Negeri Sembilan · 25 September 2018
14th Assembly, 1st session, 2nd meeting (Opening) · 276 turns · 33,595 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan.
[Persidangan dimulakan pada jam 10.04 pagi]
Membaca Doa
Susunan mesyuarat, Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, semalam kita telah selesai dengan istiadat perasmian Persidangan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri dan telah mendengar titah ucapan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Sebelum kita ke agenda seterusnya, saya ingin menarik perhatian ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mengenai Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Khas) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 2 Julai 2018, telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat; Menteri Besar dan disokong oleh ADUN Bukit Kepayang. Saya mohon dibawa semula untuk undian ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Yang bersetuju Peringatan tersebut disahkan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Peringatan Mesyuarat tersebut telah disahkan. Apabila disahkan.
[YB Yang Dipertua Dewan menandatangani semula peringatan mesyuarat yang telah disahkan.]
Terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga ingin mengingatkan semula bahawa persidangan kita disambung semula hari ini, iaitu hari Selasa, 25 September 2018 sehingga hari Khamis, 27 September 2018. Saya juga menerima notis ketidakhadiran Yang Amat, Yang Berhormat ADUN Pilah melalui sijil cuti sakitnya selama 3 hari, bermula hari ini hingga 29 September. Kita teruskan ke agenda berikutnya.
Membentangkan Kertas Dewan
Perkara ketiga, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian iaitu pertama, Kertas Dewan Bilangan 1/2018 – Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Di Bawah Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri. Kertas dua, Bilangan 2/2018 – Penubuhan Perbadanan Negeri Sembilan Melalui Rang Undang-Undang Perbadanan Negeri Sembilan 2018.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Dewan Bilangan 1 dan 2 Tahun 2018 adalah dibentangkan.
Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan
Perkara Keempat, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu pertama Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Laporan dan Penyata Kewangan adalah dibentangkan.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama)Questions
Perkara kelima, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertama, Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama).
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bagi memberi peluang kepada lebih ramai ahli-ahli Yang Berhormat bertanyakan soalan, ditetapkan mulai mesyuarat kali ini, setiap ahli-ahli Yang Berhormat dibenarkan menguka, mengemukakan satu sahaja pertanyaan daripada pertanyaan-pertanyaan telah dikemukakan.
Ahli-ahli yang, Yang Berhormat sekalian, masa bagi Pertanyaan Lisan Hari Pertama telah [Setiausaha Dewan tampil membantu YB Yang Dipertua Dewan]. Saya persilakan ADUN Mambau.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama. Terima kasih.
Jawapan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Lisan Hari Pertama Yang Berhormat ADUN Temiang yang bertajuk “Geran Hak Milik Kekal”; dan Pertanyaan Lisan Hari Kedua Yang Berhormat ADUN Rantau yang bertajuk “Penukaran Status Hak Milik Tanah”.
Dato’ Yang Dipertua, Yang Dipertua Dewan, Kerajaan Negeri Sembilan membuat kajian dan meneliti berkenaan status penukaran hakmilik Leasehold ke Freehold. Beberapa siri mesyuarat dan bengkel telah dan akan diadakan bagi mengum, pengumpulan maklumat secara menyeluruh. Antara syarat-syarat bagi permohonan ini adalah rumah kediaman yang dibeli sebelum Pilihanraya Umum ke-14 iaitu pada bulan Mei 2018 dan setiap pemilik tanah hanya layak untuk memohon satu unit kediaman sahaja untuk ditukar kepada status hakmilik kekal. Kerajaan Negeri melalui PTG telah mengadakan satu sesi perbincangan
awal berkenaan status pelaksanaan berhubung menukar taraf pegangan hakmilik daripada Leasehold kepada Freehold pada 10 Ogos 2018. Terima kasih.
Soalan tambahan. Yang, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Mambau, dengan ini jawapan yang tidak begitu sempurna. Kerajaan Negeri harus memberikan satu tarikh yang tertentu bila akan melaksanakan ini, hak milik kekal ini. Sebab ini ialah satu tawaran Pakatan Harapan pada masa yang dulu, sebelum pilihan raya. Dan pada EXCO perumahan pun selalu, sentiasa berucap di luar atau majlis makan malam menyatakan akan, akan melaksanakan dalam penggal ini jugak.
Jadi, soalan saya, bilakah agaknya hak milik pem, pemberian hak milik ini akan diberikan, akan, atau, atau akan dibagikan. Bagilah satu tarikh, tahun, bukan sampai penggal akhir. Sebab kita tak tahu bila Parlimen akan bubar. Mungkin 3 tahun akan bubar. Jadi kita tak boleh tunggu sampai penggal, sampai lima tahun. Itu soalan saya Dato’, Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih Mambau. Mengenai status, mengenai status penukaran daripada Leasehold kepada Freehold, ia akan mengambil masa dan perlukan kajian yang teliti. Bukan dia boleh dibuat dalam masa sehari, dua hari ataupun sebulan dua bulan. Kerana itu kita katakan dalam tempoh, dalam tempoh 5 tahun ini, kita akan selesaikan semua masalah tersebut. Tapi kita perlukan kajian yang cukup teliti kerana ia melibatkan masalah rakyat, masalah pemberian Leasehold kepada Freehold. Ya, kita telah membuat kajian, membuatkan bengkel kajian penukaran status pegangan hak milik daripada Leasehold kepada Freehold ini pada 20 dan 21 September 2018. Bukan kita tak buat kerja, kita buat kerja Yang Berhormat.
Antara perkara yang dibincangkan ialah penentuan kaedah permohonan. Itu pertama. Dia layak ke tidak layak, kelayakan permohonan. Jenis hak milik, daripada tanah pertanian ataupun tanah Leasehold bagaimana. Luas tanah, tanah adat, terlibat atau tidak. Ataupun tanah, tanah rizab Melayu, luas tanah. Kita nak bagitahu adakah dia sampai 100 ekar. Jadi, ini perlu ada kajian ya.
Di samping itu juga tempoh pegang, apa, pemilik berdaftar atas tanah tersebut. Kadang-kadang ada 3, ada 5 orang dalam satu, satu rumah. Jadi itu perlukan kajian. Jenis kegunaan tanah, syarat tanah tersebut kita kena kaji juga. Bebanan daftar atas tanah, kadar nominal yang
akan dikenakan, fi permohonan dan borang permohonan. Kita nak buat semua secara yang lebih baik, lebih telus. Ini yang kita perlukan. Kerana itu kita perlukan kajian dari segi undang-undang juga kita perlu. Kita tak boleh terus bagi tanpa kelulusan undang-undang. Jadi, itu jawapan saya.
[Percakapan oleh YB Yang Dipertua, tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan].
Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Ya terima kasih Yang Behrormat Juasseh yang telah menanya soalan mengenai status terkini ni apa, Bandaraya Seremban. Jadi jawapan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Lisan Hari Ketiga daripada Yang Berhormat ADUN Rantau yang bertajuk “Majlis Bandaraya Seremban”.
Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri akan mengumumkan pengisytiharan Seremban sebagai Bandaraya pada suatu masa yang akan ditentukan kelak, setelah PBT selesai memperkemaskan dan menambah baik beberapa yang penting di mana meliputi penyediaan infras dan juga kemudahan-kemudahan yang berkaitan. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, mintak mohon soalan tambahan. Apakah kerajaan telah pun bersedia untuk menyatukan 2 entiti yang sedia ada iaitu MPS dan MPN sebagai entiti Bandaraya Seremban? Dan jika ianya dilakukan sebagai Bandaraya Seremban, seperti yang dirancang, apakah perkara-perkara seperti soal percukaian telah pun dilihat dan diambil kira kerana seperti yang kita tahu bahawa cukai yang berbeza, kadar cukai yang berbeza terdapat dalam 2 entiti yang berbeza ini, iaitu cukai pintu di Majlis Perbandaran Nilai dan cukai pintu di Majlis Perbandaran Seremban ada perbezaan kadarnya. Jadi apabila ianya disatukan, apakah satu sistem percukaian yang seragam yang akan diadakan ataupun ia masih lagi sebagai 2 entiti yang berbeza. Dan jika ini berlaku, maka berlaku ketidakadilan dalam kedua-dua, satu entiti, 2 entiti yang disatukan ini, khususnya kepada rumah-rumah yang dalam bandar raya yang akan disatukan tu nanti, rumah-rumah kampung seperti di Kampung Ismail, di Ampangan, di Kampung Kayu Ara, di Mambau, Kampung Bemban ya, kerana kadar cukai ini adalah mengikut keluasan rumah, binaan. Jadi,
saya nak tahu, apakah persiapan daripada pihak kerajaan sama ada satu sistem percukaian yang seragam kadarnya, ataupun masih akan ada 2 perbezaan.
Dan yang keduanya, apakah langkah kerajaan untuk memastikan supaya kampung-kampung tradisi yang dulunya wujud masih lagi ada dan akan terlingkup di dalam satu kawasan bandar raya yang baru. Akan ada satu sistem percukaian yang lain kerana ia akan membebankan penduduk di kampung-kampung tradisi ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Rantau, terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. Jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat Rantau, saya ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Rantau kerana begitu prihatin sekali terhadap kos sara hidup rakyat. Khuatir bahawa ada kemungkinan besar akan ada kenaikan cukai taksiran am. Tetapi untuk Kerajaan Pakatan Harapan, apa yang kita telah pun janji semasa pilihan raya ataupun semasa kita menjadi kerajaan, kita telah pun janji, pada mesyuarat EXCO yang pertama kita telah pun membuat ketetapan bahawa tak ada sebarang kenaikan cukai taksiran am di seluruh Negeri Sembilan. Jadi tak, tak timbul apa, ada apa-apa masalah isu wujudnya ada kenaikan cukai taksiran am.
Dan memang betul, kita memang akan menggabungkan kedua-dua Majlis Perbandaran Nilai dan juga Seremban sebagai Majlis Bandaraya. Sebab itu, tadi apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Rantau, sebab itu kita perlu mengambil lebih masa untuk kita meneliti kerana rakyat telah pun memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, dan saya rasa sudah tibalah untuk kerajaan Pakatan Rakyat untuk kita sama-sama meneliti apakah cadangan yang telah pun dicadangkan oleh kerajaan yang sebelum ini, supaya kita pastikan bandar raya yang kita adakan ini ada, adalah benar-benar membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Dipertua.
Yang Dipertua, sama ada akan ada kadar kenaikan. Yang saya tanya apakah langkah yang dibuat untuk memastikan supaya tidak wujudnya ada perbezaan yang sekarang ini ada perbezaan kadar cukai di antara MPN dan MPS. Apakah langkah yang akan dibuat, sama ada nak disatukan sebagai seragam, satu kadar yang seragam, ataupun masih lagi ia kadar yang berbeza. Kalau itu, maknanya adalah tidak adillah kepada orang yang di luar pekan Seremban, di dalam lingkungan MPN, yang terpaksa membayar kadar yang lebih tinggi
daripada orang yang duduk dalam bandar. Kerana sekarang ini kadar percukaian pintu dalam Bandar Seremban lebih rendah kalau dibandingkan dengan MPN. Itu satu.
Nombor 2, apakah kerajaan boleh menimbangkan supaya kampung-kampung tradisi yang terletak nanti di dalam bandar raya yang akan diwujudkan iaitu boleh kita kecualikan daripada membayar kadar cukai pintu kerana ia akan membebankan rakyat kerana kadar cukai pintu ini adalah mengikut keluasan binaan. Rumah kampung selalunya Dato’ Dipertua, lebar, dapur dia besar, serambi dia besar tapi dia kadang-kadang tak pakai pun. Itu pertanyaan saya. Terima kasih.
Ya terima kasih Yang Berhormat Rantau. Ini soalan tambahan yang kedua daripada Yang Berhorma Rantau, tak apa. Untuk kadar cukai di apa, Majlis Perbandaran Seremban dan juga di Nilai, selepas mereka bergabung. Memang itu merupakan satu soalan yang baik, di mana, memang kita sedang mengkaji, saya terus terang, kita sedang mengkaji. Cuma yang penting sekali, saya sebenarnya tadi sudah pun menegaskan bahawa kita akan pastikan kadar cukai itu kita tidak akan naikkan. Dan kita tidak akan membebankan mana-mana satu rakyat, tak kiralah di bandar ataupun di, di desa. Saya harap jawapan ini dapat menjawab Yang Berhormat Rantau. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bahau, kepada Yang Berhormat Rantau. Kita pergi kepada soalan seterusnya daripada …..
Yang Berhormat.
Ada tambahan jugak.
Ada, bukan tambahan.
Tak benarkan.
Bukan tambahan….
Soalan tambahan bagi kepada Bahau ….
….. soalan kedua. Satu saja?
Satu lagi? Boleh?
Tak boleh tak apalah. Okaylah.
Okay. Minta maaf Yang Berhormat Juasseh. Kita, akan nanti ada satu lagi ya. Terima kasih. Saya teruskan kepada soalan berikutnya daripada Rahang ya.
Tuan Yang Dipertua, Rahang kemukakan soalan kedua.
Soalan kedua.
Terima kasih kepada Yang Dipertua. Saya juga ucapkan terika kasih kepada ADUN Rahang kerana bertanyakan soalan berkaitan dengan penyakit tangan, kaki dan mulut. Dan jawapan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Lisan Hari Pertama daripada YB ADUN Serting yang bertajuk “Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut”.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menangani penularan wabak HFMD. Bagi memberi kesedaran kepada orang awam beberapa langkah telah diambil seperti berikut. Yang Pertamanya, radio talk stesen radio NegeriFM telah dilakukan pada 9 Ogos 2018 oleh Dr. Hazlina binti Yahaya. Dan yang keduanya adalah kita telah melakukan town hall session bersama dengan pengusaha-pengusaha tadika pada 9 Ogos hingga 16 ogos 2018 yang melibatkan sebanyak 1,313 orang peserta dari 913 buah premises. Dan yang ketiganya, Program Outreach HFMD di pasar-pasar pagi dan pasar tani di pelbagai daerah telah dilakukan. Dan keempat adalah sesi edaran hand sanitizer oleh YB Exco Kesihatan pada, kepada 39 buah sekolah di Daerah Tampin pada 18 Ogos 2018 telah dilakukan.
Dan berkaitan dengan perangkaan ataupun statistik, pada bulan Ogos tahun 2018, sebanyak 764 kes penyakit HFMD telah dilaporkan di Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, terdapat penurunan sebanyak 164 kes iaitu sebanyak 27.3% berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada bulan Julai tahun 2018. Manakala bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 2,429 kes berbanding hanya 656 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 270.3%. Itu saja.
Soalan tambahan. Apakah faktor menyebab penyembab, penyumbang kepada punca wabak ini dan perkara yang dilaksanakan untuk mencegah penyakit HFMD?
Terima kasih YB ADUN Rahang. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada punca wabak ini. Antaranya termasuk, pertama, kontak rapat antara kanak-kanak di dalam taska/ tadika atau pra-sekolah. Yang keduanya adalah persekitaran yang kurang bersih. Yang ketiga adalah kurang amalan kebersihan diri. Ketiga, keempat adalah gatekeeping tidak dijalankan di tadika / taska/ pra-sekolah. Dan keempat adalah pembersihan / disinfeksi tidak dijalankan mengikut tatacara yang betul.
Terdapat 5 perkara yang telah dilaksanakan untuk mencegah penyakit HFMD adalah seperti berikut iaitu amalan pembersihan diri. Yang kedua adalah gatekeeping di tadika/ taska dan pra sekolah. Yang ketiga adalah amalan kebersihan persekitaran. Keempat adalah amalan tatacara disinfeksi yang betul. Dan akhirnya adalah amalan membasuh tangan dengan cara yang betul. Terima kasih.
Soalan berikutnya …..
Dato’ Dipertua, saya mintak, mohon …..
Ya.
….. penjelasan di sini.
Soalan tambahan?
Tak ada, saya penjelasan.
Penjelasan.
Dato’ Dipertua, soalan lisan ni setiap ahli boleh bertanya satu soalan saja ke?
Lepas tu bagi tambahan, bagi, bagi, satu soalan, lepas tu kalau ada soalan tambahan, kita bagi satu soalan tambahan lagi.
Saya, saya faham. Tapi kalau semua dibenarkan satu soalan saja, mengapa dimintak kita menghantar 3 soalan?
Okay, ada ni. Macam Juasseh kita ada lagi satu soalan ni. Dalam kertas ni ada, pengasingan sisa pepejal. Kita akan bagi balik nanti. Tapi kalau nak teruskan, pun boleh.
You have to be certain, mintak, dengan izin.
Yang, yang ini, yang ada ini kita akan bagi …..
….. sebab saya dengar tadi , saya ingatkan soalan tambahan satu saja. Soalan lisan satu sahaja. Ke soalan tambahan satu saja…..
Soalan tambahan, YB YB, Yang Berhormat Rantau, saya perjelaskan . Soalan untuk tambahan, soalan tambahan pada tadi satu, lepas tu soalan yang khas yang telah dihantar, ada di sini. Juasseh dia hantar 2 soalan, pengasingan sisa pepejal. Saya ,tadi, pasal Yang Berhormat dah ambil 2 soalan tambahan tadi, saya, pengasingan sisa pepejal ni saya akan bagi peluang balik kepada, ni lah.
Apa tak disudahkan dia punya turn tadi, terus saja. Dia nak tanya soalan kedua tak boleh …..
Tak apa, tak, kita tak mahu macam dulu, kita nak semua orang, ahli Yang Berhormat dapat bercakap. Pasal tidak karang, ahli Yang Berhormat hujung-hujung dah kemudian dapat sikit masanya. Tapi kalau nak teruskan, saya boleh benarkan, tak ada masalah. Sebab cara baru kita ni kita nak beri semua Yang Berhormat puas …..
Yelah saya, saya nak mintak pengesahan saja.
Ha?
Saya nak mintak pengesahan saja.
Penjelasan?
Ya.
Boleh, boleh. Okay terima kasih Yang Berhormat Rantau. Terima kasih. Saya ingat, sebelum saya pergi jauhlah, kalau itu selesanya, kita buatlah dua soalan yang dihantar, dua-dua sekali pun tak apa. Lepas tu dia tak payah bangkit, tak apa. Tapi saya ingat, kalau boleh saya nak bagi semua orang dapat bercakap dulu. Tak ada yang tertinggal. Yang di hujung-hujung kang oghang taknak donga, dah potang kan, orang tak donga, kata mengantuklah, macam-macam, jadi kita bagi satu soalan satu dululah. Macam mana Yang Berhormat, setuju?
Beberapa ahli Yang Berhormat: Setuju.
Sokong, terima kasih. Okay, kita pergi pada soalan berikutnya ya, iaitu daripada Serting.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.
Tuan Yang Dipertua, merujuk kepada soalan Serting, tentang Negeri Sembilan sebagai Lembah Ilmu. Kita ingin mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bersedia untuk melaksanakan dasar-dasar yang membawa kebaikan kepada pendidikan di Negeri Sembilan.
Merujuk pada soalan kedua, tentang langkah-langkah untuk mengekalkan kecemerlangan tersebut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengambil pelbagai langkah. Di antaranya ialah, yang pertama untuk meningkatkan kualiti guru dengan latihan yang berkesan serta pemantauan pelaksanaan program. Kedua, kecemerlangan kepimpinan sekolah dalam memastikan program serta aktiviti kurikulum, ko-kurikulum dan sukan dilaksanakan secara berkesan. Ketiga, kecemerlangan tadbir urus peruntukan kewangan yang dimanafaatkan sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan. Yang keempat, mengadakan permuafakatan dengan PIBG, agensi-agensi kerajaan, swasta dan organi, organisasi bukan kerajaan untuk kemajuan pendidikan. Serta yang kelima, memastikan kemenjadian modal insan dengan melaksanakan pendidikan wajib serta menyediakan peluang pendidikan dan membangunkan potensi menjadi insan yang cemerlang dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sukan serta sahsiah. Itulah jawapannya Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan.
Tuan Yang Dipertua.
Ya. Soalan tambahan?
Soalan tambahan. Alhamdulillah, melalui dasar Kerajaan Negeri sebelum ini, Kerajaan BN, iaitu ingin menjadikan Negeri Sembilan Lembah Ilmu amat cemerlang sekali. Ini telah meletakkan kita di peperiksaan utama, di kelompok kelima terbaik. Dan juga pada tahun 2016, 2017, SPM kita berada di peringkat kedua di peringkat kebangsaan. Justeru itu, alhamdulillah, ramai anak-anak Negeri Sembilan yang cemerlang dan juga dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Justeru itu, soalan saya, adakah Kerajaan
Negeri akan memberi bantuan kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya memasuki pusat pengajian tinggi juga insentif ya, bagi anak Negeri Sembilan yang mendapat Ijazah Kelas Pertama, dan juga insentif galakan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan juga PhD. Terima kasih.
Tuan Yang Dipertua, Kerajaan Negeri bersedia, maknanya dari segi bantuan sebagaimana kita maklum bahawa sekarang ini, untuk semua anak-anak yang mendapat kemasukan universiti di peringkat Ijazah Sarjana Muda, kita memberi bantuan sebanyak RM1,000.00, dan kepada peringkat diploma kita memberikan bantuan awal sebanyak RM750.00 dan peringkat sijil sebanyak RM500.00 ya. Ini diteruskan dan kita, maknanya dengan menggunakan Yayasan Negeri Sembilan sebagai agensi akan teruskan untuk membantu anak-anak untuk pelajaran sama ada di peringkat di dalam ataupun di luar negara. Sekian, Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Seterusnya saya pergi ke soalan daripada Chuah. Dipersilakan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan pertama.
Status jambatan Bukit Pelandok Ke Pekan Sungai Pelek. Ini merupakan satu perhubungan yang selama ini menggunakan sampan, yang mana sesiapa yang ingin ke Sungai Pelek, terpaksa menggunakan sampan, daripada Sungai Pelek ke Bukit Pelandok juga menggunakan sampan. Jadi projek ini telah diluluskan pada Rancangan Malaysia Ke-11 pada tahun 2016. Walau bagaimanapun projek ini telah ditangguhkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Status jambatan tersebut pada masa ini adalah dalam peringkat rekabentuk oleh pihak JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Panjang, tinggi dan lebar jambatan tersebut akan dimuktamadkan setelah rekabentuk jambatan disiapkan.
Kita maklum bahawa ini akan memberikan satu impak yang cukup baik kepada masyarakat di kawasan in kerana dia akan menghubungkan Kampung Bukit Pelandok, Kampung Sawah, Sungai Nipah, Chuah, Pachitan ke Pekan Sungai Pelek. Dan Sungai Pelek juga berhubung dengan kawasan di sebelah Port Dickson. Jadi ini akan memendekkan
masa, jarak dan akan mendatangkan impak ekonomi kepada kedua-dua kawasan ini. Sekian, terima kasih.
Ada saolan tambahan? Tak ada ya?
Soalan pertambahan ya. Boleh Chuah tahu bila keputusan akan diambil mengenai jambatan tersebut? Terima kasih.
Memandangkan projek ini di bawah RMK-11, tahun 2016 telah diluluskan dan telah ditarik balik pada tahun ini. Dan mereka mengkaji kesesuaian apa, mengenai pembinaan jambatan sesebuah tersebut, dan sekarang dalam peringkat reka bentuk. Dan inshaa Allah, saya rasa hanya menunggu keputusan di peringkat federal untuk menentukan pembinaan ini dan kelulusan untuk pembinaan ini seterusnya.
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat. Seterusnya saya ingin mempersilakan Bagan Pinang.
[Percakapan oleh YB ADUN Bagan Pinanng tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkfan]
Tak, dia kata tak dengar. Tekan mic. Okay.
Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang kedua.
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Meningkatkan sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Jawapan ini juga menjawab Pertanyaan Lisan Hari Pertama Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang sendiri yang bertajuk “Pelancongan Port Dickson” dan juga Pertanyaan Lisan Hari Kedua
Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang sendiri juga yang “Produk Pelancongan Baru”.
Pelbagai usaha akan dilaksanakan bagi merancakkan sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri juga akan sentiasa serius ya, untuk memastikan bahawa penawaran perkhidmatan, hospitaliti dan penyediaan kemudahan yang berkualiti, selamat serta bersih demi kepuasan dan keselesaan pelancong. Kepelbagaian kemudahan penginapan yang tersedia dan mencukupi juga sentiasa akan dipastikan selesa bagi memenuhi kehendak dan variasi pilihan pelancong.
Kemudahan penginapan yang terdapat di Negeri Sembilan ini telah dilihat telah mampu berada setanding dengan kawasan-kawasan pelancongan terkemuka memandangkan sebahagian besar hotel di Negeri Sembilan telah mendapat pengiktirafan bintang. Terkini sebanyak 4 buah hotel di Negeri Sembilan telah mendapat pengiktirafan 5 bintang.
Usaha-usaha bakal dilaksanakan dan dijangka mampu menarik lebih ramai kedatangan pelancong iaitu secara langsung bakal menjanjikan kesan peningkatan ekonomi kepada masyarakat tempatan. Kerajaan Negeri berharap momentum prestasi sektor pelancongan di Negeri Sembilan dapat dikekalkan malahan negeri juga sentiasa mengambil langkah proaktif dalam usaha memacu industri pelancongan sebagai penyumbang kepada KDNK Negeri bersama-sama dengan sektor pertanian.
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan telah merangka beberapa gerak kerja ke arah menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong ke peringkat nasional melalui, dan antarabangsa melalui pendekatan memperkasakan produk pelancongan sedia ada, membangunkan tarikan pelancongan yang ikonik dan yang ketiga memantapkan penganjuran acara pelancongan yang berimpak tinggi serta memperkenalkan acara-acara pelancongan baru terutamanya yang bertaraf antarabangsa.
Pendekatan ini disokong dengan aktiviti-aktiviti promosi dan publisiti seperti Misi Jualan Dalam dan Luar Negara, pengiklanan produk-produk utama tarikan pelancong Negeri Sembilan, memperkasakan laman web pelancongan serta promosi melalui laman sosial bagi menarik para pelancong ke Negeri Sembilan dan bekerjasama dengan penggiat pelancong terutama dalam pembangunan pakej-pakej pelancongan yang sesuai dengan, dengan menjadikan Port Dickson sebagai base.
Berkaitan pertanyaan berkenaan produk pelancongan baru, dalam menumpukan untuk menjadikan sektor pelancongan Negeri Sembilan kekal bersaing sebagai destinasi pilihan pelancong, selain mengekalkan momentum tarikan di pantai Port Dickson, usaha untuk menun, mewujudkan variasi produk pelancongan yang unik juga adalah sangat penting.
Justeru, Kerajaan Negeri akan lebih mempergiatkan lagi usaha untuk memaksimumkan potensi dan kelebihan produk-produk eko-pelancongan. Antara produk eko-pelancongan sedia ada di Negeri Sembilan yang dijangka mampu menarik minat pelancong adalah seperti Taman Negeri kel, Kenaboi di Daerah Jelebu, Hutan Edu-Eco Sungai Menyala di Daerah Port Dickson, Gunung Angsi di Daerah Pilah, Gunung Datuk di Daerah Rembau dan tarikan taman-taman Eko Rimba yang unik serta mempunyai kehijauan alam yang masih terpelihara.
Selain mempunyai kelebihan produk pelancongan berasaskan pantai dan eko, Negeri Sembilan juga sememangnya terse, sedia dikenali dengan pengamalan adat, kebudayaan dan tradisi Adat Perpatih yang kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga sekarang. Pendekatan, inisiatif baru dan penganjuran acara menarik akan dilaksanakan dalam memastikan keunikan budaya adat Negeri Sembilan diketengahkan agar ia menjadi tarikan pelancongan unik dengan pelancong bakal merasai pengalaman yang tidak dapat diperoleh di tempat lain. Usaha ini turut melibatkan peranan dan kerjasama masyarakat sebagai penggiat ke arah menggalakkan kedatangan pelancong berasaskan tarikan adat budaya yang unik di negeri ini. Sekian.
Okay. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bagan Pinang soalan tambahan? Oh, daripada Linggi.
Linggi pun dalam Port Dickson jugak.
Linggi, ataupun Bagan Pinang tak nak masuk soalan nombor dua? Bagi Linggi. Jadi nombor 2 ni saya buat, kemudianlah ya. Sekali, dah jawab 1 dan 2. Okay.
Yang, Yang, Tuan Dipertua, beri laluan.
Okay bagi laluan. Okay, Yang Berhormat Linggi.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Berkenaan dengan eko pelancongan dan, sebenarnya kalau ikut perancangan kerajaan yang lepas, di Port Dickson termasuk Linggi termasuk dalam Malaysian Vision Valley, yang mana sektor pelancongan itu adalah salah satu daripada kluster yang akan kita akan bangunkan. Soalan saya, adakah, apakah dasar Kerajaan Negeri Sembilan hari ini, sama ada kita akan teruskan apa yang telah kita bincangkan sekian lama dalam Malaysian Vision Valley itu. Dan khusus untuk Linggi sebenarnya, boleh ya? Apakah mercu-mercu ataupun pusat-pusat tarikan pelancongan yang telah kita kenal pasti untuk dibangunkan? Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Kita sedia maklum bahawa pelancongan di Port Dickson merupakan satu tempat tarikan pelancongan yang cukup menarik pelancong-pelancong khususnya dari dalam dan luar negara. Dan apa yang kita sedia maklum bahawa sektor pelancongan ini merupakan satu sektor yang memberi kesan terus kepada masyarakat. Dan kita juga sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri baru kali ini telah menetapkan dasar, telah menggubal dasar 70-20-10, iaitu 70 kepada pantai Port Dickson, 20% kepada eko pelancongan dan 10% kepada adat dan budaya. Kita telah ubah dasar tersebut kepada 60-30 dan 10. Iaitu 60% kepada kawasan Port Dickson, pantai, 30% kepada eko pelancongan dan 10% kepada adat dan budaya.
Ini menunjukkan bahawa kita punya keinginan atau keazaman untuk membangunkan kawasan-kawasan eko pelancongan khususnya di kawasan-kawasan pedalaman di, di Jelebu, di Kuala Pilah, di Jempol, di Tampin dan di samping itu juga tidak lupa kepada kawasan Linggi. Dan ini merupakan satu perkara yang kita ambil serius dan kita juga telah berbincang dengan pihak PERHILITAN untuk mengadakan santuari buaya di Linggi, inshaa Allah telah dalam kajian. Dan jika ini menjadi kenyataan, ini merupakan satu daya tarikan yang baru kepada kawasan Linggi yang mana sebelum ini kita ada kelip-kelip ya, di kawasan Sungai Timun. Dan kali ini kita cuba adakan santuari untuk buaya di kawasan Linggi.
Di samping itu juga, di Port Dickson kita sedia maklum bahawa apa, bandar angkatan tentera, di samping juga kita juga ada kawasan Sungai Menyala, dan juga kita juga punya ada kawasan apa, perikanan ataupun hiasan, ikan hiasan di Port Dickson yang cukup mengkagumkan dan
cukup, boleh menarik ramai pelancong datang ke Port Dickson. Jadi perkara ini juga telah kita pastikan berlaku. Alhamdulillah juga Pantai Port Dickson juga telah berubah sejak Pakatan Harapan mengambil alih dengan hari ini kita rasa dia lebih bersih daripada yang terdahulu. Jadi itu saja, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Seterusnya kita pergi kepada soalan daripada Lobak.
Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan saya 2, nombor 2.
Okay terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Lobak. Untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, Kerajaan Negeri sen, sentiasa komited dalam usaha menyediakan rumah kos rendah dan juga rumah mampu milik khususnya kepada generasi muda dan golongan yang berpendapatan rendah. Melalui perbincangan dan persetujuan bersama Kerajaan Persekutuan, sebanyak 3 projek Program Perumahan Rakyat sedang digunakan, sedang dibangunkan, maaf, iaitu 100 unit di PPR Rantau, 452 unit di PPR Chembong iaitu di Daerah Rembau dan 100 unit di PPR Tanah Merah Daerah Port Dickson. Ketiga-tiga projek ini adalah berkonsepkan sewa beli, rent to own, khusus untuk golongan B40 dengan harga setiap unit rumah berjumlah RM35,000.00.
