuan kewangan kepada pekebun-pekebun yang mana kebun mereka sawit, getah dan sebagainya telah hangus oleh kebakaran tersebut. Jadi saya pohon agar bantuan yang sama turut diberikan kepada pekebun-pekebun ini. Dan juga saya pohon agar kerajaan negeri menyediakan insentif kepada selain kepada pesawah, pekebun yang terlibat dan juga kepada pengusaha-pengusaha IKS dan kesemua mereka ini terkesan kerana kenaikkan bahan api yang berlaku pada ketika ini. Itu yang pertama, yang keduanya Baginda juga menyentuh tentang pelaksanaan dan kepatuhan kepada undang-undang peraturan.
Yang pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah memperkasakan Mahkamah Syariah sebagaimana yang disebut oleh EXCO Agama pagi tadi. Tetapi di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk bertanya tentang pindaan kepada enakmen keterangan Mahkamah Syariah 2022. Apakah statusnya? Dan kenapa ia belum lagi diangkat dan dibentangkan di dalam dewan ini kerana pindaan ini pada saya amat perlu untuk memastikan bahawa enakmen ini selari dengan isu perkembangan semasa. Saya juga ingin bertanya tentang pindaan Enakmen Kanun Tatacara Jenayah 2022, apakah statusnya? Saya difahamkan enakmen, pindaan ini telah diluluskan pada 2017 tetapi penetapan tarikh kuatkuasa pindaan ini belum lagi dibuat jadi saya pohon untuk mendapat penjelasan bilakah tarikh penetapan kuatkuasa enakmen ini ataupun pindaan ini akan dibuat? Seterusnya saya ingin bertanya tentang penggubalan Rang Undang-Undang Membasmi Ajaran Sesat dan apakah statusnya? Begitu juga dengan Enakmen Pindaan Faraid yang semuanya saya percaya telah dibincangkan oleh jawatankuasa yang menyemak undang-undang dan saya ingin bertanya tentang status tersebut? Begitu juga Enakmen Peguam Syarie sekarang ini, di Kelantan seramai 1,409 orang peguam syarie, masa saya berkhidmat juga sebagai peguam syarie dulu cuma ada beberapa puluh orang sahaja. Tapi sekarang ini sudah ada 1,400 orang dan kita tidak ada satu perundangan yang khusus untuk peguam syarie. Jadi sekarang ini sudah sampai masa nya untuk kita gubal satu enakmen khusus untuk peguam syarie ini dan terasing daripada enakmen pentadbiran Mahkamah Syariah. Saya juga ingin menyentuh tentang pemerkasaan Bahagian Penguatkuasaan Syariah Negeri Kelantan. Sekarang ini bahagian penguatkuasaan syariah terletak di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, saya percaya bahawa sudah sampai masanya Bahagian Penguatkuasaan Syariah ini dikembangkan dan dijadikan suatu jabatan yang berasingan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Kalau kita lihat bahagian penguatkuasaan ini dia fokus kepada tangkapan dan siasatan mereka turun ke lapangan tetapi Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam (JAHEIAK) ini dia fokus kepada pentadbiran dan dakwah. Jadi jika kedua-dua bahagian ini diletakkan dalam satu, dia akan menyebabkan bahawa pegawai dan anggota penguatkuasaan ini sentiasa bertukar -tukar daripada penguatkuasaan tukar lain, dan tukar orang baharu dan sebagainya. Dan ini akan mengambil masa untuk mereka faham tentang cara mana untuk menjalankan tangkapan dan siasatan dan sebagainya termasuk juga pengumpulan bukti untuk dibawa ke mahkamah. Jadi disini perlunya suatu jabatan yang berasingan supaya penguatkuasaan syariah ini menjadi lebih efisyen dalam masa kita nak memperkasakan mahkamah syariah dan juga perundangan islam di negeri ini. Saya juga pohon agar kakitangan ataupun pegawai bahagian penguatkuasaan syariah ini ditambah. Saya difahamkan bahawa kebanyakkan anggota penguatkuasaan syariah yang ada adalah bergred S19 sedangkan untuk serbuan mengikut undang-undangnya ia perlu dilakukan diketuai oleh seorang pegawai yang bergred S41, jadi saya pohon agar pegawai S41 ini ditambah supaya tidak membebankan pegawai S41 yang telah tersedia ada. Dan saya juga difahamkan bahawa Enakmen Keluarga Islam Dan Kanun Jenayah Syariah juga memberi kuasa untuk memberikan kompoun kepada penguatkuasa agama. Oleh demikian telah menjadi keperluan agar pegawa-pegawai gred S41 ini ditambah ke bahagian penguatkuasaan syariah ini. Dan seterusnya saya mengambil peluang ini untuk menyentuh juga tentang harapan Kelantan ini menjadi Negeri Makmur, Sejahtera dan Diberkati. Antara perkara yang perlu dititipkan berat oleh kerajaan negeri ialah tentang pengurusan sisa pepejal dan juga pembersihan awam dan kerajaan negeri mestilah memastikan bahawa pengurusan sisa pepejal dan sampah yang sering menjadi isu ini berada dalam keadaan terbaik, sistematik, effisyen dan lestari maka saya di sini ingin mengambil peluang untuk bertanya pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan 80% Awam 2007.
Adakah kerajaan telah membuat keputusan ataupun memuktamadkan Penggunaan Dan Pemakaian Akta 672 ini dan untuk kepentingan dan juga kesejahteraan rakyat negeri ini.
Masa ada 1 minit lagi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi Galas ada menyebut tentang isu adanya siasatan terhadap kakitangan kerajaan dan juga isu pelantikan ke GLC adakah berdasarkan kepada merit. Saya hujahkan bahawa memang berdasarkan kepada merit dan mematuhi kehendak undang-undang kerana itulah setakat ini tidak ada sebarang pendakwaan dikenakan ke atas mana-mana lantikan ke GLC dan kalau ada siasatan pun ia baru di peringkat siasatan. Sedangkan di sana ada orang yang telah disiasat, didakwa, dibicarakan, dihujahkan didapati ada primafacie telah membela diri tapi kemudian telah dihentikan pendakwaan jadi kes DNAA dan boleh jadi Timbalan Perdana Menteri molek-molek, takdok gapo satu. Takdok gapo satu, hoktu tak gege hoktu tu, jadi hok gege ni duk cari hok mano hok tengoh siasat ni hok taktahu mano lagi. Seterusnya, Galas juga menyebut tentang pakej rangsangan mintak Kerajaan Negeri pakej rangsangan akibat kenaikkan petrol dan diesel termasuk mencairkan rizab emas dan sebagainya. Ambo nok kato gini jah Dato’ Speaker, hok naik minyok diesel, petro ni demo. Patut demo apabila demo wak naik demo ado lah formula kaedah demo pakej mano sekalipun tapi suruh kito pulok doh. Kerajaan Negeri dari dulu sapa loni meme buat sokmo kebajikan kepada rakyat, ado sokmo pakej ransangan, dana bantuan dan sebagainya. Tapi sekarang ni kalu takdok formula demo keno cari pembangkang lah, jangan duk cari kerajaan.
Sila gulung, Yang Berhormat.
[KENDENGARAN GELAK KETAWA AHLI UNDANGAN NEGERI]
Okay, baru nok naik, baru nok panas. Dia ibarat gini lah ore curi, dio curi RM1,000 lepastu dio bagi balik RM200 ko tuan rumah, wi balik lah ko demo RM200 jadi nok suruh tuan rumoh kata jurus demo, bagus curi bagi jugok kawe RM200. Jadi gitulah, dio naik tinggi, lepastu dia bagilah pakej rangsangan ataupun bantuan-bantuan kepada rakyat yang sedikit sangat.
Masa cukup Yang Berhormat.
Banyok lagi ni.
Banyok lagi pun, biar EXCO jawab.
Terima kasih Dato’ Speaker. Tokdei puah hati tapi gak.
Terima kasih, takpo. Lagi sekali, sapo? Nenggiri? Sila.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker yang turut membenarkan Nenggiri bersama dalam perbahasan Junjung Kasih Ucapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan. Dato’ Speaker pertamanya Nenggiri ingin menyentuh mengenai isu dalam kawasan Nenggiri tersendiri iaitu isu bekalan air, kita sedia maklum di Nenggiri terdapat LRA Limau Kasturi yang telah diluluskan naik tarafnya dalam RP 5, RMK-12 dan dijangka siap pada tahun 2030. Namun dalam jangka masa yang cukup panjang iaitu pada tahun 2030 semestinya berlaku gangguan bekalan air yang
kerap di kawasan-kawasan penempatan iaitu di Kampung Renok Baru, Taman Agropolitan Rantau Manis dan sekitarnya. Adakah AKSB mempunyai metigasi ataupun perancangan lain dalam pelan jangka masa pendek bagi mengatasi masalah gangguan ini? Ini disebabkan pada 2 minggu yang lalu apabila terputusnya bekalan elektrik lebih 3 jam penduduk akan menghadapi gangguan bekalan air lebih daripada 4 hari. Diharapkan pihak AKSB akan ada perancangan yang lain untuk mengatasi masalah ini. Seterusnya Dato’ Speaker di Nenggiri juga air tandak menjadi sumber bekalan air utama di kawasan yang tidak mendapat bekalan air AKSB, namun akibat daripada pemanasan global terdapat beberapa kawasan tadahan air tandak ini mulai kering, ambo mohon Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan untuk melakasanakan pembinaan telaga tiub di kawasan tumpuan seperti di Kampung Star, Kampung Atas Bukit Merantu, Kampung Jerek dan Kampung Jelakan dan RPT Limau Kasturi bagi memenuhi keperluan air kepada penduduk setempat.
Dato’ Speaker, yang keduanya Nenggiri ingin membangkitkan tentang isu Jalan Raya D235 iaitu Jalan Bertam - Jerek. Berdasarkan pemantauan di lapangan terdapat lebih dari 50 hotspot ataupun lokasi jalan berlubang yang memerlukan kerja penerapan semula dengan segera kerana keadaan ini membahayakan pengguna jalan raya berkenaan. Jalan Raya ini merupakan laluan utama bagi anak-anak ke sekolah selain menjadi jalan penting yang sering digunakan oleh orang ramai terutamanya ketika musim cuti dan perayaan. Sehubungan dengan itu ambo memohon agar pihak JKR bersama dengan pihak konsesi dapat menyegerakan kerja-kerja penerapan semula demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa terjamin. Ambo juga nak mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR yang telah telah melaksanakan penyelenggaraan jalan-jalan di jalan D29 Jalan Gua Musang – Jelawan.
Dato’ Speaker, ketiganya ialah isu pembinaan Sekolah Menengah Limau Kasturi dalam Dun Nenggiri. Untuk pengetahun Dewan, di Dun Nenggiri hanya terdapat 2 sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sungai Asap dan Sekolah Menengah Tengku Bendahara. Pada 25 Januari 2026 ada satu kisah yang amat tragidis yang telah berlaku kepada anak kita pelajar di SMK Sungai Asap yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika ingin menuntut ilmu di SMK Sungai Asap. 2 beradik yang terpaksa membonceng lebih 15kilometer setiap hari meredah jalan berisiko kerana ketiadaan sekolah menengah yang berhampiran dengan kawasan Limau Kasturi. Inilah hakikat pengorbanan anak-anak di luar bandar demi mendapatkan pendidikan.
Dato’ Speaker, ambo yakin dengan penyediaan akses pendidikan yang selamat kita mampu menyelamatkan lebih ramai pelajar ini daripada risiko kemalangan. Justeru ambo ingin memohon kepada pihak kerajaan negeri agar menyediakan tanah bagi pembinaan Sekolah Menengah Limau Kasturi yang boleh menampung lebih daripada 500 orang pelajar yang melibatkan pelajar dari Kampung Serian Batu 10, 11, 12 RPT Limau Kasturi dan Kampung Limau Kasturi itu sendiri. Ini kerana setiap hari anak-anak kita mempertaruhkan nyawa demi untuk menuntut ilmu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu yang seterusnya ambo nak bangkitkan isu Tanah Adat Orang Asli dan pemberian konsesi ladang hutan. Dato’ Speaker berkaitan isu Tanah Adat Orang Asli di kawasan Nenggiri dan kawasan-kawasan Orang Asli di seluruh Negeri Kelantan. Sebagai wakil rakyat Nenggiri adalah jadi kewajipan bagi ambo bagi bangkitkan isu ini di dalam dewan yang mulia ini. Ambo memahami pendirian kerajaan negeri yang menyatakan tiada Tanah Adat Orang Asli di Negeri Kelantan. Namun begitu, kerajaan negeri juga perlu melihat isu ini secara holistik bermula dari punca sebenarnya mengapa masyarakat Orang Asli menuntut kawasan tersebut. Ambo percaya tidak sukar bagi kita memahami bahawa punca utama adalah penerokaan hutan yang berleluasa atas pelbagai nama dan projek sehingga mengganggu norma kehidupan mereka termasuklah sumber rezeki dan kawasan daerah mereka.
Apa yang mereka tuntut hanyalah agar kawasan ini tidak diganggu, dengan itu hutan juga akan terus terpelihara, memberi manfaat kepada bukan sahaja hanya mereka malah kepada seluruh rakyat di Negeri Kelantan. Apabila kami menyebut mengenai pembalakan ia bukan hanya merujuk kepada kawasan dibawah Catuan Tebangan Hutan Tahunan (CTT) tetapi merangkumi keseluruhan aktiviti termasuk Projek Ladang Hutan yang menggunakan kaedah tema habis ataupun cuci mangkuk. Sebaliknya Kerajaan hanya menggunakan data CTT untuk menggambarkan seolah-olah pembalakan terkawal. Saya merujuk ucapan YB Timbalan Menteri Besar dalam sidang lalu yang menyatakan hak CTT sebanyak 3,900 hektar bagi tempoh 2021 sehingga 2025 dan hanya 740 hektar ditebang. Namun berdasarkan Laporan Audit Negara 2021 Siri 2, pemberian kawasan CCT adalah lebih rendah kerana jabatan perhutanan negeri lebih aktif meluluskan projek ladang hutan yang mengguna kaedah tebang habis dan tidak mempunyai sistem yang pengurusan hutan secara memilih sms maka kenyataan bahawa pembalakan adakah dikawal tidak tepat sebagai contoh pada tahun 2021, CTT ialah 1,277 hektar tetapi ladang hutan yang diluluskan adalah 6,038 hektar. Pada tahun 2024 CTT 486 hektar tetapi ladang hutan melebihi 5,700 hektar. Pada tahun 2025 CTT 740 Hektar tetapi ladang hutan melebihi 4,300 hektar. Lebih membimbangkan lagi penamanan semula projek ladang hutan ini amat sangat tidak memuaskan contohnya pada tahun 2021 daripada 6,038 hektar yang ditebang hanya 1,496 hektar ditanam semula tidak sampai 30% manakala selebihnya dibiarkan gondol. Saya juga ingin menyatakan beberapa contoh kelulusan projek ladang hutan yang dikesan antaranya:
1. 281 hektar dan 252 hektar di HSK Perias Ulu Nenggiri oleh MCKIFT Management. 2. 404 hektar di HSK Sungai Brok, Ulu Nenggiri oleh Jata Setia Biz Sdn. Bhd. 3. 158 hektar di HSK Relai Balah, Ulu Nenggiri oleh Kompleks Perkayuan Kelantan.
Dan banyak lagi kelulusan yang jauh melebihi angka yang dinyatakan di bawah CTT dalam penggulungan sebelum ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sehubungan tu, saya ingin mendesak Kerajaan Negeri agar menyemak semula semua kelulusan ladang hutan ini dan menghentikan penerokaan yang berterusan. Kawasan seperti Nenggiri kini berdepan dengan kemusnahan alam, konflik hidupan liar, dan yang paling terkesan adalah masyarakat Orang Asli yang semakin terhimpit untuk meneruskan kehidupan. Ambo jua ingin menyentuh berkenaan konflik hidupan liar, harini di kawasaan Nenggiri banyak orang kata kes-kes yang melibatkan binatang seperti harimau, gajah yang telah keluar daripada habitat mereka dan ianya menjejaskan keselamatan warga kampung ataupun rakyat kita di kawasan berkenaan.