Selain itu Kerajaan Negeri juga telah mengenal pasti 11 tapak yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai perumahan PPR ataupun mampu milik. Dan setelah kita berbincang dengan Kerajaan Persekutuan, kalau kita mendapat kelulusan daripada Kerajaan perke, per, persekutuan, kita akan mempertimbangkan dan akan melaksanakan projek, projek tersebut. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang Dipertua.
Ya.
Soalan tambahan.
Tambahan?
Lobak nak tahu, PPR di Lobak, ini sewa sudah lebih dari 20 tahun. So, adalah kerajaan akan mengaji dan memasukkan PPR Lobak ha, di bawah skim sewa beli. Lepas tu, rumah pangsa Jalan Tun Dr. Ismail, pun sudah sewa lebih dari 30 tahun lama. So, saya pun nak cadang, nak tanya, adakah kerajaan baru akan memasukkan rumah pangsa Tun Dr. Ismail itu sebagai sewa beli? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Untuk cadangan-cadangan yang telah pun diberi oleh Yang Berhormat Lobak, pihak kerajaan, kita akan mengkaji dengan lebih teliti. Bagi pihak Kerajaan Negeri, yang paling penting kita perlu memastikan golongan yang berpendapatan rendah ini mendapat rumah mereka. Dan kita akan mengkaji, dan kalau boleh kita duduk bersama-sama untuk membincangkan bagaimana kita nak selesaikan macam perkara ini dan nak, kita nak pastikan ya, kesejahteraan rakyat itu kita dapat diutamakan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan.
Soalan tambahan, terima?
Sila, sila.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Bahau, Yang Berhormat Bahau. Tentang rumah PPR di Tanah Merah itu, yang 100 biji, sebenarnya adalah satu, dibina atas perjanjian untuk diberikan kepada golongan B40 tetapi dari kalangan pekerja ladang ataupun bekas ladang yang tinggal di situ. Itulah tujuan asalnya. Memang sudah pun di, beberapa kali diumumkan dalam beberapa ucapan. Jadi tadi dalam penerangan itu, dikatakan bahawa kepada B40 itu, jadi saya ingin nak dapatkan penjelasan sedikit, B40 tu secara
umum ke ataupun bagi yang ladang di Tanah Merah itu khas untuk pekerja ladang ataupun bekas pekerja ladang.
Dan satu lagi ada juga dinyatakan dalam penerangan tadi, ada 7 buah lokasi yang telah dikenal pasti. Saya ingin tahu di mana lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti itu. Sekian.
Okay, terima kasih kepada Yang Berhormat Jeram Padang. Ya, memang betul keutamaan kita akan diberikan kepada pekerja-pekerja yang berada di ladang tersebut, keutamaan akan diberi kepada mereka. Dan untuk 11 tapak tersebut, saya, 11 tapak sebenarnya, 11 tapak se, tersebut, saya akan bagi soalan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih yang, Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih. Okay.
Soalan pertama.
Ada 2 soalan.
Pembangunan ekonomi Negeri Sembilan. Dalam memacu pembangunan ekonomi Negeri Sembilan untuk tempoh akan datang, matlamat pembangunan yang ditetapkan adalah Bersih, Muafakat dan Sejahtera. Oleh itu, kerajaan sedang merangka hala tuju Negeri Sembilan untuk tempoh 2019 dan 2040 yang merangkumi keseluruhan daerah akan mengandungi pelaksanaan dasar baharu serta dasar sedia ada yang ditambah baik berpandukan keperluan ekonomi semasa dalam pelbagai sektor. Terima kasih.
Terima kasih. Ada soalan kedua tak?
Tambahan Dato’ Dipertua.
Tambahan.
Saya mintak supaya jika boleh, Kerajaan Negeri membentangkan secara komprehensif pelan yang sedang dirancang, 2019 – 2040 tersebut, dan sumber-sumber utama yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan utama Kerajaan Negeri, apakah ianya daripada pertanian, ataupun daripada perindustrian. Dan jika daripada perindustrian, kawasan mana yang bakal dibangunkan? Adakah ianya akan dapat dibangunkan seperti apa yang dirancang oleh Kerajaan Barisan Nasional, iaitu perancangan komprehensif Malaysia Vision Valley, kawasan daripada Nilai sampai ke Port Dickson.
Dan termasuk jugak rancangan untuk kita membangunkan kawasan-kawasan luar bandar, untuk membangunkan jugak ekonomi luar bandar serta memperkasakan infrastruktur luar bandar supaya penghijrahan daripada luar bandar ini tidak dapat ataupun dapat kita kawal. Dan apa yang perlu kita lakukan ialah untuk kita membawa orang bandar masuk ke luar bandar. Jadi soalan saya, Dato’ Dipertua ialah, apakah rancangan komprehensif yang sedang dan akan dirancang oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan supaya untuk menentukan momentum pembangunan dan jugak kemajuan Negeri Sembilan tidak terhenti disebabkan oleh pertukaran kerajaan, dan kita nak lihat supaya momentum ini terus dilonjakkan dan terus digandakan untuk kita pastikan rakyat Negeri Sembilan akan terus mendapat nikmat daripada pembangunan tersebut.
ADUN Rantau, sebenarnya soalan yang diberikan kepada saya agak awam, agak umum. Jadi saya terpaksa jawab secara umum jugalah. Yang Berhormat Rantau, kita sedia maklum bahawa kita telah me, telah melihat keseluruhan dalam tempoh 120 hari ini kita melihat keseluruhan pembangunan-pembangunan tersebut, khususnya MVV. Dan kita telah membuat perubahan kepada MVV tersebut. Juga kepada rancangan 2016 – 2045, juga kita telah, sedang dan, sedang mengkaji hala tuju Kerajaan Negeri yang baru iaitu kita telah …..
Mencelah Dato’ Dipertua, mencelah ya, izinkan saya mencelah. Ubah macam mana Malaysia Vision Valley itu Yang Berhormat, kerana Malaysia Vision Valley ini bukannya pembangunan yang dipunyai oleh kerajaan, ia adalah merupakan pembangunan yang dijanakan oleh pihak swasta itu sendiri. Jadi, saya nak tahu perubahan dari segi mana tu? Terima kasih.
Kita te, itu yang kita katakan tadi kita sedang mengkaji hala tuju yang baru untuk kita melihat Negeri Sembilan dapat
dibangunkan dengan lebih cepat lagi. Kita sedia maklum, kalau dahulu kita mengharapkan apa, high speed railway itu menjadikan asas untuk pembangunan tersebut, kita telah ubah kepada pembangunan kawasan perindustrian di Parcel A. Itu sebahagian yang kalau kita cerita di sini akan menjadi lebih panjang lagi. Jadi, kita akan buat satu apa, penerangan yang baru kepada kerajaan yang sedia ada pada hari ini bahawa, begitu juga dengan pelaksanaan 2016 – 2045, kita telah me, meminta dan kita telah mengadakan perbincangan untuk memastikan bahawa peranan masyarakat luar bandar juga tidak tertinggal dan seluruh kawasan akan kita bangunkan, tidak ter, hanya tertumpu kepada MVV, tetapi kita, kita akan membuat pembangunan itu secara menyeluruh ke seluruh negeri, dan akan merangkumi semua daerah yang ada di Negeri Sembilan ini.
Kita tidak akan lupakan pertanian, sektor pertanian, dan kita akan memperkasakan lagi sektor-sektor ini bagi memastikan bahawa pendapatan rakyat akan dapat ditengkatan, ditingkatkan. Begitu juga pelancongan yang merupakan satu sektor yang dapat terus memberikan impak kepada masyarakat luar bandar khususnya. Jadi, ini yang harus yang telah kita kaji dan inshaa Allah, kita akan bentangkan untuk pengetahuan Dewan pada persidangan akan datang, ataupun pada rancangan kita pada belanjawan yang akan kita bentangkan pada persidangan yang akan datang. Itu saja Yang Berhormat.
Tuan Yang Dipertua.
Ya, ada.
Tuan Yang Dipertua, saya cuma ingin menambah tentang perkara ini. Yang pertama sekali, Kerajaan Pakatan Harapan yang baru sedang dalam rangka untuk membuat Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan, apa dikatakan sebagai Negeri Sembilan economic blue print yang akan merangka keseluruhan strategi perancangan pembangunan ekonomi secara menyeluruh di, di seluruh sektor di Negeri Sembilan, untuk semua sektor sama ada ekonomi, sama ada dari segi perindustrian, mahu pun pertanian, mahu pun pelancongan, mahu pun perkhidmatan ya.
Kalau kita lihat sekarang ini, MVV ataupun Malaysian Vision Valley, ianya hanya tertumpu di kawasan barat Negeri Sembilan iaitu di sekitar Nilai, Seremban dan juga Port Dickson. Tapi dalam itu, sebab
itu kita ingin membesarkan lagi, dalam perancangan kita, berlaku di semua tempat, maknanya bukan hanya tertumpu bahagian barat, dan kita akan teruskan pembangunan yang ada dalam, dalam MVV, tapi kita harus juga melihat bagaimana untuk kita merangka pembangunan secara menyeluruh dan juga merangkumi kawasan timur Negeri Sembilan.
Inshaa Allah, dalam perancangan blue print yang baru ini, kita akan mengambil pandangan semua pihak ya, termasuk daripada ADUN-ADUN, termasuk juga daripada PBT-PBT dan juga orang ramai, dalam, sebelum kita membentangkan kepada rakyat keseluruhannya tentang perancangan economic blue print untuk Negeri Sembilan ataupun pelan pembangunan ekonomi Negeri Sembilan. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ampangan. Saya kira cukup dah tu, kita pergi ke soalan yang lain. Soalan daripada Seremban Jaya.
Tuan Yang Berhormat Yang Dipertua, ADUN Seremban Jaya mengemukakan soalan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Untuk kos pembelian bangunan pentadbiran Majlis Perbandaran yang baru, kos dia adalah sebanyak RM42.5 juta ya, dan tapaknya seluas 8.44 ekar. Dan bangunan tersebut dijangka akan boleh di, diguna sepenuhnya pada suku pertama tahun 2019. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Ada soalan tambahan?
Soalan tambahan. Apakah tindakan yang akan dilakukan PBT jika melewatkan tindakan isu pokok menyebabkan kemalangan atau kehilangan nyawa?
Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Untuk isu mencantas pokok, saya akan jawab soalan ni soalan nombor 13 nanti, saya akan jawab sekali. Terima kasih.
Ya, terima kasih. Seterusnya, kita pergi kepada Yang Berhormat Sungai Lui.
Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, cadangan penyelesaian permasalahan tanah GATCO Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Perkara ini telah lama berla, berlarutan. Jadi cadangan jalan penyelesaian untuk diberikan peserta yang bersetuju untuk menerima 4 ekar bagi peneroka asal dan waris, dan 2 ekar bagi pembeli pajakan tanah rumah. Jadi perkara ini kita akan segerakan dan kita akan berikan hak milik kepada mereka. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dipertua, saya nak tanya. Kalau dulu cadangan ini untuk kita menyelesaikan masalah tanah di GATCO ini, yang telah berlarutan sejak 40 lebih, hampir 50 tahun, Dato’ Dipertua. Yang mana kegagalan pihak pemaju, Great Alonioners Trading Company nak mengusahakan seolah-olah seperti FELDA. Dan kita telah pun dapat, mendapat satu formula dengan ihsan daripada syarikat yang telah pun membeli daripada lelongan awam, yang telah mana tanah tersebut dilelong beberapa kali, tak ada orang yang nak beli. Tapi malangnya pada ketika itu, ramai pihak yang menghasut pihak peneroka di situ supaya tidak menerima cadangan yang dibuat oleh kerajaan pada ketika itu. Tapi sekarang ni saya dengar pulak kerajaan yang dulunya bersama-sama menghasut pihak orang kampung jangan menerima, menerima pakai pulak cadangan yang telah pun dibuat dulu. Jadi, apakah Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini merasakan bahawa ada formula yang lebih baik daripada formula yang telah pun digubal ataupun yang ditawarkan kepada orang kampung, yang telah ternyata teraniaya selama lebih hampir 50 tahun, Dato’ Dipertua.
Apa ni, tawaran yang dikemukakan, apa tawaran dia? Boleh saya tanya, tawaran yang dikemukakan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa GATCO ini merupakan satu tanah yang telah bermasalah sejak sekian lama dan melibatkan PKNNS. Dan saya telah dimaklumkan bahawa jumlah tanah tersebut hanyalah sekitar 1,206
ekar. Jadi apabila kita mengkaji semula perkara tersebut, kita terpaksa menyelesaikan masalah yang, yang bersetuju di peringkat awal. Dan kita akan rundingkan bagi peringkat yang kedua supaya mereka memastikan bahawa perkara tersebut dapat dilaksanakan. Jadi, itu tidak bermakna bahawa kita setuju ataupun kita mengikut langkah yang telah dite, yang telah dijalankan oleh pihak Barisan Nasional yang terdahulu. Tetapi memandangkan jumlah keluasan tanah yang disediakan hanya 1,206 ekar, jadi kita akan meli, memutuskan perkara tersebut. Ia juga merupakan keputusan mahkamah dan ini merupakan yang harus kita terima. Dan saya rasa kita akan ter, terpaksa mengikut keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Repah ada?
Yang Berhormat .....
Boleh, dah, saya ingat duduk dulu sebab …..
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya ada sedikit penambahan saja …..
Tambahan? Soalan ke tambahan?
….. berkenaan isu, tambahan kepada jawapan. Dato’ Yang Dipertua, untuk kes 170 orang peserta, memang mereka telah menerima apa yang ditawarkan sebelum ini. Dan untuk baki 140 orang, pihak kerajaan telah menubuhkan atu jawatankuasa untuk mengkaji untuk menyesuaikan bagaimana 140 orang ni dapat tanah mereka. Dan bagaimana kita akan usahakan untuk selesaikan peserta-peserta, 140 orang ini. Dan kita akan maklumkan pada persidangan akan datang. Terima kasih.
Okay, terima kasih kepada Yang Berhormat Repah. Saya ingat saya nak pergi soalan seterusnya, daripada Temiang.
Tuan, Tuan Yang Dipertua, boleh saya celah sikit, tentang, penjelasan, nak dapatkan sedikit penjelasan.
Cukuplah, duduk, duduk.
Ini soalan sayalah, yang, Yang Berhormat Yang Jeram Padang. Tuan Yang Di, Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan kedua.
Lesen pasir Negeri Sembilan. Kita sedia maklum bahawa terdapat beberapa syarikat yang telah menjalankan operasi lesen pasir ini daripada tahun 2017, iaitu di Daerah Seremban, TK Bina Enterprise di kawasan Sungai Linggi Mukim Rasah, kutipan hasil setahun RM50,019.00, jenis komoditi pasir sungai. Labu Niaga Enterprise, Sungai Batang Labu, Mukim Labu, RM25,200.00 kutipan hasil setahun, pasir sungai. Yang ketiga, Tuan Haji Shahari bin Hj Hassan, Sungai Linggi Mukim Rasah, RM14,859.60, pasir sungai. Yang keempat, Suhaimi Ibrahim, Sungai Pajam Mukim Setul, RM13,500.00, pasir sungai. Yang kelima, Koperasi Warisan Kg. Pasir Linsum Negeri Sembilan Bhd. tapak lombong Mukim Rantau RM96,000.00, pasir lombong. Jadi, keseluruhan untuk Daerah Port Dickson, Seremban adalah sebanyak RM199,578.60.
Manakala bagi Daerah Port Dickson, Kian Hiap Sdn. Bhd., Mukim Jimah, RM111,000.00, pasir laut. Ikhlas Kekal Sdn. Bhd., Mukim Jimah RM99,000.00, pasir laut. Daerah port, keseluruhan di Daerah Port Dickson RM210,000.00.
Manakala bagi Daerah Kuala Pilah, Syarikat Kuala Pilah Builders, Mukim Ulu Muar, RM6,000.00, pasir sungai. Zamanil [Zamana] Solutions, Mukim Juasseh, RM42,000.00, pasir sungai. Tanjong Timor Enterprise, Mukim Terachi, RM4,200.00, pasir sungai. Rosly bin Md Yusof, Mukim Johol, RM6,000.00, pasir sungai. Arikna Enterprise, Mukim Ulu Muar, RM9,000.00, pasir sungai. Dan K.N.C. Enterprise, Mukim Ulu Muar, RM15,000.00, pasir sungai. Berjumlah RM82,200.00 bagi Daerah Kuala Pilah.
Bagi Daerah Jelebu, Wawasan HAR Enterprise, Glami Lemi, RM24,000.00 setahun, pasir lombong. MNZ JR Enterprise, Glami Lemi, di kawasan Glami Lemi, RM44,000.00 setahun, pasir lombong. Jiwa Archi Chenta, Glami Lemi, RM4,000.00, pasir lombong. Aqqie Enterprise, Glami Lemi, RM4,000.00, pasir lombong. Dan Apex Liberty
Sdn. Bhd., Triang Ilir, RM16,000.00, pasir lombong. Keseluruhannya RM92,000.00 bagi Daerah Jelebu.
Bagi Daerah Rembau, Dato’ Kamarunizam bin Dato’ Mohd Sharip, Mukim Pedas, RM33,300.00, pasir sungai. Bagi Daerah Gemas, Ahmad bin Mansir, Kuala Gemas, RM54,000.00, pasir sungai. Jumlah keseluruhan untuk tahun 2017 sebanyak RM671,278.60.
Bagi pemegang permit bahan batuan bagi tahun 2018 di Daerah Seremban, TK Bina Enterprise, Sungai Linggi Mukim Rasah, RM31,500.00, pasir sungai. Labu Niaga Enterprise, Sungai Batang Labu Mukim Labu, RM35,307.50, pasir sungai. Tuan Haji Shahari bin Haji Hassan, Sungai Linggi Mukim Rasah, RM21,969.10, pasir sungai. Suhaimi Ibrahim, mukim, Sungai Pajam Mukim Setul, RM29,279.60, pasir sungai. Dan Koperasi Warisan Kg. Pasir Linsum Negeri Sembilan, tapak lombong Mukim Rantau, RM72,000.00, pasir lombong. Keseluruhan bagi Daerah Seremban adalah RM190,056.20.
Bagi Daerah Port Dickson, terdapat hanya satu iaitu Ambang Biru Sdn. Bhd. di Mukim Jimah, RM38,334.00. Bagi Daerah Kuala Pilah, dua Syarikat Kuala Pilah Builders, Mukim Ulu Muar, RM7,500.00, pasir sungai. Dan zamani [Zamanal] Solutions, Mukim Juasseh, RM24,000.00, pasir sungai. Jumlah RM31,500.00.
Daerah Jelebu, Apex Liberty Sdn. Bhd., Triang Ilir, RM144,000.00, pasir lombong. Dan Ab Malek bin Ab Manap, Pertang, RM25,200.00, pasir sungai. Bagi Daerah Rembau, Dato’ Kamarunizam bin Dato’ Mohd Sharip, Mukim Pedas, RM 11,088.00, pasir sungai. Daerah Gemas, Ahmad bin Mansir, Kuala Gemas , RM13,500.00, pasir sungai. Dengan keseluruhan kutipan setakat hari ini adalah RM422,178.20. Sekian.
Tuan yang, yang, Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan tambahan. Pada masa sekarang, kelulusan lesen pasir adalah diluluskan oleh peringkat, di peringkat EXCO. So, ini akan mengambil masa yang lebih panjang bagi pengusaha-pengusaha pasir ini. So, soalan tambahan saya, adakah kemungkinan bahawa Kerajaan Negeri mewujudkan satu agensi seperti Kerajaan Selangor bagi mengendalikan kelulusan permohonan lesen pasir? Dan apakah cara-cara Kerajaan Negeri bagi mencegah kecurian pasir di Negeri Sembilan?
Setakat hari ini kita tidak ada masalah terhadap permohonan-permohonan permit pasir. Dan jika mereka mendapati
keputusan ataupun laporan daripada, laporan teknikal daripada semua jabatan, kita akan luluskan. Semua, cuma yang berlaku hari ini banyak kelulusan yang tidak dapat kita luluskan memandangkan banyak laporan teknikal yang tidak memberi sokongan kepada mereka. Jadi, itu permasalahan mereka. Dan mengenai cadangan menubuhkan satu syarikat ataupun satu sebuah entiti untuk memastikan bahawa pengeluaran pasir dikawal selia dengan lebih baik, kita sedang mengkaji.
Dan di samping itu juga mengenai berlakunya kecurian- kecurian pasir, saya telah mengarahkan semua jabatan tanah supaya memastikan bahawa tidak berlaku kecurian. Dan di samping itu juga, memastikan bahawa mereka mematuhi syarat-syarat pengeluaran pasir yang telah ditetapkan dan kita telah memaklumkan akan mengambil tindakan yang tegas kepada pengusaha-pengusaha pasir yang tidak mengikut arahan ataupun spec yang, kerja yang telah mereka lakukan. Jadi itu saja, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Seterusnya saya pergi ke soalan nombor 12, Senaling.
Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan yang, Yang Dipertua, keputusan, soalan yang berkaitan tentang terdapat jurang yang jauh di antara keputusan sekolah-sekolah bandar dan luar bandar di Negeri Sembilan. Tuan Yang Dipertua, keputusan SPM 2017 bagi Negeri Sembilan menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan di peringkat nasional. Berdasarkan data, tidak wujud sebenarnya jurang yang jauh bagi perbandingan pencapaian antara calon bandar dan calon luar bandar, ya. Jika kita melihat keputusan mata teras peperiksaan SPM 2017 berdasarkan peratus lulus calon bandar dan calon luar bandar, kita akan lihat sebagai contoh, ya, untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, pencapaian calon luar bandar jauh lebih baik berbanding pada calon bandar ya. Di mana pencapaian calon luar men, medapat 92.6% berbanding dengan calon bandar 92.3%.
Kalau kita lihat pencapaian tentang pencapaian mata pelajaran Sejarah, sekali lagi pencapaian calon luar bandar jauh lebih baik berbanding pencapaian calon bandar. Dalam pencapaian Sejarah, calon luar bandar mendapat kelulusan sebanyak 95.4% berbanding daripada calon bandar sebanyak 84.5%.
Kalau kita melihat kepada subject, mata pelajaran Sains, hanya terdapat perbezaan kecil pencapaian antara calon luar bandar dan calon bandar. Jadi dalam pelajaran Sains kita melihat bahawa peratus kelulusan di luar bandar ialah 90.6% berbanding 91.8%, iaitu hanya perbezaan sebanyak 1.02%.
Begitu juga kalau kita melihat kepada subject ataupun mata pelajaran Matematik perbezaannya tidaklah begitu ketara iaitu sebanyak 3%. Dalam subject Matematik, calon bandar lulus 84.9% berbanding 81.9% calon luar bandar.
Jadi kalau kita melihat, begitu juga dalam Bahasa Inggeris ya, pencapaian memang ada sedikit perbezaan, tapi tidaklah terlalu jauh berbanding dengan keputusan yang lulus di bandar dan calon luar bandar. Dalam Bahasa Inggeris, calon bandar mendapat kelulusan 86.6% berbanding pada calon luar bandar sebanyak 79.2%. Prestasi Bahasa Inggeris calon luar bandar kalau kita lihat dalam konteks ini, masih ada ruang untuk kita pertingkatkan apabila dibandingkan dengan prestasi calon bandar. Namun begitu, jika kita lihat dari segi tahap ini, semakin meningkat dalam tempoh 5 tahun yang lepas, ya.
Tuan Yang Dipertua, merujuk kepada apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini ialah, dalam usaha kita perbaiki lagi, untuk memastikan keputusan yang lebih baik sama ada calon bandar ataupun calon luar bandar, kalau kita lihat sebenarnya, objektif utama pendidikan Negeri Sembilan adalah untuk menyediakan peluang pendidikan serta membangunkan potensi semua murid tanpa mengira kedudukan sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Untuk meningkatkan keupayaan dan pencapaian lu, calon luar bandar bagi jangka masa pendek dan jangka masa penjang, di antara program yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan ialah yang pertama, Highly Immersive Programme atau HIP untuk menambah masa pendedahan pelajar yang meluas dan mewujudkan persekitaran Bahasa Inggeris yang lebih aktif serta penglibatan menyeluruh warga sekolah, ibu bapa dan komuniti. Bilangan sekolah yang menyertai program ini adalah sebanyak 284 buah sekolah merangkumi 138 buah sekolah untuk kohort satu manakala 146 buah sekolah lagi untuk kohort dua.
Yang kedua, Program Intervensi Tambah Opsyen atau P-I-T-O (PITO) di English Language Teaching Centre, Bandar Enstek yang melibatkan 42 orang guru bagi mengatasi masalah guru bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris. Yang ketiga, di bawah Program Transformasi Daerah (DTP), SISC memberi bimbingan kepada juga guru-guru berprestasi rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris peperiksaan awam dalam mempertingkatkan kemahiran pedagogi mereka. Bilangan Sekolah Hot Spots melibatkan 47 buah sekolah menengah seluruh Negeri Sembilan.
Bagi mata pelajaran teras yang lain, program dan aktiviti peningkatan pedagogi guru dan kemahiran murid sentiasa dirancang dan dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk menentukan kesediaan murid menghadapi peperiksaan awam tahap peringkat menengah serta asas pendidikan yang lebih tinggi. Demikian jawapan, Tuan Yang Dipertua, terima kasih.
Tuan Yang Dipertua, saya ingin mengemukakan soalan tambahan. Soalan saya, saya terbaca kenyataan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat daripada Sikamat iaitu di media, iaitu menyokong penggunaan UEC, peperiksaan UEC bagi kemasukan ke pengajian-pengajian awam di negara kita. Soalan saya, adakah ini merupakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri. Dan jikalau ianya merupakan pendirian, ataupun sokongan rasmi Kerajaan Negeri, apakah justifikasi bagi membolehkan beliau menyokong UEC ini digunapakai sebagai suatu peperiksaan yang membolehkan pelajar-pelajar memasuki institusi pengajian awam di negara kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Senaling. Terima kasih atas soalan tersebut, soalan tambahan. Kita sedia maklum bahawa keputusan tersebut adalah merupakan pertanyaan di dalam sidang, di dalam apa, di dalam sidang media, yang mana ketika itu isu dia ialah ke, ke, keputusan kerajaan Persekutuan sama ada ingin menerima ataupun tidak. Jadi bagi kita di Negeri Sembilan, saya katakan bahawa kita tidak punyai pusat pengajian tinggi yang boleh menerima ataupun tidak. Jadi saya serahkan kepada pihak, pihak, pihak Persekutuan ketika itu, sama ada menerima atau menyokong ataupun tidak. Itu saja jawapan saya. Mungkin diambil apa, tapi bagi kita, kalau itu keputusan Persekutuan untuk menerima, kita sokong. Jika tidak, kita sokong, itu saja. Terima kasih.
Yang Amat Berhormat, kita pergi ke soalan seterusnya, daripada Mambau.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Mambau ingin kemukakan soalan kedua. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Mambau. Ya, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa melaksanakan pemantauan dan penelitian terhadap pokok-pokok cenderung untuk tumbang atau berlaku rekahan pada dahan berikutan usia yang lama mahupun faktor cuaca. Jadi ini juga sama sekali jawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seremban Jaya tadi. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, jentera lori dan skylift yang sedia ada sebenarnya mencukupi. Cuma kadang kala kalau ada keperluan ataupun permintaan, kita juga akan menyewa jentera ataupun skylift daripada syarikat luar mengikut keperluan dan juga kesesuaian.
Pokok-pokok yang telah dikenal pasti akan dicantas atau dipangkas mengikut keperluan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Manakala bagi pokok-pokok yang telah pun dibuat penilaian dan dikenal pasti terdapat keperluan untuk ditebang, proses tersebut akan dilaksanakan mengikut tatacara yang berkenaan. Terima kasih.
Tuan Yang Dipertua …..
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.
Saya tidak dibenarkan.
Boleh benarkan? Sekejap, sekejap, saya nak mintak penjelasan Yang berhor, Yang Berhormat ya.
Boleh tak boleh?
Benarkan tak?
Tuan Yang Dipertua, penggal lepas apabila Mambau di sana mintak pertanyaan pencelahan, mereka tak bagi. Mengapa kali ini dia nak mintak lagi?
Tak bagi ke?
Saya tidak dibenarkan. Soalan tambahan, soalan tambahan. Jadi Tuan Yang Dipertua, masalah aduan pokok-pokok yang merbahaya ni ialah satu aduan yang terutama bagi saya. Sebab setiap bulan atau setiap minggu ada aduan pokok-pokok yang membahayakan orang awam dan tidak dibersihkan atau ditebangkan. Oleh kerana ini, saya harap kerajaan baru boleh menambahkan ini jentera kenderaan yang lebih baik untuk keselamatan penjawat awam, atau janganlah selalu menyewa lori lain, mengapa nak lori, mena, sewa lori daripada pihak, pihak swasta? Patutnya, patutnya Kerajaan Negeri sendiri boleh membelilah untuk kenderaan-kenderaan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ni.
Jadi soalan saya senang saja, soalan saya, bolehkah, bolehkah kerajaan baru menjaminkan, soalan saya ni tidak, tidak ter, berulang, wujud lagi pada penggal sidang yang akan datang. Saya harap, saya harap Kerajaan Negeri boleh jawab soalan ini. Terima kasih, sebab letih nak jawab dari rakyat ni. Setiap kali wujud, tak pernah diselesaikan. Saya berharap kerajaan boleh bagi jawapan yang tepat dan jangan ulang lagi. Saya berharaplah, saya tak akan tanya soalan ni dah pada sidang yang akan datang.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Mambau. Saya dengan Yang Berhormat dan juga banyak rakan-rakan di Dewan ini, kita melebihi 3 penggal, ada pun ada 2 penggal ke 3 penggal, ada yang baru masuk ke Dewan yang mulia ini. Cuma untuk apa isu pokok membahaya ini, saya, saya rasa yang, apa yang kita sedang buat, kerajaan baru buat, kita mengambil maklum, kita mengambil maklum dan kita mengambil tindakan yang segera untuk menyelesaikan masalah ni. Cuma bagi saya, pokok dia memang akan tumbuh, dia akan menjadi tua, dan yang paling penting saya rasa bukan saja tanggungjawab daripada pihak kerajaan, tetapi juga orang awam, mereka jumpa, juga perlu memaklumkan, kalau ada masalah tersebut, maklum kepada kerajaan, maklum kepada PBT. Saya percaya, kalau kita terima maklumat, kita akan mengambil tindakan yang segera. Kalau pokok itu memang berisiko tinggi, kita akan mengambil tindakan. Tak ada masalah Yang Berhormat Mambau. Kalau ada aduan
macam tu, terus tuju kepada saya, saya akan serta dalam masa yang tersingkat. Terima kasih.
Tak ada masalah, sampai aduan 6 bulan pun belum selesai. Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat Mambau, okay. Kita pergi seterusnya …..
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, boleh saya mencelah, mintak penjelasan? Saya mintak penjelasan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.
Penjelasan? Silakan, dibenarkan.
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Dipertua. Saya cuma nak mintak penjelasan dari segi pusingan kita ni. Tadi Yang Berhormat nyatakan bahawa kita bagi peluang kepada semua orang.
Ya.
Tapi saya tengok dah balik kepada Mambau, sedangkan kami belum habis lagi. Kalau nak bagi semua seorang satu soalan, adalah lebih baik, diputuskan habiskan semua mengikut aturan yang telah Yang Berhormat sendiri tetapkan iaitu seorang Yang Berhormat mengeluarkan satu soalan. Sedangkan Yang Berhormat daripada ADUN-ADUN Pembangkang ni, masih ramai lagi yang belum mendapat peluang. Dan isunya ialah supaya semua orang berpeluang untuk menyatakan soalan mereka. Jadi saya nak mintak kalau boleh, kita habiskan pusingan yang pertama untuk semua ADUN-ADUN dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota. Saya tak apa ni, maknanya soalan daripada kerajaan, lepas tu saya pergi kepada pembangkang, kerajaan – pembangkang, saya selang seli ni. Dulu saya difahamkan mereka dapat hujung-hujung je. Tapi ini, kali ni saya difahamkan oleh …..