Masa Yang Berhormat ada 1 minit lagi.
Saya cukup mengharapkan Kerajaan Negeri memandang serious mengenai per masalahan ini dan semestinya tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan saya cukup mengharapkan pihak Kerajaan Negeri agar memandang serius masalah ini. Sepertimana yang kita semua tahu tadi Melor ada menyatakan tak nak menjadi “red indian” untuk orang kata menganak tirikan rakyat tetapi ambo nok bagi balik kepada Melor biar kito sama-sama fikir Orang Asli juga adalah rakyat kita. Jangan biarkan mereka menganggap mereka seperti “red indian” yang dilakukan tidak adil oleh pihak kita di pihak kerajaan kita. Sekian, Nenggiri menyokong. Terima kasih.
Sapo lagi? Wakaf Bharu, sila.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Saya berdiri pada hari ini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah D’Raja dengan penuh takzim dan menjunjung kasih atas Titah Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang amat penting untuk hala tuju negeri kita. Memetik antara Titah Tuanku:
“USAHA BERTERUSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DALAM MEMPERKUKUH DAYA TAHAN EKONOMI NEGARA MELALUI PELBAGAI DASAR PEMBANGUNAN DAN INISIATIF STRATEGIK YANG TURUT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGERI KELANTAN.”
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Titah ini merupakan satu amanah besar kepada kerajaan dan seluruh jentera pentadbiran. Seharusnya manfaat pembangunan yang direalisasikan di Kelantan, maka rakyat mesti dapat merasainya dalam bentuk yang nyata: peluang pekerjaan yang lebih baik, urusan perniagaan yang lebih mudah, internet yang benar-benar sampai ke kawasan pedalaman, perkhidmatan kerajaan yang lebih pantas, dan perlindungan ekonomi yang lebih berkesan kepada rakyat biasa. Pada hemat saya, antara ruang paling penting untuk Kelantan mempercepat lonjakan ini ialah ekonomi digital. Kita sudah ada Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Kelantan 2030 yang menetapkan sasaran yang jelas. Antaranya ialah 80 peratus perkhidmatan kerajaan dilaksanakan secara end-to-end menjelang 2025, pembangunan infrastruktur digital yang menyeluruh, pengukuhan pelaburan digital, dan sasaran 80 peratus pekerja ekonomi gig didaftarkan di bawah Pusat
Ekonomi Digital GIG Kelantan. Dokumen perancangan negeri juga menegaskan bahawa PTED ini diwujudkan untuk menyediakan hala tuju, strategi, inisiatif dan sasaran bagi memacu pertumbuhan ekonomi digital negeri. Namun persoalannya ialah sejauh mana pelan ini benar-benar dilaksanakan? Dan adakah terdapat jawatankuasa yang dibentuk bagi melaksanakan PTED ini? Lebih penting, dalam perbahasan ini sendiri telah dibangkitkan bahawa setakat April 2025, pencapaian perkhidmatan digital secara end to end di Kelantan baru sekitar 50.6%, iaitu 2,059 daripada 4,068 perkhidmatan, jauh daripada mensasar 80% yang mahu dicapai.
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan berhubung perlunya diwujudkan ‘single agregrator digital negeri’ iaitu dengan penubuhan Perbadanan Digital Negeri. Dalam pelan berkaitan PTED, Perbadanan Digital Negeri disebut sebagai antara instrumen penting pelaksanaan agenda ini, malah digambarkan sebagai struktur yang akan memancu pelaksanaan secara lebih holistik melalui beberapa kluster utama. Persoalannya adakah dengan penubuhan Perbadanan Digital ini dapat menyelesaikan ekosistem dan menjadi pemangkin kepada perekonomian Kelantan dan seterusnya, Adakah Kerajaan Negeri bercadang menaiktaraf Kelantan ICT Gateway sebagai Perbadanan Digital Negeri Kelantan? Sehubungan dengan itu saya mencadangkan supaya perbadanan yang bakal ditubuhkan ini dengan Perbadanan Ekonomi Digital Negeri Kelantan ditubuhkan ini dengan mengambil kira ekosistem kepada ekonomi negeri Kelantan perlu dipacu secara digital. Seterusnya saya ingin bangkitkan soal zon industri digital dan cadangan Mini Lembah Silikon yang berupaya memberi lonjakan kepada ekonomi digital Kelantan. Soalannya Sejauhmanakah projek ini direalisasikan projek Pembangunan Mini Lembah Silikon ini?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Saya juga ingin menegaskan bahawa ekonomi digital tidak akan berjaya jika Negeri ini sebenarnya telah mempunyai asas tertentu. Ekonomi digital akan dapat dilaksanakan jika Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. disebut sebagai agensi sehenti dan rakan strategik pembangunan ICT negeri. Pengiktirafan kepada KIGSB tidak boleh berhenti pada label “one-stop agency” semata-mata. Ia mesti diterjemahkan secara jelas dengan diberi kuasa penyelarasan yang sebenar, capaian data yang sah, dan laporan prestasi yang dibentangkan secara berkala kepada MMK dan Dewan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Satu lagi perkara yang sangat dekat dengan rakyat ialah isu liputan internet, khususnya di kawasan blind spot. Kita mengakui ada kemajuan. Dalam pelan PTED, aspek infrastruktur dig ital diberi perhatian yang besar. Malah terdapat penekanan bahawa penyediaan infrastruktur digital adalah syarat asas kepada pembinaan keseluruhan ekosistem ekonomi digital negeri. Tetapi hakikatnya, rakyat tidak hidup dalam angka purata negeri. Rakyat hidup di kampung, di pinggir bandar, di sekolah luar bandar dan di kawasan laluan tertentu yang masih lemah liputannya. Sebab itu penyelesaian isu internet tidak boleh dinilai dari laporan umum sahaja. Ia mesti diukur secara setempat, bersasar dan berasaskan pengalaman sebenar rakyat. Saya menyokong kerjasama strategik yang lebih agresif antara Kerajaan Negeri, MCMC, telco dan GLC negeri termasuk Infra Quest untuk menyelesaikan kawasan-kawasan blind spot secara khusus. Kita perlu ada pemetaan masalah di peringkat DUN, garis masa tindakan, dan laporan status yang boleh dipantau. Ukuran kejayaan sebenar bukan apabila negeri mencapai angka liputan yang tinggi di atas kertas, tetapi apabila rakyat tidak lagi terpaksa mencari tempat tinggi atau pergi ke tepi jalan semata-mata untuk mendapatkan capaian internet.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dalam masa yang sama, kita juga perlu bercakap tentang sisi gelap ekonomi digital, iaitu scammer dan along. Menurut kenyataan Ketua Polis Kelantan, dianggarkan kerugian dengan nilai sebanyak RM50.09 juta rakyat Kelantan ditipu scammer di Kelantan sepanjang 2025.
Apabila negeri menggalakkan pendigitalan, negeri juga mesti bersedia melindungi rakyat daripada risiko pendigitalan. Hari ini, penipuan dalam talian, pinjaman tidak berlesen, akaun keldai dan pelbagai modus operandi baharu semakin membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan usahawan kecil. Saya berpandangan bahawa isu ini tidak boleh dianggap semata-mata isu jenayah. Ia juga isu ketahanan ekonomi rakyat. Ramai mangsa terjebak bukan kerana mereka cuai semata-mata, tetapi kerana mereka terdesak, perlukan wang segera, perlukan modal kecil, dan tidak menemui saluran yang mudah serta cepat dalam sistem rasmi. Sebab itu saya ingin cadangkan supaya Kerajaan Negeri memperkukuhkan dua pendekatan serentak. Pertama, pendidikan dan penerangan besar-besaran di peringkat akar umbi, dengan melibatkan jabatan kerajaan, institusi pendidikan, masjid, penghulu, pihak berkuasa tempatan dan komuniti digital. Kedua, memperluas akses mikro kredit yang mudah, cepat dan mesra rakyat. Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Saya dalam kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan mikro kredit yang diperuntukkan RM 20,000 setiap DUN walaupun kita Alhamdulillah Kerajaan Negeri melalui peruntukkan EXCO-EXCO hampir RM 150,000, peruntukkan usahawan-usahawan samada dalam bentuk barangan ataupun modal dan harini Alhamdulillah Kerajaan Negeri telah memperkenalkan mikro kredit iaitu hutang kepada peniaga-peniaga kecil sehingga maksimum RM 10,000, ada nok RM2,000, ada nak RM 3,000. Cuma langkah ini mesti diambik perhatian supaya dipermudahkan urusan supaya apa yang dikehendaki oleh rakyat dapat ditunai dengan baik.
Masa ada 1 minit lagi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dalam kesempatan masa yang terhad ini saya di Wakaf Bharu antaranya ialah isu lampu jalan raya. Isu lampu jalan di kampung-kampung terutamannya dan antara yang kritikal Bulatan Bunut Sarang Burung. Bulatan Kebakat yang sentiasa berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kematian dan sebagainya. Mohon diambil perhatian dan harap supaya pihak yang berwajib mengambil tindakan yang segera.
Yang kedua isu jambatan Pengkalan Kubor Takbai, dalam masa yang sama saya juga ingin memberi penekanan kepada projek strategik pembinaan jambatan yang menghubungkan Pengkalan Kubor, Tumpat dan Takkbai Thailand. Projek ini bukan sekadar infrastruktur fizikal tetapi merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi rentas sempadan yang berpontensi membuka lebih banyak peluang perdangangan pelancongan dan dan serta aktiviti ekonomi rakyat. Khususnya di kawasan Tumpat termasuk DUN Wakaf Bharu yang berada dalam radisi limpahan ekonomi tersebut.
Masa Yang Berhormat sudah cukup.
Dan akhir sekali, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kesan kepada peperangan yang memberi kesan kepada ekonomi, ekonomi yang paling terkesan ialah petani-petani dengan kenaikkan petrol dan diesel dan juga IKS. Jadi dalam dewan yang mulia ini saya pohon mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memberi insentif kepada petani dan IKS supaya saya dapat membantu dan juga dapat meringankan beban dan dapat menghadapi suasana apa yang berlaku harini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker….
Masa sudah cukup Yang Berhormat.
Dengan segala ini saya sekali lagi menjunjung kasih atas Titah Yang Maha Mulia Pemangku Raja dan saya menyokong. Sekian.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Terima kasih. Sapo lagi? Kemuning?
ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kemuning merafak sembah dan menjunjung kasih ke pada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan di atas Titah Baginda pada pagi semalam. Kemuning percaya bahawa Titah tuanku tersebut bukan sekadar dengan izin “formality” Perasmian Pembukaan Dewan bahkan ianya merupakan suara hati seorang Raja yang benar-benar memahami dan mendengar denyut hati rakyatnya. Busana Indah Berwarna Kuning, Pakaian Tradisi Kerajaan Berdaulat, Menjunjung Titah Dari Kemuning, Membawa Bersama Suara Rakyat,
Kemuning berhasrat untuk memetik Titah Tuanku bahawa Tuanku melihat keadaan infrastruktur di negeri ini masih lagi perlu ditambahbaik dan tuanku mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan terlibat secara langsung dalam membangunkan infrastruktur negeri ini sebagaimana negeri-negeri lain di Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kemuning melihat ada beberapa perkara utama yang berkaitan dengan kemudahan rakyat yang sering menjadi isu dan dihebah-hebahkan samaada di kedai-kedai kopi mahupun di media sosial. Perkara pertama ialah berkenaan dengan isu air, apabila menyebut tentang masalah soal air terutamanya di Machang. Kemuning ingin menarik perhatian kepada 2 projek yang berkaitan di Machang yang pertama Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air, Merbau Chondong yang kedua Projek Tangki Air kubur Minah di DUN Kemuning sendiri. Sebagai rekod pada tahun 2021 dan 2022, dua buah tangki air telah siap dibina di Machang. Ini zaman covid ataupun kita panggil juga zaman 33 bulan. Ada 2 tangki air telah siap dibina yang pertama di Kampung Kerilla di bawah DUN Temangan yang mana tangka air yang telah dibina boleh manampung kapasiti air 1.5 juta liter dan memberi manfaat air lebih kurang kepada 1,000 buah premis dalam satu-satu masa. Alhamdulillah Kemuning difahamkan tangka air ini sekarang telah dimanfaatkan oleh lebih kurang 1,000 premis di sekitar. Alhamdulillah. Yang satu lagi adalah tangki Air Kubur Minah yang terletak di Kemuning di DUN Kemuning sendiri yang mana ianya disiapkan pada 12 Mei 2022 ini pun zaman covid juga lepas covid zaman 33 bulan jugak zaman tu Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man jadi Menteri Air Dan Alam Sekitar. Tangki air ini siap beberapa bulan sebelum penukaran kerajaan pada bulan 11 pada tahun yang sama. Apa yang Kemuning ingin utarakan di sini adalah tangki ini sehingga sekarang tidak dapat digunakan kerana sistem perpaipan yang menghubungkannya dengan kawasan yang sepatutnya di kawasan rumah-rumah dan premis-premis tidak disiapkan sehingga sekarang. Sekiranya nanti tangka air ini disiapkan ia dapat dimanfaatkan oleh
sebahagian besar rakyat DUN Kemuning tetapi sekarang tangka Air Kubur Minah ini hanya berdiri tegak seolah-olah hanya hiasan semata-mata di Kampung Kemuning. Oleh hal demikian Kemuning amat mengharapkan agar sistem perpaipan yang menhubungkan tangki air ke premis-premis serta di rumah-rumah sekitarnya dapat disempurnakan agar masalah air yang berlaku di kawasan Kemuning terutamanya kawasan DUN Kemuning terutamanya dan juga kawasan di sekitar dapat diselesaikan dengan baik dan Kemuning juga maklum seperti mana yang disebutkan oleh YB Tendong sebelum rehat sebentar tadi bahawa tanggungjawab pemasangan pempaipan yang Kemuning nyatakan tadi adalah terletak di bawah Kerajaan Pusat. Secara jelasnya adalah di bawah pengurusan aset air berhad PAAB iaitu adalah sebuah Syarikat yang milik penuh Kerajaan Persekutuan di bawah MOF. Kerajaan Negeri menyediakan sumber air tetapi kita kena maklum fasiliti air adalah terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, suka untuk Kemuning menjelaskan bahawa sumber air Negeri Kelantan setakat ini adalah mengcukupi untuk keperluan rakyat melalui tangki-tangki air dan juga loji-loji rawatan air yang dibina. Walaubagaimanapun apa yang kita perlu faham adalah berkenaan Non-Revenue Water (NRW), ataupun air terawat yang dihasilkan tetapi hilang sebelum ianya sampai kepada pengguna disebabkan kebocoran yang berlaku pada batang-batang paip yang menghubungkannya ke rumah-rumah dan premis-premis. Kemuning merujuk kepada laporan Berita Harian bertarikh pada 17 Oktober 2025 yang melaporkan bahawa Kelantan mencatatkan kadar yang tertinggi NRW di negara ini iaitu sebanyak 54.5% maksudnya air bersih kita sediakan dah tetapi air bersih itu tercicir di tengah-tengah jalan sebelum sampai ke kepada pengguna. Berdasarkan maklumat yang terkini PAB ini Pengurusan Aset Air Berhad ini hanya boleh (maaf ya) hanya boleh hanya melaksanakan kerja-kerja Penukaran Paip pada jarak air 150km sahaja setahun. 100PAB ini hanya menjalankan kerja-kerja penukaran paip ni 150km sahaja setahun sedangkan mengikut maklumat yang Kemuning ada kita ada 4,000km paip lama yang perlu ditukar.