Yang …..
Mintak maaf, sekejap, saya, dapat, dapat di peringkat di hujung. Tapi sekarang saya berlaku adil sebenarnya. Kebetulan Mambau ni dia ada 2 soalan, kebetulan kita buat selesa tu, kerajaan – pembangkang – kerajaan – pembangkang kan, maka kita, dia pergi soalan nombor 13. Saya dah cuba dah sebaik yang mungkin. Saya minta maaflah kalau Mambau 2 kali, pasal kita ikut soalan yang kita rasa ikut keadilan yang ada, dan jawapan yang akan diberi oleh Yang Amat Menteri Besar begitu jugak EXCO-EXCO utama. Saya ingat itu sekali yang, yang lain saya rasa tak ada 2 kali ini. Mambau je. Jadi saya, esok kita tengoklah.
Saya mintak Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, kita bagi peluang pada seorang, satu seorang, satu soalan bagi setiap ADUN.
Okay.
….. sebab perkara ini telah dinyatakan oleh Yang Berhormat sendiri.
Okay. Saya cuba habiskan secepat mungkin. Semua dapat bagi peluang, kalau boleh jangan banyak tambahlah, keterangan ke apa ke, kalau jawapan tu rasa dah puas hati, kita nak, tak perlu panjangkan lagilah. Okay kita pergi kepada soalan seterusnya, daripada Palong ya.
Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua. saya mengemukakan soalan nombor 1.
Silakan.
Tuan Yang Dipertua, merujuk kepada soalan Palong tentang kekurangan guru di Jempol. Di antara langkah strategik yang diambil bagi mengatas, mengatasi kekurangan guru di Jempol, pihak Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan melaksanakan 3 perkara yang berikut. Yang pertama,
mengawal pertukaran guru keluar dari Daerah Jempol. Yang kedua, membuat pengisian bagi penempatan guru baharu. Dan yang ketiga, membuat penempatan semula guru di antara sekolah bagi memastikan taburan guru sekata terutama bagi mata pelajaran teras. Sekian, yang, Tuan Yang Dipertua.
Soalan tambahan Yang Dipertua. Soalan tambahan Yang Dipertua.
Satu saja. Kang ada yang lain tambah kang, panjang.
Kita, Tuan Yang Dipertua, jika kita lihat, di kawasan luar bandar dan kawasan felda, bukan setakat kekurangan guru Bahasa Inggeris, tapi apa yang lebih ketara adalah kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris. Banyak di antara sekolah-sekolah di luar bandar di kawasan felda, guru yang mengajar Bahasa Inggeris bukan di kalangan guru opsyen Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan kalau kita tengok keputusan pencapaian Bahasa Inggeris dalam peperiksaan awam, jelas ketara di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Jadi soalannya, apakah langkah-langkah dan kaedah penyelesaian kekurangan guru Bahasa Inggeris kawasan felda dan kawasan luar bandar? Terima kasih Yang Dipertua.
Tuan Yang Dipertua, seperti yang dimaklumkan bahawa kita akan mengambil langkah serius ya, tentang permasalahan ini. Dan kita menyedari memang ada permasalah di kawasan di luar bandar. Dan inshaa Allah, maknanya dalam tempoh yang terdekat, kita akan melihat bagaimana untuk kita memastikan permasalahan guru ini akan dapat diselesaikan. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Masa kita terhad ya. Saya akan cuba tamatkan soalan lisan ni 11:40. Sekarang ada 11:27. Saya pergi seterusnya kepada soalan daripada Rahang ya.
Tuan Yang Dipertua, Rahang kemukakan soalan yang pertama.
Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua, dan kepada YB Rahang. Jawapan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Lisan Hari Ketiga daripada YB ADUN Mambau yang bertajuk “Peruntukan Kebajikan Masyarakat”. Oleh kerana soalan ni tela, terlalu umum, yang bertanyakan pecahan dalam jenis bantuan, pecahan kaum dan jumlah kelulusan dari Januari ke Disember 2017 dan Januari sehingga, Januari ke Julai 2018, maka saya sudah edarkan satu makluman tambahan. Dan saya akan jawab memetik jawapan point-point yang penting untuk jawab secara lisan ya.
Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah meluluskan bantuan kewangan yang terdiri daripada jenis bantuan mengikut kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Bagi Januari – Disember 2017 sebanyak 1,059 kes telah diluluskan, dan bagi Januari – Julai, sehingga Julai 2018 sebanyak 2,700 kes telah diluluskan. Maklumat terperinci boleh diper, diperolehi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.
Setakat ini, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan bantuan kewangan kepada penduduk-penduduk setempat miskin, luar bandar termasuk ibu tunggal yang hidup dalam kesusahan dan mempunyai tanggungan. Antara bantuan yang disediakan adalah Bantuan Kanak-Kanak. Kadar Bantuan Kanak-Kanak yang ditetapkan adalah seorang anak RM100.00. 2 orang RM200.00. 3 orang RM300.00. 4 orang RM400.00. Jikalau melebihi 4 orang ada maksimum RM450.00.
Selain itu, Bantuan Am dipertimbangkan kepada ibu tunggal dengan kadar yang ditetapkan RM140.00, RM200.00 dan RM270.00 sebulan mengikut kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jaki, Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Skim Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan Am adalah seperti berikut. Bantuan Am terdapat jumlah kes sebanyak 5,525 untuk jumlah RM8,158,920.00. Dan Bantuan Kanak-Kanak sejumlah 4,325 kes, untuk RM7,303,600.00. Pada masa ini, tiada kes penerima bantuan yang telah meninggal dunia yang menerima bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terima kasih.
Saya …..
Soalan tambahan. Adakah kerajaan baru mengaji supaya menambah bantuan kepada ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga emas?
Untuk menjawab soalan ini. Sebenarnya kerajaan telah, dalam senarai penerima bantuan terdapat 27,000 penerima bantuan. Dan kami terpaksa membayar RM7 juta setiap bulan. So, saya fikir, kami hanya akan be, kita hanya akan beri kepada mereka yang layak. Jikalau sesiapa ibu tunggal atau warga emas atau OKU yang layak, kami, kita akan memberi bantuan. Langkah-langkah itu, I think, kita, tanggungjawab kita semua supaya kita salurkan, panjangkan kepada pegawai-pegawai kebajikan masyarakat kami supaya kami boleh buat kerja-kerja yang tertentu, terima kasih.
Okay, terima kasih.
Soalan saya ialah ada, akan, apa ni, kerajaan baru, ada apa-apa cadangan untuk menambah, tambah, tambah …..
Okay.
….. bantuan ini?
Okay. Nak tambah tu, sekira, sekiranya PGK (Panduan Garis Kemiskinan), meaning at 930.00, I think, itu ada adalah dasar yang untuk Kerajaan Pusat untuk tambah. Terima kasih.
Mohon penjelasan Yang Dipertua.
Yang Berhormat Yang Dipertua.
Yang Berhormat Yang Dipertua, mohon penjelasan. Mohon penjelasan Yang Dipertua.
Saya ingat nak pergi terus ni. Sebab masa tak ada, tinggal berapa minit saja lagi.
Ini penting Yang Dipertua sebab saya mohon penjelasan.
Pasal apa lagi?
Mohon penjelasan ya. Tuan Yang Dipertua, saya nak tanya, semenjak Kerajaan Pakatan Harapan memerintah Negeri Sembilan, berapa ramai di antara penerima-penerima daripada JKM ini telah ditamatkan penerimaan. Kerana tiap, banyak di antara yang datang berjumpa wakil-wakil rakyat, ada di antaranya yang telah dipotong bantuan JKM. Ada di antaranya adalah pemegang-pemegang kad OKU sendiri, telah ditamatkan penerimaan bantuan JKM ini. Mohon penjelasan Yang Dipertua.
Ini bukan penjelasan, ini soalan. Tak tahu ke?
Memang ada, kami ada jawab, pada hari I think sidang kedua ke ketiga, tunggu, sabar.
Sila.
Saya ingin membuat pertambahan, apa, jawapan tambahan kepada jawapan kepada YB Nicole tadi. Berhubung dengan bantuan kepada warga emas, warga yang miskin. Kita akan berikan pada, pengumuman pada belanjawan yang akan datang inshaa Allah, ada berita baik untuk mereka inshaa Allah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat ……
Tuan Speaker.
Terus …...
Tuan Speaker, saya nak cakap sikit.
Tambah lagi? Masa dah kecederaan ni. saya nak habiskan, masukkan dalam perbahasan nantilah.
Cadangan, cadangan sebenarnya.
Cadangan?
Cadangan.
Ucapanlah, ucapan nanti.
Okay, okay.
Okay, kita pergi kepada soalan yang ke-16, daripada Gemas. Habis dah, 11 orang. Kejap, kejap, haa 11 orang, lepas ni tutuplah soalan lisan.
Okay, Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang nombor 3.
Okay Yang Berhormat.
Soalan nombor 3.
Warisan Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat …..
Eh, tak jawab lagi.
…. Speaker, Tuan Yang Dipertua Dewan.
Ya.
Warisan merupakan sesuatu yang diperturunkan daripada generasi terdahulu iaitu tinggalan nenek moyang atau tinggalan alam semula jadi yang perlu dipelihara. Dari segi pembahagian kategori warisan ini ada beberapa kategori berdasarkan Akta Warisan Negara 2005, ia terdiri daripada warisan yang ketara dan warisan yang tidak ketara. Di Negeri Sembilan, di bawah kedua-dua kategori ini, beberapa senarai telah direkodkan dan diangkat sebagai Warisan Negeri dan Warisan Kebangsaan.
Untuk kategori warisan ketara, ia akan meliputi kawasan, monumen dan bangunan seperti bangunan colonial, bangunan bersejarah, tapak-tapak bersejarah dan juga objek-objek bersejarah. Manakala bagi kategori warisan tidak ketara pula, ianya akan meliputi kesenian dan kebudayaan seperti makanan dan budaya.
Saya ingin maklumkan kepada Dewan beberapa senarai Warisan Negeri dan Warisan Kebangsaan yang telah diwartakan oleh Jabatan Warisan Negara supaya ahli-ahli Dewan dapat bersama-sama dengan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Warisan Negeri dan Warisan Kebangsaan ini supaya ianya menjadi produk pelancongan bagi Negeri Sembilan.
Bagi senarai Warisan Kebangsaan, bagi kategori bangunan, yang pertama adalah Istana Lama Seri Menanti pada tahun 2009. Yang kedua, ialah yang, yang termasuk sebagai Warisan Kebangsaan Kategori Bangunan tadi adalah Istana Lama Seri Menanti. Kategori Tapak arkio, Arkeologi ialah Tapak Megalith Pengkalan Kempas yang telah diiktiraf pada tahun 2015, yang terdapat di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Manakala di bahagian Objek Warisan Ketara adalah Takhta Rencana yang berada di Seri Menanti, yang telah diiktiraf pada 2015. Manakala bagi kategori Warisan Tidak Ketara yang meliputi kesenian dan kebudayaan adalah makanan ya, makanan Negeri Sembilan ini sudah merupakan makanan yang popular. Di antaranya ialah gulai lomak cili api, sambal gesek ikan bilis, wajik, wajid ya, dan jugak adat perpatih.
Bagi seginya, dari segi senarai senarai Warisan Negeri, yang pertama Kategori Bangunan ialah Bangunan Kompleks Kraf Negeri Sembilan yang juga merupakan bekas Pejabat Daerah dan Jabatan Ukur. Bangunan White House Seremban, yang dulu merupakan bekas Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Masjid Jamek di Jalan Dato’ Bandar Tunggal. Yang keempat ialah Model Rumah Melayu Negeri Sembilan yang terdapat di Kompleks Taman Seni Budaya. Yang kelima ialah Sekolah Menengah King George V, sekolah lama saya, di
Jalan Dato AS Dawood. Yang keenam ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Ampangan yang merupakan blok lama, yang menjadi Pejabat Pendidikan atau Pusat Kegiatan Guru di Ampangan. Yang ketujuh ialah Istana Lama Ampang Tinggi, yang terletak di Kompleks Taman Seni, Seni Budaya. Yang kelapan ialah Masjid Tanjung Beringin di Seri Menanti.
Bagi kategori Monumen ialah Batu-Batu Hidup atau batu-batu Nisan Tinggi yang terdapat di Tampin. Yang kedua ialah Makam Moyang Salleh di Jelebu. Bagi kategori Tapak Bersejarah sudah pasti ialah tapak Kota Lukut yang terdapat di Port Dickson. Dan bagi kategori Objek Warisan Ketara ialah seni berkaitan anyaman tikar iaitu Tikar Rompok dan jugak seni berkaitan dengan Tilam Pandak. Jadi, itulah jawapan saya bagi soalan daripada Yang Berhormat Gemas berkaitan Warisan Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
Okay, Yang Dipertua, soalan tambahan saya. Yang terakhirlah yang saya rasakan. Kita dapati bahawa batu megalith merupakan Warisan Ketara yang banyak terdapat di Negeri Sembilan dan merupakan satu warisan di Negeri Sembilan. Jadi soalan saya, sejauh manakah tindakan kerajaan bagi memastikan batu megalit, megalith yang terdapat di sembilan ini, di Negeri Sembilan ini dapat dibangunkan untuk menarik tarikan pelancong yang, untuk datang ke Negeri Sembilan ini? Terima kasih.
Terima kasih. Memang kita dapati banyak batu-batu megalith ini yang terdapat di sepanjang perjalanan daripada Seremban ke Kuala Pilah, dan juga ada yang terdapat di Port Dickson. Dan kebanyakan tapak-tapak ini adalah sebahagiannya merupakan milik persendirian atau milik, milik orang ramai, ataupun milik individu. Jadi, Kerajaan Negeri inshaa Allah, melalui jabatan yang berkaitan, kita akan mengadakan perbincangan dengan pemilik-pemilik batu-batu megalith ini untuk kita sama-sama mencari jalan untuk me, terutama untuk mempertahankan supaya ianya tidak disentuh ataupun tidak dirosakkan. Yang kedua, ialah untuk kita sama-sama mempromosinya sebagai satu produk pelancongan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
Okay, terima kasih Yang Berhormat – Yang Berhormat. Sekarang sudah pukul 11:42. Saya janji 11:40, lebih 2 minit. Tak apa, kita terus kepada soalan-soalan yang tadi kita tak boleh sambung lagi ya. Jadi, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi
pertanyaan lisan hari pertama, telah pun tamat. Bagi soalan-soalan, pertanyaan tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions
Perkara seterusnya, Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya bangun membentangkan jawapan-jawapan bertulis bagi pertanyaan-pertanyaan yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan-jawapan bagi pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.
UsulMotion
Perkara keenam, Usul.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul yang berbunyi “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda bagi merasmikan Pembukaan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14”.
Tuan Dipertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat yang telah mengambil alih jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU yang ke-14. Saya rasa Yang Amat Berhormat Sikamat merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama daripada bahagian Parlimen Seremban. Ini merupakan sejarah untuk Parlimen Seremban, kebetulan saya merupakan Ahli Parlimen Seremban. Dan saya cukup, turut berbangga bahawa salah seorang rakan saya, ADUN daripada Parlimen Seremban diberikan mandat untuk menjawat
jawatan Menteri Besar. Kerana dulu-dulunya, biasanya Menteri Besar daripada bahagian-bahagian Parlimen yang lain. Pernah daripada Rembau, daripada Teluk Kemang, daripada Jelebu dan sebagainya. Kali ini, kali pertama, dari Seremban.
Ucapan tahniah juga dirakamkan kepada Tuan Yang Dipertua, Speaker Dewan Undangan Negeri yang telah pun diberikan mandat sebagai Tuan Yang Dipertua yang baru untuk menerajui Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. Seterusnya tahniah kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang menjawat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli EXCO, yang rata-ratanya kali pertama menjawat jawatan ahli EXCO, ada rakan-rakan yang pernah menjadi ADUN, ada rakan-rakan yang kali pertama menjadi ADUN terus menjadi EXCO. Dan kepala, kepada semua rakan ahli-ahli Dewan yang lain, yang kembali ke Dewan Undangan Negeri yang ke, kembali ke Dewan yang mulia ini, saya ucapkan tahniah. Saya juga kembali, kali ini.
Tuan Dipertua, hari ini merupakan kali yang ke-15 saya membahaskan usul menjunjung kasih untuk ucapan tuanku. Walaupun kali ke-15, kali pertama saya mencadangkan usul. Kerana biasanya dulu, lepas pencadang penyokong, saya orang yang pertama yang akan membahaskan usul ini, di sebelah kerusi itu, sebagai ketua pembangkang yang tak rasmi. Kalau kita mengimbas kembali sejarah ataupun penglibatan saya dan perbahasan saya dalam Dewan yang mulia ini, sejak tahun 2004. Masih saya ingat pada tahun 2004, ketika itu rambut saya masih banyak, umur 27, belum berkahwin, saya masuk ke Dewan yang mulia ini, pembangkang hanya 2 orang, saya dan juga, pada ketika itu ADUN Bahau. Dan Yang Berhormat Rantau pada ketika itu baru mengambil alih sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru daripada mantan, daripada bekas Menteri Besar; Tan Sri Isa Samad. Pada ketika itu 2 orang saja. 2 daripada pembangkang dan 34 daripada pihak kerajaan, ketika itu Barisan Nasional. Sampai ke tahun 2007, tinggal saya seorang, kerana ketika itu ADUN Bahau telah lompat parti buat seketika menjadi ADUN Bebas, lepas itu masuk ke dalam MCA menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional.
Selepas itu, masuk PRU ke-12, 2008, ramai daripada rakan-rakan saya, sama-sama dengan saya, dan ketika itu kita juga mencatat sejarah menafikan buat kali pertama majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam Dewan yang mulia ini. 2013, kita mempertahankan kebanyakan kerusi yagn kita menangi pada tahun 2008. Kita tewas 1 – 2 kerusi, kita menang kerusi tambahan iaitu DUN Chennah. Kita kalah balik Ampangan. Kita kalah di Paroi. Tapi kita menang di Chennah. Tapi kita berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional.
Sehinggalah PRU ke-14 tahun 2018, kita mencatat kemenangan di 20 kerusi. Membenarkan kita mengambil alih Kerajaan Negeri Sembilan. Ini satu perjalanan saya, secara peribadi, 14 tahun ini, melihat kepada perubahan landskap politik yang cukup besar, bukan sahaja di Negeri Sembilan, tetapi di negara secara keseluruhannya.
Baik kita mengimbas kembali melihat iktibar daripada perubahan landskap politik ini. 2004, kali pertama saya masuk pilihan raya. Ketika itu, saya rasa yang, tak ada rakyat Malaysia yang boleh memikirkan ataupun boleh imagine bahawa Barisan Nasional akan jatuh, akan menjadi pembangkang satu hari. Ketika itu tahun 2004, Barisan Nasional menang lebih 90% kerusi di Parlimen dan di Dewan Unadngan Negeri. Kita nak menang 1 kerusi cukup payah. Dah menang 1 kerusi pun dah cukup gembira dah. Beria-ia saya, 2 – 3 malam saya tak boleh tidur, menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri. Malam pertama, hari pertama saya masuk Dewan nak berbahas, malam itu saya tak tidur, prepare. Macam-macam saya nak cakap. Tetapi masa yang tidak mengizinkan pada ketika itu, hanya 20 minit, 15 ke 20 minit untuk pembangkang.
Kalau kita melihat balik 2004, mengapa pada ketika itu, begitu gah, begitu besar kemenangan Barisan Nasional. Salah satu faktornya ialah kerana berakhirnya zaman ataupun era Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Keempat, naik Perdana Menteri baru, yang kelima. Era Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah, yang telah memberikan satu imej Mr. Clean dan memperkenalkan pelbagai slogan, amanah, cekap dan sebagainya. Yang memberikan satu imej yang baik kepada rakyat bahawa pentadbiran baru di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi akan mengamalkan sistem pentadbiran yang berintegriti, yang bebas daripada rasuah, yang memberikan slogan-slogan ataupun kenyataan-kenyataan yang begitu meyakinkan kepada rakyat. Work with me, not work for me, kita nak first world infrastructure, dan first world mentality. Begitu banyak slogan yang saya masih ingat sampai sekarang hari ini.
Tetapi 4 tahun kemudian, oleh kerana janji-janji tersebut tidak dapat ditunaikan sepenuhnya, maka Barisan Nasional kalah 1/3. Di Parlimen kalah banyak kerusi, dan saya juga kali pertama masuk Parlimen tahun 2008, apa yang dinamakan pada ketika itu sebagai tsunami politik Malaysia. Di mana ketika itu Kerajaan Barisan Nasional, walaupun mempertahankan pentadbiran di Putrajaya dan di Negeri Sembilan, tetapi mereka kalah 1/3 daripada kerusi-kerusi itu. Dan kita mempunyai satu pimpinan, satu barisan pembangkang yang cukup besar di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri.
Tahun 2018, 2013, PRU ke-13, signal-signal itu ataupun petanda-petanda bahawa rakyat telah mula menolak pentadbiran Barisan Nasional pun telah timbul, di mana buat kali pertama pembangkang memenangi lebih daripada 52% undi popular. Walaupun Barisan Nasional mempertahankan pentadbiran di Putrajaya, tetapi mereka tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia.
Tahun 2018, PRU yang ke-14 ini merupakan satu PRU yang cukup bersejarah. Apa yang dikatakan sebagai extra ordinary. Tidak ada sesiapa yang memberikan harapan kepada Pakatan Harapan untuk memenangi PRU ini. Baik daripada pemberita, daripada penganalisa politik, daripada kerajaan-kerajaan asing, yang tidak melihat signal tersebut, ataupun sign tersebut. Saya yakin daripada rakan-rakan di sebelah Barisan Nasional, di sebelah pembangkang pada hari ini, pun tidak menduga bahawa keptuusan akan begitu. Termasuk saya sendiri, saya tidak menduga bahawa kita boleh memenangi satu undi majoriti ataupun satu kerusi majoriti yang jelas untuk membentuk kerajaan sama ada di pusat mahupun di Negeri Sembilan.
Kebimbangan saya pada ketika itu, sebagai Pengerusi Parti DAP Negeri Sembilan, sama-sama dengan pimpinan Pakatan Harapan, kebimbangan pada ketika itu, kerana di Negeri Sembilan ini, DUN-nya 36, angka genap. Apa akan berlaku kalau kita hanya menang 18 kerusi. Pihak BN pun 18. Kalau 18 – 18, siapa yang akan membentuk kerajaan? Sudah tentu kelebihan akan berpihak kepada governance of the day, atau ketika itu caretaker government. Tetapi, rakyat telah memberikan satu kemenangan yang jelas kepada pihak Pakatan Harapan, di mana kita menang 20 kerusi dan ada satu majoriti yang jelas.
Dan 2018 ini, faktor, pelbagai yang menjurus kepada keadaan ini ialah jelas bahawa rakyat Malaysia termasuk rakyat Negeri Sembilan jelas bangun dan bangkit menolak diktokrasi. Dan mereka tidak dapat menerima pentadbiran tertinggi negara yang terlibat dengan penyelewengan kuasa dan pelbagai skandal kewangan yang berlaku.
Kita melihatkan satu sejarah dalam politik Malaysia di mana tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, bekas ataupun bekas Perdana Menteri yang pernah menjawat 22 tahun, Tun Dr Mahathir di bawah Barisan Nasional keluar Barisan Nasional, bekerjasama dengan kita, Pakatan Harapan, bersama-sama untuk menentang dan melawan dengan pihak Barisan Nasional. Dan sejarah telah dicatat di mana Perdana Menteri yang paling tua di dunia sekarang ini, umur 93 tahun, tetapi menjadi Perdana Menteri kali kedua, Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir. Negarawan yang tak dapat dinafikan oleh sesiapa bahawa
semangat beliau dan juga kecekalan beliau dan stamina politik beliau yang cukup panjang dalam dunia politik Malaysia.
2018 ini, PRU 14 ini juga membuktikan bahawa politik ini merupakan satu art of possibilities di mana kalau 20 tahun lepas, pada tahun ‘98, tidak ada sesiapa yang boleh memikirkan ataupun imagine bahawa satu hari nanti, lepas 20 tahun, boleh melihat balik gandingan, regu yang paling mantap dunia politik menggandingkan Tun Dr Mahathir bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ni berlaku dalam politik. Kerana kita bersama-sama nak membawa satu harapan kepada rakyat Malaysia. Dan pada hari ini, kita telah membuktikan bahawa sistem demokrasi kita membenarkan rakyat Malaysia membuat pilihan mereka. Kalau pentadbiran, yang tidak berintegriti, apabila sudah berlaku penyelewengan kuasa yang ekstrem, yang sudah tidak terkawal, maka rakyat akan bangkit.
Itu sebabnya saya nak mengingatkan rakan-rakan, dalam kerajaan pada hari ini, termasuk saya sendiri bahawa kemenangan pada PRU 14 ini, bukan oleh kerana kita yang hebat, tetapi rakyat yang hebat. Kerana rakyat menaikkan kita. Rakyat yang membangkit menaikkan pentadbiran baru. Apabila rakyat bangkit menaikkan pentadbiran baru, saya nak ingatkan rakyat juga ada hak, dan mereka juga ada kuasa untuk menurunkan kita kalau kita tidak menjalankan amanah kita dengan baik dan beramanah.
Dan dalam titah ucapan tuanku, saya yakin dan saya rasa Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar cukup kecewa kerana dalam ucapan tuanku, dalam titah tuanku, dalam perenggan keempat dan kelima, yang suka saya baca sedikit ucapan tersebut, perenggan tersebut, yang berbunyi:
“4. Akhir-akhir ini rakyat Malaysia telah didedahkan dengan berita-berita yang berlaku dalam negara ini mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan yang ekstrem yang boleh memusnahkan negara. Hampir setiap hari pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan membongkar berita-berita ini satu demi satu. Apa yang mengecewakan ialah salah guna kuasa dan penyelewengan ini telah berlaku sekian lama tanpa tindakan berkesan yang boleh diambil oleh mana-mana pihak. Beta [Tuanku] bersyukur Pilihanraya Umum Ke-14 ini telah mencatat sejarah hasil demokrasi yang diamalkan negara: hanya apabila rakyat telah bersuara melalui pilihanraya ini, tindakan yang sepatutnya dibuat awal-awal lagi ke atas salah guna kuasa dan penyelewengan tersebut dapat dimulakan.
5. [Tuanku] Beta menyeru agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi sampai bila-bila. Prinsip check and balance perlu wujud dalam jentera pentadbiran kerajaan untuk memastikan negara bebas daripada sebarang salah laku. Semua wakil rakyat, agensi penguatkuasa dan kakitangan awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan akauntabiliti tanpa ada agenda kepentingan peribadi.”
2 perenggan ini merupakan intipati yang paling penting dalam ucapan titah baginda. Saya menyeru kepada setiap rakan dalam Dewan yang mulia ini untuk menghafal dan apa ni, memahami apa yang cuba disampaikan oleh tuanku. Key word-nya ialah kita mesti menolak penyelewengan kuasa, dan rakyat bangkit menolak dictocracy detokrasi dan paling penting amanah yang telah diberikan itu mesti dijaga dengan baik. Dan dalam sistem pentadbiran mesti ada check and balance yang kukuh, yang kuat supaya memastikan tidak ada penyelewengan kuasa dan penyalagan, penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak.
Jelas bahawa PRU yang ke-14 ini, faktor yang paling besar yang telah menyebabkan rakyat menolak kerajaan yang terdahulu ialah skandar 1MDB. Skandal kewangan ini telah mencemarkan nama Malaysia di seluruh dunia kerana apa yang digelar sebagai kleptocracy ini telah menyebabkan negara kita terdedah kepada pelbagai masalah kewangan pada hari ini. Namun begitu, pada hari ini saya tidak mahu bercakap panjang berkenaan skandal 1MDB, ataupun skandal yang telah pun dilakukan oleh pentadbiran terdahulu.
Putrajaya pada hari ini memberikan kebebasan dan sokongan penuh kepada institusi-institusi penguatkuasa undang-undang seperti suruhajaya pilihan ra, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia, Peguam Negara dan lain-lain untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan berani, dengan tegas, dengan adil supaya sesiapa sahaja yang terlibat dengan skandal 1MDB ataupun skandal-skandal yang berkaitan dengannya mesti dihadapkan muka, ke muka pengadilan. Tapi pada hari ini, kita mesti, bukan sahaja melihat kepada skandal tersebut, tetapi apa yang penting memastikan perkara seperti ini tidak berulang dalam pentadbiran baru dan dalam masa-masa yang akan datang.
Tuan Dipertua mengambil se, kesempatan ini, pada hari ini untuk merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Rantau. Walaupun hari ini, kita telah bertukar tempat. Dulu saya duduk di sebelah tempat Yang Berhormat Rantau, kini kita berada di kerajaan, saya tetap memberikan kepada Yang Berhormat Rantau selaku mantan Menteri
Besar Negeri Sembilan yang telah pun memainkan peranan yang penting dalam peralihan kuasa. Ini sesuatu hormat yang penting dalam demokrasi, kerana yang paling penting untuk kita menjayakan sistem demokrasi dan menjayakan sistem pilihan raya yang adil, ialah pihak yang telah tewas ataupun pihak yang tidak men, mendapat majoriti mesti menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka, dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada pihak kerajaan baru. Dalam hal ini, saya yakin, dan saya rasa Yang Berhormat Rantau telah menunjukkan satu contoh yang baik di Negeri Sembilan.
Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memastikan satu peralihan kuasa yang aman, apa ni, menghormati keputusan daripada rakyat. Kerana saya difahamkan pada malam 9 Mei lagi, Yang Berhormat Rantau telah pun bersiap sedia untuk keluar daripada kediaman rasmi. Itu satu, satu contoh yang saya ra, rasa tidak berdolak dalih, menghormati apa yang telah diputuskan oleh rakyat. Dan itu merupakan satu petanda ataupun satu hormat, ataupun satu benchmark yang kita rasa semua pihak dalam politik ini mesti kita ikut, pada masa-masa yang akan datang. Apabila kita, mandat kita teruskan, kita boleh terus mengambil, terus menerajui kerajaan. Tapi kalau mandat kita diambil balik oleh rakyat, maka kita perlu menghormati keputusan daripada rakyat.
Pada hari ini, kita telah mengambil alih kerajaan. Pakatan Harapan telah diberikan mandat dan diberikan amanah. Dah 4 bulan kita mengambil alih. Tempoh peralihan sudah pun berakhir. Tempoh untuk kita mendapat taklimat telah pun berakhir. Dan sekarang ini sudah masuk ke fasa di mana kita perlu memulakan pelaksanaan kata-kata kita. Perjuangan itu adalah pelaksanaan kata-kata. Saya selalu dengar daripada aktivis-aktivis reformasi, perjuangan itu adalah pelaksanaan kata-kata. Tentunya, yang kita perlu laksanakan hari ini. Apa yang kita perkatakan, apa yang kita perjuangkan, apa yang kita lontarkan, apa yang kita cakap dalam ceramah, hari ini adalah masa untuk kita melaksanakan kata-kata ini.
Itu sebabnya pada hari ini, kalau kita nak memper, meperkasakan check and balance dalam sistem pentadbiran kita, yang paling penting ialah reformasi institusi. Reformasi institusi yang paling penting ialah kita nak memastikan institusi kita dapat berjalan dengan baik, dan dengan lancar. Tidak ada sesiapa yang boleh menyalahgunakan institusi itu. Kalau ada seiapa yang menyalahkan institusi itu, maka ada pihak dalam institusi itu yang dapat mengimbangi penyalahguna kuasa tersebut. Itu yang kita maksudkan bahawa pada hari ini reformasi institusi itu penting. Dan yang paling penting Pakatan Harapan perlu
memastikan pentadbiran kita ada unsur-unsur good governance ataupun kerajaan yang baik.
Untuk kita memastikan check and balance yang kukuh, yang sihat, institusi dalam negeri atau dalam Kerajaan Negeri yang paling penting ialah Dewan yang mulia ini iaitu institusi Dewan Undangan Negeri. Yang saya telah berkali-kali berhujah dalam Dewan yang mulia ini. Kerana DUN ataupun Dewan Undangan Negeri merupakan institusi yang paling tinggi dalam negeri kita. Yang pertamanya, reformasi DUN perlu dimulakan.