Berdasarkan laporan juga kos penukaran batang paip air mencecah nilai RM 1 juta bagi setiap kilometer ini dilaporkan oleh EXCO kita sendiri Dato’ Dr Izani. Jadi besarlah harapan Kemuning agar hubungan baik Kerajaan Negeri dengan Persekutuan atas dasar G to G dapat menggesa Kerajaan Persekutuan menyahut seruan Tuanku Pemangku Sultan Pemangku Raja agar tidak menganak tirikan negeri ini memberikan kerjasama demi meningkatkan kemudahan infrastuktur air di negeri ini agar dapat dinikmati oleh rakyat seluruhnya. Manakala kerja-kerja menaik taraf LRA Merbau Chondong merupakan sebahagian Pelan Pembangunan air Negeri Kelantan yang bermula pada tahun 2024 dan dijangka siap pada bulan September nanti bulan September 2026 apabila disiapkan siap nanti loji ini boleh menampung kapasiti hampir 2 kali ganda daripada sebelumnya iaitu sekarang sebelumnya ianya dinaik taraf 50 Juta liter air setiap hari ataupun 50 Juta MLD, million litter per day kepada 95 Juta liter sehari hampir sekali ganda. Dan bagi apabila kapaisiti air meningkat InShaa-Allah tekanan air ini stabil dan InShaa-Allah boleh mengelakkan gangguan air pada masa akan datang kepada penduduk setempat. Cuma difahamkan baru-baru ini ada masalah gangguan trick eletctric yang berlaku secara kerap di LRA ini yang menyebabkan enjin LRA ini terhenti. Jadi semasa enjin terhenti ini tekanan akan jatuh rawatan air akan terganggu mendapan turut berlaku di LRA ini. Apabila elektrik ada balik turbine yang baru beroperasi ini dia memerlukan satu tempoh masa untuk dia mula pelan balik, ia restart balik. Turbine ini ia bergerak perlahan dulu perlahan-perlahan sebelum ia mencapai kelajuan yang optimum. Jadi dalam keadaan yang dia nak sampai kepada kelajuan yang sepatutnya di berjalan itulah sedimen, sedimen ni terdiri daripada bahan pepejal seperti lumpur, pasir, kelikir dan sisa organik yang diangkut dan di endapkan oleh air tersebut terlepas dan memasuki batang-batang paip utama seterusnya menyebabkan air sampai kepada pengguna tidak bersih.
Masa ada 1 minit.
Ini berlaku di Machang, masalah di Machang baru-baru ini. Saya mengambil peluang untuk menjelaskan apa yang baru berlaku baru-baru ini. Saya sudah berhubung dengan Tenaga Nasional Berhad mengenai perkara ini dan saya dimaklumkan masalah ganguan eletktrik setakat ini sudah pun dipulihkan dan kita mengharapkan agar masalah gangguan elekrtik seperti ini tidak lagi berulang agar LRA ini dapat berfungsi dengan baik seterusnya rakyat selaku pengguna dapat menikmati sumber air yang bersih daripada LRA ini. Hakikatnya Yang Berhormat Dato’ Speaker penglibatan semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan kemudahan infrastkrtur di negara ini tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain yang sering mendapatkan kerjasama dari Kerajaan Persekutuan. Kemuning juga mengharapkan agar.
Masa dah cukup Yang Berhormat.
Sekejap penutup Landing.
Kalau tak tutup takpo ko?
Kemuning mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan memberikan kerjasama untuk projek-projek menaik taraf ini dalam jangka masa diperuntukkan LRA agar ini dapat mengurangkan krisis-krisis air di Machang. Dan juga dapat menambah margin bekalan air bersih yang dirawat. Jadi Kemuning dengan ini memohon, banyok lagi ni Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Sambung kemudian.
Saya baru cerito pasal air, baru pasal infrastruktur lain-lain dok lagi…
Bagi kokre lain pulak.
Dengan ini Kemuning memohon untuk menyokong. Terima kasih Yang Berhomat Dato’ Speaker.
Sapo lagi? Tawang?
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا ِ ◌ ؕ ِ ﺐ ﻴ ﻐ ﻟ ا ﻢ ِ ﻠ ﻋ ٰ ﱃ ٰ اِ وۡ ﱡ ﱰ ﺳ ﻮ ﻨ ﻣ ﺆ ﻤ ﻟ ﻪ◌ ُ ﻟ ﻮ ﺳ ﻢ ﻜ ُ َ ﻠ ﻤ ﻋ ﻪﻠﻟ ا ﲑ ﺴ ﻓ ۡا ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻋ ا ﻞ ِ ﻗ َ نَ ۡنَ ـُ َ ُ ِوَ َُد َ وَ ُ وَا ُ وَرَ َ َ ُّٰ ََى َ َ ٥٠١ ◌ ۡن ﻮ ُ ﻠ ﻤ ﻌ ﺗ ﻢ ﺘ ـۡ ﻨ ﻛ ﺎ ﲟ ﻢ ﻜ ُ ﺌ ﺒ ﻨ ﻴ ﻓ ﺎ ﻟﺸﱠﻬ ـَ ُ ُ َِ ُ ـَ ـَ َوَا َ ِّ ـُ دَةِ َ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﺪﻕ Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada Tawang untuk memohon membuat perbahasan dan Titah Ucapan
Yang Mulia Pemangku Sultan Kelantan, Pemangku Raja Kelantan yang begitu mengambil berat dan menitip berat terhadap rakyat sekalian di Negeri Kelantan. Ucapan yang merangkumi pelbagai dimensi yang menyentuh pelbagai aspek kebajikan pembangunan seterusnya untuk melihat Kelantan ini berada di hadapan pada masa-masa yang akan datang. Alhamdulillah pelbagai aspek yang dibincangakan diantaranya berkenaan dengan keterjaminan makanan, menghadapi masalah global yang ada pada hari ini. Begitu juga dengan masalah pendidikan, memantapkan pendidikan secara holistic dan juga seimbang untuk melahirkan modal ihsan yang mampu bukan sahaja membimbing diri mereka malah membimbing masyarakat di masa yang akan datang. Di Kelantan ini kita ada pelbagai sektor pendidikan ini kita ada pihak Kerajaan Negeri di bawah Yayasan Islam Kelantan, di bawah Kementerian Pendidikan kita ada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan juga sektor-sektor dan juga sektor-sektor perkhidmatan swasta-swasta yang lain. Semua ini perlu digemblengkan tenaga kesatuan bagaimana untuk melahirkan anak-anak, modal-modal insan yang berahlak mulia dan yang mampu menjadi aset yang amat berguna bagi membendung gejala sosial yang berlaku di negara kita pada ketika ini. Sebab itulah kita mengharapkan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kita mengharapkan Kerajaan Negeri mengambil bahagian yang begitu besar berkenaan dengan pendidikan khususnya untuk anak-anak di dalam negeri Kelantan ini khususnya. Begitu juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengutarakan berkenaan apa yang disebut dengan pelancongan, rekreasi dan sukan yang ditekankan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan. Alhamdulillah kita lihat penaik tarafan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra telah membuka ruang dan peluang yang seluas-luasnya berkenaan dengan industri pelancongan khususnya di Negeri Kelantan ini. Bachok di Negeri Kelantan ini Bachok adalah satu-satunya bandar pelancongan Islam apabila pembesaran menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail ini dan membuka laluan dan apabila siap satu lagi projek di dalam DUN Tawang iaitulah Jambatan Pulau Gajah. Apabila siap nanti dia
boleh menyumbang kearah merancakkan lagi industri pelancongan yang akan dibawa melalui kawasan Bachok jadi sebabkan itulah saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri memikirkan apakah inisiatif-inisiatif ataupun program-program yang boleh dilaksanakan untuk merancakkan lagi sistem ataupun pelancongan di Negeri di kawasan Bachok khususnya. Kita tengok di sepanjang sungai Pengkalan Datu itu adalah satu tempat yang sangat-sangat berpontensi untuk dibangunkan sebagai tempat pelacongan dan taman reakrasi. Begitu juga selepas daripada turunnya Jambatan Pulau Gajah itu kita ada satu pantai yang diberi nama Pantai Senok yang digembar gemburkan sebagai Pantai Nami. Jadi sebab itulah sebelum sidang yang lalu saya sudah bangkitkan berkenaan dengan bagaimana untuk menaik tarafkan Pantai Senok sebagai destinasi pelancongan yang begitu dikenali pada suatu ketika dahulu tapi kalau kita tengok pada hari ini napok suram dengan lahirnya satu kemasin iaitu Kemasin Beach Resort. Nampak orang bertempu kesana ditambah pulak di Pantai Senok ini tidak ada suatu projek yang boleh menaikkan lagi Pantai Senok sebagai destinasi pelancongan. Sebab itulah saya mengharapkan kerajaan negeri Kelantan supaya bangunkan lagi Pantai senok ini suatu tempat menjadi destinasi pelacongan di daripada masa-masa yang akan datang. Lebih-lebih lagi di Pantai Senok ini akan dinaik lagi taraf jalan raya daripada Pantai Senok ke Pantai Kemayan menjadi dua lorong dan ini juga dapat menaikkan lagi menambahkan lagi pelacongan bagi kawasan Bachok itu seterusnya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada satu perkara yang saya kira agak penting untuk saya bangkitkan pada petang ini iaitulah berkenaan dengan masalah banjir di kawasan Bachok khususnya di DUN Tawang. Pada penghujung tahun 2025 sejarah telah menempa DUN Tawang dimana DUN Tawang adalah merupakan pusat pemindahan yang pertama yang telah dibuka di dalam negara Malaysia. Sebelum daripado ini tok pernah kito dengar kalu sebut Bachok ore tak pernah napok banjir di Bachok, mano banjir? Tetapi akhir-akhir ini bermula pada khususnya tahun 2022, 2023, 2024 dan yang terkini baru pada ini 2025 kita lihat nama Bachok telah berada di persada yang utama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya mengambil bahagian ini untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan kita melihat mengapa perkara ini boleh berlaku? Loni pun ado dah rakyat tiap kali kalu kito turun hok terutama sekali di sepanjang tali air buruh mandi, ini adalah salah satu tempat yang mana tak pernah berlaku banjir selama pada ini. Mengapa ianya berlaku banjir? Saya melihat beberapa faktor yang menyebabkan banjir berlaku, di sepanjang tali air buruh mandi di antaranya ialah kita membuat suatu pembangunan yang tidak seimbang di mana tempat rumah air kemudian kito kosek rumoh air apabila kito kosek rumoh air, bilo rumoh air takdok jadi air gi kokse lah. Apabila dio gi kokse, dio masuk ko tali air buruh mandi. Apabila dio masuk ke dalam tali air buruh mandi, di mano kapasiti tali air buruh mandi tu tidak dapat menampung kemasukkan air yang luar biasa. Kito tengok di jalan Gajoh Mati itu ada satu carl-board hanyalah lima kaki sahaja satu carl-board air mari mace-mace. Loni lebih lagi membimbangkan Yang Berhormat Dato’ Speaker, di mano parit besar daripada jalan besar, jalan besar itu telah dibuat parit besar parit besar ni jugok air dialirkan kepada tali air buruh mandi. Ado hok sebelum ni pun tidak mampu untuk menampung ni mari pulok air ni penduduk sari duani telah mengadu kepada kito bakpo “YB, berat pulok kito tahun ni” kalu huje supo baruni, baruni pah ko atas rumoh doh hokni toktahu la kalu bumbung pulok hok tergelam.
Oleh demikian kita mengharapkan supaya usaha-usaha yang diambik oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk memperluaskan. Saya ada 3 cadangan untuk menyelesaikan permasalah ini. Banjir ado bendo hok kito tokleh nok selesai ado bendo yang kita buleh usahakan dan juga buleh kito ikhtiar. Di mana saya ada beberapa cadangan.
Masa ada 1 minit lagi.
Di antaranya yang pertama ialah cadangan saya kita membuat satu tempat rumah air baharu menggantikan rumah air yang lama. Apabila
kita ada tempat yang baharu, rumoh yang baharu inShaa-Allah dia akan duduk situ tahan la sikit air nak turun ke Tali Air Sungai Mandi. Yang kedua saya nak mencadangkan supaya di Gajah Mati itu dibuat jambatan bukan lagi sebagai carl-board yang lima tidak dapat menampung air yang banyak. Dan cadangan yang ketiga iaitulah di Jalan Gajah Mati itu cari enjin besar musim banjir buko luas-luas pergi ke laut, Inshaa-Allah itulah diantara cadangan-cadangan yang boleh untuk meringankan ataupun boleh menyelesaikan sikit sebanyak banjir di kawasan tersebut.
Masa cukup Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya mohon menyokong Titah ucapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﺎﺑﻪﻠﻟ و
Terima kasih, mano tu? Bunut Payong? Sila.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ﲨﻌﲔ أ ﺻﺤﺒﻪ و ﻟﻪ أ ﻋﻠﻰ و ﻪﻠﻟ, ل ﺳﻮ ر ﻋﻠﻰ م ﻟﺴﻼ وا ة ﻟﺼﻼ وا ﻟﻌﺎﳌﲔ, ا رب ﻪﻠﻟ ﳊﻤﺪ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan junjung kasih atas Pemangku Raja Kelantan sempena dengan Pembukaan Penggal Bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2026. Saya mengucapkan Junjung Kasih atas Titah Kebawah Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang memberi perhatian kepada banyak perkara untuk kebaikkan dan kebajikan Negeri Kelantan. Banyak perkara yang disentuh oleh Yang Maha Mulia Pemangku mengcukupi keharmonian masyarkat
dan pembangunan, kemudahan infrastruktur, intergriti, pelancongan, pendidikan, kesihatan awam dan sebagainya. Saya ingin menarik perhatian kepada satu perkara iaitulah program Kelantanku Bersih Tahun 2023 sehingga tahun 2027 yang mana akan berakhir pada tahun 2027. Ia bukan sekadar kempen bersih biasa tetapi merupakan satu manefestasi kesungguhan Kerajaan Negeri di dalam menjaga kebajikan dan imej negeri secara menyeluruh. Sebanyak 5 dasar utama, 13 strategi dan 62 pelan tindakan yang telah dirangka untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam merealisasikan matlamat sebagai negeri bersih, indah dan ceria. Dan beberapa kejayaan telah dilihat hasil daripada pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan. Kita melihat bahawa pendidikan kebersihan ini adalah suatu yang penting bermula dari bawah oleh itu saya mencadangkan supaya kerajaan bekerjasama dengan Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan bagi melibatkan semua sekolah dalam Program Pendidikan dan Kempen Kebersihan. Memandangkan tempoh pelaksanaan program Kelantanku Bersih sudah hampir berada pada tahun yang terakhir. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan membuat penilaian keberkesanaan secara menyeluruh dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu samada untuk meneruskan program ini dalam bentuk yang lebih sesuai untuk 5 tahun yang akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya juga ingin menarik perhatian kepada cadangan pembangunan semula flat kompleks Kampong Sireh oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) difahamkan tapak tersebut akan dibangunkan dengan pembangunan bercampur atau mix development. Saya menyokong penuh cadangan tersebut dan saya mengharapkan penuh ianya dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Memandangkan cadangan pembangunan tersebut adalah berskala besar diharapkan projek pembangunan tersebut dapat mengambil kira aliran trafik di persimpangan Kampung Sireh iaitu di depan Majisd Al-Mansur
yang menghala ke Pintu Geng yang kini terlalu sesak terutama pada waktu puncak sehingga ke persimpangan Kijang Kg Sireh. Dicadangkan jalan persimpangan Kg Sireh dinaik taraf kepada jalan empat lorong sesuai dengan cadangan pembangunan semula tapak flat Kg Sireh. Saya ingin mencadangkan supaya Kajian Impak Penilaian Lalu Lintas iaitu Impact Assesment bagi memperbaiki dan menaik taraf sistem lalu lintas di kawasan tersebut. Saya menaruh harapan yang tinggi dan optimis bahawa Projek Erbenisasi disitu akan memberi impak yang besar kepada pelbagai secktor ekonomi masyarakat termasuk impak sosial. Penekanan adalah perlu kepada aspek pembangunan bersifat bestari, lestari, mesra alam sekitar peduli kebersihan dan kecerian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bagi menyahut seruan Titah Pemangku Raja supaya pihak kerajaan menyediakan taman reaksasi dan kemudahan sukan. Saya ingin mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri supaya dapat mengusahakan satu padang bola sepak dengan kemudahan sukan yang lain yang sesuai lengkap dengan taman rekreasi untuk masyarakat bandar, beriadah dibina di kawasan bangunan Lembah Sireh. Dengan ada kemudahan untuk aktiviti kesukanan dan rekreasi akan menarik lebih ramai warga kota ke Lembah Sireh yang mana sekarang ini mereka menggunakan jalan raya sahaja tersebut di kawasan tersebut sahaja pada hari minggu untuk beriadah. Cadangan ini bukan sekadar perbangunan fizikal tetapi pelaburan jangka panjang terhadap kesejahteraan masyarakat setempat, kita sedia maklum bahawa kemudahan sukan berkualiti mampu melahirkan generasi yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing. Namun begitu di Lembah Sireh hari ini menunjukkan kekurangan ruang yang sesuai untuk aktiviti riadah dan sukan khususnya bagi golongan belia. Padang bola sepak yang dicadangkan bukan sahaja berfungsi sebagai gelanggang permainan malah boleh menjadi pusat komuniti, tempat berkumpul, berinteraksi dan boleh mengeratkan hubungan sosial. Dengan adanya kemudahan city track jogging, gelanggang, pelbagai guna serta taman rekreasi yang mesra keluarga, kita dapat menggalakkan gaya hidup sihat dalam pelbagai kalangan lapisan masyarakat dari kalangan kanak-kanak hingga warga emas.
Lebih penting pembangunan ini juga berpontensi ini mengurangkan gejala sosial apabila belia mempunyai ruang yang positif untuk menyalurkan tenaga dan minat mereka kita secara tidak langsung membantu membentuk masyarakat yang lebih seimbang dan harmoni. Padang bola sepak bukan sahaja berfungsi sebagai gelanggang permainan malah boleh menjadi pusat komuniti, tempat berkumpul berinteraksi, berkumpul dan mengeratkan hubungan sosial di antara masyarakat. Seterusnya saya ingin menekankan satu lagi perkara iaitu kita sekarang ini ada satu isu yang kita tidak berapa ambik perhatian iaitulah isu kesihatan mental rakyat. Kita sering bercakap tentang pembangunan fizikal, pembangunan fizikal jalan, pembangunan ekonomi dan sebagainya tapi kita jarang memberi perhatian kepada pembangunan emosi kesejahteraan jiwa rakyat. Hakikatnya tekanan hidup hari ini semakin mencabar, kos sara hidup meningkat, peluang pekerjaan terhad, beban keluarga bertambah, semua ini memberi kesan langsung kepada kesihatan mental. Oleh kerana itu saya mencadangkan ini melibatkan anak muda yang tertekan dengan masa depan, ketua keluarga yang terbeban dengan kewangan, warga emas yang kesunyian dan terpinggir. Jika tidak ditangani ia boleh membawa kepada masalah sosial yang lebih besar, seperti kegagalan institusi keluarga, penyalahangunaan dadah dan peningkatan jenayah. Sehubungan dengan itu saya mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Antaranya adalah…..
Yang Berhormat masa telah habis.
Habis dah? Jadi oleh kerana masa sudah tamat saya dengan ini sebab hajat tadi nok buwi masa ko sahabat-sahabat lain tapi kito bereti lah tapi sebelum itu saya nak cadang lah supaya pihak Kerajaan Negeri mengambil satu langkah yang konkrit untuk menangani masalah kesihatan mental yang kalau kita tengok pada sekarang ini berlaku bunuh
diri, terjun retok, anok bunuh mok, dan sebagainya yang kadang-kadang merungsingkan kita. Jadi akhir kata saya dengan ini menoyokong Titah Ucapan D’Raja. Sekian terima kasih.
Terima kasih, saya mempersilakan Yang Berhormat Tendong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Di kesempatan ini saya ingin menjunjung kasih pada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan di atas Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2026 pada hari kelmarin. Patik dan seluruh rakyat Tendong sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dan seluruh Usrah D’raja. Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kesempatan ini secara ringkasnya saya ingin menjunjung kasih di atas ucapan ataupun Titah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan kerana menyentuh di dalam Titahnya segenap aspek yang menjurus kepada kepentingan rakyat dan kesejahteraan Negeri Kelantan. Di kesempatan ini saya ingin menyentuh satu, dua perkara oleh kerana masa tidak panjang. Yang pertama berkaitan kerjasama Kerajaan Negeri yang disentuh oleh Tuanku iaitu kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Persekutuan. Disini saya ingin menil kesempatan mengucapakan tahniah terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang, Menteri Besar Kelantan di atas usaha dan juga kepada seluruh barisan kerajaan di atas usaha yang berterusan tanpa mengenal sempadan politik sentiasa mencari jalan untuk menyatukan ataupun
merapatkan hubungan dengan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Dan juga Alhamdulillah juga kepada PMX kita juga mengiktiraf bahawa hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan ini cukup baik dan usaha ini berterusan dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sehingga apa sahaja yang kita rasa memerlukan ataupun apa sahaja yang kita memberi kepentingan kepada rakyat tidak jemu di pihak kerajaan negeri sentiasa turun naik daripada Kota Bharu kepada Putrajaya, daripada Putrajaya balik semula ke Kelantan kemudian naik lagi ke Putrajaya semata-mata untuk mencari satu kaedah bagaimana nak menyelesaikan isu rakyat dan kepentingan rakyat di negeri Kelantan ini. Dan Alhamdulillah sebagimana yang dimaklumkan oleh PMX terbaharu RM20 Juta dan sebelum-sebelum ini kita lihat infra-infrastruktur Negeri Kelantan, kemudahan bagi rakyat Negeri Kelantan semacam Pasar Siti Khadijah, Bazar Siti Aisyah, Lapangan Terbang dan banyak lagi. Dan ini mesti satu usaha yang begitu kuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan yang sering memohon kepada Kerajaan Persekutuan yang mana memang menjadi satu tanggungjawab pihak Kerajaan untuk memenuhi hasrat dan permintaan rakyat negeri Kelantan. Baru nok start jah…
Nok tanyo pandangan Tendong, dengan apa yang Tendong bagitahu tadi hubungan baik pemberian baik daripada PMX. Agok-agok Tendong lah sekiranya berlaku lagi supo hok haritu ado himpunan “Turun Anwar” dengan apa yang Tendong kata tadi agok-agok kito hok di Kelantan ni tak terlibat lansung dah lepasni? Inshaa-Allah.
Tetapi harus diterlibatkan juga sebenarnya. Sebab itu yang saya sebutkan tadi antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan telah disambut baik oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Walaumacammana pun masih banyak lagi yang diperlukan atau masih banyak lagi tuntutan-tuntutan Kerajaan dan masih banyak lagi tanggungjawab yang sepatutnya disalurkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan masih tergendala dan masih tidak sempurna dilakukan di pihak Kerajaan Persekutuan termasuk PMX.
Saya nak bagi beberapa contoh dan sedikit cadangan lepas pada ini. Contoh bagaimana Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang lebuhraya yang dibina kito tengok disana ada kelewatan-kelewatan yang cukup ketara yang menyebabkan tempoh-tempoh siapnya pembinaan lebuhraya ini ditunda dari tahun ke tahun. Ini semua berpunca daripada bagaimana Kerajaan Persekutuan tidak melihat secara serius kenapa berlakunya ketidak sempurnaan pembinaan lebuhraya ini? Kenapa berlakunya kegagalan kontroktar-kontraktor yang kita tahu semua ini di bawah Kerajaan Persekutuan tidak langsung melibatkan Kerajaan Negeri dan ini harus diberi perhatian begitu juga dengan isu tuntutan negeri kita. Ambo perlu sebut sekali lagi di dewan yang mulia ini berkaitan tuntutan royalti minyok. Di kesempatan ini kalau betul PMX dan Kerajaan Persekutuan menzahirkan rasa ikhlas yang sebenar. Tuntutan yang begitu lama yang kito buat sebelum pado ini kito harap dengan kerjasama yang baik ini kita zahirkan kita laksanakan apa yang kita cakap itu bahawa hubungan yang baik ini betul-betul berlaku. Jangan hanya buat sekadar batuk lepas di tangga. Walaupun kita ucap terima kasih sekalipun
Mitok celoh sikit Tendong.
Tendong tentang kelewatan apa ni pembinaan-pembinaan Projek Persekutuan ini setuju tak kalua ambo katakan bahawa hasil daripada lantikan Kontraktor Kroni Politik yang tidak kompeten contohnya kelewatan di Retok Pulau Durian tu dan memberikan EOT berkali-kali sapa berapa kali, 6 kali ko sapa kere. Setuju tak? Ini sebab campuran tangan politik yang membebankan rakyat. Terima kasih.
Setuju Yang Amat Berhormat Melor.
Tendong, mitok laluan sikit Tendong. Boleh? Boleh?
Nak perabih sikit jah lagi.
Jelawat mitok laluan buleh?
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Cadangan saya kepada Kerajaan-Kerajaan supaya kita tuntut kembali royalti bukan tuntut kembali sebab kita selalu menuntut tetapi nok supaya Kerajaan Persekutuan, PMX mendengar keluhan rakyat Kelantan. Kerana kita tahu dalam keadaan suasana ekonomi, suasana global yang terlalu banyak krisis ini dan tentulah kita di pihak Kerajaan banyak perancangan-perancangan untuk kita laksanakan kepada rakyat terutamanya dari sudut kebajikan rakyat. Sebagaimana yang dicadang oleh Kota Lama maknanya supaya mintak pihak Kerajaan membentangkan ransangan ekonomi untuk mengatasi masalah global ini bagi memastikan Kebajikan Rakyat. Jadi benda-benda ini hasrat Kerajaan akan terbantut seandainya Kerajaan Persekutuan ataupun PMX tidak mengambil serius tuntutan kita tu. Cadangan saya dalam bab ini andai kata pun taknak bagi royalti dan sekarang ini telah bagipun wang ehsan kepada Negeri Kelantan tetapi oleh kerana ehsan, ehsan lah jadinya. Maknanya kalua nak bagi pun takpe, taknak bagi pun takpe. Nak bagi banyak pun boleh, nak bagi sikit pun boleh sebab ehsan. Saya nak cadang kepada pihak Kerajaan Negeri supaya kita letakkan satu angka yang munasabah makna walaupun atas nama ehsan tetapi letakkan satu angka yang munasabah yang kita kira tak sepenuh royalti pun takpo.
Yang sepatutnya royalti kalau kito dapat setahun berapo jumlah tetapi jika wang ehsan ini sekurang-kurangnya berapa peratus dan kita rasa sesuai untuk diberikan kepada Kelantan ini. Itu cadangan yang pertama. Yang keduannya Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh kerana masa yang tidak begitu ada saya nak sentuh sikit dalam DUN iaitu Alhamdulillah di Tendong ini satu cadangan rumah mampu milik telah diluluskan oleh pihak kerajaan negeri dan saya nak ucap terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana kerja-kerja tanah ataupun kerja-kerja tapak sudahpun selesai 100% dan Inshaa-Allah saya memohon kepada pihak Kerajaan supaya menyegerakan ataupun selepas daripada ini tidak mengambil satu tempoh yang lama untuk membina rumah mampu milik ini. Dan yang kedua sebagaimana yang disentuh oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan berkaitan dengan kepentingan tempat-tempat reakrasi kepada rakyat. Saya di Tendong ini juga ingin mencadangkan di kawasan perumahan mampu milik ini kita mempunyai satu kawasan yang amat sesuai, sebelum pada kita nak bangunkan rumah mampu milik untuk sementera ini saya rasa jangka masa pendek ini kita boleh laksanakan satu tempat reakrasi di sana. Dan saya harap pihak Kerajaan mengambil maklum perkara ini dan tindakan untuk melaksanakan satu taman reakrasi di Tendong.
Yang Berhormat masa sudah cukup.
Yang kedua Yang Berhormat Dato’ Speaker, sikit jah lagi nak tambah sebab ada 3 orang tanya sakni. Di Tendong juga kita ada satu litar, litar sukan lasak. Di sana kita ada satu litar mutor cross yang mempunyai spec antarabangsa dan juga kita ada litar 4x4, kita juga ada litar lumba kuda, dan kita ada satu ruang ataupun satu tempat untuk pertandingan perahu Panjang ataupun pendek. Semuanya di satu Kawasan dan inshaa-Allah pada 26 haribulan ni EXCO Sukan akan pergi rasmi satu kejohanan mutor cross peringkat keasean
yang disertai oleh lima buah negara yang penyertaan hampir 500 peserta dan saya nak cadangkan kepada kerajaan supaya untuk melihat kawasan tersebut supaya dijadikan satu litar yang satu aset kepada kerajaan tempat kawasan sukan lasak di Kelantan ini. Dan Inshaa-Allah EXCO Sukan akan hadir untuk merasmikan Kejohanan Mutor Cross pada 26 ini dan mungkin boleh tengok secara tidak lansung daripada berkenaan. Yang Amat Berhormat Dato’ Speaker, yang terkahir sekali kita semua juga tahu pada hari ini semua petani, pesawah, pekebun, yang bawak kreh, yang bawak lori sekarang ini cukup-cukup derita Yang Berhomat Dato’ Speaker atas disebakan kenaikkan harga diesel ini, dan ada sesetengah tu pesawah….
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Ni ambo nak sampaikan hasrat penanam padi Yang Berhormat Dato’ Speaker. Mintak ihsan lebih sikit jah.
Masa dah habis. Terima kasih.
Jadi kita harap sangat lah pihak kerajaan melihat begini ini. Saya kecewa sebab begini kita kecewa sebab sehingga ke harini Kerajaan Persekutuan di bawah PMX belum ada lagi Pembentangan Pakej Ransangan Ekonomi untuk menghadapi krisis ini. Tidak ada lagi. Jadi kito tidok tahu jalan macam mana jadi insentif insentif yang timbul.
Nok celoh buleh ko?
Tidok begitu buleh mengalakkan.
Melor bangun Melor.
Masa dah habis Yang Berhormat. Mohon Yang Berhormat.
Jadi saya nak cadang macam ni walaupun Kerajaan Persekutuan masih belum lagi ada pakej ransangan ekonomi untuk mengatasi krisis ini saya cadang kepada Kerajaan Negeri Kelantan bialah pok tok berapo nok tengok toksei buat pun kito sebagai anok hok juruh ni sebagai anok yang baik ni yang sentiasa melihat kepentingan rakyat ni kita cuba bentuk satu jawatankuasa ataupun kita cuba bentangkan kepada rakyat walaupun tok banyok takpo walaupun sikit pun takpolah sekurang-kurangnya kita ada kesungguhan ransangan ekonomi untuk menghadapi krisis dalam lebih-lebih lagi dalam diesel, petrol yang begitu membebankan. Ada petani toksei buat padi doh tahun depan kerana kos yang dia habis dengan pendapatan yang dio buleh tak memadai. Jadi cukup kecewa dan kita harap pihak Kerajaan Persekutuan mengambil serious benda ini, tunjukkan kseungguhan kita nak membantu rakyat, tunjukkan ada pakej ransangan ekonomi dan.
Baik terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat, saya mempersilakan Yang Berhormat Dabong.
Terima kasih dan saya mohon menyokong.