Saya mengucapkan syabas kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, kerana pun pada awal-awal ini, pada hari pertama sidang kita, telah pun memerlu, memulakan dengan sa, sedikit pembaharuan iaitu sistem penggiliran soalan. Ini cadangan yang telah pun saya lontarkan berkali-kali dalam sistem Dewan, dalam Dewan yang mulia ini. Memang sistem giliran soalan ini saya alu-alukan kerana tujuan ini ialah untuk memberikan peluang kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk daripada pembangkang untuk mereka bertanya soalan, untuk straight to the face, kepada Menteri Besar, kepada ahli EXCO, tanya soalan yang kritikal, yang mereka kena jawab, kerana mereka accountable dan answerable kepada rakyat dalam Dewan yang mulia ini. Itu yang saya katakan bahawa sistem giliran soalan ini cukup penting.
Kerana kita kalau melihat dulu, sistem kita bertanya soalan, satu Ahli Dewan Undangan Negeri, betul mereka boleh mengemukakan 3 soalan. Apabila ada 3 soalan itu, orang itu jugak akan mendominasi sidang tersebut. Kalau dulu orang yang pertama bertanya soalan, sudah tentunya daripada backbencher, satu soalan, satu, satu ADUN tanya 3 soalan. Bertambah dengan soalan tambahan. Pernah saya tengok jam sekali, hampir 50 minit, 55 minit. Satu ADUN tanya soalan 50 hingga 55 minit, kerana 3 soalan semua dari orang yang sama. Dan kerajaan mengambil masa yang panjang untuk memberikan pelbagai ucapan dan ceramah dan sebagainya untuk memanjangkan masa supaya pihak pembangkang kurang masa untuk bertanya. Itu taktik yang kita faham taktik politik.
Tetapi saya rasa pada hari ini, kalau kita buat kembali ataupun kita praktis kembali apa yang kita laksanakan itu, memang kerajaan mungkin tak payah pun jawab soalan daripada pembangkang kerana bolehlah mintak pasanglah 1 – 2 backbencher ini tanyalah soalan, bolehlah sediakan ucapan berupa bentuk ceramah, boleh bagi 45 minit punya ucapan untuk satu soalan. Tetapi itu sesuatu yang kita rasa tidak patut kita lakukan. Dan sistem penggiliran soalan ini adalah sesuatu
yang baik, yang baik untuk pembangkang. Kalau kita gunakan sistem dulu, pembangkang kurang peluang untuk bertanya soalan. Dan ini adil kepada semua ADUN.
Cuma ada beberapa perkara yang saya ingin memberikan sedikit kepada Yang Dipertua, sebagai orang yang telah pun lama dalam Dewan yang mulia, ini, melihat cara kita bersidang, dan jugak ada pengalaman di Parlimen, suka saya nak memberikan sedikit pandangan bagaimana kita dapat menambah baik sistem soalan ini. Yang pertamanya, kita me, me, perlu memastikan bahawa ada order paper, aturan mesyuarat yang dibentangkan ke, dalam Dewan yang mulia ini, kepada semua ADUN, kepada semua yang terlibat, ketua-ketua jabatan dan sebagainya, semua sekretariat, mesti ada satu kertas aturan mesyuarat ataupun order paper. Ini order paper ini dalam Parlimen, dia ada dalam Peraturan Mesyuarat. Order paper tersebut, Tuan Yang Dipertua boleh pastikan ataupun boleh tetapkan ADUN mana yang bertanya soalan terlebih dahulu.
Dan apa yang dipraktiskan di Parlimen, kita mengumpulkan soalan daripada semua ADUN, dan soalan pertama itu lazimnya daripada backbencher, daripada pihak kerajaan. Diikuti oleh soalan yang kedua dari pembangkang, kalau hari pertama, biasanya kepercayaan ataupun kita, kelebihan itu diberikan kepada Ketua Pembangkang untuk bertanyakan soalan paling penting daripada Ketua Pembangkang. Lepas itu soalan ketiga, balik kepada backbencher, empat kepada pembangkang dan sebaliknya. Setiap kali ada soalan itu, ada soalan asal diberikan jawapan, selepas jawapan diberikan, maka orang yang bertanya soalan itu mestilah diberikan hak terlebih dahulu untuk menanyakan soalan. Kalau dia tak berdiri, orang lain boleh berdiri. Tetapi soalan tambahan biasanya kita berikan dua kali ataupun 3 kali. Kalau orang yang telah bertanya itu daripada pihak kerajaan umpamanya, maka soalan tambahan yang kedua sepatutnya diberikan kepada pembangkang. Tetapi kalau soalan asal itu ditanyakan oleh pembangkang, soalan tambahan itu pertama daripada pembangkang, dan soalan tambahan yang kedua patutnya daripada kerajaan. Kita bergilir-gilir supaya ada check and balance, supaya soalan yang sama itu ada pandangan yang berlainan. Ada, ada apa ni, ada sudut yang berlainan, ada soalan daripada sudut yang berlainan yang kita tanya kepada satu, sesuatu soalan itu.
Dan soalan itu, mestilah ditetapkan oleh pihak Tuan Yang Dipertua, soalan mana yang penting. Kerana kita nak naikkan soalan-soalan berbentuk dasar, soalan-soalan yang patut dijawab oleh pihak Kerajaan Negeri. Dan soalan mana yang patut dijawab, bukan ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri, bukan di pering, ditentukan oleh pihak
executive, sepatutnya yang mengimbangi kuasa itu adalah daripada pejabat ataupun pihak Tuan Yang Dipertua untuk memastikan supaya pihak kerajaan, pihak executive tidak boleh menolak ataupun tidak boleh mengelakkan daripada soalan-soalan yang mereka rasa mereka tak selesa untuk jawab. Jadi, cara itu kita nak memastikan sistem dalam Dewan Undangan Negeri ini ada check and balance supaya pihak executive tidak boleh lari daripada menjawab soalan-soalan yang mereka rasa sensitif, yang mereka rasa tak mahu jawab.
Walaupun saya pada hari ini saya dalam kerajaan, tapi saya masih berpegang kepada prinsip bahawa dalam DUN ini mesti ada pengasingan kuasa. Legislative adalah berperanan untuk memainkan peranan untuk mengimbangi executive. Itu prinsip yang kita kena pertahankan dalam sistem Dewan Undangan Negeri ini. Jadi saya harap Tuan Dipertua, boleh mengambil pendekatan ini, dalam sidang yang akan datang, ataupun dalam hari-hari persidangan yang akan, akan datang. Perlu ada order paper memastikan pihak sekretariat. Dan saya tak mahu melihat hanya pihak backbenchers ada kertas ini. Ini cara lama. Ini cara, cara dulu. Backbenchers diberikan maklumat, tapi pembangkang tak ada. Rakan saya di sebelah pembangkang tak ada kertas ni. Saya difahamkan, yang pertam Mambau tanya, lepas tu Rahang tanya, Chuah tanya, Lobak tanya, Seremban Jaya. Memang ini semua masuk dalam skrip lah, semua tahu. Ada skrip. Tapi cuma ni, sepatutnya dijadikan sebagai satu aturan mesyuarat. Satu order paper yang transparent, yang adil kepada semua. Bukan sahaja kepada ADUN, kepada semua ketua-ketua jabatan, supaya mereka tahu apa soalan yang akan naik, apa soalan yang akan ditanya. Supaya mereka akan memberikan perhatian kepada jawapan yang akan diberikan. Jadi saya harap, Tuan Yang Dipertua dapat mengambil perkara ini supaya dapat ditambah baik.
Dan saya tidak, memang kita faham bahawa Tuan Yang Dipertua ada kekangan dalam Peraturan Mesyuarat. Peraturan Mesyuarat ini saya rasa dah berpuluh tahun tak pernah berubah. Selama saya 14 tahun menjadi pembangkang, setahu saya Peraturan Mesyuarat ini mungkin pernah hanya dipinda sekali saja. Daripada dulu tak ada had masa untuk soalan lisan, dia dihadkan 1 setengah jam. Dulu masa saya masuk, pada tahun 2004, tak ada had masa. Soalan lisan kita sampai pukul 1:00. 3 jam. Pun penatlah, mungkin Menteri Besar pada ketika pun penat jugak menjawab 3 jam. Sebab tak ada had masa. Kita tak ada had masa. Semua punya soalan kena jawab. Jadi kalau daripada pembangkang, sayalah kena tunggu sampai pukul 1:00 sebab saya yang paling hujung di pembangkang, orang yang kedua last. Tunggu sampai pukul 1:00 boleh, baru boleh tanya soalan. Kita punya sesi soal jawab sampai pukul 1:00. Lepas tu dipinda, hadkan masa 1 setengah jam.
Jadi, itulah, saya pulak sebagai pembangkang ada apa ni, kekurangan masa untuk bertanyakan soalan.
Jadi sudah sampai masanya, Tuan Yang Dipertua, saya mencadangkan supaya ada pindaan kepada Peraturan Mesyuarat supaya kita dapat menjelaskan apa yang sepatutnya ataupun dalam aturan mesyuarat itu, dari segi susunan me, daripada jumlah soalan yang ditanya dan sebagainya. Mungkin sudah tak sesuai lagi nak tanya 3 soalan dalam 1 hari. Mungkin dalam satu-satu sidang, kita ikut cara Parlimen, kita menghadkan 10 soalan, ataupun kita memberikan 10 soalan lisan kepada setiap ADUN untuk bertanya. Tetapi terpulang kepada Tuan Yang Dipertua untuk memastikan sa, mana satu soalan yang akan naik untuk dijawab secara lisan. Kerana dalam Parlimen pun bukan setiap seoalan lisan itu dijawab secara lisan. Kalau yang tak sempat itu, akan diberikan jawapan bertulis. Jadi, 10 lisan itu, perlulah kita naikkan.
Dan saya cadangkan, dalam Peraturan Mesyaurat nanti, apabila soalan itu ditanya oleh ADUN, dia mesti ditujukan kepada siapa yang dia nak tanya. Sama ada soalan itu ditujukan kepada Menteri Besar, ataupun EXCO perumahan, ataupun EXCO pelaburan, ataupun EXCO pendidikan. Mesti ditujukan secara spesifik. Dalam Peraturan Mesyuarat kita sekarang ini tak ada, dia tanya secara am, tanya kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri siapa nak jawab? Saya rasa tak elok apabila ada satu soalan dijawab 2 kali oleh 2 EXCO berlainan, ataupun lepas Menteri Besar ada EXCO lain mencelah jawab. Ini tidak menampak satu consistency. Saya maaflah, saya ni dah biasa dengan pembangkang, secara tegur secara terbuka punya. Tak betul, tak betul. Seperti yang tadi tu, saya rasa cara itu tak, tak, tak elok. Kerana lepas seseorang EXCO jawab, dia accountable kepada jawapan itu. Kalau Menteri Besar dah jawab, EXCO lain tak payah jawab, dia accountable. EXCO jugak, kalau EXCO dah jawab, Menteri Besar pun tak boleh jawab, tak boleh mencelah, sebab itu adalah accountability kepada jawatan itu. Dalam Parlimen, takkanlah ada soalan kepada saya selaku Menteri Pengangkutan, Menteri Kesihatan jawab soalan saya.
Tambahan.
Tak boleh. Tambahan pun tak boleh. Tambahan pun tak betul kerana itu adalah prinsip accountability. Kalau anda adalah EXCO yang bertanggungjawab kepada portfolio itu, you are the one who responsible for that portfolio. Orang lain tak boleh jawab. Jadi, saya harap ini tak berulang lagi. Dan perlu ada spesifik, soalan itu spesifik kepada sub, mana satu EXCO. Kalau EXCO itu jawab, jawablah
dia. Accountable, dia kena bertanggungjawab kepada jawapan yang telah diberikan. Sama jugak kepa cara saoalan. Kalau orang yang telah menyoal, tidak ada pencelahan daripada orang lain.
Jadi perkara-perkara ini memang kita di peringkat permulaan. Saya tidak menyalahkan sesiapa cuma ada kelemahan-kelemahan, mungkin ada kekangan-kekangan dalam Peraturan Mesyuarat itu, yang kita perlu berubah, yang kita perlu mengambil pendekatan untuk mengubah pindaan-pindaan dalam Peraturan Mesyuarat itu. Tetapi pindaan dalam Peraturan Mesyuarat itu, jawatankuasa Peraturan Mesyuarat itu, nanti saya akan, akan bincangkan.
Tuan Yang Dipertua, seterusnya ialah bagaimana kita memperkasakan …..
Ada 5 minit lagi YB.
Saya, Tuan Yang Dipertua, yang pertamanya pencadang ini, dia tak ada had masa. Dan peraturan apa ni, apabila buat ruling itu, kalau ada, ada had masa, Tuan Yang Dipertua kena bagi tahu dulu berapa had masa. Sebab saya kena arrange saya punya ucapan.
Okay, okay.
Tadi, tadi dari mula tadi Tuan Dipertua, tak ada cakap. Saya ingat saya cakap sampai pukul 1:00. Saya nak bahas sampai pukul 1:00. Tak pernah saya bahas 1 jam dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingat ini kali pertama saya pencadang usul …..
Okay, dibenarkan.
Saya baru masuk mukadimah saja.
Cuma, cuma.
Tak, tak, saya tidak akan ambil masa yang lain Tuan Yang Dipertua.
Saya tambahlah 10 minit, pasal apa …..
Ada banyak perkara Tuan Yang Dipertua, yang saya nak, nak, nak, ucapkan. Kalau kita nak memperkasakan sistem check and balance, peranan Ketua Pembangkang itu mesti diinstitusikan. Walaupun hari ini saya dalam kerajaan, Ketua Pembangkang orang lain, tapi saya masih berpegang kepada prinsip bahawa jawatan Ketua Pembangkang itu mesti diinstitusikan. Maksudnya dalam Peraturan Mesyuarat mesti ada jawatan Ketua Pembangkang itu. Dan Ketua Pembangkang perlu diberikan kemudahan sebagai seorang EXCO kerana status dan juga jawatan Ketua Pembangkang itu sepatutnya bertaraf seperti EXCO. Apa yang dinikmati oleh EXCO kemudahannya sama ada kereta rasmi, pembantu, kerani, setiausaha dan sebagainya juga perlu diberikan kepada Ketua Pembangkang.
Tetapi Ketua Pembangkang juga perlu memainkan peranan yang, yang, yang besar, yang lebih iaitu pada masa yang sama, seperti yang telah pun dilaksanakan di Selangor, Ketua Pembangkang juga perlu menjadi Pengerusi PAC, ataupun Jawatankuasa Kira-Kira Awam, Kira-kira wang negara, kira-kira wang negeri ataupun PAC. Jadi, apabila peranan Ketua Pembangkang ini diinstitusikan maka perlu kita mengiktiraf peranan ataupun tanggungjawab daripada pembangkang ini.
Seterusnya Tuan Yang Dipertua, Dewan yang mulia ini mesti dari segi persidangannya, dari segi intipati ucapannya, dari segi apa yang dibahaskan dan dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini, saya rasa rakyat di luar berhak mengetahui apa yang berlaku. Di Parlimen sekarang ini dah open dah. Tak ada apa yang boleh disorokkan di Parlimen ini. Apa yang berlaku dalam Parlimen, semua live pada seluruh dunia. Dan sekarang ini teknologi moden ini begitu mudah untuk kita laksanakan. Tak payah kos pun. Apa yang diperlukan hanya Unit Dewan Undangan Negeri, bukak satu Facebook account yang baru, buat secara FBlive, apa yang dirakamkan di sini, yang nampak, yang boleh dipaparkan di televisyen dekat luar, dipaparkan melalui Facebook live. Kita tak payah belanja apa-apa tetapi apa yang berlaku dalam Dewan yang mulia ini, patut diketahui oleh rakyat di luar khususnya pengundi-pengundi kita, supaya mereka tahu apa yang dibawa atau dibangkit oleh wakil-wakil rakyat mereka. Jadi saya harap
ini akan diambil berat oleh Unit Dewan dan pihak yang tauan, Tuan Yang Dipertua.
Yang seterusnya berkenaan dengan jawatan kuasa – jawatan kuasa. Tuan Yang Dipertua, saya mungkin tak sempat untuk membahaskan agenda ataupun usul pada esok ataupun hari Khamis, kerana esok ada Mesyuarat Kabinet. Tetapi saya nak sentuh sedikit berkenaan dengan keanggotaan jawatan kuasa – jawatan kuasa. Saya nampak ada kertas Dewan yang pertama di sini, yang telah pun menamakan nama-nama daripada ahli-ahli Dewan untuk menganggotai jawatan kuasa – jawatan kuasa Dewan dan jawatan kuasa – jawatan kuasa yang lain.
Yang pertama seperti yang telah saya katakan tadi, Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan (PAC) sepatutnya dipilih pengerusinya daripada Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang mesti diangkat sebagai Pengerusi PAC. Tetapi dalam Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan, nama Yang Berhormat Rantau tidak dicadangkan, ataupun kalau Yang Berhoramt Rantau boleh bersetuju orang lain untuk mewakili beliau, seperti apa yang berlaku di Parlimen, itu terpulang. Tetapi saya rasa apa yang paling baik Ketua Pembangkang perlu menjadi Pengerusi PAC. Dan komposisi jawatan kuasa ini perlu adil. Jangan kita buat macam dulu. Kita kena adil. Daripada 7 orang itu, komposisi ataupun composition of that committee perlu melambangkan kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri. Kita perlu apa ni, kita perlu mengiktiraf bahawa ada 16 ahli pembangkang dalam Dewan yang mulia ini. Jadi komposisi dalam mana-mana jawatan kuasa sepatutnya 4:3. 4 daripada kerajaan, 3 daripada pembangkang dan bukannya 5:2 seperti yang dicadangkan dalam kebayakan jawatan kuasa.
Satu lagi ialah keanggotaan dalam jawatan kuasa ini tidak sepatutnya ahli-ahli EXCO duduk dalam jawatan kuasa ini. Patutnya diberikan peluang ataupun diberikan mandat kepada ahli-ahli bukan EXCO. Ahli-ahli yang bukan executive, ahli-ahli Dewan, dan juga backbencher dan juga pembangkang untuk menduduki, menganggotai jawatan kuasa – jawatan kuasa ini, kerana ini peranan mereka. Ini peranan check and balance. Ini jawatan kuasa Dewan, bukannya didominasi oleh pihak executive. Tetapi kebanyakan saya nampak, nama-nama yang dicadangkan dalam jawatan kuasa ini adalah daripada EXCO-EXCO yang akan menganggotai jawatan kuasa ini.
Umpamanya Jawatankuasa Peraturan Dan Perintah Tetap, 4 daripada kerajaan, Bahau, Ampangan, Nilai, Bukit Kepayang, semuanya EXCO. Ini tak betul. Ini sepatutnya diberikan kepada ahli-ahli Dewan yang lain untuk menganggotai jawatan kuasa ini. EXCO banyak kerja dah. EXCO banyak kerja executive. Sepatutnya keanggotaan dalam Dewan
ini biar ahli-ahli Dewan, backbenchers dan juga pembangkang untuk meng, untuk, untuk merancang hala tuju jawatan kuasa yang ingin ditubuhkan. Dan saya nak, dan saya harap semua jawatan kuasa ini mesti berfungsi dengan lancar, dengan baik, dan bermesyuarat dengan lebih kerap. Kalau dulu memang kebanyakan jawatan kuasa ini tidak bermesyuarat dalam, dalam, dalam kadar yang berkala. Saya harap semua ini dapat dilaksanakan.
Dan selain daripada jawatan kuasa – jawatan kuasa ini, perlu ditubuhkan beberapa jawatan kuasa select committee umpamanya select committee untuk melihat kepada keberkesanan GLC, kepada Pejabat-Pejabat Tanah dan sebagainya, apa yang mereka lakukan, apa-apa masalah, isu yang terlibat dalam Pejabat Tanah, isu-isu tanah dan sebagainya. Semua itu saya rasa sudah ada modelnya. Sudah ada contoh yang baik. Tuan Yang Dipertua boleh pergi melawat Dewan Undangan Negeri Selangor, dalam standing orders semua sudah ada perkara ini. Dan telah pun dipraktiskan selama ini dah beberapa tahun, di bawah kerajaan kita juga. Dulu di bawah Pakatan Rakyat, telah kita mulakan sejak tahun 2008, reformasi tersebut. Jadi saya harap ini perlu kita ambil iktibar. Dan kita perlu pastikan bahawa ada reformasi yang betul dalam Unit, ataupun Dewan Undangan Negeri kita.
Unit Dewan Undangan Negeri ini mesti diasingkan daripada pihak executive. Ini prinsip, prinsip yang telah pun dilaksanakan di Kerajaan Negeri Selangor. Di mana Setiausaha Dewan, beliau bukan Setiausaha EXCO. Setiausaha EXCO orang lain, Setiausaha Dewan orang lain. Ini perlu diasingkan. Dan kalau untuk way forward kita harap, di Parlimen kita sedang memperjuangkan supaya diwujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, Parliamentary Service Act atau Parliamentary Service Commission. Ada suruhanjaya di mana Parlimen sendiri boleh mengambil kakitangan mereka, dia bukannya daripada PTD, tapi daripada anggota ataupun kakitangan di bawah suruhanjaya Parlimen sendiri. Jadi, di peringkat negeri pun saya yakin, dan saya harap kita perlu menghala ke hala tuju tersebut.
Dan saya nak memberikan sedikit teguran kepada Unit Dewan. Bukan saya nak tegur, untuk kali-kali pertama ini, tetapi saya balik rumah saya nak prepare ucapan saya pada hari ini, untuk refer kepada titah ucapan tuanku. Tetapi buku yang diberikan kepada saya hanya sampai perenggan 9, selepas itu, jump kepada perenggan 31. Cetakan ada masalah. Buku-buku cetakan saya check ada buku yang tak ada masalah, yang semua betul, tapi saya punya, buku yang saya terima tu, tak ada perenggan 10 sehingga perenggan 30. Jadi saya hanya boleh merujuk kepada perenggan 9 sahaja, sampai perenggan 9 saja. Yang lain-lain itu, tak ada. Jadi perkara-perkara seperti ini kita mesti ada,
ada, apa ni, perhatian yang lebih khusus, perlulah lebih profesional dan sebagainya. Dan saya harap kita, kita apa ni, kita pastikan bahawa perkara-perkara seperti ini tidak berlaku.
Saya nak mengatakan bahawa check and balance ini bukan saja daripada pembangkang, tetapi dariapda backbenchers juga. Backbenchers, penyokong-penyokong kerajaan, memang betul tugas kita mempertahankan dan menyokong dasar-dasar kerajaan, tetapi sebagai backbenchers kita pun bukanlah “yes man” kepada pihak executive. Sama jugak budaya di Parlimen, saya sebagai Menteri, Ahli-Ahli Parlimen backbenchers juga akan memberikan teguran, akan memberikan kritikan dan kita perlu mengambil teguran dan kritikan itu dengan satu semangat yang sihat.
Dan perlu ada konsultasi dengan backbenchers. Bukannya diasingkan. Executive dengan backbenchers ini tak boleh diasingkan. Dan pihak executive, pihak EXCO, jangan ingat telah buat keputusan, bawa ke Dewan ini, backbenchers take for granted, mesti sokong. Jadi kita nak harap satu budaya yang baru ini, ada proses konsultasi, ada proses rundingan, ada proses taklimat kepada backbenchers dan mungkin ADUN-ADUN pembangkang yang lain, berkenaan hala tuju, inisiatif dan sebagainya. Di Parlimen kita telah mula melaksanakan perkara ini. Apa-apa perkara baru, ataupun apa-apa pengenalan rang undang-undang baru, kita memberikan taklimat sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.
Jadi saya harap ada konsultasi dengan backbenchers di dalam perkara-perkara yang asas, perkara-perkara dasar yang penting, seperti, umpamanya bajet. Kita akan ada sidang belanjawan tak lama lagi, pada bulan 11 ataupun bulan 12 nanti. Sebelum belanjawan dikemukakan, dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, sepatutnya ada sesi konsultasi daripada pihak backbenchers supaya kerajaan perlu mendengar apa pandangan, apa permintaan di kawasan masing-masing. Apakah pasar perlu dinaik taraf, jalan raya mana yang perlu di, di, dibuat, jambatan mana yang perlu diperbaiki, pokok mana yang perlu dicantas dan sebagainya. Itu, kita bincanglah. Dalam Dewan yang mulia ini janganlah soal pokok kena bawa Dewan yang mulia ini. Saya pun dah lama dah, dalam Dewan yang mulia ini, soal pokok, soal, saya haraplah soal lampu jalan, soal pokok, soal jalan ini tak lagi akan dibawa dalam soalan-soalan dalam Dewan yang mulia ini.
Kalau kita ada peluang, kalau ada konsultasi, isu-isu pentadbiran, isu-isu apa ni, penyelenggaraan ini patutnya diselesaikan secara pentadbiran. Dalam Dewan yang mulia ini kita membincangkan hala tuju, kita membincangkan dasar, kita membincangkan isu-isu yang
penting kepada semua kepentingan orang ramai. Bukan saya kata isu-isu aduan tu tak penting, itu penting. Tetapi sepatutnya di, tak, di, tak, di, di, dilaksanakan ataupun diuruskan melalui pentadbiran. Dan kalau ada ruang perbincangan yang lebih dekat, saya yakin semua isu-isu ini dapat ditangani dengan lebih baik.
Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya belum habis lagi. Kepada rakan-rakan dalam kerajaan pada hari ini, baik di barisan EXCO ataupun di backbenchers, apa yang penting untuk mengingatkan kita sendiri, saya sarankan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri terutamanya daripada pihak yang menjadi EXCO ataupun backbenchers yang pernah menjadi Ahli Dewan sebelum ini, baca balik, baca balik hansard kita. Baca balik apa yang kita cakap dulu sebagai pembangkang. Dan inti patinya, jangan ulangi apa yang kita cakapkan dulu, apa yang kita tegur ataupun kita kritik kepada kerajaan dulu kita jangan ulangi perkara itu. Itu pengajaran kepada kita. Itu paradigma yang kita perlu, perlu ubah. Kita jangan membuat sesuatu kepada mereka yang kita tak suka mereka buat kepada kita. Itu sesuatu yang penting.
Macam tadi, kita punya backbencher cakap “jangan celah, dulu pun tak bagi celah”. Dia nak celah, celahlah, tak ada masalah. Kita jangan buat macam dulu. Dulu mereka tak bagi kita celah, sekarang bagi celah. Dewan yang mulia ini bebas untuk celah, bebas untuk bahas, janji mereka ikut Peraturan Mesyuarat. Jadi, paradigma kita perlu ada anjakan. Mind set kita perlu tukar. Kita jangan anggap kita sekarang dah jadi kerajaan, kita nak balas dendam, tak. Dulu Menteri Besar tak bagi, tak bagi celah, kalau Temiang, kalau Seremban jaya dulu haa, kalau Senawang dulu bangun je, Menteri Besar tak bagi celah dan sebagainya. Tak apalah, itu dah lalu. Itu cara dulu. Tapi kita ni kerajaan baru, cara baru. Dalam Dewan yang mulia ini, mesti ada ruang untuk kita mencelah untuk mendapatkan penjelasan dan sebagainya. Tetapi mesti tertib, mesti mengikut Peraturan Mesyuarat yang bakal diperkenalkan oleh Tuan Yang Dipertua, peraturan-peraturan baru ini.
Jadi kita mesti lakukan sesuatu yang kita dulu tegur. Kita ni pembangkang lama. Saya pembangkang 3 penggal, jadi saya pandai mencari kesilapan orang lain. Dulu saya memang, saya punya kerja cari kesilapan orang lain. Mana-mana ada angka salah dalam buku, buku bajet, dalam apa, dalam rang undang-undang, saya cari kesilapan itu. Itu kerja saya, sebagai Ketua Pembangkang. Daripada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Rantau, dulu sebagai Menteri Besar, memang saya nak cari kesilapan dia. Tapi beliau akan lebih alert-lah, kesilapan yang saya nak cari itu, beliau akan lebih alert. Sama hari ini, kita sudah menjadi kerajaan, saya sudah menjadi menteri peringkat Persekutuan, saya tidak akan mengulangi. Saya pun berwaspada, saya tahu apa
pembangkang nak cari kesilapan saya. Jadi saya berwaspada lah. Jadi itu saya kata, saya nak share pengalaman saya dengan, dengan rakan-rakan backbenchers, dengan ahli-ahli EXCO, baca balik hansard, apa yang kita cakap dulu, apa yang kita hentam dulu, jangan kita buat perkara lama supaya jangan ada kesilapan yang kita diambil peluang oleh pihak pembangkang hari ini.
Sama jugak, 2 hari lepas, saya pergi ke DUN Lenggeng, ke Ulu Beranang. Saya masuk satu kampung Orang Asli, Kampung Jeram Kedah. Ada kampung itu nak pergi ziarah 2 – 3 rumah, ada jalan yang kereta tak boleh masuk. Kena pakai motosikal. Tuan Dipertua, tahulah di kampung Orang Asli ni, Orang Asli dia pakai motosikal tak pakai helmet. Tak pakai topi keledar. Saya bagitahu kepada penganjur, saya kata kalau tak ada helmet, saya tak akan naik motosikal itu. Mesti pakai topi keledar kerana saya tahu ada orang akan mencari kesilapan saya, Menteri Pengangkutan tak memakai topi keledar. Saya pastikan saya pakai helmet. Jadi saya nasihat kepada Sri Tanjung. Ni nanti, nanti nak kempen dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson nanti, masuk estet tu kena pakai helmet. Bicycle, bicycle pun kena jagalah. Kalau tak pakai helmet nanti, saya, saya mintak JPJ saman. Haa itu kuasa saya sebagai Menteri Pengangkutan.
Jadi, saya nak ingatkan kepada semua bab keselamatan jalan raya ni, saya nak ingkatkan semula, kepada semua pemimpin, lebih-lebih kita sebagai pemimpin kita mesti menunjukkan teladan yang baik. Jangan ada sesiapa yang melanggar peraturan ataupun undang-undang jalan raya. Saya ini mengamalkan pendekatan dasar no kompromi, tak ada kompromi dalam dasar saya di Kementerian Pengangkutan. Siapa langgar, kena. Saman tak ada diskaun. Kawan pun tak ada diskaun. Siapa nak tanya diskaun, datang kepada saya, tak payah datanglah. Tak payah hantar surat kepada saya, tak ada diskaun. Saya dah cakap, dah bagi perintah, dah keluarkan arahan kepada Pengarah Jabatan JPJ, siapa datang pun, tak ada diskaun. Kena AES, bayar. Tak bayar, pergi mahkamah. Tak pergi, mahkamah, black list, tak boleh renew road tax. Itu dasar yang saya perkenalkan di Kementerian Pengangkutan.
Jadi yang political will yang kita nak tunjuk bahawa kita ini berlainan. The princip, the rule of law, kedaulatan undang-undang itu mesti kita pertahankan, mesti kita martabatkan supaya pentadbiran baru ini kita menghormati undang-undang, dan kita dihormati bukan sahaja oleh kakitangan awam, bukan sahaja daripada civil servant, tetapi daripada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Kerana itulah merupakan satu petanda bahawa kita mengamalkan demokrasi yang bertaraf antarabangsa, bertaraf dunia pertama.
Tuan Dipertua, saya memintak sedikit masa lagi, ada 2 – 3 perkara lagi. Tadi, saya fokus kepada isu pentadbiran. Saya juga nak masuk sedikit kepada sektor ekonomi. Sektor ekonomi ini kita memang selepas kita mengambil alih kerajaan, memang dalam peringkat awal ini kita mesti mengkaji hala tuju kita, melihat balik dasar-dasar ekonomi negeri kita. Tetapi dalam sektor ekonomi, hala tuju itu mesti jelas. Kita mesti memberikan satu hala tuju yang jelas kepada masyarakat kita, kepada pelabur-pelabur, apakah dasar kita, apakah hala tuju kita, apakah niche kita, apakah competitive advantage kita, apakah industri yang kita nak bawa masuk ke dalam dewan, Negeri Sembilan.