Dipersilakan Gual Ipoh.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih kepada Dato’ Speaker kerana membenarkan Gual Ipoh untuk turut serta membahas Titah Yang Maha Mulia Pemangku Sultan. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan ahli dewan undangan dimuliakan saya suka untuk membaca Titah tuanku dimana Yang Maha Mulia bertitah beta melihat keadaan infrastuktur di Negeri Kelantan yang masih perlu ditambah baik agar tidak ketinggalan. Dan pelaksanaan infrastruktur di negeri ini dengan penglibatan secara lansung Kerajaan Persekutuan. Jadi di Gual Ipoh selalu sebut bahawa di satu DUN yang masih terkepung ataupun yang tidak ada laluan-laluan jalan ke jalan daerah Selatan. Gual Ipoh adalah salah satu DUN yang pada keseluruhannya termasuk dalam Kawasan KESEDAR iaitu yang disebut tadi kawasan Kelantan Development South Authority, KESEDAR ini jadi yang mana kita faham bahawasanya bukan sahaja tertakluk kepada rancangan RPT, rancangan kemajuan tanah semata-mata kerana kawasan di Kelantan Selatan ini adalah ditakrifkan sebagai kawasan-kawasan yang tidak membangun dan masih mundur. Jadi bagi pihak saya di DUN Gual Ipoh sangatlah mengharap berharap khususnya kepada Kerajaan Persekutuan melalui KESEDAR untuk menghubungkan jalan-jalan yang selalu disebut, tadi pun YB Mengkebang ada sebut satu-satunya jalan yang bakal berhubung adalah melalui Jambatan Pasir Klang dan Paserah di Mengkebang. Itu dalam Kuala Krai namun sekiranya jalan ini boleh selesai maka kita boleh berhubung melalui sokor dan terus ke kampung panjang ke tanah merah. Jadi ini ialah salah satu perhubungan ada beberapa jalan yang pertama saya nak sentuh pasal jalan daripada di Kampung Biak di Dabong ke Kampung Perala di Gual Ipoh jalan ini sekiranya bersambung bukan sahaja Gual Ipoh yang mendapat limpahan ekonomi dan menanfaatnya tetapi turut dikongsi oleh Daerah Selatan yang lain seperti Dabong, Biok, Jelawan, dan lain-lain. Nasib baik la loni ada train to Dabong, contohnya lah.
Jadi antaranya adalah jalan itu dan jalan yang paling boleh kita melaksanakan adalah jalan daripada Fekra Lepa Bola di Jelawang ke Ulu Bertan yang Air Naga di mana orang boleh memasuki daripada Politeknik Jeli lalu jalan Malaysia, lalu ke Legeh, lalu ke Air Chana terus ke Jelawang masuk ke Pekra Lapang Bola berkenaan terus ke Ulu Bertan dan boleh terus ke Gual Ipoh dan tubik di Bukit Hitam Tanah Merah sedikit mengurangkan kesesakan di Bukit Bunga contohnya dan di situ orang Bukit Bunga nak melalui satu trafik yang begitu berat tetapi sekiranya ada sambungan bukannya lebuh raya ataupun jalan-jalan raya baharu tetapi menyambungkan jalan-jalan yang sedia ada. Selebihnya mungkin satu jalan lagi iaitu jalan daripada Perala ke Chekal Bedil di Jerimbong, Jelawang mungkin. Itu antaranya yang berkenaan dengan ini mohon kerjasama lah dengan Galas sebab ni kito masuk ikut KESEDAR. Jadi mitok bersama lah dengan Kerajaan Persekutuan, PMX kito pun baik dengan Menteri Besar kito deh. Inshaa-Allah yang keduanya saya suka menarik perhatian Ahli Dewan yang mulia ini iaitu berkaitan dengan satu juga Titah Tuanku yang berbunyi Beta amat prihatin dengan tahap Kesihatan Mental dan Fizikal rakyat Beta. Justeru penyediaan taman-taman rekreasi dan kemudahan sukan juga perlu diutamakanlah. Jadi berbalik kepada Titah Tuanku yang kedua tadi di Gual Ipoh iaitu satu kawasan yang kita telahpun diutuskan di Mesyuarat Jawatankuasa Hal-Hal Ehwal Tanah, check sebanyak 28.224 ekar tanah yang sudah tersedia untuk dibangunkan Kompleks Sukan dan rekreasi dan bukan sahaja bagi DUN Gual Ipoh tapi untuk Tanah Merah keseluruhannya. Dan Alhamdulillah kita telahpun membina satu padang bola yang telahpun tersedia yang bakal digunakan pada tahun ini, jadi saya pun habis ikhtiar lah untuk memohon supaya kompleks ini boleh disempurnakan dan diboleh direalisasikan khususnya juga melalui KESEDAR kerana bukan di bawah DUN ni di bawah Pejabat Tanah Jajahan Tanah Merah ataupun pihak PBT ataupun Majlis Daerah Tanah Merah yang membuat pelan layout dan kemudahan-kemudahan fasaliti sukan untuk berlaku di situ. Cuma untuk kita laksanakan kita perlukan dana dan bajet tapi walaubagaimanapun saya akan tetap cuba dan berusaha khususnya kita pada harini bersama dengan MPKB Pertanian Berhad Kelantan. Kebetulan dia pun ada tanah di sekitar berkenaan dan kita dah
deal dengan dia untuk sementara dan mungkin dia boleh buat tanaman kontan dan memohon atas keluasan tanah yang ada disitu tetapi kita kontra dengan pihak KPKB untuk membina another satu lagi padang bola bersama dengan punca air pagar jalan masuk dan lain-lain. Seterusnya Gual Ipoh juga suka untuk menarik Yang Berhormat Ahli Dewan Yang Mulia ini yang berkaitan dengan Titah Tuanku yang berbunyi sektor pelancongan turut menjadi salah satu pemangkin penting kepada sektor ekonomi negeri Beta. Jadi sebagai tarikan destinasi pelancongan dari dalam dan luar negara beta menyeru agar kerajaan negeri terus mempergiatkan untuk menaik taraf pelacongan dan memperluas mempromosi pelancongan selaras dengan tahun melawat Malaysia pada tahun 2026. Jadi jangan suko lah lamokei masuk Guklimat gak suko selalu. Jadi sudah menjadi satu trending ataupun yang tersohor kini iaitu Jambatan Gual Limat Tanah Merah sebagai satu.
Masa 1 minit lgi Yang Berhormat.
Salah satu Ikon Pelacongan di Negeri Kelantan jadi suka saya untuk menarik perhatian iaitu jalan-jalan perhubungan sepatutnya diakses untuk ke Gual Limat dipertingkatkan iaitu satunya salah satu jalan yang melalui tanah yang milikan PTK yang bernombor lot 17, 162 ni iaitu tanah ini kita telah sedaya upaya sedaya secuba sebolehnya untuk membina satu jalan cumanya kekangannya adalah satu jambatan di Muara Sungai Kenerak untuk ke Gual Ipoh melalui bawah jambatan Guillemard Bridge, jalan ini bukan hanya sekadar untuk ke kawasan pelancongan Guillemard Bridge tetapi menghubungkan kampung-kampung yang tersebut.
Dan saya suka untuk memaklumkan bahawa bukan sesuka hanya kepentingan bagi kawasan pelacongan Gual Limat Beris tetapi adalah untuk penduduk yang boleh berhubung adalah Kampung Kenerak. Pasir Panji, Putra Valley, Bandar Baru Kota Harmoni dengan Kampung Kusial Baru Tebing Tinggi, Chekok Ipoh. Jadi jalan ini memendekkan masa
perjalanan sehingga hanya sekitar hanya jalan 1.58km dan memeringkaskan masa perjalanan sehingga 5/10minit dari 25/30 minit.
Yang Berhormat masa dah habis. Terima kasih.
Kalau boleh sedikit lagi. Iaitu untuk meningkatkan
Okay terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan….
Sikit jah lagi penutup, bagi mempertingkatkan kawasan ataupun kemajuan Gual Limat ini iatiu saya berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana telah meluluskan pembinaan Galeri Perpustakaan Surau yang bernilai RM 350,000 dan juga berterima kasih kepada MOTAC yang telah meluluskan penyambungan aspernet di Gual Limat berkenaan dengan yang bernilai RM 350,000. Cuma saya mohon kelulusan ini disegerakan untuk pelaksanaannya. Jadi itulah serba sedikit, jadi Gual Ipoh menyokong Titah Yang Maha Mulia Pemangku Sultan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Gual Ipoh, saya mempersilakan Yang Berhormat Dabong.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Alhamdulillah, Was-Salatu Was-Salamu 'Ala Rasulillah, Wa 'Ala Alihi Wa Sahbihi Wa Man Walah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya mewakili rakyat Dabong dengan penuh takzim Menjunjung Kasih Atas Titah ucapan Yang Maha Mulia Pemangku yang telah memberi panduan jelas dengan menyeluruh dalam mencorakkan hala tuju Pembangunan Negeri Kelantan Darulnaim. Sesungguhnya Titah tuanku bukan sahaja menyentuh aspek Pembangunan Ekonomi dan Sosial malah turut memberi penekanan terhadap keseimbangan nilai kesejahteraan rakyat serta keperluan memperkukuh sektor strategik negeri termasuk pelacongan. Dalam konsteks ini Dabong amat menyambut baik penekanan dalam sektor pelacongan sebagai pemangkin Ekonomi Negeri justeru Dabong ingin mengambil kesempatan di awal perbahasan ini untuk menegaskan bahawa Dabong wajar diberi perhatian serius sebagai hak penjagaan hijau Negeri Kelantan. Dabong mempunyai kelebihan luar biasa dengan Keindahan Alam Semulajadi yang bertaraf antarabangsa seperti Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang serta kekayaan Bio Universiti yang unik. Potensi ini bukan sahaja mampu menarik pelancong domestik malah berupaya menembusi pasaran pelancongan antarabangsa khususnya dalam segemen eco-pelacongan. Sehubungan dengan itu Dabong berpandangan bahawa pembangunan Dabong perlu disokong dengan pembangunan infrastruktur asas kemudahan pelancongan yang lengkap.
Dengar Yang Berhormat, boleh teruskan.
Sehubungan dengan itu Dabong memberi pandangan bahawa pembangunan Dabong perlu disokong dengan peningkatan infrastruktur asas kemudahan pelacongan yang lengkap. Serta mempromosi yang lebih agresif di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, Dabong juga wajar dimasukkan secara rasmi di dalam kalendar Tahun Melawat Kelantan bagi ia dapat menjadi salah satu tarikan utama negeri. Yang Berhormat Dato’ Speaker, berbalik kepada asas
Pembangunan Negeri Dabong ingin menegaskan bahawa kekuatan sebenar Kelantan terletak pada sekian lama menjadi teras pembangunan iaitu Dasar Membangun Bersama Islam. Dasar ini bukan sekadar slogan tetapi merupakan gagasan pembangunan secara menyeluruh dan bukti memampu pemacu secara seimbang dalam menghadapi cabaran global masa kini pendekatan pembangunan berasaskan islam memberikan satu kerangka yang stabil dan berprinsip seperti yang dizahirkan di dalam Titah Tuanku Negeri ini perlu terus memelihara keharmonian sosial, menghormati nilai keagamaan dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat sebagai asas pembangunan negeri ini jelas menunjukkan bahawa Dasar Membangun Bersama Islam adalah pendekatan terbaik dalam memastikan Pembangunan Negeri tidak hanya bersifat material tetapi turut disertai dengan pembinaan akhlak, intergriti dan kesejahteraan masyarakat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, selari dengan itu Pembangunan Modal Insan perlu telus diperkasakan Titah Tuanku yang menekankan sistem isu pendidikan yang holistik dan seimbang merangkumi pendidikan asas terus perdana, pendidikan agama serta pendidikan kemahiran amatlah tepat. Dalam konsteks ini Dabong mencadangkan agar usaha pemerkasaan pendidikan diperkukuh dengan memperkasa institusi pendidikan agama tahfiz dengan penambahan elemen kemahiran, program TVET juga perlu diperkembangkan selari dengan industri bagi memastikan graduan yang dilahirkan graduan yang berdaya saing. Selain itu, penerapan Udbudiyyah, Mas’Uliyyah dan Itqan iaitu UMI dalam secktor perkhidmatan awam perlu terus diperkasakan bagi melahirkan penjawat awam yang berintergriti dan cekap. Dabong juga ingin menegaskan kepentingan pemerkasa Yayasan Islam Kelantan sebagai tunjang Pendidikan Agama Negeri dan keberhasilan dasar pendidikan Rabbani yang diperkenalkan sejak tahun 2019. Dalam masa yang sama usaha perlu dipergiat untuk memastikan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dinaik taraf kepada status Universiti penuh bagi memperluas akses pendidikan tinggi berteraskan Islam. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam sektor pelancongan sebenarnya secara keseluruhanya Kelantan mempunyai peluang yang besar dari segi
alam semulajadi budaya dan tradisi yang unik. Namun pembangunan sector ini perlu dilaksanakan secara lebih strategik dan tersusun agar mampu memberikan impak ekonomi yang maksima. Aspek halal, kebersihan, harga berpatutan dan layanan mesra perlu terus menjadi identiti pelancongan negeri selari dengan nilai islam yang menjadi teras Masyarakat Kelantan. Tambahan pula, dengan adanya pembangunan Infrastruktur Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra serta Projek Kota Bharu Central (ECRL) peluang untuk merancakkan Sektor Pelacongan dan Ekonomi Negeri adalah amat besar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, baru-baru ini Dabong diberi pengiktirafan sebagai bandar paling bahagia. Jadi saya mengambil peluang untuk mengucapkan ucapan terima kasih pada mereka-mereka yang berusaha terutamanya kepada YDP, SU Majlis Daerah Dabong, Pihak PDRM, Bomba semualah secara keseluruhanya Kakitangan Kerajaan, Tok Ngulu, Ahli Majlis ucap terima kasih banyok di atas kerjasama sehinggakan Dabong ini dinobatkan sebagai negeri atau daerah yang paling bahagia yang pertama di Malaysia.
Dabong, boleh tahu dok rahsia bakpo yang Dabong boleh jadi bahagio?
Rahsio dio nyoh g Dabong dan nikmati sendiri ketenagan hok duduk Dabong. Inshaa-Allah masuk Dabong turun keretaapi dio hok tok bahagio pun dei sapa sano Inshaa-Allah akan bahagio daripado Wakaf Bharu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, keseimpulannya Dabong ingin menegaskan bahawa masa depan Kelantan bergantung kepada keupayaan kita untuk mengabungkan berteras Membangun Bersama Islam, Pemerkasaan Modal Insan serta perkembangan sektor ekonomi seperti pelancongan dan berpegang teguh Kepada Membangun Bersama Islam. Dabong yakin Negeri Kelantan akan terus maju sebagai sebuah negeri yang makmur, sejahtera dan diberkati.
Dabong mohon Menjunjung Kasih, menyokong dan berterima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ وا ﻳﺔ ا ﳍﺪ وا ﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ا ﻪﻠﻟ ﺎﺑ و
Terima kasih Dabong, saya mempersilakan Gual Periok.
ﻟﺮﺟﻴﻢ ا ن ﻟﺸﻴﻄﺎ ا ﻣﻦ ﺎﺑﻪﻠﻟ ذ ﻋﻮ أ Yang Berhormat Dato’ Speaker, Gual Periok merafat sembah menjunjung kasih di atas Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan semalam. Dalam kesempatan ini saya mengambil ruang perbahasan yang menyentuh beberapa isu yang bagi pandangan saya sangat penting. Dalam kerangka Persekutuan Malaysia, semangat federalisme menuntut pembahagian kuasa yang jelas pembiayaan yang adil dan pelaksanaan bersama yang berkesan. The creature dengan izin dasar dan kajian pentadbiran perlu menegaskan bahawa Malaysia telah lama cendorong ke federalisme yang sangat berpusat. Sebab itu pada pandangan saya pendekatan yang lebih sesuai harini ialah Komporoaktif Federalisme iaitu Modal Kerjasama Pusat Negeri secara matang, telus dan berasaskan hasil. Jadual kesembilan perlembagaan jelas membahagikan kuasa diantara Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Soal perdagangan, import, eksport, pelabuhan, kawalan sempadan, dan banyak infrastruktur utama berada dalam ruang tanggungjawab pusat. Manakala tanah, pertanian, kerajaan tempatan, berada dalam bidang negeri dan dalam bidang penting lain menuntut kerjasama di antara kedua-duanya maka bila timbul isu yang menyebabkan kegagalan atau ketidak keseimbangan ia bukan sekadar kelemahan pentadbiran bahkan ia menyentuh maruah dan semangat federalisme itu sendiri. Kelantan telah melalui sejarah panjang sesi hitam semangat federalisme ini. Kelantan berhak menuntut layanan yang lebih adil setanding dengan fungsi strategiknya.
Negeri ini ialah negeri sempadan, negeri ini juga negeri persisiran pantai negeri ini menanggung risiko banjir rentas sempadan. Menanggung rentas masuk perdangangan, menanggung tekanan import makanan murah dan pada masa yang sama menyediakan tanah yang luas untuk pengeluaran makanan ke luar negara. Kalau negeri ini memikul beban strategic negara ini maka apakah wajar untuk Putrajaya untuk memadamkan beban tanggungan itu dengan komitmen pembangunan yang lebih setimpal. Ambil sahaja isu sempadan Rantau Panjang, memang benar AKPS telah mengambil langkah operasi rintis di IQIS Rantau Panjang sejak 1 Januari 2025. Alhamdulillah kita alu-alukan tetapi rakyat dibawah tahu bahawa operasi institusi ini tidak memadai jika fizikal kelancaran cargo, keselesaan pengguna, dan jaringan jalan serta trail masih lagi tertangguh. Kerajaan baru sahaja mengumumkan peruntukkan jalan empat lorong di Rantau Panjang dan naik taraf Rail Pasir Mas-Rantau Panjang dalam belanjawaan 2026, Alhamdulillah saya mewakili penduduk Gual Periok merakamkan ucapan terima kasih di atas projek-projek pembangunan yang diumumkan ini walaupun saya rasa ini sudah terlambat berbanding dengan kepentingannya. Isu yang paling dekat dengan denyut nadi rakyat pula ialah berkenaan dengan banteng dan PLSB Sungai Golok, kementerian sendiri mengesahkan bahawa projek ini berjalan secara berfasa. Fasa 1 baru 71.3% yang kesannya sampai sehingga ke harini rakyat mengalami trauma dengan benteng ini. Setakat December 2025 fasa 2 masih diperingkat perolehan, fasa 3 baru 9.2% dan persiapan disasar pada tahun 2029 dari sudut pentadbiran ia adalah satu jadual kerja tetapi di sudut rakyat itu maknanya beberapa lagi musim monsun yang perlu diharungi dengan rasa cemas yang tidak menentu. Oleh sebab itu saya ingin bangkitkan perkara ini secara serius, apakah langkah intrim yang benar-benar mencukupi untuk melindungi penduduk sempadan sementara projek jalan jangka panjang belum siap sepenuhnya. Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3. Sudah terlalu lama projek ini menjadi harapan yang bergerak
sangat perlahan pada 2024 kerajaan memaklumkan model BOT, Build Operation Transfer pada Februari 2025 kerajaan masih menyatakan projek itu belum dimuktamadkan. Kemudian pada 2026 barulah diputuskan jajaran 122 KM dari Gemeruh ke Tunjong yang akan dilaksanakan melalui PPP.
Ini menunjukkan bahawa masalah sebenar ialah kelewatan dalam membuat keputusan. Padahal sumbangan LPT 3 bukan percentage semata-mata tetapi ia adalah soal masa perjalanan, keselamatan perjalanan intergrasi pantai timur dan keperluan logistrik cargo masa depan yang bakal terhasil daripada perkembangan Tok Bali.
Oleh itu, atas semangat federalisme saya berpandangan Kelantan perlu lebih berani mendesak satu pakej logistik wilayah yang lebih lengkap. LPT 3, rail sempadan, jaringan jalan raya domestik yang lebih baik dan pelabuhan serta Lapangan Terbang berstatus antarabangsa. Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya mengambil maklum dan menyahut baik penguguman Perdana Menteri peruntukkan Pembangunan Kelantan meningkat kepada RM 8 Billion berbanding dengan RM 3.1 Billion sebelum ini. Di sebalik penguguman peruntukkan pembangunan tersebut negeri masih berdepan dengan isu projek lambat, tertangguh dan belum dirasai manfaatnya oleh rakyat. Dalam rumusan RMK 13 negeri sendiri terdapat 12 projek lama yang telah diluluskan melebihi 4 tahun tetapi masih lagi berstatus belum mula. Termasuk jalan, air, rail, CSR dan jabatan sempadan. Di tangan saya ada 12 senarai projek-projek yang telah diluluskan sejak dari tahun 2019, 2016, 2018 yang masih lagi belum dilaksanakan jadi penguguman berbillion oleh PMX ini harapnya dapat dilaksanakan dengan segera kerana kita bimbang penguguman ini hanya akan menambahkan senarai projek yang sakit dan projek yang belum mulakan lagi.
Mohon mencelah.
Sila, sila.
Saya nak tanya kepada Gual Periok, 12 tu daripada berapa projek? Berapa percent projek yang mengalami kelewatan?
Terima kasih, projek ini bukan berapa peratus tok start pun lagi dan senarai ni ada 12 projek.
Soalan, soalan. Tok pehe soalan, soalan saya adalah.
Tak pehe soalan ko, soalan tok berapo comei? Sila.
Jangan kato gitu sain kei? bakpo kecek gitu? Soalan saya adalah 12 projek tu adalah daripada berapa keseluruhan projek persekutuan? Kito nok letok di persektif betul sebelum ini pun kita dengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar bahawa bukan kita nok menerima projek itu sengaja lewat, tetapi di sana mempunyai pelbagai situasi tidak boleh diletakkan keatas Kerajaan Persekutuan.
Baik saya faham.
Saya nak tahu berapa peratus tu?
Baik saya faham. Mungkin maklumat boleh dapatkan dari JKR dan ICU. Ini ialah projek-projek yang berimpak tinggi di antaranya ialah Jalan Tanah
Merah Kersial, Kampung Ipoh, Tanah Merah diluluskan pada tahun 2015 lagi. 11 tahun dah tok start lagi. Nyaknyo ko Gual Ipoh. Banyok lagi diantaranya ialah Projek Pengairan dan Saliran Air Aida Kemasin Semerak, Projek Rawatan Tanah banyak lagi Projek Balai Polis Rantau Panjang dan sebagainya. Projek Tumbuhan KESEDAR jadi saya bimbang kita umum banyak projek tetapi akhirnya ia akan menambah lagi senarai projek-projek yang sakit dan tidak dimulakan lagi. Baik Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dalam sektor pertanian dan makanan saya ingin mengangkat keresahan petani, penternak dan peniaga kecil kita. Kementerian Pertanian merekodkan Agro Makanan daripada Thailand bagi Januari hingga Oktober 2025 mencapai sekitar RM3.47 Billion dengan import sayur-sayuran sahaja sekitar RM982.1 Juta. Di sempadan pula kita lihat sendiri kes tangkapan hasil pertanian dan makanan yang tidak mematuhi peraturan dan syarat permit jadi apabila petani mengadu hasil mereka sukar bersaing dengan kemasukkan barang-barangan murah daripada sempadan keresahan itu ada asasnya. Maka soalanya apakah dasar penguatkuasaan standard dan pemantauan harga kita sudah cukup tegas untuk melindungi pengeluar-pengeluar tempatan tanpa menafikan keperluan pengguna secara seeluruhnya. Yang Berhormat Dato’ Speaker. Ada 2/3 lagi tetapi masa pendek jadi saya nak ulas 2/3 perkara sahaja. Yang pertama tadi Galas panjang lebar mengulas berkenaan Manifesto Kerajaan Negeri Kelantan 84% katanya terlalu tinggi. Saya cuma nak bangkit kita ada manifesto kerajaan pusat, kita ada manifesto minyok, menang harini esok 1.50 sen tibo-tibo naik berapo ya? Dok, ni manifesto kemudian manifesto pinjaman PTPTN boleh belajar percuma sehingga ke universiti tiba-tiba harini.
Yang Berhormat masa dah habis.
Belum lagi ni, saya check dh ni. Okay sikit la lagi masa sikit, baiklah. Yang ketiga tidak melantik ahli politik ke jawatan GLC. Ha ni takpolah sikit lagi ni, menuntut kebebesan media belarok berguling di jalan raya. Harini berapa ramai influencer tulis dalam facebook, tulis dalam twitter kena panggil. Ada sorangtu 8 handphone kena rampas, kawan saya dari Kuantan pukul 4.00 pagi diangkut ke IPD Bangi hanya kerana komen sedikit komen. Jadi saya rasa maneifesto ini yang mungkin Galas kena tengok dulu. Kemudian tidak melantik mereka yang terlibat dengan jenayah bahkan disiat mengikut tidak direhatkan. Ambik maso sikit maso tak banyok, kito bual semula depe.
Gual Periok, 2 saat?
Takpolah, seterusnya ada sikit lagi. Takdi Galas juga sebut dia mintak supaya diberikan pakej-pakej bantuan oleh kerajaan negeri akibat kesan daripada kenaikkan harga minyak sebagainya. Saya rasa hok moleknya sebab hok naik minyok ni pusat, jadi ketua pembangkang ada hubungan yang baik dengan Perdana Menteri buleh bisik, bisik di telingo “Yang Berhormat ejas sikit pakej-pakej bantuan kepada rakyat”. Kalu.
Gual Periok…
Kalau Ketua Pembangkang tokleh kito tukar lah Ketua Pembangkang.
Tukar lah, takpo. Jangan wi tukar MB jah.
Sila sila, Galas.
Tadi Gual Periok ada sebut pasal pusat…..
Kalu speaker benarkan, saya tak apa.
Benar lah.
Saya benar, tapi atas speaker.
Sebenarnya dua-dua boleh duduk, masa dah habis. [KENDENGARAN GELAK KEWATA AHLI DEWAN]
Mintak dua-dua duduk. Terima kasih.
Saya dengan ini Mengjunjung Kasih atas ucapan dan Menyokong Usrah yang diucapkan.
Terima kasih Gual Periok dipersilakan Yang Berhormat Chempaka.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Dengan segala hormatnya, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bagi tujuan untuk perbahasan titah ucapan yang telah dikemukakan semalam, saya akan menyentuh beberapa perkara. Yang pertamanya daripada segi atas
kata kunci hubungan Persekutuan dan Negeri. Kita dengar tadi banyak dah perbincangan ataupun perbahasan berkenaan ni, saya tidak akan lanjutkan lagi cumanya sebagai satu kesimpulannya, sama ada hubungan tersebut ikhlas ataupun tidak, kita sebenarnya, saya ingin tegaskan bahawa kita mesti kembali kepada asas perlembagaan. Negeri persekutuan mempunyai kekuatan kewangan, negeri mempunyai tanah dan kelebihan lokasi jadi apabila keduanya berhubung dan bergabung dengan baik maka manfaatnya akan kembali kepada rakyat dan saya nak sebut satu perkara berkenaan dengan hubungan ini juga.
Banyak viral-viral apabila kita ceritakan berkenaan dengan perkara tersebut dia akan keluar dalam tu kata terima kasih lah dan sebagainya. Saya nak sebut satu dalam konteks ini sebenarnya saya ingin tegaskan dengan satu perkara, iaitu dengan satu ungkapan,
ﺟﺐ وا ﻋﻠﻰ ﺷﻜﺮ ﻻ “Tidak perlu berterima kasih atas kewajipan, apa yang dilaksanakan adalah merupakan amanah yang mesti ditunaikan oleh setiap pihak demi kepentingan rakyat dan negara.”
Kata kunci yang kedua Dato’ Speaker, adalah berkenaan dengan isu rakyat dan kehidupan harian. Kita menghargai pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan termasuklah projek bekalan air tembatan banjir serta naik taraf kemudahan rakyat, namun kita juga perlu jujur bahawa bagi rakyat ukuran sebenar pentadbiran bukan pada hebatnya pelancaran projek tetapi pada cepat atau lambat sesuatu masalah hari ini diselesaikan.
Inilah perkara yang rakyat hadapi setiap hari. Mereka tidak hidup dalam fail, tidak hidup dalam minit mesyuarat ataupun slide pembentangan. Mereka hidup dalam realiti sebenar dari segi dari pagi hingga ke malam maka disitulah kayu ukur kejayaan kita. Sebab itu lah maka saya ingin tegaskan bahawa dalam masa peruntukan infrastruktur asas harus terus diperkukuh namun dalam pada masa yang sama, sistem penyampaian kerajaan juga mesti berubah menjadi lebih responsive, pantas dan mesra rakyat. Rakyat mesti mempunyai tempat yang jelas untuk meluahkan
masalah dan menyampaikan hasrat. Saluran aduan tidak boleh berselerak sehingga rakyat sendiri keliru hendak mengadu kepada siapa. Apabila aduan dibuat, tindakan mesti cepat dan yang paling utama adalah selesai. Lebih penting jangan biarkan birokrasi memenatkan rakyat. Jangan berlaku keadaan apabila rakyat mengadu isu tertentu mereka dihantar dari satu pejabat ke satu pejabat yang lain tanpa jawapan.
Sebagai contoh Dato’ Speaker, dalam persidangan yang lepas, saya sudah mendapat jawapan secara bertulis dan jawapan lisan juga pernah diberikan dalam dewan yang mulia ini berkenaan dengan isu haiwan berkeliaran tetapi apabila rakyat bertanya kepada pihak berkuasa tempatan dikatakan itu bidang pejabat sebelah, Veterinar. Apabila dirujuk kepada Veterinar pula, dikatakan pula itu adalah urusan PBT.
Akhirnya masalah kekal di jalanan dan haiwan-haiwan masih lagi berkeliaran di tangga rumah rakyat dan rakyat lah yang menanggung risiko dan keresahan. Kadang seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Rakyat tidak peduli agensi mana yang memegang fail, rakyat hanya mahu masalah diselesaikan dan kita di peringkat pentadbiran mungkin boleh jawab, “Oh tu adalah merupakan kerja negeri. Oh itu adalah merupakan kerja pejabat itu pejabat ini”. Tetapi masalahnya yang ada di hadapan rakyat yang mesti kita selesaikan.
Justeru itu, saya ingin mencadangkan diwujudkan satu pendekatan yang dinamakan sebagai ‘no wrong door’ dalam perkhidmatan awam. Maknanya di mana sahaja rakyat mengadu, aduan itu wajib diterima, diselaraskan dan diselesaikan tanpa rakyat di ping-pong kan ke sana sini. Seterusnya Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker, di bawah kata kunci ketenteraman awam dan tanggungjawab dalam musim perayaan. Saya ingin menyorot satu isu yang telah berlaku pada sepanjang Ramadan yang lalu. Dan ketika rakyat membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Dalam saat umat Islam menumpukan ibadah, memperbanyakkan munajat dan menghidupkan malam-malam Ramadan, kita diseluruh negeri dikejutkan dengan bunyi letupan mercun yang berlaku di merata-rata tempat. Ironi nya kegemparan itu bukan berlaku di medan perang di
luar negara tetapi berlaku di tanah air kita sendiri. Yang lebih membimbangkan adalah apabila timbul tanggapan bahawa aktiviti itu berjalan dengan kebenaran melalui permit dan lesen tertentu. Jika benar ada ruang yang membolehkan perkara itu berlaku maka sudah tiba masanya kita menilai semula dasar dan pendekatan yang sedia ada.
Tuan Yang Dipertua, saya sendiri menerima rungutan dan menyaksikan keresahan masyarakat. Saya menyaksikan sendiri ada warga emas yang sedang menunaikan solat terawih batal solatnya secara tiba-tiba kerana terkejut dengan letupan kuat secara tiba-tiba. Ada anak kecil yang menangis ketakutan. Ada kejadian kebakaran yang merosakkan harta benda, peniaga dan penduduk. Dalam kegembiraan segelintir pihak, ramai yang menanggung gangguan, ketakutan dan kerugian.