Saya yakin EXCO perindustrian memang ada banyak perancangan, ada banyak kerja-kerja yang telah pun dilakukan untuk mencari apakah industri yang kita nak tarik, apakah pelabur-pelabur yang kita nak tarik, dan bagaimana kita nak membangunkan sektor perindustrian dalam negeri kita. Memang saya rasa sektor perindustrian itu penting, tetapi kita nak pastikan sektor perindustrian itu adalah ke arah yang berteknologi tinggi, yang tidak mencemarkan alam sekitar, yang mesra kepada alam dan sebagainya. Jadi saya yakin dalam sektor peridustrian itu satu hala tuju baru, satu pendekatan baru dan fokus baru perlulah dibentangkan dan perlulah dinyatakan secara jelas supaya semua pihak dan semua masyarakat kita faham di, ke mana kita pergi dalam sektor perindustrian kita.
Tetapi di dalam sektor ekonomi di dalam Negeri Sembilan ini, di Negeri Sembilan ini, saya, saya percaya bahawa salah satu sektor yang sangat penting kepada Negeri Sembilan ialah sektor perumahan. Memang sejak dulu lagi, dalam pentadbiran lama, saya pun telah memberikan sokongan kepada konsep work in KL, stay in Seremban di mana kita nak menarik lebih ramai orang yang bekerja di Kuala Lumpur untuk membeli rumah atau menetap di Seremban. Itu sebabnya, selepas saya menjadi Menteri Pengangkutan, saya telah mintak KTMB untuk menghidupkan semula perkhidmatan train ekspres, ataupun komuter ekspres dari Seremban ke Kuala Lumpur.
Sekarang ini untuk makluman Dewan yang mulia ini, kepada Tuan Yang Dipertua, setiap pagi, pada pukul 6:50 pagi, ada komuter ekspres iaitu tidak berhenti-henti di stesen-stesen kecil, terus pergi ke KL Sentral, dia hanya berhenti di Nilai, selepas Seremban berhenti sekali di Nilai, lepas tu terus ke KL Sentral dan dia sambung ke Bank Negara dan sebagainya. Ini mem, menyenangkan ramai pekerja yang duduk di Seremban, mereka ambil train, mereka boleh sampai ke pejabat pada, tepat pada waktunya, tanpa mereka sesak dalam jalan raya.
Jadi itu antara perkara yang saya buat, dan saya akan bantu. Sebagai Menteri Pengangkutan daripada Negeri Sembilan sudah tentunya saya akan sedaya upaya membantu Kerajaan Negeri untuk memastikan sektor pengangkutan kita yang lebih efisyen, jalinan hubungan, jalinan pengangkutan kita lebih efisyen di Negeri Sembilan dan Seremban ini, walaupun HSR sekarang ini kita dah tangguhkan. Tetapi kita ada banyak potensi dalam kereta api, bukan saja ada komuter ekspres, kita ada ETS yang daripada Gemas, kita all the way sampai ke Padang Besar sekarang ini. Walaupun sekarang ini kekerapannya masih kurang. Tetapi pada penghujung tahun ini, train ETS ini akan ditambah, kita akan ada banyak, lebih banyak train lagi supaya kita dapat menambah trip di antara Seremban dengan Kuala Lumpur. Dan saya yakin apabila lebih banyak train set ini ia dapat menghidupkan lagi pengangkutan train di antara Seremban dengan Kuala Lumpur dan Seremban dengan bandar-bandar, bandar raya yang lain.
Untuk selatan pulak, daripada Gemas, ke Johor Bahru, dijangkakan pada tahun 2021, double track di antara Gemas hingga Johor Bahru akan dapat disiapkan. Maka apabila kita daripada Seremban kita boleh mengambil ETS sampailah ke Johor Bahru, menjelang tahun 2022. Jadi walaupun HSR, high speed rail itu telah ditangguhkan, tetapi kita ada alternatif lain. Dan saya akan pastikan bahawa dalam sektor pengangkutan ini, Negeri Sembilan tidak akan ketinggalan. Saya akan membuat sedaya upaya saya, untuk memastikan kereta api kita dapat ting, tambah baik, stesen Seremban Sentral itu akan dibina baru dan kita memastikan satu stesen baru berinte, berintegrasi, satu hub pengangkutan train dapat kita bina di Seremban Sentral.
Dan juga pengangkutan bas dari Seremban ke Kuala Lumpur, itu akan kita tambah baik. Pengangkutan dalam Seremban, pengangkutan di Negeri Sembilan secara keseluruhannya. Kita ada myBAS, untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk myBAS di Negeri Sembilan, Negeri Sembilan merupakan negeri yang antara paling banyak mendapat subsidi ISBSF iaitu Interim Stage Bus Support Fund daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Dan saya akan pastikan supaya mana-mana tempat yang belum lagi dihubungkan dengan bas-bas ini, boleh bagi pandangan kepada saya. Saya cuba untuk mendapatkan perkhidmatan supaya semua daerah itu dapat, ada perkhidmatan bas yang lebih lengkap dan lebih menyeluruh.
Tetapi untuk sektor perumahan satu perkara yang saya nak bangkitkan di sini ialah, Tuan Yang Dipertua, ialah berkenaan dengan masalah ataupun pe, pelupusan ataupun pelepasan lot kuota bumiputera. Memang perkara ini bukan perkara baru. Ada banyak isu-isu yang ditimbulkan oleh pihak pemaju, persatuan pemaju dan sebagainya.
Bukan kita nak mempersoalkan dasar lot bumiputera ini, tetapi mekanisma untuk melepaskan lot kuota bumiputera itu mesti jelas dan mesti lebih efisyen. Dan supaya memastikan bahawa lot-lot kuota bumiputera yang tidak dapat dijual itu, dapat dijual dengan lebih cepat dan dengan lebih efisyen. Kerana kalau lot-lot yang tidak dapat dijual itu, dia akan menyebabkan ada aliran tunai kepada pihak pemaju. Dan kalau transaksi tidak berjalan dengan, dengan lancar, dengan cepat, maka ia memberikan kesan negatif kepada ekonomi kita. Lebih cepat kita memastikan sesuatu transaksi itu berlaku, lebih baik untuk ekonomi kita.
Memang kita tahu bahawa ada kepentingan untuk golongan bumiputera dari segi pembelian rumah dan sebagainya. Saya tidak memper, mempersoalkan perkara itu. Tetapi banyak kali kita dah jawab, dah, dah kata, dah bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, ada tempat-tempat utam, terutamanya di Seremban ini yang pembeli bumiputera tidak akan beli. Kawasan-kawasan umpamanya di Lobak, di Mambau, ada satu projek IJM di Seri Binjai. Saya juga ada sebuah rumah di sana. Kita tahu bahawa bumiputera tak akan beli di sana kerana persekitaran itu, golongan ataupun pembeli bumiputera dia tidak biasa ke kawasan-kawasan, ataupun membeli rumah di kawasan-kawasan itu. Jadi walaupun ada galakan, tetapi mungkin responds -nya kurang baik.
Jadi, saya nak menyeru kepada pihak Kerajaan Negeri supaya melihat kepada keadaan ini dengan lebih, lebih, lebih dekat. Memastikan satu mekanisma yang lebih efektif, yang dapat kita bangunkan, yang dapat kita laksanakan supaya lot-lot kuota bumiputera ini yang tak dapat dijual itu dapat dilepaskan dengan lebih cepat tanpa mengorbankan sumbangan kepada tabung perumahan bumiputera. Saya rasa pemaju, mereka sanggup untuk memberikan sumbangan itu lebih cepat kepada tabung perumahan untuk, untuk, untuk rakyat miskin dan sebagainya. Jadi kalau tabung itu dapat kita jana lebih banyak pendapatan, maka Kerajaan Negeri boleh mengambil inisiatif untuk membina rumah-rumah affordable ataupun affordable housing kepada golongan yang kurang berkemampuan. Jadi perkara-perkara ini saya harap dapat diberikan sedikit perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya pihak EXCO supaya kita dapat memastikan dasar ini dapat kita laksanakan dengan baik dan satu mekanisma yang lebih efektif dapat kita laksanakan, memastikan Dasar Perumahan di Negeri Sembilan ini dapat berjalan dengan lancar.
Tuan Dipertua, berkenaan dengan pembangunan kawasan. Memang kita dah sampai ke penghujung tahun, dalam sebu, se, 2 bulan yang akan datang ini, kita, pihak Kerajaan Negeri sudah tentu sibuk untuk
melihat perancangan kepada bajet untuk tahun depan. Bagaimana untuk kita memastikan bahawa di setiap kawasan di seluruh pelusuk Negeri Sembian mendapat pembangunan ni. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan luar bandar, kita bukannya memintak apa-apa yang lebih lebih, ataupun mega project. Tetapi perkara-perkara asas yang mudah dilaksanakan itu mestilah kita berikan perhatian terlebih dahulu. Umpamanya kita nak menurap balik jalan raya, membaiki dewan orang ramai, membaiki balai raya, menaik taraf pasar awam, menaik taraf taman permainan kanak-kanak. Banyak projek-projek kecil seperti itu yang diperlukan. Umpamanya di DUN Chennah, saya ada banyak taman permainan yang sudah rosak, perlu dinaik taraf. Ada pasar-pasar awam di Titi, di Simpang Durian, yang perlu dinaik taraf. Di Seremban ini, ada di Pasar Ampangan, Pasar Besar Seremban, semua projek-projek itu mestilah kita bagi perhatian yang lebih khusus dan supaya pembangunan infrastruktur asas ini dapat kita laksanakan dengan cepat. Rakyat mahu melihat perubahan kepada pembangunan kita. Dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa selepas perubahan kerajaan, maka juga ada perubahan dari segi infrastruktur, kemudahan infrastruktur.
Dan saya harap ini dapat diberikan pertimbangan oleh pihak Kerajaan Negeri. Dan saya menyarankan satu sesi konsultasi dengan semua backbenchers dapat dijalankan supaya setiap ahli Dewan dapat memberikan wish list ataupun cadangan projek-projek kepada pihak Kerajaan Negeri sebelumnya dibentangkan bajet 2019. Dan perlu diberikan taklimat berkenaan dengan penggunaan dana MARRIS kepada pihak ADUN-ADUN. Kerana saya rasa ramai ahli-ahli Dewan masih belum jelas bagaimana dana MARRIS itu dapat digunakan. Apakah prosedurnya, jalan mana yang boleh mendapat peruntukan daripada MARRIS untuk diselenggara dan, dan sebagainya. Jadi perkara-perkara seperti itu saya rasa dapat disalurkan maklumatnya kepada kita sebagai backbenchers dan dapat kita sama-sama manfaatkan untuk kepentingan dan juga kebajikan rak, rakyat di seluruh negeri.
Yang terakhir, Tuan Yang Dipertua, saya juga nak membangkitkan satu isu yang baru-baru ini telah mendapat perhatian yang luas daripada media khususnya media sosial berkenaan dengan isu anjing liar yang telah pun ada tindakan dari, penguatkuasaan daripada pihak Majlis Perbandaran, untuk menghapuskan anjing-anjing liar. Memang perkara-perkara ini berlaku, apabila berlaku dan dipaparkan dalam media sosial, ia mendapat presepsi ataupun mendapat reaksi yang cukup negatif daripada pencinta-pencinta binatang ataupun animal lovers. Kita mesti tahu bahawa sekarang ini ada banyak NGO-NGO yang ada keprihatinan terhadap binatang, terhadap haiwan dan sebagainya,
kita mesti ke arah melaksanakan satu cara ataupun satu cara pengurusan yang lebih berperikemanusiaan. Kerana kita juga ada akta, akta perlindungan haiwan, akta perlindungan binatang dan sebagainya.
Jadi, dari segi penguatkuasaan, walaupun saya faham kita perlu mengimbangkan permintaan ataupun aduan daripada orang ramai terhadap masalah anjing liar ini, memang kita perlu melaksanakan sesuatu, tetapi pada masa yang sama, dalam penguatkuasaan kita tidak sepatutnya menggunakan cara penghapusan serta merta. Ada banyak cadangan yang telah dilontarkan oleh NGO, saya difahamkan ada NGO-NGO haiwan ini yang telah memberikan cadangan. Dan saya harap kerajaan Negeri dapat memberikan perhatian yang serius. Saya dapat tahu bahawa ada EXCO yang sedang berurusan dengan mereka. Dan saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat melaksanakan satu dasar dan memastikan semua pihak PBT apabila kita melaksanakan penguatkuasaan, cara yang lebih human ataupun cara yang lebih berperikemanusiaan dapat dilaksanakan supaya anjing-anjing liar ini dapat ditangkap dan diletakkan di satu kawasan, dan ada pengurus ada cara pengurusan yang telah dicadangkan oleh pihak NGO. Dan saya harap ini dapat diberikan perhatian dan diambil tindakan dan dilaksanakan di Negeri Sembilan dalam kadar yang segera.
Jadi sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua, kerana telah memberikan masa yang mencukupi, 1 jam kepada saya untuk mencadangkan usul. Dan saya sarankan supaya janganlah, walaupun perlu ada had masa, tetapi memberikan masa yang mencukupi kepada semua rakan-rakan ahli Dewan, termasuklah dari pembangkang. Ketua Pembangkang kena jaga. Sebab saya duduk sana 14 tahun, kena jaga. Kalau dia perlukan 1 jam, bagi 1 jam. Kita ada 3 – 4 hari, bincanglah, bahaslah. Kita bukannya sidang tiap-tiap hari. Kita hanya sidang 2 – 3 kali satu tahun. Jadi, masa yang mencukupi perlu diberikan kepada, kepada semua untuk membahaskan dan membawa isu-isu yang penting kepada rakyat. Jadi dengan itu, saya sekali lagi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua. Saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Chennah. Sokong? Yang Berhormat Lenggeng.
Azubillahhiminashaitannirrajim bismillahir rahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil alamin wassalatu wassalamu 'ala
asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi aj ma'in. rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, ya, saya mulakan ucapan saya ini dengan mengucapkan berbanyak penghargaan ya, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan semalam ya. Dan saya sebenarnya kali pertama saya berucap di sini, dan ini kali pertama jugak saya bertanding dan menang sebenar dia. Dan mungkin agak kurang biasa dengan adat budaya di dalam Dewan Undangan Negeri ini. Jadi kalau ada salah dan silap tu, ya, mintak mohon dimaafkanlah ya.
Tuan Yang Dipertua, saya nak ulas lagi tentang ucapan titah DiRaja semalam ya. Allah SWT ya, ada berfirman azubillahhiminashaitannirrajim [melafazkan petikan Al-Quran: Surah Al-Ahzab ayat 70-72] yang bermaksud wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT dan cakaplah dengan cakap yang benar. Cakap yang lurus, bukan cakap bengkok-bengkok, bukan cakap belit-belit ya. Cakap dengan cakap yang benar. Nescaya Allah SWT akan memperbaiki amalan kamu. Kalau kamu ada kelemahan ya, lemah hati itu ya, Allah SWT akan perbaiki amalan kita. Dan Allah SWT juga akan mengampuni dosa-dosa kita. Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasulNya maka dia telah beruntung dengan untung yang sangat besar. Sesungguhnya Kami telah membentangkan amanah ke atas langit, bumi dan bukit. Maka mereka mengabai, mereka menolaknya untuk menanggungnya dan mereka takut untuk memikulnya lalu dia ditanggung, dia dipikul ya, diterima dan disanggupkan oleh manusia itu. Sesungguhnya manusia itu secara umumnya, secara umumnya adalah mereka yang suka meletakkan satu perkara bukan pada tempat dia, iaitu zalim. Dan satu lagi “jahuula” ya tidak tahu nak meletakkan sesuatu pada tempat dia.
Tuan Yang Dipertua, takwa ini selalu kita dengar ya, dalam setiap khutbah ya, pada yang tak tidurlah ya, tidur tu memang tak dengarlah ya. Takwa ni satu benda yang dipesan oleh Allah SWT ya, dan banyaklah cerita tentang takwa ni. Kepada mereka yang beragama Islam ya, setiap kali Allah SWT menyatakan, memanggil “ya ayyuhal lazi naamanu, ya ayyuhannas”. Ada arahan dan larangan yang dinyatakan. Sejauh mana kita menghayati arahan tersebut ya. Yang menjadikan kita ni bertakwa kepada Dia ya. Di antara, cerita takwa ni terlalu panjang, dan lawannya, saya nak ringkaskan di sini ya, lawannya ialah “nifak”, apabila dia beri amanah, dia khianat ya. Apabila dia berjanji, dia mungkir. Apabila dia bercakap, dia bohong. Dan apabila bergaduh, dia melampau. Saya nampak masalah-masalah ini berlaku di hadapan mata saya sebenarnya.
Tuan Yang Dipertua, sebenarnya saya biasa berceramah lebih 1 jam dalam kuliah saya. Tapi saya tidak berhasrat bahas, ceramah panjang di sini ya. Yang saya nak tekankan di sini ialah masalah kenapa berlakunya penyelewengan yang melampau ya, dalam, dalam, dalam, dalam, dalam kerajaan sebelum ini, ya. Yang ini disebut di dalam titah DiRaja semalam. Kenapa perkara ini berlaku? Ceritanya ialah, kalau kita nak kata mereka tidak bertakwa, mereka marah. Tetapi tanda mereka tidak bertakwa itu apabila diberi amanah kepimpinan, menjaga harta rakyat, mereka tidak menjaganya dengan baik. Tidak kiralah di kalangan ahli politik ataupun kakitangan kerajaan atau di sesiapa juga. Kita kena ingat, kita akan berjumpa dengan tuhan kita, dan kita akan disoal perkara ini. Apa guna sembahyang yang banyak tetapi dalam masa yang sama, hari-hari kita mengkhianati, kita mengambik harta orang ya. Kalau kita susah nak faham sangat tentang khianat tu, hari-hari kita mengambil harta yang bukan milik kita. Dan itu adalah satu kezaliman ya.
Dan kita harapkan dalam kerajaan yang baru ini ya, saya mengharapkan sungauh-sungguh supaya ya, membudayakan sungguh budaya takwa ini ya, di dalam pemerintahan dalam apa jugak keadaan ya. Saya masih lagi melihat pembaziran ketika merayakan sesuatu perayaan ya. Saya melihat banyaknya penyelewengan dalam kontrak-kontrak ya. Tetapi saya tidak mahu membicarakannya secara terang-terang. Dan saya harap, siapa yang berkaitan agar dia bertakwa kepada Allah dan dia berhenti daripada perkara tersebut. Dan hendaklah dia memperbaiki kesalahan-kesalahan lamanya itu, semoga-moga Allah SWT menerima taubat dia.
Di antara tanda-tanda takwa juga adalah membudayakan check and balance yang telah disentuh oleh pencadang ya, daripada Chennah tadi ya. Agama ini adalah nasihat. Itu yang disabdakan oleh Rasulullah SAW “addinunasihah”. Tetapi ramai orang tidak suka dinasihati dan dia panas telinga dia ya. Sedangkan nasihat itulah yang akan membaikkan kita semua. Ya, benda itu mungkin pahit ya, kerana yang rasa pahit itu dekat hati kita, bukan dekat lidah kita ya, telinga tu rasa panas pabila di, dinasihati ya. Ketahuilah bahawa “addinusahihah” ini, apabila tidak diamalkan agama ini akan runtuh ya. Apabila nasihat ni tidak mahu diendahkan, tidak dibukak ruang sebaiknya, maka agama ini ataupun dikatakan akhlak-akhlak yang mulia ini akan runtuh. Amanah akan hilang. Pembohongan merata-rata. Berpura-pura berlaku di mana-mana. Bermuka-muka ada nampak di mana-mana ya. Di antara makna, di antara tanda orang munafik ni, ialah riak ya. Dalam bahasa mudah sekarang ni ya, bermuka-muka ya. Berlakon, membodek, mengampu ya, kalau perempuan sekarang dia melawa pulak sekarang, ya. Dia ada cerita tentang agama kita ni ya.
Jadi tidak sepatutnya kita ni ya, menafikan ya, apa yang dikatakan check and balance ini. Maka kita kena banyak belajar, berlapang dada menerima nasihat, teguran daripada sesiapa juga ya, walaupun kita ni mungkin orang politik ni, boleh buat apa sajalah tetapi bagi saya setiap perkara ni mesti ada batas dia jugak.
Tuan Yang Dipertua ya, di sana juga Allah SWT ada menyatakan tentang golongan yang tidak rugi ni ialah mereka yang mengamalkan amalan “watawa saubil haq watawa saubil sabr”. Saling berpesan dengan kebenaran, dan saling berpesan dengan kesabaran ya. Dalam segala perkara pun nak kena sabar jugak ya. Dan kita pun nak kena sabar. Tak ada jalan mudah untuk cepat kaya sebenarnya. Yang menjadi jalan mudah untuk cepat kaya inilah yang banyak sebenar dia. Kalau nak, sungguh-sungguh bekerja dan hendaklah dia amanah dalam setiap kerja dia.
Tuan Yang Dipertua, Allah SWT juga ada berfirman [melafazkan petikan ayat Al Quran: Surah Ar Rum ayat 41]. Telah nyatalah kerosakan di darat, di laut. Kalau saya nak tambah lagi, di udara pun banyak berlaku jugak tentang pencemaran ini ya. Yang puncanya dari tangan-tangan manusia ya. Dia bukan berlaku secara tabii, tidak. Hasil daripada keghairahan kita mengejar kebendaan, mengejar kemodenan dan seumpama dia ya. Kerosakan itu dapat dirasakan keperitannya, oleh kita bersama ya.
Pencemaran, bukan sekadar pencemaran udara ya, apabila masyarakat itu sifatnya tercemar. Kita sesama kita akan susah, menanggung kesusahan membesarkan anak-anak kita, dan untuk kita hidup akan pun agak susah. Jadi ini maksud-maksud “fasad” yang sekejap lagi saya akan tambah lagi perkara ini. Dan “fasad” ini sebenarnya hasil tangan manusia supaya manusia itu rasa, yang rasa ini di antara hukuman cash daripada Allah SWT kepada kita semua ya. Rasakan cash. Disebabkan tidak adanya nasihat “watawa saubil haq watawa saubil sabr” itu tadi. Kita tutup ruang ini ya. Maka masyarakat, dan siapa-siapa jugak yang bermasalah nanti akan terus sewenang-wenangnya membuat apa yang mereka nak ya. Supaya Allah SWT kenakan keperitan dalam hidup ini. Dan supaya apabila mereka rasa kepertitan ini, mereka kembali bertaubat kepadaNya dan mentaati Dia ya.
Sesungguhnya, Tuan Yang Dipertua, hukum tuhan ni ramai yang fahamnya ialah syariatullah sahaja. Sunat, wajib, harus, makruh dan haram. Tetapi perkara yang besar yang dibahaskan oleh Allah SWT di dalam Quran ialah sunnahtullah. Satu ketetapan Allah ya, yang kalau kita nak pelajari benda ni, saya memang boleh ajar perkara ni, ya.
Setiap perbuatan manusia, setiap pilihan manusia akan ada akibat dia. Maka jangan salahkan Allah SWT dan jangan salahkan sesiapa ya. Kita kena lihat bahawa apabila Allah menyatakan tentang “watawa saubil haq” itu tadi, apabila ada di kalangan kita melihat benda mungkar dan kita mendiamkan. Percayalah kemungkaran itu akan merebak, kemungkaran itu akan kena pada kita balik. Bukan kena pada Allah SWT, tidak. Tapi akan kena pada kita. Dan ini dikatakan sunnatullah, apa jugak yang kita pilih ada akibat. Kalau kita pilih baik, baiklah yang kita dapat, apabila kita pilih yang sebaliknya kita sebenarnya yang bodoh. Tapi kita tak faham tentang apa yang dikatakan sunnatullah itu tadi.
Saya selalu menyatakan di mana-mana di dalam kuliah saya tentang hukuman Allah SWT ini cash. Seperti mana ganjarannya juga cash. Aya yang saya baca tadi “yuslih lakum a’malakum”. Saya kira dia adalah ganjaran kepada siapa yang dapat melihat perkara ini dengan hati yang bersih. Begitu jugak dengan janji Allah SWT [melafazkan petikan ayat Al Quran dari Surah At Talaaq ayat 2 & 3] “wamayya taqillaaha yaj 'allahu mahroja, wayarzuqhu minhaitsu laayahtasib”. Barang siapa yang bertakwa, menjaga sungguh-sungguh ya, menjaga sungguh-sungguh amanah yang telah diamanahkan kepada dia, Allah akan tunjukkan kepada dia jalan keluar dari segala kesusahan hidup dia dan Allah akan bagi dia rezeki daripada jalan yang tidak disangka. Tetapi kalau dia pilih rezeki itu daripada satu saja punca, dia akan tanggung akibat dia. Sesungguhnya kemurahan Allah ni terlalu, terlalu besar dan terlalu luas. Di dalam ayat yang lain Allah SWT juga berfirman [melafazkan petikan ayat Al Quran dari surah At Talaaq ayat 4] ”wamai yattaqillaha yaj`allahu min amrihi yusro”. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah mudahkan urusan hidup dia. Dapat tak kita rasa kehidupan, kemudahan tersebut ya. Saya melihat su, ganjaran Allah SWT kepada mereka yang berbuat baik, kepada mereka yang bertakwa ni terlalu lumayan tetapi manusia ni tetap jugak meletakkan dunia tu di dalam hati dia. Maka berlakunya pelbagai penyalah guna, apa ni, salah guna kuasa dan penyelewengan yang kita, yang, yang, yang kita dah dengar pada ucapan semalam.
Jadi “sunnahtullah” ini perlu difahami dengan baik ya. Dan saya melihat bahawa sesiapa yang memahami “sunnatullah”, inshaa Allah dia akan menjadi insan yang sangat bermotivasi dan dia akan jelas, dia hanya bekerja, tuan besarnya ialah Allah SWT ya. Ada pun tuan-tuan yang ada sesama kita ini, hanyalah ujian kepada kita sahaja. Sama ada benar kita bertakwa, kita beriman kepada Dia, ataupun kita percaya kuasa yang ada pada manusia sahaja yang kita tinggalkan kuasa yang dimiliki Yang Maha Berkuasa ini tadi.
Tuan Yang Dipertua, yang diperkatakan fasad itu, para ulama ada menyatakan apabila dia buat apa yang Allah larang ya, dan dia tak buat pulak apa yang Allah suruh ya. Arahan bertakwa ini terlalu banyak, buat yang ini, tinggalkan yang itu. Tetapi yang di, yang dilarang itu yang dibuatnya. Yang disuruh itu tak ramai yang buatnya, kecuali sedikit sahaja ya. Dan kita akan nampak tanda-tanda nifaq ya, kepda mereka yang membuat kerja-kerja fasad. Dia bukan merosakkan muka bumi semata-mata, yang dia rosakkan itu adalah hati, hati yang rosak ini akan merosakkan hati orang lain. Hati yang sakit ini dia akan menyakitkan hati orang ya. Begitu jugak hati yang keras. Dia akan menjadikan insan lain keras, tidak pedulikan masalah masyarakat ya. Dan kita yang tanggung bersama perkara ini ya. Dan kalau kita sayangkan generasi yang akan datang selepas kita, ya kita kena berubah ya, supaya fasad ini diperbaiki dan dihentikan dalam kehidupan kita ya.
Arahan berihsan ya. Arahan berihsan ya, supaya berbuat baik sesama manusia. Di dalam Al Quran Allah SWT nyatakan ada 10 golongan yang wajib kita ihsani. Ni berkait rapat dengan kebajikan jugak sebenar dia, dalam pelbagai keadaan ya. Jadi 10 golongan yang diihsani sebenarnya hari-hari kita berjumpa tapi berapa ramai yang menyedari dan mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada dia, nak Allah meminta sikit saja “wa anfiku mimma razzaq nakum”. Infakkanlah sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepada kamu ya, sebelum datangnya hari kematian ya. Dan diharapkan ya, apabila kita berihsan ini ya, masyarakat akan berubah menjadi baik.
Saya dah buat perkara ini, sebab tu saya berani bercakap tentang perkara ini ya. Madrasah saya ya, hampir setiap bulan, hampir 200 beras, 200 set barangan dapur ya, kami berikan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tak kira siapa pun. Dan apabila saya mula ya, dapat jawatan sebagai Yang Berhormat ni, saya tambahkannya lagi. Dan tidak kira siapa jugak. Saya harap ya, kita semua dapat menyahut ya, titah ucapan DiRaja ini supaya kita ya, dapat berihsan dan memperbaiki diri kita semua.
Tuan Yang Dipertua, sikit masa lagi. Pembangunan yang seimbang. Sangat berkait dengan masalah, saya, dia saling berkait di antara fizikal dan spiritual ya. Ramainya menekankan tentang pembangunan fizikal bagaimana tentang pembangunan spiritual ya. Saya nak kaitkan pulak dengan masalah ya, Agama Islam ya, sebenar dia. Dan bagi saya sistem yang ada tu sebenarnya dah sangat baik dah sebenarnya ya.
Tuan Yang Dipertua, ya, barat ada mengeluarkan satu teori ya, teori hirerki keperluan Maslow ni, keperluan manusia. Dan perkara itu
adalah sangat benar ya. Manusia tidak boleh membangun secara seimbang ya, sekiranya keperluan asas mereka dan keselamatan mereka tidak dijaga oleh orang-orang yang telah diberi amanah kepimpinan ini ya. Jadi, di antara perkara yang kita nak kena jaga, perkara yang paling asas ialah rumah sebenarnya dia ya. Saya diberi tentang, saya diberi ya, maklumat tentang masalah perumahan rakyat kos rendah ini ya. Bagi saya terlalu sedikit sangat Kerajaan Negeri sebelum ini membuat rumah-rumah kos rendah untuk rakyat yang kurang bernasib baik. Perlu diketahui bahawa mereka ini yang jumlahnya yang paling ramai dalam masyarakat. Bukan golongan kelas menengah, bukan golongan kelas menengah tetapi mereka yang berada berpendapatan rendah sebenarnya ya. Dan berapa ramai yang ada rumah sebenarnya ya. Permintaan kepada rumah murah ini terlalu tinggi bagi saya, tetapi kita ya, perlu ambil perhatian ini baik-baik ya, dan fokuskanlah ya. Sekadar 2 – 3 ribu rumah setahun yang kita akan buat, saya rasa tidak cukup ya. 5,000 setahun rumah murah tu pun kalau kita buat pun tak cukup sebenar dia ya. Kerana yang memerlukan ini sangat ramai dan apabila masyarakat tidak cukup, tidak dapat dipenuhi keperluan asas dia, maka banyak berlaku gejala-gejala sosial. Dan ini juga akan menambah, parahkan lagi fasad di atas muka bumi yang kita diami ini sebenar dia.
Jadi, sebab itu saya suka nak mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini ya, terutamanya kerajaan agar memikirkan sungguh dengan, dengan, dengan serius ya, tentang keperluan rumah rakyat marhaen ini tadi ya, supaya ya, kita dapat memberi kesejahteraan kepada, kepada rakyat dan dia jugak sesuai dengan slogan Menteri Besar kita, kerajaan baru, bersih-muafakat dan, dan sejahtera.
Saya juga nak mencadangkan tentang konsep mini Baitulmal di beberapa masjid terpilih. Saya mendegar keluhan tentang agihan zakat ya, yang lambat dan susah ya, sedangkan kutipannya tu dimudah-mudahkan sungguh ya. Bab mengumpul ni mereka cukup pandai. Tapi bab bila mengagihkan ni ya, saya melihat kita ada ramai sukarelawan yang sedia bekerja untuk membahagiakan orang lain ya. Jadi saya mengharapkan diwujudkanlah mini-mini baitulmal pusat agihan di masjid-masjid terpilih di setiap DUN ya. Dan tidak perlu melalui apa ni, birokrasi yang panjang dan lama ya, sedangkan kesusahan orang ini bukan boleh ditahan-tahan ya. Jadi, konsep mini baitulmal itu perlu dimurnikan lagi. Dan saya pun tahu ada beberapa tempat ya, ada buat pusat agihan ya, barang keperluan tetapi bagi saya tidak cukup. Sekadar mengedarkan beras, barangan keperluan dapur semata-mata, tetapi ada keluarga yang dipotong letriknya, dan berbagai lagi kesusahan tadi tu ya. Yang susah kerana sakitnya tadi tu ya, bagi saya
tempat yang terbaik ini ialah masjid sendiri ya, tempat yang sepatutnya dijadikan sebagai mini baitulmal ya.