Disini lah timbul persoalan yang wajar kita renungkan. Apakah nilai sebenar yang kita perolehi daripada melesenkan jualan mercun itu? Berapakah hasil kutipan lesen yang diterima dan adakah ia sepadan dengan kos gangguan awam, risiko keselamatan, kerosakan harta benda serta pembaziran wang rakyat yang dibakar begitu saja.
Saya percaya bahawa kerajaan perlu berani membuat penilaian yang jujur, tidak semua perkara yang boleh menghasilkan kutipan wajar diteruskan jika mudaratnya jauh lebih besar daripada manfaatnya. Justeru, saya ingin mencadangkan dengan secara tegas pada hari ini bahawa kerajaan meneliti secara serius untuk tidak lagi melesenkan jualan mercun di negeri ini.
Yang terakhir dan yang keempat Yang Berhormat Speaker. Ini takdok kata kunci. Selama 35 tahun Dasar Membangun Bersama Islam menjadi panduan pentadbiran negeri. Kita wajar menilai semula dasar sumber manusia agar lebih adil, mampan dan selaras dengan tuntutan Islam.
Saya difahamkan bahawa skim Contract For Service (CFS) yang digunakan di negeri kita ini masih ada banyak isu yang timbul, kontrak perlu diperbaharui setiap tahun tanpa jaminan kerja dan tanpa kemudahan
setara dengan pegawai tetap walaupun tugas yang dipikul adalah sama walaupun tempat bekerjanya adalah di kompleks yang sama.
Oleh itu, suka saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat mengkaji semula pelaksanaan skim CFS ini. Sama ada kemungkinan penyelarasan kearah sistem contract of service yang atau apa-apa saja sistem yang lebih stabil dan berkeadilan. Langkah ini bukan sahaja sekadar penambahan pentadbiran tetapi lambang keadilan Islam dan penghargaan kepada penjawat awam yang setia berkhidmat demi kemakmuran Negeri Kelantan.
Yang Dipertua, akhirnya sebagai penyokong kerajaan, tanggungjawab saya di dewan yang mulia ini adalah melangkaui pujian dan sanjungan semata-mata. Saya berdiri di sini membawa amanah untuk mengukuhkan landasan Dasar Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan sebagaimana yang disebut oleh Tuanku Sultan semalam. Sambil menegur dengan hikmah apa-apa yang masih perlu kita perbaiki demi kepentingan ummah. Kita mengiktiraf apa yang telah dicapai, namun kita tidak leka dengan cabaran yang masih ada, dengan kesungguhan pimpinan dan doa daripada rakyat, saya yakin Kelantan akan terus berdiri teguh sebagai negeri yang diberkati, berdaya tahan dan berjiwa besar. Semoga setiap langkah yang kita langkah ini kita diberkati dan menjadi amal jariah yang berkekalan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Mulia Dato’ Speaker. Saya mohon untuk menjunjung kasih atas titah ucapan tersebut.
ِ ِ ِ ِ ِ ﻪ ﺎﺗ ﻛ ﺮ ﺑ ﷲ ﺔ ﲪ ﻢ ﻜ ُ ﻴ َ ﻠ ﻋ ا ﺔ ﻳ ﺪ ﳍ وا ﻖ ﻴ ﻓ ﱠﻮ ـ ﻟﺘ ا ﻪﻠﻟ ﺎﺑ ُ َ ُ ﻟﺴﱠﻼ ُ َا ُوَ َ ـَ وَ َْ وَرَ ْ ْ َ َمُ وَ َ ُ ْ ْ
Terima kasih Chempaka. Saya persilakan Yang Berhormat Gaal.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada Gaal. Gaal terlebih dahulu menjunjung kasih atas titah ucapan. Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Sultan yang sarat dengan nasihat peringatan dan harapan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri di samping menyeru Kerajaan Persekutuan agar terus membantu Negeri Kelantan atas semangat federalisme demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Patik bagi pihak seluruh rakyat Gaal sekali lagi menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Tuanku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam buruan masa yang diberikan ini, Gaal ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh beberapa perkara yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat khususnya dalam DUN Gaal dan amnya di seluruh Negeri Kelantan. Titah Tuanku telah mengingatkan kita agar kerajaan dalam suasana kegawatan ekonomi global yang dipengaruhi oleh konflik di Timur Tengah, di samping cabaran musim kemarau yang berpanjangan akibat daripada perubahan monsun sentiasa memberi perhatian serius kepada ataupun terhadap soal keterjaminan makanan.
Sehubungan dengan itu, Gaal berpandangan bahawa sektor pertanian kekal sebagai antara sektor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara khususnya bagi Negeri Kelantan dalam usaha merealisasikan hasrat menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara. Peranan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan amatlah penting khususnya dalam menyalurkan bantuan, insentif dan sokongan bersasar kepada pengusaha sektor agro-makanan yang kini berdepan dengan tekanan kos serta pelbagai cabaran semasa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di DUN Gaal terdapat beberapa kawasan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pengeluaran
makanan secara lebih tersusun dan berdaya maju. Antaranya ialah kawasan di Daerah Gong Datuk yang kini dikenali sebagai Kelantan View Valley yang sedang diusahakan melalui beberapa projek pertanian di bawah seliaan Kelantan Bio-tech Coperation Sdn. Bhd. ataupun KBC. Dalam hal ini, Gaal berharap pihak Kerajaan Negeri kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat memberi perhatian sewajarnya terhadap beberapa permohonan di bawah Program Pemerkasaan Agro-Makanan Negara yang dikemukakan melalui KBC. Itu lah antaranya Projek Pengembangan Tanaman Sayuran Hydroponik NFT di Kelantan View Valley dan yang kedua, Projek Pembangunan Hub Aqua Kultur Air Tawar bersepadu yang juga di kawasan Kelantan View Valley.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di samping itu Kelantan juga mempunyai jumlah penternak yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Namun begitu, sehingga hari ini Kelantan masih belum mempunyai kilang pemprosesan makanan ternakan yang mencukupi sedangkan negeri ini mempunyai sumber bahan mentah yang berpotensi untuk tujuan tersebut. Akibatnya para penternak di Kelantan masih bergantung kepada bekalan makanan, ruminan dari Negeri Johor dan negeri-negeri yang lain.
Justeru itu, Gaal berpandangan bahawa sudah sampai masanya Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian berkaitan menyalurkan dana dan bantuan kepada agensi-agensi pertanian Negeri Kelantan bagi membangunkan kilang pengeluaran makanan ruminan. Langkah ini amat penting supaya penternak tempatan dapat memperolehi bekalan makanan, ternakan pada harga yang lebih berpatutan, stabil dan kompetitif. Sekiranya program-program ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, In Shaa Allah ia bukan sahaja mampu menjana pertumbuhan ekonomi kepada kerajaan malah turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Gaal juga ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas usaha mewujudkan serta mengurus beberapa kemudahan pemprosesan
makanan dalam usaha merealisasikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara dan memperkukuh agenda Keterjaminan Makanan. Antaranya termasuk lah kejayaan mewujudkan Kilang Padi Darulnaim melalui kerjasama dengan pelbagai pihak yang membolehkan pengeluaran beras sendiri dan secara tidak langsung membantu mengurangkan kebergantungan kepada beras import.
Walaubagaimanapun, di sebalik usaha berterusan Kerajaan untuk memperkukuh sektor pengeluaran makanan terdapat juga beberapa ancaman yang boleh menjejaskan hasil pertanian serta pendapatan terutama sekali pekebun kecil, antaranya ialah serangan haiwan liar khususnya kalau kita lihat serangan kera terhadap tanaman di kampung-kampung serta pencerobohan dan serangan gajah liar di kawasan kebun dan ladang kelapa sawit di sebelah hulu Kelantan. Fenomena ini tidak boleh di pandang ringan, ianya perlu diberikan perhatian serius dan ditangani secara lebih bersungguh-sungguh melalui pendekatan yang bersepadu, berkesan dan segera.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada isu keterjaminan makanan, Gaal juga ingin menarik perhatian terhadap beberapa isu kebajikan rakyat yang memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan. Antaranya ialah isu yang berlaku sebelum ini iaitu lah kelewatan pengeluaran lesen penjualan dan pemindahan kayu getah. Mungkin pada pandangan sesetengah pihak perkara ini kelihatan kecil namun hakikatnya ia memberi kesan langsung kepada ramai pihak khususnya kepada pekebun kecil yang mereka hanya bergantung kepada hasil daripada sumber-sumber tersebut sebagai pendapatan mereka.
Begitu juga dengan beberapa isu perparitan dan banjir yang berlarutan di beberapa kawasan di Pasir Puteh khususnya di Kampung Pulau Sa dan Kampung Gong Chapa, tempat yang PMX naik baru ni. Yang sebelum ini telah pun ada cadangan pembinaan Projek Tembatan Banjir di kawasan tersebut. Maka Gaal memohon supaya cadangan pembinaan tembatan banjir di kawasan tersebut dapat disegerakan dan direalisasikan tanpa penangguhan yang terlalu lama. Dalam masa yang sama, kerosakan pintu
di Gal Gate di Gong Kulim juga perlu diberikan perhatian segera agar masalah saliran dan limpahan air dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di samping keperluan menyediakan akses serta jalan-jalan raya yang baik, Gaal juga berpandangan bahawa pertumbuhan ekonomi negeri pada masa hadapan memerlukan perancangan pembangunan bandar-bandar baru yang lebih strategik khususnya di kawasan sempadan Kelantan-Terengganu dan di kawasan yang bakal menerima limpahan, pembangunan daripada projek-projek infrastruktur utama. Antara kawasan yang berpotensi besar ialah di kawasan Bukit Yong, sempadan Kelantan-Terengganu dan kawasan berhampiran stesen ataupun perhentian ECRL di Cherang Tuli.
Kawasan – kawasan ini wajar dirancang secara komprehensif agar tidak sekadar menjadi laluan perhubungan tetapi berkembang sebagai pusat pertumbuhan baru yang benar-benar memberi manafaat kepada ekonomi rakyat. Sehubungan itu, Gaal berharap akan wujud limpahan pembangunan yang lebih tersusun di DUN Gaal antaranya ialah pertama, pembangunan bandar baru sebagai pemangkin pertumbuhan setempat. Yang kedua, pembangunan bandar industri di kawasan perhentian ECRL-ECRL di Cherang Tuli.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhirnya Gaal sekali lagi menegaskan sokongan penuh terhadap titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Sultan dan mendoakan agar Negeri Kelantan terus dipimpin dengan hikmah, diberkati oleh Allah S.W.T serta dikurniakan kemajuan yang membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat. Wallahua’alam.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Gaal. Saya persilakan Pengkalan Pasir.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
ِ ِ ِ ﻪﻠﻟﱠ ا ʭ ﺪ ﻫ ﻻ َ ﻮ َ ﻟ ﺪ ﺘ ﻬ ﻨ ﻟ ﻨﱠﺎ ﻛ ﺎ ﻣ َا ﺬ ﳍ ʭ ﺪ ﻫ ِي ﻟﱠﺬ ا ﻪﻠﻟ ﱠ ﺪ ﻤ ﳊ َ َا أَنْ َ ـَ ُ َ َا ُ ُا َ ْ ِيَ ْ َ وَ َِٰ َ ْ َْ Izinkan Pengkalan Pasir memulakan ucapan perbahasan ke atas titah Yang Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan membaca sepotong ayat yang berbunyi, ِ ِ ِ ﻦ ﻤ ﻓ ﺔ ﻤ ﻴ ﻘ ْ ﻟ ٱ ﻮ ﻳ ﻢ ﻛ ُ ﻮ ﺟ أُ ﱠﻮ ـ ﻓ ﻮ ﺗ ﺎ َ ﳕﱠ ﻮ ﻤ ْ ﻟ ٱ ﺔ ﻘ ﺋ ذَآ ﺲ ٍۢ ﻔ ْ ﻧ ﻛ ُ َ ـُ ُ َ ـَ ﻞﱡ َ َ َـٰ ْمَ ـَ ْ رَ ُ ْنَ َ وَإِ ْتِ َ ِ ﺮ ﻐ ْ ﻟ ٱ ﻊ ﺘ ﻣ ﻻﱠ إِ ٓ ﺎ ﻴ ﻟﺪﱡﻧ ٱ ﻮ ﻴ ﳊ ٱ ﺎ ﻣ ﺎ ﻓ ﺪ ﻘ ﻓ ﻨﱠﺔ ﳉ ٱ ﻞ ﺧ رِ ﻟﻨﱠﺎ ٱ ﻦ ِ ﻋ ﺰ ﺣ ُ ُ َـٰ َ َ ـْ ٰةُ ـَ َْ َ وَ زَ َ ْ َ ـَ َ َْ وَأُدْ َزُ ِحَ ْ ُورِ َ Yang bermaksud: “Setiap daripada manusia yang bernyawa akan mengalami kematian, akan merasai kematian dan sesungguhnya bahawasanya pada hari kiamat akan disempurnakan balasan bagi setiap yang hidup dan barang siapa yang dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia lah orang-orang yang berjaya dan tidaklah kehidupan dunia, pangkat atau sebagainya hanyalah tipu daya bagi orang-orang yang terpedaya.”
Terlebih dahulu Pengkalan Pasir ingin merafakkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas titah yang telah disampaikan yang sarat dengan panduan dan peringatan kepada seluruh kepimpinan termasuk ADUN dan juga pimpinan-pimpinan masyarakat dan kalau kita lihat dan ayat-ayat yang tadi bagaimana Allah Taala menjelaskan kepada kita tentang kepimpinan kita dan harus kita sedar bahawa tugas kepimpinan bukan sahaja kita meminjamkan soalan-soalan, kemudahan-kemudahan fizikal di mana kita telah bincangkan secara detail tapi yang lebih penting bagaimana kita nak membawa ketaqwaan kepada rakyat. Bagaimana kita nak membina insan-insan yang melihat kehidupan di dunia ini sehingga menyampai kepada akhirat. Itu lah tujuan sebenarnya kepimpinan yang seharusnya kita bangunkan di kalangan kita.
Seterusnya, Pengkalan Pasir akan menyentuh beberapa hanya dua isu yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang
pertama tentang tadbir urus dan integriti. Sebagaimana yang kita tahu tadbir urus dan integriti ini adalah salah satu usaha yang amat penting untuk kita memastikan pelaksanaan, kecekapan pentadbiran, integriti dan ketulusan meningkatkan produktiviti, memastikan penyampaian perkhidmatan yang lengkap. Dalam konteks ini Pengkalan Pasir ingin mengutarakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagaimana yang kita tahu pekerjaan kita, kita ada di peringkat Federal, kita ada di peringkat Kerajaan Negeri dan kita juga ada di peringkat PBT.
Antara isu yang hendak diutarakan di peringkat PBT ialah bagaimana kita nak memastikan setiap PBT itu berfungsi dengan baik. Yang pertamanya, saya ingin…Pengkalan Pasir ingin mencadangkan agar diwujudkan peralihan ataupun pengisihan kuasa di antara Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Daerah dan kalau kita lihat realiti nya di lapangan bagaimana kedua-dua jawatan ini adalah mempunyai orang yang sama dan kalau kita lihat di lapangan, banyak kerja-kerja fokus yang perlu dilakukan untuk Majlis Daerah walaupun kalau kita lihat ada Setiausaha-Setiausaha yang menjalankan tugas tapi ianya memerlukan kepada ketua yang mempunyai fokus yang lebih besar. Sebagai contohnya di Pengkalan Pasir, kalau kita baru jah nok kenal jah DO, tiba-tiba ttukar dan ttukar kepada DO-DO yang baru dan ini akan lebih merumitkan bagaimana perancangan-perancangan yang lebih berkesan.