Dan saya ada mengutarakan ya, satu idea tentang bagaimana sepatutnya kepimpinan ya, disuburkan dalam masyarakat ya. Bukan sekadar sikit-sikit YB, sikit-sikit YB ya, apa-apa pun nak mengadu pada YB. Bagi saya masyarakat perlu diperkasakan kepimpinan dia. Dan bagi saya melihat ya, masjid adalah tempat terbaik untuk kita memperkasakan kepimpinan masyarakat ya, iaitu kita mesti galakkan masyarakat supaya berjemaah kerana berjemaah ini bukan sekadar solat tetapi ialah masa bertemu muka sesama kita, masa bertanya khabar, masa bermesra dan bertanya apa jugak masalah di dalam kehidupan ya. Orang susah pun dia akan datang masjid jugak, kalau dia tahu nanti ada orang ramai yang akan sudi membantu dia ya.
Begitu jugak, saya jugak mengharapkan ya, agar majlis ilmu dibantu sungguh-sungguh. Ada beberapa masjid tak sanggup, tak mampu nak adakan majlis ilmu. Dan bagi saya ini adalah, adalah pelajaran kepada orang dewasa sebenar dia ya. Jangan kita fikir bahawa kita dah habis universiti ini kita dah berilmu segala-gala dia ya. Majlis ilmu perlu diperkasakan di mana-mana ya, supaya mereka dapat berkembang ilmunya dan seiring dengan perkembangannya. Ilmu ni tempat, tempatnya adalah hati. Ilmu yang baik, hati akan jadi baik ya. Tetapi nak belajar benda tak baik ni, tengok-tengok je pun dah boleh belajar dah ya. Jadi, kita nakkan supaya rumah Allah ni diperkasakan dengan majlis ilmu dia, turunkanlah zakat untuk membantu beberapa masjid dan surau yang tidak mampu untuk mengadakan majlis ilmu kita ni.
Saya jugak memahamkan daripada Masjid Nabawi, bahawa masjid ni tempat mengadu orang susah ya, tempat mengadu orang susah. Jadi diharapkan masjid sungguh-sungguhlah diperkasakan ya, supaya dia benar-benar menjadi rahmah kepada mereka yang kurang bernasib baik. Saya tetap percaya ya, masjid adalah tempat orang yang nak bersedekah dan orang yang hatinya baik ini, mudah terusik hati dia apabila melihat orang yang susah datang kepada dia ya. Jadi, perkara ni perlu difikirkan sungguh-sungguh ya, supaya benar-benar kita dapat menunjukkan ya, rahmahnya, agama yang kita anuti ni di sini.
Tuan Yang Dipertua, saya rasa sampai di sini saja dulu, memandangkan masa pun pukul 1:00 ya. Dengan inilah saya menyokong usul titah DiRaja ni ya, assalamualaikum WBT.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Chennah yang telah mencadangkan usul dan terima kasih kepada
penyokong Yang Berhormat Lenggeng. Hadirin yang dihormati sekalian, yang ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya menangguhkan mesyuarat, persidangan kita pada pagi ini, dan kita akan sambung semula pada jam 2:30 petang. Jadi saya menjemput kepada hadirin dan ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk menikmati jamuan disediakan di Dewan Serbaguna, Wisma Negeri. Dewan ditangguhkan.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1:10 petang]
[Persidangan Dewan disambung semula pada jam 2:39 petang]
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan.
Bissmillahirrahman nirrahim, assalamualaikum WBT, dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis ke, Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dirahmati Allah SWT. Dewan dengan ini disambung semula. Kita teruskan dengan sesi perbahasan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya mempersilakan ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian. Yang Berhoramt diperuntukkan 20 minit untuk masa perbahasan. Dipersilakan daripada Yang Berhormat daripada pembangkang dulu. Silakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli rakan-rakan Yang Berhormat sekalian. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk menjun, menyampaikan kesempatan, ucapan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana telah pun sudi perkenan mencemar duli untuk berangkat merasmikan sidang Dewan Penggal Yang Ke-14 ini.
Titah baginda adalah merupakan titah untuk kita sama-sama hayati, untuk kita ahli Dewan ini jadikan Dewan ini sebagai tempat untuk kita berbincang dan berbahas demi untuk kita pastikan bahawa pentadbiran dan urusan pentadbiran rakyat di Negeri Sembilan ini dapat diurus dengan baik. Dan segala masalah-masalah, segala isu-isu dan segala apa jua idea-idea yang baik akan bercambah di sini untuk kita pastikan supaya rakyat yang akan mendapat manafaat pada pengakhir ceritanya nanti.
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT, walau apa jua yang berlaku, ini merupakan putaran alam dan jugak kehendak Allah taala. Selepas 60 tahun Barisan Nasional mentadbir kerajaan, sejak daripada tahun 1957 merdekanya negara kita, Barisan Nasional mulanya Perikatan dan sekarang Barisan Nasional, dapat diberikan mandat oleh rakyat dan mentadbir negara kita. Yang mana rata-rata semasa kita mendapat kemerdekaan pada tahun ’57 dulu, negara ni merupakan sebuah negara yang amat miskin. Negara yang hasil buminya walaupun banyak, kaya, tetapi rakyatnya miskin kerana di bawah penjajah yang menjajah negara ini dan mengambil segala hasil-hasil. Dan mereka menikmati hasil yang mereka bawak balik ke negara mereka. Kita cuma menjadi orang suruhan dan menjadi sebagai hamba kepada mereka. Kepada rakyat yang tidak merdeka maknanya kita hambalah, Tuan Speaker ya.
Dan alhamdulillah, berkat gabungan dan jugak dedikasi serta pengorbanan dan perjuangan pejuang-pejuang dulu, akhirnya kita telah dapat mencapai kemerdekaan yang mana pihak British telah pun memberikan persetujuan. Dan Raja-Raja Melayu telah pun menurunkan pengisytiharan untuk memberikan kemerdekaan dan percantuman negeri-negeri di dalam seluruh Tanah Melayu ini. Pada ketika itu, Malaysia belum ada lagi Dato’ Dipertua. Malaysia cuma wujud pada tahun 1963. Pada 1957 negara ini dikenal sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Dan Raja-Raja Melayu telah pun membenarkan bahawa rakyatnya dimerdekakan. Kalau tidak sebelum itu, negeri-negeri adalah di bawah Raja-Raja. Rakyatnya adalah rakyat Raja. Dan orang-orang Cina, orang India merupakan rakyat British.
Tapi apabila dimerdekakan, dipersetuju merdekakan, bergabung semua negeri-negeri ini, maka tertubuhlah Pesekutuan Tanah Melayu. Dan selepas itu bila ber, masuk pulak bercantum negara ataupun Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura masuk ke dalam Persekutuan Tanah Melayu, maka wujudlah apa yang dipanggil sebagai Persekutuan Malaysia ataupun negara Malaysia, sehingga apa yang kita ada hari ini. Melainkan Singapura telah pun ditolak keluar daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965, di atas sebab-sebab yang kita semua tahu, mengapa Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia.
Jadi alhamdulillah walaupun negara yang baru dibentuk, tak banyak orang yang memberikan kita peluang. Negara yang diduduki oleh kemajmukan pelbagai kaum, orang Melayu Bumiputera, kaum-kaum Cina, India dan kaum-kaum etnik yang lain duduk dalam satu, apa yang dipanggil kesatuan negara yang baru. Walaupun miskin, tapi masing-masing mempunyai jiwa dan cita-cita yang besar untuk kita membina
negara ini. Tak banyak negara barat ketika itu memberikan kita peluang, melihatkan betapa kemajmukan negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, mereka akan pasti bahawa mereka kata, negara ni tak boleh bertahan lama kerana negara ini adalah di atas asas kemajmukan pelbagai kaum.
Tapi alhamdulillah sehingga hari ini, kita dapat membina negara kita, mengurus negara kita dengan baik. Dan kita, rakyat hidup, walaupun ramai orang yang mengeluh mengatakan tak sempurna hidup, apa semua, tapi syukur alhamdulillah, negara kita ini negara yang aman makmur. Duduk ataupun menjadi penduduk dalam negara yang aman pun itu dah menjadi nikmat Allah taala, Tuan Speaker ya. Tak ramai, ataupun tak banyak negara yang aman makmur seperti kita. Ada negara yang tak pernah kenal erti apa itu makna kemakmuran dan kedamaian. Kalau kita menjadi rakyat Palestin, orang yang berumur 70 tahun ke bawah tak pernah tahu apa ertinya keamanan dan erti kemerdekaan. Dan negara-negara lain. Mereka hidup dalam keadaan yang kacau bilau. Hidup dalam keadaan kemiskinan yang teruk.
Kita di Malaysia ni, alhamdulillah, walaupun banyak orang kata ada banyak orang miskin, ada banyak orang susah tapi miskin kita taklah semiskin seperti mana miskinnya orang di luar. Susahnya kita di Malaysia ini Dato’ Dipertua, ataupun Tuan Yang Dipertua, kita tidaklah sesusah orang yang hidup di negara lain, yang kadang-kadang hidup kebuluran, tak ada benda nak makan. Bila tiba musim kemarau, tak ada benda nak makan. Bila tiba musim tengkujuh ke ataupun musim-musim yang lain, mereka hidup sengsara. Ada kerajaan, ada kerajaan mereka tetapi kerajaan mereka tak buat apa-apa pun ya. Maka anak yang kurus kering, kepalanya besar, badannya kurus, dan mati kebuluran di atas pangkuan ibu masing-masing.
Alhamdulillah, di negara kita, kita aman walaupun banyak orang yang mengeluh mengatakan susah hidup di sini, tapi taklah sesusah orang yang hidup di negara yang kita tak pernah pergi, tak pernah melihat. Tak adalah kita lihat di Malaysia ada orang duduk bawah jambatan, tak adalah di Malaysia kita melihat orang duduk dengan rumah-rumah kotak-kotak di tepi-tepi jalan kereta api dan lain-lain. Tak adalah kita lihat kanak-kanak yang menyerbu untuk merampas beg kita, membawak beg kita, keluar saja kita daripada lapangan terbang dan macam-macam yang lain. Alhamdulillah.
Jadi mari kita sama-sama bersyukur ya, kita pastikan supaya nikmat ini akan terus dapat kita nikmati dan dapat kita hamparkan pulak kepada generasi yang akan datang. Makanya, moral cerita kita pada hari ini, Dato’ Dipertua, walaupun saya, yelah seperti mana disebut oleh rakan
daripada Chennah tadi, dia dah 14 tahun di sini, dalam Dewan. Saya pun 14 tahun jugak ya, tapi duduk di sana. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Sikamat yang dilantik sebagai Menteri Besar yang baru. Buat kerja elok-elok kerana ini merupakan tanggungjawab ya, rakan-rakan semua ya. Tanggungjawab ini, kita beralih-alih tanggungjawab ya. Maka saya tak pernah rasa, Dato’ Yang Dipertua, suatu keadaan di mana saya merasa bahawa saya merasa amat tenang, saya merasa amat ringan badan saya kerana tanggungjawab yang terpikul selama ini di atas bahu saya dan rakan-rakan yang lain, dah tak ada lagi. Tanggungjawab untuk mengurus negeri, tanggungjawab untuk mengurus hal ehwal rakyat, kemaslahan rakyat dan macam-macam lagi, dah tak ada lagi. Tidur pun lena, tak ada lagilah katakan dulu kata tidur pukul 2:00 pagi. Orang tengah tidur nyenyak, kita tengah melihat kerja di rumah kerana pagi tak ada masa kerja, petang mesyuarat, malam ada program, baru buat kerja rumah. Dan orang kata, tanggungjawab tersebut dah tak ada lagi, ringan.
Dan alhamduillah kita merasa tanggungjawab yang terpikul selama ini dapat kita jalankan. Itu sebabnya bila orang bertanya, saya mintak izin saya katakan Dato’ Yang Dipertua, I’ve took a good strive, I have done my best, I have given my best to the State of Negeri Sembilan, no regrets at all, dengan izin ya, saya tidak ada sesalan apa-apa. Kerana bagi saya, saya telah pun menjalankan tanggungjawab saya dengan terbaik yang mungkin, demi untuk melihat supaya yang pentingnya rakyat Negeri Sembilan ini berada dalam keadaan yang terbela. Mendapat pembelaan. Darjah pembelaan tersebut terpulanglah kepada segmen-segmen masyarakat. Ada yang memerlukan pembelaan yang begitu rapi, orang yang tidak sempurna hidupnya perlu kita bela baik-baik supaya mereka ini diberi bantuan, supaya mereka boleh berdikari dan boleh meneruskan kehidupan. Ada orang yang kita bela cuma di atas mengadakan dasar sahaja, dasar yang baik untuk kita pastikan kehidupan, suasana kehidupan di negeri ini suasana yang baik, supaya semua orang dapat merasai dan dapat menjiwai apa ertinya kemerdekaan. Itu penting Dato’ Dipertua.
Itulah asas dan dasar Kerajaan Barisan Nasional yang saya pimpin selama 14 tahun. Walaupun pada awalnya, pada tahun 2004 saya diberikan amanah dan tanggungjawab, balik ke Negeri Sembilan, memikul tanggungjawab, tak pernah bekerja dengan kerajaan Dato’ Yang Dipertua ya, selamanya duduk dalam dunia korporat ya, saya pikul jugak. Dan menghadapi pulak suasana di mana keadaan negeri pada ketika itu tidak, tidak dalam keadaan yang baik ya. Terpaksa meminjam dengan Kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji kakitangan awam.
Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin beruntung, kerana mengambil alih kerajaan dengan duit yang banyak ada dalam rizab kerajaan. Saya ambil alih dulu, Tuan Dipertua, tak ada duit. Lepas tu nak siapkan kemudahan-kemudahan sukan SUKMA pada ketika itu, kerana Negeri Sembilan diberikan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah. Bayangkanlah masalah yang dihadapi, dengan hutang yang bertimbun-timbun. Tetapi alhamdulillah, bila kita tinggalkan dan menyerahkan tanggungjawab menguruskan negeri ini kepada rakan-rakan daripada Pakatan Harapan, dalam keadaan yang baik, dalam kedudukan kewangan yang mantap, dan hutang pun dah tak seberapa banyak seperti dulu.
Jika kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini, mengambil langkah untuk membuat novation lagi kepada Kerajaan Persekutuan, maka hutangnya rasa rasa tak sampai 300 juta lagi. Kalau nak dibandingkan pulak dengan rizab yang melebihi daripada itu. Kalau di dalam dunia korporat, kalau kita punya cash reserve lebih daripada kita punya liabiliti ataupun kita punya tanggungan, itu merupakan saham syarikat yang amat digemari oleh pelabur-pelabur Dato’ Yang Dipertua. Jadi, uruslah, urus baik-baik ya, kerana negeri ini diambil alih dalam keadaan yang baik. Expectation masyarakat adalah amat tinggi.
Kita membuat dasar-dasar seperti yang saya katakan tadi, Dato’ Dipertua, berasaskan kepada kepentingan-kepentingan segmen-segmen masyarakat, lapisan masyarakat. Ada yang benar-benar perlu dibimbing, ada yang benar-benar perlu kita hand holding, dengan izin, kita kena bawak dia supaya kita latih dia dan kita pastikan dia boleh berdikari. Ada cuma buat dasar, ada dasar pelajaran. Kita buat pelajaran. Supaya seperti yang disebut tadi, supaya Negeri Sembilan ini kita nak lihat walaupun saiznya tak besar, tapi dia boleh menjadi sebagai sebuah negeri yang boleh menjana, yang boleh mengeluarkan ramai bijak pandai. Itu hasrat kita. Itu hasrat Kerajaan Barisan Nasional dulu.
Kerana Negeri Sembilan pernah pada satu ketika dulu, tempat melahirkan ramai bijak pandai. Tempat melahirkan ramai pemikir-pemikir ilmuan. Sehinggakan lahirlah seorang pendeta daripada Negeri Sembilan iaitu Pendeta Zaaba. Negeri lain tak ada pendeta. Satu-satunya negeri yang ada bijak pandai, yang dapat pengiktirafan negara sebagai pendeta ialah Negeri Sembilan, iaitu Pendeta Zaaba. Semangat Pendeta Zaaba inilah yang kita nak tiupkan kepada semua anak-anak di Negeri Sembilan supaya berjayalah, supaya belajarlah rajin-rajin, kita siapkan infrastrukturnya dengan baik dan yang paling penting sekali ialah harumkanlah nama Negeri Sembilan ini. Ramailah lahir nanti hendaknya anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya dalam
bidang masing-masing. Dalam pelajarannya, dalam kerjanya, dalam macam-macam. Ini hasrat kita dan itu dasar kita.
Ada jugak dasar yang disebut, walaupun muka suratnya tak nampak tadi, kata YB daripada Chennah, dia kata muka surat tu tak ada, daripada 10 sampai 29, kerana muka tersebut menyatakan, Tuanku bertitah menyatakan betapa kita berjaya dalam kita punya dasar-dasar. Berjaya dalam Dasar Jaringan Keselamatan Sosial. Itulah dasar yang pertama sekali kita buat, Dato’ Dipertua, bila saya ambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada tahun 2004, maka Dasar Jaringan Keselamatan Sosial-lah merupakan satu dasar yang kita letak ataupun yang kita asaskan kerana di atas asas dasar tersebutlah kita nak pastikan supaya kita dapat mengadakan satu dasar yang menjaring semua orang. Yang orang rasa, orang di Negeri Sembilan merasa mereka ini mendapat pembelaan. Adanya safety net jika adanya berlaku apa-apa kepada mereka. Ini yang kita buat.
Itu sebabnya kita bantu ramai orang, banyak, kita naikkan Garis Kemiskinan kita, kita naikkan sendiri. Dan kita tambah bilangannya. Dan alhamdulillah pulak, banyak pulak orang yang datang, bukan sahaja individu, tapi syarikat-syarikat korporat datang membantu dengan mereka menunaikan fardu zakat mereka di Negeri Sembilan. Itu sebabnya pada 2008 ataupun 2004, Dato’ Yang Dipertua, kita punya pungutan zakat tak sampai 15 juta. Tapi dinyatakan oleh Duli Yang Maha Mulia, pada tahun 2017, pungutan zakat kita dah mencapai 120 juta. Ini merupakan satu pencapaian yang amat baik, bukan kerana apa, kerana kalau kita fikirkan Dato’ Dipertua, kalau semua orang di Negeri Sembilan ini bayar zakat, ke Pusat Zakat Negeri Sembilan, habis banyak pun kita terima 50 juta. Mana datangnya lebih? Yang lebihnya Dato’, ataupun Tuan Dipertua, ialah datang daripada mereka yang melihat betapa urusan mengurus Baitulmal di Negeri Sembilan ini satu urusan yang amat baik, amat telus dan dilakukan dengan begitu transparent sekali. Itu sebabnya mereka berlumba-lumba datang menunaikan fardu zakat di sini, walaupun mereka tak ada kena mengena langsung dengan Negeri Sembilan. Tetapi mereka yakin di atas good governance atau good corporate governance yang diamalkan oleh Majlis Agama Islam, pusat zakat kita, iaitu Baitulmal kita, yang mana selama 5 tahun berturut-turut telah pun diberikan pengiktirafan 4 Bintang oleh Ketua Audit Negara, audit accountability kita sehinggakan, Audit Negara mengatakan untuk 2 tahun tak payahlah diaudit dah Baitulmal ni kerana, Majlis Agama Islam ni kerana mereka mengikuti dan mereka mempunyai sistem perakaunan yang amat baik.
Haa itu yang kita buat. Itu sebabnya orang yakin kepada kita. Haa ini yang kita buat di Negeri Sembilan Dato’ Dipertua, yang mana saya
harap rakan saya daripada Sikamat, teruskan, teruskan dasar-dasar ataupun tambah nilai dasar-dasar ini ya. Dasar Pelajaran kita, Dasar Jaringan Keselamatan Sosial kita, kita bantu orang. Kita mempunyai sumber kekuatan kewangan yang baik supaya mereka yang perlu dibantu, kita bantu ya. Jangan kita pilih kasih. Saya tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih, Kerajaan Barisan Nasional dulu tak pernah mengamalkan dasar pilih kasih Tuan Yang Dipertua. Walaupun kita tahu ada orang yang tidak selari ataupun tidak sealiran ideologinya dengan kita, tetapi bila bercakap tentang bantuan, kita tidak pernah mengamalkan, kita tidak pernah dianya warna kulit apa, dia bahasa apa, dia agama apa, dia budaya apa. Yang kita lihat Dato’ Yang Dipertua ialah, dia punya kemampuan sama ada dia jatuh dalam kategori yang mereka ini boleh dibenarkan menerima bantuan ataupun tidak. Itu satu.
Jadi, itulah amalan kita selama ini untuk kita pastikan supaya rakyat Negeri Sembilan merasa selesa dan merasa bahawa adanya kerajaan yang akan membantu mereka. Nak pergi ke universiti, masuk IPTA kita bagikan duit poket. Yayasan Negeri Sembilan, kita siapkan pinjaman-pinjamannya kerana PTPTN tak berapa disukai oleh anak muda, mereka berduyun-duyun datang dengan, meminjam dengan Yayasan Negeri Sembilan kerana kita tidak mengenakan sebarang faedah ke atas pinjaman, dan macam-macam lagi. Ini yang kita buat, Dato’ Dipertua.
Dan dasar-dasar yang paling baik sekali ialah selepas kita menjaring semua orang dalam kerajaan ataupun dalam Negeri Sembilan ini, dan kita membela orang. Tak ada lagilah nak katakan setinggan di Negeri Sembilan, Dato’ Yang Dipertua, kita cuba men-zero, mensifarkan setinggan, kita cuba mensifarkan kita punya miskin tegar. Maka kita membuat satu dasar dipanggil sebagai dasar pembangunan pemodenan Negeri Sembilan 2015 – 2045, 30 tahun. Ini dasar, Dato’ Yang Dipertua, atapun Tuan Yang Dipertua, satu dasar yang perlu kita adakan untuk kita menjana ekonomi Negeri Sembilan. Untuk kita pastikan supaya Negeri Sembilan mempunyai kemampuan untuk menjana hasil ataupun revenue kita sendiri. Kerana walau apa jua kita cakap, dasar apa sahaja yang nak kita buat, kalau tidak ada kemampuan kewangan, kita tak boleh.
Maka macam mana cara untuk kita pastikan bahawa kita ada dasar yang baik-baik, kita mempunyai dasar yang amat prihatin kepada rakyat, tetapi kita tidak mampu dan tidak mempunyai kemampuan kewangan, kita tak boleh buat. Jadi dasar itu yang kita buat untuk memasti supaya kita mendapat satu jaminan bahawa untuk 30 tahun yang akan datang, Dato’ Dipertua, kita akan mampu dan mempunyai
sumber kewangan yang cukup untuk kita membangunkan negeri. Dan limpahan daripada itulah yang akan kita kongsi.
Dia bukan berapa kaya sebuah negeri itu yang perlu kita lihat Dato’ Dipertua. Yang kita perlu kaji ialah macam mana kita untuk membahagi-bahagikan kekayaan ya. Macam mana kita nak membahagi kekayaan, itu yang penting. Negara kaya sahaja tapi rakyat tak dapat menikmati tu, tak baik. Tetapi yang baiknya ialah negara kaya, tetapi kita dapat membahagikan kekayaan kita dengan sempurna dan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Itu penting. Itu sebabnya kita buat Dasar Pembangunan Negeri Sembilan 2015 – 2045, dan dalam masa yang sama, kita membuat Dasar Pembangunan Luar Bandar supaya tadi disebut bahawa kita tidak mahu pembangunan negeri ini, pembangunan yang senget. Cuma kita mampu membangunkan bandar saja, kita tak lihat kepada pembangunan orang luar bandar.
Bila bercakap pasal luar bandar ini, ramainya orang Melayu-lah. Dan jugak termasuk jugak kaum-kaum lain. Jadi ini perlu kita buat. Macam mana kita nak pastikan luar bandar mendapat nikmat yang sama. Orang luar bandar faham Dato’ Dipertua, Tuan Yang Dipertua, mereka tak mahu melihat twin tower di kampung. Apa yang mereka nak hendak ialah supaya kelengkapan kemudahan asas, ada. Jaringan jalan raya cukup baik. Pembangunan-pembangunan institusi ada. Dan yang penting sekali ialah kemudahan pengangkutan awam.
Haa ini yang saya mintak jugak supaya Kerajaan Pakatan Harapan pastikan supaya orang luar bandar yang mana kita buat kajian, Tuan Yang Dipertua, bahawa kos sara hidup yang tinggi adalah disebabkan oleh kos pengangkutan. Disebab tidak adanya pengangkutan awam yang baik, ramai orang terpaksa berhijrah ke bandar. Bukan mereka nak datang, tapi kerana susah untuk berulang alik, boleh jadi bekerja di bandar, tidak ada pengangkutan awam yang baik, tidak ada pulak kereta yang baik, mereka terpaksa pindah. Bila berpindah ke bandar, permintaan perumahan akan meningkat. Tak mampu nak beli rumah, mereka terpaksa sewa. Rumah punya sewa pulak meningkat. Jadi ini merupakan satu, apa yang dipanggil sebagai force inflation.
Ini yang perlu kita buat Dato’ Dipertua. Ini yang telah kita rangka. Ini telah pun yang kita isytiharkan supaya keadaan ini dapat kita imbangkan dan maka pembangunan luar bandar dapat kita teruskan. Kita buat apa yang dipanggil sebagai perluasan kampung. Mana anak muda yang duduk di kampung, mengerjakan industri asas tani, jaga mak ayah dia, kita bagi dia tapak-tapak tanah. Saya harap supaya Kerajaan Pakatan Harapan teruskan ini kerana ini penting. Kerana ada anak muda yang tak mahu duduk dengan keluarga sebab dah
berkeluarga. Tapi di dalam masa yang sama mempunyai tanggungjawab keluarga ibu bapak. Jadi, mereka mempunyai peluang untuk ada tapak-tapak rumah, tapak-tapak tanah di kawasan-kawasan kampung tertentu. Jadi lakukanlah.
Jadi, Dato’ Dipertua, kami walaupun dah jadi sebagai blok pembangkang, jangan risau, kami akan jadi pembangkang yang berhemah, credible opposition Dato’ Dipertua ya. Jangan risau tentang saya dan rakan-rakan saya. Do not worried, unduly worries my friends. Kita akan bersama-sama, kerana kepentingan kita kepentingan yang sama. Kita tak mempunyai interest-interest peribadi, kita punyai kepentinga ialah kepentingan rakyat seperti yang dititah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar bahawa ahli Dewan mesti berfikir, mencambahkan pemikiran di sini untuk kita pastikan pengakhir ceritanya ialah supaya dapat kita buat dasar, dan dasar nanti pulak diterjemahkan dengan baik oleh kita punya pegawai-pegawai kerajaan. Dan yang akan mendapat faedahnya sudah semestinya dan sudah tentunya ialah rakyat.
Jadi inilah yang saya katakan tadi, jangan risau, saya akan memimpin pembangkang di Negeri Sembilan, we are, we are going to be a credible pembangkang. Jangan risau. Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, jangan risau. Lakukanlah kerja dengan baik selagi tuan-tuan berada di atas landasan yang betul, kita akan sama-sama. Kita tidak akan jadi macam pembangkang zaman dulu, yang membangkang for the sake of pembangkang, tak ada. Yang menjerit-jerit macam sedara mara kita dekat Ulu Kelang, tak ada. Kita tak akan, kita akan sama-sama. Mana yang baik, kita sokong. Tapi kalau tak baik, kita akan tegur, kita akan pastikan supaya tidak ada penyelewengan. Tidak adanya apa yang dikatakan bahawa oleh Yang Berhormat daripada Lenggeng tadi bahawa part takwa ini, sebahagian adalah takwa ialah orang-orang yang tidak menyeleweng dan tidak menyalahgunakan kuasa. Tetapi satu perkara jugaklah saya nak pastikan supaya dalam masa yang sama, kita sebagai orang Islam jangan berbohong. Kita jangan bohong, jangan berbohong pada orang. Kalau tak boleh buat, kata tak boleh buat ya. Sebab ada jugak surah mengatakan “ya ayyuhallazi naamanu afubilukut” kan. Saya rasa, kan, daripada Lenggeng setuju dengan saya kan. Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu berbohong ya, jangan kita buat.
Jadi kalau tak boleh buat, saya tahu banyak janji-janji yang buat. Sehinggakan orang terpesona. Anak muda terpesona, orang felda terpesona. Semua terpesona kan. Orang-orang semua terpesona, nak bagi geran, geran apa, ataupun geran hak milik kekal, semua terpesona. Tunaikanlah janji ya. Kalau memerlukan buah fikiran kita, kita tolong
sama-sama ya. Macam mana kita nak selesaikan masalah tol, macam mana kita nak menyelesaikan masalah PTPTN, walaupun ini Kerajaan Persekutuan punya bidang kuasa, tetapi kita boleh sama-sama pastikan.
Tadi saya dengar bahawa akan diselesaikan masalah kemelut tanah orang di GATCO. Tanah di GATCO ni, Dato’ ataupun Tuan Dipertua, 50 lebih tahunnya isu, selepas Gula Negeri Sembilan (Syarikat Gula Negeri Sembilan), boleh jadi ada di antara kita yang belum lahir lagi, Gula Negeri Sembilan ni. Bila gagal, tanah yang tanam tebu tersebut nak dijadikan sebagai skim FELDA, di bawah National Union Plantation Worker (NEPW). Ditubuh satu syarikat, apa yang dipanggil sebagai Great Alonioners Trading Company (GATCO), tetapi tanah tersebut tidak pernah ditukar nama kepada orang, merupakan geran besar. Cuma yang ada tanah, nama mereka tanah geran-geran tanah mereka. Macam mana nak buat. Bila dilelong, satu geran besar dilelong. Tak ada nama pun.
Itu sebabnya kita berkeras, dilelong 5 – 6 kali, bila dah dilelong, dibeli oleh satu orang yang dapat lelongan tersebut, yang dilelong oleh pihak Amanah, ataupun Dana Harta, kita meletakkan syarat, kalau nak tukar nama, mesti tolong Kerajaan Negeri Sembilan. Orang yang dah lama menjadi peneroka di sana, macam mana? Kita buat formula, orang yang asal ataupun dia orang yang duduk situ, mak ayah dia dah meninggal semua, kita tak dapat nak bagi semua, bagi 4 ekar. Dan orang yang membeli di atas angin, orang yang membeli ni sebenarnya tak ada apa-apa pun dia beli tu, dia beli atas mulut tu Dato’ Dipertua, dia tak ada hak apa pun. Itu pun kita pertimbangkan supaya kita tak wujudnya berlaku penganiayaan, 2 ekar. Tapi kalau ada formula baru, kalau ada cara baru, silakan. Kita kena selesaikan, ini masalah rakyat. Selesaikanlah.
Saudara-saudara sekalian, ahli Yang Berhormat sekalian beruntung kerana mengambil Kerajaan Negeri yang dah tak ada banyak masalah, Tuan Yang Dipertua. Bila saya ambil alih dulu Dato’ Dipertua macam-macam, projek terbengkalai, itulah, hutang nya, macam-macam. Macam-macam. Sekarang ni tak ada apa-apa, cuci tangan bawak beg saja. Duit banyak ya. Teruskan, apa nak risau. Hutang tak ada, tak banyak, kan. Kalau buat novation, yang paling akhir sekali iaitu pakej Empangan Teriang tu lebih kurang 500 juta, yang saya rasa SFINO dan Setiausaha Kerajaan kena buat novation segera kepada Kerajaan Persekutuan, hutang cuma tinggal tak lebih 300 juta, 200 lebih. Kita ada duit cash melebihi hampir 400 juta, ataupun 500 juta, so why worried. Tak ada apa masalah. Buat saja, kan.
Dan kita sama-sama rakyat akan menikmati pentadbiran yang baik ya. Kerana mesti ingat, kerana setiap 5 tahun kita akan bertemu dengan rakyat semula kan, kita akan jumpa dengan rakyat. Kami di sini, kami akan buat kerja jugak, kami akan buat kerja kami ya. Kita akan cuba, tak apa, 14 kali main liga, liga premium, 13 kali menang, sekali kalah bukan bermakna dunia ni nak kiamat, tak ada masalah ya. Tak ada masalah ya. 13 kali kita dah menang dah. Sekali baru kalah. Ini macam ayam kono simbah dek asid, air, kuyup je apa pasal? Mesti bangun. Saya yakin, bahawa Barisan Nasional akan bangun, UMNO akan bangun dan boleh jadi kita balik balik ke tempat sana. Tak ada masalah. Negeri Sembilan pun tak banyak jugak kita kalah. Kalah pun bukan sebabnya disebab dek orang luar, kalah disebabkan sendiri Tuan Yang Dipertua, beghamuk sesama sendiri kan. Beghamuk sesama sendiri, sabotaj sesama sendiri. Kalahlah. Cuba tak ada sabotaj, sekarang ni Barisan Nasional dah tak ada apa masalah. UMNO dah tak ada apa masalah kan. Dakwalah pemimpin-pemimpin yang tak betul, dakwa. Kita tak ada masalah, dakwa.
Lepas ni orang nak salahkan apa? Orang tak boleh salah UMNO lagi pasal GST. Kerajaan sedia adalah. Orang tak boleh nak salahkan lagi pasal FELDA, hutang FELDA, kerajaan sedia ada, Kerajaan PH. Nak salahkan PTPTN, kerajaan. Nak salahkan tol tak dilupuskan, kerajaanlah. Kita tak ada apa masalah. Kita cuma bertepuk tangan sekarang ni. Tuan-tuan pikullah tanggungjawab ini ya. Rasalah pulak macam mana tak tidur malam ya, itupun kalau tuan-tuan mempunyai sentimen mementingkan rakyat, kalau tidak ada jugak orang kekadang memekakkan telinga kan ya. Dia sedap je tidur, dia tak kisah kan.
Inilah tanggungjawab yang saya katakan dulu terpikul di atas bahu kami terutamanya saya. Saya tak pernah berasa begitu lapang ya, tapi hari ini saya demam, tapi saya nak bercakap ni saya sihat sikitlah. Saya demam selesema dah 2 hari Dato’ Dipertua.
Satu Yang Berhormat.
Ya?
Kalau demam, pergi berceramah, sihat.
Ya Yang Dipertua. Tapi saya yakin bahawa yang pentingnya rakyat negara kita ini akan dapat menikmati satu
pentadbiran yang baik, siapa jua yang mentadbir. Dan ingatlah ya, bahawa kita ini, jawatan semua pinjaman ya, jawatan pinjaman. Jangan ingat kita dah menang dan jangan pulak fikir kita dah kalah, kita sentiasa, tidak ada hari yang malam tak akan siang. Tak ada air yang pasang tak akan surut. Tak ada hari yang panas tak kan hujan. There’s always two sides of a coin, dengan izin ya. Jadi, saya amat yakin bahawa rakyatlah yang akan menjadi orang yang menentukan pada pengakhir cerita.
Kepada sahabat-sahabat, kepada rakan saya daripada Sikamat, Yang Amat Berhormat ya, teruskan jalankan tugas dengan baik ya, supaya yang penting ialah jangan, saya mintak jangan ada penganiayaan. Tak guna. Kita jangan menganiaya sesiapa. Saya mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan seorang saya tak ada bertukarkan. Tak ada. Seorang tak ada. Walaupun banyak orang datang ke rumah saya, orang ni tak betul To’, orang ni tak betul. Saya tak dengar pun. As a leader, I’m make up my own mind. I’ve made my own decision, ya, degan izin. Jangan kita dengar-dengar cakap orang. Orang datang rumah saya, pergi ke rumah saya kerana menghadiri majlis rumah terbuka hari raya, kena tukarkan, ini tak baiklah ya. Jangan buat begitu.
Orang ada tanggungjawab. Orang ada masalah ya. Kita mesti menganggap semua orang ni sebagai anak buah kita, anak-anak kita. Anak-anak ni kadang-kadang, ada yang degil, ada yang tak degil, ada yang dengar kata. Yang penting ialah we must win their heart, and their mind, and their soul of the people itu penting ya. Sejauh mana kita nak menggertak orang. Sejauh mana kita nak mengugut orang Tuan Dipertua. Jangan buat macam tu, satu perkara yang amat tidak baik. Nasihat saya, pegawai kerajaan menjalankan tugas dia. Dia bertugas di bawah saya, mestilah dia membantu saya, dan seharus dan sewajibnya sekarang mereka bertugas di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, dia mesti menolong kerajaan sebab mereka adalah merupakan pegawai kerajaan yang akan bekerja untuk government of the day. Itu penting.
Jadi jangan ada syak wasangka, dengan ada tanggapan-tanggapan yang tidak baik kerana ini akan berlakunya penganiayaan kepada orang. Bayangkanlah ya, terpaksa tukar kerja 24 jam ya, macam-macam. Tapi itu terpulanglah, ini pandangan saya ya, kerana saya tidak pernah mengamalkan perkara macam tu. Bagi saya, saya selalu mengamalkan sikap terbukak, terbukak, kita tak mahu adanya wujud perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah dan penganiayaan kepada orang.
Jadi kepada rakyat Negeri Sembilan, kita mesti sama-sama, saya harap supaya rakyat Negeri Sembilan mesti bersatu padu, yang penting ialah
perpaduan kita. Saya risau Dato’ Yang Dipertua, ya, saya risau kerana sejak kebelakangan ini banyak orang yang cuba untuk menukar dan mengubah garis-garis sempadan. Cuba nak menukar batu-batu sempadan. Batu sempadan yang telah sama-sama kita bina dan persetujui dulu, nak ditukar, nak diubah. Itu merbahaya. Jangan sekali-kali kita buat itu. Kerana kalau ada percubaan untuk mengubah parameter, untuk mengubah batu sempadan, dia akan mendatangkan masalah kepada semua orang.
Apabila batu sempadan berubah Dato’ Dipertua, maka berubahlah keadaan. Maka kita tidak boleh nak memberi jaminan akan wujudnya suasana harmoni seperti mana yang telah terbina selama 60 tahun, Dato’ Yang Dipertua, kerana wujudnya unsur-unsur yang berani mencuba-cuba untuk mengubah batu sempadan. Ini saya mintak elakkanlah. Pekara-perkara yang sensitif tentang kaum, tentang agama, jangan kita sekali-kali kita mainkan. Kerana kalau ini terjadi, kita akan bersama-sama menghadapi masalah, semua kita nanti akan bermasalah. Negara kita akan masalah. Ekonomi negara kita akan jatuh. Siapa yang nak datang ke negara yang menghadapi masalah. Siapa dia pelabur yang datang nak melabur di negara yang kita sendiri kata negara kita tak elok.
Kita, walaupun bak kata orang tua-tua, Dato’ Dipertua, saya suka cakap bidalan orang tua-tua ni, 10 ekor pun ghimau dalam poghot ni Dato’ Dipertua, kambing jugak yang kita luahkan ya. Jangan kita keluarkan ghimau kek oghang, mengamburlah ghimau, larilah orang. Apa guna kita kata negara kita nak bankrap, nak bankrap, nak bankrap, ulang kat orang. Siapa yang mempunyai, the rate, the right frame of mind yang nak datang, melabur di negara yang nak bankrap? Siapa? We must always tell people look, come to our country, this is the best country, this is the place for you to put your money kan. And, kita buat dasar supaya environment yang mesra pelabur, yang boleh orang lihat, oh bahawa kita punya dasar kita amat mesra kepada pelaburan. Itu patut kita buat.
Betul kita tak senang hati dengan keadaan yang tidak baik, tetapi itu dalam perut kita. Janganlah kita sentiasa mengatakan negara ni tak baik, itu, macam ni, macam ni, Dato’ Dipertua, dunia sekarang ini Dato’ Dipertua, saya sedang bercakap ini, orang boleh ikut di New York, Dato’ Dipertua. Bukan macam dulu lagi. Langsung, orang ikuti terutamanya cakap-cakap daripada pemimpin. Pemimpin mesti menunjukkan cakap yang baik, menunjuk contoh yang baik. Bukannya kita. Itu sebabnya saya cakapkan Dato’ Dipertua, please for heaven sake, dengan izin, stop the blame game. Mula bekerja. Saya setuju dengan kata Chennah tadi,
kita mesti bekerja, buat kerja. Because you are the government already. Mengapa kita nak cakap-cakap itu.
Kalau ada yang tak betul, bawak ke muka pengadilan, kita tidak akan bersekongkol dengan orang yang melakukan kesalahan, Dato’ Yang Dipertua. Saya percaya dengan Malaysia baru sekarang ni, dengan rule of law-nya sekarang ni Dato’ Dipertua, bahawa orang yang sangkut salah, dia akan sangkut, disabitkan kesalahan. Tetapi kita sebagai tuan punya sarkis, the show must go on. Itu penting, jangan kita asyik nak menyalahkan orang tu tak betul, ni tak betul. So what you have done so far, cuba saya tanya, what you have done so far, dengan izin ya. Orang melihat, orang nak lihat, apakah kita akan terus bercakap mengatakan pasal orang tu dulu, orang tu dulu, mat Hasan, mat Hasan tu dulu, sampai 3 – 4 tahun, akhirnya pilihan raya, dan akhirnya siapa rugi, negeri rugi, negara rugi.
Inilah yang saya mintak supaya kerajaan sedia ada, roll up your sleeve now, your honeymoon is already over, 100 hari dah. 120 pun, haa, 120 hari dah. Roll up your sleeve, kerja, buat kerja. Bak kata tadi, daripada Chennah tadi, janganlah bawak cerita pasal mencantas pokok, itu boleh buat secara pentadbiran, di sini kita bincang pasal dasar. Apa dasar kita, macam mana paras kemiskinan kita, what shall we do, apa yang penting, macam mana prestasi kita punya pendidikan di sini. Tadi ada dikatakan jurang luar bandar dan bandar, dah itu dah kita dah buat dah. Mula-mula tahun 2004 tu memang merisaukan, dia punya jurang melebih 2 lebih peratus, Dato’ Dipertua, tapi sekarang dah tak sampai lagi 0.05 ataupun 0.5%. Sekolah luar bandar pulak cemerlang lagi keputusannya, subjek-subjek tertentu.
Fizik misalnya, sekolah di Serting, sekolah apa tu Dato’ Dipertua, Bandar Baru Serting lebih baik daripada sekolah asrama penuh, dia punya keputusan dia. Haa itu sebabnya saya pernah bercakap dalam suatu majlis sambutan Hari Guru, saya katakan, jangan nanti terjadi peristiwa cerita-cerita folklore kita antara arnab dengan kura-kura. Arnab berehat-rehat, kura-kura berjalan terus dan sampai ya. Ada sekolah-sekolahnya yang dah rasa mereka ni dah bagus sangat, sekarang prestasinya tak begitu baik lagi. Sekolah luar bandar pulak lebih baik.
Jadi teruskan. Dasar Pelajaran teruskan. Dasar pendidikan kita baik, cemerlang. Kita mempunyai, kita buatkan sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan, daripada 20 buah sekolah, dia punya lonjakan saujana Dato’, Tuan Dipertua, 10 buah sekolah menengah agama yang melonjak begitu baik sekali. Ini jelas menunjukkan, membagikan peluang yang sama, sekolah agama pun boleh cemerlang ya. Dulu
mereka nilah yang memberikan masalah dengan keputusan kita. Kita punya ranking. Tapi bila kita bagi, baik. Kita buat tahfiz. Kita buat tahfiz. Kita hampir-hampir nak bawak ke Parlimen iaitu Dasar Tahfiz Negara, tapi rasanya tak akan dibawak, ada pulak orang nak kata, nak tutup tahfiz, terpulang ya. Bagi saya yang perlu tutup rumah urut tu, kena tutup, bukan sekolah tahfiz, Tuan Yang Dipertua.
Kita nak buat Dasar Tahfiz Negara. Kita nak bagi dasar tahfiz, tahfiz berkenaan kitab Taurat, dasar tahfiz Ulul Albab, dasar tafiz profesional dan dasar tahfiz kemahiran. Kita nak buat jugak kurikulum tahfiz di sekolah-sekolah teknik dan sekolah-sekolah vokasional. Majlis Agama Islam, kita buat Smart Hufaz, 21 buah sekolah harian di Negeri Sembilan kita adakan kita punya apa yang dipanggil sebagai kurikulum tahfiz. KGV merupakan sekolah yang menjadi sebagai kita punya sekolah yang pioneer dalam persekolahan. Masih ada lagi aliran tahfiz? Bagus. Jadi buatlah ya.
Saya, dan kami akan menyokong. Rest assured, Dato’ Dipertua dengan izin, kami tidak akan membangkang for the sake of untuk membangkang. Kami cuma akan menegur perkara yang tak betul, mana yang baik kami akan sokong. Kita akan sama-sama buat. Sama-sama kita jayakan kerana hasrat kita satu iaitu nak melihat Negeri Sembilan cemerlang. Hasrat kita satu, nak melihat supaya rakyat Negeri Sembilan menikmati erti kemerdekaan, menikmati erti pembangunan dan kemajuan. Itu sebabnya kita buat dasar luar, Dasar Luar Bandar dan macam-macam.
Jadi, Dato’ Yang Dipertua, itulah yang nak saya sampaikan. Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan, dah jadi kerajaan, uruslah kerajaan dengan baik. Jangan kita cuai dan jangan kita abaikan tanggungjawab. Dalam masa yang sama, tunaikan janji-jani, jangan tak tunaikan janji. Saya selepas ini nanti Dato’ Dipertua, satu persatu saya akan kutip, saya akan tuntut janji. Ya, saya akan tuntut janji, kalau tidak nanti tak tuntut janji, Tuan Yang Dipertua kena berhenti, kita akan cadangkan ya. Kita akan, kita akan tuntut. Buat, janji-janji kena tunaikan ya, kan ADUN Lenggeng kan, setuju kan, “ya ayyuhallazi naamu afubilukut”, kan. Tunaikan janji kita, jangan kita tak tunaikan janji.
Kalau tak boleh, cakap tak boleh. Bagi tahu, mintak maaf kepada rakyat Negeri Sembilan kami tak boleh buat. Jangan kita akan buat penghujung penggal, itu nak mengakal kan orang Tuan Dipertua kan. Orang faham, orang boleh faham dan orang boleh mengerti. Kalau tak boleh buat, cakap tak boleh buat. Kerana terlampau berkobar-kobar itu hari nak menang pilihan raya, buatlah segala janji apa yang patut. Jadi
nak mengelakkan daripada kita terus hidup dalam berdosa, mintak maaf. Mintak maaf kepada orang. Kami tak boleh lakukan, kami mintak maaf supaya redalah isu yang berkait rapat dengan apa yang dipanggil sebagai tak menunaikan janji. Jadi, kita pun tak susah hati. Saya pun tak banyak kerja nanti, nak melihat sama ada janji ni dibuat ataupun tidak ya. Mintak maaf secara terbuka bahawa kami sebenarnya itu hari, kita cuma mengakalkan tuan-tuan saja, tapi tuan-tuan nak undi kami nak buat macam mana. Buek camtulah ya, supaya orang Negeri Sembilan ni logo hati dia. Lopeh tu besok, berontilah kojo mengakalkan orang ni, jangan asik nak mengakalkan orang saja.
So, itu saja kepada Yang Berhormat Sikamat ya, best of luck to you, you tak ada apa-apa masalah, masalah semua dah selosai banyak dah. Jangan cari masalah barulah ya. Selosai. You have no problem with finance, tak ada masalah financial station okay, projek-projek terbengkalai dulu dah banyak dah selesai semua, kes-kes tanah semua dah selesai tak ada apa masalah ya. Tak ada isu. So, uruslah dengan baik ya, urus dengan hati yang tulus dan ikhlas supaya yang penting nanti, orang, rakyat Negeri Sembilan akan mendapat manafaat daripada pengurusan yang baik, inshaa Allah, terima kasih Dato’ Dipertua, saya menyokong usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Lebih kurang 40 minit, saya bagi masa lebih sikit tadi. Pasal saya rasa ada idea-idea yang kita boleh menafaat untuk kerajaan baru, inshaa Allah. Jadi tuntut janji, kita cuba selesai janjilah, kerajaan baru ya. Saya ingat ada pepatah Minangkabau yang rasa tak sesuai dipakailah, kok terimpit di ateh kan, tekurung biar di dalam teh kan, kok daging nak yang padek yo teh kan. Haa, tekurung biar di luar, kok daging nak yang padek yo, teh kan. Padusi rancak sado eh, teh. Haa itu orang Minang. Pepatah tu tak boleh pakai dah, inshaa Allah.
Tak faham.
Tak faham? Dia kata, kok terimpit biar di ateh, kok terkurung biar dalam, terkurung biar di luar, kok apo, kok daging nak yang padek eh yo, kok boli daging nak padek yo, tak nak ado lomak-lomak eh, yang padek keteh. Padusi rancak sado eh, perempuan semua lawa bagi dio. Haa itu orang Minang punyo pepatah tak boleh pakai tu.
Jangan mengecikkan hati orang Minang, saya bukan orang Minang. Tapi kita jangan sebut kata, tak boleh pakai, marah orang Minang. Besok pendek umur.
Okay, terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau, lebih kurang 45 minit saya bagi. Tadi saya janji 20 minit je, tapi tengok hujah dia banyak, dan kita boleh menafaatkan pengalaman Yang Berhormat Rantau, dan saya yakin inshaa Allah, Yang Berhormat Menteri Besar ada buat catatan tadi untuk apa-apa yang kita patut ambil tindakanlah. Sebab saya yakin, Yang Berhormat Rantau akan tuntut janji dia, inshaa Allah. Rakyat pun akan tuntut janji. Kita kena buktikanlah kemampuan, seterusnya kerajaan baru untuk memastikan apa yang kita janjikan dapat kita laksanakan. Seterusnya saya mohon untuk pembahas yang lain.
Tuan Yang Dipertua …..
[Percakapan oleh beberapa ahli Dewan tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara mereka tidak diaktifkan]
Siapa cakap, Ampangan dah berhenti pulak. Kenapa, ada yang nak ye, tak ada? Ada wakil daripada keraja, daripada pembangkang pun boleh lagi terima, kalau tak ada.
Bismillahirrahmannirrahim.
Usul ya, sokong ya.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, Tuan Yang Dipertua, terima kasih. Rakan-rakan di pihak kerajaan nampak dia memberi peluang kepada pihak pembangkang, tak ada yang nak berucap dulu, saya tengok ya, semua nak berucap. Tapi kali ini kerajaan, dia bagi peluang ya, kepada rakan-rakan daripada pembangkang.
Tuan Yang Dipertua, saya nak berpantun sikit ya,
Pokok duku bersama delima,
Dihinggap bayan bersama merpati, Titah tuanku didengar bersama, Segala saranan perlu dihayati.
Tuan Yang Dipertua, pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada Tuan Yang Dipertua, Tuan Speaker kerana dipilih ya, untuk menerajui Dewan pada penggal ni, dan tahniah kepada keraja, Kerajaan Pakatan Harapan. Dan dalam titah tuanku ya kit, mengambil ketetapan ya, merakamkan ucapan terima kasih dan menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Dan untuk makluman, ya, disebut jugak oleh pihak kerajaan tentang usaha-usaha untuk mempromosikan Gunung Angsi. Saya fikirkan bahawa bukan saja Gunung Angsi yang perlu dipromosikan, tetapi di bawah Gunung Angsi ini terdapat satu hutan lipur yang cukup menarik, satu jeram yang cukup menarik iaitu Ulu Bendul. Jadi Ulu Bendul ini jugak perlu dimajukan, sebab apa, Ulu Bendul ni tak jauh daripada, daripada Kuala Lumpur. Ulu Bendul ni tak jauh daripada kita punya lapangan terbang, KLIA kita. Hanya lebih kurang 40 minit ke 1 jam ya, sampailah ya, ke Ulu Bendul. Yang perlu dibangunkan. Kalau saja kita naik Gunung Angsi, tetapi kita tak bermalam ya, tak sebagai pelancong ya, sebenar dia, makna ya, kita tak ada dapat revenue ataupun pendapatan ya, di peringkat negeri. Jadi itu eloklah dimajukan, disediakan penginapan dan sebagainya di Ulu Bendul ini dan majukan.
Begitu jugak ya, di kawasan Seri Menanti sendiri. Seri Menanti disebut Bandar Diraja. Dalam dasar perancangan kerajaan dulu, di Seri Menanti ini akan diwujudkan ya, satu pembangunan yang cukup hebat, termasuklah bazar Seri Menanti, auditorium dan sebagai dia. Saya berharapkan ya, perancangan ini akan dapat diteruskan untuk memajukan dan memartabatkan Seri Menanti sebagai Bandar Diraja. Dan tentu jugaklah apabila ya, kita persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya rasa tuanku akan berkenan dan berasa sukacita atas apa yang kita rancang dan apa yang kita hendak lakukan.
Saya nak tegur jugak iaitu tentang liputan internet ataupun liputan ya, untuk coverage internet ini yang di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya di Seri Menanti ni, di Bandar Diraja yang disebut tadi ya. Sebab liputan ini kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Kadang-kadang tu bila tower tu kang disambar potir, ya, memakan masa sampai 4 – 5 hari nak memulihkan balik ya, coverage kek situ ya. Jadi saya harapkan pihak telco, pihak Kerajaan Negeri menggesa telco ini, memantau telco ini supaya mereka mengambil tindakan yang segera, tindakan yang awal sebab kita, bila kita mengadakan adat istiadat, kita akan memilih ya, Seri Menanti. Ya, apa jua yang, yang kita buat
berkaitan adat istiadat kita, kita akan datang ke Seri Menanti, tetapi kemudahan di Seri Menanti begitu ketara sekali ya, berkurangan, termasuklah perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Jadi kemudahan-kemudahan di sini, kalau tulis di situ, ya, 4G ya, di telefon kita, bermakna kita akan mendapat liputan yang sepenuh dia. Dan liputan ini tadi diselenggara dengan baik. Jadi berharap Kerajaan Negeri akan memantau ya, akan memantau pihak telco.
Dalam soalan yang saya ajukan, soalan lisan saya, dan ditolak kerana saya ada menyebut CIDB. Matlamat atau point dia adalah, saya meminta PBT supaya mengawasi ya, kontrak, kontraktor-kontraktor rumah ni ya, kontraktor-kontraktor yang membuat rumah ni, sama ada kat kampung atau kat kawasan perumahan ini ya, supaya ya, mereka memilih ataupun mendapat kontraktor-kontraktor yang berwibawa. Ada yang berlaku di tempat saya ini ya, yang rumah orang kampung ataupun rumah yang di kampung tadi yang terbengkalai walaupun dah dibayar ya, yang dah dibayar sepenuhnya orang kampung. Jadi orang kampung tak berapa pandai ya, ada yang tak berapa, bukan tak pandai, tak berapa pandai, dan akhirnya ditipu oleh pihak kontraktor. Jadi dengan adanya tadi ya, dengan adanya pengawasan daripada PBT ya, ataupun pengawasan daripada pihak-pihak lain termasuklah CIDB tadi, dapat mengawal, dapat membantu orang-orang penduduk kampung tadi untuk memastikan ya, projek-projek mereka ini ataupun rancangan mereka untuk membina rumah tadi, berjaya dan siap.
Tuan Yang Dipertua, di samping itu jugak, saya ingin menyentuh tentang pendidikan ya, pendidikan terutama di kawasan DUN Seri Menanti ya, banyak lagi kawasan-kawasan. Jadi wakil rakyat – wakil rakyat ya, dari kerajaan nanti akan merasa macam mana pihak-pihak sekolah nanti akan meminta ya, akan memohon peruntukan, peruntukan tu, peruntukan ni, untuk buat ni, untuk membayar ini ya, kepada mereka. Dan saya berharapkan ada perancangan ya, di pihak jabatan ataupun di pihak daerah ya, untuk program-program yang dianjurkan di sekolah ini supaya program-program ini dibiayai sepenuhnya. Ada program yang mereka hantar ke luar, ke Perak contohnya, sukan ya, tak ada peruntukan. Terpaksa meminta-minta ya, kepada wakil-wakil rakyat dan jugak kepada pemimpin-pemimpin. Jadi saya harapkan kali ini, mungkin Kerajaan Negeri ya, boleh menyediakan atau membantu apa cara baiklah ya, untuk membantu sekolah-sekolah terutamanya sekolah-sekolah luar bandar. Kadang-kadang sekolah luar bandar ini dari segi kemudahan infrastruktur, ada jugak ya, masih tak cukup lagi.
Jadi, saya berharapkan kepada EXCO pendidikan ya, akan mengambil perhatian demi untuk pastikan ya, kita punya pencapaian ya, pelajaran
di, di kampung-kampung ya, di luar-luar bandar ini sama ya, pencapaian dia di peringkat bandar tadi, walaupun dah kita lakukan dulu ya, perbezaan tu tak berapa jauh tetapi kita harapkan ya, dia akan setara antara bandar dengan luar bandar termasuklah ya, kemudahan-kemudahan yag perlu jugak ada di kawasan-kawasan luar bandar ini.
Tuan Yang Dipertua, di samping itu, kalaulah Tuan Yang Dipertua ya, daripada Seghomban sampai ke Pilah, selalu saja jammed. Bukan sahaja disebabkan ya, oleh ada gerai, tetapi disebabkan oleh pembangunan ya, ada jalan yang nak buek, jalan ni seingat saya nak masuk ni tahun ketiga dah ya, tak siap. Saya tak tahu, jalan 1 kilometer lebih ya, tak siap-siap. Jadi, saya harapkan kepada pihak Kerajaan Negeri, pihak JKR dan sebagainya ambil tindakan, ambil tindakan ya. Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar ya, jadi kena ambil tindakan supaya tak berlaku lagilah jammed ya, dan sebagai dia. Biarlah ya, ambil tindakan. Kalau patut terminate, tukar kontraktor, tukarlah kontraktor.
Jadi, saya sarankan kepada Kerajaan Negeri sebab ya, dia menyusahkan kita ya, jam di, di, di, apa ni, di, di Jalan Seremban – Pilah, bukan setongah jam 1 jam, ada yang Kuala Pilah nak pergi Seremban mengambil masa 3 jam, betul tak Dato’, Tuan Yang Dipertua, betul 3 jam. Jadi perlu ambil tindakan. Perlu tukar, tukar kontraktor. Dan itu cadangan saya ya, kalau ada cadangan lebih baik lagi daripada Kerajaan Negeri ya, selesaikanlah ya, perkara tersebut.
Dan jugak ya, penyelenggaraan-penyelenggaraan infrastruktur. Tadi disebut ya, tentang peruntukan MARRIS oleh DUN Chennah dan sebagainya supaya dibahagikan di peringkat di kawasan-kawasan. Memang pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan infrastruktur yang cukup baik, tetapi infrastruktur ni perlu diselenggara dan jalan-jalan ni dia tak tahan lama, 5 tahun je jalan-jalan ni akan berlubang dan sebagainya. Jadi kita perlu selenggara jalan-jalan ni, selenggara dan kita perlu pastikan terutama jalan-jalan kampung ni. Kalau di kawasan saya tu, Tuan Yang Dipertua ya, cukup banyak jalan-jalan kampung ni ya. Dan dah tiba masanya setiap tahun perlu diselenggara. Dan saya harapkan ya, Kerajaan Negeri akan prihatin dan memastikan tempat-tempat ni tak ketinggalan.
Dan satu lagi, ini jugak masalah luar bandar ya Dato’ Yang Dipertua, iaitu kawasan-kawasan Orang Asli. Kawasan-kawasan Orang Asli ni, Dato’ Yang Dipertua, saya nak ambil contoh kawasan saya tu di Langkap ya. Di Langkap ni dulu kawasan Orang Asli itu, walaupun 15 kilometer jauhnya daripada Tanjung Ipoh ke Langkap tu, tapi yang sebenarnya dulu Orang Asli ni duduk dalam lagi ya, 5 – 6 kilometer ke
dalam lagi. Zaman penjajah dulu, zaman orang putih dulu dia bawak, dia bawak Orang Asli keluar duduk di Langkap, sebab di situ ada kemudahan orang putih. Ada lapangan terbang dan sebagainya dekat situ. Satu-satunya lapangan terbang yang ada dalam, dalam Negeri Sembilan di Langkap Seri Menanti. Dululah saya cerita ni. Dan dibawaklah Orang Asli tu supaya mereka tidak dipengaruhi oleh komunis, di ke kawasan Langkap ni.
Tetapi ya, tanah-tanah yang di kawasan Langkap tu dah dimiliki oleh orang-orang kita ya, Rizab Melayu. Dan apabila Orang Asli ni dibawak, mereka duduk ya, di, di tanah rizab Orang Asli dan jugak duduk di rizab orang Melayu tadi, Rizab Melayu tadi, tanah milik tadi. Dan ini berlaku pergeseran ya, pergeseran antara Orang Asli orang Melayu kat situ. Jadi ini, saya mohon kepada Kerajaan Negeri supaya kita dapek selosaikan secara baik ya, masalah ini supaya ia tidak berlarutan, ini di kawasan saya, apa ni Tuan Yang Dipertua.
Dan jugak ya, kemudahan-kemudahan lain sepergi, seperti apa ni taraf ekonomi Orang-Orang Asli. Taraf ekonomi Orang Asli yang kita tengok Orang Asli, dia kais makan pagi, apa yang dia dapat pada hari itu, itulah yang dia makan ya. Kita sebagai sebuah kerajaan ya, yang dikatakan tadi kerajaan ya, baru ya, kita dapat prihatin kepada mereka ini supaya taraf ekonomi mereka ini dapat kita tingkatan, tingkatkan. Kita tak nak lagi ya, mereka ini kais pagi makan pagi. Dan apa yang mereka dapat itulah ya, rezeki dia. Kita nakkan ya, hari ini mereka bekerja, mereka akan dapat rezeki setiap hari ya, tak perlu ya, berpindah randah dan sebagainya, tak perlu mereka meneroka kawasan-kawasan baru ya, untuk mereka apa ni, men, me, me, meluaskan kawasan rayau mereka ini.
Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya berharapkan ya, dengan, dengan perancangan-perancangan ataupun dengan dasar-dasar yang disebut tadi, tadi ada disebut tentang yang disebut oleh Yang Amat Berhormat ya, apa ni Sikamat ya, berkaitan dengan perancangan-perancangan Negeri Sembilan 2019 – 2040 ya, 2040 supaya melibatkan ya, melibatkan sama perancangan ini kawasan-kawasan luar bandar seperti kawasan DUN Seri Menanti tadi, kawasan-kawasan yang melibatkan ya, ban, apa ni, apa, Seri Menanti sendiri ya, Bandar Diraja Seri Menanti ya, dan jugak ya, pembangunan-pembangunan termasuklah ya, jalan Kuala Pilah – Seghoman tadi ya, Yang Amat Berhormat ya, agar kita ambil tindakan awal supaya masyarakat, rakyat akan hidup sejahtera.
Di samping itu jugak, satu lagi, yang akhir iaitu tentang kebajikan. Dulu ya, penggal yang lepas ada 600, 500 lebih ya apa ni, kita punya
penerima-penerima JKM daripada Seri Menanti. Tapi bila saya tengok setiap bulan kurang-kurang-kurang. Dan bukanlah bermakna ya, orang kampung dah mula kaya. Yang Berhormat Dato’ Dipertua ya.
Dah meninggal.