Begitu juga dengan hasil-hasil Kerajaan Negeri ataupun hasil-hasil PBT dan sekiranya kita memisahkan kedua-dua jawatan ini maka fokus kepada Yang Dipertua Majlis sebagaimana Yang Dipertua Majlis Daerah, Kota Bharu dan juga Ketereh, saya yakin yang ianya akan memberikan kesan yang lebih berintegriti, yang lebih telus kepada Kerajaan Tempatan.
Yang keduanya, isu yang akan dibangkitkan kepada Pengkalan Pasir adalah tentang isu sebelum ni, bagaimana KPKT telah memberikan banyak kiosk-kiosk yang kepada PBT dan untuk makluman semua, kalau kita lihat Pengkalan Pasir di Pasir Mas tu, banyak yang telah dipindahkan kepada Lubok Jong, maknanya di Pusat Bandar yang baru dan kalau kita tengok di Pengkalan pasir ni kalau dulu nya, Majlis Daerah tu terletak di
Bandar Pasir Mas dan sekarang telah dipindahkan kepada Pusat Pentadbiran Baru di Lubok Jong yang mana ianya sedikit sebanyak telah menghilangkan keceriaan bandar asal Bandar Pasir Mas dan saya meminta agar kiosk-kiosk tersebut dan banyak yang terbengkalai dan memerlukan pembaikpulihan dipindahkan kepada tempat-tempat yang lebih strategik dan saya rasa benda ini berlaku juga di pihak-pihak PBT lain daripada kita membiarkannya ianya begitu saja, lebih baik kita pindahkan di kawasan-kawasan lebih strategik untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang lebih untuk menjalankan perniagaan mereka.
Seterusnya, di peringkat PBT juga kita memerlukan satu bajet yang besar tentang digital. Bagaimana kita mempastikan paparan projek-projek yang berhigh…yang tinggi sebagai contoh projek-projek Kerajaan Negeri, projek-projek Kerajaan Pusat agar semua rakyat dapat akses. Sebagai contohnya, kata lah KB Central kita tahu sekarang ni, ok Kerajaan Negeri sudah ada perancangan-perancangan, paparkan kepada rakyat, tunjukkan bilakah projek itu akan bermula. Apakah presentif-presentif sekarang dan sebagainya? Ini akan lebih menjelaskan kepada kita kelulusan. Begitu juga dengan Kerajaan Pusat, agar tidak timbul di kalangan kita di sana bagaimana kita saling menyalahkan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri? Dengan adanya paparan-paparan dashboard yang live yang mananya boleh kita semua rakyat boleh akses ataupun dicapai oleh rakyat, maka ianya akan menjadi sebagai satu hisbah ataupun satu pemantauan untuk mempastikan projek-projek berjalan dengan lancar.
Seterusnya, yang keduanya DUN Pengkalan Pasir juga ingin menyentuh tentang pendidikan dan modal insan dan antara satu kelebihan Negeri Kelantan adalah kita mempunyai modal insan yang banyak dan kalau kita tengok daripada statistiknya, Kelantan adalah penyedia penjawat awam antara yang tertinggi di Malaysia. Dan kelebihan kita, yakni kita ada sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan sebanyak 95 biji, 5 buah dan juga kita telah melahirkan huffaz sehingga 5,370. Persoalannya, saya ingin.. yang saya ingin bangkitkan di sini, bagaimana kalau kita boleh menambahbaikkan sistem pendidikan ni agar setiap
huffaz ini dapat menjadi sebagai agen perubahan kepada masyarakat? Dan kita nak tengok bahawa mereka ini betul-betul memahami Al-Quran. ِ ِ ﲔ ﻨ ﻣ ﺆ ﻤ ْ ﻟ ا ﻊ ﻔ ﻨ ﺗ ﺮ ﻛ ْ ﻟﺬ ِّ ا ِن ﱠ ﺎ ﻓ ﺮ ﻛ ْ َ ـْ ـَ ٰى َ ِّ َْوَذَ ُ ُ ْ Dan juga Allah Taala sebut, ِ ِ ِ ﺮ ﻣﱡﺪﱠﻛ ﻦ ﻣ ﻞ ﻬ ﻓ ﺮ ِ ﻛ ْ ﻠﺬ ِّ ﻟ ﺮ ﻘ ْ ﻟ ٱ ʭ ﻳ ﺪ ﻘ َ ﻟ ـَ ُ َ ﺴﱠﺮ ْ َ ٍوَ ْ َ ْءَانَ ْ َ Maknanya, “Allah Taala memberikan Quran ni senang. Bagi adakah orang yang nak mengambil pengajaran.”
Bagi disini, maka perlulah kita untuk mengambil bahawa huffaz-huffaz kita ini diperlukan digunakan sebaik mungkin untuk mereka ni menjadi sebagai agen pendakwah kepada anak mukim dan sebagainya.
Yang keduanya, dari segi sistem halaqat dan kita difahamkan memang kita ada banyak halaqat, setiap DUN kita ada lebih kurang 12 orang. Saya memohon agar ditambahbaikkan, diadakan satu silibus ataupun silibus untuk pengajaran yang lebih berkesan dan kalau kita difahamkan bahawa halaqat kita ni kebanyakannya orang yang berumur dan kita memerlukan kepada suntikan pendakwah-pendakwah ataupun halaqat-halaqat yang muda, yang lebih memahami isu-isu semasa dan saya berharap Kerajaan Negeri akan dapat mengambil perhatian agar setiap daripada halaqat kita ini akan memberi kesan kepada tarbiyah nya di mukim masing-masing sebab sekarang ni kebanyakannya di surau-surau nya, takdok oghe nok ngajar.
Kebanyakannya halaqat ngajar di masjid-masjid yang besar. Yang mana kemudahan-kemudahan ataupun bayaran yang lebih besar dan di surau-surau sana tidak ada yang hendak mengajar dan sebagainya dan kita perlukan kepada satu silibus yang mana halaqat ini perlu menekankan pertamanya kepada soal akidah.
Yang kedua, soal solat. Yang mana kita membina generasi solat begitu juga lah kita nak membina satu generasi yang memahami Al-Quran. Seterusnya dari segi silibus sekolah Yayasan Islam Kelantan, saya berharap agar satu silibus agar dapat kita perbaharui di mana kita
hendaklah menekankan terutamanya sekolah-sekolah tahfiz kita, nak mempastikan setiap daripada para huffaz kita ni memahami kandungan Al-Quran. Mereka ini bukan sekadar menjadi imam-imam semasa sembahyang terawih, tapi dalam masa yang sama mereka boleh menjadi penterjemah, boleh memahami dan boleh menunjukkan akhlak yang baik dalam kehidupan bermasyarakat.
Akhir sekali, saya berharap agar, sebagaimana yang ditimbulkan oleh EXCO Belia tadi, bagaimana kita merancang untuk melahirkan pemuda-pemuda yang berintegriti, yang berakhlak dan sebagainya dan benda ni penting untuk kita tonjolkan ikon-ikon pemuda kita agar menjadi ikutan kepada masyarakat dan masyarakat-masyarakat di sana memerlukan kepada pemuda-pemuda yang bukan sahaja boleh menunjukkan akhlak yang baik tapi dalam masa yang sama boleh mengetuai isu-isu dari segi ekonominya, isu antarabangsa dan sebagainya dan benda ini perlu kita rancangkan strategi bagaimana untuk kita melahirkan pimpinan dengan masa akan datang. Dengan itu, Pengkalan Pasir mohon menyokong ucapan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Terima kasih Pengkalan Pasir. Saya persilakan Kuala Balah.
ﻟﺮﺣﻴﻢ ا ﻟﺮﲪﻦ ا ﷲ ﺑﺴﻢ
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, merafak sembah dan junjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan di atas limpah kurnia keputusan Diraja. Sesungguhnya setiap bicara Baginda adalah memastikan kedaulatan dan kemakmuran Negeri Kelantan terus terpelihara.
Saya skip separuh daripada draft saya untuk memberi masa kepada rakan-rakan meneruskan ucapan semuanya. Saya bercadang asalnya
hendak bercakap mengenai isu tadbir urus dan integriti tapi semuanya dah, perkara-perkara itu telah disebut oleh rakan-rakan tadi jadi saya skip perkara tersebut.
Tuanku Sultan telah bertitah agar kerajaan bersedia dengan perubahan global yang semakin dinamik. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, pelabur akan mencari tempat yang stabil bagi melindungi aset dan pelaburan mereka, mengurangkan risiko dan memberi rasa selamat terutama semasa krisis. Dari penitian saya, Kerajaan Negeri terutamanya syarikat-syarikat GLC tidak berpeluk tubuh, tidak berpeluk tubuh. Terutamanya syarikat-syarikat di bawah PKINK.
Saya bagi contoh syarikat Kumpulan Peladangan PKINK Berhad, KPPB berhadapan dengan situasi ketidaktumpuan ekonomi semasa. Syarikat tersebut telah mengadakan banyak siri perbincangan melibatkan setiap lapisan pengurusan hingga ke peringkat ahli lembaga pengarah. Saya sendiri terlibat di dalam aktiviti tersebut di mana kita melihat kepada kesan keadaan ekonomi yang tidak stabil itu kepada kos kepada kuantiti, kepada kualiti pengeluaran, jangka pendek dan jangka panjang.
Akibat kenaikan daripada harga diesel sebagai contohnya. Merancang langkah-langkah yang dedikasi bagi mengurangkan risiko terutamanya jika keadaan ekonomi sekarang berterusan. Apakah kesan kepada margin keuntungan, aliran wang tunai hingga ke peringkat untung sebelum dan selepas cukai dianalisa satu per satu? Saya fikir ini satu usaha yang baik dan boleh diikuti dengan syarikat-syarikat kerajaan yang lain dan juga pihak swasta.
Saya perhatikan syarikat-syarikat PKINK telah menunjukkan prestasi yang cukup baik, kalau saya bagi contoh sebuah syarikat yang disebut sebagai PKB Permodalan Kelantan Berhad, bagi saya antara yang boleh kita banggakan dan saya nak cadangkan di sini supaya dibuat kajian supaya syarikat ini dapat disenaraikan di Bursa Malaysia. In Shaa Allah saya rasa boleh, saya berada 5 tahun di CIC Texas Committee dan saya rasa kelayakan itu telah tiba untuk kita cadangkan kepada Bursa Malaysia.
Kuala Balah terletak di kawasan pedalaman tapi kami mempunyai banyak potensi terutama dalam usaha meningkatkan pembangunan sektor pelancongan. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana kejayaan sektor ini terbukti dan dilihat pada bilangan pelancongan dan kadar yang luar biasa dan membanggakan. Tahniah saya ucapkan, juga sebagai wakil kawasan pertanian, saya memberikan sanjungan tinggi terhadap inisiatif keterjaminan makanan dan pengoperasian GMCC Global Market Community Centre. Transformasi tanah terbiar melalui teknologi lot dan fetergasi juga merupakan jawapan yang tuntas kepada isu kemiskinan.
Di dalam persidangan yang lepas saya cadangkan supaya didekatkan di antara tempat penduduk kampung dengan kawasan-kawasan pertanian dan saya telah mencadangkan supaya sebuah jambatan dibina di Kampung Lubuk Bongor yang hendak melintas, penduduknya hendak melintas hanya sebelah kampung untuk mereka berulang alik ke tempat kampung mereka. Sampai sekarang saya belum melihat apakah tindakan yang telah diambil ataupun perancangan-perancangan lain.
Saya sangat teruja dengan program penghantaran pelajar Kelantan keluar negara untuk latihan TVET ke Korea Selatan dan juga ke German. Subjek TVET ini saya suarakan hampir setiap kali persidangan. Dan kita dapat lihat kesungguhan kerajaan dengan penubuhan Majlis TVET Negeri Kelantan. Saya merayu agar pelajar-pelajar kawasan luar bandar seperti Kuala Balah ataupun kawasan-kawasan pedalaman diberi kota khas agar mereka tidak sekadar menjadi penonton dalam kerancakan pembangunan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat bandar.
Berkaitan dengan saranan Tuanku Al-Sultan supaya melibatkan secara langsung Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Saya ingin membawa dewan yang mulia ini, menyelami satu isu mendesak yang melibatkan kelangsungan hidup asas rakyat di Kuala Balah. Sebahagian besar mereka masih bergantung kepada sistem bekalan air tandak disebutkan juga oleh sahabat saya daripada DUN Nenggiri tadi.
Untuk makluman dewan, di DUN Kuala Balah terdapat 16 buah tandak yang menjadi talian hayat kepada hampir 2,000 buah keluarga. Daripada 16 buah tandak tersebut, hanya empat yang diselenggara oleh syarikat kerajaan. Tiga oleh KESEDAR dan satu oleh JPS. Manakala baki 12 lagi terpaksa diselenggara sendiri oleh orang ramai secara gotong-royong. Rakyat di Kuala Balah berhadapan dengan empat cabaran utama yang memerlukan perhatian serius Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri.
Pertama, kos penyelenggaraan. Kos untuk menyelenggara 12 buah tandak. Komuniti ini amat besar dan penduduk tidak mempunyai sumber kewangan tetap untuk menampungnya.
Kedua, peluang infrastruktur sistem sedia ada menggunakan paip saiz kecil dan tidak lagi mampu menyokong tekanan air dari rumah ke rumah. Kita memerlukan paip yang lebih besar dan panjang untuk memastikan agar air yang stabil.
Ketiga, jurang teknologi. Penduduk masih menggunakan kaedah tradisional. Kita ketiadaan alatan atau teknologi moden untuk membaikpulih paip yang tercabut dan dinding tandak yang pecah.
Keempat, risiko bencana sistem tandak ini sangat terdedah kepada kerosakan setiap kali berlakunya banjir dan fenomena air besar yang sering mengakibatkan gangguan bekalan air dalam tempoh yang lama.
Justeru, selaras dengan prinsip Itqan dan Mas’uliyyah yang kita agungkan, saya mohon agar Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui agensi berkaitan dapat pertimbangkan bantuan khas sama ada dalam bentuk dana penyelenggaraan tetap, menaik taraf paip-paip mahupun penyediaan teknologi selenggara yang lebih moden, kita tidak mahu rakyat di pedalaman terus bermandi keringat hanya untuk mendapatkan setitis air bersih. Telaga tiub adalah pilihan terbaik.
Sebagai penutup, marilah kita bulatkan tekad untuk menjadi Kelantan sebagai model negeri paling efisien di Malaysia yang ditadbir dengan nilai Islam. Selagi kita menjaga amanah Mas’uliyyah, Allah S.W.T pasti akan
membuka pintu-pintu keberkatan, keberkatan dari langit dan bumi. Apabila integriti menjadi budaya dan teknologi menjadi alat, maka kemakmuran ini bukan lagi mimpi tetapi realiti milik kita semua. Selagi mana kita menjaga agama Allah, yakinlah Allah akan menjaga urusan kita.
Pucuk pauh di tepi kuala, Suburmu hijau di Kuala Balah, Titah dijunjung, semangat menyala, Kelantan maju kerana Allah.
Wallahu’alam.
ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ و ﺗﻌﺎﱃ ﷲ ﲪﺔ ور ﻋﻠﻴﻜﻢ م ﻟﺴﻼ ا
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Balah. Alhamdulillah, seramai 21 Ahli-Ahli Dewan telah menyertai perbahasan. Titah ucapan Diraja yang telah dititahkan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja kepada Dewan ini pada hari Isnin, 2 Zulkaedah 1447 Hijrah bersama dengan 20 haribulan April 2026 Masihi. Penggulungan akan dibuat oleh pihak kerajaan esok. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan. Persidangan akan disambung semula esok pada 22 April bersamaan 4 Zulkaedah 1447 pada jam 9:00 pagi. Marilah kita sama-sama menangguhkan persidangan pada petang ini dengan membaca tasbih kaffarah dan Surah Al-‘Asr.
PERSIDANGAN DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5:00 PETANG DAN AKAN BERSIDANG SEMULA PADA 9:00 PAGI ESOK.