Hidup lagi, hidup lagi ya. Jadi, yang meninggal ada jugak yang meninggal ya. Jadi saya harapkan ya, saya harapkan seperti jugak rakan-rakan saya yang lain tadi, supaya ya, diberi perhatian yang wajar ya, kepada apa ni, orang kampung ini, diberi perhatian segera. Ada yang perlu menerima balik, menyambung balik dia punya bantuan-bantuan ya, JKM, menerima balik bantuan-bantuan daripada Baitulmal, dan sebagainya. Dan bantuan-bantuan Baitulmal ni disegerakan ya, dan jugak bantuan-bantuan yang lain, yang mana orang kampung ni, rakyat-rakyat di kampung yang sentiasa memerlukan. Mereka tak meminta-minta, tetapi mereka perlukan ya, dan mereka perlukan ya, kita punya bantuan ya, kepada mereka. Dan tentulah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka-mereka ini yang, yang ada dalam kesusahan.
Kadang-kadang tu memanglah, Dato’ Yang Dipertua, ada anak dia handal-handal kojo eh Dato’ Dipertua, bak kata orang kampung, kegheto eh mendongut, kan. Tapi ya, dia lupa tentang orang tua di kampung ya. Ada satu kes yang saya jumpa ya, anak dia, dia punya pangkat dia tinggi, mendongut pangkat eh, tapi kan, omak eh di kampung menerima, terpaksa menerima JKM. Omak di kampung tinggal bersendirian, tak dijongok pun. Haa ini berlaku kek tompek kito. Diserahkan kepada wakil rakyat untuk menyelesaikan. Ini berlaku. Jadi ini yang, yang, yang banyak perlu kita beri perhatian. Bak kato orang tuo, anak, omak dan ayah tadi boleh jaga anak 10 orang, tapi anak yang 10 orang bolum tontu dapek jago anak sorang.
Jadi Dato’ Dipertua, dalam pemilihan dan penilaian daripada pihak JKM dan sebagai dia, perlu diambil perhatian ini. Ya kadang-kadang tu memanglah, memang anak dio handal kojo dan sebagai eh, anak eh kojo kerajaan ya, memang ya, tapi anak eh, anak togap, anak eh togap Dato’, Tuan Yang Dipertua, anak eh togap, tapi omak eh kek kampung, kesian kita tengok eh. Yang ini yang kita nak, nak bantu ni Yang Amat Berhormat yang ni dio golak jo ni, betul, ini cerita betul ni ya. Haa ini yang berlaku. Dan banyak pun berlaku ya, tak pernah balik kampung dan sebagai dia, orang tuo tadi ya, tinggal di kampung, sedih kita tengok dan perlu perhatian daripada kito.
Dan saya harapkan ya, kerajaan baru ya, Kerajaan Pakatan Harapan ya, akan menangani ya, sama-sama dan inshaa Allah saya apa ni, sedia membantu ya untuk apa ni, untuk memastikan pembangunan khususnya di Seri Menanti tadi ya, dapat dimajukan dan jugak ya, kesejahteraan rakyat dapat kita pastikan ya, mereka sama-sama hidup bahagia dalam negara kita yang, yang maju ini ya. Dalam sebuah negara yang makmur ni ya, dan dengan tanggungjawabyang kita ada kita dapat bantu ya, mereka ni semua. Jadi itu saja Dato’ Yang Dipertua, saya dengan ini menyokong ya, titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.
Waalaikumsalam WBT. Saya tak bercadang nak sampai pukul 6:00 hari ini. Saya nampak tuan-tuan pun lotih nampak eh. Boleh? Kalau boleh saya cadang nak habih dalam, seawalnya dalam pukul 4:15 lah, 4:15 atau 4:30. Jadi kalau 4:15 sorang lagi je dapek cakap ni. Kalau 4:15, lebih kurang sorang. Kalau 4:30 dua orang lagi, kita boleh lagi. Jadi, mintak wakil daripada ni, untuk usul seterusnya.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, sebab beri saya sama turut serta mengambil bahagian dalam membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan semasa baginda merasmikan sidang Dewan kita semalam.
Tuan Yang Dipertua, disebabkan ni kali pertama saya bangun sebab soalan saya Tuan Dipertua tak naikkan, jadi saya mulakanlah dengan memberikan tahniah kepada Tuan Yang Dipertua ya, sebab dilantik, dipilih menjadi Tuan Yang Dipertua untuk Dewan Undangan Negeri penggal ini. Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak ada yang tahu, Tuan Yang Dipertua kan. Tahniah jugak kepada rakan saya daripada Sri Tanjung, dilantik jadi Timbalan kan. Walaupun Timbalan, Timbalan-lah kan. Tapi tak apa, tahniah jadi Timbalan, walaupun 3 kali menang, jadi Timbalan, tak apalah kan.
Tuan Dipertua, saya, dalam titah ucapan tuanku semalam, banyak perkara yang telah disampaikan oleh tuanku untuk kita sama-sama hayati, untuk kita sama-sama dengar seterusnya bukan sekadar untuk kita hayati, untuk kita laksanakan demi kepentingan rakyat dan terus menjadikan, memastikan negeri yang kita sayang ni berada dalam keadaan yang aman, makmur, sejahtera.
Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya jugak terlebih dahulu nak rakamkan, nak ambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penjawat-penjawat awam, semua kakitangan-kakitangan kerajaan, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan sebab selain daripada dasar-dasar kerajaan yang baik, yang telah digariskan oleh kerajaan kita sebelum ni, pencapaian yang banyak telah dicapai, seharusnya telah, adalah hasil sumbangan daripada penjawat awam – penjawat awam ini ya.
Ini, ini terbukti kerana secara langsungnya telah dititahkan, disebut oleh tuanku semalam, prestasi pendidikan kita yang sentiasa menjadi negeri antara yang terbaik dalam peringkat kebangsaan. Pungutan zakat kita mencecah 120 juta. Jadi Seri Menanti saya rasa dengan 120 juta ni, rasanya Seri Menanti punya orang susah selesai ya. Patutnya tak ada alasanlah. Negeri kita masih menjadi negeri pilihan antara ne, negeri-negeri dalam negara ini sebagai pilihan pelabur-pelabur, seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat ADUN Rantau sebentar tadi. Dan antara yang penting pencapaian kita yang terbaik adalah dari aspek ekonomi, dari aspek kewangan yang baik, KDNK kita naik. Dan inshaa Allah dengan rizab kita yang banyak yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN sebelum ini, saya yakin saya percaya, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat tak perlu buat tabung ya, jangan ikut orang lain buat tabung. Jadi, Tuan Yang Dipertua, tahniah saya ucapkan.
Dan antara perkara yang paling penting untuk kita hayati di dalam titah ucapan tuanku semalam adalah mengenai kesejahteraan rakyat di mana disebut secara langsungnya, betapa tuanku menyeru agar kerajaan untuk melaksanakan pembangunan yang dapat dinikmati oleh rakyat dalam pelbagai aspek dan Negeri Sembilan adalah mengutamakan kesejahteraan rakyat. Jadi sebut pasal kesejahteraan rakyat ni, saya suka untuk menyentuh, Tuan Dipertua, tentang betapa kita harus meletakkan kesejahteraan rakyat ni pada tempat yang paling tinggi.
Saya nak sebut tentang, kalau boleh menyeru di dalam Dewan yang mulia ini, kepada Kerajaan Negeri untuk menarik balik ataupun menukar balik perancangan, hasrat Kerajaan Negeri untuk menutup Pusat Transformasi Luar Bandar di Rembau, Tuan Dipertua ya. Sebab ini, ini bukan cerita apa. RTC, Pusat Transformasi Luar Bandar di Rembau ini tak lain dan tak bukan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Bagi saya, atas apa alasan sekali pun, kenapa? Sebab jarak pekan Rembau hanya 20 kilometer kepada Bandar Seremban. Jarak tak boleh dijadikan alasan, Tuan Yang Dipertua, untuk menutup RTC ni. Alasan ianya tidak menguntungkan, kerajaan bukannya sesuatu syarikat korporat yang berasaskan keuntungan. Memang kojo kito rugi saja,
Tuan Yang Dipertua. Yang untungnya adalah rakyat. Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya benar-benar mengharap, mewakili penduduk, masyarakat dan bukan saja di Rembau, tetapi yang berdekatan, yang menjadikan RTC Rembau ni sebagia tempat yang dapat memudahkan, yang menjadikan agensi-agensi diletakkan di satu bumbung supaya Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat, kalau kita benar-benar menghayati apa yang dititahkan oleh tuanku semalam, bahawasanya saya mohon, saya mintak agar RTC perkhidmatan RTC ini, di Rembau ni diteruskan, Tuan Yang Dipertua.
Keduanya, disebabkan saya ada soalan Tuan Yang Dipertua, tadi tentang untuk cara kita mengambil kaedah-kaedah, cara-cara untuk kita mengatasi ataupun mengurangkan masalah penghijrahan belia-belia ke luar bandar. Jadi selain daripada faktor ekonomi yang tidak begitu baik berbanding dengan bandar yang menyebabkan belia-belia kita berhijrah, satu permasalahan yang harus kita lihat untuk mengurangkan masalah penghijrahan ini adalah masalah penempatan ataupun tempat tinggal. Jadi, kerajaan dulu, apabila kita telah cadangkan untuk melihat perkara ini, Kerajaan Barisan Nasional dulu telah bersetuju untuk menjalankan apa yang dinamakan sebagai Program Perluasan Kampung. Di mana tanah-tanah Kerajaan Negeri akan kita buka, kita beri peluang, kita buka ataupun berikan kepada lot-lot kecil di antara 8 ke 10 ribu kaki persegiKita bagikan kepada belia-belia ini terutamanya yang layak, yang baru mendirikan rumah tangga, yang baru membina karier supaya mereka ada, sekurang-kurangnya ada lot perumahan, boleh mereka buat rumah, tidak lagi menumpang rumah dengan keluarga ataupun ibu bapa mereka. Dan oleh itu, saya mohon untuk Kerajaan Negeri ini, atas dasar untuk mensejahterakan rakyat, meneruskan program ataupun dasar Program Perluasan Kampung ini. Dan kalau di Rembau, telah diputuskan dulu, Tuan Yang Dipertua, iaitu seluas 100 ekar di Kampung Durian Daun, Kampung Durian Daun untuk dibuat Program Perluasan Kampung ini. Saya yakin, saya percaya ADUN Ampangan, dia orang kampung sana, Tuan Dipertua, akan bersetuju dengan sayalah ni ya, di Kampung Durian Daun ini, Durian Daun.
Jadi Tuan Yang Dipertua, sedikit saja lagi, sebelum kita, petang ini kita berakhir pada petang ini. Saya jugak rasa tertarik untuk sedikit menyatakan pandangan saya terhadap apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat ADUN Chennah tadi. Nampak dia lain sikit, Tuan Yang Dipertua, dah sejak jadi Menteri ni kan, lain sikitlah. Mulanya saya nak jugak, nak, mintak dia kurangkan saman AES, tapi di atas ketegasan dia tu, saya rasa saya tarik baliklah ya. Cumanya, Tuan Yang Dipertua, kita harus rasa bersuka cita sebab ada Mentori daripada negoghi, Negeri Sembilan.
Dan di Dewan yang mulia ini, saya nak cadangkan kepada kita semua menyokong ataupun kita panjangkan kepada ADUN Chennah, kerana kita telah dimaklumkan Kerajaan Pusat telah membatalkan ataupun menangguhkan projek-projek mega seperti HSR dan ECRL. Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya rasalah atas apa pun keputusan dibuat, tak kiralah telah bayar denda 42 juta dan sebagainya, itu soal Kerajaan Pusat-lah. Tapi Tuan Yang Dipertua, bagi saya dan saya yakin rakan-rakan yang lain jugak bersetuju, secara langsung atau tidaknya HSR ini, high speed rail ini dan jugak ECRL ini, akan mendatangkan impak ekonomi yang baik kepada Negeri Sembilan. Jadi, sebagai Menteri Pengangkutan, saya rasa boleh kedudukan dan tempat dia untuk meyakinkan Kerajaan Pusat ya. Benda yang baik ni harus. Dia bukan, HSR ni bukan, bukan untuk Pantai Timur saja. HSR ini melalui Seremban dan sebagainya. Jadi, saya cadangkan ya, menteri ni bukanlah kita nak mengadu hal-hal tentang saman dan sebagainya ya. Jadi, itu satu.
Dan tadi dia pun ada cakap, tentang ya, 1MDB dan sebagainya. Yelah, macam orang kampung saya di kawasan Chembong dan sebagainya, kadang-kadang dia, ada yang tak pangkah saya itu hari Dato’ Dipertua kan. Ada yang tak pangkah saya walaupun saya menang. Tapi bila saya tanya, makcik asal tak pangkah saya, pasal MDB ko cik? Tak, apo makcik pasal 1MDB ni, dia cakap. Sebab acik ingat acik harapkan anak acik tak payah bayar PTPTN, dia cakap, ya. Acik harapkan acik dapek caruman KWSP. Jadi, saya nak betulkan sikitlah ya, yang pasal kemenangan ini disebabkan hanya semata-mata isu 1MDB.
Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya rasa itu saja yang saya nak sampaikan. Semoga segala khidmat bakti kita akan dapat kita teruskan, tak kira sama ada kita ni daripada pembangkang, parti-parti yang berlainan, tak kisah sama ada rakyat kita dulu memilih atau tak, tapi jika kita telah dipilih untuk menjadi pemimpin, semua rakyat itu adalah rakyat kita ya. Dan kita utamakan apa yang dikatakan kesejahteraan rakyat kita letakkan pada tempat yang pertama. Jadi, Tuan Yang Dipertua, itu saja yang nak saya sampaikan, ringkas, dan dengan itu saya menyokong usul titah ucapan, menjunjung kasih titah ucapan tuanku semasa merasmikan persidangan semalam. Terima Tuan Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Chembong. Saya ingat nak beri seroang lagilah, sebelum kita ni, haa Yang Berhormat Palong ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil alamin wassalatu wassalamu 'ala asrofil ambia iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi aj ma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Terima kasih Tuan Yang Dipertua kerana memberikan peluang kepada saya turut serta membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan tuanku.
Tuan Yang Dipertua, saya ingin merujuk kepada buku titah ucapan yang telah pun diedarkan kepada kita. Pada muka surat kedua, perkara ke-8, suka saya memetik ayat baris yang kedua “teras kepada pembangunan Negeri Sembilan adalah mengutamakan kesejahteraan rakyat”. Dan saya ingin memetik perkara yang, muka surat ke-3 perkara 14, yang menyatakan, baris ketiga, “komitmen dan fokus ini perlu terus dihayati agar kesinambungan kejayaan dapat dikekalkan”. Dan kalau kita lihat pula kepada muka surat 3, muka surat 4, dan muka surat 5, di bawah tajuk Prestasi Ekonomi Dan Kewangan Negeri, di bawah tajuk Pembangunan Seimbang dan Berintegriti, di bawah tajuk Kebajikan Rakyat dan di bawah tajuk Pemerkasaan Agama Islam, jelas tuanku bertitah menunjukkan bahawa kejayaan-kejayaan yang telah pun direkodkan oleh kerajaan terdahulu.
Tuan Yang Dipertua, izinkan saya untuk menyatakan beberapa siri kejayaan sebagai rujukan saya untuk perbahasan seterusnya. Yang pertamanya, suka saya menyatakan di Dewan ini bahawa kerajaan yang sebelum ini telah berjaya mengekalkan pelaburan melebihi 1 bilion setiap tahun, mulai tahun 2010. Kejayaan yang kedua ialah rizab kerajaan yang disebut oleh rakan-rakan sebentar saya tadi, yang telah meningkat daripada negatif pada tahun 2004 kepada lebih 700 juta pada 2017 yang lalu. Kejayaan yang ketiga, hasil perbelanjaan yang berimbang dan cekap, kerajaan terdahulu telah berjaya mencatatkan lebihan ataupun surplus 7 tahun berturut-turut mulai tahun 2011.
Perkara yang keempat atau kejayaan yang keempat, hutang Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya dikurangkan daripada 2.5 bilion kepada 200 lebih juta pada tahun 2016. Perkara yang kelima, berbelas-belas agensi di bawah Kerajaan Negeri Sembilan yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara berjaya memperoleh pengiktirafan Sijil 5 Bintang. Kejayaan yang keenam, Dasar Pendidikan Negeri Sembilan, yang juga disebut rakan-rakan sebentar tadi, di antaranya, contohnya, Sijil Tinggi Agama kita terbaik di Malaysia, 7 tahun berturut-turut. Dan contoh ataupun rekod yang ketujuh, untuk rujukan pada petang ini, ialah dari segi kutipan zakat yang juga disebut oleh duli yang mulia, Duli Yang Maha Mulia tuanku iaitu meningkat setiap tahun, daripada tahun 2004 – 23 juta, pada tahun 2006 – 23 juta kepada 127 juta pada tahun 2017.
Tuan Yang Dipertua, apakah makna kepada kejayaan-kejayaan ini? Tujuan saya menyatakan dan mengulangi perkara ini adalah untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa ini adalah manifestasi kepada a good governance yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Ia bukan saja adalah kerana kemantapan, kecekapan pentadbiran kerajaan dan executive-nya, tetapi juga telah dibantu dengan baik oleh seluruh penjawat awam di Negeri Sembilan. Inilah kejayaan yang baik yang telah pun dibuat oleh kerajaan yang terdahulu.
Perkara kedua yang ingin saya tekankan di sini, maknanya apa? Maknanya Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada hari ini, mempunyai satu aras tanda yang tinggi sebenarnya. Benchmark yang tinggi yang telah diletakkan oleh kerajaan terdahulu untuk dikekalkan oleh kerajaan ada pada hari ini. Bukan saja kekal, malahan sepatutnya mereka mesti mampu melaksanakan lebih baik daripada apa yang telah dibuat oleh kerajaan terlebih ini, sebelum ini. Maka barulah Kerajaan Pakatan Harapan ini boleh dikatakan berkaliber dan berkredibiliti.
Sekiranya sumbangan dulu, contohnya, saya nak beri contoh. Kalau dulu sumbangan kepada pelajar kita beri 500.00 ringgit, bukan saja kekalkan 500.00 ringgit, sepatutnya kerajaan pada hari ini tambahkan kepada 700.00 ringgit, contohnya. Kalau dulunya misal kata kita beri bantuan kepada orang miskin, 500.00 ringgit, contoh, maka kerajaan pada hari ini mesti mampu beri lebih daripada itu. Maka itu baru kejayaan yang rakyat nak tengok.
Kemudian saya jugak tertarik dengan, dengan ucapan daripada Yang Berhormat Chennah sebentar tadi, yang tadi memberi satu pembaharuan kepada siri ataupun daripada cara penyampaian beliau tadi. Yang pertamanya, beliau mencadangkan supaya ada pembaharuan dari segi peraturan Dewan. Bagus, cadangan-cadangan beliau. Yang keduanya pulak, beliau mengkritik kerajaan beliau sendiri. Ini pendekatan yang baik, self criticism, dengan izin, satu pendekatan yang baik, lebih baik kita kritik diri kita sebelum orang lain mengkritik kita. Jadi, ini satu strategi yang baik nampaknya, yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Cumanya janganlah kita hanya hebat dari segi berkata-kata, jangan saja hebat dari segi kita bercakap, tetapi tindakan belum tentu lagi. Harapan kami di sini, mewakili rakyat, ialah supaya kerajaan yang ada pada hari ini, yang hebat dari segi meng, mewujudkan satu persepsi yang baik pada kerajaan pada hari ini, mesti mampu melaksanakan realiti jugak yang baik kepada rakyat. Inshaa Allah.
Yang seterusnya Tuan Yang Dipertua, kita boleh cakaplah apa saja kita nak cakap, kan, kerana kuasa ada di sebelah sana, kita boleh bercakap,
kita boleh menjawab, kita boleh berhujah. Dan saya jugak tertarik dengan pendekatan daripada ADUN Lenggeng sebentar tadi, yang sempat memberikan tafsiran dengan, dengan, dengan ayat-ayat hadis dan sebagainya. Seolah-olah saya dalam khutbah tadi, sangat menarik. Buatlah apa pun akhirnya rakyat akan lihat apakah end result-nya pada masa akan datang. Sekiranya end result-nya sama seperti dulu, ataupun lebih teruk daripada dulu, maka apalah, malanglah orang kampung saya, malanglah rakyat Negeri Sembilan ini, tuan-tuan dan puan-puan. Jadi saya berharap kepada kerajaan pada hari ini, yang telah mempunyai satu persepsi yang baik di kalangan rakyat, harapan yang baik kepada rakyat, supaya dapat teruskan usaha-usaha yang baik ini.
Dan akhir sekali Tuan Yang Dipertua, kesempatan yang diberikan kepada saya, cuma harapan saya kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan tidak menjadi seperti setengah-setengah kerajaan yang lain, yang asyik mencari kesalahan dan mencipta kesalahan, dan meletakkan kesalahan kepada orang lain bagi menutup kelemahan diri kita sendiri. Semoga kerajaan Negeri Sembilan, di bawah pimpinan Yang Berhormat Sikamat, dan juga semua rakan-rakan EXCO dan barisan ahli-ahli kerajaan, akan dapat buat yang terbaik untuk negeri kita yang tercinta. Jangan bak kata peribasah, bak kata peribahasa, tidak tahu menari dikatakan lantai yang jongkang jongkit. Sekian, terima kasih memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan. Saya menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia tuanku. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Palong. Ada tak, seorang lagi, nak tamatkan kita punya hari ni, kita tangguhkan, okay, Yang Berhormat Linggi, silakan.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua kerana memberi laluan kepada saya untuk sama-sama membahaskan uzul, usul menjunjung kasih kepada tuanku yang telah sudi untuk mencemar duli merasmikan persidangan dan menyampaikan titah ucapan tuanku semalam. Dan sebelum itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Dipertua, atas lantikan untuk menjadi Speaker Dewan ini, dan juga kepada sahabat dan jiran saya daripada Sri Tanjung sebagai Timbalan. Bila nak duduk depan ni? Dan sudah tentunya tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat yang telah dilantik menjadi Menteri Besar, dan umumnya Kerajaan Pakatan Harapan yang telah menerajui, mengambil alih pemerintahan negeri ini pada penggal kali ini.
Jika dilihat daripada titah ucapan tuanku semalam, kita dapati hampir 80 ke 90% seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan saya, adalah maklumat tentang prestasi, track record kejayaan kerajaan yang lepas ya, Kerajaan Barisan Nasional lepas. Dan rata-rata tuanku menyatakan rasa sukacita baginda tentang prestasi yang telah dicapai oleh Kerajaan Barisan Nasional yang lepas. Jadi saya sedikit agak pelik jugak, kerana rakan saya daripada Chennah dan Lenggeng sebagai pencadang dan penyokong, nampaknya begitu sedikit mengulas tentang apa yang telah disampaikan oleh tuanku. Sebaliknya perenggan 4 tak silap saya, huraian yang panjang lebar dibuat tentang perenggan 4 berkenaan dengan integriti, salah guna kuasa, penyelewengan dan sebagainya.
Tuan Speaker, hakikatnya seperti mana yang dah disampaikan rakan-rakan saya tadi, di bawah Kerajaan Barisan Nasional, isu di Negeri Sembilan ini, isu tentang penyelewengan, isu tentang salah guna kuasa, isu tentang pembaziran sebenarnya tak timbul sama sekali, kerana pada penggal yang lepas, bukan, bukan penggal lepas saja, sejak penggal sebelumnya lagi, Jabatan Audit Negara telah audit jabatan-jabatan Negeri Sembilan bawah pentadbiran Barisan Nasional, dan banyak, 9 ke 10 kita punya jabatan yang tiap-tiap tahun, saban tahun yang sentiasa mendapat penarafan 5 Bintang daripada Jabatan Audit Negara.
Jadi, sebenarnya yang dibangkitkan oleh pencadang dan penyokong, konteks itu, tidak terpakai langsung di Negeri Sembilan keraja, kerajaan kita sudah tentunya hanya mampu dapat mendapat penarafan 5 Bintang ini apabila kita cekap, kita amanah, kita bertanggungjawab dan kita berintegriti tinggi. Ini telah terbukti. Contohnya Pejabat SUK, Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Tanah Dan Galian dan banyak lagi, Majlis Agama Islam, Baitulmal, tiap-tiap tahun sentiasa mendapat penarafan 5 Bintang. Jadi sebenarnya, saya berpendapat bahawa perenggan 4 itu, dan ulasan-ulasan daripada Chennah dan juga Lenggeng itu sebenarnya adalah peringatan untuk kerajaan hari ini. Rekod yang baik, yang telah kami tanda araskan ini, pastikan dikekalkan atau ditambah baik lagi.
Dan saya sebenarnya ingin memohon, kepada Tuan Speaker supaya lebih peka sedikit tentang peraturan dalam Dewan ini. Peraturan dalam Dewan ini, kita kena sentiasa menghormatinya. Satu contoh, perkapa, perkara-perkara yang masih lagi dalam pertimbangan mahkamah kita tidak boleh sebut. Itu, itu menyalahi ya, kita sebagai Yang Berhormat harus menunjukkan contoh yang baik. Saya rasa semua yang, yang di, di, cuba dikaitkan ini masih lagi dalam pertimbangan mahkamah. Ada yang belum tuduh pun lagi, ya. Belum bicara pun lagi, apatah lagi salah atau betul. Tetapi seolah-olah
semuanya dah bersalah, ini tak betul. Lenggeng banyak cakap pasal fitnah. Kalau benda ini belum jadi fakta lagi, kita tak boleh nak kata seolah ianya fakta dan mengaburi dan mempengaruhi semua rakyat. Jadi, ini perkara yang pertama saya mintak kerajaan hari ini.
Secara umumnya rakan-rakan saya cakap pasal, kalau dah janji kena kota, itu betul. Janji kena kota. Cakap jangan mungkir. Cukup-cukuplah ni, menyalahkan yang lepas, salah betul pun tak tentu agi sebenarnya kan. Kita kena sebenarnya, saya mohon kerajaan hari ini untuk fokus, tanda aras yang ditetapkan oleh Kerajaan BN sebelum ini sangat tinggi, dan kami, saya di Linggi sentiasa memerhati baik dari segi ekonominya, baik dari segi pendidikannya, baik dari segi kecekapan integritinya. Seperti yang disebut tadi, kita punya prestasi yang telah ditunjukkan oleh kerajaan sebelum ini adalah sangat tinggi sekali.
Jadi, Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya di, pada kali ini, tak banyak yang nak saya utarakan kerana rata-rata, berdasarkan daripada penilaian saya hari ini, jawapan-jawapan yang di, di, di, dijawab, soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan saya, dan jawapan yang kita, kita dengar, yang kita dapat kebanyakannya masih dalam kajian, masih lagi diperhalusi kan, ataupun jawapan-jawapan yang begitu general atau umum, kita berjanji takkan kurangkan cukai. Kalau 2 cukai ini berbeza ya, Dipertua ya, kalau kita nak samakan, mestilah satu akan naik atas, satu akan turun. Jadi ketidakadilan itu akan berlaku. Haa ini contoh-contoh. Ni cakap-cakap yang umum, jadi ki, kita sebenarnya, saya dan rakan-rakan Barisan Nasional dah tak nak dengar perkara ini. Kita nak tengok, kalau cakap pasal perancangan siapa pentagonisnya, siapa penggerak dia. Ini yang tuan-tuan kena buat, ini yang kerajaan kena buat hari ini. Dan saya akan sentiasa bersama rakan-rakan akan jadi, apa orang cakap tu, watch dog-lah ya. Kita BN di PD ni kita underdog, tapi bukan left dog tau, tak ada underdog.
Dan satu lagi saya nan sentuh di sini pencadang dan penyokong tadi ada menyebut tentang pembaziran ya. Saya dah sebut sebentar tadi, isu membazir Kerajaan BN Negeri Sembilan tak buat. Tetapi kadang-kadang kita pun pelik, dia bercakap ye ye, pada masa yang sama, baru 4 bulan lepas kita adakan pilihan raya, hari ini, di PD nak buat satu lagi. 36 juta nak dibazirkan. Cakap biarlah serupa bikin tuan-tuan dan puan-puan ya, Speaker. Saya, saya mintak perkara inilah. Dan saya setuju dengan kita punya pengerusi ataupun ketua pembangkang dan rakan-rakan, sudah-sudahlah kita cakap pasal politik ni, sudah-sudahlah pasal sekarang ni masa untuk kita bekerja. Dan saya yakin, kami di pembangkang hari ini tak akan ikut rentak pembangkang dulu, kerana berdasarkan rekod pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional
sebelum ini kami sentiasa serius. Di Negeri Sembilan, negeri lain saya tak nak sebut pasal tak relevan untuk Dewan ni. Dan semua ahli-ahli Dewan pun patut menyedari dan menghormati hakikat tersebut. Kita cakap pasal Negeri Sembilan, kita cakap pasal perkara dalam Dewan ini.
Akhir sekali, sebagai membantu untuk memastikan yang langkah kita ini langkah yang betul, saya di Linggi ada 13 kampung, kampung tradisional-lah, ada kampung Orang Asli ada 3. Banyak sangat Tuan Yang Dipertua, rungutan daripada pegawai-pegawai kerajaan, daripada orang-orang kampung tentang kaliber ketua-ketua kampung yang dilantik ini. Banyak sangat rungutan. Jadi, saya mintak yang dah dilantik ini kita pantaulah betul-betul, kita bagi dia orang ni KPI. Mana yang tak perform tu saya mintak tukarlah, kerana ia sangat-sangat menjejaskan perpaduan dan kesejahteraan kampung kita kan. Saya mintak, sekali lagilah janganlah kita politikkan sangat. Jadi kat kampung sebenarnya kat kampung ni yang baik-baik tu bawah BN, itu masalah dia kan. Pengundi-pengundi luar yang datang mengundi ni tak duduk situ. Jadi kalau nak ambil jugak daripada yang menyokong Kerajaan Pakatan Harapan ini, itu yang kadang-kadang dia susah sikit.
Jadi, saya mintak supaya kita sekali lagi, demi untuk kesejahteraan kita, kita majoriti kat Negeri Sembilan ni luar bandar. Janganlah kita terlalu politikkan sangat. Saya terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat telah membuat pendekatan yang sama untuk masjid. Nasib baiklah. Kok masjid nak pakai style ketua kampung ni, saya tak tahulah. Banyak ketua-ketua kampung ni tak pernah tempuh masjid pun, adalah kan, tak pernah tempuh masjid, jadi tak boleh.
Akhir sekali, Dipertua, saya mohon kerana saya agak sedikit gusar, bercakap tentang perpaduan, Bahasa Kebangsaan adalah instrumen atau alat yang sangat penting, sangat tajam bagi memastikan perpaduan. Semua orang Malaysia kena cakap Bahasa Kebangsaan. Keduanya, sistem pendidikan juga adalah sangat instrumental untuk memastikan perpaduan. Jadi, saya mintak kerana saya agak sedikit terkejut, kita tiap hari terkejut sekarang ni, macam-macam kejutan, tersangat gusar apabila Yang Amat Berhormat Sikamat mengatakan Negeri Sembilan tidak ada pendirian tentang UEC. Saya menegaskan, Linggi khususnya, dan saya yakin semua rakan-rakan, kita mesti ada pendirian. UEC tak ada tempat dekat Malaysia sepatutnya kerana UEC ni, akan membolehkan satu ruang yang mana kelompok masyarakat tidak langsung, bukan sahaja belajar malah tidak langsung berbahasa Malaysia dan ini jangka masa pendek dan panjang akan sangat-sangat menjejaskan perpaduan kita di Malaysia.
Jadi sekali lagi saya mintak, saya tekankan bahawa kita di Negeri Sembilan harus mempunyai pendirian, walaupun ini bidang kuasa Pusat, jadi kalau Pusat tanya pendirian kita, kita kata kita tak setuju kerana ini akan menjejaskan perpaduan kita di Negeri Sembilan. Kalau ada sesiapa, ada sekolah-sekolah di Negeri Sembilan yang nak ambil atau nak memperkenalkan atau nak adopt UEC ini, sepatutnya dia tolak dan inilah pendirian kita. Dan saya mintak Kerajaan Negeri Sembilan untuk tegas tentang perkara ini. Itu sahaja saya nak sampaikan. Tuan Speaker, Linggi mohon untuk menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan persidangan kita. Sesi perbahasan usul ini akan disambung semula pada hari Rabu, besok, September, 26 September 2018 bersamaan 16 Muharam 1440 Hijrah mulai jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4.25 petang.